author_name
stringclasses 77
values | article_url
stringlengths 71
524
| article_title
stringlengths 14
86
| article_text
stringlengths 242
35.4k
| reading_time
stringclasses 1
value | article_dt
stringlengths 19
25
|
---|---|---|---|---|---|
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245909/berita/sukan/arsenal-cemas-sebelum-menang | Arsenal cemas sebelum menang | ARSENAL kembali ke landasan terbaik untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah kali terakhir memenanginya 19 tahun lalu.The Gunners yang dilatih Mikel Arteta merampas carta liga selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-2 di Aston Villa manakala Manchester City seri 1-1 di Nottingham Forest.Hanya tiga hari selepas menyerahkan kedudukan teratas buat pertama kali setelah kalah 3-1 kepada City, Arsenal bangkit dalam kelas tersendiri untuk kembali dua mata di depan juara bertahan itu."Kami kembali dengan lebih rasa percaya berbanding sebelum ini kerana anda sudah menukar persembahan kepada keputusan yang lebih baik," ujar Arteta.Dalam aksi di Villa Park itu, The Gunners berdepan detik cemas sebelum menang dalam usaha mereka meraih gelaran pertama sejak 2004.Mereka hampir terlepas tiga mata berharga ketika perlawanan berbaki satu minit pada masa sebenar permainan.Arsenal dua kali ketinggalan hasil jaringan Ollie Watkins dan Philippe Coutinho, namun Bukayo Saka dan Oleksandr Zinchenko kembali menyamakan kedudukan.Dalam masa tambahan, The Gunners mendapat 'ihsan' daripada bekas penjaga gol mereka apabila bola terkena Emiliano Martinez.Bola kemudian masuk ke gawang sendiri secara tidak sengaja selepas sepakan Jorginho terkena palang.Gabriel Martinelli melengkapkan kemenangan Arsenal apabila menyepak ke gawang yang ditinggalkan kosong selepas Martinez terperangkap di atas setelah sepakan penjuru Villa."Pasukan menunjukkan kualiti yang beremosi yang amat kami perlukan. Saya sangat gembira," ujar Arteta. | 4 | 19 Februari 2023 10:24am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245908/berita/sukan/atsu-dikenang-seorang-pemain-baik | Atsu dikenang seorang pemain baik | KEMATIAN bekas pemain Newcastle, Christian Atsu yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria disifatkan sebagai satu kehilangan besar oleh bekas pengurusnya.Penemuan Atsu diumum di Twitter oleh ejennya Nana Sechere yang berkata, mayat pemain itu ditemui 12 hari selepas bencana tersebut yang telah meragut lebih 40,000 nyawa.Bekas pengurus Newcastle, Rafael Benitez, yang menghabiskan masa lebih tiga tahun di St James’ Park dari 2016 sehingga 2019, berkata dia telah berhubung dengan bekas pemainnya bulan lalu.“Saya berhubung dengannya bulan lalu. Kami berkongsi beberapa mesej - sangat sukar untuk saya nyatakannya.“Kita perlu mengingati Kristian (Atsu). Sangat sedih. Ia sangat menyedihkan kerana dia seorang yang baik."Seorang yang istimewa dan semua orang sentiasa mengingatinya. Anda boleh melihat gambar-gambarnya, sentiasa dengan senyuman," ujar Benitez.Dalam pada itu, bos Newcastle Eddie Howe berkata, sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di halaman sendiri menentang Liverpool pada Ahad, fikiran dan doanya adalah bersama Atsu."Kami menganggapnya sebagai tragedi. Memberikan dia fikiran kami dan doa kami dan kepada keluarganya juga. Kami mahu menyokong mereka pada masa ini.”Atsu menghabiskan hampir lima tahun di Newcastle selepas menyertai Chelsea secara pinjaman pada 2016.Bekas rakan sepasukannya, Allan Saint-Maximin menyifatkan dia sebagai seorang yang hebat.“Sukar untuk dijelaskan. Saya tidak berbohong, saya tidak pernah melihat lelaki seperti itu sebelum ini apabila saya tiba di Newcastle.“Walaupun kami bermain dalam posisi yang sama, dia sentiasa memberi saya nasihat. Dia seorang lelaki yang hebat. Amat menyedihkan kerana saya mengenalinya," ujarnya.Atsu adalah pemain antarabangsa Ghana yang berusia 31 tahun merupakan pemain kelab Super Liga Turki, Hatayspor. | 4 | 19 Februari 2023 10:04am |
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | https://www.sinarharian.com.my/article/245907/berita/sukan/bin-zayed-penaja-utama-kedah | Bin Zayed penaja utama Kedah | KEDAH Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023.Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini."Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia."Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa KDA FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini dan piala itu satu bonus jika berjaya mendapatnya."Kita juga cuba melayakkan diri ke pentas Asia pada tahun hadapan," katanya pada sidang akhbar pada malam Sabtu.Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Jersi, Lagu dan Penaja Utama KDA FC 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Tidak mendedahkan jumlah tajaan daripada Bin Zayed International, Mohd Daud menjelaskan, pengurusan dan pasukan kejurulatihan KDA FC sebenarnya turut menerima tanggungjawab besar bagi memastikan Sang Kenari terbang tinggi pada musim ini kerana perlu menggalas harapan penaja utama tersebut."Kita perlu meletakkan satu kawal selia yang baik untuk mendapat keyakinan pihak pelabur. Wang ini digunakan untuk tujuan-tujuan yang sepatutnya dalam konteks pembangunan bola sepak Kedah dalam FC. Jadi saya kena jaga amanah yang besar ini," ujar beliau lagi.Menurutnya, kejayaan mendapatkan penaja dari Timur Tengah diharapkan satu permulaan yang baik bukan sahaja untuk pembangunan bola sepak Kedah tetapi juga semua pasukan di negara ini."Saya rasa selepas ini akan ada lebih banyak lagi syarikat-syarikat antarabangsa yang akan masuk bukan setakat Kedah tapi juga di pasukan-pasukan yang lain."Idea ini mencetuskan kepada banyak lagi syarikat-syarikat yang berada di China, Korea Selatan, Indonesia dan Eropah untuk menjadikan pasukan di Malaysia sasaran mereka sebab pasukan di sini mempunyai kumpulan penyokong yang besar," kata Mohd Daud. | 4 | 19 Februari 2023 09:47am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245906/berita/sukan/guardiola-tertekan-city-sekadar-seri | Guardiola tertekan City sekadar seri | MANCHESTER City terus terdesak untuk mengekalkan kejuaraan setelah sekadar terikat 1-1 dengan Nottingham Forest ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal menang 4-2 ke atas Aston Villa.Keputusan itu meletakkan City dua mata di belakang Arsenal yang masih berbaki satu perlawanan.Pep Guardiola mengakui The Citizens perlu menyalahkan diri sendiri biarpun mempunyai peluang terbaik memimpin carta liga selepas jaringan Bernardo Silva pada minit ke-40 di City Ground.Pemain sensasi Erling Haaland bagaimanapun melepaskan dua peluang dan Kevin De Bruyne juga mensia-siakan peluang terbaik sebelum Chris Wood menyamakan kedudukan buat Forest pada minit ke-84."Ia persembahan yang baik, kami bermain sangat bagus tetapi tidak menjaringkan gol. Pada tahap ini anda perlu menjaringkan gol dan kerana itulah kami mencicirkan mata," ujar Guardiola.Beliau merumuskan The Citizens terlepas tiga mata berharga disebabkan kesilapan sendiri akibat ketumpulan penyudah."Pada babak pertama sepatutnya sudah 2-0 atau 3-0. Kami melakukan beberapa percubaan ke gawang. Sedih dan kecewa kerana cara kami bermain sangat bagus."Kami terlepas gol yang hanya satu meter daripada penjaga gol, bukan sekali, beberapa kali kerana itu kami tidak menang. Tapi apa yang saya boleh katakan?" kata Guardiola.Jurulatih dari Sepanyol itu menunjukkan keadaan dirinya yang tertekan untuk mengejar gelaran apabila dilayangkan kad pada babak kedua.Guardiola berbalah dengan pegawai keempat perlawanan selepas berang dengan pengadil, Graham Scott tidak memberikan keputusan memihak mereka selepas Haaland dijatuhkan setelah dicabar Joe Worrall."Kami tidak mencipta alasan. Banyak yang terjadi musim ini."Saya bukanlah orang yang berada di sini untuk bercakap mengenai apa yang kami tidak boleh kawal," ujar Guardiola. | 4 | 19 Februari 2023 09:20am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245901/berita/sukan/nunez-gakpo-pacu-kemenangan-liverpool-di-newcastle | Nunez, Gakpo pacu kemenangan Liverpool di Newcastle | JARINGAN Darwin Nunez dan Cody Gakpo membolehkan Liverpool mengakhiri rekod tanpa kalah Newcastle United apabila melakar kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park pada Ahad.Skuad kendalian Jurgen Klopp mengejutkan Newcastle dengan permulaan cemerlang pada babak pertama, menyaksikan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-22 selepas penjaga gol, Nick Pope dilayangkan kad merah.Untuk rekod, satu-satunya kekalahan Newcastle di tangga keempat sebelum ini dalam liga adalah ketika menentang Liverpool pada penghujung Ogos, namun momentum tersebut seakan berakhir selepas Nunez menyudahkan hantaran Trent Alexander Arnold untuk meledak gol pada minit ke-10.Gakpo kemudian menggandakan pendahuluan Liverpool tujuh minit kemudian apabila dia memasukkan hantaran bijak penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah.Pope terperangkap keluar dari gawangnya hasil hantaran jarak jauh dari pemain lawan, Alisson akhirnya diarahkan meninggalkan padang selepas mendakap bola dengan tangan di luar kawasan penalti.Newcastle kemudiannya bertindak balas dengan baik untuk kembali semula dalam permainan, namun dinafikan kecemerlangan Alisson.Kemenangan liga kedua berturut-turut Liverpool selepas empat perlawanan menyaksikan anak buah Klopp, naik ke tangga kelapan liga dengan 35 mata, enam mata di belakang Newcastle dengan satu perlawanan dalam tangan.Sementara itu, hasrat Newcastle untuk berada dalam kelompok empat teratas semakin terancam selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga.KEPUTUSANAston Villa 2-4 ArsenalChelsea 0-1 SouthamptonNottingham Forest 1-1 Manchester CityNewcastle United 0-2 LiverpoolBrentford 1-1 Crystal PalaceBrighton 0-1 FulhamEverton 1-0 Leeds UnitedWolves 0-1 Bournemouth | 4 | 19 Februari 2023 08:23am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245894/berita/sukan/saya-bukan-gila-kuasa | 'Saya bukan gila kuasa' | “SAYA tidak pernah terbayang akan menduduki salah satu kerusi Ahli Majlis FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), mungkin ini sudah rezeki saya dan izin-Nya.”Itu reaksi Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sejurus diajukan pertanyaan berkenaan pemilihannya sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027.Hamidin berkata, pemilihannya itu dianggap sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar dalam mengangkat martabat bola sepak Malaysia, ASEAN dan Asia ke peringkat lebih tinggi.“Untuk berada sehingga peringkat ini (Ahli Majlis FIFA), banyak proses perlu dilalui. Saya bukan gila kuasa tetapi saya ada perancangan masa depan demi bola sepak Malaysia, ASEAN dan Asia.“Terus terang saya tidak pernah terbayang menjadi Ahli Majlis FIFA. Kadang-kadang bangun daripada tidur, saya tertanya-tanya betulkah sekarang saya Ahli Majlis FIFA.“Bukan nak kata saya minta, tetapi pelantikan ini juga mungkin terjadi dengan izin ALLAH SWT. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan.“Saya mendapat sokongan penuh daripada 12 negara ASEAN termasuk Australia untuk bertanding sampai (wakil) China dan Korea Selatan pun tewas,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sukan Sinar baru-baru ini.Untuk rekod, Hamidin adalah individu keempat daripada Malaysia yang berjaya memegang jawatan sebagai Ahli Majlis FIFA selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada penggal 2015-2019, Tan Sri Hamzah Abu Samah (1982-1990) dan Lim Kee Siong (1960).Pada sesi pilihan bagi penggal baharu itu, Hamidin yang turut memegang portfolio sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mendapat 30 undian, sekali gus membolehkan beliau mengisi salah satu daripada lima kerusi Ahli Majlis FIFA daripada tujuh calon bertanding.“Saya tidak melihat pelantikan sebagai Ahli Majlis FIFA ini sebagai satu bebanan, sebaliknya ia lebih kepada saya untuk terus menaikkan imej bola sepak Malaysia, ASEAN dan Asia.“Tetapi saya tidak boleh khayal dengan jawatan baharu ini, ia bukan sesuatu yang boleh dimegah-megahkan. Saya ada tanggungjawab yang perlu dilakukan sebaik dipilih Ahli Majlis FIFA.“Fokus saya sekarang adalah bola sepak Malaysia dan kemudiannya ASEAN dan Asia. Saya sudah bersedia untuk bekerja lebih kuat demi bola sepak rantau ini,” ujarnya. | 4 | 19 Februari 2023 08:00am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245886/berita/sukan/arsenal-rampas-semula-status-peneraju-epl | Arsenal rampas semula status peneraju EPL | ARSENAL kembali menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park sebentar tadi.Tiga mata berharga yang diraih di gelanggang lawan itu membolehkan Arsenal berjaya memintas City yang hanya mampu bertahan seminggu di puncak liga.Bagaimanapun, City berpeluang untuk kembali berada di tangga teratas jika menewaskan Nottingham Forest di City Ground tengah malam nanti.Dalam aksi di Villa Park, Villa terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ollie Watkins seawal minit kelima sebelum pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka menyamakan kedudukan pada minit ke-15.Phillipe Coutinho kembali meletakkan Villa di hadapan apabila meledak gol menarik pada minit ke-31.Arsenal sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pertahanan kiri, Oleksandr Zinchenko pada minit ke-61.Arsenal yang kini mendahului City dengan kelebihan tiga mata, berjaya memperoleh dua gol pada masa kecederaan.Gol ketiga Arsenal terhasil daripada jaringan sendiri penjaga gol Villa, Emiliano Martinez sebelum Gabriel Martinelli menambah gol keempat The Gunners pada penghujung perlawanan. | 4 | 18 Februari 2023 11:00pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245884/berita/sukan/jdt-lancar-jersi-baharu-musim-2023 | JDT lancar jersi baharu musim 2023 | KELAB bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam Sabtu.JDT menerusi kenyataan memaklumkan, jersi yang dihasilkan dengan kerjasama Nike sejak 2014 itu didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi merah biru untuk tuan rumah dan jersi di tempat lawan berwarna putih.Identiti bendera Johor berwarna merah biru pada jersi tuan rumah serta bercorak ‘camouflage’ masih dikekalkan namun diberikan kelainan dengan tambahan kolar pada kali ini."Bagi jersi pelawat pula, JDT mengekalkan warna putih sebagai warna utama selain terdapat adunan kombinasi jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi."Tahun ini merupakan musim kesembilan JDT bekerjasama dengan Nike yang telah meraikan kejayaan tanpa henti sejak 2014. Jersi-jersi ini adalah sebagai identiti kolektif bagi legasi kelab dan kejayaan di dalam dan di luar padang,” menurut kenyataan itu.JDT menyatakan pengenalan jersi baharu dilancarkan menerusi tayangan video berdurasi satu minit 40 saat yang menampilkan beberapa pemain dan pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Video tersebut turut membayangkan bahawa JDT sudah bersedia untuk menakluki musim 2023.JDT pada masa sama turut memaklumkan bahawa logo Socios.com, iaitu sebuah platform aplikasi yang menjadi penghubung dan memberi peluang ganjaran kepada penyokong kelab itu turut diletakkan pada kedua-dua jersi tersebut.Penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di JDT Online Store serta pengedar berdaftar Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) di semua daerah di Johor. - Bernama | 4 | 18 Februari 2023 10:45pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245869/berita/sukan/brm-fc-masih-ada-peluang-beraksi-jika-tukar-jersi | BRM FC masih ada peluang beraksi jika tukar jersi | KELAB Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik kepada jersi lain.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Liga-M, sebarang pengiklanan berkaitan judi, rokok, rokok elektronik dan minuman alkohol adalah tidak dibenarkan.Menurutnya, penyertaan BRM FC dalam saingan Piala FA terletak di bawah MFL, manakala bagi Liga M3 terletak pada bidang kuasa Liga Bolasepak Amatur (AFL)."Kita tidak membenarkan jersi itu dipakai ketika pertandingan kerana ia melibatkan isu sekatan ke atas pengiklanan," katanya ketika ditemui di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kuala Lumpur pada Sabtu.Bagaimanapun, Stuart berkata, apa jua keputusan terletak di atas pasukan itu sendiri yang sebelum ini turut dilapor mahu menarik diri daripada terbabit dalam saingan Liga M3 rentetan isu tersebut."Kami harap pasukan BRM FC masih boleh bermain dalam Piala FA, tetapi itu terpulang kepada keputusan mereka kerana impaknya lebih kepada penyertaan di dalam Liga M3."Bagi Piala FA, kita dah jalankan undian yang mengesahkan penyertaan. Kita tidak akan ubah format atau beri peluang pasukan lain main di mana pasukan yang sepatutnya menentang BRM FC akan mendapat 'bye' (jika BRM FC menarik diri)," katanya.Sebelum ini, sebuah portal bola sepak tempatan mempersoalkan penajaan sebuah syarikat rokok elektronik terhadap kelab tersebut kerana dianggap melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.Kontroversi itu tercetus selepas logo syarikat rokok elektronik berkenaan terpapar pada jersi yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim baru-baru ini. - Bernama | 4 | 18 Februari 2023 07:02pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245862/berita/sukan/hadiah-kemenangan-cub-prix-meningkat-hampir-50-peratus | Hadiah kemenangan Cub Prix meningkat hampir 50 peratus | HADIAH wang kemenangan bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 meningkat hampir 50 peratus sempena sambutan edisi ke-30 perlumbaan dua roda itu.Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg berkata, hadiah keseluruhan bagi 10 pusingan musim ini mencecah hampir RM500,000, tidak termasuk bonus kemenangan daripada pasukan.Beliau berkata, saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan baharu, selain penggunaan teknologi fuel injection bagi kelas Wira menjadi jentera kelas nasional ketiga untuk beralih ke teknologi tersebut."Kita ada perancangan besar untuk lima hingga 10 tahun akan datang, iaitu kita nak beri lebih banyak peluang kepada pelumba Malaysia untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Satu daripada masalahnya sekarang adalah kos, jadi sebaik-baiknya kita boleh beri latihan kepada mereka di Malaysia (menerusi Cub Prix)."Jadi, apabila mereka pergi ke peringkat lebih tinggi, terus boleh bersaing pada tahap tinggi, kerana tiada siapa melihat ke belakang... perlu sentiasa di atas, jika tidak, penajaan akan kurang," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan 30 tahun Kejuaraan Cub Prix pada Jumaat.Mengulas lanjut, Ron berkata, komuniti Cub Prix di Malaysia besar, melibatkan lebih kurang 1,500 pelumba, mekanik, anggota pasukan, marshal dan krew pada satu-satu minggu perlumbaan.Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak membantu perlumbaan itu berlangsung sejak 1994 menerusi penajaan daripada pihak swasta, terutamanya Petronas yang menjadi penaja utama selama 20 tahun.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji penganjur yang mampu menjana pendapatan sendiri untuk meneruskan perlumbaan tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan, sesuatu patut dicontohi oleh badan-badan sukan lain.Yeoh berkata beliau juga telah mengarahkan pihak di kementeriannya untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam mendapatkan kelulusan bagi menganjurkan pertandingan sukan.Perlumbaan Cub Prix musim ini akan bermula dengan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara pada 25-26 Feb, diikuti perlumbaan di Jempol (11-12 Mac), pusingan ketiga pada 27-28 Mei yang belum ditentukan lokasinya dan SIC Selatan (10-11 Jun).Perlumbaan kemudian akan bersambung di Litar Lumba Tangkak pada 8-9 Julai, Litar Perlumbaan Terengganu (21-22 Julai), Teluk Intan (2-3 September), Litar Perlumbaan Terengganu (22-23 September) dan Litar Lumba Tangkak (21-22 Oktober), sebelum tamat di Batu Kawan pada 25-26 November. - Bernama | 4 | 18 Februari 2023 06:25pm |
WARTAWAN SUKAN SINAR | https://www.sinarharian.com.my/article/245860/berita/sukan/chong-wei-titip-pesan-buat-pemain-negara | Chong Wei titip pesan buat pemain negara | DATUK Lee Chong Wei ada menitipkan pesan kepada barisan pemain negara selepas kekalahan 2-3 kepada China dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 pada awal pagi Sabtu.Menurut Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan sesuatu untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan akan datang."Ini (BAMTC) satu-satunya persiapan (Piala Sudirman)... tak kisah menang atau kalah, tetapi apa yang penting kita tak boleh hilang keyakinan."Apabila balik (ke Malaysia) nanti, BAM akan buat persiapan lebih rapi kepada pasukan negara bagi menghadapi Piala Sudirman pada Mei nanti."Sebagai bekas pemain, saya hanya berkongsi pengalaman. Saya tahu bagaimana sukarnya untuk kembali bangkit daripada kegagalan."Tahun ini amat penting kerana ada Kelayakan Sukan Olimpik (Paris 2024). Saya hanya harap pemain-pemain dapat temui rentak mereka secepat mungkin," katanya.Chong Wei berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melawat Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan, Kuala Lumpur pada Sabtu.Terdahulu, perjuangan Malaysia pada BAMTC 2023 berakhir apabila tewas 2-3 kepada China yang tampil selaku penyandang juara.Kekalahan kepada 'skuad kedua' China di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menyaksikan Malaysia gagal merangkul kejuaraan buat kali pertama.Jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu wanita utama, Pearly Tan-M Thinaah masing-masing menyumbang satu mata buat Malaysia.Namun, perseorangan wanita, Goh Jin Wie, beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tumbang kepada lawan masing-masing.Terdahulu, Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B sebagai naib juara setelah tewas 1-4 kepada pasukan pilihan, India selepas membenam UAE dan Kazakhstan 5-0.Malaysia gagal melepasi pusingan suku akhir sejak kejohanan itu pertama kali diadakan di Hanoi pada 2017 dan seterusnya di Hong Kong (2019). Edisi 2021 di China dibatalkan berikutan pandemik Covid-19. | 4 | 18 Februari 2023 06:11pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245845/berita/sukan/amarjit-terkejut-menang-besar | Amarjit terkejut menang besar | TOKOH berbasikal antarabangsa, Datuk Amarjit Singh memahat sejarah tersendiri apabila hampir menyapu bersih undian pada Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi penggal 2023-2026 sebentar tadi.Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu meraih 71 daripada keseluruhan 72 undian untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKBM.Amarjit berkata, dia amat terkejut dengan pencapaiannya itu dan berterima kasih kepada semua perwakilan negeri yang mempercayai kebolehannya untuk terus memberi sumbangan kepada PKBM.“Saya terharu dengan sokongan daripada perwakilan negeri. Ini menunjukkan perwakilan negeri percaya saya boleh memberi sumbangan positif kepada sukan berbasikal.“Saya akan menjaga kepentingan PKBM selain UCI dan ACC (Konfederasi Berbasikal Asia) dengan baik,” katanya kepada pemberita sejurus selesai sesi pemilihan tersebut yang diadakan di Melaka.Dalam pada itu, bekas menteri kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut memenangi jawatan Naib Presiden PKBM bagi penggal 2023-2026.Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) itu meraih 33 undi untuk menduduki tempat kelima daripada pertandingan 10 penjuru.Jumlah undian tersebut sudah cukup buat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ untuk mengisi salah satu daripada lima kuota Naib Presiden PKBM.Selain Amarjit dan Khairy Jamaluddin, turut mengisi jawatan Naib Presiden PKBM ialah Mohd Saiful Abdul Jalil, Dr Zaim Ahmad dan Norazman Abu Samah.Pertandingan Timbalan Presiden PKBM pula menyaksikan kejutan terbesar apabila penyandang jawatan, Yunus Ibrahim dari Negeri Sembilan gagal untuk mempertahankan jawatannya.Yunus hanya memperoleh 26 undi berbanding 45 yang diraih pencabarnya, Mazlan Md Jalil yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden PKBM.“Saya sangat terkejut, tetapi saya percaya ini adalah satu keputusan daripada semua perwakilan negeri. Saya anggap ini hari bertuah kepada diri saya,” jelas Mazlan.Sebelum pemilihan itu, Datuk Abu Samah Abd Wahab telah diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKBM.Senarai Penuh Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM Penggal 2023-2026:Presiden: Datuk Abu Samah Abd Wahab (menang tanpa bertanding)Timbalan Presiden: Mazlan Md Jail (45 undi)Naib Presiden 1: Datuk Amarjit Singh (71)Naib Presiden 2: Mohd Saiful Abd Jalil (54)Naib Presiden 3: Dr Zaim Ahmad (46)Naib Presiden 4: Norazman Abu Samah (42)Naib Presiden 5: Khairy Jamaluddin (33) | 4 | 18 Februari 2023 04:30pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/245831/berita/sukan/kbs-wajibkan-pengiring-atlet-paralimpik-negara | KBS wajibkan pengiring atlet paralimpik negara | KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet paralimpik negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peraturan yang akan berkuat kuasa serta-merta itu bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).Menurutnya, ia bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet paralimpik negara dijaga sepanjang masa sekali gus memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas."Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet paralimpik kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai," katanya dalam satu kenyataan.Bagaimanapun, jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet paralimpik negara itu tertakluk kepada kuota penyertaan seperti yang ditetapkan oleh penganjur dengan MSN dan MPM akan memastikan pegawai berpengetahuan dalam sesuatu sukan spesifik diberi tanggungjawab berkenaan.Keputusan itu selaras dengan Klausa 12.4 berkaitan Tadbir Urus, Peranan dan Tanggungjawab Petugas Sokongan Atlet dalam Kod Klasifikasi Atlet Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).Klausa berkenaan menjelaskan bahawa petugas sokongan atlet boleh dilantik daripada kalangan jurulatih, petugas perubatan, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang membantu atlet dalam perjalanan kerjaya mereka sebagai ahli sukan.Selain itu, mereka mestilah berpengalaman serta mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang digariskan dalam kod klasifikasi IPC berkenaan. | 4 | 18 Februari 2023 02:54pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245824/berita/sukan/kj-menang-jawatan-naib-presiden-pkbm | KJ menang jawatan Naib Presiden PKBM | BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi penggal 2023-2026.Pada Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM sebentar tadi, Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) itu meraih 33 undi untuk menduduki tempat kelima daripada pertandingan 10 penjuru.Jumlah undian tersebut sudah cukup buat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ untuk mengisi salah satu daripada lima kuota Naib Presiden PKBM.Mengulas kemenangannya itu, Khairy Jamaluddin berkata, kini tiba masa untuknya berkhidmat kepada sukan berbasikal dan membantu PKBM.“Nasib baik saya menang pemilihan ini. Kalau tak maknanya saya kalah semua pertandingan,” katanya dengan nada ketawa ketika ditemui pemberita di Melaka.Pertandingan Timbalan Presiden PKBM pula menyaksikan kejutan terbesar apabila penyandang jawatan, Yunus Ibrahim dari Negeri Sembilan gagal untuk mempertahankan jawatannya.Yunus hanya memperoleh 26 undi berbanding 45 yang diraih pencabarnya, Mazlan Md Jalil.Keputusan tersebut dianggap sangat mengejutkan kerana ramalan awal membayangkan pertandingan sengit satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden.Sementara itu, Datuk Amarjit Singh melakar kejutan terbesar apabila meraih hampir 100 peratus undi dengan menerima 71 daripada 72 sokongan untuk muncul Naib Presiden 1 PKBM.Selain Amarjit dan Khairy Jamaluddin, turut mengisi jawatan Naib Presiden PKBM ialah Mohd Saiful Abdul Jalil, Dr Zaim Ahmad dan Norazman Abu Samah.Sebelum pemilihan itu, Datuk Abu Samah Abd Wahab telah diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKBM. | 4 | 18 Februari 2023 02:27pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245799/berita/sukan/sukan-sea-sasaran-pingat-tunggu-minggu-depan---hamidin | Sukan SEA: 'Sasaran pingat, tunggu minggu depan' - Hamidin | PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghantar skuad terbaik bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Mei depan.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), E Elavarasan kini dalam persiapan awal bagi menghadapi temasya dwitahunan itu.“Buat masa ini, Elavarasan sedang mengumpul pemain-pemain untuk menjalani kem latihan pusat. Ia sebagai persediaan untuk Sukan SEA di Kemboja nanti.“Sukan SEA kali ini berlangsung dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa). Mungkin tiada isu lagi berkaitan pemain menolak panggilan pasukan kebangsaan.“Namun, apa yang saya lihat, ia akan memberi kelebihan kepada kita kerana Sukan SEA berlangsung ketika liga (Liga-M) berhenti rehat,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Ditanya tentang sasaran pada temasya Sukan SEA kali ini, Hamidin menjawab: Itu kita kena tunggu sidang akhbar yang akan diadakan Pengarah Teknikal (FAM, Scott O'Donell) minggu depan.“Apapun sudah tentu kita mengharap kejayaan di Kemboja nanti. Biarlah Elavarasan buat 'kerja' beliau dahulu dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap,” ujarnya.Pada masa sama, Hamidin memaklumkan, FAM tidak akan menghantar pasukan bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 September depan.Keputusan itu dibuat kerana tarikh penganjuran Sukan Asia Hangzhou 2022 yang ditangguhkan tahun lalu, hampir dengan pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan sama.Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas ialah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia yang ketika itu skuad Harimau Muda dibimbing Datuk Ong Kim Swee.Dua tahun sebelum itu, Harimau Muda yang dikendali Datuk K Rajagobal berjaya mengakhiri penantian selama 20 tahun untuk meraih 'ibu emas' di bumi Vientiane, Laos. | 4 | 18 Februari 2023 11:15am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245798/berita/sukan/mom-akur-keputusan-fam-tak-hantar-b-23-ke-sukan-asia | MOM akur keputusan FAM tak hantar B-23 ke Sukan Asia | MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menghormati keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menghantar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September ini.Bagaimanapun Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung keputusan itu dengan FAM memandangkan senarai pemilihan atlet ke Sukan Asia belum lagi dimuktamadkan."Bagi saya setiap persatuan mempunyai perancangan tersendiri untuk medium atau jangka panjang, pasukan mana nak hantar."Buat masa ini kita hormat keputusan di peringkat persatuan (FAM)," katanya ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Eksekutif MOM kali ke-204.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini berkata, keputusan itu dibuat kerana penganjuran Sukan Asia begitu hampir dengan tarikh pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan sama.Katanya, perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira pandangan Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell dan Ketua Jurulatih E Elavarasan bahawa pusingan kelayakan itu lebih penting dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.Untuk rekod Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober, manakala pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 dijangka bermula dari 4 hingga 12 September.Tiga pasukan terbaik dalam pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 akan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. | 4 | 18 Februari 2023 10:50am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245771/berita/sukan/pasukan-liga-m-2023-lebih-serius | Pasukan Liga-M 2023 lebih serius | PERSIAPAN pramusim beberapa kelab untuk mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 menerusi aksi persahabatan di luar negara termasuk Timur Tengah disifatkan sebagai luar biasa.Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, pendekatan pasukan menguji kekuatan dengan kelab luar negara menunjukkan mereka serius untuk membentuk skuad yang mantap.Katanya, langkah itu juga adalah sesuatu yang positif kerana persiapan di luar negara berbeza berbanding aksi persahabatan dengan kelab tempatan.“Persiapan pasukan yang berada di kedudukan enam atau tujuh carta Liga Super musim lalu sebagai luar biasa.“JDT (Johor Darul Ta'zim) terbang ke Dubai, Kedah Darul Aman (KDA) FC ke Turkiye dan beberapa pasukan lain bermain di Bangkok, Thailand.“Banyak kita boleh buat dengan melakukan persiapan yang lebih baik. Mengadakan perlawanan dengan pasukan yang kuat. Boleh bina kekuatan skuad di luar mata pasukan lain di Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar.Selain JDT dan KDA FC, beberapa pasukan termasuk Selangor FC, Sri Pahang FC, Terengganu FC (TFC) serta Kelantan FC yang terbang ke Bangkok mengadakan aksi persahabatan dengan kelab di Thailand.JDT menjalani latihan pramusim di Dubai.Menurutnya, menerusi pemerhatian cara persiapan pasukan Liga-M, beliau menjangkakan JDT menjadi pilihan untuk mengulangi kejayaan musim lalu meraih kesemua empat kejuaraan.Bagaimanapun, Selangor FC, TFC, KDA FC, Sri Pahang, Sabah FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC dilihat mampu memberi tentangan untuk mencabar skuad dari selatan tanah air itu daripada merangkul trofi.“Skuad JDT sudah biasa didedahkan dengan lawan yang kuat. Mereka berada dalam saingan Asia. Ini kelebihan JDT untuk rangkul trofi.“Selangor di bawah kendalian Tan Cheng Hoe juga banyak perubahan. Mampu tandatangani ramai import, selain memiliki pemain muda tempatan yang hebat.“TFC pula masih ramai pemain yang sudah lama bersama walaupun dibimbing jurulatih baharu.“Corak permainan juga sudah berubah. Kedah dilihat mampu beri tentangan, selain Sri Pahang, Sabah dan KL City,” katanya. | 4 | 18 Februari 2023 08:00am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245779/berita/sukan/mason-letak-jawatan | Mason letak jawatan | PEGAWAI video bantuan pengadil (VAR), Lee Mason meletakkan jawatan selepas kesilapannya menyaksikan Arsenal kehilangan dua mata ketika menentang Brentford hujung minggu lalu.The Gunners terikat 1-1 dalam perlawanan di Emirates Sabtu lalu walaupun gol penyamaan Ivan Toney sepatutnya tidak dibenarkan.Toney menanduk masuk dari jarak dekat selepas Christian Norgaard yang terlebih dahulu ofsaid telah menghantar bola kepada penyerang Brentford itu.Gol itu diperiksa oleh VAR dengan Mason yang bertanggungjawab ke atas teknologi tersebut terlepas pandang melihat Norgaard yang ofsaid.Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), badan bertanggungjawab untuk pengadil di England kemudiannya mengakui ia adalah 'kesilapan yang ketara' dan Mason tidak ditugaskan untuk perlawanan pada hujung minggu akan datang.PGMOL kemudian mendedahkan pada Jumaat bahawa Mason telah meninggalkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta."PGMOL boleh mengesahkan bahawa Lee Mason telah meninggalkan organisasi dengan persetujuan bersama."Lee adalah pengadil Liga Perdana selama 15 tahun dan menyelia 287 perlawanan liga utama pada masa itu, dengan penampilan terakhirnya pada peringkat musim 2021-22."Kerjaya penuhnya dalam perlawanan profesional menyaksikan dia mengendalikan lebih 500 perlawanan."Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lee atas khidmatnya yang berdedikasi dan mendoakan yang terbaik untuknya untuk masa depan."Ia bukan kesilapan berprofil tinggi pertama Mason pada musim ini apabila turut menafikan kemenangan Newcastle United menentang Crystal Palace pada September lalu. | 4 | 18 Februari 2023 07:23am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245777/berita/sukan/pelabur-qatar-sahkan-tawaran-beli-mu | Pelabur Qatar sahkan tawaran beli MU | PENGERUSI Bank Islamik Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani mengesahkan penyerahan bidaan untuk mengambil alih sepenuhnya kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.Pemilik United dari Amerika Syarikat (AS), keluarga Glazer telah meletakkan United untuk dijual pada November selepas 18 tahun sebagai pemegang saham majoriti.Tarikh akhir dilaporkan ditetapkan pada Jumaat dengan kontinjen dari Qatar dan jutawan British Jim Ratcliffe dijangka menghantar tawaran pembelian.Walaupun Ratcliffe iaitu pemilik syarikat bahan kimia INEOS mengesahkan minat bulan lalu, namun Sheikh Jassim adalah orang pertama mengisytiharkan secara terbuka penyerahan tawaran yang sah.Dalam satu kenyataan pihak Qatar itu menyatakan: Syeikh Jassim Bin Hamad Al Thani mengesahkan penyerahan tawaran untuk membeli 100 peratus Kelab Bola Sepak Manchester United."Bidaan itu sudah tentu untuk mengembalikan kelab kepada kejayaannya di dalam dan di luar padang. Apa yang paling penting adalah usaha meletakkan kehendak peminat di kelab tersebut."Bidaan itu akan bebas hutang sepenuhnya melalui Yayasan Nine Two Sheikh Jassim, yang akan berusaha untuk melabur dalam pasukan bola sepak, pusat latihan, stadium dan infrastruktur lebih luas, pengalaman peminat dan komuniti yang disokong kelab itu."Visi bidaan adalah untuk Kelab Bola Sepak Manchester United yang terkenal dengan kecemerlangan bola sepak dan dianggap sebagai kelab bola sepak terhebat di dunia. Butiran lanjut bidaan akan dikeluarkan apabila sesuai dan proses bidaan berkembang," kata kenyataan itu. | 4 | 18 Februari 2023 07:15am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245775/berita/sukan/china-hentikan-perjuangan-malaysia-di-suku-akhir | China hentikan perjuangan Malaysia di suku akhir | SKUAD negara sekali lagi gagal mengakhiri badi kekalahan di suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023, apabila tewas 3-2 kepada juara bertahan China.Pada aksi di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, kem negara bermula garang apabila perseorangan negara Lee Zii Jia menewaskan Lei Lan Xi, 21-16, 22-20.Biarpun begitu, China kembali menyamakan kedudukan apabila perseorangan wanitanya yang berkedudukan ke-101 dunia, Gao Fang Jie, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengejutkan juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, 15-21, 21-13, 21-19, selepas 70 minit perlawanan.China terus di depan 2-1 apabila dalam aksi beregu lelaki pula, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, mengetepikan pasangan negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 24-22, 21-18.Bagaimanapun beregu wanita nombor lima dunia Pearly Tan-M.Thinaah membuka kembali peluang buat negara apabila mengalahkan Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-17, 12-21, 21-19, dalam masa 76 minit.China, yang tidak menampilkan barisan bintang, membuktikan penguasaannya apabila meraih kemenangan 3-2 selepas beregu campuran pasukan itu yang berada pada ranking ke-110 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, menundukkan beregu nombor enam dunia dari Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, 21-15, 25-23.Kemenangan itu menyaksikan China akan berdepan India yang menewaskan Hong Kong 3-2, manakala Korea Selatan bakal menentang Thailand pada Sabtu.Untuk rekod, empat pasukan di separuh akhir secara automatik layak ke Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.Malaysia sebelum ini menamatkan kempen Kumpulan B sebagai naib johan setelah tewas kepada juara Piala Thomas India, 1-4, pada Khamis.Skuad negara memulakan saingan edisi 2023 dengan kemenangan 5-0 ke atas tuan rumah UAE dan Kazakhstan.Malaysia gagal melepasi pusingan suku akhir sejak kejohanan itu pertama kali diadakan di Hanoi pada 2017 dan seterusnya di Hong Kong (2019), manakala edisi 2021 di Wuhan, China dibatalkan berikutan pandemik Covid-19. | 4 | 18 Februari 2023 07:10am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245780/berita/sukan/tiada-jaminan-heung-min-dalam-kesebelasan-utama | Tiada jaminan Heung-min dalam kesebelasan utama | SON Heung-min tidak akan mendapat sebarang jaminan berada dalam kesebelasan utama Tottenham Hotspur ketika menentang West Ham United pada Isnin selepas tampil dengan aksi mengecewakan musim ini.Bintang Korea Selatan itu merupakan salah seorang pemain yang menyerlah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu apabila berkongsi Kasut Emas bersama Mohamed Salah selepas menjaringkan 23 gol.Tetapi pada musim 2022-23, Son hanya mampu menjaringkan empat gol dalam 21 penampilan EPL.Kekurangan pilihan Spurs di bahagian serangan mungkin telah menyaksian Heung-min berjaya mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama.Namun, dengan kehadiran semula Richarlison yang kembali cergas berkemungkinan Heung-min akan diletakkan di bangku simpanan.Penolong jurulatih, Cristian Stellini menegaskan Heung-min kemungkinan akan direhatkan dan menuntut pemain itu bangkit dengan aksi lebih cemerlang sekiranya dimasukkan sebagai pemain gantian."Setiap kali anda memilih pasukan, anda perlu meninggalkan seseorang di bangku simpanan."Adalah penting juga bahawa beberapa pemain penting kekal di bangku simpanan untuk mereka beraksi cemerlang apabila masuk sebagai pemain gantian."Kami mempunyai pengalaman dengan Son, kami mempunyai pengalaman dengan Richarlison dan kami telah berpengalaman dengan Dejan Kulusevski dari bangku simpanan apabila mereka mengubah permainan."Ini adalah perkara biasa untuk semua orang, bukan kerana anda mempunyai pemain penting dan dia perlu bermain secara tetap."Jika dia perlu bermain kadang-kadang, dia juga perlu berehat kerana kami mempunyai senarai perlawanan yang banyak," katanya. | 4 | 18 Februari 2023 07:04am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245776/berita/sukan/ronaldo-bantu-al-nassr-kembali-ke-puncak-liga | Ronaldo bantu Al Nassr kembali ke puncak liga | Al NASSR kembali berada di kedudukan teratas Liga Pro Saudi selepas Cristiano Ronaldo menjadi inspirasi dengan dua bantuan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Al Taawoun pada Jumaat.Ronaldo dalam laman Twitternya gembira dengan kerja berpasukan yang ditunjukkan pasukan untuk meraih kemenangan tersebut dalam aksi di Stadium Universiti King Saud."Tempat teratas liga dan tiga mata penting. Kerja berpasukan yang hebat!," katanya.Bantuan gol pertama Ronaldo dalam perlawanan itu merupakan hantaran menarik kepada Abdulrahman Ghareeb sebelum pemain sayap itu menewaskan penjaga gol Al Taawoun pada minit ke-17.Alvaro Medran menyamakan kedudukan buat Al Taawon dua minit selepas babak kedua bersambung sebelum Ronaldo sekali lagi muncul dengan bantuan gol untuk membolehkan Abdullah Madu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78.Kemenangan itu membawa Al Nassr kembali ke atas Al Ittihad dengan perbezaan gol apabila kedua-dua pasukan berkongsi 40 mata.Juara Arab Saudi itu juga telah disahkan beraksi dalam Piala Dunia Kelab akhir tahun ini sebagai wakil negara tuan rumah. | 4 | 18 Februari 2023 06:56am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245751/berita/sukan/pedri-alami-kecederaan-hamstring | Pedri alami kecederaan hamstring | PEMAIN tengah Barcelona, Pedri mengalami kecederaan hamstring ketika seri 2-2 di tempat sendiri dengan Manchester United dalam Liga Europa, kata pasukannya pada Jumaat.Media tempatan melaporkan bahawa pemain antarabangsa Sepanyol itu akan berehat sehingga empat minggu.Pedri dikeluarkan pada separuh masa pertama undian digantikan dengan kelibat Sergi Roberto.Barcelona dalam satu kenyataan tidak menyatakan berapa lama Pedri akan direhatkan, namun akhbar Sepanyol Diario AS berkata, dia boleh diketepikan selama empat minggu, menyebabkan dia tidak dapat bermain dalam perlawanan kedua di United serta perlawanan Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid."Pedri dari FC Barcelona mengalami kecederaan otot rektus femoris di paha kanannya (hamstring)."Berita ini satu tamparan hebat kepada Barca, kerana Pedri berada dalam prestasi yang luar biasa sejak kebelakangan ini dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan rekod tanpa kalah," kata Barcelona dalam satu kenyataan.Barcelona mengungguli La Liga dengan 56 mata daripada 21 perlawanan akan berdepan kelab tangga ke-16, Cadiz di tempat ke-16 pada Ahad. | 4 | 17 Februari 2023 09:26pm |
NORHASPIDA YATIM | https://www.sinarharian.com.my/article/245724/berita/sukan/tfc-perkenal-jersi-baharu-hadapi-saingan-musim-2023 | TFC perkenal jersi baharu hadapi saingan musim 2023 | TERENGGANU Football Club (TFC) memperkenalkan jersi baharu pasukan secara rasmi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 yang bakal membuka tirainya menerusi sepak mula menentang JDT pada 24 Februari ini.Pelancaran jersi baharu itu diadakan secara langsung bersama sesi memperkenalkan pemain dan barisan penaja sempena majlis pelancaran TFC Black & White Day, pada Jumaat.Pegawai Eksekutif (CEO) TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, skuad itu memilih untuk mengekalkan tema warna hitam putih bagi jersi di halaman sendiri (home) dengan menambah sedikit warna hitam dan warna kuning keemasan."Kita juga menambahkan lakaran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada jersi sebagai menunjukkan ia adalah rumah 'keramat' bagi pemain berlatih dan berentap bersama pasukan lawan sekali gus menaikkan lagi semangat pemain."Selain itu, bagi menggambarkan kecintaan peminat kepada pemain, kita turut melakar kata-kata pada (bahagian dalam belakang) jersi dengan harapan mereka terus beraksi dengan cemerlang dalam liga musim ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran di sini pada Jumaat.Menurut Ab Rasid, bagi jersi di tempat lawan (away) pula, skuad itu menampilkan warna hijau dengan lakaran (grafik) pelantar minyak pada (bahagian dalam belakang) jersi sebagai simbolik kepada hasil bumi Terengganu."Ia adalah identiti Terengganu iaitu hasil minyaknya merupakan sumber utama negeri kita. Lakaran pelantar minyak turut dimuatkan bagi membangkitkan semangat."Ia sekali gus meningkatkan azam mereka untuk bermain bersungguh-sungguh dan membayar balik dengan kemenangan," ujarnya.Antara jersi bagi penjaga gol yang ditampilkan untuk saingan Liga Malaysia 2023. - Foto ihsan Facebook Terengganu FCBagi penjaga gol pula, warna hitam gelap dipilih bagi menggambarkan warna rasmi bendera selain warna pink cerah yang turut diletakkan peta setiap daerah yang ada dalam negeri Terengganu."Setiap daerah mempunyai mercu tanda misalnya Hulu Terengganu terkenal dengan Tasik Kenyir dan ada (mercu tanda) yang dipaparkan pada jersi tersebut," katanya.Difahamkan jersi baharu TFC pada musim itu kini dibuka untuk tempahan dengan harga pasaran RM129 sehelai. | 4 | 17 Februari 2023 06:05pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245699/berita/sukan/ayuh-malaysia-bangkit | Ayuh Malaysia bangkit! | SKUAD negara yang bersaing di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu segera bangkit mempamerkan karakter sebenar pada aksi suku akhir menentang China malam ini.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, para pemain perlu melupakan kekalahan kepada India dalam aksi peringkat kumpulan pada Khamis.Katanya, kekalahan itu adalah asam garam dalam kejohanan dan menjadikannya pengajaran untuk beraksi lebih baik bertemu China.“Pertandingan belum habis. Prestasi pasukan negara sudah tentu ada pasang dan surut.“Jadi saya harap mereka dapatkan lupakan kekalahan itu (India) dan teruskan cabaran apabila bertemu China yang pasti cabarannya bukan mudah.“Mereka pemain profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk perlawanan seterusnya. Saya harap mereka mampu untuk beri aksi terbaik,” katanya.Pada aksi akhir peringkat kumpulan B pada Khamis, Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara selepas tewas pada India 1-4.Malaysia diundi bertemu China pada aksi suku akhir pada jam 8 malam ini untuk meraih slot ke pusingan separuh akhir. | 4 | 17 Februari 2023 04:28pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245673/berita/sukan/kelonggaran-kelayakan-kategori-b-buat-sukan-tertentu---mom | Kelonggaran kelayakan kategori B buat sukan tertentu - MOM | MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) sedia memberi kelonggaran kepada sukan tertentu sekiranya mereka tetap 'berkeras' menyenaraikan atlet senior dalam kategori B untuk Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, dari 5 hingga 17 Mei ini.Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, antara sukan yang boleh dipertimbangkan untuk membawa atlet senior adalah olahraga, polo air, bola tampar, lumba perahu tradisional serta snuker dan biliard.Menurutnya, khidmat atlet senior ini sememangnya diperlukan dalam usaha membimbing atlet junior beraksi dalam temasya dwitahunan itu.“Dalam sukan snuker dan biliard ada atlet yang berumur 50 dan ke atas kerana anda harus faham sukan ini memang bermula lambat dan individu yang sertai juga lambat, bawah umur tak boleh masuk ke dalam kawasan tertentu (pusat snuker).“Untuk sukan olahraga sekiranya terdapat seorang atlet senior dan tiga lagi atlet junior dalam acara kuartet 4x100 meter (m) mahupun 4x400m, kita boleh pertimbangkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Eksekutif MOM kali ke-204 di Kuala Lumpur pada Jumaat.Oktober lepas, mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan MOM menetapkan hanya atlet berusia 23 tahun ke bawah boleh mewakili negara dalam Kategori B, sekali gus menyaksikan tiada lagi atlet 'veteran' beraksi di Sukan SEA Kemboja tanpa melepasi had kelayakan Kategori A, iaitu kedudukan tiga terbaik di Asia Tenggara.Bagi temasya antarabangsa, semua kos penyertaan bagi atlet Kategori A ditanggung MOM, manakala kos bagi Kategori B ditanggung atlet atau persatuan sukan terlibat, tetapi dibayar balik jika mereka berjaya membawa pulang pingat.Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, terdapat 799 atlet dan pegawai termasuk dalam senarai awal bagi mewakili negara pada Sukan SEA 2023.Katanya, jumlah tersebut merangkumi 367 atlet dan 143 pegawai yang memenuhi kriteria Kelayakan A, manakala 227 atlet dan 62 pegawai berada dalam Kategori B.Beliau juga berkata, senarai atlet dan pegawai pasukan untuk lapan persatuan bukan ahli gabungan iaitu finswimming, catur xiangqi, e-sukan, jetski, jiujitsu, kickboxing, obstacle race dan petanque akan dimuktamadkan sebelum tarikh tamat tempoh penghantaran nama atlet ke Sukan SEA 2023, 5 Mac ini.Sementara itu, beliau berkata, olahraga dijangka membentuk skuad terbesar dengan 33 atlet layak mengikut Kategori A dan 31 lagi di bawah Kategori B sebagai persiapan menyiapkan skuad berwibawa bagi mengharungi saingan Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand dan Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza mengumumkan bekas ratu boling negara, Datuk Shalin Zulkifli dan bekas juara skuasy perseorangan wanita Sukan SEA Manila 2005, Sharon Wee dilantik menjadi Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan SEA 2023.Beliau optimis pengalaman diraih kedua-dua bekas atlet kebangsaan itu bukan sahaja dapat membantu Ketua Kontinjen, Datuk Mohd Nasir Ali malah memberi inspirasi kepada barisan atlet untuk tampil menyerlah di Kemboja.Beliau pada masa sama berkata, status keahlian Persekutuan Petanque Malaysia sebagai ahli bersekutu telah terlucut berpandukan Artikel 24.2 (a) Perlembagaan MOM yang memperuntukkan keahlian mana-mana ahli digugurkan seandainya tidak berdaftar dengan pertubuhan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1992, Akta Pertubuhan 1996 dan Akta Syarikat 1965.“Mesyuarat turut meluluskan cadangan Lembaga Eksekutif untuk menyenaraikan dua ahli baharu iaitu Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dan Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF) sebagai ahli bersekutu MOM,” katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia tidak tidak akan bertanding dalam acara Khun Khmer pada Sukan SEA kali ini selepas Persekutuan Persatuan Muaythai Antarabangsa (IFMA) membantah keputusan tuan rumah untuk melantik sebuah Persekutuan Asia (AF) yang tidak diiktiraf bagi menganjurkan acara itu dengan menggunakan peraturan Kun Khmer. - Bernama | 4 | 17 Februari 2023 03:15pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245671/berita/sukan/messi-tak-mungkin-kembali-ke-barca---bapa | Messi tak mungkin kembali ke Barca - Bapa | PEMAIN bintang, Lionel Messi tidak bercadang untuk kembali ke kelab lamanya, Barcelona yang disertainya sejak berumur 13 tahun ketika kontaknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) akan berakhir pada musim panas.Perkara itu disahkan oleh bapanya, Jorge Messi yang ditemui media di lapangan terbang Barcelona.“Saya tidak fikir begitu, keadaannya tidak betul,” ujar Jorge mengulas sama ada dia mahu anaknya kembali bersama Barcelona.Pemain berusia 35 tahun tersebut menyertai PSG pada musim 2021 selepas kelab Catalan itu tidak dapat memperbaharui perjanjian berikutan peraturan 'financial fair play' La Liga.Jorge sudah bercakap dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta mengenai perjanjian dan Messi masih ada kontrak dengan PSG.“Perjanjian Messi bersama PSG akan tamat pada musim panas dan ketika ini dia masih belum bersetuju dengan syarat baharu.“Dalam hidup banyak perkara boleh berlaku,” ujar Jorge.Kapten Argentina itu yang memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar pada Disember menyertai Barcelona pada usia 13 tahun.Messi melakar kejayaan gemilang bersama Barca apabila merangkul 35 trofi dan menjaringkan 672 gol daripada 778 aksi dalam semua kejohanan. | 4 | 17 Februari 2023 02:55pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245647/berita/sukan/zidane-sertai-f1 | Zidane sertai F1 | PEMAIN legenda, Zinedine Zidane bertukar angin daripada arena bola sepak ke litar lumba apabila menyertai pasukan Formula Satu (F1) Alpine.Bekas pengurus Real Madrid itu diperkenalkan sebagai duta Alpine dalam majlis memperkenalkan jentera baharu mereka, A523 bagi musim 2023 di London awal pagi Jumaat.“Saya amat gembira untuk berada di sini dan gembira menjadi sebahagian daripada pasukan Alpine,” ujar Zidane.Bekas pemain legenda Juventus, Real Madrid dan Perancis itu, yang turut pernah mengemudi Los Blancos bagi dua era berbeza, dilihat melawat garaj Alpine dalam perlumbaan di Monaco musim lalu.“Saya memiliki peluang untuk bertemu Laurent (Rossi, ketua pegawai eksekutif Alpine) dan bersama seluruh pasukan ini bagi setiap Grand Prix.“Kami memiliki hubungan yang baik dan mereka memiliki projek untuk memberi peluang buat golongan muda. Saya amat tertarik dengan projek ini,” katanya. | 4 | 17 Februari 2023 12:41pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245642/berita/sukan/arsenal-terdesak-tewaskan-villa | Arsenal terdesak tewaskan Villa | ARSENAL sudah melupakan kekalahan memeritkan kepada Manchester City apabila berkunjung ke Villa Park dalam misi wajib menang ke atas Aston Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam Sabtu.The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta berharap laman lawan menjadi penawar untuk mengubat duka empat perlawanan tanpa kemenangan.“Saya rasa lebih percaya berbanding perlawanan sebelum ini,” ujar Arteta.Rekod tanpa kalah Arsenal di laman sendiri berakhir pada Khamis apabila City menggegarkan Emirates menerusi kemenangan 3-1 dan ke persada buat pertama kali sejak November.The Citizens hanya mendahului berdasarkan perbezaan gol dan Arsenal masih berkelebihan satu perlawanan berbanding pencabar utama itu.Kemenangan di Villa Park akan mengembalikan semangat skuad Arteta, namun wujud kebimbangan kecederaan yang mungkin menjejaskan persiapan skuad muda itu.Pemain tengah, Thomas Partey dijangka terlepas peluang untuk beraksi berikutan kecederaan otot, manakala Gabriel Jesus masih belum sembuh. | 4 | 17 Februari 2023 12:24pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245626/berita/sukan/wang-tak-boleh-beli-gol | 'Wang tak boleh beli gol' | KUASA wang mampu mempengaruhi arena bola sepak menerusi trend keterujaan bilionair dunia khususnya dari Timur Tengah untuk melabur dalam industri sukan itu.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich dan ahli lembaga pengarah, Uli Hoeness mengingatkan bahawa pengaruh wang asing itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Kenyataan itu dibuat selepas Bayern Munich mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Rabu."Permainan itu menunjukkan wang tidak selalunya menjaringkan gol."Saya sangat suka menentang mereka," katanya.Hoeness berkata, kelab tradisional seperti Bayern boleh ketinggalan di belakang pasukan elit bola sepak jika masih kekal dengan cara lama.Justeru beliau menggesa peraturan pemilikan kelab Jerman itu dilonggarkan bagi membolehkan pasukan menarik pelabur luar.PSG dimiliki oleh Qatar Sports Investments (QSI) - anak syarikat dana kekayaan negara."Anda perlu berasa bimbang beberapa kelab akan dibeli pada masa depan. Dari Timur Tengah khususnya," kata bekas penyerang Bayern itu.Spekulasi tersebar bahawa Qatar mahu membeli Manchester United, manakala Arab Saudi pula ingin membeli Liverpool."Maka tidak akan ada had (perbelanjaan). Ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk kita," katanya secara sinis.Hoeness terkenal dengan kenyataan 'pedas' di media Jerman yang sering ditujukan kepada lawan antarabangsa atau domestik termasuk PSG.Beliau menggesa bola sepak Jerman membatalkan peraturan '50 1', yang menetapkan ahli memiliki majoriti kelab sekali gus menghalang pelaburan dari luar. | 4 | 17 Februari 2023 10:40am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245621/berita/sukan/barcelona-manchester-united-sama-kuat | Barcelona, Manchester United sama kuat | GERGASI La Liga, Barcelona bangkit untuk meraih keputusan seri 2-2 ketika berdepan Manchester United dalam perlawanan pusingan pertama playoff pusingan kalah mati Liga Europa pada Jumaat.United kendalian Erik ten Hag merupakan pasukan yang lebih baik untuk sebahagian besar permainan dan mengawal tempo, namun dikecewakan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen yang melakukan tiga penyelamatan cemerlang pada separuh masa pertama.Pendahulu LaLiga dikemudikan Xavier Hernández bagaimanapun menceriakan Stadium Camp Nou menerusi menjaringkan gol pertama, lima minit selepas rehat, apabila Marcos Alonso menjaringkan gol hasil tandukan dari sepakan sudut minit ke-50'Marcus Rashford menyamakan kedudukan tiga minit kemudian yang berpunca serangan balas di sebelah kiri, menjaringkan gol penyudah menewaskan Ter Stegen.Rashford sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila menyudahkan tendangan sudut pendek mengelirukan pertahanan tuan rumah Jules Kounde yang menjelmakan gol sendiri.Bagaimanapun Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pertahanan United menghadiahkan bola di tepi kotak mereka kepada Raphinha yang hantaran lintangnya menewaskan David de Gea pada minit ke-76'.Liga EuropaBarcelona 2-2 Manchester UnitedSalzburg 1-0 AS RomaJuventus 1-1 NantesBayer Leverkusen 2-3 AS MonacoShakhtar 2-1 RennesAjax 0-0 Union BerlinSevilla 3-0 PSV EindhovenBraga 0-4 FiorentinaLazio 1-0 CFR Cluj | 4 | 17 Februari 2023 09:51am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245614/berita/sukan/malaysia-naib-juara-kumpulan-jumpa-china-di-suku-akhir | Malaysia naib juara kumpulan, jumpa China di suku akhir | PASUKAN negara mengakhiri saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 dengan status naib johan selepas tewas 1-4 kepada India dalam perlawanan terakhir di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka gelanggang cemerlang pada set pertama apabila menang 21-18 ke atas HS Prannoy.Namun pemain nombor sembilan dunia itu kemudiannya bangkit mengetepikan Zii Jia, 21-13, 25-23 di dua set terakhir.Kemenangan Prannoy memberi lebih keyakinan kepada juara dunia perseorangan wanita 2019, Pusarla V Sindhu yang mudah menundukkan pemain muda negara, Wong Ling Ching, 21-13, 21-17.Pasukan negara kembali ceria apabila juara dunia, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Dhruv Kapila-Chirah Shetty, 21-16, 21-10.Malaysia akan berdepan pasukan pilihan China manakala India berdepan Hong Kong di pentas suku akhir.Bagaimanapun, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela yang menduduki ranking ke-19 dunia, muncul wira India selepas mengejutkan beregu wanita utama negara yang juga beregu nombor lima dunia, Pearly Tan-M Thinaah, 23-21, 21-15, sekali gus menobatkan India juara kumpulan.Beregu campuran nombor 26 dunia, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto melengkapkan kemenangan India dengan meraih mata keempat, biarpun berdepan tentangan hebat gandingan meningkat naik negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 21-19, 19-21, 21-16.Sementara itu, Kazakhstan menduduki tempat ketiga Kumpulan B selepas mengalahkan tuan rumah UAE, 3-2.Malaysia akan berdepan pasukan pilihan China manakala India berdepan Hong Kong di pentas suku akhir.Korea Selatan akan berdepan Indonesia manakala Thailand menanti Jepun.Untuk rekod, empat pasukan terbaik layak secara automatik untuk Piala Sudirman. | 4 | 17 Februari 2023 07:23am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245604/berita/sukan/ramuan-as-julang-haiqal | 'Ramuan AS' julang Haiqal | PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi mendedahkan rahsia kejayaannya meraih pingat emas pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu.Haiqal mempraktiskan teknik larian yang dikongsikan pelari sensasi, Muhammad Azeem Fahmi yang ketika ini 'berguru' di Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat (AS).Atlet berusia 24 tahun itu mengenepikan rasa malu untuk meminta tips daripada Azeem,19, yang lebih junior daripadanya.“Sejak Azeem di AS kami saling berhubung bertanya khabar dan berkongsi pengalaman di sana. Saya nak dapatkan ilmu.“Walaupun lebih senior dan berpengalaman tapi rasa benda kurang, saya bertanyakan Azeem. Buat apa kita nak malu.“Saya tertarik dengan teknik larian Azeem, jadi saya minta tips daripadanya,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Haiqal meraih slot secara merit ke Sukan SEA Kemboja setelah meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia di Bukit Jalil Sabtu lalu.Dia membuat catatan 10.46s mengatasi had kelayakan 10.56s yang ditetapkan untuk ke temasya dwitahunan di Phnom Penh pada Mei depan.Azeem - Foto InstagramHaiqal menjelaskan, Azeem berkongsi mengenai teknik larian tersebut dan dia mempraktiskan dalam sesi latihan.“Tak cuba, kita tak tahu. Ia bukan mudah dan ambil sedikit masa. Namun saya konsisten melakukannya dalam latihan dan ia berhasil,” katanya.Mengulas ketiadaan Azeem pada Sukan SEA kali ini, Haiqal percaya dia bersama rakan pelari pecut yang lain mampu menggalas cabaran untuk meraih pingat.“Kami perlu bekerja keras untuk meraih podium dalam acara riben biru. Andai diberi peluang saya akan berikan yang terbaik,” katanya.Haiqal mencipta sensasi apabila meraih emas pada Sukan SEA 2019 di Manila, namun gagal layak edisi di Hanoi tahun lalu. | 4 | 17 Februari 2023 07:20am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245597/berita/sukan/zainal-tuntut-penyerang-tempatan-lebih-tajam | Zainal tuntut penyerang tempatan lebih 'tajam' | LEGENDA bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, mencabar barisan penyerang tempatan supaya menyaingi kehebatan awang import, pada musim baharu Liga Super 2023.Zainal berharap Liga Super 2023 menjadi pentas kebangkitan penyerang tempatan, kerana ia secara tidak langsung mampu memberi manfaat besar kepada skuad Harimau Malaya, untuk memiliki penyerang prolifik dalam saingan bola sepak antarabangsa."Saya cuma mahu nasihat penyerang tempatan agar tidak cepat putus asa dan berlatih bersungguh-sungguh, sekiranya tidak dapat peluang bermain."Bagi saya tidak semua penyerang import itu baik, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan di sini pemain tempatan perlu berusaha dan beri keyakinan tinggi kepada jurulatih, untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ‘Malam Gebang Bola 2023’ di sini, hari ini.Zainal pada masa sama juga mengingatkan kesemua jurulatih, agar tidak mengabaikan penyerang tempatan dengan memberikan minit permainan, bagi mengelakkan mereka daripada mengalami ketumpulan penyudah.Bagaimanapun, bekas penyerang Selangor itu mengakui jurang penyerang tempatan dengan import masih lagi tinggi, biarpun mereka memiliki kemahiran dan teknikal baik di atas padang."Pemain kita ambil peluang terlampau banyak untuk jaringkan gol walhal penyerang import dapat jaringkan satu gol daripada dua peluang sahaja. Pemain import lebih tajam kerana mereka berlatih bersungguh-sungguh dan di sini pemain tempatan perlu buat ‘homework’ lebih lagi,” katanya.Dalam pada itu, bekas ketua jurulatih Penang FC itu meramalkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus mendominasi Liga Super kali ini, memandangkan mereka memiliki struktur pasukan yang jauh lebih baik daripada pencabar lain.Justeru, beliau berharap agar pasukan lain dapat menjadikan JDT sebagai contoh, bagi mereka untuk membina skuad lebih mantap pada masa depan.Mohd Safee bercakap pada sidang media Majlis Malam Gebang Bola Astro 2023 malam ini. - Foto BernamaSementara itu, bekas penyerang kebangsaan Safee Sali, menamakan empat pasukan iaitu Selangor FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC, yang mampu mencabar JDT pada musim baharu yang akan membuka tirai pada 24 Feb ini.Bekas pemain pertahanan Melaka United FC Razman Roslan pula, menjangkakan Penang FC boleh membuat kejutan pada musim 2023, susulan kejayaan mengikat dua pemain dari pasukan lamanya iaitu Giovane Gomes dan Adriano Narcizo, yang diyakini mampu menambah bisa ‘Harimau Kumbang’. - Bernama | 4 | 16 Februari 2023 10:35pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245587/berita/sukan/orozco-import-terakhir-selangor | Orozco import terakhir Selangor | PEMAIN tengah dari Venezuela, Yohandry Jose Orozco Cujia atau lebih dikenali dengan Orozco diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023 bermula 24 Februari ini.Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, pemain berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini."Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baik dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan dengan kekurangan yang kita hadapi."Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol. Beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti," katanya dalam kenyataan.Orozco merupakan rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu.Karier profesional pemain tersebut bermula sejak usianya 16 tahun lagi bersama Maracaibo dan kelab terakhir adalah bersama Deportes Tolima dengan 114 penampilan, 12 jaringan gol dan 18 bantuan gol sepanjang dua musim bersama pasukan tersebut.Antara kejayaannya adalah pada musim 2014/2015, Orozco berjaya mengangkat piala pertamanya dalam Primera División bersama pasukan Deportivo Táchira.Tahun 2015/2016, dia memenangi dua piala bersama New York Cosmos dalam saingan NASL Regular Season dan NASL Soccer Bowl.Selain itu, dia juga telah meraih juara dalam Primera A musim 2018, 2019 dan 2021 bersama Deportes Tolima. | 4 | 16 Februari 2023 09:02pm |
SAIFULLAH AHMAD | https://www.sinarharian.com.my/article/245583/berita/sukan/isu-tajaan-vape-brm-fc-mungkin-tarik-diri | Isu tajaan vape: BRM FC mungkin tarik diri | PASUKAN Kuala Kangsar BRM FC membayangkan kemungkinan untuk tidak menyertai Liga M3 musim ini susulan isu penajaan syarikat rokok elektronik (vape).Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir berkata, keputusan itu terpaksa dipertimbangkan kerana pasukan berkenaan bakal kehilangan sumber kewangan yang besar.“Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perkara yang berlaku berkaitan isu penajaan dari sebuah syarikat rokok elektronik."Rentetan isu ini, keberangkalian besar pasukan Kuala Kangsar BRM FC akan menarik diri dari saingan Liga M3 2023 atas masalah penajaan yang kami hadapi," katanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter pada Khamis.Ghafari berkata, ahli lembaga pengarah kelab tersebut akan bermesyuarat dan membuat keputusan dalam masa terdekat.Sebelum ini, sebuah portal bola sepak tempatan mempersoalkan penajaan sebuah syarikat vape terhadap kelab tersebut kerana dianggap melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 atau tidak.Kontroversi itu tercetus selepas logo syarikat vape berkenaan terpapar pada jersi yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim baru-baru ini.Sementara itu, Amateur Football League (AFL) yang bertanggungjawab terhadap penganjuran Liga M3 turut memberikan respon berhubung isu tersebut. | 4 | 16 Februari 2023 08:23pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245590/berita/sukan/presiden-fam-menghadap-sultan-selangor | Presiden FAM menghadap Sultan Selangor | SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Khamis.Baginda berkenan menyantuni kunjungan hormat Hamidin yang menyembah maklum perihal isu semasa bola sepak negara termasuk program pembangunan bola sepak wanita dan program akar umbi sukan itu.Baginda turut mengucapkan tahniah kepada Hamidin kerana dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 pada 1 Februari lepas.“Tuanku menyifatkan kejayaan saya dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA ini adalah sesuatu yang unik dan luar biasa.“Malah, Tuanku menitahkan menjadikan peluang ini bukan sahaja sebagai platform mengembangkan kerjaya tetapi turut dijadikan nilai tambah dalam bola sepak Malaysia,” kata Hamidin.Selain itu, perkara yang ditekankan baginda dalam kunjungan hormat itu adalah mengenai stadium baharu Selangor yang akan turut dilengkapi muzium sukan dan bola sepak.“Tuanku menitahkan saya supaya sama-sama memberi pandangan dan buah fikiran untuk muzium sukan dan bola sepak yang akan melengkapkan lagi stadium baharu itu nanti.“Tuanku turut memberi penjelasan mengenai kelengkapan stadium baharu itu dengan turut meminta pandangan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA untuk nilai tambah daripada pelbagai aspek teknikal merangkumi padang dan bilik persalinan,” ujarnya. - Bernama | 4 | 16 Februari 2023 05:24pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245534/berita/sukan/hannah-ucap-tahniah-kejayaan-sivasangari | Hannah ucap tahniah kejayaan Sivasangari | MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada pemain skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Ivy League di Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua berturut-turut pada Rabu.“Tahniah kepada pemain skuasy negara, S Sivasangari,” catat Hannah di Facebooknya pada Khamis.Beliau turut berkongsi berita mengenai pencapaian pemain yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.Berita mengenai pemain yang berpangkalan di AS itu disiarkan di laman web rasmi Universiti Cornell, tempat dia melanjutkan pengajian dan berlatih.Meskipun tidak beraksi pada musim luruh, Sivasangari berjaya mencatatkan rekod kemenangan 9-0 pada musim bunga sekali gus melebarkan rekod kemenangannya kepada 27 perlawanan sejak permulaan musim 2019/2020.Sivasangari yang menghuni ranking ke-20 dunia turut dipilih secara sebulat suara dalam pasukan All-Ivy League bersama rakan senegara dan seuniversiti, Lai Wen Li.Ia merupakan pencapaian kali kedua berturut-turut buat kedua-dua pemain berkenaan.Tahun lalu, atlet berusia 24 tahun itu memahat sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Universiti Cornell yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Ivy League.Ivy League adalah persidangan sukan bagi kolej-kolej AS, yang terdiri daripada universiti yang berprestij dan terpilih seperti Harvard, Yale, Princeton dan Columbia. | 4 | 16 Februari 2023 04:37pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/245508/berita/sukan/bubbleso2-taja-liga-malaysia | BubblesO2 taja Liga Malaysia | SYARIKAT air mineral beroksigen semula jadi pertama di Malaysia, BubblesO2 menjadi penaja baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2023 selepas menandatangani kontrak perjanjian selama setahun pada Khamis.Ketua Pegawai Eksekutif BubblesO2 Sdn Bhd, Ain Azizah Arifin percaya BubblesO2 dapat menyumbang sesuatu bagi memberikan sokongan kepada kelab-kelab Liga-M seperti yang pernah dilakukan ketika menjadi penaja kepada beberapa sukan lain sebelum ini."Sebenarnya ini bukan kali pertama kami bekerjasama dalam aktiviti sukan di mana BubblesO2 pernah menjadi penaja pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing untuk Kejohanan CubPrix Kebangsaan (2018-2020), Sukan Malaysia (SUKMA 2022) bagi pasukan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Pasukan Baseball Kebangsaan (2022) serta Kejohanan Silat Dunia 2022."Malah pelawaan dari Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) kepada kami sebagai minuman rasmi bagi sukan permotoran negara bagi musim 2023 adalah bukti jelas penerimaan warga sukan terhadap BubblesO2."Walaupun ini kali pertama kami membabitkan diri dalam sukan bola sepak, BubblesO2 positif dengan pengalaman yang ada dapat memberikan kelebihan dan manfaat kepada semua terutamanya kepada barisan pemain Liga Malaysia," katanya dalam majlis menandatangani kotrak penajaan antara Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan syarikat BubblesO2 di sebuah hotel pada Khamis.Dalam pada itu, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan kehadiran BubblesO2 dalam kancah bola sepak tempatan akan dapat membantu pasukan terutamanya pemain yang mementingkan penghidratan sepanjang masa."Saya mewakili Ahli Lembaga Pengarah, rakan kongsi liga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada BubblesO2 atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan mereka untuk saingan Liga Malaysia musim ini."Saya percaya kolaborasi ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak dengan liputan meluas Liga Malaysia di negara ini bakal mengukuhkan lagi jenama BubblesO2,” katanya. | 4 | 16 Februari 2023 03:24pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/245506/berita/sukan/jadikan-kes-melaka-sarawak-united-pengajaran | Jadikan kes Melaka, Sarawak United pengajaran | LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan amaran tidak akan berkompromi dengan masalah tunggakan gaji sekiranya masih berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, setiap pasukan Liga Super perlu berhati-hati dalam berbelanja menyiapkan pasukan agar tidak terlalu boros sehingga memberikan kesan di penghujung liga.Menurutnya, MFL tidak akan teragak-agak menarik lesen pasukan seperti yang telah berlaku kepada Melaka United dan Sarawak United musim lalu."Kami sentiasa berusaha untuk memastikan pendekatan FAM dan MFL untuk hentikan stigma tunggakan gaji dalam bola sepak di negara ini."Tahun ini juga sama dan lesen yang akan diberikan kepada pasukan akan diukur dengan beberapa perkara termasuk kewangan pasukan. saya yakin semua pasukan tahu betapa seriusnya isu ini."Kami harap 14 pasukan Liga Super boleh menguruskan kewangan dengan sempurna dan isu mengenai tunggakan gaji tidak akan berlaku pada tahun ini," katanya kepada media selepas majlis menandatangani kontrak penajaan antara MFL dan syarikat BubblesO2 di sebuah hotel pada Khamis.Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mahu tindakan lebih tegas diambil kepada pasukan yang berdepan kes tunggakan gaji bermula musim ini.Dalam masa sama, Stuart juga percaya pendekatan MFL untuk mengatasi masalah tunggakan gaji telah menampakkan hasil."Pada 2018, kita ada 232 kes tunggakan gaji pada masa itu. Sekarang hanya tinggal sembilan hingga 13 kes aktif. Bagi saya, usaha untuk mengurangkan jumlah kes tunggakan gaji itu positif."Ia termasuk dengan langkah kita tidak beri lesen kepada Melaka dan Sarawak untuk beraksi di Liga Super."Walaupun ia memberikan impak besar kepada liga dengan ketiadaan kedua-dua pasukan ini, namun kita tetap tegas untuk elakkan perkara ini terus berlaku," ujarnya. | 4 | 16 Februari 2023 03:17pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245459/berita/sukan/benzema-penjaring-kedua-terbanyak-real | Benzema penjaring kedua terbanyak Real | KARIM Benzema mengatasi rekod Raul sebagai penjaring gol kedua terbanyak Real Madrid ketika kemenangan 4-0 ke atas Elche dalam saingan La Liga pada awal pagi Khamis.Benzema kini merekodkan 230 gol di pentas La Liga daripada 428 penampilan selepas menyumbang dua gol dalam aksi di Santiago Bernabeu itu.Raul sebelum ini turun menjaringkan 228 gol dalam 550 perlawanan La Liga dan menyaksikan Benzema berjaya memintasnya ketika dia beraksi kurang 122 perlawanan.Pengendali Real, Carlo Ancelotti memuji 'aksi sempurna' Benzema yang kini berada di belakang Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak Real dengan 311 gol daripada 292 penampilan La Liga."Karim Benzema bukan sekadar seorang penyerang. Dia mempunyai pakej yang lengkap, sudah tentu Real Madrid mahukan dia pada tahap ini."Hari ini, dia bergabung baik dengan Rodrygo. Dia sentiasa bersedia di kawasan dan banyak membantu kami dalam penguasaan bola," katanya.Gol menarik Marcos Asensio memberikan Real pendahuluan awal sebelum Benzema menggandakan kelebihan Los Blancos selepas 30 minit menerusi sepakan penalti.Benzema kemudiannya menjaringkan gol La Liga ke-230 apabila sekali lagi berjaya menyempurnakan sepakan penalti keduanya sebelum Luka Modric mengesahkan kemenangan Real dengan gol keempat. | 4 | 16 Februari 2023 12:08pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245448/berita/sukan/arteta-optimis-arsenal-julang-trofi | Arteta optimis Arsenal julang trofi | KETUMPULAN jentera serangan mengundang padah apabila Arsenal terpaksa melepaskan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Manchester City setelah tewas 1-3 awal pagi Khamis.Lebih memeritkan kekalahan itu dialami di laman sendiri di Stadium Emirates.Pengurusnya, Mikel Arteta mengakui aksi buruk The Gunners membuatkan mereka dihukum City di hadapan penyokong sendiri."Ia adalah pertembungan yang luar biasa antara dua pasukan. Kami menguasai permainan tetapi kami melepaskan gol kepada mereka," ujarPemain sensasi, Kevin De Bruyne membuka tirai jaringan buat The Citizens sebelum gol separuh masa kedua Jack Grealish.Erling Haaland menambah derita Arsenal sekali gus membuatkan gol penalti Bukayo Saka tidak lagi bermakna buat The Gunners.Pengurus Arsenal Arteta mengakui The Gunners dihukum kerana persembahan buruk mereka di utara London.Arteta kalah lapan daripada sembilan pertarungan dengan skuad Pep Guardiola dalam semua pertandingan.Beliau berkata, kekalahan disebabkan kesilapan sendiri akibat terlalu leka dan akhirnya dihukum oleh pasukan lawan."Kami mempunyai tiga peluang tetapi tidak menyempurnakannya dan itulah perbezaannya."Bagi mengalahkan mereka, kami perlu mengatasi tahap kami kerana mereka adalah pasukan yang bagus."Suasana dan persembahan sangat bagus, tapi kami memberikan mereka tiga gol," ujar Arteta.Di sebalik kekalahan itu, Arteta optimis dengan prestasi para pemain dan percaya Arsenal mampu merangkul gelaran juara liga yang pertama mereka sejak kempen 'Invincibles' 2003/04."Saya lebih yakin berbanding sebelum perlawanan dengan prestasi dan tahap yang ditunjukkan ketika menentang City."Mereka mahu bermain permainan yang berbeza dan dengan sokongan penonton, kami boleh melakukannya," ujar Arteta. | 4 | 16 Februari 2023 10:46am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245444/berita/sukan/ledakan-adeyemi-benam-chelsea-di-dortmund | Ledakan Adeyemi benam Chelsea di Dortmund | JARINGAN tunggal Karim Adeyemi sudah cukup buat Borussia Dortmund mengatasi Chelsea 1-0 dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara pada, awal pagi Khamis.Gol Adeyemi hadir selepas pelawat mendominasi pada awal babak kedua apabila penyerang Jerman itu 'mencuri' bola yang dikeluarkan hasil sepakan penjuru Chelsea.Dia kemudian berlari hampir sepanjang padang sambil melepasi Enzo Fernandez dan penjaga gol Kepa Arrizabalaga bagi memberikan Dortmund kelebihan dalam aksi pertama itu.Kapten Dortmund, Jude Bellingham kagum dengan aksi cemerlang Adeyemi."Apabila Adeyemi mendapat ruang, tidak ramai pemain boleh menyekatnya."Dia melalui tempoh yang sukar untuk ke sini pada permulaan - menemui sentuhan semula - tetapi kini dia bagus," ujar Bellingham.Selepas perlawanan, Adeyemi memuji keinginan skuad itu bertarung seterusnya mendapat kelebihan menjelang pertemuan semula di London."Semua orang bertarung untuk orang lain - kemenangan ini amat penting untuk aksi kedua," katanya.Dalam pada itu, Pengurus Chelsea, Graham Potter memuji aksi para pemain, namun tidak puas hati kerana gagal menyumbat gol"Kami begitu hampir untuk menghasilkan gol, namun tidak berhasil. Ia mengecewakan, kami perlu lebih baik," katanya.Kemenangan bermakna Dortmund hanya memerlukan keputusan seri di London untuk mara ke suku akhir buat kali kedua dalam tempoh empat tahun. | 4 | 16 Februari 2023 09:50am |
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | https://www.sinarharian.com.my/article/245441/berita/sukan/pbnj-rangkul-anugerah-diamond-geran-rm100000 | PBNJ rangkul Anugerah Diamond, geran RM100,000 | ANUGERAH Diamond (Diamond Award) selain geran berjumlah RM100,000 (Geran A) yang diterima pada Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor 2023 pada Rabu adalah pengiktirafan besar kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).Menurut Setiausaha Kehormatnya, Mohd Anizam Jamian, anugerah itu juga membuktikan kejayaan pengurusan PBNJ selaras dengan proses penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) seperti ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).“Bagi saya, anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada PBNJ dan membuktikan kita sudah berjalan dengan tersusun sebagaimana ditetapkan pihak MFL apabila mulai 2022, kesemua persatuan bola sepak negeri, kelab dipisahkan di mana kelab diswastakan.“Sebenarnya masih banyak (persatuan, kelab) berada di bawah bumbung yang sama, tetapi anugerah ini menjadi bukti, kita di PBNJ telah mengikut ketetapan berkenaan di mana di Johor kita dah pisah 100 peratus, kita ada pengurusan sendiri dan kelab JDT pula ada pengurusan mereka sendiri.“Sebagai contoh, kita lebih fokus kepada usaha pencarian bakat-bakat baharu, program-program akar umbi, pembangunan bola sepak, kursus-kursus semuanya di bawah kita (PBNJ), namun bagi pencarian bakat untuk temasya sukan besar seperti SUKMA (Sukan Malaysia) kita letakkan di bawah JDT bagi menjadikan ia lebih kompetitif,” katanya kepada Sinar Harian.Mohd Anizam berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor 2023 pada malam Rabu.Untuk rekod, selain Anugerah Diamond, PBNJ turut menerima Geran A daripada pihak Kerajaan Negeri melibatkan bantuan kewangan berjumlah (RM100,000).Sementara itu Mohd Anizam berkata, geran berkenaan dilihat bakal menyemarakkan lagi program-program pembangunan bola sepak di Johor selepas ini.Justeru katanya, geran berkenaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha menjamin pembangunan yang berterusan pada masa akan datang.“Kita juga fokus kepada pertandingan-pertandingan dalam negeri...kita ada enam piala dan baru-baru ini kita juga terlibat dengan program pembangunan bagi futsal dan juga bola sepak wanita.“Selain itu, kita juga memang ada berkolaborasi dengan pihak sekolah, khususnya sekolah-sekolah di luar bandar (bagi mencari bakat-bakat baharu),” katanya. | 4 | 16 Februari 2023 09:12am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245439/berita/sukan/benfica-hampiri-suku-akhir | Benfica hampiri suku akhir | KELAB Portugal, Benfica sebelah kaki ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini selepas menewaskan Club Brugge 2-0 di Belgium pada aksi pertama pusingan 16, awal pagi Khamis.Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Joao Mario dan pemain gantian, David Neres meledak dua gol pada aksi yang berlangsung di Jan Breydelstadion itu.Berbekal dua jaringan pendahulu liga Portugal itu dijangka tidak berdepan masalah apabila mereka bakal bertemu untuk aksi kedua di Lisbon pada 7 Mac.Pada edisi lalu perjuangan skuad bimbingan Roger Schmidt itu tersekat dalam kelompok lapan pasukan terbaik setelah tewas kepada Liverpool."Bermain perlawanan pertama di tempat lawan dalam perlawanan Liga Juara-Juara dan menang ia sentiasa menjadi langkah pertama yang baik."Kami sudah separuh jalan," ujar Schmidt.Benfica hanya tewas sekali dalam saingan liga domestik pada kempen kali ini dan mengungguli kumpulan Liga Juara-Juara mengatasi Paris Saint-Germain dan Juventus.Mereka nampaknya seperti tidak terjejas biarpun kehilangan pemain bintang yang juga juara Piala Dunia dari Argentina, Enzo Fernandez selepas dijual kepada Chelsea dengan harga €121 juta euro (RM569.14) bulan lalu.Benfica dalam kelas tersendiri buat Club Brugge yang hanya menang sekali dalam lapan perlawanan sejak bekas pemain tengah England, Scott Parker dilantik sebagai jurulatih akhir Disember lalu."Kekalahan itu bukan sesuatu yang menggembirakan, tetapi saya melihat banyak perkara positif dalam permainan ini."Saya bangga dengan pasukan ini. Selepas lima minggu melatih mereka, akhirnya saya dapat melihat apa yang dicari."Namun kesilapan kecil membuatkan kami tewas," ujar Parker. | 4 | 16 Februari 2023 09:04am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245438/berita/sukan/bamtc-2023-india-penentu-nasib-malaysia | BAMTC 2023: India penentu nasib Malaysia | SEPERTI diramal, pertemuan menentang India pada petang ini menjadi penentu sama ada Malaysia mampu bergelar juara Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 atau sebaliknya.Terdahulu, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk merakamkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Kazakhstan 5-0 di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) lewat malam tadi.Perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching menyumbang mata sulung selepas menewaskan Aisha Zhumabek straight set 21-6, 21-13 dalam masa 25 minit.Mata kedua Malaysia hadir dalam acara perseorangan lelaki menerusi bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao yang mengatasi Dmitriy Panarin 21-12, 21-16.Beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-0 apabila menewaskan gandingan Nargiza Rakhmetullayeva-Kamila Smagulova 21-7, 21-7.Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tidak beraksi pada pertemuan dengan UAE pada aksi pembukaan Kumpulan B menentang UAE, menang 21-5, 21-17 ke atas Khaitmurat Kulmatov-Artur Niyazov.Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menghadiahkan mata kelima selepas menewaskan Makhsut Tadzhibullaev-Aisha Zhumabek 21-9, 21-10.Pada Selasa, Malaysia yang meletakkan sasaran mara ke separuh akhir bagi memastikan slot automatik ke saingan Piala Sudirman di Suzhou, China Mei depan bermula garang apabila membenam UAE 5-0. | 4 | 16 Februari 2023 08:50am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245437/berita/sukan/city-pintas-arsenal | City pintas Arsenal | MANCHESTER City memintas Arsenal di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membenam skuad The Gunners itu 3-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi.Perancang tengah, Kevin De Bruyne menghukum kesilapan yang dilakukan pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu untuk meletakkan City di depan pada minit ke-24.Namun, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan tiga minit sebelum aksi babak pertama berakhir menerusi sepakan penalti Bukayo Saka.Sebaik aksi babak kedua bersambung, City 'mengajar' Arsenal apabila mendominasi perlawanan sepenuhnya sebelum Jack Grealish dan Erling Haaland masing-masing meledak satu gol.“Kami harus terima kekalahan ini. Ia adalah pertarungan luar biasa antara dua pasukan besar tetapi kami memberikan mereka gol.“Kami perlu berdepan Manchester City dalam saat genting dan mereka pula lebih baik daripada kami. Kami meletakkan diri dalam masalah,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.Biarpun dipintas City menerusi perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan berkongsi 51 mata, namun Arsenal masih memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding The Citizens. | 4 | 16 Februari 2023 08:39am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245424/berita/sukan/debaran-pemilihan-pkbm-peluang-kj-50-50 | Debaran pemilihan PKBM: Peluang KJ 50-50 | BERBAKI dua hari sahaja lagi menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Sabtu ini yang bakal menentukan barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2023 hingga 2026.Namun, pemilihan kali ini sebenarnya menjurus kepada petunjuk siapakah bakal menggantikan Datuk Abu Samah Abd Wahab yang telah disahkan menang tanpa bertanding selaku presiden bagi penggal kesembilan berturut-turut.Ia rentetan faktor usia kerana Abu Samah akan berusia 85 tahun menjelang 2026 dan perlu mengosongkan jawatannya untuk memberi laluan kepada muka baharu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PKBM.Tumpuan sudah pasti terarah kepada pertembungan dua penjuru antara Yunus Ibrahim dan Mazlan Md Jail dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKBM, susulan penarikan diri Datuk Amarjit Singh, Naib Presiden yang dianggap paling layak menggantikan Abu Samah.Sumber dalaman PKBM berkata, pemenang jawatan Timbalan Presiden PKBM hampir pasti akan menggantikan Abu Samah sekiranya beliau tidak mahu lagi mengekalkan posisinya selepas berakhirnya penggal baharu nanti.Sumber itu turut membayangkan kesukaran akibat tindakan Yunus mengaitkan namanya dengan Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS), Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan KJ yang bakal bertarung untuk perebutan jawatan Naib Presiden PKBM.Mazlan juga dikatakan mendapat sokongan padu daripada delegasi pengundi (voting delegate) negeri yang pernah menjadi komisar sekalipun tampil pada perebutan kali pertama bagi jawatan Timbalan Presiden PKBM.Fokus turut terarah kepada perebutan naib presiden yang menyaksikan pertembungan 10 penjuru dengan tiga nama dikatakan berada dalam kedudukan selesa iaitu Amarjit, Mohd Shaiful Abd Jalil dan Dr Zaim Ahmad.Kuota dua kerusi Naib Presiden PKBM lagi dikatakan menjadi perebutan antara Mohd Asri Abd Mubin, Muhammad Firdaus Daud, Norazman Abd Wahab dan Khairy Jamaluddin.Sumber dalaman PKBM bagaimanapun percaya Muhammad Firdaus yang kini memegang portfolio Naib Presiden 1 PKBM selepas mendapat undi terbanyak pada pemilihan penggal 2018-2023, mungkin ‘terselamat’, sekali gus berjaya mengekalkan jawatannya. | 4 | 16 Februari 2023 07:50am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245419/berita/sukan/elok-pan-gon-pikul-dua-tugas-serentak | Elok Pan-gon pikul dua tugas serentak | PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya mengekalkan Kim Pan-gon sebagai pengurus Harimau Malaya selepas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat untuk mengisi jawatan tersebut.Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, Pan-gon yang memikul tugas itu sejak dilantik sebagai ketua jurulatih pada awal tahun lalu adalah individu paling layak untuk kekal mengisi kedua-dua jawatan tersebut.Menurut Jamal Nasir, beliau langsung tidak melihat sebarang masalah dihadapi Pan-gon yang terbukti telah berjaya mengemudi skuad kebangsaan dengan baik setakat ini.“Seorang ketua jurulatih yang turut bertindak sebagai pengurus, ini bukan perkara asing dalam bola sepak. Tengok kelab-kelab di Eropah, mereka satukan sahaja jawatan ketua jurulatih dan pengurus.“Ia akan memberikan banyak kebaikan kepada Pan-gon untuk mengemudi pasukan, selain arahan-arahan tidak akan bercanggah dengan apa yang mahu dirancangnya.“Tak perlu pening-pening, beri saja kepada Pan-gon. Lagipun, ia bukan isu penting yang perlu difikirkan FAM sekarang kerana kita ada perkara lebih besar iaitu mempersiapkan pasukan untuk Piala Asia nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Sebelum ini, timbul spekulasi Tunku Ismail dikaitkan untuk menjadi pengurus Harimau Malaya, namun Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menyatakan tidak berminat dengan sebarang jawatan di FAM.Untuk rekod, jawatan ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan itu diperkenalkan FAM pada 2001 ketika zaman skuad Harimau Malaya dibimbing oleh Allan Harris.Beberapa tahun kemudian, jawatan pengurus Harimau Malaya kerap dipegang oleh pegawai kanan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM.Namun, Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang dipengerusikan Datuk Dell Akbar Khan pada Januari tahun lalu mahu amalan pelantikan pengurus pasukan dalam kalangan pegawai FAM dihentikan supaya ketua jurulatih mempunyai kuasa penuh.Dalam pada itu, Jamal Nasir menyifatkan Tunku Ismail sudah pasti mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memegang jawatan selaku pengurus Harimau Malaya.“Yang penting, Tunku Ismail telah memberikan komitmen untuk membantu pasukan kebangsaan dari segi tempat latihan, peralatan dan sokongan moral. Itu sudah cukup baik,” ujarnya. | 4 | 16 Februari 2023 07:10am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245386/berita/sukan/psm-sasar-dua-emas-di-sukan-sea-kemboja | PSM sasar dua emas di Sukan SEA Kemboja | DUA pingat emas, empat perak dan lima gangsa menjadi buruan skuad sepak takraw dan chinlone negara daripada keseluruhan 22 emas yang ditawarkan di gelanggang sepak takraw Sukan SEA Kemboja 2023 bermula 5-17 Mei ini.Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, daripada jumlah itu, sebutir emas, tiga perak dan satu gangsa diharapkan hadir menerusi sepak takraw, dengan sandaran emas diletakkan kepada acara beregu lelaki.Bagi chinlone, sukan tradisi Myanmar yang kembali dipertandingkan selepas kali terakhir pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, PSM berhasrat untuk meraih satu emas, satu perak dan empat gangsa.Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara regu, regu berpasukan dan beregu lelaki, serta acara beregu berpasukan dan quadrant wanita bagi sepak takraw, selain masing-masing dua acara lelaki, wanita dan campuran dalam kategori chinlone.Mohd Sumali berkata, PSM akan memuktamadkan senarai akhir pemain ke Phnom Penh menerusi sesi pemilihan selama tiga hari bermula 24 Februari ini.Pada masa sama, beliau berharap pelantikan legenda sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharum sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan dalam masa terdekat dapat memantapkan persediaan negara menghadapi Sukan SEA.Mohd Sumali berkata, pihaknya akan menghantar 12 pemain sepak takraw dan enam pemain chinlone lelaki, manakala bagi acara wanita, sembilan pemain yang dipilih untuk sepak takraw akan turut sertai acara chinlone."Kita perlu hadapi cabaran besar kerana kita ingin lihat bagaimana perubahan prestasi skuad negara, terutamanya di Sukan SEA Kemboja (selepas konflik dalaman PSM). Saya harapkan struktur kejurulatihan baharu akan memberikan wajah dan nafas baru kepada skuad kebangsaan, serta harapan baru kepada peminat dan penggiat sepak takraw tanah air."Saya telah maklumkan kepada pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ahmad Jais yang kali ini kita kena tunjukkan bahawa PSM ke arah untuk mencapai prestasi yang membanggakan," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan SEA pada Selasa. - Bernama | 4 | 15 Februari 2023 06:53pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245385/berita/sukan/harrif-tiada-dalam-senarai-skuad-sukan-sea-2023 | Harrif tiada dalam senarai skuad Sukan SEA 2023 | PAKAR pecut negara, Harrif Saleh tidak disenaraikan dalam skuad berbasikal lebuh raya pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang bermula dari 5 hingga 17 Mei depan.Pengurus pasukan, Norazman Abu Samah berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama barisan jurulatih kerana laluan bagi edisi kali ini memerlukan pelumba yang serba boleh untuk membawa saingan.Menurutnya, hanya acara kriterium dan lepas beramai-ramai individu dipertandingkan bagi disiplin lebuh raya kali ini, dengan laluan landai dengan sedikit berbukit yang tidak sesuai untuk menurunkan Harrif.Harrif, 34, merupakan pemenang pingat emas kriterium Sukan SEA 2015 dan 2017, serta juara acara lepas beramai-ramai edisi 2017, selain pernah muncul juara empat peringkat pada Le Tour de Langkawi (LTdL).Lima pelumba lelaki yang dipilih bagi edisi kali ini adalah juara bertahan acara lepas beramai-ramai, Nur Aiman Mohd Zariff serta Nur Aiman Rosli, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Akmal Hakim Zakaria dan Shahrul Mat Amin.Norazman berkata, skuad negara akan menggunakan formula sama seperti edisi Hanoi 2021, dengan gabungan pelumba, jurulatih serta mekanik Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team (Sapura) ke Phnom Penh."Kami berharap dengan percaturan untuk menggabungkan pelumba dari dua pasukan benua - TSG dan Sapura, kami boleh mencapai kejayaan yang dimahukan," ujarnya.Pada edisi 2021 Hanoi yang diadakan tahun lalu, skuad negara membawa pulang emas acara lepas beramai-ramai individu lelaki, perak acara lepas beramai-ramai individu dan kumpulan wanita serta gangsa ujian masa lelaki dan kriterium wanita. - Bernama | 4 | 15 Februari 2023 06:48pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245350/berita/sukan/kelantan-fc-ikat-seorang-lagi-pemain-sepanyol | Kelantan FC ikat seorang lagi pemain Sepanyol | KOTA BHARU - Kelantan FC mendapatkan khidmat seorang lagi pemain import dari Sepanyol bagi menguatkan pasukan menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula pada 24 Februari ini.Kelantan FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemain pertahanan berusia 32 tahun, Miguel Angel Garrido Cifuentes, telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu selama semusim, semalam.Miguel Angel merupakan pemain import keenam Kelantan FC."Miguel Angel akan menjalani latihan bersama pasukan untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain dan kami berharap pengalamannya beraksi di pentas bola sepak Sepanyol dan Eropah mampu memberi impak besar kepada Kelantan FC musim ini," menurut kenyataan itu.Sebelum ini, lima pemain import sah menandatangani kontrak selama semusim bersama Kelantan FC iaitu Kim Ming Kyu dan Kang Eui Chan (Korea Selatan), Christian Mangaron Rontini (Itali-Filipina), Mario Arques (Sepanyol), dan Nuha Marong Krubally (Gambia). - Bernama | 4 | 15 Februari 2023 04:43pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/245308/berita/sukan/kj-teruja-sertai-jdt | KJ teruja sertai JDT | BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia mencurahkan pengalamannya selepas dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).Menurut Khairy Jamaluddin, beliau teruja untuk menyertai JDT yang juga sebuah kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara."Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap HRH Crown Prince of Johor Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, atas perkenan Tuanku melantik saya sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah JDT."Saya amat teruja untuk menyertai kelab JDT yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi yang cemerlang pada setiap musim perlawanan."Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu Tunku Mahkota Johor dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT kelab bola sepak paling unggul di benua Asia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Dalam masa sama, Khairy Jamaluddin juga mahu merealisasikan hasrat Tunku Ismail dalam memperkasakan belia bangsa Johor."Ia akan direalisasikan melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak."Insya-ALLAH saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT dan pemerkasaan belia Johor," katanya. | 4 | 15 Februari 2023 02:38pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/245275/berita/sukan/kj-terima-tawaran-tmj | KJ terima tawaran TMJ | BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengumumkan penyertaannya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam masa terdekat."Terima kasih TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana menjemput saya menjadi sebahagian JDT. Pasukan ini memang pasukan terbaik di Malaysia. Insya-ALLAH, dalam masa terdekat kita akan umum penglibatan saya dalam JDT."More or less, dah boleh confirm. Perkara ini serius, bukan main-main."Dulu waktu umum saya jadi DJ Hot FM pun orang ingat main-main, tak serius. Tapi pagi ini saya ada di konti," katanya semasa menjadi penyampai di radio HotFM pada Rabu.Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan menawarkan Khairy jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT."CEO masa depan JDT dan penasihat belia Johor," tulis Tunku Ismail di laman Story Instragram baginda baru-baru ini.Khairy juga turut membalas tawaran Tunku Ismail menerusi Story Instragramnya, dan menulis:"One door closes, others will open (satu pintu tertutup, pintu lain terbuka). Rezeki di tangan ALLAH."Untuk rekod, Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ dianggap tidak asing dalam sukan bola sepak.Bekas Ahli Parlimen Rembau itu pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007.Ketika menduduki kerusi Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, beliau mencetuskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat.Selain menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy pernah menggalas portfolio sebagai Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). | 4 | 15 Februari 2023 12:18pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245265/berita/sukan/peluang-tewaskan-bayern-masih-ada | Peluang tewaskan Bayern masih ada | JURULATIH Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier masih berharap pasukannya mara ke suku akhir selepas tewas kepada Bayern Munich 0-1 pada pusingan pertama 16 pasukan terbaik di laman sendiri pada awal pagi Rabu.Menurutnya, ia tampak sukar apatah lagi perlu beraksi di Allianz Arena pada perlawanan timbal balik, namun percaya tidak mustahil menewaskan pasukan gergasi Jerman itu."Ia nampak perkara sukar untuk diperkatakan malam ini, tiada siapa yang mara dan tiada siapa yang sudah terkeluar."Saya masih berharap kami akan kembali lebih segar dalam tempoh tiga minggu dan jika boleh bermain seperti 25 hingga 30 minit terakhir, kami boleh menewaskan Bayern," katanya.Kingsley Coman menjaringkan gol tunggal perlawanan di Paris berdepan bekas kelabnya, menyempurnakan hantaran lintang Alphonso Davies lapan minit selepas bermula babak kedua.PSG bermain buruk untuk tempoh yang lama namun bangkit pada penghujung selepas Kylian Mbappe masuk dari bangku simpanan sekembalinya daripada kecederaan paha."Aksi kedua akan berlangsung lagi tiga minggu jadi kami berharap lebih ramai pemain akan pulih dan memberikan persembahan yang baik," katanya. | 4 | 15 Februari 2023 11:14am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245263/berita/sukan/barcelona-risau-ancaman-rashford | Barcelona risau ancaman Rashford | PERTAHANAN Barcelona, Andreas Christensen memberi amaran kepada pasukan gergasi Sepanyol itu supaya berhati-hati dengan ketajaman penyerang Manchester United, Marcus Rashford.Barcelona akan menerima kunjungan United dalam perlawanan pertama play-off Liga Europa pada Jumaat.United telah memenangi 12 daripada 15 perlawanan dalam semua pertandingan selepas rehat Piala Dunia yang dibantu dengan persembahan cemerlang Rashford.Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 13 gol untuk United sejak liga bermula semula dan Christensen menjangkakan ujian sukar daripada penyerang itu di Camp Nou."Dia berada dalam prestasi yang hebat pada masa ini. Saya sangat menyukainya, saya suka cara dia bermain. Dia seorang pemain yang berbahaya.Rashford telah menjaringkan 21 gol musim ini dan mendapat manfaat daripada bimbingan Erik Ten Hag.Dalam pada itu, Christensen turut memuji Ten Hag yang berupaya mengembalikan semula kekuatan United."Mereka mempunyai kualiti yang hebat dan cara bermain adalah baik. Saya fikir Ten Hag akan membawa mereka ke tahap yang berbeza."Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi saya fikir kami berada dalam momentum yang hebat. Akan menjadi perlawanan yang hebat," katanya. | 4 | 15 Februari 2023 10:56am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245258/berita/sukan/spurs-mampu-bangkit---conte | Spurs mampu bangkit - Conte | ANTONIO Conte percaya Tottenham Hotspur mampu untuk bangkit dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas tewas 0-1 kepada AC Milan pada Rabu.Pemain tengah Milan, Brahim Diaz meledak gol tunggal perlawanan seawal minit ketujuh di San Siro untuk memberikan kelebihan kepada pasukan Itali itu menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Tottenham Hotspur bulan depan."Anda perlu bermain dua perlawanan. Ia adalah suasana yang hebat. Saya mengenali San Siro dan saya tahu kesukaran untuk bermain dalam suasana ini."Pastinya dalam perlawanan kedua perlu bermain di stadium kami dan pastinya semua penyokong akan mewujudkan suasana yang sesuai untuk mendorong mengatasi halangan Milan," katanya."Saya fikir ia lebih baik hari ini – intensiti tinggi, dan saya fikir kami bermain menentang pasukan yang bagus. Jangan lupa Milan musim lalu memenangi liga di Itali."Saya fikir kami boleh lakukan lebih baik untuk elakkan gol pertama itu. Kami melepaskan satu gol selepas mungkin hanya lima minit," katanya.Spurs yang dilanda masalah kecederaan selepas kekalahan 1-4 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu bagaimanapun cuba bangkit memberikan saingan kepada Milan."Kemudian kami cuba mendahului permainan, kami cuba mencipta situasi untuk menjaringkan gol, tetapi saya fikir Milan bertahan dengan sangat baik."Kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tetapi pada akhirnya kami bercakap tentang kekalahan," katanya. | 4 | 15 Februari 2023 10:36am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245257/berita/sukan/nagelsmann-terkejut-psg-tidak-melawan | Nagelsmann terkejut PSG tidak melawan | PENGENDALI Bayern Munich, Julian Nagelsmann terkejut apabila mereka lebih dominan ketika menang ke atas Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Rabu.Bayern yang bertandang ke Parc des Princes menguasai 57.5 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama selain mencipta 10 percubaan berbanding satu yang dilakukan oleh PSG.Tonggak utama PSG, Kylian Mbappe yang sebelum ini dibelenggu kecederaan hanya masuk pada separuh masa kedua selepas jaringan Kingsley Coman pada minit ke-53.Walaupun Mbappe tidak berada dalam kesebelasan utama, Nagelsmann menjangkakan perlawanan sukar daripada pasukan tuan rumah."Kami bermain permainan yang sangat bagus dalam 25 minit pertama, mempunyai kawalan yang sangat baik."Saya mempunyai perasaan terkejut bahawa kami menguasai begitu banyak bola dan PSG hanya sesekali cuba mengatur gerakan."Saya tahu mereka sentiasa bertahan, tetapi hakikat bahawa mereka begitu pasif dan tidak menunjukkan keinginan memenangi bola sangat mengejutkan saya," katanya.Dalam pada itu, Coman telah menjaringkan lima gol dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan dua daripadanya ketika berhadapan kelab lamanya, PSG."Saya dilahirkan di Paris. Itu sebabnya saya tidak meraikan jaringan saya. Tetapi, kami gembira dapat menang di sini," katanya. | 4 | 15 Februari 2023 10:32am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245224/berita/sukan/bamtc-malaysia-garang-tundukkan-uae | BAMTC: Malaysia garang tundukkan UAE | SKUAD negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan langkah kanan selepas membenam tuan rumah 5-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B di Dubai hari ini.Perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia mengutip mata pertama buat negara selepas mudah menewaskan Bharath Latheesh straight set 21-12, 21-15 pada aksi yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai.Perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei pula hanya memerlukan 19 minit untuk meletakkan pasukan di hadapan 2-0 apabila memenangi perlawanan perseorangan wanita menentang Madhumitha Sundarapandian dengan 21-0 dan 21-7.Beregu profesional lelaki negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mengesahkan kemenangan skuad dengan menyumbang mata ketiga selepas mengetepikan Dev Ayyappan-Dhiren Ayyappan 21-11, 21-13.Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah menewaskan Sanika Dhawan Gurav-Taabia Khan dengan 21-9 dan 21-8 dalam masa 21 minit manakala beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menewaskan gandingan Dev Vishnu-Aleena Qathun 21-10 dan 21-9.Sementara itu, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B yang turut berlangsung hari ini, India mengalahkan Kazakhstan 5-0.Malaysia bakal berdepan Kazakhstan dalam pusingan kedua Kumpulan B esok. - Bernama. | 4 | 14 Februari 2023 09:35pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245187/berita/sukan/skuad-harimau-malaya-mungkin-lawan-jepun | Skuad Harimau Malaya mungkin lawan Jepun | PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menunggu jawapan berhubung perancangan mengadakan aksi persahabatan antara Malaysia dan pasukan nombor satu Asia, Jepun pada jendela perlawanan antarabangsa September depan.Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, dalam pada itu skuad Harimau Malaya yang akan beraksi dua perlawanan dalam tempoh itu, sudah hampir pasti akan menguji kekuatan menentang Hong Kong.Beliau berkata, sebuah lagi pasukan belum dimuktamadkan dengan Jepun, yang juga juara Piala Asia terbanyak dengan rekod empat kali antara yang berada dalam senarai, selain Taiwan, China dan Uzbekistan."Pada September ini kita akan bermain dua perlawanan di luar, kemungkinan bermain dengan Hong Kong yang sudah hampir pasti...mungkin juga lawan Taiwan (dan) kita tengah minta juga antara Jepun, China dan Uzbekistan."Kita masih tunggu jawapan, selepas saya berhubung dengan kesemua presiden (persatuan bola sepak masing-masing). Mereka akan muktamadkan perkara ini selepas bercakap dengan ketua jurulatih masing-masing,” katanya kepada media di sini pada Selasa.Sementara itu, Hamidin berkata, pada jendela perlawanan antarabangsa paling hampir iaitu pada Mac ini, pasukan negara akan berlatih dan beraksi di gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dengan Turkmenistan sah sebagai salah satu lawan pasukan negara.Beliau berkata, skuad bimbingan Pan Gon seterusnya akan bertemu antara Taiwan dan Kuwait, dengan perkara itu akan dimuktamadkan minggu ini."Pada (jendela perlawanan) Jun pula kita akan bermain satu perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim dan satu lagi mungkin di Terengganu, Pahang ataupun Pulau Pinang, untuk beri ruang kepada peminat di sana. Yaman ialah satu pasukan yang sudah pasti, satu lagi antara Syria dan Oman,” katanya.Dalam pada itu, mengenai penganjuran Pestabola Merdeka yang dijadual berlangsung pada Oktober, Hamidin berkata FAM sedang memuktamadkan dua lagi pasukan lawan antara India, Lubnan dan China, selepas Palestin sudah mengesahkan penyertaan mereka selain Malaysia selaku tuan rumah."Format kejohanan sama macam Piala Raja Thailand, kita akan main dua perlawanan sebab jumlah itu saja yang dibenarkan,” katanya sambil memaklumkan Malaysia juga akan beraksi dua perlawanan masing-masing pada November dan Disember, sebelum menghadapi Piala Asia 2023 pada Januari 2024.Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa lawan pasukan negara pada kedua-dua bulan tersebut.Hamidin berkata, FAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung jadual perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya tahun ini, selewat-lewatnya awal minggu depan.- Bernama. | 4 | 14 Februari 2023 05:23pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/245168/berita/sukan/sri-pahang-fc-janji-tampil-berbeza | Sri Pahang FC janji tampil berbeza | PEMAIN tengah Sri Pahang FC, David Rowley percaya pasukan itu akan tampil dengan aksi yang lebih baik berbanding tahun lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Menurutnya, persiapan Sri Pahang kali ini cukup positif dan percaya kejayaan akan hadir untuk pasukan pantai timur itu sekiranya apa yang dirancang berjalan lancar.Dia juga menyifatkan sentuhan pemain legenda Singapura, Fandi Ahmad sebagai pengendali pasukan selain kehadiran muka-muka baharu menambahkan lagi kualiti dalam skuad Tok Gajah."Saya begitu teruja melihat pemain-pemain baharu yang akan memperkuatkan cabaran pasukan sama ada tempatan atau import, boleh saya katakan sebahagian besarnya begitu berpengalaman."Paling saya gembira adalah kehadiran dua penyerang yang saya rasa antara terbaik di Liga Malaysia iaitu Kpah Sherman dan Lucas da Silva."Bersama Fandi, banyak perubahan beliau tengah lakukan bagi memastikan Sri Pahang akan tampil lebih berbeza berbanding sebelum-sebelum ini," katanya.Antara pemain tempatan yang memperkuatkan cabaran Sri Pahang ialah Fadhli Shas, Izham Tarmizi, Nur Shamie Iszuan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq.Manakala bagi import, selain Sherman dan Lucas, Sri Pahang menambah pemain-pemain baharu seperti Stefano Brundo dan Michael Glassock selain mengekalkan Sherzod Fayziev dan Kevin Ingreso.Prestasi yang cemerlang sepanjang musim 2022 apabila berjaya mencetak 6 jaringan (22 penampilan) dengan Sri Pahang memperlihatkan Rowley berjaya mendapat panggilan Harimau Malaya pada saingan Piala AFF 2022.Justeru, pemain kacukan Australia-Malaysia ini berasakan tahap keyakinannya sedikit berbeza selepas impian menyarung jersi kebangsaan menjadi kenyataan."Peluang bersama Harimau Malaya adalah satu impian yang telah lama saya nantikan dan pengalaman bersama skuad kebangsaan sepanjang AFF tidak akan dilupakan."Selepas pulang dari AFF, saya rasa semakin menjadi seorang yang positif dan tidak gentar semasa di atas padang, ini memberikan motivasi tambahan buat saya bagi musim 2023."Saya akan terus berikan yang terbaik untuk Sri Pahang dan jika itu berjaya, saya juga boleh mengekalkan tempat dalam pasukan kebangsaan untuk perlawanan di peringkat antarabangsa," katanya. | 4 | 14 Februari 2023 04:14pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245143/berita/sukan/tmj-tak-minat-jadi-pengurus-harimau-malaya---hamidin | TMJ tak minat jadi pengurus Harimau Malaya - Hamidin | PETALING JAYA - Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.Namun, Hamidin berkata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.Katanya perkara itu dizahirkan Tunku Ismail ketika beliau bersama Ketua Jurulatih pasukan negara Kim Pan Gon menghadap baginda di Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini."Baginda tidak minat memegang apa-apa jawatan termasuk pengurus seperti yang dilaporkan tetapi bermula sekarang baginda nak berikan lebih daya usaha untuk bantu pasukan negara dengan apa sahaja yang boleh baginda lakukan."Ada orang katakan seperti baginda tidak mahu bantu (sebelum ini), (jadi) kali ini baginda mahu lakukan terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan,” katanya kepada media di sini pada Selasa.Sebelum ini terdapat laporan mengaitkan Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM dengan jawatan pengurus skuad Harimau Malaya.Mengulas lanjut, Hamidin berkata, Tunku Ismail mahu membekalkan beberapa peralatan gim antaranya basikal senaman, selain turut mengarahkan supaya Pan Gon menyenaraikan kelengkapan lain yang diperlukan pasukan bimbingannya.Hamidin berkata, Tunku Ismail juga mempelawa pasukan negara berlatih dan bermain di gelanggang keramat JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sementara menunggu Stadium Nasional di Bukit Jalil siap diselenggara."Pan Gon tiada masalah (bermain di Iskandar Puteri) dia pun sukakan padang di sana. Selain padang, ada juga kemudahan fasiliti bagi proses pemulihan dan sains sukan,” kata Hamidin.Dalam pada itu, beliau mengharapkan lebih banyak pasukan dan presiden kelab yang sudi memberikan bantuan dalam apa sahaja bentuk demi memajukan pasukan negara yang bakal berdepan cabaran sengit Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar. - Bernama. | 4 | 14 Februari 2023 02:46pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245121/berita/sukan/semangat-alonso-masih-menyala | Semangat Alonso masih menyala | MASA semakin mencemburui Fernando Alonso menjelang sesi ujian pramusim perlumbaan Formula Satu (F1) di Sakhir, Bahrain minggu depan dalam misi memburu gelaran ketiga musim ini.Biarpun impian tersebut nampak sukar, namun pemandu berusia 41 tahun itu enggan berputus asa.Alonso yang sudah meraih 32 kemenangan grand prix menyertai Aston Martin dengan kontrak dilaporkan dua tahun berserta pilihan tambahan tetap bersemangat untuk membantu pasukan baharunya itu.“Saya percaya ia boleh berlaku,” kata Alonso.Alonso yang meraih kejayaan bersama Renault, McLaren dan Ferrari ditemui media ketika sesi pelancaran jentera AMR23 di ibu pejabat pasukan di Silverstone pada Isnin.Secara jujur Alonso mengakui cabaran F1 edisi 2023 agak sengit, namun beliau dan pasukan akan berjuang untuk meraih kejayaan tahun ini.“Pada masa sama kami mahukan kereta yang bagus, memajukannya dan bekerja keras.“Mungkin pada pertengahan musim kami boleh merapatkan jurang. Jika ada peluang, kami tak akan lepaskan.“Namun pada permulaan saya jangkakan beberapa perlumbaan sukar sehinggalah kami temui jalan penyelesaian,” ujar Alonso.Sebagai rekod belum ada pemandu F1 yang menjuarai perlumbaan selepas tampil kali ke-300.Alonso sudah pun mencatat rekod 355 dan muncul pemandu tertua di grid. | 4 | 14 Februari 2023 01:10pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245106/berita/sukan/pemain-ukraine-mati-hidup-semula | Pemain Ukraine 'mati hidup semula' | IBARAT mati hidup semula apabila pertahanan Ukraine, Oleh Danchenko selepas rebah ketika sesi latihan bersama kelabnya dipercayai akibat serangan jantung pada Ahad.Danchenko yang dipinjamkan ke Zorya Luhansk dari AEK Athens berada di kem latihan di Turkiye ketika insiden mencemaskan itu berlaku, lapor media Greece Skai.Pemain berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan selepas mendapat bantuan pantas daripada petugas perubatan pasukan yang menggunakan defibrilator.Ketika proses bantuan awal dilakukan situasi bertukar panik apabila ia tidak berhasil kerana pemain itu terbaring tanpa denyutan nadi.Bagaimanapun akhirnya Danchenko 'kembali bernafas' dan dibawa ke pusat perubatan dengan ambulans.Kenyataan kelab dari Shakhtar di media sosial berkata;“Kami berdoa Oleh (Danchenko) segera sembuh.“Bekas pemain Shakhtar mengalami kematian klinikal di kem latihan di Turki, kekal kuat dan kami bersama anda.”Rakan dan keluarga masih menunggu maklumat lanjut daripada doktor mengenai keadaan pemain itu. | 4 | 14 Februari 2023 12:15pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245080/berita/sukan/penjaga-gol-belgium-meninggal-dunia-selepas-selamatkan-penalti | Penjaga gol Belgium meninggal dunia selepas selamatkan penalti | PENJAGA gol kelab Belgium, Winkel Sport B, Arne Espeel meninggal dunia ketika menentang Westrozebeke dalam aksi divisyen dua wilayah Brabant Barat.Pemain berusia 25 tahun itu rebah secara tiba-tiba selepas menepis sepakan penalti yang diberikan kepada Westrozebeke pada separuh masa kedua.Pasukan perubatan cuba sedaya upaya menyelamatkannya dengan defibrilator sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.Penyebab kematiannya juga masih belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dilakukan pada Selasa.Kelab itu dalam satu kenyataan berkata: " Arne telah bermain untuk kami sejak dia masih kecil, dan semua orang sangat menyukainya."Adalah mustahil untuk memahami bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku kepada seseorang yang begitu muda."Dia adalah seorang pemuda yang sihat sepenuhnya sebelum ini," kata kenyataan itu.Pengarah sukan Winkel Patrick Rotsaert kemudiannya menambah: "Ini adalah bencana, dan satu kejutan untuk kita semua."Arne seorang individu yang baik, dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain."Ia adalah tamparan besar, terutama sekali untuk keluarganya dan seluruh kelab kami," katanya. | 4 | 14 Februari 2023 10:35am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245076/berita/sukan/inzaghi-kecewa-persembahan-inter-milan | Inzaghi kecewa persembahan Inter Milan | PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui kecewa selepas pasukannya sekadar seri tanpa jaringan dengan Sampdoria dalam aksi Serie A pada Selasa.Keputusan itu sekali gus menyaksikan Inter gagal merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Napoli yang dibezakan dengan 15 mata.Dalam perlawanan itu, Nerazzurri berjaya mencipta 25 percubaan, namun gagal menjaringan sebarang gol."Ia perkara biasa untuk kecewa, kami mahukan satu lagi keputusan yang baik kerana kami tidak memandang rendah perlawanan itu."Kami mempunyai babak pertama yang baik, tetapi kurang cemerlang pada babak kedua. Terdapat banyak peluang dicipta menentang pasukan yang memberikan segala-galanya di atas padang. Kami perlu memanfaatkannya sebaik mungkin."Terdapat kekesalan kerana pemain bermain perlawanan dengan cara yang betul, bermain seperti yang kami telah bersedia untuknya. Kami harus lebih tenang dan memanfaatkan peluang dengan lebih baik," katanya.Inzaghi juga seolah-olah pasrah dengan menyifatkan Napoli kendalian Luciano Spalletti sudah tidak dapat dikejar dalam siangan liga."Sudah tentu begitu, tetapi kami hanya perlu melihat kemajuan kami."Kami datang daripada tiga kemenangan berturut-turut dan malam ini kami mahu mencapai keputusan berbeza. Terdapat banyak kesukaran dalam perlawanan ini," katanya. | 4 | 14 Februari 2023 10:02am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245075/berita/sukan/james-yakin-chelsea-jadi-pasukan-terbaik-dunia | James yakin Chelsea jadi pasukan terbaik dunia | REECE James menjangkakan Chelsea akan menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia selepas beberapa pemain baharu yang tiba di kelab tersebut menyesuaikan diri dan memperoleh lebih banyak pengalaman bersama.Chelsea membelanjakan £294.8 juta (RM1.56 bilion) pada jendela perpindahan Januari dengan ketibaan Enzo Fernandez yang menjadi pemain termahal Liga Perdana Inggeris.Mykhaylo Mudryk, Benoit Badiashile, Andrey Santos, David Datro Fofana, Joao Felix, Noni Madueke dan Malo Gusto semuanya turut mengisi pasukan bimbingan Graham Potter itu.Walaupun The Blues hanya memenangi satu perlawanan dalam semua kejohanan pada 2023, James memberi amaran Chelsea akan menjadi pasukan yang menakutkan apabila kesemua pemain itu sudah serasi bersama."Anda tahu kerana tempoh Januari sentiasa sibuk dengan banyak perlawanan dan kemudian ada juga perpindahan pemain. Semuanya terlalu banyak dalam satu bulan."Saya cukup seronok bermain dengan pemain baharu, anda tidak tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Mereka semua datang dari tempat yang berbeza di seluruh dunia, anda tahu pasukan yang berbeza, mereka semua di sini untuk membantu."Lebih cepat mereka selesa dan tenang, lebih cepat mereka boleh membantu. Saya tidak fikir ada trofi yang kami tidak boleh menang. Bila itu berlaku? Saya tidak tahu."Dengan pasukan yang kami bina, sebaik sahaja kami bermain bersama lebih lama dan semua orang memperoleh lebih banyak pengalaman, kami akan menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia," katanya.James mengharungi tahun 2022 yang sukar selepas terlepas Piala Dunia bersama England pada November akibat kecederaan lutut dan masalah kecergasan yang berulang tahun lalu."Selalu ada kebaikan dan keburukan bola sepak. Dengan masa saya mendapat pengalaman, saya belajar bagaimana menangani perkara yang berbeza. Ia membantu untuk saya berkembang dengan baik sebagai seorang pemain," katanya. | 4 | 14 Februari 2023 09:53am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/245073/berita/sukan/klopp-lega-liverpool-menang | Klopp lega Liverpool menang | PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui lega selepas The Reds berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Selasa.Liverpool meraih kemenangan EPL pertama mereka tahun ini dengan Mohamed Salah dan Cody Gakpo mencetak nama selaku penjaring.Klopp juga dapat menggunakan kembali khidmat Diogo Jota dan Roberto Firmino yang kembali cergas sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan ke-250 sebagai pengurus Liverpool, manakala Virgil van Dijk kembali di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan hamstring."Rasanya seperti kami, ia kelihatan seperti kami. Hasilnya sangat melegakan. Malam ini semua orang mula percaya kepada kami. Kami perlu meneruskannya."Persembahan itu adalah satu kenyataan bagi kami bahawa kami boleh melakukan. Kami terpaksa bermain permainan kami dan itu berlaku selama 95 minit dan itulah sebabnya mereka berhak mendapat mata."Untuk keluar dari situasi kami, kami memerlukan persembahan yang baik. Saya melihat aksi yang baik daripada pemain dan Kami perlu meneruskannya."Gol kedua adalah serangan balas yang hebat juga. Kami begitu dominan. Saya tidak tahu angkanya, tetapi ia pastinya 70 peratus penguasaan," katanya. | 4 | 14 Februari 2023 09:42am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245066/berita/sukan/sukan-sea-2023-cabaran-baharu-buat-psm | Sukan SEA 2023 cabaran baharu buat PSM | PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) menyifatkan pelantikan ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara sebagai tindakan proaktif mengembalikan semula kegemilangan sukan itu bermula dengan Sukan SEA Kemboja 2023.Malah tegas Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan, ia juga merupakan gambaran perubahan baharu yang dibawa badan induk sepak takraw negara berkenaan.“Ya, PSM melihat sasaran untuk Sukan SEA 2023 Kemboja sebagai cabaran pertama ketua jurulatih baharu.“Malah untuk Kemboja 2023 juga merupakan tugas pertama dan penting kepada ketua jurulatih baharu untuk memberi nafas baharu kepada prestasi skuad kebangsaan“PSM juga akan menghantar gabungan dalam kalangan pemain senior dan junior untuk Sukan SEA dan Sukan Asia.“Latihan intensif akan dimulakan dijangka awal Mac setelah selesai pemilihan para pemain dan jurulatih,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sukan Sinar sebelum ini menyiarkan satu emas pada Sukan SEA 2023 menjadi indeks prestasi utama (KPI) terhadap ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun.Timbalan Presiden I PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, itu sasaran diletakkan berdasarkan pengalaman luas dimiliki Ahmad Jais.Mengenai status PSM dalam Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), selepas Pesuruhjaya Sukan mengesahkan pembubaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) Sumali berkata, “PSM sudah buat permohonan baharu untuk keahlian kedua-dua badan induk tersebut.“Dokumen lengkap sudah dihantar pada Disember lalu, sehingga kini PSM masih menunggu respon daripada Astaf dan Istaf.”Senarai Jurulatih Skuad Sepaktakraw Negara 2023LELAKI:1. Aswadi Abdullah2. Ahmad Mohd Zain3. Suhaimi Yusof4. Muhd Zulkarnain Md ArifWANITA:1. Mohd Rashidi Nordin2. Mohd Khairuddin Adenan3. Awi AwangCHINLONE:1. Mohd Rashidi Nordin2. Mohd Khairuddin Adenan | 4 | 14 Februari 2023 08:40am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245061/berita/sukan/india-pencabar-utama-malaysia | India pencabar utama Malaysia | ATAS kertas, India dianggap sebagai pencabar utama Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 yang membuka tirainya di Dewan Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa.Bagaimanapun, bekas pemain perseorangan lelaki negara, Roslin Hashim tetap percaya barisan pemain kali ini memiliki kekuatan tersendiri dalam menyaingi pasukan lawan.“Kelebihan kita mungkin kepada gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi biarpun India turut memiliki satu wakil beregu yang kuat.“Beregu wanita pula saya percaya kita tidak berdepan masalah kerana kita memiliki pemain nombor lima dunia, Pearly Tan-M Thinaah selain gandingan Teo Mei Xing-Go Pei Kee.“Begitu juga untuk beregu campuran yang diperkuatkan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Saya yakin dengan kemampuan mereka,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Pada BAMTC kali ini, Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan diundi dalam Kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah, UAE.Kumpulan A dibarisi China, Korea Selatan, Singapura dan Uzbekistan; Kumpulan C - Indonesia, Thailand, Bahrain, Syria, Lebanon, manakala Kumpulan D - Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Pakistan.“Ya, ikutkan India pasukan pilihan Kumpulan B terutama untuk perseorangan wanita yang kita agak jauh ketinggalan di belakang biarpun dibarisi Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching.“Bagi perseorangan lelaki pula kekuatan pasukan negara sama ada menurunkan Lee Zii Jia atau Leong Jun Hao (ranking ke-66 dunia) adalah India dalam 50-50.“Begitupun saya berharap setiap pemain yang diberikan tanggungjawab turun beraksi akan lebih berdisiplin dan tampil dengan semangat juang tinggi masing-masing,” ujarnya.Mengulas kemungkinan Malaysia menurunkan scratch pair dalam acara beregu lelaki dalam memburu mata penting, Roslin melihat perkara tersebut bukan masalah buat skuad negara.“Jika coach Rexy Mainaky mahu melakukan scratch pair, itu tidak akan memberikan masalah. Sebelum ini pun semasa sesi latihan, Aaron-Wooi Yik dan Yew Sin-Ee Yi pernah bertukar pasangan antara mereka.“Apa yang penting setiap pemain yang digandingkan atau diturunkan nanti dapat memberikan aksi terbaik bagi menyumbang mata buat Malaysia,” jelasnya. | 4 | 14 Februari 2023 07:50am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245068/berita/sukan/liverpool-raja-derbi-merseyside | Liverpool Raja Derbi Merseyside... | BINTANG Liverpool, Cody Gakpo menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu yang mengakhiri rentak hambar apabila menewaskan jiran tetangga yang diancam penyingkiran, Everton 2-0 di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris pada Selasa.Mohamed Salah sebelum itu membuka tirai jaringan pada minit ke-36, hasil kombinasi Darwin Nunez selepas Everton terlepas peluang berganda untuk mendahului, menerusi Dwight McNeil dan percubaan James Tarkowski terkena tiang.Penyerang Belanda, Gakpo melebarkan pendahuluan pada awal separuh masa kedua Derbi Merseyside untuk gol pertamanya dalam perlawanan ketujuhnya untuk Liverpool sejak menyertai PSV Eindhoven dengan nilai 37 juta pound.Liverpool memulakan permainan selepas tewas tiga daripada empat perlawanan liga terakhir sambil melepaskan sembilan gol dan menjaringkan satu, manakala Everton berharap dapat mengubah nasib di bawah pengurus baharu Sean Dyche selepas kemenangan mengejut ke atas pendahulu Arsenal kali terakhir sebelum ini.Namun Liverpool kendalian Jurgen Klopp lebih kuat dan tajam berbanding jirannya dan memperoleh kemenangan liga pertama pada 2023 untuk naik ke tangga kesembilan dengan 32 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.Sementara itu, Everton kekal di tempat ke-18 dengan 18 mata setelah mengharungi 22 perlawanan, satu mata dari zon penyingkiran."Ia satu kemenangan besar buat kami. Kami mempunyai minggu yang sempurna untuk berlatih dan para pemain sangat teruja dan kami tidak sabar untuk satu perlawanan yang mengubah segala-galanya dan semoga kemenangan ini satu permulaan."Saya tahu Darwin sangat pantas jadi mereka mendapat sepakan sudut dan kami bermain satu-dua. Saya tahu dia akan bermain bola seperti di ruang angkasa jadi saya berlari sepantas yang saya boleh dan menjaringkan gol jadi itu yang paling penting," kata Salah.Salah, yang merupakan penjaring terbanyak bersama Liga Perdana Inggeris musim lalu, juga akan berasa lega apabila mendapat gol liga pertamanya sejak menjaringkan gol ketika menentang Aston Villa pada 26 Disember.Klopp dirangsang dengan kembalinya penyerang Diogo Jota, yang membuat penampilan pertamanya sejak kecederaan betisnya pada Oktober ketika dia masuk pada minit ke-70.Pertahanan berpengaruh Virgil van Dijk pula berada di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan hamstring pada awal Januari.Perjuangan Liverpool musim ini hambar berbanding Everton, yang bulan lalu memecat Frank Lampard, pengurus ketujuh yang dipecat oleh pemilik The Toffees, Farhad Moshiri sejak 2017. | 4 | 14 Februari 2023 07:43am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245058/berita/sukan/kolam-besar-buat-elavarasan | 'Kolam besar' buat Elavarasan | PENGANJURAN Piala MFL yang dilangsungkan buat pertama kali mulai musim ini boleh membuatkan pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, E Elavarasan ‘rambang mata’ untuk memilih pemain berkualiti.Ini kerana kejohanan itu memberi peluang yang lebih besar kepada barisan pemain muda tempatan untuk mendapatkan minit permainan menerusi perlawanan kompetitif.Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, kejohanan itu membuka peluang buat Elavarasan untuk membentuk skuad yang mantap menerusi kelompok pemain yang besar.“Pemain-pemain B-23 yang berada dalam sistem liga bola sepak tempatan berpeluang mencatat minit permainan lebih tinggi, sekali gus meluaskan kelompok pilihan buat Elavarasan bagi membentuk skuad yang padu untuk tahun ini.“Adalah lebih baik pemain pada usia ini beraksi di pentas yang kompetitif berbanding memanaskan bangku simpanan dalam pasukan senior,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Menerusi format Piala MFL yang menjadi platform kepada pemain B-23, semua pasukan boleh mendaftarkan lima pemain senior tempatan melebihi umur (lahir sebelum tahun 2000).Mengulas lanjut, Rizal berkata, skuad B-23 negara bakal berdepan jadual padat pada tahun ini kerana akan mengharungi dua temasya sukan dan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.Justeru katanya, Elavarasan boleh memilih kelompok pemain terbaik untuk membentuk pasukan teras yang bakal menggalas cabaran ke pentas Sukan SEA 2023 Kemboja, Sukan Asia 2022 Hangzhou dan Kelayakan Olimpik 2024.“Statistik menunjukkan bahawa hanya beberapa pasukan di Liga Malaysia (Liga-M) menggunakan khidmat pemain muda sebagai teras pasukan masing-masing sepanjang 2021-2022,” jelasnya.Pada masa sama, beliau memberitahu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mewujudkan Liga Simpanan yang dianjurkan sebagai pembuka tirai saingan Liga Perdana sekitar tahun 1990-an.“Kemudian satu ketika peraturan FAM menetapkan syarat seorang pemain berusia 21 tahun dimestikan untuk beraksi dalam kesebelasan utama bagi memberi ruang kepada pemain muda beraksi di pentas tertinggi.“Namun, syarat ini tidak bertahan lama disebabkan jurulatih lazimnya mahu meletakkan pemain terbaik dan paling berpengalaman bagi memburu kemenangan,” ujarnya.Terdahulu, Elavarasan telah menyenaraikan 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa hingga 19 Februari ini sebagai salah satu siri persiapan bagi menghadapi Sukan SEA 2023 Kemboja Mei depan. | 4 | 14 Februari 2023 07:10am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245041/berita/sukan/semangat-juang-pemain-remaja-wanita-negara-luar-biasa | Semangat juang pemain remaja wanita negara luar biasa | SEMANGAT juang tinggi dalam kalangan pemain remaja wanita negara disifatkan penyumbang kepada kemenangan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia di Chennai, India pada Ahad.Malah penolong jurulatih, Andrew Cross tanpa berselindung menegaskan skuad remaja wanita memiliki keazaman tinggi untuk menjuarai kejohanan tersebut.Menurutnya, prestasi dipamerkan dalam kalangan pemain amat memberangsangkan terutamanya tonggak utama, Aira Azman yang bangkit dari kekalahan di separuh akhir, ketika berdepan India.“Sejujurnya secara keseluruhan persembahan ditampilkan pasukan remaja wanita negara layak diberikan pujian.“Pasukan ini ternyata cemerlang apabila mengetahui hanya mereka boleh menjadi pasukan yang menang atau kalah.“Ya, sememangnya saya amat gembira dengan prestasi dalam kalangan mereka terutamanya Whitney (Isabelle Wilson) and Doyce (Lee) di kejohanan ini. Sebenarnya arena skuasy negara masih mempunyai masa depan yang cerah,” kata Cross.Terdahulu, skuad skuasy remaja wanita negara mencipta sensasi apabila mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final.Bintang muda negara, Aira Azman bermula cemerlang apabila menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Wai Sze Wing 11-2, 11-9, 11-5.J Yasshmita melengkapkan kemenangan negara apabila diberikan tentangan sengit Tse Yee Lam Toby sebelum menang 11-5, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7.Untuk rekod, ini merupakan kemenangan berpasukan keempat berturut-turut Malaysia dalam acara wanita di peringkat remaja Asia selepas memenangi pada 2015, 2017 dan 2019. | 4 | 13 Februari 2023 08:49pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245040/berita/sukan/tottenham-terpaksa-lupa-kudrat-bentancur | Tottenham terpaksa lupa kudrat Bentancur | PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur akan terlepas baki musim ini selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Isnin.Bentancur terpaksa dibawa keluar pada separuh masa kedua ketika kekalahan 1-4 kepada Leicester City semasa aksi liga di Stadium King Power pada Sabtu.Pada perlawanan itu Bentancur menjaringkan gol tunggal pasukan pelawat pada minit ke-14.“Dia akan menjalani pembedahan sebelum memulakan pemulihan bersama kakitangan perubatan kami.“Kami semua berada di belakang anda, Rodrigo,” kata Spurs dalam satu kenyataan.Kecederaan Bentancur menyebabkan Spurs kekurangan pemain di bahagian tengah, dengan Yves Bissouma turut berdepan masalah diketepikan selepas menjalani pembedahan pada buku lali kirinya.Spurs kini berada di tempat kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata hasil 23 perlawanan.Mereka seterusnya menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara di San Siro pada Rabu, sebelum melayan kunjungan West Ham United dalam pertembungan liga, Isnin. | 4 | 13 Februari 2023 08:44pm |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/245035/berita/sukan/anggaplah-dia-sebiji-epal-busuk---chong-wei | 'Anggaplah dia sebiji epal busuk' - Chong Wei | DATUK Lee Chong Wei turut tampil membidas kenyataan rasis yang dikeluarkan bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik.Menerusi Facebooknya, Chong Wei berkata, sukan seharusnya mendukung rasa hormat dan tidak menerima sebarang bentuk perkauman.“Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang erat. (Perpaduan) bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.“Anggaplah dia (Guang Yik) sebiji epal busuk, kawan-kawan," kata bekas jaguh badminton negara itu.Pada masa sama, bekas pemain nombor satu dunia itu turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang bertindak pantas dalam mengatasi isu ini.“Terima kasih kepada YB (Hannah) atas kecerdikan dan kepantasan mengendalikan isu ini,” katanya.Terdahulu, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Ketika ini, Guang Yik yang juga bekas pemain pelapis percubaan BAM dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China. | 4 | 13 Februari 2023 08:17pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/245033/berita/sukan/beregu-lelaki-negara-dijangka-berpecah | Beregu lelaki negara dijangka 'berpecah' | PENGARAH Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak menolak kemungkinan menurunkan 'scratch pair' pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang membuka tirai pada Selasa.Bagaimanapun, Rexy berkata, beliau perlu melihat tahap kesediaan dan kondisi para pemain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut memecahkan gandingan sedia ada di Dubai.“Setakat ini saya tidak perlu beritahu taktikal apa perlu dibuat kerana yang penting adalah untuk menyediakan para pemain menghadapi cabaran di Dubai,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.Malaysia mempertaruhkan juara bertahan beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan profesional yang kini berada di ranking kelapan dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.Rexy sebelum ini pernah menggandingkan Aaron-Ee Yi ketika saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand.Percaturan pakar beregu dari Indonesia itu ternyata menjadi apabila Aaron-Ee Yi menyumbang mata kemenangan menewaskan Jepun 3-2 dengan menumpaskan Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17.Mereka juga turut melakar kemenangan ke atas Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjalan 21-19, 21-17, sewaktu skuad negara disingkirkan India 3-2 di peringkat suku akhir.Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah.Dalam pada itu, Rexy mengingatkan para pemain agar tidak terlalu memikirkan ketiadaan seorang daripada pemain beregu lelaki utama India, Satwiksairaj Rankireddy yang digugurkan akibat kecederaan dan diganti Dhruv Kapila.Sebaliknya, bekas juara Sukan Olimpik 1996 itu mahu anak buahnya untuk fokus terhadap diri mereka terlebih dahulu dan bersiap sedia menyahut cabaran negara pada edisi ketiga kejohanan BAMTC.Malaysia belum pernah memenangi kejohanan berkenaan setakat ini, selepas tewas di suku akhir pada edisi pertama 2017 di Hanoi, Vietnam dan sekali lagi di peringkat sama pada edisi 2019 di Hong Kong. - Bernama | 4 | 13 Februari 2023 08:05pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/245031/berita/sukan/ghana-sambar-khidmat-bekas-pengendali-brightonhove-albion | Ghana sambar khidmat bekas pengendali Brighton&Hove Albion | BEKAS pengendali Brighton&Hove Albion, Chris Hughton dinamakan sebagai jurulatih baharu Ghana, kata persatuan bola sepak negara itu pada Isnin.Jurulatih berusia 64 tahun itu, yang bapanya dilahirkan di Ghana, beralih daripada peranannya sebagai penasihat teknikal di mana dia bekerja dengan jurulatih sementara Otto Addo.Hughton, pemain pertahanan Tottenham Hotspur dan Republik Ireland pada zaman kegemilangannya, akan mengekalkan bekas pemain tengah Aston Villa dan Middlesbrough, George Boateng sebagai penolong jurulatih.“Butiran mengenai tempoh kontrak dan syarat pertunangan akan diumumkan dalam masa terdekat, tambah Ghana FA.Untuk rekod, Ghana akan menyingkap kempen Kelayakan Piala Afrika berdepan Angola di tempat sendiri dan di tempat lawan bulan depan. | 4 | 13 Februari 2023 07:56pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244965/berita/sukan/debaran-aksi-bayern-menentang-psg | Debaran aksi Bayern menentang PSG | DEBARAN Bayern Munich menjelang perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi Rabu, biarpun beraksi cemerlang dalam kancah domestik.Meskipun membenam Bochum 3-0 Sabtu lalu dan memimpin Bundesliga, namun Julian Nagelsmann masih belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.Nagelsmann juga sedar tewas dalam saingan kalah mati tersebut akan membuatkan mereka gagal walaupun tampil padu dalam saingan tempatan.“Jika bermain seperti itu pada Selasa (awal pagi Rabu), kami tidak akan pergi jauh (dalam Liga Juara-Juara).“Tidak banyak pergerakan,” kata pengendali berusia 35 tahun itu.Bayern yang sudah mengutip 43 mata mendahului Union Berlin cuma dengan perbezaan satu mata.Nagelsmann turut mengingatkan kesebelasan utamanya pada Sabtu lalu bahawa mereka hanya 'lebih baik selepas minit ke-60' apabila pemain simpanan membawa momentum lebih segar.“Ketika itu barulah kami mendapat keputusan (jaringan). Kami perlu meningkatkan prestasi sebelum Selasa.“Realiti sebagai kelab super menyebabkan kejayaan domestik dipandang remeh oleh Nagelsmann – sama seperti rakan sejawatannya di PSG, Christophe Galtier,” katanya.Ramai pengurus lain dipecat dari Bayern kerana gagal melakukannya.Niko Kovac dilepas setahun selepas menang berganda dalam liga dan masih beraksi dalam Liga Juara-Juara – Bayern akhirnya merangkul trofi berkenaan setahun kemudian di bawah Hansi Flick.Malah nama besar di Eropah, Carlo Ancelotti juga dipecat Bayern selepas kelab itu kalah 0-3 di PSG dalam saingan peringkat kumpulan pada 2017. | 4 | 13 Februari 2023 02:01pm |
IZWAN ROZLIN | https://www.sinarharian.com.my/article/244936/berita/sukan/hannah-bidas-kenyataan-berunsur-perkauman-guan-yik | Hannah bidas kenyataan berunsur perkauman Guan Yik | SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik.Hannah berkata, hasil semakan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Guan Yik hanya merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya menerusi Twitter pada Isnin.Beliau turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.“Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” ujarnya.Guan Yik yang kini berada di China mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi akaun TikToknya. | 4 | 13 Februari 2023 11:36am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244933/berita/sukan/napoli-hampiri-gelaran-serie-a | Napoli hampiri gelaran Serie A | IMPIAN Napoli untuk menamatkan kemarau trofi dalam tempoh tiga dekad semakin hampir untuk direalisasikan.Pasukan itu memperoleh tiga mata berharga setelah menewaskan pasukan bawahan, Cremonese 3-0 awal pagi Isnin meletakkan mereka di depan dengan kelebihan 16 mata untuk menghampiri gelaran Serie A.Pemain sensasi, Khvicha Kvaratskhelia dan Victor Osimhen menjadi tonggak buat skuad kendalian Luciano Spalletti di Stadio Maradona untuk menamatkan penantian 33 tahun.Pemain sayap, Kvaratskhelia memberikan kelebihan buat Napoli hasil jaringan individu menarik pada minit ke-22 pada hari lahirnya yang ke-22.Osimhen meledak jaringan ke-17 musim ini pada pertengahan babak kedua dan Eljif Elmas turut mencatat nama selaku penjaring 11 minit sebelum tamat untuk mengesahkan kemenangan mereka.Kemenangan keenam berturut-turut dalam liga memberikan Napoli sekurang-kurangnya kelebihan 13 mata menjelang aksi Inter Milan awal pagi Selasa, pencabar terdekat mereka yang akan ke Sampdoria."Bandar ini (Milan) sentiasa memastikan kami bersedia. Kami semua mahu menang," ujar Spalletti.Beliau berkata, para pemain perlu meneruskan momentum kemenangan dan fokus dengan setiap perlawanan yang dilalui."Kami perlu melaluinya satu persatu. Kami tidak boleh merasakan ia sudah berakhir atau memikirkan mengenai perkara lain atau merasakan ia akan berlaku sendiri."Kami perlu melakukan semuanya sendiri," kata Spalletti. | 4 | 13 Februari 2023 10:49am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244919/berita/sukan/mbappe-mula-ambil-bahagian-dalam-latihan | Mbappe mula ambil bahagian dalam latihan | KYLIAN Mbappe mengambil bahagian dalam latihan pada Ahad, meningkatkan harapan bahawa penyerang Paris St Germain (PSG) itu boleh bermain pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu menentang Bayern Munich di Parc des Princes, Paris.L'Equipe melaporkan tonggak Perancis itu mengambil bahagian dalam sesi kolektif walaupun dia tidak kekal bersama skuad tersebut sepanjang masa.Mbappe mengalami kecederaan hamstring pada 1 Februari dan PSG berkata, dia akan diketepikan daripada beraksi selama tiga minggu.Jurulatih Christophe Galtier pada Ahad berkata, dia tidka akan risiko dengan Mbappe menjelang aksi berdepan gergasi Bundesliga tersebut.Untuk rekod, PSG berada dalam prestasi buruk baru-baru ini, tewas 1-3 di Monaco dalam Ligue 1 pada Ahad untuk kekalahan keempat tahun ini dalam semua pertandingan.LIGA JUARA-JUARAPusingan 16Perlawanan PertamaRABU (15 FEBRUARI)PSG lwn Bayern Munich, 4 pagiAC Milan lwn Tottenham Hotspur, 4 pagiKHAMIS (16 FEBRUARI)Club Brugge lwn Benfica, 4 pagiBorussia Dortmund lwn Chelsea, 4 pagi | 4 | 13 Februari 2023 09:12am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244917/berita/sukan/guardiola-mula-bimbang-status-haaland | Guardiola mula bimbang status Haaland | PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berdepan beberapa hari yang membimbangkan menjelang kunjungan ke Arsenal pada Khamis selepas penyerang Erling Haaland terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan.Pemain Norway itu telah menjaringkan 25 gol dalam 21 penampilan Liga Perdana Inggeris sejak tiba di England dan mencipta gol kedua Manchester City untuk Ilkay Gundogan ketika mengatasi Aston Villa 3-1 di Stadium Etihad.Namun mesin gol The Citizens itu gagal muncul pada separuh masa kedua, menyaksikan Guardiola kelihatan kurang yakin tentang peluangnya untuk bermain di Stadium Emirates dalam misi The Citizens merampas status pendahulu liga daripada Arsenal kendalian Mikel Arteta."Haaland mengalami kecederaan, dia tidak selesa untuk meneruskan permainan. Pada kedudukan 3-0 kami tidak mahu mengambil risiko mengekalkan dia dalam permainan."Jka dia tidak bersedia, kami akan menurunkan dia perlawanan satu lagi. Harapnya dia sudah bersedia tetapi kita akan lihat," kata Guardiola.Haaland menghidupkan kerjayanya di Manchester City dengan cemerlang selepas berpindah dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.Untuk rekod, Haaland merupakan pemain keempat dalam sejarah Liga Juara-Juara menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya untuk tiga kelab berbeza (Salzburg, Borussia Dortmund dan Manchester City), selepas Fernando Morientes, Javier Saviola dan Zlatan Ibrahimovic. | 4 | 13 Februari 2023 08:35am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244916/berita/sukan/wu-yibing-pemain-china-pertama-juara-jelajah-atp | Wu Yibing pemain China pertama juara Jelajah ATP | BINTANG tenis, Wu Yibing menyerap intensiti tinggi daripada John Isner untuk menjadi pemain China pertama memenangi gelaran Jelajah ATP di Terbuka Dallas pada Isnin.Pemain berusia 23 tahun dari Wilayah Hangzhou itu menyelamatkan empat mata perlawanan sebelum meraih kemenangan 6-7 (4/7), 7-6 (7/3), 7-6 (14/12) dalam masa kurang tiga jam untuk meraih kemenangan ATP sulung.Wu, yang melonjakkan kedudukan dunia pada tahun lalu daripada 1,869 Mac lalu kepada 97 dunia, rebah di gelanggang akibat kegembiraan berikutan kemenangan tersebut.Kemenangan itu merupakan satu lagi pencapaian mengagumkan bagi Wu, yang tahun lalu menjadi pemain pertama dari China mara ke pusingan ketiga Terbuka AS.Kemunculan Wu berada dalam kelompok barisan pemain profesional bermula pada separuh akhir perseorangan Terbuka Australia pada 2017. | 4 | 13 Februari 2023 08:28am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244905/berita/sukan/kawal-emosi-dengan-bijak | 'Kawal emosi dengan bijak' | PEMINAT dan penyokong bola sepak tanah air perlu menjaga emosi termasuk di media sosial dengan mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mengundang padah termasuk membuat ugutan bunuh.Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan berkata, sebagai warga yang baik, penggemar sukan popular itu perlu lebih beradab dengan tidak melepaskan geram secara sembarangan di media sosial.“Satu senario baharu dalam kancah bola sepak negara. Kita sebagai orang dalam bola sepak juga tak seronok dengar.“Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik isu tersebut, mungkin ada provokasi atau sebagainya kita tak pasti tetapi sebagai peminat perlu kawal emosi,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Sinar Harian baru-baru ini melaporkan pemain import baharu Kelantan FC, Christian Mangaron Rontini menerima mesej ugutan bunuh di laman sosial Instagram.Wan Jamak memberitahu, bola sepak adalah ‘satu seni’ yang dimainkan secara profesional berdasarkan corak persembahan tertentu mengikut cara jurulatih.Namun, beliau berkata, peminat dan penyokong bola sepak adakala mahu permainan itu mengikut cara mereka sehingga mencetuskan satu perasaan termasuk melepaskan geram secara sembarangan.“Kita nak tengok permainan yang dipamerkan dengan corak terbaik, bukan lepas geram apabila tidak puas hati. Bola sepak adalah satu seni.“Boleh kritik tetapi perlu ada fakta. Tak molek dan tak manis apabila timbul isu-isu sebegini. Kritik perlu beradab,” ujarnya.Dalam pada itu, individu yang didakwa melakukan ugutan bunuh terhadap Rontini sudah dikenal pasti seperti dimaklumkan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.“Rontini akan dipanggil untuk statement (kenyataan) oleh pegawai penyiasat. Dari info, pengugut sudah dikenal pasti. Laju kerja polis,” tulis Norizam di laman Facebook miliknya. | 4 | 13 Februari 2023 07:45am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244914/berita/sukan/rashford-bukan-kaleng-kaleng | Rashford bukan 'kaleng-kaleng' | MARCUS Rashford disifatkan antara peledak terbaik Eropah, selepas penyerang berprestasi tinggi itu menjaringkan gol keduanya dalam seminggu ketika menentang Leeds United untuk membantu The Red Devils meraih kemenangan 2-0 saingan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.Rashford memecah kebuntuan di Elland Road dengan tandukan padu 10 minit sebelum tamat, kini telah menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan musim ini.“Dia pastinya salah seorang daripada penyerang terbaik di Eropah pada ketika ini."Dari saat pertama, saya sangat teruja untuk bekerja dengannya. Dia mempunyai begitu banyak kemahiran dan potensi yang begitu tinggi."Dia boleh menjaringkan lebih banyak gol kerana dia boleh menjaringkan gol dari kanannya, dengan kiri dan dengan kepalanya," kata pengendali Manchester United, Erik ten Hag kepada pemberita.Rebut Rashford musim ini hanya kurang satu daripada kempen menjaringkan gol terbaiknya pada 2019-20, dengan baki 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris.Sementara itu, Ten Hag mengakui gembira dengan tiga mata diraih dari Stadium Elland Road, namun tidak berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi pasukannya."Saya tidak merasakan intensiti tinggi itu. Namun saya rasa ia adalah suasana yang hebat. Ia mesti dalam persaingan, paling penting mesti seperti ini menyebabkan kami sangat menikmatinya."Kami perlu bermain bola sepak pada awal permainan, lebih tenang. Tetapi jika anda tidak begitu baik dalam penguasaan bola, anda perlu mempunyai organisasi pertahanan yang baik dan memenangi pertempuran anda.“Sehingga anda mempunyai gol pertama, anda perlu terus melakukannya, dan saya fikir mulai saat itu lebih tenang dan kualiti pada bola lebih baik,” kata bekas pengendali kelab Belanda, Ajax Amsterdam itu. | 4 | 13 Februari 2023 07:25am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/244904/berita/sukan/azeem-mula-bina-momentum-terbaik | Azeem mula bina momentum terbaik | PEMINAT sukan negara perlu mempercayai proses yang sedang dilalui Muhammad Azeem Mohd Fahmi untuk meletakkan namanya sebagai antara pelari pecut terbaik dunia.Bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhammad berkata, Azeem berada pada landasan terbaik untuk memecahkan lebih banyak rekod dalam acara 60 meter (m) mahupun 100m.Beliau juga memahami ada pihak yang mula mempersoalkan kejayaan Azeem yang ketika ini hanya memecahkan rekod untuk saingan 60m dan tidak memberikan gambaran sebenar dalam 100m.“Kita harus percaya kepada proses yang dilalui Azeem. Kita tak perlu beri tekanan kepadanya dan saya yakin dia akan memberikan banyak lagi berita gembira untuk negara.“Saya melihat Azeem berada di landasan tepat menjadi atlet negara yang pertama berlari di bawah 10s. Maksudnya, timing 60m yang dilakukan pada dua kejohanan itu kebiasaannya dibuat pelari mencatat bawah 10s.“Azeem pula baru lagi berada di Amerika Syarikat (AS) dan dia mungkin boleh perbaiki lagi larian. Baru dua kali kejohanan dah buat 6.62s, saya yakin dengan usaha yang gigih lagi, dia boleh buat 6.50s.“Jadi, tak perlulah kita pertikai dia hanya lari dan pecah rekod dalam 60m. Kita sepatutnya terus memberikan sokongan kepadanya,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Azeem sekali lagi mencipta sensasi apabila memecahkan rekod acara 60m pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di University Clemson di South Carolina pada Sabtu.Catatan itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan miliknya, 6.63s yang dilakukan pada Kejohanan Texas Tech Open di Texas dua minggu lalu.Azeem ketika itu memecahkan rekod kebangsaan selama 24 tahun milik bekas pelari pecut, Watson Nyambek iaitu 6.66s yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999.Namun, terdapat segelintir peminat yang seolah-olah tidak sabar mahu melihat pencapaian lebih cemerlang dicipta oleh Azeem menerusi acara 100m dan bukannya 60m.Mengulas lanjut, Nazmizan berkata, Azeem berjaya menyesuaikan diri dengan baik keadaan di AS sejak tiba di negara Uncle Sam itu pada 4 Januari lalu.“Azeem merupakan seorang atlet yang berjiwa kental dan tahu apa yang dia nak capai apabila buat keputusan memilih Universiti Auburn bagi menyambung pelajaran dan berlatih.“Kita juga menanti larian 100m pertamanya di AS. Saya menjangkakan dia berada di prestasi baik bagi mencatatkan masa yang baik dalam acara 100m berdasarkan catatan 60 meter itu,” jelasnya. | 4 | 13 Februari 2023 07:15am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/244913/berita/sukan/manchester-city-tak-miliki-ramai-pemain | Manchester City tak miliki ramai pemain | PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mendakwa skuadnya memiliki jumlah pemain yang paling sedikit dalam Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan ke atas Aston Villa, menyaksikan The Citizens kini hanya tiga mata di belakang pendahulu Arsenal.Gol ledakan Rodri, Ilkay Gundogan dan penalti Riyad Mahrez mengesahkan kemenangan 3-1 pada penghujung minggu ketika kelab itu didakwa atas lebih 100 kes dakwaan salah laku kewangan oleh Liga Perdana Inggeris.Manchester City telah membelanjakan hampir dua bilion pound untuk pemain sejak Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan dari Abu Dhabi menjadi pemilik pada 2008 - memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada masa itu.Skuad Guardiola sekarang bernilai 1.05 bilion euro melalui laman web transfermarkt dan pada Isnin, dia bermula dengan pemain England Kalvin Phillips dan Phil Foden serta penyerang Argentina, Julian Alvarez di bangku simpanan.Namun pengendali Sepanyol itu mendakwa dia bekerja dengan skuad kurang daripada 20 pemain ketika kelab tersebut mengejar Arsenal dan cuba memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama."Kami hanya mempunyai 18, 19 pemain. Jumlah kami sangat, sangat kecil, mungkin yang terkecil dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini.“Adalah penting kami tidak mengalami kecederaan, namun kami mempunyai metodologi yang luar biasa untuk latihan bagi menguruskan keletihan dan mengelak kecederaan."Kami mempunyai doktor dan fisio yang luar biasa dan semua orang. Saya berjuang untuk itu selama bertahun-tahun," kata Guardiola.Manchester City akan menghadapi suruhanjaya bebas untuk menjawab 115 pertuduhan yang dibawa oleh Liga Perdana Inggeris, sejak 2009.Jika didapati bersalah Manchester City, dalam senario terburuk berkemungkinan berdepan pemotongan mata atau diturunkan dengan Guardiola mengatakan kelab itu telah 'dikutuk' minggu ini.Walaupun awan menyelubungi kelab itu, juara bertahan City berpeluang untuk menyingkirkan Arsenal dari tangga teratas liga apabila kedua-dua pasukan bertemu di London pada awal pagi Khamis."Arsenal mempunyai satu perlawanan dalam tangan. Kita akan lihat selepas semua perlawanan apabila Liga Perdana Inggeris tamat."Tetapi kami akan ke London untuk mencuba dan mendapatkan kemenangan. Apabila satu pasukan telah membuat 50 mata pada perlawanan pertama, ia adalah kerana mereka sangat bagus. Kami merapatkan jurang hari ini kerana prestasi daripada pasukan itu benar-benar bagus," kata Guardiola mengenai perebutan gelaran dengan skuad kendalian Mikel Arteta.Keputusan Liga Perdana InggerisManchester City 3-1 Aston VillaLeeds United 0-2 Manchester United | 4 | 13 Februari 2023 07:08am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244901/berita/sukan/jodoh-jones-southampton-cuma-tiga-bulan | 'Jodoh' Jones, Southampton cuma tiga bulan | BUKAN mudah untuk mengendalikan kelab yang bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana cabarannya luar biasa.Ia dibuktikan menerusi pemecatan jurulatih Southampton, Nathan Jones selepas hanya tiga bulan mengendalikan kelab tercorot liga itu.Pengurus berusia 49 tahun itu melalui tempoh sukar selepas mengambil alih tugas pengurus November lalu susulan pemecatan Ralph Hasenhuttl.Pengendali Wales itu bergelut untuk menawan hati penyokong yang tidak yakin dengan kekurangan pengalamannya di EPL.Kekalahan 1-2 skuad kendaliannya kepada Wolves yang beraksi dengan 10 pemain pada Sabtu membuatkan Lembaga Pengarah Southampton terpaksa memecatnya.Dalam satu kenyataan kelab bola sepak Southampton mengesahkan sudah tidak bekerjasama dengan pengurus pasukan utama, Nathan Jones."Jurulatih pasukan utama, Chris Cohen dan Alan Sheehan juga meninggalkan pasukan," kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu lagi, jurulatih utama pasukan, Ruben Selles akan mengendalikan latihan dan menyediakan pasukan sebelum perlawanan menentang Chelsea minggu depan.Kekalahan itu menyaksikan Southampton kekal di tangga tercorot liga setelah sekadar mengutip 15 mata daripada 22 perlawanan. | 4 | 13 Februari 2023 12:17am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244890/berita/sukan/skuad-skuasy-remaja-wanita-muncul-juara-asia | Skuad skuasy remaja wanita muncul juara Asia | SKUAD skuasy remaja wanita negara mencipta sensasi apabila mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia di Chennai, India pada Ahad.Kejuaraan itu dilakar selepas Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final.Ia merupakan kemenangan berpasukan keempat berturut-turut Malaysia dalam acara wanita di peringkat remaja Asia selepas memenangi pada 2015, 2017 dan 2019.Pemain muda, Aira Azman bermula cemerlang apabila menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Wai Sze Wing 11-2, 11-9, 11-5.Aksi Yasshmita juga tidak mengecewakan biarpun berdepan tentangan sengit Tse Yee Lam Toby sebelum menang 11-5, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7.Dalam pada itu, skuad lelaki negara meraih gangsa bersama Korea Selatan selepas tewas pada aksi separuh akhir di tangan Pakistan 0-2 pada Sabtu. | 4 | 12 Februari 2023 08:40pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244888/berita/sukan/hanis-perlu-lalui-proses-penggantungan-tak-perlu-kemuka-rayuan | Hanis perlu lalui proses penggantungan, tak perlu kemuka rayuan | PEMAIN hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn tidak perlu mengemukakan sebarang rayuan berhubung hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya.Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pemain berusia 26 tahun itu perlu melalui penggantungan tersebut sebagai pemain profesional dan proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.Beliau berkata, sebarang proses rayuan melibatkan mana-mana atlet perlu melalui badan induk persatuan sukan masing-masing dan sebarang keputusan akan dibincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS)."Saya yakin dengan tindakan sebegini rupa, Hanis Nadiah akan menjadi pemain yang lebih hebat dan cekal. Dari segi rayuan, biar dia jalani dahulu (hukuman penggantungan). Tak perlu rayu kerana kami di pihak KHM memang beri yang terbaik."Kita tidak buat keputusan sesuka hati, KBS minta kita bawa empat pingat emas untuk Sukan SEA dan Hanis Nadiah sebagai top striker, kita memang akan rasa kehilangan tetapi dia perlu lalui proses tersebut. Kalau ada tindakan sebaliknya kita akan berbincang dengan MSN,” katanya.Subahan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Hoki 5s, B11 dan B15 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini pada Ahad.Pada 9 Februari lepas, Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM membuat keputusan untuk menggantung Hanis Nadiah dan beliau tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.Keputusan itu dibuat susulan komen Hanis Nadiah yang didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara bulan lepas.Bagaimanapun, sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Subahan. - Bernama | 4 | 12 Februari 2023 08:14pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244881/berita/sukan/anak-murid-khabib-ungguli-gelaran-dunia | Anak murid Khabib ungguli gelaran dunia | PETARUNG sensasi, Islam Makhachev berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan gelaran dunia kelas lightweight UFC selepas menewaskan Alexander Volkanovski menerusi keputusan mata sebulat suara di Perth, Australia.Islam yang berusia 31 tahun menafikan hasrat lawan dari Australia itu untuk muncul petarung kelima yang memegang dua gelaran dunia secara serentak dalam sejarah UFC.“Lawan saya sangat sukar. Saya adalah petarung terhebat di dunia ketika ini,” ujar Islam.Islam yang berasal dari Rusia melebarkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan UFC kepada 12 pertarungan dan rekod keseluruhannya menjadi 24-1.Dia memperoleh keputusan 48-47, 48-47, 49-46 untuk menewaskan lawannya itu.Sepanjang kariernya, Islam dididik oleh Khabib Nurmagomedov yang dilabelkan sebagai petarung terhebat dalam sejarah UFC.“Saya membuktikan mengapa saya nombor satu.“Anda perlu tingkatkan lagi usaha. Saya jangkakan mudah untuk menewaskannya tetapi jangkaan saya salah,” ujar Islam.Dalam pada itu, Volkanovski akur dengan kekalahan tersebut dan menganggap Makhachev seorang petarung yang hebat.“Saya jangkakan kemenangan Makhachev (Islam), dia sangat bagus. Namun saya petarung lebih baik sekarang. Saya akan tumpukan kepada gelaran featherweight selepas ini,” kata Volkanovski. | 4 | 12 Februari 2023 07:05pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244874/berita/sukan/piala-mfl-peluang-pemain-muda-menyinar | Piala MFL: Peluang pemain muda menyinar | PENGENALAN Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bakal memberikan peluang kepada pemain bawah 23 tahun (B-23) untuk menyinar.Pengendali pasukan B-23 Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, pemain muda akan mendapat peluang secukupnya selain memberikan banyak nilai tambah kepada pasukan muda kebangsaan."Piala MFL diwujukan untuk pemain B-23 dan semua sedia maklum untuk pertandingan B-23 di peringkat kebangsaan ada kelayakan Olimpik, Piala AFF dan Sukan SEA."Sebelum ini mungkin pemain tidak diberi peluang kerana kepercayaan lebih diberikan kepada pemain senior di Liga Super atau Liga Perdana."Jadi, ini peluang untuk pemain muda memberikan aksi terbaik dan ini juga peluang mereka untuk dipih mewakili pasukan kebangsaan," katanya.Akmal RizalPiala MFL melibatkan 15 pasukan termasuk Skuad Projek FAM-MSN dengan saingan akan dipecahkan kepada dua kumpulan.Kumpulan A memperlihatkan lapan pasukan bakal bersaing iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.Sementara itu baki tujuh lagi pasukan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC akan bermain di Kumpulan B.Dalam pada itu, Akmal Rizal menyasarkan pasukannya untuk mara ke pusingan suku akhir dalam aksi yang akan bermula 2 Mac depan."Kalau ikutkan undian memang agak seimbang kedua-dua kumpulan. Untuk kumpulan A sendiri pastinya pasukan pilihan adalah JDT II, Kedah, Terengganu FC II dan Sabah yang saya rasa akan jadi pencabar terkuat," katanya. | 4 | 12 Februari 2023 05:34pm |
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | https://www.sinarharian.com.my/article/244866/berita/sukan/liridon-sah-sertai-terengganu-fc | Liridon sah sertai Terengganu FC | TONGGAK naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sah menyertai Terengganu FC (TFC) untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Perkara itu diumumkan TFC dalam laman Facebook rasmi mereka pada Ahad."Selamat Datang Liridon Krasniqi," kata hantaran di laman Facebook mereka.Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Liridon menyertai perlawanan pra musim bersama TFC di Thailand.Pemain berusia 31 tahun itu mencipta nama semasa bersama Kedah dan menjadi tonggak utama memenangi beberapa kejuaraan sejak 2015.Dia kemudiannya menyertai Melaka United sebelum gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim menyambar khidmatnya pada 2019.Namun, dia gagal menampilkan persembahan terbaik menyebabkan dipinjamkan kepada beberapa kelab luar negara untuk mengembalikan potensinya.Pasukan terakhir Liridon adalah Khon Kaen United yang beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand. | 4 | 12 Februari 2023 04:49pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244861/berita/sukan/nani-sahirah-belum-puas-hati | Nani Sahirah belum puas hati | PEMEGANG rekod kebangsaan acara lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata masih belum berpuas hati meskipun berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Stadium Mini MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.Atlet kelahiran Kuantan, Pahang, berusia 22 tahun itu sedikit kecewa selepas lontaran sejauh 13.27 meter (m) dilakukan itu gagal menandingi rekod peribadinya 14.48m yang juga rekod kebangsaan yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022."Saya sebenarnya kurang berpuas hati dengan lontaran hari ini. Kegagalan untuk menghampiri catatan terbaik saya itu mungkin disebabkan tidak cukup rehat kerana baru sahaja tiba di sini dari rumah di Pahang sebab mak saya tidak sihat," katanya.Namun, Nani Sahirah berkata, dia akan memberi sepenuh tumpuan untuk menajamkan kemahiran menjelang Sukan SEA Kemboja pada Mei ini selepas berjaya melayakkan diri secara merit bagi kategori A dalam acara itu."Perancangan saya selepas ini sudah tentu mahu memberi tumpuan kepada Sukan SEA sebab saya mahu sasar kedudukan podium. Sebagai persiapan saya akan bertanding dalam beberapa kejohanan dan paling terdekat di Australia pada bulan depan," katanya.Sebelum itu, rakan senegerinya, Nurrul Ainin Syauqina Mohd Nor Azahar menamatkan saingan di tempat kedua dengan lontaran sejauh 12.20m manakala gangsa dimenangi wakil Angkatan Tentera Malaysia, Queenie Ting Kung Ni (11.35m). - Bernama | 4 | 12 Februari 2023 04:17pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244827/berita/sukan/resah-psg-menjelang-aksi-menentang-bayern | Resah PSG menjelang aksi menentang Bayern | KEKALAHAN Paris Saint-Germain (PSG) kepada Monaco 1-3 dalam kancah Ligue 1 awal pagi Ahad mencetuskan resah kepada jurulatihnya Christophe Galtier.Lebih membimbangkan PSG akan berdepan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu ketika bintang mereka, Lionel Messi menyertai Kylian Mbappe dalam senarai kecederaan.Ia merupakan kekalahan ketiga PSG daripada tujuh perlawanan liga terakhir.Pada aksi itu, Achraf Hakimi dan Sergio Ramos memanaskan bangku simpanan sambil mengesahkan 'virus' telah melanda kem itu yang menyaksikan ketiadaan kelibat Fabian Ruiz.Juara Bundesliga, Bayern pula menang 3-0 ke atas Bochum menjelang pertemuan pertama pusingan 16 di Parc des Princes dan situasi itu mencetuskan gusar Galtier.“Beginilah keadaan pasukan ini. Ia pelik tetapi benar. Adalah janggal untuk mengatakan bahawa sebagai pengurus PSG, tetapi ialah realiti yang kami hadapi.“Kami kurang cekal dalam permainan sendiri. Saya tidak boleh berselindung di sebalik situasi ini,” katanya.Kekalahan tersebut turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat PSG.“Kami begitu tempang dan berasa bimbang. Dalam tempoh ini, kami perlu memahami situasi.“Saya faham kemarahan peminat. Wujudnya kemarahan,” ujar Galtier.Justeru beliau dan barisan kejurulatihan akan membuat analisis dan menilai semula prestasi para pemain sebelum menyenaraikan kesebelasan utama pasukan.“Kami akan lihat jika sesetengah daripada mereka yang tidak dapat memulakan perlawanan pada malam ini sedia diturunkan Selasa ini (awal pagi Rabu),” katanya. | 4 | 12 Februari 2023 01:13pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244806/berita/sukan/bayern-kena-pamer-aksi-luar-biasa | Bayern kena pamer aksi luar biasa | PENGENDALI Bayern Munich, Julian Nagelsmann menuntut prestasi yang lebih baik dipamerkan pasukannya dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain pada Rabu.Pendahulu Bundesliga itu melebarkan rekod tanpa kalah liga mereka kepada 13 perlawanan pada Sabtu dengan kemenangan 3-0 ke atas Bochum hasil jaringan Thomas Muller, Kingsley Coman dan Serge Gnabry.Bagaimanapun, Nagelsmann kurang kagum dengan persembahan pasukannya dan mencabar para pemainnya untuk persembahan lebih baik ketika berkunjung ke Parc des Princes."Kami tidak mengikut permainan sebenar kami. Saya fikir, jika kami bermain dengan lebih semangat dalam enam minit pertama kami sepatutnya mendahului dengan dua atau tiga gol."Kami mempunyai peluang yang besar namun tidak mempunyai penyudah. Secara keseluruhan, ia bukanlah perlawanan yang bagus daripada pasukan."Kami perlu mempamerkan permainan yang luar biasa di Paris, walaupun Kylian Mbappe mungkin tidak bermain. Jika kami bermain seperti ini menentang PSG, kami tidak boleh pergi jauh," katanya. | 4 | 12 Februari 2023 11:01am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244799/berita/sukan/pemain-perlu-masa-sesuaikan-diri---potter | Pemain perlu masa sesuaikan diri - Potter | PENGENDALI Chelsea, Graham Potter berkata beberapa pemain baharu kelab itu perlu menyesuaikan diri dengan suasana Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum boleh tampil dengan prestasi yang bagus.Chelsea terikat 1-1 menentang West Ham United pada Sabtu dengan pemain pinjaman Atletico Madrid, Joao Felix menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada minit ke-16 sebelum bekas pemain pertahanan Chelsea, Emerson menyamakan kedudukan untuk West ham pada minit ke-28.Keputusan itu bermakna Chelsea hanya menang sekali dalam lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan."Saya hanya berkata dari perspektif prestasi dan saya fikir ia adalah prestasi yang lebih baik."Anda juga boleh melihat potensi pasukan tetapi anda juga boleh melihat proses itu sedang berlaku."Begitulah keadaannya. Itulah cara saya melihatnya dan saya hanya akan jujur untuk mengatakan bagaimana keadaannya tetapi saya faham sepenuhnya bahawa orang ramai kecewa jika kami tidak menang," katanya.Chelsea membuat lapan pembelian dengan jumlah perbelanjaan besar pada Januari.Potter berkata menguruskan skuad sebesar itu adalah satu cabaran tetapi juga menyifatkan situasi itu sebagai sesuatu yang menarik."Saya rasa ia satu cabaran tetapi ia adalah tugas saya. Ia menarik dan menguji anda kerana perlu memastikan anda berkomunikasi dengan betul dan menguruskan persekitaran kerana jika tidak, ia boleh menjadi sesuatu yang negatif," katanya. | 4 | 12 Februari 2023 10:27am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/244797/berita/sukan/spurs-perlu-ambil-pengajaran | Spurs perlu ambil pengajaran | TONGGAK Tottenham Hotspur, Son Heung-min menegaskan pasukan itu perlu mengambil pengajaran selepas kekalahan besar 1-4 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.Spurs menewaskan Manchester City hujung minggu lalu namun gagal membawa momentum positif itu apabila dimalukan di Stadium King Power.Rodrigo Bentancur membuka jaringan buat Spurs tetapi tiga gol daripada Nampalys Mendy, James Maddison dan Kelechi Iheanacho pada separuh masa pertama meletakkan Leicester di hadapan.Harvey Barnes menambah gol keempat pada minit ke-81 untuk memastikan hari malang buat Spurs."Kami bermula dengan agak baik dan mencipta peluang. Selepas 1-1 kami melepaskan gol kedua yang pantas dan kemudian ia terbuka. Ia adalah perlawanan yang sukar ketika itu."Leicester begitu klinikal, mereka hampir menjaringkan gol dalam setiap peluang. Ia keputusan yang sangat mengecewakan."Saya fikir ia sangat menyedihkan. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar. Dalam Liga Perdana ia tidak pernah satu perlawanan yang mudah."Ia menunjukkan Liga Perdana mempunyai tahap yang tinggi. Saya tidak tahu apa yang boleh saya katakan, ia adalah sangat mengecewakan," katanya.Ditanya sama ada rasa berpuas hati adalah punca kekalahan mereka, Son menjawab: "Saya tidak fikir begitu. Kami datang dengan perasaan yang baik selepas menewaskan City."Pada minit pertama kami benar-benar melakukannya. Kami harus bersedia dan belajar sesuatu. Hari ini sepatutnya menjadi pengajaran besar untuk kami," katanya. | 4 | 12 Februari 2023 10:13am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244801/berita/sukan/arteta-berang-keputusan-pengadil | Arteta berang keputusan pengadil | JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta berang dengan keputusan pengadil yang mengesahkan gol penyamaan Brentford yang sepatutnya tidak boleh diterima kerana ofsaid.Beliau mendakwa pengadil 'menukar peraturan' selepas jaringan kontroversi Ivan Toney membolehkan Brentford mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris itu 1-1.Pada aksi itu pemain baharu, Leandro Trossard membuka jaringan menerusi gol pertamanya di Stadium Emirates."Saya baru lihat video dan ia ofsaid, tapi sudah terlambat. Tak mengapa, gol sudah dibenarkan dan kami hilang dua mata," ujar Arteta.The Gunners kalah kepada Everton minggu lalu dan keputusan seri itu meletakkan mereka hanya enam mata di depan Manchester City yang berada di tangga kedua.Sedar dengan tekanan ke atas pasukannya, yang sebelum ini tewas kepada City dalam saingan Piala FA, Arteta jelas kecewa dengan jaringan Toney.Gol berkenaan kekal walaupun diperiksa berulang kali menerusi ulang tayang VAR bagi memastikan sama ada Ethan Pinnock berada di kedudukan ofsaid.Arteta akan membawa perkara ini kepada bos EPL kerana ia keputusan penting dalam usaha Arsenal memburu gelaran liga pertama sejak 2004."Kami sering menilai perlawanan dengan mereka (Liga Perdana) dan kami memberikan pendapat, tapi ia sudah terlambat."Mereka mungkin akan memberikan penjelasan di akhir minggu depan."Anda perlu mempunyai prinsip. Ia dilakukan dengan berpegang kepada peraturan, tiba-tiba peraturan bertukar dan anda terpaksa menukar prinsip itu," katanya. | 4 | 12 Februari 2023 09:57am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/244795/berita/sukan/real-madrid-ungguli-piala-dunia-kelab | Real Madrid ungguli Piala Dunia Kelab | REAL Madrid merangkul trofi kedua musim ini apabila memenangi Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Al Hilal 5-3 di Maghribi awal pagi Ahad.Pada aksi di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat itu Vinicius Junior dan Fede Valverde masing-masing meledak dua gol.Pemain sensasi, Karim Benzema yang baru pulih daripada kecederaan turut meledak membolosi gawang lawan dari Arab Saudi itu.Trofi itu merupakan yang kedua buat skuad bimbingan Carlo Ancelotti selepas memenangi Piala Super Eropah Ogos lalu."Kami amat gembira. Madrid adalah juara dunia. Ia adalah apa yang kami perlu lakukan," ujar Ancelotti.Madrid layak ke kejohanan itu sebagai pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, menampilkan kualiti serangan yang sukar dikekang kelab Asia itu.Ia turut menebus kekecewaan mereka dalam kempen La Liga setelah ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona yang turut menewaskan Madrid dalam final Piala Super Sepanyol pada Januari.Madrid memegang rekod kemenangan paling banyak dalam kejohanan antara benua itu selepas memenangi Piala Intercontinental - perlawanan antara juara Eropah dan Amerika Selatan - pada 1960, 1998 dan 2002, yang kemudian digabungkan dengan Piala Dunia Kelab pada 2005."Ia perlawanan yang bagus. Saya rasa barisan depan kami sangat hebat. Vinicius, Karim dan Valverde menghasilkan gol."Kualiti pasukan yang bagus," kata Ancelotti.Ancelotti kembali memasukkan Benzema dalam kesebelasan utama selepas dia terlepas aksi separuh akhir menenang Al Ahly akibat kecederaan pahaPenyerang 35 tahun itu mencetus gol pembukaan Vinicius dengan hantaran pendek yang dimanfaatkan pemain sayap Brazil itu.Selepas menjadi mangsa perkauman, Vinicius menikmati malam gemilang di Maghribi, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan Madrid serta dinobatkan pemain terbaik kejohanan. | 4 | 12 Februari 2023 09:12am |