author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238472/berita/sukan/zaman-kegemilangan-malaysia-boleh-dicapai---hannah
Zaman kegemilangan Malaysia boleh dicapai - Hannah
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya impian negara untuk mengecap kegemilangan dalam arena sukan boleh dicapai, terutama dalam pemburuan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.Katanya, selepas menerajui kementerian itu selama kira-kira sebulan yang lepas, perjumpaan beliau dengan pelbagai pemegang taruh berkaitan menyerlahkan hakikat bahawa kejayaan dalam arena sukan bukanlah hasil kegigihan satu pihak tertentu semata-mata, sebaliknya ia menuntut pembabitan pelbagai pihak."Atlet, jurulatih, pengurus, persatuan sukan, dasar dan perundangan, pihak korporat, keluarga, sekolah, komuniti dan media, semuanya bekerjasama, dan melahirkan atlet atau pasukan bertaraf dunia. Negara sedang bekerja keras (bagi mencapai hasrat itu)."Dalam pertemuan saya dengan atlet kita, saya dapat melihat api semangat mereka yang menyala, satu keazaman, tidak kira apa jua bidang sukannya. Malaysia memiliki cetusan api kemaraan dalam dirinya yang perlu disemarakkan. Negara kita impikan zaman kegemilangan, sekali lagi,” katanya menerusi catatan akaun Facebooknya.Menurutnya, pemburuan 'Road to Gold' lebih daripada sekadar pulang dengan pingat dari Paris 2024, sebaliknya ia juga mengenai usaha membangunkan kemampanan dalam ekosistem sukan seperti mengumpul data untuk meninjau bakat baharu di peringkat akar umbi, pembinaan pangkalan peminat atlet dan kaedah meningkatkan ukuran pembangunan dan kejayaan dalam bidang sukan. - Bernama
4
31 Disember 2022 02:11pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238470/berita/sukan/luka-harimau-malaya-sudah-pulih
Luka Harimau Malaya sudah pulih
HARIMAU Malaya berada pada tahap terbaik untuk melakar kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.Pemain tengah Harimau Malaya Mukhairi Ajmal berkata, semua pemain Harimau Malaya sudah melupakan episod kekecewaan selepas tewas 0-3 kepada Vietnam.Menurutnya, mentaliti pemain juga sudah pulih dan yakin insiden keputusan kontroversi pengadil, Ryuji Sato dalam perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Selasa lalu tidak terus menghantui pasukan."Semua pemain dah move on. Selepas game memang agak sedih, tetapi itulah bola sepak ada kalah atau menang. Tetapi, sudah tentu kita nak fokus untuk perlawanan menentang Singapura."Mentaliti pemain juga semua ok. Semua pemain juga dah bersemangat dan kita perlu pastikan kemenangan untuk layak ke separuh akhir," katanya.Skuad negara ketika ini berada di kedudukan ketiga Kumpulan B dengan enam mata dibezakan satu mata dengan Singapura di kedudukan kedua dan pendahulu kumpulan, Vietnam.Dalam pada itu, Mukhairi turut mengingatkan rakan sepasukan untuk berhati-hati dengan Singapura yang turut menjadi antara pasukan terkuat dalam Kumpulan B.Dalam masa sama, tonggak penting Selangor FC itu juga menanam tekad untuk cuba merobek gawang Singapura dalam perlawanan terakhir itu nanti."Saya rasa apa yang lebih penting ialah kita perlu berhati-hati dan ambil peluang ini sebaik mungkin untuk layak ke separuh akhir."Untuk menjaringkan gol pula, saya rasa semua pemain boleh jaringkan gol. Mungkin peluang saya nak jaringkan gol itu ada, cuma tak masuk lagi."Kalau lawan Singapura ini ada peluang lagi untuk saya, saya akan cuba jaringkan gol," katanya.
4
31 Disember 2022 01:57pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/238469/berita/sukan/trucha-pengendali-baharu-kufc
Trucha pengendali baharu KUFC
BEKAS jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dilantik sebagai pengendali Kelantan United Football Club (KUFC) pada saingan Liga Malaysia musim depan.Pelantikan Trucha, 51, dari Republic Czhech itu diumumkan pengurusan KUFC pada Sabtu.Trucha ketika ditemui pemberita memaklumkan belum bertemu pemain pasukan itu tetapi tidak sabar memulakan latihan pertama pada 4 Januari depan."Saya akan bertemu pemain pada 1 Januari dan akan merancang taktikal atau strategi sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia," katanya selepas diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan.Trucha turut memberi penghargaan kepada pengurusan KUFC kerana memberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan itu."Saya benar-benar teruja untuk bersama pasukan baharu dan berjanji akan membantu KUFC mendapat tempat dalam liga," katanya.Sementara itu, Presiden KUFC, Rozi Muhamad berkata, KUFC memperuntukkan perbelanjaan lebih besar untuk musim depan sekurang-kurangnya RM400,000 sebulan termasuk pengurusan pasukan bawah 21.Beliau memberitahu, rombakan pemain dilakukan dengan meletakkan pemain muda berusia bawah 30 tahun."Rombakan besar-besaran dilakukan melibatkan 90 peratus muka baharu," katanya.Tahun lalu, KUFC menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan kelima dan menunjukkan peningkatan prestasi sejak 2019.Rozi mengakui Kelantan United dianggap pasukan ‘underdog’ tetapi mereka tetap berazam melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia.
4
31 Disember 2022 01:50pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238466/berita/sukan/guardiola-sedia-tinggalkan-city
Guardiola sedia tinggalkan City
PEP Guardiola tidak merancang untuk kekal mengendalikan Manchester City untuk tempoh masa yang lama.Menurutnya, jika dia merasakan kelab itu semakin 'rosak', maka dia akan membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak atau melepaskan jawatannya itu."Apabila saya merasakan sesuatu yang sudah rosak, saya akan meletakkan jawatan atau tidak melanjutkan kontrak."Kontrak hanya atas kertas. Saya menyambung kontrak kerana saya rasa kami masih boleh bermain dengan baik. Tetapi akhirnya ia bergantung kepada keputusan. Jika sudah bosan antara satu sama lain, saya akan menamatkan kontrak ini," katanya.Guardiola sudah menandatangani lanjutan kontrak dua tahun bersama City pada Oktober lalu yang akan memastikannya kekal di kelab itu sehingga 2025.Jika Guardiola terus membimbing sehingga 2025, ia akan menyaksikan pengendali kelahiran Sepanyol itu mengendalikan City untuk tempoh sembilan tahun.Dalam pada itu, Guardiola yakin City masih mampu mengejar Arsenal sekali gus mencipta hatrik menjuarai Liga Perdana Inggeris."Ia agak rumit. Apabila anda menang banyak, lebih mudah untuk mengendalikan situasi. Tetapi di sisi lain situasinya pasukan perlu lakukan sekali lagi (menang kejuaraan)," katanya.
4
31 Disember 2022 01:38pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238450/berita/sukan/anda-akan-melihat-benzema-yang-berbeza
'Anda akan melihat Benzema yang berbeza'
PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memberikan amaran bahawa penyerangnya, Karim Benzema akan tampil lebih tajam selepas kemenangan 2-0 menentang Real Valladolid pada Sabtu.Penyerang berusia 35 tahun itu tampil cemerlang dengan meledak kedua-dua gol tersebut yang dijaringkan pada minit ke-83 dan ke-89."Saya melihat Benzema sangat bermotivasi, dan saya fikir anda akan melihat Benzema yang berbeza mulai sekarang pada 2023," kata Ancelotti.Benzema telah mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa selepas dia terlepas kejohanan Piala Dunia 2022 kerana kecederaan yang menyaksikan pasukan negaranya, Perancis muncul sebagai naib juara.Namun, persaraan di pentas antarabangsa itu tidak menghalangnya untuk terus menampilkan prestasi terbaik bersama Los Blancos.Dalam pada itu, Ancelotti mengakui gembira berjaya apabila menyaksikan pasukannya berjaya meraih tiga mata dalam aksi terakhir La Liga untuk tahun ini."Kami menamatkan tahun ini dan menjadi tahun yang menakjubkan dengan cara terbaik."Ia benar-benar sukar. Kami bermula dengan baik pada separuh masa pertama, kemudian kami mengalami kesukaran sebelum kembali menemui rentak di penghujung perlawanan."Ia agak biasa selepas anda kembali selepas bercuti panjang, ia bukan mudah," katanya.
4
31 Disember 2022 11:34am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238439/berita/sukan/martinez-mampu-bantu-villa
Martinez mampu bantu Villa
PENGENDALI Aston Villa, Unai Emery percaya mentaliti penjaga golnya, Emiliano Martinez yang telah memenangi Piala Dunia di Qatar akan membantu Villa menamatkan baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan lebih baik.Martinez membantu Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar dengan aksi cemerlang menyelamatkan tendangan dalam penentuan penalti pada perlawanan akhir menentang Perancis sekali gus memastikan La Albiceleste menamatkan penantian 36 tahun mereka untuk gelaran dunia ketiga.Bagaimanapun, kisah cemerlang Martinez di Piala Dunia turut terpalit kontroversi apabila dia mengejek bintang Perancis Kylian Mbappe sehingga mengundang kecaman banyak pihak.Emery yang sebelum ini berjanji akan bercakap dengan Martinez mengenai sikap penjaga gol tersebut sebaliknya percaya mentaliti Martinez adalah contoh yang mesti diikuti oleh rakan-rakan di villa."Saya berharap dia (Martinez) akan datang dengan fokus 100 peratus memberi tumpuan kepada Aston Villa."Sudah tentu, dia perlu menyesuaikan diri dengan cepat sekali lagi. Setiap penyokong Aston Villa pasti berbangga dengannya."Kami mempunyai pemenang Piala Dunia dalam pasukan kami dan akan menjadi inspirasi rakan sepasukan di padang latihan setiap hari," katanya.Villa ketika ini berada di kedudukan ke-12 EPL dan akan menentang Tottenham Hotspur pada Ahad.
4
31 Disember 2022 10:10am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238436/berita/sukan/bukan-persembahan-terbaik-liverpool
Bukan persembahan terbaik Liverpool
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gembira dengan kejayaan memungut tiga mata selepas menundukkan Leicester City 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield pada Sabtu.Namun, pengendali kelahiran Jerman itu menegaskan persembahan yang dipamerkan oleh pemain bukan persembahan terbaik seperti diharapkannya."Jelas sekali keputusannya sangat menggembirakan tetapi kami melihat kepada keseluruhan perlawanan dan ia bukan persembahan terbaik kami."Kami melepaskan gol mudah dan bermula dengan sesuatu yang kami tidak mahu ia berlaku. Kemudian dua gol sendiri oleh pihak lawan memberikan kami kelebihan seterusnya pada separuh masa kedua kami bertambah bagus," katanya.Dalam perlawanan itu, Kieman Dewsbury-Hall membuka tirai jaringan buat Leicester City pada minit keempat sebelum dua gol sendiri daripada pertahanan pasukan itu, Wout Faes (m-38 dan m-45) memberikan kemenangan kepada Liverpool.Biarpun beberapa pemain menunjukkan persembahan di bawah tahap sebenar, namun Klopp tetap memuji impak yang dipamerkan pemain pertahanannya, Trent Alexander-Arnold.Menurut Klopp, pemain kelahiran England itu tampil cemerlang menyekat ancaman yang dihadirkan oleh pemain sayap Leicesterm Harvey Barnes."Dia sangat bagus dan ini bukan kali pertama. Saya rasa semua orang tahu betapa hebatnya Harvey Barnes pada saat ini dan Trent melakukannya dengan sangat baik."Kami mempunyai beberapa perlawanan dengan persembahan yang baik. Tetapi, hari ini majoriti pemain tidak berada pada apa yang saya inginkan."Namun, kami berjaya mendapat tiga mata dan ia sangat penting untuk kami merapatkan kedudukan dalam saingan liga," katanya.
4
31 Disember 2022 09:30am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238434/berita/sukan/ronaldo-sertai-al-nassr
Ronaldo sertai Al Nassr
CRISTIANO Ronaldo menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan kontrak sehingga 2025.Kapten Portugal itu merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu dan dijangka menerima gaji £177 juta (RM943 juta) setahun apabila menyertai Al Nassr.Ia sekali gus menjadikan pemain berusia 37 tahun itu sebagai atlet dengan bayaran gaji termahal di dunia.Ronaldo mengakui tidak sabar untuk berhadapan dengan pengalaman baharu liga di negara Timur Tengah itu."Saya bertuah kerana telah memenangi segala-galanya yang diimpikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman di sini," katanya.Dalam pada itu, Al Nassr dalam satu kenyataan menyifatkan pemeteraian itu sebagai satu sejarah dalam pembikinan."Perjanjian ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada kelab untuk mencapai kejayaan lebih besar, tetapi turut mencetus inspirasi kepada liga dan generasi akan datang. Selamat datang @Cristiano ke rumah baharu anda," katanya.
4
31 Disember 2022 08:53am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238426/berita/sukan/pencapaian-kena-konsisten
Pencapaian kena konsisten
PENCAPAIAN diraih atlet dan pasukan dalam beberapa kejohanan sepanjang 2022 boleh disifatkan sebagai sesuatu membanggakanNamun pada masa sama juga prestasi longlai menjadi ancaman utama kepada berapa sukan tertentu selepas mencipta impak positif yang akan memberi kesan besar pada 2023 dalam pemburuan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, kejayaan diraih beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan pencapaian tertinggi sukan negara pada tahun ini.“Bagaimanapun mereka gagal meneruskan prestasi konsisten selepas menjuarai Kejohanan Dunia apabila tewas separuh akhir Terbuka Denmark diikuti kecundang pusingan pertama Terbuka Perancis.“Prestasi tidak konsisten ini sebenarnya telah menyekat proses kemajuan secara berterusan atlet negara dalam beberapa acara selepas itu.“Atlet negara sebenarnya perlu mengekalkan prestasi konsisten dari satu kejohanan ke satu kejohanan lain, kerana mereka tidak hanya membawa imej negara tetapi juga penajaan pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Pencapaian Aaron-Wooi Yik di pentas antarabangsa pada 2022 boleh disifatkan paling membanggakan dalam kalangan prestasi atlet negara tahun ini.Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah muncul wakil pertama Malaysia merangkul gelaran juara dunia di Tokyo, Ogos lalu sekali gus mengakhiri penantian 45 tahun negara untuk melahirkan juara dunia.Mengenai persatuan sukan kebangsaan pula, Mohd Sadek berkata, kepimpinan pertubuhan sukan tempatan memerlukan pemimpin dinamik yang mampu membawa semangat baharu kepada organisasi itu.Katanya, persatuan sukan kebangsaan di negara ini masih terlalu bergantung harap kepada dana daripada kerajaan untuk memacu kelangsungan program pembangunan masing-masing.“Ini antara faktor yang secara tidak langsung menjejaskan proses pembangunan dalam kalangan atlet sukan negara Seharusnya persatuan sukan kebangsaan mencontohi langkah diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM).“Saya percaya akan hadir sinar dalam sukan negara sekiranya tahap profesional dalam pengurusan, dan pembangunan atlet.“Sebenarnya atlet dahagakan penyampaian luar biasa, jurulatih yang kreatif dan inovatif serta sokongan berterusan daripada pemegang taruh demi memajukan dan meletak sukan negara di landasan terbaik di pentas antarabangsa,” katanya.
4
31 Disember 2022 07:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238423/berita/sukan/2022-tahun-cemerlang-sukan-negara
2022 tahun cemerlang sukan negara
PENCAPAIAN dipamerkan atlet, pasukan dan kontinjen negara di pentas antarabangsa sepanjang tahun 2022 disifatkan cemerlang dan membanggakan.Namun begitu Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) (Strategik), Suhardi Alias juga menegaskan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia mampu terus mencabar pada tahun 2023.“Jadi saya minta semua persatuan sukan kebangsaan, atlet dan jurulatih bekerja bersama-sama serta menggembleng tenaga.“Kita juga perlu improve seterusnya meningkatkan prestasi atlet negara apabila bersaing pada kejohanan yang akan berlangsung pada 2023,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Mengambil contoh pencapaian beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul wakil pertama Malaysia merangkul gelaran juara dunia, Suhardi berkata, pencapaian kedua-dua pemain tersebut konsisten sebenarnya kerana dalam sukan akan berlaku prestasi turun dan naik.“Sememangnya kita mengharapkan Aaron-Wooi Yik menghadirkan kilauan pingat emas dari Sukan Olimpik, namun apabila meraih kejuaraan dunia itu sudah cukup mengakhiri penantian 45 tahun.“Jadi kita berpendapat Aaron-Wooi Yik dan Rexy Mainaky perlu benar-benar merancang kejohanan dan memberikan tumpuan kepada kejohanan spesifik kerana 2023 merupakan tahun memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.“Ini fasa penting buat kedua-dua atlet ini dan seharusnya kita perlu terus memberikan sokongan kedua-duanya termasuk Pearly Tan-M Thinaah dan juga Lee Zii Jia yang kini berlatih bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM),” katanya.Bagi Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang mengesahkan slot secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023, Suhardi berkata, ini juga merupakan satu pencapaian luar biasa arena sukan negara.“Cuma pasukan itu perlu digarap semula dari segi strategi dan kecergasan, dan dikekalkan pemain sedia ada kerana di dalam kalangan mereka telah wujud satu bentuk kombinasi keserasian yang mantap.“Kita akan berhadapan dengan 23 pasukan terbaik Asia, bukan lagi Bangladesh lagi. Namun kita sebenarnya masih mempunyai masa untuk memantapkan pasukan ini.“Bola sepak ini sebenarnya memerlukan keserasian dalam kalangan para pemain dan bukannya berapa banyak pemain bintang,” katanya.Tambah Suhardi, pelari pecut, Muhammad Azeem Fahmi yang mencatat rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) ternyata memberi nafas baharu sukan olahraga negara.Katanya, kejayaan di Kejuaraan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, Ogos lalu secara tidak langsung memperbaharui rekod Khairul Hafiz Jantan (10.18s) di Sukma Sarawak 2016.“Kita berharap Azeem dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Amerika Syarikat setelah menyambung pelajaran di sana.“Kita juga berharap bahawa beliau menyesuaikan diri dengan program latihan sepanjang berada di sana.“Cuma dari segi prestasi Azeem ini kita berharap supaya dia tidak peak terlalu awal, sekiranya boleh dia meraih pencapaian yang positif, sedikit demi sedikit daripada mengharapkan dia melakar catatan di bawah 10s,” katanya.Bagi Sukan Komanwel Birmingham 2022 pula Suhardi berkata, kontinjen negara berjaya meraih tujuh pingat emas melepasi sasaran enam pingat.“Ini merupakan antara pencapaian dibanggakan tahun ini seperti dalam sukan angkat berat dan juga badminton.“Walaupun angkat berat berjaya mempamerkan persembahan cemerlang, namun perlu ada satu pengukuhan terhadap persatuan yang dibelenggu dengan doping sebelum ini.“Kita tidak mahu kegemilangan pasukan angkat berat dipacu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin terjejas disebabkan gejala yang menjejaskan imej sukan tersebut,” katanya.Sementara itu, pencapaian kontinjen negara di Sukan SEA Hanoi 2021 pula, Suhardi menegaskan, MSN memahami komuniti sukan mengharapkan kontinjen negara mengakhiri cabaran di atas Singapura.“Kita berharap di Sukan SEA Kemboja 2023 nanti kita akan dapat memperbaiki pencapaian yang dilakukan di Hanoi 2021.“Kita menyasarkan 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa, namun berjaya meraih 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan sebelum ini.“MSN percaya kontinjen negara mampu meraih keputusan lebih baik sekiranya tumpuan diberikan sepenuh terhadap acara masing-masing,” katanya.Pencapaian di Sukan Para ASEAN (APG) Solo 2022, Suhardi berkata, kehadiran atlet muda menyaksikan kontinjen negara melepasi sasaran 16 pingat emas apabila meraih 36 emas.“Biarpun kehadiran Muhammad Ziyad Zolkefli, S Suresh dan Datuk Abdul Latif Romly, namun atlet muda Para negara mampu menghasilkan keputusan positif,” katanya.Mengenai skuad hoki negara, The Speedy Tigers, Suhardi mengakui anak buah Arul Selvaraj tidak mengecewakan apabila meraih slot pusingan akhir Piala Dunia India 2023 di Bhubaneswar - Rourkela selepas muncul naib juara Piala Asia.“Ini juga pencapaian membanggakan apabila kita juga muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun.“Saya percaya sekiranya skuad Arul Selvaraj berjaya melakar strategi yang betul di Piala Dunia India 2023, kemungkinan besar skuad negara boleh layak ke kejohanan lebih tinggi seperti Sukan Olimpik,” katanya.
4
31 Disember 2022 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238421/berita/sukan/singapura-pintas-malaysia-selepas-seri-dengan-vietnam
Singapura pintas Malaysia selepas seri dengan Vietnam
JUARA edisi 2008 dan 2018, Vietnam berkongsi mata dengan Singapura apabila terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.Keputusan tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain perlu mencatatkan kemenangan menentang Singapura pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini, untuk layak ke separuh akhir.Keputusan itu menyaksikan Singapura kini mengumpul tujuh mata dan merampas tempat kedua dari Malaysia yang turun ke tempat ketiga dengan enam mata manakala Vietnam yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan kekal memimpin kumpulan dengan tujuh mata.Biarpun mendominasi lebih 70 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama, jentera serangan Vietnam dilihat tumpul seterusnya gagal merobek kubu pertahanan tuan rumah, dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-17 menerusi Vu Van Thanh namun dinafikan penjaga gol veteran tuan rumah, Hassan Sunny.Singapura yang kadangkala cuba menyelinap masuk ke kawasan Vietnam pula berpeluang menjaringkan gol namun sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti oleh penyerang muda, Ilhan Fandi pula melambung tinggi pada minit ke-26.Aksi hambar yang disajikan kedua-dua pasukan pada babak kedua pula menyaksikan Vietnam nyaris memecah kebuntuan namun sepakan padu oleh pemain tengah, Nguyen Hoang Duc, hanya singgah di tiang kanan gol pada minit ke-84 dan keputusan itu kekal sehingga perlawanan tamat.Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, gol pada waktu kecederaan oleh Maung Lwin menyelamatkan Myanmar apabila berkongsi mata dengan Laos selepas terikat 2-2 di Stadium Thuwunna, Yangon.Laos terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila tonggak tengah, Sukaphon Vongchiengkham membuka tirai jaringan pada minit ke-12 namun kedudukan itu hanya bertahan dua minit selepas tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah, Kyaw Min Oo.Walau bagaimanapun, penyerang Ekkamai Ratxachak kembali meletakkan pelawat di depan seminit selepas separuh masa kedua bersambung sebelum mereka dikecewakan dengan jaringan minit akhir oleh Lwin.Myanmar yang akan bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, menentang Vietnam pada Selasa ini, kekal di tangga keempat dengan satu mata manakala Laos menutup kempen mereka di tangga tercorot, juga dengan satu mata. - Bernama
4
30 Disember 2022 11:23pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238411/berita/sukan/afl-nasihat-tetap-harga-siling-pemain-elak-isu-tunggakan-gaji
AFL nasihat tetap harga siling pemain elak isu tunggakan gaji
PENGERUSI Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menasihatkan semua pasukan bertanding dalam Liga M3 2023 supaya menetapkan harga siling pemain bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji.Beliau berkata, barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan serta perlu berbelanja mengikut kemampuan kelab.“Kita sangat prihatin dengan isu tidak bayar gaji dan selalu berpesan dalam perjumpaan bersama pasukan supaya jangan berbelanja di luar kemampuan. Kita juga nasihatkan untuk (pengurusan pasukan) meletakkan harga siling gaji buat pemain.“Kita tidak mahu lagi mereka (pasukan) ambil pemain Liga Super yang sebelum ini, mungkin gaji mereka mencecah RM40,000 pun turut dibayar dengan harga sama di Liga M3."Jadi saya sarankan untuk letak RM10,000 untuk pemain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan AFL bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Melaka Privilege Sdn Bhd di sini hari ini.Terdahulu, beliau mengesahkan sebanyak 14 pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim 2023 yang sudah dinaik taraf menjadi liga separuh profesional dijangka bermula Februari depan.Kejohanan berkenaan akan menggunakan format liga dengan dua pasukan teratas bermain dalam saingan Liga Super 2024.Mohd Yusoff turut memaklumkan rundingan mengenai proses status kewangan bersama dua pasukan lain yang berminat menyertai Liga M3 sedang berjalan dan keputusannya hanya akan diketahui dalam minggu pertama Januari depan.
4
30 Disember 2022 09:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238408/berita/sukan/harimau-malaya-tak-tempang-tanpa-piee-azam
Harimau Malaya tak tempang tanpa Piee, Azam
KETIADAAN dua tonggak utama pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee dan Muhammad Azam Azmi Murad tidak menjejaskan persiapan Harimau Malaya menjelang aksi genting menentang Singapura dalam saingan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 Januari ini.Pemain pertahanan tengah, Sharul Nazeem Zulpakar percaya pemain lain mampu menggalas tugas bagi menampung kelompongan yang ditinggalkan dua pemain tersebut pada aksi 'Causeway Derby' itu.“Kita ada pengganti di situ (bahagian pertahanan) jurulatih Kim Pan-gon ada rancangan beliau. Saya rasa tidak akan tempang, semua pemain yang jurulatih panggil ada potensi dan bagus,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan pada Jumaat.Status kecederaan Ahmad Khuzaimi atau lebih dikenali Piee masih samar-samar selepas dilihat menggunakan tongkat selepas Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Thuwunna, Yangon, pada 21 Disember.Muhammad Azam pula dilayangkan kad merah apabila pengadil dari Jepun Ryuji Sato mendakwa pemain muda Terengganu FC itu melakukan kekasaran ke atas Doan Van Hau di luar padang dalam aksi penuh kontroversi ketika Malaysia tumpas 0-3 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Selasa lalu.Dalam pada itu, Sharul Nazeem bertekad menjaga benteng pertahanan dengan sebaik mungkin daripada dibolosi pemain Singapura dan berwaspada dengan kelibat tonggak serangan lawan, Ilhan Fandi Ahmad.“Ilhan memiliki saiz badan serta penyudah baik... mungkin jurulatih Kim tekankan kami untuk jaga beliau dengan serapatnya,” katanya.Beliau pada masa sama juga berpendapat Malaysia wajib menang ke atas Singapura dalam usaha mendapatkan tiga mata penuh sekali gus layak ke separuh akhir.Dalam pada itu, pemain tengah, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berharap Malaysia dapat memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol menerusi set piece ketika menentang Singapura nanti, memandangkan pasukan kebangsaan belum berbuat demikian dalam kejohanan itu setakat ini.Muhammad Mukhairi juga memaklumkan rakan sepasukannya telah melupakan episod duka di Hanoi dan kini lebih fokus kepada usaha merebut slot ke peringkat separuh akhir.Sementara itu, Pan-gon yang tidak menyertai sesi latihan hari ini difahamkan berada di Singapura bagi mengintip pasukan jiran tersebut dalam perlawanan menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar. - Bernama
4
30 Disember 2022 09:02pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238405/berita/sukan/lee-tuck-kini-bersama-sang-kenari
Lee Tuck kini bersama Sang Kenari
BINTANG sensasi naturalisasi negara, Lee Tuck akhirnya memilih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebagai destinasi pilihan selepas meninggalkan Sri Pahang FC."Selamat datang Lee Andrew Tuck ke bumi Jelapang Padi! Pemain yang diikat selama setahun bersama Sang Kenari bakal mengisi slot kuota pemain tempatan terakhir bagi pasukan Liga Super 2023."Musim lepas beliau mewakili Sri Pahang FC dan mula beraksi sebagai pemain tempatan dalam saingan Piala Malaysia 2022."Walaupun sebelum ini mengisi slot kuota import, Lee Tuck akhirnya mendapat kerakyatan secara naturalisasi Jun lalu dan baru-baru ini disenaraikan sebagai pemain Harimau Malaya bagi Piala AFF 2022," kata KDA FC dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.Untuk rekod, Lee Tuck bukan nama asing apabila mula menempa nama di Liga Malaysia sejak musim 2017 bersama Negeri Sembilan FC sebelum menyertai Terengganu FC yang menjadi kemuncak prestasinya sebagai pemain import."Kehadiran Lee Tuck sudah pasti memperkukuhkan bahagian tengah Sang Kenari musim depan dan nombor 10 menjadi pilihan beliau di musim 2023," kata KDA FC.
4
30 Disember 2022 07:48pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238377/berita/sukan/nor-azam-sambung-kontrak-bersama-pahang-fc
Nor Azam sambung kontrak bersama Pahang FC
SRI Pahang FC mengesahkan pemain tengahnya, Nor Azam Azih kekal bersama skuad pantai timur itu untuk saingan Liga Malaysia musim depan.Perkara itu diumumkan Sri Pahang FC melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka pada Jumaat."Tonggak tengah kelahiran Maran ini telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk kekal bersama Sri Pahang."Bintang kesayangan penyokong yang juga pemain paling lama di dalam skuad Tok Gajah ini tekad mahu membantu pasukan kembali bangkit seterusnya mengharungi musim 2023 yang lebih baik," kata hantaran tersebut.Sebelum ini, Nor Azam yang juga antara tonggak utama Harimau Malaya dikatakan akan berhijrah ke kelab lain selepas tujuh tahun bersama pasukan itu.Dalam pada itu, Sri Pahang FC turut mengumumkan pemain sayap, Baqiuddin Shamsudin akan kekal menyarung jersi Sri Pahang setelah menandatangani kontrak baru selama dua tahun."Baqiuddin telah menjadi antara sandaran penting di posisi sayap sejak dua musim lalu dan dia teruja untuk terus berbakti dengan negeri kelahirannya," katanya.
4
30 Disember 2022 05:29pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238372/berita/sukan/nik-sharif-cari-pengalaman-piala-afc
Nik Sharif cari pengalaman Piala AFC
PEMAIN sayap, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memilih Terengganu FC (TFC) kerana mahu pengalaman beraksi di Piala AFC 2023.Pemain berusia 25 tahun itu yang sebelum ini dipinjamkan kepada skuad Penyu secara pinjaman daripada Selangor FC sejak Mei lalu mengakui menerima banyak tawaran daripada beberapa kelab lain.Namun, dia memilih TFC selepas pasukan itu memberikan banyak minit permainan selain pengalaman berharga ketika berstatus pemain pinjaman."Untuk tahun 2023, sudah tentu saya mahu bantu TFC dapat pencapaian lebih baik. Dari segi prestasi individu sendiri, saya mahu lebih meningkat daripada tahun lepas."Sebab utama saya pilih TFC juga sebab mahu pengalaman main di Piala AFC," katanya.Sepanjang dipinjamkan ke TFC, pemain kelahiran Pahang itu membantu TFC muncul naib juara Piala FA dan Liga Super, separuh akhir Piala Malaysia selain layak ke Piala AFC.Dalam pada itu, dia turut menyifatkan penyokong TFC antara penyokong terbaik dalam kancah bola sepak negara dan mengharapkan sokongan itu kekal berterusan."Sepanjang saya di sini, penyokong memang terbaik. Mereka sokong sehabis baik sampai kita main di Sabah pun ada penyokong turun."Untuk 2023, saya harap sokongan itu tetap sama kepada kami walaupun pasukan boleh dikatakan separuh muka baharu untuk tahun depun. Saya harap penyokong terus positif bersama pasukan," katanya.
4
30 Disember 2022 05:24pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238367/berita/sukan/rakyat-malaysia-zahir-penghormatan-kepada-pele
Rakyat Malaysia zahir penghormatan kepada Pele
RAKYAT Malaysia dari segenap lapisan masyarakat menyertai ahli politik, atlet dan kelab dunia dalam memberi penghormatan kepada legenda bola sepak Brazil Pele, memuji sumbangannya dan berterima kasih atas kegembiraan yang dibawanya kepada dunia bola sepak.Pele, satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, meninggal dunia pada Khamis pada usia 82 tahun selepas bergelut dengan kanser.Seorang pengguna Twitter MD Zam menggunakan akaun @pekepmal69 mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Pele, sambil berkata bahawa dunia bersedih atas pemergian penyerang bola sepak legenda itu."Anda adalah satu-satunya! Semoga anda berehat dengan aman," menurut ciapannya.Seorang lagi pengguna Twitter menggunakan akaun @Mohan666Rao menyifatkan Pele sebagai (Pemain Bola Sepak Terhebat Sepanjang Zaman), seorang pelopor dan antara pemain terbaik yang pernah wujud."Mendiang akan dirindui oleh berjuta-juta peminat," menurut ciapannya.Sementara itu, @skumar176 berkata: RIP@Pele!.. Rekod dunia sebanyak 1,281 gol dalam 1,363 penampilan sepanjang karier selama 21 tahun, termasuk 77 gol dalam 92 perlawanan untuk Brazil! Yang Terhebat.Pengguna Twitter, Sivan John sebaliknya berkata: "Baru menyedari bahawa pada Mei 2015, Pele dan Diego Maradona kebetulan berada di Kuala Lumpur untuk tugasan masing-masing. Tidak pasti jika mereka terserempak antara satu sama lain ketika berada di sini”.Pele dikenali sebagai 'Raja', dengan menjaringkan ratusan gol sepanjang kariernya.Pada 2000, badan induk bola sepak dunia, FIFA menamakannya sebagai pemain abad ini bersama-sama dengan Diego Maradona dari Argentina yang meninggal dunia pada 2020. - Bernama
4
30 Disember 2022 05:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238363/berita/sukan/arul-tuntut-faizal-tampil-aksi-sebenar-di-piala-dunia
Arul tuntut Faizal tampil aksi sebenar di Piala Dunia
PENYERANG sensasi skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari dituntut supaya lebih menyerlah dalam saingan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India pada 13 hingga 29 Januari depan.Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, A Arul Selvaraj berkata, pemain berusia 31 tahun itu tidak berada pada prestasi sebenar pada tempoh agak lama dan ia memberi gambaran tidak baik terhadap reputasi pemain berasal dari Terengganu itu.Beliau berkata, Faizal yang tidak beraksi bersama Speedy Tigers pada saingan Piala Sultan Azlan Shah kerana menyertai Liga Belanda ZSV Schaerweijde di Hoofdklasse, tidak beraksi seperti diharapkan pada aksi Piala Negara-Negara dari 28 November hingga 4 Disember di Afrika Selatan."Faizal seorang pemain yang bagus, satu lagi permata berharga tapi dia perlu beraksi untuk pasukan seperti yang pernah dilakukannya satu ketika dulu. Saya rasa sudah tiba masanya dia menggalas tanggungjawab dan membawa Malaysia ke tahap lebih baik."Saya akan berbincang dengannya dan dia dipilih bukan untuk dirinya semata tapi membawa bersama pemain lain. Dia perlu tunjukkan kepada pemain muda bahawa dia boleh memimpin pasukan, bermain dalam tekanan dan intensiti tinggi, barulah dia akan terus (berada) bersama kami,” katanya kepada pemberita semalam.Faizal yang membuat 266 penampilan bersama Speedy Tigers, digugurkan daripada pasukan kebangsaan di bawah Roelant Oltmans pada 2020, sebelum kembali dipanggil menyertai skuad bimbingan Arul Selvaraj setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan menjaringkan 14 gol buat Terengganu dalam Piala Tun Abdul Razak pada Sept 2020.Arul Selvaraj pada masa sama mengakui sikap dan perwatakan Faizal telah banyak berubah sekembalinya daripada Liga Belanda itu."Kami masih mencari tahu apa yang menjadi penghalangnya...Dia ada potensi untuk menyerlah, saya tunjuk kepadanya beberapa video. Dia sangat pantas cuma kadang kala prestasi itu tidak muncul ketika atas padang,” katanya.Skuad hoki negara akan berlepas ke Rourkela melalui Bhubaneswar pada 6 Januari ini menjelang aksi pemanas badan berdepan Sepanyol pada 11 Januari.Malaysia yang berada di ranking ke-11 dunia, akan memulakan kempen dalam Kumpulan C berdepan juara tiga kali yang juga nombor tiga dunia Belanda pada 14 Januari, diikuti Chile pada 16 Januari sebelum kembali ke Bhubaneswar berdepan kesembilan dunia New Zealand pada 19 Januari.Berdasarkan format kejohanan, juara kumpulan akan layak ke suku akhir manakala di tempat kedua dan ketiga akan bersaing dengan pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) dalam pusingan kalah mati dalam memburu slot ke suku akhir. - Bernama
4
30 Disember 2022 04:14pm
NORMAWATI ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238354/berita/sukan/janji-azeem-seimbang-prestasi-sukan-akademik
Janji Azeem seimbang prestasi sukan, akademik
JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi optimis mampu mengimbangi prestasi cemerlang dalam sukan dan akademik susulan peluangnya melanjutkan perlajaran ke Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat.Pelari berusia 18 tahun itu berkata, pengurusan universiti dan jurulatih, masing-masing telah memberi komitmen tinggi dengan mengatur jadual agar tidak terlalu sibuk dan padat."Keutamaan saya adalah pelajaran. Jurulatih dan ibu bapa saya juga sering ingatkan bahawa saya ke sana bukan sahaja untuk bersukan, malah untuk dapatkan ijazah."Pihak universiti sangat fleksibel dengan jadual pelajaran, jadi mereka dah aturkan bersama jadual latihan saya agar tidak terlalu berat untuk diterima."Insya-ALLAH, tiada masalah untuk saya sesuaikan diri dengan suasana itu nanti," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Menteri Besar Perak di sini pada Jumaat.Muhammad Azeem yang memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima dana pendidikan berjumlah RM600,000 daripada kerajaan negeri bagi membiayai pengajian universitinya.Anak kelahiran Teluk Intan itu terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri yang menyokong perkembangan kariernya dalam sukan dan akademik."Sebelum ini saya tiada terima pun daripada orang (pihak) lain. Jadi apabila kerajaan negeri umumkan (dana khas pendidikan), saya sangat terkejut, tidak sangka. Jadi saya sangat bersyukur atas bantuan diberikan ini," katanya.Muhammad Azeem memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter dengan mencatatkan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia Ogos lepas.Sasarannya kini untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary dan Sukan Olimpik Paris 2024.
4
30 Disember 2022 03:58pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238340/berita/sukan/mbappe-tiada-masa-layan-ejekan-martinez
Mbappe tiada masa layan 'ejekan' Martinez
PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe mengetepikan ejekan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.Malah bintang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu berkata, dia tidak berminat membazirkan tenaga untuk perkara sia-sia ketika dia menunggu kepulangan rakan sepasukan, Lionel Messi.“Perayaan itu bukan masalah saya. Saya tidak membazirkan tenaga untuk perkara sia-sia.“Apa yang penting bagi saya adalah untuk memberikan yang terbaik untuk kelab saya dan kami tidak sabar untuk Leo (Messi) kembali untuk terus menjaringkan gol dan memenangi perlawanan,” kata Mbappe.Kemenangan 2-1 ke atas Strasbourg dalam perlawanan Ligue 1 pertamanya selepas perlawanan akhir Piala Dunia.Mbappe menjadi pemain kedua yang menjaringkan hatrik akhir Piala Dunia apabila dia mengheret negaranya kembali ke perlawanan dengan dua gol lewat separuh masa kedua dan penalti pada masa tambahan.Bagaimanapun, usahanya masih belum mencukupi untuk menghalang penyandang juara Argentina itu menang dalam penentuan sepakan penalti tersebut.Untuk rekod, semasa menyambut kepulangan skuad Argentina sekumpulan penyokong La Albiceleste membakar gambar Mbappe.Pada masa sama, Martinez juga memegang bayi mainan dengan muka Mbappe semasa perarakan bas terbuka melalui ibu negara pada 23 Disember lalu.Mengenai kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia Messi yang akan kembali ke Paris selepas Tahun Baru, Mbappe berkata, dia mengucapkan tahniah kepadanya selepas perlawanan akhir.“Ia adalah matlamat hidup untuknya, bagi saya juga, tetapi saya gagal. Jadi anda mesti sentiasa kekal sebagai rakan sukan yang baik,” katanya.
4
30 Disember 2022 02:23pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238331/berita/sukan/tabik-karakter-toney
Tabik karakter Toney
PENGENDALI Brentford, Thomas Frank memuji Ivan Toney apabila penyerang itu terus cemerlang di atas padang ketika dia berdepan pertuduhan FA atas dakwaan melanggar peraturan pertaruhan.Pemain berusia 26 tahun bulan ini didakwa oleh FA dengan 30 lagi pelanggaran peraturan pertaruhan selepas didakwa melakukan salah laku pada November setelah melanggar peraturan sebanyak 232 kali antara 2017 dan 2021.“Saya hanya boleh memujinya kerana mentaliti dan perwatakannya. Dia tampil dalam pelbagai cara yang unik di sana.“Keupayaannya untuk memberikan sepenuh tumpuan dalam permainan diikuti perlawanan seterusnya membuktikan karakternya.“Dia seorang yang memenuhi peranannya dalam pasukan dan mendorong dan membantu pasukan dengan cara luar biasa,” kata Frank.Toney menjaringkan gol ketika The Bees melakar keputusan seri 2-2 di tempat sendiri berdepan Tottenham Hotspur pada yang meletakkan Brentford di tangga ke-10 dengan 20 mata daripada 16 perlawanan.“Bagi mana-mana pemain ia adalah mengenai mencari konsistensi itu, tidak kira apa yang melanda anda. Dari mana anda mencari inspirasi tambahan, motivasi, atau apa sahaja, ia berbeza dari pemain ke pemain.“Tetapi saya tidak nampak pemain yang lebih bersungguh-sungguh, saya hanya melihat Ivan yang sama yang mahu maju dan menjadi lebih baik setiap hari,” kata Frank.
4
30 Disember 2022 01:13pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238312/berita/sukan/brazil-umum-3-hari-berkabung-susulan-kematian-pele
Brazil umum 3 hari berkabung susulan kematian Pele
BRAZIL mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan kematian legenda bola sepak Brazil, Pele pada Khamis."Tempoh berkabung itu bermula dari tarikh penerbitan Dekri ini sebagai tanda kesedihan atas kematian Edson Arantes do Nascimento, Pele, bekas pemain bola sepak,” lapor Anadolu Agensi memetik dekri yang ditandatangani Presiden Jair Bolsonaro.Bolsonaro menerusi ciapan di Twitter berkata, Pele membawa nama Brazil di persada dunia menerusi bola sepak dan mengubah sukan itu menjadi kesenian dan kegembiraan.Penghormatan terakhir untuk Pele akan berlangsung pada Isnin sehingga 10 pagi Selasa, menurut portal berita Brazil G1.Orang ramai dibenarkan untuk melakukan penghormatan terakhir dalam tempoh itu.Ikon bola sepak itu akan dikebumikan pada 3 Januari di Memorial Necropole Ecumenica.Pencapaian "Raja Bola Sepak" belum dapat ditandingi kerana Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970. - Bernama
4
30 Disember 2022 10:34am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238307/berita/sukan/liverpool-terpaksa-tunggu-debut-gakpo
Liverpool terpaksa tunggu aksi sulung Gakpo
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp gembira dengan kejayaan pasukan untuk mendapatkan Cody Gakpo tetapi sedar penyerang itu mungkin terpaksa menunggu terlebih dahulu sebelum membuat penampilan sulungnya.The Reds memuktamadkan perpindahan yang dilaporkan bernilai sekitar £37 juta (RM196 juta) untuk pemain antarabangsa Belanda itu pada jendela perpindahan Januari."Mungkin ada peluang untuknya beraksi ketika menentang Brentford tetapi saya rasa agak tipis."1 Januari adalah hari cuti dan semua kertas yang perlu ditandatangani pada hari kedua sebelum waktu makan tengah hari, jadi saya tidak terlalu positif mengenainya."Kami tidak akan tergesa-gesa, jadi dia mungkin akan bersedia untuk perlawanan menentang Wolves (aksi Piala FA)," katanya.Gakpo yang juga bekas pemain PSV Eindhoven menampilkan persembahan cemerlang pada aksi Piala Dunia di Qatar apabila menjaringkan tiga gol untuk Belanda.Malah, untuk penampilan di kelab pula, sejak permulaan musim 2021-22 tiada pemain yang mencatatkan lebih banyak penglibatan gol dalam Liga Belanda daripada 46 yang dilakukan Gakpo (21 gol, 25 bantuan gol)."Dia pemain yang sangat bagus, jadi pakej itu sangat menarik."Potensi yang dia ada dan kualiti yang telah ditunjukkan di Belanda dan dengan pasukan kebangsaan juga, menjadikannya pemain yang sangat menarik dan itulah sebabnya kami sangat berminat untuk mendapatkannya."Saya sangat gembira kerana kami dapat melakukannya. Dia gembira menyertai kami, ia adalah hari yang hebat," katanya.
4
30 Disember 2022 10:15am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238305/berita/sukan/pele-inspirasi-bagi-jutaan-orang---ronaldo
'Pele inspirasi bagi jutaan orang' - Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo telah memberikan penghormatan kepada legenda Brazil, Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun.Ujarnya, ucapan selamat tinggal sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan kehilangan pemain terulung bola sepak dunia itu.Kematian Pele disahkan oleh anak perempuannya pada Jumaat kerana kanser kolon.Kematiannya telah mencetuskan kesedihan seluruh komuniti bola sepak dengan pemain dan kelab dari seluruh dunia memberi penghormatan kepadanya yang mengharumkan nama Brazil pada edisi Piala Dunia 1958, 1962 dan 1970.Takziah saya ucapkan kepada seluruh Brazil dan khususnya kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento."Sekadar selamat tinggal kepada Raja Pele tidak akan pernah cukup untuk meluahkan kesakitan yang kini melanda seluruh dunia bola sepak."Dia adalah inspirasi untuk jutaan orang, rujukan untuk selamanya. Kasih sayang yang selalu dia tunjukkan kepada saya akan terus diingati walaupun dari jauh."Dia tidak akan dilupakan, dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam diri setiap pencinta bola sepak. Rehatlah dengan tenang, Raja Pele," katanya.
4
30 Disember 2022 09:48am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238293/berita/sukan/doakan-kejayaan-saya-di-as
'Doakan kejayaan saya di AS'
JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi sudah bersedia sepenuhnya untuk 'terbang' ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengembangkan karier dan melanjutkan pelajaran di Universiti Auburn.Atlet berusia 18 tahun itu akan berangkat ke negara Uncle Sam awal pagi pada Ahad untuk berkelana selama empat tahun di Alabama sehingga akhir Disember 2026.“Semua sudah siap. Barang dan dokumen telah disediakan, cuma tunggu masa untuk berangkat sahaja.“Terasa teruja dan tak sabar untuk merasai pengalaman baharu selama empat tahun. Saya akan pergi seorang diri dan ada wakil dari universiti tunggu di sana,” ujar Azeem kepada Sukan Sinar.Selain persiapan mental Azeem turut mempersiapkan diri daripada aspek fizikal menerusi latihan yang dipantau jurulatih Ken Harnden dan Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah sejak November lalu.“Selepas berakhir kejohanan di Jepun pada Oktober saya buat latihan dan menghantar laporan kepada Harnden selain dipantau jurulatih cikgu Amir.“Ia bagi memastikan saya mengikuti program yang telah disusun untuk kekal cergas sebelum menyambung latihan di sana (AS),” katanya.Pada masa sama, Azeem kerap berhubung dengan Harnden yang prihatin tentang keperluannya termasuk makanan apabila berada di AS kelak.Beliau juga mendapat 'layanan istimewa' apabila bakal disediakan menu khas yang halal dan memenuhi keperluannya sebagai seorang atlet.“Pihak universiti peka soal makanan halal. Mereka ada bertanya, makanan apa yang boleh dimakan, termasuk daging halal. Mereka ada pakar nutrisi yang akan menjaga pemakanan saya dan atlet lain,” katanya.Azeem memilih Universiti Auburn kerana institut pengajian tinggi itu terletak di Alamaba sebuah bandar yang tidak terlalu sibuk dan padat.“Suasana sekitar bandarnya juga tenang dan santai. Warga universiti juga amat mengalu-alukan kedatangan saya ke sana,” katanya.Beliau juga memberitahu, sudah mendapat gambaran mengenai suasana pembelajaran dan latihan buat pelajar yang bergelar atlet menerusi jadual yang fleksibel.“Jadual seimbang antara belajar dan latihan serta tidak terlalu padat. Ia juga memudahkan atlet agar tidak terbeban dan terlalu penat.“Pelajar sukan juga disediakan tutor peribadi dan tusyen,” katanya yang akan mula belajar pada 11 Januari.Azeem memberitahu, tahun pertama di AS, beliau menyasarkan untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary pada Ogos.Bagi mencapai misi itu, beliau perlu mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam acara 100 meter (M) dan 200m kerana had kelayakan ditetapkan untuk pentas berprestij dunia itu adalah 10 saat (s) untuk acara 100m dan 20.16s (200m).Biarpun mencabar, tetapi ia tidak mustahil kerana atlet dari Perak itu pernah mencipta sensasi dengan catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun ini.Sasaran seterusnya buat Azeem adalah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjadi pelari 100m pertama dari Asia Tenggara mencatat masa bawah 10s.Azeem juga berharap usahanya untuk 'berguru' di AS membuka mata para atlet muda untuk terus berusaha dan jangan putus semangat berjaya dalam sukan serta pelajaran.“Doakan kejayaan saya untuk mengukir nama Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.
4
30 Disember 2022 08:20am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/238287/berita/sukan/tutup-cerita-duka-di-hanoi
Tutup cerita duka di Hanoi
BARISAN pemain Harimau Malaya harus melupakan kekalahan 0-3 kepada Vietnam dalam saingan Piala AFF 2022 yang diselubungi keputusan kontroversi pengadil di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa lalu.Justeru, skuad kendalian Kim Pan-gon itu perlu segera bangkit dan fokus menjelang aksi terakhir Kumpulan B menentang jiran tetangga, Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, aksi di Stadium My Dinh, Hanoi itu menjadi medan buat Harimau Malaya meraih pengajaran untuk meningkatkan prestasi bagi mengharungi perlawanan akan datang.“Perlawanan di Hanoi telah pun tamat, ia sudah habis dan berlalu. Sekarang sudah sampai masanya sediakan diri untuk menghadapi aksi seterusnya menentang Singapura di Bukit Jalil nanti.“Sebaik-baiknya lupakan aksi di Hanoi, jadikan ia iktibar untuk tingkatkan prestasi. Fokus pula Singapura dalam misi wajib menang untuk mara ke separuh akhir,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Biarpun berkongsi enam mata dengan Vietnam dan Singapura, Malaysia yang telah mengharungi tiga perlawanan setakat ini jatuh di tangga kedua.Vietnam pula memintas kedudukan Malaysia untuk memimpin carta Kumpulan B, manakala Singapura yang turut beraksi dua perlawanan menduduki tangga ketiga.Kedudukan itu dijangka berubah apabila Singapura menanti kunjungan Vietnam di Stadium Jalan Besar pada Jumaat, manakala dua pasukan tercorot, Myanmar dan Laos berentap di Yangon.Dalam pada itu, Azraai mahu Harimau Malaya mengambil kesempatan di sebalik prestasi tidak konsisten Singapura untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.“Corak permainan ada peningkatan tetapi belum mencapai tahap seperti diharapkan apabila Vietnam berada pada satu tahap berbeza berbanding Malaysia.“Jadi, kelebihan beraksi di tempat sendiri harus digunakan sebaik mungkin. Saya harap Pan-gon sudah ada taktikal berdepan Singapura bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata nanti,” ujarnya.
4
30 Disember 2022 07:10am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238296/berita/sukan/video-legenda-pele-meninggal-dunia
[VIDEO] Legenda Pele meninggal dunia
LEGENDA Brazil, Pele, 82 tahun meninggal dunia di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil, pada Jumaat.Pele dirawat secara rapi di hospital tersebut sejak lalu sebelum ini akibat kanser dihidapinya sejak September 2021.Difahamkan, pemain terhebat sepanjang zaman itu meninggal dunia akibat kegagalan organ akibat kansernya.Sementara itu, anak perempuan Pele, Kely Nascimento berkata: "Terima kasih atas segala-galanya kepada anda. Kasih kami kepada anda adalah abadi."Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, merupakan pemain terbaik sepanjang zaman.Malah Pele juga muncul satu-satunya pemain yang merangkul tiga gelaran Piala Dunia, pada 1958, 1962, dan 1970.Selain itu, Pele memiliki catatan 97 caps bersama Brazil manakala sebanyak 77 gol untuk Selecao.Sementara di peringkat kelab Pele memulakan karier bersama Santos diikuti New York Cosmos, menjaringkan 757 gol, meski Santos mendakwa sang legenda itu sudah mencetak lebih dari 1,000 gol.
4
30 Disember 2022 06:47am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238266/berita/sukan/isu-pengadil-fam-hantar-surat-bantahan-kepada-aff
Isu pengadil: FAM hantar surat bantahan kepada AFF
ISU kontroversi pengadil Jepun, Ryuji Sato ketika aksi Malaysia menentang Vietnam di Hanoi Selasa lalu sudah sampai ke pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah menghantar surat rasmi kepada badan induk itu pada Khamis.Ia bagi meluahkan ketidakpuasan hati mengenai mutu pengadilan ketika perlawanan Kumpulan B, Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada tuan rumah.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tindakan itu dibuat selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.Katanya, jawatankuasa berkenaan sudah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden sepanjang perlawanan tersebut."Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan sudah pun dihantar kepada Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi (Khamis)."Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu," katanya.Sato dikecam hebat oleh peminat Harimau Malaya ekoran beberapa keputusannya pada perlawanan itu terutama apabila memberikan penalti kontroversi kepada Vietnam pada minit ke-59.
4
29 Disember 2022 08:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238255/berita/sukan/zii-jia-sasar-julang-lebih-tiga-gelaran-pada-2023
Zii Jia sasar julang lebih tiga gelaran pada 2023
PEMAIN perseorangan lelaki nombor dua dunia, Lee Zii Jia mengharapkan permulaan positif bagi 2023 dengan mencapai prestasi yang lebih baik pada kejohanan Terbuka Malaysia di Arena Axiata, dari 10 hingga 15 Jan ini.Pemain berusia 24 tahun itu, turut mahu membuktikan bahawa beliau layak dan ada standard untuk menghuni ranking kedua dunia berdasarkan prestasinya, bukan sekadar mengutip mata dengan menyertai banyak kejohanan.Berikutan itu, beliau meletakkan sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya tiga gelaran pada tahun depan, mengatasi pencapaian meraih gelaran Terbuka Thailand dan Kejohanan Asia bagi kategori individu, selain membantu skuad negara meraih kejuaraan lelaki Kejohanan Berpasukan Asia pada tahun ini."Sudah tentu mendapatkan ia (gelaran Terbuka Malaysia) impian untuk saya, kerana tahun ini kita lihat peminat kecewa apabila tiada wakil Malaysia pada final. Jadi kali ini saya nak pergi lebih jauh.Sasaran saya untuk musim ini (2023) masih sama seperti tahun ini, iaitu untuk berusaha mempamerkan prestasi yang stabil. Tak pasti jadi ke atau tidak, tapi saya akan terus cuba,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di sini hari ini.Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua pada edisi 2022 dan pusingan pertama pada 2019.Bagi edisi 2023, Zii Jia akan membuka kempen menentang wakil Jepun Kodai Naraoka, dan berpeluang melawan pemain nombor dua negara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua, sekiranya pemain itu mampu mengatasi cabaran Nhat Nguyen dari Ireland.Sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia kali ini, Zii Jia juga bakal berlatih dengan pemain nombor 19 dunia, Anders Antonsen dari Denmark selama seminggu dengan Chou Tien Chen (nombor 6 dunia) dari Taiwan turut dijangka menyertai latihan itu. - Bernama
4
29 Disember 2022 07:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238256/berita/sukan/tetapkan-harga-siling-pemain-liga-m3
Tetapkan harga siling pemain Liga M3
PENGERUSI Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menasihatkan semua pasukan bertanding dalam Liga M3 musim 2023 supaya menetapkan harga siling pemain bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji.Beliau berkata, barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan serta perlu berbelanja mengikut kemampuan kelab."Kita sangat prihatin dengan isu tidak bayar gaji dan selalu berpesan dalam perjumpaan bersama pasukan supaya jangan berbelanja di luar kemampuan. Kita juga nasihatkan untuk (pengurusan pasukan) meletakkan harga siling gaji buat pemain."Kita tidak mahu lagi mereka (pasukan) ambil pemain Liga Super yang sebelum ini, mungkin gaji mereka mencecah RM40,000 pun turut dibayar dengan harga sama di Liga M3."Jadi saya sarankan untuk letak RM10,000 untuk pemain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan AFL bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Melaka Privilege Sdn Bhd di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.Terdahulu, beliau mengesahkan sebanyak 14 pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim 2023 yang sudah dinaik taraf menjadi liga separuh profesional dijangka bermula Februari depan.Kejohanan berkenaan akan menggunakan format liga dengan dua pasukan teratas bermain dalam saingan Liga Super 2024.Mohd Yusoff turut memaklumkan rundingan mengenai proses status kewangan bersama dua pasukan lain yang berminat menyertai Liga M3 sedang berjalan dan keputusannya hanya akan diketahui dalam minggu pertama Januari depan. - Bernama
4
29 Disember 2022 07:23pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238231/berita/sukan/marhan-ketuai-skuad-hoki-ke-piala-dunia-di-india
Marhan ketuai skuad hoki ke Piala Dunia di India
PASUKAN hoki Malaysia bakal diperkuatkan dengan penampilan semula kapten, Marhan Mohd Jalil bagi menggalas cabaran Speedy Tigers pada kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 di India bulan depan.Skuad Speedy Tigers akan turut dipacu oleh penyerang berpengalaman, Muhammad Shahril Saabah bersama 18 lagi pemain terbaik negara ketika ini.Pengumuman barisan pemain dilakukan oleh pengurus skuad senior lelaki merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan pasukan kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi dalam satu sidang media di Pejabat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Khamis, yang turut dihadiri ketua jurulatih, Arul Selvaraj.Selain Marhan dan Shahril, dua pemain muda, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim dan Shahmie Irfan Suhaimi turut tersenarai sebagai pemain simpanan.Mereka akan sentiasa bersiap sedia bagi menggantikan mana-mana pemain yang berada di dalam senarai 18 utama sekiranya diperlukan.Tugas di gawang pula akan digalas Muhammad Hafizuddin Othman dan Adrian Andy Albert.Benteng pertahanan dikemudi Marhan, Muhammad Razie Abd Rahim, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Zulpidaus Mizun, Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar.Memacu di bahagian tengah ialah Meor Muhammad Azuan Hassan, Faiz Helmi Jali, Muhammad Firhan Ashaari, Mohamad Ashran Hamsani dan Muhammad Najib Abu Hassan.Turut tersenarai ialah penyerang Faizal Saari, Norsyafiq Sumantri, Muhamad Ramadan Rosli dan Shello Silverius.Arul berkata, selepas mengambil kira posisi dan maklumat kecederaan pemain, ini merupakan barisan 20 pemain terbaik beliau miliki selain mereka dilihat turut bersedia secara fizikal serta mental bagi menggalas tugas yang cukup penting itu.“Kembalinya Marhan dan Shahril pastinya akan membantu pasukan. Menerusi jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), kami akan bermain satu perlawanan dan berehat dua hari sebelum turun aksi seterusnya.“Jadi pemain boleh beraksi pada tahap maksimum dan menggunakan tempoh rehat untuk proses pemulihan selain bersedia bagi perlawanan seterusnya. Kami juga perlu lebih bijak dalam merangka strategi bagaimana untuk beraksi dalam satu perlawanan dan perlawanan lain.“Sebagai pemanas badan, kami akan bermain satu perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada 11 Januari, namun belum diputuskan untuk bermain secara perlawanan penuh (60 minit) atau bermain tiga suku sahaja (45 minit) dan ia akan diputuskan apabila kami tiba di India nanti,” katanya.Dalam pada itu, Arul turut mengulas mengenai keputusan beliau menyenaraikan pemain muda berusia 20 tahun, Irfan dalam senarai dua pemain simpanan (pemain ke-19 dan ke-20).“Saya mula memerhatikan Irfan ketika dia beraksi di Kejohanan Piala Sultan Johor 2022."Menerusi maklum balas daripada ketua jurulatih skuad remaja negara, Amin Rahim serta potensi pada pemain ini, saya telah memanggil dia untuk menyertai sesi latihan bersama skuad senior.“Semasa latihan selama dua minggu, saya dapat melihat potensi yang cukup baik daripada pemain ini selain dia turut menunjukkan kesungguhan dalam sesi latihan,” ujar Arul.Skuad negara akan berlepas ke Bhubaneswar, India dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5 pagi, 6 Januari 2023.
4
29 Disember 2022 04:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238224/berita/sukan/sepak-mula-liga-super-24-februari-2023
Sepak mula Liga Super 24 Februari 2023
PASUKAN Liga Super mempunyai tempoh kurang dua bulan untuk menyiapkan pasukan menjelang sepak mula yang dijadualkan pada 24 Februari 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, jadual perlawanan Liga Super musim depan sudah siap dan hanya menunggu maklum balas daripada pemegang taruh dan pihak berkaitan.Beliau berkata, penyusunan jadual Liga Super dibuat dengan lebih teliti kerana perlu mengambil kira perlawanan Liga Simpanan (Reserve League) untuk memberi ruang dan peluang pasukan melakukan transisi pemain masing-masing."Aksi Liga Super pada musim depan akan bermula 24 Februari dan ketika ini pemantauan kalendar dilakukan kerana ia juga membabitkan saingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)."Jadual sudah pun siap cuma tunggu maklum balas daripada pemegang taruh dan AFC serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.Menurut Stuart, penyediaan jadual tersebut turut mengambil kira persiapan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan mengharungi jadual yang padat musim depan."Pada musim 2023 terdapat empat perlawanan membabitkan skuad B-23 negara sekali gus memerlukan penyusunan jadual secara teliti," katanya.Skuad kendalian E Elavarasan itu akan mengharungi jadual padat pada musim 2023 apabila akan menyertai sekurang-kurangnya empat kejohanan peringkat antarabangsa.Ia melibatkan kejuaraan AFF B-23 2023, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.Susulan itu, Elavarasan membuat persiapan awal dengan memanggil 25 pemain ke kem latihan pusat pertama bermula 27 November hingga 6 Disember lepas.Dalam perkembangan berkaitan, Stuart berkata, keputusan sama ada saingan Liga Super musim 2023 akan disertai 16 pasukan atau sebaliknya akan diketahui Januari depan berdasarkan dokumentasi dan pengesahan penyertaan daripada PJ City dan UiTM FC."PJ City dan UiTM PC meminta penangguhan pengesahan penyertaan hingga penghujung bulan ini bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk berkaitan dokumentasi," katanya.
4
29 Disember 2022 04:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238218/berita/sukan/harimau-malaya-enggan-toleh-belakang
Harimau Malaya enggan toleh belakang
BARISAN pemain Malaysia enggan menoleh ke belakang lagi dan sudah melupakan insiden penalti kontroversi ketika kalah 0-3 kepada Vietnam dalam saingan Piala AFF 2022 di Hanoi Selasa lalu.Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan berkata, perkara paling utama adalah melakukan analisis perlawanan menentang Vietnam bagi mengesan kelemahan yang perlu diperbaiki.Katanya, ia penting bagi memantapkan pasukan untuk berdepan aksi terakhir Kumpulan B berdepan Singapura yang menjadi aksi hidup mati buat skuad bimbingan Kim Pan-gon itu.“Sukar berdepan Vietnam. Kami mencipta banyak peluang, namun jika peluang itu boleh disudahkan dengan jaringan, perlawanan mungkin berbeza.“Itulah bola sepak, kalau anda gagal menjaringkan gol ia akan jadi sukar. Vietnam sebuah pasukan yang bagus dan mereka menunjukkan kualiti. Namun saya fikir kami juga mempamerkan kualiti tersendiri.“Kami akan buat analisis, lihat apa yang perlu perbaiki untuk berdepan Singapura dan mereka juga pasukan kuat. Namun, jika kami dapat mengatasi masalah yang ada, kami akan dapat keputusan positif di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya.Kapten Selangor FC itu optimis, peluang skuad Harimau Malaya untuk meneruskan kemaraan dalam saingan 'Piala Dunia' Asia Tenggara itu masih belum berakhir.“Apa yang perlu dilakukan adalah terus fokus kerana memikirkan apa yang berlaku di Hanoi hanya menambah luka di hati,” katanya.Kontroversi tercetus pada minit ke-59 apabila pengadil dari Jepun, Ryuji Sato memberikan sepakan penalti kepada Vietnam selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Doan Van Hau.Keputusan pengadil dibantah para pemain Harimau Malaya kerana Azam dilihat tidak melakukan kekasaran ke atas Van Hau di dalam kotak penalti.Sebaliknya berlaku pergelutan kedua-dua pemain di luar padang setelah mereka terjatuh ketika berebut bola.Kekalahan kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi menyaksikan Malaysia di tangga kedua kumpulan berkongsi enam mata dengan pendahulu, Vietnam dan Singapura di kedudukan ketiga.Keadaan itu mencetuskan persaingan sengit antara tiga pasukan terbabit dalam usaha merebut kedudukan dua teratas untuk meraih slot ke separuh akhir.Vietnam dan Singapura terlebih dahulu akan membuat perhitungan di Stadium Jalan Besar pada Jumaat dengan aksi itu turut mempengaruhi peluang Malaysia ke separuh akhir.
4
29 Disember 2022 04:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238217/berita/sukan/tekad-fadhli-bersama-sri-pahang
Tekad Fadhli bersama Sri Pahang
PEMAIN baharu Sri Pahang FC, Mohd Fadhli Mohd Shas bertekad untuk menaikkan kembali maruah skuad Tok Gajah di pentas Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.Baginya, Sri Pahang mempunyai ramuan yang mencukupi untuk menghadirkan saingan sengit kepada pasukan lain setelah mengetahui pemain-pemain yang bakal menguatkan cabaran pasukan.“Memang saya ada menerima beberapa tawaran lain tetapi akhirnya saya buat keputusan bersama Sri Pahang kerana yakin pasukan dilihat cukup serius untuk kembali bangkit menjadi pencabar.“Saya teruja dengan perancangan pasukan dengan melihatkan kehadiran muka-muka baharu, saya rasa Sri Pahang mampu menjadi salah satu pencabar kejuaraan.“Malah, ada beberapa pemain di sini saya kenal seperti Muslim Ahmad yang merupakan gandingan saya ketika memenangi pingat emas Sukan SEA dan Piala AFF,” katanya.Berusia 31 tahun, Fadhli yang merupakan produk Harimau Muda telah bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) selama lapan musim iaitu bermula 2014 sehingga 2021 sebelum ke Melaka United secara pinjaman pada musim lalu.Dia menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan tengah apabila daripada 22 perlawanan Liga Super, Fadhli diturunkan dalam 15 aksi dalam kesebelasan utama dan hanya sekali selaku pemain gantian.Selain Fadhli, Sri Pahang turut mengumumkan pertahanan kiri, Syazwan Andik, pada Rabu, yang dipinjamkan dari JDT.Dalam pada itu, Fadhli berharap Sri Pahang mampu melonjakkan kembali kariernya selepas melalui detik pahit bersama Melaka United musim lalu.“Apa yang terjadi di Melaka musim lalu sememangnya satu pengalaman yang mahu segera dilupakan apabila kami berdepan krisis kewangan yang melemahkan semangat pasukan.“Namun, hikmah buat saya ialah sekurang-kurangnya berjaya mendapatkan banyak minit permainan dan harap boleh kekalkan rentak sama apabila dengan Sri Pahang.“Sudah tentu bersama Sri Pahang, saya harap boleh naikkan kembali karier sama seperti dahulu dan mana tahu, satu hari nanti saya boleh mengetuk kembali pintu dalam skuad kebangsaan,” katanya.
4
29 Disember 2022 03:59pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238187/berita/sukan/chelsea-sedia-lamar-fernandez
Chelsea sedia 'lamar' Fernandez
CHELSEA sedia membayar 'wang besar' bernilai £105 (RM559.7 juta) untuk 'melamar' bintang Piala Dunia, Enzo Fernandez pada jendela perpindahan Januari ini.Pemain tengah Benfica itu menyinar ketika membantu Argentina menjuarai Piala Dunia Qatar dan memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Kejohanan selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti pada final.Liverpool dan Manchester United turut berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.Bagaimanapun The Blues mengambil langkah awal apabila memaklumkan kepada kelab gergasi Portugal itu yang mereka mahu menyempurnakan perpindahan Fernandez.Kontrak Fernandez dijadualkan berakhir pada tahun 2027 dengan Benfica dilihat keberatan untuk melepaskan bintangnya itu.Bagaimanapun dalam perbincangan antara presiden kelab, Rui Costa dan ejen pemain Jorge Mendes, mereka diberitahu yang jumlah pampasan tidak menjadi masalah.Ia akan menjadi yuran perpindahan tertinggi dalam sejarah Chelsea mengatasi jumlah £97.5 juta (RM510.2 juta) yang dibayar untuk penyerang Belgium, Romelu Lukaku pada 2021.Chelsea dilihat terdesak mendapatkan khidmat Fernandez dengan pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL), United dan Liverpool yang difahamkan mahu menunggu sehingga jendela perpindahan musim panas untuk membuat bidaan.Fernandez menjaringkan gol pertamanya buat Argentina ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Mexico di peringkat kumpulan.Dia menjadi pemain kedua paling muda menjaringkan gol untuk negaranya di Piala Dunia selepas Lionel Messi.
4
29 Disember 2022 01:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238181/berita/sukan/van-dijk-pengaruhi-gakpo-sertai-liverpool
Van Dijk pengaruhi Gakpo sertai Liverpool
PEMAIN sensasi, Cody Gakpo mendedahkan perpindahannya ke Liverpool disebabkan pengaruh yang dimainkan rakan sepasukan di Belanda, Virgil van Dijk.Pemain berusia 23 tahun itu mengesahkan perpindahan ke Anfield dari PSV Eindhoven dengan nilai £45 juta (RM239.8 juta) sekali gus menjadikan dia sebagai rekrut musim sejuk pertama kelab Inggeris tersebut.Perpindahan itu juga dilihat signifikan selepas Gakpo sebelum ini sering kali dikaitkan dengan Manchester United sebaliknya dia memilih untuk bersama dengan seteru, Liverpool.Gakpo tidak menolak faktor van Dijk memainkan peranan penting kenapa beliau memilih untuk menyertai Liverpool berbanding United.“Beliau adalah kapten kami (di skuad Belanda) dan mempunyai personaliti yang hebat serta pemain yang mantap.“Apa yang saya boleh katakan, beliau banyak membantu dalam beberapa perkara. Liverpool adalah sebuah kelab yang besar dan ini adalah pencapaian yang cukup baik apabila ada kelab sebegini minat kepada saya,” ujar Gakpo.Perpindahan Gakpo ke Liverpool adalah sama seperti van Dijk apabila kedua-dua pemain kebangsaan Belanda ini berhijrah ke Anfield pada pertengahan musim.Gakpo melengkapkan pemeriksaan kesihatan di Melwood pada Rabu untuk menyempurnakan kontrak selama lima tahun setengah itu.“Kami sering berhubung sejak beberapa hari lalu. Virgil beritahu saya sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjadi pemain lebih baik,” ujar Gakpo.Dia yang belum pernah menjejakkan kaki di Anfield walaupun sebagai pemain lawan berhajat untuk membawa pulang banyak kejuaraan untuk kelab itu walaupun menyertai The Reds pada pertengahan musim.“Sudah pasti saya mahu menang banyak hadiah. Beraksi dengan baik, tunjukkan kepada dunia apa yang kami boleh lakukan sebagai pasukan dan apa yang saya boleh beri sebagai pemain.“Secara peribadi, saya mahu menjadi pemain yang lebih baik dan terus maju dari musim ke musim,” ujar Gakpo.Dia bakal menyarung jersi nombor 18 yang sebelum ini dipakai oleh Takumi Minamino.Gakpo tampil dengan reputasi cemerlang hasil ledakan 66 gol sejak awal musim lalu dengan 30 daripadanya hadir dalam 24 perlawanan musim ini.Dia turut cemerlang bersama Belanda di Piala Dunia Qatar apabila menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.
4
29 Disember 2022 01:16pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238169/berita/sukan/saizul-hafifi-lepas-jawatan-bungaraya-7s
Saizul Hafifi lepas jawatan Bungaraya 7s
[DIKEMAS KINI] KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Jurulatih Ragbi Lelaki 7 Sebelah (7s) Kebangsaan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor selepas kontraknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan badan induk ragbi negara berakhir pada 31 Disember ini.Menurut KRM, Saizul Hafifi yang telah membimbing pasukan kebangsaan selama lapan tahun bermula 2015 secara rasminya melepaskan jawatan sebagai ketua Jurulatih ragbi lelaki 7 sebelah bagi memberi tumpuan dalam bidang pendidikan dan keluarganya."Beliau juga tidak menolak sekiranya khidmat beliau masih diperlukan di masa akan datang."KRM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Saizul Hafifi di atas sumbangan bakti serta khidmatnya sepanjang mengendalikan pasukan ragbi lelaki 7 sebelah kebangsaan yang juga dikenali sebagai Bungaraya 7," kata badan induk ragbi negara itu pada Khamis.Pada masa sama, KRM juga masih lagi belum memuktamadkan nama ketua jurulatih Bungaraya 7 yang baharu."Senarai calon -calon bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan diperhalusi oleh Pengarah Kejurulatihan MR bersama Pengarah Prestasi Tinggi MR sebelum keputusan dibuat," kata kenyataan itu lagi.
4
29 Disember 2022 11:21am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238161/berita/sukan/nasib-berbeza-mbappe-neymar
Nasib berbeza Mbappe, Neymar
NASIB berbeza dua pemain sensasi Paris Saint-Germain (PSG).Penyerang Perancis, Kylian Mbappe menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan untuk kemenangan 2-1 PSG ke atas Strasbourg.Neymar pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.Mbappe mengakui dia cuba melupakan drama duka di final Piala Dunia biarpun dia meledak hatrik tetapi tewas pada penentuan penalti kepada Argentina.Neymar pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana cuba mendapatkan penalti dengan simulasi yang dapat dihidu pengadil.Kapten Marquinhos meletakkan PSG di depan menerusi tandukan tetapi pertahanan Brazil itu menjaringkan gol sendiri pada minit ke-51 untuk Strasbourg menyamakan kedudukan.Neymar yang masih diselubungi kekecewaan tersingkir di suku akhir Piala Dunia bersama Brazil, menerima kad kuning pertama kerana mengasari pemain Strasbourg.Dia kemudian dilayangkan kad kuning kedua serta diarah keluar padang selepas merebahkan diri untuk mendapatkan penalti.Bagaimanapun Mbappe berjaya mendapatkan penalti dalam masa kecederaan dan menyempurnakannya untuk gol kemenangan pada minit ke-96."Saya rasa tidak akan dapat melupakannya (Piala Dunia)."Namun saya katakan kepada rakan sepasukan, tidak ada sebab mengapa kelab perlu menerima akibat di atas kegagalan pasukan kebangsaan. Ia dua situasi berbeza," ujar Mbappe.Bintang Argentina, Lionel Messi masih belum kembali bersama pasukan selepas kejayaan di Piala Dunia.Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan PSG dalam carta Ligue 1 dengan 44 mata, lapan mata di depan Lens.
4
29 Disember 2022 10:13am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238159/berita/sukan/ronaldo-terpahat-sebagai-kisah-silam
Ronaldo terpahat sebagai kisah silam
KELAB Manchester United melangkah ke depan dan sudah melupakan pemain kontroversi, Cristiano Ronaldo, kata Christian Eriksen.United memenangi aksi pertama Liga Perdana Inggeris sejak kontrak Ronaldo ditamatkan setelah mengalahkan Nottingham Forest 3-0 di Old Trafford pada Rabu.Eriksen memberitahu, nama Ronaldo akan tercatat dalam sejarah kejayaan United, tetapi pemain Denmark itu berkata ia sudah menjadi kisah silam."Kami sedih Ronaldo tidak menjadi sebahagian daripadanya - legasi dan namanya di kelab ini sangat istimewa."Bola sepak perlu diteruskan. Pada perlawanan seterusnya, orang akan melupakan apa yang sudah berlaku. Fokus kami kini adalah tanpa kehadirannya," kata Eriksen.Kemenangan United ke atas Forest meletakkan mereka hanya satu mata di belakang Tottenham Hotspur yang menghuni tangga keempat.Eriksen membantu gol pertama jaringan Marcus Rashford yang meledak gol ke-10 pada musim ini."Marcus bermain dengan baik. Saya belum pernah berada di atas padang di mana dia tidak beraksi dengan baik. Saya harap dia dapat meneruskannya," ujar Eriksen.Dua lagi gol United dihasilkan menerusi jaringan Antony Martial pada minit ke-23 dan Fred (m-87).
4
29 Disember 2022 09:50am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238158/berita/sukan/bisa-haaland-bantu-city-benam-leeds
Bisa Haaland bantu City benam Leeds
PENYERANG berbisa, Erling Haaland meneruskan aksi padu apabila meledak dua gol ketika membantu Machester City melakar kemenangan 3-1 ke atas Leeds United pada Khamis.Kemenangan itu membolehkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) terus merapati pendahulu, Arsenal dengan hanya dibezakan lima mata.Ledakan dua gol itu juga membantu Haaland memahat sejarah tersendiri sebagai pemain EPL terpantas menyumbat 20 gol daripada 15 aksi liga.Gol yang dijaringkan pada minit ke-51 dan 64 itu memecah rekod pemain Sunderland, Kevin Philips yang meledak 20 gol daripada 21 perlawanan.Lebih menakjubkan jumlah gol Haaland itu mengatasi jaringan pasukan EPL seperti Chelsea dengan 19 gol, Bournemouth (18 gol), Aston Villa (17 gol) dan Crystal Palace (15 gol).Pada aksi itu The Citizens membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Sepanyol, Rodri pada penghujung babak pertama.Bersambung separuh masa kedua Haaland akhirnya mencetak nama sebagai penjaring di awal permainan dengan penyudah mudah sebelum menambah jaringan ke-20 musim ini pada minit ke-64.Pascal Struijk memberi harapan kepada penyokong tuan rumah untuk bangkit ketika dia menanduk masuk tatkala saingan berbaki 17 minit, namun ia hanyalah jaringan saguhati.Kemenangan itu membantu City untuk mengumpul 35 mata, manakala Arsenal memimpin carta liga dengan 40 mata.Leeds pula kekal di tangga ke-15, dua mata di atas zon penyingkiran."Saya mempunyai sasaran (matlamat) tetapi tidak mahu menyatakannya."Dalam bilik persalinan saya berkata pada diri boleh menjaringkan lima gol tetapi perkara yang paling penting ialah kami menang."Kami harus terus memburu Arsenal. Saya mampu menjaringkan beberapa gol lagi, namun itulah lumrah kehidupan. Saya harus terus berlatih dengan gigih," ujar Haaland.
4
29 Disember 2022 09:06am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238146/berita/sukan/sokongan-padu-penyokong-trw-barakan-jiwa-keon
Sokongan padu penyokong TRW barakan jiwa Keon
KELANTAN FC tetap memiliki aura tersendiri terutamanya daripada aspek aura para penyokong The Red Warriors (TRW) menjelang saingan Liga Super 2023.Pertahanan Kelantan FC, Khairul Helmi Johari mengakui kali pertama beraksi bersama Kelantan pada musim 2022, begitu mengagumi sokongan para penyokong TRW sehingga skuad itu berjaya untuk meraih naib juara Liga Premier musim ini.Malah katanya, dia percaya kelab pantai timur tersebut mampu untuk kembali menjadi lawan yang digeruni selepas ini.“Tahun pertama saya dekat Kelantan, saya dapat lihat penyokong-penyokong begitu fanatik dan teruja untuk memberikan sokongan kepada pasukan dan mereka turut mengalu-alukan kehadiran saya.“Apatah lagi selepas ini Kelantan akan beraksi di Liga Super, jadi sudah tentu sesuatu yang lebih berbeza akan kita saksikan dan saya percaya penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan yang lebih sengit.“Sebelum ini saya sudah bersama Kedah dan kali ini apabila bersama Kelantan, saya tetap teruja untuk memberikan sehabis baik kerana penyokong juga memberikan segala-galanya, jadi saya akan kekal di sini untuk teruskan perjuangan,” kata bekas pemain Kedah itu.Pada masa dia yang lebih mesra dengan panggilan Keon turut memuji usaha keras ditampilkan para pemain muda untuk terus menimba pengalaman sebaiknya dan selaku pemain lebih senior, dia bersedia untuk terus membantu.Malah dia positif Kelantan akan mampu untuk berada di tahap terbaik seiring dengan sasaran untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik pasukan.“Dari segi perkembangan pemain muda untuk pasukan ini, apa yang saya tengok dalam latihan dan juga perlawanan, mereka sememangnya bagus dan boleh diketengahkan lagi pada masa hadapan.“Mungkin ada sesetengah pemain yang bersaing sengit untuk mendapat tempat dan pemain yang dapat diturunkan juga tidak mengecewakan untuk menjalankan tugas dengan baik.“Dan saya percaya dengan persiapan yang lebih rapi, pembentukan skuad yang lebih mantap, insya-ALLAH kita akan mendapat kedudukan yang lebih baik pada musim depan,” katanya.
4
29 Disember 2022 07:30am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238145/berita/sukan/sdam-mahu-tepis-stigma-sukan-kayangan
SDAM mahu tepis stigma sukan kayangan
PERSATUAN Sukan Selam Malaysia (SDAM) sasar tarik lebih ramai generasi muda menyertai sukan selam sekali gus menepis stigma aktiviti itu merupakan sukan kayangan.Presiden SDAM, Noor Fadzli Shah Noor Hashim berkata, sukan selam merupakan aktiviti baharu di negara ini telah mendapat sambutan dalam kalangan penyelam bertauliah.Katanya, SDAM berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan dan bernaung di Pertubuhan Sukan Bawah Air Malaysia (MUSF).“Sukan menyelam adalah sukan dalam air yang menggunakan peralatan skuba merangkumi acara perseorangan dan berpasukan.“Acara ini yang dijalankan di kolam renang pada kedalaman minima 1.5 meter untuk menguji kecekapan penggunaan teknik skuba rekreasi oleh pesaing.“Untuk menyertai sukan ni mestilah berumur 12 tahun dan seorang penyelam bertauliah,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Jelas Noor Fadzli Shah, SDAM ingin memperkenalkan sukan itu dalam kalangan peminat sukan bawah air sekali gus memacu penubuhan cawangan di peringkat negeri.“Untuk permulaan ini SDAM memberi fokus kepada pengenalan dan kesedaran terhadap sukan selam itu sendiri kerana tidak mahu keliru dengan aktiviti rekreasi selam skuba.“Baru-baru ini SDAM dijemput bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri, Adam Adli Abd Halim dalam sesi Town Hall di Menara KBS.“Semoga apa yang disampaikan dan dibincangkan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dalam mengadakan kolaborasi serta memperkenalkan dan mempromosikan sukan selam ini bersama-sama,” katanya.
4
29 Disember 2022 07:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238150/berita/sukan/keterujaan-cabaran-baharu
Keterujaan cabaran baharu
PERUBAHAN posisi ternyata membawa tuah kepada bekas pemain Penang FC, Muhammad Jafri Firdaus Chew.Ini apabila transisi dari penyerang kepada pertahanan kanan berjaya menarik perhatian Sabah FC untuk diserapkan pada musim 2023.Malah menurutnya, dia semakin selesa di posisi terbabit yang disifatkan sebagai satu pilihan tepat dalam memastikan kesinambungan sebagai pemain profesional.Tambahnya, kehadiran Sabah di pentas Piala AFC 2023 menjadikan dia tidak berfikir dua kali untuk menerima cabaran bermain bersama skuad The Rhinos.“Terus terang, saya tidak jangka cubaan pertama bermain selaku pertahanan kanan semasa bertemu JDT pada separuh akhir Piala FA mengubah karier saya.“Ini satu cabaran baharu pergi ke Sabah dengan akan bermain posisi lain dan peluang untuk bermain di pentas Piala AFC, menjadikan saya teruja datang ke sini.“Jurulatih telah berbincang tentang peranan saya di Sabah, yang mana beliau mahu banyak menggunakan saya di posisi pertahanan kanan.“Namun dalam masa sama, meminta saya untuk sentiasa bersedia jika diperlukan di posisi lama iaitu selaku penyerang atau sayap jika keadaan memerlukan,” katanya.Untuk rekod, Jafri sebelum ini lebih dikenali semasa bermain dengan skuad Bawah 23 dan 19 tahun dengan membantu pasukan negara mara ke final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.Selepas memulakan karier yang baik di Penang (2016-17) dan PKNS (2018-19), nasib tidak menyebelahi Jafri apabila tidak beraksi satu musim pada 2020.Dia kembali bersama Penang selama dua musim dari 2021 hingga 2022, musim ini dia diturunkan dalam 17 perlawanan (termasuk Piala Malaysia dan Piala FA) dengan 12 daripadanya bermula selaku kesebelasan utama.Sementara itu, Jafri mengharapkan mampu menaikkan kembali kariernya di bawah sentuhan Datuk Ong Kim Swee, antara jurulatih yang mengembangkan bakatnya semasa bersama Harimau Muda.Jelasnya, aksi dua bekas tonggak Harimau Muda, Irfan Fazail dan Gary Steven Robbat, menjadi bukti sentuhan Kim Swee dalam memulihkan semula karier pemain.“Semua orang tahu pengalaman beliau serta cara didikannya kepada pemain-pemain, jadi peluang bekerjasama dengan Kim Swee adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.“Saya harap bersama beliau, tahap keyakinan serta karier saya sebagai pemain bola sepak profesional akan kembali meningkat sama seperti dahulu,” katanya.
4
29 Disember 2022 06:56am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238136/berita/sukan/adamas-belum-menerima-maklum-balas
Adamas belum menerima maklum balas
AGENSI Anti-Doping Malaysia (Adamas) belum menerima maklum balas daripada dua pemenang pingat dalam acara angkat berat yang gagal ujian doping pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, September lepas.Pengarahnya, Azura Abidin berkata, kedua-dua atlet berkenaan mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 23 Disember lalu untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka sampel B atau sebaliknya."Setakat ini, mereka digantung sementara sehingga menunggu maklum balas jika atlet pilih untuk sesi pendengaran atau terus mengaku (bersalah). Dalam kebanyakan kes, kami galakkan dibuat sesi pendengaran," katanya ketika dihubungi hari ini.Semalam, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata, dua atlet lelaki positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid' ketika acara SUKMA 2022 yang berlangsung di Putrajaya dari 16-24 September lepas.Sebelum ini, tiga atlet angkat berat - dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis - termasuk seorang berusia 16 tahun disahkan positif penggunaan bahan terlarang jenis Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone pada ujian sebelum temasya berkenaan.Susulan itu, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma, menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih sendiri pertandingan, namun sebarang rekod dicipta tidak diiktiraf.Sementara itu Azura berkata, sesi pendengaran bagi kes tiga atlet berkenaan dijangka diadakan pada Januari atau Februari depan. - Bernama
4
28 Disember 2022 09:43pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238129/berita/sukan/selamat-datang-fadhli-shas-ke-darul-makmur
Selamat datang Fadhli Shas ke Darul Makmur!
KELAB Liga Super, Sri Pahang merekrut khidmat Fadhli Shas dengan kontrak dua tahun dalam memperkuatkan cabaran Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.“Kami berbesar hati mengumumkan pemain pertahanan, Fadhli sebagai wajah baru Sri Pahang FC bagi musim 2023.”Pemain berusia 31 tahun ini menyertai pasukan dengan kontrak selama dua tahun.”Pernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan, Fadhli membawa bersamanya pengalaman luas baik di pentas domestik mahupun antarabangsa,” kata kelab itu di laman Facebook pada Rabu.Fadhli telah bersama JDT selama lapan musim sebelum dipinjamkan ke Melaka United tahun ini.Pengalaman Fadhli pastinya menjadi satu suntikan terbaik untuk posisi pertahanan skuad Tok Gajah.
4
28 Disember 2022 09:27pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238124/berita/sukan/messi-kembali-ke-paris-awal-2023
Messi kembali ke Paris awal 2023
LIONEL Messi akan kembali ke Paris St Germain (PSG) pada awal Januari, kata pengurus kelab Ligue 1 Perancis itu, Christophe Galtier.Penyerang Argentina itu, pemenang Ballon D'Or tujuh kali, menjaringkan dua gol untuk membawa negaranya menang ke atas Perancis menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Dunia sembilan hari lalu.Messi yang berusia 35 tahun akan terlepas perlawanan liga PSG di tempat sendiri menentang Strasbourg pada Rabu dan lawatan ke Lens pada Ahad.“Dia (Messi) terpaksa kembali ke Argentina untuk sambutan, majlis resepsi dan kami memutuskan dia akan berehat sehingga 1 Januari.“Jadi dia akan datang dan menyertai kami, sama ada pada hari kedua atau ketiga, untuk dapat meneruskan persaingan dengan kami, apabila dia akan mengalami pemulihan antara 13 dan 14 hari,” kata Galtier kepada pemberita.Galtier berkata, semua pemain lain kembali mengikut jadual dan akan bersedia untuk perlawanan Rabu, termasuk penyerang Perancis, Kylian Mbappe.Galtier mengetepikan cadangan perpecahan antara Messi dan rakan sepasukan, Mbappe selepas Piala Dunia.“Tiada sebab untuk mencampuradukkan segala-galanya dalam hubungan antara Kylian dan Leo.“Kylian mempunyai sikap yang sangat baik setelah tewas Piala Dunia.“Apabila anda kalah dalam perlawanan akhir Piala Dunia, anda mempunyai sebab untuk berasa sangat kecewa.“Dia sangat kecewa, tetapi dia tahu bagaimana untuk meneruskan dan berkelakuan, dan mempunyai banyak kelas untuk mengucapkan tahniah kepada Leo dan itu sangat bagus untuk kelab dan pasukan,” kata Galtier.PSG sebelum itu mengeluarkan kenyataan mengatakan Presnel Kimpembe akan meneruskan pemulihannya daripada masalah tendon achilles selama empat minggu.Sementara itu, Nuno Mendes menyambung latihan dalam masa dua minggu selepas mengalami kecederaan hamstring semasa Piala Dunia.PSG kini berada di tangga teratas Ligue 1 Perancis dengan 41 mata selepas 15 perlawanan, lima mata mengatasi Lens di tempat kedua.
4
28 Disember 2022 09:03pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238122/berita/sukan/moriyasu-kekal-kendali-jepun-misi-piala-dunia-2026
Moriyasu kekal kendali Jepun, misi Piala Dunia 2026
PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu, yang mengetuai Samurai Biru ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022 di Qatar, akan kekal memimpin pasukan itu ke Piala Dunia 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Jepun pada Rabu.Moriyasu akan menjadi jurulatih pertama menguruskan pasukan Jepun dalam dua kejohanan Piala Dunia berturut-turut.Di Qatar 2022, Jepun mengejutkan Jerman pada aksi pembukaan di Qatar, menang 2-1.Pasukan itu yang tewas 0-1 kepada Costa Rica bagaimanapun menewaskan Sepanyol 2-1 untuk menduduki tempat teratas kumpulan mereka dan mara ke peringkat 16 terakhir.Jepun turut tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti 1-3 selepas kedua-dua terikat 1-1.
4
28 Disember 2022 08:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/238119/berita/sukan/muhammad-soleh-buru-status-pro-di-sepanyol
Muhammad Soleh buru status pro di Sepanyol
PEMAIN bola sepak muda negara, Muhammad Soleh Ahmad Shukri yang akan menyertai Akademi Malaga City FC di Sepanyol selama setahun bermula bulan depan menanam tekad untuk bergelar pemain profesional suatu hari nanti.Muhammad Soleh, 17, yang akan berlepas esok tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mendapat tawaran menyertai akademi berkenaan bulan lepas dan berjanji untuk menguasai teknik permainan bola sepak sebaiknya sepanjang di Sepanyol.Anak jati Terengganu itu berkongsi dia sudah berkecimpung dalam sukan bola sepak sejak berusia tujuh tahun, namun hanya serius untuk berada dalam arena bola sepak negara tiga tahun lalu bermula dengan menjadi pemain sayap kanan kelab FC 1Goal."Saya sangat gembira untuk ke Akademi Malaga bagi memperbaiki pengetahuan berkenaan bidang bola sepak walaupun agak sedih kerana ini merupakan pengalaman kali pertama saya berpisah dengan keluarga.'Namun, saya yakin saya mampu membuat ahli keluarga bangga dengan pencapaian saya nanti dan berharap mampu berkongsi ilmu bola sepak bersama dengan yang lain apabila sudah habis menyertai akademi ini nanti," katanya.Muhammad Soleh ditemui pemberita selepas menerima sumbangan barangan kesihatan bernilai kira-kira RM2,000 daripada Hospital Pakar KPJ Damansara yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Ahmad Syukri Jamaludin dan pakar perunding Ortopedik, Kecederaan Sukan dan Trauma Dr Rozman Md Idrus pada Rabu.Sementara itu bapa Muhammad Soleh, Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh yang juga Pakar Perunding Perubatan dan GastroHepatologi KPJ Damansara tidak menyangka anak bongsu daripada empat adik-beradik itu memilih menjadikan bola sepak sebagai kerjaya profesional.Beliau yang akan turut berangkat ke Sepanyol esok selama sebulan untuk memberi sokongan kepada Muhammad Soleh bersyukur kerana anaknya itu mampu membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya bola sepak sebaiknya.Selain Muhammad Soleh, hampir 10 pemain muda negara sebelum ini pernah memasuki akademi bola sepak serta pasukan pembangunan terkemuka antarabangsa termasuk Aqil Arazi Aziz di AS Cannes, Perancis; Allee Putra Azril (Akademi Malaga City FC, Sepanyol) serta Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab Red Star Belgrade.
4
28 Disember 2022 08:44pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238114/berita/sukan/sumbangan-jdt-tmj-selain-bekal-pemain-kepada-harimau-malaya
Sumbangan JDT, TMJ selain bekal pemain kepada Harimau Malaya
PENYOKONG bola sepak Malaysia sememangnya pakar ‘soundbite’. Jika mereka tidak suka sesuatu pendapat, maka diulang-ulangnya soundbite tersebut sehingga berubah konotasinya.Dalam kes Datuk K Rajagobal, ia adalah, “ranking (FIFA) tak penting.” Dalam kes Ahmad Fakri Saarani, ia adalah, “kalau bola tak nak masuk, tak masuk juga.”Dalam isu TMJ mempertahankan tindakan 14 pemain JDT yang menolak panggilan skuad kebangsaan sempena Kejohanan Piala AFF, ia adalah, “pemain bukan mesin.”Untuk mengubah konotasi ayat ‘pemain bukan mesin’, komitmen 14 pemain JDT tersebut dibanding-bandingkan dengan tindakan David Rowley yang membatalkan percutiannya di Jerman untuk menyahut seruan Kim Pan-gon dalam Kejohanan Piala AFF.Kemudian dibandingkan pula dengan berita Kylian Mbappe yang turun ke latihan PSG sejurus selepas habis final Piala Dunia 2022.TMJ bukanlah orang pertama dalam dunia bola sepak yang diheret masuk dalam perdebatan kelab vs negara.Hanya memetik sebahagian kecil contoh, Bayern Munich pernah menghalang Austria dan Perancis daripada memanggil David Alaba dan Lucas Hernandez daripada bermain perlawanan persahabatan tak bermakna di tengah musim.“Kami pun ada pandangan kami sendiri. Tugas kami adalah melindungi pemain.“Jika pemain berisiko mendapat kecederaan, sudah tentu mereka tak boleh digunakan,” kata Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.Kemudian pada 1997, Sir Alex Ferguson mengkritik tindakan pengurus England, Glen Hoddle yang memanggil adik-beradik Neville, David Beckham, Paul Scholes dan Andy Cole dalam misi untuk menjuarai – Le Tournoi de France. FIFA memberi kebebasan kepada pengurus kelab untuk menarik keluar pemain daripada menyertainya.Jadi Ferguson menggunakan kebebasan ini dengan menyarankan pemain-pemainnya menarik diri.“Sejak beberapa tahun baru-baru ini, kami dah main 50 perlawanan semusim. Musim ini (1996/1997) juga sama. (Le Tournoi de France) berisiko kepada pemain muda. Jadi saya tak boleh lepaskan mereka.”Pemain-pemain United bagaimanapun memilih untuk tidak menarik diri,” kata FergusonDalam erti kata lain, perdebatan kelab vs negara adalah normal dan bukan perkara baharu.Bagi perspektif luar kem JDT, tindakan 14 pemain JDT tidak patriotik. Tetapi bagi perspektif kem JDT, isu patriotisme tidak sepatutnya timbul kerana dua sebab.Pertama, fakta Kejohanan Piala AFF sendiri yang berada di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.FIFA sendiri membuat peraturan sesebuah kelab tidak wajib melepaskan pemain ke tugasan antarabangsa jika perlawanan berlangsung di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa.Kedua, risk-to-reward ratio Kejohanan AFF sangatlah tidak berbaloi bagi kem JDT.Sebagai kelab yang menjadi tulang belakang skuad Harimau Malaya, risiko kecederaan pemain-pemain jauh lebih besar berbanding pemain-pemain Malaysia dari pasukan lain.Reward yang ditawarkan oleh AFF kepada skuad negara juga tidaklah besar.Dalam pekali kepentingan perlawanan FIFA (yang menentukan jumlah mata ranking FIFA), AFF hanya menawarkan pekali paling rendah: 5.Berapa kali untuk perlawanan persahabatan dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa? 10.Berapa kali untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 nanti? 15.Semua perdebatan ini berbalik kepada soal kepentingan perlawanan dan pertimbangan risk-to-reward kepada pemain.Kylian Mbappe boleh menyertai latihan PSG beberapa hari selepas tugasan Perancis kerana Perancis beraksi dalam Piala Dunia – yang menawarkan 10 hingga 12 pekali yang jauh lebih tinggi berbanding AFF.Anda fikir PSG akan melepaskan Mbappe jika Perancis bermain dalam Le Tournoi de France?Manakala David Rowley pula boleh membatalkan percutiannya kerana risiko kecederaannya rendah selepas bermain hanya 28 perlawanan kompetitif sepanjang musim 2022.Sri Pahang (dan majoriti pasukan Liga Super lain) bermain antara 33 hingga 36 perlawanan kompetitif – jauh berbeza daripada 50 perlawanan kompetitif yang pemain JDT lalui sepanjang 2022.Di sebalik jadual musim 2022 yang sibuk ini, barisan pemain-pemain JDT yang membentuk majoriti skuad Harimau Malaysia tetap mampu memberi beberapa sumbangan bermakna kepada negara:1. Menyumbang 16 mata AFC MA Ranking untuk memberi lebih banyak slot kepada pasukan Liga Super beraksi di peringkat Asia.2. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking dunia FIFA, sekali gus menaikkan ranking negara dari kedudukan 154 ke 146 dalam masa setahun.Sumbangan JDT kepada skuad kebangsaan tidak terhad di atas padang sejak 2016:3.Meminjamkan pusat latihan untuk kegunaan skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Stadium Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada 2021.4.Menaja kos RM1.4 juta untuk menanam rumput baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan akan bermula prosesnya pada Mac 2023.5.Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum perlawanan-perlawanan penting skuad kebangsaan.6. Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.Malah TMJ sendiri meninggalkan jasa besar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semasa memegang tampuk presiden:7. Merombak dan mengecilkan saiz staf pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.8. Mengurangkan jumlah saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta kepada RM1.4 juta. RM1.4 juta itu kemudiannya dibayar sendiri oleh TMJ untuk untuk menyelesaikan kes saman tersebut.9.Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melapuskan hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi sebelum meninggalkan FAM dalam keadaan lebih baik.10.Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke luar negara (Sepanyol) untuk perkongsian profesional.11. Sekarang bandingkan pula magnitud sumbangan kelab-kelab Liga Super lain kepada Harimau Malaya?Kesimpulannya, JDT mungkin tidak menghantar kontinjen pemain-pemainnya untuk misi menjuarai Kejohanan Piala AFF, tetapi tiada siapa boleh menidakkan sumbangan pemain-pemain mereka pada 2022.Keputusan TMJ mempertahankan pemain-pemainnya adalah betul bagi perspektif kelabnya dan bukan sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. Malah dibenarkan oleh FIFA lagi.Kita mungkin tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, tetapi ia tidak boleh menidakkan sumbangan pemain-pemain tersebut kepada skuad negara sepanjang 2022 yang boleh disimpulkan sebagai tahun yang produktif buat Harimau Malaya.Fokus kita seterusnya adalah misi memperbaiki pencapaian edisi 2007 dalam kempen Piala Asia 2023 nanti.Anda boleh bertaruh – sama ada benci atau suka – peluang kita lebih cerah jika pemain-pemain JDT berada pada tahap 100 peratus.Dan bila bercakap tentang pemain JDT, hanya JDT sahaja tahu apa yang terbaik untuk pemain mereka. Bukan kita. Bukan Kim Pan-gon. JDT.
4
28 Disember 2022 08:19pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238048/berita/sukan/city-tak-akan-beli-pemain-baharu
City tak akan beli pemain baharu
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukan itu tidak akan membeli pemain baharu pada jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari.Menurut Guardiola, dia sudah berpuas hati dengan barisan pemain sedia ada dan yakin mampu mengekalkan rentak cemerlang sehingga penghujung musim."Tidak, saya rasa tidak. Saya fikir kita akan menyelesaikan saingan liga dengan pemain yang ada. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti."Tapi sejak saya kembali dari Abu Dhabi, tiada nama pemain yang dibawa ke perhatian pengurusan tertinggi kelab," katanya.Juara lima kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sememangnya dikenali sebagai pasukan yang sering berbelanja besar ketika jendela perpindahan dan membawa masuk pemain seperti Erling Haaland, Julian Alvarez, Kalvin Phillips, Manuel Akanji, Sergio Gomez dan Stefan Ortega Moreno pada musim lalu.Beberapa pemain juga dikaitkan dengan City pada jendela perpindahan kali ini termasuk bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.Bellingham dinilai mampu menambah kekuatan bahagian tengah City untuk mengharungi saingan liga musim ini.
4
28 Disember 2022 01:10pm
NORMAWATI ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238043/berita/sukan/kemelut-pafa-jadi-perhatian-dun-perak
Kemelut PAFA jadi perhatian DUN Perak
KEMELUT status Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung Pesuruhjaya Sukan (PJS) mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok pembangkang dan kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu.Dalam sesi penggulungan Belanjawan Perak 2023, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah memberi komitmen untuk mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap krisis itu.Menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan agar badan induk bola sepak negeri itu dapat bergerak seperti biasa dan meneruskan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi."Saya selaku orang yang diberi amanah dan tanggungjawab terhadap belia dan sukan buat masa ini telahpun hubungi PJS."Insya-ALLAH dalam awal Januari ini, adanya pertemuan antara saya dengan PJS untuk kita bantu selesaikan kemelut PAFA yang sudah berlarutan agak lama kerana kita nak memastikan PAFA boleh bergerak seperti biasa selepas ini," katanya.Hafez Sabri (Pas-Manjoi) menyokong usaha kerajaan negeri memulihkan semula status dan peranan PAFA.Katanya, langkah itu sangat penting khususnya kepada generasi muda dan kalangan penyokong dalam mengembalikan maruah bola sepak negeri."Saya sendiri mengikuti secara langsung jatuh bangun bola sepak negeri dan saya kira semua maklum dengan apa yang berlaku," katanya.Ishsam Shahruddin (BN-Ayer Kuning) juga berharap pendekatan cukup serius dapat dilakukan dalam menyelesaikan isu melibatkan PAFA."Bola sepak bukan sahaja satu sukan rakyat, tetapi sangat popular dalam kalangan rakyat."Jadi kita harap Yang Berhormat Exco dapat ambil pendekatan serius menyelesaikan polemik PAFA yang masih tidak berkesudahan ini," katanya.Pada 7 Mac lepas, PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS bagi membolehkan PAFA membuat langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 bagi mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.PAFA yang diterajui Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin selepas itu telah mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) termasuk laporan Kongres Tahunan PAFA ke-63 yang diadakan 28 Mei lepas kepada PJS.
4
28 Disember 2022 12:44pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238036/berita/sukan/era-firmino-di-liverpool-berakhir
Era Firmino di Liverpool berakhir
KEHADIRAN penyerang baharu, Cody Gakpo menandakan era Roberto Firmino di Liverpool akan berakhir, kata bekas pertahanan kelab itu, Jose Enrique.Firmino telah menghabiskan tujuh tahun terakhir bersama gergasi Merseyside itu dan membantu memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.Kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, dan Enrique percaya pembelian Gakpo dari PSV adalah isyarat bahawa masa Firmino di Anfield akan berakhir."Saya percaya (kedatangan Gakpo) menandakan berakhirnya era Firmino. Ia berlaku apabila pasukan menandatangani Luis Diaz dan kemudian Sadio Mane meninggalkan Liverpool."Saya yakin perkara sama akan berlaku antara Gakpo dan Firmino," katanya.Liverpool membuat keputusan untuk menjual Mane kepada Bayern Munich pada Jun selepas membawa masuk Diaz pada awal tahun dan kemudian menandatangani perjanjian untuk memperoleh Nunez daripada Benfica.Pada Isnin, PSV mengumumkan kelab dari Belanda itu telah mencapai persetujuan dengan Liverpool untuk menjual Gakpo.
4
28 Disember 2022 11:47am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/238035/berita/sukan/united-banyak-bazir-peluang
United banyak bazir peluang
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag masih tidak berpuas hati walaupun skuad kendaliannya berjaya menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Rabu.Menurutnya, United banyak membazirkan peluang terhidang dan ketajaman di depan gol menjadi aspek yang bakal diberikan perhatian lebih khusus."Itulah yang saya katakan di bilik persalinan, kami perlu menjaringkan lebih banyak gol. Kami mencipta banyak peluang dan terpaksa menunngu ke hujung perlawanan untuk menjaringkan gol ketiga."Selepas separuh masa kami mempunyai dua peluang yang sangat baik untuk menamatkan permainan. Perlawanan akan menjadi lebih mudah."Ada banyak perlawanan lagi akan datang, jika anda mendapat gol ketiga maka anda boleh menjimatkan tenaga dan ia lebih baik untuk semua orang," katanya.Dalam perlawanan itu, Marcus Rashford membuka tirai jaringan pada minit ke-19 sebelum Anthony Martial menggandakan kedudukan tiga minit berselang.Fred melengkapkan kemenangan United pada minit ke-87 sekali gus meletakkan United di kedudukan kelima liga satu mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga keempat.Ten Hag menegaskan para pemainnya perlu lebih klinikal di depan gol kerana United mempunyai ramai pemain yang berkemampuan menembusi gawang lawan."Kami mempunyai pemain yang boleh menjaringkan gol."Anda boleh lihat Martial dan Rashford adalah penjaring gol, Bruno Fernandes juga menjaringkan gol. Kami mempunyai ramai pemain yang boleh menjaringkan gol, tetapi kami perlu bersikap kejam," katanya.
4
28 Disember 2022 11:26am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238022/berita/sukan/harimau-malaya-janji-bangkit
Harimau Malaya janji bangkit
HARIMAU Malaya berjanji akan melakukan kebangkitan sekali gus melakar kemenangan ketika aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF menentang Singapura pada 3 Januari depan.Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin berkata, kekalahan 0-3 kepada Vietnam di Hanoi akan menjadi pengajaran berguna kepada semua pemain memberikan aksi lebih baik ketika menentang Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir."Bagi saya, ia satu perlawanan yang berikan pengajaran kepada kami. Kami perlu belajar daripada perlawanan ini menjelang perlawanan terakhir kumpulan menentang Singapura."Kami janji akan beri yang terbaik ketika menentang Singapura dan raih kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Skuad negara wajib menang ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil 3 Januari depan sekiranya mahu layak ke peringkat separuh akhir.Mengulas mengenai perlawanan menentang Vietnam itu, Wilkin percaya pemain Harimau Malaya sudah memberi yang terbaik dalam perlawanan berintensiti tinggi itu."Tahniah kepada Vietnam. Sudah tentu mereka salah sebuah pasukan yang bagus dalam kejohanan ini."Ia tidak mudah buat kami apabila datang ke sini (Hanoi). Tetapi, saya bangga dengan semua rakan sepasukan kerana mereka telah berikan persembahan yang bagus."Vietnam mengambil peluang mereka dengan baik dan sayangnya kami gagal menyudahkan peluang yang ada," katanya.
4
28 Disember 2022 10:38am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238020/berita/sukan/pan-gon-tidak-salahkan-pemain
Pan-gon tidak salahkan pemain
PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tidak menyalahkan pemainnya di sebalik kekalahan 0-3 kepada Vietnam dalam aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.Menurutnya, pemain sudah memberikan yang termampu selain Vietnam memperagakan aksi lebih baik dalam perlawanan itu."Tahniah kepada Vietnam. Mereka layak menang dan pasukan mereka sangat solid. Saya minta maaf kepada penyokong Malaysia kerana kami tidak dapat berikan kemenangan. Namun, pemain telah cuba yang terbaik dan mengikut segala arahan barisan kejurulatihan dan mampu mengawal perlawanan dengan baik."Kami juga ada peluang untuk menang malam ini, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan saya perlu kembali dan lihat mengenai situasi ini. Saya tidak ada masalah mengenai pemain dan mungkin jika saya buat silap, kami akan semak untuk membetulkan sesuatu sebelum perlawanan menentang Singapura," katanya.Dalam perlawanan itu, Nguyen Tien Linh, Que Ngoc Hai dan Nguyen Hoang Duc masing-masing meledak satu gol untuk memastikan kemenangan tuan rumah.Kemenangan itu juga menyaksikan Vietnam mendahului Kumpulan B manakala Malaysia berada di kedudukan kedua dengan baki satu perlawanan untuk skuad negara.Pan-gon juga menegaskan pasukannya akan bangkit melakar kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Singapura yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari depan."Kami tidak mempunyai masa untuk berlengah lagi. Kami akan cepat pulih dan merancang dengan baik untuk perlawanan dengan Singapura," katanya.Dalam pada itu, Pan-gon menjelaskan dia tidak mendapat gambaran jelas mengenai insiden penalti kedua Vietnam dan juga layangan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad."Sukar untuk memberikan komen kerana saya tidak dapat melihat gambaran yang jelas mengenai situasi itu. Saya fikir kami memerlukan analisis penuh untuk melihat situasi berkenaan dan selepas itu kami boleh katakan sesuatu."Tapi kami perlu belajar sesuatu mengenai situasi itu. Kami memiliki kelebihan besar apabila beraksi lebih seorang pemain dan kami patut menggunakan kelebihan itu," katanya
4
28 Disember 2022 10:12am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/238019/berita/sukan/vietnam-tak-patut-dapat-penalti
Vietnam tak patut dapat penalti
VIETNAM tidak seharusnya dihadiahkan sepakan penalti ketika pasukan Naga Emas itu menundukkan Harimau Malaya 3-0 dalam aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.Bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, pengadil perlawanan, Ryuji Sato seharusnya terlebih dahulu melihat kekasaran pertama yang dilakukan oleh pemain Vietnam, Doan Van Hau ke atas Azam Azmi Murad ketika bola masih berada dalam kawasan padang.Van Hau terlebih dahulu menolak Azam Azmi yang cuba menyelamatkan bola keluar daripada garisan gol sebelum kedua-dua pemain itu terjatuh di luar padang.Kemudian, berlaku pergelutan antara kedua-dua pemain sebelum Sato mendakwa Azam Azmi mengasari Van Hau sekali gus memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada pertahanan negara."Sepatutnya kesalahan pertama dilakukan oleh pasukan Vietnam jadi, maklumat pertama yang perlu diberikan kepada pengadil adalah kesalahan dilakukan oleh pemain Vietnam."Kemudian berlaku pula tindak balas daripada pemain Malaysia yang saya tidak pasti kerana dalam video tidak jelas. Jadi, kalau berlaku tindak balas, kalau perlu kad merah, kad merah kepada pemain Malaysia."Tetapi, perlu dimulakan semula sama ada dengan sepakan percuma kerana insiden pertama itu tolakan daripada pemain Vietnam. Mungkin pengadil terlepas pandang kesalahan pertama yang dilakukan pemain Vietnam. Itu pandangan saya," katanya.Ujar beliau, apabila Sato tidak mengambil kira kekasaran dilakukan pemain Vietnam dan kemudiannya meneruskan permainan serta terdapat kekasaran dilakukan oleh Azam Azmi kepada Van Hau, maka keputusan untuk memberikan sepakan penalti adalah betul walaupun ia berlaku di luar padang."Jika insiden itu berlaku di luar garisan sempadan permainan dan berhampiran kawasan penalti contohnya insiden yang kita lihat, insiden itu berlaku di garisan gol dan berhampiran atau sempadan kawasan penalti."Pada ketika itu, bola masih dalam permainan. Jadi, mana-mana insiden yang berlaku di kawasan penalti di luar sempadannya, maka pengadil perlu mulakan semula permainan dengan penalti," katanya.
4
28 Disember 2022 10:12am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/238013/berita/sukan/chelsea-kembali-ke-landasan-kemenangan
Chelsea kembali ke landasan kemenangan
CHELSEA kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Bournemouth 2-0 di Stamford Bridge, kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris sejak pertengahan Oktober.Kai Havertz dan Mason Mount kedua-duanya menjaringkan gol pada separuh masa pertama dalam persembahan dominan tuan rumah.Pada perlawanan itu Chelsea dilihat mampu menang dengan margin lebih besar berdasarkan penguasaan dan peluang dicipta The Blues.Chelsea menamatkan rentetan lima perlawanan liga tanpa kemenangan, naik satu tempat dalam kedudukan liga ke tangga kelapan.Bournemouth pula kini tewas dari empat daripada lima perlawanan liga terakhir dan kekal di tempat ke-14 dengan 16 mata.KEPUTUSAN EPLChelsea 2-0 BournemouthManchester United 3-0 Nottingham Forest
4
28 Disember 2022 08:39am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237999/berita/sukan/piala-asia-jambatan-ke-piala-dunia
Piala Asia jambatan ke Piala Dunia
PASUKAN bola sepak Malaysia perlu menjadikan Piala Asia sebagai tanda aras dan jambatan dalam pengembaraan menuju ke saingan Piala Dunia pada edisi mendatang.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar berkata, skuad Harimau Malaya perlu kekal bersaing di pentas Asia sebelum boleh berimpian untuk beraksi dalam kancah kejohanan berprestij itu."Malaysia perlu konsisten beraksi di Piala Asia terlebih dahulu. Jangan tercicir walaupun satu edisi pun. Fokus satu demi satu. Bermula di peringkat kumpulan melangkah ke pusingan 16."Disusuli berada dalam lapan terbaik pada edisi berikutnya dan kemudian sasaran separuh akhir. Apabila sudah berada dalam kelompok lapan atau empat terbaik di Asia, peluang ke Piala Dunia nampak cerah," katanya kepada Sukan Sinar.Beliau pada masa sama berharap program pembangunan pemain muda tidak dipandang mudah sebaliknya terus diperkasa kerana ia menjadi satu kemestian di negara maju dalam bola sepak seperti Jepun dan Korea Selatan.Jangan bercakap pasal Piala Dunia, selagi kita tidak memberi tumpuan kepada program pembangunan di peringkat akar umbi."Jepun dan Korea Selatan pada awalnya tidak sasar untuk ke Piala Dunia tetapi fokus kepada program pembangunan. Bermula dari situ muncul pemain berbakat dan berkualiti."Apabila kelompok pemain itu sudah ramai, mereka berkelana bermain di Eropah dan dalam saingan tempatan. Dari situ bermula sasaran mereka untuk ke Piala Dunia," katanya.Safirul berkata, program pembangunan perlu dibuat secara menyeluruh menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP) dan kelab-kelab."Pelaburan besar perlu dibuat kepada program pembangunan bukan kepada para pemain yang sudah berusia," katanya.Tambah beliau, perancang perlu dibuat untuk jangka panjang bukan fokus kepada skuad projek yang tertumpu kepada kelompok kecil sehingga boleh membuatkan pihak berkaitan terlepas pandang kepada pemain berpotensi dan berbakat.Katanya, pemain seperti Arif Aiman Hanafi misalnya disasarkan untuk berada dalam skuad Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) di bawah bimbingan Lim Teong Kim, tetapi namanya tercicir kerana terlepas pandang."Mungkin pada masa itu belum matang, tetapi dia seorang pemain berbakat dan berpotensi. Pemilihan juga perlu melihat kepada pemain yang mempunyai IQ yang tinggi dalam bola sepak," katanya.Justeru menurutnya, pembentukan program pembangunan perlu diberi kepada pihak yang pakar dan berkemahiran selain turut melibatkan pengarah teknikal yang memantau dan bekerjasama rapat dengan jurulatih."Pengarah teknikal melihat dari sudut yang lebih luas memantau pemain berbakat dan berpotensi untuk dilatih oleh pengendali berpengalaman dan dibantu oleh pakar-pakar berkaitan."Kelompok pemain muda berbakat yang ramai memberi banyak pilihan kepada jurulatih skuad remaja dan senior untuk diserap ke dalam pasukan selain beri mereka pendedahan di peringkat tertinggi," katanya.
4
28 Disember 2022 07:10am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/237992/berita/sukan/harimau-malaya-tewas-di-hanoi
Harimau Malaya tewas di Hanoi
HARIMAU Malaya mencatatkan kekalahan pertama kempen Piala AFF 2022 selepas tewas kepada Vietnam 0-3 dalam aksi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.Kemenangan Vietnam itu turut dibayangi dengan keputusan kontroversi pengadil, Ryuji Sato memberikan penalti kepada pasukan tuan rumah dan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad yang didakwa mengasari Doan Van Hau pada separuh masa kedua.Vietnam membuka tirai jaringan menerusi Nguyen Tien Linh pada minit ke-28 selepas menanduk bola sepakan sudut yang diambil oleh Do Hung Dong.Empat minit kemudian, skuad Naga Emas terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Nguyen Van Toan dilayangkan kad kuning kedua selepas dia mengasari pertahanan negara, Dominic Tan.Harimau Malaya cuba menggunakan peluang tersebut dengan menggandakan asakan ke kubu pasukan tuan rumah.Peluang terbaik skuad negara tiba menerusi Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-40, namun tandukannya berjaya ditepis oleh Dang Van Lam.Pemain tengah Selangor itu sekali lagi menghadirkan ancaman pada minit ke-44 apabila berjaya mengelecek pertahanan Vietnam di dalam kotak penalti, sebelum melepaskan rembatan lemah yang diselamatkan oleh Van Lam.Usaha skuad negara untuk bangkit pada babak kedua terbantut selepas skuad negara juga terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Azam Azmi dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selain pengadil menghadiahkan penalti kontroversi kepada pasukan Vietnam.Que Ngoc Hai menyudahkan sepakan penalti dengan menghalakan bola ke sebelah kanan memperdayakan Ahmad Syihan Hazmi yang terbang ke arah bertentangan.Tuan rumah tidak mengendurkan asakan walaupun telah mendahului dengan dua jaringan apabila menambah gol menerusi Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.Harimau Malaya dijadualkan menentang Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari depan.
4
27 Disember 2022 10:35pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237990/berita/sukan/dua-pemenang-pingat-angkat-berat-sukma-2022-positif-doping
Dua pemenang pingat angkat berat Sukma 2022 positif doping
JOHOR BAHRU - Dua pemenang pingat acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis ‘anabolic androgenic steroid’ oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas).Tanpa menyatakan warna pingat yang dimenangi, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, kedua-dua atlet lelaki itu merupakan atlet salah satu daripada dua negeri yang dicadangkan untuk digantung persekutuan daripada menyertai temasya sukan dwitahunan itu."PABM menerima keputusan doping tersebut menerusi surat daripada Adamas yang bertarikh 23 Dis lepas. Kedua-dua mereka didapati positif doping steroid yang diklasifikasikan sebagai S1 dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA)."Adamas juga sudahpun menghantar surat kepada dua atlet berkenaan, yang mana mereka mempunyai 14 hari untuk membuka sampel B sebelum 10 Jan tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.Ayub berkata, sekiranya kedua-dua atlet itu membuat keputusan membuka Sampel B, ia perlulah ditanggung sendiri dengan kos US$350 dengan bantuan makmal di Doha, Qatar, dengan kehadiran atlet atau wakil atlet itu sendiri.Sekiranya mereka tidak bercadang mencabar keputusan Adamas menerusi Sampel B, Ayub berkata Adamas seterusnya akan menetapkan tarikh untuk kedua-dua atlet berkenaan memberikan penjelasan."Kedua-dua mereka kini digantung sementara. (Bagaimanapun) hukuman maksimum kepada atlet (bagi kesalahan ini) adalah penggantungan empat tahun."PABM memandang serius kes doping dalam sukan angkat berat terutamanya dalam konteks pembangunan sukan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa PABM tidak melibatkan diri daripada mengendalikan Sukma edisi ke-20 itu kerana penganjur membenarkan dua negeri yang terlibat doping menyertai temasya tersebut sekali gus tidak menghormati keputusan PABM.Dalam nada kecewa, Ayub berkata, meskipun Sukma itu berlangsung, ia tidak diiktiraf oleh PABM kerana penganjur tidak bersetuju dengan pendirian pihaknya itu.Sebelum ini, tiga atlet angkat berat -- dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis, gagal ujian doping beberapa hari sebelum temasya sukan itu bermula.Susulan insiden itu, PABM telah menarik diri daripada Sukma berkenaan, selepas penganjur membenarkan dua negeri tersebut menyertai temasya itu. - Bernama
4
27 Disember 2022 09:34pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237974/berita/sukan/rtm-siar-perlawanan-piala-aff-mulai-hari-ini---fahmi
RTM siar perlawanan Piala AFF mulai hari ini - Fahmi
SALURAN RTM akan menyiarkan perlawanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 mulai malam ini sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Jan depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Beliau berkata, para peminat bola sepak boleh menyaksikan 10 perlawanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik."Siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (FTA - free to air) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Fahmi berkata, beliau mengambil maklum bahawa ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF 2022 disiarkan di saluran RTM."Saya juga telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut mencadangkan perkara yang sama,” katanya. - Bernama
4
27 Disember 2022 07:00pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/237917/berita/sukan/arul-sudah-ada-bayangan-pemain
Arul sudah ada bayangan pemain
KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj sudah mempunyai bayangan 20 pemain yang akan membawa cabaran negara dalam saingan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, 14 Januari depan.Menurut Arul, beliau akan berbincang dengan barisan kejurulatihan sebelum membuat keputusan muktamad senarai akhir 20 pemain tersebut."Setakat ini, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) memberikan mandat kepada kita sehingga 30 Disember. Jadi, kita akan muktamadkan senarai 20 pemain itu sebelum tarikh tersebut."Saya sudah ada gambaran 20 pemain yang akan pergi dan akan berbincang dengan barisan kejurulatihan sebelum buat keputusan," katanya dalam satu video di laman Facebook rasmi Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).Malaysian Tigers yang menduduki ranking ke-11 dunia dijangka berlepas ke India pada 6 Januari depan dan akan berdepan Sepanyol dalam aksi pemanas badan pada 11 Januari.Skuad negara kemudiannya akan menghadapi dua aksi Kumpulan C, Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela menentang Belanda (14 Januari) dan Chile (16 Januari) sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar pada 19 Januari.Dalam pada itu, Arul turut menjelaskan tempoh dua minggu latihan yang telah berlangsung sebelum ini banyak menekankan kepada taktikal untuk menghadapi ketiga-tiga pasukan tersebut."Semangat pemain semasa latihan sangat baik apabila kita buat latihan serangan dan pertahanan. Pemain sedaya upaya cuba memenangi bola dan menunjukkan segalanya dalam sesi latihan."Ia sangat penting untuk naikkan stamina dan semangat pemain sebelum bermula kejohanan. Saya gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh pemain dalam sesi latihan," katanya.Arul turut menegaskan mempunyai tempoh persiapan yang cukup bagi mengharungi aksi mencabar di Piala Dunia walaupun sebelum ini terkesan dengan masalah kecederaan yang menimpa beberapa pemain utama."Kita perlu bermula langkah kanan bertemu Belanda untuk mencerahkan peluang melayakkan diri ke pusingan kedua," katanya.
4
27 Disember 2022 01:35pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237907/berita/sukan/scaloni-kekal-bimbing-argentina
Scaloni kekal bimbing Argentina
TUAH buat Lionel Scaloni apabila kekal membimbing juara Piala Dunia 2022, Argentina.Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA), Claudio Tapia."Scaloni ialah jurulatih pasukan kebangsaan Argentina. Kami berdua adalah lelaki yang setia dan sudah mengikat persetujuan.“Tiada lagi keraguan lagi bahawa dia akan terus bersama Argentina,” ujar Tapia.Scaloni mengendalikan Argentina sejak 2018, membantu mereka merangkul Copa America pada 2021 yang merupakan trofi pertama pasukan itu sejak 1993.Jurulatih berusia 44 tahun itu kemudiannya membimbing Lionel Messi dan skuad ke Piala Dunia ketiga dengan kemenangan ke atas Perancis pada perlawanan akhir di Qatar bulan ini.Scaloni bukan jurulatih yang popular selepas dilantik menggantikan tempat Jorge Sampaoli ketika Argentina tersingkir di peringkat 16 terakhir ketika Piala Dunia 2018.“Hampir 100 peratus orang menganggap kami salah atau gila.“Namun pasukan ini membawa kegembiraan kepada orang ramai dengan gelaran yang mereka menangi,” kata Tapia.
4
27 Disember 2022 12:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237908/berita/sukan/piala-dunia-wanita-julung-kali-tampilkan-pengadil-palestin
Piala Dunia Wanita julung kali tampilkan pengadil Palestin
ISTANBUL - Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang.Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin (WAFA).Piala Dunia Wanita edisi kesembilan itu buat julung kali juga dianjurkan secara bersama, diadakan di Australia dan New Zealand melibatkan 32 negara. - Bernama
4
27 Disember 2022 12:00pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/237897/berita/sukan/conte-kecewa-benteng-pertahanan-tottenham-lemah
Conte kecewa benteng pertahanan Tottenham lemah
PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte berang dengan persembahan yang dipamerkan barisan pertahanannya selepas seri 2-2 menentang Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.Menurutnya, pemain di bahagian pertahanan perlu memperkemaskan aksi sekiranya mahu melihat pasukan menyudahkan saingan liga dalam kelompok empat terbaik."Saya agak gembira kerana cara kami bermain pada separuh masa kedua dengan tenaga, keinginan dan intensiti. Apabila anda bermain seperti ini anda mencipta masalah kepada lawan."Namun, saya kecewa kerana kami telah melepaskan gol pertama dalam enam perlawanan liga berturut-turut."Kami perlu mencari penyelesaian untuk mengelakkan pasukan melepaskan gol pertama dan kedua berulang kali."Ini adalah kali pertama dalam karier saya dibolosi terlebih dahulu dalam banyak perlawanan secara berturut-turut," katanya.Dalam perlawanan di Stadium Community Gtech itu, Tottenham terpaksa bangkit menerusi gol Harry Kane dan Pierre-Emile Hjobjerg pada separuh masa kedua selepas ketinggalan dengan jaringan Vitaly Janelt dan Ivan Toney.Dalam pada itu, Conte tidak berhasrat menyambar pemain baharu untuk mengukuhkan jentera pertahanan pasukan itu."Kami hanya perlu bekerja keras di bahagian pertahanan dan saya tidak lihat kami perlu menambah pemain," katanya.
4
27 Disember 2022 10:30am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/237894/berita/sukan/liverpool-sambar-cody-gakpo
Liverpool sambar Cody Gakpo
KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berjaya menyambar penyerang antarabangsa Belanda, Cody Gakpo pada Selasa.Perkara itu diumumkan oleh kelab Gakpo, PSV Eindhoven dalam satu kenyataan dan pemain berusia 23 tahun itu akan menjalani beberapa ujian untuk melengkapkan urusan perpindahan."PSV dan Liverpool FC mencapai persetujuan mengenai perpindahan Cody Gakpo."Penyerang berusia 23 tahun itu akan berangkat ke England dalam masa terdekat dan perlu menjalani ujian yang diperlukan sebelum urusan perpindahan selesai," kata kenyataan itu.Gakpo yang menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia 2022 di Qatar untuk Belanda turut dikaitkan dengan beberapa pasukan besar seperti Manchester United.PSV tidak menyatakan jumlah yuran perpindahan pemain itu, namun laporan media antarabangsa menyebut ia akan menjadi rekod tertinggi pernah diterima oleh kelab Belanda itu.Menurut laporan itu, yuran perpindahan Gakpo mampu mencecah £44 juta (RM235.15 juta).PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.— PSV (@PSV) December 26, 2022
4
27 Disember 2022 10:16am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/237893/berita/sukan/liverpool-sasar-empat-terbaik-epl
Liverpool sasar empat terbaik EPL
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mahu The Reds menjadi ancaman kepada pasukan di kedudukan teratas liga selepas menewaskan Aston Villa 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Selasa.Liverpool mengecilkan jurang kepada lima mata dimiliki Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat dengan Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Stefan Bajcetic masing-masing meledak satu gol dalam kemenangan di Villa Park itu.Bagaimanapun, Klopp mengakui jurang 15 mata yang memisahkan Liverpool daripada pendahulu liga Arsenal mungkin sukar diatasi dan dia tetap fokus untuk berada dalam kedudukan empat teratas liga."Sudah tentu, kami perlu mengejar mereka. Kami tidak berada dalam kedudukan terbaik, ada perbezaan antara kami dan pasukan lain, kami semua tahu itu."Dua atau tiga pasukan teratas mungkin sudah terlalu jauh. Jika mereka menang kesemua perlawanan, kami memang sudah tiada peluang."Kami perlu melakukan tugas kami dan itu bermakna memenangi kesemua perlawanan. Selepas itu, kami akan lihat di mana kedudukan kami selepas berakhir liga," katanya.Liverpool tidak pernah gagal untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas liga sepanjang enam musim Klopp mengendalikan pasukan itu.Klopp juga menegaskan pemain perlu bersedia dengan detik sukar dalam setiap perlawanan untuk memastikan Liverpool mampu menamatkan saingan liga kali ini dalam kedudukan yang baik.“Sudah tentu, ia mesti menjadi sasaran untuk layak ke Liga Juara-Juara. Kami mempunyai banyak perlawanan untuk diharungi dan kami semua perlu melalui saat-saat sukar dalam perlawanan."Untuk hari ini, kami mendapat tiga mata dan itu cara terbaik untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan teratas."Semua pasukan di sana bermain musim yang luar biasa, tetapi selagi kami dapat mengejar mereka, kami akan berjuang untuk mendapatkannya," katanya.
4
27 Disember 2022 10:06am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/237891/berita/sukan/united-beri-janji-palsu
'United beri janji palsu'
JESSE Lingard mendakwa Manchester United memberikan janji palsu sebelum perpindahannya ke Nottingham Forest.Lingard merupakan produk akademi United dan menghabiskan 22 tahun di kelab itu sebelum perpindahan secara percuma ke Nottingham Forest penghujung musim lalu.Pemain antarabangsa England itu banyak berperanan sebagai pemain ganti dalam skuad senior United sebelum diketepikan pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020-2021 apabila dia gagal membuat sebarang penampilan.Ia menyebabkan Lingard menyertai West Ham United secara pinjaman dan tampil cemerlang menjaringkan sembilan gol EPL yang sekali gus menjadi kempen terbaik untuknya.Kecemerlangan Lingard itu kembali menarik perhatian United yang menolak beberapa tawaran perpindahan, namun tetap melayan pemain itu sebagai pemain tidak penting dalam pasukan dengan empat penampilan sepanjang musim 2021-2022.Kekurangan minit permainan semasa tahun terakhirnya di kelab itu menimbulkan tanda tanya sekali gus mendakwa United memberikan janji palsu untuk mengekalkanya di kelab itu."Saya tidak tahu mengapa saya tidak bermain. Saya tidak tahu apa masalahnya, sama ada politik atau apa sahaja. Saya masih belum mendapat jawapan sehingga hari ini."Ia adalah janji palsu. Saya berlatih dengan keras dan bersedia untuk bermain dalam perlawanan. Apabila anda bekerja keras dalam latihan dan tidak bermain pada penghujungnya, ia sangat mengecewakan."Saya terpaksa bertahan tahun lepas kerana saya tahu saya akan berpindah secara percuma."Saya meneruskan latihan saya dan melakukan kerja saya, kemudian saya akan datang dan cuba memberikan yang terbaik. Tahun lalu adalah sangat sukar," katanya.
4
27 Disember 2022 09:42am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/237886/berita/sukan/arsenal-padu-di-emirates
Arsenal padu di Emirates
DENGAN Arsene Wenger memerhati dari tempat duduk penonton, Arsenal bangkit ketinggalan untuk menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Emirates sekali gus mendahului tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris.Wenger kembali ke Stadium Emirates buat kali pertama sejak meninggalkan kelab itu pada 2018 selepas 22 tahun mengendalikan The Gunners sebelum itu.Bukayo Saka (53'), Gabriel Martinelli (58') dan Eddie Nketiah (69') menjaringkan gol dalam kebangkitan yang memberangsangkan pada separuh masa kedua.Terdahulu anak buah David Moyes mendahului selepas sepakan penalti Said Benrahma pada minit 27' memberikan West Ham permulaan cemerlang.Kemenangan itu mengekalkan rekod 100 peratus Arsenal di tempat sendiri dalam liga musim iniKeputusan itu melonjakkan mereka kepada 40 mata daripada 15 perlawanan, tujuh di hadapan pasukan tangga kedua Newcastle United, yang telah bermain 16 perlawanan.Anak buah Mikel Arteta berada lapan di hadapan pasukan tempat ketiga Manchester City, yang telah bermain 14 perlawanan.KEPUTUSAN LAINBrentford 2-2 Tottenham HotspurLeicester City 0-3 Newcastle UnitedAston Villa 1-3 LiverpoolEverton 1-2 WolvesSouthampton 1-3 BrightonCrystal Palace 0-3 Fulham
4
27 Disember 2022 08:22am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237871/berita/sukan/pembubaran-mastaf-belum-sempurna
Pembubaran MASTAF belum sempurna
PERSEKUTUAN Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) secara teknikalnya masih ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF).Menurut Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof, proses pembubaran MASTAF 'belum sempurna', malah beliau masih belum menerima sebarang pemakluman mengenai perkara itu.Ibrahim berkata, PJS menyambut baik kenyataan Presiden MASTAF, Datuk Suhaili Abdul Rahman untuk membubarkan badan induk itu bagi menyelesaikan kemelut arena sepak takraw negara.“Tindakan berjiwa besar ini sekali gus memberi laluan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) di bawah kepimpinan Datuk Mohd Sumali Reduan untuk menyertai semula badan induk antarabangsa.Kita telah berhubung dengan Setiausaha Agung MASTAF, Dr Noor Azam Samsudin berkenaan perkara ini dan akan mengadakan perjumpaan dalam masa terdekat.“Ini adalah bagi memastikan proses pembubaran badan induk tersebut dilakukan secara teratur seperti mana yang ditetapkan dalam perlembagaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.ISTAF sebelum ini diminta tidak mencampuri sebarang masalah yang berkaitan dengan arena sepak takraw tempatan sehingga melebihi had bidang badan induk tersebut.Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran sebagai reaksi tindakan Setiausaha Agung ISTAF, Abdul Halim Kader yang mengutuskan surat kepada Dr Noor Azam.Dalam surat berkenaan, Abdul Halim meminta MASTAF mengambil tindakan segera untuk mengadakan mesyuarat agung membubarkan badan induk itu mengikut lunas perlembagaan.Ibrahim berkata, PJS akan mengeluarkan notis makluman mengenai pembubaran kepada MASTAF.“Setakat ini PJS masih belum mengeluarkan sebarang notis kepada MASTAF. Sebenarnya sebelum mengeluarkan notis itu, beberapa perkara perlu dilakukan badan induk tersebut. Notis itu sebagai formaliti untuk mengesahkan pembubaran MASTAF yang diumumkan sebelum ini,” jelasnya.Mengenai status pasukan negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan bawah naungan ISTAF, Ibrahim berkata, perkara itu bergantung kepada badan induk tersebut.“Kebenaran untuk pasukan negara bertanding dalam kejuaraan bergantung kepada ISTAF selepas pembubaran MASTAF. Ini merupakan perkara teknikal yang bersifat budi bicara ISTAF,” ujarnya.
4
27 Disember 2022 07:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237866/berita/sukan/tottenham-bangkit-ikat-brentford
Tottenham bangkit ikat Brentford
HARRY Kane mengetepikan aura Piala Dunia Qatar 2022 ketika mengemudi kebangkitan Tottenham Hotspur untuk mengikat Brentford 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Community Gtech.Gol awal Vitaly Janelt (15') dan jaringan jarak dekat Ivan Toney (54') sejurus selepas rehat meletakkan Brentford 2-0 di depan ketika Tottenham bergelut menangani asakan tuan rumah.Namun skuad Antonio Conte yang tampil dengan corak permainan luar biasa kembali menyaingi tuan rumah.Kane, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti lebih dua minggu lalu yang menyaksikan kekalahan England kepada Perancis di Qatar 2022 di suku akhir, menanduk masuk bola pada minit ke-65 untuk menghidupkan talian hayat pasukannya.Pierre-Emile Hojbjerg, seorang daripada lima pemain permulaan Tottenham yang beraksi di Piala Dunia, kemudian menyamakan kedudukan dengan penyudah tenang pada minit 71'.Tottenham berada di tempat keempat dengan 30 mata manakala Brentford kendalian Thomas Frank di tempat kesembilan.
4
26 Disember 2022 11:20pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237867/berita/sukan/garuda-ratah-brunei-thailand-mudah-jinakkan-filipina
Garuda ratah Brunei, Thailand mudah jinakkan Filipina
INDONESIA melakar kemenangan terbesar dalam kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 selepas berpesta gol membelasah Brunei 7-0 pada aksi Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam Isnin.Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut dicatat skuad Garuda selepas mengatasi Kemboja 2-1 pada aksi pembukaan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Jumaat lepas.Skuad bimbingan Shin Tae Yong itu mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Syahrian Abimanyu pada minit ke-20 sebelum Dendy Sulistyawan menggandakan kedudukan empat minit sebelum rehat.Bersambung babak kedua, lima lagi gol Indonesia masing-masing disumbangkan Egy Maulana pada minit ke-59, Ilija Spasojevic (minit ke-60), Ramadhan Sananta (minit ke-68), Mark Klok (minit ke-86) dan Yakob Sayuri pada masa kecederaan.Indonesia kini berkongsi enam mata dengan pendahulu juga juara bertahan Thailand yang turut melakar kemenangan kedua berturut-turut dengan membenam cabaran Filipina 4-0 di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani pada satu lagi aksi pada malam Isnin.Penyerang prolifik Teerasil Dangda meledak dua gol masing-masing pada minit ketiga dan ke-41 sebelum skuad kendalian Alexandre Polking itu menambah dua lagi jaringan pada babak kedua menerusi penyudah Adisak Kraison minit ke-57 dan Suphanan Bureerat enam minit kemudian.Indonesia akan melayani kunjungan Thailand pada aksi tumpuan Kumpulan A di Jakarta, Khamis ini dan pasukan yang menang berpeluang cerah mara ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan.Sebagai rekod, kemenangan terbesar sebelum ini dilakar Vietnam yang menumpaskan Laos 6-0, Rabu lepas. - Bernama
4
26 Disember 2022 11:17pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237862/berita/sukan/cagliari-pilih-ranieri
Cagliari pilih Ranieri
CAGLIARI melantik Claudio Ranieri yang banyak mengembara sebagai ketua jurulatih dengan kontrak sehingga Jun 2025, kelab Serie B itu mengumumkan pada Jumaat, 31 tahun selepas dia meninggalkan jawatan tersebut.Pengendali dari Itali itu menjadi terkenal sebagai pengurus Cagliari dari 1988 hingga 1991, mengetuai pasukan dari Serie C ke Serie A dalam musim berturut-turut sebelum menyertai Napoli.“Saya akan kembali ke Cagliari, Saya sentiasa mengetahuinya, pada masa saya berlepas menyahut cabaran baharu.“Cagliari membuatkan saya faham bahawa mungkin boleh berjaya dalam tugas, saya telah menemui semua elemen yang membantu dalam tiga tahun itu, peminat, pemain, pengurus, kita semua adalah satu.“Pada hari-hari ini anda telah membantu saya membuat keputusan ini, yang tidak mudah atas pelbagai sebab. Kami terikat dengan rasa hormat dan kasih sayang, banyak kenangan indah,” kata pemain berusia 71 tahun itu di laman web kelab.Ranieri terkenal di England kerana membimbing Leicester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2016.Namun dia gagal melakukan keajaibannya di Watford apabila hanya memperoleh tujuh mata dalam tiga bulan sebelum meninggalkan jawatan itu pada Januari.Ranieri, yang juga pernah menguruskan beberapa kelab di Itali termasuk Juventus, AS Roma dan Inter Milan serta pasukan di Sepanyol dan Perancis, mengambil alih Cagliari yang berada di tangga ke-14 di peringkat kedua selepas tersingkir musim lalu.
4
26 Disember 2022 08:56pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237861/berita/sukan/fam-vff-perkasa-kerjasama-dua-hala
FAM, VFF perkasa kerjasama dua hala
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bertujuan memperkasakan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan dua hala.MoU selama tiga tahun yang memberi tumpuan terhadap pembangunan pengadil serta bola sepak belia itu, ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dan Setiausaha Agung VFF, Duong Nghiep Khoi di Ibu Pejabat VFF di sini.Berdasarkan MoU itu, FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil bagi kedua-dua aksi antarabangsa dan tempatan, selain berkongsi pengalaman masing-masing melalui sesi mesyuarat dan kursus latihan yang bakal dianjurkan.Kedua-dua entiti juga akan menghantar pasukan kebangsaan belia masing-masing, untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dianjurkan bersama.Turut hadir pada majlis menandatangani MoU itu ialah dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram serta Exco FAM, Md Dali Wahid. Hadir sama, dua Naib Presiden VFF, Tran Anh Tu dan Nguyen Xuan Vu serta Exco VFF Nguyen Qouc Hoi.“Kerjasama ini bukan sahaja mampu mengukuhkan lagi struktur bola sepak kedua negara, tetapi apa yang paling utama dapat memberi manfaat kepada pembangunan pengadil negara kita.“Kami di FAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada VFF yang memberi sokongan dalam pembangunan pengadil dan belia Malaysia,”kata Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.
4
26 Disember 2022 08:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237846/berita/sukan/atlas-lions-inspirasi-haq
Atlas Lions inspirasi Haq
PERSEMBAHAN menakjubkan Maghribi atau The Atlas Lions di pentas Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini menjadi inspirasi buat skuad sukan elektronik, Haq untuk mencipta kejutan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M4, bermula 1 hingga 15 Januari ini.Jurulatih pasukan, Khairul Azman Mohd Sharif berkata, biarpun berdepan tugas sukar menyaingi nama-nama besar yang turut membuat penampilan di pentas berprestij itu, Haq mempunyai keunikan tersendiri bagi memberi cabaran sengit kepada setiap pasukan bertanding.“Pasukan Haq mempunyai identiti tersendiri iaitu kami guna 'hero' (watak) lain daripada orang lain dan mempunyai taktikal yang tiada orang lain di Malaysia buat, itu adalah keunikan kami,” katanya.Khairul Azman berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia yang merupakan tuan rumah kejohanan itu.Bagi saingan kumpulan, pasukan Haq diundi bersama S11 Gaming Argentina, RRQ Akira dan The Valley dengan ketiga-tiga pasukan itu merupakan juara di Argentina, Brazil dan Amerika Utara.Sementara itu, pengasas pasukan Haq, Mohammad Aimanulhaq Zaharudin berkata biarpun terdapat pencabar yang memandang rendah kemampuan mereka, ia tidak sesekali mematahkan semangat pasukan itu untuk menampilkan aksi cemerlang.“Sejujurnya tahap pasukan Haq masih di peringkat permulaan, justeru dapat bertanding di kejohanan dunia kami anggap ia satu pengalaman yang diperlukan untuk ke peringkat seterusnya,”katanya.Selain Haq, satu lagi pasukan yang mewakili Malaysia dalam kejohanan itu ialah Todak, yang merupakan penyertaan keempat berturut-turut pasukan itu pada saingan tersebut.Sebanyak 16 pasukan dari seluruh dunia bakal berentap merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak US$800,000. - Bernama
4
26 Disember 2022 05:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237845/berita/sukan/terengganu-salur-dana-besar-kepada-tfc
Terengganu salur dana besar kepada TFC
KERAJAAN Terengganu dijangka menyalurkan peruntukan lebih besar kepada Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi Liga Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023.Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah memberi suntikan dana sebanyak RM20 juta pada tahun ini dan hasilnya, beberapa pencapaian dilakar termasuk kejayaan TFC beraksi di pentas akhir Piala FA serta mara ke Piala AFC.Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, kerajaan negeri yakin mampu memperoleh lebih banyak penajaan untuk disalur kepada kelab bola sepak supaya lebih berjaya dan digeruni.“... lebih banyak tajaan swasta akan kurangkan kebergantungan kelab kepada kerajaan negeri. Kita akan gerakkan lagi usaha untuk dapatkan tajaan daripada pihak syarikat lebih besar."Dengan perkembangan ekonomi yang baik, kita percaya akan dapat dana yang lebih besar untuk kelab menghadapi cabaran Piala AFC pada September depan,” katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT pada Isnin.Ahmad Samsuri juga berkata PBSNT akan memperkenal Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di pelbagai peringkat bagi mencungkil lebih banyak bakat muda tahun depan.Beliau berkata, kerjasama ahli gabungan PBSNT di peringkat daerah amat diperlukan bagi merealisasi dan melancarkan penganjuran TFL demi kemajuan bola sepak negeri.“Sebelum ini, TFL kita hanya ada Piala Menteri Besar tetapi untuk 2023, kita akan anjurkan Liga Super TFL, Liga Premier TFL, TFL Bawah 16 tahun dan Bawah 12 Tahun untuk cungkil bakat serta pelapis baharu dalam sukan bola sepak.“Setiap daerah perlu menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan yang diadakan di peringkat negeri,” katanya. - Bernama
4
26 Disember 2022 05:31pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237842/berita/sukan/pbsnt-minta-faisal-hantar-surat-rasmi-kepada-tfcsb
PBSNT minta Faisal hantar surat rasmi kepada TFCSB
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meminta bekas pemain Terengganu FC (TFC), Faisal Halim menghantar surat rasmi kepada Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak berkenaan.Ia susulan kenyataan pemain kebangsaan itu yang mendakwa bahawa gaji terakhir beliau dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PBSNT, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu melibatkan pihak lain termasuk media.“Beliau (Faisal) boleh merayu... tidak ada masalah. Kita boleh bincang, mungkin ada sedikit salah faham,” katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT 2022 di Kuala Terengganu pada Isnin.Bagaimanapun, Ahmad Samsuri membidas tindakan Faisal yang sering membuat kenyataan berunsur kontroversi kepada media dan hantaran berbaur tohmahan di media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan TFCSB.Katanya, tindakan itu menyalahi peraturan kelab yang melarang pemain membuat kenyataan terbuka kepada media atas sesuatu isu ketika masih bersama pasukan.“Kita mahu selesai secara baik, cuma kena sedar yang salah tetap salah. Setakat ini perkara tersebut tidak memberi impak kepada reputasi kelab,” katanya.Konflik antara pemain berusia 24 tahun kelahiran Pulau Pinang itu dengan TFCSB bermula apabila Faisal secara terang-terangan mengkritik tahap profesional kelab tersebut yang lambat menawarkan lanjutan kontrak kepada bekas ketua jurulatih TFC Nafuzi Zain yang akhirnya menolak tawaran itu.Faisal yang ketika itu masih terikat dengan kontrak mendakwa kelewatan pihak pengurusan menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dengan Nafuzi bagi musim 2023.Terbaru, Faisal mendakwa beliau dianiaya pihak pengurusan TFCSB yang memotong gaji terakhirnya sebanyak 15 peratus tanpa makluman atau arahan untuk mengemukakan surat tunjuk sebab sebagaimana prosedur biasa. - Bernama
4
26 Disember 2022 05:15pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237841/berita/sukan/kbs-pergiat-usaha-selesai-isu-berbangkit---adam-adli
KBS pergiat usaha selesai isu berbangkit - Adam Adli
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mempergiat usaha menyelesaikan segala permasalahan termasuk isu berbangkit yang disuarakan persatuan sukan dan atlet dalam negara.Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, menerusi sesi libat urus yang diadakan, pihaknya sedang memperhalusi mekanisme terbaik menyelesaikan permasalahan dihadapi khususnya mengenai kebajikan atlet, fasiliti sukan dan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.Sekarang ini kita dalam proses untuk kumpulkan semua input yang kita ambil daripada persatuan sukan dan sukan para, atlet podium serta atlet kebangsaan.“Menerusi sesi libat urus tempoh hari kita dapat gambaran lebih jelas tentang permasalahan dihadapi mereka, masalah yang berlarutan dan mungkin sudah pun disuarakan sebelum ini,” katanya.Adam Adli berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelepasan dua wakil skuad atlet sukan elektronik negara, Todak dan Haq ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada Isnin.Dalam pada itu, Adam Adli memaklumkan KBS kini dalam fasa akhir memuktamadkan garis panduan menguruskan pembangunan sukan elektronik di negara ini.Menurutnya garis panduan untuk sukan elektronik atau e-sukan itu amat penting bagi menguruskan tata kelola sukan tersebut secara lebih teratur dan selamat.“Semua sukan dimainkan termasuk yang profesional ada garis panduan yang akan menguruskan tata kelola pengurusan sukan itu sendiri, jadi sangat penting untuk kita memiliki garis panduan seperti itu.“E-sukan satu sukan yang tumbuh begitu rancak dalam kalangan komuniti negara ini dan garis panduan ini akan memastikan ia mempunyai organisasi yang tersusun ke arah pembangunan yang padu,” katanya.Beliau berkata, garis panduan itu juga akan membantu golongan belia yang berkecimpung dalam sukan berkenaan sekali gus bertindak sebagai satu mekanisme efektif melindungi data penggiatnya di masa akan datang.
4
26 Disember 2022 05:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237838/berita/sukan/jdt-akan-tapau-semua-pemain-terbaik---tunku-ismail
'JDT akan tapau semua pemain terbaik' - Tunku Ismail
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim konsisten dengan pendiriannya untuk memberi yang terbaik buat arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.Usaha tersebut kata beliau, bukan untuk kelab semata-mata, sebaliknya demi kebaikan bola sepak kebangsaan.Justeru bagi menutup mulut pengkritik, Tunku Ismail berjanji meneruskan pemburuan dengan membeli pemain-pemain terbaik tempatan dan hanya akan melepaskan mereka dalam aksi kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sahaja.“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus 'membunuh' bola sepak Malaysia.“Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” katanya di ruangan komen Instagram pada Ahad.Kritikan pelbagai pihak tidak mematahkan semangat Tunku Ismail yang bangga dengan prestasi dan kejayaan JDT mencipta pelbagai kejayaan di semua peringkat.“Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,” katanya.Tunku Ismail sedar ramai pengkritik kurang senang dengan JDT yang tidak melepaskan pemain untuk menyertai skuad Harimau Malaya bersaing dalam kempen Piala AFF.“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas,” katanya.Dalam kempen Piala AFF ketika ini, prestasi baik ditunjukkan oleh anak buah Kim Pan-gon apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B sekali gus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.Di sebalik kejayaan itu, skuad yang dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid.Tonggak JDT lain tidak bersama skuad Harimau Malaya kerana tidak mendapat pelepasan kelab ekoran saingan Piala AFF berlangsung di luar kalendar FIFA.
4
26 Disember 2022 04:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237828/berita/sukan/helah-hang-seo-mahu-cuba-jerat-malaysia
Helah Hang Seo mahu cuba jerat Malaysia
HELAH tersirat jurulatih Vietnam, Park Hang Seo yang dilihat selesa merendah diri apabila menyifatkan skuad Malaysia ketika ini adalah yang terbaik biarpun mengharungi kancah Piala AFF 2022 tanpa beberapa tonggak utama.Mungkin ia sebagai serangan psikologi Hang Seo yang terkenal dengan kelicikannya 'menjerat' pasukan lawan menjelang aksi menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa.Pengendali dari Korea Selatan itu memiliki rekod baik dengan sifar kekalahan berdepan Malaysia sejak membimbing Vietnam pada 2017.Saya fikir pasukan Malaysia ketika ini adalah skuad terbaik. Mereka ada pengalaman yang baik dan apa kami perlu lakukan adalah meletakkan pemain serta formasi yang sesuai untuk berdepan Malaysia.“Saya bertuah ada rekod yang baik berdepan Malaysia, tapi saya tidak pasti mengenai perlawanan esok (Selasa). Kami hanya mahu lakukan yang terbaik,” katanya pada sidang media di Hanoi pada Selasa.Tanpa tonggak utama yang majoritinya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berpengalaman beraksi di kejohanan tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL), bukan isyarat yang skuad ketika ini tidak mampu bersaing.“Walaupun tanpa pemain utama, saya rasa pasukan yang Malaysia ada ini adalah yang terbaik,” ujar Hang Seo.Malaysia beraksi tanpa majoriti pemain utama yang membawa negara ke pentas Piala Asia 2023 sebelum ini, namun bagi Hang Seo, strategi permainan sama iaitu kepantasan bakal diterapkan pasukan pelawat.Hasil 'air tangan' Hang Seo, Vietnam merekodkan lima kemenangan dan satu seri daripada enam aksi menentang Malaysia dengan sebahagian besar di pentas Piala AFF.Vietnam yang baru beraksi satu perlawanan ketinggalan tiga mata di belakang Malaysia dan mereka berpeluang merampas kedudukan teratas kumpulan sekiranya menang.Dalam pada itu, Hang Seo turut menghamburkan pujian mengenai pencapaian ketua jurulatih Malaysia yang juga rakan senegaranya, Kim Pan-gon apabila berjaya meningkatkan prestasi Harimau Malaya ketika ini.“Dia (Pan-gon) jurulatih yang bagus dan ada banyak pengalaman terutama ketika bersama skuad kebangsaan Hong Kong,” katanya.
4
26 Disember 2022 03:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237821/berita/sukan/tekad-faisal-bolosi-gawang-vietnam
Tekad Faisal bolosi gawang Vietnam
PEMAIN sensasi, Faisal Halim tekad untuk terus meledak bagi membantu skuad Harimau Malaya melakar keputusan positif pada aksi ketiga Kumpulan B Piala AFF menentang Vietnam di laman lawan Hanoi pada Selasa.Enggan berasa gentar, biarpun ia adalah aksi pertama Faisal bersama skuad negara menentang pasukan gergasi Asia Tenggara itu.“Esok (Selasa) adalah satu perlawanan yang sukar bertemu Vietnam dan saya pertama kali bertemu mereka.“Sudah pastinya saya perlu terus berusaha menjaringkan gol untuk membantu pasukan meraih keputusan positif,” katanya pada sidang akhbar di Hanoi pada Isnin.Pemain baharu Selangor FC itu juga percaya mampu untuk terus mengemudi barisan depan skuad negara untuk mengancam kubu Vietnam, biarpun pasukan lawan berkelebihan beraksi di laman sendiri.Faisal turut bertekad untuk memberikan segala yang termampu bagi merealisasikan hasrat penyokong untuk melihat pasukan kali ini mara lebih jauh berbanding edisi lalu.“Saya datang ke sini untuk membela maruah. Maruah diri dan keluarga. Saya ingin banggakan keluarga dan peminat Malaysia,” kata pemain berusia 24 tahun itu.Di sebalik cabaran sengit di Hanoi dan Piala AFF, Faisal menagih sokongan berterusan peminat kepada barisan pemain yang diberikan tanggungjawab pada kejohanan kali ini.Jurulatih negara, Kim Pan-gon terpaksa menagih kudrat muka baharu setelah 14 pemain utama menolak tawaran skuad negara menyertai kejohanan kali ini.“Sudah pasti pertama kali peminat melihat senarai nama, mereka tidak yakin dengan pemain yang dipanggil.“Namun sebagai seorang pemain, saya yakin dengan rakan sepasukan kerana mereka mampu melakukan tugas yang baik, namun tidak diberikan peluang beraksi untuk skuad negara sebelum ini,” katanya.Bekas pemain Terengganu FC dan Sri Pahang itu mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan selepas meledak tiga gol daripada dua perlawanan awal sebelum ini.
4
26 Disember 2022 03:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237819/berita/sukan/kami-mahu-menang
'Kami mahu menang'
SKUAD Harimau Malaya memasang impian besar untuk mengalahkan Vietnam pada aksi ketiga saingan Kumpulan B Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa.Sasaran itu bagi mengesahkan tempat buat skuad Kim Pan-gon ke peringkat separuh akhir lebih awal.Pan-gon bagaimanapun tetap menghormati Vietnam yang dikenali sebagai pasukan terkuat Asia Tenggara ketika ini.Pengendali dari Korea Selatan itu juga sudah mempunyai strategi permainan untuk berdepan Vietnam dan semua maklumat itu telah disampaikan kepada setiap pemain.“Seperti kita tahu Vietnam adalah salah satu pasukan terkuat di ASEAN dan kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka.“Bagaimanapun saya tidak akan dedahkan kepada media dan hanya sampaikan segala maklumat kepada para pemain.“Semestinya kami mahu sahkan tempat layak ke separuh akhir esok (Selasa) dengan menewaskan pasukan terbaik ASEAN,” katanya pada sidang akhbar di Hanoi pada Isnin.Pan-gon juga meluahkan tidak berasa gentar untuk berdepan Vietnam dan mahu para pemain memberikan aksi terbaik sebagai tanda penghormatan kepada rakan senegaranya yang juga pengendali Vietnam, Park Hang Seo.“Pasukan melalui proses pemulihan dengan baik dan kita tahu cuaca berbeza berbanding Malaysia, tetapi ia tidak akan mengganggu persembahan pasukan.“Malah saya yakin kami dapat atasi masalah cuaca serta kepenatan dan bersedia untuk perlawanan esok.“Hang Seo adalah jurulatih yang disegani di Korea Selatan dan saya berbesar hati dapat menghadapinya di kejohanan ini.“Saya akan cuba yang terbaik untuk menghadapinya sebagai tanda hormat kepadanya,” katanya.Pan-gon juga akui perlawanan itu sebagai sukar tetapi percaya para pemain berupaya menghadapi tekanan kerana pernah berdepan dengan situasi sama dalam kejohanan sebelum ini.“Ia mungkin menjadi salah satu perlawanan yang sukar buat kami berdasarkan persembahan semasa Vietnam.“Mereka mempunyai pengalaman menghadapi perlawanan besar tetapi kami juga biasa menghadapi situasi sama dan tidak gentar dengan mana-mana pasukan yang kita hadapi dan akan berikan cabaran buat Vietnam,” ujar Pan-gon.Malaysia mempunyai rekod kurang baik apabila berdepan Vietnam kerana hanya menang dan seri sekali, manakala tewas lapan kali dalam 10 pertemuan terakhir.Kali terakhir Malaysia menang ke atas Vietnam adalah pada 2014.
4
26 Disember 2022 02:45pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237812/berita/sukan/usah-masuk-campur-urusan-kami
'Usah masuk campur urusan kami'
PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) diminta tidak mencampuri sebarang masalah yang berkaitan dengan arena sepak takraw tempatan sehingga melebihi had bidang badan induk tersebut.Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran yang turut menegaskan Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebagai badan tertinggi yang diberikan kuasa untuk mengawal selia persatuan sukan di negara ini.“Saya nak tanya, siapa (Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul) Halim Kader? Siapa sebenarnya dia? Perdana Menteri Malaysia? Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)?“Satu lagi, sekiranya saya tidak patuh kepada kenyataan dia, adakah kita boleh dikenakan hukuman? Mengapa ISTAF mencampuri urusan dalaman sepak takraw kita?“Pada saya, dia tidak boleh langsung masuk campur kerana ini merupakan isu antara PSM dan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF),” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Kenyataan Markiman itu sebagai reaksi tindakan Halim yang mengutuskan surat kepada Setiausaha Agung MASTAF, Dr Noor Azam Samsudin bertarikh 23 Disember 2022.Dalam surat berkenaan, Abdul Halim meminta MASTAF mengambil tindakan segera untuk mengadakan mesyuarat agung membubarkan badan induk itu mengikut lunas perlembagaan.Ia bagi membolehkan ISTAF dapat mengambil tindakan untuk 'melepaskan' MASTAF daripada ahli gabungan ISTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).Dalam pada itu, Markiman menjelaskan, keahlian MASTAF di bawah naungan ISTAF dan ASTAF tertakluk kepada pembubaran dan tindakan pembatalan yang akan diambil PJS.“Selepas tindakan selesai diambil oleh PJS, baharulah MASTAF hilang entiti sebagai badan induk sepak takraw negara di bawah undang-undang Malaysia.“Sekarang MASTAF hanya menunggu notis pembubaran daripada PJS untuk urusan harta-harta dan liabiliti kita, bukan ISTAF, bukan Halim Kadir,” tegasnya yang juga bekas Timbalan Presiden MASTAF.
4
26 Disember 2022 02:01pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237810/berita/sukan/chelsea-pergiat-usaha-buru-rice
Chelsea pergiat usaha buru Rice
CHELSEA enggan berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah England, Declan Rice biarpun sudah memburunya sejak tiga tahun lalu.Bagaimanapun dilaporkan skuad The Blues mendahului saingan untuk mendapatkan pemain West Ham itu.Bagaimanapun masa depan Rice di Stadium London itu mencetuskan tanda kerana dia masih mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya.Malah pemain berusia 23 tahun itu juga menolak tiga tawaran baharu daripada The Hammers.Rice difahamkan tidak akan dijual pada jendela perpindahan Januari ini tetapi West Ham mungkin boleh berubah fikiran pada musim panas nanti.The Athletic sebelum ini melaporkan Chelsea mendahului untuk mendapatkan Rice yang sebelum ini pernah berada dalam akademi mereka.The Blues bagaimanapun berasa bimbang bahawa mereka mungkin akan tewas kepada Manchester United atau Manchester City dalam 'perebutan' untuk mendapatkan Rice.Bekas pengendali Chelsea, Frank Lampard mendedahkan April lalu bawah dia sudah mencuba sedaya upaya untuk membawa Rice ke Stamford Bridge.“Kami bertuah kerana memilikinya di England. West Ham bertuah memilikinya.“Dia seorang pemimpin dan jelas bahawa dia ditakdirkan untuk melakukan perkara yang hebat,” katanya.
4
26 Disember 2022 01:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237801/berita/sukan/zidane-calon-ganti-tite-latih-brazil
Zidane calon ganti Tite latih Brazil
SPEKULASI pengganti Tite yang meletakkan jawatan selepas Brazil tersingkir daripada saingan suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar masih menjadi bualan dalam kalangan media dan peminat.Bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane antara calon yang disebut-sebut mengisi jawatan panas itu, lapor media Perancis.Zidane ketika ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan Madrid pada 2021.Dia juga dikaitkan dengan beberapa pasukan, termasuk skuad Perancis serta Manchester United sebelum pelantikan Erik ten Hag.Bekas pemain tengah Real dan Perancis berusia 50 tahun itu dianggap sebagai pengganti terbaik Tite, lapor akhbar L'Equipe.Akhbar itu menyebut Konfederasi Bolasepak Brazil berharap dapat melantik pengendali dari luar negara itu selepas Tite meletak jawatan susulan perjalanan pasukannya tersekat di suku akhir Piala Dunia lalu.Selain Zidane, nama lain yang dikaitkan dengan kerusi panas itu ialah Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel atau Rafael Benitez.Zidane turut dikaitkan sebagai pengganti Didier Deschamps tetapi pengendali Perancis itu dijangka kekal dengan jawatannya.Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet memberi petunjuk akan berbincang dengan Deschamps dalam masa terdekat bagi melanjutkan kontraknya.Deschamps, yang memenangi Piala Dunia untuk Perancis sebagai pemain pada tahun 1998 dan pengendali pada tahun 2018, membimbing Les Bleus sejak tahun 2012.Graet difahamkan mahu pengendali 54 tahun itu terus kekal membawa Perancis sehingga Piala Dunia 2030.Sekiranya ia menjadi kenyataan, Zidane mungkin terpaksa kembali membimbing kelab.Zidane cemerlang dengan tiga Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut sebagai pengendali Real Madrid dari musim 2015-16 sehingga 2017-18.Dia turut mengungguli La Liga pada musim 2016-17 serta 2019-20.Bekas pemenang Piala Dunia itu lebih cenderung menyertai liga yang dikenalinya seperti Serie A atau La Liga, berbanding cabaran baharu di Liga Perdana Inggeris.Antara kelab yang menjadi sasarannya ialah Juventus, namun kelab Itali itu belum mempunyai kekosongan untuknya.
4
26 Disember 2022 12:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237794/berita/sukan/al-nassr-fc-masih-tunggu-keputusan-ronaldo
Al Nassr FC masih tunggu keputusan Ronaldo
KELAB bola sepak Arab Saudi, Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan, kata pengarahnya Marcelo Salazar, lapor STATS Perform/dpa.Ronaldo, 37, pada November lalu telah pun meninggalkan kelab Manchester United.Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu sejak awal Disember dan setakat ini belum ada sebarang perjanjian mengenai perkara itu dimuktamadkan."Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak setakat ini. Kita tunggu dan lihat hasilnya bagaimana menjelang penghujung tahun."Seperti yang anda saksikan, ini rundingan yang sangat besar, bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara dan bola sepak dunia dan perlu dikendalikan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya. - Bernama
4
26 Disember 2022 11:17am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237787/berita/sukan/naluri-pemusnah-haaland
Naluri 'pemusnah' Haaland
PEMAIN sensasi Manchester City, Erling Haaland mampu konsisten dengan penyudah yang tajam di depan gawang sepanjang karier bola sepaknya.Rakan sepasukan, Kevin De Bruyne percaya pemain berusia 22 tahun itu berupaya meledak sehingga 800 gol sebelum berakhir kerjayanya.Haaland sudah menyumbat 24 gol dalam hanya 19 penampilan sejak berhijrah dari Borussia Dortmund."Haaland sudah mengumpul 200 gol. Jadi dia mungkin mampu pergi sehingga 600, 700 atau 800 gol jika dia kekal cergas dan melakukan apa yang dia sering lakukan," ujar De Bruyne.Pemain Belgium itu sudah bermain dengan beberapa penyerang ternama dalam kariernya dan cukup serasi dengan kehadiran Haaland bersama The Citizens.De Bruyne sebelum ini bergandingan dengan penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero sebelum pemain Argentina itu meninggalkan Stadium Etihad pada 2021.Dia juga pernah berpasangan bersama Romelu Lukaku di peringkat antarabangsa, bekas rakan sepasukan City, Gabriel Jesus dan juara Piala Dunia baharu, Julian Alvarez yang masih bersama The Citizens.De Bruyne menganggap kesemua penyerang itu sukar untuk dibandingkan kerana mereka mempunyai karakter berbeza."Masing-masing sudah menjaringkan 300 atau 400 gol. Erling sangat dahagakan gol jadi dia mungkin mampu melepasi angka itu."Dia masih muda dan sedang menikmati kerjayanya, tetapi pada masa sama begitu serius dengan bola sepak."Dia amat suka menjaringkan gol dan itu yang paling unik tentang dirinya," katanya.
4
26 Disember 2022 10:37am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237779/berita/sukan/conte-tidak-gembira
Conte tidak gembira...
PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui tidak berapa gembira apabila saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyingkap tirai awal selepas berakhir Piala Dunia Qatar 2022.Sebaliknya Conte memberikan bayangan akan menurunkan para pemain yang berada di England sebelum ini bagi menggalas cabaran kelab London tersebut di Brentford.Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung hanya seminggu selepas duo Spurs, Hugo Lloris dan Cristian Romero bertarung di Qatar untuk memenangi Piala Dunia 2022.Walaupun Conte sudah mengesahkan para pemain finalis Piala Dunia tidak akan bermain, pengendali dari Itali itu juga mengambil keputusan menggantikan Ivan Perisic dari Croatia serta pasangan England, Harry Kane dan Eric Dier selepas ketiga-tiga mereka mara ke peringkat lapan terakhir."Ia adalah situasi yang pelik dan secara jujurnya pemain beraksi segera - hanya seminggu selepas Piala Dunia - saya tidak begitu gembira."Pada pihak lain, anda tentu gembira kerana Tottenham, mempunyai 12 pemain di Piala Dunia bermakna kami berada dalam di landasan yang betul untuk cuba berdaya saing dan memenangi sesuatu pada masa depan."Tetapi adalah perkara biasa apabila anda mempunyai begitu ramai pemain bermain kejohanan seperti ini, terutamanya pada musim ini, kini ia tidak mudah kerana keadaan fizikal pemain tidak berada di puncak," katanya.
4
26 Disember 2022 07:38am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237778/berita/sukan/manchester-united-lanjutkan-kontrak-pemain
Manchester United lanjutkan kontrak pemain
MANCHESTER United melanjutkan kontrak setahun empat pemain pasukan utama, termasuk penyerang England, Marcus Rashford, kata pengurus Erik ten Hag.Rashford, Diogo Dalot, Fred dan Luke Shaw semuanya berada di tahun terakhir perjanjian, namun mempunyai pilihan melanjutkan kontrak masing-masing selama 12 bulan.Rashford menemui semula prestasinya musim ini dibawah ten Hag, bermain 20 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan sembilan gol.Dalot, Fred dan Shaw pula masing-masing membuat lebih daripada 15 penampilan dalam semua pertandingan."Ya, saya boleh mengesahkannya. Kami gembira kerana skuad menuju ke arah yang tepat dan pemain tersebut mempunyai sumbangan besar ke arah itu."Kami mahu berkembang dan mahu menyokong pemain tersebut serta mahu mereka terus berada dalam proses pembentukan pasukan."Jadi, itulah sebabnya kami membuat keputusan ini, saya pasti ia adalah keputusan tepat. Kami mahu membina pasukan untuk masa depan, jadi untuk tahun yang lebih lama, dan pemain itu perlu menjadi sebahagian daripadanya," kata ten Hag di laman web kelab.Sementara itu, penjaga gol David de Gea, yang juga dalam tahun terakhir kontraknya mempunyai pilihan sama untuk lanjutan, masih belum mencapai persetujuan dengan kelab berkenaan.Ten Hag sebelum ini pada Oktober dia berharap pemain Sepanyol itu akan kekal di Old Trafford.United, yang berada di tempat kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, akan berdepan Nottingham Forest pasukan tempat ke-18 pada Rabu.
4
26 Disember 2022 07:20am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/237776/berita/sukan/frank-sambung-khidmat-bersama-brentford
Frank sambung khidmat bersama Brentford
PENGENDALI Brentford, Thomas Frank menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun yang akan mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut sehingga 2027, kata kelab itu.Frank, yang mengambil alih tugas pada 2018, mengetuai kelab London itu ke liga teratas buat kali pertama dalam tempoh 74 tahun.Pengendali kelahiran Denmark itu membimbing Brentford ke tempat ke-13 pada musim pertama dalam Liga Perdana.“Saya telah berada di sini secara keseluruhannya enam tahun, yang merupakan masa paling lama dalam bola sepak moden."Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang anda berikan kepada kami - pemain, kakitangan, semua yang terlibat dengan kelab," kata Frank dalam satu kenyataan.Frank kali terakhir menandatangani pelanjutan pada Januari lalu, dan kontraknya sebelum ini ditetapkan sehingga 2025.
4
26 Disember 2022 07:01am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237767/berita/sukan/cuaca-sejuk-berangin-cabaran-buat-harimau-malaya-di-hanoi
Cuaca sejuk, berangin cabaran buat Harimau Malaya di Hanoi
CUACA sejuk dan berangin yang boleh mencecah sehingga 16 darjah Celsius pada sebelah malam antara halangan perlu ditempuh pasukan negara yang bakal bertemu Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini, pada Selasa.Jika barisan pemain negara mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri berlatih dan bermain dalam suhu yang rendah, ia mungkin mampu mengancam kualiti persembahan skuad bimbingan Kim Pan Gon pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh itu nanti.Ia kerana rata-rata pemain negara tidak biasa beraksi dalam suhu seperti itu apabila sering berlatih dan bermain dalam suhu sederhana antara 25 dan 26 darjah Celsius dalam kancah saingan Liga Malaysia.Justeru skuad Harimau Malaya bukan sahaja perlu cepat menyesuaikan diri bermain dalam cuaca sejuk tetapi juga dalam cuaca panas di gelanggang lawan yang agak ekstrem berbanding di Malaysia.Perubahan suhu mungkin akan mempengaruhi prestasi anak buah Pan Gon dan ia dapat dilihat apabila Malaysia yang beraksi dalam cuaca panas terik, bergelut sebelum menang 1-0 berdepan Myanmar yang lebih mendominasi perlawanan pada aksi pembukaan di Yangon, Rabu lepas.Pasukan negara pernah menentang Vietnam dalam keadaan cuaca sebegini pada bulan yang sama di sini, ketika perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 yang menyaksikan skuad ‘Golden Star Warriors’ menang 1-0 sekali gus muncul juara dengan keputusan agregat 3-2.Malaysia membuka kempen Piala AFF 2022 dengan melakar dua kemenangan masing-masing 1-0 ke atas Myanmar dan membenam Laos 5-0 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, pada Sabtu.Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga, manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata. - Bernama
4
25 Disember 2022 09:40pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237737/berita/sukan/piala-aff-pan-gon-kagum-aksi-hebat-mickey
Piala AFF: Pan Gon kagum aksi hebat 'Mickey'
AKSI cemerlang pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim ketika Malaysia menewaskan Laos 5-0 pada saingan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi, ternyata menarik perhatian Kim Pan Gon.Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu mengakui beliau tidak gemar mengiktiraf mana-mana pemain, namun pengendali berasal dari Korea Selatan itu tiada pilihan selain memberi pujian kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai ‘Mickey’."Anda tahu sukar untuk berkongsi tentang individu (memuji mana-mana pemain) kerana yang lebih diberi perhatian ialah pasukan secara keseluruhannya tetapi saya percaya beliau (Faisal) pemain yang bagus,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini.Mohamad Faisal yang meledak jaringan kemenangan ketika Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan Rabu lepas, menanduk masuk dua gol masing-masing berpunca hantaran cantik Muhammad Safawi pada minit ke-65 dan Mohd Nor Hakim tiga minit kemudian.Jaringan bekas pemain Terengganu FC itu mencetuskan keriuhan peminat selepas beliau meraikan jaringannya seperti bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo ‘Siuu’ sebanyak dua kali.Gol itu menjadikan pemain baharu Selangor FC itu mengumpul tiga gol dalam carta kejohanan sekali gus menjadi penjaring terbanyak Harimau Malaya dalam saingan itu setakat ini.Malaysia yang kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan mengumpul enam mata, akan berdepan juara dua kali, Vietnam pada pertembungan di Stadium My Dinh, Hanoi, Selasa ini (27 Disember). - Bernama
4
25 Disember 2022 01:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237714/berita/sukan/harimau-malaya-nekad-kerja-keras-buru-kemenangan
Harimau Malaya nekad kerja keras buru kemenangan
KUALA LUMPUR - Selepas meraih dua kemenangan berturut-turut, Malaysia menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu ketika berdepan Vietnam pada aksi tumpuan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Hanoi, Selasa depan.Pemain sayap negara Mohamad Faisal Abdul Halim berkata, keputusan positif berdepan skuad ‘Golden Star Warriors’ pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh itu akan mencerahkan peluang Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selepas mengumpul keseluruhan enam mata setakat ini.Katanya, beliau dan rakan sepasukan akan bekerja keras bagi memburu keputusan yang diinginkan kerana kekalahan bukan pilihan skuad Harimau Malaya apabila bertandang ke Hanoi."Sudah tentu kita belum berada dalam zon selesa dan perlu bekerja keras, tetapi apa yang penting kita pergi ke Vietnam bukan untuk kalah. Kita pergi ke sana untuk cari mata yang kita rasakan mampu kita dapat, kalau seri pun dah bersyukur dan kita akan berjuang pada aksi terakhir."Kita ada enam mata dan enam jaringan tanpa bolos, saya harap kami dapat pertahankan kelebihan pasukan sekarang. Jika kita dapat buat sesuatu di Vietnam sudah tentu kita ada peluang untuk ke pusingan seterusnya,” katanya selepas perlawanan kedua Kumpulan B antara Malaysia dengan Laos, semalam.Pada aksi di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu, Malaysia menumpaskan Laos 5-0 dengan Mohamad Faisal yang baru diumumkan menyertai pasukan Selangor FC, meledak dua gol menerusi tandukan pada babak kedua sekali gus mengumpul keseluruhan tiga gol.Mohamad Faisal dan penyerang Filipina Kenshiro Daniels kini mendahului carta penjaring terbanyak apabila masing-masing mengumpul tiga gol selepas dua perlawanan.Sementara itu, ketua pasukan negara Muhammad Safawi Rasid yang cemerlang membuat dua bantuan gol semalam, berkata Malaysia sudah bersedia menghadapi cabaran Vietnam yang menghuni ranking ke-96 dunia.Meskipun ranking Vietnam lebih tinggi berbanding Malaysia di kedudukan ke-145, Muhammad Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak melihat situasi itu sebagai penghalang untuk pasukan negara mencipta kejutan."Dari segi fizikal dan mental kami bersedia sebab kita pergi ke Vietnam, ia akan jadi satu perlawanan yang sukar, jadi kita akan bagi segalanya... sudah tentu kita nak tiga mata untuk layak ke separuh akhir,” katanya yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.Selepas dua perlawanan, Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan kelebihan tiga mata di depan Vietnam (kedua) dan Singapura (ketiga) yang baru beraksi sekali dan dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata. - Bernama.
4
25 Disember 2022 10:05am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237700/berita/sukan/bukan-mudah-layak-ke-piala-dunia
‘Bukan mudah layak ke Piala Dunia’
PENGEMBARAAN Malaysia ke pentas kejohanan bola sepak berprestij - Piala Dunia perlu mengambil masa lama dan tidak mudah, namun ia bukan sesuatu yang mustahil.Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, perjalanan itu perlu dilakukan dengan perancangan rapi dan penglibatan semua pihak, tidak hanya bergantung kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semata-mata.“Untuk skuad kebangsaan melayakkan diri ke Piala Dunia, ia bukan satu tugas yang mudah tetapi tidak mustahil. Semuanya memerlukan proses yang panjang.“Pemegang taruh yang lain seperti kelab, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan dan ibu bapa turut memainkan peranan penting,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Beliau menjelaskan, proses itu perlu bermula di peringkat sekolah dengan menjadikan bola sepak sebagai satu budaya seperti mana diamalkan di Jepun dan Korea Selatan.“Bola sepak bukan permainan bermusim. Penggal pertama main bola sepak, penggal kedua olahraga. Bukan begitu, bola sepak perlu main tiap-tiap hari,” ujarnya.Menurut Sathianathan, skuad Bawah 17 tahun (B-17) negara dilihat sebagai prospek serta memiliki pemain yang berbakat dan mereka perlu didedahkan dengan saingan kompetitif di peringkat antarabangsa.Skuad Harimau Malaya kini dalam tugasan bagi menghadapi Piala AFF 2022.Malah, beliau memberitahu, para pemain yang mahu berkelana beraksi di Eropah juga perlu memiliki mental yang kuat dan fizikal tahan lasak.“Saya pernah bawa pemain remaja ke Eropah termasuk Perancis dan Maghribi. Masalah kita ialah makanan, suasana di sana tak boleh keluar malam.“Tetapi kita di sini berbeza, kedai mamak buka 24 jam. Jadi kalau mahu berjaya, disiplin itu kena ada termasuk dalam soal pemakanan,” kata jurulatih berusia 64 tahun itu.Mengulas fomat Piala Dunia edisi 2026 di Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico Sathianathan berkata, peluang pasukan dari Asia untuk ke kejohanan itu lebih banyak.“Bagi peringkat Asia Tenggara berdasarkan prestasi semasa, saya melihat Vietnam berpeluang cerah untuk layak (ke Piala Dunia),” jelasnya.Berdasarkan format baharu itu, pasukan dari Asia akan dapat pertambahan hampir sekali ganda kepada lapan pasukan (daripada 4.5 slot).
4
25 Disember 2022 07:40am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237695/berita/sukan/kita-patut-boleh-jaringkan-lebih-banyak-gol---pan-gon
'Kita patut boleh jaringkan lebih banyak gol' - Pan Gon
KEJAYAAN mengalahkan Laos dengan lima gol pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AFF), membuktikan bahawa Harimau Malaya sebuah pasukan berkualiti tinggi.Selepas menewaskan Kemboja 1-0 pada perlawanan pertama mereka pada Rabu, Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, beliau dapat merasakan keinginan anak buahnya untuk menjaringkan sebanyak gol yang mereka mahukan, pada perlawanan yang berlangsung di hadapan 29,961 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil."Kami berhadapan dengan keadaan sukar pada separuh masa pertama kerana Laos bermain dengan baik dan tidak memberikan kami banyak ruang untuk menjaringkan gol. Ketika rehat separuh masa, saya menggalakkan pemain untuk menunjukkan lebih usaha dan melihat kepada potensi mereka."Kami tidak boleh hilang peluang yang diperolehi kerana kadang-kala ia suatu yang sukar didapati. Saya gembira pemain saya berikan reaksi yang bagus (separuh masa kedua) dan mereka tunjukkannya kerana mereka itu pemain yang bagus, tetapi saya rasa kita sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam ini.Ketika ditanya sama ada momentum yang sama dapat dibawa ketika bertemu juara dua kali Vietnam pada perlawanan seterusnya di Hanoi, jurulatih dari Korea Selatan itu hanya menyatakan: "Kami bercadang untuk menyerang mereka”.Jurulatih berusia 53 tahun itu juga memuji pemain pertahanan Ahmad Khuzaimi Piee, selepas beliau mahu duduk di bangku simpanan walaupun masih dalam pemulihan, selepas cedera ketika perlawanan bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon."Beliau bersedia untuk duduk di bangku simpanan untuk memberikan sokongan pada rakan sepasukan, itu satu semangat berpasukan yang terbaik. Diharapkan beliau akan cepat sembuh, dengan pasukan perubatan kami berusaha sebaiknya untuk merawat beliau," katanya.Pan Gon juga gembira dengan sokongan yang bertenaga daripada peminat tempatan dan berterima kasih kerana kehadiran yang ramai pada perlawanan di Bukit Jalil.Dalam pada itu, pemain tengah, Brendan Gan berkata, beliau gembira untuk bersama dalam perlawanan itu, walaupun hanya masuk bagi mengantikan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada separuh masa kedua dan bermain sebagai pertahanan tengah oleh Pan Gon."Saya rasa pasukan kejurulatihan telah menilai kesemua pemain, mereka tahu kekuatan dan kelemahan kami, jadi jika jurulatih mahukan kami bermain di posisi tertentu, kami perlu yakin untuk melakukannya," katanya yang mahukan rakan sepasukan memberikan permainan terbaik ketika menentang Vietnam.Sementara itu Ketua Jurulatih Laos, Michael Weiss, mengakui yang pemainnya tidak dapat menyaingi permainan pantas yang ditunjukkan Malaysia terutamanya pada separuh masa kedua, yang menyebabkan mereka melakukan kesilapan dan membenarkan pasukan tuan rumah menjaringkan empat lagi gol selepas hanya melepaskan satu gol pada separuh masa pertama."Tahniah Malaysia atas kemenangan itu. Kami perlu lupakannya, dan bersedia semula untuk berhadapan perlawanan seterusnya menetang Singapura, selepas ini," katanya. - Bernama
4
25 Disember 2022 12:23am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237693/berita/sukan/malaysia-makan-besar-belasah-laos-5-0
Malaysia 'makan besar' belasah Laos 5-0
MALAYSIA seperti diramal mudah membelasah Laos 5-0 pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.Pemain naturalisasi, Sergio Aguero membuka tirai jaringan pada babak pertama, manakala dua ledakan Faisal Halim pada separuh masa kedua.Pemain gantian, Haqimi Azim Rosli serta Stuart Wilkin turut meledak menuju 15 minit ke penghujung perlawanan.Pemain sayap, Norhakim Hassan juga menjadi penting buat Malaysia apabila dua hantarannya membantu jaringan Aguero dan Faisal.Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pah-gon melakukan lapan pertukaran dalam kesebelasan utama.Kapten, Safawi Rasid, Faisal dan pertahanan, Sharul Nazeem masih dikekalkan ketika pasukan negara menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pertama Rabu lalu.Seusai wisel ditiup, skuad negara terus mengasak untuk memburu gol awal sehingga memaksa Loas berkampung di 'kandang' mereka.Para pemain negara terpaksa mencari helah, masuk ke kanan dan kiri padang untuk menarik pemain lawan keluar daripada bertahan di kawasan mereka.Strategi akhirnya menjadi apabila larian Norhakim dari sebelah kanan gawang lawan berjaya memecah benteng Laos.Lorongannya disempurnakan dengan baik oleh Aquero untuk gol pertamanya bersama skuad negara pada minit ke-29.Malaysia juga berpeluang menambah jaringan menerusi Faisal, Safawi dan Mukhairi Ajmal, namun gagal menemui sasaran.Memasuki babak kedua, Malaysia melakukan dua pertukaran apabila memasukkan Brendan Gan menggantikan Sharul di benteng.Seorang lagi pemain naturalisasi, Lee Tuck pula mengisi posisi Mukhairi di bahagian tengah.Skuad negara kemudian menyusun semula serangan bagi menambah jaringan, namun buntu dek strategi parkir bas Laos yang ampuh bertahan.Disiplin bertahan pasukan lawan akhirnya rapuh, apabila Faisal menanduk cantik hantaran jauh Safawi pada minit ke-65.Jaringan itu menyuntik semangat Faisal untuk menggandakan jaringan apabila meledak gol ketiga pada minit ke-68.Pemain baharu Selangor FC itu kemudian direhatkan oleh Pan-gon dan digantikan Haqimi.Pemain muda berusia 19 tahun itu tidak menunggu lama untuk mencetak nama selaku penjaring apabila menyudahkan hantaran Safawi pada minit ke-77.Ketika permainan menuju penamat, Wilkin enggan pulang tangan kosong apabila menyumbat gol kelima negara dari luar kotak penalti pada minit ke-87.Pasukan negara akan berdepan dua pesaing sukar iaitu menentang Vietnam di Hanoi pada Selasa, sebelum menerima kunjungan Singapura pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 3 Januari.Malaysia pernah muncul juara pada edisi 2010, selain naib juara sebanyak tiga kali pada 1996, 2014 dan 2018.
4
24 Disember 2022 10:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237667/berita/sukan/thailand-ganti-bahrain-tuan-rumah-piala-asia-b-17
Thailand ganti Bahrain tuan rumah Piala Asia B-17
SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) negara tidak perlu 'terbang jauh' apabila Thailand bakal menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 2023 selepas Bahrain yang dijadualkan menjadi tuan rumah kejohanan itu menarik diri selaku penganjur.Perkembangan itu disahkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan pada Sabtu.“Susulan penarikan diri Persatuan Bolasepak Bahrain daripada menganjurkan Piala Asia B-17, Jawatankuasa Pertandingan meluluskan cadangan untuk memberikan hak sebagai tuan rumah bagi pertandingan itu kepada Persatuan Bolasepak Thailand,” ujar badan induk itu.AFC sebelum ini mengumumkan Bahrain akan kekal selaku tuan rumah bagi edisi 2023 susulan pembatalan kejohanan itu pada 2020 kerana pandemik Covid-19.Bagaimanapun Bahrain menarik diri pada Jun lalu sekali gus memaksa tuan rumah baharu perlu diputuskan.Sebagai rekod, Malaysia layak selaku juara Kumpulan B selepas mengungguli pusingan kelayakan di Indonesia, Oktober lalu dengan pencapaian terbaik skuad negara adalah mara sehingga suku akhir edisi 2014.Skuad bimbingan Osmera Omaro itu meraih kemenangan ke 4-0 ke atas Palestin, terikat 1-1 dengan Guam sebelum bangkit menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 dan menutup kempen kumpulan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Indonesia.Sebanyak 16 negara bertanding pada kejohanan itu dan empat pasukan terbaik akan layak beraksi di Piala Dunia B-17 2023 di Peru.Selain Malaysia, 15 lagi negara adalah Jepun selaku juara bertahan, Qatar, Arab Saudi, Yaman, Australia, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, China, Afghanistan, India, Vietnam, Thailand dan Laos.
4
24 Disember 2022 06:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237652/berita/sukan/mhc-harap-kbs-tambah-peruntukan-arena-hoki
MHC harap KBS tambah peruntukan arena hoki
KEMENTERIAN Belia dan Sukan diharap dapat memberikan lebih perhatian dan peruntukan buat hoki selepas arena sukan itu mencatatkan aksi cemerlang sepanjang tahun 2022.Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, peruntukan itu bagi menyediakan kemudahan terbaik daripada segi sains sukan serta peralatan.Menurutnya, dana tersebut juga boleh digunakan untuk memperbanyakkan pertandingan antarabangsa sekali gus mampu meningkatkan mutu skuad hoki kebangsaan.“MHC sangat menghargai sekiranya KBS boleh memberikan lebih perhatian dan peruntukan buat sukan hoki agar para pemain dapat diberikan fasiliti yang terbaik.“Skuad hoki lelaki negara berjaya muncul naib juara Piala Asia dan menjuarai Piala Sultan Azlan Shah, manakala pasukan hoki dalam dewan lelaki muncul juara Kejohanan Asia. Skuad wanita mendapat tempat ketiga dan ini adalah kemenangan besar buat MHC,” katanya.Beliau berkata demikian pada majlis menghargai skuad Piala Sultan Azlan Shah dan skuad Piala Asia Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Subahan juga optimis sukan hoki berpotensi menyumbang empat pingat emas kepada kontinjen negara menerusi hoki padang dan hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kemboja tahun depan.“Kami juga sudah memberikan jaminan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa sukan hoki akan memberikan empat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 dengan dua daripada hoki padang dan dua hoki dalam dewan,” katanya.Dalam majlis tersebut, MHC mengotakan janji kepada para pemain yang beraksi cemerlang dengan menyerahkan sumbangan bernilai RM300,000 sesuai dengan kemampuan persatuan itu.“Sumbangan ini adalah berdasarkan kemampuan MHC dan kami tunaikan janji kepada pemain dengan memberikan saguhati. Pemain perlu memberikan aksi terbaik pada Piala Dunia supaya MHC boleh menarik lebih banyak penaja,” ujar Subahan.Dalam perkembangan berkaitan, Subahan turut mengumumkan skuad Speedy Tigers dijadualkan berlepas ke India pada 6 Januari dan akan mengadakan satu aksi persahabatan menentang Sepanyol sebagai persediaan menjelang Piala Dunia.
4
24 Disember 2022 04:17pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/237639/berita/sukan/jdt-pinjamkan-kanvas-tutup-padang-stadium
JDT pinjamkan kanvas tutup padang stadium
JOHOR Darul Ta' zim (JDT) tampil menghulurkan bantuan dengan meminjamkan kanvas bagi menutup padang sebelum aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Dengan keadaan cuaca tidak menentu sejak beberapa minggu lalu, bantuan yang dihulurkan JDT itu pastinya melegakan pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).Malah, ucapan terima kasih turut dizahirkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya."Junjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian baginda meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang menjelang perlawanan kedua Kumpulan B, Piala AFF, Malaysia lawan Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.30 malam ini."Ia bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik untuk digunakan sepanjang 90 minit permainan memandangkan keadaan cuaca yang mana hujan hampir setiap hari di Lembah Klang terutama pada waktu petang dan malam."Diharap langkah proaktif yang diambil ini dapat memastikan padang berada pada keadaan yang memuaskan, sekali gus menghidangkan perlawanan menarik buat para penyokong Harimau Malaya yang bakal ke stadium, malam ini," kata kenyataan itu.Padang Stadium Nasional Bukit Jalil sering mendapat kritikan ramai pihak khususnya penyokong bola sepak tempatan susulan isu permukaan padang becak khususnya selepas hujan turun dengan lebat.Untuk rekod, ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun lalu, imej Malaysia tercemar selepas padang Stadium Nasional Bukit Jalil seolah-olah bertukar menjadi 'sawah' ekoran air bertakung di padang.
4
24 Disember 2022 03:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/237631/berita/sukan/lee-tuck-ucap-selamat-tinggal
Lee Tuck ucap selamat tinggal
PEMAIN naturalisasi Sri Pahang, Lee Andrew Tuck mengumumkan untuk meninggalkan skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.Luahan perpisahan pemain berusia 34 tahun itu dibuat di Twitter beliau lewat malam Jumaat.“Malangnya masa saya bersama Sri Pahang telah sampai ke penghujung.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang hebat yang saya temui dalam kelab, peminat dan orang lain yang saya temui di negeri yang menakjubkan ini,” ciap Lee Tuck.Sri Pahang baru-baru ini mengumumkan sembilan pemain yang dilepaskan, namun tiada nama Lee Tuck disenaraikan menjadikan khabar itu sebagai satu kejutan.Disebabkan menanti pengesahan kewarganegaraan Malaysia, Lee Tuck tidak didaftarkan bersama Sri Pahang dan akhirnya ia menjadi realiti pada Ogos lalu apabila dia tampil sebagai pemain tempatan.Lee Tuck sempat tampil dua kali dalam Piala Malaysia apabila Sri Pahang tersingkir awal setelah tewas 3-9 secara agregat kepada Terengganu FC.“Saya dan keluarga berasa sedih untuk berpindah, biarpun saya ingin bermain lebih banyak permainan untuk kelab.“Saya tahu ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan keindahan dalam cabaran serta pengalaman yang anda dapat kongsikan.“Saya juga perlu berterima kasih kepada isteri dan anak-anak atas kasih sayang dan sokongan positif mereka yang tidak pernah putus,” ciap Lee Tuck.Pemain tengah itu ketika ini cemerlang bersama skuad Harimau Malaya setelah meledak dua gol daripada tiga penampilannya.
4
24 Disember 2022 01:31pm