author_name
stringclasses 77
values | article_url
stringlengths 71
524
| article_title
stringlengths 14
86
| article_text
stringlengths 242
35.4k
| reading_time
stringclasses 1
value | article_dt
stringlengths 19
25
|
---|---|---|---|---|---|
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241805/berita/sukan/penampilan-sulung-ronaldo-bantu-kemenangan-al-nassr | Penampilan sulung Ronaldo bantu kemenangan Al Nassr | CRISTIANO Ronaldo melakukan penampilan sulung buat kelab Arab Saudi, Al Nassr menentang Ettifaq dalam aksi Liga Pro Saudi pada Isnin.Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol, penyerang Portugal itu membantu Al Nassr dalam kemenangan 1-0 ke atas pasukan lawan dan kembali berada di kedudukan teratas Liga Pro Saudi.Pengendali Al Nassr, Rudi Garcia menyifatkan Ronaldo memberikan rentak positif kepada pasukan untuk melakar kemenangan dalam perlawanan tersebut."Ia adalah nilai tambah positif apabila anda mempunyai pemain seperti Ronaldo kerana dia membantu mengalih perhatian pemain pertahanan, itulah yang menyebabkan kami berjaya mendapat gol."Hari ini kami mencipta peluang untuknya dan meminta pemain mempelbagaikan permainan antara dia dan Talisca. Kami juga tidak lupa bahawa dia menyertai (perlawanan pameran menentang) Paris Saint Germain dan tidak mendapat rehat yang cukup."Walaupun dengan kehadiran Ronaldo, bukan mudah untuk memenangi Liga Saudi kerana pasukan lain juga memiliki kemampuan dan kekuatan tersendiri," katanya.Dalam perlawanan itu, Anderson Talisca meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-31. | 4 | 23 Januari 2023 10:23am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241804/berita/sukan/united-belum-sedia-jadi-juara | United belum sedia jadi juara | PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan kekalahan 2-3 kepada Arsenal sebagai bukti pemain mesti mengubah mentaliti untuk bersaing dalam kelompok pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).Menurutnya, pemain juga masih belum bersedia untuk memenangi kejuaraan utama sekiranya tidak mengubah mentaliti dalam setiap perlawanan."Mungkin dalam beberapa jam akan datang saya akan sedar kami berada dalam kedudukan yang baik, menyedari kami berada dalam perkembangan yang baik, proses yang baik. Tetapi pada masa ini, saya sangat marah."Jika pemain mahu memenangi trofi, kami perlu mengubah mentaliti. Tidak mungkin dalam perlawanan dengan pasukan teratas liga, pemain melakukan tiga kesilapan besar sehingga melepaskan gol."Terutama gol terakhir, anda perlu berada dalam perlawanan itu. Pada ketika itu, keputusan seri sudah sepatutnya diraih. Pemain tidak boleh memberikan gol seperti yang berlaku hari ini," katanya.Dalam perlawanan itu, penyerang United, Marcus Rashford membuka tirai jaringan pada minit ke-17 sebelum disamakan Eddie Nketiah pada minit ke-24.Minit ke-53 menyaksikan Arsenal pula berada di hadapan menerusi Bukayo Saka, namun United pantas kembali menjadikan kedudukan 2-2 enam minit berselang.Nketiah menjadi wira The Gunners untuk memastikan tiga mata milik pasukan tuan rumah menerusi jaringan di penghujung perlawanan.Ia kali kedua dalam minggu ini United melepaskan gol di minit akhir perlawanan selepas terikat seri 1-1 dengan Crystal Palace menerusi gol penyamaan lewat Michael Olise Khamis lalu.Ten Hag menegaskan akan membimbing para pemainnya untuk cuba mengubah mentaliti namun tetap berbangga kerana pasukan telah berada dalam kelompok teratas liga."Saya fikir dengan bimbingan kita boleh mengubahnya. Kita telah melihat mentaliti telah berubah sejak beberapa bulan lalu."Tetapi kami juga perlu menyedari hari ini bahawa kami masih mempunyai kemampuan untuk berada dalam kelompok teratas liga," katanya. | 4 | 23 Januari 2023 10:12am |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/241802/berita/sukan/aksi-liga-piala-mb-kelantan-dicemari-insiden-pergaduhan | [VIDEO] Aksi Liga Piala MB Kelantan dicemari insiden pergaduhan | TULAR satu video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan pemain bola sepak semasa perlawanan Liga Piala MB Kelantan di Padang Sintetik Jalan Mahmood, di sini pada Jumaat.Insiden berlaku jam 5 petang itu dipercayai melibatkan pasukan Gual Periok dan Kok Lanas.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, video tersebut dimuat naik pada jam 10.30 pagi oleh pemilik akaun Facebook Zunar Cartoonist Fan Club."Rakaman itu memaparkan kejadian pergaduhan antara pemain semasa perlawanan bola sepak Liga Piala MB Kelantan."Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pasukan yang terlibat," katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Menurut beliau, insiden yang berlaku telah diselesaikan semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan berkenaan dan pihak penganjur.Ujarnya, perlawanan berkesudahan dengan keputusan Kok Lanas (3) dan Gual Periok (2).Sehubungan itu, Mohd Rosdi meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit.Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengamalkan semangat kesukanan tinggi dengan mengelakkan provokasi yang boleh menggugat keharmonian perlawanan. | 4 | 23 Januari 2023 09:52am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241800/berita/sukan/malaysian-tigers-alih-tumpuan-kepada-afrika-selatan | Malaysian Tigers alih tumpuan kepada Afrika Selatan | PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj menyifatkan Malaysian Tigers tewas bermaruah, namun tetap berbangga dengan semangat juang tinggi dipamerkan anak buahnya ketika berdepan Sepanyol."Ya, kita kecewa tetap kecewa namun kita akan habiskan kekecewaan kita malam ini kerana esok merupakan hari baharu untuk kami dan seterusnya fokus menentang Afrika Selatan."Saya juga mengharapkan rakyat Malaysia terus memberikan sokongan jitu kepada skuad negara kerana ianya mampu menyuntik motivasi kepada Malaysian Tigers untuk menamatkan kempen sebagai pasukan kesembilan terbaik kali ini," katanya.Terdahulu, impian Malaysian Tigers untuk mara ke suku akhir musnah apabila tewas 3-4 kepada Sepanyol menerusi penentuan penalti shootout sudden death dalam saingan Crossover pada Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, di sini.Kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga akhir perlawanan dengan Malaysia menjaringkan dua gol padang menerusi Faizal Saari (34') and Shello Silverius (48')Sementara itu, pasukan benua Eropah tersebut pula memperoleh gol sulung menerusi penalti strok Marc Miralles (40') dan gol padang Xavier Gispert (41').Keputusan itu menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti shootout yang berakhir dengan kesudahan seri 3-3 apabila penjaga gol simpanan Sepanyol, Mario Garin muncul wira selepas menafikan pukulan dua pemain Malaysia, kapten Muhammad Marhan Jalil dan penyerang, Shello - manakala Firhan Ashari, Faizal dan Shahmie Irfan Suhaimi memastikan bola pukulan masing-masing menerjah gawang.Keputusan itu mengheret perlawanan ke penentuan penalti 'shootout sudden death' yang menyebelahi skuad Sepanyol kendalian, Maximiliano Caldas selepas Marc menewaskan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman manakala Firhan Ashaari gagal menyempurnakan pukulannya. | 4 | 23 Januari 2023 09:41am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241797/berita/sukan/arsenal-terlalu-padu-buat-manchester-united | Arsenal terlalu padu buat Manchester United | PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal membuktikan penampilan kelab utara London musim ini bukan biasa-biasa seperti musim sebelumnya.Keupayaan luar biasa itu dijelmakan The Gunners ketika bangkit ketinggalan untuk menewaskan gergasi Inggeris yang sedang meningkat naik Manchester United, 3-2 di Stadium Emirates pada Isnin.Bagaimanapun, anak buah Mikel Arteta terlebih dulu dikejutkan jaringan awal tonggak prolifik The Red Devils, Marcus Rashford pada minit ke-17 untuk skuad kendalian Erik Ten Hag memimpin perlawanan.Namun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila Eddie Nketiah menyamakan kedudukan pada minit ke-24 untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan terikat 1-1.Babak kedua penyerang England, Bukayo Saka meletakkan tuan rumah memimpin perlawanan dengan gol pada minit ke-53.Anak buah Ten Hag yang tidak berputus asa kemudiannya menyamakan kedudukan hasil tandukan padu Lisandro Martinez pada minit ke-59.Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Nketiah muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.Kemenangan dramatik tersebut menyaksikan Arsenal kembali memimpin liga dengan kelebihan lima mata mengatasi penyandang juara Manchester City yang menewaskan Wolves, 3-0 di Stadium Etihad sebelum itu. | 4 | 23 Januari 2023 09:03am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241793/berita/sukan/psm-sahkan-terima-permohonan-selangor | PSM sahkan terima permohonan Selangor | PERSATUAN Sepaktakraw Selangor (PSS) telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungan badan induk sepak takraw negara tersebut.Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima permohonan tersebut melalui surat bertarikh 19 Januari selaras dengan keputusan mesyuaratnya yang telah diadakan pada 27 Disember tahun lalu."Saya ingin maklumkan di sini secara prinsipnya, Jawatankuasa Tertinggi PSM telah bersetuju menerima Persatuan Sepak Takraw Selangor sebagai ahli gabungan PSM."Namun permohonan Persatuan Sepak Takraw Selangor ini akan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang akan datang."Saya yakin penyertaan Persatuan Sepak Takraw Selangor semula di dalam PSM merupakan sebahagian daripada langkah perpaduan semua badan sukan sepak takraw negeri." Ia juga secara tidak langsung akan menjamin pembangunan sukan sepak takraw secara menyeluruh di seluruh negara," katanya kepada Sukan Sinar.Untuk rekod, PSM kini menaungi 13 ahli gabungan dan enam ahli bersekutu.Ketika ditanya mengenai Persatuan Sepak Takraw Putrajaya, Persatuan Sepaktakraw Sarawak dan Persatuan Sepaktakraw Labuan, Sumali berharap tiga persatuan negeri itu dapat menyertai semula keluarga PSM dalam memastikan segala perancangan memajukan sukan tersebut di peringkat akar umbi tercapai. | 4 | 23 Januari 2023 08:11am |
MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID | https://www.sinarharian.com.my/article/241789/berita/sukan/malaysia-tetap-bangga-prestasi-pasukan-hoki---anwar | Malaysia tetap bangga prestasi pasukan hoki - Anwar | PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tetap berbangga dengan prestasi pasukan hoki negara ini walaupun terlepas peluang untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2023.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Speedy Tigers yang telah melakukan terbaik dalam perlawanan tersebut.“Terima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. Malaysia tetap berbangga dengan prestasi kalian!,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.Malaysia tidak bernasib baik apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalty shoot-out selepas terikat 2-2 dengan Sepanyol pada aksi cross over di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.Kekalahan itu meranapkan impian skuad hoki negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik dunia pada edisi kali ini. | 4 | 23 Januari 2023 07:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241782/berita/sukan/impian-malaysia-ke-suku-akhir-tak-kesampaian | Impian Malaysia ke suku akhir tak kesampaian | MALAYSIA terlepas peluang untuk mara ke suku akhir hoki Piala Dunia 2023 setelah dikecewakan Sepanyol 3-4 dalam aksi crossover menerusi penentuan shoot-out di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India sebentar tadi.Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar perlawanan untuk mengheret permainan ke penentuan shoot-out yang juga terikat 3-3.Penentuan sudden death tidak memihak skuad Malaysian Tigers apabila Firhan Ashari gagal menewaskan penjaga gol lawan, Mario Garin selepas Marc Miralles berjaya menyudahkannya dengan baik buat Sepanyol.Menerusi kemenangan itu, Sepanyol akan membuat perhitungan dengan Australia pada aksi suku akhir.Skuad negara pula akan kembali ke Rourkela untuk aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16.Kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan berhati-hati bagi mencari rentak permainan.Sepanyol yang dibimbing Max Caldas pantas memperoleh corak permainan mereka apabila mendominasi suku pertama permainan.Mereka yang menduduki ranking kelapan dunia juga berpeluang di depan, namun dua pukulan sudut penalti gagal menemui sasaran.Malaysia yang menghuni ranking kesembilan banyak bertahan, cuba melakukan serangan balas, namun mudah dipatahkan oleh Sepanyol.Bersambung suku kedua, Sepanyol yang dibarisi ramai pemain muda dilihat selesa mengawal permainan untuk memburu gol pendahuluan.Namun skuad bimbingan Arul Selvaraj ampuh bertahan dengan Hafizuddin Othman menafikan beberapa cubaan pemain lawan.Malaysian Tigers yang tenang mengawal permainan cuba masuk ke kawasan Sepanyol, namun belum menemui sasaran ke arah gawang lawan.Keghairahan Sepanyol mengasak kawasan Malaysia pada suku ketiga membawa padah, apabila dihukum dengan gol pertama Malaysian Tigers.Skuad negara yang membuat serangan balas pantas akhirnya menemui sentuhan menerusi penyerang sensasi Faizal Saari apabila meledak menerusi gol padang pada minit ke-35.Sepanyol yang tersentak dengan gol Malaysia menyusun semula gerak dan ianya berhasil apabila dihadiahkan penalti stroke.Pemain berpengalaman Sepanyol Marc Miralles menyempurnakan peluang itu dengan baik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-41.Gol itu menyuntik semangat mereka apabila menambah jaringan berselang seminit menerusi gol padang Xavier Gispert.Memasuki minit pertama suku keempat Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan, namun jaringan Amirul Azahar dibatalkan oleh pengadil.Ia susulan gerakan yang dimulakan oleh Faizal berlaku kesilapan back stick.Situasi itu tidak melemahkan semangat Malaysian Tigers apabila Shello Silverius mengambil kesempatan keadaan kelam kabut di depan gawang Sepanyol untuk meledak gol penyamaan pada minit ke-49.Menuju penghujung perlawanan pemain skuad negara berkampung di kawasan sendiri dengan Sepanyol meraih tiga pukulan sudut penanti.Namun benteng negara yang dikemudi Hafizuddin ampuh bertahan dan keputusan kekal 2-2 untuk mengheret aksi ke penentuan shoot-out. | 4 | 22 Januari 2023 10:17pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241781/berita/sukan/kunlavut-se-young-rangkul-kejuaraan-terbuka-india | Kunlavut, Se Young rangkul kejuaraan Terbuka India | KUNLAVUT Vitidsarn dari Thailand and An Se Young dari Korea Selatan, masing-masing mengejut pemain pilihan untuk muncul juara perseorangan lelaki dan wanita Kejohanan Badminton Terbuka India di sini pada Ahad.Kunlavut, yang sebelum ini tewas dalam semua enam aksi menentang Viktor Axelsen dari Denmark pada Ahad mengharungi satu jam empat minit sebelum berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia itu 22-20, 10-21, 21-12.Se Young pula mengatasi pemain Jepun Akane Yamaguchi 15-21, 21-16, 21-12 selepas satu jam berentap, sekali gus membalas dendam kekalahannya pada Terbuka Malaysia minggu lepas.Dalam aksi beregu lelaki, pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang mengalahkan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 14-21, 21-19, 21-18.Sementara itu, Jepun membawa pulang gelaran juara beregu wanita menerusi Nami Matsuyama-Chiharu Shida dan beregu campuran menerusi gandingan Yuta Watanabe-Arisa Higashino tanpa mengangkat raket, apabila lawan masing-masing menarik diri kerana masalah kesihatan. - Bernama | 4 | 22 Januari 2023 09:27pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241770/berita/sukan/axelsen-tumbang-di-tangan-kunlavut | Axelsen tumbang di tangan Kunlavut | PEMAIN perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India 2023 sebentar tadi.Dalam aksi final yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi, Kunlavut melakar kemenangan 22-20, 10-21, 21-12 ke atas pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.AxelsenKemenangan itu menyaksikan Kunlavut akhirnya berjaya memadam badinya dalam pertemuan menentang Axelsen sebelum ini yang menyaksikan dia tewas semua enam perlawanan.Kali terakhir mereka berentap adalah pada pusingan pertama Terbuka Denmark tahun lalu apabila Kunlavut yang juga pemain nombor sembilan dunia tewas straight set 16-21, 8-21.Sebelum itu, Axelson yang menjuarai Terbuka Malaysia 2023 minggu lalu menewaskan Kunlavut 21-5, 21-16 di pentas final Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun. | 4 | 22 Januari 2023 07:11pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241765/berita/sukan/aaron-wooi-yik-kempunan-gelaran-juara-terbuka-india | Aaron-Wooi Yik kempunan gelaran juara Terbuka India | BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang meraih gelaran sulung dalam Jelajah Dunia BWF apabila sekadar muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka India 2023.Dalam aksi final di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi sebentar tadi, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalahan 21-14, 19-21, 18-21 kepada gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.Kekalahan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik masih gagal menghapuskan badi ke atas Wei Keng-Wang Chang selepas tewas dalam dua pertemuan tahun lalu - Masters Indonesia dan Terbuka Perancis.Dengan status naib juara, Aaron-Wooi Yik tetap meraih 'angpau' Tahun Baharu Cina sebanyak AS$29,750 (RM127,493), manakala Wei Keng-Wang Chang membawa pulang AS$62,900 (RM269,557).Sebelum turun berdepan Wei Keng-Wang Chang, Aaron-Wooi Yik berpeluang mengakhiri penantian mereka untuk merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia BWF sejak digandingkan pada tahun 2017.Kegagalan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal mengikut jejak langkah bekas beregu lelaki negara, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari yang muncul juara Terbuka India 2010.Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik belum pernah menjejakkan kaki di podium utama saingan Jelajah Dunia BWF kecuali menjuarai Kejohanan Dunia 2022 dan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.Pada Sabtu, Aaron-Wooi Yik mencipta sensasi apabila menumbangkan beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 11-21, 21-15, 21-16 dalam aksi separuh akhir.Pada Terbuka Malaysia 2023 minggu lalu, beregu nombor tiga dunia itu menerima kecaman hebat selepas tersingkir seawal pusingan kedua apabila tewas 10-21, 21-23 kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi. | 4 | 22 Januari 2023 05:44pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241753/berita/sukan/kim-swee-uji-kemampuan-3-tonggak-baharu-di-thailand | Kim Swee uji kemampuan 3 tonggak baharu di Thailand | [DIKEMAS KINI] KESERASIAN tiga import baharu Sabah FC yang diikat awal Januari lepas, bakal diuji dalam tiga perlawanan persahabatan yang berlangsung di Thailand, bermula 28 Februari.Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark."Tiga perlawanan ini cukup penting, untuk memastikan kita mendapat rentak terutamanya dengan kehadiran ramai pemain baharu bersama pasukan Sabah FC."Jadi saya berharap dengan latihan yang diadakan di Thailand ini, akan mampu membentuk satu kombinasi yang baik sebelum berlangsung perlawanan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarganya sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada AhadSabah FC sebelum ini telah mengikat tiga pemain import baharu iaitu bekas pemain Gremio Esportivo Brasil, Gabriel Peres; bekas pemain kelab IBV di liga Iceland, Telmo Castanheira; dan bekas pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria, Jacob Njoku.Kehadiran tiga pemain import itu sekali gus memperkuatkan skuad badak, yang secara keseluruhan kini mempunyai lima pemain import termasuk Saddil Ramdani dan Park Taesu yang telah disambung kontrak.Sementara itu pengendali berusia 52 tahun itu, mengakui memerlukan sedikit masa lagi untuk memantapkan prestasi pemain kendaliannya, meskipun telah menjalani latihan selama tiga minggu."Secara asasnya kita memerlukan tiga hingga lapan minggu latihan, untuk memastikan pemain berada pada tahap kecergasan yang cukup tinggi."Jadi kita berharap pemain dapat meneruskan latihan kerana setiap pemain dalam Sabah FC adalah penting memandangkan tahun ini kita mempunyai banyak perlawanan,” katanya. - Bernama | 4 | 22 Januari 2023 03:17pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241750/berita/sukan/tonton-hoki-piala-dunia-malaysia-sepanyol-di-skrin-besar | Tonton hoki Piala Dunia Malaysia-Sepanyol di skrin besar | BERITA baik buat peminat hoki yang berada di Lembah Klang untuk menyaksikan secara terbuka aksi Crossover Piala Dunia 2023 yang menemukan Malaysia dan Sepanyol di Stadium Kalinga Bhupaneswar, India malam ini.Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan dua skrin gergasi untuk peminat menyaksikan perlawanan penentuan ke suku akhir itu yang dijadual bermula pada jam 7 malam ini.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dua lokasi skrin gergasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya."Yang tak balik kampung, malam ini dua lokasi big screen untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023."Bagi memberi sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka," ujar Hannah menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Ahad.Sekiranya skuad bimbingan Arul Selvaraj berjaya melakar kemenangan malam ini, Malaysia bakal berdepan Australia di suku akhir Selasa ini. | 4 | 22 Januari 2023 02:29pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241741/berita/sukan/city-dituntut-pamer-watak-sang-juara | City dituntut pamer watak sang juara | PEP Guardiola menuntut para pemain Manchester City mempamerkan watak sebenar sebagai sang juara kerana perjalanan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih panjang.Beliau mahu The Citizens bangkit mengejar Arsenal di persada liga biarpuj pasukannya bangkit melakar kemenangan ke atas Tottenham Hotspur 4-2 Khamis lalu.Bagaimanapun beliau memberi bayangan jika pemain tidak mahu mengikut permintaannya mungkit hayatnya di Etihad tidak lama."Jika saya kehilangan pasukan atau saya kehilangan semangat juang, saya tidak boleh berada di sini lagi. Di sini orang tidak menunggu," katanya.Jurulatih dari Catalan itu membuktikan tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab apabila menang empat gelaran liga dalam tempoh lima tahun.Malah pada November lalu, Guardiola menyambung kontraknya bersama Etihad hingga 2025.Bagaimanapun dia mengakui pernah melalui pengalaman penurunan prestasi yang akhirnya menjadi satu kejayaan buat seorang pemain."Saya menang empat La Liga berturut-turut ketika saya bergelar pemain," kata bekas pemain tengah Barcelona itu.Bagaiamanapun beliau menambah keadaan berubah."Pada musim kelima, tidak sama seperti sebelumnya, yang keenam saya juga tidak sama. Saya tidak cukup dahagakan kemenangan."Saya merasakan 'betapa bagusnya saya' dan Madrid menewaskan saya untuk kali kelima dan keenam."Saya faham (cabarannya) tapi saya di sini untuk melakukannya. Pengerusi tahu mengenainya. Saya mahu berada di sini, jika tidak, saya tidak akan sambung kontrak."Tapi jika saya hilang pasukan atau saya hilang sesuatu, saya tidak boleh berada di sini. Di sini orang tidak menunggu," katanya.Arsenal lima mata di depan mengatasi City dan masih ada kelebihan satu perlawanan dalam tangan.Bagaimanapun City boleh mengurangkan jurang di persada EPL kepada dua mata menerusi kemenangan di Wolves malam ini.Arsenal pula menanti kunjungan Manchester United di Emirates awal pagi Isnin.Permintaan terbuka Guardiola itu diharap mendapat maklumbalas positif para pemain kerana perjuangan dalam liga masih panjang."Kami berkedudukan kedua dalam liga, bukan ketinggalan 25 mata di belakang Arsenal. Masih ada 57 mata untuk direbut."Apa yang saya katakan jika bermain seperti ini, tiada peluang (aksi hambar). Kami ada masa untuk pulih," ujarnya. | 4 | 22 Januari 2023 01:34pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241701/berita/sukan/misi-terkam-sepanyol | Misi terkam Sepanyol | TIDAK mustahil buat skuad hoki negara mengejutkan Sepanyol dalam aksi crossover Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India pada Ahad, sekali gus menempah tiket ke perlawanan suku akhir Piala Dunia 2023.Pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, kemahuan dan kepercayaan untuk menang dalam diri setiap pemain harus tinggi untuk mengejutkan gergasi Eropah itu.Menurutnya, barisan pemain negara juga tidak perlu gentar dengan pengalaman yang dimiliki Sepanyol selain perlu tampil agresif mencipta peluang jaringan pada perlawanan tersebut.“Perlawanan klasifikasi menentang Sepanyol, it is a different ball game, keputusan apa pun boleh berlaku. Kita harus bawa elemen positif daripada kemenangan dengan New Zealand ke perlawanan ini.“Peluang melangkah ke suku akhir itu ada jika kita berdisiplin ketika bertahan, menyudahkan peluang yang dicipta dan semua pemain bekerja keras sepanjang permainan.“Saya menjangkakan satu perlawanan yang sukar apabila berdepan dengan Sepanyol nanti tetapi tidak mustahil untuk kita menang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia memiliki kelebihan berdasarkan rekod 18 pertemuan sebelum ini dengan Malaysian Tigers hanya menang tiga perlawanan dan dua keputusan seri, manakala selebihnya dikuasai pasukan lawan.Namun, jika diukur prestasi dalam saingan Piala Dunia kali ini, Sepanyol tidaklah sekuat seperti yang dijangka apabila tewas dua perlawanan Kumpulan D iaitu kepada India 0-2 dan England (0-4) serta hanya meraih satu kemenangan ke atas Wales (5-1).Dalam pada itu, Mirnawan turut menegaskan aspek bertahan akan menjadi perkara paling penting dalam perlawanan tersebut terutamanya untuk menangkis serangan yang bakal diatur Sepanyol.“Pada tahap ini, semua pasukan akan bersedia untuk menghadapi lawan masing masing terutamanya dengan bantuan teknologi. Sukar sebenarnya untuk menyatakan kelemahan setiap pasukan.“Ini disebabkan dalam setiap perlawanan, peluang akan dicipta oleh semua pasukan sama ada peluang menjaringkan gol dari gol padang atau pukulan sudut penalti.“Kita hanya perlu fokus kepada kekuatan kita daripada fokus kepada kelemahan lawan. Jadi, peluang kita harus sudahkan dan pastikan kurangkan kesilapan di bahagian pertahanan,” ujarnya.Dalam masa sama, ketajaman di bahagian jentera serangan terutama daripada peledak berbisa negara, Faizal Saari yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang New Zealand.“Sebagai seorang pemain berpengalaman, itu yang kita harapkan daripada Faizal apabila mendapat peluang untuk sudahkan dengan baik.“Namun, kita mengharapkan semua pemain berada ditahap terbaik. Baik penjaga gol, bahagian pertahanan dan serangan jika kita mahu melangkah ke suku akhir.“Setiap pemain yang berada disituasi menjaringkan perlu menyudahkannya tak kira siapa kerana kemenangan pasukan itu lebih penting,” ujar Mirnawan. | 4 | 22 Januari 2023 07:00am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241698/berita/sukan/aaron-wooi-yik-sambar-tiket-final-terbuka-india | Aaron-Wooi Yik sambar tiket final Terbuka India | BEREGU lelaki negara yang juga juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka India 2023 selepas menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto sebentar tadi.Pada aksi separuh akhir di Dewan Tertutup KD Jadhav di New Delhi itu, Aaron-Wooi Yik yang juga beregu nombor tiga dunia meraih kemenangan 11-21, 21-15, 21-16 dalam tempoh hampir satu jam.Kejayaan membenam Fajar-Rian Ardianto yang baru menjuarai Terbuka Malaysia 2023 Ahad lalu menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini berjaya melebarkan rekod kemenangan 4-3 ke atas lawan mereka itu.Dalam aksi final pada Ahad, Aaron-Wooi Yik yang tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 dijadualkan menentang pemenang di antara beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang atau wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.Terdahulu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal meneruskan kemaraan ke final apabila tewas 14-21, 16-21 kepada gandingan nombor dua dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.Pearly (kiri) dan Thinaah gagal meneruskan kemaraan ke final selepas langkah mereka tersekat di peringkat separuh akhir Terbuka India 2023 di New Delhi pada Sabtu. - Foto Badminton PhotoKali terakhir pertemuan kedua-dua pasangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah berjaya melakar satu-satunya kemenangan mereka ke atas Matsuyama-Shida iaitu pada suku akhir Terbuka Perancis 2022, Oktober tahun lalu.Pearly-Thinaah kini akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi saingan Masters Indonesia 2023 yang akan berlangsung bermula Selasa nanti.Juara Terbuka Perancis 2022 itu akan membuka tirai kempen di Jakarta menentang beregu Singapura, Jin Yujia-Crystal Wong dalam aksi pusingan pertama. | 4 | 21 Januari 2023 11:27pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241695/berita/sukan/liverpool-chelsea-berkongsi-satu-mata | Liverpool, Chelsea berkongsi satu mata | DUA pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu - Liverpool dan Chelsea terikat seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield sebentar tadi.Sebaik wisel permulaan dibunyikan, kedua-dua pasukan beraksi dengan berhati-hati, namun Chelsea sepatutnya di hadapan seawal minit kelima apabila Kai Havertz berjaya menembusi gawang Liverpool.Namun, video bantuan pengadil (VAR) mendapati rakan sepasukannya, Thiago Silva terlebih dahulu berada dalam kedudukan ofsaid ketika membuat rembatan sebelum disambar Havertz.Baki 40 minit babak pertama menyaksikan Chelsea lebih banyak melancarkan asakan berbanding Liverpool, namun tiada sebarang gol dapat dihasilkan.Babak kedua menyaksikan pengendali Chelsea, Graham Potter memasukkan pemain baharunya, Mykhailo Mudryk yang ternyata menambah sengat The Blues di barisan serangan.Liverpool cuba untuk meningkatkan asakan mereka bagi memburu gol dengan memasukkan penyerang, Darwin Nunez di pertengahan babak kedua, namun tetap gagal merobek gawang Chelsea.Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool dan Chelsea berkongsi 29 mata, namun dibezakan dengan jumlah perlawanan dan jaringan.Liverpool yang telah beraksi 19 perlawanan berada di tangga kelapan, sementara Chelsea pula di tangga kesepuluh selepas mengharungi 20 perlawanan. | 4 | 21 Januari 2023 11:00pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241693/berita/sukan/mirnawan-mahu-speedy-tigers-konsisten-lakar-kemenangan | Mirnawan mahu Speedy Tigers konsisten lakar kemenangan | PENGURUS pasukan hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi berharap perkembangan positif yang dicipta skuad Speedy Tigers sepanjang aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada peringkat seterusnya.Beliau berkata, skuad negara yang meraih dua kemenangan aksi Kumpulan C, perlu menjadikan ia sebagai batu loncatan bagi mencipta satu lagi kemenangan ketika berdepan Sepanyol pada aksi penentuan ke suku akhir, esok."Daripada segi suasana saya lihat ia positif di kem hoki negara, jadi saya harapkan ia dapat dibawa semasa menentang Sepanyol nanti."Berdasarkan kekuatan fizikal dan mental juga saya yakin mereka telah bersedia untuk mengatasi pasukan itu," katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media pada Sabtu.Berkongsi perkembangan semasa skuad itu yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, Mirnawan berkata, pemain telah berehat selama dua hari sebelum berdepan pasukan Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia."Jadi kita gunakan (tempoh rehat) sebaik mungkin untuk barisan pemain mendapatkan rehat serta kembali pulih sepenuhnya. Mereka juga dibenarkan keluar dari tempat penginapan untuk merehatkan minda serta emosi."Skuad Speedy Tigers dalam masa sama membuat latihan padang selain memberikan tumpuan kepada aspek taktikal yang akan digunakan ketika menentang Sepanyol," katanya.Pada 19 Januari lepas, skuad kendalian A Arul Selvaraj menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan skuad negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan. - Bernama | 4 | 21 Januari 2023 09:11pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241684/berita/sukan/malaysia-ada-ramuan-terbaik-benam-sepanyol | Malaysia ada ramuan terbaik benam Sepanyol | PEMAIN tengah, Mohamad Ashran Hamsani optimis skuad hoki negara mampu melepasi halangan Sepanyol apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi penentuan ke suku akhir Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India, Ahad ini.Ashran berkata, keyakinan itu hadir berdasarkan pertemuan memberangsangkan pada aksi persahabatan kedua-dua pasukan sebelum kejohanan itu bermula biarpun skuad negara tewas 2-3 di tangan pasukan ranking kelapan dunia itu."Kita telah menjalani aksi pemanas badan bertemu mereka jadi sedikit sebanyak mengetahui corak permainan mereka."Namun apa yang penting sekarang adalah untuk memikirkan penerapan taktikal terbaik untuk digunakan pada perlawanan itu nanti," katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media pada Sabtu.Ashran yang menuntut rakan sepasukan bangkit daripada kekalahan di tangan Sepanyol baru-baru ini berkata, skuad negara kini mempunyai ramuan terbaik untuk mencipta kemenangan ke atas pasukan lawan itu."Kita akan berbincang mengenai disiplin, tumpuan penuh, elakkan kesilapan selain memastikan taktikal menyerang dan taktikal bertahan dapat diperbaiki," katanya.Pada Khamis, skuad kendalian Arul Selvaraj yang menduduki ranking kesembilan dunia, menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.Kemenangan itu adalah yang kedua buat Malaysia pada Piala Dunia 2023 selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan pasukan negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan. - Bernama | 4 | 21 Januari 2023 07:12pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241661/berita/sukan/nasib-pemain-melaka-sarawak-united-perlu-dibela | Nasib pemain Melaka, Sarawak United perlu dibela | KAPTEN Harimau Malaya, Brendan Gan mengharapkan isu tunggakan gaji yang sedang membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United dapat diselesaikan.Menurutnya, dia sedih dengan apa yang berlaku kepada pemain kedua-dua pasukan itu apatah lagi mereka perlu menyara keluarga dan komitmen lain yang perlu dibayar."Ia sesuatu yang bagus untuk berada dalam pasukan mempunyai kewangan stabil. Sangat sedih untuk pemain (Melaka United dan Sarawak United) yang berada dalam situasi tersebut kerana mereka ada keluarga dan bil untuk dibayar sama seperti orang lain."Saya harap PFAM (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia) akan membantu pemain," katanya.Brendan berkata, dia bersyukur mendapat majikan seperti Selangor FC yang tidak akan membenarkan sama sekali perkara tersebut berlaku dalam pasukan."Bagi kami pula, sangat bagus untuk memiliki pengurusan yang sentiasa memastikan kebajikan pemain. Ia salah satu perkara positif untuk berada dalam kelab ini," katanya.Isu tunggakan gaji terus membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United apabila PFAM mendedahkan lebih RM2.7 juta gaji yang belum dibayar oleh kedua-dua pasukan itu kepada pemain mereka.Ia membabitkan RM2.3 juta oleh Melaka United dan lebih RM400,000 kepada pemain Sarawak United bagi tempoh enam bulan bermula Julai sehingga Disember tahun lalu.PFAM turut menegaskan akan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan untuk memastikan pemain mendapat pembelaan dan hak mereka. | 4 | 21 Januari 2023 04:12pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241615/berita/sukan/zii-jia-aaron-wooi-yik-ketuai-skuad-malaysia-ke-bamtc | Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ketuai skuad Malaysia ke BAMTC | PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia dan penyandang juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik adalah antara pemain yang akan mewakili skuad Malaysia ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Februari ini.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan memaklumkan, pemain badminton lelaki lain termasuk dua pemain pasukan kebangsaan, Leong Jun Hao dan Chen Tang Jie serta tiga pemain profesional berpengalaman iaitu Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan Tan Kiang Meng.Dalam pada itu, BAM akan menurunkan empat pasukan pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Asia yang diadakan di Shah Alam, Selangor tahun lepas termasuk beregu utama negara Pearly Tan-M. Thinaah serta Go Pei Kee dan Valeree Siow dalam skuad wanita.“Pemenang pingat emas Olimpik Belia Goh Jin Wei, pendatang baharu Wong Ling Ching, Lai Pei Jing dan Toh Ee Wei akan melengkapkan pasukan wanita dalam kejohanan di Dubai itu,” menurut kenyataan berkenaan hari ini.Malaysia tidak pernah memenangi pertandingan itu sejak kali pertama diadakan di Hanoi, Vietnam pada 2017.Skuad negara tersingkir pada suku akhir semasa edisi 2017 dan 2019 di Hong Kong. - Bernama | 4 | 21 Januari 2023 11:22am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241612/berita/sukan/arteta-puji-aura-ten-hag | Arteta puji aura ten Hag | MIKEL Arteta memuji pengendali Manchester United, Erik ten Hag kerana berjaya mencungkil potensi The Red Devils untuk tampil cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Arteta yang juga pengendali Arsenal memuji kerja keras ten Hag dan percaya pertembungan kedua-dua pasukan di Emirates pada Isnin akan menjadi perlawanan yang menarik."Ia sangat mengagumkan. Dia mengubah keadaan dengan cepat. Saya fikir dia telah melaksanakan cara bermain yang sangat jelas. Para pemain telah berjaya beradaptasi dengan baik."Banyak perkara telah berubah dalam tempoh yang singkat, jadi penghargaan kepadanya dan kakitangan kejurulatihan atas apa yang telah mereka lakukan," katanya.Arsenal mendahului lima mata di puncak EPL dengan lima mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City.United pula menjadi satu-satunya pasukan yang telah menewaskan Arsenal dalam saingan liga di Old Trafford pada Disember lalu.Dalam pada itu, Arteta tidak melihat kelibat penyerang utama United, Marcus Rashford sebagai ancaman kepada Arsenal walaupun pemain itu cemerlang buat The Red Devils."Malangnya bukan dia sahaja. United mempunyai ramai pemain dan organisasi kolektif yang hebat."Kami perlu sedar mengenai perkara itu. Saya akan cuba melakukannya dan kami bersedia untuk mengelakkan mereka cipta masalah dalam perlawanan itu nanti," katanya. | 4 | 21 Januari 2023 11:16am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241613/berita/sukan/chelsea-belanja-rm185-juta-dapatkan-madueke | Chelsea belanja RM185 juta dapatkan Madueke | CHELSEA telah menandatangani Noni Madueke dari kelab Belanda PSV Eindhoven yang merupakan pemain keenam dibeli kelab itu pada jendela perpindahan Januari.The Blues telah membelanjakan £35 juta (RM185 juta) untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu yang merupakan produk akademi Crystal Palace dan Tottenham Hotspur sebelum berpindah ke Belanda.Madueke telah menandatangani perjanjian tujuh setengah tahun di Stamford Bridge dengan The Blues mempunyai pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan lagi."Saya sangat gembira untuk menandatangani kontrak dengan salah sebuah kelab terbaik di dunia iaitu Chelsea."Untuk kembali ke England dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris adalah impian untuk saya dan keluarga."Saya teruja dengan apa yang ada akan berlaku pada masa depan. Visi pemilik dan berada di kelab seperti ini untuk menang di peringkat tertinggi," katanya.Chelsea amat 'sibuk' pada Jendela perpindahan Januari apabila mendapatkan Benoit Badiashile, Andrey Santos, David Datro Fofana dan Mykhaylo Mudryk, manakala Joao Felix menyertai The Blues secara pinjaman dari Atletico Madrid. | 4 | 21 Januari 2023 11:11am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241608/berita/sukan/nasib-malang-menimpa-juventus | Nasib malang menimpa Juventus | MALANG menimpa pasukan gergasi Itali, Juventus apabila dipotong 15 mata susulan melanggar peraturan perpindahan pemain beberapa musim yang lalu.Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengesahkan perkara itu pada Jumaat, dengan bekas pengarah kelab itu, Fabio Paratici dikenakan penggantungan selama dua setengah tahun daripada aktiviti bola sepak Itali.Bekas pengerusi Juventus, Andrea Agnelli juga telah dilarang daripada memegang jawatan dalam bola sepak Itali untuk dua tahun akan datang.Bianconeri yang berada di tempat ketiga dalam Serie A, telah jatuh ke tangga ke-10 – 12 mata di belakang kedudukan empat pasukan terbaik.Bagaimanapun, Juventus akan membuat bantahan terhadap hukuman tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil kepada pasukan."Keputusan ini memberikan layanan yang tidak sama rata yang merugikan Juventus dan pengurusnya berbanding mana-mana kelab atau pemain berdaftar lain."Kami sedang menunggu untuk membaca dengan teliti alasan untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun, setakat ini hanya Juventus dan pengurusnya dikaitkan dengan pelanggaran peraturan."Kami percaya bahawa ini adalah ketidakadilan yang jelas terhadap berjuta-juta peminat dan kami percaya keputusan ini akan dibetulkan dalam peringkat penghakiman seterusnya," kata kelab itu dalam satu kenyataan. | 4 | 21 Januari 2023 10:41am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241603/berita/sukan/united-tekad-benam-arsenal | United tekad benam Arsenal | PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag memuji kemampuan Arsenal untuk berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), namun yakin mampu menundukkan pasukan itu pada Isnin.Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi EPL di Emirates dengan Arsenal kini sedang selesa menghuni kedudukan teratas dan menjadi calon pilihan untuk muncul juara liga."Jelas sekali mereka (Arsenal) berada dalam prestasi yang sangat baik dan saya fikir mereka berhak mendapat kedudukan seperti sekarang."Ia adalah struktur yang sangat baik dengan cara mereka bermain. Terdapat mentaliti sangat baik, sikap menang dalam pasukan itu. Itulah sebabnya mereka berada di kedudukan teratas."Jadi, mereka berada dalam persembahan yang hebat, tetapi terpulang kepada kami untuk menghentikan mereka. Kami akan melakukan segalanya," kata ten Hag.United merupakan satu-satunya pasukan yang menewaskan Arsenal dalam saingan liga musim ini, dengan The Red Devils menikmati kemenangan 3-1 di Old Trafford pada September.Dalam masa sama, ten Hag juga mengakui tidak terkejut Arsenal masih terus menguasai liga dan berada di atas pencabar utama mereka, Manchester City."Tidak. Pada masa kami menentang mereka, anda sudah dapat melihat bahawa pengurus dengan kakitangan kejurulatihannya sudah lama bekerja dalam pasukan itu."Anda melihat struktur yang sangat baik dalam pasukan dan saya fikir mereka juga bertambah baik pada separuh pertama musim ini," katanya.Walaupun United yang kini berada di kedudukan ketiga lapan mata di belakang Arsenal, pasukan kendalian ten Hag itu mempunyai momentum dengan rekod 10 perlawanan tanpa kalah. | 4 | 21 Januari 2023 09:57am |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/241602/berita/sukan/nafuzi-tabik-penyokong-kedah-aura-darul-aman | Nafuzi tabik penyokong Kedah, aura Darul Aman | KEHADIRAN lebih 16,000 penyokong Kedah Darul Aman pada aksi persahabatan pra musim 2023 menentang Kelantan FC di Stadium Darul Aman, pada malam Jumaat mendapat pujian pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain.Biarpun hanya aksi persahabatan untuk menguji keserasian pemain namun kehadiran penyokong yang ramai berjaya menyuntik semangat pasukan dan dua jaringan import dari Brazil, Willian Lira Sousa membantu KDA FC menang 2-0."Malam ini saya berterima kasih kepada penyokong dan betul-betul terharu dengan sokongan sebab ini perlawanan persahabatan, lebih 16,000 penyokong yang hadir walaupun hujan."Kami rasakan seperti suasana perlawanan yang sebenar, mungkin juga ada pemain baru yang gugup melihat situasi pada malam ini," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan persahabatan pada malam Jumaat.Menurut Nafuzi, masa masih diperlukan oleh pasukan kejurulatihan untuk membentuk keserasian di kalangan pemain terutamanya pemain muda.Kehadiran penyokong yang ramai positif untuk membangkitkan semangat pemain. - Foto KDA FCJelasnya, semua pemain perlu bersedia untuk diturunkan terutamanya perlawanan yang membabitkan intensiti yang tinggi.“Dah 10 hari kita baru bersama dan menjalani latihan. Secara keseluruhan saya berpuas hati aksi dipamerkan pemain Kedah. Pemain cuba bagi yang terbaik aksi semalam tapi mungkin banyak faktor yang harus diperhatikan," ujar beliau.Mengulas mengenai prestasi Sousa yang telah menjaringkan tiga gol dalam dua aksi persahabatan pramusim 2023, Nafuzi menyifatkanya sebagai perkara positif."Tugas penyerang ini untuk menjaringkan gol dan malam ini dia (Willian) dapat skor gol. Pada saya satu perkara positif (kemajuan pasukan),” kata beliau lagi. | 4 | 21 Januari 2023 09:37am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241593/berita/sukan/tabik-malaysian-tigers | Tabik Malaysian Tigers! | KEMENANGAN 3-2 ke atas New Zealand dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia 2023 pada Khamis disifatkan sebagai satu pencapaian luar biasa buat skuad hoki lelaki negara yang diketuai kapten, Marhan Jalil.Malah, pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj mengakui kagum dengan peranan dimainkan pemain berusia 32 tahun itu yang tenang mengetuai rakan-rakan sepasukannya.Menurut Arul, tiga mata penting itu juga dijelmakan dengan komitmen pemain seperti Razie Rahim, Najmi Farizal Jazlan, Faiz Helmi Jali, Shahril Saabah, Faizal Saari, Firhan Ashaari dan Meor Azuan Hassan.“Sejujurnya saya amat berterima kasih kepada kapten pasukan, Marhan yang menampilkan karakter 'leadership' dan menyuntik semangat juang dalam kalangan pemain pasukan.“Ya, saya boleh katakan bahawa skuad hoki negara edisi Piala Dunia India 2023 kali ini merupakan 'leadership group team'.“Keberhasilan yang diraih dalam setiap perlawanan termasuk ketika berdepan New Zealand digerakkan para pemain tonggak ini cukup cemerlang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Kemenangan ke atas New Zealand menyaksikan Malaysia muncul selaku naib juara Kumpulan C dan bakal berdepan pasukan tempat ketiga Kumpulan D, Sepanyol dalam perlawanan 'crossover'.Jika menang, Malaysian Tigers akan mara suku akhir, namun sekiranya tewas pasukan negara perlu beraksi dalam peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.Arul berkata, Faizal dan Razie juga menjadi watak penting ketika menghadirkan tiga gol buat skuad negara dalam perlawanan tersebut.“Apabila seorang jeneral mempamerkan contoh kepimpinan yang baik dalam dan luar padang, saya percaya anggota unitnya pasti akan melakukan yang terbaik semasa perlawanan.“Kelapan-lapan pemain ini tunjang kekuatan pasukan sepanjang saingan Piala Dunia 2023, dan anda boleh lihat bagaimana mereka menjana pergerakan pasukan ketika berdepan New Zealand.“Semuanya terbukti apabila mereka berjaya mengekalkan semangat kebersamaan ketika pasukan berdepan situasi genting,” ujarnya. | 4 | 21 Januari 2023 07:40am |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/241588/berita/sukan/dua-gol-sousa-bantu-kedah-benam-kelantan | Dua gol Sousa bantu Kedah benam Kelantan | KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih kemenangan 2-0 ke atas Kelantan FC pada aksi persahabatan pra-musim 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.Willian Lira Sousa muncul wira Sang Kenari apabila meledakkan kedua-dua tersebut pada aksi kedua pasukan tersebut.Gol pertama muncul pada minit ke-54 selepas pemain import dari Brazil itu memanfaatkan hantaran Manuel Ott untuk mengembirakan 16,100 penyokong tuan rumah.Gol kedua pula diperolehi pada minit ke-85 apabila Sousa bijak menyempurnakan hantaran Ott.KDA FC mampu menjaringkan lebih banyak gol pada pertemuan itu terutamanya pada minit ke-44 bagaimanapun percubaan Al Hafiz Harun sekadar singgah di palang gol lawan.Sebelum Sousa menambah gol keduanya, Fayadh Zulkifli turut berpeluang mencetak nama selaku penjaring gol tuan rumah pada minit ke-77 yang ketika itu berdepan satu lawan satu di depan gawang pelawat namun penjaga gol Kelantan FC, Rozaimi Rahamat ternyata bijak menafikan percubaan tersebut.Sebagai rekod, KDA FC mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Perlis United 4-0 pada aksi pertama pra-musim 2023. | 4 | 20 Januari 2023 11:57pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241576/berita/sukan/aaron-wooi-yik-pearly-thinaah-kembali-serlahkan-aura-juara | Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah kembali serlahkan aura juara | DUA gandingan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah kembali menyerlahkan aura juara apabila menyambar slot separuh akhir Terbuka India di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi pada Jumaat.Tampil dengan reputasi juara dunia, Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk menjinakkan satu lagi beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-17, 21-11 dalam masa 31 minit.Kemenangan itu menyaksikan gandingan pilihan ketiga kejohanan akan berdepan pemenang di antara pasangan nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia atau wakil Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.Sementara itu, Pearly-Thinaah juga tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir apabila mencatat kemenangan mudah ke atas gandingan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.Pilihan kelapan itu mengambil masa 44 minit untuk menang 21-13, 21-13 bagi berdepan pemenang di antara pasangan dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dan gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida. | 4 | 20 Januari 2023 08:12pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241578/berita/sukan/azizulhasni-pandelela-calon-olahragawan-olahragawati-2021 | Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati 2021 | JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang disenaraikan antara lima atlet sebagai calon Olahragawan sempena Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 pada 31 Januari ini.Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo.Turut tersenarai bagi menerima anugerah berprestij negara itu ialah beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang unggul dengan gelaran juara dunia tahun lalu.Calon lain ialah Buda Anak Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (squash) dan Syarifuddin Azman atau Damok (permotoran dua roda).Bagi calon Olahragawati pula lima atlet disenarai iaitu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.Turut berada dalam senarai ialah Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (squash) dan Nur Amisha Azrilrizal (muaythai).“Jawatankuasa Pemilihan Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd Razali menerima 49 pencalonan untuk 11 kategori.“Pencalonan itu diterima daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Bahagian Atlet dan Paralimpik MSN serta Urusetia ASN 2021.“Calon-calon yang yang disenarai pendek adalah berdasarkan pencapaian cemerlang mereka di pentas antarabangsa sepanjang tahun 2021,” kata MSN dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebagai rekod, Azizulhasni pernah meraih gelaran Olahragawan pada 2017, 2010 dan 2009.ASN 2021 merupakan kali pertama sukan permotoran berada dalam senarai pencalonan utama.Bagi kategori Olahragawan Paralimpik, atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin mengetuai pencalonan diikuti Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga), Cheah Like Hou (para badminton), Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).“Kategori Olahragawati Paralimpik pula menyaksikan tiga pencalonan diterima iaitu Siti Noor Iasah Mohammad Ariffin (para olahraga), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (para berbasikal) dan Brenda Anellia Larry (para renang),” katanya.Pemenang Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan masing-masing bakal menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000.ASN 2021 turut menawarkan tujuh anugerah lain iaitu Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.ASN yang diperkenalkan sejak 1966 adalah satu pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.Majlis ASN 2021 dijangka disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Banquet MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. | 4 | 20 Januari 2023 07:58pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241570/berita/sukan/sukan-sea-kemboja-takraw-tawar-22-pingat-emas | Sukan SEA Kemboja: Takraw tawar 22 pingat emas | SEBANYAK 22 pingat emas akan menjadi rebutan dalam acara sepak takraw di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang dijadualkan bermula pada Mei depan.Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader berkata, perkara itu diputuskan hasil perbincangan badan induk tersebut bersama Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA di Phnom Penh.Menurutnya, acara chinlone mendapat kelulusan buat pertama kali untuk dipertandingkan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja selepas mesyuarat di Phnom Penh Selasa lalu.“Mesyuarat tiga jam di Ibu Pejabat Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Kemboja dihadiri Setiausaha Agung ASTAF, Boonchai Lorhpipat dan pada masa yang sama buku panduan Teknikal Sepaktakraw dan chinlone untuk Sukan SEA 2023 diluluskan ASTAF selepas mesyuarat.“Setiap negara yang mengambil bahagian hanya boleh sertai maksimum tiga acara lelaki dan dua acara wanita, namun hanya satu pasukan sahaja dibenarkan bagi setiap acara manakala tuan rumah dibenarkan menyertai semua acara,” katanya pada Jumaat.Jelas Abdul Halim, pasukan lelaki pula dibenarkan menyenaraikan seorang pegawai, dua jurulatih, 12 pemain manakala pasukan wanita seorang pegawai, dua jurulatih dan sembilan pemain.“Setiap pasukan yang mewakili NOC masing-masing dalam acara sepak takraw diwajibkan membawa seorang pengadil ISTAF atau seorang pengadil ASTAF,” katanya.Tambah Abdul Halim lagi, saingan chinlone pula menyaksikan setiap negara yang mengambil bahagian hanya boleh menyertai maksimum tiga acara lelaki, dua wanita dan dua campuran.“Ketiga-tiga pasukan lelaki, wanita dan campuran hanya boleh menyenaraikan maksimum dua jurulatih dan 12 pemain termasuk dua simpanan.“Dua pemain simpanan bagi acara campuran membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita. Setiap pasukan sekurang-kurangnya perlu mempunyai enam pemain untuk memulakan perlawanan jika kurang daripada itu penyertaan akan dibatalkan,” ujarnya. | 4 | 20 Januari 2023 07:26pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241565/berita/sukan/pemain-ghana-perkuat-serangan-selangor-fc | Pemain Ghana perkuat serangan Selangor FC | SELANGOR FC serius untuk membentuk sebuah pasukan mantap bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mengumumkan kehadiran penyerang muda Ghana, Rauf Salifu.Pengumuman perpindahan bekas penyerang Sporting Kansas City II yang beraksi dalam saingan Liga MLS NEXT Pro di Amerika Syarikat itu dibuat menerusi laman media sosial Selangor FC pada Jumaat.Berasal dari Accra, Ghana, Salifu merupakan pemain pasukan utama kelab tempat kelahirannya, Accra Lions FC sejak 2018 sehingga 2021.Semasa musim 2020-2021, Salifu menjaringkan 21 gol daripada 58 perlawanan sekali gus membantu kelab itu layak ke Liga Perdana Ghana.Rekod jaringannya yang memberangsangkan mendorong Sporting Kansas City mendapatkan khidmatnya musim lepas.Menurut laman rasmi MLS NEXT Pro pada Julai, Salifu mencatat nama sebagai pemain pertama dalam sejarah liga tersebut yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.Salifu berharap kehadirannya dapat memperkuatkan pasukan apabila Liga Super bermula pada akhir Februari ini.“Ini merupakan kali pertama saya berada di Asia. Cuaca di Malaysia lebih kurang sama di Ghana, jadi saya yakin ini membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri di sini.“Saya lihat Selangor FC mempunyai penyokong yang sangat ramai. Ia menjadi antara sebab saya memilih ke sini.“Saya akan berusaha untuk buat mereka bangga dengan kelab ini dan tidak mengecewakan mereka,” katanya menerusi temubual bersama media rasmi kelab.Salifu merupakan pemain import keenam Selangor selepas Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab, Hein Tet Aung, Richmond Ankrah dan Alex Agyarkwa.Skuad Gergasi Merah sebelum ini memperkenalkan bekas pemain Terengganu FC, Faisal Halim, V. Ruventhiran (Petaling Jaya City) dan Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC) sebagai pemain baharu pasukan. | 4 | 20 Januari 2023 07:03pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241547/berita/sukan/kbs-hasrat-teruskan-program-skrin-besar | KBS hasrat teruskan program 'skrin besar' | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berhasrat meneruskan penganjuran program ‘skrin besar’ pada masa akan datang bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penganjuran program itu sempena dua aksi separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 baru-baru ini, melibatkan pasukan Harimau Malaya dan skuad Gajah Perang mendapat sambutan positif dengan lebih 150,000 pengunjung di 60 lokasi seluruh negara.Menurut Hannah, program berlangsung pada 7 Januari (Malaysia lawan Thailand) dihadiri 62,800 penonton di 17 lokasi tayangan pada aksi separuh akhir pertama, manakala 87,710 orang menyaksikan separuh akhir kedua (Thailand lawan Malaysia) pada 10 Jan di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam."KBS menganjurkan program itu (pada 7 Januari) berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan Malaysia lawan Thailand tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou."Kedua-dua program ini mempunyai jumlah peminat yang besar dan kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Justeru, beliau berkata, KBS bertindak pantas mengambil inisiatif menganjurkan program yang memberi peluang kepada penyokong bola sepak negara menonton perlawanan tersebut secara langsung melalui skrin besar bersama komuniti setempat. - Bernama | 4 | 20 Januari 2023 05:52pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241506/berita/sukan/sherman-mahu-jadi-penyerang-digeruni | Sherman mahu jadi penyerang digeruni | TONGGAL baharu Sri Pahang FC, Kpah Sherman mahu menjadi penyerang digeruni musim ini selain percaya dia mampu memperkuatkan barisan hadapan bersama Lucas Silva.Sherman menjadi taruhan baharu Sri Pahang untuk bergandingan dengan bekas pemain Penang FC, Silva sekali gus menyaksikan skuad kendalian Fandi Ahmad itu akan mempunyai bahagian serangan yang lebih tajam bagi musim 2023.Bagi pemain dari Liberia itu, Terengganu FC telah memberikan pengalaman yang cukup berbeza kepadanya apabila berjaya menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lalu.Dilabel sebagai mesin gol, Sherman mengakui harapan tinggi diletakkan atas bahunya dan sudah tentu dengan kualiti yang ada, dia ingin menjadi salah seorang penyerang yang lebih baik kali ini.“Sudah tentu rasa bagus apabila ada orang yang meletakkan harapan besar kepada kita dan saya harap dapat memberikan yang terbaik kepada Pahang dalam Liga Super.“Saya ingin bekerja lebih keras dan melakukan sedaya upaya melebihi musim lepas, mana tahu mungkin dapat meraih anugerah lagi.“Saya memang nak menjaringkan lebih banyak gol, tetapi misi utama adalah bagaimana saya dapat membantu pasukan ini untuk menjadi pesaing yang hebat,” katanya.Mengagumi karakter pengendalinya, Fandi Ahmad membuatkan Sherman berbesar hati untuk berada di bawah bimbingan legenda Singapura itu.Dia percaya, Fandi mampu untuk kembali meletakkan Sri Pahang di tahap lebih baik.“Saya memang tahu bagaimana hebatnya jurulatih seperti Fandi dan beliau merupakan seorang yang sangat senang untuk bekerja.“Beliau juga selalu menghubungi saya sebelum ini dan saya percaya kami semua mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih cemerlang.“Salah satunya adalah untuk cuba melayakkan diri ke Piala AFC dan kami semua teruja untuk memulakan saingan liga,” tambahnya. | 4 | 20 Januari 2023 03:33pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241498/berita/sukan/rafiq-congak-kejayaan-dunia | Rafiq congak kejayaan dunia | SETELAH membantu skuad boling menamatkan 15 tahun kemarau emas acara lelaki lima berpasukan di peringkat Asia, jaguh negara Muhammad Rafiq Ismail mula mencongak kejayaan yang lebih besar di peringkat dunia.Kejayaan pada Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong baru-baru ini menjadi batu lonjatan buat Rafiq untuk memburu kejuaraan acara berpasukan di Kejohanan Dunia di Kuwait akhir tahun ini.Pemain berusia 25 tahun itu optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan barisan pemain terbaik yang dimiliki negara ketika ini.“Ini adalah kejayaan terbesar kerana dapat menamatkan kemarau pingat emas selepas 15 tahun. Ia adalah sasaran yang sudah lama kita impikan. Kami sangat gembira kerana berjaya melakukan tugasan dengan baik.“Saya dan rakan sepasukan perlu bekerja keras dan percaya kami mampu mengekalkan momentum ini sehingga kejohanan itu nanti,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Hong Kong pada malam Khamis.Rafiq dan rakan sepasukan Syafiq Ridhwan, Syazirol Shamsudin, Tun Hakim, Timmy Tan dan Ahmad Muaz berjaya meraih pingat emas dengan melakukan 7,323 jatuhan pin selain Rafiq juga cemerlang meraih emas dalam acara masters.Selain itu skuad lelaki negara turut memenangi emas acara All Events sekali gus menutup cabaran di Hong Kong dengan empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.Secara keseluruhan Rafiq berpuas hati dengan pencapaian peribadi dan pasukan di Hong Kong dan selepas ini akan kembali fokus kepada kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada April.Beliau berkata, bagi Kejohanan Dunia di Kuwait nanti acaranya berbeza kerana ia melibatkan empat berpasukan dan bukannya lima berpasukan seperti di Hong Kong.“Ia agak berbeza... (tetapi) saya percaya momentum kami akan kekal sehingga kejohanan tersebut.“Semasa acara berpasukan di Kejohanan Dunia 2021 di Dubai, kami hanya dapat gangsa. Kali ini kami nak menang dan saya yakin boleh dapat emas,” katanya. | 4 | 20 Januari 2023 03:09pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241511/berita/sukan/penyerang-burkina-faso-senjata-terbaharu-bournemouth | Penyerang Burkina Faso senjata terbaharu Bournemouth | BOURNEMOUTH menandatangani penyerang Burkina Faso, Dango Ouattara dari kelab FC Lorient dengan kontrak lima setengah tahun.Kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, pemain sayap berusia 20 tahun tersebut membuat 18 penampilan liga, menjaringkan enam gol dan memberikan enam bantuan bersama pasukan Ligue 1 Perancis berkenaan musim ini."Kami berbesar hati untuk mendapatkan khidmat Dango, pemain yang menjanjikan potensi besar kepada kelab dalam memberikan saingan lebih kompetitif."Kami telah memantaunya untuk suatu tempoh masa dan dia sesuai dengan profil pemain muda, bercita-cita tinggi, bersemangat dan bekerja keras, elemen yang diperlukan oleh kelab ini," kata Ketua Eksekutif Bournemouth, Neill Blake.Bournemouth yang kini berada di tempat ke-17 dalam Liga Perdana Inggeris menjadi tuan rumah Nottingham Forest pada Sabtu.Untuk rekod, The Cherries kendalian Gary O'Neil telah mengharungi 19 perlawanan - empat kemenangan, empat seri, 11 kekalahan - dengan kemenangan terakhir ketika menewaskan Everton 4-1 pada November lalu. | 4 | 20 Januari 2023 02:36pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241487/berita/sukan/hannah-hamidin-bertukar-input-bola-sepak | Hannah, Hamidin bertukar input bola sepak | MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagi berbincang mengenai perkembangan bola sepak negara.Hamidin berkata, perbincangan ringkas, namun terperinci itu melibatkan perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai serta pembangunan pengadil.Katanya, perbincangan turut menyentuh mengenai pembangunan akar umbi bola sepak negara dan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP)."YB (Yang Berhormat) Hannah ingin mengetahui segalanya tentang bola sepak dan sedikit sebanyak sudah saya terangkan kepada beliau," katanya dalam catatan di Facebook FAM.Menurut Hamidin, selain bola sepak, mereka turut bertukar input serta pandangan berkaitan sukan di Malaysia secara umumnya."Beliau bukan sahaja menunjukkan minat dalam bola sepak tetapi nampak begitu meminati sukan secara keseluruhannya," katanya. | 4 | 20 Januari 2023 02:33pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241465/berita/sukan/caion-mahu-baharui-rekod-jaringan | Caion mahu baharui rekod jaringan | PENYERANG baharu Kuala Lumpur City (KL City) FC, Herlison Caion, teruja melihat kualiti bahagian serangan yang dimiliki The City Boys sambil melaungkan keyakinan mahu memecahkan rekod jaringan yang dilakukannya semasa bersama Selangor FC musim lalu.Penggempur dari Brazil berusia 33 tahun itu juga sangat selesa untuk bersama-sama pemain seperti Tchetche Kipre, Paulo Josue, Patrick Reichelt dan Romel Morales.Katanya, situasi itu akan lebih banyak membantunya kerana berpeluang memiliki kebebasan bergerak di dalam kawasan lawan.“Di bahagian serangan saya rasa teruja kerana ada Kipre, Paulo, Morales dan seorang lagi Patrick, saya pernah beraksi bersamanya dengan Suphanburi.“Jadi melalui kehadiran ramai pemain sebegini, saya rasa kian bersemangat untuk membuktikan sesuatu di KL City.“Malah saya meletakkan azam untuk menyumbat lebih banyak gol berbanding semasa di Selangor selepas menghasilkan 24 jaringan pada musim lalu,” katanya.Selepas cemerlang membantu skuad Gergasi Merah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 serta meraih kedudukan kelima Liga Super, Caion membuat kejutan apabila memilih untuk bersama seteru Lembah Klang, KL City.Situasi itu sememangnya tidak dijangkakan sebahagian besar peminat Selangor yang pada mulanya Caion akan kekal bersama Gergasi Merah.Namun buat Caion, itu satu pilihan yang mudah kerana memang menyimpan hasrat meneruskan karier di Liga Malaysia selain mahu bekerjasama dengan Bojan Hodak.“Ramai yang terkejut apabila mengetahui saya datang ke sini. tetapi ini bukan satu keputusan yang sukar sebenarnya apabila tawaran dari KL City datang.“Bukan saya sahaja, isteri juga sangat selesa tinggal di Lembah Klang dan itu membuatkan saya terus menerima peluang bersama KL City.“Pada masa sama, saya tidak sabar bekerjasama dengan Bojan, seorang jurulatih berpengalaman dan harap saya boleh mengikuti taktikal yang direncanakannya,” katanya. | 4 | 20 Januari 2023 12:23pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241461/berita/sukan/shalin-puji-aksi-cemerlang-skuad-boling-lelaki-negara | Shalin puji aksi cemerlang skuad boling lelaki negara | BEKAS ratu boling negara Shalin Zulkifli memuji aksi cemerlang skuad boling lelaki negara yang bukan sahaja mengakhiri penantian selama 15 tahun untuk muncul juara acara lima berpasukan malah turut menyapu bersih acara All Event di Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong, baru-baru ini.Bekas pemain nombor satu Asia itu berkata, kemenangan anak buah Ben Heng itu membuktikan prestasi mereka berada pada tahap terbaik berbanding penampilan di Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 di Queensland, Australia tahun lepas yang kurang menyerlah."Macam sebelum ini, kita memang tahu skuad boling lelaki bagus cuma mereka berdepan laluan sukar untuk menang emas, jadi kali ini di Hong Kong, mereka semua pertajamkan skil permainan untuk tamatkan penantian 15 tahun, jadi memang sangat bagus."Mungkin prestasi skuad wanita kurang memberangsangkan kerana sudah lama tiada Kejohanan Tenpin Boling Asia," katanya.Shalin, 44, mengakui kemenangan jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail sudah dapat dijangka, apabila pemain nombor satu Asia itu bertindak cemerlang mengetuai cabaran negara dengan membawa pulang empat pingat emas.Pada aksi berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong baru-baru ini, acara trio dibarisi Muhammad Rafiq, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan mempamerkan aksi cemerlang selepas melakukan 4,677 jatuhan pin sekali gus menidakkan kemaraan trio Korea Selatan.Muhammad Rafiq bersama rakan sepasukan Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim, Timmy dan Ahmad Muaz, seterusnya meraih pingat emas acara lelaki lima berpasukan dengan melakukan 7,323 jatuhan pin.Atlet kelahiran Selangor itu turut beraksi cemerlang mengungguli acara Masters lelaki selain skuad negara menyapu bersih acara All Event lelaki dengan beliau membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 6,128 bagi meraih emas.Kemenangan itu menyaksikan skuad negara menutup cabaran di Hong Kong dengan membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.Shalin bagaimanapun memaklumkan tiada kejohanan terdekat buat skuad negara apabila sukan berkenaan tidak dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China. - Bernama | 4 | 20 Januari 2023 12:11pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241458/berita/sukan/pengalaman-pisahkan-spurs-city---conte | Pengalaman pisahkan Spurs, City - Conte | JURULATIH Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui pengalaman memisahkan mereka dengan Manchester City ketika Spurs berkelebihan untuk menang sebelum The Citizens bangkit meraihkan kemenangan 4-2 pada Jumaat.Kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sesuatu yang memeritkan buat Conte, namun dia kekal komited untuk membantu pasukan meraih kemenangan pada aksi akan datang.“Anda tidak akan kalah perlawanan seperti ini jika memiliki lebih banyak pengalaman,” ujar Conte.Jaringan babak kedua oleh Julian Alvarez dan Erling Haaland serta dua gol Riyad Mahrez memadam kelebihan dua gol yang dimiliki Spurs hasil jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal sebelum rehat.Conte juga mengakui pengalaman amat berharga dan ia perlu dilalui menerusi satu proses yang panjang.“Anda tidak boleh membeli pengalaman. Pengalaman diraih secara langkah demi langkah, tahun demi tahun. Kami melepaskan banyak gol dan tidak bagus dibolosi empat jaringan dalam separuh babak.“Ia kali pertama berlaku, tetapi kami perlu terus bekerja, meningkatkan pasukan dan memberikan aksi terbaik.“Kami sangat kecewa dengan keputusan perlawanan kerana kami berhak mendapat sesuatu yang lebih baik,” ujar Conte.Musim lalu, Conte muncul sebagai 'hero' apabila menyelamatkan permulaan hambar Spurs selepas menggantikan Nuno Esprito Santo sebelum menamatkan kancah EPL dalam kelompok empat terbaik.Bagaimanapun musim pertamanya kali ini mengundang bermasalah apabila mereka tewas enam daripada 10 aksi terakhir EPL.“Saya sedar cabaran dalam situasi ini. Saya bekerja keras kerana mahu meningkatkan pasukan, memajukan kelab dengan visi dan idea sendiri,” katanya. | 4 | 20 Januari 2023 11:54am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241444/berita/sukan/guardiola-belum-puas-hati-prestasi-city | Guardiola belum puas hati prestasi City | BIARPUN menang, namun Pep Guardiola belum boleh mendabik dada dengan prestasi yang dipamerkan Manchester City ketika bangkit menewaskan Tottenham Hotspur, 4-2 pada Jumaat.Aksi yang ditampilkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan watak sebenar The Citizens.Di sebalik kemenangan itu, Guardiola menagih sokongan peminat yang mencemuh pasukan selepas ketinggalan dua jaringan sebelum rehat."Peminat mencemuh ketika kami ketinggalan. Mungkin kami terlalu selesa selepas menang empat gelaran EPL dalam tempoh lima tahun."Saya mahu reaksi daripada warga kelab, bukan hanya pemain. Saya mahu tewaskan Arsenal. Jika kami terus bermain seperti ini, Arsenal akan hancurkan kami," katanya.Pada aksi itu, The Citizens ketinggalan dua gol hasil jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal dalam tempoh tiga minit sebelum rehat di Etihad.City bagaimanapun mempamerkan kebangkitan dengan tiga gol dalam tempoh 12 minit menerusi Julian Alvarez, Erling Haaland dan Riyad Mahrez.Mahrez kemudian memastikan kemenangan pada penghujung babak untuk meletakkan City lima mata di belakang Arsenal yang kurang satu aksi.Bagaimanapun bagi Guardiola, aksi anak buahnya belum mencukupi untuk pasukan dengan reputasi empat gelaran EPL sepanjang lima musim lalu."Kami memberikan mereka gol pertama dan gol kedua tidak masuk akal. Tidak ada keberanian dan kami hanya bernasib baik, tetapi jika tidak diubah kami akan tercicir mata," kata Guardiola. | 4 | 20 Januari 2023 10:01am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241438/berita/sukan/manchester-city-kembali-ke-landasan-kemenangan | Manchester City kembali ke landasan kemenangan | PENYANDANG juara Manchester City kembali ke landasan kemenangan dalam gaya mendebarkan selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Tottenham Hotspur, 4-2.Tiga mata diraih skuad kendalian Pep Guardiola di Stadium Etihad itu menyaksikan The Citizens kini berada lima mata di belakang pendahulu, Arsenal.Tampil bagi mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan, City yang bermula lesu dari awal permainan terlebih dahulu ketinggalan dua gol di penghujung babak pertama hasil jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal.Namun babak kedua, tiga gol dalam 12 minit separuh masa kedua, pantas menghidupkan perlawanan buat tuan rumah.Jaringan Julian Alvarez, Erling Haaland, gol pertama pemain Norway itu dalam empat penampilan dalam semua pertandingan, dan Riyad Mahrez meletakkan City di depan.Ketika pelawat kendalian Antonio Conte mengejar gol penyamaan di penghujung babak, Mahrez menambah gol keempat untuk memastikan City berada dalam saingan kejuaraan, lima mata di belakang Arsenal yang telah bermain satu perlawanan lebih banyak daripada Gunners.Sementara itu, Spurs pula kekal di tempat kelima, lima mata di belakang kelompok empat teratas liga. | 4 | 20 Januari 2023 07:50am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241433/berita/sukan/asfc-kongsi-kepakaran-pengalaman-bentuk-pelapis-cilik | ASFC kongsi kepakaran, pengalaman bentuk pelapis cilik | AKADEMIK Anak Sejati Football Club (ASFC) menganjurkan satu program Klinik Bola Sepak Akar Umbi Bawah 8, 10, 12, 15 dan 17 Tahun pada Ahad lalu.Klinik berkenaan turut mendapat kerjasama Cabang Kapar Sejahtera dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa N43.Program di Padang Kampung Perepat itu mendapat sambutan menggalakkan generasi muda kampung tersebut, selain sokongan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Izrin Nabil.Sementara itu, Presiden Anak Selangor Fans Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid percaya klinik bola sepak tersebut dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelapis muda di Sementa.“ASFC akan menggunakan segala pengalaman dan kepakaran bagi memastikan usaha mencungkil bakat dalam kalangan generasi muda khasnya untuk bola sepak Selangor dan Malaysia secara amnya.“Saya mengharapkan klinik bola sepak itu bukan setakat aktiviti fizikal semata-mata namun juga sebagai platform pengisian rohani kepada semua peserta terbabit,” katanya. | 4 | 20 Januari 2023 07:50am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241437/berita/sukan/ronaldo-messi-berentap-di-riyadh | Ronaldo, Messi berentap di Riyadh | CRISTIANO Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi berentap selepas kedua-dua pesaing lama itu dinamakan dalam kesebelasan utama bagi Pasukan Pilihan Riyadh serta Paris St Germain (PSG) masing-masing pada perlawanan pertunjukan di Stadium King Fahd.Ronaldo yang bersama Al Nassr mengetuai Pasukan Pilihan Riyadh - gabungan Saudi Pro League XI yang menampilkan pemain dari Al Nassr dan Al Hilal di Riyadh.Kesebelasan utama gergasi Ligue 1 Perancis, PSG pula menampilkan bintang Perancis, Kylian Mbappe dan pemain Brazil, Neymar serta bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid sebelum ini, Sergio Ramos serta Keylor Navas.Pada perlawanan itu, Hugo Ekitike muncul wira PSG yang beraksi 10 pemain selepas minit ke-39, apabila jaringannya membolehkan kelab Paris berkenaan menang 5-4 ke atas Pasukan Pilihan Riyadh.Aksi Ronaldo dan Messi membawa para penyokong kedua-dua pemain tersebut kembali ke zaman kegemilangan saingan mereka, apabila kedua-dua penyerang itu turut menjaringkan gol dalam perlawanan itu.Pada perlawanan itu, Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-34 dan 46, manakala Messi pula meletakkan pasukan mendahului dengan gol minit ketiga.Walaupun Ronaldo tidak dapat memulakan babak terbarunya di Arab Saudi dengan kemenangan, namun pemain berusia 37 tahun itu bersedia untuk membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Al Nassr apabila menjadi tuan rumah kepada Al Ettifaq pada minggu ini. | 4 | 20 Januari 2023 07:45am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241436/berita/sukan/bayern-munich-sambar-khidmat-sommer | Bayern Munich sambar khidmat Sommer | BAYERN Munich menandatangani penjaga gol Switzerland, Yann Sommer dari Borussia Moenchengladbach untuk menggantikan Manuel Neuer yang cedera, kata juara Jerman itu.Pemain Switzerland berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak hingga 2025, menamatkan pencarian berminggu-minggu oleh Bayern untuk mencari penjaga gol berikutan kecederaan Neuer.Bayern membayar Gladbach yuran perpindahan sekitar lapan juta Euro, kata media Jerman."Yann Sommer adalah tonggak yang berharga kerana dia sangat berpengalaman di peringkat antarabangsa dan mengenali atmosfera Bundesliga."Dia akan membawa segala-galanya supaya dapat menyumbang segera kepada kejayaan kami. Kami yakin dapat mencapai matlamat kami bersama Yann Sommer," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn.Neuer patah kaki semasa percutian ski pada Disember tahun lalu telah menjalani pembedahan, menyebabkan dia tidak dapat bermain sepanjang musim ini.Sommer yang membantu Switzerland melepasi peringkat kumpulan dalam Piala Dunia bulan lalu, berada di Gladbach sejak 2014 dan telah bermain dalam Liga Juara-Juara bersama Basel dan Gladbach.“Saya menantikan tugas saya di Bayern, sebuah kelab besar yang mempunyai banyak pengaruh"Saya bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Bayern. Kami mempunyai cabaran besar di hadapan kami," kata Sommer dalam satu kenyataan kelab.Bayern, yang mendahului kedudukan Bundesliga dengan empat mata, berdepan Paris St Germain dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara bulan depan. | 4 | 20 Januari 2023 07:32am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241435/berita/sukan/terbuka-india-aaron-wooi-yik-mara-zii-jia-kandas | Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara, Zii Jia kandas | BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa melalui saingan sengit menentang beregu Taiwan sebelum berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka India 2023, malam tadi.Penyandang juara dunia itu bangkit daripada ketinggalan set pertama 15-21, sebelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 21-19, 21-19, dalam pertarungan selama 55 minit di Dewan Tertitup K D Hadhav."Ini adalah kemenangan yang sukar dan memang ia tidak semudah seperti dijangkakan," kata Aaron selepas perlawanan pusingan kedua tersebut.Hari ini, Aaron-Wooi Yik akan menentang beregu senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pada saingan suku akhir selepas Yew Sin-Ee Yi berhempas pulas selama 57 minit untuk menyingkirkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, 21-16, 13-21, 21-19.Ei Yi berkata, perlawanan tersebut adalah sengit selepas beliau tidak berapa sihat sejak semalam akibat cuaca sejuk di India.Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang tersingkir awal pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023, minggu lalu, turut melangkah ke suku akhir.Beregu wanita negara yang berada pada ranking kelapan dunia itu turut berentap dalam rubber-set untuk mengatasi wakil Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun 21-14, 16-21, 21-16 dalam masa 51 minit.Pearly-Thinaah akan berdepan dengan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi untuk memburu tiket ke separuh akhir.Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bagaimanapun, terkandas di pusingan kedua selepas ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, 21-23, 12-21.Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng 11-21, 21-14, 18-21 dalam perlawanan selama 64 minit.Shi Feng, juara Remaja Olimpik 2018 akan berdepan dengan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting di pentas suku akhir.Dalam satu lagi saingan pusingan kedua, juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain China, Shi Yu Qi, 21-16, 16-21, 21-9. | 4 | 20 Januari 2023 07:09am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241411/berita/sukan/yoodo-red-giants-buru-empat-terbaik-mpl-2023 | Yoodo Red Giants buru empat terbaik MPL 2023 | SELANGOR FC memperkenalkan pasukan Yoodo Red Giants, iaitu skuad e-sukan Mobile Legends pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) 2023 pada awal bulan hadapan.Ketua E-sukan Selangor FC, Simon Lim berkata, pasukan Yoodo Red Giants yang diuruskan oleh Mohd Erwin, 26, akan dibarisi oleh Muhammad Yaacob, 23; Mohd Hakim, 22; Syed Naufal Fitri, 20; Ilman Zareef, 19; Muhammad Amir Zakwan, 19 dan Muhammad Haqqulah, 16.“Kita menyasarkan skuad ini akan berada di kedudukan empat terbaik dalam edisi MPL kali ini dan untuk tujuan itu kita akan melatih mereka sebagai atlet profesional dengan ditempatkan di sebuah 'gaming house' di sini.“Kita juga akan mempunyai jurulatih kecerdasan yang akan melatih mereka dan pakar pemakanan yang menjaga serta memantau soal pemakanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman skuad tersebut di Pusat Latihan Selangor FC, pada Khamis.Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Selangor FC turut berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Selangor FC, Aladdin Mostafa.Beliau berkata, bagi musim MPL kali ini, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 untuk pasukan tersebut merangkumi perbelanjaan semua aspek termasuk gaji.Simon berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk melebarkan sukan tersebut bagi acara PUBG.“Dalam perancangan kami, selepas ini mahu menubuhkan pasukan PUBG. Diharap urusan pasukan hari ini (Yoodo Red Giants) dipermudahkan, kita akan ada skuad PUBG pula,” katanya.Sementara itu, Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata, pihaknya berharap kerjasama dengan Selangor FC bagi pasukan baharu itu membuahkan hasil dan berjaya meraih kejayaan selain dapat membanggakan negara. - Bernama | 4 | 19 Januari 2023 08:35pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241409/berita/sukan/atlet-profesional-turut-diberikan-sokongan-gold-paris | Atlet profesional turut diberikan sokongan Gold Paris | ATLET bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kesemua atlet yang berpotensi untuk layak atau menyumbang pingat di Olimpik, tidak kira sama ada bergerak secara profesional atau melalui persatuan kebangsaan akan diberikan bantuan di bawah program berkenaan.“Namun, kita akan bincangkan dahulu prosedur atau kaedah untuk membantu atlet di bawah program Gold Paris 2024. Setakat ini kita memang sudah kenal pasti atlet terlibat namun tidak dapat dikongsikan buat masa ini,”katanya ketika ditemui pemberita di MSN pada Khamis.Beliau berkata, bantuan yang akan diberikan menerusi program Gold Paris merupakan sebahagian Program Podium sedia ada MSN namun mempunyai pengkhususan kepada persiapan atlet negara menghadapi temasya sukan terbesar dunia itu.Program Gold Paris akan dikelaskan kepada dua kelompok atlet iaitu yang mampu layak serta berpotensi menyumbangkan pingat emas.Atlet yang tersenarai dalam program Gold Paris, dijangka diumumkan secara rasmi pada bulan depan.Ahmad Shapawi berkata, atlet bukan sahaja dibantu dari sudut sains sukan dan perbelanjaan malah program itu bersedia untuk membekalkan apa-apa jenis keperluan terbaik buat atlet yang berpotensi meraih pingat di temasya berkenaan.Pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki), Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (beregu campuran) antara atlet profesional yang bukan di bawah naungan persatuan sukan kebangsaan yang dilihat berpotensi layak ke Olimpik.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad boling negara yang muncul naib juara Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong, apabila berjaya membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.“Saya memang sangat gembira dengan prestasi skuad boling negara. Memang ada ganjaran untuk mereka menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM),” katanya. - Bernama | 4 | 19 Januari 2023 08:25pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241403/berita/sukan/tunggakan-gaji-pemain-melaka-united-cecah-rm23-juta | Tunggakan gaji pemain Melaka United cecah RM2.3 juta | PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan Melaka United berhutang tunggakan gaji berjumlah RM2.3 juta kepada para pemainnya bermula Julai sehingga Disember tahun lalu.PFAM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia sesuatu yang mendukacitakan dengan situasi enam bulan tidak bergaji dihadapi pemain."Pemain yang mempunyai komitmen bulanan terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kelangsungan diri dan keluarga sehingga berulang kali menerima panggilan daripada pihak bank untuk menyelesaikan pembayaran bulanan."Realiti yang dihadapi oleh pemain Melaka United FC amat mendukacitakan kerana sebagai pemain bola sepak profesional di dalam negara, mendapat bayaran gaji daripada majikan berdasarkan kepada persetujuan di dalam kontrak adalah hak yang sewajarnya dipenuhi."Pemain seharusnya tidak perlu untuk mereka merayu seolah seolah meminta bantuan ataupun seolah olah mereka melakukan kesalahan untuk menerima gaji mereka sendiri," kata kenyataan itu.Menurut PFAM, satu keputusan telah dikeluarkan oleh Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan pada November tahun lalu mengarahkan Melaka United untuk melunaskan jumlah satu bulan gaji terlebih dahulu."Namun sehingga kini, jumlah tersebut masih gagal untuk dibayar. Terkini, laporan tunggakan gaji bagi bulan bulan yang berikutnya telah dihantar ke FAM bagi tujuan perbicaraan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan."Dalam masa yang sama, isu pemilikan yang timbul di dalam Melaka United FC mengeruhkan lagi keadaan kerana pihak pihak yang sewajarnya bertanggungjawab untuk menangani masalah tunggakan gaji ini dilihat seolah olah tidak mahu memberi kerjasama," katanya.Menurut kenyataan itu lagi, PFAM bertegas untuk membawa pihak yang bertanggungjawab melunaskan bayaran gaji ke muka pengadilan bagi membela nasib pemain. | 4 | 19 Januari 2023 07:27pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241374/berita/sukan/malaysian-tigers-pamer-semangat-juang-tinggi | Malaysian Tigers pamer semangat juang tinggi | SKUAD hoki negara mempamerkan semangat juang tinggi apabila menundukkan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis.Keputusan itu meletakkan skuad Malaysian Tigers sebagai naib juara kumpulan berkongsi enam mata dengan pendahulu Belanda yang akan turun beraksi menentang Chile sebentar lagi.Kemenangan itu membolehkan Malaysia menentang pasukan di tempat ketiga Kumpulan D sama ada India atau Sepanyol di peringkat crossover bermula Sabtu ini.Pemain sensasi, Faizal Saari meledak dua gol dan pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim dengan satu jaringan untuk membantu Malaysia meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Chile 3-2 Isnin lalu.Sebaik permainan bermula, New Zealand pantas mengasak kubu negara untuk memburu gol awal dan berjaya meraih satu pukulan sudut, namun percubaan mereka tersasar.Skuad negara bimbingan Arul Selvaraj cuba mengimbangi perlawanan menerusi beberapa gerakan dan berpeluang meraih gol sulung.Namun peluang pukulan sudut penalti yang diperoleh Razie tersasar di sebelah kanan gawang New Zealand.Malaysian Tigers yang menghuni ranking ke-10 dunia akhirnya menemui sentuhan menerusi gol padang Faizal yang memanfaatkan sebaiknya lorongan Shello Silverius pada minit kesembilan.Memasuki suku kedua Malaysia memperoleh dua pukulan sudut penalti, namun strategi set piece yang dilakukan pemain negara gagal menemui sasaran.New Zealand yang menghuni ranking kesembilan dunia berpeluang menyamakan kedudukan juga terpaksa akur dengan keampuhan kubu negara dikemudi benteng terakhir, Hafizuddin Othman.Kerja keras skuad Malaysian Tigers melakukan 'latih tubi' pukulan sudut penalti menjelang aksi menentang The Black Sticks ternyata berbaloi.Pukulan sudut penalti keenam akhirnya menemui sasaran apabila Razie menerusi direct flick meledak gawang New Zealand pada minit ke-43.Tersentak dengan gol itu, skuad bimbingan Greg Nicol enggan mengalah dan akhirnya The Black Sticks berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua gol dalam tempoh dua minit.Hayden Phillips merapatkan jurang jaringan menerusi gol padang pada minit ke-52 dan berselang seminit Sam Lane pula meledak menerusi pukulan sudut penalti.Bagaimanapun Malaysian Tigers mempamerkan kebangkitan untuk meledak gol kemenangan menerusi ketangkasan Faizal yang menghasilkan gol padang pada minit ke-57.Rekod sepanjang 25 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1975 memihak kepada New Zealand yangmencatat 13 kemenangan, manakala Malaysia pula hanya menang enam kali dan seri enam kali.Kali terakhir Malaysian Tigers menewaskan The Black Sticks ketika aksi Test Match 2018 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dengan kemenangan 4-2. | 4 | 19 Januari 2023 05:46pm |
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | https://www.sinarharian.com.my/article/241366/berita/sukan/selangor-salur-bantuan-lebih-rm700000-kepada-bekas-atlet | Selangor salur bantuan lebih RM700,000 kepada bekas atlet | SEBANYAK RM789, 560 telah disalurkan kerajaan Selangor menerusi program 'Ceria Atlet' sejak diperkenalkan pada tahun 2020.Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, inisiatif dilaksanakan sejak tiga tahun lalu itu sehingga kini memberi manfaat kepada 200 bekas atlet di negeri ini.Bagaimanapun, katanya, kerajaan Selangor masih menyasarkan 500 lagi atlet yang berdaftar di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menerima manfaat tersebut."Yakeb merekodkan seramai 700 bekas atlet berdaftar dan 200 daripada mereka telah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri, manakala selebihnya kita menyasarkan 50 atau 100 lagi bekas atlet dapat menerima sumbangan pada tahun ini," katanya.Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Program Ceria Atlet Selangor di Kampung Bahagia, Bukit Lagong di sini pada Khamis.Mohd Khairuddin berkata, antara bentuk bantuan dihulurkan kepada bekas atlet seperti baik pulih kediaman dan sumbangan barangan perabot.Ujarnya, sumbangan itu sebagai tanda penghargaan dan jasa atlet di negeri ini yang suatu ketika dahulu pernah mengharumkan nama negeri dan juga negara.Sehubungan itu, katanya, perlaksanaan program itu diharap menjadi penanda aras dalam menzahirkan keprihatinan kerajaan Selangor dalam membela kebajikan bekas atlet."Ini juga sebagai tanda sokongan moral kepada bekas atlet dan memberi isyarat kepada golongan belia bahawa kerajaan negeri sentiasa ada hubungan baik dan menghargai bekas atlet," kata beliau. | 4 | 19 Januari 2023 05:10pm |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/241361/berita/sukan/penuhkan-stadium-kda-fc-telah-lakukan-perubahan-besar | 'Penuhkan stadium, KDA FC telah lakukan perubahan besar' | PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar meminta penyokong setia Sang Kenari memenuhi kapasiti 25,000 tempat duduk Stadium Darul Aman bagi aksi pramusim 2023 bertemu TRW Kelantan FC pada malam Jumaat.Menurutnya, perlawanan tersebut adalah detik yang ditunggu-tunggu untuk melihat daripada dekat pasukan kendalian Nafuzi Zain yang baru dibentuk pada musim ini."Sang Kenari telah melakukan perubahan yang besar untuk musim ini. Kami telah cuba buat yang terbaik dan termampu."Marilah kita penuhi Stadium Darul Aman kita dengan sorakan dan laungan keramat. Kita hijau-kuningkan stadium kita," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan tidak dapat bersama dengan penyokong KDA FC pada hari perlawanan kerana urusannya di peringkat antarabangsa masIh belum selesai."Saya akan mengikuti perlawanan ini melalui talian. Maaf buat semua penyokong Sang Kenari saya tidak dapat bersama anda esok. Kerja dan tugas saya di luar negara belum selesai lagi," ujarnya lagi.Tambah beliau, bagi membantu kewangan dan aliran tunai kelab, penyokong KDA FC juga diminta untuk mendaftar mendapatkan pakej semusim."Kalau yang berada di luar Kedah, belilah untuk keluarga anda tersayang di Kedah. Kita bina kelab kita dengan cara kita sendiri. Setiap sokongan anda amat bermakna dan berimpak tinggi," jelas beliau.Pada aksi pertama pramusim 2023 pada 13 Januari lalu, Sang Kenari berjaya menjinakkan pasukan jiran, Perlis United FC 4-0 di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM). | 4 | 19 Januari 2023 04:50pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241339/berita/sukan/cadangan-bagus-letak-piala-aff-dalam-kalendar-fifa | Cadangan bagus letak Piala AFF dalam kalendar FIFA | PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyokong cadangan agar saingan Piala AFF diselaraskan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, cadangan yang disuarakan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino disifatkan sebagai langkah terbaik untuk dilaksanakan."Itu adalah kenyataan daripada presiden FIFA sendiri, jadi Kita menyokong dan bagus cadangan itu. Apa yang beliau sarankan agar kalendar AFF diselaraskan dengan Kalendar FIFA itu kita sokong," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pengadil bagi Musim 2023 dan Majlis Makan Malam Bersama Pengadil Kebangsaan pada Rabu.Cadangan Infantino itu mendapat sambutan daripada peminat bola sepak negara yang percaya mana-mana kelab tidak mempunyai alasan lagi untuk melepaskan pemain kerana ia telah berada dalam kalendar FIFA.Bagaimanapun, jurulatih berpengalaman, B Sathianathan menyifatkan cadangan tersebut agak sukar untuk dilaksanakan susulan jadual liga domestik yang tidak selari.Sathianathan menjelaskan setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu selain perlu bermula dan berakhir serentak seperti liga di Eropah.Dalam pada itu, Noor Azman menjelaskan isu tunggakan gaji pemain Melaka United dan Sarawak United telah dibincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status baru-baru ini.Menurutnya, FAM telah menghantar surat kepada Sarawak United dan Melaka United mengarahkan kedua-dua kelab itu melangsaikan gaji pemain."Perkara ini kita memang dah masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status. Apa yang dikemukan tuntutan oleh pemain dah dibawa dalam mesyuarat itu."Kita juga dah hantar surat kepada Sarawak United berkenaan tuntutan daripada pemain. Mesyuarat status juga dah mengarahkan Sarawak United dan Melaka United untuk bayar (tunggakan gaji)," katanya kepada media pada Rabu.Ketika ditanya jika kedua-dua kelab itu tidak dapat menjelaskan tunggakan tersebut, Noor Azman menjawab: "Itu nanti saya akan umumkan," katanya.Sarawak United dan Melaka United mengalami masalah tunggakan gaji pemain sejak beberapa bulan lalu dan sehingga kini masih belum diselesaikan.Ia sekali gus menyebabkan kelab tersebut tidak mendapat lesen kebangsaan untuk membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Super musim depan. | 4 | 19 Januari 2023 03:53pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241337/berita/sukan/pearly-thinaah-raih-slot-suku-akhir-di-india | Pearly-Thinaah raih slot suku akhir di India | BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah bangkit daripada kekecewaan dalam saingan Terbuka Malaysia minggu lalu apabila mara ke suku akhir Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.Pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia menundukkan pasangan Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun pada saingan pusingan kedua dalam aksi di Dewan Tertutup KD Jadhav itu.Pada pertembungan itu, Pearly-Thinaah dipaksa bekerja keras sehingga ke set penentuan sebelum melakar kemenangan 21-14, 16-21, 21-6.Pertemuan tersebut merupakan aksi pertama juara Terbuka Perancis dan pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu berdepan Chia Hsin-Chun Hsun yang menduduki ranking ke-32 dunia.Pasangan negara dijadualkan menentang pemenang perlawanan antara pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di suku akhir nanti.Dalam kempen Terbuka Malaysia minggu lalu, perjalanan Pearly-Thinaah tersekat di pusingan pertama selepas kalah kepada Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 19-21, 14-21. | 4 | 19 Januari 2023 03:46pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241334/berita/sukan/terbuka-australia-rafa-nadal-kena-rehat-lapan-minggu | Terbuka Australia: Rafa Nadal kena rehat lapan minggu | PENYANDANG juara Rafa Nadal terpaksa diketepikan enam hingga lapan minggu selepas mengalami kecederaan ketika tewas pada pusingan kedua di Terbuka Australia, pada Khamis.Cabaran pemain nombor dua dunia, berakhir selepas tewas kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Mackenzie McDonald, 6-4 6-4 7-5 di Melbourne Park.Pemain berusia 36 tahun itu menjalani imbasan MRI pada kaki kirinya di Melbourne pada Khamis, yang mendedahkan kecederaan gred 2 di Illiopsoas, fleksor pinggul utama.“Dia bakal berehat panjang sebaik kembali ke Sepanyol dan akan bermula dengan fisioterapi anti-radang.“Masa biasa dianggarkan untuk pemulihan lengkap adalah antara enam dan lapan minggu,” kata pasukannya dalam satu kenyataan.Juara Grand Slam 22 kali itu tiba di Melbourne dengan hanya satu kemenangan sejak Terbuka AS selepas kecederaan rusuk, perut dan kaki menghalangnya ke gelanggang untuk sebahagian besar musim lalu selepas Wimbledon.“Semoga ia tidak terlalu teruk. Saya sangat berharap (kecederaan) tidak menyebabkan saya terkeluar dari gelanggang untuk jangka masa yang lama, kerana sukar membuat pemulihan semula.“Ia bukan sahaja pemulihan. Ini semua jumlah kerja yang anda perlu kumpulkan untuk kembali pada tahap yang baik,” kata Nadal kepada pemberita selepas kekalahannya.Untuk rekod, pemulihan enam hingga lapan minggu akan membolehkan Nadal kembali mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis pada akhir Mei dan awal Jun ini. | 4 | 19 Januari 2023 03:35pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241322/berita/sukan/warga-kbs-perlu-amal-gaya-hidup-sihat-cergas | Warga KBS perlu amal gaya hidup sihat, cergas | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi pimpinan menteri baharunya, Hannah Yeoh mengajak seluruh warganya untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.Beliau juga telah bersama-sama pimpinan tertinggi KBS untuk bersenam setiap Rabu selepas mesyuarat Kabinet.“Letakkan sasaran untuk mencapai kecergasan dan kurangkan berat badan. Jadikan cita-cita saya untuk mengurangkan berat sebanyak lima kilogram (kg) (telah turun tiga kg) sebagai contoh.“Dalam KBS, kita mesti sihat dan cergas,” katanya ketika menyampaikan amanat di Menara KBS, Putrajaya pada Khamis.Hannah juga meluahkan hasrat agar warga KBS dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.“Kita perlu sedaya upaya mengurangkan program pada Ahad. Selain demi keluarga, diri sendiri juga perlukan rehat,” katanya.Beliau juga mahu KBS melaksanakan banyak program dengan kos yang rendah, tetapi mempunyai impak besar kepada majoriti rakyatterutama mereka yang berada di pedalaman dan akar umbi.“Setiap polisi dan program kita mesti berdasarkan data supaya berkesan kepada golongan sasar atau pemegang taruh (data driven initiatives),” katanya.Hannah juga menganggap amanat sebagai satu istilah yang cukup besar, namun cuba menyampaikanya menerusi isi hati buat warga KBS menerusi perkataan yang paling tepat.“Amanat pertama kepada warga KBS selepas hampir tujuh minggu saya menggalas amanah besar menjadi menteri di kementerian ini,” katanya.Berikut adalah nota kecil Hannah buat warga KBS yang diharap menjadi panduan bagaimana warga KBS boleh mencapai cita-cita besar itu.“Kami di pejabat Menteri dan pejabat Timbalan Menteri, Adam Adli Abdul Halim adalah satu pasukan. Oleh itu, saya mohon kita memberikan kerjasama kepada kedua-dua pejabat ini sebagai satu pasukan.“Saya dan timbalan tidak memerlukan protokol yang berlebihan. Warga KBS tidak perlu menunggu untuk menyambut ketibaan kami berjam lamanya.“Tidak perlu berdiri dan menunduk hormat kepada kami. Cukup dengan warga KBS melaksanakan dan menjayakan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat. Itu sudah memadai dan menjadi tanda kalian menghormati kami,” katanya.Hannah juga mahu mewujudkan rasa semangat perpaduan dalam KBS tanpa mengira soal kerja dalam kalangan agensi.“Agensi-agensi mesti saling membantu, elakkan jadi calculative. Jangan lupa, kita adalah sepasukan.“Team work dan sikap kesederhanaan serta kecemerlangan (spirit of excellence in all we do) di kementerian penting untuk kita menyakinkan masyarakat. Bersama kita membina negara,” katanya. | 4 | 19 Januari 2023 02:49pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241318/berita/sukan/prestasi-pengadil-tahun-lalu-memuaskan | Prestasi pengadil tahun lalu memuaskan | PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan tahap prestasi pengadil bagi saingan Liga Malaysia tahun lalu berada pada tahap memuaskan.Menurutnya, FAM akan terus komited menambah baik kualiti pengadilan menerusi aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemerkasaan pengadil pada tahun ini."Bagi musim 2022, FAM telah menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan pembangunan dan pemerkasaan pengadil demi menjaga serta mengekalkan kualiti barisan pengadil yang bertugas di Liga Super dan Liga Premier."Bukan mudah untuk seorang pengadil membawa tanggungjawab melaksanakan perlawanan yang sentiasa menjadi tumpuan penyokong bola sepak negara. Namun, Alhamdulillah secara keseluruhannya, prestasi pengadil bagi musim 2022 berada di tahap yang memuaskan."Sudah tentu kami mahu melihat kualiti pengadil di Malaysia menjadi lebih baik di masa hadapan dan FAM telah pun merancang untuk meneruskan lagi serta menambah baik aktiviti-aktiviti pembangunan pengadil diteruskan lagi tahun ini," katanya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pengadil bagi Musim 2023 dan Majlis Makan Malam Bersama Pengadil Kebangsaan pada Rabu.Dalam pada itu, beliau turut memberikan penghargaan kepada Kronos Malaysia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada FAM dalam memastikan barisan pengadil Malaysia dapat beraksi dengan baik."Semoga menerusi majlis makan malam penghargaan pengadil ini serta jersi baharu pengadil yang akan digunakan bermula Februari ini dapat menyuntik semangat serta motivasi buat barisan pengadil dalam menjalankan amanah yang telah diberikan," katanya.Selain pelancaran jersi baharu pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan Mohd Yusri Muhamad telah dinobatkan sebagai Pengadil Kebangsaan Terbaik dan Penolong Pengadil Kebangsaan Terbaik bagi Musim 2022.Nurul Hafizah Nuraddin serta Siti Noorhidayat Ghazali pula dinobatkan sebagai Pengadil Wanita serta Penolong Pengadil Wanita Terbaik bagi Musim 2022. | 4 | 19 Januari 2023 02:32pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241309/berita/sukan/lima-bilion-orang-ikuti-siaran-piala-dunia-qatar-2022 | Lima bilion orang ikuti siaran Piala Dunia Qatar 2022 | SEBULAN selepas Argentina memenangi Piala Dunia Qatar 2022, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan kira-kira lima bilion orang mengikuti siaran kejohanan bola sepak paling berprestij itu, lapor Xinhua."Di media sosial, menurut Nielsen sekitar 93.6 juta siaran merentasi pelbagai platform dengan 262 bilion capaian kumulatif serta 5.95 bilion tontonan," menurut FIFA dalam satu kenyataan pada Rabu.Qatar 2022 mencipta satu siri rekod Piala Dunia apabila sebanyak 3.4 juta penonton menyaksikan perlawanan di stadium, iaitu angka paling tinggi dalam sejarah dan 172 gol dijaringkan semasa kejohanan itu, juga yang tertinggi setakat ini.Beberapa pencapaian baharu turut direkodkan termasuk Lionel Messi dari Argentina membuat penampilan paling banyak (26) perlawanan Piala Dunia mengatasi rekod yang dicatatkan oleh Lothar Matthaus dari Jerman.Gol 68 saat daripada pemain Kanada, Alphonso Davies ketika perlawanan menentang Croatia dicatat sebagai gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia.Pada usia 18 tahun, Gavi dari Sepanyol dinobat penjaring gol termuda Piala Dunia.Ia juga merupakan Piala Dunia pertama yang dianjurkan di negara Arab; pasukan Afrika pertama (Maghribi) mara ke separuh akhir; dan tiga pasukan Asia layak ke pusingan 16 buat kali pertama dalam sejarah. - Bernama | 4 | 19 Januari 2023 02:02pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241307/berita/sukan/hamilton-ditawar-gaji-rm330-juta-setahun | Hamilton ditawar gaji RM330 juta setahun | JAGUH Formula Satu (F1) Lewis Hamilton masih berteka-teki dengan tawaran kontrak lanjutan berjumlah 62 juta pound (RM330 juta) setahun daripada Mercedes pada Rabu.Dilaporkan kontrak baharunya tidak termasuk bonus 22 juta pound (RM117 juta) jika muncul juara dunia seperti dalam perjanjian sedia ada.Kontraknya sekarang tamat penghujung musim 2023.Media Perancis, 20 Minutes bagaimanapun melaporkan Hamilton ditawarkan kontrak dua tahun bernilai 62 juta pound (RM330 juta) setahun berbanding perjanjian sekarang 40 juta pound (RM212.97) juta setahun.Walaupun mungkin kehilangan bonus 22 juta pound (RM117 juta) jika muncul juara dunia kelapan, Hamilton bakal mendapat kenaikan gaji yang lebih lumayan.Perjanjian itu dilaporkan turut memasukkan peranan Hamilton sebagai duta selama 10 tahun selepas bersara dengan bayaran 22 juta pound (RM117 juta) setahun.Pelumba berusia 38 tahun itu bagaimanapun masih belum menandatangani kontrak baharu itu, tetapi ketua Mercedes, Toto Wolff kekal tenang dengan situasi tersebut.Wolff juga optimis dan hanya menunggu masa untuk Hamilton terus kekal bersama Mercedes.Penaja Mercedes, Ineos yang dibiayai Sir Jim Ratcliffe akan membayar 90 peratus daripada kontrak tersebut. | 4 | 19 Januari 2023 01:59pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241278/berita/sukan/ten-hag-kecewa-united-sekadar-seri | Ten Hag kecewa United sekadar seri | PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag kecewa dengan sikap para pemainnya yang tidak berusaha memburu gol kedua ketika diikat Crystal Palace 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.Pemain tengah United, Bruno Fernandes telah meletakkan pasukan di depan pada minit ke-43 dan Palace hadir menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan menerusi sepakan percuma menarik daripada Michael Olise.Keputusan itu menyaksikan Palace menamatkan menamatkan aksi cemerlang sembilan kemenangan berturut-turut United."Kami kehilangan dua mata. Apabila berbaki dua minit dan anda berpeluang menang, Palace mendapat sepakan percuma dan menggunakanya."Anda tidak menjangkakan akan kehilangan mata. Kami sepatutnya berusaha lebih gigih untuk mendapatkan gol kedua itu dan kemudian tidak mencipta situasi yang menyebabkan kehilangan mata."Kami mendahului 1-0. Pada separuh masa kedua kami mempunyai ruang untuk menjaringkan gol kedua. Namun, saya tidak nampak kami benar-benar mahu menjaringkan gol."Sukar untuk menyatakan sebab pada hari ini. Saya perlu mengkritik pasukan saya kerana gagal mencari gol kedua," katanya.United akan menghadapi Arsenal dalam perlawanan EPL seterusnya di Stadium Emirates dan jika tewas, mereka perlu melupakan hasrat untuk menjulang trofi EPL musim ini.United juga mendapat tamparan hebat apabila bakal kehilangan tonggak tengah mereka, Casemiro dalam perlawanan menentang Arsenal selepas digantung perlawanan kerana mengumpul kad kuning.Bagaimanapun, ten Hag tidak mahu panik dan percaya ada pemain lain yang boleh menggalas tanggungjawab ditinggalkan Casemiro."Dia pemain yang sangat penting untuk kami selain kami sedang berada di kedudukan ini ketika ini. Tetapi, kali terakhir kami menewaskan Arsenal tanpa Casemiro. Kami perlu melakukannya sekali lagi," katanya. | 4 | 19 Januari 2023 10:45am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241280/berita/sukan/arsenal-cukup-sempurna-juarai-epl | Arsenal cukup sempurna juarai EPL | BEKAS pemain Arsenal, Bacary Sagna menyifatkan The Gunners mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.Arsenal memulakan musim ini dengan baik dan konsisten dengan 15 kemenangan, dua seri dan satu kekalahan daripada 18 perlawanan liga.Prestasi kurang memberangsangkan pesaing terdekat mereka, Manchester City memberikan mereka keselesaan di puncak liga dan berpeluang mengakhiri penantian juara EPL yang kali terakhir dimenangi mereka pada musim 2003-04.Bagi Sagna, Arsenal merupakan pilihan utama juara dengan salah satu faktor kekuatan pasukan itu adalah kekebalan benteng pertahanan yang hanya bolos 14 gol setakat ini."Saya rasa mereka (Arsenal) akan juara. Mereka mempunyai segalanya untuk bergelar juara."Apa yang paling penting adalah cara mereka bermain. Mentaliti Arsenal ketika memulakan perlawanan, corak konsisten dan keyakinan yang telah ditunjukkan."Mereka tak memberikan banyak peluang buat lawan dan ketika lawan mendapatkan peluang, Arsenal mempunyai penjaga gol yang mampu menghentikan lawan," katanya.Arsenal akan berhadapan Manchester United dalam aksi EPL seterusnya di Stadium Emirates pada Isnin. | 4 | 19 Januari 2023 10:42am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241275/berita/sukan/inter-pertahan-piala-super-itali | Inter pertahan Piala Super Itali | INTER Milan mengekalkan kejuaraan Piala Super Itali selepas Edin Dzeko mencetus inspirasi kepada pasukannya melakar kemenangan 3-0 ke atas AC Milan pada Khamis.Dzeko tampil cemerlang dalam perlawanan tersebut apabila melakukan hantaran kepada Federico Dimarco pada minit ke-10 untuk gol pertama sebelum dia menggandakan kedudukan 11 minit kemudian.Lautaro Martinez kemudian meledak gol ketiga pada minit ke-77 untuk mengesahkan kejuaraan buat pasukan gergasi Itali itu."Kami mempamerkan persembahan yang hebat, pemain-pemain cemerlang dari minit pertama sehingga wisel penamat."Kami memenangi Piala Super musim lalu. Saya sangat gembira kerana kami membawa pulang satu lagi trofi dan harap akan ada lebih banyak lagi pada masa hadapan," kata Dzeko.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh itu disifatkan luar dari kebiasaan kerana dilangsungkan di luar Itali, namun ia tidak menghalang peminat Inter meraikan kejayaan itu.Dalam pada itu, pengendali AC Milan, Stefano Pioli mengakui pasukannya melakukan banyak kesilapan sekali gus menyukarkan mereka mengubah perlawanan apabila ketinggalan."Kami tidak dapat melaksanakan tugas pada separuh masa pertama. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan dan dari situ sukar untuk mengubah perlawanan."Kekalahan ini menyakitkan kerana ia adalah trofi yang kami mahu menang. Tetapi baki musim masih ada untuk kami. Kami hanya perlu kembali bermain dengan cara yang selesa," katanya. | 4 | 19 Januari 2023 10:32am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241260/berita/sukan/malaysian-tigers-perlu-lebih-garang | Malaysian Tigers perlu lebih garang | JENTERA serangan skuad hoki negara dituntut untuk mempamerkan rentak lebih garang dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia 2023 menentang New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India pada Khamis.Berdasarkan aksi menentang Chile di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada Isnin lalu, skuad bimbingan Arul Selvaraj mensia-siakan 13 pukulan sudut penalti yang seharusnya diterjemahkan dalam bentuk jaringan.Justeru, pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berharap setiap peluang untuk menjaringkan gol terutamanya menerusi pukulan sudut penalti perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin oleh barisan pemain negara.“Peluang untuk menghasilkan gol sama ada menerusi gol padang atau pukulan sudut penalti adalah sama penting. Manfaatkan peluang yang diperoleh dengan jaringan.“Setiap pemain diingatkan berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung dan melaksanakan taktikal jurulatih, sama ada ketika menyerang mahupun bertahan, itu amat penting.“Pemain-pemain juga perlu bekerja keras sepanjang 60 minit perlawanan itu nanti. Setiap perlawanan Piala Dunia memang sengit dan bukan mudah,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Rekod sepanjang 25 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1975 memihak kepada New Zealand yang mencatatkan 13 kemenangan.Mirnawan. - Foto BernamaMalaysia pula hanya mampu meraih enam kemenangan ke atas New Zealand dan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri enam kali.Melihatkan rekod tersebut, Mirnawan sedar bahawa aksi menentang New Zealand bukan mudah, namun beliau percaya tidak mustahil buat Malaysian Tigers melakar keputusan positif.“Saya harap semua yang terlibat dalam situasi pukulan sudut penalti harus pastikan ia dimanfaatkan sebaiknya. Tidak kira siapa yang diberi tanggungjawab oleh jurulatih, ia perlu dapatkan gol.“Harus fokus dan pastikan jalankan tugas dengan berkesan. Peluang (pukulan sudut penalti) bukan banyak, lebih-lebih lagi pada tahap seperti Piala Dunia ini,” ujarnya.Dalam pada itu, Mirnawan berkata, pengganti Shahril Saabah yang mengalami kecederaan hamstring masih belum diputuskan, sama ada menurunkan Shahmie Irfan Suhaimi atau Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim.“Apa yang paling penting kita masih berada di landasan yang positif dalam Kumpulan C, tiga mata berharga sudah dicapai dalam misi kita untuk layak ke pusingan seterusnya,” jelasnya. | 4 | 19 Januari 2023 07:30am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241255/berita/sukan/susah-nak-letak-piala-aff-dalam-kalendar-fifa | 'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA' | CADANGAN menyenaraikan saingan Piala AFF dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dianggap baik, namun mempunyai kekangan tertentu untuk dilaksanakan.Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu selain perlu bermula dan berakhir serentak seperti liga di Eropah.“Kalau betul nak letak dalam kalendar FIFA, memang baik, tetapi saya nampak susah. Sekarang kalendar amat padat dengan Kelayakan Piala Asia, Kelayakan Sukan Olimpik dan sebagainya. FIFA nak letak kejohanan ini di mana?“Kalau Piala AFF nak letak dalam kalendar FIFA, semua liga di ASEAN ini haruslah diselaraskan. Tak bolehlah setiap liga domestik di Asia Tenggara bermula dengan tarikh yang berbeza-beza.“Mereka kena ikut macam jadual di Eropah atau jadual Liga Jepun dan sebagainya. Jadi nak laksanakan cadangan ini kena lebih realistik," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Terdahulu, Presiden FIFA, Gianni Infantino melihat keperluan untuk Piala AFF diletakkan dalam kalendar FIFA berdasarkan prestij yang ada pada kejohanan tersebut dalam kalangan negara ASEAN.Pada masa sama, beliau turut mengakui kekangan yang akan berlaku untuk meletakkan penganjuran Piala AFF pada tarikh tertentu dalam kalendar FIFA.“Piala AFF perlu dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik. Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,” ujar Infantino.Dalam pada itu, Sathianathan berkata, satu kajian secara holistik harus dilakukan negara-negara ASEAN sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung ‘khabar gembira’ yang dibawa Infantino.“Seperti Eropah, mereka turut bermain dalam kalendar FIFA dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA untuk layak ke saingan Euro. Daripada situ kita dah nampak ada penyelarasan.“Di peringkat Asia, macam mana nak buat? ASEAN main satu kumpulan, Barat pula main satu kumpulan. Susah nak buat... jadi di mana nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA?,” soal Sathianathan. | 4 | 19 Januari 2023 07:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241253/berita/sukan/zii-jia-tewaskan-pemain-indonesia-di-terbuka-india | Zii Jia tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India | PEMAIN badminton profesional Malaysia, Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023, di sini hari ini.Zii Jia yang kalah dalam set pertama berjaya untuk bangkit dan mengungguli dua set berikutnya dalam perlawanan yang berlangsung selama 63 minit, yang berakhir dengan keputusan 20-22, 21-19, 21-12 di gelanggang KD Jadhav Indoor Hall.Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Zii Jia berkata, beliau gembira dengan kemenangan itu, yang menyusul selepas beliau mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia baru-baru ini."Saya sedang berusaha mengembalikan prestasi terbaik saya secepat mungkin,” kata pemain berumur 25 tahun itu, dan menambah sokongan peminat kepadanya di kejohanan Terbuka India itu amat menakjubkan.Sementara itu beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya menewaskan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-15, 21-15 dalam masa 39 minit.Untuk pusingan kedua esok, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dijadualkan bertemu dengan pemenang dalam perlawanan antara beregu Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov dan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren.Sementara itu beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang terkandas dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia sebelum ini pula, berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah Ashwini Bhat-Shikha Gautam dengan 21-8, 21-11.Dalam satu lagi saingan perseorangan lelaki, pemain negara Ng Tze Yong tumpas kepada pemain China, Li Shi Feng dengan 19-21, 14-21. - Bernama | 4 | 18 Januari 2023 11:35pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241229/berita/sukan/rafiq-ungguli-acara-masters-boling-asia | Rafiq ungguli acara Masters Boling Asia | JAGUH boling negara, Muhammad Rafiq Ismail berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meneruskan aksi cemerlang dengan mengungguli acara Masters lelaki pada Kejohanan Boling Asia (ATBC) ke-26 pada Rabu.Pada aksi yang berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan, Hong Kong, atlet berusia 25 tahun itu berjaya membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 488, sekali gus mengetepikan cabaran atlet Korea Selatan Park Geonha yang hanya meraih 450 jatuhan pin untuk tempat kedua.Seorang lagi atlet Korea Selatan Ji Geun meraih pingat gangsa selepas tewas kepada Muhammad Rafiq pada aksi separuh akhir.Terdahulu, Muhammad Rafiq berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik bagi kedua-dua blok perlawanan untuk menempah slot ke separuh akhir.Pada Isnin lepas, Muhammad Rafiq membantu skuad negara mencipta sensasi apabila menyapu bersih acara All Event lelaki dengan beliau membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 6,128 bagi meraih emas, diikuti rakan sepasukan Timmy Tan yang memenangi perak dengan 6,073 jatuhan pin.Gangsa pula menjadi milik Tun Hakim Tun Hasnul Azam yang mengumpul 5,954 jatuhan pin, manakala skuad negara turut mengisi kedudukan keempat dan kelima masing-masing menerusi Ahmad Muaz Fishol (5,938) dan Syafiq Ridhwan Abdul Malek (5,850).Muhammad Rafiq, 25, turut membantu rakan sepasukan Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim, Timmy dan Ahmad Muaz, meraih pingat emas acara lelaki lima berpasukan dengan melakukan 7,323 jatuhan pin.Kemenangan itu menyaksikan skuad negara menutup cabaran di Hong Kong dengan membawa pulang empat emas, lima perak dan tiga gangsa, sekali gus gagal mengulangi kejayaan ATBC 2019 di Kuwait apabila Malaysia muncul juara keseluruhan. - Bernama | 4 | 18 Januari 2023 07:46pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241225/berita/sukan/soleen-bentuk-pasukan-hadapi-kelayakan-piala-asia-wanita-b-20 | Soleen bentuk pasukan hadapi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 | PENGENDALI skuad bola sepak wanita negara, Soleen Al-Zou'bi telah memanggil seramai 43 pemain dari seluruh negara untuk menyertai sesi percubaan dan pemilihan bagi membentuk skuad terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024, Mac depan.Sesi percubaan dan pemilihan itu dijadualkan berlangsung empat hari bermula Selasa di Wisma FAM di Kelana Jaya.Beliau yang juga Ketua Unit Wanita FAM memilih kesemua pemain itu berdasarkan pemerhatiannya pada Festival Bola Sepak Wanita Serantau FAM yang telah dijalankan di beberapa negeri."Sesi pemilihan pemain bola sepak wanita ini dijalankan sebagai persiapan awal skuad Malayan Tigress B-20 menghadapi cabaran pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024 di Kemboja pada Mac."Sepanjang sesi pemilihan selama empat hari itu, barisan pemain yang dipilih perlu menjalani pelbagai ujian kecergasan seperti ujian kepantasan serta 'strength and power' selain latihan intensif di padang," demikian menurut hantaran Facebook rasmi FAM pada Rabu.Sesi ujian kecergasan yang berlangsung semalam dibantu Ketua Unit Prestasi Tinggi FAM Reuben Jude Balraj.Soleen yang merupakan bekas Ketua Unit Bolasepak Wanita dan Penolong Pengarah Teknikal di Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) diumumkan sebagai tenaga kejurulatihan di FAM pada November lepas dan memulakan tugasnya sebulan kemudian. - Bernama | 4 | 18 Januari 2023 07:34pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241224/berita/sukan/hadi-fayyadh-tekad-balas-kepercayaan-perak | Hadi Fayyadh tekad balas kepercayaan Perak | PENYERANG baharu Perak FC, Hadi Fayyadh mahu memberi impak apabila kembali semula ke kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas empat tahun berkelana di Jepun.Perak merupakan kelab keduanya selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan misinya kembali ke Malaysia adalah untuk meraih pencapaian yang lebih baik selepas mendapat pengalaman luas ketika di negara Matahari Terbit itu sejak musim 2019.Namun, pemain berusia 23 tahun ini sedar perjalanan baharunya itu tidak akan mudah dan sudah pasti akan mengambil masa untuknya berada di tahap yang diinginkan selain percaya dia kini di landasan tepat bersama Perak.“Saya percaya rezeki ada di mana-mana dan saya nampak kesungguhan Perak yang inginkan khidmat saya selain yang turut memberi harapan kepada saya adalah jurulatih Lim Teong Kim yang membuatkan saya rasa dihargai.“Peluang tidak akan datang selalu dan sekarang inilah peluang untuk saya kembali ke Malaysia dan bermain dengan Perak, cuma memang akan ambil masa juga sebab saya dah lama di Jepun, tetapi saya percaya dengan barisan kejurulatihan di Perak dapat bantu saya melakukan lebih baik musim ini.“Sudah tentu sasaran saya adalah untuk menjaringkan gol dan ingin menjadi penyerang terbaik tetapi macam saya cakap, semuanya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan saya juga kena menunjukkan contoh yang baik kepada pasukan serta juga rakan-rakan lain,” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Rabu.Bercakap mengenai prestasinya ketika bersama Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu, Hadi menyifatkan dia telah berusaha sebaik mungkin untuk belajar sesuatu di sana meskipun kurang minit bermain dan itu tidak menghalang dirinya untuk terus bekerja keras mengejar impian lebih besar selepas ini.“Bagi saya, orang tidak tahu apa yang saya lalui di sana (Jepun) dan apa yang mereka nampak adalah hanya 1 peratus sahaja.“Untuk berada di sebuah negara orang tidak mudah tetapi saya tahu saya telah melakukan yang terbaik selepas empat tahun dan saya percaya rezeki ada di mana-mana.“Sebab itu saya harap tahun ini akan menjadi yang terbaik untuk saya membuktikan sesuatu tetapi sudah tentu ianya akan mengambil masa, namun saya percaya dengan suasana dan bimbingan di sini, saya boleh melakukannya,” tambahnya. | 4 | 18 Januari 2023 07:16pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241221/berita/sukan/zainal-abidin-sedia-galas-tempat-khuzaimi | Zainal Abidin sedia galas tempat Khuzaimi | “SAYA harap peminat tidak ada yang membandingkan saya dengan Khuzaime Piee.”Demikian harapan pertahanan tengah baharu Negeri Sembilan FC, Zainal Abidin Jamil yang menganggap Khuzaimi seorang pertahanan yang memiliki kualiti tersendiri selain kelebihan dari segi pengalaman berbanding dengannya.Namun, Zainal Abidin sudah memasang azam tersendiri bersama Negeri Sembilan dengan cuba terus melonjakkan kariernya selepas dua musim yang cemerlang di PJ City FC.“Saya tahu kedatangan saya ke sini (Negeri Sembilan) untuk mengambil tempat Khuzaimi yang berhijrah ke pasukan lain tetapi saya dengan dia adalah dua pemain yang berbeza.“Di sini, masih ada ramai pemain yang tidak kurang hebatnya seperti Nasrullah Haniff, Annas Rahmat malah Herold Goulon.“Jadi fokus saya adalah mahu bersaing dahulu dalam pasukan bagi mendapatkan tempat serta memburu minit permainan kerana saya sedar sebagai pemain baharu, tiada jalan pintas.“Saya harap keputusan bersama Negeri Sembilan akan membuatkan saya lebih dikenali di persada Liga Malaysia (Liga-M) serta membantu pasukan ini mendapatkan keputusan yang cemerlang sepanjang musim 2023,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Rabu.Zainal Abidin memulakan karier remajanya di Felda United FC pada musim 2020 sebelum bersama skuad Piala Presiden PJ City pada musim berikutnya dan diserap oleh P. Maniam di dalam saingan Liga Super.Musim 2022 memperlihatkan Zainal Abidin meraih kepercayaan diletakkan dalam skuad kebelasan utama dengan melakukan 20 penampilan secara keseluruhan di pentas Liga-M.Ketiadaan PJ City yang menarik diri untuk saingan musim ini pada mulanya menimbulkan kebimbangan kepada Zainal Abidin dalam mendapatkan pasukan baharu bagi meneruskan kesinambungan karier.Dia langsung tidak menjangka tawaran akhirnya datang dari Negeri Sembilan, malah lebih menggembirakan Zainal, kehadirannya turut diiringi beberapa bekas rakan sepasukan seperti Mahalli Jasuli, Aroon Kumar, R. Barathkumar dan Filemon Anyie.“Terima kasih kepada Negeri Sembilan terutama coach K. Devan kerana mempercayai potensi saya bagi bersama skuad kendaliannya untuk musim ini.“Sistem permainan Negeri Sembilan dan PJ City tidak banyak berbeza kerana menggunakan formasi yang meletakkan tiga pemain pertahanan tengah, taktikal yang saya sudah serasi.“Tambahan dengan ramai pemain dari PJ City musim lalu, saya rasa tidak ada masalah untuk membina persefahaman dengan rakan sepasukan dalam masa yang singkat,” katanya. | 4 | 18 Januari 2023 07:07pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/241196/berita/sukan/prestasi-lee-tuck-aguero-hanya-gred-c---pekan | 'Prestasi Lee Tuck, Aguero hanya gred C' - Pekan | PENAMPILAN dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero dinilai belum mencapai tahap sepatutnya berdasarkan prestasi ditonjolkan mereka dalam kempen Piala AFF 2022 baru-baru ini.Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, Le Tuck dan Aguero tidak menampilkan prestasinya sebagai pemain naturalisasi, selain tidak menjadi ‘kegemaran’ pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam kesebelasan utama.Malah, beliau turut memberikan penarafan gred C kepada Lee Tuck dan Aguero yang dianggapnya mempunyai standard permainan lebih kurang sama dengan pemain tempatan.“Secara peribadi saya katakan bahawa saya tak nampak mereka berdua mencapai tahap sebagai pemain naturalisasi untuk kita gunakan khidmat mereka dalam skuad Harimau Malaya.“Sebab saya nampak standard mereka lebih kurang sama dengan pemain tempatan yang kita ada. Cuma mungkin kita nampak lebih sedikit prestasi mereka dalam peringkat kumpulan seperti lawan Laos dan Singapura.“Tetapi apabila berhadapan pasukan kuat seperti Vietnam dan Thailand, nampak seperti standard mereka itu tidak mampu membantu pasukan kebangsaan,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Lee Tuck yang meledak dua gol ketika aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives, lebih banyak bertindak sebagai pemain gantian dalam saingan Piala AFF kali ini.Aguero juga tidak banyak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan kerap menjadi pemain gantian walaupun menyumbang satu gol ketika bertemu Laos serta Singapura.Mengulas lanjut, Pekan turut memberikan contoh kualiti individu yang dimiliki Lee Tuck dan Aguero tidak mampu memacu Harimau Malaya ketika menentang Thailand dalam dua aksi separuh akhir.“Kita mengambil mereka sebagai pemain naturalisasi dan apa yang kita harapkan daripada Lee Tuck serta Aguero adalah mereka jauh lebih baik daripada pemain tempatan.“Namun, apabila pasukan berada dalam keadaan getir dan kita memerlukan lebih keupayaan pemain, saya tidak nampak mereka dapat memberikan sesuatu yang luar biasa kepada pasukan.“Jadi, bagi saya mereka hanya layak dapat gred C untuk penampilan bersama skuad kebangsaan pada Piala AFF kali ini. Mereka berada pada tahap sederhana sahaja,” jelasnya. | 4 | 18 Januari 2023 05:59pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241190/berita/sukan/permulaan-baik-aaron-wooi-yik-di-india | Permulaan baik Aaron-Wooi Yik di India | BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak berdepan masalah untuk menewaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi pada Rabu.Terbuka India boleh menjadi platform terbaik buat pasangan negara itu untuk mempamerkan kebangkitan selepas tersingkir dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lalu.Permulaan positif itu amat baik buat Aaron-Wooi Yik apabila mereka hanya memerlukan 33 minit untuk mara ke pusingan kedua.Aaron-Wooi Yik bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh Wei Chong-Kai Wun sebelum menang pada set pertama 23-21.Pengalaman membezakan mereka apabila Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan ketiga tenang mencatat kemenangan 21-10 pada set kedua.Mereka yang juga juara dunia 2022 akan menentang Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan yang menang ke atas Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-14, 21-13 pada satu lagi aksi.Aksi itu bakal mengulangi pertemuan mereka di Terbuka Malaysia minggu lalu yang berpihak kepada Aaron-Wooi Yik.Dalam pada itu, skrip berbeza buat satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang tunduk dalam pusingan pertama pada malam Selasa.Mereka kalah 19-21, 17-21 kepada wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang sekali gus mengulangi episod hambar di Terbuka Malaysia minggu lalu apabila tewas pada pusingan pertama.Nasib sama turut menimpa beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila terpaksa akur tewas kepada pasangan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-11, 21-7. | 4 | 18 Januari 2023 05:30pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241177/berita/sukan/nadal-tersingkir-awal-daripada-terbuka-australia | Nadal tersingkir awal daripada Terbuka Australia | RAFAEL Nadal, bintang tenis Sepanyol dan juga juara bertahan, tersingkir awal pada pusingan kedua Terbuka Australia 2023 pada Rabu.Nadal, juara Grand Slam 22 kali perseorangan lelaki dan pemenang Terbuka Australia 2022, tewas kepada lawannya dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald dalam straight set.McDonald menewaskan Nadal 6-4, 6-4, 7-5 di Arena Rod Laver Melbourne, sekali gus menghantarnya pulang lebih awal, lapor Agensi Anadolu.Mc Donald, 27, yang menduduki ranking ke-63, akan menentang sama ada pemain Czech Dalibor Svrcina atau Yoshihito Nishioka dari Jepun pada pusingan ketiga.Terbuka Australia bermula pada Isnin dan berlangsung hingga 29 Januari. - Bernama | 4 | 18 Januari 2023 04:31pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241166/berita/sukan/mintah-tidak-gentar-hadapi-persaingan | Mintah tidak gentar hadapi persaingan | TONGGAK import kelahiran Ghana, Jordan Mintah tidak gentar bersaing dengan dua penyerang baharu bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Terengganu FC (TFC).Sebaliknya, beliau yang pernah mencetak nama sebagai penjaring terbanyak Liga Premier musim 2021 menganggap ia sebagai cabaran untuk menampilkan prestasi lebih cemerlang musim ini.Walaupun ditawarkan kontrak oleh beberapa pasukan lain, Mintah, 27, yang memiliki ketinggian 1.82 meter itu berkata, beliau tetap memilih untuk kekal bersama skuad Penyu kerana beberapa faktor termasuk keindahan alam semulajadi dan budaya di negeri itu."Sesuatu yang bagus untuk kembali. Saya gembira dapat kembali ke Terengganu selepas separuh musim bersama Kuala Lumpur City (KL City FC) tahun lepas."Sudah tentu ada persaingan...tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan tempat. Memang bukan mudah tapi dengan kerja keras, tiada yang mustahil,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.Mintah berkata, beliau akan menggunakan pengalaman ketika bersama skuad bimbingan Bojan Hodak untuk membantu TFC jika diberi peluang membarisi kesebelasan utama pasukan itu nanti."Saya mendapat pengalaman yang hebat dan berbeza bersama Kuala Lumpur. Kami dapat bersaing dalam Piala Asia (AFC) dan layak ke final. Semua pengalaman itu banyak mengajar saya dan gembira dapat dikongsi dengan TFC,” katanya.Mintah mula menyertai Terengganu FC ll (TFC ll) pada 2020 sebelum dipinjamkan ke skuad The City Boys Jun tahun lepas.Bagaimanapun, beliau kembali semula ke TFC musim ini kerana masih mempunyai kontrak sehingga akhir tahun ini.Masa depan beliau bersama skuad Penyu dilihat agak sukar selepas TFC mengambil dua lagi penyerang import iaitu Ivan Mamut dan pemain kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn yang baharu sahaja menjulang trofi Piala AFF 2023. - Bernama | 4 | 18 Januari 2023 03:53pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241135/berita/sukan/fifa-iktiraf-piala-aff | FIFA iktiraf Piala AFF | 'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Berita baik itu dimaklumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino yang meluahkan hasrat untuk membantu agar Piala AFF segera dinaik taraf sebagai kejohanan rasmi badan induk bola sepak dunia tersebut.Beliau berkata, menerusi populasi dan capaian penyokong yang tinggi, Piala AFF berpotensi besar menjadi kejohanan yang dihormati dan berkembang pesat, lapor laman berita Vietnam, Zingnews.“Piala AFF perlu dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik.“Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,” ujar Infantino.Beliau menambah, kejohanan dwitahunan itu dianggap sebagai pertandingan penting buat lebih 650 juta penduduk di rantai Asia Tenggara."Semua rakyat ASEAN sangat menyukai bola sepak.“Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara-negara ASEAN meminati bola sepak dan membuat pencapaian dalam bola sepak lelaki dan wanita,” katanya.Pengiktirafan kejohanan seperti Piala AFF bakal memberi kelebihan kepada negara-negara bertanding untuk memperoleh lebih banyak mata ranking FIFA.Infantino pada Isnin menyaksikan final kedua Piala AFF di Stadium Thammasat yang menemukan Thailand dan Vietnam.Pada aksi itu Thailand menewaskan Vietnam 1-0 untuk muncul juara dengan agregat 3-2. | 4 | 18 Januari 2023 02:09pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241127/berita/sukan/hoki-piala-dunia-malaysia-mampu-kejutkan-new-zealand | Hoki Piala Dunia: Malaysia mampu kejutkan New Zealand | SKUAD hoki lelaki negara berpotensi mencipta kejutan menumpaskan New Zealand dalam perhitungan terakhir Kumpulan C aksi Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis.Walaupun menyedari cabaran getir menanti Malaysian Tigers, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal optimis anak buah A Arul Selvaraj akan turun bermati-matian menentang New Zealand dalam usaha meneruskan rentak kemenangan selepas mengatasi Chile 3-2, Isnin lepas."Ia tidak mudah tapi apa pun boleh berlaku. Saya cukup yakin kita akan beri tentangan hebat dan cuba tewaskan New Zealand," katanya di Kuala Lumpur pada Rabu.Rekod sepanjang 25 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1975, jelas memihak kepada New Zealand yang mencatat 13 kemenangan manakala Malaysia pula hanya menang enam kali dan seri enam kali.Beliau juga telah berhubung dengan Arul Selvaraj dan mengarahkannya mencari jalan bagi menyelesaikan segala isu berbangkit termasuk kegagalan menghasilkan gol menerusi pukulan sudut penalti yang membelenggu skuad kebangsaan ketika ini.Berdasarkan statistik dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysia hanya berjaya menjaringkan gol sekali daripada 13 pukulan sudut penalti menerusi Norsyafiq Sumantri ketika menumpaskan Chile semalam.Malaysia juga gagal menterjemah sebarang peluang ke dalam bentuk gol sewaktu diberikan tiga pukulan sudut penalti ketika tumpas 0-4 kepada juara tiga kali, Belanda, pada aksi pembukaan Kumpulan C, Sabtu lepas.Subahan pada masa sama yakin sekiranya pasukan negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia, berjaya melepasi peringkat kumpulan, ia sudah dianggap kejayaan membanggakan di India.Belanda kekal memimpin carta Kumpulan C dengan enam mata selepas menang bergaya 4-0 ke atas New Zealand, dalam satu lagi aksi Isnin lepas.New Zealand yang mengumpul tiga mata kini berada di tempat kedua diikuti Malaysia di tempat ketiga juga dengan tiga mata, manakala Chile di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati, untuk slot ke suku akhir.Penyertaan di India menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - Bernama | 4 | 18 Januari 2023 01:29pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241123/berita/sukan/rm112-juta-nilai-tiket-tonton-aksi-ronaldo-messi | RM11.2 juta nilai tiket tonton aksi Ronaldo-Messi | SEORANG jutawan Arab Saudi sanggup membida AS$2.6 juta (RM11.2 juta) untuk mendapatkan tiket bagi menonton pertembungan dua bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam perlawanan amal.Perlawanan esok di Riyadh itu akan menemukan Messi memimpin Paris Saint-Germain menentang pasukan pilihan daripada kelab terbaharu Ronaldo, Al Nassr dan pesaing terdekat mereka, Al Hilal.Pemenang bidaan tersebut diumum oleh Turki al-Sheikh, seorang penasihat di Mahkamah Diraja dan Ketua Penguasa Hiburan Am Arab Saudi pada Selasa.Sheikh mengumumkan di Twitter pemenang menerusi bidaan AS$2.6 juta adalah Mushref al-Ghamdi yang merupakan seorang jutawan dalam bidang hartanah."Tahniah, anda layak mendapatnya dan semoga Tuhan membalas anda dengan kebaikan," kata Sheikh.Bidaan itu bermula pada harga 1 juta riyal (RM1.1 juta) dan ia ditutup pada jam 11.30 malam Selasa waktu tempatan.Pemenang bidaan tiket istimewa itu berpeluang bergambar dengan pemain dan akses ke bilik persalinan.Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan untuk kempen amal kebangsaan yang dikenali sebagai Ehsan.Selain Messi, bintang PSG yang dijangka beraksi ialah penyerang Perancis, Kylian Mbappe.Turut dijangka beraksi ialah Achraf Hakimi yang membantu Maghribi muncul pasukan Arab dan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar.Selain Ronaldo, gabungan dua kelab itu dijangka disertai Salem Al-Dawsari yang menjaringkan gol kemenangan ketika kemenangan mengejut Arab Saudi ke atas ke atas Argentina pada saingan peringkat kumpulan Piala Dunia lalu. | 4 | 18 Januari 2023 01:11pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241117/berita/sukan/conte-harap-heung-min-temui-sentuhan-jaringan | Conte harap Heung-min temui sentuhan jaringan | PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengharapkan Son Heung-min akan menemui sentuhan gol untuk membantu pasukan kembali mendapat rentak positif dalam setiap perlawanan.Bintang Korea Selatan itu setakat ini hanya menjaringkan enam gol dan dua bantuan gol dalam 24 penampilannya di semua kejohanan musim ini.Malah, Heung-min hanya mampu mencetak satu gol dalam 11 pertandingan terakhir buat Tottenham iaitu ketika menentang Crystal Palace dalam kemenangan 4-0 pada 4 Januari lalu."Sudah tentu apabila bercakap mengenai Son, musim lalu dia mencetak 25 gol. Musim ini tidak terlalu banyak. Bagi kami ini bukan sesuatu yang bagus kerana kami mengharapkan gol daripadanya."Kemudian, kita juga bercakap tentang seorang manusia dan bukan robot. Saya mengharapkan dia dapat mula menjaringkan gol dengan tekanan atau tanpa dibebani tekanan," katanya.Prestasi Heung-min merosot dengan sangat ketara berbanding musim lalu apabila dia berjaya menjadi watak penting Spurs dengan 24 gol dan 10 bantuan gol dalam 45 perlawanan."Inilah bola sepak. Kami harus cuba menghadapi situasi ini dengan para pemain. Perkara paling penting adalah saya menyaksikan dalam latihan dan perlawanan, dia sudah melakukan yang terbaik," katanya.Spurs sedang melalui prestasi buruk selepas tewas 0-2 kepada Arsenal Isnin lalu yang menyaksikan mereka gagal memenangi empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris. | 4 | 18 Januari 2023 12:31pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241116/berita/sukan/wolves-ikat-sarabia-dari-psg | Wolves ikat Sarabia dari PSG | WOLVES mengambil langkah proaktif apabila mengikat pemain Paris Saint-Germain (PSG), Pablo Sarabia untuk kekal bersaing secara kompetitif dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).Pemain berusia 31 tahun itu difahamkan menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bersama Wolves.Sarabia yang beraksi bersama Sepanyol pada kempen Piala Dunia Qatar 2022 bulan lalu merupakan pemain ketiga ditandatangani Wolves sejak dibimbing Julen Lopetegui.Wolves dilaporkan membelanjakan sebanyak 4.3 juta euro (RM22.88 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain sayap itu.Dia yang dipinjamkan ke Sporting CP meledak 21 gol sepanjang bersama pasukan itu musim lalu.Sarabia berpeluang membuat penampilan pertama dalam saingan EPL apabila Wolves menentang juara bertahan, Manchester City hujung minggu ini. | 4 | 18 Januari 2023 12:29pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241103/berita/sukan/penyokong-serang-ramsdale-didakwa-di-mahkamah | Penyokong serang Ramsdale didakwa di mahkamah | SEORANG penyokong telah ditahan kerana didakwa menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale selepas perlawanan derby utara London menentang Tottenham Hotspur pada Isnin lalu, kata Polis Metropolitan.Joseph Watts, 35, telah dituduh melakukan serangan dengan memukul dan masuk ke kawasan padang di Stadium Tottenham Hotspur dalam kemenangan 2-0 pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.Watts, dari Hackney utara London, didakwa semalam dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Highbury pada 17 Februari.Susulan insiden tersebut, Persatuan Bola Sepak England mengutuk sekeras-kerasnya insiden itu manakala Tottenham menegaskan keganasan dalam apa jua bentuk tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.Kemenangan Arsenal menyaksikan mereka mempunyai kelebihan lapan mata di puncak liga mengatasi Manhester City. | 4 | 18 Januari 2023 11:03am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/241098/berita/sukan/klopp-lega-liverpool-kembali-raih-kemenangan | Klopp lega Liverpool kembali raih kemenangan | PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp lega selepas pasukannya kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Molineux pada Rabu.Klopp melakukan lapan pertukaran kesebelasan utamanya selepas kekalahan memalukan 0-3 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.Harvey Elliott adalah antara pemain yang membarisi pasukan utama kali ini dan menjadi wira pasukan menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan pada minit ke-13."Rasanya seperti zaman dahulu dan kami mempunyai perasaan untuk menang serta bermain dengan baik."Kami terpaksa berjuang dan mengawal permainan. Ia hebat dan ini reaksi yang kami mahu lihat," katanya.Kemenangan pertama dalam empat perlawanan itu menyaksikan Liverpool akan menempah pertemuan dengan Brighton dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Amex.Dalam pada itu, Klopp juga kagum dengan cara para pemain bertindak balas terhadap kekalahan dalam saingan EPL hujung minggu lalu."Daripada semangat yang kami tunjukkan, ya. Adalah menjadi tugas saya untuk membantu para pemain dan mencari formasi yang mana mereka rasa selesa."Stefan Bajcetic dan keseluruhan bahagian tengah sangat kompak, jadi sukar untuk Wolves mencari peluang untuk melakukan hantaran," katanya. | 4 | 18 Januari 2023 10:27am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241091/berita/sukan/ramuan-jinak-chile | Ramuan jinak Chile | KEMAHUAN dan disiplin tinggi menjadi ramuan kejayaan Malaysia bangkit mengatasi Chile 3-2 dalam aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela, India pada Isnin.Malah, pengendali skuad Malaysian Tigers, Arul Selvaraj tanpa berselindung mengakui dua faktor itu menjadi pencetus kepada persembahan cemerlang anak-anak buahnya.“Saya puji barisan pemain Malaysian Tigers walaupun ketinggalan dua kali, 0-1 diikuti 1-2, mereka tetap memiliki kemahuan dan disiplin tinggi untuk memburu kemenangan.“Kemenangan ke atas Chile ini juga penting apabila menyalakan semula impian pasukan ke peringkat seterusnya selepas tewas kepada Belanda sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Dalam aksi tersebut, skuad Malaysian Tigers terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum berjaya meraih kemenangan untuk membawa pulang tiga mata berharga.Para pemain negara meraikan jaringan ketika berdepan Chile dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela pada Isnin.Penyerang lincah Malaysia, Norsyafiq Sumantri muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-42 selepas gol ketiga Chile dibatalkan pengadil ketika perlawanan hanya berbaki tujuh minit.Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menduduki tempat ketiga, berkongsi tiga mata dengan New Zealand, manakala Belanda kekal memimpin Kumpulan C dengan enam mata dan Chile di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.Sementara itu, Arul mengakui masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperkemas dan diperbaikinya menjelang aksi terakhir kumpulan berdepan New Zealand pada Khamis.“Perkara yang perlu diperbaiki adalah semasa bertahan satu lawan satu dan finishing untuk mendapatkan gol padang, paling ketara adalah pukulan sudut penalti.“Fizikal pemain-pemain negara pula memang nampak memuaskan. Contohnya, ketika berdepan Belanda, setiap pemain push sehabis baik pada suku empat bagi menyaingi pasukan lawan,” ujarnya. | 4 | 18 Januari 2023 08:20am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241079/berita/sukan/jin-wei-tersingkir-awal-di-terbuka-india | Jin Wei tersingkir awal di Terbuka India | WAKIL tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei, tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan badminton Terbuka India di Dewan Tertutup KD Jadhav, di sini, hari ini.Pemain profesional dan bekas juara remaja dunia dua kali itu tewas kepada bekas juara dunia dan juga pilihan keenam dari Thailand, Ratchanok Intanon, 13-21, 11-21, dalam masa 27 minit.Sementara itu, beregu wanita negara dan juga nombor 17 dunia, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut terkandas di pusingan pembukaan dengan kekalahan straight set 16-21, 9-21 di tangan beregu China, Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan, dalam masa 36 minit.Kejohanan Jelajah Dunia Super 750, yang menawarkan hadiah wang tunai US$900,000 (RM3.9 juta), menyaksikan kejutan pada pusingan pembukaan apabila beregu lelaki pilihan pertama, Takuro Hoki-Yogo Kobayashi dari Jepun ditunjuk jalan keluar oleh beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 13-21, 18-21 dalam masa 39 minit.Esok, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, akan membuka kempen dengan menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito. - Bernama | 4 | 17 Januari 2023 11:05pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241066/berita/sukan/psm-masih-belum-menerima-apa-apa-surat | ‘PSM masih belum menerima apa-apa surat’ | STATUS empat badan induk negeri yang sebelum ini bernaung di bawah Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (Mastaf) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Sarawak masih dalam peringkat perbincangan, sekiranya empat persatuan itu mahu kembali bersama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada ketiga-tiga persatuan negeri berkenaan.“PSM masih belum menerima apa-apa surat yang mengatakan mereka bersetuju untuk kembali menyertai kami. Namun, difahamkan Selangor akan menghantar surat kepada kami (PSM) pada minggu hadapan, tapi kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku.“Saya juga masih menunggu keputusan rasmi kedudukan kami (PSM) dalam arena sepak takraw, masih belum ada maklum balas dari Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf).“Mungkin kerana mereka tunggu status Mastaf atau macam mana, tetapi PSM masih akan berjalan macam biasa,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Persatuan SepakTakraw Malaysia (PSM), Muezza Education Group Sdn Bhd dan Persatuan Pengusaha & Penggerak Industri Drone (MyDrone) di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin pada Selasa.Kemelut sepak takraw negara bermula apabila Astaf menyingkirkan PSM pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Astaf, pada 24 Februari tahun lalu.Mastaf pula merupakan badan induk sepak takraw negara yang sah selepas diiktiraf sebagai ahli baharu Astaf Mac lalu dan turut diterima menjadi ahli gabungan Istaf pada April.Untuk rekod, pada 20 Disember lalu, Presiden Mastaf, Datuk Suhaili Abdul Rahman telah mengumumkan pembubaran bandan induk itu.Sementara itu, Mohd Sumali memaklumkan PSM sudah menghantar senarai baharu barisan pemain dan kejurulatihan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), untuk melalui proses penelitian bagi memastikan skuad kebangsaan yang dibentuk benar-benar mantap.Katanya, rombakan itu bakal memberi nafas baharu dalam arena sepak takraw tanah air, sekali gus memastikan sukan berkenaan mampu melakar kejayaan dalam beberapa siri kejohanan penting tahun ini, seperti Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia 2023.“Tidak banyak yang saya dapat kongsikan, melainkan sudah menghantar senarai rombakan jurulatih dan pemain yang baharu kepada MSN beberapa hari lalu. Saya janji sebanyak 50 peratus perubahan akan dilakukan dalam struktur jurulatih dan pemain.“Namun, masih terdapat gabungan yang lama dan baharu, di mana mesyuarat jawatankuasa akan diadakan bersama MSN hujung bulan ini, kerana dari pihak kami (PSM) hanya boleh memberi senarai nama, manakala keputusan dan kontrak baharu itu terletak pada mereka (MSN),” katanya. | 4 | 17 Januari 2023 08:31pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241065/berita/sukan/kbs-pastikan-pembangunan-belia-sukan-terus-holistik | KBS pastikan pembangunan belia, sukan terus holistik | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan terus memastikan pembangunan belia dan sukan secara holistik terus terjamin antara kerajaan Persekutuan dengan negeri menerusi Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri.Menterinya, Hannah Yeoh optimis kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dicapai selepas mengadakan semula mesyuarat itu yang kali terakhir dipengerusikan pada 2018 oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Hannah berkata, mesyuarat itu akan diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun bertujuan membolehkan kementerian mengenal pasti selain membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi serta memperakukan cadangan tindakan dalam usaha meningkatkan pembangunan belia dan sukan."Selain itu, saluran komunikasi yang wujud ini satu manifestasi identiti dan hala tuju Kerajaan Perpaduan yang jelas mahukan penglibatan kerajaan negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia bersama," katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat itu di Menara KBS di Putrajaya pada Selasa.Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim; Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfren Angin serta semua Exco Belia dan Sukan negeri kecuali Selangor. - Bernama | 4 | 17 Januari 2023 08:31pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/241062/berita/sukan/tsg-realisasi-impian-aiman | TSG realisasi impian Aiman | SEKIAN lama menyimpan impian, akhirnya hasrat pelumba basikal berasal dari Bandung, Indonesia, Aiman Cahyadi untuk menyertai pasukan terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) tercapai musim ini.Lebih menggembirakan, pelumba terbaik Indonesia 2022 itu bakal bergandingan dengan idolanya, Mohd Harrif Salleh yang melakar sejarah sebagai pelumba pertama negara memenangi podium keseluruhan Tour du Rwanda musim lepas.Aiman berkata, dia telah mengikuti perkembangan TSG sejak 2011 dan memasang cita-cita untuk menyertai pasukan bertaraf benua itu suatu hari nanti."Terima kasih TSG memberikan kesempatan untuk saya berada di pasukan terbaik Asia. Saya mula mengikuti perkembangan TSG terutama Harrif Saleh pada usia 14 tahun."Sejak itu saya berusaha keras untuk memastikan satu hari saya boleh bergandingan dengan beliau dalam satu pasukan," katanya.Aiman yang pakar dalam pendakian berkata, sebagai pendatang baharu beliau berazam untuk menyumbang seberapa banyak mata bagi membantu TSG muncul pasukan terbaik benua tahun ini.Menurutnya lagi, dengan kerjasama berpasukan dan perancangan yang teliti, misi tersebut mampu dicapai dan akan mencatat rekod baharu dalam kariernya."Ini bukan misi mustahil kerana TSG pernah memenanginya pada 2019. Saya akan berusaha keras menyumbang mata dalam setiap perlumbaan disertai," katanya.Aiman adalah antara lima muka baharu TSG musim ini selain Jesse Ewart, Zuladri Amin Zulkurnain, Kee Zhe Yie dan Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim.Dia kini sedang menjalani latihan pusat selama dua minggu bersama 15 lagi rakan sepasukan sebagai persediaan menghadapi perlumbaan pertama musim ini pada akhir Januari ini. - Bernama | 4 | 17 Januari 2023 08:16pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241051/berita/sukan/jin-wei-kecundang-awal-di-india | Jin Wei kecundang awal di India | IMPIAN pemain badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei untuk melangkah lebih jauh dalam Terbuka India 2023 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.Jin Wei mengakhiri cabaran selepas tewas kepada bekas pemain nombor satu dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon, 21-13, 21-11 dalam masa 27 minit pada pusingan pertama di Dewan Tertutup KD Jadhav, India pada Selasa.Jin Wei yang berstatus nombor 33 dunia sebelum ini mengakui jurang antara dia dengan pemain dalam kelompok utama dunia masih jauh susulan tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023.Pemain berasal dari Bukit Mertajam berusia 22 tahun itu yang menyingkap tirai musim ini di Terbuka Malaysia tewas pada pusingan kedua kepada pemain nombor empat dunia dari Korea Selatan, An Se Young 10-21, 12-21. | 4 | 17 Januari 2023 07:19pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/241036/berita/sukan/safawi-perkuat-cabaran-the-dragons | Safawi perkuat cabaran The Dragons | BINTANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akhirnya melengkapkan perpindahan secara pinjaman bersama kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC.“Dragon King Ratchaburi FC telah mencapai persetujuan pinjaman untuk khidmat pemain sayap berbakat skuad kebangsaan Malaysia, Safawi Rasid.“Pemain kelab Liga Super, Johor Darul Ta’zim menyertai kelab ini atas dalam kuota pemain ASEAN, bagi saingan pusingan kedua Liga Thai 2022/23,” kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Selasa.Disember lalu, pemain berusia 25 tahun kelahiran Dungun itu disahkan akan menyertai Ratchaburi FC selepas berakhir kempen saingan Piala AFF 2022 baru-baru ini.Untuk rekod, antara pemain Harimau Malaya yang pernah beraksi di Liga Thailand - Dominic Tan (Police Tero - 2019-2021); Shahrel Fikri (Nakhon Ratchasima - 2018); Junior Eldstal (Chonburi FC - 2021); Norshahrul Idlan ( BG Pathum United - 2020). | 4 | 17 Januari 2023 05:54pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241023/berita/sukan/hafizh-syahrin-adam-norrodin-rindu-aura-sepang | Hafizh Syahrin, Adam Norrodin rindu aura Sepang | MALAYSIA boleh berbangga apabila masih mempunyai dua wakil dalam saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), walaupun Malaysia tidak berada dalam kalendar perlumbaan selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2016.Mengakui rindu untuk berlumba di hadapan penyokong sendiri, dua pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah dan Muhamad Adam Norrodin, masing-masing mengharapkan ada pihak yang sudi untuk membawa semula perlumbaan itu ke negara ini.Hafizh Syahrin yang mewakili MIE Racing Honda Team dalam kelas premier bagi musim 2023 berkata, perkara positif yang paling dinantikan beliau ialah, perlumbaan WSBK kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang.“Sudah tentu sebagai pelumba Malaysia kita nak ada 'home race' tapi saya tidak pasti kita akan ada ataupun tidak...saya tak pasti siapa yang berhak untuk bawa kejohanan ini di Malaysia tapi kenapa tidak?.“Ini perkara positif, 'home race' di Sepang akan jadi menarik dan menggembirakan, satu perkara positif saya harapkan ialah kita ada 'home race',” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian bersama RCB (Racing Boy) di Puchong di sini, pada Selasa.Pada masa sama, Muhamad Adam yang berlumba dalam kelas 600cc bersama MIE Racing Honda Team musim ini berpendapat, kejohanan itu akan menerima sambutan menggalakkan sekiranya dianjurkan semula di Sepang.“Sudah tentu saya harapkan ia balik ke Sepang kerana saya rasa ia bagus untuk peminat selepas lama tidak dianjurkan, bagus juga dari segi pemasaran dan untuk kami pelumba negara.“Saya sudah banyak berlumba di Sepang di hadapan penyokong sendiri, ia akan jadi satu motivasi tambahan buat saya jika WSBK kembali ke Malaysia, kita tunggu dan lihat,” kata pelumba berusia 24 tahun itu.Pusingan pembukaan saingan WSBK 2023 akan berlangsung di Litar Phillip Island di Australia pada 24 hingga 26 Februari depan.Terdahulu, Hafizh Syahrin dan Muhamad Adam masing-masing menandatangani perjanjian penajaan selama setahun bersama RCB, yang menyaksikan kedua-dua pelumba itu menjadi duta jenama tersebut dan akan terlibat dalam program penyelidikan dan pembangunan yang bakal dijalankan.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RCB, Bruce Lee berkata, jenama itu berbangga untuk menyokong dua pelumba berkenaan kerana mereka akan berlumba dalam salah satu daripada peringkat tertinggi perlumbaan motosikal antarabangsa dan telah secara konsisten menunjukkan bakat mereka dan dedikasi mereka.“Kami juga teruja untuk mempunyai kepakaran mereka dalam kami terus membangunkan dan memperbaiki lagi produk kami. Sebagai pelumba profesional, Hafizh dan Adam akan memainkan peranan utama dalam proses pembangunan produk RCB, memberikan pandangan dan maklum balas bagi membantu jenama ini untuk terus berinovasi dan berkembang,” katanya. - Bernama | 4 | 17 Januari 2023 05:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/241015/berita/sukan/pemain-itali-nafi-guna-sijil-vaksinasi-palsu-untuk-bertanding | Pemain Itali nafi guna sijil vaksinasi palsu untuk bertanding | PEMAIN Itali, Camila Giorgi menafikan bahawa dia menggunakan sijil vaksinasi Covid-19 palsu untuk bertanding dalam kejohanan tenis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).Media Itali melaporkan bulan lalu bahawa seorang doktor, Daniela Grillone, telah menamakan Giorgi sebagai antara individu yang mendapatkan dokumen palsu.Bercakap buat kali pertama mengenai dakwaan itu selepas kemenangan 6-0, 6-1 ke atas Anastasia Pavlyuchenkova pada pusingan pembukaan Terbuka Australia, Giorgi menegaskan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan."Doktor itu telah disiasat dan dia berdepan tindakan undang-undang beberapa kali."Saya mendapatkan suntikan vaksinasi di tempat yang berbeza. Jadi saya tiada masalah dengan itu."Dia (menyenaraikan) nama saya, sudah tentu, tetapi terdapat lebih daripada 300 orang dalam senarai berkenaan," kata pemain berusia 31 tahun itu.Beberapa negara mewajibkan pemain untuk memberikan bukti vaksinasi sebelum menyertai kejohanan tenis pada 2021 dan 2022, termasuk Australia dan Amerika Syarikat.Giorgi mengakui beliau menerima suntikan vaksin daripada Grillone dan dia telah menggunakan dokumen yang disediakan oleh doktor itu.Tetapi dia menafikan dakwaan memperoleh dokumen palsu sambil berkata: "Tidak, tidak sama sekali." - Bernama | 4 | 17 Januari 2023 04:46pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/240990/berita/sukan/hang-seo-tinggalkan-vietnam-dalam-kekecewaan | Hang-seo tinggalkan Vietnam dalam kekecewaan | NADA kecewa diluahkan pengendali Vietnam, Park Hang-seo selepas kekalahan kepada Thailand dengan agregat 2-3 dalam perlawanan akhir Piala AFF yang menjadi penamat kariernya bersama skuad Naga Emas itu.Hang-seo gagal membawa Vietnam menjulang piala tersebut buat kali kedua selepas seri 2-2 di Hanoi dan kemudian tewas 0-1 pada final kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani pada Isnin."Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Thailand dan (Alaxandre) Polking kerana menang Piala AFF kali ini. Hari ini saya mahu memberikan hadiah kepada penyokong, tetapi tidak berjaya. Saya minta maaf."Keputusan ini tidak seperti yang saya harapkan. Pemain sudah melakukan yang terbaik terutama ketika bermain di laman lawan. Saya harap peminat akan terus menyokong dan tidak mengkritik pemain," katanya seperti dipetik daripada Vietnam Post English.Hang-seo mengendalikan skuad senior Vietnam sejak 2017 dan meraih 26 kemenangan, 15 seri dan 14 kekalahan dalam 55 perlawanan.Daripada keseluruhan perlawanan itu, dia berjaya membawa Vietnam memenangi Piala AFF pada 2018.Selain itu, Hang-seo juga sempat melatih pasukan bawah 23 tahun (B-23) Vietnam dan muncul juara dua kali dalam saingan Sukan SEA pada 2019 dan 2021 selain menjadi naib juara Piala Asia B-23 pada 2018.Dalam pada itu, Hang-seo turut mengharapkan pasukan Vietnam akan terus maju dan berkembang."Sekarang saya tidak lagi sebagai ketua jurulatih namun sebagai penyokong yang akan bersorak untuk pasukan Vietnam."Saya rasa masih jurulatih yang mempunyai banyak kekurangan, sentiasa cuba mengharungi setiap perlawanan. Yang dikesalkan ialah saya tidak lagi bersama pemain."Banyak yang telah kami lalui dengan pelbagai suka dan duka bersama. Tidak bersama pemain membuatkan saya sangat sedih," katanya. | 4 | 17 Januari 2023 03:27pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/240978/berita/sukan/kelantan-fc-uji-enam-awang-import | Kelantan FC uji enam awang import | KELANTAN FC akan menguji enam pemain import sebelum dipilih untuk diserapkan dalam pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, ia termasuk tiga pemain dari Korea Selatan yang akan dinilai oleh ketua jurulatih, Choi Moon Sik"Insya-ALLAH ada enam import akan hadir untuk perlawanan pra musim seterusnya. Coach Choi Moon Sik sedang buat pilihan termasuk tiga orang pemain dari Korea. Pemain tempatan juga sedang dinilai."Kita juga masih dalam pra musim dan persiapan sedang diperkemaskan," katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya pada Selasa.Setakat ini, Kelantan FC sudah mengharungi perlawanan pra musim dengan kekalahan 0-7 kepada pasukan dari Thailand, Buriram United yang berlangsung di Songkhla pada Ahad.Skuad pantai timur itu akan berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk berdepan Kedah pada Jumaat sebelum berdepan tiga lagi perlawanan pra musim sebagai persiapan memulakan saingan liga pada penghujung Februari ini.Dalam pada itu, Zamsaham turut memaklumkan Kelantan FC akan menjalinkan kerjasama dengan badan pengelola Maju Jaya Bola Project bagi menyalurkan bakat bakat-bakat muda pemain Thailand sebagai import Kelantan FC. | 4 | 17 Januari 2023 02:50pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/240928/berita/sukan/tak-mustahil-united-julang-trofi-epl | Tak mustahil United julang trofi EPL | TONGGAK pertahanan Manchester United, Raphael Varane percaya tiada apa yang mustahil untuk kelab itu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas kemenangan ke atas Manchester City, pada Sabtu.City telah menang empat kejuaraan EPL dalam lima musim terakhir, manakala United pula gagal memenangi trofi tersebut selepas era pengendali terdahulu, Alex Ferguson.Namun, kehadiran Erik ten Hag di Old Trafford memberikan harapan kepada kelab itu menjulang sebarang trofi dan kemungkinan untuk turut meraih kejuaraan EPL musim ini."Segalanya mungkin. Kami akan melihat setiap perlawanan demi perlawanan. Perjalanan masih jauh dan sudah tentu sangat sukar."Intensiti perlawanan juga sangat tinggi dan memerlukan fizikal emosi yang konsisten. Ia seperti intensiti dalam perlawanan besar seperti Liga Juara-Juara."Para pemain bersedia secara fizikal dan kami tahu ia akan menjadi sukar. Tetapi, kami sebuah pasukan mantap dan kuat. Kami hanya perlu pastikan pemain berada pada tahap kualiti sepatutnya," katanya.United ketika ini berada di kedudukan keempat EPL dengan 38 mata berkongsi mata dengan Newcastle Untied di tempat ketiga.Arsenal pula kekal sebagai pendahulu selepas menewaskan Tottenham Hotspur pada Isnin dan memiliki kelebihan lapan mata berbanding City di kedudukan kedua liga. | 4 | 17 Januari 2023 11:11am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/240919/berita/sukan/aston-villa-chicago-fire-capai-kesepakatan-untuk-duran | Aston Villa, Chicago Fire capai kesepakatan untuk Duran | ASTON Villa telah mencapai persetujuan dengan Chicago Fire untuk perpindahan pemain Colombia, Jhon Duran.Menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, pemain berusia 19 tahun tersebut yang mempunyai tiga caps, menjaringkan lapan gol untuk Chicago Fire musim lalu dalam Major League Soccer (MLS).“Perjanjian itu tertakluk kepada pemain yang lulus ujian perubatan, bersetuju dengan syarat peribadi dan mendapatkan visa kerja yang diperlukan,” kata Villa dalam satu kenyataan.Difahamkan laporan di laman web rasmi liga Amerika berkata, perjanjian itu bernilai sehingga AS$22 juta.Untuk rekod, kelab Midlands itu berada di tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata selepas 19 perlawanan.Aston Villa akan melawat pasukan tercorot Southampton pada hujung minggu ini.The Villa sebelum itu menandatangani bek kiri Sepanyol Alex Moreno dari Real Betis awal bulan ini. | 4 | 17 Januari 2023 10:31am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/240916/berita/sukan/forest-sambar-danilo-dari-palmeiras | Forest sambar Danilo dari Palmeiras | NOTTINGHAM Forest menandatangani kontrak pemain tengah Brazil, Danilo dari Palmeiras sehingga 2029, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu, pada Selasa.Pemain berusia 21 tahun itu membuat 141 penampilan dalam semua pertandingan bersama Palmeiras, dengan memenangi dua Copa Libertadores dan kejuaraan liga serta piala domestik.“Saya sangat gembira dapat memenuhi impian untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan Nottingham Forest."Saya berazam untuk menang dan akan sentiasa berusaha melakukan terbaik di atas padang untuk mencapai keputusan positif. Saya kini teruja untuk bermula serta bertemu rakan sepasukan baharu," katanya yang akak memakai jersi nombor 28.Sementara itu, Pengarah Sukan Forest, Filippo Giraldi mengalu-alukan kedatangan Danilo."Dia mempunyai bakat besar dan akan menjadi aset hebat untuk masa kini serta masa depan Nottingham Forest," katanya.Untuk rekod, Nottingham Forest kini berada di kedudukan ke-13 Liga Perdana Inggeris, akan menentang Bournemouth hujung minggu ini. | 4 | 17 Januari 2023 10:20am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/240914/berita/sukan/saya-tak-degil---klopp | 'Saya tak degil' - Klopp | PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan dia bukan seorang yang degil dan tidak mendengar saranan penyokong apabila tidak membeli ramai pemain ketika jendela perpindahan Januari.Sebaliknya, dia masih yakin dengan kemampuan para pemainnya untuk membawa cabaran The Reds sehingga penghujung liga.Liverpool tewas 0-3 kepada Brighton dan Hove Albion pada Sabtu dengan Klopp menyifatkan persembahan paling buruk pernah disaksikannya sepanjang karier kejurulatihannya.The Reds kini berada di kedudukan kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketinggalan 10 mata dibelakang pasukan di kedudukan keempat, Manchester United."Bukannya saya degil dan fikir akan terus bersama pemain yang ada sehingga 2050. Itu bukan cara saya melihatnya, tetapi ini semua tentang apa yang saya boleh lakukan dan apa yang saya mahu lakukan."Saya tidak boleh mengubah jawapan saya. Jika penyelesaian untuk kami ada di luar sana, sudah tentu saya akan membawa pemain untuk membantu pasukan," katanya.Klopp sebelum ini telah menyatakan tidak akan membeli pemain lain selepas membawa masuk pemain sayap, Cody Gakpo pada jendela perpindahan kali ini.Dalam pada itu, Klopp mengakui dia mempunyai pilihan yang sedikit dalam beberapa posisi pasukan."Tetapi, kami juga mempunyai skuad sedia ada dan jika prestasi mereka merosot, saya perlu lakukan sesuatu dan tidak menyalahkan orang lain."Ya, kami mempunyai pilihan terhad, tetapi kami mempunyai pemain yang masih mempunyai kontrak di sini."Benar kami perlu memperkuatkan pasukan, tetapi adakah ini masa yang sesuai untuk kami (menandatangani pemain)? Saya rasa tidak," katanya. | 4 | 17 Januari 2023 09:45am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/240911/berita/sukan/penampilan-pertama-ronaldo-bersama-al-nassr | Penampilan pertama Ronaldo bersama Al Nassr | BINTANG baharu kelab Liga Arab Saudi, Al Nassr, Cristiano Ronaldo buat pertama kali akan tampil dalam aksi pertunjukan Riyadh ST XI menentang gergasi Ligue 1 Perancis, Paris St Germain (PSG).Bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United itu akan mengetuai pasukan gabungan kelab Arab Saudi, Al Hilal dan Al Nassr berdepan kelab jagoan dunia dipacu bintang Argentina, Lionel Messi.Kapten Portugal berusia 37 tahun itu akan membarisi pasukan yang turut diperkuatkan tonggak Arab Saudi, Salem Al-Dawsari, selain Saud Abdulhamid pada perlawanan tersebut.Permintaan tiket untuk perlawanan berintensiti tinggi itu juga dilaporkan menerima tempatan tiket sebanyak 2 juta menerusi pembelian dalam talian bagi perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Riyadh.Bekas bintang Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu sebelum ini diikat gergasi Arab Saudi dengan kontrak sehingga 2025.Untuk rekod, Ronaldo sebelum ini terlepas dua perlawanan domestik bersama Al Nassr selepas digantung Persatuan Bolasepak (FA) England kerana menjatuhkan telefon bimbit seorang penyokong pada April lalu. | 4 | 17 Januari 2023 09:17am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/240909/berita/sukan/arsenal-tidak-akan-menang-epl---neville | Arsenal tidak akan menang EPL - Neville | BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville meramalkan Arsenal akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah Manchester City dan juga United.Menurutnya, City masih lagi calon utama untuk memenangi EPL musim ini dan percaya Arsenal akan gagal mengekalkan kelebihan mata yang dimiliki selaku pendahulu liga ketika ini.Arsenal mengekalkan prestasi hebat mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur untuk mendahului lapan mata mengatasi City yang tewas 1-2 kepada United pada Sabtu."Saya tidak fikir mereka (Arsenal) akan memenangi liga. Manchester City akan memenangi liga, dan saya fikir United akan menduduki tempat kedua. Saya tahu itu akan mengganggu emosi peminat Arsenal."Saya lebih suka Arsenal memenangi liga daripada Man City. Saya fikir ia akan menjadi sangat sensasi untuk Liga Perdana tahun ini."Saya berfikir tentang menonton Liga Perdana dan kita telah melihat City selain Liverpool yang menyapu bersih kejuaraan liga sejak lima tahun lalu."Saya suka untuk membayangkan United memenanginya, tetapi saya tidak fikir itu akan berlaku musim ini," katanya.Arsenal ketika ini selesa di puncak EPL dengan 47 mata dibezakan lapan mata dengan pencabar terdekat mereka City selepas 18 perlawanan.Newcastle United dan Manchester United pula berada di kedudukan ketiga dan keempat berkongsi 38 mata. | 4 | 17 Januari 2023 08:55am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/240902/berita/sukan/victor-suntik-semangat-zii-jia | Victor suntik semangat Zii Jia | JAMINAN sokongan penajaan jenama Victor perlu dijadikan sebagai penyuntik semangat buat pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk bangkit pada kejohanan akan datang.Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sokongan tersebut sudah pasti melegakan pemain berusia 25 tahun itu kerana perjalanan kerjayanya dalam badminton masih panjang dan penuh dengan pelbagai cabaran.Justeru, katanya, Zii Jia kini boleh fokus untuk meningkatkan prestasi tanpa gangguan masalah luar gelanggang termasuk tidak perlu lagi memikirkan soal penajaan.“Ia (jaminan tajaan) menjadi penyuntik semangat untuk Zii Jia bangkit kerana perjalanan kerjayanya masih panjang.“Zii Jia boleh fokus untuk tingkatkan prestasi dengan jaminan yang diberikan oleh penajanya. Buat waktu ini tidak perlu risau dengan status penajaannya,” katanya kepada Sukan Sinar.Menurut Pekan, reaksi daripada Victor sebagai penaja Zii Jia adalah sesuatu yang positif kerana hubungan mereka masih baru dan saling memerlukan, dan beliau yakin ia juga terkandung dalam syarat penajaan.“Saya pasti hubungan ini adalah untuk jangka panjang atau mempunyai tempoh tertentu yang memberi masa munasabah buat Zii Jia mencapai sasaran yang ditetapkan."Kenyataan Victor ini juga mungkin sebagai ingatan kepada Zii Jia untuk terus fokus dan meningkatkan prestasinya dengan segera,” katanya.Beliau mengulas mengenai sokongan yang akan terus diberikan oleh Victor kepada Zii Jia, meskipun juara Asia itu berdepan prestasi tidak menentu.Victor Malaysia menerusi catatan di laman sosial memberi bayangan bahawa syarikat dari Taiwan yang terlibat dalam perniagaan peralatan sukan tersebut akan kekal bersama pemain nombor dua dunia itu.“Jika prestasi Zii Jia terus merudum, penaja akan tetap terus memberi sokongan,” ciap Victor Malaysia di Twitter rasmi pada Ahad.Sukan Sinar pada Ahad melaporkan Pekan menasihati Zii Jia untuk menimbang semula keputusannya meneruskan kerjaya badminton tanpa jurulatih.Pekan berkata, jika prestasi pemain nombor satu negara itu terus merudum, ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Zii Jia, malah mengundang masalah lain termasuk penaja mungkin menarik diri.Ia berikutan kemerosotan prestasi pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu dalam kejohanan yang disertainya termasuk tersingkir awal pada Terbuka Malaysia 2023.Zii Jia sebelum ini turut dikecewakan apabila tersingkir awal pada edisi 2019 dan 2022 Terbuka Malaysia.Selepas keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Januari 2022, Zii Jia menandatangani kontrak penajaan bersama Victor.BAM sebelum ini pernah berkolaborasi bersama Victor dengan menjadi penaja selama enam tahun bermula 2015 hingga 2021.Bagaimanapun jumlah tajaan dan tempoh kontrak Zii Jia dengan syarikat itu tidak didedahkan.Namun difahamkan jumlah tajaan setahun melebihi RM1 juta dengan tempoh kontrak lebih lima tahun. | 4 | 17 Januari 2023 07:10am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/240899/berita/sukan/thailand-cipta-rekod-raih-gelaran-ketujuh-piala-aff | Thailand cipta rekod raih gelaran ketujuh Piala AFF | THAILAND berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul gelaran buat kali ketujuh selepas menundukkan Vietnam 1-0, pada final kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 yang berlangsung sengit di Stadium Thammasat di Pathum Thani, malam ini.Keputusan itu membolehkan skuad Gajah Perang bimbingan Alexandre Polking mengesahkan kejuaraan dengan keputusan agregat 3-2, sekali gus melebarkan rekod pasukan paling berjaya dalam sejarah penganjuran Piala AFF, selepas memenangi edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016 dan 2020.Pada pertembungan malam ini, Ketua Pasukan Thailand Theerathon Bunmathan meledak gol tunggal perlawanan, yang juga jaringan sulungnya dalam kempen kali ini menerusi rembatan padu kaki kanan dari luar kotak penalti pada minit ke-24, selepas menerima hantaran Adisak Kraisorn.Gol tersebut menambah intensiti perlawanan yang sememangnya tegang sebelum pengendali Vietnam Park Hang Seo melakukan pertukaran awal, dengan membawa masuk pemain sensasi Nguyen Quang Hai menggantikan Nguyen Tuan Anh pada minit ke-36, dalam usaha memburu gol penyamaan.Pham Tuan Hai dan Do Duy Manh turut dibawa masuk Hang Seo pada awal babak kedua menggantikan Phan Van Duc dan Bui Hoang Viet Anh bagi mengubah kedudukan jaringan, bagaimanapun benteng pertahanan Thailand beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri.Penyerang Nguyen Tien Linh terlepas peluang menjaringkan gol penyamaan, apabila percubaannya dari sebelah kiri gawang berjaya diselamatkan penjaga gol Kampon Phatomakkakul pada minit ke-70 sebelum permainan diganggu dengan kecederaan dialami beberapa pemain di padang.Di penghujung perlawanan, Vietnam yang tidak mengalah terlepas beberapa peluang antaranya tandukan Nguyen Thanh Chung yang tersasar pada minit ke-81, sebelum rembatan Quang Hai melewati tiang gol pada masa kecederaan.Thailand yang mengatasi Malaysia pada aksi separuh akhir, terpaksa bermain dengan 10 pemain di saat-saat akhir apabila Peeradol Chamrasamee diarahkan keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua, namun situasi itu tidak membawa perbezaan.Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino turut hadir menyaksikan perlawanan malam ini.Selepas Thailand, Singapura pasukan kedua paling berjaya dengan rekod empat, gelaran diikuti Vietnam (dua) dan Malaysia sekali iaitu pada 2010. - Bernama | 4 | 16 Januari 2023 11:55pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/240888/berita/sukan/skuad-boling-lelaki-negara-cemerlang-di-hong-kong | Skuad boling lelaki negara cemerlang di Hong Kong | SKUAD boling negara terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila meraih pingat emas acara lelaki lima berpasukan, selain menyapu bersih acara All Event lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) pada Isnin.Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong itu, skuad kebangsaan pada mulanya hanya mampu menduduki tempat ketiga bagi blok pertama dalam acara lima berpasukan dengan melakukan 3,607 jatuhan pin.Bagaimanapun, pasukan terdiri daripada Muhammad Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol bangkit merampas tempat pertama pada blok kedua setelah melakukan 7,323 jatuhan pin untuk meraih emas.Keputusan yang diraih skuad kebangsaan itu mengetepikan cabaran pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat kedua dengan 7,079 jatuhan pin dan tempat ketiga dimenangi oleh skuad Korea Selatan dengan catatan 7,044 jatuhan pinDalam pada itu, Muhammad Rafiq turut mencipta sensasi selepas meraih emas acara All Event lelaki dengan membuat jatuhan pin tertinggi 6,128, diikuti rakan sepasukan Timmy yang memenangi perak dengan 6,073 jatuhan pin.Gangsa milik Tun Hakim yang mengumpul 5,954 jatuhan pin, manakala skuad negara turut mengisi kedudukan keempat dan kelima masing-masing menerusi Ahmad Muaz (5,938) dan Syafiq Ridhwan (5,850).Setakat ini, Malaysia berada di kedudukan pertama dalam pungutan pingat keseluruhan dengan memperoleh tiga emas, lima perak dan tiga gangsa. - Bernama | 4 | 16 Januari 2023 08:50pm |