author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239200/berita/sukan/menanti-pemain-ke-12-gegar-stadium-bukit-jalil
Menanti 'pemain ke-12' gegar Stadium Bukit Jalil
STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menjadi venue yang menggerunkan buat Thailand hasil sorakan 59,000 penonton pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 menentang Malaysia pada Sabtu.Penyerang negara, Darren Lok mengharapkan suasana sama seperti menentang Singapura Selasa lalu diulangi 'pemain ke-12' sebagai penyuntik semangat pemain skuad Harimau Malaya selain 'mengoyakkan' moral pemain Thailand.“Sudah tentu kita mahu jadikan SNBJ sebagai tempat yang tidak mahu dikunjungi pasukan lawan. Prestasi kita di sini (laman sendiri) amat baik khususnya selepas kelayakan Piala Asia lalu.“Jadi saya harap kita dapat teruskan momentum itu untuk aksi Sabtu ini. Kita juga tidak mahu memberikan jalan yang mudah buat Thailand di sini,” katanya.Skuad Gajah Perang pernah beraksi di 'kandang' Harimau Malaya itu pada 2019 bagi kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan mereka rebah 1-2 menerusi gol Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh, manakala gol lawan hasil jaringan Chanathip Songkrasin.Selasa lalu lebih 65,000 penyokong membanjiri SNBJ pada aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan Singapura yang menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan-gon menang 4-1 untuk melangkah ke separuh akhir 'Piala Dunia Asean' itu.Bagaimanapun hanya 59,000 tiket sudah habis terjual ekoran 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.Dalam pada itu, Darren mengakui mempunyai keyakinan tinggi untuk menentang juara bertahan tersebut setelah meledak gol sulung ketika bertemu Singapura Selasa lalu.“Satu perasaan yang baik kerana saya dapat menjaringkan gol dan ini memberikan suntikan motivasi terbaik untuk berdepan Thailand.“Sudah tentu saya mahu terus menjaringkan gol dan berharap dapat terus memberi sumbangan kepada pasukan,” katanya.
4
05 Januari 2023 06:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239197/berita/sukan/terbuka-malaysia-ee-yi-yew-sin-galas-cabaran-jurulatih-baharu
Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin galas cabaran jurulatih baharu
BEREGU profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin optimis dengan persediaan yang dilakukan bagi menghadapi kejohanan Badminton Terbuka Malaysia minggu depan biarpun dibimbing jurulatih baharu.“Segalanya berjalan lancar walaupun kami bertukar jurulatih dengan mendapatkan khidmat Rosman Razak.“Kami sudah memulakan latihan di bawah kendaliannya sejak bulan lalu,” ujar Yew Sin.Mereka bakal berdepan ujian pertama di Terbuka Malaysia menentang Ren Xiang Yu-Tan Qiang dari China.Ee Yi berkata, persiapan berjalan dengan baik tanpa perlu memperbaiki sebarang teknik atau corak permainan.“Kami tidak akan mengubah corak permainan menjelang seminggu kejohanan. Jadi kami kekal persiapan sedia ada setelah berbincang dengan jurulatih, Rosman dan bekas jurulatih, Chin Ee Hui.“Kerjasama sama antara kami harap dapat membuahkan hasil,” ujar Ee Yi.Mengulas cabaran aksi pusingan pertama itu, pasangan negara yang menghuni ranking ketujuh dunia enggan menganggapnya sebagai laluan mudah, biarpun di atas kertas kemenangan boleh berpihak mereka berbanding gandingan lawan yang berada di ranking ke-28.“Tiada jalan mudah dalam beregu lelaki. Kami akan berdepan satu persatu perlawanan,” ujar Yew Sin.Yew Sin-Ee Yi juga bersikap realistik mengenai sasaran mereka pada kejohanan tersebut dengan lebih selesa menyimpannya sebagai rahsia.“Kami tidak mahu letakkan sasaran terlalu tinggi dan rendah.“Kalau sasaran kami tidak menjadi, bukan sahaja kami malah penyokong juga kecewa,” ujar Ee Yi. - Stadium Astro
4
05 Januari 2023 06:12pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/239191/berita/sukan/kda-fc-lancar-kelab-peminat-kepak-kenari
KDA FC lancar kelab peminat Kepak Kenari
KEDAH Darul Aman (KDA) FC akan melancarkan kelab peminat Kepak Kenari bagi memeriahkan lagi saingan Liga Malaysia pada musim ini.Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, setiap keahlian akan mendapat manfaat sepanjang musim dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM30.Menurutnya, KDA FC menyasarkan untuk mendaftarkan keahlian mencecah 5,000 ahli selepas ia dilancarkan bagi musim 2023.“Unit pemasaran akan menjalankan promosi dalam masa terdekat. Antara manfaat adalah keutamaan dalam pembelian tiket, diskaun cenderahati KDA FC serta diskaun rakan kongsi kad keahlian kelab,” katanya.Beliau berkata ketika sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian rakan rasmi dan pengumuman pasukan Liga Super KDA FC di sini pada Khamis.Dalam pada ittu, Mohd Daud berharap penyokong Sang Kenari menjadi sebahagian daripada usaha ini yang diharap membantu ekosistem data seterusnya menjana pendapatan kelab.“Saya juga berhasrat melancarkan penjualan tiket mesra keluarga, pakej pas atau tiket keluarga. Ia akan diperhalusi bersama unit pemasaran supaya dapat direalisasikan.“Hasrat saya supaya bola sepak hijau kuning menjadi milik rakyat bermula dengan menyokong bersama keluarga. Ia juga lebih menjimatkan untuk seisi keluarga datang menonton perlawanan di stadium,” katanya.Dalam pada itu, katanya, pas bermusim 2023 terdiri daripada tiga pakej iaitu Sang Kenari Platinum dengan nilai RM700 hingga RM900, manakala Gold dan Bronze masing-masing bernilai RM500 hingga RM700 dan RM300 hingga RM500.Mohd Daud turut memaklumkan, KDA FC telah melakukan pengubahsuaian Hub Prestasi Sukan dan Perubatan bagi kegunaan pasukan selaras dengan perancangan dalam menyediakan kemudahan untuk pemain.“Hub ini terletak di pavilion padang Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti yang mempunyai bilik jurulatih, bilik kitman, bilik persalinan, ruang rawatan dan rundingan pemain, mini gimnasium dan pusat sehenti untuk pemain dan jurulatih menjalankan aktiviti,” katanya.Menurutnya, hub berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada bulan ini.“Kita juga sedang mengenal pasti padang pusat latihan di sekitar Alor Setar untuk diubahsuai bagi kegunaan sepanjang tahun. Proses rundingan juga sedang berjalan untuk membina pusat latihan tetap KDA FC,” katanya.
4
05 Januari 2023 05:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239185/berita/sukan/dua-import-croatia-teruja-bersama-tfc
Dua import Croatia teruja bersama TFC
DUA pemain import baharu Terengganu FC (TFC) dari Croatia, Domagoj Pusic dan Ivan Mamut mengakui teruja untuk memulakan musim 2023 bersama skuad Penyu.Walaupun kedua-duanya beraksi untuk kali pertama di liga negara Asia, ia tidak menjadi halangan untuk Pusic dan Mamut menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu terutama keadaan cuaca panas dan makanan yang berbeza.Menurut Pusic, beliau memasang misi besar untuk membawa TFC ke tahap lebih tinggi berbekalkan pengalaman dalam bidang bola sepak profesional selama berbelas tahun di Liga Eropah."Ketua jurulatih kami berasal dari tempat yang sama dengan saya dan memaklumkan tentang TFC dan Liga Malaysia. Katanya kelab ini mempunyai misi untuk bermain dalam Piala Asia (AFC) tahun ini. Saya sukakan hal itu dan mengambil keputusan untuk menyertai mereka."Di Eropah semua kelab bola sepak sangat profesional dan kami bekerja keras. Jadi saya tidak takut untuk datang ke sini. Saya akan bekerja keras bagi membantu pasukan,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini baru-baru ini.Sementara itu, Mamut yang menyarung jersi nombor tujuh berkata, beliau tidak merasakan tekanan walaupun sedar tumpuan penyokong akan terarah kepadanya sebagai pemain penyerang.Malah, pemain berusia 26 tahun itu menganggap ia sebagai cabaran untuk beliau memperagakan aksi terbaik kepada penyokong skuad hitam putih apabila Liga-M bermula 24 Februari ini."Saya ternanti-nanti perlawanan pertama untuk melihat suasana di sini. Saya suka peminat kerana mereka memberi sokongan emosi dan tenaga,” katanya.Pusic dan Mamut adalah dua pemain import terakhir yang diambil TFC bagi mengharungi Liga-M dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim ini.Pemain import TFC yang lain ialah Habib Haroon, Sony Norde, Sardor Kulmatov, Luke Woodland, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic. -Bernama
4
05 Januari 2023 05:14pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/239184/berita/sukan/kda-fc-perkenal-tiga-lagi-pemain-import
KDA FC perkenal tiga lagi pemain import
TIGA lagi pemain import melengkapkan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk memantapkan lagi aksi berdepan saingan Liga Malaysia musim ini.Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengumumkan bekas pemain Sri Pahang yang menjadi rebutan beberapa pasukan, Manuel Hidalgo kini sah menjadi milik Kedah.KDA FC turut menyambar penyerang import yang baharu dari Brazil, Willian Lira Sousa yang sebelum ini beraksi dalam Liga Jepun dan bakal melancarkan serangan berbisa buat Sang Kenari.“Kita turut membawa masuk pemain pertahanan dari Serbia berusia 28 tahun, Bojan Ciger yang diyakini dapat memperkukuhkan lagi benteng pasukan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian rakan rasmi dan pengumuman pasukan Liga Super KDA FC di sini, pada Khamis.Mohd Daud berkata, Sang Kenari kini melengkapkan kesemua lima pemain importnya yang akan didaftarkan untuk skuad utama musim ini.Sebelum ini, KDA FC telah mengumumkan tiga pemain import, iaitu Manuel Ott dari Filipina dan Amirbek Juraboev dari Tajikistan sebagai pemain tengah.Seorang lagi pemain import, Alan Jonathan Robertson dari Afrika Selatan didaftarkan dalam skuad Liga Simpanan dan menjadi pemain sokongan di bahagian pertahanan.“Saya bersyukur dan lega semua pemain yang dipilih oleh jurulatih, Nafuzi Zain dapat dilengkapkan dalam tempoh pantas bagi menghadapi saingan liga musim ini,” katanya.Menurutnya lagi, Kedah akan memburu dua lagi pemain import yang akan diumumkan dalam masa terdekat.“Kita jangkakan ada tambahan dua lagi pemain import sebagai pemain pasukan Liga Simpanan KDA FC. Ia berdasarkan keperluan untuk membantu pasukan utama, nama mereka sudah ada cuma masih ada beberapa proses belum selesai,” katanya.Mohd Daud (empat dari kiri) bersama pemain import yang kini beraksi untuk KDA FC.Mohd Daud berkata, jumlah keseluruhan pemain pasukan Liga Super KDA FC musim ini adalah 26 orang setakat ini.“Penaja akan diumumkan Februari depan ketika pelancaran jersi baharu KDA FC musim ini,” katanya.Menurutnya lagi, KDA FC akan mengadakan siri jelajah pra-musim ke Turki sebelum saingan Liga Super bermula pada Februari ini selain beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan.Dalam pada itu, turut diumumkan rakan rasmi KDA FC, iaitu Olive House, Aiman Platinum, House of Sang Kenari, Paddy Gear dan E-man.“Komitmen daripada rakan rasmi sedikit sebanyak membantu menjana pendapatan kelab secara terus selain meningkatkan jaringan bersama konsumer melalui pembelian produk atau perkhidmatan ditawarkan,” katanya.
4
05 Januari 2023 05:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239179/berita/sukan/kbs-psm-bincang-isu-baki-21000-tiket-piala-aff---hannah
KBS, PSM bincang isu baki 21,000 tiket Piala AFF - Hannah
[DIKEMAS KINI] KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengenai isu 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang terpaksa ‘dikosongkan’ bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF, Sabtu ini.Dengan kesemua 59,000 tiket yang dibuka semalam habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam secara dalam talian, menterinya, Hannah Yeoh berkata, kedua-dua pihak sentiasa berusaha membantu penyokong tempatan berpeluang menyaksikan perlawanan tersebut.Skuad Harimau Malaya akan berdepan juara bertahan Thailand pada aksi separuh akhir pertama dijadual berlangsung 8.30 malam, Sabtu ini."Saya telah bincang dengan PSM mengenai masalah, iaitu kita ada pertembungan dua acara besar dalam masa satu minggu ini. Kita sentiasa berusaha sebaik dan semampu yang boleh untuk menaikkan semangat penyokong sukan di Malaysia."Setakat ini, kita masih dalam perbincangan, itu sahaja yang saya boleh cakap. Apabila sudah sedia, kita akan berikan maklumat mengenainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil, pada Khamis.Terdahulu, beliau dan timbalannya Adam Adli Abd Halim, turut mengadakan lawatan ke Stadium Nasional di sini, bagi meninjau venue berkenaan dan membincangkan mengenai isu tiket aksi Piala AFF itu.Semalam, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata, 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.Konsert artis terkemuka dari Taiwan itu, akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari ini.Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik menentang Thailand di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa manakal Vietnam selaku juara kumpulan dengan 10 mata. Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini.Sementara itu, beliau berkata, siasatan ke atas insiden seorang jurulatih bola tampar menampar dua pemain remaja akan dilakukan dengan mendalam menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN)."Siasatan masih berjalan, siasatan bukan sama ada tamparan itu berlaku atau tidak, kita semua nampak. Siasatan ini lebih mendalam melihat kepada amalan selama ini dalam pasukan itu."Kita akan dedahkan hasilnya apabila siasatan selesai," katanya ketika ditanya mengenai video tular memaparkan tindakan seorang jurulatih pasukan bola tampar menampar pemain remaja perempuan.Pada Rabu, jurulatih berkenaan, Saiful Hadee Amar, 44, memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lepas. - Bernama
4
05 Januari 2023 04:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239181/berita/sukan/kbs-hargai-langkah-fam-kekalkan-harga-tiket
KBS hargai langkah FAM kekalkan harga tiket
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengekalkan harga tiket aksi separuh akhir Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Menterinya, Hannah Yeoh gembira dengan tindakan tersebut kerana ia memberi akses yang baik buat rakyat kepada infrastruktur sukan.Beliau berkata, ia bukan soal keuntungan semata-mata, sebaliknya isu harga tiket yang berpatutan menjadi pemacu atau penggerak dalam usaha mewujudkan minat dalam kalangan rakyat kepada sukan.“Terima kasih kepada FAM kerana kekalkan harga tiket untuk pastikan lebih ramai lagi warga Malaysia boleh terlibat sama.“Saya gembira kerana kalau kita naikkan harga tiket pun tak ada orang beli, tak guna ia jadi sia-sia,” katanya kepada Sukan Sinar di Putrajaya pada Khamis.Sehari selepas jualan tiket dibuka menerusi pembelian secara dalam talian sebanyak 59,000 keping sudah habis terjual.Tiket itu dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.Mengulas FAM tidak menjual baki 21,000 keping tiket kerana terpaksa memberi laluan kepada konsert artis dari Taiwan, Jay Chou, Hannah memberitahu, stadium itu sudah ditutup untuk tempahan bagi kerja-kerja menaiktaraf.Bagaimanapun beliau berkata, atas permintaan FAM stadium berkenaan dibuka untuk aksi bola sepak dan tempahan untuk konsert pula telah lama dibuat.“Dia adalah artis antarabangsa di mana persediaan konsert itu tidak boleh dibuat dalam tempoh 24 jam dan melibatkan 400 krew“Jadi saya telah meminta PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) untuk bincang dengan FAM dan penganjur konsert untuk mencari jalan menang-menang untuk semua,” katanya.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman pada Rabu memaklumkan sebanyak 59,000 tiket dijual manakala 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur konsert yang dalam proses pemasangan.Tindakan itu mencetuskan amarah para peminat yang kecewa kerana gagal mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir tersebut biarpun kapasiti stadium boleh menampung hampir 80,000 penonton.Noor Azman menjelaskan PSM sudah mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut, namun situasi itu tidak dapat dielakkan.
4
05 Januari 2023 04:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239149/berita/sukan/tiket-separuh-akhir-piala-aff-habis-terjual
Tiket separuh akhir Piala AFF habis terjual
TIKET aksi separuh akhir Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu laris bagai goreng pisang panas.Kesemua 59,000 keping tiket habis terjual sehari selepas jualan dibuka menerusi pembelian secara dalam talian.Pengesahan jualan tiket sudah habis itu dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook pada Khamis.“Sold Out!. 59,000 tiket habis terjual. Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir 1, Malaysia lwn Thailand.“Tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.“Jumpa di Bukit Jalil, Sabtu ini!,” kata kenyataan tersebut.Tiket itu dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.
4
05 Januari 2023 02:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239136/berita/sukan/de-gea-mahu-kekal-lama-di-old-trafford
De Gea mahu kekal lama di Old Trafford
PENJAGA gol sensasi, David de Gea optimis bakal memeterai perjanjian baharu dengan Manchester United ketika kontraknya bersama The Red Devils dijangka berakhir hujung musim ini.Pemain berusia 32 tahun itu menaruh harapan untuk menghabiskan kariernya di Old Trafford ketika United mempunyai pilihan melanjutkannya untuk tempoh setahun atau sebaliknya.United awal bulan ini memeterai perjanjian baharu dengan Marcus Rashford, Luke Shaw, Diogo Dalot dan Fred, namun penjaga gol kelahiran Sepanyol itu menjangkakan tiada masalah untuk mengikuti langkah serupa.“Saya sangat tenang dan hanya fokus kepada latihan, beraksi sebaik mungkin. Apa yang pasti, ia akan berakhir dengan cara yang baik,” katanya.De Gea tetap positif di sebalik hasratnya untuk kekal bersama United kerana dia sangat gembira berada di Old Trafford.“Saya berharap untuk kekal di sini sepanjang karier. Saya pernah mengatakan bahawa ini adalah kelab saya.“Saya telah berada di sini bertahun lamanya dan adalah menjadi satu penghormatan besar untuk berada di sini dan saya juga sangat gembira di sini,” katanya.Selepas permulaan musim yang perlahan, United mula menyerlah di bawah bimbingan Erik ten Hag apabila belum bolos di tempat sendiri dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September lalu.Aksi cemerlang di benteng pertahanan meletakkan kelab itu menghuni tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 35 mata hasil daripada 17 perlawanan.United berkelebihan dua mata di hadapan Tottenham dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara selain mencerminkan peningkatan ketara prestasi mereka berbanding musim lalu.Justeru, De Gea menganggap semangat berpasukan sebagai titik kebangkitan mereka berbanding musim lalu."Kami boleh mengatakan semua orang sudah bersedia, fokus, berlatih dengan sangat baik dan menuju ke arah yang sama.“Tidak kira siapa yang diturunkan termasuk pemain gantian, mereka mengerah segala kudrat ketika di atas padang. Kami mempunyai semangat berpasukan yang hebat dan bagi saya ia bagus untuk melihat pemain beraksi dengan cara ini,” katanya.
4
05 Januari 2023 02:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239131/berita/sukan/fati-selamatkan-maruah-barca
Fati selamatkan maruah Barca
SKUAD Barcelona terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk meraih kemenangan 4-3 ke atas kelab kerdil, Intercity dalam saingan Copa del Rey pada Khamis.Pemain sensasi, Ansu Fati menyelamatkan maruah Barca daripada diaibkan setelah pasukan divisyen tiga itu memberi tentangan sengit pada aksi pusingan 32 tersebut.Bekas pemain remaja La Masia, Oriol Soldevila melakar hatrik sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum Fati memastikan kemenangan Barca menerusi jaringan pada minit ke-103.Skuad bimbingan Xavi tidak boleh berpuas hati dengan kemenangan tersebut biarpun mendominasi perlawanan setelah berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah yang tiga kali bangkit menyamakan kedudukan.Justeru Xavi sedar bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan sukar LaLiga bertemu Atletico Madrid awal pagi Isnin.“Kami bolos banyak gol sedangkan kami mendominasi perlawanan,” katanya.Ronald Araujo, Ousmane Dembele dan Raphinha mencatat nama selaku penjaring, namun Soldevila menyumbat tiga gol dalam tempoh 25 minit pada babak kedua.“Kami gagal menyekat bahagian tengah sekali gus menjadikan perlawanan ini terlalu rumit.“Kami juga kekurangan kekuatan. Saya perlu memikirkan apa yang boleh diperbaiki,” ujar Xavi.
4
05 Januari 2023 01:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239100/berita/sukan/rekod-napoli-lebur
Rekod Napoli lebur
INTER Milan melakar kejutan apabila memadam rekod 11 kemenangan Napoli dalam aksi Serie A pada Khamis.Pemain sensasi, Edin Dzeko menjadi duri dalam daging kepada Napoli apabila meledak gol tunggal untuk mencatat kemenangan berharga.Napoli dominan pada babak pertama, namun buntu tanpa jaringan.Sebaliknya penyerang Inter, Dzeko memecah kebuntuan minit ke-56 apabila menyudahkan dengan baik hantaran Federico DiMarco.Pengurus Inter, Simone Inzaghi melihat kemenangan itu menjadi penyuntik semangat buat para pemain."Inter menjadi pasukan pertama menewaskan Napoli yang juga pasukan tunggal dalam liga utama di Eropah yang belum tewas musim ini. Ia menaikkan semangat kami."Saya sangat bangga dengan pasukan ini kerana mereka membantu sesama sendiri di atas padang dan kami pamerkan prestasi mantap untuk penyokong," ujar Inzaghi.Napoli memimpin carta liga dengan 41 mata daripada 16 perlawanan.Mereka mendahului pasukan di tangga kedua AC Milan dengan lima mata, manakala Inter di tangga keempat (33 mata).Dalam aksi itu Inter berpeluang membuka tirai jaringan pada minit keempat, namun rembatan DiMarco sedikit tersasar selepas mendapat hantaran Romelu Lukaku.Percubaan Lukaku turut tersasar selepas mendapat hantaran Nicolo Barella sejurus sebelum rehat."Perlawanan mempunyai detik berbeza. Menuju rehat kami lebih mengasak dan sepatutnya dapat tiga gol," kata Inzaghi.Napoli mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-90 apabila rembatan Giacomo Raspadori dalam kotak penalti diselamatkan penjaga gol, Andre Onana.
4
05 Januari 2023 10:26am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239098/berita/sukan/kane-cipta-sensasi
Kane cipta sensasi
HARRY Kane mencipta sensasi apabila membuat penampilan ke-300 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika membantu Tottenham Hotspur membenam Crystal Palace 4-0 pada Khamis.Kapten Spurs itu turut meledak dua gol dalam aksi 'derby' London di Selhurst Park tersebut.Jaringan itu membantu Kane menghampiri rekod milik Jimmy Greaves sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs.Pemain pertahanan, Matt Doherty dan Son Heung-min melengkapkan kemenangan Spurs selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama.Kane membuka tirai jaringan dengan meledak gol ke-264 untuk Spurs dalam semua kejohanan berbeza dua jaringan di belakang rekod milik Greaves.Kemenangan itu yang juga pertama buat Spurs selepas rehat Piala Dunia ketinggalan dua mata di belakang Manchester United yang menduduki tangga keempat."Ia kemenangan yang sangat penting. Kami gagal mendapat keputusan baik selepas kembali dari Qatar dan keputusan ini sangat melegakan."Ia mengenai menggerakkan bola dengan cepat, berlari di belakang dan kualiti pada hantaran akhir. Ia sangat hebat," ujar Kane.Kedua-dua pasukan akan mengalih fokus kepada aksi pusingan ketiga Piala FA pula.Spurs bakal menerima kunjungan Portsmouth dan Palace menentang pencabar EPL, Southampton di tempat sendiri pada Sabtu.
4
05 Januari 2023 09:44am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239082/berita/sukan/norazlan-dedah-rahsia-pilih-kuching-city
Norazlan dedah rahsia pilih Kuching City
SEMANGAT berpasukan yang luar biasa dan ingin membantu tonggak-tonggak muda menjadi dua faktor kepada penjaga gol berpengalaman, Norazlan Razali menerima tawaran Kuching City FC pada musim 2023.Norazlan jelas tertarik melihat pencapaian Kuching City pada musim lalu yang berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022 selain menamatkan cabaran di tangga ketiga Liga Premier.Di bawah kendalian jurulatih paling berpengalaman di Liga Malaysia, Irfan Bakti, dia juga tidak menafikan perkara tersebut turut mempengaruhinya untuk pertama kali melebarkan kariernya ke Borneo.“Irfan yang mengajak saya datang ke sini kerana beliau memerlukan lebih ramai penjaga gol berpengalaman kerana musim 2023 akan berbeza kerana perlawanan lebih banyak berikutan perubahan format liga.“Saya ada ikuti perkembangan Kuching City pada musim lalu dan kagum melihat semangat pasukan ini, seperti mana ‘motto’ pasukan iaitu ‘pasukan kecil berjiwa besar’.“Walaupun tidak dibarisi nama-nama besar, Kuching berjaya berikan cabaran hebat kepada pasukan lain terutama semasa tewas kepada Sabah di suku akhir Piala Malaysia selain aksi konsisten di Liga Premier.“Kehadiran saya di sini juga sedikit sebanyak untuk membantu Irfan terutama dalam aspek memantau pemain-pemain muda serta memberikan panduan kepada mereka,” katanya.Berusia 38 tahun, Norazlan dijangka menjadi antara penjaga gol paling senior yang beraksi di Liga Malaysia selain Farizal Marlias dan Wan Azraie Wan Teh (kedua-duanya berusia 37 tahun).Bekas penjaga gol kebangsaan itu pernah beraksi dengan banyak pasukan ternama Liga Malaysia seperti Selangor (2011-13, 2015-18), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2014), Felda United FC (2019) dan Kuala Lumpur (2009-11).Musim lalu, dia melakukan sembilan penampilan (8 Liga Super, 1 Piala FA) bersama Melaka United apabila bersaing dengan Bryan See bagi kedudukan penjaga gol utama musim 2021 memperlihatkan dia hanya beraksi sebanyak empat perlawanan secara keseluruhan.Di Kuching City, Norazlan dijangka menerima cabaran dari Shaiful Wazizi untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama selain Wan Azraie.Namun, Norazlan menganggap itu sebagai satu persaingan sihat selain sedia membantu ‘The Cats’ memburu kedudukan yang boleh dihormati di Liga Super selain mara sejauh mungkin dalam kejohanan Piala FA dan TM Piala Malaysia.“Sememangnya persaingan cukup sengit kerana termasuk saya, ada empat penjaga gol yang disenaraikan dan saya perlu bekerja keras kerana peluang dilihat sama rata.“Tiada sebarang jaminan sesiapa boleh menjadi penjaga gol utama tetapi sesiapa sahaja yang terpilih, kami akan pastikan Kuching City mampu melakar sesuatu yang lebih hebat dalam Liga Malaysia.“Saya optimis dengan sejumlah besar pemain muda berbakat selain dibantu pengalaman Irfan, Kuching City boleh menghasilkan banyak kejutan pada musim ini,” katanya.
4
05 Januari 2023 08:30am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239081/berita/sukan/faizal-tekad-gegar-india
Faizal tekad gegar India
PENYERANG sensasi skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari mengakui tidak berada pada tahap prestasi sebenar pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan dari 28 November hingga 4 Disember lalu.Namun, pemain kelahiran Terengganu itu mahu membalas kepercayaan diberikan pengendali The Speedy Tigers, Arul Selvaraj dengan memberikan aksi terbaik pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari ini.“Sejujurnya saya ambil teguran daripada coach Arul mengenai persembahan semasa saingan Piala Negara-Negara baru-baru ini sebagai sesuatu yang positif.“Kita pun sebelum ini tidak banyak menyertai kejohanan kompetitif selepas pandemik Covid-19 ini, seandainya ada pun dalam lingkungan satu dua kejohanan.“Teguran coach Arul itu merupakan sesuatu yang tepat untuk saya buktikan sesuatu apabila menyingkap saingan Piala Dunia 2023,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Sebelum ini, Arul menuntut Faizal tampil lebih menyerlah dalam saingan di India nanti selepas pemain berusia 31 tahun itu tidak berada pada prestasi sebenar pada kempen Piala Negara-Negara.“Peluang beraksi di pentas Piala Dunia merupakan idaman setiap pemain. Saya dan rakan-rakan lain tidak akan mengambil mudah cabaran pasukan yang bertanding pada kali ini.“Kami akan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dengan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan sepanjang kempen kali ini,” ujarnya yang menyarung jersi kelab Belanda, ZSV Schaerweijde sebelum ini.Pada Piala Dunia 2023, Malaysia yang kini menduduki ranking ke-11 dunia diundi dalam Kumpulan C dijadualkan berdepan juara tiga kali, Belanda pada 14 Januari.Wakil dari Amerika Selatan, Chile akan menjadi lawan kedua Speedy Tigers pada 16 Januari sebelum mereka berdepan pasukan kesembilan dunia, New Zealand empat hari kemudian.Juara kumpulan akan ke suku akhir, manakala pasukan tempat kedua ketiga akan berentap dengan lawan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) dalam pusingan kalah mati dalam memburu slot ke suku akhir.
4
05 Januari 2023 08:20am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239073/berita/sukan/conte-masih-gembira-di-tottenham-hotspur
Conte masih gembira di Tottenham Hotspur
ANTONIO Conte menegaskan masih gembira di Tottenham Hotspur dan komited dengan projek kelab itu walaupun ada yang mengkritik kualiti skuadnya.Tottenham dicemuh selepas kekalahan 0-2 kepada Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur pada Hari Tahun Baru, keputusan yang meletakkan kelab London itu di tempat kelima selepas hanya dua kemenangan daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.Selepas kekalahan itu, Conte berkata, perbincangan pramusim mengenai cabaran gelaran adalah ‘gila' dan menegaskan peminat perlu realistik mengenai prospek memenangi trofi.Tottenham amat memerlukan peningkatan prestasi, bermula pada di Crystal Palace, jika mereka tidak kehilangan sentuhan dengan pasukan yang turut bersaing untuk menduduki tempat empat teratas.“Saya gembira tetapi saya sentiasa berkata kepada anda saya gembira. Saya mahu kekal di sini. Saya menikmati masa saya di Tottenham, saya menikmati kerja saya di Tottenham.“Tetapi ini tidak bermakna saya tidak boleh memberitahu anda apa yang kami lakukan. Kami cuba mencipta asas asas. Sukar untuk saya setiap hari untuk mengulangi perkara yang sama dan untuk anda tidak faham."Saya gembira untuk tinggal di sini. kerana saya berada di kelab moden, saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemain dan saya mempunyai hubungan yang baik dengan kelab.“Kadang-kadang saya pulang ke rumah dan fikir saya perlu belajar lebih banyak bahasa Inggeris kerana saya tidak pandai untuk memindahkan fikiran saya kepada anda,” kata Conte kepada pemberita.Conte berkata, dia melakukan keajaiban untuk membawa Tottenham ke empat teratas musim lalu dan penambahan pemain seperti Ivan Perisic dan Richarlison menguatkan skuad itu pada musim panas.Walaupun berada di dalam dan di sekitar empat teratas sepanjang musim, Tottenham sering bekerja keras dengan sistem tegar Conte pada masa-masa yang bertentangan dengan pemain yang ada padanya.“Sekarang saya benar-benar komited untuk kelab ini dan untuk Tottenham. Kemudian ada projek ini dan saya menandatangani kontrak dengan kelab ini untuk menerima projek ini dan cuba membina dan membantu kelab.“Semasa proses ini ia boleh berlaku 1,000 perkara. Kelab boleh memecat pengurus atau terdapat visi berbeza, situasi berbeza,”kata pengendali dari Itali itu.
4
05 Januari 2023 12:36am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239068/berita/sukan/city-perlu-buat-luar-biasa-jika-mahu-langgar-arsenal
City perlu buat luar biasa jika mahu 'langgar' Arsenal
PEP Guardiola percaya Manchester City perlu melakukan sedaya upaya jika penyandang juara itu ingin merombak pendahulu Arsenal dari puncak carta Liga Perdana Inggeris.City boleh kembali merapat kedudukan dengan lima mata di belakang The Gunners menjelang kunjungan ke Chelsea selepas Arsenal kehilangan mata apabila seri tanpa jaringan berdepan Newcastle United sebelum ini.“Kami perlu mengurangkan jurang dengan bermain bagus dan memenangi perlawanan, tetapi mereka (Arsenal) mendapat lebih daripada 100 mata jika mereka mengekalkan purata ini dan kami tidak akan mengejar mereka.“Kami perlu hampir sempurna dan berharap mereka kehilangan mata. Malam tadi mereka masih cemerlang,” katanya.Chelsea hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tetapi Guardiola masih menjangkakan pertemuan sukar di Stamford Bridge.“Ini adalah Liga Perdana Inggeris. Mereka pasukan yang sukar, diurus dengan baik.“Tidak kira apa kedudukan anda apabila anda pergi ke Stamford Bridge. Ia sentiasa sukar,” kata Guardiola.
4
04 Januari 2023 10:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239063/berita/sukan/giliran-uitm-fc-tarik-diri-dari-liga-super
Giliran UiTM FC tarik diri dari Liga Super
LIGA Malaysia (Liga-M) terus menerima tamparan hebat apabila UiTM FC muncul kelab kedua menarik diri daripada saingan Liga Super musim ini selepas Petaling Jaya City (PJ City).Perkara itu disahkan Presiden The Lion Troops, Profesor Dr Sazili Shahibi, selepas dua musim kelab tersebut beraksi di pentas Liga Super.Selain masalah kewangan, Dr Sazili menjelaskan ada punca lain mengapa pihak pengurusan mengibarkan bendera putih dalam mengharungi kancah tertinggi bola sepak negara itu.“Ahli Lembaga Pengarah UiTM telah bermesyuarat dan (kami mengambil) keputusan untuk menarik diri daripada liga pada musim depan.“Kewangan adalah salah faktornya, tapi kami rasa dari segi kemampuan, ia tidak sesuai buat pemain-pemain kami,” katanya ketika dihubungi Astro Arena pada Rabu.Dalam pada itu, Sazili juga berhasrat memaklumkan UiTM bakal beralih ke saingan Liga M3 musim ini.Untuk rekod, UiTM muncul pasukan berstatus universiti pertama yang layak beraksi dalam saingan Liga Super.Dalam pada itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya akan menjelaskan situasi berkenaan menerusi kenyataan rasmi bakal dalam masa terdekat selepas hanya 14 pasukan yang akan bertanding di pentas Liga Super musim ini. - Astro Arena
4
04 Januari 2023 09:19pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239061/berita/sukan/tidak-divaksin-djokovic-mungkin-terlepas-dua-kejohanan-di-as
Tidak divaksin, Djokovic mungkin terlepas dua kejohanan di AS
BINTANG tenis Novak Djokovic berkemungkinan terlepas peluang untuk menyertai kejohanan Indian Wells dan Terbuka Miami Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi Covid-19 kepada warga asing.Walaupun peraturan Covid-19 telah dilonggarkan atau ditarik balik di kebanyakan negara, namun bukti vaksinasi masih diperlukan untuk memasuki AS, sehingga sekurang-kurangnya 10 April.Indian Wells dan Terbuka Miami Masters ialah dua daripada kejohanan paling berprestij di luar kalendar grand slam yang masing-masing bermula pada 6 Mac dan 20 Mac.Djokovic yang enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini pernah dilarang memasuki Australia.
4
04 Januari 2023 08:55pm
NOR FARHANA YAACOB
https://www.sinarharian.com.my/article/239056/berita/sukan/tampar-pemain-tindakan-terhadap-jurulatih-selepas-siasatan-selesai
Tampar pemain: Tindakan terhadap jurulatih selepas siasatan selesai
SEBARANG keputusan yang akan diambil terhadap jurulatih tampar pemain akan diputuskan selepas siasatan penuh dilakukan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam berkata, biarpun jurulatih tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan ibu bapa pemain yang terlibat turut memaafkan tindakan jurulatih itu, namun kes ini memerlukan perhatian serius agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.Menurutnya, dalam isu ini kerajaan negeri juga membuat siasatan selain KPM menerusi Unit Integriti yang menyiasat perkara itu susulan video tular berkenaan."Selain itu MAVA juga akan mengambil alih kes ini memandangkan ia melibatkan peringkat kebangsaan."Ini bermakna apa-apa tindakan diambil terhadap beliau hanya akan diputuskan oleh KPM kerana beliau seorang guru dan juga MAVA," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu berkenaan di Bangunan Majlis Sultan Negeri (MSN) Melaka di Krubong, di sini, pada Rabu.Hadir sama, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow dan Pengarah MSN negeri, Asri Ninggal.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek berharap dan memohon perkara itu dapat dijernihkan semula dan tidak terus berlarutan dan orang ramai diminta tidak lagi menyebarkan video kontroversi tersebut.Menurutnya, situasi itu bukan sahaja menjejaskan emosi jurulatih yang terlibat malah secara tidak langsung memberi gangguan emosi kedua-dua pelajar perempuan berkenaan."Kerana video berkenaan menjadi tular mereka (ibu bapa pemain terlibat) mengakui perasaan mereka tersinggung dan mohon semua pihak untuk menghentikan penularan tersebut," katanya lagi.Jelas beliau, MSN turut mengesyorkan jurulatih membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan."Melaka dah selesai, selepas ini terpulang kepada KPM dan MAVA untuk ambil tindakan dan kita turut memberikan tiga syor kepada pihak berkenaan berhubung kes ini.Termasuk jurulatih perlu meminta maaf kepada umum serta ibu bapa, kedua kedua mungkin sijil latihan beliau perlu ditahan untuk tempoh setahun atau dua tahun," ujarnya.
4
04 Januari 2023 08:18pm
NOR FARHANA YAACOB
https://www.sinarharian.com.my/article/239051/berita/sukan/video-kes-tampar-pemain-jurulatih-mohon-maaf-secara-terbuka
[VIDEO] Kes tampar pemain: Jurulatih mohon maaf secara terbuka
JURULATIH kontroversi membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakannya menampar dua pemain remaja perempuan bola tampar yang tular di media sosial baru- baru ini.Saiful Hadee Amar, 44, yang juga seorang pendidik mengakui kesal dengan apa yang telah berlaku kerana niatnya ketika itu adalah untuk menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada pemain yang telah berjaya melayakkan diri mereka menyertai kejohanan bola tampar bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor.Menurutnya, bersedia dan reda dengan sebarang tindakan dan keputusan yang bakal dikenakan atas keterlanjuran perbuatannya ketika itu dan berharap insiden itu menjadi pengajaran kepada dirinya."Tidak berniat saya untuk mengambil tindakan (menampar) sehingga mendatangkan kecederaan, tindakan saya adalah untuk menaikkan lagi semangat mereka, memotivasikan mereka."Saya memohon maaf pada semua pemain terlibat terutama sekali dua pemain yang terlibat, ibu bapa pemain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, di Krubong di sini, pada Rabu.Shanmugam (tiga,kiri) dan Saiful Hadee ketika bertemu dengan ibu bapa kedua-dua remaja perempuan yang ditampar.Hadir sama, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam dan Pengarah MSN Melaka, Asri Ninggal.Media sebelum ini melaporkan video tular kejadian yang memaparkan seorang jurulatih bertindak menampar dua pemain ketika membimbing pasukan Melaka sewaktu Kejohanan Bola Tampar Remaja bawah 14 tahun yang diadakan 16 Disember lalu.Insiden itu telah mendapat perhatian beberapa pihak antaranya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta mantannya, Datuk Seri Faizal Azumu, yang menyelar tindakan berkenaan,Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut isu yang tular ini kerana membabitkan pelajar bawah umur.
4
04 Januari 2023 07:38pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239045/berita/sukan/harimau-malaya-dapat-sokongan-hannah
Harimau Malaya dapat sokongan Hannah
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama 65,147 pemain ke-12 Harimau Malaya hadir memberi sokongan padu kepada skuad negara ketika berdepan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Pada perlawanan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut juga menghadiahkan jersi 'HANAYO 9' kepada Hannah sebagai tanda penghargaan kerana sentiasa memberikan sokongan padu kepada skuad negara.“Pemberian jersi skuad Harimau Malaya yang lengkap dengan set nama dan nombor itu adalah sebagai simbolik penghargaan kepada YB Hannah dan jalinan kerjasama serta sokongan beliau kepada industri bola sepak negara,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan, pada Rabu.Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 selepas membelasah Singapura 4-1 sekali gus muncul naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata.
4
04 Januari 2023 07:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239043/berita/sukan/arvin-shaun-harap-2023-bawa-lebih-banyak-kejayaan
Arvin Shaun harap 2023 bawa lebih banyak kejayaan
PERENANG muda negara, Arvin Shaun Singh Chahal mengharapkan kedatangan tahun baharu 2023 mampu menjanjikan kejayaan yang lebih bermakna buat dirinya.Selepas hanya menyumbang satu pingat perak bagi acara 4x200 meter (m) gaya bebas berganti-ganti lelaki dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu, Arvin bertekad untuk meraih pengiktirafan lebih besar di pentas antarabangsa.Katanya ini termasuk menggondol pingat emas pada temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei depan.“Sukan SEA Hanoi merupakan satu pendedahan terbaik buat saya walaupun terdapat beberapa kekecewaan termasuk dibatalkan penyertaan bagi acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti lelaki.“Namun, kekecewaan itu telah membakar semangat dan motivasi saya untuk menebusnya semula. Pada temasya Sukan SEA akan datang, saya mahu bermula dengan lebih kuat selain mempersiapkan diri untuk tahun yang mendatang,” katanya ketika dihubungi.Selain itu, atlet berusia 22 tahun tersebut yakin berada di landasan yang betul untuk merebut tempat sekali gus mewakili negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.Untuk itu, Arvin berkata beliau akan terus berlatih bersungguh-sungguh supaya berada pada tahap terbaik bagi mencapai kemuncak prestasinya dalam temasya sukan terbesar dunia itu.“Saya percaya saya mempunyai apa yang diperlukan untuk melayakkan diri ke Paris 2024. Saya yakin pada diri sendiri dan saya harap rakyat Malaysia juga begitu.“Saya akan berkorban sepenuh tenaga dan usaha untuk beraksi di Sukan Olimpik 2024. Tiada siapa yang boleh menghalang saya daripada mencapai impian ini,” katanya.Walaupun berdepan beberapa rintangan dalam pertandingan yang disertainya, Arvin tetap berpuas hati dengan pencapaiannya sepanjang tahun lepas memandangkan ia kali pertama beliau berjaya pulih daripada belenggu kecederaan sejak 2018.Beliau juga berharap keputusan untuk kembali ke Australia dan berlatih di bawah jurulatih lamanya, Dean Boxall sejak Oktober lalu akan membuahkan hasil.“Saya akan memberi fokus kepada meningkatkan kekuatan, penyesuaian dan teknik di samping terus berfikiran positif,” katanya. - Bernama
4
04 Januari 2023 07:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239044/berita/sukan/diogo-kembali-bersama-harimau-selatan
Diogo kembali bersama Harimau Selatan
PENYERANG dari Brazil, Diogo Luis Santo kembali menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi cabaran musim baharu.Perkara itu 'dibayangkan' Harimau Selatan menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers, pada Rabu.Menerusi video berdurasi 51 saat itu, pemain berusia 35 tahun berkenaan dilihat menaiki limosin dan memasuki Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Beliau yang memakai kot dengan lencana Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) juga dilihat duduk di bilik persalinan di bawah jersi bernombor 11 yang turut tertulis nama Diogo.Sebelum ini, Diogo pernah bersama Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu pada musim 2019 dan 2020 dengan 32 penampilan dan 16 jaringan.Bagaimanapun, Diogo tidak menyambung kontraknya pada penghujung 2020 dan menyertai kelab Thailand, BG Pathum United.Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini dipetik sebagai berkata, kelab itu merancang untuk membawa masuk seorang penyerang dari Brazil dan dua pemain Sepanyol bagi memantapkan pasukan itu bagi musim 2023.Sementara itu, pemain dan barisan kejurulatihan JDT akan kembali melapor diri untuk pramusim mulai Ahad ini dan akan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi perlawanan persahabatan pramusim.JDT akan menghadapi lima perlawanan persahabatan bermula 28 Januari hingga 6 Februari ini. - BernamaJADUAL AKSI PRAMUSIM JDT25 JanuariJDT lwn FC Rostov28 JanuariJDT lwn TBC (Kelab UAE)31 JanuariJDT lwn FC Levski Sofia2 FebruariJDT lwn FC Lokomotiv Moscow6 FebruariJDT lwn FC Zenit St. Petersburg
4
04 Januari 2023 07:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239035/berita/sukan/kbs-tetap-siasat-kes-jurulatih-tampar-pemain
KBS tetap siasat kes jurulatih tampar pemain
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan tetap meneruskan siasatan berhubung isu jurulatih menampar dua pemain bola tampar perempuan.Menteri KBS, Hannah Yeoh menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa berkata, siasatan itu tetap diteruskan meskipun pasukan, ibu bapa dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka bersuara membela serta memaafkan perbuatan jurulatih terbabit.Menurut Hannah, siasatan itu bukan tentang jurulatih atau pemain tersebut tetapi tindakan di mana pihaknya telah menetapkan demi generasi akan datang khususnya dalam sukan.Tambahnya, beliau dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan."Ini bukan tentang seorang jurulatih atau dua pemain tetapi tindakan yang telah kami tetapkan untuk generasi akan datang dalam sukan. Fadhlina bersama saya dalam hal ini," katanya.Pada Selasa, media melaporkan bapa kepada salah seorang pelajar perempuan yang ditampar jurulatih dalam satu insiden di kejohanan bola tampar di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini telah memaafkan perbuatan lelaki itu dan berharap dia tidak dikenakan sebarang tindakan.Isnin lalu, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka, VP Shanmugam turut menyatakan jurulatih berkenaan juga sudah berjumpa ibu bapa pemain terbabit bagi memohon maaf.Ujarnya, insiden itu berlaku apabila jurulatih tersebut sedikit emosi apabila melihat prestasi pemainnya tidak mencapai tahap diinginkan pada hari pertandingan itu.
4
04 Januari 2023 06:40pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239024/berita/sukan/cools-perkukuh-bentang-buriram-united
Cools perkukuh bentang Buriram United
TEKA-teki status Dion Cools bagi musim 2023 akhir terjawab apabila pemain posisi pertahanan itu disambar kelab Liga Thailand, Buriram United.Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan kehadiran Cools adalah bagi memenuhi kuota pemain ASEAN dalam pasukan terbabit.“Buriram United mencapai persetujuan menandatangani Dion Cools, bintang skuad kebangsaan Malaysia yang bermain sayap kanan, bek kanan dan bek tengah.“Ini bagi memenuhi kuota ASEAN bagi mengukuhkan dan meningkatkan kepelbagaian permainan di bahagian kanan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.Untuk rekod, Cools sebelum ini memperkuatkan cabaran kelab Liga Republik Czech, FK Jablonec apabila sering ditampikan dalam kesebelasan utama pasukan.
4
04 Januari 2023 06:25pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239011/berita/sukan/kekhilafan-datang-dari-saya-sendiri---faisal
‘Kekhilafan datang dari saya sendiri’ - Faisal
KEMELUT pemain Selangor FC, Faisal Halim dan bekas majikannya Terengganu FC (TFC) berakhir dengan permohonan maaf daripada tonggak Harimau Malaya tersebut.“Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku di antara saya dengan pihak Terengganu FC.“Saya juga memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku di antara saya dengan para penyokong selama berada di bumi Terengganu Darul Iman.“Setiap kebaikan datang dari ALLAH SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri. TFC telah jelaskan baki gaji saya,” katanya yang dimuat naik di laman media sosialnya pada Rabu.Dalam muat naik itu, Faisal turut berkongsi gambarnya bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif (COO) TFC, Mohd Sabri Abas.Untuk rekod, Faisal dalam satu ciapan pada 23 Disember lalu dipetik berkata, “KITA diam orang ingat kita tiada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tak pro.”Ciapan Faisal di laman media sosialnya itu mendapat reaksi para penyokong bola sepak negara. Faisal kini sedang menggalas cabaran Malaysia dalam kempen Piala AFF 2022.
4
04 Januari 2023 05:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239004/berita/sukan/piala-aff-fam-kekalkan-harga-tiket-rm30
Piala AFF: FAM kekalkan harga tiket RM30
HARAPAN untuk melihat Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi peminat Malaysia yang dijadualkan menentang Thailand dalam aksi separuh Piala AFF 2022 pada Sabtu semakin membara.Ia susulan sejumlah 59,000 keping tiket yang akan dijual dengan penetapan kadar harga yang sama iaitu RM30 untuk tempat duduk terbuka.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di stadium sejurus selepas perlawanan menentang Singapura.“Ia sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan di sepanjang kempen Piala AFF setakat ini“Tiket bagi aksi separuh akhir pertama itu akan dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebagai perbandingan, harga tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka berkenaan sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lawan Thailand pada Piala AFF 2018.Malah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia menentang Vietnam.Menurut Noor Azman, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou yang dalam proses pemasangan.Tambahnya, situasi itu tidak dapat dielakkan kerana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik.Jelasnya, ia bagi memastikan aksi skuad Harimau Malaya sepanjang kejohanan itu tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil."Justeru diharapkan para penyokong Harimau Malaya dapat meneruskan sokongan padu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand, Sabtu ini, jam 8.30 malam," katanya.Tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama itu mula dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula jam 3 petang ini.Tiada penjualan di kaunterFAM turut ingin menasihati para penyokong supaya berhati-hati dengan pembelian tiket selain daripada secara dalam talian di www.tickethotline.com.my.Ini kerana, bagi perlawanan menentang Singapura pada Selasa, FAM telah mendapati bahawa terdapat penjualan tiket palsu.FAM berharap perkara sedemikian tidak berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama tersebut dan tindakan keras akan diambil terhadap pelaku.
4
04 Januari 2023 04:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238998/berita/sukan/tfc-lengkapkan-kuota-pemain-import-musim-2023
TFC lengkapkan kuota pemain import musim 2023
PASUKAN naib juara Piala FA, Terengganu FC (TFC) melengkapkan kuota pemain import dengan menandatangani kontrak dengan dua pemain dari Croatia.Pemain tersebut, Domigoj Pusic, 32, akan beraksi di posisi tengah menggantikan Manuel Ott manakala Ivan Mamut, 26, melengkapkan kuota di posisi serangan yang sebelum ini diisi bekas pemain penyerang kebangsaan Liberia, Kpah Sherman yang dikhabarkan beralih angin ke pasukan Sri Pahang FC.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh berkata, kedua-dua pemain yang pertama kali beraksi di negara Asia itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad Penyu bagi mengharungi saingan Liga-M dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023."Pusic yang sebelum ini beraksi bersama kelab NK BSK Bijelo Brdo akan menyarung jersi nombor lapan manakala Mamut akan memakai jersi nombor tujuh."Kelebihan fizikal daripada segi ketinggian antara faktor kedua-dua pemain ini menjadi pilihan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk diserap ke skuad TFC," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Ab Rasid berkata, kedua-dua pemain berkenaan sudah berada di Terengganu dan akan mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Kompleks Gong Badak, hari ini.Menurut beliau, kehadiran dua pemain tersebut diharap dapat membawa TFC ke peringkat lebih gemilang selepas berjaya mara ke pentas akhir Piala FA dan Piala AFC musim lepas."Walaupun kedua-dua pemain ini kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara, namun mereka tetap teruja untuk beraksi di Liga-M," katanya.TFCSB sebelum ini turut menandatangani kontrak dengan tiga lagi pemain import iaitu Sardor Kulmatov, Sony Norde, Adisak Kraisorn selain mengekalkan Habib Haroon. - Bernama
4
04 Januari 2023 04:26pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238986/berita/sukan/piala-aff-hanya-59000-tiket-dijual-bagi-aksi-thailand
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand
HANYA 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, perkara itu berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.FAM turut mengumumkan bahawa harga tiket perlawanan itu kekal seperti aksi peringkat kumpulan - RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand."Situasi ini tidak dapat dielakkan. FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik memastikan aksi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala AFF ini dilangsungkan di Stadium Nasional, berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil."Harga tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka ini sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lawan Thailand pada edisi 2018 dan adalah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Malaysia lawan Vietnam pada 2014,” katanya menerusi kenyataan hari ini.Konsert Jay Chou, artis terkemuka dari Taiwan, akan berlangsung pada 15 Januari di Stadium Nasional.Noor Azman berkata, tiket bagi perlawanan itu hanya akan dijual secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my bermula 3 petang Rabu, dengan tiada penjualan di kaunter.Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik menentang skuad Gajah Perang di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada Selasa (10 Jan).Sementara itu, FAM turut menasihatkan penyokong supaya berhati-hati dengan pembelian tiket selain daripada secara dalam talian di www.tickethotline.com.my, berikutan terdapat penjualan tiket palsu bagi perlawanan menentang Singapura, malam tadi."FAM berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama ini dan tindakan keras akan diambil terhadap pelaku,” tegasnya.Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 semalam.Vietnam muncul juara kumpulan dengan 10 mata, manakala Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.Sekiranya berjaya menundukkan pasukan paling cemerlang, Thailand yang mempunyai enam gelaran, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang antara Vietnam dengan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini. - Bernama
4
04 Januari 2023 03:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238972/berita/sukan/pandelela-nur-dhabitah-tidak-sertai-sukan-sea-kemboja
Pandelela, Nur Dhabitah tidak sertai Sukan SEA Kemboja
PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MS) akan mempertaruhkan barisan penerjun muda bagi menggalas cabaran negara di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini tanpa penglibatan atlet elit, sebagai langkah memberi pendedahan kepada mereka di peringkat antarabangsa.Penolong Jurulatih Kebangsaan, Datuk Leong Mun Yee berkata, skuad terjun negara baharu memulakan semula latihan harian mereka pada Selasa di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, selepas berakhirnya kejohanan terjun Grand Prix (GP) Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) Malaysia (GP Malaysia) pada November lepas.Beliau berkata, temasya dwi tahunan edisi ke-32 di Kemboja yang akan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei itu, merupakan kejohanan paling terdekat dalam kalendar MS, diikuti Kejohanan Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Julai dan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September, selepas FINA masih belum mengeluarkan sebarang jadual pertandingan untuk kalendar tahun ini."Atlet elit tidak akan pergi ke Sukan SEA Kemboja sebaliknya hanya atlet pelapis dan yang lebih muda akan dihantar ke sana. Jadi, memang sah atlet elit seperti Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ooi Tze Liang tidak akan dihantar ke Kemboja."Kita (MS) memang mahu mendedahkan atlet muda (dengan kejohanan lebih besar) sebab kalau atlet senior sahaja yang pergi, pasti atlet muda tiada peluang (untuk menonjolkan bakat),” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.Bekas penerjun negara yang juga pemenang pingat perak di Kejohanan Dunia Gwangju 2019 itu, memaklumkan hanya acara individu lelaki dan wanita akan dipertandingkan, manakala acara seirama lelaki dan wanita tiada dalam senarai temasya di Kemboja.Mun Yee berkata, antara nama penerjun muda berbakat yang disebut-sebut untuk mengisi slot itu ialah Enrique Maccartney Harold dan Bertrand Rhodict, kedua-duanya berusia 18 tahun yang akan mewakili negara dalam acara 10 meter (m) platform individu."Setakat ini nama Enrique Maccartney dan Bertrand memang ada dalam senarai 10m platform individu dan nama bagi acara lain akan menyusul kemudian sebab sekarang ini masih dalam proses mempersiapkan mereka (atlet muda) dalam tempoh empat ke lima bulan lagi,” katanya.Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas, kem terjun negara terus menjadi kuasa besar di rantau Asia Tenggara apabila muncul juara keseluruhan dengan kutipan lapan pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.Kejayaan itu secara tidak langsung membolehkan skuad terjun Malaysia memegang status berkenaan buat kali kesembilan berturut-turut sejak 2005. - Bernama
4
04 Januari 2023 02:46pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238968/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-tagih-pengalaman-juara-dunia
Wei Chong-Kai Wun tagih pengalaman juara dunia
BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menagih pengalaman juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam membuat persediaan untuk menghadapi tugas sukar bertemu dengan gandingan dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Terbuka Malaysia pada 10 hingga 15 Januari ini.Kai Wun berkata, Aaron-Wooi Yik yang pernah membenam Kevin-Marcus pada aksi suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah berkongsi beberapa 'tips' buat mereka untuk menentang bekas gandingan nombor satu dunia itu di Axiata Arena, Bukit Jalil dalam pusingan pertama kelak.“Kami ada tanya sikit (kepada Aaron-Wooi Yik), dan mereka ada beritahu beberapa pengalaman, tapi kita akan cuba sedaya upayalah, sebab perlawanan semua pemain berlainan, tapi mungkin untuk perlawanan kali ini kita akan buat attacking untuk dapatkan mata.“Kita cuma tak fikir banyak sangat, sebab mereka memang top player dan mereka memang ada gelaran serta pengalaman mereka juga besar, kita cuma harap kita boleh beri yang terbaik,” katanya kepada pemberita dalam sesi latihan pada Selasa.Sementara itu, Kai Wun berkata, pengalamannya beraksi di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) banyak membantu menambah baik prestasi untuk beraksi di kejohanan-kejohanan akan datang.Katanya, gandingan itu pada masa sama bertekad meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan ke-10 hingga 12 terbaik dunia tahun ini.Berdasarkan rekod, Wei Chong-Kai Wun yang kini berada di ranking ke-19 dunia pernah berentap sekali dengan Kevin-Marcus pada Terbuka Jepun pada bulan Ogos lepas, namun tewas dengan 21-23, 19-21.
4
04 Januari 2023 02:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238948/berita/sukan/piala-aff-wilkin-sifatkan-pencapaian-tak-pernah-dijangka
Piala AFF: Wilkin sifatkan pencapaian tak pernah dijangka
MENJARINGKAN gol untuk Harimau Malaya di hadapan penyokong tuan rumah sememangnya sesuatu yang tidak pernah dijangka, kata pemain tengah kacukan Malaysia-England, Stuart Wilkin.Wilkin berkata, beliau tidak menyangka dapat menjaringkan dua gol dalam saingan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menewaskan Singapura 4-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sekali gus melakar prestasi unggulnya sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan."Saya seorang pemain yang sentiasa percaya pada diri sendiri. Saya jarang menjaringkan gol dalam bola sepak Malaysia. (Namun) berjaya menjaringkan dua gol di hadapan lebih 65,000 peminat membuatkan saya tersenyum."Ia adalah malam yang menakjubkan. Saya harap dapat menjaringkan lebih banyak gol dalam jersi Malaysia selepas ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas perlawanan di sini malam Selasa.Selepas Darren Lok menjaringkan gol pertama untuk Malaysia pada minit ke-35, kesilapan penyerang gantian Singapura Shawal Anuar menahan bola membolehkan Wilkin menguasai semula perlawanan dan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak pada minit ke-50.Empat minit kemudian, beliau sekali lagi mencuri tumpuan dengan gol kedua sekali gus menambah jumlah golnya kepada tiga pada kejohanan itu, selepas menjaringkan gol pertamanya menewaskan Laos 5-0 pada 24 Dis lepas di Stadium Nasional, Bukit Jalil.Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, pemain Sabah FC itu menyifatkannya sebagai kemenangan menakjubkan dalam Causeway Derby sebagai satu daripada malam terbesar bagi arena bola sepak negara dan memuji barisan kejurulatihan atas dedikasi serta kerja keras mereka di belakang tabir."Saya juga percaya setiap pemain yang melangkah kaki ke padang boleh mempamerkan persembahan yang boleh dibanggakan semua penyokong. Saya sangat bangga dapat mewakili negara,” katanya.Mengakui bahawa perjalanan sukar menanti Malaysia pada separuh akhir menentang juara Kumpulan A Thailand selepas ini, pemain berusia 24 tahun itu bagaimanapun berkata beliau hanya mahu merebut peluang itu dan cuba memberikan keputusan terbaik untuk mara ke final.Vietnam menewaskan Myanmar 3-0 pada satu lagi aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi semalam, sekali gus mengumpul 10 mata, diikuti Malaysia (sembilan mata), Singapura (tujuh mata) serta Myanmar dan Laos (masing-masing satu mata).Satu lagi saingan separuh akhir melibatkan pertembungan antara Vietnam dengan naib juara Kumpulan A, Indonesia. - Bernama
4
04 Januari 2023 01:23pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238941/berita/sukan/jasad-legenda-pele-selamat-disemadikan
Jasad legenda Pele selamat disemadikan
JASAD legenda bola sepak Brazil, Pele selamat disemadikan di Memorial Necropole Ecumenical, Santos pada Selasa.Terdahulu pada Isnin, keranda Pele ditempatkan di stadium Vila Belmiro Santos FC bagi membolehkan peminat memberikan penghormatan terakhir.Presiden FIFA Gianni Infantino turut memberi penghormatan terakhir."Seluruh dunia mengenali Pele dan tahu apa yang Pele lakukan untuk bola sepak. Beliau membuat orang jatuh cinta dengan bola sepak," kata Infantino dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut menghadiri upacara persemadian itu.Pele yang digelar "Mutiara Hitam" meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 82 tahun selepas bertarung lama dengan kanser.Brazil mengisytiharkan tiga hari berkabung berikutan pemergian legenda bola sepak itu.Pele, penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah sukan itu dengan 1,283 gol menerusi 1,363 perlawanan sepanjang kariernya dari 1957 hingga 1977.Juga digelar "O Rei," atau "Raja," beliau dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman. Pele memenangi enam gelaran Serie A Brazil, dua gelaran Copa Libertadores dan Piala Antara Benua untuk Santos.Beliau mengetuai Brazil memenangi tiga kejuaraan Piala Dunia, masing-masing pada 1958, 1962 dan 1970. - Bernama
4
04 Januari 2023 12:36pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238949/berita/sukan/penampilan-semula-ronaldo-di-epl-sukar---howe
Penampilan semula Ronaldo di EPL sukar - Howe
NEWCASTLE United berharap pemain sensasi, Cristiano Ronaldo akan melalui masa depan yang baik bersama kelab baharunya di Arab Saudi, Al Nassr di sebalik spekulasi kapten Portugal itu akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).Jurulatihnya, Eddie Howe menafikan laporan bahawa pemain berusia 38 tahun itu mempunyai klausa dalam kontrak dengan Al Nassr yang membolehkannya beraksi di Liga Juara-Juara jika Magpies berada dalam kelompok empat terbaik EPL.Howe turut menyifatkan perpindahan bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu ke Newcastle pada masa depan sukar direalisasikan.“Kami berharap yang terbaik buat Cristiano (Ronaldo) pada masa depan tetapi pada pandangan kami berita itu tidak benar,” kata Howe.Ronaldo diperkenalkan oleh Al Nassr pada Selasa selepas bersetuju dengan tawaran yang dianggarkan bernilai 200 juta euro (RMRM929 juta) menerusi kontrak sehingga Jun 2025.Dia tiba di Arab Saudi dengan reputasi hebat selepas meraih kejayaan gemilang bersama Real Madrid dari 2009-18 apabila memenangi dua gelaran LaLiga, dua Piala Sepanyol, empat gelaran Liga Juara-Juara dan tiga Piala Dunia Kelab dari 2009 hingga 2018.Ronaldo dalam sidang media pertama selepas menyertai Al Nassr memberitahu tugasnya di Eropah sudah selesai.Bagaimanapun laporan di Sepanyol mendakwa pemenang lima kali Ballon d'Or mula mengintai peluang untuk kembali ke EPL.Laporan itu menyebut Ronaldo memasukkan klausa dalam kontraknya dengan Al Nassr bagi membolehkan menyertai Newcastle secara pinjaman jika mara ke Liga Juara-Juara musim depan.Saudi Public Investment Fund yang merupakan pemilik Al Nassr turut memiliki 80 peratus saham di Newcastle.
4
04 Januari 2023 12:32pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238937/berita/sukan/kejuaraan-serie-a-lebih-terbuka
Kejuaraan Serie A lebih terbuka
SAINGAN kejuaraan Serie A disifatkan lebih terbuka dan sengit sehingga penghujung musim berbanding musim sebelumnya berdasarkan situasi semasa bola sepak dunia ketika ini.Pengendali Itali, Roberto Mancini berkata, pemburuan kejuaraan Serie A akan lebih kompetitif selepas saingan berehat sementara bagi memberi laluan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar sebelum ini.“Ini adalah ramalan yang terlalu sukar, tambahan pula selepas saingan Serie A berehat lebih 50 hari."Tetapi Napoli mempunyai peluang yang baik, lapan mata di hadapan dan kumpulan terbukti yang juga telah menambah dua-tiga pemain yang kuat.“Pesaing semuanya rapat antara satu sama lain dan tepat pada masanya untuk memberi tekanan kepada Napoli, namun mereka perlu kembali bersaing dengan kuat dan pantas,” katanya.
4
04 Januari 2023 12:13pm
ROSILAWATI ROSEDI
https://www.sinarharian.com.my/article/238925/berita/sukan/lokman-bangga-sertai-sri-pahang-fc
Lokman bangga sertai Sri Pahang FC
"SUDAH pasti saya berbangga kerana dapat menyarung jersi Sri Pahang FC pada musim ini," kata pemain sayap, Lokman Bah Din, 20, yang mencipta sejarah pemain pertama Orang Asli menyertai skuad tersebut.Anak jati Pahang yang berasal dari suku Semai, Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis di sini memberitahu, peluang tersebut tidak akan disia-siakan dan tekad mempamerkan aksi terbaik buat Tok Gajah.Menurutnya, selepas menjalani latihan sejak beberapa minggu lalu, Lokman akui semakin serasi bersama rakan sepasukan."Mula-mula rasa segan juga tapi lama-kelamaan semakin serasi dengan mereka."Rakan sepasukan pun baik dan mereka banyak membantu selain jurulatih, Fandi Ahmad juga sporting," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Anak ke-6 daripada lapan beradik itu juga berazam untuk memikat perhatian pasukan dan diturunkan selaku kesebelasan utama mengharungi Liga Malaysia musim ini.Mula aktif dalam sukan bola sepak sejak berusia 12 tahun, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Koyan, Lipis itu juga pernah pernah bersama skuad Piala Belia Pahang sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN pada tahun lalu.
4
04 Januari 2023 11:00am
ROSILAWATI ROSEDI
https://www.sinarharian.com.my/article/238919/berita/sukan/lokman-bah-din-orang-asli-pertama-sertai-sri-pahang
Lokman Bah Din, orang asli pertama sertai Sri Pahang
[DIKEMAS KINI] MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berbangga dengan penyertaan pemain orang asli dari negeri itu yang menyarung jersi Sri Pahang FC pada musim ini.Pemain terbabit, Lokman Bah Din, 20, antara yang diumumkan secara rasmi menyertai pasukan tersebut untuk musim 2023 sekali gus melakar sejarah pemain pertama orang asli menyertai skuad Sri Pahang FC."Ini berita baik yang sekian lama kita tunggu-tunggu, akhirnya menjadi realiti apabila dikhabarkan Lokman Bah Din telah terpilih untuk bersama skuad Sri Pahang FC pada musim ini."Lokman Bah Din adalah anak muda orang asli yang baru berusia 20 tahun, berasal dari kawasan saya, Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis."Saya amat berbangga mendengar khabar adanya anak muda orang asli yang seberani Lokman Bah Din ini dalam menyahut cabaran dalam pelbagai bidang, baik akademik, pentadbiran maupun sukan. Tahniah, dan selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau," katanya dalam laman Facebook miliknya pada Selasa.Jelas Wan Rosdy, beliau yakin pemilihan Lokman ke dalam skuad Sri Pahang FC akan membuka mata lebih ramai lagi anak-anak orang asli untuk sama bergiat aktif dalam bidang sukan di tanah air ini."Diharapkan dengan kehadiran Lokman akan memberikan impak tertentu ke dalam skuad Sri Pahang FC, serta berupaya mencipta kejayaan demi kejayaan dalam mengharungi saingan Liga Super Malaysia musim ini. Hogoh Pahang Hogoh," tambah beliau lagi.Dalam laman sosial Facebook Sri Pahang FC pada Selasa, pemain itu diumumkan sebagai rekrut terbaharu menyertai Tok Gajah musim ini dan pernah bersama skuad Piala Belia Pahang sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN pada tahun lalu.
4
04 Januari 2023 10:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238918/berita/sukan/arsenal-sepatutnya-menang
Arsenal sepatutnya menang
ARSENAL mendakwa The Gunners sepatutnya menang pada aksi menentang Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu namun dinafikan oleh pengadil.Jurulatihnya, Mikel Arteta kecewa dengan keputusan pengadil yang tidak memberikan pasukannya dua penalti ketika pendahulu EPL itu terikat tanpa jaringan dengan Newcastle."Saya bangga dengan pemain saya. Cara kami beraksi menguasai perlawanan," ujar Arteta.Menurut Arteta, pengadil tidak mempedulikan rayuan pemainnya selepas pemain lawan, Jacob Murphy menahan dengan tangan ketika menghalang hantaran bola dalam kawasan penalti.Pengendali Gunners itu juga mendakwa Dan Burn bersalah menarik jersi pertahanan Arsenal, Gabriel di kawasan itu pada babak kedua.Jika penalti diberikan bagi kedua-dua insiden itu mungkin 'kejam' bagi Newcastle, tetapi Arteta yakin Arsenal sepatutnya menang perlawanan di Emirates."Kami ada banyak situasi dan dua penalti yang jelas."Ia mudah. Saya bercakap apa yang kami nampak. Memang jelas ia sepatutnya penalti," ujar Arteta.Mengenai insiden kedua yang dipertikaikan Arteta, pengurus Newcastle Eddie Howe berkata;"Saya tidak fikir ia penalti tetapi anda hanya mungkin tidak tahu," ujar Howe.Keputusan seri itu bermakna The Gunners terlepas peluang melebarkan jurang 10 mata dengan pasukan di tangga kedua Manchester City yang akan menentang Chelsea pada Jumaat.
4
04 Januari 2023 10:14am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238914/berita/sukan/ini-bukit-jalil-anda-tak-boleh-menari-di-sini---safawi
Ini Bukit Jalil, anda tak boleh 'menari' di sini - Safawi
KAPTEN pasukan negara, Muhammad Safawi Rasid ternyata tidak senang dengan perang psikologi berbau provokasi dibuat penyerang Singapura, Ikhsan Fandi menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam Selasa.Malaysia mencatat kemenangan 4-1 sekali gus memintas Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Selain berbangga dengan setiap individu dalam pasukan yang berjuang bermati-matian bagi meraih kemenangan penting itu, Muhammad Safawi berkata, kejayaan itu lebih manis apabila menafikan niat pemain skuad Singa untuk ‘menari’ di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya."Pertama sekali saya sangat bangga dengan pemain dan terutama jurulatih yang selalu bagi motivasi kepada pasukan. Bagi saya kemenangan ini bagus sebab ada pemain Singapura nak menari malam ini (semalam), tapi tak jadi. Ini Bukit Jalil, anda tidak boleh melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.Ikhsan, anak kepada legenda penyerang Singapura Fandi Ahmad, menerusi hantaran dalam Instagram Story miliknya memuat naik gambar beliau dan adiknya, Ilhan sedang menari meraikan jaringan ketika menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, Mac lepas.Dalam hantarannya sebelum perlawanan itu, pemain BG Pathum United itu yang terlepas beraksi di Piala AFF akibat kecederaan menulis: "Was planning on dancing on em again! God had other plans @Ilhanfa we gon get through this,” (Merancang untuk menari lagi! Tuhan ada perancangan lain @Ilhanfa kita akan laluinya).Dalam pada itu, Muhammad Safawi terlalu gembira apabila memenangi Causeway Derby pertamanya sebagai pemain negara dengan membantu Malaysia menamatkan badi kemenangan menentang Singapura sejak November 2014."Bukan saya saja, seluruh pasukan gembira sebab kita menang bukan 1-0 tetapi 4-1. Bukan senang untuk dapatkan empat gol,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.Dalam pada itu, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasinya biarpun sudah mengumpul lima bantuan gol dalam empat perlawanan termasuk dua yang diraih pada Selasa.Katanya, selepas lama tidak beraksi, Piala AFF ialah pentas terbaik untuk menggilap semula namanya yang hampir tenggelam."Alhamdulillah dalam kempen kali ini saya dapat lima bantuan gol, ia bukan mudah jadi saya bangga dengan diri sendiri sebab sudah lama saya tak bermain dan kejohanan ini memang saya nak buat balik nama saya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.Malaysia yang juga juara 2010 akan berdepan juara bertahan Thailand pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di sini pada Sabtu ini dan di Stadium Thammasat di Pathum Thani Selasa depan. Satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pertemuan Vietnam dengan Indonesia. - Bernama
4
04 Januari 2023 09:38am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238913/berita/sukan/prestasi-united-belum-sampai-tahap-cabar-kejuaraan
Prestasi United belum sampai tahap cabar kejuaraan
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag berkata, The Red Devils belum lagi dianggap sebagai pencabar kejuaraan musim ini,Namun pengurus dari Belanda itu tetap percaya terhadap skuad kendaliannya semakin meningkat selepas satu lagi kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Rabu.Gol daripada Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford di Old Trafford membolehkan United meraih kemenangan liga keempat berturut-turut, sekali gus merapatkan jurang kepada pendahulu Arsenal kepada sembilan mata.Bagaimanapun United bergelut untuk mendapatkan jumlah mata terburuk dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan tidak memenangi kejuaraan liga utama Inggeris sejak 2013, ketika Alex Ferguson masih mengendalikan.“Itu satu langkah besar. Tidak (untuk kejuaraan), tetapi kepercayaan itu semakin meningkat dan ia adalah isyarat yang baik. Kami perlu memberikan setiap perlawanan 100 peratus tenaga dan fokus, jika anda mengekalkan falsafah itu adalah mungkin (perebutan kejuaraan)."Kami tidak terlalu jauh ke hadapan, ia adalah Januari, tidak sampai separuh musim, perlawanan seterusnya adalah Everton, jadi kami akan menikmati 24 jam dan kemudian meneruskan,” kata Ten Hag ketika ditanya mengenai sasaran United dalam perebutan kejuaraan.Untuk rekod United telah memenangi empat perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri berturut-turut tanpa bolos buat kali pertama sejak enam perlawanan antara Mei dan Oktober 2017, dan tidak bolos dalam liga di laman sendiri sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September.Pada perlawanan itu, penjaga gol tuan rumah David de Gea perlu melakukan beberapa penyelamatan yang baik untuk mengekalkan rekod bersih dan mendapat pujian khusus daripada pengurusnya."Kami hanya kekal kuat secara bertahan jika kami melakukan tugas kami dan memberi 100 peratus dalam setiap situasi."Dia (De Gea) beraksi dengan sangat baik. Dia melakukan beberapa penyelamatan yang cemerlang dan hari ini salah satu sebab kami mempunyai banyak rekod bersih ialah David de Gea. Menentang West Ham, sebagai contoh, saya masih ingat penyelamatan daripadanya. Secara umumnya kami tidak tidak melepaskan begitu banyak peluang," katanya.
4
04 Januari 2023 09:24am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238911/berita/sukan/di-eropah-tugasan-saya-sudah-selesai---ronaldo
'Di Eropah, tugasan saya sudah selesai...' - Ronaldo
KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo menyifatkan tugasannya di Eropah sudah selesai, sambil menegaskan mahu menikmati cabaran baharu di dalam dan di luar padang selepas diumumkan sebagai pemain kelab Arab Saudi Al Nassr pada Rabu.Ronaldo, yang merupakan ejen bebas berikutan perpisahan dengan Manchester United pada November, menyertai Al Nassr minggu lalu dengan perjanjian 2.5 tahun yang dianggarkan oleh media bernilai lebih 200 juta Euro (AS$210.94 juta).Ronaldo disambut oleh lautan kuning dan biru di halaman rumah Al Nassr, Mrsool Park, di mana ribuan para penyokong hadir untuk menyaksikan penampilannya.Selepas berucap pada sidang akhbar, Ronaldo dilihat bertemu dengan rakan sepasukan baharunya di bilik persalinan sebelum ke padang, berpakaian sepenuhnya dalam warna kelab.Penyokong yang berkumpul dengan kuat melaungkan namanya ketika dia berjalan di sekitar stadium 25,000 tempat duduk menandatangani bola sepak dan melepaskannya ke tempat penonton, sebelum dia disertai oleh keluarganya."Saya dan keluarga saya, ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan sambutan anda."Kami akan memberikan yang terbaik. Terima kasih semua," kata Ronaldo yang penuh emosi selepas diberikan mikrofon.Ronaldo tiba di Arab Saudi dengan koleksi penghormatan kelab yang banyak selepas mengharungi kejayaan gemilang di gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 2009-18 apabila dia memenangi dua gelaran LaLiga, dua Piala Sepanyol, empat gelaran Liga Juara-Juara dan tiga Piala Dunia Kelab."Saya sangat berbangga untuk membuat keputusan besar ini dalam hidup saya. Di Eropah, tugasan saya sudah selesai.“Saya memenangi segala-galanya, saya bermain di kelab paling penting di Eropah dan kini ia adalah cabaran baharu di Asia,” kata Ronaldo pada sidang akhbar.Sementara itu Ronaldo mengakui mendapat beberapa tawaran dari seluruh dunia selepas meninggalkan United, namun memilih untuk menandatangani dengan Al Nassr kerana perpindahan itu memberinya peluang untuk memberi impak di luar padang."Saya berterima kasih kepada Al Nassr, kerana memberi saya peluang untuk membangunkan bola sepak untuk generasi muda, untuk wanita juga. Bagi saya, ia adalah satu cabaran, tetapi saya juga berasa sangat gembira dan bangga."Saya boleh katakan sekarang, saya mempunyai banyak peluang di Eropah, Brazil, Australia dan Amerika Syarikat. Malah di Portugal, banyak kelab cuba menandatangani saya, tetapi saya memberi kata-kata kepada kelab ini, untuk membangunkan bukan sahaja bola sepak tetapi juga yang lain. bahagian negara ini," kata Ronaldo.Pemain berusia 37 tahun itu menepis soalan mengenai kritikan terhadap perpindahannya ke Arab Saudi, dengan berkata, "Saya seorang pemain yang unik, bagi saya ia adalah perkara biasa."Sementara itu, pengendali Al Nassr, Rudi Garcia berkata, menandatangani Ronaldo adalah satu langkah besar untuk liga Arab Saudi.“Dalam hidup saya, saya telah melihat bahawa pemain hebat seperti Cristiano adalah yang paling mudah untuk dikendalikan, kerana tiada apa yang boleh saya ajar kepadanya."Seperti yang dia katakan, kami di sini untuk menang, tidak ada yang lain. Saya mahu dia menikmati bermain dengan Al Nassr dan menang dengan Al Nassr, itu sahaja," kata Garcia.
4
04 Januari 2023 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238906/berita/sukan/piala-aff-antara-aksi-terbaik-harimau-malaya---pan-gon
Piala AFF: Antara aksi terbaik Harimau Malaya - Pan Gon
KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, malam Selasa sebagai antara persembahan terbaik anak buahnya.Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, beliau gembira melihat skuad kendaliannya berjaya menampilkan potensi mereka ketika membenam skuad Singa sekali gus mengesahkan slot separuh akhir kejohanan itu di hadapan 65,147 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini."Kita boleh lihat semangat mereka (pemain Harimau Malaya). Mereka telah memberi kesungguhan di atas padang, menunjukkan semangat berpasukan yang hebat dan menyajikan perlawanan yang baik kepada peminat malam ini, itu adalah yang paling mengagumkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas perlawanan di sini.Katanya, kemenangan tersebut membuktikan bahawa semua kerja keras mereka sejak lima minggu lalu telah membuahkan hasil kerana mereka masih ‘hidup’ dalam kejohanan yang dipanggil 'Piala Dunia ASEAN' itu.Bukan itu sahaja, Pan Gon berkata, beliau gembira melihat pemainnya dapat mengembalikan semula momentum selepas kekalahan kontroversi 0-3 menentang Vietnam, minggu lalu."Saya rasa pemain berada di bawah tekanan yang besar (sebelum perlawanan Singapura) kerana mereka perlu beraksi untuk meyakinkan diri mereka sendiri...Saya menggalakkan pemain untuk menikmati suasana perlawanan ini tetapi esok kita mula semula," katanya.Sementara itu, ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya, mengakui beliau kecewa dengan keputusan itu selepas gagal membawa pasukan bimbingannya untuk mara ke separuh akhir."Ini satu keadaan yang sukar untuk bermain di sini tetapi terdapat banyak ruang untuk diperbaiki memandang terdapatnya potensi untuk meningkat lebih jauh. Bagaimanapun, tahniah Malaysia dan saya ucapkan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya,” katanya.Selaku naib juara Kumpulan B, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan A, Thailand, pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu ini dan di Bangkok pada Selasa depan.Dalam satu lagi saingan separuh akhir, Vietnam, yang menewaskan Myanmar 3-0 pada perlawanan terakhir kumpulan B di Hanoi, malam ini, muncul juara kumpulan dan akan bertemu naib juara Kumpulan A, Indonesia, Jumaat ini dan Isnin depan. - Bernama
4
04 Januari 2023 08:18am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238907/berita/sukan/arsenal-seri-manchester-united-menang
Arsenal seri, Manchester United menang
HARAPAN Arsenal untuk melebarkan pendahuluan 10 mata dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dimusnahkan Newcastle United dalam keputusan seri 0-0 di The Emirates.Pada masa sama Manchester United meneruskan prestasi positif apabila menang 3-0 ke atas Bournemouth di The Old Trafford pada Rabu.Pertembungan antara pasukan di kedudukan pertama dan ketiga di London tidak menepati sasaran skuad kendalian Mikel Arteta apabila Newcastle meneruskan rekod bersih ke-10 liga musim ini.Manchester United pula mengukuhkan kedudukan empat teratas, menyamai mata dengan Newcastle apabila gol oleh Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford mengesahkan kemenangan 3-0.Arsenal, yang gagal menjaringkan gol buat kali pertama musim ini dalam semua pertandingan, mempunyai 44 mata daripada 17 perlawanan dengan juara Manchester City dengan 36 mata selepas bermain 16.Newcastle United pula mempunyai 35 daripada 18 perlawanan, mendahului United dengan perbezaan gol walaupun bermain lebih banyak perlawanan.Everton pula yang mengikat Manchester City pada Ahad menamatkan rekod bersih tiga perlawanan dalam liga, apabila tumbang kembali dibelasah 1-4 oleh Brighton & Hove Albion.Kaoru Mitoma memberikan Brighton pendahuluan dan Everton rebah selepas rehat ketika Evan Ferguson, Solly March dan Pascal Gross menjaringkan gol dalam lima minit yang menyaksikan penyokong setia Goodison Park terpegun sebelum meninggalkan stadium.Kekalahan itu menyebabkan Everton hanya satu mata di atas zon penyingkiran sekali gus tekanan yang besar terhadap pengurus Frank Lampard."Kesilapan individu dan isu pertahanan kolektif. Begitulah keadaannya."Ia bukan soal kemarahan. Kami kecewa. Kami mahu memenangi perlawanan," kata Lampard, yang pasukannya boleh jatuh ke tiga terbawah.Sementara itu, Fulham menang 1-0 ke atas Leicester City di Stadium King Power untuk melangkah ke tempat ketujuh liga.
4
04 Januari 2023 08:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238893/berita/sukan/bukan-budaya-komuniti-sukan-malaysia
Bukan budaya komuniti sukan Malaysia
INSIDEN jurulatih skuad bola tampar remaja yang bertindak menampar dua pemainnya bukan merupakan budaya dalam komuniti sukan negara ini.Sebaliknya, Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr S Shamala yang terlibat hampir 24 tahun dalam pengendalian pasukan kebangsaan menyifatkan sebagai satu kes terpencil di negara ini.“Sejujurnya insiden tampar pemain ini bukan satu budaya dalam pengendalian atlet atau pasukan di negara ini.“Budaya jurulatih menggunakan fizikal untuk memperbetulkan atau memperbaiki persembahan atlet atau pasukan sudah tidak berlaku lagi.“Situasi yang tular di media sosial baru-baru ini boleh disifatkan kes terpencil dalam arena sukan negara,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Pada Ahad, tular sebuah video menunjukkan seorang individu yang didakwa sebagai jurulatih pasukan bola tampar bertindak menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan pada 16 Disember lalu.Menurut Shamala, budaya menggunakan elemen fizikal bagi meningkatkan prestasi atlet atau pasukan juga tidak diamalkan dalam pembangunan sukan tanah air.Katanya, berkemungkinan pada suatu masa dulu insiden sebegini pernah berlaku dari segi persepsi jurulatih bahawa teguran menggunakan lisan mampu meningkatkan prestasi atlet.“Namun sejajar perubahan zaman dengan wujudnya elemen sains dan sukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perkara ini tidak wujud lagi.“Harus juga di ingat generasi muda sukan masa ini tidak menerima lagi pendekatan penggunaan fizikal dalam meningkat prestasi atlet, selain terdapat juga tindakan perundangan terhadap individu yang berbuat demikian.“Dan saya percaya reaksi tidak hanya komuniti sukan tetapi masyarakat Malaysia juga menolak pendekatan sebegini secara keseluruhannya,” katanya.Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa menyifatkan senario tersebut bukan sesuatu perkara yang baharu dalam komuniti sukan.Jelasnya, senario yang berlaku itu juga suatu masa dahulu pernah berlaku dalam kalangan komuniti sukan beberapa negara blok Eropah timur dan juga di Amerika Syarikat (AS).“Secara peribadi ini merupakan senario biasa dalam arena sukan di seluruh dunia sebelum ini yang dikendalikan individu bersifat autokratik dan rejim.“Cumanya tindakan menggunakan pendekatan fizikal dan lisan dipraktikkan semasa sesi latihan atau di bilik persalinan.“Namun sesuai dengan perkembangan masa kaedah fizikal tidak lagi sesuai dengan kehadiran sains dan sukan tambahan pula dengan era media sosial yang mewarnai kehidupan masyarakat pada masa ini,” katanya.
4
04 Januari 2023 07:20am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238892/berita/sukan/inzaghi-bimbang-rehat-lama-jejas-inter-milan
Inzaghi bimbang rehat lama jejas Inter Milan
PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui terdapat kebimbangan mengenai prestasi gergasi Serie A itu selepas rehat tujuh minggu untuk Piala Dunia ketika apabila melayan kunjungan Napoli awal pagi Khamis.“Terdapat lebih banyak kebimbangan daripada kepastian, rehat yang begitu lama adalah sesuatu yang baharu untuk semua orang.“Kami bekerja keras, mereka yang tiba kemudian dari Piala Dunia sedang mengejar, saya berpuas hati dengan semua orang walaupun keadaan tidak boleh sama untuk semua.“Kami tidak sabar untuk memulakan semula, perlawanan musim lalu adalah perlawanan yang menarik yang memberi kami rangsangan untuk bulan-bulan berikutnya.“Kami tahu kami akan berdepan pasukan yang hebat, satu-satunya pasukan yang belum tewas di Eropah," kata Inzaghi.Napoli mencatat rekod kelab dengan 11 kemenangan liga berturut-turut dalam semusim sebelum rehat dan akan mengikat rekod keseluruhan Juventus dengan kemenangan ke atas pasukan Inzaghi.Sementara itu, terdapat berita baik untuk jurulatih Itali tersebut yang sebelum ini dibelenggu kecederaan pemain musim ini.“Kami akhirnya mempunyai empat penyerang yang tersedia, Lautaro (Martinez) tiba empat hari lalu, tetapi dia ok, (Joaquin) Correa bertambah baik, (Edin) Dzeko dan (Romelu) Lukaku berlatih dengan pasukan lebih sedikit. Kami mempunyai dua latihan sesi lagi, dan saya akan membuat penilaian saya.“Lukaku berasa baik, sama seperti Lautaro. Pemain Belanda bermain dengan baik (Denzel) Dumfries mempunyai sedikit masalah tetapi kembali. (Andre) Onana pendiam dan mempunyai keinginan.“Terdapat semangat, kami mahu bermain perlawanan yang hebat esok,” kata Inzaghi.Inter berada di tempat kelima mengekori pendahulu Napoli dengan 11 mata, namun Inzaghi masih belum berputus asa dalam pemburuan Scudetto.“... 23 perlawanan berbaki, dan kami mahu memulihkan kekalahan dengan menentang antara satu pasukan terbaik di Eropah," katanya.
4
04 Januari 2023 07:10am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238889/berita/sukan/terima-kasih-penyokong-harimau-malaya
Terima kasih penyokong Harimau Malaya!
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan padu dalam kemenangan 4-1 ke atas Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Kemenangan itu menyaksikan skuad negara muncul naib juara Kumpulan B, sekali gus berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022."Terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya yang hadir. Ia merupakan kuasa dan tenaga untuk kami berjuang."Tahniah juga kepada pemain yang menunjukkan kualiti mereka untuk menundukkan Singapura."Ini adalah salah satu persembahan terbaik pasukan. Mereka memberikan segalanya kepada penyokong malam ini," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Sebelum ini, Pan-gon meminta penyokong hadir beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan dalam misi wajib menang skuad negara ke atas Singapura.Permintaan Pan-gon itu disahut 'pemain ke-12' negara apabila lebih 65,000 penyokong hadir memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil.Pasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7 dan 10 Januari ini.
4
03 Januari 2023 11:15pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238885/berita/sukan/hannah-pelawa-rakyat-malaysia-sertai-soal-selidik-e-sukan
Hannah pelawa rakyat Malaysia sertai soal selidik e-sukan
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS), melalui inisiatif Esports Integrated (ESI) dan Institut Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES) baru-baru ini melancarkan soal selidik dalam talian ke seluruh negara untuk mengumpul maklumat dan pandangan tentang ekosistem e-sukan Malaysia.Penyelidikan ini akan digunakan oleh KBS bagi membangunkan dasar dan strategi berkaitan e-sukan pada masa-masa yang akan datang, serta sindikasi luaran kepada semua pemegang taruh e-sukan tempatan dan antarabangsa yang terlibat.Bermula dengan soal selidik dalam talian selama dua bulan dari akhir Disember 2022 hingga Februari 2023, soal selidik yang berlangsung di seluruh negara ini menyasarkan untuk mengumpulkan maklumat penting tentang demografi, psikografi peminat e-sports Malaysia dan kesan kewangan terhadap mereka.Soalan-soalan adalah terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu, Pengetahuan Am, Persepsi dan Ekosistem. Soal selidik dalam talian itu akan disusuli dengan pembentukan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang terdiri daripada pakar e-sukan tempatan dan pihak berkepentingan pada Mac 2023 bagi tujuan perbincangan kumpulan fokus, untuk memahami ekosistem pada tahap yang lebih mendalam dan teknikal."Kajian menyeluruh tentang ekosistem e-sukan tempatan adalah penting untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan maklumat kritikal yang sebelum ini tidak kita ketahui. Ini adalah untuk memastikan bahawa semua keputusan yang dibuat didorong oleh data."Memandangkan pemain Malaysia terus-menerus mengerahkan segala kemampuan dan mencapai kejayaan di peringkat serantau dan antarabangsa, adalah penting bagi kami untuk melihat secara ke dalam (inward) untuk mengukur potensi pertumbuhan pasaran Malaysia dan kesannya pada masa hadapan ke atas ekonomi, dan pembangunan belia dan sukan di Malaysia."Saya menggesa semua rakyat Malaysia yang aktif bermain atau pernah bermain mana-mana permainan e-sukan pada masa lalu untuk menyertai tinjauan dalam talian ini," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Soal selidik dalam talian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dengan e-sukan atau pernah bermain mana-mana judul permainan e-sukan. Klik https://bit.ly/esportsmy untuk menyertai soal selidik ini.
4
03 Januari 2023 10:35pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238884/berita/sukan/harimau-malaya-baham-singapura-layak-ke-separuh-akhir
Harimau Malaya baham Singapura, layak ke separuh akhir
HARIMAU Malaya mengotakan janji untuk mara ke separuh akhir selepas menewaskan Singapura 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Menggalas misi wajib menang, Malaysia bermula garang pada separuh masa pertama perlawanan apabila berjaya menguasai bola, memaksa pemain Singapura lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.Peluang skuad negara muncul seawal minit kelapan apabila Faisal Halim menyambut hantaran Safawi Rasid, namun rembatannya ditampan Hassan Sunny sebelum percubaan susulan daripada Ruventhiran turut diselamatkan penjaga gol Singapura itu.Dipadu sorakan lebih 65,000 penyokong setia, Harimau Malaya terus menggandakan asakan melalui sepakan penjuru Safawi yang ditanduk Faisal, namun percubaanya melewati palang gol.Skuad The Lions yang hanya sesekali berjaya masuk ke kawasan Malaysia mencetuskan cemas buat pertahanan negara menerusi rembatan Song Uiyoung pada minit ke-26 yang tersasar ke sebelah kanan gawang dikawal Ahmad Syihan Hazmi.Jaringan yang ditunggu Harimau Malaya akhirnya tiba apabila Darren Lok menanduk kemas hantaran lintang Safawi pada minit ke-35 untuk menggegarkan Stadium Nasional, Bukit Jalil.Bersambung separuh masa kedua, skuad kendalian Kim Pan-gon tidak mengendurkan asakan sebaliknya terus mengatur serangan ke kubu pasukan Seberang Tambak itu.Harimau Malaya mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-51 menerusi Stuart Wilkin yang merembat deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan Hassan.Bagaikan tidak puas, Wilkin sekali lagi bertindak cemerlang menerima hantaran Safawi sebelum dia berpusing dan melepaskan ledakan jaringan pada minit ke-54.Singapura cuba bangkit pada lima minit terakhir perlawanan menerusi gol pemain gantian, Faris Ramli pada minit ke-85.Dalam keghairahan Singapura menyerang, Harimau Malaya hadir dengan serangan balas pantas yang menyaksikan Sergio Aguero menjaringkan gol keempat negara pada minit ke-88.Pasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7 dan 10 Januari ini.Manakala, satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan juara kumpulan B, Vietnam yang akan berhadapan naib juara kumpulan A, Indonesia.
4
03 Januari 2023 10:28pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238882/berita/sukan/ken-block-meninggal-dunia
Ken Block meninggal dunia
PELUMBA rali profesional, Ken Block meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas terlibat dalam kemalangan kereta salji.Pasukan Hoonigan Racing Block mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan di Instagram pada Selasa.“Ken adalah seorang yang berwawasan, perintis dan ikon. Dan yang paling penting, seorang bapa dan suami. Dia akan sangat dirindui,” katanya.Kemalangan itu berlaku di daerah Wasatch Utah dan Pejabat Syerif berkata, bahawa Block sedang menunggang di cerun curam apabila kereta salji itu terbalik dan mendarat di atasnya.“Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu,” katanya sambil menambah dia menunggang dalam kumpulan, namun bersendirian ketika kemalangan.Setelah memulakan kerjaya ralinya pada 2005, Block dinamakan Rookie of the Year dalam Kejohanan Rally America.Dia bertanding dalam Kejohanan Rali Dunia dan memenangi beberapa pingat rali silang di Sukan X.
4
03 Januari 2023 10:14pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238888/berita/sukan/badminton-tertutup-johor-2023-buka-tirai
Badminton Tertutup Johor 2023 buka tirai
PERSATUAN Badminton Johor (JBA) melalui Presiden, Mat Rasid Jahlil mengumumkan penganjuran Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 edisi ke-11 akan berlangsung pada 5 hingga 8 Januari dengan lebih 600 peserta dijangka menghangatkan saingan di DBC Sport Arena, Pontian, Johor.Kejohanan edisi ke- 11 itu akan mempertandingkan sebanyak lima kategori iaitu bawah 21, bawah 16, bawah 14, bawah 12 dan juga bawah 10 tahun.Jelas Mat Rasid, kejohanan yang memasuki edisi ke-11 itu akan melibatkan pemain yang berusia di bawah 21 tahun dengan sasaran penganjuran adalah untuk menambah kelompok pemain berbakat dari Johor untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan selain sebagai persiapan menjelang beberapa edisi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.“Objektif penganjuran edisi ke-11 ini adalah untuk menambah seberapa ramai lagi pemain berbakat dari negeri Johor serta menyediakan platform terbaik untuk mereka beraksi secara kompetitif. Kejohanan ini juga menjadi pentas buat kami menilai dan memilih pemain untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.”“Untuk edisi kali ini, kami berterima kasih kepada Kelab Badminton Ampang Jaya di atas penajaan hadiah wang tunai RM10,000 selain akan menyediakan ruang bagi para pemain terpilih untuk berlatih bersama-sama kelab tersebut.”Antara pemain yang akan menjadi tumpuan ialah Dania Sofea yang mengungguli kategori perseorangan perempuan bawah 16 tahun pada edisi ke-10 yang akan beraksi untuk mempertahankan kejuaraan edisi kali ini.Dania Sofea yang cemerlang di Kejohanan Remaja Asia Bangkok 2022 juga berkata, “Sudah tentu kejohanan seperti ini akan memberikan saingan terbaik kepada saya serta pemain-pemain muda yang lain untuk bersaing secara kompetitif sebagai persiapan untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.”Selain itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki Ariffin Nazri Mohd Zakaria yang ingin menebus kekalahan pada edisi yang lalu kini bertanding dalam kategori bawah 21 tahun.“Saya ingin menunjukkan kemampuan sebenar selepas memenangi kejuaraan bawah 18 tahun peringkat kebangsaan, Ogos lalu.”“Saya bertekad untuk membuktikan bahawa permainan saya semakin bertambah baik dalam setiap kejohanan yang saya sertai.” kata Ariffin yang dipilih untuk bersaing di Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Sepanyol.Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 turut mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negeri Johor, YOUNG-International, dan DBC Sport Arena. Saingan tersebut akan berlangsung dari 5 hingga 8 Januari di DBC Sport Arena, Pontian, Johor.
4
03 Januari 2023 08:58pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238878/berita/sukan/tze-yong-tekad-mara-lebih-jauh-di-terbuka-malaysia
Tze Yong tekad mara lebih jauh di Terbuka Malaysia
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, enggan berpuas hati walaupun berada kelompok 30 terbaik dunia.Sebaliknya, pemain ranking ke-27 dunia itu menyasarkan meningkatkan prestasi sekali gus mencapai kedudukan ranking yang lebih tinggi pada tahun ini.Malah dia menyifatkan Kejohanan Terbuka Malaysia 2023, kejohanan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), merupakan platform terbaik untuk mendapat pendedahan bersaing dengan kelompok pemain terbaik dunia.“Pada Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari nanti, saya akan cuba untuk mara lebih jauh walaupun tiada sasaran khusus yang ditetapkan oleh barisan jurulatih setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, pada SelasaBeliau yang pertama kali beraksi di kejohanan berstatus Super 1000 itu, dijadual menentang pemain Ireland, Nhat Nguyen, pada perlawanan awal di Axiata Arena, Bukit Jalil.Selain Tze Yong, Terbuka Malaysia itu turut menampilkan seorang lagi wakil bagi acara perseorangan lelaki membabitkan jaguh perseorangan profesional, Lee Zii Jia.Zii Jia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentang pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada perlawanan pembukaan 10 Januari ini.
4
03 Januari 2023 08:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238870/berita/sukan/piala-aff-penyokong-harimau-malaya-banjiri-stadium-nasional
Piala AFF: Penyokong Harimau Malaya banjiri Stadium Nasional
SEMANGAT penyokong Harimau Malaya jelas membara apabila lebih 55,000 tiket telah terjual bagi aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan sebanyak 56,742 tiket berjaya disambar peminat bagi aksi ‘Derbi Seberang Tambak’ setakat jam 5 petang ini, sekali gus melepasi rekod kehadiran 29,961 penonton ketika Malaysia membelasah Laos 3-0 di gelanggang keramat tersebut, 24 Disember lalu.Tinjauan Bernama mendapati walaupun hujan lebat mulai jam 5 petang tadi, bahang perlawanan ‘hidup mati’ skuad kebangsaan semakin dirasai menjelang sepak mula jam 8.30 malam ini sehingga menyaksikan peminat bersesak untuk berteduh di ruang pejalan kaki sebelum memasuki stadium yang mula dibuka 4 jam petang.Bagi pelajar universiti awam, Mohamad Syahin Masrizal, 20, beliau mengharapkan agar hujan bakal membawa rahmat kepada pasukan bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon untuk mengatasi Singapura dan seterusnya mara ke separuh akhir."Kalau ikut cuaca macam ini, permainan kedua-dua pasukan akan perlahan dan kurang rancak, tapi saya rasa Malaysia menang 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim,” katanya ketika ditemui Bernama.Dalam pada itu, eksekutif pemasaran, Ahmad Mustaqim Mustafa, 41, sanggup hadir terus ke stadium dari tempat kerja bagi menyaksikan perlawanan tersebut."Saya tak sempat tukar baju, terus ke stadium, nasib baik tak hujan ketika dalam perjalanan tadi,” katanya.Pekerja restoran, yang hanya mahu dikenali sebagai Arbi, 24, pula memanfaatkan cuti awal tahun untuk menonton Harimau Malaya buat kali kedua di sini, selepas berbuat demikian ketika pasukan negara menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas mengatasi Bangladesh, 4-1, dalam peringkat kelayakan Jun lepas."Kebetulan cuti hari ini, saya pun tanpa fikir panjang terus beli tiket semalam. Saya doakan Malaysia menang 2-1 menentang Singapura,” katanya.Singapura, juara empat kali dan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir, kini mempunyai kelebihan satu mata di kedudukan kedua Kumpulan B manakala Malaysia ketiga dengan mengumpul enam mata.Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan pendahulu Vietnam, melayan kunjungan Myanmar di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - Bernama.
4
03 Januari 2023 07:13pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238865/berita/sukan/kanvas-tutup-padang-snbj-milik-psm
Kanvas tutup padang SNBJ milik PSM
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil langkah awal dengan menutup Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) dengan kanvas susulan hujan lebat."Susulan hujan lebat, para sukarelawan telah memasang kanvas milik PSM bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang perlawanan antara Malaysia dan Singapura."Menjunjung kasih kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang meminjamkan kanvas padang sebelum ini kepada PSM," perbadanan itu dalam satu hantaran di laman Facebook mereka pada Selasa.Sebelum ini, Tunku Ismail sudah beberapa kali meminjamkan kanvas kepada PSM seperti pada perlawanan Akhir Piala Malaysia pada Ogos dan ketika aksi Piala AFF menentang Laos Disember lalu.Malaysia dijadualkan menentang Singapura dalam aksi terakhir kumpulan B Piala AFF 2022 jam 8.30 malam ini.
4
03 Januari 2023 06:48pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238863/berita/sukan/insiden-tampar-dapat-perhatian-jurulatih-dari-iran
Insiden tampar dapat perhatian jurulatih dari Iran
INSIDEN video tular seorang jurulatih pasukan bola tampar remaja menampar dua pemain dalam satu kejohanan pada 16 Disember lalu menarik perhatian umum.Seorang jurulatih bola sepak dari Iran, Mehran Rowshan turut melahirkan kebimbangan berkemungkinan tindakan jurulatih tersebut seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam pasukan itu.“Apa yang membimbangkan saya bukan insiden jurulatih itu menampar pemain berkenaan. Namun reaksi kedua-dua pemain tersebut yang seolah tidak mempunyai apa-apa perasaan apabila diperlakukan sedemikian.“Ini secara tidak langsung menunjukkan seolah tindakan jurulatih tersebut suatu perkara biasa dan mereka tidak ada masalah jika dilakukan sedemikian. Satu video yang mengecewakan,” katanya dalam satu perkongsian di laman TikToknya.
4
03 Januari 2023 06:21pm
FARAH SHAZWANI ALI
https://www.sinarharian.com.my/article/238855/berita/sukan/isu-tampar-pemain-kekasaran-fizikal-beri-kesan-negatif
Isu tampar pemain: Kekasaran fizikal beri kesan negatif
KEKASARAN fizikal atau pembulian disifatkan sebagai tindakan keterlaluan yang mampu memberikan kesan negatif berpanjangan terhadap mangsa.Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun menegaskan, insiden jurulatih yang menampar pelajar baru-baru ini bukanlah budaya rakyat negara ini dan telah menjatuhkan kredibiliti jurulatih profesional Malaysia.“MBM memandang serius dan mengecam insiden yang tular di media sosial berkaitan tindakan seorang jurulatih yang menampar pemainnya di Kota Tinggi, Johor semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun pada 16 Disember lalu.“Kejadian yang berlaku benar-benar mencemar kod etika jurulatih yang seharusnya lebih bertanggungjawab bukan sahaja terhadap pelajar, malah terhadap ibu bapa atau penjaga yang telah meletakkan amanah untuk memberi bimbingan kepada anak mereka.“MBM konsisten dengan ketegasan membela keadilan sosial masyarakat dengan menentang semua jenis kekerasan serta gangguan terhadap semua golongan khususnya melibatkan beliawanis yang merupakan nadi masa hadapan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Ujar beliau, jurulatih sukan sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan terkini yang relevan bagi menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet, sekali gus menjadi ruang selamat dan terbaik dalam membangun bakat yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.Dalam isu ini katanya, seluruh barisan pengurusan pasukan terutamanya jurulatih tersebut harus sedar bahawa ‘matlamat tidak boleh menghalalkan cara’.“Syabas dan terima kasih juga harus diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sertaMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang pantas dengan mengutuk tindakan jurulatih tersebut dan arahan untuk mengadakan siasatan mendalam telah dikeluarkan, selain inisiatif mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa pelajar.“MBM berharap keadilan sewajarnya dapat diperoleh dan semoga insiden ini dapat menjadi iktibar kepada setiap lapisan masyarakat untuk lebih cakna terhadap pematuhan garis panduan pelaksanaan tanggungjawab dalam apa jua bidang, terutamanya yang melibatkan hak asasi kumpulan rentan,” ujar beliau.Hasnul menambah, mangsa tidak perlu takut untuk tampil ke hadapan membuat laporan kepada pihak berkuasa agar perkara seumpama ini dapat dibendung bersama.Selain itu, beliau menyarankan agar setiap pemegang taruh sukan memainkan peranan dengan mengambil langkah susulan yang menyeluruh.
4
03 Januari 2023 05:59pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238842/berita/sukan/buku-takziah-digital-pele-kini-tersedia-untuk-rakyat-malaysia
Buku takziah digital Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia
BUKU ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil, Pele.Menurut kenyataan Kedutaan Brazil di Malaysia, buku ucapan takziah itu dibuka mulai Selasa (3 Januari) hingga Sabtu (7 Januari) dan sebarang ucapan takziah hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected], satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, meninggal dunia pada Khamis pada usia 82 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser.Raja bola sepak Brazil itu menjaringkan ratusan gol sepanjang kariernya.Gerakannya yang lincah serta kelajuannya membantu merevolusikan permainan dan meningkatkan populariti bola sepak di seluruh dunia.Pada 2000, badan induk bola sepak dunia, FIFA, memilihnya sebagai pemain abad ini bersama-sama bintang Argentina Diego Maradona yang meninggal dunia pada 2020. - Bernama
4
03 Januari 2023 05:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238843/berita/sukan/kecederaan-paksa-cheng-wen-tinggalkan-skuad-kebangsaan
Kecederaan paksa Cheng Wen tinggalkan skuad kebangsaan
KECEDERAAN di bahu kiri yang dialami pemain badminton beregu campuran negara, Yap Cheng Wen memaksanya untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kariernya sebagai atlet kebangsaan.Atlet berusia 27 tahun itu memaklumkan, keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat pakar perubatan dengan mengambil kira faktor kecederaan yang dialaminya.Tanpa mendedahkan butiran lanjut hala tuju kerjayanya selepas ini, atlet kelahiran Melaka itu tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan minatnya dalam sukan tersebut sebagai jurulatih."Tetapi saya juga ada perancangan lain yang saya mahu buat untuk karier saya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Dua hari lepas, Cheng Wen mengesahkan telah meninggalkan BAM menerusi akaun Instagramnya, selepas 15 tahun berada dalam pasukan kebangsaan.Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini berkata, Cheng Wen telah menyuarakan kehendaknya sejak awal tahun lepas lagi."Dia (Cheng Wen) memang sudah merancang sejak awal tahun 2022, dia kata dia akan cuba bertahan sepanjang 2022, tetapi ternyata pemeriksaan terakhir imbasan pengimejan resonan magnetik (MRI), doktor kata memang koyak di bahu kirinya."Semasa di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia lagi dia sudah tidak selesa bermain...dia tiada masalah lain di BAM, jadi dia memang dah melepaskan badminton,” katanya.Selain Cheng Wen, jurulatih beregu campuran Teo Kok Siang, turut memaklumkan akan meninggalkan BAM menerusi akaun Instagramnya.Mengulas mengenai keputusan Kok Siang itu, Rexy memaklumkan perkara itu tidak mengganggu struktur barisan kejurulatihan beregu campuran di BAM, yang kini berada dalam keadaan baik dengan kehadiran jurulatih beregu campuran baharu Nova Widianto, baru-baru ini.Bagaimanapun, beliau berkata, BAM bakal menambah seorang lagi pembantu jurulatih bagi beregu lelaki dalam masa terdekat. - Bernama
4
03 Januari 2023 05:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238835/berita/sukan/perbaiki-ranking-dunia-azam-tahun-baharu-tze-yong
Perbaiki ranking dunia, azam tahun baharu Tze Yong
MESKIPUN telah berada dalam kelompok 30 terbaik dunia, namun pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, enggan berpuas hati dan menyasar untuk meningkatkan prestasi sekali gus mencapai kedudukan ranking yang lebih tinggi pada tahun ini.Bagi pemain di ranking ke-27 dunia itu, Kejohanan Terbuka Malaysia 2023, yang menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), merupakan platform terbaik untuk mendapat pendedahan bersaing dengan kelompok pemain terbaik dunia."Pada Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari nanti, saya akan cuba untuk mara lebih jauh walaupun tiada sasaran khusus yang ditetapkan oleh barisan jurulatih setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini hari ini.Beliau yang kali pertama beraksi di kejohanan bertaraf Super 1000 itu, dijadual menentang pemain Ireland, Nhat Nguyen, pada perlawanan pembukaan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.Selain Tze Yong, Terbuka Malaysia itu turut menampilkan seorang lagi wakil bagi acara perseorangan lelaki membabitkan jaguh perseorangan profesional, Lee Zii Jia.Zii Jia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentang pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada perlawanan pembukaan 10 Januari ini. - Bernama
4
03 Januari 2023 04:37pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/238829/berita/sukan/azam-azmi-murad-digantung-dua-perlawanan-denda-harimau-malaya-piala-aff
Azam digantung dua perlawanan, denda AS$1,000
PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad digantung dua perlawanan susulan insiden kad merah yang diterimanya dalam aksi Piala AFF 2022 berdepan Vietnam di Stadium My Dinh pada Selasa lalu.Malah, pemain muda Terengganu FC (TFC) itu turut didenda AS$1,000 (RM4,390) dan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh selepas keputusan itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)."Satu penggantungan automatik adalah bagi aksi berdepan Singapura dan baki penggantungan akan berkuat kuasa bagi perlawanan seterusnya di AFF mengikut Artikel 38.2.1 Kod Etika dan Disiplin AFF.Sato melayangkan kad merah kepada Azmi ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh pada Selasa lalu."Denda AS$1,000 (RM4,390) dikenakan berdasarkan Artikel 48.2 Kod Etika dan Disiplin AFF dan pemain itu diberikan amaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama bagi mengelak hukuman yang lebih berat."Keputusan ini tidak boleh dirayu," menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan AFF.Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Etika AFF mendapati Azam bersalah dalam insiden kekasaran di Stadium My Dinh itu yang menyaksikannya dibuang padang pada minit ke-62.Insiden kekasaran itu berlaku di luar padang apabila Azam dikatakan bertindak balas mengasari pemain Vietnam, Doan Van Hau.Menerusi rakaman televisyen, insiden itu berlaku selepas Azmi terlebih dahulu dirempuh Van Hau sehingga mereka berlanggar dengan papan billboard di belakang kotak penalti Malaysia.Azmi cuba bangkit tetapi kakinya dilihat mengenai muka Van Hau sebelum pengadil dari Jepun, Ryuji Sato kemudiannya turut menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam.
4
03 Januari 2023 04:21pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/238783/berita/sukan/setiap-negara-disaran-namakan-stadium-sempena-pele
Setiap negara disaran namakan stadium sempena Pele
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyarankan setiap negara agar menamakan sebuah stadium bersempena nama Pele sebagai penghormatan kepada legenda Brazil itu.Pele - satu-satunya pemain yang berjaya meraih gelaran juara Piala Dunia sebanyak tiga kali meninggal dunia di Sao Paulo minggu lalu pada usia 82 tahun.“Kami akan meminta setiap negara di dunia mempunyai sekurang-kurangnya satu stadium bersempena nama Pele. Ia supaya kanak-kanak tahu kepentingan Pele,” katanya.Gesaan Infantino itu hadir ketika ribuan peminat berhimpun di Stadium Vila Belmiro milik Santos bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Pele pada Selasa.Kerandanya diletakkan di tengah padang bagi membolehkan peminat memberikan penghormatan dalam tempoh 24 jam sebelum perarakan di jalan sekitar Santos.Menamakan gelanggang sukan dengan nama bekas pemain bukanlah perkara asing, antaranya ialah Arena Puskas Hungary dan Arena Johan Cruyff di Amsterdam.Kelab Serie A, Napoli pula menamakan semula gelanggang keramat mereka sebagai Stadio Diego Armando Maradona bagi mengenang jasa legenda Argentina itu selepas kematiannya pada 2020.Stadium Piala Dunia Gwangju di Korea Selatan pula dinamakan sempena jurulatih Belanda, Guus Hiddink yang membawa pasukan kebangsaan negara itu ke tempat keempat Piala Dunia 2004.
4
03 Januari 2023 12:10pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/238782/berita/sukan/united-buru-penyerang-berkualiti
United buru penyerang berkualiti
MANCHESTER United tidak akan membazirkan duit dengan menandatangani pemain yang salah pada jendela perpindahan yang kembali dibuka bulan ini.Pengendali United, Erik ten Hag berkata, dia hanya akan membawa masuk penyerang berkualiti ke Old Trafford bagi menambah sengat di jentera serangan The Red Devils.“Saya fikir kami mempunyai pasukan yang bagus apabila semua pemain boleh beraksi baik. Tetapi dengan banyak perlawanan perlu dihadapi, saya rasa terdapat keperluan mencari penyerang baharu.“Apa pun anda memerlukan penyerang yang boleh memberikan impak. Jika tidak, ia hanya membazirkan wang apabila anda tidak memperkuatkan skuad, ia tidak membantu anda,” katanya.Dengan pemain sayap England, Jadon Sancho masih dalam program pemulihan untuk kembali cergas sepenuhnya, United dilihat benar-benar memerlukan sengat di bahagian serangan.Malah, Ten Hag tidak akan membenarkan penyerang lain meninggalkan Old Trafford secara pinjaman bulan ini termasuk Anthony Elanga yang menarik minat Everton.Sebelum bermulanya kempen Piala Dunia 2022 di Qatar bulan lalu, United telah membatalkan kontrak kapten Portugal, Cristiano Ronaldo - penjaring terbanyak mereka musim lalu.Minggu lalu, United gagal mendapatkan khidmat penyerang PSV Eindhoven, Cody Gakpo yang membuat keputusan menyertai musuh tradisi mereka, Liverpool.
4
03 Januari 2023 12:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238780/berita/sukan/ribuan-peminat-beri-penghormatan-terakhir-kepada-pele
Ribuan peminat beri penghormatan terakhir kepada Pele
RIBUAN peminat berhimpun di bandar Santos, Brazil untuk memberikan penghormatan terakhir kepada legenda bola sepak, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser kolon.Jasadnya ditempatkan di Stadium Urbano Caldira bagi membolehkan peminat memberi penghormatan terakhir.Antara yang hadir ialah presiden FIFA Gianni Infantino dan ketua konfederasi bola sepak CONMEBOL Amerika Selatan, Alejandro Dominguez, lapor Xinhua.Infantino bercadang untuk mengesyorkan semua persekutuan bola sepak di seluruh dunia menamakan stadium sempena nama Pele yang pernah merangkul juara Piala Dunia FIFA sebanyak tiga kali (1958, 1962 dan 1970) bersama dengan pasukan Brazil."Kami akan meminta semua persekutuan di seluruh dunia menamakan sebuah stadium sempena nama Pele. Saya fikir anak muda, generasi akan datang perlu mengenali dan mengingati siapa Pele dan kegembiraan yang dibawanya kepada dunia," kata Infantino.Pele yang meninggal dunia Khamis lalu akan disemadikan di perkuburan persendirian di Santos, sebuah bandar pantai yang terletak 60 kilometer dari Sao Paulo.Kerajaan Brazil bercadang menamakan semula pelabuhan terbesar di Brazil dan Amerika Latin, Pelabuhan Santos sempena nama legenda bola sepak itu, kata gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas. - Bernama
4
03 Januari 2023 11:56am
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/238770/berita/sukan/nafuzi-guna-cara-taktikal-sendiri-bentuk-kda-fc
Nafuzi guna cara, taktikal sendiri bentuk KDA FC
PENGENDALI baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain menghargai kuasa penuh yang diberikan kepadanya oleh kelab dalam pemilihan semua pemain bagi membentuk pasukan bagi musim 2023.Bagaimanapun, menurutnya, Sang Kenari masih memerlukan masa untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu memberikan cabaran apabila membawa masuk ramai pemain muda untuk digandingkan bersama pemain berpengalaman."Saya ada cara sendiri dari segi taktikal berdasarkan pemain yang kita ada."Saya berterima kasih kepada pengurusan kerana memberikan sokongan 100 peratus kepercayaan dari segi pemilihan pemain dan pengurusan merealisasikan apa yang saya minta. Satu tugas mudah buat saya dengan pemilihan pemain dengan pemain yang saya mahu."Pemain yang kita pilih ini, kita tahu ada kualiti tetapi hebat atau tidak perlawanan sebenar yang akan menentukan sebuah pasukan itu," katanya semasa ditemui pemberita di Padang MADA pada petang Isnin.Nafuzi pada sesi latihan pertama KDA FC di Alor Setar pada petang Isnin. - Foto KDA FCBeliau berkata demikian pada sesi latihan pertama KDA FC musim 2023 dengan kehadiran hampir semua pemain tempatan termasuk seorang import baharu, Amirbek Juraboev.Namun latihan tersebut tidak melibatkan pemain yang masih bersama skuad kebangsaan iaitu, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi dan Lee Tuck manakala Manuel Ott serta pemain import baharu lain akan tiba dalam dalam masa terdekat.Mengulas mengenai kehadiran Lee Tuck pula, Nafuzi berkata, pemain berkenaan mampu membantu pasukan berdasarkan pengalaman luas dan komitmen tingginya yang sudah lama beraksi di Liga Malaysia."Lee tuck adalah seorang pemain yang telah lama bersama dengan saya, versatile, boleh bermain di banyak posisi."Dia boleh membantu pasukan untuk menjadi lebih baik, seorang pemain lama di Liga Malaysia dan pernah menjadi kapten pasukan," ujar beliau lagi.Tambah Nafuzi, beliau percaya dengan kemampuan ramai pemain muda yang dibawa masuk pada musim ini kerana mempunyai kualiti namun masa perlu diberikan bagi menyesuaikan diri dengan taktikal yang bakal diterapkan.
4
03 Januari 2023 09:22am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238767/berita/sukan/lukaku-mahu-kekal-bersama-inter-milan
Lukaku mahu kekal bersama Inter Milan
PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku berharap dapat meletakkan kemelut kecederaannya dan penyingkiran awal Belgium dari Piala Dunia Qatar 2022, dengan tampil cemerlang bersama gergasi Serie A itu."Semua orang tahu apa yang saya mahu. Sekarang ini saya perlu melakukan apa sahaja yang perlu dengan pasukan untuk menjadikan Inter menang dan kemudian kita baru boleh bercakap dengan Chelsea."Ideanya adalah untuk menamatkan (kerjaya saya) dengan (kelab zaman kanak-kanak) Anderlecht. Saya (hampir) berumur 30 tahun, anak saya mula bersekolah di sini dan bermain di Akademi Inter. Saya tidak apa-apa, yang penting Inter sentiasa mempunyai cita-cita untuk berkembang."Saya mahu kekal di sini dan melakukan perkara yang betul. Saya berharap dapat melakukannya dengan baik bersama Inter dalam tempoh enam bulan akan datang, bekerja secara maksimum dan kemudian pada akhirnya kami bercakap dengan Chelsea dan berharap untuk mencari penyelesaian," kata Lukaku.Untuk rekod, Lukaku terlepas banyak perlawanan pada separuh pertama musim ini akibat kecederaan hamstring dan paha yang menjejaskan peluangnya kembali ke pasukan kebangsaan ketika Belgium tersingkir dari Piala Dunia di peringkat kumpulan.Pemain berusia 29 tahun itu dipinjamkan dari Chelsea, mengesahkan perpindahan tetap ke Inter mungkin sukar kerana kelab Liga Perdana Inggeris itu ingin mendapatkan semula 97.5 juta pound (RM517.6 juta) yang dibayar kepada kelab Serie A tersebut pada Ogos 2021.
4
03 Januari 2023 09:12am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238758/berita/sukan/saya-datang-ke-penang-bukan-saja-saja
'Saya datang ke Penang bukan saja-saja'
PERTAHANAN baharu Penang FC, Danish Haziq Saipul Hisham menyifatkan perpindahannya ke skuad Harimau Kumbang itu secara pinjaman sebagai nafas baharu untuk kembali bangkit saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.“Memang satu nafas baharu sebab saya datang ke Penang bukan saja-saja, tetapi saya nak dapatkan tempat dan pastikan diri saya dalam keadaan terbaik sebab ketika di Perak, saya baru sahaja pulih.“Bukan senang untuk bangkit selepas ACL (Anterior Cruciate Ligament), namun saya tidak akan mengalah, jadi inilah masanya untuk cuba sekali lagi walaupun hanya dipinjamkan ke Penang dan saya percaya mampu untuk mendapatkan kembali minit permainan.“Saya tidak boleh merasa cepat selesa dan kena bersaing dengan lebih kuat terutamanya dalam latihan sebab saya sedar bukan senang untuk kita kekal dalam pasukan pada musim akan datang kalau tidak dapat peluang beraksi,” katanya.Untuk rekod, Danish hanya sempat melakukan tiga penampilan sahaja ketika bersama Perak FC pada musim ini susulan kecederaan berulang memandangkan dia pernah berdepan ACL pada November 2021.Justeru, kehadirannya ke Penang FC pada musim 2023 adalah peluang yang terbaik untuk kembali mempertaruhkan aksi sambil menyifatkan tahap kecergasannya kini semakin baik dan bersedia untuk diturunkan.Sudah pasti, pemain berusia 25 tahun ini tidak mengambil mudah perebutan sengit dalam pasukan dan amat penting untuknya memastikan kecederaan sama tidak lagi berulang.Bekas pemain UiTM FC itu juga menyifatkan persiapan Penang FC kali ini lebih teratur melihat kepada kehadiran para pemain baharu lain yang cukup berpengalaman selain percaya skuad Harimau Kumbang akan lebih agresif pada musim depan.Tambahnya, begitu juga dengan kehadiran pemain import baharu yang dilihat lebih berkualiti pastinya akan memberikan sesuatu yang baharu buat pasukan ini di Liga Super 2023.“Saya boleh nampak Penang akan lebih agresif pada musim depan dan kita dapat tengok pemain-pemain baharu yang datang pun boleh dikatakan sudah berpengalaman di pentas Liga Super.“Juga ada beberapa pemain import yang dah diumumkan sekarang lebih berkualiti jadi insya-ALLAH kami akan memberikan tentangan yang lebih tinggi pada musim depan,” katanya.Penang FC turut mengumumkan bekas tonggak Kuala Lumpur City FC, Hadin Azman juga bakal memperkuatkan pasukan musim depan.
4
03 Januari 2023 08:10am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238762/berita/sukan/klopp-puji-aksi-hebat-brentford
Klopp puji aksi hebat Brentford
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui Brentford menunjukkan keinginan lebih daripada pemainnya ketika kekalahan 1-3 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech, pada Selasa.Malah bekas pengendali kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund itu juga menegaskan beberapa keputusan besar dalam perlawanan tersebut tidak menyebelahi pelawat."Ia adalah permainan yang sengit, ia adalah permainan yang sangat dimahukan oleh Brentford.Saya tidak pasti anda boleh mengawalnya, setiap sudut adalah ancaman besar kepada pasukan, kami melepaskan gol pertama ketika sepatutnya kami berada 2-0 di depan."Malah kami juga perlu lebih jelas apabila mengawal permainan, namun tidak dapat melakukannya malam ini," kata Klopp.Gol sendiri pemain Liverpool, Ibrahima Konate hasil sepakan sudut dan sepakan Yoane Wissa memberikan Brentford pendahuluan dua gol pada separuh masa pertama selain beberapa keputusan video bantuan pengadil (VAR) yang tidak menyebelahi tuan rumah.Liverpool merapatkan jurang hasil gol tandukan Alex Oxlade-Chamberlain pada separuh masa kedua, namun Brentford memastikan kemenangan dengan jaringan lewat Bryan Mbeumo, yang menurut Klopp sepatutnya tidak dibenarkan selepas penyerang itu melakukan kekasaran ke atas Konate.“Saya tidak berpuas hati dengan cara kami bolos, mereka benar-benar tidak mematuhi peraturan, menolak dan menahan, sebab itu ia sukar tetapi saya harap kami lebih baik dalam situasi ini."Saya tidak mahu para pemain terikut rentak bermain permainan yang mereka mahu mainkan, namun ia telah berlaku seperti gol ketig itu," kata Klopp.Sementara itu, pengendali Brentford, Thomas Frank memuji pasukannya selepas satu lagi kemenangan menentang kelab teratas EPL.Brentford sebelum ini menewaskan Arsenal dan Chelsea dalam kempen sulung mereka di liga utama manakala pada musim kedua telah membelasah Manchester United 4-0 dan menewaskan Manchester City 2-1."Saya tidak boleh mengatakan bahawa mereka mengejutkan saya secara besar-besaran tetapi mereka terus mengagumkan.“Ia adalah keputusan yang hebat untuk kami dalam banyak cara tetapi untuk melakukan apa yang kami mampu lakukan di sini menentang Liverpool adalah sangat mengagumkan,” kata pengendali dari Denmark itu.
4
03 Januari 2023 07:53am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238756/berita/sukan/taktikal-brentford-buat-liverpool-terciduk
Taktikal Brentford buat Liverpool terciduk
BRENTFORD melakar kejutan terbaru dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Liverpool 3-1 di Stadium Komuniti Gtech pada Selasa.Tiga mata diraih The Bees kendalian Thomas Frank itu sekali gus menamatkan rentak kemenangan empat perlawanan berturut-turut skuad Jurgen Klopp sebelum ini.Kekalahan keempat selepas mengharungi 17 perlawanan itu juga menyaksikan kelab Merseyside tersebut semakin menyisihkan diri dari kelompok empat teratas.Tuan rumah terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate pada minit ke-19' sebelum Yoane Wissa menggandakan kelebihan sebelum separuh masa selepas pasukannya dibatalkan dua gol hasil keputusan video bantuan pengadil (VAR).Liverpool kembali bernafas apabila Alex Oxlade-Chamberlain menanduk masuk hantaran lintang Trent Alexander Arnold pada minit ke-50'.Namun kedudukan itu tidak kekal apabila Bryan Mbeumo meledak jaringan ketiga untuk Brentford pada minit ke-84 sekali gus mata ke-26 selepas mengharungi 18 perlawanan.Kemenangan Brentford itu menambah siri kemenangan mengejut kelab tersebut sebelum ini yang menewaskan Manchester United 4-0 di tempat sendiri pada Ogos diikuti kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara Manchester City pada November, membawa Brentford naik ke tempat ketujuh.Sementara itu, Liverpool pula berada di tempat keenam dengan 28 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.Untuk rekod Brentford kehilangan penjaring terbanyak Ivan Toney kerana kecederaan, namun berjaya memanfaatkan kealpaan pertahanan Liverpool.
4
03 Januari 2023 07:37am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238749/berita/sukan/azimat-jurulatih-buat-azeem
Azimat jurulatih buat Azeem
JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berharap anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi ketika ini ‘berguru’ di Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan yang terbaik dalam bidang akademik dan sukan.Beliau juga mahu atlet berusia 19 tahun itu terus memandang ke depan berusaha dan menunjukkan peningkatan secara positif.“Azeem perlu berusaha dan menunjukkan peningkatan secara positif dari satu tahap ke satu tahap,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) itu ‘terbang’ ke negara Uncle Sam awal pagi Ahad untuk tempoh empat tahun sehingga Disember 2026.Tahun pertama di Alabama, Azeem turut memasang impian untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary pada Ogos dan seterusnya layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.Mengulas sasaran itu mungkin memberi tekanan kepada Azeem, Amir yang mengenali Azeem sejak pelajar itu berumur 11 tahun berkata: “Secara peribadi saya berpandangan tiada tekanan sebab Azeem yang meletakkan sasaran itu,” katanya.Sukan Sinar pada Sabtu melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) (Strategik), Suhardi Alias berharap Azeem tidak mencapai peak terlalu awal, sebaliknya meraih pencapaian positif sedikit demi sedikit.Mengulas harapan itu, Amir bersetuju dan memberitahu bahawa kemuncak pencapaian adalah sesuatu yang subjektif.Beliau juga percaya Azeem tidak mencapai kemuncak kejayaan terlalu awal sekiranya melalui proses dan program yang betul.“Peak adalah sesuatu yang subjektif, tetapi saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Kita perlu buat perancangan terbaik agar dapat mencapai sasaran itu.“Mula berbicara sasaran tersebut dengan saya sejak mula berlatih pada 2018. Jadi kami bergerak secara sedikit demi sedikit sehingga mencapai 10.09s,” katanya.Amir turut menitipkan pesanan buat atlet muda itu agar sentiasa cemerlang dalam akademik dan sukan dengan memastikan membawa pulang segulung ijazah.Katanya, Azeem juga perlu memiliki hati dan jiwa yang kental untuk mencapai impian serta berusaha untuk menjadi yang pertama melakar catatan bawah 10s bagi acara 100m.“Berlatih bersungguh-sungguh. Jaga solat, adab dan tutur kata. Sentiasa merendah diri dan hormat orang lain,” katanya.Amir turut mendedahkan ada ‘mengintai’ bakat-bakat baharu untuk digilap dan diasah untuk menjadi atlet cemerlang seperti Azeem.“Saya ada pelan (latih bakat baharu) dan sedang melatih bakat baharu, cuma perlu masa serta ruang mendapatkan atlet cemerlang seperti Azeem,” katanya.
4
03 Januari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238747/berita/sukan/thailand-atasi-indonesia-dalam-perebutan-juara-kumpulan
Thailand atasi Indonesia dalam perebutan juara kumpulan
JUARA bertahan, Thailand menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam ini.Kejayaan di Stadium Thammasat di Pathum Thani itu membolehkan skuad Gajah Perang bimbingan Alexandre Polking muncul juara kumpulan dengan kelebihan jumlah jaringan selepas berkongsi 10 mata dengan Indonesia.Pada aksi malam ini, usaha Thailand memburu jaringan menemui jalan buntu sehingga penalti yang disempurnakan penyerang prolifik, Teerasil Dangda, pada masa kecederaan babak pertama perlawanan selepas Yeu Muslim mengasari Sasalak Haiprakhon.Bersambung selepas rehat, pemain gantian, Sumanya Purisai meletakkan Thailand selesa mendahului 2-0 pada minit ke-50 setelah merembat umpanan Sarach Yooyen sebelum Kemboja bangkit merapatkan kedudukan hasil penyudah Sieng Chanthea pada minit ke-68.Dangda melengkapkan kemenangan 3-1 pasukan menerusi jaringan kedua peribadinya pada penghujung perlawanan sekali gus mengumpul keseluruhan lima gol untuk mendahului senarai penjaring terbanyak kempen kejohanan.Sementara itu, Indonesia turut melakar kemenangan 2-1 ke atas Filipina sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan A.Pada pertembungan di Stadium Rizal Memorial di Manila itu, skuad Garuda yang juga finalis edisi lepas menikmati aksi separuh masa pertama yang baik selepas berjaya meledak dua jaringan penting.Dua gol Indonesia masing-masing dijaringkan penyerang Dendy Sulistyawan pada minit ke-21 dan pemain tengah Marselino Ferdinan dua minit sebelum rehat.Pasukan tuan rumah meraih gol sagu hati selepas pemain gantian Sebastian Rasmussen menanduk masuk hantaran cantik Stephan Schrock untuk menewaskan penjaga gol Nadeo Argawinata pada minit ke-83.Pada aksi separuh akhir yang akan berlangsung secara timbal balik bermula hujung minggu ini, Thailand bakal bertemu naib juara Kumpulan B sementara juara Kumpulan B akan berkunjung ke Indonesia.Saingan Kumpulan B masih terbuka dengan Vietnam mengumpul tujuh mata, Singapura (tujuh mata) dan Malaysia dengan enam mata masing-masing berpeluang layak ke peringkat separuh akhir. - Bernama
4
03 Januari 2023 12:28am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238745/berita/sukan/tfc-sambar-pertahanan-dari-uzbekistan
TFC sambar pertahanan dari Uzbekistan
PEMAIN pertahanan import dari Uzbekistan, Sardor Kulmatov menjadi sandaran terbaru Terengganu FC (TFC) untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC 2023.Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh berkata, pemain berusia 28 tahun itu menjadi pilihan pengendali, Tomislav Steinbruckner untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain kelahiran Senegal, Pape Diakite, yang tidak disambung kontrak.Katanya, pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain berketinggian 1.85 meter itu mampu memperkuat benteng pertahanan TFC yang akan berdepan lebih banyak jumlah perlawanan di Liga-M dan juga saingan AFC.Kulmatov sebelum ini beraksi bersama Sogdiana FC di liga Uzbekistan. Ini adalah kali pertama beliau beraksi luar dari negaranya dengan menyertai TFC di Liga-M.“Bagaimanapun, beliau mempunyai pengalaman yang baik di pentas Asia dengan membantu pasukan mara ke peringkat separuh akhir musim lepas,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.Ab Rasid berkata, Kulmatov sudah berada di Terengganu akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan di bawah bimbingan penolong ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali, yang sebelum ini mengemudi TFC II.Menurutnya, pemain tersebut amat teruja untuk memulakan musim baharu bersama TFC yang disifatkan sebagai antara pasukan terbaik di Malaysia dan memiliki jumlah penyokong yang ramai.“Tomi (Tomislav Steinbruckner) akan tiba di Terengganu, Rabu ini. Untuk sementara waktu, latihan akan dikendalikan oleh penolong beliau, Badrul Afzan yang baru sahaja dinaikkan pangkat daripada pasukan 'adik' ke pasukan 'abang' bagi musim 2023,” katanya.
4
02 Januari 2023 10:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238738/berita/sukan/singapura-ingin-bermain-agresif---takayuki
Singapura ingin bermain agresif - Takayuki
SINGAPURA tidak akan bermain secara bertahan bagi mendapat keputusan seri menentang Malaysia pada aksi penentu Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam esok.Walaupun skuad ‘The Lions’ hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke saingan separuh akhir, ketua jurulatihnya, Takayuki Nishigaya berkata, mereka akan terus menampilkan corak permainan agresif dalam usaha mencapai keputusan positif.Menurut jurulatih dari Jepun itu, arahan telah diberikan kepada pemain untuk mengekalkan pendekatan biasa pasukan itu dengan bertahan secara berpasukan selain memanfaatkan peluang ketika melakukan serangan."Sudah tentu kami mempunyai kelebihan kerana mengetahui satu mata sudah cukup dan Malaysia perlu menang tetapi itu tidak akan mengubah cara kami bermain."Kami menghormati lawan tetapi kami mahu menyerang sebanyak mungkin dan sementara kami menjangkakan Malaysia akan agresif, kami juga mahu melakukan perkara yang sama,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.Sementara itu, pemain tengah Singapura, K Anumanthan teruja dengan perlawanan ‘Derbi Seberang Tambak”."Kami semua teruja dan sudah bersedia dengan perlawanan besar ini. Tetapi apa yang lebih penting, objektif kami adalah jelas untyuk mengumpul tiga mata dan layak ke separuh akhir,” kata pemain berusia 28 tahun yang pernah beraksi bersama Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super 2021.Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ialah Mac lalu, yang berakhir dengan kemenangan 2-1 untuk Singapura di Stadium Nasional, Singapura, sekali gus memberikan kekalahan pertama Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.Selepas Singapura berkongsi satu mata dengan seri tanpa jaringan menentang Vietnam, Jumaat lalu, Malaysia tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan esok untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak tersingkir awal untuk edisi kedua berturut-turut.Singapura, juara empat kali itu, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia ketiga dengan enam mata.Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah dalam aksi Kumpulan B Piala AFF 2014 dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Singapura, sekali gus mara ke separuh akhir. - Bernama
4
02 Januari 2023 07:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238720/berita/sukan/singapura-cenderung-tampil-aksi-defensif---pan-gon
Singapura cenderung tampil aksi defensif - Pan Gon
KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, Singapura adalah pasukan yang cenderung menggunakan corak permainan defensif, menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok.Kenyataan Pan Gon itu adalah berdasarkan pemerhatian terhadap pendekatan taktikal Singapura yang tidak banyak berubah sejak kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertemu dalam perlawanan persahabatan Mac lepas.The Lions menang 2-1 dalam perlawanan itu yang diadakan di Singapura dan Pan Gon mengalami kekalahan pertama bersama pasukan negara.Beliau berkata, corak permainan Singapura berlainan dengan pendekatan taktikal pihaknya yang lebih proaktif dan menyajikan permainan yang berkualiti tinggi dan menghiburkan."Pada saya (Singapura) Mac lepas dan kejohanan kali ini tak banyak beza... mereka lebih pentingkan pertahanan, banyak bermain di bahagian bawah dan mencari peluang untuk serangan balas tetapi Malaysia berbeza."Kami mahu lebih proaktif, mendominasi permainan, memberikan permainan bola sepak yang bertenaga dan dinamik untuk mencapai kemenangan jadi kami berbeza daripada mereka, namun saya rasa mereka mempunyai gaya tersendiri dan kami akan menghormati gaya dan pendekatan mereka,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil, di sini hari ini.Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.Pan Gon turut menjangkakan Singapura akan mengekalkan permainan secara bertahan malam esok."Mereka akan menggunakan sepenuhnya kelebihan untuk berkumpul ke bahagian bawah dan mengawal bola, jadi terpulang pada kami, tiada siapa yang akan membantu kami. Kami akan pergi ke sana dan cuba membuktikan diri untuk memberi kemenangan kepada peminat dan itulah tugas kami,” kata jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun itu.Sementara itu Pan Gon berkata, pemainnya menyedari pertembungan esok sangat penting dan memerlukan setiap individu untuk fokus sepanjang perlawanan bagi meraih tiga mata."Saya percaya pemain Harimau Malaya kami sangat matang dan profesional. Besok mereka akan menghormati pihak lawan dan bermain dengan pendekatan yang sewajarnya untuk menghadapi pihak lawan. Saya percaya (dengan) pendekatan ini kami mampu menampilkan persembahan yang mantap selain berharap dapat memberikan keputusan yang baik kepada peminat,” katanya.Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri esok, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol ‘epik’ lewat permainan - penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir. - Bernama
4
02 Januari 2023 04:57pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238715/berita/sukan/harimau-malaya-tagih-sokongan-kuat-peminat
Harimau Malaya tagih sokongan kuat peminat
SKUAD Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang perlawanan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok.Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, peminat sentiasa memberi sokongan yang diperlukan pasukannya setakat ini, namun malam esok, sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura."Seperti selalunya saya rasa peminat bola sepak Malaysia memberi sokongan padu, yang amat dihargai, tetapi esok kami memerlukan sokongan istimewa daripada peminat bola sepak Malaysia untuk pemain-pemain Harimau Malaya."Esok akan kami jadikan seperti festival, jadi semua datanglah memberi sokongan kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik untuk berjuang demi anda,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil di sini, hari ini.Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri esok, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol ‘epik’ lewat permainan - penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir.Menurut perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia setakat 2.42 petang ini, sejumlah 38,819 tiket telah dijual menjelang pertembungan esok. - Bernama
4
02 Januari 2023 04:28pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238708/berita/sukan/pan-gon-miliki-ramuan-atasi-singapura
Pan-gon miliki 'ramuan' atasi Singapura
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon memiliki ramuan dalam usaha memastikan kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Menurutnya, para pemain Harimau Malaya sudah cukup matang dan profesional serta mampu menterjemahkan pendekatan yang mahu digunakan mengatasi negara Seberang Tambak itu."Esok bergantung kepada kemahuan kami sendiri untuk berjuang. Dengan pendekatan yang tepat, menghormati Singapura dan sedar sepenuhnya perlawanan esok adalah amat penting maka ia akan menjadi kisah berbeza."Saya sudah bersama mereka empat minggu dan lihat mereka sangat matang dan profesional."Saya percaya mereka akan menghormati lawan dan berjuang dengan pendekatan tepat untuk memberikan persembahan terbaik dan keputusan yang bagus," katanya pada sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Isnin.Malaysia ketika ini berada di kedudukan ketiga kumpulan di belakang Singapura yang memiliki kelebihan satu mata.Skuad negara wajib menang manakala Singapura cukup sekadar seri untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.Pan-gon juga menyedari rekod pertemuan kedua-dua pasukan lebih memihak kepada Singapura, namun percaya pasukannya jauh berbeza berbanding pertemuan terakhir menyaksikan Malaysia tewas 1-2 pada Mac lalu."Saya minta maaf untuk katakan kepada mereka bahawa kami sudah berbeza. Mereka bermain agak negatif manakala kami bermain lebih proaktif."Mereka lebih gemar untuk bertahan dan serangan balas tapi Malaysia berbeza. Ini bukan perbandingan tahap pasukan, sebaliknya pendekatan atau cara kami untuk menang."Kami mahu proaktif, mendominasi, bertenaga dan dinamik demi mencapai kemenangan. Singapura mempunyai gaya tersendiri dan kami amat menghormati gaya mereka dan kami akan menggunakan pendekatan kami," katanya.Dalam masa sama, Pan-gon juga menegaskan Harimau Malaya mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri selain mengharapkan penyokong negara dapat turun ke stadium."Penyokong Harimau Malaya sentiasa memberikan sokongan ketika kami beraksi tetapi esok kami mengharapkan sokongan luar biasa daripada mereka."Kami mahu menjadikan perlawanan esok umpama festival. Jadi, semua datang menyokong dan kami akan berikan persembahan terbaik kami," katanya.
4
02 Januari 2023 03:45pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238698/berita/sukan/harimau-malaya-janji-kemenangan-sebagai-hadiah-tahun-baharu
Harimau Malaya janji kemenangan sebagai hadiah tahun baharu
SKUAD Harimau Malaya berjanji akan meraih kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF sekali gus menjadi hadiah tahun baharu untuk penyokong setia pasukan.Kapten skuad kebangsaan, Faisal Halim berkata, semua pemain sudah bersedia dengan persiapan rapi menundukkan The Lions.Malah, Faisal juga menegaskan pasukan tidak boleh tewas di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri."Semua pemain sudah bersedia dan bersemangat untuk menghadapi perlawanan tersebut. Saya juga katakan kepada rakan sepasukan bahawa esok adalah perlawanan yang sangat penting."Kita main di tempat sendiri, jadi kita tidak boleh kalah kerana keluarga dan penyokong datang untuk memberikan sokongan," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Isnin.Malaysia wajib menang ke atas Singapura sekiranya mahu memastikan slot ke perlawanan separuh akhir Piala AFF.Dalam masa sama, Faisal juga mengakui sedikit tekanan dirasai apatah lagi Singapura mempunyai kelebihan untuk melangkah ke pusingan seterusnya kerana pasukan lawan itu hanya memerlukan keputusan seri."Singapura kita tahu sebelum ini mereka dah draw dengan Vietnam dan seri sudah cukup untuk mereka. Ia satu tekanan juga buat kita."Namun, esok malam kita akan pergi habis-habisan. Kita mahu menang dan layak ke separuh akhir dan satu hadiah tahun baharu untuk rakyat Malaysia. Saya percaya dengan rakan-rakan dan mereka akan buat yang terbaik," katanya.
4
02 Januari 2023 02:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238697/berita/sukan/liverpool-belum-sedia-tabur-duit
Liverpool belum sedia 'tabur duit'
JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp belum bersedia untuk 'menabur duit' pada jendela perpindahan bulan ini selepas melabur besar menandatangani Cody Gakpo.The Reds bertindak pantas mendapatkan bintang Belanda yang mewakili PSV Eindhoven itu menerusi perjanjian yang dilaporkan menelan belanja kira-kira £37 juta (RM196.8j).Liverpool mengesahkan kedatangan Gakpo sebelum jendela perpindahan dibuka.Bagaimanapun pemain berusia 23 tahun itu menjadi penonton dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City bagi pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield Sabtu lalu.Klopp berulang kali menegaskan belum bersedia untuk berbelanja sewenang-wenangnya dan keputusan itu tidak pernah berubah.“Saya memegang tugas ini lebih tujuh tahun dan langkah dalam setiap jendela perpindahan juga masih sama. Kami bercakap tentang perkara ini seolah-olah wang tidak akan memainkan apa-apa peranan.“Saya tidak mahu menghampakan sesiapa tetapi kami telah menandatangani seorang pemain yang hebat iaitu Cody (Gakpo), kemudian perkara seterusnya yang anda terbaca ialah ‘siapa seterusnya?’.“Sejujurnya, kami tidak mampu bermain seperti monopoli. Sudah tentu kami tidak boleh sekadar berbelanja. Ia adalah sebahagian daripada falsafah saya, menerapkan sepenuhnya kepercayaan kepada pemain sedia ada.“Kami tidak memberitahu pemain bahawa kami memerlukan tonggak lain untuk posisi mereka,” katanya.Klopp memberitahu, tindakan memancing Gakpo adalah jelas, bukan sahaja kerana kekosongan tetapi kualiti yang dimiliki pemain itu.“Jika kita menunggu musim panas maka harganya pasti lebih mahal atau orang lain akan membelinya.“Dia berpotensi besar dan adalah masuk akal untuk mendapatkannya berdasarkan corak permainannya. Kami akan mengharungi banyak perlawanan.“Jelas sekali anda perlu membawa pemain kualiti dalam semua posisi. Anda memerlukan dua set pasukan di tahap yang sama yang boleh digilirkan, jadi itulah yang kami cuba lakukan,” katanya.
4
02 Januari 2023 02:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238683/berita/sukan/f1-mercedes-optimis-tampil-lebih-garang
F1: Mercedes optimis tampil lebih garang
PASUKAN Mercedes akan tampil lebih padu pada musim baharu Formula Satu (F1) untuk merampas semula gelaran kejuaraan dunia bagi kategori pengeluar dan pemandu selepas gagal mempamerkan prestasi cemerlang tahun lalu.Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata, pegawai teknikal giat merancang persiapan untuk mengharungi musim baharu yang dijadualkan bermula Mac depan selain sudah belajar daripada kesilapan pada edisi 2022.“Cabaran F1 semakin sengit dan kita tahu setiap perubahan yang dibuat akan memberikan risiko yang tersendiri. Namun, saya seorang yang optimis dan kekal realistik,” katanya.Mercedes mengharungi musim terburuk pada edisi 2022 selepas menamatkan saingan bagi kategori pengeluar di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang musuh tradisi, Ferrari dan juara, Red Bull.Lebih malang, pelumba utama pasukan, Lewis Hamiton yang merupakan juara dunia tujuh kali tidak berjaya menjuarai sebarang perlumbaan Grand Prix (GP) mahupun memenangi aksi kelayakan sepanjang tahun lalu.Menurut Wolff biarpun Red Bull berjaya mempamerkan prestasi dominan tahun lalu, beliau pasti mereka juga ada kelemahan dan situasi sama juga berlaku dengan Ferrari.“Saya harap apabila kita memperkenalkan jentera baharu ia dapat memberikan saingan kompetitif dan pelumba kami berpuas hati dengan apa yang kita berikan.“Lebih penting apabila jentera itu dapat memberikan kelajuan maksimum seperti yang diharapkan sekali gus memperbaiki kekurangan musim lepas,” ujar Wolff.
4
02 Januari 2023 12:59pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238678/berita/sukan/potter-kecewa-persembahan-buruk-chelsea
Potter kecewa persembahan buruk Chelsea
CHELSEA melepaskan peluang meraih mata penuh selepas sekadar seri 1-1 dengan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.Raheem Sterling membuka tirai jaringan buat Chelsea pada minit ke-16, namun Serge Aurier menyamakan kedudukan pada minit ke-63 untuk memberikan satu mata berharga kepada pasukan tuan rumah.Pengendali Chelsea, Graham Potter menyifatkan pasukannya gagal tampil pada prestasi terbaik dalam perlawanan itu."Kami mendapat satu mata dalam perlawanan yang sukar menentang pasukan yang sistematik. Saya beri kredit kepada lawan kerana mereka menggunakan suasana dan pada separuh masa kedua mereka beri tekanan kepada kami."Tahap prestasi kami tidak cukup baik dan saya tidak fikir kami berhak untuk menang. Apabila kami mengawal permainan, kami tidak menggerakkan bola dengan cukup pantas dan kemudian sukar untuk kembali dalam perlawanan," katanya,Dalam masa sama, Potter juga menyifatkan pasukannya seperti hilang arah termasuk ketika memastikan bola berada dalam kawalan pasukan."Apabila kami mengawal permainan, kami tidak melakukan dengan baik dan apabila permainan menjadi tidak terkawal, kami menderita dengan dua pemain dan bergelut untuk menangani aspek itu."Akhirnya, ia adalah perlawanan yang sukar, seboleh-bolehnya kami perlu mengkritik diri sendiri. Nottingham Forest juga bermain dengan baik."Tetapi, kami kecewa dengan tahap prestasi kami sepanjang 90 minit dan boleh mengatakan kami tidak layak memenangi perlawanan itu," katanya.Keputusan seri itu meletakkan Chelsea di kedudukan kelapan dan dibezakan tujuh mata dengan Manchester United di kedudukan keempat."Bagi kami, ia adalah mengenai perlawanan seterusnya dan cuba untuk memperbaiki persembahan sekiranya mahu berada dalam kelompok empat terbaik."Kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya dan pastikan tahap prestasi kami lebih baik serta konsisten," kata Potter lagi.
4
02 Januari 2023 12:26pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238673/berita/sukan/spurs-perlu-berbelanja-besar
Spurs perlu berbelanja besar
PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte percaya kelab itu perlu berbelanja besar sekiranya mahu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok empat terbaik.Kekalahan 0-2 di tempat sendiri kepada Aston Villa pada Ahad, serta seri dengan Brentford pada Isnin lalu menyaksikan Spurs telah jatuh ke kedudukan kelima liga.Spurs juga berhadapan nasib malang apabila pemain utama mereka seperti Dejan Kulusevski dan Richarlison mengalami kecederaan dan terpaksa di ketepikan.Conte merasakan Spurs sepatutnya melakukan pembelian pemain utnuk membina semula skuad untuk kekal berdaya saing dalam liga."Saya terus mengulangi bahawa kami perlu membuat keajaiban seperti menamatkan tempat di kedudukan keempat musim lalu."Saya sangat jelas dengan kelab dan pada musim panas orang bercakap tentang Tottenham sebagai pencabar kejuaraan."Untuk menjadi pencabar kejuaraan, anda memerlukan pasukan yang kukuh iaitu 14 atau 15 pemain berkualiti dan pemain muda untuk berkembang dan setiap musim anda boleh menambah dua pemain," katanya.Dalam pada itu, kekalahan kepada Villa tidak terlalu mengecewakannya dan menegaskan akan bangkit apabila menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Khamis."Mengenai prestasi, saya tidak kecewa. Dari awal hingga akhir saya telah melihat komitmen dan keinginan serta intensiti yang betul."Saya menjangkakan saat ini. Sekarang kami perlu berjuang. Saya tidak takut dan percaya pada kerja serta pemain yang ada ini," katanya.
4
02 Januari 2023 11:47am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238659/berita/sukan/psg-pincang-tanpa-messi-neymar
PSG pincang tanpa Messi, Neymar
TANPA bintang Piala Dunia 2022, Lionel Messi dan pemain sensasi, Neymar, Paris Saint-Germain (PSG) kecundang buat kali pertama sejak 20 Mac tahun lalu apabila ditundukkan RC Lens 3-1."Lens berhak menang," kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.Lens hanya tewas sekali 0-1 kepada Lille Oktober tahun lalu dalam saingan Ligue 1 musim ini.Mereka merapatkan jurang kepada empat mata di belakang PSG yang kekal menghuni tangga teratas selepas 17 perlawanan.Jurulatih Lens, Franck Haisse gembira dengan kemenangan bermakna itu."Kemenangan ini membuktikan yang kami mampu menewaskan sesiapa saja dalam pertandingan ini," katanya.Kekalahan terakhir PSG adalah kepada Monaco 0-3 sembilan bulan lalu.PSG beraksi tanpa Messi yang belum kembali selepas kejayaan bersama Argentina di Qatar, dan Neymar yang digantung satu perlawanan.Hanya pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Kylian Mbappe memimpin serangan PSG.Pada aksi itu, Lens mendahului pada minit kelima menerusi Przemyslaw Frankowski.Hugo Ekitike menyamakan kedudukan tiga minit kemudian sebelum Lois Openda kembali meletakkan Lens di depan.Pada separuh masa kedua, Openda mengumpan bola kepada Alexis Claude Maurice untuk gol ketiga Lens.Messi akan kembali menyertai PSG dalam masa terdekat.
4
02 Januari 2023 08:52am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238650/berita/sukan/penyudah-harimau-malaya-perlu-lebih-tajam
Penyudah Harimau Malaya perlu lebih tajam
HARIMAU Malaya bakal mengharungi tugas berat apabila berdepan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini bagi mengesahkan slot ke separuh akhir Piala AFF 2022.Singapura dilihat berada pada prestasi terbaik selepas melakukan kejutan mengikat Vietnam tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Jumaat lalu.Berbanding Harimau Malaya yang perlu menang sebaliknya keputusan seri sudah memadai buat skuad The Lions itu mengiringi Vietnam ke peringkat seterusnya.Justeru, pemain Harimau Malaya tiada pilihan kecuali memulakan perlawanan dengan rentak agresif serta menyerang dan dalam masa sama memanfaatkan setiap peluang yang terhidang.Jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim berkata, Harimau Malaya juga tidak perlu untuk gerun dengan Singapura apatah lagi beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.“Peluang masih terbuka untuk skuad negara dengan syarat mereka memperagakan aksi 100 peratus untuk melakar kemenangan ke atas Singapura.“Barisan serangan yang diterajui Faisal Halim dan Sergio Aguero juga perlu setajam mungkin kerana saya percaya Singapura akan beraksi dengan corak permainan lebih bertahan kerana mereka hanya perlu seri.“Jadi, apa yang menentukan keputusan pada malam Selasa itu adalah aksi yang akan diberikan oleh para pemain selain taktikal yang akan diterapkan oleh Kim Pan-gon,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Ketika ini, skuad kendalian Pan-gon itu berada di kedudukan ketiga kumpulan dibezakan satu mata dengan Singapura di kedudukan kedua dan Vietnam selaku pendahulu.Irfan Bakti juga percaya Harimau Malaya mempunyai kualiti yang baik berdasarkan dua kemenangan ke atas Myanmar dan Laos walaupun tidak dibarisi pemain utama dalam kejohanan itu.“Dalam perlawanan dengan Vietnam, kita tidak bermain dengan buruk. Tetapi, kita kalah kerana ada 'unsur' lain mengganggu rentak Harimau Malaya.“Singapura pula tidaklah sebagus tujuh atau lapan tahun lalu kerana mereka juga dibarisi ramai pemain muda.“Namun, dalam keghairahan kita beraksi agresif, kita juga perlu berwaspada dengan serangan balas mereka yang akan menghukum kita,” katanya.
4
02 Januari 2023 08:45am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238642/berita/sukan/menang-atau-lupakan
Menang atau lupakan....
HARIMAU Malaya berada dalam bahaya terlepas tempat ke separuh akhir Piala AFF 2022, melihat kepada kedudukan Kumpulan B.Hanya kemenangan menentang Singapura pada Selasa ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil akan menyelamatkan kempen Harimau Malaya dalam kejohanan dilabel Piala Dunia ASEAN itu.Kali terakhir Malaysia melepasi peringkat kumpulan adalah pada edisi 2018, yang menyaksikan Malaysia meraih naib juara, tewas kepada juara ketika itu, Vietnam 2-3 menerusi agregat di final.Walaupun saat genting menanti pasukan Kim Pan-gon untuk mengatasi The Lions, bagaimanapun pemain sayap kiri V Ruventhiran berkata, rakan sepasukannya dilihat tenang menjelang aksi dengan Causeway Derby itu.“Kami perlu bijak menentang mereka, raih kemenangan besar dan dapatkan tiga mata."Kami tidak tertekan untuk berdepan Singapura,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini pada Sabtu.Keputusan seri tanpa jaringan menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar, Jumaat lalu menyaksikan Singapura mengumpul tujuh mata dan menempatkan pasukan itu di tempat kedua manakala Malaysia jatuh di tempat ketiga dengan enam mata.Vietnam yang mempunyai kelebihan perbezaan gol, kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan tujuh mata.Sementara itu, pemain berusia 21 tahun tersebut berkata, barisan kejurulatihan mengingatkan mereka supaya tidak melakukan sebarang kesilapan ketika menentang skuad Takayuki Nishigaya itu.Katanya, ketahanan mental pemain juga masih kuat walaupun tewas 0-3 di tangan Vietnam dalam aksi kontroversi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Rabu lepas.Kontroversi tercetus apabila pengadil Jepun, Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah dan Muhammad Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selepas pemain muda Terengganu FC itu didakwa mengasari Doan Van Hau di luar padang.Que Ngoc Hai memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menggandakan kelebihan Vietnam selepas Nguyen Tien Linh meletakkan pasukan di hadapan pada separuh masa pertama dan pasukan tuan rumah menamatkan saingan dengan kemenangan 3-0 hasil jaringan Nguyen Hoang Duc pada penghujung perlawanan.
4
01 Januari 2023 11:23pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238636/berita/sukan/tfcsb-terima-tajaan-rm9-juta-melibatkan-15-syarikat
TFCSB terima tajaan RM9 juta melibatkan 15 syarikat
TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) setakat ini menerima tajaan berjumlah RM9 juta melibatkan 15 syarikat bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim ini.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh, berkata pihaknya juga telah membelanjakan sebanyak RM23 juta bagi menguruskan dua pasukan utama dan akademi bola sepak TFCSB musim lalu.Bagaimanapun perbelanjaan tersebut dijangka meningkat sehingga RM28 juta musim ini iaitu peningkatan antara 20 hingga 30 peratus memandangkan jumlah perlawanan Liga-M yang bertambah dan juga saingan Piala AFC.Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian penajaan 2023 dengan syarikat Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd di Pejabat TFCSB, di sini, hari ini.Turut hadir Ketua Pegawai Operasi TFCSB, Sabri Abas dan Pengarah Urusan, Sabasun HYPErRUNCIT, Che Salmi Che Ibrahim.Ab Rashid berkata, selain tajaan, TFCSB turut memfokuskan kepada aktiviti penjanaan pendapatan melalui jualan jersi dan cenderamata, kutipan tiket perlawanan serta pas keahlian bermusim bagi menampung perbelanjaan musim ini.
4
01 Januari 2023 10:41pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238635/berita/sukan/suarez-pertajam-penyudah-gremio
Suarez pertajam penyudah Gremio
PENYERANG Uruguay, Luis Suarez menyertai kelab Serie A Brazil, Gremio secara percuma dengan kontrak dua tahun sehingga penghujung 2024, umum kelab itu pada Sabtu.Suarez sebelum itu mengucapkan selamat tinggal kepada kelab zaman kanak-kanaknya Nacional pada Oktober selepas tiga bulan dan menjaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan dan memenangi kejuaraan Uruguay.Pemain berusia 35 tahun itu juga menikmati kejayaan di Eropah bersama Ajax Amsterdam, Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid.Suarez menyertai Gremio yang berpangkalan di Porto Alegre selepas menghabiskan Krismas di Rosario, Argentina bersama Lionel Messi.Gremio akan memulakan saingan musim 2023 berdepan Sao Luiz dalam Piala Super Recopa Gaucha pada 17 Januari.
4
01 Januari 2023 10:38pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238633/berita/sukan/pang-ron-harap-2023-lebih-warna-warni
Pang Ron harap 2023 lebih warna-warni
PEMAIN beregu campuran negara, Hoo Pang Ron berharap agar 2023 menjadi tahun yang penuh warna-warni buatnya bersama gandingan baharu Teoh Mei Xing, yang menyasarkan kelayakan ke Olimpik Paris 2024.Atlet berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengakui tugas itu bukanlah mudah, selepas terpaksa menukar gandingan dua kali pada 2022, selain perlu menyesuaikan diri dengan rejim latihan baharu di bawah kendalian bekas pemenang pingat perak Olimpik, Nova Widianto.Pang Ron berkata, antara cabaran utama mewujudkan gabungan terbaik dengan Mei Xing yang sebelum ini bermain dalam beregu wanita.“Beliau sudah lama tidak beraksi dalam beregu campuran, jadi perlu lebih banyak masa untuk berlatih serta memperbaiki dan menambah kemahiran selain menyesuaikan diri dengan corak permainan beregu campuran bagi mengukuhkan gandingan ini. Bagaimanapun, keadaan semakin baik kerana kami telah mula meningkatkan sesi latihan.“Masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi diharapkan kami dapat beraksi dalam Terbuka Malaysia bulan ini. Selepas kejohanan dalam negara, kami akan menganalisis perlawanan, cari kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya sebelum kejohanan seterusnya, dan proses itu berterusan,” katanya ketika ditemui.Pang Ron memulakan aksi bersama Cheah Yee Seah untuk memenangi pingat perak Sukan SEA Hanoi pada Mei lalu sebelum menamatkan gandingan empat tahun mereka dan dipasangkan dengan Toh Ee Wei ketika saingan Masters Indonesia pada Jun.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kemudian membuat satu lagi rombakan apabila Pang Ron digandingkan pula bersama Mei Xing pada hujung 2022.Pang Ron-Mei Xing yang kini menduduki ranking ke-159 dunia, memulakan aksi mereka dengan mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Bangladesh pada 7 hingga 11 Disember, sebelum memperoleh keyakinan diri apabila menjuarai gelaran Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak dari 13 hingga 18 Disember lalu.
4
01 Januari 2023 10:11pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238632/berita/sukan/dulu-bournemouth-kini-club-brugge
Dulu Bournemouth, kini Club Brugge
CLUB Brugge melantik bekas pengurus Bournemouth, Scott Parker sebagai ketua jurulatih, kata kelab Belgium itu pada Sabtu.Parker, bekas pemain England, dipecat oleh kelab Liga Perdana Inggeris, Bournemouth pada Ogos, beberapa bulan selepas membimbing The Cherries naik pangkat ke saingan teratas liga utama tersebut.Untuk rekod, sebelum berkhidmat di Bournemouth, Parker juga telah membawa Fulham ke liga utama Inggeris.Brugge tidak memberikan butiran mengenai tempoh kontrak Parker, namun berkata, pemain berusia 42 tahun itu akan dipersembahkan secara rasmi dalam peranan baharunya pada minggu depan.Dia menggantikan Carl Hoefkens, yang dipecat awal minggu ini walaupun membawa pasukan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara musim ini.Pemecatan Hoefken berlaku selepas prestasi domestik buruk, termasuk kekalahan memalukan 1-4 di tempat sendiri kepada St Truiden dalam Piala Belgium minggu lalu dan seri 1-1 di tempat sendiri dengan OH Leuven dalam liga minggu ini, yang menyebabkan juara di tangga keempat tempat, 12 mata di belakang pendahulu Racing Genk.Brugge akan bertandang ke laman lawan yang juga pendahulu Genk pada 8 Januari.
4
01 Januari 2023 09:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238631/berita/sukan/status-luke-argzim-jordan-terjawab
Status Luke, Argzim, Jordan terjawab
TANDA-tanya mengenai status tiga pemain import Terengganu FC (TFC), Luke Woodland, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic akhirnya terjawab apabila mereka disahkan masih kekal bersama pasukan itu sehingga musim ini.Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFCSB), Ab Rasid Jusoh, yang mengesahkan bahawa ketiga-tiga pemain tersebut masih memiliki kontrak setahun dengan TFC.Menurutnya, walaupun ketiga-tiga pemain tersebut jarang beraksi dalam perlawanan musim lalu, mereka masih terikat dengan skuad Penyu kerana telah menandatangani kontrak dua tahun iaitu bagi musim 2022 dan 2023.“Status Luke, Argzim dan Jordan, masih lagi pemain TFC kerana dah tandatangan kontrak dua musim. Cuma Luke adalah sesetengah pasukan yang nak pinjam dan sebagainya."Tetapi kita yakin Luke kalau berlatih betul-betul dan tiada kecederaan boleh bermain dengan baik. Sebab itulah peringkat pemilihan awal dahulu dia dimasukkan ke dalam pasukan," katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani penajaan TFCSB bersama Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd di Pejabat TFCSB, di sini, pada Ahad.Pada majlis itu. TFCSB menerima penajaan tunai sebanyak RM250,000 daripada Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC.Dalam pada itu, Ab Rasid berkata pihaknya masih dalam proses mendaftarkan Argzim sebagai pemain naturalisasi musim depan.Katanya, pemain pertahanan kelahiran Montenegro itu sudah melengkapkan syarat utama yang diperlukan iaitu beraksi selama lima tahun dalam kancah Liga-M."Perkara ini kita dah bawa kepada Jabatan Imigresen dan dalam proses... akan ambil masa. Selain memenuhi syarat tersebut, beliau juga telah berkahwin dengan gadis tempatan," katanya.Argzim, 30, mula beraksi dalam saingan Liga-M bersama Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) pada 2018 hingga 2019 dan kemudiannya menyertai Terengganu pada 2020 sehingga sekarang.
4
01 Januari 2023 09:33pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238630/berita/sukan/wujudkan-segera-akta-sukan-selamat
'Wujudkan segera Akta Sukan Selamat'
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disaran meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di negara ini.Malah bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, terlalu banyak insiden seumpama ini telah dan sedang berlaku. Jika tidak ditangani dengan serius, akan terus berlaku.“Ianya boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak2 ini. Semoga YB @hannahyeoh dapat meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di Malaysia,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.Sebelum ini tular video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial.Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 pada 16 Disember lalu.Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, seorang jurulatih pasukan dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.KBS sebelum ini sedang meneliti Akta Sukan Selamat, bagi mewujudkan satu persekitaran atau ekosistem selamat buat atlet di negara ini.Hannah sebelum ini juga dipetik berkata, kod tersebut antara lain turut menumpukan perlindungan kepada atlet yang berdepan masalah gangguan seksual, buli dan keganasan.Sementara itu, pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.“Ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kejohanan di peringkat sekolah.“Menampar pemain depan pemain lain satu perkara yang memberikan kesan sangat negatif kepada pemain. Ini bukan budaya kita.“Biar apa sekalipun kesalahan pemain itu, tidak sepatutnya ia ditampar di khalayak dan di tempat terbuka, apatah lagi mungkin ada orang lain atau keluarga pemain yang melihatnya.“Hebat mana pun seorang jurulatih itu, negara kita pasti tidak membenarkan tindakan ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.
4
01 Januari 2023 09:05pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/238622/berita/sukan/hannah-kecam-tindakan-jurulatih-tampar-dua-pemain
Hannah kecam tindakan jurulatih tampar dua pemain
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam tindakan individu yang didakwa sebagai jurulatih menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini.Difahamkan kedua-dua pemain tersebut berumur bawah 14 tahun dan bertanding bagi Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Malaysia 2022 di Johor.Tindakan individu itu dipercayai berikutan dua pemain berkenaan menyebabkan pasukan kehilangan satu mata dalam perlawanan sebelum panggilan masa tamat.Bagaimanapun, dua pemain tersebut dilihat kekal tabah dan ditenangkan oleh rakan sepasukan mereka selepas tindakan jurulatih terbabit.Hannah berkata, beliau telah menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan insiden berkenaan.“Ini adalah salah. Telah bercakap dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan kami sama-sama sedang mendapat maklumat lanjut tentang kejadian ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.Pada Ahad, tular sebuah video menunjukkan seorang individu yang didakwa sebagai jurulatih bertindak menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam satu perlawanan pada 16 Disember lalu.Selain itu, Fadhlina turut dilihat menciap semula (retweet) ciapan Hannah berhubung perkara itu.Perbuatan individu tersebut turut mendapat daripada pengguna Twitter yang rata-rata mengutuk tindakan sedemikian.Salah seorang pengguna Twitter bernama @razak_zambri, berkata, walau apa jua alasan, seorang jurulatih tidak boleh menampar budak perempuan kerana enggan mendengar arahan.“Budak-budak perempuan kot, kalau nak hukum tak dengar arahan ada banyak lagi caranya. Suruh la ketuk ketampi atau ‘push up’ (tekan tubi) ke,” katanya dalam ciapan di ruang komen Twitter pada Ahad.Selain itu, seorang lagi pengguna Twitter bernama @smaran3 berkata, seorang jurulatih perlu bersikap profesional dan tahu batasan sebagai seorang pendidik.“Jurulatih kena tau batasan sebagai seorang pendidik. Menang atau kalah adat permainan, sebelum jadi jurulatih kena ada sikap pemimpin.“Motivasi adalah langkah yang tinggi untuk menaikkan semangat seseorang atlet,” tulisnya.
4
01 Januari 2023 07:31pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238609/berita/sukan/sang-kenari-mahu-terbang-lebih-tinggi
Sang Kenari mahu terbang lebih tinggi
PEMILIK Kedah Darul Aman FC (KDA) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar memberi bayangan skuad Kenari akan tampil lebih berkualiti dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.“Sang Kenari bakal mempunyai sayap-sayap baharu untuk terbang lincah dan laju di tahun dan musim baru. Semoga sayap-sayap ini juga sayap-sayap yang berdata dan bijak.“Sudah pasti Sang Kenari ingin menjadi pasukan terbaik. Bukan senang nak menjadi 'the best among the best'. Sang Kenari kena berjuang habis-habisan dengan jiwa, minda dan roh,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ketika ini, Kedah FC sedang rancak membawa masuk beberapa pemain antaranya pemain naturalisasi, Lee Andrew Tuck selain telah mengumumkan pemain import dari Tajikistan yang mengisi kuota Asia, Amirbek Juraboev.Mohd Daud berharap penyokong Kedah teruja dan lebih bangga menyokong perjalanan pasukan itu musim depan.“Suara sokongan serta doa anda semua di sepanjang tahun 2023 adalah pembakar semangat Sang Kenari yang paling ampuh. Kita sama-sama randuk 'ayaq' dan 'ragagh' bukit sampai berjaya.“Kami tidak boleh janji bulan dan bintang. Kami hanya boleh janji satu perkara. The Best Never Rest. Kami akan sentiasa berlatih dan berlatih sehingga kami menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik,” katanya.
4
01 Januari 2023 05:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238577/berita/sukan/bekas-presiden-kesatuan-ragbi-malaysia-meninggal-dunia
Bekas Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia meninggal dunia
BEKAS Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang juga bekas Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan Abd Jalil Borhanuddin meninggal dunia di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor akibat sakit tua pagi Ahad.Berita pemergian Allahyarham yang berusia 68 tahun itu dikongsikan anaknya yang juga Naib Presiden KRM, Fahmy Abd Jalil ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.Ayah memang ada menghidap kencing manis, jantung dan darah tinggi sejak dua tahun lepas dan menerima rawatan berkala di hospital. Pukul 5 pagi tadi kita ada kejutkan dia untuk makan ubat tapi kira-kira pukul 6.30 pagi bila adik kejutkan untuk (solat) subuh, kita sedar dia dah tak ada."Ayah seorang yang tak cakap sangat, dia juga ada strok ringan jadi tak dapat berkomunikasi dengan baik, dua tiga hari lepas dia ada maklumkan dah tak rasa kaki dia...tak sangka dia pergi secepat ini,” katanya.Mengenai keperibadian Allahyarham, Fahmy berkata, beliau merupakan seorang ayah yang penyayang dan kelakar selain sangat komited terhadap kerjayanya dalam arena sukan ragbi negara."Dia memang ‘menghambakan’ dirinya untuk sukan ragbi, sejak muda lagi, dia juga pernah main untuk pasukan negara pada 1981 hingga 1987, jadi, kecintaannya terhadap sukan itu sangat tinggi. Saya rasa memang kehilangan besar untuk arena ragbi,” katanya.Allahyarham yang meninggalkan isteri dan lima anak itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Tampin selepas Asar.Abd Jalil merupakan Presiden KRM sejak 2002 hingga 2005 dan Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (1992-2019) selain turut menubuhkan kelab ragbi iaitu NS Wanderers Rugby Club Malaysia sejak 1984 hingga kini yang dianggotai lebih 2,000 ahli. - Bernama
4
01 Januari 2023 01:27pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238576/berita/sukan/piala-aff-harimau-malaya-tiada-tekanan-hadapi-singapura
Piala AFF: Harimau Malaya tiada tekanan hadapi Singapura
TIADA istilah tekanan menyelubungi pemain negara ketika cuba mencari kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.Pemain naturalisasi negara, Lee Andrew Tuck berkata, para pemain hanya menumpukan kepada persiapan untuk menghadapi perlawanan tersebut dan percaya sudah bersedia untuk menewaskan skuad The Lions."Kami tidak merasai sebarang tekanan. Kami tahu kami perlu untuk memastikan pasukan ke separuh akhir, namun sekarang ini semua pemain dalam keadaan tenang.Kami melakukan persiapan yang rapi dan pada hari perlawanan kami mahu beraksi dengan yakin. Kami melihat ke hadapan dan percaya mempunyai kemampuan untuk melangkah ke separuh akhir," katanya.Dalam pada itu, Tuck yang diumumkan sebagai pemain baharu Kedah FC mengakui gembira selepas membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab dari utara itu.Bagaimanapun, dia juga memahami memahami kehampaan sesetengah penyokong Sri Pahang FC sehinggakan ada yang mengecamnya sebagai tidak berterima kasih kepada kelab lamanya itu."Secara jujurnya, saya bercakap dengan Sri Pahang selepas menunggu selama beberapa bulan sama ada mereka mahu menyambung kontrak saya atau tidak. Saya mahu kekal di kelab tersebut."Saya juga sanggup dipotong gaji, namun kami tidak mencapai kata putus. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Sri Pahang kerana kelab itu adalah yang terbaik."Apa yang berlaku ini juga tidak menjejaskan fokus saya bersama pasukan kebangsaan," katanya.
4
01 Januari 2023 01:26pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238571/berita/sukan/jurulatih-mahu-abdul-latif-terbang-tinggi-di-paris-hangzhou
Jurulatih mahu Abdul Latif 'terbang tinggi' di Paris, Hangzhou
KEJOHANAN Olahraga Para Dunia 2023 di Paris, Perancis dan Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China menjadi sandaran utama untuk jaguh lompat jauh para negara kategori T20 (kecacatan intelektual), Datuk Abdul Latif Romly meraih kejayaan membanggakan tahun ini.Bagi merealisasikan hasrat tersebut, jurulatihnya, Shahrul Amri Suhaimi berkata, pihaknya telah merangka beberapa strategi untuk Abdul Latif termasuk menjalani latihan luar di Langkawi, Kedah, bulan ini serta Montreuil di Paris pada Jun menjelang kejohanan dunia di Stadium Charlety dari 8 hingga 17 Julai depan.Ada dua temasya yang kami sasarkan untuk Abdul Latif rangkul emas iaitu pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 dan Sukan Para Asia 2022 dari 22-28 Okt ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.Beliau berkata, latihan insentif di Paris itu sangat penting bagi Abdul Latif dalam usaha merebut slot seterusnya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik pada edisi 2024 yang dijadual berlangsung di bandar raya sama bermula 28 Ogos hingga 8 Sept, 2024.Katanya, atlet dari Perlis itu juga tidak boleh memandang ringan terhadap keupayaan dua pencabar utamanya iaitu dua pemenang pingat Sukan Paralimpik 2020, Athanasios Prodromou dari Greece (perak) atlet Australia, Nicholas Hum (gangsa), yang mampu menggugat kedudukannya di kejohanan dunia kelak.Dalam pada itu, Shahrul Amri berkata, beliau enggan meletakkan tekanan kepada anak buahnya jika terpilih untuk bersaing bersama atlet normal pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, dari 5 hingga 17 Mei ini."Sekiranya berlaku, ia bakal menjadi temasya Sukan SEA kali kedua beliau sertai selepas beraksi buat kali pertama di Kuala Lumpur 2017 yang beliau mengalami cirit birit sekali gus mengakibatkannya tidak dapat mempamerkan lompatan baik,” katanya.Abdul Latif, yang juga pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64 meter (m) di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, sekadar melakukan lompatan terbaik sejauh 7.34m dan menamatkan saingan di tempat ketujuh daripada 11 atlet pada Sukan SEA 2017. - Bernama
4
01 Januari 2023 12:23pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238550/berita/sukan/city-tidak-kecewa-sekadar-seri
City tidak kecewa sekadar seri
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak mahu menyalahkan pemainnya selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Di Stadium Etihad pada Sabtu.Menurutnya, pemain sudah memberikan aksi terbaik, namun mengakui Everton tampil dengan taktikal lebih berkesan untuk mengikat penyandang juara EPL itu.Malah, dia percaya peluang untuk City menjuarai EPL masih terbuka walaupun dibezakan tujuh mata dengan pendahulu liga, Arsenal."Perlawanan yang hebat. Kami telah bermain dengan sangat baik dalam tiga perlawanan terakhir dan ia membuatkan saya optimis."Kegagalan memungut mata penuh di laman sendiri sentiasa sukar, tetapi saya sentiasa cuba memastikan persembahan pasukan bagus."Saya melihat mereka (Everton) mempunyai lapan pemain di bahagian pertahanan. Mereka juga membuat gol yang hebat, tetapi secara umumnya kami melakukannya dengan sangat baik," katanya.Penyerang sensasi City, Erling Haaland terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-24 sebelum Demarai Gray menyamakan kedudukan pada minit ke-64.Dalam pada itu, pertahanan City, John Stones beranggapan sebaliknya dan menegaskan kehilangan dua mata sebagai sesuatu yang amat merugikan."Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya rasa kami hilang dua mata, namun itulah bola sepak."Kami mengawal permainan dan mempunyai banyak peluang, tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol," katanya.
4
01 Januari 2023 10:52am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238548/berita/sukan/ten-hag-dapat-kawalan-penuh
Ten Hag dapat kawalan penuh
ERIK ten Hag telah mengambil alih pasukan simpanan Manchester United dalam usaha untuk membuka laluan yang lebih baik kepada pasukan seniornya.Pengendali dari Belanda itu memberitahu pengurusan tertinggi Old Trafford semasa rundingan musim bunga lalu bahawa dia hanya akan bersetuju untuk menjadi pengurus baharu sekiranya diberi kawalan penuh ke atas skuad Bawah 23 tahun kelab tersebut.Ten Hag bekerjasama rapat dengan pengendali skuad Bawah 23 tahun Mark Dempsey dan jurulatih Paul McShane, namun bertanggungjawab terhadap keputusan muktamad dalam semua urusan pemilihan pasukan serta menentukan kedudukan pemain dan minit permainan di padang.Untuk rekod, Ten Hag sebelum ini menjalankan dua peranan yang sama di Ajax kerana dia percaya itu cara terbaik untuk mendapatkan gambaran tepat mengenai bakat yang datang melalui sistem.“Bagi saya, kerjasama antara semua jabatan berbeza, namun adalah penting untuk mendapatkan budaya yang betul dalam sesebuah kelab. Seperti di Ajax, apabila saya memasuki Manchester United pasukan simpanan diasingkan.“Ia bukan lagi sebahagian daripada akademi, tetapi ia juga bukan sebahagian pasukan utama. Saya menukarnya serta-merta sama seperti yang saya lakukan semasa saya memasuki Amsterdam.“Di Ajax, pasukan simpanan berada di bawah tanggungjawab pengurus. Itulah satu-satunya cara yang saya boleh mempengaruhi aliran pemain muda berbakat ke arah pasukan utama.“Sudah tentu saya masih memberi kebebasan kepada jurulatih untuk bekerja, namun saya juga memberi mereka arahan contohnya, saya mahu pemain itu mula membuat minit dalam kedudukan itu," katanya.Untuk rekod, antara faktor utama Ten Hag membuat keputusan untuk menjadi pengurus United adalah kerana bangga dengan tradisi kelab itu melahirkan para pemain muda.Sementara itu, Marcus Rashford muncul wira United apabila jaringan tunggalnya membantu The Red Devils meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolverhampton.Beraksi di Satdium Molineux, anak buah Ten Hag bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan gol pada separuh masa pertama yang berkesudahan tanpa jaringan.Rashford menceriakan kem pelawat apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 apabila berjaya menewaskan penjaga gol, Jose Sa.Tiga mata itu menyaksikan United naik ke tangga keempat dengan mengumpul 32 mata selepas 16 perlawanan, manakala Wolves kekal dengan 13 mata di kedudukan ke-18.
4
01 Januari 2023 10:46am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238547/berita/sukan/kedudukan-arsenal-makin-selesa
Kedudukan Arsenal makin selesa
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukan itu sudah semakin matang selepas melakar kemenangan 4-2 ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.Kemenangan itu sekali gus meletakkan mereka selesa mendahului kedudukan liga dengan tujuh mata mengatasi pencabar terdekat Manchester City yang sekadar seri menentang Everton."Pasukan semakin matang dan perlawanan hari ini adalah satu ujian yang sukar. Ia kemenangan besar dan sudah tentu saya gembira."Brighton merupakan sebuah pasukan yang kuat. Mereka memberikan tentangan yang sengit dan kami turut memberikan mereka kesukaran dalam perlawanan ini."Saya rasa kami sangat hebat terutama ketika kami mempunyai ruang untuk menyerang. Cara Brighton bertahan sedikit terbuka dan kami berjaya memanfaatkannya," katanya.Dalam perlawanan itu, Bukayo Saka, Martin Odegaard, Eddie Nketiah dan Gabriel Martinelli masing-masing menjaringkan satu gol buat The Gunners manakala gol Brighton disumbangkan oleh Kaoru Mitomi dan Evan Ferguson.Bagaimanapun, Arteta mengakui banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk memastikan kelab tersebut menamatkan kemarau memenangi kejuaraan EPL yang kali terakhir dimenangi pada 2004."Perjalanan masih panjang. Keterujaan saya mulai daripada masuk ke bilik persalinan apabila pemain bercakap tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan dengan lebih baik hari ini."Ini bermakna mereka tahu bahawa kami masih boleh bermain lebih baik dan lebih baik, dan menentang Newcastle United (perlawanan seterusnya) kami harus lebih baik," katanya.
4
01 Januari 2023 10:26am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238540/berita/sukan/tahun-yang-saya-tidak-akan-lupakan--messi
'Tahun yang saya tidak akan lupakan'- Messi
TONGGAK sensasi Argentina, Lionel Messi menegaskan tahun 2022 sebagai tahun yang paling akan diingatinya selepas berjaya memenangi Piala Dunia pertama dalam kariernya.Kapten Argentina itu dijadualkan kembali ke Paris Saint-Germain (PSG) pada awal minggu depan selepas diberikan cuti lanjutan susulan kemenangan di Piala Dunia.Tujuh gol dan tiga bantuan gol dalam laluan Argentina mengapai trofi tersebut membolehkan Messi meraih anugerah Bola Emas selain kejuaraan Piala Dunia pada usia 35 tahun.Dalam Instagram miliknya, Messi memuat naik beberapa gambar bersama keluarga untuk menandakan pengakhiran 12 bulan bermakna yang dilaluinya."Tamat setahun yang tidak dapat saya lupakan. Impian yang selalu saya kejar akhirnya menjadi kenyataan."Tetapi, itu juga tidak bernilai jika bukan kerana saya memiliki keluarga yang hebat dan rakan yang sentiasa menyokong saya. Mereka ada setiap kali saya jatuh," katanya.Messi turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya di kelab lamanya, Barcelona dan di PSG."Saya juga mahu berterima kasih untuk semua orang yang mengikuti saya dan menyokong saya."Sungguh luar biasa dapat berkongsi kejayaan ini dengan anda semua. Adalah mustahil untuk sampai ke tahap ini tanpa begitu banyak galakan yang saya terima daripada semua rakyat negara saya serta dari Perancis, Barcelona dan banyak bandar dan negara lain."Saya harap tahun ini juga indah untuk semua orang dan saya doakan anda semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus gembira pada tahun 2023," katanya.
4
01 Januari 2023 09:27am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238539/berita/sukan/lampard-tabik-karakter-luar-biasa-everton
Lampard tabik karakter luar biasa Everton
PENGENDALI Everton, Frank Lampard percaya watak, keazaman dan perjuangan yang dipamerkan The Toffees ketika mengikat penyandang juara Manchester City 1-1 pada Sabtu, satu contoh yang perlu diperkukuhkan pada masa depan."Saya percaya perwatakan, personaliti dan semangat juang merupakan elemen terpenting dalam permainan kerana ia 11 lawan 11 dan kita tahu betapa bagusnya City di Stadium Etihad.“Ia juga bukan pelan permainan bertahan yang rumit, sebaliknya banyak perkara dilalui di sini dan setiap pemain melakukan tugas dengan sempurna tidak kira apa pun. Ini mesti menjadi pelan tindakan ke hadapan.“Saya meminta persembahan terbaik sebaliknya mereka memberikan sesuatu yang luar biasa," kata Lampard pada sidang akhbar.Pada perlawanan di Stadium Etihad itu, The Toffees terlebih dulu ketinggalan satu gol minit 24' selepas Erling Haaland membuka jaringan untuk City pada separuh masa pertama.Namun Everton bangkit kembali untuk satu mata hasil sentuhan menakjubkan Demarai Gray pada minit ke-64 menewaskan Ederson.Dengan 11 minit masa ditambah pada separuh masa kedua, Everton bertahan penuh berdisiplin gelombang serangan City yang tidak henti-henti.Lampard juga gembira melihat para pemainnya bertindak balas positif terhadap tugasan berdepan Manchester City tersebut."Kami berhak mendapat satu mata dan ia adalah satu mata yang besar untuk pasukan selepas memori menentang Wolves sebelum ini, di mana saya rasa kami bermain dengan baik dan boleh menang."Untuk datang menentang penyandang juara dengan bangkit mendapatkan sesuatu kembali dalam perlawanan yang sukar adalah cabaran besar buat pasukan," katanya.
4
01 Januari 2023 09:17am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238524/berita/sukan/pemburuan-emas-olimpik-bermula
Pemburuan emas Olimpik bermula
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bertekad untuk membantu membarakan semangat dan memacu potensi para atlet negara dalam pengembaraan menuju misi besar Malaysia merealisasikan impian meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, perjalanan Road to Gold itu perlu diperkukuh bermula hari ini sempena pembuka tirai tahun baharu 2023.“Dalam mesej tahun baharu, saya mahu para atlet mempunyai visi Road to Gold iaitu usaha untuk mencapai pingat emas di Olimpik Paris pada tahun 2024.“Berdasarkan interaksi bersama para atlet, saya dapat memerhatikan semangat kuat mereka untuk cemerlang dalam sukan."Harapan saya pada 2023 adalah untuk memperkuatkan lagi semangat ini dengan mewujudkan sistem sokongan supaya mereka dapat memenuhi potensi masing-masing.“Malaysia mempunyai percikan api dalam diri yang perlu dinyalakan. Negara kita rindukan zaman keemasan. Bagi mengapainya, kita mesti percaya bahawa Malaysia boleh naik ke pentas dunia. Malaysia Boleh,” katanya kepada Sukan Sinar.Beliau menjelaskan, Road to Gold bukan sekadar membawa pulang kilauan emas dari Paris, sebaliknya ia memberi tanda aras bagaimana KBS melabur buat atlet dan sesuatu pertandingan itu bermakna buat mereka.Katanya, ia juga sebagai tanda aras bagaimana pihaknya boleh memupuk ekosistem sukan secara lestari, mengumpul data di peringkat akar umbi dan bagaimana untuk meningkatkan prestasi sukan serta perkembangan karier mereka.“Misi ini penting untuk dicapai kerana ia akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda yang perlu ada kepercayaan bahawa impian mereka boleh dicapai jika mereka tetap fokus dan bersemangat,” katanya.Hannah yang memimpin KBS sejak sebulan lalu turut mengakui bagi mencapai impian Road to Gold itu memerlukan kerjasama serta sokongan semua pihak termasuk atlet, organisasi sukan dan KBS.“Kita perlu bekerjasama dan ia perlu dilihat sebagai usaha kolektif. Bagi membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat, ibu bapa dan pimpinan masyarakat tempatan juga memainkan peranan penting mendorong dan mewujudkan pelbagai platform untuk aktiviti bersukan,” katanya.Beliau juga berbesar hati untuk memastikan bahawa infrastruktur sukan mudah diakses oleh semua warga di negara ini.“Saya percaya bahawa sektor korporat boleh menyumbang untuk membolehkan hasrat ini dicapai dalam usaha menaik taraf infrasukan atau membantu dalam anjuran pelbagai aktiviti atau pertandingan sukan," katanya.Hannah turut menitipkan amanat buat warga KBS sempena tahun baharu ini.“Buat warga KBS pula, saya mahukan urus tadbir yang bersih dan efektif,” katanya.
4
01 Januari 2023 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238486/berita/sukan/satiananthan-tidak-mahu-ada-lagi-jurulatih-boneka
Satiananthan tidak mahu ada lagi ‘jurulatih boneka’
PERSATUAN Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) menerima laporan mengenai beberapa pasukan cuba melantik ‘jurulatih boneka’ yang menyewakan lesen mereka kepada pihak ketiga untuk musim depan.B Satiananthan, yang kembali menerajui PJBM apabila menang tanpa bertanding jawatan presiden persatuan itu pada Sabtu berkata, pihaknya mengenal pasti satu pasukan Liga Super dan dua lagi yang beraksi untuk Liga M3, menawarkan jurulatih tempatan untuk beraksi sebagai boneka kepada orang lain.Menurut peraturan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), lesen Pro A (Pro-Diploma AFC) diwajibkan untuk berkhidmat sebagai ketua jurulatih di peringkat teratas Liga Super, manakala hanya jurulatih tempatan dibenarkan melatih Liga M3, yang terletak di bawah bidang kuasa Liga Bola Sepak Amatur (AFL)."Kami menerima laporan untuk musim depan, bukan hanya AFL tetapi juga Liga Super. Kami mendapat berita bahawa seorang jurulatih yang tidak mempunyai lesen Pro mengendalikan pasukan dan mengundang beberapa pemegang lesen Pro tempatan untuk menjadi boneka mereka."Dalam M3, baru-baru ini kami mendengar bahawa mereka (pasukan) melantik jurulatih asing tetapi memerlukan jurulatih tempatan untuk menjadi boneka, manakala kerja-kerja dilakukan oleh jurulatih asing,” katanya kepada pemberita pada Kongres Tahunan PJBM di sini pada Sabtu.Justeru, Satiananthan menggesa semua jurulatih tempatan agar tidak menjadi boneka."Jadi, nasihat saya ialah elakkan memandang rendah kepada kebolehan diri kita sendiri,” katanya.Awal tahun ini, terdapat laporan mengatakan kelab Liga M3 cuba melantik jurulatih tempatan untuk bertindak sebagai boneka kepada warga asing, yang dinamakan sebagai Pengarah Teknikal kelab itu.Satiananthan yang juga bekas jurulatih Harimau Malaya berkata, walaupun PJBM mempunyai maklumat mengenai isu itu, persatuan tidak dapat mengambil tindakan terhadap pasukan terbabit."Biasanya pasukan akan dikendalikan oleh orang lain, seperti menamakan kesebelasan utama dan rejim latihan, tetapi semasa hari perlawanan, jurulatih boneka akan berada di bangku simpanan, mengikut arahan yang diberikan kepadanya. Saya boleh menyalahkan dua orang - pihak pengurusan dan jurulatih tempatan yang menjual lesennya,” katanya.Sementara itu, bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee berkata, hanya jurulatih yang perlu menjalankan tugas kejurulatihan, manakala pengarah teknikal menumpukan kepada bahagian pembangunan."Ini melibatkan pengurusan kerana pengarah teknikal dan ketua jurulatih perlu ada tugas mereka masing-masing dan pengarah teknikal yang melibatkan diri dalam kejurulatihan adalah salah dari sudut etika,” katanya.Sementara itu, berikut ialah senarai kepimpinan PJBM untuk penggal 2022-2026 yang dipilih pada kongres kali ini:Presiden: B Sathiananthan (menang tanpa bertanding)Timbalan Presiden: Datuk Ong Kim Swee dan Razif IsmailNaib Presiden: Datuk Richard Scully, ACP (B) Md Dali Wahid, Aminuddin Hussin dan Mohd Asri Ninggal (semua menang tanpa bertanding)Exco: Rezal Zamri Yahya, Ishak Kunju, Sulaiman Hussin, S. Balachandran, Noor Zaidi Rohmat, Ridzuan Abu Shah, Ghani Malek dan Rashid MamudExco (Wanita): Farhana Abdullah dan Siti Suhaila Mohd Johari (kedua-duanya menang tanpa bertanding) - Bernama
4
31 Disember 2022 03:53pm