link
stringlengths 46
145
| text
sequencelengths 0
363
|
---|---|
https://umno-online.my/2021/04/06/takkan-tunduk-kepada-penyalahguna-kuasa-najib-percaya-notis-muflis-berkait-beberapa-isu/ | [
"SAYA menyangka bahawa hari semalam akan berlangsung seperti rutin harian setiap kali saya menghadiri perbicaraan di mahkamah sejak 3 tahun yang lalu.",
"Namun sangkaan saya berakhir dengan sesuatu yang tidak disangka.",
"Sejak hari pertama saya dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan, sehingga hari saya dijatuhkan hukuman, dan seterusnya sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai.",
"Saya mungkin tidak mempunyai kebebasan untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai proses mahkamah dan strategi rayuan peguam-peguam saya, tetapi cukup untuk saya katakan di sini bahawa saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran.",
"Sejak tiga minggu kebelakangan ini, saya telah melihat kembali perjalanan proses pendakwaan terhadap saya termasuklah tindakan pihak bertanggungjawab untuk menutup mata terhadap segunung bukti yang membukti kebenaran saya, saksi-saksi penting dan golongan berpengaruh yang ghaib, dan pengampunan tersembunyi yang diberikan kepada individu-individu berjawatan tinggi dan penting yang telah dibukti mempunyai hubungan rapat dan terlibat dengan pemimpin-pemimpin politik yang lantang menentang dan mengaibkan saya.",
"Sewaktu saya bersiap-siap diri untuk ke mahkamah semalam, hati saya merasa pedih merasakan betapa beratnya ketidakadilan yang dipikul dalam kes ini.",
"Awan gelap yang menyelubungi minda saya berarak dengan kepiluan yang menyedarkan saya bahawa apa yang saya lalui hari ini bukanlah sesuatu yang asing dan baru dalam sejarah perundangan negara.",
"Penganiayaan seperti ini, sama ada yang bermotifkan politik, peribadi dan sebagainya, bukan sahaja sebahagian dari perang taktikal untuk mengawal dan mendominasi musuh.",
"Mungkin tidak ramai yang melihat bahawa penganiayaan ini memberi kesan jangka panjang dan parut yang tidak akan sembuh kepada mangsa.",
"Walaupun saya terus bersemangat untuk membuktikan kebenaran terhadap diri saya, saya tidak membenarkan kepedihan pengalaman ini untuk membakar api kebencian dan dendam dalam diri saya.",
"Sebaliknya, akan saya genggam bara ini menjadi abu yang akan saya semai bersama benih harapan untuk meneruskan khidmat saya kepada rakyat.",
"Saya akan menjadikan pengalaman ini sebagai penunjuk arah dalam perjalanan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat mengenai penganiayaan yang sedang berlaku.",
"Yang lebih penting lagi, saya akan menggunakan kemampuan yang ada untuk menampilkan rayuan terbaik bersama barisan peguam saya untuk membantu para hakim dan panel hakim yang bijaksana untuk membuat keputusan yang berpihak kepada kebenaran dan tidak sebaliknya.",
"Saya ingin memastikan bahawa kali ini, roh keadilan akan dihormati seperti yang sepatutnya, tidak seperti sewaktu proses sabitan saya terdahulu.",
"Saat saya merasa bahawa tiada apa lagi yang boleh mengejutkan saya dalam perjalanan ini, takdir memilih untuk sebaliknya dan membuktikan saya masih boleh tersilap.",
"Setelah selesainya prosedur mahkamah semalam, saya ditemui wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kediaman peribadi saya di mana saya diberikan notis muflis berkaitan dengan ringkasan penghakiman cukai pendapatan saya dari 2011 hingga 2017!",
"Mungkin tindakan memberi saya notis muflis pada hari pertama rayuan kes saya didengari adalah bertujuan untuk menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah atau untuk terus memalukan saya.",
"Bagaimana ia terjadi?",
"Kes cukai ini dikenakan terhadap saya oleh kerajaan PH dan langsung tidak mempunyai alasan kukuh atau merit. Ia kemudian diteruskan oleh kerajaan PN.",
"Ia berkaitan sejumlah RM3 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun yang menggunakan nama saya di mana akaun itu diwujudkan bagi menerima sumbangan derma (sebagaimana didedahkan di mahkamah), dan RM642 juta dipindahkan secara terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi (dan ini juga dibuktikan di mahkamah). Jumlah RM2.6 bilion yang sangat popular (sebenarnya RM2 bilion) sudah DIPULANGKAN empat bulan kemudian.",
"(Ini sebenarnya dibuktikan sekali lagi beberapa hari lalu dalam mahkamah apabila pendakwaan kata:\n“Faten Hadni berkata, analisis dan jejakan kewangan menggunakan kaedah FIFO ke atas penyata akaun bernombor 9694 milik Najib mendapati sebanyak RM2,034,350,000 telah dipulangkan semula ke akaun Tanore.”\nhttps://www.sinarharian.com.my/…/UMNO-paling-banyak…",
"Biarpun sebagai Perdana Menteri, saya sentiasa membayar cukai pendapatan tanpa gagal tetapi cukai zalim berjumlah RM1.74 bilion (naik lagi dengan penalti RM46 juta sejak tahun lepas) ini adalah pentaksiran tambahan dan penalti yang tidak munasabah.",
"Sebelum ini, LHDN pernah keluarkan kenyataan di mana derma politik tidak dikenakan cukai.\n“Sumbangan Politik Tidak Dikenakan Cukai – CEO LHDN”\nhttps://www.mstar.com.my/…/sumbangan-politik-tak-kena…",
"Selain itu, semua wang yang diterima dalam akaun khas sudah digunakan bagi tujuan CSR serta politik dan bukan untuk tujuan peribadi – termasuk sumbangan kepada masjid di Malaysia dan bantuan banjir selama 4 tahun termasuk banjir besar pada 2014.",
"Bayangkan saya dikenakan penalti cukai RM1.7 bilion sebab gunakan wang dari Arab Saudi untuk membantu mangsa banjir dan masjid-masjid seluruh negara selama 4 tahun!",
"Kita perhatikan wang digunakan ini semua adalah untuk rakyat, tempat beribadah dan membantu mereka yang memerlukan tanpa perlu terhutang budi pada mana mana syarikat kroni.",
"Kesemua akauntan percukaian dan peguam percukaian termasuk yang berpengalaman di negara ini bersetuju bahawa kerajaan tiada merit untuk mengenakan penalti seperti itu dan tindakan itu sebagai tidak munasabah.",
"Dari zaman PH sehingga zaman PN kini, tiada seorang pun yang berani menjawab kenapa wang yang dipulangkan kepada penghantar selepas 4 bulan dikira sebagai pendapatan peribadi dan dicukai serta dikenakan penalti 40% +10% +5%.",
"Bagaimanapun, undang-undang percukaian di negara ini terdedah kepada penyalahgunaan di mana prinsipnya adalah seseorang itu perlu melangsaikan penalti dahulu sebelum merayu dengan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.\nDan jika anda tak boleh menjelaskannya, LHDN boleh isytihar anda muflis.",
"Pada November tahun lalu, menteri kewangan ketika ini diberi taklimat tentang kes cukai ini di mana beliau datang berbincang dengan saya untuk bertanya mengapa saya berkeras mahukan pengeluaran KWSP. Selepas beliau dapat tahu tentang derma negara asing dan dana dipulangkan empat bulan kemudian dikenakan cukai, beliau pergi ke LHDN dan meminta agensi itu berbincang dengan saya untuk jalan penyelesaian.",
"Bagaimanapun, minggu lepas beliau diberitahu oleh bosnya, untuk tidak lagi terlibat dengan isu cukai ini dan serahkan kepada bosnya.",
"Tiba-tiba, rundingan dihentikan dan notis bankrap ini diserahkan kepada saya.",
"Saya yakin, masa notis muflis ini adalah berkaitan dengan 3 isu:",
"1. Undian dijalankan penyelidikan UUM dan Utusan TV melibatkan 60,000 responden menunjukkan yang saya adalah PM pilihan bagi PRU15 dengan separuh dari undian manakala PM pada masa ini jauh di belakang dan hanya menduduki tempat keempat.",
"BN pula juga gabungan pilihan pertama dalam poll manakala PN di tempat tercorot.",
"2. Keputusan PAU UMNO untuk tidak bekerjasama dengan PPBM/PN ketika PRU15.",
"3. Kesimpulan terkini kes pelupusan harta di mana pendakwaraya gagal membuktikan barangan dan wang yang disita diperolehi dari dana 1MDB. Malah, hakim turut menolak afidavit pendakwaraya yang dikemukakan pada saat akhir. Hakim dijangka akan membuat keputusan untuk kes ini bulan depan.",
"4. Bermulanya rayuan kes SRC di mana kami mempunyai 307 alasan kukuh mengapa hakim tidak berpengalaman yang tidak memiliki pengalaman kendali kes jenayah dan tiba-tiba dipindahkan dari mahkamah sivil menggantikan hakim jenayah berpengalaman selepas perbicaraan bermula, membuat keputusan salah dengan mensabitkan saya. Peguam saya yakin saya mempunyai peluang yang baik dalam rayuan ini apatah lagi ahli keluarga salah seorang saksi pendakwaan didapati menerima ratusan juta dari Jho Low selepas sabitan saya.",
"APA?",
"Apakah kesan akibat dari notis bankrap ini?",
"1. Saya akan kehilangan status Ahli Parlimen Pekan dan pilihanraya kecil akan diadakan.",
"2. Saya tidak lagi layak untuk bertanding dalam pemilihan parti dan pilihanraya.",
"3. Saya akan kehilangan semua wang simpanan yang saya kumpulkan semasa bekerja dalam perkhidmatan kerajaan di mana ia sekarang digunakan untuk menyara hidup dan membayar peguam saya.",
"Bagaimana saya nak membela diri dan membersihkan nama saya dalam kes-kes mahkamah jika saya dibankrapkan, akaun bank saya dibeku, pendapatan dari jawatan ahli parlimen dihentikan dan akibatnya, saya tidak dapat mengupah peguambela?",
"4. Saya tidak akan mempunyai wang lagi untuk bayar fi peguam saya bagi menjalankan tugas pembelaan di mahkamah.",
"5. Saya tidak akan terima kembali barangan dan wang yang disita biarpun jika saya menang kes itu.",
"Melihat ke depan:",
"1. Saya tidak akan tunduk kepada individu yang menyalahgunakan undang-undang negara ini untuk menzalimi saya atas dasar politik dan ketamakan untuk berpaut pada kuasa.",
"2. Saya akan terus bersuara demi rakyat Malaysia.",
"3. Saya telah meminta peguam untuk mendapatkan perintah penangguhan hukuman.",
"Saya juga dengan rendah diri meminta semua akauntan cukai, peguam percukaian dan NGO untuk meneliti kes percukaian ini bagi memberi pandangan sama ada ia mempunyai merit atau sebaliknya.",
"Tidak ramai yang mengetahui, terutamanya di kalangan mereka yang masih cuba untuk terus menggertak dan mengugut saya, bahawa pengalaman yang saya lalui dari hari ke hari sejak tiga tahun lalu telah menjadikan saya lebih kuat dalam mendepani cabaran seperti ini.",
"Saya tahu, jauh di sudut hati saya, bahawa niat disebalik pemberian notis ini melangkaui sekadar prosedur perundangan dan pelaksanaan yang harus dipenuhi oleh pihak berkuasa.",
"Setelah saya menghadami pemberian notis tersebut, saya tidak boleh melepaskan soretan pemikiran yang membelenggu saya sejak sekian lama.",
"Sejurus tamatnya Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, wujud beberapa insiden dan tuduhan tidak disenangi yang dihunuskan kepada saya dan beberapa individu lain di dalam parti.",
"Mungkinkah dalam kerakusan sesetengah pihak dalam persiapan Pemilihan Parti yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi, ada yang berkompromi dengan musuh dan secara tidak lansung mendedahkan diri mereka yang sebenar kepada saya?",
"Satu yang pasti buat saya adalah kegopohan mereka akan memakan diri kerana ia telah membuktikan kepada saya sesuatu yang telah lama saya syaki, iaitu terdapat lebih dari satu pihak seakan ‘invisible hand’ yang mahu bergelut untuk mengawal kuasa dalam parti UMNO dan kemudiannya, mendapat kuasa di Putrajaya.",
"Kerana sesiapa yang berjaya memimpin UMNO – parti yang mempunyai kuasa, pengaruh, dan pengalaman tiada tandingan – mempunyai peluang besar untuk memimpin negara suatu hari ini. Ini adalah impian yang sekian lama disorok oleh ramai pihak di dalam parti.",
"Sewaktu UMNO dan BN mengalami kekalahan besar di pilihan raya terdahulu, saya telah cuba melakukan yang terbaik sebagai seorang pemimpin dan melepaskan jawatan saya sebagai Presiden parti dengan rasa tanggungjawab.",
"Selepas itu, tahun-tahun seterusnya yang saya jalani sebagai ahli biasa parti tanpa sebarang jawatan dan tempat dalam kerajaan telah mengajar saya sikap rendah diri dan menambah kefahaman akan erti sebenar menjadi seorang pemimpin.",
"Kefahaman ini membuahkan kearifan yang membolehkan saya melihat dengan jelas setelah sekian lama dan membezakan di antara musuh dan rakan dalam selimut. Menerima kenyataan hidup saya sekarang dan menguatkan iman untuk mendepani cabaran akan datang.",
"Meneruskan perjuangan untuk menebus maruah dan kekhilafan terdahulu sewaktu saya memipin negara dan parti, bukan sahaja untuk meyakinkan diri saya, tetapi untuk parti yang amat saya sayangi dan ahli-ahlinya yang layak mendapat kepimpinan terbaik.",
"Saya telah berikrar untuk berkhidmat kepada parti keramat yang telah menambahbaik kehidupan jutaan rakyat di setiap lapisan generasi dengan sikap nasionalis, berwawasan dan bertanggungjawab.",
"Akan saya penuhi ikrar ini mengikut kemampuan yang saya ada sekarang sehingga nafas terakhir dan memastikan rakyat Malaysia terutamanya dan masyarakat Pekan khususnya, merasai khidmat yang akan terus saya semaikan.",
"Saya juga telah berjanji kepada diri sendiri untuk terus kuat dan tidak mengalah dalam menegakkan kebenaran demi membela diri.",
"Saya akan terus berdiri terus melawan setiap percubaan membuli dan menakutkan saya oleh mereka yang berkuasa supaya suatu hari nanti, sakan menamatkan tradisi khianat mengkhianati yang telah menyusup menjangkiti pembuluh darah UMNO dan membunuh setiap legasi khidmat dan perjuangan parti yang diasaskan dahulu.",
"Jika mereka yang bersubahat ini telah lupa atau tidak sedar, saya ingatkan semula mereka bahawa kesombongan UMNO tidak lama dahulu ditundukkan oleh rakyat. Saya tidak tahu apa yang mereka sedang fikirkan tetapi untuk saya sendiri dan kebanyakkan pemimpin akar umbi parti, kami sedar dan faham bahawa kuasa sedar sudah lama dan akan sentiasa berada di tangan rakyat.",
"Saya akhiri coretan hari ini dengan pesanan terhadap pengkhianat-pengkhianat ini: Jika kamu benar-benar percaya bahawa rancangan ini akan berjaya, fikirlah bagaimana rakyat di luar sana, mereka yang telah mendegar ikrar dan sumpah kita sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat, akan fikir tentang apa yang sedang kamu lakukan.",
"Akhir sekali, izikan saya untuk mengingatkan semua bahawa parti keramat ini bukanlah milik sesetengah individu atau puak mahupun mereka yang berjawatan.",
"Sebaliknya, ia milik jutaan ahli akar umbi yang tidak pernah penat berjuang demi kelansungan parti dan menegakkan tujuan asal parti ini ditubuhkan.",
"Ingatlah, UMNO dahulu bukanlah UMNO yang dikenali sekarang. UMNO yang ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat adalah kunci kekuatan kita dan akan kekal selamanya seperti nadi yang menghembuskan nyawa kepada parti ini.",
"Dulu, Kini dan Selamanya.",
"Wabillahi taufiq wal hidayah.",
"Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2021/03/29/pau-2020-dan-ketetapan-hala-tuju/ | [] |
https://umno-online.my/2021/03/24/eksklusif-bersama-sua-pau-2020-bakal-catat-sejarah-tersendiri-ahmad-maslan/ | [
"",
"KUALA LUMPUR, 24 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang diadakan pada hubung minggu ini bukan sahaja mencatatkan sejarah tersendiri kepada parti tersebut apabila diadakan secara bersemuka dan secara maya, malah menjadi tumpuan pelbagai pihak setelah UMNO mengambil dua keputusan penting politik baru-baru ini.",
"Perkara berkenaan diakui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika diwawancara secara eksklusif oleh team UMNO-Online.",
"Menurut beliau perhimpunan kali ini sesuatu yang unik kerana perwakilan bukan sahaja akan berada di Dewan Merdeka, PWTC, di sini serta Dewan Tun Hussein Onn dan juga Tun Dr Ismail, malah akan berada di seluruh negara melibatkan 190 bahagian.",
"Ikuti wawancara khas bersama Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO Malaysia.",
"UMNO-Online – Terima kasih Datuk Seri kerana meluangkan masa untuk diwawancara bersama UMNO-Online. Perhimpunan Agung UMNO 2020 kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimana persediaan Ibu Pejabat UMNO untuk berdepan dan mengendalikan persidangan ini.",
"(SUA) – Alhamdulillah syukur kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga pihak Polis telah meluluskan untuk kita mengadakan perhimpunan agung pada 27 dan 28 mac. Ini adalah dua kelulusan yang ditunggu-tunggu dan dengan lain perkataan tidak ada halangan untuk kita melaksanakan walaupun dalam keadaan PKPB di Wilayah Persekutuan.",
"Apa pun kita akan mengikut segala SOP (prosedur operasi standard) dan ini akan menjadi satu sejarah yang tersendiri selama UMNO berumur 75 tahun kita mengadakan perhimpunan agung dengan dua kaedah kombinasi secara bersemuka dan juga secara maya.",
"Bersemuka di Dewan merdeka PWTC dan kita juga adakan di Dewan Tun Hussein Onn, satu lagi di Dewan Tun Dr Ismail dan sementara itu 190 bahagian seluruh negara masing-masing dan perwakilan yang tidak ke Kuala Lumpur berada di bahagian dan ini kita adakan secara Facebook Live dan sebagainya.",
"Kita juga adakan di 190 UMNO bahagian di lokasi masing-masing dan mereka akan menunggu dengan perwakilan yang ada bersama AJK (ahli jawatankuasa) bahagian sama ada pada Sabtu (27 Mac) Wanita, Pemuda dan Puteri dan pada Ahad (28 Mac) AJK bahagian bersama perwakilan berada di bahagian masing-masing. Ini adalah sesuatu yang unik dan tidak pernah berlaku dalam sejarah PAU selama 75 tahun.",
"(UMNO-Online) – Perhimpunan Agung UMNO kali ini jadi perhatian bukan sahaja di kalangan ahli parti tetapi juga parti lain. Bagaimana Datuk Seri melihat ‘mood’ di pihak kepimpinan parti dan akar umbi itu sendiri.",
"(SUA) – Ini menjadi satu tumpuan kerana kita telah membuat dua keputusan penting dari segi politik. Keputusan itu adalah 124 usul daripada bahagian dan ianya adalah 65 peratus daripada 190 bahagian yang mengadakan mesyuarat kecuali UMNO bahagian Tanah Merah. Usul itu adalah tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum ke-15). Kita ada lagi satu iaitu menamatkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) apabila parlimen dibubarkan.",
"Jadi oleh kerana ada dua perkara penting dari segi politik ini PAU kita pada kali ini menjadi tumpuan oleh ramai pihak sebab ianya akan mewarnai corak politik negara beberapa bulan yang akan datang. Saya berharap agar suasana kita terkawal kerana kita memberikan kebebasan kepada jurucakap di Wanita, Pemuda dan Puteri termasuklah PAU pada hari Ahad. Usul-usul ini juga tentunya mengenai ucapan dasar Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Presiden UMNO.",
"Pastinya mereka akan menyentuh hal-hal berhubung kait tentang politik, hal-hal ekonomi, hal-hal sosial, hal-hal agama, pendidikan, antarabangsa dan juga isu-isu semasa mengenai COVID-19, kesukaran yang dihadapi rakyat apabila kita setahun lebih berdepan peperangan menghadapi COVID-19 ini.",
"(UMNO-Online) – UMNO dilihat sentiasa berdepan cabaran sejurus Pilihan Raya Umum ke-14. Bagaimana Datuk Seri melihat serta menilai tahap solidariti ahli ketika ini.",
"(SUA) – Banyak tempat saya sebutkan jika presiden dan timbalannya tidak berbalah maka parti itu akan kekal kukuh. Kita melihat dalam sejarah politik negara apabila Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada persefahaman, maka parti kita pecah. Anwar menubuhkan PKR dan kemudiannya apabila Anwar dan timbalannya tidak sehaluan maka Datuk Seri Azmin Ali keluar dan masuk PPBM bersama yang lain.",
"Pas juga sama apabila presiden dan timbalannya tidak sehaluan maka timbalannya, Mohamad Sabu menubuhkan Parti Amanah Negara. Jadi pada pandangan sayalah selagi nombor satu dan nombor dua dalam parti kukuh bersama inilah yang berlaku pada ketika dan saat ini. Kita tidak nafi ada macam-macam gelombang di luar tetapi presiden dan timbalan kukuh bersama…saya kira kita akan menghadapi apa juga badai yang mendatang.",
"(UMNO-Online) – Sebut tentang badai dan cabaran, Bagaimana Datuk Seri melihat keadaan sekarang ini sebagai lontaran kepada ahli UMNO khususnya.",
"(SUA) – Apa-apa juga yang diputuskan oleh MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO dibuat secara demokratik oleh presiden. Saya sentiasa berada dalam mesyuarat-mesyuarat besar ini dan presiden memulakan apa yang dipanggil Biro Politik yang mana ianya dihadiri oleh jawatankuasa pengurusan bersama 13 pengerusi perhubungan negeri.",
"Selalunya diadakan sebelum mesyuarat MKT berbincang merumuskan perkara-perkara kemudiannya pada mesyuarat MKT dan presiden mendengar lagi ahli MKT yang lain menyatakan perkara-perkara dan Biro Politik juga boleh menyatakan lagi sekali di dalam MKT dan akhirnya presiden akan merumus segala perbincangan dalam mesyuarat MKT untuk dipersetujui oleh ahli MKT.",
"Ini perkara dan kaedah presiden membuat keputusan apabila dua keputusan utama sebelum ini dibuat di ILMU Janda Baik sebagai satu contoh yang penting. Tidak ada seorang pun yang membantah pada ketika itu dan apa yang diputuskan merupakan satu suara majoriti yang tidak perlu dipertikaikan di luar.",
"Tetapi apabila ada satu dua pertikaian ingin melihat parti kita seolah-olah tidak solid sebenarnya kita telah melakukan satu perkara yang cukup demokratik apabila membuat keputusan.",
"(UMNO-Online) – Perhimpunan kali ini juga boleh dikatakan sebagai persediaan parti untuk menjurus ke arah PRU akan datang. Sejauh mana Datuk Seri melihat perkara ini.",
"(SUA) – Ya, kita kena bersiap untuk menghadapi PRU-15. Daripada kenyataan-kenyataan oleh pihak kerajaan, kita boleh merumuskan tarikh-tarikh yang tertentu. Apa pun pada pandangan kita PRU-15 akan kita hadapi lambat-laun. Oleh itu apabila telah sampai hampir tiga tahun satu-satu penggal dan 9 Mei ini genap tiga tahun keempat dan kelima dalam mana-mana juga penggal ianya adalah merupakan persiapan pilihan raya.",
"Apabila menjejaki sahaja selepas tahun ketiga kita mesti menyiapkan diri menghadapi pilihan raya dan oleh itu pada saya, perhimpunan agung pada kali ini ialah perhimpunan sebelum PRU-15 yang kita boleh jangkakan tarikhnya tidaklah terlalu lama lagi. Oleh itu adalah penting untuk kita sama-sama menguatkan parti kerana kita ingin UMNO menang sebeberapa banyak kerusi yang kita tandingi dan ini yang kita harapkan.",
"(UMNO-Online) – Apa yang Datuk Seri mahu gambarkan UMNO pada mata rakyat.",
"(SUA) – Ketika COVID-19 dah setahun ini, ada beberapa siri kita memberikan bantuan rakyat di sleuruh bahagian dan perkara pertama yang penting untuk kita gambarkan ialah keprihatinan kita kepada rakyat. Itu membela nasib rakyat, membantu rakyat, menjadi juara rakyat dan itu memang harapan kita selama-lamanya dan kita memahami denyut nadi rakyat. Kita menyuarakan suara rakyat dan suara sebegitu. Saya ingin ulang. Prihatin rakyat, bela rakyat, bantu rakyat seterusnya kita suarakan suara rakyat dan ini adalah perkara-perkara yang telah kita laksanakan sebelum-sebelum ini.",
"Dulu kita dengar bahawa rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Keutamaan kita adalah rakyat dalam apa juga keadaan dan ini akan kita teruskan. Rakyat adalah insan nombor satu dalam perjuangan kita. Kita ingin rakyat yang susah dibantu, kita ingin rakyat yang bersuara kita hebahkan dan kita pastikan suara yang benar itu dapat sampai ke telinga pelbagai pembuat dasar.",
"Ini perjuangan kita daripada dulu, kini dan selamanya. Tambah-tambah lagi apabila kita telah meminda Perlembagaan ke arah satu Perlembagaan yang lebih baik dan kita akan edar pada PAU ini, Perlembagaan baru yang dipinda dan dipersetujui oleh RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan).",
"Mudah-mudahan dengan adanya Perlembagaan baru yang diluluskan RoS ini UMNO akan menjadi lebih inklusif akan menjadi lebih mantap berjuang demi rakyat.",
"(UMNO-Online) – Harapan dan pesanan kepada akar umbi untuk PAU 2020 ini.",
"(SUA) – Apabila kita berlawan dengan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, pada ketika itu kita cukup fokus. Fokus kita ialah betu-betul berlawan dengan PH dan kita tidak ada berlawan sesama sendiri. Ikhlas saya katakan berlawan sesama sendiri lebih menyakitkan daripada musuh yang cukup nyata di depan…musuh politiklah.",
"Oleh itu saya ingin menyeru kepada pimpinan UMNO kita dah lama dalam parti dan kita tahu berlawan sesama sendiri ini akan memecah-belahkan parti dan lebih elok kita tumpukan untuk kita kukuhkan parti daripada kita memecahkan parti dan ini perkara penting.",
"Untung nasib kita dalam UMNO ini ialah merupakan qada’ dan qadar daripada Allah SWT dan apabila kita telah diberikan satu-satu jawatan maka kita laksanakan jawatan kita dengan baik mengikut arahan pucuk pimpinan tetapi apabila kita tidak lagi memegang sesuatu jawatan kita seterusnya hendaklah taat sebagai ahli parti untuk melaksanakan apa yang merupakan keputusan parti.",
"Jadi harapan saya adalah perkara-perkara ini diperincikan dan perkara-perkara ini disedari oleh pimpinan yang ada dan mereka juga adalah orang-orang yang lama dalam politik dan apabila kita telah membuat sesuatu keputusan dan tentunya kita membuat kajian keputusan yang dibuat. Apabila keputusan dibuat kita hendaklah bersama-sama melaksanakan keputusan tersebut. – UMNO Online",
"Oleh: Azman Abas"
] |
https://umno-online.my/2021/03/22/apapun-aliran-dalam-umno-mesti-berpandu-keputusan-parti-shahril/ | [
"KERUGIAN buat UMNO andai kita terus menerus berbalah disebabkan pihak ketiga.",
"Andai kita “dua aliran” kerana takrifan ideologi, hala tuju perjuangan, pengisian tawaran dasar negara dan sebagainya-sekurang-kurangnya ia perbezaan yang membina.",
"Tetapi kalau kita berpecah dek kerana soal pertalian dengan orang luar keluarga, seakan sia-sia.",
"Meskipun begitu, perlu ditegaskan, kalau pun ada kelainan pandangan dalam sesebuah isu, tentunya tindakan kita mesti dipandu keputusan parti.",
"Setakat hari ini, jelas bahawa sama ada melalui Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 mahupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) (yakni dua badan pembentuk dasar UMNO), parti telah memutuskan:",
"1. Tiada kerjasama Pilihan Raya Umum (PRU) dengan PPBM, PKR, DAP.",
"2. Kerjasama dengan PAS dipelihara dan diperkasa.",
"3. Kerajaan Perikatan Nasional didukung sehingga pembubaran Parlimen.",
"Individu dalam parti tentunya ada pandangan masing-masing. Tidak semua yang berpendirian berbeza dari sesuatu keputusan parti semestinya terus dilabel pengkhianat atau ejen parti lain.",
"Ia tuduhan berat yang tak wajar dilontar tanpa usul periksa tindakan dan tingkah lakunya, apatah lagi sesama kita dalam keluarga.",
"Cuma, apabila keputusan induk parti telah dibuat, tugas kita adalah untuk menjayakan keputusan itu, bukannya merosakkan.",
"Sewaktu awal kita mahu bersama PAS pun, tidak semua yang senada. Tetapi di kalangan yang tak setuju – baik dari UMNO mahupun barangkali PAS juga – mampu menelan ego, akur, malah membantu menjayakannya.",
"Dalam hal mutakhir, saya menyebut tempoh hari, selagi tidak berubah keputusan MKT berkenaan tiadanya kerjasama dengan PPBM selepas pembubaran Parlimen, maka kita berpegang kepada pendekatan itu sebagai ketetapan dasar UMNO.",
"Lantas terpulang kepada orang UMNO untuk menjayakan atau menggagalkan strategi tersebut.",
"Jika kita meletakkan fokus mengukuhkan daya tarikan UMNO/Barisan Nasional (BN), memperkasa jentera dan penyokong, moga makin berjayalah keputusan itu.",
"Jika kita tak henti menimbulkan spekulasi dan syak wasangka sesama kita, mempersoal motif masing-masing, maka akan gagallah keputusan itu.",
"“Berbalah”lah kita dalam mesyuarat mengenai “new deal” UMNO kepada rakyat. Mengenai model ekonomi dan pendidikan yang terbaik untuk bangsa dan negara.",
"“Berbalah”lah kita dalam mesyuarat mengenai bagaimana mampu menampilkan lebih ramai calon muda, wanita dan segar.",
"“Berbalah”lah kita dalam mesyuarat perihal persiapan jentera.",
"“Berbalah”lah kita soal kaedah terbaik memenangi persepsi rakyat bahawa kita lebih baik dari PH atau PN.",
"Tetapi berbalah terbuka sesama sendiri, menyerang keputusan parti di media dalam bab yang tiada kena mengena dengan memenangi hati pengundi – Ia membazir peluru, tenaga, masa dan minda yang sepatutnya ditujukan ke perkara lain.",
"Sama-sama kita doakan Perhimpunan Agung minggu hadapan mampu menjernihkan senario dalam UMNO supaya kita benar-benar mampu beralih ke fasa melengkap persiapan menghadapi ujian sebenar dalam PRU.",
"SHAHRIL HAMDAN\nketua Penerangan UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/03/18/sejarah-tidak-pernah-salah-kita-tidak-mudah-terlupa-norshida/ | [
"ALANGKAH ruginya perjuangan Melayu UMNO sekiranya sanggup bergabung dengan gabungan parti politik berideologi komunis.",
"Sejarah tidak pernah salah dan kita tidak mudah terlupa apakah itu ideologi komunis dan penjajahan tanah air yang pernah datuk moyang kita lalui sebelum ini.",
"Adakah kita lupa mengenai peristiwa komunis mula memperkuatkan kedudukan mereka di Tanah Melayu bermula dengan insiden serangan di Sungai Siput, Perak yang menyebabkan tiga orang peladang Eropah terbunuh pada 16 Jun 1948.",
"Pada 18 Jun 1948, Pesuruhjaya British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu akibat daripada pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu. Darurat di Tanah Melayu bermula dari tahun 1948 hingga 1960.",
"Walaupun setelah Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, PKM tetap meneruskan pemberontakan bersenjata dan perang gerila di seluruh Tanah Melayu. Di zaman darurat, puluhan ribu tentera termasuk Rejimen Askar Melayu dan Homeguard terdiri daripada anak tempatan memerangi PKM.",
"Di zaman ini, terdapat kawasan hitam dan putih iaitu kawasan selamat dan tidak selamat dari PKM dan pasukan gerila yang menyokong PKM. Peristiwa berdarah di Bukit Kepong dan Lenggong antara peristiwa hitam yang terpalit sejarah negara akibat daripada keganasan PKM dan pasukan gerila pimpinannya.",
"Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan rusuhan kaum yang besar di negara juga dipercayai mempunyai kaitan dengan PKM hingga hampir mencacatkan sejarah landskap politik negara.",
"Saya berasa amat hairan dan musykil apabila ada yang mendakwa PKM atau komunis dikatakan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air sedangkan setelah merdeka, komunis masih terus berperang dan memerangi sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka.",
"Jika benar dikatakan komunis berjuang untuk kemerdekaan negara, sudah tentu selepas merdeka, mereka meletakkan senjata, membubarkan PKM dan sama-sama memakmurkan dan mempertahankan negara.",
"Namun ramai di kalangan anak muda dan yang lahir selepas merdeka sebenarnya tidak mengetahui cita-cita Parti Komunis di seluruh dunia. Sama dengan ketika Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun, tetap ada pengkhianat yang berjuang untuk diri sendiri dan kumpulannya namun menghancurkan tanah air tercinta ini.",
"Semoga Malaysia aman makmur dan sejahtera serta dilindungi oleh Allah SWT dari pengkhianat dan penghancur agama, kaum, bangsa dan negara.",
"Biarlah parti keramat UMNO terus berprinsip teguh mempertahankan agenda perjuangan Melayu yang tulus ikhlas sama seperti perjuangan ketika UMNO mula di tubuhkan pada tahun 1946. Tepuk dada tanyalah selera minda kita.",
"Datuk Norshida Ibrahim\nKetua Penerangan Wanita UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/03/14/negara-bukan-hak-milik-peribadi-demokrasi-malaysia-mesti-lebih-baik/ | [
"Demokrasi Malaysia seharusnya lebih kukuh dan lebih baik dari sebelumnya.",
"Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan bahawa demokrasi kita semakin menyusut dan merosot.",
"Malaysia pasca moden sewajarnya boleh menjadi teladan kepada negara membangun lain tentang bagaimana demokrasi kita itu berevolusi dalam sistem demokrasi yang sarat dengan kearifan tempatan. Dan ia membuahkan pelbagai kejayaan dengan Malaysia menjadi negara membangun paling berjaya.\n\nNamun sebaliknya yang berlaku. Kita semakin mundur dari kualiti kepimpinan dengan ahli Parlimen bertindak sesuka hati atas perkiraan pribadi dan bukan prinsip serta nilai.",
"Kebebasan bersuara dan berekspresi semakin mengecil dengan pelbagai ordinan dan tindakan yang menanam ketakutan dan bukannya pertanggungjawaban.",
"Apatah lagi bila Parlimen digantung dan Perlembagaan dilumpuhkan. Semua ini adalah kesusutan nilai demokrasi yang sangat di bimbangi.\n\nMalaysia mesti keluar dari defisit demokrasi ini. Kita sepatutnya lebih baik dan lebih unggul dalam mengurus negara ini dan menampilkan amalan demokratik yang lebih maju.",
"Membiarkan potensi Malaysia dalam kedudukan sepertinya sekarang, adalah sangat mendukacitakan.\nKepada semua rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memperbaiki kedudukan demokrasi Malaysia.",
"Sama ada kita seorang Menteri Kabinet, atau penjawat awam, atau ahli politik pembangkang, atau kumpulan masyarakat sivil mahupun hanya orang biasa, marilah kita mengembalikan amalan demokrasi di Malaysia ke tahap dan kedudukan lebih baik.",
"Negara ini adalah tanahair yang istimewa buat semua penduduknya. Ia bukan hak milik peribadi atau sesiapapun dan tidak boleh diperlakukan dengan sesuka hati.",
"Negara ini adalah hak semua untuk semua. Rakyat negara ini mengimpikan watan idaman yang benar-benar akan memberikan mereka rasa kepunyaan kepada Malaysia.",
"Lalu marilah kita memperbaiki demokrasi di Malaysia ini tanpa lelah. Lakukan apa jua yang termampu, agar akhirnya, dengan usaha kolektif semua, demokrasi di Malaysia akan menjadi lebih baik dan lebih maju.\n\nDato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan",
"===========================================\nMalaysia’s Democracy Must be Better",
"Malaysia’s democracy must be better and stronger than before.",
"Unfortunately, the events that has recently taken place uncovers the fragility and weaknest of our democracy\nPost-modern Malaysia could have been exemplary to other developing nations about how our democracy could revolutionise into a democratic system that is filled with local wisdom and bore many achievements with Malaysia being the most successful developing nation.",
"However, the opposite is happening. The quality of our leadership is regressing with members of Parliament acting recklessly based on selfish needs and not on principles or values.",
"Freedom of speech and expression is shrinking with various ordinance and impositions that instill fear rather than responsibility into the people.",
"This is coupled with the context of the hung Parliament and our crippling Constitution. All of these are deteriorations of our democratic values which is extremely worrying.",
"Malaysia must come out of this democratic deficit. We have to be better and strive to excel in governing this nation while presenting progressive democratic values.",
"To allow Malaysia’s potential to continue in its current position is devastating.",
"To all Malaysians, we have a collective responsibility to improve Malaysia’s democracy.",
"Whether we are a Cabinet Minister, a public servant, an opposition politician, a member of civil society, or even just a layman, let us revive our democratic values to a level that is better than what it is today.",
"This country is ours. The people of this country dream of a prosperous homeland that truly makes Malaysia feel like they belong.",
"Thus, let us work towards recovering our democracy with haste. Do whatever we can for the sake of finally, with our collective effort, uplifting Malaysia’s democracy to a better and more progressive place.",
"Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan"
] |
https://umno-online.my/2021/03/14/isu-kalimah-allah-hormati-fatwa-institusi-agama-bukan-fatwa-politik/ | [
"\nSememangnya semua berhak memberikan pandangan agama dalam isu Kalimah Allah termasuk individu-individu yang mewakili pelbagai organisasi NGO mahupun parti-parti politik.",
"Walau bagaimanapun, harus diingat prinsip Islam sebagaimana yang digariskan dalam kaedah fekah berikut mengisyaratkan bahawa akhirnya FATWA atau pandangan hukum yang harus diutamakan adalah yang ditetapkan oleh institusi Islam yang diiktiraf Pemerintah ‘Ulil Amri’. Fatwa insitusi inilah yang bersifat pemutus dan harus dijadikan panduan utama.\nحُكْمُ الحَاكِم يَرْفَعُ الخِلَاف\n‘Ketetapan yang diputuskan Pemerintah, mengangkat segala kekhilafan (perbezaan pandangan)’",
"Moleklah semua dapat rujuk fatwa-fatwa yang telah diputuskan di peringkat Persekutuan dan terutamanya Negeri-Negeri yang berkuasa penuh dalam Hal Ehwal Agama Islam.",
"Dikongsikan Fatwa-fatwa institusi-institusi Agama di peringkat Persekutuan dan Negeri-Negeri sebagaimana berikut:\nFatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 5-7 Mei 2008 adalah berbunyi:",
"Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15329",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2008 adalah berbunyi:",
"1. Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.",
"2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/11433",
"Fatwa Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 2008 adalah berbunyi:",
"1. Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan sama ada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atau memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam No.5 tahun 1989 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.",
"2. Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam No.5 tahun 1989.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12138",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 2008 adalah berbunyi:",
"“Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.”",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10945",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan pada 2008 adalah berbunyi:",
"1. Lafaz Allah [Lafz Al-Jalalah] merupakan kalimah suci yang khusus untuk agama dan umat Islam sahaja, dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.",
"2. Wajib bagi umat Islam menjaga lafaz ini dengan cara yang terbaik.",
"3. Bahawa sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"4. Bahawa empat [4] perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaan oleh orang bukan Islam.",
"5. Bersetuju supaya diadakan dan dikuatkuasakan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sepertimana di negeri-negeri lain.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12103",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 2009 adalah berbunyi:",
"Bahawa lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15829",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 2010 adalah berbunyi:",
"Bahawasanya penggunaan “Lafzul Jalalah” iaitu kalimah Allah hanya khusus dan eksklusif untuk umat Islam sahaja. Agama selain daripada Islam adalah tidak boleh dan dilarang menggunakannya dalam apa jua bentuk penerbitan bertulis, media cetak, media elektronik, audio visual dan yang seumpamanya.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10944",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada 2010 adalah berbunyi:",
"i) Bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.",
"ii) Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12065",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 2010 adalah berbunyi:",
"(i) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam;",
"(ii) Mana-mana penganut selain daripada penganut agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud;",
"(iii) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/11448",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada 2012 adalah berbunyi:",
"1. Bahawa lafaz “Allah” merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan dalam apa jua cara atau bentuk atau disamakan dengan agama-agama yang bukan Islam.",
"2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa di dalam Negeri Terengganu.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12394",
"Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Negeri Sembilan pada 2016 adalah berbunyi:",
"1. Bahawa kalimah “Allah” merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan kalimah itu tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.",
"2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam melindunginya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlulah diambil mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.",
"Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15798",
"Begitu juga dengan Bahagian I Jadual Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam Kelantan 1981 yang menyenaraikan ‘Allah’ sebagai salah satu daripada 24 perkataan yang tidak boler dikaitkan dengan ugama bukan Islam.",
"Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pemuda UMNO "
] |
https://umno-online.my/2021/03/11/perlu-cakna-dapatan-kaji-selidik-umno-mesti-popular-sebab-umno/ | [
"TERTARIK dengan dapatan kaji selidik dua akhbar besar – Sinar Harian dan Sin Chew Daily.",
"Walaupun sampelnya tidak sempurna – tetapi sekilas pandang, ia tidaklah terlalu jauh tersasar dari segi pecahan kaum atau julat umur. Kurang pasti pecahan geografi, tahap pendapatan dan sebagainya. Boleh rujuk lampiran untuk menilai sendiri kebolehyakinan sampel.",
"Beberapa dapatan yang wajar diambil maklum untuk pengamal politik, serta perkongsian pandangan saya:",
"1. Ramai yang masih belum buat keputusan hendak menyokong parti mana. (~14%)",
"– 14% ini boleh menentukan menang/kalah banyak kerusi di PRU.",
"– Justeru, gerak kerja mesti ambil kira sentimen atas pagar ini, bukan hanya sentimen ahli parti. Parti yang memperjuang hal rakyat kebanyakan, dengan tawaran menarik yang boleh diyakini barangkali akan ada kelebihan.",
"2. PH masih ada tempat di hati rakyat. (14.4% PKR; 12.1% DAP; 7.6% PAN)",
"– Jika diandaikan ketiga-tiga parti ini tidak akan bertembung sesama sendiri, bermakna ada hampir 35% responden yang memilih PH – bukan angka kecil.",
"– Ini penting kerana adakalanya dalam kamar gema Facebook / WhatsApp atau dalam pergaulan sesama sendiri, kita mudah menganggap PH sudah tidak popular. Wujud risiko kita terlalu percaya sentimen “rakyat rindu BN”.",
"Sedangkan realiti keseluruhannya mungkin tidak semudah itu. Sebagai contoh, selain ‘bubble’ Facebook, cuba lihat ‘bubble’ Twitter, Instagram dan Clubhouse untuk keluar zon selesa lantas menyaksikan zon yang cenderung ke PH. Mereka ada, dan angka mereka bukan kecil.",
"3. UMNO mesti menang sokongan bukan ahli/penyokong tegar.",
"– UMNO menduduki pilihan parti yang ketiga tertinggi dengan 10%; yakni mengatasi parti selain PKR dan DAP dalam kaji selidik ini.",
"– Di banyak kawasan, ahli UMNO adalah sekitar 10-20% pengundi. Mungkin sampel kaji selidik ‘underrepresent’ ahli dan penyokong UMNO, tapi dapatan ini tetap menimbulkan cabaran buat UMNO terus meraih sokongan ‘non ahli’.",
"– Antara lain, gerak kerja kita tidak boleh sekadar tertumpu kepada ahli sendiri. Perlu beralih dari pendekatan di mana dari 10 program, 8 atau 9 adalah eksklusif bersama orang UMNO.",
"Benar dan wajib diakui – kursus, taklimat, kelas, perjumpaan antara ahli/jentera semuanya mustahak. Tanpa jentera, parti akar umbi seperti UMNO tak ke mana. Tetapi dialog dan libat urus bersama ‘non ahli’ segenap lapisan juga mesti diperhebat supaya (saya ulangi) tiada sindrom “kamar gema” menjurus kepada “syok sendiri”.",
"4. Parti MUDA ada penyokong.",
"Boleh tafsir sendiri adakah tarikan lebih 5% kepada MUDA disebabkan kurang gemar kepada parti-parti tradisional massa/’arus perdana’ atau adakah golongan muda memang mahukan lebih ramai wakil rakyat dari generasi mereka.",
"Apapun tafsiran atau andaian, ternyata parti massa baik dalam BN/PN/PH perlu mengiktiraf ‘undercurrent’ di kalangan golongan muda yang semakin resah dengan situasi ekonomi dan politik tanah air. Tidak wajar sesiapa leka dengan sebarang andaian mudah bahawa MUDA hanya parti elit yang tidak akan sokongan di bawah.",
"—-",
"Bagi saya, rumusan utamanya adalah persaingan dan pertandingan masih terbuka. Tiada parti dan pihak boleh mendabik dada, jauh sekali angkuh.",
"Fokus UMNO sepertimana yang saya sebut di media adalah untuk meningkatkan populariti UMNO di mata rakyat. Tiada lagi gelombang besar anti-PH sepertimana dahulu untuk kita ‘ride’ dengan mudah jauh sekali percuma.",
"Tambahan lagi, dalam senario UMNO membuat keputusan tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU15, maka UMNO perlu sahut cabaran besar yakni “UMNO mesti popular sebab UMNO”.",
"Dalam erti kata lain, tidak boleh terlalu bergantung harap kepada mana-mana gagasan besar ataupun kelebihan ‘incumbency’, meski kita terus memelihara dan memperkukuh persahabatan dalam Muafakat Nasional.",
"Sekian perkongsian dan peringatan kepada semua termasuk diri sendiri. Wallahu a’lam. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/03/11/isu-kalimah-allah-segerakan-proses-rayuan-jakim-perlu-perkemas-usaha-pendidikan/ | [
"SEMALAM Mahkamah Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa Kalimah Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah dibenar penggunaanya dalam sebarang penerbitan bagi tujuan pendidikan Agama Kristian",
"Isu ini merupakan isu yang panjang, seingat saya sekitar tahun 2009 lagi. UMNO sebagai parti yang menguasai kerajaan pada ketika itu dengan keras mempertahankan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaanya bagi apa jua bahan penerbitan yang berkait dengan Agama Kristian khususnya di Semenanjung.",
"Ini juga merupakan salah satu isu yang menyebabkan pada pilihanraya berikutnya, sokongan kepada Barisan Nasional khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam di Semenanjung merosot dengan teruk kerana UMNO di tuduh sebagai pembuli dan menggunakan agama untuk meraih undi Orang Melayu/Islam.",
"Sebagai Warganegara yang mendukung konsep keluhuran undang-undang, buat masa ini keputusan mahkamah ini perlu diakuri.",
"Inilah jua situasi yang dihadapi Kerajaan Negeri Pahang apabila proses mengambil tindakan terhadap tanah haram yang diteroka diarahkan ditangguhkan oleh Mahkamah.",
"Dalam sistem negara ini, keputusan dan arahan Mahkamah mengatasi mana-mana kuasa yang dimiliki oleh pihak eksekutif samaada Perdana Menteri ataupun Menteri Besar.",
"Berbalik kepada isu di atas, orang Islam di Malaysia bahkan kami ahli UMNO tidak membenci masyarakat beragama Kristian. Mereka bebas menganut dan mempraktikkan ajaran agama yang dianuti dengan bebas. Malah di bandar kecil seperti di tempat kelahiran saya di Kuala Lipis,",
"Gereja Kristian wujud dan beroperasi tanpa gangguan dan penganutnya bebas hidup secara harmoni bersama Masyarakat Islam yang membentuk majoriti.",
"Kita juga memahami bahawa di Sabah dan Sarawak, penggunaan kalimah-kalimah di atas di kalangan penganut Kristian merupakan suatu kebiasaan. Ini disandarkan kepada sejarah pengembangan agama tersebut di negeri-negeri itu serta jumlah populasi penganutnya yang hampir sama ramai (malah di Sarawak melebihi) berbanding penganut Agama Islam.",
"Bagi Umat Islam yang memiliki ilmu yang tinggi dalam pengajian agama, mereka juga memahami bahawa terdapat hujah yang membolehkan dan hujah yang melarang penggunaan kalimah-kalimah di atas di kalangan penganut agama lain terutama dari golongan Yahudi dan Nasrani.",
"Walau bagaimanapun, bantahan kita umat Islam khususnya di Semenanjung adalah disebabkan kita merasakan amalan dan apa yang telah dipratikkan selama ini di negara inilah yang menyelamatkan Malaysia dari ancaman ekstremis agama, menjaga perpaduan dan keharmonian sesama kita.",
"Bukan sahaja penggunaan Kalimah Allah di kalangan Penganut Agama Kristian. Malah Pentadbiran dan Urusan Agama Islam di Malaysia ini boleh dikatakan hanya berasaskan kepada Fahaman Mazhab Syafie, walapun kita menerima amalan Mazhab Sunni yang lain serta pelbagai jenis amalan dan tarekat selain dari Fahaman Syiah.",
"Ini bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan keseragaman, tetapi menjaga keharmonian dan mengelak salah faham serta memastikan mereka yang walaupun hanya memiliki ilmu asas dalam Islam boleh mempraktikkan ajarannya dengan baik.",
"Untuk itu kita berharap, proses rayuan oleh kerajaan terhadap keputusan ini di buat segera.",
"Kita juga mendesak pihak JAKIM, mengambil kira keputusan mahkamah semalam segera merangka proses penerangan, pendidikan dan dakwah yang sesuai dengan perkembangan ini.",
"Selamat Menyambut Isra’ Mikraj.",
"Mohd Farid Mohd Nor\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang"
] |
https://umno-online.my/2021/03/08/umno-terus-bertahan-walau-diacu-pisau-pen-dan-buku-cek/ | [
"\n1. Sejak UMNO ditakdirkan hilang kuasa pada Mei 2018, pelbagai usaha cuba dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam.",
"2. Bermula seawal 2018, apabila usaha untuk mengharamkan UMNO dengan mengeksploitasi 16 orang bekas ahli atas alasan UMNO melanggar Perlembagaannya kerana membuat penangguhan pemilihan parti, sedangkan ROS sendiri meluluskan permohonan tersebut.",
"3. Tidak cukup dengan tindakan mahkamah terhadap parti, diugut pula pimpinan UMNO untuk membubarkan parti jika tidak mahu didakwa dan diambil tindakan dalam pelbagai bentuk.",
"4. Hakikatnya, ramai pemimpin-pemimpin UMNO diugut, ditekan dan digasak dengan menggunakan pelbagai agensi-agensi di bawah Kerajaan PH waktu itu.",
"5. Ahli yang punya ketahanan terus kekal setia mempertahankan parti biarpun menjadi lilin membakar diri. Namun, tidak kurang juga yang cuak, gelabah dan tidak tahan diuji, lantas keluar meninggalkan parti.",
"6. Tergamak pula menikam parti yang pernah mengangkat dan meletakkan mereka di posisi tertinggi lagi dihormati. Ironinya, mereka yang terpalit ini tiba-tiba terus disucikan dan tidak lagi kedengaran khabar sebarang tindakan mahupun pendakwaan.",
"7. Usaha melemahkan UMNO masih berterusan sehinggalah ke saat ini termasuk menggunakan pendekatan ‘pisau, pen dan buku cek’ bagi memecah-belahkan UMNO melalui juak-juak dalaman sendiri mengikut perencanaan ‘scheme of thing’.",
"8. Namun, Alhamdulillah UMNO masih dipelihara Allah kerana terus mampu bertahan dan tetap utuh hingga saat ini. Kekuatan dan keutuhan sebenar UMNO terletak kepada keikhlasan AKAR UMBI!",
"9. Akar umbi yang merupakan rangkaian 3.5 juta ahli UMNO di 191 Bahagian dan lebih 22,000 cawangan seluruh Malaysia yang ikhlas dan terus setia berjuang mempertahankan wadah biarpun ada di kalangan pemimpin yang mudah gelabah dan lari meninggalkan parti.",
"10. Ya, jangan salahkan PARTI UMNO! Tetapi angkara segelintir pemimpin dan ahli yang lupa diri, lupa daratan dan lupa akar perjuangan akhirnya Tuhan takdirkan UMNO diuji hilang kuasa.",
"11. Setiap yang berlaku ada hikmahnya! Kini setiap warga pejuang UMNO tidak boleh lagi melakukan kesilapan yang sama…\n\nJangan angkuh, jangan sombong untuk terus muhasabah, berubah dan lakukan koreksi!\nJangan menari mengikut lagu dendangan musuh yang sentiasa khianat mendengki!\nJangan biarkan kita mudah dipermain dan dimanipulasi!\nUtamakan kesatuan dan solidariti!\nJangan cepat percaya dengan cerita-cerita sensasi yang hanya mencetuskan prasangka dan persepsi!\nPertahankan tradisi dan institusi parti!\nInsyaAllah jika terus pegang kuat kepada tali dan berpandu teguh pada suluhan wahyu Ilahi, berpaksikan mantra keramat BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT, UMNO mampu BANGKIT KEMBALI!",
"Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/03/03/ph-gegak-gempita-pelan-pemulihan-th-mereka-berjaya/ | [
"TABUNG Haji umum hibah tahun 2020 adalah 3.1% – melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion. Maka bergegak gempitalah penyokong PH kononnya ini bukti kejayaan Pelan Pemulihan yang mereka jalankan",
"Benarkah begitu?",
"Begini. Punca keuntungan tahun 2020 berlaku kerana 3 faktor.",
"Pertama, daripada jumlah keuntungan itu, RM819 juta datang daripada sukuk UJSB yang belum dibayar lagi (keuntungan tidak nyata / unrealised profit).",
"Disebabkan Ketua Audit Negara telahpun memberikan teguran tentang kelemahan sukuk ini (tiada jaminan kerajaan) sehingga beliaupun tidak pasti sama ada ia boleh dibayar atau tidak mengikut perjanjian, maka terdapat cadangan termasuk daripada ahli lembaga pengarah sendiri agar keuntungan itu tidak dimasukkan dalam hibah.",
"Ia sepatutnya dimasukkan pada tahun 2026 dan 2029 (tahun sukuk ini sepatutnya dibayar). Tetapi TH telah memilih untuk mengiranya juga sebagai hibah sepertimana amalan pada zaman PH.",
"Kedua, Tabung Haji tidak membuat impairment (rosot nilai) sebanyak RM234 juta bagi TH Plantations Berhad. Benda ini bertentangan dengan kritikan-kritikan dahulu apabila Tabung Haji pernah gagal merekodkan rosot nilai sebahagian asetnya pada tahun 2017.",
"Ketiga, tahun lepas tak ada haji. Maka TH dapat menjimatkan sekitar RM 400juta untuk dibahagikan semula dalam bentuk hibah.",
"Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak dibuat, maka hibah Tabung Haji tahun ini sepatutnya hanyalah sekitar 1.4% sahaja atau kira-kira RM1 bilion.",
"Jadi bukankah akhirnya sebahagian hibah ini dibayar dengan wang pendeposit?",
"Bukankah sama dengan tuduhan kurang akal PH termasuk pengurusan TH hari ini bahawa TH pada zaman BN adalah sejenis skim Pak Man Telo?",
"Sedap ke telan ludah sendiri?",
"Seterusnya, daripada mana pula kebanyakan baki keuntungan RM1 bilion ini datang? Sedangkan banyak pelaburan dan perniagaan mengalami kerugian tahun lepas.",
"Jawapannya pasaran saham. Pelaburan dalam segmen inilah sebenarnya memberikan keuntungan kepada Tabung Haji. Perkara yang sama juga berlaku kepada pelbagai GLIC / agensi lain sehingga KWSP contohnya masih mampu memberikan pulangan 5.2% kepada pencarum konvensional.",
"Cumanya disebabkan Tabung Haji ini patuh syariah sepenuhnya, maka mereka tidak boleh melabur di dalam majoriti kaunter kewangan seperti bank atas isu kehalalan.",
"Itulah juga sebab kenapa pulangan caruman syariah KWSP(4.9%) lebih rendah daripada pulangan konvensional mereka.",
"Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa perancangan perniagaan Tabung Haji pada zaman BN sebenarnya betul. Termasuklah tindakan mereka meletakkan 53% pelaburan TH di dalam pasaran saham.",
"Sebab akhirnya pelaburan seperti inilah termasuk instrumen kewangan (contohnya terbitan sukuk kepada anak syarikat) yang menyelamatkan kedudukan kewangan TH.",
"Walaupun risikonya lebih tinggi, tetapi ia diseimbangkan pula dengan pelaburan fizikal seperti hartanah, hospitaliti dan perladangan.",
"Tuduhan-tuduhan kononnya pengurusan lama jahat dan merosakkan Tabung Haji akhirnya terbukti kerja pembodohan semata-mata. Kerana akhirnya pengurusan TH lantikan mereka hari ini menerima manfaatnya.",
"Patutlah tak buat RCI!",
"Anyway, Laporan Kewangan Tabung Haji 2019 bila nak keluar? – UMNO ONLINE",
"Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu"
] |
https://umno-online.my/2021/03/02/bersatu-bersetia-berkhidmat-dukungan-ahli-pastikan-umno-tetap-relevan/ | [
"Tahun ini UMNO berusia 75 tahun dan bakal menyambut ulang tahun Jubli Intannya pada 11 Mei hadapan.",
"Alhamdulillah, saya masih istiqamah dalam perjuangan UMNO kerana saya yakin bahawa UMNO masih kekal dengan asas tujuannya iaitu sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Itulah yang tertulis dalam Buku Perlembagaan UMNO.\n\nSungguh, selepas 9 Mei 2018 bukan hanya saya tapi mana-mana ahli UMNO berdepan dengan macam-macam cabaran. Ada yang awal-awal apabila mendapat keputusan melompat ke sebelah sana, ada yang tak mampu berdepan tekanan juga ambil jalan sama… tapi apa yang paling membanggakan ahli-ahli UMNO di akar umbi masih kekal pertahankan parti hingga kini.",
"Sehingga ke hari ini, masih ada cakap-cakap yang mendakwa bahawa UMNO ditolak akar umbinya… sedangkan akar umbi UMNO tetap bertunjang sebaliknya, anggota parti yang gagal bersetia menjadi seperti daun gugur yang tak beri kesan pada akarnya.",
"Dari UMNO menjadi kerajaan bersama Barisan Nasional, bergelar pembangkang dan hari ini menjadi sebahagian dari kerajaan, nama UMNO kekal disebut-sebut, termasuklah dari mulut mereka yang telah melompat dan meninggalkan parti.",
"",
"Lebih teruk lagi apabila pihak yang nak ‘membunuh’ UMNO, menyebut UMNO sudah mati, UMNO tidak relevan dan macam-macam lagi masih juga beratib hal-hal yang sama dalam pentas politik mereka. Masih juga nama UMNO dijaja nak menghidupkan retorik dalam penceritaan mereka. Mungkin UMNO sudah berakar dalam hati mereka…?",
"Perkembangan dalam politik tanah air sejak UMNO tidak menjadi kerajaan sebenarnya menyingkap siapakah yang benar-benar ikhlas melaksakan perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Bukan hanya lihat pada UMNO tetapi juga individu, tokoh, negarawan atau sesiapa sahaja berdasarkan kepada tingkah dan laku mereka.",
"\nMemang nama UMNO dicanang korup dan rasuah, dituduh bermasalah, difitnah dengan pelbagai kata-kata jelek yang antaranya menjadi penyebab kepada gagalnya Barisan Nasional mendapat majoriti dalam pilihan raya yang lalu.",
"UMNO berdepan dengan segala macam realiti biarpun selalunya setiap kebaikan akan dimanipulasi oleh lawan. Jadi pembangkang pun UMNO tetap dedikasi, kembali berkongsi kerajaan UMNO masih juga laksanakan khidmat bakti, sebaliknya pihak lawan pula yang goyah.",
"UMNO tetap UMNO. Biarlah ahli dan pemimpinnya yang tentukan hala tuju tanpa ada orang bukan dalam parti yang panas punggung. Mahu lihat relevan atau tidak perjuangan UMNO… lihatlah saja anggota akar umbinya kerana UMNO didukung oleh ahli-ahlinya yang tetap kekal ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. InsyaAllah kita teruskan…",
"TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR\nBENDAHARI UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/03/01/tindakan-proaktif-untuk-menangani-kenaikan-pinjaman-tidak-berbayar/ | [
"WABAK COVID-19 telah meninggalkan kesan sosioekonomi yang berpanjangan di Malaysia.",
"Penderitaan yang dialami oleh isi rumah dan perniagaan kini semakin serius akibat kesihatan kewangan yang semakin lemah.",
"Sebagai bukti, jumlah pinjaman tidak berbayar (NPL) mencapai paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun yang lepas, sebanyak RM28.7 bilion pada bulan terakhir tahun 2020.",
"Sebenarnya, trend peningkatan pinjaman terjejas direkodkan dalam kalangan isi rumah, sektor perdagangan borong dan runcit, restoran dan hotel setelah moratorium pinjaman menyeluruh berakhir.",
"Bagi isi rumah, kehilangan pendapatan dan pengangguran, menjejaskan kemampuan untuk memenuhi komitmen pembayaran pinjaman terutama bagi mereka yang berhutang tinggi; dan faktor ini menyumbang kepada kenaikan pinjaman terjejas.",
"Untuk sektor perniagaan pula, kegagalan pembayaran pinjaman disebabkan oleh kehilangan hasil pendapatan dan penutupan perniagaan, terutamanya dalam sektor pelancongan, peruncitan dan aktiviti rekreasi.",
"Yang amat membimbangkan, pinjaman terjejas secara keseluruhan dijangka meningkat melebihi 4% daripada jumlah pinjaman pada akhir tahun 2021, didorong oleh segmen perniagaan, menurut Laporan ‘Tinjauan Kestabilan Kewangan – Separuh Pertama 2020’ oleh Bank Negara Malaysia.",
"Hal ini perlu ditangani kerana impak kenaikan kadar NPL mungkin melangkaui sektor kewangan dan menjejaskan usaha pemulihan ekonomi Malaysia.",
"Oleh itu, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia harus mengambil tindakan dasar yang proaktif untuk mengatasi isu ini.",
"Contohnya, bantuan pembayaran dan langkah-langkah bantuan lain harus dilanjutkan dan diperluaskan, selari dengan impak gelombang ketiga wabak ini.",
"Hal ini adalah kepentingan kolektif industri perbankan untuk terus menyokong perniagaan dan isi rumah yang layak sepanjang tempoh yang mencabar ini.",
"Tambahan pula, laporan keuntungan bersih beberapa bank utama pada tahun 2020 menunjukkan bahawa moratorium automatik selama enam bulan tidak mengakibatkan kerugian yang diramalkan sebelumnya oleh Menteri Kewangan.",
"Maksudnya, bank-bank kita sebenarnya berdaya tahan akibat penimbal modal yang telah dibina selama ini.",
"Secara keseluruhan, saya sangat berharap bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk meringankan penderitaan golongan yang menghadapi kesulitan kewangan, demi mengelakkan kerosakan ekonomi yang tidak dapat dipulihkan.",
"Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan\nTimbalan Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/03/01/mengenang-sejarah-lengkapkan-diri-bagi-kemajuan-bangsa/ | [
"Hari ini 1 Mac 2021, Isnin genaplah usia yang ke-99 Tahun Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato Hussein, Perdana Menteri Malaysia (Ke-2) dan Bapa Pembangunan Malaysia. Allahyarham Tun Abdul Razak dilahirkan pada 1 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan Pahang.",
"Sebagai Timbalan Perdana Menteri pada zaman awal Negara mencapai Kemerdekaan dan kemudian sebagai Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Arkitek Pembangunan Negara dan pembela kepada Pembangunan Ekonomi Melayu khususnya Pembangunan Melayu Luar Bandar.\n\nDasar Pelajaran Negara setelah Negara mencapai Kemerdekaan yang mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menetapkan satu aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan juga adalah visi Allahyarham Tun Abdul Razak dengan menamakan Dasar Pelajaran Negara dengan Laporan Pelajaran Razak.",
"Begitu juga dasar Kebudayaan Negara yang berteraskan kebudayaan Melayu adalah juga cetusan cadangan Allahyarham Tun Abdul Razak.",
"Sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya/Malaysia, Pertama, Allahyarham Tun Abdul Razak cukup setia dan taat bukan sahaja sebagai Timbalan Perdana Menteri bahkan lebih dari itu iaitu sebagai bapak dan guru terhadap Allmarhum Tunku.\n\nSejarah Negara ini, tidak ada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serapat dan sefahaman di antara kedua- dua seperti Allahyarham Tun dan Almarhum Tunku. Selain daripada itu, ianya berlaku di zaman Allahyarham Tun sebagai Perdana Menteri dan Tun Dr Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri serta juga semasa Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri dan Tun Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh yang singkat.",
"Almarhum Tunku pernah mengistiharkan bahawa Almarhum Tunku adalah “Perdana Menteri yang paling gembira dalam dunia” (I am the most happiest Prime Minister in the world).",
"Kenyataan ini ialah kerana Almarhum Tunku mendapat seorang Timbalan yang cukup taat dan setia seperti Allahyarham Tun Abdul Razak.",
"Dalam sebuah Puisi bertajuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan nukilan saya sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang Ke-63 pada tahun 2020, saya telah 2 nukilkan khas 3 rangkap Puisi tersebut bagaimana kehebatan Pimpinan Almarhum Tunku yang telah dibantu dengan penuh taat dan setia oleh Allahyarham Tun Abdul Razak seperti berikut:",
"TUNKU BAPAK KEMERDEKAAN ",
"Kehebatan Kepimpinan Mu,\nDibantu dengan penuh taat dan setia,\nOleh Pembantu Perkasa. ",
"Abdul Razak Hussein,\nWira yang gigih bekerja,\nYang kurang berbicara,\nFikiranya pelita hati,\nTenangnya hulu bicara,\nKeningnya seribu akal geliga.\nBerdada lapang, panjang fikiranya,\nJernih muka, fasih lidahnya,\nBertutur dan bercakap pada\nYang beradab dan yang bermakna,\nSangat bijak dalam meneka dan bertindak,\nSentiasa cermat awasi dalam memerhati dan lihat,\nTuahnya memiliki Pembantu yang amanah jujur dan hormat.",
"Sempena Ulang Tahun Yang Ke-99 Allahyarham Tun Abdul Razak marilah kita Rakyat Malaysia dan Bangsa Melayu khususnya generasi muda Melayu amat wajar mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Arkitek Pembangunan Negara dan Kemajuan dalam Pendidikan dan Ekonomi Bangsa Melayu dan seterusnya berazam untuk menjadikan Legasi Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai usaha melengkapkan diri bagi kemajuan Bangsa kita di Negara yang tercinta ini.",
"\nTan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff \nPresiden, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)\nTokoh Melayu Terbilang 2017\n01 March 2021 / 17 Rejab 1442"
] |
https://umno-online.my/2021/02/23/lima-dasar-utama-bn-yang-mensejahterakan-rakyat/ | [
"",
"Ya! Kerajaan BN terdahulu bukanlah sempurna. Banyak kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan.",
"Cuma, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa kekuatan negara sebelum ini adalah kerana dasar Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional yang mengutamakan KESEJAHTERAAN RAKYAT tanpa mengira kaum dan Agama yang menjadi resepi KESTABILAN DAN KEHARMONIAN negara.",
"Antara dasar-dasar penting termasuklah:",
"1. JANA KEKAYAAN UNTUK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT\nPelbagai dasar Kerajaan BN terdahulu memfokuskan untuk menggalakkan pelaburan domestik dan luar negara melalui GLC/GLIC bagi memastikan pertumbuhan ekonomi meningkat dan kekayaan dapat dijana.",
"Sebab itulah Bursa Saham sepanjang BN memerintah mencatatkan keuntungan tinggi yang menyaksikan syarikat-syarikat berkembang dan dividen-dividen tabung simpanan rakyat seperti Tabung Haji, ASB, KWSP, LTAT, KWAP juga tinggi!",
"2. FOKUS PERTUMBUHAN DENGAN MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR RAKYAT",
"Pembangunan infrastruktur rakyat sentiasa menjadi keutamaan dasar pertumbuhan ekonomi Kerajaan BN seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, HSR, MRT1 dan MRT2 ternyata mampu menjana pertumbuhan ekonomi hingga kesan gandaannya kepada segenap sektor termasuk perusahaan kecil dan sederhana hingga mencipta banyak peluang-peluang pekerjaan baharu sekaligus menurunkan kadar pengangguran rakyat.",
"Malah pengenalan Dasar Gaji Minima, telah mula menampakkan gaji purata rakyat kian meningkat manakala jurang pendapatan iaitu pekali kini semakin menurun.",
"3. DASAR LUAR YANG SEIMBANG DAN PROGRESIF",
"Hubungan baik dengan pelbagai kuasa ekonomi dunia yang seimbang dan progresif termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, India, Arab Saudi dan Eropah telah memungkinkan pelbagai kerjasama pelaburan yang menguntungkan negara.\nPemimpin-pemimpin besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Presiden China, Raja Arab Saudi berkunjung ke Malaysia dan mengumumkan kerjasama ekonomi yang amat memberi impak besar kepada Negara. Contohnya, Raja Arab Saudi sendiri datang mengumumkan Projek RAPID di Pengerang RM31 bilion di samping kerjasama lain, Presiden China lawati Malaysia dan menjadi rakan perdagangan ke-4 terbesar Malaysia.",
"Komoditi utama negara seperti minyak sawit dapat dipasarkan ke pasaran-pasaran utama. Malaysia juga dihormati antara peneraju negara serantau ASEAN dalam banyak aspek termasuk kestabilan dan demokrasi.",
"4. DASAR PERCUKAIAN YANG PROGRESIF",
"Apabila GST diperkenalkan Kerajaan BN, matlamat utama antaranya untuk memastikan keadilan dalam sistem percukaian negara seiring dengan inisiatif hampir keseluruhan negara di dunia. Prinsip GST berbanding SST membolehkan orang kaya membayar GST lebih kerana lebih banyak berbelanja berbanding orang miskin. Kelompongan dalam ekonomi (Black Economy) akibat kegagalan mereka yang tidak bayar cukai di kalangan peniaga-peniaga kaya juga dapat diatasi.",
"Cukai pendapatan dapat dikurangkan agar rakyat mempunyai lebih pendapatan untuk dibelanjakan (disposable income). Malah kebergantungan kepada hasil minyak Petronas dapat dikurangkan. Dasar percukaian progresif ini juga membolehkan defisit fiskal negara dikawal. BN juga memperkenalkan mekanisme mengagihkan lebihan hasil GST kepada golongan B40 melalui BR1M serta bantuan-bantuan lain dan jumpah ini lebih tinggi berbanding cukai GST yang dibayar golongan ini (Cukai pendapatan juga dikecualikan kepada rakyat bergaji RM4,000 sebulan).",
"5. DASAR MEMBELA SEMUA KAUM TANPA MENAFIKAN SIFAT KEINDUKAN BANGSA TERAS",
"Model Kerajaan BN yang membela semua agama dan kaum tanpa menghilangkan sebarang sifat keindukan bangsa dan agama teras Bumiputera dan Islam ternyata menjadi asas KESTABILAN dan KEHARHOMIAN negara.",
"Pembangunan ekonomi secara saksama tidak pernah menafikan hak mana-mana rakyat bahkan kekayaan dapat dinikmati hasil kestabilan yang dicapai. Ini dibuktikan dengan pengenalan klasifikasi T20, M40 dan B40 bagi mentransformasi bantuan dan agihan berdasarkan keperluan (Need Based Policy) dan tidak semata-mata berasaskan kaum.\nAsas KESTABILAN dan KEHARMONIAN inilah yang merangsang pertumbuhan dan menggalakan pelaburan domestik dan dari luar negara kerana wujudnya KONSISTENSI, KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN yang menjadi pra-syarat utama sesuatu keputusan untuk melabur atau tidak dalam sesebuah negara!",
"MARI KITA MULAKAN DISKUSI DASAR SECARA OBJEKTIF DAN KRITIS. Sebarang pandangan dialu-alukan. Apakah saudara/i setuju dengan pandangan ini?",
"Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nPengerusi Pemuda BN merangkap\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/02/20/selepas-30-tahun-umno-sabah-tatap-relevan/ | [
"Tarikh 21 Februari, genaplah 30 tahun UMNO bertapak di Sabah. Serentak dengan itu sambutan minggu Ulang Tahun UMNO Sabah yang ke-30 diadakan secara sederhana namun ianya amat bermakna untuk seluruh ahlinya.",
"Ini kerana, UMNO Sabah yang kini dianggarkan mempunyai lebih 600 ribu orang ahlinya di seluruh bahagian di negeri terbabit meneruskan ikrar untuk ‘Tatap UMNO’ selepas parti keramat ini bertapak secara rasmi pada tahun 1991 dan melalui pelbagai cabaran untuk terus relevan hingga ke hari ini.",
"Tidak seperti pada awal UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah, parti ini kurang berhadapan dengan cabaran getir seperti yang dialami selepas Pilihan Raya Umum ke-14 apabila kerajaan Barisan Nasional yang mana UMNO menjadi tunjang utama kerajaan memerintah telah kalah ditangan Pakatan Harapan.\n\nPada awal penubuhan UMNO di Sabah, perubahan bukan lagi satu pilihan tetapi adalah satu tuntutan, kerana rakyat di negeri ini insaf betapa ketidakstabilan dan perpecahan tidak menguntungkan sesiapa pun.",
"Kesedaran inilah yang membawa hasrat rakyat di Sabah dengan melihat UMNO sebagai harapan baharu menjadi wahana penyatuan rakyat, sebagaimana ia berupaya menyatukan sebahagian besar masyarakat Melayu dan diterima oleh kaum-kaum lain melalui perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional yang dengan harapan agar melalui kesatuan rakyat itu, akan wujud kestabilan politik di Sabah dan membuka jalan untuk pembangunan pesat dari semua aspek.",
"Keadaan ini berubah selepas kekalahan Barisan Nasional di tangan Pakatan Harapan dan Warisan di Sabah. Mereka ini turut disokong oleh beberapa orang pemimpin dari kalangan pemimpin BN sebelum ini yang menyertai Warisan untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRU ke-14.",
"Lebih dari itu, UMNO Sabah semakin tertekan apabila beberapa pemimpin parti ini di Semenajung Malaysia turut menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sindrom tersebut telah menular ke Sabah.\n\nSelepas peristiwa ini UMNO Sabah berhadapan dengan pelbagai krisis, dugaan, cabaran dan rintangan namun perjuangan tetap diteruskan.",
"Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang diberikan amanah serta kepercayaan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengetuai UMNO Sabah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah (Ketua UMNO Sabah).",
"Dengan sokongan beberapa rakan-rakan yang masih setia dalam perjuangan, mereka ini terpaksa menghadam ujian getir untuk memberikan nafas baharu kepada UMNO Sabah biarpun bergerak dalam susana yang dipenuhi krisis, cabaran dan dugaan yang akhirnya melalui pengalaman itu telah menyuntik semangat untuk terus melangkah ke hadapan walau dalam keadaan sukar.",
"Menurut Bung, “UMNO Sabah telah melalui berbagai-bagai krisis, dugaan, cabaran, rintangan dan juga halangan lebih-lebih lagi UMNO Sabah (pemimpin negeri) dan juga parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) turut meninggalkan UMNO apabila kalah masa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14\n\n“Yang amat menyedihkan apabila 22 orang pemimpin-pemimpin UMNO telah meninggalkan parti ini termasuk Ketua-ketua UMNO bahagian, Timbalan Ketua UMNO bahagian termasuk juga Wanita dan Pemuda turut meninggalkan parti.",
"“Ketika itu UMNO Sabah telah dianggap sudah tidak wujud dan saya telah diberi amanah oleh Yang Berhormat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memimpin UMNO Sabah,” katanya ketika mengulas sambutan 30 tahun UMNO di Sabah.",
"Menurut Bung dalam kesukaran bersama rakan-rakan termasuk kepimpinan di seluruh bahagian yang masih berperinsip dan setia dalam perjuangan, maka penyusunan dibuat semula hampir di seluruh bahagian UMNO di Sabah.\n\n“Bersama rakan-rakan saya terpaksa turun padang menjelajah ke seluruh bahagian UMNO di Sabah dan dari penerangan, perjumpaan demi perjumpaan tersebut saya berkeyakinan, akar umbi UMNO Sabah tetap setia walaupun ramai pemimpin melompat parti.",
"“Jangkaan saya tidak salah yang melompat adalah pemimpin tetapi ahli-ahli UMNO tetap terus bersama UMNO,” katanya",
"Bung mengakui walaupun kepakaran hanya sedikit ilmu, tetapi beliau berusaha turun ke bawah untuk memastikan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi masih bersama-sama dengan UMNO dan realitinya tidak ada satu bahagian UMNO di Sabah dibubarkan.",
"Di bawah kepimpinan Bung sebagai Ketua UMNO Sabah cabaran serta rintingan telah dilalui dengan kecekalan disertai dengan prinsip perjuangan yang jitu.\n\nUjian pertama Bung sebagai nahkoda UMNO Sabah ialah pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis apabila Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos 2019 memutuskan kemenangan Datuk Anifah Aman dikerusi Parlimen Kimanis pada PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.",
"UMNO Sabah telah meletakan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dicabar oleh Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Datuk Karim Bujang dalam perlawan satu lawan satu.",
"Bagi Bung yang juga menjadi pengarah gerakan PRK Parlimen Kimanis, PRK kali ini merupakan cabaran dan satu ujian yang amat mencabar bagi dirinya bagi untuk memenangi PRK ini.",
"“UMNO Sabah telah meletakkan berbagai-bagai hala tuju, namun cabaran yang paling berdebar apabila membuat keputusan untuk bertanding di PRK Kimanis. Itulah cabaran terbesar dan pada ketika itu tidak ada mana satu pun pemimpin-pemimpin UMNO yang menyatakan bahawa UMNO Sabah akan menang,” katanya.",
"PRK Parlimen Kimanis yang lebih dikenali sebagai ‘Langkah Kimanis’ merupakan ujian pertama tentang penerimaan rakyat Sabah khususnya di kawasan Kimanis kepada Barisan Nasional dan UMNO. Sekiranya BN/UMNO gagal memenangi PRK tersebut ianya merupakan satu petunjuk prestasi sokongan rakyat kepada BN/UMNO semakin merundum.",
"“Perjuangan perlu ada keyakinan dan kepercayaan. Saya tahu kita berjuang di bawah berbanding dengan Warisan yang menjadi sebuah kerajaan negeri yang mempunyai bantuan kewangan yang kukuh.\n\n“UMNO Sabah berjaya menyakinkan rakyat kebetulan Pakatan Harapan dan Warisan tidak menepati inspirasi dan keyakinan rakyat. Itu adalah peluang yang terbesar yang ada untuk menumbangkan mereka di Kimanis,” tegas Bung.",
"Majoriti yang diperoleh Mohamad Alamin menewaskan Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi adalah besar berbanding majoriti yang diperoleh oleh calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Anifah Aman iaitu 156 undi atau pertambahan 1,873 undi.",
"Kejayaan UMNO/BN di PRK Parlimen Kimanis bukan sahaja kejayaan manis bagi UMNO namun merupakan syarat pertama UMNO lulus untuk meneruskan perjuangan yang turut menafikan presepsi UMNO dan BN di Sabah sebelum ini nazak. Sebaliknya UMNO semakin hari semakin pulih dan kuat malah semangat ini telah di bawa ke Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada 26 September 2020.",
"PRN ke-16 diadakan selepas Ketua Menteri ketika itu Datuk Seri Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah berikutan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa telah memperoleh cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.\n\nBagi UMNO dan Bung sendiri sebagai Pengerusi BN Sabah, PRN kali ini merupakan ujian yang lebih besar ruang lingkupnya kerana melibatkan 73 DUN Sabah dengan wujudnya persempadan baharu.",
"PRN ini juga akan menzahirkan secara keseluruhan sokongan rakyat Sabah kepada BN khususnya bagi kerusi kerusi yang ditandingi oleh UMNO. Dari 73 DUN Sabah, UMNO bertanding di 31 buah DUN dan dari jumlah tersebut UMNO/BN memenangi 14 kerusi.",
"Walaupun BN/UMNO boleh memenangi lebih dari 14 kerusi pada PRN kali ini, namun beberapa faktor dilihat menjadi halangan antaranya pertembungan sesama sendiri dan pemilihan calon yang tidak memenuhi kriteria sebagaimana yang diinginkan oleh rakyat di peringkat akar umbi. Ini menyebabkan sasaran UMNO untuk memenangi keseluruhan kerusi yang ditandingi gagal direalisasikan.",
"Menurut Bung walaupun kejayaan ini agak kecil namun ianya merupakan petunjuk positif yang BN/UMNO masih diterima oleh rakyat Sabah sekali gus kejayaan tersebut merupakan penyumbang utama kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS)",
"“Keputusan PRN kali ini telah menjadi satu lonjakan besar dalam keberdayaan GRS untuk menguasai politik Sabah sehingga kami dapat membentuk kerajaan negeri yang baharu” katanya .\n\nSambil melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berkesempatan melihat kesan ketara kehadiran UMNO di Sabah, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata kekuatan BN/UMNO di Sabah disebabkan dukungan rakyat serta kesepaduan anggotanya yang didasari semangat juang padu.",
"Mengenai masa depan UMNO Sabah agar terus kukuh dan relevan, Bung menegaskan bahawa UMNO tidak boleh bergantung kepada jumlah kuantiti anggotanya semata-mata bahkan sama penting adalah nilai dan kualiti setiap anggota-anggota UMNO di semua peringkat – cawangan, bahagian dan sayap-sayap parti perlu diperkasakan.",
"Justeru, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, sempena sambutan 30 tahun UMNO melebarkan sayapnya ke negeri Sabah, beliau mengingatkan kepimpinan dan anggota parti agar sentiasa berada di atas landasan perjuangan parti yang berpaksikan kepentingan rakyat.",
"“Hala tuju kita perlu berpaksikan kepada landasan yang tepat iaitu gerak kerja yang berpaksikan kepentingan rakyat. Destinasi kita adalah rakyat kerana kekuatan dan prestasi kita akhirnya ditentukan dan dinilai melalui tahap sokongan rakyat dalam pilihan raya. Jangan lari daripada landasan,” katanya lagi. – UMNO Online",
"Oleh: Jaafar Abd Wahid\nPenulis ialah Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri /Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah "
] |
https://umno-online.my/2021/02/18/revolusi-digital-dalam-pendidkan-pdpr-bukan-mudah/ | [
"",
"Antara sektor yang paling terjejas kerana pandemik Covid-19 ialah sektor pendidikan. Sekolah terus ditutup, peperiksaan tertangguh dan pembelajaran serta pengajaran terus dilaksanakan secara maya dari rumah.",
"Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukanlah perkara mudah. Kalangan guru tidak pernah disediakan untuk mengajar mod maya dan pelajar tidak pernah belajar dari rumah. Ibu bapa juga rasa sangat terbeban.",
"Apalagi dengan segala defisit prasarana, ketidakmampuan membeli peranti dan data serta pelbagai rintangan lain.\n\nSektor pendidikan negara jelas ketinggalan dari segi ketersediaan menghadapi pendidikan alaf baharu yang berteraskan teknologi digital.",
"Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menggunakan kesempatan ini untuk ‘reimagine’ dan merekayasa (reengineer) sektor pendidkan negara. Inilah masanya untuk kita memulakan revolusi digital dalam pendidikan nasional secara besar-besaran.",
"Kita telah bereksperimen dengan pendidikan maya disemua peringkat selama setahun. Yakinlah pendidikan digital akan terus kekal dan menjadi paradigma baru sektor pendidikan Malaysia.",
"Kedua, keberkesanan serta kualiti PDPR mesti segera dipertingkatkan. Galak kan guru dan murid berimaginasi dan meneroka segala kreativiti dengan sebebas-bebasnya. Inilah waktunya untuk membongkar segala idea, kreativiti, imaginasi dan penerokaan kaedah luar biasa dalam mengajar dan belajar.",
"Namun pengajaran harus berlaku dan bukan sekadar hanya memberi tugasan dan pautan berkaitan. Tugas guru adalah mencerah, menjelas dan memberi kefahaman hakiki melalui ‘reevaluation, rethinking and reimagination’.",
"Ketiga, santuni sebaiknya segala keluhan ibu bapa. Yakinkan mereka bahawa pendidikan PDPR sebegini adalah satu-satunya pilihan waktu ini. Tanpa pembelajaran sebegini, kerugian adalah pada masa depan anak-anak kta.",
"Terakhir, segerakan agihan laptop dan peranti percuma kepada pelajar kurang berkemampuan dan sediakan kuota internet percuma setiap hari agar tiada siapapun akan tercicir dan tertinggal.",
"Tiada harga yang mahal untuk mendidik anak bangsa kerana nilai kejahilan itu jauh lebih mahal.",
"Tugas mengajar dan belajar tidak boleh terhenti walau apapun rintangannya. Kerajaan, guru, pelajar dan ibu-bapa, mesti melaksanakan tugas dan kerja-kerja kebangsaan yang sangat mulia ini dengan sabar dan tanpa putus asa.",
"Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan"
] |
https://umno-online.my/2021/02/17/mereka-takutkan-bayang-bayang-mereka-tahu-rumah-agam-umno-sedang-dipulih/ | [
"\nTANGGAL 9 Mei 2018 musuh tertawa melihat ‘rumah agam’ UMNO roboh.",
"Puas hati melihat ahli UMNO yang setia kesedihan. Yang kurang setia bagai ayam disambar helang.",
"Takdir ilahi aku dipilih mengenggam bara api perjuangan memahat tiang agar kembali berseri.",
"Jangan tuduh diri yang serakah. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.",
"Namun amanah dan baiah kepada Tuhan azimat penguat semangat.",
"Baru saja mula memahat diugut rakan supaya beredar atau ada yang akan meninggalkan saf.",
"Tidak lama selepas beredar mereka mufaraqah jua. Ternyata cuma alasan. Ugutan itu dusta.",
"‘Rumah agam’ lain tersedia. Buat apa susah-susah. Selamat tinggal mungkin kerana dirimu begitu berharga.",
"Itu mengikhtisarkan pengalaman 6 bulan bercuti atau lepas jawatan bukan penyelesaian.",
"Sesiapapun yang diamanahkan akan mereka gasak supaya tiang kekal tidak berseri, kerana itu matlamat utama mereka.",
"Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang. Jika tidak ke dalam kau rasakan.",
"Pedulikan. Aku percaya keagungan Tuhan. Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Melindungi.",
"Mereka takutkan bayang-bayang. Mereka tahu ‘rumah agam’ UMNO sedang dipulih.",
"Mereka takut dan resah mahu menggagalkan. Namun aku yakini kudrat ini tidak akan pernah berhenti. – UMNO ONLINE",
"AHMAD ZAHID HAMIDI"
] |
https://umno-online.my/2021/02/17/i-sinar-tanpa-syarat-lima-isu-utama-rakyat-bangkitkan-pemuda-umno/ | [
"\nSEJAK dua hari ini, talian hotline i-Sinar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kembali hangat dengan menerima tidak kurang daripada 400-500 mesej aduan sehari berkenaan isu pengeluaran i-Sinar ini.",
"Rata-rata maklum balas yang diterima berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan mengenai pengeluaran i-Sinar tanpa syarat pada minggu lepas menzahirkan beberapa kebingungan rakyat yang perlu diberi perhatian oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).",
"Pihak Pemuda UMNO telah menganalisa dan merumuskan aduan setakat ini lima (5) isu utama yang paling mendapat tumpuan dan perlu diberi perhatian oleh pihak KWSP dan Kementerian Kewangan bagi menambahbaik proses pengeluaran i-Sinar tanpa syarat ini:",
"1. Masih terdapat butiran yang perlu memuatnaik dokumen sokongan, maklumat pengurangan pendapatan, dokumen sokongan untuk pertimbangan bagi meneruskan proses permohonan baru i-Sinar tanpa syarat ini.",
"KWSP perlu mempercepatkan kemaskini sistem permohonan i-Sinar dengan memansuhkan butiran dokumen sokongan ini. Ternyata rakyat masih keliru sama ada syarat pengeluaran i-Sinar telah dimansuh atau belum.",
"2. Percepatkan tarikh kelulusan permohonan.",
"Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, tarikh kelulusan permohonan hanya akan dapat diketahui oleh pemohon pada 8 Mac 2021. Rata-rata rakyat amat kecewa dengan penangguhan ini sedangkan mereka yang dalam kategori 2 sudah memohon sejak 11 Januari 2021. Jika 8 Mac 2021 keputusan kelulusan permohonan, bila rakyat akan mula mendapat bayaran pengeluaran i-Sinar ini? Adakah akan mengambil masa selama sebulan lagi? Ini tidak termasuk proses rayuan permohonan lagi. Rakyat tidak dapat lagi menahan tekanan hidup yang dihadapi bagi mendepani wabak COVID-19 ini.",
"3. KWSP atau Kementerian Kewangan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi segera bagi mengumumkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh kelulusan permohonan, tarikh proses rayuan permohonan dan tarikh pembayaran yang akan diterima oleh rakyat.",
"Dengan ini rakyat akan lebih bersedia dari segi mental dan mengawal aliran tunai kewangan mereka. Mereka tidak mampu lagi bergantung ‘tanpa tali’ oleh pihak KWSP yang selalu flip-flop dalam memberikan kenyataan.",
"4. Permudahkan penukaran amaun pengeluaran i-Sinar melalui sistem online.",
"Ramai yang mengadu mereka ingin menukar jumlah pengeluaran pada kadar maksimum setelah pengumuman rasmi yang dibuat oleh Menteri Kewangan minggu lepas. Bagi yang telah mendapat pembayaran interim kali pertama, mereka tidak boleh menukar jumlah pengeluaran i-sinar secara online sebaliknya mereka perlu ke kaunter KWSP berdekatan bagi mengisi borang secara manual. Namun dalam situasi pandemik COVID-19 ini, mereka perlu buat temujanji secara online untuk membuat urusan di kaunter KWSP yang mengambil masa selama sebulan untuk menunggu giliran temujanji.",
"5. Memberi pilihan kepada Ahli KWSP untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 sekaligus (one-off) setelah permohonan diluluskan.",
"Ramai di kalangan mereka yang mengadu mengalami tekanan hidup yang sangat dahsyat, terpaksa berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perlu sejumlah wang yang boleh menanggung kehidupan harian keluarga. Mereka telah lama menunggu berbulan-bulan untuk kelulusan permohonan i-Sinar ini. Berilah mereka pilihan untuk pengeluaran RM10,000.00 secara one off bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan duit mereka sendiri.",
"Ini sebahagian rumusan isu-isu utama yang paling banyak dibangkitkan oleh orang ramai.",
"InsyaAllah Pemuda UMNO akan terus memantau dan mengangkat suara rakyat ini untuk diambil tindakan oleh pihak KWSP dan Kementerian Kewangan.",
"Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia",
"#PemudaJurubicaraRakyat\n#PemudaBantuRakyat\n#TradisiMembelaRakyat\n#KWSP"
] |
https://umno-online.my/2021/02/15/pandemik-global-malaysia-mesti-siapsiaga-perkasa-sistem-kesihatan-awam/ | [
"Penelitian beberapa pakar perubatan dunia menjangkakan pandemik global yang kita hadapi waktu ini dijangka akan beterusan sehingga 2024.",
"Ini ialah kerana walapun vaksinasi telah bermula, tetapi ‘vaccine nationalism’ oleh sesetengah negara maju menyebabkan negara membangun dan kurang membangun menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan vaksin.",
"Sehingga waktu ini, 130 negara masih belum menerima vaksin malah tidak berkemampuan untuk membelinya.\n\nSenario ini akan menyebabkan pandemik ini akan terus menjadi ancaman keselamatan global sehinggalah semua warga dunia mendapat immunisasi dan membangun ‘immunisasi kelompok’.",
"Malaysia mesti mengambil pendekatan kesiapsiagaan terhadap senario ini. Sektor perkhidmatan kesihatan kita mesti diperkasakan dengan berganda dan tanpa berlengah.",
"Perjawatan baru mesti segera di wujudkan. Permohonan perjawatan tambahan yang di kemukakan pada Oktober 2020 diharap telah diluluskan dan di isi.\n\nPetugas kesihatan kontrak dan sambilan yang waktu ini sedang berkhidmat wajar ditawarkan jawatan tetap dengan kadar segera.",
"Mereka telah berkhidmat di waktu yang sangat sukar dan pengalaman mereka sebagai petugas hadapan sangat berharga untuk memperkuatkan sistem kesihatan awam kita.",
"Petugas ini telah melaksanakan tugas patriotik mereka kepada negara dengan keringat dan pengorbanan tertinggi, walaupun tanpa jaminan pekerjaan tetap.",
"Justeru menyerapkan mereka ke perjawatan tetap adalah sangat bertepatan dengan kompetensi, jasa dan sumbangan mereka.",
"Sukarelawan yang terdiri dari pesara dan pelbagai segmen masyarakat yang lain pula mesti terus dilatih dan berada dalam ‘data base’ KKM agar mereka boleh dimobilisasikan segera dalam keadaan yang genting dan kritikal.\n\nSistem kesihatan kita telah berfungsi dengan baik disebalik segala tekanan luar jangkaan kerana merebaknya wabak corona ini.",
"Semua ini kerana dedikasi dan kerja keras semua petugas kesihatan, samada tetap, kontrak dan sukarelawan. Sumbangan mereka sangat luar biasa.",
"Tugas seterusnya ialah memperkuatkan sistem kita dengan menambah dan mengisi segala keperluan perjawatan, membawa bakat terbaik menyertai KKM, latihan berterusan bagi membangun kompetensi petugas kesihatan dan menyediakan kemudahan kesihatan komprehensif yang lebih banyak.",
"Kerajaan mesti menyegerakan semua ini demi Malaysia yang lebih siapsiaga, selamat dan sejahtera.",
"Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan"
] |
https://umno-online.my/2021/02/09/elakkan-double-standard/ | [
"SOP baharu bagi anggota Kabinet kembali ke tanah air selepas tugas rasmi di luar negara yang diumumkan semalam menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat. Peraturan baharu memendekkan tempoh kuarantin khas bagi anggota Kabinet dari 10 hari ke 3 hari.\n\nApa sahaja penjelasan teknikal yang diberikan, dalam keadaan kesempitan rakyat hari ini, sukar untuk menjustifikasikan keputusan ini dari sudut moral.",
"Bukan menidakkan pentingnya hubungan diplomasi. Bukan menidakkan pemimpin Kerajaan mungkin ada keperluan ke luar negara bagi tujuan rasmi yang dibuat demi kepentingan negara, walaupun keperluan itu pun boleh dipertikai.",
"Namun, andai kita berfikiran positif dan menganggap ada sesuatu mustahak yang menuntut lawatan atau pertemuan fizikal di luar negara sekalipun, semua ini tidak memberi sebab untuk peraturan berbeza dengan rakyat, khususnya berhubung kuarantin setelah pulang ke negara.",
"– Pertama, soal risiko penularan Covid-19, di mana umum mengetahui tempoh inkubasi melebihi 3 hari. Bayangkan kalau ada satu sahaja kes Menteri yang positif setelah keluar negara dan tidak dikuarantin – apa sahaja penjelasan selepas itu tiada gunanya.",
"– Kedua, jika dikatakan risiko penularan dibendung kerana “travel bubble” sekalipun, pengecualian ini dilihat tidak adil sedangkan rakyat kebanyakan tidak diberi kemudahan ini.",
"– Ketiga, pemimpin negara lain pun boleh patuh kepada SOP khususnya kuarantin setelah pulang ke negara mereka – kenapa pemimpin Malaysia tak boleh?",
"Perdana Menteri Australia Scott Morrison melawat Jepun pada Oktober tahun lepas dan setelah tiba kembali ke Australia, beliau menjalani kuarantin mandatori 14 hari sambil menyertai sesi parlimen melalui video.",
"Dari awal pandemik setahun dahulu, Kerajaan menekankan pentingnya usaha bersama untuk mengatasi cabaran Covid-19.",
"Maka jika benar ia usaha bersama, seberapa boleh, pemimpin Kerajaan wajar meletakkan diri mereka melalui peraturan sama dengan rakyat yang bersusah dan berkorban jauh lebih besar.",
"SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/02/03/penghinaan-kepada-institusi-peguam-negara/ | [
"PERNAH duduk sepentas bersama bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sewaktu awal penggal PH dahulu. Saya terima jemputan tersebut bukan hanya bagi membuktikan UMNO sedia bertukar pandangan dan berbahas dengan mereka, tetapi juga kerana menghormati institusi dan jawatan yang mereka pegang itu.\n\nJadi saya tertarik apabila sehari dua ini, timbul kontroversi berkenaan buku “memoir” yang ditulis Tommy Thomas (TT) bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”. Saya tertarik apa sebenarnya yang ditulis TT sehingga menjadi buah mulut ramai.",
"Cuma kalau hendak komen sesuatu, tentunya mesti baca dahulu. Setelah membaca buku tersebut, saya faham kenapa ia menjadi sensasi sampai ada yang buat laporan polis dan memulakan tindakan saman.",
"Jawatan Peguam Negara ini bukan jawatan kecil. Ia termaktub dalam Perlembagaan Perkara 145. Tentunya apabila menjadi Peguam Negara, waima setelah tamat tempoh perkhidmatan pun, wujud etika dan “decorum” yang sesuai dengan institusi tersebut. Tak boleh tulis sesuka hati seolah-olah mahu menjadi wartawan “insider”.",
"Tetapi tidak untuk TT. Habis semua dihina dan dipersalah. Baik “bos” dia PM7 yang melantiknya, baik PM6, sehinggakan PM2 pun tidak terlepas cemuhan.\n\nPenulisan TT tentang Allahyarham Tun Razak amat mendukacitakan apatah lagi datang dari seorang bekas Peguam Negara.\nAntara petikan yang ditulis berkenaan insiden 13 Mei, dimana beliau seakan-akan menunding jari ke Tun Razak.",
"“Why did Malay youths brandishing parangs..turn on their fellow citizens, the Chinese..on..May 13th, 1969? The evidence points to a coup by Tun Razak”",
"“(H)e was anxious to take over”.",
"“An open challenge by Tun Razak would have failed. The matter was compounded by a critical fact that Malaysians were not aware of. Tun Razak had been told he was suffering from leukaemia, and was given five to six years to live, a medical prognosis that turned out to be accurate”",
"“(W)ho benefitted from the riots? – it was Tun Razak”",
"Dalam satu muka surat sahaja (m/s 28), TT tanpa berselindung mendakwa bahawa Tun Razak mendalangi insiden paling hitam dalam sejarah negara Malaysia.",
"Pertama,\n“Evidence points to a coup by Tun Razak”",
"Evidence (bukti) apa? Yang menulis ini adalah bekas Peguam Negara. Bukan pengarang surat layang. Bukti apa yang dia ada sehingga tergamak menerbitkan suatu tuduhan yang amat jelas dan nyata terhadap Bapa Pembangunan Malaysia – yang mana individu itu pun tidak ada bersama kita lagi untuk menepis dakwaan tersebut.",
"Kedua dan lebih hina,",
"TT menggambarkan seolah-olah Tun Razak tergamak buat apa yang didakwa TT diatas, kononnya kerana Tun Razak tak sabar untuk ambil alih jawatan Perdana Menteri disebabkan beliau menghidap leukemia.",
"Ini penghinaan yang teramat serius – yang merendahkan keperibadian seorang bekas pemimpin negara.\nBerasaskan apa? Bukan berasaskan bukti, tetapi “conjecture” dan prejudis yang tebal.",
"Ketiga,",
"Insiden 13 Mei ini detik hitam, yang masih menjadi perkara sensitif – harus ditulis dan dirujuk dengan penuh bertanggungjawab, apatah lagi selaku seorang bekas Peguam Negara.\n\nBila menulis “why did Malay youths brandishing parangs..turn on Chinese..“, adakah itu bertanggungjawab? Adakah itu cara seorang yang kononnya mementingkan keharmonian antara kaum pada tahun 2021? Begitu mudah menyingkap insiden 1969 dengan bahasa dan penulisan yang sebegitu mudah dan simplistik menunding jari kepada satu pihak?",
"—",
"Ini belum lagi menyentuh apa yang ditulis dan cuba disampaikan berkenaan pembunuhan Altantuya – yang mana Dato’ Sri Najib telah mengemukakan surat tuntutan.",
"Belum lagi menyentuh apa ditulis berkenaan pegawai Pejabat Peguam Negara yang pada pandangan saya disifatkan TT sebagai peguam-peguam tidak berdaya maju dan selesa makan gaji dan pencen – “lawyers who lack the drive to excel”",
"Petikan:",
"“I realised that lawyers from the AG’s Chambers (AGC) acting for the government did not have the same commitment, passion and drive to succeed as their counterparts in the Bar”",
"“They are civil servants earning fixed incomes and awaiting pension upon retirement. There was no incentive to distinguish themselves”",
"Ini belum lagi menyentuh apa yang ditulis berkenaan UMNO, dimana TT bukan sekadar mengkritik individu tetapi mencemuh seluruh institusi UMNO itu sendiri berkali-kali dalam bukunya.",
"Belum lagi menyentuh rahsia yang dibongkar dan ditelanjangkan dengan tafsiran-tafsiran peribadi tertentu. Hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, soal perjumpaan dalam Istana Negara, soal perbualan antara TT dan Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri interim – semua yang patut menjadi sulit diceritakan terbuka. Inikah “standard” bekas Peguam Negara?",
"—-",
"Saya membayangkan TT akan mengatakan apa yang ditulis adalah pandangan dia. Mungkin dia berpandangan bahawa dia ada hak kritik dan hina sesiapa sahaja, baik yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.",
"Benar, ada pandangan yang bebas dikemukakan oleh sesiapa. Seperti posting ini – pandangan saya berdasarkan apa yang ditulis oleh TT. Bukan berdasarkan khabar angin atau prejudis.",
"Tetapi TT patut tahu, ada perkongsian yang mengundang tindakan bawah sistem perundangan. Dan ada pandangan yang kalau tak menyalahi undang-undang pun, amat tak sesuai datang dari seorang bekas Peguam Negara.",
"Saman dan laporan polis – sama ada soal saman malu, pelanggaran Akta Rahsia Rasmi (OSA), jenayah fitnah atau apa sahaja yang ditentukan kelak oleh proses perundangan – tetap akan berjalan.",
"Sambil ia berjalan, saya pula beri pandangan kepada Tommy Thomas:",
"Satu perkara hampir pasti. Dengan buku anda, anda bukan hanya telah menghina ramai pihak, tetapi menghina institusi Peguam Negara yang anda sendiri pegang suatu ketika dahulu.",
"Jangankan mahu menutup kegagalan sewaktu jadi Peguam Negara, mungkin buku ini juga antara kegagalan paling besar anda sehingga saat ini.",
"SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia "
] |
https://umno-online.my/2021/01/28/hutang-kerajaan-boleh-diurus-diselenggara-sakit-hutang-rakyat-bawa-bencana/ | [
"KERAJAAN: KUASA DARURAT DAN KUASA BELANJA",
"Dua gambar berbicara.",
"Rajah pertama: jumlah suntikan fiskal (perbelanjaan Kerajaan/Pemerintah ke dalam ekonomi – tak termasuk inisiatif lain seperti moratorium, pengeluaran wang persaraan dll). Malaysia rendah.",
"",
"Rajah kedua: pecahan kadar peningkatan hutang antara\n– isi rumah (rakyat),\n– syarikat/perusahaan,\n– Kerajaan/Pemerintah.",
"",
"Beberapa negara yang berani menambah hutang Kerajaan (hijau), lazimnya berjaya membantu mengawal peningkatan hutang rakyat (ungu).",
"—",
"Kelmarin, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS Malaysia) menerbitkan laporan berhubung pakej rangsangan ekonomi Malaysia semenjak bermula penularan COVID-19 – dari Prihatin, Belanjawan, sampailah ke Permai baru-baru ini.",
"Antara rumusan: walaupun saiz keseluruhan pakej tampak besar, hakikatnya suntikan fiskal adalah kedua terkecil di rantau Asia Tenggara.",
"Saya sudah beberapa kali dalam posting FB dan di forum luar mengulas pendirian saya berkenaan konsep perbelanjaan dan suntikan fiskal Kerajaan.",
"Pendek cerita, defisit dan “hutang” Kerajaan bukan perkara yang perlu ditakuti atau dielakkan sepanjang masa. Yang kita harus lebih risau adalah hutang rakyat yang bertambah. Kadang-kala, dengan menambah hutang Kerajaan – jika ke arah perkara yang betul – boleh menurunkan beban rakyat.",
"Atas apa-apa sebab, institusi pembuatan dasar dalam negara masih dalam mode konvensional, iaitu takut hutang dan takut defisit.",
"Masih dalam kerangka minda yang menganggap jika defisit Kerajaan rendah, maka secara automatik itu adalah pencapaian bagus. Sebaliknya, jika defisit Kerajaan tinggi, automatik ia tak bagus.",
"Sedangkan dalam mendepani pandemik, negara lain menambah defisit jauh lebih besar dari Malaysia untuk membantu ekonomi masing-masing.",
"Rujuk rajah kedua. Negara-negara yang sedia menambah hutang Kerajaan (hijau), membantu “menyelamatkan” hutang rakyat (ungu).",
"Selain itu, ayat seperti “Kerajaan tak ada duit” berkesan menyebarluas ideologi yang saya sebut awal tadi: “takut defisit”. Dahulu, sebelum lebih banyak membaca dan belajar, saya sendiri ada ketika berfikir dan berpegang kepada ideologi serupa. Kerana ideologi itu tampak logikal.",
"Tetapi ideologi tersebut tersasar terutamanya pada era sekarang. Ia mesti dicabar dan mesti diperbetul.",
"Selagi ideologi ini bertapak, selagi itulah Kerajaan mengikat tangan sendiri dan akibatnya pemulihan ekonomi tidak akan mencapai potensi.",
"Selagi itulah kita mengharap derma, NGO dan dana persaraan – tidak salah; tetapi sedangkan ada option yang jauh lebih mudah, adil, dan berkesan.",
"Ambil contoh isu mutakhir PdPR dan kekurangan peranti elektronik.",
"Semalam, YB Dato’ Sri Najib Razak mencadangkan dana kendalian SKMM untuk membiayai pembelian 2 juta laptop.",
"Barangkali dana itu salah satu sumbernya – tetapi apapun sumber yang dirasakan sesuai, isu yang utama adalah kesediaan Kerajaan. Kesediaan berbelanja dan jika perlu, meningkatkan defisit, untuk perkara-perkara yang wajar dan mendesak.",
"Tambahan lagi, darurat memberi kuasa dan keanjalan luas kepada Kerajaan berbanding keadaan biasa.",
"Seperti sedia maklum, ini termasuklah kemampuan untuk “bypass” proses Parlimen.",
"Jika sudah memegang kuasa sementara ini, dan jika rasional yang dikemukakan untuk darurat adalah berkisar Covid, maka kuasa itu wajar digunakan sebaiknya demi kemaslahatan rakyat.",
"Setakat ini, perihal kuasa darurat yang dilaporkan banyak berhubung pembendungan COVID-19, terutamanya melalui penjelasan Menteri Kanan YB Dato’ Seri Ismail Sabri.",
"Misalnya,\n– meningkatkan jumlah denda dan kompaun kepada syarikat,\n– kuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya mengawal sempadan tetapi juga kuasa menangkap sepertimana PDRM,\n– penggunaan hospital swasta.",
"Tetapi keanjalan yang ada pada Kerajaan melalui darurat sekarang harus juga terpakai untuk menangani cabaran ekonomi ekoran Covid-19.",
"—",
"Harapan saya, Kerajaan bertindak segera andaikata perlu belanjawan dan perbekalan tambahan. Termasuklah jika perlu meningkatkan kadar siling hutang, atau menerbitkan bon untuk perbelanjaan mengurus (OE). Selagi ia untuk rakyat, tak membazir, tak boros tanpa had – tentunya mesti cermat, tetapi mesti belanja.",
"Isu PdPR hanya satu contoh. Ini masalah besar kepasa generasi muda dan ibu bapa muda. Antara sekarang dan Ogos, banyak lagi cabaran akan timbul – termasuklah tentang pengangguran dan pendapatan anak muda – yang memerlukan tindakan tangkas melangkaui apa yang telah diluluskan Belanjawan 2021.",
"Dalam pengurusan kewangan Kerajaan tahun 2021, cabaran ekonomi rakyat mesti diutamakan. Bukan lagi sebarang sasaran “defisit rendah” yang terlalu mengekang dan tidak relevan pada ketika ini.",
"Hutang Kerajaan boleh diurus diselenggara. Sakit hutang rakyat yang bawa bencana. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/01/28/pdpr-pelaksanaan-dan-keberkesanan/ | [
"SESI persekolahan seluruh negara telah dibuka 20 Jan 2021. Bagaimanapun, peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa kerajaan mengubah sistem pendidikan yang konvensional secara bersemuka kepada Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara dalam talian.",
"2. Pendekatan PdPR ini dibuat dalam talian, luar talian atau secara off-site. Manakala kaedahnya sama ada menggunakan modul atau berasaskan projek. Para guru berperanan besar di mana mereka dipertanggungjawabkan untuk menyusun modul.",
"3. Di sebalik kritikan dan maklumbalas yang diperoleh dari pelbagai pihak, bagi saya PdPR adalah pilihan terbaik bagi masa kini. Langkah ini dilihat sebagai tepat dan perlu memandangkan kenaikan mendadak kes COVID-19.",
"4. Berdasarkan pengalaman pelaksanaan PdPR sebelum ini, guru-guru memulakannya dalam keadaan serba kekurangan dari segi kemahiran, alatan dan rujukan. Dalam masa yang sama pelajar juga dilihat masih belum bersedia untuk memulakan norma baharu ini. Namun, pengalaman lalu membuatkan pelaksanaan akan bertambah baik dan lebih tersusun.",
"5. Namun, terdapat kebimbangan dan beberapa masalah yang diutarakan berkaitan PdPR. Antaranya isu capaian internet, kesediaan pelajar, kemampuan B40 serta M40 dan pembabitan ibu bapa. Apabila isu-isu ini dibangkitkan, tindakan penyesuaian dalam sistem pendidikan apabila berlaku bencana atau wabak dilihat sangat perlu.",
"6. Keadaan semasa ‘memaksa’ guru bertindak lebih responsif melalui penggunaan pelbagai kaedah dan platform bagi proses PdPR. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memikirkan penyelesaian terbaik dalam konteks pelaksanaan dan keberkesanan.",
"7. Diakui KPM banyak melaksanakan pelbagai inisiatif terutamanya bagi pembelajaran dalam talian. Namun, ia harus sesuai termasuk berpusatkan murid dengan mengambil kira kandungan pelajaran, pendekatan pembelajaran dan kaedah penilaian berbeza.",
"8. KPM boleh juga menggunakan pendekatan lain dengan menyediakan bahan pengajaran efektif secara merakam sesi pengajaran dijalankan guru berpengalaman. Rakaman boleh diedarkan kepada sekolah atau diletakkan di media sosial KPM sendiri. Dengan cara ini, tugas guru lebih tertumpu kepada membimbing pelajar dan mampu memberi perhatian dalam proses membentuk kemenjadian murid.",
"9. Bagi menyelesaikan masalah capaian internet di pedalaman atau dalam keluarga kurang berkemampuan untuk memiliki komputer riba dan telefon pintar, TV Pendidikan boleh dilaksanakan dengan kerjasama penyiaran swasta agar rakaman setiap mata pelajaran boleh diulang siar 24 jam.",
"10. Semua pihak mencari cara terbaik menghadapi isu PdPR. Oleh itu, tidak wajar kita membandingkan PdPR dalam talian ini dengan PdP secara bersemuka kerana kesan PdP di kelas melalui proses sangat matang jika hendak dibandingkan kesan PdPR dalam talian yang umurnya baru setahun jagung. Apa yang penting sebagai rakyat Malaysia, kita sama-sama fikirkan cara terbaik untuk memastikan pandemik COVID-19 ini berakhir. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak – sallehsaid.com\nAhli Dewan Undangan Negeri Usukan"
] |
https://umno-online.my/2021/01/26/pdpr-kupon-untuk-beli-laptop-sendiri/ | [
"Isu PdPR mendominasi perbincangan masyarakat. Suara terutamanya dikalangan B40 dan M40 menzahirkan kekangan untuk menjalani PdPR, antaranya berkenaan\nA) ketiadaan laptop, peranti atau data yang mencukupi.\nB) kualiti capaian Internet\nC) persediaan tenaga pengajar",
"Posting ini berkenaan masalah (A).\nPelbagai usaha dilaksanakan. Baik Ebit Liew, Syed Saddiq atau NGO-NGO tertentu, banyak pihak bukan Kerajaan turut membantu meringankan beban pelajar. Bagi saya, tak wajar mengkritik mana-mana usaha ini. Soal pendidikan – lebih ramai membantu, lebih baik.",
"Malaysia ada hampir 4.8 juta pelajar sekolah rendah dan menengah. Mengambil sifir mudah, B40 ada 2 juta pelajar dan M40 juga 2 juta.\n",
"Kerajaan boleh belanja dengan menyediakan kupon subsidi hanya untuk pembelian laptop – misalnya RM1,000 untuk B40 dan RM500 untuk M40.",
"Jika ia digunakan secara total pun, jumlah belanja adalah RM3 bilion. Tak sampai 1% Belanjawan 2021. Baik kupon fizikal mahupun e-wallet, kedua-duanya boleh dipertimbang.",
"Tak perlu spesifikasi ketat dan proses perolehan rumit. Biar pelajar/ibu bapa putuskan “device” apa mereka mahu beli – selagi ia memadai untuk PdPR. Tambahan lagi, kupon atau baucar untuk menambah kitaran belanja dalam ekonomi – insya Allah tidak ada masalah.",
"Kunci untuk menangani cabaran PdPR ini ada di pihak Kerajaan. Mustahil NGO, parti politik atau orang persendirian boleh sediakan laptop untuk semua yang memerlukan.",
"—-",
"APA YANG KERAJAAN TELAH BUAT?",
"Belanjawan 2021 menggariskan 150 ribu laptop hasil sumbangan GLC dan GLIC dibawah inisiatif CERDIK. Hari ini Yayasan Hasanah (Khazanah Nasional) memaklumkan bahawa ia menjadi sekretariat inisiatif ini, dikendalikan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menetapkan spesifikasi laptop yang hendak diberikan kelak.",
"Sepatutnya perkara ini diselesaikan lebih awal, dan spesifikasi laptop pun sewajarnya boleh ditentukan tahun lepas lagi – tetapi tidak mengapa; kita pandang ke depan.",
"Soal lebih besar, adakah angka 150 ribu itu berasaskan kajian mendalam tentang jumlah pelajar dan isi rumah yang memerlukan laptop untuk PdPR? Isi rumah B40 misalnya,",
"– Mungkin hanya ada satu laptop, yang belum tentu keberkesanannya.\n– Mungkin laptop sama itu digunakan oleh ibu atau bapa untuk perniagaan atas talian.\n– Besar kemungkinan dalam isi rumah sama, ada lebih dari satu pelajar.",
"Kajian Kementerian Pendidikan sendiri tahun lepas membayangkan 37% pelajar tidak ada sebarang peranti elektronik. Dikalangan yang ada peranti, kebanyakannya adalah telefon pintar dan bukan laptop/tablet atau PC.",
"Andaian saya – 150 ribu laptop tak cukup.\n—-",
"Sewaktu Belanjawan 2021 dibentang mungkin Kerajaan mengharapkan sekolah dapat dibuka. Tetapi realiti sudah berubah. Kita sudah hampir masuk bulan Februari dan belum tentu bila sesi persekolahan dibuka semula dan belum tentu takwim sekolah 2021 tidak “diganggu” lagi kelak.",
"Sekarang sudah jelas isu ini berpanjangan dan PdPR bukan lagi satu kemahuan tetapi sudah menjadi keperluan merentasi seluruh segmen.",
"Jika ada idea atau kaedah lain, amat dialu-alukan. Tetapi yang penting, semua pelajar mesti ada kemampuan menjalani PdPR dan Kerajaan mesti mengutamakan kebajikan pelajar dan mengesyorkan mereka agar situasi hari ini tidak akan menghalang pelajar dari menerima pendidikan berkualiti.",
"SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia "
] |
https://umno-online.my/2021/01/25/kenaikan-harga-barangan-menambah-bebanan-rakyat/ | [
"SEMENJAK pandemik melanda negara, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan ramai. Namun, kebelakangan ini, rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan makanan mentah.\n\nPerkara yang lebih membimbangkan ialah trend harga barangan berterusan naik dengan perlanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Sesuatu mesti segera dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dasar kecukupan dan keselamatan makan bukan sekadar memasti kecukupan bekalan tetapi juga memastikan harga makanan selari dengan kuasa beli rakyat.",
"Begitu ramai sekali rakyat Malaysia telah kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19. Kuasa beli segelintir rakyat berada pada tahap yang genting. Tanpa intervensi Kerajaan, mereka bukan sahaja akan miskin, tetapi juga hidup dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai kecukupan makanan.",
"Tindakan dan inisiatif pemantauan harga makanan dan bekalan barangan keperluan asas mesti segera di pertingkatkan.",
"Pihak Kerajaan juga wajar menggalak dan menghulurkan bantuan untuk pertanian bandar. Penduduk Malaysia, terutamanya mereka yang menetap di bandar, boleh menerima pakai konsep edible garden di kediaman mereka. Gunakan tanah lapang di persekitaran rumah untuk menanam sayuran termasuk menanamnya dalam pasu.",
"Penanaman sayur-sayuran di rumah mampu mengurangkan kos sara hidup seharian dan memudahkan akses kepada bekalan sayuran segar tanpa kebimbangan penyebaran Covid-19 di pasaraya.",
"Bagi golongan rentan, pemberian ‘voucher’ makanan dan barangan runcit boleh dipertimbangkan segera. Negara maju telah lama melaksanakan intervensi ‘food stamp’ dan ‘voucher’ barangan perlu.",
"‘Voucher’ sedemikian bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga yang paling terhimpit, ia juga dapat menjana pendapatan pemilik dan pengusaha kedai runcit. Bantuan tersebut secara langsung juga akan meningkatkan pengguna agregat dan membantu peniaga kecil, pengusaha pasar raya serta restoran.",
"Dato Seri Utama Mohamad Haji Hasan"
] |
https://umno-online.my/2021/01/24/cabaran-pendidikan-akibat-pandemik-covid-19-hahasrin/ | [
" ",
"PADA 1 Disember 2020 ketika saya membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) Tahun 2020 iaitu Belanjawan Johor 2021, saya ada menyentuh bagaimana membantu ibu bapa yang mempunyai kekangan kemudahan alat peranti serta kaedah sesi pembelajaran atas talian.",
"2. Apa yang saya bahaskan itu termasuk pertimbangan seiring situasi yang dihadapi sekarang, terutamanya sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).",
"TIDAK MEMPUNYAI ALAT PERANTI ATAU GAJET",
"3. Alat peranti yang dimaksudkan ini ialah laptop dan telefon pintar atau gajet atau mungkin mesin pencetak. Menurut dapatan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyatakan 37% daripada 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara, lebih kurang 1.7 juta pelajar tidak mempunyai alat peranti yang diperlukan. Angka ini tidak termasuk pelajar yang menuntut di matrikulasi, IPT awam dan swasta.",
"4. Jika ada alat peranti atau gajet pun, ia tetap menimbulkan masalah penggunaan apabila bilangan isi rumah yang bersekolah melebihi 3 orang. Situasi ini terikat dengan jadual waktu belajar yang bertindih pada satu-satu masa yang sama.",
"5. Itu belum lagi latihan yang diberikan melalui medium WhatsApp dan seumpamanya. Pastinya, menjadi isu lain seperti ibu bapa yang sedang bekerja serta di mana pelajar ini perlu mencetak latihan yang guru berikan?",
"BANTUAN DAN KAEDAH PENDEKATAN LAIN AMAT WAJAR",
"6. Pertama, saya pernah mencadangkan agar bantuan pembelian alat peranti baharu mahu pun terpakai melalui pemberian rebat atau kaedah ansuran bagi isi rumah (pelajar sekolah) yang berkelayakan.",
"7. Yang kedua pula, kaedah bersesuaian lain seperti membenarkan pelajar yang betul-betul memerlukan untuk menggunakan kemudahan di makmal komputer bagi sesi pembelajaran atas talian boleh dipertimbangkan.",
"8. Seterusnya, modul pembelajaran, nota dan latihan boleh dicetak siap-siap untuk ibu bapa atau pelajar boleh mengambilnya sekurang-kurang sekali seminggu di sekolah. Edaran ini pasti cara yang terbaik serta memudahkan pelajar membuat rujukan ketika menghadiri kelas secara atas talian.",
"9. Keempat, selaras Belanjawan Persekutuan 2021 menerusi bantuan 150,000 unit komputer riba untuk pelajar sekolah melalui Tabung CERDIK juga wajar disegerakan dan diperluaskan lagi.",
"10. Kelima pula, bantuan pelan data internet juga harus diperluaskan, serta syarikat telekomunikasi perlu memperluaskan perkhidmatan capaian internet yang baik kepada pengguna.",
"CABARAN MEMBINA NEGARA BANGSA MELALUI PENDIDIKAN FORMAL",
"11. Sesuai dengan banyak isu yang diperkatakan, Kerajaan boleh mengambil banyak cadangan yang baik seperti diutarakan oleh masyarakat sama ada melalui media sosial atau media cetak. Diharapkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kerajaan Negeri lebih serius terhadap situasi ini.",
"12. Saya berharap PdPR dapat dilaksanakan secara optimum tanpa ada golongan yang tercicir. Pendidikan berkualiti amat penting kepada masa hadapan generasi muda, negeri dan negara walaupun mendepani gelombang pandemik yang entah bila berakhir ini.",
"Hahasrin Hashim\nADUN Kawasan Panti,\nNaib Ketua UMNO Bahagian Tenggara."
] |
https://umno-online.my/2021/01/23/skim-khas-untuk-pati-shahril-hamdan-kemukakan-solusi/ | [
"SEMENJAK bermula penularan COVID-19, satu sudut yang samar dalam strategi memerangi pandemik ini adalah soal berhubung pekerja asing tanpa izin (PATI).",
"Pelbagai laporan dan analisis membayangkan bahawa jika golongan ini tidak diberi perhatian, maka pendekatan itu tidak lengkap. Selagi pendekatan itu tidak lengkap, kesan rantaian kepada krisis ekonomi dan kesihatan kepada negara serta rakyat Malaysia tidak akan dapat ditangani sepenuhnya.",
"Suatu kaedah untuk dipertimbang kerajaan – yang kini mempunyai kuasa luas di bawah keadaan darurat:",
"1. Anggaran PATI di negara kita sekitar 3 juta.",
"Majoriti besar PATI bekerja (secara tidak sah) – sama ada di sektor perladangan, pembinaan, F&B, pembantu rumah dan sebagainya.",
"2. Cabaran sekarang adalah COVID-19. Selagi PATI tidak disaring, dirawat, atau kelak diberi vaksin, risiko penularan COVID-19 di kalangan masyarakat setempat tidak boleh terkawal sempurna. Ia juga soal perikemanusiaan yang wajar mengatasi sentimen nasionalisme dan sebagainya.",
"3. PATI takut disaring dan tidak mahu ke hadapan secara sukarela kerana akan diambil tindakan. Majikan mereka pun barangkali tidak ada insentif atau motivasi untuk hendak membantu untuk mereka mendapat saringan, rawatan atau vaksin kelak.",
"4. Maka, mampukah kita wujudkan suatu skim khas untuk tempoh terhad dan singkat demi matlamat utama negara di samping berlaku adil kepada semua pihak?",
"5. Yakni, kita wujudkan tempoh pengampunan atau “amnesty” untuk semua PATI tampil kehadapan dengan syarat:",
"A) Majikan yang kini menggajikan mereka secara tidak sah, membayar kos permit sekitar RM2,800.",
"B) Tentunya permit tersebut terikat dengan tempat kerja mereka. Bukan permit bebas.",
"C) Tiada ejen atau orang tengah supaya mengurangkan risiko pihak yang mampu menindas pihak PATI (contoh ambil duit dan pasport kemudian hilang) atau mengaut untung dari kerajaan.",
"D) Sebagai “penalti” kerana berada dalam negara kita tanpa izin, mereka/majikan membayar cukai ke LHDN setiap tahun bersamaan RM100 sebulan (walaupun rata-rata pendapatan mereka tidak akan sampai tahap gaji yang minima sebelum dikenakan cukai pendapatan). Bayaran ini boleh dikenakan setiap bulan melalui potongan PCB khas, atau setiap kali ada pembaharuan permit.",
"E) Selepas tamat tempoh “pengampunan” – contohnya 3 bulan – operasi besar-besaran berserta tindakan tegas wajar diambil terutamanya kepada majikan yang masih degil.",
"6. Dengan skim seperti ini, diharap beberapa matlamat tercapai sekaligus:",
"– PATI yang telah berubah status boleh mendapat ujian saringan COVID-19 dan rawatan seperti rakyat dan pekerja asing sah yang lain. Ini soal kemaslahatan masyarakat dan perikemanusiaan.",
"– Majikan yang selama ini mendakwa mahu mendaftarkan PATI sebagai pekerja sah tetapi tiada cara, sekarang ada cara dan tiada alasan.",
"– walaupun BUKAN matlamat utama, tetapi mampu menjana pendapatan kerajaan RM12 bilion “one off” untuk tahun pertama dan lebih RM3 bilion untuk tahun-tahun selepasnya. (RM2,800 x 3 juta) + (RM1,200 x 3 juta)",
"– Meningkatkan keterlihatan pekerja asing di Malaysia, di mana (secara teori) sistem akan mampu mengesan dan memantau data lebih ramai pekerja yang selama ini “invisible”: lokasi mereka bekerja, tempat tinggal, majikan dan lain-lain. Selagi ramai individu “di luar” sistem dan tidak direkod, selagi itulah pelbagai masalah timbul termasuklah risiko jenayah, tetapi juga risiko bermacam penindasan terhadap PATI yang wajar ditangani.",
"7. November lalu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan skim yang serupa tetapi terhad kepada sektor tertentu dan kurang jelas butiran pelaksanaannya. Semoga cadangan seperti ini dapat dipertimbang dan diperhalusi Kerajaan sebagai satu lagi langkah ke arah mencapai objektif besar negara – menyelesaikan segala cabaran akibat pandemik COVID-19. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/01/20/isu-cabaran-proklamasi-dan-ordinan-darurat-ke-mahkamah/ | [
"BARU-BARU ini telahpun dilaporkan di dalam media massa bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencabar Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 11.1.2021 (‘proklamasi darurat tersebut’) di Mahkamah. Semalam, terdapat juga laporan media yang melaporkan berkenaan tindakan undang-undang yang telah difailkan bagi tujuan mencabar nasihat Perdana Menteri kepada YDPA untuk mengisytiharkan darurat tersebut.",
"Pada asasnya, sekiranya kita lihat kepada Proklamasi Darurat oleh YDPA di bawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA telahpun menyatakan bahawa YDPA berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seakibat penyakit berjangkit, iaitu COVID-19, dan atas dasar itu, YDPA telahpun mengeluarkan proklamasi darurat tersebut. Susulan Proklamasi Darurat tersebut, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 telahpun dimasyurkan di bawah Perkara 150 (2B) oleh YDPA atas dasar yang sama (‘Ordinan tersebut’).",
"Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:",
"Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.",
"Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:",
"Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apaapa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.",
"Pertamanya, adalah jelas bahawa perkataan ‘berpuas hati’ dan ‘boleh’ di dalam Perkara 150 (1) dan 150 (2B) tersebut memberi maksud bahawa YDPA mempunyai budi bicara dalam membuat sesuatu proklamasi darurat. Perlu ditekankan di sini bahawa tiada dinyatakan dalam mana-mana peruntukan di bawah Perkara 150 bahawa YDPA wajib bertindak di atas nasihat Kabinet ataupun Perdana Menteri dalam membuat apa-apa proklamasi darurat/ordinan darurat. Perkara ini juga adalah jelas apabila YDPA menolak nasihat kerajaan bagi satu proklamasi darurat pada tahun lepas.",
"Saya berpandangan bahawa kebijaksanaan, budi bicara, kewajaran (‘reasonableness’) dan proportionality keputusan YDPA dalam membuat proklamasi darurat tersebut dan ordinan tersebut tidak boleh sama sekali dipersoal di mana-mana Mahkamah di atas apa-apa dasar sekalipun. Ini adalah sepertimana yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.",
"Sekiranya pandangan beberapa pihak bahawa YDPA tidak mempunyai budi bicara dan adalah terikat dengan nasihat Kabinet/Perdana Menteri dalam membuat proklamasi darurat tersebut/ordinan tersebut di bawah Perkara 150 adalah tepat sekalipun, yang mana adalah dinafikan, nasihat tersebut juga tidak boleh dipersoalkan atau dicabar di mana-mana Mahkamah.",
"Ini secara jelasnya diperuntukkan di bawah Perkara 150 (8) yang menyatakan seperti berikut:",
"Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini-",
"(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan",
"(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apaapa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan-",
"(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);\n(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;\n(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau\n(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.",
"Saya berpandangan sedemikian kerana sebarang cabaran terhadap nasihat yang diberikan oleh Kabinet/Perdana Menteri kepada YDPA tersebut secara efektifnya dan secara tidak langsung adalah suatu cabaran terhadap kesahihan Proklamasi Darurat tersebut dan Ordinan tersebut. Ini sudah semestinya tidak dibenarkan oleh peruntukan Perlembagaan Perseketuan iaitu suatu ‘ouster clause’ di bawah Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan (‘ouster clause tersebut’).",
"Mahkamah hanya mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan tindakan undang-undang bagi mencabar nasihat yang diberikan oleh Kabinet/PM kepada YDPA sekiranya ouster clause tersebut didapati tidak sah (‘void’) oleh Mahkamah. Dari sudut undang-undang, ouster clause tersebut adalah sah dan berperlembagaan dan sebarang tindakan yang bercanggah dengan ouster clause tersebut tidak boleh berdiri di sisi undang-undang.",
"Saya berpandangan bahawa ouster clause tersebut adalah konsisten dengan prinsip separation of powers di mana institusi Kehakiman adalah dihalang daripada mencampur tangan dalam sebarang tindakan Eksekutif yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Institusi Kehakiman sememangnya adalah institusi yang bebas dan hanya mempunyai bidangkuasa sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.",
"Sekiranya segala nasihat Eksekutif terutamanya nasihat-nasihat Kabinet yang diberikan (di bawah Perlembagaan Persekutuan) (termasuk kewajaran (‘reasonableness’) dan proportionality nasihat tersebut) boleh dicabar dan dipersoal di Mahkamah, Eksekutif atau sesebuah Kerajaan tidak boleh berfungsi dengan baik dalam mentadbir Negara ini. Ini juga akan menyebabkan satu situasi ‘floodgate’ di mana cabaran terhadap setiap nasihat Eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan boleh dibawa dan dipersoalkan di Mahkamah. Perkara ini perlu diberikan perhatian memandangkan ianya boleh menetapkan satu ‘precedent’ yang tidak konsisten dengan prinsip separation of powers.",
"Prinsip ‘Rule of Law’ (yang mesti ditegakkan) juga termasuk menghormati undang-undang yang sedia ada pada setiap masa material dan bertindak mengikuti undang-undang yang sedia ada.",
"Akhir kata, saya berpandangan bahawa segala tindakan oleh mana-mana pihak untuk mencabar Proklamasi Darurat serta Ordinan Darurat ke Mahkamah adalah satu tindakan yang tidak wajar atas prinsip separation of powers. Pihak ini seharusnya memahami terlebih dahulu tujuan undang-undang Darurat wujud serta yang paling penting sekali adalah pada waktu dan ketika ini sebarang tindakan dengan tujuan bersifat politik semata-mata harus dihentikan demi memberikan fokus dan kerjasama sepenuhnya kepada YDPA dan Kerajaan agar negara kita dapat menghadapi gelombang pandemik COVID-19 yang amat membimbangkan ini dengan baik. – UMNO ONLINE",
"Muhamad Nur Aizat Noor Azam\nEXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia\n20 Januari 2020"
] |
https://umno-online.my/2021/01/12/pkp-2-0-langkah-terpaksa-diambil-kerajaan-tapi-harus-disertakan-bantuan-sewajarnya/ | [
"1. Saya mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri perutusan khas yang dibuat pada petang semalam. Walaupun ianya agak sukar diterima oleh rakyat, tapi sama ada suka atau tidak, saya bersetuju dengan langkah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ini.",
"2. Saya percaya langkah ini terpaksa diambil bagi memutuskan rangkaian Covid-19 ini dalam konumiti kita, kerana kita pernah hampir berjaya sepenuhnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac 2020 yang lalu.\n\n3. Jika kita lihat, dalam tempoh 11 hari pertama tahun 2021 ini sahaja, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 25,214 kes baharu positif Covid-19 dan hanya merekodkan sebanyak 20,174 kes sembuh. Dan dalam tempoh yang sama juga, Malaysia mencatatkan 84 kes kematian, menjadikan purata hampir 8 kes kematian sehari.",
"4. Sudah pasti situasi ini cukup meresahkan ramai pihak terutama barisan hadapan negara. Seperti yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan khas beliau, jumlah katil wad Covid-19 makin penuh, katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ada yang telah mencapai kapasiti maksima, dan yang paling membimbangkan barisan hadapan kesihatan semakin tertekan dengan bebanan tugas yang bertambah.",
"5. Saya sedar, penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan PKP ini adalah berbeza-beza. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Dan saya juga percaya, tidak mustahil banyak premis perniagaan akan ‘gulung tikar’ apabila kerajaan melaksanakan semula PKP kali kedua.",
"6. Namun dalam menguruskan situasi pandemik, sudah tentu kerajaan tiada banyak pilihan. Sama ada bertindak mengurangkan penularan virus dan dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan kegawatan sektor ekonomi.\n\n7. Kita telah melihat kesan terhadap ekonomi sewaktu pelaksanaan PKP pada bulan Mac 2020 yang lalu. Ramai rakyat hilang pekerjaan, ramai yang terjejas pendapatan, ada syarikat yang terpaksa gulung tikar, ekonomi tidak berjalan sebaiknya.",
"8. Oleh itu, saya amat berharap agar dalam tempoh masa terdekat ini, kerajaan akan mengumumkan pula inisiatif tambahan sebagai bantuan kepada rakyat yang terjejas pendapatan akibat PKP 2.0 ini.",
"9. Saya ingin mengulangi semula cadangan yang dibawa oleh saya dan rakan-rakan dari Barisan Nasional sewaktu Belanjawan 2021 yang lalu untuk dipertimbangkan semula oleh pihak kerajaan :",
"a) Lanjutan Moratorium secara automatik kepada semua untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan lagi.",
"b) Penghapusan syarat pengeluaran I-Sinar KWSP, tiada lagi kategori 1 atau 2, sesiapa yang mempunyai baki wang dalam Akaun 1, akan dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak 10%.",
"10.Saya mohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya 2 perkara ini. Pastinya rakyat di luar sana menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meminimakan kesan yang ditanggung mereka akibat daripada pelaksanaan PKP 2.0 ini.",
"11.Semoga Malaysia terus diselamatkan dari serangan pandemik dan juga lainlain bencana buruk seperti banjir dan sebagainya.",
"Sekian, terima kasih.\n\nYB DATUK HAJI JALALUDDIN BIN ALIAS\nAHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO,\nAHLI PARLIMEN JELEBU,\nKETUA UMNO BAHAGIAN JELEBU."
] |
https://umno-online.my/2020/12/31/tahun-baru-2021-aspirasi-umno-tekadkan-bersatu-bersetia-berkhidmat/ | [
"UMNO membuka tirai tahun 2021 dengan mengadakan mesyuarat peringkat Bahagian secara serentak yang melibatkan 121 bahagian di seluruh negara termasuklah Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.",
"Sesungguhnya, persidangan yang berlangsung pada tahun baru ini menjadi aspirasi kepada anggota parti yang bukan sekadar untuk memenuhi tanggungjawab pelaksanaan mesyuarat agung mengikut perlembagaan UMNO atau untuk menepati kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tetapi yang utama adalah fokus kepada hala tuju untuk masa hadapan.\n\nIni kerana realitinya UMNO telah menjadi pelopor dalam perjuangan bangsa Melayu, merintis laluan, membawa harapan dan menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya dengan berteraskan sokongan dari masyarakat di akar umbi untuk semangat nasionalisme, perjuangan kemerdekaan dan seterusnya membawa manifestasi negara bangsa untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan menuju negara maju.",
"Namun demikian, Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu menjadi sejarah baharu kepada UMNO apabila buat pertama kalinya, gagal menerajui kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) dan tampuk pentadbiran beralih kepada Pakatan Harapan (PH).",
"Sememangnya, kegagalan mengekalkan kuasa memberi pengajaran yang amat berharga bukan sahaja kepada anggota parti tetapi juga kepada bangsa Melayu dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.",
"Ini kerana sepanjang 22 bulan pentadbiran PH, pelbagai perkara yang tidak pernah terfikir dek akal telah berlaku sehinggakan agama Islam dipersenda, bangsa Melayu diperkecil dan dipandang rendah selain wujudnya tindakan secara halus untuk ‘mengusik’ hak kaum Melayu dan golongan Bumiputera.\n\nTindakan PH untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang secara langsung akan menyebabkan nasib orang-orang Melayu dan juga Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak akan terjamin.",
"Sememangnya kuasa Ilahi penentu segala… 22 bulan PH berkerajaan runtuh akibat kedangkalan mereka sendiri pada Mac lalu dan kemudian ahli-ahli Parlimen UMNO menjadi pendukung bagi mewujudkan kerajaan baharu iaitu Perikatan Nasional (PN), hari ini.",
"Tahun 2020 meletakkan UMNO dalam fasa yang berbeza iaitu sebagai pembangkang pada awal tahun dan kemudian menjadi sebahagian dari kerajaan malah ahli-ahli Parlimennya memainkan peranan bukan sahaja dalam Dewan Rakyat tetapi juga sebagai menteri-menteri dalam memastikan kerajaan PN bergerak.",
"Lebih dari itu, ahli-ahli Parlimen UMNO terlibat secara langsung dalam memastikan Belanjawan 2021 diluluskan dengan keutamaan adalah bagi memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat.",
"Ini kerana anggota Parlimen UMNO mendahulukan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat apatah lagi di kala negara dilanda pandemik COVID-19 dengan menyuarakan dan bertegas agar kerajaan melulus dan mempermudahkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana yang diharapkan rakyat kerana mengeluaran KWSP ini dapat meringankan kos sara hidup rakyat yang makin terhimpit akibat wabak tersebut.",
"Dalam masa yang sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah menegaskan bahawa proklamasi darurat di seluruh negara atas alasan apa sekalipun wajib ditolak selain meminta mandat rakyat dikembalikan sejurus pandemik COVID-19 dapat diatasi.",
"",
"Begitu juga pendirian dalam perkongsian kuasa dan kerjasama dengan Presiden UMNO menekankan bahawa penterjemahan terhadap kejujuran bukan hanya sekadar\npersetujuan lisan tetapi pelaksanaannya dan tidak timbul siapa yang berbudi atau siapa yang terhutang budi, namun bagaimana kebersamaan diterjemahkan, malah muslihat politik hendaklah diketepikan dan apabila kejujuran politik diberi keutamaan, ‘jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait’.",
"Sungguh, UMNO berdepan dengan cabaran sepanjang tahun 2020 dan menghadapi pelbagai kritikan namun sebagai parti yang bertunjangkan akar umbi di serata pelusuk negara maka keupayaan UMNO dalam mendepani halangan dilaksana secara holistik. Tohmahan, hasutan, manipulasi dan apa jua provokasi yang dilontarkan oleh segelintir pihak diangkat sebagai asbab bagi memperteguh lagi kesatuan dalam UMNO.",
"Sebagaimana usia UMNO yang melebihi tujuh dasawarsa, setiap generasi tentunya mempunyai penghayatan kepada cogan katanya iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi azimat sepanjang masa dan mengekalkan parti ini sejak dulu, kini dan selamanya.",
"Sesungguhnya, perjuangan UMNO perlu dikekalkan kerana parti ini menjadi teras orang Melayu, menjadi pemangkin kepada kedaulatan negara dengan mengangkat perjuangan bangsa, yang aspirasinya adalah memenangi pilihan raya umum kelak.",
"Justeru, mandat baru daripada rakyat adalah satu harapan dengan bencana yang menimpa adalah pengajaran untuk melangkah ke tahun 2021.",
"Insya-Allah, ahli UMNO teruskan fokus kerana harapan dan masa hadapan tetap ada… Selamat tahun baharu 2021 dan Selamat Bersidang!",
"EDITOR UMNO ONLINE"
] |
https://umno-online.my/2020/12/23/kerajaan-wajar-iktiraf-guru-bangsa-khaled/ | [
"Mengingati Ilmuwan",
"NEGARA baru sahaja kehilangan seorang ilmuwan yang bukan sahaja sangat tinggi ilmunya. Namun seluruh hayatnya diabdikan untuk membawa kebaikan kepada bangsa dan tanah air.",
"Pemergian Guru Bangsa, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz memberi kedukaan kepada kita semua. Kepulangan sosok sebegini memberikan impak dan lompong yang besar dalam nurani bangsa.",
"Mana mungkin kepulangannya tidak menyentap segenap rasa dalam diri kita sebagai sebuah masyarakat, yang sangat terhutang kepadanya.",
"Saya kira, kita sebenarnya telah terlepas peluang penting untuk memberikan beliau penghormatan terakhir yang lebih besar dan selayaknya. Sebagai sebuah negara, kita mesti mengangkat orang berilmu, apa lagi jasawan rakyat dan kesatria bangsa seperti Allahyarham.",
"Kita wajar memberikan penghormatan tertinggi kepada sang puspa bangsa yang sumbangsihnya sangat luar biasa. Kerana yang demikian itu akan memberi cerminan terhadap cara kita menyantuni ilmu dan memaparkan pemikiran sebagai bangsa maju.",
"Jasa dan sumbangan besar Ungku Aziz tidak mungkin luput dari ingatan. Insyallah, kesemuanya akan terus menjadi pelita yang bernyala abadi dalam kehidupan masyarakat.",
"Tetapi, apa yang harus kita sebagai sebuah bangsa dan masyarakat, malah sebagai sebuah negara, harus lakukan untuk menyahut dan menghidupkan pemikirannya? Cukupkah kita sekadar memberikan ucapan takziah dan belasungkawa yang nadanya begitu malar sekali.",
"Saya menyeru kerajaan mengiktiraf, mengingati dan mengabadikan sumbangan ilmuwan dengan selayaknya. Jika di Bologna, Itali, mereka memilih menyemadikan ilmuwan mereka di perkarangan universiti atau gereja. Pada tahun 2009, Parlimen Cook Island ditangguhkan semata-mata kerana mahu memberikan penghormatan pengebumian negara kepada sarjana besar Profesor Ron Crocombe,. Malah, bulan lepas, Malta memberikan State Funeral kepada Profesor Oliver Friggieri, seorang tokoh ilmuwan terkemuka negara tersebut.",
"Dalam Islam, ilmu yang bermanfaat (di samping doa anak yang soleh serta sedekah jariah) adalah urusan dunia yang tidak akan terputus sekali pun seseorang itu telah meninggal dunia. Selain ketakwaan, tahap dan ketinggian ilmu seseorang itu adalah antara perkara yang membezakan kedudukannya di sisi pandangan Allah SWT.",
"Demikianlah peranan ilmu dalam memartabatkan manusia. Maka bagi mengenang sumbangan luar biasa Prof Di Raja Ungku Abdul Aziz, sangatlah sesuai Fakulti Ekonomi Universiti Malaya dan Bangunan Tabung Haji itu, mengabadikan nama Ungku Abdul Aziz, sebagai mengiktiraf kedudukannya sebagai Guru Bangsa.",
"Allahyarham Ungku Abdul Aziz adalah guru ulung yang mengajar kita untuk menjadi bangsa yang besar. Allahyarham mengabdikan dirinya untuk tuhan, ilmu dan manusia dengan sebenar-benar pengabdian. Nilainya sejuta umat.",
"Atas segala jasa, darmabakti, pengorbanan, ilmu dan didikan, terima kasih Pak Ungku.",
"Selamat berpulang Guru Bangsa. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO\n23 Disember 2020"
] |
https://umno-online.my/2020/12/22/coretan-warga-putrajaya-mengenali-ku-nan-ketua-kampung-prihatin/ | [
"HARI ini (Isnin) Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atau penjara enam bulan terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.",
"Bagi orang politik yang tidak sealiran dengan ideologi Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan maka ia adalah satu berita yang mengembirakan. Begitu juga bagi mereka yang tidak mengenali sosok peribadi Ku Nan secara dekat maka tentunya berita tersebut tidak meninggalkan kesan.",
"Namun bagi saya, warga Putrajaya yang telah belasan tahun menjadi komuniti di sini, berita tentang dakwaan Ku Nan terbabit dalam rasuah melibatkan RM2 juta adalah sesuatu yang amat menghiris hati. Hati saya terluka kerana saya tahu, malah warga Putrajaya ini juga amat mengenali ketua kampung mereka yang amat dermawan dan tidak pernah berkira soal apa-apa sahaja.",
"Memang bagi warga marhaen dan rakyat biasa wang bernilai RM2 juta terlalu besar yang jumlahnya boleh dibelanjakan dengan pelbagai perkara untuk memenuhi keperluan hidup.",
"Namun demikian, tentunya ia bukanlah sesuatu yang ‘masuk akal’ bagi seorang hartawan yang memiliki kekayaan ratusan juta untuk menerima suapan yang hanya sekadar RM2 juta sedangkan beliau sendiri memiliki lebih dari itu. Memang dari awal, terfikir di benak bahawa ada sesuatu yang tidak kena terhadap tuduhan itu.",
"Ya, perbicaraan telah berlangsung dan keputusan telah dibacakan tetapi akal manusia tidak mungkin berhenti berfikir sebagaimana saya sendiri.",
"Sorot kembali, tentunya semua pihak sedar bahawa pertuduhan dikenakan kepada Ku Nan ketika Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang didukungnya menjadi pembangkang sedangkan kerajaan ketika itu ialah Pakatan Harapan (PH).",
"Ku Nan Bendahari Agung UMNO… kekal untuk ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ kepada UMNO/BN biarpun ada segelintir pihak yang ‘melompat’ dan beralih sokongan ke sebelah sana. Memang ada cakap-cakap yang mengatakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa Ku Nan menyokongnya dan memberi kata dua diberi. Bukan hanya Ku Nan khabarnya tetapi beberapa lagi pemimpin politik berdepan tekanan yang sama.",
"Ku Nan berprinsip… demi agama, bangsa dan negara terus teguh kepada UMNO/BN biarpun bergelar pembangkang maka terdakwalah beliau di mahkamah atas tuduhan menerima suapan.",
"Lihat sahaja, seorang demi seorang pemimpin BN diheret ke mahkamah atas pelbagai dakwaan yang bermula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Maslan, Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim selain pelbagai tindakan seperti pembekuan akaun, aset dan sebagainya kepada UMNO/BN.",
"Perkara sebaliknya berlaku kepada pemimpin-pemimpin PH apabila satu demi satu kes mahkamah mereka digugurkan biarpun sedang dalam perbicaraan.",
"Lihat saja bagaimana kes Lim Guan Eng yang membabitkan pendakwaan rasuah tetapi digugurkan begitu sahaja walaupun prosiding mahkamah telahpun berjalan dan saksi-saksi telah mula memberi keterangan di mahkamah. Itu belum lagi kes-kes lain yang melibatkan pemimpin PH misalnya, Siti Kassim, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai.",
"Apakah maknanya ini?",
"Sakitnya rasa hati… tapi tentunya Ku Nan dan keluarganya lebih lagi terasa. Namun beliau tetap meneruskan perbicaraan tetapi dalam masa yang sama tetap juga melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat kepada penduduk di Putrajaya.",
"Sewaktu pentadbiran PH, semua maklum bahawa banyak tekanan yang diberikan lagi-lagi kepada penjawat awam di Putrajaya. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang ditukarkan ke bahagian lain, ada yang ditekan dan pelbagai cara yang semua alasan digunakan adalah lantikan politik atau tak sealiran dengan pentadbir yang baharu.",
"Kehidupan rakyat memang tertekan… dan yang jadi tempat mengadu warga Putrajaya adalah Pejabat Ahli Parlimen di Presint 15. Rakyat mohon macam-macam bantuan kepada Ku Nan… dari yang tak cukup barang dapur, tak ada duit nak beli susu, beras, garam gula, hutang tertunggak nak bayar kereta, cukai jalan hinggalah kepada kes kenderaan rosak tapi Ku Nan melayani semuanya dengan sebaik mungkin dan sedaya upaya cuba membantu.",
"Hal-hal keagamaan dan pendidikan memang jadi keutamaan Ku Nan. Semua-surau-surau di Putrajaya merasai bantuan dan sumbangan dari Ahli Parlimen ini. Bukan hanya untuk baik pulih atau mencantikkan surau tetapi juga alat kelengkapan audio hinggalah kepada periuk belanga bagi kelengkapan berkenduri-kendara juga disumbangkan. Belum lagi cerita soal kelas-kelas keagamaan dan bantuan pendidikan kepada anak-anak Putrajaya yang tentunya beliau amat mudah laksanakan.",
"Ya, memanglah tanggungjawab wakil rakyat membantu penduduknya tapi adakalanya bantuan yang diterjemah oleh Ku Nan melangkau kewajaran hanya kerana beliau inginkan semua warga Putrajaya selesa dan sejahtera.",
"Sambutan ulang tahun penduduk Putrajaya juga seringkali diadakan, dan jika tidak pun hadiah atau kad ucapan hari lahir akan sampai ke depan pintu penduduk. Belum lagi barangan keperluan yang meliputi pelbagai benda, dari barangan basah hinggalah barangan kering.",
"Sebagai warga Putrajaya tentunya telah merasa ayam, ikan, beras, biskut, milo, tepung, susu dan macam-macam lagi barangan hasil sumbangan Ku Nan bagi meringankan beban perbelanjaan rakyat. Perkara ini bukan baru, bukan hanya sewaktu COVID-19 memberi kesan malah telah bertahun-tahun jadi amalan.",
"Lebih bermakna, Ku Nan menggembleng usaha memastikan pengurusan jenazah penduduk Putrajaya tidak memberi beban kepada waris dan keluarganya. Ini dilaksana dengan menyediakan kemudahan bantuan termasuklah melibatkan khidmat van jenazah percuma kepada komuniti Putrajaya yang kematian ahli keluarga. Perkara ini sudah bertahun dilaksana yang telah memberi manfaat kepada ramai warga Putrajaya.",
"Sungguh, warga Putrajaya amat terkesan kerana Ku Nan adalah antara ‘orang kuat’ yang merealitikan impian rakyat, membantu dan mengambil maklum tentang keperitan, mendengar keluh kesah dan sentiasa berusaha menambah baik apa-apa kekurangan yang ada.",
"Mengenali Ku Nan… Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang tetap menjadi amalan beliau sebagai warganegara yang bertanggungjawab namun doa warga Putrajaya tetap mengiringi ketua kampung tersayang.",
"Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat kepada pemimpin yang sentiasa mendahulukan rakyat dan semoga Ku Nan serta keluarga tabah berdepan dugaan. – umnoputrajaya.com.my",
"– Alia Aminin –\nWARGA PUTRAJAYA\n21 Dis 2020"
] |
https://umno-online.my/2020/12/16/belanjawan-dan-etika-parti-shahril-hamdan/ | [
"RANG Undang-undang (RUU) Belanjawan 2021 selesai. Alhamdulillah, arahan Presiden UMNO ditaati oleh hampir semua Ahli Parlimen UMNO.",
"Meskipun ada perkara yang UMNO mahu ditambahbaik, akhirnya keputusan parti dibuat dan dilaksana. Ada yang setuju, ada yang kecewa.",
"Rasional UMNO menyokong Belanjawan tentunya ada kaitan dengan menjunjung titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dibuat setelah meneliti baik buruk sebarang keputusan terhadap kebajikan rakyat amnya.",
"Insya-Allah, ada pendekatan dan strategi UMNO lagi selepas ini untuk memastikan perjuangannya untuk rakyat terbela.",
"—",
"Sebagai orang muda dalam parti, sudah tentu saya hormat orang lama. Tetapi saya benar-benar tidak faham apa keperluan seorang Ahli Parlimen UMNO yang senior, berpengaruh dan bertaraf Penasihat – tanpa segan silu buat sidang media bersama pembangkang. Kesannya bukan kecil.",
"1. Kelirukan orang di bawah apa sebenarnya “stand” UMNO.",
"2. Tak menghormati disiplin parti yang memutuskan untuk sokong Belanjawan.",
"3. Tak menghormati disiplin parti dengan melaksana sidang media politik bersama pemimpin besar parti lawan.",
"Bayangkan jikalau orang lain buat perkara sama semalam – apa reaksi?",
"Atau bayangkan selepas ini ada Ahli Parlimen UMNO atau mana-mana pemimpin UMNO buat gerakan terbuka, panggil media, dengan parti lawan, tanpa izin Presiden atau Majlis Kerja Tertinggi? Adakah ia tauladan yang baik? Adakah ia menjernihkan keadaan dalam parti? Sudah tentu tidak.",
"Semalam, ada seorang lagi ahli politik lain yang komen mengatakan bahawa di Malaysia, orang muda kurang diiktiraf. Bagi saya dalam kes ini, walaupun dua figura yang menganjurkan sidang media tersebut kebetulan orang lama, ini bukan soal iktiraf atau tidak iktiraf generasi muda.",
"Sebaliknya, ini soal contoh yang ditunjukkan orang lama kepada orang muda, termasuk dalam UMNO itu sendiri.",
"Soal setuju dan tidak setuju sesuatu dasar atau pendekatan adalah lumrah dalam mana-mana organisasi. Boleh suarakan pandangan pada saluran sebetulnya. Jika mahu suarakan terbuka di media sekali-sekala pun barangkali boleh diterima.",
"Ahli politik mana yang tak kadang-kala sedikit “nakal”? Ahli politik mana yang tidak ada pendirian tertentu? Itu perkara biasa dan mewarnai pentas politik mana-mana negara dan parti.",
"Tetapi apabila terang-terang mengumum dan mengajak ke arah sesuatu tindakan dasar tanpa izin parti; bertentangan dengan parti – itu cerita lain. Ini bukan lagi sekadar spekulasi atau cakap-cakap belakang ditambah gula, garam secukup rasa sehingga kesahihan diragui. Ini tindakan politik terbuka di khalayak ramai.",
"Bagi saya, ia tidak boleh di”biasa”kan, di”budaya”kan atau menjadi “normal baharu” politik UMNO. Sebab itu saya suarakan perkara ini – supaya insiden semalam tidak berlalu seolah tiada apa-apa luar kelaziman yang berlaku. Ia mesti dihentikan.",
"Dalam pada UMNO hendak merencana langkah seterusnya, disiplin dan keutuhan parti hendaklah dihargai. Ramai yang menegur kami barisan kepimpinan untuk kurangkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain. Saya menginsafi teguran tersebut.",
"Barangkali Penasihat yang jauh lebih luas pengalaman dan kebijaksanaan beliau berbanding saya juga tidak terlepas dari kekhilafan. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\nNaib Ketua Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/12/15/wawancara-eksklusif-bersama-mb-perak-pandang-ke-hadapan-ambil-iktibar-kerajaan-ping-pong/ | [
"\n1. Tahniah daripada UMNO-Online atas perlantikan Datuk sebagai Menteri Besar Perak ke-14. Apa perasaan yang boleh dikongsikan setelah dilantik menjawat jawatan berkenaan?",
"Pertamanya saya bersyukur kepada Allah SWT kerana seperti yang saya pegang selama ini..’wamakaru wamakarallah..wallahu khairulmakirin‘. Manusia boleh merancang dan Allah juga merancang..sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Jadi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, dengan rahmatnya saya telah diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-14.",
"Pada waktu yang sama saya menginsafi bahawa jawatan MB (Menteri Besar) ini bukanlah untuk dibanggakan kerana yang datang bersama jawatan ini adalah tanggungjawab besar yang perlu saya pikul dan jawatan yang datang ini datang bersama-sama dengan amanah yang perlu saya lunaskan kerana Allah SWT.",
"Jadi saya sedar saya insaf sebaik sahaja saya mengangkat sumpah sebagai MB maka di atas bahu saya terletaknya segala amanah dan tanggungajwab untuk saya menunaikan amanah bagi membangunkan negeri Perak ini untuk kebajikan dan kepentingan seluruh rakyat negeri.",
"Sudah tentu saya memerlukan sokongan dan dokongan daripada semua pihak. Jadi saya bersyukur dan insafi dan menyedari ini adalah tanggungjawab yang sangat besar yang perlu saya lunaskan hari ini.",
"2. Setelah terbentuknya kerajaan hari ini sudah tentunya sekarang adalah masa untuk bekerja. Sudah pasti tidak lagi perlu wujudnya perasaan syak wasangka dan sebagainya antara satu dengan yang lain. Bagaimana Datuk melihat perkara ini?",
"Saya tidak boleh menunaikan tanggungjawab ini bersendirian dan sudah tentu saya perlukan pasukan kerja yang jitu dan saya perlukan pasukan kerja yang bersedia bersama-sama untuk menunaikan tanggungjawab ini. Jadi oleh kerana tertubuhnya kerajaan ini berasaskan kepada tiga parti utama iaitu UMNO, Bersatu dan juga PAS maka sudah tentu saya memerlukan sokongan dan dokongan daripada selain daripada rakan-rakan 24 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, saya perlukan sokongan dan dokongan daripada empat orang rakan-rakan ADUN Bersatu dan juga sokongan Adun PAS.",
"Jadi dengan sokongan serta dokongan ini walaupun kita datang daripada parti yang berbeza, daripada falsafah yang berbeza tetapi saya percaya jika kita mempunyai keikhlasan untuk tujuan yang sama iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat kerana Allah SWT maka insya-Allah, Allah akan satukan hati-hati kita ini.",
"Jadi daripada kesatuan hati itulah saya percaya kita insya-Allah akan dapat mengorak langkah apatah lagi di awal tahun 2021 kita sedar pandemik COVID-19 sedang menanti dan dengan keadaan itu kami perlu melihat ke depan. Jadi dalam perjumpaan saya dengan ketua-ketua jabatan saya dah sebutkan marilah bekerja bersama saya dan terimalah saya seadanya dan saya tidak ‘perfect’, saya tidak sempurna dan saya yakin ketidaksempurnaan saya itu dapat ditampung oleh kekuatan yang ada di kalangan ketua-ketua jabatan kerajaan.",
"3. Ramai yang melihat politik di Perak ini cukup dinamik dan juga dramatik. Dan ini juga antara yang disentuh di dalam titah Paduka Seri Sultan Perak. Bagaimanakah Datuk mentafsir perkara ini?",
"Pertama sekali saya menjunjung kasih di atas titah ucapan tuanku itu dan saya percaya tuanku tidak menujukan ucapan itu kepada seseorang sahaja. Titah berkenaan ditujukan kepada semua pemimpin terutama pemimpin-pemimpin politik. Yang tersirat daripada titah ucapan tersebut adalah tuanku mahukan pemimpin-pemimpin politik meredakan keadaan.",
"Kurangkan politiking. Keseluruhan perhatian kita hendaklah difokuskan kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat akibat daripada COVID-19. Jadi dengan titah ucapan berkenaan saya yakin kalau semua pemimpin politik mengambil iktibar daripadanya sudah tentu kita dengan sedaya upaya melakukan gencatan politik, dengan sedaya upaya tidak lagi tuding-menuding antara satu dengan yang lain…mari kita melihat ke dalam diri masing-masing jika ada kelemahan mari kita perbaiki kelemahan itu.",
"Jika ada kerenggangan mari kita rapatkan kerenggangan itu, kita tidak ‘perfect’ dan ketidaksempurnaan itu boleh kita kongsi bersama-sama dengan kekuatan yang ada di kalangan kita. Jadi dengan seruan itu dan saya juga mengambil seruan berkenaan kepada diri saya dan saya perlu mengelak daripada terus menerus berpolitik kerana masa sekarang adalah masa untuk bekerja bagi kesejahteraan rakyat.",
"4. Bersandarkan kepada situasi hari ini yang mana kewujudan kerajaan dengan ‘slim majority’, apakah selepas ini diharapkan tidak ada lagi drama–drama dan sejauh mana Datuk melihat benda ini akan dituruti oleh semua pemimpin politik?",
"Ini adalah satu peristiwa, satu keadaan yang hasil daripada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14. Rata-rata kerajaan yang dibentuk berasaskan majoriti yang sangat nipis. Keadaan ini sebenarnya tidak sihat di mana-mana kerana majoriti yang sangat tipis ini menggambarkan kerajaan sedia ada itu tidak cukup kuat dan pembangkang pula sentiasa mengintai peluang.",
"Jadi ini dipanggil kerajaan ‘ping-pong’. Sekejap ke kanan dan ke kiri. Itu tidak baik untuk kesejahteraan dan pembangunan Malaysia dan juga kerajaan negeri. Jadi kerana itu rakyat boleh mengambil iktibar daripada peristiwa ini iaitu apabila datangnya pilihan raya kita kena membuat ketetapan untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat kerana kerajaan yang kuat ini mempunyai keyakinan untuk merangka dan melaksanakan program pembangunan.",
"Jadi sebuah kerajaan yang tidak kuat dan menang dengan majoriti tipis pelabur luar tidak yakin untuk masuk. Apabila pelabur luar tidak yakin kesannya adalah kepada pembangunan ekonomi. Tidak ada pelabur masuk dan tidak ada industri yang dibuka dan peluang pekerjaan akan menjadi kurang. Itu menyebabkan ekonomi kita merundum dan pada masa yang sama kuasa membeli di kalangan rakyat akan semakin parah.",
"Jadi kerana itu iktibar daripada ini saya ingat rakyat yang matang kita Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menilai supaya kita akhirnya nanti membuat keputusan untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat.",
"Tidak ada kerajaan yang sempurna dalam mana-mana tempat. Tidak ada orang yang sempurna. Jadi janganlah mengambil ketidaksempurnaan itu sebagai suatu sebab kita hendak memilih orang lain. Sebab orang lain pun tidak sempurna. Jadi kalau ketidaksempurnaan itu yang menjadi penyebab kita memilih sebuah kerajaan akhirnya kita akan dapat kerajaan yang tidak sempurna.",
"Oleh kerana itu kita kena ke depan…mengapa dahulu…mengapa dahulu 60 tahun zaman Barisan Nasional (BN) kita dapat mengadakan pembangunan yang begitu baik sebab kita ada kerajaan yang kuat… Apa pun kita memerlukan pembangkang sebagai ‘check and balance’ sebagai pengkritik tetapi bukanlah pembangkang yang terlampau kuat sehingga menjadikan kerajaan tidak selesa untuk membuat pembangunan.",
"Jadi pengalaman BN selama 61 tahun…60 tahun menjadi kerajaan yang kuat walaupun ada kelemahan di sana-sini akhirnya oleh kerana fitnah, oleh kerana maklumat-maklumat yang salah, oleh kerana orang dihasut maka hasil daripada hasutan kita mendapat sebuah kerajaan yang tidak kuat. Kerajaan yang majoriti kecil dan kerajaan majoriti kecil itu menjadi kerajaan yang ‘ping-pong’.",
"5. Ujian seterusnya sudah pasti adalah soal Belanjawan 2021 Perak. Boleh Datuk kongsikan perkara ini kerana tentunya dalam tempoh yang singkat dengan pelbagai cabaran yang ada di depan sudah pasti menuntut kepada perbelanjaan yang sebaiknya.",
"Saya menyedari sebaik sahaja saya dilantik sebagai MB, tugas utama yang sangat besar dan mendesak sekarang adalah untuk mempastikan Bajet 2021 Perak insya-Allah kita akan bawa pada hari Rabu ini dapat dibahaskan dengan baik dan akhirnya diluluskan.",
"Dalam perbincangan bersama rakan-rakan serta pegawai-pegawai kerajaan kita tidak akan mengubah perkara-perkara yang telah pun kita persetujui bersama dan telah dicetak dalam buku belanjawan itu kerana antara orang yang terlibat dengan perbincangan dalam Exco kerajaan negeri saya sendiri dan juga beberapa rakan lain. Kami sudah terlibat dalam pra-perbincangan perbahasan untuk meluluskan buku bajet itu dalam Exco kerajaan negeri. Jadi ‘unfair’ kalau saya nak ubah semula.",
"Keduanya kekangan masa dan kita tidak sempat untuk mencetak semula. Kalau ada perkara-perkara baru kita boleh buat di dalam apa yang dipanggil ‘supplementary’ bajet kemudian. Jadi untuk sementara waktu ini untuk secara formalitinya Exco hendaklah meneliti dan meluluskan bajet itu. Buku bajet itu akan saya bawa pada hari Selasa dan kita telah putuskan untuk menjemput semua 59 ADUN datang mendengar taklimat.",
"Barangkali ini kali pertama di negeri ini kita memanggil 59 ADUN untuk diberi taklimat dan tujuannya adalah untuk mereka memahami apa yang terkandung dan semasa mereka mengambil bahagian dalam perbahasan adalah perbahasan berasaskan pengetahuan masing-masing apakah kandungan tersebut. Jadi pada hari Rabu insya-Allah saya akan membentangkan bajet tersebut dan dibahaskan pada hari Khamis dan Jumaat kita akan gulung dan insya-Allah akan diluluskan.",
"Jadi apabila bajet ini diluluskan barulah kita boleh berbelanja pada bulan Januari 2021. Barulah kita boleh laksanakan pembangunan dan boleh keluarkan arahan kepada ketua-ketua jabatan untuk merangka atau melaksanakan program yang telah mereka cadangkan. Sebab bajet ini dibuat setelah kita adakan bajet dialog di kalangan ketua jabatan dan itu adalah datang dariapda cadangan mereka dan apabila diluluskan maka ketua jabatan kena melaksanakan.",
"Jadi apa yang kita cadangkan itu adalah supaya bajet ini bajet yang boleh merangsang pembangunan ekonomi, bajet yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat Perak bahawa mereka selamat dan kebajikan mereka kita jaga. Bajet ini menentukan kebajikan rakyat terbela.",
"6. Setelah dilantik MB, sudah pasti cabaran seterusnya yang akan menanti adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik. Bagaimana Datuk melihat soal ini pula?",
"Sebenarnya PRK Parlimen Gerik ini tidaklah patut menjadi masalah besar. Pertama secara kebetulan sehari sebelum Allahyarham Datuk Hasbullah (Hasbullah Osman) meninggal dunia kita ada mesyuarat UMNO di kalangan ketua-ketua UMNO bahagian dan seperti biasa Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan berada di sebelah kiri saya. Jadi setelah habis mesyuarat beliau menyebutkan bahawa di Gerik…Perak sebelum ini telah buat persiapan pilihan raya sudah agak jauh ke depan dan kami sudah pun mengadakan peringkat naziran dan lantik penazir untuk turun ke bahagian-bahagian tentang persiapan masing-masing kerana pada waktu itu kita beranggapan akan ada pilihan raya negeri.",
"Jadi di Gerik sepertimana bahagian-bahagian lain mereka telah buat persiapan bukan kerana PRK…persiapan dengan jangkaan mungkin akan ada pilihan raya negeri. Jadi di peringkat bahagian telah ada penubuhan jawatankuasa pilihan raya….sudah kenalpasti ketua-ketua pusat daerah mengundi ….sudah hampir mengadakan taklimat dan sebagainya. Dan saya yakin mereka telah bersiap siaga. Dari segi kesiapsiagaan saya rasa Gerik tidak ada masalah dengan perpaduan yang ada itu dengan pengalaman yang ada dengan kekuatan yang ianya satu kelebihan. Bab kesiapsiagaan saya tidak ada kebimbangan.",
"Cuma saya tidak pasti sama ada SOP-SOP (prosedur operasi standard) daripada MKN (Majlis Keselematan Negara) barangkali sedikit sebanyak akan menyekat pergerakan jentera parti sebab kita faham cara UMNO bekerja, kita menggunakan jentera Jalinan Rakyat di mana Wanita UMNO akan berkunjung dari rumah ke rumah menyantuni pengundi. Jadi kalau ada ada SOP yang akan menyekat ini, ianya akan sedikit sebanyak menjejaskan pergerakan.",
"Keduanya biasalah UMNO dengan jentera yang akan adakan ceramah…baik kecil-kecilan, sederhana besar dan ceramah kelompok besar. Kita selalu buat di mana-mana PRK. Justeru kalau ada SOP yang mengatakan tidak boleh sedemikian barangkali ada sedikit masalah namun ianya ada pilihan kita boleh adakan ceramah secara ‘online’…kita boleh buat ‘live streaming’ dan sebagainya. Jadi kalau setiap kumpulan kecil ada ‘whatsapp group’ dan sebagainya semua ini boleh berfungsi dengan baik dan sebagainya kita boleh adakan secara maya.",
"Kerja-kerja pengurusan untuk hari mengundi sepertimana PRK sebelum ini…kalau ada arahan dan sebagainya berkenaan SOP tidak boleh dan kita berharap pengundi boleh keluar sendiri ke tempat mengundi. Itu sahaja pada saya yang barangkali akan menjadi pengalaman baru dan tidak seperti berlaku di Slim dan Chini. Masih boleh adakan perjumpaan dalam kadar tertentu dan masih boleh berkunjung rumah ke rumah dan masih boleh berada dalam kelompok ramai dengan penjarakan sosial dan memakai ‘mask’.",
"Jadi kalau SOP Slim itu digunapakai untuk Gerik ia memadai. Jadi Gerik sekarang adalah kawasan hijau ‘hopefully’ MKN tidak terlalu memberikan SOP yang terlampau ketat. Seperti mana Slim memadai.",
"Jika ditanya persiapan kita bersedia dan saya cukup yakin kalau tiga parti ini boleh bercantum, pada PRU lalu PAS ada 7,000 undi, UMNO dapat 13,000 dan dua parti ini sahaja sudah mencecah 20,000 dan ditambah PPBM ada (menjadi) lebih daripada 20,000. Sudah tentu tidak ada cabaran dan Dap mengatakan tidak akan letak calon kecuali ada calon Bebas. Walaupun ada calon Bebas kita tetap kena bekerja dan tidak boleh ‘take for the granted’. Jadi saya cukup yakin kalau ada PRK dan kalau ada tentangan pun insya-Allah UMNO akan dapat memenangi malahan dengan majoriti yang besar.",
"7. Dengan kes COVID-19 yang melanda negara hari ini, mungkinkah Datuk ada harapan kalau boleh tidak perlu ada pertandingan… dan seboleh-bolehnya janganlah ada mana-mana pihak ‘pasang’ calon Bebas dan sebagainya.",
"Itu doa kitalah… Saya percaya sesiapa pun yang masuk bertanding dia kena masuk bertanding dengan keyakinan untuk menang. Mana-mana parti masuk pilihan raya dia kena masuk bertanding untuk menang. Kalau dah jangka dan kita semua tahu undi UMNO tambah undi PAS tambah undi Bersatu sudah jauh akan melepasi. Jadi tidak perlulah ada sesiapa yang cuba hanya sekadar untuk bermain-main…mencuba nasib sehingga menyebabkan risikonya tinggi.",
"Oleh kerana kita sepatutnya menang tidak bertanding tetapi kerana ada satu calon bebas menyebabkan kita terpaksa turun padang, berkempen dan sebagainya. Kalau dah semua bersetuju jangan pula ada orang menaja calon Bebas sebab pasti kalah. Bukan cakap besar tetapi buat apa bertanding untuk kalah dan berilah peluang kepada calon UMNO untuk menang tidak bertanding. – UMNO ONLINE",
"Oleh: Azman Abas"
] |
https://umno-online.my/2020/12/09/maaf-memaafi/ | [
"Ramai yang berkata politik era baru. Ramai juga yang tak faham maksud sebenar bila berkata Politik Era Baru, yang pelik, orang yang berkata itu sendiri tak faham apa yang diungkapkan.",
"Saya melihat sendiri peristiwa bagaimana dua parti orang Melayu bergaduh dan memaki hamun sesama sendiri, sukar untuk mencari titik pertemuan sehingga 60 tahun PAS dan UMNO bermusuh. Apabila BN jatuh, dan di hina Melayu, barulah jelas penemuan titik Persamaan itu.",
"Di pentas-pentas ceramah Muafakat Nasional menyaksikan Pemimpin PAS memohon maaf, Pemimpin UMNO memohon maaf, kerana apa mereka bermaafan, adakah mereka menyedari kesalahan mereka? Adakah mereka melakukan kesalahan ? Tiada jawapan, ianya datang kerana perasaan bersalah diantara sesama sendiri, dan sering kali perkataan MAAF ini di sambut dengan gelak ketawa dan senyuman PENYATUAN oleh hadirin yang mendengar, baik dari PAS dan juga UMNO.",
"Itulah indahnya Sikap Orang Melayu, kita akan memaafkan kesalahan sekira ada permohonan maaf diutarakan.",
"Permohonan Maaf oleh Presiden UMNO terhadap kekhilafan Adun-adun juga ada maksudnya tersendiri, ada ramai yang menyokong tidak kurang juga yang membangkang.",
"Ada banyak perkara yang di jadikan rahsia dari pengetahuan umum, ini juga politik era baru. Tidak boleh cerita semua.",
"Apa yang paling penting adalah kemenangan Ummah, Kerajaan Melayu Perak terus dikekalkan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO, PAS dan PPBM dalam merealisasikan acuan mencari keikhlasan dalam pentakbiran.",
"Usahlah kita menggunakan sifir yang biasa kita gunakan dalam Politik lama, ini politik baru, kemenangan yang kita perlu raikan adalah KETERBUKAAN Kepimpinan Kita sebagai Khalifa setiap Parti itu dapat duduk semeja mencari jalan penyatuan.",
"Politik era baru ini memerlukan pengorbanan, memerlukan kaedah lebih kurang, memerlukan keputusan yang berani dan memerlukan kematangan yang lain dari sebelum ini.",
"Sudah-sudahlah mencari kesalahan, lebihkan mencari kesamaan …. itulah politik baru.",
"Razlan Rafii",
"9 Disember 2020."
] |
https://umno-online.my/2020/12/08/himpunan-812-rakyat-tolak-icerd-bermulanya-gerakan-penyatuan-ummah-umno-pas/ | [
"HARI ini 8 Disember dua tahun lalu, berhimpunnya 1 juta ummah di Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek bagi menzahirkan solidariti rakyat menolak ICERD.",
"– Menghimbau sedikit sejarah, ia bermula apabila Menteri Luar pada waktu itu Datuk Saifuddin Abdullah (kini Menteri Komunikasi) menyatakan dengan tegas pada bulan Ogos 2018 komitmen kerajaan PH untuk mengotakan janji Manifesto mereka bagi meratifikasi beberapa konvensyen antarabangsa termasuk ICERD yang merupakan instrumen hak asasi manusia di bawah PBB.",
" Bantah ICERD\n– Kemudian pada 28 September 2018, PM ke-7 Tun Dr Mahathir dalam ucapan di Persidangan Agung PBB ke-73 sekali lagi menyatakan komitmen Malaysia untuk meratifikasi ICERD menjelang tahun 2019 sebagaimana janji Manifesto PH.",
"– Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berganding bahu buat kali pertama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai sahabat saya YB Ustaz Muhammad Khalil Haji Hadi menggerakkan Himpunan Pertama Membantah ICERD di Sogo Kuala Lumpur pada 4 November 2018 dengan menghimpunkan lebih 5,000 orang dan berjanji untuk gerak ke seluruh negara secara bersama untuk menganjurkan demonstrasi cetus kesedaran rakyat mengenai bahaya ICERD.",
" – Sepanjang November Pemuda UMNO dan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO menjelajah ke setiap negeri mengadakan siri-siri demonstrasi dan himpunan menyedarkan rakyat bagi membantah ICERD.",
"– Kemuncaknya pada 8 Disember 2018, UMNO, PAS dan pelbagai NGO Massa khususnya UMMAH menganjurkan Himpunan Rakyat Menolak ICERD yang menghimpunkan hampir 1 juta umat di sepanjang Masjid Jamek, Jalan Tar hingga ke Dataran Merdeka KL.",
"Moga-moga himpunan yang penuh bersejarah ini sentiasa terpahat dalam sabubari bagaimana manisnya permulaan permuafakatan jitu antara dua parti terbesar umat Islam di Malaysia UMNO dan PAS sehingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional setahun kemudian.",
"Apakah ANDA sebahagian daripada sejarah ini?",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/12/06/fajar-2021-bakal-menyingsing-sesuatu-mesti-segera-dilakukan/ | [
"Nikkei Asia dalam laporan teknologi terkini pada 4 Dec 2020 melaporkan bahawa Indonesia terus menarik syarikat teknologi gergasi Amerika melabur dalam pelbagai perniagaan internetnya.",
"Facebook, Google and Microsoft telah melabur dalam angka beberapa biilion pada tahun 2020 walaupun Indonesia berhadapan dengan pandemik Corona yang meruncing. Begitu juga Temasik, Alibaba dan Softbank Japan.",
"Gojek, Tokopedia dan Bukalapak antara yang menerima pelaburan signifikant dalam bulan November 2020, dalam angka ratusan juta USD.",
"Ekonomi digital Indonesia telah berkembang lima kali ganda semenjak 2015. Ia kini dianggarkan bernilai 44 Billion USD pada 2020 dan akan mencapai 125 Billion USD pada 2025. Menjelang tahun 2025, Indonesia akan menjadi ekonomi kelima terbesar dunia.\n",
"Malaysia, pada tahun 2020, menyaksikan pelbagai drama politik yang terus menyuramkan lagi iklim pelaburan. Pandemik Corona terus meletakkan ekonomi Malaysia pada kemelesetan terparah dalam sejarah.",
"Tiga minggu dari sekarang, akan menyinsinglah fajar 2021. Kita akan mengakhiri tahun 2020 dengan tiada pencapaian penting, apatah lagi lonjakan baru untuk kemajuan dan kebolehsaingan.",
"Negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Cambodia terus menunjukkan pencapaian ekonomi yang berdaya saing, menarik pelaburan teknologi dan menjadi negara perindustrian yang penting. Singapura pula memecut laju meninggalkan Malaysia jauh kebelakang.",
"Sesuatu mesti dilakukan segera. Kelesuan iklim pelaburan kita tidak boleh berterusan begini. Malaysia bermula dengan ekonomi perindustrian berorentasi eksport. Sekarang sektor perindustrian kita sangat jauh terkebelakang. Malaysia pada hemat saya “is experiencing premature deindustrialization”.",
"Sektor pertumbuhan baru seperti ekonomi digital, perbankan dan kewangan pula, terus malar tanpa impetus pertumbuhan radikal.",
"Kita telah membuang begitu banyak masa dan peluang dalam tahun 2020. Kita mesti meraikan kedatangan tahun 2021 dengan ‘a bold, robust and inclusive economic agenda’.",
"Agenda reset ekonomi mesti segera beralih kepada pertumbuhan yang berganda, pelaburan bermutu dalam sektor teknologi dan innnovatif serta membuka pasaran dengan lebih agresif.",
"Untuk itu, Malaysia mesti segera mempunyai Kerajaan yang stabil, Kabinet yang progresif dan dasar ekonomi yang ‘revolutionary’. Pandemic Corona tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk ekonomi terus pegun dan terencat sebegini.",
"Sehingga sekarang, kita tidak melihat sesuatu yang meyakinkan menjelang terbitnya fajar 2021. Semoga semua ini akan segera berubah kerana Malaysia sebelum ini adalah jauh lebih dinamik. Kita mesti segera menjadi yang terbaik semula di Asia Tenggara tanpa berlengah.",
"Datuk Seri Mohamad Hasan"
] |
https://umno-online.my/2020/12/05/bukan-salah-umno-perak-mb-tak-hirau-teguran/ | [
"Kehilangan sokongan pada MB Perak dipercayai berpunca dari beberapa perkara yang tidak disenangi UMNO Perak.",
"Dua isu utama ialah penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak.",
"Pada tahun lepas, Allahyarham ADUN Slim UMNO telah memberi amaran kepada kerajaan PH serta Menteri PH dulu untuk tidak menjual ladang sawit 15,000 hektar pada ketika harga minyak sawit murah kepada sebuah syarikat Taiko Plantations Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura.",
"",
"Ladang ini dah lama dimilik kerajaan Perak di bawah BN sejak tahun 1995 dan Allahyarham ADUN Slim pernah menjadi pengerusi syarikat kerajaan negeri yang memiliki ladang itu.",
"Tahun lepas Allahyarham pernah berkata nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada PRU14.",
"https://www.sinarharian.com.my/article/37738/EDISI/Perak/Kerajaan-Perak-didesak-tidak-jual-Ladang-PT-Pinang?fbclid=IwAR1ZcK5KZ6-7JyoTf6ldzolt_fkiWwXaPM9HjHrG6HGWl-k9F4k4CQtsJhU",
"Selepas PRU14 pula, pengerusi syarikat milik kerajaan negeri pula bertukar menjadi MB Perak PH.",
"Namun selepas kerajaan PH Perak tumbang dan MB Perak PH menjadi MB Perak PN, penjualan tersebut tetap diteruskan secara rundingan terus tanpa tender di bawah kerajaan PN Perak walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 tahun lalu.",
"Harga jualan yang diumum pada bulan April 2020 selepas kerajaan PN Perak ambil alih ialah RM342 juta sedangkan nilai keseluruhan ladang itu adalah RM1.03 bilion mengikut apa yg dimaklumkan oleh pengerusi terdahulu atau hanya 35% harga asal.",
"https://www.sinarharian.com.my/…/Putra-gesa-SPRM-siasat…",
"Insiden kedua ialah pelantikan seorang ADUN Umno sebagai setiausaha politik MB Perak tanpa merujuk dan mendapat persetujuan dari kepimpinan UMNO negeri.",
"UMNO Perak sudah lama berjaga-jaga setelah parti PPBM Perak mengambil beberapa orang ADUN UMNO selepas PRU14.",
"Sebab itu satu perjanjian telah dibuat apabila kerajaan PN Perak dibentuk selepas PH jatuh di sana pada bulan Mac.",
"Antaranya ialah setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan parti masing-masing.",
"Walaupun UMNO telah beberapa kali memberi amaran kepada MB Perak untuk tidak lantik ADUN UMNO menjadi setiausaha politik dia, MB Perak tidak mahu hirau.",
"Seolah-olah UMNO Perak dan perjanjian antara parti tidak penting.",
"“18 Okt 2020: Pemuda UMNO Perak persoal lantikan setiausaha politik MB Perak”",
"https://www.sinarharian.com.my/…/Pemuda-UMNO-Perak…",
"“20 Okt 2020: Umno Perak beri kata dua kepada PPBM”",
"https://www.freemalaysiatoday.com/…/umno-perak-beri…/",
"Malah, nak jawab isu ini pun MB Perak malas ketika itu.",
"“Walau apa pun saya cakap… orang akan memberi pandangan berbeza, jadi saya tidak mahu ulas (panjang) tentang perkara itu” kata MB Perak.",
"https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/633579/tiada-niat-kukuh-sokongan",
"Pelantikan ADUN UMNO ini dan sikap MB Perak enggan layan bantahan UMNO ini yang menjadi detik penentuan kepada UMNO Perak.",
"Oleh sebab MB Perak tak hirau dan tetap khianat persetujuan antara parti, maka dia pun tumbang hari ini.",
"Ada juga yang cuba tuduh UMNO Perak berpakat dengan DAP dan PKR di Perak untuk tumbangkan MB Perak.",
"Ini tidak benar sebab PH Perak dah lama tunggu peluang untuk tumbangkan MB Perak sebab PH rasa mereka pernah dikhianat MB Perak yang juga membawa lari beberapa ADUN PH pada bulan Februari tahun ini.",
"Sebab itu, PH Perak tak akan beri undi sokong kepada MB Perak apabila undi percaya dilakukan dalam DUN Perak.",
"Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2020/12/04/umno-perlu-dan-akan-buat-keputusan-terbaik-shahril/ | [
"SEGMEN #CePumas bersama Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ir. Ts. Khairil Nizam telah memberi pencerahan pendirian PAS.",
"Tanpa mahu panjang lebar dan berliku, rumusan yang dapat saya buat:",
"– PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan UMNO, malah amat menghargai persahabatan bersama UMNO. Apabila ditanya, apa jaminan PAS tidak akan mufaraqah dengan UMNO sepertimana mereka berpisah dari Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu, jawapan KP PAS jelas mahu memberi keyakinan kepada kita.",
"– Pada masa sama, PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan PPBM. Ini jelas, bukan hanya dalam wawancara ini tetapi juga dalam kenyataan Mursyidul Am PAS tempoh hari. Juga jelas dalam banyak kenyataan PAS selama ini.",
"– PAS meletakkan aspirasi satu lawan satu (BN/PN lawan PH) dan mengelak pertembungan tiga penjuru sebagai syarat untuk menang PRU15.",
"– Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara UMNO, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam “impossible situation” dan mungkin ambil pendekatan berkecuali. Yang untung adalah PH.",
"– PAS minta UMNO hormat pendiriannya sepertimana PAS juga akan hormat pendirian UMNO.",
"Maka apa tindakan UMNO? Bagi saya,",
"Kawan sudah bercakap terbuka. Kita boleh pilih untuk terkilan, marah, terasa. Boleh pilih untuk persoal keikhlasan pasca pembentukan Kerajaan PN. Boleh pilih untuk mengata. Boleh pilih untuk cakap “cukup hanya MN tak perlu PN” walhal rakan kita dalam MN telah tegaskan pendiriannya mahu bertiga, bukan berdua.",
"Atau kita boleh pilih untuk tenang, hormat pendirian sahabat kita TANPA kompromi aspirasi kita sebagai parti kebangsaan terbesar Malaysia. UMNO parti yang penuh bijaksana dan responsif kepada dinamika yang berubah. Saya pilih yang ini.",
"Sambil kita hormat pendirian PAS, saya yakin PAS juga hormat bahawa keputusan untuk UMNO adalah hak mutlak UMNO, tanpa paksaan sesiapa.",
"Maka UMNO harus kembali kepada “option” yang ada dan jangan bazir masa bercakap tentang “option” yang tidak lagi wujud.",
"Boleh rujuk posting saya selepas #CePumas bersama Tan Sri Annuar Musa untuk cadangan pilihan yang ada. Benar, tidak mustahil sesuatu berlaku yang membuka formula lain satu ketika nanti, tetapi kita berpegang kepada realiti – mengikut pemahaman saya, tiga “option” yang ditulis itulah yang wujud sekarang ini. Mungkin ada cabang-cabang tertentu dalam setiap dari tiga itu, tetapi pendek cerita, tiga “option”.",
"Setelah selesai “survey” situasi dengan komprehensif dan rasional, setelah runding dengan tegas tetapi adil berlandaskan syarat dan garis merah tertentu sepertimana telah digambarkan dalam wawancara #CePumas bersama Dato’ Seri The Ahmad Maslan, maka UMNO ambillah keputusan “option” yang menjadi formula akhir. Kemudian kita berserah kepada Allah swt.",
"Tiada pilihan tanpa risiko. Yang penting, keputusan kena dibuat, supaya tiada lagi kekeliruan. Bak kata orang putih, “more is lost by indecision than by wrong decision”.",
"PAS sudah jelas dengan pendiriannya. Moga keputusan UMNO kelak adalah yang terbaik bukan hanya untuk kelangsungan parti ini, tetapi juga yang terbaik untuk agama, bangsa, tanahair.",
"Wallahua’lam. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/12/04/kerajaan-perlu-letakkan-kepercayaan-kepada-rakyat-skim-i-sinar-perlu-ditambahbaik-najib/ | [
"SEJAK bulan Oktober, saya dan Barisan Nasional (BN) telah tuntut kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).",
"Dari langsung tidak dibenarkan ke pengeluaran bersyarat bagi 600 ribu ahli ke 2 juta ahli dengan syarat dan akhirnya ke pengumuman semalam bahawa 8 juta ahli KWSP dibenarkan dengan syarat.",
"Namun skim i-Sinar ini masih mempunyai kekurangan yang tetap mengundang kemarahan dan kekecewaan sebilangan besar pencarum.",
"Ini jelas kelihatan dari jumlah komen mencecah 50,000 ribu di ruang komen posting saya malam semalam di mana hampir 99% adalah komen yang berbunyi i-Kecewa, i-Kencing dan i-Marah.",
"Ramai pencarum sudah bertukar menjadi pencarut sebab rasa telah dipermainkan pemerintah.",
"Saya percaya jumlah komen yang mencecah 50,000 adalah satu petunjuk bagi kemarahan Rakyat.",
"Sebab itu, saya tuntut kerajaan PN untuk sekali lagi menambah baik skim i-Sinar dengan tidak lagi mengenakan apa-apa syarat bagi mana-mana ahli yang ingin mengeluarkan simpanan mereka untuk menghadapi krisis pandemik yang sudah melanda kita selama 10 bulan.",
"Saya percaya pembetulan ini wajar sebab:",
"1. Kerajaan PN patut letakkan kepercayaan pada Rakyat sebab Rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak.",
"Adakah ianya logik bahawa ahli dengan pendapatan RM10k sebulan yang turun 30% menjadi RM7k dianggap terjejas tetapi ahli dengan pendapatan RM2k sebulan yang turun 20% menjadi RM1,600 tidak dikira sebagai terjejas dan tidak layak?",
"Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.",
"Sebab itu, ianya bukan tanggungjawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.",
"Ianya juga bukan tanggung jawab kerajaan untuk menafi Rakyat mengambil duit sendiri pada ketika mereka paling terdesak.",
"Sebaliknya, tanggungjawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan bagi Rakyat dan untuk mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik COVID-19 berakhir.",
"2. Rakyat yang sedang lemas sekarang tak mampu tunggu 3 bulan lagi sebelum diberi pelampung.",
"Pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud:",
"– Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober,",
"– Tapi perlu tunggu lagi sehingga 11 Januari 2021 sebelum dibenarkan memohon dengan pelbagai bukti dokumen,",
"– Kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.",
"– Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari.",
"Sekarang baru permulaan bulan Disember.",
"Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?",
"3. Elak Rakyat serbu pejabat-pejabat KWSP pada ketika risiko penularan COVID-19 masih wujud.",
"Sejak semalam, media-media melapor bahawa pejabat-pejabat KWSP sudahpun sesak akibat diserbu ahli.",
"Bayangkan berapa ramai lagi ahli yang akan terdedah kepada risiko dijangkit COVID-19 jika mereka terpaksa beratur di pejabat KWSP untuk serah bukti dokumen jika i-Sinar masih bersyarat?",
"Jika skim i-Sinar tidak lagi perlukan sebarang bukti dokumen untuk diserahkan kepada KWSP, saya percaya kesesakan di pejabat KWSP seluruh negara mampu dielakkan atau diturunkan.",
"Risiko tercetusnya kluster COVID-19 KWSP juga berkurang.",
"Jika 4 juta ahli sahaja di bawah kategori ke-2 skim i-Sinar diperlukan untuk menyerah 3 helai dokumen sebagai bukti pendapatan mereka telah berkurang maka KWSP perlu memproses sebanyak 12 juta dokumen.",
"Apabila skim i-Sinar tidak lagi bersyarat maka semua kesusahan dan beban kepada ahli dan staf kaunter KWSP dapat dielakkan sebab kebanyakkan ahli akan memohon dalam talian melalui perkhidmatan i-Akaun tanpa hadir di pejabat KWSP.",
"Justeru, proses pengeluaran akan menjadi jauh lebih lancar dan ahli tidak perlu lagi tunggu sehingga 3 bulan sebelum menerima bayaran lump-sum pertama.",
"Jadi, pada ketika janji lanjutan moratorium pinjaman masih belum memenuhi hasrat Rakyat, saya harap kerajaan PN akan membuat satu kali lagi penambahbaikan kepada skim i-Sinar supaya ianya TIDAK BERSYARAT dan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama dapat disingkatkan dari 3 bulan ke maksimum 1 bulan.",
"Terima kasih. – UMNO ONLINE",
"Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2020/11/27/bukan-sekadar-dua-perkara-tahniah-bn-menyumbang-kepada-penambahbaikan-bajet-shahril/ | [
"ALHAMDULILLAH #Belanjawan2021 diluluskan peringkat dasar dengan banyak penambahan hasil gesaan UMNO dan Barisan Nasional (BN).",
"Selain soal pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium yang menjadi dua gesaan utama, jangan kita lupa bahawa penambahan bantuan yang diumumkan Menteri Kewangan tadi juga adalah hasil cadangan dari BN dan Ahli-ahli Parlimennya.",
"Ini adalah penambahan belanja Kerajaan terus poket rakyat.",
"—-",
"Antara senarainya:",
"1. Penambahan penerima bantuan khas ‘one-off’ untuk petugas barisan hadapan COVID-19.\nSebelum: RM500 untuk petugas barisan hadapan kesihatan.\nSelepas gesaan Yang Berhormat (YB) Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan:\nDitambah RM300 untuk petugas barisan hadapan lain (bukan kesihatan sahaja).",
"—-",
"2. Penambahan bantuan eBelia (e-wallet)\nSebelum: RM50 kepada belia 18-20 tahun.\nSelepas gesaan YB Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, YB Arau Datuk Seri Shahidan Kassim: dinaikkan ke RM100 dan diperluas kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk yang berumur lebih 20 tahun.",
"—-",
"3. Dana bantuan pesawah\nSebelum: Tiada\nSelepas gesaan YB Baling Datuk Seri Azeez Rahim: RM80 juta Tabung Bencana Pertanian.",
"—-",
"4. Bantuan Musim Tengkujuh\nDisahkan setelah gesaan YB Baling, RM300 sebulan kepada pekebun kecil.",
"—-",
"5. Sewa premis perniagaan\nSebelum: Potongan cukai kepada pemilik premis yang beri pengurangan atau pelepasan sewa, sepatutnya telah berakhir Sept 2020.\nSelepas gesaan Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi:\nPotongan cukai dilanjutkan 6 bulan lagi ke Mac 2021.",
"—-",
"Syabas BN. Dan sepertimana yang dibayangkan Presiden UMNO sewaktu membahaskan Belanjawan tempoh hari, terima kasih Menteri Kewangan dan Timbalan-timbalannya termasuk YB Shahar Abdullah kerana sekurang-kurangnya sedia mendengar dan melaksanakan perubahan setelah libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/11/26/i-sinar-kwsp-dibuka-kepada-8-juta-ahli-suara-bn-didengari/ | [
"SEBENTAR tadi, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua lapan juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.",
"Tengku Zafrul berkata demikian di dalam Penggulungan Kementerian Kewangan bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.",
"Sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara konsisten menggesa kerajaan membantu rakyat yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP secara sekaligus dan juga melanjutkan moratorium secara automatik kepada semua peminjam.",
"Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu kenyataan medianya pada 4 Nov lalu berkata Ahli-ahli Parlimen BN yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3 Nov telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 Nov, begitu juga dengan semua RUU yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan.",
" Walaupun begitu kata Ahmad Zahid, Ahli-ahli Parlimen BN juga bersetuju supaya kerajaan mempertimbangkan dua permintaan utama iaitu pelanjutan moratorium dan pengeluaran Akaun 1 KWSP.",
"Dua permintaan itu juga diulangi semula oleh bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Ahmad Zahid dan beberapa Ahli Parlimen BN ketika berbahas RUU tersebut.",
"Untuk rekod, semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov lalu, kerajaan telah meluluskan skim i-Sinar yang akan membolehkan Akaun 1 KWSP dikeluarkan namun malangnya ia tidak menyeluruh kerana hanya melibatkan dua juta pencarum sahaja ditambah pula dengan syarat yang sukar.",
"Perkara tersebut mendapat perhatian dari UMNO dan BN agar pihak KWSP melonggarkan syarat dengan mengambil kira juga rakyat yang ketika ini benar-benar sengsara akibat kekangan punca pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. – UMNO ONLINE"
] |
https://umno-online.my/2020/11/19/bajet-2021-rakyat-hendaklah-diberi-keutamaan/ | [
"Demi menjunjung titah nasihat KDYMM Yang diPertuan Agong, saya turut melontarkan pandangan terhadap Bajet 2021 dengan hasrat untuk mencadangkan penambahbaikkan dan saranan-saranan untuk turut melibatkan kumpulan-kumpulan yang tidak mendapat faedah terus melalui Bajet 2021.",
"Sebelum itu, saya ingin mengucapkan syabas kepada YB Menteri Kewangan yang pada hemat saya telah membentangkan suatu belanjawan yang baik. Biarpun beliau bukan orang politik, namun sebagai ahli professional dalam bidang perbankan dan korporat, beliau dengan segera memahami keperluan politik dan kesengsaraan rakyat.",
"Sebagai insan biasa, bukan ma’asum, jauh dari kesempurnaan – tentunya terdapat beberapa kekurangan dalam Bajet 2021 di mana tentunya semua ahli-ahli di dewan yang mulia ini sedia memahaminya.",
"Namun YB Menteri Kewangan telah melakukan ‘engagement’ (dengan izin) bersama Ahli-ahli Parlimen Kerajaan atau Pembangkang.\n\nSikap yang terpuji ini harus diakui oleh kita semua – ini merupakan suatu keterbukaan yang amat kita alu-alukan – malah beberapa ‘adjustment’ (dengan izin), saya yakin akan terus dilakukan demi untuk melihat ekonomi negara akan keluar dari perangkap kepayahan yang luar biasa sekarang.",
"Bajet 2021 merupakan bajet pertama selepas kejatuhan kerajaan lalu. Bajet ini merupakan penghujung kepada RMK 11 – selepas ini negara akan dihidangkan pula dengan RMK 12. Tentunya selepas ini suatu rancangan ekonomi jangka sederhana untuk tempoh lima tahun mendatang akan turut diperbahaskan di dewan yang mulia ini.",
"Menelusuri keluarbiasaan yang akan kita hadapi, saya pernah menyarankan ‘Political Ceasefire’ (Gencatan Politik) dan ‘National Reconciliation’ untuk negara terus mara ke hadapan bagi memulihkan sebarang kerapuhan ekonomi dan politik demi memberi keutamaan kepada rakyat.",
"Saya tentunya turut menghargai YAB Perdana Menteri yang menerima titah KDYMM Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-raja tanpa tindakan melaksanakan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Saya tidak boleh menyembunyikan rasa kesal, sekiranya kerajaan berjaya melaksanakan perkara itu dalam menghadapi situasi politik, ekonomi dan pandemik.",
"Kalau jernih air di Hulu,\nJernihlah juga air di Kuala,\nKalau sungguh ingin maju,\nElak sengketa dan terus mara.",
"Saranan",
"1. Bajet 2021 diharapkan oleh semua golongan rakyat untuk turut memperkirakan ‘Post Covid-19 Economic Recovery Plan’. Malah kerajaan wajib melakukan rancangan pemulihan ekonomi kerana rakyat mahu merasai bahawa mereka bukan sekadar diberikan ikan tetapi rakyat mesti turut diberikan kail.",
"2. Kail inilah yang diharapkan oleh Kumpulan B40 atau M40 tanpa melupakan kumpulan T20 yang turut menyumbang sebagai salah satu pemangkin ekonomi negara. Kumpulan M40 turut ramai terkesan, mungkin sebahagian dari mereka kini berada dalam Kumpulan B40.",
"3. Malah Kumpulan Industri PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang merupakan 38.9% penyumbang KDNK amat-amat terkesan dan kumpulan ini wajib diberi keprihatinan khusus.",
"4. Kumpulan yang hilang pekerjaan yang jumlah bertambah setiap hari, malah jumlah pengangguran ketara dan tidak ketara – hendaklah jangan dikesampingkan.",
"5. Rakyat sengsara kerana ramai – mengalami ‘no food on the table’ dan ‘no money in the pocket’ malah turut kehilangan tempat berteduh.",
"Cadangan\n\nLantas dari itu, lihatlah semua kumpulan agar tidak ada kumpulan rakyat yang terpinggir dan berkecil hati. Ini termasuklah:",
"1. Kumpulan Professional dan teknikal yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa beralih ke bidang yang luar bidang profession dan kemahiran mereka demi kelangsungan hidup berkeluarga.",
"2. Lihatlah juga doktor-doktor persendirian yang terpaksa klinik-klinik persendirian mereka ditutup. Kumpulan GP Doctors (General Practitioners) ini wajib dibantu dengan mewujudkan skim rangsangan ekonomi yang dapat membantu mereka. Mereka kekurangan dan kehilangan pesakit.",
"3. Bagaimana pula dengan pengusaha-pengusaha Bas Persiaran, Bas Sekolah, Bas Ekspress dan Bas Kilang yang rata-rata turut terjejas dan menerima tekanan untuk terus melakukan pembayaran bulanan dari syarikat kredit dan leasing, syarikat-syarikat sewa beli yang tidak tertakluk kepada memberi moratorium. Lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pinjaman berlesen turut menekan termasuk peminjam-peminjam kenderaan sewa beli. Syarikat ini tidak tertaklu kepada FSA (Financial Services Act) di bawah Bank Negara. Saya menyokong disegerakan pelaksanaan Akta Kredit Pengguna. Saya amat bersimpati dengan pengusaha Bas Sekolah yang kini tanpa murid dan pelajar ke sekolah. Pengusaha Bas Persiaran yang selama ini menjadi penyumbang dalam Industri Pelancongan. Mereka turut sengsara akibat kemuraman sektor pelancongan – terus membayar sewa beli bulanan di samping tekanan syarikat insurans yang mengenakan premium insurans yang tinggi.",
"4. Bagaimana pula dengan moratorium kepada penyewa-penyewa premis perniagaan di bawah GLC dan Badan-badan Kerajaan.",
"5. Begitu juga Rumah PPR – Rumah Murah – Rumah Mampu Milik yang tidak diberikan moratorium. Mereka merupakan rakyat marhaen yang perlu diberi pembelaan oleh kerajaan.",
"6. Bagaimana pula penyewa-penyewa premis perniagaan? Malah GLC yang akan menyewakan premis perniagaan tidak memberi moratorium kepada penyewa-penyewa berkenaan.",
"7. Sila ambil kepedulian terhadap:\n Peminjam kenderaan persendirian – kereta terpakai (2nd hand cars) – tanpa moratorium.\n Yuran pelajar-pelajar Universiti wajib dikurangkan – sejumlah 1.1 juta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terjejas.\n Belia-belia dan lepasan sekolah yang merupakan penganggur tidak ketara mesti turut diberi kepedulian.",
"8. Saya merayu agar Institusi Kewangan, Syarikat-syarikat kewangan berlesen agar bersimpati dengan peminjam-peminjam yang hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan. Yang berlaku ‘delayed earning and reduce the profit’.",
"Penutup",
"9. Akhirnya:",
" Dalam politik harus ada kejujuran.\n– Baik sebagai rakan kongsi – atau atas nama dokongan.\n– secara piagam atau perjanjian persefahaman.\n– secara bertulis atau secara konvensyen.\n– secara tersurat dan tersirat.",
" Penterjemahan terhadap kejujuran bukan hanya sekadar persetujuan lisan tetapi pelaksanaannya.",
" Tiada soalan mengenai siapa yang berbudi atau siapa yang terhutang budi tetapi bagaimana kebersamaan harus diterjemahkan.",
" Soal tipu muslihat politik hendaklah diketepikan – apabila kejujuran politik diberikan keutamaan – jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait.",
" Jadikan seperti air dalam pembentung – biarpun airnya berkocak – namun airnya tidak tumpah keluar – jika penutupnya adalah kejujuran.",
" Kita ambil ibrah – agar Perjanjian Tahkim – antara Muawiyah dan Abu Musa As-Shaari – tidak berlaku antara rakan-rakan kongsi politik.",
" Kejatuhan empayar-empayar terdahulu – apabila pemimpin-pemimpinnya yang merasakan dirinya popular – melupakan soal-soal pokok dan mengutama isu-isu furuq – cabang.",
" Ikhlas dan jujurlah – rakyat yang mengharap sesuatu yang terbaik untuk mereka – mesti diberi keutamaan.",
" Dewan yang mulia ini merupakan pentas terbaik untuk negara ini berada dalam situasi politik yang stabil",
" Sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya – ianya hendak diuji di dewan yang mulia ini.",
" Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat – sesuatu mesti dipersesuaikan – dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.",
" Biarlah kerajaan yang menjadikannya sebagai – urusan kerajaan diutamakan – menjadi usul undi percaya dibawa ke dewan yang mulia ini.",
" Proklamasi darurat adalah bukan pilihan – malah KDYMM Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-raja telahpun menolak.",
" Apatah lagi percubaan untuk mencadangkan proklamasi darurat dalam apa bentuk sekalipun.",
" Jika ini tidak dapat dilakukan – ianya hendaklah dikembalikan kepada rakyat – sesegera yang mungkin.",
" Suara rakyat – suara keramat – dari rakyat kita diberi mandat – kepada rakyat juga kita serahkan mandat.",
" Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T…semua kelemahan datang daripada saya.",
"DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI\nPengerusi Barisan Nasional (BN) / Presiden UMNO\nAhli Parlimen Bagan Datuk "
] |
https://umno-online.my/2020/11/18/rayuan-pemuda-umno-negeri-pahang-kepada-kwsp/ | [
"TULISAN ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang telah meminta agar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terlalu rigid dalam membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka untuk digunakan bagi menampung kehilangan pendapatan akibat suasana ekonomi yang tidak menentu hari ini.",
"Ada segelintir mendakwa pemuda seolah-olah seperti ‘mengharapkan betis selepas peha diberi’ serta tidak puas selepas sebahagian tuntutan Barisan Nasional (BN) dipenuhi oleh KWSP dan pihak kerajaan.",
"Terdengar juga suara yang menuduh ini adalah agenda Pemuda UMNO untuk menjatuhkan kerajaan hari ini.",
"Bukan itu maksud kami, untuk kelonggaran yang diberi, kami ucapkan terima kasih.",
"Namun Pemuda masih berpegang kepada cadangan awal yang telah diutarakan oleh Barisan Nasional di Dewan Rakyat kerana melihat dan mendengar masih ramai individu yang terkesan tidak menerima faedah ini sekiranya mereka perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.",
"Salah satu syarat adalah pengeluaran ini hanya dibenarkan kepada ahli yang masih aktif (mempunyai sekurang-kurangnya 1 bulan caruman mulai Mac 2019 – Febuari 2020), serta tiada caruman dalam tempoh 2 bulan permohonan (bermaksud baru diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji)",
"Antara hujah yang diberikan Pemuda adalah bagaimana dengan mereka yang telah mencarum bertahun dahulu tetapi kini tidak lagi bekerja atas sebab-sebab tertentu.",
"Sebagai contoh, golongan wanita bergelar ibu atau isteri yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja beberapa tahun lalu atas komitmen mengurus anak-anak atau individu yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibu bapa yang uzur.",
"Bagi golongan ini, sekiranya pengeluaran dibenarkan secara pukal kepada semua pencarum, sedikit sebanyak wang simpanan mereka ini mampu membantu meringankan beban suami yang mungkin kehilangan pekerjaan, tidak lagi dibenarkan membuat kerja lebih masa (overtime) atau keluarga yang telah putus pendapatan.",
"Ingatlah mereka ini mungkin telah bertahun-tahun meninggalkan alam pekerjaan demi menguruskan anak-anak yang masih kecil ataupun menjaga ibubapa yang uzur.",
"Nasib mereka ini juga perlu dibela dan jumlah mereka juga agak besar. Bagi yang menjaga ibubapa, terdapat kemungkinan adik-beradik yang selama ini menghulurkan wang belanja bulanan tidak lagi mampu berbuat demikian kerana mereka juga dilanda masalah kewangan.",
"Begitu juga Pemuda melihat, sekiranya lebih ramai penerima dibenarkan mengeluarkan caruman Akaun 1 mereka, sedikit sebanyak ia mampu merancakkan semula ekonomi tempatan yang kini lesu.",
"Di waktu sukar seperti hari ini, akan wujud lebih ramai Makcik Kiah, Uncle Kuan Yew mahupun Mr. Loganathan yang menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan kerana hilang pekerjaan tetap, namun persoalannya, siapa pula yang akan membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan mereka jika masih ramai yang tidak berduit?",
"Di sinilah wang simpanan KWSP pencarum mampu membantu memulih kitaran ekonomi. Kami yakin bukan semua akan menggunakannya untuk modal memulakan perniagaan, ramai juga yang akan membelanjakan wang ini ke dalam pasaran, sekaligus membantu pula golongan peniaga di seluruh negara.",
"Untuk contoh-contoh yang diberi, Pemuda UMNO Negeri Pahang merayu belas ihsan dan budi baik Kerajaan serta KWSP untuk mempertimbangkan permohonan rakyat ini. – UMNO ONLINE",
"Mohd Farid Mohd Nor\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang"
] |
https://umno-online.my/2020/11/16/bajet-2021-kebenaran-dan-sasaran-zahida/ | [
"BANYAK artikel telah ditulis oleh bijak pandai di kalangan kita tentang Bajet 2021 ini. Tetapi saya akan sentuh beberapa aspek Bajet 2021 ini dari aspek yang lain yang mungkin anda semua berminat untuk mengetahuinya.",
"1. Para pesara kerajaan tetap diberi bantuan walaupun mereka ini tidak sedikit pun terjejas pendapatan mereka di musim COVID-19 ini. Tak apalah ini mungkin rezeki mereka. Berbanding dengan peniaga pasar malam, pengusaha kantin sekolah, para pekerja yang dibuang kerja, para pemandu teksi dan banyak lagi rakyat yang lebih memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan sekarang ini.",
"Tetapi persoalannya adakah kerajaan mempunyai lebihan kewangan? Tetapi dengan nada yang sama kerajaan menyatakan ia perlu meminjam sebanyak RM190 bilion untuk menampung bajet ini tahun hadapan.",
" 2. Harus dinyatakan bahawa kerajaan juga mesti prihatin dengan memberi bantuan kewangan kepada rakyat-rakyat yang terjejas tersebut.",
"3. Terdapat golongan rakyat di dalam kategori bawahan B40 yang begitu terkesan sekarang ini. Mereka menghadapi kesusahan untuk menyediakan walaupun makanan harian. Mereka ini patut diberi bantuan dan pertolongan yang lebih.",
"Saya syorkan Kementerian terbabit harus membuat penyelidikan sendiri untuk mengesan golongan terbabit. Bantuan kewangan pukal yang diagihkan sekarang adakalanya tersasar.",
"4. Bajet 2021 ini juga membuat andaian bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 7.5% KDNK. Kita bersyukur jika unjuran ini dapat diperolehi tetapi memandangkan penularan pandemik COVID-19 sekarang ini masih berleluasa dan dijangkakan berpanjangan pada tahun ini, adalah tidak mustahil anjuran perkembangan ekonomi 2021 akan juga tersasar.",
"Ini akan memyebabkan defisit belanjawan akan menjadi lebih tinggi daripada 6% yang jangkakan.",
"5. Pendapatan negara pula sudah tentu tersasar disebabkan unjuran bayaran cukai berkurangan dari apa yang dijangkakan. Duit dari tabung Petronas yang menjadi sasaran senang untuk kerajaan perolehi sepanjang tahun telah pun berkurangan disebabkan kejatuhan harga minyak dunia.",
"Ini akan memudaratkan lagi situasi kewangan negara.",
"6. Kerajaan mencadangkan pinjaman sebanyak RM190 bilion untuk menampung belanjawan ini. Ini sudah tentu memecah siling 60% KDNK yang telah ditetapkan (setelah dinaikkan daripada 50% sebelumnya).",
"Di dalam kewangan dunia yang masih tidak menentu, dari sumber manakah kerajaan akan meminjam seterusnya? Kita akan berada di dalam kategori krisis kewangan jika terus meminjam.",
"7. Sekarang ini kerajaan membelanjakan 13% daripada KDNK nya untuk membayar ‘interest’ (faedah) terhadap pinjamam negara setakat ini. Ianya akan menjadi lebih tinggi dengan pinjaman baru yang terpaksa dibuat.",
"50% daripada Bajet 2021 adalah untuk belanja pengurusan dan jika 15-20% terpaksa digunakan untuk membayar ‘interest’ terhadap pinjaman, baki yang dapat digunakan untuk pembangunan dan lain-lain akan menjadi lebih kecil.",
"Kita tidak harus memandang remeh jumlah ‘interest’ yang perlu dibayar ini. Ini adalah salah satu sebab negara Greece menjadi muflis!",
"8. Saya mencadangkan kepada Ahli-ahli Parlimen kita yang sedang membincang Bajet 2021 sekarang ini untuk menghuraikan masalah di atas untuk memberi rakyat kecerahan untuk masa depan mereka.",
"Selamat bersidang seterusnya. – UMNO ONLINE",
"Zahida Zarik Khan\nKetua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/11/16/bermuafakatlah-kerana-kita-punya-matlamat-yang-sama/ | [
"‘A Fair Coalition, A Harmonious Government’ (Sebuah Gabungan Yang Adil, Sebuah Kerajaan Yang Harmoni)",
"1. Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas ketamakan pemimpin parti komponen PH sendiri awal tahun ini menyaksikan kebangkitan sebuah kerajaan yang lebih disenangi rakyat di peringkat pusat dan di beberapa buah negeri termasuk Perak.",
"2. Sepanjang pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), ramai pemimpin parti komponen dan rakan kerjasama kerajaan PN memuji dan dalam masa sama ada juga yang mengkritik ketelusan kepimpinan kerajaan demi mencapai kesaksamaan berterusan.",
"3. Sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian Ipoh Barat saya meraikan semua pandangan dari ahli dan rakyat untuk disampaikan kepada pucuk pimpinan kerajaan yang kita sama-sama dokong iaitu pentadbiran baru kerajaan negeri dan pusat demi matlamat asal penyatuan.",
"4. Pemuda UMNO Ipoh Barat adalah termasuk di kalangan yang lantang menyuarakan isi hati ahli dan rakyat kepada kerajaan dan ini bermaksud saya menyuarakan sesuatu perkara, apabila sesuatu itu boleh memecah-belahkan penyatuan baru ini dengan ketidakadilan pembahagian sesuatu kerja atau kuasa mentadbir.",
"5. Matlamat utama penyatuan ini adalah untuk memartabatkan Pentadbiran Islam dan Bumiputera di samping bersikap adil kepada kaum-kaum lain.",
"6. Penyatuan ini boleh dijayakan, jika semua pihak termasuk UMNO berjiwa besar untuk berfikir konsep adil secara holistik. Begitu juga PAS dan PPBM.",
"7. Saya yakin pimpinan kita tidak ada halangan untuk berjumpa dan berbincang seikhlas hati tanpa ada fikiran siapa yang akan dapat lebih dan siapa yang akan jadi ‘abang besar’. Buang semua pemikiran untuk menjadi ‘abang besar’ dan khayal dek kuasa yang akan dipegang.",
"8. Pembahagian ini perlu dibincang sebelum Pilihan Raya Umum 15 (PRU15), bincang sehabis baik. Dan ‘honour all the promises’ (tepati semua janji), buat ‘gentlemen agreement’ (perjanjian yang berani dipatuhi). Ikut pucuk pimpinan parti masing-masing. Jangan ada gerakan memecah-belahkan sesebuah parti dengan melantik tanpa merujuk pucuk pimpinan bila berkuasa di sesebuah institusi atau kerajaan.",
"9. Adil holistik bermaksud perlu diambil kira juga pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pentadbiran UMNO di Pahang, Melaka, Perlis dan Johor. Pentadbiran PPBM di Pusat, Perak dan Sabah. Lain-lain negeri kalah berusaha bersama tawan semula PRU15 ikut formula yang adil.",
"10. Akhirnya semua komponen kepimpinan ini seimbang, dari segala segi hatta kekayaan dan komponen ini tadi dapat bergerak setara dan seiring kekuatannya secara harmonis.",
"11. Pentadbiran ini perlu menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Rakyat sudah cakna dan sentiasa mengikuti segala isu politik di negara ini. Janganlah kita kelihatan terlalu berpolitik tanpa memikirkan solusi yang terbaik untuk rakyat tatkala negara sedang bergelut melawan kesan yang dibawa oleh pandemik COVID-19. Pelbagai sektor terjejas, pendapatan rakyat terjejas, emosi rakyat terjejas dan pelbagai kesan sampingan lain yang melanda rakyat ketika ini.",
"12. Bermuafakatlah, kerana Kita punya Matlamat yang sama.",
"Iqbal Jamal\nKetua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat"
] |
https://umno-online.my/2020/11/15/belanjawan-2021-buatlah-keputusan-terbaik-untuk-rakyat-negara-dr-zambry/ | [
"SELEPAS PEMBENTANGAN BAJET 2021",
"YB Menteri Kewangan telah melepasi tahap kritikal beliau. Pertama kali dalam sejarah hidupnya membentangkan bajet besar dalam keadaan kucar-kacir pandemik dan politik negara.",
"Sebagai seorang Menteri yang baru dan memikul tugas besar membentang bajet, secara peribadi saya fikir Zafrul berjaya melakukannya.",
"Selepas ini beliau akan diuji pula semasa sesi penggulungan.",
"Apapun komentar tentang kandungan bajet itu, Zafrul telah membuktikan dalam pembentangannya bahawa usaha untuk membina keseimbangan antara melindungi rakyat dan menjamin kelangsungan ekonomi adalah suatu yang amat mencabar.",
"Kandungan penyampaian Bajet 2021 nampaknya mendapat pelbagai reaksi. Ada yang memberi tanda bagus, ada yang kritikal dan ada yang menolaknya.",
"Seperti yang saya sebut dalam tulisan sebelum ini, pembentangan bajet kali ini adalah sangat mencabar kerana harapan rakyat yang sangat tinggi untuk melihat bajet yang komprehensif dan mampu menangani masalah kejutan fiskal ( fiscal shock) akibat Covid-19.",
"Saya turut mengemukakan 21 soalan tentang kemungkinan perkara-perkara yang akan dibawa dalam Bajet 2021.",
"Ada yang memenuhi jangkaan dan ada yang tidak. Mungkin kerajaan mempunyai alasannya tersendiri.",
"Dalam dunia komunikasi yang pantas hari ini, kepintaran mencipta dan menguasai persepsi rakyat terhadap sesuatu perkara sangat hebat dilakukan.",
"Bayangkanlah dari sejumlah lebih RM322 billion yang dikemukakan dalam Bajet 2021, tetapi hanya dalam perkara peruntukan bajet kepada JASA sebanyak RM85.5 juta menjadi sebutan (mentioned) negatif yang paling banyak dalam sosial media.",
"Demikian juga dengan persoalan pengeluaran Akaun 1 KWSP dan Moratorium. Ia menjadi perbahasan hangat rakyat dan pemerintah.",
"Kerajaan melihat cadangan Akaun 1 tersebut dalam perspektif yang berbeza iaitu hanya dengan pengeluaran 500 setiap bulan dan melibatkan golongan yang disasarkan sahaja.",
"Mungkin ada hujah kerajaan iaitu jumlah kecairan sebenar yang dimiliki oleh KWSP dan kemungkinan sebahagian besar wang itu berada dalam pelaburan-pelaburan rantaian GLCs yang bakal menjejaskan teruk kedudukan kewangan KWSP sekiranya pelaburan tersebut dikeluarkan.",
"Ada juga yang kita dengar “racial tone” yang menganggap bajet kali ini tidak membantu kaum Cina dan India.",
"Tidak pernah kita mendengar sesebuah bajet dibuat hanya untuk satu kaum sahaja atau dirancang dalam kerangka “perkauman”.",
"Tetapi kali ini ia diulas oleh pihak tertentu dengan mencuit unsur perkauman di dalamnya.",
"Ia begitu serius sehingga ada “validator” dari kaum Melayu sendiri yang mengakui peruntukan dalam bajet tidak memenuhi prinsip keadilan.",
"Kumpulan SME pula melihat langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menghidupkan perniagaan.",
"Sektor-sektor terpilih bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi perlukan penekanan seperti sektor pelancungan dan usaha-usaha untuk membuka sempadan negara akibat Covid-19.",
"Dengan peruntukan sebanyak lebih RM322 billion, ramai yang menjangkakan akan berlaku kesan pengganda (multiplying effect) sebanyak 5 ke 10 kali. Bermakna kesan terhadap pertumbuhan mungkin menjadi 1.5 trillion ke 3 trillion ringgit.",
"Sekiranya ekonomi dunia mulai berkembang semula atas langkah membuka sempadan dunia, maka ada kemungkinan kita menyaksikan kesan pengganda tersebut.",
"Tetapi sekiranya ekonomi negara dunia masih terus mengamalkan “ekonomi tertutup” (closed economy) akibat Covid-19 yang belum diperolehi vaksinnya, maka jangkaan kesan pengganda tersebut akan menjadi tanda-tanya yang besar.",
"Satu perkara yang memprihatinkan ialah kedudukan Garis Purata Kemiskinan (GPK) yang diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM2,208. Iaitu berlaku anjakan purata sebelum ini sebanyak RM980.",
"Maka berapa ramaikah sebenarnya kumpulan yang miskin dalam negara kita akibat dari perubahan ini.",
"Yang membimbangkan kita ialah kalau selama ini hanya kategori B40 sahaja yang tergolong di dalamnya, tapi kali ini mungkin ada di kalangan M40 yang turut berada di dalamnya.",
"Dan jangan terkejut sekiranya sebahagian kakitangan awam yang menerima pencen bulanan dari kategori B & A mengikut skim gaji lama, bekas wakil rakyat di negeri-negeri yang menggunakan skim lama, sekarang dianggap golongan miskin.",
"Walaupun begitu kita lihat banyak inisiatif untuk mengurangkan bebanan golongan miskin, berpendapatan rendah, OKU, dan golongan tua, yang dikemukakan.",
"Ada juga yang berpandangan agar mulai sekarang kerajaan perlu lebih serius memikirkan tentang sumber makanan negara. Ia sudah menjadi isu keselamatan makanan (food security).",
"Bayangkan dalam keadaan kacau-bilau akibat peperangan dan penyakit yang berlaku di negara tempat kita membeli sumber darinya, maka rakyat akan menghadapi masalah bekalan makanan.",
"Terbaru seperti yang dilaporkan, Presiden PAN Mohammaed Sabu, membuat kenyataan beberapa hari lalu bahawa partinya tidak akan menyokong Bajet 2021. Dan ia tertakluk kepada persetujuan pihak kerajaan untuk membetulkan dan mengikut beberapa cadangan mereka.",
"Manakala blok Bebas yang diwakili oleh Tun Mahathir pula menyatakan dengan bersyarat untuk menyokong Bajet ini.",
"DS Najib pula memberikan isyarat bahawa sekiranya kedua-dua cadangan moratorium dan Akaun 1 tidak dipersetujui, pihak BN berhak untuk menilai semula persetujuan terhadap Bajet yang dibentangkan.",
"Akhirnya isu ini menjadi perbahasan hangat antara persoalan hikayat dan hakikat (iaitu antara YB Pasir Mas dan Ketua Pemuda Dato Asyraf).",
"YB Pasir Mas, Ahmad Fadhli menganggap perkara yang dibangkitkan DS Najib bagaikan cerita Hikayat Puteri Gunung Ledang, yang menunjukkan secara simbolik penolakan lamaran Sultan Mahmud oleh Puteri Gunung Ledang.",
"Manakala Asyraf mengingatkan ia adalah hakikat akan kesengsaraan rakyat yang disuarakan oleh pimpinan BN dalam surat DS Zahid kepada Perdana Menteri, sebelum dibangkitkan oleh DS Najib.",
"Dalam sesi perbahasan yang sedang berjalan sekarang ini sehinggalah 15 Disember nanti, tentunya pelbagai perkara lagi yang akan dibangkitkan oleh kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.",
"Saya pasti, apapun spekulasi tentang Bajet 2021 ini, akhirnya ia akan kembali kepada rasional dan kebijaksanaan ahli-ahli parlimen kita untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat dan negara.",
"Teruskan bersidang dan berbahas, sambil meletakkan kepentingan rakyat dan negara. Ia bukan untuk sekadar menagih matlamat jangka-pendek atas survival politik.",
"Fikirlah apa pilihan yang terbaik buat menyelamatkan negara untuk satu tempoh jangka-panjang.",
"Selamat berbahas. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir\nAhli Majlis Tertinggi UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/11/09/belanjawan-2021-yang-suka-yang-ok-yang-kurang-suka-shahril/ | [
"",
"PANDANGAN saya mengenai Belanjawan 2021 setelah beberapa ketika memproses dan menghadam. Tidak lengkap, Cuma “highlight” sahaja supaya tidak terlalu panjang.",
"Preview: Pengumuman yang paling menarik perhatian – JanaKerja",
"—–",
"SUKA",
"1. Saiz belanjawan: RM322.5 bilion.",
"Terbesar dalam sejarah Malaysia. Mencerminkan keperluan untuk Kerajaan mengembangkan ekonomi, serta kesediaan menerima defisit yang lebih tinggi. Tak bermaksud semua belanja secara automatiknya baik, tetapi secara kasar, penambahan belanja itu bagus.",
"2. “Transfer payments” atau peralihan (bantuan) tunai dari Kerajaan ke rakyat.",
"Ditingkatkan dari RM5 bilion ke RM6.5 bilion. Lebih mencerminkan pendekatan BN dahulu yang memulakan konsep peralihan tunai ini melalui BR1M, bantuan musim tengkujuh, bantuan elaun petani, elaun nelayan, elaun imam, dan sebagainya.",
"Perinciannya boleh disemak sendiri dan seperti biasa, pelaksanaan akan menjadi cabaran sebenar. Tetapi asasnya, jumlah bantuan tunai kembali meningkat berbanding Belanjawan terdahulu. Bagus.",
"3. (yang kurang mendapat perhatian tetapi amat mustahak) MySTEP dan JanaKerja.",
"Isu asas ekonomi rakyat adalah kerja dan pendapatan. Dalam mana-mana ekonomi dan untuk mana-mana individu, tiada pengganti yang mampu menandingi situasi di mana ekonomi kita banyak pekerjaan dengan pendapatan tinggi. Itu juga aspirasi BN dahulu – ada projek untuk meningkatkan peluang pendapatan, ada aspirasi untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, tetapi di samping itu ada BR1M dan lain-lain.",
"Dalam hal ini, Belanjawan 2021 ada MySTEP (50 ribu kerja kontrak jangka pendek) termasuk guru sementara, jururawat, pegawai kebajikan masyarakat dan kerja di GLC. Ini bukanlah Job Bank yang saya harapkan secara total, tetapi sekurang-kurangnya ada kesediaan untuk Kerajaan menyediakan pekerjaan dan bukan hanya memberi insentif kepada swasta untuk ambil pekerja.",
"JanaKerja pula, MEMBERI SINAR HARAPAN yang lebih cerah. 500 ribu peluang pekerjaan termasuk peningkatan kemahiran dan latihan semula. RM3.7 bilion. Kalau congak, nilainya lebih kurang RM7 ribu seorang.",
"Saya belum pasti, adakah 3.7 bilion ini termasuk gaji yang dibayar oleh Kerajaan? Barangkali ya. Belum juga jelas kerja apa yang akan ditawarkan. Adakah dalam sektor-sektor tenaga hijau dan kemasyarakatan yang membawa kesejahteraan dan kualiti hidup komuniti? Belum juga jelas adakah skim latihan ini mesti disekalikan dengan peluang pekerjaan dan bukan hanya latihan kemudian kembali terdedah kepada pasaran kerja yang malap? Barangkali ya mesti disekalikan dengan tawaran kerja.",
"Jika benar andaian saya, ini mungkin bibit permulaan pembudayaan baharu di mana Kerajaan menjadi peserta aktif dalam pasaran kerja mengisi kelompongan sektor swasta dan bergerak ke aspirasi pengangguran sifar – suatu pembudayaan yang amat dialu-alukan. Setiap Belanjawan selepas ini wajar ada penambahan dan penambahbaikan kerana impian saya mahu RM20-30 bilion untuk skim ini, bukan 3.7 sahaja 🙂",
"Apapun, JanaKerja wajar menjadi antara fokus utama pelaksanaan Belanjawan 2021. Daripada 300+ bilion Bajet, RM3.7 bilion dan pendapatan untuk 500 ribu orang inilah boleh menjadi penentu sama ada Belanjawan berjaya atau tidak berjaya.",
"4. Subsidi upah.",
"Semua dah sedia maklum konsep ini yang saya mula tekankan pada bulan Mac. Wajar diteruskan di samping usaha lain menambah dan mempertahankan peluang pekerjaan yang ada.",
"—–",
"“OK”",
"1. Majlis Pekerjaan Negara.",
"Belum jelas apa skop Majlis ini. Jika ia bertindak aktif dan memfokus kepada perincian pelaksanaan MySTEP, JanaKerja yang fleksibel dan dinamik, OK. Jika ia ada KPI bulanan mengurangkan pengangguran, OK.",
"Jika hanya untuk hebah “kita ada Majlis Kerja”, tanpa KPI, tak OK. Kita beri sedikit masa dan husnuzon.",
"2. Pengeluaran Akaun 1 KWSP.",
"OK, tetapi sepertimana yang pernah saya sebut sebelum ini, lebih afdal Kerajaan yang beri duit dan bukan rakyat merisikokan simpanan sendiri.",
"Ya, dari segi moralnya ini “duit kita”. Jadi terpulang kepada masing-masing apa yang terbaik – dan Kerajaan telah membenarkan pengeluaran walaupun berbentuk bulanan dan hanya RM500 sebulan.",
"Cuma yang merisaukan, tempoh hari saya bertanya berapa sebenarnya simpanan Akaun 1 KWSP untuk rakyat yang memerlukan. Hari ini kita dikejutkan dengan berita bahawa 32% pencarum ada kurang RM1,000 dan 10% ada RM1,000- RM5,000 (bermakna hampir separuh tak sampai RM5 ribu pun).",
"Betapa rendahnya gaji kita selama ini, dan betapa ramai pencarum yang masuk keluar kerja (menganggur bersiri) sehingga begitu ramai yang tiada jumlah signifikan pun untuk bantuan sekarang apatah lagi persaraan.",
"Rumusan? Rasanya kalian dah tahu: Fokus pekerjaan dan gaji.",
"3. Bajet Kesihatan.",
"Ada pihak yang cuba menggambarkan belanja untuk kesihatan dipotong. Baca posting FB Menteri Kewangan untuk dapatkan gambaran sebenar – hakikatnya tiada pemotongan.",
"Saya bukan pakar dalam perincian apa yang diperlukan KKM jadi tiada keyakinan tinggi untuk mengulas, tetapi bagi saya alhamdulillah tiada pemotongan. Cuma, ada harapan untuk perbelanjaan kesihatan mental ditingkatkan lebih besar – apatah lagi dengan segala cabaran sosial dan ekonomi yang dihadapi sekarang.",
"—–",
"“KURANG MEMUASKAN”",
"1. Teknologi Hijau.",
"Kemelesetan ekonomi sedunia hari ini membuka peluang untuk penstrukturan semula.",
"Sebagai pelengkap kepada Job Bank atau jaminan kerja, Malaysia wajar membuka lembaran baharu dalam teknologi hijau bagi mewujudkan peluang pekerjaan di samping menyumbang kepada penyelesaian masalah krisis iklim.",
"Tidak nampak pengisian yang signifikan dalam Belanjawan kali ini selain membantu Sarawak dalam program bas awamnya menggunakan hydrogen fuel cells.",
"2. Mahasiswa.",
"Pihak universiti telah memperkenal sistem pembelajaran atas talian sejak pembukaan semester baharu. Kerajaan tidak mengumumkan langkah-langkah membantu mahasiswa seperti untuk komputer riba untuk membeli peranti elektronik atau bantuan lain seperti kad Prihatin Siswa, misalnya. Wajar disemak semula.",
"3. JASA",
"Bajet lebih RM80 juta menjadi pertikaian ramai pihak. Sukar untuk menjustifikasikannya. Penerangan dan komunikasi kepada rakyat berteraskan program dan libat urus komuniti sememangnya ada fungsi terutamanya di luar bandar. Ramai pegawai JASA sebelum ini melaksanakan tugasan itu sebelum diberhentikan dengan begitu mendadak. Tetapi jumlah 80 juta itu tampak jauh terlalu besar dan ada hujah mengapa tidak diperkasa sahaja atau ditambah pegawai untuk Jabatan Penerangan.",
"Tambahan lagi, jika ada yang kata ia untuk melaksanakan kerja-kerja politik kepartian, tak boleh guna duit Kerajaan. Tiada rakyat atas pagar boleh terima perkara ini. Ini hakikat zaman sekarang di mana menjuarai prinsip demokrasi dan ketelusan adalah kewajipan.",
"—-",
"Tiada yang sempurna. Pelaksanaan menjadi medan ujian. Moga segala maklum balas dari segenap pihak dikaji oleh Kerajaan dan sebarang pindaan dilaksanakan agar matlamat utama kita fasa ini yakni memanggil gencatan politik, melulus Belanjawan di samping kita menjunjung titah SPB YDPA, semuanya tercapai demi rakyat. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/11/04/hujahan-jawapan-balas-rasional-pengeluaran-akaun-1-kwsp/ | [
"WAKTU berbincang dan berdiskusi dengan Menteri Kewangan Ahad lalu, ada tiga alasan yang diberikan oleh YB Datuk Tengku Zafrul kesukaran untuk KWSP membenarkan pengeluaran wang pencarum daripada Akaun 1.",
"Antara hujahan Menteri dan jawapan balas saya adalah seperti berikut:",
"1. HUJAH PERTAMA MENTERI: Falsafah caruman adalah untuk simpanan hari tua. Jika dibenarkan maka pencarum berisiko untuk hadapi kesukaran di hari tua.",
"JAWAPAN BALAS SAYA: Ketika ini negara dan rakyat hadapi saat kesukaran luar biasa akibat Covid-19.",
"Lebih utama untuk kita bantu rakyat ketika mereka dalam kesukaran sekarang kerana belum tentu mereka berupaya untuk hadapi masa depan.",
"2. HUJAH KEDUA MENTERI: Dana KWSP yang dicarum rakyat hakikatnya dilaburkan dalam bentuk ekuiti dan pelbagai bentuk pelaburan yang membantu pembiayaan dan penjanaan dana-dana domestik kerajaan bagi tujuan pembangunan.",
"Melalui pelaburan inilah kerajaan dapat menjana keuntungan yang dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk tunai dan dividen.",
"JAWAPAN BALAS SAYA: Secara umumnya implikasi pengeluaran Akaun 1 jika dibenarkan pada kadar maksimum RM10,000, lebih kurang RM40-50 billion.",
"Jika dibandingkan lebih RM800 bilion dana keseluruhan dana KWSP, maka sudah tentu keutamaan ketika ini untuk membantu rakyat yang sedang hadapi kecemasan dan kesukaran.",
"Lagipun, ia dapat membantu meningkatkan aliran tunai rakyat. Atau dengan kata lain rakyat akan memperolehi lebihan tunai di tangan untuk dibelanjakan.",
"Apabila rakyat yang susah mula berbelanja, sebagai contoh membeli barangan keperluan harian ataupun pampers anak di kedai-kedai serbaneka, dengan sendirinya perpindahan wang dari tangan ke tangan akan mewujudkan kesan aliran tunai positif dalam ekonomi dan multiplier effect atau kesan gandaan yang akan merancak pertumbuhan ekonomi yang lembab akibat perniagaan yang tidak beroperasi akibat keupayaan tunai rakyat terbatas musim Covid-19.",
"3. HUJAH KETIGA MENTERI: Kebenaran pengeluaran Akaun 1 juga bermakna kerajaan terpaksa mencairkan pelaburan yang memberi pulangan dan keuntungan jangka panjang kepada negara dan rakyat. Bukan mudah nak cairkan pelaburan sekaligus.",
"JAWAPAN BALAS SAYA: Semakan pada Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP mendapati hampir 54% dana pencarum dilaburkan di instrument pendapatan tetap (bon Kerajaan dan lain-lain), 36% dana pencarum di perlaburan saham ekuiti, 4% di pasaran wang (money market) dan 6% dalam bentuk Hartanah dan Infrastruktur.",
"KWSP boleh mencairkan sebahagian daripada aset-aset khususnya pedapatan tetap dan saham ekuiti secara aktif, berhati-hati dan berjadual untuk menjana tunai yang diperlukan bagi program Pengeluaran Akaun 1 ini.",
"Langkah ini mungkin akan menjejaskan sasaran purata pulangan tahunan dividen KWSP kepada ahli yang mencarum, khususnya yang tidak terjejas oleh COVID-19. Namun, dengan pemulihan segara ekonomi negara, KWSP boleh menjana kembali pendapatan yang terjejas ini. Malahan, boleh dicapai dengan bantuan sokongan Kerajaan melalui peluang-peluang perniagaan lumayan di masa hadapan.",
"KWSP juga boleh kemukakan pelbagai syarat contohnya kebenaran pengeluaran secara bersasar bagi mereka hadapi kecemasan atau kesusahan seperti kehilangan pekerjaan atau alami pemotongan gaji berdasarkan rekod KWSP dan LHDN.",
"Malahan pengeluaran juga digalakkan secara beransur-ansur (contohnya RM1k sebulan selama 5-10 bulan).",
"Mudah-mudahan ada solusi dan maklumbalas positif hari Jumaat nanti beserta dengan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Memorandum Suara Rakyat Untuk Belanjawan Negara 2021. – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia",
"#PemudaBantuRakyat\n#PemudaJurubicaraRakyat\n#DemiRakyat\n#Bajet2021\n#Covid19\n#PemudaTerasKebangkitan\n#SokongPengeluaranAkaun1KWSP"
] |
https://umno-online.my/2020/11/03/bajet-selangor-2021-sepatutnya-tumpu-kepada-bantuan-covid-19/ | [
"SAYA telah meneliti Bajet Selangor 2021 bersama ADUN-ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) BN (Barisan Nasional) kelmarin.",
"Setelah menelaah setiap mukasurat ucapan bajet MB (Menteri Besar) Selangor tersebut, apa yang jelas ialah Bajet Selangor 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor pada Jumaat lepas bukanlah Bajet untuk membantu rakyat mengharungi krisis COVID-19.",
"Malah Bajet Selangor 2021 ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan Bajet Selangor seperti tahun lepas dari segi jumlah perbelanjaan, kutipan cukai dan apa yang dibelanjakan dengan hanya sedikit perubahan.",
"Dalam Bajet ini, tidak ada banyak (atau tiada langsung) dibincang tentang bantuan rakyat dalam menghadapi kesempitan hidup semasa krisis COVID-19 ini.",
"Ia seolah Bajet 2021 Selangor ini dibuat secara malas oleh MB Selangor yang hanya “cut-and-paste” dan ubah sedikit dari tahun lalu tanpa mengambil kira situasi pada tahun ini dan tahun hadapan yang berbeza iaitu dengan masalah ekonomi rakyat akibat krisis COVID-19.",
"……..",
"Tahun lepas kerajaan negeri telah memperuntukkan RM240 juta untuk program bekalan air negeri Selangor.",
"Namun selepas lebih RM200 juta ini dibelanjakan, masalah air di Selangor masih lagi kerap berlaku tahun ini.",
"Tahun ini untuk Bajet 2021, jumlah yang seakan sama iaitu RM200 juta lagi diperuntukkan untuk program bekalan air, namun penyelesaian masalah air di Selangor masih tidak nampak penghujungnya.",
"Tahun lepas kerajaan negeri telah memperuntukkan setengah juta ringgit untuk program rakan sungai, namun sungai masih tercemar.",
"Tahun ini satu juta ringgit diperuntukkan, namun di manakah impak peruntukan berjuta ringgit ini bila pencemaran sungai semakin berleluasa.",
"Pada tahun lepas kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet untuk pemasangan 5,000 CCTV di Selangor.",
"Tahun ini bajet diperuntukkan untuk program digitalisasi Selangor pula.",
"Apa telah jadi kepada pemasangan 5,000 CCTV ini dan berapakah jumlah kontrak yang dibelanjakan? Dan syarikat atau vendor mana yang dapat kontrak ini?",
"Mungkin lebih baik kerajaan negeri pasang sebahagian daripada 5,000 CCTV tersebut di kawasan hot spot sungai untuk mencegah pencemaran.",
"……..",
"Berjuta-juta ringgit juga diperuntukkan untuk projek-projek seperti pembinaan atau ubahsuai stadium, expo kapal terbang dan sebagainya.",
"Di kala krisis COVID ini, projek-projek dan program-program ini sepatutnya boleh ditangguhkan dahulu dan peruntukan-peruntukan ini boleh digantikan dengan bantuan terus kepada rakyat.",
"Contohnya, daripada belanja RM2 juta ringgit untuk expo kapal terbang di Selangor, mungkin lebih baik jumlah ini kini digunakan untuk menaikkan elaun pegawai-pegawai masjid seperti bilal dan siak yang tidak seberapa kepada RM250-RM300 sebulan melalui Lembaga Zakat Selangor.",
"…….",
"Selangor merupakan negeri yang paling banyak cukai dikenakan di Malaysia.",
"Rakyat Selangor membayar cukai negeri yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.",
"Dalam tempoh 12 tahun kerajaan PH/PKR memerintah Selangor kutipan cukai berkaitan hartanah telah naik 300 peratus dan sebanyak lebih 90 cukai perniagaan baru telah diperkenalkan.",
"Untuk mengurangkan beban kewangan rakyat pada ketika krisis COVID ini, adalah lebih baik jika kerajaan negeri mengambil langkah pengecualian cukai atau moratorium ke atas cukai-cukai tanah dan cukai pintu untuk aset-aset rakyat yang bukan aset mewah.",
"Pengecualian atau moratorium lesen perniagaan juga boleh dibuat ke atas peniaga-peniaga kecil dan tapak-tapak pasar malam untuk membantu rakyat berniaga.",
"Dan ketika krisis ini, pihak-pihak berkuasa tempatan boleh memberikan kelonggaran ke atas peniaga-peniaga kecil yang mahu berniaga untuk mencari rezeki i.e. (contohnya) buat sementara waktu ini janganlah diroboh gerai-gerai burger atau nasi lemak dan gerai kuih yang mana peniaga-peniaga ini yang di antara mereka baru kehilangan pekerjaan dan ingin mencuba berniaga kecil-kecilan untuk mencari sesuap nasi di kala kesempitan ekonomi kini.",
"Dan sewa-sewa rumah PPR (projek perumahan rakyat) di Selangor untuk rakyat miskin dan sederhana mungkin boleh diberikan moratorium juga pada ketika ini untuk membantu meringankan beban sara hidup mereka pada ketika ini.",
"Moratorium atau pengecualian cukai, lesen dan sewa ini tentunya akan mengambil lebih RM500 juta dari pendapatan kerajaan negeri.",
"Namun pada ketika krisis ini, kerajaan negeri boleh menggunakan rizab tunai kerajaan yang berjumlah RM2 billion untuk menampung pengecualian atau moratorium cukai, lesen dan sewa untuk rakyat Selangor kini.",
"Kebanyakan daripada rizab ini datangnya dari sumbangan kerajaan Persekutuan BN setiap tahun dahulu melalui dana pembaikan jalan (MARRIS) sebanyak beratus juta setahun kepada kerajaan negeri yang tidak digunakan sepenuhnya.",
"Bila lagi hendak digunakan rizab ini jika tidak di masa krisis seperti kini?",
"…….",
"Saya lihat kebanyakan daripada Bajet Selangor 2021 adalah untuk perbelanjaan projek dan program oleh kerajaan dan hanya segelintir sehaja diperuntukan untuk bantuan terus kepada rakyat.",
"Pada ketika krisis ekonomi dan COVID-19 ini, ini tidak sepatutnya.",
"Sepatutnya kerajaan menumpukan perbelanjaan kepada bantuan terus kepada rakyat dan bukan fokus kepada projek-projek jangkamasa panjang yang hanya menguntungkan beberapa pihak.",
"ISHAM JALIL\n3 November 2020"
] |
https://umno-online.my/2020/11/02/job-bank-untuk-reset-dan-revolusi-ekonomi/ | [
"Ramai yang memberi cadangan untuk Belanjawan 2021.",
"Bagi saya, masih banyak idea bersifat “short term”. Tindakan jangka pendek memang ada meritnya – untuk melegakan kesakitan rakyat buat sementara waktu.",
"Tetapi seperti mengubati sakit, kita perlu melihat puncanya sendiri lantas mencari penawar disamping ubat tahan sakit jangka pendek “Panadol” atau “plaster” yang berfungsi hanya untuk beberapa ketika.",
"Antara penyakit asas ekonomi sekarang adalah pekerjaan (yakni pengangguran).",
"800 ribu menganggur. 300-500 ribu lagi anak muda yang tamat pengajian bakal memasuki pasaran pekerjaan dalam masa terdekat.",
"Apa yang boleh dilaksana?\n\nProgram subsidi upah yang saya cadangkan pada Mac tempoh hari wajar dilanjutkan. Alhamdulillah, dilaporkan itu antara pengisian Memorandum dari Pemuda UMNO Malaysia. Semoga mendapat perhatian Kerajaan.",
"Tetapi disaat aktiviti ekonomi masih meleset dan majikan lebih sanggup memberhentikan pekerja daripada membayar gaji walaupun disubsidi, apa yang boleh dibuat?",
"Potongan cukai? Syarikat masih sanggup berhentikan pekerja. Banyak syarikat tiada untung pun untuk hendak bayar cukai.",
"Insentif untuk ambil pekerja? Syarikat masih sanggup tak ambil pekerja baru langsung.",
"Insentif untuk pelaburan? Pelaburan satu dunia menurun. Banyak syarikat dalam “survival mode”, bukan “expansion mode”. Dan bila mahu “expansion” pun, ia tidak akan berlaku sekelip mata.",
"Sekali lagi saya ingin mencadangkan skim jaminan pekerjaan atau Federal Job Guarantee Scheme/Job Bank.",
"Yakni, Kerajaan membelanjakan sejumlah kewangan untuk mengambil lebihan bekalan buruh (idle labour supply) dan menggajikan mereka untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti membina model ekonomi dan masyarakat yang kita mahukan.",
"Contoh?\n1. Infra. Berapa banyak sekolah yang perlu baikpulih asas untuk menceriakan persekitaran pembelajaran? Kerja baik pulih sekolah-sekolah dan taman-taman permainan di serata negara.",
"2. Kasih dan teman. Mengapa hanya pesakit T20 mampu bayar untuk jururawat swasta manakala B40 terpaksa bergantung kepada ahli keluarga yang mungkin terpaksa berhenti kerja? Berapa kali kami orang UMNO dan pengamal politik nampak perkara ini depan mata kita di PRK atau di kawasan masing-masing? Kerajaan latih dan sediakan tenaga buruh untuk menjaga golongan sakit dan tua di rumah masing-masing.\n\n3. Alam sekitar. NGO-NGO perlu lebih banyak tenaga kerja untuk pembersihan pantai? Kerajaan sediakan “individu-individu” tersebut.",
"4. Digitalisasi. Berapa banyak perpustakaan hatta agensi Kerajaan di negara ini yang masih menggunakan sistem pemfailan manual? Bayangkan dengan tenaga kerja untuk mendigitalisasi dokumen-dokumen tertentu – baik dari segi indexing mahupun mendigitalisasi peta (contoh ini saya cilok dari buku The Deficit Myth yang wajar dibaca semua).",
"5. Penterjemahan. Berapa banyak karya dan ilmu yang wajar diterjemahkan kepada Bahasa Kebangsaan? Berapa banyak karya dan ilmu yang wajar diterjemahkan daripada Bahasa Kebangsaan kepada Bahasa Inggeris supaya mendapat capaian lebih luas? Berapa ramai pakar penterjemah di Institut Penterjemah dan Buku Malaysia (ITBM) yang kerjanya akan dipermudah dan dipercepat andai mendapat draf kasar dari saya atau anda?",
"6. Pendidikan. Mungkin tiada keperluan mendesak menambah guru. Tetapi berapa kali kita dengar keluhan tenaga pengajar bahawa mereka dibebani tugasan kertas kerja atau “administrative tasks”? Kerajaan sediakan tenaga kerja pembantu guru di seluruh negara.",
"7. Kesihatan mental. Isu ini sering tidak mendapat perhatian mungkin kerana budaya kita, tetapi statistic menunjukkan masalah kemurungan, keseorangan dan pelbagai cabaran psikologi lain semakin menular di dalam sistem kapitalisme moden. Ada NGO yang membantu seperti Befrienders dan sebagainya – saya yakin mereka tidak akan menolak tambahan tenaga kerja terlatih dan bergaji untuk membina rangkaian yang lebih luas seandainya kadang-kala ada orang yang hanya mahu seseorang mendengar masalahnya tanpa diadili.",
"Contoh-contoh ini belum termasuk yang lebih “berkelayakan” seperti tenaga kerja menyumbang kepada kepakaran teknologi hijau dan sebagainya.",
"Contoh diatas hanya segelintir dari contoh aktiviti ekonomi yang mudah, tidak memerlukan kepakaran mendalam (melainkan mungkin latihan asas) dan berunsur kemasyarakatan atau “social good” bukan bermotifkan keuntungan swasta atau “private good”.",
"Maka ia juga contoh-contoh aktiviti ekonomi yang lazimnya tidak akan terlaksana melalui kebergantungan kepada sektor swasta. Tiada syarikat yang akan secara relanya membelanjakan untuk bersihkan pantai atau mendigitalisasi buku kecuali jika diberi kontrak oleh Kerajaan – “pasaran” swasta tidak akan membeli aktiviti ekonomi yang berunsur “social good” ini.",
"Saya atau anda tidak akan bayar untuk tenaga pembantu guru atau penterjemah buku orang lain yang tiada kena mengena dengan kita. Saya yakin anda yang membaca pun boleh memikirkan contoh lain.",
"Jadi, adakah kita hendak terus dengan situasi sekarang, atau kita mahu menyelam sambil minum air: selesaikan pengangguran disamping membina masyarakat yang lebih murni, moden, hijau, penyayang?",
"Mantranya: sesiapa yang mahu kerja, akan dapat tawaran kerja. Mungkin sesuatu kerja itu untuk beberapa minggu atau bulan, kemudian ditawarkan kerja lain. Mungkin kerja itu tidak “glamour” tetapi tidak juga “merbahaya”. Mungkin kemahiran kerja itu tidak yang dipelajari di universiti, tetapi zaman sudah berubah dan tiada ruginya membina kemahiran lain untuk kemandirian yang syumul.",
"",
"Tambahan lagi, lebih mudah mendapat kerja “glamour” swasta tersebut kelak jika dalam “CV” ada pengalaman kerja dan bukan sebaliknya kelompongan menganggur (majikan lebih rela mengambil pekerja yang tidak menganggur terlalu lama).",
"Bila pasaran kerja swasta telah pulih, maka sesiapa sahaja boleh cuba melaksana transisi kepada pekerjaan yang mereka mahukan.",
"Itulah idea “job bank” yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan negeri dan badan-badan bukan Kerajaan yang juga boleh mengelolakan.",
"Dari manakah Kerajaan hendak dapatkan duit untuk belanja? Saya akan kongsi dalam posting seterusnya.",
"Berapa anggaran kos? Bayangkan jika secara purata, tenaga kerja di bawah skim ini dibayar RM1,500 sebulan. Andaikan maksimum 1 juta orang mengambil skim ini. RM 1.5 bilion sebulan = RM 18 bilion setahun.",
"Ya, banyak, tetapi tidaklah terlalu besar sehingga di luar imaginasi dan kreativiti Kerajaan. Jika boleh belanja berbilion untuk perkara lain, mengapa tidak untuk satu revolusi pasaran kerja yang menangani beberapa masalah dengan “direct” bukan secara segan-segan dan tidak langsung?",
"Tambahan lagi, pengangguran bukan “percuma” untuk Kerajaan. Tetap ada kos. Baik dari segi perbelanjaan tunai dan kebajikan oleh agensi-agensi Kerajaan atau dari segi kos sosial tidak langsung yang mungkin lebih besar dari RM18 bilion.",
"Berapa orang murung, berapa bunuh diri, berapa perceraian, berapa keluarga musnah dan berapa banyak kes jenayah yang berpunca dari pengangguran serta tekanan pendapatan?",
"Saya mengharapkan dalam Belanjawan 2021 ada inisiatif seperti ini. Covid-19 telah memusnahkan banyak andaian ekonomi kita. Selagi sektor swasta menghadapi kesusahan demi kesusahan, janganlah kita terus terikat kepada ideologi pasaran kapitalisme bebas. Pada saat inilah sektor awam perlu melindungi keadaan ekonomi.",
"Jika Kerajaan seperti Amerika Syarikat, UK, dan Eropah yang antaranya mempunyai tradisi kapitalisme jauh lebih lama dan mendalam dari Malaysia pun boleh berbelanja berbilion malah trilion, saya yakin kita mempunyai kebolehan serupa.",
"Jangan plaster sahaja. Revolusikan ekonomi Malaysia.\n",
"Oleh: SHAHRIL SUFIAN HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/11/02/ancaman-covid-19-di-sabah/ | [
"SABAH merupakan negeri yang paling teruk berhadapan gelombang baharu ancaman Covid-19 yang bermula awal September lalu dan mungkin memerlukan penilaian semula mengenai kaedah dan cara menguruskannya.",
"Sehingga 30 Oktober 2020, jumlah mereka yang positif Covid-19 di Sabah ialah 14,519 orang. Ini merangkumi hampir separuh daripada jangkitan Covid-19 di seluruh negara.",
"Jumlah pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di seluruh negara pada masa kini ialah sekitar 10,000 orang. Yang membimbangkan hampir 80 peratus mereka berada di Sabah. Pada masa ini jumlah pesakit yang masih dirawat dan dikuarantin di Sabah ialah sekitar 8,233 orang.",
"Jumlah kematian di Sabah juga yang tertinggi iaitu 114 orang (setakat 30 Oktober 2020). Ini merangkumi hampir 45 peratus daripada jumlah kematian akibat pandemik ini di seluruh negara (249 orang).\n\nWalaupun kadar sembuh agak tinggi dan jumlah kematian berbanding jangkitan hanya 0.85 peratus, namun kesukaran mematikan rantaian itu harus diteliti dan diperhatikan secara serius.",
"Jika keadaan ini berterusan kita mungkin tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang mencukupi untuk merawat pesakit Covid-19 di Sabah.Penularan pandemik Covid-19 di Sabah agak unik berbanding negeri lain kerana terdapat asas untuk mengaitkannya dengan isu keselamatan sempadan negara.",
"Dalam keadaan kita berjaya mengawal kemasukan pendatang tanpa izin ke Semenanjung dan Sarawak, hal yang sama tidak berlaku di Sabah.",
"Pendatang tanpa izin",
"Sempadan laut pantai timur Sabah yang panjang dan jarak yang dekat dengan beberapa pulau Filipina dan Indonesia menyukarkan kawalan dibuat oleh pihak keselamatan.",
"Dengan jarak sekitar kurang 10 batu nautika (19 kilometer) di antara wilayah laut Malaysia dengan wilayah kepulauan negara Filipina seperti Pulau Tawi-Tawi dan Sibutu, ia menjadikan pantai timur Sabah mudah dicerobohi.Pada 2013, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah ditubuhkan. Pada 2014 pula, ESSCOM telah disusun dan distruktur semula dalam usaha untuk memperkasa peranan dan fungsinya melalui Arahan Eksekutif, Arahan No.1.",
"Pelbagai agensi keselamatan merangkumi puluhan ribu anggota ditempatkan di pantai timur Sabah membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).\n\nIni semua dilakukan oleh kerajaan bagi mengawal keselamatan negara dan juga penduduk Sabah.",
"Namun kita akan sentiasa berhadapan dengan ancaman luar selagi sebahagian penduduk Sabah sendiri mengambil sikap tidak apa, lepas tangan dan memejam sebelah mata terhadap kemasukan pendatang tanpa izin yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan persahabatan.",
"Dulu senario ini mungkin dianggap biasa dan boleh dipejam sebelah mata oleh penduduk setempat kerana tidak dianggap sebagai ancaman keselamatan.",
"Justeru, sudah tiba masanya penduduk Sabah menolak kunjungan secara senyap oleh rakan dan keluarga dari Indonesia dan Filipina tanpa melalui pintu masuk yang sah.",
"Sudah tiba masanya juga mereka yang mengetahui mengenai kemasukan warga asing tanpa izin melaporkan segera kepada pihak berkuasa walaupun ia mungkin membabitkan jiran dan kenalan tempatan. Sudah tiba masanya rakyat terutama penduduk di pantai timur Sabah membantu pihak keselamatan mengawal pintu masuk negara secara haram dengan memberi maklumat yang cepat terhadap sebarang kemasukan tanpa izin warga asing. Jangan harap kerajaan sahaja jaga kita. Kita juga mesti jaga kita.",
"AB JALIL BACKER\nPresiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)\nSUMBER: sinarharian"
] |
https://umno-online.my/2020/10/30/pru-15-segera-persiap-prosedur-baharu-dan-muhasabah-orang-politik/ | [
"Antara intipati kenyataan dari Presiden UMNO setelah Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi semalam adalah berkenaan kebarangkalian kita menghadapi PRU15 setelah penularan Covid-19 berada di tahap minimum.",
"Buat masa sekarang dan baki 2020 ini, UMNO sedar rakyat tidak mahu PRU tergesa-gesa, SPB YDPA telah menggambarkan dalam titah Baginda bahawa ketegangan politik perlu dikendurkan dalam pada negara menghadapi gelombang ketiga Covid.",
"Tetapi setelah ancaman Covid diredakan, dan andaikata situasi politik masih tidak stabil dengan majoriti yang terlalu tipis, maka mengembalikan mandat kepada rakyat wajar menjadi pilihan yang dipertimbang.",
"Cuma, kita tidak boleh hanya memberi gesaan tersebut tanpa memikirkan kaedah bagaimana boleh menjalankan pilihanraya dengan selamat, mengambil iktibar dari pengalaman kita di Sabah tempoh hari.",
"Antara perkara yang wajar diperhalusi oleh SPR dan pihak Kerajaan:",
"1. SOP yang jelas, ketat dan memberi keyakinan kepada rakyat dan petugas parti.",
"SOP perlu jelas dan tidak berubah-ubah dalam tempoh kempen. Contohnya, tentukan sahaja bahawa tiada ceramah dan rapat umum dibenarkan.",
"Elakkan tafsiran masing-masing berkenaan jumlah orang dibenarkan hadir yang mungkin berbeza dan akhirnya mengundang masalah. Acap kali kita melihat mungkin kawasan ceramah itu ada penjarakan (itupun tak semua) tetapi yang berhimpun di luar dewan atau khemah pula terlalu ramai dan sukar dikawal.",
"Contoh lain, jika ziarah rumah tidak dibenarkan, sebut sahaja tidak dibenarkan – lantas mengelak terus syarat 3 orang, 4 orang dan sebagainya yang memang sukar dipantau. Mana mungkin pemantau mengikuti lawatan ke setiap rumah di setiap kawasan.",
"Apapun prosedur yang diputuskan, penguatkuasaan SOP ini juga mesti adil, saksama tanpa kira darjat atau parti. Pegawai penguatkuasa juga mesti dipastikan memadai.",
"2. Perluas undi pos",
"Hak mengundi melalui undi pos wajar diperluas kepada seberapa ramai orang yang mampu, terutamanya pengundi luar kawasan dan pengundi berumur seperti warga emas yang menghadapi risiko lebih tinggi dari sebarang jangkitan Covid.",
"Tiada sebab mengapa perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ada kemahuan politik. Di Amerika Syarikat sendiri sudah lebih 80 juta pengundi yang telahpun mengundi dalam pemilihan Presiden mereka, dan ramai di kalangan itu adalah undi pos. Mengapa tidak Malaysia?",
"Jika ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipinda sejajar normal baharu, pinda-lah. Jika perlu lebih banyak sumber dan bantuan mengurus undi pos, persiapkan-lah. Jika bajet yang akan diperlukan SPR atau pihak polis jauh lebih tinggi, bentangkan dalam Belanjawan 2021.",
"3. Tambah saluran dan tempoh mengundi",
"Barangkali masih ada yang mahu mengundi secara manual. Ini hak pengundi tetapi perubahan prosedur wajar dilaksanakan bagi mengelak kesesakan di tempat mengundi.",
"Sama ada menambah peti undi, saluran, atau jumlah hari mengundi (yakni undi awal dibenarkan sehingga hari akhir) – segalanya perlu dipertimbang agar keselamatan pengundi dan pegawai petugas pilihanraya terjaga.",
"—-",
"TANGGUNGJAWAB AHLI POLITIK",
"Tanggungjawab melaksanakan sebarang pilihanraya dengan selamat bukan hanya terletak atas bahu SPR atau Kerajaan. Pengamal politik juga ada peranan. Ada yang masih berkeras bahawa ahli politik tidak bersalah atas gelombang Covid-19 ekoran PRN Sabah.",
"Tetapi sebagai seorang yang telah pun dijangkiti Covid dan menginsafi pengalaman kempen yang saya sendiri terbabit, bagi saya tak perlu nafikan bahawa wujud kekurangan dari pihak parti-parti politik termasuk UMNO sendiri yang menyumbang kepada apa yang berlaku sekarang.",
"Ya, mungkin ada faktor lain membawa kepada gelombang ketiga, tetapi pengamal politik wajar mengakui dan menginsafi bahawa kami juga ada tanggungjawab atas apa yang telah berlaku. Sebelum menyalahkan orang lain, eloklah melihat diri kita sendiri terlebih dahulu.",
"Maka, disamping pengamal politik bercakap tentang kemungkinan PRU, kami juga wajar muhasabah untuk belajar dari kesilapan baru-baru ini. Jika SOP telah ditetapkan nanti, pakat-pakat ikutlah. Kami wajar mengelak nafsu melihat sesuatu melalui lensa yang menguntungkan politik semata-mata melebihi kebertangunggjawaban sosial sesuai dengan aspirasi menjadi pemimpin.",
"Sama ada PRU ini awal atau tidak, bergantung kepada situasi dan akhirnya ketentuan Allah swt. Sekali lagi, ini bukan perkara utama sekarang – yang penting, Covid, ekonomi dan Belanjawan. Tetapi tiada ruginya Malaysia membuat persediaan awal supaya kita ada ruang pilihan yang luas jika perlu digunakan.",
"SHAHRIL HAMDAN\nKETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA"
] |
https://umno-online.my/2020/10/26/titah-agong-terjemah-prinsip-raja-berperlembagaan-umno-bukan-punca-kemelut-politik/ | [
"Saya menjunjung kasih atas keprihatinan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang telah menzahirkan pendirian tentang betapa pentingnya untuk menghormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda supaya dapat mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, serta menegaskan pentingya prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan dalam pentadbiran negara.",
"Ini menunjukkan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu dalam membantu menguruskan masalah politik yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu. Raja-Raja Melayu masih berpegang kepada prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.\n\nMelalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah menitahkan supaya ahli-ahli politik menghentikan politicking (permainan politik) yang boleh mengganggu kestabilan negara malah menyatakan kerajaan sedia ada telah berjaya dalam usaha mengatasi wabak covid-19 yang telah berlarutan sejak Februari yang lalu, walaupun tidak bersetuju dengan cadangan kabinet yang memohon untuk melaksanakan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak covid-19 dari terus merebak.",
"Saya percaya, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah melihat melalui tilik pandang dengan penuh teliti dan menyimpulkan kemelut yang berlaku sebenarnya permainan politik.\n\nJusteru Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga telah menasihatkan supaya ahli-ahli parlimen melihat Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di parlimen adalah suatu yang sangat penting kepada rakyat dalam menangani wabak covid-19 dan memulihkan ekonomi negara, termasuklah peruntukan kewangan yang diperlukan oleh barisan hadapan yang sedang menjalankan tugas.",
"Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan, tanpa mengira latar belakang masing-masing perlu mentaati nasihat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang merupakan kuasa tertingi negara. Maka tidak wajar untuk sebarang tindakan menuntut pilihan raya ataupun undi tidak percaya di parlimen dalam masa terdekat.",
"Saya berpendapat kemelut politik yang sedang berlaku ialah kebimbangan YAB Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ekoran peristiwa YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang) mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, pada September yang lalu dan pertemuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong susulan kenyataan YB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang tidak dapat menghalang ahli parlimen UMNO yang menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim.",
"",
"YAB Tan Sri Muhyidin Yasin telah dilantik sebagai Perdana Menteri setelah disokong oleh ahli-ahli parlimen UMNO/BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak, selain ahli-ahli parlimen PPBM, penyokong Dato’ Seri Azmin Ali (dalam PKR) dan ahli-ahli parlimen UMNO yang melompat parti.",
"Kalau dilihat secara menyeluruh, komposisi yang paling besar menyokong Perdana Menteri adalah dari blok UMNO/BN. Namun, kedudukan ahli kabinet yang dilantik tidak menggambarkan kehadiran ‘muka’ UMNO dalam kerajaan kerana hanya seorang Naib Presiden dari kalangan pimpinan tertinggi (Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden) parti yang dilantik. Penjawat jawatan ini telah dipilih oleh ahli ketika parti tidak menjadi kerajaan.",
"Oleh itu, parti tidak dapat menterjemahkan hasrat dan pandangannya dalam kerajaan, apatahlagi untuk mempertahankan kerajaan, berbanding dengan pimpinan parti-parti lain yang menganggotai kerajaan. Selain dari itu, peristiwa yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang dikatakan “UMNO/BN telah dibuli” oleh Perikatan Nasional juga telah memanaskan lagi kemelut politik ini, di samping kerjasama ikhlas yang tidak bertulis telah menyebabkan UMNO telah tersingkir dari memimpin Kerajaan Negeri Sabah.",
"Oleh itu, kemelut ini tidak boleh dilihat hanya UMNO sahaja seolah-olah menjadi puncanya. Keikhlasan UMNO memberikan 11 “kerusi lompat” kepada PPBM adalah bukti UMNO sedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional.",
"Saya melihat, tuntutan utama UMNO hanya dua sahaja, pertama; semua bentuk kerjasama UMNO/BN dan PPBM/PN hendaklah ditulis dengan nyata supaya boleh dijadikan panduan oleh keduanya, dan kedua; melihat semula anggota kabinet supaya kahadiran UMNO itu melambangkan kerjasama yang kuat dalam kerajaan.",
"Bagi saya, kemelut politik ini hanya boleh diselesaikan oleh YAB Perdana Menteri sahaja, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional. YAB Perdana Menteri sewajarnya menunjukkan sikap berjiwa besar di sebalik panggilan manja “abah” yang membawa pengertian seorang bapa yang penyayang.",
"Saya yakin dan percaya kepimpinan tertinggi UMNO tidak akan sekali-kali lari dari landasan untuk menyokong kerajaan tanpa Dap.",
"\nDATUK MD. JAIS SARDAY\nKetua UMNO Bahagian Kluang, Johor"
] |
https://umno-online.my/2020/10/25/isytihar-darurat-gantung-parlimen-masih-ada-pilihan-lain-najib/ | [
"Pilihan bukan hanya antara isytihar darurat untuk melawan Covid dengan bubar DUN untuk PRU15.",
"Masih ada pilihan dan cara lain.",
"Mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen perlu menjadi pilihan terakhir.",
"Jika kebimbangan ialah bajet 2021 tidak lulus sehingga kerajaan PN tertumbang maka PN perlu berunding dan berbincang dengan semua pihak agar bajet tidak dibantah.",
"Lagipun saya percaya tiada ahli parlimen mahu membantah bajet yang dirangka untuk bendung Covid, pulihkan ekonomi dan bantu rakyat pada ketika negara amat memerlukannya.",
"Sebab ianya hanya akan mengundang kemarahan pengundi terhadap ahli parlimen yang tak sokong – sebagaimana yang berlaku pada RUU bajet tambahan Covid yang diluluskan dalam parlimen pada bulan Ogos lalu.",
"Begitu juga dengan mana-mana ahli politik atau parti yang memaksa PRU15 berlangsung pada ketika gelombang ketiga Covid masih belum dibendung. Rakyat sudah tentu akan hukum mereka semasa mengundi.",
"Jika bimbang pilihanraya kecil Batu Sapi, semua pihak lawan perlu umum tidak bertanding dalam PRK Batu Sapi dan biarlah Warisan kekalkan kerusi tersebut. Kita tak mahu gelombang keempat. Utamakan rakyat.",
"Jika bimbang pilihan negeri Sarawak terpaksa diadakan, kita masih ada masa. Terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan Sarawak tunggu sehingga bulan Jun 2021 untuk bubarkan DUN supaya pilihan raya negeri dilaksanakan pada Ogos 2021 – iaitu hampir 10 bulan kemudian.",
"Kita perlu ingat bahawa negara sebenarnya menghadapi dua peperangan. Perang melawan Covid dan perang melawan kesan ekonomi yang semakin merudum dan menghimpit rakyat.",
"Dari segi ekonomi, kita perlu sedar bahawa langkah mengisytiharkan darurat, menggantung perlembagaan dan menggantung demokrasi yang menjejaskan “checks and balances” akan menghantar mesej yang salah kepada pelabur.",
"Jangan kita menang lawan Covid tetapi ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat dikorbankan.",
"Kita perlu menang kedua-dua perang ini.",
"Dari segi undang-undang sedia ada untuk melawan Covid, kita sudah cukup dan memadai.",
"Kita sudah ada undang-undang yang boleh mengarahkan seluruh negara menjalani PKP yang amat ketat sebagaimana bulan Mac lalu.",
"Dan jika tetap mahu isytiharkan darurat, akta MKN yang diluluskan masa BN membenarkan darurat diisytiharkan untuk kawasan-kawasan tersasar sahaja dan bukan untuk seluruh negara. ia lebih tertumpu dan bantuan juga dapat digerakkan secara tertumpu.",
"Dari segi politik, saya juga bimbang bahawa langkah untuk mengisytiharkan darurat seluruh negara akan menghantar mesej yang salah kepada pengundi bahawa kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang rapuh, rakus kuasa dan pentingkan diri sahaja.",
"Saya bimbang persepsi ini akhirnya menjadi langkah memakan diri PN.",
"Ramai rakyat kurang senang dengan pemerintah yang dianggap rakus kuasa dan hanya mahu kekalkan kuasa sendiri dengan mengorbankan rakyat.",
"Jika darurat diisytiharkan, sentimen rakyat terhadap pemerintah mungkin berubah menjadi negatif dan pengundi akan mula pertikaikan setiap keputusan pemerintah selepas itu. Kita sudah nampak sentimen ini memuncak pada ketika ini.",
"Dan jika ekonomi bertambah parah pada masa terdekat, mereka akan salahkan PN sebab isytiharkan darurat.",
"Akibatnya, pengundi akan tunggu masa untuk menghukum pemerintah pada PRU mendatang.",
"UMNO dan BN kini berada dalam kerajaan PN dan kita juga akan terkait, terkesan dan disalahkan dalam keputusan darurat ini.",
"Sebab itu, langkah untuk mengisytiharkan darurat perlulah menjadi pilihan terakhir.",
"Bagaimanapun, saya harap semua Rakyat akan hormat dan menyokong sebarang keputusan YDP Agong dan Raja-Raja Melayu untuk memelihara kesihatan, keselamatan dan kelangsungan ekonomi. – UMNO ONLINE",
"Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2020/10/24/darurat-untuk-covid-19-tidak-membawa-pemerintahan-diktator/ | [
"Tulisan ini adalah lanjutan tulisan awal saya bertajuk “Proklamasi Darurat Jalan Keluar Tangani Covid-19” (Berita Harian, 14 Oktober 2020).",
"Ketika saya mengemukakan cadangan Proklamasi Darurat Covid-19 dibawah Perkara 150 bagi menghadapi wabak tersebut, ramai yang khuatir kalau-kalau ia membawa kepada pentadbiran diktator.",
"Kerisauan ini berlaku kerana darurat seringkali dikaitkan dengan kekacauan yang memerlukan pemerintahan yang sangat tegas dan keras.",
"Bahkan ada yang menimbulkan kerisauan akan berlakunya berlakunya rusuhan seperti zaman darurat peristiwa 13 Mei 1969 jika Darurat Covid-19 dikuatkuasakan. Hakikatnya, rusuhan kaum 13 Mei bukannya berlaku kerana pengisytiharan darurat, sebaliknya darurat diisytiharkan bagi menamatkan rusuhan.",
"Sejarah membuktikan bahawa proklamasi darurat berjaya memainkan peranan sebagai jalan keluar kepada masalah sedemikian.",
"Dari sudut yang lain pula, darurat bukan sahaja dibenarkan bagi menangani masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Perkara 150 secara jelas menyebut bahawa “jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”",
"Soal ekonomi disebut secara jelas sebagai salah satu sebab yang membolehkan darurat diisytiharkan.",
"Dalam satu kes mahkamah (kes Stephen Kaling Ningkan lwn Kerajaan Malaysia [1968]), Majlis Privi telah menyebut antara lain bahawa Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan membolehkan darurat diisytiharkan dalam skop situasi yang luas iaitu termasuklah perkara-perkara seperti peperangan, kebuluran, gempa bumi, banjir, jangkitan penyakit, dan keruntuhan kerajaan sivil.",
"Melihat kepada hakikat ini, pengisytaharan darurat bagi mengatasi wabak Covid-19 bukan satu masalah dari sudut Perlembagaan.",
"Ada juga yang membayangkan bahawa proklamasi darurat akan menyebabkan negara diperintah oleh pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah berkurung. Tanggapan ini jauh dari hakikat sebenar.",
"Dari sudut pemerintahan, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak akan mengubah bentuk pemerintahan sedia ada.",
"Kerajaan tetap boleh berfungsi seperti biasa kerana perubahan fungsi kerajaan di peringkat kementarian dan negeri-negeri tidak diperlukan bagi menangani Covid-19.",
"Apa yang berlaku ialah pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani Covid-19.",
"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan, peranan aktif MKN telah digerakkan untuk menangani wabak ini. Tetapi dari sudut kuasanya agak kurang jelas dan janggal. Masalah ini dapat diatasi dengan proklamasi darurat. Hal ini telah saya perincikan dalam tulisan yang lepas.",
"Selain itu, ada juga yang menganggap bahawa Proklamasi Darurat Covid-19 akan menyebabkan negara berada di bawah pemerintahan MAGERAN atau Majlis Gerakan Negara seperti yang berlaku selepas peristiwa 13 Mei 1969.",
"Persepsi ini juga menambahkan ketakutan kepada Proklamasi Darurat Covid-19. Istilah MAGERAN atau seumpamanya tidak wujud dalam Perkara 150. Ia ditubuhkan bagi membantu Pengarah Gerakan Negara yang diberi kuasa oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk melaksanakan kuasa-kuasa perlu dalam tempoh darurat.",
"Soalnya apa perlunya MAGERAN pada hari ini, sedangkan kita sudah ada MKN? MKN ditubuhkan pada bulan Julai 1971 setelah MAGERAN dibubarkan pada tahun yang sama. MKN diberi peranan untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah ordinan-ordinan Darurat dan perintah-perintah di bawahnya.",
"Pada tahun 1979, fungsi dan punca kuasa MKN kemudiannya dikemaskini melalui Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979. Kedudukan ini berkekalan sehingga darurat ditamatkan secara rasmi dan akta ini dimansuhkan pada 21 Jun 2012. Pada hari ini MKN melaksanakan kuasanya secara lebih jelas dan tersusun melalui akta khusus iaitu Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776).",
"Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa darurat yang diisytiharkan pada tahun 1969 berkuatkuasa secara rasmi dalam tempoh 43 tahun sehingga ia ditamatkan secara rasmi pada tahun 2012.",
"Dalam tempoh berkenaan beberapa ordinan darurat dikekalkan dan digunakan oleh kerajaan dalam pendakwaan dan pentadbiran. Hakikat ini membuktikan bahawa kedudukan negara dalam keadaan darurat bukanlah satu masalah sehingga boleh menghakis amalan demokrasi dan perlindungan hak asasi rakyat.",
"Oleh yang demikian, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak perlu menjadi satu polemik atau ketakutan kepada rakyat Malaysia.",
"Kita mengharapkan dengan diisytiharkan Darurat Covid-19, penguatkuasaan peraturan dan arahan berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 termasuklah melalui Perintah Kawalan Pergerakan dan langkah-langkah lain dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.",
"Selain itu, ia juga mampu menyediakan mekanisme yang dapat mengelakkan rakyak terjebak dalam pilihan raya umum dalam tempoh wabak ini.",
"Mudah-mudahan negara kita dan dunia segera dikeluarkan dari dugaan dan cabaran wabak yang luar biasa ini.",
"DR MUHAMMAD FATHI YUSOF\nFELO PENYELIDIK (UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBANGAAN)\nUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA\n(Penulisan beliau pada 17 OKTOBER 2020 lalu)"
] |
https://umno-online.my/2020/10/23/antara-strategi-dan-politik-lurus-bendul/ | [
"Kenapa marah dan naik angin pasal surat kepada Yang Dipertuan Agong yang kononnya ditandatangani Zahid Hamidi dan Najib Razak? Kenapalah ada ahli UMNO yang begitu mudah tertipu dengan mainan pihak tertentu di luar parti yang berhati busuk dan sengaja ingin mencetuskan perbalahan sesama sendiri dan dengan pucuk kepimpinan?",
"Saya tidaklah menganggapnya sebagai satu kebodohan tetapi kurang pengetahuan mengenai politik, terutama dalam menilai konfrontasi di antara UMNO dan Bersatu.",
"Dalam banyak hal, segelintir pemimpin UMNO sendiri nampaknya mudah terpedaya dengan sentimen tak masuk akal yang ditabur oleh mereka yang dungu ini.",
"Sebenarnya, UMNO tidak pernah ingin menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Ini cukup jelas dan terang. Kaitannya dengan Dap akan hanya menjamin Pakatan Harapan menjadi kerajaan semula melalui Putrajaya, dan satu negara akan kembali terbelenggu dalam pelbagai masalah.",
"Akan tetapi… hmmm… biar saya berikan beberapa kemungkinan di sini. Bagaimana seandainya Zahid dan Bossku benar-benar menyediakan surat berkenaan? Seperti yang disebut oleh Tengku Razaleigh baru-baru ini, pemimpin atasan sekalipun boleh dipecat dari parti jika mereka bersekongkol dengan Ketua Pembangkang itu yang sudah beberapa kali ditipu oleh Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri berikutnya.",
"Ku Li boleh jadi benar dah salah. Beliau benar kerana mempertahankan prinsip parti tetapi silap dalam mengesan helah politik mikro yang tersembunyi di sebalik surat berkenaan. Begitu juga pemimpin UMNO yang masih beranggapan bahawa parti itu adalah parti yang sama ketika menerajui kerajaan selama lebih 60 tahun.",
"Tolong laaa…. UMNO ditumbangkan melalui taktik kotor Mahathir, Anwar, Guan Eng dan rakan-rakan mereka lama sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Pembohongan dan fitnah merekalah yang menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional dilabel sebagai rasis dan paling korup di dunia. Dah lupakah?",
"Mereka naik melalui helah yang menjijikkan ini.",
"Kemudian tiba pula giliran Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8. Parti Bersatu pimpinannya berpecah dengan puak yang simpati dengan Dr M, Dap dan Amanah bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan UMNO, PAS dan BN. Masih ingat lagikah bagaimana ia terjadi?",
"Bersihkah caranya? Ya, kerana mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong. Seri Paduka menerimanya kerana tidak mahu lagi negara terperosok dalam kancah perebutan kuasa ketika kita semua memberi tumpuan kepada usaha memerangi pandemik Covid-19.",
"Kesusahan rakyat mestilah diambil berat dan pentadbiran negara mesti disusun semula. Sebarang ketidakstabilan politik akan hanya menjerumuskan lagi kita ke kancah kesukaran hidup!",
"Bagaimanapun, kerajaan PN juga dinaikkan dalam keadaan yang cukup kotor. Berlaku tawar-menawar dan beli-membeli yang akhirnya memberi kelebihan satu atau dua kerusi kepada Muhyiddin. Ia cukup goyah. Muhyiddin bijak mengambil kesempatan daripada ruang yang cukup sempit. Dan UMNO, sebagai parti terbesar dalam PN, memberikan sokongan sehingga hari ini.",
"Apa pula habuan untuk UMNO apabila barisan Kabinet diumumkan. Cukup mengecewakan apabila parti ini cuma diberikan portfolio yang menjarakkannya daripada rakyat, daripada pengundi. Dalam erti kata lain, Muhyiddin dan setiausaha agungnya, Hamzah Zainuddin seperti sudah ada niat jahat untuk menguburkan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.",
"PH main kotor, begitu juga PN dan Bersatu. UMNO diinjak-injak. Ketika Zahid berbuat segala yang terdaya untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan UMNO, sengketa dalam parti seolah-olah meletakkan semua kesalahan di bahunya. Cara beliau dianggap kotor!",
"KOTOR? Apa yang kalian maksudkan sebagai kotor apabila orang lebih lebih kotor dan menjijikkan? Adakah Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke parti lain selepas PRU14 dilihat sebagai bersih? Amat menyedihkan!",
"Zahid dan beberapa pemimpin kanan parti disandarkan dengan cabaran cukup berat untuk memperkukuhkan UMNO semula. Maruah parti terletak pada perpaduan semua ahli, namun sebahagian mereka menjadi buta hati dengan permainan dan racun yang ditabur oleh Bersatu!",
"Presiden parti menjadi bahan tohmahan dan umpat keji banyak pihak, terutamanya ahli UMNO sendiri. Mereka sedikit pun tidak nampak betapa Zahid ialah orang paling layak menerajui UMNO dan mendapatkan semula apa yang hilang selepas 9 Mei 2018.",
"Jadi, apa salahnya kita main kotor sedikit? Tak salah menyokong Anwar jika ia mampu mengembalikan maruah dan kuasa UMNO. Kita ikutlah bermain mainan yang direka oleh PH dan PN. Jika cara mereka jijik dan meloyakan, kita kotorkanlah cara kita sedikit asalkan UMNO dapat dijulang semula.",
"Malangnya, Zahid dan Najib tidak pernah menyediakan surat seumpama itu.",
"Dalam politik hari ini, cuba sebut apa yang bersih sangat mengenainya. UMNO tak pernah main kotor, begitu juga Zahid. Sebagai Presiden UMNO yang paling malang kerana tidak menjadi Perdana Menteri, semua ahli sepatutnya berdiri kukuh di belakangnya dan memahami suasana sekeliling.",
"UMNO perlu bertindak sekarang atau akan lenyap terus. Jika kita lurus bendul dan menjadi ‘macai’ politik orang lain dan menunjukkan kebaikan 200 peratus, sampai bila pun kita akan duduk di bawah tapak kaki mereka.",
"Adakalanya kita perlu biadab untuk memperbetulkan keadaan. Perlu nampak jahat sedikit untuk mendapatkan keadilan. Ini politik kita hari ini. Nak cuci lantai pun, kita kena sanggup kotorkan badan sendiri dahulu, betul tak?",
"Jadi, tak salah main kotor sedikit!",
"BUJAI"
] |
https://umno-online.my/2020/10/21/benarkah-26-ahli-parlimen-sudah-hilang-kelayakan/ | [
"TULAR dalam media sosial status yang mempertikaikan kelayakan 26 Ahli Parlimen, iaitu MP (Ahli Parlimen) Jelebu, MP Gerik, MP Cameron Highlands, MP Padang Terap, MP Pasir Salak, MP Jerantut, MP Machang, MP Besut, MP Kimanis, MP Jempol, MP Tanjung Karang, MP Bachok, MP Pasir Putih, MP Pasir Mas, MP Dungun, MP Setiu, MP Hulu Rejang, MP Sibuti, MP Tanjung Manis, MP Betong, MP Baram, MP Igan, MP Beaufort, MP Sabak Bernam, MP Tasek Gelugor dan MP Bukit Gantang, untuk kekal sebagai Ahli Parlimen kerana kononnya jawatan Penasihat atau Pengerusi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang mereka sandang adalah ‘jawatan berpendapatan’ yang kononnya termasuk di dalam cakupan Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan”.",
"Sungguh menghairankan sekali mengapa sesetengah individu yang berpelajaran atau berpengalaman masih cuba menyebarkan perkara sebegini sedangkan jelas termaktub dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan:",
"“Dalam Perlembagaan ini, ungkapan ‘Jawatan berpendapatan’ ertinya apa-apa jawatan sepenuh masa dalam mana-mana perkhidmatan awam, dan termasuklah –",
"(a) jawatan mana-mana hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; dan",
"(b) jawatan Ketua Audit Negara; dan",
"(c) jawatan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, jawatan seseorang anggota (selain anggota ex officio) sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai, atau jawatan seseorang anggota (selain anggota ex officio) mana-mana Suruhanjaya yang bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan sesuatu Negeri; dan",
"(d) apa-apa jawatan lain yang tidak dinyatakan dalam Fasal (3) Perkara 132 yang boleh ditetapkan sebagai jawatan berpendapatan melalui Akta Parlimen.”",
"Bukankah sudah amat jelas di dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini bahawa jawatan Penasihat atau Pengerusi GLC bukanlah ‘jawatan berpendapatan’ kerana ia bukanlah ‘jawatan sepenuh masa’ dan bukanlah termasuk dalam kategori ‘perkhidmatan awam’?",
"Kalau nak diangkat borong ‘jawatan berpendapatan’ adalah mana-mana jawatan yang memberikan pendapatan maka tidakkah ramai Ahli Parlimen yang akan hilang kelayakan sebab masih menjadi peguam dan sebagainya walau sudah menjadi Ahli Parlimen?",
"Dan mengapakah isu kehilangan kelayakan Ahli Parlimen yang menjawat jawatan Penasihat atau Pengerusi GLC ini hanya timbul bila pihak yang melantik adalah Kerajaan Perikatan Nasional tetapi tidak timbul bila pihak yang melantik adalah Kerajaan Pakatan Harapan? – UMNO ONLINE",
"Dr Kamarul Zaman Yusoff"
] |
https://umno-online.my/2020/10/19/rakyat-minta-mb-berundur-jika-tidak-mampu-selesai-isu-air/ | [
"BUKAN sahaja media sosial syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bdn. jadi sasaran kemarahan penduduk berikutan terputus bekalan air, Facebook Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut menjadi tempat penduduk meluah perasaan.",
"Jika sekali terputus bekalan air rakyat Selangor masih lagi bertolerasi dan cuba mengambil sikap untuk memahami. Namun jika empat kali bekalan air terputus dalam tempoh dua bulan ia sudah dianggap cukup keterlaluan.",
"Akibatnya hantaran terkini Amirudin yang berkongsi video sempena Hari Malaysia 16 September lalu menjadi sasaran kemarahan penduduk yang tidak boleh lagi bersabar dengan isu bekalan air yang kerap terputus di negeri yang dikatakan paling maju di Malaysia.",
"Ada antara mereka meminta Amiruddin melepaskan jawatan menteri besar jika tidak mampu selesaikan masalah bekalan air di Selangor.",
"“Kami tak nak cerita throwback-thorwback ni la. Nak cerita latest. Lori tangi dah sampai ke belum depan rumah YB ni. Penuh dah ke swimming pool tu?” tanya May Herda.",
"“Bro apa cerita ni?? Isu air still tak ada jalan nak selesaikan ke tiap bulan pulak tak ada air. Susah la macam ni tak boleh nak settle ini hal baik bagi orang lain laa jalan kerja,” luah Ikhmal Izwan.",
"“Berundur la YB kalau tak boleh handle isu air kat Selangor ni,” Zack Sajer.",
"“YB dah bangun mandi ke tu? Rakyat-rakyat YB ni dah tak ada air pagi-pagi ni. Kami nk mandi pakai air apa ya YB? tanya Nur Suhaila.",
"“MB tolong la settlekan isu air ni. Kami ni dh penattttttttt dengan isu air tak ada sebulan 4,5 kali. Saya mandi pakai air MB. Lain la MB mandi, masak, cebuk berak pakai niat! Apoooo MB Ni oiii. Tak baik abaikn rakyat ni. Dah ada jawatan kan, buat la keje elok-elok,” pesan NoOr Hani.",
"“What kinda moronic people are we having managing Syabas, never ever this nonsense happened in my hometown. Selangor authorities sleeping? If you can’t even settle this problem then no words to describe Selangor’s incompetency,”kata Kartiban Asokan.",
"“Why no water again one month for so many time? Can you please priotize this issue and avoid it from keep happening especially during covid time? Why no precautions and planning after last month case?” tanya Lynn Lynn.",
"Awal September lalu bekalan air terputus akibat pencemaran di Sungai Gong.",
"Bulan ini tiga kali, awal bulan ini akibat pencemaran di Sungai Semenyih, kemudian tiga hari lalu paip bocor mengakibatkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.",
"Hari ini Logi Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan kerana pencemaran. – SuaraMerdeka"
] |
https://umno-online.my/2020/10/18/lawatan-menteri-luar-china-ke-malaysia-bawa-pelbagai-manfaat-kepada-negara/ | [
"Hubungan diplomatik Malaysia-China telah dimeterai sejak 1974. Berpegang kepada semangat kesaksamaan, kepercayaan dan saling menghormati sepanjang 46 tahun, persahabatan dua negara ini telah mencoret sejarah kerjasama yang amat berjaya merangkumi pelbagai bidang. ",
"Malah, hasil usaha Kementerian Luar Negeri pimpinan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sejak Mac lalu, hubungan Malaysia-China semakin akrab seterusnya membawa kepada kerjasama dalam memerangi Covid-19, memperkukuh semula ekonomi, dan perancangan kerjasama pasca pandemik.",
"China menjadi antara negara penyumbang sumbangan bantuan Covid-19 terbesar kepada Malaysia. China juga negara pertama menghantar pasukan perubatannya ke Malaysia bagi membantu barisan hadapan negara kita perangi Covid-19. ",
"Menteri Luar China Wang Yi menjadi salah seorang Menteri Luar terawal menghubungi Dato’ Seri Hishammuddin pada hari pertama beliau di Wisma Putra.",
"Baru-baru ini, Wang Yi juga menjadi Menteri Luar Negeri pertama mengadakan lawatan rasmi ke negara ini untuk bertemu Menteri Luar Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin. Lawatan ini diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang amat ketat seperti ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).",
"Biarpun singkat dan perlu patuhi SOP ketat, namun lawatan ini amat berjaya. Menerusi pertemuan empat mata antara Dato’ Seri Hishammuddin dan Wang Yi, Malaysia-China mencapai beberapa kesepakatan yang memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara khususnya Malaysia. ",
"Paling utama, China bersetuju mengutamakan Malaysia sebagai negara penerima vaksin Covid-19 mereka sebaik sahaja ia berjaya dibangunkan. Keputusan China ini sejajar dengan perancangan Wisma Putra menerusi kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta KKM untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘first mover advantage’ dalam menerima vaksin Covid-19.",
"Ada sebahagian rakyat bertanya, apa pulangan yang diterima China menerusi pemberian vaksin ini? ",
"Pulangannya ialah, Malaysia bersetuju memenuhi hasrat China untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit negara kita hingga tahun 2023. Pembelian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada China dari sudut keperluan minyak sawit mereka, tetapi juga berupaya meningkatkan ekonomi negara dan mengukuhkan FELDA. ",
"Lebih bermakna, kesepakatan ini bakal memanfaatkan seramai lebih 650,000 Pekebun Kecil Sawit dan 112,635 Peneroka FELDA di seluruh negara.",
"Tidak hanya vaksin dan pembelian minyak sawit, Malaysia dan China turut bersetuju – memeterai memorandum persefahaman behubung kerjasama pasca Covid-19, mewujudkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi berhubung kerjasama pasca Covid-19 yang akan dipengerusikan Menteri Luar Negeri kedua-dua negara, dan China komited untuk menggalakkan pihak perusahaannya meningkatkan jumlah import minyak sawit dan produk lain yang dihasilkan Malaysia.",
"Amat jelas, kesepakatan ini bukan sahaja membuktikan penghormatan China terhadap Malaysia. Malah, ia menyerlahkan kepada dunia bahawa biarpun Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun namun tetap mempunyai pengaruh serta berperanan penting kepada negara maju dan kuasa besar. ",
"Malaysia juga sebuah negara yang mempunyai prinsip dan pendirian teguh. Prinsip dan pendirian ini tidak berganjak walaupun kita perlu berhadapan dengan negara kuasa besar. ",
"Misalnya dalam isu pembukaan sempadan, China ada menyatakan hasrat untuk memulakan inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (Reciprocal Green Lane) dengan negara kita bagi membolehkan rakyat kedua-dua negara memasuki China dan Malaysia atas tujuan rasmi dan penting. Bagaimanapun, Malaysia bertegas untuk tidak akan melaksanakan inisiatif ini selagi situasi Covid-19 belum benar-benar reda.",
"Dalam isu Laut China Selatan, pendirian Malaysia kekal teguh. Dalam beberapa bulan ini sahaja Malaysia telah beberapa kali menyuarakan ketegasan bahawa perairan berkenaan mesti kekal sebagai perairan keamanan dan berdagangan. Sebarang perbezaan serta pertikaian di perairan berkenaan perlu ditangani menerusi dialog dan jalan rundingan. Malaysia juga bertegas dalam melindungi kepentingan dan haknya di Laut China Selatan. ",
"Malaysia bukan negara yang gemar memilih kaedah ketenteraan namun Malaysia konsisten mengemukakan nota bantahan kepada negara yang mana kapal mereka menceroboh perairan negara kita. Malaysia juga tidak akan melayan sebarang tuntutan pihak asing ke atas perairan negara. Jika kita layan, maka secara tidak langsung kita telah mengiktiraf tuntutan nereka. Justeru, melayan tuntutan tidak akan Malaysia lakukan sampai bila-bila. ",
"Pendekatan Malaysia di dalam isu kedaulatan (sovereignty) dan hak kedaulatan (sovereign rights) ialah konsisten. Kita tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar. Malaysia akan terus komited untuk mencapai penyelesaian damai disamping menjunjung kedaulatan negara Malaysia.",
"Kepentingan negara akan tetap kerajaan pertahankan sebaik mungkin walau dengan negara manapun kita bekerjasama. ",
"Namun demikian, Malaysia dan China akan terus mengharungi susah senang demi mencapai pelbagai lagi manfaat bersama. Bak pepatah Melayu, “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing,” “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.”",
"Oleh: Shahriman Lockman\nFelow, (Kajian Dasar Luar Negara dan Keselamatan), Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS Malaysia)"
] |
https://umno-online.my/2020/10/14/umno-sudah-keluar-suara-jantan/ | [
"MULAI malam tadi, ramai yang memberi pandangan dan analisis mengenai keputusan kerjasama politik UMNO dengan Perikatan Nasional (PN). Keadaan marah sayang tidak dapat lagi dibendung apabila PN banyak menikam dari belakang daripada bekerjasama secara ikhlas.",
"Malah retakan yang sudah bermula sejak awal lagi PM Muhyiddin memegang tampuk jawatan kini semakin lebar terutama selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lalu. Jawatan KM untuk UMNO dinafikan, malah jawatan penting dalam Kabinet Negeri Sabah hendak dibolot oleh Bersatu. Ini mencetuskan keputusan drastik UMNO malam tadi.",
"Pemerhati politik melihat mesyuarat Biro Politik UMNO malam tadi telah memutuskan untuk mempertimbangkan kerjasama politik bersama kerajaan PN sedia ada. Presiden tak ada telo? Ungkapan itu sudah dibuktikan tidak boleh dipakai lagi hasil daripada keputusan yang telah dibuat oleh UMNO.",
"",
"Inilah antara ikon kepimpinan yang lestari di mana setiap keputusan dibuat melalui muzakarah bersama barisan kepimpinan parti. Bukan dia seorang yang buat keputusan. Bukan dia syok sendiri macam PM Muhyiddin yang ingin mempopularkan diri dengan panggilan Abah. Kini dijadikan ejekan sebagai #abahcow. Diharap ada pemimpin UMNO yang sering mengutuk pimpinan parti harus insaf dan bertaubat.",
"Menyelamatkan Keadaan Yang Runcing",
"Awalnya dilihat penyatuan ketiga tiga parti besar di bawah satu nama, iaitu Perikatan Nasional, lebih kepada menyelamatkan keadaan yang runcing tetapi setelah beberapa lama berada di bawah satu bumbung, jelas terlihat kuku-kuku rakus mula bercakaran siang dan malam menarik UMNO ke ranking yang lebih jauh ke bawah.",
"Bibir bibir rakyat lebih menyebut PN berbanding BN ataupun UMNO. Tidak cukup dengan itu, teknik membunuh karier politik kepimpinan UMNO dilakukan dengan rakus. Tuduhan-tuduhan di mahkamah yang nampak lebih kepada berunsurkan politik dikenakan terhadap tunjang-tunjang di dalam UMNO.",
"Hakikatnya, suara UMNO sebagai penyumbang utama kerusi bagi membentuk kerajaan PN dinafikan secara sinis.",
"Presiden UMNO diasak kiri dan kanan malah lebih teruk ditekan dari luar dan dalam untuk melepaskan jawatan. Namun silat dan strategi berseni Presiden dan pasukannya melemahkan langkah koboi mereka.",
"Sudah sampai masanya PN harus sedar sumbangan besar UMNO dalam PN.",
"Pemimpin PN tidak harus bersikap bongkak dan sombong dalam membuat sebarang keputusan membabitkan UMNO sehingga adakala seolah-olah mahu parti keramat ini mengikut telunjuk sesetengah pemimpin dalam PN.",
"PM harus bangun dari tidur dan tidak ditarik hidung sepanjang masa. Apatah yang tarik hidung Abah ialah katak-katak politik. Menjadi PM tidak boleh lemah dan lalai. Harus cekap dan sentiasa bersedia.",
"Kini, UMNO telah bersuara jantan melalui institusi Presiden, menerusi Presiden yang di kala lemah dia tetap ada, tatkala disanjung dia tetap mengalah. Maka pentas pencak bakal terbuka luas. Yakinlah walaupun UMNO itu lapuk, namun tetap berbisa. Keramat dan azimat sang murabi bakal membawa UMNO ke tahtanya semula. Apa sumbangan kita yang berdarahkan Melayu, apa sumbangan kita yang bernafaskan kalimah tauhid?",
"Pertahankanlah parti keramat ini dengan kepimpinan yang ada. Mereka tidak lari di waktu susah. Mereka menggapai tombak tatkala hulubalang lari bertempiaran.",
"Apa lagi yang kita mahu? Jika ditanya kepada penulis, maka tetaplah jawapannya biar mati bermaruah dari hidup menjadi petualang perjuangan. Belajarlah dari sejarah kejatuhan Kesultanan Melaka oleh pengkhianat bangsa. Mereka harus dihumban jauh-jauh ke tengah laut. – Johari Baharuddin / New Malaysia Herald"
] |
https://umno-online.my/2020/10/05/tanpa-berlengah-umno-hulur-tangan-bantu-mahasiswa/ | [
"",
"EKORAN keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran dan sesi pembelajaran bagi sesi akademik Oktober kerana peningkatan kes COVID-19, selain dari beberapa pihak tanpa berlengah UMNO menghulurkan tangan meringankan beban para pelajar yang sedang terkesan.",
"Kesulitan yang dihadapi mahasiswa ini turut mendapat perhatian yang serius dari UMNO serta pemimpin-pemimpinya seperti yang diusahakan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.",
"Ahli Parlimen Pontian itu dalam satu hantaran di Facebooknya berkata beliau akan membantu mahasiswa dari kawasan itu yang terjejas akibat keputusan tersebut.",
"“Untuk siswa dan siswi dalam kawasan Parlimen Pontian sahaja, sedikit bantuan akan diberi kepada yang terjejas akibat penangguhan pendaftaran Universiti Awam secara bersemuka.",
"“Whatsapp nama penuh, alamat penuh, no. (nombor) kad pengenalan, no. telefon, nama Universiti Awam, salinan surat berkaitan daftar kepada pegawai khas saya Hj Rahim 0177772693. Terima kasih,” kata Ahmad.",
"Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata akan menyalurkan bantuan khas untuk Mahasiswa Kepala Batas.",
"Katanya lagi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, mahasiswa yang terkesan akibat penangguhan ini boleh menghubungi atau mengisi pendaftaran di google form.",
"“Bantuan khas Mahasiswa anak-anak Parlimen Kepala Batas, perhatian kepada Mahasiswa anak-anak Kepala Batas yang terkandas disebabkan penangguhan sesi pendaftaran dan memerlukan bantuan.",
"“Mahasiswa yang terkesan boleh segera mengisi ‘google form’ yang disediakan di pautan :https://forms.gle/4RY6hkhRArtAsePp7. Selain itu untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai bantuan ini boleh terus hubungi 017-4090757 di waktu pejabat,” katanya dalam satu catatan di platform media sosialnya.",
"Dalam pada itu, menurut Ahli Parlimen Baling yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap Mahasiswa yang terkandas di Lembah Klang terus menghubunginya.",
"“Saya menyeru kepada Mahasiswa Mahasiswi anak-anak Baling yang menghadapi kesukaran untuk pulang ke Baling, agar menghubungi saya dan Insyaallah saya akan usahakan yang terbaik untuk membantu.",
"“Bagi pelajar-pelajar yang terkandas di kawasan Lembah Klang pihak kami telah menyediakan perkhidmatan bas menghantar anda pulang ke Baling untuk kawasan Kuala Ketil, Kupang dan Bayu. Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua,” ujarnya.",
"Bagi Exco Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan menjelaskan bantuan khas Mahasiswa terkandas Parlimen Kubang Pasu oleh Patriot Muda.",
"“Perhatian kepada Mahasiswa Kubang Pasu yang terkandas disebabkan penangguhan sesi pendaftaran dan memerlukan bantuan. Patriot Muda Kubang Pasu telah melancarkan bantuan khas Mahasiswa terkandas yang berasal dari Parlimen Kubang Pasu.",
"“Keutamaan akan diberikan kepada mahasiswa yang mengalami keadaan seperti berikut :• Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak lagi• Mengalami masalah bekalan makanan• Kekurangan barangan keperluan asas/peribadi.",
"“Mahasiswa yang terkesan boleh segera mengisi ‘google form’ yang disediakan di pautan https://forms.gle/9SVCFdEawqutjfuZA. Selain itu untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai bantuan ini boleh terus hubungi +601163282604 atau 0194073530,” katanya lagi.",
"Bagi Kelab Mahasiswa UMNO atau lebih dikenali sebagai UMNO Siswa akan terus menyampaikan sumbangan kepada Mahasiswa yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran IPT.",
"“UMNO Siswa ingin membuka peluang kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan ikhlas untuk memudahkan pengurusan dalam membantu mahasiswa. UMNO Siswa akan menyampaikan sumbangan ini kepada mereka yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran IPT. Semoga dengan usaha ini dapat memudahkan pengurusan pihak yang memerlukan",
"“Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun yang tertera di bawah:Akaun: Public BankNo Akaun: 6937291633Nama pemilik: Nur Zulaikha Binti Hisham (Bendahari UMNOSISWA Malaysia)Rujukan Resit: Pelajar Terkesan COVID- 19",
"“Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban mereka. Sekian, terima kasih,” ujarnya lagi.",
"Terdahulu, KPT mencadangkan semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka penuntut baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini selepas KPT mencadangkan penangguhan yang membabitkan penuntut dari kawasan yang dikelaskan sebagai zon merah jangkitan COVID-19.",
"Saranan ini dibuat kerana KPT amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku selang beberapa hari dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.",
"Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.",
"Dilaporkan, Universiti Utara Malaysia (UUM) menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif COVID-19.– UMNO Online",
"Amin Adnan"
] |
https://umno-online.my/2020/10/01/kembalikan-umno-ke-landasan-sebenar-kerjasama-politik-tidak-menguntungkan-mohamad-hasan/ | [
"Keputusan Pilihan Raya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.",
"Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.\n\nApa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang.",
"Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri.",
"UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihan raya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.",
"",
"Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita. Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRU Sabah.",
"Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.",
"\nKita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.",
"Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.",
"Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya. Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.",
"Datuk Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan\nTimbalan Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/09/30/umno-sebuah-perjuangan-bangkit-biarpun-digoyah-ditarah-dipatah-diratah/ | [
"",
"Pasca Pilihan Raya Negeri Sabah, proses penamaan Ketua Menteri menyaksikan pertembungan calon BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan calon PN, Datuk Hajiji Noor.",
"Hajiji akhirnya terpilih. Penyokong PN bersorak. Mereka menyumbang lebih kerusi DUN ke arah kemenangan GRS. Akar umbi UMNO/BN sekali lagi memendam kecewa dan rasa dikalahkan (‘defeated’) oleh PN.\n\nRamai telah lupa 26 bulan yang lalu, selepas BN memenangi cukup bilang kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri Sabah, rakan sekutunya UPKO telah berpaling tadah dan bermukah dengan Warisan.",
"Ramai juga telah lupa hanya 21 bulan yang lalu 5 Ahli Parlimen, 9 Ahli Dewan Undangan Negeri, 2 Senator serta 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah telah berlaku khianat dan ‘keluar baris’ perjuangan.",
"Mereka yang sifar maruah dan tipis semangat juang ini bukan setakat mengkhianati UMNO, tetapi meninggalkan sekujur tubuh UMNO untuk berkubur tanpa bernisan.",
"Ada media tempatan menyifatkan “UMNO Sabah lumpuh”",
"Tidak mengapa, lapangkan dada dan sapu airmatamu, wahai pejuang sejati…",
"Bagai burung phoenix yang bangkit dari abu, UMNO Sabah tidak pantas menemui ajal. Ia dirawat oleh ahli akar umbi sehingga mampu bangun semula untuk memenangi 14 kerusi DUN pada PRN Sabah minggu lalu. UMNO Sabah sudah cukup bertenaga untuk mempasak kuda-kuda tetapi belum cukup gagah untuk bersilat olahraga. Memenangi 14 kerusi ‘is exceptionally good, but not good enough’ untuk menduduki kerusi Ketua Menteri.",
"Tidak mengapa, lapangkan dada dan sapu airmatamu, wahai pejuang sejati…",
"UMNO berjiwa amat besar apabila tidak menuntut semula kerusi-kerusi DUN yang dimenanginya dahulu dan membenarkan di antaranya Datuk Hajiji Noor (Sulaman), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias) dan Datuk Nizam Titingan (Apas) untuk mempertahankan kerusi-kerusi tersebut di atas tiket PN. Labanya dikaut PN dan Hajiji menjadi Ketua Menteri.",
"Tidak mengapa, lapangkan dada dan sapu airmatamu, wahai pejuang sejati…",
"Pohon UMNO boleh digoyah, batangnya boleh ditarah, pelepahnya boleh dipatah, buahnya boleh diratah namun akar tunjangnya akan tetap utuh menyemarakkan hayat perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.\n\nHasnal Rezua Merican\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang"
] |
https://umno-online.my/2020/09/29/bersahabat-dan-berpolitik-jangan-jadi-kacang-lupakan-kulit/ | [
"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 banyak mengajar UMNO dan Barisan Nasional mengenai erti persahabatan. Ketika kita berkuasa, semua mengaku kawan, bila kita tewas batang hidung pun tak nampak.",
"Namun, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang masih kekal bersama parti tetap setia. Kekal bersama demi prinsip untuk mempertahankan perjuangan walaupun sedih melihat rakan sendiri meninggalkan parti hanya kerana mahu kekal berkuasa.",
"Ketika itu, Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Dan saat itu Pakatan Harapan setiap hari mengaibkan UMNO dan Barisan Nasional. Kata mereka, orang UMNO dan Barisan Nasional ini rasuah. Mereka kata kami tak amanah.\n\nTak mengapalah. UMNO dan rakan-rakannya yang setia ketika susah dan senang iaitu MCA serta MIC terus menggorak langkah sebagai pembangkang. Kami bertatih untuk berjalan menjadi pembangkang yang baik buat Malaysia.",
"Kerana itu adalah janji kami. Itulah perjuangan yang kami warisi dari pemimpin parti kami yang terdahulu. Iaitu terus kekal berkhidmat buat rakyat dan negara. Walau dalam keadaan apa sekali pun.",
"Alhamdulillah, lama kelamaan kami berjaya menjadi pembangkang yang baik. Ini diiktiraf sendiri oleh rakyat yang menunjukkan kembali sokongan mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional. Di media-media sosial, kedai-kedai kopi hinggakan ke pejabat-pejabat sekali pun semuanya mula bercakap mengenai setiap isu yang UMNO dan Barisan Nasional bangkitkan.",
"Sehinggalah pada penghujung Februari lalu apabila Pakatan Harapan menghadapi krisis kepimpinan hingga menyebabkan Kerajaan mereka sendiri tumbang. Mereka berpecah dan akhirnya memerlukan UMNO dan Barisan Nasional bersama dengan gabungan baharu iaitu PAS menentukan Kerajaan.",
"Walaupun UMNO dan Barisan Nasional merupakan parti terbesar di dalam komponen Kerajaan yang baharu, namun demi semangat cintakan negara dan rakyat, kerusi Perdana Menteri diberikan kepada pemimpin yang mewakili parti yang mempunyai kurang kerusinya di Parlimen. Ini bukti bahawa UMNO, Barisan Nasional dan PAS tidak tamakkan kuasa. Yang penting adalah negara. Yang penting adalah rakyat.",
"Ia berlarutan ke negeri-negeri lain seperti Perak. Walaupun mempunyai kerusi lebih banyak, UMNO dan Barisan Nasional sanggup berkompromi dan memberi laluan kepada wakil BERSATU untuk menjadi Menteri Besar. Tolak ansur UMNO dan Barisan Nasional ini dibuat kerana kita tidak mahu melihat polemik politik terus berpanjangan.",
"Tetapi itu bukanlah alasan buat mana-mana pihak untuk terus menekan UMNO dan Barisan Nasional. Jangan ada yang cuba memijak kepala kami. Sikap tolak ansur kami sepatutnya dihargai oleh pimpinan Kerajaan hari ini. Bukannya diperkotak-katikkan.",
"Kesabaran kami ada hadnya. Jangan kerana sikap angkuh sesetengah pihak hingga sanggup mengenepikan UMNO dan Barisan Nasional. Walhal, kami adalah parti yang besar. Bila tibanya mana-mana Pilihan Raya Kecil, jentera UMNO dan Barisan Nasional lah yang bekerja keras untuk memenangkan calon daripada parti gabungannya.",
"Bila dah menang. Seperti di Pilihan Raya Negeri Sabah tempoh hari, UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah diketepikan. Wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional tidak diangkat menjadi Ketua Menteri. Yang dilantik ke jawatan itu adalah bekas wakil rakyat UMNO yang telah melompat parti.",
"Keputusan ini adalah sesuatu yang tidak adil. Sebagai sebuah parti yang besar, seharusnya UMNO dan Barisan Nasional berhak diberi jawatan penting apatah lagi jawatan Ketua Menteri.",
"Tetapi ini tidak berlaku, kerana mereka-mereka yang didalam gabungan UMNO tidak setia kepada persahabatan. Yang mereka tahu hanyalah survival politik mereka. Mentaliti ini harus diubah",
"Jika tidak lagi berminat untuk berkerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, keluarlah dari gabungan ini secara terhormat.",
"Paling tidak, janganlah menjadi duri dalam daging. Jangan cuba bermain api. Kerana tahap kesabaran kami ada hadnya. Kami bukan tunggul. Tetapi kami adalah sebuah parti Melayu yang terbesar di negara ini. Sejak di awal Kemerdekaan negara, parti inilah yang memperjuangkannya.",
"Kemarahan kami ini bukan kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak mendapat jawatan. Tetapi kami marah dan berkecil hati kerana seolah-olah kami dipinggirkan.",
"Justeru, akhir sekali, janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit. Hargailah semangat setiakawan yang telah terjalin. Kerana semangat setiakawan merupakan prinsip parti sejak sekian lama. Akhirnya kita mahukan sebuah Kerajaan yang stabil dari dulu, kini dan selamanya.",
"\nDATO’ MOHD ZAIDY ABDUL KADIR\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan\n29 September 2020\nhttps://www.facebook.com/zaidy.porsche/posts/2782579255318772"
] |
https://umno-online.my/2020/09/24/rakyat-perlu-tentukan-sebuah-kerajaan-yang-stabil-isham-jalil/ | [
"ANWAR Ibrahim semalam mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.",
"Enam bulan lepas, Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan lantas kerajaan telah bertukar tangan.",
"Jika Anwar Ibrahim berjaya mengumpul cukup Ahli-ahli Parlimen kali ini, maka kerajaan akan jatuh dan bertukar lagi dan dia pula mahu jadi Perdana Menteri.",
"Dan enam bulan akan datang apabila seorang lagi pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri memujuk Ahli-ahli Parlimen untuk berubah fikiran lagi, maka kerajaan akan bertukar tangan sekali lagi dengan tidak melalui pilihan raya.",
"Mungkin selepas ini Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir atau Dr. Mahathir sekali lagi tunggu giliran untuk jadi Perdana Menteri dengan cara ini.",
"Sementara itu jumlah kes COVID-19 meningkat semula dengan 147 kes baru direkod semalam.",
"Keadaan ekonomi pula semakin tidak menentu; semalam pasaran saham Kuala Lumpur telah jatuh di bawah paras 1,500 mata dengan berita pertukaran kerajaan oleh Anwar Ibrahim.",
"Beberapa hari lagi moratorium akan tamat dan rakyat akan mula membayar ansuran bulanan kepada bank, walaupun ekonomi dijangka menyusut -5.5 peratus tahun ini dengan lebih 745 ribu orang ketiadaan kerja.",
"Pengumuman Anwar Ibrahim semalam dan reaksi rakyat dan pasaran terhadapnya adalah satu simptom yang menunjukkan hakikat bahawa kerajaan hari ini sememangnya tidak stabil dan boleh jatuh pada bila-bila masa.",
"Selagi ini berlaku maka kerajaan mungkin akan bertukar tangan setiap enam bulan dan ketidakstabilan politik akan berterusan.",
"Sesiapa pun yang jadi kerajaan dalam situasi ini tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi dan ia akan menerukkan lagi keadaan hidup rakyat.",
"Sebab itu dari dahulu saya telah mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan untuk menyerahkan mandat semula kepada rakyat melalui pilihan raya supaya kerajaan baru yang lebih stabil dapat dibentuk.",
"Jika keputusan pilihan raya ini sama iaitu 50:50 seperti sekarang sekali pun, sekurang-kurangnya rakyat berpuas hati kerana mereka sendiri yang memilih kerajaan baru ini dengan dasar-dasar yang dimandati oleh mereka.",
"……..",
"Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa (i.e. sama ada menyokong Anwar atau menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional) bukan bermakna beliau (Zahid) atau UMNO menyokong pembentukan kerajaan yang baru dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.",
"Sebab jika Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan atau menjadi berkecuali, maka Anwar masih tidak boleh jadi Perdana Menteri secara automatik.",
"Ini kerana besar kemungkinan Parlimen akan dibubar untuk pilihan raya yang baru.",
"Oleh itu keputusan Presiden UMNO semalam adalah suatu langkah yang bijak dan betul ke arah pembubaran Parlimen dan pilihan raya yang baru secepat mungkin untuk mengakhiri ‘impasse’ (kebuntuan) dan ketidakstabilan politik dan ekonomi yang kita hadapi sekarang demi kepentingan rakyat dan negara. – UMNO ONLINE",
"Isham Jalil",
" "
] |
https://umno-online.my/2020/09/18/berpadu-demi-maruah-kedaulatan-sabah-diminta-berunding/ | [
"",
"BILLBOARD di atas dapat dilihat di merata tempat di seluruh Sabah. Datuk Seri Shafie Apdal menggunakan slogan “UNITY” dengan hashtag “Berpadu demi maruah”. Peliknya, gambar beliau yang terpampang sebesar-besarnya!",
"Melihat billboard ini, Kak Su tertanya-tanya, apa maksud “perpaduan” yang beliau kempenkan? “Berpadu demi maruah”? Maruah siapa? Maruah Shafie atau maruah Sabah? Kenapa dengan maruah Shafie?",
"Mungkin maruah Shafie barangkali. Mungkin beliau mahu rakyat Sabah berpadu demi mempertahankan maruahnya yang beliau sendiri cemarkan. Tidak sampai sepenggal, beliau bubar DUN Sabah, maruahnya goyah di mata orang Sabah?",
"Pada Kak Su, jika berpadu demi maruah Sabah, sudah tentu ada bendera, peta Sabah atau identiti rakyat Sabah yang terkenal dengan berbilang etnik?",
"Entahlah, mungkin Bagi Shafie, maruah beliau lebih penting untuk diperjuangkan berbanding rakyat dan negeri Sabah?",
"Beliau mengutarakan slogan “perpaduan”, namun dalam masa yang sama beliau cuba “menegakkan benang yang basah” mencadangkan agar Kerajaan Malaysia berunding tentang tuntutan Kerajaan Filipina ke atas kedaulatan Sabah?",
"Dikritik Menteri Luar, DS Hishamuddin Tun Hussien dan “bossku” DS Najib Tun Razak, rakyat Sabah semakin celik mata melihat “true colours” Shafie. Mungkin geram dikritik hebat rakyat Sabah sendiri, beliau meminta pula 1 batalion di hantar ke Lahad Datu?",
"Habis? Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE), itu apa? Tolonglah kenang jasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang bersengkang mata, tenaga dan menjaga keamanan serta kedaulatan negara dan negeri Sabah sejak 2013!",
"Menyebut tentang “perpaduan” versi Ketua Menteri sementara itu, terlintas pula difikiran Kak Su tentang “Semporna Centric” yang disifatkan rakyat Sabah sebagai “dasar peribadi tidak rasmi” beliau.",
"Khabarnya, mereka yang datang dari Semporna saja dilantik ke jawatan penting Kerajaan Negeri Sabah?",
"Beliau mahu rakyat Sabah berpadu demi maruah, tetapi bagaimana dengan maruah orang Sabah dari daerah lain?",
"Mereka tidak layak dan tidak sesuai untuk dilantik sama? Tidakkah beliau sedar “polisi peribadi” ini menimbulkan rasa kecewa dan memecah-belahkan rakyat di seluruh Sabah?",
"Lebih mengusik hati Kak Su, tidak sampai sepenggal Warisan menguasai Sabah, seramai 477 calon akan bertanding pada PRN Sabah pada 26 September ini. Sebanyak 26 Dun merekodkan pertembungan 6 penjuru, 15 Dun (5 penjuru), 13 Dun (7 penjuru), 6 Dun (8 penjuru), 5 Dun (4 penjuru), dan 3 Dun masing-masing untuk 3 dan 9 penjuru.",
"Paling “berpadu”, Dun Bengkoka akan ditandingi 11 penjuru & Dun Inanam pula 10 penjuru?",
"Itukah hasil “perpaduan” di Sabah versi Shafie selama tempoh beliau mengetuai Kerajaan Negeri?",
"Kak Su fikir, jika rakyat Sabah berpadu menyokong kepimpinan Shafie, sudah tentu rendah bilangan calon dan perebutan kerusi yang dipertandingkan, hanya memadai dengan 2-3 penjuru sahaja.",
"Nampaknya, ada yang tidak kena dan aneh pada kempen “perpaduan” versi Shafie Apdal ini. Mungkin kerana itu ramai rakyat Sabah yang Kak Su temui mengkritik pedas dasar-dasar beliau.",
"Mungkin kerana itu juga majoriti rakyat merasakan wajar untuk “ubah balik” Kerajaan Negeri Sabah pada 26 September ini. Kita akan bantu rakyat Sabah “ubah balik”.",
"Kita kembalikan Sabah kepada rakyat yang mahukan BN sebagai peneraju Kerajaan Negeri, insya-Allah…",
"Demi kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah, kita doakan agar BN sekali lagi menempa kejayaan manis di sini. Tetap patuh pada SOP PKPP yang ditetapkan, kami akan terus berjuang di Bumi Di Bawah Bayu ini. Doakan kami…",
"Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup MN! Allahu Akbar! Kita teruskan perjuangan ini.",
"Ikhlas,",
"Kak Su (Datuk Suraya Yaacob)"
] |
https://umno-online.my/2020/09/17/siri-2-dendam-warisan-rakyat-jadi-mangsa/ | [
"AWAL pagi ini, calon N35 Sindumin Sdra. Sani Miasin sudah memulakan kempen menangi hati pengundi. Bermula dengan solat Subuh dan sehinggalah artikel ini ditulis, calon muda ini masih belum selesai melakukan kempen untuk hari ini.",
"Umum ketahui jumlah calon yang bertanding seramai 447 orang untuk Pilihan Raya kali ini. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin sahaja, terdapat pertembungan enam penjuru.",
"Barisan Nasional (BN) menampilkan seorang anak muda yang dikenali ramai dan mesra dengan pelbagai peringkat usia bahkan orang-orang lama di sini juga mengenalinya. Sepanjang saya bersama beliau, ramai yang mengenali beliau dengan panggilan SANI.",
"Menariknya kematangan politik di Sabah ini, kita sendiri tidak tahu siapa yang sokong siapa atau warna parti yang diminat, suasana ini dirasakan amat ganjil di Semenanjung.",
"Ada seorang pekerja parti Warisan bercerita dengan saya.",
"“Tidak ada yang boleh paksa kita undi bah, saya pasti akan undi siapa atau parti mana. Ada yang suruh saya tunjuk gambar kertas undi. Saya cakap, itu hak saya. Mereka ini ndak tahu itu salah, tangkap gambar untuk tunjuk bukti, boleh masuk dalam (penjara) 2 tahun, sia-sia saja bah.”",
"Sekarang kita cerita soal dendam parti Warisan yang menjadi rakyat sebagai mangsa.",
"Semasa kerajaan BN menerajui negeri ini, Daerah Sipitang ini tidak pernah mengalami masalah air.",
"Namun hari ini, keadaan sebaliknya pula berlaku dan menyebabkan ramai peniaga dan penduduk Sipitang semakin hilang pedoman dan membuak-buak marah kepada syarikat pengurusan air di sini.",
"Tidak pernah ada masalah air sebelum ini, ramai yang membuat pelbagai cerita dan persepsi semenjak 24 bulan Warisan mentadbir negeri Sabah. Ada pelbagai versi cerita kononnya pam air yang ditukar adalah pam ‘second-hand’, juga terdapat versi kononnya berlaku banyak paip pecah dan sering kali air di catu-catu.",
"Pelbagai versi dakwaan permasalahan air ini takkan berlaku sekiranya kerajaan negeri Warisan bertindak lebih berhemah sebelum ini.",
"Mungkin kerana tidak sabar menukar kontraktor pro Warisan, kerajaan negeri tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang memutuskan untuk menukar kontraktor-kontraktor air di sini untuk melaksanakan kerja dengan efektif.",
"Panas yang disangka sehingga ke petang namun hujan darah turun di tengahari. Syarikat-syarikat baru yang telah dilantik ini tidak mampu untuk melaksanakan kerja dengan baik. Kerja-kerja menyelenggara dan menggantikan paip pecah terlalu lambat untuk diselesaikan dan pengurusan syarikat air negeri sangat tidak tersusun.",
"Ini di antara punca kepada masalah air di kawasan Sindumin, Sipitang. Warisan sanggup membiarkan nasib rakyat Sindumin dalam keadaan sengsara hanya kerana matlamat membalas dendam kepada mereka yang dikatakan ‘sekutu’ BN telah berjaya dilantik sebagai syarikat kontraktor sebelum ini.",
"Semenjak tiga hari kebelakangan ini, kawasan Sipitang kerap mengalami hujan lebat di sebelah petang. Calon bertungkus lumus cuba mencari penyelesaian kepada masalah banjir. Air melimpah akibat hujan terlalu banyak tapi air paip dicatu masih tidak berkesudahan.",
"Tukar balik bah.. – UMNO ONLINE",
"Razlan Rafii"
] |
https://umno-online.my/2020/09/17/siri-1-dendam-warisan-rakyat-jadi-mangsa/ | [
"BERMULA di awal pagi menemani calon Barisan Nasional (BN), Sdr Sani Miasin berjumpa dengan para pengundi.",
"Ada banyak cerita rakyat apabila kita bertemu rakyat.",
"Sindumin mempunyai satu industri kertas, merupakan nadi ekonomi kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) ini. Terdapat 1,600 pekerja, Sabah Forest Industri (SFI). Kilang ini sudah beroperasi berpuluh tahun di bawah Kerajaan BN di Sabah.",
"Apabila diajukan pertanyaan kepada rakyat setempat, rupanya ramai yang mencari rezeki di kilang ini, dari muda sampailah pencen.",
"Hari ini, SFI menghadapi masalah besar bilamana kilang sudah tidak beroperasi selepas Warisan mengambil alih kerajaan Sabah.",
"Diceritakan kepada saya, anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah ini telah menghadapi masalah apabila Kerajaan Warisan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan terdahulu untuk dijual kepada sebuah syarikat. Akibat dari itu, SFI telah disaman dan proses mahkamah sedang berjalan.",
"Akibat dari itu, masa depan warga pekerja 1,600 ini tidak tahu untung nasib mereka kerana pada bulan Disember 2020, berakhirlah sudah tanggungan anak syarikat Kerajaan Warisan ini terhadap pekerja SFI.",
"Sindumin akan hilang punca ekonomi bilamana pekerja ini diberhentikan pada bulan Disember nanti.",
"Ekonomi domestik akan lumpuh, bayangkan purata pendapatan seorang RM2,500 dan inilah pusingan duit perbelanjaan dapur dan pusingan ekonomi domestik yang terbesar di Sindumin.",
"Anak-anak Sindumin akan kehilangan pekerjaan dan pengangguran akan meningkat, mereka terpaksa berhijrah untuk mencari rezeki.",
"Inilah terjadi apabila Warisan mentadbir Negeri Sabah dengan perasaan dendam.",
"Mereka tidak peduli nasib anak-anak Sindumin, apa yang mereka tahu adalah kroni mereka akan mendapat nikmat dari perniagaan Sabah Forest Industries, walaupun terpaksa semua pekerja diberhentikan.",
"Dendam yang menyiksa rakyat Sabah.",
"Pada part (siri) 2, saya akan bercerita soal masalah air yang terpaksa dicatu sebaik sahaja Warisan mengambil alih kerajaan, malah penjaja kaki lima dihalau dan tidak dibenarkan berniaga.",
"Itu belum masuk masalah janji YB Warisan yang mahu membuna jambatan di kampung-kampung, janji airport (lapangan terbang) di Long Pasaik dan pelbagai janji manis. – UMNO ONLINE",
"Razlan Rafii\nSindumin."
] |
https://umno-online.my/2020/09/16/hari-malaysia-cerminan-muafakat-seluruh-rakyat-ahmad-zahid/ | [
"TARIKH 16 September setiap tahun adalah hari keramat bagi seluruh rakyat kerana ia menandakan lahirnya sebuah negara yang bernama MALAYSIA pada tahun 1963 hasil penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehingga ke hari ini.",
"Almarhum Tunku Abdul Rahman semasa membaca watikah Pemasyhuran Malaysia di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat negara ini di stadium Merdeka dahulu telah menyatakan antara lainnya:",
"Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengisytihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.",
"Sempena hari Malaysia yang disambut hari ini, marilah sama-sama kita menjaga keselamatan dan kedaulatannya.",
"Hari Malaysia bukan sekadar slogan jauh sama sekali hanya sekadar sejarah. Ianya dapat dipertahankan selama ini atas dasar PERPADUAN & MUAFAKAT sebagai tiang seri yang sama-sama kita bina dan suburkan sehingga ke hari ini.",
"Perjuangkan Politik PERPADUAN dan hapuskan Politik Kebencian, Politik Dendam Kesumat dan Politik Asobiah yang merugikan.",
"Tiada lagi slogan Sabah hanya untuk orang Sabah, Sarawak hanya untuk orang Sarawak, Semenanjung hanya untuk orang Semenanjung, tetapi kita semua adalah rakyat Malaysia yang cintakan PERPADUAN.",
"Ingatlah kita kepada firman Allah swt di dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:",
"“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah-mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”",
"Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat yang cintakan PERPADUAN dan KEAMANAN. Semoga Allah SWT terus memberkati MALAYSIA. – UMNO ONLINE",
"#UMNOBangkit\n#UMNOjagarakyat\n#MUAFAKATbawaBERKAT",
"Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nPengerusi Barisan Nasional\nPresiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/09/16/perpaduan-toleransi-penghormatan-selamat-hari-malaysia-mohamad/ | [
"PERPADUAN, Toleransi, Penghormatan. Selamat Hari Malaysia.",
"Hari Malaysia merupakan satu peringatan betapa bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia. Kita menetap di sebuah negara yang pelbagai kaum, pelbagai etnik dan pelbagai agama secara aman dan harmoni.",
"Hari Malaysia memperingatkan kita bahawa negara ini, dibina atas dasar perpaduan, toleransi, kehormatan, persefahaman dan permuafakatan antara satu sama lain.",
"Pembentukkan Malaysia pada tahun 1963 melihatkan gabungan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ini menzahirkan komitmen kita dalam menubuhkan sebuah negara yang majmuk dan inklusif. Sebuah negara, di mana kita dapat berkongsi, memahami dan meraikan budaya serta sejarah masing-masing.",
"Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib meraikan hari yang bersejarah lagi bermakna ini. Di mana sekali pun kita berada, rakyat merupakan asas kepada pembentukan sebuah negara.",
"Negara tanpa rakyatnya, hanyalah sekadar sebidang tanah. Sempadan tanpa rakyatnya, hanyalah satu jasad yang mendukung semangat negara.",
"Kerajaan tanpa rakyatnya, hanyalah sekadar struktur politik tanpa roh dan jiwanya. Ketika krisis COVID-19 ini, kita telah menyaksikan betapa teguhnya kesatuan rakyat dalam bekerjasama dan berganding bahu.",
"Saya amat berbangga melihat rakyat Malaysia saling membantu tanpa mengira perbezaan. Kita harus terus menunjukkan semangat perpaduan ini. Kita harus terus hidup dalam semangat perpaduan ini.",
"Jika dikatakan Malaysia bebas daripada sebarang konflik, ini merupakan satu kenyataan yang tidak jujur. Sebagai sebuah negara yang pelbagai ragamnya, kita tidak pernah sepi daripada permasalahan dan kesulitan.",
"Menyedari perkara itu, kita telah mengambil satu langkah yang besar dalam membina sebuah negara. Malaysia yang kita bina ini, sentiasa menerima dan menghargai satu sama lain. Saya amat gembira melihat rakyat Malaysia berkongsi suka dan duka serta jerih payah tanpa memikirkan perbezaan yang ada.",
"Ini merupakan satu petanda bahawa, masyarakat Malaysia telah berjaya menghayati nilai sebenar hidup bermasyarakat – iaitu sentiasa bertoleransi dan berbelas kasihan antara satu sama lain.",
"Nilai inilah yang menjadikan Malaysia sebagai negara yang kita kenali dan cintai. Penghormatan dan persefahaman yang tinggi di antara kaum telah membolehkan kita mencapai keharmonian. Keharmonian dan kesefahaman yang negara lain amat cemburui.",
"Sehingga hari ini, saya amat bersyukur. Kerana krisis sosial yang terakhir dialami Malaysia adalah pada 13 Mei 1969. Semenjak peristiwa tersebut, tiada lagi kejadian yang boleh merobek talian persaudaraan antara kita, rakyat Malaysia.",
"Hala tuju seterusnya, adalah untuk mewariskan nilai toleransi dan berbelas kasihan kepada generasi akan datang.",
"Kita harus menjalani kehidupan seharian sebagai warganegara dengan menjiwai dan meneladani semangat sebenar toleransi dan belas kasihan. Agar satu hari nanti, para generasi muda pewaris negara dapat mencontohi dan mengaguminya.",
"Seperti mana kita meraikan wira-wira negara semasa Hari Kemerdekaan, kita juga harus meraikan masyarakat kita semasa Hari Malaysia. Kita harus menghormati satu sama lain, berkongsi pengalaman masing-masing, serta meraikan kepelbagaian dan keunikan setiap daripada kita.",
"Selamat Hari Malaysia saya ucapkan. Semoga fajar hari esok semakin cerah dan bercahaya bagi Malaysia. Bagi anak dan cucu kita.",
"Selamat Hari Malaysia. – UMNO ONLINE",
"Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan\nTimbalan Pengerusi Barisan Nasional\nTimbalan Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/09/14/lahirnya-muafakat-nasional-atas-deraian-air-mata-keinsafan-dr-asyraf/ | [
"",
"LAHIRNYA MUAFAKAT NASIONAL…\n(Sempena Ulang Tahun Pertama Kelahiran)",
"Lahirnya Muafakat Nasional atas deraian air mata keinsafan untuk menoktahkan perbalahan puluhan tahun yang membinasakan…",
"Lahirnya Muafakat Nasional atas keimanan untuk memenuhi tuntutan Ilahi supaya ummah berpadu dan jauhi permusuhan yang memudaratkan…",
"Lahirnya Muafakat Nasional atas kesedaran untuk menyelamatkan Agama daripada terus diremehkan lantaran perpecahan ummah yang berterusan…",
"Yang jelas Muafakat Nasional dibina…",
"Atas dasar keimanan…\nAtas semangat penyatuan…\nAtas landasan kesetiaan…\nAtas ikatan persahabatan…",
"Bukan sekadar perkongsian kuasa, bukan juga hanya perkiraan untung rugi pilihanraya.",
"Muafakat Nasional sudah menjadi milik semua. Milik ummah, milik rakyat terbanyak. Bukan milik mana-mana pemimpin, bukan juga milik eksklusif mana-mana parti!",
"Justeru, wahai para Pimpinan! Jangan dipersia harapan ummah, jangan dikhianati amanah rakyat, jangan diperjudi nasib Agama dan Negara. Muafakat ini begitu mahal nilai dan harganya untuk digadaikan begitu sahaja… – UMNO ONLINE",
"Nukilan,\nDr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia",
"#PerkukuhMuafakatNasional\n#BangkitKembali\n#MuafakatNasional"
] |
https://umno-online.my/2020/09/14/ubah-balik-radu-tetap-radu/ | [
"BERMULA semalam hingga hari pengundian 26 September nanti, Sabah bakal mempersembahkan temasya demokrasi kedua terbesar negara bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Sarawak.",
"Pilihan Raya Negeri (PRN) di bawah bayu yang mempunyai keluasan 73,631 kilometer persegi dan penduduk lebih tiga juta orang ini bakal mempertandingkan 73 kerusi DUN dengan jumlah pengundi berdaftar ialah 1,124,598 orang.\n\nPRN ‘terpaksa’",
"PRN kali ini terpaksa diadakan kerana Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.",
"Ada beberapa sebab mengapa Mohd Shafie hilang kepercayaan ADUN Sabah dan usaha penyingkirannya tidak mendapat bantahan besar penduduk Sabah.",
"Pertamanya, beliau menjadi Ketua Menteri melalui sokongan ‘terpaksa’ beberapa ADUN BN selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan Persekutuan.",
"Tidak ada sebab yang lebih munasabah untuk membolehkan Mohd Shafie menjadi Ketua Menteri setelah partinya, Warisan, kalah dalam PRU-14 lalu kecuali ada gerakan menekan ADUN-ADUN tertentu.",
"Sokongan atas sebab ‘paksaan’ hanyalah sesuatu yang ‘artificial’. Pertukaran pentadbiran Persekutuan dari PH kepada Perikatan Nasional (PN) telah turut mengubah landskap politik negeri Sabah.",
"Kedua, beberapa polisi Mohd Shafie yang sangat tidak popular dalam kalangan sebahagian rakyat.",
"Sepanjang lebih kurang 26 bulan, penduduk Sabah terutama di bahagian pantai barat merasakan Mohd Shafie gagal membangunkan ekonomi negeri.\n\nSebelum tercetusnya pandemik Covid-19 lagi ekonomi Sabah telah berada dalam keadaan kusut pada tahap yang sangat rendah. Rakyat mula membuat perbandingan antara pentadbiran Musa Aman dan Barisan Nasional (BN) serta Mohd Shafie dan Warisan.",
"Sabah mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi (KPE) yang memberangsangkan di bawah Musa Aman. Pada 2016, Sabah mencatatkan KPE 4.7%, dan 8% pada 2017 – kadar tertinggi dalam kalangan negeri dan melebihi kadar nasional 5.9%.",
"Namun pada tahun 2018, KPE Sabah hanya 1.5%. KPE paling rendah antara semua negeri dalam Malaysia, paling rendah sejak 10 tahun yang lalu dan lebih rendah berbanding KPE nasional – 4.7%.",
"Selain itu, isu-isu pentadbiran seperti ‘sempornarisasi’, pendatang asing tanpa izin (PATI), dan Yayasan Sabah turut dilihat memainkan peranan dalam menghilangkan kepercayaan rakyat kepada Mohd Shafie.",
"Sempornarisasi merupakan dakwaan bahawa jawatan-jawatan penting pentadbiran negeri Sabah, Yayasan Sabah dan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sudah dikuasai oleh mereka yang berasal dari Semporna atau mempunyai kaitan dengan Mohd Shafie.",
"Walaupun dakwaan ini boleh dibahaskan, namun persepsi rakyat Sabah terutama di pantai barat sangat kuat melihatnya sebagai satu realiti.\n\nUbah balik",
"Sehingga rencana ini ditulis BN akan bertanding di 41 kerusi. Ini melebihi jumlah majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. Sekutu mereka Bersatu dan PBS juga bertanding sekitar 18 dan 15 kerusi sekali gus menolak dakwaan BN tidak mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.",
"Sentimen Sabah for Sabahan yang ditiupkan dengan penuh semangat oleh Warisan dan Parti Cinta Sabah (PCS) tidak seharusnya menjadi kriteria pengundi Sabah.",
"Realitinya, Mohd Shafie sendiri naik sebagai Ketua Menteri menerusi ‘pertolongan’ Persekutuan. Anifah Aman (PCS) juga telah hampir sedekad dalam kerajaan Persekutuan melalui UMNO dan Barisan Nasional.",
"Malahan punca perubahan pucuk pimpinan negeri pada 2018 dan 2020 juga kerana majoriti ADUN di Sabah mahukan parti yang akrab dengan kerajaan Persekutuan bagi membangunkan kawasan masing-masing.",
"Justeru, BN Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berada dalam landasan yang baik untuk merampas kembali pentadbiran negeri.",
"Dengan laungan ‘kita ubah balik’ dan ‘radu tetap radu’, semangat dan kesungguhan untuk membuat perubahan sangat ketara bukan sahaja dalam kalangan pengundi tradisional BN, tetapi juga golongan atas pagar yang terkesan dengan kelembapan ekonomi negeri.",
"Namun sekiranya semangat tolak ansur di bawah tidak dapat diterapkan ada kemungkinan BN-PN akan kekal pembangkang di negeri ini.",
"Semuanya terletak kepada Bung Moktar dan pasukannya untuk meyakinkan pengundi Sabah mereka adalah pilihan lebih baik daripada Warisan dan PCS.\n\n*Ab Jalil Backer merupakan Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR)\nSumber: www.sinarharian.com.my"
] |
https://umno-online.my/2020/09/09/siapa-sebenar-bimbang-kesedaran-anak-muda-hairi/ | [
"SEKARANG kita bukan bercakap soal kebangkitan anak muda, tetapi ‘kesedaran’ anak muda.",
"Benar, anak muda telah bangkit pada PRU-14 lalu dengan membuat keputusan memilih PH untuk menerajui pemerintahan negara.",
"Tiada siapa yang menyalahkan anak muda, kerana dalam negara berdemokrasi ini, itu hak mereka.",
"Tetapi akhirnya anak muda sedar bahawa, keputusan mereka memilih PH pada PRU-14 adalah keputusan yang salah.",
"Bukan sebulan tetapi 22 bulan PH berkuasa di negara ini, apa mereka lakukan untuk anak muda yang mengundi mereka pada PRU-14?",
"Dalam tempoh 22 bulan memerintah, rakyat termasuk anak muda terluka dan terkesan dengan kerajaan Pusat pimpinan PH sebelum ini yang dilihat gagal menunaikan janji manifesto dan menjaga hak dan kepentingan rakyat.",
"Kita tidak perlu ambil semua manifesto PH sebab majoritinya tidak ditunaikan, kita ambil contoh terdekat dengan anak muda isu PTPTN. Adakah pinjaman itu dimansuhkan?",
"Akhirnya bermula di PRK Cameron Highlands, Pahang kita dapat lihat anak-anak muda telah kembali menyokong Barisan Nasional (BN).",
"Selepas Cameron Highlands, BN turut memang di enam siri PRK lagi selepas itu iaitu di Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim.",
"Tentunya faktor ‘kesedaran’ anak muda menjadi salah satu penyumbang kepada kemenangan BN di tujuh siri PRK berkenaan.",
"Jadi, mungkin melihat kepada ‘kesedaran’ dalam kalangan anak muda itu, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasrat menubuhkan parti berasaskan golongan muda bagi menghadapi PRU-15.",
"Selama ini, sewaktu bersama Armada dan menjadi Menteri Belia dan Sukan, apa Syed Saddiq lakukan untuk anak muda? Kenapa selepas PH tumbang kembali memikirkan soal anak muda?",
"Sebagai maklum balas kepada hasrat Syed Saddiq itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan anak muda dan “orang lama” perlu bersama untuk memperkukuh perpaduan, bukan berjuang di bawah parti yang khusus untuk mereka.",
"Di Negeri Johor sendiri, sejak Datuk Hasni mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selepas tumbang kerajaan PH di Johor, pelbagai usaha telah dilakukan untuk anak muda di negeri ini.",
"Tentunya anak muda tidak akan diabaikan oleh kerajaan negeri Johor kerana kita sedar kepimpinan masa kini perlu melihat kepentingan anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara.",
"Sebab itu penting seperti ditekankan oleh Datuk Hasni, orang muda dan ‘orang lama’ perlu bersama-sama untuk membentuk perpaduan bukan saja di negeri Johor malah di seluruh negara.",
"Tetapi saya berasa hairan apabila Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah berkata, Datuk Hasni dilihat bimbang dengan kebangkitan golongan muda di Johor.",
"Persoalan saya, untuk apa Datuk Hasni perlu berasa bimbang sedangkan Menteri Besar Johor itu bersama-sama dengan ‘kesedaran’ anak muda untuk menerajui negeri tercinta ini.",
"Jadi, siapa sebenarnya yang berasa bimbang dengan ‘kesedaran’ anak muda ketika ini?",
"Tepuk dada tanya selera. – UMNO ONLINE",
"Mohd Hairi Mad Shah\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor"
] |
https://umno-online.my/2020/09/07/isu-pencemaran-sungai-di-selangor-umno-bersama-rakyat-ahmad-zahid/ | [
"",
"UMNO memandang serius kesalahan berulang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebabkan sumber bekalan air rakyat tercemar. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali memandangkan ianya merupakan kejadian kedua daripada kilang penyelenggaraan jentera berat yang sama di mana sebelum ini pemilik premis berkenaan pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan yang sama iaitu mencemarkan sungai di Selangor.",
"2. Kejadian yang boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk sabotaj bekalan air negara ini jelas memberikan satu mesej yang kuat kepada kerajaan negeri Selangor khususnya dan juga kerajaan Persekutuan betapa undang-undang yang sedia ada ini tidak memadai dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan hak rakyat untuk menikmati akses bekalan air yang bersih untuk kegunaan harian.",
"3. PERLU DIINGAT, salah satu daripada lapan (8) hak pengguna ialah hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif dan kesihatan yang baik. Maka keselamatan dan kesihatan rakyat berpunca dari sumber air yang bersih wajib dijaga tanpa sebarang kompromi.",
"4. Justeru UMNO mendesak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meminda undang-undang sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 atau menggubal undang-undang baharu bagi perkara berikut:",
"a) Meningkatkan denda dan kompaun yang lebih tinggi iaitu sepuluh (10) kali ganda daripada kos pembersihan pencemaran air sungai tercemar.",
"b) Pemilik premis atau syarikat termasuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat dikenakan hukuman penjara mandatori dan sebatan kerana sabotaj bekalan air negara.",
"c) Lesen perniagaan syarikat berkaitan dibatalkan dan pemilik premis atau pemilik syarikat perniagaan termasuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat disenarai hitam dari menjalankan sebarang aktiviti perniagaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.",
"5. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 430 Akta Kanun Keseksaan melibatkan pemilik premis yang disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah adalah sesuatu yang wajar.",
"6. Namun UMNO juga menggesa pihak berkuasa agar pemilik-pemilik premis dan/atau syarikat serta Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat tersebut turut didakwa di bawah Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan mereka yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.",
"7. Tambahan, pemilik-pemilik premis dan/atau syarikat serta Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat berkenaan juga perlu disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan tindakan tegas perlu diambil kerana mensabotaj serta mencemarkan Sungai di Selangor ini.",
"8. UMNO sama sekali tidak akan berkompromi terhadap apa jua isu yang bukan sahaja menyahkan hak rakyat bahkan memudaratkan keselamatan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang. Rakyat berhak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih, sihat dan selamat!",
"#UMNOjagarakyat\n#UMNObangkit",
"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nPresiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/09/05/krisis-bekalan-air-sudah-cukup-kegagalan-sistemik-masa-untuk-bertindak/ | [
"SEJAK 2008, lebih kurang 50% laporan gangguan bekalan air daripada jumlah keseluruhan 83,729 yang dilaporkan di Malaysia berlaku di Selangor. Majoriti insiden berlaku disebabkan pencemaran kepada sumber air yakni sungai-sungai yang menyalurkan air mentah ke loji-loji rawatan air.\n\n2. Kekerapan gangguan ini menunjukkan ada sesuatu kegagalan yang amat mendalam. Semua setuju perkara ini.",
"3. Namun acapkali, ia menjadi isu politik. Tetapi apa penyelesaian yang boleh dibuat?",
"4. Pertama, suka atau tidak, Kerajaan negeri mesti bertanggungjawab besar atas kegagalan ini. Jika kilang yang bersalah itu adalah kilang “sah”, mana mungkin mereka berani mencemar sungai jika penguatkuasaan dari PBT dilaksanakan sebetulnya?",
"5. Contoh, dalam kes terkini sebuah kilang di Sg Gong Rawang, mereka telah didapati bersalah mencemar sungai sebelum ini. Mereka berani membuat kesalahan ini sekali lagi, bermakna agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Kerajaan negeri tidak berfungsi. Tiada kesimpulan lain yang boleh dibuat.",
"Malah, kenapa kilang itu dibenarkan beroperasi setelah kesalahan asal? Kenapa PBT tidak tutup sahaja kilang itu dengan menarik balik lesen operasi? Pada masa sama, ada agensi pusat juga berkongsi peranan dan Jabatan Alam Sekitar seharusnya bertindak lebih awal mengetahui sejarah syarikat terbabit. Apa yang berlaku mutakhir ini seakan kegagalan sistemik atau “systemic failure”. Benar, kegagalan besar atas bahu Kerajaan negeri tetapi pusat juga sewajarnya lebih proaktif.",
"5. Langkah penyelesaian: salah tetap salah, kritik tetap kritik. Tetapi kelompongan sebesar ini mesti ditangani segera. Ada peranan untuk Kerajaan Negeri, Pusat dan ada juga peluang untuk tindakan dari rakyat.",
"A) Kerajaan Negeri gunakan kuasa Akta Kerajaan Tempatan 1976 sepenuhnya.",
"Sebenarnya, peruntukan undang-undang sedia ada masih boleh digunakan dengan lebih serius.",
"Misalnya, selain contoh diatas yakni lebih tegas menarik balik lesen operasi pesalah, Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan bahawa pihak yang mencemar sungai boleh diminta menanggung sepenuh kos pembersihan akibat tindakan mereka. Mengapa tindakan ini tidak berani diambil?",
"Contoh lain, dalam akta sama, PBT sebenarnya boleh menyita malah memusnah bangunan atau aset yang terbabit dalam pencemaran jika tidak mampu akur kepada peraturan. Mengapa tindakan ini tidak pernah berani diambil? Apatah lagi jika punca pencemar adalah dari kalangan ribuan kilang haram yang beroperasi di Selangor setakat 2019.",
"B) gunakan kuasa Akta Industri Perkhidmatan Air 2006",
"Pada tahun 2006, Akta Industri Perkhidmatan Air digubal untuk membolehkan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (kini Kementerian Alam Sekitar dan Air) menguatkuasa undang-undang bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan air.",
"Seksyen 121 and 122 menyatakan sekiranya seseorang mencemarkan alur air atau sistem bekalan air, boleh dikenakan hukuman penjara dan denda ratusan ribu ringgit. Bermakna, boleh sahaja pesalah ditahan dan didakwa. Barangkali ini akan mengubah sikap sambil lewa pengusaha yang mencemar selama ini.",
"Berita terkini melaporkan bahawa sudah ada 4 individu yang ditangkap ekoran pencemaran terkini – yakni pemilik syarikat bertanggungjawab. Ini perkembangan positif yang wajar diteruskan dalam mana-mana kes selepas ini.",
"C) pinda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006",
"Buat masa sekarang, tiada peruntukan khusus untuk memberi peluang kepada rakyat biasa mengambil tindakan undang-undang kepada pencemar. Bayangkan jika ada peruntukan menyebut dalam kes ada gangguan bekalan air akibat pencemaran, 1.2 juta rakyat yang terkesan boleh menyaman pesalah melalui “class action suit”. Bankrap sudah tentu. Dan pastikan ia terpakai kepada pengarah syarikat-syarikat yang bertanggungjawab. Jika 1.2 juta rakyat diberi hak menyaman ini, tiada unsur penguatkuasaan boleh timbul kerana rakyat sendiri akan bangkit membawa kes ke mahkamah jika pihak berkuasa lambat bertindak.",
"D) wujudkan jawatankuasa khas tetap dipengerusi bersama MB Selangor dan Menteri Alam Sekitar & Air.",
"Jawatankuasa ini boleh dianggotai agensi negeri dan pusat – PBT, LUAS, SPAN, JAS – bermesyuarat setiap 2 minggu untuk memantau segala aspek bekalan air. Jika ada masalah, jawatankuasa ini bertindak dan menjelaskan kepada rakyat.",
"Rakyat semakin bijak dan mereka akan buat keputusan siapa yang bertanggungjawab atas kegagalan, tetapi mereka mahu melihat penyelesaian bukan pempolitikan isu sepanjang masa. Bagi mereka, ini isu yang terlalu besar dan terlalu kerap untuk kita tendang ke sana ke mari mencari jaringan gol politik.",
"SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/09/04/banyak-pembohongan-dalam-jawapan-dia-ni-bidas-najib/ | [
"",
"Banyak pembohongan dalam jawapan dia ni.",
"Tun M tolak dakwaan dia tubuh parti Pejuwang untuk angkat anak dia jadi Perdana Menteri.",
"Semasa dia menjawab dia petik nama Allahyarham ayahanda saya sebagai contoh.",
"Untuk makluman Tun M, saya tak masuk politik, tak masuk parti politik dan tak aktif dalam politik sebelum ayahanda saya meninggal dunia.",
"Hanya selepas ayahanda saya pergi, saya diminta oleh parti UMNO untuk bertanding dalam PRK untuk menggantikan ayahanda.",
"Langsung tak sama dengan keadaan Tun M dengan anak dia.",
"Minta Tun M jangan fitnah Allahyarham ayahanda saya lagi hanya kerana nak pertahankan nepostime kamu.",
"Tun M juga memberi jawapan bahawa semasa dia jadi perdana Menteri, dia tak bagi anak dia masuk parti, anak dia tak terlibat dalam politik dan juga tak benarkan anak dia meniaga dalam Malaysia.",
"Ini juga satu pembohongan amat jelas.",
"Semasa Tun M jadi PM, anak dia sudah jadi ketua pemuda UMNO bahagian Merbok, timbalan bendahari Pemuda pusat dan bendahari UMNO Kedah:\nhttp://lib.perdana.org.my/…/New…/2001-2005/2003/00085578.pdf",
"Ketiga-tiga anak dia juga banyak meniaga dalam Malaysia semasa dia jadi PM dan memiliki hampir satu dozen syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia..",
"Anataranya syarikat Konsortium Perkapalan, Artwright, Dataprep, Diperdana Corp, Pelikan, Reliance, Tongkah Holdings, Pantai Hospitals, Phileo Allied Bank, Phileo Land, Opcom Berhad dan lain-lain.",
"Syarikat milik Petronas juga pernah diminta bail-out anak dia dengan US$220 juta (RM912 juta).\nhttps://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500",
"Belum masuk lagi pemilikan anak-anak dia dalam syarikat-syarikat swasta belum tersenarai seperti kumpulan Kencana.",
"Anak dia juga pernah meminta dan diberi kawasan pembalakan 1,000 hektar semasa Tun M jadi PM:\nhttps://www.malaysiakini.com/news/489721",
"Memilik hampir satu dozen syarikat tersenarai di Bursa Malaysia pun tidak dianggap sebagai meniaga dalam Malaysia? – UMNO ONLINE",
"Najib Razak",
""
] |
https://umno-online.my/2020/08/30/31-ogos-kesepaduan-nasional-dan-kemerdekaan/ | [
"31 Ogos kita akan meraikan kemerdekaan tanahair ke-63. Sempena peristiwa besar ini, marilah kita mengukuhkan kesepaduan nasional kita.",
"Jangan sesekali kita membiarkan kesepaduan kita, sebagai sebuah negara dan bangsa, merapuh dan meluntur. Kita mesti hidup bersama dengan aman dan sejahtera, sekalipun dikeliling seribu satu perbezaan dan kelainan.",
"",
"Malaysia adalah tanah pertemuan pelbagai budaya, agama, dan keturunan. Ia dari dulu lagi adalah tempat yang didatangi pedagang, pelaut, dan pengembara dari seluruh dunia.",
"Kedatangan semua imigran ini telah diterima dengan terbuka oleh masyarakat pribumi. Mereka menemui formula untuk hidup bersama-sama, membina, dan memajukan tanahair ini dengan rukun damai. Formula itu ialah bermuafakat.",
"Dengan bermuafakatlah, pemimpin Melayu, India, Cina dan ethnik lain2 serta bumiputra dan anak negeri Sabah dan Sarawak, merunding dan memerah kudrat mencari ikhtiar terbaik untuk membina dan bangunkan tanahair ini.",
"Kemerdekaan kita tidak dikecapi melalui konflik persenjataan atau pertumpahan darah berpanjangan, tetapi ditebus dan diisi sarat dengan semangat permuafakatan yang tulen.",
"Kerana itu, acapkali Malaysia berhadapan dengan pelbagai krisis, atau suhu politik yang meninggi, atau saat tampilnya gerombolan rasis dan chauvenis tidak bertanggungjawab yang cuba merobek dan merampas kesepaduan nasional, kita mendepaninya dengan cara kita. Dengan jalan berpakat dan dengan semangat muafakat.",
"Muafakat Malaysia bukannya ‘win some, lose some’. Tapi ‘everyone win and no one lose’. Jika tidak, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.",
"Muafakat Malaysia tidak boleh dicapai melalui paksaan dan penguatkuasaan undang-undang. Kesetiaan pada tanahair adalah kualiti yang lahir dari hati. Tetapi ini bukan tugas yang mudah. Ia adalah perjalanan yang payah. Tetapi ini sahajalah satu-satunya jalan untuk Malaysia.",
"Ada tiga cara bagaimana Muafakat Malaysia ini boleh diperkukuhkan.",
"Pertama, kita mesti menolak ideologi yang menghalang kita meraikan perbezaan dan kemajmukan. Sebarang fahaman yang ekstrem, sempit, dan bercanggah dengan kepentingan dan perpaduan nasional mesti kita hindari secara total.",
"Kedua, mari kita teguh mengiktiraf kerencaman budaya dan agama, menerima dan menghormatinya. Tiada satu budaya lebih tinggi dari budaya lain. Akurlah Malaysia memang sebuah negara yang berwajah majmuk, dan kemajmukan itulah yang menjadikan Malaysia istimewa.",
"Dan ketiga, hiduplah dengan mengamalkan toleransi, tolak ansur, dan pendekatan sederhana. Adat bernegara seharusnya matang dan bersusila tinggi. Kita mesti belajar berlebih kurang dan berbahagi. Yang lemah dibantu dan diupayakan, yang terbuang dilindungi dan dibela dan yang buntu dipimpin dengan jalan keluar yang mencerah.",
"Tiada keamanan tanpa tolak ansur. Tiada kesejahteraan tanpa toleransi yang tinggi. Tiada kesepaduan nasional tanpa mengambil pendekatan yang sederhana.",
"Marilah kita memperbaharui azam kita, dalam bulan kemerdekaan ini, untuk mengukuhkan Muafakat Malaysia demi tanahair tercinta.",
"DATUK SERI MOHAMAD HASAN"
] |
https://umno-online.my/2020/08/27/realiti-kehidupan-miskin-bandar-semasa-pkp/ | [
"",
"LAPORAN terkini Families on the Edge (Siri Ogos 2020) yang diterbitkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) adalah penting untuk memahami realiti kehidupan miskin bandar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.\n\nMerujuk kepada laporan tersebut, keluarga berpendapatan rendah amat terjejas dengan realiti tersebut. Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 4 ketua isi rumah menganggur semasa pelaksanaan PKP manakala 31% mengalami potongan waktu bekerja.",
"Akibatnya, jumlah pendapatan median bulanan menurun dari RM1,500 pada tahun 2019 ke RM1,000 pada tahun 2020.",
"Keupayaan golongan tersebut mendepani krisis COVID-19 terhalang disebabkan simpanan yang kurang mencukupi dan akses yang terhad kepada perlindungan keselamatan sosial pekerjaan, selain kewujudan individu berkeperluan khas dalam isi rumah seperti warga emas, orang kelainan upaya dan pesakit kronik.\n\nSituasi yang lebih membimbangkan adalah hanya 1 daripada 4 isi rumah mampu menyimpan wang semasa PKP; dan daripada bilangan yang kecil ini, hanya 1 daripada 6 isi rumah mempunyai simpanan yang cukup untuk bertahan lebih daripada tiga bulan.",
"Tambahan pula, golongan wanita sebagai ketua isi rumah berpendapatan rendah paling terjejas sepanjang pelaksanaan PKP. Keadaan ini membawa kepada kadar pengangguran yang lebih tinggi dan pandangan yang jauh lebih pesimistik berkenaan prospek pemulihan dalam enam bulan akan datang.",
"Kanak-kanak dalam keluarga ini pula berdepan dengan kemunduran kualiti pendidikan ekoran kekurangan kelengkapan e-pembelajaran.",
"Natijahnya, Kerajaan Malaysia perlu mengiktiraf kepentingan penemuan laporan ini dan mengutamakan pendekatan yang inklusif dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia, bukannya pendekatan ekonomi ‘menitis ke bawah’ (trickle down-economics).\n\nWalaupun ekonomi Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai pemulihan pada tahun 2021, namun ciri keterangkuman tidak boleh diabaikan sama sekali. Pembangunan dan pemulihan perlu dirasai oleh semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang miskin, minoriti, terasing dan terpinggir.",
"Pertama, Kerajaan perlu mengutamakan strategi pemerkasaan ekonomi bagi membina kapasiti golongan berpendapatan rendah dalam mencari peluang pekerjaan. Contohnya, program latihan kemahiran, program pembangunan masyarakat setempat dan kemudahan kredit mikro perlu diperluaskan bagi golongan miskin bandar.",
"Kedua, proses pendaftaran untuk mendapatkan bantuan perlu ditambah baik dan dipermudahkan supaya mereka yang layak tidak tercicir. Perkara ini penting kerana masih terdapat individu yang menghadapi kesukaran untuk mengakses bantuan seperti cabaran buta huruf, masalah prosedur, tidak memenuhi syarat kerana pendaftaran perniagaan dengan SSM, masalah logistik, dan isu ‘kronisme’ (seperti yang dilaporkan oleh UNICEF dan UNFPA).",
"Ketiga, bantuan khas untuk ibu tunggal dan ketua isi rumah wanita perlu ditingkatkan dan diperluaskan kerana golongan ini paling terkesan daripada pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP. Bantuan tersebut penting untuk meringankan beban 32% ketua isi rumah wanita yang menganggur dan 57% yang tidak mempunyai perlindungan sosial pekerjaan.",
"Dengan ini, Kerajaan perlu mempertimbangkan polisi sementara pendapatan asas sejagat (universal basic income) untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Polisi ini amat diperlukan demi menjamin pendapatan yang mencukupi untuk semua penduduk Malaysia. Pendapatan tersebut mampu meringankan bebanan mereka dari segi makanan dan barangan keperluan asas sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi ini.",
"Seterusnya, keupayaan perkhidmatan kesihatan awam negara perlu dimajukan dengan meningkatkan bajet Kementerian Kesihatan. Perkara ini penting untuk memastikan golongan berpendapatan rendah terutamanya warga emas yang terpaksa menunda rawatan bagi penyakit lain tidak terus diabaikan.",
"Pendek kata, sesiapa pun tidak patut ketinggalan dalam arus pemulihan ekonomi Malaysia.",
"Datuk Seri Mohamad Hasan\nTimbalan Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/08/26/penilaian-ketua-audit-negara-membuktikan-ph-letak-tabung-haji-dalam-bahaya/ | [
"",
"SELEPAS lebih setahun tertangguh, akhirnya laporan kewangan 2018 Tabung Haji dapat dibentangkan. Alhamdulillah, dapatan Ketua Audit Negara (KAN) dalam laporan beliau telah membuktikan kebenaran kita selama ini.",
"Ia membuktikan bagaimana dasar-dasar bodoh PH telah meletakkan Tabung Haji di dalam risiko yang tidak sepatutnya.",
"Pertama di dalam lorekan merah di bawah, jelas Ketua Audit Negara mengatakan bahawa sukuk yang diterima oleh Tabung Haji sebenarnya tiada penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindahmilik dan merupakan unsecured zero coupon (berisiko tinggi).",
"Kedua, pada lorekan hijau pertama, terbukti bahawa keuntungan RM1.6 bilion pada 2018 yang dibangga-banggakan oleh PH sebenarnya bukanlah keuntungan hasil perniagaan normal. Sebaliknya RM1.39 bilion datang daripada pindahan aset melalui sukuk UJSB tersebut (keuntungan tidak nyata). Maknanya duit tak dapat pun lagi!",
"Keuntungan hasil perniagaan normal (keuntungan nyata) yang telah diperolehi hanyalah RM210 juta. Kalau sesiapa mengikuti live antara saya dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki baru-baru ini, kami sebut bagaimana tak logik langsung sebuah institusi yang mempunyai aset sebesar RM70 bilion tetapi hanya mampu menjana RM210 juta melalui perniagaan normal [1]",
"Tapi kami dituduh penipu. Siapa penipu sekarang?",
"Ketiga, ini paling teruk. Tengok lorekan hijau kedua. KAN sendiri tidak mampu pastikan bahawa Tabung Haji akan dapat menerima bayaran sukuk tersebut pada masa yang sepatutnya!",
"Apa maksudnya? Maksudnya Ketua Audit Negara sendiri tak yakin dengan kemampuan UJSB sama ada melalui kekuatan kewangan ataupun model perniagaannya bagi membayar hutang kepada Tabung Haji.",
"Kalau Ketua Audit Negara sendiri tak yakin, yang PH konfiden sangat buat model perniagaan bodoh macam ni pasal apa?",
"Apa yang akan berlaku jika kebimbangan Ketua Audit Negara ini menjadi nyata? Apa yang akan berlaku kepada Tabung Haji jika UJSB akhirnya tidak mampu menunaikan bayaran hutang pada masanya?",
"Inilah bala dan kerosakan hasil daripada tangan-tangan yang akan dihisab di Hari Pembalasan!\n—-\nRujukan:\n[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=136225047841212&id=100043611531037 – UMNO ONLINE",
"Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nSg Derhaka Kuala Terengganu"
] |
https://umno-online.my/2020/08/25/syed-saddiq-dedahkan-perancangan-licik-paling-jijik-ph/ | [
"",
"DALAM satu program online semalam, #YouthPower dengan tidak sengaja telah membongkarkan perancangan politik awal PH.",
"Dia kata dari awal-awal lagi, kerajaan PH telah merancang untuk memansuhkan dan mengurangkan subsidi serta bantuan dalam tempoh dua tahun pertama sebelum membukanya bagi tiga tahun berikutnya (penggal pemerintahan).",
"Maksudnya kerajaan memang mampu mengekalkan bantuan kepada Rakyat tapi sengaja diturunkan dan dimansuhkan untuk dua tahun pertama pemerintahan PH.",
"Saya dah lama syaki wujudnya perancangan ini sebab saya dah lama jaga kewangan negara dan saya faham kemampuan serta keadaan kewangan kerajaan.",
"Akhirnya, Syed Saddiq mengesahkannya selepas gagalkrasi PH tumbang.",
"Ini adalah satu perancangan kepetingan politik yang paling jijik, kejam dan khianat.",
"Strategi politik PH selepas jadi kerajaan adalah begini:",
"Tahun pertama dan kedua, subsidi dan bantuan dikurangkan. Rakyat disuruh ikat perut, berkorban dan bantu kerajaan kerana kononnya negara sudah bankrap di bawah BN dan Najib.",
"Rakyat perlu tolong bayar hutang negara kononnya RM1 trilion ditinggalkan BN dan Najib padahal hutang negara tak pernah dikurangkan PH.",
"Malah, kerajaan PH naikkan hutang negara sebanyak RM140 bilion iaitu pada kadar paling laju dalam sejarah. Jauh lagi laju berbanding masa saya PM.",
"Lalu negara dikatakan akan “diselamatkan” oleh PH dalam masa 3 tahun.",
"Sebab sudah “diselamatkan” PH maka bantuan dan subsidi boleh lah dipulihkan dan dinaikkan semula.",
"Dan sebab PH dah “selamatkan Malaysia” maka Rakyat akan undi mereka sekali lagi pada PRU15.",
"Ini bermaksud Rakyat sengaja ditipu, disusahkan, ditekan dan dikorbankan PH selama dua tahun.",
"Demi apa?",
"Demi kepentingan dan strategi politik PH untuk mengekalkan kuasa dan memburukkan BN.",
"Hanya orang berhati hitam yang paling jahat mampu hasilkan strategi zalim seperti ini.",
"Siapa yang bertanggung jawab untuk menghasilkan strategi politik yang sengaja menipu dan menderitakan puluhan juta Rakyat ini perlu dijahanamkan buat selama-lamanya.",
"Seluruh Malaysia sengaja dikerjakan PH selama 2 tahun.",
"(22 bulan. Bukan 22 tahun. Itu typo artikel The Malaysian Insight https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/268681 ) – UMNO ONLINE",
"Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2020/08/24/umno-antara-kekal-berkuasa-atau-kekal-berprinsip/ | [
"Untuk Golongan Muda UMNO…",
"PERKEMBANGAN politik semasa membuktikan pentingnya soal integriti dan prinsip. Perkongsian ini kami titipkan kepada golongan muda UMNO: Puteri, Pemuda, Mahasiswa, serta segenap anak bangsa yang kekal menyokong parti UMNO-Barisan Nasional.",
"Semangat juang golongan muda UMNO semenjak kekalahan Barisan Nasional pada pru-14 layak dipuji. Walau ada rakan seperjuangan yang meninggalkan parti, lebih ramai lagi yang setia kepada perjuangan: masih giat berkempen dalam PRK, masih bersemangat memikirkan pendekatan dan inisiatif baharu bagi parti, serta masih berani mematahkan hujah dan membalas sentimen parti lawan.",
"Namun begitu, tugas golongan muda UMNO tidak terhad kepada membantu parti memenangi hati rakyat dan kerusi wakil rakyat sahaja, kerana sesungguhnya, persoalan yang lebih mustahak bukanlah ‘adakah UMNO akan kekal berkuasa’ akan tetapi, ‘adakah parti UMNO kita akan kekal berprinsip’, dan persoalan kedua ini bergantung kepada sama ada kita mampu menjalankan tanggungjawab dan memenuhi peranan kita sebagai golongan muda UMNO.",
"Politik Telus dan Bersih \nPertama, golongan muda UMNO memikul tanggungjawab untuk membina budaya politik yang telus dan bersih dari akar umbi sehinggalah ke peringkat kepimpinan tertinggi agar budaya politik ini dapat dipraktikkan apabila berada dalam kerajaan. Budaya ini amat penting untuk memelihara paksi perjuangan pro-rakyat agar UMNO dapat menjaga kepentingan, hak, dan tanggungjawab rakyat terhadap kehendak segolongan kecil puak politik dan nafsu perseorangan.\n\nUsir unsur kebejatan seperti sistem politik feudal yang berteraskan patronage serta politik wang kerana sistem ini memungkinkan paksi wang dan kuasa untuk bersaing dengan paksi perjuangan rakyat. Ia harus dibasmi, bukan diterima sebagai sebahagian ‘realiti politik’. Banyak amalan dan idea yang usang masih berkuasa hanya kerana tua umurnya, tua tak bermakna betul mahupun bijak.",
"Dalam usaha dan ikhtiar membina budaya politik baharu, kerangka akauntabiliti dalaman parti seperti jawatankuasa disiplin perlu digandingkan dengan usaha golongan muda UMNO untuk memastikan kepimpinan kekal teguh memperjuangkan kepentingan rakyat. Parti tidak memerlukan ahli yang rapuh prinsip dan tuli nilai untuk menentukan arah tuju parti.",
"Anak Muda Mengemudi ",
"Kedua, pentas golongan muda UMNO wajar dijadikan platform untuk mengusulkan arah tuju politik yang dikehendaki oleh anak muda dan memperjuangkan kepentingan anak muda, bukan mengulang mesej dan sentimen yang dihasilkan pemimpin-pemimpin parti dalam nada anak muda. Bukanlah tugas golongan muda UMNO untuk mengedar propaganda mana-mana puak pemimpin UMNO dalam bungkusan atau versi anak muda. Itu sifat burung kakak tua, bukan golongan muda UMNO.",
"Setia kepada parti bermakna setia kepada perjuangan UMNO, pengisian makna perjuangan itu harus berteraskan prinsip, bukan berteraskan kemahuan mana-mana pemimpin parti. Malah, jika tidak bersetuju dengan sentimen yang dialunkan dari atas atau tidak puas hati dengan natijah yang diputuskan oleh kepimpinan, jangan malu menginjak ke platform terbuka untuk persoalkan, mencabar, dan memberi alternatif. Golongan muda UMNO ada tuntutan sah atas pengemudian parti.\n\nGolongan muda UMNO perlu menggembleng tenaga menggerakkan prakarsa yang memberi manfaat untuk rakyat, membuka diskusi tentang isu nasional seperti isu kos sara hidup, pengangguran, hak dan kebajikan pekerja bersertakan cadangan-cadangan polisi. Naratif yang dikukuhkan perlu berdasarkan paksi perjuangan rakyat, bukan berdasarkan keutamaan lain atau faktor yang berubah-ubah seperti kesesuaian politik atau lebih parah, kehendak pemodal dan pemaju. Golongan muda UMNO perlu secara terbuka menolak dan menentang politik kebencian, fasisme bersama elemen-elemen perkauman. Kita harus bina semula UMNO yang mana polisinya boleh dibanggakan segenap ahli parti.",
"Menghidupkan Demokrasi dalam Parti \nKetiga, jatuh kepada golongan muda parti UMNO untuk menghidupkan demokrasi termasuklah dengan mengamalkan budaya politik terbuka dan dengan beralih kepada format perjuangan yang lebih ideal. Zahirkan pendapat anda secara terbuka; budaya demokrasi ini penting untuk semak dan imbang dalam parti agar UMNO tidak terkandas daripada landasan perjuangan. Kekal lantang. Jangan sesekali menjinakkan prinsip anda, jangan sesekali menangguhkan perjuangan nilai, dan jangan pula menunggu pemimpin beralih untuk membuat perubahan.",
"",
"Format politik yang memperjuangkan individu tidak boleh diharapkan lagi, format politik yang memperjuangkan agenda harus menjadi pilihan golongan muda UMNO. Format politik individu terlalu bergantung kepada sosok personaliti politik sedangkan perubahan yang dibawa oleh satu pemimpin sudah tentu boleh dibalikkan oleh pewaris jawatan itu, maka perubahan yang dibawa individu kadangkadang bersifat sementara. Malah, risiko besar ialah apabila dosa pemimpin itu mengheret keseluruhan struktur parti untuk menerima balasan rakyat.",
"Perjuangan agenda lebih lestari dan berterusan kerana tidak bergantung kepada asabiyyah rendah puak tertentu; apabila sesebuah matlamat atau polisi dijadikan faktor penyatuan, maka golongan muda UMNO bersama segenap akar umbi dan barisan penyokong boleh meneruskan perjuangan walau berganti pemimpin.",
"Tanggungjawab dalam Perjuangan \nRakan seperjuangan golongan muda UMNO,\nKadang kita terima cacian dari anak muda yang lain haluan, kadang menghadapi skeptisisme jujur anak muda luar parti yang menyoal kedudukan anak muda UMNO dan menyoal perjuangan parti. Jawablah mereka jika mampu, jika tidak, tak mengapa, cermin diri, renungkan niat kita dalam UMNO.",
"Di luar sana, ada yang bibirnya menghina rasuah dan politik wang UMNO, sedang salahlaku puaknya disembunyikan; menjadi adat pula air setitik dilautkan untuk memburukkan UMNO. Maka kitalah yang perlu tampil, bukan untuk menidakkan tuduhan dan hidup dalam penafian akan tetapi untuk sebenarbenarnya, membudayakan sentimen anti-rasuah dalam UMNO, memperkukuhkan akauntabiliti terhadap kepimpinan, membangunkan sistem semak dan imbang dalam parti, semua demi merombak budaya politik UMNO dan mencorak arah tuju baharu.",
"Masih ada yang perlu diperjuangkan, jangan putus asa; masih banyak yang perlu dicapai jangan putus harapan. Ramai yang telah mencuba, ramai lagi yang akan mencuba. Masih ramai yang melihat UMNO sebagai kompas politik Melayu. Maka tanggungjawab kita untuk memastikan kompas itu tak dimanipulasikan, dan kekal menunjuk jalan yang benar dengan menjalankan penilaian semula parti dari segi polisi-polisi, sentimen serta pendekatan, dan perincian arah tuju parti.",
"Badan Perhubungan Negara United Kingdom dan Eire (BPN UK) \nOleh: Muhammed Nazhrin FS\nKetua Penerangan BPN UK"
] |
https://umno-online.my/2020/08/20/lahirnya-muafakat-nasional-menoktah-perbalahan/ | [
"LAHIRNYA MUAFAKAT NASIONAL …\n(Menjelang Ulang Tahun Pertama Kelahiran)",
"Lahirnya Muafakat Nasional atas deraian airmata keinsafan untuk menoktahkan perbalahan puluhan tahun yang membinasakan….\n\nLahirnya Muafakat Nasional atas keimanan untuk memenuhi tuntutan Ilahi supaya ummah berpadu dan jauhi permusuhan yang memudaratkan….",
"Lahirnya Muafakat Nasional atas kesedaran untuk menyelamatkan Agama daripada terus diremehkan lantaran perpecahan ummah yang berterusan….",
"Yang jelas Muafakat Nasional dibina….",
"Atas dasar keimanan….\nAtas semangat penyatuan…\nAtas landasan kesetiaan.…\nAtas ikatan persahabatan….",
"Bukan sekadar perkongsian kuasa, bukan juga hanya perkiraan untung rugi pilihan raya.",
"Muafakat Nasional sudah menjadi milik semua. Milik ummah, milik rakyat terbanyak. Bukan milik mana-mana pemimpin, bukan juga milik ekslusif mana-mana parti!",
"Justeru, wahai para Pimpinan! Jangan dipersia harapan ummah, jangan dikhianati amanah rakyat, jangan diperjudi nasib Agama dan Negara. Muafakat ini begitu mahal nilai dan harganya untuk digadaikan begitu sahaja….",
"Nukilan,\nDr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2020/08/19/kejamnya-wakil-rakyat-ph-tolak-usul-kerajaan-bantu-rakyat/ | [
"AMAT mudah untuk difahami… Wakil Rakyat Pakatan Harapan tolak usul kerajaan di Parlimen yang nak kelulusan untuk peruntukan kewangan bagi bantu rakyat. Tidakkah mereka kejam… langsung tak fikir keperluan rakyat selain hanya berpolitik dan tahu menolak apa-apa sahaja yang kerajaan lakukan walaupun ia memberi manfaat kepada semua.",
"Semua pihak tahu bahawa kesan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia bukanlah kecil sebaliknya ia memberi impak yang sangat besar khususnya kepada sosio-ekonomi rakyat sendiri.",
"Namun, sesuatu yang sememangnya sukar diterima dek akal apabila ahli Parlimen yang sepatutnya membawa suara rakyat menolak keprihatinan kerajaan yang mahu terus memberikan bantuan lantaran sedar akan permasalahan terkini.\n\nSemalam (17 Ogos) wakil rakyat pembangkang meminta Dewan Rakyat menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 atas faktor kewangan negara.",
"Walhal Rang undang-undang ini bertujuan menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang tersebut untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu.",
"Kesemua Ahli Parlimen pembangkang Pakatan Harapan yang hadir dalam persidangan Dewan Rakyat ini telah menolak bantuan kebajikan kepada rakyat bagi menghadapi pandemik COVID-19.",
"Persoalannya adakah mereka memikirkan keperluan rakyat atau hanya bersikap mementingkan diri demi ideologi politik kepartian sahaja?",
"Biarpun Rang Undang-undang ini berjaya diluluskan namun Perikatan Nasional gagal untuk mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat yang tentunya perlu dipandang serius terhadap kelangsungan pentadbiran lantaran usaha yang murni untuk rakyat pun pembangkang tidak memberikan sokongan.",
"Dalam sesi pengundian itu, lima Ahli Parlimen tidak hadir. 106 orang Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mengundi untuk tidak bersetuju sementara 111 orang Ahli-ahli Parlimen dari UMNO, PAS, PPBM, GPS, MCA, Sabah telah menyokong rang undang-undang tersebut.\n\nKejamnya Pakatan Harapan…. dengan undian tidak bersetuju untuk meluluskan Rang Undang-undang tersebut, bermakna wakil rakyat Pakatan Harapan tidak mahu kerajaan hari ini memperuntukkan sejumlah wang bagi membantu rakyat Malaysia yang terhimpit akibat daripada penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Dengan sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat Pakatan Harapan ini juga menjadi bukti bahawa mereka ini langsung tidak mempedulikan nasib rakyat dan enggan kerajaan hari ini memberi bantuan kepada rakyat.",
"Malah kerisauan yang ditunjukkan oleh wakil rakyat mereka sebagaimana Guan Eng, Dap atau Pakatan Harapan yang mahukan kerajaan memanjangkan tempoh moratorium bank yang bakal berakhir September ini adalah satu sandiwara dan permainan politik semata-mata.",
"Sandiwara wakil rakyat Pakatan Harapan ini memang nyata. Lihat saja sebelum ini apabila kerajaan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), maka dipertikaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kenapa tidak dibentangkan dalam Parlimen terlebih dahulu.",
"Wal hal ketika itu situasi amat terdesak akibat penularan COVID-19 dan rakyat perlu terus hidup walaupun terpaksa berkurung di rumah tanpa kerja.",
"Dapat dibayangkan, sekiranya PRIHATIN dan PENJANA ini dibentangkan di Parlimen maka tentunya wakil rakyat Pakatan Harapan juga akan bersikap negatif dan lebih rela ‘berhati kering’ dengan menolak langkah yang dibuat oleh kerajaan.",
"Jika difikirkan secara logik akal, sepatutnya pembangkang perlu berlapang dada dan memberikan sokongan terhadap usul tersebut lantaran rakyat hari ini amat perit dan memerlukan bantuan.",
"Namun, dengan sikap wakil rakyat Pakatan Harapan ini, terserlah bahawa mereka bukanlah mengutamakan kebajikan rakyat sebagaimana ‘Negara Berkebajikan’ yang menjadi tema mereka sewaktu mentadbir kerajaan adalah retorik semata-mata.",
"Ya, sebagaimana 22 bulan sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan tapi gagal menjaga keperluan dan kepentingan rakyat, apatah lagi sekarang mereka sebagai pembangkang mahukan usul yang memihak kepada rakyat.",
"Pakatan Harapan telah buktikan bahawa mereka ‘tidak berhati perut’ menentang usul yang memberi keuntungan kepada rakyat, sedangkan mereka tahu bahawa ramai sekarang yang melarat dan perlukan sokongan kerajaan untuk meneruskan kehidupan.",
"Duhai rakyat… nilailah sendiri bagaimana kejamnya Pakatan Harapan!",
"Tinta minda,\nFarhana Malek"
] |
https://umno-online.my/2020/08/18/perkembangan-ekonomi-negara-suku-ke-2-tahun-2020-ada-tanda-pemulihan/ | [
"",
"EKONOMI Malaysia dilaporkan menguncup sebanyak 17.1% pada suku kedua tahun 2020 akibat kesan langkah-langkah pembendungan yang ketat bagi mengawal pandemik COVID-19.",
"Walaupun penyusutan ini paling buruk sejak 1998, namun ekonomi Malaysia mula memaparkan tanda-tanda awal pemulihan sejak bulan Mei berikutan pembukaan perniagaan secara beransur-ansur.",
"Prospek pemulihan berbentuk lekuk-V disokong oleh peningkatan semula penunjuk utama seperti perdagangan borong dan runcit, perbelanjaan kad kredit, pengeluaran perindustrian, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) perkilangan dan eksport kasar.\n\nBerita ini memberikan harapan optimistik kepada rakyat Malaysia. Struktur ekonomi negara masih berdaya tahan. Persekitaran perniagaan masih berdaya maju. Rakyat Malaysia masih berdaya saing.",
"Malah, negara kita berada pada landasan yang kukuh ke arah pemulihan berasaskan pelaksanaan pakej rangsangan yang efektif dan usaha setiap rakyat Malaysia untuk membendung penularan pandemik.",
"Namun, kita perlu mengamalkan kesederhanaan dan kebijaksanaan dalam menyeimbangkan agenda pembendungan penularan wabak dan usaha pemulihan ekonomi. Langkah-langkah pencegahan sedia ada perlulah tidak terlalu ketat sehingga proses pemulihan ekonomi terbantut.",
"Usaha mestilah tertumpu untuk mendidik rakyat dan mengurangkan pengeluaran mesej yang menimbulkan reaksi panik. Binalah semula keyakinan rakyat, pengguna dan pelabur supaya ekonomi dapat dihidupkan semula. Beberapa langkah berikut wajar dipertimbangkan.",
"Pertama, Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan cadangan pengurangan sementara cukai korporat, terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (SME).",
"Langkah ini penting untuk mempercepat pertumbuhan pelaburan swasta. Sentimen pelaburan sedia ada yang lemah akan membantutkan potensi pengembangan perniagaan, lalu menghimpit penciptaan peluang pekerjaan baru.",
"Untuk meringankan beban cukai ke atas rakyat yang paling terkesan, pelepasan cukai individu khas one-off sebanyak jumlah yang berpatutan perlu dipertimbangkan untuk pembayar cukai dalam banjaran pendapatan bercukai rendah dan menengah.\n",
"Kerajaan Malaysia juga patut mempertimbangkan cukai kekayaan dan cukai warisan harta bagi mengatasi kejatuhan dalam hasil cukai. Di samping meningkatkan sumber pendapatan dan menjamin kestabilan kewangan negara, kedua-dua cukai ini dapat membantu mengatasi masalah kesenjangan kekayaan.",
"Kedua, Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara berperingkat dan teratur. Langkah pembukaan semula sempadan akan memacu aktiviti ekonomi, memudahkan pergerakan tenaga buruh dan membantu menangani masalah pengangguran.",
"Industri tempatan terutamanya sektor pelancongan dan pendidikan tinggi tidak dapat bertahan dengan sokongan pasaran domestik semata-mata. Penyambungan semula aktiviti ekonomi rentas sempadan adalah strategi penting untuk meningkatkan permintaan dan pengeluaran.",
"Sehubungan itu, pembukaan sempadan antarabangsa akan menfasilitasikan perdagangan antara negara-negara yang terlibat yang akhirnya akan mewujudkan limpahan ekonomi ke pelbagai subsektor.",
"Ketiga, negara-negara anggota ASEAN perlu meningkatkan kerjasama ekonomi serantau untuk memacu pemulihan ekonomi bersama-sama. Trajektori pertumbuhan serantau perlu diteliti semula agar lebih berdaya saing, berketerangkuman dan dipandu oleh teknologi digital.",
"ASEAN perlu merangsang ekonomi serantau dengan mengurangkan sekatan perdagangan yang dikenakan semasa pandemik serta berusaha untuk memuktamadkan perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).",
"Kesimpulannya, langkah-langkah menghidupkan semula ekonomi di atas bersama dengan keberkesanan rangsangan ekonomi akan menjadi kunci utama dalam memastikan ekonomi Malaysia dipulih dan dilonjakkan secepat mungkin.",
"Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan\nTimbalan Presiden UMNO\nAhli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau "
] |
https://umno-online.my/2020/08/12/memerdekakan-malaysia-dari-wabak-covid-19-memulihkan-ekonomi-normal-baharu/ | [
"TANGGAL 31 Ogos bakal menjelma tidak lama lagi menandakan negara ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-63. Sudah 63 tahun negara ini merdeka dan generasi yang memperjuangkan kemerdekaan pun saya anggarkan hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih hidup.",
"Pastinya sambutan kemerdekaan pada kali ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Sambutan Kemerdekaan normal baharu tahun ini bukan sekadar mengimbas perjuangan perwira negara melawan musuh dan penjajah, tetapi masa yang tepat menyemai semangat perjuangan kepada rakyat sebagai wira negara bersama frontliners dalam memerangi Covid-19.",
"Peperangan melawan wabak dan melindungi rakyat dari jangkitan virus merupakan peperangan baharu buat rakyat Malaysia dan seluruh dunia amnya. Bahkan, saya kira sehingga ke hari ini rata-rata rakyat tidak merasai keghairahan untuk menyambut bulan kemerdekaan sebagaimana biasa. Bukan kerana lupa kepada sejarah tetapi kerana semangat #KitaJagaKita.",
"Pelbagai inisiatif diperkenalkan seperti PRIHATIN, PENJANA, moratorium, subsidi elektrik dan ePenjana RM50 amat membantu meringankan beban kewangan rakyat. Inisiatif-inisiatif ini berjaya menguruskan tekanan hidup rakyat dengan berkesan.",
"Justeru kita dapat lihat rakyat tetap patuh dengan arahan kerajaan walaupun pelbagai sekatan dikenakan. Negara-negara membangun dan negara maju yang lain berdepan pelbagai rintangan menguatkuasakan undang-undang sekatan pergerakan kerana terdapat protes dan demonstrasi dalam kalangan rakyatnya tanpa ada bantuan bagi meringankan bebanan kewangan yang dirasai.",
"Bagaimanapun, kerajaan perlu meneruskan usaha mencari formula terbaik dan mengkaji inisiatif-inisiatif baharu bagi memulihkan ekonomi dengan kadar segera bagi mengembalikan keyakinan komuniti peniaga, pemodal serta rakyat keseluruhannya berurusan seperti sedia kala. Kerajaan tentu sedar kesan pasca moratorium.",
"Dianggarkan seramai 7.7 juta rakyat negara ini menggunakan kemudahan moratorium yang diperkenalkan Kerajaan dan akan tamat pada bulan September ini. Pasca moratorium akan menyaksikan peminjam akan menghadapi kekurangan kecairan tunai seterusnya akan menjejaskan pemulihan ekonomi.",
"Kesan penggandaan (multiplier effect) ini akan lebih dramatik apabila kumpulan B40 semakin meningkat, peluang pekerjaan terhad dan pertumbuhan ekonomi dijangka merosot sehingga paras di bawah sifar.",
"Saya menyarankan supaya kerajaan membentangkan ‘Tawaran Baharu’ atau ‘New Deal’ sebagaimana Pakej Prihatin Rakyat dan Penjana supaya hala tuju dan pelan yang lebih komprehensif termasuk langkah-langkah penjimatan untuk tempoh 2 hingga 3 tahun diperkenalkan.",
"Memandangkan belum ada tanda-tanda wabak Covid-19 akan tamat dalam tempoh 2 hingga 3 tahun ini, perancangan yang teliti, kreatif dan inovatif perlulah diusahakan dengan lebih agresif dengan mengoptimumkan semua tenaga-tenaga pakar, syarikat berteraskan penyelidikan dalam negara selain kerjasama dengan negara-negara luar.",
"Kerajaan perlu berdisiplin meminimumkan kos dan menghasilkan impak terbaik melalui perkongsian sumber ini.",
"Selain itu, sebarang dasar dan polisi ekonomi yang bakal dibuat kelak hendaklah juga memiliki sifat ADIL kepada semua pihak, baik kepada komuniti pekerja, majikan, pemilik perniagaan, badan korporat sehinggalah para petani di luar bandar.",
"Pembahagian kek ekonomi yang saksama atau ‘Equitable Wealth Distribution’ sangat mustahak bagi memastikan tiada pihak rasa dipinggirkan dalam negara ini.",
"Sepanjang tempoh wabak covid-19 ini melanda seluruh dunia dan di sebalik kita menyaksikan laporan berkaitan penutupan perniagaan, kebankrapan beberapa syarikat gergasi, pembuangan pekerja dan sebagainya, tetapi masih ada beberapa industri yang mengaut untung berlipat kali ganda dari kebiasaan terutama Industri yang berkaitan dengan kesihatan.",
"Kerajaan perlu menyemak semula dasar-dasar sedia ada supaya tidak menghimpit industri kecil dan sederhana (SME) untuk membina semula perniagaan di tengah-tengah kesan domino keruntuhan ekonomi dunia.",
"Segala usaha dan perancangan yang dibuat untuk memastikan masa depan rakyat dan negara lebih terjamin, hanya boleh dicapai sekiranya rakyat sendiri berusaha ke arah itu. Allah SWT berfirman “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka (surah Ar-Rad : 11)”.",
"Meminjam kata-kata sahabat saya, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas baru-baru ini di dalam facebooknya “Sukan memanah mengajar kita fokus kepada matlamat yang ingin dicapai dan tidak mudah terganggu dengan anasir luar”.",
"Maka, Muafakat Nasional dan Kerajaan hendaklah terus fokus membela nasib rakyat dan membantu kerajaan memulihkan ekonomi dengan kadar segera.",
"#UMNOJagaRakyat",
"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nPresiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/08/08/mengukuhkan-felda-demi-masa-depan-bangsa-mohamad/ | [
"Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempunyai kepentingan dan impak luar biasa dalam fabrik sosioekonomi Malaysia.",
"Perkara ini digambarkan oleh Profesor Jeffrey Sachs, seorang tokoh ekonomi global, sebagai model pembasmian kemiskinan terbaik yang pernah beliau saksikan.",
"Sememangnya FELDA adalah projek pembasmian kemiskinan yang paling berjaya, sistematik dan transformatif.",
"Ia berjaya meningkatkan taraf sosial kira-kira 122,000 keluarga generasi pertama dengan membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan.",
"Peningkatan ini turut disusuli oleh ratusan ribu lagi generasi kedua dan ketiga yang telah menikmati kehidupan yang sejahtera, berpendidikan dan lebih baik.",
"Namun Malaysia berubah dan kemajuannya datang dengan seribu cabaran.",
"Demikian juga FELDA.",
"FELDA menghadapi pelbagai cabaran seperti pewarisan dan hak milik tanah; perumahan untuk generasi kedua dan ke atas serta dalam penempatan yang sama; peluang pekerjaan untuk generasi muda; peningkatan hutang peneroka; penglibatan belia; pembangunan pendidikan dan kelestarian sumber manusia.",
"Namun cabaran paling besar ialah penyediaan FELDA untuk mendepani globalisasi dan mendahului persaingan dalam ekonomi yang semakin kompetitif.",
"Justeru, sesiapa yang memimpin FELDA mesti menangani empat cabaran penting.",
"Pertama, bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan yang keterlaluan terhadap Kerajaan.",
"Apatah lagi setelah lebih dari 60 tahun, pendapatan peneroka masih kekal rendah, terbelenggu dengan hutang dan kebanyakan generasi kedua dan ketiga terus berada dalam klasifikasi B40.",
"Kedua, menggunakan segala aset, pengalaman dan potensinya untuk menjadi katalis sebenar industri pertanian, makanan dan tenaga alternatif bagi menyokong kelestarian ekonomi Malaysia.",
"Kita harus memperdayakan sektor yang kita mempunyai kelebihan dan pengalaman serta mengurusnya dengan lebih baik dan inovatif. Hanya dengan cara tersebut kita boleh meningkatkan kebolehsaingan Malaysia dan berada dalam mod pertumbuhan ekonomi yang produktif.",
"Ketiga, menggunakan FELDA untuk merancakkan pembangunan dan rejuvenasi luar bandar Malaysia.",
"Kawasan luar bandar Malaysia selalu terpinggir dalam pemacuan ekonomi negara. Kita lebih ghairah dengan label ‘gig ekonomi’ dan pelbagai lagi label ekonomi yang tiada asas yang kukuh berbanding meneroka bagaimana aset strategik kita di luar bandar boleh dibangunkan dalam konteks ‘sustainable and modernised rural economy’.",
"Dan keempat ialah membangunkan generasi penerus FELDA supaya menjadi bakat terbaik, mandiri dan berkompetensi tinggi untuk terus kekal bergiat dalam industri pertanian, makanan dan tenaga masa hadapan.",
"Kita mesti merancangkan strategi untuk generasi ini supaya mereka mempunyai kemahiran yang lebih unggul dan tidak meninggalkan FELDA. Hal ini kerana penghijrahan mereka akan menjadikan FELDA sebagai daerah desa dan kawasan pedalaman yang tidak berdaya ekonomi.",
"‘FELDA Global Blueprint’ mestilah menjadi keutamaan Kerajaan dan FELDA sekarang.",
"Kertas Putih yang dibentangkan sebelum ini terlalu fokus kepada masalah tadbir urus FELDA. Menangani masalah tadbir urus FELDA tidak dapat mengatasi kepentingan mengurus masalah ‘structural‘ dan kebolehsaingan FELDA.",
"Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan FELDA dipacu dengan kedinamikan baru dan bukan sekadar menganggap ia sebagai vote bank untuk parti pemerintah. Kini masanya untuk kita ‘reimagine’ FELDA dan masa depannya telah pun sampai.",
"Tanpa dorongan dan lonjakan untuk masa hadapan, FELDA akan terus menjadi beban yang berat kepada Kerajaan dan segala kejayaanya yang terdahulu akan hanya menjadi sejarah. – UMNO ONLINE",
"Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan\nTimbalan Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2020/08/03/jangan-sangkal-kekuatan-muafakat-nasional/ | [
"",
"FORMULA yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) menerusi kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) sudah pun terbukti membuahkan hasil dengan cemerlang.",
"Kerjasama BN dengan PAS nyata memberikan impak yang positif setelah pengundi terutamanya PAS memberikan undi kepada calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.",
"Malah pada PRK Parlimen Cameron Highlands, BN berjaya mempertahankan kerusi dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 3,238 undi.",
"Saya mengajak rakyat mengimbas kembali detik kemenangan PRK Tanjung Piai, walaupun BN meletakkan calon dari komponennya iaitu MCA dan apabila rakyat melihat gabungan MN ini terlalu baik dan membela nasib semua kaum dan pihak, ia terbukti dengan majoriti besar iaitu 15,086, sekaligus memberi kemenangan bagi BN dan MN, pada masa sama menjadi indikasi sokongan bukan Melayu terhadap kerjasama UMNO dan PAS.",
"Begitu juga PRK DUN Chini pada 4 Julai 2020 apabila BN memperoleh majoriti yang lebih besar iaitu 12,650 undi berbanding 4,622 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.",
"Pada PRK berkenaan, calon BN, Mohd Sharim Md Zin memperoleh 13,872 undi, manakala calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, (1,222 undi) dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, hanya mendapat 137 undi.",
"Kemenangan selesa itu membuktikan bahawa BN masih relevan dan diterima oleh rakyat.",
"Dalam masa yang sama, kemenangan bergaya itu juga bukti kerjasama antara BN dan PAS di bawah MN semakin diterima oleh rakyat.",
"Selepas Chini, PRK DUN Slim River di Perak pula bakal menyaksikan kerjasama antara BN dan PAS untuk BN mempertahankan kerusi berkenaan.",
"Dalam pada itu, harus diingat jangan pula apabila sudah duduk di kerusi kerajaan, kita lupa semuanya detik manis.",
"Isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, parti keramat orang Melayu ini dan ahli jangan diheret sama. Rakyat perlu bangkit melawan rejim Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya hanya menjanjikan bulan dan bintang.",
"Perlu diingat juga bahawa, UMNO dan PAS hanya menyelamatkan kerajaan yang runtuh sendiri. Tanpa UMNO dan PAS, tiadalah kerajaan yang terbentuk pada hari ini.",
"Jika mahu dimeterai sesuatu perjanjian haruslah dibawa usul ke Perhimpuan Agung UMNO (PAU), seperti juga Dewan Perhimpunan Muktamar PAS. Suara akar umbi adalah suara keramat. Jangan sesekali membelakangi atau menafikan suara akar umbi.",
"Jadi marilah kita terus memperkukuhkan MN kerana MN membawa agenda permuafakatan ummah demi membela martabat bangsa, agama dan negara yang merupakan perjuangan UMNO sejak dari dulu lagi.",
"Menjadi satu tanggungjawab dan sewajarnya muafakat antara UMNO dan PAS ini terus diperkukuh bagi berdepan cabaran getir pada PRU-15 akan datang.",
"Muafakat membawa berkat. – UMNO ONLINE",
"MOHD HAIRI MAD SHAH\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor"
] |
https://umno-online.my/2020/07/26/aset-tabung-haji-najib-bidas-mujahid/ | [
"KUALA LUMPUR, 26 Julai – Saya amat kesal bahawa Menteri jaga agama PH ini seolah-olah tiada agama dan sanggup membohong tentang aset Umat Islam serta memfitnah saya berbohong demi mempertahankan PH dari fakta Tabung Haji jual aset secara lambak semasa mereka memerintah.",
"Dulu dia kata TH tak jual aset.",
"Kini, dia mengaku TH jual aset dan cuba memberi justifikasi kenapa TH perlu jual aset.",
"Dia pun buat posting bahawa saya tiada bukti untuk kenyataan saya bahawa TH Plantations tak pernah rugi sepanjang tempoh saya PM – iaitu tempoh THP menggandakan jumlah keluasan ladang milik mereka dari 15,000 hektar ke lebih 100,000 hektar (yang PH kemudian luluskan untuk jual lebih 76,200 hektar)",
"Saya PM dari 2009 ke suku pertama 2018.",
"Ini adalah prestasi kewangan rasmi THP yang dilapor kepada Bursa Malaysia:",
"Suku pertama 2018:\nhttps://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=2860529",
"2016 & 2017:\nhttps://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=2834181",
"2014 & 2015:\nhttps://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=2651790",
"2012 & 2013:\nhttps://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=2261709",
"2010 & 2011\nhttps://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=603724",
"2008 & 2009\nhttps://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=591854",
"Mujahid tolong tunjuk tahun mana di atas yang THP catat kerugian?",
"KEDUA, dia kata saya berbohong bahawa aset-aset THP Sarawak yang dijual PH tak pernah capai pengeluaran buah tandan segar sebanyak 52,040 tan.",
"Sila baca sendiri laporan THP di sini:\nhttps://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=99225&name=EA_GA_ATTACHMENTS (page 14)",
"Jelas tertulis pengeluaran BTS pada tahun 2018 adalah 52,040 tan sebelum iannya dijual oleh PH pada harga jual dengan harga amat murah pada tahun 2019.",
"Lagi pelik ialah Mujahid juga mengaku bahawa pelaburan TH dalam aset-aset Sarawak yang dijual mereka pada awalnya mendatangkan keuntungan tetapi dia kata selepas itu ia mula mencatat kerugian demi kerugian.",
"Ini tidak betul. Ia mula mencatat kerugian HANYA pada tahun 2018 selepas PH tukar jurunilai dan banyak menurunkan nilai buku aset-aset buku TH untuk dijual kemudiannya.",
"Malah, kerugian besar seluruh THP selepas PH ambil alih adalah akibat “impairments”",
"“February 28th, 2019: Impairments behind TH Plantations’ big loss”",
"Impairments behind TH Plantations’ big loss",
"",
"Impairments ini disebabkan jurunilai baru PH turunkan nilai buku aset dan THP perlu mencatat kerugian buku.",
"Antara aset yang diturunkan nilai buku ialah aset Sarawak tersebut yang diturunkan nilai dari RM360 juta (2017) ke RM120 juta (2018) sebelum dijual dengan harga RM170 juta kepada syarikat bukan bumiputera (2019).",
"Sehingga kini, Mujahid tak pernah menjawab kenapa THP tiba-tiba menukar jurunilai CH Williams yang amat terkenal selepas PH jadi kerajaan dan akibatnya nilai buku aset-aset THP diturunkan dengan banyak dan kenapa PH luluskan untuk jual 76.2% daripada jumlah keluasan ladang THP selepas nilai buku diturunkan.",
"Saya pun hairan dari mana Mujahid petik alasan-alasan untuk tuduh saya berbohong sedangkan fakta dan laporan rasmi kewangan THP ada di Bursa Malaysia.",
"Rupanya dia petik dari artikel “The Rocket” milik DAP pada 20 Februari 2020 sebelum PH tumbang iaitu masa kerajaan PH diberikan lesen untuk menipu Rakyat:",
"“Najib Razak in his statement claimed that TH Plantations Bhd (THP) had never lost business deals during his tenure as Prime Minister. He also claimed that the fresh fruit bunch (FFB) could produce 52,040 tonnes of assets in Sibu and Bintulu. Najib’s claims could not be further from the truth.",
"How THP lost millions on Sarawak land deals",
"",
"Ini posting menipu Mujahid: https://www.facebook.com/420621651310007/posts/3184128514959293/?d=n",
"Sumber : FB Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2020/07/22/tubuh-rci-tabung-haji-demi-singkap-isu-penyelewengan-kontroversi/ | [
"PERBAHASAN TITAH DIRAJA PARLIMEN MALAYSIA (TABUNG HAJI)",
"Dato Yang Di Pertua,\n1. Isu Tabung Haji ialah isu yang sangat penting. Saya telah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji pada 1 Julai 2013. Saya bersama-sama pengurusan tertinggi Tabung Haji pada ketika itu telah diamanahkan dengan tanggungjawab yang sangat berat. Bukan sahaja untuk meningkatkan kepentingan Tabung Haji sebagai institusi kewangan umat Islam, tetapi juga mengekalkan pulangan kompetitif terhadap pendeposit Tabung Haji.",
"2. Alhamdulillah, ketika saya mula-mula menjadi Pengerusi, jumlah deposit pendeposit Tabung Haji adalah RM 45.7 Billion Jumlah deposit ini terus meningkat kepada RM73.50 Billion pada tahun 2017 iaitu pertambahan RM27.8 bilion dalam tempoh masa 4 tahun sahaja.\n\nBerbanding pencapaian Pakatan Harapan yang menyebabkan jumlah deposit turun sebanyak RM5.1 Bilion kepada angka RM69 billion manakala bilangan pendeposit juga menurun sebanyak 500,000 orang apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan.",
"Dato Yang Dipertua,",
"3. Saya dua tahun telah digelarkan sebagai penyamun. Dipanggil perompak malah dipanggil pencuri wang Tabung Haji. Lebih dasyat lagi, saya di tuduh sebagai hindu masuk Islam, mana mungkin diberikan jawatan Pengerusi Tabung Haji dan diberi nama Kalimuthu. Saya dimalukan sedemikian rupa sedangkan sepanjang kami mengendalikan institusi kewangan ulung umat Islam ini, kami tidak pernah walau sekali pun telah gagal dalam membentangkan Laporan Kewangan Tahunan pada setiap tahun.",
"Sedangkan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan yang dianggap telus, gagah perkasa, integriti dan bersih tapi sehingga ke hari ini gagal untuk menyediakan Laporan Tahunan sepanjang pentadbiran mereka? Di manakah Laporan Kewangan Tahunan bagi tahun 2018 dan 2019? Jika tidak ada, bagaimanakah kerajaan Pakatan Harapan yang mana Tabung Haji diterajui oleh Kekanda Parit Buntar tergamak mengumumkan hibah sebelum prestasi mereka diaudit oleh Jabatan Audit Negara.",
"4. keperluan dan kewajipan menyediakan laporan tahunan Penyata Kewangan ini disebut dengan jelas di dalam Seksyen 5 & 6, Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan 1980) Akta 240.\n\nDato Yang Di Pertua,\n5. Apa yang menyedihkan, laungan perompak, penyamun, pencuri tersebut berdasarkan kononnya saya bersama-sama pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji telah dituduh melakukan perkara-perkara berikut:",
"TUDUHAN PERTAMA:",
"A. KAMI TELAH MEMBERIKAN HIBAH KEPADA PENDEPOSIT TABUNG HAJI SEDANGKAN LIABILITI ADALAH MELEBIHI ASET WALAUPUN BANK NEGARA TELAH MENEGUR PERBUATAN TERSEBUT.",
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa Lembaga Tabung Haji adalah sebuah perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 AKTA 535 dan Akta Badan Berkanun 1980 Akta 240, serta tidak terikat dengan peraturan-peraturan Bank Negara, KERANA ITU TABUNG HAJI BOLEH BAGI DIVIDEN ATAU HIBAH TINGGI BERBANDING BANK-BANK LAIN DIBAWAH BANK NEGARA.",
"Maka pemberian Hibah kepada pendeposit mestilah dibayar Menurut AKTA TABUNG HAJI 1995 (AKTA 535), SEKSYEN 22 (1) antaranya menyebut :",
"LEMBAGA BOLEH MENGIKUT BUDI BICARA MUTLAKNYA MENENTUKAN PADA BILA-BILA MASA SAMA ADA WAJAR UNTUK MENGISYTIHARKAN SUATU JUMLAH WANG SEBAGAI UNTUNG BOLEH AGIH (IAITU HIBAH YA) DENGAN KELULUSAN MENTERI.",
"SEKSYEN 22 (3) DAN 22 (3) (a) pula antaranya menyebut bahawa :\nTIADA UNTUNG BOLEH AGIH (IAITU HIBAH) BOLEH DIISYTIHARKAN DALAM MANA-MANA TAHUN MELAINKAN JIKA PADA AKHIR TAHUN ASET KUMPULAN WANG TIDAK KURANG DARIPADA JUMLAH LIABILITI KUMPULAN WANG.",
"DATO YANG DIPERTUA,",
"KALAU KITA LIHAT PADA MUKA SURAT 10 PENYATA KEWANGAN 2017 TABUNG HAJI PIHAK PENGURUSAN TELAH MELAPORKAN KERUGIAN RIZAB-RIZAB LAIN BERJUMLAH RM4.6 BILLION. KERUGIAN INI ADALAH HASIL DARI PERBEZAAN HARGA KOS EKUITI SAHAM YANG DIBELI DENGAN HARGA PASARAN SEMASA PADA TARIKH LAPORAN KEWANGAN NI DIBUAT. YANG DIPERTUA, INI ADALAH KERUGIAN YANG BELUM DIREALISASIKAN KERANA SAHAM-SAHAM TERSEBUT MASIH DIPEGANG OLEH TABUNG HAJI DAN HARGA PASARAN AKAN TURUN NAIK BILA HARGA BURSA SAHAM PULIH. DAN PERLU INGAT MASA TU PRESTASI BURSA SAHAM NI MENJEJASKAN SEMUA SYARIKAT-SYARIKAT DI MALAYSIA BUKAN HANYA SYARIKAT-SYARIKAT DI DALAM PELABURAN TABUNG HAJI SAHAJA.",
"YANG INI PUN DINYATAKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN DALAM PENYATA KEWANGAN JADI DI MANA ASAS TUDUHAN MEREKA YANG KATA LAPORAN PENYATA KEWANGAN TU SALAH, MENYELEWENG, IBARAT KANSER, TENAT SEHINGGA MENAKUTKAN PENDEPOSIT DAN PELABUR SEMUANYA.\n\nTUDUHAN SETERUSNYA,",
"B. Saya dan Pengurusan Tetinggi Tabung Haji telah dituduh melelong aset Tabung Haji. Jika benar, kenapa asset Tabung Haji boleh meningkat RM26.5 bilion sepanjang saya menjadi Pengerusi? Ini adalah asset yang Tabung Haji perolehi dalam bentuk fizikal. Sama ada dalam bentuk ladang, bangunan, hotel, tanah, saham dan lain lain lagi. Ini adalah asset-asset yang mempunyai nilai dan boleh dicairkan kepada tunai pada bila-bila masa jika keadaan mendesak.",
"Dato’ Yang Dipertua,",
"semasa saya menerajui TH, terdapatnya Jawatankuasa Panel Pelaburan yang memantau pelaburan Tabung Haji dan Ahli Jawatankuasa Panel Pelaburan ini merupakan mereka yang sangat berkaliber, hebat, terulung antaranya:",
"1. Ybhg Datuk Nor Shamsiah Binti Yunus Gabenor Bank Negara Sekarang ni.\n2. Ybhg Tan Sri Wahid Omar bekas Menteri Di Jab Perdana Menteri yang kini merupakan Pengerusi Bursa Malaysia.\n3. Ybhg Datuk Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB\n4. YAM Tan Sri Dato Seri Syed Anwar Jamalullail\n5. Ybhg Dato Mokhzani Abdul Wahab",
"Sebarang keputusan pelaburan perlu diperakui oleh Panel Pelaburan ini. Malangnya Panel Pelaburan ini telah digantikan pada zaman Pakatan Harapan sekarang dengan “PANEL PELEBURAN” Aset-Aset Tabung Haji.",
"Dato’ Yang Dipertua,\n\n6. YB Parit Buntar ada menyebut bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah menyuntik RM19.9 Billion kepada Tabung Haji demi ingin menyelamatkan Tabung Haji.",
"Saya ingin membidas bahawa pada 31 December 2018 satu sen pun tidak disuntik kepada Tabung Haji walaupun asset berjumlah RM10 Billion telah dijual kepada UJSB. Sehingga sekarang iaitu 31 Julai 2020 hanya RM100 Juta yang telah dibayar jadi apa yang telah disuntik tu?",
"Ini ialah hutang yang belum tentu boleh dibayar oleh UJSB bila cukup tempoh matang nanti. Usahkan nilai RM27.8 bilion yang perlu dibayar 7 & 10 tahun lagi, kalau dapat bayar Rm10 bilion nilai asset yang dijual pun dah dikira bernasib baik.",
"Dato’ Yang Di Pertua, ini adalah kertas hutang. Kertas hutang atau sukuk ini adalah non-transferable dan non-guaranteed BY GOVERNMENT dengan izin.",
"Bermakna jika Tabung Haji TUTUP KEDAI hari ini seperti mana kenyataan Kekanda Parit Buntar, Tabung Haji tidak dapat memindahkan sukuk ini kepada pihak lain untuk mendapatkan tunai segera. Sukuk ini juga tiada jaminan daripada kerajaan sehingga menyebabkan nilainya tidak dapat disahkan oleh pihak audit.",
"Saya juga hairan bin ajaib, megikut maklumat daripada SSM, UJSB yang kononnya mempunyai nilai aset sehingga RM10 billion hanya mempunyai modal berbayar hanya RM1 sahaja.",
"7. Saya nak bertanya kepada Kekanda YB Parit Buntar kenapa hendak tipu rakyat dengan mengatakan aset hanya dipindah milik walhal hakikat sebenarnya aset-aset tersebut telah dijual dan bukan milik Tabung Haji. Dalam perjanjian pemindahan aset antara Tabung Haji dan UJSB tersebut, Saya difahamkan, daripada RM19.9 bilion ini hanya RM100 juta sahaja sudah dibayar pada 31/12/2019. (guna analogi jual jual rumah, bayar deposit, owner baru dah kutip sewa dari kita) (perabot jual dengan hanya RM10,000) Kalau tinggal di hotel, TH kena bayar sewa kepada UJSB untuk jemaah kita transit.",
"Sepanjang zaman saya, Tabung Haji berjaya memberikan hibah purata sebanyak 7.25% antara 2013 hingga 2017",
"8. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri Agama dan Menteri Kewangan sekarang, Ketika asset-aset milik Tabung Haji dijual kepada UJSB pada tahun lepas, rakyat dijanjikan oleh pentadbiran PH bahawa asset-aset ini akan menjalani pemulihan, pembaikan tadbir urus serta pertambahan nilai supaya dalam tempoh 10 tahun akan datang, UJSB dikatakan mampu membayar balik lebih RM27 bilion kepada Tabung Haji. Jika sekiranya asset-aset tersebut gagal mencapai nilai RM27 bilion apabila tempoh matang sukuk telah tiba, bagaimana UJSB nak membayar hutang ini kepada Tabung Haji? (Bagaimana syarikat yang baru diwujudkan dengan bermodal RM1 boleh membayar balik hutang tersebut)\nApakah yang boleh dilakukan jika berlaku kegagalan sedangkan sukuk ini langsung tidak dijamin oleh kerajaan?",
"Dato Yang Di Pertua,",
"9. Pada awal Mac 2020, UJSB telahpun melupuskan 111.3 juta unit saham daripada 10 syarikat milik asal Tabung Haji. Nilai 111.3 juta unit saham ini berdasarkan perjanjian antara Tabung Haji dan UJSB adalah RM183.54 juta. Ini adalah nilai asas yang belum mengambilkira dividen sukuk. Sekiranya dividen sukuk diambil kira, maka nilai yang sepatutnya dibayar oleh UJSB kepada Tabung Haji bagi unit-unit saham ini adalah sekitar RM230 juta",
"10. Mengejutkan saya adalah tindakan UJSB yang melupuskan saham-saham ini ketika BSKL berada pada tahap yang paling lemah. Nilai pasaran bagi unit-unit saham itu pada ketika ia dilupuskan adalah pada kadar RM 38.2 juta sahaja. Bagaimanakah UJSB mampu membayar semula hutang kepada Tabung Haji jika sekiranya aset-aset ini dilupuskan jauh lebih rendah daripada harga belian? Siapakah pula yang membeli saham saham ini daripada UJSB? Pihak manakah yang mendapat keuntungan besar daripada transaksi jualan ini?",
"11. Yang untung sudah tentulah pihak pembeli saham tersebut. Sebagai contohnya syarikat Icon Offshore. UJSB telah melupuskan 25.48 juta unit saham milik asal TH ini ketika harga pasaran berada pada paras 6.5 sen. Anggaran nilai transaksi pada ketika itu adalah RM1.656 juta. Tetapi pada hari penutup semalam, nilai saham Icon telah meningkat kepada harga 12 sen sesaham (17 Julai 2020).",
"Sesiapa sahaja yang membeli saham tersebut daripada tangan UJSB pada awal Mac lepas sepatutnya sudahpun memperoleh keuntungan RM1.4juta iaitu hampir satu kali ganda hanya dalam masa 4 bulan.\n\n12. Begitu juga dengan sektor perladangan. Pada zaman saya, Tabung Haji melalui anak syarikatnya TH Plantation Berhad telah berjaya meluaskan ladang sedia ada sehingga mencapai saiz 100,976 hektar iaitu keluasannya lebih besar dari negara Singapura. Saya ditohmah bahawa saya membeli ladang-ladang yang tidak berguna, rosak, mahal serta tidak subur.",
"Tuan Yang Dipertua, izinkan saya membetulkan laporan ini. Rekod TH Plantations Bhd sebenarnya tidak pernah rugi ketika zaman saya menjadi Pengerusi Tabung Haji. Sepanjang zaman kami, TH Plantations mencatatkan keuntungan setiap tahun.",
"Kadar keuntungan bersih sebelum cukai adalah seperti berikut:",
"2015 – RM 18,714,000\n2016 – RM 127,296,000\n2017 – RM 60,999,000",
"Hanya pada zaman Pakatan Harapan iaitu tahun 2018, THP telah mencatatkan prestasi terburuk sepanjang penubuhannya. THP telah rugi sebanyak RM 678,111,000. Ini bermakna Tabung Haji telah diurus dengan baik oleh kerajaan terdahulu tetapi apabila Pakatan Harapan ambil alih mereka menjahamkan dan membuat pelbagai tuduhan.",
"13. Berkenaan penjualan dua buah anak syarikat THP bernama Bumi Suria Ventures dan Maju Warisan Mas kepada sebuah syarikat bukan bumiputera bernama Tamaco Plantation Sdn Bhd. Bagaimanakah sebenarnya kaedah penjualan berkenaan? Saya tidak rasis, asalkan harga tersebut menguntungkan TH Plantation.\nSaya difahamkan ladang tersebut telah ditawarkan dengan harga lebih RM400 juta. Kenapa tawaran tersebut tidak dimasukkan di dalam tender ?",
"14. Apakah status penjualan Ladang Bumi Surai Venturess dan Maju Warisan Mas kepada syarikat bukan bumiputera iaitu Tamaco Plantation Sdn Bhd yang mana ahli Lembaga pengarahnya ketika itu seperti yang tertera di dalam Bursa Announcement:",
"1. Lim Sing Hua\n2. Lim Chun Leng\n3. Lim Wai Foong\n4. Lim Chun Hsiung\n5. Lee Ban Loong",
"Sebelum ini Kulim kata tiada aset Tabung Haji yang dijual kepada bukan Islam. Jadi apakah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng dan 3 lagi ini adalah pendeposit Tabung Haji?",
"15. Mengapakah selepas JPPH mengeluarkan penilaian RM224 juta terhadap ladang tersebut pada 10 April 2020, pengurusan TH Plantations (THP) telah membuat rayuan beberapa kali agar agensi kerajaan tersebut menurunkan lagi harga penilaian aset berkenaan? Sedangkan sepatutnya THP menggunakan asas RM224juta tersebut untuk memulakan semula rundingan dengan Tamaco agar harga jualan dapat memberikan hasil optimum kepada umat Islam",
"16. Dengan keputusan JPPH pada 30 Jun 2020 bagi menurunkan lagi nilai ladang tersebut sepertimana rayuan THP, adakah ini bermakna umat Islam akan sekali lagi kehilangan aset berharga dengan harga yang tidak wajar? Saya memohon jasa baik Unit Perancang Ekonomi (EPU) agar kelulusan penjualan tersebut ditangguhkan dan saya merayu agar satu siasatan menyeluruh dibuat kepada perkara yang disebutkan ini.",
"17. Apakah Keputusan menjual 14 anak syarikat TH Plantation ketika pemerintahan Pakatan Harapan ini juga akan menyebabkan THP keluar terus daripada industri sawit Sarawak. Mengapakah ia berlaku sedangkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 sepatutnya dihormati agar Sarawak juga mendapat manfaat daripada pelaburan syarikat kerajaan pusat?",
"\n18. Kesimpulan kepada perbahasan saya pada hari ini, tertubuhnya kerajaan PH adalah atas 2 faktor utama. Yang pertama ialah fitnah dan yang kedua adalah berdasarkan kezaliman sebagaimana yang berlaku ke atas diri saya dan pengurusan tertinggi yang lama yang tidak berdosa.\nMereka masih ditahan kerja selama 600 hari sehingga kini tanpa dipanggil untuk membela diri dan ada diantara mereka ditahan di lokap SPRM dan direman.",
"Tidakkah itu zalim dan persoalan ini mesti dijawab.",
"19. Oleh yang demikian, demi harta dan hak umat Islam. Demi maruah dan kesucian institusi Islam. Demi masa depan dan kegemilangan agama Islam, saya mengusulkan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI ditubuhkan oleh kerajaan Perikatan Nasional hari ini bagi mencari kebenaran di sebalik satu skandal yang amat memilukan masyarakat Islam negara kita. Sekiranya RCI ditubuhkan, maka saya menawarkan diri untuk menjadi individu pertama disiasat bagi membuktikan kebenaran dan hakikat sebenar yang berlaku di dalam institusi Tabung Haji pada hari ini.",
"Dengan ini saya menyokong Titah Perbahasan Di Raja dan saya akhiri dengan assalamua’laikum w.b.t",
"DATO’ SERI PANGLIMA AZEEZ RAHIM \nAhli Parlimen Baling"
] |
https://umno-online.my/2020/07/18/pm7-tak-perlu-kelentong-lagi-kenapa-dia-letak-jawatan-pm/ | [
"PM7 tak perlu kelentong lagi kenapa dia letak jawatan PM.",
"Dia hantar surat letak jawatan PM pada pukul 1pm.",
"Bersatu umum keluar PH pukul 2pm.",
"Masa itu, dia tak pernah pun beritahu kawan-kawan dia dalam PH atau Warisan bahawa dia akan letak jawatan dan sebab kenapa dia mahu letak jawatan.",
"Selepas dia letak jawatan pada 24 Feb, dia tak pernah marah pada PPBM atau Muhyiddin atau sesiapa pun sehingga malam 29 Feb.",
"Malah keesokan hari selepas dia letak jawatan, dia tak hirau permintaan PH untuk meeting bagaimana nak pulihkan kerajaan PH.",
"‘We nominated Anwar after Dr M declined to attend meet to restore Harapan gov’t’ https://www.malaysiakini.com/news/512328",
"Hanya selepas YDP Agong umum dia bukan PM8, baru dia mula marah dan tuduh-menuduh.",
"Tiga sebab utama dia letak jawatan PM ialah:\n– dia tak mahu Anwar jadi PM;\n– dia tak mahu dikawal DAP dan PKR lagi;\n– dia bimbang PPBM dan PH akan kalah teruk pada PRU15.",
"Mereka amat bimbang selepas kalah 5 kali PRK berturut-turut kepada BN/MN termasuk kekalahan paling teruk di kawasan parlimen sendiri di mana calon orang Melayu parti PPBM kalah teruk kepada calon orang Cina BN/MN di kawasan majoriti Melayu dalam negeri yang Menteri Besar ialah dari PPBM dan Perdana Menteri ialah dari PPBM.",
"Sebab itu, PM7 sangat inginkan menjadi PM untuk sebuah kerajaan perpaduan (unity government) di mana dia boleh pilih sendiri mana-mana ahli Parlimen dia suka tanpa perlu mengikut kehendak parti.",
"Dengan kerajaan perpaduan baru ini :\n– dia tak perlu serah jawatan kepada Anwar\n– dia tak perlu dikawal parti DAP dan PKR lagi\n– dia tak perlu bimbang kalah kepada BN/MN sebab BN/MN juga sebahagian kerajaan dia.",
"Ketiga-tiga masalah dia diselesaikan sekaligus jika dia berjaya bentuk kerajaan perpaduan idamannya.",
"Namun dia gagal kerana BN, PAS dan GPS tolak untuk bersama dengan orang DAP.",
"Mengaku sahaja lah rancangan sebenar kamu.",
"Jujur sikit, boleh?",
"Buat apa asyik salahkan saya?",
"Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2020/07/16/isu-tabung-haji-ph-gembira-atas-kepincangan-sendiri/ | [
"SAYA tak faham sebab apa Pakatan Harapan (PH) ni gembira tak ketahuan hala pasal jawapan di parlimen isu Tabung Haji (TH).",
"1. Kita tak pernah kata Tabung Haji dikuasai bukan Islam. Nak kuasai apa benda Tabung Haji tu kan sebuah agensi badan berkanun kerajaan. Yang kita sebut adalah terdapat aset-aset Tabung Haji yang telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera. Yang kita sebut adalah aset-aset yang dipindahmilik ke UJSB berisiko untuk hilang daripada pegangan umat Islam.",
"Ini isunya.",
"Apakah kenyataan itu salah? Bukankah TH Plantations Berhad pada 5 Disember 2019 telahpun mengisytihar penjualan dua anak syarikat mereka yang memiliki ladang seluas 6,514 hektar kepada sebuah entiti non bumi bernama Tamaco Plantation Sdn Bhd? Sudahlah begitu, harga jualan pula lebih rendah daripada harga penilaian [1]",
"Begitu juga dengan 111.3juta unit saham yang asalnya milik Tabung Haji telah dilupuskan UJSB pada awal Mac 2020. Bukankah itu bermakna aset tersebut telah terlepas daripada pegangan umat Islam?",
"Apabila kita sebut umat Islam, kita maksudkan ummah itu secara keseluruhan. Jika sekiranya aset-aset itu dibeli oleh syarikat milik muslim sekalipun, ia masih dianggap sebagai terlepas daripada pegangan umat Islam. Sebab individu atau syarikat milik muslim ini tidak bertanggungjawab ke atas kepentingan umat secara keseluruhan. Berbeza dengan Tabung Haji.",
"Takkan benda ni PH tak faham? Ini dah macam mengajar budak darjah tiga",
"2. Begitu juga kita tidak pernah menafikan keuntungan atau nilai aset Tabung Haji telah meningkat pada tahun sebelum ini. Yang kita pertikaikan adalah kaedah yang bagaimana keuntungan tersebut dijana sampai Kekanda begitu galak claim itu jasa dia.",
"Saya beri contoh tahun 2019. Jumlah pendapatan Tabung Haji adalah sebanyak RM3.19 bilion. Tetapi daripada jumlah tersebut, RM1.63 bilion atau 51% daripadanya datang daripada pendapatan sukuk Urus Harta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).",
"Sukuk ini bukan tunai pun. Tak masuk akaun Tabung Haji pun. Ia hanyalah kertas hutang yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 7 dan 9 tahun. Sudahlah begitu, sukuk ini pun tiada jaminan kerajaan yang menyebabkan Tabung Haji menanggung risiko yang amat besar sekiranya UJSB gagal membuat bayaran dalam tempoh sepatutnya.",
"Apa jadi kalau UJSB tutup kedai? Bukankah ketika itu Tabung Haji terpaksa write-off (hapus kira) hutang tersebut?. Kalau hutang itu tak boleh dibayar, dah tu rekod pendapatan yang dicatat pada 2019 tu nak kira lagu mana?",
"Jika UJSB gagal bayar, maknanya pendapatan Tabung Haji tahun lepas cuma RM1.56 bilion.",
"Dengan kata lain, rekod itu akan menjadi salah. Sebab duit itu tak boleh dibayar. Jadi hibah yang diberikan bagi tahun lepas pun akan dipertikaikan.",
"Inilah salah satu sebab kenapa Laporan Kewangan Tahunan tak boleh keluar. Nak suruh keluar, kerajaan kena jamin dahulu sukuk tersebut. Maknanya jika UJSB tak boleh bayar, kerajaan akan bayarkan. Dengan kata lain, rekod pendapatan 2019 itu akan menjadi sah kerana pembayarannya terjamin.",
"Faham ke tidak?",
"3. Sebab itu pengurusan lama guna kaedah penilaian Net Realisable Value (NRV) atau Nilai Realis Bersih Aset. Kaedah ini adalah satu amalan yang dah diterima dalam Generally Accepted Accounting Principles (GAAP).",
"Kaedah ini lebih sesuai untuk menilai harga aset terutama dalam bentuk saham kerana sifat harga saham itu yang fluctuate. Hari ni RM1. Minggu depan jadi 50sen. Bulan depan naik kepada RM2 pula. Dah tu kita nak pakai nilai berapa? Pakai NRV lah.",
"Sebab itu GLIC besar pada zaman PH seperti Khazanah Nasional pun menggunakan kaedah ini dalam penilaian aset mereka [2]. Yang peliknya bila Tabung Haji pakai, dikatakan penipuan akaun. Bila Khazanah zaman PH pakai tak ada masalah pula.",
"Sejak bila perakaunan ni ada dua jenis hukum? Halaluna wa Haramukum?",
"Awak ingat jaga agensi kerajaan dan GLC ni macam main Saidina ke? – UMNO ONLINE",
"Rujukan:",
"[1] https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…",
"[2] https://www.thestar.com.my/…/khazanah-records-weaker-2018-…/",
"—\nAbdul Rahim Hilmi Zakariya\nSerdang Selangor"
] |
https://umno-online.my/2020/07/14/55-cadangan-usul-menjunjung-kasih-titah-diraja-parlimen-malaysia/ | [
"Bismillahhirrahmannirrahim,",
"Assalammualaikum dan dalam salam sejahtera.",
"Datuk Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian,",
"1. Sukacita saya ingin mencadangkan:-",
"“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-",
"“Ampun Tuanku,",
"Patik yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas.”\n",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"2. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah menyeluruh menyentuh pelbagai kementerian dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat. Pesanan baginda kepada wakil rakyat tentang pelbagai etika yang baik tentunya kami terima dengan hati yang terbuka.",
"3. Keprihatinan Tuanku kepada kemajuan negara adalah amat tinggi sekali. Kita samada sebagai penjawat awam, anggota pentadbiran, ahli perniagaan, rakyat yang muda dan tua menyanjung kasih atas titah yang sangat tepat dan kena pada masanya itu.",
"4. Sesungguhnya Tuanku telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen, yang menjadi tunjang amalan negara kita, menurut perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, setelah melalui proses penilaian, Tuanku telah melantik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendapat majoriti kepercayaan Ahli Dewan Rakyat, sebagai Perdana Menteri ke-8.",
"5. Dua rangkap pantun diungkapkan:",
"Bukan kecil peranan silat,\nLangkah perkasa, tua dan muda,\nRaja adil, Raja berdaulat,\nRakyat dan Baginda, berpisah tiada. ",
"Membaca buku, sambil berkelah,\nJadi acara, sangat berguna,\nMoga Tuanku, dirahmati Allah,\nSelamat negara, daripada bencana.",
"6. Kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah dititah mengadap\nTuanku ke istana untuk melalui proses penilaian sokongan. Ada yang masuk ke Istana dengan bas berbumbung, ada yang masuk dengan bas tidak berbumbung agar boleh dilihat oleh rakyat dan dunia.",
"Kemelut politik negara diselesaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istana dengan bijaksana setelah Tun Mahathir meletak jawatan, diterima mengadap, diminta oleh Tuanku untuk tidak meletak jawatan, namun Tun Mahathir tetap dengan keputusannya. Akhirnya Tan Sri Muhyiddin dilantik oleh Tuanku menjadi Perdana Menteri Ke-8. Ini kerajaan Pintu Istana yang sah bukan kerajaan pintu belakang. Kumpulan kami juga mendapat mandat daripada rakyat kerana rakyat juga yang telah mengundi kami semua.",
"Datuk Yang di-Pertua ,\n\n7. Serangan wabak pandemik Covid-19 umpama tercetusnya Perang Dunia ke-3. Jumlah kes di seluruh negara di dunia ialah 13.24 juta dengan kematian 575,525 orang. Kes sembuh 7.69 juta, namun masih ada lebih 4.96 juta yang sedang dijangkiti dan dirawat.",
"8. Malaysia bernasib baik kerana berjaya memerangi Covid-19 dengan cemerlang. Kita dianggap antara negara yang terbaik di dunia. Tahniah diucapkan kepada kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pagoh dan seluruh yang terlibat.",
"9. Status Covid-19 di Malaysia pada 13 Julai 2020, semalam ialah 8,725 kes keseluruhan, 122 jumlah kematian dan 8,520 kes yang sembuh. Peratus sembuh adalah sangat tinggi iaitu 97.65%, ketiga terbaik di dunia selepas New Zealand dan Korea Selatan. Syukur, Alhamdulillah.",
"10. Bukan sahaja negara kita antara yang terbaik di dunia dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19, pengurusan kesihatan secara umum di Malaysia juga adalah antara yang terbaik di dunia.",
"11. Sekali lagi mari kita rakamkan penghargaan di Dewan Yang Mulia ini kepada perkhidmatan kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera, Polis, RELA, APM, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba, Agensi Pengurusan Bencana Nadma, SKMM, pihak media cetak, media elektronik dan digital serta lain-lain pihak yang tidak dapat disebutkan satu persatu.",
"12. Tahniah kepada YB Bera, Menteri Kanan Pertahanan yang mempengerusikan mesyuarat hampir setiap hari juga YB Tenggara, Menteri Kesihatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan. Tahniah kepada Kementerian Kewangan yang menguruskan Prihatin dan Penjana bagi membantu meringankan beban rakyat, ketika bencana Covid-19 yang mengganas melanda.\n\n13. Terpenting penghargaan juga kepada seluruh rakyat di negara ini dari Semenanjung hingga ke Sarawak dan Sabah yang telah dengan taat menuruti SOP PKP, PKPD, PKPB dan PKPP. Oleh kerana kepatuhan rakyat, maka negara ini dapat bangkit semula setelah mengalami episod Covid yang mengerikan.",
"14. Pantun lagi",
"Daun palas pandan wangi,\nDaun selasih jangan disimpan,\nCovid-19 jaya diperangi,\nTerima kasih Barisan Hadapan. ",
"Ayah fasih membaca hikayat,\nSebagai ketua dalam keluarga,\nTerima kasih kepada rakyat,\nKerjasama anda sangat berharga.",
"Kain songket, kain kasa,\nPakaian nikah, helaian baju,\nTerus bangkit, bangsa dan nusa,\nSederap melangkah, bersama maju.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"15. Bagi membantu rakyat terkesan Covid-19 dan PKP, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah menyalurkan RM10.92 bilion kepada 10.245 juta orang. Ini adalah suatu rekod bantuan terbesar seumpamanya. Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan dan Kementerian Kewangan.",
"16. Geran Khas Prihatin pula telah memanfaatkan 544,632 perusahaan kecil dan sederhana dengan RM3,000.00 setiap satu berjumlah RM1.634 bilion. Dicadangkan prosedur untuk PKS mendapatkan geran ini akan dipermudahkan dan kurang red tape. Pastikan semua peniaga termasuk Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Borong, Penjaja Kecil, Pekedai, Food Truck, Penjaja Tepi Jalan semuanya dapat.",
"17. Keseluruhan kesan bantuan langsung dan tidak langsung Prihatin dan Penjana berjumlah RM295 bilion, merupakan angka yang besar dan luar biasa. Namun suntikan fiskal langsung sebanyak RM45 bilion menyebabkan defisit 5.8-6%. Dicadangkan antara kaedah kerajaan yang tuntas dan pantas bagi mengatasi defisit belanjawan yang tinggi ini ialah dengan cara mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi hingga ke 8% supaya cukai yang banyak boleh dikutip daripada syarikat-syarikat.",
"18. Mengenai program subsidi upah pula sebanyak RM7.07 bilion diluluskan untuk 307,518 majikan yang memanfaatkan lebih 2.46 juta pekerja rakyat Malaysia. Setakat mana keberkesanan subsidi upah untuk mengatasi 860 ribu pengangguran iaitu 5.5% yang berlaku? Adakah subsidi upah diberi juga kepada pekerja asing? 13.8 bilion semua\n\n19. Dana Pinjaman Mudah (PUM) yang dikendalikan Bank Negara Malaysia, diluluskan bank tempatan dan setuju terima adalah RM8.4 bilion yang memanfaatkan 19,539 PKS. Ini termasuk dana (dengan izin) Special Relief Facility, automation and digitilisation facility, All Economic sector facility dan agrofood facility. Dicadangkan ada dana lain yang boleh membantu usahawan PKS dan sekali lagi diminta prosesnya dipermudahkan. Mungkin boleh dinamakan sebagai Dana\nPrihatin atau Dana Penjana atau Dana Pengembang Perniagaan misalnya.",
"20. Sebanyak 7,577 permohonan peniaga mikro bernilai RM260.6 juta di bawah Skim Kredit Mikro BSN dan 25,071 permohonan diluluskan bagi TEKUN Nasional bernilai RM191.5 juta (sehingga 26 Jun 2020). Tambah lagi dana kepada TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Usahawanusahawan kecil yang berjumlah ratusan ribu orang wajar terus dibantu. Mereka juga ada beberapa orang pekerja setiap perusahaan yang memerlukan penerusan pekerjaan.",
"21. Bila rakyat berkurung dalam rumah dengan # hastag #staysafe, #StayAtHome, #DudukRumah semua termasuk abah dan Mak Cik Kiah – tentunya bil lektrik naik melambung. Terima kasih kepada kerajaan yang memberi Bantuan Prihatin Elektrik berjumlah RM944 juta, hampir Rm1 bilion, paling tinggi dalam sejarah negara. Ini termasuk 4 juta iaitu 52.2% pengguna domestik dengan bil lektrik sebulan kurang RM77, menikmati bil lektrik percuma selama 3 bulan. Sukar nak cari kerajaan yang sebaik ini dalam dunia.",
"22. Oleh kerana penggunaan air juga bertambah ketika PKP, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberikan subsidi untuk bil air kepada rakyat B40 terutamanya atau beri air percuma untuk jumlah tertentu selama 3 bulan iaitu Mac, April, Jun kepada rakyat yang miskin.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"23. Malaysia kembali mencatatkan lebihan dagangan RM10.41 bilion pada Mei, melantun semula daripada defisit dagangan RM3.63 bilion yang dicatatkan pada April, meskipun eksport secara keseluruhan adalah lebih lemah daripada jangkaan. Persidangan APEC 2020 wajar diambil peluang untuk mengukuhkan hubungan dagang pelbagai hala. Tahun Melawat Malaysia 2020 yang telah dibatalkan dicadangkan dihidupkan semula pada tahun 2021 atau 2022 atau 2023 iaitu bila vaksin Covid-19 telah ditemui dan dunia pulih daripada wabak.",
"24. Perdagangan Malaysia bagi lima bulan pertama tahun ini bagaimanapun mencatatkan pengurangan sebanyak 8.7 peratus kepada RM688.57 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu. Perdagangan yang lebih rendah direkodkan dengan Thailand, Singapura, India, China dan Hong Kong, manakala dagangan dicatatkan meningkat dengan Korea Selatan dan Indonesia.\n\n25. Kementerian Kewangan, MITI dan Kementerian Ekonomi, perlu menyediakan langkah-langkah proaktif dan kreatif bagi menempuh kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka berlaku hujung tahun ini dan tahun hadapan.",
"26. Adakah tanda-tanda yang Vcurve akan berlaku dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini setelah pakej rangsangan Prihatin dan Penjana dilaksanakan sepenuhnya? Atau berlaku Ucurve atau ada curve yang lain akibat negara-negara luar dan maju di dunia masih belum berjaya dalam memerangi covid-19.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"27. Saya mohon PERDANA MENTERI menyatakan mengapa pendaftaran otomatik untuk menjadi pengundi belum dilaksanakan lagi, bila akan dilaksana dan berapakah jumlah rakyat yang sepatutnya mendaftar tapi belum mendaftar menjadi pengundi mengikut pecahan kaum.",
"28. Seterusnya saya mohon PERDANA MENTERI menyatakan adakah akan digubal undang-undang berkaitan dana politik. Isu dana politik bukan perkara kecil. Ramai pihak diheret ke mahkamah kerananya. Jadi saya ingin kepastian, adakah akan dibentang di Dewan ini? Jika tidak, mengapa?\nJika ya, bilakah ianya akan dibentangkan.",
"29. Saya juga mohon PERDANA MENTERI nyatakan apakah tindakan susulan kepada RCI Skandal Forex dan laporan polis yang dibuat? Mengapa laporan polis ditarik balik oleh Kerajaan PH? Kehilangan RM30 bilion yang bernilai sekarang sekitar RM100 bilion bukannya kecil.",
"30. Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyebut masalah kos sara hidup perlu terus ditangani. Ada 5 cadangan yang ingin saya utarakan iaitu:",
"30.1. Kurangkan service charge/caj perkhidmatan daripada 10% kepada 5% dalam restoran, hotel dan perkhidmatan lain. Sekarang ini ada juga yang tidak kenakan caj itu.",
"30.2. Lanjutkan moratorium bayaran balik kepada yang hilang pekerjaan dan sektor niaga yang terjejas. Jumlah moratorium bayaran balik institusi kewangan dianggar RM51.4 bilion (RM17.9 bilion sektor perniagaan dan untuk rakyat RM33.38 bilion).",
"30.3. Banyakkan kawalan harga barang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pangguna bukan hanya pada waktu perayaan. Cegah kartel, monopoli, persaingan yang tidak sihat. Pastikan Akta Anti Pencatutan dilaksana dengan ketat.",
"30.4. Kembalikan usaha usaha mewujudkan Gedung Makanan Negara (GMN) bagi mengeluarkan pelbagai produk makanan dilaksana dengan KPI yang tinggi di FELDA, FELCRA, RISDA, KEDA, MADA, KESEDAR dan lain-lain agensi. Kita mesti utamakan food security (keselamatan makanan), utamakan kualiti dengan harga yang patut.",
"30.5. Harga makanan di semua kantin dan café di universiti, sekolah, pejabat, asrama hendaklah dikawal dengan baik. Kembalikan khidmat Kafe Rakyat 1Malaysia di beberapa universiti awam tetapi telah dihentikan oleh pihak tertentu.",
"Datuk Yang di-Pertua ,\n\n31. Saya minta pertama, MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan projek TRX-1MDB dan masa depannya. Apakah perkembangan projek Bandar Malaysia?\nNyatakan aset 1MDB berjumlah RM42 bilion dan hutang RM31 bilion secara terperinci seperti pernah disebut oleh bekas CEO 1MDB, Arul Kanda. Benarkah IPIC bersetuju untuk selesaikan semua dana yang dipertikaikan sebelum 30 Disember 2020 tapi Kerajaan PH tidak mahu penyelesaian sebegitu.",
"31.1. Sejak Mei 2018 hingga kini, berapakah aset Khazanah Nasional dan semua entiti milik Perbendaharaan yang telah dijual, kepada siapa dijual dan berapa nilainya serta kaedah penjualan? Berapa aset baru dimiliki oleh Khazanah dan semua entiti milik Perbendaharaan, daripada siapa dibeli dan berapa nilainya. Berapa banyak nilai aset khazanah yang dijual untuk mencatat keuntungan daripada penjualan aset sebanyak RM9.9 bilion seperti laporan baru-baru ini.",
"31.2. Ketiga, nyatakan perbandingan tujuh perkara berikut pada 2 April 2018 dibanding pada 20 Februari 2020 iaitu kadar defisit, jumlah hutang kerajaan (tidak termasuk contingent liability), kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan KDNK, nisbah hutang kerajaan daripada KDNK dan indeks KLSE/Bursa Malaysia. Apa pula angka terkini tujuh perkara itu? Apakah langkahlangkah untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?",
"Selingan Datuk Yang di-Pertua ,",
"32. Sebelum saya meneruskan perbahasan ada empat rangkap puisi PKP (original) untuk renungan :-",
"Jalan raya hampir lengang,\nTiada suasana sesak,\nBandar raya jadi tenang,\nAyah anak belajar masak. ",
"Niaga online berkembang,\nKenderaan awam tidak berasak,\nRambut panjang panjang,\nBil letrik naik mencanak.",
"Face mask pagi petang,\nHand sanitizer sentiasa bawak,\nJarak semeter bukan penghalang,\nCovid-19 ramai yang cuak.",
"Dibenar lambat bayar hutang,\nKerja dari rumah boleh pulak,\nSiang malam tidur tenang,\nTahun depan lahir anak.",
"33. Laporan NST 3 April 2020:",
"Malaysia is expected to have a baby boom in January next year, thanks to the MCO – Movement Control Order. Diramal oleh Dr Hamizah Mohd Hassan, Ketua Unit Kesihatan LPPKN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"34. Saya pohon MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI:",
"34.1. Pertama menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan eksport, mengurangkan import barangan dan perkhidmatan. Berikan data 5 tahun terkini perdagangan dan juga data eksport perniagaan milik Bumiputera serta langkah untuk meningkatkannya.",
"34.2. Kedua menyatakan jumlah pekerjaan baru dalam bidang pembuatan dan perdagangan untuk tahun 2017, 2018, 2019 dan jangkaan tahun 2020. Apakah usaha-usaha untuk pastikan jumlah itu bertambah, berapa bilangan bergaji tinggi dan berapa peratus pekerja tempatan dibanding pekerja asing.",
"34.3. Ketiga nyatakan langkah terperinci dan bajet yang terlibat bagi meningkatkan pemahaman rakyat dan penglibatan PKS dalam IR 4.0 terutama di luar bandar. Setakat mana penglibatan pihak belia dalam IR 4.0 dan nyatakan program-program khusus untuk membantu usahawan belia bagi mengaplikasikan IR 4.0. Revolusi Industri 4.0 disebut secara specifik di dalam Titah Tuanku Agong.\n\n35. Dipohon MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah panjang dan bajet jalan kampung dan paip air di semua negeri pada tahun 2017, 2018, 2019 dan perancangan 2020. Apakah perancangan lama dan baru untuk meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar serta laporkan kejayaannya. Apakah usaha kita membawa industri ke kawasan luar bandar agar kurang berlakunya penghijrahan ke bandar-bandar.",
"36. Diminta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN\nDAN KOMODITI nyatakan perbandingan harga-harga setan atau sekilo pada 2 April 2018 dibanding pada 20 Februari 2020 iaitu BTS sawit, getah sekerap, koko, lada hitam dan komoditi lain bawah kawalan kementerian. Nyatakan langkahlangkah terperinci untuk menaikkan harga komoditi tersebut dan berapa ramaikah pekebun kecil dan industri yang terlibat dengan setiap komoditi.",
"37. Minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN\nTEMPATAN nyatakan pemilikan rumah terkini mengikut kaum dan kategori rumah murah, sederhana dan mewah. Nyatakan langkah-langkah terperinci untuk memastikan semua rakyat terutama yang sudah berkeluarga memiliki rumah dan langkah-langkah untuk mengawal harga rumah dan kadar sewa berpatutan kepada mereka yang belum memiliki rumah. Kajian wajar dilakukan tentang kadar sewa kediaman agar dasar mengenainya boleh dibuat bagi membantu rakyat.\nBilakah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara seperti dalam Titah DiRaja akan dilaksanakan?",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"38. Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI:",
"38.1. Menyatakan langkah-langkah dan bajet untuk menambah bilangan usahawan PKS di negara ini. Nyatakan data usahawan PKS Bumiputera dan pecahan mengikut jenis perniagaan serta usaha meningkatkan edagang Bumiputera. Ketika Covid-19, perniagaan online sangat diperlukan dan bagaimana usaha kementerian untuk menambah lagi bilangan usahawan e-dagang.",
"38.2. Senaraikan sebab bangsa Melayu/Bumiputera kurang jadi usahawan dan mengapa masyarakat lain ramai? Apa langkah untuk ramaikan Bumiputera jadi usahawan? Adakah pendidikan sekolah rendah, menengah dan universiti akan dirombak untuk ajar ilmu keusahawanan secara subjek yang tetap dan wajib lulus?",
"38.3. Nyatakan langkah terperinci yang terkini dan peruntukan untuk setiap langkah bagi meramaikan jumlah usahawan berdaya maju di sekitar 20 ribu buah kampung seluruh negara. Berikan angka usahawan luar bandar mengikut 14 negeri dan beri 10 nama syarikat yang paling berjaya untuk setiap negeri.",
"39. Dipohon MENTERI SUMBER MANUSIA dan MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan peratus pengangguran di kalangan belia dan graduan serta langkah-langkah yang sudah dan akan diambil bagi memastikan jumlah pekerjaan adalah mencukupi dan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran tinggi belia. Nyatakan juga langkah untuk mengurangkan pembuangan pekerja dan berapakah angka terkini mengikut pecahan industri. Titah Tuanku Agong dengan jelas menyebut agar para majikan tidak membuang pekerja dengan sewenang-wenang.",
"40. Pekerjaan adalah aspek yang terpenting dalam hidup. Untuk kerja yang baik mesti ada kelulusan dan kemahiran yang baik. Tugas kerajaan yang mustahak ialah menyediakan pusat, pakar, kemudahan, pendidikan dan kemahiran untuk seramai mungkin belia dan rakyat. Latih anak muda berdikari dengan berniaga. Latih mereka untuk menjadi Bangsa Usahawan yang berjaya.",
"41. Gaji yang baik perlu untuk menyara kos hidup yang semakin tinggi. Dengan kemahiran dan pendidikan tinggi maka gaji akan tinggi. Higher learning for higher earning. Anak-anak muda, teruslah belajar ke tahap setinggi mungkin. TVET mestilah terus diperkasakan. Malaysia wajar mempunyai 70% rakyat yang berpendidikan atau berkemahiran tinggi.",
"Saya harap Kementerian Pendidikan, Sumber Manusia dan Pengajian Tinggi menyambut cabaran besar ini demi kemajuan negara.",
"42. Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan perlu mengembalikan semula King Salman Centre for International Peace (KSCIP).",
"43. Tanah Rezab Melayu yang telah digunakan mestilah digantikan dengan kawasan yang lain, di tempat yang strategik. FELDA 2.0 dengan tanah seluas 5 ekar perlu diberi kepada 405,441 isi rumah yang termiskin di negara ini.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"44. Minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan projek-projek pendidikan di Parlimen Pontian serta kosnya untuk tahun 2017, 2018, 2019 dan perancangan tahun 2020. Adakah kolej komuniti di Benut dan Sekolah Agama Berasrama Penuh akan dibina di Benut, Pontian; berapa kos dan bila akan dimulakan. Menteri Kanan Pendidikan wajar menyemak buku teks sejarah Tingkatan 4 yang terdapat kesilapan fakta. Mohon dirujuk pandangan Profesor Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam mengenainya.",
"45. Minta MENTERI KERJA RAYA membesarkan jalan dari Bandar Pontian ke Pekan Tampok dan membina laluan motorsikal dari Benut ke tol Simpang Renggam. Nyatakan kos yang terlibat dan bilakah ianya akan dilaksanakan. Diharap projek ini dapat dimasukkan dalam RMKe-12.",
"46. Pembesaran Hospital Pontian telah diluluskan era kerajaan BN lagi tapi ditiadakan ketika era PH. Oleh itu, minta Menteri Kesihatan agar meluluskannya. Masjid Derah Pontian dipohon agar diluluskan oleh JAKIM. Masjid lama berumur 83 tahun sudah tidak dapat menampung jumlah penduduk.",
"47. Semoga Rancangan Malaysia Ke – 12 yang akan dibentang awal tahun akan mengagihkan pembangunan ke seluruh negara dengan adil. Janganlah sesuatu kawasan menerima berbilion ringgit tapi kawasan yang lain ada yang menerima cuma puluhan juta ringgit sahaja. Janganlah ada yang mempunyai jalan bertingkat-tingkat berlapis-lapis, tapi sesetengah kawasan prasarana masih daif. Diharap EPU membuat kajian teliti agar pembangunan disamaratakan seluas dan sebanyak mungkin kepada seramai rakyat. Tuanku Agong bertitah agar kerajaan terus berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri dan wilayah.\n\n48. Saya ingin mencadangkan agar MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI yang menguruskan ekonomi, YB Jeli agar menerima cadangan-cadangan bernas daripada kami Ahli-ahli Parlimen untuk pembangunan bagi RMKe-12 di Kawasan kami masing-masing.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"49. Al-Quran surah Ali-Imran ayat 26 untuk renungan:",
"Katakanlah (wahai Muhammad) “wahai Tuhan yang memiliki pemerintahan! Engkaulah yang memberi pemerintahan kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.\nSesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” ",
"50. Ayat ini memberi peringatan kepada semua kita sebagai tonggak kepada pemerintahan bahawa kuasa yang Maha Besar ialah Allah S.W.T. yang boleh memberi dan mencabut pemerintahan.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"51. Maka saya nukilkan sebuah lagi gurindam untuk renungan:",
"Wahai kerajaan, ",
"Jangan anda berlaku zalim,\nMengguna mahkamah dan penjara,\nMengheret orang tidak berdosa,\nHanya kerana lantang bersuara. ",
"Wahai kerajaan, ",
"Jangan anda berlaku zalim,\nMenuduh orang tanpa asas,\nMenyalah akta tiada belas,\nMengguna agensi jadi perkakas.\n\nWahai kerajaan, ",
"Jauhkan daripada kezaliman,\nBerlaku adil dalam pentadbiran,\nBijaksana mengurus pembangunan,\nRakyat akan mencurah sokongan,\nJika kesusahan diberi bantuan.",
"Wahai kerajaan,",
"Jangan anda berlaku zalim,\nJangan sombong bila berkuasa,\nJangan rakyat anda lupa,\nKelak terbalik segala bahtera,\nKelak anda berputih mata.",
"Wahai kerajaan,",
"Jauhkan daripada kezaliman,\nAllah berkuasa atas segala,\nIngat mati jangan dilupa,\nBoleh jatuh bila-bila masa,\nJika taqdir sudah menimpa.",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"52. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengembalikan kewujudan semua institusi dan agensi yang telah dimansuh, dihenti, dipinggir, dibuang, diserap oleh kerajaan PH sebelum ini, iaitu:-\na) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)\nb) Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)\nc) Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri\nd) Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri\n53. Anggota penjawat awam lama boleh diambil semula jika mereka bersetuju untuk bekerja lagi. Fungsi agensi boleh dibaiki sesuai dengan hala tuju kerajaan ini yang prihatin rakyat dan ingin mewujudkan pentadbiran yang terbaik. Kembalikan juga sistem berpencen kepada penjawat awam yang baru.",
"54. Saya juga ingin mencadangkan agar jika dahulu,",
"a) Ada yang bantah SOSMA, POCA, POTA, Akta Hasutan; tetapi telah terbukti akta-akta itu berguna untuk negara, jangan disalahguna, maka teruskanlah kewujudannya.",
"",
"b) PDRM perlulah hidupkan semula STAGG, STAFOC dan STING iaitu Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme; Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal Narkotik.",
"55. Saya ingin mencadangkan agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ditukar namanya kepada Wawasan\nKemakmuran Rakyat. Ini kerana tumpuan sepatutnya adalah kepada rakyat, daripada rakyat, demi rakyat, prihatin rakyat, segalanya rakyat. Ianya boleh dilanjutkan kepada 5 tahun selepas 2030 memandangkan Covid-19 memberi kesan pengunduran kemajuan sekitar 5 tahun kebelakang. Wawasan Kemakmuran Rakyat 2035 adalah lebih sesuai dengan pertukaran kerajaan dan lebih tepat kepada sasaran.\nJika rakyat makmur, bermakna negara juga akan maju dan makmur.",
"56. Saya ingin mencadangkan, agar kaedah pembelajaran atas talian untuk para pelajar dimantapkan khasnya di luar bandar di Sabah dan Sarawak. Oleh itu Kementerian Komunikasi dan Multimedia mesti bersegera menyelesaikan isu internet yang lembab di kampung-kampung, Menara SKMM perlu sentiasa di upgrade, 4G/5G dimantapkan, jalur lebar yang mesti meluas jaringannya.",
"57. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara perlulah dimantap dan diperkasakan. Usaha untuk melahirkan 125,000 orang hafiz mesti diteruskan. Universiti al-Quran yang pernah dicadang oleh kerajaan BN elok dipertimbangkan semula. Para huffaz yang dapat dilahirkan mestilah mengambil SPM dan boleh berpeluang melanjutkan pendidikan di Universiti, agar menjadi professional yang memiliki ilmu dunia ketika dada berisi alQuran. Cadangan oleh Kementerian Wilayah, JAKIM, Perbadanan Putrajaya, MAIWP dan Yayasan Restu untuk membina Perkampungan al-Quran (Quran Village) di Precint 14, Putrajaya adalah sesuatu yang mulia dan eloklah disegerakan.",
"",
"58. Saya ingin mencadangkan agar satu revolusi pendapatan, revolusi ekonomi besar-besaran dibuat agar rakyat semua kaum mempunyai pendapatan median bulanan isirumah (median monthly household income) sebanyak RM8 ribu. Untuk tahun 2019, Bumiputera mendapat RM5,420, India RM5,981 dan masyarakat Cina RM7,391. Oleh itu, lonjakan berganda (quantum leap) mesti dibuat kepada Bumiputera dengan suatu revolusi besar menjadikannya sebagai Bangsa Usahawan dan ramaikan yang bergaji tinggi. Titah DiRaja menyebut bahawa bidang keusahawanan menjadi antara nadi utama pembangunan ekonomi negara.",
"59. Sehubungan itu, saya ingin mencadang ditubuhkan Briged Niaga oleh kerajaan melalui kerjasama pelbagai kementerian untuk melonjak gandakan bilangan usahawan khususnya di kalangan bumiputera. Briged Niaga itu bolehlah dibahagi kepada 5 kategori iaitu:-",
"a) Briged Niaga Muda (BNM)\nb) Briged Niaga Wanita (BNW)\nc) Briged Niaga Online (BNO)\nd) Briged Niaga Innovatif (BNI) (Ini melibatkan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi)\ne) Briged Niaga Antarabangsa (BNA)",
"60. Maksud briged/brigade ialah suatu formasi taktikal ala tentera yang mempunyai sejumlah 3 – 6 batalion (700-1000 orang sebatalion). Pasukan niaga ini mesti memiliki disiplin dan ilmu dan taktikal perniagaan yang tinggi bagi membolehkan revolusi niaga di kalangan bumiputera boleh dicapai.",
"61. Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman pada tahun 1971, telah menulis sebuah buku penting, berjudul Revolusi\nMental yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Pada tahun 2020 ini rasanya mental rakyat Malaysia sudah melalui proses evolusi dan revolusi yang hebat. Namun revolusi niaga sebagai kerjaya hidup masih tidak dicapai oleh Bumiputera. Oleh itu, satu lagi siri revolusi wajar dilakukan.\nRevolusi memerlukan satu perubahan yang cepat dan mendadak berlawanan dengan konsep evolusi iaitu perubahan secara beransur-ansur. Revolusi niaga melalui penubuhan Briged Niaga di semua daerah wajar dilakukan untuk mewujudkan Bangsa Usahawan Baru Bumiputera di seluruh negara.",
"62. Pendapatan Garisan Kemiskinan (PGK) isi rumah telah dinaikkan daripada RM980 kepada RM2,208 menjadikan jumlah isi rumah miskin meningkat daripada 16,653 kepada 405,441 isi rumah iaitu daripada kelompok 10% terbawah isi rumah. Apakah yang perlu kerajaan lakukan terhadap mereka? Tuanku bertitah sebagai pemimpin, Ahli Yang Berhormat hendaklah menjiwai keluh kesah rakyat dan membela nasib rakyat. Tentunya termasuklah dalam isu kemiskinanan.",
"63. Saya ingin mencadangkan agar 2 orang anak dalam setiap keluarga itu diambil menjadi anak angkat kerajaan bagi dipastikan mereka diberikan Pendidikan dan kemahiran tinggi. Kemudian 2 anak yang berjaya itu diberikan pekerjaan bergaji tinggi atau menjadi usahawan berjaya yang dapat mengeluarkan keluarga berkaitan, terlepas daripada putaran ganas kemiskinan. Program istimewa ini boleh dinamakan sebagai Keluarga Prihatin Nasional (KPN) sesuai dengan program besar Kerajaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).",
"64. Keluarga termiskin yang sebelum ini didaftarkan dalam senarai e-kasih, boleh didaftar dalam senarai e-prihatin. Mereka perlu diberi bantuan khas terutama Latihan untuk peniaga kecil dan diberilesen khas DBKL atau lessen Majlis Perbandaran/Daerah.",
"65. Sabda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan Abu Naim\n‘Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.’",
"66. Nabi Muhammad SAW dalam hadith Riwayat Abu Dawud, Nasaei dan Ahmad berdoa yang bermaksud:",
"“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada kekufuran dan kefakiran dan aku berlindung dengan Mu daripada azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau.”",
"Datuk Yang di-Pertua ,",
"67. Membasmi kemiskinan hampir setengah juta isirumah di negara ini adalah satu jihad besar yang mesti diperjuangkan oleh kita dan kerajaan pada setiap hari, bulan dan tahuntahun yang mendatang.",
"68. Keuntungan yang diumum baru-baru oleh Tabung Haji ini adalah berdasar penjualan aset, sukuk yang tidak dijamin kerajaan dan tiada subsidi ratusan juta akibat tiada Jemaah Haji tahun ini. Segala isu yang telah dibangkitkan mestilah dijawab dan lebih elok diwujudkan Suruhan Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Tabung Haji agar seluruh rakyat akan lebih berpuashati demi kelangsungan sebuah institusi yang disegani di seluruh dunia Islam khasnya.",
"Akhir kalam, dinukilkan 2 rangkap pantun:",
"Sinar suria, pelangi tercipta,\nBagai prisma, yang menyerikan,\nMalaysia satu-satunya, negara kita,\nMari bersama, sepakat majukan. ",
"Waktu senja, cantik cahaya,\nTiba malam, bintang gemerlap,\nSekian sahaja, ucapan saya,\nPohon maaf, jika tersilap.",
"Saya dengan ini mohon mencadang.",
"YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN \nAHLI PARLIMEN PONTIAN\nPADA 14 JULAI 2020"
] |
https://umno-online.my/2020/07/13/mysejahtera-azeez-rahim-redzuan-sekolahkan-maszlee-dalam-parlimen/ | [
"DALAM sessi perbahasan dan soal jawab, YB Datin Seri Wan Azizah bertanya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Redzuan mengapa aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh syarikat luar negara.",
"Beliau melahirkan rasa kebimbangan kerana data-data rakyat Malaysia akan mudah dimiliki oleh agensi-agensi asing.",
"Datuk Seri Redzuan dalam jawapannya mengatakan MySejahtera dibangunkan oleh KPISoft Sdn Bhd yang merupakan syarikat tempatan dengan kerjasama Mampu dan Nacsa.",
"KPISoft berkembang menerusi bimbingan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), pada 2010, sebelum menempa nama pada peringkat serantau dengan pembukaan ibu pejabat di Asia Pasifik, empat tahun kemudian.",
"KPISoft terus menempa nama pada peringkat global termasuklah di Amerika Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Singapura dan India dan kini mempunyai pejabat operasi di 15 negara.",
"Maszlee tiba-tiba mencelah dan tidak mengikut peraturan mesyuarat menyatakan KPISoft adalah syarikat yang berdaftar di Amerika Syarikat dan berpangkalan di Singapura.",
"Beliau juga berkata aplikasi MyFuture Job yang dilancarkan Perkeso juga dibuat syarikat dari Belanda. Beliau mempersoalkan kenapa tidak diberi kepada syarikat Melayu Islam tempatan kerana kononnya kerajaan Perikatan Nasional memperjuangkan Melayu Islam?",
"Redzuan dalam jawapan balasnya menyuruh bekas Menteri Pendidikan, Maszlee buka minda sikit. Menurutnya banyak syarikat yang berdaftar di luar negara tetapi milik rakyat Malaysia. Begitu juga dengan KPISoft yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.",
"Azeez Rahim pula bertanya kepada Maszlee siapakah yang memberi “award” kepada syarikat tersebut?",
"“Dia (PH semasa menjadi kerajaan) yang bagi award, dia yang mempersoalkannya sekarang”, kata Azeez Rahim lagi.",
"Ternyata Maszlee nampak bodoh di hari pertama sebagai pembangkang di dalam parlimen – Mykmu.Net"
] |
https://umno-online.my/2020/07/12/th-musnah-kerana-propaganda-ph/ | [
"Saya senyum sahaja membaca cubaan seorang bekas Pegawai Mujahid menyerang Dr Asyraf Wajdi dalam isu Tabung Haji. Tapi bagi saya pegawai ini oklah sikit kerana sekurang2nya dia cuba membaca walaupun maklumatnya itu sekerat jalan [1]",
"Saya respon.",
"1. Pegawai ini menyatakan bahawa defisit RM10.9 bilion itu berpunca daripada kerajaan BN. Ini salah. Zaman BN sebenarnya TIADA DEFISIT. Yang berlaku defisit adalah kerana pengurusan baru enggan menggunapakai kaedah NRV (Net Realisable Value) apabila mereka mengambil alih. NRV ini adalah satu kaedah akaun yang telah diterima pakai di seluruh dunia.",
"Sebab itu kiraan pada tahun 2017 menjadi defisit RM4.1bilion. Asalnya tiada defisit pun. Bacalah Penyata Kewangan TH 2017 yang telahpun diluluskan oleh Ketua Audit Negara pada zaman PH",
"2. Pada 7 bulan pertama PH memerintah, telah berlaku tambahan defisit RM5.4 bilion lagi. Pegawai Mujahid mengatakan ia berlaku kerana kehilangan kepercayaan pelabur kepada DS Jamil dan DAWD sendiri.",
"Hujah ini bangang sebenarnya. Pertama, ketika itu PH sudah memerintah. Sepatutnya jika polisi PH benar2 bagus, kepercayaan pelabur akan meningkat.",
"Kedua, defisit ini membarah pada zaman PH kerana kejatuhan harga saham ketika itu. Sehingga 31 Disember 2018, nilai keseluruhan saham BSKL telah merosot sekitar RM270 bilion ketika PH memerintah. Tak jatuh macammana kalau menteri sendiri main propaganda hutang 1 trillion, ekonomi teruk, sistem korup etc.",
"Sebab itu ketika PH memerintah, BSKL dianggap sebagai pasaran saham paling buruk di dunia oleh Bloomberg",
"Propaganda ini memberi kesan besar kepada nilai aset TH kerana 53% aset mereka adalah dalam bentuk saham.",
"Saya bagi contoh mudah untuk Pegawai Mujahid Budak Pulau Rusa ini faham. TH memiliki 51.96 juta unit saham dalam Bumi Armada Bhd.",
"Pada 8 Mei 2018 (sehari sebelum PRU), nilai saham Bumi Armada adalah RM 0.80 seunit. Pada 31 Disember 2018, nilainya adalah 15 sen seunit.",
"Berapa nilai aset TH merosot sebab polisi bodoh kerajaan PH? ",
"RM33.77 juta.",
"Ini baru satu kaunter saham. Ada lagi 105 syarikat yang mengalami masalah sama.",
"3. Saham ini juga jatuh kerana Menteri suka bercakap benda bodoh. Saya bagi satu lagi contoh. ",
"Dalam masa 5 hari selepas Mujahid mengeluarkan kenyataan bahawa saham2 milik TH akan dijual kepada UJSB, nilai saham 10 anak syarikat pegangan TH telah merosot RM607 juta",
"5 hari sahaja. ",
"Dah tu apa kena mengena dengan DS Jamil Khir pulak?",
"4. Pegawai ini menuduh lagi bahawa kerajaan lama tidak mengendahkan amaran Bank Negara Malaysia terhadap prestasi TH pada tahun 2015",
"Saya fikir mungkin pegawai ini blur atau cuba berbohong. Sebab faktanya pada 26 Januari 2016, BNM telah memuji langkah-langkah proaktif TH bagi menyelesaikan masalah tersebut [2]",
"Bagilah fakta penuh!",
"5. Beliau juga memuji PH kerana memindahkan aset-aset TH kepada UJSB sehingga boleh membayar hibah sebanyak 1.25%.",
"Inilah masalahnya orang tak faham akaun tapi nak bercakap. Nilai aset itu adalah kertas hutang. Kertas hutang ini tak dijamin pula oleh kerajaan. Amaun tersebut direkodkan di atas kertas sedangkan wang tunai itu tak masuk pun dalam akaun.",
"Ini adalah salah satu sebab kenapa laporan audit susah nak keluar. Kerana amalan dalam audit adalah apabila sesuatu sukuk tidak boleh dijamin oleh syarikat induk, maka nilai sebenar sukuk tersebut susah nak dipastikan.",
"6. Tak ada orang pun desak PH buat RCI. Kita pun tahu PH ni dah tak ada masa depan. Yang kita buat sekarang adalah mendesak kerajaan sedia ada. Korang ni perasan ke?",
"Alahai senangnya ketuk balik. Tak ada cabaran langsung.",
"Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu",
"Rujukan:",
"[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3945742702104730&id=100000071166710",
"[2] https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=2958&lang=bm"
] |
https://umno-online.my/2020/07/06/akta-rukun-negara-dimensi-baru-memperkasa-perpaduan-kaum-di-malaysia/ | [
"KANVAS perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia diwarnai dengan pelbagai konflik dan cabaran yang dinamik dalam membentuk suatu masyarakat yang harmoni dengan kepelbagaian agama, budaya, adat resam dan bahasa menjadikan usaha Malaysia ke arah perpaduan dan integrasi nasional lebih kompleks berbanding negara-negara lain di dunia.",
"Justeru itu, kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan kesemua kaum bekerjasama untuk membentuk perpaduan, sikap toleransi dan saling memahami bagi menjaga kestabilan dan keamanan negara memandangkan ianya merupakan elemen penting dalam membentuk pembangunan dan kemajuan negara",
"Namun demikian, pada masa kini ketidaktentuan dan kestabilan politik turut menyumbang kepada potensi keretakan hubungan antara kaum yang telah dibina sekian lama sehingga membangkitkan sikap prejudis, stereotaip, curiga sangsi dan sikap etnosentrik yang menebal menyebabkan berlakunya perubahan dalam iklim kemakmuran perpaduan negara.\n\nKonflik ini semakin meruncing disebabkan oleh sikap individu yang tidak bertanggungjawab melakukan provokasi dengan menyentuh sensitiviti kaum dan agama menyebabkan berlakunya beberapa siri perselisihan faham dan perbalahan yang menggugat keselamatan dan ketenteraan awam seperti penghinaan agama Islam dan Nabi Muhamad SAW, hak istimewa orang melayu dan bumiputera serta kedudukan Raja-raja Melayu yang dijamin di dalam perlembagaan.",
"Justeru itu, perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diberikan perhatian sewajarnya agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang. Pengajaran daripada peristiwa tersebut perlu dijadikan iktibar agar setiap masyarakat berbilang kaum di Malaysia sedar bahawa betapa pentingnya untuk kita terus kekal bersatu padu bagi menjamin keharmonian masa depan negara.",
"Lantaran itu, pelbagai mekanisma telah dibincangkan dan dibahaskan oleh para intelektual dan pembuat dasar bagi mendapatkan suatu kaedah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Oleh itu, antara langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menjayakan usaha ini adalah menerusi penerapan dan pemahaman mengenai perpaduan menerusi pendidikan. Usaha ini sememangnya telah memberikan impak yang besar di dalam hubungan antara kaum di Malaysia, namun demikian ianya perlu ditambah baik lagi dengan melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap dasar pendidikan. Sungguhpun demikian, isu berkaitan perpaduan menerusi pendidikan bukanlah perkara yang ingin dibahaskan di dalam penulisan ini sebaliknya penulis ingin membawa para pembaca ke arah suatu dimensi baru kepada perbincangan topik ini.\n\nJusteru itu, terdapat suatu sudut yang kurang diberikan perhatian oleh ramai pihak iaitu berkaitan kepentingan Rukun Negara di dalam memperkukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum. Sungguhpun kita baru sahaja meraikan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara sempena pengisytiharaannya pada 31 Ogos 1970, namun demikian ianya gagal dihayati dan difahami malah tidak dihafal oleh kebanyakan rakyat sebaliknya hanya sekadar tersemat sebagai suatu ideologi semata-mata terutamanya oleh generasi muda.",
"Hasilnya, ketiadaan asas ini telah mewujudkan tindakan radikal dan ekstrem di dalam kehidupan seharian dan media sosial sehingga membawa kepada krisis kesan daripada pengabaian Rukun Negara sebagai pedoman masyarakat majmuk. Ingin ditegaskan bahawa prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara dibentuk bertujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh sebagai kunci kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum bagi menjamin kestabilan negara.",
"Maka, sudah tiba masanya ideologi ini diberikan wajah baru dengan lima prinsipnya iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan diharmonikan dan dibentuk menjadi suatu akta dikenali sebagai Akta Rukun Negara. Pelaksanaan akta ini tidak bersifat terpilih sebaliknya akan melindungi setiap agama dan kaum yang terdapat di dalam negara.",
"Perkara ini penting kerana sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada undang-undang dan peraturan sebagai garis panduan kehidupan. Maka, apabila dilaksanakan kelak setiap perbuatan yang dilihat melanggar prinsip tersebut akan dikenakan tindakan yang bersesuaian bagi menjamin keharmonian dan perpaduan di negara.",
"Konklusinya, prinsip dan matlamat Rukun Negara amat relevan dan perlu diharmonikan dengan kewujudan Akta Rukun Negara ini agar menjadi suatu mekanisma perundangan penting bagi membendung masalah yang menyelubungi konflik perpaduan kaum yang dilihat semakin meruncing di negara ini.",
"",
"DATUK SERI DR IRMOHIZAM IBRAHIM\nPeguambela & Peguamcara\nTetuan Ganesan, Irmohizam & Co"
] |
https://umno-online.my/2020/07/05/falsafah-perjuangan-antara-tun-m-dan-tun-razak-prk-chini-jadi-bukti-kembali-kepada-asas/ | [
"PEKAN tetap kubu kuat BN.",
"DUN Chini yang terpaksa melalui suatu pilihan raya kecil untuk menggantikan Allahyarham Datuk Abu Bakar sebagai ADUN telah mengesahkan kekuatan sokongan ini.",
"Seperti diharapkan, berakhirnya kegelapan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir berjaya mendorongkan pengundi-pengundi DUN Chini untuk menolak juga calon “proxy” Tun Dr Mahathir.",
"Calon bebas yang menjadi “proxy” Tun adalah pemimpin tinggi bahagian PPBM Pekan, juga seorang berduit kerana terlibat dalam pembalakan dan pelombongan.\nTapi duit dan pangkat bukan segalanya. Apatah lagi kalau duit dan kedudukan itu hanya milik dan nikmat individu.\n\nApabila diadakan pungutan suara warga Felda melalui pilihan raya seperti di Cameron Highlands dan Chini, hujahan saya ialah perbezaan ketara di antara falsafah pembangunan rakyat dan negara Allahyarham Tun Abdul Razak dengan falsafah pembangunan Tun Dr Mahathir.",
"Perbezaannya sungguh ketara.",
"Allahyarham Tun Abdul Razak mahukan rakyat dan negara membangun secara seimbang diantara setiap lapisan masyarakat dan diantara wilayah, mahupun bandar dan luar bandar. Maknanya, kemewahan itu dirasai di setiap peringkat tanpa pula menafikan kejayaan hasil dari usaha dan rezeki yang berbeza.\n\nTun Dr Mahathir pula terpesona dengan “limpahan kemewahan” dari kelompok yang kaya kepada golongan bawahan dan dari bandar ke luar bandar.",
"Perbezaan ini dapat dilihat dari pertandingan di PRK DUN Chini di antara seorang anak peneroka dengan seorang “businessman”. Kedua-dua mendapat munafaat dari falsafah pembangunan Allahyarham Tun Abdul Razak.",
"Tapi hanya ahli perniagaan itu sahaja yang menepati wawasan dan falsafah Tun Dr Mahathir.",
"Dan anak peneroka terpaksa berdepan dengan kekuatan ekonomi dan sosial seorang ahli “business” dengan sokongan Tun Dr Mahathir.",
"Akhirnya, alhamdulillah, wawasan Allahyarham Tun Abdul Razak juga yang mendapat sokongan ramai.\n\nSelain dari Felda, Allahyarham Tun Abdul Razak juga yang mengasaskan muafakat politik yang besar melalui Barisan Nasional. Ia muafakat yang sebenarnya bersifat nasional, merangkumi parti-parti politik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.",
"Di PRK Chini, kedua-dua aspek wawasan Allahyarham Tun terbukti mudah diakui olih rakyat dan pengundi.",
"Pada PRU-14, jumlah undi BN dan PAS di DUN Chini adalah 92.2% dari jumlah pengundi yang keluar mengundi. PKR pula sekadar 5%. 92.2% ini adalah potensi Muafakat Nasional untuk DUN Chini.\n\nSecara keseluruhannya, undi BN dan PAS di kesemua PDM Felda pada PRU-14, kalau dijumlahkan potensi Muafakat Nasional secara pukul rata adalah 89% dari jumlah yang keluar mengundi (BN memperolehi 58% dan PAS 31%).",
"Di PRK DUN Chini, calon BN memperolehi 91% dari jumlah undi. Calon-calon Bebas dapat hampir 9%. Lebih dari PH (termasuk PPBM) pada PRU14.",
"Walaupun 1.2% rendah dari potensi sebenar, ianya tetap kejayaan yang besar bagi BN di Pekan dan secara keseluruhannya, terbukti tetap relevan falsafah politik dan ekonomi Allahyarham Tun Abdul Razak.",
"Bagaimana dan apa Tun Dr Mahathir hendak lakukan pun, 22 tahun dan 22 bulan penguasaan Tun itu tidak mampu memadamkan peninggalan Allahyarham Tun Abdul Razak.",
"Tahniah Pekan!",
"#WawasanTunAbdulRazak\n#MuafakatNasional",
"TAN SRI SHAHRIR SAMAD\nKetua UMNO Bahagian Johor Bahru"
] |
https://umno-online.my/2020/06/28/dua-sebab-tun-mahathir-lantik-shafie-apdal-sebagai-calon-pm-9/ | [
"SEMALAM Dr Mahathir mengumumkan cadangan beliau supaya Presiden Warisan, Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri PH.",
"Mahathir kata DAP dan PAN sudah bersetuju dengan cadangan Shafie Apdal sebagai PM-9 ini.",
"Namun beberapa jam kemudian Presiden PAN, Mat Sabu, dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkara di atas perlu dibincangkan di Majlis Presiden PH dahulu.",
"Ini kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin PH tidak tahu menahu tentang hal ini dan mungkin tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.",
"Ini termasuklah Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan bekas Timbalan Menteri PH yang kata dia tidak tahupun tentang hal Shafie Apdal sebagai PM-9 ini.",
"(Saya ingin sarankan kepada Mahfuz supaya mengikuti perkembangan politik semasa dan tidak hanya pergi mandi sungai dan petik petai sahaja).",
"Dan PKR dan Anwar Ibrahim yang masih dalam PH tentunya tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir ini.",
"Ini termasuklah kerana Shafie Apdal adalah presiden parti yang terkecil dalam PH Plus (selepas “parti” Mahathir) dengan hanya 8 orang Ahli Parlimen.",
"Kedudukan Shafie dan Warisan pula adalah goyah dan semakin lemah di Sabah dengan beribu-ribu ahli Warisan telah keluar parti dan ramai wakil-wakil rakyat mereka semakin hilang keyakinan dengan kepimpinan Shafie.",
"Adakah ini akan menjadi tradisi PH di mana parti paling kecil dan terlemah akan memegang tampok pemerintahan dan menjadi Perdana Menteri?",
"Dan kuasa akan berada di tangan puak-puak kumpulan yang kecil ke arah politik oligarki atau plutokrasi?",
"Hakikatnya, Mahathir mengemukakan cadangan ini kerana dua sebab:",
"PERTAMA, Mahathir tidak yakin bahawa dia dan PH boleh mengambilalih kerajaan atau menang Pilihan Raya Umum ke-15 dengan dia sebagai calon Perdana Menteri.",
"Dia pastinya sedar bahawa separuh daripada PH dan rata-rata rakyat Malaysia telah menolaknya dan dia telah menjadi ahli politik yang paling dibenci di Malaysia kini.",
"Laman Facebooknya ditimbuni dengan komen-komen negatif sehingga dia atau pegawai-pegawainya terpaksa memadam beribu-ribu komen negatif terhadapnya dan membiarkan hanya beberapa kerat komen positif sahaja.",
"Mahathir sendiri telah berkata yang dia perlu cari jalan lain untuk jadi Perdana Menteri setelah Anwar tidak bersetuju dengan cadangannya sebelum ini untuk menjadi PM-9 selama 6 bulan.",
"Oleh itu satu jalan penyelesaian baginya untuk masih berkuasa ialah dia perlu memerintah secara proksi iaitu dengan menggunakan Shafie Apdal sebagai boneka.",
"Dengan ini Mahathir masih akan jadi de-fakto Perdana Menteri dan berkuasa walaupun tidak memegang jawatan tersebut secara rasmi.",
"Dan kedudukan politik Shafie yang lemah berserta rekod kes rasuah melibatkan berbilion ringgit yang boleh dibuka semula menjadikannya calon yang paling sesuai untuk dieksploit oleh Mahathir sebagai boneka.",
"Mahathir telah menjatuhkan empat Perdana Menteri sebelum ini, Shafie Apdal tentunya lebih mudah untuk dikawal dan dijatuhkan olehnya jika tidak mendengar kata.",
"KEDUA, Mahathir tetap mahu anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri, untuk ini dia (Mahathir) perlu mengangkat seorang Perdana Menteri yang akan memberi laluan kepada anaknya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, walaupun anaknya terbukti lemah dan tidak layak dan berkali-kali kalah dalam pemilihan parti sebelum ini dan ditendang dari jawatan Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali.",
"Shafie Apdal tentunya bersetuju dengan perjanjian untuk melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri asalkan dia (Shafie) boleh jadi Perdana Menteri dahulu.",
"……..",
"Jika kita ikut kehendak Mahathir maka Shafie Apdal yang terpalit dengan skandal rasuah berbilion ringgit dan Mukhriz yang lemah dan lesu akan memerintah negara ini di bawah telunjuk kleptokrat terbesar negara, Mahathir.",
"Dan mereka akan sama-sama menjunjung DAP sebagai rakan kongsi utama mereka yang akan mencorakkan dasar negara dan cara hidup rakyat.",
"Allah selamatkan Malaysia dari musibah ini.",
"ISHAM JALIL\n28 Jun 2020"
] |
https://umno-online.my/2020/06/22/pengangguran-rakyat-tanggungjawab-kerajaan/ | [
"\nBARU-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan kadar pengangguran individu di negara ini telah meningkat kepada 778,800 orang pada April 2020 iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.",
"Ianya juga adalah jumlah yang tertinggi semenjak tahun 1989. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa peningkatan kadar penggangguran adalah susulan daripada penutupan operasi sebahagian besar perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Itu adalah laporan setakat April 2020 dan tidak termasuk Mei dan Jun 2020.\n[https://www.bharian.com.my/…/778800-penganggur-setakat-apri…]",
"Walaupun kini, Kerajaan telah membenarkan kebanyakan premis perniagaan dan industri komersial menjalankan perniagaan masing-masing dengan norma baharu, tetapi laporan berkaitan penutupan operasi dan perniagaan oleh beberapa sektor perniagaan seperti perhotelan dan perkhidmatan serta ditambah pengecilan operasi perniagaan oleh beberapa syarikat besar sangat membimbangkan.\n\nTempoh morotarium yang diberikan oleh pihak bank terutama berkaitan pinjaman perumahan dan sewa beli kenderaan bagi meringankan bebanan rakyat menghadapi kemelesetan ekonomi di taktala tempoh PKP juga bakal tamat pada 30.9.2020.",
"Ini serba sedikit bakal memberi bebanan kepada rakyat yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan selepas tempoh morotarium tamat.\nAdakah negara ini bakal melihat peningkatan jumlah rakyat yang tidak dapat membayar ansuran bulanan dengan pihak bank terutama berkaitan pinjaman perumahan dan sewa beli kenderaan.",
"Perkara ini hanya boleh dijawab apabila ada laporan berkaitan pertambahan jumlah berkaitan individu bankrap, rumah dilelong, penarikan kereta dan sebagainya pada hujung tahun ini atau awal tahun 2021. Sekiranya perkara ini berlaku ianya pasti akan memberi tekanan bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada institusi kewangan dan juga negara.\n\nRakyat pada waktu ini bukan sengaja tidak membayar hutang atau pinjaman dengan pihak bank, tetapi ianya disebabkan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan masih menganggur. Ramai yang mengadu dengan saya dan menyatakan bahawa mereka sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencari pendapatan baru atau menambah pendapatan, tetapi cabaran yang dihadapi kini sangat tinggi terutama bagi mereka yang berniaga kecil-kecilan, mereka yang sudah berumur sewaktu diberhentikan kerja dan amat sukar untuk mencari kerja baru di usia yang agak senior.",
"Ada yang cuba berniaga tetapi persaingan yang tinggi dan sikap rakyat yang masih berhati-hati untuk berbelanja dan banyak lagi aduan yang diterima oleh mereka yang tidak bernasib baik.",
"Saya mengakui dan memberi kredit di atas usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi membantu rakyat terutama berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN, Pakej Rangsangan Khusus PKS, Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan yang terbaharu Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan oleh TNB.\n\nBagaimanapun, melihat kepada situasi semasa dan peningkatan kadar pengangguran rakyat, saya memohon kepada kerajaan untuk menyediakan langkah-langkah tambahan dengan segera agar kita dapat mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan rakyat, mengelakkan peningkatan jumlah individu bankrap, memastikan tiada rumah yang didiami rakyat dilelong oleh bank akibat kegagalan membayar ansuran bulanan dan yang paling penting menyelamatkan ekonomi rakyat dan negara.",
"Saya percaya kemampuan kerajaan dalam mencari solusi kepada masaalah pengangguran yang dihadapi oleh rakyat ketika ini. Saya juga faham cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan seumpama pepatah “Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul”.",
"Tetapi percayalah, apabila kita ikhlas dan jujur membantu rakyat, Allah SWT pasti akan membantu kita mencari jalan keluar kepada setiap masaalah yang kita hadapi.",
"#KitaJagaRakyat\n#UMNOBangkit\n#MalaysiaBangkit",
"DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI\nPresiden UMNO "
] |