author_name
stringclasses 77
values | article_url
stringlengths 71
524
| article_title
stringlengths 14
86
| article_text
stringlengths 242
35.4k
| reading_time
stringclasses 1
value | article_dt
stringlengths 19
25
|
---|---|---|---|---|---|
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244784/berita/sukan/azeem-boleh-buat-lebih-baik | Azeem boleh buat lebih baik | JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berharap anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi tidak cepat berpuas hati selepas sekali lagi memecah rekod 60 meter (m) pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Universiti Clemson, Carolina Selatan pada Sabtu.Menurutnya, Muhammad Azeem perlu terus memperbaiki larian dan cuba mencatatkan masa yang lebih baik pada kejohanan akan datang.“Kepada Azeem, teruskan apa yang telah dibuat. Sentiasa berusaha dan jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang telah diraih.“Teruskan mengikuti latihan dalam usaha memastikan dapat jadi pelari pecut yang terbaik pada masa akan datang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Dalam aksi kejohanan dalam dewan itu, Azeem mencatatkan rekod baharu kebangsaan dalam acara 60m apabila melakukan larian dengan catatan masa 6.62s untuk mengakhiri saingan di kedudukan kelima.Catatan itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 6.63s yang dilakukan di Kejohanan Texas Tech Open di Texas, dua minggu lalu.Muhammad Amir yang mengenali Azeem sejak pelajar itu berumur 11 tahun juga percaya atlet berusia 18 tahun itu telah bersedia untuk menghadapi cabaran lebih hebat bersama Universiti Auburn di bumi Amerika Syarikat tersebut.“Setakat ini saya berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan. Ini menunjukkan dia sudah bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih hebat.“Apa yang penting adalah peningkatan. Pada saya tidak kira sama ada banyak atau tidak peningkatan yang dipamerkan, yang penting saya mahu melihat catatan konsisten dapat dilakukannya,” katanya.Dalam pada itu, Muhammad Azeem melalui laman Twitternya bersyukur dengan kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak dua kali pada acara dalam dewan itu.“Alhamdulillah, minggu yang baik dengan atlet yang terbaik. Bersyukur dengan satu lagi rekod Malaysia. Musim kejohanan kejuaraan akan datang,” katanya. | 4 | 12 Februari 2023 07:00am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244781/berita/sukan/chelsea-west-ham-sama-padu-di-london | Chelsea, West Ham sama padu di London | HASRAT menggunung Chelsea untuk membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila terikat seri 1-1 ketika berkunjung menentang West Ham United di Stadium London pada Sabtu.Sebaliknya keputusan seri ketujuh selepas mengharungi 22 perlawanan itu menyaksikan The Blues yang mengumpul 31 mata semakin menyisihkan diri dari kelompok empat teratas liga.Biarpun selesa mendahului hasil jaringan pembukaan Joao Felix pada minit ke-16, ia gagal memacu motivasi skuad mewah kendalian Graham Potter untuk melebarkan jaringan.Namun penyudah unggul bekas pemain pertahanan Blues, Emerson Palmieri pada minit ke-28 berjaya menewaskan Kepa Arrizabalaga, sekaligus memadam kelebihan dimiliki pelawat.Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea kini hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka.Malah kelab sensasi London juga melebarkan rekod tidak menang di tempat lawan sejak Oktober.Chelsea kekal di tempat kesembilan dalam jadual, sembilan mata di belakang Newcastle di tangga keempat yang bermain kurang satu perlawanan.West Ham pula naik ke tangga ke-15, namun hanya dua mata di depan Everton, pasukan yang menduduki tempat tertinggi di tempat penyingkiran. | 4 | 12 Februari 2023 12:05am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244771/berita/sukan/status-penambahbaikan-velodrom-rakyat-akhir-bulan-ini | Status penambahbaikan Velodrom Rakyat akhir bulan ini | STATUS penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akan diketahui keputusannya selepas sidang Parlimen akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dahulu perkara tersebut di peringkat kementerian bagi mencari penyelesaian dan situasi menang-menang untuk semua pihak terlibat."Kementerian ambil maklum perkara yang dibangkitkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) malah kita telah perincikan semua aspek kerana ia melibatkan kos yang tinggi."Kita sedia maklum Velodrom Rakyat ini telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM11 juta pada 2016 lalu dan kini difahamkan mengalami kerosakan, jadi kita mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum membuat keputusan, dijangkakan selepas persidangan Parlimen, 24 Februari ini," katanya selepas pelancaran jersi dan pengenalan pemain kelab BRM FC di sini pada Sabtu.Sebelum ini dilaporkan Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berharap KBS mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada velodrom tersebut bagi melindungi trek kayu itu.Saranan itu dibuat selepas pihaknya mendapati ada beberapa kawasan di velodrom itu mulai comot dan bertukar kehitaman kerana keadaannya yang terbuka dan terdedah kepada cuaca panas dan hujan.Dalam isu berasingan, Adam Adli berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung status Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung."KBS akan meneliti dahulu perkara tersebut dan memanggil PJS untuk mendapatkan gambaran perkembangan terkini sebelum kita buat keputusan lanjut."Kemelut persatuan bola sepak bukan hanya melibatkan di Perak sahaja kerana turut melibatkan di Melaka dan beberapa persatuan sukan yang lain yang masalahnya hampir sama dengan PAFA," katanya. - Bernama | 4 | 11 Februari 2023 09:30pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244770/berita/sukan/muhammad-haiqal-lepasi-kelayakan-ke-sukan-sea-kemboja | Muhammad Haiqal lepasi kelayakan ke Sukan SEA Kemboja | PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi muncul juara acara 100 meter (m) dengan catatan masa 10.46 saat (s) pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia pada Sabtu, sekali gus melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Kemboja 2023.Catatan diperoleh Muhammad Haiqal pada kejohanan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara itu melepasi had kelayakan 10.56s yang ditetapkan untuk ke temasya dwitahunan di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini.Berdasarkan rekod, Muhammad Haiqal kini berkongsi catatan masa dengan seorang lagi pelari pecut negara, Muhammad Arsyad Md Saat, yang merekodkannya pada temasya Sukan Malaysia 2022 selain jaguh pecut muda Malaysia iaitu Muhammad Azeem Mohd Fahmi, yang memegang rekod kebangsaan 100 m.Muhammad Azeem mencatat 10.09s pada kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun di Colombia, Ogos tahun lepas.Hanya dua pelari pecut yang mempunyai catatan masa terbaik dan melepasi had kelayakan ditetapkan dibenar menyertai acara berkenaan di temasya dwitahunan itu.Muhammad Haiqal, yang memenangi pingat emas di Sukan SEA Manila 2019, tidak membuat penampilan pada edisi Sukan SEA Vietnam tahun lepas setelah gagal melepasi had kelayakan ditetapkan."Ini merupakan kejohanan pertama saya pada tahun ini. Selalunya catatan masa saya tidak akan berapa baik namun saya bangga dengan pencapaian yang dilakukan hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Terdahulu, atlet Melaka Khairul Hafiz Jantan menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan 10.51s diikuti atlet Angkatan Tentera Malaysia Jonathan Nyepa di tempat ketiga dengan catatan 10.53s. - Bernama | 4 | 11 Februari 2023 08:47pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244763/berita/sukan/marquez-belum-serasi-dengan-jentera-baharu | Marquez belum 'serasi' dengan jentera baharu | PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez masih menyesuaikan diri dengan jenteranya dalam misi merampas semula kejuaraan Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.Juara enam kali MotoGP itu berkata, pasukannya masih melakukan kerja-kerja penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi motosikal itu sekali gus menjadikannya berkemampuan untuk meraih kemenangan.Pelumba dari Sepanyol itu berkata, prototaip RC213V 2023 itu, yang diujinya semalam pada hari pertama Ujian Musim Sejuk 2023, tidak jauh berbeza dengan motosikal yang diujinya pada Ujian Valencia, November tahun lepas."Sekarang, esok, dan hari seterusnya kami akan mula bekerja dan terutama di Partimao, sesuatu yang baharu akan sampai. Namun kami perlu terus bekerja di garaj kami, mencuba untuk mendapatkan lebih maklumat, menambah baik hingga sempurna kerana setakat ini kami masih jauh ketinggalan daripada pelumba teratas,” katanya kepada media baru-baru ini.Bagaimanapun, pelumba berusia 29 tahun itu berkata, ia adalah permulaan pramusim yang baik, khususnya dari segi keadaan fizikalnya, jika dibandingkan dengan prestasi tahun lepas selepas beliau mengalami kecederaan tangan kanan pada 2020.Pada Jumaat, Marquez berada di tempat kesembilan setelah menyempurnakan pusingan ke-23 dengan catatan satu minit 59.424 saat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, manakala pada Sabtu beliau terkeluar daripada senarai 10 pelumba teratas, iaitu di tangga ke-13, selepas melakukan sembilan pusingan dengan masa terbaik 1:59.450s. - Bernama | 4 | 11 Februari 2023 08:00pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244751/berita/sukan/kbs-teliti-formula-baharu-peroleh-dana | KBS teliti formula baharu peroleh dana | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti formula baharu bagi memperoleh dana dalam usaha untuk memperkasa dan memeriahkan lagi industri sukan negara.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, usaha itu dilihat sebagai kaedah baharu KBS dalam memastikan persatuan-persatuan sukan dalam negara khususnya mendapat dana yang mencukupi bagi mereka menghadapi perlawanan dan menganjurkan temasya sukan dalam meningkatkan prestasi atlet."Pada minggu lepas, saya ada berbincang dengan Kementerian Kewangan dan saya kata kita perlu formula serta idea baharu untuk dapatkan dana bagi persatuan sukan menganjurkan program (temasya atau perlawanan)."Sama juga kita lihat dengan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma). Kita kena cari kaedah baharu kerana dahulu formulanya adalah Persekutuan bagi duit pada negeri untuk bina infrastruktur seperti bina stadium dan membuat penyelenggaraan," katanya pada pemberita selepas melancarkan logo baharu Persatuan Olympian Malaysia (MOA) di sini, pada Sabtu.Beliau mengulas mengenai permohonan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang meminta kerajaan memberikan sedikit peruntukan bagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia ke-4 yang akan berlangsung di dalam negara September tahun ini. - Bernama | 4 | 11 Februari 2023 06:24pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244778/berita/sukan/aznil-aniq-sandaran-skuad-angkat-berat-ke-paris | Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris | PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) meletakkan sandaran kepada dua badang negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.Naib Presiden PABM, Ahmad Janius Abdullah berkata, badan induk itu kini sedang mempersiapkan Muhamad Aznil, 29, dan Mohamad Aniq, 21, yang akan bersaing dalam kategori 61 kilogram untuk mengumpul sebanyak mungkin mata sekali gus berada dalam kelompok 10 terbaik.Beliau berkata, kedua-dua atlet itu, bagaimanapun perlu bersaing sesama sendiri untuk mengumpul mata terbaik kerana hanya satu slot ditawarkan bagi setiap negara untuk satu kategori."Kedua-dua atlet berkenaan perlu menyertai beberapa kejohanan wajib bagi mengumpul mata terbaik mereka, antaranya Piala Dunia di Phuket, Thailand pada April, Kejohanan Dunia di Riyadh, Arab Saudi pada September selain kejohanan kelayakan di Korea Selatan pada Mei ini."Bagi mempersiapkan diri untuk Sukan Olimpik Paris 2024, kedua-dua mereka tidak akan beraksi di Sukan SEA Kemboja pada Mei ini kerana kejohanan di Korea Selatan menawarkan mata kelayakan selain tarikh kedua-dua kejohanan itu bertindih," katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin pada Sabtu..Beliau berkata demikian selepas Program Pencarian Bakat Sukan Angkat Berat anjuran Jabatan Pendidikan negeri bersama Persatuan Angkat Berat dan Bina Badan Amatur Melaka serta Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua.Ahmad Janius yang juga Pengerusi Pembangunan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berkata, program pencarian bakat itu kini sedang giat dilaksanakan di Melaka bermula di peringkat sekolah rendah bagi mencari pelapis sukan itu.Katanya, setakat hari ini, sebanyak 30 pelapis muda berusia lapan hingga 14 tahun dikenal pasti untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua atau Nyalas di sini, bagi persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dijangka berlangsung di Johor.Sementara itu, beliau berkata, enam atlet angkat berat Singapura dijangka menjalani latihan selama sebulan di Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kemboja."Meraka dijangka hadir pada 6 Mac depan bagi memulakan latihan dan sebelum ini, Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua menjadi pilihan atlet dari beberapa negara lain seperti Filipina, Thailand dan India," katanya. - Bernama | 4 | 11 Februari 2023 05:30pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244741/berita/sukan/azeem-sandaran-pingat-emas-negara-di-olimpik---hannah | Azeem sandaran pingat emas negara di Olimpik - Hannah | MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan atlet pecut, Muhammad Azeem Mohd Fahmi boleh diletakkan sebagai sandaran pingat emas negara pada Sukan Olimpik suatu hari nanti.Hannah berkata, ia berdasarkan prestasi semasa atlet berusia 18 tahun itu yang memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) miliknya pada Kejohanan Tiger Paw Invitational di Amerika Syarikat, awal pagi tadi."Saya sangat bangga dengan pencapaian beliau. Azeem adalah bintang meningkat naik dan diharapkan suatu hari nanti, dia boleh memberikan kita pingat emas di Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui pemberita di Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini MSN Bukit Jalil pada Sabtu.Pada perlumbaan berlangsung di Universiti Clemson, South Carolina itu, Muhammad Azeem mewakili Universiti Auburn mencatatkan 6.62 saat (s) pada aksi final untuk menamatkan saingan di tempat kelima, iaitu 0.01s lebih pantas daripada rekodnya yang dilakukannya pada Kejohanan Terbuka Texas Tech, Januari lepas.Dalam pada itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mendapatkan peruntukan mencukupi menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini bagi memastikan lebih banyak kejohanan dapat dianjurkan buat atlet negara, sepertimana dilakukan KOM."Hari ini saya datang untuk melihat sendiri kejohanan ini. Ini sesuatu yang kita perlukan, apabila lebih banyak kejohanan dianjurkan, ia boleh membantu kita mengenal pasti bakat-bakat baharu."Selain itu, atlet juga boleh menilai prestasi dan memperbaiki ranking mereka. Ini sesuatu saya sedang usahakan menjelang bajet kali ini. Untuk pastikan kita sentiasa mempunyai peruntukan yang cukup untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan," katanya.Katanya, menerusi sesi libat urus bersama atlet sebelum ini, mereka menyatakan hasrat untuk terlibat dalam lebih banyak kejohanan dalam usaha memperbaiki prestasi masing-masing. - Bernama | 4 | 11 Februari 2023 05:09pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244737/berita/sukan/hamidin-pan-gon-menghadap-tmj | Hamidin, Pan-gon menghadap TMJ | TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon di ibu pejabat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu.Perkara itu dikongsikan di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor yang turut menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan."Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM dan Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Harimau Malaya menghadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 11 Februari 2023 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan. ALLAH Peliharakan Sultan," menurut kenyataan dimuat naik tersebut.Sebelum ini, Hamidin tidak menolak kemungkinan Tunku Ismail boleh menjadi pengurus Harimau Malaya sekiranya perkara itu membawa kebaikan kepada pasukan kebangsaan. | 4 | 11 Februari 2023 05:04pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244739/berita/sukan/pemain-import-korea-selatan-gambia-perkuat-kelantan-fc | Pemain import Korea Selatan, Gambia perkuat Kelantan FC | KELAB bola sepak Kelantan FC sah mendapatkan khidmat dua pemain import dari Korea Selatan dan Gambia menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula 24 Februari ini.Kelantan FC dalam kenyataan memaklumkan dua pemain import itu ialah Nuha Marong Krubally, 29, dari Gambia dan Kim Ming Kyu, 24, dari Korea Selatan."Nuha Marong akan bermain di posisi penyerang dan Kim Ming pula bermain di bahagian pertahanan. Kedua-kedua pemain import ini menandatangani kontrak bersama pasukan selama semusim," menurut kenyataan itu pada Sabtu.Menurut Kelantan FC, Nuha Marong memiliki pakej yang baik sebagai penggempur utama pasukan kerana mempunyai pengalaman bermain di peringkat kebangsaan bersama skuad Sepanyol Bawah 21 Tahun dan pasukan Gambia."Pengalaman beliau begitu berharga dan ketajaman beliau akan memberikan impak positif dalam skuad musim ini."Selain itu, peranan Ming Kyu sebagai benteng akhir amat diperlukan untuk membantu skuad Kelantan FC kerana memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaannya," menurut kenyataan itu. - Bernama | 4 | 11 Februari 2023 04:47pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244667/berita/sukan/everton-mahu-tambah-sengsara-liverpool | Everton mahu tambah sengsara Liverpool | PENGENDALI Everton, Sean Dyche tidak langsung rasa simpati terhadap kemerosotan prestasi Liverpool menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Selasa ini.Everton sebelum ini menewaskan pendahulu EPL, Arsenal di Goodison Park dalam perlawanan pertama Dyche yang menjadi kemenangan kompetitif pertama Everton sejak 22 Oktober.Liverpool hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan tewas 3-0 kepada Wolves dalam perlawanan terakhir.Dyche menegaskan dia juga tidak mahu menghulurkan sebarang simpati kepada pengendali Liverpool, Jurgen Klopp susulan kemerosotan persembahan pasukan itu."Fokus saya adalah pada Everton, itulah perkara yang bawa ke sini dan pastikan kami betul tanpa memberi tumpuan kepada orang lain. Itu benar-benar tumpuan saya."Tiada simpati dalam bola sepak. Saya boleh berempati. Anda mempunyai pemahaman tentang orang lain. Dia (Klopp) pastinya tidak mahu atau memerlukan simpati saya."Seseorang yang berpengalaman seperti dia dan apa yang dia lakukan dalam permainan. Dia tidak memerlukan simpati daripada sesiapa."Sebagai pengurus anda boleh berempati, memahami peranan masing-masing. Tidak kira di tahap mana pun anda berada, anda boleh memahami, kerana ia adalah kerja yang sangat sukar," katanya. | 4 | 11 Februari 2023 10:39am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244666/berita/sukan/guardiola-ikrar-setia-bersama-city | Guardiola ikrar setia bersama City | PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak berhasrat meninggalkan pasukan selepas kelab itu didakwa atas 100 pelanggaran peraturan kewangan oleh Liga Perdana Inggeris (EPL).City berkemungkinan berdepan pemotongan mata atau pun tersingkir daripada liga utama Inggeris jika mereka didapati bersalah atas dakwaan pelanggaran ketika musim 2009-10 dan 2017-18.Guardiola sebelum ini berkata, dia akan berundur jika mendapati dia telah dibohongi oleh pengurusan City berhubung dakwaan mereka melanggar peraturan financial fair play (FFP).Bagaimanapun, Guardiola yang telah memenangi empat kejuaraan EPL dalam tempoh lima tahun lalu percaya kes terbaharu itu akan berakhir dengan cara yang sama seperti pertuduhan UEFA sebelum ini.City telah diharamkan selama dua tahun daripada pertandingan UEFA pada Februari 2020 oleh badan induk bola sepak Eropah kerana pelanggaran fair play kewangan yang serius, tetapi sekatan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada akhir tahun itu."Fikiran pertama saya ialah kami telah pun dikecam. Sekiranya kami tidak bersalah, kami akan menerima keputusan hakim atau Liga Perdana."Tetapi apa yang berlaku jika dalam situasi yang sama seperti (kes) UEFA, kami tidak bersalah? Apa yang akan berlaku untuk memulihkan atau membayar balik kerosakan imej kami?."Saya tidak berganjak dari tempat duduk ini. Saya boleh memberi jaminan lebih daripada sebelumnya saya mahu kekal," katanya. | 4 | 11 Februari 2023 10:24am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244664/berita/sukan/azeem-pecah-rekod-lagi | Azeem pecah rekod lagi | PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus menampilkan prestasi terbaik apabila memecahkan rekod kebangsaan yang juga rekod miliknya sendiri dalam acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan pada kejohanan Tiger Paw Invitational, South Carolina pada Sabtu.Atlet berusia 18 tahun yang mewakili Universiti Auburn, berjaya mencatat 6.62 saat (s) untuk memadamkan rekod 6.63s yang dilakukannya pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, 28 Januari lalu.Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek yang mencatat 6.66s pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.Dalam kejohanan di South Carolina itu, Muhammad Azeem yang beraksi dalam acara final mengakhiri saingan di kedudukan kelima.Trayvon Bromell menduduki tempat pertama dengan catatan masa 6.42s, Marcellus Moore kedua dengan 6.52s dan Sterling Warner-Savage berada di kedudukan ketiga dengan masa 6.59s.Muhammad Azeem, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s, tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Januari, untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana. | 4 | 11 Februari 2023 10:11am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244663/berita/sukan/messi-mbappe-benzema-bersaing-jadi-pemain-lelaki-terbaik-fifa | Messi, Mbappe, Benzema bersaing jadi Pemain Lelaki Terbaik FIFA | PENYERANG Argentina, Lionel Messi berada dalam senarai pendek bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), disertai rakan sepasukan Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema, umum badan induk bola sepak dunia itu.Perkembangan terkini itu menyaksikan Messi berpeluang memenangi trofi The Best keduanya selepas membawa Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia ketiga selepas menewaskan Perancis di Qatar pada final tahun lalu.Messi juga menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan itu sekali gus memperoleh Anugerah Bola Emas.Pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Mbappe dan pemenang Ballon d'Or 2022 Perancis, Benzema muncul buat pertama kali dalam kalangan tiga finalis.Sementara itu, pemain tengah Sepanyol, Alexia Putellas berpeluang meraih Anugerah Pemain Wanita Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut walaupun diketepikan sejak Julai selepas mengalami kecederaan lutut.Penyerang Beth Mead turut dicalonkan selepas membawa England merangkul kejuaraan Euro 2022 sebagai penjaring terbanyak kejohanan dan pemain terbaik kejohanan.Penyerang Amerika Syarikat, Alex Morgan, yang merupakan finalis pada 2019, melengkapkan senarai itu.Untuk rekod pemenang akan diumumkan semasa majlis di Paris pada 27 Februari. | 4 | 11 Februari 2023 09:55am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244656/berita/sukan/thiago-sambung-khidmat-di-stamford-bridge | Thiago sambung khidmat di Stamford Bridge | PEMAIN pertahanan Chelsea, Thiago Silva telah menandatangani lanjutan kontrak setahun yang mengekalkan bintang Brazil berusia 38 tahun di Stamford Bridge sehingga 2024, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Bekas bek tengah AC Milan itu yang telah bermain 106 kali untuk Chelsea, menyertai The Blues pada 2020 dari Paris St-Germain (PSG), merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara menjelang akhir musim itu."Apabila saya menandatangani kontrak pertama di sini, ia hanya untuk satu tahun. Sekarang ia sudah menjadi yang keempat!."Saya tidak dapat membayangkan itu, namun sebenarnya ia saat yang sangat istimewa untuk saya menandatangani dan kekal di Chelsea," kata Silva yang turut memenangi Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada 2021.Dia memiliki 113 caps dan menjadi kapten Brazil pada Piala Dunia 2022 ketika tewas kepada Croatia pada suku akhir di Qatar."Dia seorang bakat bertaraf dunia, kerana dia telah terbukti selama bertahun-tahun untuk kelab dan negara, dan pengalaman, kualiti dan kemahiran kepimpinannya adalah penting untuk visi Chelsea ke hadapan," kata pengerusi Chelsea, Todd Boehly.Chelsea yang berada di tempat kesembilan liga akan berdepan kelab London, West Ham United pada Sabtu sebelum bertandang ke Borussia Dortmund dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Juara pada Khamis. | 4 | 11 Februari 2023 08:26am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244654/berita/sukan/klopp-cabar-liverpool-bangkit-derbi-merseyside | Klopp cabar Liverpool bangkit derbi Merseyside | PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyeru para pemainnya untuk membuktikan mengapa kelab itu istimewa dalam derbi Merseyside menentang Everton dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.Pertembungan Anfield tiba dengan Liverpool merosot di tempat ke-10 liga selepas separuh musim bergelut prestasi buruk dan kecederaan manakala Everton sedang bergelut untuk mengelak penyingkiran.Situasi terkini itu bukan satu kedudukan biasa bagi Klopp dan pasukannya selepas pencapaian konsisten sejak pengendali Jerman itu tiba pada 2015.Namun ini realiti baharu Liverpool dan Klopp tahu kemenangan menentang Everton amat penting, terutamanya selepas kekalahan 0-3 kepada kelab bawahan, Wolverhampton Wanderers hujung minggu lalu, tiga kekalahan dan satu mata daripada empat perlawanan liga terakhir The Reds."Sejujurnya ini bukan masa yang kami mahukan atau masa yang kami gembira untuk berada pada ketika ini."Sudah tiba masanya kami dapat menunjukkan bahawa kelab ini benar-benar istimewa. Pemain melakukan banyak perkara hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kami berjuang untuk mengubah keadaan ke arah lebih baik."Saya sangat menantikan suasana derbi dan permainan bola sepak yang sesuai," kata Klopp.Klopp sebelum ini memberi para pemainnya cuti dua hari selepas tewas di Wolves bagi mengubah mood mereka."Ia membantu. Minggu ini mereka semua kelihatan sangat segar. Itulah kebenarannya. Sesi latihan kelihatan sangat baik, sangat sengit," kata Klopp.Klopp sekurang-kurangnya mempunyai berita baik apabila penyerang Diogo Jota, yang mengalami kecederaan betis yang serius pada Oktober, bersedia untuk kembali beraksi."Diogo sudah dua hari berlatih. Tiga hari lagi dan kemudian dia akan bersaing dan bersedia untuk perlawanan ini," kata Klopp, walaupun dia mengesahkan bahawa Virgil van Dijk tidak mungkin beraksi walaupun kembali berlatih.Everton, yang seri 0-0 di tempat sendiri menentang Liverpool pada September, berada di tangga ketiga dari bawah, namun berada pada momentum terbaik selepas menewaskan pendahulu Arsenal 1-0 dalam perlawanan pertama Sean Dyche sebagai pengurus."Perbezaannya ialah ia tidak di sana (Goodison Park) sebaliknya di sini (Anfield). Jadi kami perlu memastikan misi pasukan dalam perlawanan ini capai matlamat," kata Klopp.LIGA PERDANA INGGERISSABTU (11 FEBRUARI)West Ham United lwn Chelsea, 8.30 malamFulham lwn Nottingham Forest, 11 malamLeicester City lwn Tottenham Hotspur, 11 malamArsenal lwn Brentford, 11 malamCrystal Palace lwn Brighton, 11 malamSouthampton lwn Wolves, 11 malamAHAD (12 FEBRUARI)Bournemouth lwn Newcastle United, 1.30 pagiLeeds United lwn Manchester United, 10 malamISNIN (13 FEBRUARI)Manchester City lwn Aston Villa, 12.30 pagiSELASA (14 FEBRUARI)Liverpool lwn Everton, 4 pagi | 4 | 11 Februari 2023 08:12am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244648/berita/sukan/felix-dedah-punca-tinggalkan-atletico-madrid | Felix dedah punca tinggalkan Atletico Madrid | PENYERANG Portugal, Joao Felix berkata, dia meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Chelsea secara pinjaman selepas bergelut untuk membiasakan diri dengan gaya permainan gergasi La Liga Sepanyol itu, sambil menambah bahawa falsafah jurulatih Diego Simeone tidak memberi manfaat kepada para pemain.Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Atletico dari Benfica dengan bayaran rekod kelab sebanyak 126 juta Euro pada 2019, namun bergelut untuk merealisasikan potensinya, menjaringkan 25 gol dalam tiga setengah musim sebelum menyertai Chelsea pada Januari sehingga penghujung musim.Felix dilayangkan kad merah pada penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris bulan lalu menentang Fulham, mendapat penggantungan tiga perlawanan, namun akan kembali beraksi pada Sabtu menentang West Ham United.“Saya sudah lama ingin mencari perubahan kerana sukar untuk membiasakan diri dengan cara bermain di Atletico Madrid.“Saya pergi kerana kepala saya penuh dengan fakta yang saya cuba dan tidak mampu. Ia mesti dalam jendela perpindahan ini dan saya fikir ia bagus untuk Atletico dan juga untuk saya,” kata Felix.Keupayaan menggelecek dan hantaran Felix mendorong Chelsea membayar 9 juta pound yang dilaporkan untuk menandatanganinya secara pinjaman, namun kemahirannya tidak selalu sepadan dengan Simeone, yang lebih mengutamakan pertahanan berbanding menyerang.Bagaimanapun Felix mula berhenti daripada mengkritik secara terbuka pengendali dari Argentina tersebut.“Dia seorang jurulatih yang sangat baik. Dia mempunyai cara memahami dan melihat bola sepak yang tidak dimiliki oleh orang lain. Itu baik untuk sesetengah orang dan buruk untuk orang lain. Ia bergantung kepada setiap orang,” katanya.Menggambarkan visi Simeone mengenai bola sepak, dia menambah: “Ia pada asasnya untuk menderita di atas padang. Ia adalah untuk menderita, mempunyai peluang dan menjaringkan gol. Itu cara dia bersaing. Ia tidak buruk tetapi ia berbeza dengan jurulatih lain.”LIGA PERDANA INGGERISSABTU (11 FEBRUARI)West Ham United lwn Chelsea, 8.30 malamFulham lwn Nottingham Forest, 11 malamLeicester City lwn Tottenham Hotspur, 11 malamArsenal lwn Brentford, 11 malamCrystal Palace lwn Brighton, 11 malamSouthampton lwn Wolves, 11 malamAHAD (12 FEBRUARI)Bournemouth lwn Newcastle United, 1.30 pagiLeeds United lwn Manchester United, 10 malamISNIN (13 FEBRUARI)Manchester City lwn Aston Villa, 12.30 pagiSELASA (14 FEBRUARI)Liverpool lwn Everton, 4 pagi | 4 | 11 Februari 2023 07:50am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244639/berita/sukan/memang-belum-selesai-rundingan-masih-berjalan | 'Memang belum selesai, rundingan masih berjalan' | PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengakui proses penjualan saham kepada firma perunding kewangan, Rinani Group Berhad (Rinani) untuk memiliki kelab Kuala Lumpur (KL) City FC masih belum selesai sepenuhnya.Presidennya, Khalid Abdul Samad berkata, proses itu diusahakan dengan gigih oleh Rinani yang menunjukkan minat amat tinggi untuk memiliki hak secara sah KL City FC.Menurutnya, proses rundingan penjualan masih berjalan dan tawaran Rinani telah dimuktamadkan seperti terkandung dalam 'Term Sheet' atau senarai terma yang ditandatangani semasa Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada 4 Februari.Tambahnya, majlis menandatangani dokumen tersebut menyenaraikan terma-terma yang akan dimasukkan ke dalam perjanjian penjualan saham yang sedang dirangka."Saham belum dijual. Perbincangan dengan Rinani sudah berlaku lebih awal, namun sejak kebelakangan ini mereka membuat tawaran secara serius."Pada 3 Februari, KLFA ada bincang lagi dengan Rinani untuk masukkan beberapa syarat dan kemudian pada 4 Februari diadakan majlis tandatangan senarai terma itu."Dimasukkan beberapa syarat termasuk penjualan 51 peratus melibatkan RM5.1 juta daripada harga nilai KL City yang dianggarkan sebanyak RM10 juta."Ia belum selesai sepenuhnya. Tertakluk kepada beberapa perkara termasuk 'due deligence' atau 'siasatan terperinci' yang akan dilakukan."Perjanjian penjualan saham mesti ditandatangani dalam tempoh sebulan dari tarikh ditandatangani senarai terma tersebut," katanya kepada Sukan Sinar pada malam Khamis.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar menafikan Rinani sebagai pemilik baharu KL City FC ekoran ada beberapa perkara belum diselesaikan.Mengulas lanjut, Khalid menjelaskan, cadangan penjualan saham sudah dibincangkan pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa KLFA awal 2020 selaras dengan tuntutan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar pasukan diswastakan.Katanya, perbincangan pada ketika itu dilakukan dengan sebuah syarikat lain dan nilai KL City yang dipersetujui adalah sebanyak RM10 juta.Malah katanya, syor untuk menawarkan saham kepada Rinani juga telah disentuh dalam mesyuarat Exco KLFA pada 31 Januari lalu."Nak kata langsung tak beritahu dan tak bincang adalah tak benar. Tetapi pada masa tu tawarannya belum muktamad dan terma sedang dirangka. Maka bincang secara rasmi dan sebagai agenda khas memang belum."Saya sudah beritahu mengenai soal menjual saham KL City dan semua setuju nak jual kerana kita nak kurangkan tanggungan KLFA terhadap kelab. Namun ada Exco (KLFA) yang meminta harganya dinaikkan" tambah beliau.Justeru, beliau memberitahu akan membawa hal tersebut ke mesyuarat Ahli Jawatankuasa KLFA sebelum Liga-M bermula dalam tempoh dua minggu ini."Maknanya perjanjian jual beli saham itu belum lagi disiapkan, sedang dirangka dan hanya syarat utama dimasukkan dalam senarai terma yang ditandatangani."Pada mesyuarat itu nanti kita akan perincikan syarat dan dapatkan persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa Exco KLFA," katanya. | 4 | 11 Februari 2023 07:20am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244642/berita/sukan/nbl-2023-dapat-suntikan-moral-korea-selatan | NBL 2023 dapat suntikan moral Korea Selatan | LIGA Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 mendapat suntikan moral selepas pengeluar peralatan sukan dari Korea Selatan, Skyline Sports Inc, bersetuju untuk menaja bola besbol yang akan digunakan sepanjang saingan liga.Majlis tandatangan persefahaman antara Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dan Skyline Sports Inc ini berlangsung di pejabat BFM di Denai Alam, Shah Alam.Antara perkara utama di dalam perjanjian persefahaman ini, adalah penajaan strategik selama 10 tahun, bantuan teknikal dan rangkaian kerjasama dari Korea Selatan ke BFM.Ini amatlah bermakna bagi BFM untuk menjalinkan kerjasama dan mendapat bantuan professional dari badan-badan besbol utama dari negara gergasi besbol seperti Korea Selatan.Bola berkenaan akan menampilkan, logo BFM dan juga logo liga iaitu NBL 2023.Untuk rekod, ini adalah julung kalinya penajaan pertama syarikat gergasi dari Korea Selatan itu di Malaysia khususnya dalam liga besbol tempatan.Sementara itu, Presiden BFM, Sazali Husain menyifatkan detik tersebut merupakan yang bersejarah buat besbol Malaysia.“BFM amat teruja apabila buat julung kalinya membentuk kerjasama strategik bersama syarikat bola besbol gergasi antarabangsa Skyline Sports Inc. Kini kita sudah ada logo sendiri di setiap bola yang akan digunakan untuk liga kebangsaan NBL 2023 dan juga untuk latihan pasukan negara.“Dengan kerjasama ini, pemain-pemain besbol tempatan juga berpeluang menggunakan bola yang berkualiti tinggi setaraf kejohanan antarabangsa. Ini juga membuktikan liga besbol tempatan mampu menarik kerjasama strategik antarabangsa. Diharap kita dapat menarik lebih banyak lagi kerjasama strategik antarabangsa di masa akan datang,” katanya.Bola berkenaan akan digunakan bukan sahaja semasa pertandingan tetapi juga semasa sesi latihan pasukan negara.Para penggiat dan peminat besbol tempatan boleh mendapatkan bola ini dengan membelinya di laman sesawang BFM.Sebelum ini NBL 2023 telah mendapat penajaan daripada syarikat tempatan Aeon Big (M) Sdn Bhd dan Bubbles02 Sdn Bhd sebagai penaja utama. | 4 | 11 Februari 2023 07:10am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244633/berita/sukan/piala-fa-2023-pdrm-ujian-pertama-jdt | Piala FA 2023: PDRM ujian pertama JDT | GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyingkap kempen mempertahankan kejuaraan Piala FA 2023 menentang PDRM FC dalam pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dijadualkan bermula 7 Mac depan.Majlis undian yang berlangsung hari ini menyaksikan JDT bersama lima lagi pasukan teratas Liga Super musim lepas iaitu naib juara Piala FA 2022, Terengganu FC (TFC), Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC, selain dua pasukan teratas Liga Premier 2022, Kelantan FC serta Kuching City FC mendapat slot automatik ke pusingan 16 atau kedua selain menjadi tuan rumah.Tiga pasukan terbawah Liga Super 2022, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC pula terpaksa bertarung merebut slot ke pusingan 16 bersama tiga pasukan terbawah Liga Premier musim lepas serta enam lagi pasukan Liga M3 dalam pusingan pertama.Bagaimanapun, format undian menetapkan empat daripada baki 12 pasukan yang akan merebut slot ke pusingan 16 mendapat 'bye' sekiranya diletakkan dalam posisi sembilan hingga 12 dan terpaksa berkunjung ke gelanggang lawan.Situasi itu menyaksikan TFC tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir apabila mendapat laluan mudah menentang pasukan Liga M3, Melaka FC yang mendapat 'bye', manakala Sabah FC akan berentap dengan satu lagi pasukan Liga Premier, Kelantan United FC yang turut mendapat 'bye'.Negeri Sembilan pula akan melayan kunjungan pasukan Liga M3 yang turut mendapat 'bye' iaitu PIB Shah Alam FC diikuti juara lima kali, Selangor yang akan menanti pemenang di antara Perak FC dan Sri Pahang pada pusingan pertama.Kedah, yang juga menjuarai Piala FA sebanyak lima kali pula akan bertemu Penang pada pusingan pertama bagi menentukan tempat ke pusingan seterusnya menentang Kuching City FC.Naib juara Liga Premier 2022, Kelantan FC pula akan membuat perhitungan bersama pemenang pusingan pertama melibatkan dua pasukan Liga M3 iaitu Manjung City FC dan Sains FC, manakala KL City akan melawan pasukan Liga M3 sama ada Imigresen FC atau Kuala Kangsar BRM FC yang bertemu pada pusingan pertama. | 4 | 10 Februari 2023 10:40pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244631/berita/sukan/bezecchi-ungguli-hari-pertama-ujian-pramusim-motogp-2023 | Bezecchi ungguli hari pertama ujian pramusim MotoGP 2023 | PELUMBA Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezecchi memulakan hari pertama ujian pramusim sejuk MotoGP 2023 dengan cemerlang apabila memecah rekod pusingan terpantas di Litar Sepang hari ini.Pelumba berusia 24 tahun dari Itali itu mencatat masa satu minit 58.470 saat pada pusingan ke-54 daripada keseluruhan 55 pusingan.Mengulas mengenai sesi hari ini, Bezecchi menyifatkan prestasinya itu sebagai permulaan yang baik dan berazam untuk mengekalkan momentumnya sepanjang musim ini.Marco Bezzecchi. Foto Bernama"Persembahan peribadi yang bagus untuk saya, saya fikir sangat baik untuk melihat nama berada di atas tapi ini baru hari pertama, jadi kami perlu tenang, kekal fokus dan teruskan berusaha kerana ada musim yang panjang."Perbezaan jentera tidak terlalu besar tapi yang utama saya boleh menggunakan potensi jentera dengan baik, tidak banyak beza tapi lebih baik,” katanya pada sidang media.Sementara itu, pelumba Aprilia Racing Maverick Vinales menduduki tempat kedua dengan catatan 1:58.60s manakala pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini di tempat ketiga dengan melakukan 1:58.732s.Ujian pramusim sejuk di Sepang akan bersambung 10 pagi hingga 6 petang esok, sebelum berakhir pada Ahad. - Bernama | 4 | 10 Februari 2023 10:21pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244629/berita/sukan/abu-samah-menang-tanpa-bertanding-jawatan-presiden-pkbm | Abu Samah menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKBM | PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengekalkan jawatannya bagi penggal 2023 hingga 2026.Selepas pencalonan ditutup pada jam 3 petang Jumaat, Abu Samah disahkan menang tanpa bertanding, sekali gus menerajui PKBM bagi penggal kesembilan berturut-turut.Kejayaan Abu Samah itu turut menangkis khabar angin kononnya beliau akan dicabar wakil dari Terengganu, Mazlan Md Jail buat kali pertama sejak 1990.Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berterima kasih kepada semua persatuan negeri yang masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus memimpin PKBM.“Saya tak tahu nak cakap bagaimana. Saya cuma ingin berterima kasih kepada semua persatuan negeri yang masih inginkan kepemimpinan saya.“Saya akan memikul beban sebagai Presiden PKBM sehingga 2026,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.Kenyataan yang dikeluarkan PKBM turut mengesahkan Mazlan bakal mencabar Timbalan Presiden PKBM, Yunus Ibrahim yang akan mempertahankan jawatannya untuk kali pertama selepas menang pada 2018.Sebelum ini, Yunus berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden PKBM selepas menumbangkan calon heavyweight, Amrun Misnoh.Setiausaha Agung PKBM, Ibrahim Mustapa turut mengesahkan Naib Presiden, Datuk Amarjit Singh akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKBM.Namun, wujud petanda Amarjit bakal menarik diri dan hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang turut menyaksikan nama besar iaitu bekas menteri kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding.Untuk rekod, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan KJ pernah memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kesihatan dan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PBNS) itu dijangka berdepan laluan sulit selepas tiga penyandang Naib Presiden, Firdaus Arshad, Mohd Shaiful Abd Jalil dan Amarjit bakal mempertahan jawatan masing-masing.Lima lagi calon yang turut menerima pencalonan untuk jawatan Naib Presiden PKBM ialah Mohd Asril Abd Mubin, Mohd Yusof Abd Nasir, Muhammad Firdaus Daud, Norazman Abd Wahab dan Dr Zaim Ahmad.Namun, dipercayai Norazman sudah membayangkan bakal menarik diri daripada bertarung jawatan Naib Presiden PKBM. | 4 | 10 Februari 2023 09:42pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244628/berita/sukan/rnf-motogp-racing-team-tampil-optimis | RNF MotoGP Racing Team tampil optimis | PASUKAN RNF MotoGP Racing Team tampil optimis untuk beraksi di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2023 dengan kehadiran dua pelumba baharunya Miguel Oliveira dan Raul Fernandez.Bukan itu sahaja, pasukan itu turut muncul dengan jentera baharu selepas bertukar daripada Yamaha kepada Aprilia.Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, skuad yang disifatkannya sebagai berwajah baharu itu akan memberi saingan bagi memperoleh keputusan terbaik selain mencabar podium musim 2023 ini.“Tahun 2021 dan 2022 kita memang bergelut sikit sebab dalam musim 2022, kita punya pelumba, prestasi tak bagus, penaja utama tarik diri, jadi kita dalam masalah kewangan.“Berwajah baharu, sasaran kita nak keputusan baik, dari pengalaman 2012 kita bermula dengan baik, kita naib juara 2020. Jadi tahun ini, saya memang nak keputusan. Kita nak melonjak supaya lebih berdaya saing, kalau boleh nak naik podium,” katanya kepada pemberita pada sesi Ujian Musim Sejuk 2023 MotoGP di Sepang pada Jumaat.Ujian Musim Sejuk 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.Menyentuh mengenai hari pertama ujian pramusim hari ini, Razlan berkata pelumbanya menampilkan aksi positif meskipun Oliveira hanya mengendalikan jentera itu buat kali kedua manakala Fernandez kali pertama.Terdahulu, Oliveira berada di tangga ke-14 apabila merekodkan masa 1 minit 59.730 saat dalam pusingan ke-39 daripada 50 pusingan manakala Fernandez di tangga ke-15 dengan merekodkan masa 1:59.826s dalam pusingan ke-52 daripada 59 pusingan.Oliveira, pelumba Portugal berusia 28 tahun telah mencatatkan lima kemenangan dalam 68 perlumbaan bagi kelas MotoGP selain berjaya menawan dua perlumbaan di Asia Tenggara musim lepas dengan memenangi Grand Prix Indonesia dan Thailand.Fernandez pula adalah pelumba 'rookie' musim 2022 dengan mencatat 14 mata keseluruhan selain turut berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-15 di Grand Prix Malaysia musim lepas. | 4 | 10 Februari 2023 09:37pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244604/berita/sukan/kbs-bantu-bam-selesai-isu-kekurangan-tempat-latihan | KBS bantu BAM selesai isu kekurangan tempat latihan | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan berusaha membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyelesaikan masalah kekurangan tempat latihan yang dihadapi pemain negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, beliau akan mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi mencari jalan menawarkan infrastruktur yang ada dalam menyediakan tempat latihan mencukupi kepada pemain negara."Kekurangan tempat latihan bermaksud, pemain badminton perlu uruskan masa berlatih yang mungkin tidak optimum dan tidak bagus bagi mereka."Itu sebab kami akan selesaikan masalah ini secepat mungkin. Itu keutamaan saya berdasarkan lawatan hari ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke ABM pada Jumaat.Hannah berkata demikian susulan isu menjadi antara agenda utama dalam mesyuarat bersama BAM pada sesi lawatan tersebut.Mengenai pertemuannya bersama pemain profesional negara termasuk jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia baru-baru ini, Hannah berkata, sesi berkenaan diadakan bagi mendengar segala masalah dihadapi mereka selain menyatakan janji kerajaan membantu pemain yang berpeluang besar beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.Dalam pada itu, beliau berkata, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn boleh membuat rayuan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) selepas digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.Pada Khamis, keputusan penggantungan Hanis dibuat Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM yang bermesyuarat Selasa lepas berhubung isu komen pemain tersebut yang didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.Sementara itu, Hannah memaklumkan KBS akan membuat pengumuman rasmi berhubung senarai atlet terlibat yang akan menyertai program ke Sukan Olimpik 2024 dalam masa terdekat.Beliau pada masa sama berkata, satu model baharu perlu diperkenalkan bagi membantu persatuan sukan kebangsaan selain kalangan atlet serta pemain profesional yang perlu menampung perbelanjaan tinggi untuk menyertai mana-mana kejohanan sukan.Memandangkan penganjuran mana-mana kejohanan sukan dilihat menelan perbelanjaan yang semakin besar, beliau juga berharap pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini mampu memberi sinar harapan kepada persatuan sukan kebangsaan dalam menyelesaikan masalah tersebut. - Bernama | 4 | 10 Februari 2023 06:49pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244602/berita/sukan/bamtc-2023-malaysia-ada-peluang-juara | BAMTC 2023: Malaysia ada peluang juara | PEMAIN beregu lelaki, Aaron Chia optimis Malaysia berpeluang besar menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 14 hingga 19 Februari ini.Aaron berkata, Malaysia boleh meraih kejuaraan sulung pada BAMTC memandangkan skuad kali ini menampilkan barisan pemain kuat, antaranya jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia serta beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah."Sebelum ini menang acara beregu campuran pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, jadi kejayaan tersebut memberi motivasi tinggi kepada kami pada BAMTC," katanya kepada pemberita selepas hari terakhir kem latihan pusat menjelang BAMTC di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.Malaysia yang bakal tampil selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah.Dalam pada itu, Aaron berkata, dia sudah bersedia untuk digandingkan bersama mana-mana pemain beregu lelaki sama ada gandingan profesional Ong Yew Sin atau Teo Ee Yi pada BAMTC kali ini."Saya rasa sentiasa sedia kerana acara berpasukan siapa pun boleh turun bermain sebagai beregu," katanya.Aaron sebelum ini pernah digandingkan bersama Teo Ee Yi ketika membawa cabaran negara dalam Piala Thomas bagi edisi 2022 dan 2018.Pasangan Aaron, Soh Wooi Yik pula menegaskan, dia tidak akan memandang ringan gandingan India biarpun salah seorang pemain utama mereka, Satwiksairaj Rankireddy difahamkan digugurkan pada BAMTC kali ini akibat kecederaan."Cabaran memang ada kerana mereka akan gunakan scratch pair. Jadi, susah juga untuk nilai acara mereka kerana sekiranya bertemu, pasangan sedia ada kita sudah biasa," katanya.Wooi Yik juga nekad untuk memberikan aksi terbaik bagi membantu pasukan negara mencapai sasaran sekurang-kurangnya ke separuh akhir seperti ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). - Bernama | 4 | 10 Februari 2023 06:38pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244598/berita/sukan/misbun-rexy-ambil-alih-latih-skuad-remaja | Misbun, Rexy ambil alih latih skuad remaja | DATUK Misbun Sidek kini beralih jawatan daripada Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja berkuat kuasa minggu ini.Ketua Pengarah Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai berkata, penukaran jawatan itu sebahagian daripada program penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja negara susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Santander, Sepanyol, Oktober lepas.Beliau berkata, ABM juga akan menggunakan khidmat pakar Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky yang turut diberi tugas baharu Pengarah Kejurulatihan Beregu Remaja bagi membimbing pemain dari kelompok tersebut."Datuk Misbun akan fokus perseorangan memandangkan itu merupakan kepakarannya. Beregu junior akan dipantau Rexy dengan beliau akan melihat secara menyeluruh supaya peralihan daripada junior kepada senior akan berlaku dengan lancar," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pada Jumaat.Michelle berkata, jurulatih terlibat juga mengakui kegagalan skuad remaja di Sepanyol dan justeru semua pihak bersetuju bahawa mereka perlu mengambil pendekatan berbeza bagi meningkatkan prestasi pemain.Buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan layak ke suku akhir bagi acara perseorangan di kejohanan remaja dunia dan pasukan negara hanya menduduki tempat kesembilan bagi acara berpasukan campuran.Ini merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia pulang dengan tangan kosong selepas edisi 2019 di Kazan, Rusia.Dalam pada itu, Michelle berkata, Misbun dan Rexy sedang dalam proses mengambil beberapa jurulatih baharu bagi membantu mereka mengemudi skuad remaja termasuk menggantikan jurulatih skuad bawah 15 tahun lelaki negara, Hafiz Hashim dan ketua jurulatih beregu bawah 18 tahun negara Vountus Indra Mawan yang meninggalkan BAM baru-baru ini."Setahu saya, Misbun dan Rexy sedang dalam proses bercakap dan menemu bual beberapa jurulatih. Harap boleh dapat (jurulatih baharu) dalam masa terdekat," katanya. - Bernama | 4 | 10 Februari 2023 06:35pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244595/berita/sukan/ahmad-jais-pengendali-baharu-skuad-sepak-takraw-negara | Ahmad Jais pengendali baharu skuad sepak takraw negara | BEKAS tekong negara, Ahmad Jais Baharun menjadi taruhan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) apabila dilantik ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara.Timbalan Presiden I PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, pemilihan bekas pengendali Johor Tigress itu berdasarkan merit dalam tiga calon yang disenaraikan sebelum ini bagi memastikan skuad sepak takraw negara kembali menyaingi musuh tradisi Thailand.“Kesungguhan Ahmad Jais untuk 'build up' dan keberkesanan kombinasi pemain menjadi antara kriteria utama pemilihannya.“Selain itu, pengalaman sebagai tekong ketika membantu skuad negara meraih pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1994 dan mengemudi Johor Tigress menjuarai Piala Emas Khir Johari pada Disember lalu,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Halim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PSM juga memaklumkan' badan induk itu akan mewujudkan jawatankuasa pemantau dalam memilih para pemain untuk menyarung jersi negara.“Seramai 37 pemain dikenal pasti untuk pemilihan (talent identification) ini bagi mencapai tahap kecergasan dan kemahiran pemain, bukan lagi berdasarkan seniority sebaliknya pelbagai aspek.“Daripada itu, seramai 25 para pemain akan disenaraipendekkan bagi menjalani latihan bagi persiapan Sukan SEA 2023, Kemboja dan Sukan Asia 2022, Hangzhao, China.“Pelantikan jurulatih skuad lelaki, wanita dan chinlone akan diputuskan dalam masa terdekat setelah selesai urusan pelepasan atau peminjaman dimuktamadkan PSM dan juga Majlis Sukan Negara MSN serta pihak majikan,” katanya yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Johor (PSJ). | 4 | 10 Februari 2023 06:23pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244601/berita/sukan/analisis-kadar-tolakan-bola-semua-pasukan-negara | 'Analisis kadar tolakan bola semua pasukan negara' | ANALISIS menyeluruh berhubung kadar tolakan bola oleh ‘pusher’ merupakan agenda utama legenda hoki negara, S Kuhan dalam mempertajamkan lagi keupayaan semua skuad negara termasuk pasukan remaja menjaringkan gol sewaktu berdepan situasi pukulan sudut penalti.Kuhan, yang dilantik selaku penasihat pukulan sudut penalti pasukan kebangsaan, berkata analisis itu juga akan dilakukan bagi mengasah lagi keupayaan penahan serta ‘flicker’ untuk menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.“Saya punya idea ketika ini adalah untuk menilai teknik serta perkara-perkara kecil dalam pukulan sudut penalti.“Saya juga mahu buat analisis kita punya tolakan bola, berapa laju (kadar tolakan bola) kerana perkara-perkara ini akan membawa perbezaan besar dalam pukulan sudut penalti kita,”katanya kepada pemberita pada sesi latihan pertamanya bersama skuad hoki remaja lelaki dan wanita kebangsaanBagaimanapun, beliau tidak berhasrat untuk melakukan perubahan besar berhubung teknik diterapkan skuad hoki lelaki kebangsaan ketika ini.“Kalau tengok Muhammad Razie Abd Rahim, Faizal Saari dan Muhammad Shahril Saabah mereka semua ini adalah flicker kelas dunia jadi kita punya teknik tak boleh tukar banyak sangat,” katanya.Kuhan yang juga bekas pakar pukulan sudut penalti negara itu sebaliknya mahu memberi fokus menguatkan lagi mental pemain Malaysian Tigers selain membantu mereka menumpukan aspek menjaringkan gol.Beliau pada masa sama juga menerima hakikat bahawa situasi pukulan sudut penalti ketika ini sudah banyak berbeza jika dibandingkan dengan zamannya ketika bergelar pemain suatu ketika dahulu terutamanya sewaktu aspek bertahan.Katanya, berdasarkan prestasi negara terlibat pada Piala Dunia 2023 di India, bulan lepas, beliau dapat melihat hanya beberapa pasukan antaranya Australia dan Belanda sahaja yang mempunyai rekod baik menyempurnakan jaringan pukulan sudut penalti memandangkan banyak pasukan sudah semakin mantap dalam aspek bertahan ketika situasi berkenaan.Sehubungan itu, Kuhan berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan Arul Selvaraj dalam usaha memperkasakan lagi untuk corak bertahan pemain ketika pukulan sudut penalti.Mengenai prestasi Malaysian Tigers pada Piala Dunia baru-baru ini, bekas tonggak pertahanan negara itu kagum dengan tahap keyakinan anak buah Arul khususnya ketika mengejutkan New Zealand, 3-2, yang menduduki ranking lebih tinggi daripada mereka.Skuad hoki lelaki kebangsaan mengakhiri kempen Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 dengan menewaskan Jepun, 3-2, pada aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16, sekali gus memperbaiki pencapaian tempat ke-15 diraih pada edisi 2018. | 4 | 10 Februari 2023 02:50pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244549/berita/sukan/status-messi-berdepan-bayern-masih-samar | Status Messi berdepan Bayern masih samar | PENYERANG Paris St Germain (PSG), Lionel Messi masih diragui untuk aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich berikutan masalah hamstring, lapor media Perancis pada Jumaat.Messi bermain selama 90 minit penuh semasa kekalahan 1-2 PSG kepada Olympique Marseille dalam Piala Perancis pada Khamis, namun kemudiannya berasa sakit pada hamstringnya, kata laporan itu.Ia menambah bahawa pemain berusia 35 tahun itu akan terlepas kunjungan PSG Ligue 1 ke AS Monaco pada Sabtu, tiga hari sebelum menerima kunjungan Bayern.Messi, yang membantu Argentina memenangi Piala Dunia pada Disember, menjaringkan 15 gol dalam 25 perlawanan dalam semua pertandingan untuk PSG musim ini.Kelab Paris itu sudah pun tanpa penyerang Kylian Mbappe untuk perlawanan menentang juara Jerman tersebut selepas dia mengalami kecederaan paha minggu lalu.Perlawanan kedua akan diadakan di Munich pada 8 Mac. | 4 | 10 Februari 2023 02:40pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244546/berita/sukan/manchester-united-crystal-palace-dapat-surat-tunjuk-sebab | Manchester United, Crystal Palace dapat surat tunjuk sebab | MANCHESTER United dan Crystal Palace didakwa menimbulkan konfrontasi antara pemain kedua-dua pasukan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu, kata Persatuan Bola Sepak England.Insiden itu berlaku pada minit ke-67 dalam perlawanan yang dimenangi Manchester United, 2-1 di Stadium Old Trafford, 4 Februari lalu.Kontroversi tercetus apabila Casemiro terus dilayangkan kad merah selepas mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah ekoran terjahan ke atas Antony.“Kedua-dua kelab didakwa gagal memastikan para pemain mereka berkelakuan dengan teratur atau mengelak daripada melakukan provokasi."Manchester United juga didakwa gagal memastikan para pemainnya mengelak daripada melakukan keganasan," kata FA dalam satu kenyataan pada Jumaat.Kedua-dua kelab mempunyai masa untuk menjawab pertuduhan tersebut sehingga 13 Februari depan. | 4 | 10 Februari 2023 02:32pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244611/berita/sukan/kayuhan-ocbc-kuala-lumpur-kembali | Kayuhan OCBC Kuala Lumpur kembali | KAYUHAN OCBC Kuala Lumpur yang popular dengan jolokan ‘The City Ride’ kembali menemui peminatnya pada 12 Mac depan selepas 'berehat' selama tiga tahun gara-gara pandemik Covid-19.Kayuhan itu yang akan mempertandingkan dua kategori iaitu 42 dan 21 kilometer (km) akan merentasi beberapa jalan utama sekitar pusat bandar dengan acara pelepasan bakal bermula di Dataran Merdeka.Turut dianjurkan adalah kategori baharu iaitu ‘The KL’s Mayor Ride’ sejauh 42km.Bagi para peminat yang mahu menyertai kayuhan itu, pendaftaran masih dibuka sehingga 16 Februari 2023 dan ia terbuka kepada perserta berusia 18 tahun ke atas.Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.ocbccyclekl.com dan setakat ini, sejak ia mula dibuka, jumlah peserta yang mendaftar kini sudah mencecah angka 2,000 orang.Begitupun, bagi para peminat yang belum mendaftar, mereka masih boleh berbuat demikian kerana jumlah maksimum pendaftaran untuk kayuhan beramai-ramai di jalan-jalan tertutup sekitar pusat bandar raya ini adalah 2,500 peserta.Empat jenis basikal (untuk kategori lelaki dan wanita) menanti para pemenang kayuhan ini iaitu mountain bike, road bike, folding bike dan juga fat bike.Dalam kenyataan ringkasnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan bahawa pihaknya berasa bangga kerana acara kayuhan berbasikal secara besar-besaran tunggal di bandar ini dapat dianjurkan semula.Penganjurannya sudah pasti sangat dinanti-nantikan oleh para pelumba amatur dan baharu kerana acara ini membolehkan mereka berkayuh dalam suasana yang sangat selesa dan ikonik.“Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini melengkapkan aktiviti OCBC KL Car Free Morning yang dianjurkan khusus buat para peminat yang gemarkan kayuhan santai. Kami berasa teruja kerana Kayuhan OCBC KL kembali dianjurkan tahun ini selepas tiga tahun berehat.“Saya yakin ramai yang sudah tidak sabar untuk turut serta dalam acara ini yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti. Ia terbukti kerana jumlah yang sudah mendaftar setakat ini sangat memberangsangkan.“Ini merupakan satu-satunya kayuhan santai tanpa ada sebarang gangguan di jalan tertutup dengan jarak sejauh 21km. Ia membolehkan para peserta menikmati keindahan Kuala Lumpur sambal mengayuh basikal masing-masing dalam suasana yang tenang.“Melalui aktiviti seperti ini, ia akan mendorong para peserta untuk melibatkan diri dalam sukan yang sihat, sekali gus meningkatkan daya kayakinan diri mereka.“Saya juga berasa bangga kerana kategori sejauh 21km turut diperkenalkan buat para peserta tahun ini dan saya yakin ia akan memberi pengalaman baharu kepada mereka yang sudah terbiasa dengan laluan sejauh 7km seperti di OCBC KL Car Free Morning.“Bagi para peserta yang lebih berpenglaman, mereka mungkin boleh memilih untuk menyertai kategori 42km melibatkan dua loop 21km.“Saya juga ingin mengumumkan bahawa buat pertama kalinya satu kategori iaitu The KL Mayor’s Ride akan diperkenalkan tahun ini. Kayuhan berpasukan ini melibat 10 pelumba dalam satu pasukan akan beradu tenaga dalam kayuhan sejauh 42km.“Kami mengalu-alukan penyertaan daripada sektor korporat dan syarikat-syarikat swasta untuk mengambil bahagian dalam The KL Maor’s Ride ini yang sasarannya memupuk semangat berpasukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” jelas Mahadi.Sementara itu, Datuk Naim Mohamad mengingatkan para peserta yang berminat menyertai kategori baharu iaitu 21km dan juga 42km, hendaklah mendaftar segera sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 16 Februari ini.“Kami sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan laluan yang disediakan untuk kayuhan tahun ini lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jadi, para peminat tidak harus melepaskan peluang untuk menyertai Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini,” jelas Naim.Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Ekskutif OCBC Al-Amin, Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata, penganjuran semula Kayuhan OCBC Kuala Lumpur adalah berdasar pengalaman luar biasa OCBC ketika menjadi penaja utama beberapa acara popular sejak 2015.Malah katanya, OCBC pernah menjadi penaja untuk acara OCBC Cycle Malaysia pada tahun 2011 hingga 2013 dan juga terlibat dengan OCBC KL Car Free Morning pada 2014.“Kami berasa seronok untuk kembali bersama masyarakat tempatan dalam acara kayuhan seperti ini dan saya tidak sabar untuk melihat para peserta beraksi dalam kategori 21 dan 42 km di Kayuhan OCBC Kuala Lumpur nanti termasuk yang beraksi dalam kategori The KL Mayor’s Ride.“Kami berharap, menerusi aktiviti seperti ini kita dapat membentuk masyarakat dengan gaya hidup yang sihat. Kami juga berasa bangga kerana penganjuran Kayuhan OCBC Kuala Lumpur 2023 ini terus mengamalkan budaya mesra alam, sekali gus menjaga kebersihan persekitaran,” jelas Al-Amin.Lebih menarik, acara tahun ini akan mengurangkan penggunaan bahan-bahan plastik termasuk peralatan yang akan digunakan oleh para peserta.Penggunaan risalah kertas bagi menyalurkan maklumat kepada para perserta juga dikurangkan dan ia akan digantikan dengan papan kenyataan besar yang lengakp dengan segala informasi berkenaan acara ini.Tong kitar semula akan disediakan di beberapa lokasi buat para peserta membuang segala sampah termasuk kulit pisang dan ia akan dihantar ke pusat pengkomposan.Kayuhan ini yang dikendalikan oleh Multigreen Events, mendapat sokongan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan juga Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. OCBC Bank (Malaysia) Berhad tampil selaku penaja utama.Selain Kayuhan OCBC Kuala, turut tampil selaku rakan penaja adalah Great Eastern, KPJ, Decathlon, Thule, 100Plus, Nescafe, Milo, N8 Sports Nutrition, Gin Huat, Maxxis, Dahon, ES Mass, Maxtron, Elite Sports, Dynamique Sports Rehab Centre, Cat Eye, Minoura, Black Cat, Hutan Ration dan Kulsocs. | 4 | 10 Februari 2023 12:33pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244526/berita/sukan/hanis-nadiah-reda-tak-mahu-ulangi-kesilapan | Hanis Nadiah reda, tak mahu ulangi kesilapan | PEMAIN hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn menerima keputusan penggantungan untuk mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini dengan hati terbuka.Meskipun berasa kecewa dan tidak menjangka perkara itu akan terjadi, pemain berusia 26 tahun itu menegaskan akan tetap kekal komited untuk memburu kejuaraan bagi pasukan Negeri Sembilan dalam Saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023."Sebagai atlet profesional saya akan letak tepi (masalah ini) dan saya akan beri komitmen kepada kelab saya juga, sebab kelab yang jaga saya, saya juga hormati kelab dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM)."Sekiranya saya cemerlang di liga dan persatuan memberi ruang kepada saya semula (mewakili negara) saya akan kembali dan saya akan buktikan yang saya masih relevan untuk mewakili negara,” katanya selapas perlawanan Piala Sumbangsih Saingan MHL Wanita 2023 di sini malam tadi.Hanis Nadiah yang juga Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu pada masa sama turut bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan berkenaan selain mengingatkan para atlet negara untuk sentiasa berhati-hati ketika membuat sebarang hantaran dalam media sosial.Pada Khamis, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan KHM telah membuat keputusan bahawa Hanis Nadiah digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.Keputusan itu dibuat berhubung isu komen Hanis Nadiah didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.Pada perlawanan Piala Sumbangsih MHL Wanita itu, Hanis Nadiah yang mewakili skuad Negeri Sembilan (NSE) berjaya menjulang kejuaraan selepas menundukkan pasukan Uniten Thunder (KPT) 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti. - Bernama | 4 | 10 Februari 2023 12:18pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244513/berita/sukan/peminat-marah-fifa-pindah-aksi-piala-dunia-kelab-ke-tangier | Peminat marah FIFA pindah aksi Piala Dunia Kelab ke Tangier | PERLAWANAN tempat ketiga Piala Dunia Kelab antara kelab Brazil, Flamengo menentang wakil Mesir, Al Ahly dari Mesir yang dijadualkan diadakan di Rabat sebelum perlawanan akhir pada Ahad telah dipindahkan ke Tangier, kata Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat.Negara tuan rumah Maghribi memutuskan untuk menukar tempat bagi mengekalkan padang di Stadium Putera Moulay Abdellah untuk perlawanan akhir antara Real Madrid dan Al Hilal.Keputusan yang dibuat 48 jam sebelum perlawanan menimbulkan kekeliruan dan kemarahan para penyokong yang membuat perjalanan ke Maghribi sekali gus menyaksikan masalah logistik yang besar.Kira-kira 15,000 para penyokong Brazil yang ke Maghribi, terpaksa menanggung kekecewaan melihat juara Amerika Selatan, Flamengo mengalami kekalahan 2-3 kepada juara Asia dari Arab Saudi, Al Hilal pada separuh akhir mesti memutuskan sama ada untuk kekal di Rabat untuk perlawanan akhir atau pergi ke Tangier untuk menonton pasukan mereka."Peminat yang telah membeli tiket berganda akan dimaklumkan tidak lama lagi.“Pengaturan perjalanan khas akan dianjurkan oleh ONCF, pengendali kereta api kebangsaan Maghribi, membolehkan mereka yang ingin menyaksikan perlawanan tempat ketiga di Tangier dapat berbuat demikian."Pemegang tiket akan dapat menukar tiket semasa mereka dengan yang baharu untuk perlawanan tempat ketiga, atau mempunyai pilihan untuk memohon bayaran balik tiket sedia ada," kata FIFA dalam satu kenyataan.Sementara itu, agensi pelancongan Brazil Outsider berkata, 10 peratus pelanggan mereka meminta untuk pulang ke tanah air selepas kekalahan separuh akhir."Keputusan FIFA menyebabkan para penyokong keliru."Anda tidak boleh mengubah lokasi kejohanan antarabangsa seperti ini, entah dari mana. Keputusan ini ternyata tidak menghormati para penyokong luar."Kebanyakan penerbangan yang ditempah oleh warga Brazil adalah pada pagi Sabtu dari Casablanca, yang hanya satu jam perjalanan dari Rabat. Tangier adalah perjalanan empat jam yang panjang. Itu bukan masa atau fleksibiliti untuk menukar tempahan hotel dan penerbangan. Sungguh gila," kata Tatiana Ribeiro, dari agensi pelancongan Ribeiro Viagens.Untuk rekod perlawanan penentuan tempat ketiga sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Putera Moulay Abdellah pada Sabtu.Sementara Ahad merupakan perlawanan akhir antara Real Madrid menentang Al-Hilal dijadualkan di Stadium Putera Moulay Abdellah. | 4 | 10 Februari 2023 10:43am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244503/berita/sukan/bintang-tenis-maghribi-digantung-seumur-hidup-atur-perlawanan | Bintang tenis Maghribi digantung seumur hidup, atur perlawanan | BEKAS pemain tenis Maghribi, Younes Rachidi digantung daripada sukan itu seumur hidup selepas didapati bersalah mengaturkan 135 perlawanan, jumlah kesalahan tertinggi yang pernah dikesan terhadap seorang individu, kata Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA).Pemain berusia 36 tahun itu terlibat dalam mengatur perlawanan dengan dua pemain Algeria baru-baru ini, dan kes itu terbongkar berikutan siasatan penguatkuasaan undang-undang ITIA di Belgium."Kes itu telah diputuskan oleh Pegawai Pendengaran Bebas Rasuah, Janie Soubliere yang mendapati semua pertuduhan terbukti, 135 pelanggaran 'teruk' dan mengenakan denda $34,000 sebagai tambahan kepada larangan seumur hidup," kata ITIA dalam satu kenyataan pada Jumaat.Rachidi, yang mempunyai ranking beregu ATP tertinggi 473, kini dilarang seumur hidup bermain, membimbing atau menghadiri mana-mana acara tenis.ITIA ditubuhkan oleh badan induk antarabangsa sukan itu untuk menyelia hal-hal integriti. | 4 | 10 Februari 2023 08:54am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244500/berita/sukan/hatayspor-tarik-diri-saingan-liga-super-turkiye | Hatayspor tarik diri saingan Liga Super Turkiye | KELAB Hatayspor menarik diri daripada saingan Liga Super Türkiye berikutan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu minggu ini, kata Presiden Kesatuan Kelab Türkiye, Ali Koc.Pemain sayap Hatayspor dari Ghana, Christian Atsu masih hilang walaupun naib presiden kelab itu awal minggu ini berkata, dia telah diselamatkan daripada runtuhan akibat kecederaan dan dibawa ke hospital.Media tempatan melaporkan pengarah sukan kelab itu, Taner Savut masih hilang atau berada di bawah runtuhan."Hatayspor menghantar surat. Mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak akan bermain perlawanan musim ini," kata Koc pada sidang media bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Türkiye (TFF), Mehmet Buyukeksi.“Jika Gaziantep FK juga mahu menarik diri daripada liga, kami merancang untuk meneruskan 17 pasukan, dengan syarat hak kedua-dua kelab ini kekal utuh,” katanya menambah Gaziantep masih belum membuat keputusan.Wilayah Gaziantep berhampiran dengan pusat gempa bumi antara yang terjejas teruk dalam kejadian itu.Hatayspor berada di kedudukan ke-14 dalam liga utama Turkiye manakala Gaziantep di tempat ke-10.Sementara itu, Pengarah Hatayspor, Volkan Demirel pula tidak menjawab apabila diminta mengulas mengenai situasi tersebut.Untuk rekod, penyambungan semula liga ditangguhkan lagi dijangka bermula semula pada 3 Mac depan.Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda Türkiye dan Syria melepasi 20,000 pada Khamis, dengan TFF mengesahkan beberapa pemain dan jurulatih dari seluruh bahagian telah terkorban. | 4 | 10 Februari 2023 08:06am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244492/berita/sukan/cuaca-pengaruhi-lontaran-ziyad-di-tunisia | Cuaca pengaruhi lontaran Ziyad di Tunisia | JURULATIH atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohd Faizol Harun menyifatkan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2023 di Stadium Olahraga Rades, Tunisia, pentas anak buahnya memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.Jelasnya, pengalaman di Tunisia juga sebagai persediaan bagi menghadapi temasya Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei depan.“Jika ditanya mengenai prestasi pula, sejujurnya pada saya keputusan yang diraih Ziyad di Tunisia kurang memuaskan.“Namun saya faham keadaan cuaca sejuk dan hujan banyak mempengaruhi untuk Ziyad menghasilkan corak lontaran yang bagus.“Semalam cuaca di bawah 10 darjah Celsius dengan hujan dan angin kuat lagi,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Kontinjen negara melabuh cabaran GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia dengan meraih tiga emas dan satu perak.Dua pingat emas terakhir negara dijelmakan atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latiff Romly dan Muhammad Ziyad.Abdul Latiff mengungguli acara lompat jauh lelaki T13/20 dengan lompatan 6.90 meter (m) mengatasi peserta Arab Saudi, Hassan Dawshi (6.08m) dan Mohamed Camara (Guinea-Bissau, 5.12m).Sementara itu, Muhammad Ziyad mendominasi acara lontar peluru lelaki F11/12/20 dengan catatan15.93m diekori atlet Uzbekistan, Elbek Sultonov (14.16m) dan Amir Soltane dari Tunisa (10.51m).Terdahulu, emas pertama negara disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter (m) lelaki T35/36 (kecacatan fizikal) dengan catatan 12.51 saat.Sementara itu, pingat perak negara dihasilkan Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, bagi acara 100m T11/12 lelaki (masalah penglihatan).GP Olahraga Para Dunia 2023 seterusnya dijadualkan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Februari hingga 1 March depan. | 4 | 10 Februari 2023 07:50am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244497/berita/sukan/aura-jong-hyun-julang-tht | Aura Jong-hyun julang THT | TERENGGANU Hockey Team (THT) melaungkan amaran awal apabila menyingkap saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 dengan mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), 4-3, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis.Permain import dari Korea Selatan, Jang Jong-hyun muncul wira THT apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu kelab Pantai Timur itu merangkul kejuaraan serta tiga mata pertama dalam saingan liga musim ini.Kedua-dua pasukan bermula garang untuk memburu jaringan, namun TNB terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi pemain tengah, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, menerusi gol padang pada minit ke-13.Bagaimanapun THT kemudian bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Fikri Saari pada minit ke-20.TNB yang terus mengasak kubu lawan, berhasil mendapatkan jaringan kedua melalui pukulan sudut penalti Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-32.Namun THT sekali lagi merapatkan kedudukan menerusi Jong-hyun, dua minit kemudian.Shello Silverius terus menambah derita TNB apabila menyempurnakan jaringan pada minit ke-43.Kedudukan itu tidak kekal lama, TNB kembali merapatkan jurang jaringan menerusi Muhammad Amirul Amizan Azahar pada minit ke-49.THT yang tidak mengalah akhirnya memadamkan sisa kebangkitan TNB apabila Jong-hyun melengkapkan jaringan peribadi kedua pada minit ke-58 untuk kemenangan 4-3.Sementara itu bagi kategori wanita, Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih MHL 2023 selepas menundukkan KPT-Uniten Thunder 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti setelah terikat 1-1.Negeri Sembilan juara Piala Sumbangsih selepas menewaskan KPT- Uniten Thunder di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.Tuah menyebelahi Negeri Sembilan apabila pemain kebangsaan, Fatin Shafika Mahd Sukri menyempurnakan pukulan penalti terakhir.Keputusan itu juga menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul satu mata untuk permulaan musim 2023 musim ini.KEPUTUSAN LAINMHL 2023 (LELAKI)Maybank 10-0 TNB ThunderboltNurinsafi Sporting 2-6 UiTM HA-KPTATM 0-2 Young Tigers | 4 | 10 Februari 2023 07:21am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244496/berita/sukan/ronaldo-jaring-gol-liga-ke-500 | Ronaldo jaring gol liga ke-500 | CRISTIANO Ronaldo meledak gol ke-500 peringkat kelab apabila menjaringkan empat gol ketika saingan Liga Pro Saudi pada Jumaat.Pemain Portugal yang menyambut ulang tahun ke-38 pada Ahad, tidak dapat dihalang ketika menentang tuan rumah Al-Wehda apabila menjaringkan gol dalam masa 30 minit untuk kemenangan 4-0.Ronaldo telah menjaringkan gol untuk lima kelab dalam lima liga yang berbeza sebelum ini.Dia menjaringkan 103 gol untuk Manchester United, 311 gol untuk Real Madrid, 81 gol untuk Juventus, tiga gol untuk Sporting Lisbon dan kini mempunyai lima gol untuk Al-Nassr.Untuk rekod, pemenang Ballon D'Or lima kali itu menandatangani perjanjian dua tahun setengah dengan Al-Nassr pada Disember, dilaporkan bernilai lebih 200 juta euro dan dilantik sebagai kapten pasukan.Al-Nassr mendahului kedudukan selepas 16 perlawanan, sama dengan 37 mata dengan Al-Shabab di tempat kedua | 4 | 10 Februari 2023 07:12am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244489/berita/sukan/peringatan-awal-buat-malaysian-tigers | Peringatan awal buat Malaysian Tigers | BARISAN pemain negara dituntut sentiasa mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi apabila menggalas cabaran pasukan masing-masing dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023.Pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, beliau akan sentiasa memantau tahap disiplin dan prestasi anak-anak buahnya sepanjang beraksi di pentas MHL musim ini.Menurutnya, saingan liga domestik itu juga adalah pentas penilaian pertama buat kesemua pemain sebelum mereka menyahut cabaran Malaysia pada Sukan Asia 2023 Hangzhou.“Saingan Liga Hoki Malaysia 2023 ini juga merupakan kejuaraan kompetitif pertama kepada para pemain selepas berakhirnya kejohanan hoki Piala Dunia 2023 di India baru-baru ini.“Jadi saya mahu para pemain Malaysian Tigers memberikan aksi terbaik bersama pasukan masing-masing, demi lencana di dada seperti ketika mewakili Malaysia sebelum ini.“Setiap pemain perlu pamerkan karakter leadership tidak hanya di padang tetapi juga di luar padang kerana secara tidak langsung menjadi contoh kepada para pemain muda khasnya.“Jadi contoh dan tauladan serta aura positif terutamanya semasa sesi latihan atau hari perlawanan, untuk yang pertama sampai dan terakhir pulang,” katanya kepada Sukan Sinar.Pada masa sama Arul juga percaya MHL 2023 pentas aksi kompetitif untuk skuad projek lelaki negara sebelum kempen Piala Dunia Remaja 2023 pada Disember depan.Tambahnya, skuad 20 para pemain kendalian Muhamad Amin Rahim perlu memanfaatkan saingan melibatkan 14 pasukan itu“Ya, mereka merupakan skuad muda yang bertenaga tambahan pula selepas mengakhiri siri jelajah di Australia dengan keputusan membanggakan.“Jadi peluang beraksi sebagai satu unit dalam saingan MHL 2023 perlu digunakan bagi melakukan penambahbaikan setiap aspek pasukan.“Paling penting saya harap pasukan ini akan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan dalam meningkatkan potensi diri masing-masing,” katanya.Untuk rekod, anak buah Muhamad Amin bakal menggunakan nama Young Tigers pada saingan MHL 2023 kali ini. | 4 | 10 Februari 2023 07:10am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244464/berita/sukan/kompany-persoal-motif-pengkritik-manchester-city | Kompany persoal motif pengkritik Manchester City | BEKAS kapten Manchester City, Vincent Kompany mempersoalkan motif pengkritik kelab itu selepas penyandang juara itu dikenakan 115 pertuduhan berkaitan peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).EPL dalam satu kenyataan sebelum ini menyebut City melanggar peraturan yang memerlukan mereka memberikan maklumat yang tepat, pandangan benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kelab.EPL juga telah mendedahkan hasil siasatan di laman web rasmi mereka, sekali gus berita buruk buat kelab itu, meskipun pada peringkat ini, mereka sudah didakwa tetapi belum didapati bersalah.Siasatan bermula susulan dokumen yang dibocorkan oleh laman web yang berpangkalan di Jerman, Der Spiegel dengan siasatan fokus kepada tiga perkara utama.City didakwa kerana gagal mematuhi peraturan EPL yang memerlukan kelab mematuhi peraturan kewangan Fair Play Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dari musim 2013/2014 hingga 2017/2018.Kelab itu juga gagal mematuhi peraturan mengenai keuntungan dari musim 2015/2016 hingga 2017/2018, selain didakwa gagal memberikan kerjasama dan membantu siasatan.Pada Februari 2020, UEFA mengenakan penggantungan selama dua tahun dan mendenda City £25 juta (RM128.2 juta) atas dakwaan pelanggaran fair play peraturan kewangan.Bagaimanapun, lima bulan kemudian, hukuman itu dibatalkan dan denda terakhir yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) hanya £9 juta (RM46.1 juta).Kompany, yang memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan empat Piala Liga selama 11 tahun di Stadium Etihad, menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.Namun ketika ditanya sama ada sesuatu yang boleh memburukkan ingatannya tentang apa yang dia dan bekas rakan sepasukannya capai sepanjang di City, pengendali Burnley itu berkata: “Saya melihatnya dan kadangkala melelapkan mata saya sedikit.“Tidak dinafikan terdapat banyak kebenaran di dunia yang akan datang dan memberitahu anda apa yang telah lakukan salah, dan kemudian jika semua orang melihat diri mereka sendiri, saya fikir industri bola sepak secara amnya bukanlah satu yang mampu untuk menuding jari terlalu banyak kali.“Saya percaya anda semua akan tersenyum lebar untuk mengetahui tentang industri bola sepak. Saya sangat skeptikal apabila orang mula menuding jari.“Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan mari cuba dan perbaiki sepanjang masa tetapi saya agak ragu-ragu apabila jari-jari itu mudah dituding.” | 4 | 09 Februari 2023 07:55pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244463/berita/sukan/harimau-malaya-mungkin-berlatih-di-stadium-sultan-ibrahim | Harimau Malaya mungkin berlatih di Stadium Sultan Ibrahim | LAMAN keramat Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri berkemungkinan besar dipilih sebagai venue bagi aksi persahabatan melibatkan skuad Harimau Malaya pada jendela perlawanan antarabangsa Mac ini.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, berkata selain Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Terengganu; Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan dan Stadium Hang Jebat, Melaka, turut berada dalam radar FAM.Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM pada penghujung bulan ini atau awal Mac."Kita sebenarnya belum putuskan mengenai pasukan lawan (aksi persahabatan) dan juga venue, ia masih dalam peringkat perbincangan."Sebenarnya ramai yang menawarkan venue mereka tetapi kalau nak katakan stadium yang terbaik setakat ini ialah Stadium Sultan Ibrahim," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Kerjasama FAM dan Joma Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Khamis.Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, secara terbuka di media sosial menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya sementara menunggu Stadium Nasional di Bukit Jalil siap diselenggara.Sementara itu, Noor Azman mengesahkan pasukan negara bakal menghadapi dua aksi persahabatan berprofil tinggi pada Mac ini dalam persiapan menghadapi Piala Asia 2023.Bernama difahamkan dua pasukan tersebut menduduki ranking lebih tinggi berbanding skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan Gon iaitu dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia. - Bernama | 4 | 09 Februari 2023 07:48pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244445/berita/sukan/abdul-latiff-ziyad-ceriakan-kem-negara-di-tunisia | Abdul Latiff, Ziyad ceriakan kem negara di Tunisia | KONTINJEN negara melabuh cabaran Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia dengan meraih tiga emas dan satu perak.Dua pingat emas terakhir negara dijelmakan atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latiff Romly dan atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli di Stadium Olahraga Rades.Abdul Latiff mengungguli acara lompat jauh lelaki T13/20 dengan lompatan 6.90 meter (m) mengatasi peserta dari Arab Saudi, Hassan Dawshi (6.08m) dan Mohamed Camara (Guinea-Bissau, 5.12m).Abdul Latif menang emas dalam acara lompat jauh lelaki di GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia.Sementara itu, Muhammad Ziyad mendominasi acara lontar peluru lelaki F11/12/20 dengan catatan15.93m diekori rapat atlet Uzbekistan, Elbek Sultonov (14.16m) dan Amir Soltane dari Tunisa (10.51m).Terdahulu, emas pertama negara disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter (m) lelaki T35/36 (kecacatan fizikal) dengan catatan 12.51 saat.Sementara itu, pingat perak negara dihasilkan Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, bagi acara 100m T11/12 lelaki (masalah penglihatan).GP Olahraga Para Dunia 2023 seterusnya dijadualkan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Februari hingga 1 March depan. | 4 | 09 Februari 2023 05:30pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244443/berita/sukan/norizam-bimbing-abu-bakar-solat | Norizam bimbing Abu Bakar solat | PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman memberi bimbingan dan berkongsi pengetahuan dengan saudara baharu yang juga pembantu jurulatih dan penganalisis video kelab, Pol Abu Bakar.Beliau yang mesra disapa sebagai Zamburger menerusi media sosialnya dilihat mengajar cara berwuduk dan solat kepada Abu Bakar di Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Khamis.“Jam 6 pagi saya menunggu Pol Abu Bakar di Masjid Bukit Damansara. Beliau hadir awal. Ajar beliau ambil air sembahyang dan beritahu perkara asas solat,” catatnya di Facebook Zamsaham.Beliau turut berkongsi dengan Abu Bakar mengenai niat, kelebihan solat dan bersamanya menunaikan solat Subuh secara berjemaah.Norizam (kiri) bersama Abu Bakar di Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur. - Foto FB Zamsaham“Walaupun beliau baru, saya pesan apa pun mulakan dengan niat. Niat solat bukan untuk glamour, untuk orang tetapi lakukan solat Subuh ini untuk ALLAH SWT. ALLAH SWT Maha Kuasa. Pol belajar menunaikan solat.“Kita yang perlukan ALLAH dan bukan sebaliknya. Saya terangkan juga kelebihan Subuh, faedahnya, mendengar azan bersama dan alhamdulillah selesai solat Subuh dua rakaat berjemaah,” katanya.Norizam turut mengajak warganet mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ke atas Abu Bakar.“Kita doakan kebaikan saudara baru Pol Abu Bakar supaya mati dalam iman dan Islam serta jelas hala tuju hidupnya,” tulis Norizam.Pol Abu Bakar atau nama asalnya Pol Corpas Cuatrecasas pada Rabu dilaporkan memeluk agama Islam yang disyahadahkan oleh Norizam, di depan beberapa barisan kejurulatihan yang lain.Abu Bakar sudah bersama skuad The Red Warriors sejak musim 2021 sehingga kini. | 4 | 09 Februari 2023 05:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244439/berita/sukan/terengganu-congak-skuad-utama | Terengganu congak skuad utama | SKUAD Terengganu FC (TFC) masih mencongak kesebelasan utama dalam siri jelajah pramusim di negara jiran, Thailand menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 24 Februari ini.Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner berkata, aksi pemanas badan menentang kelab Thailand dan Denmark menjadi medan buat para pemain menonjolkan prestasi terbaik mereka.“Saya mahu melihat dan memberi masa permainan buat para pemain. Perlawanan yang benar-benar menguji mereka ialah Ahad ini apabila kita akan menentang kelab dari Denmark.“Mungkin pada perlawanan itu saya bakal melihat bayangan skuad utama untuk TFC bersaing pada musim 2023,” katanya menerusi catatan di Facebook TFC pada Khamis.Dalam aksi pertama pada Rabu, TFC mengikat Rajpracha FC 1-1 dengan Zuasyaraf Zulkifli menjaringkan gol buat skuad Sang Penyu.TFC juga akan menentang Bangkok FC selain menguji kekuatan kelab dari Denmark, Odense Boldklub FC pada 12 Februari dan Chonburi FC sehari kemudian.Steinbrukner turut meluahkan kebimbangan barisan depan yang masih tumpul, namun percaya dengan kualiti pemain yang dimiliki mereka mampu membentuk keserasian yang mantap.Beliau juga mahu membentuk kekuatan mental dan fizikal yang baik dalam kalangan pemain selain ingin melihat barisan simpanan sentiasa bersedia untuk beraksi.“Persiapan pasukan berjalan seperti yang dirancang. Beberapa perlawanan sebelum ini kita sukar dibolosi dan ia sangat baik dalam proses pramusim ini.“Namun kita juga agak sukar untuk menghasilkan gol, kekurangan ini perlu diperbaiki dan saya sangat percaya dengan kualiti pemain yang ada.“Saya ingin pemain terus diterapkan dengan mentaliti yang kuat dan mempunyai persediaan kecergasan yang baik. Saya juga mementingkan keseluruhan pemain sentiasa bersedia untuk beraksi,” katanya. | 4 | 09 Februari 2023 05:15pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244434/berita/sukan/klfa-masih-pemilik-tunggal-kl-city | KLFA masih pemilik tunggal KL City | PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menafikan syarikat swasta, Rinani Group Berhad (Rinani) sebagai pemilik baharu kelab Kuala Lumpur (KL) City FC.Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar menegaskan bahawa badan induk tersebut masih menjadi pemilik KL City dan majlis menandatangani pembelian tersebut Sabtu lalu sebagai tidak sah.Beliau berkata, pertukaran pemilikan saham perlu mendapat persetujuan Ahli Jawatankuasa KLFA terlebih dulu sebelum ia dimuktamadkan sebagai rasmi.“KLFA ingin menyatakan bahawa status Rinani sebagai pemilik sah Kuala Lumpur City FC (KL City) masih belum berkuatkuasa.“Proses pertukaran status hak milik giat dijalankan di antara pihak KLFA dan Rinani kerana masih terdapat beberapa perkara yang masih belum dipersetujui,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Kumpulan Rinani menandatangani dokumen persefahaman pembelian saham KL City sebanyak 51 peratus bagi menjadikan firma perunding kewangan itu pemilik terbesar skuad warga kota itu.Perubahan itu menyaksikan baki 49 peratus lagi kekal milik KLFA.Majlis menandatangani persefahaman itu melibatkan Pengarah Rinani, Azri Azerai dan Presiden KLFA Khalid Abdul Samad.Syed Yazid berkata, pertukaran pemilikan saham perlu melalui beberapa proses termasuk pembentangan pada mesyuarat jawatankuasa KLFA untuk penelitian dan pengesahan sebelum ia disahkan.“Sebarang tawaran daripada mana-mana pihak wajib dibawa ke Mesyuarat KLFA terlebih dahulu untuk dibangkitkan dan seterusnya diperhalusi sebelum melaksanakan proses pertukaran hak milik kelab berkenaan.“Apa yang berlaku buat dahulu (tandatangani persefahaman) baru beritahu (ahli jawatankuasa), sepatutnya bincang dalam mesyuarat dan baru buat (tandatangani persetujuan pembelian saham),” katanya.Sehubungan Syed Yazid menggesa mesyuarat jawatankuasa KLFA diadakan bagi meneliti semula perjanjian tersebut demi kebaikan kelab, para pemain dan peminat.“Mesyuarat mungkin diadakan hujung Februari bagi mencari penyelesaian terhadap isu tersebut,” katanya.Pengambilalihan KL City adalah sebahagian daripada proses penswastaan mandatori yang dikuatkuasakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada semua kelab yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. | 4 | 09 Februari 2023 04:54pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244380/berita/sukan/gara-gara-komen-perkauman-hanis-nadiah-digantung-wakili-negara | Gara-gara komen perkauman, Hanis Nadiah digantung wakili negara | [DIKEMAS KINI] GARA-gara mengeluarkan komen sensitif di media sosial, pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn menerima padah apabila digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang bermesyuarat Selasa lepas berhubung isu komen Hanis Nadiah didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India, AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.Jawatankuasa Siasatan dipengerusikan secara bersama Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal telah memanggil Hanis Nadiah yang juga Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 untuk sesi temu bual bagi membantu siasatan isu berkenaan.Hasil daripada sesi itu dan setelah memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, jawatankuasa merumuskan Hanis Nadiah memuat naik komen berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India."Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis Nadiah bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain."Hanis Nadiah juga didapati bersalah kerana ciapan komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran ataupun kemarahan sesuatu pihak lain,” menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.Hanis Nadiah juga didapati bersalah kerana membuat komen mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM yang jelas melanggar kod etika badan induk hoki itu.Bagaimanapun, menurut kenyataan berkenaan, KHM akan menilai semula keputusan berkaitan pemain berusia 26 tahun itu sekiranya beliau mempamerkan perubahan sikap yang positif.Dalam pada itu, Jawatankuasa Siasatan berharap tindakan diambil itu akan menjadi ingatan dan pengajaran berguna kepada Hanis Nadiah serta semua atlet negara untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang hantaran ataupun ciapan di semua platform media sosial.Sementara itu, dalam kenyataan sama, jurulatih skuad hoki wanita negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim memaklumkan sebagai pemain utama pasukan, Hanis Nadiah memiliki perwatakan merendah diri serta berdisiplin sepanjang latihan dan kejohanan selain mempunyai ramai kenalan hoki berbangsa India. - Bernama | 4 | 09 Februari 2023 01:37pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244375/berita/sukan/pemain-kontroversi-calon-penjaga-gol-terbaik-fifa | Pemain kontroversi calon penjaga gol terbaik FIFA | TIGA penjaga gol yang beraksi di Piala Dunia 2022 termasuk pemain kontrovesi Argentina, Emiliano Martinez disenaraikan antara tiga calon untuk merebut Anugerah Penjaga Gol Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Turut tersenarai ialah Yassine Bounou dari Maghribi dan Thibaut Courtois (Belgium).Martinez menyerlah di Qatar akhir tahun lalu apabila menjadi wira Argentina ketika menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti.Dia bagaimanapun menimbulkan kontroversi selepas melakukan aksi kurang sopan ketika menerima anugerah penjaga gol terbaik kejohanan.Ketangkasan Bounou di gawang pula membantu Maghribi muncul negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.Biarpun Belgium beraksi hambar di Piala Dunia setelah tersingkir di peringkat kumpulan, namun Courtois muncul antara jurutera kejayaan Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara ke-14.Bagi kategori wanita, tiga penjaga gol tersenarai ialah Ann-Katrin Berger (Jerman), Mary Earps (England) dan Christiane Endler dari Chile.Finalis anugerah pemain terbaik lelaki dan wanita serta Anugerah Puskas untuk jaringan terbaik dijadualkan diumum pada Jumaat.Majlis anugerah FIFA itu akan berlangsung di Paris pada 27 Februari. | 4 | 09 Februari 2023 01:12pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244363/berita/sukan/habuan-rm1-juta-menanti-pemain-al-hilal | Habuan RM1 juta menanti pemain Al-Hilal | KEJAYAAN mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menyaksikan gergasi Arab Saudi, Al-Hilal bakal menerima habuan 1 juta riyal (RM1.14 juta) selepas persembahan luar biasa di kejohanan tersebut.Habuan itu dinyatakan Pengerusi Kingdom Holding Co, Putera Alwaleed bin Talal di laman media sosialnya kepada setiap pemain Al-Hilal yang menyingkirkan cabaran juara Amerika Selatan, Flamengo 3-2 dalam aksi separuh akhir pada Rabu.Malah Putera Alwaleed yang juga penyokong setia Al-Za'eem turut menjanjikan jumlah habuan yang sama sekiranya Al-Hilal berjaya menewaskan juara Eropah yang juga gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid dalam perlawanan akhir.Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti mara ke perlawanan akhir selepas membelasah juara Afrika dari Mesir, Al-Ahly 4-1 dalam aksi separuh akhir pada Khamis.Selain itu, saluran sukan Arab Saudi SSC melaporkan bahawa setiap pemain Al-Hilal akan mendapat 500,000 riyal (RM574,000) daripada menteri sukan negara itu untuk kemenangan ke atas jagoan Brazil tersebut.Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kelab Arab Saudi mara ke final Piala Dunia Kelab.Kejayaan itu diraikan oleh kerajaan negara itu sebagai satu lagi pencapaian kompetitif selepas kemenangan pasukan kebangsaan menentang Argentina pada Piala Dunia November lalu. | 4 | 09 Februari 2023 12:31pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244343/berita/sukan/masa-depan-bergantung-pada-diri-sendiri | Masa depan bergantung pada diri sendiri | PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag berkata, masa depan penyerang Jadon Sancho terletak di tangan pemain muda itu sendiri selepas mengakui bintang England itu mengalami tempoh sukar sebelum kembali menjaringkan gol menentang kelab bawahan Leeds United.Gol pertama Sancho sejak September membolehkan United seri 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, selepas The Red Devils ketinggalan 2-0 sehingga minit ke-62.Pemain berusia 22 tahun itu hanya bermain buat kali kedua selepas direhatkan berpanjangan berikutan masalah fizikal dan mentalnya, namun membuktikan dia masih boleh memainkan peranan besar musim ini.“Saya sangat gembira apabila dia kembali menuju ke arah yang betul. Saya harap dia dapat mengekalkan momentumnya dan perkembangan ini pasti akan menguatkannya dan memotivasikan dia lagi."Dia seorang pemain bola sepak yang cemerlang dan jika dia boleh konsisten berada dalam tahap yang betul dia boleh menjadi cemerlang."Kami kini mempunyai pasukan yang boleh bermain dalam kawasan lawan, dia suka itu, malah boleh bermain di kawasan yang ketat. Ia berada di tangannya sendiri dan jadi jika dia mahu, dia boleh melakukannya..."Saya akui ia adalah tempoh yang sukar tetapi saya gembira dan bangga dia melakukannya jadi saya akan menyokongnya, jurulatih akan melakukannya, dan pasukan, tetapi akhirnya dia perlu melakukannya sendiri," kata Ten Hag.Bagaimanapun Ten Hag kecewa apabila Manchester United tidak dapat melanjutkan rekod kemenangan di tempat sendiri kepada 14 perlawanan dalam semua pertandingan."Saya mempunyai perasaan bercampur-campur. Jika anda ketinggalan 2-0, mungkin salah untuk kecewa tetapi sebaliknya anda perlu memenangi perlawanan ini apabila anda melihat di padang kedua-dua pasukan dan jika anda mencipta begitu banyak peluang."Tetapi jika anda memulakan setiap separuh seperti yang kami lakukan, ia tidak boleh diterima," kata Ten Hag. | 4 | 09 Februari 2023 09:59am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244336/berita/sukan/real-madrid-al-hilal-tentukan-juara-piala-dunia-kelab | Real Madrid, Al-Hilal tentukan juara Piala Dunia Kelab | JUARA Eropah, Real Madrid akan membuat perhitungan akhir dengan juara Asia, Al-Hilal bagi merebut kejuaraan Piala Dunia Kelab di Stadium Putera Moulay Abdellah, Rabat pada awal pagi Ahad.Juara La Liga Sepanyol itu mengesahkan slot perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran juara Mesir, Al Ahly 4-1 di Maghribi pada Khamis.Gol Real Madrid dijaringkan Vinicius Junior (42'), Fede Valverde (46'), Rodrygo (92') dan Sergio Arribas (98') manakala sepakan penalti Ali Maaloul (65') mengurangkan defisit Al-Hilal.Tanpa beberapa pemain utama seperti penyerang Karim Benzema dan penjaga gol Thibaut Courtois, Real Madrid bergelut memecahkan kebuntuan, berdepan pertahanan Al Ahly yang tersusun rapi, dengan jagoan Mesir itu mengancam melalui serangan balas.Penyerang sensasi Real Madrid, Luka Modric berpeluang melebarkan jaringan Los Blancos pada minit ke-65', namun sepakannya berjaya diselamatkan Mohamed El Shenawy.“Kami tiba di sini dengan penuh semangat untuk bermain di final."Kami berasa teruja untuk bermain perlawanan akhir dan ada kebimbangan untuk bermain dengan baik."Kami perlu berehat, walaupun kami tidak mempunyai banyak masa. Kami perlu berehat dengan baik untuk mendapat kemenangan," kata pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti. | 4 | 09 Februari 2023 09:00am |
NUR IFTITAH ROZLAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244320/berita/sukan/28-petinju-uji-kehebatan-di-stadium-titiwangsa | 28 petinju uji kehebatan di Stadium Titiwangsa | KEJOHANAN Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa kali ini menyaksikan seramai 28 petinju termasuk tiga dari Thailand bakal berentap di Stadium Titiwangsa bagi merebut kejuaraan.Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah, Rosli Yaacob berkata, kejohanan kali ke-70 yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.Menurutnya, perlawanan itu akan melibatkan pertembungan antara petinju dari Malaysia dan Thailand bagi merebut 10 tali pinggang kejuaraan, antaranya Tali Pinggang Sinar Harian, Tali Pinggang Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Tali Pinggang Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.“Seramai 14 petinju akan beraksi pada hari pertama melibatkan tujuh perlawanan, diikuti 14 pasangan regu lain pada hari berikutnya.“Tiga petinju Kelab Muay Thai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertarung dengan tiga wakil dari Thailand.Sham Naga Emas Kuda Merah“Antara petinju lain yang akan memanaskan suasana stadium ialah Kumaran, Akid, Sunichai, Sham Anak Kapak Naga Emas, Mat Yie Kayu Kelat, Amzar Raja Lebah, Apizat Black Owl dan dua peninju kanak-kanak, Farish Hakimi serta Aryan Hakim masing-masing berumur tujuh tahun,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Ujar Rosli, kejohanan itu dijangka dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.“Sekiranya ada pihak yang berminat untuk menaja atau bekerjasama dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa kali ini boleh menghubunginya di talian 016-8980424,” jelasnya.Beliau memberitahu, antara yang menarik perhatian, pertembungan melibatkan petinju yang sudah bersaing sebanyak lebih 500 kali, Mohd Rafi Manaf atau nama gelanggangnya, Mat Ropi daripada Kuda Merah PDRM dengan peninju Thailand, Khun Sek bagi merebut Tali Pinggang Sinar Harian.Mat Ropi Kuda Merah“Mat Ropi merupakan petinju terkenal di Kelantan yang sudah bertarung sejak berusia tujuh tahun.“Beliau ialah petinju nombor satu dalam Kuda Merah PDRM,” kata Rosli.Selain itu, peminat tegar sukan tersebut pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat kembali aksi pertarungan petinju Kelab Muay Thai PDRM Kuda Merah, Amirul Ariffin atau Ban Mero (nama gelanggang) menentang juara dari Thailand, Chon Ra San.Ban Mero Kuda MerahBagi Ban Mero, dia mengambil keputusan untuk menyertai kejohanan kali ini kerana rindu untuk kembali beraksi di gelanggang.“Setelah berehat selama empat tahun, saya berhasrat untuk kembali ke gelanggang.“Insya-ALLAH saya sudah 80 peratus bersedia bagi menghadapi perlawanan nanti. Kita sudah pun mula berlatih dalam tempoh sebulan ini dan saya peruntukan empat jam sehari untuk menjalani latihan,” ujarnya. | 4 | 09 Februari 2023 07:20am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244318/berita/sukan/tak-mudah-naik-ke-liga-super | Tak mudah naik ke Liga Super | LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) akan memastikan kelab Liga M3 mempunyai kewangan yang kukuh sebelum dibenarkan untuk beraksi di Liga Super musim depan.Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya akan memastikan pasukan tersebut benar-benar layak daripada segi kewangan agar tidak menghadapi masalah apabila saingan liga berlangsung.“Kita lihat perkara ini daripada beberapa sudut. Mungkin ada pasukan musim lepas yang boleh naik dan dia nak naik tapi tak lepas sebab masalah pelesenan kelab. Mungkin juga ada pasukan tahun depan, dia juara tapi tak nak naik sebab faktor kewangan.“Kita mesti melihat kepada penyediaan pasukan dan pengurusan ini. Kita mahu pastikan kalau dia nak naik, macam mana dia nak dapatkan kewangan untuk menampung perbelanjaan dalam Liga Super.“Kita di AFL akan pantau pasukan. Kalau kita nampak dah mungkin layak untuk naik, kita bagi nasihat yang perlu untuk pasukan ini terutama daripada segi kewangan,” katanya ketika ditemui media pada majlis kesyukuran Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA 2023-2027, di Wisma FAM, pada Selasa.Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan penstrukturan saingan Liga Malaysia pada musim ini yang menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga M3 berpeluang untuk naik ke Liga Super tahun depan.Struktur baru Liga Malaysia pada musim baharu akan menyaksikan saingan Liga Preimer ditangguhkan dan Liga M3 dinaik taraf menjadi Liga Semi-Pro.Dalam pada itu, Mohd Yusoff mengakui komitmen beberapa pasukan yang tampak serius untuk mempersiapkan pasukan untuk cuba layak ke Liga Super musim depan.“Saya nampak mereka mahu bersaing tetapi sekali lagi ia bergantung kepada kewangan pula. Sama ada pasukan itu mampu atau tidak menyediakan kewangan yang cukup untuk bermain Liga Super.“Kita tidak mahu mereka naik setahun, lepas tu akan jatuh balik. Kita nak pastikan pasukan itu benar-benar layak untuk naik. Kalau tak boleh, kita akan kekalkan dalam Liga M3 sebab MFL juga ada peraturan sendiri,” katanya. | 4 | 09 Februari 2023 07:10am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244304/berita/sukan/jurulatih-muda-latih-belgium | Jurulatih muda latih Belgium | JURULATIH muda berusia 37 tahun, Domenico Tedesco dinamakan sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Belgium pada malam Rabu.Tedesco yang dilahirkan di Itali mengambil alih tugas Roberto Martinez yang melepaskan jawatan selepas perjuangan Belgium di Piala Dunia 2022 sekadar di peringkat kumpulan.Persekutuan Bola Sepak Belgium (RBFA) dalam satu kenyataan menyebut, kontrak Tedesco adalah sehingga Euro 2024 di Jerman.“Misi Tedesco adalah memastikan Belgium layak ke Euro 2024. Perlawanan kelayakan pertama adalah menentang Sweden di Stockholm pada 24 Mac,” ujar RBFA.Martinez meninggalkan skuad Red Devils selepas gagal mara ke pusingan kalah mati di Qatar akhir tahun lalu, sekali gus mengakhiri era pemain generasi emas negara itu.Tedesco yang pernah melatih Schalke, Spartak Moscow dan RB Leipzig dijangka diperkenalkan kepada media tidak lama lagi.“Ini adalah pengiktirafan besar apabila dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Belgium.“Saya teruja untuk memikul cabaran ini. Saya merasakan satu perasaan yang baik sejak perbualan pertama dengan pengurusan Belgium,” ujar Tedesco menerusi kenyataan RBFA. | 4 | 08 Februari 2023 09:49pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244292/berita/sukan/penolong-jurulatih-kelantan-fc-masuk-islam | Penolong jurulatih Kelantan FC masuk Islam | PENOLONG jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam.Perkara itu dikongsikan laman Facebook TRW Kelantan FC pada Rabu dengan Pol Corpas yang juga berasal dari Sepanyol akan menggunakan nama baharu Islam iaitu Abu Bakar."Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Coach Qus (Qusmaini Noor Rusli)."Dia akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar," kata kenyataan di laman Facebook TRW Kelantan FC.Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023. | 4 | 08 Februari 2023 07:59pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244270/berita/sukan/tfc-nafi-akhyar-bakal-berhijrah-ke-terengganu | TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu | KETUA Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh menafikan berita mengaitkan perpindahan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Terengganu.Menurut Ab Rasid, berita tersebut sekadar khabar angin kerana tiada sebarang perbincangan antara TFC dengan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.Beliau berkata, pihaknya hanya mengetahui perkembangan tersebut melalui portal dan media sosial yang belum dipastikan kesahihannya."Saya tidak tahu menahu perkara itu (perpindahan Akhyar Rashid)....hanya khabar angin di media sosial," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.Beberapa portal sukan sebelum ini mendakwa Akhyar yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Harimau Selatan bakal dipinjamkan ke skuad Penyu musim ini.Kehadiran pemain berusia 24 tahun itu dikatakan bagi menggantikan pemain sayap lincah, Faisal Halim yang berpindah ke Selangor FC musim ini. - Bernama | 4 | 08 Februari 2023 05:40pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244246/berita/sukan/kehadiran-jonghyun-mampu-tambah-bisa-tht | Kehadiran Jonghyun mampu tambah bisa THT | TERENGGANU Hockey Team (THT) optimis kehadiran pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jonghyun mampu meningkatkan peluang mereka menjaringkan lebih banyak gol daripada situasi tersebut pada musim baharu Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023.Ketua pasukan Mohd Fitri Saari yakin kelibat Jonghyun yang menyumbat empat gol pukulan sudut penalti pada Piala Dunia 2023 di India, bulan lepas, bersama dua lagi pemain muda dari Korea Selatan iaitu Choi Hoil dan Yoo Seung Ho juga dapat membantu memperkukuhkan kedudukan THT bagi mengejar kejuaraan berganda musim 2023 yang membuka tirai pada Khamis.Walaupun menyasarkan untuk mempertahankan mahkota kejuaraan MHL selain Piala Sumbangsih, Mohd Fitri tetap berwaspada dengan ancaman pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dibarisi kira-kira sembilan pemain kebangsaan selain Maybank."Kita target dua dahulu, kalau dapat tiga piala bonus bagi kami. Boleh lakukan namun bukan senang dapat tiga gelaran dalam satu musim. Kami akan cuba lawan dan fokus Piala Sumbangsih terlebih dahulu," katanya pada sidang media menjelang Piala Sumbangsih di Kuala Lumpur pada Rabu.Mengenai pertarungan Piala Sumbangsih menentang TNB, pengendali baharu THT, Seo Jongho menyifatkan juara bertahan TNB memiliki beberapa pemain yang laju dan mampu mengucar-ngacirkan barisan pertahanan mereka."Sudah tentu saya mahukan kemenangan ke atas TNB dalam perlawanan pertama musim ini, namun mereka adalah pasukan yang kuat," katanya.Dalam pada itu, ketua jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengakui perlu mencari jalan untuk menyekat kemaraan Jonghyun serta penyerang prolifik Mohd Faizal Saari dan Shello Silverius daripada merobek gawang mereka dalam pertarungan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil."Semoga kita dapat tandingi THT, walaupun kami bukan pilihan tetapi kami akan cuba buat terbaik," katanya.Ketua pasukan TNB Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pula menyifatkan kemenangan ke atas THT bukan sahaja mengesahkan kejuaraan Piala Sumbangsih malah menjamin tiga mata penuh seterusnya dapat melonjakkan motivasi dalam saingan sengit perebutan juara liga. - Bernama | 4 | 08 Februari 2023 04:08pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244235/berita/sukan/banyak-pasukan-sedia-uji-harimau-malaya | Banyak pasukan sedia uji Harimau Malaya | SKUAD Harimau Malaya akan mengharungi beberapa aksi persahabatan tahun ini sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia pada Januari 2024.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa pasukan sudah mengesahkan untuk perlawanan bertemu Harimau Malaya namun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut."Sebenarnya kita dah muktamadkan dengan beberapa pasukan sudah mengesahkan untuk menentang pasukan negara. Tetapi, biar Kim Pan-go buat pengumuman."Kita akan ada dua perlawanan pada Mac, Jun, September dan juga Oktober. Oktober itu mungkin akan ada penganjuran Pestabola Merdeka," katanya ketika ditemui media pada majlis kesyukuran selepas beliau dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA 2023-2027, di Wisma FAM, pada Selasa.Skuad negara tidak mempunyai kejohanan besar yang akan disertai tahun ini dan hanya boleh mengharapkan kepada aksi persahabatan untuk mengasah taring sebelum perlawanan Piala Asia 2024.Sebelum ini, dikatakan bahawa Australia dijangka menjadi salah satu pasukan yang akan menguji pasukan negara dalam aksi persahabatan.Dalam pada itu, Hamidin turut mahu Harimau Malaya mencatatkan aksi positif dalam aksi persahabatan itu untuk mengelakkan jatuh di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia.Menurutnya, jika pasukan negara jatuh ke kedudukan ke-26, ia akan menyaksikan harimau Malaya perlu bermain aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027."Bulan Oktober kita kena hati-hati kerana kita berada di kedudukan ke-25 di Asia. Hong Kong pula berada di kedudukan ke-26 dengan perbezaan beberapa mata."Jika kita jatuh ke kedudukan ke-26 kita kena bermain dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027," katanya. | 4 | 08 Februari 2023 03:12pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244213/berita/sukan/kerjasama-khm-rtm-siar-secara-langsung-liga-hoki | Kerjasama KHM, RTM siar secara langsung liga hoki | PARA peminat hoki berpeluang menyaksikan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 secara percuma menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula Khamis hingga 19 Mac.Siaran secara langsung itu akan menyiarkan 30 perlawanan menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan penstriman langsung menerusi platform RTM klik.Ia akan melibatkan perlawanan MHL, Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan.Penyiaran kejohanan tersebut adalah hasil kerjasama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan RTM yang mula terjalin sejak 2020.“Matlamat utama jalinan kolaborasi KHM-RTM ini ialah sebagai tanggungjawab sosial, selaku stesen milik kerajaan untuk memberi siaran secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.“Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pembangunan sukan hoki negara dan peminat sukan tanah air,” ujar RTM dalam satu kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, KHM berbesar hati dengan kesudian RTM untuk meneruskan kerjasama menjadi rakan penyiar rasmi MHL bagi musim ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu percaya bahawa kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada pemain-pemain hoki dan peminat sukan hoki tanah air.“KHM mengucapkan terima kasih kepada RTM yang akan menyiarkan 30 perlawanan secara langsung di stesen televisyen itu dan menerusi penstriman langsung,” katanya. | 4 | 08 Februari 2023 01:48pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244202/berita/sukan/psg-cari-stadium-baharu | PSG cari stadium baharu | PARIS Saint-Germain (PSG) terpaksa melupakan Parc des Princes dan mencari gelanggang baharu setelah stadium keramat itu dilabelkan sebagai 'bukan untuk dijual'.Biarpun sudah hampir 50 tahun 'berkampung' di stadium itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo memberitahu bahawa stadium tersebut 'tidak akan dijual' kepada kelab tersebut.Justeru pengurusan PSG melantik Legends Hospitality sebuah konsultan dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengkaji kemungkinan membina stadium baharu sebagai alternatif kepada Parc des Princes.Sebagai pilihan PSG yang dimiliki jutawan Qatar mungkin menambah baik tempat perlumbaan kuda yang terletak bersebelahan Parc des Princes.PSG sebelum ini memohon untuk membelinya bagi membina bangunan moden dan kerja pembangunan bernilai lebih 500 juta euro (RM 2.3 bilion).Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar sukan Sepanyol, Marca bahawa PSG 'tidak lagi dialu-alukan' dekat Parc des Princes sambil menambah mereka perlu mencari alternatif lain.Parc des Princes melalui sejarah yang panjang bermula upacara perasmian pada 1897 dan kemudian diubah suai pada 1972.Bekas velodrom berkapasiti 48,000 menjadi rumah kepada PSG sejak 1974.Legends Hospitality akan menjalankan penyelidikan bersama penasihat hartanah Kanada Colliers. | 4 | 08 Februari 2023 12:55pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244200/berita/sukan/allen-lupakan-aksi-antarabangsa | Allen lupakan aksi antarabangsa | PEMAIN tengah, Joe Allen terpaksa membuat keputusan besar apabila menamatkan karier antarabangsa setelah 14 tahun menyarung jersi Wales sejak 2009.Kecederaan menghalang pemain berusia 32 tahun itu untuk meneruskan kerjaya di pentas antarabangsa.Bekas pemain Liverpool dan Stoke itu sudah membuat 74 penampilan dan hanya akan memberi fokus bermain untuk pasukan Kejuaraan Swansea.“Sokongan daripada negara kita memberi inspirasi dan ia membuatkan saya bangga dapat memakai baju kebangsaan. Begitu banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.“Malangnya, masa dan kecederaan menjadi penghalang. Jadi sudah tiba masanya untuk saya memberi laluan kepada generasi baharu,” katanya.Allen membuat penampilan sulung di Wales pada tahun 2009 bersama Gareth Bale dan Aaron Ramsey.“Bermain untuk Wales adalah satu keghairahan dan cinta yang mendalam dalam diri. Saya amat bertuah,” katanya yang kembali ke Swansea tahun lalu.Sepanjang karier di peringkat antarabangsa, Allen pernah membantu Wales mara ke separuh akhir Euro 2016.Allen juga membantu Wales beraksi di Euro 2020 dan layak ke Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 di Qatar tahun lalu.Dia membuat penampilan terakhir bersama Wales ketika mereka tewas di peringkat kumpulan menentang England di Piala Dunia 2022. | 4 | 08 Februari 2023 12:20pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244173/berita/sukan/al-hilal-cipta-sejarah-ke-final-piala-dunia-kelab | Al Hilal cipta sejarah ke final Piala Dunia Kelab | SALEM Al Dawsari menjaringkan dua gol sepakan penalti untuk membantu Al Hilal menewaskan Flamengo 3-2, sekali gus mara ke final Piala Dunia Kelab buat kali pertama pada awal pagi Rabu.Al Dawsari menjaringkan gol pembukaan buat pasukan juara Arab Saudi itu seawal minit keempat perlawanan separuh akhir itu di Stadium Ibn-Batouta selepas Matheuzinho didapati mengasari Luciano Vietto.Bagaimanapun, Pedro kembali mengikat kedudukan buat Flamengo menerusi penyudah kemasnya pada minit ke-20.Gerson Santos da Silva menjatuhkan Vietto dalam kawasan penalti dan pengadil, Istvan Kovacs, memberikan sepakan penalti kepada Al Hilal selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) di penghujung separuh masa pertama.Al Dawsari tidak mensia-siakan kesempatan itu untuk menjaringkan gol kedua peribadinya sebelum Vietto turut meledak gol pada minit ke-70 bagi memberikan kelebihan selesa buat juara Asia berkenaan.Tekanan yang diberikan Flamengo pada penghujung aksi menyaksikan Pedro menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan itu.Al Hilal akan membuat perhitungan sama ada dengan Real Madrid atau Al Ahly dalam satu lagi aksi separuh akhir yang akan berlangsung awal pagi Khamis. | 4 | 08 Februari 2023 10:06am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244172/berita/sukan/bidaan-empat-penjuru-piala-dunia-2030 | Bidaan empat penjuru Piala Dunia 2030 | JUARA Piala Dunia 2022, Argentina secara rasmi mengesahkan bidaan bersama bersama Uruguay, Paraguay dan Chile untuk menjadi tuan rumah edisi 2030 kejohanan itu.Bercakap selepas mengesahkan bidaan empat penjuru itu, presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Claudio Tapia meletakkan harapannya untuk membawa semula kejohanan itu ke benua tempat ia mula-mula diadakan."Kami mempunyai kemungkinan menjadi tuan rumah Piala Dunia ini. Ia mempunyai sejarah, inti pati, semangat kami rakyat Amerika Selatan dalam bola sepak."Hari ini adalah hari yang sangat penting bagi sejarah empat negara ini, empat persekutuan ini yang suatu ketika dahulu bermula dengan impian."Kami tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar dan kami mesti menunjukkan kepada dunia bahawa Argentina, Uruguay, Paraguay dan Chile bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030," katanya.Masih ada ruang untuk bidaan itu disokong oleh negara kelima, dengan presiden Argentina,Alberto Fernandez berharap untuk melihat Bolivia turut menjadi tuan rumah perlawanan."Pencalonan ini adalah dari seluruh benua. Atas sebab ini, saya ingin mencadangkan agar negara saudara kita Bolivia menjadi sebahagian daripada impian ini," katanya. | 4 | 08 Februari 2023 10:06am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244164/berita/sukan/luqman-hakim-tak-boleh-patah-semangat | Luqman Hakim tak boleh patah semangat | PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak boleh patah semangat dan terus bekerja keras selepas berpindah secara pinjaman ke kelab Iceland, Njardvik FC.Jurulatih berpengalaman, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, selagi Luqman Hakim berada di Eropah, ia tetap menjadi tempat terbaik untuknnya mengasah bakat dan pengalaman."Tahniah kepada Luqman Hakim. Selagi dia berada dalam dunia Eropah, ia tetap pentas terbaik. Saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan putus asa. Kita tahu betapa tingginya mutu bola sepak di sana."Untuk pasukan Malaysia pergi lebih jauh, kita perlukan lebih ramai pemain berhijrah khususnya di Eropah untuk menimba pengalaman dan kukuhkan pasukan kebangsaan," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.Sementara itu, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Dollah Salleh berharap apa yang dilakukan Luqman Hakim menjadi motivasi kepada pemain muda untuk berani menimba pengalaman di luar negara."Memang itu satu pencapaian juga sebab dari Belgium pergi ke Iceland, maknanya kualiti dia orang pandang juga."Kita kalau boleh nak lebih ramai pemain tempatan dan muda berhijrah supaya dapat pengalaman luas di peringkat antarabangsa. Apabila balik ke negara sendiri, insya-ALLAH dapat menaikkan lagi mutu bola sepak kita," katanya.Njardvik FC menerusi satu kenyataan pada Selasa mengumumkan telah mencapai persetujuan bersama KV Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim secara pinjaman sehingga penghujung tahun ini.Pemain dari Kota Bharu itu sebelum ini menandatangani kontrak profesional bersama Kortrijk pada 2020 sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di Belgium.Luqman Hakim membuat penampilan senior pertamanya untuk Kortrijk pada 24 Oktober 2020 ketika menentang Anderlecht selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74.Namun, impian penyokong negara untuk melihatnya sering berada dalam kesebelasan utama tidak kesampaian selepas dia hanya beberapa kali diturunkan dalam beberapa perlawanan.Ia sekali gus menimbulkan khabar angin bahawa dia akan berpindah dari kelab tersebut. | 4 | 08 Februari 2023 07:13am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244162/berita/sukan/zii-jia-tetap-mahu-bergerak-solo | Zii Jia tetap mahu bergerak solo | PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia belum 'terbuka hati' untuk mengubah pendirian bagi mendapatkan bimbingan jurulatih selepas 'berpisah' dengan Indra Wijaya tahun lalu.Zii Jia tekad untuk kekal bergerak solo di sebalik desakan pelbagai pihak agar pemain nombor empat dunia itu mempertimbangkan semula keputusannya itu.“Saya hanya mahu fokus apa yang ada di depan. Saya perlu lakukannya. Secara jujur, setakat ini memang saya tidak ada fikir untuk ambil jurulatih dan tetap dengan pendirian itu,” ujar Zii Jia.Bagaimanapun juara Seluruh England 2021 itu dalam nada merendah diri tetap menghormati pandangan yang diberikan bekas pemain kebangsaan terhadap keputusannya sebelum ini.“Bukan saya enggan mengulas komen-komen yang diberikan sebelum ini. Tindakan itu bukan saya tidak menghormati mereka, saya tetap hormat kerana mereka adalah legenda.“Apa yang mereka bagi (pandangan) itu saya terima, tetapi saya tidak boleh layan semua kerana satu komen ini dan satu komen itu. Kalau saya layan, tidak betul juga kerana saya pun tidak ada banyak masa,” katanya.Bekas pemain negara, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim menyarankan Zii Jia agar menimbang semula keputusan melantik jurulatih selepas berpisah dengan jurulatih dari Indonesia itu November tahun lalu.Pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu berdepan kemerosotan prestasi apabila tewas pada pusingan kedua Indonesia Masters pada 26 Januari lalu.Zii Jia sebelum itu kecundang pada pusingan kedua Terbuka Malaysia awal Januari lalu dan kemudian ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua Terbuka India.Tumpuan Zii Jia ketika ini kepada persiapan bagi membawa cabaran bersama skuad negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini. | 4 | 08 Februari 2023 07:08am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244146/berita/sukan/tiada-keperluan-bina-stadium-baharu | Tiada keperluan bina stadium baharu | MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampak enggan menjadikan infrastruktur sukan negara sebagai projek 'gajah putih' apabila mengakui tidak berminat dengan cadangan membina stadium baharu.Sebaliknya, beliau merasakan mana-mana kemudahan sedia ada sudah memadai untuk dinaik taraf, walaupun berlaku isu pertindihan acara membabitkan perlawanan bola sepak dan konsert di negara ini."Kami lihat bukan sahaja stadium utama tapi kami nak pastikan tanggungjawab kerajaan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bersama-sama membina sukan."Keutamaan kami bukan asyik membina, tapi kami nak tahu bagaimana untuk uruskan naik taraf dan seliaannya."Dalam masa sama, kami tiada rancangan untuk asyik bina stadium. Kalau tengok di negeri lain, asyik bina stadium ketika Sukma (Sukan Malaysia) tapi penyeliaannya agak sukar."Jadi kami tiada perancangan untuk terus membina (stadium)," katanya kepada pemberita dalam majlis kesyukuran sempena Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, di Wisma FAM pada Selasa selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA. - Stadium Astro | 4 | 07 Februari 2023 10:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244144/berita/sukan/tommy-sudah-ada-bayangan-kesebelasan-utama-tfc | Tommy sudah ada bayangan kesebelasan utama TFC | KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner merngakui sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama pasukan menjelang sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadual bermula 24 Februari ini.Jurulatih kelahiran Croatia yang lebih mesra dipanggil ‘Tommy’ berkata, beliau masih mahu menilai prestasi pemain dalam empat siri perlawanan persahabatan di Thailand bermula esok hingga 13 Februari ini sebelum memuktamadkan skuad naib juara Liga Super musim lalu itu.Menurut Tommy, beliau juga masih mencari seorang lagi tonggak serangan tengah bagi membantu membuka ruang untuk penyerang pasukan melakukan penyudahan."Tetapi jelas bukan mudah mencari pemain seperti itu terutama dalam kalangan pemain tempatan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Gong Badak, di sini pada Selasa.Dalam pada itu, katanya, skuad Penyu akan melalui empat siri perlawanan persahabatan di Thailand termasuk satu perlawanan dengan sebuah kelab Liga Denmark, Odense Boldklub FC, yang bakal menjadi ujian sebenar dalam menilai keserasian dan prestasi skuad TFC.Selain perlawanan dengan Odense Boldklub FC, TFC juga akan bertemu dengan tiga kelab dari Thailand iaitu Rajpracha FC, Bangkok FC dan Chonburi FC.Musim ini, TFC menyenaraikan lima tonggak import baharu iaitu Ivan Mamut dan Damagoj Pusic dari Croatia, Sony Norde (Haiti), Adisak Kraisorn (Thailand) dan Surdor Kulmatov (Uzbekistan).Selain itu, naib juara Piala FA musim lalu itu, mengekalkan empat pemain import sedia ada iaitu Habib Haroon (Bahrain), Argzim Redzovic (Montenegro), Jordan Mintah (Ghana) dan pemain kebangsaan Filipina, Luke Woodland. - Bernama | 4 | 07 Februari 2023 09:02pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244129/berita/sukan/skuad-taekwondo-negara-sasar-dua-emas-di-kemboja | Skuad taekwondo negara sasar dua emas di Kemboja | TAEKWONDO Malaysia (TM) yakin dapat mencapai sasaran dua pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-32 Kemboja di Phnom Penh pada 5 hingga 16 Mei ini.Setiausaha Agung TM, R. Dhanaraj berkata, sasaran realistik itu dapat memperbaiki pencapaian kem taekwondo negara pada edisi sebelum ini, iaitu meraih satu emas masing-masing pada 2019 menerusi acara poomsae dan acara kyorugi pada 2022."TM turut menyasarkan satu perak dan tiga gangsa pada edisi kali ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil pada Selasa.Pada Sukan SEA Filipina 2019, pasukan taekwondo negara membawa pulang satu emas, dua perak dan lima gangsa manakala satu emas, satu perak dan tiga gangsa pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas.Menurutnya, pasukan taekwondo negara bakal menyertai 15 daripada 24 acara yang dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu.Beliau berkata, TM dalam masa sama sedang membuat persiapan rapi berhubung senarai nama penuh atlet yang bakal menggalas cabaran di Kemboja sebelum ia dimuktamadkan pada 19 Februari ini."TM masih belum memutuskannya kerana terdapat kejohanan kebangsaan akan diadakan pada pertengahan bulan nanti. Di situ kita akan nilai prestasi sebelum memutuskan atlet terbaik ke Sukan SEA."Selepas itu atlet yang terpilih akan melakukan persiapan ke kejohanan praSukan SEA pada Mac diiikuti kem latihan di Korea Selatan selama enam minggu sebelum ke Kemboja," katanya. - Bernama | 4 | 07 Februari 2023 07:38pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244121/berita/sukan/hannah-harap-lebih-ramai-pemimpin-sukan-ikut-jejak-hamidin | Hannah harap lebih ramai pemimpin sukan ikut jejak Hamidin | MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menekankan betapa pentingnya aspek pengurusan dan pentadbiran dalam bidang sukan bagi menjamin kemajuan serta melakar pencapaian sehingga ke peringkat tertinggi.Hannah menyifatkan pengurusan dan pentadbiran yang gagal akan memberi impak buruk, sekali gus berupaya menjejaskan sesuatu sukan itu untuk maju ke hadapan.Beliau juga berharap lebih ramai wakil persatuan sukan di negara menjawat posisi di peringkat global seperti dilakukan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang baru dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)."Semestinya pengurusan dan pentadbiran sukan sangat penting kerana kalau tiada pengurusan dan pentadbiran yang baik, dana-dana yang dikutip, polisi dan hala tuju untuk sukan itu tidak boleh maju ke depan."Jadi saya berharap lebih banyak pengurusan mereka boleh bertanding secara sihat bukan saja di tanah air tetapi seperti Datuk Hamidin yang pergi ke peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran sempena Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM di Kelana Jaya pada Selasa.Sementara itu, Hannah berkata, beliau melihat minat terhadap bola sepak semakin meningkat dalam kalangan generasi muda dan merancang untuk terus meraih lebih banyak sokongan."Kita akan pergiatkan lagi program skrin besar KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk pastikan lebih ramai lagi dapat bersama mengikuti pertandingan bola sepak," katanya.Dalam pada itu, majlis kesyukuran tersebut berlangsung meriah dengan dihadiri ramai pihak berkepentingan dalam bola sepak tempatan selain barisan bekas pemain dan legenda antaranya Datuk Dollah Salleh, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Khalid Ali.Sebagai rekod, Hamidin yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi penggal lepas, menang perebutan tujuh penjuru untuk lima kerusi (lelaki) Ahli Majlis FIFA bagi Asia untuk tempoh 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33 di Manama, Bahrain awal bulan ini. | 4 | 07 Februari 2023 07:03pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244109/berita/sukan/tsg-tak-sertai-tour-of-antalya | TSG tak sertai Tour of Antalya | PASUKAN berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) tidak akan menyertai perlumbaan Tour of Antalya yang dijadualkan berlangsung 9 hingga 12 Februari ini.Dalam satu kenyataan, TSG memaklumkan mereka yang kini berada di bumi Turkiye dalam keadaan selamat dan akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.“Tour of Antalya sudah dibatalkan dan pasukan kami selamat. Ketika ini, kami sedang mengatur perancangan untuk membawa mereka pulang ke Malaysia secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.Sebelum ini, pihak penganjur Tour of Antalya memberitahu, pembatalan kejohanan itu susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye.“Keputusan itu dibuat Persekutuan Berbasikal Turkiye dengan kerjasama Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).“Kesemua tiket penerbangan sudah dibatalkan dan kesemua pasukan yang sudah berada Antalya akan diuruskan sewajarnya."Kami meminta maaf kerana terpaksa membatalkan Tour Of Antalya,” ujarnya.Untuk rekod, TSG yang menyertai Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Saudi Tour bulan lalu, mencipta sensasi apabila muncul juara keseluruhan pada perlumbaan Tour of Antalya 2022. | 4 | 07 Februari 2023 06:14pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244105/berita/sukan/tnb-sasar-kejuaraan-berganda | TNB sasar kejuaraan berganda | PASUKAN hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan kejuaraan berganda dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) yang akan bermula pada Khamis ini.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din berkata, sasaran itu dilihat realistik untuk dicapai selain meletakkan cabaran kepada pasukan tersebut yang dibarisi 100 peratus pemain tempatan."Kami akan turun untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala TNB, justeru adalah logik kami menambah sasaran lebih baik turut merangkul piala liga. Lagi pun sudah 20 tahun TNB tidak menikmati kemenangan berganda ini,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim dalam majlis penyerahan jersi pasukan TNB dan TNB Thunderbolts di Ibu Pejabat TNB, di Bangsar pada Selasa.TNB tidak pernah gagal menyertai TNB MHL sejak diperkenalkan pada 1987 dan dua kali meraih kemenangan berganda pada musim 1991-1992 dan 2003.Perjuangan TNB seterusnya menjadi getir apabila pasukan-pasukan bertanding dibenarkan mendapat khidmat pemain import termasuk pasukan Hoki Terengganu (THT) yang menjuarai liga musim lalu.TNB yang kekal mengharungi cabaran dengan pemain-pemain tempatan bagaimanapun berjaya menumpaskan THT 3-2 dalam perlawanan akhir kejuaraan keseluruhan Piala TNB musim lalu.Musim ini, TNB lebih awal berpeluang memburu kejuaraan apabila memulakan perjuangan dengan bertemu THT dalam perebutan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis."Tiada kurangnya pasukan TNB berbanding pasukan lain. Berbekalkan semangat Piala Dunia baru-baru ini, tidak mustahil Piala Sumbangsih boleh menjadi milik kami."Jika itu dapat dicapai ia juga menjadi permulaan yang baik musim ini," katanya. | 4 | 07 Februari 2023 05:57pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244106/berita/sukan/sukar-realisasikan-piala-aff-dalam-kalendar-fifa | Sukar realisasikan Piala AFF dalam Kalendar FIFA | PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin membayangkan sukar untuk Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) berlangsung dalam Kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada masa terdekat.Hamidin yang juga Ahli Majlis AFF berkata, antara kekangannya ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang yang memakan masa sebulan menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan bola sepak dwitahunan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.Beliau yang baharu dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh direalisasikan sekiranya FIFA "memanjangkan” kalendar perlawanan antarabangsa."Kita perlu faham Kalendar FIFA bukan spesifik untuk Piala AFF, mungkin kita boleh minta FIFA berikan lebih lagi (kalendar perlawanan) dan perlu ingat Kalendar FIFA bukan hanya untuk Malaysia saja tetapi kepada 211 ahli gabungan."Tempoh Piala AFF juga panjang, macam mana ia boleh diisi dalam kalendar sedangkan akan datang ada pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia pada Oktober...kalau ia dipanjangkan mungkin sesetengah negara juga tidak akan gembira jika terlalu banyak Kalendar FIFA,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis kesyukuran sempena dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini pada Selasa.Persoalan Piala AFF bakal mendapat tempat dalam Kalendar FIFA timbul selepas Presiden FIFA Gianni Infantino berkongsi pandangan Piala AFF wajar berada dalam kalendar FIFA, seperti dilaporkan media antarabangsa bulan lepas.Sejak dianjurkan, Piala AFF menjadi kejohanan yang menawarkan mata ranking bermula edisi 2016, namun sehingga kini, ia masih belum berada dalam Kalendar FIFA menyebabkan banyak kelab di rantau ini "berkira-kira” untuk melepaskan pemain masing-masing bagi mewakili pasukan negara mereka.Sementara itu, Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM berkata, skuad Harimau Malaya perlu berada dalam kelompok 25 terbaik Asia menjelang kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 hujung tahun ini."Ia adalah tahun yang penting...pasukan di luar kedudukan 25 terbaik Asia akan memulakan kempen (pusingan kelayakan) pada Oktober manakala 25 pasukan teratas pada November. Kami perlu rancang aksi persahabatan dengan baik,” katanya.Beliau berkata, perancangan aksi persahabatan melibatkan skuad kebangsaan akan diumumkan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.Dalam perkembangan berasingan, Hamidin percaya Malaysia sekali lagi berpeluang menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas berjaya menganjurkan Piala Dunia Belia Bawah 20 Tahun (B-20) 1997, namun perlu menyusun dan menganjurkan menerusi kerjasama serta sokongan daripada kerajaan kerana kos yang agak tinggi. - Bernama | 4 | 07 Februari 2023 05:56pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244099/berita/sukan/dek-wan-juarai-gp-olahraga-para-dunia-di-tunisia | Dek Wan juarai GP Olahraga Para Dunia di Tunisia | PEMENANG pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan masih memiliki kepantasan apabila berjaya merangkul emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia, pada Isnin.Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dipanggil "Dek Wan” merekodkan masa 12.51 saat (s) untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq yang membawa pulang perak dengan catatan 13.04s dalam kejohanan berlangsung di di Stadium Olahraga Rades, Tunis.Pelari dari Maghribi, Anass Sikouk pula meraih gangsa dengan catatan 13.69s.Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, pula berjaya merangkul perak bagi acara 100m T11/12 (masalah penglihatan) dengan mencatat 11.67s.Muhamad Afiq gagal menandingi kehebatan wakil Uzbekistan, Mansur Abdirashidov yang membawa pulang emas menerusi catatan 11.28s manakala gangsa milik Mohammed Ayade dari Iraq dengan 12.09s.Kejohanan yang bermula semalam akan berakhir Rabu. - Bernama | 4 | 07 Februari 2023 05:31pm |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/244092/berita/sukan/pramusim-di-turkiye-ujian-sebenar-pemain-kedah | Pramusim di Turkiye ujian sebenar pemain Kedah | PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mahu Sang Kenari memanfaatkan sebaik mungkin ilmu dan pengalaman pramusim 2023 sepanjang berada di Altanya, Turkiye.Menurutnya, Eropah adalah benua yang terkenal dengan dunia bola sepak dan ini adalah ujian sebenar kepada kepada karakter, kemahiran, cara fikir dan minda semua pemain KDA FC sepanjang 10 hari berada di sana.“Kami menaruhkan harapan yang tinggi dengan peluang dan ruang yang diberikan kepada pasukan utama kita untuk mereka menimba ilmu dan pengalaman di Turkiye.“Ini adalah satu peluang yang jarang berlaku di tempat-tempat lain, Eropah adalah benua yang terkenal dengan dunia bola sepak dan mudah-mudahan Sang Kenari benar-benar dapat memerhati, melihat dan menyerap segala frekuensi serta gelombang suasana tinggi dan mutu bola sepaknya,” katanya yang mahukan aksi terbaik daripada setiap pemain menjelang Liga Super 25 Februari ini.Sementara itu, KDA FC dalam kenyataannya mengesahkan lokasi kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye adalah di zon yang berbeza dengan empat perlawanan persahabatan akan berlangsung membabitkan Sang Kenari.Menurutnya, jadual pasukan tidak terjejas manakala perlawanan persahabatan akan berlangsung di Limak Arcadia Sports Center seperti perancangan awal.“Perjalanan KDA FC berjalan lancar dan zon gempa bumi di Malatya, Turkiye berada jauh dari kem latihan pasukan Sang Kenari. Doakan semuanya dalam keadaan selamat dan perancangan KDA FC berjalan lancar,” ujarnya.Sang Kenari akan bertemu pasukan FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari, FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari), FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan pasukan terakhir FC Metalist Kharkiv dari Ukraine (14 Februari). | 4 | 07 Februari 2023 05:17pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244068/berita/sukan/patatimo-boys-berpecah-nur-izzudin-sah-bersama-muhammad-haikal | 'Patatimo Boys' berpecah, Nur Izzudin sah bersama Muhammad Haikal | PERSOALAN mengenai pasangan baharu pemain beregu lelaki negara, Nur Izzzuddin Rumsani terjawab apabila beliau disahkan bergandingan dengan Muhammad Haikal Nazri.Situasi itu sekali gus menyaksikan gabungan Muhammad Haikal-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi, yang diberi julukan ‘Patatimo Boys’, terpaksa dipecahkan setelah digandingkan sejak 2019.Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, Wan Muhammad Arif pula akan dipasangkan dengan Yap Roy King, yang juga merupakan pemain beregu campuran bersama Valeree Siow.Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas Nur Izzuddin menyatakan nekad untuk berpisah dengan pasangan beregunya, Goh Sze Fei atas alasan hilang kepercayaan."Secara jujurnya sejak dari Terbuka Jepun tahun lepas lagi Nur Izzuddin tidak gembira dengan Sze Fei. Sze Fei seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang Nur Izzuddin cakap sehinggakan mereka balik berasingan ke sini."Kemudian ia terjadi lagi di Kejohanan Eropah iaitu Nur Izzuddin langsung tidak gembira, terus menghantar pesanan kepada saya bertanya mengenai masalah tersebut..,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, pada Selasa.Rexy berkata, Nur Izzuddin sememangnya kecewa kerana tidak dapat memanfaatkan sebaiknya banyak peluang untuk melakar kejayaan akibat perselisihannya dengan Sze Fei.Mereka yang dipasangkan pada 2016 hanya berjaya merangkul satu kejuaraan iaitu Terbuka Jerman 2022.Rexy berkata pihak kejurulatihan telah menjalankan eksperimen ke atas gandingan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal pada Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 di Ipoh, Disember lepas dan mereka muncul juara dengan menumpaskan Sze Fei-Goh Boon Zhe, 21-17, 21-16.Pakar beregu dari Indonesia itu juga mengesahkan Sze Fei kini dipasangkan dengan Choong Hoon Jian selepas memaklumkan mereka berdua hampir pasti dipadankan, Jumaat lepas.Sementara itu, Wan Muhammad Arif berkata, walaupun pada mulanya tergamam dan agak terkilan dengan keputusan tersebut, beliau kini berasa lega selepas berbincang dengan Rexy."Saya sememangnya sudah jangka perpisahan akan berlaku kerana apabila naik ke pasukan senior kena bersedia (hadapi perpecahan),” kata pemain berusia 20 tahun dari Terengganu ituMuhammad Haikal yang juga berusia 20 tahun dari Kelantan pula berharap dapat memberikan aksi terbaik bersama Nur Izzuddin.Dalam pada itu, Rexy memaklumkan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal akan dihantar menyertai Terbuka Jerman, bulan depan.Beregu baharu itu bersama Sze Fei-Hoon Jian serta Wan Muhammad Arif-Roy King akan turut beraksi pada empat kejohanan tahun ini iaitu Cabaran Antarabangsa Thailand, Ruichang China Masters, Cabaran Antarabangsa Vietnam dan Cabaran Antarabangsa Osaka. - Bernama | 4 | 07 Februari 2023 04:04pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244046/berita/sukan/city-nafi-langgar-peraturan-kewangan | City nafi langgar peraturan kewangan | KELAB Manchester City menafikan dakwaan melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama sembilan musim antara 2009 hingga 2018.City juga didakwa melanggar peraturan yang memerlukan mereka membantu dalam siasatan dari kempen 2018/19 hingga musim semasa.Siasatan terhadap City bermula sejak Disember 2018 dengan Suruhanjaya Bebas akan meneliti penemuan dengan kelab tersebut.Suruhanjaya itu boleh menjatuhkan hukuman ke atas skuad kendalian Pep Guardiola termasuk penyingkiran daripada EPL hingga pemotongan mata, denda dan larangan perpindahan."Manchester City FC terkejut dengan dakwaan pelanggaran Peraturan EPL ini, terutamanya memandangkan pembabitan yang meluas dan sejumlah besar bahan bukti yang dikemukakan."Kelab mengalu-alukan semakan semula perkara ini oleh Suruhanjaya Bebas. Ia bagi mempertimbangkan secara saksama dan adil termasuk bukti-bukti yang dikemukakan EPL.EPL dalam satu kenyataan menyebut City melanggar peraturan yang memerlukan mereka memberikan 'maklumat kewangan yang tepat, memberikan pandangan yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kelab.EPL juga telah mendedahkan hasil siasatan di laman web rasmi mereka sekali gus berita buruk buat kelab Etihad itu, meskipun pada peringkat ini mereka sudah didakwa tetapi belum didapati bersalah.Siasatan bermula susulan dokumen yang dibocorkan oleh laman web Jerman, Der Spiegel dengan siasatan fokus kepada tiga perkara utama.City didakwa kerana gagal mematuhi peraturan EPL yang memerlukan kelab mematuhi peraturan kewangan Fair Play UEFA dari musim 2013-14 hingga 2017-18.Kelab itu juga gagal mematuhi peraturan mengenai keuntungan dari musim 2015-16 hingga 2017-18.City juga didakwa gagal memberikan kerjasama dan membantu siasatan.UEFA mengenakan penggantungan selama dua tahun dan mendenda City £25 juta (RM128.2 juta) pada Februari 2020 atas dakwaan pelanggaran fair play peraturan kewangan.Bagaimanapun selepas lima bulan kemudian, hukuman itu dibatalkan dan denda terakhir yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan hanya £9 juta (RM46.1 juta). | 4 | 07 Februari 2023 02:41pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244043/berita/sukan/gempa-bumi-turkiye-lima-pelumba-kru-tsg-selamat | Gempa bumi Turkiye: Lima pelumba, kru TSG selamat | KUALA TERENGGANU - Kesemua lima pelumba serta kru pasukan berbasikal, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang berada di Alanya, Turkiye untuk Jelajah Antalya berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi melanda negara itu.Pelumba terlibat ialah Aiman Cahyadi, Wan Abdul Rahman Hamdan, Mohd Shahrul Mat Amin, Metkel Eyob dan Anatolii Budiak.Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, ia berikutan kedudukan kem pasukan yang jauh iaitu kira-kira 500 kilometer dari pusat gempa bumi di bandar Gaziantep.Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha menguruskan perjalanan pulang pelumba dan kru negara, namun berdepan dengan beberapa kesukaran termasuk kesesakan di lapangan terbang."Jelajah Antalya bertaraf 2.1 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang sepatutnya berlangsung dari 9 hingga 12 Februari telah dibatalkan oleh penganjur susulan gempa bumi itu."Walaupun berada jauh iaitu 500 kilometer dari pusat gempa bumi, gegarannya turut dirasai pelumba dan kru yang berada di sana," katanya ketika dihubungi hari ini.Menurut Wan Nasiruddin walaupun jelajah tersebut dibatalkan, ia tidak menjejaskan semangat pasukan untuk terus memburu mata dalam siri jelajah yang lain.Beliau berkata ekoran pembatalan itu, pasukan TSG kini memberi tumpuan kepada kejohanan Klasik Muscat, Oman yang akan berlangsung pada 10 Feb dan Jelajah Oman pada 11 hingga 15 Februari ini."Lapangan terbang Turkiye kini sesak kerana menjadi tumpuan dunia yang menghantar bantuan dan sukarelawan untuk misi kemanusiaan."Bagaimanapun dengan bantuan beberapa pihak, kita harap dapat membawa pulang pelumba dan kru kita dalam masa terdekat," katanya.Gempa bumi pada kekuatan 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan Turkiye pada 4.17 pagi waktu tempatan telah mengorbankan lebih 1,400 nyawa setakat ini. - Bernama | 4 | 07 Februari 2023 02:02pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244035/berita/sukan/busquets-terlepas-aksi-liga-europa | Busquets terlepas aksi Liga Europa | KAPTEN Barcelona, Sergio Busquets mungkin terlepas aksi Liga Europa menentang Manchester United minggu depan selepas pendahulu La Liga itu mengalami kecederaan ketika menentang Sevilla pada Isnin.Pemain berusia 34 tahun itu terseliuh buku lali akibat terjahan keras pemain Sevilla, Youssef En-Nesyri pada minit keempat perlawanan.Barcelona dalam satu kenyataan memberitahu, Busquets menjalani ujian imbasan dan didapati mengalami kecederaan lateral collateral ligamen di buku lali kirinya.Biarpun tiada sebarang jangka masa ditetapkan bagi proses pemulihannya, bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu dijangka terpaksa berehat selama dua hingga tiga minggu.Busquets sudah beraksi sebanyak 27 daripada 31 perlawanan Barcelona pada musim ini.Akibat kecederaan itu Busquets bakal terlepas dua pertemuan La Liga menentang Villarreal dan Cadiz selain ketika melayani kunjungan United dalam saingan kalah mati Liga Europa pada 16 Februari ini.Barca kemudian akan bertandang ke Old Trafford seminggu kemudian sebelum melengkapkan jadual perlawanan bulan ini apabila akan berkunjung ke laman Almeria pada 27 Februari. | 4 | 07 Februari 2023 01:20pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244029/berita/sukan/juventus-fokus-kekal-di-serie-a | Juventus fokus kekal di Serie A | BERADA di pertengahan carta akibat penalti 15 mata kerana penipuan dalam perpindahan pemain, Juventus tiada pilihan selain perlu fokus pada baki saingan liga untuk kekal bersaing di dalam Serie A.Penolakan mata itu dan tiga aksi liga tanpa kemenangan menyebabkan Juventus jatuh dari kedudukan kedua ke tangga ke-13, 10 mata di atas zon penyingkiran.Jurulatih Massimiliano Allegri berkira-kira untuk mendapatkan 40 mata berbaki 18 aksi setelah Juventus mengumpul 23 mata hasil daripada 20 perlawanan.“Kami perlu mendapatkan 40 mata untuk menyelamatkan diri kami. Ia mungkin akan menyebabkan anda tersenyum, tapi itulah keadaannya,” kata Allegri.Beliau berkata, Juventus perlu mempunyai objektif jelas dan bergerak dalam satu pasukan untuk berada di kedudukan liga yang lebih baik.“Ia satu objektif dan kami perlu bergerak satu langkah pada satu masa. Misi pertama mengejar pasukan ke-12 dan kemudian pasukan lain di depan kami.“Dengan melakukan ini, kami akan menang perlawanan. Ia akan mengekalkan intensiti menjelang aksi Liga Europa dan Coppa Italia,” ujar Allegri yang masih ada dua perlawanan dalam perebutan trofi pada musim ini.Juventus akan menentang Nantes dalam playoff Liga Europa dengan aksi pertama di laman sendiri pada 16 Februari sebelum menentang Inter Milan pada separuh akhir Coppa Italia pada April. | 4 | 07 Februari 2023 12:35pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244011/berita/sukan/queiroz-latih-qatar | Queiroz latih Qatar | JURULATIH berpengalaman, Carlos Queiroz dilantik sebagai pengurus Qatar sehingga tamat Piala Dunia 2026.Pelantikan pengendali berusia 69 tahun itu dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA).Kejohanan berprestij berbaki tiga tahun itu akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.Queiroz berjaya membimbing Iran layak ke final Piala Dunia 2022, namun meninggalkan pasukan itu selepas tersingkir di peringkat kumpulan.Qatar sebelum ini dibimbing pengendali dari Sepanyol, Felix Sanchez.Bagaimanapun mereka melalui kempen buruk di Piala Dunia sebagai tuan rumah apabila tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan dan hanya menjaringkan satu gol."QFA secara rasminya memutuskan untuk melantik jurulatih dari Portugal Carlos Queiroz sebagai ketua jurulatih sehingga 2026."Queiroz mempunyai banyak reputasi, pengetahuan yang hebat dan pengalaman luas dalam bola sepak Asia," ujar QFA.Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan kelima buat bekas pengurus Real Madrid itu.Queiroz pernah memimpin negara asalnya Portugal pada 2010 sebelum membawa Iran layak beraksi di Brazil, Rusia dan Qatar. | 4 | 07 Februari 2023 10:32am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244008/berita/sukan/leeds-lepaskan-marsch-selepas-setahun | Leeds lepaskan Marsch selepas setahun | MALANG nasib Jesse Marsch apabila dipecat sebagai pengurus Leeds United pada Isnin selepas gagal membantu kelab meraih kemenangan daripada tujuh aksi.Leeds berada satu tangga di atas tiga pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kalah 0-1 kepada Nottingham Forest pada Ahad"Leeds United mengesahkan ketua jurulatih, Jesse Marsch dilepaskan daripada tugasnya," kata kelab itu dalam satu kenyataan.Kekalahan kepada Forest mengundang amarah menyokong yang menggesa jurulatih berusia 49 tahun itu dipecat selepas hanya setahun di Elland Road.Dalam tempoh 24 jam permintaan mereka direalisasikan apabila pengendali dari Amerika Syarikat itu dilepaskan daripada tugasannya."Jesse menyertai kelab pada Februari 2022 dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelab itu di EPL pada hari terakhir musim lalu."Proses melantik ketua jurulatih baharu sedang berjalan," kata kenyataan itu.Marsch mengikat kontrak tiga tahun menggantikan Marcelo Bielsa, meninggalkan kelab itu di kedudukan ke-17.Leeds hanya keluar daripada zon penyingkiran berdasarkan perbezaan gol.Pelantikan Marsch untuk membimbing Leeds disambut dingin penyokong yang meraguinya kerana tiada pengalaman dalam kancah EPL.Dia sebelum itu membimbing New York Red Bulls, Red Bull Salzburg dan RB Leipzig. | 4 | 07 Februari 2023 10:12am |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244009/berita/sukan/luqman-hakim-sertai-njardvik-fc | Luqman Hakim sertai Njardvik FC | PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menyertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman.Perkara itu diumumkan Njardvik FC menerusi satu kenyataan dengan kelab liga Iceland itu telah mencapai persetujuan bersama KV Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim secara pinjaman sehingga penghujung tahun ini."Berasal dari Malaysia, Luqman adalah pemain penyerang yang mempunyai dua penampilan untuk pasukan kebangsaan Malaysia, serta penampilan junior yang tidak terkira banyaknya."Luqman yang berusia 20 tahun turut berada dalam senarai The Guardian daripada 60 pemain paling berpotensi di dunia pada 2019."Luqman dibeli KV Kortrijk dan telah membuat dua penampilan untuk kelab itu dalam Liga Perdana Belgium. Selain itu, dia pernah bermain untuk pasukan bawah 21 tahun dan pasukan simpanan kelab," kata kenyataan itu pada Selasa.Pemain dari Kota Bharu itu sebelum ini mencipta sensasi apabila menandatangani kontrak profesional bersama Kortrijk pada 2020 sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di Belgium.Luqman Hakim membuat penampilan senior pertamanya untuk Kortrijk pada 24 Oktober 2020 ketika menentang Anderlecht selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74. | 4 | 07 Februari 2023 10:05am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/243994/berita/sukan/pjs-sahkan-mastaf-bubar-secara-rasmi | PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi | PEJABAT Pesuruhjaya Sukan mengesahkan bahawa Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof berkata, pihaknya telah memaklumkan status itu kepada badan induk tersebut menerusi satu notis hujung bulan lalu.“Berdasarkan kepada Perkara 9 Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Pendaftaran Badan Sukan) 1998, permohonan pembatalan pendaftaran melalui pembubaran bertarikh 27 Januari 2023 adalah diluluskan.“Dengan ini Malaysia Sepaktakraw Federation dengan nombor pendaftaran K-SGR-11462 adalah dibatalkan berkuat kuasa pada tarikh pemberitahuan berkenaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sukan Sinar sebelum ini melaporkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah menerima permohonan daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi ahli gabungan tersebut.Namun, Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan, permohonan PSM masih belum diproses daripada badan induk sepak takraw Asia tersebut.“Ya, kami sudah menerima permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan Astaf pada 22 Disember lalu, namun sehingga kini ia masih belum dapat diproses oleh jawatankuasa kami.“Ini kerana Mastaf masih ahli gabungan Astaf. Permohonan PSM hanya dapat diproses apabila Mastaf dibubarkan secara sah dan pembubaran itu disahkan PJS serta Kementerian Belia dan Sukan,” ujarnya. | 4 | 07 Februari 2023 08:10am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/243990/berita/sukan/still-pacu-pasukan-guna-football-manager | Still pacu pasukan guna Football Manager | WILLIAM Still menyifatkan permainan Football Manager membantu mengasah kemahirannya sebagai pengendali pasukan liga utama Eropah.Pengendali kelahiran Belgium berusia 30 tahun itu sebelum ini dinaikkan pangkat pengurus kelab Ligue 1 Perancis, Stade de Reims, selepas menampilkan prestasi menakjubkan bersama kelab tersebut.Reims menyisihkan diri dari zon penyingkiran ke tempat ke-11 selepas beberapa siri kemenangan di bawah bimbingan Still.Les Rouges et Blancs kini berada di kedudukan ke-10, mengumpul 30 mata hasil enam kemenangan, 12 seri dan empat kekalahan selepas mengharungi 22 perlawanan.Dalam temu bual baru-baru ini, Still berkata bahawa bermain Football Manager secara obsesif semasa kecil membantunya memperoleh kejayaan pada ketika ini.“Saya terpaku padanya (Football Manager) sebagai seorang kanak-kanak, dan bermain permainan itu menyalakan semangat dalam diri saya sebagai jurulatih."Saya teruja dengannya semasa membesar. Saya dan abang memainkannya tanpa henti - kami tidak dibenarkan bermain PlayStation, jadi kami bermain Football Manager di komputer keluarga.“Kami mula bina skuad, memilih pasukan, mengatur latihan, memastikan pasukan menuju ke arah yang betul semua butirannya. Tiada yang lebih baik daripada itu, walaupun sekadar maya!" katanya.Still terus menggunakan Football Manager semasa menjadi pengendali kelab Liga Belgium, Sint-Truiden.“Walaupun saya ketua jurulatih pasukan profesional, saya juga masih mencuba perkara dalam Football Manager.“Saya tidak pernah menganggap bahawa Football Manager mempunyai pengaruh terhadap kerjaya saya, namun sebaliknya yang berlaku pada ketika ini.“Saya masih ingat ketika di Sint-Truiden, saya cuba juga memenangi liga bersama mereka dengan permainan ini,” katanya yang kini tidak mempunyai banyak masa bermain Football Manager seperti dulu. | 4 | 07 Februari 2023 07:10am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243956/berita/sukan/gempa-bumi-di-turkiye-tak-jejas-aksi-pramusim-kedah | Gempa bumi di Turkiye tak jejas aksi pramusim Kedah | AKSI pramusim skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Turkiye akan diteruskan mengikut jadual ketika negara itu digegarkan dengan bencana gempa bumi awal pagi Isnin.Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali memberitahu, soal keselamatan menjadi keutamaan dan perjalanan delegasi KDA FC ke Eropah dalam siri jelajah pramusim berjalan lancar.Katanya, lokasi bencana dengan pusat latihan Sang Kenari terletak jauh dan para pemain serta pegawai pasukan berada dalam keadaan selamat."Kejadian gempa bumi di Turki adalah di zon yang berbeza dan tidak mengakibatkan jadual pasukan terjejas."Empat perlawanan persahabatan akan berlangsung di Limak Arcadia Sports Center diteruskan seperti perancangan awal," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pasukan pada Isnin.Cuaca sejuk di Turkiye mencecah 7 darjah celcius. - FB Kedah FC Khamal Idris turut memohon doa buat mangsa kejadian agar diberi perlindungan oleh ALLAH."Pihak pengurusan bersyukur dan mendoakan semuanya dalam lindungan Ilahi dan mangsa terlibat dengan kejadian tersebut selamat dan dipermudahkan semua urusan."Terima kasih dari kami di bumi Turki, teruskan sokongan, doa semuanya selamat dan ikuti perkembangan semasa pasukan Sang Kenari di saluran rasmi kelab," katanya.Sepanjang 10 hari di Antalya, skuad kendalian Nafuzi Zain akan mengadakan empat aksi persahabatan.Aksi pertama menentang FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari, disusuli FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari), FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan FC Metalist Kharkiv dari Ukraine (14 Februari).Berdasarkan laporan media antarabangsa, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Tenggara Turki yang bersempadan dengan Syria awal pagi Isnin. | 4 | 06 Februari 2023 06:09pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243913/berita/sukan/dua-jurulatih-kelantan-united-berguru-di-eropah | Dua jurulatih Kelantan United berguru di Eropah | SKUAD Kelantan United enggan menoleh ke belakang bagi mempersiapkan pasukan yang mantap untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) apabila menghantar dua penolong jurulatih berguru di Eropah.Tengku Hazman Raja Hassan dan Nazrulerwan Makmor akan berkelana ke Hungary dan Croatia selama tiga minggu untuk mendapatkan lesen kejurulatihan Diploma Pro AFC.Pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sudah pasti akan diterjemahkan untuk membantu jurulatih, Tomas Trucha merangka taktikal ampuh bagi mengharungi aksi Liga Super musim 2023."Mereka bertolak ke Eropah malam tadi (Ahad) dan dijangka berada di Crotia serta Hungary selama tiga minggu."Ia sebahagian daripada rangka tugasan mereka untuk mendapatkan lesen kejurulatihan Diploma Pro AFC," ujar Kelantan United dalam catatan di Facebook pada Isnin.Tengku Hazman dan Nazrulerwan dijangka pulang ke tanah air pada 25 Februari.Ia membolehkan mereka untuk menyertai barisan kejurulatihan Kelantan United bagi menempuh perlawanan pertama Liga Super menentang Selangor FC yang diadakan sehari selepas itu."Pihak Kelantan United FC mendoakan agar urusan mereka di sana dipermudahkan oleh-NYA."Selamat berjaya Nazrulerwan dan Tengku Hazman," ujar Kelantan United. | 4 | 06 Februari 2023 02:33pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243909/berita/sukan/isu-indra-ganggu-fokus-zii-jia | Isu Indra ganggu fokus Zii Jia | PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara,Lee Zii Jia hanya mahu fokus dalam mencapai tahap prestasi terbaik, biarpun dikhabarkan bekas jurulatihnya Indra Wijaya mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan melanggar kontrak.Pemain nombor empat dunia itu juga bingung apabila mengetahui mengenai perkara tersebut setelah kedua-duanya berpisah secara baik November tahun lepas.Beliau berkata, perkara itu yang mengganggu tumpuannya, kini diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan susulan."Apa yang saya boleh cakap ialah saya rasa apa yang saya buat mungkin kadang-kadang sangat salah, kadang-kadang sangat betul. Apa yang sudah jadi saya tidak boleh ubah tetapi yang saya tahu kami berpisah secara baik."Saya pun tak nak komen terlalu banyak sebab komen banyak (nanti) salah banyak, nanti berita pun banyak, saya tidak mahu,” katanya ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada IsninKem latihan pusat itu sebagai persiapan skuad negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.Mengulas lanjut, Zii Jia yang merupakan juara Asia 2022 mengakui terganggu dengan situasi yang dilaluinya ketika beliau sedang memberikan tumpuan untuk membantu skuad negara di BAMTC."Saya pun orang, saya ada perasaan dan saya cuba sebaik mungkin untuk selesaikan perkara ini tetapi ia masih berlarutan jadi sudah tentu sedikit kecewa. Tapi saya tahu ini satu ujian tuhan bagi pada saya, ini ialah proses,” kata pemain berusia 24 tahun itu.Dalam pada itu, pengurusnya yang juga kakak kepada juara All England 2021 itu, Lee Zii Yii mengesahkan peguam mereka telah menerima surat daripada peguam Indra."Saya tidak pasti apa isi kandungan surat itu. Kami tidak mahu isu ini berpanjangan dan menjadi lebih buruk, biar peguam yang uruskan,” katanya.Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan, difahamkan Indra yang juga bekas bintang Indonesia dan mula melatih Zii Jia pada Februari tahun lepas, mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas anak buahnya atas dakwaan melanggar kontrak.Sementara itu, mengulas mengenai prestasinya, Zii Jia berkata, beliau dalam proses mendapatkan semula keyakinannya selepas tampil dengan aksi tidak menyakinkan awal tahun ini."(Di Dubai) terpulang pada jurulatih nak bagi saya main atau tidak, kalau dipanggil saya bersedia untuk berlawan,” katanya.Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah. - Bernama | 4 | 06 Februari 2023 02:12pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243898/berita/sukan/potensi-kuala-perlis-jadi-hab-sukan-permotoran | Potensi Kuala Perlis jadi hab sukan permotoran | DAERAH Kuala Perlis bakal dibangunkan sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah.Beliau berkata, usaha itu sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan yang ingin memberi galakan kepada anak muda untuk terlibat dalam sukan itu.“Kita mempelawa mana-mana penganjur yang berminat memilih Kuala Perlis sebagai tapak penganjuran sukan permotoran kerana kita ingin tarik lebih ramai pengunjung ke sini.“Penganjuran sukan itu juga mampu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk setempat yang sebahagian besarnya terdiri daripada keluarga nelayan,” katanya di Kuala Perlis pada Isnin.Menurut Abu Bakar kerajaan negeri juga bersedia mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadikan Kuala Perlis sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak sekali gus menyediakan tempat bagi membantu penganjur.Beliau berkata setakat ini sambutan yang diterima daripada penganjur amat menggalakkan selepas Pertandingan 4X4 di Pulau Ketam pada 4 Februari lalu.“Selepas ini akan ada satu lagi kejohanan sukan permotoran iaitu kejohanan motocross pada Mac ini.“Penduduk Kuala Perlis mula berminat dengan sukan ini dan Insya-ALLAH saya berharap pada masa akan datang kita dapat mencungkil bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa,” katanya. - Bernama | 4 | 06 Februari 2023 01:41pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243895/berita/sukan/pencapaian-kane-membanggakan---conte | Pencapaian Kane membanggakan - Conte | ANTONIO Conte bangga dengan pencapaian penyerang sensasi, Harry Kane kerana menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham Hotspur menerusi rekod 267 jaringan.Menariknya gol itu diraih ketika Spurs menewaskan Manchester City 1-0 yang dalam misi merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal.Conte mengucapkan tahniah kepada Kane menerusi panggilan telefon memandangkan jurulatih itu menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan pundi hempedu di Itali.Tempat Conte diambil alih oleh penolong jurulatih, Cristian Stellini.Kane meledak gol tersebut pada separuh masa pertama menyaksikan kapten England itu meledak 267 gol untuk Spurs, melepasi rekod yang dipegang oleh mendiang Jimmy Greaves.“Anda membuatkan saya bangga,” ujar Conte menerusi panggilan video dari bilik persalinan pemain.Conte juga memberitahu proses pemulihannya berjalan baik dan semakin sihat selepas menjalani pembedahan Rabu lalu.Pengurus itu turut memuat naik ucapan tahniah di Instagram kepada pasukannya di atas kemenangan tersebut.“Sentiasa bersama anda, walaupun dari jauh.“Bangga dengan seluruh pasukan,” tulis Conte di Instagram.Kemenangan tersebut meletakkan Spurs di kedudukan kelima EPL dengan 39 mata ketinggalan satu mata berbanding Newcastle. | 4 | 06 Februari 2023 01:26pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243883/berita/sukan/barca-enggan-selesa-di-puncak | Barca enggan selesa di puncak | BARCELONA enggan berasa selesa dengan kelebihan lapan mata mengatasi pencabar terdekat, Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan La Liga sejak kali terakhir memenanginya pada 2019.Skuad bimbingan Xavi Hernandez itu meraih tiga mata berharga selepas mengatasi Sevilla 3-0, pada awal pagi Isnin.The Catalan memanfaatkan kekalahan Real Madrid yang tewas 1-0 kepada Real Mallorca pada Ahad.Xavi bagaimanapun enggan 'cair' dengan kejayaan itu, sebaliknya menggesa anak buahnya untuk memastikan jurang itu kekal."Real Madrid masih pasukan pilihan kerana mereka adalah juara bertahan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah."Saya tahu mereka akan terus bersaing hingga ke akhir. Ada sejarah kebangkitan, kita tidak boleh biarkan ia berlaku," ujar Xavi.Pada aksi itu, Jordi Alba memecah kebuntuan gol pada separuh masa kedua, dengan Gavi dan Raphina turut mencatat nama selaku penjaring.Kemenangan itu adalah yang ke-10 daripada 11 perlawanan liga, manakala Barca juga belum tewas dalam 15 aksi di semua pertandingan.Barca hanya melepaskan tujuh gol dalam kempen La Liga musim ini dan perlawanan ke-15 tanpa dibolosi. | 4 | 06 Februari 2023 11:45am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243871/berita/sukan/kekalahan-city-ubah-impian-guardiola | Kekalahan City ubah impian Guardiola | KEKALAHAN 0-1 Manchester City kepada Tottenham Hotspur mengubah impian Pep Guardiola dalam pemburuan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).Jurulatih berusia 52 tahun itu enggan lagi memikirkan kejuaraan sebaliknya hanya mahu fokus baki saingan musim ini."Kami tidak berada di kedudukan mempertimbangkan untuk menjadi juara. Kami hanya boleh memikirkan aksi seterusnya," katanya.Penyerang sensasi, Harry Kane mencetak namanya selaku penjaring terbanyak Spurs menerusi gol tunggal perlawanan itu.Kemenangan Spurs memberi tamparan hebat kepada City untuk mengekalkan kejuaraan, sebaliknya memberi kelebihan kepada pencabar utama, Arsenal.Sehari selepas The Gunners tewas kepada Everton, City gagal memanfaatkan peluang itu untuk menghambat anak buah Mikel Arteta yang mendahului lima mata dan satu aksi di dalam tangan."Spurs memiliki sebuah pasukan yang hebat dan mereka menghukum kami. Mereka mempunyai kualiti di barisan hadapan."Kami bermula dengan baik tetapi akibat kesilapan, mereka menghukum kami."Ketika ketinggalan 0-1, ia sudah jadi berbeza. Ia bukan mudah. Kami kehilangan tiga mata," ujar Guardiola.Ia adalah kekalahan kelima pelawat di Stadium Tottenham Hotspur yang masih buntu menemui sentuhan kemenangan."Keadaan akan berubah, tetapi pelik kami tidak mampu menghasilkan sebarang gol."Sukar untuk beri penjelasan. Kami ada peluang, membuat umpanan menarik tetapi kurang berbisa di depan gol," kata Guardiola. | 4 | 06 Februari 2023 09:58am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/243862/berita/sukan/zii-jia-perlu-diselamatkan | Zii Jia perlu diselamatkan | PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia disaran untuk mendapatkan khidmat jurulatih dengan segera bagi mengembalikan semula prestasi ke tahap sebenar.Pakar psikologi, Profesor Dr Salleh Abd Rashid berkata, sekiranya situasi membelenggu pemain nombor empat dunia itu berterusan, dibimbangi tidak hanya memberi kesan kepada dirinya tetapi juga negara.“Berilmu tanpa guru, sesat. Bermain hanya berdasarkan rasa pada diri tanpa asuhan kemahiran yang betul dan yang diperlukan tidak akan berganjak prestasi.“Keputusan dalam tiga kejohanan yang disertai jelas membuktikan tiada apa yang perlu diraikan sebaliknya dia perlu diselamatkan segera.“Sejujurnya peningkatan prestasi dalam setiap kejohanan itu lebih penting sebelum memasuki fasa Sukan Olimpik itu sendiri,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Terdahulu, bekas pemain negara, Datuk Rashid Sidek berkata, Zii Jia memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak untuk dia kembali bangkit selepas mengalami permulaan musim 2023 yang mengecewakan.Malah, beberapa individu termasuk bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj sebelum ini juga menasihati Zii Jia untuk segera mengambil jurulatih.Pada masa sama, bekas pemain negara, Roslin Hashim turut menyatakan kesediaannya untuk menjadi jurulatih Zii Jia jika pemain kelahiran Alor Setar itu memerlukan khidmatnya.Sementara itu, Salleh berkata, bertindak sendiri tanpa asuhan dan bimbingan jurulatih akan mengakibatkan banyak tindakan hanya berdasarkan kepada intuitif atau rasa hati.“Kekurangan kemahiran itu juga akan menyebabkan pemain hilang punca dan kecewa. Akhirnya ia membawa kepada kecelaruan dan resah yang akan merudumkan prestasi,” jelas beliau.Salleh juga berpandangan, kini merupakan tempoh masa terbaik untuk Zii Jia mendapatkan khidmat jurulatih sebelum kembali menyahut cabaran di pentas antarabangsa.“Pesan saya, dapatkan jurulatih. Bukan saja jurulatih fizikal, teknikal dan taktikal tapi lebih kepada seorang jurulatih mental bertauliah yang boleh membentuk kekuatan mental bagi kembali semula ke prestasi sebenar.“Bukan saya mahu menidakkan bantuan bekas pemain bergelar jurulatih, namun Zii Jia juga perlu mendapatkan khidmat jurulatih yang berpengalaman dalam membimbing aspek daya tahan latihan mental,” katanya. | 4 | 06 Februari 2023 08:40am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/243859/berita/sukan/skuad-projek-lelaki-negara-teruja-singkap-mhl-2023 | Skuad projek lelaki negara teruja singkap MHL 2023 | SKUAD projek lelaki negara tekad menjadikan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 yang bermula 9 Februari ini, pentas meraih pengalaman sebelum menghadapi kempen Piala Dunia Remaja 2023 pada Disember depan.Pengendalinya, Muhamad Amin Rahim berkata, barisan 20 pemain yang menamatkan siri jelajah di Australia cukup teruja membuktikan keupayaan Young Tigers pada saingan MHL kali ini.“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen dalam kalangan setiap pemain sepanjang siri jelajah di Perth baru-baru ini.“Semua pemain telah diberikan peluang beraksi dalam enam perlawanan di sana dan mereka memanfaatkan peluang berdepan lawan yang fizikal dan stamina jauh berbeza.“Walaupun saya berpuas hati, masih terdapat beberapa elemen penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan pasukan lebih kompetitif sebelum Piala Dunia nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Malaysia mengakhiri siri jelajah selama dua minggu di Perth dengan rekod lima kemenangan daripada enam aksi persahabatan.Dalam pada itu, Muhamad Amin berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam pemilihan pemain untuk saingan MHL 2023 yang dijangka disertai 14 pasukan.Beliau menegaskan, setiap pemain perlu membuktikan keupayaan masing-masing bagi membolehkan mereka terpilih dalam setiap perlawanan.“Format pertandingan membenarkan pendaftaran 22 pemain. Kami akan bawa 20 pemain, namun hanya 18 pemain didaftar sebelum setiap perlawanan.“Jadi saya mahu para pemain menggunakan peluang bersaing secara sihat untuk merebut slot sebelum hari perlawanan,” ujarnya. | 4 | 06 Februari 2023 08:05am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243866/berita/sukan/psg-harap-messi-kekal | PSG harap Messi kekal | PARIS Saint-Germain (PSG) berharap pemain bintang, Lionel Messi kekal beraksi di Perancis setelah menyertai juara Ligue 1 itu sejak 2021.Penasihat PSG, Luis Campos 'gembira' sekiranya bintang Argentina itu bersetuju untuk melanjutkan kontraknya setelah dua tahun bersama pasukan."Kami sedang memperkatakannya. Ia tidak boleh disembunyikan. Saya mahu dia kekal bersama kami," katanya.Pemenang Ballon D'Or tujuh kali itu mencapai impian utamanya untuk memenangi Piala Dunia di Qatar pada Disember dan mengekalkan prestasi yang baik sekembalinya ke Perancis.Pemain berusia 35 tahun itu membantu PSG menewaskan Montpelliern 3-1.Dia turut menjaringkan gol ke-10 Ligue 1 musim ini ketika PSG menewaskan Toulouse 2-1 tanpa khidmat Kylian Mbappe dan Neymar yang mengalami kecederaan.Messi menyertai PSG pada 2021 dari Barcelona menerusi kontrak dua tahun, dengan pilihan untuk memperbaharuinya setahun lagi."Saya sangat gembira jika dia berbuat demikian (kekal di PSG)."Apa yang kami perkatakan ketika ini adalah untuk cuba mencapai matlamat Leo (Messi) kekal bersama kami," ujar Campos. | 4 | 06 Februari 2023 07:56am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/243848/berita/sukan/sabah-mahu-tambah-pemain-import-lagi | Sabah mahu tambah pemain import lagi | PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee akan mencadangkan penambahan beberapa slot tambahan pemain import untuk mengisi kekosongan menjelang Liga Malaysia (Liga-M) 2023 ini.Katanya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan Sabah FC untuk memohon kelulusan bagi menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.“Kita akan serahkan kepada kebijaksanaan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan kelulusan berkaitan kuota yang lebih.“Tetapi ini semua bergantung kepada keperluan serta kelulusan nanti apabila kita balik dari Bangkok. Kemungkinan kita perlukan seorang atau pun dua orang lagi pemain bagi memberi keseimbangan pada setiap posisi yang kita ada,” katanya pada Ahad.Ketika mengulas mengenai kesebelasan utama Kim Swee berkata, secara keseluruhan masih lagi terlalu awal untuk mengenal pasti kesebelasan utama dalam pasukan Sabah FC.“Tetapi dengan apa yang kita akan lalui pada musim ini terutamanya banyak perlawanan liga, Piala Malaysia, Piala FA serta termasuk Piala AFC.“Saya jangkakan kita harus mempunyai bukan sahaja kesebelasan utama tetapi kesemua pemain yang kita daftarkan boleh bermain pada bila-bila masa nanti,” katanya.Mengulas mengenai perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini, Kim Swee berkata, ia seperti dalam perancangan serta semua pemain diberikan peluang untuk beraksi baik pemain tempatan yang baharu mahupun pemain import.“Apa yang penting di sini kita dapat menilai dari segi kekuatan serta kelemahan kita apabila mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum musim bermula.“Ini adalah untuk memastikan kita mengenal pasti segala kelebihan serta kekurangan yang perlu kita perbaiki dalam tempoh terdekat,” katanya. | 4 | 05 Februari 2023 10:04pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243846/berita/sukan/perak-tidak-patut-tewas-jaringan-besar | Perak tidak patut tewas jaringan besar | PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim tetap berterima kasih kepada barisan pemainnya walaupun tidak dapat menerima kekalahan 0-3 pasukan itu di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023.Teong Kim merasakan Perak tidak sepatutnya tewas dengan jumlah jaringan yang besar selepas melihat anak buahnya menampilkan persembahan memuaskan untuk menyaingi KL City pada pertembungan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.“Kalau orang tak tengok perlawanan dan (hanya) tengok keputusan sahaja mereka akan fikir ia kemenangan yang mudah untuk KL City.“Sangat kecewa dengan keputusan tetapi tidak dengan cara kita bermain, namun pada akhirnya bola sepak ialah tentang keputusan.“Sudah tentu saya kecewa, bukan kecewa kerana cara kita bermain, (tetapi) kecewa kerana jaringan itu terlampau (besar) tidak sepatutnya sampai 3-0 dan ia menampakkan pasukan kita lemah sangat,” katanya pada sidang media selepas aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 di Cheras.Bagaimanapun, Teong Kim tidak panik sebaliknya komited dalam membentuk skuad terbaik bagi menjadikan Perak sebagai pasukan yang mampu memberikan saingan dalam Liga Super musim ini.“Saya perlu beri mereka masa untuk menjadi pemain yang lebih matang kerana kematangan seseorang pemain tidak boleh dipaksa...ini ialah proses dan terpulang kepada kebijaksanaan pemain, saya tak boleh paksa kerana manusia kalau paksa akan rosak.“Kita perlu bersabar supaya mereka akan belajar daripada kesalahan, cara permainan (semalam) memang bagus tetapi kita nak menang bukan sekadar main cantik saja,” katanya.Kekalahan semalam merupakan yang kedua berturut-turut buat Perak dalam tempoh pramusim ini selepas tewas 0-1 kepada Penang FC, bulan lepas.Perak yang kembali ke dalam saingan Liga Super, membuka kempen musim ini menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Perak, Ipoh pada 25 Februari ini. | 4 | 05 Februari 2023 09:02pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/243844/berita/sukan/tang-jie-ee-wei-sambar-gelaran-sulung | Tang Jie-Ee Wei sambar gelaran sulung | GANDINGAN Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka mampu memegang status selaku beregu badminton campuran nombor satu negara apabila muncul juara Cabaran Antarabangsa Iran 2023.Dalam aksi final yang berlangsung di Dewan Afrasiabi, Tehran pada Ahad, Tang Jie-Ee Wei menewaskan rakan senegara mereka, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing 21-19, 21-15.Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menebus kekecewaan mereka selepas tumbang di tangan Pang Ron-Mei Xing pada aksi final Cabaran Antarabangsa Malaysia, Disember tahun lalu.Malah, lebih membanggakan apabila gandingan yang baru dibentuk kira-kira tiga bulan lalu itu berjaya merangkul kejuaraan pertama mereka pada musim ini.Kejayaan itu juga pastinya membakar semangat Tang Jie-Ee Wei bagi menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.Dalam pada itu, Mei Xing dan pasangannya, Go Pei Kee terlepas peluang muncul juara acara beregu wanita apabila tewas 22-20, 16-21, 17-21 kepada wakil Indonesia, Jesita Miantoro-Febi Setianingrum.Biarpun gagal merangkul kejuaraan, Mei Xing-Pei Kee masih boleh berbangga dengan pencapaian di Tehran memandangkan mereka turut baru digandingkan dalam acara tersebut. | 4 | 05 Februari 2023 08:37pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/243840/berita/sukan/kelantan-united-sambar-penyerang-filipina | Kelantan United sambar penyerang Filipina | PENYERANG skuad Filipina, Jose Elmer Porteria bakal memperkuatkan skuad Kelantan United FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan berkenaan.Ketua Pegawai Operasi Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman berkata, pemain berusia 28 tahun itu mengisi kuota pemain ASEAN yang disyaratkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).“Porteria merupakan pemain import keempat skuad Kijang Hijau pada musim ini. Tiga lagi adalah Ernist Batyrknov (Kyrgyzstan), Yan Victor (Brazil) dan Morgaro Gomis (Senegal),”katanya dalam kenyataan pada Ahad.Wan Mohd Zul berkata, pemain yang memulakan karier bersama kelab di Amerika Syarikat, DC United itu berkebolehan beraksi di posisi sayap kiri dan kanan.Katanya, pemilihan Porteria berdasarkan kepada prestasi dan rekod permainan dengan beraksi lebih 90 perlawanan di Liga Filipina, Liga Thailand, Piala AFC dan Liga Juara Asia.“Dia menjaringkan lebih 40 gol dan 22 bantuan gol serta masih menjadi pilihan skuad kebangsaan Filipina sejak 2012.“Pengalaman dan kemampuan pemain ini tidak perlu dipertikaikan lagi namun perlu mencari keserasian bersama rakan sepasukan dengan segera,” katanya. | 4 | 05 Februari 2023 08:05pm |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/243831/berita/sukan/nafuzi-belum-dapat-kesebelasan-terbaik-kedah | Nafuzi belum dapat kesebelasan terbaik Kedah | KEDAH Darul Aman (KDA) FC masih belum memperoleh kesebelasan terbaiknya bagi menghadapi saingan sebenar Liga Malaysia (Liga-M) 2023 biarpun telah mengharungi beberapa perlawanan pada pra musim ini.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, pasukan kejurulatihan Sang Kenari masih lagi memberikan semua pemain masa untuk menyesuaikan diri di antara satu sama lain bagi membentuk keserasian terbaik.Menurutnya, daripada sudut komitmen pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan, semua pemain menunjukkan kesungguhan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dan beliau berpuas hati dengan kesungguhan yang diberikan."Bukan masih lagi pasukan Kedah yang sebenar (yang diharapkan). Saya pernah melalui bagaimana kita pernah cemerlang semasa aksi persahabatan tapi sebaliknya berlaku apabila liga sebenar bermula."Keputusan dan pasukan yang diturunkan pada aksi persahabatan bukan gambaran sebenar. Banyak lagi kelemahan daripada segi pemain untuk mengikuti sistem dan cara saya," katanya ketika sidang akhbar pada Ahad.Beliau berkata demikian semasa ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar sebelum bersama pasukannya berlepas ke Turkiye bagi aksi empat persahabatan di sana.Jelajah pra musim 2023 itu menyaksikan pasukan itu akan bertemu empat kelab yang bermain di Liga Perdana Uzbekistan, Liga Perdana Kazakhstan dan Liga Perdana Ukraine.Tambah Nafuzi, tiada sasaran diletakkan pada setiap kejohanan yang disertai mereka seperti Piala Harapan 2023 sebelum ini membabitkan empat pasukan iaitu KDA FC, Penang FC, Selangor FC dan Geylang FC dari Singapura kerana lebih memfokuskan kepada taktikal dan membina keserasian semua pemainnya."Sasaran pra musim 2023 di Turkiye, kita fokus daripada segi persefahaman pemain tentang sistem dan taktikal pasukan agar pemain faham dan kita tahu mana-mana pemain yang baharu memang perlukan sedikit masa untuk serasi."Aksi Piala Harapan pula hanya persahabatan yang diadakan secara kejohanan kerana kita tidak mensasarkan apa-apa, yang penting untuk persediaan pemain dan pasukan kerana keputusan di kejohanan tidak menentukan apa yang akan berlaku pada pentas yang sebenar," ujar beliau lagi.Pada pentas Piala Harapan 2023, KDA FC meraih tempat ketiga selepas mengatasi Geylang FC 2-1 manakala Penang FC muncul juara selepas menewaskan Selangor FC 2-1.Mengulas mengenai calon ketua pasukan Sang Kenari menjelang aksi sebenar Liga M, Nafuzi menjelaskan, beliau sudahpun mempunyai beberapa nama dan bakal dimuktamadkan kelak."Apabila menjelang perlawanan yang sebenar kami akan umumkan siapa kapten pasukan secara rasmi. Bayangan pemain mana sudah ada tetapi biarlah rahsia," kata Nafuzi. | 4 | 05 Februari 2023 06:01pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243826/berita/sukan/kl-city-perlu-lebih-masa-capai-keserasian---hodak | KL City perlu lebih masa capai keserasian - Hodak | KETUA jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam Sabtu.Hodak berkata, KL City, yang dibarisi beberapa muka baharu memerlukan lebih banyak perlawanan untuk ke tahap itu bagi menghadapi cabaran getir pada saingan Liga Super yang akan membuka tirai pada hujung Februari."Untuk semua pihak, mereka memerlukan perlawanan untuk mendapat keserasian, seperti di pejabat jika anda bekerja di satu pejabat (selama) 10 tahun, anda akan memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, jika anda bekerja satu atau dua bulan anda tidak akan memahaminya, perkara ini sama seperti dalam bola sepak."Kami berada pada tahap 60 peratus (persediaan), jadi saya 60 peratus gembira,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.Pada pertembungan malam Sabtu, KL City menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan buat kali kedua selepas menewaskan Perak FC 3-0.Kemenangan itu menebus kekalahan mereka kepada Negeri Sembilan tahun lepas, setelah menjuarai edisi sulung pada 2021.Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Hodak berkata, keputusan itu dilihat baik buat pasukannya kerana gawangnya tidak bolos, namun beliau mengakui terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki anak buahnya pada perlawanan akan datang."Saya rasa bahagian tengah kita tidak cukup ketat dan kita perlu mengubahnya, serangan, penyudah dan hantaran akhir boleh menjadi lebih baik,” katanya.Kemenangan malam tadi bagaimanapun memberikan KL City kemenangan pertama dalam tempoh pramusim selepas mencatat keputusan seri menentang Terengganu FC dan Kelantan United FC bulan lepas.KL City akan memulakan kempen Liga Super bertemu Penang FC di sini pada 25 Februari nanti. - Bernama | 4 | 05 Februari 2023 04:18pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/243796/berita/sukan/caion-tekad-lebih-tajam | Caion tekad lebih tajam | PENYERANG baharu, Kuala Lumpur (KL) City FC, Herlison Caion berazam untuk lebih berbisa di depan gawang dalam musim keduanya di Liga Malaysia (Liga-M) selepas meledak 24 gol musim lalu.Beliau berkata, skuad warga kota itu mempunyai ramai pemain berpengalaman yang mampu membantunya merealisasikan impian tersebut.“Sudah tentu sebagai penyerang saya mahu buat lebih baik daripada musim lepas dan jaringkan lebih banyak gol.“Di sini saya mempunyai rakan-rakan yang berpengalaman seperti Tchetche Kipre, Romel Morales dan Paulo Josue yang mampu membantu saya,” ujarnya.Caion ditemui media selepas membantu KL City menewaskan Perak FC 3-0 dalam saingan Piala Menteri Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada Sabtu.Caion bagaimanapun mengakui harus memperbaiki corak permainannya dan menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan sepasukan yang baharu.“Rakan-rakan banyak membantu untuk saya menyesuaikan diri dengan pasukan dan memberi keyakinan diri.“Saya mahu membuktikan sesuatu kepada para penyokong, jurulatih dan rakan sepasukan pada musim pertama bersama KL City,” katanya.Beliau turut menganggap Bojan Hodak sebagai seorang jurulatih yang mementingkan disiplin dan sering menekan pemain untuk menjadi lebih baik.“Beliau sangat mementingkan disiplin. Dalam sesi latihan beliau akan tekan kami dan anda dapat lihat pada perlawanan malam ini (Sabtu) hasilnya.“Kami ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan, saya percaya kami mampu tingkatkan lagi tahap permainan kami,” katanya. | 4 | 05 Februari 2023 02:06pm |