author_name
stringclasses 77
values | article_url
stringlengths 71
524
| article_title
stringlengths 14
86
| article_text
stringlengths 242
35.4k
| reading_time
stringclasses 1
value | article_dt
stringlengths 19
25
|
---|---|---|---|---|---|
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/237625/berita/sukan/tawar-rm442-juta-untuk-jubah-messi | Tawar RM4.42 juta untuk jubah Messi | SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 mengalahkan Perancis dalam aksi final.Jubah tradisional Arab yang biasanya dipakai ketika majlis istimewa dan upacara seperti perkahwinan dan acara keagamaan, disarungkan kepada Messi ketika majlis penyampaian trofi dan medal di Stadium Lusail pada awal pagi Isnin lalu.Messi kemudiannya terus menjulang trofi dengan memakai jubah berkenaan menyebabkan sesetengah pihak mengkritik penganjur kerana dikatakan cuba 'merompak' saat indah Argentina.Namun, seorang peguam yang juga Ahli Parlimen Oman, Ahmed Al Barwani tampil mengejutkan ramai pihak apabila sedia membeli jubah berkenaan."Daripada Kesultanan Oman, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana memenangi Piala Dunia Qatar 2022."Jubah Arab, simbol kesatria dan kebijaksanaan. Saya tawarkan anda AS$1 juta bagi jubah itu," kata Ahmed di laman sosial Twitter pada Jumaat.Ahmed berkata, dia sedia berbincang lebih lanjut mengenai hasratnya itu selepas melihat Messi memakai jubah itu yang disarungkan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani."Saya berada di stadium menyaksikan saat itu secara langsung apabila Emir Qatar memberikan Messi jubah itu. Saat itu ia memberitahu dunia bahawa kami ada di sini, dan inilah budaya kami," ujarnya. | 4 | 24 Disember 2022 12:24pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/237617/berita/sukan/jaringan-gol-richarlison-terbaik-di-piala-dunia | Jaringan gol Richarlison terbaik di Piala Dunia | JARINGAN menerusi sepakan akrobatik penyerang Brazil, Richarlison ketika berdepan Serbia diundi sebagai gol terbaik pada Piala Dunia Qatar 2022.Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan, gol itu dipilih oleh peminat, sekali gus menewaskan jaringan dilakukan rakan sepasukannya, Neymar serta bintang Perancis, Kylian Mbappe.Gol itu hadir pada minit ke-73 ketika Brazil melakar kemenangan 2-0 ke atas Serbia dalam aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Lusail pada 24 November lalu.Sebelum jaringan itu terhasil, ramai menganggap Richarlison sukar melepasi barisan pertahanan Serbia selepas dia menerima bola hantaran lintang Vinicius Jr.Namun, penyerang Tottenham Hotspur itu pantas melakukan sepakan akrobatik ke penjuru gawang melepasi penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic.Neymar turut meledak jaringan menarik pada tambahan masa ketika Brazil berdepan Croatia dalam aksi separuh akhir dan ramai menganggap ia adalah gol terbaik sepanjang kejohanan.Ramai juga beranggapan voli Mbappe ketika jaringan keduanya berdepan Argentina dalam aksi final boleh menjadi antara pencabar utama anugerah berkenaan. | 4 | 24 Disember 2022 11:53am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237615/berita/sukan/matuidi-umum-gantung-but | Matuidi umum gantung but | PEMAIN tengah, Blaise Matuidi yang juga pemenang Piala Dunia bersama Perancis pada edisi 2018 mengumumkan untuk menggantung but.Pemain berusia 35 tahun itu beraksi ketika Perancis meraih kemenangan pada perlawanan akhir Piala Dunia menewaskan Croatia di Rusia empat tahun lalu.Bagaimanapun mengecewakan buat Matuidi apabila diketepikan daripada skuad Inter Miami untuk musim ini."Saya memutuskan untuk menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional," ujarnya menerusi You Tube.Matuidi memenangi Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain dan Serie A bersama Juventus selepas menghabiskan masa bersama Saint-Etienne dan Toulouse.Dia membuat 84 penampilan antarabangsa, menjaringkan sembilan gol sebelum perlawanan terakhir bersama Les Bleus pada 2019."Saya berpeluang bermain untuk kelab terbesar Eropah memakai jersi Perancis, memberi kehangatan kepada keluarga, menghayati semangat dan mereka adalah imej yang akan kekal bersama saya," katanya.Matuidi adalah pemain pertama dalam skuad Perancis 2018 yang bersara."Kepala dan hati beritahu saya untuk berhenti (bersara). Fikir (fokus) tentang mereka yang rapat dengan saya. Isteri, anak-anak dan kehidupan yang saya bina ini," katanya. | 4 | 24 Disember 2022 11:18am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237612/berita/sukan/phillips-bukan-cedera-tapi-gemuk | Phillips bukan cedera tapi 'gemuk' | PEMAIN tengah England, Kalvin Phillips kembali daripada Piala Dunia dengan 'badan berisi' dan tidak bersedia untuk diturunkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Perkara itu disahkan oleh jurulatih Manchester City, Pep Guardiola."Dia tidak cedera, tetapi kembali dengan berat berlebihan."Saya tidak tahu (kenapa). Dia tidak berada dalam keadaan yang baik untuk turun berlatih dan bermain," ujar Guardiola.Pemain berusia 27 tahun itu melalui musim yang mengecewakan kerana mengalami kecederaan bahu sejak tiba di Stadium Etihad dari Leed Uniteds.Phillips bagaimanapun dipilih oleh Gareth Southgate untuk mewakili England di Piala Dunia, tetapi hanya beraksi selama 40 minit setelah disingkirkan Perancis dalam aksi suku akhir.Pasukan tangga kedua, City yang kembali ke aksi EPL di Leeds awal pagi Khamis dijangka sekali lagi tanpa Phillips yang jelas mengecewakan pengurusnya."Kerana itu dia tidak boleh bermain. Apabila dia sudah bersedia, dia akan bermain kerana kami amat memerlukannya," ujar Guardiola.Mengulas sama ada dia kecewa melihat Phillips pulang dalam keadaan seperti itu, Guardiola memberitahu; "Ia perbualan secara peribadi dengan Kalvin."FA England dan wakil Phillips, ICM Stellar Sports, enggan mengulas mengenai komen Guardiola.City menyasarkan untuk menang gelaran liga kelima dalam enam musim terakhir.The Citizens akan menyambung semula saingan EPL selepas ketinggalan empat mata di belakang Arsenal.Mereka kembali ke rentak kemenangan selepas rehat Piala Dunia selepas menumpaskan Liverpool 3-2 dalam saingan Piala Liga pada Jumaat. | 4 | 24 Disember 2022 10:51am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237611/berita/sukan/martinez-perlu-fokus-epl-selepas-menang-piala-dunia | Martinez perlu fokus EPL selepas menang Piala Dunia | KELAB Manchester United mahu pemain pertahanan, Lisandro Martinez bersedia memberikan impak apabila pulang ke Old Trafford selepas memenangi Piala Dunia bersama Argentina.Pengurusnya, Erik ten Hag mengakui pemain itu perlu menikmati kemuncak kejayaan tersebut dalam kariernya.Bagaimanapun katanya, menjadi keperluan buat semua pemain The Red Devils kembali memberikan fokus sepenuhnya kepada kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan bersambung minggu depan."Saya faham emosinya amat besar apabila anda mencapai kejayaan besar. Anda memenangi Piala Dunia untuk negara, ia sesuatu yang luar biasa dan kejayaan tertinggi yang anda capai."Namun Licha (Martinez) perlu menerima 26 Ogos EPL akan bersambung," katanya.Martinez beraksi dalam lima daripada tujuh perlawanan ketika Argentina bergelar juara dunia buat kali ketiga di Qatar baru-baru ini.Kejayaan Argentina diakhiri dengan penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 3-3 dengan Perancis dalam masa tambahan.Kejayaan itu juga mencetus sambutan luar biasa di negara mereka dan acara perayaan di Buenos Aires terpaksa dihentikan kerana terlalu ramai penyokong menahan bas pasukan.Ten Hag percaya keraian itu akan berterusan untuk beberapa hari lagi, namun tirai EPL akan dibuka segera."Kita tahu ia akan diteruskan berselang lima atau enam hari selepas final Piala Dunia. Kita juga sedar bahawa selepas Piala Dunia, EPL akan segera diteruskan."Kesemua pemain perlu bersedia dan anda perlu menerimanya, bukan hanya pengurus dan barisan kejurulatihan tetapi pemain."Kami mahukan satu pasukan yang kuat untuk merebut trofi. Kita bercakap mengenai satu kejohanan yang sukar, jadi kami perlu bersedia dan ia bukannya mudah," ujar ten Hag.Selepas menewaskan Burnley 2-0 untuk mara ke suku akhir Piala EFL kelmarin, United akan kembali ke saingan EPL dengan melayani kunjungan Nottingham Forest pada awal pagi Rabu. | 4 | 24 Disember 2022 10:34am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237606/berita/sukan/kane-akan-kembali-bersemangat---conte | Kane akan kembali bersemangat - Conte | PEMAIN sensasi, Tottenham Hotspurs, Harry Kane mampu untuk mengembalikan semangatnya yang hilang susulan kegagalan England di Piala Dunia lalu.Pengurus Spurs, Antonio Conte percaya penyerang itu seorang yang kental dan mampu melupakan kesedihan di Qatar.Kane terlepas sepakan penalti kedua ketika berdepan rakan pasukan Spurs, Hugo Lloris yang menjadi detik penting kekalahan England kepada Perancis 1-2 di suku akhir.Namun Conte percaya Kane berupaya melupakan kekecewaan itu apabila kembali ke kelab dengan bermulanya aksi menentang Brentford."Secara jujurnya (saya tidak bimbang) kerana kita bercakap tentang penyerang bertaraf dunia," kata Conte.Beliau berkata, bola sepak sesuatu yang unik kerana ia boleh membuatkan seseorang pemain itu berada dalam perasaan yang tidak menentu."Dalam bola sepak anda boleh mengalami detik menarik dan juga kecewa kerana anda terlepas sepakan penalti kedua. Yang pertama dia berjaya."Saya tidak risau tentang dia. Saya melihatnya dengan baik dan dua hari ini bersama kami," ujar Conte.Spurs kini berada di tempat keempat dalam carta liga, lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.Dalam pada itu, kontrak Conte akan tamat selepas berakhirnya musim ini, namun Spurs mempunyai pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan."Saya rasa adalah lebih bagus tidak bercakap mengenai perkara ini di sidang media kerana adalah lebih baik bercakap mengenai permainan yang kami akan hadapi," kata Conte.Spurs akan beraksi tanpa pemain pertahanan Argentina yang memenangi Piala Dunia Cristian Romero di Brentford, manakala Lloris pula hanya diletakkan di bangku simpanan. | 4 | 24 Disember 2022 09:47am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237593/berita/sukan/aston-villa-dapat-kebenaran-besar-stadium | Aston Villa dapat kebenaran besar stadium | ASTON Villa telah diberikan kebenaran merancang untuk pembangunan semula dan pembesaran venue Villa Park, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Projek itu Majlis Bandaraya Birmingham, akan menyaksikan kapasiti stadium meningkat kepada 50,000 daripada had semasa 42,000 dengan north stand serba baharu.Villa Park berada dalam senarai pendek untuk tawaran UK dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah 2028.“Ini adalah berita baik pertama sekali untuk peminat kami kebanyakannya berada dalam senarai menunggu untuk tiket musim; kedua untuk kelab itu sendiri kerana strategi kompetitif jangka panjang kami bergantung pada pertumbuhan yang berterusan.“Akhirnya untuk bandar dan wilayah kami dengan prospek Villa Park yang dibangunkan semula memacu penjanaan semula ekonomi dalam komuniti tempatan kami dan membawa kembali bola sepak antarabangsa ke Birmingham,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Villa, Christian Purslow. | 4 | 24 Disember 2022 07:45am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237591/berita/sukan/dia-tidak-penuhi-jangkaan-kelab | 'Dia tidak penuhi jangkaan kelab' | PENGENDALI Sevilla, Jorge Sampaoli berkata, bekas pemain tengah kelab LaLiga itu, Isco gagal memenuhi jangkaan menyebabkan kontrak pemain berusia 30 tahun itu ditamatkan.Bekas pemain Real Madrid itu meninggalkan Sevilla selepas empat bulan di kelab itu di mana dia bermain 19 perlawanan, menjaringkan satu gol.“Isco seorang lelaki yang hebat dan saya mendoakan yang terbaik untuknya.“Seorang pemain yang mempunyai kemampuan hebat, namun dia tidak memenuhi jangkaan kelab,” kata Sampaoli selepas kemenangan Copa del Rey ke atas Juventud Torremolinos pada Rabu.Pemain Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Wolverhampton Wanderers yang dikendalikan oleh Julen Lopetegui.Lopetegui memainkan peranan penting dalam mendapatkan Isco ketika menjadi pengendali Sevilla. | 4 | 24 Disember 2022 07:15am |
WARTAWAN SUKAN SINAR | https://www.sinarharian.com.my/article/237583/berita/sukan/nova-tekad-bawa-dua-wakil-ke-olimpik-paris | Nova tekad bawa dua wakil ke Olimpik Paris | JURULATIH baharu skuad badminton beregu campuran negara, Nova Widianto meletakkan sasaran dengan membawa dua pasangan meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam merealisasikan misi itu, Nova sedia membentuk dua beregu campuran negara - Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing menjadi gandingan ampuh sebelum layak ke Paris.“Ya, saya akui ia bukan tugas mudah apabila kedua-dua pasangan muda itu perlu bersaing dengan dua beregu profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.“Memang tidak mudah kerana pada peringkat ini pun sudah kalah dengan pasangan di luar (profesional) berdasarkan kedudukan ranking dunia tetapi saya akan cuba terbaik untuk membantu mereka.“Saya anggap ini cabaran untuk saya,” katanya yang turut akan membimbing tiga lagi beregu muda campuran negara - Choong Hon Jian-Yap Ling, Loo Bing Kun-Yap Cheng Wen dan Yap Roy King-Valeree Siow.Dalam pada itu, Nova yang juga bekas juara dunia dua kali percaya mampu membawa dimensi baharu kepada barisan pemain beregu campuran negara selepas kali terakhir dicipta Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.“Ya, kualiti dimiliki para pemain beregu campuran Malaysia pada masa ini hanya memerlukan sedikit lagi sentuhan bagi membawa mereka mencapai kejayaan di peringkat tertinggi“Mungkin sekarang prestasi para pemain beregu campuran negara sedikit menurun, namun Malaysia pernah meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 (menerusi Peng Soon-Liu Ying).“Saya lihat apa yang menyukarkan Malaysia adalah mungkin disebabkan tiadanya sejarah kejayaan, kita perlu berusaha sedikit lagi untuk mencapai emas,” ujarnya. | 4 | 23 Disember 2022 10:55pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237563/berita/sukan/pulangkan-hak-saya | 'Pulangkan hak saya...' | “KITA diam orang ingat kita tiada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tak pro.”Itu ciapan bekas tonggak Terengganu FC (TFC), Faisal Halim di laman media sosialnya yang mendapat reaksi para penyokong bola sepak negara.“Pulangkan hak saya, mana boleh ambik hak orang tanpa beri tahu apa-apa...“Ikut akta mana ya? Jangan ingat kita diam kita tak kisah, dalam contract (perjanjian) pun tiada benda tu, guna kuasa mana ya,#pulangkanhaksaya,” ciapan pemain berusia 24 tahun tersebut.Status dimuat naik Faisal yang memperkuatkan cabaran Selangor FC bagi saingan Liga Malaysia 2023 mendapat reaksi pengikut di laman sosialnya.“Saya tiada mempunyai apa-apa masalah dengan penyokong TFC berkenaan isu terbabit“Kita tunggu siapa yang benar, saya tiada masalah dengan fans (penyokong), saya tetap hormat fans,” ujarnya.Untuk rekod, Faisal kini sedang menggalas cabaran Malaysia dalam kempen Piala AFF 2022. | 4 | 23 Disember 2022 08:27pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237536/berita/sukan/nasib-baik-ada-lewis | Nasib baik ada Lewis | PEP Guardiola mengakui Manchester City bernasib baik kerana mempunyai Rico Lewis selepas pemain pertahanan remaja itu mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 3-2 ke atas Liverpool pada pusingan 16 terbaik Piala Liga di Stadium Etihad.Pemain berusia 18 tahun itu diberikan permulaan di bek kanan untuk pertembungan berprofil tinggi, dengan ketiadaan kelibat Kyle Walker dan Joao Cancelo selepas beraksi untuk England pada Piala Dunia 2022 di Qatar.Tegas Guardiola, kemaraan penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu diinspirasikan kekentalan Lewis yang mengekang asakan jentera serangan Liverpool kendalian Jurgen Klopp."Separuh masa pertama pemain akademi bermain dengan sangat baik. Sudah lama saya melihat persembahan seperti Rico Lewis."Dia baru berusia 18 tahun dan telah bermain menentang Liverpool, pasukan yang dibarisi barisan bintang."Cara dia bermain dengan dan tanpa bola amat luar biasa, kami amat bertuah kerana memiliki pemain ini untuk dekad yang akan datang.“Mudah-mudahan kelab boleh mengambilnya kerana permainan yang dia mainkan adalah luar biasa,” kata Guardiola. | 4 | 23 Disember 2022 05:52pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/237516/berita/sukan/laos-hadapi-krisis-kecederaan-pemain | Laos hadapi krisis kecederaan pemain | PENGENDALI Laos, Michael Weiss seolah-olah buntu untuk menghadapi tentangan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu selepas pasukan itu menghadapi masalah kecederaan pemain yang serius.Menurut Weiss, dia juga masih belum memikirkan taktikal yang akan digunakan pada perlawanan tersebut dan hanya akan berbuat demikian selepas melihat keadaan keseluruhan pemain terlebih dahulu."Kami tewas besar kepada pasukan pilihan Vietnam dan kini ramai pemain yang cedera."Kami melakukan persiapan rapi dalam kejohanan ini. Untuk tewas besar (kepada Vietnam) ia jelas bukan apa yang kami mahukan. Namun, motivasi kami tetap tinggi untuk menghadapi perlawanan ini."Tetapi, pendekatan bagaimana untuk kami turun dalam perlawanan masih belum diputuskan. Saya akan mengkaji perlawanan antara Malaysia dan Myanmar dahulu dan melihat dalam sesi latihan untuk melihat siapa yang boleh diturunkan," katanya ketika sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, Weiss turut melihat pasukan Harimau Malaya berada di tahap berbeza selain mempunyai kualiti sebagai pencabar utama dalam Piala AFF kali ini."Malaysia masih boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat walaupun kehilangan ramai pemain JDT. Saya mengikuti rapat pasukan Malaysia dalam tempoh 10 tahun dan Malaysia semakin bagus dalam segala aspek," katanya.Sementara itu, pemain tengah Laos, Phithack Kongmathilath menyifatkan perlawanan menentang Harimau Malaya itu sebagai perlawanan penting untuk Laos selepas tewas aksi pembukaan kepada Vietnam."Kami sedia untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan esok," katanya. | 4 | 23 Disember 2022 04:33pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/237502/berita/sukan/piala-aff-laos-tetap-bahaya | Piala AFF: Laos tetap bahaya | HARIMAU Malaya tidak boleh memandang rendah keupayaan Laos apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Kapten skuad kebangsaan, Brendan Gan berkata, walaupun skuad Million Elephants itu dibelasah Vietnam pada perlawanan pembukaan, namun ia bukan jaminan Harimau Malaya mampu menang mudah ke atas pasukan tersebut."Saya dan rakan sepasukan sudah melihat perlawanan di antara Laos dan Vietnam. Mereka (Laos) mempunyai struktur dan sistem permainan yang agak baik."Kami perlu mencari cara untuk menembusi permainan mereka dan menghasilkan ruang untuk menjaringkan gol. Namun, seperti yang jurulatih katakan, kami perlu hormati mereka dan tiada lawan mudah dalam saingan Piala AFF ini," katanya dalam sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, dia menyifatkan motivasi pemain berada pada tahap yang terbaik walaupun beberapa pemain mengalami kecederaan selepas aksi bertemu Myanmar Rabu lalu.Malah, Brendan juga tidak kisah sekiranya pengendali skuad negara, Kim Pan-gon mahu meletakkannya di posisi pertahanan sekiranya perlu menggantikan pemain yang cedera itu."Jika jurulatih minta saya jadi penjaga gol, saya akan jadi penjaga gol. Saya dan pemain lain boleh bermain di mana-mana posisi kerana barisan kejurulatihan tahu kelemahan dan kekuatan setiap pemain."Kami ada pasukan yang bagus. Kami ada 23 pemain dan bukan hanya 11 pemain dalam pasukan. Sekiranya salah seorang pemain tidak dapat beraksi, akan ada pemain lain yang boleh menggantikan. itu sesuatu yang bagus dalam pasukan ini," katanya. | 4 | 23 Disember 2022 03:44pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237499/berita/sukan/bubar-mastaf-perlu-ikut-perlembagaan-badan-induk | Bubar MASTAF perlu ikut perlembagaan badan induk | PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menegaskan pembubaran Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) perlu mengikut lunas perlembagaan badan induk itu.Malah Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, ia juga harus diputuskan menerusi satu mesyuarat agung khusus seperti diperuntuk di bawah Fasal 45.1,Jelasnya, tindakan pembubaran perlu dipersetujui dua pertiga ahli gabungan yang berhak mengundi.“Minit mesyuarat agung tersebut juga perlu ditandatangani Presiden dan Setiausaha Agung MASTAF serta individu yang bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pada Selasa, Presiden MASTAF, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengumumkan pembubaran badan induk itu berkuat kuasa serta-merta.Suhaili memaklumkan keputusan itu mula dibincangkan Jawatankuasa Tertinggi MASTAF pada 8 Disember lalu dan bukan semata-mata berpandukan keputusan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) yang menyatakan hasrat menganggotai semula Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebelum ini. | 4 | 23 Disember 2022 03:29pm |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/237498/berita/sukan/kfa-sokong-rombakan-besar-perkuat-kda-fc | KFA sokong rombakan besar perkuat KDA FC | ROMBAKAN besar yang dilakukan oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan membina balik kekuatan pasukan dari bawah adalah proses untuk meletakkan Sang Kenari kembali menjadi pencabar utama bola sepak tanah air.Keberanian pemilik saham majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang melakukan perubahan besar mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang berharap semua penyokong KDA FC terus setia di belakang kelab tersebut.Firdaus AhmadMenurut Setiausaha Kehormat KFA, Firdaus Ahmad, langkah sama telah dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membina Johor Darul Ta'zim (JDT) bermula daripada bawah dan kini muncul kuasa bola sepak besar tanah air."Dulu sebelum wujudnya JDT, macam mana pasukan Johor ketika itu. Johor kita tidak sebut. (jadi sebutan) Selangor, Perak, Kedah antaranya yang utama."Bila satu perubahan dilakukan dan pasukan dimantapkan dengan beberapa suntikan baharu ia telah menjadi pasukan kuat. Jadi untuk kita ke arah itu kita kena bermula dengan apa TMJ lakukan dengan ambil pemain, bina semula (dari bawah) dan menjadi satu pasukan hebat," katanya semasa ditemui pemberita baru-baru ini.Firdaus yang juga Exco Belia dan Sukan negeri Kedah berkata, JDT sudah menjadi contoh dan penanda aras kepada semua kelab yang beraksi di Liga Malaysia.Jelasnya, prestasi kelab selatan itu yang kini berada pada tahap tinggi menjadi satu cabaran kepada pasukan lain untuk terus memberikan saingan."Kita akui kekuatan, sistem bola sepak yang dibawa oleh TMJ antara yang baik dan saya tidak menafikan perkara itu. Sebab benda itu adalah baik jadi sebenarnya semua pasukan perlu mencontohi perubahan dilakukan oleh TMJ kepada pasukannya," ujar beliau.Katanya, pemikiran sama turut dibawa oleh Mohd Daud apabila terlebih dahulu membawa masuk bekas jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yang merupakan jurulatih terbaik Liga Malaysia bagi musim 2022."Secara peribadi saya tengok Tan Sri berfikiran seperti orang muda yang mana apabila beliau kata kita tidak boleh mencari pemain yang semata-mata nak nama, tidak boleh simpan pemain yang dia rasa dia tonggak dan bila kata kita perlu rombak semua, beliau buat," jelas Firdaus.Bercerita tentang perang mulut antara TMJ dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di media sosial pula, beliau memberitahu, pada satu sisi lain MB selalu kata TMJ ini bagus sebab telah membawa perubahan dalam arena bola sepak.KDA FC sebelum ini telah menggugurkan seramai 17 pemain termasuk lima tonggak import kelab itu bagi saingan musim hadapan.Bagi pemain baharu Sang Kenari bagi musim 2023 pula beberapa nama sudah diumumkan termasuk dua import iaitu Amirbek Jurabaev dari Tajikistan dan Manuel Ott (Filipina).Antara pemain tempatan yang dibawa masuk setakat ini adalah dua penjaga gol iaitu Kalamullah Al Hafiz (PJ City FC) dan Fikri Che Soh (Kelantan United) selain pertahanan Wan Amirul Afiq (Melaka United) serta penyerang Faizal Talib (Melaka United). | 4 | 23 Disember 2022 03:23pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/237494/berita/sukan/harimau-malaya-buru-kemenangan-besar | Harimau Malaya buru kemenangan besar | HARIMAU Malaya mahu memburu kemenangan besar ketika menentang Laos dalam aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berkata, Malaysia perlu mengejar perbezaan jaringan yang dimiliki Vietnam sekiranya mahu menjuarai saingan peringkat kumpulan."Sasaran kami jika ingin berada di kedudukan teratas, kami perlu kejar perbezaan jaringan. Kami tahu Vietnam menang besar ke atas Laos dengan enam gol."Kami pula hanya ada satu gol, namun kami tetap tidak memandang rendah Laos kerana selepas kekalahan besar, sudah tentu mereka akan bangkit dengan lebih kuat terutama di laman lawan," katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.Dalam aksi pembukaan Piala AFF, Malaysia menang tipis ke atas Myanmar 1-0 dalam aksi di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu manakala, Vietnam menang besar ke atas Laos 6-0 untuk meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas Kumpulan B.Pan-gon turut mengharapkan para pemainnya sentiasa berhati-hati dengan corak permainan Laos sekiranya mahu meraih jaringan besar dan tiga mata di laman keramat Harimau Malaya."Pasukan teknikal akan menilai kekuatan dan kelemahan pasukan Laos. Jika kami hadir dengan permainan kurang bermaya, ia akan menjadi sukar buat kami."Mereka sudah tentu akan kurang menyerang sebaliknya tidak mahu bolos dan kurang beri ruang kepada skuad negara menjaringkan gol."Kami perlu berada di tahap kualiti yang tinggi, lebih tepat dan fokus dalam perlawanan ini," katanya.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan beberapa pemain yang cedera termasuk tonggak pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee telah dihantar ke hospital untuk memeriksa tahap kecederaan mereka."Kami masih menunggu laporan pemeriksaan dan saya harap tiada masalah yang serius dialami pemain," katanya. | 4 | 23 Disember 2022 03:10pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237469/berita/sukan/davies-dalam-kelas-tersendiri | Davies dalam kelas tersendiri | ALPHONSO Davies, yang membantu Kanada kembali ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun dan menjaringkan gol pertama negara di Qatar 2022, dipilih sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak Kanada.Ia adalah kali keempat dalam tempoh lima tahun Davies telah meraih penghormatan tersebut.Di Qatar, Davies adalah satu-satunya penyerang Kanada yang bermain setiap minit, menjaringkan gol Piala Dunia pertama pasukan dari Amerika Utara ketika aksi dalam perlawanan kedua Kumpulan F menentang Croatia di Stadium Antarabangsa Khalifa.Pada perlawanan itu, Davies meledak gol seawal minit kedua bagi membolehkan anak buah John Herdman mendahului sebelum skuad asuhan Zlatko Dalic bangkit untuk kemenangan, 4-1.Pemain berusia 22 tahun itu turut membantu kelabnya Bayern Munich memenangi Bundesliga dan Piala Super DFL pada 2022.Davies telah menjaringkan 13 gol dan membuat rekod kebangsaan 16 bantuan gol dalam 33 perlawanan untuk Kanada. | 4 | 23 Disember 2022 12:33pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237462/berita/sukan/arsenal-mahu-perkukuh-cabaran | Arsenal mahu perkukuh cabaran | PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menyasarkan untuk mengukuhkan cabaran kelab London itu pada jendela perpindahan Januari.Bagaimanapun pengendali sensasi The Gunners, Mikel Arteta menegaskan tumpuan utama kelab itu adalah untuk mengenal pasti pemain yang berkualiti.The Gunners memasuki rehat Piala Dunia Qatar 2022 dengan kelebihan lima mata ke atas juara Manchester City selepas 14 perlawanan.Namun akan kehilangan Gabriel Jesus, mangsa pertama kecederaan jangka panjang kelab, selepas penyerang Brazil itu menjalani pembedahan pada lutut susulan insiden yang dialami di Qatar.“Kami akan aktif pada jendela Januari dan itu bermakna kami sedang berusaha untuk mengukuhkan pasukan..."Skuad ini tidak memerlukan perbelanjaan mewah dalam setiap jendela perpindahan. Namun perlu bijak mencari pemain yang betul."Kelab tahu di mana kami berada dari segi skuad dan jumlah pemain. Kami akan sangat berhati-hati tentang apa yang mahu lakukan semasa jendela perpindahan pemain," kata Arteta kepada pemberita sebelum lawatan Liga Perdana Inggeris ke West Ham United pada 27 Disember ini.Pada masa sama Arteta mengakui satu tamparan hebat kepada The Gunners apabila kehilangan khidmat Jesus, yang memerlukan tempoh masa untuk kembali beraksi.Selain itu, pemain sayap Reiss Nelson berkemungkinan tidak akan bermain buat sementara waktu kerana masalah hamstring manakala pemain tengah menyerang Emile Smith Rowe semakin hampir pulih kecederaan pangkal paha."Dengan Gabi, sukar untuk menetapkan jangka masa. Namun mengenali dia, saya lebih suka untuk tidak memberi sebarang tarikh."Dengan Reiss, tidak akan beraksi untuk sementara waktu. Begitu juga dengan Emile," kata ArtetaPemain pertahanan tengah Perancis, William Saliba juga akan terlepas perlawanan kerana masih belum pulang dari tugasan antarabangsa. | 4 | 23 Disember 2022 12:06pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/237445/berita/sukan/fifa-siasat-salt-bae | FIFA siasat Salt Bae | PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menyiasat cef selebriti, Salt Bae apabila dia mendapat akses ke padang selepas perlawanan akhir Piala Dunia dan bergambar dengan pemain Argentina.Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce dilihat memegang dan mencium trofi itu selepas Argentina menewaskan Perancis pada perlawanan akhir di Qatar.Usahawan Turki itu dikritik secara meluas kerana dua kali memegang lengan Lionel Messi yang dilihat tidak selesa dengan tindakan cef tersebut.Dia turut bergambar bersama Angel di Maria, Lisandro Martinez malah dilihat menjulang pingat pemain lain.Peraturan FIFA menyatakan trofi Piala Dunia hanya boleh dipegang oleh pemenang kejohanan dan orang-orang seperti pegawai dan ketua negara FIFA."Selepas melihat perkara berkenaan, FIFA akan menilai situasi berkenaan dan bagaimana cara individu itu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang di Stadium Lusail itu."Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil," kata seorang jurucakap FIFA.Salt Bae, 39, memiliki rangkaian restoran mewah di seluruh dunia termasuk Beverly Hills di Los Angeles dan Knightsbridge London. | 4 | 23 Disember 2022 10:09am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237439/berita/sukan/manchester-city-singkir-penyandang-juara-liverpool | Manchester City singkir penyandang juara Liverpool | MANCHESTER City menewaskan penyandang juara yang juga juara sembilan kali Piala Liga Liverpool 3-2 dalam perlawanan pusingan 16 di Stadium Etihad awal pagi Jumaat.Anak buah skuad kendalian Pep Guardiola, mendahului tiga kali sebelum tuan rumah bertahan untuk mengesahkan kemaraan ke pentas suku akhir.Pemain pertahanan City. Nathan Ake menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-58 selepas Mohamed Salah (48') menyamakan kedudukan seminit kemudian setelah Riyad Mahrez (47') melebarkan kelebihan The Citizens pada awal babak kedua.Pada perlawanan itu, Erling Haaland menjaringkan gol ke-24 musim ini dalam semua kejuaraan untuk meletakkan City di depan pada minit ke-10 di Etihad.Namun Liverpool pantas menyamakan kedudukan pada minit ke-20, selepas Fabio Carvalho menyudahkan hantaran James Milner.Untuk rekod, ini antara perlawanan berintensiti tinggi pantas dan sengit melibatkan kedua-dua pasukan sejak perebutan kejuaraan musim lalu yang berakhir dengan status Liga Perdana Inggeris menjadi milik Manchester City.Pengendali City, Pep Guardiola dan rakan sejawatan, Jurgen Klopp menamakan barisan pasukan terkuat masing-masing dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan sejak musim domestik berhenti seketika untuk Piala Dunia Qatar 2022. | 4 | 23 Disember 2022 07:55am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237436/berita/sukan/messi-pemain-terhebat-sepanjang-zaman | Messi pemain terhebat sepanjang zaman | PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menegaskan tidak ragu-ragu bahawa Lionel Messi adalah pemain terhebat sepanjang zaman.Malah menurut Guardiola, pendapatnya tidak berubah walaupun penyerang itu tidak mengemudi Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar.“Semua orang mempunyai pendapat, namun tiada siapa boleh meragui Messi berada di sana sebagai yang terhebat sepanjang zaman.“Messi adalah yang terbaik, malah diakui sukar untuk seseorang pemain lain boleh menyaingi kelebihan dimiliki dia selama ini.“Orang yang pernah melihat Pele, Alfredo Di Stefano atau Diego Maradona...pendapatnya adalah sentimental, namun jika Messi tidak memenangi Piala Dunia, dia tetap pemain terhebat,” kata Guardiola.Messi sebelum ini menjaringkan dua gol dan sekali lagi dalam penentuan sepakan ketika dia membawa Argentina menang 4-2 menerusi penentuan penalti ke atas Perancis, dengan perlawanan akhir berakhir 3-3 selepas 120 minit.Pemain berusia 35 tahun itu, yang menikmati kejayaan sarat trofi di bawah Guardiola semasa berada di Barcelona, turut memenangi Anugerah Bola Emas untuk pemain terbaik dengan penyokong mengatakan prestasinya telah meningkatkan lagi statusnya. | 4 | 23 Disember 2022 07:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237406/berita/sukan/14-jurulatih-sabah-sertai-program-pelawat-sukan-2023-di-as | 14 jurulatih Sabah sertai Program Pelawat Sukan 2023 di AS | EMPAT belas jurulatih dan pentadbir sukan dari Sabah dipilih menyertai Program Pelawat Sukan 2023 di Amerika Syarikat (AS) untuk memberi pendedahan mengenai cara kepimpinan Amerika, amalan terbaik dan kontak penting dalam sukan terutama bola sepak.Program yang berlangsung dari 6 hingga 23 Januari 2023 itu, membolehkan peserta mempelajari teori dan teknik terkini kejurulatihan serta bertemu pertubuhan sukan bertaraf dunia di Philadelphia dan Miami."Mereka juga akan menghadiri Konvensyen Jurulatih Bola Sepak Bersatu 2023, acara pembangunan profesional terkemuka untuk jurulatih dan pentadbir bola sepak."Setelah tamat program, peserta akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh dengan komuniti tempatan melalui pelbagai program melatih jurulatih dan klinik bola sepak di negeri Sabah," menurut kenyataan Kedutaan AS di Malaysia.Melalui program ini, peserta berpeluang belajar daripada pelbagai pengamal - pentadbir sukan belia rekreasi berasaskan komuniti sehinggalah kepada jurulatih liga profesional.Peserta terdiri Farish Aziz dan Hafipah Mohaidil dari Likas; Abdul Rahim Abu dari Bongawan; Alice Mic Michael dari Kiulu; Evlin Sulaiman dari Tenom; Melvin Tan dari Kota Belud; Rizal Hamid dari Putatan; Awang Shahzmee dari Tuaran; Annabelle Andrews dan Lindsay Michael dari Ranau; Nazrin Noin dari Papar; Fitri Amri dari Banggi; dan Ayrton Sikawah dan Elecsie Joseph dari Penampang.Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang mengunjungi beliau di pejabatnya di sini.Beliau berkata, sukan adalah cara terbaik untuk memperkasa belia dan membina daya tahan serta kemahiran kepimpinan mereka."Gunakan peluang ini untuk belajar dan mendapat pengalaman terbaik, menjadi duta yang baik dan membanggakan Sabah," kata beliau.Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters berkata, AS mengiktiraf kuasa sukan dalam merapatkan rakyat dan negara dengan mengamalkan nilai sejagat untuk menggalakkan keamanan dan keharmonian sosial."Saya berharap semua jurulatih dan pentadbir sukan mendapat pengalaman daripada program pertukaran yang bermanfaat ini dan mengharapkan mereka dapat memberi impak berterusan kepada belia dalam komuniti tempatan," kata beliau.Diuruskan oleh Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Kebudayaan (ECA) Jabatan Negara AS, program Pelawat Sukan memanfaatkan sukan untuk memperkasa jurulatih dan pentadbir muda dengan kemahiran kepimpinan dan penyelesaian konflik serta menggalakkan keselamatan dan kestabilan serantau.Ia juga bertujuan memperkasa wanita dan kanak-kanak perempuan, mempromosi hak orang kurang upaya serta memupuk kejayaan akademik dan kepimpinan.Untuk maklumat lanjut layari @svsabahrepresent di Instagram, Facebook, Youtube, dan Tik Tok. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi ketua program Farish Aziz di [email protected] - Bernama | 4 | 22 Disember 2022 08:12pm |
NOOR AINON MOHAMED | https://www.sinarharian.com.my/article/237389/berita/sukan/azeem-terima-dana-pendidikan-perak | Azeem terima dana pendidikan Perak | KERAJAAN Perak bersetuju memberi Dana Pendidikan Negeri bernilai RM600,000 kepada pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi.Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dana berkenaan diberikan kepada remaja yang menerima julukan 'Usain Bolt Malaysia' selepas mencatatkan sejarah pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2 Ogos lalu."Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Azeem berjaya memecah rekod kebangsaan bagi acara 100 meter dengan catatan masa 10.09 saat pada kejohanan itu."Ia juga sebagai galakkan kepada anak muda lain untuk berjaya dalam bidang pendidikan dan sukan," katanya ketika berucap dalam Pembentangan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Khamis.Saarani ketika membentangkan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh. Foto: Korporat SUK PerakTambah Saarani, insentif sebanyak RM100,000 diberikan kepada skuad hoki lelaki negeri."Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki lelaki Perak berikutan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak buat kali ketiga," katanya.Ogos lalu, media melaporkan atlet muda negara itu membuat keputusan menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai destinasi pilihannya bagi melanjutkan pengajian dan meneruskan kerjayanya dalam sukan olahraga.Muhammad Azeem meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima tiga tawaran bagi menyambung pengajian di universiti Minnesota, Oregon dan Houston di AS. | 4 | 22 Disember 2022 07:07pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237346/berita/sukan/adisak-perkuatkan-cabaran-tfc | Adisak perkuatkan cabaran TFC | [DIKEMAS KINI] TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan pemain import baharu, Adisak Kraisorn bakal memperkuatkan skuad Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi saingan musim 2023.Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, pemain kelahiran Thailand berusia 31 tahun itu adalah penyerang kebangsaan negara Gajah Putih yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak.Katanya, Adisak akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan pemain import kacukan Jerman-Filipina, Manuel Ott bagi mengisi kuota Asean.“Adisak memutuskan untuk berhijrah dari Thailand ke Liga Malaysia bagi mendapatkan cabaran serta suasana baharu setelah sekian lama bergelumang di negara sendiri.“Beliau memilih bersama TFC kerana mengagumi aura pasukan ini yang semakin dikenali di pentas ASEAN,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.Menurut Ab Rasid, pemilihan pemain berketinggian 1.83 meter itu berdasarkan kepada reputasi dan sentuhannya yang berbisa di posisi penyerang.Kehadiran beliau diyakini mampu memberi lebih variasi di bahagian jentera serangan TFC yang sebelum ini diisi oleh Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.“Adisak pernah menjuarai kejohanan Piala AFF bersama Thailand pada 2013 dan 2020. Pada 2018 beliau telah memenangi gelaran penjaring terbanyak bagi kejohanan sama.“Beliau kini sedang beraksi bersama pasukan Thailand bagi saingan Piala AFF 2022,” katanya. | 4 | 22 Disember 2022 04:20pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/237344/berita/sukan/kolaborasi-sinar-rovers-shct-bantu-komuniti-setempat | Kolaborasi Sinar Rovers, SHCT bantu komuniti setempat | SINAR Rovers dan Surau Hamideen Cycling Team (SHCT) menjalinkan kerjasama dalam usaha menyantuni dan membantu komuniti setempat yang memerlukan.Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, SHCT akan memberikan bantuan sukarela melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) atau misi bantuan yang dibuat oleh Sinar Rovers."Menariknya kelab ini juga ada terdiri daripada golongan pesara dan kami gembira kerana mereka sudi turun padang bersama untuk memperkasakan komuniti."Sinar Karangkraf amat menititberatkan pemerkasaan rakyat dan juga mahu dekat kepada semua komuniti. Kami berharap dengan kolaborasi ini, lebih banyak kelab atau NGO berasaskan komuniti akan menyertai kami," katanya kepada Sinar Harian.Sebagai tanda simbolik kerjasama itu, Nik Justin turut menyerahkan 48 helai kameja-T Sinar Harian Telus dan Telus kepada Komandan Aktiviti SHCT, Shamsul Kamar Yaacub pada Khamis.SHCT akan bekerjasama dalam program CSR dan misi bantuan yang dianjurkan Sinar Rovers.Dalam pada itu, Shamsul Kamar berkata, kelab itu akan terus menyokong inisiatif Sinar Harian melalui program CSR yang dianjurkan."Kami berterima kasih atas sumbangan ini. Kami memang sentiasa menyokong program anjuran Sinar Harian dan akhbar ini kerana mengamalkan konsep Telus dan Tulus," katanya.Menurutnya, kelab basikal tersebut dianggotai oleh 80 orang ahli pelbagai peringkat usia termasuk ahli veteran dan sentiasa aktif melakukan aktiviti. | 4 | 22 Disember 2022 04:16pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237316/berita/sukan/sel-kanser-pele-sudah-merebak---hospital | Sel kanser Pele sudah merebak - Hospital | "SEL kanser Pele sudah merebak”, demikian menurut pihak hospital yang merawat legenda bola sepak itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Anak perempuannya, Kely Nascimento menulis di Instagram bahawa seluruh ahli keluarga akan menyambut Krismas di hospital bersama dengan pemain hebat berusia 82 tahun itu.Pele yang sebelum ini menjalani prosedur membuang tumor di bahagian kolon pada September 2021, dimasukkan ke Hospital Israelita Albert Einstein di Sao Paulo pada 29 November."Kami tidak akan menyambut Krismas di rumah. Kami memutuskan untuk mendengar nasihat doktor, lebih baik untuk kami berada di hospital,” katanya.Beliau berkata, pihak keluarga akan memberikan maklumat terkini mengenai kesihatan Pele pada minggu depan. - Bernama | 4 | 22 Disember 2022 02:16pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/237297/berita/sukan/ini-rezeki-saya | 'Ini rezeki saya' | PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi menganggap kejayaan menyelamatkan sepakan penalti Myanmar pada minit akhir perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada skuad negara sebagai satu rezeki.Menurutnya, kejayaannya menyelamatkan penalti selain tiga mata berharga yang berjaya diperoleh di laman lawan memberikan motivasi tinggi kepada Harimau Malaya untuk mengharungi perlawanan akan datang.Dalam aksi di Stadium Thuwunna, Yangon itu, tonggak sensasi negara, Faisal Halim menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-52 untuk membolehkan skuad negara berada di hadapan.Namun, menuju penghujung perlawanan, pengadil telah memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah selepas pertahanan negara, Sharul Nazeem Zulpakar dipersalahkan kerana bola terkena tangannya di dalam kotak penalti.Ahmad Syihan tampil sebagai wira menyelamatkan tendangan penalti Myat Kaung Khant untuk memastikan Harimau Malaya pulang dengan tiga mata dan motivasi tinggi untuk menghadapi perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini."Syihan hanya mampu katakan Alhamdulillah atas rezeki ini. Ini adalah rezeki kami sebagai satu pasukan. Syihan mahu berterima kasih kepada jurulatih, rakan sepasukan dan semua penyokong yang mendoakan Syihan."Perlawanan ini memang pembakar semangat pasukan dan saya minta semua penyokong Malaysia doakan kami pergi lebih jauh sehingga final," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.Dalam masa sama,Ahmad Syihan berikrar akan terus menampilkan persembahan terbaik sekali gus membantu pasukan mencipta keputusan positif dalam kempen AFF kali ini."Saya memang mahu berikan segala yang saya ada, sama seperti pemain lain yang telah memberikan lebih daripada 100 peratus," katanya. | 4 | 22 Disember 2022 12:38pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/237290/berita/sukan/tiada-pemain-dapat-layanan-istimewa---simeone | Tiada pemain dapat layanan istimewa - Simeone | PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone memberikan ruang kepada penyerang pasukan, Joao Felix untuk membuktikan kemampuan jika mahu terus kekal bersama kelab Sepanyol itu.Felix telah dikaitkan dengan perpindahan pada Januari selepas berita mengenai pemain itu tidak mempunyai hubungan baik dengan Simeone."Saya mahukan yang terbaik untuk Atletico dan sepanjang 11 tahun saya di sini, saya ada untuk pasukan dan kelab untuk berkembang."Saya mementingkan kemenangan, terus meningkat, berkembang, terus fokus setiap perlawanan dan kemudian kita lihat apa akan berlaku."Tiada siapa yang penting dan perkara akan menjadi seperti yang sepatutnya jika tidak berusaha keras," katanya.Namun, Simeone menjelaskan Felix masih boleh menyelamatkan kariernya di kelab itu sekiranya mampu kembali pada prestasi terbaik seperti yang ditunjukkan ketika bersama Portugal dalam kempen Piala Dunia."Saya tidak ragu-ragu bahawa dia adalah pemain yang sangat penting."Dia menunjukkan aksi di Piala Dunia dengan baik, mengambil bahagian dalam setiap gerakan gol dan peranan penting untuk dia menyerlahkan potensinya," katanya. | 4 | 22 Disember 2022 11:44am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/237273/berita/sukan/guardiola-tekad-bawa-city-menang-liga-juara-juara | Guardiola tekad bawa City menang Liga Juara-Juara | PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan misinya untuk memenangi Liga Juara-Juara antara faktor dia menyambung kontrak baharu bersama kelab gergasi England itu.City telah menikmati kejayaan domestik membanggakan di bawah bekas jurulatih Bayern Munich dan Barcelona itu dengan memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali sepanjang lima musim lalu.Bagaimanapun, Guardiola masih belum mampu membawa City menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun berjaya mara ke final pada 2021 sebelum tunduk kepada Chelsea dan ditewaskan Real Madrid pada saingan separuh akhir musim lalu."Saya akui ia adalah trofi yang kami mahukan dan sudah tentu ia tidak akan lengkap jika kami tidak memenanginya."Tetapi, ia bukan satu-satunya sebab saya menyambung kontrak, sama sekali tidak."Sudah tentu, saya akan melakukan segala-galanya dan akan cuba menjulang trofi tersebut bersama City," katanya.Guardiola telah membantu City memenangi 11 trofi dalam semua kejohanan yang disertai dan pengendali berusia 51 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi kelab yang memberikan kepercayaan kepadanya."Saya katakan banyak kali apa yang saya ada di sini. Terima kasih atas keyakinan yang mereka ada terhadap saya."Sukar untuk membalas balik apa yang telah ditunjukkan dalam beberapa tahun ini."Sukar juga untuk saya menolak sambungan kontrak ini kerana mereka masih mahu saya dan kakitangan saya mencuba dan melakukan yang terbaik."Saya tidak mempunyai kata-kata yang cukup untuk menyatakan rasa terima kasih yang luar biasa untuk kelab ini," katanya. | 4 | 22 Disember 2022 10:31am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/237271/berita/sukan/messi-sambung-kontrak-bersama-psg | Messi sambung kontrak bersama PSG | LIONEL Messi dilaporkan bersetuju untuk menyambung kontraknya bersama Paris Saint Germain (PSG) untuk tempoh setahun lagi.Memetik laporan media di Perancis, Messi dan PSG akan melakukan perbincangan lanjut apabila dia kembali daripada tempoh rehat Piala Dunia."Persetujuan awal dicapai pada awal Disember ketika Messi beraksi di Piala Dunia dan akan kekal sekurang-kurangnya satu musim lagi," kata laporan itu.Pemain berusia 35 tahun itu, yang membantu kemenangan Argentina pada final Piala Dunia mengatasi Perancis di Qatar minggu lalu masih belum mencapai misinya di PSG iaitu mahu membawa pasukan menang Liga Juara-Juara.Messi menyertai pasukan gergasi Perancis itu pada 2021 dengan kontrak dua tahun dan pilihan untuk menyambung kontrak setahun lagi selepas berpindah daripada kelab Sepanyol, Barcelona.Sebelum ini, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menegaskan Messi gembira beraksi di Ligue 1 sekali gus memberikan bayangan akan kekal di pasukan itu. | 4 | 22 Disember 2022 10:13am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237268/berita/sukan/khuzaimi-piee-bertongkat-status-masih-samar | Khuzaimi Piee bertongkat, status masih samar | SKUAD Harimau Malaya menerima tamparan awal apabila tonggak pemain pertahanannya, Ahmad Khuzaimi Piee dilihat menggunakan tongkat selepas aksi pembukaan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Myanmar dan Malaysia di sini, malam tadi.Ahmad Khuzaimi yang baru diumumkan menyertai Selangor FC bagi saingan musim depan, terpaksa dibawa keluar menggunakan ‘buggy’ pada penghujung separuh masa pertama aksi di Stadium Thuwunna itu dan menggunakan tongkat ketika menaiki bas pasukan selepas tamat perlawanan.Bagaimanapun, Ketua Jurulatih negara, Kim Pan Gon belum dapat mengesahkan tahap keseriusan kecederaan dialami pemain berusia 29 tahun itu dan masih menunggu laporan daripada pasukan perubatan untuk mengambil langkah susulan."Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pasukan perubatan kami (malam tadi) atau pagi esok (hari ini) untuk meneliti situasi berdasarkan laporan dan kami akan putuskan. Kami mahu melindungi pemain kami jika ada kecederaan serius tetapi berharap ia hanyalah kecederaan ringan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.Pada pertembungan malam tadi, Malaysia meraih tiga mata penting selepas berjaya mengatasi Myanmar 1-0 dengan pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim meledak gol kemenangan pasukan negara pada minit ke-52.Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata, namun sepakan penalti yang diambil penyerang gantian, Myat Kaung Khant pada penghujung aksi berjaya ditepis penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.Sementara itu, pemain pertahanan negara, Sharul Nazeem Zulpakar berkata, kehilangan Khuzaimi Piee sedikit merencatkan percaturan pasukan memandangkan beliau ialah pilihan utama di posisi tersebut."Saya rasa ketiadaan Khuzaimi terasa sikit kecacatan tetapi kita mempunyai pengganti, Fazly Mazlan (Muhammad Fazly Mazlan), jadi saya rasa beliau kena ambil kesempatan untuk perlawanan seterusnya,” kata tonggak benteng pertahanan Selangor FC berusia 23 tahun itu.Sebagai rekod, Ahmad Khuzaimi merupakan pemain penting di bahagian pertahanan Malaysia dan sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Pan Gon sejak mula dipanggil menyertai pasukan pada Mac lepas.Beliau berada dalam pasukan negara yang mencipta sejarah layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun pada Jun lepas sebelum mula mendapat kepercayaan dalam kesebelasan utama pada kejohanan Piala Raja Thai berlangsung September lalu, menyaksikan Malaysia muncul naib juara.Ahmad Khuzaimi turut beraksi cemerlang membantu pasukan negara mencatat dua kemenangan tanpa bolos dalam dua aksi antarabangsa Tier 1 masing-masing menentang Kemboja dan Maldives dalam persiapan menghadapi Piala AFF 2022. - Bernama | 4 | 22 Disember 2022 09:41am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237265/berita/sukan/faisal-enggan-dianggap-wira-harimau-malaya-di-yangon | Faisal enggan dianggap wira Harimau Malaya di Yangon | PEMAIN sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak mahu dilabel sebagai wira selepas Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini, malam tadi.Biarpun mencetak nama sebagai penjaring gol kemenangan pada pertembungan di Stadium Thuwunna itu, Mohamad Faisal menganggap bukan beliau sahaja yang berusaha keras bagi menghadiahkan tiga mata berharga kepada skuad Harimau Malaya.Menurutnya kejayaan menundukkan skuad Singa Asia di gelanggang keramat pasukan lawan itu berjaya dicapai kerana semangat juang tinggi dan sikap tidak berputus asa yang dipamerkan para pemain sepanjang 90 minit perlawanan."Bukan saya bawa (punca) pasukan dapat tiga mata, kami (pemain) semua yang berusaha sendiri dan akhirnya saya dapat peluang (jaringkan gol). Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana berjuang sampai ke minit akhir"Walaupun perlawanan ini kami anggap begitu mudah sebenarnya, tetapi sebaliknya berlaku. Kedua-dua pasukan bermain dengan tempo sangat tinggi tetapi ini lah bola sepak, siapa dapat jaringkan gol dia menang," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.Pada masa sama, Mohamad Faisal mengakui beliau dan rakan sepasukan bergelut mencari rentak permainan sepanjang 45 minit pertama berdepan pasukan tuan rumah bimbingan Antoine Hey itu."Kami akui tak dapat bermain dalam separuh masa pertama, babak kedua jurulatih tukar sedikit (taktikal) untuk beri lebih tekanan kepada pihak lawan," kata pemain berusia 24 tahun itu yang enggan menjadikan faktor permukaan padang sebagai alasan Malaysia gagal menyumbat lebih banyak gol.Jaringan Mohamad Faisal pada babak kedua perlawanan berpunca daripada lorongan ketua pasukan, Muhammad Safawi Rasid, sebelum beliau tenang melepaskan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol, Kyaw Zin Phyo pada minit ke-52.Bagaimanapun, Myanmar berpeluang menyamakan kedudukan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata, namun sepakan penalti yang diambil penyerang gantian Myat Kaung Khant pada penghujung aksi berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini diikuti Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil dalam usaha memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.Sebagai rekod, Malaysia pernah muncul juara Piala AFF sekali pada 2010 sementara tiga kali bergelar naib juara iaitu pada edisi sulung 1996, 2014 dan 2018. - Bernama | 4 | 22 Disember 2022 08:59am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/237267/berita/sukan/sevilla-isco-berpisah | Sevilla, Isco berpisah | [DIKEMAS KINI] Kelab La Liga Sepanyol, Sevilla telah mencapai persetujuan dengan pemain tengah Isco untuk menamatkan kontraknya, kata kelab itu pada Khamis.Bekas pemain Real Madrid itu tiba di Sevilla pada Ogos, dengan membuat 19 penampilan untuk kelab itu, telah menjaringkan satu gol.Pemain berusia 30 tahun itu telah meninggalkan Real Madrid pada Mei selepas sembilan tahun, memenangi 19 trofi termasuk tiga kejuaraan liga, lima trofi Liga Juara-Juara dan empat Piala Dunia Kelab.Untuk rekod, Isco telah dikaitkan dengan pelbagai kelab sepanjang musim panas, dengan Jose Mourinho dilaporkan sangat berminat untuk membawanya ke AS Roma, tetapi dia memilih untuk ke Sevilla.Beliau menyertai Sevilla diuruskan oleh Julen Lopetegui, namun tidak kekal lama apabila Lopetegui dipecat pada 5 Oktober selepas mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan.Pengganti Lopetegui, Jorge Sampaoli, masih menggunakan Isco, namun beliau hanya menghabiskan 90 minit dalam lima kali sepanjang musim.Isco telah berlatih bersendirian sejak sebulan lalu berikutan masalah buku lali, tidak gembira apabila direkrut pengarah sukan Sevilla, Monchi, atas permintaan Lopetegui.Isco diwakili oleh ejen Jorge Mendes, yang kini perlu mencuba dan mencarinya kelab baharu pada jendela pertengahan musim.Beliau juga telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris dan kini ia kelihatan seperti peluang terbaik untuk permulaan baharu. | 4 | 22 Disember 2022 08:55am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/237264/berita/sukan/manchester-united-hentikan-cabaran-burnley-di-old-trafford | Manchester United hentikan cabaran Burnley di Old Trafford | GOL daripada Christian Eriksen dan Marcus Rashford membolehkan Manchester United menang selesa 2-0 ke atas Burnley dalam pusingan keempat Piala Liga pada Khamis ketika kelab Divisyen Tiga, Charlton Athletic menumbangkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion menerusi sepakan penalti.Anak buah Erik tan Hag yang tampil perlawanan pertama di Old Trafford sejak rehat Piala Dunia, terlebih dulu mendahului pada minit ke-27 apabila Eriksen menyudahkan hantaran Aaron Wan-Bissaka.Tuan rumah yang menampilkan beberapa pemain yang beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar, boleh menggandakan kelebihan, namun sepakan Anthony Martial berjaya diselamatkan penjaga gol Burnley, Bailey Peacock-Farrell.Sementara itu, pendahulu Liga Kejuaraan, Burnley juga berpeluang menyamakan kedudukan, namun Marcus Rashford menjadikan kedudukan 2-0 hasil percubaan individu yang baik bagi mengesahkan kemaraan.Cabaran satu lagi kelab EPL, Brighton terhenti di pusingan 16 selepas dikecewakan kelab Liga Satu, Charlton di The Valley selepas pertembungan yang berakhir tanpa jaringan hingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.Kedua-dua pasukan terlepas tiga sepakan penalti, namun pada sepakan ketujuh penjaga gol Charlton, Ashley Maynard-Brewer menafikan percubaan pemain tengah Brighton, Moises Caicedo dan pemain pertahanan Samuel Lavelle untuk kemenangan 4-3.Di Ewood Park, juara empat kali Nottingham Forest menumpaskan kelab Liga Kejuaraan Blackburn Rovers 4-1, penyerang Brennan Johnson memberikan kelab EPL mendahului awal menerusi sepakan penalti minit ke-13'.Blackburn menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi pertahanan Scott Wharton minit ke-44, tetapi jaringan minit ke-53 Jesse Lingard meletakkan Forest semula di depan dan Taiwo Awoniyi (79') dan Johnson (92') melengkapkan kekalahan itu. | 4 | 22 Disember 2022 08:14am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237244/berita/sukan/pan-gon-puji-semangat-juang-harimau-malaya | Pan Gon puji semangat juang Harimau Malaya | KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon memuji semangat juang yang dipamerkan anak buahnya selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada perlawanan pembukaan Kumpulan B kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AFF) pada Rabu.Pan Gon mengakui kemenangan tipis di Stadium Thuwunna tidak terhasil dengan mudah terutamanya apabila para pemain terpaksa melalui masa sukar bermain dalam keadaan yang berbeza daripada biasa."Tahniah kepada pemain Harimau Malaya kerana menyumbang tiga mata, ia adalah perlawanan yang sukar dengan keadaan berbeza, padang berbeza selain cuaca dan masa."Semua keadaan itu bukan mudah untuk para pemain tapi kita sudah jangkakan ia satu perlawanan sukar kerana tiada pasukan yang mahu tewas di hadapan penyokong sendiri,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini malam Rabu.Pada masa sama, Pan Gon berkata, barisan pemain tidak menunjukkan permainan terbaik mereka dan mengakui tuah menyebelahi pasukan negara apabila penjaga gol kebangsaan Ahmad Syihan Mohamed Hazmi meranapkan peluang tuan rumah untuk menyamakan kedudukan selepas memperoleh sepakan penalti pada minit akhir perlawanan."(Secara keseluruhan) Saya rasa ia adalah permulaan yang baik, perlawanan pertama di tempat lawan dan kita capai sasaran untuk membawa pulang tiga mata. Kita akan persiapkan pasukan untuk berdepan Laos (24 Disember) dan membetulkan beberapa perkara agar lebih baik pada perlawanan seterusnya,” katanya.Malaysia akan menerima kunjungan Laos pada perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil.Sementara itu, Ahmad Syihan berterima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan yang sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam dan luar padang untuk memburu keputusan positif pada setiap perlawanan.Katanya, kejayaan menundukkan Myanmar ialah motivasi terbaik buat pasukan untuk mengharungi baki saingan kumpulan terutama dua perlawanan getir berdepan Vietnam di Hanoi pada 27 Disember dan aksi terakhir bertemu Singapura di Bukit Jalil (3 Januari)."Perlawanan malam ini (Rabu) memang pembakar semangat pasukan dan saya minta semua penyokong Malaysia doakan kami pergi lebih jauh sehingga final. Malam ini bukan saya seorang tetapi semua pemain daripada pertahanan ke bahagian depan semua berikan segalanya,” kata penjaga gol berusia 26 tahun itu.Pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Ahmad Syihan masing-masing muncul wira Malaysia apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-52 dan bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Myat Kaung Khant pada penghujung perlawanan. - Bernama | 4 | 21 Disember 2022 11:18pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237231/berita/sukan/piala-aff-malaysia-bermula-langkah-kanan | Piala AFF: Malaysia bermula langkah kanan | MALAYSIA memulakan saingan Kumpulan B Piala AFF 2022 dengan langkah kanan setelah menundukkan Myanmar 1-0 di Stadium Thuwunna pada Rabu.Skuad Harimau Malaya yang dibimbing Kim Pan-gon memperoleh gol tunggal menerusi Faisal Halim pada minit ke-52.Ia merupakan gol kelima daripada 14 penampilan Faisal atau lebih dikenali dengan jolokan Mickey bersama skuad kebangsaan.Perlawanan agak perlahan pada babak pertama dengan penguasaan bola berpihak pasukan tuan rumah yang turut melancarkan serangan balas pantas.Bagaimanapun kedua-dua pasukan buntu memecah benteng lawan dan keputusan terikat tanpa jaringan.Memasuki babak kedua, Malaysia membuat pertukaran dengan memasukkan pemain naturalisasi, Lee Tuck dan rentak permainan skuad negara berubah di jentera depan.Faisal menjadi duri dalam daging buat Myanmar apabila menyudahkan bola hantaran kapten, Safawi Rasid untuk menewaskan Kyaw Zin Phyo di gawang.Tersentak jaringan itu, Myanmar cuba bangkit memburu jaringan penyamaan dan hampir membuatkan hasil, namun peluang sepakan penalti dipersiakan oleh Myanmar.Syihan Hazmi menafikan sepakan penalti pemain Myanmar untuk membantu skuad Harimau Malaya meraih tiga mata sulung.Malaysia akan menentang Laos dalam aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu dan bertandang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 27 Disember.Pasukan kebangsaan akan menutup tirai peringkat kumpulan berdepan Singapura di laman sendiri pada 3 Januari.Malaysia pernah muncul juara pada edisi 2010, selain naib juara sebanyak tiga kali pada 1996, 2014 dan 2018. | 4 | 21 Disember 2022 08:39pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237205/berita/sukan/beregu-campuran-dapat-sentuhan-nova | Beregu campuran dapat sentuhan Nova | PEMAIN beregu campuran badminton negara bakal mendapat sentuhan padu daripada bekas juara dunia dua kali dari Indonesia, Nova Widianto sebagai jurulatih baharu.Nova, pemenang Kejohanan Badminton Dunia edisi 2005 dan 2007 dan pemenang pingat perak Olimpik pada 2008 bersama Liliyana Natsir dilabel antara pemain beregu campuran terbaik eranya.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Rabu mengumumkan Nova menandatangani kontrak selama dua tahun dengan badan induk itu untuk mengendalikan beregu campuran.Jurulatih berusia 45 tahun itu akan melaporkan diri kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.BAM tidak sabar untuk bekerjasama dengan Nova apabila dia memegang jawatannya mula bulan depan.“Pemain beregu campuran negara teruja dengan prospek mempunyai jurulatih berkaliber beliau membantu mereka.“Pengalaman Nova sangat berharga buat pemain, terutama dengan kelayakan untuk Sukan Olimpik Paris bermula tahun depan,” ujar Rexy. | 4 | 21 Disember 2022 06:09pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237137/berita/sukan/newcastle-lepasi-halangan-bournemouth | Newcastle lepasi halangan Bournemouth | SVEN Botman disifatkan telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemaraan Newcastle United ke pusingan lapan terbaik Piala Liga setelah menewaskan Bournemouth 1-0 di Stadium St James' Park.Pengendali The Magpies, Eddie Howe berkata, pemain pertahanan dari Belanda itu beraksi cemerlang ketika menyekat jentera serangan The Cherries kendalian, Gary O'Neil.“Sven Botman beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Saya fikir itu adalah permainan terbaiknya untuk kami khasnya penguasaan di udara. Dia dominan terhadap penyerang Bournemouth."Malah sebelum ini penguasaan bolanya pada musim ini sangat baik tetapi dia juga banyak bermain di kawasan lain. Ia adalah malam yang baik untuknya dan Newcastle United," katanya.Pada perlawanan pusingan 16 terbaik itu, Newcastle menewaskan Bournemouth hasil jaringan sendiri Adam Smith pada minit ke-67 di hadapan lebih 51,000 penyokong Toon.Howe sebelum itu menamakan kesebelasan yang kuat menentang kelab lamanya apabila memanggil semula bintang Piala Dunia Qatar 2022 seperti Kieran Trippier dan Callum Wilson, namun Botman yang paling bersinar untuk Magpies.Mengenai para bintang Qatar 2022 Newcastle United, Howe berkata: "Pemain Piala Dunia kembali cergas dan sihat, serta semua terdesak untuk bermain."Tiada seorang pun daripada mereka yang mempunyai minit permainan setelah menghabiskan masa yang lama tanpa perlawanan, ini situasi yang sentiasa agak sukar, walaupun anda sedang berlatih." jelasnya.Pada masa sama Howe mengakui pasukannya tidak berada pada tahap terbaik, namun menambah: "Saya tidak fikir kami berada pada tahap terbaik pasukan."Namun saya tidak fikir kami akan menjadi hanya kerana peningkatan permainan dalam perlawanan ini. Saya fikir Bournemouth menyukarkan kami, dan bahagian pertahanan beraksi cemerlang." | 4 | 21 Disember 2022 12:52pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237133/berita/sukan/pencapaian-mac-allister-banggakan-brighton | Pencapaian Mac Allister banggakan Brighton | AKSI cemerlang Alexis Mac Allister membantu Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 membawa sinar baharu buat kelabnya, Brighton bersaing lebih hebat di Liga Perdana Inggeris (EPL).Pengurusnya, Roberto De Zerbi bangga dengan pencapaian Mac Allister dengan berkata, pemain tengah Seagulls itu adalah seorang daripada pemain terbaik di Qatar.Argentina merangkul trofi berprestij itu buat kali ketiga selepas memenanginya pada 1978 dan 1986.Kejayaan itu diraih dalam satu aksi dramatik selepas menundukkan Perancis menerusi penentuan penalti Ahad lalu.De Zerbi tidak bercadang untuk meletakkan Allister terus ke dalam pasukan utama dengan pemain berusia 23 tahun itu diberikan cuti selama dua minggu."Kami sangat bangga dengannya," kata De Zerbi menjelang pertemuan pusingan keempat Piala Liga berdepan kelab divisyen tiga, Charlton."Saya rasa dia adalah seorang daripada pemain terbaik pada Piala Dunia, gaya permainannya sangat bagus, dia tidak membuat kesilapan dan faham apa yang perlu dibuat sebelum bermain," katanya.Mac Allister bermula dalam kesebelasan utama pada enam aksi Argentina di Qatar selepas diletakkan di bangku simpanan ketika tewas mengejut kepada Arab Saudi."Saya menulis banyak mesej kepadanya. Saya sangat gembira dan begitu juga kelab.De Zerbi memberitahu, Mac Allister diberi cuti selama dua minggu dan Brighton serta rakan sepasukan akan menantinya untuk meneruskan kejohanan bersama-sama."Selepas sebulan di Piala Dunia dia perlu kuat kerana tekanan dan emosi. Dia juga perlu berehat."Kami akan menggunakan pemain lain ketika ketiadaannya," katanya. | 4 | 21 Disember 2022 12:41pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237129/berita/sukan/sambutan-kepulangan-wira-argentina-bertukar-huru-hara | Sambutan kepulangan wira Argentina bertukar huru-hara | SKUAD Piala Dunia Qatar 2022, Argentina terpaksa dipindahkan menggunakan helikopter apabila peminat melompat dari jambatan ke bas pasukan.Sekurang-kurangnya seorang penyokong dilaporkan cedera dan dibawa dengan pengusung ketika Lionel Messi dan pemain La Albiceleste melalui laluan berhampiran jambatan di Buenos Aires.Para penyokong memanjat turun dari jambatan ke atas bas apabila ia lalu di bawahnya namun seorang daripadanya terjatuh.Itu antara beberapa adegan huru-hara yang berlaku ketika sambutan wira terhadap skuad Argentina yang menjuarai Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir 18 Disember laluPerarakan skuad kendalian Lionel Scolani menempuh 80 kilometer selepas berlepas dari pekarangan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), namun terpaksa dihentikan awal atas nasihat keselamatan.Beberapa media tempatan melaporkan lebih kurang empat juta orang berkumpul untuk menyambut wira mereka.Pada mulanya sambutan yang bermula meriah dan berjalan lancar berubah sehingga insiden jambatan itu.Sementara itu, AFA mengakui kekecewaan apabila terpaksa menamatkan perarakan lebih awal - dengan pemain melengkapkan perjalanan menggunakan helikopter."Pemain-pemain pasukan bola sepak Argentina mengakhiri perayaan dengan terbang menaiki helikopter ketika penyokong berkumpul di bandar itu."Mereka membuat keputusan itu selepas mengesahkan bahawa mereka tidak boleh meneruskan perjalanan dengan bas di tengah-tengah orang ramai."Presiden AFA Claudio Tapia berkata: "Mereka tidak membenarkan kami untuk menyambut semua orang yang berada di Obelisk."Agensi keselamatan yang mengiringi kami tidak membenarkan kami bergerak ke hadapan." | 4 | 21 Disember 2022 12:20pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237109/berita/sukan/bruyne-tekad-bantu-guardiola-barakan-city | Bruyne tekad bantu Guardiola barakan City | PEMAIN sensasi, Kevin De Bruyne bertekad untuk melakar lebih banyak kejayaan bersama Manchester City selepas Pep Guardiola memperbaharui kontraknya baru-baru ini.Guardiola menandatangani kontrak lanjutan dua tahun ketika Piala Dunia 2022 hangat berlangsung di Qatar.City dalam misi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima musim ini dengan The Citizens ketinggalan lima mata daripada pendahulu Arsenal sebelum saingan liga bersambung semula.De Bruyne juga percaya komitmen pengurus itu boleh memberi inspirasi kepada juara bertahan itu untuk terus menjulang trofi."Ia adalah berita baik untuk didengar semasa kami tiada."Pep (Guardiola) sudah melakukan begitu banyak untuk kelab dan saya pasti dia akan terus melakukannya," ujar De Bruyne.De Bruyne mengejutkan kanak-kanak di acara City in the Community apabila kelab itu menderma £190,000 (RM1.1 juta) sempena perayaan Krismas hujung minggu ini.Beberapa pemain bintang termasuk Erling Haaland dan Riyad Mahrez turut meluangkan masa bersama pesakit di Hospital Kanak-kanak Diraja Manchester.Selepas berakhir Piala Dunia, De Bruyne mengakui memerlukan sedikit masa menyesuaikan diri untuk kembali bersaing di EPL."Kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan," katanya.Bruyne memberitahu, terdapat juga cabaran yang berbeza daripada segi fizikal dan mental, tetapi beliau dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk separuh kedua musim ini."Kami akan melakukan segalanya yang kami mampu untuk mencuba mendapatkan kembali rentak dan memastikan kami mempamerkan persembahan yang baik" katanya. | 4 | 21 Disember 2022 11:16am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/237101/berita/sukan/mastaf-dibubarkan | MASTAF dibubarkan | PERSEKUTUAN Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) mengumumkan pembubaran badan induk itu berkuat kuasa pada Selasa.Presidennya. Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, keputusan itu sudah mula dibincangkan Jawatankuasa Tertinggi MASTAF pada 8 Disember lalu.Jelasnya lagi, keputusan itu bukan hanya semata-mata berpandukan tindakan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) menyatakan hasrat menganggotai semula Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), pada Isnin."Sebenarnya rundingan mengenai pembubaran ini sudah dimulai pada 8 Disember lalu, yang diinisiatifkan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) bersama dengan PSM untuk bergabung (MASTAF, PSM), yang mana pada mulanya semua berjalan lancar."Namun kita menyedari perbincangan itu (PSM) tidak ikhlas. Mereka tidak menunaikan janji dalam perbincangan itu. Jadi kita pilih jalan terbaik iaitu tidak dapat maju ke depan (bubar)," katanya.Katanya lagi, keputusan itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda arena sepak takraw negara demi kelangsungan pembangunan sukan berkenaan serta menjaga kebajikan atlet.Jelas Suhaili, empat badan induk negeri yang sebelum ini bernaung di bawah MASTAF iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Sarawak akan menentukan sendiri sekiranya mereka mahu bernaung di bawah PSM."Keputusan bernaung di bawah PSM terserah pada mereka...macam saya akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Persatuan Sepak Takraw Labuan untuk membuat keputusan, dan besar kemungkinan saya turut akan mengundur diri daripada menerajui Persatuan Sepak Takraw Labuan," ujarnya.Untuk rekod, kemelut sepak takraw negara bermula apabila Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) menyingkirkan PSM pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Februari tahun lalu.Sementara itu, MASTAF pula merupakan badan induk sepak takraw negara yang sah selepas diiktiraf sebagai ahli baharu ASTAF Mac lalu dan turut diterima menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) pada April.Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum ini mengesahkan menerima permohonan PSTPs untuk menyertai semula badan induk itu dan akan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM yang akan diadakan tidak lama lagi. | 4 | 21 Disember 2022 10:17am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237072/berita/sukan/piala-aff-safawi-harap-dapat-bertuah-kali-ketiga | Piala AFF: Safawi harap dapat bertuah kali ketiga | KETUA pasukan Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid, berharap dapat bertuah kali ketiga apabila membimbing pasukan negara ke medan pertempuran dalam saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dan menamatkan penantian 12 tahun negara untuk mencapai kejayaan.Malaysia, yang memenangi Piala pada 2010 sebelum muncul naib juara pada 2014 dan 2018, juga menduduki tempat kedua terbaik dalam pertemuan sulung pada 1996 dengan tewas 1-0 kepada Thailand di final.Tetapi Safawi dan rakan-rakan, berharap untuk menjadi lebih baik kali ini, berkata: "Menjadi juara adalah hasrat semua pemain, kakitangan kejurulatihan dan pegawai pasukan.”"Ini adalah penampilan ketiga saya dalam Piala AFF, tahun ini kita semua mempunyai misi besar di hadapan - untuk menjulang trofi!"Biar apa pun berlaku, kami mesti memberikan yang terbaik dan cuba membawa pulang trofi,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Thuwunna, di sini hari ini, menjelang aksi pembukaan Kumpulan B, menentang Myanmar esok.Pemain digeruni Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, yang bakal menyertai Ratchaburi FC Thailand secara pinjamanin musim depan, juga cepat merdakan kebimbingan bahawa skuad Harimau Malaya kali ini kurang mantap."Kami mempunyai semangat berpasukan yang baik dan percaya boleh melakukannya,” katanya.Selepas Myanmar, Malaysia akan pulang untuk menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Dis, diikuti dua perlawanan penting - menentang Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura (3 Januari) di Bukit Jalil. - Bernama | 4 | 20 Disember 2022 10:15pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/237069/berita/sukan/mom-lancar-tabung-pendidikan-atlet | MOM lancar Tabung Pendidikan Atlet | Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melancarkan Tabung Pendidikan Atlet MOM pada awal tahun depan bagi membantu membiayai serta menampung kos pengajian atlet kebangsaan yang berkelayakan.Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, cadangan yang dikemukakan Lembaga Eksekutif MOM pada 22 November lalu itu telah diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM.“Butiran terperinci termasuk mekanisme, kriteria dan kertas kerja tabung ini akan diperincikan oleh Pengurusan MOM untuk kelulusan Lembaga Eksekutif MOM,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-203 yang dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Rabu.Tabung Pendidikan Atlet MOM akan menggantikan Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee yang diwujudkan pada November 1999 bagi mengenang jasa mantan Naib Presiden MOM itu.Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, MOM telah menyatakan beberapa hasrat mereka termasuk meneruskan idea untuk mewujudkan organisasi terdiri daripada wakil badan induk itu dan agensi kerajaan selepas mengadakan perbincangan dengan Hannah.Menurutnya, MOM mencadangkan idea itu tahun lalu walaupun ia tidak dapat diteruskan semasa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi Menteri Belia dan Sukan.“Saya membangkitkan isu ini dengannya (Hannah) pagi ini (Selasa) dan berkata yang kita perlu menyusun satu struktur yang bebas daripada permasalahan politik.“Ini bagi memastikan perancangan jangka sederhana dan panjang kita tidak terganggu oleh perubahan politik (seperti yang berlaku sebelum ini).“Reaksi awalnya adalah positif dan kami berharap beliau kekal (sebagai menteri Belia dan Sukan) untuk lima tahun supaya perancangan itu dapat berjalan lancar,” ujarnya.Pada November tahun lalu, MOM mencadangkan penubuhan organisasi dan cadangan itu pernah disuarakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika post mortem sebaik tamat Sukan Olimpik Tokyo 2020.MOM mencadangkan penubuhan sebuah organisasi terdiri daripada wakil badan induk itu dan agensi kerajaan bagi menyelia program sukan berprestasi tinggi terutamanya bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028. | 4 | 20 Disember 2022 09:31pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/237063/berita/sukan/hala-tuju-kbs-mom-selari | Hala tuju KBS, MOM selari | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan bekerjasama sepenuhnya dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) demi kebajikan atlet negara bagi memastikan perancangan arena sukan tanah air berjalan lancar.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berganding bahu dengan barisan kepimpinan MOM diketuai Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.“Saya telah meluahkan hasrat saya sebagai Menteri Belia dan Sukan dan saya juga telah mendengar ucapan Tan Sri (Mohamad Norza)... sebenarnya apa yang kita (KBS, MOM) mahukan adalah sama.“MOM dan KBS akan perjuangkan isu sama (kebajikan atlet negara), jadi lebih baik sekarang kita bekerjasama dengan erat untuk kita bangunkan (arena sukan) bersama dan ya... memang tiada masalah antara kami (KBS, MOM),” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-203 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Selasa.Minggu lalu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim mencetuskan kenyataan kurang disenangi MOM dan persatuan sukan kebangsaan (NSA) biarpun tujuan asalnya adalah untuk membasmi penyelewengan dan korupsi dalam industri sukan negara.Bagaimanapun, Hannah enggan memanjangkan isu tersebut, sebaliknya beliau komited untuk memperjuangkan nasib atlet selain memacu kecemerlangan sukan negara terutama menghadapi jadual padat pada 2023.Pada masa sama, Hannah memberitahu, timbalannya itu tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan kerana memberi tumpuan kepada bencana banjir di Kelantan dan Terengganu.Dalam pada itu, Hannah memaklumkan Bajet 2023 untuk belia dan sukan hanya akan diketahui selepas Parlimen selesai membentangkannya di Dewan Rakyat.“Saya tak boleh katakan semua akan dikekalkan kerana bajet itu masih di peringkat parlimen belum diluluskan. Jadi mungkin akan ada peningkatan atau mungkin juga pengurangan.“Tetapi secara keseluruhan kita hendak pastikan bajet itu tidak akan banyak terjejas kerana kita tidak mahu menganggu persiapan atlet menghadapi kejohanan yang akan datang,” jelasnya.Dalam pembentangan Bajet 2023 pada Oktober lalu, kerajaan terdahulu telah memperuntukkan sebanyak RM322 juta bagi melaksanakan program latihan serta fasiliti sukan negara. | 4 | 20 Disember 2022 08:30pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/237060/berita/sukan/pstps-kembali-sertai-psm | PSTPs kembali sertai PSM | PERSATUAN Sepak Takraw Perlis (PSTPs) membuat keputusan keluar daripada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) berkuat kuasa pada Isnin untuk kembali berada di bawah naungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).Perkara itu dimaklumkan Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan dalam satu sidang akhbar disertai Presiden PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad yang turut memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Penolong Setiausaha Agung MASTAF."Daripada 18 ahli, sekarang menjadi 19. Kita ada 12 persatuan negeri dan tujuh ahli bersekutu. Sebelum ini ada 16 tak termasuk Perlis tetapi ada dua yang baharu iaitu Majlis Sukan Universiti (Masum) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memohon untuk menjadi ahli bersekutu."Ini menjadikan 18 kesemuanya dan apabila Perlis mengumumkan permohonan untuk kembali memasuki PSM, kita ada 19 kesemuanya," katanya dalam sidang akhbar di ibu negara pada Selasa.Dengan kemasukan semula PSTPs, PSM kini mempunyai 19 ahli gabungan yang merangkumi 12 persatuan sepak takraw negeri dan tujuh ahli bersekutu.MASTAF pula yang diiktiraf Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak takraw Antarabangsa (ISTAF) hanya mempunyai empat ahli gabungan iaitu Selangor, Sarawak, Putrajaya, Labuan."PSM sentiasa bermesyuarat, berbincang dan kita mengalu-alukan ahli MASTAF untuk bersama-sama dengan kita. Kita memahami kemelut terkini, jadi demi kebaikan sepak takraw di Malaysia, eloklah kita bersama-sama dalam keluarga PSM."Saya fikir, langkah dibuat Syed Azmir sebagai satu langkah yang tepat dan saya faham, dia memikirkan demi kebaikan sepak takraw negara, bukan untuk diri sendiri," jelas Sumali. | 4 | 20 Disember 2022 07:55pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/237053/berita/sukan/messi-berdepan-insiden-cemas | Messi berdepan insiden cemas | LIONEL Messi nyaris terhumban daripada bumbung bas yang dinaikinya ketika sesi perarakan bagi meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia Qatar 2022 selepas pulang ke Argentina pada petang Rabu.Messi dan empat rakan sepasukannya termasuk Leandro Paredes dan Angel Di Maria yang dalam perjalanan ke padang Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) sempat menundukkan kepala ketika bas itu melewati wayar kabel kuasa.Puluhan ribu penyokong memenuhi jalan raya bagi meraikan pemain sejurus pesawat yang membawa mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires selepas mengharungi 19 jam penerbangan.Video insiden menunjukkan pemain tengah Atletico Madrid, Rodrigo de Paul menyedari kabel itu pada saat akhir dan pantas memaklumkan kepada rakan-rakan sepasukannya.Paredes nyaris terjatuh tetapi dapat mengimbangkan diri apabila dia menundukkan kepala tepat pada masanya, namun kehilngan topi bola lisut yang terkena kabel.Messi yang duduk di tengah dalam kalangan pemain-pemain Argentina sambil memeluk Piala Dunia jelas tergamam, namun kemudiannya dia dilihat ketawa sejurus insiden tersebut. | 4 | 20 Disember 2022 07:26pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/237044/berita/sukan/harimau-malaya-sedia-benam-myanmar | Harimau Malaya sedia benam Myanmar | HARIMAU Malaya melaungkan amaran sudah bersedia untuk menumbangkan Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu.Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, barisan pemainnya kini berada pada momentum terbaik untuk mencuri tiga mata berharga biarpun rekod di laman lawan tidak memihak mereka.“Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan menentang Myanmar esok (Rabu). Semua pemain juga cergas dan berada pada tahap keyakinan yang tinggi.“Kami akan beri persembahan terbaik dan cuba dapatkan keputusan yang positif. Perlawanan ini sangat penting kerana kita tahu Myanmar adalah salah sebuah pasukan yang agak sukar dalam Kumpulan B.“Saya tidak mahu melihat rekod perlawanan lalu. Namun, saya percaya pemain sangat dahagakan kemenangan dan akan mencari kemenangan esok (Rabu),” katanya dalam sidang akhbar di Yangon pada Selasa.Untuk rekod, kedua-dua pasukan sudah berentap sebanyak enam kali sejak 2011 dengan Malaysia menang dua kali - Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 2011.Namun, Malaysia tewas 0-1 kepada Myanmar dalam aksi Piala AFF di Stadium Thuwanna pada 26 November 2016 sebelum tumbang sekali lagi dengan keputusan sama dalam perlawanan persahabatan di gelanggang itu pada 29 Ogos 2017.“Saya tahu away game selalunya sukar dan pasukan tuan rumah akan gunakan kelebihan mereka. Saya juga pernah menghadapi Myanmar dalam beberapa perlawanan, mereka mempunyai pemain yang bagus dan menarik.“Namun, saya hanya fokuskan kepada pasukan saya sahaja dan mahu dapat tiga mata. Pemain yang dibawa kali ini juga adalah antara yang terbaik dan bersemangat bermain untuk negara,” ujarnya.Selepas pertemuan menentang Myanmar, anak-anak buah Pan-gon hanya dapat 'berehat' dua hari sebelum menanti kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.Safawi tekad julang Piala AFFSelepas gagal dalam dua percubaan di pentas 'Piala Dunia Asia Tenggara' sebelum ini, Safawi Rasid berikrar mahu membantu Harimau Malaya merangkul kejuaraan Piala AFF 2022.Safawi berkata, pertemuan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Rabu cukup penting bagi melonjakkan semangat Harimau Malaya dalam memburu gelaran juara.Safawi berazam membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF kali ini. -Foto FAM“Kami akan buat yang terbaik untuk negara. Secara peribadi, saya bermain Piala AFF tahun ini tidak hanya saya, pasukan dan staf ada misi besar untuk menang trofi ini.“Apa juga yang berlaku, kami perlu beri yang terbaik untuk dapat piala ini. Walaupun pasukan dibarisi pemain baharu dan muda, tetapi kami mempunyai semangat dalam pasukan,” katanya.Untuk rekod, Safawi yang akan menyertai kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC sebaik kejohanan kali ini berakhir, hampir membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF 2018.Bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan gelaran naib juara selepas Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Tan Cheng Hoe tewas 2-3 secara agregat kepada Vietnam.Pada edisi di Singapura tahun lalu, tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus kempunan bergelar juara apabila Harimau Malaya gagal melepasi aksi peringkat kumpulan.Mengulas mengenai suasana di kem Harimau Malaya menjelang aksi pembukaan menentang Myanmar, Safawi berkata: “Kami ada semangat yang tinggi dalam pasukan dan kami percaya kami mampu menang dalam kejohanan ini.” | 4 | 20 Disember 2022 06:53pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/237008/berita/sukan/kelibat-fandi-cetus-tanda-tanya | Kelibat Fandi cetus tanda tanya | KELIBAT Fandi Ahmad pada sesi latihan pertama skuad Sri Pahang FC pada Isnin seolah-olah memberi bayangan pengendali dari Singapura itu bakal melatih skuad Tok Gajah bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.Jurulatih berusia 60 tahun itu dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kelab Bolasepak Sri Pahang FC (SPFC) musim ini memberikan kelebihan kepada Fandi untuk kekal di Darul Makmur musim 2023.Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab itu berhubung kedudukan Fandi dan Datuk Dollah Salleh selaku ketua jurulatih Sri Pahang musim ini.Ia masih menjadi teka-teki kerana setakat ini senarai pemain masih belum diumumkan termasuk import.Bagaimanapun, keputusan rasmi penyerang import dari Colombia, Steven Rodriguez yang sah tidak bersama skuad Tok Gajah musim depan.Nasib empat lagi pemain import iaitu Kevin Ingreso dari Filipina, Sherzod Fayziev (Uzbekistan), Mamadou Samassa (Mali) dan Manuel Hidalgo (Argentina) masih mencetuskan tanda tanya sama ada kekal atau sebaliknya.Media sebelum ini melaporkan hanya Fandi disebut-sebut untuk membimbing skuad itu dengan perubahan yang akan dilakukan terutama menampilkan barisan pemain berpengalaman.Kehadiran Fandi pada pertengahan musim membantu Sri Pahang memperbaiki kedudukan daripada dasar Liga Super ke tempat ketujuh.Beliau memberi impak positif kepada skuad Tok Gajah biarpun misi berada di kedudukan kelima tidak kesampaian.Pada sesi latihan pra musim itu antara pemain yang hadir ialah Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Baqiuddin Shamsuddin, Zarif Irfan Hashimuddin, Ashar Al Aafiz bin Abdullah dan Muslim Ahmad. | 4 | 20 Disember 2022 04:18pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/236999/berita/sukan/khuzaimi-sah-milik-selangor | Khuzaimi sah milik Selangor | SELANGOR FC tidak main-main untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan apabila mengumumkan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee sebagai pemain baharu pasukan tersebut.Perkara itu diumumkan Selangor FC menerusi laman Facebook rasmi pasukan pada Selasa yang turut memuat naik video aksi Khuzaimi bersama pasukan lamanya dan skuad negara."Selamat datang ke Selangor FC, Khuzaimi," tulis Selangor FC di laman Facebook mereka.Pemain berusia 29 tahun itu merupakan bekas pertahanan Negeri Sembilan FC yang menjadi tonggak penting membantu pasukan berada dalam kelompok empat terbaik Liga Super dan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim lalu.Pemain kelahiran Melaka itu telah tampil sebanyak 23 kali bersama Negeri Sembilan musim lalu selain pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Melaka United dan UiTM FC sepanjang kariernya.Kehadiran Ahmad Khuzaimi ke Selangor FC itu sekali gus memantapkan benteng pertahanan skuad Gergasi Merah selepas turut mengumumkan kehadiran bekas pertahanan kiri PJ City FC, Ruventhiran pada Ahad lalu. | 4 | 20 Disember 2022 03:38pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236955/berita/sukan/ancelotti-tolak-latih-brazil-mahu-kekal-di-sepanyol | Ancelotti tolak latih Brazil, mahu kekal di Sepanyol | JURULATIH berpengalaman, Carlo Ancelotti menolak desas-desus akan melatih pasukan Brazil yang tersingkir di peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.Sebaliknya pengendali berusia 63 tahun itu mahu terus melatih Real Madrid dan kekal bersama di kelab Sepanyol itu sehingga kontraknya tamat pada Jun 2024."Saya tidak tahu apa yang dijanjikan pada masa depan. Saya hidup hari demi hari," ujar Ancelotti.Media sebelum ini melaporkan Ancelotti antara calon yang disebut-sebut mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tite selepas meletakkan jawatan ekoran kegagalan Brazil di Qatar.Skuad Selecao tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Croatia pada aksi suku akhir setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.Ancelotti mahu kekal fokus dengan tugasnya di Madrid ketika pasukan itu mahu mempertahankan kejuaraan La Liga, Piala Super Sepanyol dan bersedia untuk Piala Kelab Dunia Februari depan."Saya gembira di Madrid, kami ada banyak objektif musim ini. Saya ada kontrak hingga 30 Jun 2024."Jika Real Madrid tidak memecat saya sebelum itu, saya tidak akan ke mana-mana," katanya.Dalam pada itu, jurulatih dari Itali berkenaan memuji jurulatih Argentina, Lionel Scaloni apabila pasukan tersebut dimahkotakan selaku juara Piala Dunia selepas mengatasi Perancis di final."(Scaloni) melakukan tugas yang luar biasa dan tidak mencipta sesuatu yang baharu."Dia meletakkan pemain di tempat yang betul dan memberikan mereka corak bertahan yang bagus," kata Ancelotti.Ancelotti akan meneruskan tugasnya di Real Madrid pada 30 Disember dalam misi mengekalkan kedudukan teratas La Liga dengan Barcelona dua mata di depan. | 4 | 20 Disember 2022 01:01pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236926/berita/sukan/sambutan-besar-wira-piala-dunia-argentina | Sambutan besar wira Piala Dunia Argentina | IBU kota Argentina sudah bersedia untuk sambutan besar-besaran kepulangan hero Piala Dunia mereka selepas kemenangan penuh dramatik ke atas Perancis di perlawanan akhir Piala Dunia Qatar pada Ahad.Argentina menang aksi final di Qatar 4-2 menerusi penalti selepas terikat 3-3 selepas tamat masa tambahan dalam perlawanan disifatkan penuh dramatik dalam sejarah Piala Dunia.Pasukan itu akan diberikan sambutan tersebut selepas mendarat di Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires dijangka jam 2 pagi waktu tempatan hari ini."Skuad juara dunia akan berlepas pada tengah hari Selasa ke Obelisk untuk meraikan kejuaraan dunia bersama peminat," kata Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dalam akaun Twitter rasminya.Kerajaan Argentina juga mengisytiharkan hari sambutan itu sebagai hari cuti supaya seluruh negara dapat meraikan dan menyatakan kegembiraan mereka untuk pasukan kebangsaan. | 4 | 20 Disember 2022 10:50am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236923/berita/sukan/messi-belum-mampu-setanding-maradona---zanetti | 'Messi belum mampu setanding Maradona' - Zanetti | KEJAYAAN Lionel Messi menjulang Piala Dunia di Qatar masih belum cukup untuk mengatasi pencapaian legenda Argentina, Diego Maradona.Bekas pemain Argentina, Javier Zanetti berkata, walaupun persembahan di Qatar telah mengukuhkan kedudukan Messi sebagai pemain terbaik dalam sejarah, namun dia merasakan pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu masih belum dapat mengatasi Maradona sebagai pemain terbaik Argentina sepanjang zaman."Tidak, bukan untuk saya. Saya tidak suka (perbandingan) itu.Kami harus bersyukur kerana dua pemain terhebat dalam sejarah adalah warga Argentina."Saya tidak fikir Messi telah berubah. Saya fikir dia lebih matang sekarang dan dia mampu memimpin pasukan sehingga muncul juara," katanya.Messi membawa Argentina menjuarai Piala Dunia dan memastikan pasukan Amerika Selatan itu menamatkan kemarau 36 tahun dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.Pemain berusia 35 tahun itu turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang berakhir seri 3-3 tamat masa tambahan dan Argentina mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 4-2 dalam penentuan penalti.Menurut Zanetti, kemenangan itu lebih manis apabila perlawanan itu berlangsung cukup dramatik."Ia adalah satu emosi yang hebat diberikan oleh pemain kepada kami kerana kami telah menunggu untuk masa yang sangat lama."Saya rasa mereka berjaya mewujudkan impian jutaan peminat Argentina di seluruh dunia. Ia adalah perlawanan akhir yang hebat untuk kami," katanya. | 4 | 20 Disember 2022 10:33am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236925/berita/sukan/kami-akan-kembali---mbappe | 'Kami akan kembali' - Mbappe | PERANCIS melaungkan amaran akan kembali dengan lebih hebat selepas kekalahan 'kejam' kepada Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia Qatar pada Ahad.Pada perlawanan tersebut, Kylian Mbappe meledak hatrik untuk bangkit mengikat Argentina 3-3 selepas tamat masa tambahan dan mengheret lawan ke penentuan sepakan penalti.Dia kemudian menyempurnakan penentuan penalti pertama sebelum dua rakannya, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menjaringkan penalti sekali gus memberikan La Abiceleste gelaran Piala Dunia ketiga mereka."Kami akan kembali," kata Mbappe ringkas di laman Instagramnya pada Selasa.Dalam pada itu, bekas penyerang Perancis, Louis Saha memuji prestasi dan kualiti dimiliki Mbappe sepanjang Piala Dunia Qatar."Ia adalah satu pencapaian yang sukar dipercayai untuk seorang pemain muda sepertinya di peringkat itu."Semua orang cuba menghalangnya namun Mbappe berada di peringkat berbeza dan mampu menjaringkan tiga gol."Di bahunya diletakkan tanggungjawab di pentas besar seperti itu dan dia berjaya melakukannya. Dia telah menulis sejarah baharu dan akan terus melakukannya," katanya. | 4 | 20 Disember 2022 10:29am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236916/berita/sukan/ronaldo-catat-kegagalan-besar-di-piala-dunia-qatar | Ronaldo catat kegagalan besar di Piala Dunia Qatar | BEKAS pemain Jerman, Lothar Matthaus menyifatkan Cristiano Ronaldo telah mengalami kegagalan besar dan telah merosakkan legasinya sendiri di Piala Dunia Qatar 2022.Ronaldo mengalami prestasi tidak menentu selepas dilepaskan dari Manchester United sebelum permulaan kejohanan di Qatar berikutan temubualnya bersama rancangan TV Piers Morgan.Selepas menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan menentang Ghana, Ronaldo kelihatan berang apabila dikeluarkan semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan sebelum bermula di bangku simpanan dalam dua perlawanan peringkat kalah mati.Matthaus menyifatkan Ronaldo telah membunuh kariernya sendiri di Piala Dunia susulan sikapnya itu selain memberikan kesan buruk kepada pasukan.Malah, Matthaus percaya tiada kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemenang lima kali Ballon D'Or itu berikutan prestasi dan sikap buruknya.Dengan sikap egonya, Ronaldo telah merosakkan pasukan dan dirinya sendiri. Tidak dinafikan bahawa dia adalah pemain yang hebat dan penyerang yang bagus. Tetapi, kini dia telah merosakkan legasinya."Saya tidak fikir dia akan mudah mendapat pasukan yang bagus selepas apa yang berlaku di Qatar," katanya.Ketika Ronaldo dan Portugal tersingkir di suku akhir, nasib Lionel Messi dan Argentina jauh berbeza apabila pasukan Amerika Selatan itu menamatkan kemarau 36 tahun menjulang Piala Dunia.Bagi Matthaus, Messi adalah pemain yang lebih baik daripada Ronaldo dan merupakan 'pemain milenium'."Ronaldo sudah tentu kegagalan besar Piala Dunia, bertentangan dengan Messi."(Messi adalah) pemenang mutlak. Dia layak kerana dia telah memberikan saya dan semua peminat bola sepak kegembiraan yang hebat dengan kualitinya dan cara dia bermain selama 17-18 tahun."Bagi saya, Messi adalah pemain milenium," katanya. | 4 | 20 Disember 2022 09:58am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/236897/berita/sukan/ayuh-harimau-malaya | Ayuh Harimau Malaya! | PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran Harimau Malaya untuk melangkah sejauh yang mungkin pada kempen Piala AFF 2022 yang bermula Rabu ini.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman tidak menyatakan secara khusus bentuk sasaran tersebut, namun yakin dengan kemampuan Harimau Malaya untuk mencipta kejayaan.“Sudah semestinya harapan kita memang tinggi dan akan berusaha sebaik mungkin. Saya yakin dengan kejurulatihan Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihan lain, malah semangat pemain nampak sangat tinggi.“Insya-ALLAH, mereka akan mampu melangkah jauh dalam kejohanan ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum skuad Harimau Malaya berlepas ke Yangon, Myanmar pada pagi Isnin.Selepas berdepan Myanmar di Yangon pada Rabu, Malaysia dijadualkan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember, diikuti Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.Beliau berkata, barisan pemain muda dan baharu dalam skuad kebangsaan kali ini perlu menunjukkan prestasi terbaik bagi menggalas cabaran negara.“Bagi FAM pula, kita sangat bertuah kerana mempunyai ramai pemain berkualiti untuk mewakili Harimau Malaya.“Selepas kejohanan ini, kita akan serahkan kepada Pan-gon untuk menilai setiap pemain sebelum dibawa ke kejohanan lain pada masa akan datang,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau mengajak penyokong untuk sama-sama memberikan sokongan kepada Harimau Malaya apabila skuad negara beraksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.Menurutnya, setakat ini sebanyak 12,000 keping tiket telah terjual dan mengharapkan stadium dapat dipenuhi penyokong tempatan pada perlawanan tersebut.“FAM juga telah mendengar rintihan penyokong dan menurunkan harga tiket sebelum ini. Besar harapan kita agar penyokong dapat memenuhi stadium,” kata beliau. | 4 | 20 Disember 2022 07:10am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236903/berita/sukan/benzema-umum-persaraan-di-pentas-antarabangsa | Benzema umum persaraan di pentas antarabangsa | PEMENANG Ballon d'Or, Karim Benzema mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa berkuatkuasa lewat malam Isnin.Keputusan dibuat selepas penyerang Real Madrid itu terlepas peluang membantu Perancis di pentas Piala Dunia Qatar 2022 akibat kecederaan.Hasrat persaraan itu diumum di akaun Twitter rasmi penyerang tersebut sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.Dalam ciapan di Twitter, Benzema menyatakan telah bekerja keras untuk meraih kejayaan bersama kelab dan pasukan Perancis."Saya telah berusaha dan melakukan kesilapan untuk sampai ke tahap saya berada hari ini. Saya bangga dengannya."Saya telah menulis kisah saya dan cerita kami (bersama pasukan Perancis) telah berakhir," ciap beliau.Tidak dapat dipastikan punca Benzema membuat keputusan demikian.Bagaimanapun wujud pelbagai spekulasi dan laporan bahawa penyerang Madrid itu mempunyai hubungan dingin dengan pengendali Les Bleus, Didier Deschamps.Ia termasuk dakwaan jurulatih itu tidak memanggilnya semula untuk menyertai skuad kebangsaan selepas Perancis melepasi peringkat kumpulan di Qatar, biarpun dia sudah pulih daripada kecederaan.Benzema membuat 97 penampilan bersama Perancis dan meledak 37 gol.Pada aksi final di Stadium Lusail awal pagi Isnin, Perancis terlepas peluang mempertahankan kejuaraan setelah tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Argentina.Terikat 3-3 pada perlawanan yang berlarutan ke masa tambahan, menyaksikan Lionel Messi mengemudi Argentina untuk merangkul gelaran ketiga selepas memenanginya pada edisi 1978 dan 1986. | 4 | 20 Disember 2022 06:58am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236887/berita/sukan/tempias-kejayaan-argentina-buat-malaysia | Tempias kejayaan Argentina buat Malaysia | MALAYSIA boleh menumpang tuah susulan kejayaan Argentina merangkul Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis pada aksi final di Stadium Lusail awal pagi Isnin.Argentina mengakhiri kemarau 36 tahun menang 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 3-3 dengan Perancis pada aksi yang berlarutan hingga ke masa tambahan.Tiga watak penting yang menjadi nadi kejayaan Argentina di Qatar pernah beraksi di bumi Malaysia 25 tahun lalu dalam kejohanan Piala Dunia Belia 1997.Mereka ialah pengendali, Lionel Scaloni dan Pablo Aimar serta Walter Samuel yang bertindak sebagai penolong jurulatih Argentina.Selepas berakhir kejohanan itu, Aimar menjadi pujaan rakyat Argentina termasuk bintang sensasi, Lionel Messi yang menjadikannya sebagai idola.Aimar dianggap antara pemain terbaik kejohanan biarpun tewas kepada Nicolas Olivera untuk perebutan pemain terbaik kejohanan.Maka tidak hairanlah Aimar begitu sentimental ketika menyertai skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2013 hingga 2014.Ketika itu Argentina yang dilatih Jose Pekerman muncul juara selepas menewaskan Uruguay 2-1 di Stadium Shah Alam.Selaku tuan rumah, Malaysia layak secara automatik dan diundi dalam Kumpulan A bersama Uruguay, Maghribi dan Belgium.Para pemain yang mewakili Malaysia pada Piala Dunia Belia 1997. - Foto AgensiMewarnai skuad negara ketika itu ialah jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain, Tengku Hazman Raja Hassan dan V Saravanan.Bagaimanapun, nasib Malaysia sama seperti tuan rumah, Qatar tewas kesemua tiga aksi.Kalah kepada 1-3 kepada Maghribi dan Uruguay serta tunduk 0-3 kepada Belgium.Turut menyerlah dalam kejohanan itu ialah pemain Perancis, Thierry Henry yang mencuri perhatian peminat apabila menyumbat tiga gol.Setahun berlalu, Henry dibeli oleh Juventus dari AS Monaco sebelum disambar Arsenal dan menjadi pemain terbaik dalam sejarah The Gunners.Nama besar lain yang lahir daripada kejohanan itu ialah Michael Owen yang mewakili England, Nicolas Anelka (Perancis) dan Damien Duff (Ireland).Skuad Argentina meraikan kejayaan merangkul Piala Dunia Belia 25 tahun lalu. - Foto AgensiIroninya, skuad Harimau Malaya boleh mengambil inspirasi di sebalik kejayaan Argentina di Qatar dan bumi Malaysia untuk setanding pasukan gergasi dunia pada masa depan. | 4 | 19 Disember 2022 09:28pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/236874/berita/sukan/tiga-mata-sulung-jadi-buruan-harimau-malaya | Tiga mata sulung jadi buruan Harimau Malaya | SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia untuk memperagakan aksi berkualiti, seterusnya melakar kemenangan ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu ini.Penyerang negara, Faisal Halim berkata, dua perlawanan persahabatan sebelum ini yang berakhir dengan keputusan positif turut menyuntik semangat Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan tersebut.“Kita diuji dalam dua perlawanan sebelum ini dan pasukan negara dapat memberikan satu persembahan yang agak baik. Saya percaya rakan-rakan sudah bersedia dan semua tidak sabar menunggu untuk perlawanan pertama.“Saya harap pemain yang terpilih dapat beri yang terbaik. Ini waktu sebenar pemain buktikan mereka layak berada dalam pasukan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.Pada masa sama, Faisal percaya bermain dalam stadium kosong di gelanggang lawan akan memberikan kelebihan kepada skuad negara untuk melakar keputusan positif.Aksi di Yangon itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton atas faktor keselamatan selepas Myanmar menghadapi krisis melibatkan pihak tentera dan juga kerajaan tempatan.Faisal yang sudah meledak lima gol termasuk ketika membenam Kemboja dan Maldives dalam aksi persahabatan minggu lalu percaya, tiga mata penuh ke atas Myanmar akan mengurangkan tekanan buat Harimau Malaya.“Sudah tentu apabila bermain 'away' akan jadi kelebihan kalau tanpa kehadiran penyokong lawan.“Itu membuatkan kita kurang tekanan seterusnya dapat beraksi lebih baik untuk mencapai sasaran tiga mata,” ujarnya. | 4 | 19 Disember 2022 07:50pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236824/berita/sukan/piala-dunia-syabas-buat-messi-dan-argentina-kata-pele | Piala Dunia: Syabas buat Messi dan Argentina, kata Pele | LEGENDA bola sepak Brazil, Pele mengucapkan tahniah kepada Argentina selepas melakar kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang penuh mendebarkan dan menyifatkan kejayaan Lionel Messi sebagai detik bersejarah yang layak buat bintang itu.Pele yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, tetap memberi perhatian kepada acara di Qatar 2022 dan berkata kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia, pastinya menggembirakan mendiang Diego Maradona, lapor Deutsche Presse-Agentur (dpa).Momen itu sungguh bermakna buat bintang sensasi berusia 35 tahun itu kerana berjaya memenangi Piala Dunia sama seperti rekod yang dicipta rakan senegara Maradona yang membantu Argentina muncul juara di Mexico pada 1986. Maradona meninggal dunia pada November 2020 pada usia 60 tahun."Syabas Argentina! Pasti Diego sedang tersenyum sekarang," tulis Pele di Instagramnya.Pele, 82, turut menyuarakan simpatinya kepada Kylian Mbappe yang kecundang meskipun mencipta hatrik menerusi dua sepakan penalti dan satu rembatan kencang, menyamai rekod pencapaian Geoff Hurst dari England ketika menentang Jerman Barat dalam edisi Piala Dunia 1966.Argentina muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 2-2 pada masa sebenar sebelum seri 3-3 pada masa tambahan.Messi menyumbat dua gol dalam perlawanan klasik itu.Trofi Bola Emas menjadi milik Messi buat kali kedua manakala Mbappe yang muncul penjaring terbanyak dengan lapan gol, memperoleh Trofi Kasut Emas.Pele turut memuji pencapaian Maghribi yang menduduki tempat keempat selain muncul sebagai pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir di kejohanan itu."Hari ini, bola sepak terus melakarkan kisahnya seperti biasa amat mempesonakan."Messi memenangi Piala Dunia pertamanya...Mbappe pula menjaringkan empat gol dalam perlawanan akhir...Dan saya mesti mengucapkan tahniah kepada Maghribi atas pencapaian luar biasa kali ini. Hebat melihat Afrika bersinar," kata Pele. - Bernama | 4 | 19 Disember 2022 04:37pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236806/berita/sukan/kisona-tinggalkan-bam | Kisona tinggalkan BAM | PEMAIN perseorangan wanita negara, S Kisona memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini kerana mahu menumpukan kepada proses pemulihan selain memerlukan masa yang lebih fleksibel untuk meneruskan kerjayanya dalam badminton.Bagaimanapun, atlet berusia 24 tahun itu menegaskan tetap akan meneruskan kejayanya sebagai pemain profesional."Saya nak berhenti daripada BAM untuk tumpu kepada pemulihan di bahagian kaki kerana saya pernah menjalani pembedahan setahun yang lalu. Setakat ini, kecil sahaja kecederaan, jadi mungkin boleh pulih dalam tiga minggu, dua minggu atau seminggu pun boleh."Saya perlu bincang balik dengan pusat rehabilitasi. Kalau pemulihan cepat, saya boleh kembali ke kejohanan dan fokus untuk latihan Sukan Olimpik Paris 2024. Kejohanan pertama belum tahu lagi, akan ada perancangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, barisan kejurulatihan dan BAM sebelum ini telah berjumpa dan berbincang bersama Kisona berhubung keputusan keluar daripada badan induk berkenaan."Sejarah kecederaannya tahun ini membawa satu cabaran buatnya bukan sahaja dari segi progres kerjaya badminton tetapi juga emosi. Kisona juga telah dibuli di sosial media,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Michelle Chai berkata, BAM memutuskan untuk melepaskan 12 pemain daripada badan induk berkenaan bagi sesi tahun hadapan.Antara pemain yang dilepaskan BAM ialah perseorangan lelaki, Lim Chong King dan Ting Wen Xuan, perseorangan wanita, Myisha Mohd Khairul, Eoon Qi Xuan serta Joanne Ng May Yin dan pemain beregu lelaki Fawwaz Zainuddin dan Muhammad Zulhairi Sahimi.Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan BAM mampu menumpukan kepada pemain-pemain yang boleh disandarkan untuk membawa pulang pingat buat negara bagi Sukan Olimpik Paris 2024."Kita tumpukan kualiti berbanding kuantiti. Kita tengok juga ada orang ramai cakap BAM suka perap pemain, tak hantar pergi kejohanan. Mulai tahun depan, siapa sahaja yang kita simpan, kita mahu dapat membawa pemain itu ke kejohanan,” katanya.Selain itu, Michelle berkata, 55 pemain senior dikekalkan dalam BAM berdasarkan potensi pemain untuk berada di sekurang-kurang kedudukan ke-30 dunia selain mengambil kira sikap dan disiplin atlet berkenaan. - Bernama | 4 | 19 Disember 2022 03:45pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236740/berita/sukan/masa-depan-di-tangan-messi-sendiri---scaloni | Masa depan di tangan Messi sendiri - Scaloni | KEJAYAAN muncul juara Piala Dunia buat kali ketiga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai masa depan kapten Argentina, Lionel Messi dalam pengembaraan karier bola sepaknya.Persoalan itu dijawab jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yang menyerahkan kepada pemain berusia 35 tahun itu untuk membuat keputusan.Jika dia mahu terus bermain, dia akan bersama kami."Dia lebih berhak untuk memutuskan sama ada mahu kekal beraksi dengan Argentina atau tidak atau apa yang mahu dilakukan dalam kariernya," ujar Scaloni.Scaloni yang kelihatan penuh emosi ketika sidang media selepas aksi final di Stadium Lusail memuji anak buahnya kerana berjuang bersungguh-sungguh menamatkan kemarau kejuaraan selama 36 tahun.Pada perlawanan penuh dramatik di Doha, Argentina padu dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas hatrik Kylian Mbappe memastikan pertembungan itu berakhir 3-3 sehingga masa tambahan.Messi menjaringkan dua gol untuk memenangi Piala Dunia pertama sepanjang karier gemilangnya.Pada awalnya Messi mendedahkan kejohanan di Qatar itu akan menjadi yang terakhir buatnya tetapi Scaloni berkata, penyerang berpengalaman itu berhak membuat keputusan sendiri.Jurulatih berusia 44 tahun itu memberitahu wartawan terpulang kepada Messi untuk menetapkan jangka masa persaraannya ketika mengulas kemungkinan kelibatnya pada Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico."Dia seorang pemain yang hebat. Satu kegembiraan buat kami untuk melatihnya dan rakan sepasukannya."Segala yang disampaikannya kepada rakan sepasukannya tiada tandingan, sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini," ujar Scaloni. | 4 | 19 Disember 2022 11:08am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236733/berita/sukan/perlawanan-akhir-yang-kejam---deschamps | Perlawanan akhir yang kejam - Deschamps | PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps menyifatkan perlawanan akhir menentang Argentina sebagai 'kejam' selepas mereka bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum tewas di penentuan penalti."Kami tidak begitu baik dalam 60 minit pertama menentang lawan yang berkualiti tinggi dan mempunyai lebih banyak tenaga."Tetapi, kami kembali entah dari mana dan mengubah permainan daripada situasi yang sangat sukar. Ia menyebabkan kekalahan membuatkan kami lebih menyesal," katanya.Perancis tewas kepada Argentina 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 tamat masa tambahan dalam aksi final di Stadium Lusail, Doha pada Ahad.Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam masa dua minit untuk membatalkan pendahuluan dua gol Argentina dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.Dia sekali lagi menjaringkan gol daripada sepakan penalti untuk melengkapkan hatriknya dan menjadikan kedudukan 3-3 selepas Lionel Messi meletakkan lawan kembali di hadapan.Argentina kemudiannya menang penentuan penalti selepas sepakan Kingsley Coman diselamatkan dan rembatan Aurelien Tchouameni tersasar.Deschamps menegaskan mereka mempunyai peluang untuk menang perlawanan tersebut di minit akhir permainan, namun gagal menyudahkan beberap peluang terbuka."Pada kedudukan 2-0 ia pastinya bukanlah penyesalan yang sama, anda hanya cakap 'bravo' kepada mereka."Saya tidak mahu memandang rendah Argentina tetapi ada banyak emosi dan ia adalah sesuatu yang kejam kerana kami terlalu hampir," katanya.Deschamps turut mendakwa jangkitan virus yang melanda beberapa pemainnya sebelum aksi final menjadi antara faktor persembahan hambar para pemain."Ada banyak alasan yang menerangkan kenapa kami tidak bagus. Beberapa pemain penting kurang tenaga tetapi membawa masuk pemain muda tanpa pengalaman luas tetapi lebih segar dan banyak kualiti memberikan kami impian," ujarnya. | 4 | 19 Disember 2022 10:36am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236731/berita/sukan/azam-messi-terus-beraksi | Azam Messi terus beraksi | PEMAIN bintang, Lionel Messi melahirkan penghargaan buat ribuan penyokong di Stadium Lusail yang menjadi inspirasi buat Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia selepas 36 tahun."Kami adalah juara dunia," laung Messi dengan menggunakan mikrofon.Dua jaringannya dan sepakan pada penentuan penalti membantu Argentina mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga selepas 1978 dan 1986.Messi memeluk ahli keluarganya dan rakan sepasukan selepas final mendebarkan yang berkesudahan 3-3 sehingga tamat masa tambahan yang menyaksikan Kylian Mbappe melakar hatrik.Messi dan Mbappe turut berjaya menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti sebelum penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menggagalkan sepakan Kingsley Coman manakala Gonzalo Montiel memastikan kejuaraan milik skuad La Albiceleste.Di sebalik kejayaan itu, Messi berazam untuk terus beraksi di peringkat antarabangsa bagi memenuhi impian sepanjang hayatnya.Bagaimanapun dia mengakui kariernya kini di penghujung."Saya mahu terus mengharungi beberapa perlawanan lagi sebagai juara dunia."Karier saya hampir berakhir kerana ini adalah tahun-tahun terakhir saya," katanya.Messi ketika ini memasang impian baharu untuk membantu kelabnya Paris Saint-Germain merangkul gelaran Liga Juara-Juara buat kali pertama. | 4 | 19 Disember 2022 10:24am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236728/berita/sukan/kasut-emas-milik-mbappe | Kasut Emas milik Mbappe | PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas Piala Dunia Qatar 2022 selepas meledak lapan gol sepanjang kejohanan.Hatrik yang dicatatkan Mbappe dalam perlawanan akhir di Stadium Lusail berjaya mengatasi cabaran kapten Argentina, Lionel Messi dengan tujuh gol.Pemain berusia 23 tahun itu juga telah menjaringkan 12 gol dalam kesemua 14 perlawanan Piala Dunia yang diwakilinya sekali gus menyamai rekod yang dipegang legenda Brazil, Pele.Dalam pada itu, Mbappe juga turut menjadi pemain yang meledak hatrik dalam aksi final Piala Dunia sekali gus mengulangi catatan sama yang dilakukan oleh legenda England, Geoff Hurst pada 1966.Hatrik Hurst menyaksikan England berjaya meraih satu-satunya kejuaraan Piala Dunia pada 1966 selepas The Three Lions menewaskan Jerman Barat 4-2 di London."Tahniah kepada Mbappe, apa jua yang berlaku saya sudah mengharungi perjalanan yang hebat," tulis Hurst menerusi ciapan di Twitter miliknya. | 4 | 19 Disember 2022 10:18am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236727/berita/sukan/kekalahan-perancis-umpama-perlawanan-tinju---lloris | Kekalahan Perancis umpama perlawanan tinju - Lloris | KAPTEN Perancis, Hugo Lloris menyifatkan kekalahan final Piala Dunia 2022 kepada Argentina 2-4 dalam penentuan penalti sebagai kejam dan menyamakan perlawanan mendebarkan itu seperti pertandingan tinju.Menurutnya, Argentina lebih bernasib baik kerana mampu tampil cemerlang di penentuan penalti berbanding pasukannya walaupun Perancis telah mempamerkan kebangkitan membanggakan dalam perlawanan tersebut."Seperti pertandingan tinju, kami berbalas pukulan, gol demi gol. Kami juga tidak berputus asa untuk bangkit."Perlawanan memerlukan pemenang dan ia ditentukan menerusi sepakan penalti. Ia sering kali kejam. Kami pulang tangan kosong," katanya.Argentina menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas final di Stadium Lusail, Doha berakhir 3-3 selepas masa tambahan."Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Argentina yang beraksi satu kejohanan hebat dan satu final hebat," katanya.Dalam pada itu, Lloris menyifatkan berakhirnya Piala Dunia Qatar menandakan generasi baharu pasukan Perancis akan memacu pasukan yang sudah semestinya akan diletakkan di bahu penggempur sensasi mereka, Kylian Mbappe."Mbappe "mempamerkan kepimpinan yang baik sepanjang kejohanan terutama pada final," katanya.Penjaga gol berusia 36 tahun itu juga masih berfikir mengenai masa depannya selepas melakukan penampilan terbanyak Perancis dengan 145 perlawanan dalam perlawanan akhir tersebut."Seperti orang lain, saya perlu berehat seketika, untuk melihat perspektif mengenai beberapa perkara," katanya. | 4 | 19 Disember 2022 09:56am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236724/berita/sukan/messi-bawa-pulang-bola-emas | Messi bawa pulang Bola Emas | PEMAIN bintang, Lionel Messi dipilih memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas membantu Argentina muncul juara setelah menewaskan Perancis pada aksi final di Stadium Lusail, awal pagi Isnin.Kejayaan itu menyaksikan Messi muncul pemain pertama memenangi dua kali anugerah berkenaan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik pada Piala Dunia 2014 di Brazil.Pemain berusia 35 tahun itu menyumbat dua gol pada aksi final tersebut untuk mengumpul tujuh gol.Messi turut menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti yang menyaksikan Argentina menang 4-2 ke atas Perancis selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga berakhir masa tambahan.Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe pula membawa pulang Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak kejohanan selepas meledak lapan gol.Dalam pasa itu, penjaga gawang Argentina, Emiliano Martinez meraih anugerah Sarung Tangan Emas apabila dipilih sebagai penjaga gol terbaik.Pemain muda terbaik pula menjadi milik Enzo Fernandez yang berusia 21 tahun.Kemenangan Argentina ke atas Perancis menyaksikan skuad bimbingan Lionel Scaloni itu mencatat gelaran juara Piala Dunia ketiga selepas kejayaan pada edisi 1978 dan 1986. | 4 | 19 Disember 2022 09:45am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236721/berita/sukan/kejuaraan-buat-rakyat-argentina---scaloni | Kejuaraan buat rakyat Argentina - Scaloni | JURULATIH termuda di Piala Dunia 2022, Lionel Scaloni mendedikasi kejuaraan yang diraih di bumi Qatar sebagai hadiah buat rakyat Argentina.Pengendali berusia 44 tahun itu menjadi perancang di sebalik kejayaan Argentina menewaskan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga masa tambahan dalam aksi final awal pagi Isnin.Scaloni berkata, kejayaan itu perlu dinikmati sepenuhnya oleh seluruh rakyat negara tersebut selepas kali terakhir Argentina memenanginya 36 tahun lalu.Ini adalah detik untuk dinikmati, terutamanya rakyat Argentina," kata Scaloni kepada saluran media rasmi Piala Dunia di Doha selepas aksi final yang penuh dramatik di Stadium Lusail.Argentina mendahului dua jaringan pada separuh masa pertama dan 3-2 ketika berbaki seminit sebelum tamat masa tambahan menerusi dua gol Lionel Messi dan satu jaringan Angel Di Maria sekali gus meletakkan pasukan itu di ambang kejuaraan.Bagaimanapun, hatrik Kylian Mbappe membolehkan Perancis kekal bersaing sehingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.Penjaga gol, Emiliano Martinez muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Kingsley Coman dan Gonzalo Montiel.Kesemua empat sepakan penalti disempurnakan dengan baik untuk memberikan kejuaraan ketiga buat Argentina selepas kali terakhir mendiang Diego Maradona membantu pasukan itu memenanginya pada 1986."Inilah yang berlaku hari ini (Isnin), mereka (Perancis) bertindak balas dan pujian perlu diberikan kepada mereka," ujar Scaloni.Pengendali berusia 44 tahun itu turut membimbing Argentina memenangi Copa America tahun lalu sekali gus menamatkan penantian 28 tahun untuk trofi utama."Secara keseluruhannya, ia adalah satu pencapaian yang luar biasa untuk berada di puncak, ia adalah sesuatu yang unik," katanya.Scaloni turut memberi penghormatan kepada kedua ibu bapanya."Mereka mengajar saya untuk tidak berputus asa dan tidak menentang orang lain sebaliknya terus bergerak ke hadapan. Hari ini, ia membuahkan hasil."Saya bertuah berada di sini dan berterima kasih kepada semua," katanya. | 4 | 19 Disember 2022 09:18am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236719/berita/sukan/kami-ditakdirkan-jadi-juara | 'Kami ditakdirkan jadi juara' | KEJAYAAN Argentina meraih gelaran juara Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Perancis 4-2 setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 adalah sebagai ketentuan takdir.Menjadi tunjang penting di atas kemenangan itu, penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez berkata, aksi final itu sangat rumit, namun takdir menentukan mereka menang.Martinez, 30, menyelamatkan sepakan Kingsley Coman pada penentuan penalti bagi membantu Argentina mencatat kejuaraan ketiga selepas 1978 dan 1986.Ia adalah perlawanan yang sangat rumit, mereka kembali untuk menyamakan kedudukan dalam permainan tetapi ia adalah takdir kami untuk meraih kejayaan," katanya.Penjaga gol Aston Villa itu berkata, kejayaan tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana apa yang diimpikan menjadi kenyataan."Semua yang saya impikan telah tercapai. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya tenang semasa penentuan sepakan penalti. Semuanya berjalan seperti yang kita mahu."Saya masih muda ketika ke England. Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada seluruh ahli keluarga," ujar Martinez.Aksi tangkas Martinez di gawang berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik. | 4 | 19 Disember 2022 08:35am |
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | https://www.sinarharian.com.my/article/236708/berita/sukan/gegar-bola-2022-bersama-mahsuri-meriah | Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri meriah | SHAH ALAM - Kira–kira seramai 3,000 penonton hadir bagi menyaksikan kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang ditayangkan di sebuah skrin layar gergasi di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini, pada Ahad.Program tontonan Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri itu berjaya menarik pencinta bola sepak daripada pelbagai latar belakang yang mahu merasai kemeriahan acara sukan tersebut yang dianjurkan setiap empat tahun sekali itu.Penonton mula tiba sekitar jam 9 malam untuk memenuhi meja disediakan termasuk yang diletakkan di bahagian pekarangan jalan restoran berkenaan yang menempatkan skrin layar gergasi bagi menyiarkan perlawanan akhir antara Perancis dan Argentina.Salah seorang penonton, Ahmad Nizamuddin Roslam, 25, berkata, acara tontonan bola sepak melibatkan jumlah kehadiran penonton terbesar antara terbesar dia pernah hadiri dianjurkan di sini."Sebelum ini pun saya pernah saksikan perlawanan akhir bersama rakan-rakan pada tahun 2018 di restoran mamak sekitar Shah Alam, tapi tidak pernah semeriah dan seramai kali ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, pada Ahad.Menurut Ahmad Nizam, suasana yang dilihat pada acara tontonan bola itu dilihat seakan mengembalikan semula kemeriahan pernah dirasai oleh peminat sukan bola sepak di dalam negara ketika sebelum pandemik.Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati ada penonton hadir sanggup berdiri sepanjang perlawanan berlangsung kerana meja dan kerusi disediakan pihak telah kehabisan.Ahmad NizamBagi seorang pekerja pelayan dari Indonesia dari Mohamad Sabrizal Ramalan, 34, berkata, sejak menetap di Seksyen 7, di sini pada tahun 2012, dia sentiasa hadir di setiap acara tontonan bola sepak dianjurkan di kawasan sekitar."Sebagai peminat bola sepak, kemeriahan suasana acara tontonan sebegini memang dinantikan oleh saya dan rakan-rakan," katanya.Mohamad Sabrizal yang berasal dari Jakarta berkata, kemeriahan acara tontonan iti juga dapat mengubati kerinduannya terhadap tempat asalnya."Sebab di rumah saya di Jakarta pun sering kali dianjurkan acara tontonan sebegini jika ada perlawanan besar," katanya yang hanya akan pulang ke Indonesia dua tahun sekali.Dalam pada itu, seorang lagi penonton dari India, Majid Khan, 26 berkata, dia teruja dengan semangat ditunjukkan oleh peminat bola sepak di Malaysia."Ini merupakan pengalaman yang menarik untuk saya sepanjang berada di sini," ujarnya yang baru bekerja sebagai penganalisis perniagaan dan menetap di sini sejak November lalu.Hadir sama pada acara tontonan itu ialahAhli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz dan Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri merupakan anjuran syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan tempatan Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) dengan kerjasama Restoran Hakim dan Sinar Harian.Hashim menyampaikan cenderahati kepada Ahli Parlimen Azli Yusof yang turut menyaksikan layar gergasi di Restoran Hakim | 4 | 19 Disember 2022 02:35am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/236707/berita/sukan/argentina-tamatkan-kemarau-36-tahun-julang-piala-dunia | Argentina tamatkan kemarau 36 tahun julang Piala Dunia | ARGENTINA akhirnya menamatkan kemarau 36 tahun untuk menjulang trofi Piala Dunia selepas menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti dalam perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Lusail, Doha pada Ahad.Kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas tamat masa tambahan sekali gus menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti.Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez muncul wira menyelamatkan sepakan Kingsley Coman manakala tendangan Aurelien Tchouameni tersasar untuk memastikan Skuad La Albiceleste mengulangi kejayaan menjulang Piala Dunia yang kali terakhir dilakukan mereka pada 1986.Kemenangan itu juga menyaksikan kapten Argentina, Lionel Messi berjaya merangkul trofi tersebut yang belum pernah dimenangi dalam kariernya sebelum bersara daripada kancah kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.Argentina nyata cukup bersedia berbanding Perancis yang juga penyandang juara dalam mengharungi perlawanan akhir tersebut apabila mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan dibunyikan pengadil.Gol pertama Argentina tiba pada minit ke-21 melalui sepakan penalti selepas Ousmane Dembele menjatuhkan Angel Di Maria.Messi yang bertanggungjawab mengambil sepakan tersebut menggunakan segala pengalamannya untuk tenang menewaskan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.Skuad kendalian Lionel Scaloni itu terus garang memburu gol dan berjaya menggandakan kedudukan menerusi serangan balas pantas yang disudahkan dengan cukup sempurna oleh Di Maria pada minit ke-36.Bersambung babak kedua, Argentina terus menampilkan persembahan meyakinkan dengan beberapa siri serangan yang berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan Les Blues.Berbaki 10 minit sebelum perlawanan tamat, Perancis menemui rentak yang dicari-cari selepas pengadil menghadiahkan penalti apabila Randal Kolo Muani dikasari pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi dalam kotak penalti.Penggempur sensasi Perancis, Kylian Mbappe tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut pada minit ke-80.Mbappe terus menjadi duri dalam daging buat Argentina apabila menjaringkan gol penyamaan selang seminit kemudian selepas merembat deras hantaran daripada Thuram untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.Messi kembali meletakkan Argentina di depan menerusi gol pada minit ke-108, namun Mbappe sekali lagi hadir meledak penalti kedua pada minit ke-118 sekali gus mencatat hatrik dan mengikat kedudukan 3-3 untuk membawa perlawanan ke penentuan penalti. | 4 | 19 Disember 2022 02:24am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/236695/berita/sukan/southgate-kekal-pengendali-england | Southgate kekal pengendali England | PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan Gareth Southgate kekal sebagai pengendali England sekalipun skuad kendaliannya tersingkir di peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar."Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Gareth Southgate akan meneruskan tugas sebagai pengendali England dan akan memacu pasukan bagi kempen Euro 2024."Gareth dan (pembantu jurulatih) Steve Holland sentiasa mempunyai sokongan kuat daripada kami dan berada dalam perancangan untuk Euro bermula sekarang," kata Ketua Eksekutif FA, Mark Bullingham.Minggu lalu, pengendali berusia 52 tahun itu berkata, dia mahu mengambil masa untuk membuat keputusan mengenai masa depannya selepas kekalahan kepada Perancis.Dengan pengumuman terbaharu yang dibuat FA itu, Southgate kini akan kekal membimbing skuad The Three Lions sehingga Kejohanan Eropah (Euro) 2024.England tidak memenangi kejohanan utama sejak kejayaan Piala Dunia pada 1966 tetapi di bawah kendalian Southgate, mereka mara ke separuh akhir edisi 2018 dan finalis Euro tahun lalu. | 4 | 18 Disember 2022 09:28pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236694/berita/sukan/habuan-lumayan-buat-argentina-perancis | Habuan lumayan buat Argentina, Perancis | PARA peminat mula mencongak pasukan yang bakal muncul juara Piala Dunia Qatar 2022, menjelang sepak mula yang menemukan juara bertahan Perancis dan Argentina pada jam 11 malam ini.Di sebalik kemeriahan final di Stadium Lusail itu, para peminat boleh berkira-kira habuan lumayan yang bakal dibawa pulang sang juara dan pasukan-pasukan lain.Selain bergelar juara, pemenang bakal membawa pulang AS$42 juta (RM185 juta), manakala pasukan yang tewas masih boleh tersenyum dengan habuan AS$30 juta (RM132 juta).Edisi 2022 menampilkan 32 pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia.Sebanyak 13 negara dari Eropah, lima pasukan Afrika, empat negara Amerika Utara, empat negara dari Amerika Selatan dan enam negara dari Asia.Pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan termasuk tuan rumah, Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Arab Saudi, Denmark, Tunisia, Kanada, Belgium, Jerman, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana dan Uruguay - semuanya memperoleh AS$9 juta (RM39 juta) setiap satu pasukan.Pasukan yang berjaya mara ke pusingan 16 kalah mati termasuk Amerika Syarikat, Senegal, Australia, Poland, Sepanyol, Jepun, Switzerland, Korea Selatan bakal memperoleh AS$13 juta (RM57 juta).Empat pasukan yang tersingkir di pusingan suku akhir seperti England, Portugal, Belanda dan Brazil membawa pulang AS$17 juta (RM75 juta).Maghribi yang menamatkan perlawanan di tempat keempat memperoleh AS$25 juta (RM110 juta), manakala Croatia memperoleh AS$27 juta (RM119 juta).Bagi kapten Argentina, Lionel Messi dan penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe serta 20 pemain lain, wang bukan buruan utama tetapi gelaran juara lebih berharga. | 4 | 18 Disember 2022 08:43pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236663/berita/sukan/selangor-fc-usik-faisal-halim | Selangor FC 'usik' Faisal Halim | SELANGOR FC memberi bayangan kehadiran 'orang' baharu iaitu pemain sayap pasukan kebangsaan, Faisal Halim ke dalam skuad Gergasi Merah.Bayangan itu diberikan menerusi satu paparan di Instagram Selangor FC yang mengucapkan tahniah kepada pemain skuad Gergasi Merah yang tersenarai dalam pasukan Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada Rabu.Turut dimuatkan ialah sekeping foto yang memaparkan pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal beraksi bersama skuad negara menentang Maldives baru-baru ini.Dalam gambar itu turut terpapar dari sudut belakang pemain berjersi nombor 7 iaitu Faisal yang memakai lilitan kapten.Ia memberi bayangan pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu hampir pasti menyarung jersi skuad Gergasi Merah.Sebelum ini berlegar desas-desus yang mengaitkan penghijrahan bekas pemain Terengganu FC (TFC) itu ke Lembah Klang.Pemain berusia 24 tahun itu dikhabarkan bakal menguatkan jentera serangan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.Spekulasi itu diperkuatkan dengan satu hantaran TFC di media sosial yang mengucapkan selamat maju jaya kepada 12 pemain termasuk Faisal yang akan meninggalkan kelab.Selain Mukhairi, enam lagi pemain Selangor berada dalam skuad bimbingan Kim Pan-gon iaitu kapten Brendan Gan, Norhakim Hassan dan Fazly Mazlan.Turut tersenarai dalam skuad Harimau Malaya ialah Quentin Cheng, Sharul Nazeem dan Aliff Haiqal. | 4 | 18 Disember 2022 06:12pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236639/berita/sukan/adik-safawi-rasid-cetus-teka-teki-sertai-kedah | Adik Safawi Rasid cetus teka-teki sertai Kedah | UBI muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Alfi Rasid memberi bayangan akan menyertai skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia.Pemain remaja itu yang juga adik kepada Safawi Rasid memberi bayangan itu menerusi Instagram Story baru-baru ini.Alfi yang menyarung jersi JDT III untuk Piala Presiden telah meletakkan gambar pintu gerbang yang memperlihatkan logo jata negeri Kedah.Foto tersebut turut disertakan emoji bola sepak dan emoji hijau kuning.Jika perhijrahan Alfi menjadi realiti, ia bakal mengikut jejak abangnya Safawi yang akan bertukar angin dari JDT musim depan apabila bakal dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.Berkelana ke JDT pada akhir 2019, Alfi telah beraksi untuk JDT III bagi menghadapi Piala Presiden.Alfi membantu JDT III menjuarai Piala Presiden 2022. - Foto Instagram Alfi RasidDia adalah antara pemain yang membantu JDT III menjuarai Piala Presiden 2022 selepas menewaskan Sri Pahang Ogos lalu.Sebelum menyertai JDT, Alfi aktif dengan bola sepak secara amatur di Terengganu.Dia membantu pasukannya, Dspex FC muncul juara Liga Premier bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL) pada tahun 2018. | 4 | 18 Disember 2022 03:19pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236613/berita/sukan/de-la-fuente-gagal-yakinkan-busquets-tarik-hasrat-bersara | De la Fuente gagal yakinkan Busquets tarik hasrat bersara | PENGENDALI Sepanyol, Luis de la Fuente gagal meyakinkan Sergio Busquets untuk menarik kembali hasrat bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan.Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraan selepas La Roja tersingkir di peringkat 16 terbaik kepada Maghribi baru-baru ini."Sangat kecewa sekiranya dia mahu bersara pada tahap ini, tetapi saya tetap akan menghormati keputusannya."Dia adalah salah seorang pemain terpenting dalam bola sepak Sepanyol kerana apa yang telah dia capai di atas padang."Saya mendapat keistimewaan menerima panggilan semalam yang mana dia memberitahu saya bahawa dia telah membuat keputusan itu."Saya cuba meyakinkannya untuk tidak bersara, tetapi dia seorang pemain yang mempunyai pandangan yang jelas dan dia telah membuat keputusan."Tetapi bola sepak tetap diteruskan dan kami perlu memikirkan masa depan. Ada pemain yang mampu mengisi kekosongan itu seperti Rodri."Kami menilai pemain lain dan pasti akan ada yang layak. Masih ada masa sehingga Mac untuk melihat kemampuan pemain," katanya.De la Fuente akan memulakan tugas mengemudi Sepanyol dalam kelayakan Euro 2024 menentang Norway dan Scotland pada Mac. | 4 | 18 Disember 2022 01:22pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236607/berita/sukan/mertesacker-tolak-spekulasi-sertai-skuad-jerman | Mertesacker tolak spekulasi sertai skuad Jerman | BEKAS pemain pertahanan Jerman, Per Mertesacker memberi bayangan mungkin tidak mempertimbangkan untuk mengurus pasukan kebangsaan itu yang tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022.Beliau memberitahu mempunyai banyak tugasan di Arsenal dan gembira untuk terus berada di England.Mertesacker ialah pengurus akademi di Arsenal dan dianggap sebagai 'individu yang sempurna untuk tugas itu' ketika Jerman mencari pengarah pasukan kebangsaan yang baharu.Pandangan itu diluahkan bintang Real Madrid, Toni Kroos yang juga bekas rakan sepasukan antarabangsa Mertesacker.Mertesacker memberitahu Sky Sport pada Sabtu tentang keseronokannya terhadap peranannya di England.Pengarah pasukan kebangsaan kosong selepas Oliver Bierhoff melepaskan jawatan tersebut setelah Jerman tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.Saya sangat gembira di England dan saya bertanggungjawab ke atas akademi remaja. Banyak yang perlu dilakukan di sana."Kami sangat komited dan cuba memperkenalkan bakat muda serta memberi mereka nilai tertentu. Ia sangat penting bagi saya," ujar Mertesacker.Mengulas kemungkinan ada perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mengenai perkara itu, Mertesacker enggan membuat sebarang spekulasi."Saya belum lagi bercakap apa-apa, jadi saya tidak mahu membuat spekulasi. Kami semua berminat dengan bola sepak Jerman dan mempunyai banyak tawaran pada masa hadapan," katanya. | 4 | 18 Disember 2022 01:05pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/236595/berita/sukan/misi-terakhir-emas-olimpik-paris-2024---azizulhasni | 'Misi terakhir emas Olimpik Paris 2024' - Azizulhasni | JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tekad terus berjuang untuk mencapai misi terakhirnya menggapai pingat emas di Sukan Olimpik Paris pada 2024 nanti.Menurutnya, walaupun menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami masalah jantung yang berisiko tinggi menyebabkan degupan terhenti secara mengejut, ia bukan halangan untuk beliau merealisasikan peluang emas di temasya terbesar dunia itu.Walaupun menjalani pembedahan jantung pada awal tahun ini, saya tidak melihat ianya menjadi halangan buat saya terus berjuang untuk negara dan beraksi di Olimpik Paris 2024 nanti Insya-Allah."Sudah tentu juga masih dengan misi (terakhir) untuk menggapai pingat emas," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.Mohd Azizulhasni yang masih segar dengan kejayaan meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia pada Sabtu mengakui gembira dengan kejayaannya itu.Beliau berkata, kejayaan dalam acara pecut dan kedua dalam acara keirin memberikan mata penting untuknya layak ke Nation Cup awal tahun hadapan yang merupakan proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024."Saya juga melihat ada peningkatan yang sangat drastik dalam prestasi saya berbanding pada perlumbaan pertama saya di UCI TCL dahulu, syukur."Ini jelas menunjukkan jika kita sentiasa berusaha dengan gigih tanpa rasa berputus asa, kejayaan itu akan pasti berdamping dengan kita tidak kira tua atau muda Insya-ALLAH," katanya.Selain itu, beliau juga mengakui bangga kerana dapat mengharungi perlumbaan tersebut walaupun perlu menguruskan semua persiapan sendirian tanpa bantuan sesiapa."Sayalah atlet, sayalah mekanik, sayalah 'helper diri' saya dan sayalah jurulatih sendiri. Bukan mudah berlumba di peringkat tertinggi dan perlu uruskan semua perkara ini kerana masa pemulihan adalah amat kritikal, setiap saat sangat bermakna."Ditambah dengan usia pertengahan 30-an ini, proses recovery agak perlahan dan tidak seperti ketika di usia 20-an dahulu."Saya melakukan 'warm-up' seorang diri, saya tukar 'gearing' sendiri dan pelbagai perkara saya lakukan secara multitasking ketika perlumbaan berlangsung dan ini adalah kali pertama saya perlu berhadapan dengan cabaran sebegini rupa, pada usia sebegini," katanya. | 4 | 18 Disember 2022 12:21pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236587/berita/sukan/ounahi-sasaran-kelab-gergasi-eropah | Ounahi sasaran kelab gergasi Eropah | PEMAIN tengah Maghribi, Azzedine Ounahi menjadi sasaran kelab gergasi Eropah selepas tampil memukau dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022.Ounahi yang bermain bersama kelab Ligue 1, Angers menjadi antara pemain penting dalam membawa The Atlas Lions sehingga mara ke peringkat separuh akhir di Qatar.Presiden Angers, Said Chabane mengakui menerima banyak tawaran daripada beberapa kelab Eropah yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu apabila jendela perpindahan dibuka Januari nanti."Kami menerima banyak tawaran daripada kelab besar dan sederhana. Kelab itu daripada negara seperti Itali, Sepanyol, England dan Perancis."Kami akan melihat tawaran sesuai pada Januari, namun kami juga tidak kisah jika Ounahi mahu kekal sehingga akhir musim," katanya.Beberapa kelab besar seperti Barcelona, Inter Milan, Juventus, Lyon dan Paris Saint-Germain telah menghantar wakil untuk menilai Ounahi sejak setahun lalu.Kelab dari England, Leicester City, Newcastle united, Southampton, West Ham dan Wolves juga dilaporkan berminat dengan pemain tengah itu.Menurutnya, kelab-kelab tersebut sudah memerhati Ounahi sebelum kempen Piala Dunia lagi dan minat mereka terhadap pemain itu makin mendalam selepas aksi cemerlang di Qatar.Angers ketika ini berada di kedudukan tercorot Ligue 1 dengan hanya lapan mata daripada 15 perlawanan dan memahami kesukaran untuk mengekalkan khidmat Ounahi di kelab tersebut. | 4 | 18 Disember 2022 11:38am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236577/berita/sukan/kami-pulang-dengan-rasa-bangga | 'Kami pulang dengan rasa bangga' | MAGHRIBI tidak seharusnya rasa kecewa walaupun gagal mengakhiri saingan Piala Dunia Qatar 2022 di tempat ketiga selepas tewas kepada Croatia 1-2 dalam perlawanan penentuan di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.Pertahanan The Atlas Lions, Achraf Hakimi berkata, pasukan itu sudah mencipta satu sejarah sekali gus meletakkan pasukan sebaris dengan pasukan hebat dunia yang lain."Kami mahu mendapat tempat ketiga untuk memberi kegembiraan kepada peminat kami selepas perjalanan hebat yang kami lakukan seperti mara ke separuh akhir dan bermain di tempat ketiga dan keempat."Kami perlu gembira dan bangga. Kami tidak dapat memberikan kemenangan terakhir ini, tetapi kami pulang dengan rasa bangga," katanya.Dalam perlawanan itu, Croatia mendahului menerusi Josko Gvardiol pada minit ketujuh sebelum Maghribi mengikat kedudukan dua minit kemudian melalui Achraf Dari.Mislav Orsic memastikan kemenangan buat finalis 2018 itu melalui jaringan lencong menarik pada minit ke-42.Dalam pada itu, Hakimi menegaskan perjalanan cemerlang pasukannya itu bukan sahaja untuk kebanggaan rakyat Maghribi tetapi juga kepada benua Afrika."Ini bukan sahaja untuk Maghribi, ia dari benua dan seluruh negara yang menyokong kami. Kami telah memasang impian dan pencapaian tinggi. Kami berbangga dengan kerja yang telah kami buat."Semua pemain berhak menerima sambutan hebat. Di Maghribi mereka sangat gembira dan sangat bangga. Bukan mudah untuk mara ke separuh akhir. Terdapat pasukan hebat yang belum pernah ke sana," ujarnya. | 4 | 18 Disember 2022 10:47am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236574/berita/sukan/southgate-mahu-kekal-latih-england | Southgate mahu kekal latih England | BIARPUN gagal membawa England pergi jauh dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022, pengendalinya, Gareth Southgate mahu terus memegang jawatan itu sehingga tamat Kejuaraan Eropah 2024.Media Inggeris melaporkan, Southgate, 52, akan memaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) mengenai hasratnya itu sebelum Krismas.Bagaimanapun FA belum memberikan maklum balas berhubung perkara tersebut.England tersingkir dalam saingan suku akhir di Qatar selepas kalah 1-2 kepada Perancis."Setiap kali selepas tamat kejohanan, anda memerlukan masa untuk membuat keputusan tepat."Anda akan merasai emosi berbeza ketika ini," kata Southgate.Southgate membimbing England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia dan final Euro 2020 tahun lalu.Pada November tahun lalu Southgate menandatangani kontrak baharu sehingga penghujung 2024. | 4 | 18 Disember 2022 10:35am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236572/berita/sukan/gangsa-bagaikan-emas-buat-croatia | Gangsa bagaikan emas buat Croatia | PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic berbangga dengan prestasi yang dipamerkan para pemainnya selepas menewaskan Maghribi 2-1 sekali gus menamatkan cabaran Piala Dunia Qatar 2022 di tempat ketiga.Menurutnya, biarpun gagal mengulangi pencapaian mara ke final seperti edisi Piala Dunia lalu, pencapaian yang dicapai The Blazers kali ini memberangsangkan."Ia adalah pingat gangsa tetapi bagi kami ia seperti pingat emas. Ia adalah perlawanan yang sukar dan hebat. Maghribi berjuang hingga minit terakhir walaupun kepenatan."Maghribi seharusnya bangga dan mereka mengingatkan saya kepada apa yang kami lalui empat tahun lalu."Gangsa ini untuk rakyat Croatia dan ia sesuatu yang amat membanggakan," katanya.Croatia yang merupakan pilihan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga itu meraih kemenangan menerusi gol Josko Gvardiol dan Mislav Orsic.Dalic berkata, Croatia mempunyai masa depan cerah dalam bola sepak pada masa akan datang walaupun bakal kehilangan beberapa pemain senior yang akan bersara."Ya, ini adalah perlawanan Piala Dunia terakhir buat beberapa pemain kami kerana usia mereka dan beberapa aspek. Tetapi, kami ada pemain muda juga yang akan menjadi tunjang Croatia."Kami mempunyai ramai pemain muda di bangku simpanan, tetapi mereka tidak dapat berada pada tahap terbaik tanpa sokongan pemain senior."Pemain senior masih berkeyakinan dan mereka memastikan pemain muda ini matang. Kami mempunyai sekolah bola sepak yang baik untuk masa depan," katanya. | 4 | 18 Disember 2022 10:26am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236570/berita/sukan/modric-luah-hasrat-terus-beraksi | Modric luah hasrat terus beraksi | KEJAYAAN Croatia meraih tempat ketiga Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Maghribi 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa awal pagi Ahad mengubah fikiran kaptennya, Luka Modric.Pemain berusia 37 tahun itu mendedahkan dia akan meneruskan kerjaya antarabangsanya sehingga 2023 dalam usaha mereka untuk memenangi Liga Negara-Negara.Modric meraikan penampilan ke-162 di peringkat antarabangsa dengan kemenangan ke atas Maghribi empat tahun selepas membantu Crotia muncul naib juara Piala Dunia di belakang Perancis.Croatia akan berusaha untuk merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara pada Jun 2023 dalam kejohanan yang turut menampilkan Belanda, Itali dan Sepanyol."Itu rancangannya," ujar Modric mengulas sama ada dia berhasrat untuk terus bermain di peringkat antarabangsa.Modric berkata, peluang untuk beraksi lagi tidak akan dilepaskan dan selepas itu beliau akan berfikir semula mengenai masa depannya."Adalah mengarut jika tidak bermain dalam Liga Negara-Negara dan kemudian kita akan lihat bagaimana seterusnya. Saya pasti mahu kekal untuk beraksi di Liga Negara-Negara," ujar Modric.Croatia tewas kepada Argentina yang diinspirasikan oleh pemain bintang, Lionel Messi pada separuh akhir Piala Dunia.Bagaimanapun Modric menegaskan bahawa pasukannya sudahpun mengukuhkan nama mereka dalam kalangan pasukan handalan dalam arena bola sepak dunia."Kami mencapai sesuatu yang besar dalam bola sepak Croatia. Kami mahukan emas dan kami semakin hampir."Akhirnya kami kembali ke Croatia sebagai pemenang. Croatia bukan satu keajaiban yang muncul setiap 20 tahun."Kami membuktikan bahawa kami sentiasa berjaya dan tidak boleh dilihat sebagai kuda hitam tapi sebagai suasa besar bola sepak," katanya.Biarpun Modric meluahkan hasrat untuk terus bermain di peringkat antarabangsa, jurulatih Zlatko Dalic mengakui masa akan terus berjalan untuk pemain senior yang lain. | 4 | 18 Disember 2022 10:18am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236568/berita/sukan/pasukan-afrika-mampu-julang-piala-dunia---regragui | Pasukan Afrika mampu julang Piala Dunia - Regragui | KEJAYAAN Maghribi mara ke kelompok empat pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 memberi petanda positif buat benua Afrika.Jurulatihnya, Walid Regragui percaya pasukan dari benua Afrika akan memenangi Piala Dunia dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi.Maghribi yang menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia, tewas 2-1 dalam penentuan tempat ketiga kepada naib juara 2018, Croatia.Piala Dunia seterusnya pada tahun 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bakal dilebarkan kepada 48 pasukan.Justeru benua Afrika bakal mempunyai sembilan slot - daripada lima ketika ini."Menerusi sembilan pasukan, kami akan dapat belajar. Dalam 15 atau 20 tahun, saya pasti pasukan Afrika akan memenangi Piala Dunia kerana kami sudah mempelajarinya."Kami mempunyai peringkat untuk dilalui. Kami perlu bermula dari situ dengan kerja keras dan keazaman. DNA ini bukan saja dibina untuk Maghribi, tetapi seluruh benua," ujar Regragui.Maghribi menjuarai peringkat kumpulan yang turut dibarisi Croatia dan Belgium, sebelum menewaskan Sepanyol dan Portugal untuk mara ke pusingan empat terbaik.Pengembaraan mereka tamat di separuh akhir selepas kalah kepada juara bertahan, Perancis, tetapi Regragui menggesa pemain-pemainnya menebus kekecewaan itu di Piala Negara-Negara Afrika tahun depan."Saya beritahu para pemain di bilik persalinan, jika anda mahu melakar sejarah, anda perlu memenangi Piala Negara-Negara Afrika. Kita perlu menguasai benua kita," katanya.Maghribi hanya pernah menjuarai kejohanan itu pada tahun 1976, tetapi persembahan mereka di Piala Dunia membuktikan kebangkitan di bawah kendalian Regragui yang hanya dilantik sejak Ogos lalu. | 4 | 18 Disember 2022 09:58am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236556/berita/sukan/piala-aff-layak-final-sasaran-terbaik | Piala AFF: Layak final sasaran terbaik | PENTAS perlawanan akhir merupakan indeks petunjuk prestasi perlu ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada skuad Harimau Malaya apabila menyingkap saingan kejuaraan Piala AFF 2022 minggu depan.Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sasaran mara ke final pentas kejuaraan berstatus Raja Bolasepak Asia Tenggara itu merupakan sesuatu yang positif agar ia diiringi kesungguhan seluruh pasukan Harimau Malaya.Menurutnya, seharusnya badan induk itu meletakkan sasaran tinggi pada era semua pasukan di rantau Asia Tenggara kini berlumba-lumba memajukan pasukan masing-masing.“FAM sebenar tidak perlu lagi meletakkan sasaran selamat untuk skuad negara yang dalam persiapan rapi mengharungi pusingan akhir Piala Asia tahun depan.“Boleh sahaja kita meletakkan sasaran rendah seperti separuh akhir tetapi adakah itu pencapaian yang kita mahu untuk skuad kebangsaan yang sepatutnya telah diserap dengan elemen 'daya saing' yang tinggi dan padu.“Sasaran tinggi setidak-tidaknya mara ke perlawanan akhir merupakan satu suntikan motivasi dan cabaran tinggi, namun ia bukan dianggap bebanan kepada para pemain negara, kalau di tahap serantau ini sudah dianggap bebanan, bagaimana kita nak berjaya di tahap Asia? " soalnya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Laporan Sukan Sinar pada Khamis.Sukan Sinar pada Khamis lalu melaporkan saranan jurulatih berpengalaman tempatan, Wan Jamak Wan Hasan supaya sasaran skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon diletakkan pada tahap tinggi pada kejuaraan dwi tahunan tersebut walaupun dibarisi kebanyakan muka baharu kali ini.Jelas Pekan lagi, sasaran tinggi juga perlu diletakkan biarpun tahu skuad berkenaan masih belum cukup mantap sekalipun mencatat keputusan positif dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives sebelum ini.“Dua kemenangan ke atas Kemboja dan Maldives itu memberikan sedikit petanda bahawa skuad baharu negara ini boleh mengadun ramuan Kim Pan-gon dalam memberi saingan di pentas Piala AFF.“Pada ketika ini kita dapat lihat keterujaan dalam kalangan para pemain baharu untuk menggalas cabaran negara di Piala AFF, jadi seharusnya sasaran tinggi seiring dengan keazaman mereka untuk membuktikan sesuatu kepada negara.“Capai atau tidak capai sasaran pentas perlawanan akhir itu merupakan perkara kedua, yang penting sasaran ke final adalah yang relevan,” katanya.Mengenai harapan para penyokong pula, Pekan tidak menafikan para pemain ke-12 negara meletakkan harapan tinggi kepada skuad Pan-gon di kejuaraan Piala AFF.Namun tegas Pekan lagi, arena bola sepak Malaysia ini terdapat kelompok penyokong yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan penyokong iaitu yang membawa aura positif dan negatif.“Ada penyokong yang positif dan menyedari kemampuan skuad kebangsaan berada di tahap mana berdasarkan situasi semasa dan kumpulan ini tidak mengkritik sembarangan.“Satu kumpulan lagi yang agak negatif dan kalau Harimau Malaya menang mereka akan puji melangit tetapi apabila kalah akan menghentam bagai nak runtuh langit, itu saja.“Jadi untuk kejuaraan Piala AFF 2022, dua kumpulan penyokong ini perlu memahami perkara asas bahawa skuad ini bukan skuad terbaik yang dapat dikumpulkan Pan-gon, namun saya percaya Faizal Halim dan rakan lain akan bermain sepenuh jiwa demi lencana serta maruah Malaysia,” katanya.Dalam masa sama Pekan meminta para pemain ke-12 negara untuk melihat pada sudut jangka panjang pembentukan skuad Harimau Malaya yang baharu ini.“Kita perlu kembali kepada realiti bahawa Pan-gon kehilangan lebih 12 pemain tonggak Harimau Malaya sebelum pembentukan skuad baharu bagi cabaran Piala AFF.“Di sebalik itu para pemain yang terpilih menggalas cabaran pasukan negara perlu menggunakan peluang bersaing dengan gergasi besar Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand.“Biarpun apa keputusan yang diraih skuad negara pada kejuaraan dwi tahunan itu nanti, setidak-tidaknya Pan-gon sudah memiliki pilihan pemain yang lebih besar untuk persediaan mengharungi pusingan akhir Piala Asia tahun depan berbanding sebelum ini,” katanya | 4 | 18 Disember 2022 07:10am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/236551/berita/sukan/croatia-ketiga-terbaik-piala-dunia-2022 | Croatia ketiga terbaik Piala Dunia 2022 | CROATIA muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Maghribi 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan skuad The Blazers selepas gagal mengulangi pencapaian mara ke final seperti yang dilakukan pada Piala Dunia 2018 di Rusia.Manakala bagi Maghribi, keputusan di Piala Dunia 2022 adalah pencapaian terbaik mereka apabila mampu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam temasya bola sepak terbesar dunia ini.Croatia yang diletakkan sebagai pasukan pilihan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain pertahanan, Josko Gvardiol pada minit ketujuh.Bagaimanapun, Maghribi tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan dua minit kemudian selepas sepakan percuma Hakim Ziyech terbias pemain tengah Croatia, Lovro Majer dan disambar Achraf Dari untuk menjadikan kedudukan 1-1.Croatia menunjukkan kualiti mereka apabila kembali mendahului menerusi sepakan lencong menarik Mislav Orsic pada minit ke-42.Skuad kendalian Walid Regragui mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua, namun ketangkasan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menafikan usaha pemain Maghribi. | 4 | 18 Disember 2022 01:00am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236540/berita/sukan/azizulhasni-sambar-emas-di-melbourne | Azizulhasni sambar emas di Melbourne | JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, pada Sabtu.Pada perlumbaan di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin, Azizulhasni, yang telah menjalani pembedahan jantung, April lalu, menewaskan pelumba Kelab Berbasikal Blackburn, Sam Gallagher, di final.Terdahulu itu, Azizulhasni mencatatkan masa 9.766 saat pada pusingan kelayakan sebelum menyingkirkan pelumba New Zealand, Sam Dakin, dalam saingan separuh akhir.Dalam catatan Instagramnya, beliau tidak menjangkakan persembahan yang baik dalam acara tersebut."Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan. Saya berasa baik pada pusingan akhir, melakukan kayuhan biasa sahaja dan menang dengan selesa," katanya.Pelumba bergelar 'The Pocket Rocketman' masih mempunyai peluang menambah kilauan emas apabila bakal bersaing dalam acara kegemarannya, keirin, perlumbaan 1 kelas UCI. | 4 | 17 Disember 2022 08:29pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/236522/berita/sukan/messi-sekali-lagi-jejak-kaki-ke-final-piala-dunia | Messi sekali lagi jejak kaki ke final Piala Dunia | BINTANG Argentina, Lionel Messi sekali lagi akan menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dalam misi memburu kejuaraan, selepas memperoleh pingat perak bersama La Albiceleste pada 2014.Argentina dijadual menentang juara bertahan Perancis di Stadium Lusail, Qatar pada Ahad.Qatar mungkin menjadi pentas terakhir untuk Messi yang kini berusia 35 tahun, dengan kejohanan Piala Dunia seterusnya dijadualkan pada 2026.Pemenang anugerah Ballon d'Or tujuh kali itu telah memenangi setiap trofi utama bersama pasukan Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).Messi membantu Argentina memenangi trofi Copa America pada 2021 ketika bersama pasukan kebangsaan. Kejohanan itu adalah kejohanan bola sepak terunggul untuk pasukan kebangsaan Amerika Selatan.Messi telah bermain untuk Argentina sejak 2005 dan menjaringkan 96 gol dalam 171 penampilan di peringkat antarabangsa.Perlawanan akhir 2022 akan menyaksikan pertembungan antara rakan sepasukan PSG, Messi dan Kylian Mbappe.Argentina, antara pasukan gergasi bola sepak Amerika Selatan memenangi dua kejohanan Piala Dunia pada 1978 dan 1986. | 4 | 17 Disember 2022 06:49pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236502/berita/sukan/bekas-pemain-kebangsaan-era-90-an-meninggal-dunia | Bekas pemain kebangsaan era 90-an meninggal dunia | BEKAS pemain kebangsaan era 1990-an, Salahuddin Che Ros telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 53 tahun, pada Sabtu.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika berkongsi perkhabaran itu berkata, Allahyarham yang merupakan anggota skuad Barcelona Babes 1992 turut pernah menyarung jersi Pahang dan Pulau Pinang.“Semoga ALLAH SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” kata badan induk bola sepak negara itu di laman sosialnya pada Sabtu.Untuk rekod, Allahyarham Salahuddin bermain di posisi pertahanan skuad Barcelona Babes yang dibentuk khas FAM pada 1990 dengan sasaran layak ke Sukan Olimpik 1992.Namun kegagalan projek itu menyaksikan skuad tersebut dibubarkan dan semua pemain pulang mewakili pasukan negeri masing-masing.Namun Allahyarham Salahuddin disambar Pahang menyaksikan selepas dua tahun bersama Tok Gajah, berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 1992, sebelum kembali bersama Pulau Pinang pada 1994. | 4 | 17 Disember 2022 05:05pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/236504/berita/sukan/dbkl-ht-mohc-mha-buat-perhitungan-di-final | DBKL HT, MOHC-MHA buat perhitungan di final | PASUKAN Hoki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL HT) dan Pasukan Hoki Melaka (MOHC-MHA) akan membuat perhitungan apabila kedua-dua pasukan bertemu di final Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) kategori wanita yang akan berlangsung pada Ahad.DBKL HT yang juga juara bertahan mara selepas membelasah BNHC KL, 9-1 manakala MOHC-MHA menewaskan ATM Gladiator 6-3 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Sabtu.Turun selaku juara kumpulan, DBKL HT nyata bukan tandingan walaupun BNHC KL terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Noorzubaidah Naszemi pada minit pertama perlawanan.DBKL HT tidak menunggu lama untuk bangkit apabila Fazilla Slyvester Silin meledak dua gol pada minit ke-3 dan ke-12 disusuli dua gol lagi daripada Iren Hussin minit ke-15 dan ke-21.Pasukan ibu kota itu terus garang menambah gol menerusi Nor Izaidah Ibrahim minit ke-23, Nur Atira Mohaad Ismail (m-26), Fazilla Slyvester (m-33), Raja Norsharina Raja Shabuddin (m-35) dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun (m-37) untuk mengesahkan kemaraan ke final.Dalam satu lagi aksi separuh akhir, MOHC-MHA turut mara dengan jaringan besar walaupun menerima tentangan sengit daripada ATM Gladiator.MOHC-MHA bermula baik dengan lima jaringan dihasilkan pada suku pertama dan kedua menerusi Nor Syafiqah Mohd Zain pada minit ke-4, Liyana Aqilah Mohd Sapawi (m-10), Nurul Safiqah Mat Isa (m-12 dan m-17) dan Norshafiqa Ishak (m-20).ATM Gladiator cuba memberikan tentangan dan berjaya meledak dua gol menerusi Izzuin Ismail pada minit ke-22 sebelum Rosmah Asrin menggandakan kedudukan empat minit berselang.Namun, MOHC memadam usaha kebangkitan ATM Gladiator menerusi gol Nuraslinda Said pada minit ke-38 sekali gus membawa ATM Gladiator menempah pertemuan dengan DBKL HT sekali gus menjadi perlawanan akhir ulangan tahun lalu. | 4 | 17 Disember 2022 05:03pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236501/berita/sukan/piala-dunia-kelab-tampilkan-32-pasukan | Piala Dunia Kelab tampilkan 32 pasukan | PIALA Dunia Kelab 2025 akan menampilkan 32 pasukan, menjadikan formatnya seperti Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar.Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata, kejohanan itu yang kini membabitkan tujuh pasukan tersebut akan diadakan setiap empat tahun sekali dilihat akan meningkatkan lagi pendapatan badan sukan global itu.Katanya, FIFA menjangkakan pendapatan sebanyak AS$11 bilion (RM48.67 bilion) untuk tempoh empat tahun antara 2022 dan 2026, namun itu tidak termasuk format Piala Dunia Kelab baharu pada 2025.“Angka 11 bilion ini tanpa Piala Dunia kelab (pada 2025). Pada penghujung empat tahun kami akan membuat lebih banyak pendapatan,” kata Infantino pada sidang akhbar.Pada masa ini pasukan teratas setiap pertandingan benua serta juara kebangsaan tuan rumah bertarung untuk merebut gelaran Piala Dunia Kelab.Untuk rekod, kesatuan global untuk pemain bola sepak profesional (FIFPRO) memberi reaksi negatif terhadap keputusan itu.“FIFPRO mengambil perhatian dengan mengejutkan keputusan Majlis FIFA hari ini berhubung kalendar perlawanan antarabangsa untuk bola sepak lelaki dan wanita yang boleh membawa kesan serius dan memburukkan lagi tekanan terhadap kebajikan dan pekerjaan pemain.“Walaupun persefahaman FIFPRO dicapai dengan FIFA minggu lalu bahawa rundingan bersama kalendar perlawanan antarabangsa akan berlangsung sebelum Kongres FIFA pada Mac 2023, keputusan ini diambil secara unilateral tanpa berunding secara serius, apatah lagi bersetuju, dengan pemain,” katanya dalam satu kenyataan. | 4 | 17 Disember 2022 05:01pm |
NOR FARHANA YAACOB | https://www.sinarharian.com.my/article/236467/berita/sukan/kbs-rangka-tindakan-isu-tunggakan-gaji-pemain | KBS rangka tindakan isu tunggakan gaji pemain | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan merangka tindakan bagi meneliti permasalahan yang membelenggu pengurusan bola sepak di negara ini termasuk Harimau Melaka FC membabitkan isu tunggakan gaji pemain.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, langkah itu penting bagi mencari punca kelab yang sebelum ini dikenali Melaka United FC gagal menjelaskan gaji pemain sama ada disebabkan penaja menarik diri atau sebaliknya.Menurutnya, sebelum diwujudkan pelan tindakan itu, kementerian akan bertemu serta berbincang dengan pihak pengurusan kelab agar terdapat kaedah terbaik dalam penyelesaian masalah yang telah berlanjutan beberapa bulan itu."Kalau penajaan ditarik dan sebagainya kena cari penaja lain, kena selesaikan masalah sebenar, selidik betul-betul dan perlu duduk berbincang."Perlu ada rangka tindakan untuk selesaikan isu tunggakan gaji ini yang berulang dalam sukan bola sepak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Melaka Open Speed Skating Challenge 2022 di Stadium Fatimah di sini pada Sabtu.Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, masalah tunggakan gaji pemain sememangnya dalam pengetahuan beliau, namun ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian untuk mengeluarkan sebarang arahan pembayaran gaji kerana kelab Harimau Melaka FC di bawah pengurusan pihak swasta."Masalah ini ada jalan keluar, hanya perlu datang dengan solusi tepat, kena ada kerjasama yang baik dalam kalangan penggerak sukan untuk memastikan isu ini tidak berulang,” katanya lagi.Media sebelum ini melaporkan kelab bola terbabit didakwa gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dan isu tersebut memuncak pada penghujung saingan Liga Super.Selain itu beberapa pemain turut meminta pertolongan daripada penaung pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membantu menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka. | 4 | 17 Disember 2022 01:58pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236445/berita/sukan/perancis-enggan-beri-peluang-messi-julang-piala-dunia | Perancis enggan beri peluang Messi julang Piala Dunia | PERANCIS tidak akan memberikan peluang kepada Argentina dan Lionel Messi menjulang Piala Dunia apabila dalam pertemuan kedua-dua pasukan di perlawanan akhir pada Ahad.Pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele menegaskan pasukan Les Blues itu mahu mempertahankan trofi yang dimenangi mereka pada 2018 itu.Malah, Perancis tidak akan bersimpati terhadap Lionel Messi walaupun perlawanan akhir pada Ahad adalah peluang terakhir buat bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu untuk memenangi Piala Dunia."Messi adalah seorang yang baik dan saya mempunyai pengalaman baik dengannya dan saya gembira dapat bermain bersamanya di Barcelona."Saya fikir semua orang mahu menang Piala Dunia. Memang benar Messi masih belum menang trofi tersebut, tetapi kami di sini untuk mewakili negara."Ia akan menjadi satu perlawanan yang besar dan saya harap Perancis akan menang. Kami adalah Perancis, kami berjuang untuk negara kami, pasukan kami, untuk melengkapkan tugas selepas apa yang kami lakukan untuk layak ke sini," katanya.Dalam pada itu, Dembele juga mengakui Perancis mempunyai pengalaman yang lebih baik berbanding Argentina terutama dalam perlawanan akhir."Mungkin kali ini lebih ramai pemain dengan semangat yang 'gila'. Tetapi, ia satu suasana yang hebat dan saya tidak boleh membandingkannya. 2018 adalah kali pertama kami menang Piala Dunia selepas 20 tahun dan perasaan itu tidak sama."Pasukan kali ini lebih tenang dan kami akan melakukan persediaan rapi untuk mengharunginya. Ia tidak mudah untuk menewaskan Argentina."Mereka pasukan yang bagus, tetapi kami akan hadir dalam perlawanan ini berdasarkan pengalaman," katanya. | 4 | 17 Disember 2022 11:16am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236439/berita/sukan/pasukan-lebih-penting | 'Pasukan lebih penting' | PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps enggan dirinya dijadikan tumpuan walaupun berpeluang mencipta sejarah menjadi jurulatih yang memenangi dua kali Piala Dunia sekiranya berjaya menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir pada Ahad.Deschamps berkata, perkara lebih mustahak adalah memastikan Perancis berjaya memenangi Piala Dunia apatah lagi kemaraan pasukan itu disumbangkan oleh kecemerlangan semua pemain."Saya bukan perkara penting di sini sebaliknya pasukan. Sudah tentu saya bangga dan kami semua tahu bahawa berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan di perlawanan akhir."Ia pencapaian yang sudah cukup baik. Kami akan melakukan segala yang boleh untuk memastikan kami bergembira pada Ahad nanti."Saya tidak memikirkan sangat mengenai diri saya. Saya gembira dengan fakta kami mempunyai kejayaan seperti ini," katanya.Deschamps berpeluang melakar sejarah menjadi jurulatih memenangi dua Piala Dunia selepas era Perang Dunia ke-II seandainya mampu menundukkan Argentina Ahad ini.Deschamps adalah pengendali keempat memimpin sebuah negara di final Piala Dunia berturut-turut selepas Vittorio Pozzo (Itali), Carlos Bilardo (Argentina) dan Franz Beckenbauer (Jerman Barat).Pengendali berusia 54 tahun itu juga pernah beraksi untuk Perancis dan memenangi Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah pada tahun 2000.Sebagai jurulatih, Deschamps memimpin Perancis ke final Euro pada 2016, namun tewas tipis kepada Portugal dalam masa tambahan.Kemudian, dia membawa skuad Les Bleus itu ke final Piala Dunia 2018 dan berjaya menjulang kejuaraan selepas mengatasi Croatia. | 4 | 17 Disember 2022 10:26am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/236438/berita/sukan/argentina-miliki-ramuan-juarai-piala-dunia | Argentina miliki ramuan juarai Piala Dunia | LEGENDA Argentina, Gabriel Batistuta percaya pasukan La Albiceleste itu berada pada prestasi terbaik untuk menundukkan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad sekali gus muncul juara.Menurutnya, kelibat Lionel Messi yang berada pada tahap terbaik permainannya juga memberikan kelebihan kepada Argentina menamatkan kemarau kejuaraan sejak 1986."Saya menjangkakan dia lebih tenang, tetapi dia bermain seperti pemain berusia 20 tahun. Ia kerana Messi mahukan kejuaraan dan dia ada di sini untuk menang piala."Itu semangat yang pasukan perlukan dan Messi menyebarkan semangat itu kepada semua pemain. Argentina mempunyai segalanya untuk menang piala ini."Ada sesuatu dalam suasana pasukan iaitu tenaga positif untuk kejuaraan itu menjadi milik Argentina," katanya.Dalam pada itu, Batistuta juga tidak kisah rekod penjaring terbanyak buat Argentina di Piala Dunia yang dipegangnya sebelum ini telah dipecahkan oleh Messi."Ia tidak melukakan hati saya dan Messi layak mendapatkannya."Messi bukan makhluk asing, dia adalah manusia yang bermain bola sepak lebih baik daripada orang lain. Apabila orang itu melebihi anda, anda tidak boleh sedih," katanya.Messi berjaya mengatasi rekod 10 gol di Piala Dunia yang dipegang oleh Batistuta apabila dia meledak gol ke 11 ketika kemenangan 3-0 ke atas Croatia dalam perlawanan separuh akhir baru-baru ini. | 4 | 17 Disember 2022 10:21am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236434/berita/sukan/legenda-jerman-masuk-hospital | Legenda Jerman masuk hospital | KEVIN Kuranyi telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan lutut semasa perlawanan Kumpulan A, Northern Bears menentang African Lions di Doha.Bekas penyerang Jerman berusia 40 tahun itu ketika kejadian mengambil bahagian dalam permainan Piala Legenda FIFA.Kuranyi beraksi bersama pemain seperti Paulo Wanchope, Oswaldo Sanchez dan Jorge Campos sebelum mengalami kesakitan pada bahagian lutut.Menurut media Jerman, Kuranyi kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.Status kecederaannya masih belum diketahui, namun menurut laporan dia bermungkinan mengalami kecederan meniskus dan ligamen.Bercakap selepas kejadian itu, Kuranyi berkata: "Saya perasan serta-merta ada sesuatu yang patah di lutut saya. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut buat masa ini."Penyerang itu memperoleh 52 caps untuk Jerman antara 2003 dan 2008 - beraksi di dua Kejohanan Euro - menjaringkan 19 gol untuk negaranya, selain menikmati kerjaya bersama kelab prolifik VfB Stuttgart, Schalke 04 dan Dynamo Moscow.Kuranyi antara bekas bintang yang dijemput ke Qatar untuk bermain dalam pertandingan Piala Legenda FIFA sempena Piala Dunia 2022.Legenda lain yang turut mengambil bahagian termasuk Kaka, Didier Drogba, John Terry, Roberto Carlos dan Francesco Totti. | 4 | 17 Disember 2022 07:51am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236433/berita/sukan/perginya-pakar-sepakan-percuma-tersohor-serie-a | Perginya pakar sepakan percuma tersohor Serie A | BEKAS pengurus Serbia dan tokoh ikonik Serie A 1990-an, Sinisa Mihajlovic meninggal dunia pada usia 53 tahun.Mihajlovic sebelum ini merupakan pengendali Bologna, yang juga penampilan keduanya bersama kelab itu selepas menghabiskan lebih tiga setengah tahun di sana walaupun disahkan menghidap leukemia pada 2019.Mihajlovic kekal bersama The Greyhounds sepanjang berjuang mengharungi kanser dan menjalani pemindahan sumsum tulang pada tahun sama, yang membolehkannya melalui proses pemulihan.Namun pada awal tahun ini Mihajlovic mendedahkan bahawa dia berdepan 'risiko kemunculan semula penyakit itu' dan akan cuba menyembuhkannya dengan rawatan.Bagaimanapun Mihajlovic akhirnya tewas pada Jumaat apabila bekas kelab Red Star Belgrade mengesahkan kematiannya.“Red Star Belgrade dengan penuh dukacita memaklumkan bahawa legenda Sinisa Mihajlovic telah meninggalkan kami hari ini...“Seorang bintang hebat dan seorang lelaki yang mempunyai jiwa dan kekuatan luar biasa, meninggal dunia pada usia 53 tahun."Red Star Belgrade merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mihajlovic,” tulis akaun Twitter kelab itu.Pemain pertahanan berkaki kiri itu terkenal pada era kegemilangan dengan ketajaman sepakan percuma.Pemain Piala FIFA Legenda di Doha memberi penghormatan kepada Mihajlovic. FOTO: AGENSITiada pemain dalam sejarah Serie A yang menjaringkan lebih banyak sepakan percuma terus daripada Mihajlović.Sebanyak 28 daripada 38 golnya dalam liga utama Itali dijaringkan dengan cara sepakan itu.Semasa berkhidmat sebagai pengurus, dia terkenal kerana sering berselisih pandangan dengan pemain dan kakitangan pentadbiran kelab.Detik paling diingatinya adalah bersama Lazio dan Sampdoria, selain berkhidmat dengan AS Roma dan Inter Milan di Itali, serta Red Star dan Vojvodina FK di negara asalnya.Di peringkat antarabangsa, Mihajlovic bermain 63 kali untuk Yugoslavia kemudian Serbia dan Montenegro, menjaringkan 10 gol.Bidang pengurusan pula menyaksikan dia bersama kelab Itali - Bologna, Catania, Fiorentina, Sampdoria, AC Milan serta Torino antara 2008 dan 2018.Dia juga merupakan jurulatih Serbia untuk 19 perlawanan sepanjang pertengahan 2012 hingga lewat 2013.Kelab pertamanya di luar Serie A adalah bersama kelab Portugal Sporting Lisbon, sebelum kembali ke Bologna pada awal 2019. | 4 | 17 Disember 2022 07:44am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236432/berita/sukan/ini-bukan-soal-melarang-sebaliknya-menghormati-peraturan | 'Ini bukan soal melarang sebaliknya menghormati peraturan' | PIALA Dunia Qatar 2022 menyisihkan mesej politik daripada bola sepak supaya para penyokong dapat menikmati keseronokan dan kegembiraan dalam kejuaraan bola sepak berprestij dunia tersebut.Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, bercakap dua hari sebelum perlawanan akhir antara Argentina dan Perancis, mempertahankan keputusan FIFA untuk tidak membenarkan pasukan mempamerkan sebarang mesej pada jersi atau lilitan kapten pasukan."Ia bukan tentang melarang sebaliknya adalah mengenai menghormati peraturan..."Di padang permainan kami bermain bola sepak..."Anda perlu menghormati permainan dan ini bukan perkara baharu," katanya pada sidang akhbar.Piala Dunia Qatar 2022 sebelum ini membawa kepada pelbagai perbincangan politik, dengan beberapa pasukan menyuarakan kebimbangan mengenai layanan tuan rumah terhadap buruh migran dan ancaman FIFA menghukum pemain kerana kenyataan politik.Persekutuan Bola Sepak Jerman adalah antara yang paling lantang mendesak agar lilitan lengan anti-diskriminasi dipakai para pemain.Skuad Jerman bergambar sebelum perlawanan menentang Jepun dengan tangan menutup mulut, membayangkan pasukan itu didiamkan oleh FIFA."Mungkin setiap orang mempunyai masalah sendiri. Mereka (peminat) hanya mahu menghabiskan 90 minit atau 100 minit atau 120 minit dengan penalti tanpa perlu memikirkan perkara lain. Hanya menikmati sedikit keseronokan dan kegembiraan, emosi."Kami perlu memberi mereka masa untuk melupakan masalah dan menikmati bola sepak. Di luar perlawanan semua orang boleh menyatakan pandangan dan pendapat mereka," kata InfantinoInfantino juga menyifatkan Qatar 2022 merupakan Piala Dunia terbaik pernah dianjurkan penganjur apabila Qatar menunjukkan kekuatan padu.Qatar dilaporkan melabur $200 bilion dalam kejohanan itu, namun selepas dua minggu menerima lebih 765,000 pengunjung.Ini meleset daripada jangkaan untuk jumlah kemasukan sebanyak 1.2 juta semasa kejuaraan selama sebulan itu dengan lonjakan pelawat tidak menjadi kenyataan pada separuh kedua kejohanan, yang menyaksikan tempat duduk kosong di hampir setiap perlawanan.Infantino berkata, secara keseluruhan kejohanan itu, yang berakhir dengan perlawanan akhir pada Ahad, setakat ini berjaya, menarik seramai 1.7 juta orang di zon peminat, dengan kira-kira 80,000 peminat menghadiri kawasan tersebut setiap hari.Purata kehadiran juga berjumlah 52,000 setiap perlawanan, kira-kira 5,000 lebih penonton berbanding Piala Dunia 2018 di Rusia.Secara keseluruhan, Infantino berkata, kira-kira 3.27 juta penonton - domestik dan antarabangsa - direkodkan dengan dua perlawanan masih berbaki.Jumlah keseluruhan kejohanan pada edisi Rusia 2018 ialah 3.03 juta."Ia sangat, sangat berjaya, tetapi terdapat dua perlawanan lagi."Fokus sehingga akhir dan kemudian kami sudah tentu akan mengesahkan perasaan ini yang kami ada sekarang," katanya. | 4 | 17 Disember 2022 07:23am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236415/berita/sukan/griezmann-bukan-lagi-yang-dahulu | Griezmann bukan lagi yang dahulu | KURANG dua tahun lalu, Antoine Griezmann terumbang-ambing dalam La Liga selepas berdepan masa depan sukar di Barcelona sebelum kembali ke Atletico Madrid.Namun pada Ahad ini, dia boleh mengaku pemain terhebat Perancis apabila berdepan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia.Biarpun Kylian Mbappe akan bergelar juara dunia berganda jika Les Bleus menewaskan Argentina pada perlawanan akhir di Stadium Lusail, sekali gus boleh memenangi Kasut Emas Qatar 2022, Griezmann tetap pencetus kejayaan Perancis sejak Didier Deschamps mengambil alih 2012.Dia bermain dalam rekod 73 perlawanan berturut-turut untuk Perancis membawa Le Bleus ke final Euro 2016 dan menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala Dunia 2018.Tahun ini dia dengan tenang berubah peranan ke bahagian tengah apabila menjadikan bahagian itu lebih berkesan.Malah penyerang yang merupakan penjaring terbanyak Euro 2016 itu juga merupakan pemenang but perak selaku penjaring kedua terbanyak di Piala Dunia 2018.Griezmann berjaya menyesuaikan peranannya selepas Deschamps terpaksa mengemaskini semula bahagian tengahnya setelah ketiadaan Ngolo Kante, Paul Pogba dan Karim Benzema.Namun tidak wujud perasaan merajuk daripada Griezmann yang kini semakin selesa dengan peranan baharunya - tipu muslihat, kerajinan dan ketenangannya menjadikannya pemain yang sempurna untuk menimbulkan masalah buat lawan.“Kesihatan fizikal banyak membantu saya. Tiada masalah dalam kehidupan peribadi saya.“Cuma sebelum ini dalam kepala saya pernah mengimbau detik-detik sukar di Barca sebelum kembali ke Atletico tahun lalu."Ia adalah rumit, saya perlu menjadikan diri sangat kecil, saya perlu mencari diri sendiri dalam dan luar padang,” kata Griezmann. | 4 | 16 Disember 2022 10:11pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/236378/berita/sukan/kod-sukan-selamat-kekal-keutamaan-kbs---hannah | Kod Sukan Selamat kekal keutamaan KBS - Hannah | PELAKSANAAN Kod Sukan Selamat kepada semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) tetap menjadi keutamaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementerian sedang giat membuat penelitian supaya aspek keselamatan lain turut dititikberatkan.Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan aspek gangguan seksual dalam kod berkenaan.“Saya sudah adakan perbincangan dengan pihak KBS mengenai Kod Sukan Selamat dan perkara ini bukan sahaja dari segi gangguan seksual tapi buli misalnya untuk memastikan tiada unsur keganasan dalam persekitaran industri sukan.“Kami sedang meneliti di peringkat kementerian dan tak lama lagi kami akan adakan rundingan dengan pemegang taruh sebelum ia dilancarkan. Jadi kami jangkakan untuk percepatkan dan ia satu keutamaan untuk KBS," katanya pada Sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Tahun Selangor Youth Community (SAY).Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang. | 4 | 16 Disember 2022 05:58pm |