author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/123775/berita/wawancara/strategi-saarani-jinakkan-pembangkang
Strategi Saarani jinakkan pembangkang
SELEPAS 62 hari dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-14, Datuk Saarani Mohamad telah mengambil langkah yang mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan peruntukan sama rata kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan juga pembangkang.Peruntukan sebanyak RM200,000 kepada setiap ADUN itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Perak."Rakyat dalam kawasan pembangkang juga perlukan pembangunan. Kalau saya tidak berikan wang itu kepada wakil rakyat pembangkang, macam mana dengan kebajikan bagi kawasan pembangkang? Jangan lupa dalam kawasan pembangkang, ada juga penyokong kerajaan," hujah Saarani.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Saarani yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohammad Khairil Asyraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida.SINAR AHAD: Selepas lebih 62 hari menjadi MB, bagaimana Datuk melihat pentadbiran kerajaan negeri Perak sebelum dan selepas Datuk mengambil alih pentadbiran negeri?SAARANI: Alhamdulillah, saya angkat sumpah pada 10 Disember 2020. Maknanya, hari ini (Khamis) baru 62 hari.Saya ada sedikit pengalaman setelah menjadi wakil rakyat di Perak selama lima penggal. Saya pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) biasa, kemudian Exco kerajaan negeri dan sekarang menjadi Menteri Besar.Saya pernah berada di bawah pentadbiran tiga orang Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali daripada tahun 1999 hingga tahun 2004 yang pada ketika itu saya menjadi ADUN biasa.Saarani mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan peruntukan sama rata kepada semua 59 ADUN kerajaan dan juga pembangkang.Saya dapat melihat dan berada bersama-sama dalam pentadbiran kerajaan. Umur saya 60 tahun sekarang dan mula menjadi wakil rakyat pada usia 38 tahun. Sebahagian besar kakitangan kerajaan yang ada sekarang berusia 60 tahun dan akan pencen tahun ini. Bermakna dia pernah bersama-sama saya selama 22 tahun. Disebabkan itu, saya dapat bersama-sama kakitangan Perak yang ada sekarang dan mengenali mereka serta mereka juga mengenali saya.Sepintas lalu, saya rasa saya tidak ada masalah apa-apa. Saya mendapat sokongan yang kuat dan kerjasama yang baik daripada kakitangan kerajaan. Tetapi sudah tentu kita kena akui, terdapat perbezaan dari segi corak kepimpinan dan kaedah pentadbiran melibatkan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Orang kata ‘sekali air bah, sekali pantai berubah’. Perbezaannya ada, sudah pasti.Bagaimanapun, saya gembira menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak sentiasa berada di landasan yang betul dan mereka (kakitangan kerajaan negeri) ‘setia kepada kerajaan yang memerintah'.Apakah cabaran paling besar buat Datuk sekarang?Secara kebetulan, pada waktu saya menjadi Menteri Besar ini, kita berhadapan dengan masalah Covid-19. Oleh sebab cabaran ini besar, saya tahu saya tidak boleh memikulnya sendirian. Saya perlukan sokongan dan dokongan semua pihak.Saya lihat kepada statistik, pungutan cukai hasil 2020 kita sangat jauh beza berbanding dengan pungutan hasil cukai pada 2019.Kita kehilangan lebih kurang RM111.4 juta akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama bermula pada 18 Mac 2020 kerana punca pendapatan kerajaan negeri tersekat.Apabila ‘lockdown’ bermakna industri pembalakan tidak boleh berfungsi. Tidak ada kayu balak yang ditebang, dieksport atau dihantar ke kilang papan. Kilang papan pun tutup. Tidak ada pekerjaan. Bila ‘lockdown’, kuari pun ditutup. Bila kuari ditutup, kita tidak dapat duit doket, tidak dapat premium, tidak dapat cukai.Selepas itu, gerai makan dan restoran ditutup. Maka majlis daerah tidak dapat mengutip cukai. Pada 31 Disember 2020, kita mendapati akaun mengalami defisit RM77 juta. Maknanya, kita terhutang RM77 juta. Sedangkan 12 tahun berturut-turut sebelum itu, setiap hujung tahun kita lihat akaun kita surplus, ada lebihan.Menyedari hakikat itu, maka dalam Executive Talk saya baru-baru ini, saya minta kita perlu menjadi kreatif dan inovatif dalam mencari jalan bagi kita menambah dana kerajaan.Ada banyak benda kena buat. Di kampung-kampung sekarang, ada mak cik-mak cik pada waktu pagi menjual pisang goreng, nasi lemak dan roti canai menggunakan pemasaran digital, telefon pintar, WhatsApp dan Facebook. Itu adalah satu contoh kreativiti orang kampung. Maka, kerajaan negeri kena kreatif. Kita tidak boleh putus asa. Kalau kerajaan mengalah, rakyat pun akan mengalah.Antara yang sering dibangkitkan ialah isu alam sekitar di Perak khususnya pembalakan dan aktiviti kuari. Apakah respons Datuk terhadap masalah yang diwarisi daripada kepimpinan terdahulu ini?Saya adalah sebahagian daripada kerajaan terdahulu. Kalau saya menyalahkan kerajaan terdahulu, bermakna saya menyalahkan diri saya sendiri. Penyelesaian yang sebenar ialah hadapi dan ambil tanggungjawab isu alam sekitar seperti tanah runtuh dan pencemaran.Sebab itu saya berjumpa dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat. Saya tidak melarikan diri daripada NGO. Hari Isnin lalu, saya menjemput tiga NGO alam sekitar untuk mengadakan perjumpaan bersemuka.Mereka memberi pandangan atas keprihatinan terhadap kerosakan alam akibat penebangan hutan atau kuari.Cuma, saya minta NGO ini hendaklah bertanggungjawab apabila mengkritik, pertama ikut saluran yang betul dan kedua, maklumat tersebut tepat.Dalam perjumpaan itu saya jelaskan kepada NGO ini bahawa kuari dan pembalakan ini adalah sebahagian daripada sumber kerajaan negeri. Kalau saya hentikan pembalakan, kilang papan akan tutup, pekerja kilang papan akan hilang pekerjaan. Kalau saya tutup kuari, maka kontraktor kuari berhenti, pekerja juga berhenti.Sekali lagi kita hilang pekerjaan dan kerajaan negeri hilang sumber pendapatan. Sebab daripada kuari dan pembalakan, kita dapat royalti yang kita gunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.Di negara ini terdapat peraturan yang mensyaratkan semua kerajaan negeri kena ada sekurang-kurangnya 50 peratus hutan simpan. Di Perak, kita ada 52 peratus. Ada juga kawasan hutan yang dipanggil hutan pengeluaran yang kita boleh keluarkan kayu-kayan.Namun, kalau kita dapati pembalakan di kawasan tadahan air mengakibatkan banjir, maka kita hentikan. Kita pindahkan konsesi balak itu ke kawasan lain. Kita juga berlaku adil termasuk kuari. Bila orang buat kuari, dia mesti mematuhi syarat berkaitan alam sekitar.Kalau dia terus melanggar syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) pembalakan atau kuari, hingga menyebabkan berlakunya pencemaran alam, terjejasnya kesejahteraan dan kesihatan rakyat, yang itu kita kena hentikan.Saarani ketika diwawancara Sinar Ahad di Kuala Lumpur Khamis lalu.Apakah perancangan Datuk untuk memulihkan syarikat GLC kerajaan negeri yang dilanda masalah seperti Perak Corporation dan Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh?MAPS dan Perak Corporation ialah anak syarikat kerajaan negeri yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ia ada pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya sendiri manakala urus niaganya tertakluk kepada peraturan Bursa.Tetapi harus diingat bahawa pemegang saham terbesar Perak Corporation ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang saya pengerusikan. Secara langsung atau tidak langsung, saya bertanggungjawab ke atas PKNP yang menjadi pemegang saham terbesar dalam Perak Corporation. Jadi saya tidak boleh lepas tangan.Kerana itu, saya bersama Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif Perak Corporation mencari jalan bagaimana kita hendak menyelamatkan Perak Corporation ini daripada status PN-17 iaitu tindakan yang menyebabkannya terkeluar daripada Bursa.Ada banyak perkara perlu dibuat. Saya telah menghadiri beberapa perjumpaan dan perundingan dengan pemiutang, bank-bank dan juga penyumbang pembiaya untuk berbincang dengan mereka supaya kami diberi sedikit tempoh bagi mencari jalan memulihkan semula Perak Corporation.Kami akan berusaha keras untuk memastikan Perak Corporation ini dapat dipulihkan. Sebabnya ia ada harta yang boleh diselamatkan termasuk MAPS.Datuk menerima sokongan yang kukuh sebagai MB termasuk DAP. Apakah erti sokongan itu kepada Datuk?Pada saya, parti mana pun, asalkan ia parti politik, sudah tentu matlamatnya adalah untuk mendapatkan kuasa. Setelah mendapat kuasa, ia kena gunakan kuasa itu untuk menjaga kebajikan rakyat, tidak kira penyokong atau bukan penyokongnya semasa pilihan raya.Jadi, mungkin satu kejutan kepada beberapa orang apabila membentangkan Bajet Negeri 2021, saya mengumumkan bahawa peruntukan untuk wakil rakyat negeri Perak, kita bagi sama rata. Wakil rakyat kerajaan dan wakil rakyat pembangkang sama-sama dapat RM200,000.Berbanding dengan kerajaan Persekutuan, setiap ahli Parlimen kerajaan mendapat RM3.7 juta, melainkan lima orang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.Mereka ini tidak dapat RM3.7 juta sebaliknya mendapat RM100,000 sahaja iaitu sama dengan peruntukan yang diberi kepada ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat Persekutuan.Ada perbezaan yang ketara antara peruntukan ahli Parlimen kerajaan dengan ahli Parlimen pembangkang. Tetapi di Perak, ini kali pertama kita membuat perubahan iaitu kita bagi sama rata.ADUN BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan tiga orang ADUN Bebas kita beri RM200,000. Pada waktu sama, ada 24 ADUN pembangkang daripada DAP, Amanah dan PKR juga kita bagi.Apa keistimewaan pembangkang dan kerajaan apabila bajetnya sama?Rakyat dalam kawasan pembangkang juga perlukan pembangunan. Kalau saya tidak berikan wang itu kepada wakil rakyat pembangkang, macam mana dengan kebajikan bagi kawasan pembangkang? Jangan lupa dalam kawasan pembangkang, ada juga penyokong kerajaan.Bila saya bagi, sekurang-kurangnya wakil rakyat pembangkang dapat berbelanja. Bila? Waktu Covid-19 rakyat di kawasan itu tidak boleh keluar rumah, tidak ada makanan. Siapa nak bantu? Wakil rakyat boleh keluarkan duit itu untuk membeli barang makanan dan dihantar ke rumah-rumah.Sesiapa yang menjadi kerajaan, kita kena berkhidmat untuk seluruh rakyat. Jadi, kita bagi sama rata. Bukan itu sahaja. Ada perubahan lain kita buat iaitu dahulunya semasa BN menjadi kerajaan, Mesyuarat Jawatankuasa Daerah ini hanya dihadiri oleh wakil rakyat kerajaan. Akibatnya, dalam DUN, wakil rakyat pembangkang akan bantai benda yang patutnya boleh selesai di peringkat daerah.Saarani mahu semua pihak menjadi kreatif dan inovatif dalam mencari jalan bagi menambah dana kerajaan.Kita buat keputusan mengapa tidak memberi peluang kepada wakil rakyat pembangkang ini bercakap dalam peringkat daerah.Selesai di situ sahaja. Dia nak longkang, jalan raya, pagar, boleh diselesaikan di peringkat daerah.Perubahan yang ketiga dipanggil Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group Daerah. Ini mesyuarat jawatankuasa menjaga pembasmian kemiskinan. Selama ini, pembangkang tidak diberi peluang untuk duduk di dalam itu. Jadi, dia tidak boleh bercakap.Bila tengok kawasan dia mundur, kita tidak boleh kata dia tidak bertugas sebab dia tidak diberi peluang memberikan pendapat dan pandangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group itu.Kita berilah pada dia. Bukan kena bayar duit. Dia sekurang-kurangnya memberikan pandangannya. Soal bersetuju atau tidak bersetuju tajuk lain. Soalnya dia diberi peluang.Yang keempat, selama ini wakil rakyat pembangkang tidak diberi peluang untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah.Bila berlaku banjir atau ribut, wakil rakyat pembangkang duduk di rumah 'rileks' sahaja dia tidak peduli. Sebabnya dia tidak dilibatkan dalam jawatankuasa itu. Sekarang kita libatkan dia. Berlaku banjir atau ribut dia kena turun padang.Sebab dia berada dalam jawatankuasa itu, dia pun tidak boleh menyalahkan pegawai daerah sebab dia sebahagian daripada jawatankuasa itu. Selama ini, dia balun pegawai daerah dan kerajaan disebabkan dia bukan sebahagian daripada jawatankuasa. Sekarang kita beri peluang.Ada yang mengatakan pemberian peruntukan sama rata ini disebabkan Datuk ada buat perjanjian untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada kerusi MB?Tidak ada, tidak ada kena-mengena dengan itu. Apa yang nak dijanjikan pula? Peristiwa bertukarnya Menteri Besar ini tidak ada apa-apa janji. Saya tengok di luar sana pemikiran orang ramai telah berubah termasuklah generasi muda yang nampaknya lebih global.Mereka nak tengok kerajaan yang telus, adil, memberi kebajikan kepada seluruh rakyat. Saya disebut mendapat sokongan pembangkang sebab saya meminimumkan jurang. Jadi dengan sendirinya saya mendapat sokongan bila diminta untuk undi bajet. Pada waktu itu ada usul percaya kepada Menteri Besar dan saya mendapat sokongan 100 peratus daripada semua ADUN yang hadir.Tidak pernah ada perjanjian apa-apa tetapi mungkin orang rasa terkejut sedikit sebab saya buat perubahan. Tapi saya mengaku, saya berbincang dahulu dengan ADUN-ADUN BN jika saya mendapat penentangan daripada mereka tetapi semuanya bersetuju. Sebab itu pembaharuan boleh dibuat.Adakah formula ini juga akan digunakan untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang?Seharusnya begitu. Saya percaya sebahagian daripada punca kekalahan BN kerana orang ingat BN setelah 60 tahun memerintah seolah-olah kita menekan pihak pembangkang, menganaktirikan penyokong pembangkang dan disebabkan itu mereka bangkit menentang kita.Sekarang saya harap orang muda khususnya melihat perubahan ini. Ini saya panggil tawaran baru kerajaan BN kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia amnya.Wawancara Sinar Ahad bersama Saarani yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohammad Khairil Asyraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida.ANEKDOT.Perasaan umur 60 tahun baru nak masuk pejabat MBPertama, saya bersyukur kepada Allah SWT tetapi pada waktu yang sama saya sedar pelantikan sebagai Menteri Besar bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana di hadapan kita ada cabaran, tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Saya pernah menjadi ADUN biasa dan Exco kerajaan negeri. Menjadi wakil rakyat, saya bertanggungjawab ke atas kawasan yang saya wakili. Menjadi Exco kerajaan negeri saya bertanggungjawab untuk satu negeri tetapi portfolio saya sahaja.Tetapi menjadi Menteri Besar, saya kena jaga satu negeri dengan semua portfolio. Ada 10 orang Exco yang akan merujuk kepada saya. Itulah besarnya tanggungjawab itu. Pada usia 60 waktu orang mula nak pencen, saya baru masuk pejabat MB. Kerana itu, saya bersedia untuk menerima pandangan, teguran, cadangan malahan kritikan daripada sesiapa sahaja supaya saya berada di landasan yang betul.'Saya ikut skrip Tuhan sepenuhnya'Dalam hidup saya, ada benda yang saya rancang kadangkala menjadi, ada juga benda yang tidak dirancang juga menjadi. Malah, ada benda yang saya rancang tetapi tidak menjadi.Jadi, kita kena akur dengan perancangan ALLAH SWT. Jangan pula tidak merancang kerana ALLAH SWT menyeru kita supaya berikhtiar.Bahkan jangan lupa sekiranya kita gagal mendapat apa yang dihajati, jangan sesekali kecewa dan sedih kerana ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang. Kita dapat lihat sewaktu berlakunya peralihan kerajaan pada bulan Mac lalu.Ketika itu kita nak membentuk kerajaan baharu yang mana melibatkan UMNO, Pas dan Bersatu. Ramai yang menjangkakan bahawa UMNO yang sepatutnya memerintah kerajaan negeri.Secara kebetulan pada ketika itu saya mewakili badan Pengerusi Perhubungan UMNO. Ada juga yang mengatakan bahawa saya yang layak menjadi Menteri Besar pada ketika itu.Bagaimanapun, saya selalu ingatkan kepada diri saya itu hanyalah perancangan manusia. Pada 13 Mac 2020, Sultan Perak melantik semula Ahmad Faizal menjadi Menteri Besar. Ramai yang memberi nasihat kepada saya supaya jangan kecewa dan sedih.Justeru, saya tulis dengan jelas kepada ahli-ahli saya bahawa saya terima ketentuan ALLAH SWT.Kemudian, pada 10 Disember lalu, saya pula yang menjadi Menteri Besar. Sebab itu dari awal saya nak menjadi calon, saya sama sekali tidak melutut dengan mana-mana pihak kerana saya yakin dengan ketentuan ALLAH SWT. Dalam erti kata lain, saya ikut skrip Tuhan sepenuhnya.PROFILDatuk Saarani MohamadJawatan sekarang: Menteri Besar Perak (9 Disember 2020-sekarang)Umur: 60 tahun (1961)Asal: Kampung Raban, Lenggong, PerakPendidikan: Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik) UiTM (1982); Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Open University Malaysia (2008)Kerjaya:-Guru (1982-1990)-ADUN Lenggong (1995-1999) dan Kota Tampan (2004-sekarang)-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak (2018-sekarang)Isteri: Datin Aezer Zubin
4
14 Februari 2021 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/122732/berita/wawancara/wawancara-ketua-gagal-punca-orang-bawah-rasuah
[WAWANCARA] Ketua gagal punca orang bawah rasuah
MASALAH rasuah yang berlaku dalam sektor awam berpunca daripada kesilapan dan kegagalan ketua untuk memimpin kakitangan.Bagi Presiden Persatuan Pesara Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, jika ketua memimpin dengan baik, masalah rasuah tidak akan berlaku.“Ketika saya bekerja di Kementerian Penerangan, saya sering mengatakan mengenai satu pepatah Inggeris iaitu “There is no bad soldier” atau tidak ada askar yang jahat dan tidak bagus.“Tetapi ‘jeneral’ yang tak bagus ada,” kata beliau dalam wawancara bersama Sinar Ahad baru-baru ini.Ikuti temu bual pesara kerajaan berusia 91 tahun itu bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Nurhidayah Hairom dan Muhammad Zulkarnain Mohd Azman.SINAR AHAD: Boleh kongsikan pengalaman Tan Sri sewaktu berkhidmat sebagai penjawat awam?WAN MAHMOOD: Negara ditadbir oleh British sebelum merdeka. Pegawai British datang ke sini menjadi pentadbir dan selepas tiga tahun saja, mereka akan balik. Mereka tiada kepentingan peribadi mahu buat harta dan sebagainya. Cukup dengan elaun yang mereka terima.'Jika ketua memimpin dengan baik, masalah rasuah tidak akan berlaku.'Jadi budaya ini ditanam kepada kita pada waktu itu. Tak ada perasaan untuk mencari kepentingan diri sendiri.Satu lagi, budaya Inggeris ini apabila membuat keputusan, telus, tegas dan terang. Dibekalkan kita dengan segala undang-undang yang cukup. Ada perintah am, perintah am kewangan dan pekeliling tanah dan pelbagai lagi.Jadi kita berpandukan arahan-arahan tetap yang bertulis apabila kita membuat keputusan. Kalau kita buat lain daripada apa yang tertulis, kita kena jawab.Jadi kita selalu berpandu kepada itu untuk membuat keputusan dan apa-apa keputusan dapat disampaikan segera kepada rakyat.Sebagai pentadbir, kita dapat mainkan peranan dengan baik. Kalau boleh kita bagi, kalau tak boleh pun kita akan maklumkan. Bos tidak campur tangan melainkan berlaku kesalahan. Namun jika dia puas hati kita buat keputusan yang baik, dia akan sokong kita.Selepas 30 tahun meninggalkan perkhidmatan awam, apakah pandangan Tan Sri terhadap sektor awam sekarang?Sekarang jika kita lihat secara keseluruhannya, budaya sudah lain. Bos kita ialah orang politik. Kita tahu ahli-ahli politik, kalau boleh mereka nak letak bulan di riba pengundi. Tetapi pegawai kerajaan perlu mengatakan boleh atau tidak boleh.Tidak mungkin perkara itu dapat dizahirkan kerana pegawai kerajaan memegang prinsip dan undang-undang sedia ada seperti untuk tender, tanah dan lain-lain.Apabila tiada timbang rasa, tiada hormat-menghormati antara satu sama lain, tibalah pergeseran. Pegawai kerajaanlah yang sering dipersalahkan sehingga hilang semangat bekerja seterusnya melambatkan proses membuat keputusan.Orang politik pun marah apabila sesuatu permohonan sudah berlarutan terlalu lama, sedangkan pihak yang memohon pula mahu segera. Bila lambat, dia (pemohon) pun mula sogok untuk dapatkan kelulusan.Jadi dia pun salah. Tetapi salah dan betul tidak ada garis pemisah. Kalau satu benda dianggap salah, tapi apabila ramai yang ikut, ia akan jadi perkara betul. Itulah sebabnya terjadi rasuah. Apa yang dianggap rasuah mungkin tidak dipandang sebagai rasuah lagi.Menyentuh isu integriti seperti rasuah dan salah guna kuasa pada era Tan Sri berkhidmat, apakah persamaannya dengan sekarang?Dulu integritinya disemai daripada pegawai British yang berintegriti tinggi kerana tiada kepentingan diri. Mereka tiada budaya untuk buat harta, cari nama dan sebagainya. Mereka hanya kerja.Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa separuh daripada kes-kes rasuah melibatkan penjawat awam. Mengapakah perkara ini berlaku?Ibaratnya begini. Seorang nelayan mahu tangkap ikan dengan cara yang mudah, dia tidak mahu gunakan alat yang canggih dan perlukan masa yang lama. Jadi dia keluar di air cetek dan tangguk dua tiga kali sahaja sudah dapat dua tiga kilogram ikan bilis.Jadi yang banyak ditangkap itu adalah ikan bilis kerana untuk tangkap ikan jerung dan ikan-ikan besar susah, kena pakai alat yang canggih, kena ke laut yang dalam, dan mengambil masa.Bila dapat tangkap (perasuah) pun sukar untuk dibuktikan. Perasuah pakai peguam dan sebagainya sehingga terlepas. Ada jerung yang kena tangkap pun hanya sesekali berlaku.Tapi kalau kita timbang ikan bilis yang ditangkap itu beratnya berapa kilogram? Ikan jerung pula berapa kilogram? Rasuahnya berjuta-juta. Ikan bilis ini mahu lari ke mana elak ditangkap? Sebab itu nampak banyak (ditangkap).Pepatah orang Melayu menyatakan kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari.Jadi kita pegang pemimpin yang kita pandang tinggi. Kalau dia dah ambil rasuah, anak buah tentu lebih lagi. Jika pemimpin tak ambil rasuah, yang lain pun tak berani.Ada pihak mengatakan bahawa penjawat awam tidak boleh dipersalahkan sebaliknya masalah rasuah berpunca daripada pemberi rasuah. Apa komen Tan Sri?Kita kena lihat kenapa dia memberi? Kerana mereka nak capai hasrat seperti yang saya sebut iaitu untuk dapatkan kelulusan segera.Rasuah sama ada pemberi atau penerima, dua-dua haram. Seperti minum arak bagi umat Islam itu haram. Yang menjadi pelayan pun tetap haram.Jika bercakap tentang daging haram, heboh semua tidak mahu beli daging. Daging ini kalau makan keluar balik, tapi rasuah yang dimakan menyerap menjadi darah daging anak cucu. Dari segi nilai, pemberi dan penerima dua-dua salah.Jika isu-isu rasuah dan integriti tidak dihapuskan dalam perkhidmatan awam, apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada negara?Segala kemajuan yang kita angan-angankan akan merudum sebab pelabur asing tidak akan melabur di negara kita. Sebab bila mereka jejak kaki saja kena ‘bayar’. Jejak dua kaki kena ‘bayar’ lagi. Mahu beli rumah kena ‘bayar’. Boleh dikatakan setiap proses mereka perlu ‘bayar’. Jadi siapa yang mahu datang berniaga ke sini?Jika tidak ada perniagaan dari luar, tiada orang yang nak labur modal di sini, ekonomi kita akan merudum. Kalau rasuah tidak dibanteras, anak cucu kita juga akan membesar dengan menganggap bahawa rasuah itu perkara biasa. Itu akan hancurkan budaya dan negara kita sampai bila-bila. Anak cucu kita akan jadi perasuah, penerima rasuah dan sebagainya.Sebab itu saya kata penyakit rasuah ini lebih dahsyat daripada Covid-19. Pada akhirnya, negara kita habis terjual.Apakah usaha-usaha yang dilakukan kerajaan ketika ini untuk memerangi rasuah mencukupi?Saya rasa boleh diperbaiki lagi dari segi pelbagai bidang. Antaranya nilai bagi membenci rasuah perlu menyeluruh. Semangat penjawat awam mesti ditingkatkan.Ketua tak boleh salah. Kalau orang kata anak buah mereka salah, sebenarnya ketua yang bersalah. - Wan MahmoodCara menilai penyampaian seseorang pegawai perlu direformasikan. Perlu ada mekanisme yang betul-betul boleh kenal pasti seseorang itu layak naik pangkat kerana jasa kepada rakyat itu tinggi.Pada saya, cara penilaian sekarang tidak memenuhi apa yang sepatutnya dan masih perlu diperbaiki. Perasaan ini boleh disemai daripada keluarga dan rumah tangga. Kalau keluarga kucar-kacir, pegawai itu pun kucar-kacir.Jika ada kajian, pada saya ramai orang ambil rasuah adalah akibat tekanan di rumah. Mungkin ada permintaan ahli keluarga yang mahu dipenuhi contohnya isteri yang membandingkan harta benda milik suami dan orang lain.Berputiknya rasuah kepada pemimpin-pemimpin besar adalah perempuan. Faham-faham sahajalah. Falsafah Cina ada menyatakan ‘jika mahu memimpin negara, pimpinkan keluarga’. Jika nak jadi pemimpin keluarga, kena pimpin diri sendiri. Kerana itu untuk mendidik benci rasuah adalah dari sekolah dan rumah.Apakah perasaan Tan Sri sebagai seorang bekas penjawat awam apabila melihat ada penjawat awam ditangkap atas kesalahan rasuah?Saya rasa kecewa, tapi dalam masa yang sama saya juga faham keadaan dilalui mereka sekarang iaitu mereka hilang semangat kerja, hilang perasaan hendak menolong. Mereka cuma bekerja untuk dapatkan gaji.Jadi ketua mereka mesti beri pengiktirafan atas kebaikan mereka. Jangan jadi macam bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang dia kata, pegawai undang-undang semua kerja untuk tunggu pencen sahaja, itu bukan sikap seorang pemimpin pejabat.Ketua mesti menilai apa yang orang bawahnya buat ketika dia berkuasa. Ketua tak boleh salah. Kalau orang kata anak buah mereka salah, sebenarnya ketua yang bersalah. Sebab ketam tak boleh ajar anak dia jalan lurus, dia jalan senget. Jadi kalau anak buah mereka salah, saya akan salahkan ketuanya.Ketika saya berkerja di Kementerian Penerangan, saya sering menggunakan pepatah Inggeris yang mengatakan, “There is no bad soldier” iaitu tidak ada askar yang jahat dan tak bagus. Tetapi ‘jeneral’ yang tak bagus ada.Jadi, kalau ketua pejabat, orang atasan memberi penilaian secukupnya, barulah orang bawah akan bersemangat dan akan bekerja bersungguh-sungguh.Sebab itu saya rasa perlu ubah mekanisme menilai pegawai yang betul-betul jujur dan betul-betul berhasil dan bukan menilai begitu sahaja.Sebab penilaian sekarang ini tak menyeluruh. Kadang-kadang ada pegawai yang kedekut bagi markah, dia bagi orang bawah dia markah kurang.Pegawai yang dia baik, diberi semua bagus. Jadi dua penjawat awam itu gagal memberi penilaian yang sama, tak selaras.Apakah nasihat Tan Sri kepada pegawai-pegawai kerajaan?Pegawai kerajaan hendaklah mengikut tahap-tahap pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan tidak boleh mengikut telunjuk bos mereka iaitu menteri.Sebagai contoh, menteri tidak boleh meminta seseorang itu dijadikan Ketua Setiausaha (KSU). Apabila menteri pilih KSU yang dikehendakinya, KSU tersebut akan mengikut telunjuk menteri sahaja. Apa yang menteri suruh buat, semua dia ikut walaupun salah termasuklah mengampu menteri.Tugas penjawat awam sepatutnya menunjukkan menteri jalan yang betul. Kalau menteri salah, mereka kena tegur. Itu sebenarnya tugas penjawat awam. Saya pernah suarakan isu ini.Biar KSU itu dihantar oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sendiri. Kalau KSU tersebut tak sepadan, menteri boleh suarakan kepada JPA. Tapi kalau dah banyak kali tukar masih sama, itu sebenarnya salah menteri bukan salah KSU tersebut.Saya rasa kalau menteri memilih siapa yang dikehendaki bekerja di bawah mereka, sudah tentu kementerian tersebut serta dasar kementerian itu akan lingkup. Pegawai awam tak perlu asyik ikut bos sahaja.Kalau kita lihat, sultan pun tak boleh melantik Menteri Besar sesuka hati mereka. Kumpulan politik kena hantar beberapa nama kepada sultan dan bukan cadangkan satu nama sahaja.Harapan Tan Sri pada masa hadapan?Harapan saya ialah beberapa perkara. Pertama, pihak atasan kena berubah, yang bawah akan ikut.Yang keduanya, JPA perlu fikir mekanisme, kenal pasti penjawat awam yang betul-betul produktif. Yang betul-betul beri khidmat yang terbaik. Pada saya, sistem yang ada sekarang ini boleh ditambah baik.Ketiga, penerapan nilai antirasuah mestilah menyeluruh. Bermula dari rumah tangga, hingga ke lain-lain organisasi. Ia juga mesti ditangani dengan nada yang sama. Jangan seorang itu lain, seorang lagi pula lain. Nanti semua keliru. Itu prinsipnya.ANEKDOTPrinsip berbuat baik, menolong orangPrinsip saya, setiap hari kena berbuat baik seperti membantu orang. Dalam hadis Nabi ada sebut, ALLAH SWT akan memudahkan kehidupan seseorang yang menolong orang lain. Apabila kita tolong orang jangan separuh jalan, tolong sampai seseorang itu mampu berdikari. Sebagai contoh, seseorang itu lumpuh, dia tak boleh bangun. Jadi kita tolong bangunkan dia.Ya itu baik tapi tak cukup. Kerana sesudah kita bangunkan dia, lepas itu kita tinggalkan dia, dia akan jatuh, lagi parah. Kita mesti ajar dia mara ke hadapan setapak demi setapak supaya boleh berjalan walaupun sikit.Jadi tugas seseorang itu bukan sekadar mewujudkan kebaikan, tapi mesti kena pastikan kebaikan itu kekal dan berterusan. Seperti pepatah pernah menyebut, ‘jika kamu beri seekor ikan kepada seorang lelaki, dia akan dapat ikan pada hari itu. Tetapi jika kamu mengajarnya cara menangkap ikan, dia akan dapat ikan sepanjang hayatnya.’Amal sunnah Rasulullah SAW, hidup sihatRahsia saya kekal sihat kerana saya amalkan sunnah Nabi. Bila makan mulakan dengan buah, tidak makan daging dan ikan dalam satu makanan.Alhamdulillah disebabkan itu, saya boleh makan hampir kesemua makanan. Selain itu, kena bersenam untuk pastikan badan sentiasa sihat. Contohnya, saya pusing keliling rumah lima kali setiap hari. Walaupun sakit lutut, tapi tetap berjalan.Seterusnya jangan biar otak kosong. Jika kita benarkan otak kita tak buat apa-apa, ia akan beku dan kecut. Kita tak akan kenal isteri satu hari nanti. Jadi, hari-hari saya buat apa sahaja yang saya perlu berfikir.PROFILTan Sri Wan Mahmood Pawan TehJawatan sekarang: Presiden Persatuan Pesara MalaysiaUmur: 91 tahunAsal: Kuala LumpurIsteri: Puan Seri Siti Sarah HusinAnak: 4 orangPengalaman:Ahli Dewan Diraja Selangor (Penasihat kepada Sultan Selangor)Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian PeneranganTimbalan Setiausaha Kewangan, Kementerian PertahananTimbalan Ketua Pendaftaran NegaraPenolong Setiausaha Kerajaan MelakaPegawai Daerah Sabak Bernam
4
07 Februari 2021 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/120610/berita/wawancara/alam-musnah-kerana-ketamakan-manusia
Alam musnah kerana ketamakan manusia
[MUKADIMAH] Sahabat Alam Malaysia (SAM) mahu tindakan lebih tegas terhadap pihak yang melakukan jenayah alam sekitar.Menurut Presidennya, Meenakshi Raman, jika seseorang membunuh orang lain menggunakan racun dianggap satu jenayah yang serius, begitulah juga halnya dengan alam sekitar."Kita harus mengambil pendekatan yang sama dalam keadaan di mana udara dan air kita diracuni atau sumber alam kita dinoda dengan rakus," tegas beliau.Ikuti wawancara penuh Meenashi bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Ahad, Junhairi Alyasa baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimana puan melihat isu-isu alam sekitar yang menggemparkan di negara ini?MEENAKSHI: Terdapat banyak isu alam sekitar yang timbul baru-baru ini seperti pencemaran sungai yang mengakibatkan gangguan air di Selangor, masalah kesihatan dalam kalangan penduduk Sungai Kim Kim di Johor; pembalakan hutan yang merosakkan kawasan tadahan air; projek-projek tambak pantai yang merosakkan sumber laut; masalah pembuangan plastik; dan kilang-kilang yang mengeluarkan sisa toksik dan bahaya yang susah dilupuskan.Apa yang didedahkan adalah bahawa model ekonomi dan pembangunan kita sekarang tidak mampan dengan akibat-akibat negatif bukan hanya kepada kualiti hidup kita tetapi mengancam kewujudan kita di bumi.Sudah terlalu lama kita mendengar mantera popular yang mengatakan "kita akan mempunyai pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan alam sekitar, dan akan meneruskan pembangunan yang mampan" tetapi realitinya, masih banyak yang harus dilakukan untuk memperbaiki haluan sekarang.- Apakah aduan-aduan yang sering diterima oleh SAM atau apakah isu-isu yang sering dibangkit terutama melibatkan isu alam sekitar?Pihak kami sering menerima aduan daripada masyarakat tempatan termasuk orang asal, para nelayan dan penduduk berhampiran dengan kilang-kilang berhubung dengan masalah pencemaran udara dan air, pembalakan dan kerosakan sumber alam.- Adakah puan merasakan kerajaan mengambil berat tentang usaha-usaha untuk melindungi alam sekitar?Kerajaan Pusat boleh dikatakan mengambil berat tentang usaha-usaha untuk melindungi alam sekitar, tetapi kuasanya terbatas kerana banyak masalah alam sekitar berpunca daripada perancangan-perancangan yang dibuat di peringkat kerajaan negeri terutamanya dalam bidang hutan, kegunaan tanah dan sumber galian.Kerajaan tempatan juga mempunyai kuasa yang besar dalam isu-isu perancangan, termasuk pemberian kebenaran merancang bagi kerja-kerja pembangunan serta penempatan kilang-kilang dan sebagainya.Jadi, corak pengurusan alam sekitar di peringkat pusat boleh dikatakan menangani kesan sampingan kepada alam sekitar daripada pembangunan tertentu. Ia bukan mencegah atau menahan rancangan-rancangan tertentu demi menjamin kelestarian alam, terutamanya di kawasan-kawasan yang sensitif alam sekitar serta ekologinya.Ada projek-projek tertentu yang memerlukan kelulusan laporan kesan alam sekitar daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) sebelum ia boleh dimulakan.Kaedah penggunaan EIA ini adalah kurang efektif dan lemah, kerana biasanya JAS meluluskan projek-projek tersebut akibat desakan daripada kerajaan negeri atau pihak-pihak lain. Tambahan pula, EIA ini hanyalah untuk penilaian impak sesuatu projek di kawasan yang terhad dan tidak mengambil kira keadaan alam sekitar atau ekosistem yang lebih menyeluruh. Ini merupakan suatu kelemahan yang amat besar dari segi pendekatan EIA tersebut.Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang berusaha untuk memperbaiki undang-undang alam sekitar dan pihak kami berharap bahawa kelemahan-kelemahan ini dapat di atasi dengan seberapa segera.- Masalah alam sekitar seringkali dikaitkan dengan kerakusan manusia untuk mengejar kesenangan tanpa memikirkan kesan terhadap alam. Adakah puan melihat sikap buruk itu begitu serius di negara ini ?Sikap buruk ini memanglah berleluasa, kerana ramai pihak bersikap hendak cepat kaya dan tidak mementingkan masa depan generasi yang akan datang.Alam itu dilihat sebagai sumber kekayaan, misalnya dengan pembalakan untuk kayu balak dan bukan dilihat sebagai hutan yang memainkan fungsi-fungsi ekologi yang berbagai untuk kesejahteraan hidup.Sama juga dengan sungai-sungai atau laut di mana sisa-sisa buangan dicampak dengan mudah-mudahnya, demi untuk mencari keuntungan cepat, daripada mengambil kira kepentingan sungai itu sebagai sumber air untuk minuman dan kehidupan harian.Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berinteraksi dengan orang ramai- Baru-baru ini berlaku banjir besar, ada pihak mengatakan ia berpunca daripada taburan hujan yang tinggi, tetapi ada sesetengah pihak melihat ia berlaku kerana penerokaan hutan secara tidak terkawal. Apa pandangan puan mengenainya?Kita harus sedar bahawa perubahan iklim sudah berlaku dan melanda merata dunia termasuk negara kita. Ini bermaksud bahawa intensiti dan kekerapan (frequency) taburan hujan akan berubah dan akan menjadi lebih tinggi pada masa-masa tertentu, dan ini akan mengakibatkan kejadian banjir yang lebih rumit dan serius daripada biasa.Pada masa yang sama, perubahan iklim juga akan mengakibatkan taburan hujan yang akan berkurangan dan ini akan mengakibatkan musim kemarau yang lebih kerap, seperti yang pernah berlaku di kawasan utara di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pada tahun lalu, sehingga air di empangan-empangan amat kurang dan jelapang padi kita dilanda kemarau yang teruk manakala para petani mengalami kerugian yang lebih tinggi.Jadi, dalam keadaan fenomena perubahan iklim ini, kalau kita tidak mengambil langkah-langkah untuk membina daya ketahanan iklim di negeri-negeri ini dalam menampung taburan hujan yang tinggi, dan sebaliknya meneruskan pembalakan yang berleluasa, maka keadaan banjir akan menjadi lebih teruk lagi.Pembinaan daya ketahanan tanah-tanah kita daripada kesan-kesan perubahan iklim adalah amat diperlukan, dan ini dapat dilakukan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan-hutan kita, termasuk tanah lembap (wetlands) dan kawasan hutan bakau.Kami berpendapat bahawa banyak pihak berkuasa kita yang jahil atau kurang ambil berat tentang isu perubahan iklim ini.Mereka bersikap business-as-usual atau berkerja seperti biasa tanpa mengambil berat tentang kesan-kesan perubahan iklim dan tidak membuat perancangan yang berpandangan jauh. Ini adalah suatu sikap yang bahaya dan akan membawa keburukan pada masa depan dengan kerugian yang amat besar bukan saja kepada ekonomi kita, bahkan kepada nyawa dan harta-benda orang ramai.- Sampai sampai bila hutan di negara ini mampu terus bertahan jika terus diteroka dengan sewenang-wenangnya?Soalan ini bukan senang untuk dijawab. Kalau terus diteroka dengan sewenang-wenangnya, memang hutan kita tidak akan tahan lama.Selain daripada sebanyak mana luas hutan yang dapat bertahan, kita juga harus memikirkan tentang mutu hutan-hutan itu sendiri.Hutan di negara kita mungkin akan terus wujud, tetapi jika kebanyakannya dijadikan hutan pengeluaran untuk dibalak, kadar biodiversiti, fungsi ekologi dan kehidupan orang asal akan terus terancam.Terutama sekali dengan perubahan iklim, bencana alam mungkin masih boleh berlaku dengan teruk, sementara sumber air kita akan terjejas.Kita jangan memikirkan hutan itu hanya terdiri daripada pokok-pokok dan hidupan liar yang dapat dilihat.Oleh itu, kesemua kerajaan negeri mesti faham betapa pentingnya baki hutan yang masih ada untuk diwartakan untuk fungsi perlindungan, untuk fungsi ekologinya dan kesejahteraan komuniti orang asal.- Ada pihak mencadangkan supaya denda sebanyak RM10 juta dikenakan kepada pihak yang didapati kemusnahan alam sekitar. Apa pendirian puan tentang cadangan tersebut?Denda RM10 juta memanglah lebih baik daripada denda yang remeh. Tetapi, bagi syarikat-syarikat yang besar, denda sebanyak ini bukanlah susah sangat, apabila mereka dapat keuntungan yang ratusan atau ribuan juta ringgit tiap-tiap bulan atau tahun.Apa yang lebih penting adalah untuk menyenaraihitamkan syarikat-syarikat ini serta pengarah-pengarah mereka daripada menjalankan operasi mereka ataupun lain-lain operasi untuk beberapa tahun.Tambahan pula, amatlah penting untuk mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap pengarah-pengarah utama syarikat tersebut untuk suatu masa yang panjang, supaya mereka tidak lagi melakukan kemusnahan alam sekitar.Kalau seseorang memberi racun kepada orang lain dan orang itu menimpa kesakitan, tindakan seseorang itu dilihat sebagai jenayah yang serius. Kita harus mengambil pendekatan yang sama dalam keadaan di mana udara dan air kita diracuni atau sumber alam kita dinodai dengan rakus. Ini adalah jenayah alam sekitar kerana ramai orang akan menjadi mangsa kepada jenayah sebegini. Kita harus lebih tegas dalam kes-kes begini.- Ada negeri yang terpaksa bergantung kepada pembalakan sebagai sumber pendapatan. Apakah alternatif lain bagi mengurangkan kebergantungan terhadap balak?Terdapat banyak dana antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti Dana Iklim Hijau (Green Climate Fund), Dana Adaptasi (Adaptation Fund) dan Dana Perubahan Iklim yang Khas (Special Climate Change Fund) yang boleh diakses oleh kerajaan Pusat untuk memanfaat kerajaan-kerajaan negeri, demi memelihara hutan, biodiversiti dan menangani perubahan iklim.Kerajaan Pusat harus bantu negeri-negeri yang kaya dengan hutannya dalam memberi sumbangan yang memadai supaya negeri-negeri tersebut tidak menjalankan pembalakan dan mewartakan hutan-hutan tersebut sebagai hutan simpan kekal untuk perlindungan.Dalam masa yang sama, kerajaan Pusat harus menambahkan dana daripada sumber-sumber tempatan demi untuk tujuan ini.Ini adalah kerana kerajaan Pusat telah menandatangani undang-undang antarabangsa seperti Perjanjian Paris (berkenaan perubahan iklim) serta Konvensyen Kepelbagaian Bio dan bertanggungjawab untuk memberi kesan kepada undang-undang antarabangsa ini. Kerajaan-kerajaan negeri pula harus membantu kerajaan Pusat untuk menghormati kewajipan-kewajipan antarabangsa kita.Kalau dana-dana antarabangsa boleh diperoleh untuk tujuan tersebut, kita harus mengambil peluang ini bagi membantu negeri-negeri yang kaya dengan hutan dan biodiversiti supaya menggekalkannya demi kepentingan setiap rakyat negara ini, dan generasi masa depan.Hentikanlah daripada merosakkan alam semula jadi kita, kerana ia adalah asas kehidupan kita.Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman- Apakah harapan puan pada masa depan mengenai usaha-usaha untuk melindungi alam sekitar di negara ini ?Harapan kami adalah bahawa kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan perubahan iklim akan bertambah dalam kalangan rakyat serta pihak berkuasa dan pihak-pihak politik.Apa yang diperlukan adalah komitmen transformasi melalui peralihan paradigma dalam sistem pengeluaran dan penggunaan yang tidak rasional masa ini, yang berdasarkan kepada pembangunan lestari tulen yang memenuhi imperatif ekonomi, persekitaran dan sosial.Pembangunan ekonomi, penciptaan pekerjaan, dan lain-lain adalah penting tetapi harus seimbang dan berorientasikan keprihatinan terhadap alam sekitar.Kita seharusnya tidak lagi melihat persekitaran dan ekologi sebagai isu sampingan tetapi harus menjadikan mereka aspek utama dalam membuat keputusan jika kita ingin menghindari malapetaka pada masa depani.ANEKDOT- Terkenang derita penduduk Bukit Merah akibat radiasiSebagai seorang peguam yang muda sekitar tahun 1983-84, saya sempat melihat bagaimana segolongan masyarakat di Bukit Merah, Ipoh, Perak mengalami penderitaan yang teruk akibat pencemaran radiasi dan sisa toksik yang datangnya daripada kilang yang mengeluarkan nadir bumi bernama Asian Rare Earth.Saya pernah menemui ramai anak muda yang diracuni oleh pencemaran tersebut. Ada antara mereka yang meninggal dunia kerana kanser dan sebagainya.Saya dan rakan-rakan saya membantu masyarakat ini untuk mengambil tindakan guaman terhadap kilang ini untuk menghentikan operasinya.Kes mereka menjadi suatu kes alam sekitar yang terkenal di seluruh dunia, dan selepas lebih 10 tahun, kilang itu ditutup dan operasinya berhenti.Bagaimanapun, sisa toksiknya yang ada radiasi yang berpanjangan, masih lagi disimpan di Bukit Kledang dekat Ipoh. Kes ini memberi inspirasi kepada saya untuk membantu masyarakat yang mengalami kesan daripada kerosakan alam sekitar.- Tiada guna banyak wang tanpa udara yang nyamanKita tahu dan sedar bahawa tanpa air dan udara bersih, tanpa bumi yang hijau dan laut yang biru, serta alam yang penuh dengan kekayaan biodiversiti, apalah gunanya manusia hidup.Kita boleh jadi kaya dengan banyak wang, tapi ia tidak bermakna tanpa kualiti hidup yang segar dan nyaman.Tambahan pula, seperti yang dikatakan oleh Mahatma Gandhi, dunia ini penuh dengan sumber alam untuk menampung keperluan orang ramai tetapi ia tidak mencukupi untuk ketamakan segelintir.Beliau juga ada seru bahawa ‘Kita seharusnya hidup sederhana, supaya orang lain juga boleh hidup. ‘Live simply so others can simply live.’Jadi, seruan-seruan dan pengalaman hidup saya menjadi inspirasi untuk bersemangat tinggi demi untuk kesejahteraan mereka yang kurang mampu daripada kita dan demi kepentingan ibu pertiwi.PROFILMeenakshi RamanTarikh Lahir - 7 Julai 1958Kerjaya - PeguamNGO- Penasihat undang-undang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)- Ketua Program Third World Network
4
24 Januari 2021 07:55am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/119469/berita/wawancara/darurat-bukan-ubat-lsquokrisis-tiga-serangkairsquo
Darurat bukan ubat ‘krisis tiga serangkai’
[MUKADIMAH] Malaysia telah melalui satu lagi detik unik dalam sejarah susulan pengisytiharan darurat sehingga 1 Ogos depan demi membendung penularan Covid-19.Bagaimanapun, rata-rata penganalisis turut melihatnya sebagai langkah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani drama politik negara yang bagaikan tidak berpenghujung.Menurut Ketua Kluster Kesepaduan Sosial dan Perpaduan Nasional, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, langkah itu boleh meredakan tetapi bukan ubat yang dapat menyelesaikan kemelut politik.Katanya, Parlimen harus dipulihkan dan dikembalikan fungsinya.Ikuti kupasan Abdul Rahman dalam Wawancara Sinar Ahad yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimana Datuk melihat situasi politik pada hari ini dan masa lalu. Apakah yang berlaku hari ini jauh lebih kompleks?Abdul Rahman: Situasi politik sejak Mac 2020 setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga kini sentiasa tidak menentu, lebih-lebih lagi sekarang dengan perisytiharan darurat serta penggantungan demokrasi berparlimen.Pada hemat saya, keadaan sekarang jauh lebih teruk dalam tempoh 20 tahun ini sejak memasuki abad ke-21.Ini kerana kita berdepan dengan krisis tiga serangkai iaitu krisis kesihatan awam yang dicetuskan pandemik Covid-19, krisis ekonomi yang buruk dengan kadar pertumbuhan negatif; pelaburan asing beralih arah; kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang menjejaskan kehidupan keluarga dengan teruk; serta meningkatnya masalah kesihatan mental; dan krisis politik yang tidak berkesudahan, mencabar legitimasi kepimpinan dalam pemerintahan PN, yang menjurus ke arah krisis governan negara.Krisis tiga serangkai ini kita tidak pernah kita alami. Krisis terdekat sebelum ini berlaku lebih dua dekad yang lalu, iaitu krisis kewangan 1997/98 yang merebak menjadi krisis ekonomi, serta krisis kepimpinan politik tetapi kedua-duanya menjadi stabil tidak lama kemudian. Masa itu tidak ada darurat kesihatan dan darurat politik dalam erti kata penggantungan Parlimen.Dalam tiga situasi buruk ini, apakah pengisytiharan darurat merupakan pilihan terbaik?Darurat boleh meredakan buat sementara percaturan dan krisis politik tetapi ia bukan ubatnya. Ia tidak seperti vaksin untuk Covid-19. Parlimen harus dipulihkan dan dikembalikan fungsinya kerana itulah sistem pemerintahan negara kita iaitu demokrasi berparlimen.Malaysia dikenali di dunia sebagai negara yang berjaya membawa perubahan politik secara damai melalui Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, sedangkan di beberapa negara lain, perubahan berlaku melalui kekerasan.Abdul Rahman (kanan) pada satu bengkel penyelidikan dan penerbitan UKM.Bahkan di Amerika Syarikat juga berlaku keganasan pada 6 Januari lalu disebabkan Presiden Donald Trump yang berkuasa berdolak-dalik tidak mahu berundur walaupun dia sudah kalah dalam pilihan raya. Di negara kita tidak ada sebarang kekerasan atau keganasan seperti di Washington.Pada hemat saya, krisis politik ini berterusan kerana ia tidak diselesaikan melalui saluran yang betul iaitu Parlimen walaupun kesempatan itu ada sebelum ini. Saya rasa kita harus hormati kewibawaan institusi Parlimen.Ahli-ahli Parlimen pula harus bertanggungjawab dan berintegriti kerana anda diberi mandat dan amanah oleh rakyat. Apa yang sangat diperlukan negara sekarang ialah negarawan dalam kalangan pemimpin, maka tunjukkan keupayaan memimpin sebagai negarawan yang dihormati dan dipercayai.Kepercayaan kepada orang politik pada masa ini sangat rendah. Atasi defisit kepercayaan itu dengan bertindak selaku negarawan yang benar-benar meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan politik kepartian dan puak.Saya harap pemimpin dan ahli politik yang berkuasa dapat menjiwai hakikat bahawa kuasa itu amanah yang harus ditunaikan sebaik mungkin sesuai dengan sumpah jawatan. Kuasa itu sementara, ia datang dan pergi selaras dengan prinsip demokrasi.Apakah kemungkinan darurat akan disambung untuk satu tempoh tertentu lagi?Sukar untuk meramal sama ada ia akan disambung atau tidak. Negara kita ada Perlembagaan, dan darurat itu diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong berasaskan peruntukan Perlembagaan.Kesan darurat yang berpanjangan akan menjejaskan reputasi negara dan iklim pelaburan, membantutkan pemulihan ekonomi, lebih-lebih lagi sekarang sistem semak dan imbang ke atas kuasa pihak eksekutif sudah tiada.Dalam proklamasi darurat sudah ditetapkan ia akan berakhir pada 1 Ogos 2021, ataupun lebih awal. Saya harap ia ditamatkan lebih awal dan Parlimen dipulihkan. Juga pandemik Covid-19 dapat dikawal melalui pelaksanaan PKP dan kerjasama rakyat, manakala program vaksinasi dapat dilakukan apabila vaksin diperoleh pada akhir Februari.Krisis politik walaupun belum selesai tidak boleh dijadikan alasan untuk meneruskan darurat.Adakah pelaksanaan darurat ini memberikan kelebihan kepada PN atau Muhyidin?Penggunaan kuasa darurat ada pro dan kontra kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin. Ia memberikannya kestabilan buat sementara. Berdasarkan bilangan ahli Parlimen PN dan pembangkang, majoriti kerajaan PN semakin tipis.Spekulasi mengatakan mungkin kerajaan PN sudah kehilangan majoriti dengan penarikan sokongan dua Ahli Parlimen UMNO. Justeru, ini boleh menggugat kerajaan PN, walaupun ia boleh terus memerintah kerana kuasa darurat. Kuasa darurat itu ibarat circuit breaker dalam percaturan politik yang tidak berkesudahan.Apakah langkah terbaik untuk menyelesaikan konflik politik sekarang, sama ada mengadakan pilihan raya, membentuk sebuah kerajaan perpaduan atau PN terus memerintah di bawah proklamasi darurat sehingga PRU15?Pada hemat saya, langkah pertama penyelesaian krisis politik kita sekarang terletak di Parlimen, iaitu dengan memulihkan sistem demokrasi berparlimen dan selesaikannya melalui undi percaya di Parlimen.Sekiranya kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin sekarang memperoleh undi percaya, maka beliau memiliki wibawa undang-undang dan moral dan harus dihormati oleh semua pihak untuk terus mengemudi pimpinan negara.Sekiranya ia gagal, maka harus ikut proses Perlembagaan dan ambil tindakan secara terhormat iaitu serahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri dan kerajaan yang baharu.Terakhirnya ialah serahkan semula mandat itu untuk ditentukan oleh rakyat melalui PRU15. Tetapi saya rasa PRU15 tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa memandangkan situasi negara belum tersedia dan pandemik belum terkendali.Saya tidak yakin ahli politik yang bertanding dan para pengikut mereka akan dapat mematuhi SOP, begitu juga dalam kalangan pengundi. Mengadakan PRU dalam keadaan mereka tidak dapat mematuhi SOP dengan baik akan amat membebankan pihak KKM dan barisan hadapan untuk mengawalnya. Jangan jadi seperti kata pepatah, tiada beban batu digalas.Saya tidak fikir darurat akan berterusan sehingga PRU15; kalau ini berlaku kredibiliti Malaysia di mata dunia akan sangat terjejas.Jika PN dikatakan sudah hilang sokongan tetapi pada masa yang sama PH juga tidak mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan, apakah solusinya?Memang boleh berlaku situasi Parlimen tergantung, dan ini tidak menyelesaikan masalah ketidakstabilan politik. Tetapi ruang dan peluang untuk mencari penyelesaian baharu itu terbuka apabila adanya undi percaya di Parlimen. Apakah penjajaran baharu politik akan berlaku? Itu satu kemungkinan yang tidak boleh dikesampingkan.Melihat dalam perspektif sejarah berjangka panjang, Malaysia kini berada pada detik sejarah politik transisi pendemokrasian. Walaupun wujud hambatan dan pengunduran tetapi itu bersifat sementara. Transisi politik ini memerlukan masa sebelum menjadi mantap.Saya jangkakan PRU15 ini pun belum lagi dapat membawa kemantapan itu sepenuhnya. Namun, PRU15 akan membuka jalan mengharungi transisi ke arah politik yang lebih demokratik, mantap dan matang.Dalam ilmu sosiologi dan sains politik, wujud satu konsep penting yang dikenali sebagai ‘semangat zaman’ atau ‘mood zaman’. Untuk senang difahami, kalau dalam dunia muzik, era 1960-an irama pop yeh yeh boleh dianggap sebagai pencerminan mood zaman, dan hari ini irama ini cuba dihidupkan semula. Ini cita rasa seni.Tetapi dalam politik konsep ‘semangat atau mood zaman’ itu berbeza sedikit, dan lebih luas. Ia merupakan cita rasa, tuntutan dan pegangan yang semakin meluas untuk demokrasi, transparensi, akauntabiliti, keadilan sosial, integriti, penghapusan rasuah serta kewujudan kemakmuran yang dinikmati bersama tanpa mengira kaum.Penjajaran baharu politik atau apa pun formulanya harus mengambil kira ‘semangat zaman’ ini tetapi harus mengelakkan daripada menggunakannya secara oportunis untuk membangkitkan populisme perkauman.Satu ketika dahulu, ramai yang memperkatakan tentang sistem dua parti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Britain tetapi selepas PRU14, parti-parti politik di Malaysia semakin berpecah. Apa pandangan Datuk?Terdapat beberapa pilihan. Pilihan sistem dua parti seperti di AS dan Britain itu acuan berdasarkan sejarah dan budaya politik mereka. Mungkin sesuai dengan budaya politik mereka.Tetapi sejarah, masyarakat, budaya politik dan sistem politik Malaysia berlainan dengan AS. Dengan Britain juga perbezaan tertentu wujud walaupun sistem Malaysia berasaskan sistem Westminster kerana di Malaysia, kuasa darurat boleh digunakan dan sudah digunakan banyak kali.Saya teringat suatu masa dahulu selepas pemulihan Parlimen pada awal 1971 susulan Peristiwa 13 Mei dan Darurat, Tan Sri Ghazali Shafei memanggil sistem ini sebagai “Demokrasi ala-Malaysia”. Saya rasa mahu tidak mahu, politik Malaysia akan terjurus ke arah politik gabungan, bukan politik dua parti, tetapi politik dwigabungan atau politik permuafakatan. Maksudnya, dua gabungan atau dua pakatan.Politik gabungan ini harus sesuai dengan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat negara kita, iaitu politik gabungan antara kaum yang inklusif dan demokratik. Politik gabungan ini tidak sama dengan sistem di AS atau Britain.Pada PRU15, kita mungkin akan menyaksikan persaingan tiga gergasi politik iaitu Barisan Nasional, PN dan Pakatan Harapan. Apakah peluang mereka untuk mendapat sokongan majoriti?Ya, kelihatannya wujud tiga gergasi politik yang kuat. Tetapi hakikatnya setiap gergasi itu kakinya bukan semestinya kaki yang kuat, kerana kadang-kadang terpaksa bertongkat, ataupun menggunakan kaki palsu. Maksudnya, majoriti masing-masing akan tipis; mereka tidak kuat apabila bersendirian. Mahu tidak mahu, mereka perlu mencari gabungan melalui penjajaran baharu untuk mempunyai daya tahan.PROFILProf Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman EmbongProfesor Emeritus dalam Sosiologi Pembangunan yang berkhidmat di IKMAS UKM sehingga bersara pada awal 2018.Penasihat Khas Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM)Felo serta Ketua Kluster Kesepaduan Sosial dan Perpaduan Nasional Akademi Profesor Malaysia
4
17 Januari 2021 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/118366/berita/wawancara/air-selangor-kecewa-masalah-air
Air Selangor kecewa masalah air
SEBAGAI operator air di sebuah negeri termaju di Malaysia, syarikat Air Selangor Sdn Bhd sering menjadi sasaran kemarahan banyak pihak akibat gangguan bekalan air yang kerap berlaku. Air Selangor selaku pengendali bekalan air di negeri itu mengakui mereka berhadapan tekanan.“Kami berkongsi rasa kecewa susulan gangguan bekalan air yang kerap berlaku disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai yang merupakan sumber air mentah untuk diproses di loji-loji rawatan air kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman.Ikuti wawancara Sinar Ahad yang dikendalikan Penolongan Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa bersama Suhaimi bagi mengupas pelbagai isu air di Selangor.SINAR AHAD: Selangor ialah negeri termaju dan antara terkaya di Malaysia, namun negeri ini mempunyai kadar kekerapan terputus bekalan air tertinggi di Malaysia. Apakah perasaan dan respons tuan terhadap pernyataan ini?SUHAIMI: Mandat kami di Air Selangor adalah untuk memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih yang berterusan setiap hari. Semestinya, kami berkongsi rasa kecewa dengan gangguan bekalan air tidak berjadual yang kerap berlaku akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai yang merupakan sumber air mentah untuk diproses di loji-loji rawatan air kami.SuhaimiWalaupun pelbagai tekanan diberikan kepada kami termasuk desakan untuk terus memproses air mentah yang tercemar dan membekalkan air yang berbau, kami tidak akan berkompromi dengan kualiti air yang dibekalkan kerana keselamatan pengguna lebih diutamakan.Kami mematuhi piawaian yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan untuk sentiasa membekalkan air bersih dan selamat kepada lebih 8.4 juta pengguna kami di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami di Air Selangor juga merupakan pengguna air seperti anda.Permintaan bekalan air bersih selari dengan pertambahan penduduk, perbandaran dan pertumbuhan sektor ekonomi. Bagaimana tuan melihat perbezaan permintaan bekalan air pada tahun 2020 berbanding 10 atau 15 tahun lalu?Sudah tentu terdapat perbezaan berbanding 10 atau 15 tahun lalu disebabkan proses urbanisasi dan pembangunan yang pesat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang juga nadi kepada Malaysia.Berdasarkan rekod Air Selangor, permintaan bekalan air meningkat antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus setiap tahun. Pada tahun 2014, bilangan akaun pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 2,012,241.Pada tahun 2020, bilangan ini telah meningkat kepada 2,482,256 akaun iaitu peningkatan sebanyak 23.4 peratus.Bagi jumlah akaun tersebut, Air Selangor bertanggungjawab untuk memastikan 5,000 juta liter sehari (JLH) dirawat dan dibekalkan kepada lebih 8.4 juta pengguna.Sebagai perbandingan, jumlah ini bersamaan dengan jumlah pengeluaran bekalan air di empat negeri; iaitu Pulau Pinang (1,093 JLH), Johor (1,888 JLH), Perak (1,357 JLH) dan Terengganu (632 JLH) pada tahun 2019.Berdasarkan permintaan ini, pelbagai perancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan.Antaranya, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2, LRA Labohan Dagang dan LRA Langat 2 untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat setiap tahun.Margin simpanan air sehingga 30 November 2020 berada pada paras 12.58 peratus, kami mempunyai pelan untuk meningkatkan rizab margin sehingga tahun 2030 pada tahap 15 peratus.Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam industri pembekalan air ini bagi memastikan usaha dan strategi untuk meningkatkan margin simpanan air dan menambah kemampuan penyediaan bekalan air bersih dapat dilaksanakan supaya boleh menampung jangkaan permintaan ini.Air Selangor berusaha untuk memastikan bekalan air yang lestari dan berterusan agar aktiviti ekonomi dan industri dapat berjalan tanpa gangguan.Akibat krisis air tidak berkesudahan, ramai mengkritik kononnya Air Selangor tiada pelan penyelesaian jangka panjang yang tersusun dan mampan berhubung masalah bekalan air. Apakah ini yang berlaku?Semestinya kami mempunyai pelan untuk memastikan bekalan air yang lestari dan berterusan kepada para pengguna. Pelan perniagaan 30 tahun yang dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah pun diluluskan pada 13 November 2020.Kami memperuntukkan sebanyak RM35.4 bilion untuk tempoh 30 tahun bagi melaksanakan beberapa inisiatif utama demi memastikan bekalan air terawat adalah mencukupi dan lestari; meningkatkan kebolehpercayaan dan ketahanan aset-aset kami; dan memastikan khidmat pelanggan yang terbaik di samping meningkatkan kualiti air agar boleh diminum terus dari paip pada tahun 2028.Dalam 10 tahun akan datang, antara projek pembinaan loji rawatan air baharu yang akan dilaksanakan adalah pembinaan LRA Rasau Peringkat 1 yang akan siap pada tahun 2024, LRA Labohan Dagang Fasa 2 pada 2026, LRA Rasau Peringkat 2 pada tahun 2028 dan LRA Langat 2 Fasa 2 yang akan siap pada tahun 2030.Pada masa sama, Air Selangor juga telah membelanjakan sehingga RM1.8 bilion dari 2016 hingga Ogos 2020 untuk tujuan penggantian paip usang sepanjang 716 kilometer serta penambahbaikan dan penaiktarafan loji rawatan air serta sistem pengagihan bekalan air kepada pengguna.Terdapat cadangan supaya kerajaan negeri melaksanakan langkah alternatif seperti membuat tadahan air hujan di kawasan perumahan yang dibiayai oleh kerajaan negeri. Ini dapat menyelesaikan masalah keperluan air setempat manakala gangguan bekalan air dapat diminimumkan dan tidak akan menjejaskan terlalu ramai pengguna seperti sekarang. Apakah pandangan tuan mengenai cadangan ini?Air Selangor mengalu-alukan langkah untuk menyediakan bekalan air alternatif seperti tadahan air hujan atau rain harvesting di kawasan-kawasan perumahan yang mana kegunaannya adalah untuk mencuci bangunan atau rumah, menyiram pokok, sanitasi di tandas serta untuk memadam kebakaran.Langkah alternatif ini telah dilaksanakan di beberapa negara maju antaranya di Jepun yang mana kerajaan Jepun telah meluluskan untuk meluaskan lagi pembinaan kawasan tadahan air hujan di setiap bangunan baharu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.Kolam tadahan ini semestinya akan mengurangkan kebergantungan pengguna kepada air bersih yang dibekalkan oleh Air Selangor apabila berlakunya gangguan bekalan air.Saya percaya, kajian dan perancangan jangka panjang sedang diperhalusi oleh pihak kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu bekalan air selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam menguruskan bekalan air pada masa akan datang.Masalah paip pecah yang menyumbang kepada 30 peratus air tidak terhasil (NRW) memburukkan lagi masalah bekalan air di Selangor. Apakah tindakan Air Selangor bagi mengelakkan masalah ini berulang, misalnya melakukan penyelenggaraan paip secara berkala dan berjadual? Berapakah kos yang terlibat?Air Selangor sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan dari masa ke masa. Kami telah membelanjakan sebanyak RM672 juta dari tahun 2016 hingga 2020, untuk membaiki rangkaian paip lama dan usang sepanjang 716 kilometer.Program penggantian paip lama dan usang dilaksanakan setiap tahun dengan anggaran jajaran paip sepanjang 150 kilometer.Kami telah berjaya menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW) pada tahap 29.7 peratus pada tahun 2019 berbanding 31.7 peratus pada tahun sebelumnya.Menurut Suhaimi (kanan), Air Selangor memperuntukkan RM35.4 bilion untuk memastikan bekalan air di Selangor mencukupi dan lestari termasuk boleh diminum terus dari paip.Sehingga 31 November 2020, jumlah NRW adalah pada kadar 28.7 peratus iaitu penurunan satu peratus berbanding tahun 2019. Pencapaian ini diperoleh menerusi perancangan rapi dan pelaksanaan beberapa inisiatif yang berterusan sejak 2017.Antaranya, pengurangan kadar kes paip pecah sebanyak 45 peratus dari tahun 2018 iaitu 2,787 kes berbanding 5,101 kes pada 2015. Ini merupakan satu perkembangan yang amat baik apabila hanya sembilan kes paip pecah direkodkan bagi setiap 100km berbanding tanda aras antarabangsa terhadap Indeks Paip Pecah (PBI) iaitu 13 kes paip pecah bagi setiap 100km setahun.Selain itu, kadar kehilangan air juga berjaya dikurangkan menerusi pemasangan sensor pada paip-paip utama bagi membolehkan pemantauan tekanan air dilakukan dan mengesan pressure transient. Kami juga telah menggantikan meter lama dan meter rosak dengan meter yang baharu.Sungai Selangor adalah sumber air mentah yang terpenting di negeri ini. Sebenarnya, berapa kalikah Sungai Selangor tercemar dalam tempoh dua atau tiga tahun lalu. Apakah puncanya? Kenapakah pencemaran Sungai Selangor ini kelihatan sangat sukar untuk ditangani?Sungai Selangor telah mengalami pencemaran lapan kali sejak dua tahun lepas. Ini termasuk tiga kejadian pencemaran pada dua bulan lepas yang mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor dan Kuala Lumpur.Berdasarkan statistik pencemaran dan henti tugas loji, pencemaran ini disebabkan oleh pelepasan efluen dari industri di hulu sungai. Terdapat juga individu tidak bertanggungjawab yang membuang sisa toksik di rizab sungai atau di dalam sungai seterusnya menjejaskan kualiti air sungai. Akibatnya, loji-loji rawatan air kami terpaksa dihenti tugas berkali-kali.Dalam mengatasi isu pencemaran, kerjasama perlu diwujudkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang relevan dalam memantau pencemaran sungai.Sebagai operator air, Air Selangor hanya bertanggungjawab untuk mengekstrak, merawat serta membekalkan air bersih kepada para pengguna. Bagaimanapun, kami akan sentiasa menyokong usaha pihak berkuasa dalam isu ini.Air Selangor sentiasa prihatin dengan nasib penggunanya.Kerajaan negeri baru-baru ini dilaporkan bercadang untuk meningkatkan pengurusan air dengan menggunakan teknologi tertentu bagi menyahbau di loji-loji rawatan tanpa perlu dihenti tugas. Boleh tuan jelaskan mengenai teknologi berkenaan?Baru-baru ini kerajaan negeri telah mengumumkan beberapa inisiatif dan langkah yang akan diambil untuk menguruskan isu pencemaran sungai dengan lebih efisien.Kajian masih dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi tertentu bagi menyahbau di loji-loji rawatan air bagi mengelakkan henti tugas tidak berjadual.Selain itu, teknologi yang boleh diguna pakai adalah dengan menyekat air tercemar di sungai dan menyalurkan bekalan menggunakan kolam-kolam takungan lain atau menerusi kolam Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS).Apakah sumber air mentah Selangor mencukupi dan berapa tahun lagi ia mampu bertahan?Sumber air mentah utama Selangor berasal dari lembangan Sungai Selangor di mana enam lembangan utama merupakan lokasi penting untuk mengekstrak air mentah dan muka sauk bagi loji–loji rawatan air (LRA) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Sumber air mentah yang sedia ada adalah mencukupi untuk dirawat di loji-loji rawatan air kami dan kemudiannya diagihkan kepada para pengguna.Air Selangor juga mempunyai perancangan untuk mengambil air mentah di hiliran sungai yang selama ini dibiarkan mengalir ke laut begitu sahaja.Ini termasuk dengan membina kolam-kolam yang akan membuat prarawatan dengan memastikan kotoran yang terdapat di dalam air sungai dimendapkan terlebih dahulu sebelum dirawat di loji-loji rawatan air yang akan dibina di hiliran sungai.Konsep ini telah mula digunakan di Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang. Namun begitu, pencemaran sungai adalah masalah utama yang mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang kerap berlaku. Bilangan sungai tidak pernah bertambah tetapi semakin berkurangan sekiranya kualiti air sungai tidak dipelihara untuk generasi akan datang.Rizab air Selangor dilaporkan hanya dua peratus sedangkan keperluan air sangat tinggi. Mengapa perkara ini berlaku dan apakah usaha untuk meningkatkan rizab air di Selangor?Margin rizab air kami buat masa ini sebenarnya berada pada tahap 11 peratus, iaitu satu tahap yang memuaskan. Dengan tahap ini, bekalan air adalah mencukupi bagi menampung permintaan 8.4 juta pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Namun begitu, Air Selangor sedang melaksanakan rancangan dan inisiatif strategik bagi memastikan rizab air di Selangor dapat dipertingkat.Kami mempunyai pelan untuk meningkatkan rizab margin sehingga tahun 2030 pada tahap 15 peratus. Ini setanding dengan operator air global yang lain dengan paras rizab margin yang selesa sebanyak 15 hingga 20 peratus.ANEKDOTAir nadi ekonomi SelangorTidak dinafikan, masalah gangguan bekalan air mempunyai kesan ke atas ekonomi dan industri. Malahan, bekalan air bersih amat diperlukan sewaktu negara kita dilanda pandemik Covid-19. Gangguan bekalan air membebankan pengguna serta pemilik perniagaan yang sedang menghadapi cabaran ekoran wabak itu.Kami sedar bahawa gangguan bekalan air akan mempengaruhi keyakinan pelabur sekali gus menjejaskan peluang perniagaan. Apa yang penting adalah kami sedang giat berusaha untuk memastikan bekalan air yang lestari dan berterusan agar aktiviti ekonomi dan industri dapat berjalan tanpa gangguan. Namun, ini haruslah berjalan seiring dengan kepekaan terhadap isu pencemaran sungai.Penduduk Lembah Klang terlebih guna airMenurut statistik Air Selangor, pada penggal ketiga (Julai hingga September) tahun 2020, purata penggunaan air bagi setiap individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 230 liter sehari. Ia lebih tinggi daripada yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 165 liter, manakala sasaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sebanyak 180 liter sehari menjelang tahun 2025.Setakat Jun 2020, sebanyak 34 LRA Air Selangor membekalkan 5,000 MLD air kepada 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Bantu banteras pencemar sungaiSaya yakin kesedaran orang ramai terhadap aktiviti jenayah alam sekitar telah meningkat disebabkan kerap berlaku pencemaran hingga menyebabkan gangguan bekalan air pada tahun ini.Saya menyeru orang awam supaya kepekaan ini akan berterusan untuk tempoh yang lama dalam usaha melindungi sungai kita daripada dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Jadilah mata dan telinga pihak berkuasa dalam melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan berhampiran sumber-sumber air.
4
10 Januari 2021 09:00am
ROSHILA MURNI ROSLI
https://www.sinarharian.com.my/article/117903/berita/wawancara/banyak-kes-scam-poligami-babit-suami-umur-40-tahun-ke-atas
Banyak kes scam poligami babit suami umur 40 tahun ke atas
SCAM poligami yang dibongkarkan oleh Sinar Harian sejak minggu hari lalu membuktikan individu yang terlibat dalam scam berkenaan licik menyalahgunakan kuasa dan prosedur permohonan sehingga mampu memperdayakan pihak mahkamah.Bagi Pejabat Agama Kota Setar, Kedah mereka saban tahun turut menerima kes pasangan yang terlibat dengan scam poligami ini terutamanya melibatan sindiket poligami.Ikuti temubual eksklusif wartawan Sinar Harian, Roshila Murni Rosli bersama Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar.Sinar Harian: Adakah kes scam atau penipuan dokumen poligami seperti yang didedahkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah (JKSM) turut berlaku di daerah Kota Setar?Syeikh Ahmad Faisol: Scam poligami ini pada dasarnya sudah lama berlaku cuma istilah yang baharu digunakan itu sahaja kita dengar menarik.Tetapi apa yang saya hendak terangkan scam ini bukan sahaja melibatkan poligami malahan juga scam monogami iaitu pernikahan kali pertama.Scammer atau sindiket yang terlibat ini menjadikan scam sebagai hasil pendapatan mereka dan sentiasa mencari mangsa untuk mengaut keuntungan mencecah RM8,000 bagi setiap pasangan.Pasangan yang terlibat pula adalah mereka yang mencari jalan mudah untuk melangsungkan pernikahan yang berpunca daripada sebab-sebab tertentu seperti tidak mendapat restu atau untuk menyembunyikan perkahwinan daripada isteri pertama.Berkaitan kes di daerah Kota Setar, secara purata dianggarkan kira-kira 60 kes dilaporkan setiap tahun berkaitan scam poligami termasuk scam perkahwinan. Namun kami di pihak pejabat agama tidak akan berkompromi dengan sindiket berkenaan.Dan berdasarkan siasatan kita didapati pasangan yang terlibat dengan scam poligami ini berusia 40 tahun ke atas bagi lelaki dan wanita antara 20-30-anBagaimana pejabat agama dapat mengenal pasti taktik scammer ini? Dalam isu ini kita turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Ketika pasangan ingin melakukan pendaftaran kelahiran, mereka perlu menunjukkan surat nikah terlebih dahulu kepada JPN. Lazimnya sekiranya terdapat keraguan, pihak JPN akan merujuk sijil nikah terbabit kepada mana-mana pejabat agama terlibat untuk mendapatkan kesahihan.Syeikh Ahmad Faisol (kanan) ketika sesi temu bual yang berlangsung di pejabatnya di Kota Setar, Kedah pada Selasa.Apabila semakan dibuat, ternyata surat nikah berkenaan palsu selain terdapat beberapa ciri sijil yang sangat ketara perbezaannya termasuk tandatangan pendaftar nikah yang meragukan.Keduanya, kita turut menerima surat daripada JIM yang mana mereka memerlukan surat nikah sebagai pengesahan kerana ada pernikahan yang membabitkan rakyat negara jiran seperti Thailand.Jadi apabila terima surat berkenaan kita akan buat semakan. Daripada situ kita dapat mengetahui sama ada ia palsu atau tidak berdasarkan rekod pendaftaran nikah.Apakah masalah yang timbul kesan daripada penipuan perkahwinan ini dan apakah tindakan ke atas mereka?Masalah ini tidak timbul serta merta sebaliknya akan terjadi apabila mereka hendak mendaftarkan kelahiran anak di kemudian hari.Boleh jadi anak yang dilahirkan itu tidak dapat dibinkan kepada nama bapa kerana surat nikah itu palsu atau bagi warganegara luar yang ingin menyambung visa kemungkinan besar mereka tidak akan boleh menyambung visa terbabit.Berkaitan tindakan pula mereka ini boleh dikenakan tindakan kerana berkahwin tanpa kebenaran.Syeikh Ahmad Faisol (kanan) ketika sesi temu bual yang berlangsung di pejabatnya di Kota Setar, Kedah pada Selasa.Cuma masalah yang timbul sekarang ini adalah pelaku berkenaan tidak berasal dari daerah ini, mereka cuma menggunakan alamat di sini, jadi agak sukar untuk kita ambil tindakan.Akhir sekali saya juga ingin menasihati semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan agar tidak terjebak dengan scam ini.Bagi mereka yang ingin berpoligami haruslah melalui Mahkamah Syariah, yang mana Mahkamah Syariah akan mengeluarkan surat kebenaran poligami yang seterusnya perlu dikemukakan kepada pejabat agama untuk mendapatkan kebenaran berkahwin.Saya juga hendak ingatkan bahawa urusan pernikahan hanya boleh dilakukan oleh pejabat agama dan dalam premis pejabat agama sahaja.Jika ada mana-mana individu yang mendakwa boleh membantu anda melaksanakan proses pendaftaran nikah termasuk mendapatkan sijil pernikahan dengan kos mencecah ribuan ringgit jangan percaya, ia adalah sindiket.
4
07 Januari 2021 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/117596/berita/wawancara/tiada-kompromi-dengan-scam-poligami
Tiada kompromi dengan scam poligami
PEMBONGKARAN sindiket poligami yang digelar scam poligami dipercayai didalangi orang dalam institusi kehakiman syariah negara yang didedahkan Sinar Harian merupakan isu yang tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ia melibatkan integriti institusi berteraskan keagamaan itu.Bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (Jakess), mereka tidak tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud sindiket poligami di negeri itu walaupun pada ketika ini institusi itu tidak menerima sebarang laporan.Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi dan jurugambar, Asril Aswandi Shukor bersama Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain di Pejabat Jakess di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam pada Isnin.SINAR HARIAN: Ada suami yang mengambil jalan mudah untuk berpoligami termasuklah tidak mendapatkan kebenaran isteri pertama, memalsukan dokumen atau berkahwin di Siam. Apakah pendapat Datuk apabila tindakan dan amalan suami ini sehingga pelbagai pihak mungkin turut bersekongkol untuk terlibat sama?MOHAMMAD ADIB: Saya nak respons tentang pemalsuan dokumen ini. Pengalaman kami di Selangor tidak menerima aduan berkaitan scam poligami.Apabila kami menerima permohonan berpoligami, Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu.Biasanya mahkamah panggil sebagai saksi untuk mahkamah menilai adakah perkahwinan ini wajar atau tidak. Isteri itu kalau ada dua, kita panggil dua-dua. Supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati.Di sini tiada istilah persetujuan isteri. Apa yang penting isteri itu dipanggil ke mahkamah untuk kita dapat apa respon tentang permohonan itu. Setuju atau tidak itu mahkamah akan ambil perhatian tetapi bukanlah permohonan itu dibenarkan kerana isteri itu setuju. Bukan seperti itu.Mahkamah kena tengok sama ada kalau isteri setuju sekali pun, mahkamah kena lihat perkahwinan yang bakal diadakan itu patut atau perlu. Kalau tidak patut atau tidak perlu, mahkamah akan tolak sekalipun jika isteri setuju.Kalau isteri tidak setuju atas sebab-sebab tertentu tetapi mahkamah lihat perkahwinan itu patut dan perlu, mahkamah akan benarkan. Mahkamah akan tengok semua itu.Kembali kepada soalan tadi, jika suami ingin berpoligami menggunakan dokumen tidak betul, itu perkara yang tidak wajar berlaku. Sebabnya poligami ini satu perkara yang dibenarkan dalam Islam. Kita juga ada undang-undang yang sewajarnya. Bagi seorang lelaki yang matang yang hendak berpoligami, gunakan saluran yang betul. Itu barulah lelaki yang bertanggungjawab. Kita ada saluran dan proses yang lengkap.MOHAMMAD ADIB - Foto: ASRIL ASWANDI SHUKORTindakan suami yang mengambil jalan yang mudah dengan guna dokumen tidak betul, kalau betul berlaku, atau berpoligami di luar negara, adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan undang-undang dan boleh diambil tindakan.Kalau menipu, contohnya dengan memberikan akuan palsu, dia juga boleh dikenakan tindakan sama ada di bawah Kanun Keseksaan ataupun Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.Perbuatan ini akan menyebabkan banyak penganiayaan kepada wanita kalau dia menggunakan akuan palsu. Isteri-isteri akan teraniaya. Atau dia menikah di luar negara, poligami tanpa kebenaran, dia juga akan menganiaya isteri dan adakah perkahwinan yang dilakukan di luar negara itu menggunakan wali yang betul, tempat yang betul, sah atau tidak pernikahan itu. Kalau wali itu tidak bertauliah, kemungkinan pernikahan itu tidak sah.Mungkin perkahwinan luar negara itu, walau wujud perkahwinan itu, ia belum dikira sah dari segi undang-undang dan hukum syarak, selagi mana perkahwinan itu tidak diperintah untuk didaftarkan dan disahkan oleh mahkamah.Beberapa hari lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai kewujudan scam atau pemalsuan dokumen poligami. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sendiri tidak menolak kewujudan sindiket ini. Adakah Datuk pernah mendengar atau menerima aduan di Selangor?Kami di Selangor memandang serius dan mengambil berat isu ini iaitu scam poligami seperti yang dilaporkan. Saya tidak akan berkompromi sama sekali jika ia berlaku.Bagaimanapun setakat ini, dalam pengetahuan saya, Alhamdulillah isu ini tidak berlaku di Selangor kerana kami melaksanakan prosedur yang ketat yang selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di negeri ini iaitu di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.Setakat ini juga seperti yang saya nyatakan, kami tidak menerima sebarang aduan sama ada daripada pihak isteri atau pihak lain berkaitan scam atau penyalahgunaan dokumen dalam urusan berpoligami di Selangor.Dalam kes berpoligami di Selangor, isteri yang sedia ada akan menjadi defendan dalam permohonan berpoligami. Mereka perlu hadir ke mahkamah untuk menyatakan pandangan isteri atau mengemukakan bukti bagi permohonan suami untuk berpoligami.Penyata tuntutan yang difailkan oleh suami, pihak isteri kena jawab. Mahkamah akan bagi ruang. Jika isteri tidak hadir, ia tidak bermakna permohonan poligami itu akan terus diluluskan. Mahkamah akan keluarkan notis atau hubungi isteri untuk mengarahkan kehadirannya. Jika isteri masih enggan hadir, barulah mahkamah akan meneruskan perbicaraan dan mendengar keterangan suami serta meneliti bukti-bukti yang ada. Selepas itu, barulah mahkamah akan mempertimbangkan sama ada permohonan poligami itu akan diluluskan ataupun tidak.Kriteria yang diambil kira adalah:(a) Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain, hal-hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada(b) Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu(c) Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak dan(d) Bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.Selain daripada itu, kami juga melaksanakan kawalan dan pemantauan yang sangat ketat terhadap proses kerja bagi pengendalian dan perbicaraan semua kes di mahkamah syariah Selangor termasuk kes poligami kerana semua proses yang kita buat akan diaudit setiap tahun oleh pihak kami dan pihak luar iaitu SIRIM bagi memenuhi kehendak dan syarat pensijilan MS1900:2014 (Berasaskan Syariah) dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015.Dalam laporan Sinar Harian juga, pelbagai pihak mendakwa kemungkinan wujud salah guna kuasa dan amalan rasuah. Adakah benar wujud salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan orang dalam atau ia masih dalam siasatan pihak JKSM?Maaf, perkara ini tiada dalam pengetahuan saya tetapi jika benar-benar wujud saya pasti pihak JKSM akan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menjalankan siasatan yang rapi. Namun seperti yang saya katakan, dalam pengetahuan saya, di Selangor masih tiada kes itu dan tiada aduan daripada mana-mana pihak.Memetik kata-kata Ketua Pengarah JKSM, jika ada ejen terlibat dengan scam ini, ejen itu menzalimi wanita. Jika hakim terlibat, hakim juga menzalimi wanita. Apakah yang perlu dilakukan pihak wanita yang tertipu dan bagaimana di pihak Jakess sendiri membantu isteri-isteri ini?Sekali lagi saya tegaskan di Selangor memang tiada aduan diterima berhubung kes scam poligami ini tetapi sekiranya berlaku saya akan pandang serius tentang perkara ini kerana ia berkaitan dengan integriti. Jika perkara ini berlaku, nasihat saya mudah. Laporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa termasuk kepada saya.Bawa segala dokumen, bukti penipuan dan saksi jika ada yang boleh dipanggil untuk beri keterangan. Saya sendiri secara peribadi tidak akan berdiam diri atau berkompromi dengan sebarang isu yang melibatkan salah laku atau salah guna kuasa dalam apa juga perkara yang berada di bawah pentadbiran saya dan akan mengambil tindakan yang tegas.Jika perlu, kita akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pihak berkenaan dibawa ke muka pengadilan.Bagi isteri-isteri yang menjadi mangsa, mereka boleh menuntut hak mereka. Kalau mereka tahu suami mereka telah melakukan penipuan untuk poligami, isteri boleh buat aduan dan tuntutan hak mereka. Kalau poligami dibuat mengikut saluran yang betul, isteri boleh tuntut nafkah, pembahagian harta sepencarian dan sebagainya di Mahkamah Syariah. Misalnya jika permohonan poligami diluluskan, mahkamah akan perintahkan berapa nafkah isteri, nafkah anak setiap seorang, tempat tinggal, giliran bermalam dan sebagainya.Jadi kalau isteri tidak tahu suami dah lulus poligami, dia boleh buat tuntutan yang sama di mahkamah untuk menuntut hak mereka. Mereka boleh hubungi talian Jakess untuk mendapatkan khidmat nasihat dan runding cara lanjut daripada pegawai kami yang bertugas secara dalam talian.Di Selangor sendiri, adakah apa-apa talian atau cara untuk wanita di Selangor membuat aduan mengenai kes mereka dan adakah aduan mereka ini didengari?Ada banyak cara yang mereka boleh buat. Mereka boleh berhubung dengan saya sendiri, ketua pendaftar, pendaftar dan pegawai komunikasi korporat kami sama ada melalui talian telefon atau melalui e-mel yang tertera dalam ‘directory’ di laman sesawang Jakess. Mereka juga boleh hadir secara fizikal dengan temu janji awal.Mereka juga boleh kemukakan aduan secara bertulis menerusi Sistem Pengurusan Aduan (Sispaa). Kita juga sediakan borang aduan di kaunter mahkamah. Telah menjadi dasar dan prinsip jabatan untuk memberi perhatian yang serius terhadap sebarang aduan dan maklum balas yang dikemukakan kepada jabatan ini. Kita akan buat siasatan dan beri maklum balas. Setiap aduan yang diterima kita akan tubuhkan satu jawatankuasa atau kita minta pegawai yang berkaitan di mahkamah untuk membuat siasatan awal terlebih dahulu.Pada pendapat Datuk kenapa kerajaan, pihak berkuasa dan orang ramai perlu sama-sama membanteras kegiatan scam poligami ini daripada berleluasa. Adakah benar ia menjejaskan kredibiliti mahkamah syariah dan institusi keluarga di negara ini?Ya, saya setuju, pihak berkuasa dan orang ramai perlu bersama-sama membanteras kegiatan scam poligami ini kalau ia benar-benar berlaku agar ia tidak terus berleluasa. Isu ini bukan sahaja boleh mencalarkan imej Mahkamah Syariah, tetapi ia juga boleh menjejaskan institusi rumah tangga itu sendiri. Poligami ini dibenarkan mengikut hukum syarak tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat tertentu.Malangnya apabila pelaksanaannya dibuat secara tidak betul, masyarakat terutamanya wanita akan melihat bahawa poligami itu adalah perkara yang sangat negatif. Itu yang kita nak elakkan. Isteri juga akan hilang kepercayaan kepada suami dan inilah yang akan meruntuhkan rumah tangga.Sebab itu kita perlu memastikan bahawa pelaksanaan poligami itu hendaklah dilaksanakan secara betul, berhati-hati dan mematuhi undang-undang dan hukum syarak supaya syariat dan hikmah keharusan poligami itu dapat diterjemahkan secara betul kepada masyarakat.
4
05 Januari 2021 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/117327/berita/wawancara/di-sebalik-tumpasnya-kartel-daging-haram
Di sebalik tumpasnya kartel daging haram
PEMBONGKARAN kartel daging haram susulan serbuan bersepadu ke atas sebuah gudang di Senai, Johor pada awal Disember lalu turut membuka mata masyarakat mengenai pentingnya peranan agensi penguat kuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).Sebenarnya, Cerita tentang pemalsuan logo halal produk daging sejuk beku itu sudah dipantau pihak Maqis susulan maklumat di media sosial sejak sebelum aduan rasmi yang lebih meyakinkan diterima pada September lalu.Sungguhpun begitu, Maqis yang ditubuhkan pada 2013 bagi memastikan produk pertanian yang dibawa masuk ke Malaysia selamat digunakan masih mempunyai beberapa kekangan disebabkan kuasanya hanya terhad di 57 pintu masuk negara.Dalam temu bual Sinar Ahad bersama Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi minggu ini, beliau menjelaskan tentang taktik penyeludupan produk pertanian ke negara ini selain menjawab persepsi kononnya ada anggota penguat kuasa yang bersekongkol dengan penyeludup.Ikuti wawancara bersama Saiful Yazan yang dikendalikan Ketua Meja Jenayah dan Mahkamah, Izwan Rozlin dan wartawan Muhammad Afham Ramli di Ibu Pejabat Maqis di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Boleh tuan jelaskan latar belakang Maqis?SAIFUL YAZAN: Maqis ditubuhkan pada tahun 2013 bertujuan memastikan barangan pertanian yang dibawa masuk ke Malaysia selamat digunakan oleh rakyat selain bebas daripada penyakit dan perosak. Penubuhan Maqis dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Asas Tani selepas beliau melawat Australia pada tahun 2008.Di negara itu, ada Aqis iaitu Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kuarantin Australia yang pada pandangan beliau mengapa di Malaysia tidak boleh buat jabatan seperti itu yang lebih efisien dan dapat melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan dengan lebih cepat.Sebelum wujudnya Maqis, kawalan di pintu masuk negara untuk barangan seperti daging, ayam, ikan dan sayuran dilakukan oleh jabatan berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Maqis sentiasa berhubung rapat dengan agensi berkaitan.Susulan laporan eksklusif Sinar Harian mengenai kegiatan kartel daging beku import di Johor, sejauh manakah peranan Maqis dalam menangani kes sedemikian?Cerita tentang kes di Johor sebenarnya kita telah pantau selepas terdapat beberapa dakwaan di media sosial berkenaan isu terbabit pada tahun 2019. Kita ambil maklumat itu pada bulan Mei dan pada Jun tahun itu kita berjaya menahan beberapa individu.Kemudian, pada bulan September lalu, kita telah terima satu aduan rasmi yang solid. Maksudnya info itu tepat, banyak persamaan dan selari dengan risikan kita. Bila kita dapati maklumat itu sama, ia membuktikan dakwaan itu tepat.Pasukan risikan Maqis kemudian dihantar ke Johor untuk membuat tinjauan. Akhirnya setelah mendapati berlakunya masalah daging tidak sah ini, pada 1 Disember lalu kita buat serbuan.Kebetulan kira-kira tiga minggu sebelum itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membangkitkan isu terbabit secara agresif di media sosial.Ketua Meja Jenayah dan Mahkamah Sinar Harian. Izwan Rozlin ketika mengendalikan temubual bersama Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan di Wisma Tani baru-baru ini. - FOTO ROSLI TALIBNamun, masalah besar di Maqis adalah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) di mana kita mempunyai kuasa di pintu masuk dan juga di stesen kuarantin dan premis kuarantin sahaja.Apabila barangan itu telah lepas dari had kawasan kita, Maqis sudah tidak ada kuasa terhadap perkara itu. Apa yang kita boleh buat adalah bantuan daripada pasukan sahabat seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk operasi secara bersepadu.Peranan Maqis semasa serbuan itu adalah melihat permit import sama ada palsu atau sah.Tugas Maqis hanya di pintu masuk negara. Contohnya, apabila masuk di pelabuhan, pengimport akan ikrar kepada JKDM melalui borang K1. Sekiranya barang yang diikrar adalah barang pertanian, ia akan membawa kepada pemeriksaan Maqis. Di situ kita akan lakukan pemeriksaan dokumen dan secara fizikal, itu tugas kami di pintu masuk.Sejak pembongkaran kartel daging di Senai, Johor, adakah terdapat rangkaian sindiket lain yang menukar taktik kegiatan mereka?Apa yang saya boleh katakan kegiatan kartel di Senai sudah lumpuh habis, namun, saya tidak nafikan bahawa ada sindiket lain cuba alih tindakan mereka.Faktor permintaan yang tinggi jadi punca, apatah lagi ia tidak libatkan cukai. Aktiviti penyeludupan ini sudah berlaku ketika zaman datuk dan nenek kita lagi. Selagi ada permintaan selagi itu ada penyeludupan.Tiada siapa yang boleh jamin penyeludupan dapat dihentikan. Adakah sempadan kita itu perlu buat tembok besar macam tembok di China? Kalau lihat sejarah, kerajaan China ketika itu juga pernah tumbang disebabkan rasuah yang diambil oleh penjaga pintu ketika itu walau tembok besar yang dibina sepatutnya menghalang pencerobohan.Sempadan kita sangat luas. Sungai, laut apatah lagi sempadan di Sabah dan Sarawak. Masyarakat yang mempunyai maklumat boleh tampil dan salurkan kepada Maqis untuk tindakan risikan dan tangkapan.Maqis sangat serius dalam usaha menumpaskan sindiket berkaitan. Kita hendak tangkap dan ada tindakan yang diambil. Saya juga pengguna daging, keluarga saya pun sama.Sasaran tertinggi kami adalah apabila pengguna rasa selamat untuk menggunakan produk itu. Kalau orang rasa tidak selamat, kita gagal. Saya amat berterima kasih kepada pihak yang membantu semasa operasi di Johor seperti polis, kastam, KPDNHEP dan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Kita perlu perkukuh kerjasama.Maqis turut mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengimportan daging supaya segala dakwaan berkaitan isu berkenaan dapat disiasat segera.Apabila ada RCI yang terdiri daripada jawatankuasa bebas, ia dapat memberi pencerahan kepada rakyat berikutan tohmahan yang berlaku sekarang khasnya berhubung agensi penguatkuasaan kerajaan.Melihat kepada kegiatan penyeludupan yang disiasat Maqis, apakah modus operandi sindiket-sindiket yang dibongkar sebelum ini?Banyak kejayaan yang kita laksanakan sebelum ini. Sebagai contoh, tahun ini sebanyak 1,220 kes tangkapan dibuat dengan nilai dagangan melebihi RM100 juta dan kita kenal pasti ada tiga modus operandi.Pertama, pemalsuan dokumen. Saya ada satu kes di mana daging itu dibawa masuk dari New Zealand di mana sijil kesihatan yang ditunjukkan adalah seakan-akan tulen. Tapi bila kita periksa kuantiti daging yang dibawa itu besar dan di situ agak meragukan.Pegawai kita telah membuat semakan dengan agensi berkaitan di New Zealand sebelum mengesahkan sijil itu palsu. Ini terbongkar kerana sijil yang dikeluarkan oleh negara terbabit ada ciri-ciri keselamatan yang sukar dipalsukan.Kedua, ada kes juga di mana pengeksport menjadikan pelabuhan negara kita sebagai transit sebelum mengedarkan barangan kepada ejen terbabit seterusnya dibawa masuk ke negara ini. Di sini, bila transit, mereka tidak perlukan borang K1, mereka reka sijil halal dan menyebabkan daging itu terlepas.Disebabkan itu, dengan cadangan pindaan akta Maqis, kita sedang dalam proses untuk mendaftarkan setiap ejen di pelabuhan. Jadi, selepas ini ejen yang berdaftar sahaja dibenarkan beroperasi di bawah pemantauan kita.Modus operandi seterusnya adalah mengambil daging di Singapura di mana warga kita akan masuk ke negara itu dengan menaiki kereta kononnya sebagai pelancong. Bila sampai di sana, mereka singgah di premis daging untuk mengambil bekalan daging dalam jumlah muatan sekitar 60 kilogram (kg) hingga 70 kg.Ini terbukti apabila ada penahanan dibuat ketika pemeriksaan di pintu masuk di Johor. Daging ini ada sijil kesihatan ketika masuk ke Singapura tetapi tiada sijil halal kerana Singapura tidak mewajibkan keperluan halal untuk aktiviti import daging mereka.Apakah pengajaran daripada pembongkaran isu kartel daging ini?Pendedahan ini bukan hendak menakutkan rakyat. Tujuan kita tangkap ini adalah hendak beritahu bahawa kita lindungi makanan. Kalau terlepas, kita akan tangkap dengan bantuan agensi lain. Bekalan daging yang masuk ke dalam negara secara sah dan mengikut peraturan dan halal adalah sebanyak 99 peratus selamat untuk dimakan. Apa yang kita tahan itu adalah hanya 1 peratus dan sindiket itu pula telah pun lumpuh.Hari ini, saya lihat ada beberapa pengimport dan juga pengeluar produk daging telah tampil membuat kenyataan berhubung kesahihan produk mereka. Kesedaran rakyat kita terhadap isu ini sangat tinggi dan perlu kekal begitu. Alhamdulillah, apa yang berlaku di Senai, Johor merupakan satu pengalaman positif yang kami dapat.SAIFUL YAZANSaya faham masyarakat pasti bertanya bila dalang gudang di Senai itu akan didakwa. Apa yang boleh dijelaskan adalah pihak timbalan pendakwa raya perlu meneliti kes terlebih dahulu untuk memastikan dakwaan yang dibuat akan membawa kepada kejayaan pendakwaan, dan itu pasti mengambil sedikit masa. Ini penting bagi memastikan suspek dapat dituduh dan dihukum sewajarnya.Sejauh manakah dakwaan bahawa tiada pemeriksaan ke atas daging babi yang dibawa masuk ke dalam negara?Dakwaan mengatakan kita tidak periksa walaupun itu daging babi adalah tidak benar. Kita tetap periksa walaupun ia daging babi dan 100 peratus kita semak dan buka setiap kontena yang masuk ke dalam negara. Mungkin ada yang mendakwa bahawa daging wagyu diletakkan sekali dengan daging babi semasa proses import.Bagi saya itu tidak benar, mungkin dakwaan itu timbul disebabkan wujud wagyu yang dijual pada harga murah, yang murah itu mungkin daging biasa.Mungkin ada peniaga dakwa daging biasa itu adalah wagyu hingga menyebabkan pengguna tertipu. Ia hanya mungkin taktik perniagaan.Apakah ada usul supaya peranan Maqis ditambah baik dan ditingkatkan?Ya memang ada. Semasa Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada tahun 2019 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Maqis telah membentangkan isu penyeludupan kelapa di Batu Pahat, Johor.Bila kita bentangkan, kita beritahu masalah sama iaitu berlakunya aktiviti itu di luar pintu masuk dan kita tidak boleh ambil tindakan disebabkan had kuasa yang terhad.Selepas itu, kita buat 13 pindaan besar termasuk peluasan kuasa Maqis di luar pintu masuk. Sekarang, kementerian sudah meluluskan pindaan tersebut dan telah diangkat ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan perundangan dan kemudian dibentang di Parlimen.Pindaan kuasa Maqis ini membolehkan kami membuat operasi tanpa perlu membebankan rakan agensi lain. Misalnya, KPDNHEP ada banyak lagi tugasan lain seperti barang tiruan, bekalan minyak dan pemantauan harga barang. Bila kami boleh buat operasi kelak, kita boleh kurangkan beban mereka.Pindaan ini membolehkan kami cari siapa dalang terlibat biarpun mereka sudah terlepas dari pelabuhan. Tapi sekarang, sukar kerana had kuasa pada kami.Jumlah keanggotaan Maqis hari ini adakah ia mencukupi? Bagaimana dengan cadangan penambahan keanggotaan?Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan agensi pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara kerana memandang berat isu ini.Kami telah diluluskan 82 perjawatan baharu selain peruntukan berjumlah RM128 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.Dalam keadaan pandemik Covid-19 dengan kekangan bajet, kami masih dapat tambahan jawatan dan peruntukan. Ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada saya dengan jumlah keanggotaan sekarang seramai 463 orang bagi menjaga 57 pintu masuk.Kita ada pintu masuk yang besar dan memerlukan ramai orang contohnya Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, dan Butterworth. Semua pelabuhan itu banyak menerima kemasukan barang.Bukan sahaja di pelabuhan, tetapi di setiap sempadan pintu masuk telah menempatkan anggota Maqis. Malah, di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur turut menempatkan petugas Maqis.Kita pandang serius setiap kemasukan. Kalau ada penumpang bawa makanan dalam beg itu pun kita tahan sekiranya dikesan. Contohnya tahun lepas ada penyakit berkait babi di China.Penyakit ini tidak serang manusia, tapi industri babi di Malaysia kalau kena virus itu akan menyebabkan kerugian bernilai RM3 bilion, sebab itu kita tahan penumpang dari China ketika itu.Tahun 2019 sahaja kita rampas tiga tan daging babi yang dibawa oleh penumpang untuk mengawal penyakit berkenaan dari masuk ke dalam negara.Sehingga kini Malaysia satu-satunya negara di Asia Tenggara yang bebas daripada penyakit demam babi Afrika.Selain itu, Maqis juga memantau media sosial berkenaan penjualan hidupan atau tanaman dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia. Kadang-kadang mungkin isu ini dianggap remeh, tapi impaknya besar kerana ada bakteria dalam makanan biarpun sudah dimasak, ia masih boleh hidup.Kita juga pernah tahan jualan ikan hiasan dari negara luar, kecuali ada permit. Ia perlu mematuhi syarat kesihatan yang ditetapkan jabatan bagi mengawal penyakit berkaitan ikan menggugat industri ikan hiasan negara.ANEKDOTCabaran sebagai Ketua Pengarah MaqisSaya ialah Ketua Pengarah Maqis yang ketiga. Saya dilantik sebagai Ketua Pengarah Maqis pada 1 Januari 2019. Banyak cabaran sepanjang menjawat jawatan ini. Antaranya saya perlu mendapatkan bantuan daripada ketua pengarah di jabatan lain disebabkan keanggotaan kami yang tidak mencukupi.Contohnya, di Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Johor, kita hanya ada seorang anggota. Bayangkan kalau anggota itu sakit, ahli keluarganya sakit hingga terpaksa ambil cuti, jadi tiada orang di situ.Bila tiada orang, kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada kastam yang terpaksa ambil alih seketika penugasan itu. Apatah lagi skop penugasan adalah berbeza di mana fokus Maqis adalah dari segi teknikal dalam bidang pertanian khususnya dan itu bukan bidang kepakaran kastam.Anggota dan pegawai Maqis sedang melakukan pemeriksaan ke atas kandungan kotak berisi daging sejuk beku dalam serbuan di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.Alhamdulillah, kita telah dapat pertambahan keanggotaan selain peruntukan yang diluluskan itu akan digunakan untuk pembangunan makmal kita sendiri selain fasiliti lain.Saya mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian yang menyiarkan laporan pembongkaran kartel daging di Johor itu. Terima kasih juga kepada badan bukan kerajaan yang memandang serius isu ini.Kami juga sentiasa diingatkan, khasnya oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, untuk memastikan keselamatan makanan diberi fokus utama bagi memastikan rakyat dapat menikmati makanan yang selamat dan halal.Pencapaian sepanjang tahun 2020Statistik kita tahun 2020 mencatatkan sebanyak 1,220 kes dengan sitaan berjumlah RM157 juta. Sasaran kita tahun 2020 sitaan bernilai RM121 juta, tapi kita capai lebih dan ini bermaksud pegawai saya di lapangan dan pintu masuk sangat agresif dalam setiap tindakan.Selain itu, prestasi kutipan hasil berjumlah RM84.2 juta berbanding sasaran RM82 juta.Prestasi laporan media juga melebihi jumlah yang disasarkan dengan 348 laporan direkodkan. Saya mahu rakyat faham bahawa kita sentiasa melaksanakan tugas bagi memastikan barangan makanan daging khususnya adalah halal dan selamat.
4
03 Januari 2021 10:00am
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/116527/berita/wawancara/adakah-selamat-kedah-melombong-ree
Adakah selamat Kedah melombong REE?
UNSUR nadir bumi atau rare earth elements (REE) sebelum ini agak asing dalam kalangan kita.Bagaimanapun setelah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor mengumumkan negeri itu bakal meneroka REE sebagai sumber baharu, ia meniti di bibir ramai termasuk warga Kedah.Ada pihak menyokong hasrat Kedah itu, namun tidak kurang yang membantah berikutan ia didakwa bakal mencemar alam sekitar.Ikuti pandangan Pensyarah Kanan di Jabatan Teknologi Tenaga, Mineral dan Bahan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Hafidz Yusoff berhubung mineral ini dan potensinya kepada negara.Sinar Harian: Di sebalik pelbagai spekulasi, ramai belum mengenali REE yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit. Boleh Dr perkenalkan apakah REE secara umum?REE merupakan logam bersifat kimia unik, terdiri daripada 17 elemen yang mempunyai sifat elektromagnetik yang tinggi dan boleh dibahagikan kepada logam nadir bumi radioaktif dan bukan radioaktif.Apakah potensi mineral ini pada masa hadapan?REE digunakan sebagai komponen utama perkakasan elektronik untuk industri utama menghasilkan telefon pintar, tablet, komputer, televisyen pintar dan sebagainya.Secara umumnya, REE adalah unsur penting kepada industri digital abad ini yang menjadi teras kepada ledakan industri 4.0. Permintaan tinggi terhadap peralatan berteraskan teknologi digital menyebabkan permintaan REE turut meningkat.China merupakan pengeksport utama REE di dunia, dianggarkan 90 peratus daripada keseluruhan REE dunia dihasilkan dari negara berkenaan. Amerika Syarikat merupakan pengimport utama REE dari China sejak 2014.Peta menunjukkan negara-negara yang mempunyai sumber REE, salah satunya ialah Malaysia.Kajian terkini menunjukkan sumber REE di China semakin berkurangan dan dunia mula mencari sumber alternatif REE di negara lain.Malaysia antara sasaran memandangkan ia mempunyai rizab REE yang banyak dan mampu menampung pemintaan industri untuk tempoh yang panjang. Rizab REE di negara dianggarkan bernilai RM742.7 bilion, manakala di Kedah bernilai RM62 bilion.Setelah Kedah umum akan meneroka REE, ramai pihak membantah atas faktor mencemar alam sekitar? Apakah kesan sampingan akibat perlombongan industri REE?Langkah Kedah ini adalah inisiatif yang baik bagi mengembangkan industri perlombongan REE khususnya menambahkan sumber ekonomi negeri. Namun, langkah-langkah dan kaedah perlombongan yang akan digunakan kelak perlu mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.Difahamkan, bahan yang dilombong adalah REE bukan radioaktif, oleh itu pencemaran disebabkan radioaktif adalah minima. Walaubagaimanpun, paras bahan radioaktif dan logam berat perlu sentiasa dipantau supaya berada pada paras selamat.Beberapa kajian menunjukkan pencemaran berlaku di kawasan lombong REE di China, namun di atasi dengan memperkenalkan kaedah perlombongan baharu, In Situ Leaching (ISL). Ini yang dijangka digunakan di Kedah.Keratan laporan Sinar Harian berkenaan pengumuman MB Kedah mengenai sumber REE di Kedah yang bernilai bilion ringgit.ISL atau dikenali sebagai Proses Larut Resap In Situ lebih sesuai dilakukan memandangkan kebanyakan REE berada pada kedalaman antara lima hingga 10 meter di bawah permukaan bumi. Kaedah perlombongan ISL menggunakan beberapa batang paip yang dimasukkan ke dalam tanah dan cecair larut resap yang terdiri daripada asid atau ammonium sulfat dialirkan ke dalam lapisan tanah.Kaedah ISL sangat popular untuk mengekstrak REE dan telah lama diamalkan di China. Sebelum itu, keadaan alam sekitar di wilayah Selatan China seperti di Jiangxi, Guangdong, Fujian mengalami kerosakan teruk apabila pelombong menggunakan asid kuat berkepekatan pH 1 bagi mengasingkan REE.Penggunaan asid kuat sebagai ejen larut resap adalah yang terbaik kerana kadar penghasilan REE hampir 100 peratus, namun ia merosakkan struktur tanah dan kemungkinan memasuki sistem air bawah tanah.Disebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar, China mengharamkan penggunaan asid kuat dalam perlombongan ISL dan digantikan dengan ammonium sulfat.Di Malaysia terdapat peruntukan undang-undang bawah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang bertanggungjawab memantau aktiviti perlombongan REE. JMG tidak benarkan penggunaan asid pekat dalam perlombongan REE bagi memelihara alam sekitar.Dikhabarkan negara memiliki REE yang banyak, kenapa tidak diteroka secara komersial sedangkan ia mineral berpotensi untuk masa depan, khususnya era ledakan teknologi kini?Adakah Malaysia sudah bersedia menjadi negara yang ke hadapan dalam teknologi hiliran?Ini kerana REE adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sekiranya dilombong, simpanan rizab akan berkurang. Malaysia belum menjadi negara yang menghasilkan teknologi, maka sumber mineral ini perlu dieksport ke luar.Pada ketika kita sudah bersedia, sumber mineral ini telah kehabisan. Oleh itu, perancangan jangka panjang perlu bagi memastikan mineral ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita.Sekiranya REE sudah diteroka secara komersial dalam negara, di mana lokasinya?Secara rasminya, belum ada setakat pengetahuan saya. Namun kemungkinan ada kawasan diteroka secara haram.Kajian dijalankan penyelidik UMK mendapati mineral itu banyak di Kelantan, Pahang dan Terengganu, bukan sahaja di Kedah. REE mempunyai kaitan dengan emas, seperti kita maklum terdapat banyak emas di tiga negeri itu, kemungkinan sumber REE juga banyak di sana.Untuk meningkatkan sumber ini sebagai satu perlombongan baharu di Malaysia, perlu diwujudkan institusi atau pusat kajian lebih banyak untuk mengkaji REE.Lokasi kewujudan REE di Semenanjung Malaysia.Perlukah Kedah ‘berkorban’ untuk tidak meneroka REE sedangkan ia boleh menjadi hasil baru untuk negeri?Kerajaan negeri harus lakukan kajian menyeluruh, termasuk kesan persekitaran perlombongan sebelum meneroka REE. Harus ambil kira kaedah dan langkah-langkah perlombongan yang selamat dan tidak menggunakan asid pekat atau berbahaya dalam perlombongan.Hendaklah tidak melombong di kawasan hutan simpan kekal dan merujuk kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan JMG berhubung perlombongan REE. Perlombongan tidak akan dibenarkan selagi prosedur operasi standard (SOP) belum dikeluarkan.Khazanah negara perlu dibangunkan dan beri peluang kepada pakar tempatan berbanding kepakaran asing bagi membantu kerajaan meneroka REE di negara ini.Kita tidak boleh nafikan negara luar seperti China, Australia mempunyai kepakaran bidang ini kerana melombong REE lebih awal. Namun, kerajaan harus yakin dengan pakar dan tenaga tempatan, barulah hasilnya dinikmati rakyat.Pada peringkat awal, Kedah perlu melabur untuk menghasilkan tenaga mahir tempatan. Terdapat beberapa agensi dan pusat kajian REE antaranya, di UMK iaitu pusat kajian logam nadir bumi, emas dan mineral yang bersedia menjadi tempat rujukan.
4
28 Disember 2020 10:00am
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/116418/berita/wawancara/undang-undang-cukup-tapi-kita-tak-berani-laksana
Undang-undang cukup, tapi kita tak berani laksana
[MUKADIMAH] Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan pelbagai skandal rasuah dalam kalangan pegawai dan penjawat awam, membabitkan jenayah penyeludupan, perjudian dan sindiket penipuan dalam talian.Sesetengah pihak mahu kerajaan melaksanakan hukuman yang lebih berat termasuk mewujudkan undang-undang baru.Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagaimanapun berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi tetapi kelemahannya adalah dari segi pelaksanaan.Ini katanya, termasuklah kegagalan pegawai atasan kerajaan mengambil tindakan tatatertib dan menghukum kakitangan yang didapati melakukan kesalahan supaya menjadi pengajaran kepada kakitangan awam yang lain.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Mohd Sidek yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi di Pejabat EAIC di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Tan Sri pernah menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 38 tahun. Bagaimana pengalaman Tan Sri dapat membantu EAIC menjadi sebuah agensi yang terbaik di negara ini?MOHD SIDEK: Berbalik kepada apa yang terbaik, pokoknya adalah integriti. Ramai yang anggap berintegriti itu maksudnya tak ambil rasuah. Tapi sebenarnya integriti ini bukan sekadar rasuah. Integriti ini adalah antara kita dengan diri kita. Kita sendiri mesti ada integriti walaupun tak melibatkan sesiapa.Contohnya, orang kampung yang bekerja menoreh getah. Dia kerja dengan dirinya sendiri. Dia bangkit awal jam 4.30 atau 5 pagi. Tapi kalau dia bertolak dari rumah awal pagi, mana masuk Subuh lagi? Jadi dia kena solat di tempat dia bekerja di kebun getah. Siapa lihat dia solat? Tak ada siapa yang lihat. Yang tahu cuma dia dan ALLAH SWT.Kalau dia berintegriti, dia akan solat. Itu integriti dirinya. Tak ada siapa paksa dia solat. Kalau dia tak solat pun, tiada siapa yang tahu. Kalau dia tak ada integriti, dia tak payah potong getah pun. Tak ada siapa paksa, dia sendiri yang nak kerja. Maknanya integriti itu lebih daripada rasuah, ia lebih kepada antara dia dengan dirinya sendiri.Kalau kita lihat sekarang, penjawat awam berjumlah 1.6 juta. Kalau mereka macam orang kampung yang saya kata tadi iaitu bekerja sendiri, tak ada pegawai atasan dan pegawai bawahan tetapi dia bekerja sendiri maka itulah integriti.Mohd Sidek. Foto: Ihsan EAICPokoknya, integriti adalah bila semua orang tahu apa tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam hal ini, EAIC tak perlu buat semua (tugas). Kita tak akan mampu sebab EAIC ini kecil.Kita ada 78 jawatan sahaja. Peruntukan kewangan pun kecil RM8 juta setahun, jadi tak mungkin satu organisasi seperti EAIC dapat memastikan wujud integriti sepenuhnya dalam kalangan 21 agensi penguatkuasaan. Itu tak mungkin. Kita kena bekerja dengan agensi-agensi lain terutamanya agensi penguatkuasaan yang kita selia.Bolehkah Tan Sri jelaskan apakah peranan EAIC dalam meningkatkan integriti penjawat awam?Apa kita perlu buat sebagai EAIC ialah kita hendaklah lebih daripada nabi. Kita hendaklah jadi rasul untuk diri kita dan pengikut-pengikut kita. Itulah perumpamaan pentingnya EAIC, kita perlu bekerja dengan orang lain lebih-lebih lagi sekarang ini kita tak ramai.Orang itu yang kita nak jaga, kita sifatkan mereka sebagai kawan kita, bukan musuh. Bila kita jaga, katalah agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), mereka itu bukan musuh kita dan kita bukan musuh mereka. Mereka rakan kongsi kita.Sebab itu pada 27 November lalu saya berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.Polis saja ada kira-kira 130,000 orang. Dengan kekuatan 78 perjawatan EAIC, kita nak jaga 130,000? Mengah kita! Jadi kita harap dan berdoa kepada ALLAH agar mereka itu jaga diri sendiri.Baru-baru ini ada tangkapan ramai pegawai dan penguat kuasa JIM. Kita tak nafikan ada antara mereka yang nakal tapi ramai yang baik daripada yang nakal. Dengan jumlah 1.6 juta penjawat awam, kamu ingat 800,000 daripada mereka jahat? Tidak, saya rasa jumlahnya kecil sahaja. Yang baik ini lebih ramai dan mereka sangat benci kepada yang nakal itu.Tapi ini mungkin silap kitalah. Mungkin kita (pegawai atasan) tak berapa suka menghukum (penjawat awam yang melakukan kesalahan integriti). Kita tidak beri hukuman sebab kita suka disukai. Kebanyakan daripada kita ini terutama orang besar-besar (berjawatan tinggi) amat suka disukai.Nasihat saya baguslah kita suka disukai tapi bila kita perlu menghukum kita kena menghukum sebab kalau tidak, kerana nila setitik, akan rosaklah susu sebelanga.Saya lebih suka yang menghukum ini adalah dalam kalangan mereka sendiri. Bila ada anggota PDRM misalnya yang melakukan kesalahan, hukumannya bukan daripada SPRM dan bukan di mahkamah. Hukumannya sepatutnya datang daripada polis sendiri, daripada bahagian tatatertib PDRM.Bagaimana Tan Sri melihat usaha-usaha untuk membudayakan integriti dalam perkhidmatan awam di negara ini? Apakah halangan utamanya?Saya pun tak faham kenapa sekarang ini terlalu banyak dipersoalkan pasal integriti. Adakah sebab dulu tak ada masalah integriti dan sekarang terlalu banyak? Kenapa orang ambil duit yang bukan hak mereka?Arwah mak saya dahulu nasihat kalau kita jumpa duit yang bukan kita punya, kita pulang balik. Kalau tak tahu siapa punya, kita hantar ke masjid. Itu yang arwah mak saya ajar pada saya. Itu juga yang saya ajar kepada anak-anak saya. Itu juga saya ajar kepada ‘anak-anak’ saya di pejabat. Itu juga saya ajar kepada ‘anak-anak’ saya masa saya jadi KSN.Integriti adalah daripada diri sendiri dan tidak melibatkan orang lain pun. Antara kita dengan diri kita dan kita dengan ALLAH. Apa yang terbaik bila kita sendiri ada integriti?Yang terbaiknya bila polis, JIM, JPJ jaga diri mereka dan unit masing-masing. Apa yang terbaik adalah apabila individu itu sendiri jaga diri mereka sendiri.Tapi kalau tak ada integriti itu, barulah orang lain seperti SPRM lakukan tugas tersebut. Orang yang jaga disiplin dan integriti, mereka hendaklah lebih berdisiplin daripada orang yang mereka mahu disiplinkan. Orang yang jaga integriti hendaklah lebih berintegriti daripada orang yang dia nak jaga.Pada pengamatan Tan Sri, dari manakah akar masalah rasuah di negara ini, berpunca daripada pemberi atau penerima? Mengapakah penerima rasuah lebih banyak didakwa di mahkamah?Lebih senang mendakwa penerima daripada pemberi. Masalahnya sebenarnya sama, kalau tak ada orang beri tak akan ada penerima. Masa saya di universiti dahulu dah ada (kes rasuah). Saya keluar universiti Januari 1974. Maknanya dari 1971 saya sudah belajar tentang rasuah.Rasuah ini ada empat faktor iaitu ada orang beri, ada yang minta, guna dana awam seperti dia tuntut kerja lebih masa padahal dia tak buat dan tuntut elaun perjalanan sedangkan dia tak pergi pun dan keempat pilih kasih.Kenapa kita soal pasal penerima sahaja? Rasuah melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima. Pada pendapat saya kita hendaklah mengambil tindakan yang tegas terhadap pemberi rasuah.Mohd Sidek. Foto: Ihsan EAICKenapa tidak ambil tindakan tegas kerana bila dia beri rasuah, orang yang menerima tak akan buat laporan bahawa ada orang beri dia duit melainkan orang yang memberi itu ditangkap oleh SPRM.Maknanya jangan kita membenci orang yang menerima sahaja. Kita hendaklah membenci orang yang memberi. Tapi budaya masyarakat kita bila tangkap penerima rasuah (mereka) kata okey, bila tangkap pemberi rasuah tak okey.Warren Buffet mengatakan untuk mencari pekerja, carilah tiga kualiti yang mereka ada: integriti, bijaksana dan tenaga. Jika mereka tiada kualiti yang pertama, yang dua lagi akan musnahkan kamu. Apa komen Tan Sri?Memang betul. Bercakap soal ini saya ambil contoh kes seorang penguat kuasa JIM gred KP19. Katanya sebelum dia dilantik ke JIM, dia dah ‘nakal’ makanya dia tak ada integriti awal-awal.Tapi sahabat nabi, Saidina Umar Al-Khattab, sebelum masuk Islam dia ‘nakal’. Integriti tak ada tapi bila dia masuk Islam, baiknya dia ‘Ya Rabbi’. Dia khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Jadi ada sikit kontra.Maknanya eloklah kita ambil orang yang baik dahulu tapi ada orang yang baik jadi nakal dan ada juga yang nakal lepas itu jadi baik.Maksudnya kita hendaklah mengadakan suasana yang membuat orang jadi baik. Katakanlah Ketua Pengarah JIM, beliau mahu orang menyukai pegawai-pegawainya, maka beliau menerapkan perkhidmatan yang penuh hemah, cepat, beri senyuman dan tak akan kompromi dengan integriti.Maknanya perkhidmatannya cepat, pegawainya tidak minta duit dan sekiranya diberi pun, mereka tak mahu. Beliau juga yakin bahawa beliau tak boleh kerja seorang.Ketua Pengarah JIM ini kita boleh kata orang yang sangat baik tapi walaupun dia amat baik, cemerlang namun dia tak boleh berjaya dengan bekerja berseorangan. Timbalan-timbalan beliau juga hendaklah mempunyai sikap yang sama juga.Bagaimanapun walau mereka semua bagus, mereka tak dapat pastikan bahawa seluruh warga kerja JIM itu bebas rasuah. Jadi perlunya ada konsep menghukum mereka yang lakukan kesalahan di peringkat jabatan itu.Tapi saya juga ingatkan jangan menganiaya sesiapa. Kalau dia tidak salah, jangan hukum. Kita kena adil, kalau tidak kita akan jawab (di akhirat) nanti. Tapi kalau dia salah, salahlah.Adakah Tan Sri berpuas hati dengan peruntukan undang-undang atau hukuman yang ada termasuk usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dengan adanya pelan antirasuah sekarang? Adakah langkah dan undang-undang sedia ada mencukupi atau perlukan hukuman lebih berat?Saya berpuas hati dengan undang-undang sedia ada. Yang saya tidak puas hati adalah bila ia tidak dilaksanakan. Malahan penggubalan Akta 700 iaitu Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 yang membawa kepada penubuhan EAIC saya ingatkan sudah cukup.Kita mungkin tidak melaksanakan dengan sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk penjawat awam. Apa yang tak cukup adalah dari segi pelaksanaannya.Pelan Integriti Nasional yang dulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi lancarkan masa beliau menggalas jawatan Perdana Menteri, saya rasa dah cukup. Apa yang tak cukup adalah pelaksanaannya. Umpamanya berkaitan disiplin.Adakah kita sebagai pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman yang setimpal dan memastikan bahawa penjawat awam yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman setimpal supaya dia tak terlepas dan seterusnya beri pengajaran kepada lebih ramai penjawat awam supaya tak buat perkara sama.Masalah kita ialah selalu kata undang-undang sedia ada tak cukup. Bila ada apa-apa berlaku, terus nak buat undang-undang baharu sedangkan undang-undang lama tak dilaksanakan.Apa yang menyebabkan kita buat undang-undang baharu yang mempunyai hukuman yang lebih berat?Hukuman yang lebih ringan pun kita tak berani dan tak sanggup nak laksanakan.Contohnya saman trafik, kita tak kutip pun. Kalau dia (pesalah trafik) bayar saman lambat, kita bagi diskaun terutama ketika musim cuti raya dan sebagainya. Yang tak bayar langsung itu kita lupa.Di negara yang rakyatnya berdisiplin tinggi seperti di Jepun, katakanlah jam 12.01 tengah malam di kawasan lampu isyarat dan kereta tak ada, pemandu tetap tak jalan, bila lampu hijau baru dia jalan. Ini pengalaman yang saya lihat sendiri semasa bertugas di Jepun sekitar tahun 1977 hingga 1979.Nasihat saya tingkatkan penguatkuasaan undang-undang yang ada kerana itu lebih daripada cukup.Adakah menaikkan gaji penjawat awam terutama pasukan penguat kuasa dapat menyelesaikan masalah rasuah?Semasa saya mula bekerja tahun 1974 dahulu gaji saya cuma RM500 tetapi tetap cukup. Jadi wang bukanlah isunya. Cuba periksa penjawat awam atau penguat kuasa gred KP19, gaji dia berapa? Paling banyak RM4,000 ke RM5,000 tapi kenapa dia tak berhenti bila dia dapat rasuah?Tapi saya jamin ramai KP19 yang tidak terima rasuah, gaji dia cukup. Jadi wang bukan isu. Kalau kita nak naikkan gaji RM10 seorang. Kalau penjawat awam 1.6 juta dah RM10.6 juta sebulan. Jika setahun dah RM192 juta.Naik RM10 ini orang kata celah gigi saja. Kalau naik RM100, bermakna RM1.9 bilion setahun. Sebab itu kita kena fikir perkara itu tapi mana yang patut naik itu, naikkanlah.Tapi kalau orang yang nakal kalau naikkan gaji banyak mana pun dia akan nakal juga. Sebab itu kena ada penghayatan dan menjiwai perkhidmatan yang dicurahkan sebab itu adalah satu ibadah.Apakah harapan dan impian Tan Sri pada masa depan untuk melihat Malaysia bebas rasuah dan salah guna kuasa?Pada 22 Jun 2012, saya sampaikan ucapan pada majlis makan malam persaraan saya sebagai KSN. Harapan saya adalah supaya perkhidmatan awam Malaysia ditanda aras oleh yang terbaik.Misalnya, Singapura atau Jepun memberi tanda aras kepada perkhidmatan awam kita. Kalau kita lihat ketika itu juga perkhidmatan yang diberikan oleh JIM adalah salah satu yang terbaik di dunia.Selain itu, perkhidmatan kesihatan dan kehakiman kita juga bagus. Bank Dunia lakukan kajian dan mereka memujinya serta mengiktiraf kejayaan kita kerana kita ditanda aras. Harapan saya pada masa depan supaya kita ditanda aras dengan syarat kita bertekad dan semua orang bekerja, bukan Ketua Polis Negara sahaja, bukan Ketua Pengarah Imigresen sahaja, bukan Pengerusi EAIC sahaja bekerja tetapi semua orang perlu bekerja dengan satu nada seiring.ANEKDOTBangga asal Cherok Paloh, PekanSaya asal orang kampung di Cherok Paloh, Pekan, Pahang. Negara ini telah beri peluang orang kampung Cherok Paloh menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Pengerusi Petronas.Saya jadi penjawat awam sebab saya suka berkhidmat. Saya masih ingat peristiwa pada 1950-an ketika seorang pak cik orang kampung saya nak bayar cukai tanah. Dia pergi ke pejabat tanah bila tak boleh menoreh getah sebab hujan.Dia kena kayuh basikal sampai ke jeti feri di Sungai Pahang. Pada masa itu, jambatan belum ada jadi kena naik feri. Sampai ke pejabat tanah, nak bayar cukai tapi sudah jam 4 petang. Peon kata pejabat dah tutup, jadi dia minta datang esok. Punyalah seksa orang kampung itu datang. Dia pergi bayar cukai tanah itu bukan nak minta duit tapi nak bagi duit kepada kerajaan.Jadi bila saya jadi KSN, saya nasihatkan diri saya dan penjawat-penjawat awam lain bahawa kita kuat kuasakan sesuatu peraturan itu hendaklah ada sebab yang munasabah iaitu biarlah memudahkan jangan menyusahkan.Kalau saya jadi KSN waktu itu, saya akan minta pemungut hasil tanah ambil duit pak cik itu dan keluarkan resit. Jadi tak payah datang esoknya sebab kasihan pak cik itu datang kayuh basikal dan naik feri.Kalau ada, orang yang macam inilah boleh dinaikkan pangkat menjadi KSN iaitu memudahkan. Integriti bukan setakat soal tolak rasuah tapi melaksanakan kerja dengan cara terbaik.Saya juga banyak bercerita mengenai Cherok Paloh semasa mesyuarat ketua setiausaha kementerian, mesyuarat ketua-ketua perkhidmatan yang dihadiri Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan ketua-ketua jabatan lain.
4
27 Disember 2020 10:00am
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/115816/berita/wawancara/wawancara-eksklusif-pemimpin-kena-tahu-waktu-berkorban-peja
[WAWANCARA EKSKLUSIF] Pemimpin kena tahu waktu berkorban: Peja
DENGAN hanya berbekalkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), siapa sangka ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12 pada tarikh 12 Mei 2018.Meskipun berdepan pelbagai cabaran dan tekanan termasuk dalam kalangan rakan-rakan ADUN di pihak kerajaan, Ahmad Faizal, 50, yang lebih mesra dipanggil ‘Peja’ tetap tenang memastikan pentadbiran kerajaan negeri Perak berjalan lancar.Selepas 22 bulan mentadbir Perak, kedudukan beliau sekali lagi teruji pada penghujung bulan Februari tahun ini, apabila kerajaan PH runtuh dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Bersatu, UMNO dan Pas.Sekali lagi, anak kelahiran Tambun itu berjaya mengekalkan jawatan Menteri Besar buat kali kedua pada 13 Mac 2020, sebelum akhirnya ‘digulingkan’ selepas gagal mendapat sokongan majoriti 59 ADUN Perak.Melalui usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim daripada UMNO, pada sidang DUN Perak, 5 Disember lalu, hanya 10 orang yang menyokong, 48 lagi membantah dan satu undi berkecuali dalam undi belah bahagi.Ikuti wawancara eksklusif Editor Kandungan Premium, Zamri Rambli dan wartawan Sinar Harian Premium, Nurul Riduan Nor Ashaha dan Khairil Anwar Mohd Amin bersama Peja bagi menyelami luahan hati serta kisah menarik di sebalik krisis kejatuhan beliau selaku Menteri Besar Perak ke-12 dan ke-13 bagi baru-baru ini.SINAR HARIAN: Sebagai satu-satunya calon Bersatu yang berjaya memenangi kerusi DUN Chenderiang, boleh Datuk Seri ceritakan semula detik-detik pertama kali dilantik sebagai MB Perak mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14?AHMAD FAIZAL (PEJA): Rasanya macam dah lama (saat itu) tetapi sebenarnya tidak sampai tiga tahun. Tetapi seingat saya pada waktu itu, isu perebutan kerusi MB sebenarnya telah berlaku sejak hari pertama lagi. Malahan, pada hari saya berangkat ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar untuk istiadat mengangkat sumpah sebagai MB, saya masih belum tahu siapakah MB ketika itu. Hakikatnya, pada saat waktu istiadat mengangkat sumpah terlalu dekat, proses perbincangan siapakah yang bakal mengangkat sumpah MB masih berlangsung.Saya kira waktu itu mungkin istana pun telah sediakan beberapa surat sumpah dan akhirnya saya yang (dipilih) mengangkat sumpah. Selepas itu, saya nampak tak berhenti-henti orang mahukan kerusi berkenaan tetapi Alhamdullilah kerajaan dapat berjalan, beroperasi dan membuat pentadbiran seperti biasa.Foto kenangan ketika Sultan Nazrin Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada Ahmad Faizal untuk menjadi MB Perak buat kali kedua pada Mac lalu. Alhamdulillah banyak juga perkara yang dapat kita lakukan dan sehingga perubahan kerajaan (berlaku sekali lagi), saya masih lagi mengangkat sumpah sebagai MB (kali kedua).Pada ketika itu, terdapat kemungkinan pembentukan kerajaan antara Barisan Nasional (BN) dan Pas apabila BN memenangi 28 kerusi DUN, PH 28 kerusi dan Pas (3).Bagaimanapun, Datuk Seri akhirnya terpilih sebagai Menteri Besar Perak setelah meraih sokongan dua ADUN UMNO. Boleh Datuk Seri ceritakan bagaimana dua ADUN UMNO itu bertindak menyokong Datuk Seri?Ramai orang susah hendak percaya cerita saya ini, waktu itu negeri masih tergantung tiada kerajaan. (Hakikatnya) saya langsung tak berbuat apa-apa, saya tiada hubungi sesiapa. Sungguh!Tapi saya ingat pada pagi itu, saya ini berjiran dengan Datuk Zainol (Fadzi Paharuddin). Datuk Zainol (ADUN Sungai Manik) telefon saya ajak sarapan di rumahnya.Saya pergi ke rumahnya untuk bersarapan dan kemudiannya Datuk Nolee (Ashilin Mohammed Radzi) pun datang. Pada masa itu, Datuk Zainol berkata kepada Datuk Nolee (ADUN Tualang Sekah), ‘Jomlah kita sign surat sokong Peja tubuh kerajaan.’Itulah perkara sebenar yang berlaku tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Saya kata, ‘Kalau you nak buat surat, you buat sendirilah.’ Saya pun balik rumah.Rupanya mereka benar-benar melakukannya dan selepas itu baru saya tahu dalam surat itu menyebut bahawa mereka hanya menyokong saya sebagai MB, kalau orang lain mereka tarik balik, tidak bagi sokongan. Itulah puncanya bagaimana PH dapat cukup bilangan untuk tubuh kerajaan.Waktu itu, Datuk Seri berasa terkejut?Terkejutlah, tetapi sebab saya yakin mereka ini memang rapat dengan saya, mereka tahu apa yang saya boleh lakukan. Tetapi saya tidak tahu yang mereka hendak bagi sokongan, ingatkan makan kuetiau sahaja.Bagaimana penerimaan ADUN-ADUN PH terhadap dua ADUN UMNO yang menyokong Datuk Seri menjadi MB?Bila kita (PH) ada numbers, saya tahu ada pemimpin yang telah pergi berjumpa dengan Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan surat watikah kerajaan PH bagi diangkat sebagai MB.Tetapi apabila saya sampai ke istana (Istana Iskandariah), ada berlaku perbincangan dengan pihak istana dan Tun Mahathir akhirnya memberi pengesahan kepada pihak istana agar saya disembah cadangkan bagi diangkat sebagai MB baharu.Sepanjang Datuk Seri mengemudi kerajaan PH Perak, nama Datuk Seri mula mekar dalam kalangan pengundi Melayu apabila tuntutan pelanjutan tempoh hak milik tanah pajakan daripada 99 tahun kepada 999 tahun oleh ADUN-ADUN DAP ditolak Datuk Seri. Bagaimana Datuk Seri boleh berani membuat keputusan besar yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan Datuk Seri selaku MB?Terima kasihlah atas soalan itu kerana baru-baru ini, waktu ADUN Pengkalan Baharu (Datuk Abdul Manaf Hashim) ada berbahas untuk usul undi percaya kepada saya yang sebenarnya undi tidak percaya.Dalam perbahasan itu, beliau menyebut bahawa saya sewaktu jadi MB dalam PH, PH mahu buang saya... Sebagai Menteri Besar dalam Perikatan Nasional (PN) pun, UMNO dan Pas juga mahu buang saya, jadi there must be something wrong with this guy.Jadi untuk menjawab soalan itu, semua patut ingat saya hendak dibuang waktu PH sebab saya tak mahu ikut cakap satu atau dua pemimpin DAP. Mereka mahu sangat supaya kerajaan beri kelulusan tanah kekal, hak milik kekal selama-lamanya atau kita sebut popularnya, 999 tahun.Jadi (tuntutan ini saya berpandangan, tidak boleh dibuat bukan sebab saya terlalu kuat semangat Melayu, tetapi sebab kita mahu mentadbir kerajaan dengan cekap.Ahmad Faizal ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan (kanan) dan Khairil Anwar (dua dari kanan di Petaling Jaya baru-baru ini.Bayangkan kalau hasil negeri yang terlalu bergantung kepada cukai tanah dan kita bagi seluruh kampung Melayu, perkampungan kaum India, kampung baru Cina dan sebagainya sebagai tanah hak milik kekal, kerajaan tidak akan dapat pendapatan. Bila tiada pendapatan bagaimana kita mahu beri perkhidmatan kepada rakyat? Dari segi good governance itu sudah tidak betul.Waktu itu saya pertahankanlah (keputusan itu) hingga beberapa kali saya ditekan dalam banyak mesyuarat Exco dan politik. Alhamdulilah keputusan itu bertahan.Tidak tahulah mekar atau tidak nama saya waktu itu tetapi benda yang saya fikir patut buat saya akan buat dengan bersunguh-sungguh. Itulah yang berlaku dan seterusnya.Lapan bulan dalam kerajaan PN pula, saya pun tidak tahulah, hari Rabu ada mesyuarat Exco, tiada bergaduh, semuanya baik, kita (setuju) luluskan belanjawan, semua pakat elok-elok hari Rabu tetapi hari Jumaat saya dijatuhkan.Adakah Datuk Seri merasakan ADUN-ADUN kerajaan di bawah PH lebih bertolak ansur dan memahami kepentingan kukuhnya kerajaan berbanding kerajaan PN?Saya ingat dua-dua faham pentingnya kestabilan politik dan saya pun buatlah pengakuan yang saya tak really pertahankan sangat.Terdapat juga polemik perebutan jawatan MB Perak sewaktu Datuk Seri dikekalkan menggalas jawatan itu kali kedua di bawah pentadbiran kerajaan PN. Boleh Datuk Seri jelaskan keadaan ketika itu?Kali kedua penubuhan kerajaan baharu, ia stalemate seperti kali pertama dengan tiga parti telah menyembah cadangkan kepada Tuanku Sultan Perak nama-nama calon MB pilihan masing-masing.Masing-masing bawa nama pemimpin parti masing-masing. Bersatu calonkan nama saya, Pas calonkan nama Pesuruhjaya Pas Negeri (Razman Zakaria) dan UMNO cadangkan nama Pengerusi UMNO Perak (Datuk Saarani Mohamad) kepada Tuanku.Tuanku pula telah perkenankan nama saya untuk diangkat sumpah. Waktu itu kita telah bersetuju bahawa apa jua nama telah diperkenankan, kita terima dengan baik dan teruskan usaha untuk membantu rakyat sehingga ke pilihan raya.Apa yang berlaku sebenarnya, banyak kata-kata yang mengugut kononnya saya perlu diturunkan (jawatan MB) kerana saya telah cuba mengamalkan pecah perintah dalam UMNO. Ia berikutan tindakan saya melantik seorang ADUN daripada UMNO (Datuk Aznel Ibrahim) sebagai setiausaha politik saya.Kalau itu satu kesalahan, saya secara terbuka ingin memohon maaf. Tetapi alasan saya sebenarnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara dua parti (UMNO dan Bersatu). Saya lihat semuanya telah berjalan dengan baik kecuali hubungan antara parti. Itu yang perlu kita perkemaskan.Kedua, (bagi menjaga) hubungan antara kerajaan (PN) dan pemimpin serta jentera UMNO. UMNO sebagai sebuah jentera parti yang kuat dan mempunyai ADUN paling ramai, maka saya fikir amat penting seorang daripada UMNO dilantik memegang jawatan itu.Itu niat saya tetapi dilihat sebagai cuba mengamalkan pecah dan perintah hingga berlaku krisis baru-baru ini.Sepanjang penubuhan kerajaan PN, apakah isu-isu atau tuntutan UMNO yang tidak ditunaikan yang mungkin mencetuskan usul undi percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri?Saya tidak tahu, tidak dimaklumkan. Tetapi seingat saya, tidak pernah dalam sejarah di negeri Perak, semua ADUN UMNO mendapat jawatan lain sama ada dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau perbadanan-perbadanan negeri. Semuanya ada peranan lain dalam kerajaan, melebihi daripada zaman UMNO memimpin sendiri.Jadi saya pun tidak faham kerana saya tidak dimaklumkan.Usul undi percaya, adakah Datuk Seri menjangkakan perkara ini?Seminggu sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), apabila saya dapat tahu ADUN Pengkalan Baharu telah menghantar surat kepada Speaker DUN untuk mengusulkan satu undi percaya kepimpinan saya. Saya sudah tahu itu bukan usul percaya, itu usul tidak percaya.Dari satu segi, ramai yang menasihati saya, itu suatu perkara yang memesongkan Dewan (DUN) yang sebenarnya satu kesalahan mengikut Perintah Tetap (Sidang Mesyuarat DUN Perak). Tetapi saya tidak ambil apa-apa tindakan.Lebih-lebih lagi, apabila saya lihat terdapat satu usul untuk menggantung Perintah Tetap supaya usul persendirian itu dapat dinaikkan dan dibahaskan terlebih awal, telah dibawa bersama oleh seorang ADUN daripada DAP dan seorang ADUN daripada UMNO.Apabila saya lihat sampai sanggup hendak bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan saya, saya fikir saya perlu main satu peranan supaya dapat mengamankan keadaan dengan tidak menyebabkan perbalahan di antara kita, jadi itu yang saya buat.Orang kata saya jiwa besar, bukan jiwa besar tetapi ia sesuatu yang saya perlu lakukan untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku di dalam politik di negeri kita.Boleh ceritakan apa perasaan waktu itu, adakah bercampur baur dan sedih? Ini kerana dalam tempoh tiga tahun Datuk Seri menjadi Menteri Besar, Datuk Seri berhadapan dengan rakan dan musuh yang sama.Saya cuma berasa pelik. Saya tidak berasa marah, saya tidak rasa kecewa, saya tidak berasa sedih.Ahmad Faizal dilantik sebanyak dua kali sebagai Menteri Besar Perak.Mungkin kalau ada sedikit marah pun kerana saya lihat sampai sanggup rakan-rakan dalam PN bekerjasama dengan pihak pembangkang terutama sekali DAP dalam usaha untuk menjatuhkan saya.Sedangkan, saya berpandangan pada waktu itu kalau mereka mahu berbincang dengan saya secara baik, ada besar kemungkinan saya nak dengar.Bukan sahaja mendengar, mungkin saya juga akan mengambil tindakan-tindakan yang boleh menguntungkan mereka. Mendapatkan matlamat yang mereka sasarkan tanpa perlu melalui seperti apa yang kita lalui di sidang Dewan (DUN).Kerjasama yang Datuk Seri sebutkan berkaitan dengan DAP, adakah Datuk Seri merasakan kerjasama itu hanya secara kebetulan?Pertama, mereka tidak akan mengaku. Kedua, mana logiknya seorang ADUN daripada DAP dan seorang ADUN daripada UMNO menghantar surat untuk menggantung Perintah Tetap (Mesyuarat DUN Perak), beza lima minit pada hari yang sama sebelum sidang Dewan (DUN)?Tentunya ada perancangan, jadi saya fikir perkara ini tidak perlu buat. Bincang elok-elok mungkin saya boleh bagi satu keputusan yang menepati matlamat mereka. Itu yang saya sebutkan tadi.Kalau hendak buat pun, semua orang tahu pada hari itu saya hendak bentangkan usul Belanjawan Negeri Perak 2021.Terdahulu, Menteri Besar Perak yang baharu telah mengeluarkan kenyataan bahawa usul belanjawan yang dibentangkan sebelum ini, sama seperti usul yang mahu saya bentangkan.Jadi apa salahnya kita luluskan dahulu belanjawan berkenaan? Kemudian hendak buat usul percaya, usul amat tak percaya ke, buatlah.Tetapi sebelum itu saya fikir, dahulukanlah perkara yang penting. Dahulukan perkara yang paling dekat dengan rakyat, yang mustahak kepada rakyat.Berbalik kepada 5 Disember lalu apabila Datuk Seri dilihat sebagai seorang berjiwa besar, nampak cool, boleh berjumpa semua orang, bagaimana Datuk Seri dapat kekal tenang dan mengapa Datuk Seri tidak melawan?Kenapa saya tidak melawan? Seperti saya sebut tadi, saya mahu jaga kestabilan.Kalau saya suruh anak-anak buah saya berkumpul, baring di tengah jalan menuju istana, itu akan menyebabkan ketidakstabilan. Malu dekat orang negara luar, jadi itu saya cuba elakkan.Yang kedua, pada saya jawatan sebagai MB satu amanah yang cukup besar dan apabila ia dibebaskan daripada saya, sebenarnya ia mendatangkan kelegaan kepada diri saya. Ini kerana I am the type of person yang kalau mahu berbuat sesuatu itu saya buat bersungguh-sungguh.Bila saya dapat amanah yang besar sebagai seorang MB, saya buat sungguh-sungguh.Dalam kesungguhan itu, ia memberi kesan kepada diri saya dan apabila terlepas beban itu, memang rasa lega sedikitPada saat Datuk Seri kehilangan kuasa sebagai MB, siapakah individu yang sentiasa berada di samping Datuk Seri dan terus menyokong Datuk Seri? Apa pula reaksi keluarga mengenai situasi itu?Agak menarik bila anda tanya soalan itu, sebab mereka yang terpaksa undi tidak percaya kepada saya, adalah dalam kalangan sebenarnya yang percaya pada saya.Ada antaranya ADUN-ADUN UMNO dan ADUN-ADUN lain yang hendakkan saya kekal sebagai MB, (tetapi) terpaksa ikut arahan parti masing-masing dan ramai jumpa saya sambil menangis, nyatakan sokongan namun tidak mampu melawan arahan pucuk pimpinan masing-masing.Anak-anak seronok tapi mereka tidak tahu apa-apa. Bila saya bukan lagi MB, anak-anak kata saya boleh luang lebih banyak masa dengan mereka. Isteri saya pula agak kecewa kerana saya sepatutnya mampu melakukan lebih banyak agenda pembaharuan di Perak.Banyak perkara yang saya lakukan belum capai tahap dimahukan. Contohnya usaha menjaga kelestarian alam sekitar, membantu menangani perubahan iklim. Perkara ini hendak buat tapi belum tercapai.Isteri dan keluarga banyak terasa (kecewa) sebab (banyak perkara) tidak sempat saya nak buat. Saya sendiri pun terasa "Alamak...kalau tidak dapat buat banyak lagi."Banyak sebenarnya usaha hendak dibuat termasuk pemutihan tanah, inisiatif buka tanah untuk tujuan pertanian bagi membantu golongan muda dalam industri pertanian dan saya harap kerajaan baru akan buatlah.Pada saat rakan-rakan ADUN lain datang berjumpa Datuk Seri dan menangis, apa penjelasan Datuk Seri kepada mereka?Saya katakan kepada mereka, ‘You all kena follow arahan parti lah, sehingga saya terpaksa dikorbankan maka dikorbankanlah. It's okay’. Lagipun saya bukan superman, bukan kiamat lagi esok. Hari ini saya tak jadi MB pun tidak berlaku apa-pun di Perak tu.Cuma cara berlaku itu, kita rasa amat kesal sedikitlah, kita kena berlapang dada. Jangan ingat politik itu segalanya, kena yakin bahawa setiap satu yang berlaku itu Allah SWT tentukan.Datuk Seri berusaha keras untuk menyelamatkan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang berdepan kerugian teruk sewaktu zaman pentadbiran kerajaan terdahulu. Bagaimana perasaan Datuk Seri selepas MAPS akhirnya dilihat kembali bernyawa? Adakah usaha itu tercapai sepenuhnya?Alhamdullilah, kita nampak peningkatan mendadak pada MAPS sehingga pada satu tahap, kita mampu bayar gaji sendiri dan (kerajaan) tidak perlu top up duit.Tetapi selepas itu banyak lagi masalah lain kerana beban hutang yang ditanggung MAPS yang terlalu besar.Namun, saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dalam beberapa bulan lagi oleh pengurusan baharu yang akan dilantik oleh kerajaan baharu, bukan di bawah saya.Tak apalah di zaman orang lain pun saya percaya isu membabitkan MAPS boleh diselesaikan.Mungkin Datuk Seri boleh berkongsi kisah-kisah kejayaan lain yang boleh dibanggakan di bawah pentadbiran Datuk Seri selaku Menteri Besar selama hampir tiga tahun?Saya tak nampaklah saya bawa perkara baharu. Tetapi perkara yang setiap kerajaan perlu lakukan adalah mengatasi masalah rakyat.Isu-isu didepani rakyat seperti isu tanah, kita dapati banyak tanah yang diceroboh dan diusahakan secara haram dan kita tubuhkan jawatankuasa untuk pulihkan keadaan tersebut. Ia perlu diteruskan.Ahmad Faizal dan isterinya, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi meluangkan masa bersama memasak hidangan rendang udang galah untuk berbuka puasa di Kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh.Bayangkan mereka yang bertani dan bergantung hidup kepada kehidupan atas tanah kecil itu, mereka ini perlu diberi hak milik untuk meneruskan kegiatan pertanian itu. Kecualilah kalau tanah itu mempunyai rizab sungai, rizab jalan dan sebagainya.Masalah rumah juga masalah besar di Perak. Kita tidak mempunyai banyak duit dan tidak mampu buat infrastruktur yang baik. Tetapi kita buka tanah untuk dimajukan oleh pemilik sendiri.Selain itu, masalah peneroka Felda yang sudah berpuluh tahun tidak selesai... kini kita selesaikan masalah pemilikan tanah peneroka Felda. Berpuluh tahun tidak selesai, tetapi kini kita buka tanah bagi tujuan pemberian lot-lot untuk dimajukan.Selain itu, masalah tanah peneroka-peneroka Felda melalui kerajaan yang saya tadbir sebelum ini juga telah diselesaikan.Hanya ada 141 lot tanah sahaja yang masih belum selesai isu pemilikannya kerana kita masih tunggu nama pewaris, namun kebanyakannya diselesaikan.Saya nampak kejayaan pentadiran saya adalah (atas faktor) saya selalu beritahu pegawai kerajaan supaya jangan tangguhkan usaha siapkan sesuatu isu. Kena siapkan kerja satu persatu sehingga masalah itu selesai.Apakah polisi kerajaan di bawah pentadbiran Dato Seri yang dirasakan perlu diteruskan oleh pentadbiran kerajaan baharu?Polisi pemutihan tanah, pemberian milikan tanah, perumahan dan juga pertanian secara komersial (dijalankan) dengan penuh serius. Ini kerana kita dapati Perak mempunyai tanah yang luas.Negara mengimport makanan lebih RM50 bilion setahun, jadi sebenarnya ada banyak duit di situ. Projek pertanian perlu banyak dilaksanakan di peringkat negeri kerana Perak mempunyai banyak tanah. Jadi saya berharap semua polisi itu dapat diteruskan.Dalam keadaan Datuk Seri berjiwa besar melepaskan jawatan demi menjaga kestabilan, masih ada lagi terdapat tuduhan-tuduhan liar dilemparkan terhadap Datuk Seri seperti tindakan menjatuhkan Datuk Seri sebenarnya mendapat restu pihak Istana dan aktiviti penjualan ladang. Adakah Datuk Seri terkilan dengan tuduhan-tuduhan itu?Saya fahamlah bila orang nak justify keadaan itu, mereka terpaksa create something. Tetapi saya sudah jawab semua (sebelum ini). Sebab ada yang kata saya hendak dijatuhkan atas perkenan Tuanku Sultan (Perak) sendiri.Suka saya hendak bertanya kepada ADUN-ADUN terlibat, adakah mereka mendengar titah daripada Tuanku Sultan sendiri tentang perkara itu? Jika tidak, sebagai pemimpin apakah kita seharusnya terima bulat-bulat khabar angin yang sampai pada mereka?Jadi, pengalaman ini mengajar kita supaya lebih berhati-hati sebagai pemimpin. Bila kita hendak buat keputusan, kita tidak boleh buat keputusan mengikut apa yang kita dengar dan kita tengok. Kita mesti fikir juga apakah impak yang akan berlaku di sekeliling, terutama sekali kepada rakyat.Sebagai Pengerusi Bersatu Perak, bagaimana Datuk Seri melihat impak krisis yang berlaku terhadap penerimaan akar umbi?Pada saya, di peringkat akar umbi, orang Melayu seronok lihat penyatuan di antara UMNO, Pas dan Bersatu. Yang tidak mahu itu siapa? Orang yang bimbang mereka tidak dapat memenuhi kepentingan diri sekiranya ketiga-tiga parti ini bersatu. Itu yang mereka tidak mahu.Jadi orang itu mesti berjiwa besar. Saya sudah buktikan kepada rakyat, jangan rebut jawatan. Saya berjiwa besar untuk orang ramai dan bukan untuk saya.Bukan juga untuk parti saya tetapi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Bukannya untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.Ingat balik, bukannya ahli UMNO, Pas dan Bersatu yang tidak mahu. Cuma ada pemimpin kecil di peringkat akar umbi yang bimbang jika ada penyatuan ini, maka peluang untuk mendapatkan sesuatu kerusi (pilihan raya) amat tipis.Di beberapa negeri, kerusi MB dianggap 'panas' selain kerusi di Perak. Bagaimana Datuk Seri melihat kedudukan kerusi-kerusi ini selepas krisis di Perak?Kalau kita masih lagi berpendirian seperti sebelum ini iaitu kerusi itu amat penting untuk perjuangan parti kita, dengan jadi Menteri Besar kita akan mendapat tiket ekspres hendak masuk syurga, maka buatlah... berebutlah.Tetapi saya berpandangan, sebenarnya tiket dapat jadi MB ini adalah tiket nak masuk neraka lebih cepat? Ya. Terlalu banyak dugaan, cabaran dan tanggungjawab besar yang bukan mudah untuk semua orang pikul. Ia bukanlah mudah.Jawatan bukan satu perkara yang menjadi ultimatum, bukan sesuatu benda yang kita mesti kejar. Ini yang pemimpin-pemimpin kecil macam saya kena faham.Kalau kita ingat, sekiranya kita berpegang prinsip tidak jadi MB, baik tidak payah jadi orang politik, itu tidak betul. Kita mesti terus memberi perkhidmatan dalam apa jua kapasiti. Sebagai ahli biasa pun kita masih boleh berbakti dan buat pahala jika ia boleh bawa kita ke syurga.Bagaimana Datuk Seri melihat krisis di Perak akan mempengaruhi proses perbincangan pembahagian kerusi pilihan raya yang sedang giat dijalankan antara Bersatu, UMNO dan Pas di peringkat Pusat?Itu yang saya sebutkan dalam kaedah pemasaran. Kita mesti membezakan antara keperluan dan kehendak. Kalau ikut kehendak parti, kita hendak semua kerusi.Tetapi dari segi keperluan, kita faham keperluan mentadbir kerajaan. Kita perlu mencukupkan bilangan kerusi untuk menubuhkan kerajaan. Jadi, itu keperluan.Jadi untuk memenuhi keperluan itu, parti-parti seperti UMNO, Pas dan Bersatu perlu bergabung. Kita nampak sekiranya usaha ini dapat dilakukan dengan ikhlas, kita dapat tubuhkan kerajaan yang kukuh. InsyaALLAH dalam pilihan raya akan datang, kita akan dapat sokongan majoriti dua pertiga.Itu keperluan, kita perlu pentingkan keperluan daripada kehendak. Kalau Bersatu bertanding di semua kerusi sekalipun, adakah kita akan berjaya? Tidak. Jadi kita perlu memikirkan kekuatan secara bersama, sebagai satu coalition yang dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil. Itu lebih penting.Jadi, semua orang mesti tahu bila masa hendak berkorban. Bila masa hendak menerima, perlulah memberi. Itu caranya untuk semua jadi elok.Selepas Datuk Seri terpaksa meletakkan jawatan Menteri Besar Perak, adakah Datuk Seri pernah mengambil masa bersendirian mengenangkan apa yang telah berlaku?Tidaklah sampai titis air mata, itu tiada. Saya sentiasa fikir bagaimana hendak mengubah satu-satu perkara menimbulkan negatif kepada positif. Itu yang saya cuba fikirkan.Bagaimana hendak membuatkan perkara negatif berlaku kepada saya menjadi positif kepada kalangan rakyat.Apa yang perlu saya buat untuk memberikan satu mesej kepada rakyat bahawa ini yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang mereka harapkan. Itu yang saya cuba buat, lakukan sebaik mungkin.Mungkin Datuk Seri boleh ulas sedikit usaha keras dilakukan kerajaan negeri dalam mempromosi sektor pelancongan di Perak dan melaksanakan transformasi menambah baik kualiti perkhidmatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada rakyat sebelum ini.Selain daripada usaha-usaha kerajaan saya melakukan proses pemutihan tanah dan sebagainya, kita juga melihat bahawa industri pelancongan adalah amat penting dan menjana ekonomi kepada rakyat dengan begitu banyak.Jadi, dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita memberi fokus kepada memperkenalkan kawasan-kawasan menarik di sekitar Perak.Kita harapkan selepas selesai masalah PKP, orang akan ingat Perak bila pergi bercuti. Banyak juga kejayaan kita capai selain daripada memberi latihan-latihan kepada pemain industri pelancongan.Di dalam pentadbiran saya, saya juga melihat bahawa masalah GLC-GLC dan perbadanan negeri yang mempunyai bidang tugasan bertindih sesama mereka berjaya diselesaikan.Contohnya, syarikat Perbadanan Menteri Besar (MB Incorporation) melaksanakan aktiviti perlombongan sumber mineral. Tetapi Perbadanan Pertanian Negeri Perak (PPNP) yang menjumpai sumber mineral di kawasan projek pertanian mereka, juga mahu melakukan aktiviti perlombongan. Jadi fungsi akan bertindih dan tidak tertumpu.Justeru, saya mengambil tindakan bagi mengembalikan fokus hakiki mereka. Jadi ini antara kejayaan yang saya kira boleh dibanggakan yang berjaya kami buat dalam masa yang singkat.Selepas apa yang berlaku, sekiranya kepimpinan Bersatu memutuskan untuk Datuk Seri dilantik sebagai menteri Kabinet di peringkat Pusat, mengambil kira Datuk Seri juga merupakan Timbalan Presiden parti itu, adakah Datuk Seri sedia menerimanya?Sebagai seorang ahli parti, saya akan sentiasa menurut perintah daripada parti. Presiden parti saya adalah Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).Kalau beliau mengarahkan saya untuk mengambil satu-satu jawatan, saya akan terima perkara itu sebagai satu arahan dan akan cuba lakukan dengan sebaik mungkin.Ahmad Faizal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Perak sejak 2018. Apa selepas ini kepada saya adalah amat tidak penting. Tetapi kalau saya ditakdirkan jadi menteri kanan, saya ada sebut mengenai ‘Seri Satria’... itu hanya bergurau.Tetapi saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri dan menerangkan kepada beliau tentang hasrat saya untuk bekerja kuat bagi memastikan kesiapsiagaan jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang.Saya berhasrat untuk pergi ke setiap negeri untuk melihat persiapan jentera parti di setiap bahagian dan juga semua negeri.Jadi itu fokus saya hari ini.Penyatuan ketiga-tiga parti Melayu diakui formula mujarab untuk menang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU akan datang. Apakah pendapat Datuk Seri?Jangan gaduhlah. Kalau orang itu calon daripada Bersatu yang pernah bertanding pada pilihan raya umum (PRU) lepas dan menang, seperti saya di Parlimen Tambun, kerusi itu milik dia.Kalau bergaduh, Pas letak calon, UMNO letak calon, Bersatu letak calon, PKR letak calon... maka kebarangkalian lebih besar calon PKR boleh menang.Jadi apa gunanya kita bergaduh dan akhirnya orang lain menang? Ini (semua orang) kena bagi faham betul-betul dahulu. Hendak menerima, kita mesti tahu untuk memberi.
4
22 Disember 2020 09:00am
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/115545/berita/wawancara/video-menangani-isu-pendidikan-generasi-yang-tersisih
[VIDEO] Menangani isu pendidikan 'generasi yang tersisih'
SESI persekolahan tahun 2020 yang hanya berlangsung selama empat bulan akibat pandemik Covid-19 ternyata meresahkan Dr Maszlee Malik yang telah menghabiskan sebahagian besar usianya untuk dunia pendidikan.Menurut bekas Menteri Pendidikan itu, kebimbangan terbesar beliau ialah kemungkinan munculnya kumpulan murid tercicir di peringkat asas disebabkan tidak dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka khususnya di sekolah rendah.Menggelar kumpulan tersebut sebagai ‘generasi tersisih’, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu baru-baru ini melancarkan kempen pendidikan #UntukMalaysia bagi membuka peluang kepada seberapa ramai pemegang taruh untuk memberi cadangan dan mencari solusi terbaik berhubung pelbagai isu pendidikan di Malaysia.Selain kerajaan, pihak rakyat juga kena melakukan sesuatu seperti inisiatif berkonsepkan daripada rakyat kepada rakyat, kata beliau.Ikuti wawancara wartawan Sinar Ahad, Raiham Mohd Sanusi bersama Dr Maszlee di pejabat beliau di Cyberjaya, Rabu lalu.SINAR AHAD: Yang Berhormat (YB) menyebut tentang ‘the lost generation’ dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat Selasa lalu. Boleh YB perincikan maksudnya dalam konteks pendidikan di Malaysia?DR MASZLEE: Isu generasi tersisih atau ‘lost generation’ ini sebenarnya satu isu besar kerana ia akan menentukan kelangsungan masa depan negara. Siapakah generasi tersisih ini? Mereka ialah anak-anak yang pada 2020 berada di prasekolah, yang akan masuk Tahun Satu pada 2021 atau anak-anak Tahun Satu yang akan masuk Tahun Dua nanti.Kenapa dipanggil ‘lost generation’? Kerana kedua-dua golongan ini tidak bersekolah, tidak mendapat pendidikan langsung secara bersemuka dengan guru-guru mereka selama hampir setahun. Walhal kedua-dua peringkat ini merupakan peringkat asas untuk minda mereka ditanam dan diperkuat dengan kemahiran asas pendidikan iaitu mendengar sambil memahami, membaca, menulis dan mengira.Apabila selama hampir setahun tidak pergi ke sekolah dan mereka tidak didedahkan dengan rutin persekolahan setiap hari, pada tahun hadapan mereka akan menghadapi kesukaran untuk ke sekolah semula.Ini disebabkan selama hampir setahun ini mereka tidak ke sekolah dan tidak berdisiplin untuk pergi ke sekolah. Keduanya, saya kira ini yang paling membahayakan kita iaitu kadar buta huruf dalam kalangan anak-anak daripada kedua-dua generasi ini akan meningkat. Kalau kita ikut tahun biasa sama ada murid prasekolah atau Tahun Satu, mereka akan didedahkan dengan kemahiran asas ini. Namun, untuk kedua-dua generasi ini, mereka akan ketinggalan satu tahun persekolahan.Keadaan ini akan berterusan iaitu murid Tahun Satu akan pergi ke Tahun Dua, murid prasekolah pula akan pergi ke Tahun Satu. Mereka ini selepas 10 tahun akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi apakah yang akan berlaku kepada mereka?Inilah yang kita lihat tidak dibincangkan secara meluas dalam masyarakat bagi mencari solusi secara kolektif dengan semua pemegang taruh dan pakar-pakar untuk menghadapi masalah ini.Mengapakah YB benar-benar mengambil berat terhadap isu murid cicir ini?Sesiapa sahaja yang mempunyai jiwa pendidik, jiwa ibu bapa dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab berhak untuk berasa gusar dan risau terhadap isu ‘lost generation’ berserta penyelesaiannya. Kalau anak-anak kepada keluarga T20 atau sebahagian M40 tak apa lagi, tapi bayangkan anak-anak orang asli.Bayangkan anak-anak keluarga miskin kota yang duduk di rumah Projek Perumahan Rakyat, bayangkan anak-anak kepada ibu bapa yang buta huruf, bayangkan anak-anak kepada ibu bapa yang terpaksa keluar membanting tulang dari pagi hingga malam untuk mencari sesuap nasi.Bayangkan anak-anak yang berada di kampung yang tidak mempunyai ibu bapa yang boleh mengajar mereka di rumah atau tidak mempunyai kemampuan untuk menghantar mereka ke kelas tuisyen ataupun memanggil cikgu tuisyen datang ke rumah, apatah lagi mereka yang tidak memiliki peranti yang cukup untuk anak-anak ini belajar secara dalam talian.Begitu juga kita mesti ingat pada tahap paling asas ini, pembelajaran dalam talian tidak akan dapat menggantikan pembelajaran secara bersemuka antara guru dan murid. Inilah yang kita risaukan. Kenapa saya suarakan? Kerana ini merupakan suara hati ibu bapa, guru, pendidik dan semua rakyat yang sayangkan negara ini.Selain generasi tersisih dan murid cicir, ada lagi satu golongan pelajar yang terjejas sewaktu pandemik iaitu orang kelainan upaya (OKU). Apakah dilema mereka?Isu golongan OKU ini sentiasa bermain di bibir saya iaitu sebelum saya masuk politik lagi. Selepas saya masuk politik dan menjadi menteri, kemudian tidak menjadi menteri lagi, saya sentiasa membicarakan isu OKU kerana mereka dikira sebagai masyarakat rentan dan juga masyarakat terpinggir. Kenapa?Kerana isu ini bukan sahaja melibatkan anak-anak tetapi juga ibu bapa. Apabila kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat, bayangkan murid berkeperluan khas ini terpaksa duduk di rumah. Bukan semua ibu bapa mempunyai kepakaran. Bukan semua ibu bapa mempunyai kesabaran. Bukan semua ibu bapa mempunyai ilmu untuk berhadapan dengan anak-anak mereka, mendidik anak-anak mereka apatah lagi untuk meningkatkan kemampuan, kemahiran dan pengetahuan anak-anak berkeperluan khas ini.Tetapi isu ini juga tidak dibincangkan secara serius dan tidak ada solusi tuntas untuk mereka. Bukan sekadar murid malah ibu bapa mereka juga bergelut untuk mendidik anak-anak ini sewaktu PKP apabila sekolah ditutup.Sebab itu saya lihat isu ini merupakan isu negara. Isu ini isu rakyat yang rakyat ternanti-nantikan apakah solusinya. Isu ini bukan isu politik tetapi isu masa depan negara, isu kebajikan semua rakyat, isu bagi mereka yang mempunyai manusiawi di dalam sanubari.Dr Maszlee Unesco melaporkan perbelanjaan pendidikan isi rumah menurun sebanyak lebih 80 peratus sejak Covid-19 melanda. YB pernah suarakan teori kesenjangan ini di mana semakin sempit poket, semakin terjejas hal pendidikan. Apa komen YB?Bagi anak-anak daripada golongan rentan dan terpinggir, ada dalam kalangan mereka menganggap sekolah merupakan satu harapan iaitu satu tempat yang memberikan mereka bukan sahaja pendidikan tetapi juga kebajikan. Ada antara mereka yang mendapat manfaat rancangan makanan tambahan, makanan yang lebih berkhasiat. Ada yang mendapat ruang untuk belajar, ruang untuk mereka berekspresi dan ruang untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Apabila sekolah ditutup, anak-anak ini terperap di rumah. Ada antara mereka yang menghadapi masalah keluarga di rumah, ada rumah yang terlalu sempit, ada yang ibu bapa mereka terpaksa keluar bekerja dan mereka terbiar di rumah. Ada juga yang tidak mempunyai peranti dan sebagainya.Pada waktu ini juga golongan rentan dan terpinggir ini akan ketinggalan dari segi pelajaran, ketinggalan daripada mendapat makanan bernutrisi dan ketinggalan dari segi perkembangan mental, kerohanian dan intelektual.Pada masa yang sama terdapat golongan atasan dan berkemampuan dalam masyarakat. Anak mereka mampu pergi tuisyen, mampu melakukan pembelajaran secara dalam talian atau mampu menguruskan kehidupan dan pembelajaran mereka pada musim pandemik dan pergerakan dikawal.Kita lihat berlaku kesenjangan yang semakin luas dan melebar antara golongan kelas yang mampu dan kelas rentan yang tidak berkemampuan. Ini yang kita risau. Apakah nanti apabila tahun-tahun mendatang, kesenjangan ini semakin melebar, semakin dirapatkan ataupun menjadi semakin parah?Ini kerana ramai dalam kalangan anak-anak rentan ini yang sudah menunjukkan sikap tidak mahu kembali ke sekolah. Mereka hilang minat untuk belajar dan tidak dinafikan, banyak kajian menunjukkan mereka putus asa dengan kehidupan dan mengalami tekanan mental.Jika tiada solusi yang tuntas dan holistik daripada kerajaan, maka saya rasa pihak rakyat kena lakukan sesuatu iaitu inisiatif yang berkonsepkan daripada rakyat kepada rakyat.Bagaimana masyarakat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut? Pertama sekali, saya menyeru seramai mungkin mereka yang peka dengan isu ini untuk menyertai gerakan pendidikan #UntukMalaysia yang telah saya lancarkan. Bagi gerakan #UntukMalaysia di setiap negeri, mereka mempunyai cawangan masing-masing yang dipanggil sebagai kampus. Contohnya, Kampus #UntukMalaysia Johor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan sebagainya.Saya yakin di pihak masyarakat, mereka mempunyai solusi yang kreatif. Satu keistimewaan generasi muda hari ini ialah mereka begitu kreatif untuk memberikan solusi. Generasi lama pula tidak bolehlah bersikap terlalu bongkak dan enggan mendengar apa-apa inisiatif daripada golongan muda.Kalau ditanyakan kepada saya, saya yakin saya tiada ‘peluru perak’ untuk menyelesaikan semua masalah. Tetapi saya yakin sekiranya kita mendapatkan seramai mungkin pihak pemegang taruh dan mereka yang peka dan cakna dalam isu ini, banyak solusi yang akan kita boleh lakukan. Solusi berada di tangan kita, dari masyarakat untuk masyarakat.Ada pihak mencadangkan supaya murid tersisih ini menjalani semula proses persekolahan seperti pada awal tahun bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Apa pandangan YB?Ini merupakan salah satu daripada cadangan yang ada, banyak lagi cadangan lain. Sebab itu saya utarakan pewujudan Majlis Tindakan Pendidikan Nasional. Orang yang paling tahu berkaitan isu ini sudah tentunya para guru. Jadi, NUTP merupakan elemen terpenting untuk kita libatkan dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan pendidikan.Masyarakat yang berada di Gua Musang, Sandakan, Kota Samarahan, Kubang Menerong atau Layang-layang, mereka lebih tahu masalah mereka. Guru lebih tahu keadaan setempat, begitu juga dengan para aktivis pendidikan, mereka lebih memahami keadaan sekeliling. Bagi anak-anak orang asli dan masyarakat rentan, mereka juga lebih mengetahui keadaan semasa mereka.Kita libatkan juga cerdik pandai daripada institusi pengajian tinggi, pihak komuniti, pihak swasta, media dan semua NGO yang mempunyai kecenderungan dan minat terhadap pendidikan. Itu yang kita katakan sebagai pendidikan untuk semua dan pendidikan tanggungjawab kita bersama.Wujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Nasional kerana saya yakin banyak lagi solusi yang kita boleh kemukakan untuk menyelesaikan isu-isu pendidikan.Inisiatif #UntukMalaysia bukan gerakan politik. Ia melangkaui politik, ideologi, kepercayaan, etnik dan juga geografi. Kita ingin bersama-sama menggemblengkan tenaga dan menggerakkan masyarakat untuk bersama-sama memberikan penumpuan terhadap pendidikan anak-anak menerusi inisiatif tersebut.Apakah harapan YB terhadap masa depan pendidikan negara?Harapan saya supaya pendidikan negara ini tidak dipolitikkan. Marilah kita bersama membina pendidikan negara sehingga bertaraf dunia dan kita boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain. Harapan ini boleh dicapai jika kita mempunyai hati yang terbuka, berlapang dada dan meletakkan pendidikan melampaui jalur politik, sempadan kepercayaan, geografi dan apa juga yang memisahkan kita. Kita tinggalkan jubah perbezaan, kita letakkan bahu kita bersama-sama menggalas tanggungjawab pendidikan secara kolektif demi masa depan negara.ANEKDOTKeluarga segala-galanyaSaya amat mencemburui waktu lapang kerana kita sukar menemui kelapangan. Namun, waktu lapang saya dedikasikan kepada keluarga kerana keluarga adalah segala-galanya. Lebih penting daripada itu, siapa pun kita walau di mana pun kita, apa pun jawatan kita, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita. Jadi saya suka menimba ilmu-ilmu baharu sama ada dengan membaca buku atau berinteraksi dengan orang yang lebih berilmu. Kadangkala ilmu ini tidak semestinya datang daripada cikgu, kadang-kadang orang yang lebih muda daripada kita, orang yang punyai kepakaran, jadi mereka boleh kongsikan dengan kita.Gemarkan aktiviti sukan soloSaya gemarkan sukan secara bersendirian. Contohnya, saya suka melakukan senaman di gimnasium bersendirian, saya suka joging bersendirian dan menaiki basikal bersendirian. Ini kerana sukan atau riadah ini menjadi terapi kepada saya untuk menghilangkan tekanan. Ia juga memberi waktu untuk melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri. Saya luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari untuk lakukan aktiviti ini.Minat filem beri inspirasiAda beberapa buah filem yang saya sentiasa ulang tonton. Pertama, filem sains fiksyen Interstellar mengenai pengembaraan merentasi cakerawala tetapi berpaksikan cinta. Apa yang menarik ialah tentang ikatan kekeluargaan dan cinta itu walaupun merentas cakerawala tetapi ia tetap tidak boleh diputuskan.Keduanya, filem The Greatest Showman. Filem ini berorientasikan motivasi iaitu bagaimana pengasas sarkas mengalami jatuh bangun tetapi ia berterusan sampai hari ini.Filem yang saya terkesan juga ialah cerita Anakku Sazali dan Antara Dua Darjat. Tan Sri P Ramlee cuba membawa masyarakat melihat kesenjangan ekonomi dan bagaimana kelas ekonomi itu membezakan sikap dan tingkah laku masyarakat.
4
20 Disember 2020 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/114544/berita/wawancara/tak-masuk-akal-tolak-belanjawan
Tak masuk akal tolak belanjawan
WALAUPUN Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 6 November lalu telah diluluskan pada peringkat dasar dan jawatankuasa, namun masih ada yang bimbang ia akan ditolak pada bacaan ketiga minggu depan.Ia susulan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mungkin menolaknya gara-gara isu moratorium dan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Bagaimanapun, dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Tengku Zafrul menegaskan KWSP dan moratorium bukanlah isu bajet memandangkan kedua-dua isu itu masih boleh ditambah baik meskipun Belanjawan 2021 telah lulus sepenuhnya nanti.Dalam wawacara kali ini, Tengku Zafrul turut mengulas mengenai persepsi sesetengah pihak yang cuba melabelkan dirinya sebagai pro-bank atau lebih berpihak kepada bank selain menceritakan pengalamannya selama lebih sembilan bulan menjadi Menteri Kewangan.SINAR AHAD: Setelah lebih sembilan bulan berada di kerusi Menteri Kewangan, apakah perkara yang boleh Datuk Seri kongsikan? Ramai rakyat di luar sana yang mula-mula skeptik kerana latar belakang korporat Datuk Seri. Malah, ada juga yang risau Datuk Seri lebih menjaga kepentingan bank dan pihak swasta. Apa komen Datuk Seri?TENGKU ZAFRUL: Saya ada baca komen rakyat kata saya jaga bank lebih daripada saya jaga rakyat. #MenteriJagaBank, #BankerJagaBanker dan sebagainya. Saya baca semua teguran khasnya di FB dan Twitter. Kadang-kadang adalah saya terasa hati sedikit.Saya pun manusia juga. Lebih-lebih lagi bila dilemparkan anggapan begitu sedangkan setiap hari saya dan pasukan MOF bekerja bersungguh-sungguh untuk cari penyelesaian bagi isu ekonomi rakyat.Saya tahu ada pihak yang cuba melabelkan saya pro-bank atau lebih berpihak kepada bank. Sebaliknya pula, kawan-kawan lama saya di sektor swasta menganggap saya sekarang semakin antimarket (antipasaran) kerana lebihkan pendekatan berkebajikan.Dalam isu moratorium contohnya, ramai rakan saya di sektor perbankan yang mengkritik saya terlalu ‘cenderung’ mahu memuaskan hati rakyat. Mereka kata saya sebagai bekas banker sepatutnya lebih faham pentingnya untuk kurang campur tangan dalam kuasa pasaran bebas.Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah antara negara pertama yang kerajaannya menyatakan pandangan dengan aktif dalam isu moratorium yang sebenarnya kuasa mutlak pihak bank.Namun bagi saya, bila rakyat ingat saya pro-bank dan bank pula ingat saya pro-rakyat, mungkin itu petanda baik bahawa kerajaan telah memainkan tanggungjawab mencari keseimbangan antara matlamat kebajikan rakyat dan memelihara pasaran bebas.Saya faham rakyat sedang menghadapi cabaran menyara kehidupan dalam suasana semasa ini. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat, maka kita perlu teruskan usaha memulihkan ekonomi untuk kebaikan semua.Adakah Datuk Seri telah lama memasang cita-cita untuk memegang jawatan menteri?Sepanjang hidup saya, tak pernah terlintas dalam hati untuk terlibat dalam politik atau kerajaan. Itu sebabnya bila ditawarkan jadi Menteri Kewangan, saya memang tidak langsung jangkakan dan sudah tentu pada mulanya saya cenderung untuk menolak. Saya sedar ramai lagi ahli Parlimen yang lebih inginkan jawatan tersebut.Perdana Menteri terangkan kepada saya – dalam keadaan ekonomi mencabar akibat Covid-19 ini, beliau perlukan Menteri Kewangan yang tidak terbeban dengan tugasan politik sebaliknya lebih fokus kepada mencari penyelesaian kepada keperluan ekonomi negara dan ekonomi poket rakyat.Dalam keadaan politik yang masih bergolak, Tan Sri rasakan sesuai untuk jawatan Menteri Kewangan dilaksanakan oleh seorang yang di luar dunia politik.Bila Tan Sri dah cakap macam itu, saya rasa selfish jika saya tolak tanggungjawab ini. Saya diberi peluang untuk gunakan pengalaman di sektor swasta untuk bantu rakyat dan ekonomi negara.Saya juga membesar dalam keluarga penjawat awam: moyang saya dahulu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, datuk saya pula pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan ibu saya sendiri berkhidmat dalam kerajaan sehingga bersara sebagai Ketua Pengarah EPU. Justeru, saya tidak pernah rasa asing daripada naluri untuk berkhidmat dalam sektor awam, maka mengambil kira segalanya, akhirnya saya terima jawatan ini.Saya memasuki Kementerian Kewangan pada waktu Covid-19 mula menggugat kesihatan awam bersekali kewangan rakyat dan ini masih merupakan cabaran besar yang negara sedang tangani.Jujur saya katakan yang saya hanya ingin memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia dan setelah itu, saya tinggalkan kepada pewaris yang sudah tentu lebih baik.Boleh dikatakan, isu paling hangat tentang Belanjawan 2021 adalah isu KWSP. Rata-rata rakyat Malaysia yang bersuara tentang isu ini mahukan pengeluaran automatik tanpa syarat. Kenapa isu ini cukup sukar untuk diselesaikan pihak kerajaan?Ya saya sedar, isu KWSP ini adalah isu yang sangat hangat. Sebelum saya jawab lanjut, kita kena ingat ini pertama kali pengeluaran sebegini dibenarkan dalam sejarah negara.Walaupun negara sudah banyak kali mengalami kegawatan ekonomi, KWSP tidak pernah membenarkan pengeluaran sebegini besar. Kita perlu akui, apa yang KWSP telah lakukan setakat ini adalah sangat luar biasa dalam sejarah institusi tersebut.Seperti yang saya sebutkan semasa penggulungan perbahasan Belanjawan 2021, isu ini adalah tentang mencari titik keseimbangan antara dua perspektif yang jauh berbeza.Perspektif pertama adalah daripada mereka yang ingin pengeluaran maksimum besar-besaran. Perspektif kedua pula datang daripada pengurusan dan Lembaga Pengarah KWSP kerana tanggungjawab utama mereka adalah untuk menjaga wang persaraan rakyat Malaysia.Tetapi kerajaan juga sedar ini waktu luar biasa. Sebab itulah, pada bulan Mac, KWSP memperkenalkan i-Lestari, di mana 4.7 juta pencarum dibenarkan mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 2 untuk tempoh setahun. Ini juga sebenarnya pertama kali Akaun 2 dibenarkan untuk dikeluarkan demi menghadapi kegawatan ekonomi.Kemudian, i-Sinar pula diperkenalkan bagi membolehkan pengeluaran Akaun 1. Dalam beberapa minggu ini sahaja, pengeluaran Akaun 1 telah diperluaskan daripada hanya 600,000 ahli KWSP, kepada 2.4 juta ahli dan kemudiannya kepada sekitar lapan juta pencarum.Had pengeluaran juga telah ditingkatkan, daripada hanya RM6,000 dalam tempoh 12 bulan, kepada RM9,000 dan kemudiannya RM10,000 dalam tempoh hanya enam bulan (bagi akaun dengan baki di bawah RM100,000).Bagi saya, kita seharusnya berikan ruang untuk KWSP selesaikan urusan pengeluaran bagi kelompok lapan juta ahli ini dahulu. Itu bermakna bukan sahaja kebajikan lapan juta pencarum, malah ahli-ahli keluarga mereka juga akan menerima manfaat. KWSP telah memberi jaminan bahawa mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memudahkan kelulusan pengeluaran.Tengku Zafrul ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu. - Foto BernamaWalaupun jelas pengeluaran maksimum ini ada baik dan buruknya, ada juga yang berkata isu KWSP ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak bagi mengejar populariti. Apa pendapat Datuk Seri?Kita sedar perkara tersebut, tetapi pokok pangkalnya, ada beberapa segmen rakyat yang betul-betul terkesan dan ingin menggunakan wang KWSP mereka sama ada untuk survival hidup atau menjana pendapatan baharu.Bila i-Sinar ditambah baik sampai tiga kali, pada saya ini menunjukkan KWSP benar-benar cuba memenuhi tuntutan ahli dan berusaha mencari keseimbangan antara ahli yang mahu keluarkan dan juga ahli yang tidak setuju pengeluaran dibuat secara besar-besaran hingga menjejaskan pendapatan simpanan persaraan mereka.Walau apa pun, KWSP telah menambah baik i-Sinar. Tetapi seperti yang saya kata tadi, marilah kita berikan KWSP ruang masa untuk menyelesaikan dahulu pengeluaran untuk lapan juta ahli yang layak ini. Juga untuk mereka di luar skop lapan juta ahli ini, pintu rayuan masih dibuka. Saya galakkan sesiapa yang memerlukan buatlah rayuan, supaya KWSP mengetahui masalah mereka.Nukilan MK atau Menteri Kewangan yang dimuat naik ke Facebook Datuk Seri juga dilihat semakin popular. Mungkin kerana bahasanya yang mudah. Ramai juga yang ingat bila Datuk Seri tulis Nukilan MK tentang Fitch tempoh hari, Datuk Seri sudah hilang sabar dengan kritikan politik yang tidak henti-henti. Adakah benar perkara itu?Bila saya tulis kenyataan itu, ramai yang ingat saya marah sebab pertama kali mereka lihat saya keluarkan kenyataan yang agak tegas. Cuma saya ikhlas nak tahu, apa sebenarnya yang mereka mahukan tentang isu Fitch ini. Sukar untuk saya dan rakan-rakan di Kementerian Kewangan nak fahami kehendak mereka jika kenyataan mereka bercanggah.Sekejap suruh kerajaan berbelanja besar untuk rakyat dan abaikan rating (penarafan), tetapi bila rating turun, mereka hentam saya pula. Bila jadi macam tu, saya keluarkanlah kenyataan tanya apa sebenarnya yang mereka nak tentang rating ini.Saya faham mungkin mereka nak berpolitik. Saya pun sedar, mana-mana kerajaan pun mesti ada politik. Tetapi bila berpolitik keterlaluan, perlulah saya jawab dengan tegas sedikit.Kita kena faham. Keadaan sewaktu tiada Covid-19 dan bila ada Covid-19 ini sangat berbeza. Cabaran ekonomi bertambah-tambah tanpa had tetapi masa kita terhad kepada 24 jam sehari.Maka kalau boleh, saya mahu gunakan masa yang terhad ini untuk mengatasi cabaran-cabaran ini baik isu pekerjaan, peniaga kecil, golongan rentan, isu keyakinan pelabur, isu perbelanjaan kerajaan dan sebagainya, bukan untuk layan kerenah politik keterlaluan.Setiap masa dan tenaga yang saya terpaksa gunakan untuk layan kerenah politik ini sepatutnya boleh saya gunakan untuk selesaikan isu-isu ekonomi rakyat semasa Covid-19 ini.Jika semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyokong Belanjawan ini, ia dijangka diluluskan semasa bacaan ketiga pada minggu depan. Buat masa ini pun, Belanjawan ini telah diluluskan untuk setiap jawatankuasa baik dari melalui undi suara atau undi belah bahagi. Namun masih ada yang risau kerana takut ada ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mungkin menolak Belanjawan ini kerana isu KWSP dan moratorium. Apa pandangan Datuk Seri tentang perkara ini?Kita perlu ingat, KWSP dan moratorium in bukan isu Belanjawan. Jika Belanjawan lulus sekali pun, kita masih boleh terus tambah baik isu KWSP dan moratorium.Selama ini pun kita dah beberapa kali tambah baik pelbagai inisiatif rakyat termasuk kedua-dua isu ini tanpa melibatkan proses di Parlimen. Prestasi kerajaan PN dalam melindungi dan membela rakyat tidak boleh dinafikan.Selain isu ini, banyak lagi perkara lain yang ada dalam Belanjawan. Terlalu banyak untuk saya sebutkan tetapi kesimpulannya, semua segmen akan dibantu. Strategi kerajaan melalui Belanjawan 2021 ini jelas.Pertama, kita bantu rakyat untuk survival mereka dengan bantuan kewangan untuk diri dan keluarga. Kedua, kita sediakan peluang untuk mereka jana pendapatan mereka dengan projek pembangunan, peluang pekerjaan, peluang latihan dan bantuan untuk usahawan serta peniaga. Ketiga, kita membolehkan mereka membina daya tahan untuk masa depan.Jadi bagi saya, jika Belanjawan ini ditolak hanya kerana dua perkara iaitu KWSP dan moratorium, tidak masuk akal. Yang susah nanti rakyat. Rata-rata rakyat memerlukan bantuan dan peluang dalam belanjawan ini secepat mungkin kerana tahun 2020 terlalu mencabar.ANEKDOT3 perkara tidak boleh dilupakan selama 9 bulan jadi Menteri KewanganTiga sahaja? (ketawa) Kalau nak ikutkan, sepanjang tahun mencabar ini, banyak milestones (pencapaian) yang telah dicapai Kementerian Kewangan. Tetapi, kalau nak dihadkan kepada tiga yang saya fikir paling bermakna, pertama, penggubalan dan pelaksanaan empat pakej rangsangan ekonomi iaitu Prihatin, Prihatin PKS Tambahan, Penjana dan Kita Prihatin yang kesemuanya bernilai RM305 bilion.Keempat-empat pakej ini adalah seperti belanjawan kecil atau bajet mini dan telah memerlukan keringat dan kreativiti untuk mencari dana dan menggubal langkah-langkah yang sesuai untuk pemulihan ekonomiSaya amat menghargai usaha warga MOF yang bersengkang mata, bertungkus lumus bukan sehari atau seminggu dua, malah sepanjang tahun untuk menyediakan pakej-pakej ini demi kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan. Tambahan pula, semasa penyediaan pakej Penjana dan Kita Prihatin, mereka juga serentak membuat persiapan Belanjawan 2021.Kedua, apabila RUU Covid telah diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat pada bulan Ogos lalu – ini jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli Yang Berhormat mampu mengetepikan ideologi politik masing-masing untuk bersatu hati mengundi Rang Undang-Undang tersebut.Ini juga penting kerana mengembalikan keyakinan rakyat kepada proses politik negara dan kepimpinan wakil rakyat yang dipilih. Sebenarnya, saya berharap semangat ini akan bangkit dalam RUU untuk menambah peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 sebanyak RM20 bilion yang akan dibentangkan dalam sesi ini nantiKetiga, pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen, dan apabila ia diterima oleh Dewan Rakyat di peringkat dasar pada 23 November.Alhamdulillah, warga MOF amat bersyukur kerana ini bermakna bantuan untuk rakyat dan perniagaan tidak lama lagi boleh disalurkan berdasarkan perancangan kerajaan, terutamanya kepada petugas barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan dan ketenteraman awam.Langkah-langkah Belanjawan 2021 ini juga amat penting untuk membawa ekonomi kita kembali ke landasan pemulihan pada tahun hadapan, InsyaALLAH.PROFILTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul AzizJawatan sekarang: Menteri KewanganUmur: 47 tahunPendidikan: Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Bristol, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter, UK.Asal: Kuala LumpurPencapaian:Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings BerhadKetua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng HoldingsMenubuhkan Tune Money Sdn Bhd
4
13 Disember 2020 09:00am
MOHD HAFIZ ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/113510/berita/wawancara/politik-khidmat-formula-kekuatan-bersatu
Politik khidmat formula kekuatan Bersatu
FORMULA utama yang menjadi kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah dengan menjaga kebajikan rakyat.Kesungguhan yang ditunjukkan oleh parti itu menyebabkan rakyat yakin mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, jika parti itu meneruskan budaya tersebut maka mereka akan terus mendapat sokongan daripada rakyat.“Arahan Muhyiddin sangat jelas bahawa kita perlu hentikan pertelagahan politik yang tak perlu pada masa ini dan fokus kepada macam mana hendak jaga kebajikan rakyat supaya tidak ada yang terus terhimpit dalam keadaan sekarang,” katanya.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Wan Saiful yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohd Hafiz Ismail dan Engku Shariful Azni di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Banyak dakwaan mengatakan kerajaan PN merupakan kerajaan pintu belakang, tidak sah dan sebagainya. Apa komen anda?WAN SAIFUL: Pada saya tuduhan seumpama ini dimanipulasi semata-mata ia kali pertama berlaku dalam negara sedangkan di negara-negara demokrasi matang, pertukaran kerajaan pada pertengahan penggal tanpa melalui pilihan raya adalah perkara biasa.Dalam negara demokrasi berparlimen seperti Malaysia, pemilihan kerajaan dibuat oleh rakyat bagi memilih wakil rakyat. Wakil rakyatnya menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri itu yang memilih kerajaan.Apabila Perdana Menteri dalam konteks Malaysia hilang majoriti atau meletakkan jawatan dan kemudian ada individu lain yang mempunyai majoriti, maka dia yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini proses sah dan teratur dalam Perlembagaan negara kita.Situasi sama berlaku di Itali pada 2018 di mana negara itu jauh lebih matang daripada kita dalam soal demokrasi. Apa yang berlaku ialah perdana menteri mereka dipilih pada pertengahan tahun sedangkan pilihan raya berlaku pada bulan Mac. Perbincangan memilih perdana menteri cukup panjang kerana melibatkan sebuah kerajaan gabungan.Namun, pada awal tahun 2019 bertukar lagi kerajaan kerana parti-parti komponen dalam kerajaan yang dibentuk pada 2018 itu isytiharkan mahu keluar dan mahu bentuk kerajaan lain. Kebetulan mereka memilih perdana menteri yang sama.Wan Saiful Wan JanDi Malaysia sekarang, orang yang tuduh Perikatan Nasional (PN) kerajaan pintu belakang itulah yang mahu mengusahakan pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya. Ini perbuatan hipokrit.Kalau apa yang berlaku sebelum ini tidak betul, mengapa mereka nak melakukan perkara yang sama sekarang?Bagaimana anda melihat prestasi kerajaan PN pada ketika ini, adakah lebih baik daripada PH ?Realitinya prestasi kerajaan sekarang dalam membela nasib rakyat sangat baik. Kita juga lihat pengiktirafan yang diperoleh pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) anjuran Malaysia yang dihadiri pemimpin tertinggi dunia yang mewakili negara masing-masing.Kita juga berjaya tangani krisis Covid-19. Jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di dunia, kita jauh lebih baik berbanding negara-negara maju. Ini kejayaan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.Betul rakyat kita terhimpit oleh krisis kesihatan yang membawa kepada kemungkinan krisis ekonomi tetapi dalam himpitan itu, rakyat tetap terbela dengan pelbagai pakej rangsangan. Ini semua kejayaan yang dicapai dalam jangka masa pendek dan kita akan teruskan.Pada masa ini, Bersatu diserang dari pelbagai sudut baik oleh pembangkang mahupun rakan dalam kerajaan PN. Apakah faktor Bersatu masih mampu bertahan?Kekuatan utama kita ialah kepimpinan Muhyiddin sendiri yang sentiasa komited untuk memastikan kebajikan rakyat terbela. Betul banyak perbezaan pandangan dan perselisihan dalam parti gabungan PN. Jangan nafi perkara ini. Cabaran ini berlaku kerana inilah kali pertama gabungan dibentuk selepas pilihan raya. Dalam suasana baharu ini, gabungan ini cuba mencari keserasian.Kita dah jumpa sedikit sebanyak formula dan kekuatan Bersatu. Kita boleh katakan bahawa kekuatan kita ialah menjaga kebajikan rakyat. Ini menyebabkan rakyat dapat lihat bahawa kita bersungguh-sungguh membela mereka, ekonomi dapat dibina kembali, peluang pekerjaan dapat ditambah dan peluang-peluang bagi peniaga kecil dapat dibuka kembali.Jika kita fokus kepada perkara ini maka rakyat melihat bahawa kita benar-benar serius untuk menjaga mereka. Saya rasa selagi mana kita teruskan budaya ini, kita akan dapat sokongan daripada rakyat. Arahan Muhyiddin sangat jelas bahawa kita perlu hentikan pertelagahan politik yang tak perlu pada masa ini dan fokus kepada macam mana hendak jaga kebajikan rakyat.UMNO telah membuat pelbagai permintaan dalam Belanjawan 2021 dan kini mereka meminta supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri pula. Apa pandangan anda?Saya rasa apa sahaja permintaan atau pandangan daripada rakan PN merupakan sesuatu yang sihat dan saya tidak nampak masalah kalau diteruskan.Apabila rakan komponen memberikan cadangan dan kerajaan memberikan respons dengan menerima cadangan itu, ia suatu yang positif. Dalam Belanjawan, ada beberapa perkara dipinda untuk disesuaikan dengan permintaan rakan komponen. Mengenai jawatan dalam kerajaan, kita perlu faham tentang Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa yang melantik semua anggota Kabinet ialah Perdana Menteri.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri menyatakan bahawa ia kuasa Perdana Menteri. Apa boleh saya katakan ialah kuasa Perdana Menteri perlu dihormati kerana jika tidak, kucar-kacir jadinya.Apakah mesej penting Muhyiddin kepada pimpinan dan ahli Bersatu pada Perhimpunan Tahunan Bersatu baru-baru ini?Ucapan yang paling penting oleh Presiden ketika itu ialah kita perlu menawarkan politik khidmat untuk bersedia menempuh PRU15 kerana ia relevan dengan suasana sosioekonomi negara sekarang.Dengan struktur sosial yang berubah secara drastik, terutamanya bagi mereka yang hilang pekerjaan, politik yang kita perlu tawarkan adalah politik berbentuk khidmat kepada masyarakat. Jika kita boleh tunjukkan keprihatinan kita kepada rakyat, kita boleh dapatkan sokongan mereka.Muhyiddin ada menyebut bahawa terdapat jurang antara parti-parti dalam Bersatu, terutamanya dengan UMNO. Bagaimana ulasan anda?Kita perlu faham bahawa Bersatu dibentuk oleh mereka yang keluar daripada UMNO di peringkat atasan. Tapi dalam kalangan anak muda, saya rasa Bersatu merupakan parti pertama yang disertai oleh mereka.Jadi, pandangan masyarakat bahawa Bersatu dibentuk oleh orang UMNO sepenuhnya adalah tidak betul. Saya sendiri datang daripada Pas.Berlaku pertelingkahan antara parti-parti sebelum PRU-14, luka-luka itu pasti ada. Muhyiddin juga berkata bahawa luka-luka itu pasti masih ada hingga kini.Jadi Bersatu perlu memainkan peranan untuk menjadi pihak yang menenangkan keadaan. Kita menyatukan hati ahli-ahli parti yang ingin memperjuangkan nasib rakyat.Jadi sambil kita fokus untuk memikirkan masa depan negara, kita tidak mahu ada perpecahan berlaku kerana yang untungnya bukan kita, tetapi orang yang ingin melihat perpecahan itu berlaku. Oleh itu, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri. Jika benar luka itu masih ada, adakah kita perlu biarkan sahaja dan biarkan orang lain yang mengambil alih tempat kita dalam kepimpinan negara? Atau kita berusaha lebih baik dengan mengubati luka tersebut dan kita boleh jadi keluarga yang lebih baik?Kekuatan utama kita ialah kepimpinan Muhyiddin sendiri yang sentiasa komited untuk memastikan kebajikan rakyat terbela. - Wan Saiful Pada saya, saya memilih untuk menjadi parti yang menenangkan keadaan dan tidak menari mengikut rentak sesetengah pihak yang cuba mengapi-apikan keadaan.Kini kita sedang memasuki era politik baharu, yang mana 60 tahun pertama sejak negara kita merdeka, politiknya berteraskan satu parti yang besar dan mendominasi kerajaan.Tapi sekarang suasana tersebut sudah tiada. Parti dominan seperti UMNO telah ditolak oleh rakyat dalam PRU14. Jadi mereka bergabung dengan Pas serta Bersatu.Ada segelintir pihak mengatakan bahawa Bersatu tidak mempunyai jentera yang kuat untuk bertanding dalam PRU akan datang. Apa komen anda?Ramai beranggapan bahawa parti Bersatu adalah sebuah parti yang kecil dan tiada jentera di bawah kerana sebagai parti yang baharu, kita banyak belajar daripada parti-parti lain.Ada parti yang mempunyai berbelas ribu cawangan, tapi separuh daripadanya tidak boleh membuat persidangan. Jadi ia tidak boleh memenuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS), ada risiko menyebabkan seluruh parti itu terkesan akibat kegagalan untuk berfungsi oleh parti-parti di peringkat cawangan yang terlalu banyak.Jadi di peringkat awal perlembagaan kita, kita cadangkan satu cawangan hanya boleh tubuhkan satu Pusat Daerah Mengundi (PDM). Contohnya di Baling, kita boleh ada sebanyak 65 cawangan kerana mereka mempunyai 65 PDM dalam kawasan parlimen tersebut.Tapi sekarang, lebih ramai rakyat yang memohon untuk menjadi ahli kita. Pada Perhimpunan Agung Tahunan baru-baru ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata terdapat lebih kurang 120,000 orang yang masih diproses keahliannya.Apa yang kita putuskan baru-baru adalah untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan lebih daripada satu cawangan ditubuhkan di setiap satu PDM. Hal ini akan memperbanyak jentera untuk menyertai PRU.Betulkah desas-desus mengatakan Bersatu hanya menumpang kekuatan Pas dan UMNO dalam PN, yang merupakan parti yang lama di Malaysia?Seperti parti-parti lain dalam satu gabungan, kita menumpang semua parti lain dalam PN. Kalau masing-masing nak jadi hero, lebih baik kita bertanding sendiri dan tak perlu buat gabungan. Tapi ini merupakan budaya politik Malaysia ini sejak awal kemerdekaan, tidak ada satu parti yang boleh mewakili kekuatan secara menyeluruh.Jadi, saya rasa tidak realistik jika kita tidak menumpang kekuatan sesiapa. Jika ada parti yang lemah, parti yang kuat akan menyokong, begitulah ia berfungsi. Tiada lagi istilah ‘big brother’ dalam isu ini, sebaliknya semua parti saling memperkukuh antara satu sama lain.Boleh anda jelaskan faktor-faktor yang mungkin akan menghalang Bersatu mendapatkan mandat rakyat menjelang PRU15?Saya rasa risiko yang paling besar yang mungkin berlaku nanti adalah perpecahan sesama kita, terutamanya dalam gabungan PN sendiri.Realitinya, tiada mana-mana parti yang boleh mendapat majoriti mutlak dalam politik Malaysia sekarang. Tiada parti yang boleh mendapat lebih separuh kerusi Parlimen. Jadi dalam keadaan itu, selagi kita memegang amanah yang diberi oleh rakyat untuk memimpin negara, kesatuan ini perlu dijaga. Jika gabungan ini berpecah, maka mereka yang tidak menyokong politik bumiputera Melayu yang akan mendapat untung.Realitinya suasana politik di Malaysia sedang berubah. Dalam proses itu, pastinya terdapat kepincangan dan cabaran serta kelemahan yang akan muncul.Contohnya di Indonesia, perubahan daripada autokrasi kepada demokrasi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 tahun. Perubahan daripada satu parti besar dalam negara kepada gabungan parti-parti politik yang setara antara satu sama lain juga perlukan masa. Mahu atau tidak, proses transisi ini perlu diuruskan dengan baik.Pada saya, pergolakan ini akan berterusan untuk beberapa tahun lagi. Jadi, inilah masanya kita sebagai pihak yang terus berada dalam dunia politik ini membina kematangan dalam parti kerana kita sedang diuji oleh satu gelombang yang tidak pernah dilalui oleh pihak-pihak sebelum ini.ANEKDOTAhli Bersatu marah MB Perak disingkirPeristiwa di Perak melukakan hati kita di Bersatu. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ialah tokoh besar dalam parti dan Timbalan Presiden yang amat banyak jasa kepada Bersatu. Beliau memimpin Perak dengan baik dan banyak kebaikan yang dapat dilihat. Beliau juga sentiasa mesra dengan semua. Kita amat kesal dengan apa yang berlaku.Ahli-ahli kita marah kerana peristiwa di Perak menyebabkan DAP bergembira. Kami dalam Bersatu ambil risiko tinggalkan DAP dan PH, tetapi tiba-tiba sekarang ada pula yang menjamu hidangan besar kepada mereka.Kita lihat sidang media PH selepas sidang DUN, yang mengetuai perayaan mereka adalah DAP. Kalau ya pun ada perkara yang mahu diubah, bukankah lebih baik kita sesama parti Melayu Islam berbincang dahulu secara baik dan secara tertutup?Saya lihat Pas amat tegas. Mereka serta-merta menyatakan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan baru. Biro Politik Bersatu juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kita akan terus bersama Pas dan rakan-rakan lain dalam PN dalam membuat keputusan selanjutnya. Maka kita akan ikut ketetapan tersebut dan kita akan rujuk dahulu dengan Majlis Tertinggi PN dalam hal ini.Bagi saya keutamaan kita haruslah memastikan kesatuan dalam kalangan parti-parti peribumi untuk manfaat rakyat semua bangsa. Kita ikhlas mahu kesatuan ini berterusan kerana kita yakin model politik negara ini menuntut kesatuan dalam kalangan kelompok terbesar dalam negara agar wujud kestabilan yang akan menghasilkan kesejahteraan untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama.Kalau kita sengaja mengusahakan perpecahan, maka yang gembira adalah musuh politik kita. Apa faedahnya kalau itu berlaku? Sebab itulah Presiden kami, Tan Sri Muhyiddin sentiasa tekankan bahawa kita mesti bersatu dan mesti fokus kepada politik khidmat.Saya lihat beliau sentiasa istiqamah dalam hal ini. Politik berlebihan hanya akan membuat rakyat bertambah benci kerana rakyat nak dibantu, mereka tak mahu orang politik yang fikirkan diri sendiri sahaja.Peristiwa yang mengubah Wan SaifulAda beberapa peringkat yang telah membentuk keperibadian saya. Pertamanya, penglibatan saya dengan Pas dari tahun 1992 hingga saya buat keputusan keluar parti pada 2018. Penglibatan saya dalam Pas bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya mahu berkhidmat kepada rakyat. Ia perlukan keikhlasan dalam jiwa.Kedua, saya juga ditimpa satu dugaan dalam keluarga. Pada bulan Julai tahun ini, isteri saya disahkan menghidap kanser usus. Dia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bahagian yang terlibat pada awal Ogos lalu.Kini, dia sedang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hal ini menyebabkan saya melihat semula apa yang saya lakukan dalam konteks kekeluargaan.Kita perlu luangkan masa bersama keluarga, dan ada masanya kita perlu fokus kepada agenda yang telah dirancang untuk berkhidmat kepada masyarakat.Saya juga menyedari tentang pentingnya menjaga kesihatan rakyat. Saya bernasib baik kerana saya mempunyai simpanan terdahulu.Saya mungkin selesa, tapi bagaimana dengan orang lain yang tidak berkemampuan? Dugaan yang berlaku ini membentuk keperibadian saya.Bila saya melihat cara para doktor dan jururawat merawat isteri saya, hal ini menimbulkan penghormatan yang tinggi kepada mereka, khususnya kumpulan barisan hadapan yang perlu dihargai.PROFILWAN SAIFUL WAN JANUmur: 45 tahunAsal: Alor Setar, KedahPendidikan: Sekolah Sultan Alam Shah; Universiti Northumbria; Universiti Middlesex, LondonJawatan:Ketua Penerangan BersatuPengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)Bekas CEO Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
4
06 Disember 2020 09:00am
NURHIDAYAH HAIROM
https://www.sinarharian.com.my/article/112443/berita/wawancara/lsquokita-biarkan-racun-rasuah-ini-berleluasarsquo
‘Kita biarkan racun rasuah ini berleluasa’
RASUAH terus menjadi ancaman yang besar dan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara jika tidak dibendung.Di Malaysia, aktiviti rasuah telah menelan belanja sebanyak empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan anggaran kerugian sehingga RM50 bilion berdasarkan kajian Transparency International Malaysia.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Nor’afiza Saim menyifatkan rasuah telah menjadi penyakit dalam masyarakat dan perlu dicegah dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.Ikuti temu bual antara Nor’afiza dan wartawan Nurhidayah Hairom.SINAR AHAD: Boleh puan jelaskan bagaimanakah peranan IIM dalam membantu membina nama Malaysia sebagai negara yang dikenali dengan integriti dan bukan kerana kes rasuahnya?NOR’AFIZA: Inspirasi Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya, dan ini perlu diterapkan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).IIM diletakkan bawah GIACC dan berperanan sebagai badan operasi kepada GIACC. IIM berperanan membangunkan kapasiti sektor awam dan swasta dalam isu berkaitan integriti, governans dan antirasuah. Bagi merealisasikan tanggungjawab ini, pelan strategik untuk tiga tahun telah dibuat.Nor’afiza SaimSalah satunya adalah dengan memperkenalkan sistem pengurusan risiko yang boleh diguna pakai dalam sektor awam dan swasta untuk pencegahan rasuah. Sebanyak tujuh instrumen atau metodologi pencegahan rasuah yang boleh digunakan organisasi telah dibangunkan.Bagaimana IIM melihat landskap jenayah rasuah pada masa lalu dan masa kini. Apakah terdapat sebarang perbezaan?Sudah tentu cara jenayah rasuah dilakukan ada perubahan selari dengan perkembangan semasa. Teknologi berubah. Yang paling ketara ialah kerugian akibat rasuah makin meningkat mendadak. Di Malaysia, aktiviti rasuah telah menelan belanja sebanyak empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan anggaran kerugian RM40 hingga RM50 bilion disebabkan rasuah berdasarkan kajian oleh Transparency International Malaysia.Bahkan satu lagi hasil kajian menunjukkan tujuh daripada 10 rakyat Malaysia terlibat rasuah. Di peringkat global, aktiviti rasuah telah menelan belanja sebanyak AS$2.6 trilion setiap tahun.Bayangkan berapa banyak faedah daripada wang sebanyak itu. Boleh beri makan orang miskin, berapa banyak hospital boleh dibina, sediakan kemudahan infra untuk pendidikan dan pelbagai lagi.Dari segi penguatkuasaan, apakah cabaran-cabaran penting yang terpaksa dilalui oleh agensi-agensi penguat kuasa yang terlibat dalam memerangi jenayah rasuah?Kuasa yang diberikan kepada agensi penguat kuasa adalah mencukupi untuk mereka menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.Setiap tugasan ada cabaran. Jadi sebagai ketua-ketua jabatan atau agensi, mereka perlu kenal pasti cabaran atau risiko yang boleh menyebabkan mereka gagal mencapai objektif agensi penguatkuasaan. Mereka perlu berusaha menguruskan risiko-risiko ini supaya apa juga cabaran yang akan mengganggu mereka dalam menjalankan tugas dapat diatasi dengan berkesan.Untuk menjadi negara maju, perlu ada sistem pengurusan risiko supaya kita bersedia. Kita tak boleh menyalahkan orang lain atas kegagalan kita menjalankan tugasan. Kerana itu IIM menekankan semua agensi penguat kuasa perlu menggunakan sistem pengurusan antirasuah bagi mengenal pasti risiko, seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.Pada pandangan puan, apakah punca sebenar berlaku jenayah rasuah di negara ini dan bagaimana pula untuk mengatasinya?Ramai berpendapat jenayah rasuah di negara kita berpunca daripada kurangnya pendidikan mengenai rasuah di peringkat sekolah dan prasekolah. Pada saya pendidik yang paling penting adalah ibu bapa atau penjaga. Sudah tiba masanya berhenti menyalahkan orang lain dan bercakap tanpa tindakan.Sebagai rakyat Malaysia yang berintegriti, kita adalah role model untuk generasi muda. Sekiranya role model mereka berintegriti tinggi dan tidak mengamalkan rasuah, maka eloklah generasi akan datang.Nor’afiza dan wartawan Nurhidayah Hairom.Ya, secara peribadi saya agak bimbang dengan rasuah dalam kalangan agensi penguatkuasaan. Saya amat berharap barisan pengurusan tertinggi agensi penguatkuasaan dapat melaksanakan sistem pengurusan risiko rasuah yang berkesan bagi mengurangkan jenayah rasuah dalam kalangan pegawai.IIM pernah membuat kajian mengenai jenayah rasuah dan mendapati bahawa pandangan golongan muda mengenai jenayah itu amat membimbangkan.Mengapa perkara ini berlaku dan apakah kita bakal mempunyai generasi yang korup pada masa depan?Banyak faktor mereka ini mengambil rasuah. Budaya di tempat kerja yang mengambil ringan salah laku rasuah, ketua-ketua yang tidak menunjukkan komitmen tinggi untuk perangi rasuah, termasuk gaya hidup mewah apabila mereka berbelanja melebihi kemampuan.Semua punca ini memerlukan tindakan yang berkesan, salah satunya dari kecil lagi ibu bapa perlu mengajar anak cara menguruskan duit. Sejak sekolah rendah, universiti, sehingga alam pekerjaan dan berkeluarga.Ibu bapa adalah guru terbaik untuk hindari rasuah. Mereka perlu jadi role model. Di alam pekerjaan pula, ketua jabatan perlu komited dalam membanteras rasuah dengan mengeluarkan polisi antirasuah bagi membentuk budaya integriti tinggi.Adakah hukuman kepada pesalah-pesalah rasuah belum cukup berat dan perlu ditambah?Isu rasuah telah menjadi penyakit dalam masyarakat dan kita kena cegah. Kaedah ceramah sudah tidak boleh pakai. Masalahnya ramai nak jadi pemimpin yang popular dengan buat keputusan salah. Tapi bila buat begitu, kita biarkan racun rasuah ini berleluasa, akhirnya ia akan memberi kesan kepada seluruh negara.Jadi sebagai pemimpin kena tegas, buat perkara yang betul, orang buat salah diambil tindakan. Penjawat awam yang mempunyai masalah disiplin mesti diambil tindakan tatatertib. Kita memang perlu tegas dalam hal ini. Kalau kita biarkan lama-lama ia akan jadi satu penyakit dan racun.Hukuman ke atas penjawat awam yang ada masalah disiplin (integriti) tak setimpal dengan kesalahan.Tindakan yang diambil terlalu ringan dan tidak memberi apa-apa impak. Tidak menimbulkan rasa takut kepada orang lain. Banyak penambahbaikan yang perlu dibuat di jabatan-jabatan kerajaan.Perlu lebih tegas kepada mana-mana pekerja yang tidak patuh disiplin, tak patuh prosedur operasi standard (SOP), langgar peraturan dan mengambil rasuah.Negara pernah digegarkan dengan kes-kes rasuah berprofil tinggi namun ada sesetengah masyarakat menganggapnya perkara biasa. Apa komen puan?Mana-mana syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Syarikat. Agak tidak logik apabila aktiviti rasuah dilakukan selama bertahun-tahun tanpa pengetahuan pihak pengurusan tertinggi. Sistem pengurusan yang lemah akan memberi ruang kepada pihak yang ada kepentingan melakukan rasuah.Lembaga pengarah, jawatankuasa pengurusan, bahagian audit dalaman, bahagian pengurusan risiko dan jabatan kewangan perlu jalankan tugas mereka dengan baik. Jadi perkara ini mesti diambil serius dan tidak wajar dianggap sebagai perkara biasa. Sebab kerajaan dah kerugian terlalu banyak. Sebagai orang awam, mereka juga berperanan sebagai pemberi maklumat. Mereka hendaklah laporkan jika ada aktiviti rasuah yang berlaku melalui saluran dalaman.Jika tidak berkesan, perlu bawa ke peringkat lebih atas. Ini masanya rakyat bersuara lebih lantang berkaitan isu-isu rasuah. Sebab kita dah kerugian terlalu banyak dan kita tak boleh bersikap tenang. Jangan sampai kita menderita.Malaysia sudah ada GIACC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP). Sejauh manakah semua badan ini mampu menangani masalah rasuah?Dalam pelan antirasuah, untuk lima tahun, setiap organisasi dikehendaki melaksanakan apa yang telah tertulis dalam pelan ini mengikut 115 inisiatif. Berdasarkan maklumat dari GIACC sebanyak 29 inisiatif sudah dilaksanakan.Salah satu inisiatif adalah sistem pengurusan risiko iaitu memperkenalkan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) di semua agensi kerajaan. Namun, malangnya agensi kerajaan yang telah guna pakai sistem ini boleh dikira dengan jari.Salah satu yang sudah laksanakan ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Dalam hal ini, apa yang masyarakat sering lihat apabila pegawai dari agensi-agensi ini ditangkap, masyarakat akan fikir betapa teruknya agensi tersebut.Tapi apa puncanya? Kenapa hanya kebelakangan ini (kes kerap)? Pada saya ini disebabkan agensi-agensi ini sudah guna pakai sistem ini dan saya percaya sistem ini telah berfungsi dengan berkesan.IIM sendiri telah buat kajian tentang keberkesanan sistem ini terhadap lapan organisasi yang sudah guna pakai ABMS untuk tiga tahun dan hasilnya ABMS memang berkesan untuk mencegah dan meningkatkan budaya integriti dan antirasuah dalam organisasi.Kes-kes rasuah yang direkodkan bertambah. Ini berlaku kerana prosedur pemberian maklumat sudah efektif. Ramai yang percaya yang identiti mereka sebagai pemberi maklumat akan dilindungi.Antara rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, yang manakah paling menjadi barah dalam perkhidmatan awam?Semua ini adalah tingkah laku atau aktiviti rasuah. Jadi sebab itu kerajaan meletakkan visi untuk Malaysia bebas daripada rasuah. Maknanya jika tiada semua elemen ini, barulah Malaysia bebas rasuah. Rasuah kini memang sudah jadi barah. Bahkan sekarang ia telah menjadi krisis untuk negara kita.Dikatakan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam, pegawai yang tidak ambil rasuah tetapi lemah dalam pelaksanaan tugasannya juga dianggap tiada integriti. Boleh puan jelaskan maksudnya?Maksud integriti ini lebih besar. Ia memberi makna melakukan hal yang betul walaupun tiada orang yang melihat. Sebagai seorang yang integriti, kita tidak boleh sewenang-wenangnya berkelakuan yang tidak betul. Begitu juga tentang disiplin ketika di pejabat. Datang lambat, pergi minum berjam-jam. Jadi kita kena fikir apakah yang kita buat ini adalah betul.Integriti adalah tentang nilai kita. Jadi, dalam organisasi perlu terapkan nilai integriti untuk bina budaya. Selagi ada dalam organisasi yang salah guna kuasa dan sebagainya, sebagai ketua dia telah gagal untuk bina budaya itu.ANEKDOTArwah ayah sebagai role modelSaya bertuah kerana saya mendapat role model sejak saya kecil. Allahyarham ayah saya, Saim Suradi mendidik kami satu keluarga cara pendidikan Islam yang sebenar. Beliau beli buku cara pendidikan Islam dan bagi setiap adik-beradik saya supaya bila kami berkeluarga, kami akan gunakan cara pendidikan yang sama.Beberapa kali setiap bulan, beliau akan kumpulkan semua anak-anak. Datang dari Johor ke Kuala Lumpur dengan bergilir ke rumah anak-anak dan akan mengajar kami al-Quran. Bukan membaca, tapi mengajar setiap surah tentang apa perkara yang kita perlu terapkan dalam cara hidup sebagai Islam.Saya ada satu fail catatan arwah yang ditulis dengan tulisan jawi tentang maksud ayat-ayat dalam surah. Jadi selepas solat Isyak beliau akan mengajar. Sehinggalah beliau diserang strok dua tahun lalu baru dia berhenti dan meninggal dunia beberapa bulan lepas.Kemudian, apabila saya bekerja selama 29 tahun di SIRIM, saya mendapat ketua-ketua yang menjadi role model saya. Salah seorang daripadanya ialah Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali yang juga salah seorang Lembaga Pengarah IIM. Beliau mentor yang mendidik saya agar sentiasa menjadi seorang yang melakukan perkara yang baik.Manfaat masa lapang dengan ilmuPada masa lapang saya suka tonton dokumentari. Saya jarang tonton filem. Jika ada pun saya akan pilih filem yang ada pengajaran. Contohnya, filem-filem berkaitan sejarah pemimpin-pemimpin Islam kita seperti filem Turki.Selain itu, saya juga gemar melayari YouTube untuk lihat video berkaitan cara minimalis atau bercucuk tanam cara moden. Adakalanya saya mendengar muzik untuk tenangkan fikiran.PROFILNor’afiza SaimJawatan: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM)Asal: Batu Pahat, JohorPENDIDIKAN:Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Kimia masing-masing daripada Memphis State University, Tennessee dan Kansas State University, Amerika Syarikat
4
29 November 2020 09:15am
NURUL HUDA HUSAIN
https://www.sinarharian.com.my/article/111629/berita/wawancara/guna-kaedah-ala-covid-19-kawal-penagihan-dadah
Guna kaedah ala Covid-19 kawal penagihan dadah
[WAWANCARA] Gejala penagihan dadah di Malaysia bukan perkara baharu, sebaliknya pada tahun 1983, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu negara.Bermula daripada itu, pelbagai inisiatif telah diambil khususnya melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memerangi ‘penyakit’ itu.Namun saban hari ia dilihat semakin sukar untuk dikawal dengan kemunculan pelbagai jenis dadah sintetik yang mudah untuk diperoleh ketika ini.Dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Presiden Majlis Penggunaan Bahan Terlarang (Masac), Datuk Izhar Abu Talib mengesyorkan agar kerajaan mengambil templat mencegah wabak koronavirus (Covid-19) sebagai kaedah untuk mengawal penagihan dadah yang semakin membimbangkan ketika ini khususnya membabitkan pelajar sekolah.Ikuti temu bual Izhar bersama wartawan, NURUL HUDA HUSAIN dan jurugambar, ROSLI TALIB di Persatuan Pengasih Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR HARIAN: Datuk merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK dan telah berkhidmat selama 36 tahun. Bagaimana pengalaman yang Datuk ada dapat digunakan untuk menerajui Majlis Penggunaan Bahan Terlarang (Masac)?IZHAR: Persatuan Pengasih Malaysia pada masa itu hanya satu-satunya badan bukan kerajaan (NGO) dalam dunia ini yang dibentuk dan didaftarkan secara rasmi yang didokong kuat oleh agensi kerajaan pada ketika itu iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN).Ia untuk membantu bekas penagih yang sudah pulih. Bagi membantu rakan yang lain pula, mereka menubuhkan Persatuan Pengasih Malaysia dan kemudiannya ia berkembang.Kita adakan program percambahan minda bersama, berbincang bersama menyelesaikan masalah bersama. Kita bangunkan NGO Pengasih secara bersama dan daripada Pengasih, kita kembangkan kepada pusat pemulihan dadah NGO yang lain. Daripada 10 pergi ke 20, daripada 20 pergi ke 30 unit dan mereka terdiri daripada bekas penagih dadah.Jadi, bersandarkan pengalaman selama 36 tahun ini, saya memainkan peranan untuk memberi nasihat dan perundingan serta menggalakkan NGO di bawah Masac bagi memastikan ia dapat bertahan sampai ke hari ini kerana kita mempunyai fokus yang sama iaitu rawatan dan pemulihan. Semasa saya bersama AADK, pengalaman tugas saya pun dalam bidang rawatan dan pemulihan.Kerja yang dilaksanakan oleh pengusaha pusat pemulihan dadah di bawah Masac juga lebih kepada rawatan dan pemulihan.Bagaimana Datuk melihatkan usaha-usaha pencegahan dadah pada masa lalu dan masa kini. Apakah perbezaannya ?Kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara pada tahun 1983. Pada tahun tersebut, gejala penagihan dadah dikategorikan sebagai gelombang pertama. Ketika itu masalah dadah dianggap sebagai masalah sosial.Ketika gelombang pertama, dadah yang popular ketika itu lebih kepada ganja dan heroin. Selepas itu pada tahun 1990-an, masalah dadah mengganas dan berlaku gelombang kedua dengan dadah Amphetamine Type Stimulant (ATS) iaitu sejenis dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia. ATS merujuk kepada sekumpulan dadah termasuk amphetamine dan methamphetamine.Selepas itu, pada awal tahun 2000, ia memasuki gelombang ketiga iaitu dadah jenis baharu menggunakan bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) dikenal pasti.Jadi dari situ, AADK pun berkembang. Daripada peringkat gelombang pertama itu kita tidak berapa menekankan aspek pencegahan kerana pada waktu itu kita menumpukan kepada merawat dan memulihkan mereka yang terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah.Masuk gelombang ketiga ini apabila masalah penagihan dadah sudah mula jadi satu epidemik. Jenis-jenis dadah dan cara pengedaran dadah pun sudah bertambah. Orang yang mengambil dadah pun sudah bertambah, selain latar belakang orang yang mengambil dadah, profil dan demografi yang mengambil dadah juga sudah berubah.Selain itu, kita dapat lihat penglibatan pelajar sekolah, orang-orang muda pun semakin bertambah. Dahulu, kes dadah kebanyakan melibatkan orang dewasa dan kita kata dia menagih dadah sebab merokok. Pada masa sama, dasar dadah negara diperkenalkan yang lebih komprehensif.Izhar Abu TalibKalau dahulu hanya mengharapkan KDN untuk mengendalikan program berkaitan dadah tetapi dengan penggubalan dasar dadah negara pada tahun 2018, aspek atau program pendidikan, pencegahan rawatan dan pemulihan ini dijalankan serentak.Kita libatkan juga kepada lebih kurang sembilan kementerian dan 15 jabatan untuk sama-sama membantu agensi pusat atau membantu AADK melakukan program pencegahan mengikut skop dan kumpulan sasar masing-masing.Jadi, merujuk kepada menambah baik program dan aktiviti pencegahan, ia sentiasa berkembang. Semasa saya dalam AADK, kita memegang dasar dan polisi kita sentiasa terbuka untuk meneroka serta melaksanakan apa sahaja program terbaharu berasaskan asas bukti dan amalan-amalan terbaik di Sweden, Iceland dan Norway.Begitu juga dengan program rawatan dan pemulihan, sebab masalah penyalahgunaan dadah sentiasa berubah dari segi jenis dadahnya, penjualan dan modus operandi. Pihak agensi penguatkuasaan pun sama, kena ubah pendekatan.Bagaimana pula dengan usaha-usaha pemulihan dadah yang dilakukan dan kaedah terbaik untuk memulihkan penagih dadah ?Kita perlu sentiasa meneroka program yang bersandarkan asas bukti dan amalan terbaik daripada program yang terbukti dapat membantu atau berkesan untuk memberikan rawatan dan pemulihan.Namun, dalam usaha pemulihan ini, kita tidak boleh mengetepikan fungsi atau keberkesanan program berbentuk sokongan rakan sebaya.Sebab itu, Masac banyak menumpukan kepada pengaruh rakan sebaya dalam mengendalikan program rawatan dan pemulihan.Banyaklah teknik yang kita gunakan seperti teraputik komuniti, keagamaan dan sebagainya.Begitu juga AADK yang sentiasa meneroka program dan pendekatan kaedah baharu. Bukan bermakna meninggalkan yang lama tetapi tambah baik sesuai dengan keperluan pemulihan penagih dadah, profil penagih dadah, umur, latar belakang dan sebagainya.Itu semua dijadikan antara indikator atau faktor-faktor yang kita gunakan untuk memberikan program pemulihan bersesuaian dengan keperluan pemulihan. Perlu diingat bahawa untuk memulihkan dadah ini, tidak ada satu pun satu kaedah itu berkesan untuk semua.Apakah isu-isu penting atau cabaran utama yang menyebabkan usaha-usaha untuk membasmi penagihan dadah di Malaysia kurang berjaya?Sejujurnya, masih banyak lagi ruang dan usaha yang kita perlu lakukan. Walaupun sudah 36 tahun saya bekerja dalam bidang ini tetapi saya masih tidak berpuas hati. Cabarannya adalah kita tidak dapat memenuhi jangkaan pemegang taruh. Pihak kerajaan, keluarga dan masyarakat. Mereka menganggap individu yang masuk ke pusat pemulihan sama ada ke NGO atau di bawah AADK, apabila keluar mereka harap dia akan baik dan pulih. Itu yang pertama.Kedua, harapan masyarakat, harapan pemegang taruh adalah kita tidak mahu kemunculan penagih dadah baharu.Kalau tidak ada dua perkara itu, selamat tetapi sepanjang perkhidmatan saya, ia masih terus berlaku. Peningkatan penagihan dadah baharu pun meningkat. Kalau dahulu tidak melibatkan budak-budak berumur seawal 12 tahun, sekarang sudah melibatkan kanak-kanak seawal 10 dan 12 tahun.Dahulu tidak jumpa penagih dadah dalam kalangan budak sekolah, tidak jumpa penagih dadah wanita, sekarang bilangan penagih dadah sudah meningkat.Pada pandangan Datuk, mengapakah keadaan itu berlaku?Masalah dadah berpunca daripada kepincangan yang berlaku dalam keluarga, masyarakat dan komuniti. Masalah itu pun hanya boleh diselesaikan melalui sokongan, komitmen dan penglibatan kerjasama keluarga dan komuniti. Jadi, kita kena kembalikan atau dapat sokongan daripada masyarakat semula sebab masing-masing mainkan bahagian masing-masing.Kita NGO seperti Masac, Rumah Pengasih dan yang lain memainkan peranan kita tetapi apabila dia balik, habis program, dia akan balik kepada keluarga, kepada masyarakat.Dia perlu berintegrasi dengan komuniti dia tetapi kalau kelompok di luar sana masih ada lagi stigma, ada penolakan, masih ada lagi tidak boleh menerima mereka, maka susah sikit.Kedua, kewujudan dadah yang bukan kita kata tidak terkawal tetapi mudah untuk diperoleh sama ada dadah jenis konvensional, ATS atau NPS.Adakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini mampu untuk menyelesaikan masalah dadah di Malaysia?Bagi saya, untuk selesaikan masalah itu sukar. Kalau kita tengok daripada AADK sendiri pun, untuk tahun 2025 mereka menyasarkan untuk mewujudkan masalah dadah yang terkawal. Bukan hendak selesaikan masalah dadah. Ini realiti, bukan hendak kata AADK tidak bagus tetapi realiti memang kita hendak selesaikan masalah dadah ini memang bukan sesuatu yang ideal.Kita boleh capai macam kita hendak bagi rawatan kepada pesakit-pesakit lain seperti asma, jantung atau kencing manis, dia bukan macam itu.Masalah dadah merupakan masalah yang unik, memerlukan proses berterusan dan kena dapatkan sokongan semua pihak serta agensi.Pada waktu sama, pemulihan penagih dadah boleh terjejas jika persekitaran, faktor risiko, faktor pelindung di persekitaran dia tidak kuat untuk membantu mereka.Melihat perkembangan tersebut, adakah Datuk mempunyai cadangan atau syor tertentu untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah?Dalam konteks untuk meningkatkan lagi program-program pencegahan atau kemunculan penagih baharu terutama dalam kalangan kanak-kanak sekolah, belia dan remaja, saya rasa kita kena ikut templat mencegah Covid-19. Macam mana hendak lawan masalah Covid-19 yang mana ahli politik memberikan sokongan, jadi saya rasa untuk pemulihan dadah juga perlu lakukan perkara sama.Jika sekarang kita boleh tutup kedai jam 10 malam, restoran tutup, kelab malam tutup dan budak-budak tidak ada tempat untuk melepak. Jadi, apabila jam sudah menunjukkan 10 malam, mereka sudah ada di rumah.Jadi, kenapa kita tidak gunakan kaedah elemen pencegahan Covid-19 untuk penagihan dadah dengan sedikit penguatkuasaan.Model ini pun digunakan di tiga negara maju yang saya sebutkan tadi seperti Norway, Sweden dan Iceland. Negara berkenaan apabila masuk jam 8 malam, budak-budak berumur bawah 12 tahun kalau hendak keluar rumah mesti bersama ibu bapa atau penjaga.Jadi kenapa tidak kita laksanakan seperti itu? Macam sekarang, kita hendak keluar daerah pun tidak boleh, pergi makan pun kena bungkus kerana waktu perniagaan telah dipendekkan. Suka atau tidak, kita kena terima sebab semasa tempoh ini ia terbukti telah berkesan.Kita tengok sekarang, gejala penagihan dadah melibatkan kanak-kanak sekolah terutama di penempatan yang bersempadan dengan Sungai Golok seperti Pengkalan Kubur, Rantau Panjang dan sebagainya amat membimbangkan.Dahulu kita pernah buat kajian pada tahun 2010, daripada 10 buah rumah, terdapat tujuh budak sekolah yang terlibat dalam penagihan dadah sama ada sebagai tokan kecil-kecilan atau digunakan sebagai pengedar. Sebabnya kenapa? Ibu bapa tidak ambil kisah anak-anak keluar dan tidak hirau dengan siapa mereka bergaul.Kalau Covid-19 atau penyakit berjangkit ada akta, maka untuk pencegahan penyalahgunaan dadah kita boleh wujudkan akta baharu, sebagai contoh akta kesejahteraan sosial. Kita ikut ala pencegahan Covid-19.Jangan anggap dadah sebagai epidemik tetapi anggap sebagai pandemik juga kerana ia sudah berlanjutan sejak tahun 1983. Covid-19 baru masuk awal tahun ini tetapi ramai orang seluruh dunia mati, lalu dianggap sebagai pandemik, sedangkan dadah juga ramai yang mati di seluruh dunia.Apakah yang membuatkan Datuk begitu bersungguh-sungguh mahu membantu golongan penagih dadah?Bergelumang dalam bidang pemulihan dadah selama 36 tahun sudah cukup membuatkan saya sebati dengan usaha ini. Dengan sedikit pengalaman yang ada, saya ingin bantu mengawal masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia.Tambahan pula, barisan peneraju Masac juga terdiri daripada rakan-rakan lama yang saya kenal sejak awal perkhidmatan saya dalam AADK. Jadi, inilah antara faktor pendorong saya memilih untuk terus aktif membantu dalam pencegahan penyalahgunaan dadah.Apakah yang sering Datuk lakukan pada masa lapang ?Kebanyakan masa terluang saya gunakan untuk mendekati golongan muda, khususnya bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Saya manfaatkan peluang itu dengan berkongsi pandangan dan nasihat kerana kebanyakan mereka yang berusia lingkungan 30 tahun baru membina keluarga dan di situlah saya sampaikan nasihat dan mendidik mereka supaya berfikir dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.Bagaimana peranan NGO seperti Masac dapat membantu kerajaan mengatasi masalah penagihan dadah ?NGO seperti Masac dan 40 lebih gabungan di bawah Masac, kita menawarkan perkhidmatan rawatan pemulihan dan pencegahan untuk melengkapkan kelompongan yang ada ada dalam program yang dijalankan pihak kerajaan.Sepanjang 36 tahun saya berkhidmat dalam perkhidmatan terdapat perkara tidak sempurna. Banyak lagi sokongan bantuan dan tambahan daripada pihak luar yang diperlukan.Kita NGO keluar dengan semangat kesukarelawan, semangat untuk bantu dan sebagai tambahan kepada program kerajaan. Pada masa sama, kita sediakan perkhidmatan alternatif kepada klien yang terlibat dalam masalah penagihan dadah.Ada dakwaan mengatakan NGO seperti mahu bersaing dengan agensi sedia ada. Apa pendapat Datuk ?Bukan hendak bersaing atau hendak berlawan, tidak. Siapa kita hendak berlawan dengan kerajaan, dengan tidak ada bajet dan tidak ada tenaga kerja.Kita tidak berada di posisi itu untuk lawan kerajaan tapi yang jelas, kita hendak bantu melengkapkan, menyokong dan kita juga menyediakan alternatif, bukan hanya tempat sahaja.Alternatif dari segi kaedah dan program. Ada orang hendak pergi pasal agama, ada orang hendak belajar pendekatan agama, jadi kita sediakan perkara-perkara tersebut.Apakah harapan Datuk terhadap usaha-usaha yang dimainkan NGO dalam menangani masalah dadah di Malaysia?Harapan saya sama seperti harapan masyarakat agar kita dapat membantu mencegah mereka daripada terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah. Mana-mana yang terlibat itu, kita berhasrat atau bercita-cita supaya mereka dapat dipulihkan dan jadi individu atau masyarakat yang berfungsi kepada diri, keluarga dan agama, juga kembali kepada masyarakat dan keluarga.
4
24 November 2020 08:15am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/110223/berita/wawancara/sasar-guna-190-liter-air-sehari
Sasar guna 190 liter air sehari
[WAWANCARA] Penduduk Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air berskala mega susulan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 terpaksa dihenti tugas Selasa lalu berikutan pencemaran sumber air mentah.Penutupan terbaharu empat loji kendalian syarikat Air Selangor Sdn Bhd itu adalah kali ketujuh tahun ini melibatkan lebih 1.1 juta akaun pengguna.Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman mendedahkan masalah itu berlaku kerana sikap segelintir pihak industri dan domestik yang menjadikan sungai sebagai ‘kawasan pelupusan sisa terbuka’.“Ada yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa berjadual di kawasan berhampiran sungai, saluran longkang dan saliran kecil yang akhirnya akan mengalir ke sungai utama dan mencemar sumber air,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini.Dalam wawancara yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Ahad, Junhairi Alyasa, Ahmad Faizal telah menggariskan empat langkah penting bagi mengatasi masalah bekalan air khususnya di Selangor.SINAR AHAD: Bagaimanakah Datuk melihat industri perkhidmatan air serta pembetungan pada masa lalu?AHMAD FAIZAL: Sebelum adanya SPAN, perkhidmatan bekalan air adalah di bawah bidang urus tadbir kerajaan negeri masing-masing, maka tiada standard tertentu yang boleh disandarkan atau dijadikan rujukan. Begitu juga halnya dengan tarif air, ia tidak dapat diselaraskan di peringkat persekutuan.Hal yang sama membabitkan perkhidmatan pembetungan, tiada data khusus yang dapat dikumpulkan dan dibuat penilaian untuk penambahbaikan kerana ia tidak berada di bawah pengurusan pusat. Kewujudan SPAN telah mewujudkan suatu standard yang lebih teratur perihal pengurusan bekalan air dan pembetungan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.Apakah isu-isu penting yang masih membelenggu negara ini?Antara isu utama yang amat ingin ditangani oleh kesemua pemain industri perkhidmatan bekalan air adalah air tidak terhasil atau NRW, rizab simpanan air dan tarif air. NRW paling ketara adalah NRW fizikal yang merujuk situasi kebocoran air disebabkan paip-paip uzur sebelum bekalan sampai kepada meter pengguna.Untuk rekod, purata NRW tahun 2019 adalah 33.2 peratus. Jumlah tersebut adalah tinggi dan melibatkan kerugian bernilai puluhan jutaan ringgit kepada pihak operator saban tahun. Namun untuk menukar paip usang kepada paip baharu juga menelan belanja yang besar.Operator juga berhadapan cabaran menguruskan ketirisan akibat NRW komersial iaitu kes-kes kecurian air terawat yang turut menyebabkan kerugian kepada operator.Cabaran seterusnya adalah meningkatkan rizab simpanan air yang pada waktu ini masih diusahakan secara serius oleh kesemua operator bekalan air.Ahmad Faizal dilantik menjadi Pegawai Memerintah bagi pasukan 60 Regimen Pakar Air RAJD (AW) pada 3 September lalu.Ada yang telah mencapai saranan SPAN iaitu antara 10 peratus hingga 15 peratus dan ada yang masih di bawah 5 peratus. Jumlah rizab yang kurang akan menyukarkan operator untuk memastikan kelangsungan bekalan jika berlaku sebarang gangguan terhadap perkhidmatan.Cabaran ketiga yang dihadapi oleh pembekal perkhidmatan pembetungan adalah kadar tarif yang masih rendah berbanding kos. Kadar tarif yang rendah menyebabkan pelbagai pelan penambahbaikan terhadap perkhidmatan tergendala disebabkan kekangan dana.Cabaran di pihak pembekal perkhidmatan IWK antaranya melibatkan pencemaran ke atas lurang kumbahan awam mereka yang seringkali dicerobohi oleh sisa berjadual termasuk gris daripada bahan buangan restoran yang dibiar masuk ke saluran pembetungan awam.Hal ini menyebabkan loji rawatan kumbahan tidak dapat beroperasi dengan baik dan kadangkala perlu dihenti tugas.Selangor ialah negeri termaju dan antara terkaya di Malaysia, namun bekalan airnya paling kerap terputus. Apakah komen Datuk?Menyentuh berkenaan gangguan bekalan air, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu gangguan berjadual dan tidak berjadual. Gangguan yang sering menimbulkan masalah adalah gangguan tidak berjadual seperti kes-kes pencemaran ke atas sumber air mentah.Selangor merupakan negeri dengan jumlah akaun pengguna terbesar kerana perkhidmatan oleh Pengurusan Air Selangor merangkumi pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Disumbang pula oleh kepesatan pembangunan di ketiga-tiga negeri dan wilayah tersebut, maka sebarang situasi pencemaran akan memberi impak besar kepada bekalan air.Untuk makluman, bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada dua sungai utama iaitu lembangan Sungai Selangor dan lembangan Sungai Langat. Jika sungai-sungai ini dicemari, maka sejumlah 2.4 juta akaun pengguna bakal terjejas.Dari aspek kualiti perkhidmatan, saya jangka operator air di negeri ini telah mempertingkatkan tahap mereka dengan pelbagai penambahbaikan dari aspek liputan perkhidmatan, saluran komunikasi serta penggunaan kaedah moden dalam memantau loji-loji mereka namun yang menjadi masalah adalah sikap segelintir pihak industri dan domestik yang menjadikan sungai sebagai ‘kawasan pelupusan sisa terbuka’.Ada yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa berjadual di kawasan berhampiran sungai, saluran longkang dan saliran kecil yang akhirnya akan mengalir ke sungai utama dan mencemar sumber air. SPAN mahupun pihak operator bekalan tidak akan berkompromi terhadap kualiti air yang sewajarnya diterima pengguna, maka henti tugas loji terpaksa dilakukan apabila wujudnya situasi pencemaran. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu yang kadangkala menyebabkan paip utama pecah apabila jentera mereka mengorek di kawasan paip ditanam.Penduduk Lembah Klang kerap berdepan gangguan air berikutan pencemaran di loji-loji rawatan air.Pada pandangan Datuk apakah langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah air terutama di Selangor ?Terdapat empat langkah yang boleh diambil iaitu meningkatkan rizab simpanan air kepada minimum 15 peratus sebagaimana disarankan SPAN, mewujudkan kolam takungan air seperti projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di lebih banyak tempat di negeri Selangor dan kawasan yang strategik, mengurangkan kadar NRW secara berperingkat, mengadakan kempen untuk mengajak pengguna mengurangkan penggunaan air per kapita setiap hari daripada purata 239 liter pada 2019 kepada 190 liter menjelang 2023 dan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan gaya hidup lestari termasuk melibatkan diri dalam inisiatif Denai Sungai Kebangsaan yang dipromosikan Kementerian Alam Sekitar dan Air.Ada cadangan supaya kerajaan negeri melaksanakan langkah alternatif seperti membuat tadahan air hujan di kawasan perumahan. Apakah ini membantu?Penggunaan air hujan mungkin sesuai untuk kegunaan sampingan seperti mencuci kenderaan, menyiram pokok dan mencuci pakaian namun ia tidak sesuai untuk kegunaan memasak atau untuk diminum secara terus. Kerajaan negeri masih perlu mempertimbangkan pembinaan projek takungan air yang berskala besar dan bersambung terus dengan loji bagi menampung keperluan sedia ada dan akan datang jika gangguan bekalan berlaku.Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ada mencadangkan supaya hukuman kepada pencemar air ditingkatkan kepada denda sebanyak RM10 juta. Apa pandangan Datuk?Saya menyokong penuh jumlah denda yang lebih tinggi serta hukuman penjara maksimum dinaikkan bagi pesalah alam sekitar yang mencemarkan air. Menteri sendiri telah menyatakan bahawa cadangan KASA mengenai jumlah denda berkaitan kesalahan mencemar air di bawah Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655) 2006 wajar dinaikkan sehingga maksimum RM10 juta dan hukuman penjara maksimum 15 tahun.Menaikkan jumlah hukuman memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindakan individu secara psikologi. Sebagai contoh, kegagalan memakai pelitup muka di tempat awam boleh menyebabkan seseorang didenda sehingga RM1,000 dan ini sangat diambil berat oleh setiap orang. Begitu juga denda melakukan kesalahan jalan raya. Kita akan seboleh mungkin mengelak daripada disaman. Kedua-duanya wajar dijalankan serentak iaitu menambah baik akta termasuk mengetatkan lagi hukuman serta menjalankan projek-projek mitigasi bertujuan mengurangkan impak gangguan jika berlaku pencemaran sumber air.Permintaan bekalan air bersih selari dengan pertambahan penduduk, perbandaran dan pertumbuhan sektor ekonomi. Bagaimana Datuk melihat perbezaan permintaan bekalan air pada tahun 2020 berbanding 10 atau 15 tahun lalu ?Permintaan terhadap bekalan air sentiasa akan meningkat serentak dengan perubahan masa kerana ia adalah keperluan asas dalam kehidupan. Selangor sebagai contoh mempunyai sejumlah 2.06 juta akaun pengguna domestik dan industri pada tahun 2015 dan jumlah tersebut meningkat kepada 2.4 juta dalam tempoh lima tahun.Secara keseluruhan, jumlah akaun pengguna perkhidmatan air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 2015 adalah 6.7 juta dan meningkat kepada hampir 7.5 juta akaun pada tahun 2019. Peningkatan ini telah dijangka dan kesemua pihak yang terlibat perlu bersedia untuk memastikan kelestarian pembekalan air bersih untuk tahun-tahun mendatang.Bagaimana Datuk melihat perkhidmatan air di negara ini pada masa depan ?Dengan segala perancangan yang disusun oleh KASA dan SPAN serta kerjasama erat yang ditunjukkan oleh pelbagai agensi termasuk oleh rakan operator dan kerajaan negeri, saya menjangkakan masa hadapan yang lebih cerah buat perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di negara ini. Pelbagai pelan mitigasi telah dirancang bagi mengurangkan gangguan serta menambah baik kualiti perkhidmatan.Majlis Pemakaian Pangkat yang berlangsung pada 19 Oktober 2020 yang lalu.ANEKDOTPenduduk guna 239 liter air sehariBerdasarkan data SPAN, penggunaan air di Lembah Klang pada tahun 2019 adalah purata 239 liter setiap hari untuk setiap individu. Jumlah ini masih tinggi berbanding sasaran KASA iaitu purata 205 liter untuk tahun 2020.Penggunaan yang tinggi mungkin berpunca daripada tarif air yang masih rendah dan tabiat pengguna yang telah terbiasa menggunakan air dalam segala macam aktiviti. Jumlah penggunaan yang tinggi sudah tentu memerlukan pihak operator menambah jumlah pengeluaran yang kadangkala melebihi kapasiti keupayaan loji dan ini sedikit sebanyak menjejaskan perancangan operator untuk mempertingkatkan jumlah rizab air terawat mereka.Jumlah pengeluaran air terawat setiap hari di Lembah Klang pada 2019 adalah sekitar 4,932 juta liter berbanding kapasiti rekaan loji iaitu 4,706 juta liter air sehari.Siswazah kewangan terlibat hal airSaya ialah pemegang ijazah perakaunan dan pengurusan kewangan yang terlibat dalam bidang pengurusan bekalan air. Segalanya bermula ketika saya bertugas di Prokhas di mana saya sebahagian ahli pasukan yang terlibat dalam kajian penubuhan dan penstrukturan Perbadanan Aset Air Berhad atau PAAB.Bermula daripada hanya penglibatan membabitkan urusan kewangan di PAAB bagi pihak Prokhas, saya kemudiannya menyertai organisasi tersebut pada Mac 2009 sebelum dilantik menjadi CEO syarikat pada bulan Julai tahun yang sama. Dari situ saya mula mempelajari dan memahami keperluan industri dan kerjaya saya dalam pengurusan bekalan air berlanjutan sehingga kini.Terkejut dilantik Pegawai MemerintahDILANTIK menjadi Pegawai Memerintah bagi pasukan 60 Regimen Pakar Air RAJD (AW) pada 3 September 2020 adalah antara kejutan buat saya kerana saya tidak pernah terfikir akan menyarung uniform tentera apatah lagi menjadi salah seorang sukarelawan yang menyumbang kepada kesejahteraan negara. Ia suatu penghormatan dan pada waktu sama pencapaian buat saya.PROFILDatuk Ahmad Faizal Abdul RahmanJawatan sekarang: CEO Suruhanjaya Perkhidmatan Air NegaraUmur: 51 tahunAsal: KelantanPendidikan: Sarjana Muda Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan (Universiti Essex, UK); Pengurusan Lanjutan (Said Business School, Universiti Oxford, UK)Pengalaman:Naib Presiden/Ketua Bahagian Perbankan Korporat di Aseambankers Malaysia BerhadPengurus Besar Prokhas Sdn BhdCEO Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)CEO Syarikat Air Johor Ranhill (SAJR)
4
15 November 2020 08:00am
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/109080/berita/wawancara/di-sebalik-angka-bajet-rm3225-bilion
Di sebalik angka bajet RM322.5 bilion
MUKADIMAH: Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lalu menyediakan peruntukan mencecah RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara.Angka sebesar itu sememangnya amat diperlukan bagi melindungi rakyat dan menyokong petugas barisan hadapan ketika penularan pandemik Covid-19 hampir melumpuhkan ekonomi dunia.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mengulas apa yang tersirat dan tersurat di sebalik belanjawan sulung kerajaan Perikatan Nasional itu.Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS) itu turut memberi pandangan mengenai ‘siapa untung, siapa melopong’ di sebalik perbelanjaan paling tinggi tersebut.Ikuti wawancara bersama beliau susulan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat Jumaat lalu.SINAR AHAD: Peruntukan Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah bajet di Malaysia. Pada pandangan Prof, angka ini menggambarkan apa?AHMED RAZMAN: Peruntukan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Malaysia ini menggambarkan situasi yang tidak pernah dihadapi oleh negara kita iaitu bagaimana negara kita harus menghadapi dua krisis dalam satu masa iaitu krisis kesihatan dan krisis ekonomi.Buat kali pertama satu peruntukan khas berjumlah RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19 diberi selain cadangan kerajaan untuk mengemukakan pindaan Jadual Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) supaya siling Kumpulan Wang Covid-19 dinaikkan sebanyak RM20 bilion ringgit kepada RM65 bilion.Ini juga menyebabkan defisit belanjawan menjadi -5.4 peratus pada tahun hadapan sekali gus memungkinkan kerajaan terpaksa menambah hutang baharu pada tahun hadapan. Namun saya melihat masih ada ruang untuk kerajaan menambah hutang dengan syarat kerajaan terus memantau dan meneliti keseluruhan pendedahan fiskal bagi memastikan risiko dapat dikenal pasti dan diurus melalui pelan mitigasi.Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS) itu turut memberi pandangan mengenai ‘siapa untung, siapa melopong’ di sebalik perbelanjaan paling tinggi tersebut.Pemantauan ini akan lebih berkesan jika konsolidasi data dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan meneroka alternatif kepada sistem monetari negara.Dalam keadaan ekonomi merudum dan perniagaan terjejas, daripada manakah kerajaan mendapat sumber kewangan?Jika kita merujuk kepada dokumen Tinjauan Fiskal & Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 yang boleh dimuat turun di laman web Kementerian Kewangan, sumber kewangan pada 2021 akan diperoleh daripada dua sumber iaitu sumber hasil cukai sebanyak RM174.37 bilion dan sumber hasil bukan cukai RM62.53 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan jangkaan hasil ialah RM236.9 bilion.Hasil bukan cukai dijangka lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana kerajaan menjangkakan pulangan pelaburan daripada agensi kerajaan seperti Khazanah dan Petronas akan menurun disebabkan kelembapan ekonomi domestik dan global.Walaupun jangkaan harga minyak kekal rendah sekitar AS$40 setong pada tahun ini, namun masih ada ruang untuk kerajaan mendapatkan hasil berkaitan petroleum terutamanya cukai pendapatan petroleum untuk tahun hadapan.Dengan jangkaan ekonomi akan kembali pulih pada suku tahun keempat tahun ini dan awal tahun hadapan, kerajaan menyasarkan sumber hasil cukai akan meningkat daripada hasil cukai langsung terutamanya cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan individu, cukai petroleum dan cukai tidak langsung seperti SST.Sejauh manakah input pembangkang direalisasikan dalam Belanjawan 2021?Permintaan pembangkang untuk melanjutkan moratorium diterima oleh kerajaan tetapi dengan sedikit penyesuaian iaitu tertumpu kepada golongan B40 yang berdaftar di bawah BPR dan perusahaan mikro. Ini menyebabkan golongan M40 dan PKS yang terkesan tidak dapat menikmati moratorium ini lagi. Saya merasakan pihak pembangkang akan berkeras supaya golongan M40 dan PKS turut diberi peluang untuk mendapatkan kemudahan moratorium ini.Selain itu permintaan pembangkang untuk meningkatkan peruntukan sektor pendidikan dan kesihatan diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.Namun kita melihat beberapa permintaan yang spesifik untuk membantu pekerja seperti insentif Malaysia@Work dan bonus kepada barisan hadapan telah diubah suai oleh kerajaan selaras dengan kekangan peruntukan untuk maksud tersebut.Usaha ke arah pendigitalan seluruh negara seperti menaik taraf infrastruktur dan memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar seperti komputer riba turut dipertimbangkan oleh kerajaan tetapi lebih terhad dari segi peruntukannya.Oleh itu saya melihat walaupun kerajaan menerima cadangan daripada pembangkang, pelaksanaannya masih tertakluk kepada keutamaan yang diberi dalam belanjawan ini dan akibatnya cadangan dari pembangkang bukanlah seratus peratus diterima.Siapa yang paling untung dan siapa pula yang melopong kali ini?Kalau dilihat sepintas lalu, golongan yang paling untung ialah golongan B40 dan golongan yang terjejas teruk akibat pandemik dan kemelesetan ekonomi. Namun golongan yang melopong mungkin golongan isi rumah M40 yang berpendapatan melebihi RM5,000, duduk di bandar dan mempunyai ahli keluarga yang ramai.Selain itu, PKS dalam sektor pelancongan juga masih mengharapkan insentif kerajaan untuk membolehkan mereka mengekalkan pekerja mereka dalam tempoh yang lebih lama dan melancarkan kempen menggalakkan pelancongan domestik.Golongan pekerja secara am juga mengharapkan lebih banyak wang masuk ke dalam akaun bank mereka setiap bulan melalui peningkatan gaji minimum atau caruman KWSP turun ke 7 peratus seperti sebelum ini.Pengeluaran wang daripada akaun satu KWSP tidak seperti yang diharapkan ramai orang. Apa rasionalnya pengeluaran dihadkan RM500 sebulan kepada golongan yang hilang pekerjaan?Saya melihat rasional dihadkan kepada RM500 sebulan lebih bertumpu kepada golongan yang terjejas dari segi tidak mampu menampung komitmen hutang bulanan. Sebelum ini mereka mengeluarkan wang dari akaun dua KWSP sebanyak RM500 sebulan dan ini berakhir pada bulan Mac tahun hadapan.Jika mereka masih mengalami kesukaran untuk membayar hutang bulanan seperti pinjaman kereta, mereka kini boleh mengeluarkan wang dari akaun satu KWSP supaya mampu meneruskan pembayaran hutang sehingga akhir tahun hadapan.Ini dianggap perlu bagi mereka kerana ramai yang tidak mendapat lanjutan moratorium lagi. Sekurang-kurangnya mereka ada masa setahun lebih lagi untuk menambah pendapatan supaya boleh menampung komitmen hutang bulanan mereka.Apakah kerajaan telah benar-benar memainkan peranan dalam mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat?Saya amat tertarik dengan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang akan dilaksanakan tahun hadapan yang komited untuk menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu dan menyediakan pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan RM3.7 bilion.Insentif Penjana Kerjaya di bawah Perkeso juga merupakan inisiatif yang bagus yang dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 250,000 pencari kerja. Satu lagi inisiatif yang saya alu-alukan ialah Majlis Pekerjaan Negara yang akan menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja.Sebelum ini ada pihak yang mencadangkan perbankan pekerjaan iaitu mengambil seramai yang boleh mereka yang menganggur pada masa ini. Cadangan ini diambil kira oleh kerajaan melalui inisiatif MySTEP yang menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat GLC.Adakah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM6.5 bilion dapat membantu rakyat untuk mengharungi cabaran pada tahun depan?Saya melihat BPR ini lebih bersasar berbanding sebelumnya. Ini adalah bagus kerana ia memastikan golongan yang benar-benar terkesan akan mendapat bantuan ini.Faktor bilangan anak, menurunkan had pendapatan untuk isi rumah M40 kepada RM5,000 dan menurunkan had umur belia kepada 21 tahun dianggap sebagai usaha kerajaan memastikan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion itu akan benar-benar memanfaatkan lebih ramai penerima yang teruk terjejas iaitu seramai 8.1 juta orang.Namun kita kena faham bahawa BPR ini hanya bersifat ‘one-off’ atau sekali sahaja dalam setahun dan tidak mampu membolehkan penerima mengharungi kos seharian sepanjang tahun hadapan.Oleh itu, ia lebih bersifat kepada bantuan kewangan untuk individu yang memerlukan bantuan tunai pada satu masa tertentu sahaja. Untuk mengharungi cabaran pada tahun hadapan, golongan ini harus mendapatkan pelbagai bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan dalam belanjawan ini dan juga bantuan lain seperti zakat dan sumbangan pihak tertentu.Apakah perkara yang sepatutnya mendapat peruntukan lebih besar dan apakah yang perlu dikurangkan dalam belanjawan ini?Saya melihat sektor utama seperti pendidikan dan kesihatan harus sentiasa mendapat peruntukan yang lebih besar. Apabila diumumkan bahawa sektor pendidikan mendapat peruntukan terbesar iaitu RM50.4 bilion, saya sedikit keliru kerana Belanjawan 2020 memperuntukkan sebanyak RM64.1 bilion kepada sektor pendidikan.Mungkin kerajaan boleh menerangkan dengan lebih jelas sama ada memang benar peruntukan ke atas pendidikan telah menurun sebanyak RM13.7 billion atau ada beberapa lagi peruntukan kepada pendidikan yang tidak dimasukkan dalam jumlah RM50.4 bilion ini.Merujuk kepada sektor kesihatan, saya melihat peruntukan mengurus dan pembangunan untuk tahun 2021 adalah lebih besar daripada tahun 2020 terutamanya peruntukan pembangunan. Ini amat penting kerana kita lihat banyak hospital awam amat memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemudahan di samping keperluan untuk menambah bilangan hospital, klinik kesihatan dan peralatan kesihatan.Ada juga pihak yang mempersoalkan penubuhan kembali Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan peruntukan RM85.5 juta kerana dulu JASA dianggap lebih kepada membantu kerajaan BN untuk mengekalkan kuasa melalui aktiviti propaganda. Mungkin kali ini kerajaan PN boleh menerangkan kepada rakyat justifikasi mewujudkan kembali JASA ini.Ada pihak mengatakan tiada idea baharu dalam belanjawan kali ini. Apa pandangan Prof?Walaupun kita mempunyai kerajaan baharu dan Menteri Kewangan yang baharu, pasukan Kementerian Kewangan yang menyediakan Belanjawan setiap tahun adalah masih pasukan yang sama. Oleh itu tema dan konsep belanjawan ini tidak lari dengan banyak dari belanjawan sebelum ini, cuma tahun hadapan ia lebih bertumpu kepada pemulihan ekonomi. Mungkin apabila ekonomi dan krisis kesihatan berjaya diatasi sepenuhnya tahun hadapan, kita akan menyaksikan belanjawan yang lebih inovatif, dinamik dan terkehadapan dalam mencuba sesuatu yang baharu untuk melonjakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.Mengenai cukai korporat dan individu, adakah ia beri kesan kepada perniagaan dan rakyat?Cukai korporat dan individu adalah sumber penting kepada hasil kerajaan dan pada masa ini saya melihat kadar cukai yang dikenakan kepada syarikat dan individu adalah munasabah terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, serta PKS.Beberapa inisiatif pelepasan cukai yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 ini amat membantu syarikat dan individu. Saya juga melihat ada ruang lagi untuk kerajaan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan yang luar biasa terutamanya semasa zaman pandemik ini, termasuk individu yang mendapat pendapatan tinggi kerana kerajaan telah banyak membantu mereka sebelum ini.ANEKDOT‘Apa saya dapat daripada Belanjawan 2021?’Secara peribadi, saya sekeluarga tidak banyak menerima manfaat daripada Belanjawan 2021 ini, lebih tertumpu kepada kenaikan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius, perbelanjaan pemeriksaan kesihatan dan perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.Selain itu had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 dan kini merangkumi bayaran penyertaan pertandingan sukan dan langganan surat khabar elektronik.Begitu juga pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.Pengalaman pertama sebagai pengulas sesi bajetPengalaman pertama saya mengikuti pembentangan Belanjawan sebagai pengulas ialah pada 1 Oktober 2012 apabila mengulas mengenai Bajet 2013. Ketika itu saya baru sahaja tiga tahun pulang dari luar negara selepas selesai pengajian PhD saya.Sejak itu, saya dijemput untuk mengulas belanjawan negara setiap tahun dan saya dapat melihat evolusi belanjawan ini dari tiga kerajaan berbeza. Setiap kerajaan ada cara penyampaian belanjawannya dan itu yang menyebabkan saya sentiasa teruja dan bersemangat dalam mengulas belanjawan negara setiap tahun.Bagi saya, belanjawan yang dibentangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini merupakan belanjawan yang saya tidak dapat lupakan kerana mungkin kerajaan yang membentangkannya adalah berbeza.Ramal ekonomi pulih selepas vaksin ditemuiSaya melihat ekonomi tahun hadapan masih lagi terkesan dengan faktor global yang tidak menentu seperti pandemik Covid-19, kemelesetan ekonomi dunia, ketidakstabilan harga komoditi dan isu geopolitik yang tidak menentu terutamanya melibatkan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, Rusia dan Kesatuan Eropah.Walaupun ada beberapa indikator ekonomi telah menunjukkan pemulihan positif seperti jumlah eksport, kadar pengangguran dan pertumbuhan KDNK setiap suku tahun, namun saya melihat semua indikator ini boleh terkesan kembali jika pandemik Covid-19 menjadi lebih serius di dalam negara kita.Oleh itu sukar untuk kita membayangkan gambaran ekonomi tahun hadapan melainkan vaksin untuk Covid-19 telah ditemui dan semua negara mula membuka sempadan masing-masing untuk tujuan perdagangan, pelancongan dan sebagainya.INFO PROFILProfesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul LatiffPENDIDIKANPhD Tadbirurus Korporat (Liverpool John Moores University, UK)Sarjana Penyelidikan Perakaunan & Pengurusan Kewangan (Lancaster University, UK)Sarjana Perakaunan (Nanyang Technological University, Singapura)Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Lancaster University)KERJAYA DAN SUMBANGANPenganalisis EkonomiProfesor Madya di Putra Business School (PBS)Ahll Bersekutu Institut Akauntan Malaysia (MIA)Naib Presiden Persatuan Penulis-Penulis Kes Malaysia (CWAM)Pemilik syarikat berasaskan teknologi dalam bidang veterinar
4
08 November 2020 09:00am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/107913/berita/wawancara/tengku-zafrul-turun-padang
Tengku Zafrul turun padang
[WAWANCARA] Dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Ahad di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga menghuraikan beberapa aspek tuntutan, harapan dan prasyarat pemulihan ekonomi Malaysia menjelang Belanjawan 2021.Susah hendak puaskan hati:Hendak puaskan hati semua orang susah kerana mereka mempunyai agenda dan kepentingan masing-masing. Ada kumpulan yang nak ini, sama juga dengan negeri dan parti. Saya dan timbalan saya telah berjumpa dengan semua menteri besar, turun padang berjumpa syarikat dan industri di negeri-negeri.Baru-baru ini, saya juga berjumpa semua menteri tanya apakah yang kementerian mereka perlukan dan memanglah senarai mereka panjang tetapi saya kena utamakan apa yang perlu. Dengan pendapatan dan hasil yang kita ada, kita kena rancang betul-betul dan itulah apa yang kita lakukan.Pastinya, kita juga meminta pandangan daripada pelbagai pihak. Saya akan berjumpa parti-parti lain seperti Parti Warisan, Parti Muda dan Pakatan Harapan serta UMNO. Saya juga sudah berjumpa semua ahli Parlimen. Yang penting, apa yang perlu dipersetujui ialah rakyat lebih penting.Jika kita turun padang dan berjumpa mereka serta mengambil masa yang panjang, sekurang-kurangnya keputusan yang kita buat nanti mereka lebih maklum dan polisi kita lebih berkesan.Contohnya, pemberian Geran Khas Prihatin bernilai RM3,000 untuk setiap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro. Sebanyak 540,000 PKS mikro telah terima, dulu KPI bagi duit sahaja.Bagi saya KPI yang betul ialah beri duit dan kena periksa syarikat yang menerima geran itu sama ada mereka bertahan atau tidak. Apakah yang digunakan dengan duit tersebut dan adakah jualan yang dicatatkan. Kalau mereka tidak bertahan, rugilah jika kita beri. Begitu juga Program Subsidi Upah yang kita berikan kepada 320,000 syarikat. Betulkah mereka bertahan? Adakah ia membantu mereka untuk jangka masa panjang?Tengku Zafrul ketika ditemubual dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.Saya membuat laporan pakej Penjana dan Prihatin pada setiap minggu, kadang-kadang laporan yang dibuat, pegawai saya risau kerana tidak mencapai sasaran. Saya kata bagus kerana bila berada di bawah tekanan, kita akan berjaya. Saya letak pencapaian KPI kepada semua kementerian dan setiap bulan ia akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet. Bajet ini penting, menunjukkan kerajaan komited bukan sahaja untuk membuat peruntukan tetapi juga pastikan pelaburan yang dibuat ini akan ada hasil.Kumpulan paling terjejas:Sebenarnya saya rasa semua terjejas. Golongan B40 memang terjejas dan golongan M40 juga terjejas. Daripada kaji selidik yang dilakukan, sebenarnya golongan M40 menjalani gaya hidup tertentu. Ada yang hilang pekerjaan dan gaji terkesan.Jadi M40, kami tolong dari segi i-Lestari, pengeluaran i-Lestari menerusi Akaun 2 oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Program Subsidi Upah menolong syarikat dan pekerja.Bagi golongan T2, kehidupan mereka baik walaupun dari segi pendapatan dan kekayaan mereka sedikit terjejas. Dari segi kehidupan, saya rasa B40 yang paling terkesan sementara golongan M40 juga terjejas dari sudut psikologi. Mereka juga membuat pinjaman dan ada hutang. Bagi B40, mereka ada banyak peluang pekerjaan berbanding M40. Berdasarkan data, dalam kelompok M40, yang paling terkesan ialah M10 iaitu golongan yang berada pada kedudukan paling bawah.Sektor ekonomi yang maju sekarang ialah kesihatan, perubatan, syarikat sarung tangan, teknologi dan perkhidmatan kurier. Bagaimanapun, pada ketika ini majoriti semua sektor terkesan, bukan sahaja ekonomi di Malaysia malah peringkat global.Pelancongan domestik terkesan kerana orang Kuala Lumpur tidak boleh keluar dan bercuti. Kawasan percutian yang mempunyai resort seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Melaka dan Desaru di Johor mempunyai penambahbaikan dari segi pelancongan.Kita kena tengok kawasan. Contohnya, sektor pelancongan yang teruk ialah hotel bandar, tetapi hotel di tepi pantai penuh. Sektor eksport juga terkesan sedikit kerana negara-negara lain juga terjejas. Saya rasa semua sektor terkesan, sesetengah itu lebih terkesan daripada yang lain.Kontroversi lanjutan moratorium:Setakat 9 Oktober, lebih kurang 640,000 pemohon memohon lanjutan moratorium selepas pada Ogos, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bahawa mereka yang hilang pekerjaan dan terkesan dengan potongan gaji boleh dapat lanjutan moratorium. Daripada jumlah permohonan itu, 98 peratus telah diluluskan. Yang memohon hanya yang layak.Lanjutan moratorium ini juga diberikan kepada syarikat-syarikat PKS yang melakukan penyusunan semula, itu pun 99 peratus yang memohon. Jadi kebimbangan saya kalau kita tidak membuat dasar moratorium bersasar, ia tidak betul.Kalau ada pendapatan, kita gunakan duit untuk mereka yang memerlukan. Tetapi saya dengar isu ini paling hangat kerana parti politik menaikkan isu ini. Rakyat juga bertanya dalam media sosial, kenapa tidak sambung. Pada masa yang sama ada lebih 640,000 yang dapat sejak kita lanjutkan. Yang tidak dapat mungkin mereka tidak tahu dan mereka fikir mereka tidak layak kerana mereka masih bekerja.Tengku Zafrul (dua,kanan) bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin (dua,kiri); Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Norshahzura Mat Zuki di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini.Apa yang kita lihat ialah pendapatan isi rumah, contohnya suami membuat pinjaman tetapi bayar berdasarkan pendapatan suami dan isteri. Isteri hilang pekerjaan dan suami tidak hilang pekerjaan. Bank melihat suami tidak hilang kerja dan bank melihat kepada pendapatan isi rumah.Kita mendengar dan buat kajian betul ke bank tidak membantu dan kita buat bersama Bank Negara Malaysia. Setakat ini mengikut laporan Public Bank, AmBank, Maybank dan RHB Bank, sebanyak 98 hingga 99 peratus permohonan pemohon lanjutan moratorium diluluskan. Lanjutan itu ada. Siapa yang hilang pekerjaan, dia tidak perlu tunjuk bukti pun, tidak perlu bayar selama tiga bulan hingga enam bulan bergantung kepada bank yang berurusan.Penemuan vaksin Covid-19 pulihkan ekonomi:Penemuan vaksin Covid-19 adalah petunjuk penting yang membuktikan ekonomi negara ini dapat pulih semula. Vaksin ini penting bukan untuk negara kita sahaja, malah seluruh dunia memerlukannya. Tidak guna kalau kita sahaja yang ada vaksin sedang negara lain tidak ada. Ini kerana dunia sekarang sangat saling berkait antara satu sama lain.Jadi, vaksin ini akan memberi keyakinan kepada dunia yang kita boleh berfungsi semula secara normal. Walaupun normal baharu itu lain, tapi dengan vaksin ini ia akan memberi keyakinan kepada pelabur. Kedua, bagaimana kita memastikan kapasiti kita semua tak terlalu terkesan, kerana apabila ekonomi telah pulih, kita perlu memastikan semua infrastruktur bersedia untuk memacu ekonomi.Perkara paling utama yang kita lakukan apabila ekonomi pulih ialah kita bersedia untuk membangunkan ekonomi negara dengan lebih cepat. Kita tidak mahu bila kita telah menang dalam perang dengan Covid-19 dan apabila semua orang sudah dalam keadaan baik, kita lambat untuk menghidupkan kembali ekonomi negara.
4
01 November 2020 10:00am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/107914/berita/wawancara/iltizam-tengku-zafrul-lindungi-rakyat-demi-negara
Iltizam Tengku Zafrul lindungi rakyat demi negara
[WAWANCARA] Kira-kira seminggu lagi Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan melakukan sesuatu yang tidak pernah diimpikan beliau iaitu membentangkan Belanjawan 2021.Beliau dilantik untuk menjadi Menteri Kewangan sejak lapan bulan lepas dalam persekitaran yang paling mencabar.Tengku Zafrul terpaksa menyediakan belanjawan dalam keadaan Malaysia dilanda wabak Covid-19 dan hasil kerajaan yang merosot.Namun begitu, kata Tengku Zafrul, kerajaan Perikatan Nasional berjanji akan membawa rakyat Malaysia keluar daripada zaman kesusahan dengan satu belanjawan yang benar-benar mahu membantu rakyat.Belanjawan yang akan dibentangkan beliau Jumaat nanti dijangka dapat membawa rakyat Malaysia menempuhi pandemik Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.Ikuti temu bual eksklusif Tengku Zafrul bersama Sinar Ahad yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Norshahzura Mat Zuki di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah perasaan dan perancangan Tengku apabila terpaksa membentangkan bajet dalam keadaan pandemik Covid-19 dan cabaran ekonomi paling teruk yang negara kita alami sekarang?TENGKU ZAFRUL: Dari segi global, laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan penerangan daripada IMF minggu lepas mengatakan ini adalah krisis terburuk di dunia sejak tahun 1929. Krisis kali ini bukan sahaja krisis ekonomi tetapi ia juga melibatkan krisis kesihatan dan Malaysia tidak terkecuali. Pada saya, fokus belanjawan kali ini adalah yang paling penting dalam sejarah Malaysia disebabkan krisis ekonomi dan kesihatan yang kita hadapi sekarang.Tiga fokus utama Belanjawan 2021 ialah rakyat, perniagaan dan ekonomi. Bila kita buat empat pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, kita ada Unit Laksana yang mempunyai data dan data itu dihubungkan kepada 53 agensi dan kementerian. Ini merupakan kali pertama kerajaan memberi tumpuan dan lebih fokus kepada pengunaan data.Ini juga pertama kali kita turun padang untuk persediaan bajet ini. Kita pergi ke semua negeri di Malaysia dan kita menganalisis data yang diperoleh. Kita juga membuat kaji selidik yang melibatkan 11,000 responden untuk memahami apa isu mereka dan bagaimana mereka boleh ditolong.Kita sedar golongan B40 juga mempunyai pelbagai cabaran yang berbeza di kawasan bandar dan luar bandar atau ada B40 yang mempunyai dua atau empat orang ahli keluarga. Perniagaan juga mempunyai isu yang berbeza. Apa yang penting ialah kami memahami mereka dan menyediakan penyelesaian sebaik mungkin.Apakah gambaran Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini?Sebenarnya ini adalah ‘belanjawan’ kelima untuk negara pada tahun ini disebabkan Covid-19. Kita telah buat Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) yang memberi suntikan fiskal lebih RM55 bilion.Ia adalah belanjawan normal. Kalau kita lihat belanjawan tahun lepas (Bajet 2020), peruntukan pembangunan hampir sama dengan jumlah ini. Jadi belanjawan yang bakal dibentangkan ini dikira yang kelima dalam tempoh lapan bulan. Kita buat peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pengurusan.Belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat ini adalah untuk tahun 2021. Tetapi kalau kita lihat Bajet 2020, ada banyak perubahan berlaku selepas itu kerana semasa ia dibentangkan pada Oktober 2019, tidak ada Covid-19. Jadi Belanjawan 2021 ini adalah dinamik, kalau ada apa-apa keperluan kita akan tambah selagi mampu.Tengku Zafrul dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.Harapan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi tetapi mereka juga perlu faham dengan realiti ekonomi. Apakah respons Tengku mengenai perkara ini? Ramai rakyat terdesak dan mereka amat berharap kepada kerajaan tetapi hasil negara merosot pada tahun ini. Pada masa yang sama, kita kena berbelanja lebih. Saya jangka pada tahun hadapan keadaan ekonomi akan pulih tetapi ia tidak akan kembali kepada trajektori normal dan kita akan restart ekonomi pada peringkat paling asas.Jadi dalam belanjawan kali ini kita tidak akan berkompromi dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat dan juga memastikan kelangsungan ekonomi negara. Sekarang pun sudah berlaku gelombang ketiga Covid-19 dan jumlah kes meningkat. Kita tidak boleh membebankan petugas barisan hadapan dan sistem penjagaan kesihatan negara.Impak kepada ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac hingga Mei lalu adalah sebanyak RM2.4 bilion sehari. Kita tidak boleh buat PKP sekali lagi.Setakat ini kita telah membantu 10.6 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan RM18 bilion menerusi Bantuan Prihatin Nasional. Jadi duit yang masuk poket rakyat adalah sebanyak RM18 bilion untuk membantu mereka bertahan. Bagi Program Subsidi Upah, kos kepada kerajaan berjumlah RM13 bilion setakat ini dan ia telah membantu 320,000 majikan dan 2.8 juta pekerja. Perkara seperti ini kita akan teruskan. Kita kena belanja untuk menghidupkan semula ekonomi.Jadi belanjawan kali ini ialah satu belanjawan pengembangan dan mestilah disasarkan kepada sektor-sektor yang dapat menggandakan ekonomi.Ada peniaga memberitahu bahawa jumlah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mereka bayar kepada kerajaan sudah merosot berbanding tahun lalu. Jadi berdasarkan kepada senario tersebut, apakah yang Tengku hendak beritahu kepada rakyat pada hari Jumaat ini?Mesej yang paling utama ialah kerajaan kita tidak akan berkompromi dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat dan memastikan kelangsungan ekonomi. Ini kunci asasnya. Pada pendapat saya, kita perlu selamatkan rakyat dan mereka yang terlibat dalam perniagaan kerana kalau kita tidak selamatkan mereka, dalam jangka masa panjang, negara juga akan berhadapan dalam keadaan sukar.Perniagaan dan sesetengah sektor industri amat penting. Kalau kita tidak selamatkannya sekarang, dan mahu membina semula industri kemudian, ia memerlukan lebih banyak wang dan mengambil masa yang panjang.Mesej daripada kerajaan ialah kerajaan membantu selagi boleh dalam usaha membangunkan ekonomi. Ia adalah mesej utama. Kita akan tunjukkan bahawa kita sanggup untuk berbelanja dalam empat pakej yang telah diumumkan. Tetapi satu mesej lain ialah rakyat juga harus faham kita kena lebih bersasar kerana kita mahu menolong orang yang betul-betul memerlukan. Kita tidak boleh memberikan kepada semua kerana hasil kita (kerajaan) telah kurang.Adakah perbelanjaan projek-projek pembangunan akan dikurangkan?Tidak, sebab itulah Belanjawan 2021 kali ini ini adalah satu belanjawan pengembangan. Perbelanjaan pembangunan kita kena naikkan sebab impak perbelanjaan pembangunan ini banyak untuk jangka masa panjang.Katakan untuk membina hospital atau apa-apa projek pembinaan, ia sangat bagus kerana ia memberikan peluang pekerjaan serta limpahan ekonomi yang besar. Kita perlu lebih berbelanja tetapi kena kurangkan pembaziran.Sebagai contoh, kita lihat perbelanjaan pengurusan kerajaan kini berkurangan kerana kita tidak lagi belanjakan untuk acara-acara. Banyak penjimatan yang boleh dilakukan dan digunakan semula untuk membantu rakyat dan ekonomi.Tengku Zafrul ketika ditemubual dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.Pada tahun lepas, kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan RM297 bilion untuk Belanjawan 2020. Pada tahun ini, adakah ada kejutan?Saya belum boleh bercakap mengenai nombor lagi, kita kena tunggu pada hari Jumaat. Apa yang saya boleh beritahu sekarang ialah perbelanjaan akan lebih daripada Belanjawan 2020.Segelintir rakyat berkata kami membelanjakan tidak cukup, ada juga yang kata kita banyak berbelanja. Tetapi bagi saya kita perlu masa. Kalau kita tengok tahun 2008 dan 2009, di negara-negara maju di Eropah, cara mereka keluar daripada krisis kewangan global adalah dengan berbelanja.Negara yang tidak berbelanja akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Oleh itu, pada masa sukar kita perlu berbelanja dan membantu. Perkara yang perlu kita bersedia ialah kita perlu menjangkakan yang lebih teruk. Kalau ada gelombang Covid-19 lagi, kita perlu bersedia. Kita tidak boleh berbelanja semua duit. Kita akan lihat dan laksanakan apa yang terbaik dalam belanjawan kali ini.Apakah yang berlaku dan kesan sekiranya Belanjawan 2021 ini tidak dapat diluluskan di Parlimen?Insya-ALLAH, tidak berlakulah. Seperti mana semua tahu, kita sudah melibat urus dengan pelbagai pihak... mustahil. Saya yakin bajet ini berbentuk menolong rakyat, saya memang berharap semua ahli Parlimen tidak kira apa parti akan sokong bajet ini.Bajet ini memang fokus kepada rakyat dan perniagaan untuk bantu memulihkan ekonomi. Saya memang berharap kalau bajet ini bagus menolong rakyat, saya harap ahli-ahli Parlimen daripada semua parti dapat bersatu menyokong bajet ini. Bajet ini untuk kita semua bukan sahaja untuk kerajaan.Walaupun Tengku cuba untuk memenuhi aspirasi tuntutan rakyat yang ramai ini iaitu 31 juta orang, tetapi akhirnya Tengku perlu realistik dan fokus kepada 222 ahli Parlimen sahaja yang menentukan Belanjawan 2021 lulus atau tidak. Apakah yang Tengku hendak sampaikan kepada ahli-ahli Parlimen?Kita berharap mereka akan menimbangkan secara rasional dan adil ketika membuat keputusan. Kalau belanjawan ini mereka rasa akan menolong rakyat dan ekonomi negara, saya harap mereka akan memberikan sokongan.Seperti yang saya sebut tadi, kalau perlukan lebih peruntukkan atau idea baru atau kita menghadapi cabaran baharu pada tahun hadapan, kita akan selalu buat penambahbaikan. Inilah apa yang kita perlu buat pada masa sekarang kerana kerajaan dan negara perlu bersama-sama melawan Covid-19.Tengku Zafrul ketika ditemubual dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.ANEKDOTBersukan adalah masa untuk Tengku Zafrul berfikirSaya sangat aktif bersukan seperti bermain hoki, maraton, berbasikal dan renang. Terdapat beberapa sebab kenapa saya aktif bersukan. Pertama, bersukan mampu menghilangkan tekanan kerana semasa melakukan aktiviti sukan saya dapat berfikir dan tidak ada telefon pintar. Apabila berenang dan berlari, saya tidak boleh periksa telefon pintar dan semuanya, ia adalah ‘me time’ dan masa untuk saya berfikir.Keduanya, faktor kesihatan. Ini kerana kerja yang saya lakukan memerlukan stamina yang tinggi untuk kekal cergas dalam tempoh yang lama dan mengatasi tekanan. Saya juga berpandangan bahawa kesihatan itu sangat penting kerana hanya dengan kekal sihat kita boleh bekerja dengan lebih baik.Ketiga, bagi mencabar diri saya. Orang selalu tanya saya, kalau nak jaga kesihatan pergilah bersenam, kenapa perlu pergi masuk maraton, Ironman dan sebagainya kerana untuk jaga kesihatan. Cukup hanya dengan bersenam, berlari atau pergi ke gimnasium. Macam dalam pertandingan Ironman, saya terpaksa berenang empat kilometer, berbasikal 180 kilometer dan berlari maraton penuh sejauh 42.2 kilometer yang mengambil masa selama 14 jam untuk dihabiskan dan ia dilakukan tanpa henti. Jadi ia satu cabaran untuk saya.Dulu saya mula dengan berbasikal sahaja. Selepas itu baru saya berlari. Untuk berlari pun, saya mula dengan maraton separuh. Selepas itu baru saya buat maraton dan seterusnya triatlon. Jadi, saya akan sentiasa mencabar diri saya kerana saya percaya dalam hidup ini, kita perlu sentiasa mencabar diri sendiri dan sukan adalah cara saya mencabar diri.Lebih suka kerja korporat berbanding politikKalau tanya soalan itu sekarang, saya akan pilih untuk balik bekerja di sektor korporat. Tapi sekarang saya perlu menghabiskan tanggungjawab saya sebagai Senator dan Menteri Kewangan. Buat masa ini, saya tidak berminat masuk politik dan saya pun bukan ahli mana-mana parti politik. Sekarang, fokus saya hanyalah untuk berkhidmat kepada negara yang banyak berjasa kepada saya. Ketika ditawarkan jawatan ini, saya rasa saya boleh membantu dari sudut ekonomi. Saya tidak mempunyai DNA politik dan ia penting. Satu lagi saya tidak berminat.Tengku Zafrul (kanan) ketika ditemubual Baharom (dua dari kanan), Junhairi (dua dari kiri) dan Norshahzura (kiri) dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.INFO PROFILTENGKU DATUK SERI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZJAWATAN SEKARANG: MENTERI KEWANGAN DAN SENATORUMUR: 47 tahunPENDIDIKAN: Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Bristol, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter, UK.ASAL: Kuala LumpurPENCAPAIAN: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings BerhadKetua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng HoldingsMenubuhkan Tune Money Sdn Bhd
4
01 November 2020 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/105859/berita/wawancara/maszlee-malik-minta-usul-tidak-percaya-terhadap-muhyiddin-diselesaikan-di-dewan-rakyat
Maszlee Malik minta usul tidak percaya terhadap Muhyiddin diselesaikan di Dewan Rakyat
[WAWANCARA] Nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tiba-tiba hangat diperkatakan di celah-celah kemelut isu peralihan kuasa politik negara.Dalam satu sesi soal jawab bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, Maszlee mengakui hanya ada satu cara untuk menamatkan krisis kepimpinan negara ketika ini.Tegasnya, isu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diselesaikan di Dewan Rakyat.Berikut adalah teks penuh temu ramah bersama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.SOALAN: Timbul spekulasi mengenai sokongan Yang Berhormat (YB) kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan. Bolehkah YB jelaskan apakah yang sedang berlaku?DR MASZLEE: Kita berdepan dengan krisis yang meruncing, sama ada krisis ketidaktentuan ekonomi, pandemik Covid-19 dan juga krisis kepimpinan.Kerajaan pimpinan Muhyidin telah terbukti gagal menangani semua krisis ini dan kepimpinan Muhyiddin langsung tidak berjaya mencari jalan keluar yang meyakinkan.Menteri yang ada bukan sahaja tidak efisien, bahkan Menteri sendiri melanggar undang-undang. Ini adalah hasil daripada barisan Kabinet yang dipilih cuma berasaskan parti demi survival politik segelintir individu, dan bukannya kerana merit.Apa yang berlaku sekarang adalah rakyat menderita dan kehilangan pekerjaan malah berhadapan pula dengan krisis ekonomi terutamanya selepas moratorium berakhir Oktober ini.Dalam masa yang sama, kerajaan Muhyiddin sibuk merampas kerajaan Sabah sehingga membawa kepada peningkatan kes positif Covid-19. Hasilnya kini bukan rakyat Sabah saja yang menderita, Covid-19 kini juga telah merebak hingga ke Semenanjung sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terpaksa dilaksanakan semula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Ketika ini semua berlaku, di mana Menteri? Di mana Menteri Kesihatan ketika kes Covid-19 mencecah lebih dari 800 sehari? Di mana Menteri Pendidikan ketika anak-anak tidak lagi boleh ke sekolah untuk belajar? Di mana Menteri Pengajian Tinggi ketika anak siswa kita dalam kesusahan? Bagaimana pula dengan menteri yang melanggar undang-undang kuarantin tetapi masih bebas berbanding rakyat biasa?Menteri yang ada hari ini bukan sahaja tidak berdepan dengan rakyat dan membuat penjelasan, bahkan begitu takut dengan media sehingga menyebabkan rakyat terpinga-pinga ketidaktahuan.Apakah ini yang rakyat mahukan? Sokongan saya kepada Anwar itu bukan soal yang penting. Yang penting dan membimbangkan bagi saya ialah negara kita sekarang bukan saja berada dalam krisis ekonomi dan krisis kesihatan, bahkan krisis kemanusiaan dan krisis kepimpinan di bawah kepimpinan kerajaan yang diragui kestabilannya, dan dianggotai oleh barisan kabinet yang tidak efisien.- Banyak pihak yang menyatakan bahawa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat, adakah hal ini benar-benar berlaku atau hanya khabar angin?Saya fikir hanya ada satu cara saja untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita selesaikan perkara ini di Dewan Rakyat. Ini juga akan menjadi bukti kepada rakyat, berapa majoriti sokongan yang Perdana Menteri miliki hari ini. Sekali gus ini juga mengikut lunas-lunas perlembagaan dan memperkasa sistem demokrasi yang kita amalkan.Dewan Rakyat -Foto Bernama- Speaker Dewan Rakyat ada mengeluarkan kenyataan bahawa usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat hanya akan berjaya dikemukakan jika pihak Kerajaan bersetuju untuk memberi laluan. Adakah ini bermakna bahawa usaha yang dibuat oleh ahli Parlimen Langkawi dan lain-lain ini hanya sia-sia?Sebenarnya tidak. Usul undi tidak percaya masih lagi boleh digunakan untuk menguji sokongan sebenar yang dimiliki oleh Muhyiddin sekiranya beberapa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat digantung sementara daripada dikuatkuasakan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.Untuk itu, saya telah menghantar satu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan 90 (2) mencadangkan agar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang mengutamakan urusan kerajaan digantung oleh Majlis Mesyuarat sehingga selesai usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Yang Berhormat Langkawi terhadap Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh dibaca dan diputuskan oleh Dewan Rakyat.Saya juga pada masa yang sama telah memasukkan satu usul mencadangkan agar Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bersetuju untuk menetapkan bahawa aturan urusan mesyuarat pada hari Isnin, 2 November 2020 diubah daripada kelaziman susunan dalam Peraturan 14 (1) dengan memberi laluan agar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa oleh Yang Berhormat Langkawi terlebih dahulu didengar dan diputuskan sejurus selesai pemasyhuran daripada Speaker.Kita perlu berhadapan dengan realiti yang sebenar, keadaan ekonomi sedang tenat, dan kes Covid-19 semakin memburuk di seluruh negara. Tanpa kestabilan politik dan urus tadbir yang telus, saya tidak nampak nasib rakyat akan terbela. Jika semua pihak jujur maka inilah masanya untuk membuktikan keikhlasan itu di Dewan Rakyat dengan menyokong kedua-dua usul yang saya bawa dan tentunya usul daripada Yang Berhormat Langkawi pada Isnin, 2 November 2020 agar suasana politik negara kembali tenang dan kepercayaan rakyat segera dipulihkan.- Jika benar, Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, siapakah yang layak dan bakal menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri?Persoalannya siapakah yang mempunyai angka sokongan yang cukup untuk memimpin negara ini sekali gus membawa negara keluar dari krisis ini? Ini adalah berdasarkan lunas demokrasi berparlimen ala-Westminster.Kita maklum bahawa Anwar telah mengadap Seri Paduka Baginda dengan angkanya dan ini telah didedahkan kepada umum. Kita juga telah dikejutkan dengan dua nama baru yang muncul sejak beberapa hari yang lalu iaitu Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.Atau adakah seseorang daripada Bersatu yang akan diusulkan untuk menggantikan Muhyiddin demi mendapat sokongan ahli Parlimen?Kita maklum dalam Kabinet, selepas Muhyiddin calon Bersatu dan Menteri yang paling kanan yang ada ialah Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, yang juga merupakan antara arkitek Langkah Sheraton tempoh hari.Ini semua spekulasi, namun yang boleh menentukan kebenarannya ialah rakan-rakan yang telah bersama dalam Langkah Sheraton membentuk kerajaan Muhyiddin yang lalu. Soalan yang perlu ditanyakan kepada UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak adalah apakah mereka bersetuju untuk mencalonkan Azmin sebagai PM sekiranya spekulasi ini benar? Atau lebih tepat lagi, adakah rakyat mahukan Azmin sebagai PM?- Ada yang berpendapat perebutan kuasa ini hanya berlaku dalam kalangan ahli politik dan percaturan pihak atasan serta tidak menterjemahkan apa yang rakyat perlu. Apa respon Yang Berhormat?Hari ini, rakyat perlukan kestabilan politik. Rakyat perlukan pentadbiran yang fokus untuk menyelesaikan masalah. Rakyat perlukan ekonomi yang stabil, dipacu oleh inisiatif serta langkah intervensi oleh pihak Kerajaan yang berterusan dan mapan.Rakyat perlu makanan di atas meja mereka. Rakyat perlu sistem kesihatan yang boleh membantu mereka mengelakkan Covid-19. Rakyat perlukan sistem sokongan pendidikan yang lebih jelas demi masadepan anak-anak mereka. Rakyat perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari kemelut ini.Ini yang rakyat terbanyak perlukan. Sekiranya pemimpin dan kerajaan yang ada dilihat dan diyakini tidak dapat menyediakan penyelesaian jangkamasa panjang, maka adalah munasabah untuk kita gantikan dengan pemimpin dan kerajaan yang lebih baik.Muhyiddin - Baru-baru ini ketika Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan arahan saat akhir tidak membenarkan pelajar mendaftar di Universiti, Yang Berhormat bertindak menganjurkan crowdfunding untuk membantu pelajar-pelajar yang terkandas. Kenapa Yang Berhormat melakukannya dan apakah yang mendorong bertindak sedemikian?Mudah, saya fikir apa yang sebenarnya pelajar perlukan, rakyat perlukan. Sebagai bukan menteri dan bukan kerajaan, saya fikir apakah platform, ruang untuk saya dan rakyat kebanyakan turut membantu.Mereka perlukan penyelesaian, jalan keluar yang segera. Lebih 4,000 pelajar yang memohon dan menceritakan segala macam kekangan yang mereka hadapi, yang pada saya boleh dielakkan sekiranya KPT lebih cermat dan berhati-hati.Alhamdulillah saya, dengan kerjasama pasukan Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan dapat kumpulkan lebih dari RM150,648 dan dapat bantu seramai 1,087 pelajar dari kekangan yang mereka hadapi. Seramai 31,867 rakyat Malaysia telah turut sama menyumbang dalam kempen ini.Begitu juga dengan Sabah sekarang. Kita telah lancarkan kempen ‘Kita Jaga Sabah’ untuk sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat Sabah yang terkesan dengan pandemik ini.Pendek kata, saya rasa saya sepertimana juga mana-mana pemimpin perlu fikir dan buat apa yang rakyat perlukan, bukan apa yang parti dan diri sendiri perlukan.- Apakah pesanan terakhir Yang Berhormat terhadap krisis yang sedang berlaku di negara kita hari ini?Pesan saya, sebagai ahli politik, saya dan semua ahli Parlimen yang lain perlu bekerja lebih keras dan meletakkan kepentingan negara dan kebajikan rakyat mengatasi kepentingan peribadi, kepentingan parti, kepentingan blok dan kepentingan isme.Saya juga berharap kerajaan dan pembangkang dapat sama-sama duduk semeja berpadu tenaga untuk mencari jalan keluar daripada krisis yang kita semua hadapi ini. Ini boleh dilakukan sekiranya kita benar-benar sayangkan negara dan rakyat lebih dari sayangkan diri dan parti.Akhir sekali, saya doakan agar kita semua dapat bersama-sama melawan Covid-19 ini. Kita masih belum menang, tapi kita pasti menang.
4
18 Oktober 2020 05:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/105780/berita/wawancara/politik-kepartian-panaskan-dewan-rakyat
Politik kepartian panaskan Dewan Rakyat
PERSIDANGAN secara maya mula diperkenalkan di Parlimen beberapa negara seperti United Kingdom dan Australia susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia.Di Malaysia, terdapat cadangan supaya pembudayaan kebiasaan baharu itu dilaksanakan menjelang sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama 27 hari bermula 2 November hingga 15 Disember nanti.Namun begitu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berpendapat cadangan tersebut belum sesuai dilaksanakan atas faktor praktikaliti selain keperluan meminda peraturan sedia ada.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat dalam suasana kontroversi pada 13 Julai lalu turut menjelaskan beberapa isu daripada faktor-faktor yang menyebabkan suatu usul ditolak, kualiti perbahasan ahli Parlimen sehinggalah persepsi wakil rakyat kuat bertengkar di dalam Dewan.Ikuti temu bual Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Nurul Huda Husain bersama Azhar yang lebih dikenali sebagai Art Harun di pejabatnya di Bangunan Parlimen baru-baru ini.SINAR AHAD: Pelantikan Datuk sebagai Speaker Dewan Rakyat setelah 22 bulan memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpalit kontroversi dan menjadi buah mulut orang seolah-olah Malaysia tidak ada calon lain untuk menjadi Speaker. Apakah perasaan Datuk ketika itu?AZHAR: Ketika dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu, saya terperanjat juga dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat. Saya ingatkan saya telah membuktikan kebebasan saya semasa menjadi Pengerusi SPR.Saya mempunyai sahabat di kedua-dua belah pihak di sebelah sini dan di sebelah sana. Jadi saya fikir saya boleh menjadi jambatan antara kedua-dua pihak itu. Tetapi malangnya di dalam Dewan Rakyat, itu merupakan satu idealisme yang tidak wujud dan layanan yang diberikan agak mengejutkan saya.Azhar berhasrat untuk memperkukuhkan bahagian penyelidikan.Sama ada sudah tidak ada orang lain atau tidak, saya tidak tahu tetapi sayalah yang dicadangkan oleh pihak majoriti ketika itu. Bagi saya ia satu penghormatan kerana saya diberikan peluang berkhidmat kepada negara. Saya menerimanya dengan hati terbuka sama seperti semasa saya dilantik menjadi Pengerusi SPR.Bagaimanakah pandangan Datuk terhadap ahli Parlimen yang suka bertengkar atau membuat provokasi di dalam Dewan yang disiarkan secara live di televisyen dan media sosial?Sebenarnya kalau lihat prosiding Dewan Rakyat itu secara keseluruhan dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang, atau kadang-kadangnya sehingga 11 malam, ia berjalan secara aman dan perdebatan juga berjalan lancar. Cuma, boleh jadi kira-kira lima peratus daripada waktu tersebut terdapat pergeseran, pertengkaran serta perbalahan.Malangnya, pergeseran itulah yang digembar-gemburkan oleh agensi berita dan diviralkan dalam media sosial. Pada amnya, 95 peratus masa perdebatan itu berjalan lancar. Jadi sudah tentulah bagi saya pergeseran dan perbalahan sebegitu tidak berapa elok, tidak berapa enak dipandang ramai.Bagaimanapun, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mententeramkan keadaan. Tetapi menjadi kebiasaan manusia, kadangkala dalam suasana panas berdebat, perkara tersebut tidak dapat dielakkan.Di Dewan Rakyat sebelum ini Datuk pernah memberi pesanan kepada semua ahli Parlimen agar bersidang secara harmoni dan mempamerkan perbahasan berkualiti mengenai sesuatu usul. Apakah kriteria ‘perbahasan berkualiti’ yang Datuk maksudkan?Bagi saya kriteria perbahasan berkualiti ialah perbahasan secara mendalam, matang dan tidak emosi mengenai sesuatu isu. Saya faham Dewan Rakyat dipenuhi oleh ahli-ahli Parlimen yang merupakan ahli-ahli politik, maka mereka tidak dapat lari daripada berpolitik di dalam Dewan Rakyat. Tapi kalau politik kepartian itu dapat dikurangkan semasa perbahasan, saya rasa lebih elok dan akan menjadikan perbahasan itu lebih bermakna.Apakah kualiti perbahasan ini ada kaitan dengan dominasi golongan veteran politik memandangkan bilangan wakil rakyat muda berumur bawah 45 tahun hanya sekitar 24 orang atau 10 peratus daripada keseluruhan 222 wakil rakyat?Saya tidak berani kata sama ada ahli Parlimen yang lebih muda lebih berkualiti perbahasan mereka dibandingkan dengan ahli-ahli Parlimen yang lebih tua. Saya rasa kita tidak boleh membuat andaian sedemikian. Kebanyakan ahli Parlimen muda sememangnya saya nampak penyelidikan mereka lebih baik sedikit dan cara mereka berdebat juga berlainan. Namun ada juga ahli Parlimen muda yang beremosi, yang berpolitik secara berpanjangan.Dalam konteks pihak Parlimen, hasrat saya adalah untuk memperkukuhkan bahagian penyelidikan. Kita mempunyai 15 orang penyelidik, yang saya rasa agak membebankan bagi mereka untuk menampung keperluan penyelidikan kesemua 222 orang ahli Parlimen dan kementerian-kementerian.Jadi hasrat saya adalah untuk memperkukuhkan dan kalau boleh menambah kakitangan bahagian penyelidikan. Dengan penyelidikan yang mendalam, sesuatu perbahasan akan bertambah kualitinya.Azhar bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi AlyasaBaru-baru ini saya telah cadangkan kepada Majlis Peguam agar mereka mewujudkan sebuah jawatankuasa atau satu pasukan peguam yang secara sukarela membantu ahli-ahli Parlimen dari segi perundangan, perlembagaan, undang-undang pentadbiran dan sebagainya. Alhamdulillah, Majlis Peguam nampaknya positif dengan cadangan saya.Saya juga berharap ada masyarakat awam, NGO dan juga badan-badan profesional seperti doktor dan akauntan yang dapat menyediakan pasukan yang boleh memberi nasihat dan input kepada ahli Parlimen secara langsung mengenai apa-apa rang undang-undang yang berkaitan dengan profesion mereka. Saya rasa kalau kita ada sokongan sebegitu, maka penyelidikan dan perbahasan ahli-ahli Parlimen kita akan menjadi lebih mendalam dan bermakna.Apakah pembaharuan yang ingin Datuk bawa sebagai Speaker Dewan Rakyat?Salah satu pembaharuan itu adalah seperti yang saya nyatakan tadi iaitu mewujudkan sokongan kepada ahli-ahli Parlimen kita dalam membuat penyelidikan. Namun, pembaharuan paling utama ialah pembudayaan penggunaan jawatankuasa pilihan khas.Saya rasa inisiatif itu yang dimulakan oleh mantan Speaker yang lalu adalah sangat baik. Membudayakan penggunaan jawatankuasa pilihan khas ini bermaksud lebih banyak aktiviti analisis, kritikan dan pemberian input kepada setiap kementerian.Untuk mencapai matlamat ini, saya dengan kerjasama Ketua Pentadbir Parlimen dan Setiausaha Dewan Rakyat sedang mengusahakan penubuhan sebuah sekretariat khusus untuk jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas ini. Kita sedang meminta kebenaran untuk mendapatkan khidmat staf sokongan yang khusus dan berdedikasi.Berhubung keselamatan ahli Parlimen daripada wabak Covid-19, apakah perkara baharu yang mungkin akan dilakukan menjelang sidang Dewan Rakyat pada 2 November nanti?Kita akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara ketat.Kita juga telah tetapkan bahawa ahli-ahli Parlimen dari Sabah dikehendaki datang ke Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada 17 Oktober kerana mereka perlu dikuarantin selama 14 hari.Semua ahli Parlimen juga diminta menjalani ujian Covid-19 pada 28 atau 30 Oktober iaitu tiga atau empat hari sebelum persidangan pada 2 November.Ada juga desas-desus yang meminta kita membuat persidangan secara maya, Zoom dan sebagainya. Sebenarnya persidangan secara maya ini tidak dapat dijalankan dalam waktu terdekat.Di United Kingdom (UK) memang ada persidangan secara maya tetapi mereka sudah menyediakan satu SOP lebih awal dan proses persidangan secara maya itu juga telah ditetapkan oleh Parlimen UK termasuklah undian secara proksi. Saya rasa kita belum bersedia untuk membuat undian secara proksi.Di Australia, walaupun terdapat persidangan secara maya tetapi ahli Parlimen tidak dibenarkan mengundi dan tidak dikira untuk kuorum. Jadi mereka cuma mengambil bahagian. Kalau mereka hendak bercakap kena beri notis 15 minit kepada Speaker. Jadi amalannya agak susah sebenarnya di Australia.Di Malaysia pula, mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat tidak boleh mengundi. Itu dalam Perlembagaan kita, iaitu Artikel 62(5).Persidangan Dewan Rakyat ini juga adalah sebagaimana yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong tahun lalu iaitu persidangan adalah di bangunan Parlimen.Jadi kalau kita hendak buat secara maya, maka terpaksalah kita pinda peraturan mesyuarat bagi membenarkan ahli-ahli Parlimen yang hadir secara maya untuk mengundi, untuk bercakap, untuk mencelah dan sebagainya. Proses itu akan mengambil masa yang agak lama.Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat sering berlaku sebelum ini. Bagaimana Datuk melihat kehadiran ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan setakat ini?Kalau kita lihat Dewan Rakyat kadang-kadang tidak berapa penuh dan kadang-kadang pula penuh. Pada persidangan yang lepas, Dewan Rakyat memang penuh dan hanya beberapa ketika kelihatan kosong. Tetapi kita sebenarnya tidak boleh membuat andaian bahawa kalau dewan itu kosong, maka ahli-ahli Parlimen tidak buat kerja.Dewan Rakyat itu bagi saya hanya satu pentas. Kalau penyanyi itu kita nampak dia menyanyi di atas pentas. Tapi apa yang dia buat di belakang, kita tidak nampak, dia berlatih, pergi buat baju dan sebagainya. Serupa dengan ahli Parlimen, kita nampak sama ada mereka berada atau tidak di Dewan Rakyat. Tapi kerja yang mereka lakukan di belakang, kita tidak nampak.Setelah berada di Parlimen ini saya sedar bahawa ahli-ahli Parlimen kita bekerja keras sebenarnya. Berjumpa orang dan bermacam-macam program mereka lakukan. Kalau terdapat rang undang-undang atau isu yang penting, Dewan Rakyat akan penuh. Jadi tidak adil untuk kita andaikan bahawa seseorang ahli Parlimen itu tidak buat kerja semata-mata disebabkan beliau tidak ada di situ.Kita selalu mendengar Speaker Dewan Rakyat menolak atau enggan mendahulukan usul khususnya usul tergempar atas alasan ia bukan keperluan mendesak. Bagaimanakah Datuk mentafsir istilah ‘keperluan mendesak’ itu? Ada juga yang mengatakan ia ditolak atas sebab politik. Apakah komen Datuk?Usul tergempar ini sebenarnya ada dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat iaitu ia perlulah isu yang spesifik, mengenai kepentingan awam, dan mestilah disegerakan. Jadi sebelum suatu usul atau usul tergempar itu dibenarkan, ia perlu mematuhi tiga syarat sedemikian.Pada persidangan yang lepas, saya telah benarkan dua usul iaitu pertama, isu mengenai Palestin; kedua, usul untuk membincangkan kompaun RM1,000 kepada pesalah yang tidak patuh SOP Covid-19. Bagi saya, tidak ada masalah kalau usul itu memenuhi tiga syarat tersebut.Tapi kalau tidak penuhi tiga syarat itu ataupun sekiranya terdapat niat yang lain, orang kata niat yang tersirat di sebalik usul itu, maka saya tidak akan benarkan.Contohnya ada satu usul mengenai Yang Berhormat Menteri yang pergi ke Turki, saya tidak benarkan usul tersebut kerana beliau telah dikompaun dan perkara itu telah dibangkitkan banyak kali semasa perbahasan. Pada hari itu pula terdapat empat hingga enam lagi rang undang-undang yang hendak dibahaskan.Apakah pesanan dan seruan Datuk kepada semua ahli Parlimen?Saya harap semua ahli Parlimen dapat memanfaatkan peranan mereka di Dewan Rakyat demi kepentingan negara, bukan kepentingan peribadi atau kepentingan kawasan mereka sahaja kerana ahli Parlimen ini apabila dipilih, mereka adalah ahli Parlimen Malaysia.Penglibatan mereka dalam rang undang-undang atau dalam polisi-polisi negara melangkaui kawasan Parlimen yang mereka wakili. Kalau itu boleh diberi penekanan oleh semua ahli Parlimen, maka saya rasa Dewan Rakyat akan menjadi lebih bermakna dalam menggubal undang-undang dan juga dasar-dasar negara.DATUK AZHAR AZIZAN HARUNJAWATAN SEKARANG: Speaker Dewan RakyatUMUR: 57 tahun (1962)PENDIDIKAN: Universiti Malaya (LLB), King’s College London (LLM)ASAL: Kampung Sanglang, Ayer Hitam, KedahPENGALAMAN:Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (21 September 2018 - 29 Jun 2020)PeguamANEKDOTSpeaker pertama pergi ke coffee loungeSebagai Speaker Dewan Rakyat, saya melibat urus dengan semua pihak. Ramai ahli Parlimen yang saya jemput untuk duduk di sini (pejabat Speaker), dua tiga orang sekali untuk berbincang, bersantai mengenali sesama sendiri.Saya juga Speaker yang pertama adakan mesyuarat parti whip yang dihadiri oleh 100 peratus parti whip daripada kedua-dua belah pihak. Dimaklumkan, saya juga Speaker pertama yang pergi ke coffee lounge.Saya memang suka pergi ke tempat terdapat ahli Parlimen kerana daripada perbincangan di luar dewan ini saya rasa banyak perkara yang dapat saya fahami. Saya dapat rasai suasana di bawah dan saya mendapat input yang lebih bermakna.Langsung tiada akaun media sosial peribadiSaya sudah tidak ada langsung media sosial. Kosong. Sebenarnya saya okay dengan kritikan sebab kalau kita tidak mahu dikritik, kita tidak boleh menjawat jawatan tinggi. Bila kita ada jawatan, jawatan tinggi atau rendah, memang akan ada kritikan.Jadi kritikan itu bagi saya adalah perkara biasa. Tapi yang saya ada masalah sedikit, pertama apabila kritikan itu di luar batasan. Kedua, kritikan itu pula tidak ada kena-mengena dengan isu yang saya bangkitkan. Ketiga, itu bukan kritikan pun tapi troll, apa pun yang kita buat dia akan troll. Jadi, sebenarnya saya kekurangan masa untuk melayan kritikan yang sebegituKemudian perlu diingat juga ahli keluarga saya, anak-anak saya juga kadang-kadang membaca. Mereka tidak terlibat dengan kerja saya tapi bila membaca kritikan yang melampau, itu menyinggung perasaan mereka. Jadi lebih baik saya keluar terus secara total daripada media sosial. Sekarang saya tidak ada apa-apa akaun media sosial.
4
18 Oktober 2020 10:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/105782/berita/wawancara/model-baharu-kukuhkan-belia-dan-sukan
Model baharu kukuhkan belia dan sukan
DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap tugas baharu beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan pada zaman Covid-19 begitu mencabar.Beliau telah melihat sendiri begitu ramai anak muda yang masih terkapai-kapai untuk membina kehidupan susulan pandemik itu manakala industri sukan Malaysia yang bernilai jutaan ringgit terjejas teruk akibat Covid-19.Bagaimanapun, dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, beliau yang menjadi Menteri Belia dan Sukan sejak Mac tahun ini amat optimis malah bercita-cita menjadikan industri sukan sebagai pencipta kekayaan untuk negara.Beliau juga menjelaskan tiga paksi utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kepimpinan beliau iaitu pembangunan sukan, pembangunan belia dan kemahiran.Ikuti temu bual Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Pengarang Sukan, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi; Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Muhammad Zakwan Nazaraly bersama anak jati Pulau Pinang berusia 48 tahun itu di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Datuk Seri dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan secara rasmi pada 9 Mac lalu. Dalam tempoh lapan bulan ini, bagaimanakah Datuk Seri melihat perjalanan Datuk Seri ketika memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan?REEZAL MERICAN: Saya diberi amanah sebagai Menteri Belia dan Sukan kebetulan ketika bermulanya pandemik Covid-19. Ia tentulah satu tanggungjawab dan tugas yang mencabar.Semua sektor dalam negara terpaksa ditutup dan tidak terkecuali sektor sukan. Penutupan sektor sukan menyebabkan ia memerlukan penyesuaian dengan norma baharu dan akan memberi kesan terutamanya tatkala kita sedang membuat persiapan untuk Olimpik Tokyo 2020.Kejohanan besar dalam negara seperti Sukma 2020 terpaksa ditangguhkan. Ini sedikit sebanyak memberikan pengalaman baharu kepada saya untuk bekerjasama dengan komuniti yang sama sekali berbeza dengan pengalaman saya pada masa lalu.Reezal Merican tetap optimis menjadikan industri sukan sebagai pencipta kekayaan untuk negara.Dari sudut belia, ia tidaklah begitu janggal kerana saya pernah bergelumang sebagai aktivis belia, dulu saya pernah menjadi Presiden GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), jadi saya dapat menyelami keperluan-keperluan dari segi kepimpinan dalam perjuangan belia.Sukan boleh dipanggil sebagai satu industri. Apabila terkena Covid-19, semua terkesan. Bagaimanakah Datuk Seri melihat industri sukan yang terkesan akibat Covid-19?Kalau nak kira industri sukan bukan hanya terkesan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Sebab itulah kalau diingat lagi pada bulan Mac apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian diperkenalkan PKPB, saya berusaha untuk memastikan sektor sukan dapat dibuka semula. Itu sahaja cara untuk kita bantu. Bukan sahaja kejohanan bola sepak seperti Liga Malaysia, tetapi pengendali fasiliti sukan komersial seperti padang dan gelanggang badminton, semuanya mengalami kesan yang teruk.Selain daripada itu, saya juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan agar satu bentuk bantuan dapat dibuat secara khusus terutamanya dalam Belanjawan 2021 nanti. Namun, sementara menunggu bantuan itu, saya telah buat pengumuman mengenai insentif prihatin sukan pada bulan Julai lalu yang berjumlah RM10 juta untuk membantu semua persatuan sukan kebangsaan dan persatuan sukan negeri.Semasa pelantikan Datuk Seri sebagai Menteri Belia dan Sukan, ada orang kecam sebab sebelum ini jawatan tersebut disandang oleh orang muda dan sepatutnya jawatan tersebut diberikan kepada orang yang lebih muda. Apakah perasaan Datuk Seri ketika itu?Saya tak anggap itu kecaman. Saya anggap ia satu bandingan yang agak natural. Tetapi hakikatnya kalau kita lihat sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek jadi Menteri Belia dan Sukan semasa berumur 51 tahun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi masa umur 48 tahun. Saya kiranya antara menteri yang muda juga. Kalau lihat di ASEAN, Menteri Belia dan Sukan Singapura berumur 50 tahun, Indonesia juga umur 50 tahun ke atas, Thailand 57 tahun, Jepun hampir mencecah 60 tahun. Maknanya bukan umur yang menjadi ukuran.Mungkin antara sebab saya diletakkan di kementerian ini adalah untuk melakukan pengimbangan. Selalunya menteri yang datang ke KBS sentiasa dipersalahkan kerana memberi keutamaan yang lebih kepada sukan berbanding belia.Hakikatnya perkara itu akan sentiasa dilihat sebab apabila kita buka akhbar atau televisyen, sukan ada segmen khas sendiri tetapi belia kurang mendapat liputan. Namun, apabila berlaku wabak Covid-19, antara golongan yang terkesan ialah belia yang kehilangan pekerjaan. Ini semua akan menjadi perjuangan saya di kementerian ini.Apakah cabaran utama belia di Malaysia sekarang?Cabarannya adalah perubahan kehendak pasaran yang berlaku di seluruh dunia khususnya dari segi kemahiran.Sebab itu dalam tempoh akan datang, saya memikirkan keperluan untuk belia melengkapkan diri dengan kemahiran terutama dalam Revolusi Industri 4.0. Apabila terjadi wabak Covid-19, proses ke arah norma baharu adalah melalui platform digital, perkara ini perlu dibekalkan kepada belia. Apa yang dibuat di bawah program Penjana (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) adalah untuk melengkapkan kemahiran dan juga melakukan kemahiran silang.Ada pelajar yang sedang belajar kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) umpamanya mungkin pada waktu ini tidak boleh dipasarkan kerana industri berkaitan terkesan dengan Covid-19. Contohnya, industri hospitaliti, hotel dan pelancongan, jadi belia perlu dilengkapkan dengan kemahiran lain.Inilah yang dilakukan di KBS. Saya sudah menjelajah hampir tujuh kementerian lain yang saya panggil sebagai cross ministerial collaboration. KBS ini walaupun sebuah kementerian belia tetapi hakikatnya segala kemudahan dan keperluan belia berada di kementerian lain. Dari segi soal penciptaan pekerjaan, misalnya, ada di Kementerian Sumber Manusia; dari segi keusahawanan, ada di Kementerian Pembangunan Usahawan dan kalau dari segi pembangunan belia desa, ada di Kementerian Luar Bandar. Apa yang saya lakukan adalah mewujudkan jaringan kerjasama dan merangkumkan tujuh kementerian tadi menerusi Single Landing Page. Maknanya jika mendaftar di KBS, mereka boleh gunakan fasiliti di kementerian lain. Program ini sedang dibangunkan. Selewat-lewatnya awal tahun depan kita akan lengkapkan integrasi tersebut untuk membolehkan belia mendapat kemudahan dan kemahiran tambahan.Reezal (kiri) ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Putrajaya minggu ini. Turut kelihatan Baharom (dua dari kiri), Junhairi, Azizul Fahmi dan Muhammad Zakwan.Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan juga kehilangan pekerjaan susulan Covid-19, apakah yang Datuk Seri bimbang berhubung masa depan belia di negara ini?Mungkin salah satu kerisauan ialah fasiliti yang disediakan oleh kerajaan tidak ada capaian kepada belia di kawasan tertentu. Keduanya, berlaku jurang antara belia di kota dan di pedalaman. Saya fikir peluang itu perlu diratakan. Dengan adanya Single Landing Page ini, kita harap capaian kepada kemudahan ini dapat dinikmati oleh belia.Dalam tempoh Covid-19 ini KBS turut simpulkan belia kepada lima kategori Belia Resah. Pertama, mereka yang berada di peringkat universiti yang mahu masuk ke alam pekerjaan. Mereka ini risau apabila keluar nanti tiada pekerjaan. Kedua, mereka yang berada dalam bidang keusahawanan, apabila berlaku Covid-19 kebanyakan perniagaan terkesan dan terpaksa gulung tikar.Ketiga, belia yang berada dalam gig ekonomi yang mana mereka tiada kemahiran lain. Jika mereka tidak ada sebarang usaha untuk meningkatkan kemahiran, mereka mungkin terdedah kepada segala kesukaran dalam hidup.Selain itu, belia yang sudah bekerja, namun apabila tercetus Covid-19 mereka berkemungkinan akan dibuang kerja. Kumpulan kelima ialah kategori belia ‘NEET’ (Not in Education, Employment, or Training) yang tidak berpendidikan, tidak bekerja dan tiada latihan kemahiran yang perlu diberi sokongan. Salah satu program yang sedang diusahakan oleh KBS ialah Skim Perantisan Nasional yang menyediakan hampir 10,000 peluang penempatan pekerjaan kepada beliau.Dengan berlakunya penguncupan ekonomi sejak 10 bulan yang lepas, bagaimanakah Datuk Seri melihat keupayaan kerajaan untuk terus memberikan peruntukan kepada belia dan juga sukan dalam Belanjawan 2021?Saya lihat ia memang sesuatu yang sukar. Sebab itu satu bentuk model dana kepada sukan dan belia perlu melalui model yang diubah suai. Kita tidak boleh lagi ada perbelanjaan yang tiris. Dalam dalam masa yang sama, kesukaran ini perlu dilihat sebagai satu cabaran.Sekarang kita ada satu lagi sukan yang mendapat tempat iaitu e-sport, yang mana sukan ini mempunyai capaian yang cukup besar. Setakat ini jumlah peminat e-sport di Malaysia adalah seramai 16 juta, satu jumlah yang besar. Malah, kita bukan lihat dari aspek orang yang terlibat dan bermain, tetapi juga mereka yang menonton. Orang yang menonton mencapai sehingga puluhan juta. Ini menunjukkan betapa sukan ini boleh digunakan untuk mencapai golongan muda.Di KBS, sukan ini dimulakan oleh menteri yang lalu dan sudah ada kerangka awal untuk melihat perkembangan e-sport dan kita akan teruskan. Ini merupakan sukan baharu yang memerlukan pendanaan.Selepas ketiadaan Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton untuk beraksi pada Sukan Olimpik, siapa lagi yang boleh diharapkan menjelmakan emas sulung untuk Malaysia?Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan tak bolehlah hendak menamakan secara spesifik siapa yang ada dalam benak saya yang boleh menyumbang emas pertama Olimpik. Tetapi, memadai untuk saya katakan bahawa dalam tempoh persiapan yang kita lakukan berdasarkan Program Podium, alhamdullilah telah mencapai kejayaan walaupun bukan secara keseluruhan.Saya dapat katakan kita ada banyak atlet sebelum Covid-19 yang menunjukkan peningkatan luar biasa. Contohnya Mohd Azizulhasni Awang, bayangkan dalam dua tahun beliau mampu berada di podium sebanyak 14 kali dalam 20 kejohanan yang disertai. Ia satu pencapaian yang baik. Lee Zii Jia, siapa sangka dalam Kejohanan Badminton All England, dia menang dengan Cheng Long dan Jonatan Christie. Malah, dia hanya tewas sedikit sahaja kepada Viktor Axelsen. Dalam tempoh setahun, daripada kedudukan ke-40, dia sudah berada pada kedudukan 10 pemain terbaik dunia.Begitu juga atlet-atlet kita yang lain termasuk atlet para telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Saya yakin insya-ALLAH Olimpik 2020 yang akan berlangsung tahun depan bakal menyaksikan idaman rakyat Malaysia untuk kita menang emas pertama bakal menjadi realiti.Setelah Datuk Seri menjadi Menteri Belia dan Sukan, mungkin selepas ini Datuk Seri berubah kementerian atau menyertai karier lain. Apakah yang Datuk Seri mahu tinggalkan dalam kementerian ini?Pertamanya, kementerian ini diasaskan dalam tiga paksi utama iaitu pembangunan sukan, pembangunan belia dan kemahiran. Namun, saya wujudkan satu lagi iaitu industri sukan. Saya mahu supaya industri sukan ini menjadi pencipta kekayaan kepada negara. Jangan tengok sesuatu sukan itu hanya sebagai sukan tetapi lihat kepada spin-off effect, dari segi penyediaan peralatan sukan, media dan kejurulatihan misalnya.Kalau tengok contohnya sukan golf, spin-off sukan tersebut nilainya mencecah ratusan jutaan ringgit. Maknanya sukan boleh menyumbang kekayaan. Kalau kita pergi ke China, sukan menjadi salah satu cabang menyumbang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).Dalam kita nak menuju kepada rakyat yang 100 peratus bersukan yang digerakkan oleh Khairy Jamaluddin dahulu, salah satu caranya adalah menyemarakkan industri sukan. Ia boleh menjadi salah satu peluang pekerjaan dan kekayaan baharu.Selain itu, saya juga mahu memastikan sukan e-sport dapat dimainkan seramai mungkin. E-sport ini salah satu kerangka pelan strategik untuk memastikan kita boleh cungkil bakat atlet yang dapat harumkan nama negara. Sukan tersebut telah dimainkan pada Sukan SEA, dan kemungkinan pada Sukan Asia dan tidak mustahil akan dimainkan pada Sukan Olimpik. Selain itu, saya tidak mahu anak-anak muda kita hanya jadi pemain, tetapi saya nak juga melihat kepada skop yang lebih luas terutama dari segi game publisher dan content creation, itu boleh menjana pendapatan. Jadi itulah apa yang saya nak tinggalkan di kementerian ini nanti.Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanJawatan sekarang: Menteri Belia dan SukanUmur: 48 tahun (1972)Asal: Pulau PinangPendidikan: Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaPolitik: Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang (UMNO)Timbalan Menteri Luar (2015-2018)Bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Ahmad BadawiBekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)ANEKDOTPandangan terhadap tiga Perdana MenteriSaya pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pernah menjadi Timbalan Menteri Luar semasa zaman Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang saya pula berada dalam era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Malah, kalau diikutkan saya juga pernah berada di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Saya melihat semua pemimpin ini mempunyai stail tersendiri. Tetapi ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai satu persamaan iaitu mereka membuat keputusanKalau masih ingat Pak Lah dahulu, walaupun tempoh pentadbirannya tidak terlalu panjang, tetapi beliau buat keputusan yang penting iaitu menjulang pertanian sebagai industri yang akhirnya menjana kepada kekayaan negara. Begitu juga pada zaman Datuk Seri Najib. Walaupun beliau tidak dapat turun melihat sendiri sesuatu aktiviti tetapi saya fikir beliau seorang yang mendengar, contohnya pembelaan terhadap nelayan.Tun Abdullah datang daripada latar belakang yang berbeza, beliau tahu bahawa hidup nelayan itu susah, maka beliau memperkenalkan wang sara hidup RM200 kepada nelayan. Tetapi apabila Datuk Seri Najib datang, apabila kos meningkat, beliau menaikkan wang sara hidup daripada RM200 ke RM300. Beliau tidak pernah turun ke laut, tetapi dalam mesyuarat beliau seorang yang mendengar.Begitu juga Tan Sri Muhyiddin, tatkala negara sedang bergelut dengan bermacam dakwa dakwi, ekonomi dan hutang negara tinggi, beliau membuat keputusan melancarkan pelan rangsangan ekonomi, memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional dan memberikan insentif yang menelan belanja sekitar RM250 bilion. Ini merupakan satu keputusan besar dan beliau mengambil keputusan itu demi rakyat dan negara.Ketiga-tiga mereka merupakan pembuat keputusan dalam cara mereka sendiri dalam latar belakang iklim politik yang berbeza. Tetapi, saya fikir untuk menakhodai kepimpinan negara, seseorang perlu membuat keputusan yang tepat pada waktu yang betul.Pengajaran berharga ketika menjadi pembangkangSAYA fikir salah satu pengajaran penting sewaktu menjadi pembangkang adalah untuk menjadi ahli politik yang dihormati. Kita perlu menjadi orang yang bercakap berdasarkan fakta. Menjadi pembangkang perlu mengkritik berdasarkan fakta.Begitu juga kalau mahu mengadakan dasar baharu, ia juga perlu berasaskan fakta dan realiti. Sebab rakyat tidak boleh dihidangkan dengan perkara separuh masak kebenarannya, apatah lagi pembohongan. Mungkin boleh berlaku sekali dua tetapi akhirnya rakyat akan tahu juga. Politik merupakan medan pertarungan persepsi yang hebat. Apabila diwarnai persepsi tersebut kadang-kadang ia akan membentuk sebuah kepercayaan.Tetapi pada akhirnya kalau ia bukan kebenaran, rakyat akan tahu. Begitu juga seperti yang disebut oleh kerajaan terdahulu seperti hutang terlalu tinggi dan negara muflis, namun Tan Sri Muhyiddin membuktikan sebaliknya menerusi pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion.
4
18 Oktober 2020 08:45am
NURHIDAYAH HAIROM
https://www.sinarharian.com.my/article/104781/berita/wawancara/dengarlah-juga-suara-hati-guru-malaysia
Dengarlah juga suara hati guru Malaysia
[WAWANCARA] KEMAJUAN dan kemakmuran negara tidak mungkin dapat dicapai tanpa pengorbanan lebih 400,000 orang guru sekolah di negara ini yang setia menumpahkan keringat demi mendidik ratusan ribu anak bangsa setiap tahun.Namun sebagai manusia, guru juga ada masalah dan rintihan mereka sendiri. Ini termasuk beban tugas yang semakin bertambah, ekspektasi berlebihan daripada ibu bapa selain suara mereka kurang didengari oleh para pembuat dasar.Bagi Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock, sesi libat urus guru bersama pihak pembuat dasar merupakan elemen terpenting dalam usaha mengukuhkan sistem pendidikan negara bertaraf dunia di samping menjaga kebajikan komuniti pendidik tersebut.Dalam wawancara Sinar Ahad minggu ini, Harry Tan turut menjelaskan inti pati perjuangan kesatuan itu dengan meletakkan harapan agar kerajaan tidak melihat NUTP sebagai kumpulan penentang atau penghasut.Ikuti temu bual anak jati Melaka berusia 59 tahun itu bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Norhidayah Hairom.SINAR AHAD: Anda dilantik menjadi Setiausaha Agung NUTP sejak tahun 2017. Apakah pembaharuan-pembaharuan yang dibuat sejak tiga tahun lalu?HARRY TAN: Apabila saya diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan ini, saya telah kemukakan tiga hala tuju yang utama iaitu yang pertama, NUTP mahu capai sehingga 300,000 ahli. Kedua, meningkatkan profesionalisme, maksudnya ada lebih banyak latihan di tempat lebih sesuai. Ketiga, melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ini kerana, sebagai sebuah organisasi, kita perlukan penyelidikan. Tanpa penyelidikan, organisasi akan menjadi dinosaur.Dan dengan bangganya, saya boleh nyatakan hasil R&D terbaru NUTP. Kita telah melancarkan pedagogi penjarakkan fizikal. Biasanya kita ajar anak didik kita supaya bermasyarakat tetapi sekarang kita ajar mereka agar menjaga keselamatan diri terlebih dahulu sebelum menjadi anggota masyarakat.Contohnya, tidak boleh kongsi makanan, tidak boleh bersalaman dan tidak boleh adakan aktiviti bersama. Jawatankuasa khas yang terdiri daripada ahli NUTP di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kerjasama pensyarah daripada Universiti Malaya (UM) dan beberapa orang profesor telah melahirkan beberapa pedagogi penjarakkan fizikal. Ini telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lagi.Apakah cabaran-cabaran penting yang anda lalui sepanjang menjadi Setiausaha Agung NUTP?Cabaran yang dihadapi adalah untuk mendapatkan pihak atasan bagi mengadakan sesi libat urus kerana mungkin mereka memikirkan kami adalah penghasut dan penentang. Tetapi kita profesional. Apabila diadakan sesi libat urus bersama pihak pembuat dasar, maka dasar yang dikeluarkan akan diterima umum, ada kebolehpercayaan dan dapat dilaksanakan dengan mudah. NUTP adalah wakil pekerja yang terbesar, kita adalah sebuah organisasi yang terbesar tetapi kadangkala mereka lihat kita sebagai penentang.Bagaimana anda melihat perkembangan NUTP sejak dahulu hingga kini?NUTP pada masa dulu lebih mementingkan isu periuk nasi iaitu naik pangkat, elaun, gaji. Sekarang kita bersyukur kerana kerajaan telah mengadakan satu sistem imolumen yang sangat baik untuk guru-guru. Kalau hendak bandingkan, kita hanya di belakang doktor dan jurutera dalam sistem penjawat awam. Jadi gaji kita memang lumayan. Tapi pada masa sama, masyarakat mengharapkan lebih daripada guru dan kita mesti memberikan yang terbaik untuk anak didik bangsa kita supaya kita boleh bersaing di persada antarabangsa bukan saja di negara kita.Difahamkan satu daripada perjuangan NUTP adalah berhubung isu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Boleh jelaskan apa yang berlaku?NUTP mengambil berat isu ini sejak 2017. Kita dapati ada beberapa kekangan yang menghalang negara ke arah lebih cemerlang dalam TVET. Salah satu sebab utama mengapa NUTP terlibat dalam isu ini adalah kerana tuntutan gaji minimum kepada kerajaan melalui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).Kalau kita tuntut RM1,500 untuk kerajaan bayar kepada tukang sapu sudah tentu negara akan bankrap. Tetapi kalau tukang sapu itu menggunakan mesin, dia boleh servis mesin tersebut. Jadi berbaloi jika dia dibayar RM1,500. Untuk dia belajar servis mesin tersebut, dia mesti ada TVET. Jadi kita lihat ada tujuh kementerian yang melaksanakan TVET di negara kita. Masing-masing ada hala tuju tetapi pada masa sama, mereka menggunakan dana yang sama daripada belanjawan negara. Banyak kali kita lihat ada pertindihan.Harry Tan Huat HockPeruntukan terhad sebab TVET ini berubah dengan pantas mengikut teknologi terkini. Jadi anak didik kita tak boleh ikut kerana mereka mendapat pendidikan dengan kekangan peruntukan. Mereka tidak boleh beli peralatan terbaru.Jadi apa yang kita cadangkan ialah kerajaan lihat semula pendidikan TVET di negara kita supaya betul-betul maju dan boleh bersaing contohnya dengan pendidikan TVET di Jerman. Kita juga menjelajah ke Thailand dan Indonesia. Mereka jauh meninggalkan kita. Contohnya, industri automotif di Thailand.Kenapa mereka lebih maju daripada kita sedangkan kita yang mengeluarkan kereta?Dari segi pertanian mereka juga lebih maju sedangkan kita sepatutnya lebih ke hadapan lagi. Di Kementerian Pendidikan sendiri, perlu lihat semula Akta Pendidikan 1996 yang fokus kepada akademik. Tetapi di kolej vokasional, mereka keliru sama ada nak ajar akademik atau kemahiran walaupun pihak atasan kata mereka belajar kemahiran, sedangkan mengikut akta mereka mesti belajar akademik.Jadi apa yang berlaku kepada pelajar-pelajar TVET sebelum ini? Apakah ia seperti yang diharapkan?Banyak permasalahan yang kita telah sampaikan kepada kementerian dan harap dapat diselesaikan. Isu-isu yang disampaikan itu sensitif. Contohnya, TVET sepatutnya dapat menarik pelajar terbaik di negara kita, contohnya pelajar-pelajar lepasan PT3 yang mendapat gred A,B,C tetapi hakikatnya jika pergi mana-mana kolej vokasional, majoriti pelajarnya ada yang gred D,E,F.Maksudnya tidak memenuhi hasrat. Jadi NUTP rayu kepada pihak kementerian supaya lihat balik dasar ini agar pelajar yang mendapat gred D, E dan F yang tidak cenderung belajar akademik tetapi lebih cenderung untuk kerja-kerja pertukangan, diberi fokus ke arah itu.Terdapat rintihan juga mengatakan guru terpaksa menjadi warden di sekolah untuk menjaga pelajar dari pagi hingga malam. Apakah pandangan NUTP mengenai perkara ini?Tugas hakiki seorang guru adalah mengajar. Tapi sekarang mengajar bukan macam dulu. Sekarang mengajar bermula jam 7 pagi selalunya sehingga jam 4 petang. Ini adalah kerja sepenuh masa. Dulu mungkin separuh hari sahaja.Jadi bila guru dijadikan warden, lepas tamat sekolah, dia kena kembali ke asrama untuk pantau pelajar asrama sehingga waktu tidur pelajar. Itu belum termasuk jika ada pelajar yang sakit, mereka ini juga yang perlu uruskan sedangkan esoknya jam 7 pagi sudah perlu berada di sekolah. Jadi, bolehkah dia menjadi seorang guru yang efektif? Sudah tentu tidak.Jika ini berlaku, ibu bapa, pentadbir akan kata guru tidak buat kerja dengan betul. Ini menimbulkan masalah. Jadi NUTP merayu supaya kerajaan melantik warden sepenuh masa kerana warden sepatutnya perlu berada di asrama sepanjang masa.Melantik guru sebagai warden boleh mencetuskan masalah. Apabila menjadi warden, imolumen guru akan berkurangan sebab mereka perlu duduk di asrama. Sedangkan lebih tinggi pangkat, lebih tinggi imolumen imbuhan tetap perumahan. Ini merugikan kerana tugas bertambah, tetapi pendapatan berkurang.Menjadi isu lagi apabila lebih kurang 70 peratus guru di negara ini terdiri daripada kaum hawa dan mereka ada rumah tangga. Jika mereka dijadikan warden, apa yang akan terjadi kepada rumah tangga mereka? Semua orang akan tolak (tawaran jadi warden) dan pihak pentadbir akan pening kepala.Ada juga sekolah asrama berdepan isu peruntukan. Contohnya, ikut kadar sepatutnya, seorang warden bagi setiap 50 penghuni asrama. Kalau 100 penghuni perlu dua warden. Tapi kalau ada 75 penghuni, hanya ada seorang warden. Jadi apakah ini efektif? Ini yang kita minta diberi perhatian.Melantik warden dari luar pula boleh menambah beban kewangan kerajaan. Apakah itu puncanya perkara ini tidak dapat dilaksanakan?Kerajaan perlu jawab soalan ini. Ini kerana setelah mereka bersaing dan bermati-matian untuk menjadi kerajaan, inilah tugas sebuah kerajaan iaitu membantu rakyat. Siapa yang hendak jadi kerajaan, mereka kena bantu permasalahan rakyat. Barulah boleh menjadi kerajaan yang kita semua hormati. Penekanan NUTP adalah melantik warden asrama sepenuh masa terdiri daripada orang tempatan, bukannya dari negeri luar kerana ia akan menimbulkan masalah. Saya rasa ramai yang sudi bantu seperti bekas perajurit atau pesara mahupun orang tempatan biasa.Harry Tan Huat HockRamai yang meminta supaya taska diwujudkan di dalam kawasan sekolah berikutan 70 peratus guru terdiri daripada golongan wanita. Apakah pandangan NUTP?Ini ialah cadangan daripada Biro Wanita NUTP dan permintaan ini dibuat sejak bertahun-tahun lalu. Pihak kerajaan mungkin lihat perkara ini ada masalah dari segi kewangan, perundangan dan sebagainya. Tapi kita mahu kerajaan beri perhatian yang sewajarnya kerana lebih 70 peratus guru-guru kita adalah wanita. Mereka berdepan masalah untuk mengasuh anak-anak mereka.Untuk sekolah yang besar seperti ada 2,000 hingga 3,000 penghuni, mungkin kerajaan boleh wujudkan taska di dalam kawasan itu dengan kerjasama pihak swasta. Apabila anak-anak berada dekat dengan guru-guru wanita ini, mereka akan rasa lebih bersemangat.Kita perlu ambil pengajaran kes seorang guru terlupa menghantar bayinya ke rumah pengasuh selepas menurunkan seorang lagi anak di taska, menyebabkan bayi itu meninggal dunia di dalam kereta.Kes baharu Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) ditangguhkan, namun sekolah masih dibuka seperti biasa. Apakah pendirian NUTP?Kita setuju dengan pihak kerajaan yang menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah. Kawasan bukan zon merah tertakluk kepada kementerian. Pada masa sama kita tak setuju jika nak ditutup semua sekolah di kawasan yang selamat. Ini kerana kita telah menjalankan kajian atau bancian pendidikan penjarakkan fizikal pada April lalu.Daripada 10,500 responden guru, 93 peratus menyatakan bahawa mereka ingin mengadakan pengajaran bersemuka.Jadi berdasarkan data itu, NUTP cadangkan kepada kerajaan bahawa kita setuju untuk tidak menutup sekolah. Kalau sekolah ditutup maka ramai yang akan terjejas bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi dari segi kehidupan sosial masyarakat.Ramai yang akan hilang kerja seperti pengusaha kantin, pengusaha bas sekolah, dan juga penjaja kecil di luar sekolah. Ini akan bawa masalah sosial lain. Tanggungjawab guru bukan sahaja untuk menjaga pendidikan tapi juga kesejahteraan masyarakat di negara ini.Apakah isu-isu yang dibangkitkan guru-guru dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19?Setakat ini guru-guru mematuhi dan tiada masalah untuk mereka memastikan pelajar patuh SOP, dengan menjaga penjarakkan fizikal, dan memakai pelitup muka.Yang menjadi masalah adalah tugas mengisi borang-borang secara berlebihan. Bila orang kenamaan atau pegawai turun ke sekolah, mereka kena buat laporan-laporan. Ini akan mengganggu tugas hakiki mereka untuk mengajar. Kelas juga bertambah disebabkan SOP penjarakkan fizikal. Ini menambahkan tanggungjawab guru. Kerja-kerja yang tiada kaitan juga bertambah, contohnya perlu isi deskripsi tugas. Kerja-kerja ini akan mengganggu peranan hakiki sebagai seorang guru. Ini berlaku kerana tiada sesi libat urus kerajaan dengan NUTP.Apakah harapan NUTP kepada Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan guru?Masalah guru adalah hal yang dinamik di mana ia akan berubah dari hari ke hari. Contohnya ketika pandemik Covid-19. Jadi NUTP merayu Kementerian Pendidikan agar mengadakan sesi libat urus dengan kita bagi mendengar permasalahan kita sebelum mereka buat keputusan muktamad.Apabila ada sesi libat urus, kita dapat kurangkan permasalahan daripada berpolemik dalam akhbar. Namun, perkara ini amat kurang berlaku. Saya merasakan NUTP dianggap sebagai penghasut dan penentang sedangkan NUTP mewakili golongan profesional di mana kita boleh dibawa berunding. Hasrat kita adalah untuk menyampaikan permasalahan daripada akar umbi apabila sesuatu dasar hendak dilaksanakan. Kita bersama dalam satu bahtera menghala ke destinasi sama.Guru merupakan penjawat awam yang paling ramai di negara ini. Adakah itu sebabnya NUTP merasakan kerajaan wajar memberi perhatian yang lebih kepada guru?Ya, selain badan beruniform, guru adalah penjawat awam terbesar dalam negara. Kerana itu kita mempunyai pelbagai masalah. Kita berhadapan dengan rakyat secara langsung. Bukan hanya ibu bapa tetapi juga anak didik dan masyarakat umum. Jadi perlu adakan banyak sesi libat urus. Pihak kerajaan mesti memberi kami laluan supaya dapat disampaikan kekangan kita, masalah-masalah kita dan perasaan tak puas hati kita supaya mereka boleh lihat dan buat dasar yang betul-betul dapat menaikkan status sistem pendidikan negara bertaraf dunia.Bagaimana anda melihat NUTP sebagai sebuah organisasi penting untuk menjaga kebajikan guru-guru?NUTP sekarang dalam proses transformasi. Kita buat lebih banyak penyelidikan dan pembangunan serta laksanakan libat urus dengan akar umbi. NUTP juga sentiasa relevan. Buktinya NUTP sering diburu oleh media, bukan hanya dalam negara tetapi juga media luar negara.NUTP juga mengadakan hubungan baik di luar negara seperti Turki, Jepun, Korea, Australia dan Belgium. Jadi NUTP boleh menaikkan nama negara bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di persada dunia sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.Kita mahu rakyat sejahtera. Tetapi untuk mensejahterakan rakyat, saya rasa kunci utama adalah melalui pendidikan khasnya pendidikan TVET.Wawancara Sinar Ahad bersama Harry Tan Huat Hock baru-baru ini. ANEKDOTPencetus penglibatan dalam kesatuanSaya pernah mengajar di sebuah sekolah di Sarawak. Selepas enam tahun, saya balik ke Melaka dan mengajar di sebuah sekolah kebangsaan. Malangnya keputusan peperiksaan di sekolah baharu tersebut didapati menurun.Pihak pentadbir menyalahkan guru semasa mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diadakan. Tapi saya dan guru-guru lain merasakan kami telah melakukan apa yang sepatutnya dan itu bukan salah guru-guru. Jadi, kami telah membawa kes tersebut kepada pihak jabatan dan akhirnya guru besar tersebut ditukarkan.Itulah yang mencetuskan hasrat saya untuk terlibat dalam kesatuan kerana saya tahu bila kita bersatu kita teguh, kita boleh lakukan banyak perkara.NUTP sebagai sebuah keluarga besarPencapaian yang amat saya bangga adalah apabila NUTP menjadi sebuah organisasi besar dan selalu memperjuangkan nasib guru. Saya juga bawa pembaharuan kepada NUTP. Pada 2018, buat julung kalinya NUTP mengadakan hari keluarga untuk kakitangan. Bermakna NUTP bukan hanya memperjuangkan nasib guru tetapi kebajikan kakitangan juga terjaga seperti sebuah keluarga.Masa untuk diri sendiri hanya selepas bersaraUntuk tempoh setahun ini, saya tidak ke mana-mana kecuali berada dalam dunia kesatuan. Apabila ada waktu lapang saya akan berehat tetapi dalam fikiran, saya hanya fikirkan aktiviti-aktiviti atau perkara baharu untuk anak buah saya supaya NUTP sentiasa maju. Tahun depan saya akan bersara, jadi saya akan dapatkan ruang untuk diri sendiri selepas bersara nanti.HARRY TAN HUAT HOCKJAWATAN SEKARANG: Setiausaha Agung NUTPUMUR: 59 tahun (1961)ASAL: MelakaPENDIDIKAN: Sarjana Muda Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)PENGALAMAN: Berkhidmat lebih 30 tahun sebagai seorang guru. Pernah berkhidmat di SK Nanga Entaih, SRB Methodist, Sarawak; SK Pantai Kundor, Melaka; SMK Infant Jesus Convent, Melaka dan SMK Ibrahim YaakobJAWATAN LAIN:Timbalan Setiausaha Agung II CuepacsNaib Presiden Sektor Awam MTUCTimbalan Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan ProfesionalAhli Lembaga Eksekutif Education InternationalAhli Panel Tatatertib Majlis Perubatan Malaysia
4
11 Oktober 2020 08:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/103797/berita/wawancara/mampu-realisasikan-kerajaan-digital
MAMPU realisasikan kerajaan digital
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerana pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, baik kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan mahupun agensi masing-masing.Mujurlah perkhidmatan secara dalam talian membolehkan urusan rakyat seperti pembaharuan cukai jalan kenderaan, permohonan bantuan, menghantar borang cukai pendapatan dan banyak lagi, dapat dilakukan dengan mudah dan selamat menggunakan platform digital.Namun begitu tidak ramai yang tahu di sebalik perkhidmatan digital kerajaan, terdapat sebuah agensi yang menjadi tulang belakangnya iaitu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Yusof Ismail menceritakan tentang kepentingan ‘kerajaan digital’ dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, termasuk mewujudkan aplikasi MySejahtera pada musim Covid-19 ini.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Sinar Harian, Junhairi Alyasa bersama Yusof yang turut mengupas mengenai cabaran dan masa depan pendigitalan sektor awam.SINAR AHAD: Datuk berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan strategik dan ekonomi. Apakah yang ingin Datuk capai selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU?DR YUSOF: Saya berpengalaman bertugas di Bahagian Kewangan dan Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan. Selain itu, saya juga pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Unit Perancang Ekonomi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Kebanyakan tugas saya adalah memastikan ekonomi dan kewangan negara sentiasa kukuh melalui dasar-dasar, pelaburan kerajaan serta pelaksanaan projek-projek mega yang memberi impak kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.Walaupun terdapat perbezaan dari segi tugas antara peranan saya sebelum ini dengan fungsi MAMPU, saya mahu MAMPU menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dengan cara meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat khususnya melalui pemodenan dan pendigitalan. Contohnya, dengan pendekatan pentadbiran yang terkini mahupun produk teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang diperkenalkan oleh MAMPU kepada jabatan-jabatan, rakyat akan menerima perkhidmatan kerajaan yang lebih baik dan seterusnya hidup lebih selesa.Ramai yang tidak tahu tentang peranan penting yang dimainkan oleh MAMPU. Boleh Datuk ceritakan sedikit mengenai unit ini?Saya sedar ramai rakyat di luar sana yang kurang mengenali MAMPU. Kami di MAMPU menerima hakikat ini kerana MAMPU tidak mempunyai perkhidmatan secara langsung kepada rakyat. Bagaimanapun, perkhidmatan dan sumbangan MAMPU kepada rakyat dan sektor awam amat besar. Sebagai sebuah agensi pusat, MAMPU bertanggungjawab sebagai perancang dan peneraju agenda pendigitalan dan pemodenan sektor awam. Ke arah itu, MAMPU berperanan memperkenalkan pelbagai inisiatif penambahbaikan pentadbiran dan sistem pengurusan prestasi bagi mempertingkatkan kecekapan sistem perkhidmatan awam.Apa yang boleh saya katakan, sekiranya MAMPU tidak mengeluarkan panduan mengenai penambahbaikan perkhidmatan kaunter yang menjadi rujukan seluruh agensi awam, mungkin perkhidmatan kaunter kita masih berada pada tahun seperti tahun 1980-an dahulu. Contoh lain, seperti yang disebut oleh rakan saya di MAMPU, sekiranya kami tidak memberikan perkhidmatan ICT dengan berkesan, berkemungkinan proses pembayaran gaji kepada penjawat awam akan terjejas. Ini sudah pasti akan memberi impak kepada jutaan isi rumah di luar sana.Apakah usaha-usaha yang berjaya Datuk rintis sepanjang menjadi Ketua Pengarah MAMPU?Saya dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU pada 22 April 2020 iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun MAMPU bukanlah agensi barisan hadapan, tuntutan dan harapan stakeholders (pihak berkepentingan) termasuk Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara agak tinggi. Ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan komunikasi kepada rakyat berjalan dengan lancar.Sebagai contoh, peranan Malaysia Government Call Centre (MyGCC) iaitu pusat panggilan kerajaan di bawah MAMPU sangat kritikal bagi menghubungkan rakyat dengan kerajaan. Pada masa itu, peningkatan panggilan telefon daripada rakyat telah meningkat dengan mendadak. Sebelum PKP anggaran panggilan yang diterima MyGCC adalah sebanyak 3,000 hingga 4,000 panggilan sehari, namun semasa PKP jumlah panggilan meningkat sehingga mencecah lebih 20,000 panggilan pada masa tertentu.Dengan kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara dan pelbagai kementerian serta agensi, sedikit sebanyak kegusaran rakyat semasa tempoh PKP dapat ditangani.Pegawai-pegawai ICT saya juga bertungkus lumus untuk membangunkan Sistem IPTPulang yang disiapkan dalam tempoh 60 jam sahaja bagi membantu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menguruskan pergerakan pelajar IPT pulang ke kampung halaman semasa PKP. Begitu juga dengan khidmat nasihat pakar-pakar ICT di MAMPU dalam membangunkan Aplikasi MySejahtera. Sebagai ketua, saya sangat berterima kasih kepada mereka. Walaupun peranan mereka kurang diketahui, mereka sangat positif dalam menjalankan tugas. Pada saya, mereka ialah wira yang tidak didendang.Apakah peranan penting MAMPU dalam era Covid-19 ini?Pelaksanaan PKP menyaksikan bagaimana pentingnya sistem pendigitalan dalam kerajaan khususnya bagi membantu memudahkan urusan dengan orang ramai. Pada masa yang sama ia mengurangkan risiko jangkitan yang berpunca daripada kesesakan di pejabat kerajaan. Sebagai sebuah agensi pusat dalam sektor awam, peranan utama MAMPU adalah memastikan usaha pendigitalan ini berjaya. Akibat daripada pandemik Covid-19, terdapat keperluan kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan digital kepada rakyat.Antaranya perkhidmatan dalam talian seperti transaksi bayaran tanpa tunai, pendaftaran, semakan, bantuan kesihatan dan sara hidup yang dijalankan secara End-to-End (E2E) dan separa E2E.Kerajaan telah memberi mandat kepada MAMPU untuk memastikan perkhidmatan E2E sektor awam mencapai 40 peratus pada hujung tahun 2020. Bagi tujuan ini, MAMPU dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengadakan projek rintis bagi sistem penyampaian kerajaan ke arah pengamalan norma baharu yang akan mendigitalkan beberapa perkhidmatan kaunter mereka.Saya juga ingin memaklumkan bahawa MAMPU sedang menjalankan kajian untuk pembangunan komunikasi bersepadu rasmi kerajaan yang bercirikan intellegent chatbot yang dapat memberi cadangan penyelesaian masalah secara automatik dan dilengkapi dengan analisis sentimen. MAMPU juga giat mempromosi perkhidmatan digital yang ada dalam sektor awam untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Ini penting bagi memastikan semua perkhidmatan digital yang disediakan oleh kerajaan ini digunakan oleh semua rakyat di semua peringkat. Inisiatif kerajaan digital ini bukanlah terhad di MAMPU sahaja. Ia ada di semua sektor dan jabatan seperti pembelajaran dalam talian, pengurusan kesihatan, pendaftaran perniagaan dan juga urusan imigresen.Apakah kekangan utama yang menyebabkan usaha mendigitalkan perkhidmatan awam tidak dapat dilaksanakan dengan baik?Antara cabaran utama adalah dasar, proses dan prosedur yang kompleks dan perlu ditambah baik. Terdapat juga jabatan kerajaan yang bergantung kepada sistem dan platform lama akibat kekurangan infrastruktur dan sistem sokongan rangkaian telekomunikasi terutamanya di kawasan luar bandar.Di samping itu, terdapat juga kekangan yang biasa dihadapi oleh mana-mana jabatan iaitu dari aspek sumber manusia dan peruntukan kewangan. Terdapat juga rakyat sebagai pengguna yang lebih selesa hadir sendiri ke pejabat kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan terutamanya secara bersemuka dengan pegawai. Ini juga cabaran kepada agenda pendigitalan sektor awam.Namun, saya tidak ingin menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak merealisasikan agenda pendigitalan ini. Saya melihat cabaran ini sebagai peluang yang perlu diberi perhatian utama bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih holistik dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Yusof menceritakan tentang kepentingan ‘kerajaan digital’ dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, termasuk mewujudkan aplikasi MySejahtera pada musim Covid-19 ini.Bagaimanakah Datuk dapat memberi jaminan kepada rakyat tentang keselamatan siber apabila mereka berurusan dengan kerajaan?Orang awam tidak perlu berasa ragu mengenai keselamatan apabila menggunakan transaksi digital kerajaan. Ini kerana kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi meminimumkan risiko melalui usaha-usaha pencegahan. Aspek berkaitan keselamatan dan privasi data pengguna juga selamat melalui tadbir urus dan prosedur yang ada.Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) ada menerangkan mengenai prosedur keselamatan siber yang mesti digunakan oleh kementerian dan agensi awam dalam merancang perlindungan di ruang siber masing-masing.Dengan pematuhan kepada rangka kerja ini, rakyat tidak perlu risau tentang keselamatan siber ataupun insiden-insiden yang tidak diingini. Ia juga selaras dengan keperluan keselamatan maklumat yang digariskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia (CSM).Selain itu, kerajaan juga mempunyai infrastruktur seperti MyGovCloud@PDSA yang berfungsi sebagai pengkomputeran awan kerajaan secara berpusat dan MyGov*Net yang berperanan sebagai infrastruktur rangkaian telekomunikasi. Infrastruktur ini memastikan semua maklumat dalam se-tiap transaksi dengan kerajaan adalah selamat dan dilindungi.Apakah yang diperlukan oleh penjawat awam untuk menjayakan usaha mendigitalkan sektor awam?Dalam menguruskan permintaan rakyat yang kompleks dalam era digital ini, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan program latihan modul pembelajaran Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR). Program ini bagi memastikan penjawat awam mempunyai kompetensi dan keupayaan digital dalam menjalankan tugas.MAMPU juga melaksanakan program pengurusan perubahan di pelbagai lapisan penjawat awam agar semua program pendigitalan perkhidmatan kerajaan difahami dan mendapat sokongan yang menyeluruh. MAMPU dari masa ke masa turut mengadakan pelbagai program kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan pelbagai pihak mengenai pelaksanaan kerajaan digital. Sesi libat urus dengan penjawat awam sentiasa diadakan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan kerajaan digital.Berapakah peruntukan untuk melakukan transformasi pendigitalan ini?Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tempoh 2016-2020, nilai peruntukan bagi projek dan inisiatif yang berkaitan pendigitalan yang diuruskan oleh MAMPU adalah sebanyak RM5.9 bilion. Nilai keseluruhan peruntukan bagi projek ICT sektor awam pula adalah berjumlah RM27.3 bilion. Saya yakin bagi RMK-12 yang akan datang, kerajaan akan memberi komitmen yang sewajarnya bagi memastikan momentum pelaksanaan inisiatif pendigitalan sektor awam dapat direalisasikan.Pelan Induk Ekonomi Digital akan dilancarkan dalam masa terdekat. Apakah perkara menarik dalam pelan ini?Pelan induk itu antara lain akan mencantumkan aspek berkaitan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan ekonomi digital, selain menyelaras semua usaha berkaitan oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. Ia mengambil kira segala usaha merancakkan ekonomi digital yang sudah dijalankan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.Saya berpandangan adalah sangat penting supaya MAMPU menjajarkan semua inisiatif kerajaan digital dengan Pelan Induk Ekonomi Digital. Ini kerana inisiatif kerajaan digital dapat menjadi pemangkin penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat dan komuniti perniagaan.Di samping itu, hasil daripada pelaburan kerajaan dalam aspek pendigitalan juga agak signifikan dalam membangunkan industri serta rantaian ekonomi yang berkaitan.Baru-baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan terdapat minat daripada syarikat multinasional termasuk Google, Amazon dan Microsoft untuk membantu Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan. Adakah MAMPU terlibat dengan perkara ini?MAMPU turut memberikan perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud) kepada sektor awam melalui MyGovCloud@PDSA sebagai Government Private Secured Cloud.Ia dijangka boleh menampung hampir 25 peratus daripada keperluan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam sektor awam. Kerajaan melihat kemampuan public cloud sebagai perkhidmatan yang dapat digunakan bagi meningkatkan keupayaan kepada MyGovCloud@PDSA bersama pembekal pengkomputeran awan secara hibrid dalam tempoh lima tahun akan datang. Melalui cloud ini, kerajaan boleh memberikan perkhidmatan sektor awam yang inovatif dengan cepat kepada rakyat tanpa perbelanjaan yang tinggi untuk infrastruktur ICT seperti pusat data, pelayan dan storan. Ia menguntungkan kerajaan dengan infrastruktur keselamatan canggih serta platform kolaboratif untuk penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.Bagaimanakah Datuk melihat MAMPU pada masa akan datang?Saya melihat MAMPU merupakan satu jabatan yang sangat kritikal dalam sektor awam khususnya dalam aspek pendigitalan. Sebagai agensi pusat, dasar-dasar mahupun projek yang dijalankan oleh MAMPU akan memberi impak besar kepada negara khususnya sektor awam.Walaupun pendigitalan ini merupakan satu aspek yang agak teknikal, saya melihat ia merupakan satu game changer utama dalam sektor awam. Oleh itu, MAMPU sentiasa melihat keperluan untuk menambah baik aspek-aspek tadbir urus serta pelaksa-naan projek berkaitan kerajaan digital.********PROFIL:Datuk Dr Yusof IsmailJawatan sekarang: Ketua Pengarah MAMPUUmur: 58 tahunAsal: Kuala Berang, TerengganuPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Universiti Malaya), Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi (Williams College, Massachusetts, Amerika Syarikat) dan PhD Pembangunan Komuniti (Universiti Putra Malaysia).Pengalaman:32 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awamPenolong Setiausaha Bahagian Ekonomi di Kementerian KewanganTimbalan Ketua Pengarah (Transformasi dan Pemodenan Pengurusan) MAMPU.Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan********ANEKDOTTerkenang zaman jurutaip di pejabat kerajaanSaya bersyukur dengan pengalaman yang diperoleh sepanjang lebih 30 tahun saya berkhidmat dalam sektor awam. Dalam tempoh itu, saya telah melalui dua era yang sangat berbeza. Pada awal perkhidmatan, hampir keseluruhan pentadbiran kerajaan adalah secara manual. Komputer adalah suatu yang asing di pejabat kerajaan.Saya masih ingat pada masa itu, peranan jurutaip sangat penting. Jurutaip akan menerima arahan daripada pegawai untuk menyediakan dokumen seperti surat-menyurat dan minit mesyuarat. Menyediakan satu surat rasmi pada masa itu pun mengambil masa yang agak lama.Pada hari ini, ia sudah jauh berbeza. Sektor awam telah mengalami proses transformasi. Antara faktor penyumbang kepada perkembangan ini adalah kepimpinan negara, kestabilan ekonomi dan kehendak rakyat itu sendiri. Pada saya, kata kunci yang sesuai untuk menerangkan perkembangan ini adalah pemodenan dalam pentadbiran.Kejutan 9 Mei 2018 terhadap penjawat awamSalah satu peristiwa penting yang saya tidak akan lupakan ialah perubahan kerajaan susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Pada masa itu, semua penjawat awam agak terkejut kerana tidak pernah berlaku perubahan kerajaan dalam sejarah negara. Akibat daripada itu, terdapat satu persepsi bahawa penjawat awam mempunyai kecenderungan kepada sesuatu parti politik.Bagaimanapun, penjawat awam berjaya membuktikan profesionalisme dan kesetiaan mereka kepada mana-mana kerajaan memerintah yang telah dipilih oleh rakyat. Ini kerana, semua penjawat awam sudah dilatih untuk sentiasa patuh dan komited dengan kerajaan yang memerintah ketika ini.Luangkan masa bermain dengan dua cucuSekiranya mempunyai masa lapang, saya akan mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan dua orang cucu saya. Selain itu, saya akan meluangkan masa bersama rakan-rakan dengan bermain golf.
4
04 Oktober 2020 07:40am
ROSALWANI CHE SOH @ YUSOFF
https://www.sinarharian.com.my/article/102812/berita/wawancara/putuskan-hubungan-dengan-penjenayah-di-laut
Putuskan hubungan dengan penjenayah di laut
RUTIN hariannya agak padat. Selepas lebih 14 tahun berkhidmat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan memegang pelbagai jawatan, kini beliau ialah nakhodanya.Sudah lebih setahun Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM. Banyak usaha yang dilakukan beliau untuk mengekang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta jenayah rentas sempadan, selain pencerobohan nelayan asing bagi memastikan perairan negara selamat daripada ancaman musuh.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Mohd Zubil turut memperincikan fungsi dan tugas APMM yang baru sahaja berusia 15 tahun, masih muda berbanding agensi penguatkuasaan lain.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Ketua Meja Jenayah, Izwan Rozlin serta wartawan Rosalwani Che Soh bersama anak kelahiran Lenggong, Perak itu di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Datuk telah berkhidmat selama 24 tahun dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga tahun 2005. Bagaimana pengalaman Datuk sewaktu berkhidmat bersama TLDM dapat digunakan untuk memperkasa APMM?MOHD ZUBIL: Saya memulakan perkhidmatan bersama TLDM pada 1 Mei 1981 dan ditukarkan ke APMM pada 1 Februari 2006. Tempoh perkhidmatan bersama TLDM adalah selama 24 tahun 9 bulan manakala bersama APMM selama 14 tahun 5 bulan. Semasa dalam TLDM, saya menjawat pelbagai jawatan sebagai staf di pangkalan dan di atas kapal.Pada 2006, saya dilantik ke dalam perkhidmatan APMM sebagai Pegawai Operasi Wilayah Maritim Selatan berpangkalan di Johor Bahru dan mengetuai operasi mencegah rompakan di laut. Operasi ini telah berjaya menangkap dan mensabitkan hukuman di mahkamah ke atas tiga kumpulan perompak di perairan Tanjung Piai dan Pengerang, Johor pada tahun 2012 dan 2013.Selaku pegawai operasi, saya mengetuai banyak operasi. Saya bersyukur apabila operasi-operasi yang dilaksanakan berjaya membendung aktiviti jenayah di perairan selatan Johor termasuk juga aktiviti jenayah rentas sempadan yang melibatkan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, penyeludupan barangan bercukai serta pencerobohan nelayan asing. Ini terbukti melalui statistik tangkapan yang direkodkan antara tahun 2011 hingga 2014 meningkat dari masa ke masa ketika bertugas di APMM Wilayah Selatan.Apakah perasaan Datuk apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM pada 19 Ogos 2019?Saya tidak pernah bercita-cita untuk dilantik menjadi Ketua Pengarah, apa yang saya buat dan tanggungjawab saya adalah melakukan yang terbaik bagi hala tuju sebenar APMM melalui apa yang telah ditinggalkan Ketua Pengarah terdahulu, Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar.Sebenarnya nama saya dicalonkan Datuk Seri Zulkifli yang mahu saya terus menerajui APMM.Kerana memikirkan tanggungjawab, maka saya menggalas amanah ini dan membawa pasukan ke arah yang sewajarnya. Sejak 19 Ogos tahun lalu, sehinggalah kini lebih setahun saya dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM. Apa yang saya lakukan adalah berlandaskan paksi yang betul mengikut pelan pembangunan merangkumi aset, infrastruktur dan anggota supaya APMM dapat menjalankan tugas dan kuasanya dengan lancar dan berkesan sebagaimana yang termaktub dalam Akta 633.Walaupun APMM masih baharu dan berusia 15 tahun berbanding pasukan penguatkuasaan lain, namun saya yakin ia berada di landasan yang betul. Sejak 2006 saya sudah terlibat dalam selok-belok APMM. Saya terima cabaran ini sebagai sesuatu yang positif. Perjalanan APMM kini adalah untuk terus mengekang jenayah di perairan Malaysia.Apakah yang dilakukan Datuk sejak menerajui APMM?Sebaik sahaja menerajui APMM pada 19 Ogos 2019, saya memberi tum puan khas kepada pembangunan kapasiti dan peningkatan keupayaan penguatkuasaan undang-undang dan carilamat.Selaku agensi utama dalam penguatkuasaan dan carilamat di Zon Maritim Malaysia, APMM perlu dibangunkan sebagaimana Pelan Pembangunan Maritim Malaysia 2040.Mohd Zubil Mat Som bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa.Salah satu agenda utama saya pada tahun ini adalah memastikan perolehan dua buah lagi kapal NGPC (kapal peronda generasi baharu) dan sebuah OPV (kapal peronda luar pantai) dapat disiapkandan diterima pada tahun ini kerana ia akan meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan ZEE (Zon Ekonomi Eksklusif) dan sempadan perairan bagi mengekang ancaman penjenayahyang sentiasa menggunakan pelbagai cara untuk membolosi perairan kita.Dalam aspek operasi, selain operasi sedia ada, operasi-operasi khas telah dilancarkan di semua negeri bagi membanteras habis-habisan pencerobohan nelayan asing, PATI, penyeludupan dadahdan barang-barang terlarang serta rompakan di laut.Sebagai contoh, Ops Kuda Laut dilancarkan khusus untuk menangkap bot-bot nelayan Vietnam yang sering menceroboh perairan di pantaitimur Semenanjung dan Sarawak.Ops Benteng pula adalah untuk menghalang dan menangkap migran yang memasuki negara secara tidak sah semasa fasa pandemik Covid-19. Seterusnya menggalakkan dan menyediakanruang profesionalisme pegawai dan anggota penguat kuasa APMM khasnya dalam siasatan kes-kes sindiket seperti penyeludupan migran, dadah dan rokok.Saya juga menumpukan kepada keterampilan peribadi dan kebajikan warga APMM. Sebagai contoh, beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk memastikan pegawai dan anggota APMMterhindar daripada gejala rasuah, disiplin dan lain-lain yang boleh menjejaskan prestasi APMM.Apakah cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh APMM dalam menjaga perairan negara?Kami sentiasa bersiap siaga mengekang kemasukan PATI. Namun kini apa yang lebih dibimbangi ialah PATI yang mungkin membawa wabak Covid-19 masuk ke negara ini. Buat masa ini, pihak kami memperketatkan kawalan di kawasan perairan termasuk sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan kemasukan PATI. Kemasukan PATI ketika tempoh penularan Covid-19 agak kurang berbanding sebelumnya, namun kami khuatir kemungkinan berlaku peningkatan kemasukan PATI yang membawa wabak ‘halimunan’ iaitu Covid-19 selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pada musim PKP ini, kebanyakan PATI tidak mempunyai pekerjaan kerana bidang pembinaan dan perladangan tidak beroperasi sehingga ada dalam kalangan mereka mengambil keputusan pulang ke kampung halaman ekoran hilang punca pendapatan dan pekerjaan. Apa yang dikhuatirkan bagaimana keadaan nanti apabila mereka masuk secara beramai-ramai setelah PKP berakhir. Ini yang perlu kita kekang dalam usaha mengawal musuh ‘halimunan’ yang mungkin dibawa kumpulan ini dari luar dan masuk ke negara kita tanpa mereka disaring.Perkara sedemikian perlu dipandang serius kerana kemasukan PATI secara tidak terkawal boleh menjadi punca yang boleh menggandakan angka jangkitan sekali gus boleh menggagalkan usaha kerajaan memerangi Covid-19. Sehubungan itu semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian wabak berbahaya ini. Buat masa ini, pihak kami juga menambah penempatan aset di kawasan panas atau 'hotspot' dan terus meningkatkan pemantauan bagi menghalang negara terus dibolosi penjenayah.Bagaimana pula dengan PATI yang masih berani masuk ke Malaysia di sebalik usaha bersungguh-sungguh APMM untuk membanteras kemasukan mereka? Apakah penyebabnya?Sebenarnya kegiatan penyeludupan PATI adalah 'perniagaan’ yang didalangi organisasi sindiket. Ia sukar dikekang selagi khidmat orang tengah terus digunakan sebagai ejen. Namun, kita harap orang awam dapat melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika melihat sebarang kegiatan mencurigakan.Jangan dibiarkan mereka masuk ke kawasan kampung atau lorong-lorong tikus di persekitaran kita, kerana mereka ini melakukan kesalahan jenayah menyeludup PATI. Menjadi tanggungjawab kita untuk tidak bersekongkol serta melaporkan aktiviti jenayah ini kepada pihak berkuasa. APMM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana golongan yang dikenal pasti bersekongkol dengan tekong, sama ada warga tempatan atau warga asing.Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Ketua Meja Jenayah, Izwan Rozlin serta wartawan Rosalwani Che Soh bersama Mohd Zubil di Putrajaya baru-baru ini.Apakah dengan aset-aset yang ada pada APMM pada ketika ini mampu untuk membanteras kegiatan jenayah di perairan negara?Kerajaan amat serius dalam menangani semua perlakuan jenayah di perairan negara. Pelbagai usaha serta inisiatif sedang dilakukan untuk mengupayakan Maritim Malaysia dari pelbagai aspek termasuk aset laut dan udara, infrastruktur serta keanggotaan.Kita perlukan aset yang lebih di kawasan Pantai Timur iaitu di kawasan Kelantan, Terengganu,Pahang dan kalau kita ada kapal lebih besar, maka lebih mudah untuk kita sentiasa berkawal di lautan.Keperluan mengupayakan APMM adalah tepat pada masanya berikutan keanggotaan APMM dalam National Task Force dan melaksanakan Ops Benteng bersama Angkatan Tentera Malay Malaysia(ATM) dan Polis Diraja Malaysia PDRM bagi mengekang kemasukan PATI dengan mengoptimumkan asetaset laut dan udara, perkongsian maklumat serta memanfaatkan teknologi Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA).Buat masa ini, kita turut memperkukuhkan dan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha mengekang kegiatan jenayah di perairan negara.Bagaimanakah tindakan Datuk sekiranya ada anggota APMM terlibat rasuah?Setakat ini saya tidak menafikan, berkemungkinan ada anggota penguat kuasa yang menerima habuan atau rasuah bagi kes penyeludupan PATI. APMM tidak akan berkompromi dalam kes rasuah seperti ini dan peringatan ini telah saya tegaskan sebaik sahaja saya mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah. Saya juga sentiasa memberi peringatan tegas dan amaran buat semua warga APMM, kepada sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pihak berkenaan termasuk tekong dan pengedar dadah agar terus putuskan hubungan atau berhadapan tindakan paling tegas akan diambil terhadap mereka.Menjadi harapan saya agar anggota APMM tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral, walaupun tugasan ini berisiko dan terdedah kepada keadaan ini tetapi sebagai penguat kuasa kita perlu mematuhi undang-undang.Bagaimana Datuk melihat APMM pada masa depan?Cabaran sentiasa ada pada bila-bila masa. Persoalannya bagaimana kita melihat, mendepani dan berusaha merungkaikan cabaran itu dalam situasi kesiapsiagaan. Cabaran yang kita lalui hari ini adalah pelajaran bagi kita mendepani masa hadapan termasuklah dalam membangunkan keanggotaan, kemahiran serta latihan kepakaran.Saya melihat amat penting bagi APMM mewujudkan rangkaian jaringan kerjasama dengan negara jiran termasuklah meningkatkan keupayaan dan interaksi pelbagai hala unit risikan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah di perairan kita. Kerjasama dengan agensi penguat kuasa dalam negara dan luar negara perlu dimantapkan lagi bagi membolehkan kita berperanan secara lebih efektif dan praktikal.Contohnya, penggunaan jeti atau pangkalan secara bersama dan harmoni agar tidak merencatkan operasi. Dalam konteks ini, saya berpandangan adalah menjadi keperluan utama bagi APMM memiliki jeti sendiri bagi memudahkan urusan logistik dan operasi. Perkara ini perlu, kerana jika ingin berjaya kita perlu ada infrastruktur yang lebih baik dan berupaya untuk bina kawasan perumahan warga kita, kompleks dan surau serta kemudahan pasar raya kecil untuk anggota dan ini akan memudahkan kita memantau perkembangan anggota termasuk keluarga mereka. Maka kita harap pembangunan untuk anggota dan kebajikan mereka akan juga dibawa ke tengah dan ini merupakan perkara serius yang perlu diambil kira dalam usaha meningkatkan APMM ke peringkat lebih baik.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Mohd Zubil turut memperincikan fungsi dan tugas APMM yang baru sahaja berusia 15 tahun, masih muda berbanding agensi penguatkuasaan lain.=============ANEKDOTJadi pakar senjata selepas berkursus di IndiaSaya ialah lulusan Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan daripada Universiti Malaya pada tahun 2001. Seterusnya saya melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan di universiti yang sama pada tahun 2003. Saya juga mendapat pendedahan sebagai pakar persenjataan (Gunnery Specialist) setelah menghadiri kursus persenjataan di India Naval Ship Dronacharya, Cochin, India pada tahun 1990. Sepanjang berkhidmat dalam TLDM, saya telah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Pegawai Navigasi dan Senjata kapal KD Sri Melaka yang berpangkalan di Markas Panglima Wilayah Laut Dua, Labuan dari tahun 1984 hingga 1987.Pada waktu tersebut, kerajaan Malaysia melalui TLDM sedang giat menuntut dan membangunkan Terumbu Layang, Terumbu Ubi dan Terumbu Mantani. Saya terlibat secara langsung dalam operasi mempertahankan negara daripada tindakan berbentuk ketenteraan daripada negara-negara yang mempertikaikan tuntutan Malaysia ke atas ketiga-tiga terumbu tersebut di samping mengawal pembangunannya.Semasa menjawat jawatan sebagai Pakar Persenjataan dan Pegawai Laksana beberapa buah kapal TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak, saya sering kali ditugaskan beroperasi bersama-sama kapal tersebut untuk mengawal keselamatan dan keamanan di perairan terumbu yang dibangunkan di perairan Sabah.Saya juga terlibat secara langsung dari tahun 1993 hingga 1995 dalam Operasi Zon Ekonomi Eksklusif Selatan/Utara semasa berkhidmat bersama KD Marikh yang berpangkalan di Wilayah Laut Satu, Kuantan, Pahang bagi memastikan Zon Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan sentiasa selamat dan kedaulatan negara terpelihara.Kerjaya tentera laut ubah kehidupanPeristiwa penting yang mengubah saya ke kedudukan sekarang adalah setelah menceburkan diri dalam bidang ketenteraan. Saya melihat rakan-rakan berusaha mencapai cita-cita mereka dan terpilih masuk ke peringkat yang lebih baik, saya tanamkan azam untuk terus berjaya dan akhirnya selepas Tingkatan Lima, saya menyertai ATM apabila mendapat sokongan keluarga. Ayah saya juga seorang tentera dan saya berbangga apabila dapat menyertai pasukan TLDM, seterusnya diserap masuk ke APMM dan kini menerajui pasukan APMM.Main golf isi masa lapangPada masa lapang saya bermain golf dan itulah hobi saya ketika ini, biarpun sebelum ini saya tidak meminati sukan itu. Ia bermula dengan rakan yang mengajak saya menyertainya bermain golf secara suka-suka sahaja sebelum pulang ke rumah bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Sehinggalah akhirnya ia menjadi hobi yang saya minati. Jika ada masa luang iaitu cuti pada hari minggu, bermain golf menjadi antara hobi saya untuk mengisi waktu cuti hujung minggu.=====PROFIL:Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat SomJawatan Sekarang: Ketua Pengarah APMMUmur: 57 tahunAsal: Lenggong, PerakKeluarga: Isteri, Datin Nor Zaida Yazid dan dikurniakan 3 anak.Pendidikan: Ijazah Sarjana Pengurusan, Universiti MalayaPengalaman: 24 tahun 9 bulan bersama TLDM manakala bersama APMM selama 14 tahun 5 bulan
4
27 September 2020 07:25am
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/101830/berita/wawancara/tugas-penguat-kuasa-kpdnhep-didigitalkan
Tugas penguat kuasa KPDNHEP didigitalkan
[VIDEO] [WAWANCARA] TUGAS Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam melindungi kepentingan pengguna dan peniaga sangat mencabar pada zaman Covid-19 ini. Selain kenaikan harga barang, lambakan produk tiruan dan penipuan urus niaga dalam talian juga menjadi antara cabaran besar untuk diselesaikan Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman.Sebab itulah, kata beliau, langkah pendigitalan tugas penguat kuasa sangat penting supaya tindakan penguatkuasaan seperti kompaun dapat dilakukan dengan cepat manakala proses meluluskan permohonan untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti jualan murah tidak mengambil masa yang lama.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Iskandar Halim turut memperincikan fungsi Unit Digital dan Forensik di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP yang ditubuhkan pada awal tahun ini.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi bersama anak kelahiran Raub, Pahang itu di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah yang mendorong Datuk untuk berkhidmat sebegitu lama dalam kerajaan iaitu selama 39 tahun?ISKANDAR HALIM: Tahun ini adalah tahun ke-39 saya berkhidmat di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP. Rasa syukur mendorong saya untuk bekerja dengan lebih bagus, sungguh-sungguh. Saya bersyukur sebab ALLAH SWT berikan rezeki untuk saya berkhidmat dalam kerajaan, dapat bekerja dalam KPDNHEP dan sebagai pegawai penguat kuasa walaupun pada mulanya saya tak tahu sangat apa kerja penguat kuasa bila saya mohon kerja.Cuma ada orang beritahu kerja kamu esok macam tendang-tendang pintu kedai, macam-macamlah. Tapi sebenarnya bila saya masuk, banyak benda yang kita kena belajar. Rupa-rupanya kerja penguat kuasa ini berkait rapat dengan undang-undang kerana apa sahaja yang kita buat mesti ada undnag-undang di belakang kita.Maknanya kalau kita tak buat ikut undang-undang, nanti orang boleh saman kita. Sebab itu apa sahaja tindakan mesti ikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Apakah cabaran paling besar ketika menjawat jawatan ini?Sebagai pengarah, saya perlu lihat bagaimana untuk menjadikan penguat kuasa KPDNHEP lebih efektif serta diyakini rakyat dan peniaga. Tugas kami adalah menjaga dua kepentingan. Pertama, kepentingan pengguna, kita hendak melindungi mereka daripada kena tipu, jadi mangsa barangan tiruan, harga mahal dan sebagainya.Pada masa sama, saya kena bersikap adil juga kepada peniaga sebab tujuan penguatkuasaan ini bukan untuk menganiaya peniaga. Kita hendak pastikan peniaga buat benda betul. Contohnya, jangan mencatut seperti mengambil keuntungan berlebihan. Misalnya, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang beli barangan dengan banyak, berebut dan masa itulah peniaga cuba menaikkan harga dan macam-macam.Bagaimanakah KPDNHEP dapat memastikan tidak berlaku perbuatan mencatut dan kenaikan harga yang tidak munasabah?Ada banyak perkara yang saya kena teliti semula. Pertamanya, saya mesti pastikan pegawai-pegawai saya faham hala tuju bahagian penguat kuasa ini. Kalau saya cakap efektif itu maknanya apabila kita ambil tindakan mesti pantas. Bukan kita tunggu kes itu jadi besar, baru nak ambil tindakan.Contohnya, baru-baru ini ada isu harga ayam. Orang ramai marah sebab harga naik berterusan, jadi kita buat siasatan dan kita dapati masa PKP dulu, ayam tidak laku sebab orang kurang makan ayam kerana sekolah, asrama dan universiti tutup selain orang ramai tidak boleh adakan kenduri. Hotel dan restoran pun tutup.Wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi bersama Iskandar Halim di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.Permintaan untuk ayam ini tidak ada, jadi harga ayam turun dengan begitu murahi. Bahkan sampai RM3 sekilogram atau ada yang jual tiga ekor RM10. Apabila penternak ayam ini tahu permintaan sedikit, maka mereka telah mengurangkan jumlah ayam di ladang supaya permintaan dan penawaran itu sama dan tidak berlaku kerugian.Pada ketika itu negara sudah mula buat pemulihan, restoran mula dibuka, orang sudah mula masak ayam, jadi permintaannya meningkat. Ketika itu berlakulah kenaikan harga ayam hingga RM10 sekilogram dan ada rakyat Malaysia tidak berpuas hati. Bila kita siasat kita dapati situasi itu bukanlah berlaku untuk selama-lamanya. Bila bekalan pulih, harga pun kembali stabil. Sekarang harga sudah balik kepada asal sekitar RM7.50 sekilogram.Jadi untuk menjadi efektif itu bukan sahaja kita tahu apa isunya tapi bagaimana untuk mengatasi isu-isu yang timbul daripada kegiatan ekonomi yang berlaku. Justeru, sebagai persediaan, saya latih penguat kuasa bagaimana untuk menyiasat kes-kes mencatut ini sebab kita sudah ada undang-undang, ada SOP tetapi kalau tidak diajar bagaimana untuk menyiasat, tidak ke manalah undang-undang itu.Banyak perkara yang perlu dilihat oleh KPDNHEP seperti harga barang dan barang tiruan. Mengikut data KPDNHEP, isu apakah yang paling serius?Dari segi tindakan, banyak kes melibatkan tanda harga. Bila peniaga tidak letak tanda harga, ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. Di pasar ada peniaga tidak letak tanda harga ikan dan sayur. Di kedai runcit tidak letak tanda harga pada macam-macam barang. Perbuatan ini kita ambil tindakan. Dalam setahun, ada 5,000 hingga 6,000 kes berkaitan dengan tanda harga sahaja.Kemudian ada kes alat timbang yang peniaga guna tapi tidak disahkan. Setiap tahun alat timbang ini kena disahkan. Ada inspektor (pegawai) KPDNHEP yang akan memeriksa alat timbang itu sama ada ia menepati piawaian ataupun tidak.Maknanya kalau kita minta barang sekilogram, betul tidak timbangan sekilogram barang yang diberikan peniaga kepada kita. Ramai peniaga yang ambil mudah perkara ini, maka kita kenakan kompaun dua tiga ratus ringgit.Tapi bagi saya yang betul-betul serius ialah yang melibatkan barang tiruan. Hari ini kita dapati banyak barang tiruan sebab ada negara yang mengeluarkan barang tiruan menggunakan jenama macam-macam. Contohnya, kasut jenama Nike, dijual pada harga sangat murah berbanding yang asli walaupun dari segi kualiti memang boleh dipersoalkan.Tetapi kerana mereka hendak cepat jual barang, diletakkan jenama-jenama yang begitu komersial dan orang suka. Kita sedang memikirkan mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah ini.Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim SulaimanPertamanya, kalau orang jual barang tiruan, ia akan menjejaskan cap dagang itu. Contohnya, kasut Adidas, cara syarikat buat kasut itu ada teknik-teknik yang tertentu supaya kasut tahan lama dan pakai lebih bergaya. Tapi bila keluar yang tiruan, nampak macam sama tapi kualitinya kena tengok berapa lama ia boleh bertahan. Itu kalau kasut.Kita sangat risau makanan tiruan. Contohnya, ada satu produk jus yang orang Melayu kita suka makan yang diperbuat daripada herba dan akar kayu. Jadi ada sebuah syarikat mengeluarkan jus herba yang sangat disukai ramai dan jualan sebulan mencecah 100,000 botol. Tapi apa yang berlaku apabila barang tiruan mula masuk pasaran, tiru produk ini? Akhirnya jualan 100,000 botol turun kepada 40,000. Cuba bayangkan berapa kerugian yang ditanggung?Orang yang buat produk tiruan pula jual secara dalam talian. Di platform dalam talian ini sesiapa sahaja boleh mendaftar dan jual barangan. Barang tiruan pun dijual tanpa ada siapa ambil tindakan kecuali tuan punya cap dagang itu perasan barang dia yang tiruan dijual, dia akan buat aduan kepada kita.Penguat kuasa kita sudah mula dilatih untuk menyiasat kes-kes dalam talian ini sebab siasatan dalam talian ini sangat berbeza dengan siasatan secara fizikal. Banyak benda yang kita kena muat turun untuk memastikan bahawa ada kes. Lepas itu kita sudah siapkan SOP berkaitan sistem online. Hari ini pegawai saya dari masa ke masa akan dipanggil mengikuti kursus penyiasatan secara dalam talian.Merujuk kepada kes jus herba itu, tindakan sedang diambil supaya produk-produk tiruan dapat dikeluarkan daripada pasaran dan mereka yang meniru produk itu boleh diambil tindakan.Satu lagi kebimbangan saya berkenaan isu-isu penguatkuasaan ini ialah skim cepat kaya. Sangat sukar untuk kita ambil tindakan kerana kadangkala maklumat tidak ada. Orang cuma akan buat aduan bila mereka sudah rugi dan orang yang jadi dalang pelaburan itu sudah lari.Bercakap tentang penguatkuasaan, kita tidak boleh lari daripada isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Sejauh mana kes-kes ini berlaku di KPDNHEP?Saya tidak menafikan dalam 2,400 pegawai penguat kuasa KPDNHEP ini ada segelintir yang akan mengambil kesempatan. Tapi saya sebagai pengarah akan memastikan isu-isu integriti ini terkawal. Contohnya, ada pegawai kita yang didakwa di mahkamah kerana mengambil rasuah. Saya puji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya sangat terbuka, mana-mana pegawai saya yang salah guna kuasa, rasuah, kita bukan sahaja benarkan malah minta SPRM ambil tindakan.Kita sendiri pun mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan salah guna kuasa termasuk yang melanggar disiplin. Saya beri contoh, ada banyak kes pegawai-pegawai kita yang lambat menyiasat. Dia sengaja melambatkan siasatan satu-satu kes daripada diambil tindakan. Rampas barang orang beratus ribu ringgit harganya tetapi siasatan tidak dibuat dengan sempurna. Kadang-kadang lewat disebabkan kecuaian pegawai itu. Kecuaian itu pun kita ambil tindakan, kita hadapkan ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan tatatertib.Susulan ancaman Covid-19 terhadap ekonomi negara, bagaimanakah peranan KPDNHEP sendiri dalam membantu peniaga khususnya dari sudut penguatkuasaan?Saya rasa kementerian telah pun menyahut seruan kerajaan supaya memudahkan urusan perniagaan untuk mereka terus bertahan. Contohnya, sekarang kementerian sudah pun melaksanakan polisi mempermudahkan orang berniaga. Beberapa prosedur yang kita rasa tidak perlu, kita buang supaya mereka dapat cepat menjalankan perniagaan.Saya beri satu contoh, dulu kalau sesiapa nak buat jualan murah dia mesti menghantar satu notis kepada kita. Biasanya kita mengambil masa lebih kurang 14 hari untuk meluluskan apa-apa notis kepada sesiapa yang hendak menjalankan perniagaan. Hari ini mereka tidak perlu lagi tunggu tempoh 14 hari. Dalam tempoh 24 jam kita akan meluluskan jualan murah mana-mana peniaga. Maknanya hari ini peniaga hantar permohonan menerusi sistem yang telah sediakan, esoknya dia boleh buat jualan murah.Yang kedua sekarang sedang berjalan Kempen Beli Barangan Malaysia, Program Jualan Malaysia yang semuanya adalah untuk membantu peniaga. Kita juga beri ruang kepada rakyat dan pengguna untuk beli barang pada harga lebih berpatutan. Saya tidak kata murah sangat tapi lebih berpatutan di mana peniaga sanggup mengorbankan sebahagian margin keuntungan mereka untuk memastikan pengguna dapat beli barangan pada harga lebih murah.Wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Iskandar Halim turut memperincikan fungsi Unit Digital dan Forensik di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP yang ditubuhkan pada awal tahun ini.Adakah Datuk ada cadangan untuk wujudkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes-kes penipuan perniagaan secara dalam talian?Kita memang sudah tubuh Unit Digital dan Forensik di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP pada awal tahun ini. Tujuannya kita nak digitalkan kerja-kerja penguatkuasaan di kementerian ini. Jadi KSU kementerian (Ketua Setiausaha, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad) sudah beri garis masa, dalam tempoh lima tahun kerja-kerja di kementerian ini mesti dibuat secara digital.Maknanya rekod dan semuanya dibuat secara dalam talian, tidak ada lagi secara fizikal. Contohnya, kita banyak mengeluarkan lesen, permit dan sebagainya, kalau ikut hasrat KSU, kita mahu mengeluarkan semuanya secara dalam talian. Bahkan lesen yang kita keluarkan untuk benarkan orang berniaga juga akan dikeluarkan secara dalam talian.Begitu juga dari segi tugas penguatkuasaan, kita dah digitalkan beberapa tugas kita. Contohnya, hari ini kita masih dalam projek perintis dan akan dikembangkan di seluruh negara iaitu penguat kuasa perlu bawa gajet sahaja. Mereka bawa gajet seperti telefon pintar, buat pemeriksaan premis dan semua maklumat berkaitan pemeriksaan tersebut akan dimasukkan dalam telefon. Mereka juga akan dibekalkan mesin pencetak bersaiz kecil. Jadi mereka akan cetak apa juga maklumat yang perlu diserahkan kepada peniaga menerusi mesin cetak itu.Dalam gajet ini kita sudah hubungkan sistem dengan pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pendaftaran Negara. Dengan inisiatif ini pegawai-pegawai kita akan lebih cepat mengeluarkan maklumat dan maklumat lebih tepat.Kompaun juga boleh kita keluarkan serta-merta di tempat kejadian. Sistem ini hubungkan dengan Timbalan Pendakwa Raya kita untuk pengesahan dan memberi izin untuk kita mengeluarkan kompaun. Selepas kompaun dikeluarkan, peniaga boleh terus membayar kepada pegawai kita. Justeru, tidak perlu lagi kita buka kertas siasatan yang mengambil masa yang lama. Kita sudah mulakan projek perintis ini dan insya-ALLAH akan dikembangkan ke seluruh negara selewat-lewatnya bulan November ini.Adakah penggunaan sistem dalam talian ini membantu mengurangkan jumlah kes siasatan?Sebenarnya penggunaan kaedah dalam talian ini berikan kita banyak masa untuk melakukan kerja-kerja lain. Contohnya, dahulu kita mengambil masa sebulan dua untuk menyiasat satu-satu kes tetapi hari ini dengan adanya sistem dalam talian ini dalam masa beberapa jam sahaja satu-satu kes berjaya diselesaikan. Ia bermakna kita boleh melakukan pemeriksaan di lebih banyak kedai atau lebih banyak tindakan dapat diambil kepada peniaga yang melanggar undang-undang.PROFILDatuk Iskandar Halim SulaimanJawatan sekarang: Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEPTempoh berkhidmat: 39 tahunUmur: 59 tahunAsal: Raub, PahangPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau PinangPengalaman:-Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Operasi KPDNHEP (2016-2019)-Pengarah KPDNHEP Sarawak (2002-2015)-Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Perlis (1998-2002)ANEKDOTHobi tanam pokok bungaHobi tanam pokok bungaSaya suka membaca tak kisahlah daripada sumber internet atau buku. Saya juga suka tanam pokok bunga. Tapi sejak jadi Pengarah Penguat Kuasa ini, saya selalu balik lewat. Kadang-kadang waktu hujung minggu pun tak ada di rumah, jadi hobi tanam bunga ini habis macam itu sahaja. Mungkin selepas bersara saya akan mulakan semula hobi ini.Penjual ikan kejar dengan parangPengalaman menarik sepanjang saya berkhidmat yang saya tidak boleh lupa sampai hari ini adalah apabila saya dan pasukan penguat kuasa dikejar dengan parang semasa kami mahu ambil tindakan terhadap peniaga yang jual ikan tanpa letakkan tanda harga. Selepas itu saya dan pegawai saya buat laporan polis. Masa peniaga itu kejar dengan parang, kami ambil langkah seribu, kami larilah.Tunggu apa lagi, dia pakai parang dan kami masa itu pistol pun tak bawa. Peristiwa itu berlaku di pekan sehari di Temerloh, Pahang semasa saya bertugas sebagai Ketua Cawangan KPDNHEP Temerloh dan mengadakan operasi tanda harga.Waktu itu peniaga ikan sangat degil untuk letakkan tanda harga. Jadi bila kita tegas, mereka lawan kita balik dan akhirnya kita buat laporan polis dan polis tangkaplah peniaga tersebut. Rupa-rupanya peniaga itu ada masalah mental dan pernah masuk pusat pemulihan.
4
20 September 2020 08:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/100867/berita/wawancara/cabaran-membina-dna-penjawat-awam
Cabaran membina DNA penjawat awam
[VIDEO] KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman menyifatkan kakitangan awam sebagai ‘muka depan kerajaan’. Katanya, kalau buruk perkhidmatan kakitangan awam, maka buruk jugalah imej kerajaan pada mata rakyat.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Mohd Khairul menekankan pentingnya kakitangan awam bekerja dengan lebih cepat dan efisien serta tidak boleh lagi mengikut gaya kerja lama kerana jatuh bangun negara terletak pada tangan mereka khususnya pada zaman wabak Covid-19 ini.Beliau yang kini berusia 58 tahun juga mahu perkhidmatan awam di negara ini diwarisi individu yang memiliki ‘DNA penjawat awam’ iaitu berintegriti, pantas dan profesional dalam menunaikan tanggungjawab.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Mohd Ridzuan Abu Hassan bersama anak kelahiran Negeri Sembilan itu di pejabatnya di Putrajaya minggu ini.SINAR AHAD: Tan Sri sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sejak 1988, apakah perbezaan perkhidmatan awam dahulu dan sekarang?MOHD KHAIRUL: Fungsi perkhidmatan awam dulu dan sekarang tidak pernah berubah dengan tanggungjawab sebagai tulang belakang negara bagi memastikan negara kekal berdaulat dan kebajikan rakyat terjamin. Baru-baru ini kita lihat berlaku peralihan kerajaan, tetapi ia tidak mengubah tanggungjawab penjawat awam.Perbezaan dahulu dan sekarang adalah cabaran-cabarannya. Dulu kita lihat perkhidmatan awam banyak tertumpu kepada keperluan komuniti. Kita bina jalan, sekolah, klinik dan sebagainya tetapi seiring dengan era pembangunan, terdapat perubahan dari segi ekspektasi pihak berkepentingan dan rakyat.Mohd Khairul menekankan pentingnya kakitangan awam bekerja dengan lebih cepat dan efisien serta tidak boleh lagi mengikut gaya kerja lama kerana jatuh bangun negara terletak pada tangan mereka khususnya pada zaman wabak Covid-19 ini.Pada masa akan datang, saya melihat penjawat ini akan menghadapi cabaran-cabaran lain dengan penyampaian perkhidmatan yang berbeza dan berteraskan digitalisasi. Sekarang kita lihat banyak urusan boleh dilakukan secara dalam talian, contohnya, nak pergi bercuti luar negara atau buat tempahan tiket dan hotel. Maka akan tiba masanya nanti penjawat awam juga perlu seiring perubahan semasa. Ekspektasi rakyat ini yang kita panggil kerajaan digital.Dulu kita kena beratur untuk bayar bil elektrik dan air serta cukai tapi sekarang ia boleh dibuat secara dalam talian dan perlu dikembangkan lagi.Sekarang, 40 peratus perkhidmatan kerajaan dijalankan secara dalam talian. Perdana Menteri arahkan supaya kita tingkatkan lagi. Wabak Covid-19 membuktikan bahawa masyarakat kita bersedia meskipun ada cabaran dan kekangan tertentu. Contohnya ketika PKP, ada guru mengadakan kelas secara dalam talian dengan cabaran seperti talian dan peranti.Masa PKP telah memperlihatkan penjawat awam perlu mengadaptasi keadaan di mana perkhidmatan kepada rakyat perlu diteruskan.Kita menjangkakan pada masa akan datang, kemungkinan kaunter di pejabat kerajaan akan berkurangan kerana banyak proses yang akan dijalankan secara automasi, tiada lagi secara bersemukaBagaimana Tan Sri melihat usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam?Saya merasakan penjawat awam perlu melaksanakan tugas berdasarkan tiga prinsip utama iaitu integriti, kepantasan dan profesionalisme. Ini yang saya cuba terapkan sejak mula berkhidmat.Integriti adalah tunjang yang perlu ada dan sentiasa disuburkan. Kepantasan merujuk kepada agensi dalam melaksanakan tugas manakala sifat profesional bagi memastikan perkhidmatan awam bebas daripada pengaruh mana-mana pihak yang tidak berkenaan.Tiga prinsip ini penting ditanam dalam hati penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat disampaikan dengan pantas dan berkesan serta menepati apa yang diperlukan.Ramai yang kata integriti dan profesionalisme itu sama tetapi saya asingkan kerana integriti perlu ada pada semua manakala dari segi profesional adalah kefungsian. Kalau dia jurutera, dia jurutera profesional, kalau dia akauntan, dia akauntan profesional tapi dalam semua ini, integriti itu adalah tunjang.Kepantasan diperlukan terutama dalam keadaan sekarang. Kita perlu mengubah cara kerja kita untuk membantu rakan-rakan dalam sektor swasta membangunkan semula perniagaan mereka yang terjejas. Di sinilah kita menyeru kepada semua penjawat awam supaya segera bertindak tanpa menjejaskan isu integriti atau melanggar peraturan sedia ada.Dalam normal baharu ini, prosedur cara kerja dan lapisan-lapisan dalam membuat keputusan perlu diubah dan dikurangkan bagi mempercepat penyampaian perkhidmatan. Langkah ini penting supaya pemulihan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19 tidak terbantut.Dari segi hala tuju sektor awam, transformasi perkhidmatan awam memerlukan cara baharu dalam menyampaikan perkhidmatan. Bagi memastikan transformasi ini berjaya, kerajaan perlu bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku. Sebagai contoh, dari segi perkongsian maklumat antara kementerian dan jabatan, ia perlu ditingkatkan. Kita juga cuba pastikan setiap penjawat awam memahami aspirasi dan dasar-dasar kerajaan.Bagaimana Tan Sri melihat masa depan penjawat awam yang akan mewarisi pentadbiran negara?Perkhidmatan awam di negara ini berada pada kedudukan yang stabil ketika berlakunya peralihan kerajaan baru-baru ini. Kalau kita lihat dalam pengambilan penjawat awam, kita berpandukan kepada dua kriteria utama iaitu kelayakan akademik dan sahsiah.Dari segi akademik, hampir semua pemohon memiliki kelayakan diperlukan tetapi yang membezakan mereka adalah sahsiah. Kita perlu pastikan penjawat awam mempunyai DNA atau kecenderungan untuk berkhidmat kerana yang akan kekal dari mula berkhidmat sehingga ke akhir perkhidmatannya adalah sahsiah. Penjawat awam ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan seharusnya mempamerkan ketenangan kerana mereka adalah muka depan bagi kerajaan. Mana-mana pelanggan yang tidak berpuas hati akan berdepan dengan penjawat awam ini dahulu. Jadi mereka ini perlulah mempunyai ciri-ciri yang tertentu sebelum boleh menjadi penjawat awam.Mohd Khairul mahu perkhidmatan awam di negara ini diwarisi individu yang memiliki ‘DNA penjawat awam’ iaitu berintegriti, pantas dan profesional dalam menunaikan tanggungjawab.Perlu ada DNA yang merentasi skim perkhidmatan dan pangkat. Mereka perlu mempunyai sifat kebersamaan dan rasa tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Ini adalah antara inti pati yang perlu diwarisi oleh setiap penjawat awam pada masa hadapan bagi memastikan reputasi perkhidmatan awam berada pada tahap yang tinggi.Kalau kita lihat sebelum ini dalam ketidaktentuan politik, cabaran utama perkhidmatan awam adalah mengekalkan prinsip keberkecualian dalam politik bagi mengelak persepsi pihak luar bahawa perkhidmatan awam cenderung kepada mana-mana parti politik. Ini perlu dilakukan tanpa menjejaskan perkhidmatan awam untuk berkhidmat kepada kerajaan hari ini.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali baru-baru ini menegaskan kakitangan awam perlu meninggalkan gaya kerja lama jika mahu ekonomi negara pulih lebih cepat. Boleh Tan Sri jelaskan apakah cara kerja baharu itu?Ada tiga kategori pekerja dalam mana-mana organisasi iaitu pekerja, pengurus dan pemimpin. Apa yang kita lihat sekarang, ramai penjawat awam bekerja berpandukan SOP (prosedur operasi standard) lama.Dalam keadaan luar biasa sekarang, Perdana Menteri juga menegaskan jika boleh kita percepatkan, maka KSN minta semua KSU dan ketua pengarah melihat semula SOP lapuk yang banyak lapisan untuk dirangkumkan supaya keputusan dapat dicapai dengan lebih cepat tanpa melanggar peraturan sedia ada.Sebab itu saya katakan tadi, pengurus ada SOP masing-masing, dia ikut sahaja manakala pemimpin mencari jalan bagaimana boleh memastikan objektif tercapai tanpa kita kompromikan isu-isu yang lain.Apa yang KSN maksudkan, kita lihat semula SOP lama yang boleh mengurangkan birokrasi dan lapisan-lapisan yang ada. Pokoknya kita nak cepatkan perkhidmatan tapi semak dan kawal kena ada tanpa menjejaskan integriti sistem itu sendiri.Adakah terdapat kelemahan dalam sektor perkhidmatan awam yang perlu diperbaiki?Tiada organisasi yang sempurna tapi apa yang penting, kita menjurus ke arah kesempurnaan. Salah satunya ialah keperluan untuk terus memantapkan kompentasi dan mengukuhkan nilai-nilai dalam kalangan penjawat awam.Selain itu, memperkasa integiriti penjawat awam. Memang kita tidak nafikan isu integriti rasuah kini semakin diperkatakan. Bila kita tangkap, itu tidak bermaksud benda itu banyak tetapi kita berusaha untuk mengurangkan dan menjadi pengajaran kepada penjawat awam yang lain.Kita perlu membersihkan semula sistem yang ada dan sudah pasti akan melibatkan banyak pendedahan, laporan, tangkapan dan sebagainya. Saya harap rakan-rakan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneruskan siasatan serta dakwaan.Kelemahan ketiga yang kita nampak ialah penambahbaikan skim perkhidmatan dan penjawatan kepada lebih multitasking. Perkhidmatan awam kena berubah kepada yang dinamik dan serba boleh. Sudah semestinya kita akan memberikan latihan. Cabaran utama dalam proses ini adalah perubahan kepada mentaliti penjawat awam dan keperluan kita untuk reskills.Sepertimana kata Perdana Menteri di Sabah baru-baru ini, kita tidak akan mengurangkan bilangan penjawat awam walaupun adanya digitalisasi kerajaan.Perdana Menteri juga katakan mereka ini akan ditempatkan untuk membuat kerja-kerja yang lain. Di sinilah penjawat awam perlu memahami keperluan latihan semula tersebut untuk menepati keperluan semasa. Banyak skim perkhidmatan yang ada pada awal 1950-an, 1960-an, 1970-an tidak lagi wujud sekarang. Contohnya pencari fail. Inilah perubahan yang penjawat awam perlu bersedia.Apakah harapan Tan Sri kepada sektor awam pada masa hadapan?Penjawat awam adalah tiang seri negara. Berkhidmatlah dengan penuh integriti dan semangat tinggi demi negara. Sebagai penjawat awam, kita wajib melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kita tidak tahu cabaran-cabaran yang akan berlaku, contohnya wabak Covid-19.Penjawat awam perlu mementingkan perkhidmatan bukan diri sendiri dari mula berkhidmat. ‘Akad’ penjawat awam dengan kerajaan ini bukan setakat umur 60 tahun kerana selepas umur itu, kebajikan mereka masih dijaga kerajaan seperti aspek perubatan manakala waris berhak mendapat pencennya (selepas meninggal dunia).Jatuh bangun negara itu pada tangan penjawat awam. Sekiranya perkhidmatan awam lemah, negara pun tidak boleh membangun. Kitalah yang menggerakkan negara ini.PROFILTan Sri Mohd Khairul Adib Abd RahmanJawatan sekarang: Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamTempoh berkhidmat: 32 tahun (sejak 1988)Umur: 58 tahunAsal: Negeri SembilanPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Ijazah Sarjana Sains Polisi (Universiti Saitama, Jepun)Pengalaman:Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pengangkutan; Setiausaha Bahagian di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiPenasihat Pendidikan dan Latihan di Tokyo, Jepun dan London, United Kingdom.
4
13 September 2020 08:15am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/99872/berita/wawancara/keusahawanan-dekat-di-hati-noh-omar
Keusahawanan dekat di hati Noh Omar
[VIDEO] RUTIN hariannya yang agak padat hampir 25 tahun lalu bersama rakyat dan berada dalam arena politik negara tidak memberikan masalah kepada susuk tubuh, Tan Sri Noh Omar.Malahan, kreadibilitinya dalam menerajui beberapa kementerian dan agensi kerajaan berkaitan usahawan telah melahirkan ramai usahawan dalam pelbagai bidang sekali gus memacu merancakkan ekonomi negara.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Noh menceritakan kecintaannya terhadap dunia keusahawanan dan membentangkan visinya bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang baru diterajuinya.Beliau berkongsi pandangan mengenai situasi politik semasa khususnya di Selangor. Ikuti temu bual Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa; Editor Bisnes, Hafezdzullah Mohd Hassan dan wartawan Norshahzura Mat Zuki bersama Noh di pejabat PUNB, Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Tan Sri meletak jawatan Pengerusi MISC Berhad (MISC) selepas 17 hari memegang jawatan itu tetapi kemudian memilih untuk menjadi Pengerusi PUNB pula. Boleh Tan Sri jelaskan mengapa?NOH: MISC mempunyai elaun dan gaji dua kali ganda daripada gaji di PUNB tetapi saya lihat perkapalan tidak sesuai dengan jiwa saya kerana tidak dapat membantu rakyat secara keseluruhannya. Dalam perkapalan hanya usahawan tertentu yang boleh saya bantu. Ia juga lebih sesuai diterajui oleh ahli-ahli politik yang sudah bersara. Saya masih lagi Ahli Parlimen Tanjung Karang di Selangor, jadi saya rasa tidak sesuai untuk berada di MISC walaupun ia syarikat tersenarai awam dan jika dibandingkan, elaun di PUNB sangat berbeza.Apakah perasaan Tan Sri apabila diberikan kepercayaan untuk memimpin PUNB?PUNB lebih dekat dengan jiwa saya kerana saya pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Saya berhasrat untuk membantu usahawan bumiputera kerana saya melihat bumiputera bukannya malas, mereka rajin tetapi peluang ini (perniagaan) satu perkara baharu buat mereka. Dalam bidang pendidikan, alhamdulillah ramai anak Melayu, miskin, petani dan nelayan yang berjaya ke menara gading. Bagaimanapun dalam bidang keusahawanan, mereka masih belum mencapai matlamat walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah PUNB yang ditubuhkan khusus untuk membantu usahawan bumiputera.Maksudnya Tan Sri lebih suka fokus kepada usahawan dan membantu mereka?Saya sentiasa menyokong usahawan dan prinsip saya ialah kemiskinan bukan harta pusaka. Saya akan memastikan 50 peratus dana diperuntukkan untuk bidang pendidikan. Keduanya, dalam keusahawanan, kerajaan telah menubuhkan berbagai agensi dan memberikan pinjaman RM50,000 ke bawah seperti Tekun Nasional (Tekun), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan SME Corp. Namun demikian, untuk mewujudkan masyarakat perdagangan bumiputera bukannya mudah dan ia akan mengambil masa. Dalam bidang pendidikan, kita telah mencapai sebanyak 30 peratus bilangan profesional Melayu seperti peguam dan doktor.Apakah fokus utama PUNB sekarang memandangkan usahawan juga boleh menemui agensi lain seperti Tekun dan AIM untuk meminta bantuan?PUNB berbeza berbanding agensi lain kerana ia melahirkan usahawan berskala sederhana dalam kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) manakala Tekun dan AIM membantu usahawan kecil. PUNB menyediakan pinjaman minimum berjumlah RM100,000 dan maksimum sehingga RM10 juta.Kita membantu menstransformasikan usahawan, contohnya, daripada berniaga di gerai tepi jalan kita akan memindahkan mereka ke kedai, jika dahulu mempunyai bengkel kecil kita akan membantu mereka membuka kilang.Saya mempunyai tujuh perkara dalam memastikan perancangan menaik taraf usahawan kecil menjadi usahawan sederhana iaitu Rent to Own, Entreprenuer Transformation Centre, penambahbaikan latihan untuk usahawan, menaik taraf usahawan kecil dan skala lebih besar, penambahbaikan terma-terma pembiayaan, berkerjasama dengan kementerian dan agensi lain yang berkaitan dengan keusahawanan dan melestarikan usahawan muda (Jumper).PUNB akan bekerjasama dengan Tekun dan AIM untuk membantu usahawan di bawah mereka yang berjaya dan menarik mereka menjadi usahawan PUNB. Jika mereka mempunyai rekod prestasi yang baik, kita akan dapat menaik taraf perniagaan mereka.Satu lagi kumpulan usahawan yang akan dibantu ialah dengan menubuhkan Kelab Usahawan Modal Sendiri. Saya terkejut kerana segelintir dalam kalangan usahawan masih kurang jelas mengenai peluang-peluang yang ditawarkan oleh kerajaaan dan mereka sukar memperoleh modal yang diperlukan daripada kerajaan.Dalam kalangan usahawan muda pula saya dapati mereka memulakan perniagaan dengan menggunakan modal sendiri dan berjaya mengembangkan perniagaan mereka. Saya berkeyakinan usahawan seperti ini perlu diberikan bantuan kerana pemikiran mereka memang untuk menjadi usahawan.Apakah faktor yang menjadikan seseorang usahawan itu berjaya dan gagal berdasarkan pengamanat Tan Sri?Ada dalam kalangan usahawan tidak boleh membayar pinjaman dan kedai mereka disita. Usahawan juga terbeban dengan sikap pelanggan yang berhutang dengan mereka sekali gus menyebabkan usahawan tidak dapat membayar hutang kepada PUNB. Ada juga usahawan yang menggunakan wang pinjaman untuk dijadikan pusingan modal kerana melihat peluang perniagaan lain dan mereka menggunakannya untuk melabur dalam perniagaan baharu.Kebanyakan usahawan yang berjaya ialah mereka yang menggunakan modal sendiri dan berkorban untuk menjadi usahawan. Mereka bermula dari bawah dan membuat perniagaan dari rumah langkah demi langkah sehingga mereka berjaya mengembangkan perniagaan. PUNB juga akan mempromosikan usahawan dan profesional Melayu supaya masyarakat melihat jenama bumiputera contohnya klinik dan farmasi. Misalnya, saya mahu beberapa orang doktor menggunakan satu jenama klinik sahaja dan setiap doktor mempunyai klinik masing-masing.NohPUNB akan menyambut ulang tahun ke-30 pada tahun hadapan namun ramai usahawan masih belum tahu kisah kejayaan PUNB. Apa respons Tan Sri?Saya sendiri pun sebelum ini kurang mengetahui tentang PUNB sebelum menjadi menteri. PUNB akan buat promosi. Saya akan cuba mewujudkan TV PUNB yang uar-uarkan usahawan berjaya dalam perniagaan. Saya juga akan cuba promosikan PUNB supaya lebih dikenali dalam kalangan bumiputera.Sepanjang penubuhan PUNB, berapa banyak dana diluluskan?Kita telah belanja sebanyak RM3.92 bilion dan berjaya melahirkan kira-kira 12,000 usahawan termasuk 1,850 usahawan muda. Daripada situ, 63.6 peratus ialah syarikat yang berjaya tetapi ada juga yang gagal. Bayaran semula pinjaman agak tinggi iaitu lebih 30 peratus.Sebab itu pendekatan PUNB kali ini adalah bagaimana kita nak wujudkan situasi menang-menang. Kalau dia pinjam dan tak bayar, pusingan modal kita akan bermasalah. Ini kerana kita menerima dana daripada kerajaan sebanyak RM250 juta sahaja setahun tetapi kita memberi pinjaman lebih daripada jumlah tersebut.Apakah strategi bagi memantapkan lagi PUNB selepas ini?Kita akan lihat kepada kluster-kluster tertentu di mana bumiputera tidak ramai teroka. Itu kita akan tekankan lebih. Restoran contohnya, ada yang kita berikan pinjaman tetapi bilangannya telah banyak. Penekanan kita pada hari ini adalah lebih menjurus kepada perniagaan dalam talian. Kita juga ingin menubuhkan jabatan baharu bagi mengurus dan melatih anak-anak muda terutama bagaimana untuk mengendalikan perniagaan dalam talian dan digital.Ini kerana selepas bertemu dengan beberapa usahawan stokis baru-baru ini, walaupun Covid-19 melanda, mereka mampu memperoleh pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM6,000 sebulan. Malah mereka menyatakan mampu mendapat pulangan lebih banyak berbanding sebelum Covid-19 melanda.Tan Sri hampir 25 tahun bergiat dalam politik, apakah perbezaan dalam tempoh 25 tahun ini?Jauh berbeza kerana pada 1995 ketika menjadi ahli Parlimen, peruntukan untuk wakil rakyat hanya RM300,000. Saya dapat peruntukan itu dan perlu menjaga tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Panjang, Sekinchan dan Sungai Burung. Sekarang, peruntukannya jauh lebih banyak.Kedua, dari segi keadaan dalam Parlimen, Barisan Nasional (BN) pernah memperoleh majoriti dua pertiga tetapi sekarang sudah berbeza. Kalau nak lihat timbangannya dahulu berat sebelah tetapi sekarang hampir sama. Begitu juga dari sudut ahli Parlimen sebelah sana ramai yang senior dan sebelah kita juga sama.Caranya sekarang berbeza. Tambahan pula dahulu kita menjadi kerajaan dan pembangkang tidak pernah menjadi kerajaan. Sekarang sudah terbalik, kerajaan dahulu pernah menjadi pembangkang dan pembangkang pernah menjadi kerajaan. Soalnya sekarang ialah pembangkang hari ini, mereka pernah menjadi kerajaan. Mereka tahu dan jika menteri mahu memberikan jawapan yang agak berbeza, mereka mengetahuinya.Benarkah zaman untuk kerajaan mendapat majoriti dua pertiga ini sudah berakhir?Pada pengiraan saya, insya-ALLAH kita boleh dapat jika kita bertanding dua penjuru, ertinya Muafakat Nasional (MN) lawan dengan PH. Tetapi jika berlaku tiga penjuru seperti pada PRU14, saya rasa ia sukar. Ini kerana pertembungan tiga penjuru bergantung kepada tempat. Kalau di pantai barat dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang ini berlaku pertembungan tiga penjuru, saya rasa PH mungkin ada kelebihan untuk menang.Ini kerana pengundi di negeri pantai barat ini antara Melayu dengan bukan Melayu boleh dikatakan hampir sama ramai. Tetapi jika kita berjaya menyusun strategi bertanding satu lawan satu, saya yakin kita boleh dapat majoriti dua pertiga ini.Sebagai Pengerusi UMNO Selangor, sejauh manakah Tan Sri boleh bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk kembali mengambil negeri itu daripada PH?Di Selangor kita bekerjasama dengan MN. Dengan Perikatan Nasional (PN) ini saya perlu menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat kenyataan bahawa UMNO tidak bersama PN. Kita perlu lihat di mana ada dua isu iaitu PN merupakan gabungan ahli-ahli Parlimen kerajaan. Jika program-program kerajaan, betul ia di bawah PN tetapi jika program parti, kita hanya menggunakan MN. Ini kerana hanya MN mempunyai memorandum persefahaman antara parti. Sebagai contoh ada program parti seperti ceramah bersama di Selangor, kerjasama saya dengan MN iaitu antara UMNO dengan Pas sahaja. Tetapi jika melibatkan mesyuarat dengan pihak kerajaan, saya perlu datang kerana saya sebahagian daripada kerajaan.Di Selangor, menerusi MN saya dan Pas tidak ada sebarang masalah. Begitu juga dengan Azmin kita sudah ada perbincangan. Saya juga telah tiga kali bertemu dan berbincang dengan beliau. Jadi kita akan lihat apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mengenai kerjasama dengan PN. Menurut kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mereka mahu bersama dengan MN. Saya tidak tahu bagaimana lagi, kita tunggu keputusan pucuk pimpinan.NohBagaimana perasaan Tan Sri apabila orang yang dahulunya menjadi kawan kini menjadi lawan dan lawan juga telah menjadi kawan pada masa ini?Sejak dari dahulu lagi pendirian saya dalam politik ini tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal. Berdasarkan pengalaman politik ini, kita jangan serang peribadi seseorang tetapi bagi saya banyak menyentuh kepada dasar di mana saya lawan parti. Kalau saya sebut sahaja ia berkaitan parti sahaja sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan jika dahulu Pas. Saya hanya sebut tentang parti. Bila sebut peribadi, bila nak berkawan kemudian hari orang akan teringat balik apa yang kita kata.Saya dengan Mohamed Azmin dahulu, saya lawan dia dalam Parlimen, saya sebagai kerajaan BN dan dia sebagai Menteri Besar Selangor. Saya lawan dia sebagai kerajaan Selangor dan bukan menyentuh peribadi.Dari sudut kecil hari Tan Sri, adakah UMNO boleh kembali berkuasa di Selangor?Jika MN betul-betul kuat seperti sekarang, saya yakin kita boleh. Sebagai contoh, kita ambil semangat Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Perlu diiigatkan bahawa MN ini bermula di Selangor pada PRK Sungai Kandis. Pada masa itu, MN di Selangor ini baru berada di gear satu dan kebetulan berlaku di Seri Setia yang sepatutnya UMNO bertanding tetapi kita berikan kepada Pas. Pada waktu itu pun masih berada di gear dua yang tak berapa laju.Bila pergi ke Semenyih, ketika itu kita berada di gear empat dan kita menang. Walaupun pada PRU14 yang lepas jumlah undi UMNO campur dengan Pas kita masih kalah dengan PH tetapi bila semangat MN sampai di gear empat, alhamdulillah kita menang. Saya tengok rakyat mula membuat pusingan U. Pada PRK Slim, saya lihat satu-satu pusat daerah mengundi (PDM), semua saluran kita menang. Ada satu PDM yang dahulu kita menang hanya 500 undi tetapi kita menang lebih 1,000 undi. Ada satu PDM pada pilihan raya lepas kita kalah 1,500 undi tetapi kita telah menang dengan 500 undi. Saya lihat wujud gandaan rakyat membuat pusingan U.Adakah Tan Sri merasakan perubahan hati rakyat ini akan kekal sehingga PRU akan datang?Kita andaikan begitu. Sebab itu jangan tunggu lama-lama untuk laksanakan pilihan raya ini. Sekarang melihat kepada graf sokongan rakyat kepada Muhyiddin meningkat dengan 62 peratus Melayu menyokong kepimpinan beliau. Pada saya ini masa sesuai untuk laksanakan pilihan raya. Buat segera, jangan tunggu graf jatuh baharu nak buat.Noh ketika ditemubual Sinar Harian di ibu pejabat PUNB di Kuala Lumpur.PROFILTan Sri Noh OmarJawatan sekarang: Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)Umur: 62 tahunAsal: Sungai Burong, Tanjung Karang, SelangorPendidikan: Universiti Thames, LondonProfesion: Ahli politik dan peguamPolitik:-Ahli Parlimen Tanjung Karang-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri SelangorPengalaman:- Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2016-2018)- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2013)
4
06 September 2020 09:00am
ZUBIR SULAIMAN
https://www.sinarharian.com.my/article/99442/berita/wawancara/kestabilan-politik-kukuh-semula-ekonomi-negara
Kestabilan politik kukuh semula ekonomi negara
Kestabilan politik bagi sesebuah negara amat penting kerana ia memberikan kesan besar kepada ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat.Justeru, Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pilihan raya lebih awal perlu dilakukan untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat.SINAR HARIAN: Adakah wajar pilihan raya umum dilakukan dengan segera ?Ahmed Razman: Penganalisis menjangkakan ekonomi negara akan pulih semula dan pertumbuhan ekonomi tahun depan dijangka positif jika tidak berlaku gelombang kedua pandemik Covid-19 dan vaksin dapat ditemui dalam masa terdekat. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan Malaysia pada kadar 5.8 peratus dan tahun depan juga merupakan tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-12. Selain itu, Parlimen juga telah meluluskan kenaikan had statutori hutang sehingga 60 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus ketika ini dan ia membuka ruang kepada kerajaan untuk berbelanja bagi merancakkan ekonomi. Oleh itu, kestabilan politik sangat penting kepada negara pada masa ini.Apakah kepentingan kestabilan politik dalam negara daripada sudut ekonomi?Kestabilan politik adalah amat penting dalam merencanakan perancangan ekonomi negara. Hanya dengan mandat yang kukuh, sesebuah kerajaan itu dapat melaksanakan pelbagai dasar dan polisi untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan ekonomi negara. Bagi Malaysia, kestabilan politik pada masa kini adalah amat diperlukan kerana beberapa faktor iaitu negara sedang berdepan pandemik Covid-19 yang memerlukan fokus dan kerjasama daripada semua pihak tanpa diganggu dengan perbalahan politik atau lebih teruk lagi, sabotaj atau khianat yang didorong oleh kepentingan politik peribadi. Selain itu, tahun 2021 merupakan permulaan Rancangan Malaysia ke-12 yang amat penting untuk menjadi tapak permulaan rancangan ekonomi Malaysia dalam jangka masa lima tahun akan datang.Pada masa yang sama, negara-negara lain juga sudah mula mengorak langkah menerokai industri dan teknologi baharu untuk menjadi negara yang berdaya saing dan pencorak ekonomi dunia. Justeru kesemua faktor-faktor ini harus diambil serius dan diberi keutamaan. Ianya boleh dilakukan jika kestabilan politik kembali dicapai melalui mandat PRU akan datang.Apakah yang diharapkan oleh golongan peniaga dan industri terhadap mandat baharu PRU dalam memperkukuhkan ekonomi negara?Golongan peniaga dan industri mengharapkan mandat baharu PRU akan meneruskan dasar dan polisi masa kini seperti pelan Prihatin dan Penjana yang berterusan memberi bantuan kepada perniagaan seperti bantuan subsidi upah, pinjaman dan geran bersasar serta moratorium pinjaman. Bantuan kepada perniagaan seperti ini harus diteruskan pada tahun hadapan kerana negara kita masih belum benar-benar pulih daripada kemelut ekonomi yang melanda pada masa kini.Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan selepas pilihanraya diadakan nanti khususnya dalam aspek ekonomi?Selepas pilihanraya, keutamaan yang haru diberi perhatian dan keutamaan adalah meneruskan suntikan fiskal ke dalam ekonomi domestik terutamanya suntikan fiskal langsung kepada individu, isi rumah dan peniaga. Dana untuk pinjaman oleh perniagaan harus ditambah dan proses permohonan untuk mendapatkan pinjaman tersebut juga perlu dipermudahkan dan bersasar kepada perusahaan mikro serta Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terutamanya dalam kalangan peniaga bumiputera.Selain itu, moratorium juga harus dilanjutkan tetapi kali ini lebih bersasar kepada yang amat memerlukannya manakala pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)juga harus dikemaskini dengan melantik golongan profesional yang benar-benar layak sahaja. Industri baharu seperti IR4.0 dan ekonomi digital juga perlu diberi keutamaan di samping meningkatkan penguasaan Malaysia di dalam hab halal global.
4
03 September 2020 06:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/98914/berita/wawancara/kalau-harapkan-dap-saya-sudah-jatuh
'Kalau harapkan DAP, saya sudah jatuh'
[VIDEO] WAWANCARA Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kelihatan tenang-tenang sahaja buat masa ini. Walaupun lima negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya di Johor, Melaka, Kedah, Perak dan Sabah telah tumbang atau dibubar selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan Persekutuan pada Mac lalu, kerusi Menteri Besar yang disandang beliau belum tergugat.Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat selama tiga penggal itu berpendapat kedudukan beliau kini lebih selesa selepas tersingkirnya kumpulan penyokong tegar bekas Timbalan Presiden PKR (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Dalam wawancara bersama Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Zuki Pileh dan Ketua Meja Pemerolehan Berita Sinar Harian, Ahmad Syahrul Derauh, Aminuddin juga menjawab dakwaan beliau terlalu berpaut pada ADUN DAP untuk mengekalkan kuasa selain menghuraikan rancangan beliau untuk memakmurkan Negeri Sembilan.SINAR AHAD: Apakah perasaan Datuk Seri selepas 27 bulan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Apakah cabaran terbesar yang Datuk Seri hadapi?AMINUDDIN: Tempoh 27 bulan ini penuh dengan cabaran khususnya apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang di peringkat Pusat serta kerajaan di beberapa buah negeri berubah menjadi kerajaan Perikatan Nasional. Ini merupakan satu cabaran besar kepada saya untuk memastikan kerajaan negeri ini kekal sebagai kerajaan negeri Pakatan Harapan. Alhamdulillah, setakat hari ini kita masih dapat mempertahankan kerajaan sedia ada malah kita telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2019 dan berjaya meningkatkan hasil negeri.Antara keputusan penting pentadbiran Datuk Seri ialah mengubah status pemilikan tanah kediaman daripada pajakan kepada kekal. Apakah itu pencapaian terbaik Datuk Seri setakat ini?Negeri Sembilan ialah negeri pertama di Malaysia yang mengambil langkah ini. Kita sedia maklum, sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya di bandar tinggal di rumah berstatus pajakan manakala masyarakat bukan Melayu banyak membeli rumah freehold (pegangan bebas).Maka, polisi ini sebahagian besarnya menguntungkan masyarakat Melayu di samping masyarakat bukan Melayu yang masih duduk di atas tanah pajakan.Jumlah penduduk Negeri Sembilan sekitar 1.2 juta orang manakala jumlah kediaman sekitar 200,000 hingga 300,000 unit. Jumlah yang terlibat dengan pertukaran status ini masih dikemas kini tetapi bilangan mereka besar.Baru-baru ini kerajaan menaikkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) daripada RM980 kepada RM2,208, menyebabkan jumlah isi rumah dikategorikan miskin meningkat kepada 400,000 di seluruh negara. Bagaimanakah situasinya di Negeri Sembilan?Apabila PGK dinaikkan kepada RM2,208, ramai penduduk Negeri Sembilan tergolong dalam golongan miskin termasuk pekerja kilang dan penjawat awam yang berkhidmat di bahagian perkeranian sebagai PAR (Pembantu Am Rendah). Mereka terdiri daripada hampir 40 peratus penduduk di Negeri Sembilan, jadi jumlah mereka yang terlibat lebih kurang 40,000 isi rumah. Kita telah adakan satu perbincangan dan giat mengumpulkan data-data penting untuk dimasukkan dalam Bajet Negeri Sembilan tahun 2021. Insya-Allah kita akan berusaha untuk memastikan golongan miskin tegar dapat keluar daripada paras kemiskinan.Kita tahu pendapatan per kapita Negeri Sembilan menghampiri jumlah pendapatan per kapita negara iaitu RM44,682 namun realitinya masih ramai yang berada di bawah pendapatan per kapita tersebut. Contohnya, apabila harga sawit dan harga getah jatuh, hasil pendapatan rakyat juga menurun. Walaupun peneroka ada tanah seluas 10 ekar di tanah rancangan Felda tetapi harga sawit yang rendah menyebabkan mereka juga tergolong miskin.Negeri Sembilan banyak menerima tempias daripada projek besar seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dan terbaru projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang jajarannya turut melalui negeri ini. Jika projek itu tidak menjadi kenyataan, apakah Negeri Sembilan akan terlepas peluang pelaburan yang besar?Kita berharap kerajaan Persekutuan tidak menukar jajaran ECRL kepada jajaran lama Gombak-Bentong kerana jajaran baharu Putrajaya-Nilai-Kuala Klawang amat besar impaknya khususnya untuk memajukan Kuala Klawang dan Jelebu yang terkenal dengan ekopelancongan dan sektor pertanian. Ia juga akan memberi impak yang cukup hebat kepada penduduk di Jempol dan Kuala Pilah.Aminuddin Kita telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan supaya jajaran ECRL ini dikekalkan walaupun ada usaha yang kuat untuk menggunakan jajaran lama. Saya juga sempat bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat Majlis Tindakan Negara baru-baru ini untuk menyuarakan hasrat tersebut dan beliau (Muhyiddin) kata akan kaji permintaan kami.Sejauh manakah impak wabak Covid-19 terhadap ekonomi pelancongan di Negeri Sembilan?Pada tempoh tiga bulan pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesannya amat besar terutama kepada sektor perhotelan di Port Dickson. Tetapi selepas sektor itu dibuka semula, sektor pelancongan kembali berkembang. Kini setiap hujung minggu dari hari Jumaat hingga Sabtu dan Ahad, hotel-hotel di Port Dickson penuh sehingga mencecah 90 peratus dan kadang-kadang mencapai 100 peratus tempahan. Alhamdulillah, kita telah mencapai lapan juta pelancong pada tahun 2019 tetapi sebilangan besar disumbangkan oleh pelancong domestik.Oleh sebab itu apabila sektor pelancongan dibuka semula, kita lihat pelancong domestik ini terus datang ke Port Dickson. Kalau kita hanya mengharapkan pelancong luar negara, kita mungkin akan menghadapi masalah.Kerajaan beberapa negeri di bawah PH telah tumbang. Apakah yang membuatkan Datuk Seri yakin kerajaan PH Negeri Sembilan tidak akan menerima nasib yang sama?Saya lihat semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco bermula dengan perjuangan reformasi yang asal. Mereka bukan calon bidan terjun pada pilihan raya yang lepas. Mereka ini ada pengalaman yang lama sebagai pembangkang sama ada sebagai ADUN atau sebagai aktivis. Saya juga yakin dengan nilai dan perjuangan mereka. Mereka masih mempertahankan idealisme dan masih sayang dengan perjuangan ini. Jadi saya tidak nampak mereka hendak melompat parti. Saya rasa itu juga kekuatan kita.Tetapi Datuk Seri dalam politik, banyak orang yang mengaku berjuang tapi mereka melompat parti juga. Apakah pandangan Datuk Seri?Kita kena lihat apa matlamat mereka. Politik Negeri Sembilan bukan dalam kedudukan yang selesa. PH ada sebanyak 20 kerusi (11 DAP, 6 PKR, 3 Amanah) dan PN ada 16 kerusi (15 UMNO, 1 MIC). Ada lebih empat kerusi sahaja. Kalau tiga ADUN sahaja melompat, kerajaan negeri akan jatuh, bukan kedudukan yang selesa. Tapi kita yakin dapat pertahankan kerajaan ini sehingga akhir, dengan keizinan Allah. Lumrah kehidupan memang ada yang berubah, puncanya mungkin disebabkan tawaran, tapi saya yakin dengan sahabat-sahabat saya hari ini.Mengapakah politik Negeri Sembilan kelihatan lebih stabil? Adakah ia ada kaitan dengan personaliti Datuk Seri sendiri yang menganggap semua orang sebagai teman-teman seperjuangan menyebabkan orang tidak berasa terancam dengan Datuk Seri?Saya melihat peluang untuk sampaikan pandangan bagi bangunkan negeri adalah sama kepada semua. Saya juga memikirkan mereka adalah sebahagian daripada pentadbiran yang harus diberi ruang sama rata. Mungkin ada yang rasa kurang sikit, lebih sikit, itu biasa. Apa sahaja permasalahan harus kita selesaikan bersama. Personaliti itu saya tidak nampak, tapi agaknya saya lebih mesra dengan mereka.Bagaimana Datuk Seri melihat pergolakan dalaman PKR yang membawa perpecahan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali? Apakah sebenarnya berlaku?Kita lihat pergolakan itu bukan baru berlaku, bukan dengan Anwar sahaja, (Azmin) dengan Anwar itu baharu terjadi tetapi dengan rakan-rakan lain telah lama. Sebenarnya, kita dalam perjuangan ini ada matlamat sebagaimana bermulanya Keadilan (PKR) itu sendiri. Matlamat kita adalah untuk buat perubahan ke arah lebih baik demi rakyat dan bukannya kepentingan diri. Apabila perkara sebaliknya berlaku, berlakulah pergolakan. Ya, hari ini saya yakin Keadilan lebih kuat tanpa Azmin.Walaupun ada yang kata Keadilan tidak lagi relevan, namun rakyat dan penyokong kita merasakan apabila golongan yang khianat perjuangan ini sudah keluar PKR dan menubuhkan kerajaan tebuk atap, PKR lebih kuat pada hari ini.Berhubung kedudukan sebagai Menteri Besar, Datuk Seri didakwa tidak mendapat sokongan daripada PKR negeri sendiri. Ada yang kata kekuatan Datuk Seri kini hanya berpaut kepada sokongan 11 ADUN DAP. Apakah komen Datuk Seri?Kalau saya harapkan kepada DAP, saya sudah jatuh. Mesti ada yang sudah lompat. Itu saya katakan tadi bahawa mereka ini ada prinsip. Memang tidak semua orang akan suka dengan kita, dalam mana-mana parti pun sama. Tetapi yang tidak suka itu sudah pun keluar, kita sudah pecat mereka. Yang keluar itu sebahagian kecil sahaja, dan kita sedia maklum golongan yang keluar itu mereka yang tidak suka pada saya dan mereka sudah keluar, alhamdulillah.mb nsSama juga dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim), di peringkat pusat, yang tidak suka Anwar pun telah keluar, di Negeri Sembilan yang tidak suka saya pun sudah keluar, di negeri lain pun sama. Jadi golongan ini telah tiada dalam parti.Untuk mengatakan saya dipengaruhi DAP itu hanyalah pandangan atau cerita politik, sedangkan kita mentadbir Negeri Sembilan dengan baik.Kita jaga Islam, Melayu, kita jaga semuanya. Hari ini walaupun saya bersama DAP, saya jaga semua sekolah agama, saya jaga semua institusi Melayu. Saya ceritakan tentang tanah pajakan dan kekal tadi, itu semua sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan orang Melayu.Saya sendiri beri penjawat awam bantuan khas sebulan gaji yang sebelum ini mereka tidak pernah dapat, kebanyakan penjawat awam adalah orang Melayu, tetapi semua ini tidak pun dihalang oleh DAP walaupun dasar ini lebih menguntungkan masyarakat Melayu. Namun, kita tidak pula tinggalkan masyarakat Cina dan India. Itulah yang saya kata, anak Melayu itu anak kita, anak Cina itu anak kita, anak India itu anak kita, anak Kadazan itu pun anak kita.Apakah PH ada harapan untuk mengekalkan kuasa di negeri ini?Memang beberapa kawasan DUN kalau dicampurkan PH ada masalah kerana ada kawasan yang menang dengan majoriti tipis di bawah 1,000 undi. Tapi itu pada 2018. Jadi menjadi tanggungjawab ADUN, ketua kampung, ahli majlis, untuk menyantuni masyarakat dan memperlihatkan perbezaan pentadbiran di PH dan BN.Mereka mempunyai tanggungjawab untuk terus bersama rakyat, menunjukkan mereka lebih komited dan menjaga negeri ini dengan baik. Pada PRU14, kita bertanding tanpa ada ketua kampung PH, kita tidak ada ahli majlis, tetapi hari ini kita ada jentera di peringkat kampung, jentera ahli majlis dan kerajaan negeri. Kalau diadakan PRU pada masa terdekat ini pun kita bersedia dan kita yakin peluang itu tidaklah seperti di atas kertas pada 2018.Aminuddin ProfilDatuk Seri Aminuddin HarunJawatan sekarang: Menteri Besar Negeri SembilanUmur: 53 tahunAsal: Kampung Pachitan, Port DicksonPendidikan: Sarjana Muda Perniagaan daripada UiTMIsteri: Datin Seri Wan Hasni Wan YusofAnak: 3 lelaki, 2 perempuanPolitik: ADUN Sikamat (PKR) (sejak 2008)Pengalaman:- Pegawai Penyiasat Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM)(1991-1995)- Ketua Pengurusan Pengeluaran Golden Hope Furniture Sdn Bhd (1995-1996)- Eksekutif Kanan MCIS Safety Glass (M) Sdn BhdANEKDOTNaik motosikal ziarah kampung ke kampungSaya suka menunggang motosikal untuk menyantuni rakyat di rumah mereka sendiri. Saya tidak mahu orang cakap ‘MB tidak pernah sampai ke kampung saya’. Kalau boleh saya nak sampai ke seluruh kampung, estet dan kampung baharu di negeri ini. Naik motosikal lebih santai dan mudah untuk singgah. Bila saya datang melawat penduduk secara sederhana dengan motosikal, mereka rasa dihormati. Saya ziarah orang sakit dan susah. Ada juga saya terima aduan terus daripada rakyat.Saya mahu lihat kehidupan sebenar mereka. Jika bawa mereka dalam perjumpaan di balai raya atau dewan, kita lihat mereka dalam keadaan selesa, tapi hakikatnya berbeza bila kita tengok situasi di rumah mereka malah kita dapat rasa sendiri keperitan rakyat.Saya sudah turun ke seluruh kawasan DUN saya, Sikamat dan Lenggeng. Saya juga naik motosikal ke Kuala Pilah, Jempol, Jelebu. Sekarang saya merancang untuk lawat semua daerah dengan motosikal.Terkejut tragedi Nora Anne berlaku di lokasi baru dilawatiKisah tragis remaja Ireland berusia 15 tahun, Nora Anne Quoririn memeranjatkan saya. Dia ditemui mati kelaparan selepas 10 hari hilang di sebuah resort di Pantai dekat Seremban pada Ogos tahun lalu.Yang saya terkilan kerana sekitar tempat itu agak baru saya lawati. Ia tempat yang mula-mula kita mahu buat pemutihan kawasan selepas Pakatan Harapan ambil alih kerajaan negeri. Ini kerana sebahagian daripada pengusaha-pengusaha pelancongan membuat pembangunan tanpa dapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.Tempat di situ cukup indah dan eksklusif. Sebab itu kita mahu jadikannya lokasi pelancongan yang betul-betul selamat.Saya pernah berjumpa keluarga Nora Anne sebelum ini dan berharap kes inkues kematiannya yang sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Seremban dapat menjawab pelbagai persoalan.Pelawa pelancong makan kari kepala kambingDi Negeri Sembilan banyak makanan tradisi yang cukup unik dan menarik, dengan daging dan ikan salai serta sabaknya. Kita tahu tempat tertentu khususnya di Pedas, Rembau dan jalan Kuala Pilah menjadi tumpuan untuk dapatkan makanan ini. Kita juga ada apam Johol yang dibungkus dengan daun rambai selain pelbagai jenis rendang termasuk rendang maman. Negeri Sembilan juga terkenal dengan cendol songkok tinggi dan apam balik Istana Seri Menanti. Ini harus dicuba oleh orang luar yang datang ke negeri ini.Sebahagian mereka juga mungkin tidak pernah makan kepala kambing yang diikat dengan usus yang saya rasa hanya boleh didapati di Negeri Sembilan. Mereka boleh buat tempahan makan di restoran Muzium Negeri Sembilan atau hotel terpilih. Sajian kari kepala kambing adalah makanan cukup istimewa yang biasanya dihidangkan kepada Ketua Adat Perpatih kita.
4
30 Ogos 2020 10:00am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/97840/berita/wawancara/strategi-memburu-emas-sulung-sukan-olimpik
Strategi memburu emas sulung Sukan Olimpik
[VIDEO] PERSARAAN jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei pada tahun lalu ternyata memberi impak kepada arena sukan tanah air. Apa tidaknya, sepanjang hampir 20 tahun bergelumang dalam dunia badminton, Chong Wei sentiasa menghadirkan kejayaan manis buat Malaysia di pentas antarabangsa.Tiga pingat perak yang diraihnya pada temasya Sukan Olimpik bermula pada edisi 2008 di Beijing, China diikuti 2012 di London, United Kingdom dan 2016 di Rio de Janeiro, Brazil sudah cukup membuktikan kehebatan Chong Wei selaku jagoan sukan Malaysia yang tiada tolok bandingnya.Kini dengan ketiadaan Chong Wei, timbul persoalan siapakah atlet yang disandarkan untuk meneruskan kecemerlangan bekas pemain badminton nombor satu dunia itu di pentas Olimpik. Tambahan pula, Malaysia masih tercari-cari emas sulung Olimpik.Ikuti wawancara eksklusif Sinar Ahad bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bagi mengupas lebih lanjut percaturan badan induk itu dalam misi merealisasikan impian Malaysia meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tahun depan.Sukan Olimpik Tokyo pada awalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos lalu, namun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kini telah menetapkan tarikh baharu penganjuran Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.SINAR AHAD: Pertama sekali tahniah Tan Sri atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.Pengiktirafan yang saya terima daripada Yang di-Pertuan Agong ini bukan sahaja terhadap diri saya seorang, tetapi ia adalah pengiktirafan kepada keseluruhan bidang sukan itu sendiri. Saya menerima penganugerahan ini selaku Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Di bawah MOM itu sendiri ada 56 badan sukan melibatkan 35 ahli gabungan penuh dan selebihnya 21 ahli bersekutu. Saya juga melihat pengiktirafan ini turut melibatkan ahli-ahli badan gabungan, atlet, jurulatih dan pegawai sukan. Sebagaimana kita semua sedia maklum, Seri Paduka Baginda juga begitu dekat dengan sukan. Penglibatan Seri Paduka Baginda bukan sahaja setakat di Asia tetapi sehingga ke peringkat tertinggi melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Hoki Asia (FIH).Boleh Tan Sri kongsikan kisah suka duka selama lebih dua tahun menerajui MOM?Jika kita tengok sejarah, jawatan Presiden MOM bermula selepas merdeka apabila Tun Abdul Razak Hussein dilantik. Tun Abdul Razak ketika itu menjadi Perdana Menteri. Selepas itu, MOM dipengerusikan oleh Tan Sri Hamzah Abu Samah yang juga Menteri Belia dan Sukan pada masa itu sebelum Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar pula dilantik sebagai Presiden MOM. Ketika saya dilantik, saya tidak mempunyai jawatan di peringkat kerajaan, tentu sahaja ia perkara yang sukar kerana sebelum saya dilantik Presiden MOM, semuanya ‘orang-orang besar’ yang menerajui MOM berbanding saya yang datang dari akar umbi. Mungkin mereka melihat penglibatan aktif saya bermula sebagai Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur sehinggalah peringkat paling tinggi iaitu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebab itulah mereka rasakan saya ini seorang yang boleh menyelami bagaimana penglibatan dan perkembangan sukan di peringkat akar umbi. Saya ambil ia sebagai satu cabaran yang sangat besar kerana Tunku Imran ialah ahli tetap Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC). Bagi saya, badan sukan itu perlu dilihat sebagai lebih kepada perubahan dari segi institutional reform. Kita tidak mahu badan itu dikenali oleh individu tertentu. Tetapi kita mahu pembangunan industri itu dilakukan supaya suatu hari nanti saya akan meninggalkan satu legasi dan ia akan kekal berkembang atau berubah mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, kita berhadapan dengan keadaan atau perkara yang mungkin mengecewkan. Contohnya, kita nak menghadapi Sukan Olimpik tetapi kerana ancaman Covid-19, kita terpaksa berhadapan dengan keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Akibatnya, semua program sukan dibatalkan. Ini menyebabkan perancangan kita bagi program Road To Tokyo (RTT) terbantut. Ketika itu suasananya masih tidak pasti hingga kita terpaksa merujuk kepada IOC sama ada Tokyo (Olimpik) itu diteruskan atau tidak? Ancaman Covid-19 juga memberi kesan kepada persatuan-persatuan sukan yang berdepan krisis kewangan. Melihatkan situasi itu, saya tubuhkan tabung Covid-19 sebanyak RM300,000 untuk kita agihkan kepada ahli-ahli gabungan bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terlibat.Mohamad Norza ditemubual Editor Sukan Sinar Harian, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi dan wartawan Sukan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur Jumaat lalu.Bagaimana Tan Siri melihat penangguhan Sukan Olimpik, adakah ia satu berita baik untuk kontinjen Malaysia?Saya selalu katakan kepada mereka yang terlibat agar melihat apa yang berlaku ini dari sudut pandang positif. Saya sendiri rasa apa yang berlaku ini adalah satu hikmah kerana apabila bercakap soal kelayakan ke Olimpik, atlet-atlet kita kini ada masa yang lebih untuk mereka reboot atau memulakan kembali latihan mereka. Saya yakin ini adalah hikmah daripada apa yang berlaku. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sasaran kita adalah untuk menghantar lebih 30 atlet ke Tokyo. Setakat ini, kita dah ada 12 atlet yang layak secara automatik ke Tokyo. Saya rasa kalau proses kelayakan Olimpik ini dimulakan semula, saya yakin kita akan dapat lebih ramai lagi atlet. Ini kerana kalau kita tengok statistik daripada IOC, hanya 50 peratus atlet yang sepatutnya layak ke Olimpik baru layak ke Tokyo. Jadi ada 50 peratus lagi dan kalau berasaskan kepada percaturan persatuan sukan kebangsaan, saya yakin kita dapat capai sasaran menghantar sekurang-kurangnya 30 atlet ke Tokyo.Bagaimanakah dengan sasaran untuk menghantar kontinjen yang ramai pada Olimpik kali ini? Bagi Tan Sri, atlet manakah yang layak untuk ke Olimpik menerusi tiket wild card?Kalau ikut sekarang ada 12 atlet yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo. Ini tidak termasuk bagi pemain-pemain dalam sukan badminton lagi. Badminton ada lima acara, ada single (perseorangan), double (beregu) termasuk campuran. Saya berharap persatuan sukan juga boleh menambahkan lagi atlet dan kita boleh mencapai kepada sasaran 30 atlet pada Sukan Olimpik kali ini. Mengenai tiket wild card, saya rasa tentu sahaja bagi olahraga atau mungkin tambahan lagi dua acara sukan seperti golf. Kita juga masih menyandarkan harapan kepada sukan karate dan juga pelayaran. Sukan-sukan inilah yang akan membantu menambahkan lagi bilangan atlet dalam kontinjen Malaysia. Bagaimanapun, kita mahu atlet yang benar-benar berkualiti dan kita tidak mahu pemain yang hanya berperanan sebagai ‘penumpang’ dalam kontinjen Malaysia.Setelah penangguhan Sukan Olimpik 2020 akibat pandemik Covid-19, bagaimana moral atlet negara?Saya nak ulang balik perkataan hikmah terhadap penangguhan Sukan Olimpik ini. Pertamanya, apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang universal kerana krisis pandemik ini bukan sahaja melibatkan negara kita, tetapi juga di seluruh dunia. Yang kedua, kita juga beranggapan bahawa atas kejayaan kerajaan kita flattened the curve menyebabkan kita berada di barisan hadapan untuk bersiap sedia ke Olimpik. Kita tengok betapa sistematiknya pembukaan sektor sukan kita daripada program RTT, kemudian pembukaan sukan lain dan hari ini bola sepak pun dah mula. Oleh itu bagi saya, ini peluang yang perlu kita ambil dengan kelebihan yang kita ada sedangkan negara besar lain seperti Amerika Syarikat dalam kekalutan dan tidak menentu. Begitu juga dengan negara-negara Eropah, kuasa-kuasa besar dan saya beranggapan kita mesti memandang situasi itu dengan positif. Saya mahu atlet dan pegawai kita ada iltizam atau kekuatan semangat dan barulah kita boleh letakkan lebih ramai atlet dalam membuat persiapan kelayakan Olimpik yang dijangka bermula pada penghujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.Setelah persaraan Datuk Lee Chong Wei, atlet manakah yang menjadi sandaran untuk merealisasikan matlamat memburu emas pertama negara pada temasya Olimpik kali ini?Saya memang rapat dengan Chong Wei dan perjalanannya ibarat perjuangan yang belum selesai. Jadi saya lantik beliau sebagai Chef De Mission (CDM) Sukan Olimpik Tokyo. Mungkin impiannya sebagai atlet (meraih emas Olimpik) tak kesampaian tetapi mungkin sebagai CDM hasrat berkenaan dapat direalisasikan. Saya turut katakan kepadanya, dulu beliau tampil sebagat atlet, tetapi kali ini beliau perlu belajar mengenai pengurusan pula. Ini juga tekanan untuk kita mencari emas yang masih belum kita capai sedangkan Singapura dah ada emas. Saya beranggapan jika dahulu potensi emas ada pada Azizulhasni (Awang), atlet-atlet terjun kita (Pandalela Rinong, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong), namun dengan penangguhan Sukan Olimpik kali ini, ia buka peluang kepada atlet daripada sukan lain. Pada Olimpik Rio pun kita tak sangka dapat banyak pingat perak yang datangnya daripada sukan badminton dan terjun. Kita ada masa setahun lagi sebelum (Sukan Olimpik Tokyo) Julai 2021. Bagi saya, untuk memenangi pingat emas ini bukanlah cita-cita saya seorang, tetapi cita-cita seluruh rakyat Malaysia dan walau apa juga yang berlaku, sasaran emas itu perlu kita capai kerana ia adalah maruah kita. Saya yakin dengan doa, semangat, dan motivasi daripada semua yang ada dalam sukan, kita yakin boleh mencapai impian emas tersebut.Tan Sri, selalu kita dengar penyokong mendakwa mental atlet Malaysia lemah. Sebagai contoh, jika Chong Wei jumpa Lin Dan, sudah tentu awal-awal lagi mereka meramalkan Chong Wei akan kalah. Benarkah tanggapan bahawa mental kebanyakan atlet Malaysia lemah?Saya beri contoh bila Morten Frost (Hansen) datang (dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Bila kamu latih orang Malaysia ini, maka kamu haruslah melatih macam orang Malaysia. Jangan latih macam orang Denmark sebab acuannya berbeza. Disebabkan itu, kita kena tahu acuan kita yang sebenarnya. Sebab itu saya meletakkan mini sport science dalam BAM. Sebab BAM kena ada ahli psikologi selain analisis prestasi setiap pemain. Perkara-perkara ini yang perlu kita lihat secara saintifik, mengapa dan kenapa pemain-pemain kita apabila saat dan ketika kita nak mereka (menampilkan aksi terbaik), mereka gagal untuk melaksanakannya.Mohamad Norza berkongsi suka duka selama lebih dua tahun menerajui MOM.Berbalik kepada Sukan Olimpik Tokyo, mungkin Tan Sri mengenali rapat Azizulhasni Awang. Azizulhasni seperti yang kita kenal ialah seorang pejuang dan bila Chong Wei sudah bersara, semua bercakap Azizulhasni merupakan prospek terbaik meraih emas. Apakah komen Tan Sri?Saya sendiri pun yakin bahawa Azizulhasni merupakan peluang kita yang terbaik untuk kita mendapatkan pingat emas pertama Sukan Olimpik. Sebab kita mesti mempunyai atlet yang memiliki keyakinan diri yang tinggi, mental yang kuat, lapar untuk kemenangan, mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Semua kriteria itu ada pada Azizulhasni. Bila persatuan (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) kata tak boleh janji pingat emas, Azizulhasni sendiri tampil ke depan, dia kata dia janji dapatkan pingat emas. Ini merupakan contoh atlet yang kita mahukan kerana dia punya keyakinan diri. Bila sampai ke peringkat dunia, pemikiran mesti untuk menang sepanjang masa. Kita mesti membudayakan prestasi tinggi. Kita mesti membudayakan mentaliti mahu menang. Kamu mesti sentiasa percaya yang kamu boleh muncul juara. Kamu mesti punyai keyakinan diri dulu kerana hanya dengan kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi, kita mampu bersaing di peringkat paling tinggi.Bagaimanakah pula dengan Pandelela Rinong yang pernah menang pingat juga untuk Sukan Olimpik London?Saya yakin dan percaya atlet-atlet yang sudah lama ini yang mempunyai pengalaman menyertai lebih daripada satu Sukan Olimpik mempunyai peluang untuk mendapatkan medal. Tentu sahaja kita mahu medal emas. Pandelela dan beberapa lagi atlet mempunyai pengalaman. Namun, kita semua tahu dalam sukan terjun ini, cabarannya adalah dari China. Sekiranya kita mahu mendapatkan pingat emas, kita mesti sampai level kesempurnaan yang sama seperti pesaing-pesaing kita dari China.Apakah harapan Tan Sri untuk arena sukan Malaysia khususnya menjelang Sukan Olimpik tahun depan?Saya beranggapan bahawa sukan pasca-Covid-19 sudah berbeza. Saya mahu dunia sukan juga berbeza bagi Malaysia. Bahawa sukan selepas Covid-19 ini akan menuju kecemerlangan. Contohnya saya sebagai Presiden BAM kan dan Presiden MOM, saya beranggapan dengan penangguhan Sukan Olimpik ini mampu memberi sinar harapan bahawa pingat emas kita yang dulu hanya tertumpu pada Azizulhasni seorang, mungkin kita ada ramai lagi mereka yang layak untuk membawa cabaran tersebut. Kita harus terus bekerja kuat memantapkan persediaan kita supaya selepas Covid-19 ini, ada sinar yang lebih terang, ada sinar yang lebih bercahaya pada sukan Malaysia dan kita semua harus bersifat positif kerana cabaran itu sudah tentu kuat. Cabaran berliku, namun kita kena sentiasa percaya bahawa di penghujung itu ada seribu impian. Jadi kita mesti kerja bersama-sama untuk menggapainya.ANEKDOTSukan boleh menyatukan bangsaKalau ikut kelulusan saya, saya ialah seorang Akauntan Bertauliah (CPA) Australia. Kalau dalam Malaysia Institute Accountant (MIA), saya Chartered Accountant yang paling tinggi sekali. Jadi saya memang akauntan profesional. Dari segi keperibadian, orang yang tak biasa mungkin kalau tengok muka saya, orang kata saya sombong. Tapi saya sebenarnya seorang yang suka berterus-terang.Kalau orang tanya Norza kenapa kamu pergi ke bidang sukan? Sebab apa? Saya selalu fikir macam mana nak bawa feel good factor back? Ia kerana melalui sukan kita boleh menyatukan orang. Saya masih ingat bila Lee Chong Wei lawan Lin Dan di Rio de Janeiro, Brazil. Tujuh juta orang tengok televisyen. Seluruh negara tak bergerak. Itulah perasaan yang saya nak bawa. Ini kerana tak ada perkara yang boleh menyatukan rakyat. Melalui sukan kita bawa negara bersama dan melalui sukanlah kita boleh membawa satu semangat kenegaraan yang tinggi. Sebab itu ada orang komen saya pegang dua badan sukan, BAM dan MOM. Ini tak ada orang buat, saya pegang dua-dua badan besar serentak tanpa ada bayaran.Arwah ibu dan bapa jadi pembakar semangatSaya dapat gelaran Tan Sri hari Isnin 17 Ogos 2020. Bapa saya meninggal Rabu sebelumnya, minggu lalu. Mak saya pula kembali ke rahmatullah lima tahun lepas. Masa meninggal dunia, bapa saya berusia 83 tahun. Dia sakit buah pinggang dan perlu dialisis.Jadi perasaan saya bercampur baur apabila dapat pengiktirafan itu sedangkan baru tiga atau empat hari sebelum itu, bapa saya meninggal dunia. Namun, saya yakin dan percaya sebab ibu bapa saya dua-dua cikgu sekolah rendah. Jadi ini kejayaan mereka untuk seorang anak sampai ke peringkat Tan Sri sedangkan dalam saudara-mara saya tak pernah yang dapat gelaran Datuk.Jadi bagi saya, saya rasa ibu bapa saya bangga. Jadi didikan itu didikan anak cikgulah. Bila kita bermula dari bawah, dengan ibu bapa yang bukan orang senang, kita kena lengkapkan diri dengan kerja kuat dan bina persahabatan. Sebab kita tak ada bawa wang ringgit untuk kita pergi ke depan. Insya-ALLAH dengan didikan ibu bapa saya itu, saya akan teruskan kerja kuat saya dalam bidang sukan.Mohamad Norza berkongsi suka duka selama lebih dua tahun menerajui MOM.PROFILNama: Tan Sri Mohamad Norza ZakariaTarikh lahir: 29 Ogos1966Asal: Alor Gajah, MelakaAdik-beradik: Anak pertama daripada lima beradikNama isteri: Puan Sri Zulaiha Zainal AbidinBilangan anak: Dua orangProfesion/ jawatan: Ahli perniagaan dan presiden persatuan sukanLatar akademik:Fellow Certified Practicing Accountants FCPA from CPA AustraliaChartered Accountant (Akauntan Bertauliah) Malaysian Institute of Accountants (MIA)Bachelor of Commerce (Major in Accounting) the University of Wolongong, NSW, Australia
4
23 Ogos 2020 07:55am
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/95209/berita/wawancara/bersatu-diramal-masuk-umno-sama-seperti-semangat46
Bersatu diramal masuk UMNO, sama seperti Semangat46
SEJAK lebih seminggu lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah antara pemimpin UMNO yang paling lantang membicarakan mengenai kerjasama BN, Pas dan Bersatu.Perang mulut beliau dengan beberapa pemimpin Bersatu semakin memuncak apabila anak sulung kepada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat itu menggesa Bersatu kembali kepada UMNO demi survival parti yang menggunakan logo bunga raya tersebut.Walaupun diberi pandangan sinis termasuk digelar pemimpin yang kecewa, Nur Jazlan yakin UMNO dan Pas kini di landasan yang terbaik untuk menang pada PRU15. Wartawan Sinar Harian, NOR AZURA MD AMIN menemubual secara eksklusif bekas Ahli Parlimen Pulai itu di Johor Bahru baru-baru ini.SINAR HARIAN: Bagaimanakah keadaan politik di Johor selepas ditadbir Perikatan Nasional (PN) sejak Febuari lalu?NUR JAZLAN: Di Johor keadaan politiknya agak unik, di mana pola penduduknya secara purata dilihat Melayu 54 peratus dan Cina lebih 40 peratus. Pengaruh UMNO di Johor masih besar, UMNO masih diterima orang Melayu Johor dan merupakan parti tunggal yang memperjuangkan orang Melayu.Oleh kerana keadaan politik yang bercelaru pada masa sekarang ditambah dengan komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang agak tipis iaitu cuma beza dua kerusi antara PN dan Pakatan Harapan (PH) pentadbiran kerajaan negeri perlu diuruskan secara kompromi.Keadaannya boleh dikatakan agak tegang tetapi saya melihat pentadbiran kerajaan negeri masih boleh diuruskan dengan baik di bawah Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.Dalam hal ini, pengaruh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga memainkan peranan dalam memastikan keamanan di bawah PN masih utuh.Bagaimanakah pandangan Datuk mengenai sidang DUN Johor yang akan bermula pada September depan?Kita lihat sidang DUN yang diadakan pada Mei lepas jelas memperlihatkan kelebihan kerusi cuma dua dengan pembangkang iaitu PH. Menariknya situasi ini seakan-akan sama seperti apa yang terjadi di Parlimen sekarang.Oleh itu bukan mudah untuk sebarang keputusan dibuat tanpa mendapat sokongan majoriti.Salah satu isu yang paling panas ketika ini ialah mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti di bawah PN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bagaimanakah Datuk melihat isu ini?Pada saya dasar pembahagian kerusi tertakluk kepada keputusan PRU14 lalu. Kita hendak kerusi yang UMNO menang tidak kira di bandar mahupun luar bandar tanpa melihat wakil rakyat yang ada sekarang.Pembahagian kerusi yang menjadi pertelingkahan dalam PN perlu diselesaikan ikut kekuatan yang dimiliki parti di sesebuah kawasan untuk bertanding di Parlimen mahupun DUN.Kita tidak boleh tengok kekuatan parti itu atas kertas sahaja tetapi perlu dilihat lebih mendalam dengan adanya analisis.Soal calon juga penting. Calon yang dipilih perlu ada potensi menang. Jangan buat keputusan atas kertas bagi memilih calon kerana jika salah perkiraan letak calon, jawabnya PH akan menang.Pastinya, UMNO tiada masalah kerana UMNO memiliki ramai calon berpengalaman. Maksud saya dengan berpengalaman itu ialah kita ada calon yang pernah menang dan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU14).Dengan rakan sekutu Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas juga kita tiada masalah, kerana kedua-duanya saling menghormati. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu sudah 74 tahun, mungkin seusia dengan Pas.UMNO dan Pas boleh realisasikan MN kerana ada sikap menghormati.Kerjasama Pas dan UMNO di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah sampai ke tahap mempunyai piagam maksudnya ada kerjasama yang baik. Jadi ada banyak kerjasama yang kita boleh lakukan berunding dan selesaikan banyak perkara dan masing-masing hormat-menghormati.Tetapi hal ini berbeza dengan kerjasama UMNO-Bersatu. Bersatu ditubuhkan pada 2017 untuk hadapi PRU14.Situasinya kini pula, mereka (Bersatu) yang pegang jawatan walaupun di peringkat bawah sokongan terhadap mereka sangat halus. Saya bagi contoh sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Oktober tahun lepas ketika mereka lawan BN. Mereka kalah, itu sahaja sudah membuktikan Bersatu yang kononnya kuat di Johor tetapi hakikatnya ada lompong di bawah.Jika mereka bertanding bawah PN, sudah pasti mereka bergantung kepada BN dan UMNO untuk jentera PRU bagi mendapatkan sokongan pengundi.Apakah pandangan Datuk tentang MN di Johor?MN merupakan kerjasama politik yang ampuh untuk mencorak masa depan negara menjelang PRU15 nanti.Dengan kekuatan UMNO dan keharmonian hubungan dengan Pas menjadikan MN sebuah perikatan politik paling realistik dalam membentuk kembali sebuah kerajaan yang stabil serta kuat.Dalam MN, UMNO-Pas ada satu hubungan matang yang saling menghormati kemampuan dan kelebihan masing-masing. Keserasian dan gabungan mantap dua parti utama dalam MN merupakan satu jaminan paling padu untuk mengembalikan demokrasi berpolitik di Malaysia.Apabila MN bekerjasama untuk berhadapan dengan pihak lawan pada PRU15 nanti, pastinya suatu kekuatan baharu yang wujud dalam landskap politik negara kerana UMNO dan Pas sudah mempunyai rekod cemerlang selama ini. Kekuatan MN ini menjadi teras untuk parti seperti Bersatu sertai dan tak perlu lagi ada PN.Kita ada ahli yang ramai, ada kekuatan jentera parti yang kuat dan tersusun jika dibandingkan dengan Bersatu yang serba kekurangan. Sebab itulah UMNO memberi tawaran kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk kembali kepada parti itu. Ini kerana hanya dengan menyertai UMNO dan MN, survival politik beliau akan lebih terjamin berbanding bersama PN.Apakah pandangan Datuk sekiranya Muhyiddin kembali menyertai UMNO?UMNO sudah melalui saat genting selepas PRU14 lalu, daripada kekalahan sedikit demi sedikit kita bangkit daripada zaman yang suram.Namun situasi ini berbeza dengan Bersatu. Bersatu menang pada PRU14 dengan pertolongan rakan-rakan parti yang tidak akan bagi undi mereka pada PRU15. Jadi saya tanya di mana masa depan Bersatu. Mungkin mereka akan masuk UMNO sebagaimana Semangat 46 tetapi masuk dengan tidak bersyarat.Bagaimana Datuk melihat sokongan kepada Menteri Besar Johor ketika ini?Kita sokong Hasni sebab dia MB yang datang daripada parti terbesar iaitu UMNO. Memang kita mahukan Hasni kekal memimpin Johor dan sepatutnya dia menyambung penggal pentadbiran. Hasni sudah pasti dapat mentadbir negeri Johor lebih baik berbanding calon MB daripada Bersatu.
4
05 Ogos 2020 09:00am
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/94844/berita/wawancara/berdakwah-bukan-untuk-mencari-populariti
Berdakwah bukan untuk mencari populariti
[VIDEO]YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar berjalan seiring dengan dasar negara serta menjadi pemangkin penyebaran dakwah di Malaysia.Setelah 46 tahun Yadim beroperasi, badan dakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu terbukti memberi sumbangan besar kepada kerja-kerja penyebaran risalah dan syiar Islam termasuklah usaha-usaha pengislaman saudara-saudara baru di seluruh negara.Bagaimanapun, kerja-kerja dakwah mutakhir ini dilihat berdepan jalan penuh pancaroba terutama pada zaman pandemik Covid-19 dan cabaran media sosial kini.Ikuti wawancara eksklusif Timbalan Pengarang Berita Sinar Ahad, Zuki Pileh dan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin bersama Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dilantik ke jawatan itu pada 15 Julai lalu bagi menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz.SINAR AHAD: Orang ramai melihat dakwah dari perspektif berbeza-beza. Sebagai Yang Dipertua Yadim yang baharu, bagaimana ustaz mendefinisikan ‘dakwah’ tersebut?NASRUDIN: Pengertian umum dakwah ialah mengajak manusia kembali kepada ALLAH SWT.Objektif dakwah adalah untuk menyelamatkan manusia daripada api neraka. Ini diambil daripada satu peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ada satu hadis sahih diriwayatkan Imam Al-Bukhari RA, pada suatu hari, seorang budak yang selalu berkhidmat kepada Nabi SAW jatuh sakit. Nabi menziarahinya dan duduk di bahagian kepala budak itu. Kemudian Nabi menyebut kepada budak itu perkataan ‘aslim’ yang bermaksud ‘terimalah Islam’. Lalu budak itu memandang bapanya yang merupakan seorang Yahudi. Lalu bapanya berkata, ‘Taatlah kepada Abal Qassim (nama gelaran Nabi Muhammad SAW)’.Lalu apabila bapanya berkata begitu, budak itu lantas mengucap dua kalimah syahadah. Apabila budak itu memeluk ajaran Islam, Nabi SAW keluar dari bilik berkenaan dan mengucapkan ‘Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang telah menyelamatkannya daripada api neraka’. Jadi para alim ulama mengambil konteks kisah Nabi itu bahawa objektif utama dakwah adalah untuk menyelamatkan umat manusia daripada api neraka.Perbedaan dalam gerak kerja dan orientasi dakwah hanyalah pada pendekatan kuliah, ceramah, ziarah, sumbangan kebajikan, dialog, pujuk rayu, bina sekolah, bina hospital. Ini semua bergantung kepada situasi dan kesesuaian keadaan dan juga masa.Terdapat kritikan kononnya pendakwah Islam masa kini dikatakan lebih selesa berdakwah di dalam bilik ada pendingin hawa dan tidak turun ke bawah berhadapan dengan masyarakat. Apakah metodologi Yadim dalam berdakwah?Sebagai sebuah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, ‘core business’ Yadim adalah untuk menjalankan aktiviti dan gerak kerja dakwah secara berinteraksi dengan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berorientasikan dakwah.Yadim menjadi platform untuk menyelaraskan gerak kerja NGO agar berupaya menjadi gelombang gerakan dakwah di negara ini. Setiap NGO ini ada segmen tersendiri dan kita boleh klusterkan mengikut peranan masing-masing.Umpamanya, ada kluster yang berfungsi membina terminal ilmu seperti sekolah agama dan tahfiz. Ada kluster yang akan berdepan dengan serangan pemikiran seperti serangan Islam liberal dan serangan Barat yang sengaja mewujudkan Islamofobia. NGO daripada kluster ini akan fokus kepada bagaimana untuk menangkis serangan pemikiran tersebut.Ada juga kluster yang pergi kepada kebajikan seperti memberi bantuan kepada asnaf. Walaupun orientasinya kebajikan, aktiviti NGO itu tidak lari daripada maksud dakwah sebab kebajikan itu akan menjadi pintu kepada lancarnya gerakan dakwah. Ada NGO yang fokus sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa. Begitu juga ada NGO dakwah sektor anak muda dan dakwah di alam siber.Sasaran kita adalah supaya Islam ini sampai ke setiap hati sanubari masyarakat di negara kita. Kalau orang Islam, kita mahu mereka lebih mempraktiskan ajaran Islam. Kalau bukan Islam, sekurang-kurangnya mereka tidak mempunyai pandangan yang salah terhadap ajaran Islam.Ada pendakwah-pendakwah terkenal seperti Ustaz Ebit Lew yang turun padang menyalurkan sumbangan infaq orang ramai terus kepada golongan sasaran. Tetapi tindakan itu seolah-olah tidak selari dengan agensi dakwah dan pihak kerajaan yang akhirnya menimbulkan salah faham. Bagaimanakah Yadim dapat menyelaraskan aktiviti dakwah secara individu ini?Itu yang saya sebutkan tadi bahawa Yadim harus menjadi platform atau penyelaras gerak kerja dakwah termasuk pendakwah individu. Yadim juga sangat mengalu-alukan kolaboratif antara NGO dan individu di bawah satu platform supaya usaha kebajikan dan dakwah nampak selaras dan tidak berlaku pertindihan sekali gus tidak menyebabkan berlaku pembaziran masa serta fitnah kepada masyarakat.Kita tidak mahu amalan dakwah yang berlaku bersifat ‘hit and run’ sahaja. Akhirnya kita habis masa, habis duit, tetapi impak atau kesan tidak dapat dicapai secara maksimum. Yadim bukan mahu mengetuai atau memayungi mereka, tetapi kita hendak menyelaras supaya dapat mengatur gerak kerja dakwah secara menyeluruh merangkumi kesemua kluster, bukan hanya fokus kepada kluster kebajikan semata-mata.Setakat ini, berapa NGO yang berada di bawah seliaan Yadim?Sebelum ini, ada lebih 150 NGO bersama Yadim. Cuma dalam semakan terakhir, tinggal sekitar 40 NGO yang aktif di bawah sayap Yadim iaitu Majlis Amal Islam di Malaysia (Maim)yang ditubuhkan sejak tahun 2009.Perkara ini mungkin disebabkan penyelarasan program tidak dibuat secara strategik menyebabkan NGO terbabit bergerak sendiri dengan fokus terhadap aktiviti masing-masing.Justeru, saya bertekad untuk mengembalikan semula semua NGO yang pernah bersama Yadim. Saya telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, untuk menganjurkan satu persidangan pemimpin-pemimpin NGO Islam dari seluruh negara yang dijangka diadakan pada bulan September ini.Ada ribuan NGO di Malaysia. Kalau kita dapat selaraskan dan wujudkan platform yang baik insya-ALLAH saya rasa untuk dapat 300 hingga 400 NGO adalah dalam jangkauan kita.Antara NGO besar dalam Yadim sekarang ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Sebelum ini, kita juga ada NGO seperti Gerakan Pembela Ummah (Ummah), MuslimCare dan Yayasan Amal Malaysia yang merupakan NGO besar bahkan sudah melaksanakan aktiviti dakwah di peringkat antarabangsa.Wang kini menjadi antara elemen terpenting dalam berdakwah. Semakin banyak dana semakin berkesan program dakwah. Apa komen ustaz?Dana ataupun wang adalah alat untuk menggerakkan aktiviti dakwah. Kepakaran dalam bidang teknologi maklumat perlu dimiliki, skil mesti dikembangkan dan keperluan peralatan harus mencukupi. Semua itu ada kos termasuk usaha turun ke lapangan.ALLAH SWT ada berfirman yang bermaksud ‘Bersiap sedialah kamu untuk menghadapi mereka, dengan seluruh kekuatan yang ada pada kamu’. Para alim ulama menafsirkan maksud kekuatan yang perlu disediakan itu ialah kekuatan dana dan harta benda.Kita memang memerlukan dana yang tinggi untuk memastikan kerja-kerja dakwah dapat digerakkan secara berkesan. Namun begitu, bukanlah bermakna kita bergantung kepada dana 100 peratus. Janganlah bila tiada dana, maka mati kerja dakwah atau kita memperlahankan tempo dakwah kerana dakwah adalah kerja yang sangat mulia.Pada pandangan ustaz, adakah dana Yadim sekarang membolehkan ia mencapai matlamat penubuhannya?ALHAMDULILLAH. Setiap tahun Yadim menerima peruntukan daripada kerajaan. Namun, untuk melaksanakan program dan projek dakwah yang dirancang, kita dapati dana itu tidak memadai.Yadim juga mendapat sumbangan daripada agensi kerajaan lain seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selain rakan strategik Yadim seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan CIMB Islamic Bank.Kita menyasarkan sekurang-kurangnya hendak mencapai RM50 juta setahun bagi mengaktifkan semua agensi dan NGO dalam Yadim. Setakat ini, kerajaan hanya menyumbang separuh daripada jumlah itu. Jadi, Yadim berharap kerajaan dapat menambah peruntukan.Kita juga menyeru supaya agensi-agensi dan individu-individu yang prihatin dapat memberi sumbangan serta infaq mereka kepada tabung Yadim yang telah dilancarkan kepada umum.Kalau setiap umat Islam di negara ini menyumbang RM5 sebulan kepada tabung Yadim, insya-ALLAH saya yakin kita capai sasaran RM50 juta tersebut.Kini banyak daie muda dan penceramah selebriti muncul di media sosial. Ada pro dan kontranya, malah kontroversi. Apa perspektif ustaz terhadap trend ini?Kita ambil aspek positif iaitu negara memerlukan ramai daie bagi memimpin golongan sasar ke jalan yang benar. Oleh itu, kemunculan daie-daie segera, sama ada melalui program realiti TV ataupun menerusi program pencungkilan bakat oleh mana-mana agensi, perkara itu kita rai. Tinggal lagi nasihat saya kepada diri sendiri dan semua umat Islam, kita kena faham bahawa kerja dakwah bukan untuk mencari publisiti dan populariti. Tetapi ia kerja untuk mengajak manusia kembali kepada ALLAH SWT.Jadikan populariti dan publisiti itu sebagai alat supaya kita lebih dekat dengan masyarakat. Boleh jadi masyarakat pada hari ini lebih seronok dan lebih dekat dengan dunia selebriti. Berbanding dengan pendakwah-pendakwah (tradisional) walaupun ilmunya tinggi, skilnya baik tetapi kurang dikenali, boleh jadi sentuhan mereka tidak memberi kesan besar kepada masyarakat. Berbeza dengan seorang daie yang sering muncul di media sosial, mereka mungkin lebih dikenali dan setiap patah perkataan mereka akan lebih didengari oleh setiap lapisan masyarakat.Cumanya, sang daie kena sentiasa memperbaiki diri khususnya dalam aspek ilmu. Hendak berdakwah dan menyampaikan Islam, seseorang kena ada ilmu. Kita tidak boleh menyediakan (daie) sepantas mi segera untuk dinikmati. Secara analogi, mi segera ini boleh dinikmati untuk sementara sahaja, tetapi untuk kenyang sepanjang hari, kita perlu makan makanan lebih berat seperti nasi. Ayuh perbaiki diri dengan ilmu.Apakah terdapat keperluan untuk mewajibkan pendakwah-pendakwah media sosial mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa agama?Pengiktirafan atau tauliah daripada pihak kerajaan adalah penting untuk memantau dan mengawal agar usaha dakwah dibuat secara terancang dan berkesan. Kalau tidak dipantau, kita bimbang ia akan disalah guna oleh pihak tertentu yang mengaku sebagai pendakwah, terutama di laman sosial yang terdedah dengan akaun palsu selain pendekatan mengelirukan.Namun, pada masa sama, saya tidak bersetuju kalau syarat tauliah dan pengiktirafan itu akhirnya menyempitkan kegiatan dakwah. Jadi, harus ada penyelarasan antara pihak yang mengeluarkan tauliah seperti majlis agama Islam dan pihak yang ingin memberi kuliah, ceramah dan dakwah sama ada di masjid dan surau ataupun di alam siber. Permudahkan (tatacara permohonan tauliah). Jangan susahkan pendakwah.YouTube merupakan satu medium sosial yang sangat berpengaruh dan sukar dikawal. Apakah perancangan Yadim dalam menghadapi cabaran dakwah dan dakyah media sosial ini?Kita sudah membangunkan jurnal penyelidikan agama Islam secara dalam talian dengan kerjasama badan penyelidik daripada universiti-universiti untuk dijadikan sumber rujukan oleh masyarakat. Demikian juga, kita nantinya akan menambah segmen daie muda atau rakan siswa Yadim untuk berperanan lebih aktif dan berkesan di alam siber. Yadim juga mempunyai saluran tersendiri di laman sosial utama seperti Instagram, Facebook, YouTube dan Twitter. Kita juga mahu supaya daie-daie ini nanti berperanan dalam media sosial untuk menyampaikan risalah Islam kepada warganet. Pada masa sama, mereka turut menangkis fitnah kerana saya tahu media sosial menjadi satu laluan begitu luas kepada pemfitnah-pemfitnah atau musuh Islam menjalankan aktiviti merosakkan pemikiran anak muda yang fanatik dan taasub dengan media baharu.Kalau kita menyampaikan ceramah di masjid dan surau, jumlah hadirin paling tinggi pun mungkin 500 atau 1,000 orang. Tetapi kalau dibawa ke media sosial, sama ada Facebook Live atau YouTube, kita boleh capai jumlah penonton sampai puluhan ribu, bahkan jutaan orang.Saluran YouTube Dr Zakir Naik contohnya ditonton ratusan juta orang dari seluruh dunia. Ini boleh kita pelajari.Nasrudin ketika diwawancara secara eksklusif Sinar Ahad di Putrajaya baru-baru ini.PROFILNasrudin HassanJawatan sekarang: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)Umur: 50 tahun (1970)Asal: Besut, TerengganuPendidikan: Universiti Al-Azhar, MesirPekerjaan: Ahli politik, pendakwahIsteri: Wan Hamidah Wan DaudPolitik:Bekas Ahli Parlimen Temerloh, Pahang (2013-2015)Ahli Majlis Syura Ulama Pas (2009-kini)ANEKDOTKenangan berdakwah di perkampungan orang asliSaya seorang pendakwah yang sering masuk ke hutan dan berjumpa dengan masyarakat orang asli. Saya ada pengalaman di perkampungan orang asli di Rompin, Pahang, begitu juga di Kampung Gumum dekat Tasik Chini. Satu lagi ialah perkampungan di pedalaman Sabah, tidak jauh dari Kota Kinabalu.Di perkampungan orang asli ini kita rasa kurang selesa kerana berbeza daripada kehidupan di kampung atau di bandar. Digigit serangga, dikejar anjing dan pernah dimarahi oleh penjaga pos kawalan ketika masuk ke perkampungan berkenaan adalah perkara biasa.Bagi saya, kenangan paling manis adalah apabila penduduk orang asli berkenaan memeluk Islam disebabkan dakwah kita. Saya sangat terharu mendengar mereka mengucapkan dua kalimah syahadah. Kadangkala mereka tanya semula, ‘Mengapa baru sekarang mereka diberitahu tentang Islam?’Kita pula terasa seperti sangat berdosa kerana baru kini bertemu dan berdakwah kepada mereka sedangkan mereka sudah hidup sekian lama.Tidak ada yang lebih puas dalam hidup ini melainkan apabila kita dapat menyelamatkan seorang insan dengan mengembalikan kepada ajaran tauhid.Cuma ada sedikit kekesalan kerana saya tidak berkesempatan mengikuti perkembangan mereka. Namun, saya difahamkan di Kampung Gumum sudah ada lebih 30 keluarga yang memeluk Islam sekarang berbanding lima keluarga pada kali terakhir saya pergi. Bahkan ada anak-anak mereka yang hafiz al-Quran.Ustaz penyokong tegar Real MadridSaya boleh dikatakan penyokong kuat pasukan gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid. Saya sebenarnya meminati dan menyokong pasukan Real Madrid atas semangat kesukanan dan tidak terlalu fanatik. Ini kerana pasukan Real Madrid sudah wujud selama 118 tahun iaitu sejak 1902.Saya mula meminati pasukan itu pada tahun 2000 ketika Florentino Perez menjadi Presiden Real Madrid. Perez seorang tokoh pengurusan yang hebat kerana beliau dapat mengumpulkan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia.Saya masih ingat pemain Real Madrid terdiri daripada legenda bola sepak dunia seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Roberto Carlos, David Beckham dan Luis Figo. Nama-nama ini menyebabkan Real Madrid naik dan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali berturut-turut.Kehebatan ini akhirnya mendorong saya menyertai Kelab Penyokong Real Madrid di Malaysia kira-kira enam tahun lepas. Kumpulan yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini mempunyai keahlian kira-kira 200 orang.Saya baru adakan pertemuan dengan kelab penyokong berkenaan beberapa hari lepas untuk berbincang bagi membuka cawangan kelab di seluruh negara. Saya secara peribadi bukan sekadar menjadikan perkara itu sebagai minat sukan. Tetapi saya hendak menjadikannya sebagai satu medium untuk menyampaikan dakwah dan risalah Islam.Anak-anak muda peminat bola ini harus disantuni. Hendak tengok bola tiada masalah, tetapi jangan tinggalkan solat, jangan dedahkan aurat khususnya kalangan peminat wanita. Jadi kita boleh mendekati golongan ini.
4
02 Ogos 2020 09:00am
NUR FARHANA ABDUL MANAN
https://www.sinarharian.com.my/article/94127/berita/wawancara/lsquopkr-rugi-sebab-pecat-sayarsquo
‘PKR rugi sebab pecat saya’
MESYUARAT Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 28 Jun lalu bersetuju dengan syor Lembaga Disiplin untuk melucutkan keanggotaan lima ahli parti itu termasuk Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha. Bagaimanapun, Haniza yang merupakan lulusan bidang Seni Bina di University of Sheffield, United Kingdom menganggap pemecatannya sebagai satu kerugian besar buat parti itu.Namun, beliau yang pernah bekerja sebagai pengetua di pusat pendidikan kanak-kanak dan editor sambilan lega kerana kini boleh memberi fokus kepada perkara lain.Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya yang juga bekas Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor itu di Ampang baru-baru ini.SINAR HARIAN: Apakah perasaan Yang Berhormat sebaik digantung dan dilucutkan keahlian PKR serta dipecat jawatan Exco kerajaan negeri?HANIZA: Saya tak rasa sedih sangat sebab saya rasa sudah buat yang terbaik bila pegang jawatan dalam kerajaan. Taklah rasa ralat sangat, saya sudah buat apa yang mampu. Saya rasa lega kerana tak salah, mereka memang nak pecat saya. Saya rasa lega, saya boleh move on, fokus buat kerja lain. Semasa sertai PKR pada tahun 1998 saya berikan yang terbaik.Saya anggap parti politik ini macam ‘kenderaan’ untuk membangun negara, ‘kenderaan’ kalau sudah tidak bagus kita boleh tukar. Saya anggap kalau ‘kenderaan’ tak berfungsi macam mana pemiliknya mahu, tak perlu guna lagi dan dapatkan yang baharu. Masa saya naik kenderaan PKR mula-mula memang dalam kondisi baik, ikut apa yang saya nak tapi sekarang sudah tak berfungsi, jadi saya cari ‘kenderaan’ baharu. Sesuatu yang merugikan bila PKR buang saya sedangkan banyak benda saya boleh buat.Bagaimana kehidupan Yang Berhormat selepas dipecat oleh parti? Ada yang takut nak berkawan dengan saya, takut dilihat bersama saya kerana nanti akan digelar sesuatu ‘nama’. Selepas dipecat tak ada pun yang hubungi saya. Sebenarnya saya tak adalah sampai tahap benci sangat kepada mereka. Hairan kenapa lepas saya kena pecat, takut nak jumpa saya, tapi tak kisahlah. Saya nampak tindakan yang dibuat oleh parti merugikan, bila buat macam itu ahli dan pemimpin curiga-mencurigai dan saling tidak mempercayai.Kalau jadi seperti itu bagaimana nak bekerja dan kukuhkan parti. Itu yang buatkan ahli tak selesa dan keluar parti beramai-ramai. Mereka tak boleh tahan dengan tingkah laku ini. Bila buat sesuatu orang persoalkan keikhlasan, sedangkan kamu berkorban untuk bina parti.Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat terhadap PKR?PKR kini cacamarba bukan sebab saya sudah tinggalkan PKR. Saya tengok dari segi struktur parti sudah jadi keliru, semangat ahlinya sudah jatuh, setiap hari, setiap bulan pemimpin yang dari awal sudah keluar parti. Sekarang ini sayap wanita sudah habis. Ketua tak ada, timbalan tak ada, jawatan naib ketua pun tak dipilih bila dua jawatan tu dah kosong. Cacamarba ini kerana kelemahan kepimpinan yang gagal membuat keputusan yang betul.Apakah tindakan pemimpin keluar parti akan melemahkan PKR?Semua orang melihat kejatuhan PKR daripada parti yang ramai ahli Parlimen, sekarang seorang demi seorang tingalkan parti dan dipecat. Semuanya jadi jahanam kerana pemimpinnya yang berebut nak jadi perdana menteri sampai sekarang tak sedar diri. Parti menjadi bertambah lemah sebab ada favouritism dan pemimpin atasan tak dengar pandangan akar umbi.PKR sudah lari daripada matlamat pejuangan asal, kalau dulu adalah mengenai menegakkan keadilan, sekarang mengenai siapa nak pegang jawatan, siapa nak jadi perdana menteri. Kalau ahlinya pun tak dapat keadilan, bagaimana nak bagi keadilan kepada rakyat?Bagaimanakah Yang Berhormat melihat situasi politik yang berlaku kini bakal memberi impak kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?Rakyat sekarang sudah pandai berpolitik berbanding era 1990-an. Mereka akan pilih orang yang akan mendengar pandangan, hasrat dan rintihan. Saya tengok jika kita nak kekal relevan, kita mesti dengar apa yang rakyat mahukan. Jika kamu fikir kamu tahu apa yang rakyat mahu, itu yang bermulanya kejatuhan sebuah kerajaan.Dulu Pakatan Harapan (PH) banyak buat benda yang tak kena pada masanya walaupun benda itu betul contohnya larangan merokok di premis makanan. Sepatutnya kena selesaikan masalah besar rakyat dulu seperti isu pendapatan rendah, kekurangan peluang pekerjaan, isu warga asing dan sebagainya. Alhamdulillah dalam tempoh singkat Perikatan Nasional (PN) berjaya tunjukkan apa yang penting kepada rakyat. Kesilapan PH mereka tak dengar rakyat.Haniza masih meneruskan khidmatnya sebagai ADUN Lembah Jaya meskipun dilucut keahlian parti dan dipecat daripada jawatan Exco kerajaan negeri.Adakah Yang Berhormat akan masuk bertanding pada PRU15. Jika ya menerusi platform apa?Setakat ini saya tak ada parti. Bertanding sebagai apa, mewakili siapa saya belum buat keputusan. Saya akan pertimbangkan jika ada mana-mana parti yang tawarkan. Kalau rasa saya boleh menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara dan ada yang benarkan saya mewakili mana-mana parti, saya terbuka terima tawaran.Apakah perancangan Yang Berhormat selepas tidak lagi menganggotai parti politik dan dipecat jawatan Exco Kerajaan Selangor?Walaupun bukan Exco lagi, saya masih boleh laksanakan khidmat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.Saya juga tubuhkan NGO, Pertubuhan Wanita Negara (NOW) dua bulan lalu untuk membantu pembangunan ekonomi wanita. Bila saya tubuhkan NGO saya punya platform bergerak lebih luas seluruh Malaysia. Saya lihat tak ada halangan untuk memberi khidmat kepada rakyat walaupun tak ada parti.Dalam masa singkat saya sudah buat banyak benda, ramai datang beri kerjasama kepada saya termasuk yang keluar parti. NGO saya mempunyai 30,000 ahli ketika ini.Baru-baru ini YB memenangi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bagi bulan Jun 2020 berjumlah RM1 juta. Apakah perancangan Yang Berhormat dengan wang RM1 juta itu?Saya tak ada perancangan lagi nak buat apa, saya belum pun keluarkan lagi wang kemenangan itu. Memang tak sangka boleh menang walaupun kali pertama saya beli SSP tahun lepas.Apakah perkara yang menjadi keprihatinan Yang Berhormat sepanjang bergelar wakil rakyat?Sebelum DUN Lembah Jaya, saya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan. Semasa di sana saya perhatikan masalah kemiskinan menjadi perkara perlu diberi tumpuan. Di kawasan itu sebahagian besar ialah peneroka bandar yang dipindahkan. Kemiskinan mewujudkan masalah sosial, ekonomi, anak-anak keciciran dan sebagainya.Mak ayah sibuk cari duit sara keluarga sampai anak terbiar dan terjerumus ke dalam penagihan dadah serta masalah sosial. Fokus saya memang kepada meningkatkan taraf kehidupan untuk mengatasi masalah kehidupan bandar.Haniza menunjukkan projek rumah terbengkalai yang berjaya disiapkan ketika memagang jawatan exco kerajaan negeri.Saya mengemukakan idea mengecat bangunan flat yang usang dengan mewujudkan Skim Ceria. Saya juga buat program anak angkat menerusi kaedah mentor-mentee pasangkan pelajar sekolah dengan pelajar institut pengajian tinggi. Tiga projek rumah terbengkalai juga dapat disiapkan sepenuhnya iaitu dua di Ampang dan satu di Puchong.Apakah hasrat Yang Berhormat yang belum tercapai susulan dipecat sebagai Exco kerajaan negeri?Saya sudah membuat beberapa perancangan di bawah portfolio dipegang untuk tempoh lima tahun. Ada beberapa perkara sudah dirancang dan diluluskan. Saya wujudkan jawatankuasa penyelarasan bandar berdaya huni untuk mewujudkan bandar lestari, sejahtera dan ceria.Saya sudah luluskan satu projek pembangunan semula di pangsapuri usang di Pandan. Saya tak sempat tengok pelaksanaan Selangor Urban Agenda.
4
27 Julai 2020 08:00am
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/94004/berita/wawancara/penyeludup-di-johor-macam-cacing-kepanasan
Penyeludup di Johor macam cacing kepanasan
KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay terkenal dengan ketegasannya dalam membanteras elemen keganasan dan penyeludupan.Sebelum menjawat jawatan itu pada Februari lalu, Ayob, 54, ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman dan telah menangkap beratus-ratus individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti militan.Malah, pengganas warga Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi pernah mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Ayob sebelum dia terbunuh di Syria pada 2017. Ancaman berkenaan adalah permulaan kepada pelbagai ugutan berat lain terhadap diri Ayob sehingga sekarang.Dalam wawancara bersama wartawan Sinar Ahad, Nor Azura Md Amin dan Zulhisham Isahak di Johor Bahru minggu ini, Ayob Khan menegaskan bahawa beliau tidak takut menerima ugutan bahkan berjanji para penyeludup tidak akan dapat tidur lena selagi beliau menjadi Ketua Polis Johor.SINAR AHAD: Sebagai Ketua Polis Johor, apakah cabaran dan perbezaannya berbanding tugas Datuk di Bukit Aman sebelum ini?AYOB: Memang ada perbezaan yang amat ketara antara tugas saya sebelum ini sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman dan sekarang sebagai Ketua Polis Johor. Dulu saya ambil tanggungjawab isu keganasan sahaja, bila jadi Ketua Polis Johor, tugasnya lebih besar. Isu yang paling penting ialah jenayah narkotik, penyalahgunaan dadah, gengsterisme dan jenayah indeks seperti bunuh, rogol, samun dan curi kenderaan.Kemudian, negeri Johor ini memiliki kawasan pesisiran pantai sepanjang 530 kilometer, sebelah pantai barat Johor saja pantainya sejauh 220 kilometer. Disebabkan kawasannya luas, banyaklah pula isu lain termasuk isu penyeludupan manusia, barang dan kontraban seperti rokok dan arak. Johor pula bersempadan dengan dua buah negara iaitu Indonesia dan Singapura. Jadi ada isu bilateral dengan negara berkenaan. Selain itu, Johor juga berhadapan isu-isu berkaitan politik. Semua ini ada di Johor.Tetapi saya anggap perkara ini sebagai satu peluang, bukan satu masalah. Kalau kita nak jadi pemimpin yang bagus, mantap dan berpengalaman, kita kena letak di tempat-tempat yang banyak cabaran seperti di Johor. Di tempat yang mencabar itu kita akan lihat sejauh mana kemampuan pegawai kita berfungsi secara efektif.Datuk baru tujuh bulan menjadi Ketua Polis Johor tetapi Datuk dan pasukan telah berjaya membanteras kegiatan penyeludupan yang sudah berakar umbi di negeri ini. Apakah strategi dan kekuatan Datuk?Yang pertama, alhamdulilah, saya mempunyai sebuah pasukan yang amat mantap. Saya boleh katakan 95 peratus pegawai dan anggota PDRM di Johor semuanya berdedikasi, komited dan berintegriti. Mereka beri sokongan padu kepada semua misi atau arahan saya.Satu contoh, antara pegawai yang bagus ialah Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor. Beliau berpengalaman dalam menangani isu-isu jenayah dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Beliaulah penggerak utama operasi di Johor dengan dibantu anggota bawahan.Beliau juga mencetuskan idea untuk tangkap PATI di bawah kesalahan jenayah terancang. Bila tangkap di bawah jenayah terancang, kita boleh tangkap semua elemen yang terlibat dalam penyeludupan PATI seperti ketua sindiket, ejen mengurus keluar masuk migran, tukang urus pengangkutan, tekong darat, tekong laut, penjaga rumah penampungan dan anggota penguat kuasa yang bersubahat. Semuanya kita dapat tangkap dan tuduh di bawah Kanun Keseksaan.Dalam konteks operasi ke atas PATI, Johor menjadi perintis. Kita telah pun melancarkan Ops Pintas Bersepadu Selatan pada 21 April lalu sebelum Ops Benteng Laut dilancarkan pada Jun lalu. Format yang kita gunakan pada Ops Pintas Bersepadu adalah gabungkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia. Format ini juga yang digunakan dalam Ops Benteng Laut.Bagaimana Datuk melihat perbezaan aktiviti penyeludupan di perairan pantai barat Johor seperti Batu Pahat, Muar dan Pontian berbanding pantai timur Johor seperti di Kota Tinggi?Sebenarnya isu penyeludupan ini sama. Cuma selepas Covid-19 aktiviti ini lebih banyak berlaku di pantai timur iaitu di Kota Tinggi. Daerah ini terletak paling hampir dengan Batam dan Bintan di Indonesia iaitu dalam 30 atau 40 minit perjalanan menaiki bot dari sana. Kalau duduk di Batam, kita boleh nampak Kota Tinggi, itu yang mereka jadikan panduan. Kawasan di sebelah pantai timur memang mudah untuk PATI mendarat terus ke pantai, ada banyak laluan selain kawasan yang luas.Pantai barat Johor pula bergantung kepada pasang surut air laut, kalau air surut, bot akan sangkut. Kawasannya berbakau dan berpaya, jadi penyeludup kena ambil masa dan ada masalah sedikit. Sebab itu aktiviti penyeludupan migran kurang sedikit di situ walaupun dekat dengan Pulau Karimun dan dua tiga pulau lain.Alhamdulilah di sebelah pantai timur, 95 peratus kita sudah banteras manakala di pantai barat kita sedang beri tumpuan sekarang. Dadah pun kita ada buat tangkapan.Ayob ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Johor Bahru.Dalam tempoh beberapa minggu lalu, ramai penguat kuasa ditangkap berhubung penyeludupan migran khususnya di Johor. Apakah mesej yang ingin Datuk sampaikan?Kejadian agensi penguat kuasa bersekongkol dengan elemen-elemen penyeludupan bukan perkara baharu. Mungkin dulu tindakan yang diambil ialah tindakan tatatertib yang bersifat dalaman. Jarang kita dengar pegawai agensi penguat kuasa ditangkap dan dituduh di mahkamah tetapi ini banyak berlaku selepas Covid-19.Ketika saya melapor diri pada 24 Februari sebagai Ketua Polis Johor, saya sudah tegaskan, isu integriti saya tidak akan bertolak ansur. Pelanggaran tatatertib, bersekongkol dengan penjenayah dan penyeludup, saya tidak lagi akan buat siasatan dalaman atau serah kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard seperti kebiasaan.Kalau ambil rasuah saya akan tangkap di bawah Kanun Keseksaan. Saya dah tangkap anggota trafik yang disyaki mengambil rasuah, saya juga sudah tahan anggota bahagian narkotik Muar yang bersekongkol dengan aktiviti penyeludupan dadah. Tangkap dan tuduh di mahkamah. Pada saya tidak ada lagi tolak ansur. Kalau kita tidak tunjukkan ketegasan, sampai bila-bila isu berkaitan rasuah, integriti, persekongkolan pegawai dan anggota dengan sindiket ini tidak akan habis.Jadi proses ‘pembersihan’ ini akan dilakukan secara berterusan?Insya-ALLAH selagi saya di Johor, saya akan pastikan pembersihan dibuat secara berterusan.Ini bukan bermusim. Selagi saya ada di Johor selagi itulah saya akan pastikan pembersihan berterusan dibuat. Pihak-pihak tertentu atau dalam polis sendiri mungkin tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan tindakan saya. Mereka ada pandangan sendiri, saya ada pendirian saya sendiri. Orang boleh cakap apa pun tentang saya, tapi saya akan jalankan tugas berpegang kepada integriti. Itulah polisi yang diperjuangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan itulah teras yang diutamakan kerajaan sekarang.Kita bukan lagi berada pada tahun 1970-an, 1980-an, 1990-an atau 2000, yang kalau kita buat apa pun (salah laku) kita anggap orang takkan tahu. Sekarang apa yang berlaku, orang ramai tahu cerita itu secara terperinci, pegawai polis ini makan rasuah, pegawai itu makan rasuah.Mungkin sesetengah daripada dakwaan itu tak betul tapi ada dakwaan yang kita siasat memang betul.Ketegasan Datuk dalam membanteras jenayah mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang meminta Datuk berjaga-jaga terhadap tindak balas pihak berkaitan. Apakah komen Datuk?Tan Sri Musa Hassan pernah jadi Ketua Polis Johor dan banyak tindakan yang beliau telah ambil. Saya rasa nasihat itu sangat berguna.Saya sejak berada dalam E8 lagi banyak terima ugutan. Saya memang sentiasa berjaga-jaga kerana musuh ada di sekeliling saya sama ada musuh luar atau dalam, sama ada musuh dalam negeri atau luar negeri. Namun dalam kita berhati-hari jangan sampai kita rasa takut, lemah semangat hingga kita tidak dapat atur strategi berterusan.Khabarnya ada penyeludup yang berani mengugut Datuk?Ugutan itu saya terus terima, bukan sekali tetapi banyak kali. Dua tiga hari lepas pun ada satu lagi. Jadi saya rasa ugutan itu tidak akan habis sebab apabila tindakan berterusan diambil ke atas mereka, pihak terlibat seperti tekong terkena kesannya. Ini memang bisnes mereka dan dapat hasil daripada kegiatan itu. Di sebelah Batam, tekong-tekong ada bermacam-macam bot dalam gudang mereka. Bot yang mempunyai empat atau lima enjin pun ada, itu bisnes mereka.Bila kita buat operasi di pantai timur, 95 peratus mereka yang terlibat kegiatan penyeludupan telah ditangkap, mereka tidak dapat bergerak. Ada yang kita tangkap dalam minggu ini hanya melibatkan bot kecil yang boleh bawa empat atau lima orang sahaja. Sebelum ini mereka gunakan bot besar yang boleh bawa 120 hingga 150 orang dalam sebuah bot.Sekarang tidak ada kes penyeludupan PATI disebabkan operasi ini. Jadi, periuk nasi mereka terjejas teruk. Apabila kita cakap dalam konteks penyeludupan PATI, ini bukan berkaitan PATI sahaja tapi ada elemen dadah seperti syabu yang diseludup keluar dari Malaysia ke Indonesia. Itulah sebabnya mereka seperti cacing kepanasan. Mereka betul-betul terusik dan amat kecewa. Orang kecewa akan buat macam-macam perkara.Ayob sebelum dilantik Ketua Polis Johor bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman.Selain penyeludupan migran, isu kontraban juga serius di Johor. Bagaimana Datuk menanganinya?Kontraban ialah isu serius di Johor. Arak dan rokok seludup banyak. Sebelum saya mulakan tugas di Johor pun sudah ramai orang beri maklumat kepada saya. Ada orang kampung di Mersing hantar satu klip video kepada saya yang menunjukkan sebuah kereta peronda polis di depan dan sebuah lagi dengan siren di belakang, di antara dua kereta peronda ada dua lori yang tertutup di tengah-tengah. Jadi orang kampung tadi beritahu, ‘Datuk tengok inilah polis yang escort penyeludup rokok dan arak’. Sama ada betul tidak betul saya tidak tahu, tapi itu maklumat yang orang kampung hantar kepada saya.Bisnes penyeludupan kontraban amat menguntungkan. Keseluruhan kes penyeludupan di Malaysia telah mengakibatkan kerajaan rugi RM5 bilion cukai setahun. Selepas ini kita akan tumpukan kepada aktiviti penyeludupan kontraban di Johor. Kalau kita boleh tangani isu ini, maka rokok yang dibawa masuk dapat dikutip cukai.Asal usul kumpulan militan dikatakan banyak dari Johor. Mengapakah Johor dikaitkan dengan militan seperti Nordin Mat Top dan sebagainya?Sebenarnya bukan Johor yang jadi pusat militan. Segalanya bermula apabila Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Basyir yang dahulunya anggota Darul Islam, dan kini Jemaah Islamiah, lari dari Indonesia pada April 1985 dan berkampung di Ulu Serting, Negeri Sembilan. Itu pusat awal mereka pada 1985.Pada 1993, mereka berpindah ke Ulu Tiram, Johor Bahru dan di situlah mulanya kegiatan mereka di Ulu Tiram termasuk Madrasah Lukmanul Hakim selain merekrut pensyarah-pensyarah UTM seperti Nordin Md Top, Azahari Husin dan Datuk Abdul Daud.Tempat ini masih ada lagi di Ulu Tiram. Bekas anggota Jemaah Islamiah yang kita tahan di bawah ISA dulu masih ada di situ. Saya juga masih berinteraksi dan menziarahi mereka. Salah seorangnya bernama Pak Abu Matin yang terlibat menyembunyikan Mas Selamat Kastari selepas dia melarikan diri pada 2008 dan sembunyi di Skudai hingga 2009. Kami masih berhubung. Saya yakin mereka takkan terlibat kembali dalam aktiviti keganasan.Baru-baru ini Datuk ada mengaitkan Rukun Negara dengan isu keselamatan dan keamanan. Apakah yang Datuk maksudkan?Saya pernah ketengahkan isu Rukun Negara apabila kita buat tangkapan seorang suspek yang terlibat dalam komen jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Ada juga komen, kenapa Ketua Polis Johor cakap pasal Rukun Negara, apa kena-mengena jenayah dengan Rukun Negara?Bagi saya kalau semua rakyat Malaysia pegang Rukun Negara, kita takkan terlibat dalam perbuatan tak elok. Contohnya, prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau kita tidak menghormati undang-undang, macam mana negara nak aman?Kita juga jangan ada dua set undang-undang. Kalau orang awam kena tahan masuk lokap, takkan bila kena pada orang politik, mereka cakap tak boleh tangkap, cuma ambil keterangan. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib hayati Rukun Negara, insya-ALLAH Malaysia aman.PROFILDatuk Ayob Khan Mydin PitchayJawatan sekarang: Ketua Polis JohorUmur: 54 tahunAsal: Pendang, KedahAnak: Dua orangPendidikan: Sarjana Teknologi Informasi daripada Universiti Kebangsaan MalaysiaTempoh bersama PDRM: 29 tahunPengalaman:Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit AmanANEKDOTTangkap pengganas serang New York di LangkawiSaya banyak pengalaman semasa bertugas dalam Unit E8 Cawangan Khas. Boleh dikatakan semua operasi besar melibatkan aktiviti keganasan dengan elemen antarabangsa, saya terlibat sama ada sebagai pegawai kes, pegawai penyelaras, pegawai perhubungan dan sebagainya.Kejayaan pertama saya adalah pada tahun 1995. Kita buat tangkapan ke atas seorang suspek yang terlibat dalam serangan pertama ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 1993. Dia suspek pertama yang ditangkap. Namanya Wali Khan Amin Shah. Selepas lakukan serangan, dia lari ke Manila, Filipina sebelum ke Langkawi. Dia ditangkap di Langkawi pada Disember 1995. Selepas itu kita dapat surat penghargaan daripada Presiden AS ketika itu, Bill Clinton.Kita juga tangkap suspek serangan 9/11 di AS sebelum serangan itu berlaku pada 2001. Saya ialah pegawai kes Khalid Al-Midhar, suspek yang pandu pesawat dan merempuh bangunan Pentagon. Dia masuk ke Malaysia pada Disember 1999. Saya ikut dia masa di lapangan terbang. Saya sediakan laporan apabila dia keluar dari Malaysia pada Januari 2000. Tetapi pihak Amerika tidak berkongsi maklumat itu dalam kalangan mereka. Itulah antara sebab berlaku peristiwa 9/11.Sangka akan pencen polis dengan pangkat ACP sajaSaya betul-betul ingat bila masuk polis dulu saya hanya akan pencen dengan pangkat Asisten Komisioner Polis iaitu pangkat ACP. Saya bukan yang jenis menonjol termasuk masa di universiti atau sekolah. Saya seorang yang tidak banyak cakap, itu karakter saya.Bila masuk polis, saya pula bukan jenis orang yang pandai bodek bos. Saya tak pandai benda-benda itu. Saya ingat saya akan pencen ACP sahaja. Pada 1996, pangkat ACP sudah besar. Tapi alhamdulilah, saya berada di mana saya sekarang.90 peratus aduan diterima menerusi FacebookSaya dapat banyak maklumat daripada orang awam melalui Facebook. Setakat ini, 90 peratus daripada maklumat yang mereka beri adalah betul. Ada juga yang minta nombor telefon saya. Mungkin bagi sesetengah Ketua Polis Negeri tak mahu berkongsi nombor telefon, tetapi saya tak kisah. Ada yang hantar WhatsApp gambar pusat-pusat hiburan haram. Saya majukan aduan itu kepada Ketua Polis Daerah, bila diperiksa memang betul aduan itu.Banyak tangkapan yang kita buat bersama pasukan tentera di kawasan pantai adalah hasil maklumat orang awam. Orang awam yang beri maklumat dia akan tengok juga, kalau dia beri 10 maklumat, satu pun kita tak ambil tindakan, dia juga akan kata polis pun dua kali lima.
4
26 Julai 2020 08:30am
MOHD HAFIZ ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/91793/berita/wawancara/usahawan-ipts-rayu-bantuan-rm10-bilion
Usahawan IPTS rayu bantuan RM10 bilion
TIDAK ramai yang tahu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia merupakan sebuah bisnes yang besar. Nilai bisnesnya adalah sebanyak RM31.5 bilion setahun, melibatkan 437 IPTS dan 666,000 pelajar.Wabak Covid-19 yang melanda turut menyebabkan kerosakan besar ke atas ekonomi pendidikan di negara ini apabila kemasukan pelajar pada tahun ini turun mendadak khususnya sepanjang tempoh tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Bagi Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia, Amir Hamzah Md Isa, sudah tiba masanya kerajaan memberi bantuan dan tumpuan khusus kepada industri IPTS yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi dan pembinaan insani di negara ini.Dalam wawancara Sinar Ahad bersama Timbalan Pengarang Berita, Zuki Pileh dan wartawan Mohd Hafiz Ismail, Amir Hamzah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti berdiskusi mengenai pelbagai idea untuk memartabatkan IPTS Malaysia di mata dunia termasuk cadangan agar kerajaan mewujudkan dana segera bernilai RM10 bilion bagi membantu usahawan pendidikan yang terjejas.SINAR AHAD: Secara spesifik, berapa besarkah bisnes IPTS di Malaysia?AMIR HAMZAH: Ramai yang tidak tahu bahawa industri IPTS telah memberikan sumbangan cukup besar dalam pelbagai dimensi. Nilai RM31.5 bilion setahun merupakan nilai ekonomi yang disumbangkan oleh IPTS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sekitar 2.5 peratus. Sumbangan itu dalam bentuk yuran pelajar. Daripada jumlah itu, RM11 bilion disumbangkan oleh pelajar antarabangsa. Itu dimensi pertama. Dimensi kedua pula ialah ramai tidak sedar bahawa 50.3 peratus pelajar pengajian tinggi di Malaysia belajar di IPTS. Daripada 1.3 juta pelajar secara keseluruhan, 666,000 pelajar berada di IPTS. Mereka berusia antara 18 hingga 24 tahun.Kita bayangkan andai IPTS tidak ada, kerajaan perlu sediakan tempat kepada 666,000 pelajar ini. Saya lihat itulah sumbangan langsung IPTS. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan apa-apa pembiayaan atau bantuan setakat ini sejak tempoh 30 tahun lalu kerana 437 buah IPTS itu berdiri sendiri. Kalau kita tengok dari segi nilai perbelanjaan yang dikeluarkan oleh 437 buah IPTS itu, angkanya adalah sekitar RM7.4 bilion setahun. Kalau kerajaan ingin mengambil alih peranan IPTS, maknanya perlu ada suntikan perbelanjaan kerajaan sekitar jumlah itu atau mungkin lebih kerana IPTS berorientasikan perniagaan.Bagaimanakah teruknya kesan wabak Covid-19 ke atas IPTS khususnya milik bumiputera?Covid-19 memberi kesan langsung kepada IPTS. Kes Covid-19 pertama di Malaysia dikesan pada Januari lalu dan kita mulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac. Bulan Mac sebenarnya bulan produktif bagi IPTS. Ia waktu pengambilan pelajar baharu. Seminggu atau dua minggu sebelum PKP lagi, banyak program promosi termasuklah acara kerajaan sendiri seperti Jom Masuk IPT dibatalkan bagi mengurangkan perhimpunan.Sebab itu saya katakan ketika itu kesannya lebih besar kerana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah keluar, IPTS mula mempromosi pengambilan pelajar baharu. Bila PKP bermula, kita terpaksa berhenti. Pengambilan pelajar baharu tidak berlaku pada Mac, April dan Mei. Bila memasuki Jun, ia sedikit dilonggarkan secara bersyarat. Kesediaan 437 buah IPTS itu banyak lapisannya di mana mungkin ada IPTS yang lebih bersedia atau berkemampuan untuk bangkit atau memulakan semula apa yang telah terhenti.Saya boleh katakan memang banyak IPTS terjejas dan mungkin sekitar 60 hingga 70 peratus. Ia mungkin disebabkan faktor tidak bersedia sama ada dari sudut pengurusan, kewangan dan simpanan. Alhamdulillah kita telah berada pada fasa pemulihan tetapi kerosakan yang dialami besar kerana tidak ada pengambilan pelajar sejak tiga bulan lalu.Pada pandangan anda, adakah IPTS di negara ini satu perniagaan yang menguntungkan?Bila kita sebut perniagaan, ia mesti untung. Kalau perniagaan tidak menguntungkan, kita tidak boleh teruskan perniagaan itu. Perniagaan yang tidak menguntungkan akan memudaratkan ramai orang. Jika tidak untung, kita tidak berupaya memberikan servis sepatutnya kepada pelajar. Perniagaan ini wajib untung walaupun untung bergantung kepada falsafah masing-masing.Ada yang melihat objektifnya untung tetapi orang melihat mereka nak untung tetapi nak memberikan pendidikan, manfaat dan peluang tetapi dia wajib untung. Ini kerana kalau dia rugi, kita tidak boleh memberikan peluang pendidikan itu kepada pelajar. Jika tahun ini kita kerugian kira-kira RM5 juta sebagai contoh dan tahun depan kita rugi lagi, maknanya kita tidak dapat meneruskan perniagaan, terpaksa tutup dan menyebabkan pelajar yang telah masuk mendaftar, membuat pinjaman dan membayar yuran tidak dapat meneruskan pengajian. Sebab itu, dalam perniagaan mesti untung.Saya percaya IPTS satu perniagaan yang kalau diuruskan dengan betul ia boleh maju kerana potensinya sangat besar. Kalau diberikan sokongan kuat oleh kerajaan dari segi polisi dan sebagainya, saya pasti ia akan lebih maju. Kebanyakan rakan yang mengusahakan IPTS ini keuntungan mereka dipulangkan kembali kepada institusi dengan memberikan perkhidmatan dan kemudahan lebih baik. Jika industri ini tidak untung, ia sudah lama terpadam. Cuma ia bukan suatu yang mudah kerana kira-kira 10 tahun lepas kita ada hampir 600 IPTS tetapi pada hari ini cuma tinggal 437 buah.Benar banyak yang tutup atas pelbagai faktor tetapi kita lihat banyak pula IPTS yang semakin hari semakin menonjol. Malah ada yang mendapat ranking setara atau lebih baik daripada universiti awam. Itu semua hasil daripada keuntungan yang digunakan bagi membangunkan IPTS itu sendiri.Antara dilema yang dikatakan dihadapi IPTS ialah dalam mengejar keuntungan, kualiti dan prestasi pelajar adakalanya dikorbankan. Apakah pandangan anda?Itu salah satu salah faham dalam kalangan masyarakat kononnya IPTS sanggup buat apa sahaja untuk perniagaan. Sebenarnya tidak kerana kita merupakan sebuah industri yang sangat dikawal. IPTS tidak boleh mengambil pelajar yang tidak layak kerana ia salah dari sudut akta dan undang-undang. Kalau saya mengambil pelajar yang tidak cukup syarat masuk, saya boleh dikenakan tindakan denda dan penjara.Kami perlu mengikuti syarat dan kami juga diaudit, jadi ia bukan sesuatu yang mudah bagi IPTS untuk melakukan kesalahan sebegitu. Ruang bagi IPTS yang nakal mahu mengambil pelajar yang tidak cukup syarat kurang sebenarnya. Ini kerana apabila didapati ada seorang pelajar yang tidak cukup syarat, program itu boleh ditarik balik atau tidak mendapat akreditasi penuh.Wawancara Sinar Ahad bersama Amir Hamzah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti berdiskusi mengenai pelbagai idea untuk memartabatkan IPTS Malaysia di mata dunia. -Foto Sinar HarianApabila program tersebut tidak mendapat akreditasi, pelajar yang tamat pengajian itu seolah-olah diplomanya tidak diiktiraf. Mereka tidak boleh bekerja dengan jabatan kerajaan. Kita ambil contoh barangan elektrik, bila ada cop SIRIM, kita yakin untuk menggunakan alat tersebut. Sama juga dengan IPTS, kita ada MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) yang memberikan pengiktirafan kepada program-program yang ditawarkan di IPTS.Walaupun telah lebih 30 tahun industri ini, salah faham sebegitu masih ada dalam kalangan masyarakat terutama orang Melayu. Ini kerana perspektif mereka ialah para pelajar perlu memasuki universiti awam. Itu keutamaan mereka. Akan tetapi rakan-rakan kita daripada kaum lain lebih terbuka. Kadang-kadang mereka lebih memilih IPTS untuk kursus tertentu.Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik sekarang, apakah bantuan segera yang IPTS harapkan daripada kerajaan?Bagi saya IPTS kalau hendak dibantu melibatkan dua perkara utama. Pertama, kerajaan boleh menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada industri IPTS. Sebenarnya, kerajaan telah pun sediakannya untuk semua industri dalam pakej Penjana (Bantuan Prihatin Nasional dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara). Oleh sebab semua industri terjejas, mungkin semuanya memohon.Jadi, biarlah ada satu bantuan khusus kepada IPTS. Untuk IPTS bumiputera, satu skim khusus atau tabung pemulihan usahawan pendidikan boleh diperkenalkan. Ini kerana pengusaha IPTS merupakan seorang usahawan. Biasanya untuk golongan usahawan di negara ini ada banyak tabung bantuan dan saya cadangkan supaya diwujudkan tabung usahawan pendidikan.Kedua, kerajaan boleh menyediakan fasilitasi kepada pelajar yang mahu menyambung pengajian kerana Covid-19 merentas seluruh sektor ekonomi dengan ramai hilang pekerjaan. Sebagai contoh apabila sebuah hotel tutup, jumlah mereka yang hilang pekerjaan mungkin sekitar 200 orang. Mereka ada anak-anak yang mahu belajar. Jadi saya cadangkan supaya kerajaan melihat perkara ini dengan memberikan satu keupayaan kepada para pelajar agar dapat meneruskan pengajian.Kita di peringkat persatuan juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan antaranya mengembalikan pinjaman PTPTN pada kadar asal. Pada 2016 ia dikurangkan sebanyak 15 peratus daripada RM4,000 atau RM8,000 setahun. Alhamdulillah cadangan itu telah diterima dan di peringkat pelaksanaan. Kalau dapat dipercepatkan lebih bagus.Khusus untuk bumiputera pula, saya cadangkan diwujudkan satu dana khusus daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi pelajar-pelajar bumiputera yang ingin sambung pengajian di IPTS bumiputera dengan diberikan pinjaman. Dana tambahan baharu boleh disediakan kerajaan dan boleh dilaksanakan menerusi Mara sebagai payung kepada usahawan dan pendidikan bumiputera.Berapakah nilai yang diperlukan bagi sebuah tabung atau dana baharu jika ingin diperkenalkan oleh kerajaan?Soalan ini sukar untuk dijawab kerana kita mempunyai 437 buah IPTS dan saya tidak pasti adakah kesemua IPTS itu memerlukannya. Andaikan kesemua memerlukannya, dana sekurang-kurangnya RM10 bilion diperlukan dengan menjangkakan bahawa kesan kepada perniagaan akan berlanjutan untuk satu tempoh lebih lama. Ini kerana kesannya merentas kesemua sektor melibatkan ratusan ribu yang hilang pekerjaan.Mereka ini yang akan menjadi pelanggan kita. Kita juga menjangkakan jumlah pengambilan pelajar antarabangsa akan jatuh teruk kerana halangan perjalanan dan syarat-syarat ketat kemasukan.Kesan ekonomi ini akan berpanjangan. Anggaran RM10 bilion itu adalah bagi keseluruhan industri IPTS. Jika hanya untuk bumiputera, saya fikir ia tidak sebesar itu. Ini bagi menghadapi kesan langsung wabak Covid-19.Di negara maju, IPTS seperti Universiti Harvard dan Universiti Yale di Amerika Syarikat merupakan peneraju pendidikan tinggi negara tersebut. Di tahap manakah IPTS tempatan dari segi penjenamaan global ini?IPTS di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori iaitu kolej, kolej universiti dan universiti. Jadi lesen atau kebenaran menjalankan perniagaan sebagai sebuah pusat pengajian tinggi dibahagikan kepada tiga kategori itu tadi. Status 437 buah IPTS tidak sama kerana ada yang besar dan kecil. Industri ini telah mencapai kematangan dan ada IPTS yang sudah berjaya bangunkan perniagaan mereka setanding dengan universiti awam.Malah, ada yang lebih baik jika diambil kira dari segi rating atau ranking. Bagi IPTS bumiputera, MSU (Management & Science University) adalah antara yang boleh dibanggakan.Saya kira kita ke arah itu. Cuma cabaran IPTS ini berbeza daripada IPTA kerana IPTA mendapat dana daripada kerajaan bagi tujuan operasi dan pembangunan setiap tahun. Di IPTS, soal pembangunan dan operasi ditanggung oleh pembayaran yuran pelajar. Itu satu cabaran kita dalam industri ini.Kerajaan sebelum ini menyasarkan seramai 200,000 pelajar antarabangsa belajar di Malaysia. Bagaimanakah jumlah ini dapat dicapai?Kerajaan memang meletakkan sasaran untuk mencapai angka 200,000 pelajar antarabangsa di Malaysia pada 2020 tetapi terpaksa dilanjutkan sehingga 2025. Pada 2018, jumlah pelajar ini sekitar 93,000 orang. Pada tahun ini, penularan wabak Covid-19 akan menyebabkan angka ini menurun.Tetapi dengan perancangan yang betul dan bantuan daripada kerajaan, industri ini lebih mudah berkembang. Alhamdulillah, Pasukan Petugas Pemudahcara IPTS Sebagai Industri (Pemudah IPTS) sedang melihat isu ini khususnya bagaimana untuk membantu sektor pendidikan tinggi swasta mencapai sasaran 200,000 pelajar antarabangsa.Kita boleh samakan jumlah pelajar antarabangsa ini dengan pelancong asing, cuma yang membezakannya ialah mereka tinggal sekitar tiga atau empat tahun. Cuba bayangkan berapa nilai ekonomi yang dibawa oleh pelajar antarabangsa ini.Bagaimana dengan kebolehpasaran lepasan IPTS dalam bidang pekerjaan?IPTS pada asasnya sebuah perniagaan. Perkara utama apabila kita berniaga kita akan pastikan produk yang kita jual merupakan produk yang bagus. Kebanyakan IPTS menawarkan program-program yang berdaya maju. Maksudnya pemilihan program yang ditawarkan itu dibuat berdasarkan kepada aspek kebolehpasaran pelajar memasuki sektor pekerjaan.Cuma lulusan sesebuah IPTS itu mungkin tidak sama kualitinya disebabkan orientasi pembelajaran yang berbeza. Sebab itu kementerian membuat penarafan. Salah satu penilaian yang dibuat ialah kebolehpasaran graduan yang keluar daripada sesebuah institusi. Ada lulusan IPTS mudah dapat kerja, tapi ada juga yang susah. Namun, ada IPTS yang kebolehpasaran pelajar lepasannya 100 peratus.ANEKDOTKenangan berniaga ‘nasi lemak malam’SEJAK dulu saya suka berniaga. Sambil belajar saya buat banyak perniagaan. Selepas tamat pengajian, saya ada membuka kedai dengan rakan dan berniaga nasi lemak. Pada masa itu ia dikenali sebagai ‘nasi lemak malam’. Saya juga pernah membuat penghantaran makanan semasa baru-baru kahwin sehinggalah ada rakan mengajak saya menyertai grup Uniti. Pada awalnya saya menjadi jurujual kerana mereka melihat saya mempunyai karakter boleh menjual. Alhamduillah sampai sekarang saya masih dalam kumpulan sama. Fokus saya memang membangunkan perniagaan.PKP cetus idea Virtual Halal SchoolKolej Uniti yang berpangkalan di Port Dickson, Negeri Sembilan memperkenalkan Virtual Halal School baru-baru ini. Ideanya ringkas sahaja di mana salah satu program yang ditawarkan di Uniti ialah pengurusan industri halal. Uniti merupakan IPT pertama menawarkan program tersebut. Objektif kita ialah mahu melahirkan eksekutif halal kerana soal halal bukan melibatkan aspek syariah semata-mata tetapi juga aspek industri dan pengurusan.Kita juga dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2015 untuk menawarkan program eksekutif profesional halal. Sekarang ada dua program halal iaitu Diploma Pengurusan Industri Halal dan Diploma Pengeluaran Produk Halal. Virtual Halal School ini lahir pada bulan Ramadan lalu kerana ketika PKP, pengajaran di dalam kelas tidak dibenarkan. Kita perlu gerakkan sesuatu supaya latihan halal boleh terus berkembang. Jadi timbullah idea untuk melaksanakan satu platform pembelajaran digital. Alhamdulillah sambutannya menggalakkan.Port Dickson bukan sekadar pantai yang panjangPort Dickson adalah antara tempat yang sesuai dikunjungi di negara ini ketika kerajaan sedang menggalakkan pelancongan domestik. Saya lama di Port Dickson atas urusan kerja di kampus Uniti di sana. Ia bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Mungkin pada sesetengah orang Port Dickson tidak ada apa-apa tarikan tetapi ia mempunyai kekuatan tersendiri. Pertama kerana lokasi dan pantai yang panjang serta paling dekat dengan Kuala Lumpur. Port Dickson juga menyediakan infrastruktur lengkap bagi menyambut kedatangan pelancong.Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa Port Dickson tidak ada banyak aktiviti lain selain daripada aktiviti laut. Namun saya percaya ia bergantung kepada apa aktiviti yang kita nak lakukan di sana. Port Dickson juga ada lokasi memancing bagi kaki pancing.
4
12 Julai 2020 08:30am
NURUL HUDA HUSAIN
https://www.sinarharian.com.my/article/90920/berita/wawancara/kejayaan-prk-dun-chini-jadi-lsquosuntikanrsquo-untuk-pn-kuasai-putrajaya
Kejayaan PRK DUN Chini jadi ‘suntikan’ untuk PN kuasai Putrajaya
KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Mohd Zain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sememangnya diramal dengan mengambil kira kawasan itu merupakan kubu kuat parti itu ditambah ketiadaan persaingan kuat daripada parti lain terutamanya Pakatan Harapan (PH).Kejayaan itu pastinya bukan sahaja memberi kegembiraan kepada Muafakat Nasional yang dianggotai UMNO dan Pas tetapi turut memberi isyarat positif kepada kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ikuti temu bual bersama Ketua Penyelidik Ilham Center, Dr Mohd Yusri Ibrahim bagi mengulas lanjut kejayaan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam PRK.SINAR HARIAN: PN melalui calon yang mewakili BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini. Apakah faktor yang mendorong kemenangan tersebut?DR MOHD YUSRI: Chini adalah kawasan luar bandar dengan demografi Melayu-Muslim tradisi, tapak sokongan yang kuat kepada UMNO dan Pas. Apabila dua parti Melayu-Islam tersebut bergabung dalam Muafakat Nasional dan menghadapi PRK ini secara bersama, mereka langsung tiada saingan, gabungan ini akan menang dengan sangat selesa. Inilah faktor utama kemenangan besar tersebut.Adakah Dr melihat PN yang baharu dibentuk itu turut menyumbang kepada kejayaan calon mereka?Tidak, walaupun tanpa pengaruh jenama PN, BN akan menang besar juga di PRK Chini ini. Bahkan jenama PN hanya timbul di hujung-hujung kempen PRK, pada peringkat awal jenama Muafakat Nasional yang banyak diangkat oleh jentera kempen BN yang majoritinya terdiri daripada UMNO dan Pas.Adakah ini memberi petanda positif untuk PN membentuk kerjasama rasmi dengan UMNO dan Pas yang telah terlebih dahulu meterai Muafakat Nasional?Apabila mesyuarat ketua parti PN pada 1 Julai berjaya mencapai konsesus untuk mengukuhkan PN, suasana kempen di Chini sedikit berubah apabila jenama PN mula diangkat dalam kempen. Menuju penghujung kempen dan saat kemenangan BN, nama PN mula meniti di bibir jentera dan khalayak dan berjaya membentuk mod positif. Situasi ini akan jadi enzim perangsang yang kuat untuk PN digunakan sebagai jenama untuk hadapi PRU15 nanti, PRK Chini berjaya mewujudkan elemen positif itu.Sekiranya PN terbentuk secara rasmi antara UMNO Pas dan Bersatu, apakah jangkaan Dr terhadap gabungan baharu ini nanti?Sekiranya status quo PN yang ada sekarang digunakan sebagai gabungan untuk hadapi PRU15, mereka berpeluang cerah untuk menang dan menguasai Putrajaya. Dengan syarat, proses agihan kerusi berjaya disempurnakan dengan harmoni dan tidak menimbulkan krisis yang menghilangkan keyakinan pengundi dan penyokong bawahan.
4
06 Julai 2020 07:55am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/90895/berita/wawancara/tanggungjawab-besar-mohd-sharim-bermula
Tanggungjawab besar Mohd Sharim bermula
PILIHAN Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang akhirnya didominasi calon daripada parti Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain.Mohd Sharim dikenali masyarakat setempat kerana merupakan anak peneroka dan juga generasi kedua Felda yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada penyandang terdahulu, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang telah menjadi ADUN Chini sejak 2004.Beliau menewaskan dua calon Bebas dengan majoriti besar 12,650.Ikuti temu bual eksklusif wartawan Sinar Harian Nor Khalilah Gusti Hassan yang menemui wakil rakyat berusia 41 tahun itu pada hari pertama beliau bergelar Yang Berhormat.Mohd Sharim pada hari pertamanya telah melawat pasar dan kedai makan di Chini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat.Tidak ketinggalan, atas semangat Muafakat Nasional, beliau juga berkunjung ke markas Pas dan makan tengah hari bersama para penyokongnya.SINAR HARIAN: Tahniah Yang Berhomat (YB) atas kemenangan bergaya dengan majoriti besar dalam PRK Chini. Bolehkah YB kongsikan perasaan setelah menang dan apakah perbezaan hidup dulu dan hari ini?MOHD SHARIM: Alhamdulillah. Pastinya perasaan syukur terhadap ALLAH S.W.T akan ketentuan yang diberikan terhadap saya dan apa yang telah diterjemahkan oleh pengundi-pengundi DUN Chini. Terbukti masyarakat Chini sayangkan Chini dan gabungan Muafakat Nasional membawa kesan yang positif dengan kemenangan seperti ini.Setelah 14 hari tempoh berkempen, melupakan penat dan lelah demi menunaikan tanggungjawab sebagai calon serta amanah yang diberikan pucuk pimpinan parti, akhirnya kemenangan diperoleh. Namun ia bukan penamat untuk saya. Ia sebenarnya pintu kepada permulaan tanggungjawab yang lebih besar.Saya akan menunggu mungkin dalam tempoh seminggu yang terdekat ini untuk dipanggil mengangkat sumpah sebagai ADUN.Kemenangan YB dalam PRK ini merupakan satu lagi kemenangan BN yang bergerak bersama Muafakat Nasional dan kini menjadi kerajaan dengan Perikatan Nasional. Apakah komen YB apabila ada yang berpendapat kemenangan semalam sudah diduga dan agak mudah bagi BN?Walau apa pun persepsi dan tanggapan orang mengenai PRK Chini, tetapi inilah bukti kebersamaan BN, Pas dan kini Bersatu. Kalau tengok kempen BN, kita tidak pandang sebelah mata PRK ini. Kita berkempen sampai adakalanya tak tidur malam jumpa orang ramai, selesaikan segala masalah masyarakat dan berbincang mengenai strategi.Apa yang penting sekarang ialah pelan jangka pendek saya untuk turun bertemu sebanyak mungkin orang Chini.Saya ingin menyelami masalah setempat secara lebih dekat lagi dan menerima pandangan masyarakat terutama di peringkat akar umbi. Semua itu akan saya rekodkan sebelum memulakan sesi tugasan rasmi nanti.Wartawan Sinar Harian mewawancara Mohd Sharim selepas menang bergaya pada PRK Chini.Saya juga telah berjumpa dengan jentera parti dan pasukan yang bekerja keras mendokong perjuangan parti dalam tempoh 14 hari berkempen.Sekiranya PRU15 tiba dalam masa terdekat, apakah YB mahu bertanding lagi dan apa yang YB mahu perkemaskan dalam siri kempen YB dan sebagainya?Insya-ALLAH kita tengok kepada kepimpinan tertinggi. Apa yang utama, kita akan tengok pelan jangka masa panjang di DUN Chini ini dalam apa jua perkara.Segala permasalahan yang belum diselesaikan dan apa juga perkara yang dapat saya bawa ke peringkat tertinggi, akan saya bawa. Kemenangan hari ini bukan tiket saya untuk berasa selesa sekiranya mahu bertanding lagi dalam PRU-15 nanti.Saya perlu perkukuhkan hubungan dengan masyarakat, orang muda, generasi baharu, warga peneroka dan kampung tradisi serta pihak-pihak yang secara langsung mahupun tidak langsung terbabit dengan Chini. Bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak tapi saya perlu perkemaskan lagi sehingga ke tahap yang menyeluruh.Saya percaya sepanjang tempoh berkempen YB semakin kenal masyarakat Chini dan kehendak mereka. Apakah yg paling mereka mahukan?Masyarakat Chini mahu saya perkemaskan kelemahan yang ada dan terus melihat kepada pembangunan di DUN Chini. Insya-ALLAH itulah perkara utama sebagai wakil rakyat yang menyambung legasi serta perjuangan terdahulu.Boleh YB jelaskan mengenai aspirasi anak muda yang akan YB perjuangkan? Saya akan melihat pembangunan masa hadapan dan soal ekonomi serta meningkatkan sara hidup. Keperluan setiap rakyat adalah berbeza mengikut golongan dan peringkat masing-masing. Keperluan orang muda dan generasi pertama peneroka tidak sama.Begitu juga dengan kelompok peniaga, pelajar, penjawat awam, pekerja sendiri dan swasta. Semua itu kita akan tengok nanti.Apakah amanat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa bersama YB semasa kempen?Berjalan seiring bersama kedua-duanya sepanjang kempen adalah satu rahmat dan anugerah buat saya yang masih muda dalam dunia politik ini. Hubungan baik ini akan saya jaga demi kemaslahatan rakyat Chini.Amanat mereka kepada saya selaku calon yang diletakkan di DUN Chini, mereka mahukan calon yang amanah dan berintegriti dalam membantu dan menjadi pemudahcara kepada semua permasalahan rakyat di DUN Chini.
4
06 Julai 2020 07:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/90773/berita/wawancara/realiti-politik-bumi-kenyalang
Realiti politik Bumi Kenyalang
DATUK Seri Nancy Shukri bukanlah nama asing dalam Kabinet Persekutuan memandangkan sebelum dilantik menjadi Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan pada 10 Mac lalu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum Mei 2018.Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak itu mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.GPS menguasai 19 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak. Di peringkat kerajaan negeri, GPS mendominasi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.Nancy dilahirkan di Kuching pada tahun 1961. Bapanya, Shukri Mahidi berketurunan Melayu dan Melanau manakala ibunya, Bibi McPherson berdarah campuran Scottish, Iban dan Cina.Dengan landskap politik pelbagai etnik di Sarawak, latar keturunan Nancy membolehkan beliau memahami nuansa politik negerinya dengan lebih baik lagi.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berterus terang menyatakan pendirian politiknya yang mengutamakan Sarawak, tetapi tanpa mengabaikan rakyat Malaysia secara keseluruhan.Beliau juga bercakap mengenai pengaruh GPS sebagai king maker dalam pembentukan kerajaan Pusat selain prospek gabungan itu untuk mengekalkan kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 selewat-lewatnya pada Julai tahun hadapan.Berikut adalah antara pandangan Ahli Parlimen Batang Sadong itu berhubung isu-isu politik semasa tanah air.Pengalaman di bawah PH:Kita sudah mempelajari pengalaman selama 22 bulan di bawah pemerintahan kerajaan PH.Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini sentiasa menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita telah beberapa kali ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir kerana beliau ialah Perdana Menteri ketika itu.GPS yang membentuk kerajaan negeri di Sarawak berpendapat kita perlu bekerjasama dengan kerajaan Pusat tetapi tidak akan memegang apa-apa jawatan di peringkat Persekutuan.Cuma selepas itu, timbul persoalan jika GPS tidak menerima sebarang jawatan, siapa yang akan bersuara bagi pihak Sarawak? Walaupun ada ahli Parlimen Sarawak yang dilantik menjadi menteri semasa pemerintahan PH tetapi beliau orang baharu dan tidak ada kesinambungan daripada hal-hal Sarawak yang kita perjuangkan sebelum ini.Justeru, apabila kami diberikan jawatan dalam kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipegang sebaik mungkin.Dari segi perasaan, saya bersyukur kerana dapat mengatur semula perjalanan kerajaan PH sebelum ini yang agak tidak sesuai.Nancy Shukri Saya kata begitu kerana di Parlimen kita cacamerba. Menteri-menteri diketawakan, kita bertanya soalan dan dijawab meleret-leret dan ada antara jawapan itu pula tidak betul faktanya.Apabila BN kalah pada Mei 2018, kita akur kerana itu pilihan rakyat. Cuma dalam tempoh singkat, pelabur lari dari negara ini. Pemerintah PH kelihatan cuba memalukan pemimpin terdahulu dan mendedahkan fakta-fakta yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.Cara ini tidak digemari rakyat. Rakyat mahukan pekerjaan dan ekonomi yang bagus. Kalau tidak bagus, hasil perniagaan kurang. Banyak projek termasuk projek kecil bernilai RM20,000 di kawasan Parlimen saya telah dibatalkan. Apabila batal mereka perlu mulakan proses yang baharu dan ini akan mengambil masa yang lama. Inilah yang berlaku dalam tempoh 22 bulan tersebut. Disebabkan dendam, semuanya hendak dibatalkan.Politik bumiputera di Sarawak:Dari dahulu lagi kita di Sarawak berbeza dari sudut politik berbanding di Semenanjung. Ini kerana di Semenanjung, penduduk Melayu ialah bumiputera tetapi di Sarawak, bumiputera meliputi pelbagai etnik.Maka sebab itu kita perlu memikirkan supaya masyarakat bumiputera di bawah pimpinan kita sentiasa dibantu dan maju.Jika dahulu untuk menyeberang sungai kita perlu menaiki feri tetapi sekarang kita hanya perlu menggunakan jambatan yang dibina atas usaha kita.Mungkin orang di Semenanjung tidak melihat jambatan itu sebagai suatu yang istimewa kerana ia perkara normal di Semenanjung. Tetapi apabila kami membina Jambatan Batang Sadong, ia satu kejayaan kerana dapat membantu ramai orang bukan hanya di Batang Sadong tetapi orang dari Batang Lupar, Samarahan dan kawasan-kawasan lain yang mahu ke Sibu boleh melalui jambatan itu sebagai jalan pintas.Perjuangan kami lebih bersifat perjuangan untuk Sarawak. Kami tidak kacau politik di Semenanjung tetapi adalah penting untuk kerajaan Sarawak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan demi pembangunan.Sebagai wakil dari Sarawak, walaupun berada di peringkat Persekutuan, suara Sarawak itu sentiasa dilaungkan termasuk dalam Kabinet. Kita akan sentiasa bercakap tentang Sarawak. Jika ada keputusan yang dibuat Putrajaya yang tidak memahami adat dan budaya Sarawak, suara kami menjadi besar.Apabila kami kembali kepada Kabinet, kami ialah GPS. Kami menyokong Perikatan Nasional, tetapi kami tetap GPS. Ini kerana kalau kami bersama dalam sebuah parti, agak susah untuk menyuarakan suara Sarawak.Namun kita tidak akan mengabaikan peranan terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhan.Percaturan menjelang PRN12:Ini adalah kali pertama kita akan menghadapi pilihan raya negeri dalam situasi berbeza di mana ada tiga parti tempatan dan parti daripada Semenanjung seperti PKR serta DAP. Pas menyatakan bahawa mereka tidak akan bertapak di Sarawak dan kita mengharapkan mereka menghormati apa yang dijanjikan.PN ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kami belum tahu pendirian mereka. Jika UMNO dahulu mereka tidak masuk ke Sarawak dan ia prinsip yang kita pegang bersama dalam Barisan Nasional.Di Sarawak, cuma parti PBB menguasai 48 kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak. Keseluruhan kerusi GPS ialah 72. Sebab itu kami perlu pertahankan kerusi-kerusi yang ada.Sarawak sebuah negeri yang ramai penduduk bumiputera tetapi tidak mengetepikan penduduk etnik lain.Dari dahulu lagi kita nyatakan bahawa kalau nak lihat perpaduan Malaysia dan kehangatan pergaulan, pergilah ke Sarawak. Sebab itu kami mahu mengukuhkan kerjasama ini.Mengenai PRU15, saya harap rakyat sedar daripada apa yang berlaku sebelum ini. PH tidak serius untuk memegang tampuk kerajaan Persekutuan. Jika serius, mereka tidak akan berbohong. Mereka kata tidak sangka boleh menang PRU14, ini menunjukkan mereka tidak serius.Untuk di Putrajaya, pastikan PN menjadi sebuah kerajaan yang mantap. Kami di Sarawak pasti akan menyokong.
4
05 Julai 2020 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/90772/berita/wawancara/strategi-selamatkan-industri-pelancongan-malaysia
Strategi selamatkan industri pelancongan Malaysia
[VIDEO] WABAK kesihatan global Covid-19 ibarat mimpi ngeri kepada industri pelancongan Malaysia.Impian kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa bukan sahaja musnah malah terpaksa menanggung kerugian keseluruhan sebanyak RM45 bilion atau RM375 juta sehari dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri melihat situasi itu dengan lebih bimbang lagi susulan 156,000 orang dalam sektor itu telah hilang pekerjaan.Begitupun, dalam wawancara bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin serta Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria dan Zuki Pileh di Putrajaya minggu ini, Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak itu tetap optimis industri pelancongan negara dapat diselamatkan oleh pelancong tempatan menerusi aktiviti beli-belah, hiburan, sukan dan penginapan.SINAR AHAD: Datuk Seri diberikan portfolio sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ketika sektor pelancongan dalam keadaan paling terjejas. Apa yang Datuk Seri nampak ketika itu?NANCY: Hampir semua orang bercerita tentang sektor pelancongan paling teruk terjejas akibat Covid-19. Saya sedih mendengarnya. Tetapi saya kata pada diri sendiri, saya boleh lakukan. Saya perlu memikirkan masa hadapan. Jadi, saya bersama dengan pasukan dalam kementerian ini sentiasa bermesyuarat walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kita bermesyuarat secara online dan berbincang tentang bagaimana kita mahu menghidupkan semula ekonomi pelancongan negara dan membantu rakyat.Perkara pertama saya lakukan ialah mencari jalan supaya golongan B40 dalam industri pelancongan mendapat manfaat daripada peruntukan yang ada. Namun, ia belum cukup dan kita harus melaksanakan strategi tertentu.Pertama ialah merancakkan pelancongan domestik. Kedua, membuka sektor pelancongan kepada negara paling dekat dengan kita seperti Singapura dan negara-negara ASEAN. Ketiga, membuka pelancongan kepada masyarakat antarabangsa. Kita ada tiga strategi ini tetapi paling awal dilaksanakan adalah pelancongan domestik.Untungnya saya memegang jawatan Menteri Pelancongan ini kerana di Sarawak, saya juga ialah pengerusi kepada jawatankuasa pelancongan negeri.Boleh Datuk Seri jelaskan betapa teruknya kesan pandemik Covid-19 kepada sektor pelancongan?Kesannya sangat teruk. Kalau dikira bermula Januari hingga April, kerugian kita adalah kira-kira RM45 bilion dengan lebih 156,000 orang hilang pekerjaan dalam sektor pelancongan. Kebanyakan pendapatan sektor pelancongan dijana pelancong asing tetapi malangnya kita terpaksa menutup lapangan terbang dan membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 akibat Covid-19. Kalau dipanjangkan lagi PKP ini sehingga hujung tahun, sektor ini akan lebih teruk terjejas.Kebanyakan yang rugi dalam sektor ini ialah hotel dan operator pelancongan kerana mereka mempunyai pekerja. Ada juga restoran dan syarikat penerbangan yang mengalami kerugian.Selain itu, industri muzik dan kebudayaan seperti teater, kraf, pelukis dan buskers turut rugi. Walaupun mereka nampaknya seperti tidak begitu ke hadapan tetapi bilangan mereka ramai. Bayangkan, bukan mereka sahaja yang terkesan bahkan keluarga mereka juga. Saya rasa begitu risau dan sentiasa memikirkan apa yang kita boleh buat untuk membantu.Kalau kita bercakap tentang pelancongan, mereka ini adalah nilai tambah. Kalau orang melancong tidak ada kumpulan muzik, tidak ada orang menari dan tidak ada orang menjual hasil kraf tangan ia seperti tidak lengkap.Nancy mendedahkan lebih 156,000 orang hilang pekerjaan dalam sektor pelancongan akibat Covid-19.Mungkin Datuk Seri boleh kongsikan berapa banyak hotel yang telah ditutup dan dibuka semula serta berapa ramai yang hilang kerja?Kalau semua hotel di negara ini ditutup mungkin satu juta orang akan hilang pekerjaan. Pada peringkat awal, ada ramai yang kata sebanyak 750 buah hotel ditutup tetapi angka ini adalah semasa PKP di mana hotel tidak dibenarkan beroperasi. Ada juga yang mendakwa lima peratus hotel di Malaysia bakal ditutup selama-lamanya. Tetapi ada juga hotel ambil peluang untuk membuat pengubahsuaian premis ketika PKP ini dan bukan tutup secara kekal. Kita tidak boleh nafikan memang ada hotel yang benar-benar tutup kerana mereka sangat terkesan.Bagaimanapun, dua hari lalu saya menerima maklumat bahawa kebanyakan hotel di lokasi tumpuan pelancong di Malaysia penuh ditempah. Ini menunjukkan orang mula keluar rumah dan pergi bercuti. Saya rasa mungkin selepas ini baru kita dapat tahu berapa jumlah hotel yang sebenarnya terpaksa menamatkan operasi. Lagi pun hal berkaitan operasi hotel terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bukannya di bawah kementerian saya.Jika sehingga Disember lapangan terbang belum dibuka dan kemasukan pelancong asing masih dilarang, apakah yang akan berlaku?Kita harap dapat memulihkan ekonomi dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu sehingga akhir tahun. Pada masa ini kita telah berbincang untuk membuka negara secara dua hala dengan Singapura. Kita juga sudah berunding dengan Brunei dan mengenal pasti negara-negara ASEAN lain yang tersenarai sebagai negara zon hijau.Untuk pelancongan domestik, kita sudah benarkan penerbangan ke Sarawak dan Sabah dan ini menjadi titik permulaan. Untuk negara luar, kita telah benarkan kedatangan rakyat Singapura dan Brunei, dan sedang menunggu persetujuan mereka.Bagaimana pula dengan laporan diterima kementerian berhubung sektor berkaitan yang terjejas seperti pemandu teksi?Pemandu teksi banyak bergantung kepada jumlah pelancong yang tiba di lapangan terbang dan stesen kereta api, pastilah mereka terkesan. Begitu juga dengan pengusaha bas pelancong sebab ramai orang takut melancong secara berkumpulan.Saya sarankan mereka promosikan produk pelancongan domestik. Mereka juga boleh berkolaborasi dengan persatuan seni. Semua pihak terkesan tetapi semuanya perlu dihidupkan semula dan kami di kementerian akan memberikan sokongan.Adakah moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman bank perlu dilanjutkan bagi merancakkan industri pelancongan?Sebenarnya moratorium melibatkan penggiat sektor pelancongan telah dilanjutkan sehingga Jun 2021.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pelan Penjana pada 5 Jun lalu telah mengumumkan pengecualian cukai pelancongan bagi tempoh bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 sebagai antara langkah untuk mengaktifkan semula industri itu di negara ini.Selain itu, kerajaan juga memberi penangguhan bayaran ansuran taksiran cukai ke atas industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan sehingga hujung tahun ini. Pengecualian cukai ke atas perkhidmatan penginapan turut diberi mulai 1 September hingga 30 Jun tahun depan.Jadi, kesempatan ini perlu diambil oleh pihak hotel untuk memberikan potongan harga kepada pelanggan yang menginap bagi merancakkan sektor ini.Nancy ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Putrajaya. Turut kelihatan Baharom (dua dari kiri) dan Zuki (kiri). Setiap tahun kira-kira tujuh juta pelancong dari Singapura datang ke Malaysia. Apakah akan berlaku kepada pelancongan Malaysia sekiranya sempadan negara dibuka sepenuhnya?Sebenarnya ramai rakyat Singapura yang ingin datang ke Malaysia kerana mereka mempunyai ahli keluarga di sini selain lokasi Malaysia yang dekat dengan republik itu. Mereka suka melancong terutamanya ke Cameron Highlands, Genting Highlands dan tempat-tempat lain. Ini boleh membantu sektor pelancongan kerana Singapura negara terdekat Malaysia.Kita juga sudah mengenal pasti negara zon hijau berpandukan kriteria ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membolehkan rakyat kita melawat negara berkenaan dan sebaliknya.Selain Singapura dan Brunei, negara zon hijau lain ialah Australia, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. Cumanya apabila mereka baru saja tersenarai dalam negara zon hiiau, mereka pula dilanda gelombang kedua Covid-19.Dalam menggalakkan sektor pelancongan antarabangsa ada dua faktor utama iaitu pertama, bilakah penerbangan antarabangsa akan dibuka untuk Malaysia dan kedua kuarantin 14 hari sejurus ketibaan itu adakah patut diteruskan atau ditamatkan. Pada pandangan Datuk Seri, bilakah kerajaan harus membuka kepada pelancongan antarabangsa?Kerajaan sudah pun merancang. Bukan hanya merancang sahaja tetapi kita sudah bercakap dengan negara lain. Kita buka kepada orang lain tetapi jika negara berkenaan enggan benarkan rakyat mereka keluar, maka kita tidak akan menerima pelancong dari luar. Ia memerlukan persetujuan kedua-dua pihak.Kita bersetuju dan mengenal pasti misalnya Australia sebagai salah sebuah negara zon hijau meskipun mereka masih terjejas akibat gelombang kedua Covid-19. Australia ini sebuah negara besar dan mungkin ada daerah atau kawasan tertentu yang boleh dikunjungi.Pelancong dari China pula sangat ramai ke Malaysia sebelum ini. Kalau kita boleh buka negara kepada penduduk dari wilayah zon hijau di China, mereka mungkin datang dan menyumbang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).Dari segi kuarantin wajib bagi pelancong luar negara, kita boleh tetapkan mereka mesti melakukan saringan lebih awal di negara asal sebelum datang ke mari. Jika sudah menjalani ujian swab di negara sendiri dan ada surat pengesahan negatif Covid-19, maka mereka tidak perlu lagi dikuarantin sebaik tiba di negara ini.Kita sudah mudahkan urusan mereka tetapi jika mereka tidak lakukan ujian tersebut, kita tidak boleh ambil ringan. Malaysia mesti mematuhi SOP dan memastikan jumlah jangkitan sentiasa terkawal bagi meyakinkan pelancong luar bahawa negara ini selamat untuk dikunjungi.Sebagai Menteri Pelancongan apakah keyakinan Datuk Seri terhadap sektor ini?Sebenarnya saya bersyukur kerana pada awalnya apa yang dikhuatiri ialah kita hanya dapat memulakan semula sektor pelancongan pada hujung tahun. Tetapi nampaknya pada bulan Jun, kerajaan telah membuka ruang antara negeri dan hampir semua sektor kini dibenarkan beroperasi. Yang belum dibuka cuma taman tema keluarga.Rakyat Malaysia sangat positif. Mereka juga tidak tahan dengan hanya duduk di rumah. Tetapi ekosistem juga telah membantu membentuk keyakinan itu, kerana kalau masih banyak kes positif Covid-19, siapa berani keluar rumah?Kita juga melaksanakan SOP yang ketat. Contohnya, sebelum masuk ke pusat beli-belah perlu ambil suhu badan. Ini mewujudkan keyakinan bahawa tempat yang kita pergi adalah selamat.
4
05 Julai 2020 08:00am
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/89746/berita/wawancara/menepis-momokan-lsquodbp-ini-harimau-kertasrsquo
Menepis momokan ‘DBP ini harimau kertas’
PELANTIKAN Profesor Datuk Dr Awang Sariyan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika badan berkanun itu menyambut ulang tahun ke-64 penubuhannya Isnin lalu disifatkan sebagai sirih pulang ke gagang.Begitupun, tugas untuk mengembalikan kegemilangan DBP dan bahasa Melayu bukanlah mudah. Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, tokoh pejuang bahasa itu bercakap mengenai pelbagai isu bahasa termasuk tentang pentingnya kerajaan yang memerintah, tidak kira daripada parti mana, akur kepada dasar-dasar bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Beliau juga bercakap tentang cara untuk mengangkat nilai komersial bahasa Melayu dan cabaran-cabarannya.Ikuti wawancara Timbalan Pengarang Berita, Zuki Pileh dan wartawan Sinar Ahad, Mohd Ridzuan Abu Hassan bersama beliau di Menara DBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah reaksi Datuk sebaik sahaja mendapat berita mengenai pelantikan kali kedua menerajui DBP?AWANG SARIYAN: Sebenarnya sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP saya tidak menerajui semula DBP sebagai eksekutif, seperti jawatan saya di DBP sebagai Ketua Pengarah selama empat tahun dahulu. Saya lebih diberi peranan untuk memastikan dasar dan Akta DBP dipenuhi. Tentulah pelantikan itu saya syukuri dengan pengertian untuk membantu DBP meneruskan usaha mengangkat bahasa, sastera dan ilmu dalam bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu ke mercu yang lebih bermaruah.Bagaimana Datuk melihat kedudukan bahasa Melayu di Malaysia selepas 63 tahun merdeka?Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, mengalami pasang surut. Ada ketikanya perkembangannya cukup meyakinkan. Sebagai contoh, apabila Allahyarham Tun Patinggi Abdul Rahman Ya’kub menjadi Menteri Pendidikan walaupun hanya setahun pada 1969, tetapi beliau melakukan satu perubahan yang drastik dan sangat berkesan, iaitu peralihan sekolah aliran bahasa Inggeris kepada sekolah kebangsaan. Itu satu kejayaan luar biasa kerana meningkatkan maruah bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.Alhamdulillah, saya kira dalam tempoh 20 tahun, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan negara terlaksana dengan baik dan satu ketika saya mendapat maklumat bahawa pada tahun 2000, tidak kurang 5.4 juta dan mungkin 10 juta lepasan sekolah kebangsaan yang terhasil daripada pendidikan kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu. Mereka itulah yang menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam semua bidang, pendidikan, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Bahkan untuk peringkat pengajian tinggi kerajaan menetapkan bahawa 1983 ialah tahun permulaan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di universiti.Alhamdulillah, 13 tahun lebih awal, UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) telah membuktikan bahasa Melayu memang mampu menjadi bahasa ilmu tinggi. Rakan-rakan saya kumpulan pertama Fakulti Perubatan UKM, seangkatan dengan saya, iaitu pada tahun 1973 dan mereka berkuliah kebanyakan dalam bahasa Melayu.Selalu saya berjenaka, belum lagi ada kes atau berita pesakit yang mati kerana dirawat doktor lulusan UKM yang berbahasa Melayu, bahkan sekian banyak doktor pakar yang muncul daripada Fakulti Perubatan UKM.Tetapi pada 1995 apabila perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan kursus sains dan teknologi dijalankan dalam bahasa Inggeris, satu kegerhanaan telah berlaku. Profesor dan pensyarah disyaratkan mengajar dalam bahasa Inggeris. Akhirnya merosot penulisan akademik dalam bahasa Melayu dan merosot bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.Apakah kesan dasar liberal bahasa kebangsaan itu kepada bidang komersial dan perdagangan swasta?Kita melihat kemantapan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran sudah sampai ke puncak pada saya tetapi apabila berlaku semacam dasar liberal, keadaan berubah. Contohnya pada tahun 1996 hingga tahun 2000, kami bekerjasama rapat dengan pihak swasta untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa penting dalam perniagaan serta perdagangan swasta.Contohnya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) sudah bersetuju untuk membuat papan tanda dengan mengutamakan bahasa kebangsaan tetapi apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan, kami berjumpa sekali lagi dan bertanya kenapa tidak dibuat, kata mereka, kerajaan juga sudah bertukar kepada bahasa Inggeris, jadi untuk apa pihak swasta sibuk mengeluarkan belanja untuk mengubah label dalam bahasa Melayu.Itu kesan apabila dasar bahasa kebangsaan itu dikurangkan. Swasta pun tidak berminat dan dalam sebahagian institusi kerajaan pun, mesyuarat masih banyak dalam bahasa Inggeris.Sebenarnya kepemimpinan negara dan penjawat awam patut berasas pada ketetapan Perlembagaan Persekutuan dalam hal penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam Perkara 152 Perlembagaan disebut bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang wajib digunakan di tiga peringkat pentadbiran negara, iaitu kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam. Jadi penjawat awam perlu berpegang kepada Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu dasar negara.Pada hemah saya, parti yang mana pun menjadi tonggak pemerintah mestilah tunduk akur kepada dasar-dasar negara yang sudah dicatat dalam Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan, Akta DBP dan peraturan yang lain. Jadi penjawat awam patut memberikan nasihat kepada kerajaan supaya dasar-dasar itu dilaksanakan atas kepentingan negara seperti bahasa untuk perpaduan dan jati diri rakyat Malaysia.Bahasa rasmi pula falsafahnya adalah untuk menimbulkan kecekapan dalam pentadbiran negara. Bayangkan jika semua bahasa boleh digunakan dalam pentadbiran, kita terpaksa menterjemahkannya kerana tidak semua dapat faham, maka jentera pentadbiran negara akan terjejas kecekapannya.Saya katakan penjawat awam seperti naib canselor, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), ketua pengarah dan sebagainya bertanggungjawab melaksanakan dasar negara, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan.Datuk baru-baru ini menyarankan agar DBP diberi kuasa untuk menjadi penguat kuasa bahasa Melayu. Bagaimanakah perkara itu boleh dilakukan dan apakah mekanismenya?Wibawa DBP pada satu saat dulu barangkali tidak banyak bergantung kepada kuasa undang-undang. Pada satu saat semangat kebangsaan, kesetiaan pada negara dan patriotisme masih tinggi. Contohnya, pada zaman Tun Syed Nasir Syed Ismail (Pengarah DBP), tidak perlu ada undang-undang begitu. Waktu itu semangat membara sehingga pejuang bahasa mengusung Keranda 152 ke Parlimen tetapi sekarang kita dapati semangat itu kian luntur.Jadi apabila DBP hanya diberi kuasa menggalakkan, menegur dan menasihati seperti okjektif kelima Akta DBP, dengan ini DBP hanya menjadi satu badan dakwah bahasa. Teguran dan nasihat diberikan agar bahasa digunakan dengan betul dalam majlis rasmi serta pemantauan dibuat tentang penggunaan bahasa di media. Seperti jabatan agama, dakwah satu hal tapi penguatkuasaan pun penting.Apabila orang tidak faham tentang keterhadan kuasa DBP, maka orang mengatakan DBP ini ‘harimau kertas’, tidak ada gigi kerana tidak boleh bertindak. Masyarakat yang tidak faham beranggapan bahawa DBP patut meruntuhkan papan iklan dan peragaan lain yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan atau yang salah bahasanya. Itu tidak mungkin kerana dari segi undang-undang itu menyalahi peraturan negara. Yang boleh meruntuhkan atau mengambil tindakan ialah pihak berkuasa tempatan (PBT).Di Kuala Lumpur, badan penguat kuasa ialah DBKL, di tempat lain majlis daerah, majlis perbandaran dan sebagainya. Ini badan yang diberi wibawa untuk memastikan bahasa kebangsaan itu diberi keutamaan seperti dalam undang-undang kecil pengiklanan, tetapi daripada 150 PBT, menurut analisis DBP, barangkali 10 sahaja yang ada keprihatinan kepada Dasar Bahasa Kebangsaan. Maka itu tempat awam penuh lagi dengan bahasa asing pada nama tempat, bangunan dan jalan. Jadi kecenderungan orang taasub kepada nama-nama hebat dari Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dengan sesuka hati tanpa ada kelulusan PBT.Sedangkan menurut undang-undang kecil iklan, sebelum mendapat kelulusan menaikkan iklan, papan tanda, papan arah, nama bangunan dan sebagainya kelulusan DBP diperlukan lebih dahulu. Saya bekerja selama enam tahun di negara China, susah untuk melihat papan tanda dalam bahasa asing. Saya juga pernah jadi profesor tamu di Jerman dan jelas mereka pun tetap mengutamakan bahasa kebangsaan. Di Perancis, di Jepun dan di Korea pun demikian. Yang terdekat, Thailand pun begitu. Itulah saya kira yang perlu kita kaitkan dengan soal sedikit kuasa DBP untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak menghormati bahasa kebangsaan.Adakah tindakan tersebut membabitkan hukuman atau denda?Itu memang masalah teknikal dalam lebih hampir 10 tahun perjuangan untuk mendapatkan kelulusan pindaan Akta DBP. Maka saya kira kita bermula dengan soal yang dasar sahaja, contohnya yang tidak menghormati bahasa kebangsaan perlu dikenakan tindakan. Di Perancis, ada satu undang-undang bahasa kebangsaan yang membolehkan tindakan dikenakan kepada pihak yang tidak mengutamakan bahasa Perancis. Contohnya, sebuah syarikat di Paris yang tidak menggunakan bahasa Perancis dalam paparan laman web didenda sekian ribu euro. Bentuk tindakan boleh dirincikan.Temu bual Sinar Harian bersama Awang Sariyan. -Foto Sinar HarianPada pandangan Datuk, sejauh manakah media sosial merosakkan bahasa Melayu? Media sosial memang terdapat kesukaran untuk kita mengawalnya. Media sosial milik peribadi seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan Instagram. Tetapi saya melihatnya dari sudut lain. Kita perlu memperbanyakkan media sosial yang dikawal webmaster atau pentadbir yang ada jiwa kebangsaan dan peradaban. Kalau banyak yang begitu, kita dapat mengimbangi yang kurang terkawal ini.Adakah jika sesebuah kumpulan masyarakat menggunakan bahasa Melayu, ia bermaksud mereka berada dalam kumpulan yang rendah taraf sosioekonominya?Tanggapan itu wujud barangkali kerana kita belum berjaya mengusahakan kesedaran dan sikap orang meletakkan bahasa Melayu sebagai lambang status dalam sosioekonomi. Pada zaman dahulu, contohnya di Melaka, ada 84 etnik tetapi semua menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan dan perhubungan. Itu disebut sarjana Belanda seperti Valentyn bahawa pada abad ke-16, bahasa Melayu itu bahasa dunia.Orang dari mana pun datang ke Melaka mesti berbahasa Melayu. Orang yang tidak menguasai bahasa Melayu dianggap golongan yang tidak berpendidikan. Segala surat dan perjanjian dalam bahasa Melayu bertulisan jawi, tetapi apabila penjajah datang, bahasa Melayu diturunkan darjat ke tahap vernakular sama dengan sekolah Cina dan Tamil. Akhirnya bahasa Melayu kehilangan nilai komersial dan taraf sosial. Maka apabila Malaysia merdeka, itulah tugas kita, pemimpin, rakyat dan penjawat awam mengangkat semula darjat bahasa Melayu.Datuk telah mengembara jauh dalam perjuangan bahasa yang sudah menjadi darah daging, apakah perkara lain yang lebih besar dan lebih penting dalam hidup Datuk?Saya melihat bahasa ini bukan sekadar bahasa semata-mata. Bahasa ini sebagai jendela yang akan memperkenalkan sesuatu bangsa dan negara serta peradaban. Negara China mempunyai dasar mempelajari bahasa asing yang sangat objektif dan pragmatis. Di tempat saya ditugaskan di Beijing Foreign Studies University, bermula sekitar 60 bahasa asing sewaktu saya sampai pada 2008, pada 2020 sebanyak 120 bahasa asing diperkenalkan.Saya bertanya kepada Presiden universiti, apa tujuan pihak negara China begitu ghairah untuk menguasai bahasa asing sehingga ratusan bahasa asing diperkenalkan. Katanya, negara kami tidak mahu menjadi seperti Amerika Syarikat untuk menjadi polis dunia, dan menguasai dunia dalam hal kekuasaan. China berminat tentang soal ekonomi. Itu perancangan yang rapi sesudah membuat penyelidikan mendalam mengenai psikologi, sikap dan segala aspek peradaban bangsa asing. Dengan menguasai bahasa asing sekali gus mereka menguasai peradaban, iaitu sastera, budaya, sejarah, undang-undang dan media.Mereka sebenarnya mengkaji peradaban di balik bahasa asing psikologi dan kesannya selepas 10 tahun, hampir seluruh benua Afrika didominasi oleh kuasa ekonomi China. Begitu juga di Sri Lanka dan Pakistan. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China menggunakan keupayaan menguasai bahasa asing dan ilmu untuk menjadi kuasa ekonomi besar di dunia. Bermula dengan 70 negara dan sekarang lebih 100 negara yang menyertai inisiatif itu.Bagi saya, ini contoh jelas supaya negara kita menguasai bahasa asing sebagai jendela menguasai peradaban lain. Ini bersesuaian dengan isyarat dalam surah al-Hujurat, ayat 13, iaitu ‘Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita dalam bentuk pelbagai bangsa untuk berkenalan’. Ini termasuk mengenal kekuatan bangsa lain yang dipelajari melalui bahasa.
4
28 Jun 2020 07:25am
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/89478/berita/wawancara/usul-pilih-speaker-boleh-cetus-pru15
Usul pilih Speaker boleh cetus PRU15
AHLI Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar minggu lalu mencetuskan kontroversi gara-gara melepaskan jawatan selepas 17 hari menjadi Pengerusi MISC Berhad.Bagaimanapun, Noh dalam wawancara bersama Sinar Harian memberitahu, tindakan beliau itu semata-mata demi memberi tumpuan kepada rakyat. Alasan tersebut mungkin ada benarnya selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga pemimpin UMNO Selangor itu membayangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dekat.Dalam wawancara itu, Noh turut mencongak peluang Muafakat Nasional untuk merampas semula negeri Selangor daripada tangan kerajaan Pakatan Harapan.SINAR HARIAN: Desas-desus mengenai PRU15 telah bertiup kencang malah ada yang meramalkannya pada November ini atau awal tahun depan. Apakah pandangan Tan Sri?NOH: Bagi saya, pembubaran Parlimen ditentukan oleh dua orang ini iaitu Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, biarlah mereka yang ada kuasa itu menentukannya. Sekiranya keadaan politik kurang stabil, kenapa tidak kita serahkan balik mandat kepada rakyat?Ini pendirian kita (Barisan Nasional). Saya ingin mengimbas peristiwa sewaktu ahli-ahli Parlimen BN dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Februari lalu. Kami sebulat suara mahu Parlimen dibubar. Pada masa itu, kita dengar wujud tiga kumpulan. Satu kumpulan nak bubar Parlimen, satu kumpulan mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan satu kumpulan lagi nak Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri. Akhirnya, tiada siapa yang layak jadi Perdana Menteri.Tetapi Seri Paduka tidak bubarkan Parlimen. Bayangkan kalau semasa dua bulan krisis politik itu berlaku dan Parlimen dibubar, tiba-tiba wabak Covid-19 (koronavirus) tercetus, apa akan terjadi kepada negara kita? Bila tidak bubar Parlimen, maka kita pun bersetuju memberi mandat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.Kalau tanya saya bila patut dibubar Parlimen, sebagai ahli Parlimen, kita akan tengok persidangan pada Julai depan. Ujian pertama saya nampak adalah pada pemilihan Speaker baharu Dewan Rakyat. Adakah Speaker yang ada hari ini kita akan dikekalkan atau tidak? Saya pun tak tahu. Saya nampak usul untuk memilih Speaker ini tidak boleh dielak kerana salah seorang Timbalan Speaker masih daripada parti DAP iaitu Nga Kor Ming.Bila usul untuk pilih Speaker itu nanti timbul, saya rasa pembangkang juga akan ada calon daripada mereka. Ini pernah berlaku pada 2008. Pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang, perkara ini mungkin berlaku lagi. Mahu tidak mahu tetap akan ada pengundian untuk memilih Timbalan Speaker.Di situ nanti kita boleh tahu sama ada calon daripada kerajaan Perikatan Nasional akan menang ataupun calon pembangkang Pakatan Harapan (PH) terpilih.Kalau calon kerajaan menang, bermakna kerajaan mendapat sokongan majoriti daripada 222 anggota Dewan Rakyat. Tapi kalau sebaliknya berlaku (calon pembangkang PH menang), ini bermakna kita kena bubar Parlimen.Apakah perancangan Tan Sri bagi merampas semula kerajaan negeri Selangor daripada PH?Di Selangor, semangat Muafakat Nasional bermula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis apabila UMNO bekerjasama dengan Pas. Tapi kita kalah ketika itu.Kemudian, dalam PRK DUN Seri Setia pun UMNO bekerjasama dengan Pas. Kita beri laluan Pas bertanding, pun kita kalah. Mungkin masa itu semangat ini belum betul-betul sepasukan.Tetapi pada PRK DUN Semenyih, terbukti gelombang perubahan rakyat Selangor telah memberi kemenangan luar biasa kepada Muafakat Nasional. Kalau semangat kebangkitan itu boleh dibawa ke seluruh Selangor, saya yakin Muafakat Nasional boleh dapat negeri Selangor, insya-ALLAH.Noh (kiri) sewaktu sesi wawancara khas bersama Sinar Harian kelmarin. -Foto: MOHD IZARI ROSLI Berapakah sasaran jumlah kerusi DUN yang mahu ditawan kembali di Selangor?Untuk tawan Selangor, minimum Muafakat Nasional kena dapat 29 kerusi. Saya kira dalam 32 kerusi mungkin boleh dapat kalau semangat Muafakat Nasional ini betul-betul kita bawa. Mengenai agihan kerusi mengikut parti, itu saya kena tunggu arahan daripada pimpinan atasan sebab kita tidak tahu kita akan bertanding atas nama Muafakat Nasional ataupun PN.Baru-baru ini terdapat ura-ura mengenai Langkah Rawang bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor. Apakah komen Tan Sri?Saya pun tidak tahu Langkah Rawang itu jadi atau tidak. Tetapi andai kata jadi, apakah tujuannya? Kalau betul tujuannya nak tukar Menteri Besar (MB), saya hendak nasihatkan MB sekarang (Datuk Seri Amirudin Shari) letak jawatan sebelum berlaku Langkah Rawang. Hal pembangkang ini kita tidak mahu campurlah. Tapi sebagai pembangkang di negeri Selangor, sudah tentu siapa juga calon PH, kita pasti lawan. Lawan tetap lawan.Bagaimana tahap kerjasama UMNO dan Pas di Selangor ketika ini?Alhamdulillah, kerjasama Muafakat Nasional di Selangor cukup baik kerana kita bermula dari bawah. Sebagai contoh, kita mendengar kemungkinan akan diwujudkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) yang dulu dipanggil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Selangor ini dulu, satu kampung ada dua ketua. Satu ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri dan satu lagi oleh kerajaan Persekutuan.Kita semua tahu waktu JKKKP dulu, Selangor ada lebih kurang 401 kampung dengan ketua kampung semuanya daripada UMNO. Tetapi bila kita ada semangat Muafakat Nasional, saya telah minta semua Ketua UMNO Bahagian dan juga Yang Dipertua Pas negeri duduk berbincang bagaimana hendak diagihkan kuota ketua kampung di Parlimen masing-masing.Saya juga berbesar hati melihat pimpinan UMNO di peringkat bawah juga berjiwa besar. Kalau dulu semua kerusi 401 kampung itu ketuanya adalah orang UMNO, tapi dengan semangat Muafakat Nasional ini, saya terima senarai yang telah ditandatangani dan dipersetujui oleh setiap Ketua Bahagian UMNO dan Yang Dipertua Pas di kawasan masing-masing, agihan kuota ketua kampung untuk UMNO ada lebih kurang 200 kampung dan selebihnya diberikan kepada Pas dan Bersatu.Begitu juga pelantikan penyelaras DUN dan Parlimen, saya rasa 90 peratus sudah bersetuju kedudukan masing-masing di Parlimen dan DUN.Minggu lalu, Tan Sri meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MISC. Boleh Tan Sri jelaskan mengapa?Saya masih wakil rakyat dan ahli Parlimen. Jadi sebagai ahli Parlimen, tanggungjawab yang lebih penting adalah membantu rakyat.Saya perlu menyokong dan memastikan dasar-dasar kerajaan yang telah dibincangkan dalam Parlimen dan diputuskan oleh kerajaan, lebih-lebih lagi saya sudah jadi sebahagian daripada kerajaan. Jadi saya kena pastikan dengan apa cara sekali pun saya membantu hasrat kerajaan terutama selepas musim Covid-19 ini, pelbagai masalah rakyat hadapi.Jadi Pengerusi MISC, saya tengok benda itu hanya memikirkan keuntungan. Saya kurang dapat menyumbang kepada rakyat. Di MISC, banyak (bisnes) perkapalan antarabangsa, minyak dan gas serta sebagainya. Saya mungkin tidak sesuai untuk jawatan itu.
4
26 Jun 2020 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/88768/berita/wawancara/jadi-menteri-zaman-covid-19-paling-mencabar
Jadi menteri zaman Covid-19 paling mencabar
APABILA negara dilanda wabak Covid-19 sejak tiga bulan lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan sahaja mencuri tumpuan malah mula menjadi wajah kesayangan rakyat Malaysia.Kemunculan beliau untuk menyampaikan laporan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sidang media harian secara langsung pada jam 2 petang bagaikan dinanti-nantikan.Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu keperitan yang terpaksa dilalui Ismail Sabri sehinggakan beliau hampir tiada masa untuk diri sendiri kerana tumpuannya semata-mata mahu memerangi virus maut tersebut.Dalam wawancara khas untuk Sinar Ahad bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohd Ridzuan Abu Hassan dan Raiham Mohd Sanusi, Ismail Sabri berkongsi rutinnya yang dianggap paling mencabar dalam kerjayanya sebagai menteri sejak 12 tahun lalu.SINAR AHAD: Apakah perbezaan yang Datuk Seri rasakan antara 100 hari pertama sebagai menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dan 100 hari pertama menjadi menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN)?ISMAIL SABRI: Tempoh 100 hari pertama saya bergelar menteri adalah semasa saya menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2008. Waktu itu kali pertama saya jadi menteri. Saya memang tak pernah berada dalam Kabinet, tak pernah jadi Setiausaha Parlimen dan tak pernah jadi Timbalan Menteri.Apabila dilantik terus menjadi menteri. Jadi mestilah pengalaman itu berbeza dengan sekarang. Pertama kali itu agak berdebar jugalah sebab kita tak tahu apa perlu dibuat.Yang berbezanya waktu itu saya boleh terus mulakan kerja di kementerian, ada taklimat yang diberikan supaya saya faham tentang kementerian.Kali ini 100 hari (pada Rabu lalu) menjadi Menteri Pertahanan (dalam kerajaan Perikatan Nasional) sepatutnya lebih mudah sebab saya pernah terajui empat kementerian sebelum ini.Tapi disebabkan PKP dan wabak Covid-19, masa saya dengan kementerian sudah tidak ada. Dari jam 9 pagi sampai 3 petang, saya ada di sini (bangunan Perdana Putra, Putrajaya) setiap hari.Jadi waktu saya dengan kementerian cuma ada dua atau tiga jam sehari. Proses untuk saya mengetahui lebih lanjut tentang Kementerian Pertahanan dari segi tugas, aktiviti, peranan dan sebagainya sudah berkurangan.Misalnya, sampai sekarang ada beberapa jabatan atau bahagian dalam kementerian yang masih menunggu giliran untuk memberi taklimat kepada saya tentang bahagian mereka.Ismail Sabri diwawancara oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa di bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu lalu.Kalau dulu mungkin sepanjang tempoh dua minggu pertama sahaja, saya habis diberikan penerangan mengenai kementerian.Adakah menjadi menteri pada zaman wabak Covid-19 sekarang lebih mudah atau lebih mencabar berbanding pengalaman lepas?Tentu sahaja sekarang lebih mencabar sebab dulu kita fokus satu hala sahaja iaitu kementerian. Sekarang, saya fokus pelbagai.Sejak tercetusnya wabak Covid-19, saya mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri yang melibatkan hampir 20 menteri dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan.Nak uruskan satu kementerian mungkin senang, tetapi sekarang seolah-olah saya kena uruskan 20 kementerian. Saya perlu mengkoordinasi setiap program, aktiviti dan dasar di setiap kementerian itu yang ada kaitan dengan Covid-19.Apa yang lebih mencabar, Covid-19 ialah wabak yang belum pernah berlaku. Kalau benda dah berlaku, kita boleh tengok apa yang pernah dilakukan sebelum ini dan kita hanya ikut dengan buat sedikit penambahbaikan.Tetapi Covid-19 ini tidak pernah berlaku. Negara lain di dunia pun tak ada yang boleh dijadikan contoh.Jadi kita terpaksa buat apa yang kita rasakan baik dan bagus untuk rakyat. Kadang-kadang mungkin salah, kita tidak tahu tapi kita buat keputusan berdasarkan mesyuarat harian.Dari segi cabaran, memang sekarang jauh lebih besar sebab dalam masa yang sama, saya juga Menteri Pertahanan.Sebagai contoh, walaupun Kementerian Pendidikan bukan di bawah saya tapi isu yang melibatkan persekolahan seperti bila dibuka dan apa prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai kena dibincang secara bersama.Kalau dahulu, saya fikir kementerian saya sahaja tetapi sekarang ini kita kena fikir juga hal-hal yang melibatkan negara secara keseluruhan.Dalam minggu pertama pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional, apakah isu-isu paling penting yang dibincangkan?Pada waktu itu sudah ada penularan Covid-19, cuma tidak ada kawalan pergerakan. Waktu zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah ada kes Covid-19 di Wuhan, China.Saya sebagai ahli Parlimen pembangkang ketika itu sudah mendesak kerajaan menghentikan kedatangan pelancong China kerana Covid-19 sudah menular.Bila kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentuk, fokus kita waktu itu adalah kepada banyak perkara.Ismail SabriPertama tentang Covid-19, bagaimana cara nak menghadapi pandemik ini. Kedua, kita bincang soal ekonomi yang kita jangka merudum terutamanya bila kita umumkan PKP.Waktu itu kita jangka Malaysia akan kehilangan RM2.4 bilion sebulan. Ekonomi negara itu satu hal, ekonomi rakyat?Kita bayangkan, ramai rakyat yang bergantung kepada pendapatan harian khususnya peniaga kecil-kecilan, jual goreng pisang dan cekodok seperti Mak Cik Kiah, mereka tidak boleh berniaga.Kita pun tahu kalau industri ditutup tentu sahaja banyak syarikat yang akan alami kerugian dan akhirnya pembua-ngan pekerja berlaku. Jadi pada peringkat awal, fokus kerajaan adalah kepada perkara yang berkaitan dengan Covid-19 dan perkara berkaitan.Kita langsung tidak bincang pasal politik walaupun ada pihak lain sibuk bincang hal politik.Sejak 18 Mac lalu setiap hari Datuk Seri muncul di kaca televisyen pada sidang akhbar harian Covid-19 untuk memberi maklumat terkini. Jadi rakyat ingin tahu apakah yang berlaku di belakang tabir sebelum Datuk Seri tampil untuk memberikan sidang akhbar?Setiap hari jam 9 pagi saya akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP yang melibatkan lebih 20 kementerian danjabatan-jabatan kerajaan termasuklah Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Peguam Negara dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian.Perbincangan waktu pagi itu memakan masa lebih kurang satu hingga tiga jam dari jam 9 pagi dan habis sekitar jam 12 tengah hari.Tapi setiap Selasa dan Khamis akan ada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri.Kalau hari biasa mesyuarat bersama menteri boleh berlanjutan sampai jam 12 tengah hari tapi pada Selasa dan Khamis disebabkan ada mesyuarat MKN jam 11.30 pagi, kita habiskan menyuarat bersama menteri sekitar jam 11.15 pagi.Dalam mesyuarat MKN, kita beri penerangan tentang setiap keputusan dalam mesyuarat menteri-menteri. Selepas itu pada jam 2 petang diadakan pula sidang media laporan harian saya.Sebelum jam 2 petang itu saya kena buat persediaan dahulu untuk sidang media itu. Saya akan duduk berbincang bersama Setiausaha Akhbar saya dan pegawai-pegawai strategi komunikasi War Room Pejabat Perdana Menteri.Perkara yang saya nak bentangkan itu, pegawai saya akan siapkan dan kita akan bincangkan terutama tentang soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh petugas media semasa sidang akhbar. Kita akan buat jangkaan-jangkaan soalan sama seperti (soalan ramalan) peperiksaan.Jangkaan soalan itulah yang paling menakutkan sebab sidang media itu disiarkan secara langsung, ia bukan rakaman.Jadi ia sebenarnya tugas yang agak berat untuk saya. Kalau siaran langsung, silap sekali, tahu-tahulah ramai warganet di luar sana tunggu nak cari salah.Bagaimana Datuk Seri menggambarkan kesibukan urusan harian Datuk Seri sejak tiga bulan lepas?Sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Itulah gambarannya. Bukan tiada masa untuk keluarga, kawan-kawan sahaja tapi tiada masa untuk diri saya sendiri.Saya tak boleh melayan kehendak saya waktu itu. Semuanya terlalu terikat dengan Covid-19, PKP dan sebagainya.Dalam salah satu sidang akhbar Datuk Seri, Datuk Seri memberitahu bahawa Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah daripada lima negara dunia yang dianggap terbaik dalam menangani ancaman Covid-19. Bagaimanakah kedudukan itu dapat dicapai?Ia adalah hasil daripada tindakan kita secara bersama dan bersepadu. Kementerian Kesihatan sangat tepat dalam strategi mereka seperti melakukan kuarantin dan saringan berfokus.Begitu juga kawalan pergerakan yang sangat ketat demi memutuskan rantaian wabak.PKP ini saya sifatkan langkah berani daripada Perdana Menteri sebab perkara ini boleh menjadikan beliau tidak popular.Kerajaan akan jadi tidak popular sebab sekat pergerakan orang. Kita tahu di Malaysia, jam 11 malam orang masih keluar rumah cari teh tarik.Itu dah jadi budaya kita. Malah, waktu Subuh pun kita masih lagi nak pergi minum kopi, makan roti canai dan nasi lemak.Tapi (di bawah PKP) kita buat keputusan yang besar, kita sekat pergerakan orang. Namun, itulah salah satu punca kejayaan kita. Kita sekat sempadan negara, tak boleh orang luar masuk dan rakyat kita pun tak boleh keluar.Kita buat total lockdown dari segi kawasan sempadan negara.Ismail Sabri bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (dua dari kanan); Baharom (dua dari kiri); Produser Kandungan Berita Digital Sinar Harian, Mohd Fazli Zainul Abidin (kiri) dan Junhairi (kanan) di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Rabu lalu.Perkara paling penting adalah kerjasama rakyat. Apabila rakyat bekerjasama dengan kerajaan, itulah saya rasa ciri atau prasyarat yang membolehkan kita berjaya menghadapi Covid-19 seperti sekarang.Sesetengah negara dunia buat juga kawalan pergerakan tetapi rakyat mereka adakan demonstrasi menentang kerajaan. Mereka tak peduli dan tetap keluar, malah pergi ke pantai dan buat konsert hiburan.Tetapi di negara kita, rakyat akur dengan apa yang dibuat oleh kerajaan.Cuma kadang-kadang dalam hati kecil saya, simpati juga kerana ada orang yang kena penjara atau denda RM1,000 disebabkan melanggar perintah kawalan.Tiga perkara ini memainkan peranan. Pertama, strategi kesihatan, kedua, kawalan pergerakan dan ketiga iaitu yang paling penting adalah penerimaan dan sokongan rakyat kepada langkah kerajaan.Itulah yang akhirnya menyebabkan kita berjaya menjadi antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal Covid-19.Apakah hala tuju Kementerian Pertahanan yang Datuk Seri terajui sekarang?Pertama, kita akan terus memperkasakan sistem pertahanan kita. Keduanya, dari segi kebajikan anggota dan veteran. Saya fokus kepada perumahan untuk memastikan perumahan anggota ini dapat diselesaikan.Banyak lagi, puluhan ribu lagi (rumah) yang diperlukan.Pesara tentera pun diberikan fokus sama ada berpencen atau tidak berpencen. Saya memberikan fokus terhadap industri pertahanan.Kita sebenarnya mampu menjadi salah sebuah negara yang mengeluarkan aset-aset untuk pertahanan.Setakat ini ada, bukan tidak ada syarikat yang terlibat dengan pengeluaran aset untuk tentera darat dan laut.Tetapi saya nak lebih memberikan tumpuan kepada industri pertahanan. Banyak perkara yang akan difikirkan.
4
21 Jun 2020 09:00am
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/87958/berita/wawancara/penerimaan-positif-rakyat-malaysia-faktor-kejayaan-tangani-covid-19
Penerimaan positif rakyat Malaysia kejayaan tangani Covid-19
MALAYSIA melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).Kini negara memasuki fasa pemulihan dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.Ikuti temu bual bersama Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi/Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman.SINAR HARIAN: Apa faktor atau rahsia utama yang membawa kejayaan Malaysia terpilih sebagai antara lima negara terbaik dalam menangani Covid-19?Saya tidak menemui sebarang bukti dokumentasi mengenai Malaysia terpilih sebagai lima negara terbaik menangani Covid-19 selain daripada kenyataan dalam taklimat media oleh Menteri Kanan (Pertahanan).Senarai Forbes terkini menyenaraikan Switzerland di tempat pertama, Singapura di tangga keempat manakala Malaysia di tangga ke-30 sebagai negara paling selamat. Bagaimanapun, senarai tersebut turut memasukkan juga faktor kemantapan ekonomi, selain faktor epidemiologi.Pandangan saya dari segi epidemiologi iaitu melihat pada pola taburan jangkitan dan kematian akibat Covid-19 dalam konteks negara, didapati Malaysia berjaya mengekang peningkatan kes baharu dan juga kematian akibat jangkitan tersebut melalui langkah-langkah pencegahan dan kawalan mulai pertengahan Mac lalu.Antara faktor yang menyumbang pada kejayaan tersebut adalah penerimaan masyarakat yang sangat positif terhadap keputusan kerajaan dan pakar bidang dalam menangani wabak tersebut.Adakah kemungkinan Malaysia berdepan dengan gelombang baharu Covid-19 sebagaimana berlaku di Beijing, China ketika ini?Selagi kita masih belum menemui vaksin, kemungkinan itu sentiasa wujud. Untuk itu, kepatuhan kita sepanjang PKPP ini terhadap normal baru kehidupan sangat penting untuk terus diamalkan.Secara umum, pola jangkitan negara kita bertambah baik. Meskipun terdapat peningkatan kes baharu sekali-sekala, namun secara umum pola adalah corak menurun.Kes jangkitan serius yang mengakibatkan komplikasi juga jauh berkurangan. Kita berdoa semoga keadaan ini berterusan serta terus bertambah baik.Bagaimana Profesor melihat tahap kepatuhan orang ramai terhadap SOP di pasar raya, kedai makan dan tempat awam sejak dikuatkuasakan PKPP?Sebahagian besar kekal menunjukkan kepatuhan yang tinggi meskipun ada di satu dua tempat yang kita saksikan terdapat sedikit ketidakpatuhan iaitu contohnya kita masih menyaksikan anak-anak kecil di bawa bersama di pusat beli-belah.Demikian juga mengenai penjarakan fizikal yang berbeza untuk pengangkutan awam berbanding masjid yang sedikit sebanyak mengelirukan masyarakat awam.Saya berpendapat perlu ada penyelarasan dalam penguatkuasaan langkah pencegahan supaya ianya seragam dan mudah untuk dipatuhi.Malaysia belum mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri, adakah sudah sudah tiba masanya negara memiliki fasiliti sendiri dan bagaimana dari segi kemampuan kewangan?Secara umum, Malaysia mempunyai kemampuan dan pakar-pakar membangunkan vaksin. Ini telah dibuktikan oleh pakar veterinar negara kita yang menghasilkan vaksin ke atas penyakit yang sering mengancam penghasilan haiwan domestik.Vaksin berkenaan telah pun digunapakai untuk pasaran haiwan domestik negara.Cuma dalam penghasilan vaksin untuk penyakit berjangkit yang melanda populasi manusia, kita berharap ada penambahbaikan dari segi perolehan data klinikal serta koordinasi peringkat tinggi dalam penghasilan produk tersebut.Saya berpendapat kita boleh mencontohi situasi di Thailand yang mana Kementerian Kesihatan mereka mempunyai kerjasama erat dengan universiti tempatan apabila kementerian mereka melantik universiti yang mempunyai kemudahan makmal penghasilan vaksin sebagai makmal-makmal satelit kolaborasi kementerian dengan universiti berkenaan.Koordinasi tersebut dilihat sangat baik dan Thailand pada masa ini telah pun berjaya menghasilkan calon vaksin yang sedang diuji di peringkat haiwan makmal.
4
16 Jun 2020 07:20am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/86629/berita/wawancara/bola-sepak-malaysia-dibadai-covid-19
Bola sepak Malaysia dibadai Covid-19
Tidak keterlaluan jika dikatakan badai Covid-19 telah melumpuhkan banyak industri di seluruh dunia termasuk sukan bola sepak di Malaysia.Akibat wabak itu, beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mula dicengkam kebimbangan disebabkan kantung mereka yang semakin menipis. Ia berikutan perlawanan-perlawanan Liga-M terpaksa ditangguhkan sejak 16 Mac lalu, dua hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Ketiadaan sumber kewangan yang kukuh menyebabkan ada pasukan yang terpaksa memotong gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing. Malah, lebih buruk ada pemain dan pegawai pasukan yang tidak menerima gaji sejak beberapa bulan lalu.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui krisis Covid-19 memberi kesan ke atas semua pemegang taruh Liga-M, baik pemain, pegawai, penaja mahupun pihak penganjur.Dalam temu bual eksklusif bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Ketua Meja Sukan, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi dan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini, Hamidin mengupas pelbagai persoalan termasuk status penganjuran Liga-M pada musim Covid-19.SINAR AHAD: Pada Mac lepas, apabila Covid-19 mula memberi kesan kepada arena sukan bola sepak di dunia dan Malaysia, apakah yang Datuk rasakan ketika itu?HAMIDIN: Pertama, kita perlu tahu bahawa pandemik Covid-19 ini tidak pernah terjadi dalam zaman kita sebelum ini. Awal tahun 1900 (Spanish Flu) ada, tapi pada masa itu pun kita belum lahir lagi. Jadi apabila pandemik Covid-19 merebak sekitar Januari lalu, saya mula mendapat panggilan daripada kebanyakan pasukan dan pihak media yang bertanyakan tentang status penganjuran Liga-M sama ada mahu dibatalkan atau ditangguhkan.Pada mulanya, saya fikir perkara ini mudah. Tetapi apabila kita melihat ia melibatkan negara-negara besar seperti di Eropah dan negara lain, apatah lagi wabak ini datang dari China, persepsi saya mula berubah ketika itu. Saya tak jangka perkara itu menjadi seburuk ini sehingga kita perlu ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Tetapi apabila kita membuat keputusan untuk menangguhkan saingan Liga-M pada 16 Mac lalu, saya sudah nampak ia akan memberikan kesan jangka panjang, bukan sahaja kepada bola sepak Malaysia, malahan kepada semua negara dunia.Tapi pastinya waktu itu Datuk tidak sangka PKP berpanjangan sehinggakan ada pasukan terpaksa memotong gaji pemain jika perlu?Hakikatnya kami kemudian sudah menduga pandemik ini serius dan lanjutan PKP juga sudah pasti mempengaruhi perjalanan baki saingan Liga-M. Sehingga kini, belum ada tarikh ditetapkan.FAM dan MFL sedar kekangan kewangan pasukan dan memahami situasi kedua-dua pihak iaitu pasukan dan juga pemain. Disebabkan itu, FAM dan MFL mencadangkan mereka berbincang bagi mencapai kata sepakat demi kebaikan bersama.Hamidin (tiga dari kiri) mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican di Menara KBS, Putrajaya semalam.Perlu diingat pada ketika itu, FAM dan MFL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pemotongan gaji, sebaliknya hanya menyuarakan cadangan kepada pasukan dan pemain mengadakan perbincangan bagi mencapai kata putus terbaik demi kelangsungan pasukan dan juga periuk nasi pemain.Meskipun pada waktu ini industri bola sepak dunia tidak mempunyai sebarang garis panduan memandangkan wabak ini adalah perkara yang berlaku di luar jangkaan, kami berpendapat perbincangan perlu ada jalan penyelesaian terbaik. Malah, perkara sama turut dilaksanakan oleh pasukan lain di luar negara khususnya di Eropah.Dalam keadaan penuh sukar ini, niat FAM adalah untuk mengimbangi tuntutan antara melindungi kepentingan semua pihak sambil melihat isu ini dari sudut jangka masa panjang. FAM bukan sekadar melindungi pemain dan pegawai, bahkan bertanggungjawab memayungi kelab, liga dan pemegang kepentingan agar kita semua dapat bertahan dalam situasi yang dianggap genting ini.Lagi pula setiap tindakan kami berpandukan kepada keputusan, peraturan dan garis panduan FIFA selaku badan induk dunia dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kebetulan, pada 7 April, FIFA mengeluarkan garis panduan yang selari dengan saranan FAM agar pasukan dan pemain mengadakan perbincangan. Bermakna FAM lebih awal mengeluarkan saranan agar pasukan berbincang dengan pemain berhubung potongan gaji.Setakat ini, berapakah jumlah pasukan yang sudah melaksanakan mekanisme pemotongan gaji?Beberapa pasukan sudah melaksanakan pemotongan gaji, antaranya Johor Darul Ta’zim (JDT), UKM FC, Kuching FA, Melaka United (MU) dan Felda United sebelum FAM mengeluarkan Garis Panduan Pelarasan Gaji FAM pada 1 Mei lalu. Garis panduan berkenaan ialah penetapan kadar pemotongan gaji pemain dan pegawai untuk pasukan atau kelab Liga-M yang masih gagal mencapai persetujuan bersama selepas tarikh akhir pada 22 April lepas.Menerusi garis panduan itu, FAM menetapkan empat kategori kadar pemotongan gaji maksimum antara 10 dan 30 peratus yang dianggap adil serta setara berdasarkan situasi kewangan pasukan atau kelab. Langkah pemotongan gaji ini sedikit sebanyak membantu beban pasukan yang berdepan masalah penajaan, tiada kutipan tiket, hasil jualan jersi dan juga jualan cenderamata pasukan.Apakah Datuk rasa pemain Liga-M yang ada meraih gaji mencecah RM100,000 sebulan bersedia gaji mereka dipotong?Pemain patut terima dan sedar situasi yang berlaku sekarang. Sekali lagi ingin saya katakan, pasukan atau kelab juga harus menyusun kewangan mereka dengan baik di sebalik krisis Covid-19. Jika ada RM15 juta, berbelanjalah RM14 juta, RM1 juta simpanan untuk hal-hal kecemasan.Penangguhan Liga-M menyebabkan beberapa pasukan seperti Kelantan dan Kedah yang sudah mengalami masalah kewangan gagal melunaskan gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing. Apakah komen Datuk?Kita kena maklum, wang kutipan tiket perlawanan tidak boleh pun menampung bayaran gaji pemain, pegawai pasukan dan sebagainya bagi sesetengah negeri-negeri terbabit. Sumber terbesar untuk pasukan adalah wang tajaan. Wang kutipan tiket hanya boleh bayar gaji sekretariat dan sebagainya, itu pun kalau kutipan banyak.Kalau kita tengok senario bola sepak di Malaysia, kalau pasukan itu berjaya, kutipan tiket akan banyak. Kalau tak top, memang tidak akan dapat banyak. Kemungkinan penaja juga akan kurangkan tajaan. Contohnya, kalau penaja ini nak bagi RM1 tetapi apabila perlawanan dikurangkan, maka mereka bagi 50 sen saja, memang terkesanlah.Wang kutipan tiket ini bukanlah impak yang besar tetapi pasukan mahukan Liga-M berlangsung supaya penaja dapat bayar untuk pulangan atas pelaburan (ROI). Apa yang menjadi masalah kepada pasukan-pasukan ini, apabila mereka tidak ada bajet yang betul dan berlaku kecemasan sebegini, maka mereka akan terkesan.Difahamkan, situasi membabitkan pasukan Kelantan lebih parah apabila kes mereka sampai ke peringkat FIFA dan Mahkamah Timbangtara Sukan. Adakah isu ini memberi impak negatif kepada industri bola sepak Malaysia?Saya ambil contoh pasukan Perlis. Kita lihat sekarang Perlis tidak akan dapat berfungsi sekiranya tidak menyelasaikan hutang RM4 juta hingga RM5 juta kepada pemain mereka. FIFA telah jatuhkan hukuman, selagi tak selesai pasukan ini tidak boleh wujud. Jadi kena ada seseorang yang selamatkan pasukan ini, kalau tidak sampai bila-bila ia akan terkubur. Ini mungkin boleh terjadi kepada Kelantan kerana jumlah hutangnya agak besar.Saya fikir tunggakan dengan pemain tempatan tidak banyak, tetapi amaun hutang jurulatih dan pemain import yang banyak. Saya fikir mereka sedang cuba selesaikan tetapi kes baharu makin banyak dan amaun juga banyak. Kita juga telah membantu tetapi dengan jumlah yang banyak, ia menjadi sukar.Saingan Liga-M ditangguhkan sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19.Perkara utama yang membunuh Kelantan ialah kes pemain import serta jurulatih dan jumlahnya besar apabila ditukar kepada nilai ringgit. Jadi kalau tak ada duit sangat, kita kena ikat perut. Kalau perlu kita bermain tanpa pemain import, jangan ambil pemain import. Cermin diri sendiri dengan kewangan yang ada. Mungkin tempoh dua atau tiga tahun tak perlu ada pemain import, kita jatuh dulu ke Liga Premier sehingga sudah ada balik kekuatan kewangan.Selain itu, ada juga situasi sesetengah pemimpin datang menguruskan pasukan untuk cari populariti dan kemudiannya tinggalkan pasukan itu. Hutang itu akan beri kesan kepada pasukan dan FAM serta MFL. Akhirnya sudah tentu masalah yang berlaku ini akan menjadi tidak baik kepada bola sepak negara. Jika semua bersetuju, kemungkinan kita akan benarkan hanya pasukan yang betul-betul sihat sertai liga bermula tahun depan.Kita nak Kelantan masuk (sertai saingan Liga-M), sebab ia satu kerugian besar kerana Kelantan ini penyokongnya luar biasa. Negeri lain tidak boleh cabar Kelantan. Bila pasukan itu menyerlah, penyokong mereka jadi luar biasa. Jika terjadi nanti, kalau FIFA tidak benarkan Kelantan bermain, ia satu kerugian besar. Kita akan cuba melihat bagaimana untuk cuba membantu.Jika Liga-M dibatalkan, bagaimana dengan aspek penajaan, kontrak pemain dan bisnes bola sepak Malaysia yang dianggarkan bernilai RM200 juta setahun?Saingan Liga-M 2020 akan dibatalkan jika Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan tidak membenarkan perlawanan bersambung semula sehingga September 2020. Itu pasti. Tidak dinafikan kita bakal menyaksikan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai dengan pemain dan pegawai pasukan bakal menjadi individu terawal dikenakan tindakan demikian. Dalam erti kata lain, pasukan berhak mengubah kontrak pemain. Situasi yang ada sekarang ini akan berubah dan akan berlaku sebaliknya yang mana kuasa lebih terletak kepada pasukan dalam menentukan nasib pemain. Penajaan boleh ditarik semula.Bukan FAM berdegil atau tidak menghormati keputusan kerajaan atau tidak melihat dari sudut sentimen penyokong yang mahukan Liga-M dibatalkan, namun kita tetap perlu memastikan saingan liga tidak berkubur hingga menjejaskan banyak pihak.Kita lihat Bundesliga, Liga Korea Selatan dan saingan liga di Vietnam, Belarus dan beberapa negara lain. Mereka menerima hakikat Covid-19 sudah ada dalam masyarakat tetapi semua langkah diambil bagi memastikan semua petugas dan pihak-pihak yang terbabit secara langsung dengan perlawanan itu menepati garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Akhir sekali, apakah harapan Datuk kepada setiap pasukan mahupun pemain andai Liga-M bersambung kembali?Dalam keghairahan kita nak mulakan semula latihan dan liga, setiap SOP dan arahan yang dikeluarkan harus dipatuhi. Nasihat saya, semua yang terlibat nanti mesti patuh dengan prosedur ketat. Kita tidak mahu ada kluster Covid-19 bola sepak pula, nanti lagi susah. Saya mahu segala-galanya nanti berjalan dengan kemas dan teratur.Kita tak mahu menjadi macam negara lain bila dah bermula liga, ada pemain kena Covid-19. Ia akan menyusahkan kita. Tetapi di pihak FAM, kita sudah bersedia dengan SOP dan sebagainya. Suasana bola sepak apabila disambung semula nanti pun akan berbeza kerana ia diadakan tanpa kehadiran penyokong, latihan berbeza dan SOP juga berbeza.Hakikatnya, kita sedang bergelut dengan cabaran yang tidak pernah dialami. Bukan hanya di Malaysia, bahkan seluruh industri bola sepak dunia turut menghadapi kemelut sama. Normal baharu seperti penjarakkan sosial, penjagaan kebersihan diri dan tidak bersesak dalam kawasan kecil harus menjadi kebiasaan kepada kita semua.
4
07 Jun 2020 07:40am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/86368/berita/wawancara/rakyat-mahu-kerajaan-stabil-bijaksana-sederhana
Rakyat mahu kerajaan stabil, bijaksana, sederhana
KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) terpaksa berdepan dengan cabaran wabak Covid-19 sejak tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun, tempoh tiga bulan yang terpaksa dilalui dengan penuh sabar itu nampaknya mula membuahkan hasil apabila pandemik yang melanda seluruh dunia itu berjaya dikawal.Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, rakyat berpuas hati dengan kerajaan yang ada pada ketika ini dan tidak minat dengan kerajaan yang terlalu berpolitik. Sebaliknya, rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil dan boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang bijaksana, sederhana dan berhemah.Beliau mengupas perkara itu ketika wawancara dalam program Sinar LIVE Khas bersama moderator Sinar TV, Haslina AR Kamaludin di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor.SINAR HARIAN: Selepas tiga bulan menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, apakah hala tuju dan pembaharuan yang ingin Datuk laksanakan? SAIFUDDIN: Saya baru tiga bulan dan kalau tiga tahun pun, saya tidak boleh berlagak macam menteri tahu semua benda dan pandai sangat. Dari awal saya mengatakan bahawa kita harus ada keseimbangan antara kesinambungan apa-apa yang telah dilaksanakan selama ini. Apa yang baik diteruskan dan pada masa sama, harus ada sedikit sebanyak pembaharuan. Jadi dari segi misi, visi, kesalinghubungan, internet dan kreativiti, keselamatan siber, penerangan penyiaran, dasar-dasar fundamental itu diteruskan namun kita harus ada beberapa pembaharuan.Misalnya dari segi objektif spesifik, di bawah Finas, haruslah ada sasaran untuk filem Malaysia menang Oscar. Saya tahu bunyinya macam menggunung tetapi haruslah berbukit dulu dan sebagainya. Bunyi menggunung tetapi berbukit. Kalau busut pun tak nampak, tak ada ini. Ada beberapa komponen dalam kerja di kementerian yang harus diperteguhkan.Sebagai contoh, kita dilantik untuk menggerakkan pasukan petugas ekonomi digital. Saya sebagai Pengerusi dan Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) sebagai pengerusi bersama. Kemudian saya akan mulakan satu lagi pasukan industri kreatif, saya sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Pengerusi bersama.Itu adalah antara dua komponen utama yang kita nak gerakkan terutama semasa dan selepas Covid-19 namun, saya memperkenalkan satu matlamat (bukan matlamat baharu) yang merangkumkan semua. Saya pilih perkataan Melayu yang orang jarang guna iaitu cendekia. Kita harus memacu kecendiakaan dalam masyarakat supaya kita meraikan kecendekiawanan rakyat dalam menggunakan perkhidmatan yang tawarkan.Saifuddin AbdullahApakah bentuk bantuan yang dapat kerajaan berikan untuk membantu media terutama media cetak? Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bakal mengumumkan pakej pemulihan ekonomi. Saya tidak pasti sama ada dalam pakej itu ada atau tidak, perancangan pelan khusus untuk industri cetak. Tetapi saya telah berbincang dengan teman-teman di kementerian dan dalam dunia kewartawanan, apa yang boleh dibantu. Misalnya kita harus melihat semula percukaian. Kalau pun kita tidak boleh bantu dalam bentuk kewangan dan sebagainya tetapi kita mungkin boleh lihat soal percukaian import bahan cetak dan beberapa cukai yang lain.Bagaimana kerajaan menangani penyebaran berita palsu ketika pandemik Covid-19? Kita tidak mempunyai statistik yang terlalu spesifik tetapi yang nyata ialah penularan berita palsu pada zaman Covid-19 ini macam melonjak. Ada beberapa perkara yang kami cuba tangani, yang pertama dari segi undang-undang.Saya rasa ada hampir 20 pendakwaan di mahkamah, ada yang daripada SKMM dan PDRM. Ada kes yang tertuduh mengaku bersalah dan sebagainya, itu banyak kes polis. Ini mengambil masa. Bila saya lihat tular berita palsu ini, saya tubuhkan satu pasukan dipanggil Pasukan Respon Pantas (PRP). Sehingga 31 Mei, kita sudah respons kepada lebih 320 pemakluman yang kita keluarkan pagi dan petang untuk menerangkan berita-berita yang tular. Kebanyakan yang kita jelaskan ialah yang tular berkaitan dengan KKM, PDRM, pihak berkuasa.Katakanlah hospital tutup, kes orang Covid (pesakit) lari, memang ada kes lari tapi sesetengah kes itu tidak betul. Itu yang kita kata pemakluman tentang berita palsu. Ia menyedihkan dalam suasana kita harus berkongsi berita benar tetapi ada kalangan rakyat kita yang masih menularkan. Sebab itu kita ada kempen, kalau tidak pasti jangan kongsi.Apakah perasaan Datuk apabila banyak berita palsu yang menimbulkan sentimen perkauman? Saya fikir mana-mana rakyat Malaysia yang prihatin mesti rasa sedih kerana Covid-19 tidak mengenal agama, bangsa dan umur boleh kena sesiapa sahaja.Pada peringkat awal dulu, kerisauan kita memang tinggi terutama apabila cerita Covid-19 ini datang dari China. Macam-macam yang tular menggunakan perkataan tidak senonoh, sekarang nampak sudah kurang.Tetapi itu perlu dielakkan, saya harap ia tidak berlaku lagi. Ini pun ada kes yang memang sudah didakwa tetapi nampak sekarang reda, sesekali itu ada. Saya harap rakyat Malaysia dapat berfikir dengan waras, tularkan yang baik-baik. Sebab itu, kami buat kempen contoh tanda pagar komunikasi kita, yang positif itu kita tularkan.Sebelum wujudnya Covid-19, bagaimana situasi penularan berita palsu berkaitan perkauman? Antara masalah utama politik Malaysia adalah perkauman. Jadi ia sudah menjadi perkara lazim bagi sesetengah pihak. Ini yang harus diperangi habis-habisan. Kaedahnya tentulah panjang dan mendalam. Salah satu daripada seninya adalah demokrasi Malaysia yang berbagai kaum dan moderat. Andainya kita ada kefahaman sedemikian, saya kira kita boleh kurangkan politik perkauman.Datuk sering menyebut tentang kerangka governance baharu, boleh Datuk jelaskan? Saya dari dahulu lagi percaya bahawa hari di mana kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir. Jadi harus ada kerjasama akrab antara tiga sektor utama iaitu kerajaan, perniagaan atau sektor swasta dan masyarakat sivil termasuk orang muda, pekerja, profesional, pemikir, media dan sebagainya.Kena ada kerjasama yang akrab dan perundingan yang formal antara ketiga-tiga kumpulan. Istilahnya macam-macam seperti sektor, pemegang taruh atau pihak berkepentingan. Kalau boleh biar dalam semua bidang di setiap peringkat dari nasional hingga ke akar umbi.Saya masa dalam gerakan belia dulu, kita ada majlis perundingan belia dan kerajaan sebelum ini pun ada majlis perundingan ekonomi dan sebagainya. Semasa saya menjadi Ahli Parlimen Temerloh, kita mempunyai majlis perundingan Temerloh dan sekarang kita ada Majlis Perundingan Indera Mahkota.Masa Kementerian Luar, kita ada majlis perundingan juga dan 9 Jun ini, saya akan adakan mesyuarat pertama Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia untuk pasukan bertugas industri kreatif. Ekonomi digital pun konsep yang sama, nama boleh berbeza, boleh panggil panel, pasukan bertugas, tapi yang penting ketiga-tiga sektor itu mesti dibawa bersama dalam struktur dan proses yang formal.Saifuddin (kiri) ketika diwawancara di Kompleks Karangkraf, Shah Alam semalam.Datuk telah membatalkan penggunaan spektrum jalur frekuensi 700MHz, iaitu jalur spektrum perintis bagi pelaksanaan rangkaian telekomunikasi selular generasi kelima (5G) negara. Boleh Datuk jelaskan?Kita nak buat dengan cara lebih baik supaya ada bidaan dan vendor lebih telus dan semua pemain mendapat peluang yang saksama. Di sinilah timbul soal, misalnya, kita ada jumlah syarikat telekomunikasi yang agak besar untuk sejumlah penduduk yang agak kecil apabila dibandingkan dengan negara lain. Sekali lagi soal keutamaan. Apakah keutamaan kita ketika ini 5G atau pun kesalinghubungan? Kita lihat kembali supaya apabila diadakan semula atau spektrum jalur frekuensi 700MHz ini dianugerahkan atau diberikan semula dengan cara yang lebih telus.Bagaimana Datuk melihat prestasi Perikatan Nasional (PN) ketika ini?Tanya saya, bagus belaka. Saya tidak akan dapat memberi jawapan yang tidak bias. Itu harus tanya kepada rakyat, orang atas pagar, orang biasa dan mungkin kalau ada survey, saya fikir itu lebih baik daripada apa yang saya hendak cakap ini.Cuma saya mengambil contoh bagaimana kita mengendalikan Covid-19. Ini soalan saya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah malam tadi (kelmarin). Kita nampak seperti berjaya berbanding negara lain dan ini memang ada artikel yang ditulis orang lain (bukan saya) yang membandingkan kita dengan negara jiran, Amerika, Itali dan lain-lain.Tapi saya kena mengaku yang saya bias, tetapi ada dua perkara yang disebut Noor Hisham yang membezakan kita dengan orang lain, yang menjadi faktor kejayaan pengendalian Covid-19 oleh kerajaan PN. Yang pertama ialah kalau seorang itu memang telah disahkan positif, dia terus dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Ada waktunya kita siap jemput dengan ambulans.Yang kedua ialah kuatkuasakan kuarantin. Misalnya, kalau balik dari luar negara, kita periksa dan letak kuarantin selama 14 hari. Bukan di rumah tapi di tempat tertentu. Pokoknya, ia dua kaedah yang tidak dilakukan oleh semua negara hatta oleh negara yang maju sekali pun dan ini adalah antara faktor utama kejayaan kita mengendalikan Covid-19. Bagi saya ini satu indikator yang mustahak.Adakah dengan isu Covid-19 itu, PN mampu terus mentadbir negara?Hal ini akan ditentukan oleh rakyat dan ini hanya diketahui apabila adanya pilihan raya umum. Tetapi pada saya ialah pokok pangkal, selamanya saya lihat rata-rata rakyat berpuas hati dan tidak minat sangat dengan terlalu banyak politik. Rakyat nak lihat sebuah kerajaan yang stabil dan boleh menyampaikan apa-apa yang boleh disampaikan kepada mereka dengan cara yang bijaksana, sederhana dan berhemah. Setakat yang kami cuba buat, itulah yang kami lakukan. Tetapi sekali lagi saya katakan, saya tidak boleh mendakwa kerana saya dalam kerajaan maka saya berperasaan semuanya nampak baik.Pada PRU-14, rakyat meletakkan PH sebagai kerajaan. Namun sekarang, kelihatannya bukan rakyat yang menentukan kerajaan sebaliknya 222 ahli Parlimen itu sendiri?Saya melihat debat yang hangat ini dan bagaimana penghujahannya di sampaikan oleh pihak-pihak yang berbeza-beza. Misalnya, ada yang menyatakan kalau dikumpulkan jumlah yang mengundi Pas dan UMNO maka sekian-sekian banyak berbanding dengan jumlah undi yang dikumpulkan untuk mereka yang mengundi PH, itu satu penghujahan.Ada satu lagi penghujahan yang menyatakan dalam sistem demokrasi Malaysia di mana pilihan raya itu keputusannya ditentukan dengan first past the post ada waktunya yang menang itu bukannya majoriti. Sebagai contoh, di satu kawasan pilihan raya ada tiga orang calon. Calon A dapat 40 peratus undi, calon B dapat 30 peratus dan calon C dapat 30 peratus.Saifuddin (kiri) ketika diwawancara di Kompleks Karangkraf, Shah Alam semalam.Jadi yang menang itu (calon) mendapat 40 peratus tetapi kalau bercampur pula B dan C, maka yang itu menang. Jadi saya fikir hujah ini tidak akan berakhir. Yang boleh mengakhirkan mungkin, kalau ada undang-undang yang melarang ahli Parlimen daripada melompat parti, mungkin. Mungkin itu satu daripada kaedah untuk menghentikan bukan perbuatannya tetapi perdebatannya kerana tidak ada jaminannya perkara ini tidak akan berlaku dan di sesetengah negara lain sekali lagi saya tidak mengatakan ini mesti betul dan ini mesti salah.Ada sesetengah negara di Barat, rundingan kerajaan itu tidak berlaku sebelum pilihan raya tetapi selepas pilihan raya dan dalam situasi sedemikian itulah sistemnya tidak sama dengan kita. Saya menyatakan penghujahan ini boleh datang dalam pelbagai sudut dan tiada pengakhirannya. Saya lebih berminat untuk berhujah mencari bagaimana kita cuba meredakan, menghentikan atau meminimumkan perkara sedemikian dan mungkin salah satu daripada caranya ialah mengadakan, mewujudkan undang-undang yang tidak membenarkan seorang wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Rakyat daripada melompat parti.Perang psikologi Pakatan Harapan dan Perikatan NasionalPerikatan Nasional diuar-uarkan sebagai kerajaan pintu belakang yang tidak sah dari sudut moral. Apakah kunci PN menghadapi perkara ini?Pada saya, PN itu hanya nama yang digunakan buat masa ini. Pokok pangkalnya ialah kerajaan mesti melaksanakan tugas dan amanahnya itu dengan sebaik-baiknya demi untuk manfaat rakyat, dan kita berdoa mudah-mudahan dapat berkat daripada itu dan kerajaan yang seumpama ini walau apa pun namanya, ia tidak bolehlah nak berlagak pandai, ia tidak bolehlah nak kata ia yang terbaik. Saya sudah sebutkan di mana hari-hari kerajaan adalah segalanya, mengetahui segala-galanya, sudah berakhir lama.Apakah perasaan Datuk apabila Datuk sendiri dituduh sebagai pengkhianat?Tiada orang yang berfikiran waras yang tidak berasa sedih apabila dituduh sedemikian tetapi sekali lagi definisi yang perlu digunakan, situasi dan konteksnya dan saya fikir kalau kita benar-benar melihat persoalan politik yang sedemikian itu, sejarahnya ada juga sebelum ini.Jadi kalau kita nak menuduh itu biarlah kita berlaku adil bahawa insiden hampir sama walaupun tidak 100 peratus pernah berlaku sebelum ini. Saya tidak menolak bahawa mereka yang menuduh itu ada kewajaran. Itu hak mereka dan saya kena tanggunglah apa sahaja perbuatan saya tetapi kita hendaklah berlaku adil dan itu menjadi penyebab lagi satu, mengapa kerajaan sedia ada tidak bolehlah berlagak, tunjuk pandai tetapi kita perlu rendah diri.Ketika bersama PH, Datuk juga dilihat berada di barisan hadapan menolak UMNO dan sekarang ketika bersama PN bekerjasama dengan UMNO pula. Bagaimana kerjasama ini boleh terjalin?Ya saya keluar daripada UMNO tetapi suasana pada waktu kebelakangan ini menyebabkan harus bekerjasama dengan UMNO. Jadi ada beza berada dalam UMNO dan berada di luar UMNO serta bekerjasama dengan UMNO. Saya fahamlah saya cakap apa pun orang tidak bersetuju tetapi pada saya kita harus juga belajar daripada pengalaman yang berlaku sebelum ini bahawa apabila kita menjadi kerajaan kita tidak boleh angkuh dengan rakyat, kalau kita jadi menteri menjaga kewangan, berkaitan dengan ekonomi dan sebagainya kita tidak boleh ambil sikap berjauhan dengan golongan peniaga dan sebagainya. Jadi orang memerhati kita.Adakah itu bermaksud kerajaan PH gagal?Kalau tidak gagal kami tidaklah jatuhkan PH. Kalau tanya saya, memang saya jawab begitu. Untuk berlaku adil, kalaulah kebanyakan perkara yang diharapkan kerajaan, diharapkan rakyat kepada kerajaan dan PH mampu melaksanakannya saya fikir kita tidak perlu berada dalam suasana sekarang. Kejatuhan PH disebabkan ‘pergelutan’ dalam PH itu sendiri yang menyebabkan Dr Mahathir melepaskan jawatannya Februari lalu dan adakah kegagalan PH menyelesaikan masalah dalam menjadi punca PN wujud dan seterusnya melantik Muhyiddin.Bagaimana Datuk melihat usaha-usaha yang giat dilakukan untuk menjatuhkan PN selepas dilabelkan sebagai kerajaan tidak diiktiraf rakyat? Ada beza antara psywar (perang psikologi) dengan perkara yang sebenarnya berlaku. Saya melihat sebahagian daripada apa yang disebutkan itu diungkapkan oleh golongan tertentu tidak lebih daripada psywar. Pada saya beginilah, demokrasi Malaysia membenarkan untuk undi tidak percaya. Mana-mana demokrasi pun membenarkan untuk mengkritik kerajaan. Menjatuhkan kerajaan itu perkara yang berbeza.Soal keabsahan kerajaan dipimpin Muhyiddin ini harus dilihat dari dua sudut. Kalau kita hendak kata kita tidak setuju, kalau setuju tidak timbullah. Kalau kita tidak bersetuju cara kita menyebut pun harus ada, mengikut Perlembagaan. Saya bagi contoh, kalau kita kata pada hari ini kerajaan yang dipimpin Muhyiddin tidak mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat itu pada saya adalah penghujahan yang sah cuma belum dibuktikan.Macam mana hendak membuktikannya ialah mestilah dengan membawa usul undi tidak percaya di dalam dewan Parlimen. Itu dibenarkan dalam demokrasi, yang harus berhati-hati ialah kalau kita kata ‘at that material time’ ketika Muhyiddin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai majoriti. Itu lain, itu anda mempersoal Yang di-Pertuan Agong.Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menyampaikan cenderahati kepada Saifuddin semalam.
4
05 Jun 2020 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/85620/berita/wawancara/covid-19-lunturkan-sikap-fanatik-mazhab
Covid-19 lunturkan sikap fanatik mazhab
WABAK Covid-19 yang melanda Malaysia sejak tiga bulan lalu seakan-akan menggugat pemikiran dan pemahaman umat Islam terhadap rutin ibadah yang mereka pegang sejak zaman-berzaman.Antara persoalan yang hangat diperdebatkan ialah tentang jumlah jemaah solat Jumaat yang dibenarkan hadir iaitu seramai 12 orang sahaja.Situasi ini disebabkan normal baharu tersebut tidak pernah dihadapi oleh umat Islam di Malaysia yang rata-rata berpegang kepada Mazhab Syafie yang menjadikan jumlah 40 orang sebagai syarat sahnya solat Jumaat.Bagaimanapun, disebabkan Covid-19, ulama dan umat Islam mula menerima perbezaan pandangan walaupun hakikatnya mereka berbeza mazhab.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ulama sedunia termasuk Syeikhul Azhar dan badan-badan berautoriti dalam bidang agama kini seolah-olah sepakat berhubung normal baharu dalam ibadah seperti solat Jumaat dan solat berjemaah.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Dr Zulkifli yang merupakan mufti pertama dilantik sebagai menteri dalam sejarah moden Malaysia turut menyentuh pelbagai isu termasuk cabaran dan perancangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.SINAR AHAD: Banyak hikmah di sebalik PKP dan Covid-19. Apakah yang boleh kita pelajari daripada wabak ini?DR ZULKIFLI: ALLAH SWT berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 191, “(Iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”Imam al-Tabari menyebutkan bahawa perkataan ‘ini’ dalam ayat ini merujuk kepada ciptaan ALLAH di langit dan bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia. Apa-apa sahaja ciptaan ALLAH SWT ada manfaat dan hikmahnya.Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Syarh ayat 5 hingga 6, “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”Antara hikmah terbesar di sebalik wabak ini ialah terbukanya pintu bagi orang ramai untuk melakukan amal kebaikan dan bersedekah. Alhamdulillah, kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan misi #MUSAADAHCOVID19 sejak 18 Mac 2020.Sehingga semalam, sudah lebih RM140 juta dibelanjakan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, warganegara atau tidak, asalkan mereka layak dan memerlukan bantuan.Begitu juga kita sudah mula dapat menerapkan dalam kehidupan kita normal baharu. Ini termasuklah dalam acara ibadat dan berhari raya.Sejauh manakah penularan Covid-19 mempengaruhi pandangan hukum-hakam Islam di Malaysia. Apakah isu-isu tersebut?Saya amat terharu dengan kesungguhan para ashabus samahah mufti-mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja yang berhempas pulas berbincang dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia khususnya berkaitan ibadah dalam suasana normal baharu ini.Banyak hukum-hakam baharu yang diputuskan dan menarik untuk kajian generasi akan datang. Antaranya, penangguhan solat Jumaat, solat berjemaah di masjid dan surau, solat dengan jarak satu meter, ujian swab ketika berpuasa dan lain-lain.Hal ini seolah-olah berlaku kesepakatan oleh ulama dunia termasuk Syeikhul Azhar dan badan-badan berautoriti dalam bidang agama.Sesetengah orang tertanya-tanya mengapa hukum boleh berubah-ubah, dulu tak boleh sekarang boleh. Contohnya, dulu solat Jumaat kena ada 40 jemaah, sekarang cukup 12 orang. Sebenarnya, apakah jenis-jenis hukum Islam yang boleh berubah dan apakah prinsip-prinsip yang harus diikuti?Terdapat sebuah kaedah fiqh yang menyebut: tidak ditolak berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan masa.Syeikh Mustafa Al-Zarqa’ dalam syarahan beliau ke atas kaedah ini berkata, tidak ditolak berlakunya perubahan hukum-hakam dengan berubahnya masa, iaitu berlaku perubahan uruf penduduk sesebuah kawasan serta adat mereka. Sekiranya uruf dan adat membawa kepada suatu hukum, kemudian kedua-duanya berubah kepada uruf dan adat yang lain, maka hukum juga berubah kepada apa yang menepati uruf dan adat yang baharu itu.Kita dapat melihat bahawa Imam Syafie sendiri mempunyai qaul qadim (pendapat yang lama) dan qaul jadid (pendapat yang baharu) yang terhasil daripada perbezaan tempat beliau mengeluarkan pandangan tersebut.Qaul qadim adalah pendapat yang beliau kemukakan semasa berada di Iraq manakala qaul jadid adalah pandangan beliau semasa berada di Mesir.Namun, perlu diingat bahawa yang dimaksudkan dengan perubahan hukum disebabkan peubahan masa dan tempat adalah pada hukum-hukum yang al-mutaghayyirat (yang boleh berubah).Ada pun pada perkara-perkara al-tsawabit (yang tetap dan kekal) seperti pensyariatan solat, puasa, keharaman zina, minum arak dan seumpamanya, maka ia sama sekali tidak berubah mengikut perubahan masa dan tempat.Banyak normal baharu agama semasa Covid-19 dikatakan menggambarkan betapa Islam itu agama yang fleksibel dan tidak sempit. Ini termasuk majlis akad nikah menerusi sidang video, zakat fitrah secara online dan khutbah Aidilfitri di rumah. Apa komen Datuk Seri?Kami katakan sifat agama Islam lengkap, mencakupi, syumul, dan sesuai sepanjang zaman serta semua tempat kerana ia daripada Tuhan sekalian alam. Kita sedang menuju kepada budaya normal baharu dalam beragama. Ini satu bukti yang jelas bahawa Islam itu walaupun tidak berubah pada dasar akidahnya, tetapi masih fleksibel pada ruang-ruang pengamalan syariatnya.Dr Zulkifli menyambut Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian secara normal baharu pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kedutaan Besar China kepada JAWI Food Bank di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan baru-baru ini.
 - Foto BernamaApakah Datuk Seri berpuas hati dengan cara kerajaan menangani isu-isu Covid-19? Sebagai mufti pertama dilantik sebagai menteri, bagaimana Datuk Seri akan berperanan bagi memastikan dasar-dasar kerajaan mematuhi apa yang terkandung dalam maqasid syariah?Pendekatan kita adalah antara yang terbaik di dunia. Pakar-pakar kita adalah antara yang terbaik dunia. Kerja berpasukan barisan hadapan dan kerjasama rakyat Malaysia disebut-sebut oleh dunia. Alhamdulillah, kerajaan amat menitikberatkan aplikasi maqasid syariah dalam pentadbiran. Apa-apa urusan yang melibatkan kemaslahatan rakyat, itulah yang diutamakan. Kami katakan asas pertimbangan utama adalah membawa kemaslahatan untuk rakyat.Hal ini berbetulan dengan kaedah: polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah rakyat.Definisi maslahah seperti yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali Rahimahullah ialah ‘mendatangkan manfaat dan menghalang kemudaratan’.Justeru, sebarang perkara yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada manusia serta dalam masa yang sama menghalang keburukan dan kemudaratan ke atas diri mereka, ia dianggap sebagai maslahah.Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami al-Syafie, tidak wajib untuk menuruti arahan pemimpin (al-hakim) yang tidak membawa kepada maslahah ‘ammah. Maka, difahami secara mafhum mukhalafah bahawa mentaati arahan pemimpin yang mempunyai maslahah ‘ammah adalah wajib.Melihat kepada perkembangan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Arab Saudi dan di seluruh dunia, apakah peluang untuk rakyat Malaysia menunaikan haji pada tahun ini? Apakah jangkaan mengenai SOP dan normal baharu yang bakal dilalui jemaah jika musim haji diteruskan?Saya belum mendapat apa-apa makluman rasmi daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Jadi, saya tidak dapat beri komen lanjut.Isu arak dan pemandu mabuk adalah perkara yang serius dan perlu ditangani segera oleh kerajaan. Apakah tindakan Datuk Seri selaku Menteri yang menjaga portfolio Hal Ehwal Agama?Saya amat bersetuju dengan langkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bagi menyegerakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta aspek perundangan lain seperti pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.Tanggungjawab memelihara nyawa (hifz al-nafs) adalah salah satu keutamaan dalam maqasid syariah dan perlu diambil berat oleh kerajaan agar isu ini dapat dirawat hingga ke akar permasalahannya.Pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersedia untuk meneliti isu ini dari sudut sosial, etika dan moral. Kita sedia memberi idea dan buah fikiran yang terbaik untuk memastikan isu ini dapat ditangani sesegera yang mungkin.Semoga usaha bersama kita dapat memberikan solusi terbaik dan akan membantu menyelesaikan permasalahan ini, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Semasa ucapan pertama Datuk Seri ketika mula-mula memegang jawatan, Datuk Seri ada sebutkan tentang transformasi yang ingin dilakukan dalam institusi agama. Apakah yang Datuk Seri ingin bawa?Insya-ALLAH blueprint akan siap sedikit masa lagi. Saya suka meneliti firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 58, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (ALLAH menyuruh) kamu menghukum dengan adil.”Ada lima kata kunci yang boleh kita ambil dalam ayat al-Quran tersebut sebagai panduan bagi pentadbiran Islam yang progresif dan efektif iaitu kemahiran komunikasi (al-amr), integriti dan akauntabiliti (al-amanah), kepakaran (ahliyyah), kemahiran membuat keputusan (al-hukm) dan adil (al-‘adl).Institusi agama yang berjaya perlu ada identiti, nilai, platform, sentiasa ada solusi bagi permasalahan dan sentiasa memikirkan persoalan what’s next?Saya bersetuju dengan pandangan Ziauddin Sardar dalam bukunya, Islamic Futures: The Shape of Ideas to Come bahawa masa hadapan boleh dikawal dan dibentuk selari dengan matlamat dan kehendak masyarakat. Ya, memang masa depan adalah di bawah kehendak dan kekuasaan-Nya, namun ALLAH SWT tidak mengarahkan kita untuk berhenti berusaha.PROFILSenator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-BakriJawatan sekarang: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Umur: 51 tahun (1969)Asal: Kuala TerengganuIsteri: Datin Seri Shereen Mohd YunosAnak: 5 orangPendidikan- Doktor Falsafah (PhD), Universiti Sains Malaysia (2004)- Sarjana Syariah, Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah, Syria (1997)- Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah (1993)Pengalaman- Mufti Wilayah Persekutuan (2014-Mac 2020)
4
31 Mei 2020 09:00am