author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/240038/berita/sukan/perlis-mahu-isu-pembubaran-mastaf-selesai-segera
Perlis mahu isu pembubaran Mastaf selesai segera
PERSATUAN Sepaktakraw Perlis (PSTPs) mahu isu pembubaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (Mastaf) diselesaikan segera berdasarkan perlembagaan badan induk tersebut.Malah Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad menasihati pengurusan kepimpinan Mastaf supaya mengambil tindakan segera membubarkan pertubuhan itu secara sah bagi membolehkan memberi laluan kepada PSM melibatkan diri di peringkat antarabangsa.Katanya, ia sekali gus memberi sumbangan optimum kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Astaf) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (Istaf) supaya sukan sepak takraw diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) seterusnya mendapat tempat pada Sukan Olimpik Paris 2024."Pembubaran Mastaf oleh Presiden badan induk itu pada 20 Disember lalu adalah tidak sah dari sudut perlembagaan Mastaf yang telah diluluskan Pejabat Pesuruhjaya Sukan."Mastaf perlu dibubarkan secara sah bersandarkan perlembagaan Mastaf Fasal 45 (45.1, 45.2 dan 45.3) melalui mesyuarat agung yang khusus untuk tujuan pembubaran dengan keputusan 2/3 daripada ahli yang layak mengundi."Keputusan pembubaran Mastaf mestilah disampaikan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut," katanya pada Rabu.Astaf sebelum ini menggesa pengurusan Mastaf supaya mengambil sikap lebih bertanggungjawab untuk segera membubarkan badan induk itu secara sah berlandaskan perlembagaan Mastaf.Sementara itu, Syed Azmir juga menyokong usaha diambil Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk memohon menjadi semula ahli gabungan Astaf.Beliau berkata, ia memandangkan Mastaf tidak lagi mampu bertindak sebagai badan sukan yang memiliki kredibiliti untuk membangunkan sukan sepak takraw Malaysia dan peringkat antarabangsa."PSTPs berkeyakinan penuh hanya PSM sahaja yang mampu bertindak sebagai badan sukan sepak takraw yang tunggal membangunkan sukan sepak takraw di Malaysia dan di arena antarabangsa berdasarkan rekod cemerlang selama lebih 60 tahun."PSTPs juga yakin bahawa Astaf akan menerima kembali PSM sebagai anggota kerabat Astaf setelah semua proses pembubaran Mastaf berjalan mengikut lunas perundangan yang sah di sisi perlembagaan Mastaf," katanya.Dalam perkembangan lain, Syed Azmir juga memohon penelitian dan jasa baik Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) agar sepak takraw dapat dikembalikan semula kepada status Sukan Teras.Jelasnya, tindakan itu bagi memastikan supaya sukan tradisi berkenaan dapat terus dibangunkan secara lebih kompetitif dan proaktif pada masa depan."PSTPs juga menyeru kepada semua penggiat sepak takraw di Malaysia agar kembali bersatu di bawah payung PSM yang kini dipimpin Datuk Mohd Sumali Reduan."Kami penuh yakin bahawa kepimpinan beliau mampu untuk terus mempertingkatkan imej dan martabat sukan sepak takraw negara ke tahap yang lebih cemerlang," katanya.
4
11 Januari 2023 03:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240012/berita/sukan/titik-permulaan-kami-ke-piala-asia-2023---shahrul-nazeem
Titik permulaan kami ke Piala Asia 2023 - Shahrul Nazeem
PENYINGKIRAN Malaysia daripada kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 boleh menjadi titik permulaan buat semua pemain yang membentuk skuad Harimau Malaya kali ini, kata pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar.Meskipun kekalahan kepada juara bertahan Thailand sukar diterima, pemain muda Selangor FC itu berkata, segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar dijadual pada Januari 2024.Dari segi persembahan menentang Thailand, Sharul Nazeem berkata, Malaysia tampil dengan pendekatan taktikal sama dalam kedua-dua aksi separuh akhir sekali gus menampakkan secara keseluruhan Thailand sebagai pasukan lebih bagus."Semestinya kekalahan ni kami tak boleh nak terima...saya rasa inilah titik permulaan bagi kami. Kami mungkin sedikit penat tetapi tetap berjuang, saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang berjuang habis-habisan, saya rasa banyak kami perlu perbaiki untuk Piala Asia nanti."Perlawanan ini mungkin disebabkan kelemahan kami, mungkin Thailand tahu kelemahan kami jadi kami perlu perbaiki apa yang mereka lakukan terhadap kami,” kata pemain berusia 23 tahun itu selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat malam Selasa.Pada pertembungan itu, Gajah Perang menang 3-0 menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda pada minit ke-19 sebelum pemain sayap Bordin Phala dan penyerang gantian Adisak Kraisorn, masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 dan 71.Malaysia, juara 2010, tewas dengan keputusan agregat 1-3.Thailand akan membuat perhitungan menentang juara dua kali, Vietnam, pada perlawanan final secara timbal balik Jumaat ini dan Isnin minggu depan.Mengulas lanjut, Sharul Nazeem mengakui terdapat perbezaan kualiti antara pemain negara dan Thailand serta berbangga dengan pencapaian mara ke separuh akhir dilakar mereka."Pemain mereka ada yang bermain di luar negara, jadi pengalaman lagi tinggi berbanding dengan pemain kami macam (main) di Thailand, jadi kami kalah dekat situ...tapi kami tetap bangga sampai separuh akhir, kita perlu teruskan fokus untuk Piala Asia,” katanya.Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala AFF 2022 ini diperkuatkan oleh kebanyakan muka baharu selepas kira-kira 14 pemain utama tidak dapat menyertai atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.Pencapaian mara ke separuh akhir kali ini menyaksikan Malaysia memperbaiki rekod tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan pada edisi lepas, yang juga membawa kepada keputusan bekas Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan. - Bernama
4
11 Januari 2023 01:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/240007/berita/sukan/kudrat-bale-masih-jadi-taruhan-wales
Kudrat Bale masih jadi taruhan Wales
PEMAIN sensasi, Gareth Bale mungkin perlu memikirkan semula hasratnya untuk bersara daripada arena bola sepak.Ia susulan skuad kebangsaan Wales masih menagih kudrat pemain berusia 33 tahun itu yang dilihat kekal relevan buat pasukan.Pengurus Wales, Rob Page enggan berputus asa akan cuba memujuk Bale untuk terus kekal bersama skuad selepas dia mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada Selasa.“Apabila anda memiliki seorang pemain seperti Gareth (Bale). Impak yang dicetuskan di bilik persalinan dan apa yang dia lakukan untuk Wales.“Maka saya perlu manfaatkannya untuk pasukan. Saya amat teruja dan mahu dia terus kekal (bersama Wales),” katanya.Bale melakar kejayaan cemerlang dalam kariernya apabila memenangi lima kali Liga Juara-Juara ketika bersama Real Madrid.Dia juga membuat 111 penampilan dan meledak 42 gol untuk Wales yang juga rekod untuk skuad kebangsaan.Bale mengambil keputusan untuk menggantung but ekoran prestasi hambar Wales di Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 di Qatar.Poland gagal melepasi peringkat kumpulan, manakala Bale pula bergelut dengan masalah kecergasan.
4
11 Januari 2023 01:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239999/berita/sukan/gerrard-berkelana-ke-poland-
Gerrard berkelana ke Poland ?
BEKAS pengurus Aston Villa, Steven Gerrard disebut-sebut untuk mengisi kerusi panas sebagai jurulatih Poland yang tersingkir pada pusingan 16 Piala Dunia di Qatar Disember lalu.Difahamkan jurulatih berusia 43 tahun itu dalam proses rundingan untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan negara tersebut.Jodoh Czeslaw Michniewicz dengan Poland berakhir bulan lalu selepas tewas 1-3 kepada Perancis dalam saingan kalah mati di Qatar.Poland hanya meledak tiga gol walaupun mempertaruhkan penyerang sensasi, Robert Lewandowski di jentera serangan.Prestasi hambar itu mengecewakan penyokong Poland yang berharap sesuatu dapat dilakukan bagi meningkatkan prestasi pasukan.Selain Gerrard turut berada dalam radar Poland ialah Roberto Martinez bekas pengurus Portugal yang dipecat baru-baru ini.Turut tersenarai Herve Renard, pengurus Arab Saudi yang memahat kejutan selepas menewaskan juara Piala Dunia Argentina 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan.Dilaporkan Persatuan Bolasepak Poland sudah berhubung dengan Gerrard mengenai kekosongan jawatan pengurus itu.Gerrard memulakan karier sebagai pengurus bersama gergasi Liga Perdana Scotland, Rangers pada 2018 hingga 2021 selepas mengendalikan skuad Bawah 18 Tahun (B-18) dan B-19 Liverpool pada 2017-2018.
4
11 Januari 2023 12:36pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239992/berita/sukan/fifa-puji-penyokong-harimau-malaya
FIFA puji penyokong Harimau Malaya
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memuji sikap penyokong Harimau Malaya yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat pada Selasa.Walaupun skuad negara tewas 1-3 secara agregat kepada skuad Gajah Perang, namun sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang dikenali sebagai Ultras Malaya yang bertandang ke arena lawan itu memberikan tanda hormat kepada Thailand.Dalam satu video tular, mereka menampilkan sikap profesional menyanyikan lagu Sawadikap Thailand dan turut melaungkan tewaskan Vietnam sebagai semangat kepada pasukan Thailand yang akan menentang Vietnam di perlawanan akhir nanti.Para pemain Thailand juga turut sama berada di hadapan Ultras Malaya dilihat tersenyum dan bertepuk tangan mendengar nyanyian Ultras Malaya.Laman Twitter rasmi AFF Mitsubishi Electric Cup juga memuat naik video nyanyian tersebut selain turut meninggalkan soalan adakah penyokong Harimau Malaya adalah penyokong terbaik di ASEAN.Video tersebut juga telah menarik perhatian FIFA yang turut berkongsi video nyanyian Ultras Malaya itu di laman Twitter mereka."Permainan yang cantik. Penyokong Malaysia menunjukkan hormat mereka kepada Thailand selepas tewas dalam @affmecup," katanya.
4
11 Januari 2023 12:12pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239986/berita/sukan/ten-hag-idam-tamat-kemarau-trofi-united
Ten Hag idam tamat kemarau trofi United
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag meletakkan sasaran untuk menamatkan kemarau trofi enam tahun Manchester United selepas menewaskan Charlton Athletic 3-0 pada aksi suku akhir Piala Liga pada Selasa.Dua gol Marcus Rashford dan satu gol daripada Antony membolehkan United mara ke saingan separuh akhir."Empat terakhir (separuh akhir) tiada apa-apa. Ia hanya mengenai kemenangan. Tetapi anda perlu mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan."Kami akan lihat siapa yang akan kami lawan di peringkat separuh akhir dan kemudian kami akan membuat persediaan yang baik," katanya.The Red Devils belum memenangi trofi utama sejak bekas pengendali pasukan itu, Jose Mourinho membantu United menjulang Piala Liga dan Liga Europa pada 2017.Mengulas mengenai perlawanan menentang Charlton itu, Ten Hag menyifatkan pasukannya terlepas banyak peluang keemasan untuk memenangi perlawanan itu lebih awal."Saya cukup gembira. Kami memulakan permainan sangat baik dengan tenaga yang baik serta fokus."Kami mencipta peluang dan kemudian kami membuat gol cemerlang. Ia gol pasukan, tetapi penyudah daripada Antony adalah hebat."Mereka meletakkan penyerang lain tetapi saya fikir kami tidak membenarkan mereka mencipta peluang. Selepas memasukkan Rashford pada minit ke-60 baru kami berjaya menambah gol. Kami sepatutnya menamatkan perlawanan ini lebih awal," katanya.
4
11 Januari 2023 11:45am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239982/berita/sukan/ronaldo-tidak-dibayar-untuk-bida-piala-dunia-2030
Ronaldo tidak dibayar untuk bida Piala Dunia 2030
AL NASSR menafikan Cristiano Ronaldo dibayar untuk mempromosikan bidaan Piala Dunia 2030, kata kelab Arab Saudi itu pada Rabu.Penyerang Portugal itu menyertai Al Nassr pada 30 Disember lalu dengan menandatangani kontrak dua setengah tahun yang dilaporkan bernilai sekitar €200 juta (RM939 juta) setahun.Laporan beberapa media turut menyatakan Ronaldo dibayar bonus tambahan untuk bertindak sebagai duta bidaan Piala Dunia Arab Saudi selepas Timur Tengah itu menyasarkan untuk menganjurkan satu lagi kejohanan selepas Qatar 2022.Al Nassr bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ronaldo telah ditawarkan insentif kewangan untuk bidaan tersebut dengan Sepanyol, Ukraine dan negara asalnya Portugal antara yang turut membuat bidaan bersama untuk menjadi tuan rumah."Al Nassr FC ingin menjelaskan bahawa kontrak Cristiano Ronaldo dengan Al Nassr tidak membabitkan komitmen untuk sebarang bidaan Piala Dunia."Fokus utamanya adalah kepada Al Nassr dan bekerjasama dengan rakan sepasukannya untuk membantu kelab mencapai kejayaan," katanya.Ronaldo masih belum membuat penampilan sulung untuk Al Nassr kerana perlu menjalani penggantungan dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England.
4
11 Januari 2023 11:32am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239976/berita/sukan/tak-jangka-kalah-3-0
'Tak jangka kalah 3-0'
KAPTEN pasukan negara, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak menjangkakan Malaysia akan dibolosi sehingga tiga gol ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam tadi.Mohamad Faisal berkata, Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0 bagi menyingkirkan juara bertahan itu."Sudah tentu kita tak jangka tewas 3-0, bermain di Thailand kita hanya perlu seri 0-0 atau sekurang-kurangnya jaring satu gol tetapi inilah bola sepak, bukan rezeki kita dan kita dah cuba yang terbaik."Kalau di Stadium Nasional kita menang 1-0 tapi diserang berterusan, tapi di sini kita cuba atasi mereka (Thailand) tetapi gagal. Banyak lagi perlu dipelajari dan faham apa yang jurulatih Kim (Kim Pan Gon) nak sebenarnya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini, malam tadi.Pada pertembungan itu, Gajah Perang mendahului menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda pada minit ke-19 sebelum pemain sayap Bordin Phala dan penyerang gantian Adisak Kraisorn, masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 dan ke-71.Malaysia, juara 2010, tewas dengan keputusan agregat 1-3.Thailand akan membuat perhitungan menentang juara dua kali, Vietnam, pada perlawanan final secara timbal balik Jumaat ini dan Isnin minggu depan.Sementara itu, Mohamad Faisal percaya sekiranya skuad yang beraksi pada kempen Piala AFF kali ini dikekalkan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, Malaysia mampu mengikut jejak langkah Thailand dan Vietnam dalam mencipta kejayaan."Memang dua atau tiga tahun tempoh masa yang lama tetapi kita kena lihat juga pasukan Vietnam dan Thailand - mereka duduk lama sehingga dua, tiga tahun baru nampak hasil, tidak mudah dalam masa sebulan kita nak dapat kejayaan,” kata pemain sayap Selangor FC berusia 25 tahun itu.Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala AFF 2022 ini diperkuatkan oleh kebanyakan muka baharu selepas kira-kira 14 pemain utama tidak dapat menyertai atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.Pencapaian mara ke separuh akhir kali ini menyaksikan Malaysia memperbaiki rekod tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan pada edisi lepas, yang juga membawa kepada keputusan bekas Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan. - Bernama
4
11 Januari 2023 11:17am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239968/berita/sukan/peluang-messi-beraksi-piala-dunia-pada-usia-39-tahun
Peluang Messi beraksi Piala Dunia pada usia 39 tahun
PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menegaskan pintu akan sentiasa terbuka untuk Lionel Messi beraksi di Piala Dunia 2026.Bulan lalu, Messi berjaya menjulang trofi yang sangat diingininya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir.Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu menjaringkan dua gol dalam keputusan seri 3-3 dan turut menjaringkan gol penentuan sepakan penalti ketika Argentina menumbangkan Les Bleus.Messi, 35, juga menjadi orang pertama memenangi dua Bola Emas dalam penampilan di Piala Dunia kerana inspirasinya kepada pasukan menamatkan kemarau 36 tahun menjulang trofi penuh berprestij itu.Dia akan menghampiri usia 40 tahun apabila Argentina berusaha mempertahankan kejuaraan mereka dalam kejohanan yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 2026."Saya rasa Messi boleh ke Piala Dunia seterusnya. Ia akan banyak bergantung pada apa yang dia mahu, sama ada dia rasa selesa untuk meneruskannya."Pintu akan sentiasa terbuka. Dia gembira di atas padang dan ia sangat bagus untuk kami," katanya.Dalam masa sama, Scaloni tidak menyifatkan kejayaan Piala Dunia adalah penting untuk mengukuhkan label Messi antara pemain terbaik sepanjang zaman."Saya rasa tidak perlu menjadi salah seorang yang terhebat. Anda sentiasa meminta lebih daripada seorang pemain seperti Messi."Saya gembira untuknya dan untuk negara," katanya.
4
11 Januari 2023 10:28am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239955/berita/sukan/pasukan-liga-m-berbelanja-seadanya
Pasukan Liga-M berbelanja seadanya
SETIAP pasukan sekali lagi diingatkan supaya berbelanja secara berhemah menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2023 pada 24 Februari depan.Bekas legenda bola sepak Perlis dan Kedah, Manja Man berkata, pasukan bertanding harus bijak berbelanja bagi mengelak masalah kewangan timbul pada kemudian hari.“Jika kita ambil contoh musim lalu, PJ City FC mampu bersaing dengan pasukan besar Liga Super sehingga menghasilkan beberapa keputusan mengejut biarpun mereka hanya dibarisi pemain lokal.“Begitu juga dengan pencapaian Kelantan FC apabila berjaya muncul naib juara Liga Premier dengan perbelanjaan yang cukup berhemah.“Jadi, dua contoh ini perlu dijadikan ikutan pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super 2023 kali ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Baru-baru ini, Sukan Sinar melaporkan masalah kewangan menjadi antara faktor penyebab UiTM FC menarik diri daripada saingan Liga-M musim ini.Mengulas lanjut, Manja Man berkata, perbelanjaan berhemah secara tidak langsung akan membantu pengurusan setiap pasukan lebih berdisiplin dalam aspek kewangan.“Bagi saya, gaji pemain mengikut kemampuan kelab. Biar kelab menawarkan bonus perlawanan supaya pemain mengejar kemenangan.“Apabila menyentuh soal pemilihan pemain, kadang-kadang pemain import juga mengarut kecuali (pemain import) JDT (Johor Darul Ta'zim).“Yang paling penting sebenarnya adalah pendekatan bagaimana pengurusan pasukan hendak sesuaikan dengan pemain lokal dan import sedia ada,” ujarnya.Sementara itu, Manja Man percaya, penarikan diri UiTM FC tidak menjejaskan perancangan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi memastikan kelancaran Liga Super musim ini.“Saingan Liga Super kali ini sebenarnya lebih kompetitif apabila setiap pasukan bakal mengharungi perlawanan yang banyak berbanding musim lalu.“Itu belum lagi mengambil kira saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Ini perkembangan positif kepada skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon dalam mencari pemain berkualiti,” jelasnya.
4
11 Januari 2023 08:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239951/berita/sukan/motivasi-malaysian-tigers-pada-tahap-terbaik
Motivasi Malaysian Tigers pada tahap terbaik
SKUAD Malaysian Tigers tidak berdepan masalah dalam menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran di India menjelang kempen Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India.Malah menurut Arul Selvaraj, para pemain negara sudah bersemangat memulakan kempen dengan keputusan positif di bumi India apabila berdepan Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada Rabu.“Ya, saya gembira apabila para pemain tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran di sini.“Malah setiap pemain berada dalam motivasi cukup baik apabila masing-masing begitu teruja untuk diturunkan pada perlawanan pertama berdepan Belanda.“Namun apa yang penting seperti yang saya jelaskan sebelum ini bahawa pasukan akan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan dalam kejohanan ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Malaysian Tigers akan berdepan Sepanyol pada Rabu dalam perlawanan pemanas badan terakhir sebelum menyingkap tirai kempen Piala Dunia 2023.Malaysia akan memulakan Kumpulan C menentang Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada 14 Januari ini sebelum menentang Chile di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela (16 Januari) diikuti New Zealand di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar pada 19 Januari.Mengulas lanjut perlawanan berdepan Sepanyol, Arul berkata, aksi itu akan dimanfaatkan sepenuhnya kesiapsediaan taktikal pasukan negara.“Persiapan berdepan Sepanyol lebih kepada persediaan taktikal pasukan termasuk tanggungjawab yang diberikan kepada para pemain dalam perlawanan tersebut.“Sejujurnya perlawanan ini penting bagi melihat secara keseluruhan taktikal yang akan diterjemahkan apabila berdepan Belanda nanti,” katanya.
4
11 Januari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239949/berita/sukan/saya-bertanggungjawab-sepenuhnya-bukan-salah-pemain
'Saya bertanggungjawab sepenuhnya, bukan salah pemain'
KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa Harimau Malaya ke final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Hajat Malaysia tersekat selepas dijinakkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini, malam ini.Jurulatih dari Korea Selatan itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak negara dan meminta semua pihak tidak menyalahkan pemain atas kekalahan tersebut.Katanya, jika ada masalah yang membawa kepada kekalahan pasukan negara, ia perlu ditujukan kepadanya sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya."Saya tiada rungutan dan kekesalan, apa yang pemain saya lakukan malam ini - mereka berlari bermati-matian, mereka mengikut arahan saya, mereka berjuang sehingga tamat."Semua yang berkaitan adalah keputusan saya (kerana) semua taktikal, barisan pemain dan strategi adalah penentuan saya, bukan pemain. Anda boleh salahkan saya dan anda boleh menyerang saya (tetapi) bukan pemain,” katanya pada sidang media pasca perlawanan.Kemenangan tersebut membolehkan Thailand mara ke final dengan agregat 3-1 dan akan bertemu Vietnam di Hanoi, Jumaat ini dan final kedua di gelanggang sendiri, Isnin depan.Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking merumuskan dua perlawanan separuh akhir yang dilalui Gajah Perang untuk mara ke final sebagai menakjubkan."Dua perlawanan separuh akhir yang hebat tetapi saya percaya perlawanan di Malaysia adalah lebih baik untuk kami berbanding hari ini. Secara keseluruhan, dua perlawanan ini lebih baik daripada peringkat kumpulan."Kami mendapat gol yang kami perlukan tetapi ia adalah perlawanan yang sukar terutama pada separuh masa pertama. Tetapi mereka tidak dapat mencipta peluang kerana kami bertahan dengan baik."Kami tahu kami tidak boleh membiarkan skuad lawan menjaringkan gol di sini," kata jurulatih berusia 46 tahun itu.Kemenangan malam ini menamatkan rekod tanpa kemenangan Thailand menentang Malaysia selepas enam perlawanan sejak 2018.Thailand merupakan pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak acara sulung pada 1996 selepas muncul juara enam kali dalam sembilan edisi akhir sebelum ini. - Bernama
4
11 Januari 2023 12:49am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239945/berita/sukan/malaysian-tigers-buru-tonik-mujarab
Malaysian Tigers buru tonik mujarab
PERLAWANAN persahabatan menentang Sepanyol esok penting bagi Malaysian Tigers dalam usaha menyesuaikan pemain dengan corak permainan berintensiti tinggi menentang pasukan berkelas dunia pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, dari 13 hingga 29 Januari ini.Kapten Malaysian Tigers, Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata, aksi pemanas badan menentang pasukan di ranking kelapan dunia itu juga, menjadi platform terbaik bagi rakan sepasukannya untuk memperbaiki kelemahan yang ada, menjelang kejohanan berprestij tersebut.Pemain pertahanan itu berharap, agar rakan sepasukan dapat menampilkan persembahan terbaik menentang skuad dari Eropah itu, sekali gus dapat menyuntik motivasi buat pasukan bimbingan Arul Selvaraj sewaktu bersaing di India.“Buat masa sekarang, semua pemain dalam keadaan baik dan bersemangat dari segi mental and fizikal. Pemain juga dapat sesuaikan diri dengan suasana (pertandingan),” katanya dalam satu video ringkas dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia pada SelasaMalaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia selepas berdepan Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan C dijadual berdepan Chile yang berada di ranking ke-22 dunia pada 16 Januari, sebelum menamatkan saingan kumpulan berdepan New Zealand (kesembilan dunia) pada 19 Januari.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971, dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.
4
11 Januari 2023 12:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239941/berita/sukan/piala-aff-thailand-henti-cabaran-malaysia-di-separuh-akhir
Piala AFF: Thailand henti cabaran Malaysia di separuh akhir
IMPIAN Harimau Malaya untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada penyandang juara Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat sebentar tadi.Kemenangan itu membolehkan anak buah Alexandre Polking mara menerusi agregat 3-1 sekali gus berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama pada 13 Januari ini.Skuad kendalian Kim Pan-gon yang tampil ke bumi Gajah Perang dengan berbekalkan kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu ternyata berdepan tentangan sengit tuan rumah.Thailand terlebih dulu memadamkan kelebihan satu gol pasukan negara menerusi penyerang tuan rumah, Teerasil Dangda pada minit ke-19 bagi mengikat kedudukan 1-1 secara agregat pada separuh masa pertama.Babak kedua, skuad kendalian Polking mula meningkatkan ancaman biarpun Pan-gon menambah kekuatan dengan kemasukan Lee Tuck dan Ruventhiran bagi mengimbangi asakan lawanPintu gol negara sekali lagi bolos kali ini menerusi jaringan Bordin Phala pada minit ke-55 bagi membolehkan Gajah Perang terus selesa di depan.Pemain gantian, Adisak Kraisorn kemudian mengakhiri cabaran negara di kejohanan dengan gol ketiga pada minit ke-71.
4
10 Januari 2023 10:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239939/berita/sukan/piala-aff-thailand-dahului-malaysia-1-0
Piala AFF: Thailand dahului Malaysia 1-0
THAILAND bermula baik pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 apabila mendahului Malaysia 1-0 pada babak pertama dalam saingan di Stadium Thammasat sebentar tadi.Jaringan penyerang pasukan tuan rumah, Teerasil Dangda pada minit ke-19 memadam kelebihan bekalan satu jaringan yang dibawa skuad Harimau Malaya dari Bukit Jalil Sabtu lalu.Menerusi jaringan itu meletakkan kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.Sebaik wisel ditiupkan skuad Gajah Perang pantas mengasak ke kubu Malaysia bagi memburu gol semangat.Malaysia yang turut menyusun gerak bagi menambah jaringan gagal menemui sasaran dengan Thailand ampuh bertahan.Gol yang dicari Thailand akhirnya berjaya ditemui apabila tandukan Teerasil menggegar gawang Malaysia.Skuad negara berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma pemain tengah, Mukhairi Ajmal ditangkap kemas penjaga gol Thailand menuju penghujung babak pertama.Pengendali skuad negara, Kim Pan Gon melakukan empat pertukaran pemain bagi mempamerkan aksi berbeza di laman lawan.Pemain pertahanan, Azam Azmi yang bebas daripada penggantungan dua perlawanan kembali beraksi bagi menggantikan Quentin Cheng, manakala Fazly Mazlan mengisi posisi Ruventhiran di benteng kiri.Nor Hakim Hassan dan Mukhairi yang tidak beraksi di Bukit Jalil Sabtu lalu diturunkan bagi menggantikan kapten, Safawi Rasid dan Lee Tuck.Malaysia membawa bekalan satu jaringan menerusi ledakan Faisal Halim.
4
10 Januari 2023 09:25pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/239931/berita/sukan/axelsen-lulus-ujian-sulung-terbuka-malaysia-2023
Axelsen lulus ujian sulung Terbuka Malaysia 2023
JUARA dunia, Viktor Axelsen berjaya melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 takkala dia cepat menyesuaikan diri dalam aksi pembukaan menentang rakan senegara dari Denmark, Rasmus Gemke di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.Namun, dalam usaha mempertahankan kejuaraan kali, Axelsen tewas set pertama 17-21 sebelum mengekalkan rekod bersih lima pertemuan dengan Gemke, pemain nombor 21 dunia, dengan kemenangan 21-14 dan 21-12 dalam pertemuan lebih sejam itu.Axelsen selaku pemain nombor satu dunia, dijadualkan menentang pemain profesional negara, Liew Daren, yang membayangkan kemungkinan menarik diri pada pusingan kedua, Khamis ini."Perlawanan pertama sentiasa sukar, terutamanya di gelanggang di Axiata Arena agak sukar dengan tiupan angin yang kuat. Banyak perkara yang perlu diambil kira, namun saya sangat gembira kerana berjaya menang," kata Axelsen kepada pemberita selepas perlawanan.Pemain berusia 29 tahun itu juga yakin prestasinya akan kekal utuh, walaupun dia mungkin menerima kemenangan percuma pada pusingan kedua.Daren, 36, selepas kemenangan pusingan pertamanya 21-15, 14-21, 21-17 menentang Toma Junior Popov dari Perancis, berkata, dia mungkin menarik diri daripada kejohanan itu kerana kecederaan betis kanannya yang dialami sejak bulan lalu."Saya mendoakan yang terbaik untuk Daren, dia seorang pemain yang hebat. Saya harap dia boleh bermain, namun ia di luar kawalan saya. Saya akan meneruskan latihan dan persiapan esok, mungkin ada masa untuk berjalan-jalan," kata Axelsen. - Bernama
4
10 Januari 2023 08:05pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/239929/berita/sukan/gomis-import-baharu-kelantan-united
Gomis import baharu Kelantan United
KELANTAN United FC (KUFC) sah mendapatkan khidmat pemain import dari Senegal, Morgaro Lima Gomis bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu menghadapi saingan Liga Super musim ini.Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, pemain tengah berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak selama semusim bersama KUFC."Dia (Gomis) tidak asing dengan peminat bola sepak Kelantan kerana mempunyai pengalaman beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) selama tiga musim bersama Kelantan The Red Warriors (TRW) bermula 2016 sehingga 2018."Ia kepulangan kedua Gomis ke Kota Bharu, kami bangga untuk mengumumkan import kesayangan ramai penyokong Kelantan ini, menyertai KUFC musim ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Wan Mohd Zul menyifatkan Gomis seorang pemain mempunyai kebolehan yang baik mengemudi bahagian tengah, selain memiliki kelebihan ketika bertahan."Gomis akan memberi kelebihan kepada pasukan apabila berada di saat getir ketika diasak pemain lawan."Dia mempunyai cukup minit perlawanan apabila telah membuat lebih 50 penampilan bersama pasukan Clyde FC dalam Liga Scotland, musim lepas," katanya. - Bernama
4
10 Januari 2023 07:57pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/239920/berita/sukan/bojan-ciger-kereta-kebal-baharu-kda-fc
Bojan Ciger 'kereta kebal' baharu KDA FC
PERTAHANAN tengah baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Bojan Ciger dari Serbia yang pertama kali berkelana luar Eropah bersedia memberikan aksi terbaik buat kelab baharunya di Liga Malaysia bagi musim 2023.Bekas pertahanan kelab Navbahor berusia 28 tahun ini mengakui membuat kajian dan mencari maklumat tentang Liga Malaysia selepas mendapat tawaran daripada Sang Kenari."Saya telah melihat dan mengkaji tentang Liga Malaysia apabila mendapat tawaran daripada KDA FC. Saya melihat pasukan Johor Darul Ta'zim telah mendominasi sejak beberapa tahun lalu dan mungkin sesuatu boleh berubah bagi musim 2023," katanya semasa ditemui pemberita pada Selasa.Dia berkata demikian selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali serta penyokong kelab tersebut.Tambah Ciger yang berketinggian 1.86 meter dan mempunyai susuk tubuh sasa ini, sokongan ditunjukkan oleh penyokong setia Sang Kenari juga turut membuatkan dirinya teruja."Saya melihat begitu ramai penyokong KDA FC yang datang menyambut pemain-pemain import di lapangan terbang ini dan saya merasakan sokongan sangat ini penting kepada pemain," kata 'kereta kebal' itu yang bakal memakai jersi nombor empat.
4
10 Januari 2023 06:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239889/berita/sukan/langkah-kiri-pearly-thinaah-di-bukit-jalil
Langkah kiri Pearly-Thinaah di Bukit Jalil
[DIKEMAS KINI]BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah memulakan kejohanan Terbuka Malaysia 2023 dengan langkah kiri apabila tumpas kepada pasangan adik-beradik dari Bulgaria, Gabriela dan Stefani Stoeva di Bukit Jalil pada Selasa.Dalam aksi yang berlangsung di Arena Axiata tersebut, pasangan nombor enam dunia itu tewas 'straight set' 19-21, 14-21 dalam tempoh 31 minit.Kekalahan itu perit untuk diterima Pearly-Thinaah biarpun pernah mencipta sejarah muncul beregu wanita pertama negara menjuarai saingan Terbuka Perancis, Oktober tahun lalu.Malah pencapaian pada edisi kali ini lebih hambar berbanding kejohanan lalu apabila terkandas di pusingan kedua selepas tewas di tangan beregu China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 19-21, 14-21.Beraksi sengit pada set pertama, namun Pearly-Thinaah gagal menyaingi ketangkasan Gabriela dan Stefani yang menang 21-19 dalam siri Jelajah Dunia Super 1000 itu.Biarpun berada di ranking ke-14 dunia, Gabriela dan Stefani yang merupakan juara Terbuka Switzerland tenang mencatat kemenangan pada set kedua dengan keputusan 21-14.Kemenangan itu menebus kekecewaan Gabriela dan Stefani yang tewas kepada Pearly-Thinaah pada final Terbuka Switzerland 2021 dengan regu negara muncul juara.“Permainan hari ini (Selasa) tidak menjadi buat kami, pemain lawan beraksi dengan baik. Mereka dapat mengawal tiupan angin dengan baik,” kata Pearly selepas tamat perlawanan.Bagaimanapun di sebalik kekalahan mengejutkan itu, Pearly-Thinaah tekad bangkit menebus kekecewaan pada kejohanan Terbuka India dari 17 hingga 22 Januari ini.Dalam pada itu, Thinaah mengakui pemain lawan berjaya memberi tekanan kepada mereka terutama di set kedua. “Selepas ini kami akan lihat semula apa yang perlu dibaiki. Kekalahan ini sudah menjadi sejarah dan fokus untuk kejohanan seterusnya,” katanya.Sementara itu, skrip berbeza buat beregu campuran, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing apabila menghadiahkan kemenangan buat negara di hadapan ribuan penyokong sendiri.Mereka yang mengungguli Cabaran Antarabangsa Malaysia bulan lalu melakar kejutan mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Jepun, Kyohei Yamahshita-Naru Shinoya 21-11, 15-21, 21-19.Turut melakar kemenangan ialah pemain perseorangan lelaki profesional negara Liew Daren yang menewaskan Toma Junior Popov dari Perancis 21-15, 14-21, 21-17 selepas pertarungan 59 minit.Bagaimanapun, kemenangan itu dibayar dengan harga tinggi apabila dia mungkin terpaksa menarik diri akibat kecederaan betis kanan yang dialaminya sejak sebulan lepas.Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018 itu bagaimanapun berharap kecederaan itu mampu sembuh sepenuhnya bagi meneruskan perjuangan di hadapan peminat badminton tanah air.
4
10 Januari 2023 04:18pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/239887/berita/sukan/800-pesilat-bakal-gegar-stadium-tertutup-kuching
800 pesilat bakal gegar Stadium Tertutup Kuching
SERAMAI 800 pesilat daripada 16 negara bakal beraksi pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Kuching pada 27 Februari hingga 5 Mac depan.Primier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bersedia menganjurkan kejuaraan sulung berkelas dunia itu selain menerima kehadiran ribuan pencinta silat dunia."Malah, persiapan dari segi logistik juga kini berada pada tahap terbaik menjelang kejuaraan bertaraf premier ini."Sambutan bagi edisi sulung ini amat baik apabila negara seperti Indonesia, Singapura dan United Kingdom akan turut serta menghangatkan bandar Kuching sepanjang seminggu penganjuran," katanya.Penganjur kejohanan, Rumpun Silat Sarawak (RSS) berkata, kejohanan berkenaan merupakan penanda aras dan perintis untuk RRS menganjurkan kejohanan siri silat Sarawak pada masa akan datang."Kami tidak mahu menjadikan kejohanan ini sebagai 'one-off' sahaja, sebaliknya berhasrat mencipta sejarah kerana Malaysia belum pernah menganjurkan kejohanan seperti itu."Saya berharap para pesilat dapat mempamerkan aksi berkelas dunia serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi seiring dengan nilai yang dimiliki oleh seorang pesilat," katanya.Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$20,000 (RM87,510) bagi juara keseluruhan selain tali pinggang kejuaraan diperkenalkan buat pertama kali bagi juara keseluruhan. - Bernama
4
10 Januari 2023 04:12pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/239885/berita/sukan/thailand-yakin-jinakkan-harimau-malaya
Thailand yakin jinakkan Harimau Malaya
PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking percaya pasukannya mampu mengubah kedudukan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 menentang Malaysia di Stadium Thammasat, Bangkok malam ini.Walaupun menjangkakan skuad Harimau Malaya dengan kelebihan satu gol akan tampil lebih garang, Polking berkata, pasukannya mempunyai sasaran jelas untuk mara ke final dan akan memastikan ia menjadi kenyataan.Katanya, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri akan mendorong anak buahnya melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu."Kami percaya ini adalah permainan baharu, kami menjangkakan pasukan Malaysia yang lebih kuat daripada apa yang mereka lakukan di laman sendiri, ini adalah permainan 180 minit, kami bermain 90 minit dan mereka mendahului 1-0 tetapi kami bermain di laman sendiri sekarang."Kami akan mempunyai sokongan padu peminat dan pasti ini akan mendorong kami. Saya percaya kami boleh memulihkan kelemahan satu gol yang kami ada sekarang," katanya.Jurulatih kacukan Brazil-Jerman berusia 46 tahun itu menambah: "Kami akan melakukan perkara yang sama seperti yang kami lakukan dua hari lalu, jika kami boleh mengulangi bahawa saya percaya kami akan ke final."Skuad Gajah Perang tiada pilihan lain selain harus menewaskan Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke final bertemu Vietnam.Bagaimanapun, Polking berharap mutu pengadilan yang baik pada perlawanan esok terutama dari aspek memberi masa tambahan selepas mendakwa pengadil tidak memberikan tempoh sewajarnya pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, yang menyaksikan mereka tewas 0-1.Malah, beliau secara peribadi merasakan gol kedua Malaysia yang dijaringkan Dominic Tan dalam perlawanan itu sepatutnya dibenarkan."Ini adalah isu besar (kualiti pengadil) dan saya sudah bercakap dengan beberapa orang, dengan pengurus kami sekurang-kurangnya cuba dalam mesyuarat untuk menyatakan kepada pengadil bahawa kami menjangkakan standard yang lebih tinggi," katanya.Sementara itu, kapten Thailand, Theerathon Bunmathan mengucapkan terima kasih kepada penyokong tempatan selepas tiket perlawanan esok habis terjual dan berharap dapat meraikan keputusan positif bersama penyokong di penghujung perlawanan."Kami memberi tumpuan sepenuhnya pada masa ini dan kami berharap kami akan meraikan bersama penyokong esok (hari ini)," kata pemain pertahanan berusia 32 tahun itu.Vietnam mara ke final selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi pada Isnin.Vietnam mencatatkan kemenangan agregat 2-0 selepas seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Jumaat lalu. - Bernama
4
10 Januari 2023 04:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239928/berita/sukan/kumaahran-tekad-perbaiki-sentuhan-penyudah
Kumaahran tekad perbaiki sentuhan penyudah
PEMAIN baharu Sabah FC, S Kumaahran mahu memperbaiki kelemahan daripada aspek penyudah untuk tidak lagi mengulangi kesilapan sama pada musim lalu.Dia mengakui masih belum berpuas hati dengan pencapaian yang diraih ketika bersama PJ City FC musim lalu apabila hanya mampu meledak tiga gol di pentas Liga Super daripada 25 penampilan.Justeru, kehadirannya ke Sabah FC adalah untuk terus membuktikan ketajaman meskipun dia sedar saingan sukar menembusi kesebelasan utama The Rhinos.“Saya mahu melakukan penyudah yang lebih baik dan kena memastikan serangan yang lebih tajam sebab saya sedar musim lepas agak kurang menjadi.“Saya tidak mahu sekadar bercakap sahaja mengenai misi dan sasaran sebab yang penting saya kena buktikan dahulu kemampuan dalam perlawanan,” katanya.Kumaahran turut menjelaskan antara sebab penghijrahannya ke Sabah FC adalah kerana selesa dengan 'watak' yang dibawa ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.“Saya sudah biasa dengan beliau sebab sebelum ini bersama-sama dalam skuad Harimau Muda, jadi saya tahu bagaimana gaya dan pembawakannya di atas padang.“Sebab itu saya rasa selesa untuk berada di bawah bimbingannya. Saya teruja untuk kembali bekerjasama dengan beliau,” jelasnya.
4
10 Januari 2023 03:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239851/berita/sukan/marcote-cheng-hoe-kembali-bertaut-di-selangor
Marcote, Cheng Hoe kembali bertaut di Selangor
BEKAS jurulatih Kedah, Ramon Marcote kembali bergandingan dengan Tan Cheng Hoe apabila dinamakan sebagai sebahagian daripada barisan kejurulatihan Selangor FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Perkara tersebut dimaklumkan Selangor FC dalam kenyataan di laman sesawang kelab itu pada malam Isnin.Marcote sebelum ini pernah bekerjasama dengan Cheng Hoe di Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada tahun 2015 dan nama beliau amat sinonim dalam kalangan peminat pasukan skuad Kenari.“Pra musim Selangor FC sudah pun bermula pada minggu lalu bagi membuat persiapan menghadapi Liga-M 2023.“Kelab Gergasi Merah juga telah menandatangani pembantu ketua jurulatih kedua baharu yang pernah membimbing sebuah pasukan dalam kancah bola sepak Malaysia dan memiliki pengalaman yang luas di Eropah, Ramon Marcote Pequeno,” kata kenyataan itu.Kenyataan itu menyebut, musim baharu ini Gergasi Merah akan terus berdiri teguh di bawah kendalian Cheng Hoe bersama barisan kejurulatihan dan pegawai yang akan sentiasa bersama membantu pasukan sepanjang mengharungi tiga saingan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2023.“Bagi barisan kejurulatihan, Selangor FC terus mengekalkan Nidzam Jamil sebagai pembantu ketua jurulatih dan Arulchelvan Illenggo sebagai jurulatih kecergasan di atas bimbingan serta komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh mereka musim lalu.“Nidzam dan Marcote akan bekerjasama bagi membantu Cheng Hoe menyusun strategi dalam memperbaiki kelemahan serta memperkukuhkan kekuatan pasukan bagi menghadapi Liga-M 2023,” katanya.Pada masa sama, Selangor FC juga membawa masuk seorang lagi wajah baharu bagi membarisi barisan kejurulatihan Gergasi Merah iaitu Fouzi Mukhlas yang menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih penjaga gol.Semasa ketiadaan Cheng Hoe yang menyertai kursus kejurulatihan profesional bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Marcote diberikan tanggungjawab memangku posisi ketua jurulatih skuad Hijau Kuning itu.Kemudian, jurulatih berasal dari Sepanyol itu secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan tersebut selama beberapa bulan pada penghujung tahun 2017.Marcote merupakan pemilik lesen kejurulatihan UEFA Pro adalah bekas pengendali skuad pembangunan Atletico Madrid pada tahun 2016/2017.Selain itu, beliau juga pernah membimbing skuad remaja kelab gergasi di Arab Saudi, Al Hilal bawah 15 tahun pada tahun 2021/2022 sebelum ke Ethnikos Achnas di Cyprus sebagai jurulatih.
4
10 Januari 2023 01:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239839/berita/sukan/mourinho-mungkin-latih-brazil---alberto
Mourinho mungkin latih Brazil - Alberto
SPEKULASI Jose Mourinho untuk menjadi pengendali baharu Brazil semakin hangat diperkatakan.Perkara itu dimaklumkan oleh bekas pemain antarabangsa Selecao, Carlos Alberto yang dikhabarkan akan turut bersama dalam pasukan Mourinho tersebut.Alberto yang memenangi Liga Juara-Juara di bawah Mourinho di Porto memberitahu bahawa dia telah ditawarkan peluang untuk bekerja bersama pengendali kelahiran Portugal itu sebagai sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Brazil.“Mungkin (Mourinho) akan dilantik sebagai jurulatih pasukan Brazil. Saya bercakap secara langsung. Ia adalah maklumat.“Tidak kira dari mana maklumat itu datang, saya memberi anda maklumat. Ini kerana saya juga dijemput (sebagai jurulatih kedua),” katanya.Brazil giat mencari ketua jurulatih baharu selepas Tite melepaskan jawatannya berikutan kekalahan mengecewakan Brazil kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia 2022 bulan lalu.Mourinho adalah salah seorang daripada beberapa nama yang dilaporkan akan mengambil alih kerusi panas melatih Brazil.Jurulatih berusia 59 tahun itu sebelum ini turut disebut-sebut berada dalam radar Portugal berikutan Fernando Santos meletak jawatan.Bagaimanapun, Roberto Martinez telah dilantik mengendalikan Portugal.
4
10 Januari 2023 12:38pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239806/berita/sukan/kerjaya-idaman-sejak-zaman-kanak-kanak
Kerjaya idaman sejak zaman kanak-kanak
GARETH Bale mengumumkan persaraannya daripada kelab dan antarabangsa pada usia 33 tahun, sekali gus menamatkan antara kerjaya yang paling cemerlang dalam sejarah bola sepak Britain.Bale, yang membuat rekod 111 penampilan untuk Wales, membawa negaranya dari padang bola sepak antarabangsa kedua Kejohanan Euro - mara ke separuh akhir Euro 2016 - dan Piala Dunia pertama sejak 1958.Penyerang Los Angeles FC itu, yang sebelum ini bermain untuk Southampton, Tottenham dan Real Madrid, membuat penampilan kompetitif terakhirnya semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Wales menentang England pada 29 November.“Selepas membuat pertimbangan yang teliti, saya mengumumkan persaraan serta-merta daripada kelab dan bola sepak antarabangsa.“Saya berasa amat bertuah kerana merealisasikan impian untuk bermain sukan yang saya suka."Ia benar-benar memberi saya beberapa detik terbaik dalam hidup saya. Momen tertinggi dalam tempoh 17 musim, yang mustahil untuk ditiru, tidak kira apa yang akan disediakan bab seterusnya untuk saya," katanya di akaun media sosialnya.BalePenyerang itu menyertai Los Angeles FC pada Jun 2022, memenangi Piala MLS dalam tempoh singkatnya di Amerika Syarikat."Dari sentuhan pertama saya di Southampton hingga terakhir saya dengan Los Angeles FC dan segala-galanya di antaranya, membentuk karier kelab yang saya bangga dan berterima kasih.""Untuk menunjukkan rasa terima kasih saya kepada semua orang yang telah memainkan peranan mereka sepanjang perjalanan ini, terasa seperti mustahil. Saya rasa terhutang budi kepada ramai orang kerana membantu mengubah hidup dan membentuk kerjaya saya dengan cara yang tidak mungkin saya miliki. Saya pernah diimpikan ketika mula-mula bermula pada usia sembilan tahun," katanya.Los Angeles juga tampil memberi penghormatan kepada bintang penyerang mereka."Kami ingin berterima kasih kepada Gareth atas segala yang dia bawa ke kelab kami.“Dia tiba di sini dengan matlamat untuk memenangi kejuaraan di LA, dan, seperti yang dia lakukan di tempat lain dalam kariernya, dia berjaya."Ia adalah satu penghormatan untuk mempunyai salah seorang pemain paling berbakat, dinamik dan menarik dalam generasinya menamatkan kerjayanya dengan gelaran untuk Los Angeles FC," kata presiden bersama dan pengurus besar Los Angeles FC John Thorrington.
4
10 Januari 2023 09:19am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239802/berita/sukan/piala-fa-arsenal-lepasi-ranjau-oxford-united
Piala FA: Arsenal lepasi ranjau Oxford United
PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal menempah slot pusingan keempat Piala FA berdepan Manchester City selepas menewaskan kelab Divisyen Tiga Oxford United 3-0 hasil jaringan babak kedua Mohamed Elneny dan Eddie Nketiah.Terdahulu Oxford yang beraksi di Stadium Kassam lebih banyak bertahan pada separuh masa pertama, ternyata memberikan Arsenal beberapa detik membimbangkan sambil mengehadkan separuh peluang Arsenal pada babak kedua.Namun sebaik kebuntuan dipecahkan Elneny, dengan tandukan peluru dari sepakan percuma Fabio Vieira pada minit ke-63, Arsenal ternyata terlalu kuat untuk Oxford sekali gus gol pertama pemain Mesir itu untuk kelabnya sejak Mei 2021.Nketiah memastikan kemenangan tujuh minit kemudian hasil satu lagi bantuan daripada Vieira, sebelum dia menjaringkan gol kelimanya dalam lima perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan untuk The Gunners 14 minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan Arsenal.Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta bakal berdepan Manchester City di Stadium Etihad pada 28 Januari.Arsenal kini telah memenangi 14 perlawanan terakhir Piala FA menentang pasukan dari luar dua bahagian terbaik bola sepak Inggeris.Wrexham adalah pasukan terakhir yang tidak berada dalam dua liga teratas menyingkirkan Arsenal pada Januari 1992."Ia sentiasa sukar untuk menang dalam pusingan ini..."Anda perlu bersabar dan kami sentiasa menunggu gol pembukaan untuk datang."Eddie menjaringkan gol dan menyumbang kepada cara kami bermain dan saya gembira untuknya. Dia mesti menjaringkan gol dan dia melakukannya," kata Arteta.
4
10 Januari 2023 08:37am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239800/berita/sukan/martinez-isi-posisi-santos-di-portugal
Martinez isi posisi Santos di Portugal
PORTUGAL menamakan bekas jurulatih Belgium, Roberto Martinez sebagai pengurus baharu, menyaksikan pengendali Sepanyol itu menegaskan akan berbincang dengan Cristiano Ronaldo mengenai masa depannya dalam pasukan.Pengendali berusia 49 itu menggantikan Fernando Santos, yang meninggalkan posisi tersebut selepas Portugal disingkirkan Maghribi pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar."Saya menghargai semangat dan cita-cita yang dia (Martinez) menerima tugasan penuh cabaran ini.“Ini adalah detik penting untuk pasukan kebangsaan,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF), Fernando Gomes.Sementara itu, Martinez meletak jawatan sebagai jurulatih Belgium selepas tersingkir dari peringkat kumpulan Piala Dunia pula mengakui akan melepaskan jawatan di Belgium seandainya dinobatkan sebagai juara selepas enam tahun mengendalikan The Red Devils.Ia menamatkan tempoh yang panjang dalam mengendalikan pasukan menyaksikan dia membawa Belgium ke kedudukan nombor satu dalam ranking dunia dan tempat ketiga di Piala Dunia 2018 di Rusia."Saya gembira dapat mewakili salah satu pasukan paling berbakat di dunia.“Saya faham ada jangkaan yang hebat... tetapi saya juga faham ada pasukan yang sangat besar (di FFF)... dan bersama-sama kami akan mencapai matlamat kami,” kata Martinez.Santos 68 tahun, yang dikritik secara meluas kerana taktiknya dan meninggalkan penyerang Cristiano Ronaldo di bangku simpanan untuk dua perlawanan Piala Dunia berturut-turut, menjadi jurulatih Portugal pada 2014 dan mengetuai negara dalam 109 perlawanan.Portugal memenangi Kejuaraan Euro pada 2016 dan Liga Negara-Negara sulung UEFA pada 2018-19.Mengenai masa depan Ronaldo dalam pasukan kebangsaan, Martinez berkata, bahawa dia akan menghubungi pemain berusia 37 tahun itu, yang bulan lalu menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr."Saya mahu menghubungi semua 26 pemain yang berada di Piala Dunia lalu. Cristiano adalah pemain dalam senarai itu," katanya mengenai penyerang itu, yang merupakan milik negaranya. - penjaring rekod masa dengan 118 gol.
4
10 Januari 2023 08:06am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239799/berita/sukan/lloris-umum-persaraan
Lloris umum persaraan
PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa dalam usia 36 tahun pada Selasa.Kapten Les Bleus itu berkata, dia mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama ahli keluarganya.Lloris membuat rekod 145 penampilan untuk Perancis dari 2008-22, mengetuai pasukan sebanyak 121 kali, yang juga satu rekod.Dia membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2008, bermain di Kejohanan Euro pada 2012, 2016 dan 2020 serta Piala Dunia 2010, 2014, 2018 dan 2022.Penjaga gol Tottenham Hotspur itu juga mengetuai Perancis memenangi Piala Dunia 2018 sebelum sekali lagi membawa Les Bleus ke final Qatar 2022 sebelum ditewaskan Argentina."Ada masanya anda perlu tahu bagaimana untuk menyerahkan tampuk. Saya selalu berkata berulang kali bahawa pasukan Perancis bukan milik sesiapa, dan kita semua perlu memastikan perkara itu berlaku, saya dahului...."Saya rasa pasukan sudah bersedia untuk meneruskan. Ada juga penjaga gol yang sudah bersedia seperti Mike Maignan."Saya lebih suka keluar pada kemuncak daripada menunggu kegawatan. Terdapat juga pilihan keluarga, saya rasa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak," katanya kepada L'Equipe.Bersama-sama Piala Dunia 2018, Lloris turut memenangi Liga Negara-Negara 2021 dan membimbing Perancis ke perlawanan akhir Euro 2016.Sementara itu, Pengendali Perancis, Didier Deschamps berkata, Lloris bersara pada kemuncaknya biarpun masih mempunyai tempat dalam skuad kebangsaan, namun meminta para penyokong The Bleus menghormati keputusan tersebut."Seorang pemain hebat buat pasukan Perancis sebelum mengambil keputusan mengakhiri karier antarabangsa dan saya ingin memberi penghormatan kepada kerjayanya yang luar biasa."Di luar semua rekod yang bakat dan profesionalismenya membolehkannya dipecahkan, melangkaui peranan penting yang dimainkannya dalam kemenangan terbesar pasukan Perancis, Hugo adalah seorang yang luar biasa pada tahap pencapaian manusia."Merupakan satu keseronokan dan penghormatan untuk saya menjadi jurulatihnya. Saya berharap semua jurulatih mempunyai pemain seperti dia untuk dilatih. Hugo mempunyai rasa hormat dan terima kasih saya. Saya doakan dia bahagia," kata Deschamps.Sejak 2012, Lloris telah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham, yang juga kapten.Beliau sebelum ini beraksi untuk kelab Ligue 1 Perancis, Nice dan Olympique Lyonnais.
4
10 Januari 2023 07:42am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239790/berita/sukan/peng-soon-liu-ying-tiada-tekanan
Peng Soon-Liu Ying tiada tekanan
BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang bakal membuat penampilan terakhir sebelum menggantung raket tidak meletakkan sebarang sasaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 bermula Selasa.Baik Peng Soon mahupun Liu Ying, mereka menganggap keputusan perlawanan bukan keutamaan, sebaliknya mahu menikmati sebaiknya setiap detik pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu.Peng Soon berkata, dia dan Liu Ying tidak melakukan sebarang persiapan khusus bagi menghadapi Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula Selasa.“Corak permainan kami tidak banyak berubah. Sejak beberapa minggu lalu, kami hanya berlatih untuk membentuk semula keserasian di tengah gelanggang.“Kami telah bergandingan selama 13 tahun, selepas berpisah kami kembali bergandingan bersama. Saya rasa gembira apabila dapat kembali bergandingan dengan Liu Ying,” katanya.Bagi Liu Ying pula, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental menghadapi Terbuka Malaysia yang dianggapnya amat bermakna dan mempunyai pelbagai kenangan menarik.“Acara pertama saya mula bergandingan dengan Peng Soon ialah Terbuka Malaysia 2008 dan acara terakhir dalam kerjaya saya juga Terbuka Malaysia bersama Peng Soon.“Ia amat bermakna kepada kami. Saya memang mempunyai banyak perasaan, tetapi saya mahu menikmati permainan dengan sebaiknya,” ujarnya.Dalam aksi pusingan pertama pada Selasa, Peng Soon-Liu Ying yang kini menduduki ranking ke-47 dunia bakal berdepan gandingan Indonesa, Rehan Naufal Kusharianto-Lisa Ayu Kusumawati.Untuk rekod, Peng Soon-Liu Ying dua kali hampir muncul juara Terbuka Malaysia sebelum terpaksa akur dengan gelaran naib juara pada edisi 2013 dan 2016.Peng Soon-Liu Ying dilabel sebagai beregu campuran terbaik pernah dimiliki Malaysia susulan kejayaan mereka memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016.
4
10 Januari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239784/berita/sukan/pan-gon-idam-bawa-harimau-malaya-muncul-juara-piala-aff
Pan Gon idam bawa Harimau Malaya muncul juara Piala AFF
KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, mengakui menjuarai Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menjadi sasaran pentingnya bersama skuad Harimau Malaya.Ia diakui Pan Gon menjelang kemuncak pertembungan untuk slot final menentang juara bertahan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat di sini, malam esok.Jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun yang dilantik pada Januari tahun lalu, berkata, jika Malaysia mara ke final kali ini, adalah satu penghormatan baginya untuk menggembirakan peminat bola sepak negara sebelum bertarung untuk mencapai kejuaraan."Secara peribadi bagi saya Piala AFF adalah kejohanan yang sangat menarik, ketika saya di Hong Kong dan Korea Selatan, saya berminat untuk menyaksikan kejohanan ini. Apabila dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, menjadi juara Piala AFF adalah antara salah satu sasaran penting."Jika kita ke final, ia merupakan satu penghormatan besar bagi membanggakan penyokong Malaysia,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini pada Isnin.Mengulas mengenai perlawanan esok, walaupun bersyukur dengan kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, Pan Gon berkata, pemainnya perlu sentiasa fokus dan peka dengan kemampuan skuad Gajah Perang terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri.Bagaimanapun, katanya, skuadnya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk perlawanan esok."Kami mempunyai kelebihan tetapi kami sedar sepenuhnya bahawa perlawanan di tempat lawan adalah sangat sukar, namun kami telah pulih dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk perlawanan esok. Semua sudah bersedia dan penuh keyakinan untuk menentang Thailand...kami mahu memperoleh keputusan yang baik,” katanya.Sementara itu, pemain tengah, Stuart Wilkin, berkata mereka tidak boleh hanya bermain secara bertahan, sebaliknya perlu mencari gol awal untuk terus memberi tekanan kepada lawan."Menjelang perlawanan ini, kami tahu bukan mudah bermain di tempat lawan menentang pasukan Thailand yang bagus tetapi sudah tentu kami mencari gol untuk menekan mereka, ia akan menjadi satu cabaran tetapi sesuatu yang perlu kami lakukan,” kata pemain Sabah FC berusia 24 tahun itu.Berbekalkan satu gol, skuad Harimau Malaya hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat ke final Piala AFF 2022.Sementara itu, Vietnam mara ke final Piala AFF 2022 selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini.Vietnam merakam agregat 2-0 selepas aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Jumaat lalu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. - Bernama.
4
09 Januari 2023 11:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239783/berita/sukan/kbs-tambah-lokasi-skin-besar-tonton-aksi-thailand-malaysia
KBS tambah lokasi skin besar tonton aksi Thailand-Malaysia
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menambah 11 lagi lokasi skrin besar bagi tayangan pertembungan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 melibatkan Thailand dan Malaysia, malam esok.Penambahan tersebut menjadikan sebanyak 25 lokasi di seluruh negara dipilih bagi menayangkan aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Thammasar, Pathum Thani, berbanding 14 lokasi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi berkenaan termasuklah Dataran Merdeka di sini; Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan; Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu dan Dewan Arena Bukit Kuda, LabuanPengumuman tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam satu ciapan di laman Twitter, pada Isnin."Berita baik! Lokasi Big Screen @KBSMalaysia telah diperluaskan ke 25 lokasi untuk perlawanan Thailand vs Malaysia esok. Labuan pun ada. Tolong RT (retweet) dan enjoy!,” katanya.Harimau Malaya menang tipis 1-0 ke atas ‘Gajah Perang’ pada aksi separuh akhir pertama menerusi jaringan pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim, pada minit ke-11.Berikut merupakan senarai 25 lokasi skrin besar:Dataran Merdeka, Kuala LumpurPekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, PutrajayaDataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, PerlisDataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar, KedahKompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau PinangDataran KTM, Ipoh, PerakLaman MBPJ, Petaling Jaya, SelangorPadang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, SelangorDataran MPKJ @ Stadium Kajang, Kajang, SelangorDataran Sungai Tua, Batu Caves, SelangorPekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, SelangorDataran Kemerdekaan Shah Alam, SelangorKompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban, Negeri SembilanDataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pula Melaka, MelakaDataran Teluk Cempedak, Kuantan, PahangTaman Kerang, Kuantan, PahangPasar Dinda, Kuantan, PahangSerambi Teruntum, Kuantan, PahangMydin Tunjong, Kota Bharu, KelantanParking Premium UTC Kuala Terengganu, TerengganuDataran Bandaraya Johor Bahru, JohorMydin Petrajaya, Kuching, SarawakContainer City, Wireless Walk, Miri, SarawakPadang Merdeka, Kota Kinabalu, SabahDewan Arena Bukit Kuda, Labuan- Bernama.
4
09 Januari 2023 11:09pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/239779/berita/sukan/piala-aff-2022-vietnam-tempah-tiket-final
Piala AFF 2022: Vietnam tempah tiket final
VIETNAM memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menewaskan Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi.Kemenangan itu menyaksikan Vietnam menempah tiket final dengan agregat 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir pertama di Gelora Bung Karno, Jakarta Jumaat lalu.Dalam aksi di Hanoi sebentar tadi, skuad Naga Emas bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan apabila mendahului Indonesia seawal minit kedua menerusi jaringan penyerang tinggi lampai, Nguyen Tien Linh.Seakan-akan tersentak dengan jaringan awal Vietnam, Indonesia kembali mengatur langkah dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu tuan rumah.Namun, kontroversi tercetus apabila skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong itu dinafikan sepakan penalti oleh pengadil dari Jepun, Yusuke Araki pada minit ke-24 apabila Dendy Sulistyawan dikasari Doan Van Hau.Lima minit berselang, Vietnam hampir menambah jaringan menerus Van Hau, namun sepakan percuma yang diambilnya hanya mengenai tiang gol Indonesia.Aksi semakin panas apabila pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengasari Van Hau pada minit ke-34 sehingga mengakibatkan pemain kedua-dua pasukan bertikam lidah.Susulan itu, Asnawi dilayangkan kad kuning atas kekasarannya terhadap Van Hau. Beberapa minit kemudian, giliran Van Hau pula dikenakan kad kuning selepas melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.Sebaik babak kedua bersambung, Tien Linh sekali lagi menggamatkan stadium apabila menanduk masuk bola hasil sepakan sudut pada minit ke-47.Terdesak memburu jaringan, Tae-yong memasukkan Witan Sulaeman dan Ricky Kambuaya bagi menambah sengat jentera serangan Indonesia.Namun, sebaliknya berlaku apabila Vietnam hampir menambah gol ketiga menerusi Pham Tuan Hai pada minit ke-59 tetapi rembatannya berjaya ditangkap penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.Beberapa minit kemudian, giliran Nguyen Quang Hai pula menguji Argawinata, namun tonggak Vietnam itu kecewa apabila percubaannya gagal menerjah gawang Indonesia.Dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.Dengan kejayaan itu, Vietnam kini hanya menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Malaysia dan Thailand sebelum membuat perhitungan di pentas final.Malaysia yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, akan bertandang ke Stadium Thammasat, Bangkok bagi mengharungi perlawanan separuh akhir kedua malam esok.
4
09 Januari 2023 10:53pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/239762/berita/sukan/mengaumlah-harimau-malaya
Mengaumlah Harimau Malaya!
SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia untuk menghadapi gelora kebangkitan yang bakal ditampilkan Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, Bangkok pada Selasa.Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, barisan pemainnya telah diingatkan untuk mengekang habis-habisan serangan skuad Gajah Putih yang dijangka mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.Malah, Pan-gon percaya kemampuan Harimau Malaya menjelmakan keputusan positif di laman lawan itu nanti walaupun menyedari anak-anak buahnya membawa bekalan tipis ke Bangkok.“Sudah tentu ia perlawanan yang sukar kerana kita tahu ranking Thailand yang lebih baik. Mereka merupakan pasukan yang bagus. Ia akan menjadi tugas sukar walaupun kami menang 1-0 di separuh akhir pertama.“Saya akui pemain telah menunjukkan aksi baik di tempat sendiri dan kami perlu teruskan dengan persembahan lebih baik untuk mencari keputusan positif (dalam aksi separuh akhir kedua),” katanya.Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, Harimau Malaya meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Faisal Halim pada minit ke-11.Bekalan satu gol itu dilihat agak ‘goyah’ sekiranya Harimau Malaya terus menggunakan pendekatan bertahan, selain skuad Gajah Perang tampil dengan pendekatan agresif seperti dilakukan di Bukit Jalil.Namun, sedikit berita gembira mungkin boleh melegakan Pan-gon apabila pemain pertahanan, Azam Azmi Murad sudah bebas daripada penggantungan dua perlawanan.Situasi itu memberikan lebih alternatif kepada Pan-gon dalam membentuk barisan pertahanan yang lebih ampuh bagi mengekang jentera serangan Thailand diketuai penjaring terbanyak, Teerasil Dangsa.“Kami tidak beri gol kepada pasukan lawan di tempat sendiri dan ia sangat bagus kerana gol di tempat lawan juga akan beri kesan kepada keputusan separuh akhir ini nanti.“Saya percaya mental pemain-pemain sangat kuat bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua di Bangkok dan mereka akan berjuang sehabis baik demi nama Malaysia,” ujar Pan-gon.
4
09 Januari 2023 07:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239763/berita/sukan/mental-kena-kuat-berdepan-belanda
Mental kena kuat berdepan Belanda
SKUAD hoki negara diminta belajar daripada pengalaman apabila berdepan Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela, India pada 14 Januari ini.Jurulatih penjaga gol negara, S Kumar berkata, skuad The Speedy Tigers seharusnya tidak terlalu memandang tinggi keupayaan lawan mereka itu sehingga mengundang padah.“Pada Piala Dunia 2018 di India, aksi pertama kita lawan Belanda dan pada edisi kali ini juga akan berdepan Belanda. Jadi kita kena beri yang terbaik kerana keputusan aksi pertama penting.“Bila main dengan Belanda, kita mula rasa lemah... tak boleh macam itu, mental perlu kuat. Saya harap pengalaman menentang Belanda pada Piala Dunia 2018 boleh dijadikan pengajaran,” katanya.Pada kempen Piala Dunia 2018, Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila mengalami kekalahan besar 0-7 kepada Belanda dalam saingan pembuka tirai Kumpulan D di Bhubaneswar, India.Kumar berkata, persoalan mengenai keputusan perlawanan bukan keutamaan, sebaliknya barisan pemain negara perlu menampilkan terbaik, sekali gus melakar keputusan positif.“Kita bermain secara berpasukan. Tak kisah siapa yang turun beraksi nanti, pemain-pemain perlu pamer prestasi terbaik secara individu dan berpasukan,” ujarnya.Selepas pertemuan menentang Belanda, Malaysia dijadualkan berdepan Chile di venue sama pada 16 Januari sebelum mengakhiri aksi Kumpulan C bertemu New Zealand di Bhubaneswar pada 19 Januari.Pencapaian terbaik Speedy Tigers di pentas Piala Dunia adalah menduduki tempat keempat di laman sendiri pada 1975, manakala edisi terakhir di India menyaksikan skuad negara sekadar di kedudukan ke-15.
4
09 Januari 2023 07:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239749/berita/sukan/terbuka-australia-pemain-positif-covid-19-dibenar-bertanding
Terbuka Australia: Pemain positif Covid-19 dibenar bertanding
SYDNEY - Pemain tenis yang disahkan positif Covid-19 dibenarkan turun ke gelanggang Terbuka Australia, lapor dpa memetik ketua kejohanan Craig Tiley pada Isnin.Tiley dipetik media tempatan sebagai berkata, bahawa pemain tidak perlu melaporkan keputusan ujian dan akan dibenarkan bertanding selagi mereka berasa cergas."Kami telah menjelaskannya kepada pemain, serta lebih 12,000 kakitangan... jika ada yang berasa tidak sihat, duduk di rumah."Ia adalah persekitaran yang normal, dan kemungkinan akan ada pemain yang menghidap Covid-19," katanya.Australia telah menarik balik syarat wajib vaksinnya untuk pelancong dan kerajaan menggugurkan larangan kemasukan tiga tahun untuk pemain dunia Novac Djokovic.Djokovic, pada Isnin dilaporkan mendarat di Melbourne Park sedang memburu kejuaraan ke-10 ketika dia berusaha untuk menyaingi rekod pemain tenis perseorangan Rafael Nadal iaitu 22 gelaran grand slam. - Bernama.
4
09 Januari 2023 06:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239728/berita/sukan/lokasi-skrin-besar-dipilih-tanpa-pertimbangan-politik---hannah
Lokasi skrin besar dipilih tanpa pertimbangan politik - Hannah
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan pemasangan skrin besar melibatkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand Sabtu lalu tidak melibatkan sebarang pertimbangan politik.Menterinya, Hannah Yeoh memberitahu, proses tersebut dilakukan dalam tempoh singkat dan melibatkan beberapa pertimbangan.“Tiada pertimbangan politik dalam lokasi skrin besar. Cadangan penganjuran ini melibatkan lesen hak siaran, dimuktamadkan KBS pada 6 Januari (notis dalam masa yang singkat).“Negeri-negeri yang bekerja pada 6 Januari (Jumaat) bersedia dan mula gerak kerja dalam 24 jam untuk pelaksanaan segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.KBS sebelum ini menyediakan 14 skrin besar tayangan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF itu di seluruh negara.Bagaimanapun beberapa pihak mempersoalkan inisiatif tersebut yang tidak disediakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ketika ini ditadbir pihak pembangkang.
4
09 Januari 2023 05:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239698/berita/sukan/buat-apa-sahaja-harimau-malaya-asalkan-ke-final
Buat apa sahaja Harimau Malaya, asalkan ke final!
KELEBIHAN 1-0 tidak meletakkan Malaysia di kedudukan selamat menjelang kemuncak perebutan slot final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang juara bertahan Thailand di gelanggang mereka malam esok.Menentang Gajah Perang yang berduka selepas aksi separuh akhir pertama di laman sendiri, Sabtu lepas, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berada dalam keadaan bahaya sekiranya kekal bermain secara bertahan pada pertembungan di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani itu.Pendekatan ‘bola sepak negatif’ akan menyebabkan Malaysia hanya menanti masa dibolosi pihak lawan, sepertimana Thailand yang mempamerkan keupayaan teknikal yang tinggi berjaya menguasai 90 minit permainan ketika perlawanan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, dua hari lepas.Berdasarkan statistik pertembungan itu, anak buah Alexandre Polking mendominasi penguasaan bola sehingga 72 peratus dan melakukan keseluruhan 18 percubaan dengan empat daripadanya tepat ke gawang, manakala Malaysia hanya mencipta satu serangan tepat dalam keseluruhan lima percubaan.Penghargaan perlu diberi kepada penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang bertindak cemerlang menyelamatkan empat percubaan berbahaya Thailand selain pemain sayap sensasi Mohamad Faisal Abdul Halim yang meledak jaringan kemenangan malam itu.Statistik itu merupakan yang terburuk dicatat pasukan negara selepas empat perlawanan.Malah meskipun Thailand di ranking lebih rendah berbanding Vietnam, Malaysia dilihat menampilkan aksi lebih bertenaga dan dinamik ketika berdepan skuad Golden Star Warriors itu pada aksi kumpulan di Hanoi sebelum ini.Selain mengekalkan momentum baik di Bukit Jalil, Thailand pasti hadir dengan segala kekuatan untuk menyingkirkan Malaysia di hadapan penyokong sendiri dalam usaha mereka mempertahankan gelaran.Perlawanan separuh akhir kedua itu seharusnya menjadi medan buat Pan Gon mengotakan janjinya yang tertangguh apabila menyatakan pasukan negara akan ‘berjuang habis-habisan’ berdepan dengan Thailand tetapi sebaliknya pasukan pelawat mendominasi keseluruhan permainan.Bercakap mengenai permainan bertahan, strategi itu memerlukan tahap kecergasan optimum pemain kerana ia sangat memenatkan terutama bagi benteng pertahanan dan ia diakui pemain pertahanan negara Sharul Nazeem Zulpakar.Namun begitu bahagian pertahanan negara mendapat perkhabaran positif apabila Muhammad Azam Azmi Murad kini bebas daripada penggantungan dua perlawanan susulan kad merah kontroversi yang diterima ketika bertemu Vietnam.Gandingan ampuh bahagian pertahanan sangat dituntut bagi berdepan serangan Thailand diketuai penyerang prolifik berusia 34 tahun Teerasil Dangda, selain pemain sayap Bordin Phala yang membuatkan pemain negara tidak senang duduk dengan larian dan kemahiran menggeleceknya.Perhatian juga perlu diberikan kepada penjaring terbanyak edisi 2018, Adisak Kraisorn yang sentiasa menunggu peluang menambah jaringan selepas baru mencetak satu gol dalam kempen kejohanan kali ini.Pada pertembungan esok, bermain secara menyerang ataupun bertahan, pasukan negara tidak sepatutnya mensia-siakan kelebihan yang ada untuk melangkah ke final dan berpeluang menebus kekecewaan muncul naib juara pada 2018.Pada masa sama, perlawanan esok juga berupaya diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti sekali gus mengulangi skrip pertemuan pada kejohanan Piala Raja Thailand September lepas yang menyaksikan Ahmad Syihan muncul wira menafikan rembatan Supachok Sarachart.Kemenangan di Bukit Jalil tempoh hari menyaksikan Malaysia melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Thailand kepada enam perlawanan selepas menang dua dan seri tiga dalam pertemuan sebelum ini sejak 2018.Namun, Thailand adalah pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak penganjuran sulung pada 1996 apabila muncul juara sebanyak enam kali selepas beraksi pada sembilan edisi final.Thailand juga memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertemuan menentang Malaysia pada peringkat separuh akhir apabila memenangi dua daripada keseluruhan tiga pertembungan masing-masing pada edisi 2000 (2-0) dan 2012 (3-1) sementara tewas menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan pada edisi 2018. - Bernama
4
09 Januari 2023 01:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239695/berita/sukan/gakpo-perlu-masa-untuk-menyerlah
Gakpo perlu masa untuk menyerlah
PEMAIN sensasi Liverpool, Cody Gakpo berharap diberikan masa untuk tempoh beberapa minggu bagi meningkatkan prestasi selepas menyertai The Reds pada jendela perpindahan Januari ini.Pemain berusia 24 tahun itu turut mengakui gagal mempamerkan aksi terbaik pada penampilan pertama ketika The Reds seri 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi Piala FA pada Ahad.Pada aksi tersebut, Gakpo yang berhijrah dari PSV Eindhoven dinafikan satu bantuan jaringan apabila hantarannya berjaya ditanduk keluar Toti, sebelum dia melakukan lorongan buat jaringan Mohamed Salah untuk meledak gol kedua The Reds.“Secara keseluruhan ia permainan yang hebat. Saya juga ada beberapa peluang yang baik.“Namun saya mengakui ada berlaku kelekaan dan kesilapan. Saya masih boleh memperbaikinya dan terus bekerja dan cuba membantu pasukan sebaik mungkin,” katanya.Di sebalik aksi hambar itu, pemain Belanda tersebut telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.“Sudah tentu, anda akan banyak belajar apabila anda turun bermain. Jadi saya tidak sabar (beraksi lebih kerap) untuk perlawanan berikutnya,” katanya.The Reds memuktamadkan perpindahan Gakpo bernilai sekitar £37 juta (RM196 juta) pada jendela perpindahan baru-baru ini.
4
09 Januari 2023 01:10pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239668/berita/sukan/stevenage-malukan-villa
Stevenage malukan Villa
PENGURUS Stevenage, Steve Evans menyifatkan kejayaan menyingkirkan Aston Villa dalam aksi Piala FA merupakan hari terbaik buat pasukan divisyen empat itu.Kelab tersebut melakar kejutan di Villa Park, dengan dua jaringan lewat menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas skuad kendalian Unai Emery itu.Villa yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Leander Dendoncker dilayangkan kad merah menyaksikan Jamie Reid menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Dean Campbell meledak gol kemenangan untuk membawa pasukan itu ke pusingan keempat."Ia benar-benar istimewa. Pengerusi hanya berkata kepada saya ia adalah hari paling hebat dalam hidupnya dan dia telah bersama kelab selama 26-27 tahun."Ia adalah hari yang hebat untuk bandar ini tetapi kami tidak akan menipu diri sendiri. Ini adalah kelab bola sepak yang hebat dan kami akan menikmati masa ini dan mereka telah memberikan sokongan yang sangat hebat sejak kami masuk ke dalam stadium hari ini."Kami akan tahu perlu kekal merendah diri dan meneruskan kerja kami untuk aksi berikutnya," katanya.Dalam pada itu, Emery mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut dan menegaskan kegagalan memanfaatkan peluang sebagai punca pasukan itu tersingkir."Kesilapan besar terjadi dalam 90 minit karena kami memiliki peluang dan kami tidak mencetak gol. Begitu banyak peluang, masuk ke dalam kotak, dan kami tidak cukup klinikal untuk mencetak gol kedua dan menyelesaikan perlawanan," katanya.
4
09 Januari 2023 11:41am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239664/berita/sukan/mbappe-kritik-presiden-bola-sepak-perancis
Mbappe kritik presiden bola sepak Perancis
KYLIAN Mbappe mengkritik Presiden Perseketuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet sebagai tidak menghormati Zinedine Zidane selepas mengenepikan bekas jurulatih Real Madrid itu sebagai pengendali Les Blues.Pada Sabtu, Didier Deschamps telah menandatangani kontrak baharu selama empat tahun sebagai ketua jurulatih Perancis, membolehkannya mengetuai Les Bleus untuk aksi Piala Dunia keempatnya pada 2026.Zidane juga telah dikaitkan dengan jawatan tersebut dalam beberapa bulan lalu termasuk selepas kekalahan kepada Argentina dalam final Piala Dunia Qatar, baru-baru ini.Bagaimanapun, apabila jawatan itu telah disahkan milik Deschamps, Zidane dikatakan sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Tite sebagai ketua jurulatih Brazil.Ketika di tanya sama ada Zidane yang memenangi Piala Dunia 1998 sebagai pemain bersama Deschamps dan naib juara pada 2006 bercakap dengannya beberapa hari kebelakangan ini, Le Graet menolak Zidane sebagai calon berpotensi."Saya tidak akan menerima panggilannya. Nak beritahu dia apa? 'Hello tuan, jangan bimbang, carilah kelab baharu, saya baharu bersetuju dengan kontrak bersama Didier'."Saya akan terkejut jika dia ke sana (Brazil). Dia buat apa yang dia mahu dan ia tidak membimbangkan saya. Saya tidak pernah bertemu dengannya dan kami tidak pernah memikirkan untuk berpisah dengan Didier," katanya.Nada ego Le Graet itu menimbulkan rasa kurang senang Mbappe yang menyifatkan Zidane tidak seharusnya dilayan sebegitu."Zidane adalah orang Perancis, kita tidak boleh menghina legenda seperti itu," katanya.
4
09 Januari 2023 11:13am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239657/berita/sukan/chelsea-sedang-menderita
Chelsea sedang menderita
PENGENDALI Chelsea, Graham Potter mengakui pasukan itu sedang menderita selepas dibelasah Manchester City, 0-4 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA Di Stadium Etihad pada Isnin.Keputusan itu menyaksikan The Blues mengulangi aksi buruk tersingkir di pusingan ketiga dalam kejohanan tersebut yang kali terakhir berlaku pada musim 1997-98.Chelsea juga hanya mampu melakar satu kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan."Anda boleh membuat alasan dan mencari alasan, atau anda boleh mengatakan bahawa ia tidak cukup bagus dan kedua-dua jawapan itu betul."Jelas sekali, kami menderita sebagai sebuah kelab bola sepak dan ia tidak bagus. Tetapi, itulah yang sedang berlaku kepada kami."Kami tidak boleh melakukan apa-apa selain melakukan kerja dengan lebih baik dan bekerja keras. Kami memahami penyokong dan kekecewaan, tetapi tanggungjawab kami adalah untuk melakukan tugas. Selalu ada pendapat lain, kritikan dan negatif, tetapi itu sebahagian daripada cabaran," katanya.Dalam pada itu, Potter menegaskan tidak mempunyai sebarang isu mengenai komitmen pemain walaupun pasukan sedang menghadapi prestasi membimbangkan."Saya bekerja dengan pemain dan tidak merasakan mana-mana pemain mempunyai sikap buruk."Semua orang mahu mencuba untuk melakukan yang lebih baik, tetapi kami sedang melalui saat yang buruk," katanya.
4
09 Januari 2023 10:33am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239655/berita/sukan/dembele-julang-barca
Dembele julang Barca
BARCELONA boleh menarik nafas lega dengan meraih tiga mata berharga untuk mengekalkan penguasaan La Liga setelah menang tipis mengatasi Atletico Madrid awal pagi Isnin.Gol tunggal Ousmane Dembele sudah memadai buat Barca untuk mengutip 41 mata berkelebihan tiga mata di hadapan Real Madrid.Mengambil kesempatan selepas kekalahan 1-2 Real Madrid kepada Villarreal pada Sabtu, Barcelona mencipta kemenangan mengatasi Atletico di Metropolitano."Ia adalah kemenangan, tapi bukan hanya tiga mata. Ia memberikan kami tambahan moral dan keyakinan untuk baki saingan liga," ujar pengendali Barca, Xavi.Dalam aksi itu, Xavi mempertaruhkan Ansu Fati di depan bagi menggantikan penjaring terbanyak Robert Lewandowski yang digantung perlawanan.Bagaimanapun Dembele mencipta perbezaan apabila meledak gol tunggal pada minit ke-22.Atletico cuba bangkit, namun cubaan Antoine Griezmann diselamatkan pemain pertahanan, Ronald Araujo di atas garisan gol.Usaha skuad Diego Simeone terus buntu dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.Kedua-dua pasukan menamatkan aksi dalam suasana panas dengan 10 pemain selepas Ferran Torres dan Stefan Savic dibuang padang kerana bergaduh."Kami boleh menang di tempat yang sukar ini, bersaing dan bersatu menjadi sebuah keluarga."Pemain tahu bagaimana rasanya kesukaran dan kami mengambil tiga mata berharga. Ia adalah bukti bahawa kami adalah calon untuk menang liga ini," ujar Xavi.
4
09 Januari 2023 10:21am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239648/berita/sukan/kami-sudah-bersedia
'Kami sudah bersedia'
SKUAD hoki negara bukan sahaja akan mengharungi perjuangan di pentas Piala Dunia 2023 berdepan cabaran pasukan gergasi tetapi juga keadaan cuaca di Rourkela dan Bhubaneswar, India.Namun, penyerang The Speedy Tigers, Faizal Saari tetap positif bahawa ‘musuh kedua’ itu bukan satu halangan kepada pasukan negara untuk mempamerkan persembahan terbaik.“Sebenarnya pasukan negara sudah bersedia beraksi di India. Para pemain juga sebenarnya hendak atau tidak juga perlu cepat menyesuaikan diri apabila beraksi dalam cuaca panas atau hujan.“Sebagai contoh, para pemain cepat membiasakan diri apabila bermain pada jam 1 tengah hari pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan bulan lalu,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Skuad kendalian Arul Selvaraj kini berada di India dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan terakhir menentang Sepanyol pada Rabu sebelum memulakan kempen Piala Dunia 2023.Malaysia akan menyingkap kempen Kumpulan C menentang pasukan nombor tiga dunia yang juga juara tiga kali, Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada 14 Januari ini.Selepas berdepan Belanda, Malaysia akan menentang Chile di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela (16 Januari) sebelum berdepan New Zealand di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar pada 19 Januari.Pada masa sama, Faizal juga menyifatkan pasukan negara sudah bersedia menyahut cabaran berdepan gergasi hoki dunia di India.“Ya... saya akui cabaran sememangnya menanti pasukan negara apabila bakal berdepan pasukan kuat pada Piala Dunia kali ini.“Namun, pada satu sudut tiada perlawanan back to back ternyata memberikan ruang kepada pasukan untuk melakukan persediaan lebih rapi.“Pada Piala Dunia 2023 ini, kami akan memberikan sehabis baik berdepan setiap lawan dan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan,” ujarnya.
4
09 Januari 2023 07:20am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239635/berita/sukan/penggunaan-teknologi-var-diumum-dalam-masa-terdekat---fam
Penggunaan teknologi VAR diumum dalam masa terdekat - FAM
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat, kata presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.Beliau berkata, perancangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengadaptasi teknologi tersebut sejak akhir tahun lepas kekal menjadi keutamaan badan induk bola sepak tersebut."Berkenaan teknologi itu, kita akan umumkan tahun ini. Namun ia bukanlah menyeluruh untuk diguna dan mungkin sebagai contoh bagi Piala FA dan Piala Malaysia namun pada perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir."Ia bagaimanapun tidak boleh dilaksanakan bagi saingan liga dengan mengambil kira kos yang tinggi. Apapun, FAM dan MFL akan kekal melaksanakannya,” katanya.Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas beliau diumum selaku pemenang Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AIS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, malam Ahad.Pada tahun lalu, FAM menyatakan kesediaannya memperkenalkan sistem VAR dalam Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan. - Bernama
4
08 Januari 2023 11:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239616/berita/sukan/dominic-optimis-robek-gawang-lawan
Dominic optimis robek gawang lawan
WALAUPUN jaringannya dibatalkan, pemain pertahanan negara Dominic Tan tetap berpuas hati selepas berjaya membantu Malaysia mengatasi Thailand 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 pada Sabtu.Pemain Sabah FC itu menyifatkan kekecewaannya terubat apabila pasukan terutama benteng pertahanan berjaya mengekang skuad Gajah Perang yang juga juara bertahan daripada mencetak jaringan pada aksi sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.Menjelang aksi timbal balik di gelanggang lawan Selasa depan, beliau yang enggan berputus asa memburu gol pertama di pentas antarabangsa, berharap pasukan dapat mempertahankan kelebihan 1-0 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas final.“Saya berpuas hati sebab dapat clean sheet, patutnya 2-0 tapi inilah bola sepak, kita akan bawa momentum ini ke Thailand.“Sebenarnya ia bagus untuk mendapatkan gol pertama saya untuk Malaysia tetapi ia bukan rezeki saya, saya akan cuba lagi dan yang penting kita menang dan clean sheet,” kata pemain berusia 25 tahun itu ketika ditemui selepas perlawanan.Pada pertembungan mendebarkan itu, Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menumpaskan Thailand menerusi gol kemenangan pemain sayap sensasi, Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-11.Mengulas mengenai gol tandukannya pada minit ke-55 yang dibatalkan pengadil Kim Dae Yong dari Korea Selatan kerana mendakwa terdapat kekasaran dibuat pemain negara dalam kotak penalti, Dominic menafikan beliau melakukan kekerasan dalam perebutan bola di udara.Seorang lagi pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar merasakan pasukan negara tidak boleh hanya bermain secara bertahan apabila bertandang ke Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani dalam kemuncak perebutan slot ke final.Menurut pemain muda Selangor FC itu, bermain secara bertahan lebih penat terutama bagi benteng pertahanan seperti yang dihadapi semalam.“Bagi saya kita tak boleh bertahan dalam 90 minit di sana, kita perlu juga menyerang, jadi apa sahaja perancangan jurulatih kami akan terap di padang,” katanya. - Bernama
4
08 Januari 2023 06:20pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239615/berita/sukan/ujian-getir-harimau-malaya-di-bangkok
Ujian getir Harimau Malaya di Bangkok
CABARAN sukar menanti Harimau Malaya di Bangkok apabila berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 pada Selasa ini.Pemain pertahanan, V Ruventhiran berkata, bukan mudah untuk menahan asakan skuad Gajah Perang terutama apabila beraksi di gelanggang lawan di Stadium Thammasat nanti.Bagaimanapun, pemain baharu Selangor FC itu optimis percaturan jurulatih Kim Pan-gon bagi mengekang gerakan berbahaya pasukan lawan.“Perjuangan belum selesai kerana masih terdapat satu lagi aksi dan kami perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kami layak ke final. Kami pernah menang menerusi penalti menentang Thailand di Piala Raja Thai (September lalu).“Saya tidak bermain ketika itu dan ia memberikan saya semangat kerana masih mendapat kepercayaan dari barisan kejurulatihan,” katanya yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Pada aksi itu, gol tunggal Faisal Halim membantu Malaysia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Thailand.Mengulas perlawanan tersebut yang menyaksikan Malaysia dipaksa 'berkampung' di kawasan sendiri, Ruventhiran berkata, ia sesuatu yang mencabar, namun berjalan lancar seperti yang diarahkan jurulatih.“Memang sukar untuk bertahan ketika berdepan Thailand dan semuanya berjalan mengikut apa yang dikehendaki oleh barisan kejurulatihan yang banyak memberikan kata-kata semangat,” katanya.Pemain berusia 22 tahun itu turut menghargai barisan kejurulatihan yang memberi peluang kepadanya untuk beraksi di pentas besar tersebut.“Terima kasih kepada jurulatih kerana beri saya peluang bermain dalam perlawanan yang besar ini,” katanya.
4
08 Januari 2023 06:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239614/berita/sukan/tze-yong-rangka-strategi-ampuh-di-terbuka-malaysia
Tze Yong rangka strategi ampuh di Terbuka Malaysia
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong sudah melakukan persiapan rapi bagi penampilan sulungnya secara merit di kejohanan Terbuka Malaysia 2023, yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selasa ini.Pemain berusia 22 tahun, yang berada di ranking ke-25 dunia itu, bakal bertemu pemain ke-28 dunia Nhat Nguyen dari Ireland pada pusingan pertama.Menjangkakan tempoh perlawanan yang panjang dan sukar, Tze Yong telah merangka strategi perlawanan terbaik dengan jurulatihnya, Hendrawan.“Saya mengaku (cara bermain) semua pemain tidak sama, jadi kita kena tunggu hari perlawanan untuk tengok gaya seseorang.“Saya rasa sekarang pemain utama dalam sesuatu kejohanan, mereka memang akan main perlawanan yang panjang, jadi sudah semestinya saya menjangka situasi sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pada Ahad.Tze Yong bakal bertemu jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, jika berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut.Terdahulu, Tze Yong, juara Cabaran Antarabangsa Bahrain pada Disember lalu, dilantik sebagai duta minuman isotonik,100PLUS, bagi tempoh dua tahun iaitu bermula tahun ini hingga 2024. - Bernama
4
08 Januari 2023 06:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239612/berita/sukan/insiden-kad-merah-tidak-patahkan-semangat-azam-azmi
Insiden kad merah tidak patahkan semangat Azam Azmi
INSIDEN digantung dua perlawanan susulan kad merah ketika bertemu Vietnam di Hanoi baru-baru ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain pertahanan Harimau Malaya, Muhammad Azam Azmi Murad.Sebaliknya, pemain berusia 21 tahun itu menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang mematangkan beliau sebagai pemain kebangsaan sekali gus tekad untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa depan.Pemain Terengganu FC itu pada masa sama menjadikan pengajaran tersebut sebagai pembakar semangat bagi menebus kembali kesalahan sekiranya diberi peluang untuk beraksi menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Bangkok, Selasa ini.“Bagi saya benda ini pengalaman baharu untuk saya sebab saya tak pernah kena kad merah, jadi ia mematangkan saya.“Kalau diberi peluang saya akan beri sepenuh hati dan tak beri Thailand jaringkan gol...kita nak buru gol dan pergi ke final,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.Pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini digantung dua perlawanan susulan satu insiden pada aksi Piala AFF 2022 berdepan Vietnam di Stadium My Dinh yang menyaksikan dia dilayangkan kad merah.Dalam pada itu, Muhammad Azam turut berharap agar skuad Harimau Malaya dapat menampilkan permainan terbaik menentang Thailand di gelanggang keramat pasukan tuan rumah di Stadium Thammasat.Skuad Harimau Malaya berlepas ke Bangkok hari ini untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang dengan kelebihan satu gol selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.Sekiranya berjaya menjinakkan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini. - Bernama
4
08 Januari 2023 06:02pm
SYAMILAH ZULKIFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/239606/berita/sukan/kbs-kenal-pasti-fasiliti-sukan-perlu-dibaik-pulih
KBS kenal pasti fasiliti sukan perlu dibaik pulih
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang mengenal pasti fasiliti sukan di bawah kementerian itu yang perlu dibaik pulih di seluruh negara.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, pembangunan sukan terutama di peringkat akar umbi akan tergendala jika keadaan fasiliti sukan sedia ada berada dalam keadaan tidak baik."Kita ada banyak atlet yang berpotensi, bukan saja dalam sukan tumpuan tetapi dalam sukan-sukan lain yang mungkin kita tidak dapat menemui mereka kerana fasiliti yang kurang mencukupi."Kalau fasiliti sukan itu kurang, kuranglah penglibatan yang mana ia merupakan cabaran utama dalam pembangunan sukan negara," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Fin Swimming Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Pusat Akuatik Negeri, Negeri Sembilan di sini pada Ahad.Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Negeri Sembilan, Zul Fadhli Abd Aziz dan Presiden Persatuan Finswimming Malaysia, S. Ravivarma.Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan tahap fasiliti yang ada dalam keadaan baik namun disebabkan kemudahan itu sentiasa digunakan ia perlu dijaga setiap masa.Jelasnya, usaha membaik pulih fasiliti yang didapati bermasalah akan dilakukan secara berperingkat."Soal fasiliti ini adalah cabaran yang paling besar dan ia sentiasa diperhalusi dan diteliti terutama dalam memulihkan baik pulih fasiliti sedia ada sebelum kita bina yang baharu," katanya.Berkenaan Kejohanan Fin Swimming, beliau berkata, lebih ramai atlet dan bakat baharu dalam terbabit dapat dilahirkan hasil penganjuran pertandingan yang bersifat akar umbi.Jelasnya, pembangunan sukan tersebut masih baharu namun sukan itu sudah dipertandingkan di Sukan Sea beberapa kali dan negara juga ada menghantar atlet.
4
08 Januari 2023 05:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239589/berita/sukan/insiden-panahan-laser-warnai-bukit-jalil
Insiden 'panahan' laser warnai Bukit Jalil
IBARAT nila setitik, rosak susu sebelanga. Pepatah sesuai menggambarkan insiden panahan pancaran laser ke muka pemain Thailand dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu.Tembakan laser hijau itu merancakkan perdebatan di media sosial melibatkan peminat bola sepak serantau termasuk negara jiran, Indonesia.Ini kerana Indonesia pernah mengalami insiden sama di stadium keramat Harimau Malaya itu pada final Piala AFF 2010.Insiden itu mengundang bantahan penyokong Indonesia yang menuding jari menyalahkan pancaran laser itu sebagai punca kekalahan skuad Garuda kepada Malaysia.Setelah 12 tahun berlalu ia kembali hangat apabila segelintir penyokong Harimau Malaya 'memanah' pemain Thailand pada separuh kedua perlawanan.Kilauan laser itu dilihat tepat ke muka pertahanan tengah Thailand, Pansa Hemviboon.Dia sebelum itu terlibat perlanggaran dengan penjaga golnya sendiri dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan penalti.Turut berada dalam kotak penalti ketika itu, Darrek Lok dan Dominic Tan yang sempat menanduk bola sebelum menerjah gawang lawan, namun gol tersebut tidak disahkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Young.Keputusan itu menimbulkan amarah penyokong Harimau Malaya yang mencecah 63,000 orang.Malah ada segelintir penyokong yang turut membaling botol ke penjuru padang berdekatan kawasan gol skuad Gajah Perang.Mungkin tindakan Pansa yang dilihat seperti berlakon mengalami kecederaan mengundang rasa tidak puas hati penyokong, namun tayangan video menunjukkan dua pemain negara tidak menyentuh pemain lawan ketika berebutan bola di udara itu.Pun begitu, 'tembakan' laser tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh mengundang padah kepada pasukan tuan rumah yang kemungkinan berdepan denda.Ia juga mengundang imej tidak baik kepada reputasi 'ekor' Harimau Malaya yang terkenal dengan tingkah laku beradab.Apa pun diharapkan ia tidak berulang atas semangat kesukanan yang melangkau sempadan bangsa, negara, agama, budaya dan warna kulit.Ia ibarat ini rumah kita dan ini bola sepak kita, hormat tetamu budaya kita.
4
08 Januari 2023 03:47pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/239578/berita/sukan/kda-fc-fokus-pasukan-b23-hadapi-liga-malaysia
KDA FC fokus pasukan B23 hadapi Liga Malaysia
KEDAH Darul Aman (KDA) FC giat mempersiapkan pasukan Liga Simpanan Bawah 23 tahun (B23) sebagai sokongan kepada skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.Pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengakui gembira dengan perkembangan pasukan sokongan itu yang menunjukkan kemahiran dan keyakinan yang baik selepas berlatih bersama sejak tiga minggu lalu."Inilah kali pertama KDA FC mempunyai pasukan kedua untuk menyokong pasukan utama. Beberapa negeri dan kelab sudah ada pasukan kedua."Lantas, mereka mempunyai bilangan pemain antarabangsa yang mencukupi untuk mengganti pemain utama yang cedera atau dilayangkan kad."KDA FC tidak ada semua ini. Aras padang permainan di tahun-tahun lepas tak sama. Jarang sekali di tahun lepas KDA FC mempunyai lima pemain import bermain atas padang serentak," katanya yang dipetik melalui Facebook rasmi beliau pada Ahad.Mohd Daud juga sempat menyaksikan perlawanan pemanas badan antara pasukan utama kendalian Nafuzi Zain Dan Skuad B23 Sang Kenari yang dilatih oleh Rosle Md Derus pada Jumaat lalu.Ujarnya, pemain pasukan utama belum bersedia dari segi kecergasan kerana baru bersama beberapa hari seperti Manuel Ott dan Alan Robertson baru turun berlatih."Seorang pemimpin adalah seorang yang peka dengan sekeliling. Saya belajar sesuatu dari Coach Nafuzi. Beliau minta permainan hanya 70 minit sahaja bukan 90 minit. Pemain pasukan utama belum bersedia dari segi kecergasan. Hebat bacaannya."Kedua-dua pasukan bermain laju. Di separuh masa pertama saya duduk dengan pasukan B23. Betul kata Jurulatih, mereka main dengan lebih laju Dan pantas."Mereka ingin menang. Tapi nampak sedikit rasa hormat mereka kepada pasukan utama. Ini tidak elok. Atas padang, lawan habis-habisan," katanya lagi.
4
08 Januari 2023 02:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239574/berita/sukan/liverpool-nyaris-disingkir-wolves
Liverpool nyaris disingkir Wolves
LIVERPOOL berdepan saingan sengit apabila diikat 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Anfiel, awal pagi Ahad.Pasukan pelawat hampir menyingkirkan juara bertahan itu, namun bernasib baik apabila jaringan Toti dibatalkan selepas didapati ofsaid.“Ia permulaan yang bagus dan kami mendominasi perlawanan, namun gagal melakar kemenangan,” kata pengurus Liverpool, Juergen Klopp.Pada aksi itu, Wolves terlebih dahulu di depan hasil kesilapan penjaga gol Alisson apabila hantarannya dipintas Goncalo Guedes yang menolak bola ke gawang pada minit ke-26.Tuan rumah bagaimanapun menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi rembatan Darwin Nunez yang menewaskan penjaga gol Wolves, Matija Sarkic selepas menerima hantaran Trent Alexander-Arnold.Pemain Mesir, Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan selepas rehat menerusi rembatan dalam kotak penalti ekoran kesilapan pertahanan Wolves, Toti yang tertanduk bola ke belakang.Wolves enggan mengalah terus mengasak kubu Liverpool dan berjaya menyamakan kedudukan apabila Hwang Hee-chan menewaskan Alisson selepas menerima hantaran daripada pemain gantian Matheus Cunha.“Kami beraksi sangat baik tetapi kemudiannya kami melepaskan gol. Ia tidak sepatutnya berlaku tetapi kami semua tahu, Ali (Alisson) banyak kali menyelamatkan kami,” kata Klopp.Dalam pada itu, bintang baharu Liverpool, Cody Gakpo tampil buat kali pertama selepas berpindah dari PSV Eindhoven pada awal jendela perpindahan Januari.“Tidak mudah untuk aksi pertama. Kami tak boleh jangka yang sempurna tetap dia menunjukkan petanda positif. Kami perlu menjadikan dia lebih baik dan masanya akan tiba,” ujar Klopp.
4
08 Januari 2023 02:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239568/berita/sukan/ronaldo-kena-tunggu-dua-minggu-lagi
Ronaldo kena tunggu dua minggu lagi
BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo dijangka membuat debut di Arab Saudi dalam tempoh dua minggu lagi selepas dia didaftar sebagai pemain baharu Al Nassr.Sumber memberitahu AFP, tarikh jangkaan kapten Portugal itu boleh membuat penampilan pertama ialah pada 22 Januari.Ronaldo akan menyertai senarai pemain selepas Al Nassr menamatkan kontrak pemain dikaitkan dengan Manchester United, Vincent Aboubakar.Pemain berusia 38 tahun itu boleh beraksi di laman sendiri menentang Ettifaq selepas melalui dua penggantungan perlawanan yang dikeluarkan pada November kerana memecahkan telefon bimbit seorang penyokong ketika bermain bersama Manchester United.“Al Nassr menamatkan kontrak Vincent Aboubakar menerusi persetujuan bersama dan dia akan menerima semua haknya dalam aspek kewangan,” kata sumber itu.Kelab itu sudah mendaftarkan Ronaldo sebelum perlawanan Al Nassr menentang Al Ta'ee Jumaat lalu.Ronaldo sudah melalui satu penggantungan dan akan terlepas satu lagi aksi sebelum boleh turun bermain.“Jadi ketika ini dia ada satu lagi penggantungan dan akan melaluinya dalam satu lagi aksi menentang Al Shabab pada 14 Januari,” kata sumber itu.Dalam pada itu, ekoran penamatan kontrak berkenaan, Aboubakar ketika ini adalah ejen bebas dan boleh berunding untuk menyertai mana-mana kelab.Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mengulas spekulasi pemain berusia 30 tahun itu akan berkelana ke Old Trafford.
4
08 Januari 2023 01:18pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239552/berita/sukan/serie-a-bertafakur-beri-penghormatan-kepada-gianluca-vialli
Serie A bertafakur, beri penghormatan kepada Gianluca Vialli
SERIE A Itali bertafakur selama seminit menjelang perlawanan pada Ahad untuk memperingati Gianluca Vialli, manakala rakan sepasukan dan pesaing lama memberi penghormatan kepada bekas pemain antarabangsa Itali tersebut.Vialli, 58, yang memperoleh 59 caps untuk Itali dan menikmati kerjaya kelab cemerlang bersama Sampdoria, Juventus dan Chelsea, meninggal dunia pada Jumaat selepas bertarung lama dengan kanser.Bekas rakan sepasukannya di Juventus, Gianluca Pessotto membaca surat penuh emosi menjelang perlawanan menentang Udinese pada Ahad berkata, "Anda adalah pemandu kami, dalam padang dan luar, rakan sepasukan di bilik persalinan dan dalam kemenangan."Seorang kapten. Seorang kawan. Saya tidak boleh melupakan rasa jenaka anda, kelas anda, karisma anda, ketabahan anda."Tiada siapa yang boleh melupakan kenangan yang anda berikan kepada kami dengan bola sepak dan gol anda. Kami akan sangat merindui senyuman anda. Kami di sini bersedia untuk memeluk anda, sama seperti kami bersedia untuk memeluk anda dalam kejayaan. Selamat berlayar, kapten. Kami sayang kamu."Sementara itu, penyerang Juventus Federico Chiesa yang mendedikasikan kemenangan 1-0 ke atas Udinese kepada Vialli berkata, "dia seorang yang hebat dan saya sangat bertuah kerana dapat bertemu dengannya dalam hidup saya, kerana dia adalah juara sebenar, tetapi di atas semua itu adalah menakjubkan"."Kami boleh bercakap selama berjam-jam mengenai betapa hebatnya dia. Kemenangan perlawanan ini adalah untuknya."Dalam pada itu, pengendali Itali, Roberto Mancini, rakan seumur hidup Vialli, memberi penghormatan kepada 'adik lelakinya' berkata, Gianluca adalah yang terbaik daripada kami, seorang lelaki yang sempurna dan berani.Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte sebelum ini memilih untuk tidak menghadiri sidang akhbar menjelang perlawanan Piala FA kerana meratapi kematian bekas rakan sepasukannya.“Kami makan malam bersama di London beberapa bulan lalu sambil kami seronok mengenang kembali semua pengembaraan dan pertempuran kami di lapangan."Malangnya, anda terpaksa bertarung dalam pertempuran yang hebat dan dahsyat dalam hidup beberapa tahun kebelakangan ini."Saya memberitahu anda dan menulis kepada anda bahawa anda sentiasa menjadi inspirasi kepada saya sebagai kapten saya dan bagaimana anda membuktikan diri anda kuat, bangga dan berani, bertarung seperti singa melawan penyakit ini," tulis Conte di Instagram bersama gambar dia dan Vialli.Sementara itu, dalam sidang akhbar pada Jumaat, pengendali AC Milan, Stefano Pioli memberitahu pemberita, tahun 2023 belum bermula dengan baik kerana kami telah kehilangan juara sukan dan kehidupan, seorang yang pemurah, tepat dengan nilai yang unik.
4
08 Januari 2023 11:51am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239553/berita/sukan/bung-moktar-letak-jawatan-presiden-safa
Bung Moktar letak jawatan Presiden Safa
TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta-merta.Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya sendiri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik.Katanya lagi, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung Safa dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.Sementara itu, bercakap mengenai prestasi pasukan bola sepak negeri, beliau mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC.Bagaimanapun katanya, sepanjang mengetuai badan induk bola sepak itu, pasukan telah berupaya melakukan perubahan dalam pencapaian selain pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan."Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran Safa dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ia masih di tahap yang masih belum memuaskan."Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan serta dokongan daripada semua pihak terutama daripada peneraju utama kepimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu Safa khususnya pasukan Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan," katanya.Beliau turut menegaskan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran Safa, tiada sebarang agenda peribadi selain berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi kekangan waktu dan sumber kewangan untuk memajukan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri itu."Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya," katanya.Ahli Dewan Parlimen Kinabatangan itu memegang tampuk pentadbiran badan induk berkenaan sejak Jun 2021.Sebelum itu, pada Disember 2020 ahli majlis tertinggi Safa sebulat suara bersetuju melantik Bung Moktar sebagai pemangku Presiden Safa dan disahkan sebagai Presiden Safa menerusi mesyuarat agung luar biasa Safa pada Jun 2021.Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah ketika ini terpalit dengan dakwaan cubaan menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Barisan Nasional (BN) dan ia dikuatkan lagi dengan pengumuman UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
4
08 Januari 2023 11:50am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239545/berita/sukan/howe-pertahan-pemilihan-pemain
Howe pertahan pemilihan pemain
PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe mempertahankan pemilihan kesebelasan utama The Magpies ketika disingkirkan 1-2 oleh kelab liga bawahan, Sheffield Wednesday dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Hillsborough.Namun Howe menegaskan ketumpulan penyudah jentera serangan pelawat menyaksikan deretan percubaan dan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan sepanjang perlawanan tersebut."Ya, kami terdesak untuk memenangi perlawanan penting ini dan pasukan ini saya percaya cukup kuat untuk melakukannya, namun mengakui aksi di padang tidak selari dengan diinginkan pasukan."Kami sedar bahawa pasukan ini bukan skuad paling mantap. Kami skuad ringan pada nombor tetapi tinggi pada kualiti. Kami memberi peluang kepada beberapa pemain yang tidak mempunyai banyak minit musim ini, dan saya fikir ada positif dan negatif dalam prestasi mereka."Kami sangat kecewa apabila tersingkir kerana kami mencipta deretan peluang yang mencukupi untuk memenangi perlawanan. Penjaga gol mereka melakukan beberapa penyelamatan yang hebat, namun kami tidak cukup klinikal," kata Howe.Josh Windass meledak dua gol untuk Wednesday pada minit ke-52 dan 65, manakala pemain gantian Bruno Guimarães tampil gol penyamaan buat Newcastle di minit 69.Newcastle beraksi tanpa Allan Saint-Maximin, yang menarik diri pada malam sebelum perlawanan kerana sakit, namun Howe memberi permulaan kepada penyerang Alexander Isak yang kembali cergas, yang bermain 45 minit sekembalinya daripada kecederaaan paha selama empat bulan."Kami mempunyai skuad yang sangat kecil dan perlu melindunginya untuk perlawanan akan datang. Perlawanan Leicester City (suku akhir Piala Liga) sudah hampir dan kami memilih pasukan berdasarkan ini dalam fikiran."Jika permainan itu tidak ada, pemilihan pasukan mungkin berbeza. Kami cuba mengimbangi segala-galanya."Kami tidak banyak mengalami kekalahan musim ini dan ia sangat menyakitkan, anda tidak mahu kalah dalam sebarang perlawanan. Kami berazam untuk bermain dengan baik dalam pertandingan ini tetapi ia tidak menjadi, dan sentiasa ada perkara untuk dipelajari," katanya.
4
08 Januari 2023 10:53am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239548/berita/sukan/90-minit-di-thailand-bukan-mudah---faisal
'90 minit di Thailand bukan mudah' - Faisal
WIRA Malaysia menewaskan Thailand, Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui skuad Harimau Malaya perlu meningkatkan mutu persembahan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di gelanggang lawan, Selasa depan.Beliau berkata, ia selepas pasukan negara tidak menampilkan corak permainan biasa ketika menundukkan Thailand 1-0 di sebalik dominasi permainan skuad Gajah Perang itu pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi."Kita ada 90 minit di Thailand, ia bukan perkara mudah, kita belum layak ke final tapi tak mustahil...sudah tentu kita perlu tambah baik dan tingkatkan lagi permainan. Walaupun kita menang hari ini (malam tadi), permainan kita bukan seperti biasa."Saya harap di Thailand nanti dapat kekalkan satu jaringan dan jangan bolos, kalau tak boleh jaringkan gol pun kita masih menang 1-0 dan layak ke final,” kata penjaring gol kemenangan pasukan negara ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.Thailand yang merupakan juara bertahan dan juara enam kali, berjaya mengawal 90 minit permainan di Bukit Jalil, namun terpaksa akur tewas di hadapan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.Mohamad Faisal meledak jaringan penting Malaysia pada minit ke-11 untuk memberi skuad bimbingan Kim Pan Gon bekalan diinginkan bagi mengharungi aksi timbal balik yang dijangka berlangsung sengit di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani dalam kemuncak perebutan slot ke final.Jaringan sempena ulang tahun kelahirannya ke-25 menyaksikan pemain sayap Selangor FC itu kini berada di posisi kedua dalam carta penjaring terbanyak di belakang penyerang prolifik Thailand Teerasil Dangda yang mengumpul lima gol.Bercakap mengenai jaringannya, Mohamad Faisal berkata, beliau mempunyai perasaan yang bercampur baur terutama mengenangkan keluarga."Saya gembira dan bersedih sebab saya jaringkan gol pada hari jadi saya tetapi tak sambut dengan keluarga, isteri dan anak...ia satu perkara yang sukar untuk terima tapi saya ada rakan sepasukan, jurulatih dan pasukan, walaupun sambut dengan mereka sudah buat saya gembira,” katanya.Pasukan negara yang muncul juara pada edisi 2010 dijadual berlepas ke Thailand hari ini. - Bernama
4
08 Januari 2023 10:37am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239534/berita/sukan/piala-fa-kane-pacu-kemaraan-tottenham
Piala FA: Kane pacu kemaraan Tottenham
PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane melepasi satu gol daripada penjaring rekod kelab itu, Jimmy Greaves apabila gol tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tottenham Hotspur.Jaringan Kane pada lima minit babak kedua itu telah menjadikan jumlah gol sepanjang bersama Tottenham kepada 265 gol.Tottenham, pemenang Piala FA lapan kali yang pernah tewas kepada Portsmouth pada separuh akhir 2010, menurunkan barisan pemain yang kuat namun gagal mencatatkan rembatan ke sasaran menentang lawan dari Divisyen Tiga itu pada separuh masa pertama tetapi meningkat selepas rehat untuk mendominasi.Selepas Kane memecah kebuntuan dengan gol kelabnya yang ke-17 musim ini, pemain tengah Oliver Skipp mensia-siakan peluang untuk melebarkan kedudukan 2-0."Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Kadang-kadang anda boleh berfikir terlalu banyak."Saya rasa dalam bentuk yang baik dan cergas. Pemikiran saya adalah untuk membantu pasukan dan berharap matlamat akan datang," kata Kane.Sementara itu, kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City, yang memenangi piala pada 2021, juga mara ke pusingan keempat apabila menang 1-0 ke atas Gillingham yang berada di tangga terbawah Liga Bola Sepak.Southampton pula mengetepikan prestasi buruk dalam Liga Perdana Inggeris apabila bangkit menewaskan rakan sepasukan di peringkat teratas, Crystal Palace 2-1 di Selhurst Park dengan Adam Armstrong menjaringkan gol kemenangan selepas pelawat menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma James Ward-Prowse.PIALA FAPusingan KetigaLiverpool 2-2 WolvesSheffield Wednesday 2-1 Newcastle UnitedTottenham 1-0 PortsmouthBrentford 0-1 West Ham UnitedGillingham 0-1 Leicester CityCrystal Palace 1-2 SouthamptonHull City 0-2 FulhamMiddlesbrough 1-5 Brighton(Perlawanan Ulangan: 18 Januari)
4
08 Januari 2023 07:50am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239526/berita/sukan/piala-aff-menang-1-0-tidak-cukup---pan-gon
Piala AFF: Menang 1-0 tidak cukup - Pan Gon
KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengakui kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama malam ini, tidak mencukupi untuk mengukuhkan peluang ke final Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Menyedari aksi sengit menanti skuad Harimau Malaya di separuh akhir kedua di Stadium Thammasat pada Selasa ini, Pan Gon menaruh yakin anak buahnya kekal tenang dan terus berjuang bagi memastikan mereka tidak tersingkir."Kemenangan 1-0 jelas tidak mencukupi apatah lagi beraksi di laman sendiri tapi saya tetap gembira dengan keputusan malam ini."Ia satu perlawanan sukar kerana Thailand adalah pasukan kuat. Kita cuba memberi tekanan kepada mereka tapi ia tidak mudah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam ini.Bagaimanapun, Pan Gon berasa lega kerana pasukan kebangsaan tidak dibolosi pada aksi malam ini selepas pemain sayap lincah negara Mohamad Faisal Abdul Halim membuka jaringan pada minit ke-11."Kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol, keputusan sepatutnya berpihak kepada kita 3-0 namun pasukan lawan juga mempunyai banyak peluang mendapatkan gol. Cuma pemain adalah manusia dan melakukan kesalahan. Saya harap para pemain dapat pulih dengan cepat,” katanya.Mengenai gol hasil tandukan Dominic Tan pada minit ke-55 dinafikan oleh pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Pan Gon berkata: "Saya tidak nampak (insiden) itu dengan jelas, saya tidak boleh kata apa-apa.”Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking kecewa dengan kekalahan dialami anak buahnya biarpun mereka mendominasi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil."Sebagai jurulatih, saya tidak suka kekalahan sebegini tapi ini adalah bola sepak dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Saya tidak pernah menyangka Thailand boleh mendominasi permainan kerana Malaysia berbeza sama sekali di peringkat kumpulan,” katanya.Pada masa sama, beliau yakin mampu mengubah keputusan apabila menerima kunjungan Malaysia di laman sendiri pada Selasa."Ia keputusan baik buat Malaysia dengan penyokong yang hebat tapi kami juga mempunyai peminat hebat dan saya pasti mereka akan mendorong pemain untuk menjaringkan gol,” katanya. - Bernama
4
08 Januari 2023 12:36am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239525/berita/sukan/piala-aff-ribuan-peminat-bola-sepak-banjiri-dataran-merdeka
Piala AFF: Ribuan peminat bola sepak banjiri Dataran Merdeka
RIBUAN peminat bola sepak membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan tayangan aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menerusi skrin besar di sini malam ini.Tinjauan mendapati suasana gamat menggegar lokasi sambutan Hari Kebangsaan itu apabila skuad Harimau Malaya menjaringkan gol pada aksi secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8.30 malam ini.Ibu bapa juga dilihat tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama merasai suasana hangat aksi menentang Thailand itu.Normardiana Ramli, 40, ketika ditemui berkata, dia menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) bersama tiga anaknya untuk memberi peluang mereka merasai pengalaman berkenaan."Anak-anak saya memang nak sangat tengok bola, tapi sebab tiket dah habis, saya bawa juga mereka ke sini walaupun naik LRT. Anak juga merasai semangat kesukanan dan turut menyokong Harimau Malaya,” katanya.Pengembara rakyat Romania yang juga peminat bola sepak, Tanasie Gabriela, 25, turut tidak melepaskan peluang merasai kemeriahan di sini dengan mengenakan jersi Harimau Malaya.Menurut Gabriela, dia mengetahui mengenai tayangan berkenaan melalui iklan di televisyen dan hadir bersama tiga rakannya.Reaksi penyokong pasukan Malaysia yang hadir di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, Malaysia menentang pasukan Thailand. - Foto: Bernama"Pengalaman yang hebat menyaksikan masyarakat tempatan sangat teruja menonton perlawanan itu kerana ia tidak berlaku di negara kami, kami hanya menonton perlawanan bola sepak di stadium."Saya dan kawan-kawan adalah peminat bola sepak, sudah tentu kami mahu merasai pengalaman seperti ini di Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama.Perlawanan menentang Thailand malam ini menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mengatasi lawan 1-0 menerusi jaringan Muhammad Faisal Abdul Halim.Skuad kendalian Kim Pan Gon akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok pada 10 Januari.Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini. - Bernama
4
07 Januari 2023 11:33pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239524/berita/sukan/pan-gon-puas-hati-persembahan-harimau-malaya
Pan-gon puas hati persembahan Harimau Malaya
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan para pemainnya selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Menurutnya, pemain negara telah memberikan segalanya berdepan pasukan di ranking ke-111 dunia itu."Saya berbangga dengan pemain. Penyokong juga memberikan sokongan padu kepada kami."Malam ini perlawanan sukar, tetapi perlawanan seterusnya (separuh akhir kedua) lebih sukar."Pemain menunjukkan semangat berpasukan, kembali kejar bola apabila hilang dan komitmen mereka memang terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pada Sabtu.Skuad negara akan sekali lagi berdepan Thailand dalam aksi timbal balik di Stadium Thammasat pada Selasa ini.
4
07 Januari 2023 11:16pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239523/berita/sukan/masih-belum-berakhir---polking
Masih belum berakhir - Polking
PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking menyifatkan perjuangan buat pasukannya masih belum berakhir selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Menurutnya, skuad Gajah Perang masih mempunyai 90 minit untuk menukar keputusan tersebut kepada kemenangan di laman sendiri."Kami tewas tetapi masih ada aksi di laman sendiri. Saya tidak suka kalah."Sukar untuk menerima kekalahan ini selepas kita juga beraksi baik."Namun, perlawanan bagus ditonjolkan oleh Malaysia dibantu dengan sorakan penyokong mereka," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.Aksi separuh akhir kedua Piala AFF kedua-dua pasukan akan dilangsungkan di Stadium Thammasat pada Selasa ini.
4
07 Januari 2023 10:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239522/berita/sukan/22-atlet-para-hoki-beraksi-di-berlin-jun-ini
22 atlet para hoki beraksi di Berlin Jun ini
MALAYSIA menjadi negara pertama di Asia yang menghantar atlet para hoki negara untuk beraksi dalam acara Special Olympics Hockey di Special Olympics World Games di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.Presiden Persatuan Para Hoki Malaysia (PPHM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, acara yang juga dikenali sebagai ID Hoki itu merupakan acara pertunjukan sebelum ia disenaraikan sebagai acara rasmi dalam temasya sukan berprestij itu pada masa akan datang."Kita telah mempersiapkan barisan atlet dari pelbagai negeri sejak awal lagi bagi membawa nama negara dalam acara berprestij itu,” katanya selepas melancarkan PPHM secara rasmi pada Sabtu.Special Olympics World Games merupakan temasya sukan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.Dalam pada itu, Megat D Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, penubuhan persatuan itu sejak 14 Jun 2021 adalah sebagai platform untuk atlet OKU termasuk fizikal, pendengaran, penglihatan, mental dan kerdil menceburi sukan hoki."PPHM mengorak langkah mengadakan platform ini untuk memberi peluang kepada OKU menyerlahkan bakat mereka dalam sukan hoki,” katanya.Beliau berkata bagi menjayakan matlamat persatuan, PPHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara. - Bernama
4
07 Januari 2023 10:47pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239518/berita/sukan/malaysia-tewaskan-thailand-bawa-bekalan-tipis
Malaysia tewaskan Thailand, bawa bekalan tipis
HARIMAU Malaya membawa bekalan tipis bertandang ke Stadium Thammasat, Selasa depan selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Skuad Gajah Perang tampak lebih agresif pada babak pertama perlawanan mencipta banyak peluang sehingga mengucar-ngacirkan benteng pertahanan negara.Namun, kekebalan pertahanan negara yang diterajui Sharul Nazeem dan Dominic Tan berjaya menghentikan setiap asakan lawan.Thailand melakukan asakan seawal minit keempat melalui pemain pertahanan mereka, Pansa Hemviboon, namun tandukannya tersasar.Pemain sensasi negara, Faisal Halim menggamatkan Stadium Nasional, Bukit Jalil pada minit ke-11 selepas menyempurnakan hantaran Ruventhiran.Bagaikan tersentak, Thailand menggandakan percubaan melalui tandukan Ekanit Panya, namun diselamatkan Syihan Hazmi pada minit ke-13 disusuli tendangan Suphanan Bureerat lapan minit kemudian yang tersasar.Skuad kendalian Kim Pan-gon hampir menambah jaringan melalui Quentin Cheng pada minit ke-27, namun tendangannya melambung tinggi.Bersambung babak kedua, Thailand terus gigih memburu gol penyamaan dan hampir berjaya pada minit ke-47 jika tidak kerana Shahrul Nazeem menafikan cubaan Panya.Minit ke-56 menyaksikan kekecohan berlaku apabila pengadil membatalkan gol Dominic Tan selepas Darren terlebih dahulu didakwa mengasari pertahanan Thailand, Hemviboon.Skuad negara dijangka berdepan tugas mencabar perlu mengatasi gelora di Stadium Thammasat dalam aksi timbal balik sebelum mengesahkan tiket ke final.
4
07 Januari 2023 10:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239515/berita/sukan/jelajah-malaysia-kembali-warnai-kejohanan-berbasikal-negara
Jelajah Malaysia kembali warnai kejohanan berbasikal negara
MELAKA - Perlumbaan jelajah berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia kembali mewarnai kalendar kejohanan berbasikal di negara ini selepas kali terakhir dianjurkan pada 2017.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, kejohanan edisi ke-54 itu akan berlangsung selama lima hari pada 26 Februari hingga 2 Mac.Beliau berkata, penganjuran kali ini melibatkan 24 pasukan dengan penyertaan 120 pelumba melalui lima peringkat bermula di Bandaraya Melaka dan tamat di Bandar Baru Bangi, Selangor."Perlumbaan peringkat pertama membabitkan jarak sejauh 148 kilometer (km) seterusnya peringkat kedua dari Setia Alam ke Cyberjaya dan peringkat ketiga dari Shah Alam ke Teluk Intan."Manakala perlumbaan peringkat keempat bermula dari Bagan Datuk, Perak ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang akan menjadi laluan perlumbaan paling mencabar bagi kejohanan kali ini dengan jarak perlumbaan sejauh 145km sebelum peringkat terakhir bermula di Tapah dan tamat di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Jelajah Malaysia edisi ke-54 di Kota Laksamana pada Sabtu.Turut hadir Pengarah Eksekutif kejohanan, Datuk Nik Rosma Nik Mohamed.Abu Samah berkata, kejohanan tersebut juga menjadi penanda aras kejohanan sukan berbasikal di Malaysia dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan antaranya JCL Team Ukyo (Jepun), Tashkent City Profesional Team (Uzbekistan) dan Sidi Ali Unlock Team (Morrocco).Selain itu, penyertaan dari KSPO Profesional Team (Korea Selatan), St George Continental Cycling Team (Australia), Global 6 Cycling (New Zealand), Mula (Indonesia) serta pasukan dari Malaysia iaitu Terengganu Polygon Cycling Team dan Team Sapura Cycling serta pasukan kebangsaan Malaysia dijangka bakal memberi saingan sengit.Sementar itu, beliau berkata, penganjuran kali ini penting memandangkan ia ditunda beberapa kali atas pelbagai sebab selain pandemik Covid-19, dan akhirnya kejohanan yang diklasifikasikan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan kategori 2.2 ini berjaya direalisasikan.Jelajah Malaysia mula diperkenalkan pada 1963 dan kini menjadi satu daripada perlumbaan jelajah berbasikal paling berprestij dalam kalangan pasukan Asia dan antarabangsa selain pernah melahirkan nama-nama besar dalam sukan ini.Abu Samah juga positif Jelajah Malaysia menjadi platform terbaik untuk melahirkan kembali pelumba-pelumba muda yang mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa."Kejohanan ini pernah melahirkan nama-nama besar seperti Suhardi Hassan, Loh Sea Keong, Anuar Manan, Mohd Zamri Salleh, Mohd Harif Salleh, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Adiq Hussainie Othman dan menjadi pemenang keseluruhan, jersi pecut atau pun menjadi pelumba terbaik Asia."Justeru, kita melihat Jelajah Malaysia ini platform bagi pelumba muda Malaysia bersaing dan menimba pengalaman berharga kerana bermula penyertaan acara ini jumlah pelumba Malaysia yang diterima masuk ke pasukan antarabangsa meningkat," katanya. - Bernama
4
07 Januari 2023 09:42pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239514/berita/sukan/bayern-sisih-noussair
Bayern 'sisih' Noussair
BEK sayap Bayern Munich, Noussair Mazraoui akan diketepikan selepas mengalami komplikasi jantung akibat Covid-19 semasa percutiannya selepas Piala Dunia, kata kelab Bundesliga itu pada Sabtu.Pemain berusia 25 tahun itu diuji positif semasa Piala Dunia di Qatar, yang memaksanya terlepas kemenangan 1-0 Maghribi pada suku akhir ke atas Portugal.“Semasa pemeriksaan susulan... Noussair disahkan mengalami keradangan ringan pada perikardium,” kata Bayern dalam satu kenyataan tanpa menyebut berapa lama Noussair akan kembali pulih.Kenyataan itu menambah bahawa Noussair tidak dapat terbang bersama pasukan ke Doha ketika mereka bersedia untuk separuh kedua musim ini di kem latihan dan akan menjalani ujian tetap untuk memutuskan bila dia boleh menyambung semula latihan.Ini adalah tahun kedua berturut-turut pemain kelahiran Maghribi telah diketepikan kerana masalah jantung berkaitan Covid-19.Jurulatih Julian Nagelsmann terpaksa berhadapan dengan kehilangan seorang lagi pemain utama selepas Manuel Neuer (patah tulang tibia) dan Lucas Hernandez (ligamen koyak) kedua-duanya diketepikan untuk baki musim ini.Penyandang juara Bayern mendahului kedudukan Bundesliga dengan empat mata dan meneruskan kempen mereka menentang RB Leipzig pada 20 Januari.
4
07 Januari 2023 09:42pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239511/berita/sukan/manchester-united-sambar-khidmat-butland
Manchester United sambar khidmat Butland
MANCHESTER United menandatangani penjaga gol, Jack Butland secara pinjaman dari Crystal Palace sekali gus menjadi sandaran utama David de Gea.Butland yang telah menandatangani perjanjian sehingga akhir musim, menyertai United selepas Newcastle United memendekkan tempoh pinjaman Martin Dubravka.“Saya telah bermain menentang David De Gea dan mewakili England bersama Tom Heaton.“Mereka adalah penjaga gol kelas atas, dan saya menikmati peluang untuk bersaing bersama.“Selain itu menyokong mereka sebagai rakan sepasukan,” kata Butland yang mempunyai sembilan penampilan bersama England.Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Palace pada 2020 tetapi tidak membuat penampilan untuk mereka musim ini.
4
07 Januari 2023 09:20pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239510/berita/sukan/chelsea-vasco-capai-persetujuan-perpindahan-santos
Chelsea, Vasco capai persetujuan perpindahan Santos
CHELSEA mencapai persetujuan dengan Vasco da Gama untuk perpindahan pemain antarabangsa Brazil Bawah 20 tahun, Andrey Santos, kata kelab Brazil itu pada Sabtu.Pemain berusia 18 tahun yang dianggap antara bakat paling cemerlang dalam bola sepak Brazil itu akan menjadi pemain ketiga Chelsea pada jendela perpindahan Januari.Kelab London itu sebelum ini turut membawa masuk David Datro Fofana (Molde FK) dan Benoit Badiashile (AS Monaco).Santos yang beraksi di bahagian tengah adalah pemain utama buat Vasco da Gama di bahagian kedua Brazil musim lalu.Dia menjaringkan lapan gol dalam 33 perlawanan liga, membantu mereka mendapat kenaikan pangkat ke liga teratas.Untuk rekod, Chelsea berada di tempat ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 25 mata selepas 17 perlawanan.The Blues akan menentang Manchester City di tempat lawan dalam aksi Pusingan Ketiga Piala FA pada tengah malam Isnin.
4
07 Januari 2023 09:09pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239505/berita/sukan/terbuka-australia-venus-williams-tarik-diri
Terbuka Australia: Venus Williams tarik diri
JUARA tujuh kali Grand Slams, Venus Williams menarik diri daripada Terbuka Australia bulan ini selepas mengalami kecederaan, kata penganjur Grand Slam pada Sabtu.Williams bersedia untuk bermain di Terbuka Australia ke-22 selepas dianugerahkan peluang umum kejuaraan yang berlangsung dari 16 hingga 29 Januari itu.Pemain Amerika Syarikat berusia 42 tahun itu, dua kali finalis di Melbourne Park yang kini berada di luar kedudukan 1,000 teratas sedang membuat persiapan untuk kejohanan di Auckland Classic ketika mengalami kecederaan.“Venus Williams menarik diri daripada Terbuka Australia kerana kecederaan yang dialami pada ASB Classic di New Zealand,” kata Terbuka Australia dalam satu tweet.Williams tersingkir daripada Terbuka AS pada pusingan pertama apabila tewas kepada pemain bukan pilihan dari Belgium, Alison Van Uytvanck dan hanya kembali beraksi di Auckland di mana dia menewaskan rakan senegaranya, Katie Volynets sebelum tewas kepada pemain China, Zhu Lin.
4
07 Januari 2023 08:24pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239503/berita/sukan/perancis-kekalkan-khidmat-deschamps
Perancis kekalkan khidmat Deschamps
PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam satu kenyataan pada Sabtu.“Persekutuan Bola Sepak Perancis dan Noel Le Graet, presidennya, dengan sukacitanya mengumumkan lanjutan kontrak Didier Deschamps sebagai ketua pasukan kebangsaan Perancis sehingga Jun 2026,” kata kenyataan itu.Kontrak Deschamps sebelum ini telah tamat selepas Piala Dunia 2022 di mana Perancis tewas kepada Argentina pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti di Qatar.Di bawah Deschamps, Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia dan Liga Negara-Negara 2021 selain mara ke final Kejohanan Eropah 2016.Perancis kini berada di tempat ketiga dalam ranking dunia FIFA, di belakang pasukan nombor satu dunia Brazil dan Argentina di tempat kedua.FFF berkata, penolong jurulatih Deschamps, Guy Stephan, jurulatih penjaga gol Franck Raviot dan jurulatih fizikal, Cyril Moine juga akan meneruskan tugas masing-masing bersama pasukan kebangsaan.
4
07 Januari 2023 08:15pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239499/berita/sukan/kelab-thailand-intai-kelibat-pemain-harimau-malaya
Kelab Thailand intai kelibat pemain Harimau Malaya
PENGERUSI Kelab Port FC yang berpangkalan di Thailand, Nualphan Lamsam tanpa berselindung mengakui sedang ‘mengintai’ beberapa pemain Harimau Malaya untuk beraksi bersama kelabnya pada masa depan.Beliau yang turut dikenali sebagai Madam Pang berkata, kelibat pemain seperti tonggak tengah Stuart Wilkin dan penyerang Darren Lok pada saingan Piala AFF 2022 yang sedang berlangsung, antara yang mencuri tumpuannya.“Saya rasa ketua pasukan nombor 11 (Safawi Rasid) anda akan bermain di Ratchaburi FC dan anda juga mempunyai seorang pemain yang beraksi untuk Buriram United (Dion Cools), namun dia tidak menyertai Piala AFF. Walaupun Piala AFF ini tiada dalam kalendar FIFA, tetapi Port FC tetap berusaha mengenal pasti pemain.“Anda mungkin memiliki ramai pemain yang bagus. Kami nampak beberapa pemain dan daripada perlawanan terakhir tempoh hari saya nampak pemain anda seperti nombor 8 (Wilkin) dan nombor 9 (Darren),” katanya yang juga pengurus skuad bola sepak Thailand, pada sidang media pada Sabtu.Kelab Port FC yang berada di tangga ketujuh daripada 16 pasukan dalam saingan Liga Thai 1, kini mengumpul 22 mata dipisahkan 17 mata dengan pendahulu liga, Buriram United yang mengutip 39 mata.
4
07 Januari 2023 07:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239497/berita/sukan/solari-tekad-kekal-penguasaan-harimau-selatan
Solari tekad kekal penguasaan Harimau Selatan
PENGENDALI baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari meletakkan sasaran untuk meneruskan penguasaan Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).Bekas pemain Argentina berusia 42 tahun yang menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab itu berkata, beliau telah bersedia untuk mengulangi pencapaian JDT dan ia adalah tanggungjawab yang besar buatnya untuk mengekalkan kecemerlangan pasukan.Beliau berkata, berdasarkan reputasi cemerlang pasukan sepanjang Liga-M musim lepas, beliau akan berkongsi pengalamannya bersama pasukan untuk memastikan JDT mampu pergi lebih jauh bukan sahaja dalam Liga-M tapi juga dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).Walaupun memikul tugas sukar, beliau tetap optimis dengan keupayaan pasukan JDT berdasarkan kepada kemudahan yang ada pada kelab itu di samping barisan pemain berkualiti yang dimiliki pasukan."Kita akan fokus dari sehari ke sehari, kita ada perancangan untuk menambah baik...fizikal, perubatan dan taktikal...kita akan bekerjasama dengan pemain setiap hari. Persiapan telah dijalankan lebih awal, untuk membentuk satu pasukan yang kuat bagi menghadapi musim baharu nanti."JDT adalah pasukan yang berjaya, jadi tanggungjawab adalah besar untuk kita pikul, kita akan lakukan yang terbaik, kita akan bekerja dan bermandi keringat setiap hari untuk pastikan pasukan ini berada pada satu tahap tertentu. Biarpun ia sukar tapi saya tahu, kita ada segalanya untuk mencapai sasaran," katanya ketika sidang media pada Sabtu.Solari berkata, senarai kesebelasan utama untuk Liga Super dijangka bermula bulan depan, adalah bergantung kepada prestasi pemain ketika perlawanan persahabatan pramusim 2023 berlangsung di Dubai, Emirah Arab Bersatu (UAE) dengan kelab seperti Rostov, Levski Sofia, Lokomotiv Moscow dan Zenit St Petersburg."Kita ada persaingan dalam kalangan pemain...kita mahukan para pemain bermain dengan baik pada lima perlawanan persahabatan di Dubai supaya kita dapat membuat pemilihan dan mendapatkan kesebelasan utama untuk bermain pada Februari."Ia bagus untuk pemain berkualiti mempunyai pesaing agar mereka dapat meningkatkan prestasi sendiri," katanya.Solari diumumkan sebagai ketua jurulatih JDT yang baharu pada 1 Disember lepas bagi menggantikan Hector Bidoglio yang dilantik sebagai Pengarah Teknikal pasukan manakala Alistair Edwards dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab dari selatan itu.Solari sebelum ini pernah mengendalikan skuad bawah 19 tahun (B-19), B-20 dan B-23 tahun Argentina selama lima tahun. - Bernama
4
07 Januari 2023 06:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239494/berita/sukan/sorakan-mampu-bergema-seolah-olah-stadium-penuh
'Sorakan mampu bergema seolah-olah stadium penuh'
KUALA LUMPUR - ‘Kehilangan’ hampir 21,000 suara langsung tidak mematahkan semangat penyokong untuk menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi medan pertembungan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu.Seorang penyokong tegar daripada pasukan Ultras Malaya, Abang Mohd Zulfardy Abang Shamsu, 38, berkata jumlah kehadiran penonton bukan menjadi perkara pokok kerana baginya semangat ‘pemain ke-12’ yang menggemakan stadium mampu memberikan aspirasi kepada skuad Harimau Malaya untuk mencipta kejayaan."Saya yakin semangat ‘ekor’ kita mampu menggegarkan stadium. Saya jangka Malaysia menang 3-0 dan seterusnya layak ke final."Bagaimanapun, doa rakyat Malaysia itu yang penting dalam menentukan kejayaan pasukan kita pada Piala AFF 2022,” katanya ketika ditemui Bernama.Seorang operator kilang Muhd Hakimi Jalil, 24, yakin kehadiran penonton walaupun stadium tidak penuh pada malam ini tetap akan menggerunkan skuad Gajah Perang."Walaupun stadium tidak penuh, kami akan pastikan sorakan penyokong kita mampu menakutkan pemain Thailand. Insya-ALLAH Malaysia menang 2-0,” katanya yang datang dari Kuantan, Pahang bagi menyaksikan perlawanan itu.Seorang Eksekutif pemasaran dari Shah Alam, Nurul Aina Sharbini, 28, percaya kontroversi berhubung penjualan tiket perlawanan separuh akhir baru-baru ini memberi hikmah kepada Malaysia untuk menjulang kejuaraan Piala AFF kali ini.Sementara itu, tukang masak dari Kuala Terengganu, Azman Nawawi, 45, berharap pihak stadium mampu memastikan padang berada dalam keadaan baik sekiranya Malaysia layak ke final."Konsert akan berlangsung 15 Januari ini dan jika Malaysia masuk final mungkin main keesokan hari (16 Januari). Jadi saya harap pihak stadium mampu pastikan padang tidak rosak,” katanya.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman pada Rabu lepas memaklumkan, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang proses pemasangan.Pada Khamis lepas, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan telah ditempah awal oleh pihak penganjur artis terkenal dari Taiwan itu sejak Mac 2019 malah turut melibatkan jumlah kru yang ramai. - Bernama
4
07 Januari 2023 06:46pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/239474/berita/sukan/hidalgo-tak-sabar-beraksi-sasar-julang-piala
Hidalgo tak sabar beraksi, sasar julang piala
TONGGAK baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Hidalgo tidak sabar untuk turun beraksi dan meletakkan sasaran membantu menjulang piala bersama kelab tersebut pada musim 2023.Bekas pemain sayap kanan Sri Pahang FC itu diakui mampu memberi masalah pada pertahanan pasukan lawan sejak dua musim lalu biarpun mempunyai susuk tubuh yang kecil.Perancangan rapi pengurusan Sang Kenari dengan membawa masuk pemain berkualiti termasuk pengendali baharu, Nafuzi Zain turut menarik minatnya untuk bersama kelab tersebut bagi musim ini."Sasaran saya pada musim ini adalah untuk memenangi piala sebanyak yang kami boleh lakukan. Saya berharap dapat memberikan aksi terbaik dalam membantu pasukan."Saya sudah mengenali dan bercakap dengan Nafuzi sejak setahun atau dua tahun lalu dan saya melihat pasukan Terengganu FC yang dibawanya berjaya berkembang dengan baik."Saya berharap akan dapat belajar dan berjaya dibawah kendaliannya," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Sabtu.Pemain Argentina berusia 23 itu berkata demikian selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini dan disambut oleh pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar serta peminat Sang Kenari.Ujarnya, KDA FC adalah sebuah pasukan yang mempunyai sejarah tersendiri dan dikenali dalam Liga Malaysia terutamanya sokongan tidak berbelah bahagi penyokong setianya kepada pasukan."Saya tidak menjangkakan begitu ramai penyokong yang tunggu saya di sini (Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim), saya begitu gembira dengan sambutan yang diberikan dan tidak sabar untuk turut menyertai latihan pasukan," katanya yang dikenali dengan panggilan Manu.Pada Khamis, KDA FC mengejutkan penyokong bola sepak tanah air apabila mengumumkan bekas tonggak Sri Pahang FC itu sah pemain baharu keluarga Sang Kenari yang menyertai seorang lagi bekas pemain pasukan tersebut iaitu Lee Tuck yang didaftarkan sebagai pemain tempatan.Setakat ini, gergasi bola sepak utara itu sudahpun mengumumkan enam pemain import untuk mengisi kuota Liga Super dan Liga Simpanan, namun masih lagi memantau dua atau tiga lagi pemain import bergantung kepada keperluan taktikal pasukan.
4
07 Januari 2023 04:47pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239449/berita/sukan/liverpool-resah-kecederaan-van-dijk
Liverpool resah kecederaan Van Dijk
PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk kemungkinan terpaksa diketepikan untuk satu tempoh yang lama selepas mengalami kecederaan hamstring.Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, ia merupakan satu berita buruk buat The Reds yang ketika ini amat memerlukan khidmat tonggak Belanda itu di benteng pertahanan."Ia adalah satu kejutan untuk kami dan jelas satu tamparan hebat. Selepas pemeriksaan, ia agak teruk. Kita bukan bercakap tentang minggu tetapi kemungkinan dia perlu berehat lebih dari sebulan."Tetapi, saya harap dia dapat pulih cepat. Dia tidak pernah mengalami masalah otot sebelum ini dan ia baru sahaja berlaku," katanya.Vin Dijk mengalami kecederaan tersebut ketika kekalahan 1-3 kepada Brentford Ahad lalu dan berkemungkinan akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton, Chelsea dan Wolves.Dalam pada itu, Klopp mengakui gembira dengan apa yang dipamerkan pemain baharunya, Cody Gakpo dalam sesi latihan."Saya sangat positif tentang dia. Cody mendapat ruang yang sama seperti setiap pemain. Dia perlu menyesuaikan diri secara ofensif, ia tidak semudah itu. Dia datang dari liga yang berbeza. Itu sentiasa sukar."Sudah tentu dengan situasi kami, ia sangat menggembirakan untuk mempunyai pemain sempurna dalam banyak perkara di bahagian serangan permainan dan tahu di mana kedudukan gol."Dia gembira dan menikmati setiap detik pada masa ini. Itu sangat bagus," katanya.
4
07 Januari 2023 02:55pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239442/berita/sukan/potter-yakin-tidak-akan-dipecat
Potter yakin tidak akan dipecat
PENGENDALI Chelsea, Graham Potter yakin tidak akan dipecat kerana mendapat sokongan penuh pemilik dan pemain Chelsea walaupun kelab kendaliannya itu berada dalam prestasi terumbang-ambing.The Blues hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan yang terbaharu tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Manchester City pada Jumaat."Pemiliknya adalah bilionair jadi mereka agak bijak. Lebih bijak daripada saya, itu sudah pasti. Jadi, mereka memahami cabaran yang kita ada dan hala tuju yang kita mahu lalui."Saya rasa Pep (Guardiola) berada (di Manchester City) setahun sebelum mereka memenangi apa-apa, dan kemudian jelas Mikel (Arteta) dan Jurgen (Klopp) mengambil sedikit masa."Saya juga tahu bahawa kualiti dimiliki dan mendapat sokongan penuh pastinya pemilik, pemain dan kakitangan di sini," katanya.Dalam masa sama, Potter juga resah berikutan kecederaan yang dialami beberapa pemainnya termasuk Raheem Sterling dan Christian Pulisic pada aksi menentang City Jumaat lalu."Saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu," katanya.Situasi Sterling dan Pulisic itu menambah jumlah senarai kecederaan pemain Chelsea termasuk N'Golo Kante, Reece James, Wesley Fofana, Mason Mount, Ben Chilwell, Armando Broja, Ruben Loftus-Cheek dan Edouard Mendy.Potter berkata, adalah tidak adil untuk menilai prestasinya ketika pasukan mengalami krisis kecederaan."Kami telah mengalami peralihan yang besar dan masalah dari segi kecederaan tidak menjadikannya ia mudah untuk stabil," katanya.
4
07 Januari 2023 02:26pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239438/berita/sukan/dembele-tolak-spekulasi-sertai-psg
Dembele tolak spekulasi sertai PSG
OUSMANE Dembele menegaskan dia gembira di Barcelona sekali gus menolak spekulasi mengaitkan perpindahannya ke Paris Saint-Germain (PSG).Pemain sayap berusia 25 tahun itu tampil cemerlang bersama Barcelona terutama selepas Xavi mengambil alih pasukan pada November 2021 dengan merekodkan lapan gol dan 20 bantuan gol.Ia termasuk enam gol dan tujuh bantuan gol dalam 22 perlawanan musim ini selain turut memberikan dua bantuan gol dalam tujuh penampilannya untuk Perancis ketika menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Dunia di Qatar."Saya menandatangani kontrak baharu di Barca empat bulan lalu dan saya gembira di sini, saya mahu terus bekerja dan menambah baik prestasi di Barcelona."Saya rasa bagus dan gembira di Barcelona, ​​saya suka kehidupan saya di sini. Jurulatih mempercayai saya, dan lembaga pengarah (mempercayai saya) juga," katanya.Dalam pada itu, Presiden Barcelona, Joan Laporta menegaskan, Dembele bukan untuk dijual dan akan kekal di kelab itu untuk satu tempoh yang panjang."Jika PSG datang untuk menandatanganinya, kami akan memberitahu mereka bahawa dia tidak dijual."Dia adalah salah seorang pemain terpenting yang kami ada. Dia mempunyai kelajuan yang luar biasa, dia sangat pantas," katanya.
4
07 Januari 2023 02:23pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239423/berita/sukan/anak-beckham-sertai-brentford
Anak Beckham sertai Brentford
ROMEO Beckham, anak kepada bekas kapten England, David Beckham, akan bermain untuk Brentford secara pinjaman daripada Inter Miami II sehingga akhir musim, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Pemain sayap berusia 20 tahun itu menyertai sekutu simpanan pasukan Bola Sepak Liga Utama bapanya, Inter Miami - dahulunya dikenali Fort Lauderdale CF pada 2021 selepas berehat enam tahun dalam karier bola sepak yang bermula di Akademi Arsenal.Romeo menghabiskan latihan musim penutup MLS Next Pro bersama pasukan remaja Brentford sebelum berpindah."Kami sangat gembira dengan Romeo sejak dia tiba bersama kami."Dia datang dari Inter Miami dengan tujuan untuk bekerja dengan kami. Romeo telah mempamerkan karakter dirinya dengan sangat baik. Saya suka standardnya dan cara dia berkelakuan dalam dan luar padang."Dia boleh menjadi lebih cergas sepanjang bersama kami, ia meletakkan dia di tempat yang baik untuk kini melangkah ke hadapan setelah menyertai kami secara pinjaman," kata pengendali Brentford B, Neil MacFarlane.Romeo mengetuai MLS Next Pro dengan 10 bantuan gol musim lalu, membuat 20 penampilan dan menjaringkan dua gol.
4
07 Januari 2023 12:45pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239417/berita/sukan/manchester-united-singkir-cabaran-everton
Manchester United singkir cabaran Everton
PENYERANG England, Marcus Rashford kembali menjaringkan gol ketika Manchester United meraih kemenangan 3-1 ke atas Everton dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Old Trafford.United yang menurunkan kesebelasan terbaik terlebih dulu mendahului menerusi penyerang Brazil, Antony hasil rembatan minit keempat.Everton yang tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir semua kejohanan sebelum lawatan ke Old Trafford, apabila Connor Coady memanfaatkan kesilapan penjaga gol United, David de Gea untuk kembali menceriakan penyokong The Toffees.Babak kedua United mempunyai beberapa peluang untuk melebarkan kedudukan sebelum Coady menjaringkan gol sendiri pada minit ke-52' melepasi penjaga gol Everton, Jordan Pickford untuk meletakkan tuan rumah 2-1 di depan.Pada penghujung perlawanan, Rashford menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk gol bagi perlawanan kelima berturut-turut dan memastikan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua pertandingan untuk United."Dari segi persembahan ini mungkin aksi terbaik yang pernah saya di atas padang."Saya amat gembira apabila berada dalam kedudukan dan kawasan untuk menjaringkan gol. Jika saya terus mencipta peluang, saya rasa akan terus menjaringkan gol."Kami gembira untuk mara ke pusingan seterusnya dan yang lebih penting kami mengekalkan momentum dan memenangi perlawanan," kata Rashford.
4
07 Januari 2023 11:35am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239413/berita/sukan/harimau-malaya-perlu-raih-banyak-gol---mat-yo
Harimau Malaya perlu raih banyak gol - Mat Yo
SKUAD Harimau Malaya perlu memburu sebanyak mungkin gol pada saingan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu, sebagai bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di Bangkok, Selasa depan.Penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Yo berkata, dengan meraih gol yang banyak di sini, akan memberi kelebihan kepada pasukan negara kerana bukan mudah beraksi di Stadium Thammasat."Sebab saya tahu skuad Thailand ini majoriti pemain mereka mempunyai pengalaman cukup luas, liga Thailand juga kedudukannya lebih baik daripada kita, jadi saya nasihatkan pemain kita cari gol awal dan bekalan semampu yang boleh untuk ke Bangkok,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Al-Ikhsan Sports x The MESSI Brand di Republik Bola Sepak, Sunway Pyramid pada Jumaat.Dalam pada itu, Norshahrul optimis dengan perancangan ketua jurulatih, Kim Pan Gon yang disifatkan penuh taktikal serta berkualiti dan mampu membawa skuad kebangsaan sehingga ke perlawanan akhir piala berprestij itu.Beliau berkata, skuad kebangsaan perlu terus berdisplin dan mengekalkan momentum sedia ada ketika beraksi pada perlawanan malam Sabtu. - Foto Bernama
4
07 Januari 2023 11:16am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239388/berita/sukan/aura-bukit-jalil-lain-macam
Aura Bukit Jalil 'lain macam'
STADIUM Nasional Bukit Jalil perlu dikekalkan sebagai gelanggang keramat buat skuad Harimau Malaya kerana auranya mampu menimbulkan rasa gerun kepada pasukan lawan.Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, menerusi kapasiti yang besar mampu memuatkan sehingga 80,000 penonton, stadium itu dilihat sebagai venue yang 'menakutkan' ekoran sorakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya.“Kita perlu ada stadium keramat. Stadium Nasional Bukit Jalil adalah yang terbaik di negara ini kerana kapasitinya yang menjangkau lebih 80,000 tempat duduk, sekali gus mampu memuatkan puluhan ribu penonton di stadium itu.“Gegak gempita penyokong Harimau Malaya mampu menimbulkan rasa gerun pemain pasukan lawan. Mereka berasa takut dan ia beri kelebihan kepada pemain kita yang mendapat suntikan semangat daripada penyokong,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bertembung antara konsert artis Taiwan, Jay Chou dan Piala AFF 2022 mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Harimau Malaya.Menurut Pekan, sebagai pilihan, Malaysia boleh mempunyai stadium alternatif jika berlaku pertembungan acara besar dalam tempoh hampir sama.“Stadium yang berkapasiti 40,000 hingga 50,000 penonton sudah memadai sebagai gelanggang alternatif buat skuad kebangsaan,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau menyambut baik keizinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue perlawanan Harimau Malaya bermula Mac ini selepas Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup sementara untuk proses penukaran rumput.“Ia satu tawaran yang sangat baik oleh TMJ dan boleh dipertimbangkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memandangkan selepas berakhirnya Piala AFF 2022, pasukan kebangsaan akan membuat persiapan menghadapi tugasan lebih besar iaitu Piala Asia 2023.“Jadi Stadium Sultan Ibrahim boleh menjadi gelanggang alternatif buat Harimau Malaya sementara menantikan proses penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil siap sepenuhnya,” katanya.
4
07 Januari 2023 07:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/239397/berita/sukan/bekas-pemain-tenis-nombor-satu-dunia-hamil
Bekas pemain tenis nombor satu dunia hamil
BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengumumkan di media sosial bahawa dia hamil.Barty berkongsi beritanya dengan menyiarkan foto di Instagram yang memaparkan kasut bayi bersama seekor anjingnya."2023 ditetapkan untuk menjadi tahun terbaik. Kami sangat teruja untuk pengembaraan baharu kami. Origi sudah menjadi kakak pelindung," tulis warga Australia berusia 26 tahun itu.Barty, yang berkahwin dengan Garry Kissick, mengumumkan persaraannya pada Mac - dua bulan selepas dia memenangi Terbuka Australia.Dia juga memenangi gelaran perseorangan Grand Slam pada Terbuka Perancis 2019 dan Wimbledon 2021.Dia memenangi 27 gelaran gabungan (15 perseorangan dan 12 beregu).Barty juga memegang penarafan nombor satu WTA selama 114 minggu berturut-turut, keempat terpanjang dalam sejarah.Hanya Steffi Graf (186 minggu), Serena Williams (186) dan Martina Navratilova (156) mempunyai larian yang lebih lama
4
07 Januari 2023 07:07am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239378/berita/sukan/vietnam-buntu-berdepan-indonesia-di-jakarta
Vietnam buntu berdepan Indonesia di Jakarta
JUARA dua kali Vietnam buntu dalam misi menghasilkan gol selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 berdepan Indonesia, di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.Pada pertembungan itu, skuad Garuda dengan sokongan padu puluhan ribu penyokong tempatan berjaya memberikan saingan kepada pasukan bimbingan Park Hang Seo, dengan kedua-duanya saling melakukan serangan.Setelah beberapa kali mencuba, Indonesia hampir mengejutkan Vietnam pada minit ke-36, namun tindakan cemerlang penjaga gol Dang Van Lam berjaya menyelamatkan dua percubaan berturut-turut, bermula daripada rembatan kaki kanan Marselino Ferdinan dan tandukan Yakob Sayuri.Skuad Golden Star Warriors kemudian bangkit mengasak kubu Indonesia sebelum Doan Van Hau terlepas peluang meletakkan Vietnam di depan apabila rembatannya diselamatkan penjaga gol lawan Nadeo Argawinata pada minit ke-41.Kedua-dua pasukan terus gagal memecah kebuntuan biarpun beberapa pertukaran pemain dibuat pada separuh masa kedua.Berbaki 15 minit permainan, Vietnam yang semakin terdesak mencari gol terlepas peluang terbaik apabila percubaan pemain gantian Ho Tan Tai yang menerima umpanan Nguyen Quang Hai sedikit tersasar ke kanan gawang pada minit ke-78.Kedudukan tanpa jaringan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.Indonesia yang dibimbing Shin Tae Yong akan bertandang ke Hanoi bagi aksi timbal balik di Stadium Nasional My Dinh pada Isnin depan.Sementara itu, Malaysia bakal menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pertama. - Bernama
4
06 Januari 2023 10:20pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239374/berita/sukan/tayangan-aksi-malaysia-thailand-di-14-skrin-besar
Tayangan aksi Malaysia-Thailand di 14 skrin besar
PENYOKONG bola sepak tanah air yang tidak dapat membeli tiket bagi aksi Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, akan dapat menyaksikan tayangan perlawanan itu di 14 skrin besar yang disediakan di seluruh negara.Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF itu termasuklah Dataran Merdeka di sini; Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di Negeri Sembilan; dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kementerian berkenaan bersama Kementerian Perpaduan Negara, mengambil usaha itu bagi memastikan rakyat menikmati aksi tersebut."Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir,” katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter beliau.Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa, dengan Vietnam muncul selakujuara kumpulan.Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.Kesemua 59,000 tiket bagi aksi esok telah habis dijual secara dalam talian dalam tempoh kurang 24 jam. - BernamaSenarai 14 lokasi tayangan besar:1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur2. Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya3. Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang4. Meow Garden, Ulu Kinta, Perak5. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor6. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam7. Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang8. Dataran Stadium Kajang9. Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam10. Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan11. Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka12. Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang13. Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak14. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
4
06 Januari 2023 09:20pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239365/berita/sukan/team-haq-janji-kelainan-bertemu-echo
Team Haq janji kelainan bertemu Echo
DUA wakil Malaysia melayakkan tempat ke braket atas selepas Todak menjuarai Kumpulan B manakala Team Haq muncul naib juara Kumpulan D bagi merebut gelaran dunia di Jakarta, Indonesia.Kedua-dua pasukan itu mencipta sejarah baharu pertandingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang menyaksikan dua pasukan dari Malaysia melayakkan tempat ke braket atas playoff yang bermula Sabtu.Kekalahan Team Haq dalam perlawanan pertama bukanlah penentu prestasi mereka dalam M4 apabila mempamerkan kebangkitan untuk memenangi dua perlawanan penting pada Rabu.Menurut jurulatih Team Haq, Pabz, pasukannya gugup dalam perlawanan pertama bertemu dengan RRQ Akira selain gagal berkomunikasi dengan baik.“Ia merupakan perlawanan pertama. Ada antara kami gugup dengan perlawanan itu dan kalah.“Namun, kami bangkit untuk berada dalam braket atas,” katanya.Beliau berkata, tiada isu antara mereka sepasukan dan penguasaan terhadap kumpulan hero mereka tidak banyak.“Corak mereka hampir serupa, namun lebih kepada permainan berhati-hati dan menunggu peluang, RRQ Akira dan The Valley juga sama.“Semoga berjaya di braket bawah, Mobazane,” katanya.Echo yang merupakan juara kumpulan selepas memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan pastinya menghadirkan playoff yang lebih menarik.“Pemain Echo sangat hebat dan kami akan lebih fokus kepada peringkat braket atas selain akan ada kelainan bakal yang ditonjolkan daripada kami,” katanya. - Stadium Astro
4
06 Januari 2023 08:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239361/berita/sukan/bekas-penyerang-itali-gianluca-vialli-meninggal-dunia
Bekas penyerang Itali, Gianluca Vialli meninggal dunia
BEKAS penyerang Itali, Juventus dan Chelsea, Gianluca Vialli meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat kanser pankreas, menurut Persekutuan Bola Sepak Itali.Vialli yang meneruskan kerjaya sebagai pengurus Chelsea, didiagnosis pertama kali menghidap kanser pankreas pada 2017 dan bebas daripada penyakit itu pada 2020 selepas menerima rawatan di Royal Marsden Hospital di London.Beliau bagaimanapun didiagnosis sekali lagi dengan penyakit itu pada 2021 dan pada bulan lepas meletakkan jawatan sebagai ketua delegasi pasukan kebangsaan Itali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Persekutuan Bola Sepak Itali berkata, semua perlawanan di bawah persekutuan itu yang diadakan hujung minggu ini akan dimulakan dengan bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada Vialli.Presiden Persekutuan, Gabriele Gravina dalam satu kenyataan berkata: "Gianluca seorang yang hebat dan kehilangannya sukar diganti. Pasukan kebangsaan dan kami semua menghargai jasanya selama ini.” - Bernama
4
06 Januari 2023 07:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239346/berita/sukan/kbs-sambut-baik-tawaran-stadium-daripada-tmj
KBS sambut baik tawaran stadium daripada TMJ
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik dan menghargai tawaran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penggunaan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue alternatif skuad Harimau Malaya.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terbabit banyak memberi sumbangan terhadap industri sukan tanah air terutamanya bola sepak."Semestinya kita menyambut baik tweet (ciapan) TMJ (Tunku Ismail) (mengenai tawaran stadium) kerana TMJ banyak membantu KBS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Al-Ikhsan Sports x The MESSI Brand di Republik Bola Sepak, Sunway Pyramid petang ini.Semalam, Tunku Ismail telah menzahirkan tawaran itu sementara menunggu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) siap diselenggara, sehari selepas meninjau sesi latihan skuad itu di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.Stadium Nasional Bukit Jalil selaku gelanggang keramat skuad Harimau Malaya yang dipenuhi jadual padat pelbagai acara termasuk bola sepak akan ditutup sepenuhnya pada Mac ini bagi memberi laluan kepada proses penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia.Penanaman rumput Zeon Zoysia itu bagi menggantikan jenis Cow Grass sedia ada, disifatkan lebih sesuai dengan keadaan cuaca serta iklim di negara ini yang dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta dan ditaja oleh Tunku Ismail. - Bernama
4
06 Januari 2023 06:35pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239341/berita/sukan/harimau-malaya-mampu-jinakkan-gajah-perang
Harimau Malaya mampu jinakkan Gajah Perang
BERBANDING Thailand selaku juara bertahan, Malaysia memiliki kelebihan pada pertembungan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam esok.Berdasarkan lima pertemuan terakhir, Malaysia merekodkan dua kemenangan berturut-turut pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan seri tiga kali masing-masing pada separuh akhir Piala AFF 2018 dan kejohanan Piala Raja Thailand, September lepas.Dua kemenangan diraih pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu cukup penting yang membolehkan Malaysia mara ke pusingan kelayakan Piala Asia sebelum mengesahkan tempat di kejohanan berprestij itu sekali gus menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit.Rekod baik itu wajar diteruskan pasukan negara bimbingan Kim Pan Gon menjelang perlawanan di Stadium Nasional apatah lagi venue berkenaan sentiasa menjadi igauan buruk buat skuad Gajah Perang apabila masih belum berjaya menamatkan badi tanpa kemenangan di sini.Justeru, pasukan negara mempunyai peluang menundukkan skuad bimbingan Alexandre Polking seterusnya membawa bekalan positif apabila bertandang ke Bangkok bagi aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Selasa depan.-- LAGINamun, Thailand adalah pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak penganjuran sulung pada 1996 apabila muncul juara sebanyak enam kali selepas beraksi pada sembilan edisi final.Thailand juga memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertemuan menentang Malaysia pada peringkat separuh akhir apabila memenangi dua daripada keseluruhan tiga pertembungan masing-masing pada edisi 2000 (2-0) dan 2012 (3-1) sementara tewas menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan pada edisi 2018.Pada kempen kali ini, anak buah Polking tampil cemerlang selepas muncul juara Kumpulan A dengan rekod tanpa kalah - menang tiga dan seri satu untuk mengesahkan kemaraan Thailand ke separuh akhir buat edisi kelima berturut-turut manakala Malaysia, juara edisi 2010 sebagai naib juara Kumpulan B.Thailand muncul pasukan dengan jumlah jaringan tertinggi setakat ini apabila mengumpul 13 gol yang menyaksikan penyerang prolifik berusia 34 tahun Teerasil Dangda kini mendahului carta penjaring terbanyak selepas meledak lima gol dalam empat perlawanan.Juara Kumpulan B Vietnam dan naib juara Kumpulan A Indonesia masing-masing merekodkan 12 gol sementara Malaysia dengan 10 gol setakat ini.Dari sudut pertahanan, Thailand yang bolos dua sepanjang saingan kumpulan adalah pasukan kedua dengan jumlah bolos terendah di belakang Vietnam yang gawangnya masih belum bocor selepas empat perlawanan.Sementara anak buah Pan Gon bolos empat dalam saingan kumpulan selepas tewas 0-3 kepada Vietnam sebelum mencatat kemenangan 4-1 ke atas musuh tradisi Singapura.Bagaimanapun, dengan prestasi semasa pasukan dan individu terutama selepas membenam Singapura, Malaysia dilihat berada dalam ‘mood’ terbaik dan tidak berdepan masalah untuk tampil dengan persembahan cemerlang bagi mengatasi Thailand.Malah, pasukan negara juga mempunyai kebolehan menjaringkan gol dalam pelbagai cara menerusi rangkaian jentera serangan seperti pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dan penyerang naturalisasi Sergio Aguero serta pemain tengah kacukan Stuart Wilkin.Situasi itu sekali gus memberi tugasan mencabar kepada benteng pertahanan Thailand untuk menjangkakan setiap gerakan serangan dilancarkan ke kubu mereka.Mohamad Faisal dan Wilkin merupakan penjaring terbanyak bersama pasukan negara selepas masing-masing mengumpul keseluruhan tiga gol sementara Aguero telah meledak dua gol setakat ini.Selain komitmen barisan pemain, sokongan padu peminat tanah air terutama di stadium juga mampu ‘memenangkan’ Malaysia, dengan sebanyak 59,000 tiket sudah dijual pasti mewujudkan suasana hebat yang mampu menggerunkan Thailand. - Bernama
4
06 Januari 2023 06:16pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239334/berita/sukan/tak-pernah-dibuat-orang-belakang-gol-ada-pentas
'Tak pernah dibuat orang belakang gol ada pentas'
ISU pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou yang menyebabkan Harimau Malaya kehilangan sokongan hampir 21,000 penyokong pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil terus hangat diperkatakan.Kali ini, netizen mempersoalkan pentas tersebut yang terlalu besar selain dilihat terlalu hampir dengan gawang gol yang akan digunakan dalam perlawanan menentang Thailand pada Sabtu.Tinjauan Sukan Sinar di laman media sosial mendapati rata-rata netizen menyifatkan situasi itu tidak pernah berlaku dalam mana-mana kejohanan bola sepak di dunia.Salah seorang pengguna media sosial, Abdul Hafiz menulis: "Tak pernah dibuat orang belakang gol ada pentas. Lagi-lagi dalam perlawanan besar macam ini. Memalukan".Manakala, Mohamad Hadi menulis: "Percayalah cakap saya, mesti viral benda ini lepas perlawanan ni. Dah la 'live' esok".Atiqah Hamid pula menulis: "Risau tengok struktur tu. Harap keselamatan diutamakan".Sebanyak 59,000 sahaja tiket yang dijual untuk perlawanan separuh akhir tersebut dengan baki 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan untuk persiapan untuk konsert Jay Chou pada 15 Januari ini.
4
06 Januari 2023 05:30pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239321/berita/sukan/separuh-akhir-piala-aff-kita-ada-kelebihan
Separuh akhir Piala AFF: 'Kita ada kelebihan'
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menghormati Thailand sebagai antara pasukan terkuat menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Menurutnya, kedudukan ranking dunia Thailand yang lebih baik selain status penyandang juara membuktikan keupayaan pasukan kendalian Alexandre Polking itu.Namun, tegas Pan-gon, para pemainnya tidak gentar apatah lagi akan beraksi di hadapan penyokong sendiri yang akan memberikan kekuatan dan semangat kepada Harimau Malaya dalam perlawanan itu."Kita semua tahu Thailand berada di ranking yang lebih baik (ranking 111). Jadi, kami perlu menghormati apa yang telah mereka lakukan beberapa tahun kebelakangan ini terutama status mereka sebagai penyandang juara."Saya tidak mahu terlalu menilai pasukan lawan tetapi kita ada kelebihan dari segi penyokong. Sokongan penyokong seperti ditunjukkan pada perlawanan terakhir (menentang Singapura) sangat bagus. Kami akan gunakan kelebihan tersebut."Kita juga akan mengekalkan DNA serta karakter pemain untuk memberikan yang terbaik kepada penyokong Malaysia," katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, Pan-gon juga sudah mempunyai taktikal untuk menghadapi skuad Gajah Perang itu berdasarkan analisis yang telah dilakukan barisan kejurulatihan.Pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga optimis para pemain cepat menyesuaikan diri dengan taktikal yang telah dirancang."Semua informasi daripada analisis tersebut akan diberikan kepada pemain. Saya rasa semua pemain begitu bijak, mereka boleh menyesuaikan diri dan pantas memahami taktikal yang mahu diterapkan."Saya sangat yakin dengan kemampuan pasukan walaupun Thailand pasukan yang berbeza daripada apa yang telah kita hadapi sebelum ini."Pemain juga teruja dan bermotivasi untuk bermain esok dan memberikan segala-galanya dalam perlawanan itu," katanya.
4
06 Januari 2023 04:14pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239313/berita/sukan/jangan-ikut-rentak-thailand
'Jangan ikut rentak Thailand'
HARIMAU Malaya perlu bermain rentak sendiri dan tidak terjerat dengan corak permainan Thailand sekiranya mahu melakar kemenangan besar dalam aksi separuh akhir pertama, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan berkata, skuad negara perlu mengawal tempo permainan seawal minit pertama perlawanan dan tidak membiarkan Thailand menguasai rentak."Sudah tentu kami mahu menang tidak kira siapa pun lawan kami. Corak permainan kami adalah menyerang dan jaringkan seberapa banyak gol yang boleh."Kami juga perlu fokus kepada taktikal yang mahu diterapkan dalam perlawanan itu dan tidak terikut dengan rentak permainan mereka (Thailand)."Ia adalah perkara penting untuk kawal permainan dan bermain dengan cara kami sepanjang perlawanan," katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, Brendan mengakui sukar untuk menjangkakan corak permainan skuad Gajah Perang itu kerana mereka mempunyai taktikal yang berbeza.Malah, skuad kendalian Alexandre Polking itu juga dinilai mempunyai pemain dengan kemampuan individu yang baik."Sangat sukar untuk diperkatakan kerana setiap kali berdepan Thailand mereka mempunyai pemain baharu dan taktikal berbeza."Namun, saya mahu fokus kepada pasukan sendiri. Semua pemain teruja untuk memberikan yang terbaik untuk perlawanan separuh akhir ini," jelasnya.
4
06 Januari 2023 03:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239312/berita/sukan/psg-beri-masa-neymar-pulih
PSG beri masa Neymar pulih
PARIS Saint-Germain (PSG) memberi masa kepada pemain sensasi, Neymar untuk menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan buku lali ketika bersama Brazil beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun lalu.Pengendali PSG, Christophe Galtier berkata, ketiadaan Neymar dalam sesi latihan pada malam Khamis susulan penyusunan semula program pemulihannya.Jurulatih itu juga belum terdesak untuk mempertaruhkan khidmat Neymar apabila menegaskan pemain berusia 31 tahun itu tidak akan terlibat dalam perlawanan terdekat ini.“Ketiadaan Neymar dalam latihan kerana penjadualan semula sesi pemulihannya. Malah ia turut melibatkan semua pemain yang beraksi dalam Piala Dunia,” ujar Galtier.Beliau menambah, kakitangan perubatan giat memantau keadaan kecergasan mereka selepas menamatkan saingan di Qatar Disember lalu.“Keadaan mereka sedang dinilai oleh kakitangan perubatan dan pasukan prestasi kami.“Kami sepakat memutuskan bahawa Neymar, berikutan masalah buku lali yang membelenggunya, dia memerlukan masa untuk pulih,” katanya.Neymar mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia ketika Brazil menentang Serbia dan dia terlepas dua perlawanan terakhir di peringkat kumpulan.Bagaimanapun, dia kembali mencetak gol untuk skuad Selecao dalam kedua-dua perlawanan kalah mati sebelum terkandas dalam suku akhir kepada Croatia.Neymar kembali ke PSG dan diturunkan dalam perlawanan Ligue 1 ketika menentang Strasbourg, sebaliknya dia dilayangkan kad kuning kedua atas kesalahan simulasi pada minit ke-62 sebelum sepakan penalti lewat Kylian Mbappe memastikan kemenangan 2-1.Ekoran kesalahan itu, Neymar perlu menjalani penggantungan ketika PSG tewas 1-3 kepada Lens hujung minggu lalu, yang merupakan kekalahan pertama mereka musim ini.
4
06 Januari 2023 03:26pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239295/berita/sukan/tmj-tawar-harimau-malaya-guna-stadium-sultan-ibrahim
TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim
PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya sementara menunggu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) siap diselenggara.Tunku Ismail menzahirkan tawaran itu menerusi laman sosial rasminya di Facebook, sehari selepas meninjau sesi latihan skuad itu di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam dengan diiringi Presiden badan induk itu Datuk Hamidin Mohd Amin."Setelah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang yang akan bermula Mac ini, saya berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi update dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap," titahnya.SNJB selaku gelanggang keramat skuad Harimau Malaya yang dipenuhi jadual padat pelbagai acara termasuk bola sepak akan ditutup sepenuhnya pada Mac ini bagi memberi laluan kepada proses penanaman rumput baharu jenis ‘Zeon Zoysia’.Penanaman rumput itu bagi menggantikan jenis ‘Cow Grass’ sedia ada di SNBJ, disifatkan lebih sesuai dengan keadaan cuaca serta iklim di negara ini selain dianggarkan mencecah hingga RM1.4 juta dan ditaja sendiri oleh Tunku Ismail. - Bernama
4
06 Januari 2023 01:31pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/239287/berita/sukan/thailand-lega-snbj-tak-penuh
Thailand lega SNBJ tak penuh
PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking mengakui lega apabila Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan mencapai kapasiti penuh 80,000 penyokong Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 pada Sabtu ini.Ia selepas sebanyak 21,000 tempat duduk di dalam Stadium Nasional itu terpaksa dikorbankan untuk persediaan konsert artis Taiwan, Jay Chou yang bakal diadakan pada 15 Januari ini."Saya rasa kami agak bertuah kerana konsert tersebut akan mengurangkan jumlah penyokong (Malaysia) sebanyak 20,000 orang. Kami gembira dengan perkara itu," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Bagaimanapun, Polking tetap meramalkan tugas sukar bakal dihadapi pasukannya di stadium keramat Harimau Malaya itu sekali gus menuntut aksi terbaik dipamerkan para pemainnya.Malah, dia menyifatkan kekuatan mental pemain menjadi keutamaan untuk digarap sebaik mungkin menjelang aksi penuh getir itu."Untuk berada dalam peringkat ini, ia lebih kepada kekuatan mental dan strategi yang betul."Jika kami fokus, apa juga yang berlaku dalam perlawanan itu seperti lawan mendapat sokongan padu daripada penyokong, kami tetap mampu memberikan persembahan yang baik dan menghentikan mereka," katanya.Polking juga menegaskan pasukannya tidak akan hanya sekadar bertahan walaupun sedar mereka boleh menentukan perlawanan pada aksi timbal balik di Stadium Thammasat nanti."Jelas bahawa kami tidak datang ke sini untuk bertahan. Ia bermakna kami akan cuba mendapatkan bola, mengawal perlawanan dan mengatasi tekanan," katanya.Dalam pada itu, pemain pertahanan Thailand, Sasalak Haiprakhon menjelaskan pasukan Gajah Perang itu sudah bersedia untuk memperagakan aksi terbaik menentang Malaysia."Satu perlawanan yang sukar dan Malaysia ada penyokong yang bagus. Namun, kami telah mendapat rehat yang cukup dan persiapan yang rapi. Semua pemain yakin dan bersedia untuk perlawanan esok," katanya.
4
06 Januari 2023 12:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239278/berita/sukan/daley-blind-berhijrah-ke-bayern-secara-percuma
Daley Blind berhijrah ke Bayern secara percuma
BAYERN Munich berbesar hati menerima kehadiran pertahanan Belanda, Daley Blind menerusi perpindahan percuma dengan kontrak selama enam bulan.Pengesahan penghijrahan itu dibuat oleh kelab Bundesliga tersebut pada Jumaat.Pemain berusia 32 tahun itu menjadi ejen bebas minggu lepas selepas mencapai persetujuan menamatkan kontraknya dengan Ajax Amsterdam enam bulan lebih awal.“Kami berbesar hati Daley (Blind) menyertai kami,” ujar pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.“Daley pertahanan serba boleh yang mampu beraksi di bahagian kiri, kanan dan tengah. Dia mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa selain memiliki kualiti kepimpinan,” ujar Salihamidzic.Dalam pada itu, Blind memberitahu, peluang menjulang gelaran menjadi faktor utama dia memilih Bayern.“Saya tidak sabar lagi untuk beraksi di sini. Kami akan mengharungi tempoh paling penting musim ini, ia boleh menjadi penentu kejuaraan dan kelab seperti Bayern mampu memenangi segala trofi.“Kelab yang dahagakan gelaran ini merupakan kunci dalam keputusan saya. Saya harap mampu menggunakan pengalaman yang ada bagi membantu pasukan. Saya akan mencurahkan segala-galanya buat Bayern,” ujar Blind.Blind yang membantu Belanda mara ke suku akhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu meraih tujuh gelaran bersama Ajax, membuat 333 penampilan, menjaringkan 13 gol dan mencipta 21 bantuan jaringan.Dia turut menjuarai Liga Europa 2017 ketika beraksi dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.Juara Jerman, Bayern yang mendahului carta Bundesliga meneruskan kempen mereka dengan menentang RB Leipzig pada 20 Januari.
4
06 Januari 2023 12:10pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/239268/berita/sukan/barcelona-tidak-menyesal-lepaskan-messi
Barcelona tidak menyesal lepaskan Messi
PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta mengulangi kenyataan tidak menyesal melepaskan Lionel Messi daripada kelab tersebut pada 2021.Menurutnya, untuk mengekalkan Messi di kelab itu adalah sangat mustahil kerana mengalami masalah kewangan yang serius."Saya terpaksa meletakkan Barca di hadapan pemain terbaik dalam sejarah bola sepak."Pada saat-saat masalah kewangan saya tidak dapat mengekalkannya. Saya fikir ia adalah perkara terbaik untuk kelab," katanya.Kontrak Messi bersama kelab itu tamat pada penghujung musim 2020-2021 dan Barcelona tidak dapat untuk menandatangani Messi kerana hutang ditanggung kelab itu sebanyak €1.35 (RM 6.25 bilion) pada Ogos 2021.Had gaji kelab itu juga telah dikurangkan sebanyak €280 (RM1.3 juta) menjelang kempen 2021-2022 akibat masalah kewangan mereka.Walaupun Messi dilaporkan bersetuju untuk melakukan pengurangan gaji 50 peratus, namun kelab Catalan itu masih tidak mampu menandatangani Messi untuk perjanjian baharu kerana undang-undang pekerjaan Sepanyol melarang majikan menurunkan gaji melebihi 50 peratus.Ia menyebabkan Messi perlu meninggalkan kelab itu dan menyertai Paris Saint Germain (PSG).Namun, Messi terus dikaitkan dengan kepulangan ke Barca apabila kontrak bersama PSG akan tamat pada penghujung musim ini.Laporta sebaliknya tidak mahu mengulas mengenai kepulangan Messi apatah lagi kapten Argentina itu juga telah dilaporkan bersetuju untuk terus kekal bersama kelab gergasi Perancis itu."Saya lebih suka untuk tidak bercakap tentang Leo kerana dia adalah pemain PSG. Kami memberi tumpuan kepada pemain yang menjadi milik kami."Leo akan sentiasa menjadi sebahagian daripada lambang kami, dan saya ingin dia mempunyai pengakhiran yang terbaik dalam kariernya," katanya.
4
06 Januari 2023 10:18am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239259/berita/sukan/city-kutip-mata-berharga
City kutip mata berharga
KELAB Manchester City meraih tiga mata berharga untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.Kemenangan bermakna itu diraih The Citizens selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge pada Jumaat.City beraksi hambar pada babak pertama, namun lebih menyerlah selepas rehat dengan gandingan pemain gantian, Jack Grealish dan Riyad Mahrez.Kemasukan mereka membuahkan hasil apabila Mahrez meledak gol tunggal pada minit ke-63.The Blues yang dibimbing Graham Potter mendominasi perlawanan sepanjang 45 minit pertama, namun City ampuh bertahan.Pengurus City, Pep Guardiola mengakui mereka jauh lebih baik pada babak kedua."City bergelut pada babak pertama. Kami leka, perlahan dan tanpa tempo, namun di babak kedua jauh lebih baik. Tiga mata ini sangat penting."Kami akan terus berusaha. Selepas ini Piala FA, Piala Liga dan kemudiannya Old Trafford," ujar Guardiola.Menerusi kemenangan itu, The Citizens mengumpul 39 mata untuk menghuni tangga kedua ketinggalan lima mata dengan pendahulu, Arsenal.Chelsea sekali lagi berdepan City dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Etihad pada awal pagi Isnin.
4
06 Januari 2023 08:37am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/239250/berita/sukan/lanyak-gajah-perang
Lanyak Gajah Perang!
BERAKSI di laman sendiri seharusnya menjadi kelebihan buat skuad Harimau Malaya apabila berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, bekalan lebih daripada dua gol seharusnya dicari barisan pemain Harimau Malaya untuk memastikan tugas lebih mudah apabila bertandang ke Stadium Thammasat, Bangkok Selasa ini.Malah, beliau juga percaya faktor ribuan penyokong Harimau Malaya yang akan hadir menggamatkan stadium mampu mencipta gerun kepada skuad Gajah Perang itu.“Saya yakin peluang Malaysia cerah untuk menang aksi pertama ini sekiranya dilihat kepada prestasi semasa yang ditunjukkan oleh mereka dalam perlawanan menentang Singapura tempoh hari.“Saya sendiri mengharapkan skuad negara dapat lebih daripada dua gol kerana ia akan memastikan peluang kita mara ke final lebih terbuka luas.“Thailand juga sudah tentu akan tenggelam dengan kehadiran puluhan ribu pemain ke-12 kita, selain rekod perlawanan kita agak cemerlang di Bukit Jalil,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Pertembungan kedua-dua pasukan di pentas Piala AFF sering menyajikan aksi penuh dramatik dengan Thailand merekodkan enam kemenangan, lima seri dan dua kekalahan sejak piala itu diperkenalkan pada 1996.Namun, jika dinilai prestasi dalam tiga aksi terakhir, Malaysia tampak berkelebihan apabila meraih dua kemenangan pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.Dalam pada itu, Wan Jamak juga percaya Thailand tidak akan bermain secara bertahan dalam perlawanan tersebut, sekali gus membuka ruang buat Harimau Malaya merobek gawang lawan.Namun, beliau mengingatkan benteng pertahanan Harimau Malaya perlu diperkukuhkan kerana skuad kendalian Alexandre Polking itu mempunyai pemain berkualiti di bahagian serangan.“Saya lihat apa yang dilakukan pasukan negara ketika menentang Singapura sebelum ini perlu dikekalkan iaitu menyerang sebagai satu pasukan dan bertahan sebagai satu pasukan.“Saya juga yakin staf jurulatih pasukan negara sudah membuat kajian mendalam di mana kelemahan pasukan lawan. Thailand juga tidak akan bermain bertahan dan taktikal berkesan perlu diaplikasikan coach Kim Pan-gon untuk merobek lawan,” jelasnya.
4
06 Januari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239233/berita/sukan/tunku-ismail-tinjau-skuad-harimau-malaya-berlatih
Tunku Ismail tinjau skuad Harimau Malaya berlatih
TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meninjau sesi latihan pasukan negara di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini petang Khamis.Tunku Ismail yang diiringi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, meluangkan masa kira-kira 30 minit menyaksikan latihan skuad Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut meluangkan masa berjumpa barisan pemain dan kejurulatihan pasukan negara sebelum berangkat meninggalkan Wisma FAM kira-kira jam 7 malam.Pasukan negara kini dalam persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.Bahang pertembungan itu mula dirasai pemain pertahanan negara Dominic Tan yang menjangkakan perlawanan berdepan skuad Gajah Perang itu berlangsung sengit."Pastinya ia bukan perlawanan yang mudah, semua nak menang dan layak ke final tetapi kita kena buat yang terbaik. Sudah tentu penting juga untuk kita bawa momentum baik bertemu Singapura (ke perlawanan menentang Thailand),” katanya kepada pemberita pada sesi latihan pasukan negara.Sementara itu, pemain pertahanan, Quentin Cheng berkata, pasukan Malaysia sentiasa mempunyai keyakinan menentang mana-mana lawan dan mampu mencapai kejayaan jika mereka menjalankan peranan mereka dengan baik."Kami sentiasa yakin menentang mana-mana pasukan dalam kejohanan ini, jurulatih memberi kami satu pelan permainan dan taktik untuk dilaksanakan dalam setiap perlawanan, kami cuma perlu mencuba yang terbaik untuk mengikut apa yang perlu dilakukan. Jika kami melakukan apa yang kami mampu, saya rasa kami boleh menewaskan sesiapa saja,” kata pemain Selangor FC itu.Malaysia masih segar dengan kejayaan menewaskan Singapura 4-1, Selasa lepas, sekali gus mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B di belakang Vietnam yang akan membuat perhitungan dengan Indonesia.Selepas perlawanan Sabtu ini, pasukan negara akan berlepas ke Bangkok bagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Selasa minggu depan. - Bernama
4
05 Januari 2023 08:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/239216/berita/sukan/isu-tiket-aff-tempahan-konsert-di-stadium-dibuat-sejak-2019
[VIDEO] Isu tiket AFF: Tempahan konsert di stadium dibuat sejak 2019
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) merungkai amarah peminat bola sepak yang mempersoalkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk konsert sehingga terpaksa mengorbankan 21,000 tempat duduk penonton menjelang sepak mula separuh akhir Piala AFF pada Sabtu.Menterinya, Hannah Yeoh memberitahu, tempahan penggunaan stadium untuk konsert artis Taiwan, Jay Chou sudah dibuat kira-kira empat tahun lalu.Tempahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk kejohanan Piala AFF 2022 pula dibuat pada 18 Ogos lalu."Tempahan stadium untuk konsert Jelajah Dunia Jay Chou dibuat pada 13 Mac 2019, manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022," ciap Hannah di Twitter pada Khamis.Malaysia akan menentang juara bertahan, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF pada Sabtu bermula jam 8.30 malam.Hannah menjelaskan persiapan untuk konsert tersebut memerlukan masa sehingga 14 hari melibatkan pemasangan pentas, ratusan krew serta penggunaan jentera berat."Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew dan 185 krew antarabangsa. Penggunaan 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu."Mereka (penganjur) sudah tunda 2.5 hari bagi ruang AFF," katanya.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman pada Rabu memaklumkan sebanyak 59,000 tiket dijual, manakala 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur konsert yang dalam proses pemasangan.Tindakan itu mencetuskan amarah para peminat yang kecewa kerana gagal mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir tersebut biarpun kapasiti stadium boleh menampung hampir 80,000 penonton.Noor Azman menjelaskan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut, namun situasi itu tidak dapatdielakkan.
4
05 Januari 2023 07:18pm