author_name
stringclasses 77
values | article_url
stringlengths 71
524
| article_title
stringlengths 14
86
| article_text
stringlengths 242
35.4k
| reading_time
stringclasses 1
value | article_dt
stringlengths 19
25
|
---|---|---|---|---|---|
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/242813/berita/sukan/kedah-uji-keserasian-di-turkiye | Kedah uji keserasian di Turkiye | PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA) FC akan ke Antalya, Turkiye untuk membentuk kesebelasan utama bermula 6 hingga 14 Februari ini bagi persediaan pasukan tersebut menghadapi Liga Malaysia musim 2023.Jelajah pramusim 2023 itu menyaksikan pasukan kendalian Nafuzi Zain akan bertemu empat kelab yang bermain di Liga Perdana Uzbekistan, Liga Perdana Kazakhstan dan Liga Perdana Ukraine.Pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sepanjang 10 hari berada di Antalya, Sang Kenari akan bertemu pasukan FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari, FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari), FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan pasukan terakhir FC Metalist Kharkiv dari Ukraine (14 Februari)."Ini adalah pengalaman pertama untuk Kedah. Mudah-mudahan ruang dan peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk mencari kesebelasan utama terbaik."Juga membina semangat dan jati diri serta menjadi pasukan yang mempunyai minda sebagai seorang juara," katanya dalam sidang media pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas pengumuman jelajah pramusim di Turkiye, rakan strategik dan rakan rasmi musim 2023 di Kedah Digital Library, dekat sini.Mohd Daud berkata, perancangan pasukan sejak 6 Januari lepas akhirnya menjadi realiti dengan usaha keras pihak pengurusan untuk memastikan semua perancangan menyediakan Sang Kenari berwajah baharu dan mantap musim ini."KDA FC merancang untuk mengadakan penstriminan secara langsung (berbayar) dan akan ditawarkan kepada semua penyokong bola sepak untuk setiap perlawanan di Antalya, Turkiye."Sudah pasti perlawanan kali ini amat dinantikan memandangkan KDA FC merupakan antara pasukan yang menjalani jelajah pramusim di Eropah."KDA FC akan memaklumkan pakej langganan menarik dengan menawarkan pas akses untuk semua perlawanan dan juga pas akses untuk setiap perlawanan," ujar beliau.Tambah Mohd Daud, Sang Kenari akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan pengumuman penaja musim 2023 pada 18 Februari ini di Stadium Darul Aman.Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik dirancang pada malam tersebut antaranya perlawanan legenda pemain bola sepak, pelancaran lagu KDA FC yang akan dibawakan oleh artis tempatan, pengumuman Dermasiswa KDA FC dan banyak lagi."Pemain legenda yang akan hadir ini pasti menggamit kenangan suatu masa dahulu, nama-nama besar akan hadir untuk mengimbau seteru dengan pasukan gergasi pada waktu 90-an dan sejarah bola sepak Kedah yang kaya dengan kejayaan lalu," jelas beliau. | 4 | 29 Januari 2023 09:31pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242811/berita/sukan/leicester-city-pertaruh-aura-tete | Leicester City pertaruh aura Tete | Leicester City menandatangani pemain sayap Brazil, Tete dengan perjanjian sehingga akhir musim, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Ahad.Dia menyertai Leicester selepas menghabiskan masa bersama kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Lyonnais berikutan penggantungan kontraknya dengan Shakhtar Donetsk.Keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tahun lepas membenarkan semua pemain asing yang berpangkalan di Ukraine untuk menggantung kontrak mereka. Tete akan kembali ke Shakhtar pada 1 Julai.Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 17 penampilan dalam Ligue 1 musim ini.Dia telah menjaringkan enam kali dan menyumbang tiga bantuan, dan telah mewakili Brazil di peringkat Bawah 20 dan Bawah 23 Tahun.Tete dijangka bersedia untuk Leicester, yang berada di tempat ke-14 kedudukan Liga Perdana Inggeris, apabila bertandang ke Villa Park berdepan Aston Villa pada Sabtu ini. | 4 | 29 Januari 2023 09:23pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242808/berita/sukan/aberdeen-ambil-masa-19-minit-pecat-goodwin | Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin | KELAB Liga Perdana Scotland, Aberdeen hanya mengambil masa 19 minit untuk memecat pengurus Jim Goodwin selepas kekalahan 0-6 kepada Hibernian di Stadium Easter Road, sekali gus meneruskan prestasi buruk pasukan itu.Goodwin sebelum ini masih mengekalkan jawatannya biarpun Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa lalu.Pengendali berusia 41 tahun itu dan para pemain ketika menerima perkhabaran mengenai pemecatan tersebut masih berada di bilik persalinan selepas perlawanan.Sementara itu, Pengerusi Aberdeen, Dave Cormack menyifatkan Goodwin telah memberikan yang terbaik dalam mengemudi pasukan itu“Saya bertemu dengan Jim pada penghujung permainan. Jim adalah seorang lelaki yang sangat baik. Dia datang, memeluk saya dan berkata, ‘Ia tidak cukup baik.’ Dia telah memberikan segala-galanya dalam membentuk pasukan.“Namun faktanya mudah dan saya percaya para penyokong berasa malu, terhina, terkejut dengan dua keputusan perlawanan terakhir Aberdeen. Itulah perasaan para penyokong, dan saya hanya boleh meminta maaf kepada mereka,” katanya.Aberdeen kini berada di tempat ketujuh liga, bolos 11 gol dalam dua perlawanan liga terakhir. | 4 | 29 Januari 2023 08:36pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242807/berita/sukan/djokovic-juara-terbuka-australia | Djokovic juara Terbuka Australia | BINTANG tenis, Novak Djokovic menewaskan pemain dari Greece, Stefanos Tsitsipas 6-3, 7-6(4), 7-6(5), dalam perlawanan akhir Terbuka Australia pada Ahad.Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun tersebut meraih gelaran ke-10 sekali gus melebarkan rekod di Melbourne Park.Ini juga merupakan mahkota Grand Slam ke-22 pemain Serbia itu, menjadikan dia setaraf dengan Rafael Nadal dalam senarai juara utama lelaki.“Saya sangat gembira dan bersyukur di sebalik kejayaan yang luar biasa pada malam ini.“Ya, satu lagi final Grand Slam...“Kemenangan ini juga satu penghormatan kepada pasukan saya yang sentiasa memberi sokongan selama ini,” katanya.JUARA GRAND SLAM SEPANJANG MASARafael Nadal: 22Novak Djokovic: 22Roger Federer: 20Pete Sampras: 14Roy Emerson: 12Rod Laver: 11Björn Borg: 11Bill Tilden: 10 | 4 | 29 Januari 2023 08:29pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/242800/berita/sukan/kelantan-united-perkemas-rentak-di-lembah-klang | Kelantan United perkemas rentak di Lembah Klang | KELANTAN United FC (KUFC) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan dua kelab dari Lembah Klang pada Selasa dan Khamis ini sebagai persiapan menghadapi Liga Super yang dijadual bermula pada 24 Februari ini.Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, aksi menentang KL City FC pada Selasa akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dan aksi menentang PDRM FC di Universiti Putra Malaysia, Serdang Khamis ini."Dua perlawanan pada Selasa (31 Januari) dan Khamis (2 Februari) diatur bagi memastikan persediaan pasukan pada tahap maksimum menjelang sepak mula saingan sebenar liga bulan depan."KUFC memilih kedua-dua pasukan itu kerana memiliki pemain-pemain yang berkualiti selain corak permainan yang bagus," katanya.Wan Mohd Zul berkata, kedua-dua perlawanan itu juga akan menjadi platform kepada Ketua Jurulatih, Tomas Trucha memantapkan pasukan dari aspek permainan, kombinasi pemain serta menyesuaikan pemain dengan taktikal."Perlawanan ini membolehkan barisan kejurulatihan menyediakan pasukan dengan sebaik mungkin bagi menghadapi Liga Super musim ini."Keputusan kedua-dua perlawanan itu tidak penting, apa yang lebih penting adalah menilai kesemua aspek terutamanya kemampuan pemain import KUFC untuk musim ini," jelasnya. - Bernama | 4 | 29 Januari 2023 07:57pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242790/berita/sukan/sukan-asia-hangzhou-2022-ikut-jadual | Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual | TEMASYA Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sebelum ini ditunda gara-gara pandemik Covid-19 hampir pasti diadakan tahun ini mengikut tarikh ditetapkan.Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2023, Datuk Chong Kim Fatt berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.Malah, beliau turut dimaklumkan, temasya kali ini dijangka tidak akan dilangsungkan menerusi kaedah gelembung sukan, sebaliknya berlangsung sama seperti edisi sebelum ini.“Keputusan dijangka diketahui Mac ini, namun saya boleh kongsikan persediaan tuan rumah sudah untuk menganjurkan temasya pada kali ini sudah 100 peratus.“Saya juga difahamkan Sukan Asia ini tidak akan dianjurkan dalam gelembung sukan kerana untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia (OCA) mereka tidak suka dengan cara itu.“Mereka mahu temasya ini berjalan seperti biasa kerana sekiranya tidak, ia akan jadi seperti Olimpik Tokyo yang rugi kerana tak boleh jual tiket, dan kedudukan kewangan penganjur akan berdepan masalah,” katanya.Untuk rekod, Sukan Asia edisi ke-19 itu yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 September 2022 ditunda ke tarikh baharu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023. | 4 | 29 Januari 2023 07:27pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242781/berita/sukan/tiada-keperluan-bawa-doktor-pengiring-khas | Tiada keperluan bawa doktor pengiring khas | TIADA keperluan bagi membawa doktor pengiring khas memantau tahap kesihatan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam kejohanan disertai tahun ini.Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata sebaliknya, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni yang dijadual mengharungi jadual padat dalam misinya memburu tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024.“Saya rasa Azizulhasni akan ambil bahagian sekiranya doktor memberi lampu hijau kepadanya untuk beraksi. Jika tidak beliau tidak akan menyertai 125th Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, Disember lepas.“Jadi saya rasa dia sudah dapat lampu hijau daripada doktor yang merawatnya untuk kembali kepada aksi berprestasi tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.Pemenang pingat perak acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu bakal menempuh jadual padat dengan menyertai tiga siri kejohanan Nations Cup atau Piala Negara-Negara iaitu di Jakarta, Indonesia pada 23 hingga 26 Februari ini diikuti Kaherah, Mesir (14 hingga 17 Mac) dan Milton, Kanada (20 hingga 23 April) yang menawarkan mata kelayakan Olimpik.The Pocket Rocketman sebelum ini menjalani pembedahan pada April tahun lalu susulan masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA). - Bernama | 4 | 29 Januari 2023 06:14pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242779/berita/sukan/format-piala-dunia-2023-tidak-adil-buat-skuad-negara | Format Piala Dunia 2023 tidak adil buat skuad negara | PERSEKUTUAN Hoki Antarabangsa (FIH) diharap dapat melihat semula format Piala Dunia Hoki 2023 yang dianggap tidak adil terhadap skuad negara.Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berpandangan format edisi 2023 memberi kesan kepada kedudukan akhir pasukan negara di kejohanan itu biarpun memenangi beberapa perlawanan.Menurutnya, MHC berharap FIH dapat memberi perhatian kepada isu itu bagi memastikan format lebih adil digunakan dalam penganjuran masa depan.“Pada saya format kali ini tidak adil kerana sekiranya diikutkan kita sepatutnya bermain untuk klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-12.“Bagaimana Afrika Selatan yang hanya menang sekali dan kita menang tiga perlawanan, namun mereka tamatkan saingan lebih tinggi dari pasukan negara.“Jika ikutkan secara logik kita akan tamatkan saingan lebih tinggi dari Afrika Selatan. Malah ketika menentang Afrika Selatan, lawan mendapat rehat lebih lama, sebaliknya kita pula perlu bergerak ke venue yang lebih jauh dan ia menyebabkan para pemain penat.“Ini cuma pandangan saya sahaja, saya harap FIH dapat lihat semula format yang digunakan pada Piala Dunia kali ini untuk kejohanan yang akan datang," katanya pada Ahad.Malaysian Tigers kendalian Arul Selvaraj sebelum itu menamatkan saingan Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 berkongsi kedudukan bersama Perancis selepas menewaskan Jepun 3-2.Format baharu di Piala Dunia 2023, pasukan tercorot dalam setiap kumpulan berpeluang memperbaiki kedudukan akhir apabila akan bermain untuk penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.Edisi sebelum ini menyaksikan pasukan yang berada di kedudukan tercorot kumpulan, kedudukan akhir akan ditentukan menerusi jumlah mata yang dikumpul pada aksi peringkat kumpulan. | 4 | 29 Januari 2023 06:10pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242738/berita/sukan/terbuka-australia-sabalenka-akui-tak-tidur-lena | Terbuka Australia: Sabalenka akui tak tidur lena | JUARA baharu Terbuka Australia, Aryna Sabalenka mengakui tidak dapat tidur lena selepas menjuarai kejuaraan Grand Slam tersebut.Pemain tenis Belarus itu memenangi gelaran Grand Slam pertamanya selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menewaskan Elena Rybakina 4-6, 6-3, 6-4 dalam perlawanan akhir di Arena Rod Laver.“Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana dapat melakukannya, sukar untuk menggambarkan perasaan saya sekarang dan ini adalah hari terbaik dalam hidup saya.“Saya masih berasa seperti berada di planet lain dan cuba memahami apa yang baharu berlaku. Namun sepanjang perlawanan saya berusaha mengekalkan ketenangan,” kata Sabalenka yang tersingkir pada pusingan keempat di Melbourne Park tahun lalu.Aryna Sabalenka muncul juara bahara Terbuka Australia selepas menewaskan Elena Rybakina di Arena Rod Laver.Sabalenka yang dilatih Anton Dubrov bakal berstatus nombor dua dunia pada Isnin selepas pemain berusia 24 tahun itu merangkul kejuaraan tersebut. | 4 | 29 Januari 2023 02:53pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242736/berita/sukan/tak-logik-stadium-shah-alam-rm700-juta---tmj | Tak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJ | PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik.Sebaliknya Tunku Ismail berkata, teknologi yang bakal digunakan di stadium tersebut sangat canggih dan memerlukan sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk menyiapkannya."SSI (Stadium Sultan Ibrahim) RM400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 bilion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. RM700 juta lebih tidak logik," katanya dalam satu komen di laman Instagram.Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah AlamKonsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman. | 4 | 29 Januari 2023 02:38pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242731/berita/sukan/ac-milan-masih-miliki-aura | AC Milan masih miliki aura | PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli mengakui bertanggungjawab ke atas prestasi kelab tersebut baru-baru ini, namun percaya gergasi Serie A itu mampu mengubah nasib berdasarkan kekuatan pasukan ketika ini.Anak buah Pioli gagal menang dalam lima perlawanan terakhir semua pertandingan baru-baru ini, selain mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan akhir Piala Super Itali dan tersingkir daripada Coppa Italia.“Saya mengenali para pemain kelab ini dengan baik, jika mereka melakukan banyak kesilapan, saya orang pertama yang bertanggungjawab. Saya telah cuba menjadi lebih jelas, ringkas dan terus untuk bekerja dengan lebih baik.“Ya, kami memiliki sumber pasukan mencukupi untuk mengatasi tempoh ini... kami sedang memulihkan pemain yang cedera, dan kami gembira seperti ini,” katanya.Pada masa sama Pirlo percaya para pemain Milan mengambil iktibar daripada perlawanan sebelum ini.“Kami perlu menjadi pasukan yang sedar diri dan padu. Kami gembira kerana masih dapat bermain dalam baki perlawanan.“Pasukan perlukan raih keputusan positif sekarang untuk mendapatkan semula semangat para pemain kerana bercakap banyak pun tidak berguna,” kata Pioli. | 4 | 29 Januari 2023 02:13pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242712/berita/sukan/amerika-syarikat-dipilih-penganjur-copa-america-2024 | Amerika Syarikat dipilih penganjur Copa America 2024 | KONFEDERASI Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengesahkan Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai penganjur Copa America 2024 yang turut akan dianjurkan menggunakan format baharu.Ecuador sepatutnya menjadi tuan rumah pada tahun hadapan tetapi menarik diri pada November berikutan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan infrastruktur.AS pernah bertindak sebagai penganjur kejohanan itu pada 2016 bagi edisi sedekad dan ia satu-satunya kejohanan yang pernah diadakan di luar Amerika Selatan.Edisi 2024 akan menampilkan 10 pasukan biasa dari Amerika Selatan, ditambah enam dari Amerika Utara, Tengah dan Caribbean.Bagaimanapun, AS yang turut akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 di samping Mexico dan Kanada tidak diberi tempat automatik dalam Copa America.Argentina memenangi kejohanan tersebut pada 2021 selepas menewaskan tuan rumah, Brazil 1-0 di Maracana yang diadakan dalam stadium kosong susulan kekangan penularan Covid-19. | 4 | 29 Januari 2023 12:12pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242711/berita/sukan/sentuhan-heung-min-kembali-tajam | Sentuhan Heung-min kembali tajam | SENTUHAN tonggak utama Tottenham Hotspur, Son Heung-min kembali tajam selepas meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Preston dalam aksi pusingan keempat Piala FA pada Ahad.Dua gol daripada Heung-min dan satu lagi jaringan daripada Arnaut Danjuma memastikan Spurs melangkah ke pusingan seterusnya."Saya memerlukan gol tersebut untuk meningkatkan keyakinan saya dan ia sangat penting. Saya berada dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol."Dalam separuh masa pertama saya mempunyai beberapa peluang untuk jaringkan gol tetapi penjaga gol lawan menyelamatkannya."Sebagai seorang penyerang atau pemain menyerang, perkara paling penting adalah menjaringkan gol. Ia sangat penting untuk membantu pasukan mara ke pusingan seterusnya," katanya.Pemain Korea Selatan itu yang memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 23 gol musim lalu bergelut untuk berada pada prestasi terbaik musim ini dan hanya meledak lapan gol dalam semua kejohanan.Dalam pada itu, penolong pengurus Tottenham, Cristian Stellini memuji Heung-min selepas perlawanan dan menyifatkannya sebagai pemain yang hebat."Dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk mencari ruang. Dia sangat fokus pada perlawanan. Dia terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk melakukan kerja yang baik," katanya. | 4 | 29 Januari 2023 11:46am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242708/berita/sukan/ten-hag-terkesima-aksi-casemiro | Ten Hag terkesima aksi Casemiro | PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mengakui terkejut dengan persembahan dipamerkan Casemiro selepas pemain Brazil itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Reading dalam aksi Piala FA pada Ahad.Dalam aksi di Old Trafford itu, United terpaksa menunggu sehingga minit ke-54 untuk memecahkan kebuntuan gol menerusi Casemiro sebelum bekas pemain Real Madrid itu menambah gol kedua empat minit berselang.Fred kemudian memastikan kemenangan United menerusi gol ketiga pada minit ke-66 dan Reading mendapat gol saguhati menerusi Amadou Salif Mbengue pada minit ke-72.Casemiro setakat ini telah menjaringkan empat gol dan lima bantuan gol sejak menyertai United pada Ogos tahun lalu."Ya. Kami tahu dia seorang pemain yang hebat. Dia terbukti sangat hebat di bahagian tengah ketika bermain bersama Real dengan beberapa pemain seperti Toni Kroos dan Luka Modric."Saya fikir dia mampu melakukannya (mencipta ancaman kepada lawan). Kami melihat secara ofensif dia adalah sebahagian daripadanya, dan dia menikmatinya apabila dia boleh masuk untuk menyerang."Apa yang saya suka ialah bola sepak dinamik dengan variasi dan banyak pertukaran kedudukan, jadi kami perlu membuat lawan berfikir, supaya kami boleh memanfaatkan sepenuhnya," katanya.Dalam pada itu, kapten United, Harry Maguire turut memuji pemain tengah itu dengan transformasi yang telah dilakukannya dalam beberapa aspek."Dia telah melakukan berdasarkan apa faktor dia dibawa masuk ke kelab ini. Dia seorang pemain yang luar biasa sepanjang kariernya. Anda tidak akan memenangi apa yang dimenanginya tanpa menjadi pemain terbaik."Dia telah meningkatkan kualiti pasukan, meningkatkan semangat dan meningkatkan prestasi, dan sangat bagus untuk memilikinya," katanya. | 4 | 29 Januari 2023 11:08am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242706/berita/sukan/pedri-layak-dilabel-pemain-tengah-terbaik-dunia---xavi | Pedri layak dilabel pemain tengah terbaik dunia - Xavi | PENGENDALI Barcelona, Xavi melabel pemain tengah pasukan itu, Pedri sudah pun menjadi antara pemain tengah terbaik dunia.Pemain berusia 20 tahun itu menandakan penampilan ke-100 untuk kelab itu pada Sabtu dengan gol tunggal ketika Barcelona menewaskan Girona untuk meraih kemenangan kelapan dalam sembilan perlawanan La Liga."Dia sudah membuat perubahan besar dalam permainan dan jika anda lihat dia turut melakukan bantuan gol dan menjaringkan gol, ia bermakna Pedri adalah salah seorang pemain terbaik di dunia dalam kedudukannya pada usia 20 tahun."Dia masih perlu melakukan lebih banyak dalam hantaran terakhir. Bukan sahaja Pedri tetapi juga Gavi, (Frenkie) De Jong, (Sergio) Busquets, dan (Franck) Kessie apabila dia bermain," katanya.Namun, Xavi melihat prestasi Barcelona masih belum berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu."Kami masih belum berani sepenuhnya. Kami memberikan hantaran yang betul, tetapi bukan hantaran penentu. Kami perlu merembat dari luar kawasan, mencari bola yang bagus dan membuat hantaran silang."Girona memberi tekanan kepada kami dan mereka mengejutkan kami, tetapi kadangkala kami perlu keluar dari kotak dan mencipta lebih banyak peluang lagi."Setengah jam pertama separuh masa kedua adalah apa yang kami mahukan iaitu kemenangan dan gol datang hasil tekanan tinggi."Saya berpuas hati dengan kemenangan itu, tetapi kami mesti menambah baik kualiti dan kami mesti memperbaiki situasi menyerang," katanya. | 4 | 29 Januari 2023 10:44am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242698/berita/sukan/tak-boleh-terima-hakikat-kelab-kecil-dari-asia-mendahului | 'Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului' | PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan mengenai insiden yang berlaku dalam aksi persahabatan menentang kelab Bulgaria, Levski Sofia yang terpaksa ditamatkan awal pada minit ke-54.Menurut Tunku Ismail, pasukan lawan mungkin tidak dapat menerima hakikat kelab kecil seperti JDT sedang mendahului 1-0 selain pengadil dari Serbia gagal mengawal perlawanan."Pasukan lawan membuat terjahan tetapi tiada kad kuning. Pemain JDT berdiri beberapa meter dari wall (benteng) pun kena kad kuning. Bagi saya pengadil dari Serbia gagal untuk mengawal permainan."Nombor 30 ludah ke muka Leandro dan sepak Leandro tetapi tiada kad. Dari situ mulanya permainan jadi lebih agresif."Mungkin mereka tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului 1-0 menentang kelab dari Eropah,” kata TMJ.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jebel Ali Centre of Excellence di Dubai pada Sabtu menyaksikan JDT berjaya mendahului pada minit ke-24.Susulan ketinggalan, Levski Sofia bermain secara agresif untuk mencari gol penyamaan sehingga tercetus pergaduhan pada minit ke-53 sebelum mereka memboikot perlawanan.Pasukan itu melalui hantaran di laman Instagram mereka mendakwa JDT tiada semangat kesukanan menyebabkan mereka memboikot perlawanan itu.Tindakan Levski Sofia tidak meneruskan perlawanan menyaksikan JDT diberikan kemenangan dalam aksi persahabatan itu. | 4 | 29 Januari 2023 07:54am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242697/berita/sukan/aksi-tegang-levski-sofia-jdt-perlawanan-ditamatkan-awal | Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal | [DIKEMAS KINI] Aksi panas membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab Bulgaria, Levski Sofia menyaksikan perlawanan persahabatan membabitkan kedua-dua pasukan terpaksa ditamatkan lebih awal pada minit ke-54.Dalam perlawanan di Stadium Jebel Ali Centre of Excellence di Dubai pada Sabtu, JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan itu menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz pada minit ke-24.Selepas jaringan tersebut, Levski Sofia bermain dengan aksi lebih agresif untuk mencari gol penyamaan, namun sukar mendapat rentak ekoran kecemerlangan JDT menguasai perlawanan.Aksi agresif pasukan dari Bulgaria itu berlarutan sehingga terjadinya pergaduhan pada minit ke-53 menyebabkan perlawanan dihentikan seketika sebelum pemain Levski Sofia bertindak keluar padang dan memboikot perlawanan.Pasukan Levski Sofia mendakwa pemain JDT melakukan kekasaran terhadap pemainnya dan pengadil perlawanan dari Serbia gagal mengendalikan aksi dengan baik menjadi punca mereka memboikot perlawanan.Bagaimanapun, berdasarkan video yang tular di media sosial menyaksikan beberapa aksi kekasaran terlebih dahulu dilakukan oleh pasukan dari Bulgaria itu terhadap JDT sehingga mencetuskan pergaduhan itu. | 4 | 29 Januari 2023 07:47am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242693/berita/sukan/pencapaian-malaysian-tigers-masih-boleh-dibanggakan | Pencapaian Malaysian Tigers masih boleh dibanggakan | SKUAD hoki negara menamatkan saingan Piala Dunia 2023 di tempat ke-13 setelah menewaskan Jepun 3-2 dalam klasifikasi tempat ke-13 hingga 16 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Kedudukan itu masih dianggap baik berbanding edisi 2018 di Bhubaneswar, India apabila Malaysian Tigers yang ketika itu dibimbing Roelant Oltmann menghuni kedudukan ke-15.Pada edisi kali ini, Malaysia yang kini dibimbing Arul Selvaraj mengakhiri saingan di Bhubaneswar dan Rourkela dengan rekod tiga kemenangan dan tiga kekalahan.Bagi Arul, beliau tetap menganggap kemenangan ke atas Jepun sesuatu yang baik meskipun barisan kendaliannya gagal mencapai sasaran layak ke peringkat suku akhir.“Kami bermain enam perlawanan dan menang tiga, kalah dua dan seri satu (2-2 menentang Sepanyol sebelum tewas 3-4 menerusi penentuan penalti shoot-out).“Saya masih berbangga dengan pemain-pemain kerana ia bukan mudah. Setiap perlawanan, pemain-pemain perlu bekerja keras dan mereka berjuang sehingga penghujung,“ katanya sejurus tamat aksi menentang Jepun.Pada Khamis, hasrat skuad Malaysian Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan lebur selepas tumpas 3-6 kepada Afrika Selatan dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.Dalam aksi crossover sebelum itu, Malaysia tumbang di tangan Sepanyol menerusi penentuan penalti shoot-out, sekali gus gagal menyambar tiket ke suku akhir.Pada aksi peringkat Kumpulan C, Malaysia bermula langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Belanda sebelum membenam Chile dan New Zealand dengan keputusan 3-2 untuk muncul naib juara kumpulan.Dalam aksi klasifikasi terakhir menentang Jepun, penyerang muda, Shello Silverius meledak dua gol buat Malaysian Tigers, manakala Shahmie Irfan Suhaimi menyumbang satu gol.“Daripada 24 suku (permainan), kami hanya mengalami dua suku (pertama) yang teruk ketika menentang Afrika Selatan. Kekalahan itu meletakkan kami di kedudukan (klasifikasi) bawah,“ jelas Arul. | 4 | 29 Januari 2023 07:00am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/242684/berita/sukan/kj-bakal-ceo-jdt | KJ bakal CEO JDT? | [DIKEMAS KINI] TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan-akan memberi bayangan menawarkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT)."CEO masa depan JDT dan penasihat belia Johor," tulis Tunku Ismail yang juga pemilik JDT di laman Story Instragram baginda pada Sabtu.'Tawaran' Tunku Ismail itu ternyata menarik perhatian warga maya terutamanya peminat bola sepak tempatan.Dalam pada itu, Khairy tidak mengambil masa lama untuk memberikan jawapan balas 'tawaran' daripada TMJ.Dalam Story Instragramnya, Khairy pula menulis: "One door closes, others will open (satu pintu tertutup, pintu lain terbuka). Rezeki di tangan ALLAH."Untuk rekod, Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ dianggap tidak asing dalam sukan bola sepak.Bekas Ahli Parlimen Rembau itu pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007.Ketika menduduki kerusi Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, beliau mencetuskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat.Selain menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy pernah menggalas portfolio sebagai Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Pada Jumaat, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memecat Khairy disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu. | 4 | 28 Januari 2023 10:01pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242673/berita/sukan/shamala-letak-jawatan-timbalan-presiden-mhc | Shamala letak jawatan Timbalan Presiden MHC | TIMBALAN Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Profesor Datuk Dr S Shamala, melepaskan jawatannya itu berkuat kuasa pada Jumaat.Memberikan alasan masalah kesihatan sebagai sebab utama beliau melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 2015 itu, Shamala juga melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Hoki Selangor.Shamala berkata, dapat membantu hoki Malaysia sejak dua dekad lepas dengan memegang pelbagai jawatan termasuk naib presiden MHC dan setiausaha Persatuan Hoki Wanita Malaysia merupakan satu penghormatan tertinggi untuknya."Oleh kerana tempoh Jawatankuasa Eksekutif MHC ialah 2019 hingga ke 2023 dan kami dalam tahun akhir melengkapnya tempoh ini, jadi saya rasa ini adalah waktu yang tepat untuk saya membuat keputusan ini."Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan memohon maaf jika ada sebarang kekurangan kepada kesemua ahli hoki Malaysia, dengan satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan selamanya,” katanya dalam surat peletakan jawatannya yang telah dimuat naik di Facebooknya. - Bernama | 4 | 28 Januari 2023 07:57pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/242669/berita/sukan/muhaizar-buru-tiket-sukan-sea-kemboja-2023 | Muhaizar buru tiket Sukan SEA Kemboja 2023 | VETERAN tentera yang juga seorang daripada pelumba maraton utama negara, Muhaizar Mohamad mengharapkan hadiah persaraan yang terbaik buatnya dengan beraksi dalam acara Aquathlon, yang akan dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan SEA Kemboja 2023.Staf Sarjan yang akan bersara setelah berkhidmat lebih dua dekad dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu perlu memastikan beliau layak ke temasya sukan yang akan berlangsung pada 5-17 Mei ini, dengan menampilkan aksi terbaik pada Kejohanan Neptune X114 (NX113) Aquathlon Putrajaya, 4 Februari ini.Bagaimanapun, ia bukanlah laluan mudah buat Muhaizar kerana atlet berusia 37 tahun itu perlu bertanding dalam kategori Elit NX113 Aquathlon dengan mengharungi cabaran berenang sejauh 500 meter (m) sebelum beralih ke larian 2.5 kilometer (km) di sekitar Tasik Putrajaya."Kepakaran saya ialah larian, jadi kalau saya menamatkan renangan di bawah 10 minit, saya yakin dapat memberi saingan hebat kepada pencabar utama yang lain. Saya boleh melengkapkan larian di bawah lapan minit."Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mewakili negara pada Sukan SEA 2023. Saya dapat lihat semakin ramai orang telah berkecimpung dalam sukan ini."Ini satu petanda baik kerana negara ini sememangnya memerlukan kumpulan bakat yang besar untuk melahirkan jaguh sukan," kata pemenang pingat gangsa dalam acara maraton lelaki Sukan SEA 2017 dan 2019 dalam kenyataan daripada penganjur.Muhaizar dan jaguh triathlon wanita Indonesia, Inge Prasetyo adalah antara nama besar yang akan bertanding pada NX113 Aquathlon, yang menerima pendaftaran daripada 500 peserta setakat ini.Aquathlon akan membuat penampilan sulung bersama-sama dua lagi acara pelbagai disiplin - triathlon dan duathlon - pada Sukan SEA di Phnom Penh.Sementara itu, bekas juara Asia dua kali acara Paratriathlon, Mohd Sabki Ariffin turut mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan NX113 Aquathlon itu."Saya telah menerima dana untuk bertanding dalam kejohanan ini dan sama sekali tidak akan mensia-siakan peluang ini. Walaupun mengalami kecederaan bukul lali, ia langsung tidak melemahkan semangat saya untuk memberikan yang terbaik, harap dapat menamatkan saingan di podium," kata Mohd Sabki, yang bersedia mencabar atlet normal pada NX113 Aquathlon.Menurut penganjur, kategori lain yang akan dipertandingkan pada 4 Februari ialah Standard (renangan 1.5km/larian 10km), Sprint (renangan 750m swim/larian 5km) dan Super Sprint (renangan 500m/larian 2.5km), namun hanya pesaing dalam kategori Elite yang layak untuk bertanding dalam pemilihan ke Sukan SEA.Mereka yang ingin menyertai NX113 Aquathlon boleh mendaftar melalui [email protected], bagaimanapun pendaftaran untuk kategori Elite perlu dihantar menerusi persatuan triathlon negeri masing-masing.NX113 Aquathlon akan dilangsungkan serentak dengan Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (SEAOWSC) yang akan diadakan pada 2-4 Februari. - Bernama | 4 | 28 Januari 2023 07:17pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242660/berita/sukan/selangor-fc-terbang-ke-bangkok-lawan-kelab-thailand | Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand | SELANGOR FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon berkata, pasukan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Ratchaburi FC dan PT Prachuap.Menariknya, Ratchaburi FC adalah pasukan diwakili Safawi Rasid, manakala PT Prachuap pula melibatkan seorang lagi pemain negara, Junior Eldstal.“Selangor FC akan menentang dua pasukan kelab yang beraksi di Thailand iaitu Ratchaburi FC dan PT Prachuap selepas kejohanan di Piala Harapan 2023.“Kami akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir pada 10 Februari,” katanya pada majlis memperkenalkan jersi Selangor FC di Shah Alam pada Sabtu.Sebelum berkampung di Bangkok, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan memeriahkan Piala Harapan di Pulau Pinang bermula Rabu hingga Sabtu depan.Kejohanan itu melibatkan tiga lagi pasukan iaitu skuad tuan rumah, Penang FC, Kedah Darul Aman FC dan kelab dari Singapura, Geylang International FC.Menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) pada 24 Februari ini semua pasukan giat memantapkan skuad masing-masing menerusi aksi persahabatan di dalam atau luar negara.Beberapa kelab turut menjadikan negara Gajah Perang itu sebagai medan ujian termasuk Sri Pahang FC dan Sabah FC, manakala skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) terbang ke Dubai. | 4 | 28 Januari 2023 06:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242645/berita/sukan/pearly-thinaah-tersingkir-di-separuh-akhir | Pearly-Thinaah tersingkir di separuh akhir | BADI separuh akhir mula membelenggu beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila tewas kepada pasangan Jepun di Masters Indonesia, Jakarta pada Sabtu.Mereka yang menjadi satu-satunya wakil tunggal negara di peringkat empat terbaik tewas straight set kepada Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 14-21, 19-21 dalam tempoh 50 minit dalam aksi di Stadium Istora Senayan.Pasangan Jepun itu menghuni ranking lebih rendah di kedudukan ke-11 berbanding Pearly-Thinaah di tempat keenam dunia.Pearly-Thinaah tewas mudah di set pertama, bagaimanapun mempamerkan kebangkitan pada set seterusnya.Mereka di depan sehingga pertengahan permainan, namun rentak kebangkitan tidak bertahan lama apabila dipaksa bekerja keras oleh pasangan lawan yang menang 19-21.Kekalahan di separuh akhir itu adalah yang kedua berturut-turut buat Pearly-Thinaah selepas dikecewakan di Terbuka India minggu lalu.Mereka kalah kepada satu lagi gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 14-21, 16-21.Fukushima-Hirota bertemu Liu Sheng Shu-Zhang Shu Xian di pentas final selepas lawan dari China itu menewaskan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (Thailand) 21-11, 21-9.Pearly-Thinaah menutup kalendar 2022 dengan dua kejayaan iaitu di Terbuka Perancis dan membawa pulang pingat emas di temasya Sukan Komanwel Birmingham. | 4 | 28 Januari 2023 04:52pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242641/berita/sukan/malaysia-akhiri-piala-dunia-di-tempat-ke-13 | Malaysia akhiri Piala Dunia di tempat ke-13 | SKUAD hoki negara menamatkan saingan Piala Dunia 2023 di tempat ke-13 setelah menewaskan Jepun, 3-2 dalam klasifikasi terakhir di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Kedudukan itu lebih baik berbanding edisi 2018 di Bhubaneswar, India apabila Malaysia menghuni kedudukan ke-15.Pemain sensasi, Shello Silverius meledak dua gol buat Malaysian Tigers dan turut mencatat nama selaku penjaring ialah pemain muda berusia 20 tahun, Shahmie Irfan Suhaimi.Tuah juga buat Shello apabila diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.Kejayaan itu melebarkan rekod Malaysia kepada empat kemenangan tahun lalu.Skuad negara menang 5-0 pada Piala Asia di Jakarta (Mei), 4-2, pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh (November) dan 5-1 pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan, Disember lalu.Malaysia yang dibimbing Arul Selvaraj membuka tirai jaringan menerusi Shello yang membuat susulan hasil pukulan sudut penalti pada minit kelapan.Jepun kemudian meningkatkan tahap intensiti serangan dan ia membuahkan hasil apabila mereka berjaya meledak dua jaringan menerusi gol padang dalam tempoh lapan minit.Kaito Tanaka menyamakan kedudukan pada minit ke-24 dan disusuli lapan minit kemudian menerusi jaringan Seren Tanaka untuk meletakkan Jepun di depan.Namun kegembiraan skuad negara matahari terbit itu tidak berpanjangan apabila Malaysia segera menyamakan kedudukan pada minit ke-32 sekali lagi menerusi Shello.Jaringan tersebut menyuntik semangat skuad Malaysian Tigers untuk menggandakan asakan dan usaha itu membuahkan hasil menerusi gol padang Shahmie pada minit ke-34.Memasuki suku keempat Jepun enggan berputus asa untuk memburu gol penyamaan, namun benteng negara ampun bertahan dan keputusan kekal 3-2 sehingga wisel penamat.Pada Khamis hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan 3-6 pada aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16. | 4 | 28 Januari 2023 04:04pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242604/berita/sukan/sensasi-azeem-lebur-rekod-24-tahun-watson-di-as | Sensasi Azeem lebur rekod 24 tahun Watson di AS | PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi melakar sejarah di Amerika Syarikat (AS) apabila mencipta rekod baharu acara 60 meter (m) dalam dewan di Texas awal pagi Sabtu.Pelari berusia 19 tahun itu mencatat masa 6.63 saat (s) pada pusingan pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Texas Tech di Pusat Kecemerlangan Prestasi Texas Tech.Catatan itu memadam rekod lama kebangsaan, 6.66s yang dibuat Watson Nyambek 24 tahun lalu dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalan Dewan IAAF di Jepun pada tahun 1999."New national record! (Rekod kebangsaan baharu!), Alhamdulillah," tulis Azeem menerusi Instagramnya.Dalam kejohanan berkenaan, Azeem menamatkan pusingan kelayakan di tempat kelima dengan masa 6.72s.Pemegang rekod 100m negara itu kemudian melakukan catatan 6.63s pada pusingan pertama untuk berada dalam senarai lapan peserta terbaik.Di pentas final, Azeem yang mewakili Universiti Auburn meraih podium pertamanya apabila memenangi pingat perak selepas mencatat masa 6.65s.Pingat emas dimenangi Micah Williams dari Universiti Oregon dengan catatan 6.49s, manakala gangsa menjadi milik pelari Universiti Louisiana, Rodney Heath Jr. menerusi masa 6.67s. | 4 | 28 Januari 2023 02:15pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242598/berita/sukan/jurulatih-al-nassr-tak-takut-salahkan-ronaldo | Jurulatih Al-Nassr tak takut salahkan Ronaldo | BIARPUN berstatus bintang tidak menjadi masalah buat jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia mengkritik Cristiano Ronaldo yang melepaskan peluang untuk menjaringkan gol sebagai punca kekalahan kepada Al-Ittihad.Al-Nassr terpaksa akur terlepas peluang untuk meneruskan saingan di Piala Super Saudi, meskipun masih mendahului dalam saingan liga.Ronaldo yang membuat penampilan sulung hujung minggu lalu gagal memberi impak ketika Al-Nassr tewas 1-3 hasil jaringan Romarinho, Hamdallah dan Al-Shaqeeti.Penyerang berusia 38 tahun itu hampir meledak sebelum rehat, namun percubaannya dinafikan oleh Grohe di pintu gawang Al-Ittihad.“Salah satu perkara yang mengubah perlawanan ialah peluang Cristiano (Ronaldo) di babak pertama.“Tahniah buat Al-Ittihad. Mereka beraksi lebih baik di babak pertama dan kami cuba bangkit pada separuh masa kedua, malangnya gagal mendapatkan keputusan yang diinginkan.“Kami kecewa tersingkir daripada Piala Super, tetapi kami masih mendahului dalam saingan liga,” kata Garcia.Ronaldo masih memburu gol pertamanya untuk kelab walaupun aksi pertamanya bermula cemerlang bersama pasukan pilihan Riyadh menentang Paris Saint-Germain.Ronaldo menghasilkan dua gol ketika tewas kepada pasukan yang diterajui bintang Argentina, Lionel Messi. | 4 | 28 Januari 2023 12:53pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/242594/berita/sukan/fifa-hukum-cavani-uruguay | FIFA hukum Cavani, Uruguay | PENYERANG veteran, Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ekoran kelakuan mereka selepas Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia 2022 di Qatar bulan lalu.Cavani dan Godin yang juga kapten Uruguay dikenakan penggantungan satu perlawanan selain turut perlu melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat dan membayar denda £13,140 (RM69,123).Pertahanan, Jose Gimenez dan penjaga gol, Fernando Muslera pula dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan dan denda £17,520 (RM92,170) selain diarah melakukan kerja khidmat komuniti bola sepak.Jawatankuasa Disiplin FIFA turut mendapati Persatuan Bola Sepak Uruguay bertanggungjawab terhadap kelakuan diskriminasi penyokong mereka dalam aksi pada 2 Disember lalu itu termasuk kelakuan pemain.Atas kesalahan itu menyaksikan FA Uruguay menerima hukuman untuk beraksi satu perlawanan dalam stadium separa tertutup tanpa ada penonton di belakang gawang gol.Malah, badan induk bola sepak Uruguay itu turut dikenakan denda sebanyak £43,800 (RM230,466).Uruguay gagal melepasi saingan Kumpulan H walaupun menewaskan Ghana 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang mana Korea Selatan meneruskan kemaraan berdasarkan perbezaan jaringan.Beberapa pemain Uruguay dilihat tidak dapat menerima kenyataan apabila Cavani tidak diberikan sepakan penalti selepas dijatuhkan di kawasan Ghana pada lewat permainan.Cavani kemudiannya menolak jatuh monitor video bantuan pengadil (VAR) selepas wisel penamat sambil rakan-rakan sepasukannya mengerumuni pengadil, Daniel Siebert. | 4 | 28 Januari 2023 12:23pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242593/berita/sukan/potter-kukuh-semangat-pemain-ala-tentera | Potter kukuh semangat pemain ala tentera | CHELSEA mencari kelainan bagi mengukuhkan semangat berpasukan apabila mengunjungi kem tentera berhampiran bandar Liss di Hampshire, London baru-baru ni.Jurulatihnya, Graham Potter yang kerap menerapkan idea di luar kotak membawa para pemain bertemu tentera bagi merapatkan hubungan serta membantu muka-muka baharu menyesuaikan diri dengan lebih cepat.Bagaimanapun tiada latihan fizikal, sebaliknya Potter menggunakan peluang itu untuk melatih minda anak-anak buahnya untuk lebih kental dan meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan.Ketika melatih kelab Sweden, Ostersunds antara tahun 2011 hingga 2018, Potter mengarahkan para pemain menari balet, menyanyi lagu rap tradisional Finland dan menulis pertunjukan teater Vikings.The Blues mempunyai banyak masa pada hujung minggu setelah kelab London itu tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini.Peluang tersebut digunakan Potter untuk menguatkan mental serta fizikal pemain.Chelsea menandatangani enam pemain baharu bulan ini termasuk pemain pinjaman, Joao Felix.“Kami perlu menyatukan kumpulan ini. Ada beberapa muka baharu. Ia bukan hanya semata-mata aksi di atas padang, anda perlu berinteraksi sebagai satu pasukan.“Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dan kami akan memanfaatkan tempoh dua minggu ini,” katanya.Potter mempunyai beberapa perancangan untuk minggu depan, namun masih menjadi rahsia pengendali itu.Chelsea hanya menang dua daripada 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris. | 4 | 28 Januari 2023 12:18pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242591/berita/sukan/caicedo-mohon-brighton-jualnya-ke-arsenal | Caicedo mohon Brighton 'jualnya' ke Arsenal | PEMAIN muda, Moises Caicedo mahu mencari pengalaman baharu di Arsenal dan memohon Brighton melepaskannya demi masa depan kedua-dua pihak.Pemain berusia 21 tahun itu berkata, perpindahannya juga bakal mengukir rekod baharu kelab menerusi tawaran harga 60 juta pound (RM315.72 juta).Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal sebelum ini menawarkan untuk membeli pemain tengah Ecuador itu pada harga itu, namun ditolak oleh Brighton.“Saya bangga dapat membawakan rekod perpindahan untuk Brighton bagi membolehkan mereka melabur untuk masa depan kelab,” katanya.Caicedo berharap Brighton memahami situasi itu kerana ia merupakan peluang keemasan buatnya.“Penyokong akan sentiasa mengingati saya dan mereka juga akan sentiasa berada di hati.“Jadi saya harap mereka boleh faham mengapa saya mahu mengambil peluang keemasan ini,” kata Caicedo.Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi masih mahu mengekalkan Caicedo sehingga akhir musim ini.“Dia pemain yang bagus. Saya harap dia boleh kekal bersama kami sehingga akhir musim kerana ia adalah jalan terbaik buatnya dan kelab,” katanya.Brighton sebelum ini melepaskan penyerang Belgium, Leandro Trossard kepada Arsenal pada harga 27 juta pound (RM142.07 juta) ketika jendela perpindahan bulan ini.Caicedo, yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea untuk bersama bekas pengendalinya Graham Potter, mempunyai kontrak dengan Brighton sehingga tahun 2025. | 4 | 28 Januari 2023 12:03pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242584/berita/sukan/jersi-baharu-selangor-fc-bertema-memori-stadium-shah-alam | Jersi baharu Selangor FC bertema memori Stadium Shah Alam | 'MEMORI Stadium Shah Alam' diangkat menjadi tema jersi baharu pasukan Gergasi Merah bagi musim 2023.Selangor FC dalam kenyataan menerusi portal rasminya memaklumkan, jersi utama atau home itu direka khas buat penyokong Merah Kuning, selain menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama dalam mengabadikan segala sejarah dan memori indah sepanjang 28 tahun kewujudan stadium itu."Penggunaan warna merah sebagai warna utama jersi ini adalah lambang keberanian, kekuatan serta semangat yang tinggi dalam pasukan dan warna ‘pasir’ sebagai warna kedua, kerana pasir ialah satu daripada komponen konkrit yang merupakan bahan binaan asas utama Stadium Shah Alam."Penggunaan sudut pandangan luar bentuk Stadium Shah Alam diletakkan sebagai simbol utama di belakang, manakala sudut pandangan hadapan stadium diterapkan di kolar dan lengan jersi ini. Label tag pada sisi kanan jersi ini pula merupakan koordinasi kedudukan stadium yang pelbagai kenangan tercipta dan tanah tumpah perjuangan Selangor," menurut kenyataan itu.Katanya, motif wave yang timbul pada jersi berkenaan ialah berasaskan corak petak berisikan perkataan Selangor yang diambil daripada tempat duduk penyokong di Stadium Shah Alam yang cukup ikonik dalam kalangan penggemar kancah bola sepak Selangor dan Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon dalam kenyataan sama berkata pemilihan Stadium Shah Alam sebagai tema jersi home Gergasi Merah musim ini kerana ia melambangkan semangat kebersamaan antara kekuatan rakyat dengan pasukan Selangor sehingga kini."Sejarah pencapaian kelab di stadium ini amat berharga dan sukar ditandingi. Kami merasakan ini adalah masa yang terbaik bagi kita mengabadikan memori stadium ini dan pada masa yang sama turut menjadikan momen ini sebagai satu titik permulaan dan lembaran baharu yang lebih gemilang buat pasukan Selangor."Oleh itu, kami mengambil inisiatif memilih Stadium Shah Alam sebagai tema utama jersi home 2023 dengan menerapkan elemen ikonik infrastruktur stadium berkenaan ke dalam jersi ini. Tabik Terakhir merupakan mesej penghormatan dan penghargaan kepada sejarah dan memori stadium itu sebelum bertukar wajah menjadi Kompleks Sukan Shah Alam,” katanya.Jersi baharu itu boleh didapati pada Majlis Hari Jersi Selangor pada Sabtu bermula pukul 10 pagi di pusat beli-belah SACC Mall, di sini dan secara dalam talian menerusi laman rasmi selangorfc.com. - Bernama | 4 | 28 Januari 2023 10:53am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242566/berita/sukan/cabaran-baharu-beraksi-petang | Cabaran baharu beraksi petang | PERUBAHAN kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang menjadi cabaran baharu buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, cuma menjadi persoalan dalam kalangan peminat sama ada pemain mampu mengekalkan kualiti permainan atas faktor cuaca berbanding sebelum ini sudah biasa beraksi pada waktu malam.“Cumanya apakah kualiti permainan pada ketika cuaca petang dapat dikekalkan berbanding waktu malam.“Jika ikut telahan bekas jurulatih skuad kebangsaan Bertalan Bicskei cuaca petang akan mempengaruhi standard permainan. Kita tunggu dan lihat," katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Justeru enggan membuat andaian terlalu awal, Rizal mengajak peminat untuk memberi peluang kepada pemain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan perubahan jadual perlawanan demi kemajuan bola sepak negara.“Apa pun kita beri peluang kepada pemain untuk beri yang terbaik,” katanya.Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam pada Khamis mengumumkan waktu sepak mula baharu buat Liga-M 2023.Ia akan melibatkan waktu sepak mula pada jam 5.30 atau 5.15 petang di semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pada jam 4.30 atau 4.45 petang.Perlawanan lain akan bermula pada jam 8.15 malam dan 9 malam manakala pada bulan Ramadan akan dimulakan jam 10 malam.Untuk Sabah dan Sarawak pula sepak mula perlawanan pada jam 8.30 malam dan 8.15 malam, manakala ketika bulan Ramadan akan bermula pada jam 9.15 malam.Rizal juga percaya perubahan waktu sepak mula tersebut mampu melonjakkan jualan tiket selain menggalakkan penyertaan penonton dalam kalangan penyokong yang sudah berkeluarga.“Saya percaya MFL sudah melakukan tinjauan sebelum mengambil keputusan ini. Secara pukul rata, kutipan tiket tidak begitu memberangsangkan apabila sepak mula diadakan waktu malam.“Jadi tidak salah andai MFL sebagai pengendali liga mahu menggalakkan budaya keluarga untuk menonton sebelah petang dan boleh balik lebih awal.“Ambil contoh jadual perlawanan waktu petang ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi dalam Liga Juara juara Asia AFC tahun lalu,” katanya. | 4 | 28 Januari 2023 09:00am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242564/berita/sukan/jangan-pandang-jepun-sebelah-mata | Jangan pandang Jepun sebelah mata | PEMAIN skuad hoki negara diingatkan tidak memandang mudah keupayaan Jepun apabila kedua-dua pasukan berentap untuk perlawanan klasifikasi kedudukan 13 hingga 16 Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Malah, pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj menegaskan kemenangan tiga kali ke atas pasukan negara matahari terbit itu tidak boleh dijadikan kelebihan pada perlawanan kali ini.Sebaliknya Arul berkata, semua pasukan yang berada di Piala Dunia 2023 kali ini tampil dengan barisan terbaik masing-masing berbanding sebelum ini.“Ya, pasukan negara sudah pun menewaskan Jepun sebanyak tiga kali sebelum ini, namun harus diingat setiap kali berdepan Jepun corak permainan mereka ternyata berbeza-beza.“Tidak dinafikan juga rekod perlawanan sebelum ini berpihak kepada pasukan Malaysia, namun ini adalah Piala Dunia yang merupakan perlawanan terakhir pasukan bagi meraih kedudukan terbaik.“Sudah pastinya Jepun pun mahu menghabiskan kejuaraan Piala Dunia ini dengan kedudukan terbaik, sekali gus menghadiahkan kebanggaan buat negara dan penyokong mereka,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Sebagai rekod, sepanjang tiga pertemuan dengan Jepun, tahun lalu, Malaysia menang kesemua perlawanan iaitu 5-0 pada Piala Asia di Jakarta (Mei), 4-2, pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh (November) dan 5-1 pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan, Disember lalu.Pada masa sama, Arul mahu pemain negara belajar daripada pengalaman berdepan Afrika Selatan sebelum ini.“Pemain-pemain Malaysian Tigers perlu menilai sendiri persembahan masing-masing sepanjang perlawanan berdepan Afrika Selatan semalam.“Ia terutama perkara-perkara asas permainan hoki yang menyaksikan terlalu banyak kesilapan individu,” katanya.Sementara itu, Arul mengakui tetap bangga apabila sasaran ditetapkan kali ini diterjemahkan oleh pemain dengan keputusan yang positif.“Ada sedikit sebanyak sasaran yang kita letak apabila berada di sini, salah satunya beri aksi terbaik berdepan Belanda bagi meningkatkan prestasi pasukan.“Kemenangan ke atas Chile dan New Zealand juga berjaya diraih. Kita berjaya capai sasaran keluar daripada peringkat kumpulan.“Cuma sasaran ke suku akhir tidak tercapai apabila tewas kepada Sepanyol, namun saya bangga persembahan serta komitmen dalam kalangan pemain.“Apabila kecundang kepada Sepanyol, kita kemudian letak sasaran mengakhiri saingan di kedudukan sembilan hingga ke-12 tetapi tidak kesampaian apabila tewas kepada Afrika Selatan,” katanya. | 4 | 28 Januari 2023 08:40am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242572/berita/sukan/ake-ceriakan-manchester-city-bikin-arsenal-terciduk | Ake ceriakan Manchester City, bikin Arsenal 'terciduk' | GOL separuh masa kedua pemain pertahanan Manchester City, Nathan Ake memastikan The Citizens memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Arsenal dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Etihad pada Sabtu.Dua pasukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris itu bermula garang pada separuh masa pertama dengan Erling Haaland dua kali hampir meletakkan City di depan manakala rangkaian penyudah Arsenal memaksa penjaga gol tuan rumah Stefan Ortega melakukan dua penyelamatan yang baik percubaan The Gunners.Pengendali City, Pep Guardiola membawa Julian Alvarez daripada bangku simpanan pada awal separuh masa kedua dengan penyerang Argentina itu memainkan peranan besar dalam menghasilkan gol kemenangan apabila merembat ke arah tiang sebelum Ake menterjemahkan jaringan gol pada minit ke-64.Pengendali Arsenal, Mikel Arteta turut melakukan perubahan untuk mencari penyeimbang, namun mereka tidak dapat mematahkan tentangan City ketika tuan rumah semakin konsisten dalam usaha untuk memenangi trofi domestik yang dimenangi Guardiola hanya sekali sepanjang berada di England.Walaupun melakukan enam pertukaran kepada pasukan yang menewaskan Manchester United hujung minggu lalu, dengan gelaran Liga Perdana Inggeris pertama dalam tempoh hampir 20 tahun, Arsenal memulakan aksi cemerlang di Etihad.Pemain yang direkrut pada Januari Leandro Trossard dari Brighton & Hove Albion kelihatan berjaya menyesuaikan diri dengan Arsenal menyediakan pembukaan awal untuk Takehiro Tomiyasu, sebelum dinafikan Ortega.Haaland juga mengintai golnya yang ke-32 dalam semua kejohanan musim sulung luar biasa di England, ternyata menggunakan pengalaman untuk memanfaatkan dua kesilapan Arsenal namun masih gagal menjaringkan gol.City yang meningkatkan tekanan selepas rehat akhirnya menyukarkan Arsenal apabila pemain pertahanan Belanda, Ake menunjukkan kemahiran penyudah penyerang apabila tenang mencari sudut bawah selepas percubaan Alvarez. | 4 | 28 Januari 2023 08:25am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242550/berita/sukan/manchester-united-hantar-skuad-terkuat-berdepan-reading | Manchester United hantar skuad terkuat berdepan Reading | MANCHESTER United menjangkakan Reading bermotivasi tinggi untuk pertemuan Piala FA Ahad ini dan tidak akan mengambil mudah lawan divisyen dua mereka, kata pengendali, Erik ten Hag pada Jumaat.United sebelum ini memenangi lima daripada tujuh perlawanan pada 2023, berada di tempat keempat dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata.Mereka juga telah mara ke separuh akhir Piala Liga dan peringkat kalah mati Liga Europa, menjadi pilihan untuk menewaskan Reading dalam pertembungan pusingan keempat Piala FA, pada Ahad."Bola sepak tidak diputuskan di atas kertas. Kami perlu bersedia untuk setiap perlawanan. Setiap lawan akan menjadi sukar, terutamanya dalam Piala FA. Bagi mereka ia adalah peluang yang sempurna. Kami perlu berada di hadapan dan fokus sepenuhnya..."Kami mahu memenangi setiap perlawanan. Kami bermain setiap perlawanan sepenuhnya. Yang seterusnya sentiasa yang paling penting."Kami sentiasa mempunyai masalah pemilihan, tetapi saya fikir esok kami akan mempunyai pilihan yang kuat untuk perlawanan ini, kami mempunyai skuad yang bagus, kami boleh menutup perkara," kata Ten Hag.United akan bermain sembilan kali antara 28 Januari dan 26 Februari, bermula dengan perlawanan Piala FA menentang Reading sebelum menentang Nottingham Forest dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga dan berdepan Barcelona dua kali dalam Liga Europa.Ten Hag berkata, dia gembira dengan situasi skuadnya, dan apabila ditanya sama ada pemain seperti Facundo Pellistri boleh dipinjamkan, pengendali dari Belanda itu berkata, "Sesetengah pemain kami terbuka untuk dipinjamkan dan ada tidak kerana mereka perlu berkembang dalam persekitaran kita.“Kami meletakkan Pellistri (dalam kemenangan separuh akhir pertama ke atas Forest pada Rabu), itu adalah syarat penting."Brandon Williams juga sebahagian daripadanya, namun terpulang kepada dia. Saya suka dia. Kami perlu bekerjasama dengannya dan melihat arah perkembangannya. Terpulang kepada dia untuk memilih hala tujunya. Kalau dia nak pinjaman, kita kena bincang pasal perkara itu."Untuk rekod, pemain sayap Jadon Sancho kembali ke latihan pasukan awal bulan ini buat kali pertama sejak Oktober, namun Ten Hag tidak menyebut sama ada dia akan beraksi dalam perlawanan Ahad ini."Dia sedang berlatih dengan pasukan, dan kita akan lihat, dia bertambah baik, dia membuat banyak pergerakan, dan kami akan membuat keputusan selepas latihan."Saya boleh kata dia dalam perjalanan kembali bersama pasukan, dan kita perlu lihat bila dia bersedia untuk kembali ke perlawanan." | 4 | 27 Januari 2023 11:44pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242544/berita/sukan/klopp-tuntut-liverpool-lebih-berdisiplin-berdepan-brighton | Klopp tuntut Liverpool lebih berdisiplin berdepan Brighton | PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meminta pemainnya, terutama bahagian pertahanan untuk lebih berdisiplin ketika The Reds bersiap sedia menentang Brighton & Hove Albion dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA, pada Ahad.Ingatan itu hadir selepas kelab Merseyside tersebut terpalit dengan kekalahan memalukan, 0-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada lawan yang sama.Anak buah Klopp yang tampil dengan status penyandang juara sebelum itu menewaskan Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan ulangan untuk mengatur pertembungan di Brighton, telah meledak tiga gol mengatasi kelab tersebut dalam kedua-dua pertemuan liga musim ini.Awal bulan ini, Klopp berkata, kekalahan liga Liverpool kepada Brighton adalah prestasi terburuk sepanjang berada di kelab itu, dan apabila ditanya apa yang mereka boleh ubah dalam perlawanan Ahad, dia memberitahu wartawan: "Semuanya."Saya fikir kami telah menunjukkan pasukan ini benar-benar mahu melaluinya. Kami sentiasa mahu menjadi lebih baik dan itulah yang akan kami lakukan. Dan Brighton pula berada dalam detik yang sangat baik."Separuh masa pertama menentang Chelsea, kami sangat berdisiplin dan kami tidak memberi mereka banyak. Kami perlu melakukannya sekali lagi menentang Brighton," ujar Klopp.Sejak kekalahan kepada Brighton, Liverpool mengekalkan rekod bersih berturut-turut menentang Wolves dan Chelsea.Klopp memilih untuk memainkan tiga bahagian tengah iaitu Naby Keita, Thiago Alcantara dan Stefan Bajcetic menentang kedua-dua Wolves dan Chelsea, dan bos Liverpool itu berkata, mendapatkan kombinasi bahagian tengah yang betul adalah penting menentang Brighton."Kami mempunyai enam atau tujuh pemain tengah dalam keadaan terbaik yang merupakan situasi yang sempurna tetapi hanya tiga boleh beraksi. Anda tidak boleh melakukan kesilapan dengan barisan pemain."Menentang Brighton adalah sangat penting bagaimana kami mempertahankan barisan pertama. Penjaga gol perlu benar-benar tenang, mereka hanya menghantar bola jika tiga pemain depan tidak beraksi dengan baik. Semua ini berkait mengenai cara kami bertahan,” katanya. | 4 | 27 Januari 2023 09:52pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242539/berita/sukan/jm54-penganjur-sedia-hadapi-segala-kemungkinan | JM54: Penganjur sedia hadapi segala kemungkinan | PENGANJUR perlumbaan jelajah berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia ke-54 (JM54), berwaspada sekiranya perlumbaan lima peringkat sejauh 728.45 kilometer (km) pada 27 Februari hingga 2 Mac depan terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca tidak menentu termasuk banjir.Pengarah acara JM54, Jamaludin Mahmood, berkata pihaknya telah membuat percaturan terbaik berhubung laluan yang bakal digunakan selain menyediakan pelan alternatif bagi menghadapi kemungkinan tersebut.“Pihak kami sudah melakukan tinjauan terhadap kesemua laluan terlibat dan tidak menolak kemungkinan perkara itu (banjir) boleh berlaku. Tetapi bulan Februari nanti mungkin kita sudah keluar daripada musim banjir... jadi boleh dikatakan 80 peratus laluan yang akan digunakan adalah selamat buat pelumba.“Bagaimanapun, kami tetap mempunyai pelan kontingensi misalnya engubah laluan tersebut jika keadaan itu berlaku,” katanya pada sidang media memperkenalkan laluan perlumbaan JM54, di sini, pada Jumaat.Jamaludin turut berkata, sebanyak 24 pasukan dengan 120 penyertaan pelumba profesional dari benua Eropah, Asia, Oceania dan Amerika telah mengesahkan penyertaan sekali gus menghangatkan perlumbaan itu setelah lebih empat tahun tertangguh akibat Covid-19.“Walaupun terdapat laluan pendakian di peringkat keempat, laluan JM54 kali ini adalah perlumbaan yang laju, teknikal dan sangat sesuai terutamanya kepada jaguh pecut. la pasti menarik untuk ditonton oleh peminat sukan berbasikal,” katanya.Untuk rekod, perlumbaan diklasifikasikan sebagai kategori 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).PERINGKAT PERLUMBAANPeringkat 1Melaka ke Bandar Baru Bangi sejauh 161.96 kmPeringkat 2Setia Alam-Cyberjaya (149.98 km)Peringkat 3Shah Alam-Teluk Intan (154.30 km)Peringkat 4Bagan Datuk-Tanah Rata (139.69 km)Peringkat 5Tapah-Meru Raya (122.52 km) | 4 | 27 Januari 2023 09:28pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242530/berita/sukan/faisal-disenarai-kesebelasan-utama-terbaik-piala-aff-2022 | Faisal disenarai kesebelasan utama terbaik Piala AFF 2022 | KAPTEN Skuad Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam All-Star XI atau kesebelasan utama terbaik saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Pemain sayap Selangor FC yang menjaringkan empat gol pada kejohanan dwitahunan itu juga berjaya menempatkan diri dalam kalangan tiga penyerang terbaik, demikian menurut hantaran Facebook rasmi Piala AFF, petang Jumaat.Selain Mohamad Faisal, turut dipilih sebagai penyerang terbaik iaitu pemain Thailand, Teerasil Dangda dan Nguyen Tien Linh dari Vietnam yang berkongsi gelaran penjaring terbanyak selepas masing-masing mencetak keseluruhan enam gol.Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam mengisi posisi penjaga gol terbaik sementara pemain pertahanan terbaik menjadi milik Kritsada Kaman dari Thailand, Sasalak Haiprakhon (Thailand), Jordi Amat (Indonesia) dan Doan Van Hau dari Vietnam.Tiga pemain tengah terbaik pula menyaksikan dua daripadanya dari Thailand - Theerathon Bunmathan iaitu kapten pasukan dan Sarach Yooyen dan satu slot lagi diisi Nguyen Hoang Duc dari Vietnam.Sebagai rekod, senarai All-Star XI Piala AFF 2022 berdasarkan undian peminat.Thailand muncul juara Piala AFF 2022 dengan kemenangan agregat 3-2 ke atas Vietnam pada pertengahan bulan ini sekali gus merangkul gelaran ketujuh untuk melebarkan rekod pasukan paling berjaya dalam sejarah selepas memenangi edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016 dan 2020. - Bernama | 4 | 27 Januari 2023 08:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242508/berita/sukan/pearly-thinaah-raih-slot-separuh-akhir | Pearly-Thinaah raih slot separuh akhir | BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Masters Indonesia setelah mengalahkan Li Win Mei-Liu Xuan Xuan dari China yang menghuni ranking ke-93 dunia di Jakarta pada Jumaat.Pasangan negara yang menjadi pilihan keenam kejohanan mudah menewaskan Win Mei-Xuan Xuan 21-10, 21-12 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta.Pearly-Thinaah yang berada di kedudukan keenam dunia menguasai permainan pada set pertama apabila mendahului 13-10 sebelum meraih lapan mata berturut-turut untuk menang 21-10.Namun mereka diberi tentangan sengit pada set berikutnya apabila mata terikat 10-10, namun Pearly dan Thinaah terus mara untuk meraih kemenangan selesa 21-12 dalam tempoh 37 minit permainan.Pertemuan dengan Win Mei-Xuan Xuan itu adalah yang pertama buat Pearly-Thinaah.Kemenangan itu menjadi kemaraan ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut selepas mereka turut melangkah ke kelompok empat terbaik di Terbuka India minggu lalu.Bagaimanapun, impian pasangan itu mara ke final tersekat apabila tewas kepada pasangan nombor dua dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 14-21, 16-21.Pearly-Thinaah akan melayan pemenang di antara beregu India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponappa dan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota bagi aksi separuh pada Sabtu.Pada musim lalu, Pearly-Thinaah berjaya meraih gelaran di Terbuka Perancis dan pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022. | 4 | 27 Januari 2023 06:10pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242501/berita/sukan/aaron-chia-wooi-yik-tumpas-di-tangan-gandingan-bukan-pilihan | Aaron Chia-Wooi Yik tumpas di tangan gandingan bukan pilihan | [DIKEMAS KINI] JAGUH beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dilihat beraksi di bawah tahap sebenar, ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan bukan pilihan dari China pada aksi suku akhir kejohanan badminton Masters Indonesia di Jakarta, pada Jumaat.Pada pertemuan menentang gandingan, He Ji Ting-Zhou Hao Dong yang berlangsung di venue ikonik, Istora Senayan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan juara dunia 2022 bermula baik apabila mendahului 11-8 pada pertengahan permainan set pertama, namun hilang rentak sehingga dipintas dan kecundang 17-21.Persembahan longlai pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat terserlah pada set kedua, selepas ketinggalan 4-12 sebelum membenarkan pihak lawan mengutip mata dengan mudah untuk menoktahkan kemenangan 21-10.Gandingan ranking ke-21 dunia dari China itu, mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dalam tempoh 38 minit untuk bertemu sama ada rakan senegara Liu Ye Chen-Ou Xuan Yi atau gandingan tuan rumah yang juga pilihan pertama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.Ia kekalahan memeritkan buat Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking nombor dua dunia, selepas mereka turut kempunan merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Terbuka India apabila tewas di final, Ahad lepas.Dalam pada itu, beregu wanita nombor satu negara dan juara Terbuka Perancis 2022, Pearly Tan-M.Thinaah mengubati kekecewaan kem Malaysia apabila menjadi wakil pertama melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan berstatus Super 500 itu.Pada aksi suku akhir, Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan keenam beraksi dengan cemerlang untuk melakar kemenangan bergaya 21-10, 21-12 dalam tempoh 37 minit ke atas pasangan bukan pilihan dari China Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan.Menanti pasangan ranking keenam dunia itu di pusingan seterusnya ialah antara gandingan India Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa dan wakil Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota yang bakal berentap pada satu lagi perlawanan suku akhir. - Bernama | 4 | 27 Januari 2023 05:24pm |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/242490/berita/sukan/jonathan-balotelli-senjata-pemusnah-baharu-kda-fc | Jonathan Balotelli senjata pemusnah baharu KDA FC | KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan penyerang import kelahiran Brazil, Jonathan Boareto dos Reis mengisi kuota pemain penyerang import antarabangsa Sang Kenari bagi musim 2023.Pemain berusia 33 tahun ini bakal bergandingan bersama dengan seorang lagi penyerang juga dari Brazil, Willian Lira yang kini cemerlang meledakkan empat gol bersama KDA FC pada tiga aksi pra-musim 2023.Dia yang mendapat gelaran Jonathan Balotelli sebelum ini beraksi bersama pasukan Jeonnam Dragons di Liga kedua Korea Selatan, (K-League 2) dan membantu kelab itu menjuarai Piala FA Korea Selatan pada musim 2022.“Ketajaman Balotelli ditagih bagi menjadi senjata pemusnah Sang Kenari. Balo akan menggunakan jersi bernombor 89 di musim 2023,” umum KDA FC pada Jumaat.Ketajaman Balotelli mendapat perhatian pengendali KDA FC, Nafuzi Zain yang mahukan seorang penyerang yang mampu mengalas tugas untuk memburu gol jika penyerang lain seperti Willlian mengalami kecederaan.Bersama Jeonnam Dragons, Balotelli telah menjaringkan sebanyak 20 gol dengan tujuh bantuan gol dalam 62 penampilan K-League 2. | 4 | 27 Januari 2023 04:28pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242461/berita/sukan/denda-sehingga-rm500000-tiada-lesen-anjur-sukan-bermotor | Denda sehingga RM500,000 tiada lesen anjur sukan bermotor | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menegaskan syarat untuk mendapatkan lesen sebelum penganjuran sukan bermotor bukan perkara baharu, sebaliknya ia adalah peraturan yang sudah digunapakai sebelum ini.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, semua penganjuran pertandingan acara itu perlu memohon kebenaran dan mendapatkan lesen daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebelum tarikh penganjuran."Selepas sidang akhbar hari ini (Jumaat), tak ada lagi pihak yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu perlu dapatkan lesen penganjuran," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia di Subang Jaya, Shah Alam pada Jumaat.Hannah menegaskan denda antara RM50,000 sehingga RM500,000 boleh dikenakan kepada penganjur acara sukan bermotor sekiranya gagal memenuhi syarat memohon lesen penganjuran daripada PJS seperti termaktub di bawah Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997.Menurutnya, penganjur juga perlu memilih litar yang sudah melalui pemeriksaan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) serta memohon lesen untuk menganjurkan sukan bermotor."Permohonan lesen untuk menganjurkan acara sukan bermotor perlu dibuat dalam tempoh 30 hari bagi acara tempatan dan 90 hari untuk acara antarabangsa sebelum pertandingan diadakan."Ini selaras dengan Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) yang memperuntukkan syarikat hendaklah memohon lesen untuk beroperasi."KBS bekerjasama dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk memastikan penganjur mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dan tindakan perundangan boleh dikenakan sekiranya gagal mematuhi atau berlaku cuai sebelum, semasa dan selepas penganjuran," katanya.Hannah menegaskan, tindakan KBS itu bagi mengelak perkara tidak diingini seperti insiden pertandingan CCT Battle of Champion di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak yang menyebabkan seorang penonton maut.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang pada 31 Disember lalu, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru. | 4 | 27 Januari 2023 03:12pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242446/berita/sukan/pellistri-dapat-perhatian-ten-hag | Pellistri dapat perhatian Ten Hag | KEHADIRAN bintang muda Manchester United, Facundo Pellistri dari Uruguay diyakini memberi lebih pilihan kepada The Red Devils dalam mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.Malah pengendali Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan Pellistri alternatif kepada gaya permainan Antony yang merupakan antara tonggak kelab tersebut musim ini.“Kami telah melihat beberapa kerja fizikalnya, dia mempunyai pergerakan dan larian yang baik.“Saya fikir dia juga seorang pemain bola sepak yang boleh bermain dengan sangat baik kerana memiliki keyakinan ketika bersama dengan bola.“Dia lain sikit berbanding dengan Antony yang bermain di posisi sayap kanan. Dia juga mencipta peluang baik pada penghujung perlawanan menentang Nottingham Forest apabila melintasi Wout Weghorst,” katanya selepas ditanya sama ada Pellistri akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Reading.Manchester United akan melayan kunjungan kelab Liga Kejuaraan Reading kendalian Paul Ince pada Pusingan Keempat Piala FA di Stadium Old Trafford, awal pagi Ahad.Untuk rekod, aksi berdepan Forest merupakan penampilan kompetitif kedua Pellistri untuk Manchester United sejak berpindah dari Penarol pada 2020, selepas dua tempoh pinjaman di Alaves.Dalam dua perlawanan menentang Nottingham Forest dan Charlton dia telah mencipta tiga peluang dalam 25 minit masa permainan. | 4 | 27 Januari 2023 02:18pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242447/berita/sukan/danjuma-tak-sabar-pacu-tottenham | Danjuma tak sabar pacu Tottenham | BINTANG baharu Tottenham Hotspur, Arnaut Danjuma menyifatkan perpindahan secara pinjaman ke kelab London itu kembali membuka peluang kepada pemain sayap tersebut untuk lebih menyerlah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Malah tanpa berselindung pemain berusia 25 tahun itu mengakui tidak memerlukan masa untuk menerima tawaran daripada skuad kendalian Antonio Conte tersebut."Sejujurnya ia merupakan satu peluang yang amat menakjubkan, dan saya sangat gembira serta bertuah apabila dapat berada di sini.“Sebaik sahaja Tottenham datang menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat saya, ia satu hasrat yang tidak memerlukan tempoh masa lama untuk saya bersetuju.“Ia adalah kelab yang besar, jurulatih yang cemerlang, kakitangan yang cemerlang, kelab yang cemerlang, kemudahannya jelas sukar dipercayai jadi bagi saya saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan.“Saya sangat tidak sabar untuk bekerja dengan pengurus (Antonio Conte). Dia mempunyai begitu banyak pengalaman. Bagi saya, sebagai pemain yang sedang membangun, ia hanya hebat. Ia memberi saya peluang untuk belajar dan menjadi antara yang hebat," katanya.Tottenham sebelum ini mengesahkan merekrut pemain kelahiran Belanda tersebut dari kelab LaLiga Sepanyol, Villarreal sehingga akhir musim ini.Danjuma yang menjadi pembelian pertama Conte pada jendela perpindahan Januari telah menjaringkan enam gol dalam semua pertandingan bersama The Yellow Submarine kendalian Quique Setien tersebut musim ini.Jaringan itu menjadikan jumlah gol terkumpul sepanjang menyarung jersi kelab tersebut secara keseluruhan kepada 22 gol setelah mengharungi 51 perlawanan.Ketibaan Danjuma secara tidak langsung meningkatkan pilihan serangan Conte, dengan Son Heung-min, Dejan Kulusevski, Richarlison dan Lucas Moura masing-masing mengalami kecederaan musim ini.Danjuma, yang akan berusia 26 tahun minggu depan boleh beraksi di posisi hadapan, menghabiskan dua tahun di England bersama Bournemouth antara 2019 dan 2021.Semasa dia menggalas cabaran Cherries dalam Liga Kejuaraan, dia bergelut dan gagal menjaringkan gol dalam 14 penampilan.Perpindahan ke LaLiga pada 2021 terbukti berjaya memberi impak apabila Danjuma memainkan peranan penting dalam perjalanan Villarreal ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan.Danjuma berpeluang untuk melakukan penampilan pertama bersama Tottenham yang akan berkunjung kePreston bagi perlawanan Pusingan Keempat Piala FA, awal pagi Ahad. | 4 | 27 Januari 2023 02:17pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242412/berita/sukan/kontrak-jangka-panjang-bajcetic-bersama-liverpool | Kontrak jangka panjang Bajcetic bersama Liverpool | PEMAIN tengah remaja Liverpool, Stefan Bajcetic tidak menyangka mampu memikat The Reds untuk mengikat kontrak jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Pemain berusia 18 tahun itu menjejak kaki di Anfield dari Celta Vigo pada akhir 2020 dan bertekad untuk segera menembusi pasukan utama The Reds.“Amat gila jika memikirkan seberapa cepat ia berlaku,” katanya dalam laman web rasmi Liverpool.Bajcetic mula berlatih bersama skuad senior Liverpool menjelang musim 2022/23 dan sudah membuat 10 penampilan bersama pasukan itu sepanjang musim ini.Prestasi cemerlangnya sepanjang musim pertama menyaksikan dia diberikan kontrak baharu untuk terus bersama skuad kendalian Jurgen Klopp itu.Bagaimanapun tidak dinyatakan tempoh kontrak tersebut.“Setahun lalu, saya hanya mewakili pasukan B-18 dan sudah memulakan beberapa perlawanan serta melakukan penampilan pertama.“Saya juga sudah menjaringkan gol. Ia sesuatu yang tidak pernah saya jangka akan berlaku tahun ini. Amat luar biasa untuk melihat betapa cepat ia berlaku,” katanya.Bajcetic beraksi buat kali pertama bersama skuad senior Liverpool ketika The Reds membenam Bournemouth 9-0 dalam kancah EPL Ogos lalu.Dia kemudian membuat beberapa penampilan lagi dalam saingan liga utama selain turut menjadi penjaring gol ketika berdepan Aston Villa pada Boxing Day.Liverpool dijadualkan beraksi dalam pusingan keempat Piala FA menentang Brighton hujung minggu ini. | 4 | 27 Januari 2023 12:26pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242416/berita/sukan/velodrom-rakyat-di-ipoh-perlu-dilengkapi-bumbung | Velodrom Rakyat di Ipoh perlu dilengkapi bumbung | PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak.Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pemasangan bumbung di sekeliling trek velodrom yang pernah menjalani proses pengubahsuaian pada 2016 penting bagi melindungi trek kayu itu daripada mengalami sebarang kerosakan pada masa depan."Walaupun kontraktor yang ubah suai velodrom itu beri jaminan trek kayu akan tahan sehingga 20 tahun, namun kebelakangan ini sudah nampak ada beberapa kawasan mula comot dan bertukar kehitaman kerana keadaan velodrom yang terbuka lalu terdedah kepada cuaca panas atau hujan."Kami pernah buat permohonan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bina bumbung sederhana di velodrom berkenaan, namun tidak sempat dilaksanakan selain terdapat beberapa pertukaran menteri."Kami akan buat permohonan semula kepada menteri baharu, Hannah Yeoh," katanya.Justeru beliau berharap agar KBS dapat mempertimbangkan permohonan itu kelak memandangkan Hannah sebelum ini menyatakan komitmen memastikan infrastruktur sukan dalam negara mudah diakses bukan sahaja kepada atlet kebangsaan tetapi juga orang ramai.Dalam pada itu, Amarjit berkata, velodrom berbasikal baharu di Dungun, Terengganu perlu menjalani sedikit pengubahsuaian sebelum dibuka secara rasmi selepas mengambil kira pandangan pelumba kebangsaan dan jurulatih yang melakukan ujian percubaan di sana."Pandangan mereka (pelumba dan jurulatih) ketika ujian percubaan velodrom tersebut serta input oleh PKBM telah diambil kira Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia selamat digunakan."Saya difahamkan bahawa JKR akan beri laporan kepada kerajaan untuk meneliti dan buat pengubahsuaian, mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menyiapkannya, jadi harap lepas pengubahsuaian dibuat PKBM akan kembali lihat velodrom tersebut," katanya. - Bernama | 4 | 27 Januari 2023 12:22pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242403/berita/sukan/keluarga-dorong-southgate-kekal-di-england | Keluarga dorong Southgate kekal di England | DORONGAN keluarga menjadi pertimbangan buat Gareth Southgate untuk kekal melatih England ketika tercetus persoalan mengenai masa depannya selepas berakhir Piala Dunia 2022 bulan lalu.Jurulatih berusia 52 tahun itu dikritik hebat susulan aksi hambar England di Liga Negara-Negara Eropah sebelum menyertai Piala Dunia di Qatar.Southgate merancang untuk meletak jawatan biarpun kontraknya masih berbaki sehingga Disember 2024.Perjuangan The Three Lions di Qatar terhenti di peringkat suku akhir setelah tewas kepada Perancis 1-2.Southgate mengambil masa seminggu untuk membuat keputusan meskipun masih ada kira-kira 23 bulan sebelum kontrak berakhir tahun depan.Beliau berkata, sokongan keluarga mempengaruhi keputusannya untuk meneruskan kerjaya membimbing England yang bermula sejak tahun 2016."Selepas meninggalkan Doha dengan berkata anda perlu cuba sekali lagi dan mendapatkan trofi," katanya.Southgate membawa England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Kejuaraan Eropah pada tahun 2021.Fokus Southgate ketika ini adalah kelayakan Euro 2024 apabila England diundi bersama Itali, Ukraine, Macedonia Utara dan Malta dalam Kumpulan C. | 4 | 27 Januari 2023 11:59am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242390/berita/sukan/ajax-pecat-schreuder | Ajax pecat Schreuder | KEPUTUSAN memeritkan dibuat oleh Ajax Amsterdam apabila terpaksa memecat jurulatih Alfred Schreuder selepas aksi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Belanda.Aksi di laman sendiri menjadi penampilan terakhir Schreuder ketika Ajak terikat 1-1 menentang kelab corot, Volendam awal pagi Jumaat.Keputusan tersebut meletakkan juara bertahan itu di tangga kelima, tujuh mata di belakang pendahulu yang juga musuh tradisi, Feyenoord.Ketua eksekutif Ajax, Edwin van der Sar dalam laman web kelab memberitahu, ia satu keputusan 'menyakitkan tetapi perlu'."Ajax bermula dengan baik pada awal musim, tetapi sejak kebelakangan ini pasukan kehilangan banyak mata penting."Bola sepak itu sendiri turut sukar diramal. Kami memberikan Alfred masa dan kepercayaan untuk mengubah kedudukan namun dia gagal melakukannya," katanya.Ajax gagal meraih sebarang kemenangan dalam aksi liga sejak 22 Oktober dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan.Schreuder menyertai Ajax dari Club Brugge pada musim panas lalu bagi menggantikan Erik ten Hag yang berhijrah ke Old Trafford menyertai Manchester United. | 4 | 27 Januari 2023 10:18am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242387/berita/sukan/real-bangkit-kalahkan-atletico | Real bangkit kalahkan Atletico | REAL Madrid bangkit daripada ketinggalan menewaskan Atletico Madrid 3-1 untuk menempah slot separuh akhir Piala Raja Sepanyol pada Jumaat.Pemain sensasi, Karim Benzema dan Vinicius Jr menjadi duri dalam daging buat Atletico apabila meledak dua gol pada masa tambahan."Kami mengharungi perlawanan yang sukar, tetapi mampu menukar keputusan dengan karakter dan pemain sedia ada."Kami sepatutnya menjaringkan gol lebih awal," ujar Benzema.Pada aksi itu, Atletico terlebih dahulu di depan menerusi penyerang Alvaro Morata, bekas pemain akademi Real yang menyumbat gol pada minit ke-19.Kelincahan Rodrygo mengelecek tiga pertahanan Atletico berjaya menyamakan kedudukan buat Real pada minit ke-79.Atletico beraksi dengan 10 pemain pada masa tambahan selepas pertahanan Stefan Savic dilayang kad kuning kedua apabila mengasari Eduardo Camavinga pada minit ke-99.Lima minit kemudian, hantaran pemain gantian Real, Marco Asensio dalam kotak penalti disambut dengan rembatan kencang Benzema yang menerjah jaring.Vinicius memastikan kemenangan Real pada penghujung permainan apabila berjaya memperdaya pertahanan Atletico.Dalam aksi lain, Athletic Bilbao menang 3-1 di Valencia untuk mengiringi pemenang 31 kali, Barcelona dan Osasuna ke perlawanan separuh akhir. | 4 | 27 Januari 2023 09:17am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242381/berita/sukan/ronaldo-gagal-bantu-al-nassr | Ronaldo gagal bantu Al Nassr | HASRAT Cristiano Ronaldo untuk mengemudi Al Nassr mara lebih jauh saingan ke Piala Super Arab Saudi pada Jumaat tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Al Ittihad dalam perlawanan separuh akhir di Riyadh.Pada perlawanan berintensiti tinggi itu, pemain Portugal berusia 37 tahun tersebut yang juga pemenang Ballon D'Or lima kali, mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.Namun kawalan rapi pertahanan Al Ittihad menyaksikan bekas bintang Manchester United, Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu bergelut untuk menghadirkan penyudah ampuh pada perlawanan tersebut.Biarpun jaringan Anderson Talisca untuk Al Nassr pada minit ke-67, namun belum mencukupi untuk memulihkan defisit daripada dua gol separuh masa pertama Al Ittihad yang dijelmakan Romarinho dan Abderrazak Hamdallah.Al Ittihad terus melebarkan jaringan apabila Muhannad Al-Shanqeeti menambah gol ketiga pada masa kecederaan dalam perlawanan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd itu.Ronaldo yang kemarau gol sepanjang dua perlawanan bersama Al Nassr kelab kendalian Rudi Garcia, akan bertandang ke Al Fateh dalam saingan Liga Pro Saudi pada 3 Februari depan. | 4 | 27 Januari 2023 07:09am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242368/berita/sukan/zii-jia-tewas-lagi-kali-ini-indonesia-masters | Zii Jia tewas lagi kali ini Indonesia Masters | PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia sekali lagi berdepan kekecewaan apabila tumbang pada pusingan kedua Indonesia Masters di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta pada Khamis.Zii Jia yang berstatus pemain nombor empat dunia yang tampil ke Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 terpaksa akur kelincahan pemain dari Hong Kong, Ng Ka Long.Pada perlawanan tersebut Zii Jia yang tanpa jurulatih selepas berpisah dengan Indra Wijaya, tewas dalam perlawanan selama 65 minit.Pada set pertama, pemain kelahiran Alor Setar itu bermula cemerlang dengan menguasai permainan apabila menang 21-16 ke atas lawannya.Bagaimanapun, Ka Long yang menduduki ranking ke-18 dunia kemudian tampil dengan semangat baharu kembali menyaingi Zii Jia untuk menang 22-20 sekali gus menyamakan kedudukan.Pada set penentuan, Zii Jia yang juga pilihan kedua gagal kembali ke prestasi terbaik apabila ditinggalkan lawan dengan kekalahan 13-21.Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pemain berusia 24 tahun itu dalam tempoh tiga minggu.Zii Jia sebelum ini kecundang pada pusingan kedua Terbuka Malaysia awal bulan ini diikuti ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua Terbuka India minggu lalu.Turut sama pulang awal, perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong gagal meloloskan diri ke pusingan suku akhir apabila tewas dalam pertarungan tiga set 21-19, 8-21, 17-21 kepada pemain India, Lakshya Sen.Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir selepas menewaskan wakil Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Magelund 21-19, 21-16.Turut mengesahkan kemaraan adalah beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang menewaskan rakan senegara mereka, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-13, 21-16. | 4 | 26 Januari 2023 11:08pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242357/berita/sukan/bidik-lapan-terbaik-setiap-kejuaraan | Bidik lapan terbaik setiap kejuaraan | PERSATUAN Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) menyasarkan para penembak kebangsaan untuk berada di kedudukan sekurang-kurangnya lapan terbaik, pada setiap kejohanan disertai tahun ini.Setiausahanya, Mejar Jasni Shaari berkata, sasaran itu diletakkan kepada tiga atlet Program Podium iaitu Johnathan Wong, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dan Alia Shazana Azhari, bermula pada Piala Dunia Menembak 2023 di Jakarta, Indonesia.“Jika mereka berada pada kedudukan lapan terbaik pada pusingan kelayakan, mereka akan ke final dan berpeluang raih pingat.“Ini kerana markah dari pusingan kelayakan tidak dibawa ke final, jadi peluang tetap ada untuk raih pingat."Dari segi markah pula kami masih perhalusi berapa markah yang penembak perlu capai,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama Majlis Sukan Negara pada Khamis.Jasni pada masa sama berkata, NSAM mengharapkan agar penembak kebangsaan dapat meraih slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis.Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, penembak veteran, Nur Suryani Mohamed Taibi muncul satu-satunya penembak negara layak beraksi di temasya sukan terbesar itu, namun menerusi tiket wildcard bagi acara 50 meter rifle posisi 3 wanita.Jasni juga memaklumkan masih terlalu awal bagi NSAM untuk menetapkan sasaran pingat di Sukan Asia 2022 di Hangzhou pada 23 September hingga 8 Oktober ini kerana mahu menilai prestasi penembak negara dalam kejohanan disertai sebelum ke China.Dalam pada itu, beliau telah menyenaraikan seramai 25 penembak yang berpotensi untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Bukit Jalil. | 4 | 26 Januari 2023 09:29pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242324/berita/sukan/afrika-selatan-benam-malaysia | Afrika Selatan benam Malaysia | [KEMASKINI] SKUAD hoki negara terpaksa melepaskan pemburuan kelompok sembilan hingga ke-12 Piala Dunia 2023 selepas dijinakkan Afrika Selatan dengan kekalahan 3-6 dalam aksi di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Khamis.Skuad Malaysian Tigers kendalian Arul Selvaraj tampil dalam rentak berintensiti tinggi dalam tempoh lima minit pertama perlawanan bagi menyaingi pasukan pimpinan Cheslyn Gie tersebut.Namun, Afrika Selatan yang tampil dengan corak permainan pantas dan taktikal lebih tersusun mendahului hasil jaringan gol padang Bradley Sherwood pada minit kesembilan.Gol itu ternyata menyuntik semangat Afrika Selatan apabila berjaya menghasilkan dua gol lagi hasil pukulan sudut penalti Guy Morgan pada minit ke-17 diikuti gol padang Nqobile Ntuli (26).Sebaik masuk suku ketiga, Malaysia cuba bangkit memberikan cabaran dan berhasil merapatkan kedudukan hasil gol pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-35.Namun, jaringan itu tidak memberi kesan kepada Afrika Selatan apabila menambah dua lagi gol menerusi jaringan padang Keenan Horne pada minit ke-43 dan penalti Mustaphaa Cassiem seminit kemudian.Razie kembali menghidupkan cabaran Malaysian Tigers yang berada di tangga ke-10 dunia apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-45 bagi menjadikan kedudukan 2-5.Afrika Selatan terus melebarkan kedudukan menerusi gol padang Sherwood pada minit ke-57 sebelum Malaysian Tigers mengurangkan defisit menerusi jaringan Muhammad Firhan Ashaari beberapa saat kemudian.Namun, jaringan Firhan itu dianggap sudah terlambat buat Malaysia untuk sekurang-kurangnya mengikat Afrika Selatan dengan keputusan seri sebelum tamat masa sebenar.Kekalahan 3-6 kepada Afrika Selatan yang menduduki tangga ke-15 dunia menyaksikan anak-anak buah Arul hanya akanmengharungi perlawanan perlawanan klasifikasi tempat ke-13 hingga 16.Sementara itu, Arul mengakui dia dan para pemainya cukup kecewa dengan keputusan diraih dalam perlawanan tersebut disebabkan kehilangan fokus pada suku pertama dan kedua.“Kita cuba bangkit pada suku ketiga dan keempat, namun ternyata Afrika Selatan bermain dengan lebih baik dan meletakkan kemahuan tinggi untuk menang,” katanya pada Khamis. | 4 | 26 Januari 2023 06:41pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242320/berita/sukan/masa-orang-ramai-kongsi-idea-pembangunan-kssa | Masa orang ramai kongsi idea pembangunan KSSA | PAMERAN dan sesi libat urus awam berkaitan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), di SACC Mall, Shah Alam bermula Khamis sehingga 10 Februari hadapan dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam.Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor memaklumkan sesi selama 16 hari itu, bertujuan berkongsi maklumat berhubung cadangan projek pembangunan KSSA yang baharu dan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai pelan cadangan yang dikemukakan.“Di sepanjang sesi ini, orang ramai berpeluang untuk melihat dan mendapatkan gambaran yang lebih lanjut mengenai projek pembangunan tersebut melalui paparan video 3D flythrough, papan informasi dan model konsep projek pembangunan berkenaan.“Pengunjung boleh menilai dan berpeluang untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod imbasan QR yang disediakan pihak MBI Selangor,” menurut kenyataan tersebut pada Khamis.Kenyataan itu memaklumkan pelan cadangan Projek Pembangunan KSSA yang berkeluasan 188 ekar itu nanti bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia, yang merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan.“Baki 40 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan merupakan taman rekreasi dan ruang komersial, yang diaspirasikan untuk menggalakkan interaksi dalam komuniti serta memberi pelbagai peluang keusahawanan kepada golongan belia di Selangor.“Sesi libat urus awam ini merupakan inisiatif Kerajaan Selangor yang bertujuan memastikan ketelusan dalam setiap urusan dan mencerminkan komitmen yang berterusan kerajaan negeri ke arah pentadbiran yang cekap, serta berpaksikan kepentingan masyarakat umum,” menurut kenyataan itu.Kenyataan itu memaklumkan sesi itu merupakan inisiatif tambahan secara sukarela oleh kerajaan Selangor dan MBI Selangor, dalam usaha memberikan maklumat terkini mengenai pelan perancangan KSSA.Mengulas lanjut, maklum balas dan cadangan awam yang relevan akan dimasukkan ke dalam pelan pembangunan KSSA, selaras dengan aspirasi kerajaan dan MBI Selangor yang peka kepada keperluan orang ramai.Pada 15 Julai lalu, kerajaan Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya, dengan kos ditetapkan sekitar RM787 juta. - Bernama | 4 | 26 Januari 2023 06:18pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242296/berita/sukan/harimau-malaya-berpeluang-lawan-jordan | Harimau Malaya berpeluang lawan Jordan | HARIMAU Malaya berpeluang untuk menguji Jordan dalam aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia tahun depan.Ia susulan hasil pertemuan antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) yang berlangsung pada Rabu.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kunjungan hormat ke atas Presiden JFA, Putera Ali Al Hussein di Amman itu turut membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala Malaysia-Jordan.Menurutnya, FAM turut memaklumkan kepada Putera Ali yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) mengenai pembangunan bola sepak Malaysia terutama bola sepak wanita dan akar umbi yang perlu diberi lebih penekanan dengan beberapa pendekatan strategik."Terima kasih kepada Putera Ali yang meluangkan masa beliau untuk membincangkan kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Jordan."Kita juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan dengan Jordan merangkumi semua peringkat umur, termasuk skuad kebangsaan wanita, futsal dan bola sepak pantai di bawah kalendar FIFA nanti."Saya optimis perbincangan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka masa panjang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Kedua-dua pihak juga berkongsi pandangan dan potensi kerjasama dua hala dalam bola sepak bukan saja antara Jordan malah antara negara Asia Barat di bawah WAFF.Pada dasarnya kedua-dua pemimpin menyambut baik cadangan supaya hubungan kedua-dua negara, Malaysia-Jordan dan juga Asia Barat dinaik taraf ke peringkat yang lebih komprehensif. | 4 | 26 Januari 2023 04:22pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242292/berita/sukan/sze-fei--nur-izzuddin-nekad-berpisah---rexy | Sze Fei- Nur Izzuddin nekad berpisah - Rexy | SUSULAN prestasi kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, telah mengambil keputusan untuk berpisah, kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.Rexy berkata, keputusan tersebut diambil selepas juara Terbuka Jerman 2022 itu mengadakan pertemuan dengannya petang semalam.Beliau berkat,a pihaknya telah melakukan sedaya upaya bagi mengekalkan beregu berkenaan, namun kedua-dua pemain nekad untuk menamatkan gandingan yang dibentuk sejak 2016 itu."Jadi bukan kita (BAM dan pihak kejurulatihan) yang setuju, tapi mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) yang tidak mahu main bersama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Ditanya sama ada mereka akan digandingkan dengan pasangan baharu, pakar beregu dari Indonesia itu berkata, barisan kejurulatihan akan membuat perbincangan bagi menentukan hala tuju kedua-dua pemain berkenaan selepas ini.Sejak menjuarai Terbuka Jerman pada Mac lepas, pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia itu dilihat bergelut untuk mengekalkan konsistensi mereka, termasuk tersingkir daripada pusingan pertama pada dua kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka India.Pasangan negara itu ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-16, 11-21, 17-21 pada Terbuka Malaysia dan pulang awal dari Terbuka India selepas tumpas kepada satu lagi wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang, 21-19, 21-17. - Bernama | 4 | 26 Januari 2023 03:58pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242272/berita/sukan/piala-malaysia-bermula-pertengahan-liga | Piala Malaysia bermula pertengahan liga | SAINGAN Piala Malaysia pada 2023 akan bermula pada pertengahan liga berbeza berbanding edisi sebelum ini yang dilangsungkan selepas Liga Malaysia berakhir.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, saingan tersebut akan melibatkan 14 kelab Liga Super dan dua kelab teratas dari Liga M3."Proses undian akan menyaksikan pasukan yang berada di kedudukan pertama hingga kelapan (selepas perlawanan ke-13 Liga Super) merupakan pasukan seeded."Manakala, pasukan yang berada di kedudukan sembilan hingga 14 dan kedudukan pertama dan kedua Liga M3 akan diundi untuk menentukan posisi pasukan ke pusingan 16 yang akan bertemu pasukan-pasukan seeded," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM pada Khamis.Menurutnya, perubahan itu dilakukan untuk mengatasi kelemahan kalendar liga terdahulu terutama membabitkan kontrak pemain.Ia akan menyaksikan pemain Liga Malaysia akan mempunyai kontrak sehingga Disember."Kelemahan yang kita kenal pasti dalam tahun-tahun lalu adalah apabila pemain tidak dapat bermain hingga hujung musim kerana tewas awal dalam kejohanan, di situ mereka tidak bermain antara September dan Oktober."Untuk memastikan kalendar penuh bagi setiap pasukan, kalendar berakhir pada bulan Disember. Ini adalah kelainan sedikit apabila Piala Malaysia bermula pertengahan musim dan bukan tunggu hujung musim."Jadi perlawanan akhir Piala Malaysia akan dimainkan sebelum perlawanan terakhir Liga Super," katanya.Beliau turut menjelaskan perubahan format Piala Malaysia itu membolehkan Piala Cabaran diperkenalkan semula."Lapan pasukan yang tidak layak ke perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia akan bermain di perlawanan suku akhir pertandingan Piala Cabaran," katanya. | 4 | 26 Januari 2023 02:56pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242263/berita/sukan/piala-sumbangsih-kembali-ke-format-asal-aksi-liga | Piala Sumbangsih kembali ke format asal aksi liga | PIALA Sumbangsih akan kembali ke format asal apabila perlawanan tersebut akan dikira sebagai aksi pertama Liga Super.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, jika perlawanan tersebut diadakan secara berasingan daripada jadual liga, ia akan menyebabkan pembaziran seminggu kalendar liga.Menurutnya, apabila tempoh seminggu itu dijimatkan, ia akan memberikan lebih ruang kepada agenda nasional yang melibatkan persediaan pasukan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala Asia pada 2024."MFL telah mencuba untuk memastikan satu perlawanan di luar Liga Super diadakan musim lalu, namun ia akan menyebabkan kekangan kalendar yang diperlukan dalam liga."Jadi, kita kembali ke format sedia ada digunakan sebelum ini. Kami rasa semua penyokong faham situasi ini dan akan memberikan kelebihan satu minggu dalam saingan liga," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM pada Khamis.Piala Sumbangsih yang akan dilangsungkan pada 23 Februari ini akan menemukan Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Naib Juara Liga Super, Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Untuk rekod, aksi Piala Sumbangsih musim lalu buat pertama kalinya diadakan di luar jadual liga. | 4 | 26 Januari 2023 02:34pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242260/berita/sukan/danjuma-perkemaskan-cabaran-tottenham | Danjuma perkemaskan cabaran Tottenham | TOTTENHAM Hotspur menandatangani pemain sayap, Arnaut Danjuma secara pinjaman daripada kelab LaLiga Sepanyol, Villarreal sehingga akhir musim.Menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Khamis, Danjuma akan menjadi pembelian pertama pasukan dari London kendalian Antonio Conte tersebut pada jendela perpindahan Januari.Danjuma menjaringkan enam gol dalam 17 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Villarreal musim ini.Jaringan itu menjadikan jumlah keseluruhannya untuk pasukan LaLiga itu kepada 22 gol dalam 51 perlawanan.Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai pengalaman bermain di England, pernah bersama Bournemouth selama dua tahun sebelum berpindah ke Villarreal.Danjuma pertama kali dipanggil ke pasukan kebangsaan Belanda pada Oktober 2018, mendapat panggilan semula musim lalu, kini mempunyai dua gol dalam enam penampilan antarabangsa.Media Britain sebelum ini melaporkan bahawa Everton yang bergelut dengan penyingkiran hampir untuk menandatangani Danjuma sebelum Tottenham yang berada di kedudukan kelima liga mengikatnya. | 4 | 26 Januari 2023 02:23pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242255/berita/sukan/mfl-perkenalkan-sepak-mula-waktu-petang | MFL perkenalkan sepak mula waktu petang | LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenalkan waktu sepak mula baharu pada sebelah petang bagi perlawanan Liga Malaysia musim 2023.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, ia akan melibatkan waktu sepak mula pada jam 5.30 atau 5.15 petang di semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pada jam 4.30 atau 4.45 petang.Menurutnya, ia langkah pembaharuan dilakukan MFL yang diyakini mampu memberikan dimensi baharu dalam kancah bola sepak negara."Sepak mula yang lebih awal ini memberikan kelebihan baharu dan 'new fan base' yang boleh kelab akses. Memang segalanya ada pro dan kontra."Tetapi, dari pemerhatian MFL, perubahan ini memberi satu dimensi baru yang positif lebih daripada yang negatif."Ia juga untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta mewujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.Mengikut kalendar perlawanan yang dikeluarkan MFL, terdapat satu perlawanan dalam setiap minggu Liga Super yang menyaksikan aksi akan berlangsung pada waktu petang.Manakala, perlawanan lain akan bermula pada jam 8.15 malam dan 9 malam manakala pada bulan Ramadan akan dimulakan jam 10 malam.Untuk Sabah dan Sarawak pula sepak mula perlawanan pada jam 7.30 malam dan 8.15 malam manakala ketika bulan Ramadan akan bermula pada jam 9.15 malam.Stuart juga mengharapkan perubahan waktu sepak mula itu dapat diterima dengan baik oleh penyokong dan pasukan."Diharapkan pasukan dan penyokong mengambil perubahan ini dalam perspektif yang positif dalam usaha kita membawa industri ini ke arah yang lebih profesional," katanya. | 4 | 26 Januari 2023 02:10pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242252/berita/sukan/bentley-saingan-terbaharu-jose-sa-di-molineux | Bentley saingan terbaharu Jose Sa di Molineux | WOLVERHAMPTON Wanderers telah menandatangani kontrak penjaga gol, Daniel Bentley dari Bristol City selama dua setengah tahun, dengan pilihan untuk dua tahun tambahan, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Khamis.Bekas kapten Bristol City itu akan bermain di saingan tertinggi liga Inggeris buat pertama kali dalam kariernya selepas memulakan karier di Braintree, Southend United dan Brentford.Untuk rekod, penjaga gol berusia 29 tahun itu merupakan pembelian kelima pada jendela perpindahan Januari kelab kendalian Julen Lopetegui.Kehadiran Bentley sekali gus menghadirkan saingan kepada penjaga gol pilihan pertama dari Portugal, Jose Sa di Stadium Molineux.Wolves yang kini berada di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris dan akan menjadi tuan rumah Liverpool pada 4 Februari. | 4 | 26 Januari 2023 01:58pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242248/berita/sukan/program-tvet-dicadang-distruktur-semula-elak-pembaziran | Program TVET dicadang distruktur semula, elak pembaziran | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) meminta kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menstruktur semula program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaannya.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program TVET yang kini dilaksana pelbagai kementerian perlu dikendalikan satu kementerian sahaja."TVET ini dilaksana pelbagai kementerian yang mempunyai program masing-masing sehingga menimbulkan kekeliruan buat pemain industri selepas mereka tamat latihan dari sudut penggajian dan sebagainya."Tidak perlu semua kementerian buat program TVET masing-masing kerana ia akan nampak tidak terurus selain tidak fokus serta akan ada pembaziran berlaku,” katanya semasa merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang Kedua (MBPN) di Pusat Belia Antarabangsa di sini pada Khamis.Sebagai contoh, beliau berkata, jika satu kementerian memperuntukkan RM50 juta bagi tujuan menaik taraf program TVET, namun pengambilan pelajar itu tidak mencapai tahap maksimum lalu ia akan menjurus kepada pembaziran dari segi tenaga kerja pada masa akan datang.Beliau berkata, KBS pada masa sama sedia bekerjasama membantu Kementerian Sumber Manusia bagi tujuan penstrukturan semula itu dan berpendapat program dilaksanakan dalam TVET juga perlu kekal relevan dengan permintaan golongan belia masa kini."Ada banyak program mungkin popular masa zaman saya bersekolah tapi sekarang dengan adanya ekonomi gig ramai belia mementingkan soal waktu kerja fleksibel. Pandangan mereka kini juga sudah berbeza terhadap TVET, kalau kita masih buat program tidak menarik perhatian sudah tentu tidak dapat penyertaan menyeluruh golongan belia,” katanya.Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. - Bernama | 4 | 26 Januari 2023 01:31pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242225/berita/sukan/aaron-wooi-yik-lepasi-ranjau-china | Aaron-Wooi Yik lepasi ranjau China | BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya menebus dendam terhadap Liang Wei Keng-Wang Chang, selepas menyingkirkan pasangan dari China itu dalam pusingan kedua Masters Indonesia di Jakarta pada Khamis.Aaron -Wooi Yik yang berstatus juara dunia itu menunjukan jalan keluar kepada Wei Keng-Chang - beregu nombor tujuh dunia yang menyekat gelaran pertama mereka musim ini di Terbuka India, minggu lalu dengan kemenangan straight set.Pada perlawanan set pertama, Aaron -Wooi Yik ternyata berdepan tentangan sengit Wei Keng-Chang sebelum menang 22-20 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Istora Senayan tersebut.Set kedua, Aaron -Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat kejohanan tidak memberi ruang kepada pasangan yang memiliki rekod pertemuaan tiga kemenangan daripada tiga aksi antara mereka sebelum ini, untuk menang 21-13.Aaron -Wooi Yik sebelum ini mara selepas mengatasi rakan senegara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci, 21-14, 21-9 pada pusingan pertama dalam tempoh 30 minit.Terdahulu dalam perlawanan pusingan pertama sebelum ini, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang merupakan pilihan kedua mara setelah menewaskan pemain dari Taiwan, Lin Chun Yi 21-18, 21-17.Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei apabila tewas kepada pemain tuan rumah, Angus Ng, 21-6 21-15.Sementara itu, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga pilihan kedua turut mara setelah menewaskan pasangan dari Jerman, Jones Jansen-Linda Efler 21-10, 21-10. | 4 | 26 Januari 2023 11:54am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242218/berita/sukan/nafas-baharu-liga-negara-negara-uefa | Nafas baharu Liga Negara-Negara UEFA | LIGA Negara-Negara UEFA akan diperluaskan dengan pusingan kalah mati baharu selepas 2024, kata badan induk bola sepak Eropah selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya di Nyon, Switzerland pada Khamis.Pusingan kalah mati akan dimainkan pada Mac, mewujudkan kesinambungan antara fasa kumpulan yang berakhir pada November dan pusingan akhir pada Jun.Pemenang dan naib juara kumpulan Liga A akan mengambil bahagian dalam suku akhir format tempat sendiri dan pelawat, dengan pemenang layak fasa empat akhir.Pasukan peringkat ketiga dalam Liga A dan naib juara dalam Liga B, serta pasukan peringkat ketiga Liga B dan naib juara Liga C akan beraksi peringkat kelayakan di tempat sendiri dan penyingkiran dan playoff penyingkiran.“Dengan memperkenalkan fasa kalah mati baharu, pasukan akan diberi lebih banyak peluang untuk mara sambil mengekalkan jumlah perlawanan yang sama dalam kalendar perlawanan antarabangsa,” kata Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin.Sementara itu, perubahan lain turut melibatkan fasa kelayakan Eropah untuk Euro dan Piala Dunia lebih disatukan, dengan pasukan diundi dalam 12 kumpulan yang terdiri daripada empat dan lima pasukan."Kebolehramalan kelayakan Eropah juga telah ditangani dengan format baharu yang segar yang akan menawarkan semua pasukan peluang yang sama untuk layak ke kejohanan utama," jelas Ceferin.Untuk rekod, format baharu untuk pertandingan ini akan berkuat kuasa pada September 2024 menurut UEFA dalam satu kenyataan.Sementara itu, Rusia, yang menghantar pegawai dari kesatuan bola sepaknya ke Switzerland untuk bertemu UEFA sehari sebelum mesyuarat jawatankuasa eksekutif, dihalang daripada mengambil bahagian atau menganjurkan pertandingan UEFA atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine tahun lalu.UEFA memutuskan bahawa Rusia, yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018, tidak boleh menyertai kelayakan ke Euro 2024, yang akan berlangsung pada Mac.Piala Super UEFA tahun ini juga telah dipindahkan dari Kazan, Rusia ke Athens, Greece. | 4 | 26 Januari 2023 11:22am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242211/berita/sukan/arteta-sedia-lawan-sifu | Arteta sedia lawan sifu | PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan pertarungan sengit untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester City tidak akan menjejaskan hubungan baiknya dengan Pep Guardiola.Arteta adalah pembantu Guardiola selama tiga setengah tahun di Manchester City sebelum mengendalikan The Gunners pada 2019.Arsenal tidak memenangi kejuaraan liga selama 19 tahun, namun ketika ini mendahului juara bertahan City dengan lima mata dan mereka merupakan pasukan pilihan untuk menjulang EPL musim ini.Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi pusingan keempat Piala FA pada Sabtu sebelum membuat perhitungan dalam dua aksi liga pada Februari dan April."Saya sentiasa berharap perkara itu akan berlaku satu hari nanti dan ia berlaku musim ini (persaingan dengan City rebut kejuaraan liga)."Itu tidak akan mengubah persahabatan, detik-detik yang kami ada, betapa pentingnya dia dalam hidup saya dan betapa pentingnya dia dalam profesion saya."Kami berdua bersedia untuk menang dan mempertahankan kelab kami dalam apa cara sekali pun dan itu sentiasa berlaku sejak hari pertama," katanya.Dalam pada itu, Arteta mengakui mereka memerlukan lebih ramai pemain berkualiti di bahagian tengah untuk menandingi City sehingga penghujung liga."Kami memerlukan lebih banyak pemain di bahagian tengah. Namun, dalam jendela perpindahan kali ini agak sukar."Perkara yang paling penting ialah kami mendapat persembahan yang bagus daripada pemain yang kami ada."Jika ada apa-apa lagi yang boleh menjadikan kami lebih baik, kami akan melihatnya dan pastikan ia menjadi kenyataan," katanya. | 4 | 26 Januari 2023 10:14am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242206/berita/sukan/manchester-united-selangkah-ke-perlawanan-akhir-piala-liga | Manchester United selangkah ke perlawanan akhir Piala Liga | MARCUS Rashford meneruskan musim cemerlangnya apabila menyumbang gol ketika membantu Manchester United menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium City Ground pada Khamis.Usaha solo penyerang England pada minit keenam itu juga menjadi pencetus kebangkitan The Red Devils kendalian Erik Tan Hag, sekali gus membawanya kepada 18 gol dalam semua pertandingan musim ini.Untuk rekod, hanya Erling Haaland dari Manchester City yang mempunyai lebih banyak lagi gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris pada 2022-23.United kemudiannya menggandakan kelebihan pelawat sejurus sebelum rehat, apabila penyerang pinjaman Wout Weghorst menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-45 sejak menyertai kelab tersebut.Bruno Fernandes seterusnya memadamkan sisa kebangkitan tuan rumah apabila menambah satu lagi gol pada minit ke-89 untuk memastikan United berada di landasan yang baik untuk memenangi trofi pertama mereka sejak 2017.“Saya gembira dengan persembahan, tambahan pula lebih 90 minit kami mengawal permainan.“Ya, terdapat detik yang boleh mengubah permainan dalam perlawanan ini dan kami perlu sedar perkara itu dan memperbaikinya."Semangat dia (Rashford) pula tidak dapat dihalang dalam mood ini, malah dia menjadi kreatif di sepertiga akhir perlawanan," kata Ten Hag.Kedua-dua pasukan akan berentap semula di Stadium Old Trafford pada 2 Februari depan."Jelas sekali keputusan yang diraih di sini sesuatu yang mengecewakan.“Perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah pergi ke Old Trafford dan mengubah keputusan ini."Jelas sekali, Rashford adalah salah seorang pemain berprestasi tinggi, namun kami memberikan dia melakukan apa yang dia lakukan di sini adalah tidak cukup baik," kata pengendali Forest, Steve Cooper. | 4 | 26 Januari 2023 09:38am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242204/berita/sukan/masters-indonesia-zii-jia-mulakan-kempen-dengan-kemenangan | Masters Indonesia: Zii Jia mulakan kempen dengan kemenangan | [DIKEMAS KINI] JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan meraih kemenangan di Istora Senayan di Jakarta, awal pagi Khamis.Pemain ranking keempat dunia itu tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit.Zii Jia sekali gus akan menentang pemain ranking ke-18 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long yang turut mara selepas menewaskan pemain profesional negara Cheam June Wei 21-6, 21-15.Sementara itu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya memerlukan 31 minit untuk menyingkirkan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-6, 23-21.Soon Huat-Shevon akan berdepan satu lagi gandingan Denmark, Mathias Thyrri-Amelia Magelund yang turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Taiwan Chang Ko-Chi-Lee Chih-Chen 21-15, 22-20.Keputusan sama turut dilakar oleh satu lagi beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas menewaskan gandingan Jerman Jones Ralfy Jensen-Linda Elfer 21-10, 21-10.Kian Meng-Pei Jing akan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Aisyah Salsabila Putri Pranata yang berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan India Rohan Kapoor-Reddy Sikki 12-21, 23-21, 21-16. - Bernama | 4 | 26 Januari 2023 08:45am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242194/berita/sukan/jangan-sekadar-cakap-sahaja | Jangan sekadar cakap sahaja | PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengharapkan Sarawak United tidak hanya cakap kosong sebaliknya mengotakan janji melunaskan tunggakan gaji pemain mereka.Timbalan Presiden PFAM, Razman Roslan berkata, pihaknya akan terus memantau langkah pembayaran yang akan dilakukan oleh Sarawak United.“Alhamdulillah bagi PFAM jika Sarawak United mahu selesaikan tunggakan tersebut. Tetapi, kita minta jangan cakap sahajalah sebab masalah tunggakan gaji ini menyebabkan pemain merana lama.“Kita juga akan sentiasa pantau dan jika kelab itu sudah bayar, maka pemain akan hantar laporan atau resit kepada PFAM. Jadi kalau tetap tak bayar, kita akan ambil tindakan seterusnya,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Pada Isnin, Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais berjanji kelab itu akan membayar tunggakan gaji pemain berjumlah lebih RM400,000 menjelang Mac depan.Sebelum ini juga, Sarawak United pernah berjanji untuk melunaskan pembayaran gaji pada September, namun beberapa pemain pasukan itu menafikan dan mereka tidak dibayar penuh seperti dijanjikan.Selain Sarawak United, Melaka United FC (MUFC) yang berdepan tunggakan gaji pemain berjumlah RM2.3 juta juga masih berdiam diri.Razman berkata, campur tangan Kerajaan Negeri Melaka diperlukan bagi menyelesaikan masalah itu.Menurutnya, keengganan mana-mana pihak selain tuding menuding antara pengurusan MUFC dan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) mengeruhkan lagi keadaan.Menurutnya, kerajaan negeri perlu untuk campur tangan dalam perkara tersebut apatah lagi ia membabitkan nama baik Melaka itu sendiri.“Ini tanggungjawab kelab itu dan mereka tidak boleh lepas tangan. Kita minta kerajaan negeri untuk campur tangan kerana pertikaian antara Melaka United dan MUSA ini tidak akan membawa kepada penyelesaian tunggakan gaji tersebut.“Nama Melaka juga sedikit sebanyak akan terkesan dengan isu ini. Jadi, kita harap kerajaan negeri perlu ambil tanggungjawab dan selesaikan perkara ini,” katanya.Tambah Razman, PFAM juga sudah bersedia dengan langkah seterusnya untuk menghukum Melaka United sekiranya tidak tampil untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. | 4 | 26 Januari 2023 07:20am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242193/berita/sukan/masih-terlalu-awal-letak-sasaran-buat-selangor | Masih terlalu awal letak sasaran buat Selangor | PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyifatkan masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran buat skuad Gergasi Merah itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Menurutnya, fokus utama ketika ini adalah untuk mencari keserasian selain kerja keras yang perlu dilakukan sebelum saingan liga bermula.“Sudah tentu setiap pasukan mesti ada sasaran. Namun, terlalu awal untuk kita nyatakan sasaran kita.“Namun, kita akan bekerja keras baik barisan kejurulatihan dan pemain akan berada dalam satu tahap terbaik liga.“Konsisten pemain juga dituntut daripada pemain kerana jadual yang agak padat dan panjang,” katanya.Pada musim 2022, skuad kendalian Cheng Hoe itu mengakhiri saingan Liga Super di kedudukan kelima dengan lapan kemenangan, enam seri dan lapan kekalahan.Dalam saingan Piala FA pula, Gergasi Merah melangkah ke separuh akhir sebelum terpaksa akur dengan kekalahan kepada Terengganu FC (TFC).Di Piala Malaysia, Selangor tampil cemerlang menempah tiket final, namun gagal menjuarai piala berprestij itu apabila tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).Bagi musim 2023, Cheng Hoe telah membawa masuk beberapa pemain berkualiti seperti Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan V Ruventhiran dalam memperkuatkan pasukan. | 4 | 26 Januari 2023 07:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242192/berita/sukan/bangkit-beri-aksi-kelas-dunia | Bangkit beri aksi kelas dunia | SKUAD hoki negara perlu konsisten dengan aksi berkelas dunia untuk meraih kemenangan ke atas Afrika Selatan dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16 Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Khamis.Pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, para pemain telah meletakkan corak permainan mereka pada satu tahap berbeza ketika bersaing di peringkat kumpulan dan momentum tersebut perlu dikekalkan.“Pesan saya kepada pemain. Kita sudah beri aksi yang sangat bagus ketika menentang New Zealand, Chile dan Sepanyol. Itu adalah tahap kita.“Kita tidak boleh turunkan tahap ini sama ada dari segi individu dan pasukan. Teruskan dengan persembahan terbaik,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Arul menegaskan, perjuangan skuad Malaysian Tigers belum berakhir dan perlu sedar dengan matlamat pasukan pada kejohanan berprestij tersebut.Justeru beliau menuntut pemain mempamerkan semangat juang, kepercayaan dan disiplin yang tinggi seperti ketika beraksi menentang Sepanyol dan New Zealand baru-baru ini.“Tugas belum selesai. Kita datang ke Piala Dunia dengan matlamat sedikit demi sedikit seperti cara kita beraksi menentang Belanda. Kita guna prestasi (pengalaman) itu ketika menang ke atas New Zealand dan Chile.“Kita main di peringkat crossover dan pamer aksi terbaik semasa lawan Sepanyol, namun kita gagal pada penentuan shoot-out. Kini kita nak habiskan di tempat kesembilan atau sekurang-kurangnya ke-10,” katanya.Beliau menambah, situasi di kem negara juga ceria dengan para pemain sudah melupakan kekalahan kepada Sepanyol.“Mood dalam pasukan sudah pulih. Selepas tewas mereka berasa kecewa, namun sedar tugas belum habis. Pada sesi latihan mereka berlatih dengan bagus dan gembira. Malaysian Tigers sudah sedia untuk lawan Afrika Selatan,” katanya.Dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah edisi lalu, Malaysia berjaya menewaskan Afrika Selatan 7-2.“Keputusan menentang Afrika Selatan semasa kejohanan itu tidak boleh diambil kira. Ia disebabkan perubahan pada pemain sama ada di pihak kita atau pasukan lawan.“Ini Piala Dunia. Setiap perlawanan penting dengan mana-mana pasukan akan keluar dengan mentaliti berbeza untuk meraih kemenangan,” katanya.Pada saingan Piala Dunia kali ini, Afrika Selatan yang diundi dalam Kumpulan A tewas semua perlawanan peringkat kumpulan menentang Argentina (0-1), Australia (2-9) dan Perancis (1-2).Malaysia pula terlepas peluang untuk meraih slot suku akhir setelah dikecewakan Sepanyol 3-4 menerusi penentuan shoot-out selepas terikat 2-2 pada masa sebenar saingan sebelum berlarutan ke penentuan sudden death selepas keputusan 3-3. | 4 | 26 Januari 2023 07:10am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242181/berita/sukan/tze-yong-lepasi-halangan-pusingan-pertama-masters-indonesia | Tze Yong lepasi halangan pusingan pertama Masters Indonesia | PERSEORANGAN lelaki utama negara Ng Tze Yong melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Hans Kristian Vittinghus di Istora Senayan, Jakarta pada Rabu.Tze Yong yang menghuni ranking ke-28 dunia tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain di kedudukan ke-34 dunia itu dengan kemenangan straight set 21-7, 21-14 dalam tempoh 36 minit.Pemain berusia 22 tahun itu, bagaimanapun bakal berdepan ujian getir selepas dijadual menentang pemain ranking ke-12 dunia, Lakshya Sen dari India pada pusingan kedua esok.Dalam pada itu, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mencipta kemenangan selepas mengetepikan cabaran beregu senegara Boon Xin Yuan-Wong Tien Chi 21-14, 21-9 dalam tempoh 30 minit.Aaron-Wooi Yik - Foto BAMAaron-Wooi Yik yang kini menghuni kedudukan kedua dunia, sekali gus berpeluang menebus kekalahan di tangan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada Terbuka India 2023 pada minggu lepas, apabila masing-masing akan bertemu pada pusingan kedua esok.Wei Keng-Chang melangkah ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 22-20. | 4 | 25 Januari 2023 09:26pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242182/berita/sukan/kl-city-intai-tiga-terbaik-liga-super-2023 | KL City intai tiga terbaik Liga Super 2023 | TONGGAK pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Giancarlo Gallifuoco, optimis The City Boys itu akan mengharungi cabaran Liga Super 2023 bermula bulan depan dengan berada dalam kelompok tiga pasukan teratas musim ini.Katanya, pencapaian kedudukan tersebut pada akhir musim ini adalah penting untuk memburu tempat dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas muncul naib juara musim lalu susulan tewas 0-3 kepada kelab dari Oman, Al Seeb pada aksi final, Oktober lalu."Kami menetapkan penanda aras tinggi selepas menamatkan saingan di kelompok enam teratas dalam dua musim lalu. Walaupun menampilkan pencapaian menakjubkan dalam Piala AFC tetapi kami berasa agak tidak puas hati, musim lalu."Sekarang kami mempunyai skuad yang lebih besar, sudah tentu kami mahu mengejar slot Piala AFC sekali lagi dan menamatkan saingan di peringkat tiga teratas," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan lawatan bersejarah pertandingan kalah mati domestik tertua dan paling popular di dunia iaitu Piala FA Inggeris (Piala FA Emirates), di Central I-City di sini pada Rabu.Ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka mendominasi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, Gallifuoco, pemain kelahiran Australia berusia 29 tahun itu juga percaya Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC akan menjadi antara pasukan yang perlu diberi perrhatian pada musim baharu ini."Apabila JDT berbelanja 15 kali lebih tinggi daripada semua pasukan lain, sudah tentu kualiti mereka sangat tinggi tetapi selain itu, Kedah dengan jurulatih baharu (Mohd Nafuzi Zain), saya percaya mereka akan memberi saingan hebat."Kemudian anda mempunyai Sabah FC kerana mereka telah merekrut dengan baik termasuk pemerolehan penyerang kebangsaan, Darren Lok... jadi menyeronokkan untuk menonton mereka," katanya.Dalam pada itu, pemain tengah KL City, Kenny Pallraj berkata, penyertaan penyerang kelahiran Brazil, Herlison Caion, dalam skuad tersebut, sudah pasti memberi tonik kepada barisan penggempur dan akhirnya membantu pasukan muncul sekurang-kurangnya dalam kelompok empat teratas musim serta mara ke peringkat final dalam setiap pertandingan.Selepas membantu Selangor FC mara ke final Piala Malaysia dan menduduki tempat kelima Liga Super, musim lalu, Caoin, pemain berusia 32 tahun itu yang meledak 24 gol, mengambil keputusan mengejut dengan menyertai KL City FC, musim baharu ini.Sementara itu, Pengurus Kanan Jenama FA England, Ryan Armstrong, kagum dengan keghairahan peminat bola sepak tempatan semasa jelajah sehari Piala FA, hari ini."Terdapat banyak kasih sayang dan semangat daripada peminat Malaysia kerana hampir semua orang menghadiri acara itu menyarung jersi kelab kegemaran mereka," katanya sambil berharap untuk melihat jelajah itu menjadi acara tahunan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia melihat sendiri trofi Piala FA.Selepas Malaysia, jelajah yang bermula di Sydney, Australia, Isnin lalu akan menuju ke Singapura, esok dan akan berakhir di Seoul, Korea Selatan, hujung minggu ini. | 4 | 25 Januari 2023 09:22pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/242180/berita/sukan/usah-terbuai-kemenangan-lalu | 'Usah terbuai kemenangan lalu' | SKUAD hoki kebangsaan yang akan bertemu Afrika Selatan bagi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 kempen Piala Dunia 2023 esok, digesa tidak terlalu terbuai dengan kejayaan mengalahkan lawan sama di Ipoh, Perak tahun lalu.Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.“Apabila kita datang ke Piala Dunia ia akan selalu menjadi perlawanan yang berbeza, mentaliti pemain juga berbeza.“Jadi kita tidak boleh menggunakan landasan kemenangan 7-2 di Ipoh untuk bermain esok, kita masih perlu bekerja keras,” katanya menerusi rakaman video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media pada Rabu.Arul berkata, skuad Malaysian Tigers pada masa sama perlu memupuk asas pemikiran yang baik selain meletakkan kemahuan dan kepercayaan tinggi dalam mencipta kemenangan sekali lagi ke atas Afrika Selatan.Pada kempen Piala Sultan Azlan Shah 2022 November tahun lalu, Malaysia menewaskan Afrika Selatan 7-2 pada aksi kumpulan.Menjelang pertembungan di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India esok, Malaysia memiliki kelebihan di atas kertas berdasarkan kedudukan ranking dunia di tempat ke-10 manakala Afrika Selatan di ranking ke-15.Penyertaan di India merupakan penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971, dengan pencapaian terbaik meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.Edisi lepas menyaksikan Malaysia hanya mampu menamatkan cabaran di tempat ke-15. | 4 | 25 Januari 2023 09:03pm |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/242137/berita/sukan/seorang-lagi-penyerang-import-perkuatkan-kda-fc | Seorang lagi penyerang import perkuatkan KDA FC | SEORANG lagi penyerang import bakal tiba di Alor Setar untuk memperkuatkan Kedah Darul Aman (KDA) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, mereka memerlukan pilihan penyerang lain yang mampu mengalas tugas jika penyerang sedia ada seperti Willian Lira mengalami masalah atau kecederaan."Insya-Allah, akan ada seorang lagi penyerang import yang akan bersama pasukan bagi memperkuatkan posisi serangan dalam masa terdekat ini."Di posisi berkenaan, kita akan ada dua pilihan kerana kita memerlukan skuad dengan pemain yang benar-benar bersedia dan memiliki pilihan daripada segi pemain import dan juga pemain tempatan dalam memberi saingan terbaik pada musim ini," katanyaMengulas mengenai perkembangan semasa Sang Kenari, Nafuzi mengakui gembira dengan keserasian pemain selepas menang 6-0 ke atas skuad Projek FAM-MSN (SPFM) 6-0 di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar pada malam Selasa.Menurutnya, kemenangan tiga aksi pra-musim 2023 meningkatkan keyakinan terutamanya pemain muda dan mereka juga mula dilihat semakin memahami setiap taktikal yang diterapkan semasa sesi latihan."Tidak kira dengan pasukan mana yang kita akan hadapi, saya melihat dan menilai setiap perlawanan yang dilalui ini daripada semua aspek kerana penting untuk perkembangan pasukan menghadapi saingan sebenar musim ini."Memang kita tidak bolos dalam tiga perlawanan pra-musim yang kita lalui setakat ini, namun masih ada kelemahan seperti daripada segi pertahanan dan beberapa aspek lain yang kita perlu perbaiki dan tekankan. Ini akan kita akan lakukan peringkat demi peringkat untuk persediaan pasukan," ujar beliau.Tambah Nafuzi, kekuatan sebenar KDA FC selepas ini akan diuji apabila bakal berdepan pasukan yang lebih kuat bagi aksi pra-musim seterusnya. | 4 | 25 Januari 2023 05:34pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242090/berita/sukan/malang-nasib-milan-konsisten-kalah | Malang nasib Milan 'konsisten' kalah | MALANG nasib penyandang juara Serie A, AC Milan apabila berterusan dengan kemarau kemenangan kepada lima aksi berturut-turut dalam semua kejohanan musim ini.Kali ini skuad bimbingan Stefano Pioli itu menjadi mangsa belasahan Lazio 0-4 pada Rabu.Milan mempamerkan aksi hambar sejak kebelakangan ini selepas kalah 0-3 kepada Inter Milan pada final Piala Super Itali minggu lalu.Sebelum itu Milan tersingkir dari Piala Raja Itali selepas disingkirkan Torino yang beraksi 10 pemain pada 12 Januari.“Banyak perkara tidak berfungsi dengan baik di Milan ketika ini.“Mentaliti, isu taktikal kerana kami melepaskan gol dalam beberapa situasi yang sepatutnya boleh dielakkan,” ujar Pioli.Gol kemenangan pasukan kendalian Maurizio Sarri itu dihasilkan menerusi jaringan Sergej Milinkovic-Savic, Mattia Zaccagni, Luis Alberto dan Felipe Anderson.Skrip berbeza buat kem Lazio apabila kian menyala dengan Milinkovic-Savic menganggap mereka mampu menjadi pencabar gelaran liga.“Mengapa tidak? Jika kami beraksi sebegini ketika menentang juara bertahan, tiada sebab kami tidak mampu melakukannya,” katanya.Kali terakhir Lazio merangkul gelaran liga ialah pada edisi 1999/2000.Lazio ketika ini menghuni tempat ketiga, satu mata di belakang Milan dan 13 mata ditinggalkan pendahulu Napoli. | 4 | 25 Januari 2023 02:10pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242078/berita/sukan/tenis-terbuka-australia-kisah-dongeng-magda-linette | Tenis Terbuka Australia: Kisah dongeng Magda Linette | PENGEMBARAAN kisah dongeng Magda Linette apabila meneruskan momentum kemenangan dengan melakar kejutan mara ke separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia pada Rabu.Pemain bukan pilihan dari Poland itu mengetepikan cabaran bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova 6-3, 7-5 di Melbourne.“Kemenangan ini sangat bermakna dan saya sukar mempercayainya.“Ia seperti mimpi jadi kenyataan. Saya akan teruskannya namun tidak boleh terlalu gembira kerana kejohanan belum tamat. Apa pun saya tetap bersyukur,” katanya.Linette yang menghuni ranking ke-45 dunia kurang diberi tumpuan berbanding rakan senegara, Iga Swiatek yang sudah tersingkir daripada saingan di Melbourne Park.Pemain berusia 30 tahun itu berjuang untuk merebut tempat ke final dan akan membuat perhitungan sama ada Aryna Sabalenka atau Donna Vekic.Suasana dramatik menyelubungi Rod Laver Arena apabila Linette mencampakkan raket selepas mengutip mata kemenangan di set kedua untuk meraih tiket ke separuh akhir kali pertama dalam 30 penampilan Grand Slamnya.“Detik yang saya tidak akan lupakan.“Saya bekerja keras sekian lama dan mengatasi pelbagai cabaran. Kemaraan ini pastinya kekal dalam kehidupan, jadi saya sangat bersyukur,” katanya.Linette tidak pernah melepasi pusingan ketiga di Grand Slam sebelum tiba di Melbourne Park sambil berkata;“Perubahan mentaliti antara punca kisah 'dongengnya' kali ini.” | 4 | 25 Januari 2023 12:57pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242074/berita/sukan/lampard-mahu-mencari-angin-baharu | Lampard mahu mencari 'angin' baharu | FRANK Lampard merancang untuk mencari 'angin' baharu selepas dipecat sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton Isnin lalu.Menurut satu laporan, jurulatih berusia 45 tahun itu tidak mahu berdiam diri sebaliknya akan kembali berusaha dengan menjadikan kerjaya di luar England sebagai langkah seterusnya.Bekas bintang Chelsea dan legenda England itu dipecat ekoran prestasi hambar yang menyaksikan kelab Merseyside berkenaan terperosok di tangga kedua tercorot liga."Perpindahan ke tempat lain sama ada Sepanyol, Belanda, Jerman atau Amerika Syarikat berada dalam fikirannya. Dia perlukan angin baharu untuk kembali bangkit," petik laporan tersebut.Laporan itu menambah, kegagalan di Everton menjadikan Lampard lebih kuat dan berazam untuk kembali membuktikan kemampuannya sebagai seorang jurulatih berjaya."Frank (Lampard) sangat kecewa dengan apa yang berlaku di Everton. Dia sayang kelab, penyokong dan mahu memacu kedudukan Everton."Dia bekerja keras. Namun terpaksa akur dengan kegagalannya, tetapi pada masa sama dia yakin kekecewaan dan pengalamannya itu akan menjadikannya lebih kuat sebagai pengurus," katanya.Laporan itu menambah, Lampard seorang pengurus yang berfikiran jauh dan kegagalan di Everton menjadi satu pengalaman berharga untuk bangkit semula."Dia gemar melihat ke arah masa depan. Dia akan bercuti, melihat kembali apa yang berlaku dan akan kembali tidak lama lagi," ujar laporan itu. | 4 | 25 Januari 2023 12:32pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242061/berita/sukan/united-tempat-terbaik-untuk-rashford | United tempat terbaik untuk Rashford | ERIK ten Hag mahu Marcus Rashford terus kekal di Manchester United dengan sasarannya mahu menjadikan kelab itu sebagai pasukan terbaik dunia.Rashford telah meledak lapan gol dalam lapan perlawanan buat United dan merupakan penjaring terbanyak kelab itu musim ini.Kontraknya akan tamat pada 2024, namun ten Hag yakin penyerang England itu akan menyambung kontrak bersama kelab tersebut."Ini adalah tempat terbaik kerana kami mahu membina pasukan terbaik – pertama di England, kemudian Eropah, kemudian dunia."Ia adalah sulit melibatkan perbincangan antara kelab dan pemain, (tetapi) dia faham Manchester United adalah kelab terbaik untuknya."Prestasi Rashford juga bertambah baik, dia memberi komitmen 100 peratus untuk pasukan ini dan dia tahu kami perlukan dia," katanya.Beberapa pasukan seperti Paris Saint Germain (PSG) dan Real Madrid dikaitkan untuk mendapatkan Rashford apabila kontraknya tamat tahun depan.Rashford meledak 17 gol dalam semua kejohanan untuk United musim ini dan menyinar bersama England pada Piala Dunia di Qatar. | 4 | 25 Januari 2023 10:31am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/242058/berita/sukan/fam-jangan-berlengah | FAM jangan berlengah | PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta bertindak segera mengundang pasukan terbaik untuk beraksi pada Pestabola Merdeka yang dijadualkan berlangsung Oktober depan.Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, langkah itu perlu bagi memastikan Harimau Malaya tidak kempunan beraksi menentang pasukan yang berada di ranking lebih baik sebelum kempen Piala Asia 2023.“Saya setuju jika FAM bercadang mahu menjemput Syria (ke-90 dunia) dan Palestin (93) yang berada di ranking yang lebih baik daripada Malaysia. Kalau nak jemput ranking yang lebih tinggi pun tak ada salahnya.“Namun, langkah segera perlu dilakukan FAM untuk menjemput pasukan berkenaan kerana kita tahu mereka juga mesti ada perancangan lain dalam kalendar masing-masing.“Dengan ketiadaan kejohanan besar tahun ini, Pestabola Merdeka boleh menjadi persediaan yang baik buat Malaysia menentang pasukan kuat sebelum Piala Asia nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sebelum ini, FAM mengumumkan Pestabola Merdeka yang kali terakhir dianjurkan pada 2013 akan kembali berlangsung tahun ini dan dijadualkan pada Oktober depan.Badan induk bola sepak negara itu dilaporkan bercadang untuk mengundang beberapa pasukan seperti Syria dan Palestin, manakala India mengesahkan penyertaan pada edisi kali ini.Dalam pada itu, Khalid menyifatkan keputusan untuk mengundang pasukan di ranking yang tinggi juga akan mengembalikan semula prestij kejohanan tersebut yang sebelum ini dianggap sebagai trofi kebanggaan Asia.Beliau yang pernah beberapa kali beraksi dalam Pestabola Merdeka juga percaya penyokong bola sepak negara amat merindui kejohanan tersebut yang cukup meriah apabila dilangsungkan setiap tahun.“Kejohanan ini ada prestijnya yang tersendiri dengan penampilan pasukan dari Amerika Latin selain Korea Selatan dan Jepun yang sering menjadi pasukan utama sejak piala tersebut diperkenalkan.“Namun, saya melihat ini langkah terbaik untuk bergerak sedikit demi sedikit untuk kembali memperkenalkan piala ini dan mengembalikan kegemilangannya,” ujarnya. | 4 | 25 Januari 2023 10:10am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242056/berita/sukan/newcastle-selangkah-ke-final-piala-liga | Newcastle selangkah ke final Piala Liga | NEWCASTLE United memastikan mereka selangkah ke final Piala Liga selepas menundukkan Southampton 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama pada Rabu.Joelinton meledak gol pada minit ke-73 dalam aksi yang berlangsung di Stadium St Mary untuk mencerahkan peluang pasukan menamatkan kemarau kejuaraan domestik mereka sejak 1999.Pemain tengah Newcastle Bruno Guimaraes berkata, pasukannya berhak menang dengan jaringan lebih besar, namun mensia-siakan banyak peluang gol."Kami mengawal permainan tetapi kami terlepas banyak peluang besar. Ia hanya perlawanan pertama dan sekarang kami perlu memikirkan perlawanan seterusnya. Saya bangga dengan pasukan hari ini."Satu gol adalah penting, kami boleh menjaringkan lebih banyak tetapi yang paling penting adalah untuk mempunyai kelebihan satu gol di hadapan Southampton. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nick Pope, saya rasa dia penjaga gol terbaik di dunia," katanya.Pope beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut yang turut menyaksikan Newcastle tidak bolos dalam 16 perlawanan terakhir.Skuad Nathan Jones yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana (EPL) nyaris mendapat gol penyamaan menerusi Adam Armstrong tetapi dibatalkan susulan VAR mendapati bola terkena tangannya.Aksi separuh akhir kedua akan berlangsung di St James Park pada 31 Januari dengan pemenang akan menentang Manchester United atau Nottingham Forest di final. | 4 | 25 Januari 2023 10:03am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/242055/berita/sukan/klopp-mahu-bina-kembali-liverpool | Klopp mahu bina kembali Liverpool | JURGEN Klopp melihat keperluan untuk membina kembali Liverpool sebagai faktor utama di sebalik keputusannya menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu tahun lalu.Klopp yang sudah memenangi tujuh trofi bersama Liverpool termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara telah menandatangani kontrak sehingga 2026.Namun, untuk musim ini, Liverpool tampil dengan persembahan kurang memuaskan dan berada di kedudukan kesembilan liga, 10 mata di belakang pasukan yang berada di kedudukan empat terbaik.Penyokong juga menyarankan pembaharuan dilakukan Klopp selepas melihat beberapa tonggak utama seperti Jordan Henderson dan Fabinho bergelut untuk membantu pasukan."Saya tidak mengatakan ia adalah cabaran terbesar, tetapi ia tetap adalah satu cabaran. Ia adalah salah satu sebab utama mengapa saya menandatangani kontrak baharu, kerana saya tahu pasukan perlu dibina semula."Ia tidak akan berlaku dalam tempoh yang pantas. Saya bukan pekerja yang mempunyai keajaiban. Pasukan ketika ini mengalami banyak masalah kecederaan dan itu menjadikan keadaan benar-benar rumit."Saya tidak mempunyai masalah dengan itu kerana jelas saya tahu majoriti dunia luar hanya berminat dalam jangka pendek, tetapi kami juga perlu fokus jangka panjang," katanya.Liverpool bukan satu-satunya pasukan gergasi yang berada di kedudukan pertengahan liga dengan Chelsea berada di bawah mereka dibezakan perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan itu seri tanpa jaringan pada hari Sabtu.Walaupun Chelsea telah berbelanja besar untuk menarik Mykhaylo Mudryk dan Benoit Badiashile dalam jendela perpindahan semasa, Klopp menegaskan Liverpool tidak mampu untuk melakukan perkara yang serupa."Terdapat banyak cara berbeza yang boleh anda lakukan, tetapi semuanya berdasarkan situasi yang anda alami."Chelsea dengan pemilikan baharu jelas sekali... tiada siapa yang tahu dengan tepat bagaimana mereka melakukannya, bagaimana mereka boleh membelanjakan wang sebanyak itu."Tiada siapa yang suka saya bercakap tentang pasukan lain, tetapi perubahan memerlukan masa jika anda tidak mempunyai wang. Jika tidak, anda boleh menukarnya dalam sekelip mata dengan membawa masuk 10 pemain serentak," katanya | 4 | 25 Januari 2023 09:25am |
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | https://www.sinarharian.com.my/article/242052/berita/sukan/jdt-bakal-manfaatkan-aksi-pra-musim | JDT bakal manfaatkan aksi pra-musim | AKSI pra-musim 2023 di Dubai, bakal dimanfaatkan juara quadruple Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha memperbaiki prestasi pasukan bagi mengharungi saingan musim baharu tidak lama lagi.Menurut pengendali JDT, Esteban Solari, aksi pra-musim berkenaan juga merupakan satu (proses) pembelajaran buat skuad Harimau Selatan itu untuk terus ‘berkembang’ apabila berdepan dengan pasukan-pasukan terbaik, kelak.“Semua sedar JDT adalah kelab yang mempunyai standard yang tinggi dan setiap masa kami mahu memperbaiki prestasi dan ini adalah isu utama apabila kami membuat keputusan untuk datang ke sini (Dubai), bagi bertemu pasukan yang baik, mempunyai pemain yang baik dan mempunyai posisi yang baik dalam (saingan) liga seperti liga kelab Rusia.“Saya juga mahu pemain mempunyai growmindset yang bermaksud mereka perlu belajar daripada setiap perlawanan mereka selain perlu bekerja keras bagi mencapai ‘daya tahan’ kerana ia adalah penting untuk pemain bola sepak,” katanya pada Rabu.Untuk rekod, aksi pra-musim di JDT menyaksikan skuad Harimau Selatan itu berdepan kelab Russia, FC Rostov di Stadium The Sevens, Dubai pada 25 Januari, diikuti kelab dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 28 Januari, FC Levski Sofia dari Bulgaria (31 Januari) serta dua kelab Russia, Lokomotiv Moscow dan Zenit St. Petersburg, masing-masing pada 2 dan 6 Februari.Sementara itu Solari berkata, segala persiapan ketika ini dilihat sangat baik dan pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan kesemua pemain bagi membuat penilaian secara individu.Katanya, penilaian berkenaan dibuat dari segi fizikal pemain kerana ia seterusnya bakal menentukan posisi yang bersesuaian bagi mereka.“Persiapan dan keadaan (pemain) dilihat sangat baik dan kami juga telah bertemu dengan setiap pemain secara individu untuk membuat penilaian dari segi fizikal mereka dan seterusnya posisi mana yang sesuai untuk mereka.“Sejak awal saya sudah nyatakan secara terang kepada pemain, saya mahu mereka berikan persembahan terbaik untuk kami dan apa yang penting, mereka faham tentang sistem permainan untuk memberikan potensi terbaik mereka.“Selain itu, kami juga bekerja ke arah ketersediaan pemain bagaimana hendak melakukan 'build up' dan bagaimana mahu mencipta rentak (permainan) selain bagaimana untuk bertahan. Inilah yang kami lakukan ketika ini dan saya rasakan pasukan menunjukkan respons yang baik setiap hari,” katanya. | 4 | 25 Januari 2023 08:54am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242047/berita/sukan/santos-pengendali-baharu-poland | Santos pengendali baharu Poland | POLAND melantik bekas pengendali Portugal, Fernando Santos sebagai jurulatih baharu pasukan itu berdasarkan pengalaman dan rekod kejayaannya sebelum ini, kata Presiden FA Poland, Cezary Kulesza.Santos, yang membawa Portugal meraih kejayaan di Euro 2016 dan Liga Negara-Negara 2018-19 dengan Cristiano Ronaldo sebagai kapten, diumumkan secara tidak rasmi apabila Kulesza berkongsi gambar dirinya dengan pengurus berusia 68 tahun itu di Twitter.“Kami mahukan jurulatih yang berpengalaman mengetuai pasukan kebangsaan, supaya dia tidak perlu belajar mengendalikan skuad Poland."Tetapi yang paling penting, kami mahukan jurulatih yang memiliki rekod cemerlang seperti yang dilantik hari ini," kata Kulesza pada sidang akhbar.Kontraknya dengan Poland termasuk dua pusingan kelayakan - untuk Euro 2024 dan Piala Dunia 2026.Santos merupakan pengendali kedua Poland dengan pengalaman antarabangsa selepas Leo Beenhakker sebelum ini yang menguruskan pasukan pada 2006-2009.Untuk rekod, Santos pernah berkhidmat selama empat tahun di Greece, sebelum menjadi pengurus Portugal pada 2014.Sementara itu, di peringkat kelab dia pernah menguruskan Porto selain AEK Athens, Panathinaikos, Sporting dan Benfica."Saya memberi perhatian besar kepada dua perkataan - 'kita' dan 'menang."Kami perlu membiasakan diri dengan kemenangan, kerana saya fikir pasukan kebangsaan ini mempunyai apa yang diperlukan untuk dapat bersaing dengan mana-mana pasukan besar lain," kata Santos ketika diperkenalkan di stadium kebangsaan di Warsaw.FA Poland sebelum ini memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas jurulatih Czeslaw Michniewicz selepas dia membimbing pasukan itu ke penampilan pertama peringkat kalah mati Piala Dunia 2022 dalam tempoh 36 tahun di Qatar.Michniewicz dikritik hebat selepas mengunakan taktikal bertahan semasa berdepan Mexico di Qatar 2022.Sementara itu, status Santos bersama Portugal ditamatkan pada Disember selepas negara itu tersingkir pada suku akhir Piala Dunia 2022. | 4 | 25 Januari 2023 07:16am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/242035/berita/sukan/malaysian-tigers-kembali-bersemangat | Malaysian Tigers kembali bersemangat | SKUAD hoki negara mahu bangkit daripada kekecewaan apabila berdepan Afrika Selatan dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16 Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Khamis.Pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, sasaran menduduki tempat kesembilan pada edisi kali ini adalah realistik berdasarkan prestasi terbaik yang ditunjukkan barisan pemain negara ketika ini.Beliau berkata, skuad kendalian Arul Selvaraj itu akan berusaha memastikan tempat kesembilan menjadi milik mereka selepas terlepas tiket ke suku akhir.“Semua pasukan mempunyai matlamat sama untuk meraih kemenangan. Biarpun dijangka berdepan tugas sukar, namun pasukan negara tetap memburu kemenangan.“Sasaran pasukan negara adalah untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik (kesembilan). Dengan prestasi yang telah ditunjukkan setakat ini, saya melihat harapan untuk capai sasaran itu adalah cerah.“Tetapi ia bukan mudah kerana ini Piala Dunia, semua pasukan akan memberikan segalanya untuk menang setiap perlawanan. Walaupun sukar tetapi tidak mustahil,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Justeru, Mirnawan menuntut skuad Malaysian Tigers mempamerkan komitmen dan disiplin tinggi serta berjuang sehingga wisel penamat untuk meraih kemenangan.Menurutnya, suasana di kem negara juga positif dan para pemain sudah melupakan kekecewaan tewas kepada Sepanyol dalam aksi crossover di Stadium Kalinga, Bhubaneswar Ahad lalu.“Kemahuan, disiplin, komitmen, kepercayaan, kerja keras dan berjuang sehingga perlawanan tamat. Menang kalah adat permainan, ada menang ada kalah.“Keadaan di kem pasukan negara begitu positif dan ceria. Ini satu perkembangan yang sihat kerana pemain tahu matlamat kami di sini belum berakhir,” ujarnya.Dalam pada itu, Mirnawan enggan mengambil mudah tentangan sengit yang bakal diberikan Afrika Selatan biarpun pasukan lawan tewas dalam semua aksi Kumpulan A.“Kami juga tidak boleh menjadikan keputusan perlawanan sebelum ini dengan jumlah gol yang besar (kemenangan) sebagai kayu ukur kemampuan pasukan.“Piala Dunia adalah satu kejohanan yang cukup berbeza dan sudah tentu, setiap pasukan mahu menamatkan saingan dengan keputusan terbaik,” jelasnya. | 4 | 25 Januari 2023 07:10am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241987/berita/sukan/thailand-tarik-diri-sertai-pestabola-merdeka | Thailand tarik diri sertai Pestabola Merdeka | [DIKEMAS KINI] THAILAND tidak akan menyertai saingan Pestabola Merdeka kerana akan memberikan tumpuan kepada Piala Raja Thailand yang akan diadakan pada September depan.Memetik laporan media Thailand, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memaklumkan tarikh Pestabola Merdeka itu akan bertembung dengan Piala Raja Thailand.Malah, FAT juga memaklumkan pihak mereka belum menerima sebarang jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menyertai kejohanan itu."Setiausaha Agung FAT, Patis Supaphong menyatakan pasukan Thailand sudah mempunyai perancangan ketika kalendar FIFA pada September dan sudah menganjurkan Piala Raja Thailand."FAT juga sedang menjemput beberapa pasukan untuk beraksi dalam saingan piala berkenaan," kata laporan itu.FAM sebelum ini menyasarkan Thailand, Vietnam, Palestin dan Syria untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.FAM sebelum ini menjemput Thailand untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.Beberapa pasukan seperti Vietnam, Palestin dan Syria juga dalam perancangan badan induk bola sepak negara itu untuk dijemput beraksi dalam Pestabola Merdeka. | 4 | 24 Januari 2023 05:38pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241983/berita/sukan/ranking-dunia-nasib-berbeza-zii-jia-aaron-wooi-yik | Ranking dunia: Nasib berbeza Zii Jia, Aaron-Wooi Yik | KHABAR duka buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila terpaksa akur tergelincir dua anak tangga ke kedudukan nombor empat dunia.Harga mahal dibayar pemain dari Alor Setar, Kedah itu apabila membuka tirai 2023 dengan langkah kiri susulan dua kekalahan berturut-turut di pusingan awal.Tempat Zii Jia kini diambil alih oleh pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, manakala pemain Denmark, Viktor Axelsen kekal dengan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia.Seorang lagi wakil Indonesia, Jonatan Christie memanjat satu anak tangga apabila berubah berada di nombor tiga dunia.Perubahan ranking itu dikemaskini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.Cabaran buat Zii Jia yang bergerak solo tanpa jurulatih apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia, awal bulan ini selepas kalah kepada Kodai Naraoka dari Jepun.Pemain berusia 25 tahun itu turut tersingkir di pusingan kedua Terbuka India, minggu lalu selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng.Dalam pada itu, tuah buat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila memperoleh ranking terbaik dalam karier mereka apabila mendaki satu anak tangga untuk berada di tempat kedua.Kedudukan mereka itu berada belakang pasangan Indonesia, Fajar Alfan-Muhamad Rian Ardianto yang kekal sebagai pasangan nombor satu dunia.Aaron (kiri) dan Wooi Yik memanjat satu anak tangga untuk berada di tempat kedua dunia. - Foto AgensiPencapaian tertinggi Aaron-Wooi Yik itu turut dipacu hasil kejayaan mereka muncul naib juara Terbuka India di New Delhi pada Ahad.Skrip berbeza buat pasangan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang terkeluar daripada kelompok 10 terbaik apabila turun satu tangga ke tempat ke-11.Pencapaian suram tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India gagal membantu mereka untuk kekal dalam gandingan 10 terbaik.Dalam pada itu, beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang turun dua anak tangga minggu lalu, kembali ke kedudukan keenam dunia.Bagi kategori beregu campuran, kedudukan ranking Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melonjak apabila menghuni tempat ke-57 dunia.Mereka mempamerkan aksi memberangsangkan apabila mara sehingga suku akhir Terbuka Malaysia sebelum terkandas pada pusingan kedua Terbuka India. | 4 | 24 Januari 2023 05:09pm |
NORAFIDAH ASSAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241981/berita/sukan/stadium-tuanku-abdul-rahman-bakal-guna-rumput-zeon-zoysia | Stadium Tuanku Abdul Rahman bakal guna rumput Zeon Zoysia | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk menukar rumput di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi di sini kepada jenis Zeon Zoysia yang sesuai untuk kegunaan sukan terutamanya bagi perlawanan bola sepak.Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, rumput jenis itu mempunyai tekstur rumput yang halus yang telah digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor; Stadium Nasional Singapura dan Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.Menurutnya, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebelum ini membuat tawaran kepada semua kerajaan negeri untuk memilih satu stadium yang bersesuaian bagi penukaran rumput berkenaan yang menggunakan kaedah perkongsian kos iaitu separuh ditanggung kerajaan negeri dan separuh lagi pihak kementerian.“Saya telah maklumkan kepada kerajaan negeri pada dua minggu lepas, pada dasarnya kita bersetuju untuk memilih Stadium Tuanku Abdul Rahman untuk tujuan tersebut."Bagaimanapun tarikh pelaksanaan penggantian rumput ini belum ditetapkan kerana kita perlu melihat juga jadual perlawanan Liga Super yang akan bermula tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Jelasnya, kerja pemulihan tanah serta saliran air untuk mengelakkan takungan air akan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala pemasangan rumput oleh pihak KBS.Dalam pada itu, Mohamad Taufek yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) turut berpendapat sekiranya kerja penggantian rumput itu bertembung dengan perlawanan Liga Super, padang alternatif yang boleh digunakan adalah padang latihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai atau padang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3.“Dua padang ini digunakan oleh pasukan NSFC untuk menjalani latihan, dan padang tersebut juga lengkap dengan tempat duduk penonton serta saiz yang menepati ketetapan antarabangsa."Selain itu, kita mungkin menggunakan padang di negeri berhampiran seperti Melaka dan Selangor, malah ia pernah dilakukan oleh negeri yang lain sebelum ini," katanya.Tambahnya, rumput Zeon Zoysia mempunyai sistem akar yang luas dan pertumbuhan rizom yang kuat, malah ia menghasilkan rumput padat tebal yang pulih dengan cepat daripada kerosakan dan diperakui dalam ujian terkawal oleh National Turf grass Evaluation Programme (NTEP).Media sebelum ini melaporkan STAR akan dinaik taraf dijangka bermula Mac ini membabitkan tempat duduk penonton bagi memenuhi piawaian sebagai venue kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa pada masa depan dengan kos RM1.2 juta.Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Mohamad Taufek berkata, seramai 1,500 orang pesilat mewakili 83 pasukan mengesahkan penyertaan bagi Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Piala Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang julung kali bakal diadakan pada 27 Januari hingga 29 Januari ini.Katanya, kejohanan itu bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negeri malah dapat menyumbang kepada pencarian atlet baharu dalam sukan silat menerusi penyertaan peserta seawal umur enam tahun."Tujuh kategori bakal dipertandingkan dan para pemenang akan membawa pulang piala kejohanan mengikut kategori, manakala juara keseluruhan bakal membawa piala serta wang tunai berjumlah RM3,000," katanya. | 4 | 24 Januari 2023 04:27pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241971/berita/sukan/tiada-tekanan-buat-aaron-wooi-yik | Tiada tekanan buat Aaron-Wooi Yik | PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) enggan meletakkan sebarang tekanan ke atas beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun beraksi pada kejohanan Badminton Masters Indonesia pada Rabu.Pengarah Kejurulatihannya, Rexy Mainaky sebaliknya mahu naib juara Terbuka India itu memberi fokus terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi.“Saya tak mahu letakkan tekanan ke atas mereka. Fokus langkah demi langkah dalam permainan. Nikmati permainan sebaiknya.“Berikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Sasaran akan datang selepas itu,” katanya kepada Sukan Sinar.Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan akan menentang pasangan dari pusingan kelayakan.Jurulatih berasal dari Indonesia itu berkata, pasangan negara itu baru selesai kejohanan di New Delhi dan sudah menjalani proses pemulihan daripada aspek mental untuk mengharungi kejohanan seterusnya dalam tempoh singkat iaitu di Jakarta minggu ini.“Mereka baru habis main di India. Jadi tumpuan sudah diberikan untuk pulihkan mental. Fokus juga diberikan untuk kemaskan lagi corak permainan,” katanya.Minggu lalu Aaron-Wooi Yik terlepas peluang meraih gelaran sulung dalam Jelajah Dunia BWF apabila sekadar muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka India.Dalam aksi final di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi itu, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 21-14, 19-21, 18-21 kepada gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang. | 4 | 24 Januari 2023 03:43pm |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/241935/berita/sukan/kerajaan-kelantan-ambil-serius-pergaduhan-piala-mb | Kerajaan Kelantan ambil serius pergaduhan Piala MB | KERAJAAN negeri Kelantan mengambil serius isu pergaduhan melibatkan aksi Piala Menteri Besar (MB) antara Kok Lanas dengan Gual Periok yang berlaku di Padang Sintetik Jalan Mahmood di sini, pada Jumaat.Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya akan membuat penambahbaikan untuk perlawanan selepas ini."Bukan sahaja bergaduh, mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan diambil tindakan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Menurut beliau, semua pasukan yang bertanding perlu mempamerkan semangat kesukanan dan mengelakkan kejadian yang boleh mencemarkan nama baik negeri.Sinar Harian pada Isnin melaporkan, tular satu video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan pemain bola sepak semasa perlawanan Liga Piala MB Kelantan di Padang Sintetik Jalan Mahmood di sini, pada Jumaat.Insiden berlaku jam 5 petang itu dipercayai melibatkan pasukan Gual Periok dan Kok Lanas.Insiden yang berlaku telah diselesaikan semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan berkenaan dan pihak penganjur.Perlawanan berkesudahan dengan keputusan Kok Lanas (3) dan Gual Periok (2).Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan. | 4 | 24 Januari 2023 12:09pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241925/berita/sukan/lima-gol-mbappe-rekod-baharu-psg | Lima gol Mbappe rekod baharu PSG | PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier tidak terkejut dengan persembahan Kylian Mbappe yang meledak lima gol ketika menumpaskan kelab divisyen enam, Pays de Cassel dalam aksi Piala Perancis pada Selasa.PSG mara ke pusingan 16 terbaik dengan kemenangan besar 7-0 dalam aksi yang berlangsung di Stade Bollaert-Delelis, Lens pada Selasa.Mbappe meledak hatrik pada separuh masa pertama untuk PSG mendahului 4-0 sebelum meledak dua lagi gol pada babak kedua manakala Neymar dan Carlos Soler masing-masing menjaringkan satu gol untuk kemenangan bergaya kelab gergasi Perancis itu.Lima gol yang dicipta Mbappe itu menyaksikan dia menjadi pemain PSG pertama yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan."Mbappe adalah penjaring gol dan dia suka menyerang. Saya tidak katakan bahawa dia mendapat keyakinan apabila menjaringkan lima gol, tetapi dia berada pada standardnya."Amat penting untuk dia dan Neymar bermain perlawanan penuh. Mereka bekerjasama dengan baik dan itu satu petanda positif," kata Galtier.Dalam pada itu, Mbappe menegaskan menghormati pasukan lawan biarpun tampil berbisa dengan meledak lima gol ke atas pasukan divisyen enam itu."Kami gembira, kami datang untuk melayakkan diri dan menghormati pasukan ini."Hormat bermakna bermain di peringkat kami. Kami gembira. Ia adalah peluang hebat untuk (Pays de Cassel), dan untuk kami kerana kami juga datang dari bola sepak amatur."Kami sangat gembira untuk datang dan bermain, dan ia adalah pertandingan penting untuk PSG," katanya. | 4 | 24 Januari 2023 11:02am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241921/berita/sukan/spurs-mahu-kekal-rentak-kemenangan | Spurs mahu kekal rentak kemenangan | PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengharapkan pemainnya menggunakan keputusan positif ke atas Fulham sebagai titik permulaan untuk mencapai lebih banyak kemenangan sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.Harry Kane menyamai rekod jaringan sepanjang masa Jimmy Greaves untuk Spurs ketika pasukan itu bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut kepada Arsenal dan Manchester City dengan kemenangan 1-0 di Fulham pada Selasa.Menurut Conte, kemenangan 1-0 ke atas Fulham menjadi penanda aras kepada pasukan membetulkan prestasi yang kurang memberangsangkan selepas rehat Piala Dunia."Saya mendapat jawapan yang baik daripada pemain. Kami memerlukan permainan yang mantap seperti musim lalu. Mereka mempunyai keinginan untuk bermain dan serius."Kami menunjukkan apabila bermain sebagai satu pasukan, sangat sukar untuk menentang kami. Hari ini mesti menjadi titik permulaan untuk memberikan segala-galanya. Kami mempunyai 17 perlawanan lagi."Kami perlu cuba untuk kekal dalam perebutan tiket Liga Juara-Juara, mencuba dalam Piala FA dan melakukan perkara yang sama dalam saingan Liga Perdana Inggeris.Dalam pada itu, Conte turut menyangkal mengenai hubungannya dengan pengerusi pasukan itu, Daniel Levy selain menegaskan dia berbangga untuk melatih kelab."Saya amat berbangga menjadi pengurus Tottenham dan saya mempunyai kemungkinan menjadi pengurus sebuah kelab penting."Atas sebab itu, saya mahu berjuang sehingga tamat dengan pemain. Dalam tempoh terakhir, kami kurang menyerlah kerana mungkin kami kehilangan beberapa karakter dari musim lalu."Saya bercakap dengan pemain dan saya mempunyai pemain yang bagus. Mereka faham kami perlu berjuang sehingga tamat untuk kedudukan yang bai," katanya. | 4 | 24 Januari 2023 10:44am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241923/berita/sukan/kiwior-kukuhkan-pertahanan-arsenal | Kiwior kukuhkan pertahanan Arsenal | PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal menandatangani pemain pertahanan Poland, Jakub Kiwior daripada kelab Itali, Spezia dengan kontrak yang dilaporkan bernilai £12 juta (RM63.68 juta).Menurut kelab itu, Kiwior bersetuju dengan kontrak jangka panjang untuk beraksi bersama Arsenal.Pemain berusia 22 tahun itu yang beraksi untuk Poland di Piala Dunia Qatar berada di tempat duduk penonton di Stadium Emirates pada Isnin menyaksikan The Gunners menang 3-2 ke atas Manchester United.Kiwior yang pernah beraksi bersama kelab di Belgium, Anderlecht di awal kariernya berpindah ke Spezia dari MSK Zilina pada 2021.Dia membuat 43 penampilan semasa bersama kelab Serie A itu dan berjaya menambat hati pengendali Gunners, Mikel Arteta."Amat bagus untuk Jakub sertai kami. Dia merupakan pemain pertahanan yang serba boleh dan telah menunjukkan potensi dan kualiti bersama Spezia di Serie A dan di peringkat antarabangsa bersama Poland."Dia akan memberikan kami kekuatan dan kualiti di bahagian pertahanan. Kami mengalu-alukan Jakub dan keluarganya ke Arsenal dan melihat ke hadapan untuk bekerjasama dengannya," kata Arteta. | 4 | 24 Januari 2023 10:36am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241918/berita/sukan/lampard-everton-berpisah | Lampard, Everton 'berpisah' | JODOH Frank Lampard bersama Everton tidak bertahan lama apabila berpisah selepas setahun bersama pasukan itu yang kini bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Lampard menggantikan Rafael Benitez pada Januari 2022, tetapi dia yang dipecat Chelsea sebelum ini terpaksa meninggalkan pasukan yang ketika ini menghuni tangga ke-19 liga.Everton mengalami musim yang suram apabila tewas sembilan daripada 12 aksi terakhir liga.Sabtu lalu tewas 0-2 kepada West Ham sekali gus meletakkan mereka berkongsi mata dengan pasukan tercorot, Southampton.Pemilik Everton, Farhad Moshiri sebelum ini memberi kepercayaan kepada Lampard, namun kekalahan kepada West Ham mengubah segala-galanya.Moshiri menyaksikan sendiri aksi Everton iaitu kali pertama dalam tempoh 14 bulan dan ia sudah cukup untuk membuatkan legenda Chelsea itu dipecat."Everton Football Club mengesahkan yang Frank (Lampard) meletakkan jawatannya sebagai pengendali pasukan utama lelaki hari ini (Selasa)."Everton mengucapkan terima kasih kepada Frank dan barisan kejurulatihannya di atas perkhidmatan mereka sepanjang 12 bulan," ujar pengurusan kelab.Jurucakap kelab memberitahu, ia satu keputusan sukar, namun itu adalah pilihan yang terbaik."Dedikasi dan komitmen Frank serta pasukannya sangat memberangsangkan sepanjang kehadiran mereka di kelab."Namun keputusan perlawanan dan kedudukan dalam liga memaksa kami membuat keputusan sukar ini."Kelab sudah memulakan proses mendapatkan pengendali baharu dan akan memaklumkannya dalam masa terdekat," ujar jurucakap kelab.Menjelang aksi dengan pendahulu liga, Arsenal pada 4 Februari ini, sesi latihan akan dikendalikan oleh Paul Tait dan Leighton Baines.Antara nama-nama yang disebut untuk mengisi kekosongan itu ialah bekas pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa.Turut tersenarai ialah Sean Dyche dan Sam Allardyce. | 4 | 24 Januari 2023 09:40am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241904/berita/sukan/kami-harus-bangkit-semula | 'Kami harus bangkit semula' | SKUAD hoki negara kalah dengan bermaruah apabila tumbang di tangan wakil Eropah, Sepanyol dalam aksi crossover Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India pada Ahad.Pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, barisan pemainnya telah menunjukkan semangat melawan cukup tinggi dalam aksi tersebut yang terpaksa ditentukan menerusi penalti shoot-out.Beliau turut kagum dengan aksi yang ditampilkan Malaysian Tigers yang memberikan sepenuh tenaga bangkit berjuang untuk mendapatkan gol sehingga penghujung perlawanan.“Kecewa tetap kecewa kerana kami kalah di peringkat shoot-out, tetapi pemain-pemain saya telah beraksi bermati-matian. Mereka tewas dengan maruah yang tinggi.“Para pemain telah menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Walaupun ketinggalan jaringan, kami terus berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan dan ia berhasil,” katanya.Terdahulu, tuah tidak memihak kepada Malaysian Tigers apabila tewas 3-4 di tangan Sepanyol menerusi penentuan penalti shoot-out dalam perebutan tiket ke suku akhir itu.Pemenang terpaksa ditentukan menerusi shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebaik tamat masa sebenar yang menyaksikan Faisal Saari dan Shello Silverius meledak gol buat Malaysia.Selepas terikat 3-3 dalam lima shoot-out, perlawanan dilanjutkan menerusi shoot-out sudden death yang menyaksikan Firhan Ashari gagal merobek gawang Sepanyol.“Kekecewaan hari ini (Ahad) kami akan selesaikan malam ini sebab esok (Isnin) kita akan mulakan hari yang baharu. Kami fokus kepada aksi menentang Afrika Selatan pada 26 Januari.“Kami harus bangkit semula. Diharapkan semua (penyokong) di Malaysia memberi sokongan penuh kepada pemain untuk mencapai kedudukan terbaik di nombor sembilan,” jelas Arul. | 4 | 24 Januari 2023 07:10am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241864/berita/sukan/kelantan-united-fc-rekrut-penyerang-kyrgyzstan | Kelantan United FC rekrut penyerang Kyrgyzstan | JENTERA serangan Kelantan United FC diperkukuhkan dengan kehadiran penyerang kebangsaan Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanov untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan.Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Ernist berkebolehan untuk beraksi di sayap kiri dan kanan selain berpengalaman beraksi di Liga Utama Armenia serta Kazakhstan."Kelantan United FC mengharapkan kehadiran Ernist Batyrkanov akan membantu pasukan memberi cabaran kepada kelab lain yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim 2023," menurut kenyataan itu pada Ahad.Ernist memulakan karier remaja pada 2016 bersama kelab Kyrgyztan, Alaa-To Naryn sebelum mendapat kontrak profesional bersama kelab Dordoi selama empat tahun.Dia kemudiannya berkelana ke Liga Kazakhstan, Kyzyl-Zhar pada tahun 2021 dan tidak sampai setahun, pemain kelahiran Bishkek itu disambar kelab Liga Armenia, FC Va.Pada musim lepas, pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama pasukan FC Abdysh-Ata Kant dan membantu kelab berkenaan muncul juara Liga Premier Kyrgyzstan serta Piala Kyrgyzstan.Dia menjaringkan 13 gol dan 6 bantuan gol keseluruhan untuk meletakkan dirinya dalam senarai terkini skuad Kebangsaan Kyrgyzstan dan kali terakhir tersenarai ialah ketika aksi persahabatan pada September 2022 melawan Rusia.Ernist menjadi pemain import ketiga diumumkan Kelantan United selepas menandatangani pemain Brazil, Yan Victor dan bekas pemain tengah Kelantan, Morgaro Gomis. | 4 | 23 Januari 2023 04:32pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241853/berita/sukan/selangor-fc-tidak-mahu-dabik-dada | Selangor FC tidak mahu dabik dada | SELANGOR FC tidak mahu mendabik dada dan dianggap sebagai pasukan pilihan walaupun telah merekrut beberapa pemain berkualiti untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Kapten Selangor, Brendan Gan berkata, tahun 2023 akan menjadi musim yang sukar dengan kesemua pasukan menyiapkan pasukan terbaik mereka untuk cuba menampilkan cabaran dalam saingan liga."Saya tidak pernah mendengar kami (Selangor) menjadi pasukan pilihan. Setiap pasukan seperti yang anda lihat sedang menambah baik pasukan mereka dan saya lihat akan menjadi musim yang sukar."Kami pula sedang berusaha dalam persiapan pra musim, membina kombinasi dan taktikal yang sesuai selain memastikan capai tahap kecergasan yang tinggi untuk musim depan," katanya.Pada musim 2022, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu menyudahkan saingan Liga Super di kedudukan kelima dengan lapan kemenangan, enam seri dan lapan kekalahan.Dalam saingan Piala FA pula, skuad Gergasi Merah berjaya melangkah ke saingan separuh akhir dan tewas kepada Terengganu FC, manakala untuk saingan Piala Malaysia pula mereka cemerlang menempah tiket perlawanan akhir namun terpaksa akur kepada kekuatan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kekalahan 1-2.Untuk saingan musim depan, Selangor FC telah merekrut beberapa pemain kebangsaan iaitu Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan Ruventhiran selain membawa masuk dua tonggak import iaitu pemain tengah pasukan kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh serta pemain Ghana, Rauf Salifu.Dalam pada itu, Brendan mengakui kehadiran Faisal, Khuzaimi dan Ruventhiran memberikan nilai tambah yang baik buat pasukan."Mereka mempunyai kualiti bersama pasukan kebangsaan dan kelab lama mereka.Kami bertuah ada mereka dalam pasukan tetapi kejayaan pasukan bukan bergantung kepada seorang pemain."Kami memerlukan 24, 25 pemain untuk membentuk satu pasukan. Kami akan gunakan kualiti pemain yang ada dan fokus menang perlawanan sebagai satu pasukan."Kami juga perlu tambah baik pasukan walaupun berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu. Tetapi, hakikat anda boleh kata musim itu kami tidak terlalu konsisten dan perlu membaikinya," katanya. | 4 | 23 Januari 2023 03:28pm |
WARTAWAN SUKAN SINAR | https://www.sinarharian.com.my/article/241843/berita/sukan/malaysia-kini-ada-trio-rasid | Malaysia kini ada trio Rasid | BOLA sepak Singapura memiliki trio Fandi terdiri daripada tiga anak legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan, Ikhsan dan Ilhan yang mencipta nama selaku antara pemain terbaik di negara itu.Irfan dan Ikhsan kini beraksi bersama pasukan Thailand, BG Pathum United FC manakala Ilhan pula bermain dengan kelab divisyen dua Belgium, KMSK Deinze.Gandingan adik beradik itu menampilkan persembahan memberangsangkan untuk menjadi antara pemain penting kepada Singapura dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.Namun, kancah bola sepak Malaysia juga bakal diserikan dengan kehadiran trio Rasid terdiri daripada adik kepada kapten Harimau Malaya, Safawi iaitu Alfi dan Syakir.Safawi yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 kini dipinjamkan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke kelab Thailand, Ratchaburi FC untuk tempoh setahun.Pemain berusia 25 tahun itu juga pernah berkelana ke kelab Portimonense SC selain menjadi watak utama dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon.Alfi pula sebelum ini beraksi bersama kelab JDT III dan pada musim depan akan bersama kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC Bawah 23 tahun (B-23) manakala, Syakir kini sedang mengasah bakatnya bersama pasukan Terengganu III.Mungkin penyokong bola sepak negara boleh menaruh harapan untuk melihat trio Rasid ini beraksi bersama dalam pasukan Harimau Malaya dan mencetuskan sensasi seperti yang dilakukan oleh trio Fandi di Singapura. | 4 | 23 Januari 2023 02:32pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241834/berita/sukan/cheong-min-buru-slot-sukan-sea-kemboja | Cheong Min buru slot Sukan SEA Kemboja | SELEPAS pulih daripada kecederaan kaki kanan, jaguh wushu negara Tan Cheong Min berazam untuk merebut slot ke Sukan SEA Kemboja 2023 buat julung kalinya yang akan berlangsung di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini.Pemenang emas Kejohanan Wushu Dunia 2017 dan 2019 itu memaklumkan beliau dalam persiapan mempertajam kemahiran untuk beraksi di temasya dwitahunan itu, selepas tiga acara wushu utamanya iaitu Nandao, Nanquan, Nangun tersenarai dalam pertandingan.Cheong Min yang baru dibenarkan kembali memulakan latihan sepenuh masa tahun ini berkata, walaupun sudah beraksi hingga ke pentas dunia, adalah penting untuk beliau mempersembahkan aksi terbaik ketika sesi pemilihan untuk menambat hati barisan kejurulatihan supaya namanya tersenarai ke Kemboja."Saya alami kecederaan kaki kanan pada 31 Ogos tahun lepas kerana salah cara mendarat pada sesi latihan namun sekarang ini sudah pulih hingga 90 peratus."Jadi memang saya ada sasaran (sertai Sukan SEA Kemboja) apabila tahun lepas saya hanya sertai Sukan Universiti ASEAN (AUG) namun, macam sekarang pemilihan untuk ke Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia di Hangzhou, China masih belum dilakukan."Saya rasa jurulatih hanya akan membuat pemilihan dalam seminggu lagi namun besar harapan saya untuk beraksi di Sukan SEA pertama kalinya," katanya di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.Menyifatkan berada dalam keadaan terbaiknya, pemenang Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2022 itu optimis mampu membuat penampilan terbaiknya menerusi Nandao, Nanquan dan Nangun sekali gus tidak sabar untuk memberikan saingan sengit kepada pihak lawan.Cheong Min, 25, mencipta sejarah apabila menjadi atlet wushu wanita pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan apabila mengharumkan nama Malaysia menerusi sumbangan pingat emas acara Nandao dan pingat perak (Nanquan) pada Kejohanan Wushu Dunia 2019 di Shanghai, China.Pada Mei tahun lepas, skuad wushu negara menutup cabaran di Sukan SEA Hanoi, Vietnam dengan meraih keseluruhan dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa. - Bernama | 4 | 23 Januari 2023 01:22pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241824/berita/sukan/haaland-tutup-mulut-pengkritik | Haaland tutup mulut pengkritik | PEMAIN sensasi, Erling Haaland menutup mulut pengkritik mengenai kemampuannya menyesuaikan diri dengan gaya permainan Manchester City apabila meledak hatrik keempat ketika membantu pasukannya menewaskan Wolves 3-0 pada Ahad.Pemain Norway itu sudah menyumbat 25 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada 19 penampilan pada musim pertama di Etihad.Jurulatih City, Pep Guardiola turut memuji pemain berusia 22 tahun itu yang bijak mengawal emosi biarpun berada dalam situasi tertekan terutama melibatkan prestasinya.“Angkanya (jumlah gol) amat menakjubkan. Dia amat stabil dan tidak tertekan apabila keadaan tidak berjalan lancar.“Apabila dia bermain dan menjaringkan gol. Saya tidak tahu berapa banyak gol, dia adalah jalan penyelesaian dan pelengkap buat pasukan.“Apabila tidak menjaringkan gol, dia dikatakan masalah buat kami,” katanya.Guardiola memberitahu, barisan kejurulatihan tahu keupayaan serta kemampuannya di atas padang dan pasukan dalam proses mencari jalan terbaik untuk meningkatkan persefahaman dalam skuad.“Kami tahu kualitinya. Dia bukan pemain untuk digugurkan. Anda perlu menyesuaikan beberapa pergerakan dengannya dan kami sedang melakukannya dengan baik,” katanya.Haaland yang kurang menyengat sejak beberapa minggu lalu, membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-40 untuk gol ke-23 peribadi.Jumlah jaringan itu menobatkan Mohamed Salah serta Son Heun-min untuk berkongsi Kasut Emas musim lalu.Memasuki babak kedua, Haaland menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 dan menyempurnakan hatrik empat minit kemudian. | 4 | 23 Januari 2023 12:39pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241817/berita/sukan/enam-pelumba-bawa-cabaran-tsg-di-tour-of-shariah | Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Shariah | ENAM pelumba menjadi taruhan pasukan berbasikal terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) untuk berentap di Tour of Sharjah bermula Jumaat ini.Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, kejohanan selama lima hari di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.Beliau berkata, pelumba yang terpilih membawa cabaran itu termasuk tiga import dan tiga tonggak tempatan, sedang menjalani kem latihan fasa satu TSG di dalam negara."Untuk pelumba tempatan kita ada Wan Abdul Rahman Hamdan, Mohd Shahrul Mat Amin dan Irwandie Lakasek yang sudah beberapa musim bersama skuad elit kita."Tonggak import pula dibarisi Metkel Ayob, Anatolii Budiak dan pelumba baharu TSG musim ini, Aiman Cahyadi yang juga pelumba terbaik Indonesia 2022,” katanya ketika dihubungi pemberita.Menurut Nasiruddin, pihaknya menyasarkan untuk meraih dua podium dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan pasukan di Tour of Sharjah itu nanti.Katanya, TSG perlu meraih seberapa banyak mata bermula daripada perlumbaan pertama agar sasaran muncul sebagai pasukan benua terbaik dunia 2023 menjadi kenyataan."Di Tour of Sharjah 2022 kita berjaya meraih juara keseluruhan dan menang satu podium menerusi Anatolii Budiak. Tahun ini kita harap pencapaian lebih baik dengan kekuatan skuad yang ada,” katanya.TSG musim 2023 dibarisi 16 pelumba termasuk tujuh import dan sembilan tempatan di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Kanada, Jeremy Hunt. - Bernama | 4 | 23 Januari 2023 11:40am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241807/berita/sukan/ter-stegen-penyelamat-barcelona | Ter Stegen penyelamat Barcelona | PENGENDALI Barcelona, Xavi Hernandez menyatakan penghargaan kepada penjaga golnya, Marc-Andre ter Stegen yang bertindak cemerlang menjadi penyelamat ketika kemenangan 1-0 ke atas Getafe dalam aksi La Liga pada Isnin.Penjaga gol Jerman itu menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada Getafe sekali gus menyaksikan gol tunggal daripada Pedri pada minit ke-35 sudah cukup untuk memberikan tiga mata kepada Barcelona."Kami tidak tahu cara menyerang dengan baik, dan secara amnya kami agak tidak bagus dalam perlawanan ini. Kami telah menang tanpa bermain dengan baik."Ada kalanya anda tidak bagus dan perkara tidak menjadi seperti yang anda jangkakan tetapi, pemain dapat bertahan dengan baik dan bekerjasama untuk mendapat kemenangan ini," katanya.Xavi berkata, ter Stegen berhak mendapat pujian dengan pemain berusia 30 tahun itu menyelamatkan tiga peluang gol lawan."Ter Stegen tampil di tahap terbaiknya sejak sekian lama. Dalam situasi satu lawan satu dia sangat hebat."Dia adalah ketua pasukan, bersikap tegas dan adalah penting dia juga menjadi penyelamat mata," katanya. | 4 | 23 Januari 2023 10:50am |