author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243792/berita/sukan/ten-hag-bengang-insiden-kad-merah-casemiro
Ten hag bengang insiden kad merah Casemiro
KEMENANGAN 2-1 Manchester United ke atas Crystal Palace diwarnai insiden pergaduhan dan layangan kad merah ke atas Casemiro dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Ahad.Insiden itu menimbulkan rasa tidak puas hati pengurus, Erik ten Hag yang menyalahkan pengadil, Andre Marriner dan keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang tidak konsisten selepas pemain tengah itu menjadi satu-satunya pemain yang dibuang padang.The Red Devils berada di depan dengan dua jaringan menerusi Bruno Fernandes dan Marcus Rashford pada babak kedua.Bagaimanapun United dipaksa berkampung di laman sendiri pada aksi penuh dramatik di Old Trafford selepas Casemiro diperintah keluar padang sebelum Jeffrey Schlupp menghasilkan gol untuk merapatkan jurang.Schlupp sebelum itu menolak pemain sayap United, Antony sehingga keluar padang sekali gus mencetuskan pergaduhan membabitkan kedua-dua pemain yang berakhir dengan Casemiro menerima kad merah kerana melakukan keganasan.Marriner dinasihatkan untuk memeriksa insiden itu melalui VAR bagi menyemak imej Casemiro mencengkam Will Hughes di bahagian leher.“Permainan ini berintensiti tinggi pada 70 minit pertama sehingga insiden itu berlaku dan kemudian anda melihat pasukan ini berdiri untuk mempertahankan sesama sendiri.“Saya melihat pemain bergaduh sesama sendiri. Beberapa pemain melintasi garisan dan kemudian seorang pemain dibuang padang. Bagi saya, itu tidak betul,” ujar Ten hag.Beliau mendakwa bahawa pemain Palace, Jordan Ayew juga sepatutnya dilayangkan kad merah susulan insiden tersebut, namun keputusan tidak konsisten VAR membuatkan Ten Hag tidak berpuas hati.“Insiden Casemiro anda ulang tayang dan mendapati dia bersalah. Ada seorang lagi pemain yang bertindak lebih teruk daripada Casemiro.“Anda perlu konsisten dengan VAR. Minggu lalu kami kehilangan Christian Eriksen (yang terpaksa berehat tiga bulan) akibat dikasari. Tiada campur tangan oleh VAR,” katanya.
4
05 Februari 2023 01:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243767/berita/sukan/klopp-terkedu-prestasi-hambar-liverpool
Klopp terkedu prestasi hambar Liverpool
JURGEN Klopp terkedu dan seakan tidak dapat menerima kekalahan 0-3 Liverpool kepada Wolves dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Klopp juga melabelkan aksi The Reds sebagai 'teruk' dan sukar buatnya menjelaskan persembahan hambar para pemainnya.The Reds hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan EPL dan peluang untuk memburu kelompok empat teratas kian tipis.Liverpool ketinggalan 0-2 dalam tempoh 12 minit pertama aksi di Molineux itu menerusi gol sendiri Joel Matip dan rembatan Craig Dawson yang membuka jaringan pada penampilan sulungnya bersama Wolves."Bolos awal permainan bukan satu perkara biasa buat kami, tetapi cara kami dibolosi tidak dapat diterima," ujar Klopp.Ruben Neves kemudian menambah jaringan ketika permainan berbaki 19 minit untuk membantu Wolves keluar dari zon penyingkiran."Secara keseluruhan, kami bermain dengan baik tanpa menjaringkan gol dan ia adalah perlawanan di tempat lawan yang bagus tetapi tanpa gol. Ia sangat teruk," kata Klopp.Liverpool ketika ini menghuni kedudukan ke-10 EPL dan sudah tersingkir daripada kedua-dua kejuaraan domestik.Liga Juara-Juara Eropah adalah satu-satunya peluang untuk mereka merangkul trofi pada musim ini.Aksi 16 terakhir menentang Real Madrid menanti The Reds akhir bulan ini.
4
05 Februari 2023 10:24am
WARTAWAN SUKAN SINAR
https://www.sinarharian.com.my/article/243765/berita/sukan/kemenangan-everton-ke-atas-arsenal-satu-permulaan---dyche
Kemenangan Everton ke atas Arsenal satu permulaan - Dyche
SEAN Dyche mengisytiharkan kemenangan 1-0 Everton ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal hanyalah permulaan ketika pengendali baharu The Toffees itu membuat penampilan sulung di Goodison Park.Kehadiran semula bekas bos Burnley berusia 51 tahun itu menyaksikan Arsenal mengalami kekalahan liga kedua musim ini selepas tandukan separuh masa kedua daripada James Tarkowski hasil sepakan sudut daripada Dwight McNeil, dua pemain yang merupakan sebahagian daripada unit Dyche di Burnley terdahulu."Ia adalah titik permulaan, namun prestasi dan keputusan seterusnya tidak terjamin."Ia adalah satu permulaan, ia adalah cara mereka mengambil alih dan berbangga dengan apa yang kami cuba lakukan minggu ini dan saya gembira dengan itu."Perkara seterusnya ialah bagaimana kami boleh membawanya ke hadapan," kata Dyche.Dyche percaya bahawa para pemainnya tidak boleh mengambil mudah selepas kemenangan mengejut itu sebaliknya mesti terus bekerja keras ketika mereka meneruskan usaha menyisihkan diri dari zon penyingkiran.Everton, yang kini mengumpul 18 mata daripada 21 perlawanan, seterusnya melawat saingan Merseyside, Liverpool di Anfield pada 14 Februari."Kami mempunyai pemain yang sangat bagus di sini dan saya mahu memberi mereka kebebasan untuk bermain tetapi permainan ini mempunyai cara tertentu."Anda perlu melakukan perkara asas dan ia berkenaan menterjemahkan setiap sesi latihan dalam bentuk keputusan cemerlang semasa perlawanan."Kami perlu berlari lebih pantas, bekerja lebih keras, selain perlu menangani tekanan dan kami perlu berjuang secara taktikal dan teknikal di atas kebebasan itu," tambah Dyche.
4
05 Februari 2023 10:11am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243750/berita/sukan/kpt-pertaruh-4-pasukan-terbaik-cabar-kejuaraan-kebangsaan
KPT pertaruh 4 pasukan terbaik cabar kejuaraan kebangsaan
EMPAT pasukan terbaik institusi pendidikan tinggi (IPT) akan dihantar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyertai kejohanan peringkat kebangsaan bagi musim ini.Pasukan itu skuad bola sepak Malaysia University Football Team (MUFT), KPT-PST Mustangs (futsal), KPT-UNITEN THUNDER (hoki wanita) dan KPT-MASUM Knights (sepak takraw).MUFT dipacu 27 pemain, bakal bersaing dalam Liga M3 2023 manakala KPT-PST Mustangs menggalas cabaran Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2023 dengan kekuatan 21 atlet.KPT-UNITEN Thunder pula yang melibatkan kekuatan 13 pemain akan menyingkap saingan TNB Liga Hoki WANITA Malaysia 2023.Status naib juara 2022 dan muncul juara Piala Vivian May Soars kali ketiga, pasukan menyasarkan juara liga pada 2023 ini dan turut mengekalkan kejuaraan Piala Vivian May Soars.KPT-MASUM Knights yang muncul naib juara Divisyen Satu Liga Sepak Takraw (STL) 2022 dan beraksi di Liga Juara-Juara menggalas cabaran di Liga Premier 2023 dengan sasaran empat pasukan terbaik.Majlis pengenalan pasukan IPT ke Liga Kebangsaan 2023 dan penyerahan buku manual terbitan seksyen sukan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian, turut hadir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Norisma Mohd Ismail.Sementara itu, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, "Sasaran KPT kepada empat pasukan itu tidaklah mustahil untuk dicapai cuma mungkin sedikit mencabar untuk pasukan Hoki Wanita PKS-Uniten agar menyapu dua kejuaraan sekaligus musim ini.“Saya juga yakin ada kejutan yang boleh dilakukan regu Sepaktakraw KPT-Masum-Knights yang layak beraksi dalam STL Premier buat kali pertama."Begitu juga peningkatan yang diharapkan daripada pasukan bola sepak Universiti Malaysia dan pasukan Futsal PST-Mustang di MPFL musim ini bersandarkan kepada persiapan yang lebih baik musim ini.”
4
05 Februari 2023 09:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243760/berita/sukan/arsenal-akui-everton-lebih-baik
Arsenal akui Everton lebih baik
ARSENAL disifatkan tidak berada pada tahap sebenar kelab London itu selepas dijinakkan kelab bawahan Everton pada Sabtu.Malah tanpa berselindung, pengendali The Gunners, Mikel Arteta mengakui Everton tampil lebih baik ketika menyaingi kelab London tersebut."Saya rasa Everton sangat bagus. Kami harus mengucapkan tahniah kepada mereka terlebih dahulu apabila mereka berusaha mengubah keadaan."Saya fikir mereka menyukarkan kami untuk memenangi permainan kerana mereka benar-benar cekap dan berintensiti tinggi," katanya.Sebelum itu, bekas pengendali Burnley, Sean Dyche memulakan tugasan selaku pengurus Everton dengan kejutan apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas pendahulu Arsenal di Goodison Park.Tandukan padu James Tarkowski pada minit ke-60 di separuh masa kedua menyaksikan The Toffees memenangi perlawanan pertama sejak Oktober tahun lalu sekali gus keluar dari zon penyingkiran.Namun Arsenal pula biarpun tewas masih kekal mendahului lima mata ke atas pasukan tangga kedua, Manchester City.Pada masa sama Arteta juga mengakui kecewa dengan situasi perlawanan yang sepatutnya dimanfaatkan pelawat."Dari kekecewaan pihak kami pula kerana tidak mendapat keputusan yang kami mahukan dan prestasi tidak mencerminkan apa yang kami lakukan terutamanya dalam fasa dua."Fasa satu mereka benar-benar agresif dan kami pula bergelut untuk mengawal permainan dan kembali kepada permainan yang kami mahu mainkan."Kemudian dengan jumlah situasi terbuka yang kami hasilkan dalam sepertiga akhir yang perlu diakhiri dengan gol. Namun ternyata peluang yang jelas dimiliki dipersiakan lebih daripada yang kami lakukan hari ini," katanya.Mengulas mengenai tindakan penyokong semasa perlawanan Arteta berkata," Ya, tetapi kita tidak boleh mengawal tenaga yang mereka akan ada. Saya pasti ia akan sama seperti hari ini pada perlawanan lain."Perkara lain ialah apa yang boleh kita lakukan dalam permainan dan cuba senyapkan mereka sebanyak mungkin dengan keputusan perlawanan."Ada masa di mana kami berjaya melakukan itu begitu juga sebaliknya," katanya.
4
05 Februari 2023 08:43am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243751/berita/sukan/sepatutnya-sudah-ada-satu-kejuaraan
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
PRESTASI keseluruhan pemain badminton negara disifatkan berada pada tahap membimbangkan susulan pencapaian tidak memuaskan dalam empat kejohanan awal tahun ini.Bekas pemain negara, Muhammad Hafiz Hashim berkata, sesuatu perlu dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk pemain negara bangkit sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.“Bagi saya memang membimbangkan sebab kita terlalu berharap kepada pemain tertentu sahaja dalam setiap kejohanan. Setiap kejohanan kita hanya hantar Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong untuk perseorangan lelaki.“Bila mereka kalah, habislah kita. Sepatutnya pemain lain boleh jadi 'back up' apabila pemain harapan kalah. Tengok masa terbuka Malaysia, main suku akhir semua kalah. Terbuka Thailand pun hanya Tze Yong mampu sampai suku akhir.“Sepatutnya dalam empat kejohanan ini kita sudah mampu untuk ada kejuaraan sekurang-kurangnya satu. Awal-awal pun sudah tidak ada kejuaraan. Negara lain macam Thailand, Denmark sudah ada satu kejuaraan. Lama-lama kita akan terus ketinggalan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Untuk rekod, saingan Terbuka Malaysia yang berlangsung pada Januari menyaksikan pasukan negara hanya mampu mara ke peringkat suku akhir menerusi beregu campuran, Cheng Tang Jie dan Toh Ee Wei selain beregu lelaki Ong Yew Sin Teo Ee Yi.Terbuka India pula menyaksikan juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di pusingan separuh akhir kepada wakil China, manakala di Indonesia Masters gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah hanya mara ke saingan separuh akhir.Prestasi semasa pemain negara juga menimbulkan kebimbangan, apatah lagi dalam usaha mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam pada itu, Muhammad Hafiz menyambut baik penubuhan Panel Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang melantik bekas pemain negara menganggotai panel tersebut.Menurutnya, ia satu langkah positif untuk menaikkan kembali prestasi pasukan badminton terutama tumpuan kepada pemain muda negara.“Tetapi, bagi saya semua panel penasihat ini perlu berada bersama jurulatih dan bukan hanya masuk mesyuarat. Sekurang-kurangnya mereka boleh bersama melihat dengan lebih dekat apa kekurangan yang boleh diperbaiki pasukan.“Namun, saya melihat penubuhan panel ini sesuatu yang positif dengan BAM keluar daripada zon selesa mereka dan bersedia mendengar kritikan daripada panel penasihat ini,” katanya.Panel Penasihat Teknikal ABM itu akan terdiri daripada bekas pemain iaitu Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek, Datuk Cheah Soon Kit, Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock.Ia akan dipengerusikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selain turut dianggotai Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ahmad Faedzal Md Ramli, Datuk Teoh Teng Chor, Datuk Ng Chin Chai, Datuk Kenny Goh dan Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.Panel Penasihat Teknikal itu yang bermesyuarat setiap tiga bulan, akan menilai prestasi pemain serta jurulatih dan jika perlu mencadangkan perubahan dalam dasar, program latihan dan penyertaan kejohanan dalam bentuk pengesyoran kepada lembaga pemegang amanah.
4
05 Februari 2023 08:40am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243756/berita/sukan/fernandes-rashford-julang-manchester-united
Fernandes, Rashford julang Manchester United
DUA gol setiap babak jaringan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford membolehkan Manchester United mengatasi Crystal Palace 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford.Kemenangan ke-13 liga selepas mengharungi 21 perlawanan itu membolehkan The Red Devils kendalian Erik ten Hag mengumpul 42 mata - lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.Tuan rumah terlebih dulu di depan apabila Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ketujuh bagi memimpin perlawanan menuju ke bilik persalinan separuh masa pertama.The Eagles kendalian Patrick Vieira sebelum itu mempunyai peluang terbaik sejurus sebelum rehat apabila Jeffrey Schlupp melakukan rembatan melencong dari jarak jauh menyaksikan David de Gea terpaksa melakukan penyelamatan cemerlang.Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan tampil aksi lebih agresif, namun ternyata masih gagal menambah jaringan dan memecah kebuntuan.Bagaimanapun Rashford sekali lagi melakukan penyudah tajam bagi menjadikan kedudukan 2-0 untuk Manchester United pada minit ke-62.Biarpun begitu, Palace tidak mengalah dilemparkan talian hayat apabila Casemiro dilayangkan kad merah di minit ke-70', menyaksikan Schlupp memanfaatkan peluang menjaringkan gol pada minit ke-76 untuk gol saguhati The Eagles."70 minit pertama adalah milik kami, kami menguasai permainan dan bermain dengan sangat baik."Pujian yang besar untuk pasukan, banyak tenaga dan mereka bermain dengan sangat baik dalam penguasaan bola dan dalam peralihan pertahanan."20 minit terakhir menunjukkan kami konsisten boleh bertarung apabila berdepan pasukan seperti Palace. Kemenangan ini adalah semangat berpasukan yang sebenarnya, mereka berdiri antara satu sama lain dan saya gembira dengan itu," kata Ten Hag.Keputusan lainEverton 1-0 ArsenalManchester Utd 2-1 Crystal PalaceWolves 3-0 LiverpoolNewcastle United 1-1 West HamAston Villa 2-4 Leicester CityBrentford 3-0 SouthamptonBrighton 1-0 Bournemouth
4
05 Februari 2023 07:49am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243739/berita/sukan/kl-city-rampas-piala-menteri-wilayah-persekutuan
KL City rampas Piala Menteri Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR (KL) City FC mengubati kekecewaan edisi lepas apabila menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 selepas menewaskan Perak FC 3-0 pada pertembungan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.Pemain import baharu, Herlison Caion yang terlepas peluang memecah kebuntuan selepas tandukannya tersasar pada minit ke-32 berjaya meletakkan pasukan di hadapan dua minit kemudian menerusi sepakan penalti, menewaskan penjaga gol See Tian Keat.Pengadil Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi memberikan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Perak Muhammad Hafizal Mohamad Alias mengasari pemain tengah KL City Romel Morales.Perak yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan namun percubaan dari luar kotak penalti penyerang import Christian Obiozor selepas menerima umpanan rakan sepasukan sekadar menggegar palang.Bersambung babak kedua, KL City memulakan aksi dengan baik dan hampir menggandakan kedudukan tetapi Caion mensia-siakan peluang terhidang apabila gagal meletakkan bola di jaring dalam situasi satu lawan satu berdepan Tian Keat pada minit ke-48.Bagaimanapun, gol kedua skuad The City Boys bimbingan Bojan Hodak menjelma jua apabila kapten Paulo Josue yang tidak dikawal tenang melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-53.Jaringan Giancarlo Gallifuoco menerusi tandukan berpunca sepakan penjuru pada minit ke-74 menutup peluang kebangkitan Perak dan melengkapkan kemenangan 3-0 KL City sekali gus merampas semula gelaran juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan.Kejayaan itu menyaksikan KL City merangkul gelaran kedua selepas muncul juara sulung pada edisi 2021 sebelum bertukar tangan kepada Negeri Sembilan FC musim lepas.Kemenangan malam ini turut menyaksikan juara Piala Malaysia 2021 berjaya merakam kemenangan pertama dalam tempoh pramusim selepas mencatat keputusan seri, masing-masing menentang Terengganu FC dan Kelantan United FC bulan lepas.Sementara Perak mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh pramusim selepas tewas di tangan Penang FC bulan lepas.Kedua-dua pasukan akan memulakan saingan Liga Super pada 25 Feb ini dengan KL City dijadual menentang Penang FC di sini manakala Perak akan bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Perak, Ipoh.Dalam pada itu, aksi malam ini diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Bernama
4
04 Februari 2023 11:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243729/berita/sukan/pemain-skuasy-negara-perlu-lebih-banyak-pendedahan
Pemain skuasy negara perlu lebih banyak pendedahan
LEGENDA skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menyifatkan barisan pemain skuasy negara memerlukan lebih banyak pendedahan menerusi penyertaan dalam kejohanan peringkat antarabangsa bagi mencapai tahap permainan sepertinya.Nicol yang merupakan pemegang rekod pemain wanita paling lama berada di ranking nombor satu dunia selama 112 bulan sejak 2006 berkata, ia juga membolehkan mereka mendapat pengalaman bertarung dengan pemain handalan dunia yang lain, sekali gus membantu pemain untuk memperbaiki prestasi semasa.“Secara keseluruhan tahap permainan pemain skuasy negara agak baik, namun masih banyak ruang yang perlu ditambah baik termasuk memberi pendedahan bertanding dengan pemain terbaik dunia sebelum mereka dapat mencapai kejayaan yang saya pernah capai sebelum ini,” katanya baru-baru ini.Beliau yang pernah memenangi gelaran Terbuka Dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010 berkata paling penting ialah kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Majlis Sukan Negara dalam memastikan pemain kebangsaan dapat melonjakkan prestasi pada tahap terbaik.Berdasarkan ranking dunia Persatuan Skuasy Profesional, pemain terbaik negara ketika ini S. Sivasangari menduduki ranking ke-18 dunia dengan mengumpul 3,050 mata.Mengenai Sivasangari, Nicol optimis pemain yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya Jun lepas, mampu bangkit semula ke prestasi sebenarnya tidak lama lagi.“Selepas berjumpa dengannya baru-baru ini, saya lihat beliau masih bersemangat untuk berlatih bersungguh-sungguh. Diharapkan beliau tidak terburu-buru (dalam sesi latihan) dan ikut arahan diberikan dengan sebaiknya kerana saya yakin dia boleh bangkit,” katanya.Dalam pada itu, Nicol memaklumkan beliau kini sedang sibuk menguruskan serta melatih 60 kanak-kanak daripada golongan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dalam yayasan diasaskannya iaitu Nicol David Organisation (NDO).Beliau juga menjangkakan menerima 60 lagi murid sekolah bagi menyertai program di NDO, yang turut menawarkan tutorial bahasa Inggeris dikendalikan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, bulan depan. - Bernama
4
04 Februari 2023 08:28pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243724/berita/sukan/kalau-di-tempat-zii-jia-saya-ambil-jurulatih---rashid
'Kalau di tempat Zii Jia, saya ambil jurulatih' - Rashid
PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu diberi sokongan untuk kembali berada pada prestasi terbaik dalam kalangan pemain kelas dunia.Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, ia bukan sesuatu yang mudah mengekalkan prestasi pada tahap tinggi apabila berstatus pemain ranking dunia.“Perlu ada latihan keras, persiapan fizikal dan mental serta perancangan kejohanan yang rapi.“Bukan setakat hendak pergi pertandingan sahaja tetapi meletak sasaran untuk menang. Itulah yang paling susah,” katanya selepas menghadiri program Charity At Heart anjuran Milo di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.Tambah Rashid, sokongan secara berterusan kepada pemain berusia 24 tahun itu sememangnya diperlukan agar prestasi permainannya kembali ke tahap cemerlang.“Kita tidak boleh bercakap dari segi prestasi dia (Zii Jia) sahaja, sebagai pemain profesional naik turun prestasi memang jadi asam garam tetapi yang paling penting kita kena support dia supaya prestasi akan meningkat dan kekal sebagai salah seorang pemain kelas dunia.Rashid meluangkan masa untuk bermain badminton bersama peminatnya pada Program Charity At Heart Milo di sebuah pusat beli-belah pada Sabtu. - Foto: Bernama“Dia juga perlu ada perancangan dan pasukan yang bagus untuk mengenal pasti kelemahan serta meningkatkan prestasi permainan lebih bagus serta kemas,” katanya.Mengulas jika berada dalam situasi Zii Jia, Rashid tanpa ragu-ragu menyatakan akan mendapatkan khidmat jurulatih.“Kalau saya sendiri (di tempat Zii Jia), saya perlukan seorang jurulatih dan satu pasukan yang bagus dari segi persiapan fizikal dan mental serta urusan untuk permainan.“Yang penting dia sendiri perlu memberi tumpuan kepada kejohanan dan permainan sahaja. Perkara-perkara lain diuruskan pasukannya,” katanya.Bagaimanapun dalam pemilihan jurulatih, jelas Rashid, ia terpulang kepada Zii Jia kerana pemain kelahiran Alor Setar itu boleh menilai keperluannya sebagai pemain profesional.“Ini kerana setiap jurulatih memiliki kelebihan dan corak latihan masing-masing dalam melatih pemain mereka,” katanya.
4
04 Februari 2023 07:20pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/243701/berita/sukan/kalah-pun-satu-pengajaran---mohd-daud
'Kalah pun satu pengajaran' - Mohd Daud
PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar melihat kekalahan kelabnya kepada Selangor FC pada perlawanan Piala Harapan 2023 pada Khamis sebagai satu pengajaran untuk menjadi lebih baik.Biarpun tewas 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit sebenar, beliau tetap melihat persembahan pasukannya semakin baik."Tidak apa, kalah pun satu pengajaran. Kalah adalah biasa. Cara bangun dari kalah adalah luar biasa."Persembahan Sang Kenari, pada hemat saya amat menarik. Ada gaya dan melodi, ada idea dan cara fikir. Apa yang kurang dan lompang mungkin keserasian," katanya dipetik melalui Facebooknya.Tambahnya, pemain KDA FC perlu membentuk keserasian di antara satu sama selain mempunyai kesungguhan yang melangkaui tanda aras sebagai seorang juara."Setiap perjuangan perlu oksigen yang banyak untuk bernafas dan KDA FC perlukan oksigen juga," ujarnya lagi.Sang Kenari bakal menentang Geylang FC pada petang Sabtu manakala Selangor dan Penang FC bertemu pada final bagi penentuan juara Piala Harapan 2023 pada sebelah malam.
4
04 Februari 2023 05:03pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243696/berita/sukan/bergson-terus-tarik-perhatian-media-eropah
Bergson terus tarik perhatian media Eropah
SEBUAH media Perancis, 20 Minutes telah berkongsi kejayaan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva yang mempunyai purata jaringan melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022.Statistik itu terlebih dahulu dikongsi oleh laman Sky Sports Itali yang meletakkan pemain Brazil itu sebagai penjaring dengan purata jaringan tertinggi iaitu 1.27 gol untuk setiap perlawanan.Ia sekali gus menjadikan Bergson mula mendapat perhatian media Eropah yang sebelum ini turut cemerlang membantu skuad Harimau Selatan meraih empat trofi kejuaraan domestik dan layak ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC.Bekas pemain Liga Brazil, Fortaleza itu juga sebelum ini mengakui tidak pernah terfikir untuk mencapai kejayaan selain bonus untuk duduk sebaris dengan nama-nama besar.Dia yang meledak 46 gol daripada 36 perlawanan turut mengakui rahsia di sebalik kejayaannya berpunca daripada sokongan penuh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim."Saya agak terkejut apabila melihat statistik itu. Saya tidak sangka saya boleh mencapai kejayaan itu. Masih banyak yang boleh dilakukan."Ia satu kelebihan bagi saya untuk bersama nama besar, tetapi ia tidak pernah cukup kerana kami mewakili salah satu pasukan terbesar di Asia," katanya dalam artikel 20 Minutes itu.Untuk saingan musim ini, Bergson dijangka terus menjadi taruhan JDT untuk merobek gawang lawan dalam saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.
4
04 Februari 2023 04:12pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243656/berita/sukan/alasan-guardiola-lepaskan-cancelo
Alasan Guardiola lepaskan Cancelo
PEP Guardiola menjelaskan keputusannya membenarkan Joao Cancelo menyertai Bayern Munich secara pinjaman kerana mahu memastikan pemain itu mendapat lebih banyak minit permainan.Pemain antarabangsa Portugal itu kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama City selepas Piala Dunia dan menepis laporan mengenai hubungan tidak baiknya dengan Guardiola.Cancelo berpindah ke Bayern dengan perjanjian pinjaman dan pasukan Bundesliga itu boleh menandatangani pemain berusia 28 tahun itu secara kekal pada musim panas."Musim depan, saya tidak tahu apa yang berlaku. Dia seorang pemain yang luar biasa dalam dua liga terakhir yang kami menangi. Selepas Piala Dunia, kami menjalani pramusim dan memutuskan untuk bermain dalam beberapa corak berbeza."Saya suka apa yang saya tonton. Saya memberi lebih banyak masa kepada pemain lain. Keperibadiannya ialah dia suka bermain."Dia pemain yang terbaik tetapi situasinya dia tidak banyak bermain. Pada tahun-tahun lepas, dia adalah antara pemain yang paling banyak minit permainan."Dia perlu bermain dan kami memutuskan untuk melepaskannya ke Munich. Jika Bayern Munich mahukan Joao, ia kerana dia seorang pemain yang luar biasa," katanya.City ketika ini berada lima mata di belakang pendahulu Arsenal dan pasukan itu akan bermain di tempat lawan menentang Tottenham Hotspur pada Isnin yang berada di tempat kelima liga.
4
04 Februari 2023 11:45am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243652/berita/sukan/pasukan-mahal-chelsea-gagal-benam-fulham
Pasukan mahal Chelsea gagal benam Fulham
CHELSEA gagal meraih kemenangan apabila diikat tanpa jaringan dengan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada Sabtu.Ramai pihak yang menantikan perlawanan tersebut dan mahu melihat sejauh mana kemampuan The Blues selepas berbelanja besar dalam jendela perpindahan Januari.Enzo Fernandez membuat penampilan sulungnya untuk Chelsea selepas menjadi pemain termahal dalam bola sepak British dengan perpindahan bernilai 107 juta pound (RM549.3 juta) dari Benfica pada hari terakhir jendela perpindahan.Perpindahan Fernandez menjadikan jumlah perbelanjaan Chelsea untuk membeli pemain sejak pengambilalihan oleh kumpulan pelaburan yang diketuai oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital tahun lalu kepada lebih daripada £500 juta (RM2.6 bilion).Mykhailo Mudryk turut berada dalam kesebelasan utama, manakala Noni Madueke dan David Datro Fofana masuk sebagai pemain gantian untuk penampilan sulung mereka di Liga Perdana Inggeris."Kami mempunyai ramai pemain baharu. Saya pasti masanya akan tiba dan kami akan mengenali permainan masing-masing secara lebih semula jadi," kata Madueke.Dalam pada itu, kapten Fulham, Tim Ream mengakui gembira dapat mencuri mata di Stamford Bridge."Ia adalah permainan berpasukan. Kami berusaha setiap minggu. Kami bertahan dengan baik dan menyerang untuk memberikan masalah kepada Chelsea," katanya.
4
04 Februari 2023 11:39am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243662/berita/sukan/klopp-pertahan-mutu-permainan-salah
Klopp pertahan mutu permainan Salah
JURGEN Klopp tidak meragui kualiti Mohamed Salah dan percaya penyerang itu boleh memainkan peranan penting untuk Liverpool mencapai sesuatu yang istimewa musim ini.Walaupun berstatus penjaring terbanyak untuk Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dia hanya mampu menjaringkan tujuh gol dalam 19 perlawanan liga.Sepanjang lima kempen pertamanya di Anfield, Mohamed Salah menjaringkan 118 gol di liga utama."Sikap dan perkara sebegini bukan masalah Salah. Dia adalah atlet bertaraf dunia, jadi dia yang pertama masuk dan yang terakhir keluar serta berlatih bersungguh-sungguh."Anda boleh mempersoalkan watak, pengetahuan, kebolehan, segala-galanya."Anda berhak melakukan segala-galanya, tetapi anda tidak boleh menjaringkan jumlah gol yang dijaringkan Salah jika anda bukan pemain bola sepak bertaraf dunia yang cemerlang," kata Klopp.Liverpool ketika ini berada di kedudukan ke-10 EPL dan telah terkeluar daripada saingan Piala FA dan Piala Liga.Tegas Klopp, satu-satunya cara untuk menghentikan segala persoalan adalah dengan memberikan persembahan terbaik."Itulah yang perlu kami lakukan dan apa yang akan kami usahakan."Kami benar-benar melakukannya, kami positif dan percaya peluang kami untuk mencapai sesuatu yang istimewa tahun ini," katanya.
4
04 Februari 2023 11:29am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243649/berita/sukan/ronaldo-akhirnya-jaringkan-gol-pertama-untuk-al-nassr
Ronaldo akhirnya jaringkan gol pertama untuk Al Nassr
CRISTIANO Ronaldo meledak gol pertamanya buat Al Nassr melalui sepakan penalti dalam keputusan seri 2-2 menentang Al Fateh pada Jumaat.Pemain berusia 37 tahun itu menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan sekali gus menyelamatkan pasukan daripada kekalahan dalam aksi Liga Pro Saudi itu.Ia adalah jaringan pertama Ronaldo dalam tiga perlawanan, selepas kemenangan ke atas Ettifaq pada 22 Januari dan kekalahan di tangan Al Ittihad dalam saingan Piala Super minggu ini.Ronaldo menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan kelab tersebut dan menjadi atlet termahal dunia setakat ini dengan gaji £177 juta (RM943 juta).Al Nassr ketika ini berada di tangga teratas Liga Pro Saudi berkongsi mata dengan Al Shabab, tetapi beraksi kurang satu perlawanan.
4
04 Februari 2023 10:48am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/243631/berita/sukan/jangan-main-rembat
Jangan 'main rembat'
PASUKAN yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dinasihat tidak mengambil pemain import sekadar ‘tangkap muat’ untuk memenuhi sembilan kuota import yang dibenarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, setiap pasukan perlu memastikan import yang dibawa masuk menepati kualiti yang diharapkan dan tidak tertipu dengan ‘tawaran manis’ daripada ejen.Malah, beliau turut menasihati mana-mana pasukan yang tidak memiliki sumber kewangan yang besar supaya tidak menempah risiko dengan menandatangani sehingga sembilan pemain import.“Saya nak nasihat pasukan yang tak ada duit, tolonglah jangan tandatangan sampai sembilan pemain import. Elok tandatangan dua atau tiga pemain berkualiti dan selebihnya guna pemain tempatan sahaja.“Saya pasti ramai juga ejen yang datang sarankan pemain import tertentu sedangkan pemain itu ada yang tidak bagus, lama tidak bermain kerana masalah kecederaan dan sebagainya.‚Macam tahun lepas, ada satu pasukan yang ambil lima import, tetapi akhirnya seorang saja yang boleh main. Itukan dah jadi rugi kepada pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Terdahulu, MFL membenarkan semua pasukan mendaftarkan sehingga sembilan pemain import bagi menghadapi format baharu Liga Super musim ini.Bagaimanapun, setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan enam import dalam satu-satu perlawanan dan lima pemain dibenarkan berada di dalam padang, manakala seorang lagi akan berperanan sebagai pemain gantian.Dalam pada itu, Sathianathan turut bersetuju kesukaran kepada mana-mana pasukan mendapatkan pemain import berkualiti kerana Liga-M yang dikatakan kurang dikenali.“Kalau ada banyak duit sekalipun, nak bayar Lionel Messi RM1 juta setiap perlawanan pun dia tak datang sebab dia tahu liga kita ini tak dapat perhatian dunia.“Jadi, kita perlu terima hakikat memang pemain berkualiti sukar nak datang bermain di Malaysia dan kita perlu cara untuk meningkatkan standard liga kita,” ujarnya.
4
04 Februari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243628/berita/sukan/chong-wei-6-bekas-atlet-jadi-panel-penasihat-teknikal-bam
Chong Wei, 6 bekas atlet jadi panel penasihat teknikal BAM
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan sebuah panel penasihat teknikal terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan dan tujuh eksekutif sukan bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.BAM dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, ahli panel penasihat itu terdiri daripada bekas wakil negara ke Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, mantan pemain perseorangan lelaki kebangsaan Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock, bekas beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.Bekas-bekas pemain itu akan menyertai Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku pengerusi panel itu dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli."Termasuk Naib-Naib Presiden BAM Datuk Teoh Teng Chor dan Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh Chee Keong, selain bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan Ketua Pengarah MSN sekarang Datuk Ahmad Shapawi Ismail," katanya.Menurut kenyataan itu lagi, Panel Penasihat Teknikal ini berkhidmat tanpa bayaran dan akan menyediakan input, nasihat dan bimbingan strategik tambahan kepada Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Akademi Badminton Malaysia (ABM) dengan sasaran meningkatkan prestasi pemain bagi matlamat strategik jangka panjang untuk penyudah podium di Sukan Olimpik, Acara Pelbagai-Sukan dan kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ."Panel Penasihat Teknikal ini yang akan bermesyuarat setiap suku tahun, akan menilai prestasi pemain dan jurulatih serta jika diperlukan membuat cadangan perubahan di dalam dasar, program latihan dan penglibatan kejohanan kepada Lembaga Pemegang Amanah,” katanya.Mesyuarat pertama panel berkenaan akan diadakan penghujung bulan ini. - Bernama
4
03 Februari 2023 10:40pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243578/berita/sukan/pengorbanan-teong-kim
Pengorbanan Teong Kim
PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim percaya ideanya untuk memberikan peluang kepada pemain muda beraksi sebagai satu usaha memajukan pasukan kebangsaan.Menurutnya, jika pasukan lebih mengutamakan pemain luar negara, ia akan merosakkan ruang untuk pemain muda menampilkan kualiti dimiliki."Saya bukan lihat bola sepak sekadar bola sepak sahaja. Saya lihat bola sepak sebagai masa depan untuk pemain muda ini."Kalau semua kelab mengambil pemain luar negara dan peluang ini tidak diberikan kepada pemain muda, macam mana pasukan kebangsaan kita nak maju. Ini satu masalah bukan sahaja di Malaysia, tetapi di England, Itali dan Jerman juga sama."Jika tidak ada perancangan untuk menyelesaikan perkara ini, ia akan terus berlaku dan menjadi masalah yang tidak ada penghujungnya,"katanya dalam sidang akhbar Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada Jumaat.Dalam pada itu, beliau turut meminta penyokong Perak FC supaya bersabar dan tidak hanya memikirkan mengenai keputusan perlawanan selain menyifatkan skuad kendaliannya itu berada di landasan yang betul.Beliau turut menyedari persoalan dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus yang tidak faham mengenai pendekatannya menggunakan ramai pemain muda.Malah, penyokong juga risau mengenai kemampuan pasukan yang dilihat tidak akan mampu menjadi pencabar dalam saingan Liga Malaysia musim depan."Kalau mereka tidak boleh bersabar, apa saya boleh buat? Saya buat apa yang betul dan apa saya fikir betul untuk pemain saya. Pemain tempatan kita bukan tidak bagus. Mereka perlu peluang dan mereka perlu bersaing."Mereka perlu melalui satu proses yang baik untuk perkembangan bola sepak Malaysia,"katanya.
4
03 Februari 2023 05:21pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/243574/berita/sukan/seperti-perlawanan-sebenar---nafuzi
'Seperti perlawanan sebenar' - Nafuzi
PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain gembira dengan semua pemain yang diturunkan semasa bertemu Selangor FC pada aksi Piala Harapan 2023 kerana mempamerkan kesungguhan pada perlawanan yang berintensiti tinggi malam Khamis.Tewas 6-5 kepada Gergasi Merah menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam 90 minit masa sebenar, pemain Sang Kenari dilihat tetap menampilkan peningkatan dalam beberapa aspek yang dimahukan Nafuzi.“Perlawanan ini memang kita mahu menang tapi banyak perkara lain juga yang kita lihat kerana aksi ini seperti perlawanan Liga Super yang sebenar dengan intensiti perlawanan cukup tinggi buat skuad yang baharu dibentuk.“Mereka bermain dengan intensiti seperti ini bukan mudah tapi saya gembira dengan apa yang pemain tunjukkan malam ini,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.KDA FC akan membuat perhitungan bertemu kelab dari Singapura, Geylang International FC dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Harapan pada petang Sabtu.Menurut Nafuzi, pasukan kejurulatihan kini sedang menyiapkan pemain agar mereka mempunyai tahap kecergasan yang sama sepanjang perlawanan berlangsung apabila Liga Malaysia 2023 membuka tirai pada penghujung Februari nanti.Dalam pada itu, kehadiran penyokong Sang Kenari yang ramai turut menghidupkan suasana sepanjang perlawanan berlangsung sehingga ke penentuan sepakan penalti.“Saya sangat berterima kasih kepada penyokong kerana saya sendiri tidak menjangka dekat Batu Kawan ini begitu ramai penyokong yang hadir memeriahkan perlawanan. Gambaran seperti perlawanan separuh akhir Piala Malaysia,” ujar beliau.Selepas kejohanan Piala Harapan 2023, pasukan KDA FC akan berlepas ke Turkiye pada 5 Februari bagi menghadapi empat perlawanan pra-musim menentang kelab dari Uzbekistan, Ukraine dan Kazakhstan.
4
03 Februari 2023 05:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243570/berita/sukan/langkah-tze-yong-tersekat-di-suku-akhir
Langkah Tze Yong tersekat di suku akhir
IMPIAN pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk melangkah ke separuh akhir Thailand Masters tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long pada Jumaat.Dalam saingan suku akhir di Stadium Nimibutr, Bangkok, pemain muda berusia 22 tahun itu tewas 'straight set' 21-14, 22-20 dalam tempoh 43 minit.Tze Yong yang merupakan pemain pilihan kelapan kejohanan mudah dijinakkan pada set pertama.Pemain di ranking ke-17 dunia itu memberi tentangan sengit pada set kedua, namun pengalaman memihak Ka Long untuk menang 22-20.Pemain yang menghuni ranking 23 dunia itu akan menentang pemenang antara Li Shi Feng dari China yang membuat perhitungan dengan B. Sai Praneeth dari India untuk perebutan ke final pada Sabtu.Apa pun ia menjadi pencapaian terbaik Tze Yong di Bangkok berbanding tiga kejohanan awal musim ini.Tze Yong sebelum ini, gagal melepasi pusingan awal dalam tiga kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia (pusingan pertama) dan tersingkir pada pusingan kedua masing-masing di Terbuka India dan Indonesia Masters.
4
03 Februari 2023 05:13pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243571/berita/sukan/kurangkan-kebergantungan-kepada-zii-jia
Kurangkan kebergantungan kepada Zii Jia
MALAYSIA seharusnya perlu mengurangkan kebergantungan kepada jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann sebaliknya berpendapa,t pasukan negara yang menurunkan barisan terkuat mereka harus menggunakan kelebihan pemain lain dalam usaha mencatat kejayaan membanggakan pada kejohanan di Pusat Pameran Dubai itu.Beliau berkata, pihaknya juga akan menerapkan sistem penggiliran terutamanya dalam acara perseorangan lelaki bagi memberi peluang kepada bukan sahaja Zii Jia malah seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao beraksi pada edisi ketiga kejohanan tersebut."Kita akan bincang lebih terperinci menjelang pertandingan dengan membandingkan kondisi masing-masing...ambil kira perasaan dan keyakinan diri pemain dan menghormati input mengenai sesuatu perlawanan."Kami dah agak pasti taruhan utama negara pada kejohanan ini tetapi tidak akan mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.Memandangkan Zii Jia dan Jun Hao menampilkan prestasi kurang memberangsangkan menjelang BAMTC, Choong Hann berkata, pihaknya akan menggunakan kem latihan pusat pada minggu depan bagi membantu kedua-dua pemain tersebut terutamanya memperbaiki tahap kawalan bulu tangkis selain melancarkan penukaran taktik semasa di gelanggang."Saya fikir sekarang kedua-dua pemain ini berdepan masalah menukar taktik dengan lancar... terdapat terlalu banyak ruang yang diambil kesempatan oleh lawan untuk mengumpul mata. Aspek ini perlu diperbaiki,” katanya.Zii Jia mengalami permulaan musim 2023 yang mengecewakan selepas tersingkir awal pada tiga kejohanan disertainya bermula di Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Indonesia Masters manakala Jun Hao turut menerima nasib sama selepas ditunjukkan jalan keluar di pusingan kelayakan Thailand Masters, Selasa lepas.Selain Zii Jia dan Jun Hao, Malaysia turut menyenaraikan Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki); Pearly Tan-M Thinaah dan Teo Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita); Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).Pada saingan BAMTC kali ini, Malaysia,selaku pilihan keempat kejohanan, diundi dalam Kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan UAE. - Bernama
4
03 Februari 2023 05:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243552/berita/sukan/tiada-perancangan-kembalikan-felda-united-fc---idris-jusoh
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
KUCHING - [DIKEMAS KINI] Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak mempunyai perancangan untuk memasukkan semula Kelab Bola Sepak Felda United (Felda United FC) dalam kancah bola sepak tempatan buat masa ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Idris Jusoh.Beliau berkata, Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu bagi meningkatkan nilai dan prestasinya."Buat masa kini tidak ada (perancangan) kerana kita ada agenda yang lebih besar untuk Felda tetapi kita masih gerakkan Akademi Bola Sepak Felda untuk melatih belia dan pelajar dalam sukan bola sepak,” katanya.Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini, Idris berkata Felda membelanjakan hampir RM500,000 setahun untuk akademi berkenaan.Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus peminat bola sepak negara di media sosial yang berharap untuk melihat semula aksi Felda United FC di pentas sukan bola sepak dalam masa terdekat.Pada Oktober 2020, Felda mengesahkan penarikan diri Felda United FC dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M) sama ada saingan Liga Super mahupun Liga Premier.Keputusan itu dibuat setelah pengambilalihan penuh pentadbiran dan pengurusan kelab berkenaan serta anak syarikatnya The Fighters Sdn Bhd oleh Felda bermula September tahun itu.Kelab itu pernah menjuarai saingan Liga Premier pada 2010 dan 2018 serta muncul naib juara Piala FA 2014 selain berjaya mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia sebanyak empat kali sejak ditubuhkan pada 2007. - Bernama
4
03 Februari 2023 03:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243547/berita/sukan/hon-jian-bakal-digandingkan-bersama-sze-fei
Hon Jian bakal digandingkan bersama Sze Fei
PEMAIN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei hampir pasti digandingkan dengan pemain beregu campuran, Choong Hon Jian.Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky akan menghubungi jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto bagi mendapatkan 'restu' rakannya itu untuk membenarkan Hon Jian dipasangkan dengan Sze Fei selepas ini."Apa yang boleh saya katakan kemungkinan gandingan Sze Fei bersama Hon Jian antara 80 hingga 90 peratus."Saya akan hubungi Nova untuk tanya adakah Hon Jian bersedia main dua acara atau sebaliknya. Namun, berdasarkan pandangan Tan Bin Shen (beregu lelaki) dan Hoon Thien How (beregu wanita), mereka boleh dipadankan," katanya.Memandangkan Sze Fei lebih berperanan sebagai pengatur serangan di dalam gelanggang, Rexy berkata, anak buahnya itu memerlukan gandingan yang memiliki pukulan kencang seperti bekas pasangannya Nur Izzuddin Rumsani dan ciri-ciri tersebut dilihat ada pada Hon Jian.Pakar beregu Indonesia itu berkata, gandingan Sze Fei-Hon Jian menampilkan prestasi memberangsangkan apabila menumpaskan pasangan negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada sesi latihan baru-baru ini.Hon Jian sebelum ini pernah bermain dalam kategori beregu lelaki dan dipasangkan bersama Wei Chong serta pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie.Dalam pada itu, Rexy masih mengunci mulut mengenai pasangan baharu Nur Izzuddin dan hanya memaklumkan akan berjumpa dengan pemain itu serta pasangan baharunya pada Isnin ini.Beliau juga memberi jaminan bahawa Wei Chong-Kai Wun tidak akan dipecahkan untuk digandingkan bersama Nur Izzuddin selepas ini."Saya janji akan umumkan pasangan baharu (Sze Fei dan Nur Izzuddin) Selasa ini," katanya.Minggu lepas, Rexy mengesahkan Sze Fei-Nur Izzuddin menyatakan hasrat untuk berpisah dalam satu perjumpaan, selepas digandingkan sejak 2016. - Bernama
4
03 Februari 2023 03:29pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243543/berita/sukan/ujian-sulung-dyche-lawan-arsenal
Ujian sulung Dyche lawan Arsenal
PENGURUS baharu Everton, Sean Dyche bakal berdepan ujian sulung apabila akan melayan kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal di Goodison Park pada Sabtu.Tanpa sebarang pembelian pemain baharu pada jendela perpindahan bulan lalu bekas bos Burnley itu tahu ranjau yang bakal ditempuhinya.Selepas 69 tahun The Toffees berada di liga utama mereka berisiko tersingkir jika gagal meraih keputusan positif pada baki saingan EPL."Ada cabaran besar di hadapan tetapi saya bersedia dan mahu menempuhinya," kata Dyche.Edisi lalu Everton terlepas daripada penyingkiran selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang 3-2 ke atas Crystal Palace pada aksi terakhir musim."Kami mahu mengubah bentuk kelab ini ke hadapan. Mengubah suai mengikut gaya dan cara yang kami boleh menang," ujar Dyche.Skrip berbeza buat Arsenal yang berada di laluan terbaik untuk merebut kejuaraan liga kali pertama sejak 2003/04 menerusi kelebihan lima mata di hadapan Manchester City dengan baki satu aksi dalam tangan.The Gunners juga berharap pembelian pemain di jendela perpindahan Januari cukup untuk membantu mereka meskipun terlepas dua sasaran utama Mykhailo Mudryk dan Moises Caicedo dari Brighton.Ketibaan Jorginho dari Chelsea bakal menyuntik kekuatan The Gunners, manakala kehadiran Leandro Trossard meningkatkan pilihan Mikel Arteta di bahagian serangan.
4
03 Februari 2023 03:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243535/berita/sukan/forest-ikat-penyerang-ghana
Forest ikat penyerang Ghana
BAGAI sireh pulang ke gagang, kapten Ghana, Andre Ayew kembali ke England untuk menyarung jersi Nottingham Forest sehingga akhir musim ini.Ayew hadir dengan reputasi cemerlang bersama kelab Al Sadd di Qatar apabila meledak 15 gol daripada 21 perlawanan dan membantu pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Bintang Qatar musim lalu.Penyerang berusia 33 tahun itu pernah beraksi bersama Swansea City dan lebih menarik Ayew akan kembali bersatu dengan Steve Cooper yang pernah melatihnya di kelab Wales itu pada 2019.“Satu perasaan yang hebat untuk menyertai Forest.“Steve (Cooper) sangat mengenali saya dan tahu bagaimana untuk bekerja dengan saya di dalam dan luar padang,” ujar Ayew.Forest ketika ini berada di tempat ke-13 dengan 21 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.“Saya bersedia memberikan yang terbaik dan memastikan kami mampu kekal dalam EPL,” ujar Ayew.Pengalaman Ayew bersama pasukan kebangsaan juga tidak kurang hebat apabila beraksi sebanyak 113 kali di peringkat antarabangsa.Dia juga menyertai tiga Piala Dunia, termasuk edisi 2022 di Qatar.
4
03 Februari 2023 02:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243520/berita/sukan/aksi-dramatik-real-madrid-valencia
Aksi dramatik Real Madrid, Valencia
REAL Madrid meraih tiga mata berharga untuk mengejar pendahulu La Liga, Barcelona setelah mengalahkan Valencia 2-0 pada aksi penuh dramatik pada Jumaat.Dua jaringan menakjubkan Marco Asensio dan Vinicius Junior dalam tempoh tiga minit serta kecederaan kapten, Karim Benzema turut mewarnai aksi di Santiago Bernabeu itu.Valencia juga terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Gabriel Paulista dilayangkan kad merah kerana mengasari Vinicius.Benzema terpaksa dikeluarkan pada babak masa kedua ekoran kesakitan di paha, manakala Eder Militao juga digantikan akibat masalah sama.Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memberitahu kecederaan Benzema 'sangat ringan', namun Militao bakal terlepas aksi menentang Real Mallorca pada Ahad.Kemenangan itu meletakkan Real Madrid lima mata di belakang Barca yang sudah mengumpul 50 mata untuk memimpin carta liga.Aksi tersebut juga menimbulkan suasana 'panas' apabila Paulista melakukan terjahan keras ke atas Vinicius.“Kami perlu melindungi Vinicius. Dia pemain yang baik dan banyak menggelecek. Pertahanan lawan tidak menyukainya,” ujar penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois.
4
03 Februari 2023 01:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243517/berita/sukan/juventus-tempah-slot-separuh-akhir-piala-itali
Juventus tempah slot separuh akhir Piala Itali
JARINGAN tunggal Gleison Bremer sudah cukup buat Juventus untuk mara ke separuh akhir Piala Itali selepas menewaskan Lazio 1-0 dalam aksi suku akhir pada Jumaat.Juventus yang dibimbing Massimiliano Allegri akan membuat perhitungan dengan Inter Milan yang mengalahkan Atalanta 1-0 pada Rabu.Kemenangan itu melegakan Allegri selepas pasukannya tewas kepada Monza minggu lalu, malah mereka juga melepaskan 10 gol dalam tiga aksi terakhir liga."Anda perlukan corak dan taktikal permainan yang tepat, namun ia perlu disertai dengan semangat."Kami bangkit daripada kekalahan dengan Monza jadi ia bukan situasi yang mudah. Kami meletakkan asas untuk kembali positif dalam saingan liga," ujar Allegri.Kemenangan dalam saingan separuh akhir menentang Inter pada April amat penting buat Juventus untuk mara ke final bertembung Fiorentina atau Cremonese pada Mei.Merangkul kejuaraan Piala Itali menjadi tiket buat Juventus layak ke Liga Europa kerana ia menjadi jambatan alternatif buat mereka bersaing di pentas benua.Kejayaan itu juga mampu memulihkan semula motivasi pemain setelah Juventus dikenakan penalti 15 mata kerana aktiviti perpindahan terlarang bulan lalu.
4
03 Februari 2023 12:57pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243500/berita/sukan/nunez-yakin-mampu-sehebat-suarez
Nunez yakin mampu sehebat Suarez
DARWIN Nunez yakin mampu mengikut jejak langkah Luis Suarez di Liverpool dan meledak pada musim keduanya bersama kelab itu.Penyerang Uruguay itu bergelut untuk menemui rentak sejak tiba di Anfield dari Benfica pada Jun lalu.Walaupun menyedari masalah yang dihadapinya pada separuh musim debutnya dalam bola sepak Inggeris, Nunez mengenal pasti permulaan perlahan yang turut dialami Suarez sendiri di Merseyside dan merasakan dia boleh bangkit dengan gaya yang sama.Suarez menjaringkan hanya 15 gol dalam 44 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertama di Liverpool, sebelum meledak 54 gol dalam 66 penampilan berikutnya sebelum berpindah ke Barcelona pada 2014."Jelas sekali, saya masih mempunyai banyak perkara untuk diusahakan contohnya penyudah saya. Perkara yang berlaku kepada saya sama seperti Suarez. Pada tahun kedua, dia mula tajam."Sesuatu yang serupa telah berlaku kepada saya di Benfica. Tahun pertama berjalan dengan sangat teruk dan pada tahun kedua, saya 'meletup'."Di sini, saya rasa perkara yang sama berlaku. Saya harap musim depan akan menjadi seperti itu. Saya akan memberikan yang terbaik dan semoga akan mendapat sedikit tuah," katanya.Nunez juga memberitahu dia sering mendapatkan nasihat daripada Suarez."Bagi saya, dia adalah idola dan contoh yang hebat. Dalam pasukan kebangsaan, saya kini mempunyai hubungan yang lebih baik dengannya."Saya bertanya kepadanya banyak perkara kerana dia berada di kelab ini dan dia mempunyai lebih banyak pengalaman daripada saya."Dia adalah pemain penting untuk memberi nasihat dan menjelaskan situasi di kelab kepada saya," katanya.
4
03 Februari 2023 10:54am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243492/berita/sukan/presiden-benfica-kecam-enzo-fernandez
Presiden Benfica kecam Enzo Fernandez
PRESIDEN Benfica, Rui Costa tidak menyesal membenarkan perpindahan Enzo Fernandez ke Chelsea dan menyifatkan pemain itu sudah tidak mahu bersama kelab tersebut.Chelsea telah menandatangani Enzo Fernandez dan memecahkan rekod Perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) termahal selepas memenuhi klausa pelepasan pemain itu bernilai €120 juta (RM555 juta)."Semuanya telah dilakukan untuk memastikan Enzo tidak dijual. Saya mempunyai hati nurani yang bersih dan saya sedih seperti mana-mana peminat Benfica."Kami mencuba segala-galanya tetapi Enzo sentiasa menunjukkan keinginan untuk tidak kekal di Benfica."Sebagai peminat, saya tidak lagi mahu Enzo sebagai pemain. Sebagai presiden, dia tidak boleh meneruskannya. Saya memutuskan dia perlu pergi," katanya.Menurut Costa, Fernandez tidak menghormati kelab itu dan dia tidak akan menangisi kehilangan pemain yang bersikap sedemikian."Kami kehilangan pemain yang hebat, tetapi saya tidak akan menangis untuk pemain yang tidak mahu kekal di Benfica. Saya dibesarkan di Benfica dan tahu bagaimana untuk menghormati Benfica."Saya menghormati Enzo, dia bebas memilih dan pilihannya adalah untuk tidak kekal di Benfica. Di Benfica, hanya akan ada pemain yang berbangga berada di sini," katanya.
4
03 Februari 2023 10:12am
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/243490/berita/sukan/selangor-singkir-kedah-di-pentas-piala-harapan
Selangor singkir Kedah di pentas Piala Harapan
HARAPAN penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menyaksikan kelab itu bertemu Penang FC pada final Piala Harapan 2023 tidak kesampaian apabila Sang Kenari tewas 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Selangor FC selepas terikat tanpa jaringan pada masa sebenar pada malam Khamis.Aksi tersebut yang bermula lewat setengah jam akibat hujan lebat di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun buntu mencari jaringan sehingga tamat permainan.Perlawanan KDA FC dan Selangor FC menarik perhatian ramai berikutan pertemuan kembali bekas jurulatih dan pemain di antara kedua-dua pasukan itu pada pra-musim 2023.Pertembungan itu menyaksikan kembalinya Tan Cheng Hoe dan Ramon Marcote mengendalikan Gergasi Merah yang mana kedua-duanya pernah bersama melatih Kedah pada 2015.Kelibat ketua jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain pula bertemu anak didiknya, Faisal Abdul Halim yang kini bersama Selangor FC juga mencuri perhatian kerana kedua-dua berjaya mencipta sensasi di Terengganu FC beberapa musim lalu.Sang Kenari bakal bertemu pasukan dari Singapura, Geylang United bagi penentuan ketiga dan keempat Piala Harapan 2023 pada petang Sabtu.Penang FC yang menang pada aksi pertama selepas membelasah Geylang United 4-0 akan menentang Selangor FC bagi penentuan juara Piala Harapan 2023 pada malam Sabtu.
4
03 Februari 2023 10:08am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243487/berita/sukan/jdt-tumbangkan-lokomotiv-moscow
JDT tumbangkan Lokomotiv Moscow
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus mencipta sensasi dalam aksi pra musim apabila menumbangkan kelab liga utama Rusia, Lokomotiv Moscow 1-0 di Stadium The Sevens, Dubai pada Khamis.Ia sekali gus kejutan dilakar anak buah Esteban Solari ke atas pasukan juara tiga kali Liga Premier Rusia itu.Gol tunggal JDT hadir menerusi Arif Aiman pada minit ke-56 selepas menerima hantaran jauh daripada Fernando Forestieri.Arif kemudian bertindak cemerlang melarikan bola sebelum tenang menyudahkan jaringan tersebut.Lokomotiv cuba bangkit mengatur serangan, namun disiplin yang ditonjolkan barisan pertahanan JDT menggagalkan usaha tersebut.Setakat ini, JDT sudah meraih tiga kemenangan daripada empat perlawanan pra musim apabila menewaskan kelab UAE, Fursan Hispania 3-0 dan mendahului 1-0 ketika menentang kelab Bulgaria, FC Levski Sofia sebelum ditamatkan lebih awal akibat pergaduhan.Skuad Harimau Selatan akan mengharungi aksi pra musim terakhir menentang pendahulu Liga Premier Rusia, Zenit St Petersburg.
4
03 Februari 2023 08:31am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243475/berita/sukan/tiada-pilihan-kecuali-emas-olimpik
Tiada pilihan kecuali emas Olimpik
CABARAN dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kontinjen Malaysia membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik pada temasya yang berlangsung di Paris, Perancis tahun depan negara sewajarnya diberikan perhatian serius semua pihak yang terlibat.Malah pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli menegaskan kontinjen Malaysia tidak boleh lagi memikirkan mengenai pingat perak atau gangsa sebaliknya fokus kepada merealisasikan misi negara tersebut."Perhatian lebih berat perlu diberikan kontinjen negara pada kali ini selepas beberapa percubaan sebelum ini gagal menghasilkan keputusan yang positif."Kita tidak perlu memikirkan bagaimana mahu meraih pingat perak atau pingat gangsa, kerana sasaran itu telah pun dicapai dalam edisi 2008, 2012, 2016 dan 2020," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Namun di sebalik cabaran pemimpin nombor satu negara itu, Pekan juga menimbulkan persoalan atlet yang bakal menggalas tugasan merealisasikan misi penting pada temasya sukan terbesar dunia di ibu kota Perancis tersebut.Tegasnya lagi, kitaran sasaran pingat emas pertama Sukan Olimpik negara masih bergantung harap kepada tiga sukan badminton, berbasikal dan terjun yang dilihat semakin tidak praktikal."Siapa atlet yang bakal menggalas tanggungjawab menghadiahkan kilauan emas di Paris 2024 juga terus menjadi persoalan dan misteri."Apakah kita masih mahu bergantung harap kepada atlet dari edisi 2008 seperti Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang meraih pingat perak semasa di Tokyo 2020 sebelum ini?"Ya, kita puji komitmen dan semangat juang tinggi Azizulhasni, yang menyatakan komitmen memberikan aksi sehabis baik di Paris 2024 nanti."Namun tidakah terfikir dek kita terlalu meletakkan bebanan di bahu Azizulhasni yang sedang bergelut untuk kembali berada pada prestasi terbaiknya," katanya.Pada masa sama, Pekan menegaskan kitaran untuk atlet senior tiga sukan tersebut kian menghampiri penghujungnya, malah lebih malang Malaysia masih belum menemui pelapis untuk menggalas cabaran di Paris."Sukan terjun pula, apakah kita masih meletakkan sandaran kepada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong atau Nur Dhabitah Sabri, kebanyakan penerjun sudah berada di penghujung kerjaya kalau nak dibandingkan penerjun belasan tahun dari China."Satu lagi persoalan dalam tempoh setahun ini apakah kita sudah memiliki atlet yang benar-benar bersedia dan boleh kita pertaruhkan sandaran biarpun kita sudah mengerakan program Gold Paris 2024?"Secara peribadi saya berharap pemburuan pingat emas ini juga lebih praktikal kita fokuskan kepada projek 'mesti capai' untuk kitaran tiga Sukan Olimpik lagi, tidak hanya untuk Paris 2024, tetapi juga Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032," katanya.Mengenai Bajet 2023 untuk sukan, Pekan berharap kerajaan tidak mengurangkan peruntukan bagi memastikan perancangan misi meraih kejayaan di Paris 2024 tidak terjejas."Sebaliknya saya harap kerajaan dapat memberikan bajet khusus untuk Paris 2024 untuk misi bawa pulang emas pertama dari Sukan Olimpik."Saya juga sangat menyokong tambahan bajet kepada program emas Olimpik ini sehingga Brisbane 2032 tetapi dengan program jangka panjang yang khusus dan teratur biarpun dengan sasaran kepada para atlet baharu."Pada masa sama kerajaan juga dapat memberikan bajet kepada persatuan sukan kebangsaan menerusi pemantauan MSN (Majlis Sukan Negara) bagi membolehkan persatuan-persatuan ini menganjurkan kejohanan bertaraf liga untuk pembangunan pelapis baharu," katanya.Untuk rekod, Bajet 2023 dijangka dibentang Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari ini.
4
03 Februari 2023 07:40am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/243473/berita/sukan/bukan-salah-liga-m
Bukan salah Liga-M
SAINGAN Liga Malaysia (Liga-M) tidak boleh dipersalahkan sebagai punca menyebabkan pemain import berkualiti tidak mahu beraksi di negara ini.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, pasaran pemain import dalam industri bola sepak sangat luas dan kelab perlu bijak menilai serta mencari pemain berkualiti.“Kelab perlu ada networking yang bagus sekiranya mereka nak cari import yang berkualiti. Jika seorang pemain tak nak datang bermain dalam Liga-M, sudah tentu ada ramai lagi pemain import bagus yang mahu bermain di sini.“Pasaran pemain import itu besar dan ia sama ada kelab itu pandai atau tidak mencari pemain yang bagus, selain setinggi mana bayaran yang mahu ditawarkan kepada pemain tersebut.“Lihat bagaimana JDT (Johor Darul Ta'zim) membentuk pasukan yang bagus sehingga mereka dapat membeli pemain import terbaik seperti Bergson da Silva dan beberapa pemain lain.“Sebagai kelab yang beraksi dalam saingan liga, mereka tidak boleh menyalahkan liga sebagai punca pemain import bagus tak nak datang. Mereka perlu cari cara mengatasinya, bukan beri alasan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menyifatkan Liga-M kurang dikenali sehingga sukar kelab-kelab di negara ini untuk mendapatkan pemain import yang berkualiti.Mengulas lanjut, Mohd Azraai yang pernah membimbing beberapa pasukan tempatan tidak menganggap Liga-M kurang dikenali, sebaliknya telah mengalami peningkatan ketara berbanding 10 tahun lalu.“Kalau nak dibandingkan Liga-M dengan beberapa liga di negara ASEAN, saya melihat liga kita lebih menonjol. Pasukan pun saya lihat telah mempunyai pemain tempatan yang berkualiti.“Jadi, ia perlukan masa untuk liga kita lebih ke hadapan, apatah lagi baru sahaja beberapa tahun liga diswastakan. Tak boleh nak harapkan sempurna terus.“Liga kita memerlukan lebih banyak pasukan sehebat JDT jika ia mahu lebih dikenali. Justeru, nasihat saya adalah berhenti merungut dan buat kerja,” katanya.
4
03 Februari 2023 07:10am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/243445/berita/sukan/kbs-harap-kerajaan-salur-peruntukan-tambahan
KBS harap kerajaan salur peruntukan tambahan
MENJELANG Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Februari ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap supaya kerajaan dapat menyalurkan peruntukan tambahan bagi membantu persiapan atlet mengharungi temasya besar pada tahun ini dan tahun hadapan.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China September ini serta Sukan Olimpik Paris 2024 memerlukan penumpuan khusus terutama dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet."Kita minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beri ruang yang lebih kerana kita akan berhadapan dengan kejohanan besar berturut-turut."Kita kena hantar atlet untuk bertanding di kejohanan luar supaya mereka memperoleh persaingan yang berkualiti serta pendedahan yang cukup."Kita cuba optimumkan peruntukan yang diberi untuk pastikan atlet ini dapat masuk ke kejohanan dengan persediaan yang cukup," katanya pada sidang media Pelancaran Jelajah Bola Keranjang '3 Lawan 3' 2023, di Kuala Lumpur pada Khamis.Adam Adli bagaimanapun berkata peruntukan yang bakal diumumkan kerajaan itu tidak akan mengganggu sebarang program yang sedang dilaksanakan KBS ketika ini. - Bernama
4
02 Februari 2023 06:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243437/berita/sukan/tze-yong-mara-ke-suku-akhir-masters-thailand
Tze Yong mara ke suku akhir Masters Thailand
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengekalkan momentum kemenangan apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Masters Thailand, pada Khamis.Kejayaan itu hadir selepas pilihan kelapan kejohanan tersebut mengalahkan Heo Kwang Hee dari Korea Selatan 21-16, 21-8 dalam aksi selama 38 minit di Stadium Nimibutr, Bangkok.Kemenangan itu melebarkan rekod pemain berusia 23 tahun itu ke atas Kwang Hee kepada dua kemenangan.Tze Yong akan berdepan pemenang perlawanan antara rakan senegara, Cheam June Wei dengan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus pada Jumaat.Pentas Masters Thailand menjadi platform terbaik buat Tze Yong menamatkan penantian untuk mara ke suku akhir buat kali pertama tahun ini.Tiga kejohanan sebelum ini iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia, Tze Yong tewas di pusingan awal.Dalam pada itu, skrip berbeza buat beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila disingkirkan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-15, 21-10.Nasib sama turut menimpa gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang terpaksa akur tewas kepada wakil Indonesia, Amri Syahnawi-Winny Kandow 21-19-21-15.
4
02 Februari 2023 06:22pm
WARTAWAN SUKAN SINAR
https://www.sinarharian.com.my/article/243416/berita/sukan/piala-mfl-platform-pemain-muda-pikat-elavarasan
Piala MFL platform pemain muda pikat Elavarasan
KEHADIRAN Piala MFL yang bermula pada 2 Mac ini akan memberikan lebih banyak pilihan buat pengendali Bawah 23 negara, E Elavarasan dalam mencari kesebelasan terbaik bagi memikul cabaran negara terutama di pentas Sukan SEA 2023.Menurutnya, Piala MFL ini juga akan menjadi platform terbaik kepada pemain-pemain muda bagi memperagakan bakat mereka sekali gus mengekalkan kecergasan mereka di tahap kompetitif untuk sepanjang musim."Memang satu situasi berbeza kerana sebelum ini saya hanya memantau perkembangan pemain dalam skuad utama dan kali ini kita sudah ada Piala MFL."Kejohanan Sukan SEA merupakan tugasan pertama saya bersama pasukan dan sudah tentu, saya mengharapkan mampu mendapatkan pemain yang terbaik."Jadi dengan adanya Piala MFL, saya rasa boleh mencungkil pemain-pemain baharu untuk pasukan selain boleh mendapatkan minit permainan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan Liga Super."Kehadiran pemain-pemain import mungkin boleh dijadikan panduan kepada pemain-pemain muda ini terutama kepada mereka yang masih baharu dengan suasana pertandingan seperti ini,” katanya.Kumpulan A memperlihatkan lapan pasukan bakal bersaing iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.Sementara itu, baki tujuh lagi pasukan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC akan bermain dalam Kumpulan B.
4
02 Februari 2023 04:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243409/berita/sukan/agong-zahir-ucapan-tahniah-kepada-hamidin-dipilih-ahli-fifa
Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin dipilih Ahli FIFA
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.Seri Paduka menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Hamidin dan menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada FAM serta negara."Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, pada Khamis.Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33, di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain, pada Rabu.Hamidin yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.Beliau merupakan antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia.Seri Paduka turut menzahirkan keyakinan bahawa Hamidin, berbekalkan keupayaan dan pengalaman luasnya mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis FIFA dengan jayanya.Baginda turut yakin bahawa Hamidin akan membawa suatu nafas baharu kepada sukan bola sepak dunia dan negara serta menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepadanya, selain mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan. - Bernama
4
02 Februari 2023 04:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243397/berita/sukan/bahang-motogp-2023-kian-dirasai
Bahang MotoGP 2023 kian dirasai
KEHANGATAN perlumbaan MotoGP 2023 kian terasa apabila peminat sukan permotoran tempatan boleh menyaksikan kehebatan pelumba terkenal dunia beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 10 hingga 12 Februari ini.Para peminat berpeluang memenuhi litar tersebut di kawasan Grandstand utama secara percuma untuk melihat sesi ujian rasmi pra-musim MotoGP berkenaan.SIC memaklumkan peminat tempatan boleh menyaksikan kehebatan pelumba terkenal antaranya Francesco Bagnaia, Fabio Quartararo, Marc Marquez, Aleix Espargaro, Johan Zarco dan Maverick Vinales."Satu lagi tambahan baharu kepada peminat ialah Pit Lane Walk pada 10 dan 11 Februari dari jam 6.30 hingga 7.00 malam. Ia terhad kepada 1,000 pemegang tiket Grandstand sehari.“Tempat letak kenderaan premium disediakan dengan bayaran RM10 untuk kereta dan RM5 untuk motosikal berhampiran dengan Grandstand Utama.“Bayaran RM5 dikenakan untuk kereta dan RM2 untuk motosikal di kawasan P SIC dan PX. Kawasan tempat letak kereta lain adalah percuma,” katanya.Peminat juga berpeluang mendapat diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket terawal MotoGP Malaysia.“Harga tiket bermula pada RM122.20 untuk F Grandstand, RM175.30 (Grandstand K1), RM293.30 (Grandstand Utama), RM361.30 (Marc Marquez Tribune) RM433.50 (Premier Roving) dan RM544.00 untuk Kerusi Perdana," katanya.Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi gerai yang disediakan di kawasan Grandstand utama atau layari laman web di www.sepangcircuit.com untuk mendapatkan secara atas dalam talian.
4
02 Februari 2023 03:59pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243396/berita/sukan/infantino-gembira-hamidin-dipilih-ahli-majlis-fifa
Infantino gembira Hamidin dipilih Ahli Majlis FIFA
PRESIDEN Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas dipilih sebagai Ahli Majli FIFA.Menurut Infantino, kejayaan Hamidin sangat penting untuk Malaysia selain melihat ke hadapan untuk kerjasama penting membangunkan bola sepak di ASEAN, Asia dan seluruh dunia."Saya gembira Hamidin memenangi pemilihan Ahli Majlis FIFA kerana sangat penting untuk Malaysia dan kepada semua orang. Kami mengenali satu sama lain untuk tempoh yang lama."Kami tidak sabar untuk bekerjasama membangunkan bola sepak di ASEAN, Asia dan seluruh dunia," katanya menerusi satu video di laman Facebook FAM.Hamidin menang jawatan tersebut dalam pemilihan Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang berlangsung di Bahrain, pada Rabu.Selain Hamidin, Kohzo Tashima dari Jepun, Mariano Areneta Jr. (Filipina), Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani (Qatar) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi) turut mengisi baki empat jawatan tersebut.Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Dr Tran Quoc Tuan menyifatkan pemilihan Hamidin sangat tepat berdasarkan pengalaman dalam bola sepak."Hamidin mempunyai pengalaman dalam bola sepak dan banyak menyumbang kepada bola Sepak Malaysia selain di AFC."Kemenangan Hamidin juga bukan sahaja penting untuk Malaysia tetapi juga untuk ASEAN. Ia menjadikan ASEAN lebih kuat kerana ada dua wakil dalam FIFA."Ia penting kerana wakil ASEAN boleh menyertai mesyuarat FIFA dan cuba untuk mencari penyelesaian untuk pembangunan bola sepak ASEAN," katanya.
4
02 Februari 2023 03:54pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243393/berita/sukan/hannah-puji-semangat-membara-azizulhasni
Hannah puji semangat membara Azizulhasni
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji semangat jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang yang mempunyai tekad besar untuk meraih kejayaan tertinggi di pentas antarabangsa.Beliau berkata, keazaman seperti itu perlu menjadi matlamat setiap atlet negara untuk berjaya dalam apa jua jenis sukan mereka ceburi.“Sejujurnya, pemikiran seperti ini yang diperlukan oleh setiap atlet untuk berjaya,” tulis Hannah di Facebooknya pada Khamis.Hannah berkata, permulaan bagi setiap kejayaan adalah bermula pada diri atlet itu sendiri iaitu keinginan untuk melakukan yang terbaik dan melakar kecemerlangan dalam setiap kejohanan yang disertai.Sambil mengambil contoh Azizulhasni sebagai idola yang wajar dicontohi oleh atlet muda.“Azizulhasni (Awang) sememangnya mempunyai keinginan untuk cemerlang. Ia bermula dengan keinginan untuk berjaya,” katanya.Hannah (kanan) bersama Azizulhasni (tengah) pada majlis Anugerah Sukan Negara Selasa lalu. Foto FB Hannah YeohAzizulhasni yang dinobatkan sebagai Olahragawan buat kali kelima Selasa lalu sedia menggalas tanggungjawab bagi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas sulung Sukan Olimpik.Malah, dia yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersamanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama di pentas Olimpik Paris 2024.Ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada Ogos 2021, Azizulhasni yang diletakkan sandaran untuk meraih emas, terpaksa berpuas hati dengan kejayaan membawa pulang perak dalam acara keirin.
4
02 Februari 2023 03:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243367/berita/sukan/jorginho-dedah-sebab-pilih-arsenal
Jorginho dedah sebab pilih Arsenal
PENERAJU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal teruja dengan kehadiran Jorginho pada hari terakhir jendela perpindahan pemain lalu.Buat julung kalinya pemain berusia 31 tahun itu bertemu dengan pengurus The Gunners, Mikel Arteta dalam suasana ceria.Arsenal memuat naik rakaman pertemuan Jorginho yang disambut mesra Arteta sambil berkata.“Selamat datang kawan. Awak gembira?”Pemain tengah yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dan Kejohanan Eropah itu membalas;“Saya tak sabar untuk bermula.”Selepas Arsenal mengumumkan pembelian tersebut, Jorginho memberitahu bahawa Arteta merupakan watak penting membawanya ke Emirates.“Arteta mempunyai pengaruh yang kuat. Dia pernah cuba beberapa kali untuk mendapatkan saya sebelum ini, namun ia tidak berlaku atas sebab tertenu.“Bukan kerana saya tidak mahu. Jadi sudah tentu, dia memberikan pengaruh besar,” ujar Jorginho.Bekas pemain Chelsea itu secara jujur mengakui sudah tidak sabar untuk turun beraksi.“Semuanya berlaku dengan pantas. Masih terkejut, tapi saya ambil peluang untuk cabaran menakjubkan ini.“Ia jersi yang penting. Ia kelab yang menakjubkan. Kelab yang besar. Saya sangat teruja dan gembira berada di sini,” kata Jorginho
4
02 Februari 2023 01:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243353/berita/sukan/impak-segera-cancelo-di-bayern
Impak segera Cancelo di Bayern
PEMAIN baharu, Joao Cancelo memberi impak segera apabila membantu Bayern Munich membelasah Mainz 4-0 dalam saingan Piala Jerman pada Khamis.Canselo terus disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas berhijrah dari Manchester City pada hari terakhir jendela perpindahan lalu.Kualiti permainan yang dipamerkan pemain Portugal itu mendapat pujian rakan sepasukan Joshua Kimmich yang menganggapnya 'serasi' dengan juara Jerman itu.Beraksi di posisi pertahanan, Cancelo membuat bantuan jaringan untuk Eric Maxim Choupo-Moting meledak gol pertama pada minit ke-17.Pemain berusia 29 tahun itu juga dilihat berbahaya di bahagian sayap kanan.Kimmich mengalu-alukan rakan sepasukan barunya itu, dengan berkata Cancelo 'amat' sesuai dengan juara Jerman itu.“Dia ada kualiti menakjubkan - anda boleh lihat kualiti dibawanya ke padang. Saya harap kami akan gembira bersamanya,” katanya.Penyerang muda Bayern, Jamal Musiala turut senada dengan Kimmich.“Semua orang boleh melihat kualiti dimiliki Cancelo. Dia seorang pemain yang memiliki teknik hebat,” ujar Musiala yang meledak gol kedua pada minit ke-30.Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Leroy Sane dan Alphonso Davies.
4
02 Februari 2023 12:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243346/berita/sukan/kecederaan-mbappe-cetus-tanda-tanya
Kecederaan Mbappe cetus tanda tanya
KEMENANGAN Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Montpellier 3-1 dalam saingan Ligue 1 pada Khamis terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila penyerang sensasi, Kylian Mbappe mengalami kecederaan.Situasi itu mencetuskan tanda tanya jurulatihnya, Christophe Galtier menjelang perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich 15 Februari ini.“Saya tidak terlalu bimbang. Dengan jumlah perlawanan yang perlu kami perlu lalui saya tidak mahu mengambil risiko tetapi ia tidak kelihatan begitu serius,” katanya.Mbappe dilihat berjalan terhincut-hincut dipercayai mengalami kecederaan hamstring pada pertengahan separuh masa pertama,Sebelum itu pada minit kelapan dia mengambil sepakan penalti, namun diselamatkan oleh penjaga gol Montpellier, Benjamin Lecomte.Percubaan kali kedua pemain Perancis itu turut digagalkan selepas pengadil mengarahkan sepakan semula.Galtier merasakan kecederaan itu disebabkan oleh hentakan dan bukannya masalah otot.“Dia mendapat hentakan di belakang lutut atau belakang paha. Jadi kita akan lihat perkembangannya,” kata Galtier.PSG akan melayan kunjungan Bayern di Paris pertengahan bulan ini sebelum aksi perlawanan kedua di Jerman pada 9 Mac.Mereka terdesak untuk mengelak pengulangan musim lalu apabila tersingkir pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara ketika berdepan Real Madrid.
4
02 Februari 2023 12:08pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243330/berita/sukan/chelsea-perlukan-saya
'Chelsea perlukan saya'
THIAGO Silva menjangkakan untuk menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea dalam masa terdekat.Pemain pertahanan tengah itu telah menjadi pemain utama The Blues sejak menyertai pasukan itu pada Ogos 2020 susulan kontraknya yang tamat bersama Paris Saint-Germain.Silva menandatangani perjanjian awal setahun dengan kelab itu dan membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara pada kempen 2020-21 sebelum menandatangani kontrak lanjutan sehingga akhir musim ini.Dengan baki kontrak kurang daripada enam bulan, pemain berusia 38 tahun itu mendedahkan pasukan mahu dia kekal di Stamford Bridge."Saya dan Chelsea bercakap mengenainya (kontrak). Semuanya mungkin akan berlaku dalam beberapa hari akan datang."Niat saya, dan juga kelab, adalah untuk kekal bersama," katanya.Silva percaya pengalaman luasnya di peringkat tertinggi bola sepak adalah aset penting untuk digunakan The Blues semasa dia masih di kelab itu.Chelsea juga telah membawa masuk pemain pertahanan tengah berusia 21 tahun, Benoit Badiashile dari Monaco."Saya tahu kelab memerlukan saya sekarang dan saya di sini untuk membantu, kerana mereka adalah pemain muda."Saya juga tahu dengan pengalaman saya, boleh membantu dalam proses membina semula kelab ini," katanya.
4
02 Februari 2023 10:15am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243329/berita/sukan/gakpo-perlukan-masa-sesuaikan-diri
Gakpo perlukan masa sesuaikan diri
CODY Gakpo akan tampil dengan aksi lebih baik untuk Liverpool apabila dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana Liga Perdana Inggeris (EPL), kata bekas pemain Belanda, Wesley Sneijder.Penyerang berusia 23 tahun itu telah membuat lima penampilan untuk The Reds sejak perpindahan pada Januari dari PSV, namun dilihat bergelut tanpa menjaringkan gol atau bantuan gol.Gakpo mencatat sembilan gol dan 12 bantuan gol dalam 14 perlawanan bersama kelab lamanya sebelum berpindah ke Anfield, namun setakat ini tidak dapat mengulangi prestasi itu di England.Sneijder percaya Gakpo adalah pemain hebat yang boleh membantu pasukan baharunya itu mengembalikan prestasi pasukan dalam saingan liga."Sudah tentu saya yakin dia boleh bertambah baik di Liverpool. Ia sentiasa sukar untuk menukar kelab pada musim ini terutama anda tidak mendapat masa untuk menyesuaikan diri."Biasanya apabila anda bermula dengan kelab baharu dalam pramusim, anda mempunyai tempoh yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan juga dengan bola sepak Inggeris."Sekarang dia tiba dan dia perlu bermain terus dan menjadi sukar. Kita harus memberinya sedikit masa lagi kerana dia seorang pemain yang hebat," katanya.
4
02 Februari 2023 09:51am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243328/berita/sukan/tak-bermakna-jika-tak-jadi-juara
'Tak bermakna jika tak jadi juara'
LUKE Shaw menegaskan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Liga tidak akan memberi makna kepada Manchester United jika mereka tidak memenangi trofi tersebut.Kemenangan 2-0 di Old Trafford pada Khamis menyaksikan United mara dengan agregat selesa 5-0 pada dua aksi separuh akhir menentang Nottingham Forest sekali gus menempah pertemuan dengan Newcastle United pada 26 Februari ini di Wembley.Kemenangan tersebut yang diperoleh hasil jaringan pada separuh masa kedua menerusi Anthony Martial dan Fred meneruskan kebangkitan United di bawah bimbingan Erik ten Hag.Ia memberi peluang kepada United untuk menamatkan kemarau trofi selepas enam tahun dengan kali terakhir mereka menjulang piala pada pada musim 2016-17."Tidak ada gunanya pergi ke final jika anda tidak memenanginya."Ia adalah peluang besar untuk kami, bermain dalam perlawanan besar, mengembalikan kelab ini ke tempat yang sepatutnya dan mencabar untuk memenangi trofi."Kami kini mempunyai satu perlawanan yang besar menentang Newcastle. Mereka adalah pasukan yang sangat bagus dan ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar," katanya.Dalam pada itu, Bruno Fernandes, yang mengetuai United dan memainkan peranan penting dalam perlawanan kedua menentang Forest berharap untuk tampil lebih baik dalam perlawanan akhir."Sekarang kami mempunyai peluang lagi. Sebelum itu, terdapat banyak perlawanan yang akan datang, jadi kami perlu fokus pada itu."Saya sangat gembira dengan prestasi pasukan terutama untuk gol yang kami cipta. Kami mempunyai lebih banyak peluang dan kami boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi saya fikir mereka bertahan dengan sangat baik," katanya.
4
02 Februari 2023 09:36am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243316/berita/sukan/martial-fred-pacu-manchester-united-ke-final-piala-liga
Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga
GOL separuh masa kedua Anthony Martial dan Fred membolehkan Manchester United menang selesa 2-0 ke atas Nottingham Forest di Stadium Old Trafford, sekali gus kemenangan agregat 5-0 bagi mengesahkan slot ke final Piala Liga.Babak pertama menyaksikan pemain baharu yang direkrut pada perpindahan pemain Januari, Wout Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.Pengendali United, Erik ten Hag kemudiannya memasukan penjaring sensasi The Red Devils, Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Martial pada separuh masa kedua untuk memberi tekanan kepada pelawat.Hasil percaturan itu menyaksikan penyerang Perancis tersebut berjaya menjaringkan gol pendahuluan Manchester United pada minit ke-73.Pemain Brazil, Fred kemudiannya tiga minit selepas itu mematikan kebangkitan pelawat dengan gol kemenangan bagi mengesahkan slot perlawanan akhir berdepan Newcastle United pada 26 Februari ini.Kemenangan ke atas Forest itu juga menyaksikan skuad asuhan ten Hag melebarkan kemenangan di tempat sendiri kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan.Untuk rekod Manchester United merupakan pilihan ke perlawanan akhir selepas menang besar 3-0 ke atas Forest di Stadium City Ground pada 26 Januari lalu.Pada perlawanan timbal balik kedua ten Hag tetap menurunkan kesebelasan terkuat apabila hanya merehatkan penjaga gol David de Gea dan Rashford.Manchester United kini telah mara ke final Piala Liga buat kali ke-10.
4
02 Februari 2023 07:27am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243308/berita/sukan/misi-realisasi-emas-sulung-olimpik
Misi realisasi emas sulung Olimpik
MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyahut cabaran dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kontinjen Malaysia membawa pulang emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024.Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib berkata, badan induk sukan negara itu telah melakukan persiapan rapi menerusi Program Gold Paris 2024 bagi memantau pelaksanaan dan keberkesanan misi merealisasikan emas pertama tersebut.“Ya... kita di MOM sahut cabaran itu kerana tahu tidak hanya kerajaan tetapi juga rakyat Malaysia mahu melihat kontinjen Sukan Olimpik negara meraih emas pertama di Paris 2024.“Sebenarnya persiapan Sukan Olimpik Paris 2024 ini telah pun kita buat awal menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program Gold Paris 2024 yang dipengerusikan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.“Alhamdulillah, kita dapat sokongan padu daripada persatuan sukan kebangsaan baik dari segi bantuan analisis termasuk psikologi.“Cumanya untuk masuk ke next level, kita memerlukan bajet lebih lebih tinggi bagi membolehkan para atlet yang memiliki prospek menghadirkan emas diberikan perhatian khusus dalam aspek latihan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Pada masa sama, Nazifuddin juga berharap kesemua atlet negara menyahut cabaran daripada pemimpin nombor satu negara itu.“MOM dan persatuan sukan kebangsaan hanya mampu memberikan khidmat sokongan dari segi jurulatih, latihan dan analisis.“Namun, semua akan kembali kepada para atlet kerana kita tidak boleh memaksa atlet memberikan keputusan terbaik tanpa kerja keras dan disiplin tinggi.“Bagi tahap Sukan Olimpik, kekuatan fizikal dan mental akan menjadi teras utama kepada atlet untuk memberikan sesuatu yang luar biasa dalam setiap persembahan mereka untuk mencipta kejayaan,” ujarnya.Nazifuddin juga mengakui sandaran untuk merangkul emas pertama negara masih kepada dua acara sukan utama iaitu berbasikal trek dan badminton.Malah, beliau berkata, MOM telah memasuki fasa perbincangan dengan persatuan sukan kebangsaan yang berpeluang untuk menyertai temasya Olimpik di Paris nanti.“Kita mahu sukan yang berpeluang menyertai Paris 2024 kali ini diberikan sokongan dan perhatian yang khusus dalam menghasilkan pingat untuk negara.“Jadi saya senada dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh supaya peruntukan untuk sukan dalam Bajet 2023 tidak dipotong dalam usaha menyediakan kontinjen terbaik di Paris,” jelasnya.
4
02 Februari 2023 07:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243315/berita/sukan/raja-kazu-otai-masih-berbisa
'Raja Kazu' otai masih berbisa
KAZUYOSHI Miura meneruskan kerjaya profesionalnya di Portugal pada usia 55 tahun selepas bekas penyerang Jepun itu menyertai gergasi Divisyen Dua Oliveirense secara pinjaman daripada Yokohama FC, kata kelab Portugal tersebut.Miura, yang berusia 56 tahun bulan ini, akan memasuki musim ke-38 bola sepak profesionalnya, tempoh masa lebih lama daripada kebanyakan rakan sepasukannya yang masih hidup.Portugal akan menjadi negara keenam Miura yang digelar 'Raja Kazu' oleh peminat.Beliau bermain selepas memulakan pengembaraan bola sepak dunianya bersama sensasi Brazil, Santos pada 1986.Miura memulakan kerjayanya di luar negara apabila Jepun tidak mempunyai liga profesional ketika itu, sebelum bermain untuk kelab termasuk Verdy Kawasaki, Genoa, Dinamo Zagreb dan Vissel Kobe.“Walaupun ini tempat baharu, saya akan bekerja keras untuk menunjukkan kepada semua jenis permainan yang saya kenali,” kata Miura.Untuk rekod, Miura adalah pemain tertua yang menjaringkan gol dalam Liga Jepun (Liga-J), setelah menjaringkannya ketika menentang Thespakusatsu Gunma pada 2017.Miura bermain 89 kali untuk Jepun, memenangi Piala Asia pada 1992 dan merupakan penjaring kedua tertinggi sepanjang masa negara matahari terbit itu dengan 55 gol.Perlawanan antarabangsa terakhirnya bersama Samurai Biru adalah pada tahun 2000.
4
02 Februari 2023 07:13am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/243307/berita/sukan/azizulhasni-tekad-bawa-pulang-emas-olimpik
Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik
JAGUH berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang sedia menggalas tanggungjawab bagi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas sulung Sukan Olimpik.Malah, Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama di pentas Olimpik Paris 2024.“Saya sahut cabaran dan tanggungjawab berkenaan (memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024) memandangkan saya antara atlet paling senior.“Namun, kita tidak boleh ghairah semata-mata meletakkan harapan kepada saya sahaja. Sudah tiba masanya kita juga perlu meletakkan harapan kepada pelumba atau atlet muda daripada sukan lain.“Saya harap dengan adanya semua atlet ini, kita dapat merealisasikan impian berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan sempena Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Bukit Jalil pada Selasa.Ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada Ogos 2021, Azizulhasni yang diletakkan sandaran untuk meraih emas, terpaksa berpuas hati dengan kejayaan membawa pulang perak dalam acara keirin.Pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni yang terkenal dengan panggilan The Pocket Rocketman menyambar pingat gangsa dalam acara kegemarannya itu.
4
02 Februari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243303/berita/sukan/arab-saudi-bakal-anjur-piala-asia-2027
Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
ARAB Saudi bakal menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Asia buat julung kali bagi negara itu pada 2027.Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, dengan rekod tiga kali memenangi Piala Asia (1984, 1988 dan 1996) daripada enam kali memasuki final serta enam kali mewakili Asia dalam Piala Dunia, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut yang diasaskan pada 1956.Hasrat Arab Saudi untuk menganjurkan pertandingan itu akhirnya tercapai selepas 43 daripada 46 negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menghadiri Kongres AFC ke-33 di Pusat Konvensyen Gulf, di sini, pada Rabu, mengundi hak penganjuran diberikan kepada monarki itu.Turkmenistan dan Palestin bagaimanapun tidak mengundi."Kami teruja untuk bekerjasama dengan SAFF (Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi) dan Kerajaan Arab Saudi dalam menganjurkan Piala Asia AFC yang akan diingati oleh peminat dan pemain pada 2027,” kata Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.Sebelum ini Arab Saudi turut mendapat hak penganjuran Sukan Asia 2034 di Riyadh dan Sukan Musim Sejuk Asia 2029.Sementara itu Presiden Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi Putera Abdulaziz Turki Al Faisal Al Saud berkata: "Ia satu penghormatan dipilih untuk menganjurkan Piala Asia dan ini adalah saat yang bersejarah dan hebat untuk bola sepak Arab Saudi."Pengalaman yang kami ada dalam menganjurkan acara sukan dan hiburan besar bermakna kami bersedia untuk memberikan yang terbaik.”Arab Saudi merupakan satu-satunya negara menawarkan diri untuk menganjurkan edisi 2027 itu setelah empat negara lain iaitu Uzbekistan, Iran dan India menarik diri, manakala Qatar jatuh kelayakan setelah meraih hak penganjuran bagi edisi tahun ini. - Bernama
4
01 Februari 2023 10:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243299/berita/sukan/tze-yong-june-wei-lepasi-pusingan-pertama-masters-thailand
Tze Yong, June Wei lepasi pusingan pertama Masters Thailand
PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong mencatat kemenangan pada perlawanan pusingan pertama kejohanan badminton Masters Thailand berlangsung di Stadium Nimibutr, di sini hari ini.Pemain berusia 22 tahun itu memerlukan 40 minit sebelum berjaya mengenepikan wakil Brazil Ygor Coelho 21-19, 21-10 untuk berdepan pemain Korea Selatan Heo Kwang Hee pada pusingan kedua esok.Pemain profesional negara, Cheam June Wei turut mara ke pusingan kedua selepas meraih kemenangan 21-18, 21-17 ke atas wakil tuan rumah Kantaphon Wangcharoen.June Wei bakal berdepan cabaran sengit Angus Ng Ka Long dari Hong Kong, esok.Seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara Soong Joon Ven pula terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Hong Kong Chan Yin Chak 21-16, 23-25, 22-20.Sementara itu, beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya mengambil masa 20 minit untuk menundukkan lawan mereka dari Israel Misha Zilberman-Svetlana Zilberman 21-19, 21-14 manakala Chan Peng Soon-Cheah Yee See pula mengenepikan wakil Taiwan Chang Ko Chi-Lee Cheh Chin 18-21, 21-19, 21-15.Soon Huat-Shevon dijadual berdepan sama ada wakil Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito atau pasangan China Cheng Xing-Chen Fang Hui manakala Peng Soon-Yee See pula akan berdepan gandingan Indonesia Amri Syahnawi-Winny Oktavina di pusingan kedua.Beregu lelaki negara Low Hang Yee-Ng Eng Cheong meneruskan rentak cemerlang mereka menundukkan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi dari Indonesia 27-25, 21-16 untuk berdepan satu lagi wakil Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.Pemain perseorangan wanita, S Kisona bagaimanapun gagal ke pusingan kedua selepas tunduk kepada wakil Thailand Pornpicha Choeikeewong 21-19, 15-21, 21-12. - Bernama
4
01 Februari 2023 10:04pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243292/berita/sukan/siti-safiyah-intai-kedudukan-podium-di-kuwait
Siti Safiyah intai kedudukan podium di Kuwait
ATLET boling wanita kebangsaan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengimpikan mengakhiri saingan di kedudukan podium pada Kejohanan IBF (International Bowling Federation) World Combined Championships di Kuwait, Oktober ini.Tanpa menyatakan warna pingat, Siti Safiyah berkata kejayaan meraih Pasukan Wanita Kebangsaan 2021 pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 bersama rakan sepasukannya semalam, menyuntik motivasi baginya mengharumkan negara dalam pertandingan di Kuwait yang dianggap terbesar baginya tahun ini.Beliau berkongsi anugerah bersama tiga lagi pemain boling iaitu Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik dan Nur Syazwani Sahar pada ASN 2021 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini.Selain aksi di Kuwait, pemain boling berusia 32 tahun itu juga memaklumkan bakal menyertai beberapa pertandingan antaranya Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia pada 1 hingga 7 Mei nanti diikuti Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 (3 hingga 10 Jun) dan Terbuka Antarabangsa Thailand (26 hingga 29 Julai).Dalam pada itu, Siti Safiyah menyifatkan kejayaan merangkul perak bersama rakan sepasukannya bagi acara berpasukan wanita pada Kejohanan Boling Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2021 adalah pencapaian terbesar memandangkan ia pertandingan pertama disertai mereka selepas hampir dua tahun gara-gara pandemik Covid-19."Kami amat bersyukur atas anugerah ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara kerana menganjurkan serta mencalonkan kami pada ASN 2021," katanya selepas majlis anugerah tersebut.Walaupun mengakui agak terkesan dengan persaraan nama besar seperti Shalin Zulkifli pada 2021, Natasha pula optimis barisan muka baharu dalam skuad kebangsaan mampu mencapai tahap permainan seperti bekas jaguh boling kebangsaan tersebut.“Harap dengan latihan serta pergi kejohanan sekali akan rapatkan hubungan dan boleh menang banyak macam mana senior-senior dahulu menang,” katanya.
4
01 Februari 2023 08:41pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243291/berita/sukan/impian-sze-fei-ke-olimpik-belum-padam
Impian Sze Fei ke Olimpik belum padam
BERPISAH dengan gandingan sedia ada bukan satu pengakhiran buat pemain beregu lelaki negara, Goh Sze Fei, malah ia tidak sedikitpun meranapkan impiannya untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik.Susulan keputusan untuk memisahkan beliau daripada pasangannya Nur Izzuddin Rumsani yang dibuat baru-baru ini, Sze Fei terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, namun semangatnya tidak terjejas.Walaupun masih belum mengetahui pasangan baharunya, pemain berusia 25 tahun itu berkata beliau masih berpeluang untuk beraksi di temasya sukan terbesar berkenaan pada edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat."Ya (bermain di Sukan Olimpik 2028) tapi perlu berbincang dengan jurulatih dahulu mengenai siapa akan jadi gandingan saya," katanya kepada pemberita pada Rabu.Ditanya mengenai pemain yang sesuai bergandingan, Sze Fei yang sering beraksi di bahagian hadapan berharap mendapat pasangan yang boleh bermain dan melakukan serangan daripada belakang.Sze Fei berkata, dia sedia memikul tanggungjawab untuk membantu dan membimbing pemain muda mencapai tahap terbaik mereka sekiranya pasukan kejurulatihan memutuskan untuk bekerjasama tidak lama lagi.Bagaimanapun, juara Terbuka Jerman 2022 itu berharap dapat berkongsi impian sama dengan pasangan baharunya nanti dalam mencipta kejayaan cemerlang termasuk memenangi kejohanan pada masa akan datang.Buat masa ini, jurulatih beregu lelaki Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Bin Shen berkata, pasukan kejurulatihan masih berbincang sebelum memutuskan pasangan baharu buat Sze Fei dan Nur Izzuddin, yang akan diumumkan sendiri Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky tidak lama lagi.“Sze Fei sering bermain di bahagian hadapan gelanggang manakala Nur Izzuddin lebih kepada serangan, jadi kita perlu mencari pemain yang mempunyai corak permainan lebih kurang sama, baru kita boleh gandingkan mereka,”katanya.Bagaimanapun, Bin Shen enggan mengulas sama ada akan berlaku perpisahan beregu membabitkan gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri, untuk digandingkan dengan Sze Fei dan Nur Izzuddin.“Seperti yang saya katakan, semuanya masih dalam perbincangan sebab apabila kita sudah pisahkan, kita perlu fikirkan banyak perkara mengenai gandingan mereka dan semuanya, dan kita masih belum mendapat keputusan muktamad,” katanya.Sementara itu, Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Dr Tim Jones mengakui bahawa mereka perlu berhati-hati dalam mencari pasangan baharu untuk Sze Fei dan Nur Izzuddin kerana tidak boleh sebarangan memilih pasangan buat kedua-dua pemain terbabit dan berharap jurulatih akan mendapat formula terbaik untuk pemain terbabit. - Bernama
4
01 Februari 2023 08:39pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243282/berita/sukan/prestasi-zii-jia-jun-hao-tak-jejas-misi-malaysia
Prestasi Zii Jia, Jun Hao tak jejas misi Malaysia
PRESTASI 'turun naik' dua pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao tidak akan menjejaskan misi Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023.Malah, Pengarah Prestasi Tinggi Akademi Badminton Malaysia (ABM) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Tim Jones mengakui tidak bimbang kemelut prestasi melanda kedua-dua pemain itu.Sebaliknya, Jones percaya kedua-dua pemain berstatus senior itu mampu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dalam membantu pasukan negara merealisasikan sasaran di kejohanan berkenaan.“Sejujurnya saya rasa sedikit malang buat Jun Hao selepas keputusan yang diraihnya semalam. Namun saya fikir keputusan buruk diraihnya mampu menyuntik semula semangatnya sama seperti yang berlaku kepada Aaron-Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah.“Begitu juga dengan situasi yang menimpa Zii Jia, walaupun prestasinya tidak konsisten dalam aksi perlawanan awal tahun ini, namun kami yakin dia akan kembali berada pada tahap terbaik pada kejohanan itu,” katanya ketika ditemui di ABM pada Rabu.Selain Zii Jia dan Jun Hao, Malaysia bakal diwakili Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron-Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki); Pearly-Thinaah dan Teo Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita); Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).Pada BAMTC 2023 yang bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan UAE.Bagi edisi kali ini, Malaysia belum pernah mara sehingga peringkat separuh akhir mengintai peluang menamatkan kempen dalam kelompok empat terbaik untuk slot automatik ke Piala Sudirman di Suzhou, China pada Mei depan.“Kami menyasarkan mara ke separuh akhir kerana mahu layak secara merit (ke Piala Sudirman). Jadi kami tidak mahu menunggu saat akhir yang terpaksa mengikut kedudukan ranking untuk layak,” ujar Jones.
4
01 Februari 2023 06:54pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243270/berita/sukan/hamidin-dipilih-ahli-majlis-fifa
Hamidin dipilih Ahli Majlis FIFA
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.Beliau disahkan terpilih memegang jawatan tersebut dalam Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang berlangsung di Bahrain, pada Rabu.Selain Hamidin, Kohzo Tashima dari Jepun, Mariano Areneta Jr. (Filipina), Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani (Qatar) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi) turut mengisi baki empat jawatan tersebut.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi wakil Malaysia pertama dalam Majlis FIFA susulan kemenangan baginda pada Kongres 2015, manakala Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pernah berkhidmat sebagai naib presiden FIFA dari 1982 hingga 1990.Sementara itu, Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mengekalkan jawatan tertinggi berkenaan tanpa bertanding bagi tempoh empat tahun lagi.
4
01 Februari 2023 06:12pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243245/berita/sukan/kelantan-united-fc-teruskan-rentak-positif
Kelantan United FC teruskan rentak positif
PENGENDALI Kelantan United FC, Tomas Trucha memuji barisan pemainnya selepas berjaya mengikat Kuala Lumpur (KL) City FC 0-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Selasa.Menurutnya, ia satu keputusan yang baik buat pasukan pantai timur itu dalam usaha memperkemaskan rentak pasukan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M)."Menentang kelab yang dibina dengan teratur seperti KL City FC membolehkan saya melihat bagaimana pemain menyesuaikan diri dengan latihan taktikal."Saya juga dapat melihat tahap kecergasan pemain dan mengetahui dengan jelas di mana aspek yang perlu mereka pertingkatkan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Kelantan United FC pada Rabu.Kemenangan itu meneruskan rentak positif Kelantan United FC selepas satu keputusan seri dan tewas menentang Terengganu FC selain mencatatkan kemenangan ke atas Negeri Sembilan Sabtu lalu.Trucha berkata, pemain telah menunjukkan kerja berpasukan, sikap dan disiplin yang amat baik terutama dalam dua perlawanan terakhir."Bagaimanapun, semua itu masih perlu dipertimbangkan bahawa perlawanan itu adalah sebahagian daripada aksi pra musim."Masih banyak perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian ofensif permainan. Saya mahu lebih penguasaan pada bola, lebih banyak hantaran ke kawasan jaringan seterusnya percubaan yang mampu menambah peluang untuk menjaringkan gol," katanya.Aksi seterusnya, Kelantan United FC akan berdepan PDRM FC di Stadium Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada Khamis.
4
01 Februari 2023 04:38pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243208/berita/sukan/astro-rtm-penyiar-rasmi-liga-malaysia
Astro, RTM penyiar rasmi Liga Malaysia
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan stesen televisyen Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku rakan penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kehadiran Astro dan RTM bakal menambah kemeriahan musim baharu Liga-M 2023 yang akan bermula 24 Februari depan dengan aksi pembuka tirai Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim."Saya percaya, dengan sokongan dan komitmen rakan penyiar tempatan, ia bukan hanya demi kepuasan kualiti tontonan peminat-peminat tanah air."Ia juga dapat meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia yang akhirnya akan memberikan pulangan besar buat pasukan serta pemain," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Semua perlawanan yang akan disiarkan oleh Astro dalam definisi tinggi (HD) meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia boleh di tonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.Manakala, RTM pula akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 merangkumi beberapa saingan termasuk Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia menerusi saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam melihat gandingan Astro dan RTM selaku rakan penyiar Liga-M musim ini bakal memenuhi kehendak peminat-peminat tempatan yang mahukan satu liputan menyeluruh dan menarik."MFL percaya dua rakan penyiar ini berkongsi objektif dan fokus mengenai kandungan yang penting jadi kami telah menemui rakan kongsi terbaik untuk membina semula jenama dan impak Liga Malaysia ke tahap lebih tinggi."Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Astro dan RTM dalam bidang penyiaran sukan, kami berharap ia dapat memenuhi jangkaan dan harapan semua peminat-peminat," katanya.
4
01 Februari 2023 12:53pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243199/berita/sukan/bayern-pinjam-cancelo-dari-city
Bayern pinjam Cancelo dari City
PENYANDANG juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich telah menandatangani bek sayap, Joao Cancelo dengan perjanjian pinjaman daripada Manchester City bagi baki saingan musim ini dengan pilihan untuk membeli pemain Portugal itu.Ketibaannya melengkapkan trio pemain musim sejuk untuk Bayern yang akan menentang Paris St Germain (PSG) dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dalam masa dua minggu selepas penjaga gol, Yann Sommer dan pertahanan, Daley Blind.Menurut pengurusan Bayern keputusan membawa masuk beberapa pemain itu adalah untuk menggantikan penjaga gol Manuel Neuer yang cedera dan pemain pertahanan Lucas Hernandez dan Noussair Mazraoui.Cancelo membuat 16 permulaan liga untuk City musim ini tetapi tidak bermain untuk kelab itu sejak kekalahan derbi mereka kepada Manchester United awal bulan ini selepas terlepas tiga perlawanan terakhir.Dia hanya memulakan tiga daripada 10 perlawanan selepas rehat Piala Dunia setelah posisinya diganti Nathan Ake manakala Rico Lewis yang berusia 18 tahun turut menjadi pemain pilihan Pep Guardiola musim ini.“Keputusan saya ada kaitan dengan masa bermain yang sedikit sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Terdapat spekulasi bahawa hubungan saya dengan (jurulatih Manchester City) Pep (Guardiola) bukanlah yang terbaik tetapi hakikatnya saya mahu bermain lebih banyak perlawanan.“Saya mahu memulakan pengembaraan baharu ini secepat mungkin dan menikmati masa di City. Saya masih ada baki kontrak dengan kelab, jadi saya tidak lihat ini sebagai perlepasan terakhir."Tumpuan saya kini untuk fokus dalam masa lima bulan ini dan lihat apa yang berlaku selepas itu,” kata Cancelo pada sidang akhbar.Cancelo sebelum ini memainkan peranan penting buat City sejak ketibaannya pada 2019 dengan meraih dua kejuaraan liga selain disenaraikan dalam Pasukan Terbaik Liga Perdana Inggeris dua musim lalu.Sementara itu, pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic menjelaskan pasukan berkemungkinan menandatangani Cancelo secara kekal pada musim panas.“Joao adalah pemain yang kami fikirkan sejak sekian lama kerana kami sangat menghargai kualitinya. Dia adalah yang paling sesuai dalam sistem kami dengan gaya permainan menyerang, mentaliti dan pengalamannya yang sangat sesuai dalam pasukan.“Kami kini telah membawa masuk Sommer, Daley Blind dan Joao. Kami meliputi tiga posisi itu dan berharap untuk mempunyai kedalaman dalam skuad kami yang diperlukan untuk mencapai matlamat kami,” katanya.Bayern mendahului Bundesliga, namun gagal melakarkan kemenangan sejak saingan dimulakan selepas Piala Dunia dengan melakarkan tiga keputusan seri dan pendahuluan liga ke atas Union Berlin telah dipotong kepada satu mata.
4
01 Februari 2023 12:27pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/243182/berita/sukan/tmj-harap-lebih-banyak-stadium-canggih-dibina
TMJ harap lebih banyak stadium canggih dibina
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar lebih banyak stadium canggih dapat dibina di negara ini.Menurut Tunku Ismail, beliau melihat ia akan menjadi satu kebangaan untuk negara dalam industri bola sepak sekiranya lebih banyak stadium canggih dibangunkan.Tunku Ismail yang sebelum ini mempertikaikan kos pembinaan stadium baharu Shah Alam turut mendoakan agar stadium itu siap dibina dan menjadi satu kenyataan."Walaubagaimanapun, saya berharap semoga Stadium Shah Alam yang baharu bakal menjadi kenyataan di mana perkara itu boleh dibanggakan rakyat Selangor."Kami di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim pun tak sabar untuk beraksi di stadium tersebut. Saya juga berharap lebih banyak stadium yang secanggih seperti ini boleh dibangunkan kerana ia akan menjadi satu kebanggaan untuk negara dalam industri bola sepak," katanya dalam Instagram Story miliknya.Sebelum ini, beliau menyifatkan kos pembinaan stadium baharu Shah Alam yang menelan belanja RM787 juta sebagai tidak masuk akal.Beliau turut membuat perbandingan antara Stadium Shah Alam dan kos pembinaan Singapore Sport Hub yang jauh lebih tinggi walaupun dibina di atas tanah dengan kapasiti yang lebih kecil.Tunku Ismail berkata, kos pembinaan Singapore Sport Hub melibatkan kos SGD1.3 billion (RM4.2 billion), SGD68 juta (RM219 juta) bagi kos penyelenggaraan setahun dan dianggarkan sekitar SGD2.3 billion (RM7.4 billion) untuk kerajaan Singapura menamatkan perkongsian awam swasta (PPP) pada ogos 2022."Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan maintenance setinggi itu, bagaimana stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah."Ini adalah kos Singapore Sport Hub untuk saiz 35 hektar bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar."Kalau SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) terkial-kial nak maintain (selenggara), apatah lagi kerajaan negeri."Dengan nama ALLAH SWT, saya tak cemburu. Saya hanya mushkil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan," ujarnya.Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam.Konsep Stadium baharu Shah Alam itu diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.
4
01 Februari 2023 10:20am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243180/berita/sukan/fernandez-pecah-rekod-pemain-termahal-epl
Fernandez pecah rekod pemain termahal EPL
CHELSEA telah menandatangani Enzo Fernandez dari Benfica selepas memenuhi klausa pelepasan pemain itu bernilai €120 juta (RM555 juta) pada Rabu.Perjanjian itu memecahkan rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini sebanyak £100 juta (RM525 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa untuk mendapatkan Jack Grealish pada 2021.Fernandez dilaporkan akan menandatangani perjanjian sehingga 2031 dan menjadi pemain ketujuh yang menyertai Chelsea pada jendela perpindahan Januari selepas Benoit Badiashile, David Datro Fofana, Andrey Santos, Mykhailo Mudryk, Noni Madueke dan Malo Gusto.Pengendali Benfica, Roger Schmidt sebelum ini tidak mahu melepaskan Fernandez, tetapi akan bersetuju jika ada kelab yang mampu membayar klausa pelepasan pemain itu.Fernandez berpindah dari kelab Argentina, River Plate ke Benfica pada 2022 dan telah bermain 29 kali dalam semua pertandingan selain menjaringkan empat gol dan mencipta tujuh bantuan gol.Dia juga mencipta sensasi untuk Argentina pada Piala Dunia 2022 di Qatar apabila dinobatkan sebagai pemain muda terbaik kejohanan itu.Perpindahan Fernandez menjadikan jumlah perbelanjaan Chelsea untuk membeli pemain sejak pengambilalihan oleh kumpulan pelaburan yang diketuai oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital tahun lalu kepada lebih daripada £500 juta (RM2.6 bilion).
4
01 Februari 2023 09:56am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243175/berita/sukan/newcastle-tamat-kemarau-47-tahun-mara-ke-final
Newcastle tamat kemarau 47 tahun mara ke final
NEWCASTLE United menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Liga buat kali pertama selepas 47 tahun apabila mengatasi Southampton 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di St James Park pada Rabu.Kemenangan itu menyaksikan Newcastle mara ke pentas akhir dengan agregat 3-1 selepas memenangi perlawanan pertama 1-0 di laman lawan minggu lalu.Sean Longstaff mencetak gol pertama pada minit kelima dan ke-21 manakala Che Adams memberikan gol sagu hati kepada Southampton pada minit ke-29."Saya tidak pernah bermain dalam suasana seperti itu. Kami bermula dengan sangat baik menjaringkan dua gol yang bagus, biarkan mereka cuba untuk bangkit sedikit, tetapi kami gembira dapat mengatasinya."Ia adalah malam yang istimewa. Sudah lama kami tidak mengalami malam seperti ini dan ia yang sukar dipercayai," kata pemain pertahanan Newcastle, Dan Burns.Kemenangan yang diperolehi itu boleh dikatakan detik terbaik sejak Newcastle diambil alih oleh konsortium yang disokong Arab Saudi pada Oktober 2021.Mereka juga cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan ketiga dan mempunyai peluang untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan."Sungguh menakjubkan apa yang boleh berlaku dalam setahun. Kami akan ketawakan anda jika anda berkata seperti ini 12 bulan lalu. Sangat istimewa apa yang kami sedang bina pada masa ini, "kata Longstaff.
4
01 Februari 2023 09:25am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243173/berita/sukan/jorginho-tak-sabar-cetus-impak-untuk-arsenal
Jorginho tak sabar cetus impak untuk Arsenal
JORGINHO bakal menikmati peluang untuk bermain di bawah kendalian Mikel Arteta di Arsenal selepas perpindahan mengejut dari Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.Arsenal dilaporkan telah membayar £12 juta (RM57.77 juta) kepada Chelsea untuk memuktamadkan perjanjian itu selepas gagal dalam percubaan mereka untuk membawa masuk Moises Caicedo dari Brighton dan Hove Albion.Pemain antarabangsa Itali itu memberikan pilihan untuk Arsenal di di bahagian tengah selepas kehilangan Mohamed Elneny akibat kecederaan lutut.Menurut Jorginho, Arteta merupakan pengaruh utama untuknya menyertai The Gunners."Arteta adalah pengaruh yang besar. Saya tahu dia beberapa kali cuba mendapatkan saya sebelum ini dan ia tidak berlaku atas sebab lain, bukan kerana kehendak saya."Jadi, sudah tentu dia merupakan pengaruh yang besar. Sekarang saya sangat teruja dengan cabaran baharu ini, dan saya tidak sabar untuk berada di atas padang," katanya.Jorginho mempunyai banyak pengalaman dan telah membuat lebih daripada 500 penampilan kelab dalam kerjayanya selain mewakili Itali sebanyak 46 kali.Minat Arsenal terhadap pemain tengah kelahiran Brazil itu hanya diketahui pada hari-hari terakhir jendela perpindahan dan dia menandatangani kontrak selama 18 bulan di Stadium Emirates."Semuanya berlaku begitu pantas. Saya agak terkejut, tetapi saya mengambil peluang dengan cabaran yang menakjubkan ini."Ia adalah kelab yang menakjubkan, yang besar, dan saya sangat teruja serta gembira berada di sini."Saya cuba membawa tenaga positif, kerja keras dan pengalaman saya untuk membantu pasukan. Itulah yang saya selalu bawa bersama saya," katanya.
4
01 Februari 2023 09:03am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243157/berita/sukan/macam-orang-buta-bersilat
‘Macam orang buta bersilat’
PEMAIN perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, boleh diibaratkan seperti orang buta bersilat sekiranya mengekalkan pendirian untuk tidak mempunyai jurulatih selepas tampil hambar tiga aksi permulaan musim 2023.Malah menurut pemerhati sukan tanah air, Mohd Sadek Mustafa, sekiranya kemerosotan prestasi yang melanda Zii Jia dibiarkan berterusan, dibimbangi pemain nombor empat dunia tersebut akan terus tenggelam dalam kalangan pesaing lain.“Apa yang saya lihat pada ketika ini Zii Jia masih belum settle mindset kerana masih percaya dia pemain terhebat di Malaysia.“Tapi hakikatnya prestasi dia terus merudum dan apabila ada sindrom penafian itu menyebabkan dia sentiasa berada dalam zon selesa.“Bukan hendak beri tekanan sebaliknya Zii Jia perlu mengakui hakikat masa tidak menyebelahi dia walaupun merasakan dirinya muda, namun sebenarnya dia perlu segera matang seterusnya memperkemaskan semula misi dan objektifnya sebagai pemain professional sepenuh masa,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sukan Sinar pada Selasa melaporkan bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menasihati Zii Jia untuk segera mengambil jurulatih berikutan kemerosotan prestasi dalam tiga kejuaraan awal tahun ini.Sebelum itu bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim bersedia untuk menjadi jurulatih Zii Jia jika pemain tersebut memerlukan khidmatnya.Zii Jia memulakan kempen 2023 dengan rentak sumbang selepas kecundang pada pusingan pertama Terbuka Malaysia; Terbuka India (pusingan kedua) dan Masters Indonesia (pusingan kedua).Tambah Sadek lagi, pemain berusia 24 tahun itu tidak hanya memerlukan pasukan kejurulatihan, tetapi juga satu pasukan pengurusan yang akan dapat membantu mengembangkan kariernya pada masa depan.“Pendek kata, Zii Jia perlu mempunyai team management dan team latihan, ini bukan perkara yang mudah sebab itu kita dapat lihat bagaimana Viktor Axelsen sentiasa dahagakan kemenangan dalam setiap kejohanan supaya dapat menarik lebih banyak penaja bagi membolehkan dia berlatih dalam keadaan selesa.“Jadi untuk ini Zii Jia kena buat swot analysis dan smart analysis, bagi tempoh enam bulan setidak-tidaknya persediaan ke Sukan Olimpik 2024.“Paling penting mereka ini perlu memiliki pengalaman dalam industri bagi membolehkan Zii Jia pergi lebih jauh untuk peringkat seterusnya.“Apabila bergerak secara professional ini antara cabaran perlu dihadapi Zii Jia, situasi ini amat berlainan jika dibandingkan semasa era Datuk Lee Chong Wei yang bernaung di bawah BAM,” katanya.
4
01 Februari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243141/berita/sukan/mu-terpaksa-lupakan-eriksen-sehingga-lewat-april
MU terpaksa lupakan Eriksen sehingga lewat April
PEMAIN tengah Manchester United (MU), Christian Eriksen dijangka berehat panjang disebabkan kecederaan buku lali, umum Kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa."Eriksen dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh panjang disebabkan kecederaan yang dialaminya ketika pasukan mengatasi Reading dalam kancah Piala FA pada Sabtu."Meskipun pemeriksaan masih diteruskan, penilaian awal menunjukkan Eriksen kemungkinan tidak akan dapat beraksi sehingga lewat April atau awal Mei."Bagaimanapun, masih ada harapan Christian Eriksen akan dapat beraksi pada hujung musim,” menurut kelab itu,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Manchester United.Eriksen, 30, sudah 31 kali diturunkan pada musim ini bersama MU dan menjaringkan dua gol selain melakukan sembilan gerakan membantu pemain lain pasukannya menjaringkan gol.Pemain antarabangsa Denmark itu tiba di Old Trafford pada Julai lalu.Beliau yang sebelum ini beraksi bersama Ajax, Tottenham Hotspur, Inter Milan dan Brentford, menandangani kontrak selama tiga tahun bersama MU bermula pada musim panas 2022. - Bernama
4
31 Januari 2023 09:43pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/243140/berita/sukan/psg-tak-bawa-neymar-ke-montpellier
PSG tak bawa Neymar ke Montpellier
PENYANDANG juara Paris St Germain (PSG) dijangka bertandang ke Montpellier tanpa Neymar untuk perlawanan Ligue 1 Perancis, pada Khamis.Menurut kelab berpangkalan di Paris itu berkata, bintang Brazil itu mengalami keletihan otot.“Neymar mengalami keletihan otot dan akan kekal dalam penjagaan hari ini,” kata pendahulu Ligue 1 itu dalam satu kenyataan.PSG kini mempunyai 48 mata daripada 20 perlawanan mendahului RC Lens di tempat kedua dengan tiga mata.Anak buah Christophe Galtier mempunyai permulaan sederhana pada 2023.Tewas dua perlawanan terakhir di tempat lawan - Lens dan Stade Rennais sebelum diikat 1-1 di laman sendiri Stade de Reims pada Ahad.PSG akan melayan kunjungan Bayern Munich dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 15 Februari ini.
4
31 Januari 2023 09:39pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243138/berita/sukan/piala-mfl-platform-perkasa-skuad-bawah-23-tahun
Piala MFL platform perkasa skuad Bawah 23 tahun
UNDIAN Piala MFL memperlihatkan peluang seimbang buat 15 pasukan bagi mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menjuarai pertandingan edisi sulung musim ini.Majlis undian disempurnakan Ketua Jurulatih Bawah 23 tahun negara, E Elavarasan dan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali.Kejohanan Piala MFL menjadi pertandingan terbaharu diperkenalkan MFL pada musim ini yang merupakan platform untuk skuad Bawah 23 tahun bagi setiap kelab yang bersaing di Liga Super selain pengenalan semula Challenge Cup yang kini dikenali MFL Challenge Cup.Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, sebanyak 15 pasukan dari Liga Simpanan bawah 23 tahun bakal bersaing dalam memburu empat kedudukan teratas di peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan akhir.Sebanyak 8 pasukan telah diundi dalam Kumpulan A iaitu membabitkan Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Johor Darul Ta’zim II, Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.Sementara Kumpulan B, sebanyak 7 pasukan dengan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC.Perlawanan pertama Piala MFL bakal bermula pada 2 dan 3 Mac dengan aksi terakhir peringkat kumpulan pada 23 dan 24 Julai.Semua perlawanan bakal dijalankan mengikut format liga dua pusingan yang membabitkan aksi di laman sendiri dan lawan.Sementara lapan pasukan yang mara ke pusingan akhir bakal mulakan saingan pada 1 Ogos dan akan beraksi mengikut format liga satu pusingan.Dua pasukan teratas bakal mara ke perlawanan akhir yang dijangka berlangsung pada 5 November.
4
31 Januari 2023 09:28pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/243127/berita/sukan/skuad-berbasikal-mtb-tetap-rendah-diri-sukan-sea-2023
Skuad berbasikal MTB tetap rendah diri Sukan SEA 2023
SKUAD berbasikal MTB kebangsaan kekal merendah diri biarpun muncul antara sukan yang berjaya mencipta kejutan pada edisi lepas, apabila menyasarkan satu pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh, Mei depan,Pengurus pasukan, Mohd Saiful Abdul Jalil berkata, fokus mereka adalah mahu mengekalkan dominasi dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas.Katanya, skuad MTB kebangsaan juga mengintai peluang untuk membawa pulang dua gangsa dengan satu daripadanya disasar dalam acara baharu yang bakal dipertandingkan.“Bagi skuad MTB kita nak kekalkan satu emas dalam acara berganti-ganti dan dua gangsa dalam acara rentas desa lelaki ataupun wanita.“Di Kemboja ada satu acara tambahan (iaitu) eliminator. Kita rancang untuk hantar enam atlet dalam acara itu dan cuba untuk dapatkan satu gangsa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Prapemilihan Temasya Sukan SEA ke-32 Kemboja di Wisma OCM.Mohd Saiful berkata, skuad MTB kebangsaan mempunyai perancangan untuk menjalani latihan di Vietnam pada Mac ini sebagai persediaan menghadapi cabaran di Kemboja.Menyentuh mengenai pertandingan, beliau berkata setakat ini, pasukan bercadang untuk menghantar atlet menyertai kejohanan di Turkiye bulan depan dan Piala Thai pada Mac.Bagaimanapun menurut beliau, pihaknya masih menunggu kelulusan daripada Wisma Putra dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung kebenaran menyertai kejohanan di Turkiye.Sementara itu, beliau berkata, skuad MTB kebangsaan menghantar keseluruhan 11 nama atlet di bawah kategori A dan 23 bagi kategori B bagi Sukan SEA Kemboja, namun mengakui senarai itu boleh berubah mengikut situasi semasa.Sebagai rekod, pingat emas berganti-ganti rentas desa campuran merupakan emas pertama Malaysia dalam sukan itu sepanjang penganjuran temasya Sukan SEA dengan pencapaian terbaik sebelum itu ialah perak pada edisi 2011 yang menjadi pingat terakhir diraih kem berbasikal MTB negara.Kejayaan bersejarah itu hadir menerusi gandingan Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon selepas menewaskan pasukan tuan rumah dan Thailand untuk masing-masing meraih perak dan gangsa.Nur Assyira dan Natahsya masing-masing turut menghadiahkan kem MTB negara perak dan gangsa dalam acara rentas desa wanita di Hanoi.
4
31 Januari 2023 08:28pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/243119/berita/sukan/saya-masih-dahaga-kejayaan---azizulhasni
'Saya masih dahaga kejayaan' - Azizulhasni
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memahat sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Olahragawan Kebangsaan buat kali kelima sempena Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Selasa.Azizulhasni yang memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Ogos 2021, mengetepikan empat calon lain - Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu badminton lelaki), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman atau Damok (permotoran dua roda).Kejayaan itu menyaksikan Azizulhasni yang terkenal dengan panggilan The Pocket Rocketman menyambar gelaran sama buat kali kelima dalam kariernya selepas turut muncul Olahragawan Kebangsaan pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020."Hari ini saya berasa amat terharu kerana sekali lagi dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dapat memenangi gelaran ini buat kali kelima dalam karier saya."Saya ingin pastikan ini bukan kemenangan terakhir memandangkan saya akan bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024 nanti. Jadi saya masih dahagakan kejayaan untuk menaikkan martabat sukan negara," kata Azizulhasni.Azizulhasni kini muncul atlet paling banyak memenangi anugerah tersebut selepas menyamai rekod dua legenda badminton - Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei yang telah memenanginya sebanyak empat kali.Chong Wei pernah meraih anugerah Olahragawan Kebangsaan pada 2005, 2008, 2011 dan 2012, manakala Rashid pada 1990, 1991, 1992 dan 1996.Jaguh bina badan, Sazali Samad yang juga Mr Universe (juara dunia) 10 kali turut berada dalam kelas tersendiri apabila meraih gelaran pada 2000, 2006, 2013 dan 2014.Ratu terjun, Datuk Pandelela Rinong turut menepati ramalan apabila meraih anugerah Olahragawati Kebangsaan bagi mengetepikan empat calon lain - Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) dan Nur Amisha Azrilrizal (muay thai)."Saya rasa sangat gemuruh kerana ramai VIP (kenamaan) hadir di anugerah ini. Tapi saya rasa gembira dan juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana menganjurkan ASN 2021."Terima kasih juga kerana memberikan penghargaan Olahragawati 2021 kepada saya. Bukan mudah menjadi seorang atlet dan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa," kata Pandelela.Antara pencapaian Pandelela sepanjang tahun 2021 adalah meraih pingat emas dalam acara 10 meter (m) individu pada Piala Dunia FINA di Tokyo selain penerjun berusia 29 tahun itu turut membuat penampilan keempat di pentas Olimpik Tokyo 2020.Pandelela sebelum ini pernah meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan pada 2011, 2012 dan 2015, manakala legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David masih memegang rekod terbanyak dengan 10 kali (1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2013 dan 2014).Jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin pula memenangi anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan bagi mengetepikan Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga), Cheah Like Hou (para badminton), Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).Atlet para renang, Brenda Anellia Larry merangkul gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, sekali gus mengetepikan dua lagi calon - Siti Noor Iasah Mohammad Ariffin (para olahraga), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (para berbasikal).Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.ASN yang diperkenalkan sejak tahun 1966 adalah satu pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.
4
31 Januari 2023 07:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243117/berita/sukan/malaysia-mampu-pergi-jauh-badminton-berpasukan-asia
Malaysia mampu 'pergi jauh' Badminton Berpasukan Asia
MALAYSIA dilihat berpeluang cerah untuk mara ke peringkat suku akhir apabila diundi dalam Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia sama India, Kazakhstan dan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).Diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan, cabaran sengit skuad negara ialah India kerana mempunyai pemain dalam kelompok 10 terbaik bagi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan wanita.Malaysia menyandarkan harapan kepada Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao untuk cabaran perseorangan lelaki, manakala Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching menggalas tanggungjawab di bahagian perseorangan wanita.Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Manaiky berkata, para pemain akan dipersiapkan sebaik mungkin bagi menghadapi kejohanan tersebut.“Kami akan merencana (persiapan) Isnin depan. Kami bertolak pada jam 11 malamnya, jadi kami akan mengadakan kem persiapan pukul 11 pagi dan ia mendapat tindak balas positif.“Pada asalnya kami merencana untuk mengatur persiapan bermula esok (Rabu), namun Aaron (Chia)-(Soh) Wooi Yik terlepas sambutan Tahun Baharu Cina minggu lalu.“Jadi mereka akan menggunakan kesempatan untuk berehat pada minggu ini,” ujar Rexy di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa.Beregu lelaki pula menyaksikan Malaysia membariskan Aaron-Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, manakala beregu wanita pula terdiri daripada M. Thinaah-Pearly Tan serta Teoh Mei Xing-Go Pei Kee.“Kemungkinan untuk membentuk gandingan bidan terjun pasti ada. Kami kena tengok berdasarkan pihak lawan, situasi dan keadaannya.“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Rosman (Razak-jurulatih Ee Yi-Yew Sin),” ujar Rexy.Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula melengkapkan senarai skuad negara bagi edisi kali ini yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dubai, UAE, dari 14 hingga 19 Februari ini.
4
31 Januari 2023 07:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243104/berita/sukan/kbs-akan-minta-mof-lebih-banyak-insentif-cukai-untuk-penaja-sukan
KBS akan minta MOF lebih banyak insentif cukai untuk penaja sukan
PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) sebelum pembentangan Bajet 2023, 24 Februari ini, dalam usaha berterusan mendapatkan lebih banyak insentif cukai untuk sektor korporat berhasrat menaja penganjuran acara sukan.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, walaupun setiap tahun tidak berjaya, pihaknya tidak berputus asa dalam memohon MOF untuk memberikan lebih banyak insentif cukai bagi penganjuran sukan.Katanya, industri sukan akan makin malap apabila peruntukan kerajaan semakin berkurangan, tiada pemberian insentif cukai untuk penaja korporat dan tiada galakan untuk penganjur mencari penaja sendiri."Industri sukan akan ‘mati’ kalau kita tidak buat sesuatu yang kritikal,” katanya selepas sesi ‘townhall’ bersama industri sukan di Menara KBS, di sini, hari ini.Hannah secara peribadi percaya industri sukan sememangnya berpotensi untuk menjadi antara sektor menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.Namun, katanya, masalah dihadapi ketika ini ialah sumbangan daripada industri sukan itu, misalnya, penganjuran kejohanan antarabangsa di negara ini dikategorikan di bawah sektor lain seperti pelancongan sekali gus menampakkan seolah-olah sukan tidak memainkan peranan dalam pertumbuhan ekonomi.Menyedari situasi itu akan mendatangkan kerugian kepada industri sukan itu sendiri, Hannah berkata KBS sedang mengumpulkan data-data penting sebelum tindakan lanjut dibuat dalam usaha mengatasi perkara itu."Masalah kita ialah bila sektor industri sukan bantu pertumbuhan ekonomi, ia tak dikategorikan sebagai sukan...ada banyak (sumbangan daripada industri sukan) yang masuk dalam sektor ekonomi lain ataupun masuk di bawah pelancongan, jadi kita yang rugi."Jadi kita nak mengumpulkan dan melihat data dan berbincang dengan MOF,” katanya.Beliau turut menyifatkan industri sukan ialah sektor yang akan terus berkembang dan versatil pada masa akan datang.Menurut Hannah, antara permasalahan lain dibangkitkan pada sesi townhall yang dihadiri 297 wakil industri sukan ialah berkaitan penganjuran sukan, skim insurans, hubungan khas dengan KBS dan pihak berkuasa tempatan (PBT), kadar lesen perkhidmatan dan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan."Pendekatan terhadap sukan mesti berubah dan kita perlu bermula dengan kerajaan terlebih dahulu...ramai katakan SOP (prosedur operasi standard) bersifat macam menghukum dan bukan promosikan sukan, jadi kami (KBS) nak lihat semula dan selidik dan perlukan kerjasama semua kementerian terlibat,” katanya. - Bernama
4
31 Januari 2023 06:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243096/berita/sukan/azizulhasni-pandelela-raih-olahragawan-olahragawati-kebangsaan
Azizulhasni, pandelela raih olahragawan, olahragawati kebangsaan
JAGUH berbasikal trek, Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, hari ini.Kejayaan diraih ‘The Pocket Rocketman’ pada majlis berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, sekali gus menyaksikannya muncul atlet lelaki paling banyak meraih Olahragawan Kebangsaan selepas berjaya merangkul gelaran itu pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.Pencapaian dilakar pelumba berusia 35 tahun itu mengatasi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Rashid Sidek serta bekas jaguh bina badan negara Sazali Samad, yang berkongsi empat gelaran sebelum ini.Mohd Azizulhasni mencatat kejayaan membanggakan pada 2021 selepas merangkul perak keirin lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain menguasai acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria serta perak bagi keirin dalam Kejohanan Victoria 2021 di Australia.Bekas juara dunia itu mengetepikan saingan terdekat iaitu pemenang gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong pula kembali dinamakan sebagai Olahragawati Kebangsaan, yang juga gelaran keempat buatnya selepas kali terakhir meraihnya pada 2015.Pandelela, yang pernah merangkul Olahragawati Kebangsaan pada 2011 dan 2012 selain muncul juara Piala Dunia 2021 acara 10 meter (m) individu platform di Jepun, menewaskan dua pemain skuasy, Rachel Arnold dan Aifa Azman, Meilaura Dora Jimmy (bina badan) dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai).Dalam pada itu, kejayaan muncul atlet powerlifting negara pertama merangkul emas di pentas Sukan Paralimpik selain memecahkan rekod temasya di Tokyo melayakkan pemegang rekod dunia Bonnie Bunyau Gustin menerima gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2021 manakala perenang Brenda Anellia Larry diberikan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2021.Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000.Walaupun gagal merangkul Olahragawan Kebangsaan, Aaron-Wooi Yik tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Pasukan Lelaki Kebangsaan 2021 manakala Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar daripada sukan boling muncul Pasukan Wanita Kebangsaan 2021.ASN 2021 turut mengiktiraf pencapaian jurulatih powerlifting, Jamil Adam dan jurulatih boling negara, Wendy Chai De-Choo yang masing-masing dianugerahkan Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan manakala Anugerah Tokoh Sukan pula diberikan kepada Datuk Norminshah Sabirin.Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.Berikut ialah senarai penuh penerima pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021:Olahragawan Kebangsaan - Datuk Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)Olahragawati Kebangsaan - Datuk Pandelela Rinong (terjun)Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Brenda Anellia Larry (renang)Pasukan Lelaki Kebangsaan: Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)Pasukan Wanita Kebangsaan: Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar (boling)Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Jamil Adam (powerlifting)Jurulatih Wanita Kebangsaan - Wendy Chai De-Choo (boling)Anugerah Tokoh Sukan - Datuk Norminshah SabirinAnugerah Kepimpinan Sukan - Huang Ying HowAnugerah Khas - Mohd Zaki Abd Rahman, Subkhiddin Mohd Salleh, Chan Foong Keong - Bernama
4
31 Januari 2023 05:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243092/berita/sukan/tiga-muka-baharu-mantapkan-lembaga-pengurusan-msn
Tiga muka baharu mantapkan Lembaga Pengurusan MSN
BAGI membarakan lagi program utama sukan Malaysia, Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) menambah ahli jawatankuasa baharu.Lembaga Pengurusan MSN menyenaraikan Datuk Subramaniam Raman Nair, Stuart Ramalingam dan Alan Ling sebagai tiga muka baharu ahli jawatankuasa berkenaan.Makluman mengenai perkara tersebut dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas bermesyuarat untuk penggal ke-23 di Kuala Lumpur pada Selasa.“Subramaniam mewakili Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Stuart berpengalaman luas dalam sektor industri sukan dan Alan Ling berpengetahuan dalam sektor perundangan serta pengurusan badan sukan," ujar kenyataan itu.KBS menyebut, mesyuarat tersebut turut membincangkan cadangan penambahbaikan program dan tadbir urus pengurusan MSN termasuk dalam aspek keberkesanan pengurusan kewangannya.“Selain itu, inisiatif penjanaan pendapatan menerusi penajaan turut dibincangkan bagi program yang dikenal pasti khususnya bagi memastikan 'talent pipeline' yang lebih berkesan di peringkat pembangunan.“Mesyuarat turut diberikan laporan perkembangan beberapa program utama MSN seperti Program Gold Paris 2024 dan program-program lain yang dikendalikan oleh pengurusan MSN,” kata KBS.Lembaga Pengurusan MSN dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, manakala ahlinya sebelum ini terdiri daripada Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Turut berada dalam lembaga tersebut ialah legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Hamidah Naziadin, Idwan Ariff Abdul Rahman dan bekas perenang negara, Nurul Huda Abdullah.
4
31 Januari 2023 05:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243082/berita/sukan/mfl-perkenal-logo-baharu-trofi-liga-m
MFL perkenal logo baharu trofi Liga-M
BAHANG Liga Malaysia (Liga-M) kian dirasai apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenalkan logo baharu bagi enam trofi yang menjadi rebutan kelab dan pasukan dalam saingan musim ini.Keenam-enam logo pertandingan di bawah kelolaan MFL itu ialah Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan Piala MFL.“Logo yang dipaparkan untuk enam pertandingan ini sebagai usaha MFL untuk menyuntik nafas baharu kepada saingan Liga-M,” ujar MFL dalam Facebook pada Selasa.Tirai Liga-M secara rasmi dibuka menerusi sepak mula Piala Sumbangsih yang menemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari.Liga-M pada musim ini turut melalui satu dimensi baharu apabila ia melibatkan waktu sepak mula pada jam 5.30 atau 5.15 petang di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak pada jam 4.30 atau 4.45 petang.Langkah pembaharuan dilakukan MFL yang diyakini mampu memberikan dimensi baharu dalam kancah bola sepak negara.Sepak mula yang lebih awal itu memberikan kelebihan baharu dan 'new fan base' yang boleh diakses oleh semua kelab.Ia juga untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta mewujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.
4
31 Januari 2023 05:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243062/berita/sukan/juara-ski-as-maut-dalam-runtuhan-salji-di-jepun
Juara ski AS maut dalam runtuhan salji di Jepun
DUNIA sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan salji di Jepun, menurut jurugambar Grant Gunderson."Semalam adalah mimpi ngeri terburuk saya," tulis Gunderson di Instagram pada Ahad.Gunderson, Smaine dan seorang lagi peluncur ski sedang menghabiskan hari terakhir mereka di Pusat Peranginan Ski Tsugaike Kogen.Bagaimanapun, Gunderson tidak menyertai aktiviti meluncur pada hari kejadian.Ketika kejadian, Smaine dikatakan melambung ke udara setinggi lebih 160 kaki (48 meter).Dalam pada itu, bapa kepada pemain ski berusia 31 tahun itu mengesahkan kepada NBC News bahawa anaknya yang memenangi Kejohanan Ski Dunia FIS di Austria pada 2015 - meninggal dunia dalam runtuhan salji, lapor Agensi Akhbar Jerman.Pada hari sebelumnya, Smaine menerusi hantaran di Instagram berkata salji yang luar biasa diikuti ribut tanpa henti dan suasana yang sangat menyeronokkan menjadi antara daya tarikan untuk pergi ke Jepun setiap kali tiba musim sejuk.Hantaran itu disertakan dengan video yang memaparkan Smaine sedang beraksi.Bagaimanapun, peluncur ketiga yang dikenal pasti sebagai Adam terselamat selepas tertimbus di bawah salji setinggi lima kaki selama 25 minit. - Bernama
4
31 Januari 2023 03:34pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243055/berita/sukan/eriksen-mungkin-terlepas-aksi-united-forest
Eriksen mungkin terlepas aksi United, Forest
PEMAIN sensasi Manchester United, Christian Eriksen mungkin terlepas aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang Nottingham Forest di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.Eriksen mengalami kecederaan pergelangan kaki selepas dibentes Andy Carroll pada pusingan keempat Piala FA berdepan Reading, hujung minggu lalu.Perancang utama itu dilihat menggunakan topang ketika keluar dari stadium yang mencetuskan kebimbangan serius mengenai keadaannya.Kedua-dua pasukan itu akan berentap sekali lagi untuk memburu slot ke Wembley bulan depan dengan skuad Red Devils memiliki kelebihan tiga jaringan daripada aksi pertama.Eriksen adalah pemain utama skuad kendalian Erik Ten Hag dan bermain dalam hampir kesemua aksi sejak menyertai United sebagai ejen bebas pada musim panas lalu.Dalam pada itu tahap kecergasan Scott McTominay dan Luke Shaw turut diragui untuk pertembungan dengan Forest.Diogo Dalot dan Anthony Martial pula tidak dapat bermain kerana kecederaan manakala Donny van de Beek tidak akan beraksi sepanjang baki musim ini selepas menjalani pembedahan lutut.Jadon Sancho pula giat berusaha untuk mendapatkan kembali kecergasan selepas diketepikan selama tiga bulan.Berbekalkan kelebihan besar selepas perlawanan pertama, United mungkin akan menggilirkan kesebelasan utama dengan Harry Maguire yang digantung pada perlawanan pertama boleh diturunkan.
4
31 Januari 2023 03:20pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243026/berita/sukan/sukan-sea-pemilihan-atlet-angkat-berat-terhad
Sukan SEA: Pemilihan atlet angkat berat terhad
PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) berdepan pemilihan atlet yang agak terhad bagi mewakili negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, pada 5 hingga 17 Mei depan.Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping yang melanda kedua-dua negeri tersebut tahun lepas.“Kami faham mereka masih ada masalah doping jadi kami ketepikan dahulu atlet dari dua negeri itu.“Sehingga kini Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) masih belum panggil untuk jatuhkan hukuman, jadi kami masih tidak mengetahui status atlet terlibat,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur baru-baru ini.Sebelum ini, tiga atlet angkat berat - dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis - termasuk seorang berusia 16 tahun disahkan positif penggunaan bahan terlarang jenis Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone sebelum Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 berlangsung pada 16 hingga 24 September 2022.Susulan itu, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma, menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih sendiri pertandingan, namun sebarang rekod dicipta tidak diiktiraf.Pada Isnin, PABM meletakkan sasaran awal bagi atletnya untuk meraih pingat gangsa pada temasya di Phnom Penh menerusi dua badangnya, Muhammad Erry Hidayat dan Muhammad Hafiz Shamsuddin. - Bernama
4
31 Januari 2023 12:34pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243024/berita/sukan/moyes-teruja-kembali-ke-old-trafford
Moyes teruja kembali ke Old Trafford
BAGAI sireh pulang ke gagang, bekas pengendali Manchester United, David Moyes teruja untuk kembali ke Old Trafford membawa pasukannya, West Ham United menentang The Red Devils hujung Februari ini.Dua jaringan Jarrod Bowen dan Michail Antonio membantu The Hammers menewaskan pasukan divisyen tiga, Derby County awal pagi Selasa sekali gus mara ke pusingan kelima Piala FA untuk membuat perhitungan dengan United.Bowen meletakkan West Ham di depan pada separuh masa pertama dan Antonio menggandakan kelebihan selepas rehat dalam saingan pusingan keempat itu.Moyes memasang impian besar dalam misi membantu West Ham pergi lebih jauh dalam kempen Piala FA apabila kali terakhir mara ke final pada 2006.Dalam aksi final itu, West Ham tewas kepada Liverpool pada penentuan penalti 3-1 setelah keputusan terikat 3-3 pada masa sebenar permainan.“Saya tidak sabar menanti aksi ini. Ia perlawanan yang sangat bagus buat kami,” kata Moyes.Ia akan menjadi kepulangan terbaharu Moyes ke United setelah dipecat pada 2014, selepas 10 bulan menggantikan Alex Ferguson.“Ini adalah perlawanan yang kami perlukan kerana kami ada pemain yang mahu beraksi di pentas besar.“Tiada apa yang lebih besar berbanding Old Trafford. Jadi saya katakan pada pemain, mari dan terima cabaran daripada mereka,” katanya.Moyes melakukan enam pertukaran pemain selepas West Ham mengalahkan Everton 2-0 sembilan hari lalu.Mengelak kekalahan memalukan berdepan Derby adalah penting buat Moyes, namun kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi keutamaannya.West Ham ketika ini berada di tangga ke-16 EPL, satu mata di atas zon penyingkiran.“Ia adalah perlawanan yang sukar kerana Derby melalui 16 aksi tanpa kalah. Kami berjaya melakukan tugas yang profesional berdepan mereka,” kata Moyes.
4
31 Januari 2023 12:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/243000/berita/sukan/saya-dipilih-menjulang-piala-dunia---messi
Saya dipilih menjulang Piala Dunia - Messi
BINTANG sensasi, Lionel Messi mendedahkan rahsia kejayaannya membantu Argentina memenangi Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis di pentas final di Qatar.Dalam satu wawancara radio, pemain berusia 35 tahun itu memberitahu, dia memenangi Piala Dunia kerana trofi emas berkilau tersebut memilihnya untuk menjulangnya.Messi menjadi inspirasi kepada negaranya memenangi Piala Dunia Qatar bulan apabila menjaringkan dua gol dan satu sepakan penalti ketika menyingkirkan juara bertahan, Perancis 4-2 selepas terikat 3-3 di final."Piala itu memanggil saya dan berkata; datang dan pegang saya. Sekarang anda boleh sentuh saya," kata Messi kepada stesen radio Argentina, Urbana Play.Beliau turut mengimbas suasana di Stadium Lusail, Doha yang menjadi venue final tersebut."Saya nampak ia berkilauan di stadium yang cantik itu dan saya tidak teragak-agak untuk menciumnya," katanya.Messi akhirnya menjulang Piala Dunia dalam penampilan kelima dan terakhirnya selepas kecundang kepada Jerman di final edisi 2014.Dia turut tewas tiga kali di final Copa America sebelum akhirnya menjulang trofi itu pada 2021."Selepas terlalu banyak kesakitan akibat tewas di final, Tuhan memberinya kepada saya," kata Messi mengenai Piala Dunia.Dia muncul kapten pertama Argentina sejak Diego Maradona pada 1986 yang menjulang trofi Piala Dunia."Saya gembira sekiranya Maradona yang menyerahkan piala itu kepada saya. Jadi dia dapat melihat Argentina muncul juara dunia," ujar Messi.Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu."Dari atas sana, dia memberikan saya kekuatan, begitu juga kepada ramai lagi orang yang mencintai saya," katanya.Peminat menjangka Messi akan bersara di pentas antarabangsa selepas kejayaan di Qatar itu, sebaliknya dia mahu terus bermain bersama rakan sepasukan dan turun ke padang sebagai juara dunia.Bagaimanapun, Messi mengakui kariernya hampir berakhir selepas dia merangkul trofi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali, 10 kali gelaran La Liga bersama Barcelona, satu trofi Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain.Messi turut mencipta rekod memenangi Ballon d'Or sebanyak tujuh kali.
4
31 Januari 2023 09:43am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242996/berita/sukan/valencia-gattuso-berpisah-cara-baik
Valencia, Gattuso berpisah cara baik
VALENCIA mengumumkan perpisahan bersama pengendali Gennaro Gattuso dengan persetujuan bersama selepas lebih tujuh bulan pelantikannya, kata kelab La Liga Sepanyol itu.Valencia berkata, selepas pertemuan panjang antara Gattuso dan pegawai kelab yang menghuni tangga ke-14 liga itu bersetuju untuk menamatkan kontrak Gattuso.Valencia berada di tangga ke-14 La Liga dengan 20 mata daripada 18 perlawanan selepas tewas 0-1 kepada Real Valladolid pada Ahad.Situasi itu menyaksikan jagoan Sepanyol tersebut hanya satu mata di atas zon penyingkiran, setelah memenangi hanya lima perlawanan liga setakat musim ini.Gattuso yang berusia 45 tahun, dahulunya pemain tengah yang agresif dengan AC Milan dan Itali, juga pernah mengendalikan Milan dan Napoli, meninggalkan kelab Naples itu pada penghujung musim 2020-21.Dia membawa kelab itu menjuarai Coppa Italia pada 2020 tetapi terlepas peluang Liga Juara-Juara dengan satu mata dalam kempen terakhirnya.Gattuso menyertai Valencia dalam keadaan bergolak apabila para penyokong menuntut pelaburan daripada pemilik Peter Lim, yang membeli kelab itu pada 2014.Valencia sejak itu mempunyai beberapa jurulatih termasuk Nuno Espirito Santo, Gary Neville, Pako Ayestaran, Cesare Prandelli, Marcelino, Albert Celades, Javi Gracia dan Jose Bordalas.Voro Gonzalez, bekas pemain pertahanan dan jurulatih akademi kelab, akan mengambil alih sebagai pengurus sementara Valencia mencari pengganti baharu untuk kali ke lapan.
4
31 Januari 2023 07:54am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242995/berita/sukan/leeds-united-pinjam-arkitek-tengah-juventus
Leeds United pinjam 'arkitek tengah' Juventus
LEEDS United menandatangani pemain tengah Amerika Syarikat, Weston McKennie secara pinjaman sehingga akhir musim daripada Juventus, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Pemain berusia 24 tahun itu telah membuat hampir 100 penampilan untuk jagoan Serie A Itali tersebut sejak menyertai pada 2020, menjaringkan 13 gol dan memberikan lima bantuan.McKennie juga turut membantu The Old Lady yang berpangkalan di Turin itu merangkul kejuaraan Piala Super Itali 2020 dan Coppa Italia 2021.Dia mempunyai 41 caps untuk Amerika Syarikat dan membantu pasukan kebangsaan mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu.Bekas pemain Schalke 04 itu akan menyertai rakan senegara, Tyler Adams dan Brenden Aaronson di Leeds, yang dibimbing oleh rakan senegaranya Jesse Marsch.Leeds juga menandatangani pemain pertahanan Max Wober dan penyerang Georginio Rutter pada jendela perpindahan Januari.Kelab itu berada di tangga ke-15 dalam kedudukan, hanya satu mata di atas zon penyingkiran akan mengunjungi Nottingham Forest di City Ground pada Ahad.
4
31 Januari 2023 07:38am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/242985/berita/sukan/semangat-baharu
Semangat baharu
STADIUM baharu Shah Alam yang dijangka siap pada 2026 akan memberikan semangat baharu buat pasukan Selangor FC dalam usaha untuk kembali menjadi pasukan terunggul di negara ini.Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, pembangunan stadium baharu tersebut menjadi simbol progresif dan inovasi kepada pasukan tersebut.“Terdapat lima perkara asas yang diberikan perhatian penuh apabila saya menyertai Selangor FC dan Selangor FA untuk memperbaiki prestasi pemain, jurulatih dan pengurusan.“Pembangunan infrastruktur juga amat penting khususnya bagi meningkatkan kualiti latihan pasukan dan saya melihat pembangunan stadium baharu ini akan menyatukan usaha tersebut.“Saya berharap Stadium Shah Alam yang baharu ini pada masa hadapan akan menjadi simbol progresif dan inovasi, memberi semua yang terlibat hala tuju dan keazaman yang baharu serta membantu Selangor FC khususnya untuk fokus dan dahagakan kemenangan serta kejayaan.“Kita tidak boleh leka dan mesti mempunyai cita-cita yang tinggi,” katanya dalam satu video dokumentari khas di Facebook Selangor FC.Konsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.Dalam pada itu, Tengku Amir juga menyifatkan pembangunan stadium baharu itu sesuatu yang menarik untuk memberikan pengalaman berbeza kepada penyokong.“Jika kita lihat pada tahun 80-an, 90-an dan sekitar 2000, cara orang menggunakan stadium dah berubah. Kita mahu membangunkan sebuah stadium yang boleh dinikmati oleh penyokong.“Ia bukan sahaja semasa perlawanan 90 minit, tetapi juga semasa tempoh dua jam. Apabila sampai awal, apa penyokong boleh buat. Ada muzium, galeri, tempat makan dan tempat rehat.“Sudah pasti, ia bukan sahaja untuk bola sepak dan merangkumi pelbagai fungsi dan penggunaan,” katanya.
4
31 Januari 2023 07:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242984/berita/sukan/kita-masih-sayangkan-zii-jia
'Kita masih sayangkan Zii Jia'
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia perlu segera mendapatkan khidmat seorang jurulatih bagi mengembalikan semula prestasinya pada tahap terbaik selepas kemerosotan sejak kebelakangan ini.Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, individu itu tidak semestinya bekas pemain, namun paling penting mampu mengembalikan corak permainan jaguh berusia 24 tahun tersebut.“Ramai pihak termasuk bekas pemain begitu prihatin terhadap prestasi semasa yang sedang menimpa Zii Jia pada ketika ini, itu petanda positif bahawa kita masih sayangkan bakat Zii Jia.“Sejujurnya masalah utama Zii Jia sekarang adalah dia sememangnya amat memerlukan seorang jurulatih untuk meningkatkan semula prestasinya pada ketika ini.“Namun pada saya, Zii Jia sebenarnya memerlukan jurulatih berpengalaman contoh seperti Kenneth Jonassen bagi memastikan kemerosotan prestasi ini tidak terus berlarutan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sukan Sinar pada Isnin melaporkan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim bersedia untuk menjadi jurulatih Zii Jia jika perseorangan profesional negara itu memerlukan khidmatnya.Zii Jia sebelum ini memulakan kempen 2023 dengan rentak negatif selepas terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia; Terbuka India (pusingan kedua) dan Masters Indonesia (pusingan kedua).Sejurus tersingkir awal pada Terbuka Malaysia 2023, Zii Jia kekal dengan pendiriannya untuk bergerak solo tanpa khidmat jurulatih selepas berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.Pada masa sama, James juga mengakui bahawa untuk menjadi jurulatih terbaik tidak hanya berdasarkan pengalaman sebagai pemain sebelum ini.Sebaliknya tegas James, individu tersebut juga perlu memiliki ilmu bidang kejurulatihan yang merangkumi pelbagai aspek lain.“Peranan jurulatih ini besar kesannya sebenarnya kerana dia akan tidak hanya mendidik dan menegur kesilapan pemainnya, tetapi juga aspek berkaitan psikologi.“Pada masa sama penting untuk pemain dilatih itu menerima corak latihan dan teguran diberikan selain jurulatih juga perlu peka dan mengetahui elemen yang diperlukan pemainnya.“Bekas pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini menyatakan kesediaan menjadi motivator tapi bukan jurulatih kepada Zii Jia, itu petanda positif sebab ramai pihak prihatin situasi yang berlaku terhadap pemain nombor satu negara itu pada ketika ini,” katanya.
4
31 Januari 2023 07:00am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242994/berita/sukan/dyche-sandaran-everton-kekal-status-elit
Dyche sandaran Everton kekal status elit
KELAB Liga Perdana Inggeris, Everton menamatkan teka-teki pencarian pengendali baharu The Toffees menggantikan Frank Lampard apabila merekrut bekas pengurus Burnley, Sean Dyche dengan kontrak dua setengah tahun sehingga Jun 2025.Pengurus berusia 51 tahun itu menggantikan Lampard, yang dipecat minggu lalu selepas prestasi buruk apabila menjerumuskan pasukan Merseyside tersebut ke zon penyingkiran."Adalah satu penghormatan untuk menjadi pengurus Everton. Saya dan kakitangan bersedia serta tidak sabar-sabar untuk membantu mengembalikan kelab hebat ini ke landasan yang betul."Saya tahu tentang peminat setia Everton dan betapa berharganya kelab ini kepada mereka. Kami bersedia untuk bekerja dan memberikan apa yang mereka mahukan."Itu bermula dengan usaha dan kembali kepada beberapa prinsip asas yang telah dipegang oleh kelab bola sepak Everton sejak sekian lama," kata Dyche dalam satu kenyataan.Lampard dilantik pada Januari 2022 selepas menguruskan bekas kelabnya Chelsea dan Derby County.Everton bergelut di bawah bekas pemain England itu, kali terakhir memenangi perlawanan liga apabila menewaskan Crystal Palace 3-0 di Goodison Park pada Oktober lalu.Perlawanan terakhir Lampard sebagai pengurus ialah ketika kekalahan 0-2 kepada West Ham United dalam perlawanan liga hujung minggu lalu yang mengekalkan Everton di tangga kedua tercorot dengan 15 mata selepas 20 perlawanan, di atas Southampton dengan perbezaan gol dan dua mata di belakang zon keselamatan.Dyche sebelum ini menganggur sejak April lalu apabila dia dipecat oleh Burnley, di mana dia mengubah nasib kelab Lancashire itu selama hampir 10 tahun mengendalikannya.Dia juga merupakan pengurus saingan tertinggi Inggeris yang paling lama berkhidmat apabila dia dilepaskan daripada tugasnya ketika Burnley menuju ke penyingkiran musim lalu.Semasa tempoh Dyche, Burnley dinaikkan dua kali daripada Liga Kejuaraan, mencapai dua penamat Liga Perdana Inggeris separuh teratas dan layak ke Eropah buat kali pertama dalam 51 tahun.Dyche sebelum ini juga pernah melatih Watford selama satu musim pada 2011-12 sebelum menyertai Burnley.
4
31 Januari 2023 06:56am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/242979/berita/sukan/skuad-hoki-remaja-menang-lima-aksi-persahabatan-di-perth
Skuad hoki remaja menang lima aksi persahabatan di Perth
SKUAD Projek Khas Lelaki Kebangsaan menamatkan siri jelajah selama dua minggu di Perth, Australia dengan rekod memberangsangkan, apabila memenangi lima daripada keseluruhan enam perlawanan persahabatan.Pada aksi terakhir di Stadium Hoki Universiti Curtin pada Isnin, skuad remaja negara bimbingan Ketua Jurulatih, Muhamad Amin Rahim terlepas peluang membawa pulang rekod bersih selepas terikat 2-2 ketika berhadapan Western Australian Institute of Sport (WAIS) Bawah 21 Tahun (B-21).Keputusan itu menyaksikan WAIS akhirnya berjaya mengikat anak buah Muhamad Amin pada percubaan keenam, selepas pasukan negara menang dalam lima perlawanan sebelum itu.Skuad projek khas itu dijadual pulang ke Malaysia esok, bagi membuat persediaan bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 yang akan membuka tirai pada 9 Februari ini.Mereka juga bakal menyertai beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini seperti Piala Asia Remaja yang tarikh dan venue masih belum dimuktamadkan, Sukan SEA Kemboja pada Mei, Piala Sultan Johor yang dijadual pada Oktober dan Piala Dunia Remaja, yang dijadual berlangsung di sini pada Disember. - Bernama
4
30 Januari 2023 10:40pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242970/berita/sukan/brighton-fahami-perasaan-caicedo
Brighton fahami perasaan Caicedo
PENGENDALI Brighton & Hove Albion, Roberto de Zerbi menegaskan bahawa The Seagulls bersedia untuk meneruskan kempen Liga Perdana Inggeris tanpa pemain tengah Moises Caicedo.Caicedo sebelum ini meminta pengurusan Brighton untuk perpindahan selepas kelab pantai selatan Inggeris itu dilaporkan menolak bidaan 60 juta pound (RM315 juta) daripada pendahulu liga, Arsenal.Dalam catatan di Instagram minggu ini, pemain Ecuador itu berkata, dia berterima kasih kepada Brighton dan pemilik kelab Tony Bloom kerana memberinya peluang bermain dalam Liga Perdana Inggeris tetapi tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu.“Caicedo seorang pemain berkualiti dan sangat baik.“Saya boleh memahami perasaannya, apabila anda berusia 21 tahun dan menerima permintaan pasukan besar yang beraksi dalam saingan Eropah.“Saya mahu dia menamatkan musim bersama kami tetapi kami bersedia untuk maju tanpa dia,” kata De Zerbi selepas Brighton menumbangkan juara Piala FA, Liverpool dengan kemenangan 2-1.
4
30 Januari 2023 09:47pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242963/berita/sukan/kuhan-dilantik-penasihat-pukulan-sudut-penalti-pasukan-kebangsaan
Kuhan dilantik penasihat pukulan sudut penalti pasukan kebangsaan
KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menamakan bekas kapten skuad negara S Kuhan sebagai penasihat pukulan sudut penalti untuk pasukan kebangsaan.Tidak sekadar berkongsi pengetahuan dengan pemain, Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Kuhan yang berkhidmat secara sambilan juga akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan KHM Datuk Ahmad Najmi Razak untuk mendapatkan bekas pemain terkemuka antarabangsa bagi menyelesaikan masalah pukulan sudut penalti yang membelenggu skuad negara.“Selaku seorang bekas pakar pukulan sudut penalti Malaysia, Kuhan sudah bersetuju untuk membantu bukan sahaja skuad lelaki dan wanita kebangsaan tetapi juga pasukan remaja selain diberikan tugas untuk mencari penyelesaian dan bagaimana untuk mendapatkan khidmat pakar antarabangsa untuk membantu kami.“Kami sudah melakukan libat urus dengan seorang dua pemain hoki legenda yang mewakili dan membantu negara masing-masing memenangi pingat Sukan Olimpik dan Piala Dunia, untuk membantu kami secara sambilan,” katanya pada sidang media pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif KHM.Walaupun menyedari kadar penyempurnaan pukulan sudut penalti Speedy Tigers yang rendah semasa Piala Dunia 2023 di India, beliau berpandangan pasukan lain juga bergelut untuk melakukan jaringan dalam keadaan itu.Berdasarkan perangkaan FIH, skuad bimbingan A Arul Selvaraj hanya menjaringkan empat gol daripada 29 pukulan sudut penalti yang diberikan kepada Malaysia sepanjang enam perlawanan mereka dalam kejohanan itu.Malaysia menewaskan Jepun 3-2 dalam perlawanan menentukan tempat ke-13 dan ke-16 dan berjaya mendapatkan tempat ke-13, lebih baik daripada tempat ke-15 yang diperoleh dalam edisi 2018, juga berlangsung di India.Pada masa sama, Subahan menafikan hantaran di media sosial, Twitter bahawa Ketua Pegawai Eksekutif KHM Norfaraha Hashim telah meletakkan jawatannya.Sebaliknya, beliau berkata KHM tidak melanjutkan kontrak Norfaraha yang tamat pada 31 Disember lepas.“Memandangkan Malaysia akan menyertai Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 Disember ini, kami memerlukan seseorang yang berpengetahuan dalam hoki untuk memastikan ia berjalan lancar selain boleh mencari dana untuk menampung KHM,” kata Subahan sambil mengucapkan terima kasih kepada Norfaraha atas komitmen beliau kepada konfederasi sukan itu sebelum ini.Beliau juga memaklumkan KHM telah menerima peletakan jawatan Prof Datuk Dr S Shamala sebagai timbalan presiden Jumaat lepas dan ia terhutang budi dengan dedikasi wanita itu kepada konfederasi dan pembangunan sukan hoki negara.Menyatakan faktor kesihatan sebagai sebab utama beliau mengundur diri daripada jawatan yang disandang sejak 2015, Shamala telah berkhidmat kepada sukan hoki negara lebih dari dua dekad dalam pelbagai kapasiti, termasuk selaku Timbalan Presiden Kanan KHM dan Setiausaha Persatuan Hoki Wanita Malaysia.
4
30 Januari 2023 09:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/242903/berita/sukan/sukan-sea-erry-hafiz-taruhan-pingat-di-kemboja
Sukan SEA: Erry, Hafiz taruhan pingat di Kemboja
PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) meletakkan sasaran awal kepada Muhammad Erry Hidayat dan Muhammad Hafiz Shamsuddin untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Mei depan.Naib Presiden PABM Amirul Hamizan Ibrahim berkata, pihaknya berharap kedua-dua pemenang pingat pada Sukan SEA 2021 itu mampu menghadiahkan pingat buat kontinjen negara pada temasya dwitahunan tersebut.Pada Sukan SEA 2021, Muhammad Erry meraih gangsa bagi kategori 73 kilogram (kg) manakala Muhammad Hafiz turut menyumbang gangsa menerusi acara atas 89kg.Amirul juga berkata, PABM telah mencadangkan lima hingga enam muka baharu kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk dipertimbangkan diserap ke dalam program latihan Sukan SEA 2023."Insya-Allah hujung bulan depan kami akan mula ambil pengambilan baharu ke dalam program Sukan SEA 2023,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama MSN di sini hari ini.Dalam pada itu, Amirul berkata, dua juara Sukan Komanwel 2022 Birmingham iaitu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin perlu berada dalam kelompok 12 terbaik pada kempen kelayakan untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.Bagi tahun ini, beliau berkata, kedua-dua badang negara itu dijangka beraksi pada tiga kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 iaitu Kejohanan Asia 2023 di Juanju, Korea Selatan pada 3 hingga 13 Mei diikuti International Weighlifting Federation (IWF) Grand Prix di Havana, Cuba (2-12 Jun) dan Kejohanan Dunia IWF di Riyadh, Arab Saudi (2-17 Sept).Bekas juara Sukan Komanwel 2002 itu juga memaklumkan Mohamad Aniq akan bertukar kategori dari 55kg ke 61kg untuk bersaing bersama Muhammad Aznil bagi merebut slot ke Paris 2024."Memandangkan tiada kategori 55kg kerana kategori 61kg merupakan kategori paling kecil di Sukan Olimpik, jadi kami memutuskan untuk menukar kategori Mohamad Aniq untuknya bertarung bersama Muhammad Aznil ke Sukan Olimpik,” katanya.-Bernama
4
30 Januari 2023 04:08pm
WARTAWAN SUKAN SINAR
https://www.sinarharian.com.my/article/242888/berita/sukan/saingan-liga-malaysia-lebih-menarik-sukar-dijangka
'Saingan Liga Malaysia lebih menarik, sukar dijangka'
PENGENALAN format Liga Malaysia musim 2023 dengan kempen Piala Malaysia akan dijalankan pada tempoh yang sama dengan Liga Super bakal memberikan cabaran baharu untuk semua pemain.Situasi itu menuntut semua pemain sentiasa mengekalkan fokus mereka sepanjang musim sambil tidak boleh lagi hanya memilih untuk menumpukan kepada pertandingan tertentu.Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco, berkata, dia melihat perubahan yang dibuat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan menjadikan saingan lebih menarik dan sukar dijangka.Malah dia menjangkakan format ini akan memberikan impak positif tersendiri kepada peminat-peminat apabila semua pasukan sentiasa berada di tahap terbaik dalam tiap perlawanan.“Perubahan yang dibuat oleh MFL ini akan menambahkan lagi kualiti liga kerana pemain tidak boleh ambil ringan sepanjang musim ini.“Jika sebelum ini, Liga Super berakhir pada September dan mungkin ada pasukan sudah mencapai sasaran lebih awal seperti tidak berada di kedudukan tercorot, mereka mungkin sudah tidak lagi menumpukan perhatian dan hanya menunggu kejohanan Piala Malaysia.“Jadi, melalui situasi ini, pasukan tiada pilihan selain perlu mengekalkan tahap kekuatan yang sama sepanjang musim untuk memastikan momentum mereka di kejohanan seperti Piala Malaysia serta Piala FA, tidak terjejas,” katanya.Sementara itu, penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz, melihat pengenalan semula Piala Cabaran yang diberikan nama Piala Cabaran MFL sebagai satu nafas baharu kepada saingan Liga Malaysia.Bukan sahaja memberikan peluang kedua untuk pasukan tersingkir awal di pentas Piala Malaysia bagi meraih trofi tetapi turut memastikan semua pasukan memiliki jumlah perlawanan yang berterusan sehingga penghujung musim.“Bagi saya sesuatu yang positif tentang Piala Cabaran MFL ini kerana semua pasukan tetap ada peluang untuk terus bermain walaupun terkeluar seawal pusingan pertama.“Tidaklah sama seperti sebelum ini,apabila mana-mana pasukan tersingkir, mereka tidak ada lagi sebarang perlawanan kompetitif tambahan saingan Piala Malaysia dijalankan selepas Liga Super.“Piala Cabaran MFL ini juga boleh jadi motivasi perhatian untuk mana-mana pasukan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu trofi sekiranya mereka gagal mara jauh dalam pertandingan lain, ” katanya.
4
30 Januari 2023 02:47pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/242844/berita/sukan/casemiro-yakin-united-di-landasan-tepat
Casemiro yakin United di landasan tepat
CASEMIRO percaya The Red Devils berada di landasan bagus dan bermain untuk Manchester United membuatkannya kembali teruja seperti remaja berusia 15 tahun.United gagal mendapatkan Frenkie de Jong dan Adrien Rabiot kemudiannya menandatangani pemain antarabangsa Brazil itu dari Real Madrid pada Ogos.Beberapa pihak mempersoalkan tindakan United membayar harga yang mahal untuk Casemiro, namun pemain berusia 30 tahun itu dilihat semakin serasi bersama kelab."Apabila anda tiba di kelab baharu, anda sentiasa bermimpi untuk mencipta sejarah... terutamanya jika kita melihat kehebatan kelab ini."Kita tahu sejarahnya. Tetapi sudah tentu, saya sedar memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan saingan mempunyai rancangan jangka panjang," katanya.Casemiro juga menjelaskan, beliau menikmati kehidupan di Old Trafford dan melihat kelab berkembang dengan baik adalah sesuatu yang sangat positif."Saya sangat selesa di Manchester United, sangat gembira berada di sini dan menikmati setiap detik seperti kanak-kanak berusia 15 tahun."Tetapi yang paling penting ialah melihat pasukan berkembang," katanya.Casemiro yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Reading dalam saingan Piala FA, memberi amaran bahawa United yang kekal bersaing dalam empat piala masih dalam proses untuk menjadi pasukan lebih bagus.Mereka kini di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hampir pasti ke final Piala Liga selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu.Mereka juga masih bersaing dalam Liga Europa dan akan berdepan Barcelona pada perlawanan play-off.
4
30 Januari 2023 10:09am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/242841/berita/sukan/liverpool-tak-cukup-bagus-musim-ini---robertson
'Liverpool tak cukup bagus musim ini' - Robertson
PERTAHANAN The Reds, Andrew Robertson menyifatkan Liverpool tidak cukup bagus musim ini dan bermain teruk selepas tamat kejohanan Piala Dunia.Robertson mengetuai skuad ketika menentang Brighton yang menyaksikan jaringan minit akhir Kauro Mitoma menyingkirkan juara bertahan Piala FA itu pada pusingan keempat.Liverpool mendahului menerusi Harvey Elliot sebelum Lewis Dunk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama dan Mitoma kemudiannya mengesahkan kemenangan Brighton 2-1 dengan jaringan pada minit akhir perlawanan.Skuad kendalian Jurgen Klopp itu telah terkeluar daripada kedua-dua piala domestik dan hanya menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris selepas memenangi hanya lapan daripada 19 perlawanan pembukaan liga utama mereka."Musim ini tidak cukup baik. Pada awal tahun, kami mahukan permulaan baharu, tetapi itu tidak berlaku malah kami lebih teruk."Dalam liga, kami belum cukup bagus dan kini kami terkeluar daripada kedua-dua piala," katanya.Musim lalu, Liverpool gagal dalam cubaan mereka meraih quadruple selepas tewas perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid dan menyaksikan Manchester City memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada hari terakhir musim ini, walaupun mereka menjulang Piala FA dan Piala EFL.Penjualan Sadio Mane ke Bayern Munich dan peranan Roberto Firmino yang semakin merosot selain Mohamed Salah telah gagal mencapai tahap sepatutnya selepas menjaringkan hanya sembilan gol dalam 19 perlawanan liga.Manakala, Luis Diaz pula mengalami kecederaan selepas kempen pertama yang memberangsangkan di Anfield dan pemain yang ditandatangani Darwin Nunez dan Cody Gapko masih gagal menjelmakan aksi yang diharapkan."Ia benar-benar mengecewakan. Anda boleh nampak kami tidak begitu yakin di depan gol dan pertahanan kami masih agak terbuka di kawasan tertentu."Kami perlu mencuba dan mendapatkan semula keyakinan. Ia lebih mudah diucapkan daripada dilakukan tetapi itulah satu-satunya cara kami boleh cuba mencari kemenangan," katanya.
4
30 Januari 2023 09:43am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/242839/berita/sukan/al-nassr-bukan-kelab-terakhir-ronaldo
Al Nassr bukan kelab terakhir Ronaldo
PENGENDALI Al Nassr, Rudi Garcia menjangkakan kelab itu tidak akan menjadi pasukan terakhir buat Cristiano Ronaldo dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu akan kembali ke Eropah.Ronaldo dan Manchester United sebelum ini berpisah selepas temu bual kontroversi penyerang itu dengan Piers Morgan pada November.Pemain berusia 37 tahun itu kemudiannya menandatangani kontrak untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan ramai menjangkakan bahawa ini akan menjadi kelab terakhir penyerang itu sebelum bersara.Bagaimanapun, Garcia yakin Ronaldo tidak akan menamatkan kariernya di Timur Tengah."Cristiano Ronaldo adalah tambah nilai positif untuk pasukan kerana dia membantu memecahkan benteng pertahanan lawan. Dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia."Dia tidak akan menamatkan kerjayanya di Al-Nassr, dia akan kembali ke Eropah. Ia bukanlah permulaan yang ideal untuk Cristiano di kelab baharunya setakat ini," katanya.Dalam dua perlawanan kompetitifnya setakat ini, Ronaldo gagal menjaringkan gol atau melakukan bantuan gol.Ia menyebabkan Garcia memberi amaran kepada pemainnya untuk mencuba dan tidak sentiasa menyasarkan bintang Portugal itu apabila membuat hantaran."Adalah sangat penting untuk pemain bermain secara normal dan tidak selalu cuba memberikan bola kepada Cristiano. Saya memberitahu mereka bahawa mereka perlu membuat keputusan yang betul di atas padang."Jelas sekali, apabila Cristiano atau Talisca bersendirian dan meminta bola, kami perlu memberi mereka bola. Kedua-dua pemain ini mampu membuat perubahan," katanya.
4
30 Januari 2023 09:24am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/242836/berita/sukan/psg-teruskan-persembahan-hambar
PSG teruskan persembahan hambar
PENYANDANG juara Paris St Germain (PSG) meneruskan persembahan hambar dalam saingan Ligue 1 Perancis apabila terikat 1-1 ketika menentang Stade de Reims di Stadium Parc des Princes.Babak pertama kedua-dua pasukan buntu mencari gol pendahuluan menyaksikan masing-masing menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 0-0.Penyerang sensasi PSG, Neymar terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-51', sebaik sepak mula babak kedua.Bagaimanapun, tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila kehilangan khidmat pemain gantian Marco Verratti selepas pemain tengah tersebut dilayangkan kad merah pada minit ke-59'.Kekurangan dimiliki PSG kemudiannya dimanfaatkan sepenuhnya Reims apabila Folarin Balogun menyamakan kedudukan enam minit sebelum masa kecederaan.Keputusan itu menyaksikan PSG, yang sekali lagi kurang kreativiti, terlepas peluang untuk melebarkan pendahuluan Ligue 1 kepada lima mata selepas pesaing RC Lens, Olympique de Marseille dan Monaco juga meraih hanya satu mata dalam perlawanan masing-masing.Kelab Paris, yang tewas dua daripada tiga perlawanan sebelum ini, memperoleh 48 mata daripada 20 perlawanan dengan Lens 45 dan Marseille 43 dalam persaingan kejuaraan kembali terbuka.Reims berada di tangga ke-11 dengan 26 mata selepas melebarkan rekod tanpa kalah Ligue 1 kepada 12 perlawanan.
4
30 Januari 2023 08:54am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/242826/berita/sukan/roslin-hashim-sedia-bantu-zii-jia
Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia
BEKAS pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim bersedia untuk menjadi jurulatih Lee Zii Jia jika perseorangan profesional negara itu memerlukan khidmatnya.Menurut Roslin, beliau tidak mempunyai sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.“Saya tidak ada masalah untuk jadi jurulatih Zii Jia dan sedia membantu dia. Sebab saya pun pernah lalui seperti zaman dia... macam mana jatuh dan bangun.“Sebelum ini, saya juga pernah melatih dia ketika Zii Jia berusia 13 tahun di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tetapi itu perkara lama. Mungkin situasi sudah berbeza sekarang.“Cuma sekarang ini terpulang kepada dia. Bagi sesiapa sahaja yang menjadi jurulatih Zii Jia, individu itu tidak boleh bagi jaminan (prestasi) dia akan naik balik.“Tetapi sebagai jurulatih, individu itu kena cuba sebaik mungkin untuk naikkan kembali prestasi Zii Jia di tengah gelanggang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Zii Jia memulakan tahun 2023 dengan rentak negatif selepas terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia; Terbuka India (pusingan kedua) dan Masters Indonesia (pusingan kedua).Sejurus tersingkir awal pada Terbuka Malaysia 2023, Zii Jia kekal dengan pendiriannya untuk bergerak solo tanpa khidmat jurulatih selepas berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.Dalam pada itu, Roslin melihat keadaan akan lebih parah jika Zii Jia tidak mencari jurulatih dalam masa terdekat yang sekali gus akan terus memberikan kesan kepada prestasinya.“Dia baru umur 24 tahun dan masih muda serta jauh perjalanan dia. Kita tengok selepas dia tidak ada jurulatih agak bergelut untuk berada pada prestasi terbaik.“Bagi saya, mungkin dari segi psikologi tergangu dan sebagainya. Tetapi, apa yang dia rasa dia je yang tahu dan dia sahaja yang boleh buat keputusan apa tindakan seterusnya.“Sebagai orang luar, kita sekadar hanya boleh bagi nasihat kepada Zii Jia. Zii Jia juga kena fikir mengenai kerjaya dia kerana pihak penaja akan tengok keputusan setiap perlawanan,” ujarnya.
4
30 Januari 2023 07:20am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242825/berita/sukan/malaysian-tigers-timba-pengalaman-berharga
Malaysian Tigers timba pengalaman berharga
PENCAPAIAN skuad hoki negara mengakhiri saingan Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 disifatkan sebagai tonik mujarab sebagai persediaan memburu slot Sukan Olimpik Paris 2024.Pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, pengalaman diraih selama lebih dua minggu di bumi India itu mampu dijelmakan dengan keputusan lebih baik pada Sukan Asia Hangzhou 2023.“Pengalaman di sini (India) akan kami bawa bersama dalam memantapkan persiapan dalam menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini.“Ini terutamanya Sukan Asia 2023 yang juga pentas pertama pasukan hoki untuk kelayakan Olimpik Paris 2024,” kata Mirnawan di laman sosial Facebooknya.Kejayaan menewaskan Jepun 3-2 dalam perlawanan klasifikasi tempat ke-13 hingga 16 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada Sabtu, menceritakan komitmen tinggi anak buah Arul Selvaraj itu.Biarpun gagal mencapai sasaran layak ke suku akhir, kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan Malaysian Tigers bermula aksi peringkat kumpulan sewajarnya diberikan pujian.“24 hari yang bagaikan roller coaster perjalanan The Malaysian Tigers mengharungi Piala Dunia kali ini. Ada kala kami di atas, adakala kami di bawah.“Tetapi apa yang penting kita tamatkan dengan keputusan yang positif. Terima kasih kepada keluarga pemain dan pegawai yang begitu memahami walaupun sentiasa berjauhan.“Tidak lupa juga kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepada kami sepanjang kami berjuang pada Piala Dunia 2023 di India,” ujarnya.
4
30 Januari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/242820/berita/sukan/piala-dunia-dua-penembak-kebangsaan-terkandas
Piala Dunia: Dua penembak kebangsaan terkandas
DUA penembak kebangsaan, Johnathan Wong Guanjie dan Nurul Syasya Nadiah Mohd Arrifin gagal mempamerkan aksi terbaik mereka apabila masing-masing terkandas seawal pusingan kelayakan acara 10 meter (m) air pistol lelaki dan wanita pada saingan Piala Dunia Menembak 2023 di Indonesia, hari ini.Menerusi laman sesawang kejohanan, issf-sports.org, pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam, Johnathan Wong didapati menamatkan cabaran di kedudukan ke-16 selepas hanya mengumpul 570 mata, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik untuk mara ke pusingan ranking.Pada aksi final 10m air pistol lelaki yang berlangsung di Jakarta itu, Mukhammad Kamalov dari Uzbekistan berjaya membidik emas manakala penembak Turkiye Ismail Keles merangkul perak diikuti penembak tuan rumah, Muhamad Iqbal Raia Prabowo di tempat ketiga.Turut mengalami nasib sama adalah pemenang empat pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Nurul Syasya Nadiah yang sekadar menduduki tangga ke-14 selepas hanya melakukan bidikan 569 mata.Penembak Korea Selatan Oh Ye Jin mengungguli acara 10m air pistol wanita, manakala Slyvia Steiner dari Austria di tempat kedua manakala pingat gangsa milik atlet Taiwan Liu Heng Yu. - Bernama
4
29 Januari 2023 11:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/242818/berita/sukan/kbs-bantu-cungkil-bakat-pelapis-catur
KBS bantu cungkil bakat pelapis catur
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan geran berjumlah RM30,000 kepada Persekutuan Catur Malaysia (MCF) untuk terus menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu yang mampu menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, geran berkenaan merupakan yang pertama diberikan pihaknya sejak dilantik memegang portfolio itu kira-kira sebulan lepas dan berjanji untuk sentiasa komited membantu industri sukan di negara ini.“Saya harap MCF meningkatkan penganjuran aktiviti dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk promosi sukan catur terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana ia melibatkan (penyertaan) semua jenis kaum, selain ibu bapa daripada pelbagai negeri yang sentiasa komited memberi sokongan kepada anak mereka.“Sebenarnya MCF merupakan sukan pertama menerima geran daripada kami, jadi kami berharap sumbangan kecil daripada KBS ini dapat membantu mereka terus bergerak maju selepas ini,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Catur Kebangsaan Peringkat Sekolah di Pusat Latihan Agro Bank pada Ahad.Kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas itu melibatkan penyertaan kira-kira 400 pelajar dari seluruh negeri dalam enam kategori iaitu bawah 7 tahun (B-7), B-9, B-11, B-13, B-15 dan B-17.Sementara itu, Presiden MCF, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berterima kasih atas dana yang diberikan KBS kerana peruntukan tersebut dapat membantu membangunkan sukan catur di Malaysia.
4
29 Januari 2023 10:17pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/242814/berita/sukan/kemenangan-terbesar-dalam-karier-saya
'Kemenangan terbesar dalam karier saya’
BINTANG tenis Serbia, Novak Djokovic menyifatkan kemenangannya ke atas Stefanos Tsitsipas dari Greece dalam final Terbuka Australia pada Ahad adalah kemenangan terbesar dalam kariernya.Malah Djokovic juga menegaskan ketika dia merangkul gelaran Grand Slam ke-22, sekali gus memenangi semula hati penyokong tuan rumah setahun selepas diusir dari negara itu.Setelah tiba di Australia tanpa vaksin 12 bulan lalu, juara Melbourne 10 kali itu telah dihantar pulang di tengah-tengah tindak balas daripada warga Australia yang marah apabila mengalami beberapa sekatan paling sukar ketika peningkatan kadar kes Covid-19 seluruh dunia.Tetapi masalah pemain Serbia itu kini jauh di belakangnya apabila kemenangan 6-3 7-6(4) 7-6(5) ke atas Tsitsipas yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada orang ramai di Arena Rod Laver.“Saya perlu mengatakan bahawa ini adalah salah satu kejohanan paling mencabar yang pernah dihadapi dalam hidup saya, dengan mengambil kira keadaan.“Tidak bermain tahun lepas, kembali tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membuatkan saya berasa dialu-alukan dan selesa berada di Melbourne, Australia.“Ya, saya cuba mencubit diri saya dan benar-benar mengharungi detik-detik ini dan ia adalah satu perjalanan yang panjang.“Hanya pasukan dan keluarga yang tahu apa yang telah kami lalui dalam tempoh empat hingga lima minggu lepas. Ini, mungkin, adalah kemenangan terbesar dalam hidup saya mengambil kira keadaan,” kata Djokovic.Dalam perlawanan ulangan penentuan Terbuka Perancis 2021, Tsitsipas yang berusia 24 tahun tidak dapat menggunakan beberapa peluang yang dimilikinya apabila gagal menghalang Djokovic memenangi gelaran Grand Slam ke-22nya.“Nasib yang sukar malam ini, pertempuran yang hebat. Ini pastinya bukan Grand Slam terakhir anda, anda masih mempunyai banyak masa, lebih banyak daripada saya.“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga anda dan pasukan anda... Anda adalah salah seorang pemain tenis paling profesional yang saya kenali dalam jelajah itu, dan salah seorang yang paling menarik,” kata Djokovic.
4
29 Januari 2023 09:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/242812/berita/sukan/kedah-berguru-10-hari-di-turkiye
Kedah berguru 10 hari di Turkiye
KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan mengadakan siri jelajah pramusim di Antalya, Turkiye, selama 10 hari sebagai persiapan skuad Sang Kenari dalam menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata pasukan itu akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari; FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari); FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan FC Matelist Kharkiv dari Ukraine pada 14 Februari.Katanya, pasukan itu akan berlepas pada 5 Februari dan pulang pada 16 Februari ini.“Semua perlawanan akan berlangsung pada jam 5 petang waktu Turkiye iaitu 10 malam waktu Malaysia. KDA FC merancang untuk menawarkan penstriman secara langsung (berbayar) setiap perlawanan kepada semua penyokong pasukan,” katanya selepas pengumuman jelajah pramusim pasukan KDA FC pada Ahad.Beliau berkata, menerusi siri jelajah tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain diharap dapat membentuk keserasian pemain beraksi secara berpasukan selain mengenal pasti kesebelasan utama di samping membina semangat dan jati diri baharu.Dalam pada itu, Mohd Daud berkata, KDA FC juga akan mengadakan majlis pelancaran jersi, memperkenalkan pemain dan pengumuman penaja musim 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada 18 Februari depan. - Bernama
4
29 Januari 2023 09:42pm