author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236375/berita/sukan/melaka-fc-bawa-imej-entiti-lebih-padu-di-liga-m3
Melaka FC bawa imej, entiti lebih padu di Liga M3
KELAB Melaka FC bakal tampil dengan imej dan entiti pasukan baharu yang kini dalam proses pembentukan barisan pemain dan staf kejurulatihan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Melaka FC, Ridzuan Ahmad berkata, pasukan itu telah didaftarkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk saingan Liga M3 musim depan.Beliau juga menjelaskan skuad Melaka FC itu merupakan satu entiti baharu dan tidak ada kena mengena langsung dengan kelab bola sepak Melaka United yang terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi sebelum ini.Katanya, sesi latihan akan bermula Isnin ini dengan 60 pemain termasuk bekas pemain Melaka dipanggil untuk sesi pemilihan dan senarai barisan pemain muktamad akan diumumkan Januari depan.“Peruntukan anggaran bajet musim Liga M3 tahun depan adalah sekitar RM2 juta termasuk pembayaran gaji pemain dan staf kejurulatihan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.Tambahnya, pihaknya juga mendapat kerjasama penaja untuk menandatangani ketua jurulatih dari Eropah dengan sasaran utama merealisasikan misi membawa Melaka kembali ke saingan Liga Super pada musim 2024.Sarawak United FC dan Melaka United sebelum ini gagal memperoleh lesen kebangsaan untuk musim depan kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab MFL 2022 sekali gus tidak layak untuk bertanding di pentas Liga Super 2023.
4
16 Disember 2022 05:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236359/berita/sukan/liga-bola-sepak-wanita-diperkukuh
Liga bola sepak wanita diperkukuh
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyuntik wajah baharu kepada Liga Wanita Nasional (LWN) menerusi pengenalan saingan lebih kompetitif bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa depan.Liga itu akan dipantau oleh ketua jurulatih baharu skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zou'bi.Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob berkata, liga tersebut dilaksanakan mengikut format 'home and away' dan dijangka menemui penyokong bola sepak negara seawal Mac 2023.Beliau berkata, langkah proaktif melaksanakan liga berdaya saing kepada wanita adalah sebagai usaha mencari bakat baharu untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa."Kita tidak mahu lagi tunggu dan terus menunggu untuk melaksanakan liga bola sepak wanita dengan akhirnya kita akan ketinggalan di belakang berbanding negara lain."Mungkin pada peringkat awal akan ada kelemahan, namun saya percaya Soleen akan merangka struktur yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini supaya penganjurannya berjalan lancar."Liga ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada wanita untuk mempamerkan bakat masing-masing sebelum diketengahkan di peringkat lebih tinggi," katanya dalam sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Malayan Tigress, di Wisma FAM pada Jumaat.Dalam pada itu, Soleen berkata, pemain wanita Malaysia dilhat mampu pergi lebih jauh berdasarkan kepada komitmen dan bakat dipamerkan mereka pada beberapa siri kejohanan baru-baru ini."Saya mempunyai dua perancangan jangka pendek dan panjang bagi memperkasa bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan matlamat mampu bersaing dengan kuasa besar lain."Menjadi keutamaan untuk memastikan program di peringkat akar umbi dan negeri berjalan dengan teratur seterusnya mewakili pasukan untuk beraksi dalam saingan liga wanita kelak," katanya.Mengikut rekod, liga bola sepak wanita yang bakal diperkenalkan mungkin disertai 12 pasukan mengikut format Liga Super dengan mengharungi 22 perlawanan seperti ditetapkan Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).Situasi itu berbeza dengan LWN apabila saingan tersebut dibahagikan kepada empat zon dan pasukan bergelar juara akan berentap di pusingan akhir.Skuad Malayan Tigress ketika ini menghuni kedudukan ke-89 dunia ketinggalan di belakang negara jiran seperti Thailand (41), Vietnam (34) dan Filipina (53).Vietnam dan Filipina telah berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Wanita pada 2023 buat kali pertama dalam sejarah.
4
16 Disember 2022 04:34pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236350/berita/sukan/penyokong-inggeris-cemerlang-di-qatar-2022
Penyokong Inggeris cemerlang di Qatar 2022
PENYOKONG bola sepak Inggeris di Piala Dunia Qatar 2022 disifatkan berkelakuan sempurna susulan tiada sebarang penahanan pemain ke-12 pasukan itu pada kejohanan sukan berprestij dunia itu, kata ketua polis bola sepak United Kingdom (UK)."Tingkah laku para penyokong England dan Wales di Qatar sememangnya patut dicontohi."Sepanjang penglibatan para penyokong dua negara tersebut dalam kejohanan itu tidak ada tangkapan atau insiden untuk dilaporkan."Ini merupakan satu penghargaan kepada semua para penyokong England dan Wales yang hadir ke Qatar 2022," kata Ketua Konstabel Mark Roberts dari Polis Cheshire pada Jumaat.Untuk rekod, tiga penahanan telah dilakukan terhadap penyokong Inggeris semasa penganjuran edisi Rusia 2018 sebelum ini.Edisi Qatar 2022 menyaksikan kehadiran Wales selain naib juara Euro 2020, England menimbulkan kebimbangan berlakunya insiden kekecohan penonton.Namun Derbi Inggeris, England menentang Wales pada peringkat kumpulan yang berkesudahan kemenangan 3-0 skuad kendalian Gareth Southgate menyaksikan situasi tersebut meleset."Saya juga ingin memuji semua pegawai UK yang ke Qatar dalam membantu memastikan warga Britain selamat sepanjang empat minggu lalu."Secara tradisinya, kami mempunyai beberapa penahanan para penyokong Inggeris di Piala Dunia, tetapi untuk mendapatkan sifar bukanlah sesuatu yang pernah kami lihat sebelum ini," kata Roberts.Biarpun begitu ramai yang menyifatkan kesukaran untuk mendapatkan minum keras yang dikawal ketat pihak berkuasa Qatar menjadi punca para penyokong Inggeris lebih berdisiplin kali ini.Bagaimanapun Roberts menegaskan: "Adalah salah untuk mengaitkan sepenuhnya tingkah laku yang sangat baik ini kepada sekatan ke atas alkohol di Qatar, tetapi saya fikir ia telah membantu pada tahap tertentu."Untuk rekod, Wales gagal melepasi peringkat kumpulan manakala England disingkirkan Perancis pada suku akhir, yang akan menentang Argentina dalam perlawanan akhir pada Ahad di Stadium Lusail.
4
16 Disember 2022 04:10pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236348/berita/sukan/pan-gon-umum-angkatan-23-harimau-malaya-ke-piala-aff
Pan-gon umum angkatan 23 Harimau Malaya ke Piala AFF
PENJAGA gol, Azri Ab Ghani, R Kogileswaran, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan dan Dion Cools (urusan peribadi) antara lima pemain yang digugurkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi membawa cabaran Malaysia di kejuaraan Piala AFF pada Jumaat.Sebelum ini lima pemain tersebut menyertai pemain lain dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu.Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin ini bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna pada 21 Disember.Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember 2022 sebelum ke Hanoi menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 27 Disember.Harimau Malaya akan kembali beraksi pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari tahun depan.Untuk rekod, dua pasukan teratas kumpulan layak ke separuh akhir dan dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari dan 9 atau 10 Januari manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Januari.HARIMAU MALAYA AFF 2022Sharul Nazeem Zulpakar,Quentin Cheng Jiun-Ho,Muhammad Fazly Mazlan,Brendan Gan,Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,Alif Haiqal Lokman Hakim Lau,Mohd Nor Hakim Hassan (Selangor FC),Dominic Tan,Stuart Wilkin,Darren Lok (Sabah FC),Muhammad Rahadiazli,Muhammad Azam Azmi Murad,Mohamad Faisal Abdul Halim (Terengganu FC),David Rowley,Lee Tuck,Sergio Aguero (Sri Pahang),Ahmad Syihan Hazmi Mohamed,Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC),Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC),V Ruventhiran (Petaling Jaya FC),Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United FC),Muhammad Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC),Muhammad Safawi Rasid (Ratchaburi FC).
4
16 Disember 2022 04:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236343/berita/sukan/chong-wei-luah-rasa-bangga-terkejut-jumpa-menteri
Chong Wei luah rasa bangga, terkejut jumpa menteri
LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa terkejut dan bangga apabila dijemput Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk menyertai mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) pada Jumaat.Beliau berkata, mesyuarat itu memberi peluang kepada bekas atlet melontarkan pandangan bagi menangani isu berkaitan pengurusan sukan negara."Dua perasaan yang dirasai apabila dijemput oleh Menteri Belia dan Sukan ke mesyuarat Lembaga Pengurus MSN."Bangga sebab dipelawa untuk memberi pendapat sebagai bekas atlet negara dalam menangani isu-isu pengurusan sukan negara."Terkejut kerana bukan baru sahaja drama politik berakhir (berakhir dengan happy ending nasib baik), YB (Yang Berhormat) ni terus bertindak laju," tulis beliau di Facebook pada Jumaat.Chong Wei turut berharap senario politik negara terus aman dan arena sukan negara berkembang maju serta berjaya."Moga politik terus aman, ringgit terus naik, sukan terus maju. Majulah Sukan Untuk Negara," katanya.
4
16 Disember 2022 03:39pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236328/berita/sukan/manchester-city-peroleh-manfaat-di-qatar-2022
Manchester City peroleh manfaat di Qatar 2022
PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memperolehi manfaat besar menerusi penganjuran Piala Dunia Qatar 2022, apabila menjadi penerima terbanyak daripada $27 juta pampasan dibayar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai pampasan dibayar kepada kelab EPL.Untuk rekod, kelab yang melepaskan para pemain untuk Piala Dunia layak menerima bayaran daripada Program Faedah Kelab FIFA.Wang dibayar kepada kelab adalah mengikut tempoh pemain di Qatar 2022, iaitu $10,000 sehari.Ini bermakna kelab yang mempunyai seorang pemain dalam perlawanan akhir Piala Dunia atau penentuan tempat ketiga boleh menerima bayaran sekitar $370,000.Bayaran juga boleh dibahagikan antara kelab bekas pemain, namun Manchester City mendahului senarai 20 kelab EPL.Manchester City juga mempunyai 16 pemain bersaing di Piala Dunia Qatar 2022, lebih ramai daripada kelab EPL lain.Selain penyerang Julian Alvarez, yang mara ke final bersama Argentina, City mempunyai beberapa pemain yang mara ke suku akhir, termasuk pemain England Kyle Walker, John Stones, Jack Grealish, Phil Foden dan Kalvin Phillips, pemain Portugal Ruben Dias, Joao Cancelo dan Bernardo Silva, serta Nathan Ake dan Ederson dari Belanda dan Brazil masing-masing.City akan menerima pampasan kira-kira $4 juta, paling banyak daripada mana-mana kelab EPL.Bournemouth, yang hanya mempunyai dua pemain di Qatar 2022 menerima paling sedikit apabila penglibatan Kieffer Moore dan Chris Mephams bersama Wales hanya sehingga peringkat kumpulan.Pampasan Diterima Kelab EPL Untuk Piala Dunia Qatar 2022Manchester City - $4 jutaChelsea - $2.86 jutaManchester United - $2.65 jutaTottenham Hotspur - $2.4 jutaLiverpool - $1.8 jutaArsenal - $1.57 jutaWolves - $1.54 jutaLeicester City - $1.4 jutaBrighton - $1.35 jutaFulham - $1.3 jutaBrentford - $1.1 jutaWest Ham United - $1 jutaNewcastle United - $900,000Aston Villa - $810,000Everton - $690,000Crystal Palace - $650,000Leeds United - $620,000Nottingham Forest - $480,000Southampton - $420,000Bournemouth - $270,000
4
16 Disember 2022 02:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236320/berita/sukan/dalic-harap-modric-fikir-semula-gantung-but
Dalic harap Modric fikir semula gantung but
KETIKA Croatia bakal membuat perhitungan dengan Maghribi dalam aksi tempat ketiga Piala Dunia Qatar 2022 pengendalinya, Zlatko Dalic mengharapkan pemain tonggaknya, Luka Modric berfikir semula hasrat untuk menggantung but.Masa depan pemain berusia 37 tahun itu mencetuskan tanda tanya selepas Croatia kalah kepada Argentina 0-3 pada aksi separuh akhir.Malah ramai peminat percaya perlawanan tersebut akan menjadi aksi terakhirnya bersama Croatia.Dalic mengakui Modric amat kecewa dengan kekalahan yang ternyata begitu berat untuk dirinya."Jadi ia logik seandainya dia berfikir (mengenai persaraan) kerana ia sesuatu yang sukar."Saya harap dia dapat kekal bersama pasukan kebangsaan. Sudah tentu keputusan itu perlu dibuatnya sendiri. Kami ada satu lagi perlawanan dan selepas itu, kita akan bercakap mengenainya."Tetapi satu perkara yang sukar juga buat saya sekiranya Modric mengucapkan selamat tinggal," kata Dalic.Malah Dalic turut memberitahu ketiadaan Modric bukan sahaja satu kerugian kepada Croatia, malah buat arena bola sepak dunia."Kalau Luka (Modric) mengucapkan selamat tinggal kepada skuad negara, sudah tentu ia satu kerugian buat penyokong di seluruh dunia."Satu dunia menghormati Luka. Lebih bagus jika dia terus beraksi," katanya.Sebelum kembali ke Real Madrid, pemain tengah berpengalaman itu mempunyai misi yang perlu diselesaikan iaitu membantu Croatia meraih keputusan positif ke atas Maghribi pada aksi di Stadium Khalifa pada jam 11 malam Sabtu.
4
16 Disember 2022 02:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236321/berita/sukan/piala-dunia-agong-zahir-tahniah-kepada-presiden-perancis
Piala Dunia: Agong zahir tahniah kepada Presiden Perancis
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron atas kejayaan pasukan bola sepak Perancis melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.Pada Khamis, Al-Sultan Abdullah yang sedang dalam rangka lawatan khas ke Qatar selama enam hari bermula 13 Disember, berkenan berangkat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Al Bayt, Doha.Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan, Presiden Perancis itu turut hadir menyaksikan perlawanan yang berkesudahan dengan Perancis, yang juga juara bertahan layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Maghribi dengan keputusan 2-0.Seri Paduka yang berada di Qatar atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia itu, turut dijadual menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar.Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember ini. - Bernama
4
16 Disember 2022 02:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236302/berita/sukan/croatia-enggan-kecewa-lagi
Croatia enggan kecewa lagi
PELUANG untuk merangkul Piala Dunia Qatar 2022 sudah tertutup buat Croatia dan Maghribi tetapi perjuangan buat negara menjadi pertaruhan apabila kedua dua pasukan bertemu untuk penentuan tempat ketiga pada Sabtu.Penyerang Croatia, Andrej Kramaric menolak tanggapan aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa itu sebagai perlawanan yang tidak membawa sebarang makna."Saya rasa kalau anda bertanya soalan yang sama kepada pemain Maghribi, mereka juga tidak bersetuju (perlawanan sia-sia)."Para pemain berjuang untuk diri mereka kerana jika anda memenangi pingat di Piala Dunia, anda akan jadi wira yang abadi di negara anda."Itulah perkara sama yang akan kami lakukan," kata Kramaric.Croatia mara ke final pada 2018 di Rusia, namun dikecewakan Argentina 3-0 pada aksi separuh akhir edisi kali ini."Lapan daripada kami (skuad edisi 2018) faham mengenai perasaan memenangi pingat di Piala Dunia tetapi ada ramai lagi pemain yang belum merasainya dan mahukan pengalaman itu."Ini kerana kemenangan ini akan terus diingati sepanjang hidup mereka," katanya.Bagi Maghribi, tanpa mengira apa juga keputusan, mereka kekal memegang status sebagai pasukan Piala Dunia terhebat dalam sejarah benua Afrika.
4
16 Disember 2022 12:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236299/berita/sukan/jerman-perlu-belajar-kisah-inspirasi-maghribi
Jerman perlu belajar kisah inspirasi Maghribi
PERJALANAN epik Maghribi sehingga mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 menarik rasa kagum legenda bola sepak antarabangsa.Legenda bola sepak Jerman, Karl-Heinz Rummenigge menyertai senarai tokoh yang terinspirasi dengan prestasi Maghribi pada kejohanan berprestij itu.Rummenigge yang juga Ketua Pegawai Eksekutif di Bayern Munich menyeru pasukan kebangsaan Jerman untuk belajar dan mengambil manfaat daripada kisah inspirasi Maghribi di Qatar.Bekas penyerang itu menekankan kepentingan untuk menunjukkan 'lebih semangat' apabila beraksi di Kejohanan Eropah 2024 dan merampas semula status Jerman selaku antara pasukan terbaik dan paling dihormati di dunia.Rummenigge berkata, lembaga penasihat yang ditubuhkan persekutuan bola sepak negara itu berikutan penyingkiran awal pasukan kebangsaan di Qatar perlu mencari solusi terbaik.Beliau yang merupakan sebahagian daripada ahli lembaga penasihat tersebut bersama beberapa legenda bola sepak Jerman seperti Olivier Kahn, Rudi Voller dan Matthias Sammer."Kami perlu menetapkan agenda dan kemudian melihat apa yang diharapkan daripada pasukan," katanya.Pencapaian menakjubkan Maghribi di Piala Dunia menerima pujian meluas dan mencetuskan inspirasi.Pasukan kebangsaan Maghribi mencipta sejarah di Qatar apabila muncul negara Afrika dan Arab pertama yang layak ke separuh akhir.Walaupun Maghribi tewas pada aksi separuh akhir kepada Perancis, penyokong dan pemerhati melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian Atlas Lions.Menerusi mesej yang menyentuh hati kepada peminat, bintang bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi berkata bahawa skuad negaranya sudah memberikan segala-galanya."Impian sebuah pasukan, seluruh negara sudah berakhir, tetapi kami harus berbangga dengan apa yang telah dilakukan."Kami akan terus mencuba dan memberikan yang terbaik untuk negara ini. Terima kasih kepada semua warga Maghribi atas sokongan kepada kami. Kami sayang anda," katanya.
4
16 Disember 2022 12:13pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236281/berita/sukan/pengadil-poland-kendali-aksi-final-piala-dunia
Pengadil Poland kendali aksi final Piala Dunia
PENGADIL dari Poland, Szymon Marciniak akan mengendalikan aksi final Piala Dunia Qatar 2022 yang menemukan juara bertahan, Perancis dan Argentina di Stadium Lusail pada Ahad.Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat.Pengadil berusia 41 tahun itu pernah mengendalikan saingan pusingan 16 antara Argentina berdepan Australia.Sebelum ini dia juga pernah mengadili aksi peringkat kumpulan antara Perancis bertemu Denmark.Pada aksi final itu, Marciniak akan dibantu rakan senegaranya, Pawel Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz.Ketiga-tiga mereka pernah bertugas pada kejohanan dunia bawah 18 tahun (B-18) selain Kejuaraan Eropah 2016.
4
16 Disember 2022 10:19am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236279/berita/sukan/kudrat-messi-ditagih-pimpin-argentina-lagi
Kudrat Messi ditagih pimpin Argentina lagi
PENJAGA gol, Emiliano Martinez berharap kapten Argentina, Lionel Messi untuk kekal memimpin mereka pada Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.Gesaan dibuat di sebalik pengesahan bintang berusia 35 tahun itu bahawa final pada Ahad menentang Perancis sebagai penampilan terakhir di pentas Piala Dunia.Messi menjadi inspirasi dalam membantu Argentina mara ke final Piala Dunia 2022 di Qatar.Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu sudah meledak lima gol termasuk penalti ketika kemenangan 3-0 ke atas Croatia pada separuh akhir.Messi baru-baru ini mendedahkan aksi final nanti mungkin menjadi penampilan terakhirnya dan berhasrat meninggalkan skuad kebangsaan dengan kejayaan meraih trofi Piala Dunia.Bagaimanapun Martinez mempunyai pandangan berbeza dan percaya kapten itu mampu memimpin mereka sekali lagi pada Piala Dunia akan datang dalam tempoh empat tahun lagi."Pada saya dia boleh beraksi hingga 50 tahun. Dia kelihatan begitu tepat dan dia dapat beraksi dengan sangat baik," kata Martinez kepada FootballersLives.tv.Beliau berkata, Messi seorang pemain yang tenang dan mampu membuatkan sesuatu perkara itu nampak mudah, biarpun ia dilihat sebagai sukar di peringkat awal."Untuk memahami bagaimana bagus dia mengawal bola adalah sesuatu yang di luar jangkaan."Dia meletakkan bola di sana dan melihat pada anda dan menanduk bola di penjuru paling atas. Jika tersasar ia akan terkenal tiang gol atau palang."Itu adalah kaki kiri. Dia kecil tetapi kuat." katanya.
4
16 Disember 2022 09:15am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236277/berita/sukan/santos-portugal-berpisah-mourinho-mungkin-jadi-pengganti
Santos-Portugal berpisah, Mourinho mungkin jadi pengganti
SELEPAS lapan tahun membimbing Portugal, Fernando Santos meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan pada Jumaat.Peletakan jawatan pengendali berusia 68 tahun itu juga ekoran kekalahan mengejut Portugal kepada Maghribi pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.Tercetus spekulasi bekas jurulatih Manchester United, Jose Mourinho disebut-sebut sebagai pengendali baharu Portugal.Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) dalam satu kenyataan menyebut persetujuan sudah dicapai dengan Santos untuk menamatkan pengembaraan kariernya bersama skuad kebangsaan yang bermula September 2014.FPF menambah, mereka akan memulakan proses untuk memilih jurulatih kebangsaan yang baharu.Akhbar sukan harian, Record mendakwa Mourinho menjadi sasaran utama FPF untuk menggalas jawatan itu sebelum bermula kelayakan Euro 2024.FPF juga difahamkan sedia menerima perjanjian yang akan menyaksikan Mourinho mengendalikan pasukan kebangsaan secara sementara untuk membolehkannya kekal membimbing kelab Itali, Roma musim ini.Mengulas khabar angin itu ketika dia tiba di selatan Portugal untuk kem latihan bersama Roma, Mourinho enggan memberi sebarang komen.Kelayakan untuk Euro 2024 akan bermula pada Mac tahun depan.Selain Mourinho, nama-nama lain yang berpotensi ialah jurulatih Portugal, Rui Jorge (skuad bawah 21 tahun) dan Abel Ferreira (Palmeiras),Turut tersenarai adalah Paulo Fonseca (Lille), Rui Vitoria (Mesir) dan Jorge Jesus (Fenerbahce).Mourinho, 59, tiada pengalaman melatih di peringkat antarabangsa tetapi mempunyai rekod mengagumkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah.Selain United, beliau pernah membimbing Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real MadridMourinho melakar rekod baik apabila memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana bersama Chelsea, dua mahkota Serie A di Inter dan satu kejayaan La Liga di Real.Dia juga membimbing Porto memenangi Liga Juara-Juara pada 2004 dan mengulangi kejayaan itu bersama Inter Milan pada 2010.Pada Mei tahun ini, dia mengetuai Roma merangkul gelaran Liga Konfederasi Europa, trofi Eropah pertama untuk kelab itu.
4
16 Disember 2022 09:00am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236268/berita/sukan/mahsuri-dagang-barakan-aksi-final-perancis-argentina
Mahsuri Dagang barakan aksi final Perancis, Argentina
MAHSURI Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) menyemarakkan lagi kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan tayangan layar gergasi Gegar Final Piala Dunia di Restoran Hakim, Jalan Kristal, Seksyen 7 Shah Alam, pada Ahad ini.Program anjuran syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan tempatan yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersebut mendapat kerjasama Restoran Hakim dan Sinar Harian.Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, program ini merupakan kemuncak kepada program Mahsuri Teman Anda Tonton Bola sempena Qatar 2022 yang berlangsung sejak 21 November lalu.Katanya, promoter Mahsuri akan mengedarkan produk-produk kicap dan sos selain snek terbaharu kepada para pengunjung program tayangan layar gergasi di Restoran Hakim, Jalan Kristal, Seksyen 7 pada Ahad ini.“Program ini juga antara usaha berterusan Mahsuri Dagang mendekati anggota komuniti setempat sekali gus mempromosikan produk-produk viral seperti Kicap Manis Pedas Mahsuri, Kicap Lemak Manis Mahsuri kepada para pengguna.“Imej Mahsuri menampilkan jiwa muda berteraskan keriangan, jika dilihat kepada penggunaan elemen warna produk kicap dan sos, kami membarakan aktiviti yang boleh memupuk suasana riang ria dalam kalangan setiap anggota lapisan masyarakat.“Malah aktiviti menonton bola sepak pada Ahad ini secara tidak langsung mengaktifkan semula semangat keakraban ini, selepas terhalang hampir dua tahun lebih berikutan pandemik Covid-19.“Jadi kami di Mahsuri Dagang melihat ini merupakan antara aktiviti riadah terbesar untuk anggota masyarakat berkumpul bersama,” katanya kepada Sukan Sinar.Untuk rekod perlawanan akhir Qatar 2022 menemukan penyandang juara Perancis menentang Argentina di Stadium Lusail, jam 11 malam pada Ahad ini.Menurut Mohd Jazri lagi, sebelum program kemuncak di Restoran Hakim Seksyen 7, lima lagi venue yang menjadi tumpuan program Mahsuri Teman Anda Tonton Bola adalah Restoran Nasi Lemak Sayang di Seksyen 13, Restoran Nasi Kandar Royale Amirah Bukit Jelutong.Mohd Jazri “Turut menjadi lokasi adalah Restoran Nasi Kandar Zubair Bistro, Bukit Jelutong, Restoran Nasi Kandar D Nor 1, Subang Jaya dan Bluebird Cafe Bistro @Hotel Olympic, Kuala Lumpur.“Pada program ini setiap pelanggan venue tersebut akan menerima tiga snek iaitu X BIKA Seafood Sos Mahsuri Tiga Rasa, X BIKA Mahsuri Kicap Extra Pedas dan sos Mahsuri Lada Hitam.“Kita sudah buat promosi sejak 21 November lalu apabila pengunjung yang hadir ke enam restoran di atas akan diberikan item-item tadi apabila membuat pesanan contohnya mi goreng mamak Mahsuri atau produk makanan yang menggunakan produk Mahsuri,” katanya.Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang mengesahkan program tersebut akan dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.
4
16 Disember 2022 07:20am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236266/berita/sukan/croatia-maghribi-alih-tumpuan-ketiga-terbaik-qatar-2022
Croatia, Maghribi alih tumpuan ketiga terbaik Qatar 2022
DI SEBALIK kegagalan Croatia dan Maghribi mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2022, kedua-dua pasukan masih memiliki pertarungan penentuan ketiga sebagai pentas terakhir untuk keluar dari Qatar dengan maruah tahap tinggi.Menewaskan dua pasukan bertaraf dunia di Argentina dan Perancis untuk mara ke final terbukti sebagai langkah yang terlalu jauh untuk Croatia dan Maghribi, yang dengan baik menentang peluang kejohanan untuk mara ke separuh akhir.Maghribi menulis semula sejarah di sepanjang perjalanan apabila skuad Walid Regragui yang tidak gentar menjadi pasukan Afrika pertama yang mara ke kelompok empat terbaik kejuaraan berprestij bola sepak dunia tersebut.Mereka akan dialu-alukan pulang sebagai wira tanpa mengira keputusan yang bukan sahaja mendapat penghormatan dan sokongan dari benua dan dunia Arab, tetapi juga telah mendapat tempat di hati peminat neutral yang menyukai kisah dongeng.Croatia dan Maghribi akan berdepan di Qatar buat kali kedua selepas terikat tanpa jaringan 0-0 pada aksi pembukaan kumpulan F di Stadium Al Bayt, 23 November lalu, sama seperti pada 2018 apabila Belgium dan England bertemu antara satu sama lain di peringkat kumpulan dan playoff tempat ketiga.“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar pada tahap mental. Saya akan memberi peluang kepada mereka yang tidak bermain dengan misi cuba merangkul tempat ketiga.“Perkara yang penting kami mempersembahkan penampilan yang baik kepada pasukan kami dan bola sepak di Maghribi tidak jauh dari tahap tertinggi,” kata Regragui.Bagi finalis Rusia 2018, Croatia layak ke final kedua berturut-turut kelihatan tidak mungkin apabila apabila hanya memenangi satu perlawanan kumpulan.Namun hasil ketabahan dan kecekalan, dua kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Jepun dan pasukan pilihan Brazil membolehkan armada diketuai Luka Modrić beraksi di separuh akhir menentang Argentina, menyaksikan LionelMessi tampil arkitek pemusnahan pasukan dari Balkan tersebut.“Secara realistiknya, sebelum kejohanan bermula, kami semua sudah pasti akan layak ke separuh akhir. Namun, kami mula bermimpi tentang trofi itu.“Namun, kami akan memberikan segala yang kami ada pada Sabtu dan cuba memenangi pingat gangsa,” kata pemain tengah Croatia, Lovro Majer.Bagi Croatia Qatar 2022, ia mewakili peluang yang terlepas untuk menobatkan generasi emas, dengan jurulatih Zlatko Dalic mengesahkan kebanyakan mereka tidak akan bermain di Piala Dunia selepas ini.“Saya memberitahu para pemain mereka perlu mengangkat kepala, berbangga kerana memberikan yang maksimum dan bersedia, kami mesti bersedia untuk berjuang untuk tempat ketiga.“Tiada kesalahan kepada pemain kami, saya mengucapkan tahniah kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan di Piala Dunia ini. Kini kami perlu bangkit, membersihkan diri dan cuba memenangi pingat gangsa,” kata Dalic.
4
16 Disember 2022 07:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236260/berita/sukan/maghribi-barakan-semangat-baharu-bola-sepak-afrika
Maghribi barakan semangat baharu bola sepak Afrika
PENCAPAIAN Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia buat julung kalinya akan menyuntik semangat baharu dalam bola sepak Afrika.Dan memberi harapan kepada pasukan benua itu apabila kembali dalam jumlah yang lebih besar dalam masa empat tahun. - Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat 2026.Bola sepak Afrika telah berada dalam krisis keyakinan selepas Piala Dunia terakhir di Rusia, apabila tiada satu pun daripada lima pasukan berjaya keluar dari fasa kumpulan, tetapi itu kini semua berubah dengan prestasi pasukan Walid Regragui di Qatar.Menewaskan Belgium, Kanada, Portugal dan Sepanyol menyaksikan Maghribi menjadi negara Afrika dan Arab pertama berada dalam kelompok empat terbaik sekali gus rujukan serta teladan dicontohi pasukan lain.Ia adalah satu pencapaian mengagumkan, terutamanya selepas The Atlas Lions dibelenggu kecederaan, beberapa pemain separuh cergas dan keletihan dalam kebanyakan perlawanan, namun mampu mempamerkan keazaman tinggi.Banyak momentum positif dilakar Maghribi dalam setiap perlawanan dibarakan kontinjen besar para penyokong The Atlas Lions yang meningkatkan tahap desibel dengan ketara serta mencipta aura luar biasa untuk pasukan.Tetapi jurulatih muda Walid Regragui, yang dilantik hanya tiga bulan sebelum itu, juga mampu mencipta semangat berpasukan walaupun mempunyai skuad paling heterogen pada kejohanan itu.Maghribi dibarisi para pemain The Atlas Lions dalam kalangan yang berada di Eropah, yang merupakan generasi ketiga yang tidak tahu berbahasa Arab atau Perancis, menyebabkan kesukaran berkomunikasi dengan rakan sepasukan.“Kami lebih daripada sebuah keluarga, lebih daripada pasukan kelab daripada pasukan kebangsaan.“Dan saya rasa itulah yang memberi kami kekuatan hebat ini,” kata Walid Regragui.Dengan pertahanan kental membolehkan The Atlas Lions menewaskan Sepanyol dalam pusingan 16 terbaik tetapi akur kehebatan Perancis pada perlawanan separuh akhir Khamis.“Saya rasa kami telah memberikan imej yang baik mengenai Maghribi dan imej yang baik tentang bola sepak Afrika dan itu juga penting bagi kami, kerana kami mewakili negara dan benua kami,” kata Walid Regragui.Mereka akan menentang Croatia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Doha, Sabtu ini.
4
15 Disember 2022 10:24pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236258/berita/sukan/arif-aiman-sambar-tiga-gelaran-abk22
Arif Aiman sambar tiga gelaran ABK22
BINTANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22).Pemain berusia 20 tahun itu berjaya mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu selepas tampil dengan persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini.Arif Aiman menjadi antara tunjang utama kepada kejayaan luar biasa JDT yang melakar sejarah meraih quadruple dengan menyapu bersih semua kejuaraan musim ini iaitu Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.Selain memenangi MVP, Arif Aiman yang berjaya meledak 8 gol dan 16 bantuan jaringan musim ini turut mempertahankan dua lagi anugerah iaitu Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.Arif Aiman, dia mahu memberikan penghargaan kepada pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberikan sokongan serta kepercayaan kepadanya.Pertama sekali saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada TMJ yang sentiasa memberikan peluang berharga kepada pemain-pemain muda seperti saya.“Tidak dilupakan kepada ketua jurulatih (Hector Bidoglio) dan pegawai-pegawai JDT yang sentiasa memberikan peluang kepada saya untuk beraksi dalam kesebelasan utama pada musim ini.“Bagi keluarga saya, terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya serta sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya. Tidak dilupakan kepada penyokong-penyokong JDT,” katanya.SENARAI PEMENANG ABK22Pemain paling bernilai (MVP): Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)Penyerang terbaik: Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)Pemain muda terbaik: Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)Pertahanan terbaik: Shahrul Saad (JDT)Pemain tengah terbaik: Afiq Fazail (JDT)Pemain import terbaik: Bergson da Silva (JDT)Penjaga gol terbaik: Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)Pasukan terbaik: JDTJurulatih terbaik: Nafuzi Zain (Terengganu FC)Gol terbaik: Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)Fair play: PJ City FC
4
15 Disember 2022 10:23pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/236255/berita/sukan/mirnawan-buka-restoran-wagyu
Mirnawan buka restoran wagyu
IMPIAN zaman kanak-kanak legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi untuk menceburi bidang perniagaan makanan akhirnya tercapai apabila beliau membuka sebuah restoran dikenali Wagyu Master Malaysia.Menurut Mirnawan, restorannya yang terletak di Chow Kit merupakan projek bersama tiga lagi rakan kongsi membawakan daging wagyu halal khas kepada peminat makanan itu di negara ini."Perniagaan ini dibina atas pengalaman yang lalu. Sebenarnya saya memang minat dalam bidang ini sejak dahulu lagi.Selepas ini mungkin jika ada rezeki kita akan membuka lagi cawangan ini di tempat-tempat lain bagi mengembangkan lagi perniagaan ini."Wagyu Master Malaysia adalah cawangan pertama di buka di luar Taiwan," katanya kepada media ketika majlis perasmian restoran tersebut pada Khamis.Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.Dalam pada itu, Mirnawan menjelaskan daging wagyu di restorannya diperolehi dari Miyazaki, Jepun yang mempunyai pusat penyembelihan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim)."Jakim sangat proaktif dan tahu rakyat Malaysia, ramai gemar dengan daging wagyu. Justeru penggemar daging halal tidak perlu risau untuk makan daging disini,”katanya.
4
15 Disember 2022 09:54pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236239/berita/sukan/wai-ching-buru-pencapaian-lebih-tinggi
Wai Ching buru pencapaian lebih tinggi
PELARI menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching menyasarkan pencapaian lebih baik untuk 2023 dan tahun-tahun seterusnya, selepas meraih pelbagai kejayaan tahun ini dengan memenangi 19 daripada 20 perlumbaan yang disertainya.Atlet berusia 28 tahun itu, yang mencapai kedudukan nombor satu dunia Mei lalu, berazam untuk mengekalkan pencapaian tersebut untuk 10 tahun lagi dan mencatatkan namanya dalam dua Rekod Dunia Guinness tahun depan.Selain itu, Wai Ching yang juga presiden pengasas Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA) turut berhasrat mempromosikan sukan itu di rantau ini bagi dipertandingkan pada Sukan SEA 2027 yang akan dianjurkan Malaysia.Beliau juga mahu mengurangkan jumlah pertandingan yang akan disertainya tahun hadapan kepada 10 hingga 15 acara sahaja bagi mengurangkan keletihan perjalanan sekali gus dapat beraksi lebih baik.Mengenai rancangan untuk memasukkan sukan itu ke dalam Sukan SEA, beliau berkata, MTA akan menubuhkan persatuan-persatuan negeri yang mantap terlebih dahulu dan kemudian membantu negara anggota Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mengasaskan persatuan mereka.“Kita mempunyai sekitar 4,000 hingga 5,000 pelari mengambil bahagian dalam acara larian menara di seluruh negara dan mempunyai acara larian menara di Sukan SEA akan membangunkan lagi sukan ini di rantau ini.“Buat masa ini, hanya Singapura mempunyai persatuan, manakala negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina mempunyai atlet dan pertandingan mereka sendiri, namun belum menubuhkan persatuan kebangsaan," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.Minimum empat negara diperlukan untuk sesuatu sukan dipertandingkan dalam Sukan SEA.Wai Ching sebelum ini mencatatkan rekod dunia bagi Pendakian Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam - Lelaki dengan jarak 1.295 kilometer (km), bagaimanapun rekod itu dipecahkan atlet Sepanyol Christian Rodriguez dengan 1.457km bulan lepas.Wai Ching berharap Kementerian Belia dan Sukan akan membantu beliau mencapai sasaran ditetapkan, terutama dalam mendapatkan kebenaran mencipta rekod baharu di Menara Berkembar Petronas.Sementara itu, Presiden MTA Ravinder Singh berharap lebih banyak pencakar langit di Malaysia akan menganjurkan larian menara bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain mempromosikan negara. - Bernama
4
15 Disember 2022 07:41pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236210/berita/sukan/dalic-harap-modric-kekal-galas-cabaran-croatia
Dalic harap Modric kekal galas cabaran Croatia
KAPTEN Croatia, Luka Modric diharap terus menyarung jersi pasukan Balkan itu biarpun kecewa selepas disingkirkan Argentina 0-3 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada awal pagi Rabu.Itu harapan pengendali Croatia, Zlatko Dalic, percaya pemain berusia 37 tahun yang menyarung jersi kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid masih mampu menyumbang sesuatu kepada negaranya.“Saya tidak menafikan bahawa Luka Modric merupakan individu yang paling kecewa selepas kegagalan Croatia mara ke perlawanan akhir kali ini.“Ya, dia (Luka Modric) sangat kecewa semalam, kekalahan dan perlawanan itu begitu sukar untuknya. Dan ia logik untuk dia berasa sedemikian memandangkan menghampiri persaraan, ia sangat sukar untuknya.“Namun secara peribadi saya harap dia kekal dalam pasukan kebangsaan. Sudah tentu, dia sendiri yang akan membuat keputusan mengenainya,” katanya.Modric yang memiliki 161 penampilan bersama Croatia bakal berdepan Maghribi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu ini.Tambah Dalic, dia berharap Modric dapat melupakan kekecewaan itu, sebaliknya memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan penentuan tempat ketiga tersebut.“Kami mempunyai perlawanan pada hari Sabtu dan kami akan bercakap selepas itu. Namun sejujurnya ia akan menjadi sukar bagi saya jika Luka Modric mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan ini.“Jika Luka Modric mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan, ia juga akan mengundang kekecewaan dan kekesalan kepada semua penyokong pasukan Croatia di seluruh dunia.“Namun jika dia membuat keputusan sebaliknya, seluruh dunia menghormati Luka Modric kerana ia satu langkah yang amat baik untuk pasukan Croatia,” katanya.Untuk rekod pada Piala Dunia Rusia 2018, Modric mengemudi Croatia menamatkan saingan sebagai naib juara selepas tewas kepada Perancis, 4-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Luzhniki, MoscowLebih manis Modric juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan edisi Rusia 2018 juga merupakan antara nadi memacu Croatia mara ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022.
4
15 Disember 2022 04:40pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236191/berita/sukan/harimau-malaya-mantap-cuma-belum-padu
Harimau Malaya mantap cuma belum padu
HARIMAU Malaya disifatkan masih belum cukup padu biarpun melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Rabu.Bagaimanapun pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap positif dengan persembahan setiap para pemainnya dalam menyaingi pasukan lawan dalam perlawanan tersebut.“Saya gembira dengan kemenangan kedua diraih pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Maldives kali ini. Malah perlawanan malam ini juga berintensiti tinggi kerana itu yang saya mahukan dan berpuas hati.“Biarpun persembahan babak pertama agak bergelut, namun situasi itu di atasi sepanjang separuh masa kedua. Mungkin bola sepak kita menuntut secara fizikal dan kadangkala pemain perlu lebih tepat dan tidak sepatutnya hilang penguasaan bola lebih awal.“Intensiti pasukan agak berkurangan sedikit dalam perlawanan ini berbanding ketika mengatasi Kemboja sebelum ini,” katanya selepas perlawanan pada Rabu.Anak buah Pan-gon sebelum itu mengekalkan momentum kemenangan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membelasah Maldives 3-0 pada aksi persahabatan di Stadium Bolasepak pada Rabu.Pada perlawanan itu, Pan-gon meneruskan eksperimen terhadap pasukan apabila melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama dengan mengekalkan empat pemain ketika membelasah Kemboja 4-0 pada aksi persahabatan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu.Hasilnya Harimau Malaya berjaya merobek gawang Red Snappers kendalian Francesco Moriero menerusi jaringan Darren Lok pada minit ke-24', diikuti Faisal Halim (64') sebelum gol minit ke-88', pemain naturalisasi negara Lee Tuck, yang dibawa masuk menggantikan Muhammad Safawi, melengkapkan kemenangan bergaya pasukan negara.Tambah Pan-gon, para pemain juga telah membuktikan segala-galanya hasil latihan dua minggu sebelum ini dalam dua perlawanan persahabatan tersebut.“Para pemain saya sudah mencuba sehabis baik dan berjaya menjaringkan gol. Apa yang mereka lakukan sejak dua minggu ini dengan berlatih bersungguh-sungguh dan komitmen tinggi diterjemahkan semuanya dengan baik.“Mereka adalah pemain profesional dan saya tetap menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam perlawanan ini.“Jika kita kalah, saya gembira kerana pemain telah menunjukkan semangat, komitmen dan mengikut arahan 100 peratus, jadi tiada aduan. Cuma beberapa aspek teknikal dan taktikal yang perlu diperbaiki, kita akan membetulkannya,” katanya.Mengenai bayangan senarai 23 pemain daripada senarai 28 sedia ada untuk menghadapi Piala AFF 2022, Pan-gon berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.“Saya tidak menilai pemain berdasarkan individu tetapi lebih pada kesesuaian taktikal pasukan dalam perlawanan dan sebenarnya para pemain tidak boleh dinilai hanya bersandarkan satu perlawanan sahaja.“Biarpun begitu saya berpuas hati dengan komitmen semua para pemain secara individu dan saya tidak menilai hanya berdasarkan perlawanan malam ini sahaja,” katanya.Harimau Malaya akan menyingkap cabaran kejuaraan Kumpulan B Piala AFF berdepan Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).Mengenai keyakinan terhadap pasukan untuk menentang Vietnam dan Singapura, Pan-gon berkata, para pemainnya berada dalam semangat berpasukan yang bagus, komited dan kemahuan tinggi meraih kejayaan.“Setakat ini kami bermain baik, jadi kami mahu berikan anda persembahan yang baik dalam setiap perlawanan. Semua orang dan peminat perlu tahu bahawa kami berjuang untuk anda, kami sangat serius. Setiap hari kami bekerja keras jadi kami mahu anda berada di pihak kami.“Jika kami tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, kita perlu menangis bersama, kalau dapat hasil yang baik kita gembira bersama. Kami cuba untuk membuatkan para penyokong gembira, sebab itu kami banyak berlari, banyak berlawan untuk membanggakan anda,” katanya.
4
15 Disember 2022 03:36pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236184/berita/sukan/aura-argentina-sukar-ditandingi-di-qatar-2022
Aura Argentina sukar ditandingi di Qatar 2022
PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris menjangkakan penyandang juara itu akan berdepan detik sukar apabila menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail Ahad ini“Argentina seperti semua tahu merupakan pasukan yang sangat hebat. Pasukan itu telah menunjukkan betapa kompetitifnya mereka dan mempunyai pemain seperti Lionel Messi yang ternyata memiliki aura kehebatan sukar ditandingi di arena bola sepak.“Bagaimanapun kami akan tampil sepenuh jiwa untuk cuba mengubah keadaan seterusnya mempertahankan kejuaraan,” kata kapten Perancis itu selepas menyingkirkan cabaran Maghribi di perlawanan separuh akhir awal pagi Rabu.Sementara itu, pemain tengah Perancis, Youssouf Fofana mengakui bukan mudah untuk menggantikan Adrien Rabiot yang tidak dapat beraksi selepas dijangkiti selesema.“Dia hebat sejak pusingan awal Piala Dunia berlangsung dan sukar untuk mencapai tahapnya tetapi pasukan banyak membantu. Setakat ini saya gembira apabila semuanya berjalan lancar,” kata Fofana.
4
15 Disember 2022 03:14pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236181/berita/sukan/perancis-tak-koyak-aura-messi
Perancis tak koyak aura Messi
AURA Lionel Messi tidak mengentalkan Perancis sebaliknya penyandang juara itu bersedia untuk menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Ahad ini.Les Bleus menempah tempat ke perlawanan akhir kedua berturut-turut selepas mengatasi Maghribi 2-0 pada separuh akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Khamis.Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Didier Deschamps itu hanya tinggal satu kemenangan lagi untuk menjadi pasukan pertama mengekalkan Piala Dunia sejak Brazil pada edisi Chile 1962 yang melibatkan 16 pasukan.Namun Argentina yang berstatus juara Copa America 2021 pimpinan Lionel Scaloni dilihat merupakan penghalang terakhir buat Les Bleus dengan azimat Messi memberi inspirasi kepada La Albiceleste sehingga ke tahap ini dalam Piala Dunia terakhirnya.Di sebalik itu, pelbagai pihak menjangkakan Qatar 2022 merupakan pentas terbaik buat Messi merangkul kejuaraan utama bola sepak dunia di kemuncak kariernya selepas kali terakhir dilakukan skuad diketuai Diego Maradona semasa di edisi Mexico 1986.Namun, bagi Theo Hernandez salah seorang daripada dua penjaring gol Perancis ketika menjinakkan Maghribi menegaskan biarpun Messi tidak mempunyai sebarang ketakutan terhadap anak buah Deschamps, namun juara bertahan itu tidak akan melepaskan trofi kejuaraan tanpa tentangan sengit.“Sejujurnya beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Dunia secara berturut-turut merupakan detik yang sangat luar biasa. Kami melakukan setiap tugasan dengan baik, ia nampak sukar, namun kami akhirnya berada di perlawanan akhir.“Apabila berada di fasa ini kami akan bekerja lebih keras untuk memenangi perlawanan akhir ini."Sekarang kita perlu memikirkan tentang perlawanan akhir. Ya, saya penat tetapi ia bagus untuk memenangi separuh akhir Piala Dunia. Sekarang mari kita pulih untuk perlawanan Ahad.“Messi tidak menakutkan kita, Argentina adalah pasukan yang luar biasa tetapi kita mempunyai beberapa hari untuk melakukan persiapan lebih rapi bagi mengharungi perlawanan akhir,” kata Hernandez.Aksi perlawanan akhir ini juga memperlihatkan Perancis mempertaruhkan aura Kylian Mbappe - rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain (PSG) yang juga membantu dalam gol kedua yang dijelmakan Randal Kolo Muani ketika perlawanan berbaki 11 minit sebelum tamat.
4
15 Disember 2022 02:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236169/berita/sukan/sukma-2024-kontinjen-melaka-perlu-rm5-juta
Sukma 2024: Kontinjen Melaka perlu RM5 juta
MELAKA - Kontinjen Melaka memerlukan RM5 juta dalam memastikan persiapan awal menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang dijangka akan berlangsung di Johor pada 2024.Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, peruntukan tersebut membabitkan elaun jurulatih, atlet, pembelian peralatan, sewa tempat latihan, pengangkutan serta pelbagai lagi perbelanjaan."Sebenarnya permohonan ini agak tinggi namun untuk makluman Majlis Sukan Negeri (MSN), kami bekerja mengikut peruntukan yang ada atau apa sahaja sumber yang kami peroleh."Jadi peruntukan ini bertujuan memastikan pencapaian diharapkan daripada setiap atlet yang mengambil bahagian dan meneruskan kecemerlangan seperti sebelum ini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini pada Khamis.Beliau menjawab soalan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) sama ada kerajaan mempunyai peruntukan khusus bagi menghadapi Sukma 2024 nanti.Katanya, kontinjen Melaka mempamerkan prestasi membanggakan apabila memperoleh 17 emas, 11 perak dan 23 gangsa dengan kedudukan keseluruhan di tangga ke-11 pada Sukma ke-20 di Kuala Lumpur baru-baru ini, menerusi 31 acara dipertandingkan."Untuk Sukma kali ini (2024), kita menyasarkan 20 emas melalui beberapa acara termasuk wushu, badminton dan renang,” katanya.Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan, Shanmugam berkata, kerajaan negeri akan menyediakan senarai panjang atlet bawah 21 tahun berpotensi dikumpul melalui semua persatuan sukan di negeri berkenaan bagi memastikan bakat-bakat yang ada tidak terlepas di tangan kontijen negeri lain."Kita tidak mahu jadi seperti sebelum ini iaitu atlet yang tidak dimasukkan ke dalam senarai, disambar oleh negeri lain. Sedangkan kita mempunyai ramai atlet dan pemain terbaik yang boleh memenangi pingat emas, malah atlet yang dipinjamkan (ke negeri lain) pun mampu meraih pingat," katanya.Ujar beliau, selain senarai tersebut, persediaan secara berterusan juga akan dilakukan termasuk mencungkil bakat baharu menerusi kejohanan kecil yang diadakan di setiap peringkat."Untuk memastikan Melaka mampu bersaing dengan negeri-negeri lain, kita mahu persatuan memantau pemain-pemain yang bertanding dalam kejohanan kecil untuk kelayakan dimasukkan ke dalam senarai."Selain itu, fasiliti dan infrastruktur atlet juga perlu dipantau, bukan hanya padang atau gelanggang utama tetapi merangkumi padang di taman perumahan atau di kampung-kampung...mungkin tidak perlu dinaik taraf tetapi pastikan ia diselenggara selalu," katanya. - Bernama
4
15 Disember 2022 01:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236120/berita/sukan/regragui-mohon-maaf-kepada-rakyat-maghribi
Regragui mohon maaf kepada rakyat Maghribi
SKUAD Maghribi sudah memberikan sepenuh kudrat, namun perjalanan mereka terhenti di separuh akhir Piala Dunia setelah tewas 0-2 kepada juara bertahan Perancis pada Khamis.Bagaimanapun jurulatihnya, Walid Regragui tetap memuji usaha para pemain dalam pengembaraan kisah dongeng mereka sehingga mara ke kelompok empat pasukan terbaik dunia."Kami sudah memberikan segala-galanya, itu yang paling penting. Pemain berjuang sehingga minit akhir."Kami mahu memenangi perlawanan ini tetapi kami bertemu lawan kuat yang tahu apa mereka lakukan."Mereka menunggu anda melakukan kesilapan di mana kami lakukannya di awal perlawanan," ujar Regragui.Semangat para pemain Maghribi disentap pada awal permainan menerusi gol pembukaan Theo Hernandez pada minit kelima.Regragui sebelum ini melalui detik manis apabila anak buahnya melakar kejutan demi kejutan dengan menewaskan Sepanyol dan Portugal pada pusingan kedua serta suku akhir.Beliau juga tidak terlepas daripada cabaran apabila terpaksa berdepan dengan beberapa pemain yang bergelut untuk cergas sepenuhnya.Pemain pertahanan tengah, Nayef Aguerd terpaksa diketepikan selepas memanaskan badan dan dingantikan dengan Achraf Dari.Seorang lagi pemain pertahanan dan kapten, Romain Saiss diturunkan dalam kesebelasan utama tetapi terpaksa dikeluarkan selepas 21 minit beraksi."Kami kehilangan ramai pemain yang sudah melakukan yang terbaik. (Noussair) Mazraoui tidak cergas tetapi tetap beraksi. Begitu juga Saiss."Tiada apa-apa lagi dapat saya katakan apabila pemain memberikan yang paling maksimum," kata Regragui.Jentera serangan Maghribi berusaha keras sepanjang permainan untuk memburu gol penyamaan, namun mereka kekurangan sentuhan penyudah."Kami berpeluang menjaringkan gol, tetapi malangnya ia tidak berhasil. Semoga rakyat Maghribi memaafkan kami. Kami mahu ke final tetapi...lain kali Insya-ALLAH," ujar Regragui.
4
15 Disember 2022 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236117/berita/sukan/final-fokus-griezmann
Final fokus Griezmann
SKUAD Perancis enggan menoleh ke belakang lagi, sebaliknya mahu fokus mempertahankan gelaran Piala Dunia selepas kejayaan di Rusia empat tahun lalu.Pemain penyerang, Antoine Griezmann berkata, skuad Perancis tidak mahu terlalu dibuai kemenangan di separuh akhir selepas mengalahkan Maghribi 2-0 pada Khamis.Tumpuan skuad Les Bleus ketika ini ialah Argentina yang akan menjadi lawan mereka dalam aksi final di Stadium Lusail pada Ahad.Penyerang Atletico Madrid itu menjadi arkitek kejayaan Perancis di Piala Dunia Qatar dalam usaha Les Bleus untuk menjadi pasukan pertama mengekalkan kejuaraan selepas 60 tahun.Kali terakhir dilakukan Brazil menerusi kejayaan berganda pada edisi 1958 dan 1962."Empat tahun lalu selepas (kemenangan 1-0 di separuh akhir ke atas) Belgium, saya menangis, tetapi sekarang saya lebih fokus untuk Ahad."Daripada meraikan kejayaan ke final, kami terus berpijak di bumi nyata. Kami fokus kepada pemulihan dan bersedia untuk perlawanan itu," ujar Griezmann.Perancis membuka tirai jaringan menerusi bek kiri, Theo Hernandez dan gol lewat permainan Randal Kolo Muani membawa Les Bleus ke final sekali gus menamatkan perjalanan epik Maghribi."Saya kagum aksi Maghribi. Mereka mempunyai taktikal yang baik, bertahan dan menyerang. Mereka memberikan masalah kepada kami."Gol awal menjadikan keadaan lebih mudah buat kami. Gol kedua kami berasa lebih selesa. Ia perlawanan yang sukar, perkara-perkara kecil yang membezakannya," katanya.Bagi Griezmann, pasukan yang mempunyai pemain sensasi, Lionel Messi di dalamnya berada di tahap berbeza.Griezmann dan pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu pernah beraksi bersama ketika mereka di Barcelona.
4
15 Disember 2022 08:02am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236116/berita/sukan/emosi-dan-gembira-deschamps-perancis-mara-ke-final
Emosi dan gembira Deschamps Perancis mara ke final
TIDAK dapat digambarkan perasaan gembira pengendali Perancis, Didier Deschamps setelah Les Blues mara ke final Piala Dunia dua kali berturut-turut selepas kali pertama melakukannya di Rusia empat tahun lalu.Kejayaan itu diraih selepas Les Bleus membenam cabaran Maghribi 2-0 dalam saingan separuh akhir di Stadium Al Bayt awal pagi Khamis.Deschamps hanya mahu bercakap mengenai 'emosi dan rasa bangga'."Jelas ia adalah langkah yang penting hari ini (Khamis) dan kini ada satu lagi (final)."Kami sudah bersama sejak sebulan lalu. Ia bukan mudah. Kami sangat gembira dan pemain dapat habuan mereka," katanya.Perancis juara edisi lalu itu dalam misi mempertahankan gelaran akan menentang Argentina pada Ahad ini.Gol kemenangan Les Bleus dihasilkan oleh Theo Hernandez pada minit kelima dan Randal Kolo Muani pada minit ke-79.Perancis mengimpikan untuk menjadi negara pertama dalam tempoh 60 tahun merangkul Piala Dunia berturut-turut selepas kejayaan berganda Brazil pada edisi 1958 dan 1962.
4
15 Disember 2022 08:01am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/236110/berita/sukan/sasaran-tinggi-barakan-semangat-pemain-baharu
Sasaran tinggi barakan semangat pemain baharu
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin boleh meletakkan sasaran tinggi dalam Piala AFF walaupun skuad Harimau Malaya dibarisi ramai pemain muda dan muka baharu.Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan berkata, sasaran tinggi itu bukan untuk memberi tekanan kepada pemain sebaliknya mampu membakar semangat memperagakan aksi terbaik dalam kejohanan tersebut.“Memang itu (letak sasaran tinggi) yang perlu dibuat FAM. Siapa pun yang berada dalam senarai akhir 23 pemain, sekurang-kurangnya kita sudah letak di satu standard yang tinggi.“Kalau dapat capai, ia adalah satu pencapaian dan kejutan untuk pasukan kebangsaan tetapi jika tidak, ia boleh dijadikan sebagai medium untuk jurulatih melihat keupayaan sebenar pemain muda dan muka baharu yang mewakili negara kali ini. Jadi jangan takut letak sasaran tinggi,” katanya kepada Sukan Harian pada Rabu.Untuk rekod, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih belum mengumumkan sasaran di Piala AFF dan hanya akan berbuat demikian selepas perlawanan persahabatan menentang Maldives.FAM perlu meletakkan sasaran tinggi kepada pasukan Harimau Malaya. - Foto Football Association of MalaysiaWan Jamak yang juga bekas pengendali kebangsaan turut menyifatkan sasaran ke perlawanan akhir sebagai realistik untuk diletakkan Pan-gon dan FAM.Menurutnya, ia berdasarkan semangat pemain muda dan baharu yang sudah tentu akan memberikan aksi luar biasa buat negara kerana pertama kali menyarung jersi kebangsaan.“Harapan penyokong dan saya sendiri sudah tentu mahu lihat mereka ke final. Bagi saya, pemain baharu atau pemain lama, itu persoalan nombor dua.“Apa yang penting, pemain itu mewakili negara dan apabila mewakili negara, dia kena menunjukkan prestasi yang baik berbanding mewakili kelab.“Kita juga kena tengok apabila pemain baharu diberikan peluang bermain, mereka akan menunjukkan satu permainan yang luar biasa untuk memenangi hati peminat dan jurulatih. Jadi tidak salah meletakkan sasaran tinggi,” katanya.Harimau Malaya akan memulakan aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 pada 21 Disember ini menentang Myanmar di Yangon.Skuad Pan-gon kemudian dijadualkan bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember sebelum menentang Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.
4
15 Disember 2022 07:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236104/berita/sukan/perancis-gah-ke-final-piala-dunia-jumpa-argentina
Perancis gah ke final Piala Dunia, jumpa Argentina
PENYANDANG juara Perancis membuktikan kredibiliti sebagai pasukan layak beraksi di pentas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menyingkirkan cabaran Maghribi 2-0 pada separuh akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Khamis.Angkatan Didier Deschamps tampil dengan reputasi pasukan pilihan di pentas empat terbaik dengan misi untuk menjadi pemenang Piala Dunia kedua berturut-turut pertama sejak Brazil pada 1958 dan 1962.Deschamps mempertaruhkan rangkaian mesin gol elit Kylian Mbappe, Olivier Giroud dan Antoine Griezmann yang paling berbahaya, serta berpengalaman ketika menjulang kejuaraan di edisi Rusia 2018 sebelum ini.Namun pada masa sama terpaksa menyisihkan kudrat Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano di saat akhir berikutan masalah kesihatan.The Atlas Lions kendalian Walid Regragui pula yang menjadi pasukan dari benua Afrika pertama mara ke separuh akhir dalam sejarah kejohanan itu tampil sekali lagi dengan pakej kejutan sebagai skuad pembunuh gergasi.Regragui mengekalkan kebergantungan terhadap dua perancang utama, Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi selain kemagisan Youssef En-Nesyri di bahagian depan.Bagaimanapun pemain pertahanan kelab Serie A Itali AC Milan, Theo Hernandez berusia 25 tahun terlebih dulu meletakkan Les Bleus di depan seawal minit kelima hasil kealpaan bahagian pertahanan Maghribi untuk mendahului babak pertama.Pada babak kedua Perancis terpaksa menunggu kehadiran kelibat pemain kelab Bundesliga Jerman Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani yang masuk menggantikan bintang kelab La Liga Sepanyol, Ousmane Dembele minit ke-79, bagi melengkapkan kemenangan Les Bleus beberapa saat kemudian.Kemenangan itu membolehkan Perancis berentap menentang juara Copa America 2021 pimpinan Lionel Scaloni yang diketuai Lionel Messi di Stadium Lusail pada Ahad.Argentina yang juga juara dunia edisi 1978 dan 1986 mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan cabaran naib juara Rusia 2018 Croatia 3-0 dalam satu lagi separuh akhir di Stadium Lusail pada awal pagi Rabu.Maghribi pula akan berdepan Croatia bagi penentuan tempat ketiga dalam perlawanan di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.Untuk rekod kali terakhir kedua-dua pasukan berentap pada 23 November lalu di Stadium Al Bayt yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
4
15 Disember 2022 05:19am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/236099/berita/sukan/harimau-malaya-mudah-tundukkan-maldives
Harimau Malaya mudah tundukkan Maldives
SKUAD Harimau Malaya bagaikan sudah bersedia untuk menghadapi saingan Piala AFF 2022 selepas menewaskan Maldives 3-0 dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Rabu.Kemenangan itu melengkapkan aksi cemerlang skuad negara dalam siri perlawanan persahabatan apabila sebelum ini turut membelasah Kemboja 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat lalu.Skuad negara kendalian Kim Pan-gon bermula baik menguasai perlawanan selain garang mencipta serangan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil.Peluang awal tiba menerusi penyerang negara, Darren Lok yang melakukan percubaan hasil hantaran Brendan Gan pada minit ke-11, tetapi terkena kaki penjaga gol Maldives, Hussain Shareef.Harimau Malaya membuka tirai jaringan menerusi Darren pada minit ke-24 apabila dia memanfaatkan kesilapan pertahanan Maldives, Hussain Sifaau Yoosuf.Safawi Rasid juga berpeluang mencetak nama selaku penjaring menerusi sepakan percuma pada minit ke-37, namun percubaannya tersasar sebelah kanan pintu gol Maldives.Bersambung babak kedua, Faisal Halim menggandakan jaringan hasil hantaran Darren pada minit ke-64 apabila tenang menyudahkan situasi satu lawan satu berhadapan Shareef.Kapten Harimau Malaya itu sekali lagi berpeluang menambah jaringan pada minit ke-71, namun sepakan cantiknya dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan Shareef.Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck melengkapkan kemenangan skuad negara menerusi gol ketiga pada minit ke-88 selepas cemerlang menyudahkan hantaran rakan sepasukan di pasukan Sri Pahang FC, Sergio Aguero.Selepas dua aksi persahabatan tersebut, Pan-gon akan menyenaraikan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran di Piala AFF.Harimau Malaya akan memulakan aksi pembukaan Kumpulan B kejohanan tersebut pada 21 Disember ini menentang Myanmar di Yangon.Skuad negara kemudiannya dijadualkan bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember sebelum menentang Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.
4
14 Disember 2022 11:03pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236097/berita/sukan/messi-mampu-akhiri-kemarau-argentina
Messi mampu akhiri kemarau Argentina
BINTANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic percaya Piala Dunia Qatar 2022 merupakan pentas terbaik untuk Lionel Messi mengakhiri kemarau kejuaraan utama dunia."Saya rasa sudah tertulis siapa yang akan menang dan anda tahu siapa yang saya maksudkan."Saya rasa Messi akan menjulang trofi itu, ia sudah tertulis," kata Ibrahimovic yang mewakili Sweden dalam dua Piala Dunia pada 2002 dan 2006.Messi berusia 35 tahun berkemungkinan besar akan membuat penampilan terakhir bersama Argentina di Qatar 2022, berada di landasan terbaik meraih kejuaraan dengan penyingkiran Brazil, Portugal, Jerman dan Sepanyol.Argentina juara Copa America 2021 kelihatan bersedia untuk merangkul gelaran paling berprestij bola sepak buat kali pertama sejak 1986.Ditanya mengenai Maghribi, yang menjadi pasukan Afrika atau Arab pertama yang mara ke empat perlawanan akhir Piala Dunia, Ibrahimovic berkata: “Saya tidak fikir ia satu kejutan kerana saya tahu mereka bagus sebelum Piala Dunia.“Piala Dunia semuanya boleh berlaku, mereka mara ke separuh akhir, mungkin sedikit terkejut, tetapi harus diingat mereka pasukan bagus dan sebuah negara yang baik."
4
14 Disember 2022 10:36pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236094/berita/sukan/hannah-yakeb-beri-penghormatan-terakhir-kepada-sabapathy
Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir memberi penghormatan terakhir kepada legenda olahraga negara mendiang, S Sabapathy pada Rabu.Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika berkongsi perkara itu berkata, Hannah mengetuai Skuad Yakeb Prihatin hadir ke rumah mendiang di Seremban 2, Negeri Sembilan.“Menteri bergegas selepas mesyuarat KBS di Putrajaya ke Seremban untuk berjumpa keluarga mendiang.“Sungguh saya terharu komitmen menteri, sungguhpun masih baharu tapi 'human touch' beliau harus dijadikan teladan,” kata Noorul Ariffin dalam satu hantaran dikongsikan Yakeb di media sosialnya.Berita pemergian Sabapathy berusia 75 tahun awal pagi Rabu, yang pernah beraksi dalam kategori 4x400 meter (m) di Olimpik Munich 1972 itu dikongsikan anak sulung mendiang, P Mahaletchumy.Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.“Ayah meninggal dunia pada jam 4.45 pagi. Sebelum ini, dia sukar untuk bernafas selain keadaan buah pinggangnya turut bermasalah,” katanya.Mendiang akan dibawa ke krematorium di Mantin, Negeri Sembilan pada Khamis meninggalkan isterinya G Maliga, 66, dan dua anak perempuan.Untuk rekod, Sabapathy pernah memperoleh emas acara 4x100m dalam Sukan SEA di Singapura pada 1973.
4
14 Disember 2022 10:20pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236093/berita/sukan/penyokong-argentina-berpesta-di-buenos-aires
Penyokong Argentina berpesta di Buenos Aires
BERIBU-RIBU rakyat Argentina memenuhi jalan di tengah Buenos Aires dengan sepanduk biru putih selepas menyaksikan Lionel Messi membawa La Albiceleste mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 setelah menewaskan Croatia 3-0 pada awal pagi Rabu.Orang ramai sebelum itu memenuhi sekitar Obelisco di tengah-tengah ibu kota yang riuh selepas Messi meletakkan pasukan Amerika Selatan di depan hasil sepakan penalti sebelum Julian Alvarez menjaringkan dua lagi gol.Kemenangan tersebut membolehkan Argentina beraksi di pentas perlawanan akhir, yang boleh menyaksikan negara itu memenangi Piala Dunia pertamanya sejak Diego Maradona mengetuai Albiceleste meraih kemenangan edisi Mexico 1986.“Saya teruja kerana perlawanan akhir adalah yang terbaik. Kami tidak boleh berharap lebih.“Ia satu perasaan yang luar biasa sebagai rakyat Argentina. Lihat sahaja kegembiraan dalam kalangan peminat sukan nombor satu negara ini,” kata peminat Mauricio Gasandrea ketika meraikannya di Buenos Aires.Kejayaan juara dunia dua kali itu mara ke final menyaksikan penyokong meraikan di perhentian bas, tiang lampu jalan dan arca, dengan beberapa gendang dibunyikan dan hon yang berbunyi.“Ia menakjubkan, ia adalah kegembiraan amat besar. Bagi semua rakyat Argentina, ia adalah unik yang tidak dapat dijelaskan,” kata Angeles, seorang lagi penyokong.
4
14 Disember 2022 10:13pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236086/berita/sukan/piala-dunia-perancis-gerakkan-10000-pegawai-polis
Piala Dunia: Perancis gerakkan 10,000 pegawai polis
BIMBANG kemungkinan rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia, Perancis dan Maghribi di Qatar pada awal pagi Khamis, Perancis merancang menggerakkan 10,000 pegawai polis termasuk 5,000 khusus ditempatkan di Paris dan di kawasan sekitarnya.Di Paris, polis akan ditempatkan di sekitar boulevard Champs-Elysees seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.Paris sebelum ini menyaksikan insiden ganas pada 10 Disember selepas kemenangan Maghribi dan Perancis di peringkat suku akhir.Champs-Elysees bagaimanapun tidak ditutup pada Rabu.Kebanyakan jalan masuk ke Paris akan ditutup mulai jam 6.30 petang termasuk beberapa stesen metro dan RER.Ancaman lain adalah daripada samseng berhaluan kanan yang radikal seperti dilaporkan stesen radio Europe 1.Menurut Europe 1, di bandar Strasbourg, beberapa dozen ahli pesalah Strasbourg, kumpulan samseng yang terdiri daripada neo-Nazi, Identitarian dan ultra-nasionalis, dikatakan merancang berkumpul di jalan-jalan di pusat bandar selepas perlawanan itu.Perlawanan itu dilihat oleh beberapa pihak sebagai pertembungan antara Kolonialis Perancis dan bekas jajahannya di Afrika Utara.
4
14 Disember 2022 09:23pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/236040/berita/sukan/tfc-lepaskan-12-pemain-termasuk-lima-import
TFC lepaskan 12 pemain termasuk lima import
TERENGGANU FC (TFC) mengumumkan pengguguran 12 pemain termasuk lima tonggak import daripada barisan yang akan membawa cabaran skuad itu di Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.Lima pemain import itu ialah Kipre Tchetche, Pape Diakite, Petrus Shetembi, Kpah Sherman dan Manuel Ott yang mengikut jejak langkah bekas ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain berhijrah ke Kedah Darul Aman (KDA) FC.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh berkata, pemain tempatan yang digugurkan pula ialah Mohd Sharmiza Yusoff, Shahrin Sapien, Azalinullah Alias, Nik Akif Shahiran Nik Mat, Muhd Arif Anwar, Mohd Hafizal Alias dan pemain sayap sensasi, Faisal Halim.“Pengurusan kelab ingin berterima kasih atas jasa mereka ketika bersama TFC. Selamat maju jaya diucapkan untuk perjalanan karier mereka selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.TFC sebelum ini telah menandatangani kontrak bersama penyerang import kelahiran Haiti, Sony Norde.Turut dikekalkan pemain sayap, Faiz Nasir dan tonggak pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar.Dalam pada itu, TFC turut mengumumkan senarai enam pemain daripada pasukan Terengganu FC II (TFC ll) yang akan dinaikkan pangkat ke skuad Penyu musim depan.Mereka termasuk Safwan Mazlan, Aqil Irfanuddin Mohamad Sabri, Fazli Ghazali, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, Firdaus Rusdi dan Shafawi Mohamad.“Pemain ini telah mempamerkan kualiti permainan yang cemerlang untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.“Kesemua pemain telah disemak dan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal TFC untuk didaftarkan bersama skuad utama musim depan,” katanya.
4
14 Disember 2022 03:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/236024/berita/sukan/bekas-atlet-olimpik-s-sabapathy-meninggal-dunia
Bekas atlet Olimpik S Sabapathy meninggal dunia
BEKAS jaguh pelari kebangsaan S Sabapathy meninggal dunia pada usia 75 tahun awal pagi Rabu.Berita pemergian atlet yang pernah beraksi dalam kategori 4x400 meter (m) di Olimpik Munich 1972 itu dikongsikan anak sulung mendiang, P Mahaletchumy ketika dihubungi Bernama.Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.Ayah meninggal dunia pada jam 4.45 pagi. Sebelum ini, dia sukar untuk bernafas selain keadaan buah pinggangnya turut bermasalah,” katanya.Mendiang akan dibawa ke krematorium di Mantin, Negeri Sembilan esok.Mendiang meninggalkan isterinya G. Maliga, 66, dan dua anak perempuan.Sabapathy pernah memperoleh emas acara 4x100m dalam Sukan SEA di Singapura pada 1973. - Bernama
4
14 Disember 2022 02:55pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/236010/berita/sukan/harga-tiket-piala-aff-turun-lagi
Harga tiket Piala AFF turun lagi
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan peringkat Kumpulan Piala AFF 2022 menentang Laos dan Singapura diturunkan lagi kepada serendah RM30 untuk satu perlawanan.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penurunan harga tiket kali kedua itu dibuat selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya.Menurut Hamidin, beliau telah sekali lagi mengarahkan kepada Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais supaya mendapatkan solusi terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai di antara FAM dan penyokong."Untuk makluman semua, peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding edisi 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos-kos berkaitan dalam tempoh empat tahun ini termasuk kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong."Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ketika ini dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong di stadium pada setiap perlawanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5.Beliau berkata, bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal ataupun harga yang telah diturunkan semalam, proses pemulangan untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline."Akhir kata, saya menjemput dan mengalu-alukan kehadiran lebih ramai penyokong Harimau Malaya untuk sama-sama membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember ini bagi perlawanan menentang Laos dan pada 3 Januari depan bagi perlawanan menentang Singapura."Semoga kehadiran lebih ramai penyokong ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi, semangat dan persembahan barisan pemain Harimau Malaya. Semua ini adalah demi lencana di dada!," ujarnya.
4
14 Disember 2022 02:06pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235989/berita/sukan/piala-dunia-terakhir-messi
Piala Dunia terakhir Messi
BINTANG sensasi Argentina, Lionel Messi mengesahkan final Piala Dunia Qatar akan menjadi penampilan terakhir buatnya dalam kejohanan temasya terbesar dunia itu.Messi membantu kemenangan Argentina 3-0 menentang Croatia pada aksi separuh akhir pada Rabu dan akan melakukan penampilan ke-172 dalam usaha menamatkan kemarau Piala Dunia buat negaranya sejak 1986.Saya rasa sangat gembira untuk sampai ke tahap ini dan untuk menamatkan perjalanan Piala Dunia dengan bermain perlawanan terakhir di final."Beberapa tahun lagi untuk edisi Piala Dunia seterusnya dan saya tidak rasa mampu melakukannya. Untuk mengakhiri seperti ini adalah sangat bagus," katanya.Pemain berusia 35 tahun itu beraksi dalam Piala Dunia kelimanya mengatasi rekod empat kali Diego Maradona dan Javier Mascherano."Ia rekod yang baik, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mengapai matlamat pasukan yang akan menjadi perkara paling indah pernah berlaku."Kami hanya satu langkah lagi ke arah itu (menang Piala Dunia), kami akan lakukan sehabis baik," katanya.
4
14 Disember 2022 11:56am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235988/berita/sukan/bola-al-hilm-untuk-aksi-separuh-akhir-akhir
Bola Al Hilm untuk aksi separuh akhir, akhir
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menukar bola baharu yang dinamakan Al Hilm untuk digunakan dalam aksi separuh akhir dan akhir Piala Dunia Qatar 2022.Bola tersebut yang digelar 'bola impian' mula digunakan ketika aksi separuh akhir Argentina menentang Croatia di Stadium Lusail pada Rabu.Bola tersebut juga menggantikan bola Al Rihla atau digelar Perjalanan yang sebelum ini digunakan sejak peringkat kumpulan.Pasukan terpaksa menyesuaikan diri dengan bola tersebut yang diperkenalkan beberapa hari sebelum aksi separuh akhir.Dalam satu kenyataan oleh FIFA, bola tersebut menggunakan teknologi sama seperti Al Rihla iaitu 'Connected Ball' daripada Adidas."Teknologi ini membantu pegawai perlawanan membuat keputusan yang pantas dan tepat semasa Piala Dunia."Teknologi itu juga membolehkan keputusan mengenai ofsaid dibuat lebih cepat ketika pegawai boleh melihat detik sebenar pergerakan bola itu," kata kenyataan itu.FIFA berkata, reka bentuk bola tersebut diinspirasikan oleh negara tuan rumah dan trofi Piala Dunia itu sendiri."Bola itu dibentuk menerusi warna 'padang pasir yang berkilauan di wilayah mengelilingi bandaraya Doha, warna trofi Piala Dunia dan corak bendera Qatar," kata FIFA.
4
14 Disember 2022 11:43am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235986/berita/sukan/kesedihan-kekecewaan-buat-croatia---modric
Kesedihan, kekecewaan buat Croatia - Modric
PEMAIN tengah Croatia, Luka Modric kecewa selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Argentina dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Stadium Lusail pada Rabu.Menurutnya, Croatia bermain dengan baik, namun beberapa keputusan pengadil memberikan kesan kepada perlawanan tersebut."Kami tidak mahu tewas, tetapi kami perlu bangkit untuk perlawanan penentuan tempat ketiga. Kami sedih, kami mahu berada di final tetapi tidak berjaya.Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Argentina. Namun, dua keputusan pengadil tidak memberikan sepakan sudut dan menghadiahkan penalti kepada Argentina mengubah segalanya."Pemain Argentina (Julian Alvarez) itu telah menendang bola tersebut dan kemudian baru bertembung dengan penjaga gol kami. Saya tidak percaya pengadil memberikan penalti."Ia mengubah rentak permainan tetapi kami tidak dapat mengubah keputusan. Sekarang kami perlu bangkit dan menang perlawanan seterusnya," katanya.Pemain berusia 37 tahun itu juga menegaskan bermain untuk tempat ketiga juga amat penting untuk pasukan."Kami telah mengharungi Piala Dunia yang hebat dan kini ada tempat ketiga dipertaruhkan. Kami perlu mempersiapkan diri. Jika kami menang ia juga satu kejayaan," katanya.Dalam pada itu, Modric tetap mengharapkan Argentina dan Lionel Messi dapat menjuarai edisi kali ini walaupun mereka tewas di tangan pasukan Amerika Selatan itu."Messi akan menang Piala Dunia kali ini. Dia adalah pemain yang bagus dalam sejarah dan layak untuk mendapatkannya," katanya.
4
14 Disember 2022 11:09am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235982/berita/sukan/impian-piala-dunia-messi
Impian Piala Dunia Messi
BINTANG sensasi Argentina, Lionel Messi berada pada rentak terbaik untuk membantu La Albiceleste muncul juara Piala Dunia sekali gus mengapai piala yang belum dimiliki dalam kariernya itu.Messi yang tampil cemerlang dalam membawa Argentina mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Croatia 3-0 di separuh akhir pada Rabu mengakui ia satu lagi kenangan manis untuk dirinya."Sepanjang Piala Dunia, apa yang kami alami sangat luar biasa. Kami akan bermain perlawanan akhir dan ini adalah apa yang kami mahukan."Saya tidak tahu sama ada ia adalah Piala Dunia terbaik saya tetapi sudah lama saya menikmatinya. Pasukan ini gila. Kami akan bermain satu lagi perlawanan akhir, kami akan menikmati semua ini," katanya.Messi yang dinobatkan pemain terbaik dalam aksi separuh akhir itu menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti sebelum pemain muda meningkat naik, Julian Alvarez meledak dua gol untuk memastikan kemaraan Argentina.Messi yang sebelum ini pernah kecewa dalam aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2014 selepas tewas kepada Jerman berpeluang menebus kehampaan itu sekali gus merangkul Piala Dunia pertama dalam kariernya.Messi juga sudah meledak lima gol dalam saingan Piala Dunia kali ini dan bermakna dia mengatasi Gabriel Batistuta sebagai penjaring terbanyak Argentina di Piala Dunia apabila mengumpul 11 gol.Pemain Paris Saint Germain (PSG) itu juga mahu para pemain meraikan kejayaan tersebut sebelum memikirkan cabaran getir di perlawanan akhir.Argentina, sekali lagi, berada di final Piala Dunia. Mari raikannya!."Kita sudah berada dalam situasi yang sukar, selain itu perlawanan yang sangat bagus. Hari ini kita melalui sesuatu yang menakjubkan."Kami tahu apa yang kami boleh lakukan, kami yakin. Kami tahu kami bukanlah pilihan tetapi sekarang tiada siapa yang menafikan dan kami berhak menerima apa yang kami sepatutnya dapat," katanya.
4
14 Disember 2022 10:39am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235977/berita/sukan/penalti-messi-punca-croatia-tewas
Penalti Messi punca Croatia tewas
PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic mengkritik keputusan pengadil yang memberikan penalti ketika pasukannya tewas kepada Argentina 0-3 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Menurut Dalic, penalti tersebut disifatkan sebagai mencurigakan dan pengadil sepatutnya terlebih dahulu memberikan sepakan sudut kepada Croatia sebelum insiden penalti itu berlaku.Malah, dia juga menyifatkan penalti itu menyebabkan rentak permainan Croatia berubah walaupun sebelum itu pasukannya menguasai perlawanan.Segala-galanya di tangan kami. Kami bermain dengan baik selama setengah jam dan menguasai bola. Kami bukan diancam tetapi menguasai permainan."Kami melepaskan satu gol yang sangat mencurigakan. Situasi yang membawa kepada penalti ia adalah terlalu murah, sejujurnya terlalu mudah memberikan sepakan penalti itu," katanya.Messi tidak mempunyai masalah untuk meledak gol penalti tersebut dan kemudiannya Julian Alvarez menjaringkan dua gol untuk membawa Argentina ke perlawanan akhir.Dalic turut memberikan pujian kepada Messi yang menunjukkan kualiti luar biasanya dalam perlawanan tersebut."Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai kualiti Messi. Selepas 15 tahun, dia sememangnya pemain terbaik dunia dan hari ini dia sangat bagus dan berbahaya kepada kami."Dia melakukan perbezaan untuk pasukan Argentina. Dia mempunyai teknik dan keupayaan di peringkat tertinggi dalam permainannya," katanya.Dalam pada itu, Dalic menegaskan akan terus mengemudi pasukan itu walaupun gagal membawa Croatia mara ke perlawanan akhir."Saya akan meneruskan bersama Croatia. Kontrak saya sehingga 2024, selepas Euro dan dalam masa enam bulan kita ada Liga Negara UEFA dan kelayakan Piala Dunia. Perancangan saya adalah untuk membawa pasukan ke Euro 2024," katanya.
4
14 Disember 2022 10:06am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235975/berita/sukan/tewas-kepada-arab-saudi-cetus-kebangkitan-argentina
Tewas kepada Arab Saudi cetus kebangkitan Argentina
PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan kekalahan pasukannya kepada Arab Saudi dalam perlawanan pertama kempen Piala Dunia mencetus kebangkitan skuad La Albiceleste.Menurutnya, pemain Argentina memberi respon yang positif selepas kekalahan tersebut sekali gus berjaya menang lima perlawanan berturut-turut dan mara ke final."Selepas kami tewas kepada Arab Saudi, kami merasai kasih sayang dan sokongan daripada penyokong, seluruh negara, rakyat kami dan ia sesuatu yang sangat hebat memberikan tenaga dan kekuatan kepada kami.Saya cuba untuk tidak beremosi tetapi ia agak sukar kerana saya berada di tempat yang menjadi impian rakyat Argentina. Mewakili negara saya adalah perkara yang paling menyentuh hati."Selepas itu, anda boleh kalah atau menang, tetapi ia kerana semua pemain dan rakyat Argentina. Mereka bersama kami ketika kalah dan ia sesuatu yang tidak pernah saya alami," katanya.Arab Saudi mengejutkan Argentina dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menewaskan pasukan dari Amerika Selatan itu 2-1 pada 22 November lalu.Bagaimanapun, bangkit untuk menang kesemua perlawanan dicetuskan oleh bintang sensasi mereka, Lionel Messi yang terlibat dalam lapan daripada 12 gol yang dijaringkan pasukannya di Qatar.Pemain berusia 35 tahun itu juga meledak satu gol dalam perlawanan separuh akhir menentang Croatia dan dinobat pemain terbaik perlawanan.Dalam pada itu, Scaloni menghamburkan pujian kepada Messi dan tidak pernah meragui kemampuan pemain terbaik dunia itu."Bagi saya, amat menarik untuk melihatnya beraksi dan dia sememangnya seorang pemain terbaik dunia."Setiap kali saya melihatnya, dia mencipta sesuatu dan memberikan cetusan kepada rakan sepasukan dan rakyat. Bukan sahaja kepada rakyat Argentina. Kami bertuah kerana dia mewakili kami," katanya.
4
14 Disember 2022 09:49am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235973/berita/sukan/argentina-tidak-bermain-baik-di-qatar-2022---ronaldo
Argentina tidak bermain baik di Qatar 2022 - Ronaldo
PEMENANG Piala Dunia Brazil, Ronaldo menegaskan tidak bersetuju bahawa Argentina berkemampuan merangkul kejuaraan edisi Qatar 2022, selepas penyingkiran secara mengejut skuad Samba pada suku akhir.Brazil, yang merangkul kejuaraan kelima pada edisi Korea Selatan-Jepun 2002 dengan Ronaldo memainkan peranan penting, ditunjukkan jalan keluar finalis edisi Rusia 2018 Croatia menerusi penentuan penalti lapan terbaik, yang menjadi lawan Argentina di separuh akhir selepas itu.“Untuk mengatakan saya akan gembira untuk Argentina (jika mereka menang), itu adalah tidak benar, malah ia adalah satu pembohongan, saya tidak akan menjadi hipokrit...Kita semua layak mendapat Piala Dunia, ia dimenangi di atas padang. Argentina tidak bermain dengan baik, namun mereka mempunyai begitu banyak keinginan, mereka begitu banyak berlari, mereka juga sepenuh hati dan paling penting mereka mempunyai Lionel Messi di bahagian akhir," kata Ronaldo.Ronaldo, pemenang Ballon d'Or dua kali yang menjulang beberapa trofi bersama skuad Samba termasuk Copa America dan Piala Konfederasi, turut menyatakan pandangannya mengenai pengendali Brazil seterusnya apabila Tite meninggalkan jawatan itu selepas gagal memenangi dua Piala Dunia."Saya tidak kisah jika dia orang asing. Saya suka melihat Pep Guardiola, Carlo Ancelotti atau Jose Mourinho melatih Brazil. Tetapi saya bukan orang yang memilih..."Saya sentiasa bersedia untuk CBF (persekutuan bola sepak Brazil) untuk apa sahaja yang mereka mahu, untuk sebarang perundingan," katanya.Untuk rekod, dua gol penyerang, Julian Alvarez dan satu daripada penalti Lionel Messi menyaksikan Argentina menewaskan naib juara edisi Rusia 2018, Croatia 3-0 pada separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Rabu.Kemenangan itu membolehkan Argentina mara ke perlawanan akhir pada Ahad ini, berdepan pemenang aksi Perancis Maghribi yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.
4
14 Disember 2022 09:19am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/235955/berita/sukan/argentina-tempah-tiket-final
Argentina tempah tiket final
ARGENTINA mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Dunia Qatar 2022 selepas melakar kemenangan besar 3-0 ke atas Croatia dalam aksi separuh akhir di Stadium Lusail pada awal pagi Rabu.Lionel Messi sekali lagi menjadi arkitek penting di sebalik kejayaan skuad La Albiceleste itu yang kini menanti pemenang di antara Perancis atau Maghribi pada aksi final hujung minggu ini.Dalam pertemuan menentang Croatia yang tampil selaku finalis Piala Dunia 2018 di Rusia, Argentina tampak bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan.Selepas beberapa kali mengasak kubu Croatia, Argentina akhirnya berjaya merobek gawang lawan menerusi sepakan penalti Messi pada minit ke-34.Sepakan penalti itu berpunca daripada kekasaran yang dilakukan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic ketika dia cuba menghalang larian pantas Julian Avarez.Jaringan itu menyaksikan Messi kini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Piala Dunia 2022 bersama bintang Perancis, Kylian Mbappe dengan lima gol.Malah, gol tersebut turut menyaksikan kapten Argentina itu mengatasi rekod legenda La Albiceleste, Gabriel Batistuta sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol.Pada penghujung babak pertama, kem Argentina terus berpesta apabila giliran Alvarez pula menggegar gawang Croatia hasil larian solonya dari tengah padang.Pengendali Croatia, Zlatko Dalic memasukkan Mislav Orsic, Nikola Vlasic dan Bruno Petkovic bagi menambah sengat di bahagian serangan pada babak kedua.Namun, keghairahan mereka memburu gol hampir dihukum Argentina menerusi gerakan Alvarez dan Enzo Fernandez pada minit ke-56.Pada ketika Croatia rancak melancarkan serangan, Argentina terus menggamatkan stadium apabila Alvarez meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-70.Messi sekali lagi berperanan sebagai pencipta gol itu dengan membuat larian dari tepi padang sebelum membuat satu hantaran yang mudah disempurnakan Alvarez.Dengan kemenangan itu, Argentina yang juga juara Copa America 2021 kini hanya selangkah bergelar juara dunia buat kali ketiga selepas muncul juara edisi 1978 dan 1986.Malah, ini merupakan peluang kedua buat Messi menjulang Piala Dunia selepas dikecewakan Jerman dalam aksi final Piala Dunia 2014 di Brazil.
4
14 Disember 2022 05:21am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/235922/berita/sukan/kesihatan-pele-makin-pulih
Kesihatan Pele makin pulih
LEGENDA bola sepak Brazil, Pele menunjukkan tanda-tanda semakin pulih hasil rawatan jangkitan pernafasan.Menurut laporan Xinhua, Pele dimasukkan ke hospital Albert Einstein di Sao Paulo akhir bulan lalu untuk menerima rawatan akibat jangkitan pernafasan serta melakukan penilaian semula kemoterapi."Masih tidak dibenarkan keluar, pesakit terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih," menurut kenyataan dikeluarkan pihak hospital dan ditandatangani oleh tiga doktor.Pele yang kini menjangkau usia 82 tahun merupakan satu-satunya pemain yang menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dengan menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan dengan tulang belakang, pinggul, lutut dan buah pinggang.Bekas bintang Santos dan New York Cosmos itu menjalani pembedahan bagi membuang tumor pada tahun lepas.Pele membuat hantaran di media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk memaklumkan kepada peminat tentang kesihatannya semasa beliau menonton Piala Dunia."Saya kuat, dan saya menjalani rawatan seperti biasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan dan kejururawatan atas penjagaan yang saya terima," menurut hantarannya minggu lalu. - Bernama
4
13 Disember 2022 06:25pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/235921/berita/sukan/tiga-badang-negara-mungkin-tak-sertai-sukan-sea-2023
Tiga 'badang' negara mungkin tak sertai Sukan SEA 2023
TIGA atlet angkat berat negara berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023, sebaliknya akan memberi tumpuan menyertai kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, tiga atlet berkenaan melibatkan dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 - Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin serta Muhammad Erry Hidayat.“Tahun hadapan PABM akan tumpukan kejohanan bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024, namun tahun hadapan juga ada Sukan SEA di Kemboja, maka kita kena buat pilihan.“Atlet yang pergi ke kelayakan Olimpik kemungkinan tidak akan dihantar ke Sukan SEA kerana ada kejohanan mengumpul mata kelayakan di Korea Selatan yang agak sama tarikhnya,” katanya.Sementara itu, beliau bangga dengan pencapaian atlet angkat berat negara sepanjang musim 2022 dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.“Penilaian atlet ke Kemboja akan berdasarkan kepada Kejohanan Kebangsaan dan kita akan tetapkan pencapaian yang mereka harus capai, hanya apabila mereka capai sesuatu angkatan dari situ mereka layak ke Sukan SEA.“Sebelum ini, kita ada lapan atlet (termasuk Aniq, Aznil dan Erry), lagi lima atlet kita akan buat penilaian sekiranya mereka layak dan atlet pelapis juga akan kita perhatikan. Mungkin mulai tahun hadapan baru kita akan lihat prestasi dan kelayakan mereka,” ujarnya.Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi Mei lepas menyaksikan Aniq berjaya membawa pulang gangsa acara 55 kilogram (kg), manakala Aznil merangkul perak kategori 61kg dan Erry terpaksa berpuas hati dengan gangsa bagi kategori 73kg lelaki. - Bernama
4
13 Disember 2022 06:21pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235900/berita/sukan/benteng-harimau-malaya-cepat-serasi
Benteng Harimau Malaya cepat serasi
PEMAIN Harimau Malaya terutama di benteng pertahanan tidak berdepan masalah untuk membentuk keserasian walaupun pasukan yang akan beraksi di Piala AFF kali ini dibarisi ramai pemain muda dan muka baharu.Pemain pertahanan negara, Ahmad Khuzaimi Piee berkata, kesemua pemain juga menunjukkan komitmen sekali gus bersedia untuk memberikan aksi terbaik dalam saingan yang akan membuka tirainya pada 21 Disember ini.Menurutnya, tanpa kehadiran pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools dalam dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives juga memberikan ruang buat gandingan baharu diuji di posisi tersebut."Ketiadan Dion Cools buat masa ini menyaksikan kita dapat satu gandingan baharu dalam setiap perlawanan persahabatan dan ia bukan satu masalah bagi saya dan pemain lain untuk serasi."Sebelum ini pun kita dah berlatih bersama, ia tidak ambil masa lama untuk kami serasi. Apa yang penting setiap pemain dapat beri komitmen dalam pasukan," katanya dalam Sidang Media Praperlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Maldives di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.Cools yang turut dinamakan sebagai kapten Harimau Malaya dijangka menyertai skuad negara pada Jumaat ini.Harimau Malaya sebelum ini telah membelasah Kemboja 4-0 dalam aksi persahabatan dan akan mengharungi satu lagi perlawanan menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu sebelum bermulanya aksi Piala AFF.Untuk aksi Piala AFF, Malaysia diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.Dalam pada itu, Ahmad Khuzaimi menyifatkan perlawanan menentang Maldives tidak boleh dipandang mudah dan pemain perlu mengikuti setiap taktikal yang dimahukan Pan-Gon."Bagi saya, perlawanan menentang Maldives satu perlawanan yang sukar. Saya harap setiap pemain dapat beri persembahan yang terbaik dan ikut taktikal yang dimahukan jurulatih," katanya.
4
13 Disember 2022 04:48pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235882/berita/sukan/peluang-terakhir-pemain-tambat-hati-pan-gon
Peluang terakhir pemain tambat hati Pan-gon
PERLAWANAN persahabatan menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Rabu akan menjadi peluang terakhir kepada pemain menambat hati pengendali negara, Kim Pan-gon untuk terpilih ke saingan Piala AFF.Bagi Pan-gon, beliau mahu melihat aksi terbaik dapat dipamerkan semua pemain selain elemen paling penting mampu beradaptasi dengan taktikal yang mahu diterapkannya."Mereka perlu bersaing sesama sendiri sebelum kami membuat keputusan untuk senarai akhir nanti. Saya harap setiap pemain dapat memberikan aksi terbaik dan buktikan mereka layak untuk beraksi di Piala AFF."Peluang setakat ini terbuka untuk semua pemain. Namun, pemilihan itu sudah tentu menjurus kepada beberapa perkara dengan keutamaan kepada taktikal yang kami mahu pemain sesuaikan diri."Saya juga mahu lihat karakter mereka, sifat agresif serta kebijaksanaan di atas padang," katanya dalam Sidang Media Praperlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Maldives di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.Dalam pada itu, Pan-gon mengakui berdepan detik sukar untuk membentuk pasukan yang mampu memenuhi jangkaan peminat mahu skuad negara mendapat keputusan baik dalam kempen Piala AFF kali ini.Bagaimanapun, beliau yakin dan percaya kemampuan pemain baharu untuk cuba memberikan aksi luar biasa sepanjang kempen Piala AFF itu."Saat ini agak sukar kerana banyak pemain adalah pemain baharu selain tidak banyak perlawanan bersama. Tetapi, kami tetap fokus kepada peringkat ini."Setakat ini, saya gembira dan yakin dengan mereka. Dalam sesi latihan, kami buat latihan yang agak sukar dan sebagainya tetapi mereka berjaya laksanakan dengan baik."Pemain juga sayangkan negara mereka dan berdasarkan komitmen, mereka bersedia bermain sehabis baik untuk negara," katanya.Skuad Harimau Malaya yang mula menjalani latihan pusat bermula 29 November lalu telah mengharungi perlawanan persahabatan menentang Kemboja menyaksikan skuad negara dibarisi ramai pemain muda dan muka baharu berjaya menang 4-0.Untuk aksi Piala AFF, Malaysia diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.
4
13 Disember 2022 03:29pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235861/berita/sukan/southgate-perlu-letak-jawatan
Southgate perlu letak jawatan
PENGENDALI England, Gareth Southgate digesa supaya meletakkan jawatan selepas langkah pasukan kendaliannya itu terhenti di peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.Bekas pemain tengah Manchester City, Joey Barton berkata, Southgate dinilai sukar untuk membawa England meraih kejuaraan walaupun mempunyai rekod baik dengan pasukan The Three Lions itu."Saya tidak percaya Southgate belum meletakkan jawatan. Dua Piala Dunia dan Euro sebelum ini sepatutnya kita sudah menang."Berhentilah menghargai kegagalan. Dia kena pergi dan pasukan perlu mendapatkan seorang pengurus yang mampu memberikan kejuaraan," katanya.England disingkirkan daripada Piala Dunia selepas tewas kepada Perancis 1-2 di pusingan suku akhir.Southgate dinilai sebagai antara pengendali terbaik England selepas era Sir Alf Ramsay.Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak England membuka pintu kepada jurulatih asing sekiranya Southgate melepaskan jawatannya itu.Beberapa pengendali luar negara seperti Mauricio Pochettino dan Thomas Tuchel dilaporkan berminat mengisi kekosongan tersebut.Selain itu, bekas pemain tengah England, Frank Lampard dan Steven Gerrard pula dikatakan adalah calon terbaik anak tempatan untuk berbakti bersama pasukan kebangsaan.
4
13 Disember 2022 01:53pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235846/berita/sukan/bounou-bakal-jadi-watak-penting-kekang-perancis
Bounou bakal jadi watak penting kekang Perancis
PENJAGA gol Maghribi, Yassine Bounou dijangka sekali lagi akan menjadi watak penting untuk mengekang kemaraan Perancis apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan separuh akhir Piala Dunia Qatar pada Khamis.Bounou tampil cemerlang bersama skuad The Atlas Lions yang menyaksikan hanya bolos sekali sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.Malah, penjaga gol berusia 31 tahun itu juga membuktikan kemampuan sebagai penyelamat sepakan penalti terbaik menafikan dua penalti Carlos Soler dan Sergio Busquets untuk menghantar Sepanyol pulang pada pusingan 16 terbaik.Bounou sekali lagi tampil cemerlang dengan aksi bertaraf dunia ketika kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Portugal di peringkat suku akhir sekali gus membawa Maghribi ke pentas separuh akhir.Menurut penjaga gol yang beraksi bersama kelab Sepanyol, Sevilla itu, kemaraan Maghribi bukan hanya bergantung kepada dirinya sebaliknya kerjasama semua pemain dalam pasukan."Situasi seperti ini sukar dipercayai. Kami datang untuk mengubah mentaliti dan rasa kurang yakin kami. Pemain Maghribi boleh bersaing dengan sesiapa sahaja di dunia."Saya fikir perkara paling penting kami telah mengubah mentaliti itu dan generasi selepas ini. Kami akan tahu bahawa pemain Maghribi boleh melakukan semua ini," katanya.Bounou juga menegaskan pasukan itu tidak berhasrat untuk memperlahankan momentum dan bersedia untuk menumbangkan penyandang juara, Perancis."Apabila anda menjadi sebahagian daripada cerita, anda tidak memahami apa yang berlaku dengan cepat. Sekarang ini, semuanya baik, kami akan kekal fokus. Kami gembira dengan apa yang telah kami lakukan setakat ini," katanya.
4
13 Disember 2022 12:17pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235839/berita/sukan/neymar-terus-beraksi-untuk-brazil---ronaldo
Neymar terus beraksi untuk Brazil - Ronaldo
LEGENDA Brazil, Ronaldo percaya Neymar akan dapat bangkit daripada kekecewaan selepas tersingkirnya pasukan Selecao itu daripada Piala Dunia Qatar 2022.Menurutnya, Neymar masih muda dan seharusnya kekal menjadi tonggak penting untuk Brazil beberapa tahun lagi."Saya fikir buat masa ini dia sedang sedih selepas tersingkir. Ia normal untuk dia rasa begitu tetapi dia akan kembali lebih kuat dan bermain dengan pasukan kebangsaan."Dia masih muda dan saya percaya di boleh beraksi dalam Piala Dunia seterusnya. Saya gembira apabila dia menunjukkan komitmen untuk pasukan," katanya.Brazil tersingkir daripada Piala Dunia kali ini selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia sekali gus terlepas peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir.Buat masa ini, Neymar masih belum memberi kata putus mengenai masa depannya selepas dilihat terlalu kecewa dan menangis susulan kekalahan di tangan Croatia itu.Dalam pada itu, Ronaldo menyifatkan kekalahan Brazil kepada Coratia disebabkan kekurangan permainan agresif dipamerkan pasukan itu."Kami hanya kekurangan beberapa perkara termasuk mengetahui cara membuang masa apabila mendahului. Selepas jaringan Neymar, perlawanan sepatutnya sudah tamat."Anda perlu tahu cara mengawal bola dengan baik dan mengejar lawan, jauhkan mereka dari gawang. Anda perlukan helah kecil ini dan saya rasa itu satu-satunya perkara yang kurang ketika menentang Croatia," katanya.
4
13 Disember 2022 11:51am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235830/berita/sukan/luis-enrique-patah-hati-kendali-skuad-kebangsaan
Luis Enrique patah hati kendali skuad kebangsaan
BEKAS pengendali Sepanyol, Luis Enrique bagaikan patah hati untuk mengendalikan mana-mana skuad kebangsaan selepas ini apabila gagal membawa La Roja melepasi peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Menurut Enrique, dia lebih berminat untuk melatih pasukan kelab di liga utama dunia sekali gus mencari cabaran baharu dalam karier kejurulatihannya."Saya melihat diri saya melatih kelab dan membawa karier saya ke satu tahap yang berbeza yang mana saya tidak dapat lakukan bersama pasukan kebangsaan," katanya.Dia dipecat Khamis lalu selepas Sepanyol tewas penentuan sepakan penalti kepada Maghribi pada pusingan 16 terbaik dan jurulatih Sepanyol bawah 21 tahun, Luis de la Fuente diangkat sebagai pengendali baharu skuad senior Sepanyol.Enrique yang melatih Sepanyol sejak 2018 juga mendedahkan pernah ditawarkan kontrak lanjutan membimbing pasukan itu selepas Euro 2020 berakhir.Namun, dia menolak tawaran tersebut dan mahu melihat keputusan di Piala Dunia Qatar ini sebelum membuat keputusan menyambung kontrak."Saya menegaskan perkara terbaik untuk dilakukan ialah hadapi Piala Dunia terlebih dahulu."Saya rasa ia lebih masuk akal. Jika tidak mereka memperbaharui kontrak saya sebelum mengetahui keputusan di Piala Dunia," katanya.
4
13 Disember 2022 11:14am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235828/berita/sukan/perancis-diingatkan-tidak-masuk-perangkap
Perancis diingatkan tidak masuk perangkap
PEMAIN pertahanan Perancis, Raphael Varane mengingatkan pasukan supaya tidak 'masuk dalam perangkap' dan merasakan tiket final Piala Dunia Qatar 2022 sudah menjadi milik mereka.Menurutnya, pasukan Les Bleus itu tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan mereka di separuh akhir iaitu Maghribi yang sudah melakukan beberapa kejutan besar."Kami mempunyai banyak pengalaman dalam perlawanan besar dan tidak akan masuk dalam perangkap memikirkan bahawa kami pasukan pilihan."Maghribi mara ke separuh akhir bukan kerana mereka bernasib baik. Mereka bertahan dengan baik dan ia akan meladi perlawanan yang sukar."Segalanya bergantung kepada kami dengan dibarisi pemain berpengalaman untuk memastikan kemenangan milik kami. Kami akan berjuang sehabis baik dan tidak melihat ia perlawanan mudah."Kami perlu beri 100 peratus dan berjuang sehingga penghujung dan perlu mengesahkan tempat ke final," katanya.Perancis yang juga merupakan penyandang juara itu berpeluang untuk mempertahankan trofi Piala Dunia mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan Brazil pada 1962.Varane juga mengingatkan pemain supaya tidak mengambil muda Maghribi yang ketika ini hanya bolos satu gol selain telah mencipta kejutan menewaskan Belgium, Kanada, Sepanyol dan Portugal."Saya rasa mereka adalah pasukan yang kuat dan sukar ditewaskan. Mereka sedang mencipta sejarah buat negara dan mempunyai kekuatan sebagai satu pasukan."Mereka mempunyai senjata iaitu serangan balas dan percubaan berbahaya daripada situasi bola mati," katanya.
4
13 Disember 2022 10:41am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235826/berita/sukan/maghribi-sedia-cipta-kejutan-ke-atas-perancis
Maghribi sedia cipta kejutan ke atas Perancis
MAGHRIBI mampu untuk terus melakar kejutan ketika menentang jaguh Eropah, Perancis dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Khamis.Pembantu jurulatih Maghribi, Mustapha Hadji menegaskan Maghribi mempunyai keupayaan dan semangat luar biasa untuk memastikan kemenangan buat pasukan dari benua Afrika itu.Menurutnya, taktikal pengendali pasukan Walid Regragui juga memainkan peranan penting sekali gus berhasil menundukkan beberapa gergasi Eropah seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal dalam laluan ke separuh akhir."Hanya dua atau tiga bulan sejak Regragui tiba ke pasukan kebangsaan (mengambil alih Maghribi pada Ogos) dan berjaya membawa Maghribi cemerlang seperti dilakukan pengendali terdahulu, Vahid Halilhodzic."Regragui mampu mencari cara sesuai dan membawa pemain berada pada tahap terbaik dari segi fizikal dan mental."Pasukan bermain dengan hati dan mengikuti apa yang diarahkan oleh jurulatih. Berdasarkan kemampuan Regragui itu, sudah tentu kejutan dan magis akan tercipta lagi," katanya.Pasukan dengan panggilan The Atlas Lions itu beraksi cemerlang dalam saingan Piala Dunia Qatar kali ini dengan merekodkan keputusan tanpa kalah dalam semua perlawanan dan menjadi pasukan pertama daripada Afrika mara ke separuh akhir.Hadji yang turut pernah mewakili Maghribi dalam dua edisi Piala Dunia pada 1994 dan 1998 juga mengakui pemain berada pada tahap terbaik untuk menentang Perancis."Ini adalah peluang untuk Maghribi mencipta satu lagi sejarah dan rakyat juga memberikan sokongan yang sangat jitu."Di Maghribi, ia seperti satu suasana menakjubkan dan apa yang berlaku kepada pasukan kebangsaan adalah sangat luar biasa," katanya.
4
13 Disember 2022 10:31am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235818/berita/sukan/ronaldo-pilih-perancis-juara-piala-dunia
Ronaldo pilih Perancis juara Piala Dunia
BEKAS bintang Brazil, Ronaldo memilih Perancis sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia Qatar 2022 kali ini.Menurutnya, dia tidak mahu menjadi hipokrit dan memilih wakil tunggal daripada Amerika Selatan iaitu Argentina yang juga pasukan musuh utama Brazil yang akan turut beraksi di saingan separuh akhir pada Rabu."Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menyatakan bahawa saya gembira untuk Argentina sekiranya mereka menang Piala Dunia. Tetapi, saya melihat bola sepak sebagai romantik dan saya menghargai pasukan mana sekalipun yang jadi juara."Sejak mula, sasaran saya sentiasa Brazil dan Perancis untuk jadi juara. Brazil sudah tiada dalam saingan kali ini, tetapi Perancis tetap merupakan pilihan utama," katanya.Ronaldo yang menjadi wira ketika membawa Brazil menang Piala Dunia 2002 turut yakin Perancis tidak berdepan masalah untuk menundukkan Maghribi di peringkat separuh akhir."Saya juga memang mahu lihat Maghribi menang, tetapi saya tidak yakin mereka mampu. Saya rasa Perancis mempunyai pasukan yang mantap tidak kira di bahagian serangan, pertahanan atau tengah," katanya.Dia juga kagum dengan kemampuan tonggak utama Perancis iaitu Kylian Mbappe yang kini sedang mendahului senarai penjaring dengan lima gol dalam Piala Dunia kali ini."Dia tahu bagaimana untuk menggunakan skil dan menjadi pantas berbanding pemain lain. Dia menggunakan kelebihannya itu untuk melakukan bantuan jaringan atau menjaringkan gol."Dia mempunyai masa, kemampuan dan sentiasa dahagakan kejayaan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia," katanya.
4
13 Disember 2022 09:26am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235807/berita/sukan/pan-gon-kini-miliki-banyak-pilihan
Pan-gon kini miliki banyak pilihan
KEJAYAAN Harimau Malaya membenam cabaran Kemboja dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat disifatkan satu perkembangan positif selepas kehilangan separuh pemain tonggak.Malah menurut pemerhati bola sepak, Mohd Sadek Mustafa, kemenangan yang boleh dibanggakan itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa negara masih memiliki ramai pemain yang boleh diketengahkan mengambil posisi tonggak senior.“Tidak keterlaluan boleh saya katakan Pan-gon sudah menemui barisan Harimau Malaya 2.0 selepas kehilangan para pemain tonggak yang menarik diri atas alasan tertentu sebelum ini.Ya, sememangnya terdapat kebimbangan skuad yang kebanyakannya dibarisi muka baharu tidak dapat meraih keputusan positif seperti dilakukan beberapa pemain senior sebelum ini.“Namun apabila kita lihat Faisal Halim mengemudi kebanyakan para pemain baharu ternyata ia tidak mengecewakan seterusnya memberi harapan kepada para penyokong Harimau Malaya untuk berdaya saing pada kejuaraan Piala AFF,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Harimau Malaya menyingkap persiapan Piala AFF dengan meraih keputusan positif setelah mengalahkan Kemboja 4-0 dengan gol dijaringkan Faisal Halim pada minit ke-11', 46', Lee Tuck (38') dan Stuart Wilkin (86').Untuk rekod, perlawanan ini juga merupakan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan - Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Stuart Wilkin, Lee Tuck, Shamie Iszuan Amin, David Rowley, Sergio Aguero dan Aliff Izwan Yuslan.Pan-gon sebelum ini 'kehilangan' 12 pemain bagi menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 dan Piala AFF 2022 susulan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.Sebelas daripada 12 pemain terbabit daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanafi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shio Hong Wan dan Natxo Insa, manakala seorang lagi pemain Sri Pahang FC, Nor Azam Azih.Pada masa sama, Mohd Sadek memuji komitmen diberikan para pemain yang dipanggil mengikuti latihan pusat tersebut apabila meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan tertinggi.“Piala AFF juga sebenarnya merupakan satu kejohanan kompetitif yang antara satu segmen persediaan pasukan untuk pusingan akhir Piala Asia.“Kita boleh ambil contoh terbaik penganjuran Piala Dunia Qatar 2022 ketika ini, para pemain Australia sebaik disingkirkan Perancis, tanpa menunggu lama kembali beraksi bersama kelab masing-masing bagi meningkatkan prestasi.“Begitu juga dengan Maghribi, apabila para pemain yang berselerak di serata dunia dipanggil menggalas cabaran di Qatar 2022, terus sahaja menyahut panggilan negara,” katanya.Sementara itu, biarpun melakar keputusan positif, Mohd Sadek juga turut mengingatkan para pemain negara agar tidak meletakkan diri dalam zon selesa dengan kemenangan ke atas Kemboja tersebut.Sebaliknya tegasnya, para pemain perlu terus meningkatkan prestasi menerusi sistem latihan Pan-gon kerana percaya Harimau Malaya akan berdepan cabaran sengit pada kempen Piala AFF.“Para pemain terutamanya yang telah melakukan debut pertama bersama pasukan negara perlu berusaha lebih gigih lagi meningkat prestasi bagi mengekalkan momentum positif pasukan.“Kejayaan di kejuaraan Piala AFF secara tidak langsung menyuntik motivasi para pemain untuk tampil lebih yakin di pusingan akhir Piala Asia 2023,” katanya.Anak buah Pan-gon akan berdepan Maldives dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Rabu.
4
13 Disember 2022 07:10am
WARTAWAN SUKAN SINAR
https://www.sinarharian.com.my/article/235805/berita/sukan/pertahanan-harimau-malaya-belum-mantap
Pertahanan Harimau Malaya belum mantap
BARISAN pertahanan pasukan negara belum mencapai prestasi optimum dalam kejayaan Malaysia menumpaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jumaat lalu.Pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada pertembungan itu berkata, konsistensi ialah kelemahan ketara yang perlu diatasi pertahanan Harimau Malaya menjelang perlawanan seterusnya.“Saya merasakan pada separuh masa pertama kami lebih bagus berbanding separuh masa kedua, mungkin disebabkan kepenatan, mungkin (juga) hilang fokus.Jadi dari situ kami (pemain pertahanan) perlu belajar lagi dan kami perlu berubah pada perlawanan akan datang,” kata tonggak pertahanan Selangor FC itu yang beraksi sepanjang 90 minit pada perlawanan menentang Kemboja itu.Pada masa sama, pemain berusia 23 tahun itu turut berkata jentera bahagian tengah memainkan peranan yang baik Jumaat lalu dengan Stuart Wilkin dan David Rowley yang meraih penampilan pertama bersama pasukan negara, masing-masing memberikan sumbangan diperlukan.“Stuart dan David bermain agak baik kerana memenangi 'second ball', jadi kami bahagian pertahanan mudah kerja,” katanya yang berhasrat untuk berada dalam senarai akhir 24 pemain ke Piala AFF 2022 dari 20 Disember sehingga 16 Januari depan.Pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon akan menghadapi satu lagi perlawanan antarabangsa menentang Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu ini, sebelum memulakan kempen Piala AFF menentang Myanmar di Yangon, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 21 Disember.Malaysia dijadual berdepan Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, diikuti Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari) dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010 terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura selepas muncul naib juara pada edisi 2018.
4
13 Disember 2022 12:33am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235804/berita/sukan/hannah-ziarah-rahman-sidek
Hannah ziarah Rahman Sidek
BEKAS pemain badminton negara, Rahman Sidek yang kini dirawat di Hospital Selayang, diziarahi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin.Hannah turut ditemani timbalannya, Adam Adli Abd Halim; ketua setiausaha kementerian, Datuk Jana Santhiran hadir selepas selesai sesi taklimat bersama agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Stadium Nasional Bukit Jalil.Turut hadir sama, bekas legenda beregu negara, Datuk Razif Sidek yang juga merupakan abang kepada Rahman."Seluruh #TeamKBS dan rakyat Malaysia mendoakan agar bekas atlet badminton negara, Rahman Sidek diberi kesembuhan dan kembali sihat."Insya-ALLAH. Jasa dan pengorbanan atlet tidak dipinggir," menurut KBS dalam satu hantaran di laman Facebook kementerian pada Isnin.
4
13 Disember 2022 12:27am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235802/berita/sukan/mom-nsa-terkilan-kenyataan-timbalan-menteri
MOM, NSA terkilan kenyataan timbalan menteri
MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menggesa Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim supaya menjustifikasikan dakwaan beliau bahawa badan sukan di negara ini dibelenggu oleh gejala rasuah.Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kenyataan sedemikian adalah tidak wajar, tidak adil dan prejudis kerana pelbagai badan sukan negara berjaya melahirkan juara dunia dalam sukan masing-masing selama berdekad-dekad."Sebagai badan penaung 57 Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA), MOM amat kecewa dengan kenyataan Adam Adli yang tidak mempunyai justifikasi dan tidak disokong oleh sebarang bukti.Sepatutnya Adam Adli hendaklah mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum mengeluarkan kenyataan menyeluruh yang mencerminkan pemahaman yang lemah mengenai struktur sedia ada," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.Norza berkata, beberapa NSA telah diiktiraf sebagai persatuan model dan mematuhi prinsip amalan terbaik tadbir urus yang baik.Beliau berkata, NSA terbabit juga telah membantu meningkatkan profil sukan negara dengan melahirkan jaguh dunia yang digeruni dalam acara badminton, lumba basikal, terjun, boling tenpin dan silat."Meskipun NSA terbabit tidak sempurna dan beroperasi dalam kekangan, anda tidak boleh menyamakan kami dengan mereka yang kurang bertanggungjawab. Tidak dinafikan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki namun tindakan mendakwa badan sukan mengamalkan rasuah adalah prejudis serta tidak matang," katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan sama menyebut adalah lebih baik jika Adam Adli mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum membuat kesimpulan.Presiden Persekutuan Wusyu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt juga meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Adam Adli yang beliau anggap bersifat populis."Kenyataan itu tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak. Ia hanya bersifat merobek perasaan NSA yang kononnya adalah pihak berkepentingan terbesar dalam dunia sukan."Adalah tidak adil bagi mereka yang telah bertungkus-lumus dan bekerja siang malam untuk membuahkan kejayaan dalam acara sukan masing-masing," katanya.
4
12 Disember 2022 11:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235794/berita/sukan/kalamullah-mahu-kekal-jersi-nombor-satu
Kalamullah mahu kekal jersi nombor satu
PENJAGA gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang berjaya melakukan debut tanpa bolos bersama skuad Harimau Malaya menerusi kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada Jumaat lalu, berazam untuk bekerja keras bagi terus menyarung jersi nombor satu skuad kebangsaan pada aksi-aksi seterusnya.Beliau yang bakal beraksi bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim depan mengakui, walaupun bukan tugas mudah untuk terus menjadi pilihan utama, namun pemain berusia 27 tahun kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu, bertekad membuktikan kemampuannya."Tanpa bolos dan kemenangan besar dalam debut memberikan semangat kepada saya untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan komitmen tinggi sekiranya terus diberi kepercayaan oleh (pengendali Harimau Malaya) Kim Pan-pon. Banyak yang perlu saya perbaiki seperti tampil lebih tenang dan fokus."Bukan mudah untuk terus menjadi pilihan utama kerana ada Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Azri Abdul Ghani yang mempunyai kelebihan masing-masing, jadi kena buktikan kemampuan saya kepada barisan jurulatih," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, pada Isnin.Beliau tidak menafikan turut berasa gementar apabila menggalas tugas menjaga gawang gol negara buat kali pertama pada perlawanan itu, yang sebelum ini menjadi milik Farizal Marlias, namun semua itu dapat diatasi dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan sepasukan.Farizal merupakan antara 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan kali ini atas beberapa faktor.Sementara itu, tonggak pertahanan muda Muhammad Azam Azmi Murad, berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan dalam satu lagi aksi pemanas badan bertemu Maldives, Rabu ini."Semua pemain beraksi dengan sangat baik, dan komunikasi dalam pasukan cukup baik. Insya-ALLAH kita dapat kekalkan aksi tanpa bolos."Ini merupakan kali kedua saya mendapat panggilan skuad kebangsaan, kali ini saya lebih memahami taktikal dan cara bermain yang barisan jurulatih mahukan," kata pemain berusia 21 tahun itu.Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF ke atas Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).Untuk rekod Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura. - Bernama
4
12 Disember 2022 10:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235792/berita/sukan/kalamullah-mahu-kekal-jersi-nombor-satu
Kalamullah mahu kekal jersi nombor satu
PENJAGA gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang berjaya melakukan debut tanpa bolos bersama skuad Harimau Malaya menerusi kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada Jumaat lepas, berazam untuk bekerja keras bagi terus menyarung jersi nombor satu skuad kebangsaan pada aksi-aksi seterusnya.Beliau yang bakal beraksi bersama Kedah Darul Aman FC pada musim depan mengakui, walaupun bukan tugas mudah untuk terus menjadi pilihan utama, namun pemain berusia 27 tahun kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu, bertekad membuktikan kemampuannya."Tanpa bolos dan kemenangan besar dalam debut memberikan semangat kepada saya untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan komitmen tinggi sekiranya terus diberi kepercayaan oleh (Ketua Jurulatih) Kim Pan Gon. Banyak yang perlu saya perbaiki seperti tampil lebih tenang dan fokus."Bukan mudah untuk terus menjadi pilihan utama kerana ada Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Azri Abdul Ghani yang mempunyai kelebihan masing-masing, jadi kena buktikan kemampuan saya kepada barisan jurulatih,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, di sini pada Isnin.Beliau tidak menafikan turut berasa gementar apabila menggalas tugas menjaga gawang gol negara buat kali pertama pada perlawanan itu, yang sebelum ini menjadi milik Farizal Marlias, namun semua itu dapat diatasi dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan sepasukan.Farizal merupakan antara 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan kali ini atas beberapa faktor.Sementara itu, tonggak pertahanan muda, Muhammad Azam Azmi Murad, 21, berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan dalam satu lagi aksi pemanas badan bertemu Maldives, Rabu ini."Semua pemain beraksi dengan sangat baik, dan komunikasi dalam pasukan cukup baik. Insya-ALLAH kita dapat kekalkan aksi tanpa bolos."Ini merupakan kali kedua saya mendapat panggilan skuad kebangsaan, kali ini saya lebih memahami taktikal dan cara bermain yang barisan jurulatih mahukan,” katanya.Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF ke atas Myanmar di Yangon pada 21 Dis, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Dis, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).Skuad Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura. - Bernama
4
12 Disember 2022 09:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235776/berita/sukan/lee-tuck-tak-kisah-main-mana-mana-posisi
Lee Tuck tak kisah main mana-mana posisi
PEMAIN naturalisasi negara, Lee Tuck bersedia untuk beraksi di mana-mana posisi menjelang sepak mula aksi persahabatan skuad Harimau Malaya menentang Maldives di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.Ia sama ada beraksi di bahagian sayap atau selesa di posisi tengah terserah kepada jurulatih, Kim Pan-gon.Pemain berusia 34 tahun itu mengakui jika percaturan itu mampu membuatkan namanya 'melekat' dalam skuad kebangsaan, dia tekad memberikan yang terbaik.Saya sudah berikan segala-galanya. Saya mahu menjadi pemain yang fleksibel. Saya gembira jika bermain sebagai pemain sayap dan atau diberi peranan di posisi tengah,” katanya.Lee Tuck juga bertekad untuk mengerah segala kudrat buat negara terutama selepas peluangnya untuk membarisi skuad Harimau Malaya ke Piala AFF 2022 dilihat cerah selepas aksi memberangsangkan ketika berdepan Kemboja Jumaat lalu.“Kita tidak mendapat peluang untuk bermain dengan pasukan kebangsaan pada setiap hari. Jadi saya mahu memberi sepenuh hati kepada pasukan dan penyokong,” katanya.Keputusan Pan-gon untuk memanggil pemain kelahiran United Kingdom (UK) itu mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat terutamanya selepas hanya bermain 90 minit bersama Sri Pahang FC (SPFC) dalam kempen Piala Malaysia.Bagaimanapun pemain yang beraksi dalam kesebelasan utama ketika berdepan Kemboja itu membuktikan bisanya di depan gawang apabila meledak satu gol ketika membantu skuad negara menang 4-0.Selain itu, Lee Tuck turut berharap rakan sepasukan dapat meneruskan rentak cemerlang ketika berdepan Maldives yang mampu menjadi tonik terbaik sebelum mengharungi kempen Piala AFF 2022.“Keputusan positif dengan Kemboja membolehkan kami lebih bersedia untuk hadapi perlawanan selepas ini, namun segala kelemahan perlu dibaiki.“Pemain sedia ada juga banyak membantu pemain baharu untuk segera menyesuaikan diri dengan pendekatan dimahukan dalam pasukan negara,” katanya.
4
12 Disember 2022 07:23pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235744/berita/sukan/perjuangan-membuatkan-saya-lebih-kuat---wooi-yik
Perjuangan membuatkan saya lebih kuat - Wooi Yik
BEREGU lelaki negara, Soh Wooi Yik-Aaron Chia tekad bangkit selepas mempamerkan aksi mengecewakan dalam saingan Jelajah Dunia Akhir di Thailand baru-baru ini.Tanpa sebarang kemenangan di peringkat kumpulan, Wooi Yik menganggap perjalanannya belum berakhir, sebaliknya mahu membuka buku baharu musim hadapan."Langit tidak lagi biru, tetapi perjalanan dan impian saya belum berakhir. Jelas sekali ia bukan pengakhiran yang baik untuk tahun ini."Saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jangkaan besar terhadap saya," tulis beliau di laman Facebook pada Ahad.Aaron-Wooi Yik memulakan kempen di Bangkok dengan langkah kiri setelah tewas 12-21, 15-21 kepada Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, pasangan dari Indonesia yang mereka tewaskan pada final Kejohanan Dunia pada Ogos.Pasangan itu kemudiannya tewas 21-23, 24-22, 16-21 kepada juara Terbuka Australia dari China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi sebelum kecundang 19-21, 21-23 kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.Wooi Yik turut melahirkan penghargaan kepada jurulatih dan rakan sepasukan yang banyak membantunya membuat persediaan dan latihan bagi menghadapi sebarang kejohanan."Jurulatih dan pasukan telah membantu saya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran tetapi kadangkala perkara yang terjadi itu tidak seperti yang kita jangkakan.“Menang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Orang ramai boleh berkongsi pendapat mereka tentang permainan. Saya telah melalui banyak perkara dalam hidup tetapi semangat berjuang untuk negara tidak akan pernah berkurangan."Saya percaya bahawa perjuangan dan masa sukar ini adalah ujian daripada Tuhan untuk mencabar diri dan membantu saya berkembang lebih jauh. Ini bukan pengakhiran. Mahkota itu kelihatan berat, tetapi saya akan menanggung beratnya.“Saya sentiasa berhasrat untuk membanggakan negara. Saya akan sentiasa cuba melakukan ini berulang kali dan terus mengingatkan diri bahawa saya boleh melakukannya," katanya.Wooi Yik dan Aaron selepas ini akan mengalihkan fokus kepada kejohanan Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari depan.
4
12 Disember 2022 04:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235728/berita/sukan/industri-sukan-berpotensi-berkembang-tanpa-korupsi
Industri sukan berpotensi berkembang tanpa korupsi
INDUSTRI sukan negara mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat, namun tindakan perlu diambil untuk memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat masalah korupsi selain menentukan sektor itu tidak dianaktirikan selepas ini.Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, arena sukan negara seharusnya bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan bagi mengangkatnya ke tahap lebih tinggi.Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah ini... ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet."Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media pertama selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya, pada Isnin.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS, Abdullah Hasan dan Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS.Ketika diminta masalah yang sedang dihadapi oleh persatuan-persatuan sukan ketika ini, Adam Adli berkata, segala perkara itu akan diteliti dengan sebaiknya."Kita kini dalam proses transisi. Dasar keseluruhan kerajaan pada masa sekarang ialah memperbaiki yang lama dan pastikan ke hadapan nanti tiada kerosakan yang berlaku," katanya.Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan merupakan antara 27 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, Sabtu lepas. - Bernama
4
12 Disember 2022 03:35pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235719/berita/sukan/pemain-ke-12-pacu-kejayaan-argentina
Pemain ke-12 pacu kejayaan Argentina
DI sebalik kejayaan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022, pemain ke-12 menjadi 'jantung' Argentina apabila gerombolan penyokong mereka mengubah setiap aksi di Qatar seperti beraksi di laman sendiri.Gelanggang ikonik bola sepak Argentina seperti Bombonera atau Monumental terkenal dengan suasana meriah dan memiliki atmosfera paling menarik dalam dunia bola sepak.Kemeriahan itu dapat dilihat di Stadium Lusail apabila puluhan ribu penyokong Argentina mengubahnya seperti lautan biru putih dan menjadikan arena itu 'bergegar'.“Kami suka mengambil kesempatan daripada detik-detik ini bersama orang ramai yang berada di sini dan di Argentina, di mana semua orang gembira,” ujar pemain bintang, Lionel Messi.Argentina sudah beraksi tiga perlawanan di stadium berkapasiti 88,966 tempat duduk itu, di mana Messi akan memimpin Argentina berentap menentang Croatia pada Rabu dalam misi meraih slot ke final Piala Dunia.Selepas tamat aksi, skuad Albiceleste akan terus berada di atas padang sejurus wisel penamat dibunyikan untuk berkongsi emosi dan detik-detik indah bersama penyokong mereka.Berdasarkan rekod kedutaan Argentina di Qatar, antara 35,000 hingga 40,000 penyokong hadir ke Piala Dunia sekali gus menjadi antara kontinjen penyokong luar paling ramai sepanjang kejohanan.Sokongan ramai itu ditambah pula dengan ribuan pekerja asing dari India dan Bangladesh di Qatar, di mana Messi dan Argentina mendapat sokongan meluas.“Berbanding Perancis, Argentina tidak berada di tahap sama sebagai satu pasukan - tetapi mereka mendapat manfaat daripada sokongan penyokong mereka di sini,” kata bekas penyerang Perancis kelahiran Argentina, David Trezeguet kepada AFP.Menjadi kelaziman pada akhir setiap kemenangan dan selepas menyertai penyokong menyanyi, pemain Argentina akan mengulangi ungkapan bahawa mereka beraksi untuk '45 juta' rakyat negara itu.“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk 45 juta orang. Mereka sedang melalui tempoh ekonomi yang teruk. Memberi kegembiraan kepada orang ramai adalah perkara terbaik yang boleh saya lakukan pada masa ini,” ujar penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.
4
12 Disember 2022 02:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235715/berita/sukan/orsato-dipilih-adili-aksi-argentina-croatia
Orsato dipilih adili aksi Argentina, Croatia
PENGADIL dari Itali, Daniele Orsato dan pegawai video bantuan pengadil (VAR), Massimiliano Irrati diberi tanggungjawab mengadili perlawanan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara Argentina dan Croatia pada Rabu.Orsato juga muncul salah seorang calon utama untuk mengadili aksi final.Beliau mengendalikan perlawanan pembukaan pentas berprestij itu antara tuan rumah, Qatar dan Ecuador.Bagaimanapun, Orsato direhatkan bagi keseluruhan aksi pusingan 16 dan saingan lapan pasukan terbaik, tetapi kembali untuk mengadili perlawanan separuh akhir.Ramai pemain mengenali pengadil Serie A itu kerana kedua-dua pasukan tersebut menampilkan antaranya Lautaro Martinez, Marcelo Brozovic, Angel Di Maria, Ivan Perisic, Leandro Paredes, Nikola Vlasic dan Paulo Dybala.Orsato hanya pernah mengadili Argentina ketika menewaskan Mexico 2-0 di peringkat kumpulan, manakala rekodnya bersama Croatia adalah dua kemenangan dan kekalahan 1-0 kepada England pada Euro 2020.Pemilihan Orsato menjadi perhatian selepas beberapa pegawai perlawanan berdepan kritikan dalam kalangan pemain.Mereka mula merasai tekanan terutama selepas Portugal dan Belanda menuduh pengadil pada Piala Dunia 2022 di Qatar banyak memihak kepada Argentina.Paling mencuri tumpuan adalah pengadil dari Sepanyol, Mateu Lahoz yang melayangkan 16 kad kuning ketika mengadili aksi suku akhir di antara Argentina menentang Belanda Sabtu lalu.
4
12 Disember 2022 01:36pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235714/berita/sukan/croatia-fokus-rantai-semua-pemain-argentina
Croatia fokus rantai semua pemain Argentina
SKUAD Croatia tidak bercadang untuk mengikat bintang Argentina, Lionel Messi semata-mata sebaliknya mahu fokus merantai keseluruhan pasukan itu dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Penyerangnya, Bruno Petkovic berkata, perancangan Croatia adalah untuk menyekat satu pasukan lawan bukan memberi tumpuan khusus kepada seorang pemain sahaja.“Kami akan menyekat mereka sebagai satu pasukan dan bukannya kawalan secara individu. Argentina bukan hanya sekadar Messi, mereka memiliki ramai pemain hebat. Kami perlu menghalang satu pasukan Argentina,” ujar PetkovicCroatia memburu tempat ke final buat kali kedua berturut-turut di Piala Dunia selepas tewas kepada Perancis pada 2018.Mereka menyingkirkan pasukan pilihan Brazil di suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan dengan jaringan penyamaan pada lewat masa tambahan sebelum memenangi penentuan sepakan penalti.Tanpa pemain yang digantung dan cedera susulan kehadiran semula pemain pertahanan Borna Sosa, Croatia yang dibimbing Zlatko Dalic sudah bersedia dan turun dengan keyakinan tinggi.Kapten Luka Modric akan memimpin jentera tengah sambil dibantu Mateo Kovacic serta Marcelo Brozovic.Pemain pertahanan Croatia, Josip Juranovic berkata, mereka merupakan trio berpengaruh dan menjadi nadi penting pasukan.“Mateo, Luka dan Marcelo adalah barisan tengah terbaik Croatia dalam sejarah. Saya fikir ia tidak dapat diulangi.“Apabila anda menghantar bola kepada mereka, ia lebih selamat berbanding menyimpan wang di dalam bank,” ujar Juranovic
4
12 Disember 2022 01:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235705/berita/sukan/perancis-perlu-kerah-kudrat-berdepan-maghribi
Perancis perlu kerah kudrat berdepan Maghribi
SKUAD Perancis perlu mengerah segala kudrat apabila turun beraksi menentang Maghribi dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Khamis.Penjaga golnya, Hugo Lloris memberitahu, Les Bleus juga perlu kekal tenang dan optimis sesuatu yang istimewa akan berlaku."Kami giat membuat persiapan untuk menentang Maghribi. Kami akan gunakan segala kekuatan."Semua pemain dapat rasakan ada sesuatu yang sangat istimewa yang boleh kami capai."Saya fikir kita semua sedar tentang perkara ini. Kita akan kekal tenang dan bersedia," ujar Lloris yang disiarkan di akaun Twitter rasmi Perancis.Les Bleus menjadi penyandang juara pertama melangkah ke separuh akhir sejak Brazil melakukannya pada 1998 apabila mengetepikan England 2-1 pada perlawanan suku akhir Sabtu lalu.Kemenangan itu amat istimewa buat Lloris yang menjadi pemegang rekod Perancis selepas mengatasi Lilian Thuram (142) dengan penampilan antarabangsanya ke-143.Mengingati peristiwa tersebut, kapten itu dihadiahkan baju oleh pengurusnya, Didier Deschamps."Saya masih berbangga, berbesar hati memakai baju Les Bleus walaupun selepas 143 penampilan."Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan, kakitangan dan seluruh pengurusan kerana menjadikan perlawanan itu begitu sempurna."Kemenangan menewaskan England di suku akhir akan kekal sebagai kenangan istimewa," katanya.
4
12 Disember 2022 11:47am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235700/berita/sukan/wartawan-meninggal-dunia-di-piala-dunia-qatar
Wartawan meninggal dunia di Piala Dunia Qatar
SEORANG wartawan foto, Khalid Al Misslam dilaporkan meninggal dunia ketika membuat liputan pada Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Kematian itu menjadikannya wartawan kedua selepas Grant Wahl dari Amerika Syarikat (AS).Akhbar La Gazzetta melaporkan, setakat ini punca insiden tragis itu masih belum diketahui.Al Misslam adalah seorang wartawan foto bagi saluran TV Qatar, Al Kass.Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai kematian Al Misslam.Saluran berita Qatar, Gulf Times menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wartawan itu menerusi media sosial.Insiden itu berlaku beberapa jam selepas kematian Wahl.US Soccer pada 9 Disember lalu melaporkan wartawan AS itu meninggal dunia ketika membuat liputan Piala Dunia.Laporan awal mendedahkan Wahl, 48, membuat liputan perlawanan antara Argentina dan Belanda di Stadium Lusail.
4
12 Disember 2022 10:38am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235698/berita/sukan/pemain-england-bawa-pulang-hadiah-kucing
Pemain England bawa pulang 'hadiah' kucing
BIAPUN skuad England balik dengan kecewa setelah tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022, namun dua pemain mereka tidak pulang tangan kosong.Sebaliknya dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones meninggalkan Qatar dengan hadiah seekor kucing.Mereka membawa pulang seekor kucing terbiar yang disukai ramai pemain pasukan itu di pangkalan latihan mereka.England tumpas kepada Perancis 1-2 dalam saingan suku akhir pada Ahad.Kucing jalanan yang diberi nama Dave oleh Stones perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu."Dia hanya berada di sana satu hari. Jadi kami baharu sahaja mengambilnya untuk dipelihara," kata Walker."Dave amat dialu-alukan. Ada orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya. Hari pertama kami tiba di sana (Qatar), Dave muncul."Setiap malam dia duduk di sana menunggu makanannya," ujar Stones
4
12 Disember 2022 10:33am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235699/berita/sukan/tuah-bantu-perancis-singkir-england
Tuah bantu Perancis singkir England
MEDIA Perancis menyifatkan tuah mengiringi kejayaan penyandang juara Perancis lolos ke separuh akhir selepas bergelut ketika menyingkirkan cabaran naib juara Euro 2020, England 2-1 di suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.Perancis memimpin perlawanan selepas jaringan jarak jauh Aurelien Tchouameni, sebelum Harry Kane menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan penalti pada separuh masa kedua.Tandukan Olivier Giroud kemudiannya meletakkan Les Bleus kembali di depan, namun kegagalan Kane menyempurnakan sepakan penalti kedua pada lewat permainan mengesahkan slot separuh akhir berdepan Maghribi.La Croix mendakwa bahawa skuad kendalian Didier Deschamps boleh mengira diri mereka bertuah selepas mara ke separuh akhir manakala Le Monde menulis bahawa Perancis bergelut menyingkirkan The Three Lions pimpinan Gareth Southgate.'Rapuh' adalah tajuk utama digunakan L'Equipe, selepas Perancis memberikan dua penalti mudah apabila Les Bleus bernasib baik apabila dapat melepasi perlawanan berintensiti tinggi The Three Lions.Sementara itu, wartawan ESPN Perancis Julien Laurens berkata, pasukan yang menang bukan selalu yang terbaik, walaupun memuji Perancis yang berusaha mencari jalan untuk menang.Adalah tidak menghairankan reaksi media Perancis terhadap Deschamps selepas perlawanan sebelum itu berkata, "Kadang-kadang anda memerlukan sedikit tuah."Dalam perkembangan lain, penyerang Perancis, Kylian Mbappe menulis di Instagram, “Selangkah lebih dekat kepada impian mutlak,” setelah memainkan peranan penting dalam kejayaan negaranya pada Rusia 2018 apabila mempamerkan aksi mengagumkan setakat ini di Qatar 2022."Pengembaraan diteruskan...sangat bangga dengan kumpulan ini," tulis Giroud.
4
12 Disember 2022 10:27am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235695/berita/sukan/rodrygo-tekad-bangkit-lebih-kuat
Rodrygo tekad bangkit lebih kuat
PENYERANG muda Brazil, Rodrygo memohon maaf kerana gagal membantu negaranya mara lebih jauh dalam saingan Piala Dunia 2022 setelah tewas penentuan sepakan penalti 2-4 pada aksi suku akhir kepada Croatia.Bintang Real Madrid itu menggalas tugas mengambil sepakan penalti pertama Brazil dalam penentuan penalti selepas terikat 1-1 dengan Croatia pada aksi berlarutan sehingga tambahan masa.Penyerang berusia 21 tahun itu, bagaimanapun gagal menewaskan penjaga gol Dominik Livakovic dan situasi lebih parah lagi apabila Croatia menjaringkan kesemua empat penalti mereka.Menaruh harapan kepada Marquinhos untuk menghidupkan peluang Brazil tetapi sepakan pemain pertahanan itu terkenal tiang.Rodrygo sangat kecewa dan hilang kata-kata selepas gagal menyempurnakan penalti, menyaksikan perjalanan mereka tersekat di kelompok lapan pasukan terbaik."Maaf. Tanpa ragu-ragu ini adalah detik paling menyedihkan dalam karier saya. Daripada syurga ke neraka dalam tempoh singkat. Ia betul-betul seperti yang saya selalu minta supaya tidak berlaku."Saya tahu segala-galanya berlalu dan walaupun pada masa ini saya masih tidak mempunyai kekuatan untuk bangun, saya pasti saya akan kembali."Saya tidak tahu bagaimana, tetapi saya akan kembali dan lebih kuat," ciapnya di Twitter.
4
12 Disember 2022 09:33am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235694/berita/sukan/terima-kasih-portugal-terima-kasih-qatar
'Terima kasih Portugal, terima kasih Qatar'
CRISTIANO Ronaldo akhirnya bersuara selepas impian terbesar dan cita-citanya untuk memenangi Piala Dunia berakhir.Pemain berusia 37 tahun itu gagal memberi inspirasi kepada Portugal untuk kemenangan suku akhir dari bangku simpanan menentang Maghribi.Ronaldo yang kini menjadi ejen bebas selepas dipecat oleh Manchester United akan berusia 42 tahun pada Piala Dunia seterusnya bermula.Tidak diketahui sama ada Ronaldo akan bermain sehingga itu atau jika Portugal masih mahukannya pada usia itu.Dia menitiskan air mata ketika menuruni terowong selepas tewas 0-1 kepada Maghribi pada suku akhir.Ronaldo kemudian menulis di Instagram: "Memenangi Piala Dunia untuk Portugal adalah impian terbesar dan cita-cita paling tinggi dalam kerjaya saya.“Nasib baik saya memenangi banyak gelaran antarabangsa termasuk untuk Portugal tetapi meletakkan nama negara kita di peringkat tertinggi di dunia adalah impian terbesar saya."Saya berjuang untuk itu. Saya berjuang keras untuk impian ini. Dalam lima penampilan yang saya jaringkan dalam Piala Dunia selama 16 tahun, sentiasa bersama para pemain hebat dan disokong berjuta-juta rakyat Portugal, saya memberikan yang terbaik."Saya meninggalkan segala-galanya di atas padang. Saya tidak pernah memalingkan wajah kepada perjuangan dan tidak pernah berputus asa dengan impian itu."Malangnya, semalam mimpi itu berakhir. Ia tidak berbaloi untuk bertindak balas terhadap suasana."Selepas memulakan tiga perlawanan pertama kejohanan itu, Ronaldo diletakkan di bangku simpanan untuk kemenangan pusingan 16 terbaik ke atas Switzerland dan kekalahan suku akhir kepada Maghribi.Dia sebelum itu digugurkan selepas tidak berpuas hati tindakan pengendali Fernando Santos apabila digantikan dalam kekalahan 1-2 peringkat kumpulan kepada Korea Selatan.Tetapi Ronaldo meneruskan: "Saya hanya mahu semua orang tahu bahawa banyak yang telah diperkatakan, banyak yang telah ditulis, banyak yang telah dibuat spekulasi, tetapi dedikasi saya kepada Portugal tidak berubah seketika.“Saya sentiasa seorang lagi yang berjuang untuk matlamat semua orang dan saya tidak akan membelakangkan rakan sepasukan dan negara."Buat masa ini, tidak banyak lagi yang perlu diucapkan. Terima kasih, Portugal. Terima kasih, Qatar. Impian itu indah semasa ia berlangsung... Kini, tiba masanya untuk menjadi penasihat yang baik dan membenarkan setiap orang membuat kesimpulan sendiri. "Ronaldo hanya dimasukan enam minit selepas perlawanan babak kedua pada Sabtu, tetapi bergelut untuk membuat impak.Lebih malang penyerang itu hanya berjaya 10 sentuhan bola semasa berada di atas padang.
4
12 Disember 2022 09:25am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235683/berita/sukan/kian-meng-pei-jing-raih-pengalaman-berguna
Kian Meng-Pei Jing raih pengalaman berguna
BEREGU campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meraih pengalaman berguna di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir biarpun perjuangan tersekat di peringkat separuh akhir di Thailand pada Sabtu.Ia memberi petanda positif buat pasangan itu yang berjaya melangkah ke separuh akhir berdasarkan prestasi mereka yang semakin meningkat dan baik.Kian Meng memberitahu, biarpun terlepas tiket final, mereka memperoleh banyak pengajaran terutama jika berdepan dengan juara dunia tiga kali pasangan, Si Wei-Ya Qiong dari China.Pendedahan di kejohanan itu mematangkan mereka untuk tampil lebih mantap pada perlawanan akan datang.“Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan sepanjang kejohanan di sini. Apa yang penting kami perlu kembali ke gelanggang dan bekerja lebih keras.“Meskipun kalah, namun saya fikir kami sudah belajar sesuatu yang penting daripada mereka. Saya harap kami boleh memanfaatkannya pada kejohanan akan datang,” katanya.Pada aksi separuh akhir di Arena Nimibutr, Bangkok, pasangan nombor lapan dunia itu akur dengan kehebatan wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong apabila tewas 10-21, 15-21 dalam tempoh 27 minit.Kian Meng turut berharap mereka boleh mengekalkan rentak konsisten selain sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan Terbuka Malaysia 2023 di Arena Axiata, Bukit Jalil bermula 10 hingga 15 Januari depan.“Menjelang Terbuka Malaysia, saya harap kami boleh kekalkan prestasi seperti ini dan meraih keputusan lebih baik.“Pada masa sama, kita juga sudah belajar bagaimana mahu mengekalkan corak permainan jika berdepan pemain seperti Si Wei-Ya Qiong,” katanya.
4
12 Disember 2022 07:25am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235677/berita/sukan/tiada-kane-tiada-england-di-qatar-2022
'Tiada Kane, tiada England di Qatar 2022'
NAIB juara Euro 2020, England tidak akan mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 tanpa jaringan penyerang The Three Lions, Harry Kane.Malah Jordan Henderson berkata, penyerang Tottenham Hotspur itu akan kembali lebih kuat selepas terlepas sepakan penalti ketika England ditunjukkan jalan keluar Perancis dari bumi Qatar pada perlawanan suku akhir.Kane menjaringkan gol pertama England menerusi sepakan penalti minit ke-54, namun percubaan kali keduanya enam minit sebelum wisel penamat melewati palang.“Kami tahu berapa banyak penalti yang telah Harry hasilkan untuk England."Dia menjaringkan gol pertama dan berapa banyak gol yang dia telah jaringkan untuk membawa kami ke sini. Saya pasti dia akan menjadi lebih kuat untuk itu dalam jangka masa panjang."Dia penyerang bertaraf dunia dan kapten England dan kami tidak akan berada di sini tanpanya,” kata pemain tengah The Three Lions itu selepas tewas 1-2 kepada Perancis di Stadium Al Bayt.England pimpinan Gareth Southgate tampil ke bumi Qatar dengan reputasi tinggi selepas mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 diikuti final Euro 2020.Pada masa sama, Henderson mengakui England juga berpeluang untuk memenangi perlawanan itu, namun Perancis lebih bijaksana memanfaatkan peluang diperoleh dalam pertembungan dua kuasa Eropah tersebut."Rasanya seperti peluang yang terlepas kerana saya merasakan persembahannya sangat bagus dan tumpuan serta kecergasan adalah baik setiap hari."Anda perlu memberi kredit kepada Perancis, mereka pasukan yang bagus tetapi saya percaya England boleh menang," katanya.Pada perlawanan itu, England mula memburu permainan dari minit ke-17 apabila Aurelien Tchouameni meletakkan penyandang juara di hadapan dengan rembatan jarak jauh yang deras.“Memang mengecewakan untuk ketinggalan 1-0 tetapi saya fikir kami menunjukkan watak dan mentaliti untuk terus mara pada separuh masa kedua bagi mencari gol penyamaan."Kami telah memberikan segala-galanya namun ia bukan malam kami," ujarnya.Sementara itu, penalti pertama Kane minit ke-53, menyamakan kedudukannya dengan Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak England sepanjang zaman dalam bola sepak antarabangsa.Untuk rekod, Kane adalah penjaring terbanyak di Rusia empat tahun lalu dengan enam gol ketika England mara ke empat terakhir, namun pemain berusia 29 tahun itu hanya berjaya jaring dua gol di Qatar.
4
11 Disember 2022 11:13pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235671/berita/sukan/knoll-troll-tarian-merpati-brazil
Knoll 'troll' tarian merpati Brazil
PENYOKONG terhangat Piala Dunia 2022, Ivana Knoll telah 'troll' Brazil selepas pasukan kesayangannya, Croatia menewaskan gergasi pilihan tersebut menerusi sepakan penalti pada suku akhir di Stadium Education City.Pasukan pilihan edisi Qatar 2022 itu tersingkir daripada temasya bola sepak dunia itu kepada lawan Eropah apabila seri 1-1 dengan Croatia selepas masa tambahan sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti 4-2.Selepas gergasi Amerika Selatan itu terlepas sepakan terakhir, Ivana menyiarkan video mempersendakan sambutan gol tarian merpati skuad Samba sebelum ini.Untuk rekod, para pemain Brazil melakukan tarian merpati semasa melakar kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik di Stadium 974 - Ras Abu Aboud pada 6 Disember lalu.Pengendali Brazil Tite juga menyertai tarian itu apabila Richarlison berlari ke ruang pemain simpanan selepas menjaringkan gol ketiga skuad Samba.Peminat nombor satu Croatia itu kemudiannya ketawa sambil meniru tarian burung merpati selepas kapten Brazil, Marquinhos terlepas sepakan penalti penentuan."Lakukan tarian merpati anda dalam perjalanan pulang ke rumah," kata Knoll yang mengiringi video itu.Knoll sebelum ini tidak asing dengan beberapa 'troll' - selepas menyindir Jepun apabila Samurai Biru dibelasah Croatia 1-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam pusingan 16 terbaik di Stadium Al Janoub.Ivana menyiarkan klip dirinya sedang makan sushi di samping mesej: "Hanya sushi pada menu hari ini."
4
11 Disember 2022 08:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235661/berita/sukan/gandingan-baharu-tang-jie-ee-wei-buahkan-hasil
Gandingan baharu Tang Jie-Ee Wei buahkan hasil
PERCATURAN menggandingkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuahkan hasil selepas mereka berdua muncul Juara Beregu Campuran Cabaran Antarabangsa Bangladesh hari ini.Tang Jie-Ee Wei yang digabung padan oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Rexy Mainaky, menjadi juara beregu kejohanan itu selepas menewaskan pasangan Thailand Phatharathorn Nipornam-Alisa Sapniti 21-15 21-13 di Stadium Tertutup Shahid Tajuddin Ahmed, Dhaka.Tang Jie sebelum ini bergandingan dengan Peck Yen Wei sementara Ee Wei berpasangan dengan Hoo Pang Ron.Cabaran Antarabangsa Bangladesh merupakan kejuaraan antarabangsa pertama mereka.Tang Jie-Ee Wei merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke final selepas rakan sepasukan terdiri daripada beregu campuran Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing: beregu lelaki, Leong Jun Kai-Jimmy Wong dan Tan Kok Xian-Tan Yi Han selain beregu wanita Go Pei Kee-Teoh Mei Xing berakhir setakat separuh akhir.Ini merupakan satu permulaan yang baik untuk mereka yang menghadapi cabaran melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pasangan itu akan menyertai Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak dari 13 hingga 18 Disember. - Bernama
4
11 Disember 2022 06:41pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235635/berita/sukan/10-tahun-cakap-lebih-tapi-padang-teruk---tmj
'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ
KETIKA skuad Harimau Malaya masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Rabu lalu, kualiti gelanggang keramat itu menarik perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu beranggapan tiada maknanya kejayaan tersebut jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'."Lumrah bola sepak tanah air, 10 tahun masih tak serik. 10 tahun masih cakap lebih, tetapi masih cow grass," tulisnya di ruangan komen Instagram rasmi kelab, officialjohor.SNBJ terus menghadirkan igauan buat pasukan lawan yang sukar untuk menundukkan pasukan negara setiap kali beraksi di kandang Harimau Malaya itu.Paling diingati ialah ketika anak buah Kim Pan-gon menamatkan badi 42 tahun untuk layak ke Piala Asia selepas muncul lima naib juara terbaik di pusingan kelayakan di SNBJ pada Jun lalu.Tunku Ismail turut meninggalkan komen di Instagram itu yang memberi bayangan bahawa masih banyak pihak atau kelab di Malaysia yang belum berubah ke tahap lebih baik.Tetapi hanya segelintir yang bermain bunga api setiap tahun. Hanya segelintir yang mempunyai stadium yang canggih dan hanya segelintir yang berjaya dengan pelbagai kejayaan," tulis Tunku Ismail lagi.Komen itu dibuat selepas laman Instagram kelab itu memuat naik senarai jumlah trofi yang dimenangi JDT sejak 2013.JDT sudah memenangi semua trofi saingan domestik dan tahun ini menjadi pencapaian paling cemerlang dikecapi Harimau Selatan apabila menyapu bersih semua empat kejuaraan.Anak buah Hector Bidoglio melengkapkan trofi keempat mereka musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor 2-1 di final, 26 November lalu.
4
11 Disember 2022 03:42pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/235630/berita/sukan/selamat-datang-amirbek-ke-bumi-jelapang-padi
'Selamat datang Amirbek ke bumi Jelapang Padi'
KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain kebangsaan Tajikistan, Amirbek Juraboev sebagai pemain import pertama kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.Amirbek berusia 26 tahun telah membuat 46 kali penampilan bersama skuad kebangsaan Tajikistan mengisi kuota pemain import Asia mengantikan pemain dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi.Pemain itu yang beraksi di posisi tengah telah diintai oleh Sang Kenari ketika beraksi menentang Malaysia di Piala Raja-Raja Thai 2022 di Thailand.Pada musim ini, Amirbek mewakili United City FC di Liga Filipina dan turut menyumbang dua gol."Selamat datang Amirbek ke bumi Jelapang Padi. Pemain import pertama ini bakal mengisi kuota Asia pasukan Sang Kenari," ujar kenyataan KDA FC.Sementara itu, pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar juga mendedahkan sedang memantau pemain import dari Morocco sejak dua bulan lalu bagi memperkuatkan kelab tersebut.Melalui Facebook rasminya, pakar syariah antarabangsa itu berkata, rangkaian yang ada di negara tersebut akan dimanfaat oleh beliau sebaik mungkin."Sejak dua bulan yang lepas, saya sudah cuba menjejaki seorang pemain Morocco (Maghribi) yang pernah bermain di Qatar. Ada beberapa proses yang saya patut buat untuk pastikan pemain ini benar-benar fit dan layak bermain di Kedah."Saya memang rapat dengan rakan-rakan di Morocco yang mengendalikan beberapa akademi bola sepak di sana. Saya pun ada syarikat saya Amanie di Casablanca, Morocco bersama dengan rakan kongsi saya dari Morocco, seorang tokoh bisnes yang terkenal di sana," kata beliau.
4
11 Disember 2022 03:13pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235625/berita/sukan/kim-swee-hargai-dicalon-sebagai-jurulatih-terbaik-abk22
Kim Swee hargai dicalon sebagai jurulatih terbaik ABK22
KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui persaingan yang hebat untuk memburu gelaran Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) selepas tercalon dalam kelompok tiga terbaik pada musim ini.Selain Kim Swee, dua lagi calon adalah pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak dan Nafuzi Zain selaku jurulatih Terengganu FC (TFC).Kim Swee turut menganggap pencalonan itu sebagai satu penghargaan apatah lagi ia merupakan tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga Malaysia.Sudah pasti, bekas pengendali kebangsaan turut menghormati dua calon lain berdasarkan pencapaian mereka yang cukup memberangsangkan dalam mengendalikan KL City dan TFC pada musim 2022.Ia sangat bagus apabila diberi pengiktirafan seperti ini dan sudah pasti amat penting untuk saya sebagai jurulatih untuk melakukan apa yang sepatutnya kepada pasukan musim ini.“Ini tahun pertama saya sebagai jurulatih Sabah. Saya juga percaya banyak lagi yang kami boleh baiki.“Tidak kira menang atau kalah, saya tetap bersyukur atas pencalonan ini dan semestinya berbangga untuk bersaing dengan dua lagi jurulatih (Bojan Hodan dan Nafuzi) yang telah meraih kejayaan bersama pasukan mereka,” katanya.Nafuzi pula menganggap pencalonan itu adalah hasil usaha keras satu pasukan untuknya merebut gelaran Jurulatih Terbaik.Baginya, Hodak yang meraih anugerah tersebut pada musim lalu turut mempunyai peluang untuk mempertahankan gelarannya selain Kim Swee yang juga melakukan tugas cukup baik membimbing Sabah mencapai kedudukan tiga terbaik Liga Super.“Saya nak katakan pencalonan ini bukan disebabkan usaha saya seorang, tetapi melibatkan kerja keras daripada semua pemain juga.“Saya anggap pencalonan ini satu penghargaan dan sudah tentu peluang untuk menang bukan mudah kerana kita tahu kedua jurulatih itu juga mempunyai pengalaman dan nama yang besar.“Dapat tercalon kali ini pun saya sudah bersyukur apatah lagi dicalonkan bersama-sama calon lain yang cukup hebat,” katanya.Pada musim lalu, Hodak meraih Anugerah Jurulatih Terbaik bersaing dengan Nafuzi dan Benjamin Mora (JDT) selepas beliau berjaya membawa pasukan KL City memenangi trofi Piala Malaysia 2021.ABK22 akan berlangsung secara maya pada Khamis, 15 Disember bermula jam 9 malam di mana sebanyak 16 kategori dipertandingkan.Anugerah yang dipertandingkan ialah dan Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).Selain itu, kategori Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier, Anugerah Fair Play, Fan XI, Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 dan Pasukan Terbaik juga turut diiktiraf.
4
11 Disember 2022 02:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235619/berita/sukan/mimpi-indah-yassine-bounou
'Mimpi indah Yassine Bounou'
PENJAGA gol Maghribi, Yassine Bounou merasa bagaikan bermimpi setelah berjaya membantu pasukannya mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Beliau berkata, sejarah yang dicipta pasukannya dapat menjadi bukti betapa mereka mampu mencipta keajaiban kepada generasi yang akan datang.“Apa yang kamu rasakan, itu juga yang saya rasakan... cubitlah saya kerana saya bagaikan sedang bermimpi.“Detik ini sangat hebat tetapi kami di sini untuk mengubah mentaliti. Rasa rendah diri itu... kami perlu mengubahnya supaya generasi selepas ini tahu yang pemain Maghribi mampu mencipta keajaiban,” kata Bounou.Penjaga gawang itu dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan apabila membantu Maghribi mengejutkan Portugal 1-0 sekali gus berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Piala Dunia.Bounou turut melahirkan penghargaan dan terima kasih buat rakan sepasukan yang memberikan aksi terbaik, biarpun tanpa beberapa pemain utama yang cedera.“Sukar untuk saya menggambarkan detik ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih pada rakan sepasukan atas usaha keras mereka dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan.“Harapnya kami mendapat sedikit rehat untuk bersedia bagi perlawanan seterusnya,” katanya.Pada aksi separuh akhir, Maghribi akan berdepan juara bertahan, Perancis yang menyingkirkan England menerusi kemenangan 2-1.Wakil Afrika Utara itu berdepan Portugal tanpa dua tonggak pertahanan, Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui yang berdepan kecederaan sebelum turut kehilangan kapten, Romain Saiss ketika perlawanan berlangsung.“Terima kasih kepada pemain yang menunjukkan aksi menakjubkan. Ada pemain yang tercedera tetapi pemain yang berada di atas padang beraksi pada tahap tertinggi,” ujar Bounou.
4
11 Disember 2022 02:31pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235612/berita/sukan/tempoh-bertenang-southgate
Tempoh bertenang Southgate
PENGENDALI England, Gareth Southgate memerlukan masa sebagai tempoh bertenang selepas The Three Lions tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022 setelah tewas kepada juara bertahan, Perancis pada Ahad.Southgate berkata, beliau perlu memikirkan banyak perkara.“Selepas berakhir kejohanan ini saya perlukan masa untuk membuat keputusan tepat kerana secara emosinya anda mengalami terlalu banyak perasaan bercampur baur.“Tenaga yang diperlukan untuk mengharungi kejohanan ini bukan sedikit, jadi saya mahu membuat keputusan tepat buat pasukan dan England,” katanya.Perancis menang 2-1 di Stadium Al Bayt, dengan kapten England, Harry Kane terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan setelah sepakan penaltinya 'menuju bulan' pada lewat permainan, biarpun sebelum itu dia meledak menerusi sepakan sama pada babak pertama.England mara ke separuh akhir Piala Dunia pada 2018 dan final Kejohanan Eropah tahun lalu, namun penantian lama mereka bagi merebut kejuaraan utama berlarutan lebih 56 tahun.“Saya juga perlu memastikan apa saja keputusan yang diambil adalah tepat dan saya fikir wajar untuk mengambil masa sedikit kerana saya tahu pada masa lalu perasaan saya tidak menentu sebaik selepas kejohanan berakhir,” ujar Southgate.Kontrak Southgate yang berbaki hingga Disember 2024 turut bangga dengan cara pasukannya beraksi di Qatar dan terlalu awal untuk merancang masa depan.Anda memerlukan banyak tenaga untuk memulakan sekali lagi dan perlu bersedia untuk menghadapinya. Ada pusingan kelayakan (Euro 2024) bermula Mac depan dan terlalu banyak perkara yang saya perlu fikirkan.“Saya mahu fokus sepenuhnya terhadap kejohanan ini dan mendepaninya dengan cara kami. Saya fikir kami sudah membuktikan kehebatan kepada dunia, tetapi akhirnya hanya satu pasukan yang menang,” katanya.Southgate berkata, terlalu banyak perkara mengujakan apabila melihat profil pasukan muda itu apabila mereka mempamerkan aksi terbaik menentang pasukan utama termasuk Perancis.“Pemain tahu mereka sudah memberikan cabaran paling sengit kepada negara sepanjang perlawanan. Kami menguasai bola, lebih banyak percubaan tepat ke arah gol.“Saya amat bangga dengan persembahan mereka bukan setakat malam ini (Ahad) tetapi sepanjang kejohanan. Ada beberapa pemain muda yang mula menonjolkan diri mereka di pentas dunia,” tambahnya.
4
11 Disember 2022 01:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235605/berita/sukan/kbs-pastikan-infrastruktur-sukan-negara-mudah-diakses
KBS pastikan infrastruktur sukan negara mudah diakses
[DIKEMAS KINI] KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan infrastruktur sukan dalam negara mudah diakses bukan sahaja kepada atlet kebangsaan tetapi juga orang ramai.Menteri berkenaan, Hannah Yeoh berkata, langkah itu penting bagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi."KBS akan mengkaji kerjasama dengan Kementerian Pelajaran sebagai contoh buka semua kemudahan sukan di sekolah kerana sekolah sangat berdekatan dengan perumahan dan sudah mempunyai infrastruktur sukan, padang dan sebagainya. Kerajaan juga dapat jimatkan kos daripada membina infrastruktur sukan baharu," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menyaksikan Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur ke-14 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini pada Ahad.Dalam pada itu, Hannah berkata, KBS sedang giat berjumpa persatuan-persatuan sukan bagi membincangkan hal berkaitan keperluan dan kebajikan para atlet.Beliau berkata, pihaknya akan mengumpul maklum balas hasil perjumpaan berkenaan termasuk bersama atlet hingga akhir Disember ini sebelum merangka dasar baharu kementeriannya dalam pembangunan sukan tanah air."Semalam, saya berjumpa dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk meminta cadangan memajukan sukan dan bagaimana lagi cara memberi pendedahan kepada atlet kita,” katanya.Mengulas mengenai Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur itu, Hannah berkata, KBS akan membantu pihak berkepentingan dalam memperbanyakkan lagi kejohanan di peringkat bawah umur dalam negara."Untuk penganjuran saya telah mengumpul maklumat daripada penganjur, berapa kos yang diperlukan untuk mengadakan kejohanan dan selepas ini kami akan membantu apa yang boleh untuk mereka anjurkan lagi,” katanya. - Bernama
4
11 Disember 2022 12:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235593/berita/sukan/psikologi-neymar-hancur
'Psikologi Neymar hancur'
PEMAIN sensasi, Neymar menyifatkan kekalahan kepada Croatia pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 sebagai amat menyakitkan dalam hidupnya.Neymar merasakan 'psikologinya sudah hancur' setelah Brazil tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Croatia.Pemain berusia 30 tahun itu beraksi dengan hebat apabila menyamai rekod jaringan Pele yang mencatatkan 77 gol untuk Selecao pada Sabtu lalu yang beraksi dengan keputusan 1-1 selepas masa tambahan.Neymar bagaimanapun tidak mengambil sepakan penalti ketika aksi penentuan yang dimenangi Croatia 4-2 untuk mara ke separuh akhir.Susulan kegagalan itu, Brazil perlu menunggu empat tahun lagi untuk memenangi Piala Dunia keenam mereka yang kali terakhir dimenangi pada 2002."Psikologi saya hancur. Ia kekalahan yang paling menyakitkan menyebabkan saya lumpuh selama 10 minit selepas perlawanan. Saya menangis tanpa dapat berhenti."Ia akan menyakitkan untuk satu tempoh yang sangat lama," tulis Neymar dalam mesej di Instagram.Sejurus selepas Brazil tersingkir, Neymar memberi bayangan dia mungkin tidak lagi bermain perlawanan terakhir buat negaranya, namun Pele menggesanya untuk 'terus memberi inspirasi kepada kami'Bekas pemain berusia 82 tahun dalam Instagramnya berharap, penyerang itu akan terus bermain sambil pencapaian menjaringkan gol tidak sama dengan penghormatan mewakili Brazil."Anda dan seperti yang saya tahu, tiada perasaan dapat digambarkan dengan jumlah lebih besar daripada rasa gembira mewakili negara."Saya berumur 82 tahun dan selepas sekian lama, saya harap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam beberapa cara untuk pergi sejauh ini."Legasi anda masih jauh dari penamat," ujar Pele.
4
11 Disember 2022 11:32am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235586/berita/sukan/kekuatan-mental-pacu-kemenangan-perancis
Kekuatan mental pacu kemenangan Perancis
SKUAD Perancis terpaksa menggunakan sepenuhnya ketahanan mental sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Pemain sensasi, Olivier Giroud menjadi duri dalam daging buat England apabila meledak gol kemenangan Perancis pada minit ke-78."Ia luar biasa. Kami bekerja keras secara bertahan ketika mendahului. Ia mengingatkan saya kepada Belgium pada 2018," ujar Giroud.Perancis menewaskan Belgium 1-0 pada aksi separuh akhir di Rusia empat tahun lalu.Tandukan Giroud 12 minit sebelum tamat memacu Perancis ke separuh akhir Khamis ini ketika Harry Kane terlepas sepakan penalti lewat yang kedua buatnya dalam aksi itu.Kane menyamakan kedudukan menerusi penalti sejurus selepas rehat separuh masa, memadamkan gol pendahuluan Aurelien Tchouameni dari jarak jauh yang membolehkan Perancis mendahului pada minit ke-17."Malangnya kami melepaskan sepakan penalti. Tetapi kami tetap berbahaya dalam beberapa kesempatan pada hujung perlawanan.""Anda perlu sentiasa percaya dan (Antoine) Griezmann mengumpan kepada saya bola yang hebat (untuk gol).""Saya sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan terbaik."Kami sedar potensi generasi muda Inggeris ini. Mereka mempunyai segala-galanya. Kami terpaksa menggunakan kekuatan mental untuk mengatasi mereka (England)," ujar Giroud.
4
11 Disember 2022 10:55am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235585/berita/sukan/regragui-buktikan-maghribi-boleh-berjaya-di-qatar
Regragui buktikan Maghribi boleh berjaya di Qatar
SKUAD Maghribi membuktikan bahawa tanpa pemain ternama dan banyak bakat Atlans Lions boleh berjaya di Piala Dunia Qatar 2022.Berbekalkan keinginan, hati dan kepercayaan Maghribi berjaya mencapai kejayaan sehingga mara ke separuh akhir selepas menundukkan Portugal 1-0 pada Ahad.Jurulatihnya Walid Regragui menganggap pasukannya adalah 'Rocky Balboa' kerana kesungguhan yang ditunjukkannya sehingga membawa kepada kejayaan."Apabila anda menonton Rocky anda mahu menyokong Rocky Balboa kerana kerja keras dan komitmennya. Saya rasa kami Rocky Balboa di Piala Dunia ini," katanya.Skuad dari Afrika Utara yang dilanda kecederaan itu terpaksa mengamalkan corak permainan bertahan untuk mencatatkan kemenangan 1-0 di Stadium Al Thumama.Mereka akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Perancis di separuh akhir selepas Youssef En-Nesyri menanduk masuk gol sebelum babak pertama tamat.Kemenangan ke atas Portugal hadir selepas mereka menundukkan Sepanyol dalam pusingan 16 terakhir menerusi sepakan penalti dan menewaskan pasukan ranking kedua dunia Belgium di peringkat kumpulan."Maghribi akan menjadi pasukan yang semua orang suka pada Piala Dunia ini kerana kami menunjukkan bahawa walaupun anda tidak mempunyai banyak bakat, jika ada menunjukkan keinginan, hati dan kepercayaan itu anda boleh mencapainya."Saya pasti ramai di antara anda akan mengatakan ini satu keajaiban tetapi kami menang tanpa bolos menentang Belgium, Sepanyol serta Portugal dan ia adalah hasil kerja keras," ujar RegraguiPerancis mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan England 2-1 di Stadium Al Bayt dan Maghribi berpeluang menjadi negara pertama dari luar Eropah atau Amerika Selatan mara ke final."Kami boleh bermimpi kenapa kita tidak boleh bermimpi memenangi Piala Dunia?"Ia tidak memerlukan apa-apa untuk sebuah impian. Negara Eropah sudah biasa memenangi Piala Dunia."Kami sudah bermain menentang beberapa pasukan hebat dunia tapi setakat ini kami tidak mencapai apa-apa," ujar Regragui.Beliau mula melatih Maghribi Ogos lalu.Maghribi sudah melangkaui jangkaan dengan menjadi negara Afrika keempat dan negara Arab pertama mara ke suku akhir.
4
11 Disember 2022 10:38am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235582/berita/sukan/santos-tidak-menyesal-letak-ronaldo-di-bangku-simpanan
Santos tidak menyesal letak Ronaldo di bangku simpanan
PENGENDALI Portugal, Fernando Santos menegaskan tidak menyesal meletakkan Cristiano Ronaldo di di bangku simpanan daripada kesebelasan utama ketika kekalahan kepada Maghribi dalam suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama.Setelah menyisihkan Ronaldo untuk kemenangan 6-1 ke atas Switzerland dalam pusingan 16 terbaik, Santos tetap dengan pasukan yang sama di sebalik melihat Goncalo Ramos penjaring hatrik sebagai pengganti terbaik kepada bekas peledak Manchester United itu.Namun apabila Youssef En-Nesyri meletakkan Maghribi di depan pada separuh masa pertama, Santos bingkas menghantar Ronaldo pada awal babak kedua, namun kemasukan pemain berusia 37 tahun itu tidak banyak memberi kesan menyaksikan ikon bola sepak Portugal itu keluar dari padang sambil menangis pada penghujung kekalahan 1-0, peluang terakhirnya untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia.Di sebalik itu, Santos tetap mempertahankan pemilihan kesebelasan utama.“Tiada penyesalan. Saya percaya ini adalah pasukan yang bermain dengan sangat baik menentang Switzerland. Cristiano adalah pemain yang hebat. Dia datang apabila kami rasa itu perlu.”Kemunculan Ronaldo adalah penampilan antarabangsa yang ke-196, menyamai rekod dunia pemain dari Kuwait, Badr Al-Mutawa.Pada masa sama Santos mengakui kecewa apabila Portugal gagal melepasi pusingan suku akhir Qatar 2022 setelah dikejutkan Maghribi.Bagaimanapun beliau memuji semangat juang para pemainnya seperti Joao Felix dan Pepe yang tidak berputus asa untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol.“Sudah tentu para pemain kami tertekan, mereka kecewa...“Kami lebih kecewa apabila mengetahui pasukan dibarisi para pemain yang mahir dan berkualiti gagal menghadiahkan kegembiraan kepada rakyat Portugal.“Kami tahu cabaran yang bakal dihadapi, terutamanya dari segi strategi bertahan. Kami cuba menyukarkan perlawanan untuk lawan kami tetapi kami tidak berjaya.“Jelas sekali kami juga perlu memberi kredit kepada para pemain Maghribi. Saya rasa tidak adil untuk kami kalah tetapi itulah bola sepak," katanya.
4
11 Disember 2022 10:31am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235581/berita/sukan/kane-dihantui-kegagalan-penalti
Kane dihantui kegagalan penalti
KAPTEN England, Harry Kane terpaksa menerima hakikat kegagalan sepakan penaltinya menjadi punca The Three Lions tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022.Skuad bimbingan Gareth Southgate itu kalah 1-2 kepada juara bertahan, Perancis dalam aksi di Stadium Al Bayt pada Ahad.Kane menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti pertama sekali gus menyamai rekod 53 gol buat England yang dipegang Wayne Rooney.Dia berpeluang menjadikan kedudukan 2-2 selepas Mason Mount dikasari Theo Hernandez, namun kali ini sepakan penaltinya melepasi sasaran.Pada aksi itu, Perancis membuka tirai jaringan menerusi Aurelien Tchouameni pada minit ke-17 dan kemudian Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-54.Olivier Giroud memastikan kemenangan milik Perancis setelah meledak gol kedua pada minit ke-78.Sejurus wisel penamat, Kane terduduk dan memandang ke permukaan padang sebelum berjalan dengan tangisan lalu ditenangkan Southgate."Saya bukanlah orang yang banyak berfikir, persediaan tetap sama tak kisah saya dapat satu atau dua penalti dalam satu perlawanan."Saya tidak boleh salahkan persediaan sebelum perlawanan, ia tidak ada bezanya. Saya yakin untuk mengambilnya cuma ia tidak menjadi seperti diinginkan."Sudah tentu saya perlu terima kenyataan ini. Tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah bangga antara satu sama lain dan percaya pasukan ini berada pada te- mpat yang terbaik untuk masa depan," katanya.Kegagalan itu menyaksikan Kane mengikut jejak langkah beberapa pemain England yang pernah melalui situasi sama seperti Southgate, Chris Waddle dan Stuart Pearce walaupun insiden itu terjadi pada sepakan penentuan penalti dan bukan pada masa sebenar permainan."Seperti yang anda lihat, dia benar-benar kecewa tetapi tiada apa yang perlu dikecewakan olehnya."Kami berada pada kedudukan ketika ini juga adalah kerana kepimpinan dan jaringan yang dilakukannya," kata Southgate.
4
11 Disember 2022 10:18am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235580/berita/sukan/pemimpin-dunia-bintang-sukan-tabik-sama-maghribi
Pemimpin dunia, bintang sukan tabik sama Maghribi
PEMIMPIN politik, bintang sukan dan selebriti menggunakan media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Maghribi berikutan kemenangan suku akhir Piala Dunia ke atas Portugal di Stadium Al Thumama, menjadikannya pasukan Afrika atau Arab pertama mara ke separuh akhir kejuaraan bola sepak itu.Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menulis Tweet: " tahniah kepada Singa Atlas atas kemenangan mereka hari ini".Presiden Chad Mahamat Idriss Deby pula menulis di Twitter: "Bersejarah dan luar biasa! Kemaraan Atlas Lions ke separuh akhir Piala Dunia 2022 adalah untuk seluruh Afrika. Sokongan penuh kepada wakil Afrika untuk perlawanan akhir besar. Juara dunia Afrika, ya boleh jadi insya-ALLAH!""Sejarah benua!... Alangkah hebatnya pencapaian Atlas Lions," kata Konfederasi Bola Sepak Afrika dalam satu tweet.Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa pula mengucapkan tahniah kepada Raja Maghribi Mohammed VI atas pencapaian bersejarah antarabangsa yang hebat, menurut media kerajaan.Pemerintah Dubai Mohammed bin Rashed pula menulis Tweet: "Tiada suara yang lebih lantang daripada Maghribi dalam Piala Dunia!"Sofiane Boufal meraikan kejayaan Maghribi mara ke separuh akhir bersama ibunya di Stadium Al Thumama.Sementara itu, Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani berkata:“Kami berkongsi kegembiraan saudara-saudara kami,” Tweet"Kami bergembira apabila orang Arab bergembira," kata Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh, yang memuji kemenangan bersejarah.Dua kumpulan Palestin yang bertelagah Fatah dan Hamas masing-masing turut menyampaikan ucapan tahniah.Dalam pada itu, Perdana Menteri Libya Abdulhamid al-Dbeibah tweet: "Tahniah kepada pasukan kebangsaan Maghribi atas kelayakan bersejarah ke separuh akhir Piala Dunia."Putera Mahkota Jordan Hussein pula tweet: "The Atlas Lions sedang mencipta sejarah."Kementerian Luar Mesir pula menulis tweet: "Tahniah yang tulus ikhlas kepada kerajaan persaudaraan Maghribi.""Mereka berjaya!!!! Syabas Maghribi untuk pencapaian ini. Hidup Afrika," tweet pemain Ivory Coast dan legenda Chelsea, Didier Drogba.Samuel Eto'o, bekas penyerang Cameroon dan presiden persekutuan bola sepak negara itu, berkata di Twitter: "Luar biasa!...Seluruh benua menyokong anda" (dengan emoji bertepuk tangan)Bintang pop Shakira pula menulis tweet "Kali ini untuk Afrika!!" dengan emoji bertepuk tangan dan bendera Maghribi.Sementara itu, pemilik Twitter Elon Musk menulis Tweet: "Tahniah Maghribi."
4
11 Disember 2022 10:03am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235572/berita/sukan/berikan-kejuaraan-kepada-argentina---pepe
Berikan kejuaraan kepada Argentina - Pepe
TONGGAK Portugal, Pepe menegaskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 'kini boleh memberikan kejuaraan Piala Dunia kepada Argentina' selepas kecewa mutu pengadilan pegawai pertandingan dari Amerika Selatan itu susulan kekalahan 0-1 kepada Maghribi pada saingan suku akhir Qatar 2022.Pegawai pertandingan Facundo Tello sebelum itu melabuhkan kemenangan Atlas Lions, dengan jaringan Youssef En-Nesyri minit ke-42' babak pertama menjadi perbezaan antara kedua-dua pasukan.Namun bek tengah veteran A Selecao itu berang dengan beberapa keputusan Tello, susulan kemenangan The Albiceleste ke atas Belanda dalam satu lagi suku akhir pada Sabtu.Lionel Messi dan Emi Martinez sebelum ini mengecam pengadil Sepanyol Antonio Mateu Lahoz, apabila menggesa FIFA menggugurkannya daripada baki kejohanan Qatar 2022.“Adalah tidak boleh diterima pengadil Argentina mengendalikan permainan hari ini selepas apa yang berlaku semalam...“Dengan Messi mengeluh dan para pemain Argentina mula bercakap. Saya tidak mengatakan tetapi lihat sahaja apa yang kami mainkan pada separuh masa kedua?“Penjaga gol mereka sentiasa dihalang, kemudian hanya menambah lapan minit masa kecederaan.“Selepas apa yang saya lihat hari ini, mereka kini boleh memberikan gelaran kejuaraan kepada Argentina,” kata Pepe.Sementara itu, Bruno Fernandes senada dengan Pepe, apabila pemain tengah Manchester United itu menyifatkan penglibatan pengadil dari negara yang pasukan masih dalam kejohanan itu sebagai sesuatu yang pelik.“Saya tidak tahu sama ada mereka akan memberikan Piala Dunia kepada Argentina."Saya akan mengatakan apa yang saya fikirkan. Sangat pelik bahawa pengadil dari pasukan yang masih dalam Piala Dunia diberikan tanggungjawab mengendalikan perlawanan,” kata Fernandes.
4
11 Disember 2022 08:01am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235569/berita/sukan/perancis-akhiri-cabaran-england-di-qatar-2022
Perancis akhiri cabaran England di Qatar 2022
PENYANDANG juara, Perancis berada di landasan terbaik mengekalkan kejuaraan apabila menyingkirkan cabaran naib juara Euro 2020, England, 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung di Stadium Al Bayt pada Ahad.Bintang kelab Serie A Itali AC Milan, Olivier Giroud muncul wira Perancis apabila meledak gol kemenangan skuad kendalian Didier Deschamps tersebut pada minit ke-78', sekali gus membawa Les Bleus ke separuh akhir.Sebelum itu, pemain tengah kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid Aurélien Tchouaméni terlebih dulu meletakkan Perancis di depan pada minit ke-17' untuk memimpin perlawanan pada babak pertama.Bersambung babak kedua anak buah Gareth Southgate kembali agresif apabila mula menekan Perancis dalam usaha menyamakan kedudukan.The Three Lions akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas di anugerahan sepakan penalti setelah bintang kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Bukayo Saka dikasari Tchouaméni.Tonggak Tottenham Hotspur, Harry Kane yang diamanahkan tanggungjawab mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah menewaskan Hugo Lloris pada minit ke-54.Gol itu juga menyaksikan Harry Kane menjaringkan gol ke-53 untuk England, menjadikan dia setaraf dengan legenda Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman The Three Lions.Kane yang berstatus pemenang Kasut Emas ketika England mara ke separuh akhir edisi Rusia 2018, empat tahun lalu memerlukan dua gol lagi sebelum menyingkap saingan Qatar 2022 bagi menyamai rekod Rooney yang meledak 53 gol.England selepas itu berpeluang memimpin perlawanan pada minit ke-84', apabila sekali lagi mendapat sepakan penalti, namun Kane gagal menyempurnakan sepakan tersebut.Kemenangan ke atas England tersebut membolehkan Perancis berdepan wakil Afrika, Maghribi di separuh akhir pada Khamis ini, yang menyingkirkan cabaran Portugal 1-0 dalam satu lagi aksi suku akhir sebelum itu.
4
11 Disember 2022 07:31am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235568/berita/sukan/air-mata-ronaldo-iringi-penyingkiran-portugal
Air mata Ronaldo iringi penyingkiran Portugal
AIR mata Cristiano Ronaldo akhirnya gugur di bumi Qatar selepas cabaran Portugal dan impian Piala Dunianya terhenti berikutan kekalahan 0-1 kepada Maghribi dalam suku akhir Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Sabtu.Pemain berusia 37 tahun itu segera ke bilik persalinan apabila wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan kejutan Atlas Lions ke atas Selecao dalam perlawanan suku akhir yang mendebarkan.Ronaldo, dilihat menangis dan mengesat air mata semasa berjalan ke bilik persalinan sambil diiringi seorang kakitangan Portugal FA.Qatar 2022 berkemungkinan penampilan terakhir penyerang legenda Manchester United itu dalam kejuaraan terbesar bola sepak dunia, di mana menyaksikan dia ditinggalkan di bangku simpanan pengendali Fernando Santos dalam dua perlawanan terakhir.Sebelum itu sentuhan Ronaldo, yang menggantikan Ruben Neves pada minit ke-51, diterjemahkan Joao Felix, namun dinafikan kecemerlangan penjaga gol, Yassine Bounou.Ketika Portugal menyelusuri penghujung babak kedua, sentuhan Ronaldo juga hampir meledak gol penyamaan apabila hantaran lintang diterjemahkan tandukan Pepe yang meleret jauh.Kemenangan Maghribi menyaksikan wakil Afrika itu akan menentang penyandang juara Perancis untuk perebutan tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.Ronaldo pula masih dalam pencarian kelab baharu selepas meninggalkan Manchester United atas persetujuan bersama sebelum ini.Sementara itu, legenda Portugal, Luis Figo berkata: "Anda tidak boleh memenangi Piala Dunia dengan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan. Menang menentang Switzerland? Cemerlang! Tetapi bolehkah anda melakukannya dalam setiap perlawanan? Tidak."Meninggalkan CR7 di bangku simpanan adalah satu kesilapan, kekalahan ini adalah tanggungjawab pengurusan dan pengurus."
4
11 Disember 2022 07:13am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235562/berita/sukan/maghribi-cipta-sejarah-mara-ke-separuh-akhir
Maghribi cipta sejarah mara ke separuh akhir
MAGHRIBI mencipta sejarah tersendiri mara ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Portugal 1-0 dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Ia satu lagi pencapaian membanggakan diraih skuad kendalian Walid Regragui yang sebelum ini mencipta kejutan menewaskan pasukan gergasi Eropah iaitu Belgium dan Sepanyol dalam perjalanan ke peringkat separuh akhir.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al Thumama, Doha itu, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang menjaringkan gol.Portugal yang tidak menyenaraikan bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama menguasai perlawanan dalam tempoh 20 minit pertama.Namun, Maghribi lebih bijak mengatur serangan berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi tandukan Youssef En-Nesyri yang menyambut baik hantaran Yahia Attiyat Allah pada minit ke-42.Portugal cuba bertindak balas menerusi pemain tengah, Bruno Fernandes yang menyaksikan percubaanya hanya mengegar palang gol Maghribi pada penghujung babak pertama.Separuh masa kedua, Portugal cuba menggandakan asakan dan turut membawa masuk Ronaldo pada minit ke-51 untuk menambah sengat di bahagian serangan.Beberapa peluang keemasan dimiliki Portugal, namun kekebalan benteng pertahanan Maghribi selain ketangkasan Yassine Bounou berjaya mengagalkan serangan Portugal.The Atlas Lions juga berdepan detik cemas dalam tempoh lapan minit masa kecederaan apabila penyerang mereka, Walid Cheddira dilayangkan kad kuning dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.Namun, Portugal gagal mengambil keaempatan sekali gus menyaksikan Maghribi menempah slot separuh akhir.Maghribi akan menentang pemenang di antara England atau Perancis dalam satu lagi aksi suku akhir pada jam 3 pagi ini.
4
11 Disember 2022 01:06am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235557/berita/sukan/cabaran-malaysia-jelajah-dunia-bwf-terhenti-separuh-akhir
Cabaran Malaysia Jelajah Dunia BWF terhenti separuh akhir
CABARAN Malaysia di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 berakhir apabila dua beregu profesional negara terkandas di separuh akhir di Bangkok, Thailand pada Sabtu.Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang cemerlang di fasa kumpulan sebelum ini gagal menyaingi kematangan beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong.Pada set pertama Kian Meng-Pei Jing cuba menyaingi Si Wei-Huang Qiong, namun tewas 10-21.Set kedua pula, gandingan dari Tembok Besar terus garang untuk menang 21-15 dalam masa 27 minit.Sementara itu, satu lagi beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tersingkir di separuh akhir selepas dikecewakan jagoan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam 54 minit.Pada set pertama Yew Sin-Ee Yi berjaya menyaingi beregu veteran Indonesia itu apabila menang 21-17.Namun set kedua, The Daddies kembali semula ke dalam permainan apabila menang 21-13 bagi mengheret aksi ke set penentuan.Pada set penentuan, The Daddies tidak menoleh ke belakang apabila menang 21-19 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas perlawanan akhir.
4
10 Disember 2022 10:50pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235553/berita/sukan/neuer-rehat-hingga-habis-musim
Neuer rehat hingga habis musim
PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer akan diketepikan sepanjang musim ini selepas menjalani pembedahan setelah terlibat dalam kemalangan ski, kata kelab itu pada Sabtu.Neuer yang merupakan sebahagian daripada anggota skuad Qatar 2022 Jerman yang tersingkir daripada Piala Dunia pada pusingan pertama berkata, dia mengalami patah kaki kanan.Kelab itu berkata pemain berusia 36 tahun itu telah menjalani pembedahan, namun tidak akan bermain musim ini.Bundesliga disambung semula pada 20 Januari berikutan Piala Dunia sebelum berhenti rehat musim sejuk.Neuer adalah pemain Bayern kedua diketepikan selama beberapa bulan, selepas pemain antarabangsa Perancis, Lucas Hernandez yang terkoyak ligamen lutut ketika membantu juara bertahan tu menang besar 4-1 ke atas Australia dalam perlawanan Kumpulan D Qatar 2022 sebelum ini.Untuk rekod, Bayern yang merupakan pendahulu Bundesliga akan menentang kelab Ligue 1 Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada Februari.Bayern mungkin memanggil Sven Ulreich, penjaga gol berusia 34 tahun yang direkrut dari VfB Stuttgart pada 2015 sebagai pelapis kepada Neuer.
4
10 Disember 2022 09:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235551/berita/sukan/harimau-malaya-baharu-ada-karakter
Harimau Malaya baharu ada karakter
KAPTEN Harimau Malaya, Faisal Halim memuji persembahan cemerlang pemain baharu negara ketika menewaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.Pemain sayap sensasi Harimau Malaya yang meledak dua gol pada pertembungan itu mengakui gembira dengan semangat juang dipamerkan rakan sepasukan berbanding dua jaringannya.Saya tak perlu berbangga dengan dua jaringan itu, yang saya bangga sekarang pemain-pemain tak pernah beraksi dalam skuad Harimau Malaya, pada malam ini semua dapat berikan komitmen baik, saya sangat terkejut.“...dan jurulatih Kim (Kim Pan-gon) jalankan tanggungjawab yang sukar sebenarnya apabila panggil kebanyakan pemain tidak pernah bersama sebelum ini tetapi mereka (pemain) buktikan layak (ada) dalam skuad, itu saya bangga,” katanya selepas perlawanan itu.Selain meledak dua gol, pemain Terengganu FC berusia 24 tahun itu turut membantu pemain naturalisasi Lee Tuck menjaringkan gol pertamanya pada penampilan sulung bersama pasukan negara sebelum Stuart Wilkin turut mengikuti jejak sama dengan jaringan pada penghujung aksi.Pemain berusia 34 tahun yang juga penyerang Sri Pahang FC menyifatkan kemenangan ke atas Kemboja sebagai permulaan baik buat dirinya dalam skuad kebangsaan."Ia agak sukar kerana saya tidak beraksi selama 11 bulan dalam perlawanan bola sepak. Saya cuma bermain 90 minit dalam Piala Malaysia (pusingan 16). Jadi, ia satu cabaran sukar untuk sedia dari segi mental dan fizikal bagi mendapatkan kecergasan tapi saya sudah lakukan yang terbaik untuk mempersiapkan badan dan minda saya," katanya.Sementara itu, Wilkin berkata, kejayaan diraih malam tadi adalah petanda positif dalam usaha pemain memenuhi tuntutan Pan-gon menjelang Piala AFF pada 20 Disember hingga 16 Januari depan.Pemain tengah Sabah FC berusia 24 tahun itu turut melahirkan rasa gembira kerana menjaringkan gol pertamanya di peringkat antarabangsa sekali gus menyumbang kepada kejayaan skuad negara.“Sungguh menakjubkan, ia bagai mimpi dapat menjaringkan gol dalam penampilan pertama. Saya sangat bangga dapat mewakili negara dan bermain dalam perlawanan ini, saya harap terus dapat peluang lagi,” kata pemain kelahiran England itu.Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Maldives di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu sebelum memulakan kempen Piala AFF menentang Myanmar di Yangon, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 21 Disember ini.Malaysia dijadualkan berdepan Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, diikuti Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari) dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.
4
10 Disember 2022 08:45pm
DIANA AZIS
https://www.sinarharian.com.my/article/235548/berita/sukan/17-agensi-media-sertai-kejohanan-boling-drb-hicom
17 agensi media sertai kejohanan boling DRB-Hicom
SEBANYAK 32 pasukan daripada 17 agensi media tempatan menyertai Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama media di Wangsa Bowl, pusat beli-belah One Utama pada Sabtu.Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom, Mahmood Razak Bahman berkata, acara tahunan itu bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan syarikat berkenaan kepada umum."Lazimnya, acara tahunan ini diadakan di sekitar Lembah Klang, tetapi insya-ALLAH tahun hadapan kita akan anjurkan di bandar lain agar media di negeri terlibat dapat menyertainya."Saya juga gembira melihat beberapa agensi baharu menyertai tahun ini seperti Sinar Harian, Makkal Osai serta NYSP, dan berharap di masa akan datang akan lebih ramai yang sertai," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.Sinar Harian menghantar penyertaan menerusi dua pasukan yang diwakili antaranya Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Zamri Rambli.Sementara itu Harian Metro menerusi pasukan Metro Rangers muncul juara pada kejohanan tersebut dengan catatan 1,565 jatuhan pin diikuti Bernama Perpaduan A (1,564 pin) dan Bernama Perpaduan B (1,531 pin).Metro Rangers membawa pulang hadiah berupa baucar bernilai RM2,000 serta kad hadiah Petronas berjumlah RM400, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima baucar RM1,600 dan RM1,200,Selain hadiah utama dan saguhati, kejohanan itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan balingan strike tertinggi kategori lelaki dan wanita.Kategori berkenaan dimenangi Shah Iqbal dari Metro Rangers dengan 12 strike manakala Idahan, juga dari pasukan sama mengungguli kategori wanita (enam strikes).
4
10 Disember 2022 08:33pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235547/berita/sukan/tennis-malaysia-laksana-sistem-rating
Tennis Malaysia laksana sistem rating
PERSATUAN Tenis Malaysia (Tennis Malaysia) secara rasminya melancarkan pelaksanaan sistem rating pemain tenis dunia yang baharu Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) untuk digunakan di negara ini.Presiden Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir berkata, 'ITF World Tennis Number' merupakan sistem rating pemain yang terbaik, yang membolehkan ukuran pemain secara tepat dibandingkan dengan pemain dari seluruh dunia, termasuk negara-negara utama dalam tenis seperti Great Britain, Denmark, Ireland dan Amerika Syarikat (AS).Beliau berkata, sistem ini akan dilaksanakan dalam mana-mana kejohanan dianjurkan di Malaysia untuk memaksimumkan keberkesanannya.“Kita akan aturkan kejohanan menggunakan sistem ini, supaya ia untuk tahap tertentu atau pemain, dan ia tidak bergantung sama ada pemain itu remaja lelaki, remaja perempuan, atau lelaki atau perempuan, ia adalah mengenai tahap pemain dan juga kebolehan mereka.“ITF World Tennis Number adalah kedudukan ranking dunia, Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) sedang melaksanakannya di AS dan jika kita laksanakan sistem ini, ia akan dapat bantu dedahkan pemain kita, untuk seluruh dunia melihat keupayaan mereka," katanya pada sidang media pelancaran 'ITF World Tennis Number' pada Sabtu.Mirzan berkata, ITF World Tennis Number merupakan satu sistem rating paling maju dan tepat dengan kebolehan pemain tenis dunia, dan Malaysia menjadi negara ketiga di Asia untuk melancarkan sistem rating yang baru.Beliau berkata, Tenis Malaysia telah bekerjasama rapat dengan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IF) dalam projek ini sejak pertengahan 2020 dan kini telah bersedia untuk menggunakan sistem rating dunia untuk Tenis Jelajah Remaja Malaysia dan Sirkit Kebangsaan pada 2023.Oleh sebab itu Tenis Malaysia akan menetapkan nombor tenis ITF menerusi platform Bounx Sport dengan data pemain boleh dilihat di LTAM.my dan menerusi sistem kejohanan BOUNX. - Bernama
4
10 Disember 2022 08:27pm
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/235528/berita/sukan/lebih-12000-sertai-score-marathon-2022-by-aia-vitality
Lebih 12,000 sertai SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality
LEBIH 12,000 peserta dari dalam dan luar negara tampil pada acara larian SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality yang berlangsung di Putrajaya pada 23 Oktober lalu.Acara anjuran syarikat pengurusan acara sukan dan kecergasan, SCORE itu menyaksikan persaingan pelbagai kategori jarak dari 5 kilometer (KM) sehingga 42KM.Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management Sdn Bhd, Patricia Tan berkata, program yang dijalankan dengan tema 'Resume. Recharge. Recapture the Glory' itu turut memberikan penekanan terhadap amalan lestari dan mesra alam.“Sepanjang acara ini, sebanyak 10,500 botol air digunakan peserta dan daripada jumlah itu, kami berjaya mengitar semula kira-kira 400 kilogram (kg) daripada sisa pepejal itu.“Ini merupakan kejayaan yang kami perkenalkan dalam acara ini dan akan terus dilaksanakan bukan sahaja untuk acara larian ini tetapi juga acara sukan lain yang dianjurkan kami,” menurut SCORE dalam satu kenyataan baru-baru ini.Patricia berkata, sebagai penganjur acara sukan dan kecergasan terkemuka di Malaysia, syarikatnya sentiasa mencari masa yang sesuai selepas pandemik Covid-19 untuk menyambung semula penganjuran acara sukan berskala besar seperti SCORE Marathon.Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Heng Zee Wang berkata, ketika negara dilihat berjaya memasuki fasa endemik, ia merupakan peluang terbaik untuk memastikan rakan kongsinya mencapai kehidupan yang lebih sihat.“Gabungan bersama SCORE Marathon ini dapat menggalakkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih sihat, diperkayakan dan lebih memuaskan menerusi larian fizikal."Sebagai sebahagian daripada usaha SCORE dengan AIA Vitality untuk mendekati golongan muda Malaysia dengan menerapkan tabiat sihat, pelajar sekolah rendah dan menengah dari Lembah Klang telah diberi tiket percuma untuk larian sejak 5km," katanya.Seramai 100 pelajar turut mengambil bahagian dalam acara larian tersebut selain peminat aktiviti kecergasan dan atlet sukan elit.Kategori larian jarak 42KM dipertandingkan dalam acara itu juga boleh digunakan sebagai platform kelayakan bagi penyertaan ke Abbott World Marathon Majors, iaitu maraton keenam paling berprestij di dunia.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti SCORE akan datang, orang ramai boleh daftar masuk di www.score.my manakala mereka yang mahu mendapatkan maklumat mengenai penyelesaian AIA dan program AIA Vitality boleh melayari www.aia.com.my.
4
10 Disember 2022 04:59pm