author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235519/berita/sukan/hasrat-yew-sin-ee-yi-ke-final-tak-kesampaian
Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final tak kesampaian
HASRAT beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk melangkah ke final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, pada Sabtu.Dalam aksi separuh akhir di Bangkok itu, Yew Sin-Ee Yi bermula baik apabila memenangi set pertama 21-17 sebelum terpaksa tunduk pada set kedua 13-21.Beregu negara cuba bangkit pada set ketiga dengan aksi lebih bertenaga, namun pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua kejohanan berjaya menafikan kemaraan Yew Sin-Ee Yi dengan kemenangan 19-21.Sebelum ini, Yew Sin-Ee Yi mencipta kejutan menewaskan pilihan utama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia untuk mengungguli kumpulan A.Dalam pada itu, satu lagi wakil negara yang mara ke separuh akhir, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan bertemu wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi yang akan berlangsung sebentar lagi.
4
10 Disember 2022 04:15pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235503/berita/sukan/pan-gon-puji-impak-pemain-baharu
Pan-gon puji impak pemain baharu
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji impak dipamerkan pemain baharu yang menyertai skuad kebangsaan ketika membelasah Kemboja, 4-0 dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Jumaat.Menurut Pan-gon, beliau juga tidak menyangka kemampuan berkualiti dipersembahkan pemain sehingga mampu menang besar dalam perlawanan tersebut.Malah, beliau menyifatkan pemain dapat menyesuaikan diri dengan baik walaupun hanya mempunyai masa singkat dalam kem latihan pusat bermula 29 November lalu.Tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya terutama yang melakukan penampilan pertama. Saya tidak menyangka dapat menjaringkan empat gol kerana ramai pemain baharu."Tetapi, saya dapat lihat banyak perubahan dari sehari ke sehari dan kami dilihat seperti sudah lama bersama."Pemain menterjemahkan segala maklumat yang mereka terima ketika sesi latihan pada perlawanan ini. Mereka mengikuti segala arahan dan walaupun sedikit bergelut pada 10 minit pertama namun selepas itu saya gembira dan tidak mempunyai sebarang masalah," katanya selepas perlawanan tersebut,Dalam aksi persahabatan itu, Faisal Halim mencipta sensasi apabila menjaringkan dua gol dan Lee Tuck serta Stuart Wilkin masing-masing menjaringkan satu gol.Dalam pada itu, Pan-gon menyifatkan kemenangan itu meletakkan Harimau Malaya di landasan terbaik sebelum kejohanan Piala AFF bermula."Saya beri tekanan kepada mereka kerana pada peringkat ini kita perlu meningkatkan tahap fizikal, untuk dapatkan kecergasan perlawanan (kerana) beberapa pemain sangat letih pada masa ini tetapi kita masih perlu mencapai tahap yang baik untuk beraksi dalam Piala AFF," katanya.Skuad kebangsaan akan melengkapkan aksi antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Rabu depan, sebelum memulakan kempen Piala AFF 2022 dengan menentang Myanmar di Yangon dalam aksi pembukaan Kumpulan B, pada 21 Disember.Malaysia kemudian akan berdepan Laos Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan melayani kunjungan Singapura di sini pada aksi terakhir kumpulan, pada 3 Januari tahun depan.
4
10 Disember 2022 02:29pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235492/berita/sukan/separuh-masa-kedua-yang-pelik
'Separuh masa kedua yang pelik'
PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni memuji keupayaan pasukan selepas berjaya mengharungi cabaran berliku menewaskan Belanda menerusi penentuan penalti dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, pemain Argentina berjaya menghadapi situasi tidak terduga dengan Belanda dan berjaya menyamakan kedudukan selepas Argentina mendahului 2-0."Argentina mempunyai semangat berpasukan dan kami tahu cara untuk menghadapi pelbagai situasi."Memang betul kami tidak sepatutnya mengharungi penentuan penalti tetapi berjuang sehingga ke akhir kerana Belanda menyukarkan kami."Separuh masa kedua amat pelik apabila anda melihat segalanya sudah berakhir tetapi sebaliknya berlaku," katanya.Argentina terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol daripada Nahuel Molina dan Lionel Messi, namun Wout Weghorst tampil dengan dua gol pada separuh masa kedua untuk mengikat kedudukan.Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Argentina menang 4-3 dan meneruskan kemaraan menentang Croatia di peringkat separuh akhir.Dalam pada itu, tonggak sensasi Argentina, Lionel Messi mengakui cabaran yang diberikan Belanda dan satu kegembiraan apabila pasukannya berjaya mara."Apabila Lautaro Martinez menjaringkan gol (penalti) dan kami layak ke separuh akhir, ia satu kegembiraan yang amat besar dan kami boleh menarik nafas lega."Ini satu aksi yang begitu sukar sejak dari mula dan ini yang kami jangkakan. Belanda menyukarkan kami dengan hantaran panjang dan begitu ramai pemain dalam kawasan menyerang."Mereka mengikat kedudukan dan kami kecewa. Tetapi kami dapat mengesahkan tempat ke separuh akhir seperti yang kami inginkan," katanya.
4
10 Disember 2022 01:16pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235489/berita/sukan/kami-menderita-tetapi-kami-menang
'Kami menderita, tetapi kami menang...'
RAKYAT Argentina akhirnya meraikan kejayaan The Albiceleste mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menyaksikan pasukan kesayangan mereka dipaksa mengharungi detik-detik dramatik sebelum menewaskan Belanda dalam perlawanan suku akhir di Stadium Lusail, Doha.Detik cemas setiap pemain ke-12 Argentina bertukar kegembiraan selepas kemenangan penentuan sepakan penalti menghantar juara Copa America itu ke separuh akhir.Penyokong Argentina sebelum itu berkumpul di rumah, bar dan dataran awam untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka diketuai bintang Lionel Messi, menewaskan Belanda 4-3 dalam penentuan sepakan penalti.Argentina akan berdepan Croatia pada Rabu, yang menewaskan Brazil pada Sabtu, meninggalkan Argentina pasukan terakhir dari Amerika Selatan dalam persaingan untuk pemburuan juara dunia."Kegilaan yang luar biasa, saya berhati saya hampir hancur, saya tidak dapat menahannya lagi," kata seorang peminat di dataran di kejiranan Palermo, Buenos Aires di ketika menonton perlawanan itu di skrin gergasi bersama kira-kira 30,000 peminat lain.Rakyat Argentina berharap The Albiceleste mampu memenangi Piala Dunia ketiga negara itu, selepas kemenangan pada edisi Argentina 1978 dan edisi Mexico 1986, ketika diketuai mendiang Diego Maradona."Semuanya berlaku dalam permainan. Saya gembira, gementar, tetapi sentiasa menyokong pasukan," kata peminat di Palermo, di mana penyokong mengibarkan bendera dengan imej Messi dan Maradona."Kami menderita, tetapi kami menang," kata seorang lagi.
4
10 Disember 2022 01:06pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235473/berita/sukan/piala-dunia-terakhir-neymar
Piala Dunia terakhir Neymar
PEMAIN sensasi Brazil, Neymar memberikan bayangan Piala Dunia Qatar 2022 adalah yang terakhir buatnya selepas kekalahan kepada Croatia di peringkat suku akhir pada Jumaat.Pemain berusia 30 tahun itu tidak pasti mengenai penglibatannya bersama skuad kebangsaan dan menyerahkan kepada situasi untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang."Saya tidak menutup pintu kepada pasukan kebangsaan tetapi saya tidak jamin yang 100 peratus saya akan kembali," katanya.Pemain yang mencatat 124 penampilan bersama Brazil itu akan berusia 34 tahun pada edisi 2026 di Amerika Utara.Ketika ini, Neymar masih belum berjaya menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil selepas tiga kali mewakili negaranya dalam kejohanan berprestij dunia itu.Bagaimanapun, Neymar bersetuju untuk beraksi dalam saingan Copa America 2024 dan mengakui Brazil akan berwajah baharu dengan lebih ramai penglibatan pemain muda."Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan pasukan Brazil pada masa akan datang. Brazil ada ramai pemain muda yang berbakat," katanya.
4
10 Disember 2022 11:49am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235472/berita/sukan/siapa-suruh-aniaya-kucing
'Siapa suruh aniaya kucing?'
PASUKAN Brazil sekali lagi dikecewakan di peringkat suku akhir Piala Dunia selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia pada Jumaat.Pasukan kendalian Tite itu yang diletakkan sebagai pilihan utama untuk mara ke peringkat separuh akhir terpaksa akur kalah penalti 2-4 selepas kedudukan terikat 1-1 selesai masa tambahan.Kekalahan luar jangka dialami Brazil mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan peminat bola sepak.Lebih menarik apabila kekalahan tersebut dikaitkan dengan sumpahan kucing merujuk kepada insiden seorang petugas media Brazil yang melempar seekor kucing ke lantai semasa sidang media pada Khamis lalu.Insiden itu mencetuskan kemarahan ramai pihak dan ada netizen yang menyumpah dan mendoakan agar Brazil tewas kepada Croatia.Petugas media Brazil melempar seekor kucing ke lantai ketika sidang media.Akhirnya, apa yang disumpahkan dan didoakan oleh netizen itu menjadi kenyataan menyaksikan gergasi Amerika Selatan itu tumbang di peringkat suku akhir.Rata-rata komen netizen di laman media sosial juga seolah-olah 'berpuas hati' dengan kekalahan Brazil itu."Siapa suruh aniaya kucing," kata Mohd Nazrin."Padan muka. Baling kucing lagi. Aku yang mula-mula nak sokong Brazil pun terus maki biar kalah," kata Khai Nizam."Sumpahan kucing. Pet (haiwan peliharaan) kesayangan Nabi kami tu," kata Mohamad Nazir."Doa kucing dimakbulkan ALLAH," kata Hazlinda Salihin.
4
10 Disember 2022 11:35am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235466/berita/sukan/jangan-pandang-rendah-keupayaan-croatia
Jangan pandang rendah keupayaan Croatia
JURULATIH Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan ia satu kebanggaan untuk pasukannya menewaskan pasukan pilihan utama, Brazil dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, ia juga kemenangan untuk rakyat Croatia yang turut sama berdiri di belakang pasukan berdepan cabaran sukar menentang jaguh dari Amerika Selatan itu."Ini adalah kemenangan untuk rakyat Croatia. Perlawanan yang menarik, kami menyingkirkan pasukan pilihan utama."Ini adalah Croatia, kebanggaan, keberanian, kepercayaan dan patriotisme," katanya.Croatia mara menerusi penentuan penalti selepas perlawanan perlawanan berkesudahan 1-1 selepas tamat masa tambahan.Penyerang Croatia, Brutno Petkovic menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa kedua masa tambahan sekali gus memadam jaringan pembukaan Neymar.Pasukan yang digelar sebagai pemusnah pasukan gergasi itu tampil cemerlang di penentuan penalti apabila menang 4-2 dengan dua tonggak Brazil, Marquinhos dan Rodrygo gagal menyempurnakan tugasan tersebut.Croatia mara ke separuh akhir dan bakal menentang Argentina pada Rabu depan.Dalam pada itu, Dalic menegaskan tiada mana-mana pasukan yang boleh memandang rendah keupayaan pemainnya selepas membuktikan kemaraan ke pusingan seterusnya."Croatia sentiasa akan berjaya dan menjadi yang terbaik apabila diperlukan. Tiada siapa harus memandang rendah terhadap kami."Perjuangan ini belum berakhir, kami perlu bergerak ke hadapan. Kami boleh melakar lebih banyak kejayaan," katanya.
4
10 Disember 2022 10:30am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235463/berita/sukan/kalah-penalti-amat-menyakitkan---van-gaal
'Kalah penalti amat menyakitkan' - Van Gaal
PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal mengakui kekalahan dalam penentuan penalti kepada Argentina di pusingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu sebagai amat menyakitkan.Pasukan kendaliannya terpaksa bangkit daripada ketinggalan menerusi dua gol daripada Wout Weghorst untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas Argentina mendahului 2-0 hasil jaringan Nahuel Molina dan Lionel Messi.Perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti, namun tendangan tonggak Belanda, Virgil van Dijk dan Steven Berghuis diselamatkan Emiliano Martinez untuk memastikan kemenangan Argentina 4-3 mara ke separuh akhir."Kami gagal menyempurnakan dua penalti awal dan ia menjadi sukar buat kami. Penalti ini adalah mengenai tuah dan loteri," katanya.Ia menjadi kegagalan kedua penalti buat jurulatih berusia 71 tahun sebagai pengendali Belanda yang sebelum ini juga tewas kepada Argentina di peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014."Ini kali kedua kami tewas kepada Argentina dengan cara sama. Dua Piala Dunia dengan jurulatih sama buat Belanda."Saya meminta pemain berlatih gigih dengan sepakan penalti, jadi saya tidak perlu mencela mereka. Untuk bangkit dan menyamakan kedudukan. Kalah menerusi sepakan penalti amat malang," katanya.Dalam pada itu, van Gaal turut mengesahkan akan melepaskan jawatannya itu susulan kegagalan Belanda mara ke peringkat seterusnya."Saya tidak akan meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih untuk pasukan Belanda kerana saya hanya melakukannya untuk tempoh tertentu."Ini adalah perlawanan terakhir saya. Saya membawa Belanda dengan baik dan anda boleh Google pencapaian saya. Saya tidak fikir saya telah tewas teruk hari ini kerana hanya dengan penentuan penalti."Saya mempunyai masa yang indah dan adalah sangat menyakitkan untuk melihat bagaimana kami tersingkir terutama kerana saya melakukan segala-galanya untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku," katanya.
4
10 Disember 2022 10:18am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235461/berita/sukan/tite-undur-diri
Tite undur diri
TITE telah meletakkan jawatan selaku pengendali pasukan Brazil selepas pasukannya itu tewas kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti pada saingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, masanya bersama pasukan Selecao itu sudah berakhir sekali gus mengulangi hasrat untuk mengundurkan diri seperti yang disuarakan pada Februari lalu."Ia sesuatu yang sangat sukar, tetapi masanya sudah tiba kepada penghujung saya bersama Brazil. Saya telah menyatakan hasrat saya ini sejak (lebih) setengah tahun lalu."Ada orang lain yang lebih layak menggantikan saya dan masanya sudah tiba untuk saya berundur," katanya.Pengendali berusia 61 tahun itu sudah bersama Brazil sejak 2016 dan telah menyatakan hasrat untuk berundur selepas saingan Piala Dunia Qatar 2022.Dalam perlawanan suku akhir di Stadium Education City, Doha itu, Brazil tewas kepada Croatia menerusi penentuan penalti 2-4 selepas perlawanan terikat 1-1 tamat masa tambahan.Bintang sensasi Brazil, Neymar terlebih dahulu meletakkan Brazil di depan sebelum separuh masa pertama masa tambahan berakhir sebelum Bruno Petkovic menyamakan kedudukan tiga minit sebelum perlawanan tamat untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.Rodrygo dan Marquinhos gagal menyempurnakan penalti untuk Brazil, manakala Croatia cemerlang menyudahkan kesemua sepakan penalti untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.Dalam pada itu, Tite menjelaskan dia tidak mampu memberikan penilaian terhadap dirinya sendiri sepanjang bergelar jurulatih Brazil."Saya memerlukan masa untuk menjawabnya dengan lebih baik."Saya tidak berada dalam posisi untuk menilai semua kerja yang sudah dilakukan, tetapi selepas masa berlalu anda boleh melakukan penilaian itu. Saya tidak berhak untuk melakukannya sekarang selepas kami disingkirkan," katanya.
4
10 Disember 2022 09:51am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235452/berita/sukan/argentina-kecewakan-belanda-raih-tiket-separuh-akhir
Argentina kecewakan Belanda, raih tiket separuh akhir
SKUAD Argentina mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 setelah menundukkan Belanda 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail pada Sabtu.Kemenangan itu meletakkan Argentina di laluan terbaik untuk memburu kejuaraan ketiga trofi berprestij itu setelah memenanginya pada 1978 dan 1986.Tamat permainan yang berlarutan sehingga masa tambahan kedua-dua pasukan terikat 2-2.Perlawanan seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan berpeluang di depan.Argentina menerusi pemain sensasi, Lionel Messi terlebih dahulu menguji kubu Belanda, namun percubaannya pada minit ke-22 tidak menemui sasaran.The Oranje kemudian menyusun semula gerak dan hampir menemui hasil, namun percubaan Memphis Depay turut tersasar.Bagaimanapun, Argentina pula yang meledak menerusi Nahuel Molina yang menyudahkan bola hantaran Messi untuk menewaskan Andries Noppert di gawang pada minit ke-35.Bersambung babak kedua, Belanda memulakan aksi dengan agresif menerusi beberapa pertukaran pemain, namun Argentina ampuh bertahan.Bagi mengimbangi taktikal Belanda, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memasukkan Leandro Paredes bagi menguatkan barisan tengah dan ternyata membuahkan hasil.Asakan bertali arus memaksa Belanda melakukan kesilapan setelah Denzel Dumfries menjatuhkan Marcos Acuna dalam kotak penalti.Messi mudah merobek gawang pada minit ke-73 untuk Argentina mendahului dua jaringan.Tersentak dengan jaringan itu, Belanda menggandakan asakan dan berhasil merapatkan jurang pada minit ke-83 menerusi Wout Weghorst.Gol itu menyuntik semangat Belanda untuk memburu gol penyamaan dan Weghorst sekali lagi meledak pada masa kecederaan untuk memberi nyawa kepada skuad bimbingan Louis van Gaal itu.Bersambung aksi di masa tambahan, bola banyak berlegar-legar di kawasan tengah padang dan keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.Penentuan sepakan penalti menyaksikan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menafikan sepakan Virgil van Dijk dan Steven Berghuis.Argentina pula melengkapkan empat sepakan penalti mereka dan bakal membuat perhitungan pada separuh akhir menentang Croatia yang mengecewakan Brazil 4-2 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada masa tambahan permainan.
4
10 Disember 2022 07:34am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/235443/berita/sukan/croatia-lakar-kejutan-singkir-brazil
Croatia lakar kejutan singkir Brazil
CROATIA mencipta kejutan apabila menewaskan Brazil 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City sebentar tadi.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan berlangsung termasuk aksi masa tambahan sekali gus pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti pemain muda Brazil, Rodrygo manakala percubaan Marquinhos sekadar mengenai tiang gol.Sebelum penentuan sepakan penalti itu, Brazil yang juga juara dunia lima kali tampak mendominasi keseluruhan perlawanan babak pertama dan kedua.Bagaimanapun, tiada gol terhasil sepanjang 90 minit perlawanan sekalipun Brazil memperoleh beberapa peluang keemasan menerusi penyerang sensasi, Neymar.Dalam aksi masa tambahan, Brazil terlebih dahulu menceriakan penyokong mereka apabila Neymar merobek kekebalan Livakovic pada minit ke-103.Pada ketika Brazil dilihat hampir keluar sebagai pemenang, Croatia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian, Bruno Petkovic minit ke-117.Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat masa tambahan, sekali gus keputusan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti yang akhirnya memihak Croatia.Dalam aksi separuh akhir, Croatia akan menentang pemenang antara Belanda atau Argentina yang beraksi dalam satu lagi pertemuan suku akhir pada awal pagi Sabtu.
4
10 Disember 2022 02:12am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235440/berita/sukan/malaysia-mudah-benam-kemboja
Malaysia mudah benam Kemboja
PEMAIN lincah, Faisal Halim menjadi duri dalam daging buat Kemboja apabila meledak dua gol ketika membantu Malaysia menang 4-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.Dia yang memakai lilitan kapten turut mencipta satu bantuan gol untuk skuad bimbingan Kim Pan-gon menang bergaya.Menguasai babak pertama, skuad Harimau Malaya mengasak kubu lawan seusai wisel sepak mula ditiup pengadil.Versatail dengan corak permainan menerusi serangan bertali arus dari sebelah kiri dan kanan padang membuahkan hasil buat skuad negara.Faisal menemui sentuhan pertama pada minit ke-11 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti.Berselang 27 minit, Faisal menjadi watak penting untuk gol kedua negara apabila hantarannya disempurnakan dengan baik oleh Lee Tuck.Ketika menuju masa penamat babak pertama, Faisal yang menerima hantaran daripada Darren Lok mudah merobek gawang Kemboja untuk gol ketiga buat negara.Bersambung babak kedua, Malaysia membuat beberapa pertukaran pemain termasuk memasukkan pengantin baharu, Safawi Rasid yang memakai lilitan kapten menggantikan Faisal.Percaturan disusun dengan baik menerusi beberapa percubaan rangkaian serangan negara, namun gagal menemui sasaran.Meniti ke penghujung perlawanan, percubaan Safawi muntah daripada dakapan penjaga gol Kemboja.Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Stuart Wilkin untuk meledak gol keempat buat negara pada minit ke-86 dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.
4
09 Disember 2022 11:20pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235437/berita/sukan/sepakat-bangunkan-sukan-negara
Sepakat bangunkan sukan negara
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa agar semua kementerian berganding bahu dalam membangunkan sukan negara.Hannah berkata, beliau juga mahu melihat lebih banyak lagi syarikat korporat turut sama membantu kerana peranan Kementerian Belia dan Sukan sahaja tidak mencukupi dalam merancakkan pembangunan sukan tanah air."Kementerian masing-masing tidak boleh gerak sendiri dan perlu wujudkan lebih banyak koordinasi antara kementerian lain."Seperti contoh, anda mesti berbincang dengan Kementerian Kewangan dan membawa semua rakan kongsi bersama jika mengenai pelepasan cukai, jika mengenai pendidikan anda perlu babitkan Kementerian Pengajian Tinggi juga dan bukan hanya Kementerian Pendidikan," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelancaran kejohanan Yayasan Sime Darby Track Series (YSDTS) di Velodrom Nasional di Nilai pada Jumaat.Pada masa sama, Hannah menyambut baik inisiatif Yayasan Sime Darby yang bekerjasama dengan Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) menjayakan YSDTS yang menyediakan platform untuk meneroka bakat baharu sukan berbasikal trek negara.Beliau juga mahu melihat lebih banyak lagi kejohanan sukan tempatan membuka peluang kepada golongan wanita bertanding bagi mereka mempamerkan bakat dimiliki."Sebagai menteri wanita, ini (penglibatan lebih ramai wanita) adalah satu daripada aspek yang saya akan perhati dan teliti," katanya.Dalam pada itu, Hannah berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan bersama atlet, pihak berkepentingan dan persatuan sukan dalam satu mesyuarat 'townhall' minggu depan.YSDTS merupakan program selama tiga tahun yang bertujuan menarik minat rakyat Malaysia menceburi sukan basikal selain menggalakkan penubuhan pasukan profesional basikal trek baharu sebagai satu daripada saluran pencarian bakat muda untuk skuad negara.Sebanyak 52 perlumbaan bagi kategori elit dan junior Bawah-15 tahun (B-15), B-17 dan B-19 dijangka diadakan dalam tempoh tersebut. - Bernama
4
09 Disember 2022 08:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235413/berita/sukan/dua-wakil-negara-teruskan-cabaran-di-thailand
Dua wakil negara teruskan cabaran di Thailand
DUA wakil negara meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan menerusi dua kemenangan pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok pada Jumaat.Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengejutkan pasangan Indonesia yang juga pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia sehingga ke set penentuan dalam tempoh 53 minit permainan.Dalam aksi Kumpulan A itu, pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia tewas pada set pertama 10-21, namun bangkit meraih kemenangan 21-17 pada set kedua.Biarpun menerima tentangan sengit pasangan nombor tiga dunia itu, Yew Sin-Ee Yi tenang mengawal permainan untuk menang set penentuan 21-19.Menerusi kemenangan itu meletakkan mereka sebagai juara kumpulan selain dibantu kemenangan beregu Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Kim Won-ho ke atas wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam satu lagi perlawanan.Biarpun pasangan negara dan Fajar-Rian berkongsi dua mata hasil dua kemenangan daripada tiga perlawanan, Yew Sin-Ee Yi muncul juara kumpulan atas kelebihan head-to-head hasil kemenangan ke atas gandingan Indonesia itu pada Jumaat.Sebagai rekod, ia merupakan kali kedua berturut-turut Yew Sin-Ee Yi mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir.Pada edisi tahun lalu, Yew Sin-Ee Yi mara ke peringkat yang sama selepas muncul naib juara Kumpulan B.Mengikut jejak kemenangan, beregu campuran nombor satu negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing turut memahat kejayaan tersendiri apabila buat pertama kali meraih slot separuh akhir.Mereka melakar kemenangan kedua selepas menundukkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran pada aksi terakhir Kumpulan B.Pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia mudah menewaskan gandingan tuan rumah 21-17, 22-20 dalam tempoh 41 minit permainan,Kemenangan itu memadam kekecewaan Kian Meng-Pei Jing yang tewas kepada wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 9-21, 11-21 dalam saingan kedua kumpulan pada Khamis.Sebelum itu pada aksi pembukaan kumpulan, pasangan negara mengejutkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 14-21, 21-16.Kemaraan Kian Meng-Pei Jing turut dibantu dengan kemenangan Dechapol-Sapsiree atau lebih dikenali sebagai Bass-Popor ke atas Yi Lyu-Dong Ping 23-21, 21-13 dalam satu lagi aksi.Kemenangan itu melonjakkan Dechapol-Sapsiree sebagai juara Kumpulan B, manakala Kian Meng-Pei Jing pula muncul di tempat kedua.Pada penampilan pertama pasangan negara di pentas itu tahun lalu, mereka menghuni kedudukan tercorot tanpa sebarang kemenangan.Pada ketika itu, Kian Meng-Pei Jing diletakkan dalam Kumpulan A bersama Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (Malaysia) dan Mathias Christiansen-Alexandra Boje (Denmark).
4
09 Disember 2022 07:19pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235412/berita/sukan/aug-2024-bola-sepak-tiada-dalam-senarai-awal
AUG 2024: Bola sepak tiada dalam senarai awal
ACARA bola sepak yang sering dilabel ibu kepada segala pingat dalam mana-mana temasya sukan berkemungkinan tidak akan dipertandingkan pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Malang, Indonesia.Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli ketika mengesahkan perkara itu berkata, Indonesia ketika Mesyuarat Majlis Sukan Universiti ASEAN (AUSC) membentangkan sebanyak 18 acara sukan yang bakal dipertandingkan tidak menyenaraikan acara paling popular tersebut.Menurut Pekan, temasya ini buat pertama kali dalam sejarah AUG akan berlangsung di dua bandar utama di Surabaya dan Malang."Tragedi malang yang mengorbankan 132 nyawa di Stadium Kanjuruhan, Malang di Jawa Timur pada aksi Liga 1 Indonesia ketika Arema FC menentang Persebaya pada Oktober lalu masih menjadi igauan buruk kepada Indonesia."Bagaimanapun tuan rumah masih ada masa untuk menilai semula keputusan sebelum memutuskan untuk mengadakan acara bola sepak atau tidak di AUG 2024, sambil mengharapkan sokongan kerajaan Indonesia berkenaan aspek keselamatan."Thailand dan Malaysia antara negara yang mendesak Indonesia agar tetap menyenaraikan acara bola sepak pada temasya itu nanti," katanya.Pekan berkata demikian ketika berkongsi perkembangan terkini status AUG Surabaya, Malang 2024 hasil pertemuan dengan Ketua Bidang Prestasi Tinggi, Badan Pengelola Olahraga Mahasiswa Indonesia (BAPOMI), Del Asri baru-baru ini.Hasil Mesyuarat AUSC itu sebanyak 18 acara sukan iaitu olahraga, renang, futsal, badminton, sepak takraw, bola keranjang (5x5, 3x3), bola tampar (dalam dewan, pantai), handball, judo, pencak silat, wushu, taekwondo, karate, sport climbing, memanah, petanque, tenis dan mind sports (chess, bridge) akan dipertandingkan pada temasya tersebut.Sementara itu, Pekan berkata, Malaysia kekal menerajui Sekretariat AUSC bagi tempoh 2023-2025 setelah memenangi undian mengatasi Indonesia pada Mesyuarat Agong Tahunan AUSC yang turut berlangsung Rabu.“Kita terus diberi kepercayaan ini sejak 2010 oleh kebanyakan negara anggota tetapi pada waktu yang sama kita juga perlu melepaskan tanggungjawab ini kepada negara lain atas semangat setiakawan negara ASEAN.“Jika ada negara yang sudah menyatakan hasratnya mengapa tidak kita lepaskan kepada mereka selepas ini,” katanya.Mesyuarat AUSC kali ke-35 dan Mesyuarat Agong Tahunan AUSC kali kelima di Surabaya di Surabaya, Indonesia yang bermula Isnin dirasmikan Pekan yang mewakili Kementerian Pengajian Tinggi.
4
09 Disember 2022 07:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235407/berita/sukan/kian-meng-pei-jing-raih-slot-separuh-akhir-jelajah-dunia
Kian Meng-Pei Jing raih slot separuh akhir Jelajah Dunia
BEREGU campuran No.1 negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing memahat kejayaan berharga apabila buat pertama kali meraih slot separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir di Thailand pada Jumaat.Mereka melakar kemenangan kedua selepas menundukkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran pada aksi terakhir Kumpulan B dalam aksi di Arena Nimibutr, Bangkok.Pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia mudah menewaskan gandingan tuan rumah 21-17, 22-20 dalam tempoh 41 minit permainan.Kemenangan itu memadam kekecewaan Kian Meng-Pei Jing yang tewas kepada wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 9-21, 11-21 dalam saingan kedua kumpulan pada Khamis.Sebelum itu pada aksi pembukaan kumpulan, pasangan negara mengejutkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China menerusi kemenangan 23-21, 14-21, 21-16.Kemaraan Kian Meng-Pei Jing turut dibantu dengan kemenangan Dechapol-Sapsiree atau lebih dikenali sebagai Bass-Popor ke atas Yi Lyu-Dong Ping 23-21, 21-13 dalam satu lagi aksi.Kemenangan itu melonjakkan Dechapol-Sapsiree sebagai juara kumpulan, manakala Kian Meng-Pei Jing pula muncul di tempat kedua.Pada penampilan pertama pasangan negara di pentas itu tahun lalu, mereka menghuni kedudukan tercorot tanpa sebarang kemenangan.Pada ketika itu, Kian Meng-Pei Jing diletakkan dalam Kumpulan A bersama Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (Malaysia) dan Mathias Christiansen-Alexandra Boje (Denmark).
4
09 Disember 2022 06:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235405/berita/sukan/harga-jersi-jerman-belgium-turun-selepas-tersingkir
Harga jersi Jerman, Belgium turun selepas tersingkir
HARGA jersi pasukan Jerman dan Belgium menjunam di Doha berikutan prestasi buruk pasukan itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor Xinhua.Piala Dunia bukan sahaja pertandingan antara 32 skuad, bahkan merupakan pasaran penting untuk penaja jersi.Bagi sesetengah pasukan kegemaran yang kekal di Qatar, jersi pasukan itu habis dijual, namun kit untuk beberapa pasukan yang tewas didapati tidak laku.Di pusat beli-belah di Doha, jersi England, Argentina dan Portugal yang melangkah ke suku akhir, paling dicari, tetapi jersi Jerman dan Belgium yang gagal memenuhi jangkaan, terpaksa dijual pada harga diskaun.Harga jersi tulen Jerman yang mengalami penyingkiran mengejut pada peringkat kumpulan, menjunam daripada 670 riyal Qatar (kira-kira AS$184) kepada 329 riyal Qatar (kira-kira AS$90.3), manakala jersi Belgium yang asalnya berharga 430 riyal Qatar, turun hampir 50 peratus.Selain itu, harga jersi Sepanyol dan Jepun juga mengalami penurunan."Kami menyediakan sejumlah besar jersi kegemaran ramai untuk peminat, namun penyingkiran mereka yang tidak dijangka menyukarkan kami untuk menghabiskan stok dan terpaksa memberi diskaun,” kata seorang jurujual. - Bernama
4
09 Disember 2022 06:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235379/berita/sukan/tze-yong-mampu-cipta-magis-di-terbuka-malaysia
Tze Yong mampu cipta magis di Terbuka Malaysia
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berada pada landasan terbaik untuk mencipta 'magis' di Terbuka Malaysia 2023 selepas mempamerkan peningkatan prestasi dan menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya.Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, persiapan pemain di ranking ke-27 dunia itu untuk menghasilkan keputusan positif pada kejohanan berkenaan yang dinaikkan status kepada Super 1000 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Jun lepas giat dilaksanakan bersama jurulatihnya Hendrawan."Tze Yong baru sahaja masuk senarai 30 terbaik dunia dan buat pertama kalinya dia akan main di kejohanan bertaraf Super 1000, jadi kena bersedia dari segi mental untuk semua jenis perlawanan. Kadang-kadang mungkin senang tetapi kebanyakan masa susah jadi kena bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja."BAM memang berpuas hati dengan perkembangan dia pada tahun ini dan percaya sekiranya Tze Yong kekal fokus serta komited dia akan terus meningkat pada masa akan datang. Corak latihan juga berada dalam landasan yang betul," katanya.Bagaimanapun, menurut Choong Han, barisan kejurulatihan BAM enggan terburu-buru untuk menetapkan sasaran buat Tze Yong di Terbuka Malaysia 2023, kerana khuatir akan memberi tekanan kepada juara Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022 itu.Jurulatih berusia 45 tahun itu berkata, aspek psikologi dan mental diberi perhatian untuk memastikan Tze Yong berada dalam keadaan bersedia memberikan cabaran sengit kepada pihak lawan.Pada Terbuka Malaysia 2022, Jun lepas, Tze Yong yang dimasukkan daripada senarai pemain simpanan untuk beraksi di Kejohanan Super 750 Jelajah BWF itu, terkandas seawal pusingan pertama ketika menentang pemain China, Lu Guang Zu, 16-21, 23-21, 18-21.Namun, beliau berjaya bangkit dengan memenangi pingat perak perseorangan lelaki dan membantu pasukan negara merampas kembali pingat emas daripada India dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham 2022.Pemain berusia 22 tahun itu juga merupakan sebahagian daripada skuad lelaki negara yang menamatkan dominasi Indonesia dengan memenangi gelaran sulung pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lepas.Terbuka Malaysia 2023 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari. - Bernama
4
09 Disember 2022 04:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235364/berita/sukan/misi-baddrol-pertahan-gelaran-pemain-tengah-terbaik
Misi Baddrol pertahan gelaran pemain tengah terbaik
PEMAIN tengah Sabah FC, Baddrol Bakhtiar mengakui misi sukar untuk mempertahankan gelaran Pemain Tengah Terbaik 2022 selepas sekali lagi tercalon dalam kategori itu untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22).Baddrol yang merangkul tiga kali trofi ABK bagi kategori tersebut pada tahun 2010, 2017 dan 2021 menganggap pencalonan kali ini cukup bermakna buat dirinya yang baru berhijrah ke Sabah pada musim 2022.Sudah tentu, Baddrol mengidamkan kemenangan kali keempatnya, namun sedar kebangkitan yang ditampilkan oleh dua pesaing iaitu Mukhairi Ajmal (Selangor FC) dan Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim) bersama pasukan masing-masing wajar diberi perhatian.Bagaimanapun Baddrol tetap menganggap pencalonan kali ini membuktikan usahanya bersama rakan sepasukan berbaloi untuk meletakkan Sabah FC di tempat ketiga Liga Super musim ini.“Saya masih berharap dapat mempertahankan gelaran itu, tetapi diakui pesaing-pesaing memang sengit sebab kita tahu apa yang mereka capai sepanjang perjalanan musim ini.“Namun saya tetap bersyukur dan terharu untuk pencalonan ini dan sudah pasti hanya yang terbaik akan merangkul trofi itu nanti.“Apa yang penting ini akan menyuntik kebangkitan dan kami berjaya membawa Sabah FC di kedudukan ketiga selain dapat beraksi dalam Piala AFC.“Kami juga tidak ambil masa yang begitu lama untuk saya dan pemain-pemain baharu lain sebelum ini untuk bawa pasukan ke tahap terbaik pada musim 2022,” jelasnya.Dalam pada itu, Mukhairi juga menganggap pencalonan kali pertama untuk kategori ini memberi semangat baharu untuknya meneruskan lagi momentum sepertimana yang telah dilakukan bersama Selangor FC musim ini.Tidak berharap terlalu tinggi untuk memenanginya, namun dia tetap bersyukur apabila dapat bersaing dengan calon yang lebih senior sekali gus membuktikan prestasinya berada di tahap terbaik.“Saya pun terkejut juga apabila dapat tahu tercalon untuk kategori ini sebab kalau kita tengok Baddrol dan Afiq Fazail merupakan pemain yang lebih berpengalaman.“Apa pun bersyukur apabila usaha selama ini meletakkan saya dalam kelompok tiga terbaik untuk kategori itu. Jadi Insya-ALLAH menang atau tidak, saya akan tetap terus berusaha pada musim depan,” katanya.Afiq Fazail pula sebelum ini pernah tercalon bersama-sama Natxo Insa dan Baddrol pada musim lalu bagi kategori Pemain Tengah Terbaik.Nyata, pemain berusia 28 tahun itu juga tetap berpeluang selepas berjaya menampilkan aksi memuaskan untuk membantu JDT meraih kejayaan berterusan pada musim ini.Afiq melakukan 27 penampilan untuk JDT dalam saingan Liga Malaysia 2022 dengan mencatat dua jaringan dan lima bantuan gol.ABK22 akan berlangsung secara virtual pada Khamis, 15 Disember 2022, jam 9 malam dengan sebanyak 16 kategori dipertandingkan.Anugerah yang dipertandingkan ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).Selain itu, kategori Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier, Anugerah Fair Play, Fan XI, Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 dan Pasukan Terbaik turut diiktiraf.
4
09 Disember 2022 03:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235360/berita/sukan/peluang-kane-pahat-sejarah-baharu
Peluang Kane pahat sejarah baharu
PENYERANG sensasi, Harry Kane di ambang untuk melakar nama sebagai penjaring terbanyak buat England menjelang sepak mula Three Lions menentang Perancis dalam saingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Bagaimanapun kapten England itu enggan memikirkan perkara itu, tetapi mahu pergi lebih jauh bersedia untuk menukar sejarah dengan peluang memimpin negaranya menjulang Piala Dunia.Kane dan England berada di laluan terbaik apabila akan turun menentang juara dunia Perancis di Stadium Al Bayt dengan dibezakan satu gol di belakang pemenang rekod Three Lions, Wayne Rooney.Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol buat kali pertama di Piala Dunia Qatar ketika mereka menang 3-0 ke atas Senegal pada aksi 16 terakhir Ahad lalu menjadikan jumlah gol England dalam kariernya kepada 52 jaringan.Kane akan turut mengatasi rekod Gary Lineker sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa England di kejohanan utama dengan 11 gol.Pengendali England, Gareth Southgate lega dengan prestasi semasa Kane itu.“Mana-mana penyerang tengah mahu mencatatkan sesuatu dan sudah tentu baginya ia mahu menghentikan semua persoalan.“Pernah memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2018 dengan enam gol dalam perjalanan England ke separuh akhir, Kane sudah mengetahui betapa dia bernilai kepada pasukan,” ujar Southgate.Kematangan dan sifat tidak mementingkan diri Kane penting untuk kejayaan England kerana dia memainkan peranan membantu rakan sepasukan seperti Phil Foden dan Bukayo Saka untuk menyinar.Hantaran tepat Kane ketika membantu Bellingham membolehkan pemain remaja itu memberi bantuan untuk gol pembukaan Jordan Henderson ketika menentang Senegal.“Saya fikir dia mula mencari lebih banyak ruang pada separuh masa kedua dan permainannya juga lebih baik jadi ia penting untuk dia dan kami,” kata Southgate.
4
09 Disember 2022 03:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235355/berita/sukan/cukuplah-usah-persenda-maguire
'Cukuplah usah persenda Maguire'
PEMAIN tengah England, Kalvin Phillips mempertahankan rakan sepasukannya, Harry Maguire yang sering menjadi bahan ejekan ketika Three Lions bersedia menentang Perancis dalam saingan aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Kritikan terhadap pertahanan Manchester United itu ekoran prestasi hambar Maguire yang hanya bermula dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini selain disebabkan masalah kecederaan.Kehadiran pemain Argentina, Lisandro Martinez turut menjejaskan posisi Maguire di United, namun dia mempamerkan aksi mantap buat England di Qatar apabila bermula dalam senarai kesebelasan utama.Phillips percaya kebanyakan ejekan terhadap Maguire adalah salah."Saya sedar Maguire tidak banyak beraksi musim ini tidak seperti yang diinginkannya. Dia mendapat banyak kecaman, yang saya fikir tidak sepatutnya," ujar Phillips.Phillips juga menganggap Maguire seorang profesional dan pemain bola sepak yang hebat."Dia seorang daripada pertahanan terbaik di dunia. Begitu juga dengan England, dia seorang daripada pertahanan terbaik dalam tempoh yang lama terutamanya pada kejohanan utama," katanya.Phillips merasakan Maguire seorang pemain yang boleh diharapkan untuk berdepan penjaring gol terbanyak Perancis, Olivier Giroud pada aksi suku akhir nanti."Apabila kami berdepan sepakan percuma, perlu menghalang atau perlu melakukan terjahan, dia adalah orang pertama yang melakukannya."Dia juga sentiasa menjadi orang pertama untuk menanduk bola. Apatah lagi, dia pernah menjaringkan beberapa gol penting sebelum ini," katanya.
4
09 Disember 2022 02:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235326/berita/sukan/enrique-mohon-maaf
Enrique mohon maaf
LUIS Enrique memohon maaf setelah Sepanyol tersisih daripada Piala Dunia Qatar 2022 dan beliau terpaksa membayar harga mahal selepas kehilangan jawatannya sebagai ketua jurulatih, Khamis lalu.Terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan menentang Maghribi dalam saingan kalah mati pada Selasa, juara 2010 itu kalah mengejut pada penentuan sepakan penalti.“Semuanya bermula empat tahun lalu dan betapa pantasnya masa berlaku.“Saya mohon maaf, saya tidak dapat membantu anda lagi. Ia satu yang istimewa menjadi sebahagian daripada ini,” ciap Enrique di Twitternya.Kontrak Enrique dijadualkan tamat selepas berakhir Piala Dunia di Qatar dan Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF) mengesahkan bahawa beliau tidak akan kekal sebagai jurulatih.RFEF kemudian mengumumkan Luis de la Fuente mengambil alih tanggungjawab itu selepas mengendalikan skuad bawah 21 tahun Sepanyol.Dalam satu kenyataan, Enrique mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu ketika beliau membimbing Sepanyol sambil memohon penyokong untuk terus berada di belakang De La Fuente.“Saya hanya boleh berterima kasih kepada mereka yang menandatangani saya sebanyak dua kali (Presiden Rubiales dan pengarah sukan, Molina), kepada semua kakitangan RFEF yang berkongsi pengalaman dan kepada pemain yang sentiasa menjadi contoh dalam tingkah laku mereka dan idea yang disumbangkan.“Akhir sekali kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami sepanjang masa terutama ketika kami jatuh.“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan dalam kes ini apa yang pasukan perlukan adalah sokongan dalam semua perkara supaya Fuente dapat capai apa yang dia inginkan,” katanya.
4
09 Disember 2022 12:35pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235325/berita/sukan/griezmann-duri-dalam-daging-buat-england
Griezmann duri dalam daging buat England
NAIB juara Euro 2020, England bukan hanya perlu menyekat bintang Perancis, Kylian Mbappe tetapi juga Antoine Griezmann, apabila kedua-dua pasukan berentap pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt pada awal pagi Ahad.Tonggak pertahanan The Three Lions, Kieran Trippier percaya Griezmann akan menghadirkan ancaman kepada pasukan itu.“Memandangkan aksi England, Perancis merupakan pertembungan sekata dan boleh diputuskan pada jaringan gol ajaib, tumpuan tidak hanya perlu diberikan kepada Mbappe, tetapi juga Griezmann.“Saya pun tidak tahu bagaimana ancaman akan hadir menerusi Griezmann, namun saya percaya dia memiliki kualiti sepanjang pengalaman beraksi bersamanya,” katanya yang pernah beraksi bersama pemain itu sebelum ini.Jelas Trippier, pada ketika ini kebanyakan perbincangan sebelum perlawanan berkisar kepentingan membendung pendahulu Kasut Emas, Mbappe di Al Khor.“Anda perlu melihat semula bakat dia sepanjang kariernya dan apabila anda bermain dengannya, anda juga melihat bakat individunya.“Dia cukup bijak mengambil ruang. Dia juga menjaringkan gol. Dia adalah salah seorang daripada mereka walaupun dalam latihan dia pandai mengambil ruang,” kata bek kanan Newcastle United itu.Trippier pernah beraksi bersama Griezmann ketika kedua-duanya menyarung jersi Atletico Madrid kendalian Diego Simeone sebelum berpindah menyertai The Magpies.Pemain berusia 32 tahun itu memenangi La Liga pada 2020-21, sekali gus menamatkan tugasannya di Sepanyol dengan pencapaian terbaik.England mara ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan B mengatasi Amerika Syarikat, Iran dan Wales, manakala Perancis mengungguli Kumpulan D meninggalkan Australia, Tunisia dan Denmark.
4
09 Disember 2022 12:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235309/berita/sukan/singa-pilih-perancis-kalahkan-england
Singa pilih Perancis kalahkan England
MENGHITUNG detik sepak mula suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad, Perancis menjadi pilihan sebagai pemenang berbanding England.Ramalan itu dibuat oleh seekor singa yang memiliki kemahiran luar biasa mampu memilih pemenang bola sepak dan pasukan yang berpeluang menang dalam sesuatu perlawanan.Singa berusia sembilan tahun itu didakwa mempunyai kadar kejayaan 90 peratus dalam memilih pemenang di atas padang.Penjaga zoo di Khon Khaen, Thailand memberitahu, singa yang dikenali sebagai Chao Boy itu memilih pemenang dengan menggigit paha ayam yang digantung di bawah bendera dua negara.Satu rakaman pada Jumaat menunjukkan singa berkenaan memilih paha ayam yang disangkut di bawah bendera Perancis untuk melangkah ke separuh akhir.Pada mulanya apabila tanda salib St George dan tiga warna Perancis diletakkan, Chao Boy kelihatan seperti keliru.Ia mungkin memberi gambaran bahawa perlawanan akan menjadi sengit tapi akhirnya memilih pemenang.Skeptikal atau tidak, singa itu mempunyai rekod kejayaan yang jelas.Singa Thai baru-baru ini memilih Argentina berbanding Belanda, Brazil menewaskan Croatia dan Maghribi menyingkirkan Portugal.Bos zoo, Narongwit Chodchoy berkata kadar kejayaan singa itu adalah luar biasa."Chao Boy sentiasa dianggap sebagai kegemaran dalam meramalkan keputusan bola sepak," ujar Chodchoy.
4
09 Disember 2022 10:53am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235307/berita/sukan/memori-indah-lloris
Memori indah Lloris
MEMORI indah buat Hugo Lloris apabila menjadi kapten Perancis lebih sedekad menjelang sepak mula suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 menentang England pada Ahad.Tugas utama penjaga gol itu sudah pasti menyekat rakan sekelabnya di Tottenham Hotspur, Harry Kane.Lloris dan kapten England itu sudah menjadi rakan sepasukan di Tottenham sejak 2013.Namun ketika itu, Lloris sudah bergelar kapten Perancis selepas diberikan lilitan tersebut oleh Laurent Blanc pada aksi persahabatan menentang England pada November 2010.Ia hadir tidak lama selepas kempen buruk Perancis di Piala Dunia Afrika Selatan setelah tersingkir di peringkat kumpulan.Kini 12 tahun berlalu, Lloris akan mencipta rekod Perancis dengan 143 kaps berdepan England di Stadium Al-Bayt, mengatasi rekod sebelum ini dipegang Lilian Thuram."Bagi mencapainya dalam karier dan terus berada di tahap tertinggi untuk 10 hingga 12 tahun, serta jarang cedera menunjukkan betapa dia sangat konsisten," ujar penolong jurulatih Perancis, Guy Stephan.Lloris mencecah usia 36 tahun bulan ini dan sudah banyak berubah sejak menjadi kapten pada peringkat antarabangsa ketika beraksi bersama Lyon.Dia pernah berada di pihak yang kalah dalam final Liga Juara-Juara sebelum merangkul trofi Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu."Saya sudah berubah secara semula jadi. Saya rasa berbeza berbanding budak 23 tahun lalu, apabila saya diberikan lilitan kapten buat pertama kali," katanya.Kehadirannya melegakan jurulatih, Didier Deschamps terutama selepas pertahanan di depannya sudah banyak berubah sejak 2018.Berdepan masalah kecederaan dengan hanya Raphael Varane pemain tunggal yang masih kekal dalam kesebelasan utama di Rusia.Varane memuji Lloris sebagai pemain berpengaruh yang tenang walaupun statistik menunjukkan dia tidak lagi seperti dulu.Analisis oleh Opta menunjukkan Lloris hanya menyelamatkan 40 peratus daripada cubaan dihadapinya pada Piala Dunia kali ini, jatuh daripada 67 peratus berbanding 2018.Bagaimanapun kepentingan pemain itu buat Perancis melebihi angka berkenaan.Deschamps sangat perlukan pemain berpengalaman apatah lagi mereka kehilangan beberapa bintang termasuk gandingan pemain tengah, Paul Pogba dan N'Golo Kante kerana mengalami kecederaan.
4
09 Disember 2022 10:28am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235300/berita/sukan/peluang-regragui-cipta-sejarah-lagi
Peluang Regragui cipta sejarah lagi
PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui melakar sejarah tersendiri di bumi Qatar apabila menjadi jurulatih pertama Afrika membawa pasukannya ke suku akhir Piala Dunia.Kejayaan dilakar selepas Atlas Lions mengalahkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti, biarpun hanya membimbing Maghribi dalam tempoh singkat bermula Ogos.Regragui mengambil alih pasukan ketika berlaku pergolakan dalam skuad Maghribi selepas jurulatih, Vahid Halilhodzic dipecat kerana 'perbezaan pendapat' dengan persekutuan bola sepak negara itu.Di bawah pimpinan Regragui, Maghribi melalui tujuh perlawanan tanpa tewas dan hanya sekali bolos gol sendiri dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka menentang Kanada yang sudah tersingkir.Hanya dalam tempoh lima bulan selepas meninggalkan Wydad Casablanca, Regragui menjadi jurulatih antarabangsa buat kali pertama.Jurulatih berusia 47 tahun itu menjadikan negara asalnya sebagai negara Afrika Utara dan Arab pertama mara ke peringkat lapan terbaik Piala Dunia.Kemenangan ke atas Portugal pada Sabtu akan menjadikan Maghribi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir mengatasi Cameroon pada 1990, Senegal pada 2002 dan Ghana 2010."Jika anda boleh melakukannya, anda boleh, jika tidak, tidaklah."Ia tiada kaitan dengan orang Arab atau tidak. Saya berjuang untuk itu. Mungkin apabila tua, saya mungkin bangga dengan itu tapi buat masa sekarang saya bangga untuk negara saya."Dengan jurulatih tempatan ia adalah perkara terbaik untuk saya dan negara saya," katanya.Pasukan Regragui berhempas pulas menutup benteng pertahanan ketika menentang Sepanyol Selasa lalu pada perlawanan pusingan 16 terakhir pertama mereka sejak 1986.Jurulatih itu melihat beberapa keputusan besar membuahkan hasil dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan taktiknya membenarkan penguasaan perlawanan oleh Sepanyol berhasil.
4
09 Disember 2022 09:44am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/235283/berita/sukan/khuzaimi-tak-sangka-dalam-senarai-akhir
Khuzaimi tak sangka dalam senarai akhir
BEKAS pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee sama sekali tidak menyangka dapat tercalon bagi merebut gelaran 'Pertahanan Terbaik' pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) pada15 Disember ini.Khuzaimi akan bersaing sengit dengan dua lagi calon dari Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Shahrul Saad dan La'Vere Corbin-Ong yang mana ini adalah kali pertama pemain berasal dari Melaka itu mendapat pencalonan tiga terbaik.Walaupun menyifatkan tahun 2022 sebagai musim terbaik dalam kariernya, Khuzaimi mengakui peluangnya agak sukar berbanding dua lagi pencabarnya memandangkan mereka membantu JDT melengkapkan misi 'quadruple' dengan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini."Tidak sangka sebenarnya boleh tercalon tiga terbaik sebab sebelum ini rasanya ramai lagi yang hebat tetapi sekarang saya macam tidak percaya."Paling penting saya nak ucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan Negeri Sembilan dan pemain-pemain sebab beri saya peluang beraksi dan tahun ini memang rasa puas sangat," katanya.Justeru, pemain berusia 29 tahun itu berharap pencalonan diterimanya bagi anugerah tersebut mampu menyuntik semangatnya untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap perlawanan disertainya selepas ini.ABK22 yang akan berlangsung secara maya pada jam 9 malam akan menyaksikan sebanyak 16 kategori dipertandingkan antaranya Penjaga Gol Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).
4
09 Disember 2022 07:20am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235280/berita/sukan/aaron-wooi-yik-pearly-thinaah-gagal-lepasi-peringkat-kumpulan
Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah gagal lepasi peringkat kumpulan
EMPAT wakil negara termasuk juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, hari ini.Dalam perlawanan Kumpulan B, Aaron-Wooi Yik tewas kepada pilihan kempat kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China, 21-23, 24-22, 16-21, dalam perlawanan selama 66 minit di Arena Nimibutr.Beregu negara itu, yang tunduk di tangan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 12-21, 15-21, 15-21, semalam, akan melengkap jadual dengan menentang beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, esok.Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menghidupkan semula peluang apabila mengalahkan beregu Korea Selatan, Choi Sui Gyu-Kim Won Ho, 21-17, 23-21 dalam Kumpulan A selepas tewas19-21, 16-21 kepada juara bertahan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun pada perlawanaan pembukaan, semalam."Kekalahan semalam adalah pengajaran bagus kepada kami selepas begitu bertekad untuk menang semalam tetapi hari ini kami hanya mahu bermain seperti biasa tanpa tekanan dan ia berhasil,” kata Ee Yi kepada BWF selepas perlawanan tersebut.Bagaimanapun, lalu ke separuh akhir berliku apabila Yew Sin-Ei berdepan dengan pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, esok.Sementara itu, laluan Pearly-Thinaah untuk mara ke kelompok empat terbaik sudah tertutup susulan kekalahan kedua berturut-turut dialami mereka dalam saingan Kumpulan B apabila tewas di tangan juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 13-21, 15-21.Dalam pada itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sen turut gagal mara ke saingan separuh akhir apabila tewas kepada beregu tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 9-21, 12-21, dalam saingan Kumpulan A.Pearly-Thinaah akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang wakil China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu manakala Vivian-Chiew Sen menentang beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai. esok.Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mengekalkan momentum rentak kemenangan apabila tewas kepada wakil tuan rumah,Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai of Thailand, 9-21, 11-21.Selepas mengejut juara Sukan Olimpik Tokyo 2020,Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 14-21, 21-16 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, semalam, Kian Meng-Pei Jing, masih mempunyai peluang mara ke separuh akhir sekiranya menewaskan wakil tuan rumah, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, pada perlawanan akhir kumpulan esok.Dalam kumpulan A, satu lagi beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal mara ke saingan separuh akhir selepas mengalami kekalahan kedua berurut-turut apabila tumpas kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-16, 18-21, 17-21. - Bernama
4
09 Disember 2022 12:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235278/berita/sukan/croatia-brazil-sepatutnya-bertemu-di-final-dalic
Croatia, Brazil sepatutnya bertemu di final: Dalic
CROATIA mahu menikmati sepenuhnya aksi suku akhir menentang Brazil dalam misi memahat kemenangan pertama ke atas negara itu dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pada Jumaat.Jurulatihnya, Zlatko Dalic juga menyifatkan pertemuan menentang juara lima kali itu seharusnya menjadi aksi final, tetapi menerimanya sebagai lumrah bola sepak."Croatia adalah sebuah negara kecil dan menikmati kejayaan dalam dua Piala Dunia. Kami berjaya mencapai tahap ini, tetapi kami bercita-cita tinggi dan tidak mahu kekal di sini," katanya.Dalic membandingkan perlawanan itu dengan aksi final menentang Perancis empat tahun lalu yang menyaksikan mereka tewas 2-4.Beliau berkata, kegagalan untuk menang ke atas Brazil dalam empat aksi sebelum ini tidak memberi sebarang kesan kepada mereka."Saya percaya pertembungan ini akan menjadi perlawanan yang paling mencabar."Saya boleh membandingkannya dengan perlawanan akhir menentang Perancis dalam Piala Dunia sebelum ini."Lawan yang hebat dan cabaran yang hebat. Kami sudah mengharungi 11 aksi dalam dua edisi Piala Dunia dan hanya tewas sekali. Saya mengharapkan perlawanan ini berlangsung kemudian (di final), tetapi ini adalah lumrah kehidupan," katanya.Menurut Dalic, Brazil adalah antara pasukan paling mengujakan di Qatar, manakala Croatia dengan 18 pemain baharu dalam skuad itu sejak 2018, masih belum membuktikan kemampuan sebenar.Cuma segelintir pemain veteran daripada kempen mereka disenaraikan kali ini yang diketuai kapten berusia 37 tahun, Luka Modric."Terdapat 18 pemain baharu yang tidak berada di Piala Dunia (2018). Kami memerlukan masa untuk berkembang dan matang. Kejayaan menjadi antara lapan pasukan terbaik adalah luar biasa."Mereka masih perlu membuktikan kemampuan sebenar di Piala Dunia dan esok (Jumaat) adalah peluang yang baik untuk berbuat demikian."Kami mahu melakukan lebih banyak lagi dan jika berjaya melakukannya, ia adalah sesuatu menakjubkan," ujar Dalic.
4
08 Disember 2022 11:59pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235275/berita/sukan/fuente-naik-pangkat-latih-sepanyol
Fuente naik pangkat latih Sepanyol
SEPANYOL bertindak segera untuk membentuk skuad baharu ekoran kegagalan melangkah ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 awal minggu ini.Bagi menjayakan usaha itu Luis de la Fuente dinamakan sebagai jurulatih baharu La Roja setelah Luis Enrique dipecat selepas dikecewakan Maghribi dalam saingan kalah mati.Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan kenaikan pangkat jurulatih Bawah 21 tahun (B-21) pasukan itu."RFEF memilih Luis de la Fuente sebagai jurulatih baharu Sepanyol."RFEF sudah membentangkan laporan kepada presiden."Projek baharu perlu dimulakan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol dengan matlamat untuk meneruskan pencapaian yang dilakar sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil usaha yang dilaksanakan Luis Enrique dan kakitangannya," kata RFEF dalam satu kenyataan.Sepanyol dikejutkan dengan kekalahan di tangan Maghribi menerusi penentuan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan, awal pagi Selasa lalu.
4
08 Disember 2022 10:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235274/berita/sukan/sepanyol-pecat-enrique-sebagai-jurulatih
Sepanyol pecat Enrique sebagai jurulatih
MALANG nasib Luis Enrique apabila dipecat sebagai jurulatih Sepanyol selepas juara 2010 itu kecundang kepada Maghribi pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 awal minggu ini.Perkara tersebut disahkan dalam satu kenyataan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol pada Khamis."Presiden, Luis Rubiales dan Pengarah Sukan, Jose Francisco Molina sudah memaklumkan keputusan itu kepada jurulatih," kata kenyataan itu.Sepanyol diaibkan dengan kekalahan kepada Maghribi menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.Pengendali berusia 52 tahun itu selepas perlawanan mengakui bertanggungjawab ekoran kegagalan Sepanyol mara ke suku akhir.Enrique juga mengakui bahawa beliau perlu dipersalahkan susulan kekalahan berkenaan.Enrique dilantik sebagai jurulatih Sepanyol pada 2018 dan mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.
4
08 Disember 2022 10:41pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/235253/berita/sukan/farkhan-nekad-buru-gelaran-juara-asia-bridgerweight
Farkhan nekad buru gelaran juara Asia Bridgerweight
WALAUPUN belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan bahu kanan, petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron tetap bersemangat untuk memburu gelaran juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia kategori Bridgerweight (bawah 100 kilogram) di Stadium Tertutup Arena Larkin di Johor Bahru pada 25 Disember ini.Petinju berusia 34 tahun dari Johor itu akan turun melakukan perhitungan bersama petinju Turkiye, Yousof Mohammadiosmanvandi dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2022, selepas lebih tiga tahun berehat daripada beraksi di atas gelanggang.Farkhan yang mempertahankan gelaran Juara Asia bagi Kelas Cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Kelas Light Heavyweight WBC mengakui berasa agak tertekan 'berdepan' Yousuf yang mempunyai rekod baik pada tahun ini apabila merangkul kejuaraan sebanyak dua kali menerusi pukulan 'technical knock out' (TKO)."Saya buat pembedahan bahu kanan pada April tahun lepas disebabkan artritis iaitu pembedahan ini yang kedua selepas 2009 kerana rasa kesakitan yang sama macam dulu (2009) dan bila jumpa doktor, disyorkan buat pembedahan."Kalau terlampau banyak buat latihan, saya memang perlu berjumpa doktor iaitu sebulan sekali kena buat terapi Platelet-rich plasma (PRP). Namun, saya masih kuat semangat untuk kembali beraksi di atas gelanggang tinju selepas tiga tahun dan positif bahawa yang terbaik akan menang," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sidang Akhbar Kejohanan JIBC yang dianjurkan oleh Persatuan Tinju Negeri Johor dengan kerjasama FH Sports Promotion & Sports Johor Sdn Bhd di Muzium Majlis Olimpik Malaysia (OCM) pada Khamis.Farkhan yang memiliki rekod kemenangan 100 peratus, apabila memenangi kesemua 11 pertarungan beliau sebelum ini, bagaimanapun berkata, beliau mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman dalam tinju profesional serta sudah menetapkan strategi mantap untuk menentang pihak lawan.Anak kepada bekas petinju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail itu berkata, sudah menjalani latihan intensif di Singapura, iaitu sebahagian besar rakan sepelatih di sana mempunyai keadaan fizikal yang hampir sama dengan bakal lawannya dari Turkiye nanti. - Bernama
4
08 Disember 2022 07:02pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/235250/berita/sukan/tfc-nafi-azam-angkat-kaki
TFC nafi Azam 'angkat kaki'
TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menafikan khabar angin bahawa tonggak pertahanan Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad akan berhijrah ke pasukan lain musim depan.Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, Azam yang juga pemain kebangsaan telah menyatakan komitmen untuk kekal bersama skuad Penyu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan peluang beraksi di Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan."Azam telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama TFC untuk memantapkan kariernya di kelab yang dianggap antara terbaik di Malaysia."Jadi tidak ada keperluan untuk Azam berhijrah walaupun memang betul beliau ada menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Super yang sungguh-sungguh berminat bagi mendapatkan khidmatnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, Ab Rasid berkata, Azam kini sedang giat menjalani latihan bersama skuad negara di bawah bimbingan ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi menghadapi saingan Piala AFF tidak lama lagi. - Bernama
4
08 Disember 2022 06:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235234/berita/sukan/fifa-denda-croatia-penyokong-persenda-penjaga-gol-kanada
FIFA denda Croatia penyokong persenda penjaga gol Kanada
CROATIA didenda Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara tindakan penyokongnya mempersendakan penjaga gol Kanada, Milan Borjan, sewaktu perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar baru-baru ini.Dilahirkan di Knin di Croatia, Borjan ialah etnik Serb yang melarikan diri ke Belgrade pada 1995 semasa 'Operation Storm' - perjuangan Croatia dalam perang kemerdekaannya.Borjan kemudian berpindah ke Kanada dan mewakili negara itu di peringkat antarabangsa, walaupun menghabiskan sebahagian besar kariernya di kelab Serbia, menurut dpa.Borjan menyifatkan tindakan penyokong Croatia itu sebagai "primitif" dan FIFA mengumumkan pihaknya akan memulakan siasatan.FIFA kemudian memutuskan mengenakan denda terhadap Persekutuan Bola Sepak Croatia sebanyak 50,000 franc Swiss (kira-kira RM234,000).Pada perlawanan itu Croatia menang 4-1 ke atas Kanada. - Bernama
4
08 Disember 2022 05:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235230/berita/sukan/bukan-aksi-sebenar-pearly-thinaah
'Bukan aksi sebenar Pearly, Thinaah'
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal mempamerkan aksi sebenar mereka setelah terlepas slot separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Thailand.Biarpun berbaki satu aksi, peluang buat pasangan nombor sembilan dunia itu untuk mara ke kelompok empat terbaik sudah tertutup.Ia susulan kekalahan kedua berturut-turut mereka dalam saingan Kumpulan B apabila tewas di tangan juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 13-21, 15-21 dalam aksi di Arena Nimibutr, Bangkok pada Khamis.Justeru, gandingan negara itu digesa bangkit dengan memberi fokus untuk menjuarai saingan Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur bulan depan.Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky kecewa dengan persembahan Pearly-Thinaah pada kejohanan akhir musim itu kerana jauh berbeza berbanding ketika mereka mengungguli saingan Terbuka Perancis, Oktober lalu."Mereka tidak bermain seperti mana yang kita harapkan, prestasi yang ditampilkan di sini jauh berbeza jika dibandingkan ketika di Terbuka Perancis."Apapun, mereka perlu bangkit dan menetapkan sasaran untuk menjuarai saingan Terbuka Malaysia," ujar Rexy.Pearly-Thinaah pada Rabu tewas pada aksi pembukaan di tangan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia 21-23, 19-21.Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang beregu nombor tujuh dunia dari China, Zhang Shu Xian-Zheng pada Jumaat.Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin kembali mengintai peluang untuk mara ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho 21-17, 23-21 dalam aksi Kumpulan A.Ee Yi-Yew Sin pada Rabu kalah aksi pembuka tirai kepada beregu nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 19-21, 16-21.Kemenangan pada Khamis membawa mereka kembali di landasan bagi memburu slot ke separuh akhir, namun wajib menang pada aksi terakhir kumpulan menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada Jumaat.“Semalam (Rabu) kami terlalu mengharapkan kemenangan dan ia memberi tekanan kepada kami. Jadi, hari ini (Khamis) kami cuba untuk tidak terlalu memberikan tekanan dan menikmati permainan. Kami gembira berjaya memenangi perlawanan.“Kami tidak boleh meraikan kemenangan ini kerana masih ada satu lagi perlawanan penting dan mungkin beberapa perlawanan lagi jika kami menang esok (Jumaat) ada lagi dua perlawanan,” ujar Yew Sin.
4
08 Disember 2022 04:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235222/berita/sukan/rezeki-pemain-simpanan-australia-dapat-jersi-messi
Rezeki pemain simpanan Australia dapat jersi Messi
BIARPUN tidak beraksi walaupun untuk satu minit pada Piala Dunia 2022, namun pemain tengah Australia, Cameron Devlin memahat memori terindah dalam kerjaya bola sepaknya di Qatar.Pemain berusia 24 tahun itu menerima 'hadiah besar' apabila bertukar jersi dengan bintang Argentina, Lionel Messi selepas tamat aksi 16 pasukan terbaik 4 Disember lalu.Devlin yang beraksi dengan kelab Heart of Midlothian di Liga Scotland bertukar jersi selepas Socceroos kalah 1-2 dan Messi meledak satu gol dalam penampilan ke-1,000 itu.Usai perlawanan, ramai pemain muda Australia merakamkan foto dengan pemenang enam kali anugerah Ballon d'Or itu yang dianggap antara yang terbaik di dunia.Ketika rakan sepasukan berkongsi gambar swafoto dan detik berjabat tangan dengan legenda Argentina itu sebagai kenangan, Devlin membuka rahsia bagaimana dia mampu mendapatkan jersi Messi walaupun langsung tidak beraksi di Qatar.“Saya masuk ke padang dan menenangkan rakan sepasukan terlebih dahulu dan kemudian bersalaman dengan Messi,” kata Devlin kepada wartawan di Lapangan Terbang Sydney sebaik tiba dari Qatar pada Rabu.“Tiada siapa bercakap apa-apa, jadi saya mencuba nasib dan dia berkata, 'Saya (Messi) jumpa anda di dalam'. Itulah yang terjadi.“Pada mulanya saya mahu memberi peluang kepada pemain lain mengambil kesempatan itu tetapi tiada siapa pedulikannya, jadi saya fikir mengapa tidak saya?” tambahnya.Walaupun Messi bergelar bintang ternama, dia sudi bertukar jersi dengan Devlin walaupun langsung tidak mengenali siapa lelaki itu.Klip video yang tular di media sosial menunjukkan Messi bertukar jersi dengan Devlin sambil memegang badan pemain Australia itu.“Jersi dia lebih bernilai dan saya terkejut dia sudi menerima jersi saya.“Sudah tentu Messi tak kenal saya tetapi dia lelaki yang baik dan merendah diri,” ujar Devlin.
4
08 Disember 2022 04:06pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235212/berita/sukan/ryu-hirose-akui-harimau-malaya-lebih-hebat
Ryu Hirose akui Harimau Malaya lebih hebat
PENGENDALI Kemboja, Ryu Hirose melabel Harimau Malaya sebagai sebuah pasukan yang kuat berbanding pasukannya menjelang aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Menurutnya, kekuatan dimiliki Harimau Malaya itu mampu memberikan tentangan yang baik dan dilihat sebagai lawan paling tepat buat pasukannya dalam persiapan menghadapi Piala AFF."Tidak kira siapa yang melatih Harimau Malaya, mereka merupakan sebuah pasukan yang bagus di Asia."Kami akan mengharungi perlawanan ini dan berusaha menjadi pasukan lebih baik di Asia dan ASEAN," katanya pada sidang media Pra Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja pada Khamis.Kemboja diundi dalam kumpulan A dan dijadualkan menentang Filipina pada aksi pembukaan Piala AFF pada 20 Disember ini.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pasukannya itu baru sahaja memulakan latihan susulan Liga Kemboja yang tamat minggu lalu.Beliau turut menjelaskan, perlawanan menentang Malaysia merupakan perlawanan pemanas badan tunggal yang akan diharungi pasukannya sebelum kejohanan bermula."Kalau ikutkan kami ada satu lagi perlawanan persahabatan tetapi tidak menjadi kenyataan atas beberapa sebab."Selepas ini, kami akan pulang dan menyambung persiapan di Kemboja," katanya.
4
08 Disember 2022 03:40pm
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/235204/berita/sukan/video-penantian-26-bekas-pemain-selangor-miliki-rumah-tertunai
[VIDEO] Penantian 26 bekas pemain Selangor miliki rumah tertunai
PENANTIAN selama 27 tahun bekas pemain Selangor untuk menikmati hadiah dijanjikan kerajaan negeri tercapai apabila setiap seorang memperoleh unit kediaman pangsapuri bernilai kira-kira RM250,000.Malah, kediaman Pangsapuri Selangorku Idaman Abadi, Tropicana Heights di Kajang 2, Hulu Langat diperoleh 26 bekas pemain yang menjulang Piala Malaysia 1995 itu turut dilengkapi dengan kelengkapan perabot.Menurut bekas tonggak tengah pasukan Selangor, Shahril Arsat, dia bersyukur walaupun sebenarnya pernah 'putus asa' apabila penantian dan segala penat lelah pemain pasukan itu menjulang nama Selangor terbayar."Selama 27 tahun kita menunggu dan mengharap dan bagi saya ia seperti 'sudah tiada' namun dengan usaha kerajaan Selangor khususnya Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) ia dapat direalisasikan semula."Tidak dinafikan dalam kelompok pasukan ini ada yang bernasib baik dan ada juga yang tidak bernasib baik dan ini adalah hasil titik peluh kami satu pasukan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Beliau ditemui pada Majlis Cabutan Undian Unit dan Menandatangani Penjanjian Penyerahan Hartanah 26 Bekas Pemain Piala Malaysia 1955 Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Khamis.Majlis disempurnakan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail.Sementara itu, isteri kepada seorang lagi bekas penyerang Selangor, Allahyarham Anuar Abu Bakar, Siti Mariam Sathawee, 49, berkata, dia dan anak-anaknya lega selepas hasrat arwah tercapai apabila menerima ganjaran seperti yang dijanjikan.Siti Mariam (tengah) berasa lega selepas hasrat arwah suaminya untuk menerima ganjaran berjaya ditunaikan."Lebih 26 tahun dah nak masuk 27 tahun kami tunggu dan dahulu ketika arwah masih hidup dia usahakan juga untuk mendapatkan (ganjaran) ini namun tidak tercapai dan tuntutan ini diteruskan rakan rakan arwah yang akhirnya berjaya dan kami sekeluarga bersyukur," katanya.Sementara itu, Kapten Selangor menjulang Piala Malaysia 1995, Ismail Ibrahim pula mengakui hasil kerja secara berpasukan yang diterapkan sejak dahulu sehingga selepas bersara daripada sukan bola sepak akhirnya membuahkan hasil."Kami sama-sama usahakan dan masih bersama sehingga sekarang kerana kita tahu tidak semua pemain yang ada dalam pasukan ini menjalani kehidupan yang mudah, mungkin ada mereka yang memerlukan sesuatu."Walaupun mereka mungkin ada rumah tetapi untuk kesinambungan untuk kehidupan harian mungkin mereka memerlukan sesuatu seperti ini," katanya.
4
08 Disember 2022 03:03pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235184/berita/sukan/medan-pan-gon-nilai-pemain
Medan Pan-gon nilai pemain
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan menjadikan perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat sebagai medan penilaian pemain sebelum mengharungi kempen Piala AFF 2022.Menurutnya, kemampuan setiap pemain akan diuji sebaik mungkin selain menuntut aksi konsisten dan penuh bertenaga dipamerkan skuad Harimau Malaya.Malah, beliau juga menyifatkan perlawanan pemanas badan itu menjadi medan mencuba ramuan berbeza terutama dengan kehadiran ramai muka baharu dan pemain muda."Sudah tentu kita mengharapkan keputusan positif daripada perlawanan ini, tetapi apa yang lebih penting adalah kita mahu melihat dan menilai pemain daripada pelbagai sudut terutama bagaimana mereka beradaptasi dengan corak permainan pasukan."Saya juga mahu pemain mendominasi perlawanan setiap minit dan mereka dapat konsisten dalam persembahan yang diberikan," katanya dalam sidang media Pra Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja pada Khamis.Skuad negara yang mula menjalani latihan pusat bermula 29 November lalu akan turut berdepan Maldives dalam satu lagi aksi persahabatan pada 14 Disember di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala AFF kali ini, akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu juga bersedia memberikan ruang buat pemain muda dan muka baharu untuk beraksi dalam perlawanan menentang Kemboja itu."Penyokong akan dapat melihat pemain baharu beraksi. Saya tidak mahu meletakkan tekanan dan saya beri galakan kepada mereka."Apa yang perlu mereka buat adalah tunjukkan keupayaan mereka di atas padang," ujarnya.
4
08 Disember 2022 01:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235177/berita/sukan/video-peminat-kecam-pegawai-brazil-lempar-kucing
[VIDEO] Peminat kecam pegawai Brazil lempar kucing
PETUGAS media di Piala Dunia Qatar 2022 dikejutkan dengan tindakan 'zalim' seorang pegawai Brazil yang melempar seekor kucing ke lantai.Insiden itu berlaku ketika lelaki terbabit duduk bersebelahan Vinicius Jr dalam sidang media skuad Selecao pada Khamis menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan Croatia pada Jumaat.Ketika kejadian, Vinicius, 22, menjawab soalan wartawan semasa kucing malang itu melompat ke meja mereka.Pegawai berkenaan kemudian memegang haiwan itu dan melempar ke lantai sekali gus mengejutkan wartawan dan Vinicius, tetapi lelaki itu menunjukkan reaksi selamba sambil mengangkat bahu dan terus meminta soalan lain.Bintang Brazil itu cuma ketawa, namun berbeza dengan pegawai medianya yang tampak tidak senang dan berang dengan kehadiran kucing tersebut.Tindakan biadab pegawai terbabit menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut dalam kalangan warganet di media sosial.Peminat Vinicius di media sosial turut bengang dan mempersoalkan tindakan pegawai tersebut.“Mengapa dia melemparkannya?” ciap seorang peminat di Twitter.Seorang lagi berkata: “Dia tak perlu melemparkannya seperti itu.”Peminat lain pula berpendapat: “Kenapa dia memegang kucing seperti itu. Saya harap Brazil tak menang Piala Dunia.”
4
08 Disember 2022 01:13pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235174/berita/sukan/covid-19-bukan-punca-switzerland-tewas
Covid-19 bukan punca Switzerland tewas
SKUAD Switzerland menafikan beberapa pemain yang dilaporkan sakit sebelum ini menghidap Covid-19 ketika mereka masih mencari jawapan punca kekalahan kepada Portugal pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022, semalam.Dilaporkan sekurang-kurangnya tiga pemain menerima kesan daripada sakit itu ketika mereka kalah besar kepada Portugal 1-6.Kem Switzerland mengalami masalah kesihatan itu dengan pengurusan pasukan menyifatkan situasi itu sebagai 'selesema'.Jurulatihnya, Murat Yakin memberitahu, Silvan Widmer mengalami demam dan gejala selesema, manakala Fabian Schaer digantikan pada babak pertama kerana bergelut dengan pernafasan dan Nico Elvedi pula tidak diturunkan susulan tidak cergas 100 peratus.“Kami kurang kesegaran. Malangnya, kami mempunyai beberapa pemain yang sakit atau mengalaminya dan lawan pula lebih kekuatan,” kata Yakin.Dalam pada itu Pengarah Sukannya, Pierluigi Tami pula menjelaskan ia bukan persoalan mengenai Covid-19 sebaliknya ia adalah virus yang merebak di hotel.“Bukan semua tetapi beberapa pemain mengalaminya. Kami tahu mengenai masalah itu (virus) dan membuat cadangan kepada pasukan.“Pada mulanya ia bukan satu masalah. Namun kami akan lihat sekiranya kami boleh melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa depan,” katanya.
4
08 Disember 2022 12:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235158/berita/sukan/scaloni-van-gaal-sama-handal
Scaloni, van Gaal sama handal
PERCATURAN menarik antara jurulatih veteran, Louis van Gaal yang membimbing Belanda dan pengendali muda, Lionel Scaloni yang mengemudi Argentina pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 pada Sabtu.Scaloni adalah pengendali termuda di Qatar, namun dengan usia 44 tahun dia tekad membuktikan kekurangan pengalaman bukan penghalang buat Argentina mengalahkan Belanda.Van Gaal juga merupakan idolanya ketika Scaloni menjadi pemain."Saya beraksi di Deportivo La Caruna ketika van Gaal menjadi jurulatih Barcelona dan dia dikenali ramai."Saya bangga dapat menentangnya, semua orang tahu apa yang dilakukannya untuk bola sepak," katanya.Scaloni merujuk kepada van Gaal yang berusia 71 tahun - jurulatih paling tua di Qatar.Cetek pengalaman sebagai ketua jurulatih di peringkat senior, Scaloni bermula sebagai pengendali sementara menggantikan Jorge Sampaoli dan kemudian diberikan kontrak kekal sehingga 2026.Selain perlu menepis kritikan yang meragui kelayakannya, Scaloni juga perlu mendapat keyakinan pemain.Dia kemudian membalasnya dengan membantu Argentina menamatkan kemarau 28 tahun gelaran Copa America 2021 selepas menewaskan tuan rumah Brazil 1-0.Scaloni melakar kejayaan yang gagal dicapai Daniel Passarella, Marcelo Bielsa, Alejandro Sabella dan Gerardo selepas dua tahun mengendalikan skuad Argentina."Pada mulanya kami salah faham."Scaloni kini meyakinkan kami dalam apa sahaja," ujar pemain tengah, Rodrigo De Paul mengimbas kejayaan Argentina merangkul trofi Copa Amerika.
4
08 Disember 2022 10:39am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235160/berita/sukan/piala-dunia-martinez-terpaksa-ambil-ubat-tahan-sakit
Piala Dunia: Martinez terpaksa ambil ubat tahan sakit
PENYERANG Argentina, Lautaro Martinez terpaksa mengambil suntikan ubat tahan sakit untuk membolehkannya beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 bersama pasukan kebangsaan.Ejen pemain berkenaan, Alejandro Camacho berkata, pemain Inter Milan itu sedang bergelut dengan kecederaan buku lali yang dihadapinya sebelum ini."Lautaro telah mengambil suntikan tahan sakit kerana dia mengalami kesakitan yang teruk di buku lalinya."Dia bekerja keras untuk menghilangkan rasa sakit itu dan apabila rasa sakit itu hilang selepas diberikan suntikan, dia tanpa banyak alasan akan beraksi di atas padang."Martinez adalah pemain terbaik di dunia dan mentalnya sangat kuat," katanya.Martinez masih belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan Piala Dunia kali ini walaupun telah melakukan empat penampilan membantu La Albiceleste mara ke suku akhir.Dia yang memulakan aksi dalam kekalahan mengejut 0-2 ketika menentang Arab Saudi dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menyaksikan dua golnya dibatalkan akibat ofsaid.Dia kemudiannya diletakkan di bangku simpanan ketika perlawanan terakhir kumpulan menentang Poland dan hanya masuk untuk tempoh 20 minit ketika kemenangan ke atas Australia dalam pusingan 16 pasukan terbaik.Tonggak Manchester City, Julian Alvarez diberikan kepercayaan oleh pengendali Argentina, Lionel Scaloni untuk bermain di tempat Martinez."Pertandingan ini membuatkan Martinez dan Julian bertambah kuat dan serasi. Mereka berdua adalah memerlukan antara satu sama lain," kata Camacho.
4
08 Disember 2022 10:38am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235154/berita/sukan/kane-bukan-ancaman-buat-perancis
Kane bukan ancaman buat Perancis
PERANCIS tidak melihat penyerang utama England, Harry Kane sebagai ancaman besar buat pasukan itu dalam perhitungan di peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 Ahad ini.Pertahanan Perancis, Ibrahima Konate berkata, Les Blues tidak akan menumpukan untuk hanya mengawal Kane selain menyifatkan ramai lagi pemain bahaya dalam skuad England."Kane memang seorang pemain yang bagus dan saya pernah berhadapan dengannya beberapa kali."Kami perlu melihat kepada keseluruhan pasukan dan bukan hanya seorang pemain. Jika, kami bermain baik kami akan dapat keputusan yang baik juga."Bola sepak tidak hanya dimainkan oleh seorang atau dua orang pemain sahaja. Ia menjadi tugas jurulatih memberitahu apa yang perlu kami lakukan dalam setiap perlawanan," katanya.Pandangan Konate itu berdasarkan statistik yang menyaksikan lapan pemain England sudah menjaringkan 12 gol dalam empat perlawanan sebelum ini.Dalam pada itu, pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot percaya pasukannya tidak berdepan masalah sekiranya England mahu meletakkan kawalan ketat ke atas penyerang sensasi mereka, Kylian Mbappe.Mbappe setakat ini telah meledak lima gol daripada keseluruhan sembilan gol yang dijaringkan Perancis."Kami tidak terlalu bergantung kepada Mbappe. Kami hanya tahu 80-90 peratus jaringan kami hasil sumbangannya dan tugas kami adalah memberikan bantuan untuk dia menjaringkan gol," katanya.
4
08 Disember 2022 10:18am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235155/berita/sukan/gvardiol-benteng-ampuh-croatia
Gvardiol benteng ampuh Croatia
PIALA Dunia Qatar 2022 menjadi medan buat pemain muda Croatia, Josko Gvardiol untuk membuktikan keampuhannya di benteng pertahanan menjelang suku akhir menentang Brazil pada Jumaat.Pertahanan tengah berusia 20 tahun itu merupakan karakter penting skuad bimbingan Zlatko Dalic melangkah ke kelompok lapan terbaik.Gvardiol bakal berdepan tugas sukar untuk menyekat jentera serangan Brazil pada aksi lapan terakhir di Stadium Education City.Dalic memberi peluang Gvardiol beraksi di Piala Dunia ketika pemain veteran Domagoj Vida yang memiliki 100 kaps menjadi penonton di bangku simpanan."Josko (Gvardiol) sangat muda, namun kami yakin dan percaya kepadanya. Dia beraksi sangat baik bersama RB Leipzig," katanya.Dia mempamerkan aksi cemerlang ketika Croatia seri tanpa jaringan menentang Belgium dan mengatasi Jepun menerusi penentuan penalti pada peringkat 16 terakhir.Gvardiol dikaitkan dengan beberapa kelab besar Eropah termasuk Real Madrid dan Manchester United susulan prestasi cemerlang bersama Leipzig musim lalu.Dia mempunyai reputasi sebagai pertahanan lengkap dalam saingan peringkat tertinggi walaupun memakai topeng muka selepas patah hidung bulan lalu.Namun tahun lalu, Gvardiol dikritik selepas Croatia tewas kepada Sepanyol 3-5 dalam masa tambahan di Euro 2020 tetapi tetap mendapat kepercayaan Dalic."Saya percaya anda tak boleh menjadi pemain bagus tanpa sokongan jurulatih. Dia membuat kesilapan dan itu biasa tapi dia akan bertambah matang," ujar Dalic.Andai Gvardiol mampu menyekat serangan Neymar, Richarlison, Raphinha dan Vinicius Junior pada suku akhir masa Gvardiol mampu bersinar bersama Croatia selepas Luka Modric dan pemain seangkatan dengannya bersara.
4
08 Disember 2022 10:07am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235152/berita/sukan/ronaldo-masih-pemain-penting-buat-portugal
Ronaldo masih pemain penting buat Portugal
KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo masih dianggap pemain penting dan tidak harus diketepikan oleh pasukan kebangsaan Portugal.Bekas pertahanan Real Madrid, Michel Salgado berkata, Ronaldo ketika ini sedang bergelut dengan prestasi kerana berada di penghujung karier, namun yakin pemain itu akan membuktikan sesuatu dalam saingan Piala Dunia ini."Kita semua perlu menghadapi perubahan kerana ia adalah kehidupan dan sentiasa ada tekanan."Tetapi, dia perlu menghadapinya dan semua orang melaluinya. Pada satu ketika kita dianggap penting dalam apa yang kita lakukan, tetapi kemudian segalanya berubah."Anda boleh melihat bahawa pemain lain akan datang dan menunjukkan bahawa mereka boleh bermain tanpa anda dan menang. Tetapi, sangat jelas bahawa jasa Ronaldo untuk bola sepak adalah besar."Saya mengenalinya dengan baik dan dia tidak akan patah semangat dengan apa yang sedang dihadapi. Dia akan masih berfikir bahawa akan menjaringkan gol kemenangan Piala Dunia dan Portugal akan menjadi juara bersamanya," katanya.Pengendali Portugal, Fernando Santos tidak menyenaraikan Ronaldo dalam kesebelasan utama ketika aksi 16 pasukan terbaik menentang Switzerland pada Rabu.Pengganti Ronaldo iaitu pemain muda, Goncalo Ramos mencipta sensasi apabila meledak hatrik dalam kemenangan 6-1 ke atas Switzerland.Salgado yang meninggalkan Real pada 2009 selepas ketibaan Ronaldo ke kelab itu percaya, pemenang lima kali d'Or itu perlu diberikan peranan sebaiknya dalam aksi suku akhir bertemu Maghribi."Santos mempunyai cara bermain tanpa Ronaldo. Tetapi, jika saya sebagai seorang pengurus, anda perlu bergantung kepada Ronaldo jika anda mahu memenangi Piala Dunia ini. Itu jelas."Apa yang diperlukan Ronaldo adalah sentiasa positif dan terus memberi tumpuan kepada pasukan kebangsaan. Namun, perlu diakui inilah detik perubahan yang perlu dilalui Ronaldo," katanya.
4
08 Disember 2022 09:58am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235150/berita/sukan/tiada-ruang-buat-ronaldo-di-psg
Tiada ruang buat Ronaldo di PSG
PRESIDEN Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi menegaskan juara Ligue 1 Perancis itu tidak berhasrat mendapatkan khidmat bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo.Sebaliknya Nasser berkata, Les Parisiens itu sudah memiliki skuad yang serba lengkap dalam menggalas cabaran kejuaraan domestik dan Eropah."Tiga pemain yang kami ada (Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe), ia akan menjadi sangat sukar untuk memikirkan Ronaldo, tetapi saya mendoakan yang terbaik untuknya."Dia masih memiliki aura fantastik dan masih merupakan pemain yang hebat."PSG merupakan kelab terbaharu menyatakan tidak berhasrat mendapat khidmat bintang sensasi Portugal itu selepas pemergiannya dari Manchester United.Ronaldo, yang kini menjadi ejen bebas sebelum ini juga dikaitkan dengan gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich sebagai destinasi terbaharu bekas penyerang Sporting Lisbon, Real Madrid dan Juventus tersebut.Namun Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn tampil menafikan kelab tersebut berminat mendapatkan khidmat Ronaldo pada akhir November lalu.Ronaldo juga menafikan laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr.
4
08 Disember 2022 08:49am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235132/berita/sukan/ronaldo-nafi-pindah-ke-kelab-arab-saudi
Ronaldo nafi pindah ke kelab Arab Saudi
BEKAS bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara mengenai laporan yang mengaitkan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr apabila menegaskan perkara tersebut tidak benar.Pemain berusia 37 tahun itu meninggalkan The Old Trafford bulan lalu selepas hubungannya retak dengan pengendali kelab dan bertambah buruk apabila dia membuat beberapa kenyataan kontroversi dalam wawancara televisyen dengan Piers Morgan.Sejak itu spekulasi tersebar mengenai kelab yang akan disertai Ronaldo, dengan penyerang tersebut merupakan ejen bebas kini menuju ke separuh kedua musim perpindahan pemain bola sepak dunia.Laporan media sebelum ini mendakwa penyerang Portugal tersebut berada diambang mengikat kontrak dua setengah tahun dengan Al Nassr yang akan menyaksikan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bakal menerima 173 juta pound (RM925 juta) semusim.Namun kemenangan besar Portugal 6-1 ke atas Switzerland dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022, yang mana Ronaldo digugurkan memihak kepada wira hatrik Goncalo Ramos, bintang veteran itu menolak khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Timur Tengah."Tidak, itu tidak benar - tidak benar," kata Ronaldo kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.Sementara itu, sumber yang rapat dengan Ronaldo memberitahu media bahawa 'perjanjian yang didakwa' selesai tersebut merupakan perkara karut.Penyerang itu sebelum ini tidak membuat sebarang komen mengenai masa depannya semasa kempen Piala Dunia, namun kini dia mengesahkan tidak akan berpindah ke Arab Saudi.Al-Nassr adalah antara kelab paling berjaya di Arab Saudi, setelah dinobatkan sebagai pemenang liga utama negara itu sembilan kali, dengan kemenangan terbaru pada 2019.
4
07 Disember 2022 11:31pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235115/berita/sukan/rowley-sanggup-terbang-semula-ke-malaysia-dalam-tempoh-72-jam
Rowley sanggup terbang semula ke Malaysia dalam tempoh 72 jam
PEMAIN kacukan Malaysia-Australia, David Rowley sanggup terbang semula ke Malaysia dalam tempoh 72 jam selepas tiba di Berlin, Jerman kerana keterujaannya dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bimbingan pengendali Kim Pan-gon.Pemain tengah Sri Pahang FC itu yang hampir tiga tahun tidak bertemu keluarga berkata, beliau tidak teragak-agak untuk kembali ke Kuala Lumpur, sejurus dimaklumkan namanya disenarai bagi persediaan menghadapi Piala AFF 2022 dari 20 Disember sehingga 16 Januari depan.“Saya tiba di Jerman dan selepas tiga hari saya cakap pada isteri saya, maaf saya mesti balik Malaysia dan dia sangat terkejut tetapi gembira.“Saya memang ada perancangan untuk bercuti, saya tak jumpa keluarga dan isteri sudah tiga tahun tapi inilah bola sepak," katanya yang membuat kejutan bertutur dalam Bahasa Malaysia ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) di Kelana Jaya pada Rabu.Rowley yang berazam untuk berada dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala AFF, merupakan antara muka baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat pasukan negara bermula 29 November lepas, selain dua rakan sepasukannya di Sri Pahang yang juga pemain naturalisasi Sergio Aguero dan Lee Tuck.Beliau sudah bersedia dengan apa sahaja arahan dan yang bakal diberikan Pan Gon demi memastikan pasukan mencapai kejayaan disasarkan.“Saya akan cuba yang terbaik jika diminta untuk menjaringkan gol, saya akan cuba, jika bertahan, saya akan cuba bertahan untuk pasukan...dengan Sri Pahang saya berikan terbaik, saya jaringkan gol. Jadi saya berharap saya boleh jaringkan gol pada sepakan sudut, sepakan percuma dan juga membantu pemain baharu dalam pasukan,” kata pemain berusia 32 tahun itu.Dalam pada itu, Rowley yang mengumpul keseluruhan tujuh gol bersama Sri Pahang musim ini, mengakui tidak pernah berjumpa seorang jurulatih seperti Pan-gon sepanjang karier bola sepaknya, disebabkan sikap profesional amat tinggi ditonjolkan jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun itu.“Setiap hari kita ada perancangan, ia sangat teliti bermula dari bangun ke (waktu) tidur semuanya kita tahu. Sikap profesional beliau (Pan-gon) sangat tinggi dan sesuatu yang saya tidak pernah lihat sebelum ini,” katanya.Sebagai persediaan menghadapi Piala AFF akan datang, Malaysia akan mengharungi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing menentang Kemboja di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jumaat ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember ini.Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B Piala AFF 2022 akan memulakan cabaran dengan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember, Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari). - Bernama
4
07 Disember 2022 10:23pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235114/berita/sukan/aaron-wooi-yik-mula-langkah-kiri-hari-pertama
Aaron-Wooi Yik mula langkah kiri hari pertama
JUARA dunia beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkap kempen Kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok dengan langkah kiri pada Rabu.Gandingan juara dunia itu tewas kepada beregu ranking keenam dunia dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 12-21, 15-21 di Nimibutr Arena dalam tempoh 32 minit.Beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga akur kehebatan gandingan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.Naib juara Terbuka Australia tersebut tewas 19-21, 16-21 kepada beregu ranking pertama dunia dalam aksi Kumpulan A yang mengambil masa 39 minit.Beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga memulakan kempen Kumpulan A dengan akur kehebatan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia, 12-21, 15-21 dalam masa 35 minit.Sementara itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur tewas 21-23, 19-21 kepada gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.Pearly-Thinaah yang kini menduduki ranking kesembilan dunia berdepan laluan mencabar apabila diundi dalam ‘kumpulan maut’ pada saingan Jelajah Dunia Akhir BWF kali ini.Mereka diundi dalam Kumpulan B bersama dua wakil China iaitu juara dunia tiga kali, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dan beregu nombor tujuh dunia, Zhang Shu Xian-Zheng, selain pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva.Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menyingkap cabaran Kumpulan B dengan mengejutkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dongping.Kian Meng-Pei Jing yang kini berstatus nombor lima dunia berjaya menjinakkan gandingan nombor tiga dunia itu menerusi kemenangan rubber set 23-21, 14-21, 21-16 dalam masa 61 minit.Kian Meng-Pei Jing diundi dalam Kumpulan B bersama dua beregu tuan rumah - Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, selain Yi Lyu-Dong Ping.Nasib berbeza pula dialami beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin yang mengakhiri kempen hari pertama dengan kekalahan 18-21, 13-21 kepada pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dalam aksi Kumpulan A.Selain Na Eun-Hye Jeong, Vivian-Chiew Sien diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dua beregu Thailand - Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.
4
07 Disember 2022 10:12pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235107/berita/sukan/perebutan-status-penjaga-gol-terbaik-tanpa-farizal
Perebutan status penjaga gol terbaik tanpa Farizal
ANUGERAH Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang dijadual berlangsung minggu hadapan bakal menyaksikan pemenang baharu bagi kategori Penjaga Gol Terbaik selepas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias tidak disenarai pendek.Bagi edisi kali ini, tiga penjaga gol yang masing-masing mempunyai reputasi tersendiri bakal merebut gelaran itu ialah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dari Negeri Sembilan FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Petaling Jaya City FC) dan Muhammad Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC).Kalamullah Al-Hafiz berkata, beliau terkejut apabila namanya sekali lagi disenarai pendek buat musim ketiga berturut-turut, namun tidak meletakkan harapan tinggi kerana berasakan prestasinya musim ini tidak begitu memuaskan berbanding dua calon lain.“Tercalon dalam tiga terbaik sudah buat saya gembira dan semuanya bergantung kepada rezeki untuk menang memandangkan saingan agak hebat daripada dua calon lain.“Namun, saya mahu dedikasikan pencalonan ini kepada PJ City yang memberi saya ruang untuk beraksi selama empat musim. Tanpa sokongan mereka, siapalah saya dan mungkin tidak berada seperti hari ini,” katanya pada Rabu.Sementara itu, Muhammad Rahadiazli berbangga apabila disenarai pendek buat pertama kali dan menganggap itu sebagai simbol kepada usaha kerasnya untuk bangkit daripada kecederaan anterior cruaciate ligament (ACL) yang dialami musim lepas.“Saya kembali diberi ruang untuk bermain dan saya ucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberikan kata-kata semangat, tetapi saya sedikit terkilan kerana tidak dapat bawa pulang trofi ke bumi Terengganu musim ini dan saya harap untuk terus belajar jadi yang terbaik,” katanya.Farizal yang juga penjaga gol berpengalaman negara sebelum ini berjaya mengungguli anugerah itu sejak empat musim lepas.Ahmad Syihan, Kalamullah Al-Hafiz dan Muhammad Rahadiazli kini berada dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon sebagai persediaan menghadapi saingan Piala AFF 2022 dari 20 Disember sehingga 16 Januari depan.ABK22 yang mempertandingkan keseluruhan 16 kategori termasuk Pemain Paling Bernilai (MVP) akan berlangsung secara maya pada 15 Disember ini.Pada ABK21, anugerah MVP dirangkul pemain sayap muda JDT, Arif Aiman Hanapi sekali gus melengkapkan musim gemilangnya bersama skuad Harimau Selatan.
4
07 Disember 2022 09:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/235106/berita/sukan/semua-persatuan-sukan-digesa-semak-semula-akaun-bank
Semua persatuan sukan digesa semak semula akaun bank
PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menggesa semua persatuan sukan melakukan semakan semula akaun bank masing-masing bagi memastikan akauntabiliti serta ketelusan tadbir urus kewangan terjamin.Beliau berkata, ini bagi memastikan urusan pengeluaran wang badan induk sukan negara dilakukan secara telus tanpa sebarang kecuaian atau keraguan pihak yang terlibat dalam menguruskan kewangan akaun persatuan.“Ini adalah amaran kepada semua persatuan sukan supaya segera menyemak semula kedudukan kewangan masing-masing bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab menjaga akaun persatuan menjalankan amanah dengan baik selepas apa terjadi di Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang menghadapi masalah kes pecah amanah.“Jangan ambil mudah sebab ia melibatkan duit rakyat dan penaja, kalau tidak letak orang profesional akan berlaku perkara sedemikian rupa,” katanya kepada pemberita pada Rabu.Mohamad Norza turut menyarankan badan induk sukan untuk melantik individu mempunyai latar belakang perakaunan untuk menyandang jawatan berkaitan urusan mengendalikan akaun persatuan bagi menjamin tanggungjawab yang diberikan akan digalas dengan sebaiknya.“Kita harus menerapkan nilai profesional dalam pentadbiran kita untuk lebih berjaya dalam industri sukan di mana kita boleh laksanakan sistem perakaunan mudah...laburkan RM2,000 atau RM3,000 untuk memperoleh perisian perakaunan untuk bantu persatuan mengurus kewangan dengan lebih telus dan teratur,” katanya.KRM sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu yang belum diketahui jumlah kerugian.Kejadian pecah amanah itu disyaki dilakukan seorang daripada kakitangannya yang tidak dapat dihubungi dan dikesan. - Bernama
4
07 Disember 2022 08:53pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235105/berita/sukan/terima-kasih-sokongan-tiada-tandingan-hazard
Terima kasih sokongan tiada tandingan: Hazard
BINTANG Belgium, Eden Hazard mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa selepas The Red Devils tersingkir dari Piala Dunia Qatar 2022.Hazard mengambil keputusan itu selepas berbakti bersama Belgium selama 14 tahun kerana mahu memberi tumpuan kepada karier di Real Madrid.Bekas tonggak Chelsea berusia 31 tahun itu membuat pengumuman kepada 27.2 juta pengikut Instagramnya.“Terima kasih atas sokongan anda yang tiada tandingan. Terima kasih atas semua detik gembira yang telah kami kongsikan sejak tahun 2008.“Hari ini saya memutuskan untuk menamatkan kerjaya saya sebagai pemain antarabangsa. Generasi seterusnya sudah bersedia. Saya akan sangat merindui awak.”Beliau membuat penampilan pertama bersama Belgium ketika berusia 17 tahun ketika menentang Luxembourg pada 19 November 2008.Hazard memakai lilitan kapten sebanyak 56 kali untuk negaranya memiliki 126 penampilan antarabangsa menjaringkan 33 gol dan 36 bantuan gol.Sementara itu, rakan sepasukan Hazard, Michy Batshuayi berkata, “Legenda, terima kasih untuk semuanya bro.”Rakan sepasukan di Real Madrid, Vinicius Jnr menggelar Hazard sebagai legenda manakala rakan senegaranya dari Belgium, dan rakan sepasukan Real Madrid, Thibaut Courtois menulis mesejnya dalam emoji dengan satu hati merah dan satu muka sedih.Jan Vertonghen, Kevin Mirallas, Jeremy Doku dan Axel Witsel juga memberi penghormatan kepada 'abang' mereka atas sumbangannya kepada Belgium sejak 14 tahun lalu.
4
07 Disember 2022 08:42pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235073/berita/sukan/tak-patut-malukan-ronaldo
Tak patut malukan Ronaldo
KAKAK Cristiano Ronaldo, Elma Aveiro tampil membidas pengendali Portugal, Fernando Santos yang menggunakan alasan taktikal untuk tidak menurunkan adiknya itu dalam kesebelasan utama ketika perlawanan 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Menurutnya, tindakan Santos itu didakwa memalukan Ronaldo dan tidak seharusnya berlaku apatah lagi pemain berusia 37 tahun itu telah memberikan banyak sumbangan kepada negara kelahirannya."Saya tidak tahu mengapa dan saya tidak memahaminya, tetapi saya pasti kita akan mendapat jawapan daripada Tuhan nanti,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya sebelum perlawanan bermula.Ronaldo tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Switzerland dengan Santos mendakwa ia adalah satu perancangan taktikalnya.Bekas pemain Manchester United itu hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 17 minit.Sebelum itu, Santos dilaporkan tidak menyukai sikap Ronaldo yang tidak berpuas hati ketika digantikan semasa menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Jumaat lalu.Bagaimanapun, Elma sekali lagi menyiarkan satu hantaran di Instagramnya selepas Portugal berjaya meraih kemenangan 6-1 ke atas Switzerland dengan terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada negaranya."Ya Ronaldo tidak kekal, ya Ronaldo tidak akan bermain selama-lamanya. Malangnya dia tidak menjaringkan gol sekarang, dia sudah tua, Portugal tidak memerlukan Ronaldo."Kita bercakap tentang apa yang kita dengar. Semua yang dia buat tidak penting dan semua yang dia buat telah dilupakan."Adalah sangat mengecewakan memalukan seorang lelaki yang telah memberi begitu banyak kepada negara," katanya.
4
07 Disember 2022 04:37pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235068/berita/sukan/arif-fadzilah-setia-bersama-tfc
Arif Fadzilah setia bersama TFC
KHIDMAT pertahanan Terengganu FC (TFC), Arif Fadzilah Abu Bakar akan terus menjadi sandaran kelab pantai timur bagi saingan Liga-Malaysia (Liga-M) 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh ketika mengesahkan perkara itu berkata, pemain tersebut menandatangani kontrak lanjutan setahun dengan skuad Penyu untuk saingan musim hadapan.Katanya, pemain kelahiran Terengganu berusia 26 tahun itu memilih kekal dengan TFC walaupun menerima beberapa tawaran pasukan Liga Super lain.“Arif Fadzilah adalah antara pemain pertahanan terbaik TFC dan telah bersama kami selama tiga musim. Keputusan untuk mengekalkan beliau adalah berdasarkan prestasi yang cemerlang musim ini.“Kehadiran beliau diharap dapat memperkuat kubu pertahanan dan membantu pasukan mengharungi Liga-M dan saingan Piala AFC tahun depan dengan lebih cemerlang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.Arif Fadzilah sebelum ini dikhabarkan menjadi antara buruan Perak FC dalam memperkuatkan cabaran skuad Seladang tersebut pada musim hadapan.Sementara itu, Arif Fadzilah menegaskan memilih untuk terus kekal di bumi Darul Iman kerana sudah selesa dengan skuad Penyu tersebut.Pada masa sama, beliau yang pernah menyarung jersi Felda United FC sebelum ini mengakui mahu menimba pengalaman baharu di bawah kendalian pengendali baharu TFC, Tomislav Steinbruckner.“Saya bertekad menyahut cabaran dan meningkatkan prestasi lebih baik pada masa akan datang.“Persaingan daripada rakan sepasukan iaitu Alif Zakaria dan Hairiey Hakim (Hairiey Hakim Mamat) pastinya menuntut saya untuk bekerja keras.“Tetapi dengan format baharu Liga-M musim hadapan, peluang untuk pemain beraksi adalah lebih tinggi kerana lebih banyak perlawanan bakal berlangsung termasuk Piala AFC,” kata bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara tersebut.
4
07 Disember 2022 04:12pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/235055/berita/sukan/bojan-kekal-bersama-kl-city
Bojan kekal bersama KL City
BOJAN Hodak akan terus kekal mengemudi Kuala Lumpur (KL) City FC bagi saingan Liga Malaysia musim depan.Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard yang menjelaskan keputusan mengekalkan Bojan selaras dengan sasaran kelab untuk terus memberikan saingan dalam kancah bola sepak negara."Sukacita saya ingin mengumumkan Bojan Hodak akan terus kekal bersama kami untuk musim ketiganya walaupun beliau menerima pelbagai tawaran dari seluruh pelusuk benua Asia."Keputusan mengekalkan Bojan ini selaras dengan sasaran kelab untuk mencapai ketekalan dan daya saing sepanjang masa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, KL City FC juga akan mengekalkan khidmat pemain-pemain yang berperanan besar dan penting dalam membantu kejayaan pasukan sejak dua musim yang lalu."Kami juga telah melaksanakan penambahan beberapa pemain yang dilakukan sebelum ini bagi memperkuatkan skuad."Rundingan juga sedang dimuktamadkan bersama beberapa pemain lain pada ketika ini," katanya.Beliau juga menjelaskan KL City FC telah melakukan persediaan awal seperti yang dilakukan sejak beberapa musim lalu."Ini membantu mengukuhkan cita-cita kami dalam membawa KL City FC sebagai kelab yang disegani, cekap dan konsisten dan bersaing dalam semua bidang."Kejayaan yang dikecapi sejak dua tahun kebelakangan ini telah mewujudkan satu platform baharu bagi kami mara lebih jauh ke hadapan di samping mempercepatkan hala tuju ke arah matlamat kami," katanya.
4
07 Disember 2022 02:42pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235048/berita/sukan/belanda-perlu-kekang-messi
Belanda perlu kekang Messi
PEMAIN tengah Belanda, Frenkie de Jong mengakui tidak mempunyai cara khusus untuk mengekang bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi menjelang perhitungan dengan Argentina dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, pasukan Belanda perlu menghalang Messi dengan apa jua cara bagi mengelakkan pemain itu menghalang kemaraan skuad The Oranje."Tidak. Saya kenal Messi, tetapi saya tidak tahu cara untuk menghentikannya. Dia telah melakukan perbezaan untuk pasukan sejak 15 tahun lalu dan tiada cara khusus untuk menghalangnya."Kadang-kadang dia juga menunjukkan kualiti dimilikinya dalam sesi latihan. Kami perlu menghalangnya sebagai satu pasukan," katanya.De Jong yang menyertai Barcelona sejak 2019 sempat bermain bersama Messi dan menjulang Piala Copa del Rey pada tahun 2020-2021.Messi ketika ini berada pada tahap terbaik dan telah meledak tiga gol dalam saingan Piala Dunia kali ini selain menjadi tunjang utama skuad The Albicelestes itu.Dalam pada itu, de Jong juga tidak rela pasukannya mengulangi kekalahan kepada Argentina dalam aksi separuh akhir Piala Dunia pada 2014."Argentina sudah tentu sebuah pasukan yang kuat. Kami juga begitu. Ia akan menjadi sebuah perlawanan yang hebat dan saya yakin kami akan dapat keputusan positif."Peluang sebelum perlawanan bermula sudah tentu 50-50 dan mereka (Argentina) juga tidak memandang rendah kami," katanya.
4
07 Disember 2022 02:02pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/235039/berita/sukan/mbappe-perlu-diberi-perhatian-khusus
Mbappe perlu diberi perhatian khusus
NAIB juara Euro 2020, England mempunyai perancangan khas khususnya terhadap nadi Perancis, Kylian Mbappe apabila kedua-dua pasukan itu bakal berentap di pentas lapan terbaik di Stadium Al Bayt pada Ahad.Selain itu, ketua kejurulatihan England, Tim Dittmer juga sedang memperincikan beberapa perkara penting sebagaimana pengendali Perancis, Didier Deschamps dan pilihan taktikal berdepan penyandang juara itu.Malah tanpa berselindung penolong pengendali England, Steve Holland menyifatkan pertemuan The Three Lions dan Les Bleus merupakan perlawanan 50-50.“Ya, sememangnya persoalan bagaimana menangani Mbappe telah merangka sebahagian besar pemikiran Gareth Southgate sepanjang minggu ini.“Situasi sekarang mengimbau kembali tugasan mengekang kelincahan Lionel Messi menjelang perlawanan Chelsea menentang Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara 2011/12.“Saya rasa terdapat segelintir pemain di planet ini yang perlu perhatian khusus terutama apabila memasuki perlawanan kelompok lapan terbaik“Sama seperti Messi, anda perlu meletakkan Mbappe dalam kategori seperti itu. Kita perlu melihat pada usaha mengelak daripada meninggalkan diri kita dalam situasi dia sangat dahsyat seperti yang kita semua lihat. Kami perlu mencuba dan mencari jalan untuk mengelak perkara itu,” kata pembantu Southgate tersebut.Untuk rekod, Mbappe yang juga mesin gol kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) telah menjaringkan sembilan gol Piala Dunia dengan lima daripadanya datang dari Qatar 2022.Sementara empat lagi dijelmakan semasa edisi Rusia 2018 sebelum ini ketika Perancis menjulang trofi keramat bola sepak dunia tersebut di Rusia.Pada masa sama Holland percaya para pemain The Three Lions itu mampu menghadirkan ancaman kepada bahagian pertahanan Les Bleus yang mempunyai rekod baik dalam saingan kumpulan sebelum ini.“Pemain kami berkemungkinan besar boleh menyebabkan masalah Perancis seperti ancaman Mbappe kepada kami.“Jadi bagi perlawanan ini kami juga perlu mencari keseimbangan bagi menghasilkan keputusan positif,” jelasnya.
4
07 Disember 2022 01:23pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235007/berita/sukan/hero-portugal-tak-sangka-ledak-hatrik
Hero Portugal tak sangka ledak hatrik
PENYERANG Portugal, Goncalo Ramos tidak menyangka mampu meledak hatrik dalam Piala Dunia ketika gergasi Eropah itu membenam Switzerland 6-1 dalam aksi 16 pusingan terbaik pada Selasa.Pemain berusia 21 tahun itu mencipta sensasi tersendiri selepas diberi tanggungjawab di posisi yang menjadi milik kapten Portugal, Cristiano Ronaldo."Saya tidak pernah menyangka akan memulakan perlawanan di peringkat kalah mati dan menjaringkan tiga gol."Namun, kami perlu melihat perlawanan demi perlawanan dan bersedia untuk aksi suku akhir bertemu Maghribi. Keputusan ini tidak lagi penting, kami akan buat yang terbaik untuk perlawanan seterusnya," katanya.Ramos hanya berusia dua tahun ketika Ronaldo melakukan penampilan pertama bersama Portugal dan mengakui mengagumi pemain berusia 37 tahun itu."Secara jujurnya tiada seorang pun dalam pasukan yang bercakap tentang Cristiano. Cristiano sebagai seorang kapten, dia buat perkara sepatutnya, membantu dan bercakap tentang permainan."Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi role model dan idola kepada ramai orang. Saya juga suka Robert Lewandowski dan Zlatan Ibrahimovic," jelasnya.Setakat ini, Ramos hanya membuat empat penampilan bersama pasukan kebangsaan dan bermain 10 minit dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan.Dalam pada itu, pengendali Portugal, Fernando Santos memuji persembahan yang dipamerkan pemainnya untuk menang besar ke atas Switzerland.Namun, dia turut mengingatkan para pemain bahawa cabaran lebih getir perlu dihadapi apabila berdepan Maghribi di peringkat suku akhir."Jika kami boleh terus seperti ini dan memperbaiki beberapa perkara, kami akan dapat mara ke peringkat seterusnya," ujarnya.
4
07 Disember 2022 11:04am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/235002/berita/sukan/ronaldo-merajuk-disisihkan-portugal
Ronaldo merajuk disisihkan Portugal
CRISTIANO Ronaldo dilihat kecewa dan tidak bersama rakan-rakan meraikan kejayaan Portugal membelasah Switzerland 6-1 dalam aksi 16 pusingan terbaik Piala Dunia Qatar pada Selasa.Ronaldo dilihat meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan ketika pemain lain masih lagi bergembira dengan kejayaan Portugal mara ke peringkat suku akhir itu.Kapten Portugal itu tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan selepas digugurkan oleh pengendali, Fernando Santos.Santos tidak menyukai sikap Ronaldo yang tidak berpuas hati ketika digantikan semasa menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Jumaat lalu.Ketiadaan Ronaldo dalam kesebelasan utama pasukan tidak mengundang masalah kepada Portugal apabila pasukan Eropah itu tampil cemerlang selain pemain muda, Goncalo Ramos turut meledak hatrik.Ronaldo hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 17 minit.Santos turut menegaskan meletakkan Ronaldo di bangku simpanan adalah sebahagian daripada taktikal pasukan.
4
07 Disember 2022 10:39am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234999/berita/sukan/enrique-pertahan-pemain
Enrique pertahan pemain
PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique mempertahankan Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets selepas ketiga-tiga pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas kepada Maghribi dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar pada Selasa.Menurutnya, ketiga-tiga pemain itu menunjukkan keberanian untuk mengambil tanggungjawab tersebut dan kegagalan Sepanyol mara ke suku akhir bukan kerana kesilapan mereka."Kami mencipta banyak peluang untuk menang perlawanan ini, tetapi sepakan penalti bukanlah loteri buat kami."Pemain cukup berani untuk mengawal diri dan mengambil sepakan penalti. Saya akan memilih pemain untuk melakukannya. Sarabia, Soler dan Busquets adalah pemain yang bagus."Mereka terlepas penalti, tetapi bukan satu masalah kerana ia sebahagian daripada bola sepak," katanya.Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sehingga tamat 120 minit masa tambahan dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.Sepakan penalti Soler dan Busquets diselamatkan Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou manakala tendangan Sarabia hanya menggegar tiang gol.Dalam masa sama, Enrique juga memuji persembahan yang ditonjolkan para pemain terutama apabila Sepanyol menguasai bola dengan baik sepanjang perlawanan."Kami menguasai bola, mencipta peluang namun gagal jaringkan gol. Maghribi juga berada pada tahap permainan yang baik."Saya sangat gembira dengan pemain yang saya ada dalam pasukan. Saya tidak akan mengubahnya. Jika ada orang yang perlu bertanggungjawab dengan kekalahan ini, sayalah orangnya," katanya.
4
07 Disember 2022 10:13am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234997/berita/sukan/ini-bukan-wajah-sebenar-switzerland
Ini bukan wajah sebenar Switzerland
PEMAIN tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri memohon maaf kepada penyokong Rossocrociati selepas pasukan itu disingkirkan daripada Piala Dunia dengan cara memalukan apabila dibelasah Portugal 1-6 dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Lusail.“Hari ini kami perlu memohon maaf kepada semua penyokong Switzerland atas nama pasukan. Itu bukan wajah sebenar kami malam ini."Kami sangat kecewa. Kami telah menunjukkan had kami malam ini. Jurulatih memberi kami rancangan tetapi ia tidak berjaya untuk kami. Kami sudah tewas dalam perlawanan pada separuh masa pertama dan sentiasa terlambat selangkah," kata Shaqiri yang ketika ini menggalas tanggungjawab sebagai pemain Chicago Fire dalam saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat.Goncalo Ramos menjaringkan hatrik, dengan Pepe, Raphael Guerreiro dan Rafael Leao turut mencetak nama sebagai penjaring Portugal, sebelum Switzerland kembali bernafas menerusi ledakan pemain Manchester City, Manuel Akanji pada minit ke-58, sekali gus meletakkan pasukan tersebut untuk mara ke suku akhir Piala Dunia pertama sejak 2006.Pengendali Portugal, Fernando Santos yang meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan dihadiahkan dengan persembahan yang lebih licin dan lebih berseni daripada pasukannya berbanding aksi pada peringkat kumpulan sebelum ini ketika Switzerland di kuasai setiap bahagian padang.Sementara itu, pengendali Switzerland, Murat Yakin yang kontraknya dengan pasukan kebangsaan tersebut berjalan selama dua tahun lagi, berkata Portugal telah mempamerkan satu permainan yang mengejutkan pasukannya."Kami mesti menerima kekalahan ini dengan berlapang dada dan mengucapkan tahniah kepada Portugal. Mereka adalah pasukan terbaik petang ini. Mereka mengejutkan kami.“Kami tewas dalam satu perlawanan hari ini tetapi itu tidak bermakna kami perlu terlalu pesimis dan mengkritik segala-galanya. Pasukan telah menunjukkan semangat berpasukan yang hebat."Tetapi kekalahan ini menyakitkan. Kedudukan dan cara kekalahan itu menyedihkan saya," katanya.Switzerland belum mara ke peringkat lapan terakhir Piala Dunia sejak 1954, namun Yakin menegaskan menambah bahawa pasukannya boleh berbangga dengan perjalanan lancar di Qatar 2022 dan perlu mencari jalan untuk terus mara ke hadapan.“Kami hanya kalah satu perlawanan, kenapa perlu mempersoalkan segala-galanya?“Memang kami tidak memenuhi jangkaan para penyokong setiap Switzerland tetapi kami boleh melihat kembali perjalanan kami di Piala Dunia ini dengan bangga."Sekarang kita perlu melihat masa depan," katanya.Dalam pada itu, penjaga Switzerland, Yann Sommer menyifatkan para pemain Switzerland tidak cukup kuat dari segi mental semasa perlawanan.“Kami tidak menunjukkan mentaliti yang biasa kami bawa ke atas padang."Ia adalah petang yang sangat pahit. Kami memberi Portugal terlalu banyak ruang. Saya juga tidak kelihatan terlalu bagus dalam beberapa situasi.“Ini bukan cara untuk bertahan menentang lawan sebegitu,” kata penjaga gol yang beraksi untuk kelab Bundesliga Jerman, Borussia Monchengladbach.
4
07 Disember 2022 09:49am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234995/berita/sukan/biarkan-sepanyol-bertiki-taka-kunci-kemenangan-maghribi
Biarkan Sepanyol ber'tiki-taka' kunci kemenangan Maghribi
PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui mengakui perancangannya membiarkan Sepanyol menguasai bola untuk membolehkan skuad The Atlas Lions itu menang dalam pusingan 16 pasukan terbaik pada Selasa.Sepanyol menguasai bola sepanjang perlawanan namun Maghribi dapat bertahan dengan baik untuk menggagalkan usaha anak buah Luis Enrique menjaringkan gol.Maghribi mencipta kemenangan 3-0 selepas seri 0-0 dalam tambahan masa di Stadium Education City di Qatar untuk menempah tiket suku akhir."Kami bersetuju untuk tidak menguasai bola tetapi bukan kerana kami takut."Kami akui kami bukan Perancis, Jerman atau England yang mampu bersaing dengan mereka dalam penguasaan bola."Tiada siapa mampu merampas bola daripada mereka, jadi saya menerima untuk tidak mengawal penguasaan bola. Saya bukan ahli silap mata," katanya.Kejayaan mara ke peringkat suku akhir itu juga merupakan sejarah buat Maghribi dalam enam penampilan mereka di Piala Dunia.Menurut Regragui, pasukannya menggunakan tempoh empat hari untuk mengadaptasi corak permainan tersebut mengurangkan impak trio tengah Sepanyol iaitu Sergio Busquets, Pedri dan Gavi."Kami telah menutup banyak hantaran dalam 120 minit, kami tahu kami ada peluang. Kami tidak tahu bagaimana untuk menghukum lawan."Kami mengikut perancangan, dapat penalti dan selepas itu ia seperti loteri. Tetapi, apabila anda tahu anda mempunyai penjaga gol yang bagus, anda tahu anda mempunyai peluang untuk menang," katanya.
4
07 Disember 2022 09:49am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234990/berita/sukan/stadium-974-kontena-ditanggalkan-selepas-qatar-2022
Stadium 974 kontena ditanggalkan selepas Qatar 2022
STADIUM 974 di wilayah Ras Abu Aboud, Doha venue perlawanan pusingan 16 Qatar 2022, Brazil dan Korea Selatan yang diperbuat daripada 974 kontena kitar semula akan ditanggalkan selepas Piala Dunia.Stadium modular dalam kelas tersendiri ini yang menampung kapasiti 40,000 penonton telah menyajikan kepada komuniti bola sepak dunia tujuh perlawanan sehingga kelompok 16 terbaik - Selecao kendalian Tite berdepan jagoan Asia, Taegeuk Warriors pimpinan Paulo Bento.Venue itu dinamakan Stadium 974 kerana ia adalah jumlah kontena perkapalan yang digunakan untuk membina tempat tersebut selain merupakan kod panggilan antarabangsa negara Teluk berkenaan.Menurut FIFA, arena itu adalah stadium pertama dunia yang boleh ditanggalkan sepenuhnya dan digunakan semula selepas acara.Bercakap tentang struktur uniknya, halaman rasmi Qatar 2022 di stadium itu penganjur berkata: “Tempat unik ini memberi penghormatan kepada tradisi perdagangan dan pelayaran dunia yang telah lama wujud di Qatar.“Bukan sahaja 974 kod panggilan antarabangsa untuk Qatar, tetapi ia juga merupakan jumlah kontena perkapalan yang digunakan dalam pembinaan stadium itu.“Terletak di kawasan tepi pelabuhan dan melihat pemandangan bandar pantai Doha, peminat di Stadium 974 akan merasai angin sejuk dari Teluk Arab.”Namun jika terdapat peminat berpeluh luar biasa, ia disebabkan pelan tempat duduk, yang tidak mempunyai penghawa dingin sebaliknya pengudaraan semula jadi.Stadium 974 juga menerima penarafan lima bintang daripada Sistem Penilaian Kelestarian Global (GSAS) untuk reka bentuk dan pembinaannya.Stadium 974 di daerah Ras Abu Aboud, Doha yang menjadi antara venue Piala Dunia Qatar 2022. - Foto: AFPPakar kelestarian bandar dan iklim, yang bekerja sebagai perunding untuk kejohanan itu, Karim Elgendy, memuji arena tersebut kerana reka bentuknya melangkau ke hadapan."Mereka bentuk untuk ditanggalkan adalah salah satu prinsip utama bangunan lestari..."Ia membolehkan pemulihan semula jadi tapak bangunan atau penggunaan semula untuk fungsi lain," katanya.Media sebelum ini melaporkan stadium itu akan ditanggalkan kemudiannya dihantar ke negara lain yang memerlukan infrastruktur tersebut.Bagaimanapun, terdapat laporan lain bahawa stadium itu akan digunakan di Maldonado, Uruguay, untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 sekiranya bidaan negara tersebut menjadi tuan rumah berjaya.
4
07 Disember 2022 08:34am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234988/berita/sukan/portugal-langgar-habis-switzerland
Portugal langgar habis Switzerland
PORTUGAL melaung amaran awal bahawa gergasi Eropah itu sudah bersedia mencabar kejuaraan Piala Dunia apabila membelasah Switzerland, 6-1 dalam pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Lusail awal pagi Rabu.Portugal kembali menyenaraikan kesebelasan utama selepas kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H di Stadium Education City pada 2 Disember lalu.Namun pengendali Fernando Santos mengambil pendekatan berani apabila menamatkan rentetan 31 perlawanan Cristiano Ronaldo sebagai pemain kesebelasan utama sejak 2008 dengan menyenaraikan bekas pemain Manchester United itu di bangku simpanan.Situasi itu menyaksikan Portugal yang merupakan pilihan dalam perlawanan ini terpaksa menunggu hingga minit ke-17 untuk merobek jaring Switzerland yang dihasilkan bintang muda kelab liga Portugal, Benfica, Goncalo Ramos dengan menewaskan Yann Sommer.Gol itu ternyata menyuntik motivasi kem Portugal yang kemudiannya melebarkan jaringan menerusi pemain sensasi Porto FC, Pepe pada minit ke-33 bagi memimpin separuh masa pertama.Switzerland kendalian Murat Yakin yang membuat dua perubahan kepada pasukan yang melakar kemenangan 3-2 ke atas Serbia minggu lalu sekali lagi terus ketinggalan apabila Ramos meledak jaringan ketiga Portugal minit ke-51.Bintang kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund Raphaël Guerreiro kemudian menjadikan kedudukan 4-0 di minit ke-55', sebelum Switzerland kembali bernafas menerusi ledakan pemain Manchester City, Manuel Akanji pada minit ke-58.Ramos kemudian melengkapkan hatrik pertama Qatar 2022 apabila menjaringkan gol kelima pasukannya pada minit ke-67 sebelum pemain gantian kelab Serie A Itali Rafael Leao melabuhkan pesta gol Portugal pada minit ke-92.Kemenangan itu menyaksikan Portugal akan membuat perhitungan dengan Maghribi di pentas lapan terbaik di Stadium Al Thumama pada Sabtu ini.
4
07 Disember 2022 08:27am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234989/berita/sukan/messi-duri-dalam-daging-buat-belanda
'Messi duri dalam daging buat Belanda'
KELIBAT bintang Argentina, Lionel Messi tetap menjadi ancaman utama kepada pertahanan Belanda apabila kedua-dua pasukan berentap di suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail Sabtu ini.Malah tanpa berselindung tonggak pertahanan The Oranje, Virgil van Dijk berkata, bintang kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) itu merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dihadapinya pada saingan peringkat kelab.“Sejujurnya satu penghormatan apabila dapat bermain dengan pemain berstatus bintang seperti Lionel Messi sebelum ini.“Namun pertemuan antara kami sebelum ini melibatkan perlawanan peringkat antara kelab menentang kelab.“Kali ini ia amat berlainan apabila kami sekali lagi akan berdepan atas nama negara, Belanda menentang Argentina.“Jadi untuk itu sesungguhnya ia memerlukan komitmen keseluruhan anggota pasukan untuk lebih bersiap sedia bagi perlawanan ini,” katanya.Van Dijk yang menyarung jersi Liverpool pernah berdepan Messi ketika gergasi liga Inggeris itu bangkit ketinggalan tiga gol untuk menjinakkan Barcelona dalam aksi timbal balik kedua Liga Juara-Juara 2019.
4
07 Disember 2022 08:22am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234983/berita/sukan/keseronokan-keluarga-menikmati-piala-dunia-qatar-2022
Keseronokan keluarga menikmati Piala Dunia Qatar 2022
SATU permainan bola sepak mempunyai segala-galanya: keseronokan, drama, keghairahan. Tidak hairanlah berjuta-juta di seluruh dunia memanggilnya sukan nombor satu dunia.Idea bahawa menonton Piala Dunia Qatar 2022 boleh membawa kepada perselisihan antara pasangan yang berpotensi untuk menggugat suasana perkahwinan mereka perlu dilihat dengan berhati-hati.Satu kajian baru-baru ini yang dijalankan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke atas 300 pasangan suami isteri menyimpulkan bahawa peratusan besar wanita dalam kumpulan ini menyatakan kebimbangan terhadap umur panjang perkahwinan mereka pada masa ini, yang penuh dengan perselisihan faham, perbincangan hangat dan ‘tingkah laku tegang’ oleh lelaki.Bagaimanapun, penemuan ini mesti dianggap lebih dekat kepada tekaan dan bukannya kesimpulan yang tidak dapat dipertikaikan mengenai fenomena yang merupakan salah satu peristiwa paling menarik dan menyeronokkan di dunia.Apatah lagi kini ia berlangsung di Qatar, yang mana pastinya telah berlaku kepelbagaian corak penganjuran yang ketara berbeza dengan penganjur-penganjur lain sebelum ini. Dari sebelum sepak mula, majlis pembukaan, agenda dalam perasmian sehinggalah ke perlawanan akhir nanti. Qatar, tuan rumah tahun ini, adalah salah satu negara per kapita terkaya di dunia.Pembinaan pelbagai infrastruktur termasuk lapan stadium, dan seperti yang dikehendaki Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), peluasan lapangan terbang dan hotel baharu, serta kereta api dan lebuh raya untuk bola sepak dianggarkan bernilai $220 bilion dalam pembinaan baharu untuk acara itu sejak kejohanan itu dianugerahkan kepada Qatar 12 tahun lalu.Piala Dunia Qatar 2022 menyatukan peminat bola sepak di seluruh dunia dan tanpa mengira pasukan mana yang mereka sokong atau sorakkan, adrenalin, bakat dan karisma permainan itu dan pemainnya sendiri bekerja sebagai kuasa yang tiada tandingannya dalam dunia sukan. Ia bertindak sebagai tempat berkumpul untuk rakan dan keluarga yang menantikannya.Sudah tentu, perkahwinan lebih daripada pandangan yang berbeza tentang pasukan bola sepak. Malah, pilihan peribadi yang berbeza, sama ada terhadap program televisyen, makanan, fesyen, genre filem atau perisa ubat gigi, adalah perkara yang biasanya dibuat oleh perkahwinan — satu paradoks yang telah bertahan dengan penerimaan hati.Tahun ini, Piala Dunia Qatar 2022 bermula pada 20 November. Dianjurkan setiap empat tahun, Piala Dunia adalah acara yang ditunggu-tunggu peminat di mana-mana sahaja. Ia adalah detik istimewa untuk orang ramai berkumpul atas komuniti, budaya, dan, sudah tentu, persaingan.Dan inilah bahagian yang terbaik: Ia adalah acara mesra keluarga yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa bersama-sama. Oleh itu, ajak semua orang dari datuk dan nenek hingga anak kecil di hadapan televisyen untuk menceriakan pasukan kegemaran anda! Berikut ialah beberapa cara untuk keluarga membuat kenangan semasa perayaan global.1.Ajar anak anda tentang kemahiran hidupMenonton sukan bersama-sama membolehkan anda menunjukkan contoh kemahiran hidup kepada anak-anak anda. Tumpukan perhatian mereka pada perkara yang berlaku dalam permainan, seperti cara pemain berkelakuan atau menunjukkan perasaan mereka. Berbincang dengan mereka tentang kepentingan kerja berpasukan dan permainan adil. Ia juga merupakan cara yang baik untuk mengajar kanak-kanak tentang menang dan kalah, dalam permainan dan pada masa lain. Tunjukkan kepada mereka bagaimana pemain di pihak yang kalah mengucapkan tahniah kepada pemenang pada akhir setiap perlawanan. Melihat situasi seperti ini pada skrin dan bercakap dengan orang dewasa boleh meningkatkan empati kanak-kanak.2. Bercakap tentang teladanRuud van Nistelrooy atau Thierry Henry? Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi? Generasi peminat telah berdebat tentang pemain kegemaran mereka. Ramai daripada atlet elit ini juga menjadi contoh teladan kepada kanak-kanak, baik di dalam mahupun di luar padang. Jika bola sepak adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak anda sendiri, kongsi cerita tentang pemain yang anda sanjungi. Minta datuk nenek, orang tua, dan orang tersayang lain untuk melakukan perkara yang sama. Ini bukan sahaja pengalaman yang mengeratkan, ia juga cara untuk kanak-kanak mengaitkan dengan apa yang mereka tonton di televisyen Selain itu, perkenalkan anak anda kepada wira seperti Marcus Rashford dan Megan Rapinoe. Tonton rancangan dan filem tentang lagenda sukan untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk berbuat baik dan berbangga dengan siapa mereka.3. Belajar tentang negara dan budaya yang berbeza bersama-samaPiala Dunia adalah masa yang hebat untuk meneroka negara-negara yang bertanding dalam kejohanan itu. Mungkin keluarga anda menyokong negara asal anda, tradisi suci yang diwarisi turun-temurun. Atau mungkin anda baru dalam sukan ini dan memutuskan untuk bersorak untuk negara lain. Gunakan masa ini untuk membantu anak anda berhubung dengan warisan mereka sendiri dan belajar tentang tempat yang mereka kurang biasa. Ini cara yang menyeronokkan untuk membolehkan mereka belajar tentang orang, bahasa, makanan dan banyak lagi. Dan jika keluarga anda suka berdaya saing, anda boleh bersoal jawab antara satu sama lain tentang negara pada separuh masa!4. Uji kemahiran anda di padang, di luar atau dalam talianKeseronokan tidak semestinya berakhir pada wisel penamat perlawanan. Pemain atau pasukan manakah daripada kejohanan yang paling memberi inspirasi kepada anda? Dapatkan bola dan latih kemahiran anda di taman bersama-sama. Atau untuk malam permainan keluarga anda, mencabar satu sama lain untuk permainan FIFA 23. Bermain permainan dengan orang dewasa dan adik-beradik boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan mereka. Ia memberi mereka peluang untuk bertanya dan membuat hubungan dengan apa yang mereka tonton dan main. Anda juga boleh mencetuskan perbualan tentang mengejar (dan menjaringkan) matlamat dalam hidup, dan maknanya kepada keluarga anda.Kita hidup dalam masa yang tidak menentu yang dipenuhi dengan konflik dan krisis global. Dunia berpecah belah. Piala Dunia Qatar 2022, melalui kuasa bola sepak akan membawa orang ramai untuk merentasi sempadan, bersatu dan meraikan bersama.* Dr Mohd Firdaus Abdullah ialah Pensyarah Pengurusan Sukan, Fakulti Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya (UM)
4
07 Disember 2022 07:50am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234980/berita/sukan/maghribi-cipta-kejutan-singkir-sepanyol
Maghribi cipta kejutan singkir Sepanyol
MAGHRIBI mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Education City pada Selasa.Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou muncul wira pasukan selepas menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Carlos Soler dan Sergio Busquets manakala tendangan Pablo Sarabia sekadar menggegarkan tiang gol.Abdelhamid Sabiri, Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi cemerlang menyudahkan penalti untuk memastikan kemenangan Maghribi 3-0 sekali gus mengesahkan kemaraan gergasi Afrika itu ke peringkat suku akhir.Ia juga merupakan sejarah buat Maghribi yang pertama kali berjaya mara dalam enam penampilan di Piala Dunia.Maghribi juga menjadi negara Afrika kedua mara ke peringkat suku akhir selepas Ghana yang melakukannya pada edisi Piala Dunia 2010.
4
07 Disember 2022 07:19am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234978/berita/sukan/mbappe-hilang
Mbappe hilang...?
KEM penyandang juara Perancis kecoh apabila penyerang sensasi Les Bleus, Kylian Mbappe hilang daripada sesi latihan pasukan pada Selasa.Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) berkata, ketika kejadian para pemain Perancis bersiap sedia untuk latihan menentang England.“Kylian Mbappe akan berada di bilik pemulihan, kebiasaannya dua hari selepas perlawanan,” kata FFF.Untuk rekod, pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan dua gol ketika juara bertahan itu menewaskan Poland 3-1 pada pusingan 16 terbaik.Gol tersebut menjadikan jumlah jaringan peribadinya kepada lima gol di Qatar 2022 dan sembilan gol secara keseluruhan di Piala Dunia.Perancis akan berdepan England dalam aksi suku akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Ahad.
4
07 Disember 2022 06:58am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234971/berita/sukan/bierhoff-mangsa-pertama-penyingkiran-jerman
Bierhoff 'mangsa pertama' penyingkiran Jerman
PENGARAH pasukan Jerman, Oliver Bierhoff menjadi mangsa pertama susulan penyingkiran pasukan itu dalam pusingan pertama Piala Dunia 2022 di Qatar apabila bersetuju untuk melepaskan jawatannya dua tahun sebelum kontraknya tamat.“Oliver Bierhoff telah meraih banyak kejayaan untuk DFB, walaupun tersasar dalam beberapa kejohanan terakhir daripada matlamat ditetapkan pasukan,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), Bernd Neuendorf.Bekas pemain antarabangsa itu sebelum ini memegang jawatannya sebagai pengarah pasukan selama 18 tahun, dikritik hebat selepas Jerman tersingkir awal kali kedua berturut-turut di Piala Dunia.Bagaimanapun jelas Neuendorf berkata, usaha Bierhoff yang memainkan peranan dalam membantu Jerman memenangi kejuaraan edisi Brazil 2014 daripada empat gelaran Piala Dunia tidak akan dilupakan.“Dia akan sentiasa dikaitkan dengan kejayaan Piala Dunia di Brazil. Walaupun dalam keadaan bergelora dia sentiasa mengikut matlamat dan visi,” katanya.Jerman tersingkir daripada kejohanan di Qatar selepas tewas kepada Jepun, seri dengan Sepanyol dan menewaskan Costa Rica dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.Di edisi Rusia 2018, Jerman juga telah tersingkir awal pada peringkat sama yang disifatkan pencapaian terburuk dalam tempoh 80 tahun.
4
06 Disember 2022 11:21pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234969/berita/sukan/mukhairi-masih-cari-rentak-selepas-rehat-lapan-hari
Mukhairi masih cari rentak selepas rehat lapan hari
PEMAIN tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi masih mencari rentak terbaiknya dalam sesi latihan selepas mula menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pada Isnin, menjelang Piala AFF 2022.Pemain tengah berusia 21 tahun itu mengakui berasa agak kekok kembali menjalani latihan selepas diberikan rehat selama lapan hari susulan beraksi pada final Piala Malaysia 2022 penghujung bulan lalu.Menurut Mukhairi beliau akan menggandakan usaha untuk mencapai tahap prestasi terbaik menjelang dua perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives masing-masing pada 9 dan 14 Disember ini sebelum menghadapi Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari depan.“Saya bersyukur dapat kembali bersama skuad senior, semalam saya rasa agak kekok sebab baru habis bercuti tetapi saya akan berusaha lagi (atasi) kekurangan.“Saya mahu bagi sehabis baik dan kalau terpilih ke Piala AFF pertama sekali saya akan tunjuk apa yang saya ada... setiap tugasan skuad kebangsaan saya memang letak harapan dapat berada dalam pasukan,” katanya pada sesi latihan pasukan negara di Wisma FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) di Kelana Jaya pada Selasa.Dalam perkembangan lain, Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon memanggil pemain skuad Bawah 23 Tahun Aliff Izwan Yuslan menyertai kem latihan pasukan itu manakala pemain sayap Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Mohd Nasir digugurkan kerana masalah kesihatan.Pada aksi antarabangsa Tier 1, skuad Harimau Malaya akan menentang Kemboja di Stadium Nasional di Bukit Jalil manakala pertembungan dengan Maldives dijadual berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.Pada saingan Piala AFF 2022 pula, pasukan negara yang diundi dalam Kumpulan B akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember, Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).
4
06 Disember 2022 10:55pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234967/berita/sukan/syihan-kunci-mulut-isu-perpindahan-ke-jdt
Syihan kunci mulut isu perpindahan ke JDT
PENJAGA gol sensasi negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed memilih untuk mengunci mulut mengenai destinasi baharunya musim depan biarpun kini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).Bekas pemain Negeri Sembilan FC berusia 26 tahun itu berkata, sehingga hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga pasukan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.Namun, beliau berkata fokus kini tertumpu kepada tugasan bersama pasukan negara yang bakal mengharungi saingan Piala AFF 2022 dari 20 Disember hingga 16 Januari depan.“Mengenai destinasi saya tidak boleh beritahu, tunggu keputusan yang akan diumumkan (bakal kelab). Saya sekarang hanya fokus kepada pasukan kebangsaan dan Piala AFF.“Saya sasarkan musim depan untuk jadi lebih baik, tingkatkan (usaha baiki) kekurangan dan saya akan bagi lebih lagi daripada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM pada Selasa.Pada masa sama, Syihan tidak menolak kemungkinan bakat dan potensinya dapat dikembangkan sehingga mencapai tahap terbaik sekiranya berada di kelab yang tepat, namun menyerahkan segalanya kepada takdir.“Bagi saya (tentang) pilihan kita kena pilih mana lebih baik dan yang mana boleh bagi ilmu lebih mendalam lagi supaya dapat majukan karier kita. Minit permainan penting tapi atas diri masing-masing juga.“Kalau dalam latihan kita main-main, apabila hari perlawanan tidak menjadi juga, jadi dalam latihan kena bagi 100 peratus dan dalam perlawanan juga perlu bagi yang sama,” katanya.Negeri Sembilan sebelum ini mengumumkan Syihan meninggalkan kelab itu selepas bersama dengan pasukan sejak 2018 sebelum menyertai Petaling Jaya (PJ) City FC dan kembali mewakili pasukan itu musim ini.Nama Syihan mula dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan terutama ketika berdepan Thailand dan Tajikistan pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, September lalu.Ketangkasan beliau pada kejohanan empat penjuru itu mendapat pujian secara meluas daripada peminat serta pemerhati bola sepak tempatan sehingga ada yang beranggapan beliau layak diberi tanggungjawab sebagai penjaga gol utama pasukan negara.Posisi itu lebih kerap digalas penjaga gol berpengalaman Farizal Marlias, namun penjaga gol nombor satu JDT berusia 36 tahun itu tidak disenaraikan dalam kempen Piala AFF 2022.
4
06 Disember 2022 10:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234966/berita/sukan/aaron-wooi-yik-tekad-beri-aksi-terbaik
Aaron-Wooi Yik tekad beri aksi terbaik
JUARA dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik berharap dapat mengekalkan momentum kemenangan pada saingan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di sini.Gandingan negara itu bakal berdepan musuh tradisi selepas diundi dalam kumpulan B bersama keenam dunia dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dan wakil China Liu Yuchen-Ou Xuanyi.Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking keempat dunia berkata mereka sudah bersiap sedia bagi menghadapi kejohanan yang berlangsung di Nimibutr Arena bermula 7 hingga 11 Disember ini, dan berharap dapat mencipta kejayaan pada akhir musim ini.Bagaimanapun, Aaron ketika ditemui mengakui persaingan dalam beregu lelaki sentiasa sukar dan kompetitif."Ia bukan mudah. Kita akan sentiasa tenang dan lakukan yang terbaik pada kejohanan terakhir untuk tahun ini," katanya selepas majlis undian Jelajah Dunia Akhir di sini.Bagi Wooi Yik pula, beliau berharap dapat mengekalkan prestasi mereka dalam setiap perlawanan pada kejohanan akhir musim itu nanti."Ia bukan tugas mudah bagi kami kerana semua beregu terbaik bertanding. Kami akan berjuang. Kami mahukan keputusan terbaik sebelum menamatkan 2022," katanya. Aaron-Wooi Yik gagal di peringkat kumpulan pada edisi 2019 dan 2020.Pasangan profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula diundi dalam kumpulan A bersama juara bertahan dan nombor satu dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, diikuti ketiga dunia Fajar Alfian-Rian Ardianto dari Indonesia dan Choi So-gyu-Kim Won-ho (Korea Selatan).Sementara itu, juara Terbuka Perancis Pearly Tan-M Thinaah berdepan saingan sengit apabila diundi dalam kumpulan B bersama gandingan utama dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dan ketujuh dunia Zhang Shuxian-Zheng Yu dari China serta gandingan Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.Walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran, Thinaah bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dihadapi.Satu lagi pasangan profesional wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula diundi dalam kumpulan A bersama dua wakil tuan rumah Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai serta Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan.Bagi beregu campuran yang juga ke-11 dunia Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berharap dapat mengulangi kejayaan edisi 2020 dengan melangkah ke separuh akhir kejohanan edisi kali ini.“Kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kini, hanya bergantung kepada prestasi dalam gelanggang. Kami berharap dapat mengatasi lawan dengan lebih baik kali ini,” kata Shevon.Soon Huat-Shevon diundi dalam kumpulan A bersama ketiga dunia Zheng Si Wei-Huang Ta Qiong dari China, ranking ke-10 Thim Gicquel-Delphine Delrue (Perancis) dan wakil Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.Satu lagi pasangan profesional campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula dijangka berdepan cabaran sukar selepas diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan yang juga wakil tuan rumah Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai serta Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dan juara Olimpik Tokyo 2020 Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (China).Saingan perseorangan lelaki pula menyaksikan juara dunia Viktor Axelsen dari Denmark, H.S Prannoy (India), Kodai Naraoka (Jepun) dan Lu Guang Zu (China) diundi dalam kumpulan A, manakala keempat dunia Chou Tien Chen (Taiwan), Jonatan Christie dan Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia) serta Loh Kean Yew (Singapura) diundi dalam kumpulan B.Tiada wakil Malaysia dalam saingan perseorangan lelaki dan wanita pada Jelajah Akhir Dunia kali ini.Perseorangan wanita pula menyaksikan pemain nombor dua dunia juga juara bertahan An Se Young dari Korea Selatan berada dalam kumpulan A bersama nombor satu dunia Akane Yamaguchi (Jepun), Chen Yu Fei (China) dan Gregoria Mariska Tunjung (Indonesia).Sementara kumpulan B pula menyaksikan wakil Taiwan Tai Tzu Ying bakal berdepan lawan dari China, He Bing Jiao, wakil tuan rumah Ratchanok Intanon dan Busanan Ongbamrungphan.Sebanyak 24 kejohanan kelayakan berlangsung seluruh dunia, dan hanya lapan pemain dan beregu terbaik layak ke jelajah dunia akhir dengan dua wakil perseorangan atau beregu dari setiap negara manakala juara dunia layak secara automatik.Pemain bakal merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlan US$1.5 juta.- Bernama
4
06 Disember 2022 10:40pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234963/berita/sukan/semua-pemain-berjuang-sepenuh-jiwa
'Semua pemain berjuang sepenuh jiwa'
KAPTEN Korea Selatan, Son Heung-min mempertahankan persembahan Taegeuk Warriors selepas kekalahan kepada Brazil dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Qatar pada awal pagi Selasa.Sebaliknya bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur itu mengakui bahawa pasukan dari Asia tersebut tidak cukup bagus menyaingi gergasi bola sepak dunia berkenaan.“Kami telah melakukan yang terbaik tetapi ia adalah perlawanan yang amat sukar. Semua pemain berjuang sepenuh jiwa dengan bangga untuk mencapai tahap ini. Tidak ada keraguan dalam fikiran saya tentang dedikasi dan pengorbanan semua orang."Saya hanya boleh memohon maaf kepada peminat kami kerana tidak memenuhi jangkaan mereka."Tetapi saya harap mereka semua memahami situasi kami. Semua orang dalam pasukan melakukan yang terbaik untuk membuat persiapan bagi perlawanan ini," kata Heung-min.Perlawanan di Stadium 974, Doha itu menyaksikan Selecao mengakhiri cabaran Taegeuk Warriors dengan kemenangan 4-1, dengan keempat-empat gol Brazil dijaringkan pada separuh masa pertama, manakala gol saguhati Korea Selatan dijelmakan di separuh masa kedua.
4
06 Disember 2022 10:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234936/berita/sukan/aliff-izwan-dipanggil-sertai-harimau-malaya
Aliff Izwan dipanggil sertai Harimau Malaya
KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon memanggil pemain dari skuad Bawah 23 tahun (B-13) negara, Aliff Izwan Yuslan untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang dalam persiapan menghadapi Piala AFF 2022.Pemain tersebut telah menarik perhatian Pan Gon ketika skuad Harimau Malaya mengadakan sesi latihan bersama dengan skuad B-23 negara kendalian E Elavarasan pada 30 November dan 1 Disember serta perlawanan latihan membabitkan kedua-dua pasukan pada 2 Disember lalu.Malah selepas berakhir kem latihan pusat skuad B-23 negara selama 10 hari dari 27 November lalu yang berakhir pada Selasa, Elavarasan dan penolong jurulatih Harimau Malaya turut memberi rekomendasi kepada Pan Gon untuk penyenaraian pemain itu ke skuad senior.Aliff Izwan, 18, yang merupakan penyerang Selangor FC 2 akan melapor diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya pada Rabu bersama penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dari Terengganu FC (TFC) yang namanya memang tersenarai dalam skuad senior.Dalam pada itu, Pan Gon terpaksa menggugurkan pemain sayap TFC, Faiz Nasir yang mengalami masalah kesihatan sekali gus tidak dapat meneruskan latihan pusat bersama skuad Harimau Malaya biarpun telah hadir melapor diri pada 29 November lalu.Menerusi perkembangan terbaharu itu, jumlah pemain yang berada dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya ketika ini ialah seramai 28 pemain termasuk Dion Cools yang akan melapor diri pada 16 Disember.
4
06 Disember 2022 06:09pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234925/berita/sukan/sk-seri-selangor-muncul-juara-piala-dytm-raja-muda-selangor
SK Seri Selangor muncul juara Piala DYTM Raja Muda Selangor
SHAH ALAM - Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Selangor muncul juara Piala DYTM Raja Muda Selangor 2022 selepas menewaskan SK Puchong 2-1 di Padang Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), pada Selasa.Penyerang SK Seri Selangor, Dayyan Nazrin muncul wira pasukan apabila meledak dua gol pada minit ke-10 dan 20 untuk mengesahkan kejuaraan.Gol saguhati SK Puchong pula dijaringkan oleh Muhammad Adif Iman pada minit ke-16.Jurulatih SK Seri Selangor, Norzaidi Hamid memuji komitmen dan kesungguhan para pemainnya walaupun menerima tentangan sengit dipamerkan lawan."Alhamdullilah hasil kerja keras pemain memastikan pasukan beroleh kemenangan yang cukup manis ini."Ini juga kejuaraan kedua piala ini dengan kali terakhir kami menang pada 2018," katanya kepada Sinar Harian.Piala DYTM kejuaraan Bawah 12 tahun berjaya menarik penyertaan sekolah-sekolah rendah seluruh Selangor.SK Seri Selangor menerima hadiah RM4,000, trofi dan medal manakala SK Puchong selaku naib juara menerima hadiah RM3,000 dan medal.Tempat ketiga menjadi milik SK Serdang dan menerima RM2,000 dan medal manakala tempat keempat diraih SK Subang Bestari menerima RM1,000 serta medal.Kejohanan mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.
4
06 Disember 2022 05:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234926/berita/sukan/nafas-baharu-bola-sepak-wanita-negara
Nafas baharu bola sepak wanita negara
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin dengan kehadiran Soleen Al-Zou'bi di dalam FAM, masa hadapan bola sepak wanita negara dapat diperhalusi serta diperbaiki.Soleen yang memulakan tugas pada 1 Disember lalu di Wisma FAM, Kelana Jaya akan menjadi pengendali Malayan Tigress serta mengetuai Unit Bolasepak Wanita FAM.Menurut Hamidin, pengalaman Soleen sebagai Ketua Unit Bola Sepak Wanita dan Penolong Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) berupaya untuk memberi nafas baharu kepada bola sepak wanita Malaysia.“Dengan kehadiran Soleen, kita bukan sahaja dapat mengenalpasti wajah-wajah baharu dan berpotensi untuk mewakili negara selain memastikan Malayan Tigress mampu memberikan saingan di pentas antarabangsa.“Pengalaman Soleen di JFA juga sudah tentu dapat memperbaiki pertandingan bola sepak wanita di peringkat nasional sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pemain-pemain bola sepak wanita untuk beraksi.“Dengan pelantikan Soleen, besar harapan saya untuk melihat bola sepak wanita di Malaysia menjadi lebih berkualiti dan kompetitif seperti negara-negara Asia dan Eropah,” kata Hamidin.Suraya (tengah) mempengerusikan mesyuarat mengenai hala tuju bola sepak wanita negara. Foto FB FAMBeliau berkata, satu mesyuarat telah diadakan di antara Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob serta Timbalan Pengerusinya, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.Mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dan Soleen di Wisma FAM pada Selasa di mana mereka telah membincangkan mengenai hala tuju bola sepak wanita di Malaysia dengan lebih mendalam.Soleen yang juga Ahli Jawatankuasa Bola Sepak Wanita AFC sejak 2019 itu pernah menyarung jersi pasukan wanita kebangsaan Jordan serta beraksi untuk kelab-kelab bola sepak wanita di Jordan selama 14 tahun.Dalam pada itu, menurut Soleen, aura bola sepak sejak tiba di bumi Kuala Lumpur dua minggu lalu telah memberikan beliau inspirasi untuk memperbaiki arena bola sepak wanita Malaysia.“Untuk melahirkan pemain bola sepak wanita yang berkualiti tinggi, fokus utama saya adalah untuk mengenalpasti serta memperbaiki liga bola sepak wanita di Malaysia dan memberikan peluang untuk bermain kepada pemain-pemain.“Selain itu, kami mahu mewujudkan laluan pemain yang komprehensif bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat elit di mana ia akan membabitkan jurulatih, pengadil dan pegawai tadbir yang terdiri daripada kaum wanita,” kata Soleen.
4
06 Disember 2022 05:01pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234917/berita/sukan/kayuhan-azizulhasni-lepasi-jangkauan-di-tcl
Kayuhan Azizulhasni lepasi jangkauan di TCL
BUKAN sahaja menjadi pelumba paling gembira bersaing dalam Liga Juara-Juara Trek (TCL) UCI, pelumba berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang malah prestasinya melepasi jangkauan jurulatihnya, John Beasley.Beasley mengakui beliau kagum dengan kayuhan yang diperagakan Azizulhasni walaupun beliau baru sahaja menjalani pembedahan jantung pada April lepas."Lebih baik daripada jangkaan, saya secara peribadi menjangkakan Azizulhasni akan menduduki kelompok terbawah memandangkan kejohanan ini membariskan 18 pelumba pecut terbaik dunia."Jadi untuk berada dalam kelompok 10 terbaik adalah sangat istimewa lebih-lebih lagi dengan latihan terhad dijalani selain ini merupakan perlumbaan kompetitif pertama selepas beraksi dalam acara final keirin lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lepas,” katanya kepada Bernama.‘The Pocket Rocketman’ menamatkan kempen dalam TCL di kedudukan kelapan secara keseluruhan dengan mengutip 60 mata manakala pelumba Australia, Matthew Richardson dimahkotakan sebagai juara dengan 183 mata dalam kategori pecut lelaki.Pelumba berusia 34 tahun itu turut beraksi pada peringkat akhir acara kegemarannya iaitu keirin dengan menduduki tempat kelima dalam pusingan akhir TCL yang berlangsung di hadapan lebih 5,500 peminat di venue Sukan Olimpik 2012 iaitu di Lee Valley VeloPark, London, Sabtu lepas.Menyifatkan Azizulhasni sebagai atlet yang luar biasa selain sering dahagakan aksi di trek, Beasley berkata, beliau terpegun dengan anak buahnya yang ‘sering tersenyum’ sepanjang kejohanan lima pusingan bermula di Mallorca, Sepanyol pada 12 November.Sementara itu, jurulatih Australia itu turut memaklumkan Azizulhasni akan kembali bersaing di Piala Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia I & II bermula esok hingga 8 Dis di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan diikuti perlumbaan kelas 1 UCI di Melbourne, Australia pada 17 Disember.Pada masa sama, Beasley berkata, pihaknya tidak akan terburu-buru dalam membantu bekas juara keirin lelaki dunia itu kembali ke prestasi terbaiknya."Jadi sekarang adalah masa untuk menguruskan beliau, kami perlu teruskan program tanpa menjejaskan kesihatan dan memastikan beliau tidak banyak melakukan aktiviti berlebihan dengan cepat kerana kami mahu pastikan beliau benar-benar cergas dan bebas daripada kecederaan,” katanya.Selain kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, Beasley berkata Azizulhasni dijangka beraksi pada Kejohanan Asia di Malaysia pada Jun depan selain Sukan Asia di Hangzhou, China mulai 23 September - 8 Oktober 2023. - Bernama.
4
06 Disember 2022 04:17pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/234916/berita/sukan/lima-kerangka-fokus-utama-hannah
Lima kerangka fokus utama Hannah
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggariskan lima aspek yang menjadi fokus utamanya sebaik sahaja melaporkan diri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa.Malah, Hannah menegaskan, beliau tidak mempunyai hasrat untuk memperkenalkan program baharu pembangunan sukan negara, sebaliknya mahu terus memperkasa program sedia ada.“Perkara pertama saya mahu pastikan sukan dapat diakses untuk semua. Keduanya, memberikan keadaan yang selamat kepada atlet kita.“Ketiga dari segi kebajikan atlet dan saya akan dapatkan pandangan daripada mereka. Keempat, selalunya orang akan rasa kalau ada kepimpinan baharu, mungkin ada program baharu.“Tetapi saya tidak ada hasrat untuk memperkenalkannya (program baharu). Sebaliknya,saya mahu mendengar dan mencari jalan memperkasakan program sedia ada.“Yang kelima membabitkan aspek belia yang mana turut membabitkan lebih kurang 17 kementerian lain dan saya menjalin kerjasama untuk pastikan ada kesinambungan,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Menara KBS di Putrajaya pada Selasa.Hannah yang mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu lalu mengambil alih portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Dalam pada itu, Hannah berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan barisan atlet negara dalam masa terdekat bagi membincangkan hal keperluan dan kebajikan mereka.'“Sebab itu saya kata tidak mahu buat program baharu supaya atlet ada kesinambungan mereka. Kalau asyik tukar hala tuju, susah untuk atlet kita ikut,” ujarnya.Mengenai status Bajet 2023, Hannah memberitahu, keputusan sama ada peruntukan untuk kementerian berkenaan diubah atau tidak terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.“Untuk Bajet 2023, kita kena tunggu arahan daripada Menteri Kewangan (Anwar) iaitu Perdana Menteri. Itu bukan sahaja melibatkan KBS tapi semua kementerian,” jelasnya.Untuk rekod, Bajet 2023 yang dibentangkan kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM332 juta kepada KBS bagi melaksanakan program latihan serta fasiliti sukan negara pada tahun hadapan.
4
06 Disember 2022 04:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234890/berita/sukan/ronaldo-sertai-al-nassr-terima-bayaran-tertinggi
Ronaldo sertai Al-Nassr, terima bayaran tertinggi
BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo mencapai persetujuan muktamad untuk menyertai Al-Nassr Januari ini, lapor media Sepanyol.Kapten skuad Portugal itu sedang mencari kelab baharu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu.Skuad Red Devils bertindak pantas menamatkan perjanjian bersama Ronaldo yang bernilai lebih £500,000 (RM2.67 juta) seminggu dan masih berbaki tujuh bulan sebagai tindak balas komennya ketika ditemubual Piers Morgan kerana mengkritik Erik ten Hag dan pemilik kelab.Marca minggu lalu melaporkan bahawa Ronaldo sudah menerima tawaran kontrak bernilai £432 juta (RM2.3 bilion) dari Al-Nassr.Akhbar Sepanyol itu mendakwa Ronaldo sudah mencapai persetujuan muktamad dengan kelab Arab Saudi dan akan menyertai kelab itu 1 Januari ini.Pemenang Ballon d'Or lima kali berusia 37 tahun itu akan menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bernilai £173 juta (RM924.6 juta) setiap musim.Menurut senarai Forbes 2022, perpindahan itu akan menjadikan Ronaldo sebagai pemain yang menerima bayaran tertinggi di dunia.Ia mendahului Lionel Messi, £105m (RM561.2 juta) di Paris Saint-Germain (PSG) tahun ini dan pemain Los Angeles Lakers, LeBron James, yang menerima £98 juta (RM523.8 juta).Al-Nassr merupakan salah sebuah pasukan paling berjaya di Arab Saudi setelah memenangi kejuaraan liga sembilan kali.Ronaldo mendesak untuk meninggalkan United sejak musim panas, tetapi ejennya gagal menemui kelab baharu walaupun berbincang dengan beberapa pasukan terkemuka Eropah termasuk Chelsea, Bayern Munich dan PSG.
4
06 Disember 2022 02:38pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/234886/berita/sukan/kda-fc-ikat-nafuzi-dua-tahun
KDA FC ikat Nafuzi dua tahun
ALOR SETAR - Mohd Nafuzi Mohd Zain diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang baharu dengan kontrak selama dua tahun bermula musim 2023.Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, pengalaman dan prestasi cemerlang dimiliki Mohd Nafuzi dalam membina pasukan bola sepak ‘from bottom to top’ diharap dapat dibawa ke dalam skuad Sang Kenari pula.Menurutnya, kelab tersebut memberikan sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih itu memilih barisan pemain dan mencari bakat-bakat baharu yang boleh diserap masuk ke dalam pasukan."Saya minta peminat KDA FC supaya beri masa kepada Mohd Nafuzi untuk membina dan membangunkan pasukan yang gah, disegani dan dihormati.“Saya juga ingin memaklumkan jumlah keseluruhan pemain untuk musim hadapan adalah seramai 25 orang dan nama-nama mereka hanya akan diumumkan nanti. Seramai 17 pemain bagi musim 2022 tidak ditawarkan kontrak baharu untuk musim hadapan,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pelantikan Ketua Jurulatih Baharu musim 2023 di antara Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali dan Mohd Nafuzi.Mohd Nafuzi dan Mohd Daud bergambar bersama peminat Sang Kenari di House Of The Kenari di Alor Setar pada Selasa.Terdahulu, Mohd Daud juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara KDA FC yang diwakili Khamal Idris dan Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) yang diwakili Pengerusinya, Muhammad Edi Soffi Ramli dalam aspek perniagaan bagi menjana pendapatan dan menyumbang kepada pendanaan operasi kelab tersebut.Sementara itu, Mohd Nafuzi berkata, bukan mudah untuk dirinya yang pernah menyarung jersi Hijau Kuning pada musim 2006-2007 mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan tersebut.Beliau mengakui tidak sabar dan teruja untuk kembali berada di bumi Jelapang Padi dan berjanji memberikan yang terbaik untuk kejayaan pasukan.“Perancangan saya adalah untuk mengembangkan lagi bakat pemain anak jati Kedah itu sendiri kerana sedia maklum Kedah mempunyai barisan pemain lama dan baharu yang cukup bagus dan digeruni."Bagi barisan pemain untuk musim depan pula, saya akan membuat pemilihan dengan mengambil kira aspek-aspek penting bagi memastikan pasukan Kedah pada musim hadapan lebih mantap,” ujar Mohd Nafuzi.
4
06 Disember 2022 02:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234884/berita/sukan/griezmann-enggan-tertekan-tanpa-gol
Griezmann enggan tertekan tanpa gol
BINTANG Perancis, Antoine Griezmann ingin menikmati sepuasnya aksi Piala Dunia Qatar 2022 tanpa mahu memikirkan ketumpulannya di depan gawang kerana belum meledak sebarang gol setakat ini.Griezmann berperanan sebagai penghubung bahagian tengah dengan barisan hadapan, selain bertahan sebaik mungkin seperti ketika menyerang, dia seorang yang gembira di dalam dan luar padang.Saya berpeluang menjaringkan gol menentang Denmark, tetapi terlepas. Mungkin tidak begitu dekat dengan kotak penalti seperti yang biasa saya lakukan."Saya masih buntu gol, tetapi tidak begitu terdesak mengenainya. Pasukan memerlukan saya di bahagian tengah untuk menjadi penghubung antara benteng pertahanan dan serangan. Saya amat bangga dan gembira," katanya.Griezmann melakar rekod beraksi 71 perlawanan berturut-turut bersama Les Bleus.Ayam tambatan, Kylian Mbappe sudah menyumbat lima gol di Qatar untuk mengumpul sembilan gol pada Piala Dunia dan Olivier Giroud mengatasi Thierry Henry untuk muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan 52 gol.Bagaimanapun, Griezmann masih bergelut memburu gol tanpa mengenal erti penat lelah di belakang mereka.Jurulatih, Didier Deschamps tetap yakin dengan khidmat Griezmann biarpun pemain itu bergelut ketika beraksi di Barcelona dan diletakkan di bangku simpanan sekembalinya ke Atletico Madrid tahun lalu."Saya terhutang budi kepadanya (Deschamps), jadi apabila diberi peluang beraksi saya bersungguh-sungguh bermain untuk Perancis, rakan sepasukan dan jurulatih," ujar Griezmann.Pemain berusia 31 tahun itu berlari tidak kurang 11.3 kilometer Ahad lalu ketika Perancis menyingkirkan Poland 3-1 untuk menempah slot suku akhir berdepan England pada awal pagi Ahad."Sihat dan cergas secara fizikal banyak membantu saya. Tiada sebarang masalah dalam kehidupan peribadi."Tercetus dalam fikiran mengenai detik sukar di Barca dan tahun lalu apabila saya kembali ke Atletico. Ia agak rumit, saya terpaksa mencari diri sendiri dalam dan di luar padang," kata Griezmann.
4
06 Disember 2022 02:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234871/berita/sukan/england-tekad-gasak-kubu-perancis
England tekad gasak kubu Perancis
ENGLAND akan menggunakan tempo permainan berintensiti tinggi menentang juara bertahan, Perancis pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar di Stadium Al Bayt, pada Ahad.Pengendali Three Lions, Gareth Southgate mahu para pemainnya mengasak kubu Perancis bertali arus untuk memburu gol sekali gus mempunyai keupayaan untuk mengalahkan pasukan ternama itu.“Apa yang kami perkatakan sebelum aksi menentang Senegal adalah menyerang lawan tanpa henti. Belum mahu berasa berpuas hati setelah mendahului sebaliknya perlu memastikan kami mengekalkan tahap intensiti perlawanan.Jadi kami perlu lakukannya sekarang menentang juara dunia. Apabila anda imbau semula kejohanan kami sebelum ini, anda lihat pasukan yang menyingkirkan England daripada persaingan.“Inilah ujian berikutnya buat pasukan ini,” ujar Southgate.Three Lions meledak jaringan terbanyak di Qatar dengan 12 gol dan Southgate menggesa pemain bintangnya memburu gol seperti mereka lakukan ketika menang ke atas Iran, Wales dan Senegal.Bagaimanapun, Southgate percaya rekod England pada kejohanan terdahulu banyak membantu mereka menjelang pertemuan dengan Perancis.Three Lions layak ke separuh akhir Piala Dunia Rusia 2018, kemudian mara ke final Euro 2020 mengalahkan Jerman sebelum tumpas di tangan Itali menerusi penentuan sepakan penalti.
4
06 Disember 2022 01:20pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/234848/berita/sukan/nafuzi-zain-sah-ketua-jurulatih-kda-fc-musim-2023
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
KEDAH Darul Aman FC mengumumkan Nafuzi Zain sebagai pengendali pasukan tersebut bagi musim 2023.Laman Facebook rasmi kelab itu dalam satu kenyataan ringkas mengumumkan perkara tersebut dengan menyifatkan kepulangan semula Nafuzi, 44, ke pangkuan Sang Kenari yang mana beliau pernah bergelar pemain pasukan pada 2002 sehingga 2007.Satu sidang media rasmi akan diadakan pada pagi Selasa oleh pemilik saham terbesar KDA FC iaitu Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Nafuzi.Bekas pengendali Terengganu FC itu hadir dengan reputasi baik selepas membantu Sang Penyu muncul naib juara Liga Super 2022, naib juara Piala FA 2022, separuh akhir Piala Malaysia 2022 selain membantu pasukan itu beraksi di pentas Piala AFC musim 2023.Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan musim 2022 apabila sekadar berada di tangga kelapan Liga Super, pusingan 16 Piala Malaysia dan pusingan kedua Piala FA.
4
06 Disember 2022 11:11am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234844/berita/sukan/skuad-jepun-tinggalkan-origami-ucapan-terima-kasih
Skuad Jepun tinggalkan origami, ucapan terima kasih
PERJALANAN pasukan Jepun dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 berakhir di peringkat 16 terbaik selepas tewas kepada Croatia dalam penentuan penalti di Stadium Al Janoub, pada Isnin.Jepun menunjukkan prestasi cukup membanggakan dalam saingan Piala Dunia kali ini apabila mencipta kejutan menewaskan gergasi Eropah Sepanyol dan Jerman di peringkat kumpulan.Selain aksi cemerlang dipamerkan, skuad Samurai Biru itu juga terkenal dengan sifat disiplin dan mengutamakan kebersihan terutama di bilik persalinan pasukan.Walaupun masih berada dalam suasana kecewa gagal mara ke pusingan suku akhir, pemain Jepun tetap meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dalam keadaan bersih selain turut membuat origami sebagai hadiah kepada penganjur.Ucapan terima kasih dalam bahasa Arab dan Jepun turut ditulis oleh pasukan tersebut di atas kertas dan ditinggalkan di bilik persalinan stadium itu.
4
06 Disember 2022 11:01am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234843/berita/sukan/kejutan-ke-atas-jerman-sepanyol-tidak-bermakna
'Kejutan ke atas Jerman, Sepanyol tidak bermakna'
KEMENANGAN bersejarah Jepun ke atas Jerman dan Sepanyol tidak bermakna setelah skuad Samurai Biru tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022.Penyerang, Ritsu Doan menganggap kemenangan itu sebagai sia-sia setelah pengembaraan skuadnya tersekat di pusingan kalah mati pada Selasa.Jepun terlepas peluang buat kali pertama untuk melangkah ke suku akhir selepas kalah penentuan sepakan penalti 1-3 kepada Croatia selepas keputusan terikat 1-1 pada masa tambahan.Jepun menewaskan Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan, namun Ritsu tidak menganggap ia sesuatu yang menyenangkan hati hasil kejayaan itu kerana Jepun tersingkir.Saya menjangkakan seseorang akan berkata jika kami kalah, tapi sejujurnya ia tidak bermakna apa-apa (gagal mara ke suku akhir)."Tidak kira bertapa hebatnya kami berjuang hari ini (Selasa) kami tidak mengubah sejarah (tersingkir daripada Piala Dunia)," ujar Ritsu.Jepun terlebih dahulu di depan menerusi Daizen Maeda sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia 10 sebelum rehat.Jepun bergelut untuk menambah jaringan, namun perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.Penjaga gol Croatia Dominik Livakovic cemerlang di gawang apabila menyelamatkan dua sepakan penalti pertama mereka."Penalti adalah gabungan nasib dan latihan," ujar jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu selepas kegagalan pemainnya untuk menyempurnakan penalti.Moriyasu turut memuji penjaga gol pasukan lawan yang bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Jepun."Penjaga gol mereka sangat baik tetapi pemain Jepun seharusnya lebih baik dan itu yang kami perlu usahakan pada masa depan," katanya.Skuad Samurai Biru menyasarkan untuk mara ke suku akhir buat kali pertama, selepas dikecewakan dalam pusingan 16 terakhir pada tiga Piala Dunia sebelum ini.
4
06 Disember 2022 10:58am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234839/berita/sukan/kisah-heung-min-si-pemakai-topeng-di-piala-dunia
Kisah Heung-min si pemakai topeng di Piala Dunia
SON Heung-min tampil sekian kalinya di Piala Dunia Qatar 2022 ketika Korea Selatan menentang Brazil dalam pusingan 16 terbaik kejohanan yang berlangsung di Stadium 974 - Ras Abu Aboud, awal pagi Selasa.Penyerang Tottenham Hotspur itu sebelum ini berjaya mendapat lampu untuk beraksi di Piala Dunia walaupun mengalami keretakan sekitar mata kirinya semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille di Stade Velodrome.Pemain berusia 30 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-29, digantikan Yves Bissouma selepas berlaga dengan Chancel Mbemba ketika kelab London itu menang 2-1 ke atas Olympique Marseille pada 1 November, kemudiannya memerlukan pembedahan.Namun tiga minggu selepas itu Heung-min kembali dibenarkan untuk menyertai Taegeuk Warriors semula sebagai persediaan ke Qatar 2022.Biarpun Heung-min mendapat lampu hijau menyertai rakan sepasukannya sebelum Piala Dunia, dia masih dalam proses pemulihan, pemain itu perlu memakai topeng pelindung hitam.Pengendali Taegeuk Warriors, Paulo Bento juga mengenakan arahan berpasukan untuk membincangkan kesihatan pemain bintangnya tersebut untuk perlawanan pembukaan menentang Uruguay di Stadium Education City, 24 November lalu.“Kita perlu semak dan analisa hari demi hari perkembangannya, biarlah dia datang...“Kami mempunyai masa untuk membuat keputusan yang betul dan keputusan yang terbaik untuk kami semua,” kata Bento.Sementara itu, Heung-min sebelum ini berazam untuk beraksi sepenuh hati di Piala Dunia demi negaranya: “Saya tidak akan terlepas ini untuk dunia. Saya tidak sabar untuk mewakili negara Korea yang indah.“Saya hanya mahu meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas mesej sokongan yang saya terima sepanjang minggu lalu."Saya telah membaca begitu banyak daripada mereka dan benar-benar menghargai anda semua. Dalam masa yang sukar saya menerima banyak kekuatan daripada anda!"Bermain untuk negara anda di Piala Dunia adalah impian ramai sejak kanak-kanak, sama seperti ia juga salah satu daripada saya."Korea Selatan mengakhiri cabaran Qatar 2022 setelah tewas 1-4 kepada pasukan pilihan, Brazil dalam perlawanan 16 terbaik di Stadium 974 - Ras Abu Aboud.Pada edisi Rusia 2018, Korea Selatan mengakhiri cabaran di kedudukan ketiga Kumpulan F - tewas kepada Sweden 0-1, kecundang 1-2 kepada Mexico, sebelum mengejutkan Jerman 2-0.
4
06 Disember 2022 10:36am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234836/berita/sukan/era-baharu-bola-sepak-jepun
'Era baharu bola sepak Jepun'
PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu tetap berbangga dan menyifatkan pasukannya sedang meniti era baharu bola sepak walaupun tewas penentuan penalti kepada Croatia, dalam aksi 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Isnin.Menurutnya, Jepun telah mempamerkan aksi luar biasa termasuk menumbangkan dua gergasi Eropah iaitu Jerman dan Sepanyol dalam edisi Piala Dunia kali ini."Kami tidak dapat melepasi pusingan 16 terbaik, tetapi kami berjaya menewaskan Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan. Mereka adalah juara dunia dan pasukan kuat.Jika anda menyaksikan perlawanan, kami mencipta banyak peluang jaringan dan mempunyai peluang untuk menang."Kami boleh bermain menentang pasukan terbaik dunia dan menewaskan mereka (Jerman dan Sepanyol). Pemain telah menunjukkan era baharu bola sepak Jepun," katanya.Dalam perlawanan itu, Samurai Biru terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Daizen Maeda sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan untuk Croatia 10 minit selepas separuh masa kedua bermula.Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dan perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan tonggak Jepun, Takumi Minamino, Kauru Mitoma dan Maya Yoshida gagal menyempurnakannya.Moriyasu menegaskan Jepun menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka selain turut memuji aksi dipamerkan para pemainnya."Kami tidak menang penalti dan kami perlu menerimanya, tetapi saya tidak rasa kami tertekan ketika penalti itu. Sebaliknya penjaga gol Croatia itu beraksi baik."Pemain Jepun bermain 120 minit dengan penuh keyakinan dan pemain yang mengambil penalti juga sangat berani," katanya.
4
06 Disember 2022 10:22am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234832/berita/sukan/neymar-kunci-kemenangan-brazil
Neymar kunci kemenangan Brazil
PENGENDALI Brazil, Tite menyifatkan tiada pemain lain yang dapat menggantikan kualiti dimiliki Neymar selepas pemain itu cemerlang membantu pasukan menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 pada Selasa.Neymar kembali dalam kesebelasan utama pasukan di Stadium 974 selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali pada perlawanan pertama Piala Dunia itu.Kemungkinan untuk pemain Paris Saint Germain (PSG) itu kembali daripada kecederaan sebelum ini diragui, namun dia tampil dengan peranan penting termasuk menjaringkan penalti untuk memastikan kemaraan skuad Selecao itu ke suku akhir."Dia memainkan peranan penting terutama dengan keupayaan teknikal dimilikinya. Apabila pasukan mencari pemain, mereka tahu bahawa mereka mempunyai senjata (seseorang yang boleh membuat) perbezaan."Setiap orang mempunyai ciri tersendiri, tetapi Neymar adalah pemain yang mampu memberikan nilai tambah kepada pasukan," katanya.Brazil hanya memerlukan tujuh minit untuk membuka jaringan gol menerusi jaringan Vinicius Jr sebelum Neymar menyempurnakan penalti untuk gol ke-76 peribadi-kurang satu di belakang rekod sepanjang zaman milik Pele.Richarlison kemudian menjadikan kedudukan 3-0 dengan jaringan menarik pada minit ke-29, disusuli dengan gol Lucas Paqueta tujuh minit kemudian.Gol saguhati Korea Selatan dijaringkan Paik Seung-Ho pada minit ke-76.Jaringan penalti Neymar itu juga menjadikan dia pemain Brazil ketiga yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia (2014, 2018 dan 2022) selepas Pele dan Ronaldo.
4
06 Disember 2022 10:02am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234831/berita/sukan/croatia-idam-tumbangkan-brazil
Croatia idam tumbangkan Brazil
PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan pasukannya tidak hanya mahu berhenti di peringkat suku akhir dalam aksi Piala Dunia Qatar 2022.Menurutnya, Croatia akan menjanjikan persembahan lebih baik untuk mencipta sejarah mara lebih jauh sekali gus cuba menumbangkan Brazil di pusingan suku akhir."Generasi ini adalah generasi yang tabah dan tidak berputus asa. Mereka mencerminkan semangat rakyat Croatia yang telah melalui begitu banyak kesakitan.Pasukan kebangsaan Croatia membawa begitu banyak kebanggaan dan kegembiraan kepada rakyat. Kami memberi mereka kepercayaan pada hari esok yang lebih baik."Kami generasi baharu pemain bola sepak Croatia. Ini adalah peluang untuk mencipta sejarah," katanya.Croatia mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Jepun menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan tamat.Skuad dengan gelaran Vatreni itu dijadualkan menentang Brazil pada aksi suku akhir pada Jumaat.Dalam pada itu, bintang Croatia, Nikola Vlasic menyifatkan Jepun telah memberikan perlawanan yang sukar namun menegaskan pasukannya layak untuk melangkah ke pusingan seterusnya."Mereka memberi kami perlawanan yang sukar, tetapi kami tahu perkara itu akan berlaku, bukan kebetulan mereka menewaskan Jerman dan Sepanyol."Kami mempunyai lebih banyak peluang dan saya rasa kami berhak untuk menang," katanya.
4
06 Disember 2022 10:01am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234828/berita/sukan/bento-tinggalkan-korea-selatan
Bento tinggalkan Korea Selatan
PAULO Bento memberi bayangan tidak akan kekal sebagai jurulatih Korea Selatan selepas mereka tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022 selepas tewas 1-4 kepada Brazil pada Selasa."Saya perlu fikirkan mengenai masa depan, tapi tidak akan bersama pasukan Korea."Saya akan berehat dan kemudian melihat apa yang akan berlaku," kata pengendali berusia 53 tahun yang juga bekas jurulatih Portugal itu selepas perjalanan skuad Kimchi terhenti di peringkat kalah mati."Saya baharu saja beritahu pemain dan presiden persatuan kebangsaan."Keputusan ini sudah saya fikirkan sejak September. Ia sudah ditetapkan dan hari ini (Selasa) saya mengesahkannya."Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Korea Selatan dan sangat bangga menguruskan mereka," katanya.Bento mengambil alih pasukan selepas Piala Dunia 2018 menggantikan Shin Tae-yong.Di Qatar, Korea Selatan bukan tandingan Brazil apabila ketinggalan empat gol pada babak pertama di Stadium 974, Doha walaupun berjaya mendapatkan satu gol menerusi pemain gantian, Paik Seung-ho."Saya percaya kami boleh berbangga dengan apa yang dicapai pada Piala Dunia kali ini dan apa yang kami lakukan sejak empat tahun lalu untuk berada di sini," kata Bento yang melatih Portugal pada kejohanan 2014 di Brazil.Korea Selatan yang diketuai Son Heung-min mara ke Qatar selepas berada di kedudukan kedua kelayakan di belakang Iran, tetapi penyingkiran di kelompok 16 terakhir bermakna mereka tidak pernah menang aksi di peringkat penyingkiran selain di negara sendiri."Korea beraksi sangat baik pada peringkat kumpulan walaupun kami boleh mendapatkan lebih banyak mata sekiranya menewaskan Ghana," ujar Bento.
4
06 Disember 2022 09:54am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234826/berita/sukan/brazil-buru-kejuaraan-buat-pele
Brazil buru kejuaraan buat Pele
SELEPAS mengesahkan tempat dalam kelompok lapan terbaik, Brazil fokus untuk meraih kejuaraan keenam Piala Dunia Qatar 2022.Menuju hari untuk membuat perhitungan dengan Croatia pada aksi suku akhir Jumaat ini, skuad bimbingan Tite berada di prestasi terbaik selepas mengalahkan Korea Selatan 4-1 dalam saingan kalah mati pada Selasa."Sudah tentu kami mengimpikan gelaran ini. Hari ini adalah perlawanan keempat, masih berbaki tiga. Kami fokus untuk mendapatkan kejuaraan," ujar Neymar.Pemain sensasi itu kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan buku lali.Malah pada aksi itu, Neymar turut meledak menerusi sepakan penalti.Kekalahan Korea Selatan kepada Brazil, Jepun pula tewas kepada Croatia dan Australia dikecewakan Argentina, bermakna ketiga-tiga wakil Asia tewas di peringkat kalah mati.Brazil membuka tirai jaringan menerusi Vinicius Jr pada minit ketujuh, diikuti gol Neymar enam minit kemudian.Richarlison kemudian menjadikan kedudukan 3-0 dengan jaringan menarik pada minit ke-29, berselang tujuh minit, Lucas Paqueta pula meledak untuk gol keempat.Paik Seung-Ho menyumbang gol sagu hati buat Korea Selatan pada minit ke-76, namun belum cukup untuk menghalang Brazil merebut slot ke suku akhir."Saya harap kami dapat terus menari sehingga ke final. Kami juga menghadiahkan kemenangan ini kepada Pele. Semoga dia cepat sembuh," ujar Vinicius.Selepas tamat perlawanan, para pemain membawa kain rentang tertera wajah legenda Brazil, Pele.
4
06 Disember 2022 09:17am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234816/berita/sukan/brazil-singkir-korea-tempah-slot-suku-akhir
Brazil singkir Korea tempah slot suku akhir
JUARA lima kali, Brazil mudah menjinakkan Korea Selatan 4-1 dalam aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium 974 awal pagi Selasa.Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan Tite di laluan terbaik untuk memburu kejuaraan keenam, biarpun bakal berdepan naib juara edisi lalu, Croatia di peringkat suku akhir.Pada aksi pusingan 16 terakhir itu, Brazil mempamerkan persembahan menghiburkan apabila mendahului Korea Selatan 4-0 pada babak pertama.Vinicius Junior membuka tirai jaringan pada minit ketujuh untuk menewaskan Kim Seung-gyu.Berselang beberapa minit kemudian Brazil dihadiahkan sepakan penalti selepas Richarlison dijatuhkan pemain tengah Korea Selatan, Jung Woo-young.Pemain bintang, Neymar menerusi sepakan leret mudah sekali lagi menewaskan Seung-gyu untuk Brazil selesa di depan.Tersentak ketinggalan dua jaringan, skuad Kimchi menyusun semula serangan dan hampir membuahkan hasil, namun percubaan jarak jauh Hwang Hee-chan dinafikan penjaga gol, Alisson.Skuad Selecao menambah derita Pahlawan Taeguk dengan jaringan ketiga menerusi Richarlison pada minit ke-29.Gawang Seung-gyu bolos lagi pada minit ke-36.Kali ini tiba giliran Lucas Paqueta untuk mencatat nama selaku penjaring untuk melengkapkan kemenangan besar Brazil.Bersambung babak kedua, Korea Selatan cuba merapatkan jurang gol, namun dinafikan Alisson yang kebal di gawang.Enggan berputus asa, skuad dari Asia itu akhirnya menemui sasaran apabila Paik Seung-ho meledak pada minit ke-77 menerusi sepakan jarak jauh untuk meraih gol saguhati buat Korea Selatan.Menerusi kemenangan itu, Brazil akan membuat perhitungan dengan Croatia di Stadium Education City pada Jumaat.Croatia mara ke kelompok lapan terbaik selepas menyingkirkan satu lagi wakil Asia, Jepun 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar permainan.
4
06 Disember 2022 07:13am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234807/berita/sukan/cabaran-100-hari-buat-hannah
Cabaran 100 hari buat Hannah
TEMPOH 100 hari disifatkan cabaran penting kepada kepimpinan baharu Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, bagi melihat kembali pengisian pemerkasaan sukan sebagai ejen perpaduan dalam mengukuhkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, perancangan pemerkasaan sukan sebagai ejen perpaduan merupakan langkah penting dalam konteks pembentukan Kerajaan Perpaduan pada hari ini.“Sukan ejen penting memupuk semangat perpaduan semasa proses awal pembentukan negara sebelum ini.“Namun selepas itu sukan tidak lagi dapat kita lihat menjadi antara platform merapatkan hubungan masyarakat biarpun kita melihat perpaduan kerap dijelmakan dalam bentuk sokongan setiap kali atlet atau pasukan negara beraksi di peringkat antarabangsa.“Adalah penting sukan berperanan sebagai agen perpaduan dengan penglibatan setiap golongan anggota masyarakat. Biarpun akan ada cakap-cakap apalah yang boleh dicapai dalam 100 hari sekadar hanya lebih kepada perancangan atau penetapan hala tuju, namun ia tidak boleh dipandang ringan menteri.“Saya percaya dan mengharapkan Hannah dapat menyediakan program-program yang dapat menyemarakkan kembali perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan disandang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Hannah merupakan menteri ke-21 sejak penubuhan kementerian berkenaan pada 1964.Untuk rekod, Hannah pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan pemimpin wanita kedua dalam sejarah dilantik mengetuai Kementerian Belia dan Sukan selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.Tambah Pekan, kewujudan program sukan ini juga tidak hanya bersifat Indeks Prestasi Utama (KPI) kementerian tetapi perlu memiliki mekanisme kesinambungan sebagai agen perpaduan dalam jangka panjang.Katanya, mekanisme penganjuran sukan yang melibatkan penyertaan rakyat khasnya belia negara ini juga memerlukan satu semangat baharu bagi memperkukuhkan jatidiri Malaysia.“Kewujudan program perpaduan digembeleng kementerian daripada peringkat institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan rendah serta dalam kalangan anggota masyarakat juga perlu lebih holistik.“Ini penting kerana kita tidak mahu sukan yang pernah menjadi agen perpaduan dalam membentuk semangat Malaysia juga terus terpisah mengikut sukan-sukan tertentu berdasarkan Melayu, Cina dan India.“Kerangka pengisian 100 hari ini penting kerana walaupun umum mengetahui teras utama kementerian adalah pencapaian dalam sukan negara, namun harus diingat tanpa perpaduan kita sukar meraih dan mengekalkan kecemerlangan,” katanya.Pekan juga menyarankan Hannah tidak hanya memfokuskan pencapaian sukan negara, sebaliknya juga pemerkasaan golongan belia di negara ini.“Golongan belia ini berdepan cabaran mencabar terutamanya dalam meneruskan kesinambungan hidup berikutan perubahan ekonomi dunia.“Kita tidak mahu seperti menteri-menteri belia dan sukan terdahulu yang selamanya kekal menjadi menteri sukan tanpa melihat kepada keperluan meningkatkan taraf ekonomi golongan belia.“Sebaik-baik seimbangkan dan bergerak dalam satu jajaran sama, kerana sukan dan belia saling bertaut dalam agenda perpaduan serta pembangunan negara pada masa depan,” katanya.
4
06 Disember 2022 07:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234805/berita/sukan/croatia-singkir-cabaran-jepun-dari-qatar-2022
Croatia singkir cabaran Jepun dari Qatar 2022
CROATIA meneruskan persembahan cemerlang apabila menyambar slot suku akhir Piala Dunia selepas menyingkirkan cabaran Jepun 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Janoub pada Isnin.Qatar 2022 merupakan pertemuan Piala Dunia ketiga antara Jepun dan Croatia, dengan Samurai Biru tanpa kemenangan dan jaringan dalam dua perlawanan sebelum ini, tewas 0-1 pada edisi Perancis 1998 dan seri tanpa jaringan pada Jerman 2006, kedua-duanya di fasa kumpulan.Untuk rekod, kedua-dua perlawanan itu juga merupakan satu-satunya perlawanan Piala Dunia yang menampilkan Croatia menentang pasukan negara Asia sebelum ini.Bagaimanapun tidak seperti ketika berdepan Jerman dan Sepanyol pada peringkat kumpulan sebelum ini yang menyaksikan persembahan bertenaga Jepun.Namun di sepanjang 120 minit untuk seri 1-1 berdepan naib juara edisi Piala Dunia Rusia 2018 itu, kelemahan mental lama kembali menghantui Samurai Biru apabila gagal ketika memasuki fasa penentuan sepakan penalti, untuk mengakhiri cabaran tewas 1-3.Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan penuh bertenaga, namun selepas beberapa minit, Croatia mula mengawal dan menentukan hala tuju permainan.Bagaimanapun gol dihasilkan pemain kelab Liga Perdana Scotland, Daizen Maeda pada minit ke-43, terlebih dulu meletakkan Samurai Biru pimpinan Hajime Moriyasu mendahului perlawanan.Namun bintang kelab Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur, Ivan Perisic menyamakan kedudukan menerusi tandukan padu minit ke-55 untuk memastikan skuad kendalian Zlatko Dalic kembali semula ke dalam permainan.Penjaga gol Dinamo Zagreb Dominik Livaković muncul wira dalam penentuan sepakan penalti apabila menyelamatkan tiga daripada empat penalti Jepun, dengan hanya Takuma Asano yang menjaringkan gol Samurai Biru.Edisi Rusia 2018 sebelum ini, Jepun mengakhiri cabaran di fasa 16 terbaik apabila ditunjukkan Belgium jalan keluar setelah tewas 3-2 di Rostov Arena, Rostov on Don.“Saya percaya penyesalan yang kami rasa dengan kekalahan ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang..."Kami dapat menunjukkan semangat juang rakyat Jepun di Piala Dunia. Ya, sukar untuk menerima kekalahan, namun di sebalik itu bola sepak Jepun sudah semakin maju," kata pemain pertahanan Yuto Nagatomo, yang beraksi di Piala Dunia kali keempat.
4
06 Disember 2022 03:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234796/berita/sukan/keluarga-nafi-laporan-pele-semakin-tenat
Keluarga nafi laporan Pele semakin tenat
KELUARGA Pele sekali lagi menafikan spekulasi yang mengatakan ikon bola sepak Brazil yang sedang menjalani rawatan di hospital Sao Paulo itu berada dalam keadaan tenat, menurut Deutsche Presse-Agentur (dpa).Akhbar Folha de Sao Paulo pada Sabtu melaporkan Pele, 82, telah dipindahkan ke wad paliatif di hospital tempatan ekoran rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan.Pele, pernah menjalani prosedur membuang tumor di usus besar pada tahun lepas, kini sedang menjalani rawatan susulan di klinik rawatan kanser dan menurut pihak hospital beliau menunjukkan tindak balas yang positif terhadap rawatan.Dalam temu bual bersama TV Globo pada malam Ahad, dua anak perempuan dan seorang cucu legenda bola sepak itu menyatakan Pele sedang menjalani rawatan pernafasan berkaitan jangkitan Covid-19.Beliau sakit, beliau sudah uzur. Tetapi sebaik sahaja sihat, beliau akan pulang ke rumah," kata anak perempuannya, Kely Nascimento.Kakaknya, Flavia Nascimento pula berkata: "bapa mereka berada di wad biasa dan adalah sangat tidak adil apabila orang mengatakan beliau berada di penghujung hayatnya dan dalam penjagaan paliatif. Ia tidak benar, kawan-kawan. Percayalah kami."Cucu Pele, Arthur Arantes do Nascimento berkata: "Pele terharu dengan doa orang ramai ke atasnya”.Mengenai dakwaan beliau sedang tenat: "Itu akan terjadi satu hari tetapi tidak hari ini. Beliau akan melihat Brazil menjadi juara dunia buat kali keenam," kata cucunya itu. - Bernama
4
05 Disember 2022 09:56pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234795/berita/sukan/portugal-tak-pandang-mudah-switzerland
Portugal tak pandang mudah Switzerland
KEJAYAAN Portugal melakar kemenangan besar ke atas Switzerland di Liga Negara-Negara pada Jun lalu, disifatkan sebagai pencapaian yang sudah berlalu.Sebaliknya pemain tengah, William Carvalho menyifatkan pertemuan untuk kali ketiga kedua-dua pasukan tahun ini di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Rabu menjanjikan perlawanan lebih sengit“Saya pasti kami akan berdepan pasukan Switzerland yang banyak penguasaan bola dan kami bersedia untuk itu.“Ada kejutan (di Piala Dunia ini), itu hakikat, kami perlu fokus dari minit pertama hingga ke minit terakhir supaya perlawanan berjalan mengikut kehendak kita, dan bukan sebaliknya,” kata Carvalho.Pada aksi Kumpulan B Liga Negara-Negara, 6 Jun lalu, Portugal menewaskan Switzerland, 4-0 di Stadium Jose Alvalade sebelum anak buah Murat Yakin bangkit untuk menang 1-0 di Stade de Geneve, pada 13 Jun.Portugal sebelum itu mengesahkan kemaraan selepas muncul juara Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 setelah menewaskan Ghana (3-2) dan Uruguay (2-0) sebelum tunduk 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir.
4
05 Disember 2022 09:34pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234791/berita/sukan/perak-ambil-perhatian-status-pafa
Perak ambil perhatian status PAFA
KERAJAAN Perak akan meminta maklum balas daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung status terkini Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan PJS dalam masa terdekat supaya kemelut yang melanda badan induk bola sepak negeri itu dapat diselesaikan segera."Kita ingin semak dan cari jalan penyelesaian seperti yang disarankan oleh PJS sendiri kerana kemelut berpanjangan ini memberi kesan terhadap pembangunan sukan bola sepak negeri.Saya ambil tanggungjawab ini untuk pastikan tiada pihak terguris dan pada masa sama mahu pastikan PAFA boleh bergerak seperti persatuan bola sepak negeri lain.“Saya juga optimis bahawa jalan penyelesaian bagi konflik tersebut mampu dicapai demi kelangsungan pembangunan sukan bola sepak negeri," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Perak.Pada 7 Mac lalu, PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS berikutan kemelut yang melanda badan induk bola sepak itu dan ia dibuat bagi membolehkan PAFA membuat langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 bagi mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.PAFA yang diterajui Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin selepas itu mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) termasuk laporan Kongres Tahunan PAFA ke-63 yang diadakan 28 Mei lepas kepada PJS.
4
05 Disember 2022 09:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234781/berita/sukan/pawi-tolak-tepi-bulan-madu-fokus-rebut-tempat-ke-piala-aff
Pawi 'tolak tepi' bulan madu, fokus rebut tempat ke Piala AFF
PEMAIN sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid sanggup melupakan seketika untuk berbulan madu bersama isteri yang juga pelakon Syifa Melvin, bagi memastikan dirinya dapat beraksi pada Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Muhammad Safawi, yang selamat diijabkabulkan bersama Syifa pada 28 November berkata, lebih membanggakan isterinya merestui hajatnya selain memberi kata-kata semangat untuk merebut tempat dalam barisan akhir skuad Harimau Malaya, pada kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu."Terima kasih kepada semua yang berikan ucapan (perkahwinan), ini semua menjadi motivasi dan saya bangga pasukan kebangsaan panggil saya kali ini, harap dapat buktikan sesuatu (jika bermain) dalam kejohanan (Piala AFF),” katanya kepada pemberita selepas melapor diri pada sesi latihan di sini, pada Isnin.Sekiranya dapat beraksi di Piala AFF kelak, Muhammad Safawi atau lebih dikenali Pawi berharap, dapat menggunakan peluang tersebut untuk memperoleh lebih banyak minit permainan, selepas sering memanaskan bangku simpanan di Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2022.Mengulas mengenai perpindahannya ke kelab Thailand, Ratchaburi FC pada musim depan, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai misi dalam mengembalikan semula momentumnya, selain berharap mampu membantu kelab baharunya meraih kejayaan.Bagi saya corak permainan liga bola sepak Thailand banyak bermain ball possession dan permainan yang laju. Jadi ini mungkin tempat terbaik untuk saya dapatkan momentum, saya tak nak duduk di bangku simpanan lagi,” katanya yang dipinjamkan ke Ratchaburi FC selama setahun.Pemain kelahiran Terengganu itu pada masa sama berpendapat, dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Disember ini, merupakan platform terbaik bagi mengumpul mata, dalam usaha skuad kebangsaan berada di kelompok 125 terbaik bagi ranking FIFA.Sementara itu, pemain baharu Stuart Wilkin, merasa amat berbangga kerana telah dipanggil Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dan berharap untuk membuktikan yang beliau layak untuk pasukan kebangsaan."Saya banyak belajar dari Pan Gon dalam tempoh singkat, saya telah menyertai empat sesi setakat ini, tetapi saya dapat faham dengan jelas mengenai jenis permainan bola sepak yang beliau mahu kami mainkan serta peranan saya dalam pasukan."Untuk pemain baharu, kami perlu membuka minda sebaik mungkin, bekerja keras dan memastikan untuk mendengar kepada semua taktik yang beliau sedikan untuk kami,” kata pemain tengah Sabah FC itu.Hanya 23 pemain akan dibawa ke saingan Piala AFF 2022, selepas Pan Gon menilai prestasi pemain pada dua aksi antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives.Pada saingan Piala AFF 2022, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan B akan bertemu Myanmar di Yangon (21 Disember), Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari). - Bernama
4
05 Disember 2022 07:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234738/berita/sukan/tze-yong-tutup-tirai-2022-rangkul-gelaran-antarabangsa-bahrain
Tze Yong tutup tirai 2022 rangkul gelaran Antarabangsa Bahrain
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menutup tirai musim ini dengan bergaya apabila merangkul gelaran pertama bagi 2022 selepas mengungguli Cabaran Antarabangsa Bahrain pada Ahad.Bagaimanapun pengembaraan untuk memenangi gelaran sulung itu bukan mudah selepas dipaksa bekerja keras selama 80 minit untuk menewaskan pemain dari Taiwan yang juga juara remaja dunia, Kuo Kuan Lin.Pemain di ranking ke-27 dunia itu meraih kemenangan ke atas Kuan Lin dengan keputusan 21-15, 20-22, 21-12 di BKS Club dekat Manama.Kemenangan tersebut menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu membawa pulang RM5,200 selain meraih 4,000 mata ranking dunia.Tze Yong melihat kemenangan itu sebagai pembakar semangatnya untuk meraih banyak lagi pencapaian bagi kempen tahun depan khususnya dalam saingan Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari.“Saya berharap dapat teruskan momentum ini pada tahun depan, selain tidak sabar untuk beraksi kejohanan Super 1000 di Terbuka Malaysia di depan penyokong sendiri,” katanya.Tze Yong mempamerkan peningkatan prestasi terbaik tahun ini selepas berjaya meraih pingat perak di Sukan Komanwel Birmingham, Ogos lalu.Dia juga berjaya mengesahkan kemaraan sehingga ke separuh akhir Terbuka Australia sebelum tewas di tangan pemain China, Lu Guang Zu, bulan lalu.
4
05 Disember 2022 04:14pm