author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240861/berita/sukan/malaysian-tigers-lega-raih-kemenangan-berharga
Malaysian Tigers lega raih kemenangan berharga
SKUAD hoki negara boleh menarik nafas lega apabila meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Chile 3-2 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Rourkela-Bhubaneswar, India pada Isnin.Kemenangan itu membuka peluang buat Malaysian Tigers mencabar kedudukan kedua atau ketiga pada perlawanan terakhir kumpulan menentang New Zealand di Bhubaneswar pada Khamis.Kedudukan itu penting buat pasukan negara untuk membuat perhitungan pada aksi kalah mati bagi meraih slot ke peringkat suku akhir.Bagaimanapun Malaysia yang menghuni ranking ke-11 dunia dipaksa bekerja keras dengan Chile di kedudukan ke-23 dua kali mendahului sebelum memenangi perlawanan yang mendebarkan menerusi jaringan Norsyafiq Sumantri.Kedua-dua pasukan memulakan permainan berhati-hati sebaik aksi bermula dalam saingan yang berlangsung di Stadium Hoki Birsa Munda itu.Chile kemudian mula mencabar benteng skuad Malaysian Tigers menerusi serangan tersusun dan berjaya meraih satu pukulan sudut penalti pada suku pertama, namun gagal menemui sasaran.Bersambung suku kedua, Malaysia berpeluang mendahului menerusi dua pukulan sudut penalti, namun gagal disudahkan dengan baik.Sebaliknya Chile yang membuat serangan balas bernasib baik, apabila kesilapan pemain pertahanan negara memberikan pukulan sudut penalti kepada lawan.Kesempatan itu diterjemahkan dengan baik oleh Juan Amoroso untuk meledak gol pembuka tirai pada minit ke-20.Berselang enam minit skuad bimbingan Arul Selvaraj bangkit menyamakan kedudukan menerusi penalti stroke oleh Razie Rahim.Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila benteng pertahanan negara diperangkap bola hantaran jauh untuk Chile menghasilkan gol padang oleh Martin Rodriguez pada minit ke-29.Memasuki suku ketiga, Malaysia yang mengatur semula gerak serangan memperoleh sembilan pukulan sudut penalti, namun gagal menemui penyudah.Jaringan penyamaan yang diburu akhirnya berjaya digapai menerusi gol padang Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-41.Malaysia kemudian menggandakan asakan dan seminit kemudian buat pertama kali mendahului menerusi gol ketiga Norsyafiq yang membuat susulan hasil pukulan sudut penalti.Menuju penghujung perlawanan Chile yang enggan berputus asa terus mengasak, namun benteng negara ampuh bertahan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot suku akhir.
4
16 Januari 2023 05:50pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240808/berita/sukan/arsenal-raja-derbi-utara-london
Arsenal Raja Derbi Utara London
MIKEL Arteta memuji kemenangan derbi utara London, Arsenal ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur pada Isnin.Malah pengendali dari Sepanyol itu menyeru anak buahnya untuk meraikan setiap detik kejayaan tersebut dengan kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris.“Saya sangat gembira kerana dua sebab, satu kerana melihat banyak keazaman, kualiti dan untuk memenangi perlawanan di sini.“Satu lagi kerana kami mempunyai tugasan yang benar-benar istimewa apabila boleh menggembirakan semua. Meraikan kemenangan bersama penyokong adalah perasaan yang hebat saat-saat seperti ini.“Ya, ia sangat bagus apabila dapat pergi ke bilik persalinan dan merasai kegembiraan serta kebersamaan di sekeliling pasukan yang cukup bermakna dengan kemenangan ini,” kata Arteta.Gol sendiri Hugo Lloris dan jaringan Martin Odegaard membantu Arsenal melengkapkan kemenangan ke atas Tottenham dengan Gunners menang di tempat lawan di Spurs buat kali pertama dalam liga sejak Mac 2014.Kemenangan itu mencetuskan suasana perayaan luar biasa ketika Gunners memperbaharui pungutan mata kepada 47 daripada 18 perlawanan liga - mata terbanyak yang menangi pada peringkat musim ini dalam sejarah liga kelab tersebut.Pada masa sama Arteta mengakui kemenangan di laman lawan itu secara tidak langsung mengusik emosi pemain dan penyokong The Gunners.“Kami tahun kami berada di sini kerana cara bermain secara berkumpulan dan esok perlu cuba melakukan perkara yang sama.“Ini (kemenangan) mempunyai ikatan emosi yang besar kerana jelas sekali terdapat sejarah besar antara kedua-dua kelab dan ia amat bermakna bagi kami untuk memenangi perlawanan. (Lapan mata di hadapan) adalah kedudukan yang bagus dan mari kita menikmati setiap detik,” katanya.
4
16 Januari 2023 01:39pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240807/berita/sukan/cabaran-newcastle-united-baru-bermula
Cabaran Newcastle United baru bermula
CABARAN Newcastle United menjadi lebih sukar setelah berada di kedudukan ketiga terbaik apabila mula memasuki separuh saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Itu amaran pengendali The Magpies, Eddie Howe kepada pemain Newcastle selepas terpaksa menunggu jaringan minit ke-89, Alexander Isak untuk tiga mata ketika menewaskan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris.“Sejujurnya ia adalah separuh pertama musim yang sangat baik untuk kami. Kami telah bertambah baik dari awal musim hingga sekarang. Saya rasa masih ada lagi perkembangan positif dalam pasukan pada masa depan.“Saya sangat gembira dengan komitmen para pemain dan apa yang telah mereka berikan untuk pasukan dan untuk saya dan kelab, menyaksikan kelab berada di kedudukan terbaik.“Namun harus diingatkan bahawa cabaran sukar dan sengit telah pun bermula untuk kelab ini,” kata pengendali berusia 45 tahun tersebut.The Magpies memintas Manchester United di tangga ketiga selepas kemenangan 1-0 ke atas Fulham di Stadium St James Park pada Isnin.Untuk rekod, Newcastle juga mara ke separuh akhir Piala Liga, akan berdepan Southampton dalam perlawanan pertama 25 Januari ini sebelum timbal balik kedua di Stadium St James Park pada 1 Februari.
4
16 Januari 2023 01:31pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240796/berita/sukan/barcelona-julang-piala-super-sepanyol
Barcelona julang Piala Super Sepanyol
PEMAIN remaja, Gavi menjadi duri dalam daging buat Real Madrid apabila membantu Barcelona untuk merangkul Piala Super Sepanyol di Arab Saudi pada Isnin.Pemain berusia 19 tahun itu meledak satu gol dan membuat dua bantuan jaringan untuk membantu Barca menewaskan Madrid 3-1 menerusi aksi hebat menentang pencabar Clasico itu.Dua lagi gol hasil ledakan Robert Lewandowski dan Pedri Gonzalez untuk memberi kejayaan pertama buat jurulatih Xavi Hernandez.Xavi melalui musim yang hebat sebagai pemain di Barca dan kembali ke Camp Nou pada November 2021 sebagai jurulatih.Selepas berbelanja besar pada musim panas, kejayaan berkenaan membawa pasukan itu di landasan sebenar.Gol saguhati Madrid pula dihasilkan Karim Benzema yang gagal mempamerkan watak sebenar selepas rehat Piala Dunia dan mereka ketinggalan tiga mata di belakang Barca dalam saingan La Liga.Pada aksi itu, Xavi menurunkan empat pemain tengah dengan Gavi beraksi di kiri dan sentiasa menyukarkan pertahanan kanan Madrid, Dani Carvajal.“Gavi sentiasa menggembirakan kita. Apabila beraksi dia memberikan sepenuhnya jiwa dan raga. Dia mempunyai karektor dan mampu mempengaruhi pasukan. Gavi juga ada kualiti kepimpinan,” ujar Xavi.Kekalahan itu merupakan yang pertama buat jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti dalam aksi final sejak 2014 apabila Los Blancos terpaksa menyerahkan trofi dimenangi mereka kapada Barcelona yang menang Piala Super dengan rekod 14 kali.
4
16 Januari 2023 12:40pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240785/berita/sukan/mbappe-gagal-bantu-psg-raih-kemenangan
Mbappe gagal bantu PSG raih kemenangan
PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe membuat penampilan ke-200 dalam saingan Ligue 1, namun gagal membantu Paris Saint-Germain (PSG) meraih keputusan positif apabila tewas mengejut 0-1 kepada Rennes pada Isnin.Gol tunggal kapten, Hamari Traore pada minit ke-65 sudah cukup buat Rennes meraih tiga mata berharga untuk mengutip 37 mata dan berada di kedudukan kelima liga.Kekalahan itu hanya memberi kelebihan tiga mata kepada PSG yang mengumpul 47 mata untuk memimpin carta liga dengan pencabar terdekat Lens (44 mata).Mbappe yang masuk sebagai pemain gantian mempersiakan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas melepaskan rembatan, namun dinafikan palang gol dan keputusan kekal hingga tamat masa permainan.Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut PSG di tempat lawan selepas tewas 1-3 berdepan Lens pada Tahun Baharu.PSG melalui 23 perlawanan tanpa kalah sepanjang musim dan kekalahan tersebut membuka peluang kepada pencabar untuk merebut gelaran.Kekalahan tersebut juga mengundang kecewa jurulatih PSG, Christophe Galtier apabila merungut 'tiada langsung pemain dalam kotak penalti' apabila meletakkan Mbappe di bangku simpanan."Saya kecewa dengan persembahan kami kerana terlalu mudah melepaskan gol dan tidak mencipta apa-apa," katanya.Aksi itu juga adalah kali pertama buat Mbappe, Lionel Messi dan Neymar tampil di padang bersama sejak trio serangan PSG itu kembali daripada Piala Dunia 2022 di Qatar bulan lalu.Messi diberikan cuti tambahan selepas membantu Argentina melakar kejayaan memenangi Piala Dunia di Doha.Mbappe pula beraksi dalam dua perlawanan awal bersama PSG selepas Piala Dunia sebelum mengambil cuti untuk ke New York bersama rakan sepasukan, Achraf Hakimi.
4
16 Januari 2023 12:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240771/berita/sukan/spurs-pandang-serius-insiden-penyokong-tendang-ramsdale
Spurs pandang serius insiden penyokong tendang Ramsdale
TOTTENHAM Hotspur memandang serius insiden penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale ditendang oleh penyokong selepas The Gunners melakar kemenangan 2-0 pada Isnin.Pengurusan Spurs yang terkejut dengan kejadian itu akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak situasi sama berulang."Kami terkejut dengan tingkah laku penyokong yang cuba menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pada penghujung perlawanan."Keganasan dalam apa juga bentuk tidak mempunyai tempat dalam bola sepak," ujar Spurs dalam satu kenyataan.Kelab juga akan bekerjasama dengan polis untuk menyiasat selain menimbang mengambil tindakan keras termasuk larangan masuk stadium kepada penyokong yang terlibat."Kelab sudah menyemak rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk mengenal pasti penyokong terbabit."Mereka juga akan bekerjasama dengan polis, Arsenal dan Ramsdale untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya termasuk larangan memasuki stadium Tottenham Hotspur serta-merta," katanya.Ramsdale menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Spurs untuk membantu Arsenal mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).Kejayaan itu juga merupakan kemenangan pertama liga di laman lawan sejak 2014.Terdahulu Ramsdale dilihat bertelagah dengan penyerang Spurs, Richarlison selepas meraikan kemenangan di hadapan gawang golnya selepas tamat perlawanan.Penyokong kemudiannya melompat melepasi papan pengiklanan di tepi padang dan menendang Ramsdale."Penyokong Spurs memberikan saya tekanan sejak babak kedua perlawanan ini."Saya juga memberikan mereka tekanan. Saya melakukannya sebagai seorang ahli sukan tetapi peminat memberikan saya tumbukan di belakang," ujar Ramsdale.Beliau menyifat insiden itu sebagai memalukan kerana ia cuma satu perlawanan bola sepak."Kedua-dua barisan pemain cuba membawa saya keluar. Mujur tiada kecederaan serius," katanya.
4
16 Januari 2023 09:28am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240749/berita/sukan/beregu-indonesia-sekat-dominasi-china
Beregu Indonesia sekat dominasi China
BEREGU lelaki nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia nyata berada dalam kelas tersendiri untuk menundukkan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-18, 18-21, 21-13, pada aksi final Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena.Kemenangan berkenaan menyaksikan naib juara Kejohanan Badminton Dunia 2019 dan 2022, berjaya menyekat dominasi China merangkul kesemua gelaran beregu pada kejohanan itu.Fajar, 27, berkata, kemenangan di pentas Super 1000 buat pertama kali, sangat bermakna buatnya membuktikan mereka layak berada pada ranking teratas dunia, selain meningkatkan keyakinan untuk beraksi di Terbuka India bermula Selasa ini (17 Jan)."Alhamdulillah bersyukur menang hari ini. Saya rasa pada set ketiga saya cakap pada Muhammad Rian mari lakukan yang terbaik, tidak kira di mana pukulannya kita kejar sahaja. Namun, kami mahu keep humble dengan kemenangan ini."Kami juga ucapkan terima kasih kepada semua peminat badminton di Axiata Arena yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Memang sorakan itu menambah semangat ketika kami berdua pamerkan aksi terbaik di dalam gelanggang,” katanya.Pada edisi lepas, Fajar-Muhammad Rian terpaksa berpuas hati di tempat kedua Terbuka Malaysia, selepas dibenam gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 22-24, 21-16, 9-21.Terdahulu, beregu wanita pertama dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan menewaskan pasangan Korea Selatan yang berada pada ranking ke-20 dunia, Baek Ha Na-Lee Yu Lim, 21-16, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit.Qing Chen, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, bagaimanapun mengakui perhitungan bersama naib juara Terbuka Jepun 2022 itu bukanlah mudah apabila corak permainan pertahanan yang ditonjolkan mereka adalah amat baik."Berbanding dengan pemain Korea Selatan yang lebih kepada serangan, mereka (Ha Na-Yu Lim) lebih kepada aksi bertahan yang sangat baik. Lagipun ini sudah kali ketiga kami berjumpa dalam gelanggang jadi sudah agak biasa."Kami tidak terlampau memikirkan kepada kemenangan sahaja sebab kami percaya sekiranya seseorang pemain selalu memenangi kejohanan, seseorang itu tidak tahu bagaimana mahu bangkit semula,” katanya menerusi jurubahasa.China turut merangkul gelaran beregu campuran apabila pasangan nombor satu dunianya, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menundukkan gandingan dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11. - Bernama
4
15 Januari 2023 08:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240736/berita/sukan/yamaguchi-tamat-penantian-55-tahun-jepun
Yamaguchi tamat penantian 55 tahun Jepun
PEMAIN nombor satu dunia, Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023 selepas menundukkan wakil Korea Selatan, An Se Young pada Ahad.Kejayaan juara dunia berusia 25 tahun itu menjadikan beliau pemain kedua Jepun yang memenangi gelaran juara selepas bekas juara Sukan Asia, Hiroe Yuki pada 1968.Pada aksi final berlangsung di Axiata Arena hari ini, Yamaguchi yang ketinggalan 12-21 pada set pertama, bangkit pada set kedua 21-19, sebelum menidakkan hasrat Se Young bergelar pemain Korea Selatan pertama melakar sejarah di Terbuka Malaysia dengan kemenangan 21-11."Se Young bermain dengan baik di set pertama tapi saya bermain lebih baik untuk mengatasinya pada set kedua dan ketiga kelihatan, dia sudah keletihan."Saya sangat gembira memenangi kejohanan ini, selepas tiada pemain Jepun melakukannya setelah sekian lama. Saya tiada sasaran khusus untuk tahun ini tapi mahu bermain sebaik mungkin,” kata Yamaguchi yang mencipta kemenangan ke-10 selepas 15 pertemuan kedua-dua pemain itu.Yamaguchi membawa pulang hadiah wang tunai AS$87,500, manakala naib juara AS$42,500.Sementara itu, meskipun tidak dapat memenuhi hasrat meraih gelaran juara untuk pemain idolanya, Ratchanok Intanon dari Thailand, Se Young tetap positif untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan hari ini."Ini adalah kejohanan pertama untuk tahun ini, walaupun saya tidak menang tapi mara ke final adalah pencapaian yang bagus. Permulaan yang baik untuk tahun ini,” katanya. - Bernama
4
15 Januari 2023 06:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240735/berita/sukan/flying-sikh-tinggalkan-proton-pilih-perodua-myvi
'Flying Sikh' tinggalkan Proton, pilih Perodua Myvi
LEGENDA rali negara, Karamjit Singh mengucapkan selamat tinggal kepada jenama kereta kesayangannya, Proton dan mengalihkan tumpuan kepada Perodua Myvi, bagi mengharungi saingan perlumbaan musim ini.Pelumba berusia 60 tahun yang dikenali sebagai 'Flying Sikh' itu berkata, meskipun beliau merupakan peminat tegar Proton, keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar kereta pertama Malaysia itu.Katanya, selepas ini beliau tidak lagi akan berlumba menggunakan kereta Proton Gen2 berusia 16 tahun yang dibelinya pada 2017, serta sudah membelanjakan lebih RM500,000 duit simpanannya bagi tujuan pengubahsuaian.Karamjit"Lagipun sekarang kereta rali di seluruh dunia sama ada di WRC (World Rally Championship) 1 atau 2 memang kecil, macam saiz Myvi, lagi senang untuk memandu dan beratnya juga kurang. Jadi sebab itu juga saya setuju cuba Myvi, mana tahu Perodua akan sokong kita di masa depan."Saya sebenarnya rasa sayang nak bertukar kerana saya peminat Proton sejak tahun 1988, tapi apa boleh buat dia (Proton) memang tak ada bagi sokongan, jadi terpaksa tukar,” katanya pada Majlis Penyampaian Trofi Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia di sini, pada Ahad.Bagi musim 2023, Karamjit bakal mempertahankan gelaran juara kebangsaan pada kejohanan yang dijadual bermula Jun depan, selain bersaing pada Kejuaraan Rali Indonesia dan bercadang bertanding pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC).Justeru, bagi memastikan kereta baharu mengikut spesifikasi perlumbaan antarabangsa, beliau berkata, kos pengubahsuaian ialah antara RM500,000 sehingga RM800,000, menyaksikan jentera itu bakal diubah suai antaranya menggunakan enjin 2.0 liter turbo dan menjadi pacuan empat roda.Proton Gen 2 milik Karamjit yang telah berusia 15 tahun.Kos yang tinggi itu menyaksikan juara kebangsaan 17 kali dan APRC tujuh kali itu, mengharapkan ada pihak daripada kerajaan atau sektor korporat yang akan tampil memberi bantuan.Mengulas lanjut, Karamjit berkata, Proton Gen2 miliknya itu akan disewa kepada pelumba lain untuk digunakan dalam mana-mana perlumbaan, memandangan keadaannya terbukti dalam keadaan baik."Kereta ini dah tunjuk prestasinya apabila tahun lepas kita menang banyak perlumbaan di Indonesia dan Malaysia, kiranya saya nak sewa supaya dapat balik sedikit wang yang telah dibelanjakan. Kalau nak jual (sekarang) memang sayang sebab dah belanja banyak selain nilai pasaran yang rendah,” katanya.Sebagai rekod, Karamjit pernah memandu pelbagai model Proton iaitu Saga bermula 1988-1992, Iswara (1993-1994), Wira (1995-1999 dan 2006-2007), PERT (2000-2005), Satria Neo (2011-2015) dan Gen2 dari 2017 sehingga tahun lalu. - Bernama
4
15 Januari 2023 06:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240733/berita/sukan/axelsen-tawan-terbuka-malaysia
Axelsen tawan Terbuka Malaysia
[DIKEMAS KINI] PEMAIN badminton nombor satu dunia, Viktor Axelsen memulakan kempen musim 2023 dengan baik sama seperti musim lepas, dengan mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia.Axelsen menjadi pemain badmintoJaguh Denmark, Viktor Axelsen menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.Dalam aksi final di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, Axelsen yang menduduki ranking pertama dunia menewaskan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka 21-6, 21-15.Kejayaan itu turut menyaksikan Axelsen muncul pemain pertama dari benua Eropah yang berjaya menjuarai Terbuka Malaysia dua kali berturut-turut.Sebaliknya, Naraoka yang menyingkirkan dua wakil negara, Lee Zii Jia di pusingan pertama dan Ng Tze Yong (pusingan kedua), terlepas peluang muncul pemain pertama Jepun muncul juara Terbuka Malaysia.“Tiada rahsia untuk memenangi kejohanan ini, saya hanya cuba melakukan yang terbaik apabila setiap kali turun ke gelanggang bermula pusingan pertama.“Sejak dahulu lagi kejohanan ini amat dekat dengan saya. Saya gembira apabila sekali lagi dapat memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia,” kata Axelsen sejurus tamat perlawanan.Selaku juara Terbuka Malaysia yang dinaikkan taraf kepada Super 1000 mulai tahun ini, Axelsen membawa pulang ganjaran AS$87,500 (RM379,000), manakala Naraoka meraih AS$42,500 (RM184,000).Terdahulu, beregu campuran dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong menyambar gelaran Terbuka Malaysia kali keempat selepas menewaskan wakil Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11.Beregu wanita nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan turut cemerlang apabila muncul juara apabila menewaskan gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim 21-16, 21-10.Pemain Jepun, Akane Yamaguchi membuktikan statusnya selaku perseorangan wanita nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan selepas menang 12-21, 21-19, 21- 11 ke atas An Se Young dari Korea Selatan.Beregu lelaki nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menutup tirai Terbuka Malaysia 2023 dengan bergaya apabila muncul juara selepas menewaskan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-18, 18-21, 21-13.
4
15 Januari 2023 06:02pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240734/berita/sukan/speedy-tigers-tidak-pandang-rendah-chile
Speedy Tigers tidak pandang rendah Chile
SKUAD hoki lelaki negara tidak akan memandang rendah keupayaan pasukan di ranking ke-23 dunia, Chile apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Hoki Piala Dunia di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India pada Isnin.Penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman berkata, Speedy Tigers akan memberikan aksi terbaik untuk meraih tiga mata berharga sekali gus menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya."Pertemuan dengan Chile kita perlukan kemenangan. Tiga mata amat penting untuk meneruskan aksi ke pusingan seterusnya."Walaupun mereka tewas 1-3 kepada New Zealand dalam aksi pertama, kita tidak boleh pandang rendah kepada mereka dan kita perlu berikan aksi terbaik esok," katanya.Skuad negara yang berada di ranking ke-11 dunia tewas perlawanan pertama menentang Belanda pada Sabtu perlu mendapat keputusan positif menentang Chile dan New Zealand untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddin mengharapkan rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada pasukan negara yang menjadi azimat berguna untuk mengharungi kejohanan mencabar itu."Untuk perlawanan menentang Belanda, memang kita tewas 4-0 tetapi banyak perkara positif yang kita dapat dan segala kelemahan akan kita perbaiki."Untuk diri saya sendiri, saya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan menentang Chile."Rakan-rakan sepasukan juga akan berikan yang terbaik kerana kemenangan esok amat penting untuk kita," katanya.
4
15 Januari 2023 05:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240723/berita/sukan/si-wei-ya-qiong-sahkan-kejuaraan-keempat-terbuka-malaysia
Si Wei-Ya Qiong sahkan kejuaraan keempat Terbuka Malaysia
BEREGU campuran utama dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong muncul juara Terbuka Malaysia kali keempat berturut-turut di gelanggang bertuah mereka, Axiata Arena pada Ahad.Wakil dari China itu mempertahankan gelaran mereka selepas menundukkan lawan mereka dari Jepun yang juga ketiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11 dalam pertembungan akhir berlangsung 44 minit.Ya Qiong, 28, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya mencipta kejayaan sulung pada awal musim 2023, dan bertekad mahu mengekalkan momentum atau menyamai pencapaian musim lepas dengan 10 kejuaraan."Yuta-Arisa bukan gandingan yang mudah, jadi kami cuba bermain dengan lebih sabar pada set kedua. Saya harap selepas ini, kami akan lebih konsisten (untuk menang kejohanan) dan saya mengakui komunikasi dengan Si Wei adalah penting,” katanya.Si Wei, 25, menyifatkan kejayaan hari ini dapat meningkatkan tahap keyakinan beliau dalam meneruskan usaha mencipta kejayaan di Terbuka India 2023, bermula Selasa ini.Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada edisi 2018, 2019 dan 2022.Kejohanan Terbuka Malaysia dibatalkan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik Covid-19. - Bernama
4
15 Januari 2023 04:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240721/berita/sukan/terkandas-peringkat-awal-tekanan-bukan-alasan
Terkandas peringkat awal, tekanan bukan alasan
TEKANAN tidak boleh diterima sebagai alasan pemain skuad kebangsaan tersingkir awal dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Arena Axiata minggu ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai.Katanya, ada pemain mengatakan mereka tidak lagi seronok bermain badminton kerana berdepan tekanan."Kenapa dulu sebelum jadi juara dunia dan pemain di ranking 10 terbaik boleh tangani tekanan?"Mereka bukan semalam baru masuk ABM, ada yang dah lapan tahun,” katanya pada sidang media di Arena Axiata, pada Ahad.Bagaimanapun Michelle mengakui ia adalah tanggungjawab bersama pemain dan pihak pengurusan ABM untuk mencari jalan mencetuskan kembali perasaan seronok bermain badminton yang diceburi pemain sejak kecil.Dalam Terbuka Malaysia yang dinaikkan status Super 1000 tahun ini, pasukan negara tidak mempunyai wakil ke separuh akhir apabila kesemua pemain terkandas di peringkat awal, termasuklah juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita nombor enam dunia, Pearly Tan-M. Thinaah.Aaron-Wooi Yik, yang turun sebagai pemain di ranking ketiga dunia, tewas kepada gandingan keenam dunia, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China pada pusingan kedua, manakala Pearly-Thinaah terkandas seawal pusingan pertama kepada gandingan adik-beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.Michelle berkata, walaupun para pemain ABM tidak mempunyai isu disiplin seperti masalah dalam latihan atau pulang ke penginapan lewat malam, tetapi disiplin sahaja tidak cukup untuk menjadikan mereka pemain atau beregu yang hebat di dunia.Katanya, beliau sedia mengambil tanggungjawab ke atas prestasi tidak konsisten pemain kebangsaan, tetapi pada masa sama menuntut pemain untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pemain di ranking 10 teratas dunia."Kita tidak berhasrat untuk mendenda mereka, ia bukan penyelesaian yang baik. Kita perlu mencari keseimbangan, bagi memastikan pemain seronok bermain. Menangani generasi pemain sekarang tidak sama seperti 10 tahun lepas, kini ia berbeza,” katanya.Michelle turut menjelaskan bahawa pihaknya bukan kecewa kerana pemain yang diletakkan harapan kalah, tetapi kerana mereka gagal menampilkan keupayaan sebenar di Terbuka Malaysia kali ini.Beliau mengakui bahawa tidak boleh mengharapkan pemain menang dalam kesemua aksi kerana rekod menunjukkan pemain di ranking 20 terbaik dunia tewas pada pusingan 32 dan 16 terakhir daripada 40-50 peratus kejohanan yang disertai, kecuali perseorangan lelaki nombor satu dunia Viktor Axelsen yang berada dalam kelas tersendiri.Selain itu, perseorangan lelaki nombor 25 dunia, Ng Tze Yong, 22, hampir mengejutkan pemain nombor tujuh dunia dari Jepun, Kodai Naraoka, namun tewas 21-15, 19-21,15-21 pada pusingan kedua selepas pertarungan lebih 120 minit semalam.Dalam beregu campuran pula, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalah kepada Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis pada suku akhir, manakala Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing tewas kepada bekas juara dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada pusingan kedua."Kami meletakkan sasaran pusingan kedua bagi Tze Yong tetapi beliau terlepas peluang untuk menewaskan Kodai. Walaupun Tze Yong, tua setahun berbanding Kodai, namun kita mendapati beliau hanya bermain 160 kejohanan, berbanding Kodai yang main lebih 200 dan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang mempunyai lebih 400 aksi."Jadi kami akan menghantarnya ke lebih banyak kejohanan untuk mendapatkan pengalaman. Bagi beregu campuran, walaupun baru digandingkan, mereka telah tunjukkan aksi yang baik dan bersedia untuk menyerap tekanan,” kata Michelle.Sementara itu, berhubung persiapan ke Paris 2024, beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan para pemain, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara untuk menyediakan diet khas dan sokongan psikologi kepada pemain.Katanya pengorbanan daripada pemain sendiri diperlukan untuk merealisasikan impian pingat emas Olimpik pertama negara. - Bernama
4
15 Januari 2023 04:36pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240711/berita/sukan/tak-macam-juara-dunia
Tak macam juara dunia
PRESTASI hambar beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 tidak menggambarkan mereka tampil selaku juara dunia.Malah, beregu nombor tiga dunia itu gagal menampilkan aksi terbaik mereka sekalipun mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri di Axiata Arena, Bukit Jalil.Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai berkata, prestasi Aaron-Wooi Yik pada Terbuka Malaysia yang dinaikkan taraf Super 1000 kali ini nyata mengecewakan.“Saya kecewa bukan disebabkan keputusan (kekalahan di pusingan kedua) tetapi kerana mereka tidak tunjukkan tahap sebenar terutamanya sebagai juara dunia.“Permainan mereka tidak sampai tahap sebagai juara dunia. Sebagai juara dunia, Aaron-Wooi Yik harus bersedia ambil tanggungjawab kerana sekarang mereka sudah berada di puncak.“Tahun lepas kita mengejar (memburu kejayaan sehingga bergelar juara dunia), sekarang kita sudah capai sasaran dan cari jalan untuk bertahan,” katanya dalam sidang akhbar di Axiara Arena pada Ahad.Terdahulu, prestasi hambar Aaron-Wooi Yik mendapat kecaman apabila mereka tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 selepas tumbang di tangan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23.Kekalahan itu turut mengundang kecewa Pengarah Kejurulatihan Beregu ABM, Rexy Mainaky yang menyifatkan Aaron-Wooi Yik beraksi menentang Yu Chen-Xuan Yi seolah-olah 'tiada jiwa'.Dalam pada itu, Michelle berkata, beliau mengambil tanggungjawab atas keputusan hambar barisan pemain negara selepas tiada wakil sekurang-kurangnya beraksi di peringkat separuh akhir kali ini.“Ya... saya ambil tanggungjawab ini, itu tidak disangkal lagi. Tetapi seperti saya katakan, ABM bukanlah (tempat) hendak bermusuh dengan pemain.“Ia bukan pihak pengurusan menentang pemain atau sebaliknya. Kami berada dalam satu kapal yang sama dengan pemain (untuk memburu kejayaan),” jelasnya.Beliau memberitahu, semua pihak baik pemain, jurulatih mahupun pengurusan mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam misi mencipta kejayaan.“Apabila pemain tidak memberikan prestasi terbaik, kami perlu ambil tanggungjawab. Jika pemain berjaya memberikan aksi terbaik, pujian harus diberikan kepada mereka,” ujarnya.
4
15 Januari 2023 03:31pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240701/berita/sukan/khm-sasar-128-pasukan-sertai-karnival-hoki-5s
KHM sasar 128 pasukan sertai Karnival Hoki 5s
[DIKEMASKINI] KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menyasarkan 128 pasukan menyertai Karnival Hoki 5 sebelah (s) yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 11 dan 12 Februari depan.Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Tinggi dan Hoki 5s, Hasnizam Hassan berkata, kategori yang akan dipertandingkan ialah untuk pasukan lelaki dan perempuan bawah 11 tahun (B-11) serta bawah 15 tahun (B-15)."Kita meletakkan sasaran 32 pasukan bagi setiap kategori. Kita akan mula membuka pendafataran untuk karnival ini pada 17 Januari nanti melalui pautan yang akan dikongsikan di FB KHM."Karnival ini terbuka kepada semua sekolah, kelab dan persatuan," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Prestasi Tinggi dan Hoki 5s pada Ahad.Beliau menjelaskan had kategori umur B-11 dan B-15 dipilih sebagai salah satu cara untuk menarik minat pelajar di peringkat akar umbi untuk meminati sukan hoki."Bagi KHM, kita mahu menjadikan hoki 5s ini sebagai pemangkin kepada hoki 11 sebelah. Dengan cara ini pelajar tersebut akan mengenali hoki dengan lebih awal."Seperti kita tahu, hoki 5s ini juga tidak terlalu rumit untuk menguasai peraturan dan undang-undang hoki. Ia secara tidak langsung akan dapat menarik minat di peringkat awal kepada pelajar untuk bermain hoki," katanya.Dalam masa sama, beliau berkata langkah penganjuran karnival itu juga mampu membantu masyarakat terutama ibu bapa mengenali sukan hoki."Apabila anak bermain hoki, ibu bapa secara tidak langsung akan hadir untuk memberikan sokongan. Maka, dengan langkah pertama ibu bapa itu, akan memastikan mereka terus menyokong pembangunan sukan hoki."Sekali gus, apabila pasukan negara bermain hoki, kita mengharapkan stadium akan penuh dengan penyokong seperti sokongan yang diberikan kepada sukan bola sepak dan sebagainya," katanya.
4
15 Januari 2023 02:57pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240686/berita/sukan/mudryk-sebelah-kaki-berkelana-ke-chelsea
Mudryk 'sebelah kaki' berkelana ke Chelsea
PENYERANG Shakhtar Donetsk, Mykhailo Mudryk 'sebelah kaki' untuk menyertai Chelsea menerusi kontrak selama tujuh tahun yang dianggarkan bernilai 100 juta euro (RM470.32 juta), lapor media Britain.Perkara itu dimaklumkan oleh kelab Ukraine tersebut menerusi satu ciapan di Twitter pada Ahad.“Presiden FC Shakhtar, Rinat Akhmetov dan pemilik bersama Chelsea, Behdad Eghbali giat membincangkan perpindahan Mudryk ke Stamford Bridge.“Mereka yang terbabit semakin hampir bersetuju dengan perpindahan pemain berkenaan,” ciap Shakhtar.Pemain berusia 22 tahun itu meledak tujuh gol dalam kejuaraan Ukraine musim ini.Chelsea ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris setelah mengutip 25 mata hasil daripada 18 perlawanan.Dalam pada itu, Chelsea dalam satu kenyataan menyebut bahawa mereka sedang 'membincangkan syarat' dengan Shakhtar.“Sekiranya perjanjian dipersetujui antara kedua-dua kelab maka pemain antarabangsa Ukraine itu akan membincangkan termaperibadi dengan The Blues sebelum perpindahan tetap,” ujar kenyataan itu.Mudryk sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.Dia juga boleh beraksi di bahagian sayap itu diumumkan sebagai pemain terbaik Shakhtar pada Sabtu.
4
15 Januari 2023 12:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240682/berita/sukan/mexico-didenda-penyokong-hina-poland-ketika-piala-dunia
Mexico didenda penyokong hina Poland ketika Piala Dunia
FIFA bertindak menghukum Persekutuan Bola Sepak Mexico selepas penyokongnya melaungkan sorakan berunsur negatif dalam dua perlawanan Piala Dunia tahun lepas lapor tca/dpa."Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah mengenakan denda terhadap Persekutuan Bola Sepak Mexico (berjumlah US$108,000)," menurut badan induk antarabangsa bola sepak itu dalam satu kenyataan pada Ahad.Larangan itu berkaitan dengan pelanggaran artikel 13 kod tatatertib pertubuhan itu semasa perlawanan Mexico menentang Poland dan Arab Saudi di Qatar, menurut pegawai.Perkara 13 menyatakan bahawa "mana-mana individu yang menyinggung maruah atau integriti sesebuah negara, seseorang atau kumpulan melalui perkataan atau tindakan yang menghina, mendiskriminasi atau menghina (dengan apa cara sekalipun) atas sebab... jantina, ketidakupayaan, orientasi seksual... akan dikenakan penggantungan selama sekurang-kurangnya 10 perlawanan atau tempoh tertentu, atau sebarang tindakan tatatertib lain yang dirasakan sesuai."Pada 23 November, jawatankuasa disiplin organisasi itu mengumumkan bahawa pihaknya telah "membuka prosiding terhadap Persekutuan Bola Sepak Mexico kerana laungan penyokongnya" semasa seri 0-0 menentang Poland.Seminggu kemudian, siasatan kedua dijalankan selepas sorakan oleh penyokong ketika Mexico menang ke atas Arab Saudi 2-1.Persekutuan Bola Sepak Mexico sebelum ini telah dikenakan sekatan disebabkan tingkah laku peminatnya - yang sering melaungkan kata-kata homofobik terhadap penjaga gol pihak lawan semasa perlawanan. - Bernama.
4
15 Januari 2023 12:16pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240674/berita/sukan/arsenal-perlu-bijak-atasi-tekanan
Arsenal perlu bijak atasi tekanan
Arsenal perlu bijak menangani tekanan sekiranya mahu menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte berkata, cabaran sudah bermula buat Arsenal dalam baki perlawanan musim ini dan mereka perlu berada pada rentak terbaik untuk meraih kejuaraan.Conte yang pernah menjulang kejuaraan EPL pada musim 2016-17 mengetahui ranjau yang bakal dihadapi The Gunners dalam perjalanan mereka menjulang EPL."Apabila anda berada di puncak liga, persepsi lawan anda berubah sama sekali. Anda merupakan pasukan terbaik dalam liga. Atas sebab tu, semua orang mahu mengalahkan anda."Yang pasti, Arsenal perlu berdepan situasi ini sebagai pilihan untuk menjuarai liga ketika ini kerana mereka berada di tangga teratas. Mereka perlu menunjukkan mereka bagus untuk menghadapi situasi seperti ini," katanya.Dalam masa sama, Conte melihat saingan liga kali ini lebih terarah kepada perebutan antara Arsenal dan Manchester City."Dalam 10 tahun kebelakangan ini, ia sentiasa sama, antara City, Chelsea dan Liverpool. Mungkin Leicester (City). Kini Arsenal mempunyai peluang besar."Saya rasa mereka bermain dengan sangat baik. Sekarang mereka perlu menunjukkan mereka boleh kekal di sana sehingga akhir musim kerana saya pasti Manchester City tidak akan memberi laluan mudah. Saya fikir ia adalah persaingan antara Arsenal dan Manchester City," katanya.
4
15 Januari 2023 11:29am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240669/berita/sukan/terbuka-malaysia-axelsen-naraoka-buat-perhitungan-akhir
Terbuka Malaysia: Axelsen, Naraoka buat perhitungan akhir
PEMAIN perseorangan nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen kini selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.Dalam aksi final di Axiata Arena, Bukit Jalil petang ini, Axelsen dijadualkan menentang Kodai Naraoka yang mengintai peluang menjadi pemain pertama Jepun bergelar juara Terbuka Malaysia.Untuk rekod, Kento Momota hampir memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebelum tumbang di tangan bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018 dan Axelsen (2022).Kali ini, tugas Naraoka tampak sukar memandangkan Axelsen telah memenangi kesemua tiga perlawanan berdepan pemain nombor tujuh dunia itu sebelum ini.Pertemuan kali terakhir kedua-dua pemain itu menyaksikan Naraoka hampir mengejutkan Axelsen sebelum tewas 23-21, 19-21, 18-21 dalam separuh akhir Final Jelajah Dunia BWF bulan lalu."Dia (Naraoka) telah menunjukkan peningkatan dalam set kedua tetapi saya mendapat kembali rentak dan saya berpuas hati dengan kemenangan itu (Final Jelajah Dunia)."Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit (dengan Naraoka) esok. Saya sedang melakukan persiapan untuk satu lagi perlawanan yang hebat esok," kata Axelsen kepada pemberita.Sebelum itu, Axelsen melangkah ke pentas final selepas menewaskan seorang lagi pemain Jepun, Kanta Tsuneyama 21-7, 21-15 dalam dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.Naraoka pula menempah tiket final apabila menumbangkan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-17, 19-21, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang penuh dramatik."Bukan strategi saya untuk bermain dalam perlawanan yang lama tetapi saya terus beraksi (berjuang sehingga tamat perlawanan) kerana saya sememangnya mahukan kemenangan."Saya hanya makan nasi dan daging serta mendapatkan rehat secukupnya untuk kekal cergas dalam pertarungan yang lama ini," ujar Naraoka, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Remaja 2018.
4
15 Januari 2023 10:51am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240666/berita/sukan/guardiola-tidak-menyesal-tewas-kepada-united
Guardiola tidak menyesal tewas kepada United
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak menyesal tewas 1-2 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Sabtu.Menurutnya, City bermain lebih baik berbanding United dan menegaskan saingan EPL masih panjang untuk pasukannya meraih lebih banyak kemenangan."Tahniah kepada United. Orang ramai akan faham betapa bagusnya Manchester City. Ia adalah perlawanan yang hebat."Kami mengawal permainan dengan lebih baik pada separuh masa kedua menentang Rashford dan pemain mereka yang pantas. Kami mempunyai semangat yang betul untuk melakukannya."Kami perlu memperbaiki situasi apabila kami melepaskan gol. Jurang antara gol pertama dan kedua terlalu rapat."Secara umumnya saya tidak menyesal. Saya tidak kisah jika kami tidak memenangi Piala EFL atau Liga Perdana, tetapi kami akan cuba."Terdapat banyak mata untuk dimenangi selepas ini. Kami sentiasa bermain dalam perlawanan seperti ini dan dalam perlawanan lain kami sedikit bergelut," katanya.Dalam perlawanan itu, Jack Grealish meletakkan City di hadapan pada minit ke-60, namun United menyamakan kedudukan dengan gol kontroversi Bruno Fernandes pada minit ke-78.The Red Devils memperoleh gol kemenangan empat minit kemudian menerusi Marcus Rashford.Dalam pada itu, Guardiola mendakwa gol penyamaan itu disahkan oleh pengadil kerana faktor perlawanan itu berlangsung di laman United."Marcus Rashford ofsaid, Bruno Fernandes tidak. Rashford mengalih perhatian penjaga gol dan pertahanan tengah kami. Itulah keadaannya. Kami tahu di mana kami bermain. Ia sukar untuk pengadil apabila perlawanan berlangsung di stadium ini," katanya.
4
15 Januari 2023 10:30am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240664/berita/sukan/united-belum-fikir-juara-epl
United belum fikir juara EPL
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag tidak mahu memikirkan peluang mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang ke atas Manchester City 2-1 dalam aksi di Old Trafford pada Sabtu.Kemenangan menerusi gol daripada Bruno Fernandes dan Marcus Rashford itu mengecilkan ruang pasukan itu dengan City yang berkelebihan satu mata di kedudukan kedua.United juga berada enam mata di belakang pendahulu Arsenal, namun Ten Hag enggan membincangkan tentang peluang pasukannya menang EPL."Peminat mungkin telah menanam impian, tetapi kami tidak. Kami perlu terus berpijak di bumi yang nyata dan kemudian memperbaiki permainan," katanya.Menurutnya, walaupun berjaya menewaskan City namun Ten Hag kecewa kerana pasukannya membiarkan lawan pada separuh masa kedua."Ia tidak boleh berlaku bahawa selepas separuh masa kami kehilangan begitu banyak kawalan permainan."Apabila kami melakukan perkara dan peraturan yang betul, kami berjaya mengawal perlawanan dan melakukan perkara yang sama seperti separuh masa pertama," katanya.United telah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan setakat ini."Kami sering bercakap tentang pasukan, pembangunan dan taktikal tetapi salah satu tugas utama pengurus adalah untuk bekerja pada mentaliti pasukan dan mentaliti ini mempunyai banyak elemen."Saya rasa kami juga mempunyai pemain di atas padang yang berpengalaman dan tahu bahawa satu ketika perlawanan boleh berubah. Saya fikir kami lebih mampu menangani situasi sebegitu berbanding beberapa bulan lalu," katanya.
4
15 Januari 2023 09:57am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240654/berita/sukan/misi-serampang-dua-mata-honda-yuzy-estremo-team
Misi serampang dua mata Honda Yuzy Estremo Team
PASUKAN Honda Yuzy Estremo Team memiliki misi serampang dua mata pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2023 yang menyingkap tirai hujung Februari ini.Prinsipal pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, pasukan yang sebelum ini dikenali Yuzy Racing mengintai peluang untuk merampas kembali gelaran juara keseluruhan kelas CP150 menerusi pelumba sensasinya Azroy Hakeem Anuar dan muncul juara keseluruhan bagi kategori pasukan selepas menamatkan saingan musim lepas di tempat ketiga.“Ya, pasukan sebelum ini mendapat kedudukan nombor dua (CP150) selama dua tahun pada 2019 dan 2020, 2021 kita menjadi juara dan pada 2022 kita naib juara.“2023 sudah pasti kita akan bagi saingan sengit selepas pada 2021 kita muncul juara bersama Azroy dan tahun ini sasarannya Azroy menjadi juara dan kita nak jadi juara pasukan,” katanya selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan penaja pasukan pada Sabtu.Honda Yuzy Estremo Team turut mempertaruhkan Shahrol Syazras yang juga anak Shahrol Yuzy dan Md Idlan Haqimi Raduan bagi kelas CP150 selain Azroy Hakeem dalam saingan perlumbaan musim ini.Pada masa sama, bekas pelumba negara dalam Kejuaraan Motosikal Dunia kelas 250cc itu juga berkata, pasukan juga bercadang untuk membuat kemunculan semula di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 selepas pandemik Covid-19.Keputusan itu menyaksikan Azroy Hakeem akan beraksi dalam kelas 600cc sementara Shahrol Syazras akan bergandingan bersama pelumba baharu pasukan Haziq Hamdan bagi kategori Underbone 150cc.“Antara perkara yang membanggakan sepanjang bergelar pelumba dan pemilik pasukan apabila anak saya kini turut mengikut jejak langkah saya dan berada bersama-sama di dalam pasukan.“Selepas beberapa musim, saya percaya dia semakin matang dan mampu untuk menggalas tanggungjawab,” katanya.Sebelum itu, majlis pada Sabtu menyaksikan pasukan itu mengumumkan syarikat minyak pelincir tempatan, Estremo sebagai penaja utama bermula 2023 hingga 2025.INFOHonda Yuzy Estremo Team akan memulakan saingan 10 perlumbaan musim ini pada pusingan pertama yang dijadual berlangsung di Litar Sepang (utara) pada 25 dan 26 Februari depan.
4
15 Januari 2023 07:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240653/berita/sukan/golf-amal-yayasan-islam-darul-ehsan-kumpul-dana-rm400000
Golf amal Yayasan Islam Darul Ehsan kumpul dana RM400,000
SEBANYAK RM400,000 berjaya dikumpul sempena Kejohanan Golf Amal (KGA) 2023 anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada Sabtu.Penganjuran kejohanan edisi keempat itu untuk mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah dan bagi merealisasikan hasrat YIDE untuk menguruskan sebuah kompleks anak yatim sendiri.Pada kejohanan itu, YIDE turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang termasuk Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. yang menyumbang RM212,000 untul Program Kembali ke Sekolah.Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor berkata, kejohanan tersebut disertai 128 pemain golf terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, syarikat-syarikat swasta, pemaju hartanah, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dan orang awam."KGA YIDE 2023 tahun ini mendapat penyertaan yang sangat memberangsangkan."YIDE juga mengharapkan syarikat-syarikat yang telah menyalurkan sumbangan pada hari ini (Sabtu) dan GLC di Selangor dapat terus menyumbang kepada YIDE pada masa akan datang," katanya.Kejohanan itu dihadiri Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff dan Tengku Seri Paduka Shah Bandar, Orang Besar Istana,merangkap Anggota MAIS, Datuk Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah.Turut hadir Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar.KGA YIDE telah memasuki edisi keempat bermula pada tahun 2015, 2018 dan 2019.Pelancaran tabung khas Pembangunan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah telah disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Ogos 2019.Penyumbang untuk Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah terdiri daripada Northport (Malaysia) Bhd yang menyumbang sebanyak RM30,000.Turut menyumbang sebanyak RM10,000 ialah RMS Synergy Sdn Bhd,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Original Kayu Nasi Kandar, Pancar Bakti Sdn. Bhd. dan Omnix (M) Sdn. Bhd.Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pula menyumbang sebanyak RM7,000.Sumbangan sebanyak RM5,000 pula disumbangkan oleh syarikat OSG Security, Aiman Platanium Sdn. Bhd., Suasa Efektif Sdn. Bhd., MEP Meeting & Exhibition Planners Sdn. Bhd., Menteri Besar Selangor (Incorporated) dan Tetuan Khamdan & Co.Sinar Harian pula merupakan rakan media KGA YIDE 2023.
4
15 Januari 2023 07:40am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240649/berita/sukan/kerjaya-zii-jia-di-ambang-bahaya
Kerjaya Zii Jia di ambang bahaya
KETIKA jaguh badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia selesa tanpa bimbingan jurulatih, namun bagi mengharungi pengembaraan yang masih panjang dalam sukan itu, keputusan tersebut wajar difikirkan semula.Ramai pemerhati dan peminat melihat Zii Jia yang tewas seawal pusingan pertama kepada pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka pada Terbuka Malaysia 2022 sebagai 'hilang arah'.Justeru penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli menasihati pemain itu agar menimbang semula keputusan itu demi masa depannya.Beliau berkata, jika prestasi terus merudum, ia bukan sahaja memberi tekanan kepadanya, malah boleh mengundang masalah lain termasuk penaja mungkin menarik diri.“Saya tidak pasti adakah ia berpunca kerana masalah kewangan atau isu lain, tetapi kita sudah nampak implikasinya. Nasihat saya, Zii Jia perlu bertindak segera sebelum terlambat kerana kariernya kini dalam bahaya.“Zii Jia kena ingat, jika prestasinya terus merudum dan tidak mencapai keputusan diharapkan, ia bukan sahaja akan memberi tekanan ke atas dirinya malah penaja juga mungkin akan menarik diri.“Jika ini berlaku, Zii Jia akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kariernya. Ia juga boleh menjejaskan peluang Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama pada Sukan Olimpik 2024 kerana setakat ini dia adalah sandaran terbaiksukan badminton,” katanya.Zii Jia ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 21-13, 17-21, 19-21 di tangan Naraoka yang juga pemain bukan pilihan bagi kejohanan pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu tahun ini.Susulan kekalahan tersebut pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu belum terfikir mahu kembali mendapatkan khidmat seorang jurulatih.Sebaliknya, Zii Jia tetap dengan pendiriannya untuk bergerak solo selepas 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu.Menurut Pekan, bagi pemain yang mahu bergelar profesional perlu memiliki pasukan yang lengkap bukan sahaja jurulatih malah melibatkan individu lain termasuk pengurus, jurulatih kecergasan dan psikologi.Katanya, selain jurulatih, pakar analisis juga penting bagi membantu pemain untuk mengenal pasti prestasi mereka, selain menilai kelemahan serta kelebihan pihak lawan."Siapa yang nampak kelemahan ketika dalam permainan, apa nasihat yang perlu diberikan dan adakah kita sudah benar-benar bersedia daripada segi mental dan fizikal. Kesemua ini perlukan nasihat dari jurulatih dan pakar."Bagaimana dengan jadual latihan, pra pertandingan, sewaktu kejohanan dan jangkaan puncak prestasi. Jadi pemain profesional bukan sekadar susun jadual pertandingan, tempah tiket dan main sana sini, tetapi banyak lagi faktor pelengkap yg membezakan antara seorang pemain profesional dan amatur,"katanya.Tambah beliau, apabila bergelar profesional usaha yang perlu dilakukan berlipat kali ganda berbanding pemain amatur kerana ia melibatkan periuk nasi dan kelangsungan kerjaya tersebut untuk jangka pendek dan panjang."Adakah pemain itu mahu cemerlang dan jadi juara dunia atau pemain profesional biasa-biasa sahaja. Lama-kelamaan tenggelam serta dilupakan, segalanya terletak pada kesungguhan diri sendiri. 'Tepuk dada tanya selera'," katanya.Zii Jia ketika ini menjadikan pemain, Liew Darren sebagai rakan sepelatih di samping mengekalkan kakaknya, Lee Zii Yii sebagai pengurus, Sandra Fiedler (fisioterapi) dan jurulatih kecergasan, Lim Joe Heang.Pekan berkata, sekiranya tidak ada lagi jalan keluar, Zii Jia tidak harus berasa malu untuk berpatah balik ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).“Ia mungkin jalan terakhir yang perlu dilakukan oleh Zii Jia jika tidak ada lagi pilihan. Buat masa ini, masih belum terlambat untuk dia memperbaiki apa saja kekurangan dan perbetulkan apa yang tak betul."Jadilah pemain profesional dalam erti kata sebenar,” katanya.
4
15 Januari 2023 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240647/berita/sukan/terbuka-malaysia-naraoka-selangkah-cipta-sejarah
Terbuka Malaysia: Naraoka selangkah cipta sejarah
PEMAIN nombor tujuh dunia, Kodai Naraoka tinggal selangkah lagi untuk menjadi wakil pertama Jepun berpeluang merangkul gelaran juara perseorangan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di sini.Bagaimanapun, untuk memperolehnya pemain berusia 21 tahun itu perlu menewaskan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam final kejohanan Super 1000 di Arena Axiata pada Ahad.Naraoka, pemenang pingat gangsa Olimpik Remaja 2018 beraksi dalam satu daripada perlawanan badminton paling lama dalam sejarah selepas mengambil masa 113 minit (satu jam 35 minit) untuk menewaskan wakil Thailand Kunlavut Vitidsarn 21-17, 19-21, 21-17 dalam perlawanan separuh akhir yang dikenali sebagai "Pertarungan Bintang Meningkat Naik” pada Sabtu.Untuk rekod, perlawanan badminton paling lama pernah direkodkan ialah semasa separuh akhir beregu wanita Kejohanan Badminton Asia 2016 antara wakil Jepun Kurumi Yonao-Naoko Fukuman dengan beregu Indonesia Greysia Polii-Nitya Krishinda Maheswari yang mengambil masa selama 161 minit.Sementara itu, perlawanan perseorangan lelaki paling lama ialah antara pemain Denmark, Peter Rasmussen yang menewaskan wakil China Sun Jun dalam final Kejohanan Dunia 1997 di Glasgow yang berakhir selepas 124 minit.Perlawanan separuh akhir antara Naraoka dan Kunlavut pada Sabtu amat sengit tetapi wakil Jepun itu muncul sebagai pemenang biarpun ini merupakan kali keempat beliau terpaksa bermain dalam set penentuan berturut-turut.Beliau sebelum ini menyingkirkan pemain negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua sebelum menewaskan HS Prannoy dari India dalam aksi suku akhir semalam dengan kesemua perlawanan ditentukan menerusi set penentuan yang memakan masa keseluruhan 362 minit di gelanggang."Bukan strategi saya untuk bermain dalam perlawanan yang lama tetapi saya terus beraksi (berjuang sehingga tamat permainan) kerana saya sememangnya mahukan kemenangan. Memakan banyak nasi dan daging serta mendapatkan rehat secukupnya membantu saya untuk kekal cergas dalam pertarungan yang lama ini.Baru-baru ini (sepanjang 2022), tiada pemain Jepun yang berjaya menewaskan Axelsen. Sejujurnya saya mahu menang tetapi saya pasti ia merupakan pertarungan yang sukar,” kata Naraoka.Axelsen memenangi kesemua tiga perlawanan berhadapan Naraoka tetapi pemain Jepun itu hampir mengejutkan jaguh Denmark itu dalam pertemuan akhir mereka sebelum tewas 23-21, 19-21, 18-21 dalam pertarungan epik selama 83 minit semasa aksi separuh akhir Final Jelajah Dunia bulan lepas.Sementara itu, Axelsen mempamerkan kehebatannya dengan menundukkan seorang lagi pemain Jepun, Kanta Tsuneyama - 21-7, 21-15 dalam masa 46 minit dalam satu lagi aksi separuh akhir."Saya rasa selesa dan bagus. Beliau menunjukkan peningkatan dalam set kedua tetapi saya mendapat kembali rentak dan saya berpuas hati dengan kemenangan saya.Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit (dengan Naraoka). Kali terakhir kami bertemu ia sangat mencabar dan saya sedang melakukan persiapan untuk satu lagi perlawanan yang hebat esok,” kata Axelsen.Bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun Kento Momota hampir memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia dua kali sebelum ditewaskan oleh jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei pada 2018 dan Axelsen pada 2022. - Bernama
4
15 Januari 2023 12:37am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240641/berita/sukan/arul-mahu-malaysian-tigers-bangkit-berdepan-chile
Arul mahu Malaysian Tigers bangkit berdepan Chile
PENGENDALIskuad hoki negara, Arul Selvaraj mengakui berdepan Belanda selaku gergasi hoki dunia bukan tugas mudah apabila Malaysian Tigers menyingkap tirai Kumpulan C Piala Dunia 2023 dengan kekalahan 0-4.Namun katanya, para pemain Malaysian Tigers tampil positif apabila berjaya menerapkan taktikal direncana biarpun masih terdapat kelemahan perlu diperbaiki.“Sedikit sebanyak penambahbaikan yang kita perlu daripada perlawanan ini ialah dari (aspek) kesilapan individu.“Individu itu mesti ambil tanggungjawab untuk memperbaikinya, kadang-kadang kesilapan berlaku kerana tekanan kepada pemain dan kurang sokongan daripada rakan sepasukan di padang.“Untuk lawan Chile, kita sudah tentu akan ubah sedikit corak permainan untuk kita keluar (beraksi) dan capai kemenangan dalam perlawanan kedua,” katanya.Pada perlawanan di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India itu, Belanda pasukan di ranking ketiga dunia, ternyata berada dalam kelas tersendiri menerusi kepantasan dan keupayaan teknikal dimiliki barisan pemain.Penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman bertindak cemerlang menyelamatkan gawang daripada beberapa percubaan berbahaya Belanda sebelum akhirnya bolos selepas Thijs Van Dam meledak gol padang pada minit ke-20 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan negara.Empat minit berselang, gawang skuad bimbingan A Arul Selvaraj dibolosi kali kedua apabila Jip Janssen tenang menyempurnakan pukulan penalti selepas kekasaran dilakukan Muhammad Amirul Hamizan Azhar terhadap Jonas de Geus.Malaysia berpeluang untuk merapatkan kedudukan, namun pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-28 berjaya ditepis penjaga gol Pirmin Blaak.Ketika pasukan negara sedang memburu jaringan, Belanda bijak menghidu ruang dan peluang untuk melebarkan penguasaan selepas Teun Beins menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-48.Kelalaian benteng pertahanan negara terus dihukum Belanda selepas Jorrit Croon mudah menolak bola masuk pada penghujung aksi sekali gus membantu pasukan meraih permulaan sempurna.Malaysia, yang menghuni ranking ke-11 dunia, dijadual berdepan Chile (ke-22 dunia) Isnin ini di venue sama sebelum mengharungi aksi terakhir kumpulan menentang pasukan nombor sembilan dunia, New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, Khamis depan.Belanda kini menerajui carta Kumpulan C berkongsi tiga mata bersama New Zealand di tempat kedua selepas turut merakam kemenangan 3-1 ke atas Chile pada satu lagi aksi hari ini.INFOJuara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.
4
14 Januari 2023 10:48pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240640/berita/sukan/manchester-united-raja-derbi-manchester
Manchester United Raja Derbi Manchester
MARCUS Rashford muncul wira Manchester United apabila jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara, Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu.Kemenangan ke-12 liga dalam aksi Derbi Manchester itu selepas mengharungi 18 perlawanan membolehkan skuad kendalian Erik Ten Hag itu menghimpit rapat City di kedudukan kedua dengan 38 mata.Sementara kekalahan ketiga liga selepas 18 perlawanan itu menyaksikan anak buah Pep Guardiola kekal di tangga kedua dengan 39 mata.Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan yang tampil dengan aksi bertenaga gagal memecah kebuntuan apabila menuju ke bilik persalinan dengan terikat tanpa jaringan.Babak kedua City terlebih dulu di depan hasil jaringan pemain gantian Jack Grealish minit ke-60 bagi mendahului 1-0.Gol itu ternyata membangkitkan semangat juang para pemain The Red Devils apabila menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes minit ke-78 sebelum ledakan minit ke-82 Rashford menoktahkan kemenangan tuan rumah.
4
14 Januari 2023 10:32pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240633/berita/sukan/trio-boling-lelaki-negara-padu-di-atbc
Trio boling lelaki negara padu di ATBC
SKUAD boling lelaki negara mempamerkan persembahan bertenaga apabila mengungguli acara trio pada Kejohanan Boling Tenpin Asia (ATBC) ke-26.Pada aksi di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong itu, trio dibarisi Muhammad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan mempamerkan aksi cemerlang selepas melakukan 4,677 jatuhan pin.Keputusan itu menyaksikan pasukan negara meninggalkan trio Korea Selatan dibarisi Park Donghyuk, Park Geonha dan Ji Geun yang mencatat 3,661 jatuhan pin.Satu lagi trio negara dibarisi Syazirol Shamsudin, Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam dan Syafiq Ridhwan Abdul Malik pula dipisahkan dengan 44 jatuhan pin dengan wakil Korea Selatan itu, dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.Sementara itu, hasrat skuad boling wanita negara mempertahankan pingat emas acara sama tidak kesampaian selepas gandingan dibarisi Gillian Lim, Nora Lyana Nastasia Norkamal dan Puteri Nurul Dini Faudzi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 4,255 jatuhan pin.Kategori itu diungguli trio Singapura mengungguli acara berkenaan selepas melakukan 4,463 jatuhan pin sementara pingat gangsa milik pasukan Korea Selatan yang mencatat 4,218 jatuhan pin.Untuk rekod, Malaysia muncul juara keseluruhan selepas memenangi enam pingat emas, satu perak dan empat gangsa pada edisi ATBC 2019 di Kuwait.
4
14 Januari 2023 09:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240618/berita/sukan/juara-bertahan-apriyanti-siti-fadia-tarik-diri
Juara bertahan Apriyanti-Siti Fadia tarik diri
[DIKEMAS KINI] Kecederaan buku lali kanan memaksa juara bertahan dari Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti mengakhiri perjuangannya bersama Apriyani Rahayu pada pusingan separuh akhir beregu wanita di Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Sabtu.Apriyani, 24, dan Siti Fadia, 22, memberi laluan mudah buat pasangan ranking pertama dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China 21-9 pada set pertama sebelum Siti Fadia terjatuh ketika ketinggalan 2-0 pada set kedua, seterusnya menarik diri selepas 33 minit beraksi."Saya juga terkejut semasa set kedua, bola itu tidak susah cuma Siti Fadia tidak tahu mahu lepas atau ambil pukulan itu, jadi dia salah landing. Jadi saya kata kalau boleh (teruskan) ayuh, kalau tidak pun tiada masalah sebab dia yang tahu level kesakitan itu."Siti Fadia cedera di bahagian buku lali, jadi kemungkinan tidak parah. Kebiasaannya pemulihan di bahagian situ (buku lali) cepat sembuh dan sekiranya sempat kita akan pergi ke Terbuka India 2023, kalau tidak sempat sembuh jadi tidak akan pergi,” kata Apriyani.Penarikan diri berkenaan menyaksikan pasangan China akan turun melakukan perhitungan bersama beregu Korea Selatan Baek Ha Na-Lee Yu Lim di pentas final pada Ahad.Gandingan di ranking ke-20 dunia dari Korea Selatan itu telah melakukan kejutan apabila mengecewakan pemain keempat dunia Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China 21-17, 23-21 dalam perlawanan berlangsung 72 minit.Ha Na, 22, berkata, mereka sudah bersedia fizikal dan mental untuk bermain dalam set penentuan namun berpuas hati kerana dapat melakukan pukulan berkualiti sekali gus menoktahkan kemenangan dengan set mudah."Dari segi keyakinan kami semakin baik, dan esok, kami berharap dapat melakukan lebih serangan memandangkan ia bukan perlawanan mudah. Kami mahu bermain tanpa rasa kesal,” katanya.Sementara itu, gandingan beregu lelaki China, Liang Wei Keng-Wang Chang nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mampu menundukkan pilihan ketujuh kejohanan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, 21-16, 11-21, 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 64 minit.Pasangan yang berada pada ranking ke-17 dunia itu akan membuat perhitungan bersama naib juara Terbuka Malaysia 2022, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, selepas mereka berjaya menewaskan gandingan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 21-18, 21-17. - Bernama
4
14 Januari 2023 07:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240615/berita/sukan/malaysia-beri-saingan-sengit-sebelum-tewas-kepada-belanda
Malaysia beri saingan sengit sebelum tewas kepada Belanda
SKUAD hoki negara meraih pengalaman berharga biarpun tewas 0-4 kepada juara tiga kali, Belanda dalam aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India pada Sabtu.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Birsa Munda itu, Belanda yang menghuni ranking ketiga dunia membuka tirai jaringan menerusi gol padang Thijs Van Dam pada minit ke-20.Tersentak jaringan itu, Speedy Tigers cuba menyusun semula gerak, namun dikejutkan dengan gol kedua Belanda menerusi penalti stroke yang mudah disudahkan Jip Janssen mini ke-24.Malaysia yang menghuni kedudukan ke-11 dunia memperoleh tiga pukul sudut penalti, namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.Bersambung babak kedua, Belanda menokok jaringan ketiga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Teun Beins pada minit ke-48.Ketika permainan menuju ke penghujung, Belanda menambah jaringan keempat menerusi gol padang Jorrit Croon.Pada edisi 2018, Malaysia tewas 0-7 kepada Belanda.Justeru, banyak 'kerja rumah' yang perlu dilakukan jurulatih, Arul Selvaraj menjelang perlawanan kedua yang menjadi misi wajib menang untuk Speedy Tigers pergi lebih jauh pada kejohanan kali ini.Selepas aksi menentang Belanda, skuad negara akan bertemu Chile di venue sama pada Isnin sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar dua hari selepas itu.
4
14 Januari 2023 07:09pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240606/berita/sukan/hari-suram-kem-malaysia
Hari suram kem Malaysia
SAINGAN separuh akhir kejohanan badminton berstatus Super 1000 - Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu berlangsung agak suram.Ia berikutan tiada lagi kelibat wakil Malaysia apabila seorang demi seorang tumbang di hadapan penyokong sendiri bermula seawal pusingan pertama pada Selasa lalu.Terbaharu, dua wakil - beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila langkah mereka tersekat di peringkat suku akhir pada Jumaat.Keputusan itu nyata mengecewakan peminat badminton tempatan yang mengharapkan ada wakil Malaysia untuk layak sekurang-kurangnya di pentas separuh akhir.Malah, prestasi longlai barisan pemain negara pada kejohanan kali ini yang dinaik taraf daripada Super 750 turut mengundang perhatian bekas jaguh beregu, Koo Kien Keat.“Sepatutnya pemain-pemain negara mengambil peluang beraksi di tempat sendiri bagi memburu kejayaan kerana mereka mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.“Berbeza dengan beberapa tahun lalu, sokongan penyokong sekarang sudah berbeza, ketika (pemain negara) ketinggalan pun mereka tetap memberi sokongan padu.“Jadi mereka (pemain negara) perlu mengambil peluang seperti ini, jadikan sokongan padu itu sebagai motivasi untuk mencipta kemenangan,” katanya kepada pemberita di Axiata Arena pada Sabtu.Ditanya mengenai status kejohanan yang baru dinaikkan tahun ini sehingga memberi tekanan kepada pemain, Kien Keat berkata: “Tak kira Super 1000, 750, 500 atau apa sekalipun, pemain itu harus mempunyai watak juara.“Jika mahu layak (ke Sukan Olimpik), mereka perlu buru kejuaraan tidak kira berstatus 100, 500, 750, 1000 kerana juara sebenar boleh menang dengan sesiapa sahaja,” ujarnya.Malah, Kien Keat berkata, setiap pemain juga perlu menjadikan hadiah wang kemenangan yang meningkat dua hingga tiga kali ganda sebagai motivasi mencipta kejayaan.“Berdasarkan situasi yang berlaku pada kejohanan kali ini, saya rasa pemain-pemain perlu mengubah mentaliti mereka untuk menjadi seorang juara,” jelasnya.
4
14 Januari 2023 06:25pm
NORHASPIDA YATIM
https://www.sinarharian.com.my/article/240597/berita/sukan/terengganu-fokus-bangunkan-sukan-pelayaran-oku
Terengganu fokus bangunkan sukan pelayaran OKU
TERENGGANU memberi fokus dalam membangunkan sukan pelayaran orang kurang upaya (OKU) bagi meningkatkan kualiti dan melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang.Program pembangunan sukan pelayaran negeri Terengganu terbukti melalui kejayaan demi kejayaan yang dilakar atlet kelahiran negeri itu sama ada di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.Presiden Persatuan Pelayaran Terengganu, Ibni Amin Busu berkata, prospek podium bagi acara sukan pelayaran di peringkat antarabangsa khususnya di pentas kejohanan Asia mahupun pentas tertinggi dunia Paralimpik mampu meletakkan pasukan itu berada dalam kelas tersendiri untuk digilap lebih awal.Atlet kurang upaya bagi kategori bot Hansaa Access 2.3 berlatih di Pusat Latihan Sukan Pelayaran Terengganu, Pulau Duyong, di Kuala Terengganu.Beliau memberitahu, sehingga kini 10 atlet OKU telah memulakan program latihan bot Hansaa Access 2.3 serta aktif menyertai beberapa kejohanan domestik sejak tahun lalu."Hala tuju pembangunan sukan pelayaran melibatkan atlet kurang upaya ini bakal mempunyai masa depan yang lebih cerah sekiranya ia kembali dipertandingkan di pentas Sukan Para Malaysia (Para SUKMA).“Selain itu, ia secara tidak langsung menjadi tanggungjawab sosial kami untuk memberi peluang dan ruang kepada golongan ini untuk menceburi sukan berkenaan,"kata bekas pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) itu.Beliau berkata, ia seiring dengan objektif penganjuran Para SUKMA untuk melahirkan atlet-atlet berkualiti bagi mewakili negara ke pentas lebih tinggi seperti Sukan Asia mahupun Paralimpik yang menjadi pentas tertinggi buat mereka.“Kita tidak boleh menafikan keupayaan mereka kerana mereka mampu digilap untuk menjadi atlet-atlet bertaraf profesional, cuma kita perlu memberi peluang dan ruang sama rata buat mereka khususnya penglibatan dalam sebarang kejohanan-kejohanan yang berlangsung khususnya dalam negara.“Begitu juga buat buat kami di Terengganu untuk menganjurkan beberapa kejohanan di sini setelah memulakan program pendedahan sukan pelayaran kepada mereka.“Sebab itulah kami perlu sentiasa merangka untuk penambahbaikan dalam perlaksanaan program pembangunan sukan pelayaran secara komprehensif termasuk program kejurulatihan supaya lebih ramai yang terlibat," ujarnya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.Menurut Ibni Amin, apa yang diusahakan itu sebagai penanda aras buat pasukan pelayaran Terengganu untuk terus melahirkan atlet-atlet berkualiti yang sentiasa bersedia untuk menyertai sebarang kejohanan termasuk kem latihan kebangsaan.Dalam perkembangan sama, katanya, kalendar sukan pelayaran Terengganu tahun ini dimeriahkan dengan penganjuran empat siri perlumbaan yang akan mempertaruhkan lima kategori termasuk Hansaa Access 2.3 bagi atlet kurang upaya.Kata beliau, perlumbaan itu akan berlangsung di perairan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu dan Tasik Puteri di Dungun.
4
14 Januari 2023 05:15pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240566/berita/sukan/harrif-tekad-buru-lebih-banyak-kejayaan-musim-ini
Harrif tekad buru lebih banyak kejayaan musim ini
PAKAR pecut pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh bertekad memburu lebih banyak kejayaan pada musim ini.Malah pelumba berusia 35 tahun itu terus memasang impian untuk memenangi sebanyak mungkin podium bermula dengan perlumbaan pertama di Arab Saudi bulan depan, selepas mencipta sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia yang memenangi siri perlumbaan Jelajah Eropah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Turkiye tahun lalu.“Semestinya saingan tahun ini lebih mencabar dengan jumlah perlumbaan yang lebih banyak dan bertaraf 2.1 dan 2.Pro.“Tetapi ia sebenarnya membuatkan saya semakin bersemangat untuk mencipta lebih banyak kemenangan bersama rakan sepasukan yang ramai juga muka-muka baharu,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan pelumba dan penaja di sini, baru-baru ini.Mohd Harrif berkata, walaupun abangnya, Zamri sudah tidak berada dalam pasukan kerana dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jurulatih Akademi TSG, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan bersama pasukan itu.“Mungkin akan terasa sedikit kehilangan kerana beliau (Zamri) juga kapten pasukan sebelum ini. Tetapi itu tak menjadi masalah kerana rakan sepasukan lain sentiasa ada untuk membantu,” ujarnya.TSG yang dibarisi 16 pelumba termasuk sembilan anak tempatan dan tujuh pelumba import memulakan kem latihan pusat pada Sabtu.Latihan selama dua minggu itu akan bermula di Kuala Terengganu menuju ke negeri-negeri utara sebelum berkampung di Cameron Highlands dan berakhir di Selangor.Seramai lapan pelumba akan bertolak ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 27 Januari ini untuk menyertai perlumbaan pertama TSG bertaraf 2.2, Tour of Sharjah. - Bernama
4
14 Januari 2023 03:23pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240544/berita/sukan/ayah-tak-perlu-risau-lagi
'Ayah tak perlu risau lagi'
BEKAS pemain beregu badminton campuran negara, Goh Liu Ying tidak dapat menahan sebak ketika berucap dalam majlis perpisahannya di Axiata Arena, Bukit Jalil pagi tadi.Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka berusia 33 tahun itu hampir mengalirkan air mata ketika mengimbas kembali perjalanan kariernya di hadapan hampir 1,000 peminat badminton Malaysia.Malah, Liu Ying turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama bapa dan ibunya, Goh Chak Wee dan Yong Oi Lin yang sentiasa menjadi 'tulang belakang' kepadanya selama ini.“Sekarang you dah tak payah risau (kecederaan saya). Sebagai seorang ayah, saya tahu dia hati ada sakit bila dapat tahu saya mengalami kecederaan.“Sekarang you dah boleh lega (saya sudah bersara). Tak tahu keputusan itu betul atau tidak... harap dia boleh rasa lega sekarang dengan keputusan saya,” katanya.Untuk rekod, Liu Ying yang meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ketika bergandingan bersama Chan Peng Soon mengalami beberapa siri kecederaan sepanjang kariernya.Paling memberi kesan terhadap karier Liu Ying apabila dia terpaksa berehat panjang pada 2014 selepas menjalani pembedahan lutut dan bahu tiga tahun kemudian.Dalam pada itu, Chak Wee mengakui perasaannya bercampur baur antara sedih dan gembira dengan keputusan Liu Ying untuk 'menggantung raket'.“Sangat sedih kerana selepas ini tak ada peluang tengok dia di gelanggang (badminton). Ini kerana sejak kecil saya sudah bawa dia merata-rata tempat termasuk Sukan Olimpik.“Apapun saya bangga dengan pencapaiannya selama ini. Paling membanggakan apabila dia atas podium (meraih perak) Olimpik 2016, sampai tak tahu nak cakap apa,” ujarnya.Terdahulu, Liu Ying berpasangan bersama Peng Soon dan Cheah Liek Hou menentang Koo Kien Keat, Tan Boon Heong dan Zhang Bei Wen pada perlawanan pertunjukan - acara yang diadakan sempena majlis perpisahannya.
4
14 Januari 2023 01:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240535/berita/sukan/napoli-kukuh-cengkaman-serie-a
Napoli kukuh cengkaman Serie A
NAPOLI berpeluang cerah menamatkan kemarau gelaran Serie A selama 33 tahun selepas meraih kemenangan berharga menewaskan Juventus 5-1 pada Sabtu.Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Luciano Spalletti mengumpul 46 mata, berbeza 10 mata di depan AC Milan.Pemain sensasi, Victor Osimhen meledak dua gol untuk melebarkan rekod jaringannya musim ini kepada 12 gol.Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Kvaratskhelia, Amir Rrahmani dan Eljif Elmas.“Saya gembira membantu dengan dua gol dan satu bantuan jaringan. Kami mahu meneruskan rentak positif ini.“Ia malam yang hebat,” ujar Osimhen.Bagaimanapun pemain Nigeria itu enggan cepat berpuas hati dengan kemenangan tersebut kerana menganggap perjalanan mereka masih berliku.“Kami hanya mahu meneruskan kemenangan. Pada akhir musim saya rasa kami ada peluang baik,” katanya.Juventus yang dibimbing Massimiliano Allegri berkunjung ke Stadio Maradona dengan rekod cemerlang menerusi lapan kemenangan berturut-turut.Malah benteng mereka juga ampuh tidak melepaskan sebarang gol yang menjadikan mereka antara pencabar utama walaupun bermula buruk musim ini.Bagaimanapun mereka pulang dari Naples dengan kehampaan apabila melepaskan lima gol dalam Serie A pertama kali sejak Mei 1993.
4
14 Januari 2023 12:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240533/berita/sukan/selamat-berjuang-the-speedy-tigers---pm
'Selamat berjuang The Speedy Tigers' - PM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.Beliau yakin dan percaya pasukan kendalian A Arul Selvaraj itu yang akan memulakan aksi Kumpulan C dengan bertemu Belanda petang ini, mampu mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan."Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung. Harumkan nama negara di pentas dunia!” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu.Selepas pertemuan dengan Belanda, skuad The Speedy Tigers dijadual menentang Chile Isnin ini dan New Zealand pada 19 Januari.Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - Bernama
4
14 Januari 2023 11:55am
SAIFULLAH AHMAD
https://www.sinarharian.com.my/article/240524/berita/sukan/perak-fc-perlu-masa
Perak FC perlu masa
PENGENDALI Perak FC, Lim Teong Kim mengakui pasukannya memerlukan masa untuk mendapatkan rentak sebenar dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.Menurutnya, ketumpulan penyudah antara perkara utama yang perlu diperbaiki bagi memastikan peluang-peluang yang dicipta itu menghasilkan jaringan.Beliau berkata, anak buahnya sudah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik walaupun keputusan di atas padang masih belum memihak sepenuhnya kepada pasukan."Memang banyak lagi ruang perlu diperbaiki seperti mana saya kata kita punya peluang yang dicipta itu banyak tapi penyudahan kurang baik. Kalau peluang tak diguna dari minit ke minit memang akan menjadi susah."Kita setiap hari berlatih bersungguh-sungguh untuk menang, bukan kita datang padang goyang punggung, tak ada. Mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh dan etika bekerja mereka sungguh baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan di antara Perak FC dan Armed Forces FC di Stadium Perak di Ipoh pada Jumaat.Mengulas mengenai import baharu, Christian Obiozor, Teong Kim menjelaskan pemain berkenaan sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.Jelasnya, pemain dari Nigeria itu sudah menunjukkan permainan meyakinkan dan berusaha untuk mendapatkan persefahaman dengan pemain-pemain lain.Dalam pada itu, Teong Kim berharap peminat bersabar dan terus memberikan sokongan kepada pasukan dalam apa jua keadaan sekalipun."Peminat punya permintaan di sini juga tinggi jadi itulah saya katakan harap peminat lebih passion dengan kita."Kita hari ke hari kita sentiasa bertungkus lumus untuk memperbaiki semua perkara. Jadi saya berharap peminat bersabar sikit," katanya.Pada perlawanan ujian menentang Armed Forces FC, Perak FC menang tipis 1-0 di laman sendiri.
4
14 Januari 2023 11:05am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240530/berita/sukan/derbi-utara-london-penuh-emosi
Derbi utara London penuh emosi
PENDAHULU Arsenal berpeluang besar untuk menamatkan rentak tanpa kemenangan di stadium pesaing Tottenham Hotspur apabila kedua-dua pasukan bertemu awal pagi Isnin, kata pengendali Mikel Arteta.Kejayaan terakhir Arsenal ke atas Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris adalah pada 2014, namun The Gunners mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa keputusan lebih positif diraih pada Isnin, apabila kelab London tersebut mempunyai kelebihan 11 mata daripada pesaing mereka dengan 44 mata selepas 17 perlawanan."Saya sukakannya. Salah satu perlawanan terbesar musim ini. Kami tahu maksud dan matlamat pasukan."Ia perlawanan yang penuh emosi, sangat bersemangat. Perasaan yang luar biasa apabila berada di padang. Anda dapat merasakan ketegangan, suasana di sekelilingnya."Kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menang di tempat yang tidak pernah kami menangi selama bertahun-tahun. Kami mempunyai peluang besar untuk mendapatkannya," kata Arteta kepada pemberita.Bagaimanapun, Arteta menegaskan kemenangan adalah jauh daripada kesimpulan yang dapat diramalkan, sambil menambah bahawa tidak jelas versi Tottenham yang akan muncul pada perlawanan tersebut."Mereka menghampiri permainan secara berbeza. Kadang-kadang agresif dari awal."Kadang-kadang mereka membenarkan anda membuat permainan. Mereka mempunyai banyak elemen untuk menimbulkan masalah."Kami akan bersedia dengan cara yang terbaik dan kemudian ia akan diserahkan kepada pemain untuk melakukan apa yang mereka perlu lakukan," kata Arteta.Walaupun berada dalam prestasi cemerlang, Arsenal berdepan isu disiplin sejak kebelakangan ini kerana gagal mengawal pemain ketika seri liga dengan Newcastle United serta kemenangan Piala FA ke atas Oxford United.Arteta enggan mengulas bagaimana dia akan membincangkan isu itu dengan pemainnya."Kami sentiasa mengadakan perbincangan dengan pemain dan kakitangan kami untuk melihat apa yang boleh dilakukan dengan lebih baik dan jika kami perlu menambah baik kelakuan kami," katanya.Mengulas mengenai status Gabriel Jesus yang cedera, pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, penyerang tersebut telah mencapai kemajuan dalam pemulihannya daripada pembedahan pada masalah lutut, namun masih mempunyai perjalanan yang panjang."Saya ingin melihatnya kembali secepat mungkin tetapi saya tidak fikir itu akan berlaku," kata Arteta.
4
14 Januari 2023 10:24am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240512/berita/sukan/rentak-positif-villa
Rentak positif Villa
ASTON Villa meneruskan rentak positif apabila membenam Leeds United 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Kemenangan itu menebus kekecewaan Villa tewas mengejut kepada pasukan Liga Dua, Stevenage 1-2 dalam saingan Piala FA minggu lalu.Pada aksi itu, Leon Bailey dan Emi Buendia menjaringkan gol pada kedua-dua babak untuk Villa.Bailey sebelum ini beremosi selepas Villa terlepas peluang untuk meraih kemenangan ke atas Wolves setelah sekadar terikat 1-1.Pemain Jamaica itu, menebus kekecewaan itu apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga."Sesuatu yang melegakan apabila melihat bola masuk. Ia akhirnya datang."Saya pernah melalui saat apabila bola tidak masuk, tetapi hari ini saya gembira," ujar Bailey.Patrick Bamford menjaringkan gol sagu hati buat Leeds tujuh minit sebelum tamat dan kekalahan itu menyaksikan anak buah Jesse Marsch dua mata di atas zon penyingkiran.Villa pula kekal di kedudukan ke-11 berkongsi mata dengan Chelsea selepas hanya mencatatkan satu kekalahan dalam enam perlawanan liga sejak Unai Emery mengambil alih tugas pada Oktober lalu."Ia amat mengecewakan kerana satu mata amat penting dan anda lihat ketegangan perlawanan ini."Jika kami boleh bermain seperti ini, kami ada sesuatu untuk dibanggakan," ujar Marsch.
4
14 Januari 2023 09:19am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240509/berita/sukan/weghorst-senjata-baharu-manchester-united
Weghorst senjata baharu Manchester United
MANCHESTER United menandatangani penyerang Belanda, Wout Weghorst secara pinjaman sehingga akhir musim daripada kelab Liga Kejuaraan, Burnley, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu.“Saya pernah bermain menentang kelab ini pada masa lalu dan ia adalah perasaan yang sangat hebat apabila berpeluang menyarung jersi merah terkenal."Saya telah melihat kemajuan United di bawah (pengurus) Erik ten Hag musim ini dan tidak sabar untuk mula memainkan peranan saya dalam mendorong pasukan ke arah matlamatnya. Apa pun yang berlaku dalam beberapa bulan akan datang, saya boleh berjanji untuk memberikan segala-galanya kepada pasukan," kata Weghorst yang berusia 30 tahun itu.Weghorst sebelum ini telah menghabiskan separuh pertama musim ini secara pinjaman di kelab Turki, Besiktas, yang menyaksikan dia menjaringkan sembilan gol dalam 18 penampilan di semua pertandingan.Sementara itu, Besiktas berkata, ia akan menerima 2.83 juta euro (AS$3.06 juta) untuk menamatkan perjanjian pinjaman mereka dengan penyerang tersebut.Weghorst menyertai Burnley pada Januari 2022 dengan harga 12 juta pound (AS$14.68 juta), namun gagal membantu The Clarets itu daripada tersingkir dari liga teratas pada Mei."Wout mempunyai rekod penjaringan gol yang konsisten merentasi beberapa liga Eropah, dan elemen itu akan menambah dimensi lagi kepada skuad kami untuk baki musim ini."Kami juga tertarik dengan keperibadiannya yang kuat dan pendekatan berdedikasi terhadap bola sepak, yang sangat sesuai dengan semangat Erik bina dalam skuad kami. Dia telah menunjukkan keinginan besar untuk menyertai Manchester United," kata pengarah United, John Murtough.
4
14 Januari 2023 08:19am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240501/berita/sukan/jangan-takut-ancaman-belanda
Jangan takut ancaman Belanda
SKUAD hoki negara dituntut untuk lebih berani apabila menyingkap saingan kempen Kumpulan C Piala Dunia 2023 Bhubaneswar-Rourkela di India pada Sabtu.Pengendali The Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, pasukan negara akan tampil dengan semangat juang dan disiplin yang tinggi untuk cuba mengejutkan pasukan di ranking ketiga dunia itu.Menurutnya, fizikal dan mental pemain juga berada pada tahap terbaik serta sudah bersedia sepenuhnya menghadapi perlawanan tersebut.“Kita berlatih dan memahami corak permainan lawan. Kita akan keluar memberi aksi yang berkualiti tinggi.“Pemain juga nampak tenang dan selesa, selain bersatu hati untuk mencapai keputusan yang baik,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Selepas aksi menentang Belanda, skuad negara akan bertemu Chile di venue sama pada Isnin sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar dua hari selepas itu.Dalam pada itu, Arul mencabar para pemainnya untuk memberikan aksi luar biasa dan meraih keputusan positif.“Pesanan saya kepada pemain agar gunakan kejohanan ini untuk enjoy dan menunjukkan kualiti yang ada sebagai pemain.“Bermain dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi, tambahan pula ini peluang beraksi di pentas Piala Dunia,” katanya.Arul juga meminta rakyat Malaysia khasnya penyokong Malaysian Tigers untuk terus memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan sepanjang kempen kali ini.“Sejujurnya sokongan dalam kalangan rakyat Malaysia penting dalam membarakan semangat juang pemain, apatah lagi bermain jauh dari laman sendiri.“Doa dan sokongan dari jauh secara tidak langsung akan menyuntik semangat dalam kalangan pemain untuk memberikan aksi terbaik berdepan pasukan terbaik dunia di India,” katanya.
4
14 Januari 2023 07:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240498/berita/sukan/vietnam-gagal-manfaatkan-kelebihan-bermain-di-laman-sendiri
Vietnam gagal manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri
JUARA dua kali, Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, pada Jumaat.Pemain gantian Vu Van Thanh, muncul penyelamat apabila jaringannya dua minit sebelum masa sebenar tamat berjaya mengelakkan tuan rumah daripada mengalami kekalahan ke atas pelawat.Vietnam bermula garang apabila percubaan leret penyerang, Pham Tuan Hai pada minit ke-10 tersasar di sebelah kiri gol sebelum sepakan deras oleh penyerang lawan, Adisak Kraisorn hampir mencemaskan pintu gol tuan rumah namun diselamatkan penjaga gol, Dang Van Lam, pada minit ke-14.Penyerang Nguyen Tien Linh kemudian menggamatkan penyokong tuan rumah apabila menerbangkan badannya sebelum melepaskan tandukan berbisa untuk gol pertama perlawanan selepas menyambut hantaran lintang dari sebelah kanan oleh pemain pertahanan, Que Ngoc Hai, pada minit ke-24.Tersentak dengan jaringan tersebut, Thailand yang menggandakan usaha untuk menembusi gawang Golden Star Warriors nyaris menyamakan kedudukan namun sepakan percuma ketua pasukan, Theerathon Bunmathan hanya menggegar tiang kanan Vietnam, tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.Tiga minit selepas babak kedua bersambung, skuad kendalian Alexandre Polking berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi rembatan kaki kanan penyerang, Poramet Arjvirai, yang mendapat umpanan cantik dari tengah padang oleh Theerathon.Theerathon sekali lagi menjadi arkitek buat 'Gajah Perang' apabila bola lorongannya dimanfaatkan tonggak tengah, Sarach Yooyen, yang berjaya melepasi perangkap offside sebelum melepaskan sepakan kaki kanan untuk menggandakan jaringan Thailand pada minit ke-63.Pasukan bimbingan Park Hang Seo yang terdesak untuk mencari jaringan akhirnya berjaya membuatkan Stadium Nasional My Dinh kembali bernyawa apabila Van Thanh meledak rembatan padu dari luar kotak penalti, pada minit ke-88.Bagaimanapun, Van Lam menjadi wira pasukannya apabila berjaya menafikan percubaan pemain gantian pelawat Ekanit Panya pada minit keempat masa kecederaan babak kedua, sekali gus menjadikan kedudukan kekal 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.Kedudukan berkenaan pastinya melegakan Thailand apabila bakal melayan Vietnam di Stadium Thammasat, Pathum Thani, pada aksi timbal balik Isnin ini.
4
13 Januari 2023 11:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240496/berita/sukan/agong-permaisuri-rai-bekas-pasukan-piala-thomas-1967
Agong, Permaisuri rai bekas pasukan Piala Thomas 1967
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis santapan petang bersama ahli pasukan badminton Piala Thomas 1967 Malaysia di Istana Negara pada Jumaat.Istana Negara, menerusi perkongsian di Facebook, memaklumkan selain meraikan pasukan legenda sukan badminton itu Seri Paduka berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan besar mereka kepada negara.Ahli pasukan yang hadir ialah Datuk Yew Cheng Hoe, Datuk Billy Ng Seow Meng, Datuk Tan Yee Khan, Datuk Teh Kew San dan Tan Aik Huang.Turut hadir dua bekas pemain Piala Uber negara era 50-an dan 70-an Jean Moey dan Sylvia Ng serta pemain Piala Thomas 1976 negara Datuk James Selvaraj Joseph.Majlis santapan petang itu turut dihadiri bekas wartawan sukan tempatan seperti Datuk Fauzi Omar, Datuk Yong Soo Heong, Datuk George Das, Datuk Lazarus Rokk dan Datuk Johnson Fernandez.Kejohanan Piala Thomas 1967 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia menyaksikan Malaysia menjadi juara buat kali keempat selepas menumpaskan tuan rumah 6-3 pada perlawanan akhir. - Bernama
4
13 Januari 2023 10:23pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240493/berita/sukan/tiada-lagi-wakil-malaysia
Tiada lagi wakil Malaysia
BEREGU lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mengakhiri perjuangan skuad badminton negara pada Terbuka Malaysia 2023 apabila tumbang kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto sebentar tadi.Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin tewas dalam pertarungan tiga set 21-14, 16-21, 17-21.Berdepan beregu nombor satu dunia itu, Ee Yi-Yew Sin yang mendapat sorakan padu daripada hampir 2,000 penyokong sendiri apabila berjaya menoktahkan kemenangan di set pertama dalam masa 19 minit.Namun, Ee Yi-Yew Sin gagal meneruskan momentum kemenangan dalam dua set berikutnya apabila mereka sering ketinggalan di belakang Fajar-Rian Ardianto sebelum akur tumbang dalam pertarungan yang memakan masa 1 jam 15 minit itu.Kekalahan itu umpama ulangan edisi tahun lalu apabila Ee Yi-Yew Sin turut mengalami kekalahan kepada Fajar-Rian Ardianto di peringkat yang sama.Terdahulu, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut gagal dalam misi memburu tiket separuh akhir selepas tewas 19-21, 9-21 kepada gandingan nombor tiga dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.
4
13 Januari 2023 10:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240490/berita/sukan/terbuka-malaysia-axelsen-yamaguchi-mara-separuh-akhir
Terbuka Malaysia: Axelsen, Yamaguchi mara separuh akhir
[DIKEMAS KINI] JAGUH perseorangan dunia, Viktor Axelsen dan Akane Yamaguchi masing-masing melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.Juara bertahan perseorangan lelaki, Axelsen memastikan beliau berada dalam laluan untuk mempertahankan kejuaraannya dengan menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 Kenta Nishimoto dari Jepun 21-16, 21-12 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Arena Axiata di sini pada Jumaat.Pemain nombor satu dunia itu akan berhadapan satu lagi cabaran daripada pemain Jepun Kanta Tsuneyama, yang mengejutkan pemain pilihan keenam kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 21-16.Axelsen yang turun ke gelanggang selepas berehat dua hari berikutan pemain veteran Malaysia, Liew Daren menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua akibat kecederaan betis kanannya semalam, berkata beliau berada dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk aksi hari ini."Keadaan sedikit berbeza buat saya hari ini, saya berehat dua hari, jadi secara fizikalnya saya rasa segar 100 peratus sementara Nishimoto saya rasa beliau agak keletihan selepas mengharungi tiga perlawanan yang mencabar."Saya selalunya menghormati sepenuhnya lawan saya dan tiada bezanya esok. Diharap saya akan dapat mengekalkan momentum untuk satu lagi perlawanan yang mencabar,” kata juara Olimpik dan dunia itu kepada wartawan.Pemain perseorangan Jepun Naraoka Kodai ketika beraksi menentang pemain India H. S. Prannoy pada suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena hari ini.Satu lagi perlawanan separuh akhir antara dua bintang meningkat naik - Kodai Naraoka dari Jepun dan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.Sementara itu, pemain perseorangan wanita nombor satu dunia Yamaguchi menewaskan wakil Denmark Mia Blichfeldt , 21-12, 21-11 dalam perlawanan suku akhir hari ini untuk mara ke peringkat seterusnya.Berhadapan wakil Taiwan, Tai Tzu Ying esok, Yamaguchi yang merupakan juara dunia tiga kali menjangkakan pertarungan sengit dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu."Beliau seroang pemain yang kuat dengan kemahiran dan pertahanan yang baik, jadi saya ada rancangan tersendiri untuk berhadapannya," kata Yamaguchi sambil menambah ketiadaan juara bertahan Ratchanok Intanon dari Thailand tidak memberikan laluan mudah untuknya muncul juara kali ini.Tzu Ying mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegaranya Hsu Wen Chi 21-6, 21-8.Pemain nombor dua dunia Chen Yu Fei dari China akan bertemu wakil Korea Selatan An Se Young dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.Yu Fei menewaskan pemain Sepanyol Carolina Marin 21-18, 21-19, sementara Se Young mengalahkan Wang Zhi Yi dari China 21-17, 16-21, 21-19.- Bernama
4
13 Januari 2023 09:38pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240485/berita/sukan/bertahan-menyerang-sebagai-satu-pasukan
Bertahan, menyerang sebagai satu pasukan
PASUKAN hoki lelaki negara sudah bersedia sepenuhnya dan tekad memberikan cabaran getir kepada juara tiga kali, Belanda, pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Tonggak pertahanan Malaysian Tigers, Muhammad Razie Abd Rahim berkata, para pemain telah melakukan analisis termasuk taktikal yang akan diterapkan di padang sepanjang menentang pasukan ketiga terbaik dunia tersebut.“Perlawanan pembukaan sangat penting supaya kita mula dengan baik kerana boleh beri motivasi kami beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.“Tekanan memang ada setiap perlawanan, jadi kami akan sesuaikan diri dengan tekanan yang akan kami hadapi esok,” katanya dalam video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia kepada media pada Jumaat.Pada masa sama Muhammad Razie mengingatkan para pemain Malaysian Tigers supaya sentiasa fokus dengan tugas serta tanggungjawab dipikul dalam setiap perlawanan pada Piala Dunia ini.“Tak perlu takut dan risau untuk lakukan kesilapan sebab semua orang akan buat silap. Kita bermain, bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan...itu yang saya sering ingatkan kepada rakan sepasukan,” katanya.HOKI PIALA DUNIA 2023KUMPULAN CSABTUBelanda lwn Malaysia(Stadium Birsa Munda, Rourkela)ISNINChile lwn Malaysia(Stadium Birsa Munda, Rourkela)KHAMISNew Zealand lwn Malaysia(Stadium Kalinga, Bhubaneswar)FORMATJuara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.
4
13 Januari 2023 09:16pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240480/berita/sukan/rtm-siar-secara-langsung-hoki-piala-dunia-2023
RTM siar secara langsung hoki Piala Dunia 2023
PERLAWANAN hoki Piala Dunia 2023 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula hari ini, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.Beliau mengesahkan perkara itu menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.“Semua peminat hoki tanah air boleh menonton aksi pasukan Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan C, #SpeedyTigers,” katanya.Malaysia Tigers yang berada di kedudukan ke-11 dunia telah diundi untuk berada dalam Kumpulan C dalam kejohanan yang berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari ini.Skuad hoki lelaki negara yang akan bertemu juara bertahan edisi lepas, Belanda (ranking kedua dunia) serta New Zealand (ranking kesembilan) dan Chile (ranking ke-22) meletakkan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas dunia itu. - Bernama
4
13 Januari 2023 08:38pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/240463/berita/sukan/siaran-epl-percuma-kkd-akan-bincang-dengan-kbs
Siaran EPL percuma: KKD akan bincang dengan KBS
KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung siaran langsung percuma saingan Liga Bola Sepak Inggeris (EPL).Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, perbincangan itu bertujuan untuk melihat keutamaan sebelum membuat sebarang keputusan."KKD dan KBS akan berbincang dengan penyedia siaran beberapa sukan untuk memahami apakah keutamaan yang akan diberikan."Sebagai contoh baru-baru ini kita (KKD) bawakan siaran langsung Kejohanan Bola Sepak Piala AFF."Alhamdulillah beberapa kali kita dapat saksikan Harimau Malaya beraksi dengan baik," katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan bersedia untuk menyiarkan siaran langsung secara percuma saingan EPL di kaca televisyen.Sebelum itu beliau hadir pada sesi perjumpaan bersama warga KKD Kelantan di Pejabat Jabatan Penyiaran Kelantan di sini pada Jumaat.Ahmad Fahmi memberitahu, hasil perbincangan itu akan menjadi panduan buat KKD dalam merangka perancangan pada masa hadapan.
4
13 Januari 2023 07:06pm
SAIFULLAH AHMAD
https://www.sinarharian.com.my/article/240445/berita/sukan/hadi-fayyadh-sertai-perak-fc
Hadi Fayyadh sertai Perak FC
PEMAIN yang berkelana di Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, 23, kini sah menyertai Perak FC.Bekas pemain Fagiano Okawa itu bakal memperkuatkan jentera serangan Perak FC dalam saingan Liga Super musim 2023 ini.Pengumuman itu dibuat ketika Majlis Pelancaran Jersi Baharu Perak FC 2023 di Stadium Perak di sini pada Jumaat.Ketika ditanya mengapa memilih Perak FC, Muhammad Hadi Fayyadh menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor Ketua Jurulatih, Lim Teong Kim dan pihak pengurusan Perak FC yang bersungguh-sungguh mahukan khidmatnya."Perak tempat kelahiran saya dan membesar di sini. Terima kasih kepada Perak FC kerana bersusah payah dapatkan saya."Saya mahu membantu Perak FC mengembalikan zaman kegemilangannya sebelum ini dan menjadikan pasukan ini antara yang terbaik dalam liga," katanya kepada pemberita.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, pihaknya terharu dengan kehadiran pemain kelahiran dari Ulu Bernam itu.Jelasnya, diharap dengan kehadiran pemain tersebut akan memperkuatkan jentera Perak FC dalam saingan liga kali ini.Muhammad Hadi Fayyadh diikat kontrak bersama Perak FC selama dua tahun.Sementara itu, mengenai prestasi semasa pasukan, Teong Kim menjelaskan anak buahnya memerlukan masa untuk mendapatkan rentak.Katanya, mereka sudah menunjukkan permainan yang baik dan berharap penyokong terus memberikan semangat kepada pasukan.
4
13 Januari 2023 06:15pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240424/berita/sukan/main-macam-tak-ada-jiwa--rexy
'Main macam tak ada jiwa'- Rexy
BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik seolah-olah beraksi 'tanpa jiwa' ketika berdepan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis.Malah, Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky nyata kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya itu yang menyaksikan mereka tewas 10-21, 23-21.“Seharusnya apabila beraksi di tempat sendiri dengan situasi seperti ini (sorakan padu penyokong Malaysia), mereka ada keyakinan (meraih kemenangan).“(Tetapi) tengok mereka seperti tidak ada jiwa. Ia selalu berlaku pada mereka yang seperti menunggu sahaja pihak lawan membuat kesalahan.“Kenapa tidak ada jiwa? Itu yang berlaku ke atas Aaron dan Wooi Yik malam ini, ia jadi tanggungjawab saya untuk menilai situasi itu,” kata Rexy kepada pemberita.Bagaimanapun, Rexy berkata, beliau gembira dengan kebangkitan yang ditunjukkan Aaron-Wooi Yik dalam aksi set kedua selepas tewas mudah di set pertama.“Cuma mereka tidak dapat mengekalkan momentum di set kedua sehingga pemain lawan mengejar kedudukan 13-13, itu tak boleh diterima.“Pemain lawan apabila mendahului, mereka tidak beri peluang. Kita pula apabila mendahului, tetapi bagi peluang (pemain lawan) mengejar.“Sepatutnya apabila kita sudah mendahului, Aaron-Wooi Yik terus menekan pemain lawan. Sepatutnya mereka sedar dengan situasi itu,” tegasnya.Kekalahan Aaron-Wooi Yik kepada Yu Chen-Yuan Yi itu menyaksikan mereka gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu apabila mara ke peringkat separuh akhir.
4
13 Januari 2023 05:01pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240417/berita/sukan/tang-jie-ee-wei-gagal-sambar-tiket-separuh-akhir
Tang Jie-Ee Wei gagal sambar tiket separuh akhir
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal dalam misi memburu tiket separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.Dalam aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat, Tang Jie-Ee Wei tewas 19-21, 9-21 kepada gandingan nombor dua dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.Pengalaman ternyata menjadi pemisah antara Tang Jie-Ee Wei dengan lawannya itu yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan.Biarpun berjaya memberi tentangan sengit di set pertama, Tang Jie-Ee Wei yang baru digandingkan sejak dua bulan lalu harus akur masih kurang berpengalaman berbanding Dechapol-Sapsiree."Kami sudah memberikan cabaran kepada mereka, tetapi akhirnya kami tersilap kerana mudah membiarkan mereka melakukan serangan."Jika kami dapat mengatasi mereka di set pertama, saya rasa aksi set kedua memang (permainan) lain sedikit. Tetapi saya banyak melakukan kesilapan di set kedua," kata Tang Jie.Pada Khamis, Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-19, 21-16 dalam aksi pusingan kedua.Dalamn aksi pusingan pertama, mereka mencipta kejutan menewaskan beregu campuran nombor satu negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-15, 21-10
4
13 Januari 2023 04:29pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/240399/berita/sukan/moon-sik-jadi-pengendali-the-red-warriors
Moon Sik jadi pengendali The Red Warriors
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Choi Moon Sik dilantik menjadi pengendali skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Super Malaysia tahun ini.The Red Warriors melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, jurulatih kelahiran Seoul, Korea Selatan itu mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak terutama di beberapa negara Asia.Kebolehan Moon Sik ditagih kerana pengalamannya membimbing beberapa kelab bola termasuk menjadi barisan jurulatih bagi pasukan kebangsaan Korea Selatan."Beliau juga merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Korea Selatan dan bermain di beberapa siri perlawanan dunia seperti Kelayakan Piala Dunia 1998, Piala Dunia USA 1994 serta kejohanan Olimpik Barcelona 1992," kata kenyataan itu.Jurulatih berusia 52 tahun itu pernah diberi kepercayaan menjadi Ketua Jurulatih Daejeon Hana Citizen FC, Korea Selatan; Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Korea Selatan B16 dan Pembantu Ketua Jurulatih Yanbian Funde FC, China.Kenyataan itu turut memberitahu, pencapaian beliau adalah pernah terlibat di Juara Sukan Asia Incheon dan Juara King’s Cup Thailand serta Sukan Asia Incheon.
4
13 Januari 2023 03:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240387/berita/sukan/beri-ruang-zii-jia-rancang-apa-terbaik---hendrawan
Beri ruang Zii Jia rancang apa terbaik - Hendrawan
PEMAIN perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia harus diberi ruang untuk merancang apa yang terbaik bagi perjalanan kariernya, termasuk keputusannya beraksi tanpa jurulatih, kata bekas juara dunia dari Indonesia, Hendrawan.Jurulatih perseorangan lelaki skuad kebangsaan itu percaya apa yang Zii Jia lalui sekarang ialah proses pembelajaran yang akan memberi pengalaman dan kematangan.Zii Jia, yang keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada awal tahun lepas, memutuskan untuk bergerak sendiri tanpa jurulatihnya, Indra Wijaya pada November 2022, dan kini dibantu oleh Liew Daren."Saya rasa dia sudah memikirkannya, dan kita tak payah melawan (keputusannya)."Apa yang dia perlu buat, dia akan buat dan ia ada kelebihan dan kekurangan, namun dia akan belajar daripada situ."Dia ada keberanian untuk berani ambil keputusan, selain ini satu proses untuk Zii Jia juga. Saya percaya dia akan lebih matang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Terbuka Malaysia di Axiata Arena.Rabu lepas, Zii Jia yang beraksi tanpa jurulatih, disingkirkan seawal pusingan pertama oleh pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka dengan keputusan 21-13, 17-21, 19-21.Sementara itu, mengulas mengenai prestasi Ng Tze Yong, yang turut disingkirkan oleh Naraoka 21-15, 19-21, 15-21 pada pusingan kedua selepas pertarungan lebih 120 minit semalam, Hendrawan berasa terlalu gopoh untuk menang mungkin menjadi antara faktor anak buahnya tewas.Beliau menegaskan bahawa peluang terbaik bagi Tze Yong, pemain di ranking ke-25 dunia untuk menang adalah apabila mendahului 19-15 pada set kedua, kerana setelah perlawanan masuk ke set ketiga, Naraoka jelas lebih berpengalaman untuk menjadikan keputusan berpihak kepadanya."Saya percaya Tze Yong dapat pengalaman yang berguna menentang pemain nombor tujuh dunia itu, terutamanya bagaimana beliau menukar cara permainan, menyerang dan strateginya. Namun, ini satu proses yang Tze Yong harus lalui, perkembangan ini adalah positif."Kekalahan ini akan buat dia lebih kuat, kerana pengalaman hari ini tidak boleh diajarkan, tidak boleh dibagi oleh sesiapa... Dia harus mengalaminya sendiri,” kata jurulatih berasal dari Indonesia itu.Beliau berkata, ibarat berenang di lautan luas selepas berlatih di kolam renang, proses Tze Yong, 22, untuk menjadi antara pemain terbaik dunia akan mengambil masa, dengan setiap kemenangan dan kekalahan yang dilaluinya, akan mematangkan pemain berkenaan.Kali terakhir pemain negara muncul juara Terbuka Malaysia adalah pada 2018, apabila Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran ke-12 beliau. - Bernama
4
13 Januari 2023 02:44pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240351/berita/sukan/syihan-hazmi-sah-sertai-jdt
Syihan Hazmi sah sertai JDT
PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.Perkara itu diumumkan JDT menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers pada Jumaat."This is the Home of Champions, Syihan. Selamat datang ke JDT!," tulis kenyataan di laman Facebook itu.Syihan Hazmi mula dikenali selepas aksi hebatnya bersama pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2022 apabila merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 26 gol daripada 22 perlawanan.Kecemerlangan Syihan Hazmi itu membolehkan dia mendapat tempat dalam kesebelasan Harimau Malaya membantu pasukan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2024 dan muncul sebagai naib juara saingan King’s Cup 2022 di Thailand.Malah, penjaga gol berusia 26 tahun itu juga meneruskan prestasi terbaiknya apabila merekodkan tiga keputusan tanpa bolos dalam saingan Piala AFF yang berakhir baru-baru ini.
4
13 Januari 2023 12:07pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/240347/berita/sukan/kda-fc-bakal-miliki-hub-prestasi-sukan-perubatan-kelab
KDA FC bakal miliki hub prestasi sukan, perubatan kelab
KEDAH Darul Aman (KDA) FC dalam proses akhir membina hub prestasi sukan dan perubatan kelab di Pavilion Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti, Alor Setar dengan bajet sederhana bermula musim 2023.Pemilik majoriti saham KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menjelaskan kelab itu belum mempunyai apa-apa prasarana asas yang diperlukan oleh sebuah pasukan dan kini sudah tiba masanya untuk memilikinya.Menurutnya, hub ini akan mempunyai pejabat kejurulatihan, pusat kecergasan, fisio serta tempat berehat para pemain selepas menjalani latihan dan sebagainya."Perkongsian Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang sejarah awal Johor Darul Ta'zim (JDT) di tahun 2013 terus melekat di kotak minda bila kami memasuki premis pusat latihan JDT."Tersergam indah tapi asal-usul dan genesisnya amat sederhana. Daripada padang kosong, sekarang ia adalah sebuah kompleks sukan yang lengkap. Pusat kecergasan, fisio, tiga buah padang di mana satu padang adalah berbumbung."Kompleks itu juga mempunyai auditorium, cafe dan dua bilik persalinan," katanya dipetik menerusi Facebooknya pada Jumaat.Dari kanan, Khamal Idris dan Mohd Daud menghadap Tunku Ismail ketika melawat fasiliti JDT pada Khamis.Beliau berkata demikian mengulas kunjungannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali yang menghadap Tunku Mahkota Johor dan melawat fasiliti JDT pada Khamis.Mohd Daud berkata, di dalam pusat kecergasan JDT juga mempunyai pelbagai peralatan, kelengkapan kontemporari dan sebuah pejabat untuk pasukan kejurulatihannya.Jelasnya, Tunku Ismail adalah seorang tokoh yang terbilang yang berjaya membina pasukan JDT sejak 10 tahun lalu bermula daripada bawah dan kini telah menjulang pelbagai kejayaan."Semenjak saya menjadi pemilik KDA FC, saya telah bertemu dengan beberapa pemilik dan pengurus pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super. Saya menghormati mereka sebagai tokoh masyarakat yang ingin membangun sukan bola sepak. Lagipun saya masih baharu dan mentah," ujarnya.Tambah Mohd Daud, KDA FC dalam proses mendapat sewaan jangka panjang bagi padang latihan untuk menjadi hak kegunaan secara ekslusif pada musim ini.Jelasnya, kelab itu akan terus meninjau potensi pemilikan atau paling kurang penyewaan padang latihan untuk kesemua pasukan Sang Kenari dan beliau secara peribadi telah meninjau beberapa lokasi di Alor Setar baru-baru ini.
4
13 Januari 2023 11:47am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240343/berita/sukan/tsg-tampil-lima-muka-baharu-perkuat-pasukan-2023
TSG tampil lima muka baharu perkuat pasukan 2023
PASUKAN berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mempertaruhkan lima muka baharu bagi memperkuat pasukan dan menghadapi musim lebih mencabar tahun ini.Ia termasuk dua pelumba import iaitu Jesse Ewart dari Australia dan Aiman Cahyadi dari Indonesia yang pakar dalam teknik pendakian.Bagi pelumba tempatan, muka baharu dibarisi atlet berbakat daripada program Sukan Malaysia (Sukma) Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) iaitu Zuladri Amin Zulkurnain, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim dan Kee Zhe Yie.Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, lima pelumba berkenaan menggantikan Goh Choon Huat, Jamal Hibatullah, Afiq Huznie Othman dan Zamri Saleh yang dilantik sebagai jurulatih Akademi TSG."Jesse Ewart ialah pemenang tempat ketiga keseluruhan Tour du Rwanda 2022 manakala Aiman Cahyadi, juara kebangsaan Indonesia 2022."Kedua-duanya mempunyai profil yang mengagumkan dan diharap dapat membantu TSG mencipta kejayaan lebih gemilang musim ini," katanya pada majlis memperkenalkan pelumba dan penaja TSG 2023 di sini, malam tadi.Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Che Ku Mohd Izmuddin berkata, selain lima muka baharu, skuad elit TSG masih mengekalkan khidmat 11 pelumba termasuk Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Irwandie Lakasek."Pelumba import yang masih bersama kita ialah Youcef Reguigui, Metkel Eyob, Jeroen Meijers, Jambaljambts Sainbayar dan Anatolli Budiak dari Ukraine... Jurulatih juga masih sama iaitu Jeremy Hunt. Tetapi bagi kapten pasukan kita akan tentukan dalam masa terdekat siapa yang layak menggantikan Zamri selepas ini," katanya.Dalam pada itu, Che Ku Mohd Izmuddin berkata, TSG juga berjaya melakar pencapaian cemerlang apabila mengekalkan gelaran juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 2022 dengan memenangi 118 podium dan 1,453 mata.Menurut beliau, kejayaan itu membolehkan TSG mengumpul lebih banyak penajaaan pada tahun ini iaitu lebih RM11 juta berbanding hampir RM9 juta musim lepas."Alhamdulillah tahun ini kita terima banyak penajaan bukan sahaja daripada syarikat tempatan, malah juga dari luar negara seperti Jepun, Singapura, Taiwan dan Indonesia."Ia adalah jumlah tertinggi yang kita terima sejak penubuhan TSG pada 2011," katanya.Katanya lagi, sokongan daripada penaja membolehkan TSG membuat lebih banyak perancangan untuk mencapai sasaran sebagai pasukan benua terbaik dunia yang pernah dimenangi pada 2019. - Bernama
4
13 Januari 2023 11:24am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240336/berita/sukan/hormati-keputusan-zii-jia
Hormati keputusan Zii Jia
"BAGI ruang dengan apa yang dia pilih." Itu reaksi jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Hendrawan ketika mengulas keputusan bekas anak didiknya, Lee Zii Jia yang mahu terus kekal bergerak secara profesional.Menurut Hendrawan, semua pihak termasuk peminat badminton Malaysia harus menghormati keputusan yang dibuat pemain nombor dua dunia itu."Biarkan Zii Jia pilih apa yang terbaik. Bagi ruang dengan apa yang dia pilih kerana dia sudah memikirkan itu yang terbaik buat dirinya."Kita tidak perlu untuk menentangnya, dia harus mengerti perkara ini betul-betul," kata Hendrawan selepas ditanya adakah Zii Jia membuat keputusan tepat dengan memilih bergerak solo tanpa bantuan jurulatih.Kekalahan mengejut Zii Jia di tangan pemain Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 Rabu lalu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat berhubung keputusannya itu.Malah, Zii Jia juga selepas perlawanan tersebut mengakui bahawa dia tetap kekal dengan pendiriannya berjuang di gelanggang tanpa sentuhan seorang jurulatih."Sejak dari mula lagi saya melihat dia seorang pemain yang tahu apa perlu dibuat. Bagaimanapun, perkara ini ada baik dan buruknya."Baik sebab dia kekal dengan pendirian kerana setengah orang akan fikir dulu baik-baik. Dia ada keberanian... hasilnya dia berani ambil risiko," ujar Hendrawan.Selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Zii Jia mendapat sentuhan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya sebelum mereka 'berpisah' pada November tahun lalu.
4
13 Januari 2023 11:05am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240327/berita/sukan/aaron-wooi-yik-banyak-buat-silap
Aaron-Wooi Yik banyak buat silap
DERETAN kesilapan mudah menjadi punca beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumbang di tangan wakil China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023.Tampil dengan reputasi juara dunia, rentak permainan Aaron-Wooi tampak serba tidak menjadi sehingga menyaksikan mereka tewas 10-21, 23-21.Aaron berkata, kekalahan itu berpunca daripada diri mereka sendiri yang banyak melakukan kesilapan mudah terutamanya di set pertama.Malah, Aaron tidak mahu menggunakan tekanan membawa gelaran juara dunia sebagai alasan mereka tumbang di hadapan hampir 2,000 penyokong sendiri.“Salah kami sendiri kerana banyak melakukan unforced error (kesalahan yang tidak sepatutnya). Memang bukan mudah untuk meraih kemenangan hari ini.“Masa dulu (ketika) Yu Chen bergandingan dengan Liu Jun Hui pun susah kita nak menang, mereka cepat membentuk gandingan mantap.“Hari ini juga kami turun dengan tekanan, tetapi bukan alasan buat kami. Terbuka Malaysia kejohanan sulung tahun ini, jadi banyak harus ditambah baik,” kata Aaron kepada pemberita selepas perlawanan pada Khamis.Sebelum turun ke gelanggang, tugas berat sememangnya menanti Aaron-Wooi Yik apabila mereka tewas kepada Yu Chen-Yuan Yi dalam dua pertemuan sebelum itu - Terbuka Indonesia 2022 dan Jelajah Dunia Akhir 2022.Kekalahan kali ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu apabila mara ke peringkat separuh akhir.
4
13 Januari 2023 10:14am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240323/berita/sukan/messi-bakal-terima-gaji-rm152-bilion-setahun
Messi bakal terima gaji RM1.52 bilion setahun
KELAB Arab Saudi, Al Hilal bersedia menawarkan kontrak menarik kepada Lionel Messi bernilai sehingga £288 (RM1.52 bilion) setahun.Pemain berusia 35 tahun itu berbaki kontrak enam bulan di Paris Saint-Germain dan mungkin akan meninggalkan kelab Ligue 1 itu pada musim panas ini.Messi telah menjaringkan 13 gol dan 14 bantuan gol dalam 20 penampilannya bersama PSG musim ini selain turut cemerlang di Piala Dunia Qatar dengan tujuh gol.Menurut laporan media antarabangsa Mundo Deportivo, Al-Hilal sedang merancang perjanjian mega buat Messi selepas saingan mereka iaitu kelab Al Nassr menyelesaikan pembelian Cristiano Ronaldo bulan lepas.Jumlah yang dilaporkan akan menyaksikan Messi mengatasi Ronaldo sebagai pemain dengan bayaran tertinggi di dunia.Ronaldo menandatangani kontrak bernilai £173 juta (RM915 juta) setahun di Al-Nassr pada 30 Disember lalu.
4
13 Januari 2023 10:04am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240322/berita/sukan/messi-pilihan-utama-pemain-lelaki-terbaik-fifa
Messi pilihan utama Pemain Lelaki Terbaik FIFA
LIONEL Messi dan Kylian Mbappe tersenarai antara calon utama untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA selepas pencapaian cemerlang mereka dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022.Majlis anugerah FIFA itu akan berlangsung pada 27 Februari dan mengiktiraf pencapaian tertinggi sukan itu dari 2022 merentas beberapa kategori, dengan anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA menjadi tarikan utama.Messi yang memenangi kategori tersebut pada 2019 menjadi antara pilihan utama untuk sekali lagi memenangi anugerah tersebut selepas memberi inspirasi kepada Argentina menjulang Piala Dunia.Ia merupakan gelaran pertama Albiceleste sejak 1986 dengan Messi memainkan peranan penting dalam kemenangan itu ketika Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti selepas seri 3-3 dalam perlawanan akhir.Messi menjaringkan lima gol dan mencipta tiga bantuan gol untuk memenangi Bola Emas.Manakala, rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe pula memenangi Kasut Emas hasil hatriknya menentang Argentina dalam perlawanan akhir dan menjadi saingan utama Messi untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA.Karim Benzema, yang memenangi Ballon d'Or tahun lalu selepas aksi cemerlangnya bersama Real Madrid, turut dicalonkan termasuk penyerang Barcelona, Robert Lewandowski.Selain itu, pemain Manchester City Julian Alvarez, Kevin De Bruyne dan Erling Haaland; wakil Real Madrid, Luka Modric dan Vinicius Junior selain Mohamed Salah, Sadio Mane serta Jude Bellingham.Pengendali Madrid, Carlo Ancelotti bersaing dalam kategori Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA dengan Lionel Scaloni dari Argentina mungkin akan menjadi pilihan dalam senarai pendek lima pengendali itu.Argentina turut mempunyai wakil dalam kategori Penjaga Gol Lelaki Terbaik FIFA menerusi Emiliano Martinez.Untuk kategori wanita, juara Euro 2022 England mempunyai beberapa pencalonan dengan Beth Mead, Keira Walsh dan Leah Williamson semuanya bersaing untuk anugerah pemain terbaik.Sarina Wiegman pula akan menjadi antara pilihan untuk anugerah jurulatih dan Mary Earps bersaing untuk dinamakan sebagai Penjaga Gol Wanita FIFA Terbaik.Undian oleh peminat dibuka sehingga 3 Februari bagi menentukan tiga finalis bagi setiap kategori.Pemenang kemudian akan ditentukan oleh juri yang terdiri daripada pengendali dan kapten skuad kebangsaan, wartawan serta peminat bola sepak.
4
13 Januari 2023 09:57am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240321/berita/sukan/kad-merah-felix-penyebab-chelsea-tewas
Kad merah Felix penyebab Chelsea tewas
PENGENDALI Chelsea, Graham Potter menyifatkan kad merah yang dilayangkan kepada Joao Felix menjadi titik perubahan ketika kekalahan 1-2 Chelsea kepada Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Jumaat.Namun, Potter tidak menyalahkan Felix dan memahami situasi tidak disengajakan pemain itu dalam penampilan pertama untuk kelab tersebut selepas dipinjamkan daripada Atletico Madrid."Ia adalah terjahan penyerang. Tiada niat jahat tetapi saya faham mengapa ia kad merah."Ia adalah satu lagi tamparan buat kami dengan kekalahan ini. Joao Felix benar-benar bagus. Anda boleh melihat kualitinya dalam permainan jadi ia memberikan kekecewaan kepada kami," katanya.Dalam perlawanan itu, Willian membuka tirai jaringan untuk Fulham pada minit ke-25 sebelum Kalidou Koulibaly menyamakan kedudukan pada minit ke-47.11 minit kemudia, Felix dilayangkan kad merah selepas mengasari Kenny Tete dan Fulham mengambil kesempatan dengan kelebihan pemain untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi Carlos Vinicus pada minit ke-73.Kekalahan tersebut menyaksikan Chelsea kini hanya menang satu daripada sembilan perlawanan dalam semua kejohanan."Saya rasa kami mengawal permainan pada permulaan, memenangi bola tinggi, mencipta beberapa peluang dan mungkin terlepas hantaran terakhir. Kami melakukan beberapa kesilapan untuk gol lawan."Separuh masa kedua saya rasa kami bertindak balas dengan baik dan kemudian kad merah mengubah permainan. Ia menyukarkan kami sedikit."Saya kecewa dengan gol kemenangan lawan kerana saya fikir kami boleh melakukan lebih baik dan itulah yang merugikan kami," katanya.
4
13 Januari 2023 09:57am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240316/berita/sukan/klich-sambung-karier-bersama-dc-united
Klich sambung karier bersama DC United
PEMAIN tengah Poland, Mateusz Klich telah menyertai kelab Major League Soccer (MLS) DC United dengan kontrak dua tahun selepas meninggalkan Liga Perdana Inggeris, Leeds United, kata kelab Amerika Syarikat (AS) itu.Klich, yang menyertai Leeds pada 2017 daripada kelab Belanda, FC Twente, akan bermain di ibu negara AS hingga 2024 dengan pilihan untuk melanjutkan perjanjian itu hingga 2025, kata D.C. United."Mateusz ialah pemain tengah kelas pertama yang akan menambah pengalaman peringkat teratas kepada senarai kami."Saya telah memerhatikannya sejak dia bantu memimpin Leeds naik ke Liga Perdana Inggeris dan visinya, pelbagai hantaran dan keupayaan menjaringkan gol akan menjadi aset besar untuk kami musim ini," kata pengurus DC United, Wayne Rooney.Klich membantu Leeds merangkul kejuaraan peringkat kedua pada musim 2019-20, memastikan mereka kembali ke liga teratas buat kali pertama sejak kelab itu diturunkan pada 2003-04.Leeds sebelum ini telah mengumumkan bahawa Klich akan meninggalkan kelab itu, menunggu tawaran daripada MLS."Saya harap boleh kekal tetapi tidak pernah seronok berada di bangku simpanan dan saya mahu bermain sebanyak yang saya boleh pada tahun-tahun akan datang," tulis pemain berusia 32 tahun itu dalam satu kenyataan mesej perpisahan di Twitter.Klich membuat penampilan sulung di Poland pada Jun 2011 dalam kemenangan persahabatan 2-1 ke atas Argentina, dan kemudian memenangi lebih daripada 40 caps untuk negaranya
4
13 Januari 2023 08:42am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240315/berita/sukan/allegri-fokus-empat-terbaik
Allegri fokus empat terbaik
PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri berkata pasukannya fokus untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Serie A."Pasukan menunjukkan prestasi yang baik, kami telah melakukan latihan selama tiga hari."Kami mempunyai keputusan yang baik sehingga kini, tetapi kami perlu terus berfikir tentang bekerja, maju di sepanjang laluan peningkatan dan mencapai matlamat akhir, iaitu keputusan."Pada masa ini kami memikirkan empat tempat teratas dalam kedudukan Serie A," kata Allegri.Juventus sebelum ini memenangi lapan perlawanan liga secara berterusan juga akan melihat pesaing di tangga ketiga AC Milan, yang terikat dengan mereka dengan 37 mata, manakala Inter Milan di belakang tiga mata dan Lazio, Atalanta dan Roma ketinggalan tiga lagi."Kami perlu bermain dengan baik dari segi teknikal dan dengan intensiti. Ia adalah saingan liga yang sukar," ujarnya.
4
13 Januari 2023 07:57am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240302/berita/sukan/usah-hanya-nak-kritik
'Usah hanya nak kritik'
PEMINAT bola sepak negara tidak seharusnya mengkritik persembahan skuad Harimau Malaya selepas tumbang di tangan Thailand pada peringkat separuh akhir Piala AFF 2022.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, peminat Harimau Malaya perlu memahami situasi yang dihadapi skuad kendalian Kim Pan-gon itu yang dibarisi majoriti muka baharu pada kejohanan kali ini.Menurutnya, Harimau Malaya telah membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya menjadi antara empat terbaik sekali pun ramai yang tidak meletakkan sebarang harapan kepada mereka.“Memang tidak bolehlah untuk meletakkan pasukan yang kita ada pada kejohanan Piala AFF kali ini setaraf dengan Thailand atau Vietnam.“Kalau ada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) mungkin skripnya berbeza dan kita mungkin boleh melihat satu persembahan yang lebih baik.“Tetapi banyak perkara positif yang dapat ditonjolkan pemain-pemain kali ini terutamanya apabila kita menyedari mempunyai ramai pemain pelapis berkualiti.“Mereka juga menonjolkan semangat berjuang yang tinggi dan tidak berputus asa sehingga layak ke separuh akhir,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Perjalanan Harimau Malaya di pentas Piala AFF 2022 berakhir di peringkat separuh akhir selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand yang juga penyandang juara.Harimau Malaya gagal mempertahankan kelebihan satu gol yang dimiliki ketika separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila tewas 0-3 dalam aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Bangkok pada Selasa.Kekalahan kepada skuad Gajah Perang itu mengundang kritikan segelintir pihak biarpun Harimau Malaya tidak memiliki 'kekuatan sebenar' dengan ketiadaan ramai tonggak utama.Dalam pada itu, Mohd Azraai turut memuji kemampuan ketua jurulatih, Kim Pan-gon yang mampu membentuk pasukan tanpa kehadiran ramai pemain utama.“Pan-gon telah menjalankan tugas yang baik. Dia macam tukang masaklah, mungkin ramuan tak cukup, tetapi dia masih mampu wujudkan satu masakan yang menarik,” ujarnya.
4
13 Januari 2023 07:50am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240311/berita/sukan/mastaf-masih-ahli-gabungan-astaf
MASTAF masih ahli gabungan ASTAF
PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) telah pun menerima permohonan daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi ahli gabungan tersebut.Namun Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader menegaskan, permohonan PSM masih belum diproses badan induk sepak takraw Asia tersebut.“Ya, kami sudah menerima permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan ASTAF pada 22 Disember lalu, namun sehingga kini ia masih belum dapat diproses oleh jawatankuasa kami.“Ini kerana Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) masih lagi sah merupakan ahli gabungan ASTAF.“Sekali lagi saya ingin maklumkan bahawa permohonan PSM hanya dapat diproses ASTAF apabila MASTAF dibubarkan secara sah mengikut perlembagaan MASTAF Fasal 45 (45.1, 45.2 dan 45.3) dan pembubaran tersebut mestilah disahkan oleh Pesuruhjaya Sukan serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Sukan Sinar sebelum ini melaporkan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) mahu isu pembubaran MASTAF diselesaikan segera berdasarkan perlembagaan badan induk itu.Malah, Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad menasihati MASTAF mengambil tindakan membubarkan badan induk itu secara sah bagi memberi laluan kepada PSM melibatkan diri di peringkat antarabangsa.
4
13 Januari 2023 07:40am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240313/berita/sukan/bayern-buru-pengganti-neuer
Bayern buru pengganti Neuer
BAYERN Munich mahu menandatangani penjaga gol baharu berikutan kecederaan kapten Jerman, Manuel Neuer baru-baru ini.Namun pengendali Bayern, Julian Nagelsmann menegaskan pilihan yang terdapat dalam pasaran perpindahan pemain dalam tempoh musim sejuk adalah terhad.Katanya, biarpun Sven Ulreich yang berusia 34 tahun bersedia untuk menggantikan Neuer, namun kelab tersebut masih memerlukan penjaga gawang lain.Menurutnya, pilihan di belakang Ulreich pula terhad kepada penjaga gol muda, termasuk Johannes Schenk yang berusia 19 tahun, tanpa pengalaman perlawanan liga teratas.“Tugas kami adalah untuk melihat pasaran, walaupun sukar pada musim sejuk (jendela perpindahan) untuk mencari penjaga gol kerana tidak banyak pilihan di pasaran yang masuk akal untuk kami."Ia adalah pasaran yang kompleks, untuk penjaga gol. Kami cuba melakukan sesuatu. Ulreich telah melakukannya dengan baik dalam latihan di sini."Tetapi kami diwajibkan untuk membawa masuk penjaga gol lain, tanpa mengira siapa nombor satu dan dua," kata Nagelsmann semasa sidang akhbar.Neuer diketepikan untuk baki musim ini selepas menjalani pembedahan akibat kemalangan ski.Penjaga gol itu, yang merupakan sebahagian daripada anggota skuad Jerman yang tersingkir daripada Piala Dunia pada pusingan pertama, mengalami patah kaki bahagian bawah.Bayen Munich kini berada di Doha Qatar pada penghujung kem latihan selama seminggu menjelang musim Bundesliga dimulakan semula minggu depan.Bayern, yang berada di puncak Bundesliga, meneruskan pemburuan mahkota liga ke-11 berturut-turut menentang RB Leipzig pada 21 Januari.Bayern, yang mendahului empat mata di puncak Bundesliga dan enam mata di depan Leipzig di tempat ketiga, akan menentang Paris St Germain dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara bulan depan.
4
13 Januari 2023 07:36am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240292/berita/sukan/kogi-sah-diikat-chungbuk-cheongju-fc
Kogi sah diikat Chungbuk Cheongju FC
BEKAS pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R Kogileswaran sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC pada Khamis.Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj menerusi laman Instagram rasminya.Kogileswaran yang turut dikenali sebagai Kogi dimaklumkan mengikat kontrak selama setahun bersama kelab yang bermain di liga divisyen dua (K2) negara itu.Beliau yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Singapura, Tampines Rovers namun memilih Liga Korea sebagai destinasi utamanya.Pemain berusia 24 tahun itu sekali gus menjadi pemain kedua dari rantau Asia Tenggara dalam saingan K2 di mana sebelum ini ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam, beraksi bersama Ansan Greeners FC. - Bernama
4
12 Januari 2023 10:20pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240287/berita/sukan/selangor-sambar-khidmat-pemain-tengah-jordan
Selangor sambar khidmat pemain tengah Jordan
PEMAIN tengah skuad kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh, menjadi pemain import pertama diikat Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), dalam kenyataan melalui portal rasminya pada Khamis memaklumkan, pemain berusia 26 tahun itu adalah pemain keempat dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran dan Mohamad Faisal Abdul Halim.Menerusi kenyataan yang sama, Cheng Hoe berkata penambahan Noor yang digelar 'The Engineer' akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan."Kita tahu dalam sebuah pasukan, bahagian tengah sangat penting bagi menggerakkan pasukan, jadi saya yakin beliau ada kualiti untuk beraksi dengan baik bersama pasukan. Saya berharap beliau akan menghasilkan bahagian tengah pasukan yang kuat bersama rakan pasukan yang lain."Kita juga tahu Noor dan Yazan (Yazan Al-Arab) merupakan rakan sepasukan bersama pasukan Jordan. Saya yakin dengan kombinasi dua pemain ini mereka mampu membuat pergerakan yang baik dari pertahanan ke bahagian tengah pasukan," katanya.Sementara itu, dalam kenyataan itu, pemain berketinggian 1.82 meter itu berharap dapat memberikan yang terbaik serta membanggakan kelab dan penyokong."Saya dengar perkara baik mengenai pasukan Selangor FC, oleh itu saya pilih untuk berada di sini. Saya juga teruja untuk berjumpa dengan penyokong Gergasi Merah tidak lama lagi. Saya berharap penyokong akan bangga dengan pasukan musim ini," katanya.Sebelum ini, Noor pernah beraksi dalam saingan Piala AFC selama tiga musim bersama Al Jazeera sejak 2017 dan beliau kemudian menjadi antara nadi utama Al-Muharraq SC yang menjuarai Piala AFC 2021.
4
12 Januari 2023 09:28pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240279/berita/sukan/steinbruckner-tak-sabar-menanti-adisak-kraisorn
Steinbruckner tak sabar menanti Adisak Kraisorn
PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui tidak sabar menanti ‘kelibat’ penyerang import baharunya, Adisak Kraisorn dari Thailand di bumi Darul Iman.Keterujaan ketua jurulatih kelahiran Croatia itu susulan aksi serta prestasi baik yang dipamerkan Adisak pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF menentang pasukan Harimau Malaya, Selasa lalu.Steinbruckner berkata, walaupun pemain berusia 31 itu kurang beraksi dan diturunkan sebagai pemain gantian, Adisak berjaya menemui sentuhan terbaiknya apabila meledak gol ketiga buat Thailand yang melayakkan pasukan Gajah Perang itu ke pentas akhir Piala AFF untuk bertemu Vietnam."Saya tidak pernah bertemu beliau sebelum ini tetapi saya sudah melihat beberapa klip video dan saya mendapat sedikit maklumat. Saya tahu beliau seorang pemain terkenal di sana dan ASEAN."Beliau tidak banyak beraksi di peringkat kumpulan (AFF) tahun ini tetapi Adisak menjaringkan satu gol untuk membawa Thailand ke final. Nampak sangat baik dan saya tidak sabar untuk bertemu beliau," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, pada Khamis.Menurut Steinbruckner, beliau juga mempunyai perancangan tersendiri untuk Adisak memandangkan skuad Penyu kini mempunyai tiga pemain import di posisi penyerang termasuk Ivan Mamut dan Jordan Mintah.Beliau berkata, TFC mungkin akan meletakkan satu atau dua penyerang dalam satu-satu perlawanan tetapi itu akan diputuskannya kemudian."Saya tahu kualiti beliau (Adisak) dan Ivan. Ivan yang sedikit muda mungkin boleh melakukan banyak larian tetapi Adisak beliau adalah seorang penjaring terbanyak... kami akan meneliti perkembangan mereka," katanya.Adisak yang berketinggian 1.82 meter adalah antara lima pemain import baharu TFC musim ini yang ditandatangani untuk memperkuat skuad bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC). - Bernama
4
12 Januari 2023 08:27pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240277/berita/sukan/giliran-tze-yong-tersingkir
Giliran Tze Yong tersingkir
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong gagal dalam misi memburu gelaran juara Terbuka Malaysia 2023 apabila tumbang di tangan Kodai Naraoka dari Jepun.Dalam aksi pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis, Tze Yong yang kini menduduki ranking ke-25 dunia tewas pertarungan tiga set 21-15, 19-21, 15-21.“Saya sudah cuba sehabis baik untuk menewaskan Kodai. Tetapi beberapa kesilapan saya menyebabkan dia bangkit di set kedua dan menang di set ketiga,” kata Tze Yong kepada pemberita selepas perlawanan.Kekalahan Tze Yong itu menyaksikan Malaysia tiada lagi wakil dalam acara perseorangan lelaki selepas Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama pada Rabu.Di sebalik kekalahan Tze Yong, penyokong Malaysia tetap berpesta meraikan kejayaan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke peringkat suku akhir.Biarpun baru digandingkan dua bulan, mereka mencipta kejutan menewaskan wakil Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-19, 21-16.“Sekarang kami harus mempersiapkan diri untuk aksi suku akhir. Paling penting kami perlu kawal emosi di gelanggang,” kata Ee Wei.Terdahulu, beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum berjaya menewaskan gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 17-21, 21-13, 21-14.Dalam aksi suku akhir pada Jumaat, Ee Yi-Yew Sin akan menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.“Semuanya akan menjadi sukar terutamanya apabila masuk suku akhir. Kami tidak mahu fikir mengenai separuh akhir kerana fokus kami adalah aksi suku akhir dahulu,” kata Yew Sin.Pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei pula gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila tewas mudah 10-21, 12-21 kepada An Se Young dari Korea Selatan.“Ada jurang yang sangat besar (dengan Se Young). Jadi saya harus bekerja lebih keras bagi meningkatkan kemampuan diri saya sendiri,” jelas Jin Wei.Nasib sama turut dialami beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing apabila tewas 18-21, 21-13, 12-21 kepada gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Liew Daren pula terpaksa menarik diri sebelum berdepan penyandang juara dari Denmark, Viktor Axelsen akibat kecederaan betis kanan.
4
12 Januari 2023 08:24pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240276/berita/sukan/terbuka-malaysia-2023-langkah-aaron-wooi-yik-terhenti
Terbuka Malaysia 2023: Langkah Aaron-Wooi Yik terhenti
BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan perjuangan mereka pada Terbuka Malaysia 2023 selepas tersingkir di pusingan kedua sebentar tadi.Tampil selaku juara dunia, Aaron-Wooi Yik tewas dalam pertarungan tiga set 10-21, 21-23 kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23 pada aksi di Arena Axiata, Bukit Jalil.Ia adalah kekalahan ketiga dialami Aaron-Wooi Yik di tangan Yu Chen-Xuan Yi selepas mereka turut tewas ketika saingan peringkat kumpulan Jelajah Dunia Akhir BWF dan Terbuka Indonesia tahun lalu.Lebih mengecewakan, kekalahan kali ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu dengan mara ke peringkat separuh akhir.Malaysia kini hanya mempunyai dua wakil yang akan beraksi di peringkat suku akhir pada Jumaat - beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.Ee Yi-Yew Sin bakal menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, manakala Tang Jie-Ee Wei berdepan pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.
4
12 Januari 2023 08:24pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240281/berita/sukan/pengajaran-berguna-buat-tze-yong
Pengajaran berguna buat Tze Yong
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meraih pengajaran berguna selepas tumbang di tangan bintang Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis.Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-25 dunia terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set 21-15, 19-21, 15-21 pada aksi yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil itu.“Ketika saya mendahului 19-15 di set kedua, memang dia bermain dengan baik dan bukannya saya yang melakukan kesilapan mudah.“Saya fikir perlu bermain dalam banyak kejohanan untuk mengutip pengalaman. Ini adalah tahun pertama saya bermain dalam kejohanan utama jika dibandingkan dengan Naraoka.“Jadi saya perlukan lebih banyak pengalaman bagi meningkatkan permainan dan melonjakkan ranking dunia saya,” kata Tze Yong ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Kekalahan itu menyaksikan Tze Yong menjadi pemain negara kedua menjadi ‘mangsa’ Naraoka pada Terbuka Malaysia kali ini.Pada Rabu, jaguh profesional negara, Lee Zii Jia tewas 21-13, 17-21, 19-21 kepada Naraoka dalam aksi pusingan pertama.Dengan kekalahan yang dialami Tze Yong dan Zii Jia, Malaysia tidak lagi mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki selepas Liew Daren menarik diri ekoran masalah kecederaan betis kanan.
4
12 Januari 2023 08:21pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240278/berita/sukan/terbuka-malaysia-2023-nova-azimat-tang-jie-ee-wei
Terbuka Malaysia 2023: Nova azimat Tang Jie-Ee Wei
KEHADIRAN jurulatih dari Indonesia, Nova Widianto menjadi azimat buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ketika mengejutkan Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis.Biarpun baru digandingkan bersama sejak dua bulan lalu, Tang Jie-Ee Wei menghadirkan kegembiraan buat peminat badminton tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas mencatatkan kemenangan 21-19, 21-16 ke atas gandingan Indonesia itu."Jurulatih (Nova) memberitahu kami pasangan lawan adalah bekas anak didik dia sebelum ini. Mereka memang konsisten dari segi pertahanan dan mengawal bulu tangkis.Nova Widianto"Bagaimanapun, dari segi kekuatan mereka sedikit kurang, jadi beliau berpesan kepada kami jangan terlalu gopoh untuk mencari mata."Saya tidak boleh cakap ia adalah faktor jurulatih, tapi beliau sangat berpengalaman dan profesional. Saya banyak berterima kasih kepadanya," kata Tang Jie kepada pemberita selepas perlawanan.Ee Wei pula mengakui gembira dengan kemenangan yang dilakar ke atas pasangan nombor 12 dunia itu, namun dia dan Tang Jie tetap merendah diri."Paling penting kami perlu kawal emosi di dalam gelanggang kerana saya dan Tang Jie adalah pemain yang hiperaktif. Nasib baik saya dapat mengawal emosi sebentar tadi," ujarnya.Nasib berbeza pula dialami satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing apabila tewas 18-21, 21-13, 12-21 kepada pilihan kelapan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.
4
12 Januari 2023 08:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240229/berita/sukan/hannah-daki-18-tingkat-menara-kbs-bawah-enam-minit
Hannah daki 18 tingkat Menara KBS bawah enam minit
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berjaya melakukan pendakian 18 tingkat Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya bersama jaguh larian menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching pada Khamis.Menteri wanita berusia 44 tahun itu menyempurnakan cabaran tersebut di bawah masa enam minit sempena ‘National Take The Stairs Day’, pada Rabu.Selain Wai Ching, larian menara, juga dikenali sebagai pendakian tangga, turut disertai Presiden Larian Menara Malaysia (MTA), Ravinder Singh."Sebenarnya, ia boleh sahaja dilakukan (larian menara),” kata Hannah seperti dipetik dalam kenyataan MTA selepas acara itu.Sementara itu, Ravinder berharap larian menara dapat diketengahkan pada Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur. - Bernama
4
12 Januari 2023 05:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240256/berita/sukan/zii-jia-kena-terima-hakikat-masalah-angin-perkara-biasa
'Zii Jia kena terima hakikat, masalah angin perkara biasa'
ALASAN masalah angin diberikan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, selepas disingkirkan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada Terbuka Malaysia 2022 semalam, disifatkan tidak munasabah.Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpendapat Zii Jia, yang merupakan pemain kedua terbaik dunia, perlu menerima hakikat bahawa masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun dan merupakan sebahagian daripada adat permainan ketika di dalam gelanggang."Kalau ikut ranking Zii Jia tak patut kalah, sebagai seorang pemain profesional, alasan masalah angin hanyalah biasa, sebab bukan dia sahaja malah pemain lain juga sentiasa berhadapan isu sama."Beliau perlu tahu bagaimana hendak menangani masalah angin selain menggunakan taktikal serta pelan permainan yang sesuai dengan keadaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.Zii Jia ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 21-13, 17-21, 19-21 di tangan Naraoka yang juga pemain bukan pilihan bagi kejohanan pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu, tahun ini.Sebaliknya, Rashid, yang juga bekas juara Terbuka Malaysia tiga tahun berturut-turut dari edisi 1990-1992, berkata, adalah lebih ‘molek’ sekiranya juara Asia itu menerima hakikat bahawa lawannya itu bermain lebih bagus dan berhak menang malam tadi.Dalam pada itu, bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 berpandangan Zii Jia wajar mempunyai jurulatih sekiranya mahu memastikan prestasinya terus meningkat pada masa akan datang.Pemain berusia 24 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas pertembungannya dengan Naraoka mengakui tidak menyesal untuk bergerak tanpa jurulatih di sisi setelah berpisah dengan Indra Wijaya, pada November lepas.Di sebalik permulaan buruk pada musim 2023, Rashid pada masa sama juga menaruh harapan agar juara All England 2021 itu segera bangkit dengan kembali merangkul gelaran dalam mana-mana kejohanan sekali gus tidak menjejaskan kedudukannya dalam ranking BWF.Sementara itu, seorang lagi bekas juara Terbuka Malaysia, Ong Ewe Hock berkata Zii Jia perlu meningkatkan kekuatan mentalnya dan tampil dengan strategi yang lebih baik untuk mengatasi lawannya."Saya rasa dia bermain agak baik. Bagaimanapun, ada dua perkara yang perlu dia sesuaikan iaitu kekuatan mental dan strategi permainan menjelang penghujung perlawanan,” katanya.Juara 1996 dan 2001 itu juga tidak menolak kemungkinan pemain dari Kedah itu mengalami tekanan untuk bermain di tanah air, yang akhirnya menyebabkan beliau tersingkir daripada pertandingan itu.Zii Jia pernah mengalami penyingkiran awal pada Terbuka Malaysia sebelum ini.Selain kekalahan pusingan kedua kepada pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito tahun lepas, beliau juga mengalami kekalahan pusingan pertama kepada Suppanyu Avihingsanon dari Thailand pada 2019. - Bernama
4
12 Januari 2023 03:59pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240221/berita/sukan/elak-jurulatih-kawtim-dengan-pemain---norizam
Elak jurulatih 'kawtim' dengan pemain - Norizam
PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman tampil menjelaskan mengenai peranannya dalam pasukan termasuk dalam soal pemilihan pemain.Menurut Norizam, beliau tidak mahu wujud situasi ketua jurulatih yang 'kawtim' dengan mana-mana pemain untuk dibawa masuk menyarung jersi Kelantan FC.“Ada yang cakap sepatutnya pemain dipilih oleh ketua jurulatih. Ya betul. Tapi tak semuanya betul apa yang dipilih oleh ketua jurulatih.“Ketua jurulatih, pengarah sukan dan ejen bebas untuk memperkenalkan, mencadangkan dan menasihati saya. Tetapi saya adalah final says.“Banyak juga kes ketua jurulatih kawtim dengan pemain yang dibawa dan makan gaji bulan-bulan dengan pemain tersebut,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.Norizam menjawab persoalan penyokong Kelantan FC yang mempertikaikan tindakannya memilih pemain dan tidak memberikan tanggungjawab itu kepada ketua jurulatih.Beliau berkata, tugas utama ketua jurulatih adalah mencorakkan strategi dan mengolahkan kepakaran yang ada dengan apa yang sudah tersedia.“Ketua jurulatih itu sendiri dipilih dengan nilai gajinya juga diputuskan oleh saya sendiri selaku pemilik. Jikalau saya tak buat keputusan, siapa lagi yang akan buat.“Saya juga nak elakkan asyik pemain sama sahaja dimainkan dalam kesebelasan utama. Selain itu, kalau asyik kalah atau adalah masalah lain, tentu ketua jurulatih akan ditukarkan dan diganti dengan yang baharu.“Wahai semua penyokong, anda mahukan yang terbaik sama seperti saya yang mahukan yang terbaik. Siapa pilih siapa dah saya jelaskan kenapa dan mengapa,” ujarnya.
4
12 Januari 2023 03:58pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240216/berita/sukan/sorakan-penyokong-cetus-kebangkitan-yew-sin-ee-yi
Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
BEREGU profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.Dalam aksi pusingan kedua di Axiata Arena sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin meraih kemenangan 17-21, 21-13, 21-14 ke atas gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.Ee Yi berkata, kemenangan itu banyak dipacu daripada sokongan penyokong sendiri selepas mereka tumbang dalam pertarungan set pertama.“Bermain di gelanggang sendiri benar-benar membangkitkan semangat kami. Kehadiran penyokong membuatkan kami lebih bersemangat dan dapat bermain baik.“Selepas tewas pada set pertama, kami cuba untuk menyusun semula rentak permainan. Saya gembira akhirnya ia menjadi,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.Dalam aksi suku akhir pada Jumaat, Ee Yi-Yew Sin bakal berdepan tugas berat apabila dijadualkan menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.Yew Sin berkata, dia dan Ee Yi sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi ujian getir berdepan Fajar-Rian yang menewaskan menewaskan mereka dalam aksi pusingan suku akhir Terbuka Malayasia tahun lalu.“Semuanya akan menjadi sukar terutamanya apabila masuk suku akhir. Kami tidak mahu fikir mengenai separuh akhir kerana fokus kami adalah aksi suku akhir dahulu,” ujarnya.
4
12 Januari 2023 03:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240215/berita/sukan/video-tampar-pemain-lesen-jurulatih-dibatalkan
[VIDEO] Tampar pemain: Lesen jurulatih dibatalkan
LESEN jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun yang menampar dua pemainnya dibatalkan, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau berkata, jurulatih itu yang juga seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk untuk murid sekolah.Hannah berkata, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah memuktamadkan siasatan insiden itu dan sebulat suara memutuskan jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan menjadi jurulatih."Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA."Tiada apa-apa berunsur peribadi dengan keputusan ini, kita ingin jadikan insiden ini sebagai pengajaran agar ia tidak berulang."Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) berpendirian senada dengan MAVA membatalkan lesen jurulatih itu,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sini pada Khamis.Jurulatih terbabit, Saiful Hadee Amar, 44, sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sedia berdepan tindakan, susulan kejadian itu yang berlaku ketika kejohanan di Johor pada 14 hingga 16 September tahun lepas tular baru-baru ini.Hannah berkata, susulan insiden itu, pihaknya menyedari bahawa terdapat keperluan untuk semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada Skim Perlesenan Kebangsaan (SLLK) dan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPPK).Sementara itu, beliau berkata, KBS telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara supaya memastikan pelaksanaan peraturan mewajibkan jurulatih memperbaharui lesen setiap dua tahun."Ia diperketatkan lagi bagi memastikan jurulatih sukan negara sentiasa dipantau perkembangan dan keaktifan karier kejurulatihan mereka, ia juga membolehkan AKK dan pemegang taruh mengemas kini data dan membantu jurulatih meningkatkan kemahiran mereka melalui upskilling dan reskilling (peningkatan kemahiran dan pemahiran semula),” katanya.Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM selesai menjalankan siasatan insiden itu dan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil sebarang tindakan berkaitan."KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini,” katanya. - Bernama
4
12 Januari 2023 03:49pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240214/berita/sukan/lee-tuck-azam-perkuat-harimau-malaya
Lee Tuck azam perkuat Harimau Malaya
PEMAIN naturalisasi, Lee Tuck menanam impian untuk terus menyarung jersi Harimau Malaya selepas tampil cemerlang pada saingan Piala AFF 2022.Sambil menyifatkan satu kebanggaan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, Lee Tuck berazam meletakkan Harimau Malaya menjadi sebuah pasukan digeruni.Malah, tonggak tengah baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC itu berikrar mempertingkatkan lagi tahap permainannya agar terpilih menjadi antara pemain utama Harimau Malaya.“Saya akan terus memperbaiki prestasi bersama Kedah. Saya mempunyai misi untuk berjuang bersama Kedah dan untuk dipanggil semula menyertai pasukan kebangsaan.“Saya mahu melihat ke hadapan dengan Kedah dan kembali dalam pasukan kebangsaan kerana untuk bermain di peringkat ini (antarabangsa) menjadi impian setiap pemain,” katanya.Lee Tuck melakukan penampilan pertama bersama Harimau Malaya ketika menentang Kemboja dan Maldives yang menyaksikan dia meledak gol dalam kedua-dua aksi persahabatan itu bulan lalu.Kecemerlangan pemain kelahiran Halifax, England itu diteruskan dalam saingan Piala AFF 2022 apabila menjadi antara nadi di bahagian tengah Harimau Malaya.Dalam pada itu, Lee Tuck tetap berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya di pentas Piala AFF kali ini walaupun sedikit kecewa kerana gagal mara ke pentas final.“Sangat hebat untuk bersama pasukan selama 45 hari. Ia peluang kepada saya untuk menunjukkan keinginan dan rasa bertuah saya untuk beraksi kepada negara.“Saya bangga untuk berada dalam pasukan kebangsaan Malaysia dan kita akan cuba bangkit lebih kuat selepas ini demi Harimau Malaya,” ujarnya.
4
12 Januari 2023 03:49pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240206/berita/sukan/bellingham-sesuai-sertai-real-madrid
Bellingham sesuai sertai Real Madrid
JUDE Bellingham dikaitkan perpindahan ke Real Madrid sepanjang separuh pertama musim ini, dengan Florentino Perez mengenal pasti bintang Borussia Dortmund itu sebagai aset bahagian tengah Los Blancos.Bellingham dijangka berpindah dari kelab Jerman itu pada musim panas, beberapa kelab Liga Perdana Inggeris juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain remaja itu.Bekas pemain England, Sol Campbell, yang mencatatkan 73 penampilan untuk The Three Lions menyifatkan perpindahan bersama gergasi La Liga Sepanyol tersebut sebagai sesuatu masuk akal untuk pemain berusia 19 tahun berkenaan.“Real Madrid jelas merupakan salah satu pasukan yang hebat dalam sejarah dan jika Bellingham terus menuju ke arah yang sama, dia akan menjadi sempurna untuk Real Madrid kerana dia masih sangat muda.“Dia akan meningkatkan potensi pasukan pada masa hadapan. Real Madrid adalah kelab yang tahu apa yang perlu dilakukan dengan pemain muda, untuk memastikan mereka menuju ke arah yang betul dan terus beraksi,” katanya.
4
12 Januari 2023 03:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240219/berita/sukan/pertahankan-kepimpinan-kim-pan-gon-kata-peminat
Pertahankan kepimpinan Kim Pan-gon, kata peminat
KIM Pan-gon menjadi tumpuan dan mula menambat hati sebahagian besar peminat bola sepak negara menerusi perubahan positif yang dibawa beliau dalam tempoh setahun sejak dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya pada Januari tahun lepas.Kehadiran jurulatih dari Korea Selatan itu bersama pasukan kejurulatihannya mula menampakkan impak apabila Malaysia menempah slot ke Piala Asia 2023 pada Jun lepas sekali gus menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke kejohanan bola sepak tertinggi Asia itu.Skuad Harimau Malaya bimbingannya berubah menjadi lebih tersusun, dinamik dan sentiasa dahagakan kemenangan berdepan pasukan lawan.Perubahan itu menyatukan sokongan peminat yang kembali menaruh harapan untuk melihat kebangkitan pasukan negara.Nama Pan-gon sekali lagi mencuri perhatian apabila pengendali berusia 53 tahun itu menggalas tugas membimbing Malaysia tanpa pemain utama mengharungi saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Peminat memberikan tumpuan terhadap taktikal dan pemilihan kesebelasan utamanya yang ada kalanya ‘luar biasa’ seperti memainkan pemain tengah Brendan Gan di bahagian pertahanan, namun peminat tetap memberikan sokongan.Malaysia membuka kempen Piala AFF dengan dua kemenangan ke atas Myanmar dan Laos sebelum tumpas kepada Vietnam dalam perlawanan penuh kontroversi, ketika itu #PertahankanKepimpinanKimPanGon sudah banyak digunakan dan tular di media sosial.Frasa ‘Pertahankan Kepimpinan Kim Pan Gon’ membawa maksud peminat mengajak semua pihak memberikan sokongan kepada Pan-gon dalam usaha memajukan pasukan negara.Sokongan diberikan peminat dibalas Pan-gon dan barisan pemain negara apabila Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B selepas menyingkirkan musuh tradisi Singapura 4-1 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil.Kejayaan itu tetap terpalit dengan isu skuad Malaysia A dan Malaysia B dengan pasukan negara ke Piala AFF lebih dirujuk sebagai Malaysia B, namun pemain menolak perbandingan itu dan peminat sekali lagi memberikan sokongan kepada Pan-gon.Malaysia akhirnya tersingkir daripada Piala AFF apabila tewas agregat 1-3 kepada juara bertahan, Thailand di pentas separuh akhir selepas menang 1-0 di Stadium Nasional, Sabtu lepas, namun tumpas 0-3 di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Selasa lepas.Sebahagian besar peminat menerima kekalahan itu dengan hati terbuka terutama selepas Pan-gon tampil mempertahankan pemainnya apabila mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan meminta segala kritikan serta kecaman dihalakan kepadanya.Berdasarkan pemerhatian penulis, Pan-gon seorang jurulatih yang berusaha mengamalkan sikap profesional pada tahap tertinggi sepanjang masa di padang mahupun luar padang.Beliau memilih untuk tidak bercakap soal individu barisan pemainnya di hadapan umum, kalah ataupun menang, selain konsisten berterima kasih kepada pemain dan peminat selepas perlawanan.Dari segi perwatakannya, selain sering tampil optimis, beliau juga mudah tersenyum dan boleh berjenaka apabila pasukan negara mencatat kemenangan dan sugul serta bersikap sukar didekati apabila tewas.Permintaan peminat supaya kedudukan Pan-gon dipertahankan dilihat berasas berdasarkan komitmen diberikan jurulatih itu.Secara keseluruhan, Pan-gon mengumpul 11 kemenangan, empat tewas dan dua keputusan seri dalam kesemua pertandingan bersama pasukan negara dengan misi besar selepas ini membentuk skuad terbaik bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar pada Januari 2024. - Bernama
4
12 Januari 2023 03:29pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240199/berita/sukan/daren-beri-kemenangan-percuma-kepada-axelse
Daren beri kemenangan percuma kepada Axelse
PERSEORANGAN profesional negara, Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis, akibat kecederaan betis kanan.Keputusan itu menyaksikan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark mendapat kemenangan percuma untuk mara ke suku akhir, esok.Axelsen, yang mendapat rehat tambahan sehari, seterusnya akan bertemu Kenta Nishimoto dari Jepun, yang menyingkirkan pilihan kelima, Jonatan Christie dari Indonesia, 21-15, 21-17 pada Khamis.Daren, 35, sebelum ini sudah memberi bayangan bakal menarik diri daripada kejohanan Super 1000 itu sekiranya kecederaan yang dialaminya sejak sebulan lepas tidak pulih sebelum hari ini.Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018 itu membuka kempen dengan kemenangan 21-15, 14-21, 21-17 ke atas Toma Junior Popov dari Perancis, manakala Axelsen mengatasi rakan senegara Rasmus Gemke 17-21, 21-14, 21-12 dalam pusingan pertama pada Selasa. - Bernama
4
12 Januari 2023 02:59pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240183/berita/sukan/piala-liga-nottingham-forest-tempah-slot-separuh-akhir
Piala Liga: Nottingham Forest tempah slot separuh akhir
NOTTINGHAM Forest menewaskan Wolverhampton Wanderers 4-3 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan pusingan lapan terbaik Piala Liga di City Ground untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh lebih dua dekad.Penjaga gol, Dean Henderson muncul wira Forest apabila menyelamatkan sepakan Joe Hodge dalam penentuan penalti selepas permainan berakhir 1-1 untuk menghantar pasukannya mara ke separuh pertama sejak mereka mara ke final Piala Liga pada 1992.Willy Boly menjaringkan gol selepas 18 minit perlawanan menentang bekas kelabnya untuk memberikan Forest pendahuluan.Bagaimanapun Wolves kembali bangkit pada babak kedua selepas Raul Jimenez menyudahkan hantaran Matheus Cunha.Walaupun keputusan itu memberikan detik kegembiraan buat peminat dan pemain Forest, pengurus Steve Cooper merasakan pasukannya sepatutnya beraksi lebih baik sepanjang 90 minit.“Saya kagum dengan semangat para penyokong dan pemain sepanjang perlawanan ini.“Objektif adalah untuk melepasi fasa ini. Saya tidak boleh mengatakan saya menyukai persembahan kami, namun saya tidak sepatutnya terlalu negatif dan tidak akan begitu.“Tetapi kami perlu bermain lebih baik daripada yang kami lakukan dalam tempoh permainan seperti ini. Ya, pada perlawanan ini kami berusaha memanfaatkan peluang dimiliki ke atas Wolves,” kata Cooper.
4
12 Januari 2023 02:06pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240181/berita/sukan/kyrgios-mahu-buktikan-sesuatu-di-australia
Kyrgios mahu buktikan sesuatu di Australia
BINTANG tenis Australia, Nick Kyrgios mahu membuktikan penampilan di Kejohanan Terbuka Australia itu bukan sekadar nasib menjelang kejuaraan Grand Slam tersebut Isnin ini.Sebaliknya pemain berusia 27 tahun itu mahu memastikan penampilan di laman sendiri tersebut bermula dengan langkah positif pada aksi ke undian utama.“Saya adalah salah seorang pemain tenis terbaik dunia.“Saya pasti akan pergi ke mana-mana kejohanan termasuk Terbuka Australia dengan keyakinan dan percaya boleh pergi jauh di Grand Slam.“Jadi mudah-mudahan dengan Terbuka Australia yang semakin menghampiri, saya berharap mengharungi beberapa minggu yang baik di sini,” katanya.Kyrgios tidak popular dalam kalangan rakan senegaranya selepas kerap bertembung dengan pegawai rasmi dan peminat.“Kemenangan menyelesaikan segala-galanya, Australia hanya suka mengejar pemenang.“Saya tidak melihat terlalu jauh ke hadapan, saya hanya berharap untuk mengambil langkah demi langkah, saya langsung tidak melihat ke hadapan dalam undian. Saya tahu terdapat ramai pemain berkebolehan yang mampu melakukan kejutan di sini.“Namun kali ini agak Ia agak berbeza apabila kali pertama saya berasa seperti antara pemain yang boleh menjulang trofi,” katanya.
4
12 Januari 2023 02:02pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240171/berita/sukan/jin-wei-akur-dilanyak-se-young
Jin Wei akur 'dilanyak' Se Young
PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa akur tewas mudah 10-21, 11-21 kepada An Se Young dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Jin Wei berkata, dia tidak mempunyai 'kemampuan' di tengah gelanggang bagi menyaingi kehandalan pemain dari Korea Selatan itu.Malah, Jin Wei turut mengakui ada jurang besar antara dia dan Se Young sehingga menyaksikan perlawanan berlangsung agak 'berat sebelah'."Memang saya tak cukup lagi dari segi kemampuan. Setiap pukulannya (Se Young) lebih baik dan dia juga berjaya mengawal permainan dengan tenang."Ada jurang yang sangat besar (dengan Se Young). Jadi saya harus bekerja lebih keras bagi meningkatkan kemampuan diri saya sendiri."Saya harus meraih lebih banyak pengalaman dan menyertai kejohanan sebanyak mungkin," katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.Kekalahan juara remaja dunia dua kali itu menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam acara perseorangan wanita pada Terbuka Malaysia kali ini.Sementara itu, beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing turut tersingkir pada pusingan kedua apabila tewas 10-21, 12-21 kepada pilihan ketujuh dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu."Kami sudah cuba buat sehabis baik pada perlawanan hari ini, tetapi ternyata mereka terlalu kuat. Ini pengajaran terbaik buat kami apabila menentang beregu terbaik dunia," ujar Mei Xing.
4
12 Januari 2023 12:38pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240166/berita/sukan/psg-terus-tagih-sentuhan-messi
PSG terus tagih sentuhan Messi
LIONEL Messi terus tajam bersama Paris Saint Germain (PSG) selepas meledak satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Angers dalam saingan Ligue 1 pada Khamis.Pengendali PSG, Christophe Galtier mengakui kehadiran semula Messi dalam pasukan selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia Qatar 2022 memberikan banyak perbezaan kepada pasukan.PSG telah merehatkan Messi dalam tiga perlawanan pertama liga selepas berakhirnya Piala Dunia."Dia telah menjalani beberapa sesi latihan bersama kami sekarang. Dia kelihatan lebih selesa dan dalam bentuk fizikal yang sangat baik."Sudah tentu, pasukan berbeza dengan atau tanpa Messi. Dia juga menjaringkan gol penting untuk kami malam ini dan kita semua tahu bahawa dia suka menjaringkan gol, dia adalah jenis pemain yang memerlukan gol."Saya bercakap dengannya pada separuh masa untuk melihat perasaannya dan dia berkata dia berasa baik. Adalah penting untuk mempunyai Messi kembali dalam permainan kami. Fakta bahawa dia bermain 90 minit adalah lebih baik," katanya.Kapten Argentina itu kembali membuat penampilan bersama PSG dan meledak gol kedua pasukan pada minit ke-72 selepas Hugo Ektitike menjaringan gol pendahuluan pada awal perlawanan buat gergasi Ligue 1 itu.Dalam pada itu, Galtier juga menjelaskan perubahan formasi yang digunakan dalam perlawanan tersebut."Ia untuk perlawanan ini, berdasarkan cara kami membuat persediaan. Saya rasa ia tidak akan berfungsi dengan cara yang kami sediakan."Saya juga bercakap dengan pemain dan kakitangan saya dari segi pilihan kami, dan kami mengambil pilihan yang berbeza," katanya.
4
12 Januari 2023 12:12pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240161/berita/sukan/saya-tidak-menyesal---zii-jia
'Saya tidak menyesal' - Zii Jia
JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia belum terfikir mahu kembali mendapatkan khidmat seorang jurulatih.Sebaliknya, Zii Jia tetap dengan pendiriannya untuk bergerak solo selepas 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu."Macam apa yang saya telah katakan sebelum ini, ini (tiada jurulatih) adalah jalan yang saya pilih... jadi saya perlu terima dan tanggung (akibatnya)."Mati pun matilah... saya tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat sebelum ini," kata Zii Jia kepada pemberita di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.Terdahulu, Zii Jia terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal pada Terbuka Malaysia 2023 selepas tewas 21-13, 17-21, 19-21 kepada pemain muda dari Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi pusingan pertama.Kekalahan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton tempatan terhadap prestasi Zii Jia yang kini bergelar pemain nombor dunia.Ketika diminta mengulas kekalahan kepada Naraoka, Zii Jia berkata, dia harus segera melupakan kegagalan terbaharunya itu dan bangkit pada kejohanan akan datang."Saya perlu bekerja keras dan lupakan kekalahan tadi. Masih banyak lagi kejohanan lain selepas ini dan saya akan cuba meraih keputusan lebih baik," ujarnya.Terbuka India 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 22 Januari ini bakal menjadi medan terbaik buat Zii Jia bangkit menebus kekecewaannya itu.Dalam aksi pusingan pertama Terbuka India 2023, Zii Jia dijadualkan menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito - lawan yang menyingkirkannya di pusingan kedua Terbuka Malaysia tahun lalu.
4
12 Januari 2023 11:59am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240152/berita/sukan/naomi-osaka-umum-hamil
Naomi Osaka umum hamil
JUARA empat kali perseorangan wanita Grand Slam, Naomi Osaka mengumumkan beliau hamil anak pertama hanya beberapa hari sebelum bermulanya Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2023."Satu perkara yang saya nantikan ialah anak saya menonton satu daripada perlawanan saya dan berkata 'itu ibu saya'. Tahun 2023 bakal menjadi tahun yang penuh dengan pengajaran dan saya berharap dapat bertemu dengan anda semua di Terbuka Australia 2024," kata Osaka di Twitter, menurut Agensi Anadolu.Pada minggu lalu, Osaka mengumumkan beliau menarik diri daripada kejohanan yang akan bermula pada 16 Januari di Melbourne itu.Bintang tenis berusia 25 tahun itu memenangi Terbuka Australia pada 2019 dan 2021.Beliau juga merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2018 dan 2020. - Bernama
4
12 Januari 2023 10:57am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240149/berita/sukan/urus-chelsea-kerja-paling-sukar
'Urus Chelsea kerja paling sukar'
PENGENDALI Chelsea, Graham Potter percaya mengurus pasukan itu adalah kerja paling sukar pernah dilakukannya kerana beberapa faktor seperti perubahan pemilikan dan sasaran tinggi kelab itu.Potter yang dilantik untuk mengendalikan Chelsea pada September tahun lalu sedang bergelut untuk memulihkan pasukan itu yang kini di kedudukan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL).The Blues hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan penyokong mahu dia dipecat dan digantikan semula dengan Thomas Tuchel.Pengambilalihan kelab oleh Todd Boehly daripada Roman Abramovich telah membawa kepada rombakan yang ketara di Chelsea dan Potter menyifatkan cabaran tersebut sebagai punca kemerosotan kelab."Kami perlu menanganinya dan kami perlu membina semula pasukan kerana banyak perkara telah berubah. Itu adalah sebahagian daripada cabaran untuk datang (ke sini)."Saya faham ia akan menjadi sangat sukar. Saya hanya berfikir dari perspektif kepimpinan, ia menarik, mencabar dan sangat sukar."Saya fikir, ini mungkin kerja yang paling sukar dalam bola sepak kerana perubahan kepimpinan itu dan kerana jangkaan Chelsea adalah pasukan yang kuat," katanya.Potter berkata, dia mesti mengambil tanggungjawab itu dan percaya mampu membawa Chelsea kembali ke landasan kemenangan."Apa yang boleh saya lakukan ialah membantu, bercakap dengan jujur, memberi anda perspektif saya dan kemudian memahami kritikan. Ia akan membantu pasukan bangkit," katanya.
4
12 Januari 2023 10:48am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/240146/berita/sukan/city-berhak-tewas---guardiola
City berhak tewas - Guardiola
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya berhak tewas kepada Southampton 0-2 dalam aksi Piala Liga di Stadium St Mary pada Khamis.Menurutnya, City tidak melakukan persiapan rapi dan menyifatkan ia salah satu perlawanan yang teruk buat pasukannya."Pasukan yang lebih baik menang. Kami tidak bermain dengan baik pada permulaan. Terdapat banyak perlawanan yang kami bermula mula dengan buruk tetapi bangkit, tetapi tidak untuk perlawanan ini."Apabila tidak bersedia, kami gagal menjaringkan gol. Apabila anda bersedia, anda menjaringkan gol."Malam ini adalah malam yang buruk, lawan lebih baik jadi kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Untuk memenangi perlawanan anda perlu berada pada tahap terbaik dan malam ini kami tidak layak," katanya.City yang melakukan lima pertukaran pemain selepas kemenangan pusingan ketiga Piala FA menentang Chelsea tiga hari lalu terpaksa akur dengan penguasaan ditunjukkan Southampton melalui jaringan Sekou Mara dan Moussa Djenepo.Skuad kendalian Guardiola itu juga gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang pasukan tercorot dalam Liga Perdana Inggeris itu.Sementara itu, pengendali Southampton, Nathan Jones mengakui kemenangan ke atas City melonjakkan semangat pasukannya."Kami mahu menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Ini mesti menjadi penanda aras kami, tahap yang kami mahu capai."Kami mempunyai banyak situasi yang baik hari ini. Ia adalah satu langkah ke arah yang betul. Saya sangat berbangga dengan pemain, diri saya dan jurulatih," katanya.
4
12 Januari 2023 10:27am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240140/berita/sukan/malaysian-tigers-tak-beri-sepanyol-laluan-mudah
Malaysian Tigers tak beri Sepanyol laluan mudah
PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj menganggap kekalahan kepada Sepanyol pada aksi persahabatan sebelum kempen Piala Dunia 2023 Bhubaneswar-Rourkela, India sebagai medan menguji pendekatan taktikal Malaysian Tigers.Malah beliau tetap berpuas hati selain optimis skuadnya tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan Belanda pada aksi pembukaan Sabtu ini, biarpun tewas 2-3 pada aksi pemanas badan kepada pasukan di ranking kelapan dunia itu."Satu keputusan yang bagus daripada segi pendekatan taktikal. Walaupun bukan bermain minit penuh kita tetap pamerkan persembahan cukup baik dan menganggap ianya seperti perlawanan sebenar menentang Belanda nanti."Harapan saya ialah ianya akan diterjemahkan kepada satu kejayaan pula berdasarkan persembahan itu. Ia sekali gus akan menjadi pemangkin kepada kejayaan di perlawanan kedua dan ketiga," katanya menerusi pautan video dikongsi kepada media.Malaysian Tigers sebelum itu memperoleh dua gol hasil jaringan Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Aminuddin Mohd Zain.Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia selepas menentang juara tiga kali Belanda pada aksi pembukaan Kumpulan C pada kejohanan itu, dijadualkan berdepan Chile yang berada di ranking ke-22 dunia pada 16 Januari, sebelum menamatkan saingan kumpulan berdepan New Zealand (kesembilan dunia) pada 19 Januari.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) dalam pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.
4
12 Januari 2023 08:58am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240108/berita/sukan/memori-indah-liu-ying
Memori indah Liu Ying
PEMAIN beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying menamatkan kariernya selepas berkecimpung dalam dunia badminton seawal usia 13 tahun.Aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Rabu, merupakan perlawanan kompetitif terakhir bagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.Liu Ying, 34, yang kembali bergandingan bersama Chan Peng Soon buat kali terakhir pada kejohanan ini, terpaksa akur apabila tewas 21-18, 15-21, 7-21 kepada gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, selepas pertarungan selama 58 minit.Bercakap kepada pemberita selepas aksi itu, Liu Ying berkata, dia sebenarnya mengharapkan untuk melakar sekurang-kurangnya satu kemenangan di hadapan peminat badminton tanah air, namun tetap gembira apabila sorakan tanpa henti didengarinya sepanjang perlawanan itu."Sebelum bermula perlawanan, saya fikir kalau boleh ingin mencatat satu kemenangan dan ia satu bonus jika dapat melakukannya bersama Peng Soon."Meskipun tewas, saya anggap ini memori yang saya tidak akan lupakan kerana dapat mengambil bahagian di Terbuka Malaysia bersama Peng Soon. Saya harap selepas ini penyokong rindu kelibat saya dan Peng Soon," katanya.Liu Ying yang kelihatan sebak selepas tamat perlawanan, turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya, sepanjang berkecimpung dalam arena badminton.Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 merupakan pengakhiran yang bermakna, apabila kejohanan yang sama menyaksikan beliau memulakan gandingannya bersama Peng Soon, 13 tahun lalu.Peng Soon akan terus beraksi sebagai pemain profesional bersama Cheah Yee See.Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang baru digandingkan Disember lepas, melakar kejutan dengan menewaskan pilihan keenam kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang juga rakan senegara, 21-15, 21-10.Gandingan yang berada pada ranking ke-147 dunia itu, akan melakukan perhitungan menentang pasangan Indonesia Rehan Naufal-Lisa Ayu (ke-12 dunia)."Gelanggang ini agak besar, jika dipukul kuat, mudah untuk keluar, jadi strategi kami ialah kawal bulu tangkis, saya cuba yang terbaik dan sebenarnya jurulatih kami (Nova Widianto) berikan kami banyak strategi jadi kami amat hargainya," kata Ee Wei. - Bernama
4
11 Januari 2023 09:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240106/berita/sukan/zii-jia-kecundang-di-tangan-pemain-muda-jepun
Zii Jia kecundang di tangan pemain muda Jepun
JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar setelah tewas kepada pemain muda Jepun, Kodai Naraoka seawal pusingan pertama kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 di Bukit Jalil sebentar tadi.Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan terpaksa akur dengan ketangkasan pemain berusia 21 tahun itu dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena.Dalam pertarungan tersebut, pemain nombor dua dunia itu kecundang menerusi tiga set permainan 13-21, 21-17 dan 21-18 dalam tempoh 73 minit permainan.Kekalahan tersebut memeritkan buat pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu kerana ia menjadi pencapaian terburuk berbanding edisi lalu apabila mara ke Pusingan 16.Pada pusingan kedua itu, Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito.Beliau juga kalah dalam pusingan pertama kepada pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon pada edisi 2019.Buat Naraoka pula, ia menjadi kemenangan bermakna dalam kariernya apabila melakar keputusan positif dalam pertemuan sulung menentang Zii Jia di pentas antarabangsa.Naraoka akan membuat perhitungan dengan pemain muda negara, Ng Tze Yong dalam pusingan kedua pada Khamis.
4
11 Januari 2023 09:26pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240102/berita/sukan/aaron-wooi-yik-elak-kecewa-depan-peminat-sendiri
Aaron, Wooi Yik elak kecewa depan peminat sendiri
GANDINGAN beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan melakukan persiapan rapi bagi mengelakkan kekecewaan menentang Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Khamis.Aaron-Wooi Yik, juara Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, berkata mereka akan mengadakan perbincangan bersama barisan kejurulatihan bagi menentukan strategi yang akan digunakan ketika berdepan beregu di ranking keenam dunia tersebut.Sebelum ini, mereka pernah tewas sebanyak dua kali bersama pasangan berkenaan di pusingan separuh akhir Terbuka Indonesia Jun lepas dan peringkat kumpulan jelajah dunia akhir di Bangkok, Thailand pada Disember lalu."Saya kalah kedua-dua perlawanan menentang mereka sebelum ini, tetapi bagi saya ia bukan satu masalah. Tahun ini, kejohanan baru bermula dan semua perlu bermula dengan 0-0."Selepas berakhir perlawanan pusingan pertama ini, saya akan berbincang dengan jurulatih terutama mengenai strategi permainan pihak lawan. Kita tahu dekat sini (Axiata) angin sangat kuat, jadi siapa yang boleh mengawal perlawanan dengan baik, dia yang akan ada kelebihan," katanya.Pada aksi pusingan pertama tersebut, gandingan sensasi ranking ketiga dunia itu menundukkan lawan dari Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan 16-21, 21-15, 21-16 dalam perhitungan yang berlangsung selama 56 minit.Terdahulu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani tewas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chan, 21-16, 11-21, 17-21.Satu lagi pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tewas kepada pilihan kedua kejohanan Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, 18-21, 21-23. - Bernama
4
11 Januari 2023 08:55pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240082/berita/sukan/liek-hou-optimis-mampu-sapu-bersih-12-gelaran-tahun-ini
Liek Hou optimis mampu sapu bersih 12 gelaran tahun ini
JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou optimis mampu merangkul kesemua gelaran juara dalam 12 kejohanan disertainya tahun ini sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada Sukan Paralimpik Paris 2024.Liek Hou yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, bagaimanapun tidak mahu memandang mudah cabaran pemain lawan di setiap kejohanan tersebut yang boleh membantut hasratnya itu."Tahun ini sangat penting untuk saya layakkan diri ke Paralimpik Paris dengan kejohanan pertama akan disertai ialah di Sepanyol pada Februari. Sudah tentu ramai pemain mahu kalahkan saya maka saya perlu mengharungi setiap kejohanan satu persatu secara tenang."Apapun saya perlu pastikan kondisi badan mampu berada dalam keadaan terbaik. Saya bukan muda lagi serta perlu elakkan diri daripada kecederaan supaya tidak keciciran mata," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Liek Hou yang akan menginjak usia 35 tahun pada Mac depan berkata, dia tetap yakin mampu menyerap tekanan selain berhasil mencipta kejayaan dalam setiap kejohanan disertainya.Liek Hou yang dibimbing jurulatih dari Indonesia, Nova Armada juga berharap mampu mempraktikkan segala tunjuk ajar pengendalinya itu yang turut membimbing pemain perseorangan profesional wanita, Goh Jin Wei dan pemain perseorangan profesional lelaki, Soong Joo Ven, dalam mencapai matlamatnya itu."Di bawah (bimbingan) Nova, saya sifatkan mempunyai kelebihan berikutan turut berlatih bersama kedua-dua mereka."Berlatih bersama mereka (Jin Wei/Joo Ven), saya dapat lihat dari segi ketangkasan itu sangat berbeza selain memerlukan mentaliti yang kuat. Namun bagi saya ia akan memberikan kelebihan dalam mengharungi kejohanan pada masa akan datang," katanya.Liek Hou menutup kalendar 2022 dengan cukup bergaya selepas meraih gelaran dunia ketujuhnya di peringkat antarabangsa dalam acara perseorangan SU5 (kecacatan fizikal) di Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, November lepas. - Bernama
4
11 Januari 2023 06:48pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240078/berita/sukan/jin-wei-gembira-kembali-hiasi-super-1000
Jin Wei gembira kembali 'hiasi' Super 1000
PERSEORANGAN badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei gembira dapat kembali bersaing dengan pemain terbaik dunia dalam kejohanan peringkat Super 1000, selepas kali terakhir beraksi pada 2018.Jin Wei berkata, dia mahu memberikan aksi yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila berdepan pemain di ranking atas pada Terbuka Malaysia kali ini."Saya menikmati kepantasan permainan walaupun pada awal pagi. Kali terakhir saya tidak bermain sudah hampir setahun (kerana pembedahan) dan hanya menyertai kejohanan kecil dan di Eropah kurang perhatian, jauh berbeza (di negara sendiri)."Memang sukar untuk kalahkan mereka (pemain 10 terbaik dunia), mereka sangat konsisten dan itu yang saya sasarkan, untuk jadi konsisten," kata pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu.Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu menewaskan wakil Jerman, Yvonne Li 21-11, 21-18 dalam 39 minit perlawanan.Jin Wei yang mara ke pusingan kedua akan berdepan lawannya dari Korea Selatan, An Se Young yang mengenepikan wakil India, Malvika Bansod 21-9, 21-13.Pada Oktober 2019, Jin Wei menjalani pembedahan kolektomi, prosedur untuk membuang semua atau sebahagian daripada usus. - Bernama
4
11 Januari 2023 06:31pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/240066/berita/sukan/percaturan-pan-gon-makan-diri
Percaturan Pan-gon makan diri?
EMPAT pertukaran dalam kesebelasan utama dibuat pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon wajar dilihat sebagai faktor kekalahan kepada Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF 2022 pada Selasa.Gajah Perang bimbingan Alexandre Polking menang 3-0 menerusi gol berpunca hantaran lintang untuk mencatat keputusan agregat 3-1, sekali gus menempah pertemuan dengan juara dua kali, Vietnam dalam misi mempertahankan kejuaraan.Selepas berjaya mengatasi Thailand 1-0 di laman sendiri, Pan-gon membuat keputusan luar biasa menggantikan keempat-empat pemain di bahagian kanan dan kiri pasukan untuk berdepan pihak lawan yang merupakan pasukan dengan keupayaan teknikal yang tinggi.Jurulatih dari Korea Selatan itu merehatkan pemain pertahanan kanan, Quentin Cheng dengan harapan Muhammad Azam Azmi Murad yang segar daripada penggantungan dua perlawanan dapat melaksanakan tugas dengan baik, tetapi Thailand meledak gol pertama dari sebelah kanan.Pan-gon juga membuat pertukaran di bahagian kiri apabila pemain pertahanan, Muhammad Fazly Mazlan dipilih berbanding V Ruventhiran, malangnya keputusan itu tidak dapat menghalang Thailand daripada menjaringkan dua gol bermula dari sebelah kiri.Dua lagi pertukaran dibuat Pan-gon ialah mempertaruhkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Mohd Nor Hakim Hassan masing-masing di bahagian kanan dan kiri sayap pasukan berbanding Muhammad Safawi Rasid dan Mohamad Faisal Abdul Halim yang ditolak bermain di belakang penyerang.Berdasarkan statistik, Malaysia tidak menunjukkan perubahan dalam pendekatan permainan berbanding aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional di Bukit Jalil, apabila hanya menguasai 37 peratus penguasaan bola berbanding Thailand dengan 63 peratus.Keputusan Pan-gon membuat dua pertukaran di bahagian sayap juga tidak menampakkan kelainan apabila Malaysia mencatatkan keseluruhan dua percubaan dengan satu tepat ke gawang, manakala Thailand garang dengan mencipta lima serangan tepat dalam keseluruhan tujuh percubaan.Dari segi ketepatan hantaran, keupayaan Thailand bermain secara dinamik bermula dari bahagian pertahanan sehingga ke jentera serangan menyaksikan mereka mencatat 81.6 peratus, manakala Malaysia yang kelihatan lewat dalam membuat 'build up' hanya mengumpul 65.1 peratus.Thailand turut menunjukkan disiplin bertahan yang baik apabila berjaya menyekat tiga percubaan pasukan negara sementara Malaysia dibolosi menerusi gerakan sama iaitu hantaran lintang dari sebelah kanan dan kiri - menyaksikan pemain negara terperangkap dan mudah diatasi.Ketika ditanya adakah keputusan empat pertukaran dilakukan itu menjadi punca kekalahan, Pan Gon menjawab: "Saya menerima sekiranya anda (media) berfikir begitu,".Mungkin dapat disimpulkan pasukan negara tidak belajar daripada perlawanan di Stadium Nasional apabila walaupun menang tetapi Thailand lebih menonjol dan menguasai keseluruhan 90 minit permainan dan taktikal sama diterapkan anak buah Polking pada perlawanan itu.Berdasarkan statistik pertembungan itu, Thailand mendominasi penguasaan bola sehingga 72 peratus dan melakukan keseluruhan 18 percubaan dengan empat daripadanya tepat ke gawang.Pada aksi semalam, pasukan negara umpama menanti masa dibolosi pihak lawan sebelum Thailand membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda diikuti jaringan pemain sayap Bordin Phala (minit ke-55) dan penyerang gantian Adisak Kraisorn pada minit ke-71.Pada masa sama, faktor keletihan juga boleh diberikan perhatian dalam merungkai penyingkiran Malaysia pada edisi kali ini selepas pasukan negara mengharungi jadual perlawanan yang padat dengan tempoh perjalanan yang singkat.Malaysia merekodkan 11 jaringan dan bolos tujuh selepas enam perlawanan dengan Mohamad Faisal muncul penjaring terbanyak pasukan dengan keseluruhan empat gol diikuti Stuart Wilkin (tiga), Sergio Aguero (dua) sementara Darren Lok dan Muhammad Haqimi Azim Rosli masing-masing satu gol.Jumlah jaringan itu meletakkan Malaysia di belakang Indonesia (12 gol) sementara Vietnam dan Thailand setakat ini masing-masing menjaringkan 14 dan 16 gol menjelang pertembungan final.Jelas, Pan-gon lebih mengetahui punca sebenar di sebalik kekalahan Malaysia selepas lebih lima minggu bersama barisan pemain sejak penghujung November lepas dengan meraih enam kemenangan termasuk dua aksi antarabangsa Tier 1 dan tewas dua kali dalam tempoh kira-kira sebulan.Pengalaman membimbing pasukan negara pada kempen Piala AFF kali ini juga akan membantu beliau meluaskan lagi pencarian pemain terbaik sepanjang tahun ini dalam usaha membentuk skuad terkuat bagi mengharungi Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual berlangsung pada Januari 2024. - Bernama
4
11 Januari 2023 05:28pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240057/berita/sukan/tonik-tambahan-wai-ching-sebelum-ke-dubai
Tonik tambahan Wai Ching sebelum ke Dubai
KEJAYAAN melakar rekod baharu larian menara menjadi penyuntik semangat buat jaguh dunia, Soh Wai Ching untuk mengukir nama dengan pelbagai lagi kejayaan di pentas antarabangsa.Wai Ching mencipta rekod baharu kebangsaan dengan catatan 7:18 minit (m) untuk mengungguli Top Tower Run Komtar Penang Sabtu lalu.Atlet berusia 29 tahun itu optimis mampu memecahkan rekod peribadi 7:39m yang dilakar pada 2019, biarpun cuma berlatih kira-kira dua minggu sebelum pertandingan di Pulau Pinang itu."Prestasi ketika ini lebih baik berbanding 2019, jadi saya yakin untuk memecahkan rekod pada kejohanan kali ini," katanya.Beliau berkata, sasaran awal adalah untuk mencatat masa sekitar 7:30m, namun tidak menyangka setelah berakhir larian, masa rasmi adalah rekod kebangsaan."Selepas melepasi garisan penamat saya menekan jam di tangan, kemudian rebah sejurus selepas itu."Selepas itu bila melihat jam tangan, ia menunjukkan masa 7:23m. Selepas mengetahui keputusan rasmi dan membuat semakan catatan masa rasmi saya ialah 7:18.88m."Jadi saya memecahkan rekod sebelumnya dengan perbezaan 21 saat," katanya.Wai Ching memberitahu, selepas ini dia akan menyertai pertandingan di Dubai yang bakal diadakan di Hotel Media One."Tahun ini saya sasar untuk mencatat rekod baharu bagi setiap pertandingan yang disertai."Saya juga sasar untuk mencapai dua Rekod Dunia Guinness," ujarnya.
4
11 Januari 2023 04:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240058/berita/sukan/tang-jie-ee-wei-kejutkan-beregu-campuran-nombor-satu-negara
Tang Jie, Ee Wei kejutkan beregu campuran nombor satu negara
TUAH beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang baru digandingkan Disember tahun lalu apabila melakar kejutan pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 setelah menewaskan pasangan nombor satu Malaysia pada Rabu.Mereka yang baru bersama lebih sebulan menumpaskan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang merupakan semi-finalis kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2022 di Thailand akhir tahun lalu.Perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan ke atas pasangan nombor enam dunia itu, 21-15 dan 21-10 dalam tempoh 31 minit permainan.Kian Meng (kiri) dan Pei Jing terpaksa akur tewas kepada Tang Jie dan Ee Wei pada Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Rabu. - Foto FB BAMIni merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.Kemenangan itu membolehkan Tang Jie dan Ee Wei mara ke pusingan kedua pada Khamis.Menanti mereka ialah pasangan Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu yang menewaskan gandingan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 18-21, 21-15, 21-7.
4
11 Januari 2023 04:33pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/240051/berita/sukan/bukan-mudah-tumbangkan-harimau-malaya
Bukan mudah tumbangkan Harimau Malaya
TIDAK semudah perlawanan pertama.Itu gambaran pengendali Thailand, Alexandre Polking selepas kemenangan 3-0 ke atas Malaysia dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat pada Selasa.Polking berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon meletakkan ramai pemain di bahagian tengah, sekali gus memberikan kesukaran kepada Gajah Perang.“Aksi hari ini lebih sukar daripada perlawanan (separuh akhir) pertama (di Stadium Nasional Bukit Jalil). Ini kerana pada perlawanan pertama, kami dapat mengawal semuanya.“Malaysia mempunyai rancangan untuk meletakkan ramai pemain di bahagian tengah, jadi ia tidak semudah pada perlawanan pertama.“Tetapi kami melakukan kerja yang baik dan menjaringkan gol. Saya harus memberikan pujian kepada pemain atas usaha mereka hari ini,” katanya pada sidang akhbar.Kemenangan secara agregat 3-1 ke atas Malaysia itu menyaksikan Thailand bakal menempah pertemuan menentang Vietnam dalam aksi final yang turut diadakan secara timbal balik.Thailand yang juga penyandang juara akan berkunjung ke Stadium My Dinh, Hanoi pada Jumaat ini sebelum menanti kunjungan skuad Naga Emas itu di Bangkok tiga hari kemudian.Mengulas peluang Thailand dalam aksi final nanti, Polking mengakui Vietnam mempunyai banyak kelebihan terutamanya apabila terlebih dahulu beraksi di laman sendiri.“Dua perlawanan di tempat lawan sebelum ini, saya harap ia menjadi pengajaran buat kami."Di Bukit Jalil contohnya, kami telah menunjukkan kami boleh bermain baik, cuma tidak berpeluang menjaringkan gol.“Saya berharap perlawanan akhir pertama di Hanoi nanti, kami tidak melakukan kesilapan dan cuba mencari gol sebelum bermain di tempat sendiri,” ujarnya.
4
11 Januari 2023 04:12pm