link
stringlengths
46
145
text
sequencelengths
0
363
https://umno-online.my/2020/06/11/penjana-usaha-dan-rakyat-perlu-seiring/
[ "NEGARA telah memasuki fasa pemulihan COVID-19, setelah hampir 3 bulan kita menjalani kehidupan di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).", "Alhamdulillah, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 telah melegakan rakyat dengan kelonggaran dan kebenaran beroperasi hampir semua sektor pendidikan, ekonomi dan sosial.", "Fasa ini juga akan menjadi ukuran bagaimana penstrukturan dan pengemblengan semula ekosistem ekonomi mampu dilaksanakan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan kerajaan Jumaat lalu. PENJANA adalah ‘exit strategy’ jangka pendek bagi merancakkan dan memulihkan ekonomi negara secara berperingkat-peringkat.", "Bagi saya apa yang penting PENJANA adalah bersifat ‘people centric’ dan mampu mencapai objektifnya jika pelaksanaan dan agihannya dilakukan seperti yang dirancang tanpa karenah birokrasi.", "Secara umum, 40 inisiatif yang bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan pemain industri bagi memulihkan kegiatan ekonomi negara. Kita perlu sedar bahawa memulihkan ekonomi pasca COVID-19 bukannya sesuatu yang boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat.", "Norma baharu kehidupan juga berkaitan dengan norma baharu sektor ekonomi. Penerokaan peluang baharu, sumber tenaga berkemahiran dan berteknologi khususnya dalam e-dagang adalah norma baharu dalam sektor ekonomi dan ia adalah keperluan bukan lagi pilihan.", "Rakyat dan negara perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan akibat kemelesatan ekonomi luar jangka sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) “ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan paling teruk sejak zaman kemelesetan pada tahun 1930-an, dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009”.", "Negara kita juga tidak terkecuali berhadapan dengan kemelesatan ekonomi. Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjur ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar antara -2.0 peratus hingga 0.5 peratus pada tahun ini.", "Tidak dinafikan ramai di kalangan rakyat sedang bergelut menguruskan kewangan sehingga memberi impak kepada kesejahteraan ekonomi diri dan keluarga. Hasil kajian secara dalam talian (pusingan 1) Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menilai kesan COVID-19 kepada ekonomi dan individu bagi tempoh antara 18 hingga 31 Mac lalu, yang membabitkan sejumlah 168,182 responden berusia 15 tahun dan ke atas mendapati sebanyak 71.4 peratus responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi untuk tempoh kurang daripada sebulan.", "Manakala 82.7 peratus responden kalangan pekerja swasta didapati mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi untuk tempoh dua bulan.", "Dapatan ini jelas menunjukkan PENJANA mampu menjadi solusi jangka pendek rakyat khususnya majikan dan pemain-pemain industri kecil dan sederhana (SME) yang diselubungi kegelisahan dan kebimbangan melampau (anxiety) kerana tekanan kewangan (financial stress) akibat kemorosotan hasil jualan, kehilangan punca pendapatan dan kos operasi melebihi pendapatan.", "Inisiatif yang dibuat melalui PENJANA juga bertepatan dengan konsep ekonomi Islam dan Maqasid yang menekankan empat intipati penting bagi menjaga kemaslahatan manusia dan rakyat iaitu:", "Jalb al-Masalih : Mencapai kepentingan di dalam kehidupan.", "Dar Al- Mafasid : Menolak kerosakan yang bakal timbul dalam masyarakat.", "Sadd al-Dharar : Menyekat kepentingan buruk.", "Taghayyur al-Zaman : Mementingkan faktor peredaran zaman.", "Di samping PENJANA, tindak balas dan kerangka pemikiran individu, kelompok dan rakyat kepada perubahan persekitaran akibat pandemik COVID-19 juga penting bagi memastikan kebimbangan melampau dan tekanan kewangan dapat diatasi. Menurut Profesor Dr Carol S. Dweck, pakar perunding psikologi di Universiti Stanford, Amerika Syarikat dalam bukunya Mindset, “terdapat dua kerangka pemikiran yang menentukan pola dan corak persepsi manusia semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Pertama kerangka pemikiran jumud, tertutup dan terbelenggu (fixed mindset) manakala yang kedua adalah kerangka pemikiran dinamik, bercambah dan berkembang (growth mindset)”", "Kerangka pemikiran jumud (fixed mindset) menganggap perubahan dan norma baharu akibat pandemik COVID-19 sebagai satu bencana, musibah dan kemelut yang menyebabkan kemelesetan ekonomi serta menghancurkan kehidupan rutin mereka.", "Manakala pemikiran dinamik (growth mindset) pula melihat perubahan akibat pandemik sebagai satu ruang dan peluang mereka melakukan penambahbaikan menuju ke arah kehidupan lebih sempurna disesuaikan dengan norma baharu dan keperluan.", "Persepsi yang berlawanan ini terhasil daripada kerangka pemikiran yang berbeza bergantung kepada tahap penerimaan seseorang terhadap pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi negara dan dunia. Bagi memastikan usaha kerajaan memulihkan ekonomi jangka pendek negara berjaya melalui PENJANA, kerangka pemikiran rakyat juga perlu seiring dengan usaha ini.", "Saya menyarankan kepada kementerian dan agensi yang berkaitan memperbanyakkan program dan sesi penerangan berkaitan PENJANA melalui media elektronik dan bersemuka seperti turun kelapangan bertemu dengan pemain-pemain industri kecil dan sederhana memberikan khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan, perniagaan dan motivasi. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul”, tetapi dia bukanlah sesuatu yang mustahil.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#menghayatiperjuanganparti\n#penjanasatusolusi\n#kitajagakita\n#secangkirkopi55" ]
https://umno-online.my/2020/06/05/kenapa-ph-takut-jika-parlimen-dibubar-dan-pru15-diadakan/
[ "SEMALAM Ahli Parlimen Sri Gading dari Bersatu telah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri.", "Walaupun masih menyokong kerajaan, beliau mengatakan ini adalah “langkah pertama” untuk “memperbetulkan kesilapannya” iaitu apabila dia menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.", "Hakikatnya keadaan Kerajaan Perikatan Nasional kini adalah getir umpama telur di hujung tanduk dengan 112 ke 113 Ahli Parlimen iaitu dengan majoriti hanya satu atau dua kerusi.", "Jika bekas Timbalan Menteri di atas melangkah setapak lagi dengan mengubah sokongan kepada PH bersama seorang sahaja lagi Ahli Parlimen, kerajaan akan jatuh.", "……..", "Kelmarin seorang senator Dap bernama Chin Tong mengatakan bahawa mereka sedang membentuk Pakatan Plus (PH+), iaitu gabungan parti-parti politik Dap, PKR, PAN dan sebahagian Bersatu yang menyokong Dr Mahathir.", "Gabungan Pakatan Plus ini kononnya akan membentuk kerajaan apabila kerajaan PN tumbang.", "Mereka mahu membentuk kerajaan semula melalui cara Ahli Parlimen melompat parti dan tidak melalui pilihan raya.", "Pada PRU-14 yang lepas Dap telah menang di kesemua 37 kawasan Cina dan 5 kawasan campuran.", "Setiap kali pilihan raya umum sejak 20 tahun kebelakangan ini, Dap telah berjaya menambah kerusi Parlimen iaitu dari 10 kerusi semasa PRU-10 pada tahun 1999, ke 12 kerusi (PRU-11 2004), ke 28 kerusi (PRU-12 2008), ke 38 kerusi (PRU-13 2013) dan ke 42 kerusi (PRU-14 2018).", "Strategi mereka mudah sahaja iaitu:", "PERTAMA, menguatkan pengaruh mereka ke atas pengundi-pengundi Cina dengan menyemai kebencian dan sentimen perkauman terhadap Barisan Nasional, UMNO dan orang-orang Melayu.", "Semasa PRU-14, lebih daripada 95 peratus atau hampir semua pengundi-pengundi Cina telah mengundi PH/Dap.", "KEDUA, dengan menggunakan segelintir orang-orang Melayu untuk menarik sebahagian sokongan Melayu serta menghasut pergaduhan sesama Melayu supaya orang-orang Melayu berpecah-belah.", "Dengan jumlah ahli parti yang kecil (dianggarkan Dap hanya mempunyai 100-200 ribu ahli), strategi mereka ini telah berjaya, dan dengan bantuan Mahathir mereka akhirnya telah membentuk kerajaan pada tahun 2018.", "PH telah menang dalam PRU-14 sebab melalui Mahathir mereka telah menarik 25% sokongan Melayu manakala 75% lagi sokongan Melayu telah terpecah dua antara UMNO dan PAS.", "Dan pada ketika itu sokongan pengundi Cina kepada mereka pun telah meningkat sehingga 95%.", "Namun kini UMNO dan PAS telah bergabung dalam Muafakat Nasional dan situasi politik telahpun berubah; majoriti orang Melayu telah bersatu dengan penyatuan UMNO dan PAS ini.", "Dengan penyatuan orang-orang Melayu ini adalah semakin sukar untuk PH merampas kuasa dan untuk DAP menjadi kerajaan melalui pilihan raya.", "Mereka (Dap) tahu jika pilihan raya diadakan, orang-orang Melayu tidak akan sokong PH dan mereka tidak boleh membentuk kerajaan hanya dengan sokongan pengundi-pengundi Cina.", "…….", "Dap dan PH kini sebenarnya berada dalam keadaan dilema tentang siapa yang mereka akan angkat sebagai calon Perdana Menteri ke-9 terutamanya sekiranya Parlimen dibubar dan PRU-15 diadakan.", "Jika mereka mengangkat Mahathir sekali lagi sebagai calon Perdana Menteri, Mahathir mungkin boleh memecahkan dan menarik sedikit sebanyak sokongan Melayu.", "Namun tahap sokongan orang Melayu terhadap Mahathir kini telah teruk merosot dan tidak seperti dulu.", "Orang-orang Melayu melihat Mahathir kini ditunggang oleh Dap.", "Untuk mengubah persepsi orang Melayu terhadap dirinya, tiga bulan lepas dalam satu rakaman audio Mahathir berkata kononnya dia tidak suka Dap.", "Namun tindakan-tindakannya membuktikan sebaliknya.", "Semasa Langkah Sheraton empat bulan lalu, sepatutnya Mahathir telahpun menjadi Perdana Menteri ke-8 setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.", "Namun rancangannya telah tidak menjadi kerana ditolak oleh UMNO sebab Mahathir berdegil untuk membawa Dap dalam kerajaan yang baru.", "Mahathir masih tidak mahu meninggalkan PH dan Dap.", "Namun walaupun Mahathir masih bersama Dap, pengundi-pengundi Cina juga tidak lagi memandang tinggi kepada Mahathir selepas PRU-14 terutama selepas Kongres Maruah Melayu yang dianjur olehnya.", "Ini ditunjukkan melalui kekalahan teruk PH dan Bersatu di bawah Mahathir di pilihan raya kecil Tanjung Piai tahun lepas di mana hanya 40 peratus pengundi Cina dan 5 peratus pengundi Melayu telah mengundi PH, jatuh teruk berbanding 80 peratus Cina dan 25 peratus Melayu yang mengundi mereka pada PRU-14.", "Oleh itu jika Dap mengangkat Mahathir sekali lagi sebagai calon PM dalam PRU-15, besar kemungkinan undi Melayu yang dikejar tidak dapat, dan undi Cina yang dikendong akan berciciran seperti yang terjadi di Tanjung Piai.", "Sekiranya ini berlaku, PH akan hilang banyak kerusi pada PRU-15 akan datang.", "Kerusi-kerusi Bersatu seperti di Muar, Simpang Renggam dan Sri Gading yang dimenangi oleh mereka kerana sokongan undi Cina serta lebih separuh daripada kerusi-kerusi PAN dan banyak kerusi PKR yang telah dimenangi kerana perpecahan tiga penjuru undi Melayu antara UMNO, PAS dan PH pada PRU-14 yang lepas besar kemungkinan akan bertukar tangan jika pilihan raya diadakan dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri untuk PH kali ini.", "(Tidak hairanlah mengapa Khalid Samad nampak beria-ia memaksa Mahathir untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.", "Selain Mahathir yang meletakkan jawatan dan menyebabkan kerajaan PH tumbang, Khalid Samad adalah antara sebab utama yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan PH sebelum ini kerana terlampau gopoh memaksa Mahathir untuk melepaskan jawatan kepada Anwar).", "……..", "Namun jika mereka (PH/Dap) mengangkat Anwar pula untuk menjadi calon PM-9 untuk PH dalam PRU-15, Anwar akan dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina kepada PH, tetapi dia tidak akan dapat menarik sokongan Melayu.", "Tanpa Mahathir, Anwar telah cuba sebanyak empat kali sejak tahun 1999 untuk membawa Pakatan untuk menang pilihan raya umum dan membentuk kerajaan sebelum ini namun tidak berjaya.", "Ini kerana rata-rata orang Melayu tidak menyokong Anwar.", "PH pastinya tahu mereka tidak boleh harapkan Anwar untuk menarik sokongan Melayu untuk menang pilihan raya lantas membentuk kerajaan.", "……..", "Kini Anwar dan Mahathir kedua-duanya telah menjadi liabiliti kepada PH dan Dap.", "Sebab itu sehingga sekarang walaupun PH bercita-cita untuk membentuk semula kerajaan, mereka masih tidak boleh mengisytiharkan siapa calon Perdana Menteri.", "Keadaan dalaman PH sekarang amat kucar-kacir dengan perpecahan dalam PKR oleh Anwar dan kemelut dalam Bersatu oleh Mahathir.", "Dan dengan prestasi buruk PH selama 22 bulan sebagai kerajaan dan janji-janji dalam manifesto mereka yang tidak ditunaikan, adalah sukar untuk mereka meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka semula.", "Rakyat sudah nampak dengan terang lagi bersuluh bahawa mereka (PH) hanya gila merebut kuasa tetapi tidak minat dan tidak mampu untuk mentadbir negara.", "Sebab itu PH tidak mahu jika Parlimen kini dibubar.", "Kerana mereka takut untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya.", "Isham Jalil" ]
https://umno-online.my/2020/06/04/institusi-presiden-suara-rakyat-suara-keramat/
[ "VOX POPULI", "1. Terma latin “vox populi” bermaksud “suara majoriti rakyat” dan dalam konteks demokrasi adalah terjemahan sokongan rakyat. Begitu jualah demokrasi dalam UMNO, undian majoriti perwakilan mengangkat seseorang pemimpin yang menjadi wakil dan pemegang amanah ahli parti.", "2. Harus di bezakan dengan sistem autokratik dan diktator di mana kuasa berpusat dan pemimpin bertindak sewenang-wenangnya. Tuntasnya, pemimpin besar dan kecil dalam parti tidak boleh bertindak sesuka hati hanya demi kepentingan minoriti dan diri sendiri, sedangkan parti dan rakyat wajib diutamakan.\n\nINSTITUSI PRESIDEN", "3. Tular di media sosial dan arus perdana bahawa wujud Gerakan yang ingin melantik Dato Seri Najib Razak (DSNR) sebagai Pengerusi BN menggantikan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH). Sedangkan sejak BN wujud pada 1974, secara persetujuan/konvensyen dan amalan bahawa Presiden UMNO secara automatik akan menjadi Pengerusi BN.", "4. Dari aspek lain, percaturan oleh pihak-pihak tertentu ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperkecilkan institusi Presiden UMNO. Terma institusi presiden inipun dibangkitkan oleh DSNR pada 2016 kepada ahli UMNO, menekankan konsep supaya ahli parti mempertahankan presiden yang memegang jawatan sebagai institusi dan bukannya atas kapasiti individu.", "ZAHID “ORANG UMNO”", "5. Selain legitimasi DSAZH sebagai Presiden, kesetian beliau sebagai orang UMNO tidak perlu diperdebatkan. DSAZH menghadapi dua episod besar yang menggoncang tiang seri UMNO, pertama pada 1998 menerima tekanan ketika beliau memimpin Pemuda UMNO dan walaupun begitu tetap setia bersama UMNO.", "6. Keduanya pada 2018, pasca PRU 14, beliau mengambil risiko memimpin UMNO sedangkan tugasnya amat berat lantaran kehilangan kuasa memerintah dan menerima perlbagai tekanan. Sejujurnya 2 episod ini menterjemah keikhlasan beliau sebagai orang UMNO, beliau masih kekal bersama UMNO dan bukan sebaliknya.", "MEMIMPIN DAN MENDAMAIKAN", "7. Selari dengan kematangan, gaya kepimpinan beliau kelihatan berdasarkan wisdom/kebijaksanaan. Amat berbeza dengan kelantangan 20 tahun dahulu. Namun begitu ada hasil dan impak. Beliau tidak melatah, beliau memimpin dengan hikmah dan kebijaksanaan. Hasilnya UMNO kembali mengukuh pasca PRU 14.", "8. Buktinya, ICERD menghimpun umat Islam Malaysia dengan tautan hati, Muafakat Nasional meruntun emosi dan mengukuh paksi kuasa Melayu-Islam, kompromi Perikatan Nasional yang akhirnya menumbangkan Pakatan Harapan-semua bebenang usaha ini tertenun menjadi lembaran halatuju DSAZH selaku Presiden dan menafikan dakwa dakwi beliau tiada halatuju. Nyatanya beliau membawa gaya kepimpinan yang mendamaikan dan menyelesaikan masalah.", "KOMPROMI BN\n\n9. PRK Tanjung Piai adalah manifestasi kebijaksanaan DSAZH selaku pemimpin dalam masyarakat berbilang kaum. Walaupun tekanan diberikan supaya melatakkan calon UMNO namun akhirnya calon MCA dipertarukan dan ini membawa kejayaan kepada BN. Maka DSAZH memperlihatkan kebolehan beliau untuk menyesuaikan keputusan dengan keadaan dan menenangkan pihak-pihak yang berpotensi untuk bertikai. Apakah ini tidak cukup sebagai bukti bahawa beliau mampu menjadi Pengerusi BN yang efektif.", "MENAMATKAN ERA WAR LORD & BROKER KUASA", "10. Sehingga catatan ini ditulis, semalam pada 2.6.2020, DSNR dan DSAZH telah bertemu bersalaman Hari Raya. Maka cakap-cakap yang seolah-olah melaga-lagakan kedua pemimpin ini adalah kerja-kerja war lord dan power broker/broker kuasa tertentu. Era war lord dan power broker ini perlu dinoktahkan, kembalikan susuk sebenar suara rakyat suara keramat!", "11. Baiklah runding dan bincang. Mahal harga tempur dan perang, mungkin ada si kitul yang kenyang. Ingat pesan leluhur:", "Alu bertingkah dengan lesung\nPadi tumbah ayam yang kenyang\nKita bertelagah sama sekampung\nAsyik berbantah orang lain senang", "\nANUAR BASIRAN\nNKB UMNO BAHAGIAN SEPANG" ]
https://umno-online.my/2020/06/02/institusi-presiden-janganlah-nanti-yang-dikejar-tak-dapat-yang-dikendong-berciciran/
[ "1. Tersebar di media cadangan supaya Dato Seri Najib Razak (DSNR) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini disandang oleh Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH) .", "(https://www.malaysiakini.com/news/528121)", "(https://www.sinarharian.com.my/article/85743/BERITA/Politik/Ada-gerakan-naikkan-kembali-Najib )", "2. Konvensyen/amalan BN sejak 1974 adalah di mana Presiden UMNO secara automatik akan menyandang Pengerusi BN. Konvensyen ini disahkan oleh Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa.\n\n(https://www.sinarharian.com.my/article/85803/BERITA/Politik/Pengerusi-BN-adalah-Presiden-UMNO-Annuar)", "3. Wujud kontradiksi, di mana seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor menyatakan bahawa :", "“Langkah ini bertujuan membantu UMNO dan BN menghadapi pilihan raya akan datang atau bagi mendapatkan keyakinan rakyat kembali. Ini pandangan saya, apa yang boleh menguatkan kembali BN ini, Najib mestilah dilantik sebagai Pengerusi BN.", "“Walaupun secara tradisionalnya Presiden UMNO ialah Pengerusi BN tetapi kali ini kita lihat, saya bukan kata Presiden (UMNO) gagal, (langkah) ini untuk memperkasakan lagi Presiden UMNO supaya Datuk Seri Najib boleh membantu Presiden UMNO.", "“Najib perlu dilantik sebagai Pengerusi BN. Perkara ini boleh dilakukan sebenarnya. Ini kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid boleh fokus dalam parti UMNO, memperkuatkan UMNO dan memperkukuhkan UMNO,”", "(https://www.sinarharian.com.my/article/85743/BERITA/Politik/Ada-gerakan-naikkan-kembali-Najib )\n\n4. Sedangkan tuan punya badan yakni DSNR berkali-kali terdahulu daripada ini menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan tertinggi parti atau PM.", "4.1 Dilaporkan pada 2018:", "“Bekas Presiden Umno itu menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi presiden parti mahupun sebagai Perdana Menteri memandangkan beliau sudah pun memegang jawatan itu selama lebih sembilan tahun.”", "(http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-tidak-berhasrat-nak-kembali-jadi-presiden-umno-atau-pm-najib-190352)", "4.2 Disuarakan pada 2019", "“Pelantikan sebagai Penasihat Barisan Nasional (BN) bukanlah loncatan untuk kembali menjadi perdana menteri, kata bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Sebaliknya beliau menegaskan pelantikan itu memberi peranan kepadanya untuk memperkukuhkan lagi BN dan parti komponen yang lain.", "Bekas perdana menteri itu berkata, sesiapa sahaja boleh memainkan peranan sebagai Penasihat BN namun individu itu perlu sanggup mengkritik Kerajaan PH secara konsisten selain mendapat sokongan daripada MCA dan MIC.”", "(https://www.sinarharian.com.my/article/37713/BERITA/Nasional/Saya-bukan-nak-jadi-PM-semula-Najib)", "5. Persoalannya adakah ini merupakan kehendak DSNR, atau atas percaturan pihak-pihak tertentu?", "6. Teras polemik ini adalah “institusi Presiden UMNO” di mana DSNR sejak 2016 mengingatkan ahli UMNO supaya menjaga “institusi Presiden UMNO”. DSNR sendiri pernah menyatakan:", "“Sekiranya institusi presiden Umno diganggu gugat ia menyukarkan pemimpin yang dipilih untuk memimpin dan menjalankan tugas sekali gus menyebabkan parti menjadi lemah.", "“Jaga parti dan institusi presiden Umno, bukan jaga saya. Love me as president (Sayangi saya sebagai presiden) kerana satu hari nanti pengganti saya bakal ambil alih (tugas presiden).", "“Kalau parti lemah siapa yang akan menjadi ketua untuk membawa kita ke hadapan?, Maka untuk pastikan parti tidak lemah, semua peringkat bahagian perlu jaga keharmonian,” katanya.", "(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/08/07/jaga-institusi-presiden-umno )", "7. Think tank Singapura, ISEAS menyatakan secara tuntas bahawa keadaan politik Malaysia adalah:", "“Malaysia is at an impasse. Both coalitions are currently unstable and face existential challenges that undermine their viability as governing entities”", "Terjemahannya:", "“Malaysia berada dalam kebuntuan. Kedua-dua pakatan politik (yakni PN dan PH) pada masa ini tidak stabil dan menghadapi cabaran yang bakal merosakkan kemampuan mereka sebagai entiti yang memerintah.”", "( https://www.iseas.edu.sg/wp-content/uploads/2020/02/ISEAS_Perspective_2020_25.pdf )", "8. Dalam keadaaan yang tidak menentu, PN perlu di sokong dengan niat dan tujuan membela rakyat yang terkesan dengan Covid-19 dan kegawatan ekonomi global dan terasnya adalah memelihara institusi Presiden. Jika UMNO tidak stabil makai ia bakal memberi kesan kepada PN.", "9. Pemimpin perlu disatukan bukan dipecah belahkan, harapnya supaya jangan yang dikejar tak dapat dan dikendong berciciran.", "Prinsip perjuangan dan keikhlas tidaklah begitu murah dan boleh dibeli dengan wang ringgit harapnya. Janganlah menangguk di air keruh!", " ", "\nISMAEL HAMDAN\nNKB UMNO Bahagian Bangi" ]
https://umno-online.my/2020/05/31/umno-dah-tak-ada-bakat-najib-bidas-tuduhan-dap/
[ "ENTAH kenapa pemimpin Dap Liew Chin Tong yang masuk melalui pintu belakang untuk jadi Timbalan Menteri PH setelah kalah dalam PRU14 tiba-tiba tulis artikel panjang lebar untuk kutuk saya dan UMNO.", "Dia tuduh saya masih kuasa terbesar dalam UMNO dan dia juga tuduh UMNO dah tak ada bakat.", "Paling kelakar ialah dia sendiri tak tengok “bakat” sedia ada dalam PH sebelum nak tuduh parti lain tak ada bakat.", "Deey…. Boss kamu orang yang sendiri mengaku akauntan gagal. Korang ramai yang tipu sijil. Ko ada Lid dan Mujahid. Korang ada yang difitnah ada ijazah.", "Dan korang ada Mat Sabu.", "Lagi nak tuduh UMNO tak ada bakat? Cerminlah sendiri.\nPosting Chin Tong:", "Bakat apa?", "Dalam 22 bulan korang jadi kerajaan, PH:\n– Gagal jaga ekonomi.", "– Gagal tunai janji.", "– Gagal kawal wabak Covid.", "– Gagal meyakinkan Rakyat sehingga tahap sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu, korang kalah 5 kalah berturut-turut dalam PRK kepada BN.", "Hadapi-lah realiti, Chin Tong. Sila sangkal kegagalan-kegagalan yang saya senaraikan di bawah ini dan dalam graf-graf di sini:", "Najib ada tipu, tak? Data tak tipu.", "– Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali sendiri.", "– Pasaran saham paling corot dalam dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.", "– Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.", "– Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.", "– Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.", "– Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.", "– Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.", "– Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.", "– Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.", "– Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.", "– Ekonomi paling lembab sejak 10 tahun lalu SEBELUM krisis Covid bermula.", "– Dividen LTAT paling rendah dan kedua paling rendah dlm sejarah.", "– Dividen KWSP paling rendah sejak 11 tahun lalu.", "– Dividen ASB paling rendah dlm sejarah untuk dua tahun berturut-turut.", "– Hibah Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dalam sejarah.", "– penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.", "– Jualan aset negara secara lambak\n– Nilai Ringgit USD1=RM4.23, turun 40 sen sejak PRU14.", "– RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.", "– Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.", "– Cukai taksiran, Cukai RPGT dinaikkan.", "– Caj Pos, klinik swasta, air, elektrik gas komersial, hatga simen, harga kereta dinaikkan.", "– Tol PLUS dilanjut 20 tahun walaupun dijanji mansuh.", "– Bantuan kerajaan dikurangkan dan dimansuhkan.", "– Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.", "– Hampir setiap hari, geng Anwar dan geng Mahathir rebut kuasa.", "– Manifesto bukan kitab suci. Rakyat malas dan perlu ikat perut.", "Itulah kehebatan Gagalkrasi PH.", "Semua negatif. Yang positif cuma Covid yang PH memperlekehkan dan gagal bendung.", "Lagi nak tuduh UMNO tak ada bakat?", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2020/05/26/umno-parti-sang-ayah/
[ "BEBERAPA bulan lepas, beberapa pemimpin UMNO telah bertemu dan menyantuni Sheikh Ahmad Al Raisuni, Presiden Majlis Ulama Sedunia di Putrajaya.", "Banyak nasihat yang diberikan. Namun, yang paling utama, beliau berpesan kepada pemimpin UMNO yang hadir agar bertindaklah seperti ‘ayah’ dalam politik kepartian di Malaysia.", "Bukan sahaja kerana UMNO itu parti tertua, berpengaruh dan besar sumbangannya kepada Malaysia. Tetapi juga kerana semua parti Melayu Islam di Malaysia ini mempunyai sangkut paut dan perkaitan dengan UMNO.", "Biar dari segi sejarahnya, ideologinya atau pun mana-mana sudut lain. PAS lahir dari pendukung UMNO. Semangat 46 juga begitu. Demikian juga dengan PKR. Hatta PPBM sendiri. Semuanya dibidani oleh mereka yang dahulunya bersama UMNO dan memimpinnya.", "Maka wajarlah UMNO bersikap seperti seorang ayah sekalipun pada ‘anak’ yang telah meninggalkannya, atau yang ingkar padanya, mahupun kepada anak yang pernah ia halau pergi.", "Resam seorang bapa, biar sedalam mana pun terguris, biar seteruk mana pun diperlakukan, nun jauh di sudut hati, tetap tertanam sekelumit harapan agar anak-anak kembali ke pangkuannya.", "Nasihat tersebut ringkas. Namun, bermakna. Nasihat tersebut ringkas, namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Malah, sangat mencabar dan menuntut kesanggupan serta pengorbanan dalam aneka segi.", "Sebab itulah, apabila UMNO dan PAS membentuk Muafakat Nasional, ia laksana sirih pulang ke gagang. Ia seakan membenarkan betapa air, walau dicincang tidak akan putus.", "Walaupun dengan rupa bentuk kepartian tersendiri, DNA perjuangan UMNO dalam PAS itu wujud. Kerana itu UMNO merangkul PAS dengan erat, kerana setelah terpisah sekian lama, akhirnya kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini berdamai, kembali bertaut semula demi Islam, Melayu dan Malaysia.", "Jika UMNO dan PAS yang saling berseteru puluhan tahun boleh mengetepikan ego masing-masing, lalu kembali bertaut menjadi saudara, masakan UMNO akan menutup ruangnya kepada PPBM. Apatah lagi bila kedua-dua pemimpin utama PPBM, Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, adalah antara putera terbaik yang pernah UMNO lahirkan.", "Demi Malaysia yang kita cintai dan demi kesatuan bangsa Melayu serta kepentingan Islam, marilah di bulan yang penuh kemaafan ini, kita menjernihkan kekeruhan yang selama ini tidak menguntungkan sesiapa pun melainkan pihak lawan masing-masing.", "Marilah kita mencari jalan untuk bertaut semula, seperti sebelumnya. Semasa kita semua diikat oleh satu tekad dan kepercayaan untuk berjuang dan menyumbang kepada bangsa teras dan mentadbir tanah air ini sebagai rumah terbaik untuk semua.", "Marilah kita dukung roh Sang Ayah dalam UMNO, dan menguatkannya dengan islah dan pembaikan.", "Bukan mudah untuk mana-mana parti Melayu menggantikan peranan UMNO. Kepada orang Melayu, politik tanpa UMNO sangat dangkal dan janggal.", "UMNO dan PAS telah mencukupi untuk menjadi suara mewakili kepentingan bangsa Melayu. Tidak ada kekuatan lain yang boleh, dan perlu menandingi gandingan tersebut. Kehadiran dan pertambahan parti Melayu lain tidak akan sama sekali mengukuh kepentingan politik Melayu. Malah, hanya memecah dan melemahkan Melayu.", "Semoga orang Melayu kembali bertaut kepada Sang Ayah yang tidak pernah sepi dari silap dan salah. Terkenang pesan Biduanita Sharifah Aini dalam lagu terbaiknya, “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sanggupkah berpisah dan kasih saudara, kala berada”. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO\n26 Mei 2020" ]
https://umno-online.my/2020/05/22/muafakat-nasional-kembali-kepada-fitrah/
[ "", "SEDAR tak sedar Ramadan bakal melabuhkan tirainya, pemergiannya ditangisi dan dirindui, debaran Syawal semakin dirasai, persiapan bagi meraikan Aidilfitri rancak diatur. Persoalannya, sejauh manakah keberhasilan yang kita capai sepanjang berada di madrasah Ramadan? Adakah kita dapat merasai perubahan yang positif kepada diri dan keluarga pada Ramadan kali ini? Adakah Ramadan kali ini antara Ramadan yang terbaik dalam kehidupan kita? Alangkah beruntungnya mereka yang melangkah keluar dari madrasah Ramadan dengan mendapat keampunan daripada Allah SWT dan rugilah jika sebaliknya.", "Aidilfitri adalah lambang kemenangan bagi mereka yang berjaya mendidik jiwa dan menundukkan kehendak hawa nafsu sepanjang berada di madrasah Ramadan. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengungkapkan “Bukanlah Hari Raya semata-mata berpakaian baharu, akan tetapi hari raya itu bagi mereka yang takutkan hari pembalasan”.", "Pada tahun ini, kita akan meraikan Aidilfitri dalam suasana dengan normal baharu yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya. Warga kota beraya di kediaman masing-masing jauh daripada ibu bapa dan keluarga terdekat di kampung. Rentas negeri tidak dibenarkan, kunjung-mengunjung tidak digalakkan dan dihadkan kepada hanya 20 orang tetamu sahaja. Walaupun dalam suasana baharu, saya yakin ianya tidak akan membantutkan sambutan Aidilfitri. Suasana kanak-kanak segak menggayakan baju baharu, ketupat, rendang sebagai hidangan raya, pelita dipasang di keliling rumah, kanak-kanak bermain bunga api dan tradisi sampul raya masih ada di Aidilfitri kali ini. Cuma mungkin hanya diraikan dalam suasana bersederhana sesuai dengan keadaan negara yang masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.", "Aidilfitri penyubur fitrah insani, hari kembalinya kesucian manusia. FITRAH juga berkait dengan HANIF, iaitu suatu sifat dalam diri manusia yang cenderung, memihak kepada kebaikan dan kebenaran serta bencikan kepada kejahatan dan keburukan. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada”. (HR Ahmad).", "Cenderung dan sukakan kebaikan adalah fitrah, bukan sahaja beribadah, bersedekah, menolong mereka yang kesusahan dan bersilatulrahim malah memperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain dalam komuniti dan organisasi serta hubungan kita dengan Allah adalah fitrah insani apatah lagi ketika menyambut Aidilfitri.", "Membina dan memperteguhkan kesatuan dan penyatuan juga adalah fitrah kepada sesebuah perjuangan. Meruntuh dan memporak-perandakan kesatuan yang telah atau sedang dibina adalah suatu musibah dan kerugian kepada perjuangan. Ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) adalah lambang kepada kesatuan, kembali kepada fitrah, khususnya FITRAH PERJUANGAN demi kemaslahatan rakyat. Walaupun ada individu dan kumpulan yang memperlecehkan dan melabelkan MN dengan pelbagai andaian antaranya MN hanya bersifat sementara dan akan gagal, MN akan dilupakan dan sebagainya. Tetapi yakinlah, jika asasnya adalah fitrah perjuangan, MN mampu bertahan dan mencapai objektif penubuhannya.", "Sudah lumrah dalam perjuangan akan wujud penentangan daripada mereka yang tidak sebulu dan sehaluan walaupun sebaik mana sekalipun hadaf dan objektif perjuangan itu. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). – Surah Al-Insan, Ayat 27", "Tolak ansur dan toleransi antara kunci untuk mengelakkan berlakunya penentangan, porak peranda dan perpecahan. Manakala kedegilan, sikap keras kepala, tidak mengalah dan merasakan pandangan serta tindakan kita sahaja yang betul bukan sahaja akan membawa kepada konflik tetapi memberikan impak negatif kepada organisasi.", "Sejarah telah membuktikan bahawa tolak-ansur merupakan antara faktor yang membolehkan Islam di Sepanyol berkembang pesat dan seterusnya menyumbang kepada peradaban manusia dalam segala bidang.", "Sempena dengan kehadiran Aidilfitri, saya mengajak kepada semua ahli pelbagai peringkat dan kepimpinan UMNO kembali kepada ‘Fitrah Perjuangan’ iaitu kebenaran, kebaikan dan kesatuan. Jika terdapat sebarang permasalahan dan ketidakpuasan hati, kembali kepada meja perundingan dan penyelesaian secara bersama. Tolak-ansur dan toleransi adalah hak yang sentiasa terbuka dalam UMNO semenjak dahulu, selagi ia tidak disalah ertikan sehingga membawa kemudaratan kepada UMNO dan perjuangannya.", "Semoga kita mendapatkan inspirasi terbaik dari madrasah Ramadan kali ini dan marilah kita sama-sama suburkan Fitrah Perjuangan UMNO dan Muafakat Nasional yang sebenar. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#menghayatiperjuanganparti\n#fitrahperjuanganumno\n#kitajagakita" ]
https://umno-online.my/2020/05/21/najib-ingatkan-rakyat-pencapaian-gemilang-gagalkrasi-ph-semua-negatif-kecuali/
[ "PM7 kata dia tidak akan berhenti untuk cuba jatuhkan PM8 untuk kembalikan rejim Gagalkrasi PH.", "Sebab itu, Rakyat perlu peringatan tentang ‘pencapaian’ gemilang masa PH sebelum krisis Covid melanda:", "– Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali sendiri.", "– Pasaran saham paling corot dlm dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.", "– Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.", "– Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.", "– Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.", "– Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.", "– Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.", "– Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.", "– Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.", "– Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.", "– Ekonomi paling lembab sejak 10 tahun lalu SEBELUM krisis Covid-19 bermula.", "– Dividen LTAT paling rendah dalam sejarah.", "– Dividen KWSP paling rendah sejak 11 tahun lalu.", "– Dividen ASB paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun berturut-turut.", "– Hibah Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dalam sejarah.", "– Penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.", "– Jualan aset negara secara lambak.", "– Nilai Ringgit USD1=RM4.23, turun 40 sen sejak PRU14.", "– RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.", "– Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.", "– Cukai taksiran, Cukai RPGT dinaikkan.", "– Caj Pos, klinik swasta, air, elektrik gas komersial, hatga simen, harga kereta dinaikkan.", "– Tol PLUS dilanjut 20 tahun walaupun dijanji mansuh.", "– Bantuan kerajaan dikurangkan dan dimansuhkan.", "– Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.", "– Hampir setiap hari, geng Anwar dan geng Mahathir rebut kuasa.", "– Manifesto bukan kitab suci. Rakyat malas dan perlu ikat perut.", "Itulah kehebatan Gagalkrasi PH.", "Semua negatif. Yang positif cuma Covid yang PH memperlekehkan dan gagal bendung.", "Najib Razak " ]
https://umno-online.my/2020/05/19/keadaan-kewangan-negara-tidak-seburuk-digambarkan-mengapa-ada-muslihat-ada-udang-disebalik-batu/
[ "SETELAH beralihnya Kerajaan, dari Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN), maka beralih juga jawatan Menteri Kewangan, daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Menteri Kewangan, YBM Senator Tengku Zafrul.", "Peralihan ini telah membuka satu bab baharu pengurusan kewangan Negara. Menteri Kewangan yang baru pastinya mewarisi keadaan kewangan Negara yang terdahulu iaitu pada zaman Pakatan Harapan (PH).", "Ketika PH mula memerintah pada May 2018, keadaan kewangan Negara dikatakan agak tenat dengan pinjaman luar Negara yang tinggi mencecah satu Trillion Ringgit. Keadaan ini menimbulkan kegusaran dan amat sangat kebimbangan kepada rakyat dan para pelabur.", "Justeru itu, konon pentadbiran PH telah menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengawal perbelanjaan Pengurusan Kewangan Negara.", "Penjimatan demi penjimatan dilaksanakan dan beberapa pinjaman dilakukan oleh Kerajaan pada waktu itu. Rakyat digambarkan dengan keadaan kewangan Negara yang meruncing dan sangat tenat serta perlu berjimat cermat.", "Melalui pendekatan jimat cermat dan pengurusan yang telus, PH mahu Malaysia bangkit kembali sebagai ‘Harimau Asia’ menerusi usaha keras Kerajaan untuk memulihkan fiskal dan pembaharuan Institusi, ke arah menambah baik ketelusan dan akauntabliti Pentadbiran Negara.", "Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata perubahan struktur itu akan memastikan pertumbuhan mapan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan selain mentransformasi Malaysia kepada demokrasi berasaskan peraturan.\n\nWalau bagaimana pun scenario kewangan yang suram itu tidak berapa tepat kerana mengikut Menteri Kewangan PN yang baru ini YBM Senator Tengku Zafrul Aziz bahawa keadaan kewangan Negara adalah baik dan beliau merasa sangat hairan dengan gambaran kewangan Negara yang gelap dan sangat tenat itu sehingga memaksa Malaysia membuat pinjaman luar Negara seperti membuat pinjaman Bon Samurai dari Jepun.", "Jika benar kata-kata Menteri Kewangan PN yang baru ini, rakyat ingin tahu apakah maksud dan tujuan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng perlu berhutang?", "YBM Senator Tengku Zafrul Aziz telah membuat kenyataan yang jelas bagi menzahirkan rasa pelik dan ajaib beliau berhubung keputusan Kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir yang membuat pinjaman luar Negara kerana kedudukan kewangan Negara masih kukuh dan keputusan Kerajaan PH membuat pinjaman dari Jepun menimbulkan banyak persoalan.", "Seterusnya YBM Senator Tengku Zafrul Aziz dilaporkan bertanya mengapakah Kerajaan PH begitu rakus membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai sedangkan kedudukan Kewangan Negara masih kukuh?", "Apa sebenarnya motif Tun Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu yg telah menimbulkan banyak tandatanya?.", "Secara tidak langsung kenyataan YBM Senator Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Negara tidak perlu membuat pinjaman di luar Negara. Kenyataan YBM Senator Tengku Zafrul juga telah membongkar berhubung tujuan pinjaman yang tersebut dibuat.", "Ramai rakyat berpendapat bahawa ada perkara yang disembunyikan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng dari pengetahuan rakyat berhubung dengan tujuan pinjaman melalui Bon Samurai dari Jepun.", "Sehubungan itu rakyat berpandangan dan berpendapat adalah perlu bagi Kerajaan PN sekarang memulakan siasatan samada oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau wajar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (SPDR), (Royal Commission Inquiry (RCI)) ditubuhkan bagi mencari jawapan dan penjelasan mengapa Kerajaan PH dan mengapa Tun Mahathir dan Lim Guan Eng membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai dari Jepun sedangkan kewangan Negara adalah kukuh.", "Sepanjang PH mentadbir Negara selama 22 bulan rakyat dihidangkan dengan rintihan berterusan dan seharian oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa Kerajaan kini tiada duit kerana pengurusan BN yang lalu tidak cekap dan banyak ketirisan.", "Manakala Lim Guan Eng tidak putus-putus dan boleh dikatakan setiap hari membuat kenyataan seolah-olah menipu rakyat dan Parlimen kononnya beliau mengharungi keadaan getir apabila beliau mendakwa 5 bulan pertama beliau sebagai Menteri Kewangan hanya berbekalkan sebanyak RM450 juta sahaja. Angka ini tidak logik dan ada muslihat tertentu seperti pepatah Melayu “Ada Udang Disebalik Batu”.", "Dalam pada itu kenyataan Tun Mahathir ketika menjawat Jawatan Perdana Menteri Interim (Interiam Prime Minister) bahawa Negara mempunyai dana yang cukup besar iaitu bernilai RM2 Trillion seperti yang dinyatakan oleh Tun itu nyata adalah sesuatu yang jauh berbeza dari apa yang telah dinyatakan oleh Lim Guan Eng.", "Rakyat yang prihatin oleh kerana angka yang terlalu jauh bezanya antara angka yang dinyatakan oleh Tun Mahathir ketika menjawat jawatan terakhir sebagai Perdana Menteri Interim (Interiam Prime Minister) dengan angka yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng.", "Tanpa niat mahu memenjarakan sesiapa, maka Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) berpendapat bahawa adalah amat wajar Kerajaan PN kini menubuhkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (SPDR) atau Royal Commission Inquiry (RCI) berhubung kenyataan yang amat berbeza oleh dua orang pemimpin penting Negara dibawah kerajaan PH.", "Sekian", "\nTAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI MOHD YUSSOF LATIFF \nPRESIDEN PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG (PEMENANG)\nTOKOH MELAYU TERBILANG UMNO 2018" ]
https://umno-online.my/2020/05/18/sidang-parlimen-buktikan-lima-perkara/
[ "Pada istiadat sidang Dewan Rakyat hari ini, YDPA bertitah bahawa baginda telah berusaha memujuk Tun Dr Mahathir daripada meletakkan jawatan tetapi gagal.", "Dan baginda memilih TS Muhyiddin berdasarkan pertimbangan bahawa beliau memiliki sokongan majoriti.", "Buktinya pada kedudukan kerusi sidang kali ini terdapat 114 ahli parlimen yang berada di blok kerajaan sementara hanya 107 di blok Pakatan Harapan. 1 kerusi Bebas.", "Ia membuktikan 5 perkara:", "1. Pakatan Harapan jatuh kerana Tun meletakkan jawatan. Bukan kerana UMNO dan PAS gulingkan kerajaan.", "2. PH berbohong bahawa mereka memiliki majoriti kerusi. Senarai yang mereka dakwa sebagai jumlah ahli parlimen yang menyokong Tun pada akhir Februari 2020 adalah bohong", "3. Bekas Menteri PH terbukti menyebarkan prasangka buruk terhadap YDPA dengan mengatakan “Agong tidak memilih PH kerana majoriti ahli parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu”.", "Hakikatnya Agong tidak boleh memihak PH kerana mereka tidak cukup kerusi", "4. Undi tidak percaya yang cuba diusulkan adalah membuang masa kerana PH tidak memiliki majoriti.", "5. PH = Penyakit Hati", "—", "Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu" ]
https://umno-online.my/2020/05/11/doa-sempena-ulang-tahun-umno-ke-74/
[ "Di pagi dan bulan yang penuh barakah ini, ayuh sama-sama kita berdoa sempena Ulangtahun UMNO yang ke-74.", "Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘alamin, Wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.", "Ya Allah…\nYA Rahman…\nYA Rahim…\nDengan kerendahan hati dan diri di bulan barakah ini,\nSempena Ulangtahun UMNO ke-74 ini,\nKami memohon kerahmatanMu Ya Allah,\nDan keampunanMu,\nBimbingilah kami,\nSatukanlah hati-hati kami,\nRapatkanlah saf dan teguhkanlah kami,\nTerus istiqomah dalam perjuangan ini,", "Ya Allah…\nYa Fattah…\nYa Alim…\nNaungilah kami,\nKasihanilah kami,\nKurniakanlah kami,\nDalam kekuatan,\nUntuk menghadapi mehnah perjuangan ini,\nDemi mempertahankan agamaMu,\nDan watan yang tercinta ini,", "Ya Rahman…\nYa Rahim…\nYa Ar-hamarohimin…\nPerjuangan ini masih belum selesai,\nKau permudahkanlah,\nJangan menyulitkanlah,\nKurnialah Kekuatan,\nJanganlah kelemahan,\nBerikanlah kesihatan,\nJangan kesakitan,\nKurniakanlah kemuliaan,\nJanganlah kehinaan,\nDorongilah kami Ya Allah,\nKe arah kemenangan,\nBukan kekalahan,", "Allahumma yassir wala tu’assir,\nRabbi tammim bi’khair,", "Ya Allah Ya Tuhan kami,\nJika Kau amanahkan kami kekuasaan,\nKurniakan kepada kami kekuatan,\nDan kemampuan untuk melaksanakannya,\nJauhkanlah diri kami dari fitnah kekuasaan,\nHindarkanlah percikan amarah dikalangan kami,\nSinarilah hati-hati kami dengan hikmah,\nHikmah perjuangan,\nLembutkanlah hati musuh-musuh kami,", "Ya Allah…\nYa Malik…\nYa Kuddus…\nBantulah kami,\nAmpunkanlah segala dosa dan keterlanjuran kami,\nKurniakanlah Nur Mu,\nKepada perjuangan parti keramat ini,\nKepadaMu lah Ya Allah kami berserah,\nKepadaMu jualah kami memohon pertolongan dan mengharap,", "Amin… Amin…\nYa Robbal Alamin." ]
https://umno-online.my/2020/05/10/umno-74-tahun-jasa-bakti-umno-merentas-generasi/
[ "SELAMA 74 tahun UMNO dan pemimpinnya berjasa kepada rakyat di negara Malaysia. Jangan dilupa hakikat itu. Sejak tahun 1946 hingga ke hari ini tahun 2020, setiap kita rakyat menerima jasa yang telah dan sedang dicipta samada secara langsung atau pun tidak. Generasi demi generasi, UMNO menabur bakti.", "Penentangan Malayan Union, kemerdekaan tanah air tercinta, mengisi kemerdekaan, menstabilkan politik selepas 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru DEB, pelbagai dasar yang dibuat oleh Perdana Menteri UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional hinggalah kepada pemujudan suasana damai dengan PAS melalui Muafakat Nasional, UMNO dan pemimpinnya sentiasa menabur jasa.\n\nAnak-anak kampung daripada keluarga yang miskin disamaratakan taraf pendidikan dengan anak-anak bandar yang ibu bapa mereka kaya raya. Anak kampung itu diberi biasiswa atau pinjaman untuk belajar di institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara dan kini mereka menguasai pelbagai sektor; menjadi penjawat awam, usahawan, profesional, NGO atau ahli politik. Semua ini berjaya dibuat dengan DEB, dasar pendidikan dan dasar lain hasil cetusan idea dan kelulusan dalam kabinet kerajaan UMNO dan BN sebelum ini.\n\nUMNO dan PAS bertelagah seperti tidak ingat dunia ini akan kiamat selama lebih 60 tahun yang membawa kepada perpecahan bangsa Melayu yang parah. Namun pertelingkahan itu tamat bila Presiden UMNO DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS DS TG Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada 14 Sept 2019 di Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur. Jasa perpaduan Melayu ini sangat bermakna dalam perjuangan 74 tahun kewujudan UMNO dan 69 tahun perjuangan PAS.", "“Berkorban ikhlas, nama dicipta,\nBila dikenal, mendapat ruang;\nUMNO dan PAS, henti sengketa,\nMuafakat Nasional, teguh berjuang”", "Apakah yang wajar UMNO lakukan untuk hari esok dan masa depan? Demi anak cucu dan generasi akan datang maka peristiwa kekalahan kerajaan BN dua tahun yang lalu pada 9 Mei 2018 wajar diambil ingatan. Antara puncanya ialah fitnah yang dipercayai, manifesto yang menipu seluruh rakyat, lebih empat juta terutama anak Melayu tidak mendaftar mengundi dan bangsa Melayu yang berpecah.\n\nOleh itu, untuk masa depan UMNO dan BN bersama rakan PAS dan parti lain yang ingin bekerjasama, kita mesti memenangi PRU-15 dengan memastikan rumpun Melayu/Bumiputera tidak berpecah atau sengaja dipecahkan lagi oleh pihak lawan.", "Jika 79 kerusi BN pada PRU-14 dapat diperolehi kembali, bersama 18 kerusi PAS dan 32 kerusi di mana undi BN dicampur undi PAS, kerusi itu yang sekarang kalah tetapi boleh dimenangi, maka 129 kerusi akan diperolehi untuk kita memerintah kembali. Dicampur dengan kerusi parti lain yang ingin bersama, kemenangan yang besar boleh kita perolehi.", "Untuk apa kita mesti memenangi PRU-15? Ianya adalah bagi memastikan rakyat negara ini hidup makmur dan sejahtera. Telah terbukti selama 62 tahun BN memerintah, kehidupan rakyat negara ini bertambah baik setiap masa merentas satu generasi ke satu lagi generasi. Jika generasi pertama hanyalah penoreh getah dari sebuah kampung yang tidak mempunyai kemudahan asas, generasi ke-dua berjawatan tinggi dengan kehidupan yang lebih baik. Generasi ke-tiga pula mungkin sedang berada di institusi pengajian tinggi atau pusat kemahiran yang menjanjikan kehidupan yang juga berjaya.", "Kejayaan itu terbantut selama 22 bulan bila PH-DAP memerintah. Ketika itu suasana tidak harmoni kerap berlaku. Nabi dihina, Raja dihina, tentera dihina, Jawi dihina, bahasa dihina, penjawat awam dibuang, rakyat ditipu dengan manifesto palsu, harta negara dijual dan digadai secara banyak, hutang kerajaan bertambah, ekonomi tidak stabil dan pemimpin UMNO diheret ke mahkamah dengan pertuduhan yang direkacipta merupakan antara peristiwa pahit yang terjadi.", "Ketika Perikatan Nasional mengambil alih masa ini, rakyat dan negara seluruh dunia berhadapan pula dengan “perang dunia ke-3” berlawan dengan musuh yang tidak kelihatan, wabak Covid-19. Kita sedang menangani cabaran ini dan sekali lagi pemimpin UMNO berada di barisan hadapan, menabur jasa untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat terpelihara.", "Sempena Hari UMNO yang ke 74 ini, bersamalah kita mengenang jasa-jasa UMNO kepada diri, keluarga kita dan marilah kita memastikan parti UMNO terus padu untuk sentiasa menabur jasa bakti kepada rakyat Malaysia, dulu, kini dan selamanya.", "Semangat sedikit, jangan dibuang,\nSekian lama, sudah membara;\nUMNO bangkit, terus berjuang,\nDemi agama, bangsa negara.", "Sekian lama, sudah membara,\nSepanjang hayat, dilupa jangan;\nDemi agama, bangsa negara,\nPrihatin rakyat, jadi pegangan.", "DS Ahmad bin Maslan" ]
https://umno-online.my/2020/05/10/umno-74-tahun-menghayati-sebuah-perjuangan/
[ "PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ialah sebuah parti keramat yang lahir di atas perjuangan murni bagi membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman kolonial British. Sebut sahaja nama UMNO sudah pasti terlalu banyak jasa dan pengorbanan pada nusa bangsa terutama di kalangan orang Melayu sehingga ada yang sanggup berkorban apa-apa sahaja termasuklah barang kemas peribadi demi sebuah kebebasan. Liku-liku perjuangan UMNO terbina bukan sehari dua namun ia melangkau zaman dan walaupun pemimpin UMNO bersilih ganti, namun prinsip perjuangan tetap sama demi agama, bangsa dan negara.", "Penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, dengan Datuk Onn Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama telah berjaya menyatukan rumpun Melayu di bawah satu tonggak, membangkitkan semangat nasionalisme lantas membawa kemerdekaan kepada negara.\n\nWaktu pun berputar, kini UMNO dikenali sebagai parti yang terbesar dan pernah menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. UMNO adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai-bagai peristiwa dan cabaran. UMNO dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.", "UMNO pernah berada di puncak kejayaan memerintah negara. Menjadi teraju kerajaan selama lebih 60 tahun, namun, langit tidak selalunya cerah apabila pada tanggal 9 Mei 2018, tarikh suram buat UMNO apabila kerajaan bertukar arah. Akibat gelombang rakyat yang percayakan hasutan dan janji-janji Pakatan Harapan UMNO bersama Barisan Nasional (BN) hilang tampuk kuasa.", "Tentunya, bagai dihiris-hiris hati dan jiwa setiap ahli UMNO tetapi apakan daya takdir dan ketentuan Yang Maha Esa diterima dengan redha. Buat pertama kalinya UMNO berada dikedudukan pembangkang… tapi keadaan ini tidak pernah mematahkan semangat perjuangan ahli-ahlinya yang bersandarkan tekad “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”.", "Hilangnya kuasa pentadbiran kerajaan bukan bermakna tumbangnya parti keramat dan bukan juga pengakhiran buat UMNO. Walaupun ia sememangnya satu tamparan hebat buat pemimpin-pemimpin UMNO, juga kepada ahli-ahlinya namun ia diterima dengan matang.", "Tiada tunjuk perasaan, tiada demonstrasi, tiada tindakan ganas dari mana-mana pemimpin mahupun ahli UMNO sebaliknya diterima dengan sepenuh kerendahan hati atas semangat demokrasi dan akur bahawa kuasa bukan kekal selamanya.", "Selepas kekalahan UMNO pada PRU14, Presiden UMNO pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dengan kerelaan hati melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO yang bertanggungjawab memikul kekalahan parti. Perit dan sedih namun itulah prinsip dan perjuangan yang ditonjolkan oleh Datuk Seri Najib.", "", "UMNO terus diduga… betullah kata orang, kawan disaat kita senang mudah dicari tetapi kawan disaat kita susah, amat sukar. Parasit-parasit dalam UMNO mula meninggalkan parti atas pelbagai alasan. Barangkali mereka lupa parti mana yang menaikkan mereka, atau mungkin hilang keyakinanterhadap akar umbi yang bergolok gadai dalam UMNO. Tangisan dirintih dengan muhasabah diri yang dicari namun strategi perjuangan UMNO disusun semula bagi memenangkan hati rakyat dengan diterajui Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Setelah 22 bulan UMNO menjadi pembangkang, banyak yang UMNO pelajari, mengambil iktibar atas kekalahan dalam PRU, menangani krisis dari akar umbi hingga ke pimpinan atas dengan usaha meraih kembali keyakinan rakyat berlandaskan sokongan ahli-ahli di akar umbi.", "Ditambah pula sepanjang tempoh itu, kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan gagal menunjukkan kepimpinan berjiwa kebangsaan sebaliknya letih terarah bermain politik kepartian dengan nilai-nilai perpaduan semakin tercalai. Sedikit demi sedikit rakyat mula nampak buruknya kerajaan Pakatan Harapan. Janji 100 hari hanyalah tinggal janji, suara rakyat terus dipandang sepi malah sesame sekutu mereka lebih cenderung berebut kuasa dan meraih kedudukan sementara rakyat tidak terbela.\n\nUMNO enggan menoleh ke belakang, terus mengorak langkah merencana masa hadapan. Lantas UMNO dan PAS sepakat mewujudkan kebersamaan atas landasan Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta membentuk Muafakat Nasional (MN). Inilah antara dambaan orang-orang Melayu yang mahukan dua parti terbesar bangsa dalam negara bersatu. MN terus melangkah dengan lebih kukuh. MN menjadi pilihan masyarakat yang sudah mula hilang kepercayaan pada kerajaan Pakatan Harapan lantaran hanya tahu bermain politik tetapi tidak ada hasilnya pada rakyat.", "Bagai retak menanti belah, akhirnya pada bulan Februari 2020, kerajaan Pakatan Harapan runtuh ekoran pertelingkahan dalam anggota mereka sendiri. Lantas, bagi memastikan pentadbiran negara terus bergerak maka terbentuk kerajaan baharu gandingan BERSATU, UMNO, PAS, dan GPS dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong atas nama Perikatan Nasional.", "Cabaran pertama kerajaan Perikatan Nasional ialah menangani penularan pandemik COVID-19 yang menampilkan kecekapan menteri-menteri kanan dari UMNO sebagaimana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menangani keselamatan negara dengan profesionalisme yang amat mengagumkan.", "Ternyata hilang kuasa 22 bulan bukan satu noktah kepada perjuangan UMNO namun kesungguhan dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat dilaksana setiap masa\n\nPada 11 Mei 2020, genap 74 tahun kewujudan parti keramat UMNO dan tentunya kali ini suasananya amat berbeza berbanding dua tahun yang lalu. Biarpun kini UMNO sudah menjadi sebahagian dari kerajaan namun usaha untuk terus berkhidmat kepada rakyat tidak pernah berhenti kerana ia sudah menjadi teras utama parti untuk bersama rakyat.", "Sememangnya usia lebih tujuh dasawarsa UMNO ini adalah satu manifestasi dalam kelangsungan parti demi perjuangan alaf baru dari rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat.", "Bagi meraikan ulang tahun UMNO ke-74 kali ini, UMNO mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa, maka semua ahli UMNO dianjurkan di rumah masing-masing agar mengadakan bacaan Yassin, solat hajat dan doa selamat memohon supaya parti keramat ini dilindungi oleh Allah dan ahli-ahlinya dijauhi daripada malapetaka.\nDalam pada itu, semua ahli UMNO disarankan agar mengibarkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ di kediaman atau rumah masing-masing sebagai tanda terima kasih kepada perjuangan parti yang sejak 74 tahun lalu banyak berjasa kepada rakyat negara ini.", "Selamat Hari UMNO Ke-74", " ", "\nAIMAN JAAPAR " ]
https://umno-online.my/2020/05/09/ramadan-al-mubarak-mujahadah-dan-pengorbanan/
[ "PANDEMIK COVID-19 telah mengubah tradisi umat Islam menjalani ibadah puasa. Tahun ini Ramadan disambut dalam suasana norma baharu ‘new normal’ yang nyata berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tiada bazar Ramadan, tiada buffet Ramadan, tiada ‘iftar jamaei’, solat terawih, tadarus al-Quran dan moreh di masjid dan surau. Semoga suasana baharu ini tidak menjadi penghalang bagi kita melaksanakan ibadat puasa dengan sebaiknya.", "Tidak dinafikan kita rindukan untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid dan kemeriahan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah seperti murtabak, popia, ayam golek dan beraneka jenis minuman. Tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan #kitaharusmenang dalam perjuangan ini.\n\nRamadan cukup sinonim dengan bulan ‘mujahadah’ dan pengorbanan, melalui Ramadan Allah SWT menguji hambanya agar mereka berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu, teringin makan tetapi tidak boleh makan, dahaga tetapi tidak boleh minum bahkan pertuturan, penglihatan juga perlu dijaga. Imam al-Ghazali berkata:", "“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada keinginan nafsunya sama ada dalam aspek zahir atau batin”.", "Apabila berbicara berkaitan ujian, mujahadah dan pengorbanan lembaran kisah Talut dan Jalut bersama tenteranya boleh dijadikan sebagai pengajaran atau ‘ibrah’. Allah telah menguji tentera Talut dengan ujian yang memerlukan Talut dan tenteranya melakukan mujahadah dan pengorbanan. Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah dia (Talut): “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (al-Baqarah ayat 249)", "Talut telah memerintahkan tenteranya untuk menyeberangi sungai dan sungai itulah satu daripada ujian yang memerlukan pengorbanan untuk menempuhinya. Tetapi malangnya, sebilangan besar tenteranya tidak mengendahkan arahan Talut supaya jangan minum air dari sungai tersebut. Sebahagian ulama menyebutkan daripada 80 ribu orang tentera Talut hanya 4 ribu orang sahaja yang tidak minum air di sungai tersebut. Walaupun dengan kuantiti tentera yang berkurangan Talut tetap meneruskan perjuangannya bersama tentera yang melepasi ujian dan rintangan tersebut. Allah berfirman lagi, “Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”. (al-Baqarah ayat 249)", "Akhirnya, selepas mengharungi pelbagai ujian dan pengorbanan Talut dan tenteranya dikurniakan kemenangan oleh Allah dengan tumpasnya Jalut di tangan Nabi Daud. Biarpun Talut mara menentang dengan kuantiti yang kecil, tetapi kualiti tenteranya yang tahan diuji merupakan khazanah yang paling berharga.", "UMNO dan BN telah melalui pelbagai ujian semenjak penubuhannya. Kita telah diuji sebagai pembangkang selama 22 bulan. Sepanjang tempoh tersebut kita telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi yang menyedarkan kita harga sebuah perjuangan, erti setiakawan dan nilai perjuangan. Dalam tempoh tersebut juga, kita telah dikurniakan hikmat terbesar dengan terbentuknya Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS yang membuka lembaran baharu politik tanah air. Melalui MN persefahaman dibentuk, diserasikan, diseimbangkan dan penyatuan dibina secara berperingkat-peringkat sehinggalah termeterainya Piagam Muafakat Nasional pada 14 September tahun lalu. Ketika itu rakyat merasai dan melihat MN bukan sahaja persefahaman dan ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS tetapi MN adalah medium penyelesaian terhadap permasalahan politik tanah air. Saya yakin Muafakat Nasional akan terus subur dan diperteguhkan kerana MN adalah agenda ummah yang melangkaui agenda kepartian dan kepentingan.", "Ketika ini UMNO, BN dan MN sekali lagi diuji berada di dalam kerajaan dan menjadi sebahagian daripada kerajaan, setelah 22 bulan berada di luar kerajaan. Saya menganggap ini adalah ujian yang berat yang perlu diharungi bersama dan memerlukan pengorbanan. Sama ada kita menganggap ini adalah peluang yang tidak boleh dipersiakan atau sebaliknya. Saya yakin ini merupakan takdir yang Allah berikan kepada kita dan pasti ada hikmah di sebaliknya.", "Apakah kita mampu menempuhi ujian ini? Bersandarkan kepada pengalaman politik UMNO, BN dan MN mampu mengharunginya selagi kita ‘Menghayati Perjuangan Parti’ terus istiqomah, mujahadah, sabar dan teguh pendirian di landasan perjuangan melebihi kepentingan diri. Sabar dan teguh pendirian juga antara faktor kemenangan Talut dan tenteranya sepertimana Allah berfirman,\n“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami …….”(al-Baqarah ayat 250)", "Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita lebih menghayati erti mujahadah, sabar dan pengorbanan bukan sahaja ketika menjalani ibadah puasa bahkan dalam perjuangan politik ini.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#menghayatiperjuanganparti\n#mujahadahdanpengorbanan\n#kitajagakita" ]
https://umno-online.my/2020/05/01/memahami-isu-moratorium-bank-dr-asyraf-utarakan-implikasi-dan-cadangan/
[ "APABILA Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan 25 Mac lalu untuk bank-bank tempatan memberikan moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman atau ansuran bulanan) selama 6 bulan bermula 1 Mei 2020, rakyat khususnya pelanggan bank rata-rata menarik nafas lega kerana bertanggapan Bank Negara memahami tekanan hidup rakyat lantaran PKP yang membataskan mereka daripada bekerja dan memperoleh pendapatan bagi menampung kehidupan termasuk bebanan hutang bank.", "Namun, kenyataan BNM kelmarin mencetuskan kekeliruan apabila moratorium tersebut rupa-rupanya bukan bersifat automatik secara mutlak kerana pelanggan perlu memaklumkan kepada bank jika tidak mahu moratorium, malah bagi yang memilih untuk menangguhkan pembayaran berkemungkinan akan berhadapan dengan bayaran balik yang lebih tinggi selepas tempoh moratorium berakhir pada Oktober, lantaran nilai faedah atau keuntungan terakru (nilai keuntungan bank terkumpul yang sepatutnya diperolehi dalam tempoh tertentu) selama 6 bulan yang dikenakan kepada pelanggan.", "Mengapa ini berlaku?", "1. BANK HANYALAH PERANTARA KEWANGAN", "Secara mudahnya, bank hanyalah perantara kewangan (financial intermediary) antara wang pendeposit dengan pelanggan pelbagai produk pembiayaan. Maknanya, bank menguruskan wang orang lain bukannya milik bank. Keuntungan yang bank perolehi adalah daripada faedah yang dikenakan ke atas pelbagai produk pinjaman/pembiayaan yang akhirnya disalurkan kembali kepada pendeposit dalam bentuk dividen (faedah atas deposit).", "Justeru, sebarang penangguhan pembayaran pinjaman akan memberi kesan kepada bank yang perlu membayar balik nilai pokok beserta keuntungan kepada para pendeposit yang menyimpan di bank tersebut.", "2. APAKAH PENDEPOSIT BERSEDIA UNTUK TIDAK MENDAPAT PULANGAN?", "Apabila bank menawarkan moratorium, ini bermakna bank secara asasnya bersedia untuk tidak menerima sebarang keuntungan bagi penangguhan bayaran balik yang ditawarkan kepada peminjam atau pelanggan produk pembiayaan bagi tempoh tertentu. Ini turut memberi kesan langsung kepada pendeposit kerana wang pendepositlah yang digunakan untuk bank memberi pinjaman kewangan tersebut.", "Persoalannya apakah pendeposit bersedia sekiranya bagi tempoh tertentu mereka tidak akan menikmati kadar faedah atas simpanan mereka sebagaimana yang dijanjikan?", "3. APAKAH CARA BAYARAN BALIK SELEPAS TEMPOH MORATORIUM?", "Rata-rata institusi perbankan perlu mengambil kira kesan kepada pendeposit dan operasi bank dalam tempoh 6 bulan moratorium yang ditawarkan. Bagi mengelakkan sebarang bentuk kerugian termasuk kerugian akibat daripada implikasi perundangan dan piawaian perakaunan, bank terpaksa mengambil kira keuntungan atau faedah terakru, termasuk kos daripada kerugian selama 6 bulan penangguhan bayaran balik diberikan.", "Inilah yang memerlukan setiap bank mencari formula terbaik bagi kedua-dua belah pihak, bank dan peminjam untuk menstrukturkan semula pembayaran.", "4. APA PILIHAN RAKYAT?", "Dalam kenyataan terbaru BNM kelmarin, secara mudahnya ada 3 pilihan bagi rakyat.\n(i) Pertama, meneruskan bayaran balik seperti biasa (tidak memilih untuk mengambil moratorium atau menangguhkan bayaran balik pinjaman).", "(ii) Kedua, memilih moratorium tanpa memberi kesan kepada tempoh pinjaman iaitu mula membayar balik ansuran pinjaman mulai Oktober sehingga tamat tempoh matang pinjaman. Namun, jumlah bayaran balik akan lebih tinggi kerana bank mengambil kira keuntungan atau faedah terakru selama tempoh 6 bulan moratorium diberikan. Maknanya bank akan caj lebih kepada pelanggan.", "(iii) Ketiga, memilih moratorium dengan melanjutkan tempoh pinjaman iaitu membayar balik ansuran pinjaman mulai Oktober dan ditambah tempoh bayaran balik selepas tamat tarikh matang pinjaman. Pelanggan juga akan dikenakan jumlah bayaran lebih tinggi sebagaimana pilihan kedua, cuma nilai ansuran mungkin lebih rendah kerana tempoh bayaran balik yang dipanjangkan.", "5. APA KESAN SHARIAH KEPADA KONTRAK PERBANKAN ISLAM?", "Prinsip Shariah adalah jelas, sekiranya ada apa-apa perubahan kepada terma dan syarat yang dipersetujui pada awalnya antara bank dengan pelanggan, maka persetujuan baharu antara kedua-dua pihak perlu dilakukan.", "Sebagai contoh, perubahan kepada cara dan kadar bayaran perlu dimaklumkan dan mendapat persetujuan yang jelas daripada pelanggan.", "Memandangkan perbankan Islam menggunakan pelbagai kontrak syariah seperti berasaskan jualbeli (murabahah) ataupun sewaan (ijarah) ataupun gabungan pelbagai kontrak (ijarah thuma al-bai, tawarruq, musharakah mutanaqisah), maka implikasi kontrak dan pengurusan prosedur mendapatkan persetujuan perlu diperhalusi dengan mengambil kira sifat, prinsip dan kesan kontrak-kontrak tersebut.", "Sebagai contoh, bagi kontrak murabahah yang bersifat tetap dan jelas dari segi harga pokok dan kadar keuntungan. Sebarang perubahan kepada kadar keuntungan atau kaedah bayaran balik bagi yang memilih moratorium, memerlukan persetujuan dan kontrak (aqad) baharu.", "Berasaskan butiran di atas, pandangan saya adalah seperti berikut:", "1. Kerajaan punya niat yang baik untuk mengurangkan beban rakyat dengan mencadangan bank-bank tempatan menawarkan moratorium kepada para peminjam tatkala kegawatan pandemik COVID-19 dan PKP melanda.", "Tindakan afirmatif kerajaan ini wajar dihargai mengambil kira maslahah rakyat yang lebih besar. Namun mekanisme dan pendekatan perlu dirancang dengan lebih kemas, sistematik dan berkesan. Komunikasi juga mesti kemas, jelas dan pantas.", "2. BNM sebagai antara pelaksana kepada dasar Kerajaan ini seharusnya mengambil kira semua faktor sejak daripada awal termasuk kesan jangka pendek dan panjang kepada industri perbankan dan kestabilan sistem kewangan negara secara keseluruhannya.", "Ini kerana kesan moratorium yang dilaksanakan berbeza antara satu bank dengan bank yang lain bergantung kepada portfolio perniagaan bank-bank terbabit yang berasaskan kepada kontrak-kontrak syariah yang pelbagai.", "3. Penerangan BNM perlu lebih jelas dan konsisten daripada awal bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat. Jika wujud kesilapan, BNM perlu berani tampil akui kekhilafan dan ambil peluang untuk memperbaikinya dengan menggunakan pelbagai saluran komunikasi secara sistematik dan efisyen.", "4. BNM juga perlu memberikan panduan dan penerangan yang jelas mengenai sifat dan keunikan produk-produk kewangan Islam agar tidak disalah-tanggapi sebagai suatu yang membebankan. Malah lebih parah apabila terbentuknya persepsi bahawa perbankan Islam hanyalah bertopengkan Agama dan istilah syariah bagi menghalalkan faedah yang membebankan.", "5. Inilah masanya perbankan Islam mesti ditampilkan berbeza daripada amalan konvensional dengan menzahirkan nilai-nilai ihsan dan rasa kebertanggungjawaban sosial yang tinggi terutamanya ketika umat dilanda musibah.", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/05/01/polemik-moratorium-apa-pilihan-kita/
[ "SAYA pecahkan penerangan kepada dua aspek. ", "Pertama, aspek pilihan yang ada kepada peminjam berlandaskan kenyataan terkini Bank Negara Malaysia (BNM) malam tadi.", "Kedua, aspek pengurusan politik.", "A. Aspek Pilihan Yang Ada Kepada Peminjam", "Ada 3 pilihan:", "1) Tolak moratorium. Bayar macam biasa.", "Jika ambil moratorium, boleh pilih", "2) Pada bulan Oktober 2020, bayar lumpsum jumlah tertangguh. Kalau sebelum moratorium ini, tiap-tiap bulan bayar RM1,000, bulan Oktober nanti bayar RM1,000 + RM6,000 = RM7,000. Dengan cara ini, tiada tambahan faedah dikenakan dan tiada tambahan tempoh pinjaman. Cuma berat la tiba-tiba nak bayar RM7,000.", "3) Bermula Oktober 2020, mula bayaran lebih untuk tampung faedah dikenakan (terakru). Ikut contoh RM1,000 tadi, bermula Oktober 2020, bayaran mungkin naik ke RM1,030 atau mengikut formula kontrak masing-masing dan baki tempoh pinjaman.", "Bab ini, bank masing-masing kena jelaskan berapa sebenarnya lebihan – juga bergantung sama ada faedah berganda (compounded) atau tidak. Kalau ikut opsyen ini, tempoh pinjaman juga dipanjangkan 6 bulan. Contoh, kalau sebelum ini baki tempoh pinjaman 60 bulan, sekarang jadi 66 bulan.", "Opsyen 3 ni barangkali tak terasa sangat sebab bayaran faedah terakru 6 bulan itu dibahagikan mengikut baki tempoh bayaran.\n—–\nB) Aspek Pengurusan Politik", "Sebarang kenyataan dalam tempoh 12-24 jam akan datang, Kerajaan wajar mengakui kelemahan komunikasi yang berlaku. Jika Kerajaan seolah-olah terlalu defensif dan dilihat menyalahkan rakyat salah faham dan sebagainya, itu satu kesilapan. Kenapa?", "1. Tak boleh dinafikan komunikasi tidak sempurna. Contohnya, soalan lazim (FAQ) Bank Negara Malaysia pun berubah. Pada awalnya tidak disebut faedah berganda (meskipun tidak juga dijanjikan tiada faedah berganda).", "Sekarang ini disebut pula ada kemungkinan faedah berganda mengikut budibicara bank-bank komersil. (Rujuk lampiran pertama dan kedua)", "Contoh lain, pada mulanya dilihat bahawa moratorium ini adalah automatik dan hanya mereka yang tidak mahu, boleh tolak. Sekarang kena tunggu bank menghubungi kita dan kita kena pilih pula.", "2. Dalam penerangan Kerajaan sebelum ini, tidak cukup ditekankan bahawa bayaran faedah terakru tetap dikenakan. Ya, mungkin ada dalam FAQ dan penerangan teknikal, tetapi ia tidak dijelaskan dalam bahasa mudah.", "Seharusnya Kerajaan cakna dengan tanggapan umum dan awal-awal memperbetul sebarang salahtanggapan.", "Malah dalam FAQ BNM pun ada penerangan yang mengelirukan sebelum ini. Dalam satu ayat kata ada faedah terakru dikenakan. Dalam ayat lain, BNM gambarkan bahawa jadual pembayaran tetap sama. Macam mana nak sama kalau ada tambahan faedah terakru dikenakan? (Lampiran ketiga)\n—-\nPun begitu, saya agak sinis dengan kritikan pihak pembangkang yang seolah-olah meraikan isu ini. Sewaktu awal-awal pengumuman moratorium ini pada 24 Mac, kalau ingat, yang melaporkan dahulu bukan Perdana Menteri mahupun Kementerian Kewangan, tetapi melalui satu pekeliling dari BNM yang terdedah kepada media.", "Waktu itu, ramai puak PH berpusu-pusu memuji dan beri kredit kepada BNM, seolah-olah ia tiada kena mengena dengan Kerajaan. (Lampiran keempat)", "Hari ini, bila BNM buat kesilapan komunikasi, PH salahkan Kerajaan 100% pula.", "Itu mainan politik yang tidak ikhlas.", "Ya, ada kekurangan di sini, khususnya kegagalan memperbetul dan menjelaskan dari awal – yakni kelemahan komunikasi.", "Ini waktu luarbiasa. Tiada Kerajaan dalam dunia sekarang ini yang terselamat dari tekanan mendesak. Walaupun pada hemat saya perlu ada pakej pemulihan ekonomi menjangkaui inisiatif Prihatin sedia ada (akan saya kupas lagi kelak), sekurang-kurangnya Kerajaan telah membuktikan ada usaha mempermudah aliran tunai rakyat.", "Jika wujud kekurangan, akui dan cuba fahamkan kepada rakyat dengan nada rendah diri.", "Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/04/26/kwap-dan-kwsp-antara-pemilik-saham-terbesar-dialog-group-hasil-kejayaan-program-transformasi-ekonomi-bn/
[ "INI antara satu-satunya syarikat industri petroliam Malaysia yang masih mencatat trend keuntungan yang menaik pada masa krisis Covid walaupun harga minyak dunia telah menjunam teruk.", "Malah bisness mereka menerima impak positif akibat krisis Covid.", "Kerana permintaan untuk servis simpanan minyak mereka naik mendadak akibat harga minyak dunia yang murah pada ketika penggunaan minyak yang jatuh setelah negara-negara dirantau melaksanakan PKP.", "Itulah sebab harga sahamnya masih bertahan walaupun pasaran saham Malaysia telah menjunam 30% hingga 40%.", "Pernah dengar nama syarikat Dialog Group?", "Harga saham tahun 2009 = 29 sen.", "Harga hari ini = RM3.22", "Naik lebih dari 11 kali ganda.", "Belum lagi mengira dividen tahunan yang dibayar setelah pendapatan syarikat ini juga meningkat 10 kali ganda.", "Syarikat ini telah memberi pulangan yang amat besar kepada pelabur-pelabur.", "Antara 3 pemilik saham terbesar syarikat Dialog adalah KWAP dan KWSP.", "Pelabur-pelabur lain termasuk PNB dan tabung-tabung unit trust tempatan.", "Pada tahun 2010, syarikat tempatan ini dipilih sebagai satu dari projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN dahulu.", "Mereka dijadikan antara projek pemangkin pertama di Pengerang untuk pembangunan Terminal Petroleum Laut Dalam Pengerang (PDPT) serta fasiliti penyimpanan petroliam.", "Tahun ini, projek mereka telah masuk fasa ke-3 setelah fasa pertama dan kedua amat berjaya.", "Mereka kini memberi saingan yang kuat kepada Singapura dalam bidang mereka di Pengerang.", "Sekian lama, kapasiti penapisan minyak Malaysia tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan negara mengakibatkan kita terpaksa mengimpot petrol dan bahanapi dari Singapura.", "Saya pernah bertanya, mengapa kita perlu mengimpot keperluan harian petrol dan diesel dari Singapura.", "Mengapa Singapura adalah hab serantau untuk industri petroliam sedangkan repubik itu bukanlah pengeluar minyak seperti Malaysia.", "Pada pendapat saya, negara kita lebih layak untuk menjadi hab petroliam ASEAN.", "Oleh itu, kita memberi keutamaan untuk mencapai matlamat ini dalam Pelan Transformasi Negara kita.", "Akhirnya, loji penapisan minyak terbesar negara dengan kapasiti penapisan 300,000 tong sehari PETRONAS memulakan operasi,tahun lepas.", "Ia bermakna negara tercinta kita ini buat pertama sekali dalam sejarah sudah mencapai tahap mampu diri atau ‘self-sufficiency’ bagi memenuhi keperluan petrol serta bahanapi lain.", "Akhirnya juga, Terminal Petroleum Laut dan fasiliti penyimpanan petroliam syarikat Dialog sedang memberi saingan kuat kepada negara Singapura.", "Mungkin satu hari pada masa hadapan, Malaysia mampu mengganti tempat Singapura sebagai hab petroliam untuk rantau ASEAN jika diberi tumpuan dan keutamaan yang sama seperti masa kerajaan BN dahulu. – UMNO ONLINE", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2020/04/22/pena-pumas-e-majalah-terbitan-baharu-penerangan-umno-malaysia/
[ "PENERANGAN UMNO Malaysia terus mengorak langkah dalam menyebarluaskan maklumat-maklumat selain hal ehwal berkaitan parti kepada rakyat, turut menyajikan info-info berkaitan kerajaan dan isu-isu semasa dengan menubuhkan e-majalah yang pertama.", "Dikenali sebagai Pena PUMAS, e-majalah hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan merupakan adunan berita, peristiwa, analisis, pandangan dan sejarah digarap dalam satu wadah untuk bacaan umum.", "“Insya-Allah akan diusahakan sebagai produk berkala, dengan penambaikan melalui pengalaman dan maklum balas,” ujar Shahril dalam satu hantaran di platform media sosialnya mempromosikan e-majalah tersebut.", "Edisi pertama Pena PUMAS ‘Memerangi COVID-19 Musuh No.1 Dunia & Dunia’ telah mendapatkan satu temubual istimewa di dalam segmen Eksklusif bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Antara yang disentuh Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu adalah mengenai penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Muafakat Nasional (MN), hal ehwal parti seperti pelantikan Shahril sebagai Ketua Penerangan yang baharu dan perjalanan mesyuarat cawangan serta usaha kerajaan menangani wabak COVID-19.", "Pena PUMAS dibahagikan beberapa segmen seperti Utama, Eksklusif, Minda PUMAS, Bual Bicara, Perspektif, Metropolitan dan Sana Sini.", "Contohnya, Utama memaparkan isu-isu semasa, temubual bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membicarakan mengenai COVID-19.", "Manakala segmen Perspektif, bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, membicarakan mengenai ekonomi negara kini yang sedang dan bakal dihadapi oleh bukan sahaja rakyat dan kerajaan malah pelbagai sektor bagi mendepani krisis pandemik COVID-19.", "Begitu juga segmen Kolumnis mengikut Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur dan Zon Selatan, sudut temubual bersama pemimpin-pemimpin jemputan serta Analisis dan Pandangan dan sejarah perjuangan UMNO.", "Selain Shahril sebagai penasihat dan Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan, Jefrizal Mohd Jaafar dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarang serta dibantu pasukan sidang redaksinya.", "“Seperti mana Presiden kerap berkata, politik adalah dinamik dan bukan statik. Maka, UMNO perlu anjal – terikat hanya kepada maqasid perjuangan tanpa terlalu egois dalam pendekatan.", "“Saya yakin UMNO dipenuhi kepimpinan di setiap peringkat yang jauh lebih bijaksana dalam mengurus landskap ini. Dengan Izin Allah, kejayaan menanti,” Shahril, Minda PUMAS.", "Semua pelayar maya dialu-alukan untuk memuat turun secara percuma salinan Pena PUMAS di laman web UMNO Online.", "Sebelum ini, selain Facebook Live yang memaparkan diskusi bersama pemimpin, Penerangan UMNO Malaysia turut memaparkan video-video pendek seperti PUMAS 200 dan Malaysia Seminggu. – UMNO ONLINE", "[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/02/Pena-PUMAS-Edisi-Pertama.pdf”]" ]
https://umno-online.my/2020/04/21/e-pembelajaran-peranan-kerajaan-guru-dan-ibu-bapa/
[ "PENULARAN pandemik COVID-19 telah membuka lembaran dan cabaran baharu kepada warga pendidik. Penutupan sekolah dan pusat pengajian bukannya alasan yang menghalang proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).", "Bagi memastikan pelajar tidak keciciran mendapatkan pembelajaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), warga pendidik perlu mengharungi kebiasaan baharu ‘the new normal’ dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).", "Robert Jenkins, UNICEF Global Chief of Education menyatakan “Schools in the majority of countries worldwide have closed. It is an unprecedented situation and unless we collectively act now to protect children’s education, societies and economies will feel the burden long after we’ve beaten COVID-19. In the most vulnerable communities, the impact will span generations”.", "Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dan penundaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia serta Sijil Tinggi Agama Malaysia kepada suku pertama tahun 2021, melegakan warga pendidik kerana mereka mempunyai masa untuk memikirkan metodologi dan alternatif baharu agar PdP dapat diteruskan dan tiada pelajar yang keciciran.", "E-pembelajaran atau ‘e-learning’ bukan lagi pilihan, tetapi sudah menjadi keperluan. KPM telah menyarankan agar warga pendidik memanfaatkan dan mengaplikasikan e-pembelajaran sebagai alternatif untuk mengajar, walaupun agak sukar dengan keterbatasan infrastruktur serta infostruktur, tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik tetap diteruskan.", "Ini dibuktikan pada 16 April lalu, Search trends untuk frasa ‘Google Classroom’ di Malaysia meningkat ke tangga ke-2 dunia, mendahului negara-negara maju yang memiliki sistem dan teknologi e-pembelajaran yang lebih canggih.", "Tahniah, saya ucapkan kepada seluruh warga pendidik atas kecaknaan anda menyantuni para pelajar melalui pembelajaran maya dalam tempoh PKP. Kalian insan yang hebat.", "Selain ‘Google Classroom ’ warga pendidik turut memanfaatkan media sosial seperti whatsapp dan telegram untuk menyampaikan pelbagai maklumat, arahan dan latihan. Namun, tidak semua pelajar mendapat manfaat disebabkan dua kekangan utama iaitu tiada capaian internet, lemah atau tidak stabil dan kemampuan ibu bapa menyediakan gajet seperti komputer peribadi serta tablet.", "Meskipun Jabatan Statistik Negara pada 2019 menunjukkan 90.1 peratus isi rumah mempunyai capaian internet, tetapi isu internet tidak stabil sangat kritikal terutamanya di luar bandar. Pada 2018, jurang agihan internet di antara bandar dan luar bandar ialah 70:30. Jurang agihan ini memberi kesan kepada jurang pencapaian akademik pelajar bandar, luar bandar dan pedalaman.", "Bagi mengelak berlakunya diskriminasi pendidikan, KPM perlu mengeluarkan garis panduan e-pembelajaran yang jelas bagi memberikan keadilan kepada semua pelajar.", "UMNO, BN dan Muafakat Nasional mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh pihak kementerian sepanjang tempoh PKP:", "• E-pembelajaran dikendalikan secara tidak rasmi dan kementerian menetapkan tempoh masa pelajar mengikuti e-pembelajaran. Contohnya, Singapura menetapkan pelajar sekolah rendah akan belajar di rumah selama empat jam sehari, pelajar sekolah menengah lima jam dan pelajar institut pengajian tinggi enam jam. Perkara ini penting bagi mengelak kemudaratan akibat terlalu lama menghadap skrin komputer atau laptop.", "• Dalam keadaan capaian internet yang stabil dan baik, guru dan pelajar digalakkan menggunakan kaedah e-pembelajaran segerak atau ‘synchronous’ seperti Zoom, Webex dan Google Meet. Ujian dalam talian pula boleh dilakukan melalui Kahoot, Google Form atau Quizizz .", "• Bagi kawasan capaian internet yang rendah dan tidak stabil, digalakkan menggunakan e-pembelajaran tidak segerak atau ‘asynchronous’ seperti Google Classroom dan Edmodo. Interaksi pembelajaran berlaku bukan secara ‘real time’ guru dan pelajar tidak perlu hadir pada masa yang sama. E-pembelajaran dirakam dalam bentuk audio atau video dan kemudian dimuat naik ke aplikasi Facebook, Youtube, WhatsApp, Telegram, e-mel dan dikongsikan dengan pelajar.", "• Di kawasan tiada capaian internet atau mempunyai capaian sangat lemah, guru dan pelajar disarankan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai medium PdP walaupun agak terbatas penggunaannya. Diharapkan syarikat telekomunikasi dapat merendahkan kadar caj SMS di sepanjang tempoh PKP ini.", "• Menambah jumlah mata pelajaraan dan saluran TV Pendidikan serta kumpulan sasar pelajar yang dapat mengikuti pembelajaran melalui TV Pendidikan seperti saluran TV Okey dan saluran-saluran TV swasta yang lain.", "Cabaran utama kementerian adalah mengoptimumkan sepenuhnya e-pembelajaran kepada hampir 5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di 10,208 sekolah dengan sokongan dan dokongan 400 ribu warga pendidik di seluruh negara. Satu tugasan dan tanggungjawab yang besar, oleh itu saya menyarankan kementerian melancarkan kempen #LearningAtHome, kempen seperti ini telah dilancarkan oleh UNICEF bagi memastikan proses PdP tetap berjalan dengan bantuan dan bimbingan daripada ibu bapa di rumah.", "Tempoh PKP ini adalah masa yang terbaik bagi ibu bapa mengaplikasikan #LearningAtHome dengan membimbing dan membantu anak-anak membaca, menghafal dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru di samping menjadikan #icanteachmychild sebagai proses pembelajaran tidak formal di rumah. Kedatangan bulan Ramadan juga adalah peluang terbaik bagi proses pembentukan karakter atau ‘character building’ anak-anak di rumah. Bukankah “Ibu bapa ialah guru pertama anak-anak, dan rumah ialah sekolah pertama mereka”.", "Pembentukan keperibadian dan karakter yang baik boleh dilakukan dengan menggunakan metodologi berikut:", "• Mendidik dengan contoh tauladan yang baik seperti bapa menjadi imam solat berjemaah, terawih, tadarus dan tadabbur al-Quran sepanjang Ramadan.", "• Mendidik dengan kebiasaan dan kelaziman seperti membiasakan anak-anak melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk, menolong ibu di dapur dan membersihkan rumah.", "• Mendidik dengan nasihat dan bimbingan seperti membimbing anak-anak bersahur, berpuasa dan sebagai muazzin solat di samping memberikan nasihat dengan penuh hikmah.", "• Mendidik dengan pemerhatian dan pengawasan seperti memerhatikan anak-anak dari aspek percakapannya, perbuatannya sama ada betul atau tidak, agar dengan pemerhatian dan pengawasan yang dibuat dapat membantu mendidik dan membaiki kesilapan mereka.", "• Mendidik dengan denda dan hukuman, jika berlaku pengulangan kesalahan yang sama berkali-kali, hukuman dikenakan bukan disebabkan marah tetapi sebagai satu didikan.", "Dalam mendidik anak-anak Rasulullah SAW sentiasa menjadikan ‘Qudwah Hasanah’ sebagai keutamaan dan mengimbangi antara spiritual, intelektual, fizikal dan emosi. Imam al-Ghazali (450H-505H) ada menyebutkan “Anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa, hatinya yang bersih umpama permata yang sangat berharga, jika dia dibiasakan dengan perkara yang baik dan dididik, dia akan membesar berdasarkan kebiasaan dan pendidikan yang diterima dan bahagia di dunia dan akhirat”.", "Semoga Ramadan kali ini menjadi suatu kebiasaan baharu ‘the new normal’ bagi mendepani hari-hari mendatang yang lebih mencabar.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#LearningAtHome\n#icanteachmychild\n#stayhomestaysafe\n#kitajagakita\n#secangkirkopi52" ]
https://umno-online.my/2020/04/16/strategi-kemajuan-sistem-kesihatan-malaysia-terbina-selama-bertahun-tahun-shahril/
[ "PADA waktu sama Presiden Amerika Syarikat dikritik kerana menghentikan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia meneruskan kesinambungan reputasi sebagai negara yang sentiasa bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa ke arah memajukan sistem kesihatannya.", "Krisis wabak COVID-19 merupakan ujian besar kepada sistem kesihatan mana-mana negara.", "Sebuah negara yang tidak bersedia, yang tidak melabur dalam memajukan sistem kesihatan (bukan hanya soal kualiti, malah capaian atau akses kepada semua), negara yang tidak jalin kerjasama bertahun-tahun lama dengan negara lain, akan terkesan dengan cukup cepat apabila wabak seperti COVID-19 datang mendadak.", "Justeru, apabila berita hari ini melaporkan pengiktirafan saluran TV negara China, CGTN, terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai antara hanya tiga nama pakar kesihatan tersohor dunia khususnya dalam kendalian krisis Covid-19, kita wajar berbangga.", "Tolak tepi soal sama ada pengiktirafan ini adalah kerana CGTN/China mahu menyindir Donald Trump yang dilihat tidak sebulu dengan Dr. Anthony Fauci (seorang lagi yang diiktiraf). Itu bukan tajuknya untuk kita.", "Tajuknya, kita berbangga bukan hanya kerana ada penjawat awam yang diangkat statusnya di mata dunia. Bukan hanya kerana ia pengiktirafan kepada Kementerian Kesihatan dan negara keseluruhannya, seperti disebut Dr. Noor Hisham sendiri.", "Malah, kita turut berbangga kerana ia merupakan satu lagi bukti bahawa strategi pembangunan sektor kesihatan Malaysia yang terbina berpuluh tahun semenjak kemerdekaan, adalah antara yang terbaik di dunia.", "Kenapa?", "Dari satu sudut, Malaysia mungkin tidak segagah Donald Trump dan Amerika Syarikat yang merupakan ekonomi terbesar dunia. Tetapi kita tetap menyumbang kepada pembangunan kesihatan serantau dan dunia.", "Contohnya,\n1) WHO pada tahun 2017 melaporkan puluhan mesyuarat teknikal WHO yang dibuat dan disokong oleh Kerajaan Malaysia pada 2009-2015, antara lain membincangkan kawalan penularan penyakit seperti chikungunya, denggi mahupun isu lain berhubung pengurusan kesihatan awam.", "2) Malaysia membantu WHO dalam respon Taufan Haiyan di Filipina pada 2013 dan juga dalam respon wabak Ebola.", "3) Malaysia menyumbang dana dan kepakaran dalam penganjuran sidang Jawatankuasa Serantau Pasifik Barat WHO tahun 2010, Forum Alam Sekitar dan Kesihatan tahun 2013.", "4) Pusat Perkhidmatan Global WHO (yang mengurus segala macam soal perolehan, kewangan, IT dan operasi WHO) terletak di Cyberjaya bermula 2008.", "5) Terkini, Malaysia terbabit dalam ujian anti-viral untuk COVID-19.", "Apabila Malaysia dilihat aktif menyumbang dalam arena antarabangsa, di samping kemajuan hakiki seluruh sistem kesihatan, maka kita lebih mudah mendapat pengiktirafan dan lebih penting, kerjasama dan bantuan, dari negara lain.", "Baik dari bantuan pakaian perlindungan diri, bekalan perubatan, mahupun kita harap kelak, kemudahan vaksin yang segera, itulah hasil suatu strategi kesihatan menyeluruh – merangkumi pelaburan yang mantap setiap tahun, diplomasi yang matang dan anjal, mahupun kerjasama dalam sektor teknologi merentasi negara.", "Apa yang kita saksikan hari ini tidak datang secara tiba-tiba, tetapi adalah hasil rencana dan pelaksanaan bertahun-tahun oleh Kerajaan dan semua pemegang taruh terbabit – yakni pendekatan yang tidak menyombong, menyendiri ataupun mengambil jalan populis domestik untuk bergaduh dengan semua orang lain.", "Benar, masih jauh lagi perjalanan kita sebagai sebuah negara.", "Benar, barisan hadapan kita masih berjuang dalam keadaan yang barangkali tidak sempurna.", "Dalam perang melawan COVID-19, kita belum menang. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Tetapi tidak salah kiranya untuk kita bersyukur dan berbangga pada nafas yang sama.", "Negara dan dunia suram lebih sebulan – bila tiba berita positif, kita renung dan raikan berpada-pada. – UMNO ONLINE", "Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia merangkap\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia", "16 April 2020" ]
https://umno-online.my/2020/04/16/surat-terbuka-kepada-menteri-pendidikan-malaysia-khaled/
[ "\nSAYA harus mengakui bahawa membuat keputusan penting dalam waktu wabak pandemik luar biasa sebegini sangatlah sukar.", "2. Demikian juga dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membatalkan UPSR dan PT3 serta penangguhan semua peperiksaan utama. Ia pasti keputusan yang telah melalui pertimbangan sebaiknya.", "3. Walau pun begitu, saya mempunyai perspektif yang sedikit berbeza. Saya berpandangan bahawa KPM wajar mengemukakan ‘Exit Strategy’ yang lebih komprehensif dengan menonjolkan pelbagai penyelesaian kreatif.", "4. Channel News Asia pada 15 April melaporkan bahawa ‘intermittent circuit breakers’ mungkin jalan keluar yang penting untuk dipertimbangkan oleh semua Kerajaan. Ini bermakna, Perintah Kawalan Pergerakan ini, tidak akan berkesan dengan hanya sekali pelaksanaan. Ia mungkin perlu dilakukan secara berkala dengan menggunakan ‘switch on and switch off strategy’.", "5. Mengambil kita senario ini, kita mesti ‘exhaust’ semua cara dan alternatif sebelum kita membatalkan UPSR dan PT3. Kita harus menerima hakikat bahawa, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan akan menjadi kelaziman, pembelajaran, pentaksiran dan penilaian juga sangat penting dalam sesuatu sistem pendidikan. Cuma waktu ini kita perlu melaksanakannya dalam keadaan yang berbeza tanpa membatalkannya.", "6. Di Negara yang lebih parah kes COVID-19 seperti Jerman, mereka telah membuat keputusan untuk meneruskan pembukaan sekolah pada 4 Mei secara perlahan dengan keutamaan kepada kohort yang akan menduduki peperiksaan. Ini juga berlaku di Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan beberapa negara lain.", "7. Mungkin wajar untuk dipertimbangkan agar semua kohort yang menduduki peperiksaan diutamakan sama ada dengan membenarkan mereka pergi ke sekolah atau disediakan menghadapi peperiksaan secara online.", "8. Benar hampir 40 peratus pelajar tidak mempunyai peranti untuk pembelajaran online. Maka kerana itu, kita mesti ada penyelesaian untuk menyediakan peranti ini dengan keutamaan mesti diberikan kepada kohort yang menduduki peperiksaan.", "9. Banyak kawasan di Malaysia ini adalah dalam zon hijau. Kawasan pendalaman kebanyakannya adalah zon hijau. Dan kita juga mempunyai mekanisme untuk mengenalpasti kawasan merah.", "10. Mungkin boleh dipertimbangkan agar mereka yang dalam zon hijau disediakan untuk menduduki peperiksaan seperti yang dijadualkan. Sementara mereka yang dalam kawasan merah atau sekitarnya, dibenarkan menangguh dan disediakan peperiksaan umum Fasa Kedua.", "11. Dalam waktu yang sangat luar biasa ini, penyelesaian kita tidak harus sama sekali mengambil pendekatan ‘one size fits all’.", "12. Justeru itu, mungkin dengan Pelan Kebersihan dan Penjarakan Fizikal yang Komprehensif, mereka yang berada dalam zon hijau mesti boleh mengikuti pembelajaran dengan produktif.", "13. Pendidikan tidak boleh terhenti walau dalam keadaan apa sekalipun. Ia adalah sumber utama kepada ketahanan kita sebagai sebuah bangsa dan negara.", "14. Begitu juga dengan sistem pengajian tinggi kita. Apa jua penangguhan kemasukan dan pembelajaran adalah ‘counter-productive’ kerana semuanya boleh dilakukan secara online.", "15. Universiti luar yang mempunyai kampus di Malaysia serta IPTS, telah beralih kepada pendaftaran pelajar baru secara online dan mereka memulakan pengajian juga secara online kepada pelajar baru dengan garis panduan yang kemas dan teratur.", "16. Pembelajaran bersemuka hanya akan berlaku setelah keadaan pulih sepenuhnya, yang kita tidak tahu bila.", "17. Justeru, pendaftaran pelajar baru di pelbagai peringkat pendidikan tinggi harus berlaku dalam masa yang telah ditetapkan. Pusat matrikulasi dan IPTA kita tidak mempunyai alasan untuk tidak boleh beroperasi secara online dengan ‘seamless’.", "18. Malaysia mesti memenangi peperangan dengan COVID-19 ini. Dan meneruskan pendidikan dengan pelbagai kelaziman baru adalah sebahagian dari kemenangan ini.", "19. Saya menyeru agar KPM memimpin generasi muda Malaysia dalam memerangi pandemik ini melalui keperkasaan semangat, kerja keras, kreativiti dan kemampuan yang luar biasa dengan meneruskan pembelajaran, pendidikan dan peperiksaan, walau dengan cara berlainan. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO", "16 April 2020" ]
https://umno-online.my/2020/04/16/malaysia-negara-asean-terbaik-menentang-wabak-covid-19/
[ "ALHAMDULLILLAH Allah SWT menghantar seorang hamba Allah tepat pada masanya untuk menjadi Menteri Kesihatan.", "Dr. Adham Baba tidak menduga dilantik seorang menteri. Apatah lagi sebagai Menteri Kesihatan.", "Bersama Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan, mereka setakat hari ini telah membuktikan kepada negara-negara ASEAN dan dunia bahawa negara Malaysia – adalah negara terbaik menguruskan wabak COVID-19 ini.", "Hari ini, 15 April 2020, walaupun jumlah kes COVID-19 di Malaysia ialah 5,072 kes.", "Tetapi, jumlah pesakit yang sembuh ialah seramai 2,647 kes.", "Iaitu lebih daripada 50 peratus dari jumlah yang kena jangkitan COVID-19.", "Di Thailand yang sembuh hanya 1,497 kes daripada 2,643 kes yang dijangkiti.", "Di Filipina yang sembuh hanya 353 kes sahaja daripada 5,453 yang dijangkiti COVID-19.", "Di Indonesia yang sembuh hanya 446 kes daripada 5,136 kes yang dijangkiti.", "Di Singapura yang sembuh hanya 611 kes daripada 3,252 kes.", "HAKIKATNYA:", "1. Ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menemukan satu cara yang efektif untuk memulihkan pesakit-pesakit COVID-19.", "2. Negara mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang berpandangan jauh dan amat pro-aktif di dalam menghadapi peperangan ini.", "3. Patutlah, tiba-tiba Ketua Negara-negara ASEAN mengadakan perbincangan dengan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin (conference video) untuk mendapatkan rahsia kejayaan Malaysia ini.", "4. Tidak dinafikan peranan yang amat besar oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah di dalam menangani wabak COVID-19 ini.", "5. Tetapi perlu dinyatakan juga bahawa Noor Hisham mula dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013, menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman ketika itu.", "6. Ini bermakna, Noor Hisham merupakan Ketua Pengarah Kesihatan ketika Dr. Dzulkefly menjadi Menteri Kesihatan ketika Pakatan Harapan memerintah.", "7. Bermakna juga, Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan tidak mengambil langkah yang pro-aktif pada penghujung bulan Januari 2020 untuk menasihati kerajaan menutup sempadan negara dari pelancong negara China.", "8. Maka, sebarang usaha mahu menjadi Ketua Pengarah Kesihatan ini sebagai hero ataupun ‘kambing hitam’ adalah satu usaha yang tidak adil.", "9. Apa sebenarnya yang dilihat oleh rakyat, kepimpinan yang baik daripada Menteri Kesihatan yang baru ini iaitu Datuk Dr. Adham Baba, seorang benar-benar doktor perubatan, telah berjaya menangani wabak COVID-19 ini.", "10. Kepimpinan Dr. Adham, telah berjaya membawakan prestasi terbaik dari kalangan Ketua Pengarah Kesihatan, doktor-doktor, jururawat dan frontliners.", "11. Rakyat juga melihat kepimpinan terbaik dari PM TS Muhyiddin Yassin di dalam menangani wabak COVID-19 ini.", "12. Pakej Rangsangan yang terbaik untuk membantu rakyat yang tengah susah. Rakyat sedar, nyawa perlu diselamatkan.", "13. Rakyat berasa amat bersyukur semua mereka ini telah berkorban dan bersabung nyawa demi rakyat Malaysia.", "TERIMA KASIH PM TSMY.", "TERIMA KASIH DR. ADHAM BABA.", "Terima kasih seluruh team Kementerian Kesihatan.", "Sila tinjau carta di bawah ini, mengenai kedudukan negara-negara ASEAN yang berhadapan dengan Covid-19.", "Salam.", "Dato’ Saiful Bahar Arshad\nPutrajaya" ]
https://umno-online.my/2020/04/15/pemimpin-ph-belajar-sedar-diri/
[ "TERLEBIH dahulu saya meminta maaf kerana menulis berkenaan ini, bukan tidak sensitif kepada keadaan, namun ada perkara penting yang perlu dijawab agar ada kefahamam serta rakyat dapat dibela sebaiknya semasa dan selepas wabak Corona Virus ini berlalu pergi.", "Pada 5 Jun 2019, Tun Mahathir membantah Manifesto PH, Manisfesto yang dicipta sendiri oleh mereka. Tun kata, mereka yang telah bekerja kuat untuk kemenangan ini perlu diberi ganjaran dan melantik mereka di jawatan yang difikirkan sesuai.", "Di dalam PH, sesuai bermaksud siapa yang mereka suka, bukan bermaksud kelayakan dan kemampuan serta pengalaman, itu sebab kita boleh lihat Menteri Kewangan walaupun menipu sijil boleh jadi Menteri.", "Menteri Pertahanan, walau tidak habis belajar adalah sesuai menjaga pertahanan negara. Timbalan Menteri Luar, walaupun menipu, boleh diangkat tinggi, ada ramai lagi Menteri di dalam PH sebenarnya tidak mempunyai kelayakan mahupun pengalaman di dalam mentadbir.", "Di sektor GLC dan Agensi pula, PH memainkan peranan yang cukup efektif dengan memasukan rakan-rakan yang ada kaitan politik dan family sebagai CEO, Board Director malah sehingga CFO dan COO pun mereka lantik.", "Apa jadi di Prasarana, COO dikatakan Kroni Dap, seorang yang dihantar khas untuk menjadi perantara di antara Dap dan GLC. Dap cuba untuk menakluk Prasarana dengan mengenakan tekanan kepada CEO kerana mahu menukar kroni mereka.", "Di Khazanah, ada wakil board yang muda dikatakan very powerfull sehingga board-board di GLC ketakutan membantah apa yang dicadangkan oleh beliau.", "Contoh paling rakus PH, di Kementerian Wilayah Persekutuan, Setiausaha Akhbar makan dua gaji, Setiausaha Politik dapat Jawatan ALP malah Setiausaha Sulit Kanan dapat jawatan di Putrajaya.", "Ini hanya contoh-contoh dari berpuluh GLC dan Agensi yang dikatakan menjadi penyumbang kontrak kepada PH dan kroni tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Ianya menjadi buah mulut para profesional, peniaga dan pekerja.", "Bukan lagi satu rahsia kerakusan PH semasa mereka memerintah. Ramai yang sujud syukur apabila mereka dijatuhkan dan mereka berdoa agar cepat-cepatlah berhentikan mereka ini semua.", "Rakyat sedang bergelumang untuk berlawan dengan Corona Virus, selepas ini ada banyak agenda perlu diuruskan untuk memastikan setiap lapisan rakyat dapat meneruskan kehidupan dengan keadaan sebelum wabak melanda.", "Penyusunan semula ini penting agar kerajaan dapat bergerak dengan lebih pantas dan efektif, sekiranya PH faham dan jujur serta profesional, mereka tidak perlu menunggu diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatan, pandai-pandailah melihat siapa diri mereka.", "Semasa BN kalah dahulu, ALP serta lantikan politik semuanya berhenti sendiri, faham akan kedudukan, bukan berperangai seperti kebudak-budakan, merayu dan mengadu di Facebook dan sebagainya.", "Dan jangan lupa, semasa BN kalah, PH memberhentikan semua penjawat awam kontrak, bukan hanya yang berjawatan pegawai, makcik yang menjadi membancuh kopi pun mereka buang tanpa ada belas kesihan.", "Semasa itu, nak puasa, nak raya, siapa lebih kejam!", "Tindakan PN lakukan bukan bermaksud membalas dendam, jauh lagi untuk menghukum.", "Sekarang masa untuk terus memberi keutamaan kepada rakyat, penyusunan yang teratur akan memastikan kelangsungan pentabiran yang baik untuk rakyat, yang kena berhenti dan ditamatkan perkhidmatan hanyalah beberapa individu yang sebenarnya sudah kaya dan senang, mereka seharusnya memikirkan bagaimana kerajaan dapat memberkan perkhidmatan terbaik dengan KETIADAAN mereka sebagai penghalang.", "Nasihat saya kepada pemegang jawatan yang disokong oleh politik, lantikan politik secara terang ataupun disusun untuk menjadi proksi politik master. Letaklah jawatan, berhenti dan bukan diberhentikan, anda akan dihormati.", "Datuk Razlan Rafii\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO\n15 April 2020" ]
https://umno-online.my/2020/04/13/umno-parti-untuk-agama-bangsa-negara-bukan-untuk-publisiti/
[ "APABILA seorang mantan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO berulang kali mengeluarkan kenyataan enggan bersama kerajaan hari ini kerana tidak mahu bersekongkol dengan UMNO adalah sesuatu yang amat memalukan. Mahukan publisiti baru pun masih guna nama UMNO….", "Kenyataan terbaru, Tun Dr Mahathir menyebut tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selagi Tan Sri Muhyiddin Yassin bersekongkol dengan UMNO.\n\nTun… ini bukan perkara baru menyalahkan UMNO… berulang kali menuding jari terhadap UMNO, parti tersebut dipersalahkan dengan ahli-ahlinya juga dituduh dengan pelbagai kata-kata yang menghiris hati, pemalas, mudah lupa, bodoh dan macam-macam lagi.", "Apa salah UMNO… sedangkan parti inilah yang mnjadi teraju kepada kebangkitan nasionalisme, membawa kepada kemerdekaan, berusaha mengeluarkan negara dari kepompong kemiskinan dan seterusnya menaikkan nama Malaysia dipersada dunia.", "Senang cerita, kalau Tun pun tak hendak sebenarnya UMNO pun tak ingin… UMNO bukanlah parti yang ‘muka tak malu, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. UMNO adalah parti bermaruah, parti perjuangan yang berpegang kepada agama, bangsa dan negara… bukan berlandaskan kepada seorang individu biarpun orang itu pernah menjadi teraju parti selama 22 tahun sekalipun.", "Sebenarnya Tunlah yang patut rasa malu… bangkit dan hidup diangkat sebagai pemimpin atas nama UMNO namun kemudiannya melampiaskan pelbagai kecaman kepada parti yang telah memberi kesenangan, nama, kuasa dan kemewahan kepada Tun dan keluarga.", "Kalau peribahasa Melayu ada ‘umpama kacang lupakan kulit’ maka itulah Tun… Kerosakan UMNO yang Tun canang ke sana ke sini selama ini sebenarnya adalah hasil garapan Tun sendiri. Ini kerana Tun yang selama 22 tahun telah mencorakkan parti ini… membentuk sikap dan mengajar ahli-ahli UMNO mentaati pemimpin dan dalam masa yang sama membentuk kebencian kepada pihak lawan biarpun sama bangsa dan agama.", "Kerosakan yang Tun katakan dalam UMNO adalah hasil acuan dari Tun sendiri. Buktinya, di suatu ketika dahulu ahli-ahli UNO dididik untuk memusuhi parti lawan sehinggakan bagaimana ekstremnya ahli UMNO kepada parti sendiri dan individu dari luar semuanya dianggap lawan.", "Ahli-ahli UMNO memang memusuhi Lim Kit Siang dari Dap… namun dalam masa yang sama sangat membenci PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Nik Aziz bersama Fadil Noor.", "Ajaran Tun maka ahli-ahli UMNO memusuhi bangsa dan yang seagama sendiri dari parti PAS.", "Macam-macam lagi yang Tun telah lakukan sehingga membuat UMNO hilang kuasa sebagai tampuk Kerajaan, tak cukup dengan itu berusaha untuk parti ini diharamkan supaya harta benda UMNO dapat dijual kerana ketidakpuasan hatinya dan sikap iri hati terhadap apa yang telah dilakukan oleh UMNO.", "Manipulasi dan persepsi diangkat oleh Tun untuk memburukkan UMNO.", "Kononnya UMNOlah perompak, pencuri, menjarah harta kerajaan sedangkan sebenarnya tuduhan tersebut dilaksana bagi mengaburi langkah sumbangnya sendiri yang bersikap sedemikian.", "Tun bersekongkol bersama Tun Daim menggunakan memanipulasi perundangan dan kewangan bagi menghalalkan rompakan terhadap kerajaan. Lihatlah siapa Tun bersama Daim dan anak-anaknya, anak-anak saudaranya seperti Tan Sri Rashid dan adik-beradik Tun Siti Hasmah yang kini kaya-raya. Inilah sebaenarnya perompak, penyamun, korup, penipu, kleptomaniac yang sebenar.", "Dalangnya yang sebenar adalah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.", "Lihatlah bagaimana Tun sanggup lihat Cina dan India kaya tetapi Melayu dibiar miskin.", "Apa jadi pada bangsa Melayu hari ini ialah kerana perbuatan Tun yang selalu memperkecilkan orang Melayu sendiri, bangsa Melayu, Kerajaan Melayu, Menteri Melayu, pegawai tinggi dalam kerajaan Melayu… apa jadi Bangsa ini? Dikata pemalas, bodoh, tak pandai, tak tahu apa-apa dan macam-macam lagi.", "Melayu tetap miskin kerana pemimpin seperti Tun yang tiada sikap belas kasihan kepada orang lain selain keluarga dan kroninya sahaja.", "Hanya kerana anak tak dapat tempat dalam UMNO maka marahkan semua orang sedangkan kalau anak itu ada karisma jadi pemimpin sudah pasti akan ada tempat dalam UMNO.", "Kita lihat BERSATU ahlinya lebih jijik dari UMNO kerana kebanyakan ahlinya orang yang tak dapat tempat dalam UMNO termasuk anak pengerusinya sendiri.", "Kebangyakan ahli-ahlinya dari kumpulan ‘3 line gengster’, pengikut kumpulan samseng atau kaki gadug seperti Ibrahim Ali malah kebanyakan mereka adalah bangsa Melayu liberal yang lebih suka kepada perbuatan bertentangan dengan buadaya bangsa dan agama.", "Lihatlah pemudanya yang cenderung kepada LGBT, dadah, pil kuda dan ini semua ada dalam BERSATU.", "Sedarlah… Tun hanya hanya pecahkan bangsa Melayu dam merosakkan masa depan negara. Tun kini adalah orang tua yang sudah ‘lost ground’ tak tahu apa yang berlaku namun kerana terpengaruh dengan insan seperti Syed Sadiq maka lingkuplah semuanya.", "Siapa masih menjadikan Tun idola lagi?", "Ingatlah… pemimpin datang dan pergi… ingat negara ini bukan kepunyaaan sesiapan waima Tun sekalipun….", "Marilah kita pelihara agama, bangsa dan negara kita bersama-sama… insyaAllah kita semua akan selamat.", "–Pejuang Negara–" ]
https://umno-online.my/2020/04/12/fasa-ketiga-perintah-kawalan-pergerakan-kekal-positif-elak-ketidakstabilan-emosi/
[ "\nPELANJUTAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 15 April hingga 28 April 2020 yang diumumkan kerajaan semalam, membuktikan keseriusan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.", "Kekal positif dan bersedia dengan kebiasaan baharu ‘the new normal’ bagi mengelak timbulnya bosan, boring, sunyi, ‘mati kutu’ dan ‘jiwa kacau’ kerana ‘terperuk’ di rumah berikutan pelanjutan tersebut. Apakah kesan negatif kepada emosi dan kesihatan mental individu apabila pergerakan dan komunikasi diminimumkan dan terhalang dalam tempoh masa yang lama?", "Menurut Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya “Tidak dinafikan bahawa penyesuaian terhadap PKP boleh membawa kepada keresahan jika tidak difahami dan dimanfaatkan sebaiknya kerana naluri manusia adalah bersosial dan bebas bergerak tanpa sekatan”, menurutnya lagi “Namun begitu, impak mental disebabkan kawalan pergerakan dan penjarakan fizikal ini adalah minimum. Yang utama, setiap rakyat perlu melihat perkara ini dari sudut positif demi kebaikan bersama untuk membantu usaha membendung penularan wabak COVID-19”.", "Tidak dinafikan, setiap individu mempunyai tahap tekanan dan kebimbangan yang berbeza dalam tempoh PKP sama ada dalam keadaan terkawal atau tidak. Seorang bapa bimbang dengan kelangsungan kerjayanya, guru risau dengan sukatan silibus yang sudah ketinggalan, pensyarah ternanti-nanti sama ada semester pengajian diteruskan atau sebaliknya. Pelajar sekolah, kanak-kanak tadika dan taska merindui gelak-tawa dan senda gurau bersama rakan-rakan.", "Saya yakin jika setiap individu memahami pelanjutan PKP ini secara positif kebimbangan dan ketidakstabilan emosi dapat dikawal dan dibendung. Kepanikan melampau serta keresahan yang tidak munasabah, sehingga menjejaskan kenyenyakan tidur, hilang selera makan, menyendiri dan hilang tumpuan harus dielakkan. Meminimumkan tahap kepanikan adalah langkah awal bagi menstabilkan emosi sepertimana pesan Ibnu Sina (370-428 H/980-1037 M) “ Kepanikan adalah separuh penyakit, ketenangan adalah separuh ubat, dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan”. Perlu difahami bahawa kerisauan dan tekanan juga boleh menyebabkan imuniti badan menurun sekali gus memudahkan jangkitan penyakit.", "Saya menyeru kepada ibu bapa, suami, isteri dan anak-anak menjadikan tempoh pelanjutan sebagai ‘ceria berkurung’ bagi mengeratkan hubungan dan memperkasakan institusi kekeluargaan. Setiap individu seharusnya memandang serius isu gangguan dan ketidakstabilan emosi ketika berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini. Jika perkara ini tidak diendahkan dan ditangani dengan baik ia akan mencetuskan perbalahan dan keganasan dalam rumah tangga.", "Kebimbangan ini juga disuarakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, yang menggesa setiap negara untuk bertegas menjamin keselamatan rumah tangga dan wanita. Data menunjukkan perintah berkurung bagi membendung COVID-19 secara tidak langsung meningkatkan kes jenayah rumah tangga. Antonio Guterres menggesa diwujudkan keamanan di setiap rumah katanya “ Peace is not just the absence of war. Many women under lockdown for COVID-19 face violence where they should be safest, in their own homes”.", "Kongres Wanita Kebangsaan India melaporkan, negara itu mencatat peningkatan keganasan rumah tangga dua kali ganda pada minggu pertama perintah berkurung. Kes di Perancis turut meningkat tiga kali ganda dalam tempoh seminggu perintah berkurung dan di Australia, pencarian internet mengenai sokongan bagi kes keganasan rumah tangga meningkat 75 peratus. Walaupun kes keganasan rumahtangga di negara kita tidak meningkat seperti di India, Perancis dan Australia ketika tempoh PKP sepertimana kenyataan Kementerian Wanita dan Keluarga namun, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Mekanisme dan inisiatif pencegahan perlu diterokai bagi membendung gangguan emosi ketika di rumah yang membawa kepada keganasan rumah tangga semasa dan selepas PKP. Saya sarankan kepada Kementerian Wanita dan Keluarga mengambil langkah-langkah berikut:", "• Talian khas kaunseling COVID-19 yang dikendalikan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu ditingkatkan perkhidmatannya dengan menambah bilangan kaunselor perkhidmatan telekaunseling, tidak memadai hanya dengan 528 kaunselor ketika ini.", "• Menjalinkan kerjasama strategik dengan melantik pakar psikiatri luar, NGO berkaitan, rumah kebajikan dan perlindungan persendirian sebagai sukarelawan JKM setempat yang menawarkan perkhidmatan kaunseling dan telekaunseling kepada penduduk.", "• Setelah PKP berakhir, kaunselor dan pegawai JKM perlu ditempatkan di kawasan perumahan yang dikenal pasti berlakunya gangguan emosi dan keganasan rumahtangga yang tinggi bagi memudahkan rakyat mendapat mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara terus.", "Alhamdulillah, sebagai suami, bapa dan atuk sepanjang tempoh PKP ini, saya dapat memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti harian bersama anak-anak dan ahli keluarga serta melayan karenah, celoteh dan gurau- senda bersama cucu-cucu. Di samping menggunakan komunikasi maya sebagai platform bagi memastikan perjalanan dan aktiviti UMNO dan BN tetap berjalan. ‘Ceria berkurung’ dapat mengelak daripada gangguan emosi dan dapat membantu meningkatkan imuniti bagi mencegah jangkitan COVID-19. Enam panduan bagi menghindari ketidakstabilan emosi semasa di rumah sepanjang PKP:", "• Positif, fokus dan mengoptimumkan aktiviti yang paling disukai dilakukan di rumah.", "• Bijak berinteraksi bagi merangsang kreativiti diri, isteri dan anak-anak dengan permainan dan aktiviti menguji minda.", "• Elakkan memencilkan diri dalam bilik, tindakan menyendiri dan tidak berkomunikasi dengan sesiapa boleh menjejaskan kesihatan emosi.", "• Kekal berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan, ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja dan majikan menggunakan platform video, skype dan apa sahaja teknologi maya.", "• Kekalkan diet sihat dan corak tidur. Jangan terlebih makan atau tidur untuk mengatasi kebosanan.", "• Meningkatkan amal ibadah dan berdoa di samping mengamalkan zikir-zikir pilihan dan bacaan khusus pagi dan petang seperti Al-Mathurat, ayat Manzil dan bacaan Hizib bagi mendapatkan ketenangan jiwa dan terpelihara daripada sebarang musibah dan pandemik COVID-19.", "Jiwa yang tenang dan tenteram dapat membentuk tindak-tanduk yang baik dan sempurna. Apakah mungkin emosi bercelaru, jiwa yang kusut dan serabut dapat membuat keputusan yang baik dan mampu mengurus kehidupan dengan teratur? Ketenangan bermula dengan pemikiran dan tindakan yang positif. Syeikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan: “Tenangkanlah jiwamu daripada urusan kepentingan dunia, kerana segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah, janganlah engkau turut memikirkannya”.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#juststayathome\n#stayhomestaysafe\n#kitajagakita" ]
https://umno-online.my/2020/04/10/ph-pembohong-besar-jelaslah-malaysia-tidak-muflis/
[ "HARI ini telah memasuki hari ke-24 rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan Kerajaan bagi menghadapi wabak Covid-19.", "Sudah pastinya, perintah ini membuatkan ramai yang terjejas dari segi pendapatan bulanan, operasi perniagaan dan sebagainya.", "Hari ini juga baru sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanjutkan tempoh PKP selama dua minggu lagi iaitu sehingga pada 28 April depan.", "2. Namun, Alhamdulillah dalam situasi ketika ini, Kerajaan begitu prihatin terhadap kebajikan rakyatnya.", "Kecekapan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.", "3. Ini dapat dilihat apabila Kerajaan masih mampu membelanjakan kira-kira RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu lalu.", "Menerusi pakej ini, pelbagai inisiatif yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Inisiatif yang diberikan Kerajaan kepada rakyat ini turut mendapat pujian daripada beberapa negara termasuk Indonesia.", "4. Yang hairannya, semasa Kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis.", "Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya.", "5. Hari ini, di media-media massa terpapar berita kenyataan daripada kerajaan hari ini bahawa Malaysia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi kemelut ekonomi dek kerana Covid-19 ini.", "Kenyataan daripada Datuk Seri Tengku Zafrul ini sekali gus menyanggah tuduhan Kerajaan PH sebelum ini bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada keadaan yang teruk.", "Ini adalah satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia.\n​\n6. Daripada kenyataan Menteri Kewangan itu, sekaligus ia membezakan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik.", "Pengalamannya dalam dunia korporat terutamanya bidang perbankan membuatkan Datuk Seri Tengku Zafrul lebih meyakinkan dalam menguruskan kewangan negara.", "7. Ini jelaslah bahawa, naratif yang digunakan oleh Lim Guan Eng sebelum ini yang memburuk-burukkan ekonomi negara hingga menakutkan pelabur asing adalah bersifat politik semata-mata.", "Matlamatnya hanya mahu menabur persepsi di kalangan rakyat serta mahu menutup kelemahannya dalam menguruskan ekonomi negara.", "8. Dengan itu, ini menunjukkan bahawa Kerajaan hari ini memilih untuk tidak memberi pelbagai alasan. Sebaliknya lebih banyak mencari jalan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela.", "Paling penting, kita bernasib baik mempunyai seorang Menteri Kewangan yang lebih baik, jujur dan ikhlas daripada Menteri Kewangan sebelum ini.", "9. Jelas dan nyata, pemimpin Kerajaan hari ini, sepadan dengan sebuah peribahasa Melayu iaitu duduk seperti kucing tetapi melompat seperti harimau. Ini membawa maksud, mereka lebih banyak bekerja dan berfikir daripada hanya bercakap kosong.", "DATO’ MOHD ZAIDY ABDUL KADIR\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan" ]
https://umno-online.my/2020/04/05/kita-akan-menang-fokus-bersama-tangani-covid-19/
[ "BERBANGGALAH. Bukan sesuatu yang mudah menguruskan satu pandemik yang merosakkan ekosistem sosial dan ekonomi seluruh dunia. Tetapi kita hampir berjaya", "1. Kita berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk. Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta). Ia juga jauh meninggalkan negara serantau seperti Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)", "2. Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini. Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahn 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat.\n\nYa. KKM tidak bekerja seorang diri", "3. Kita adalah antara negara terawal mengadakan ‘lockdown’ secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara natural. Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’ sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.", "4. Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan ratusan pusat kuarantin termasuk mengubahsuai MAEPS Serdang sebagai pusat rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari", "5. Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan Covid-19 yang tinggi di dunia. Setakat semalam, 24.8% kes positif telah pun pulih dan dibenarkan keluar. Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar global (20.8%) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65%), AS (4.43%), Kanada (17.66%), Israel (5.42%) dan Australia (10.7%)\n\n6. Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak terganggu dengan politik dalaman. Antara punca New York menjadi negeri pertama di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif semalam adalah kerana Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump (Republican).", "Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, Isteri Membebel dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan semula. Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama.", "Ya. Ini bukan kerajaan yang saya undi. Ini juga bukan kerajaan yang anda undi", "Tapi apa yang sedang terjadi, membuktikan mereka adalah kerajaan yang kita perlukan hari ini", "#KitaAkanMenang", "—\nAbdul Rahim Hilmi Zakariya\nBukit Tunggal Kuala Terengganu" ]
https://umno-online.my/2020/04/02/pakej-rangsangan-ekonomi-prihatin-rakyat-dilema-perusahaan-kecil-dan-sederhana/
[ "TINDAKAN pantas, prihatin dan memahami denyut nadi rakyat, itulah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana diumumkan kerajaan baharu-baharu ini.", "Dengan pengumuman PRIHATIN sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan rakyat khususnya B40 dan M40 berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Rakyat dan individu yang berkelayakan tidak kira sama ada ‘Makcik Kiah’, suri rumah, penjaja, pekebun, nelayan, kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar mulai 1 April 2020 boleh mengakses ke http://www.hasil.gov.my, https://bsh.hasil.gov.my, https://www.treasury.gov.my, bagi melakukan semakan status dan mendaftar Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Usah segan dan malu bagi mendapatkan BPN yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dan individu yang layak.", "Bagi kakitangan dan pelaksana BPN, kita permudahkan urusan rakyat yang layak menerima bantuan ini tanpa sebarang biokrasi sepertimana sabdaan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Permudahkan jangan menyukarkan, berilah berita gembira dan jangan membuat orang lari” (HR Bukhari & Muslim/ Riyadhus Solihin 637).", "Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga mendapat faedah daripada PRIHATIN. Menurut Menteri Kewangan, “Pelbagai langkah diambil untuk memastikan individu dan syarikat PKS yang terkesan diberi sokongan yang berpatutan”.", "Menurutnya lagi “Selain peruntukan untuk membantu PKS mengekalkan operasi perniagaan, melindungi pekerjaan dan menggalakkan pelaburan domestik, bank-bank tempatan juga turut mengambil langkah-langkah untuk menyokong individu dan syarikat PKS yang terkesan”. Tidak dinafikan PRIHATIN telah menyediakan pinjaman atau pembiayaan kepada PKS dan syarikat korporat, kemudahan penyusunan dan penjadualan semula serta moratorium selama enam bulan untuk perniagaan PKS.", "Namun, mengambil kira pandangan dan kebimbangan yang disuarakan oleh pemegang taruh PKS berkaitan dengan kemelut yang dihadapi mereka, beberapa persatuan telah memberi saranan bagi meringankan beban majikan PKS.", "Mereka yang mewakili PKS seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Pertubuhan Peruncit Bumiputera (BRO), Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM), Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) menyarankan beberapa langkah untuk pertimbangan kerajaan bagi meringankan beban dan dilema majikan PKS bagi mengelak daripada berlakunya penutupan operasi perniagaan yang terkesan secara langsung akibat penguncupan ekonomi negara dan dunia.", "Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, berkata, “Kedalaman penguncupan ekonomi dan kelajuan pemulihan bergantung pada kadar kawalan wabak jenis baru coronavirus (Covid-19) dan seberapa kuat dan bagaimana menyelaraskan tindakan dasar monetari dan fiskal” tambahnya lagi “menyedari bahawa ekonomi global dijangka menyusut tahun ini dan pulih pada tahun 2021”.", "Tiga dilema yang dihadapi oleh PKS iaitu; Bagaimanakah perniagaan mereka akan bertahan sehingga ekonomi pulih pada tahun 2021? Bagaimanakah syarikat membayar gaji dan upah? Bagaimanakah syarikat membayar sewa dan caj utiliti?", "Sebagai rekod bagi tahun 2018, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mencatatkan sumbangan sebanyak 38.3 peratus kepada RM521.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).", "Menurut SME Corp Malaysia, data terbaharu yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan PKS mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus pada tahun 2018. Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi penyumbang utama dengan gabungan sumbangan sebanyak 82.4 peratus pada 2018.", "Sumbangan besar PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun-tahun sebelum ini tidak boleh dipandang remeh. Jika dalam tempoh PKP dan pasca PKP, permasalahan dan kemelut yang dihadapi PKS tidak diatasi dengan berhemah, adakah negara mampu mencapai sasaran sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana sebanyak 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020 sejajar dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030)?", "UMNO, Barisan Nasional dan Muafakat Nasional menggesa kementerian dan agensi yang berkaitan dengan PKS terutamanya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) yang melibatkan 17 Kementerian dan lebih 60 agensi mencari jalan terbaik membantu PKS di saat kritikal ini.", "Pertemuan dan perbincangan segera dan berkala perlu diadakan bagi mendengar pandangan dan cadangan persatuan-persatuan yang mewakili PKS. Pakar ekonomi termasuk Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan pembuangan pekerja akan berlaku sebesar 1 hingga 2 juta orang dalam beberapa bulan akan datang, jika permasalahan penguncupan ekonomi dan PKS tidak dirungkaikan segera.", "Setelah saya meneliti pandangan dan kenyataan akhbar oleh beberapa persatuan PKS, untuk merangsang pasaran dalam jangka pendek dan sederhana, beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengurangkan bebanan PKS antaranya:", "1. Pembayaran dan obligasi wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Majikan dan pekerja diberikan pengecualian caruman sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan yang akan datang.", "2. Membenarkan penangguhan pembayaran cukai tertunggak untuk LHDN, kastam, dan cukai lain sekurang-kurangnya 6 bulan serta pengurangan cukai pendapatan, cukai jualan, setem tugas untuk 2020. Dasar ini sedang diterapkan di banyak negara.", "3. Mempermudahkan pengeluaran dana PKS yang sedang atau sudah diluluskan. Ini kerana dalam tempoh PKP, syarikat kecil lebih memerlukan dana berbanding organisasi besar.", "4. Penekanan larangan pemberhentian pekerja kepada majikan melalui AKTA BURUH di bawah Jabatan Tenaga Kerja telah menjadi dilema kepada PKS. Satu kaedah yang lebih praktikal perlu dirangka supaya berlaku kompromi ‘menang-menang’ untuk kebaikan pekerja dan majikan.", "Dalam usaha mengurangkan impak kelembapan ekonomi, langkah segera perlu dirangka bagi mengurangkan bebanan PKS berikutan sektor ini memberi sumbangan besar kepada KDNK negara. Tindakan segera kerajaan dapat mengurangkan kesan negatif pasca PKP kepada majikan dan pekerja.", "Saya yakin Menteri Kewangan akan menimbangkan dengan sewajarnya pandangan dan keluhan PKS sepertimana kenyataannya sebelum ini “Kementerian Kewangan dan agensi-agensi di bawahnya akan terus bekerjasama dengan sektor kewangan dan pelaburan untuk mengkaji pelaksanaan PRE2020 dan langkah-langkah seterusnya bagi membantu dan menyokong perniagaan dan isi rumah mengikut keperluan semasa”. Bersama-sama kita doakan semoga segala usaha kerajaan membantu rakyat keseluruhannya dipermudahkan.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#juststayathome\n#stayhomestaysafe\n#kitajagakita" ]
https://umno-online.my/2020/04/01/a-kadir-jasin-tak-perlu-pesong-fakta-bina-persepsi-semata-mata-fadzmel/
[ "SAYA tengok ramai yang kongsi prestasi Bursa Malaysia kelmarin (Isnin) dan mengaitkannya dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan YAB PM pada hari Jumaat yang lepas.", "2. Antaranya adalah Datuk Abdul Kadir Jasin (AKJ) yang memberi gambaran bahawa PRE tersebut tidak disambut baik oleh pasaran saham kerana indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI yang jatuh atau negatif kelmarin.", "3. Sebagai seorang yang bijak & arif dalam pelbagai hal, saya pasti Datuk AKJ tidak memerlukan sebarang pil untuk tahu prestasi FBM KLCI sangat bergantung kepada prestasi saham global dan serantau.", "4. Bila pasaran saham atau ekuiti seluruh dunia jatuh, FBM KLCI juga akan turut seiring jatuh – lebih-lebih lagi dalam keadaan pelabur-pelabur berjaga-jaga dengan krisis Covid-19 yang belum nampak penghujungnya ditambah lagi dengan harga komoditi seperti harga minyak mentah dunia yang masih didagangkan di bawah 30 dollar per barrel.", "5. Saya semak hampir semua indeks saham negara lain di rantau Asia jatuh semalam, seperti di bawah:", "– FTSE China A50 jatuh 0.55%", "– Hang Seng (Hong Kong) jatuh 1.32%", "– Jakarta Stock Exchange jatuh 2.88%", "– Nikkei 225 (Jepun) jatuh 1.57%", "– FTSE STI (Singapura) jatuh 4.45%", "– SET Index (Thailand) jatuh 1.09%", "– FBM KLCI pula jatuh 1.06%.", "6. Jadi bolehlah saya simpulkan pasaran saham jatuh kelmarin bukan kerana pelabur tidak menyambut baik PRE yang diumumkan YAB PM tetapi kerana pasaran serantau juga jatuh.", "7. Sahaja ingin saya ingatkan Datuk AKJ takut juga terlupa, selepas Tun Mahathir mengumumkan PRE berjumlah RM20 bilion pada 27 Februari 2020, keesokan harinya pasaran saham Malaysia juga jatuh sebanyak 1.52%.", "8. Justeru, sebagai penasihat yang hebat kepada seorang bekas Perdana Menteri, adakah Datuk AKJ juga menganggap pelabur-pelabur tidak yakin dan tidak menerima PRE yang diumumkan Tun?", "9. PRE yang diumumkan minggu lepas sudah mula nampak hasilnya. Semalam, FBM KLCI meningkat 1.66%, lebih tinggi daripada kejatuhan kelmarin. Mungkin dengan sokongan yang mampan, ditampung dengan prestasi luar kita mungkin berpeluang untuk menjadi lebih baik.", "10. Saya yakin Tan Sri Muhyiddin dan pasukan ekonominya Tengku Zafrul, Tok Pa & seluruh anggota Kabinet/Kementerian berkaitan sedang bertungkus lumus bekerja setiap masa untuk memastikan ekonomi rakyat Malaysia tidak terlalu terkesan dengan wabak Covid-19 yang melanda sekarang.", "11. Saya cuma berharap individu terhormat seperti Datuk AKJ tidak memesongkan fakta berlandaskan persepsi semata-mata untuk menidakkan usaha Kerajaan menangani krisis ini. Ini bukan masa untuk kita berpolitik, serkap jarang dan mengadu domba.", "12. Saya pasti jika parti saya bukan berada di platform Kerajaan kini, kami tetap akan membantu barisan Kerajaan sedia ada dalam menempuhi dugaan dan mudarat yang amat besar ini.", "13. Sama-sama lah kita bekerja dan berdoa krisis ini akan berlalu dan rakyat Malaysia boleh kembali meneruskan hidup mereka masing-masing seperti biasa. – UMNO ONLINE", "Fadzmel Fadzil\nExco Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/03/29/najib-bongkarkan-lagi-hipokrasi-permainan-politik-licik-ph/
[ "NAJIB bongkarkan lagi hipokrasi dan permainan politik licik PH (Pakatan Harapan).", "Baca perlahan-lahan.", "PH dengan gengnya sedang mendesak dan menuntut kerajaan PN (Perikatan Nasional) untuk mengadakan sesi Parlimen dua hari untuk berdebat dan meluluskan pakej rangsangan ekonomi COVID (COVID-19) yang telah diumumkan Jumaat lalu.", "Alasan PH ialah kerana pakej rangsangan ini melibatkan kenaikan perbelanjaan langsung kerajaan sebanyak RM22 bilion yang tidak ada dalam bajet 2020 yang diluluskan PH maka ianya melanggar prinsip demokrasi berpalimen serta prinsip “Good Governance”.", "Sebab itu, PH kata kenaikan RM25 bilion ini perlu diluluskan selepas didebat dua hari di Parlimen.", "Di bawah undang-undang Malaysia, ianya memang benar bahawa segala perbelanjaan tambahan yang pecahkan bajet tahunan perlu diluluskan.", "Tetapi ianya BOLEH dan dibenarkan untuk diluluskan kemudian setelah wang dibelanjakan.", "Adakah PH semua lupa bahawa pada bulan April 2019, bekas Menteri Kewayangan memohon untuk luluskan bajet tambahan sebanyak RM19.6 bilion bagi tahun 2018 setelah mereka pecahkan bajet 2018 yang dibentang saya dan diluluskan parlimen pada tahun 2017?", "Ya, kerajaan PH telah lari bajet 2018 dengan amat besar di mana defisit negara tahun 2018 telah dinaik PH dari 2.8% yang diluluskan oleh BN ke 3.7%.", "Sebab itu pada April 2019, Guan Eng usulkan bajet tambahan bagi tahun 2018 sebanyak RM19.6 bilion SETELAH wang itu sudah dibelanjakan dan bajet sudah pecah dalam tahun sebelumnya.", "“2 Apr 2019: Guan Eng mohon belanjawan tambahan RM19.6 bilion”\nhttps://www.malaysiakini.com/news/470559", "Tak ada pulak PH tuduh Guan Eng langgar prinsip demokrasi berpalimen serta prinsip “Good Governance” kerana dia tak minta bajet tambahan diluluskan SEBELUM wang itu dibelanjakan masa itu pun.", "Ya, maksud PH ialah perbelajaan tambahan RM19.6 bilion PH pada masa BUKAN krisis boleh diluluskan oleh parlimen 4 bulan kemudian selepas ianya dibelanjakan tetapi perbelanjaan tambahan RM22 bilion PN pada masa KECEMASAN KRISIS perlu diluluskan oleh parlimen sebelum ianya dibelanjakan.", "Jadi, kenapakah PH asyik desak kerajaan PN untuk membawa permintaan bajet tambahan bagi pakej rangsangan ekonomi Covid untuk diluluskan dalam parlimen sebelum ianya dilaksanakan walaupun ianya memang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mendapat kelulusan parlimen pada masa hadapan setelah wang telah dibelanjakan?", "Kerana setelah berdebat dua hari, Parlimen akan suruh semua Ahli Parlimen untuk undi setuju atau tidak untuk memberi bajet tambahan bagi pakej rangsangan.", "(Jika bukan untuk diundi, buat apa penat-penat debat 2 hari dalam parlimen)", "Masa itu, PH pun ada peluang (walaupun tipis) untuk menewaskan usul kerajaan PN, menghalang pakej rangsangan untuk dilaksanakan dan menumbangkan kerajaan PN supaya geng-geng kewayangan, kekanda dan Lid boleh menjadi Menteri sekali lagi.", "Hiprokit tak, PH?", "Licik tak, permainan politik PH?", "Facebook Najib Razak – UMNO ONLINE" ]
https://umno-online.my/2020/03/27/lockdown-kesannya-kepada-rakyat-dan-negara-bersediakah-kita/
[ "RENTETAN daripada keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini, timbul pelbagai andaian dan pandangan. Ada sesetengah pihak berpandangan daripada kerajaan lanjutkan PKP terus mengisytiharkan perintah berkurung atau lockdown sahaja.", "Saya berpandangan langkah kerajaan melanjutkan PKP adalah satu langkah bijak dan berhati-hati demi menjaga kemaslahatan bersama, kerana perlu difahami ada perbezaan ketara antara Perintah Kawalan Pergerakan dan Lockdown.", "Perintah berkurung atau lockdown adalah perintah yang tidak membenarkan sesiapa pun melakukan sebarang aktiviti di luar kediaman #juststayathome, tiada langsung pergerakan di luar termasuklah untuk membeli makanan dan keperluan. Berbeza dengan PKP yang dikuatkuasakan sekarang masih membenarkan rakyat keluar untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain.", "Kerajaan cukup berhati-hati dalam isu lockdown dan perlu membuat pertimbangan dari segenap sudut. Jika lockdown diisytiharkan ia melibatkan pelbagai pihak di dalam dan di luar negara, bekalan makanan dan pelbagai persediaan awal yang harus dibuat.", "Persoalannya, bersediakah kita jika kerajaan mengisytiharkan lockdown?", "Bukan sehari dua tapi lebih daripada 14 hari dan mungkin 30 hari sepertimana dilakukan oleh negara China, Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman, Austria, Colombia, Amerika Syarikat, Filipina, Brunei, Arab Saudi, Qatar, Oman, Jordan dan Lubnan.", "Lockdown dilaksanakan memandangkan penularan COVID-19 yang melanda negara mereka berada di tahap yang sangat tinggi dan semakin sukar untuk dikawal.", "Mengisytiharkan lockdown tampak mudah, tetapi impaknya cukup besar kepada rakyat dan negara. Kerajaan menyedari penularan COVID-19 sangat membimbangkan namun masih terkawal dan ketika ini kerajaan dan barisan hadapan negara ‘frontliner’ sedang berusaha sedaya mungkin mencegah penularan COVID-19 bagi mengelak daripada berlakunya lockdown.", "Beberapa laman web telah mula menggunakan kata kunci ‘kesan lockdown’ yang mengajak netizen cuba menilai secara matang pro & con jika berlakunya lockdown.", "Kita cuba elakkan daripada berlakunya lockdown kerana ia memberi kesan langsung kepada sektor ekonomi, pendidikan, sosial, kekeluargaan dan kemasyarakatan.", "1. SEKTOR EKONOMI", "• Industri Kecil dan Sederhana (IKS), penjaja, pengusaha restoran akan menanggung kerugian yang besar. Penutupan operasi dan pemberhentian pekerja akan berlaku, sekaligus meningkatkan kadar pengangguran.", "• Projek perumahan dan pembangunan akan mengalami kelewatan untuk disiapkan sekaligus memberi kesan berantai kepada ekonomi negara.", "• Bursa Malaysia dan nilai Ringgit Malaysia akan menjunam. Pelabur asing akan menarik atau menghentikan sementara pelaburan mereka.", "• Harga barang keperluan akan meningkat dengan mendadak kerana peningkatan permintaan yang melebihi kebiasaan.", "2. SEKTOR PENDIDIKAN", "• Prestasi pelajar dalam peperiksaan utama (UPSR, PT3, SPM, STPM) akan terjejas. Bebanan dan tugasan guru akan bertambah bagi menghabiskan silibus yang tertinggal.", "• Universiti Awam dan IPTS akan mengalami kerugian dalam bentuk pengurusan dan tadbir urus. Graduasi ditangguhkan dan akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran.", "• Kajian-kajian penting sama ada kajian makmal ataupun kajian ilimiah akan terjejas dengan penutupan makmal-makmal kajian dan berpotensi merencatkan perkembangan kajian.", "3. SEKTOR SOSIAL, KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN", "• Pendapatan penjaja, peniaga, pemandu teksi, pemandu e-hailing dan pekerjaan yang berstatus pendapatan harian akan terjejas. Bebanan kewangan menjadi antara faktor berlakunya perbalahan dan perpecahan dalam keluarga.", "• Kesihatan mental terutamanya mereka yang aktif mendapatkan berita semasa melalui media sosial akan terganggu sehingga menjadikan mereka ‘overwhelmed’ yang menyebabkan mereka mengalami kerisauan melampau yang membawa kepada ‘anxiety’.", "• Pekerja yang bekerja dari rumah berdepan dengan risiko ‘burn out’ kerana mood bekerja di rumah tidak kondusif untuk tugasan pejabat di samping perlu melakukan kerja rumah", "• Orang ramai akan terdedah kepada gajet dan internet ‘screen time’. Kajian membuktikan ‘screen time’ yang berlebihan akan membuatkan individu menjadi gelisah, tertekan dan tidak tenang, sekaligus menjadi punca kepada kemurungan sekiranya tidak terkawal.", "Dalam situasi sekarang mental dan fizikal rakyat perlu terarah kepada kesiapsiagaan bagi menghadapi segala kemungkinan yang di luar pancaturan dan pengetahuan kita. Perlu atau tidak lockdown dikuatkuasakan kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan melakukan kajian dan perincian serta mengambil tindakan yang paling efektif mengawal penularan GOVID-19.", "Jika kerajaan terpaksa mengisytiharkan lockdown, saya mencadangkan 12 langkah yang perlu dititikberatkan demi untuk menjaga kemaslahatan rakyat, langkah-langkah tersebut ialah:", "1. Menggantung sementara operasi Bursa Malaysia dan juga menambat Ringgit kepada Dolar seperti yang dilakukan sewaktu krisis ekonomi 97/98. Langkah ini perlu bagi meminimakan impak yang perlu dihadapi oleh kerajaan", "2. Pihak perbankan dan syarikat kewangan memberikan morotarium (penangguhan pinjaman) kepada kakitangan awam, swasta, peniaga IKS dan individu", "3. BNM perlu mengarahkan semua syarikat insurans untuk menyemak semula “general exclusion -GE” terutama kepada berapa perkara penting antaranya memberikan pegecualian GE jika berlaku sebarang kecelakaan atau kemalangan di rumah, pemegang polisi dibenarkan menggunakan polisi insurans yang ada dalam tempoh lockdown.", "4. Syarikat-syarikat utiliti perlu memainkan peranan untuk mengurangkan beban rakyat. dengan memberikan bantuan seperti pemberian rebat, diskaun, ataupun caj minima sepanjang tempoh pelaksanaan lockdown.", "5. Penangguhan sementara potongan KWSP bagi bulan lockdown dilaksanakan. Rakyat akan mempunyai lebihan tunai di tangan bagi memastikan aliran tunai di pasaran kekal aktif.", "6. Menurunkan mata gred peperiksaan-peperiksaan utama bagi tahun 2020 ataupun mengurangkan darjah kesukaran bagi peperiksaan tersebut.", "7. Penangguhan semestar bagi pelajar IPTA dan IPTS perlu dilakukan.", "8. Golongan gelandangan di bandar-bandar besar perlu disediakan satu tempat perkumpulan. Mereka berisiko untuk terputus bekalan makanan.", "9. Sebelum lockdown dilaksanakan, kerajaan perlu menghentikan perkhidmatan pengangkutan awam secara berperingkat-peringkat.", "10. Menyediakan perkhidmatan kaunseling atau terapi emosi atas talian secara percuma bagi membantu orang ramai yang berdepan dengan masalah kesihatan mental.", "11. Agensi dan NGO dilibatkan secara aktif bagi kempen menjaga kesihatan mental.", "12. Mewajibkan setiap pasar raya, kedai runcit dan kedai barangan keperluan untuk melaksanakan pembelian terhad kepada barang-barang keperluan asas.", "Dua perkara yang wajib kita lakukan sepanjang tempoh PKP bagi membantu kerajaan untuk memastikan objektif PKP tercapai dengan:", "• Duduk di rumah #stayathome dan mematuhi segala larangan dan nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM dan PDRM dalam memastikan penularan wabak ini terkawal. Mereka yang berisiko dan mempunyai gejala-gejala COVID-19, dinasihatkan agar segera mendapatkan pemeriksaan di klinik-klinik berdekatan.", "• Tidak menyebarkan dan menularkan berita dari sumber yang tidak pasti dan janganlah mencari populariti di media sosial dengan menimbulkan kegawatan kepada rakyat dengan pandangan dan teori-teori yang tidak sepatutnya.", "John F. Kennedy pernah mengungkapkan “The Chinese use two brush strokes to write the word ‘crisis.’ One brush stroke stands for danger; the other for opportunity. In a crisis, be aware of the danger-but recognize the opportunity”.", "Kita gunakan peluang yang ada sepanjang tempoh PKP ini dengan melakukan perkara-perkara yang terhalang sebelum ini di rumah bersama keluarga dan insan yang tersayang #staycoolwithyourfamily.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#juststayathome\n#stayhomestaysafe\n#staycoolwithyourfamily" ]
https://umno-online.my/2020/03/24/duduk-di-rumah-dan-impaknya-kepada-diri-serta-negara/
[ "DUDUK di rumah atau ‘stay at home’, hanya tiga perkataan tetapi membawa impak yang besar, bukan pilihan tapi keperluan dan arahan.", "Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19. Langkah ini diambil atas kemaslahatan rakyat bertepatan dengan kaedah Feqah الضرر يدفع بقدر الامكان “Kemudharatan perlu dibendung semampu mungkin”.", "Menurut Agence France-Presse (AFP), kira-kira 500 juta orang terbabit dalam langkah kawalan pergerakan di seluruh dunia berikutan COVID-19 yang bermula di China dan dikuatkuasakan di negara-negara lain seperti Itali sejak 10 Mac, Sepanyol (14 Mac), Lebanon (15 Mac), Republik Czech (16 Mac), Perancis, Israel dan Venezuela (17 Mac) dan Belgium (18 Mac).", "Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkait dengan soal Keselamatan Insan. United Nation Development Programme (UNDP), melalui United Nation Development Report diterbitkan pada 1994 memasukkan satu bahagian dengan keselamatan insan, iaitu Redefining Security: The Human Dimension. Indikator yang boleh mengancam keselamatan insan dikenal pasti seperti ekonomi, makanan, kesihatan, persekitaran, peribadi, alam sekitar, masyarakat dan politik. Dalam konteks kesihatan, soal keselamatan insan menggariskan faktor penyakit berjangkit atau pandemik yang boleh mengancam nyawa manusia seperti COVID-19 juga boleh menjejaskan keselamatan negara jika tidak ditangani dengan baik.", "Mudah, #stayathome tetapi susah untuk dipatuhi, pelbagai alasan yang diberikan. Apapun alasannya #stayathome adalah pengorbanan yang wajib dilakukan, tanpa kompromi. Sekurang-kurangnya dengan duduk di rumah kita telah membantu pasukan perubatan dan keselamatan sebagai pasukan barisan hadapan atau frontliner yang bertungkus-lumus tanpa rehat, tidur tidak menentu, makan dan minum tidak terurus demi mencegah rantaian penularan wabak ini. Kita ringankan bebanan mereka dengan duduk di rumah.", "Setelah empat hari dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), natijahnya mengecewakan, tahap kepatuhan merisaukan. Bermula 22 Mac, kerajaan telah bersetuju melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan membantu polis bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.", "Alhamdulillah setelah dua hari dilaksanakan tampak keberkesanannya. Ada sesetengah pihak yang mempertikaikan tentera dilibatkan dalam PKP atas alasan bukannya keperluan dan akan menimbulkan panik serta kerisauaan melampau bahkan ada yang menyifatkan kerahan tersebut tidak masuk akal. Apapun kritikan yang dilontarkan, kajian telah dibuat dan menjadi keutamaan kerajaan memastikan rakyat mematuhi PKP bagi mengekang dan memutuskan rantaian penyebaran COVID-19 dari terus merebak.", "Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah memberi nasihat dan turun padang untuk memastikan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 menunjukkan betapa seriusnya wabak ini kepada negara.", "Saya berpandangan titah khas Yang di-Pertuan Agong berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, adalah perintah yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat. Sepertimana Menurut Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, “Kalau kita lihat perkataan titah itu sendiri, ia bukan calang-calang perkataannya, titah ini bermaksud perintah. Titah itu menggambarkan ia sesuatu yang sangat penting untuk ditaati oleh rakyat kerana Yang di-Pertuan Agong tidak bertitah pada setiap masa kecuali ada perkara penting”.", "Memahami denyut nadi dan keperluan rakyat berhadapan dengan GOVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi dalam tempoh PKP dan bulan mendatang, Kerajaan Persekutuan melalui beberapa kementerian dan agensi berkaitan telah mengambil dan menawarkan beberapa skim bantuan dan insentif bagi mengurangkan bebanan rakyat antaranya;", "• Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September.", "• Pemberian elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan.", "• Pengecualian sewa selama sebulan kepada peniaga di premis DBKL", "• Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL walaupun mereka tidak bekerja sepanjang tempoh PKP.", "• Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama enam bulan.", "• Penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan", "• Mempercepatkan bantuan bulanan kepada semua penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi bulan April yang melibatkan 500 ribu penerima.", "Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan cuba sedaya mungkin membantu mengurangkan bebanan rakyat.", "Walaupun tidak berada dalam barisan Kabinet, saya sentiasa berpesan dan tekankan kepada Menteri dan timbalan Menteri yang mewakili UMNO dan BN agar menjadikan kebajikan rakyat satu keutamaan setiap kali keputusan atau polisi dibuat.", "Terima kasih kepada pimpinan UMNO dan BN di pelbagai peringkat yang cakna dan turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.", "Tahniah kepada Puteri UMNO atas inisiatif yang diambil dengan pelancaran ‘Puteri Umno Covid-19 Support Fund’, misi bagi mengumpul dana untuk membantu petugas barisan hadapan (frontliners). Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal jariah.", "Bersempena mengingati peristiwa Isra’ dan Mikraj Baginda Rasulullah SAW yang merupakan satu perjalanan yang mengatasi daya fikir manusia dan merupakan ujian keyakinan dan kepercayaan kaum Quraisy terhadap peristiwa ini, sebagaimana yakinnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq.", "Ibrah yang dapat dipelajari daripada peristiwa isra’ dan Mikraj adalah, COVID-19 ialah ujian daripada Allah SWT terhadap hambanya dan keyakinan kita sebagai umat Islam bahawa setiap ujian ada jalan keluar dan setiap penyakit ada ubatnya, sepertimana sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” [Riwayat Abu Daud (3874)]", "Saya menyeru kepada seluruh umat Islam selain daripada pelbagai usaha yang sedang kita lakukan sekarang bagi mengatasi penularan COVID-19, alangkah indahnya jika kita mampu meningkatkan usaha secara spiritual dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT melalui zikir, doa, tahajud, munajat, berpuasa, bersedekah dan sebagainya memohon kepada Allah SWT semoga wabak ini dapat diatasi dengan sebaiknya.", "Justeru, tiada lebih penting, selain bersatu dan menolak perbezaan yang timbul berkaitan dengan COVID-19 demi kesejahteraan dan kemaslahatan bersama dan yakinlah pertolongan Allah bersama kesatuan.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#juststayathome\n#stayhomestaysafe\n##kurangkankontroversitingkatkanprestasi\n#secangkirkopi49" ]
https://umno-online.my/2020/03/23/jangan-prejudis-terhadap-jemaah-tabligh-shahril/
[ "KITA wajar memuji langkah Menteri Pertahanan (Menteri Kanan), YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri Bera yang menyeru seluruh peserta ijtimak tabligh Seri Petaling yang belum buat saringan agar berbuat demikian, tanpa rasa khuatir, jikapun mereka tidak mempunyai dokumen sah – kita sedia maklum sebahagian peserta himpunan tersebut adalah kaum Rohingya.", "2) Tindakan beliau mencapai persefahaman dengan pihak penguatkuasa berwajib lain seperti KDN dan PDRM adalah tepat iaitu fokus pada membendung wabak virus pembunuh #Covid19 ini, bukan pada kesalahan lain seperti tiada dokumen perjalanan sah atau pengenalan diri.", "3) Pertama, cukup-cukuplah sentimen prejudis terhadap jemaah tabligh yang sedikit menular di media sosial kebelakangan ini. Kalaupun ada sedikit rintangan dihadapi untuk menyaring segelintir jemaah tersebut, ia adalah isu individu dan jangan sekali-kali kita menyalahkan kelompok besar tersebut.", "4) Kedua, ingatlah bahawa mereka juga “mangsa” kepada virus yang tidak mendiskriminasi kaum, agama atau kewarganegaraan. Dari jumlah 10 kematian setakat jam lima petang hari ini (22/3/2020), lima adalah dari kluster himpunan jemaah tabligh, Masjid Seri Petaling iaitu kes 178, 152, 238, 781 dan 259.", "Dari kes 152 di atas, ahli keluarga mangsa turut terkesan hingga alami kematian iaitu kes 1,031 dan 1,032.", "Ini menjadikan angka kematian dari kluster Jemaah Tabligh seramai tujuh mangsa dari 10 kes kematian keseluruhannya. Perasaan wajar adalah sedih dan simpati, bukan marah jauh sekali menimbulkan rasa prejudis.", "5) Ketiga, dalam krisis #Covid19 ini, keutamaan adalah nyawa. Nyawa peserta himpunan itu sendiri nyawa ahli keluarga atau rakan terdekat mereka, di samping masyarakat secara amnya. Jadi soal status pendatang tanpa izin atau tiada dokumen dan sebagainya bukan keutamaan mendesak sekarang.", "Sebaliknya, kita punyai tanggungjawab moral untuk meletakkan nyawa dan pembendungan penularan sebagai keutamaan. Ini semangat dan kebijaksanaan yang dipaparkan melalui keputusan hari ini. – UMNO ONLINE", "Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/03/22/krisis-covid-19-skim-bantuan-insentif-kerajaan-persekutuan-kepada-rakyat-malaysia/
[ "PENULARAN pandemik COVID-19 yang mencatatkan angka kes semakin meningkat, hingga kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal ia terus merebak dan memutuskan rangkaian virus tersebut di negara ini.", "Justeru, atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan, kerajaan melalui Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinetnya mengumumkan beberapa insentif serta skim bantuan untuk rakyat.", "1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula 1 April akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.", "Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.", "2. Kerajaan benarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.", "Penangguhan dijangka membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, melibatkan jumlah kutipan RM375 juta, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.", "3. MARA tangguh bayaran pinjaman pelajar dan perniagaan selama 3 bulan.", "Diskaun khas penyewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis MARA.", "4. 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini.", "Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.", "5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji", "Pekerja yang berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan.", "6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun.", "Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata ianya melibatkan 37,855 orang murid dan 972 orang kanak-kanak.", "7. Percuma sewa premis perniagaan DBKL, diumumkan oleh Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.", "8. Elaun khas RM400 sebulan akan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.", "9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai.", "Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.", "10. CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Mualamat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman.", "Bank akan menyediakan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terlibat dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.", "11. RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 Hospital.", "Ianya sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk membantu Kementerian Kesihatan untuk pembelian ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul.", "Income Tahunan Kerajaan = RM280Billion+\nHutang Kerajaan = RM800Billion+\nRezab Kerajaan = RM2Trillion+", "#StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang – UMNO ONLINE" ]
https://umno-online.my/2020/03/21/elok-kita-terus-terang-tindakan-ekonomi-belum-mencukupi-pertimbang-subsidi-gaji-shahril/
[ "BUKAN niat saya asyik ulang perkara sama atau terlalu dramatis.", "Tetapi elok kita berterus terang dalam situasi luar biasa ini: sejujurnya saya benar-benar risau bahawa ruang tindakan ekonomi kita berdepan situasi Covid-19, semakin tipis.", "Kalau lambat, kita mungkin sesal kelak apabila ruang pilihan menjadi lebih kecil.", "1) 11 Mac di Astro Awani saya tekankan keperluan bantuan tunai besar-besaran. 18 Mac saya senaraikan perkara serupa berserta cadangan khusus.", "2) Setakat ini, Kerajaan dan pihak swasta memang ada beraksi. Baik Kerajaan-kerajaan negeri, pusat, beberapa syarikat telco, TNB, PTPTN mahupun institusi kewangan sudah ambil beberapa tindakan yang diketahui umum – tak perlu saya ulang di sini. Besar atau kecil, kita iktiraf ada. Alhamdulillah.", "3) Tetapi elok kita berterus terang. Tidak cukup untuk bertindak beransur-ansur, sedikit sana sedikit sini, tapi tak selesai masalah asas, gajah di hadapan mata.", "4) Kesan ekonomi Covid-19 yang paling serius bagi saya adalah kemungkinan kehilangan pendapatan. Pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, gaji separuh bulan dan yang lebih kritikal pekerja yang diberhentikan serta merta.", "Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi kita tahu ada syarikat-syarikat yang sudah mula mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji untuk separuh bulan seperti sektor penerbangan dan perhotelan.", "5) Dengan PKP yang dilaksanakan sehingga 31 Mac ini, lebih banyak sektor akan terkesan di mana mereka wajib duduk di rumah dan menyebabkan syarikat-syarikat di tempat mereka bekerja tidak boleh menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan untuk membayar gaji pekerja.", "– Elok kita berterus terang, jikapun PKP tamat pada 31 Mac, kesan Covid-19 ini akan berlarutan lama.", "– Elok kita berterus terang, ada syarikat yang mungkin akan memberhentikan pekerja-pekerja ini kerana tidak lagi mampu menampung gaji pekerja mereka tanpa pendapatan. Sikit atau banyak, bergantung kepada tindakan sekarang.", "– Elok kita berterus terang, akan ada syarikat yang gulung tikar akibat Covid-19 ini. Sikit atau banyak, bergantung kepada tindakan sekarang.", "– Elok kita berterus terang, kita di ambang kegawatan ekonomi global. Besar atau kecil kesannya kepada rakyat Malaysia, bergantung kepada pengurusan sekarang.", "Jadi, apa yang perlu dibuat? Banyak. Tapi saya nak fokus pada satu hari ini.", "————", "6) Pada hemat saya, Kerajaan perlu memberi bantuan kepada perniagaan dan syarikat untuk membayar gaji pekerja-pekerja yang terkesan. Tidak kiralah ianya dipanggil subsidi gaji, bantuan tunai atau apa sekalipun, rakyat yang hilang punca pendapatan perlu dibantu.", "7) Mungkin bukan 100%, tetapi sebahagian gaji pekerja ditanggung oleh Kerajaan dan selebihnya oleh majikan.", "8) Subsidi gaji ini juga boleh dibuat secara bersasar contohnya untuk pekerja peringkat sokongan dengan gaji di bawah RM3,000 sebulan,", "Kerajaan tanggung 90% gaji mereka. Untuk kumpulan pertengahan Kerajaan tanggung 70% hingga 80% gaji mereka dan untuk pengurusan tertinggi (top management) mungkin Kerajaan boleh hadkan pemberian subsidi gaji dengan angka mutlak contohnya RM10,000 sahaja (atau lebih rendah).", "9) Untuk mengelakkan berlakunya penipuan atau ketirisan, majikan perlu mengemukakan dokumen payroll mereka seperti caruman KWSP, SOCSO, PCB dan sebagainya kepada Kerajaan.", "10) Subsidi gaji ini juga hanya akan diberikan kepada syarikat yang tidak memberhentikan pekerja dalam tempoh PKP ini selanjutnya selama tempoh tertentu.", "Manfaat daripada subsidi gaji ini adalah:", "A. Pekerja-pekerja yang terpaksa duduk di rumah tidak diberhentikan oleh majikan mereka.", "B. Pekerja-pekerja ini juga akan terus menerima gaji mereka untuk membeli barangan keperluan dan membayar apa-apa bil.", "C. Syarikat dan perniagaan dapat menguruskan aliran tunai (cashflow) mereka untuk terus beroperasi.", "D. Kesan negatif pengangguran ke atas ekonomi negara dapat dikurangkan.", "E. Setelah krisis Covid-19 reda, pekerja boleh terus bekerja tanpa perlu mencari pekerjaan baru.", "11) Berapa kosnya untuk Kerajaan menanggung subsidi gaji kepada pekerja? Mungkin berpuluh billion Ringgit. Tetapi, defisit dan hutang Kerajaan bukan keutamaan. Rakyat, perkerja dan perniagaan yang merupakan tulang belakang ekonomi negara yang patut menjadi keutamaan.", "12) Biar saya jelas – ini bukan subsidi selama-lamanya. Kalau terlalu panjang pun, mustahil. Kita doakan agar Covid-19 ini selesai sesegera mungkin.", "13) Tetapi poin kenapa perlu subsidi gaji SEKARANG adalah untuk kita selamatkan syarikat-syarikat terutamanya IKS yang merupakan majikan besar ekonomi kita. Syarikat-syarikat ini memang boleh beroperasi dalam situasi biasa tetapi ini situasi luar biasa maka kalau tak dibantu SEKARANG, mampu membawa mudarat.", "14) Bayangkan apabila ekonomi beransur pulih nanti, bila pekerja ramai menganggur, banyak syarikat dah tutup, untuk mula dari sifar amat sukar sekali dan kita mampu terjerumus ke kancah kemelesetan yang lebih dalam, lebih panjang. Antara konsep ekonomi yang menyentuh pendekatan ini adalah “intertemporal substitution”, walaupun bukan satu-satunya konsep yang relevan. Boleh Google kepada yang minat.", "15) Negara-negara di Eropah seperti Norway, Austria dan Denmark malah UK semalam sudah pun mula melaksanakan polisi ini.", "16) Saya harap Kerajaan boleh beri pertimbangan. Kita berada di waktu luar biasa, jadi kita perlukan solusi luar biasa.", "P/s saya lampirkan satu video untuk tunjukkan apa yang negara lain dah buat. Apa yang saya cadangkan bukanlah radikal sangat pun. Hanya perlu pembuat dasar keluar dari kotak pemikiran yang ortodoks.", "Shahrll Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia", "" ]
https://umno-online.my/2020/03/19/antara-dakwah-dan-fitnah-5-nasihat-buat-saudaraku-jemaah-tabligh-dr-asyraf/
[ "AMAT sedih dan terkilan menyaksikan sikap segelintir yang memandang enteng dan ringan berkenaan dengan kemudaratan penularan wabak Coronavirus (Covid-19), terutamanya segelintir Ahli Jemaah Tabligh yang menyertai Himpunan Sri Petaling dan masih berdegil tidak mahu tampil bagi dilakukan ujian saringan kesihatan.", "Buat Saudara-saudaraku Jemaah Tabligh,", "1. Benar niat kalian adalah baik tetapi niat yang baik dalam Islam perlu diselarikan dengan tindakan yang betul selaras dengan prinsip Syariah.", "Ini kerana prinsip Islam menyatakan:", "الغَايَةُ لاَ تُبَرِّرُ الوَسِيلَة\n“Matlamat Tidak Menghalalkan Cara”", "2. Benar, kalian berserah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Penentu segala-galanya.", "Namun Syariat Allah jelas mengajar kita untuk berikhtiar sebelum bertawakkal, sebagaimana Hadis Nabi SAW:", "‎عن أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ: أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ:« اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ »\n“Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Ya Rasulullah apakah aku patut mengikat untaku atau serahkan kepada Allah?’Jawab Nabi SAW: ‘Ikat dulu untamu barulah bertawakkal kepada Allah” (Riwayat Tirmizi)", "3. Benar, kalian tidak gentar dengan bahaya wabak penyakit yang membinasakan kerana semua kemudaratan hanya dengan izin Allah.", "Namun kalian juga mesti fahami Perintah Allah dalam Al-Quran:", "‎وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ\n“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan” (Al-Baqarah:195)", "4. Benar kalian tidak gentar dan malah berkeyakinan tinggi bahawa mudarat penyakit hanya datang daripada Allah semata-mata, justeru tidak sedikitpun menghalang kalian untuk bermusafir dan berhimpun.", "Namun, kalian mestilah bertindak berasaskan sunnah Nabi SAW yang jelas memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya.", "Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:", "‎إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ\nYang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)", "5. Akhir sekali buat saudara-saudaraku, kalian merupakan Duta-duta Agama Islam yang sedikitpun tidak aku ragui keikhlasan kalian dalam berdakwah.", "Namun kalian harus sentiasa membawa imej dan wajah Islam berasaskan ilmu yang benar dan bukannya menjadi asbab kepada fitnah yang lebih memudaratkan kepada Agama dan Umat.", "Ayuh! Kita semua bersatu hati dan bersama-sama mematuhi perintah Kerajaan yang mengkehendaki kita melakukan penjarakan sosial dengan kekal di kediaman masing-masing.\nInsyaAllah dengan doa, munajat dan usaha berterusan, kita dapat mengekang penularan wabak pandemik Coronavirus ini bersama.", "#StayHome\n#KekaBeradadiRumah\n#BersamaPerangiCoronavirus", "Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/03/18/covid-19-shahril-bentangkan-cadangan-tindakan-ekonomi-segera/
[ "", "SUDAH banyak persoalan tentang apa yang bakal berlaku ke atas nasib pekerja, peniaga kecil dan lain-lain.", "Bila krisis melanda, hampir semua akan terkesan tapi tak boleh dinafikan golongan berpendapatan rendah paling berisiko terkesan dengan krisis Covid-19 yang sedang melanda negara kita sekarang.", "Kerajaan ada pilihan.", "Setiap pilihan ada baik dan buruknya, tetapi memilih untuk tidak berbuat apa lebih buruk kesannya.", "Saya tak bermaksud Kerajaan sekarang tak buat apa-apa tapi bagi saya Kerajaan perlu memperkenal dan melaksana langkah-langkah yang lebih drastik untuk melindungi dan menyokong golongan-golongan yang terkesan dengan krisis ini.", "Cadangan saya untuk pertimbangan pihak Kerajaan antaranya adalah:", "1. Penangguhan atau morotarium pembayaran semula pinjaman kepada individu dan juga syarikat dan perniagaan yang terjejas dengan syarat sebelum krisis Covid-19 melanda, individu dan perniagaan ini mempunyai rekod pembayaran semula yang baik dan syarikat ini tidak akan membuang pekerja.", "Morotarium ini mestilah dijamin oleh Kerajaan supaya pinjaman individu dan perniagaan tidak menjadi pinjaman tidak berprestasi atau non-performing loan (NPL) yang akan memberi kesan terhadap sistem perbankan negara.", "2. Sekiranya selepas morotarium pembayaran semula pinjaman diberikan, perniagaan dan syarikat masih tidak mampu membayar gaji pekerja, Kerajaan akan memberi bantuan subsidi gaji setinggi 75% daripada gaji pekerja-pekerja dalam syarikat yang terkesan.", "3. Penangguhan pembayaran cukai pendapatan korporat ke tahun yang akan datang, sekali lagi dengan syarat syarikat-syarikat yang terbabit tidak membuang pekerja.", "4. Pembayaran tunai secara terus kepada individu-individu yang berisiko tinggi untuk terjerumus ke kancah kemiskinan akibat diberhentikan kerja atau diberi cuti tanpa gaji.", "Ada banyak lagi pilihan dasar yang boleh dilaksanakan tetapi pointnya adalah langkah-langkah ini mesti bertujuan untuk mengelakkan syarikat dan perniagaan gulung tikar dan mengelakkan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran dan ketiadaan pendapatan di kalangan pekerja.", "Macam mana Kerajaan nak buat?", "a) Kerajaan dan rakyat mesti terima kenyataan bahawa defisit Kerajaan akan meningkat. Defisit Kerajaan boleh ditangani dan sebenarnya sangat diperlukan dalam keadaan krisis seperti sekarang.", "Defisit boleh dikurangkan semula apabila krisis sudah berlalu dan ekonomi kembali pulih.", "Tiada siapa yang risaukan tentang defisit semasa ‘zaman perang’. Dalam ‘peperangan’ ini, rakyat hanya risaukan esok ada kerja tak? duit dalam kocek cukup tak nak beli makanan? anak isteri keluarga nak makan apa malam ni?", "b) Saya sedar bahawa terdapat kekangan dari segi hasil Kerajaan kerana mengikut undang-undang negara, perbelanjaan mengurus hanya boleh dibiayai melalui hasil Kerajaan dan Kerajaan tidak boleh menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan mengurus.", "Oleh sebab harga minyak menjunam baru-baru ini, Kerajaan perlu kreatif sekiranya pindaan undang-undang sukar untuk dilaksanakan. Ada pelbagai pilihan dasar yang boleh dipilih, contohnya perbelanjaan di luar jangka, Bank Negara sebagai perangka dasar monetari yang boleh bertindak membantu keadaan ekonomi negara.", "c) Sekiranya Kerajaan perlu menerbitkan bon atau sukuk untuk membiayai program dan polisi spesifik berkaitan Covid-19, buatlah. KWSP atau Bank Negara sendiri boleh langgan bon dan sukuk tersebut.", "Dalam keadaan sekarang terdapat lebihan kapasiti dalam pasaran buruh selepas pekerja terpaksa bercuti tanpa gaji, diberhentikan dan digantung kerja. Sekiranya Kerajaan menyuntik wang ke dalam ekonomi sebenar, risiko untuk berlaku inflasi berlebihan adalah rendah.", "Kilang-kilang di China juga sudah mula beroperasi semula, jadi isu rantaian bekalan saya rasa akan kembali pulih dalam masa yang terdekat.", "Kerajaan perlu memastikan permintaan dan penggunaan swasta tidak terjejas teruk. Kerajaan perlu memasukkan duit ke dalam kocek rakyat. Subsidi gaji ke, kredit cukai pendapatan ke atau tambahan bantuan tunai terus kepada golongan sasar kesemuanya patut dipertimbangkan.", "Cadangan saya di atas tidaklah menyeluruh atau komprehensif. Tetapi saya berharap Kerajaan boleh mempertimbangkannya.", "Kita tidak ada masa lagi. Lebih lambat Kerajaan bertindak, lebih lama dan panjang masanya untuk ekonomi rakyat dan negara kita pulih. Buatlah sesuatu sekarang. – UMNO ONLINE", "Shahril Sufian Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia merangkap\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/03/16/rakyat-menilai-kurangkan-kontroversi-tingkatkan-prestasi/
[ "Cabaran besar menanti Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani gelombang wabak coronavirus (COVID-19) yang telah menjejaskan aktiviti harian rakyat.", "Pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai kemampuan Kabinet baharu menyelesaikan beberapa isu besar yang sedang dihadapi negara.", "Alasan Kabinet masih baharu atau dalam tempoh ‘pembelajaran’ sudah tidak relevan, terutama bagi Menteri yang berpengalaman dan pernah berada dalam pentadbiran lalu.", "UMNO, BN dan Muafakat Nasional meletakkan harapan yang besar kepada Menteri dan timbalan Menteri yang mewakili BN dan MN dapat memenuhi tuntutan portfolio yang dipertanggungjawabkan dengan efektif dan berintegriti.", "Sepertimana kenyataan saya minggu lalu, UMNO bersama pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional semata- mata sebagai suatu tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus terbelenggu dengan krisis politik, lantaran terbubarnya kerajaan Pakatan Harapan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 21 Februari 2020.", "UMNO akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga PRU ke-15 berasaskan beberapa panduan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 12 Mac lalu.", "Keutamaan kita membina keyakinan rakyat kepada kerajaan hari ini terutamanya melalui kementerian-kementerian yang diwakili UMNO, BN dan Muafakat Nasional. Kita wajib berusaha dengan sedaya upaya memenuhi aspirasi rakyat setelah mereka dikecewakan oleh Kerajaan PH.", "Rakyat sudah mual dan muak dengan pertikaian dan retorik politik berkepentingan yang tidak berkesudahan. Kesilapan sebahagian besar pemimpin lalu sewaktu ditampuk kuasa perlu dijadikan teladan, antaranya dakwaan wujudnya ‘daulah terpendam’ sehingga wujudnya rasa tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam.", "Sistem penyampaian dan pengurusan perlu ditingkatkan agar lebih efektif dan berkesan. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab dan memikirkan kesan bukan hanya dalam konteks politik, malah implikasi kepada ekonomi dan rakyat.", "Begitu juga setiap langkah yang akan diambil, dibincangkan terlebih dahulu dengan semua pemegang taruh, sebelum diumumkan untuk dilaksanakan. Kita tidak mahu lagi ada sebarang keputusan ‘flip-flop’ yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur.", "Kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa selamanya UMNO, BN dan Muafakat Nasional istiqomah membela nasib mereka.", "Pengisytiharan COVID-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) adalah satu gesaan kepada setiap individu untuk bertindak secara proaktif mencari jalan penyelesaian berhadapan dengan COVID-19, walau di mana sahaja berada.", "Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyatakan dalam memerangi COVID-19, “Ini adalah masa untuk bertindak dengan lebih bijak dan cermat, bukannya panik”.", "Tambahnya lagi, “Kita boleh melambatkan penularan, mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa, tetapi ia memerlukan tindakan bersepadu semua pihak di seluruh dunia”.", "Semoga dengan kerjasama dan keperihatinan rakyat memudahkan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan melakukan yang terbaik bagi membendung penularan COVID-19, penat-lelah dan pengorbanan warga KKM amat dihargai. Jangan kita biarkan KKM bersendirian memikul tugas berat ini, setiap kita boleh membantu dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan oleh KKM.", "Penularan COVID-19 turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Pengumuman kerajaan unjuran pertumbuhan KDNK yang lebih rendah sebanyak 3.6 peratus hingga 4.0 peratus pada tahun ini, merosot daripada unjuran awal sebanyak 4.8 peratus telah meresahkan rakyat dan menimbulkan ketidaktentuan pasaran dan pelaburan asing. ", "Penganalisis ekonomi menjangkakan bahawa rantaian bekalan global akan terus terganggu berikutan COVID-19, manakala minyak mentah Brent dijangka jatuh kepada AS$20 setong,j usteru memerlukan kerajaan mempercepatkan pelaksanaan pelan rangsangan fiskal. ", "Sependapat dengan pandangan ini, Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pada masa ini, langkah untuk menerapkan keyakinan dalam kalangan pelabur amat penting.", "Saya berpandangan kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan pakej rangsangan fiskal supaya permintaan domestik akan terus berkembang dan mengimbangi kelemahan dari luar negara.", "Saya menjangkakan permintaan terhadap instrumen selamat seperti bon atau sukuk akan menjadi pelaburan yang akan mendapat permintaan tinggi walaupun hasilnya rendah.", "Bersimpati dengan nasib yang menimpa pemain-pemain industri pelancongan, perhotelan dan penerbangan, Kerajaan melalui kementerian yang berkaitan perlu mencari penyelesaian terbaik membantu mereka bagi mengurangkan bebanan dan komitmen bulanan yang tidak dapat dijelaskan dengan pihak kewangan disebabkan perniagaan yang terjejas teruk.", "Saya dimaklumkan sehingga bulan Februari sahaja agensi pelancongan telah mengalami kerugian sebanyak RM 3.37 bilion, dan sebanyak RM 450 juta daripadanya mereka yang mengendalikan pakej umrah. Satu kajian menyeluruh dan segera perlu dilakukan bagi mengenalpasti industri-industri lain yang turut terjejas secara langsung dan tidak langsung akibat penularan COVID-19.", "Walaupun sebahagian daripada kerajaan, UMNO akan terus memainkan peranan secara proaktif dan konsisten sebagai ejen semak dan imbang atau check and balance terhadap kerajaan.", "Dalam sistem demokrasi semak dan imbang adalah sesuatu yang baik bagi mengimbangi kuasa dan tanggungjawab untuk memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela. John Emerich Edward Dalberg Acton (1834-1902), dalam suratnya kepada Bishop Mandell Creighton menulis “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely, great men are almost always bad men”.", "Agenda ummah melalui Muafakat Nasional (MN) akan terus diperkasakan. Walau berada dalam kerajaan, agenda MN tidak dilupakan dan dibiarkan layu. Muafakat Nasional wajib diteruskan, agenda utamanya perlu diperkasakan.", "Program bersama antara UMNO dan PAS atas nama MN perlu diadakan secara berkala dan konsisten bagi memperteguhkan lagi agenda MN bersama gagasan ‘umran al-‘alam’ atau ‘Kemakmuran Sejagat’. Memperkukuhkan BN bersama rakan komponen MCA, MIC dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) pastinya menjadi antara keutamaan saya.", "Walaupun telah timbul pelbagai persepsi negatif yang dimainkan dalam media sosial berkaitan masa depan UMNO, BN dan MN. Saya optimis, kerjasama yang telah dibina mampu dipertahankan walaupun terdapat usaha-usaha yang telah dirancang bagi memecah-belah dan menghuru-harakan UMNO, BN dan MN.", "Kita tiada masa untuk melayan provokasi politik, lambakan tindakan tertangguh perlu diselesaikan dengan kadar segera antaranya kes pembunuhan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi berkepentingan rakyat termasuk Tabung Haji, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kes skandal rasuah terowong dasar laut dan tiga lebuh raya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM6.3 bilion dan lain-lain kes tertangguh yang perlu disegerakan.", "Amanah telah diberikan, rakyat sedang memerhati dan menilai. Masa untuk bekerja dan membuktikan kepada rakyat, kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi, bekerja dengan kompetensi, Insya-Allah segala usaha akan dipermudahkan.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#kurangkankontroversitingkatkanprestasi" ]
https://umno-online.my/2020/03/09/situasi-politik-semasa/
[ "KEHANGATAN senario politik tanah air ketika ini menyaksikan semua mata tertumpu kepada pembentukan barisan Kabinet Perikatan Nasional. Pelantikan Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020 belum meredakan ketidaktentuan politik tanah air. Pelbagai spekulasi dan provokasi politik dilakukan berkaitan pembentukan Kabinet. Secara umumnya netizen melalui pelbagai medium telah menyuarakan pandangan dan kebimbangan agar barisan Kabinet dibentuk segera bagi menamatkan kemelut politik semasa yang berpanjangan tanpa noktah. Saya berpandangan pembentukan barisan Kabinet bukan sahaja bagi menstabilkan ketidaktentuan politik tetapi bagi berhadapan dengan ancaman penularan COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global.", "Beberapa penganalisis politik berpandangan walaupun kerajaan masih boleh beroperasi kerana adanya peranan kumpulan eksekutif, ia seakan tidak sempurna jika ada perkara membabitkan isu dasar yang memerlukan keputusan segera dibuat oleh kerajaan seperti isu ekonomi dan kesihatan rakyat.\n\nPengumuman saya menawarkan diri untuk TIDAK dilantik dalam barisan Kabinet Perikatan Nasional (PN) Sabtu lalu telah menjadi satu polemik politik. Suatu kejutan kepada kepimpinan dan ahli UMNO. ", "Pelbagai reaksi dan pandangan positif daripada pimpinan UMNO dan netizen berkaitan dengan pengumuman tersebut antaranya:", " Sikap yang ditunjukkan Presiden UMNO dan Presiden PAS ini adalah sikap terpuji yang wajar jadi teladan buat anak bangsa. Pada tangan mereka berdualah dengan bimbingan Allah SWT kita letakkan nasib dan masa depan ummah.", " Presiden cukup berjiwa besar menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam Kabinet, maka raikanlah keputusan ini, bertepuk tanganlah anda anda semua, maka sudah tercapailah hasrat dan puaslah hati anda agaknya. Presiden yang telah mengorbankan dirinya demi mempertahankan UMNO dari terus ditalkinkan, meneguh ikatan ukhwah ummat Melayu di dalam Penyatuan Ummah dan Gagasan Muafakat Nasional dan akhirnya bersama mengusahakan Perikatan Nasional.", " Ini jelas menunjukkan betapa jiwa besar pemimpin UMNO yang perlu dicontohi oleh semua pihak. Namun begitu, Presiden UMNO perlu ada dalam barisan kabinet demi maruah parti.", " Penawaran yang sukar – Tawaran yang dibuat oleh Presiden UMNO adalah untuk pertimbangan Tan Sri, gunakanlah kebijaksanaan Tan Sri untuk mencipta Kabinet yang stabil dan boleh bekerja dengan baik kepada rakyat.", " YAB Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya dengan memberi peluang kepada Presiden parti agar turut menyertai barisan Kabinet kerana institusi Presiden sewajarnya mendapat pengiktirafan.", " Mangsa pendakwaan politik secara terpilih begitu pantas dipersepsikan bersalah walaupun mahkamah belumpun menjatuhkan sebarang hukuman. Jika piawaian bersih dan integriti ini banyak bergantung kepada persepsi umum, maka barisan Kabinet yang bakal diumumkan nanti mestilah juga terdiri daripada mereka yang benar-benar bebas dan dilihat bebas daripada sebarang skandal integriti yang pastinya tidak hanya terhad kepada pimpinan UMNO semata-mata.\n\nIni antara ribuan pandangan dan reaksi yang dilontarkan kepada saya melalui media sosial, whatsapp, telegram, sms, kenyataan media dan artikel. Saya amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pandangan dan komen-komen yang diberikan. Semoga ia dapat menghilangkan segala tohmahan negatif oleh mereka yang berkepentingan politik terhadap saya, UMNO dan Muafakat Nasional.", "Saya memahami semua pandangan yang meminta pertimbangan dan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri, lebih menjurus kepada meminta YAB Perdana Menteri mengiktiraf institusi Presiden UMNO sebagai institusi terpenting dalam parti. Reaksi ini dibuat demi untuk kebaikan UMNO, BN, Muafakat Nasional dan perikatan Nasional. ", "Saya yakin dan berpegang dengan firman Allah SWT yang bermaksud “Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya” (QS. Ali ‘Imran/3 ayat 159).", "Jika diteliti dan dihadami ucapan saya Sabtu lalu di Bagan Datuk, bagi meredakan situasi politik semasa saya telah menggariskan beberapa keperluan mendesak yang perlu dititik-berat dan dirungkai oleh YAB Perdana Menteri dan barisan Kabinet antaranya:", " Jawatan-jawatan dalam kerajaan dan sebagai anggota pentadbiran, barisan Kabinet perlu segera merangka dan melaksanakan dasar-dasar baru baharu yang menepati keperluan semasa rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 serta golongan muda. Pandangan daripada parti-parti politik dalam kerajaan dan di luar kerajaan perlu diambil-kira. Janganlah buat dasar mengikut ‘syok sendiri’ mengabaikan keperluan rakyat.\n\n Menterjemah dan merealisasikan semua agenda nasional yang merakyat. Kegagalan Pakatan Harapan kerana agenda mereka tidak merakyat. Agihan kekayaan negara hanya diberikan kepada golongan tertentu sahaja. Hinggakan Melayu dan Bumiputera terasa terpinggir di bumi sendiri. Ambil iktibar dan kita jadikan sebagai sempadan dan tidak mengulanginya.", " Pemimpin dan ahli politik yang berhadapan dengan pertuduhan mahkamah secara terpilih dan bermotifkan politik diberikan ruang untuk pembersihan diri melalui proses mahkamah dan tidak menggugurkan kes-kes mahkamah melalui keputusan Peguam Negara sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini oleh kerajaan PH. Jika Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM terdahulu benar-benar telus dan berintegriti kenapa mereka perlu takut hingga meletakkan jawatan? Adakah siasatan dan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan mengikut telunjuk ‘political master’ yang bermotifkan politik dan pertuduhan selektif serta tiada bukti dan saksi yang ‘credible’ sebagaimana telah terbukti ketika perbicaraan dijalankan? Adakah siasatan dan semua pertuduhan dibuat untuk menjatuhkan imej dan kredibilti pemimpin UMNO dan mengharapkan UMNO akan hancur?", "Rakyat menunggu dan mengharapkan sesuatu yang bermakna dengan pelantikan Jemaah Menteri Perikatan Nasional yang dijangkakan akan diumumkan pada petang ini. Jangan kecewakan mereka. Perjalanan politik ini masih jauh, PRU ke-15 menunggu kita pada bila-bila masa sahaja. Saya meletakkan harapan yang besar semoga dengan pelantikan Jemaah Menteri berwibawa dan berintegriti, dapat meredakan keresahan rakyat dengan situasi politik semasa yang tidak menentu.", "Saya yakin YAB Perdana Menteri mempunyai pertimbangan-pertimbangan yang wajar untuk melantik mereka yang berwibawa dalam barisan Kabinetnya. Kita semua hendaklah berlapang dada serta berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan YAB Perdana Menteri. Semoga Kerajaan Perikatan Nasional terhindar daripada doa orang-orang yang dizalimi kerana doa mereka yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah SWT.", "AHMAD ZAHID HAMIDI" ]
https://umno-online.my/2020/03/09/kemenangan-dan-peluang-yang-menguji/
[ "", "TERCATAT dalam lipatan sejarah negara, minggu yang sarat dengan teka-teki sejak 22 Februari lalu telah berakhir dengan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac lalu.", "Alhamdulillah atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketidaktentuan politik ini dirungkaikan dalam situasi yang baik dan harmonis tanpa menimbulkan panik dan hura-hara yang memudaratkan kepada negara.", "Keputusan yang telah diambil oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong itu sejajar dengan artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang “pada hematnya mungkin” mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.", "Perlu difahami bahawa Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak sama dengan sistem di negara-negara lain.", "Saya menyifatkan dakwaan sebuah akhbar dari United Kingdom yang menggambarkan seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara ‘royal coup’ (rampasan diraja) menghina institusi diraja dan mencabar kedaulatan negara ini.", "Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan bukan secara ‘royal coup’ sepertimana yang dijelaskan oleh Pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, segala tindakan diambil Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam menyelesaikan krisis politik negara baru-baru ini adalah berpandukan kuasa diperuntukkan kepada Seri Paduka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.", "Realitinya, apabila YAB Perdana Menteri ke-8 telah mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac lalu dengan sokongan dan dokongan ahli-ahli Parlimen dalam Perikatan Nasional terdiri daripada Barisan Nasional (UMNO-MCA-MIC-PBRS), PAS, PPBM, GPS (PBB-SUPP-PRS-PBDS) dan Bebas, bermakna wisel penamat kepada kemelut politik tanah air telah ditiupkan.", "Keputusan yang dibuat adalah muktamad. Mandat telah diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) bagi mencorak dan menstabilkan kembali negara ini. Selama 22 bulan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan banyak kepincangan yang telah dilakukan terutamanya melibatkan hal-ehwal orang Melayu dan Bumiputera.", "Cabaran terbesar Perikatan Nasional ialah membina keyakinan rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional lebih baik daripada kerajaan Pakatan Harapan. Nasib mereka terbela, kos sara hidup, keselamatan, kesihatan, ekonomi, peluang pekerjaan, masalah sosial dan sebagainya dapat diselesaikan bukan sekadar retorikal dan manifesto kosong.", "Sebenarnya kita diuji dengan kemenangan dan peluang ini, Perikatan Nasional perlu buktikan bahawa kita mampu melepasi ujian ini dengan merangka, membentangkan hala tuju ‘road map’ yang jelas, meyakinkan dan diterima rakyat ke arah perubahan yang lebih baik. Hala tuju ini penting kerana Ibnu Khaldun pernah menegaskan bahawa “rakyat suatu organisma yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan. Perubahan telah menjadi suatu yang lumrah dalam hidup manusia. berasaskan sunnatulah dan kawniyyah milik Allah” .", "Sebelum Parlimen bersidang pada 18 Mei 2020 nanti, UMNO dan BN mestilah diperkukuhkan, Muafakat Nasional mestilah diperkasakan dan Perikatan Nasional wajib dipertahan, diperkukuh dan diperkasakan.", "Tidak ada jalan lain untuk kita kekalkan Kerajaan Perikatan Nasional kecuali semua parti gabungan mesti bersatu hati, seia dan senada menolak segala anasir-anasir yang bersifat peribadi dan berkepentingan puak sendiri.", "Ujian di hadapan kita terlalu besar Perikatan Nasional wajib menguasai Parlimen tidak cukup hanya dengan jumlah ahli Parlimen sedia ada. Usaha berterusan mestilah dilakukan buang rasa kuat dan selesa dengan angka yang ada. Kita perlu ingat ‘horse trading’ sedang rancak dijalankan oleh pihak lawan.", "Rakyat memerhati, Perikatan Nasional perlu meyakinkan rakyat melalui hala tuju, dasar dan pelaksanaan program Kerajaan yang jelas.", "Dalam 100 hari pertama, Perikatan Nasional mesti memperlihatkan impak perubahan yang besar, rakyat mahu melihat perubahan segera. Kita tidak tertakluk kepada Manifesto Pakatan Harapan, jadi lebih mudah kita fokuskan terlebih dahulu isu-isu dan penyelesaian yang menjadi keutamaan rakyat dan Perikatan Nasional.", "Rakyat mahu melihat Tabung Haji, FELDA mesti dipulihkan segera. Nasib peneroka, generasi kedua Felda, petani, nelayan, penternak, peruncit dan peniaga kecil wajib diambil kepedulian segera. Bantuan-bantuan kepada rakyat untuk menghadapi kos sara hidup yang tinggi mesti diusahakan segera.", "Nasib pelajar-pelajar di universiti awam dan IPTS mesti dibela terutama peminjam-peminjam PTPTN. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah terutamanya daripada keluarga B40 dan M40 jangan ditinggalkan kerana mereka turut terhimpit dan tersepit. Menjadi tanggungjawab kita memberikan pembelaan dan keadilan kepada isu arwah Adib dan beberapa isu lain yang melibatkan keadilan dan kemanusiaan.", "Kita masih berteka-teki siapakah yang bakal dipilih menganggotai Kabinet Perikatan Nasional. Rakyat menanti-nanti siapakah pak Menteri yang bakal membawa perubahan kepada mereka. Sebagai parti yang menganggotai Perikatan Nasional dan sebahagian daripada kerajaan, UMNO dan BN serta Muafakat Nasional menyokong YAB Perdana Menteri.", "Kita yakin bahawa YAB Perdana Menteri mempunyai roh dan semangat yang sama. UMNO dan Barisan Nasional telah mengemukakan cadangan senarai nama-nama anggota kabinet mengikut peratusan atau kadar sumbangan UMNO dan BN serta sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN dalam pembentukan kerajaan baharu.", "Keutamaan diberikan berdasarkan kepada hierarki pemegang jawatan-jawatan utama dalam UMNO Malaysia dan BN. Muka-muka baharu, tokoh-tokoh muda, profesional, teknokrat daripada BN dan friends of BN turut dicadangkan namanya bagi pertimbangan YAB Perdana Menteri.", "UMNO dan Barisan Nasional memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada YAB Perdana Menteri mempertimbangkan dan membuat pelantikan daripada kalangan pemimpin yang bersih, berintegriti dan berkaliber agar hasrat YAB Perdana Menteri mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan berintegriti tercapai.", "Sepertimana ucapan saya semalam, sewaktu merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Bagan Datuk 2020 di Perak, “Sebagai Pengerusi BN (Barisan Nasional) dan Persiden UMNO saya memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilantik sebarang jawatan dalam Kabinet. Saya berdoa semoga Allah Taala memberi hidayah kepada YAB Perdana Menteri dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman”.", "Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pandangan dan semua faktor tertentu mengikut keadaan semasa ketika ini dan saya ingin memfokuskan kepada proses membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes. Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.", "Di samping itu, saya akan memberikan fokus kepada persiapan parti bagi menghadapi PRU ke-15 dan memperkukuhkan lagi agenda Muafakat Nasional yang telah kita terokai bersama PAS sebelum ini.", "Walaupun tidak berada dalam Kabinet, saya akan tetap akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan bersedia membantu YAB Perdana Menteri untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Semoga hasrat kita bagi mewujudkan بَلۡدَةٞ طَيِّبَةٞ وَرَبٌّ غَفُورٞ dipermudahkan dan mendapat Rahmat serta Petunjuk daripada Ilahi.", "DR AHMAD ZAHID HAMIDI", "#SecangkirKopi46\n#salamperikatannasional\n#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#perikatannasionalpemacupolitikmalaysia" ]
https://umno-online.my/2020/03/05/menjawab-tuduhan-mp-pkr-kononnya-negara-bakal-berhadapan-dengan-krisis-fiskal-kader/
[ "", "ADAKAH negara kita bakal menghadapi krisis fiskal seperti yang dituduh oleh YB Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar dari PKR?", "Atau dalam bahasa mudahnya; adakah kerajaan Malaysia bakal berhadapan dengan masalah untuk berbelanja defisit bagi melaksanakan polisi dan program kerajaan seperti yang disembangkan oleh Ahli Parlimen Kangar, YB Amin Ahmad baru baru ini?", "Tuduhan YB itu boleh dilihat di link ini https://www.facebook.com/kaderekonomi/posts/526583514656165", "\nJawapannya tidak! Negara Malaysia tidak pernah mengalami masalah fiskal sebelum PRU14 dan tidak berhadapan dengan masalah fiskal sekarang.", "Sebelum PRU ke-14 dulu rakyat Malaysia telah dibohongi oleh ahli ahli politik Pakatan Harapan (PH) kononnya negara di ambang kebankrapan akibat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja secara boros.", "Rakyat juga telah ditakutkan dengan fitnah oleh ‘pakar ekonomi PH’ seperti Rafizi, Tony Phua, Lim Guan Eng dan lain-lain yang membuat tuduhan palsu bahawa negara Malaysia betul-betul akan berhadapan dengan masalah kebankrapan sekiranya BN terus memerintah.", "Naratif yang dimainkan PH adalah kononnya ekonomi dan kewangan negara masih boleh diselamatkan daripada kebankrapan sekiranya BN ditumbangkan dan PH dipilih sebagai kerajaan.", "Kononnya PH akan berusaha untuk menyelamatkan ekonomi negara. Tetapi, PH tetap juga terus membuat tuduhan kononnya Kerajaan Malaysia bakal ‘bankrupt’ walaupun setelah mereka membentuk kerajaan.", "Mungkin hanya setelah hampir setahun menjadi kerajaan, barulah ahli-ahli politik PH menyedari bahawa tuduhan mereka tentang negara Malaysia boleh bankrupt itu terlampau tak masuk akal.", "Kerana tidak mungkin negara yang berbelanja defisit dalam matawangnya sendiri (Kerajaan Malaysia hanya berbelanja defisit dalam matawang RM) dan dalam situasi hanya kerajaan Malaysia melalui Bank Negara punya monopoli dalam pengeluaran Ringgit, tidak mungkin negara boleh bankrupt.", "Mungkin hanya setelah menyedari hakikat ini maka ahli-ahli politik PH mula mengubah tuduhan mereka daripada memfitnah negara kita bakal bankrupt kepada menuduh negara kita bakal berhadapan dengan ‘Krisis Fiskal’ pula.", "Tuduhan baru berkenaan ‘Krisis Fiskal’ Ini memberi peluang kepada YB-YB PH yang acah-acah intelek untuk dilihat lebih complicated dan know it all ye tak? Contohnya macam YB Amin Ahmad pakar ekonomi short courses nih.", "Sebenarnya, TUDUHAN BAHAWA NEGARA KITA BAKAN MENGHADAPI KRISIS FISKAL ADALAH SAMA TEMBERANGNYA DENGAN FITNAH BAHAWA KERAJAAN MALAYSIA BOLEH BANKRUPT.", "Sebelum itu mari berkenalan dengan APA ITU KRISIS FISKAL?", "KONONNYA; Krisis Fiskal akan berlaku bilamana kerajaan tidak dapat melaksakan program fiskal (polisi kerajaan) apabila hasil kutipan cukai yang diperoleh kerajaan adalah jauh rendah berbanding perbelanjaan kerajaan. Dan dalam masa yang sama kerajaan menghadapi masalah untuk meminjam bagi menampung jumlah defisit perbelanjaan kerajaan itu.", "Krisis Fiskal akan menyebabkan kadar bunga bagi bon-bon kerajaan meningkat pada paras yang tinggi, dan ini akan meningkatkan lagi jumlah hutang yang perlu dibayar kerajaan akibat peningkatan kadar bunga yang tinggi.", "Justeru itu, bagi mengelakkan Krisis Fiskal ini berterusan, maka kerajaan akan terpaksa memotong banyak perbelanjaan kerajaan, seperti mengurangkan social spending dan dalam masa yang sama kerajaan juga terpaksa meningkatkan cukai.", "Tindakan ini kononnya terpaksa dilakukan kerajaan walaupun ia jelas akan mengundang kemarahan rakyat, ia umpama menelan pil pahit… kononnyalah…", "Di sini Admin hendak tegaskan bahawa TUDUHAN BAHAWA KERAJAAN MALAYSIA BAKAL BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL ADALAH, BUKAN SAHAJA TIDAK BETUL, MALAH TIDAK MUNGKIN AKAN BERLAKU SAMA SEKALI.", "Ini kerana negara betul betul boleh/berkemungkinan mengalami krisis fiskal hanyalah bagi negara yang termasuk dalam kategori di bawah;", "1) Bagi negara yang mana kerajaannya banyak berhutang dalam matawang asing", "2) Bagi negara yang melaksanakan dasar ‘fixed exchange rate mechanism’ with currency board, macam beberapa negara yang mengikat matawangnya secara tetap dengan Dollar. Atau negara yang terus menggunakan matawang asing dalam negaranya, dikenali sebagai Dollarisation.", "3) Jika negara mengikat nilai matawangnya dengan apa apa jenis komoditi seperti emas contohnya.", "4) Bagi negara yang berada bawah currency union seperti Greece (termasuk semua negara EU yang menggunakan EURO) yang mana Bank Pusat Negara mereka sudah tidak punya kuasa perundangan untuk mengeluarkan matawang sendiri kerana peranan bank pusat sebagai lender of last resort kepada kerajaan dan pemonopolian pengeluaran reserves currency sudah diambil alih oleh supra national entiti iaitu European Central Bank.", "Di bawah ini dijelaskan bahawa negara kita Malaysia langsung tidak berada dalam ke empat-empat situasi yang disenaraikan di atas.", "Jadi ini bermakna tuduhan YB Kangar dari PKR kononnya kerajaan Malaysia bakal berhadapan dengan Krisis Fiskal bukan saja tidak betul, malah tidak logik!", "1) Kerajaan Malaysia punya hutang dalam matawang asing yang sangat rendah, menurut laporan BNM;", "”hutang luar negeri Kerajaan dalam denominasi mata wang asing adalahamat rendah (1.2% daripada KDNK).” – Profil Hutang Luar Negeri Malaysia, BULETIN SUKU TAHUNAN BNM, SUKU KE-3 2018 https://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2018/Q3/3Q2018_fullbook_bm.pdf", "Mungkin hutang kerajaan Malaysia dalam matawang asing yang kecil ini beri kesempatan kepada Mahathir dan Pakatan Harapan untuk buat tindakan yang tidak masuk akal dengan menjebakkan kerajaan Malaysia kepada pinjaman Bon Samurai dalam matawang Yen.", "2) Negara kita tidak mengamalkan fixed exchanged rate yang mengikat nilai matawangg RM secara tetap dengan mana mana matawang asing.", "Apa yang kita amalkan adalah managed floating exchange rate di mana Bank Negara mungkin akan melakukan intervensi untuk sedikit mengubah nilai matawang di pasaran, itu sahaja.", "Oleh kerana negara mengalami current account surplus, dan dalam keadaan foreign exchange reserves (reserves matawang asing) yang dipegang Bank Negara Malaysia adalah relatif tinggi, maka kita berada dalam kedudukan sangat selesa untuk melaksanakan polisi managed floating ini.", "3) Ringgit Malaysia merupakan matawang fiat dan tidak ditambat dengan nilai emas, jadi ini membebaskan kerajaan daripada kekangan fiskal yang sering dialami oleh banyak negara semasa era gold standard dahulu.", "4) Negara kita juga tidak berada dalam satu kesatuan matawang seperti EURO Zone. Malaysia punya matawang sendiri iaitu RM, dan Pengeluaran RM dimonopoli sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia. (Pengeluaran High Powered Money, iaitu reserve dalam RM termasuk wang kertas yang dikenali sebagai M0 adalah 100% dimonopoli oleh Bank Negara Malaysia).", "Situasi ini tidak sama dengan Greece, Ireland serta termasuk semua negara dalam Kesatuan Eropah yang menggunakan matawang Euro.", "Kerana dari segi undang-undang negara yang berada dalam EURO Zone tidak dibenarkan untuk mengeluarkan matawang sendiri dan terpaksa menggunakan matawang EURO yang mana pengeluaran matawang EURO tersebut hanya dimonopoli oleh satu entiti supra nasional iaitu Bank Pusat Eropah.", "Kekangan perundangan oleh Bank Pusat Eropah menyebabkan negara yang menggunakan matawang EURO secara realitinya sememangnya boleh berhadapan dengan Krisis Fiskal, dan itulah yang sedang dihadapi oleh negara seperti Greece.", "Di mana sekiranya Pemerintah Greece mahu berbelanja defisit dalam matawang EURO maka Greece perlu meminjam dari entiti lain yang memiliki EURO reserves. Ini kerana Bank Pusat Greece yang sudah tidak punya kuasa untuk mengeluarkan matawang sendiri sudah tidak berupaya untuk memainkan peranan sebagai sebagai lender of last resort (pemberi pinjam paling akhir) kepada kerajaan Greece.", "Di sini Admin mahu tekankan;", "BERBEZA DENGAN MALAYSIA, GREECE ADALAH CONTOH NEGARA YANG BOLEH DAN SEDANG BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL", "faktanya adalah;", "KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL!", "Jadi persoalan utama yang perlu ditanya adalah;", "Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak akan sama sekali berhadapan dengan Krisis Fiskal, jadi adakah kerajaan Malaysia boleh berbelanja sesuka hati? Dan apakah bentuk kekangan sebenar yang bakal dihadapi oleh Kerajaan?", "Tetapi tetaplah KERAJAAN MALAYSIA TIDAK BOLEH BERBELANJA SESUKA HATI WALAUPUN KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MUNGKIN BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL, LIMITASI/KEKANGAN KEPADA PERBELANJAAN KERAJAAN ADALAH GUNA TENAGA PENUH DALAM SUMBER DAYA NEGARA.", "Walaupun dari segi kewangan, sememangnya kerajaan Malaysia tidak mungkin berhadapan dengan krisis fiskal selagi mana kerajaan berbelanja defisit dalam matawang RM. Ini kerana RM itu adalah matawang yang bersifat fiat, dan pengeluarannya dimonopoli oleh agensi kerajaan sendiri melalui Bank Negara, RM juga dialirkan ke dalam ekonomi melalui Perbelanjaan Kerajaan.", "Dengan itu tiada limitasi kepada perbelanjaan kerajaan dalam bentuk monetari selagi mana perbelanjaan kerajaan Malaysia terus dilaksanakan dalam matawang RM, serta selagi mana nilai RM tidak ditambat secara tetap kepada mana mana matawang asing.", "Namun Kerajaan Malaysia tetap berhadapan dengan limitasi sebenar dalam konteks penggunaan ‘real resources’ seperti penggunaan sumber daya alam (natural resources), sumber daya manusia (human resources) dan teknologi serta limitasi kepada kapasiti pengeluaran dalam industri sedia ada.", "Contohnya sekiranya kerajaan mahu membina satu satu infrastruktur tetapi di negara kita tidak cukup jurutera, tidak cukup pekerja, pengeluaran konkrit terbatas, dan jika peralatan seperti jentera dan mesin tidak mencukupi. Maka ketidakcukupan sumber daya ini merupakan kekangan sebenar, kekangan dalam bentuk real resources yang dihadapai oleh kerajaan untuk menjayakan polisinya.", "Bentuk Kekangan ini sangat berlainan berbanding kekawangan kewangan seperti yang sering digembar gemburkan sebelum ini.", "Dalam situasi ini, iaitu sekiranya kerajaan terus berbelanja dalam keadaan ekonomi negara sudah mencapai tahap guna tenaga penuh, apa yang akan berlaku adalah negara kita bakal berhadapan dengan tingkat inflasi yang tinggi.", "Jadi risiko kepada perbelanjaan defisit kerajaan yang tinggi hanyalah merupakan tingkat inflasi tinggi sahaja, bukannya Hyper Inflasi ala Zimbabwe dan Vanezuela yang dicanangkan oleh PH sebelum ini dan jauh sekali daripada berhadapan dengan kebankrapan.", "Namun, Hyper inflasi hanya boleh berlaku sekiranya ekonomi mengalami masalah (kejutan) dalam pengeluaran sahaja seperti peperangan, bencana alam, dikenakan sekatan ekonomi. Hyper Inflasi hanya boleh berlaku jika berlakunya ‘supply side disruption’, Hyper Inflasi bukan berpunca daripada tingkat defisit/hutang kerajaan yang tinggi, ataupun berpunca daripada peningkatan permintaan.", "Sekali lagi Admin ingin tegaskan bahawa; Peningkatan Permintaan hanya boleh menyebabkan paras inflasi meningkat, bukan Hyper Inflasi. Manakala, Hyper Inflasi hanya boleh berlaku sekiranya berlaku Supply Side Disruption.", "Anehnya Supply Side Disruption ini tidak diterangkan oleh YB-YB Serba Tahu dari Pakatan Harapan. YB-YB PH menyimpang dan membuat tuduhan seolah-olah defisit dan hutang kerajaan boleh menyebabkan berlakunya Hyper Inflasi.", "KENAPA SEKARANG INI KERAJAAN MALAYSIA PERLU MENINGKATKAN TINGKAT PERBELANJAAN KERAJAAN BAGI MENGELAKKAN NEGARA DARIPADA TERJERUMUS KE DALAM KEMELESETAN EKONOMI?", "hal ini admin telah jawap [ada 23 Desember 2018 di link ini\nhttps://www.facebook.com/kaderekonomi/posts/295754534405732?__tn__=-R", "Dalam posting berikutnya Admin akan terangkan berkenaan konteks hutang negara di Malaysia pula. – UMNO ONLINE", "Facebook Kelab Diskusi Ekonomi Rakyat – KADER" ]
https://umno-online.my/2020/03/05/cabaran-pn-perbaiki-kegagalan-dasar-ph/
[ "", "KUALA LUMPUR, 5 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengurangkan banyak komponen yang berkaitan dan juga dasar luar yang tidak mesra kepada eksport hinggakan amat memberi kesan kepada ekonomi rakyat serta menyebabkan penguncupan pertumbuhan ekonomi, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek.", "Jelasnya, mengurangkan penerima BRIM atau bantuan nelayan kerana dikatakan dedak, atau mengurangkan spesifikasi LRT atau MRT, dan menangguh perlaksanaan Pan Borneo Highway, atau dasar luar yang tidak mesra kepada eksport amat memberi kesan dan alasan berjimat adakalanya menjerut diri sendiri.", "“Ketika berada di belah pembangkang, ramai yang menganggap menjadi kerajaan itu mudah. Bercita-cita memberi itu dan ini untuk rakyat.", "“Andaian mereka kerajaan sentiasa berduit dan sumber tak terbatas,” bidasnya dalam satu hantaran menerusi Facebook beliau hari ini.", "Beliau turut memberikan penerangan berkaitan formula asas ekonomi yang bukan formula baharu kerana menjadi teks asas mana-mana ekonomi, iaitu pengiraan KDNK yang berdasarkan empat komponen penting iaitu C+I+G+(X-M):", "C (consumption) keupayaan perbelanjaan rakyat atau kecairan wang dalam sistem.\nI (investment) ialah pelaburan dalam perniagaan\nG (government expenditure) perbelanjaan kerajaan termasuk projek-projek infrastruktur yang memberi peluang pekerjaan.\nX-M ialah eksport – import. Atau eksport bersih kita.", "“Era Najib, ekonomi berkembang kerana wang walaupun kecil tapi disalurkan ke semua peringkat rakyat. BR1M, bantuan nelayan, bantuan petani, pekerja kontrak sekolah. Juga bonus kakitangan kerajaan. Rakyat berduit dan berbelanja menghidupkan ekonomi rakyat seperti di jeti nelayan dan kampung-kampung. Perbelanjaan itu dicukai dan wang cukai dikitar semula ke dalam masyarakat.", "“Beliau juga berjaya menarik pelabur dalam dan luar negara termasuk Eropah, US, China dan Arab (Aramco di Penggerang).", "“Projek besar, MRT1, 2 dan 3, Pan Borneo Highway, ECRL adalah antara projek besar yang memberi peluang puluhan ribu jurutera, kontraktor kecil dan besar mendapat pekerjaan.”", "Jelasnya, eksport negara yang melebihi import menjadikan mata wang kukuh.", "“Mata wang kukuh penting dalam menentukan harga barang dan kos sara hidup kita. Untuk meningkatkan eksport bukan sekadar kita ada produk tetapi juga membina persahabatan dengan negara yang boleh membeli produk kita.", "“PH sudah pergi Perikatan Nasional (PN) pula datang. Cabaran terbesar bagaimana nak wujudkan kerajaan yang stabil dan keupayaan mereka meningkatkan semua komponen ini.”", "Ujar beliau, pastinya lebih mencabar kerana rakyat menunggu dan boleh membuat kejutan baru sekiranya mereka tidak berpuas hati. – UMNO Online" ]
https://umno-online.my/2020/03/02/ydpa-menyelamatkan-keadaan-tun-dr-mahathir-buat-masalah-lagi/
[ "", "Pada 28 02 2020, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk “Melayu Tertipu Lagi” dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya:", "1. Orang yang menggagalkan penubuhan kerajaan PN adalah Tun Dr. Mahathir.", "2. Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka daripada arena politik negara….", "3. UMNO, PAS, Bersatu (termasuk kumpulan Azmin) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang berkemungkinan membolehkan mereka menubuh kerajaan baru. Tetapi, ini hanya boleh dilakukan tanpa Tun Dr Mahathir dalam Bersatu kerana baliau tidak boleh menerima UMNO sebagai satu parti.", "Pada masa itu, belum nampak penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan, kumpulan Tun Dr. Mahathir, kumpulan DS Anwar dan kumpulan TS Muhyiddin yang disokong kuat oleh UMNO dan PAS, masing-masing tidak mempunyai majoriti.\n\nDalam masa 24 jam sehingga petang 29 02 2020, kita dengar cerita berbagai-bagai perkembangan; PH mencalonkan DS Anwar sebagai calon PM; DS Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP dengan angkuh mengatakan “we have the numbers”; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Waritan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Tun Dr. Mahathir, sekejap menokong DS Anwar dan sekejap menyokong TS Muhyiddin; DS Anwar sekejap menyokong Tun Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan berlagak seperti sudah pasti akan dilantik; Tun Dr Mahathir yang enggan menerima kekalahan, bermodalkan sokongan GPS dan Warisan, membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan Amanah untuk ditonjolkan semula sebagai calon PH, yang bererti kerajaan PH yang ditamatkannya dengan peletakn jawatannya hendak dihidupkan semula dan DS Anwar sanggup mengundur diri daripada menjadi calon PM demi menyelamatkan kerajaan PH.", "Perkembangan yang terakhir disebut itu menunjukkan sejauh mana DS Anwar dan Lim Kit Siang sangup berkompromi untuk menyelamatkan kerajaan PH kerana, mereka tahu, jika mereka terlepas kuasa, mereka akan berada di kedudukan yang merugikan.\n\nAkhirnya, pada petang 29 02 2020, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan rasminya mengatakan bahawa YDPA telah berkenan melantik TS Muhyiddin sebagai Perdana Meteri Kelapan.", "Kita berhenti di sini dahulu untuk membuat beberapa pemerhatian.", "1. Dengan keluarnya kenyataan itu, tamatlah krisis seminggu itu. (Apa yang akan berlaku selepas itu, akan dibincang berikutnya.)\n\n2. Dengan terlantiknya TS Muhyiddin sebagai PM, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi PM. Mereka akan terus menimbulkan masalah. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sudah muak dengan tindak tanjuk mereka dan mengenepikan mereka untuk selama-lamanya.", "3. Orang Melayu merasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Theresa Kok, Syed Sdiq, Mat Sabu dan lain-lain.", "4. Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai-pegawai perundangan, ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada tiga puluh tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diber kepercayaan terhadap kepakaran mereka mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti beliau. Demikian juga diharapkan seorang pegawai MACC yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti Lateefa Koya.", "Tetapi, sebaik sahaja kenyataan itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Tun Dr Mahathir bersama-sama DS Anwar telah menolak keputusan yang dibuat oleh YDPA itu. Itu tidak menghairankan. Mereka akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima pengampunan walau pun cara dilakukannya menyelahi prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Tetapi, apabila YDPA membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, YDPA pun mereka tentang. Ini menunjukkan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.", "Perkara 40 (2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:\n“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri;”", "Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budibicara itu. Tetapi, adalah patut bahawa baginda melantik seorang ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Prlimen. Jika tidak, undi tidak percaya mungkin akan dibuat dan, jika berjaya, PM itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula.", "Dalam kata-kata lain, YDPA tidak dikehendaki menemuduga setiap ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, untuk membuat keputusan itu.\n\nSekarang, keputusan telah dibuat, PM telah dilantik, tak usahlah memperdulikan apa kata Tun Dr Mahathir, mahupun senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuashati, mereka bolehlah mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budibicara YDPA.", "Bagaimana kedudukan Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Parlimen dalam senarai Tun Dr Mahathir yang tidak menyokong TS Muhyiddin, dalam Bersatu? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya “Melayu Tertipu Lagi”, jika mereka tidak mengikut pendirian parti, singkirkan mereka.", "Pagi ini, saya teruja melihat pemimpin-pemimpin UMNO. PAS dan Bersatu bersama-sama ke Istana Negara untuk menubuh kerajaan baru. Di harapkan ia berkekalan. GPS dan Warisan eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Tun Dr Mahathir ke mana sahaja yang dibawanya. Sudah tiba masanya beliau ditinggalkan atau disingkirkan.", "Beliau telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi PM: menyebabkan krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja sebanyak dua kali; menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas; menyebabkan UMNO dibatalkan; bergaduh dengan Tun Musa Hitam; bergaduh dengan DS Anwar; bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi; bergaduh dengan DS Najib; menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada DAP; menyebabkan krisis Perlembagaan lagi sekarang; mencabar YDPA; masuk keluar UMNO entah berapa kali. Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.", "Kita mulakan hari baru, tanpa Tun Dr. Mahathir, DS Anwar dan Lim Kit Siang.", " ", "\n[email protected]\nhttp://www.tunabdulhamid.my\nhttps://tunabdulhamid.me" ]
https://umno-online.my/2020/02/25/bubar-parlimen-pilihan-terbaik-untuk-rakyat/
[ "Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendokong sepenuhnya pendirian kepimpinan tertinggi UMNO bersama rakan Muafakat Nasional PAS, dan Barisan Nasional MCA, MIC dan PBRS untuk memohon perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mempertimbangkan untuk Parlimen dibubarkan.\n\nSokongan Pemuda UMNO adalah berpandukan kepada 5 ASAS berikut:", "1. Kemelut politik negara yang berpunca daripada runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan setelah 21 bulan memerintah, disebabkan perbalahan kronik dalaman sesama kepimpinan parti-parti komponen PH mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri merupakan suatu yang amat memalukan dalam sejarah politik tanahair.", "2. Kegagalan Tun Mahathir mengurus hanya empat parti komponen PH, memperkukuhkan lagi kewajaran untuk tidak diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menerajui apa yang dicadangkan Tun Mahathir untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.", "3. Suara rakyat tidak sesekali boleh diketepikan hanya untuk memenuhi hawa nafsu beberapa kerat individu yang rakus untuk berkuasa dan menduduki kerusi Perdana Menteri sehinggakan tercetusnya krisis politik yang memudaratkan negara ketika ini.", "4. Dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan PH sebelum ini yang ternyata gagal dalam mensejahterakan rakyat baik dari segi ekonomi, kos sara hidup yang kian meruncing, pentadbiran, kedaulatan undang-undang (Rule of Law) dan hubungan luar negara, memerlukan mandat baru daripada rakyat.", "5. Kegagalan Kerajaan PH sebelum ini menguruskan isu-isu yang menyentuh sensitiviti Agama, keharmonian antara kaum dan institusi-institusi teras negara termasuk institusi Raja-Raja Melayu, cukup meresahkan rakyat selama 21 bulan PH memerintah.", "Justeru berasaskan 5 perkara di atas, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian betapa perlunya mandat dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu dengan barisan kepimpinan negara yang tidak lagi sewenang-wenangnya memperjudikan nasib mereka hanya kerana perebutan ‘takhta’ kerusi Perdana Menteri.", "Kami dengan ini rendah diri memohon limpah perkenan KDYMM SBP Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan untuk Parlimen dibubarkan bagi membolehkan mandat baharu diperolehi daripada rakyat melalui Pilihanraya Umum.", "Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia", "25 Februari 2020", "#BubarParlimen" ]
https://umno-online.my/2020/02/25/dap-amanah-pusing-sokong-tun-m-lawak-jenaka-hipokrasi-atau-desperado/
[ "BERDASARKAN pemerhatian dan laporan, yang paling kuat mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, khususnya di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu, adalah pemimpin-pemimpin Amanah dan Dap.", "Alih-alih, bila Tun Dr Mahathir sudah meletakkan jawatan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng, pula menonjolkan Amanah dan Dap sebagai yang paling kuat menunjukkan sokongan supaya Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.", "Dalam kenyataan media segera Mohamad Sabu, beliau menyebut “Parti Amanah Negara (Amanah) ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia”. Baca di sini:\n", "Dalam kenyataan media segera Lim Guan Eng pula, beliau menyebut “Dap berhasrat untuk mengesyorkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia”. Tonton di sini:\n", "Tertanya-tanya pula saya di dalam kategori manakah kenyataan-kenyataan ini boleh dimasukkan:", "A. Satu lawak jenaka?\nB. Satu perlakuan hipokrasi?\nC. Satu tindakan desperado?", "Dr Kamarul Zaman Yusoff" ]
https://umno-online.my/2020/02/24/kerajaan-pintu-belakang-ph-gagalkan-ph/
[ "", "Landskap politik negara dijangka mengalami perubahan yang besar dengan suhu politik semakin memanas. Saya ingin menyentuh ringkas kononnya bakal tercetus kerajaan pintu belakang yang membawa konotasi pengkhianatan terhadap mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU 14.", "Kerajaan pintu belakang ialah sebuah kerajaan yang dibentuk secara rahsia, secara senyap-senyap dan tidak jujur.", "Menarik untuk ditinjau apa yang berlaku pada saat dan ketika ini.", "Mengapa ura-ura kerajaan baharu ingin dibentuk? Sebab utamanya ialah kehendak rakyat itu sendiri yang mahukan perubahan drastik dilakukan oleh pentadbiran yang ada sekarang.", "Negara seperti tiada hala tuju dan keadaan ekonomi yang semakin membengkak sehinggakan prestasi banyak syarikat termasuk yang berkaitan kerajaan terjejas teruk. Bacalah kesemua indikator ekonomi utama, banyak yang menunjukkan penurunan walau pun pentadbiran PH begitu bangga dengan laungan pembaharuan atau reformasi institusi.", "Siapa yang mengkhianati rakyat sebenarnya? Siapa yang membelakangi kehendak rakyat umpamanya? Pentadbiran PH wajar menyalahkan diri mereka sendiri kerana merekalah yang sebenarnya petualang utama yang menjatuhkan pentadbiran mereka sendiri.", "PH GAGALKAN PH!", "Itulah yang berlaku! Perkara ini tidak berlaku sekiranya mereka benar-benar menjalankan tugas mereka dengan baik. Tetapi mereka menipu rakyat, mereka kaki fitnah dan sengaja membuat persepsi yang salah. Mereka jugalah yang menindas rakyat dan merompak duit poket rakyat dengan memanjangkan konsesi tol PLUS dan kenakan pelbagai cukai yang membebankan.", "Apakah Muafakat Nasional yang menipu orang muda dengan janji nak hapuskan PTPTN ? Siapa yang janji nak sediakan peluang kerja untuk anak muda? Siapa yang janji nak hapuskan hutang FELDA?", "Siapa yang janji nak amalkan tender terbuka? Sekarang siapa yang lebih suka buat rundingan terus?", "Siapa pula yang mengkagumi perjuangan komunis? Siapa yang menyokong ideologi pengganas dan teroris? Siapa yang lelong aset negara? Siapa yang tambah hutang purata RM 10 bilion setiap bulan?", "PH GAGALKAN PH!", "Muafakat Nasional tetap dengan agendanya mahu menang pilihanraya dan mengambil alih kuasa di Putrajaya. Itu bukan rahsia. Tapi itu tidak bermaksud mereka menggunakan pintu belakang.", "YDP Agong memainkan peranan utama memastikan perlembagaan dan undang-undang dipatuhi.", "Perdana Menteri masih orang yang sama. Perlembagaan memberi kuasa kepada beliau untuk membentuk kerajaan. UMNO/BN dan PAS juga mendapat mandat rakyat. Muafakat Nasional mempunyai 60 kerusi Parlimen. Mereka kuat dengan disokong oleh hampir 5 juta ahli parti.", "Muafakat Nasional tetap dengan misinya mahu menyelamatkan negara dari tangan DAP laknatullah. Perlembagaan dan undang-undang tidak menghalang proses demokrasi ini dari berlaku.", "Fikirkanlah.", "Dato’ Dr Alexander Noor" ]
https://umno-online.my/2020/02/22/aset-umat-islam-apa-kesudahannya/
[ "SUDAH setengah abad Tabung Haji (TH) berperanan menguruskan secara komprehensif dan sistematik untuk rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji.", "Penubuhan TH bermula atas kesedaran bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat di negara ini menyimpan wang untuk mengerjakan haji kerana pada ketika itu tiada institusi kewangan Islam untuk umat Islam menyimpan wang bagi menunaikan haji.", "Dengan tertubuhnya TH, urusan ibadat haji rakyat negara ini menjadi lebih mudah dan teratur. Malah, bagi mereka yang pertama kali ke Tanah Suci pun tidak perlu bimbang kerana TH mengurus semua keperluan mereka.", "Idea penubuhan TH dicetuskan oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz, bermula dengan kajian dan memorandum bersejarah bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal–Bakal Haji” kepada kerajaan Malaysia pada Disember 1959.", "Memorandum ini mencadangkan penubuhan sebuah badan yang boleh menyimpan wang serta menguruskan perjalanan bakal haji ke Mekah. Tabung ini akan memberi pembahagiaan keuntungan bukan pembayaran bunga (riba’) kepada penabung.", "Ungku Aziz pernah menyatakan “Saya tahu Islam mengharamkan bunga (riba), iaitu bayaran tetap bagi kegunaan pinjaman wang, tetapi tidak melarang sebarang bentuk pembahagian keuntungan yang tidak ditetapkan semasa pinjaman. Jadi soal ini serta soal wang untuk ke Mekah yang saya mahu satukan”.", "Cetusan dan kesedaran ini akhirnya direalisasikan pada September 1962, Rang Undang-Undang Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji telah diluluskan Parlimen. Maka lahirlah Tabung Haji yang kita dibanggakan selama ini.", "Kisah kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Tabung Haji (TH) sebagai sebuah institusi Haji terbesar negara menjadi kebanggaan rakyat dan menjadi ikutan daripada negara Islam lain.", "Sehingga tahun 2017, Tabung Haji telah menguruskan deposit melebihi RM73 bilion, mempunyai lebih daripada 9.4 juta pendeposit dan 125 cawangan dengan hampir 10,000 ‘touch-points’ di seluruh negara.", "Perniagaan TH tidak hanya tertumpu kepada pengurusan Haji di dalam negara sahaja, malah turut menceburi bidang pelaburan di luar negara. Antaranya di Indonesia dalam sektor perladangan, dan di United Kingdom serta Australia dalam sektor kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas, hospitaliti, pelaburan hartanah dan pembinaan.", "Berpuluh tahun kerajaan BN berusaha membina TH, menambah jumlah aset dimiliki TH yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pendeposit TH.", "Di sebalik kejayaan tersebut terpalit mimpi ngeri kepada TH. Semenjak Pakatan Harapan mengemudi negara, aset-aset bernilai TH mula dijual satu-persatu tanpa mengambil kira sensitiviti pendeposit dan umat Islam.", "Belum pun reda dengan isu penjualan ladang Tabung Haji Plantations, kini tular pula di media sosial berkaitan dengan penjualan atau pindah milik empat rangkaian hotel kepunyaan TH iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu. Semua hotel-hotel ini berada di lokasi strategik bahkan berdekatan dengan lapangan terbang.", "Malah laporan kewangan juga menunjukkan setiap tahun hotel-hotel ini mengaut keuntungan dalam perniagaannya.", "Namun penjelasan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab mengelirukan rakyat. Hotel-hotel tersebut tidak dijual, ia hanya dipindah milik dan diteruskan operasinya di bawah pengurusan baharu yang dijenamakan semula.", "Saya berpandangan sama ada dijual atau dipindah milik, ia bukan lagi menjadi milik umat Islam yang menabung dengan TH.", "Ia sudah menjadi milik Urusharta Jamaah Property Management Sdn Bhd (UJPM) sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan (MOF). Apabila kita sudah tidak memiliki, UJPM yang mengambil alih aset-aset tersebut berhak melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka. Hendak dijual, dihentikan operasi, dibuang pekerja sedia ada, diubah konsep patuh syariah kepada sebaliknya itu hak mereka.", "Ini suatu bukti kegagalan PH mempertahankan aset milik orang Islam yang bermula dengan modal daripada pendeposit Muslim dipindahkan kepada pemilikan kerajaan yang tentunya mewakili Muslim dan bukan Muslim sedangkan ia sepatutnya kekal menjadi milik Muslim kerana ia bermula dengan Muslim dan menjadi aset umat Islam.", "Sudahlah kadar hibah tahun lepas yang terendah iaitu 1.25 % kini aset pulak dipindah milik, seolah- olah pendeposit TH “sudah jatuh ditimpa tangga”. Walau apapun alasan yang diberikan oleh kerajaan, rakyat ternanti-nanti apakah kebenaran di sebalik tragedi ini.", "Menteri yang bertanggungjawab wajib hentikan aktiviti menjarah dan pindah milik aset-aset umat Islam. Adakah ia satu konspirasi terancam bagi melumpuhkan ekonomi umat Islam?", "Rakyat sudah menolak politik menyalahkan pihak lain atas kegagalan tadbir urus, hentikan politik menyalahkan kerajaan terdahulu kononya punca kepada kemelut yang dihadapi oleh Tabung Haji pada ketika ini.", "Rakyat mula menilai siapakah sebenarnya yang mengkhianati Tabung Haji, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH)?", "UMNO konsisten mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja (RCI) ditubuhkan untuk membuat siasatan dan kajian secara terperinci mengenai tuduhan dan dakwaan salah laku kononnya pentadbiran terdahulu yang menyebabkan TH mengalami kerugian dan segala pelan tindakan yang dibuat termasuk penjualan aset- aset umat Islam merupakan pelan pemulihan TH.", "Apakah dinamakan pemulihan jika aset-aset TH milik umat Islam dipindah milik kepada pihak lain dengan sewenang-wenangnya?", "Tahniah kepada seluruh pimpinan UMNO dan PAS peringkat akar umbi, bahagian dan pusat secara konsisten memberikan penjelasan dan penerangan dalam isu ini demi kepentingan umat Islam.", "Saya yakin kepincangan demi kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan PH, memberikan kelebihan kepada kita sebagai pembangkang khususnya Muafakat Nasional.", "Dengan syarat kita mampu senada dan seia dalam menguruskan setiap isu yang timbul.", "Alhamdulillah, pagi tadi saya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO Islam yang menyuarakan keprihatinan dan kebimbangan mereka dengan situasi politik semasa.", "Insya-Allah Muafakat Nasional dan NGO Islam akan saling bergandingan mencari titik persamaan dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan ummah.", "Perbezaann ‘ikhtilaf’ adalah sunnatullah yang pasti terjadi dan tidak dapat dielakkan, kepelbagaian sudut pandang dan idea adalah satu kelumrahan dalam setiap urusan dan isu. Apa yang penting adabul ikhtilaf wajib dijaga dalam setiap perbezaan demi kepentingan ummah. Ia juga bagi mengelak berlakuanya perpecahan dan pertikaian sesama sendiri.", "Sepertimana firman Allah yang bermaksudnya “Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi (berorganisasi) seolah-olah mereka sebuah bangunan yang terbina kukuh.” (as-Saff- 4)", "Sesuatu yang mustahil jika tiada langsung pertikaian dan perselisihan dalam sesuatu keputusan dan pandangan yang dibuat khususnya dalam organisasi politik yang begitu dinamik bentuknya.", "Namun jika kita merujuk kepada gagasan “Umran al- Alam” yang dihuraikan oleh Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah. Gagasan “Umran al- Alam” boleh dijadikan sebagai rujukan dan teras kepada pembangunan umat dan negara melalui Muafakat Nasional.", "Kita jadikan Muafakat Nasional platform atau pentas terbaik bagi UMNO, PAS, BN, Gagasan Sejahtera dan NGO Islam bagi menarik sokongan dan membina keyakinan rakyat kepada Muafakat Nasional. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nPresiden UMNO", "#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia\n#muafakatmenujukemenangan\n#secangkirkopi44" ]
https://umno-online.my/2020/02/20/siapa-khianat-tabung-haji-bn-atau-ph/
[ "", "Kemelut yang melanda Tabung Haji (TH) hari ini bukan berpunca dari penyelewengan, curi duit atau pelaburan palsu seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan Harapan (PH).", "2. Keuntungan Bersih TH pada 2017 ialah RM3,412 juta, RM2,486 juta (2016), RM3,536 juta (2015), RM2,979 juta (2014).", "3. Manakala Hibah yang dibayar menggunakan peruntukan sejumlah RM3,324 juta (2017), RM2,871 (2016), RM3,220 juta (2015) dan RM3,237 juta (2014). Terlebih bayar hibah berbanding keuntungan pada 2014 dan 2016 telah di offset dengan pengurangan hibah pada 2015 dan 2017.", "4. Justeru adalah sangat tidak benar dakwaan seorang ekonomis populis pro-PH yang pergi memberi tahu orang kampung bahawa TH di bawah BN beroperasi seperti sistem Pak Man Telo atau skim piramid; yang menggunakan wang pelabur bagi membayar dividen.", "5. TH adalah satu institusi pelaburan besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit setahun. Ia tidak sama langsung dengan skim Pak Man Telo atau mana-mana skim Piramid seperti cuba digambarkan oleh ekonomis ini. Skim Piramid tidak mempunyai pelaburan luar yang mampan dan mencatatkan keuntungan.", "6. Kemelut TH bukan sebab Azeez Rahim curi duit atau berlaku penyelewengan berbilion ringgit. TH menjadi kontroversi kerana PH memerlukan naratif politik bahawa UMNO khianat institusi melayu dan Islam.", "7. Apabila PH menjadi kerajaan, orang Melayu/Islam tidak mempercayai mereka dan melihat PH sebagai ikatan politik yang didominasi oleh DAP.", "8. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana 70% orang Melayu tidak mengundi PH. Perdana Menteri Melayu PH datang dari parti yang mempunyai mempunyai kerusi tidak sampai separuh dari DAP. Jawatan-jawatan penting diberikan kepada mereka yang berasosiasi dengan DAP.", "9. Justeru PH perlukan batu loncatan untuk menarik sentimen orang Islam di negara ini. Salah satu naratif ialah TH kerana agensi ini sangat dekat dengan hati dan emosi umat Islam.", "10. Maka dibesar-besarkan aset semasa kurang dari jumlah wang pendeposit. Digembar-gemburkan TH telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 kerana membayar hibah walaupun liabilitinya melebihi aset.", "11. Benar ini berlaku. Tapi ini bukan kehilangan wang seperti cuba dikelirukan oleh PH. Kebanyakan aset TH yang rosot nilai ialah pegangan saham di Bursa Malaysia. Ia boleh berubah bila saham meningkat kembali.", "12. Ambil contoh, rosot nilai aset TH pada 2017 ialah RM4.1 bilion meningkatkan kepada RM10 bilion pada 2018 apabila Bursa Malaysia jatuh teruk akibat kegagalan pentadbiran PH.", "13. Namun kita tahu sebahagian aset yang mengalami rosot nilai atas kertas ini memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun.", "14. Ambil contoh Malakoff, TH beli sahamnya 500 juta saham pada harga RM1.80 sesaham, namun pada penghujung 2018, akibat kegagalan pentadbiran PH, Bursa Malaysia merosot dengan teruk, maka harga sahamnya jatuh kepada 80 sen seunit. Ia bermakna TH rugi atas kertas RM500 juta.", "15. Kerugian TH ini hanya atas kertas. Jika tahun hadapan saham ini meningkat semula maka aset TH akan kembali meningkat. Namun dalam masa yang sama TH mendapat dividen sekitar RM30 juta setahun daripada Malakoff.", "16. Kini apabila saham Malakoff dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dividen sekitar RM30 juta setahun ini akan diterima oleh syarikat ini. UJSB tidak perlu membayar sesen pun kepada TH kecuali pada Sukuk yang tamat pada 7 dan 10 tahun lagi.", "17. Siapa tidak mahu berniaga bagi satu sijil hutang dan anda dapat RM30 juta setahun?", "18. Ambil contoh kedua, TH telah membeli tanah di Tun Razak Exchange dengan harga RM186 juta. UJSB di bawah Kementerian Kewangan telah mengambil alih tanah ini dengan memberi satu surat hutang sebanyak RM400 juta kepada TH yang perlu dijelaskan dalam tempoh 7 atau 10 tahun.", "19. Tanah ini telah dinilai mempunyai GDV minima sekitar RM900 juta apabila dibangunkan kelak. Bayangkan berapa banyak sub projek yang akan diwujudkan di bawah pembangunan ini. Jika di bawah TH ia akan memberi peluang kepada usahawan dan kontraktor Islam. Apabila di bawah SPV bawah kawalan MOF, anda fikir sendirilah.", "20. Siapa pun boleh berniaga macam UJSB ini. Tidak perlu keluar apa-apa modal. Bagi dua kertas Sukuk tanpa jaminan, anda dapat perniagaan yang bernilai berpuluh bilion ringgit.", "21. Sekarang orang Islam fikir sendiri siapa khianat Tabung Haji, Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2020/02/18/percanggahan-kenyataan-antara-tabung-haji-thhr-dan-mujahid/
[ "", "SETELAH tular surat penamatan operasi dan hospitaliti 4 Hotel Tabung Haji di bawah Kumpulan TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR), sehingga menimbulkan keresahan rakyat, hari ini Lembaga Tabung Haji tampil menjelaskan melalui kenyataan medianya.", "Namun, setelah meneliti kenyataan rasmi pihak TH tersebut, ternyata wujudnya percanggahan antara kenyataan awal pihak THHR yang tular, kenyataan rasmi TH bahkan dengan kenyataan YB Menteri Dr Mujahid sendiri termasuk kenyataan Blogger upahan yang dimuatnaik oleh Menteri dalam status Facebook beliau.", "Persoalannya:", "1. Kenapa begitu jelas percanggahan kenyataan TH Hotel (THHR) dan kenyataan YB Menteri dengan kenyataan terbaru TH? (Dalam kenyataan THHR, 4 hotel TH telah ditamatkan operasinya, sedangkan TH dakwa tidak tamat, hanya tukar pengendali operasi manakala Menteri pula kata terpaksa dijual kerana tidak berdaya maju!)", "2. Apakah maksud TH tidak menutup operasi dan hanya memindahkan milik hotel-hotel terbabit kepada UJSB?Bukankah dalam dokumen perjanjian Sukuk, TH selaku pemegang Sukuk tidak mempunyai sebarang hak atau klaim ke atas sebarang keuntungan atas aset-aset yang telah dipindah milik kepada UJSB?", "3. Dengan kata lain, TH secara asasnya sudah hilang pemilikan ke atas aset-aset atau hotel-hotel terbabit? Bahasa mudah difahami orang awam sudah terjual! Lebih jelas apabila namapun bukan lagi TH Hotel tapi Raia Hotel!", "4. Apakah jaminan hotel-hotel yang begitu dekat dengan hati umat Islam ini tidak akhirnya jatuh pemilikannya ke tangan orang lain setelah jelas pemilikannya kini berada di bawah UJSB?", "5. Apakah keperluan UJ Property Management Sdn Bhd ditubuhkan oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) walhal SPV yang diwujudkan dibawah Kementerian Kewangan itu sepatutnya berperanan hanya untuk menstrukturkan kembali kewangan TH dengan mengurangkan komitmen Kerajaan dan bukannya menambah risiko yang boleh menjejaskan pemulihan aset TH?", "6. Apakah keperluan untuk UJSB syarikat milik Kementerian Kewangan tiba-tiba menubuhkan UJ Property Management Sdn Bhd yang terlibat secara langsung dalam industri perhotelan sedangkan alasan awal diwujudkan SPV UJSB hanyalah untuk memulihkan kewangan TH, bukan akhirnya semacam bersaing pula dengan THHR? Adakah penubuhan syarikat pengurusan ini satu langkah untuk memudahkan proses penjualan 4 hotel tersebut dengan cara menjual semua kepentingan saham dalam syarikat ini kepada pihak swasta?", "Persoalan-persoalan di atas perlukan jawapan tuntas YB Menteri dan pihak TH kerana kenyataan media terbaru dilihat semacam cuba melakukan pusingan U setelah terkantoi dengan tularan surat awal berkenaan penamatan operasi Hotel-hotel TH.", "Lebih merisaukan ialah tiada lagi jaminan ke atas pekerja-pekerja THHR setelah berpindah hak milik hotel kepada UJ Property Management Sdn Bhd.", "YB Menteri juga tidak boleh lagi cuba berselindung di sebalik tentera siber upahan dengan menafikan sebarang penjualan hotel-hotel terbabit setelah disahkan sendiri oleh kenyataan rasmi TH ini. Tampillah sebagai PEJUANG! – UMNO-ONLINE", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/02/12/unjuran-pertumbuhan-ekonomi-kdnk-kerajaan-ph-tersasar-lagi-tok-mat/
[ "BANK Negara telah mengumumkan bahawa Ekonomi Malaysia hanya meningkat 3.6% pada suku keempat 2019, iaitu kadar yang paling lemah sejak 10 tahun lalu.", "Hal ini bermakna pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh 2019 sebanyak 4.3%.", "Prestasi ini jauh lebih rendah daripada ramalan Menteri Kewangan PH sebanyak 4.9% (dalam Ucapan Belanjawan 2019) dan juga tersasar dari ramalan dalam Ucapan Belanjawan 2020, iaitu 4.7%.", "Pertama, angka ini membuktikan sekali lagi bahawa Menteri Kewangan PH tidak dapat meramalkan pertumbuhan ekonomi secara realistik dan objektif.", "Malah, Menteri Kewangan terbukti terlalu optimistik.", "Kedua, Belanjawan Negara 2019 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana hasil kerajaan jelasnya tidak dapat menepati sasaran.", "Maka, rakyat tidak dapat menikmati janji-janji yang ditabur dalam Belanjawan secara sepenuhnya.", "Ketiga, persoalan yang perlu kita ketengahkan ialah mengapakah penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang sepatutnya ‘merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan’ tidak dapat menyelamatkan prestasi ekonomi negara yang semakin merudum?", "Keempat, Menteri Kewangan telah mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pesat pada tahun 2020 iaitu sebanyak 4.8%.", "Namun, adakah unjuran ini dapat dipercayai memandangkan unjuran tahun 2019 salah untuk dua tahun berturut-turut?", "Yang lebih membimbangkan lagi, ekonomi negara kini diimpak besar oleh penyebaran wabak koronavirus.", "Adakah Kerajaan PH masih terlalu optimistik sehingga tidak bersedia untuk menangani isu aliran tunai operasi perniagaan?", "Seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara, pertumbuhan KDNK suku keempat 2019 merupakan pertumbuhan terendah sejak krisis kewangan 2009 berikutan gangguan bekalan dalam sektor komoditi termasuk kejatuhan pengeluaran kelapa sawit, minyak mentah dan gas asli.", "Bagaimanakah Kerajaan PH akan merangsang pertumbuhan sektor komoditi terutamanya sektor kelapa sawit dan getah?", "Adakah rakyat luar bandar yang kebanyakkannya bergantung kepada sektor komoditi ini akan terus ditindas, memandangkan kos hidup semakin meningkat? – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Utama Mohamad Hasan\nTimbalan Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2020/02/06/polemik-pakatan-nasional/
[ "\nSehari dua ini, agak gawat dengan polemik kononnya sebuah pakatan baharu di namakan PAKATAN NASIONAL akan dibentuk melibatkan parti pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM) dan beberapa parti lain termasuk PAS dan UMNO (Muafakat Nasional).", "Hairannya dari mana datangnya nama ini? Idea siapa?", "Besar kemungkinan polemik ini sebenarnya berpunca dari berlakunya beberapa “perbincangan” tertutup di kalangan UMNO khususnya menjelang mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) esok, Jumaat 7/2/20 jam 3.00ptg\n\nSebenarnya memang pernah ada diskusi tapi segala “perbincangan” ini masih bersifat “brainstorms”dan dianggap di peringkat AWAL DAN SPEKULATIF,SATU PERSIAPAN MENGHADAPI KEBARANGKALIAN.", "Selagi mana PAKATAN HARAPAN (PH) kekal sebagai satu “coalition” yang telah pun berjaya membentuk kerajaan berikutan mandat yang diberikan rakyat pada PRU 14 lalu,Selama itulah teori-teori PAKATAN NASIONAL ini hanyalah satu teka-teki dan polimik politik.", "Segala ura-ura pembentukan kerajaan lain selain PH, tidak ada asas sama sekali KECUALI DAN HANYA APABILA “PH GAGAL UNTUK KEKAL SEBAGAI SATU GABUNGAN”5 parti politik yang bersatu (PPBM, PKR, DAP, PAN DAN WARISAN..) melainkan PERDANA MENTERI SEMEMANGNYA MEMPUNYAI RANCANGAN LAIN SETELAH MELIHAT PH GAGAL ATAU ANGGOTANYA MENIMBULKAN MUDARAT KEPADA KEPENTINGAN NASIONAL seperti yang pernah di sebut beliau satu ketika dulu, iaitu beliau tidak teragak-agak meninggalkan PH kalau ahlinya bertindak bertentangan dgn kepentingan nasional.Wallahuaklam", "Sehingga saat itu, segala ura-ura, cakap-cakap dan polemik adalah pra matang.", "Situasi sama ada PH kekal sebagai satu entiti yang bersatu dan memerintah,atau Sebaliknya banyak bergantung kepada PERDANA MENTERI itu sendiri. Bukannya sesuatu yang ditentukan blok pembangkang.", "Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan seorang PM yang telah mengangkat sumpah memegang jawatan, BERHAK MEMBENTUK KABINETNYA DAN TERUS MENTADBIR selagi beliau, pada hemat DYMM SPB YDPA, mempunyai sokongan majoriti AHLI DEWAN RAKYAT (ADR).", "Dalam kes ini,saya percaya Tun Dr Mahathir masih mempunyai mandat dan sokongan yang cukup untuk meneruskan tugasnya.", "Isunya mungkin berkait proses PERALIHAN KUASA yang disebut-sebut ketika ini daripada PM7 kepada bakal PM8, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).", "Walaupun PH ada rancangan menggantikan Tun Dr Mahathir dengan DSAI, perkara itu sebenarnya tidak boleh dilakukan MELAINKAN TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN SYARAT DALAM PERLEMBAGAAN, iaitu DSAI memerlukan sokongan yang mencukupi dari ahli Dewan Rakyat.", "Masalahnya sekarang, dikhuatiri DSAI TIDAK MEMPUNYAI BILANGAN YANG CUKUP untuk menggantikan Tun Dr Mahathir!", "Ini secara automatik bermaksud Dr Mahathir perlu meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.\n\nSekiranya PM pula kehilangan sokongan daripada PH, ia tetap kekal sebagai PM sekiranya cukup bilangan MP dari blok pembangkang menyokong beliau bersama 25 AHLI DEWAN RAKYAT (ADR) PPBM DAN BEBERAPA ORANG ADR DARI FRAKSI PKR-AA.", "Agaknya Dari situlah timbulnya isu KEMUNGKINAN WUJUD SATU MUAFAKAT ATAU COALITION YANG BAHARU.", "Saya fikir,hal ini hanya perlu dibincang BILA uwjud situasi sedemikian.", "Sebaliknya banyak polemik sehari dua ini berlegar dalam sentimen MARAH KEPADA TUN DR MAHATHIR. Ini boleh difahami, kerana populariti TM memang menurun, mutakhir ini, namun isu sebenar BUKANLAH ISU MANA-MANA PERSONALITI.", "Yang lebih penting terutama bagi UMNO dan PAS (MN) serta mungkin lain-lain parti juga ialah sejauh mana kerajaan berkemampuan mengurus tadbir negara atau mereka (Kerajaan PH) terjebak dalam dasar dan tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, khususnya peranan DAP yang ternyata banyak merosakkan kepentingan nasional dan sangat tidak disenangi rakyat.", "Saya berpendapat, UMNO dan PAS atas kebersamaan MN boleh membuat ketetapan jika benar-benar ada keperluan dan BILA TIBA MASANYA NANTI. UMNO dan PAS sudahpun beberapa kali berbincang perkara ini. Bagi kita MUAFAKAT NASIONAL itu amat penting dan sangat diharapkan oleh rakyat. Walaupun Pas sudah menyatakan sokongan ADR mereka untuk Tun Dr Mahathir mengekalkan tugasnya sehingga tamat penggal, UMNO sendiri belum memuktamadkan pendiriannya SEHINGGA WUJUD KEADAAN YANG MEMERLUKAN UMNO/BN MEMBUAT KEPUTUSAN.", "Yang pasti pendirian tegas UMNO ialah tidak akan menyokong atau berkerjasama dgn sesiapa sekalipun yang bersamanya ada DAP, dan apa-apa keputusan UMNO mestilah EN BLOC.", "Sekiranya tiada DAP, baharulah UMNO akan mengkaji, itupun mestilah cermat, berhati-hati dan tertakluk kepada syarat dan terma tertentu. TIADA BLANK CHEQUE DARI UMNO..", "Sebuah coalition yang baharu, dengan dasar yang baharu sesuai dengan aspirasi BN/MN, tidak mustahil. Ia bukan pintu belakang sebuah kerajaan sedia ada. Harus pintu depan di rumah baru.", "Perkara inilah yang sememangnya masih BOLEH DAN SEDANG DIBINCANGKAN.", "HANYA Presiden UMNO telah diberi mandat untuk berunding, jika ada keperluan, NAMUN HANYA MKT YANG BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN.", "MKT UMNO harus menunggu laporan dan update dari Presiden terlebih dahulu, kemudian bincanglah semasak-masaknya dgn berhemat dan penuh kebijaksanaan.", "UMNO sudah punya banyak pengalaman membincang dan memutuskan isu besar tanpa sebarang masalah.", "CUMA, USAHLAH SEBELUM DUDUK, SUDAH BERLUNJUR..", "WALAU BERDENTUM GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN USAH DICURAHKAN!!!", "Tan Sri Annuar Musa\n6/2/20" ]
https://umno-online.my/2020/01/29/wabak-koronavirus-antara-kekuasaan-allah-dan-kelemahan-pentadbiran-ph/
[ "BERITA mengenai penularan wabak novel Coronavirus dari Wuhan, China bukan sahaja menggemparkan seluruh Malaysia, malah menjadi isu yang sangat menakutkan diseluruh dunia. Laporan Al Jazeera, CNN, BBC dan beberapa media mega lain menunjukkan betapa parah virus pembunuh itu mampu membunuh manusia dengan pantas, hanya melalui pernafasan dan sentuhan manusia.", "2. Setakat ini, angka kematian mencatatkan hampir 80 orang dan semakin meningkat dari hari ke hari. Angka kes positif koronavirus pula kira-kira 2000 kes termasuk empat kes daripadanya di Malaysia. Rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan serta kegusaran mereka disebabkan beberapa tindakan kerajaan yang masih tidak menjamin apa-apa tentang pengawalan pelancongan China ke negara ini. https://www.google.com/amp/s/www.bbc.co.uk/news/amp/world-asia-china-51259649", "3. Ketika berada di Syria dalam Misi Bantuan Musim Sejuk kepada pelarian Syria, saya melihat satu sudut yang mengubah getar hati mengenai besarnya hikmah, ujian, serta cabaran Allah SWT kepada umat manusia. Di sebalik ujian, terkandung ilmu dan Maha Suci Allah yang berkuasa mencipta sesuatu, seperti terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 155-156 :", "(وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ)", "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.", "(ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ)", "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”", "4. Koronavirus adalah satu ujian terbesar dari Tuhan sekalian alam yang manusia sendiri tidak mampu untuk membendung dengan petikan jari. Ketika ini, para saintis bertungkus-lumus mencari penawar hingga mereka sendiri menjadi keliru, sedih, kecewa. Malah, pakar perubatan yang merawat mangsa juga meninggal dunia akibat jangkitan virus di hospital Wuhan semasa menjalankan tugas menyelamat manusia.", "5. Ia justifikasi kepada kuasa Allah, yang berkuasa menjadikan dunia ini seaman-aman dunia, dan sekelip mata Dia mampu jadikan dunia milikNya ini menjadi huru-hara.", "6. Apakah kita pernah berfikir mengapa ini terjadi? Sedangkan Allah berfirman", "(… فَٱعۡتَبِرُوا۟ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَبۡصَـٰرِ)\nAmbillah pengajaran wahai orang-orang yang mampu melihat.", "[Surat Al-Hashr: 2]", "7. Jawapannya terletak pada diri kita sendiri yang khianat kepada diri dan melakukan kerosakan kepada diri sendiri. Kita mempersendakan hukum, kita menggalakkan LGBT, mempersendekan Al-Quran, kita memperlekehkan junjungan Nabi, malah kita sering menganggap hidup kita langsung tiada kena mengena dengan spiritual dan Islam. Baru-baru ini di negara kita sendiri pendidikan agama selama empat hari seminggu diperlekehkan, tulisan Jawi dijadikan bahan tentangan, dan aktiviti agama di sekolah dianggap membebankan oleh sesetengah pihak.", "8. Paling ketara adalah politik dunia kita sendiri yang mengutamakan kemajuan fizikal, tanpa menitik beratkan perihal rohani dan spiritual serta mengisi kelopongan jiwa manusia yang semakin lompong dari nilai ketuhanan dan akhlak Islam.", "9. Di dalam kekalutan ini, ketika inilah rakyat memberi harapan penuh kepada politik dan kerajaan Malaysia untuk mencegah, membendung, dan mengurus dengan bijaksana. Pengurusan haruslah mengikut akal yang benar serta berpandukan ilmu, bukan tindakan mengejar kekayaan dan keuntungan semata-mata.", "10. Saya terkilan dengan kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang gagal membatalkan visa automatik pelancongan China, sedangkan realiti sudah mereka tahu betapa tingginya ketakutan rakyat Malaysia dalam menerima ancaman yang cukup bahaya.", "11. Sedangkan Filipina secara tegas menjaga nyawa rakyatnya dengan ‘menghalau’ balik pelancong dari Wuhan agar keberangkalian virus pembunuh tidak merebak ke dalam tiap tubuh badan rakyat Filipina. Russia juga dengan tegas menyekat kemasukan warga China dengan pembatalkan penerbangan mereka melibatkan pelancong tanah besar China dan mengetatkan sempadan agar tiada siapa dari Wuhan lolos memasuki negaranya. Hong Kong mengisytiharkan darurat selepas larangan pelancong Wuhan ke negara mereka untuk keselamatan warga mereka.", "11. Sementara di Malaysia, betapa rapuh mereka mentadbir dengan mempertaruhkan nyawa rakyat Malaysia dengan dogma kepada rakyat ‘ia tidak apa-apa’ sedangkan musibah sains itu tidak pernah wujud penawar hingga kini! Beberapa pelancong Wuhan yang dijangkiti virus telah pun lolos dari Singapura ke Malaysia dengan jalan darat hingga terpaksa dirawat di Hospital Sungai Buloh dan merisikokan warga kerja dan pesakit di Sg Buloh.", "12. Dahulu, PH mendabik dada menyatakan mereka berada dalam kebenaran apabila menuduh Barisan Nasional (BN) menjual negara kepada China. Sekarang, ianya menjadi karma apabila virus Koronavirus turut menyerang Malaysia dan kerajaan baharu pula seolah-olah ‘menjual nyawa orang Malaysia’.", "13. Berapa banyak lagi kerosakan yang mahu dilakukan wahai kepimpinan negara?", "14. Apakah kematian dan penyakit berjangkit yang diuji Allah mengatasi Sains, tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kita?", "15. Kepimpinan dan politik harus kembali kepada dasar yang betul seperti disyorkan dalam Al-Quran kerana kalam Allah lebih lengkap dan terdiri bermacam ilmu untuk dijadikan panduan.", "16. Politik juga adalah dari rakyat, maka kepada rakyat politik itu harus menyumbang bakti. Politik yang baik juga perlu berorentasikan rakyat, bukan keegoaan ahli politik itu sendiri.", "17. Sama-sama kita merasa insaf dan mengambil dugaan ini dengan penuh keperluan ilmu, serta menjaga kebersihan diri agar terhindar dari serangan kematian ini.", "18. Solidariti Muafakat Nasional akan terus bersandarkan kebajikan, keselamatan yang selari dengan pembangunan rakyat berteraskan ilmu-ilmu serta penghormatan yang setara untuk semua bangsa.", "19. Sesungguhnya kepada Allah jua kita meminta pertolongan dan kepada Allah saya berserah diri. – UMNO ONLINE", "Khaidhirah Dato Seri Abu Zahar\nAhli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/01/25/gadai-tanah-tabung-haji-hilangnya-aset-ummah/
[ "Ramai yang tidak sedar bahawa TH Plantations (anak syarikat Tabung Haji) telah menjual dua subsidiari (termasuk ladang sawit seluas 5,703 hektar) kepada sebuah syarikat bukan bumiputera bernama Tamaco Plantation Sdn Bhd. Jualan ini melibatkan transaksi bernilai RM170 juta [1]", "Semakan kami mendapati 5 pengarah Tamaco adalah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong.", "Terdapat beberapa perkara yang sangat mencurigakan dalam transaksi ini.", "1. TH Plantations tidak pernah rugi sejak tahun 2006 hingga 2017. Ia hanya rugi pada tahun 2018 iaitu selepas kejatuhan besar-besaran harga sawit.", "Soalan, mengapakah ladang-ladang ini dijual jika kerugian syarikat hanya sekali dalam tempoh 12 tahun?", "2. Kos break-even TH Plantations adalah RM2200 per tan. THP rugi pada tahun 2018 apabila harga minyak sawit menjunam ke RM2000 se tan. Tetapi hari ini harga sawit sudah mencecah RM2900/tan (walaupun belum sebaik 2013-2015).", "Soalannya, untuk apa dijual jika tahun ini kita mampu memperoleh keuntungan?", "3. Harga jualan adalah dibawah book value penilaian asal. Dengan bahasa mudah, Tamaco memperoleh ‘diskaun’ selepas pertukaran jurunilai.", "Soalan, sekiranya penjualan ini adalah bagi membaiki ratio ekuiti : hutang, kenapa dijual dengan harga sedemikian? Bukankah sepatutnya dijual dengan kadar sama / lebih tinggi dari harga pasaran?", "4. Bagaimanakah Tamaco boleh dibenarkan membeli ladang-ladang Tabung Haji? Bukankah sepatutnya segala penjualan aset kepada pihak luar / swasta semoleknya melalui proses tender supaya THP mendapat nilai yang terbaik. Adakah ia sudah dibuat?", "5. Sekiranya THP mempunyai kelemahan dalam pengurusan ladang, kenapa THP tidak menjual sebahagian sahaja saham kepada syarikat yang pakar supaya sama-sama boleh menuai hasil apabila proses pemulihan berlaku kelak?", "Kenapa dijual keseluruhan saham? Lihat proses kerjasama antara Proton – Geely yang akhirnya memberi manfaat besar kepada negara.", "6. Kenapa syarikat swasta dipilih bagi transaksi pindah milik ini? Adakah THP sudah berusaha untuk menjual ladang-ladang ini kepada GLC atau GLIC yang berminat?", "Sudahkah tawaran dibuat kepada kerajaan negeri Sarawak atau anak syarikatnya memandangkan ladang ini terletak di Sibu dan Bintulu?", "7. Semakan kami mendapati juga bahawa usia pokok sawit di ladang tersebut adalah purata 5 hingga 11 tahun. Bermakna pokok sawit sedang dalam tempoh matang dan sesuai untuk mengeluarkan hasil maksimum.", "Jadi atas asas apa dijual dengan harga yang dikira rendah?", "8. Menyalahkan projection pengurusan lama yang membeli ladang sawit secara besar-besaran dahulu adalah salah. Tahun-tahun tersebut terutama 2008 adalah kemuncak harga sawit dunia. Pelaburan ke atas sawit adalah sesuatu yang sangat menguntungkan dan terbukti selama hampir 12 tahun.", "Masalah yang berlaku bukan projection pengurusan lama tetapi kegagalan kerajaan hari ini memastikan harga minyak sawit dunia stabil", "9. Alasan paling tidak munasabah adalah ladang-ladang tersebut sangat merugikan maka kena dijual.", "Soalan, kalau merugikan buat apa Tamaco beli? Tamaco adalah syarikat swasta berteraskan keuntungan. Takkan dia nak beli ladang yang tak ada nilai?", "Ini adalah perkara-perkara yang sangat meragukan saya yang memerlukan penjelasan pengurusan Tabung Haji.", "Mujahid tu tak payah jawablah. Ini masalah negara. Bukan masalah janda merajuk", "—", "Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nMasjid Tebauk, Kuala Terengganu", "Rujukan:", "[1] https://www.sinarharian.com.my/article/67230/BISNES/TH-Plantations-jual-aset-untuk-kukuhkan-kewangan", "[2] TH Plantations Berhad- Announcement On Proposed Disposals of 100% Equity Shares in BSV and", " ", "MW", "\n\nBerita Berkaitan\n \n\n" ]
https://umno-online.my/2020/01/24/harga-sebuah-kemenangan-yang-disyukuri/
[ "ALHAMDULILLAH, syukur atas kemenangan ini, terima kasih pengundi Parlimen Kimanis atas sokongan dan kepercayaan anda kepada Barisan Nasional (BN). Kemenangan Datuk Mohamad Alamin dengan majoriti 2,029 merupakan satu testimonial politik bagi orang Kimanis dan rakyat Sabah amnya. Ia juga sebagai kesinambungan daripada siri-siri kemenangan UMNO, BN dan Muafakat Nasional pada pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini.", "Sesuatu di luar jangka apabila PRK Kimanis telah mencatat peratusan yang keluar mengundi sebanyak 79.92 peratus, tertinggi berbanding sembilan PRK sebelum ini. Malah melebihi jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mensasarkan 70 peratus sahaja. Saya yakin bagi mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh berkempen di PRK Kimanis pasti dapat merasai kelainan berkempen di sini, malah saya sendiri dapat merasai keunikan tersebut apabila bertemu dan beramah mesra dengan pengundi. Bahkan bukan sesuatu yang mudah untuk kita menilai dan meneka tahap penerimaan dan penolakan pengundi kepada mana-mana calon yang bertanding. Malah Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim mengakui pihaknya telah terkhilaf di Kimanis “Setelah sekian lama Ilham Centre mengekalkan ketepatan dalam meramal pemenang dalam siri-siri PRK, kami terkhilaf di Kimanis,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.\n\nPeratusan pengundi muda yang mengundi calon BN juga meningkat melebihi 60%. Ini adalah petanda baik kepada BN bagi menarik lebih ramai lagi pengundi muda menyokong dan bersama BN dalam PRU ke15 nanti. Adakah penolakan anak muda terhadap calon Warisan adalah sebagai tanda protes mereka terhadap dasar kerajaan negeri dan Pakatan Harapan (PH)?", "Sesuatu yang memeranjatkan apabila tiba-tiba Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS). Sedangkan sebelum ini mereka mempertahankannya atas alasan sebagai penambahbaikan kepada sistem sedia ada. Menurut Ketua Menterinya “keputusan terbabit dibuat selepas Kerajaan Negeri mengambil kira faktor suara rakyat Sabah yang menolak PSS termasuklah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis”. Tahniah kepada rakyat Sabah, Kimanis membuktikan perjuangan menentang pelaksanaan PSS tidak sia-sia. Akhirnya kerajaan negeri terpaksa akur dengan tuntutan rakyat. Inilah yang dikatakan suara rakyat suara keramat, jika rakyat sudah memutuskan kehendak mereka tiada siapa yang mampu menghalangnya. Lapan Puluh tahun lalu, penyair agung Ahmad Syawqi pernah berkata:", "Era pemerintahan autokrasi wahai Firaun sudah berlalu\nNegara berpemerintah kuku besi juga sudah berakhir\nHari ini semua rakyat jelata di mana sahaja bumi dipijak\nHanya tunduk kepada kuasa rakyat.", "Kebangkitan ‘intifadhah’ rakyat tidak boleh dipandang remeh. Saya berkeyakinan melalui Muafakat Nasional agenda kebangkitan rakyat dapat dicapai, kerana agenda kemanusiaan, pembelaan, keadilan, kestabilan dan keharmonian menjadi landasan perjuangan UMNO dan PAS semenjak penubuhannya.\n\nSemalam, ketika menerima kunjungan delegasi Hamas yang diketuai Ismael Haniyya isu kemanusiaan, penindasan, nasib dan masa depan rakyat Palestin antara perkara yang dibincangkan. Saya berpendapat “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti menghentikan penindasan dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin”. Masalah Palestin bukan baharu, masalah lama yang memerlukan sokongan dan dokongan daripada umat Islam. UMNO tetap komited membantu Hamas dan perjuangan rakyat Palestin sedaya mungkin walaupun kita bukan lagi kerajaan. Jika dihayati bait-bait lagu Kebangsaan Palestin kita akan dapat merasai betapa kental dan teguhnya mereka dalam perjuangan mempertahan dan membebaskan negara mereka daripada cengkaman Israel “Saya akan hidup sebagai seorang wira, saya akan kekal sebagai wira, dan saya akan mati sebagai seorang wira sehingga negara saya kembali dibebaskan…”.", "Belum genap seminggu kemenangan BN di Kimanis disyukuri, kita menyaksikan ada harga yang perlu dibayar di sebalik kemenangan tersebut. Antaranya pendakwaan terpilih ke atas dua orang pemimpin UMNO di mahkamah Sesyen 9 dan 14, tiga hari lepas. Adakah pendakwaan ini salah satu proses pembunuhan karakter ‘character assassination’ politik pemimpin UMNO? Adakah pendakwaan ini sebagai usaha bagi mengalih isu kepincangan dan kebobrokan yang dialami oleh PH? Saya yakin Dato’ Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mampu menghadapi tribulasi ini dengan tabah dan yakinlah kebenaran akan menjelma jua, Sepertimana pantun yang diungkapkan oleh Tok Mat di luar mahkamah:", "Panglima berani pantang kalah\nBadan sasa kehitaman\nSaya ini tidak bersalah\nJadi mangsa kezaliman", "Muafakat Nasional juga diuji. Pelbagai cerita dan andaian separa matang telah disebarkan secara meluas di media sosial. Cerita dan andaian ini dibuat dan disebarkan bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi rakyat kepada Muafakat Nasional dan ingin melemahkan ikatan yang telah dijalinkan antara UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional. Ingin saya tegaskan walau apa jua cabaran, dugaan dan ujian yang bakal dihadapi, UMNO akan terus istiqomah mempertahankan dan menjayakan Muafakat Nasional sebagai naratif politik baharu tanah air. Semoga kita terus dikurniakan kekentalan dan keteguhan untuk terus beristiqomah bersama Muafakat Nasional. Sebagai tanda sokongan dan dokongan kita kepada Muafakat Nasional, saya menjemput seluruh rakyat hadir ke program Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat negeri Perak yang turut di hadiri oleh Presiden PAS dan kepimpinannya, pada 25hb Januari 2020, jam 8.00 malam, di Kompleks UMNO Bagan Datuk.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia\n#muafakatmenujukemenangan" ]
https://umno-online.my/2020/01/24/bnm-turun-kadar-faedah-apa-kesan-dan-keberkesanan-shahril/
[ "LANGKAH Bank Negara Malaysia (BNM) kelmarin menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus mengejutkan ramai pihak.", "Ada beberapa perkara yang wajar menjadi tatapan rakyat:", "1) Bank pusat hanya melaksanakan dasar sebegini apabila perlu cuba merangsang ekonomi. Teori lazim ekonomi: turunkan kadar faedah maka tambah pinjaman, tambah belanja dan aktiviti dalam sesebuah ekonomi. Sama ada teori ini berkesan atau tidak, akan saya ulas di bawah. Tapi apapun, yang jelas adalah perangkaan ekonomi negara dalam jangka masa pendek dan sederhana tidak memberangsangkan.", "2) Isu perangkaan ekonomi negara yang lembap ini bukan kritikan sembarangan tetapi berlandaskan data. Contoh:", "– Petunjuk ekonomi yang diterbitkan Jabatan Perangkaan seperti pertumbuhan jualan dan indeks volum borong dan runcit memberi petanda bahawa pertumbuhan penggunaan swasta oleh isi rumah semakin perlahan. Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia tidak lagi berbelanja serancak tahun sebelumnya.", "– Pertumbuhan perbelanjaan penggunaan swasta yang menyumbang lebih 50 peratus KDNK negara semakin perlahan bagi setiap suku tahun daripada 8.2 peratus pada suku ke-3 2018, kepada 6.0 peratus pada suku ke-3 2019.", "– Komponen kedua terbesar dalam ekonomi Malaysia iaitu pembentukan modal tetap kasar (gross fixed capital formation) juga mengalami kemerosotan dengan pertumbuhan negatif sepanjang tahun 2019.", "– Sektor swasta tidak menambah pelaburan mereka manakala kerajaan mengurangkan perbelanjaan modal dengan pengurangan sebanyak 14.1 peratus pada suku ke-3 2020.", "3) Jadi tidak hairan mengapa BNM menurunkan OPR semalam untuk memberi rangsangan kepada aktiviti ekonomi domestik yang semakin perlahan.", "4) Walaubagaimanapun, usaha untuk merancakkan ekonomi melalui dasar monetari tidak akan membuahkan hasil sekiranya Kerajaan terus kekal dengan dasar fiskal yang tidak menyokong pertumbuhan ekonomi negara.", "5) Pembatalan dan penangguhan projek infrastruktur kritikal serta langkah “penjimatan” yang berlebihan oleh Kerajaan hanya akan menidakkan usaha BNM untuk merangsang ekonomi negara.", "6) Kerajaan sebagai perangka dasar fiskal terutamanya Kementerian Kewangan untuk mengambil dasar pro-aktif dengan menambah perbelanjaan dan pelaburan untuk mengelakkan ekonomi negara terjerumus ke dalam kegawatan.", "7) Dalam keadaan iklim ekonomi domestik dan global yang tidak menentu, hanya Kerajaan yang mempunyai kemampuan untuk berbelanja dan melabur.", "8) Jika Kerajaan terus mengamalkan dasar fiskal yang tidak akomodatif seperti sekarang atas alasan lapuk dan ideologi neoliberal yang juga lapuk berjimat tak bertempat, tak mustahil lebih banyak perniagaan akan tutup kedai dan lebih banyak pekerja akan diberhentikan.", "9) Tanggungjawab Kerajaan adalah kepada rakyat. Bukannya kepada agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s, S&P dan Fitch. Tidak ada faedahnya mendapat penarafan bon kerajaan yang baik sekiranya ada rakyat yang menganggur dan ada yang terpaksa hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. – UMNO ONLINE", "Shahril Sufian Hamdan \nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/01/22/apa-khabar-menteri-haji-tanya-dr-asyraf/
[ "MINTA izin untuk saya bertanya kepada kekandaku YB Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai khabar angin yang bertiup kencang bahawa mulai tahun ini tiada lagi subsidi untuk Jemaah Haji kali pertama yang berjaya dalam rayuan dan mereka kena bayar RM21,200.", "Jika benar, saya merayu agar YB ‘Menteri Haji’ (gelaran orang Kimanis) dapat kembali mempertimbangkannya agar amalan TH waktu zaman BN memerintah dapat diteruskan.", "Amalan TH waktu zaman BN memerintah dulu yang merayu dan diberi keutamaan dalam rayuan terdiri daripada 2 kategori utama:", "1. Suami kali pertama mengerjakan haji merayu untuk menjadi mahram kepada isteri yang berjaya mendapat tawaran haji tahun yang berbeza dengan suami.", "2. Anak kali pertama mengerjakan haji merayu untuk menggantikan tempat ayah yang meninggal dunia dan berhajat menemani ibu yang sudah lanjut usia atau uzur namun berjaya mendapat tawaran haji tahun tersebut.", "Dalam kebanyakan kes mereka bukanlah daripada kategori golongan berada.", "Sebab itulah amalan TH waktu Kerajaan BN sebelum ini, mereka hanya perlu bayar harga subsidi Haji RM9,980.", "Mungkin Kekanda YB Mujahid Yusof Rawa akan gunakan alasan ‘istitoah’ atau syarat kemampuan untuk mengerjakan Haji.", "Namun, harus diperingatkan bahawa antara matlamat utama penubuhan TH waktu zaman BN dulu adalah untuk mempermudahkan urusan jemaah Haji Malaysia termasuklah dengan cara memberikan subsidi bagi membolehkan keperluan ‘istitoah’ para jemaah dapat dipenuhi.", "Sebab itulah TH adalah satu-satunya institusi pengurusan Haji terbaik dunia kerana selain daripada menguruskan jemaah Haji, mereka juga terlibat dalam pelbagai bentuk pelaburan.", "Sebahagian daripada keuntungan dikembalikan dalam bentuk HIBAH kepada pendeposit, manakala sebahagian yang lain dimanfaatkan dalam bentuk subsidi bagi mengurangkan beban jemaah sekaligus memenuhi keperluan istitoah mereka.", "Mohon penjelasan dan pertimbangan Kekanda Menteri Haji Dr Mujahid Yusof Rawa agar dikekalkan amalan TH memberikan subsidi penuh kepada Jemaah Haji kali pertama yang berjaya dalam rayuan mereka. – UMNO ONLINE", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2020/01/21/isu-pati-pss-surat-terbuka-untuk-pemuda-upko-pemuda-umno-sabah/
[ "SAYA pernah mengulas secara numerikal berhubung Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dalam artikel bertarikh 8 Disember 2019.", "Sebelum ini, Ian Mahendra, Ketua Wira Warisan Penampang, pernah mengeluarkan hujah yang rapuh berhubung isu PATI di Sabah. Kini, sahabat saya pula Felix Joseph memberikan hujah yang lebih kurang sama. [Rujuk Link]", "Untuk makluman saya ulang, ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), sejumlah 564,087 orang PATI telah di hantar pulang sejak tahun 1990 hingga Januari 2018 iaitu secara purata sejumlah 31,338 orang PATI dihantar pulang setahun.", "Pada tahun 2018, di bawah pimpinan Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan (PH) dan UPKO, jumlah PATI yang dihantar pulang hanya berjumlah 4,800 orang sahaja.", "Jumlah tersebut jauh berganda lebih kurang daripada jumlah PATI yang dihantar pulang oleh BN.", "Persoalannya, siapa yang lebih serius memerangi PATI berdasarkan statistik di atas?", "Persoalan kedua Felix Joseph Saang mengatakan bahawa Pas Sementara Sabah (PSS) ini merupakan cadangan daripada kerajaan terdahulu, walhal ianya hanya cadangan yang dibawa oleh badan bukan kerajaan kepada Jawatankuasa RCI dalam mencari solusi yang terbaik bagi menangani isu PATI.", "Namun, cadangan tersebut tidak pernah diluluskan dan dilaksanakan sama sekali oleh kerajaan BN! [Rujuk Link]", "Felix Joseph Saang perlu berlaku jujur kepada rakyat Sabah khususnya golongan Bumiputra dan Anak Negeri Sabah bahawa UPKO telah bersekongkol dengan Parti Warisan Sabah di dalam melaksanakan PSS.", "Bertanggungjawablah, jangan hanya berkawan ketika senang dan lari apabila susah.", "Saya yakin, tugasan Felix Joseph Saang untuk membina semula imej dan identiti UPKO merupakan sesuatu yang sukar dan mencabar selagi Madius Tangau masih memimpin UPKO.", "Sejak tahun lalu, Madius Tangau berdolak-dalih menyatakan pendiriannya terhadap PSS secara terbuka. [Rujuk Link] [Rujuk Link] [Rujuk Link]", "Untuk makluman Felix Joseph Saang, Sabah memiliki keluasan geografi yang sangat luas dan dikelilingi pulau-pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Filipina dan Indonesia.", "Maka, pencerobohan PATI adalah sangat mudah walaupun pengawasan perairan telah diperketatkan.", "Saya menyarankan saudara Felix Joseph Saang merujuk YB Mat Sabu (Mohamad Sabu-Menteri Pertahanan) dan ESSCOM berhubung isu persempadanan, pencerobohan PATI dan sumber tenaga ketenteraan Malaysia.", "Oleh itu, saudara Felix Joseph Saang akan memahami permasalahan PATI yang tiada penghujungnya melainkan mengukuhkan pengawasan dan menghantar pulang PATI setiap tahun.", "PSS bukanlah penyelesaian tetapi Projek I/C 2.0 yang memperalatkan PERKARA 15(1) dan 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan permohonan kad pengenalan. [Rujuk Link]", "Akhir sekali, saya berpandangan satu-satunya cara untuk UPKO kekal relevan adalah dengan desakan pemuda-pemuda UPKO menyingkirkan Madius Tangau dan menghentikan persetujuan kerjasama antara UPKO dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "Anak muda Sabah membantah PSS dan menolak individu yang menjual Bangsa Sabah!", "Mohd Kurniawan Naim Moktar\nKetua Penerangan Pemuda UMNO Sabah\nKetua Pemuda UMNO Kinabatangan" ]
https://umno-online.my/2020/01/17/kimanis-antara-sentimen-politik-kenegerian-dan-politik-kebenaran/
[ "\nTUMPUAN kini pasti terarah kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Sabah yang menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan.", "Selain menjadi pembuka tahun baharu 2020 ini, PRK Kimanis juga boleh dijadikan sebagai petunjuk berhubung sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) pada tahun ini.", "Bukan sahaja kepada PH, malah kepada Warisan yang merupakan parti tempatan yang berjaya membentuk kerajaan di negeri di bawah bayu itu pada PRU-14 lalu.", "Tentunya seperti PRU-14 lalu, PRK Kimanis kali ini turut menyaksikan sentimen politik kenegerian menjadi antara agenda penting dan utama yang ditimbulkan oleh Warisan.", "Itu merupakan antara senjata parti Warisan untuk meraih sokongan rakyat dan mereka telah berjaya pada PRU-14 lalu.", "Saya bukannya secara semberono atau suka-suka mendakwa Warisan akan buat demikian, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sepanjang empat hari saya berada di Kimanis bermula dari hari penamaan calon.\n\nSebagai contoh, Warisan mendakwa kononnya mereka parti tempatan dan tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan (PH).", "Ketua Menteri Sabah, dalam satu majlis di Kimanis, merayu pengundi Kimanis agar memilih calon yang tahu kehendak penduduk Sabah.", "Ketua Menteri mahu pengundi memilih orang Sabah, hati dan jantungnya Sabah, mukanya orang Sabah; bukannya mukanya orang Sabah, tapi hatinya UMNO Kuala Lumpur.", "Begitu juga dalam isu Pas Sementara Sabah (PSS). Yang disalahkan Barisan Nasional (BN), sedangkan yang meluluskan dan melaksanakan PSS adalah kerajaan negeri Sabah pimpinan parti Warisan.", "Sememangnya senario politik di Sabah adalah unik dan berbeza daripada situasi di Semenanjung Malaysia.", "Saya berpandangan, tidak salah sekiranya sentimen politik kenegerian dimainkan tetapi ia perlu ada batasan kerana kesannya boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat di negara ini.", "Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan keperluan orang Sabah untuk mendapat pengiktirafan dan penghormatan tetapi jangan sehingga terikut-ikut kepada politik yang menjurus kepada perpecahan.", "Kesannya adakah kepada pimpinan parti politik terbabit atau rakyat? Tentunya rakyat yang akan menerima kesannya.", "Adakah dengan kita terus memainkan politik kenegerian ini akan menyelesaikan isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)?\n\nAdakah isu royalti minyak, isu kos sara hidup tidak membelenggu masyarakat di Sabah?", "Rakyat di Sabah dan Kimanis juga sama seperti rakyat di Semenanjung yang kini cukup terkesan dengan kenaikan kos sara hidup akibat peningkatan harga barang.", "Rakyat di Sabah juga sama seperti rakyat di Semenanjung yang menerima kesan ekoran tindakan kerajaan Pusat pimpinan PH yang tidak menunaikan janji manifesto mereka.", "Politik adalah menyeluruh dan politik yang perlu diamalkan dan dilaksanakan adalah politik kebenaran dan bukannya persepsi.\n\nDalam berpolitik, kita seharusnya memelihara rakyat iaitu yang bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah SWT perintahkan ke atas mereka.", "Sekarang bukan lagi lagi masa untuk kita beretorik dan memperjuangkan sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Atas faktor itulah, BN lebih mengutamakan politik kebenaran berbanding persepsi yang tidak mampu mengubah kehidupan rakyat.", "Apa itu politik persepsi? Politik persepsi bermakna politik mengeliru dan mengaburi mata rakyat yang jauh daripada realiti.", "Fakta dan angka dimanipulasi, kebenaran ditolak, fitnah ditabur sehingga menimbul sentimen marah, benci, dendam terutama melalui media sosial seperti aplikasi Whatsapp, Facebook dan sebagainya.", "Adakah politik seperti ini akan menguntungkan rakyat? Tepuk dada tanya selera. Saya yakin rakyat khususnya di Kimanis bijak membuat keputusan sama ada memilih politik persepsi atau kebenaran.", "\nMohd Sharkar Shamsudin\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO" ]
https://umno-online.my/2020/01/16/dilema-kelapa-sawit-kerajaan-ph-gagal-beri-perhatian/
[ "\nMUNGKIN kerajaan hari ini lupa bahawa ekonomi rakyat kebanyakan adalah ekonomi pertanian. Ia adalah denyut nadi dan rezeki utama rakyat biasa di luar bandar terutamanya di Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.", "Isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan atau dijadikan modal sementara untuk meraih laba populariti yang bermusim. Pertanian dan kelangsungannya adalah isu survival. Malah, ini adalah isu taraf hidup dan maruah diri mereka di luar bandar.", "Lebih penting, kelangsungan aspek pertanian dan perladangan komoditi turut mempunyai impak yang besar dan real dalam kehidupan mereka di bandar dan ekonomi negara secara keseluruhannya.", "Ia bukan hanya tentang kesejahteraan sesetengah keluarga petani atau peneroka. Jika pekebun dan petani tidak mempunyai kuasa membeli mana mungkin mereka akan ke kedai?", "Dalam kes sawit, harga komoditi ini selalu sahaja dipolitikkan oleh ramai pihak. Jika harga naik, ada pihak yang cuba mengambil nama. Kononnya, itulah impak usaha dan kerja keras mereka.", "Jika harga merudum, sehinggakan ada peneroka yang terpaksa mengikat perut dengan pendapatan kurang RM300 sebulan, pihak yang tadinya sibuk bermegah-megah diam pula seribu bahasa.", "Alasan mereka mudah. Itu kesan kitaran ekonomi dunia yang perlahan, boikot dari EU dan kejatuhan permintaan dari China dan India.", "Pakatan Harapan enggan faham, bahawa biar apa pun kitarannya, yang tetap rugi, dan merana, adalah rakyat kebanyakan.", "Terdapat beberapa perkara yang gagal diberikan perhatian oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam isu sawit.", "Pertama, sekalipun harga sawit kita naik sedikit, sebenarnya kerana tidak banyak hasil yang boleh dijual pada musim melawas ini ekoran ketidaktentuan cuaca. Maka, pendapatan peneroka tetap menyedihkan.", "Kedua, dalam jangka masa panjang, harga minyak sawit akan terus menjadi tidak menentu. Ia akan kerap turun dan naik, kerana wujudnya ketidakstabilan bekalan dengan permintaan. Perkara ini akan berterusan.", "Ketiga, sikap kerajaan mencampuri urusan dalaman India berkenaan isu Jammu dan Kashmir juga telah menimbulkan ketidaksenangan negara tersebut. Hasilnya, mereka bertindak untuk memboikot import minyak kelapa sawit dari Malaysia.", "Perlu diingatkan, bahawa pasaran eksport minyak sawit Malaysia ke India adalah pada 35.7% – lebih besar dari eksport ke China mahupun Pakistan digabungkan.", "Jika India benar-benar serius tentang boikot ini, yang paling terkesan adalah harga minyak sawit Malaysia dan para pekebun khususnya.", "Justeru, apa yang perlu dilakukan? Saya mencadangkan beberapa perkara.", "Pertama, laksanakanlah Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen sebelum ini dengan serius dan strategik.", "Ini tidak, bukan sahaja pengimplementasiannya tidak digandakan. Malah, bagaimanakah Kertas Putih ini akan dijayakan pun langsung tidak disentuh dalam Bajet 2020.", "Kedua, memperbaiki hubungan dengan EU, India dan China. Negara-negara ini merupakan “trading partners” kita sejak dahulu. Kita membesar dan membangun bersama mereka.", "Ketiga, MEA dan Kementerian Industri Utama mesti bekerjasama, terutamanya dalam mencari pasaran baharu untuk sawit Malaysia.", "Malaysia Baru sepatutnya perlahan-lahan mengurangkan kebergantungan harga minyak sawit Malaysia kepada kerenah pasaran dan memberi fokus kepada penghasilan produk hiliran yang lebih bermakna dan bermutu.", "Pada tahun 2016, Barisan Nasional melalui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyahut baik pembangunan produk hiliran kelapa sawit seperti produk kosmetik dan sabun contohnya. Ini kerana ia mampu untuk menstabilkan harga minyak sawit negara selain mencungkil potensi keusahawanan melalui inovasi orang kampung.", "Itu jugalah yang dihasratkan oleh kepimpinan Jokowi-Maaruf di Indonesia. Mereka tidak lagi mahu bergantung kepada sentimen pasaran dan perang persepsi terhadap minyak sawit, lalu menggiatkan penghasilan produk hiliran berasaskan kelapa sawit untuk tujuan perdagangan yang lebih berdaya tinggi.", "Akhir sekali, pemulihan dan penambahbaikan taraf hidup peneroka FELDA memerlukan satu model perniagaan yang baharu. Para peneroka dan generasi muda di FELDA mesti ditemui dan didengari pandangan serta saranan mereka. Bukan sekadar dilakukan dari kerusi empuk menteri di Putrajaya.", "Kita wajar bertanya dengan serius. Dalam segala kesempitan peneroka dan ketidakpedulian oleh kerajaan dalam isu ini, apakah sebenarnya tawaran Malaysia Baru?", "Onn Hafiz Ghazi\nADUN Layang-Layang" ]
https://umno-online.my/2020/01/12/prk-kimanis-isu-dan-kepentingan-rakyat/
[ "KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis semakin rancak. Jentera UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional berkampung serta bertungkus-lumus menyakinkan pengundi Kimanis untuk menyokong dan memilih calon BN pada 18 Januari nanti.", "Kali kedua turun berkempen dan bertemu pengundi di Kimanis dua hari lepas, saya dapat rasakan denyut penerimaan dan sokongan pengundi Kimanis kepada calon BN, Tok Moh semakin meningkat.", "Kehadiran dan sokongan yang diberikan oleh mantan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman turut memberikan nilai tambah kepada kempen BN.", "Saya juga berasa kagum dengan gerak kerja tersusun yang dilakukan oleh UMNO Sabah. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Pemuda dan Puteri, walaupun dalam keadaan serba kekurangan mereka tetap membantu UMNO Sabah dengan berkampung, berkempen serta bertemu pengundi-pengundi di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kimanis, demi sebuah perjuangan. Demi sebuah kemenangan.", "Isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2020 antara topik hangat yang dibincang dan diperdebatkan dalam siri-siri ceramah dan kempen PRK Kimanis.", "Saya menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang menyatakan cadangan PSS sudah dimulakan oleh Kerajaan BN. Sewaktu saya menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa Pelaksanaan RCI, tidak ada cadangan dari RCI dan jawatankuasa teknikal supaya PSS dilaksanakan. “Tuduhan tersebut tidak benar….. saya mengetahui kerana saya jadi pengerusi yang dilantik oleh Jemaah Menteri bersama Ketua Menteri ketika itu”.", "Jangan kerana kerajaan negeri merasa goyah dan tergugat dengan isu PSS kerajaan terdahulu dipersalahkan. Pelaksanaan PSS ini juga mendapat bantahan daripada parti pembangkang berasaskan Kadazandusun Murut di Sabah, seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri).", "Malah NGO tempatan, Pertubuhan Penambahbaikan Pendidikan Orang Awam Sabah (Pipa) dan Solidariti Rakyat Sabah (Sorak) akan mengadakan bantahan terhadap PSS di bandar Membakut di Kimanis pada 15 Januari, tiga hari sebelum pengundian pada PRK Kimanis. Ini menunjukkan rakyat Sabah menolak pelaksanaan PSS.", "Kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaannya. Jangan kerana kepentingan politik, kepentingan rakyat Sabah diremehkan.", "Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan secara salah rakaman perbualan telefon yang didakwa membabitkan mantan Perdana Menteri bersama beberapa individu lain telah menimbulkan satu polemik baharu kalangan netizen dan warganet.", "Apa kaitannya pendedahan tersebut dengan PRK Kimanis? Seolah-oleh sudah menjadi trend atau aliran apabila ada PRK, ada sahaja isu baharu didedahkan dengan tujuan-tujuan tertentu.", "Bagi saya tindakan mendedahkan rakaman tersebut telah menyalahi Prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law). Kesannya bukan sahaja kepada negara tetapi ia juga melibatkan hubungan antarabangsa.", "Menjadi harapan besar seluruh rakyat, SPRM sebagai penguatkuasa undang-undang dapat menunjukkan amalan yang betul berlandaskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) bukan bertindak atas arahan yang berkepentingan.", "Kerajaan telah menunjukkan keprihatinan berkaitan isu tanglung. Kehadiran tujuh\nMenteri serentak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 dan menunjukkan solidariti mereka terhadap isu tersebut jelas membuktikan keprihatinan itu.", "Alangkah eloknya jika solidariti yang sama dilakukan dalam isu pengajaran tulisan jawi yang diasak dan dikecam hebat oleh Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong), sesetengah pemimpin dan individu.", "Tetapi, yang menyedihkan perkara tersebut tidak berlaku, Menteri senyap seribu bahasa jauh sekali untuk mempertahankannya. Malah ada yang beranggapan tulisan Jawi sudah kuno dan membawa kepada perpecahan, malah ada pemimpin yang beranggapan kaligrafi Cina dapat memupuk semangat perpaduan.", "Persoalannya apa sudah jadi? Apa perasaan rakyat khususnya orang Melayu-Islam dengan dua layanan berbeza ini? Jangan kerana mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang dimiliki hari ini dilepaskan seperti “kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar”.", "Penting bagi UMNO, BN dan Muafakat Nasional menolak budaya politik yang meletakkan kehendak politik pihak tertentu melebihi kepentingan dan nasib rakyat.", "Melalui Muafakat Nasional kita bentuk budaya baharu dalam politik yang meletakkan agama, bangsa dan negara sebagai tunjangnya.", "Abdul ‘Atiy Muhammad Ahmad dalam bukunya al-Fikr al-Siyasiy li al-Imam Muhammad Abduh mengungkapkan bahawa “Sesungguhnya ideologi menggambarkan aspirasi rakyat yang banyak mempengaruhi perubahan budaya ke arah melahirkan nilai-nilai baik menuju kecemerlangan, berpolitik juga pada akhirnya membentuk budaya dan nilai yang turut membentuk tingkah laku politik”.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia" ]
https://umno-online.my/2020/01/10/senjata-makan-tuan-pendedahan-sprm-mendedahkan-kesahihan-coup-detat/
[ "SPRM mendedahkan rakaman perbualan berprofil tinggi tanpa sebarang penjelasan lengkap dan siasatan terlebih dahulu.", "Ia senjata makan tuan.", "Sebabnya, rakaman itu bertukar menjadi bukti memang wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menyingkir Najib ketika itu.", "Ia adalah “coup detat” tanpa senjata. Cukup menggunakan “charge sheet” untuk mendakwa Najib. Supaya akhirnya Najib meletak jawatan.", "Lathefaa mendakwa rakaman telefon antara Najib, Ts Zul dan Rosmah itu berlaku pada 5 Januari 2016. Ketika itu Ts Zulkifli adalah pendakwaraya.", "Zulkifli dilantik menjadi Pesuruhjaya SPRM hanya pada 1 Ogos 2016.", "Merakam perbualan seorang Perdana Menteri sudah cukup membuktikan wujud konspirasi “peringkat tertinggi”.\n\nKenapa baru sekarang disiarkan rakaman itu kepada rakyat ketika Najib bukan lagi PM.", "Motifnya ialah membina persepsi untuk memalukan Najib semata mata.", "Salahkah Ts Zul selaku penjawat awam memaklumkan kepada PM yang dilantik secara sah dan demokratik bahawa terdapat “usaha” untuk mendakwa beliau.", "Selaku penjawat awam yang setia kepada “government of the day” Zulkifli berhak memaklumkan kepada PM wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau.", "Dalam rakaman itu Ts Zulkifli menyebut “Not very good”. “Bila tengok IP tu macam nak menangis saya rasa”. “Sampai to that extent”.", "Dia nak menangis bukan kerana terdapat bukti kukuh Najib bersalah. Tapi terkejut kerana sampai ke satu peringkat seorang Perdana Menteri mahu didakwa.", "Zukkifli menyatakan “Datuk Seri memang kena main,”", "Dia turut menyatakan “Pelik, kenapa laporan siasatan dihantar kepada lima orang Panel Khas”.", "Menurutnya “Kertas siasatan itu sepatutnya diserah kepada AG Chambers terlebih dahulu” bukan Panel Khas.", "Kenyataan di atas menguatkan lagi syak wasangka bahawa memang Najib kena main.", "Apatah lagi dalam rakaman itu Ts Zulkifli mendedahkan apa yang Abu Kassim (bekas bos SPRM) kata kepada Ghani Patail.\n\nKatanya, “Tan Seri (Ghani) tuduh sahajalah. Tan Seri pun nak bersara. You will be remembered by the people after this”.", "Sebelum dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016, viral video pengakuan Ts Muhyiddin dalam mesyuarat MT bahawa konspirasi untuk menjatuhkan Najib memang wujud", "Menurutnya konspirasi itu real tetapi Mahyuddin menafikan dia turut terlibat.", "Di samping itu Ds Azalina Othman Said dalam kenyataannya pada 27.2.2016 menyatakan, memang ada konspirasi “Peringkat tertinggi” untuk menjatuhkan Najib.", "Menurutnya apabila Peguam Negara ketika itu memberi taklimat dan berkongsi maklumat sulit kepada Muhyiddin ia tidak beretika bahkan melanggar OSA.", "Azalina mendakwa “Charge sheet” telah disediakan oleh AG bulan Mei 2015 sebelum Panel Khas diwujudkan dan sebelum siasatan dimulakan pada bukan Jun 2015.", "Begitu juga sebelum SPRM mengambil keterangan daripada Ds Najib pada bulan Disember 2015. Baca di sini\n\nhttp://www.astroawani.com/berita-politik/langgar-osa-muhyiddin-terlibat-dalam-konspirasi-jatuhkan-najib-azalina-96437", "Dalam rakaman itu Najib ada menyebut “Saya tidak terlibat langsung”. “Ini memang nak mengenakan saya”. Itu membuktikan Najib tidak ada “guilty conscious” pada dirinya.", "Nampaknya, Latheefa seperti mahu bermain persepsi terlebih dahulu. Lathefaa membenarkan “Trial by media”.", "Pada kaca mata rakyat, Latheefa menjadikan SPRM alat politik. Rule of law semakin terhakis.", "Pendedahan rakaman audio itu menyebabkan luka PH lebih dalam. Latheefa patut ikut jejak Maszlee.", "\nOleh: Mohd Puad Zarkashi\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO " ]
https://umno-online.my/2020/01/05/tahun-2020-dekad-baharu-tekad-baharu/
[ "Berakhirnya tahun 2019 menandakan negara kita melangkah ke dekad baharu dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar. Merangkumi kehidupan, ekonomi, politik, agama dan hubungan antarabangsa. Tahun 2020 pastinya datang dengan sinar dan harapan baharu.", "Bagi generasi X dan Y yang lahir antara tahun 1965 hingga 1997, mereka sinonim dengan Wawasan 2020 atau “Vision 2020” yang telah dilancarkan pada 28 Februari 1991 sebagai satu harapan dan matlamat jangka panjang negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju.\n\nSembilan matlamat utama Wawasan 2020 yang dirangka, antaranya bagi memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika serta menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Bagaimanapun harapan dan impian tersebut terbantut hinggakan memerlukan wawasan baharu dilancarkan.", "Apakah halangan utama kegagalan negara mencapai Wawasan 2020? Adakah satu pandangan yang adil apabila ada sesetengah pihak yang meletakkan kegagalan Wawasan 2020 kepada kerajaan terdahulu khususnya ke atas Perdana Menteri kelima dan keenam? Mungkinkah objektif Wawasan 2020 tersasar kerana percaturan dan permainan politik yang keterlaluan? Akhirnya pada bulan Oktober lalu, kerajaan mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) sebagai wawasan negara yang baharu dan mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan berlandaskan tujuh teras strategi. Dengan pelancaran WKB2030, bermakna berakhirnya Wawasan 2020 sebagai satu harapan yang gagal direalisasikan. Kita jadikan Wawasan 2020 visi yang gagal terlaksana sebagai satu iktibar dan panduan di masa mendatang.", "Permulaan tahun 2020 juga menjadi satu harapan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar sekolah rendah. Kerajaan akan melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP), sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada Ogos 2019 lalu. Program PSP tersebut akan mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 2020 yang memanfaatkan 2.7 juta pelajar sekolah rendah di seluruh negara. Dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion setahun. Program PSP dicadangkan bagi menggantikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah dilaksanakan sejak tahun 70an lagi. RMT mensasarkan pelajar daripada keluarga B40 manakala PSP disasarkan kepada semua pelajar. Menjelang tahun baharu, sebagai permulaan hanya 100 buah sekolah sahaja yang terpilih dan terbabit berbanding jumlah sepatutnya ialah 7,776 buah sekolah rendah. Hanya 37 ribu pelajar terbabit berbanding sasaran asal 2.7 juta orang. Persoalannya kenapa hanya 100 buah sekolah yang terpilih sahaja dimulakan dahulu? Apakah terdapat masalah peruntukan dengan Program PSP ini?", "Jika awal tahun 2019, Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands membuka gelanggang politik 2019 dengan kejayaan bergaya Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi tersebut. Menjelang Januari 2020, PRK Parlimen Kimanis membuka gelanggang politik dan medan ujian pertama UMNO bagi tahun 2020. Jentera UMNO, BN dan Muafakat Nasional telah bersiap siaga bagi menghadapi PRK Kimanis yang akan berlangsung mulai 4 Januari hingga 18 Januari ini. Apa yang menarik, PRK Kimanis hadir setelah Perhimpunan Agung UMNO ke-73 pada Disember lalu telah bersetuju dan meluluskan usul memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah menentukan hala tuju politik Sabah. Orang Sabah yang lebih arif akan masalah dan perkara yang boleh dilakukan di negeri itu. Pemilihan Datuk Mohamad Alamin sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis juga ditentukan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah.", "Bagi saya pemilihan Datuk Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Moh, seorang peguam, anak lokal Kimanis dan disenangi oleh masyarakat setempat adalah pilihan yang tepat. Tambahan pulak selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan (2013-2018), Tok Moh pasti mempunyai kelebihan tersendiri bagi mempertahankan kerusi Parlimen yang sebelum ini dimiliki BN. Sejak awal Januari 2020 saya dan kepimpinan UMNO serta sayap telah berkampung di Kimanis sebagai tanda sokongan dan dokongan UMNO pusat kepada UMNO Sabah.", "Kehadiran Presiden Pas pada program Ceramah Perdana dan Kenduri Rakyat pada 1 Januari di Kampung Pimping, Membakut memberikan satu mesej yang jelas bahawa Muafakat Nasional juga memainkan peranan tersendiri dipersesuaikan dengan situasi. Sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini “Gagasan Muafakat Nasional harus disesuaikan dengan situasi politik di Sabah kerana latar belakangnya berbeza”. Walaupun ada usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu menimbulkan kesangsian dan kecelaruan dengan memanipulasikan kenyataan saya berkaitan dengan Muafakat Nasional. Saya yakin rakyat Sabah khususnya pengundi di Parlimen Kimanis tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut.", "Kedudukan geografi dan demografi Parlimen Kimanis sememangnya memberikan kelebihan buat setiap parti-parti yang bertanding kerana Kimanis antara Parlimen yang mempunyai pengundi terkecil di Sabah dengan jumlah 29,663 pemilih berdaftar. Alhamdulillah, hari ini selesai proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mempertaruhkan Datuk Karim Bujang sebagai calon. Laungan ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Ubah Balik’ bergema mengiringi calon BN di sepanjang perjalanan menuju ke pusat penamaan calon. Insya-Allah, saya yakin dengan kesatuan dan kerjasama yang kukuh, kepimpinan, jentera dan ahli kita mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis.", "Sempena dengan kedatangan tahun baharu, dekad kedua, abad ke-21 ini, alangkah baiknya jika kita mampu tinggalkan kekhilafan politik lama, bertelagah di gelanggang sendiri yang membawa kepada “untung secupak, rugi segantang”. Kita buka lembaran politik baharu dengan berpakat dan bermuafakat, membina bukan meruntuh dan berubah ke arah yang lebih baik sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barang siapa hari ini LEBIH BAIK dari semalam, dia tergolong kalangan orang yang BERUNTUNG, barang siapa yang hari ini SAMA DENGAN semalam, dia tergolong kalangan orang yang RUGI dan barang siapa yang hari ini LEBIH TERUK dari semalam, dia tergolong kalangan orang yang CELAKA” (HR Hakim)", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia" ]
https://umno-online.my/2020/01/03/peletakan-jawatan-dr-maszlee-kemenangan-besar-untuk-dap/
[ "Berdasarkan pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP.", "Dalam enam isu besar ini, beliau telah diserang beramai-ramai oleh pemimpin DAP.", "ISU 1: TIADA PERUNTUKAN SEKOLAH MENENGAN PERSENDIRIAN CINA", "Seawal Julai 2018 lagi bila Dr Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional, beliau terus diserang oleh pemimpin DAP, khususnya Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow.", "Paling keras adalah kenyataan Ong Boon Piow pada 26 Julai 2018 berbunyi: “Perdana Menteri perlu menilai semula kedudukan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan”.", "ISU 2: GURU AGAMA SEMENANJUNG JADIKAN SARAWAK MEDAN DAKWAH", "Datang bulan Disember 2018 bila Dr Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung menjadikan Sarawak sebagai medan dakwah, beliau diserang oleh pemimpin DAP, khususnya ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang, dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.", "Paling keras adalah kenyataan Abdul Aziz Isa pada 21 Disember 2018 berbunyi: “Dr Maszlee should pack up his things and send a resignation letter to Prime Minister”.", "ISU 3: KUOTA PELAJAR MATRIKULASI UNIVERSITI AWAM", "Serangan yang lebih keras datang bila Dr Maszlee mempertahankan keputusan Jemaah Menteri pada 24 April 2019 yang mengekalkan kuota 90% Bumiputera dan 10% bukan Bumiputera untuk kemasukan pelajar matrikulasi universiti awam yang menyebabkan 20 pemimpin DAP meluahkan rasa tidak puas hati mereka dalam satu kenyataan bersama.", "Empat serangan paling keras datang daripada:", "(1) Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, yang menyebut pada 17 Mei 2019: “Dr Maszlee is stupid, big idiot”.", "(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “What is the difference between Dr Maszlee and UMNO politicians?", "(3) Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “Stupid! Mastery of any language is a skill and no longer a racial trait”.", "(4) Ahli CCC DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khim, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “We need a better education minister”.", "ISU 4: PENGAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN", "Bila pengenalan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan menjadi isu pada Julai 2019, sekali lagi Dr Maszlee menjadi mangsa serangan beramai-ramai pemimpin DAP, kali ini oleh 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN, yang menentangnya dengan menyebut pada 31 Julai 2019: “Jika jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.”", "Antara yang paling lantang menyerang adalah:", "(1) ADUN Kota Kemuning dan Ahli EXCO Kerajaan Selangor, V Ganabatirau, yang menyebut pada 5 Ogos 2019: “The minister seems to be having a lot more focus on the shoe and stocking colors and introducing khat which carries no significant values to the students.”", "(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “Having lost credibility Maszlee Malik has the temerity to say that khat has nothing to do so with Islam.”", "(3) Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, yang menyebut pada 13 Ogos 2019: “If you can’t take the heat, leave the chair! We need a more progressive and moderate Education Minister.”", "ISU 5: KOMIK ‘INISIATIF JALUR DAN JALAN MERAIH MANFAAT BERSAMA’", "Seterusnya, bila Dr Maszlee mengumumkan pada 17 Oktober 2019 bahawa beliau telah mengarahkan JPN dan PPD untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Hew Kuan Yau yang didakwa menyebarkan fahaman komunis, beliau sekali lagi diserang beramai-ramai.", "Kali ini beliau diserang oleh 43 pemimpin muda DAP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda DAP merangkap ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, yang beramai-ramai bertanya: “Kita nak tanya Maszlee, adakah beliau menteri dilantik PH atau UMNO? Jikalau dilantik oleh PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada UMNO yang rasis?”", "ISU 6: SOALAN PEPERIKSAAN HUBUNGAN ETNIK UNIMAP", "Paling mutakhir, Dr Maszlee diserang lagi oleh pemimpin DAP susulan tularnya soalan peperiksaan bagi matapelajaran Hubungan Etnik di UNIMAP yang menyifatkan Dr Zakir Naik sebagai ikon umat Islam dan susulan kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi bahawa ia tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik universiti.", "Antara yang paling lantang menyerang adalah:", "(1) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang menyebut pada 30 Disember 2019: “Maszlee Malik failed to take the initiative to reform the public universities. These universities are merely exaggerated versions of secondary schools.”", "(2) Ahli Parlimen Klang merangkap Pengerusi SPAN, Charles Santiago, yang menyebut pada 1 Januari 2020: “Maszlee has not only failed to revamp the education system but has also not been successful in ensuring public educational institutions don’t further fan elements of racism.”", "(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, yang menyebut pada 2 Januari 2020: “The Ministry of Education cannot wash its hands of responsibility if ethnic relations courses in universities and institutions exacerbate and incite inter-racial and inter-religious misunderstanding, distrust and hate.”", "Oleh itu, bila Dr Maszlee secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam keadaan beliau telah dan sedang diserang secara beramai-ramai oleh pemimpin DAP dalam pelbagai isu, maka pastilah persepsi yang timbul meluas di kalangan orang ramai ialah perletakan jawatan ini merupakan satu kemenangan yang amat besar untuk DAP.", "Malah tidak sedikit yang menyebut pemimpin DAP, khususnya yang begitu lantang mendesak Dr Maszlee supaya meletakkan jawatan sedang beraya besar waktu ini.", "Soalnya ialah benarkah DAP sudah menang besar?", "Dr Kamarul Yusoff" ]
https://umno-online.my/2019/12/31/menjelang-2020-kelam-2019-dan-jangkaan-suram-di-bawah-kerajaan-ph/
[ "PERSEKITARAN ekonomi begitu mencabar pada 2019, dengan pergerakan tidak menentu harga komoditi dan perkembangan politik semasa tanah air memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negara.", "Hari ini tahun 2019 melabuhkan tirainya dan 2020 akan muncul, namun setelah hampir dua tahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah, bukan sahaja tidak mampu melangsaikan janji-janji manifesto malah lebih mendukacitakan rakyat semakin dibebani dengan kenaikan harga barangan ditambah pula dengan pelbagai cukai baharu.", "Tidak cukup dengan itu, Pakatan Harapan secara terus menerus menghampakan rakyat apabila mengumumkan dividen ASB terendah dalam sejarah dengan 5.5% melibatkan agihan hanya RM 9 billion berbanding lebih RM11 billion agihan dividen ketika pentadbiran Barisan Nasional.", "Perkara ini belum lagi melibatkan hibah Tabung Haji (TH) dan Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga terendah dalam sejarah turut menyedihkan para pendeposit yang majoritinya orang Melayu.\n\nAliran tunai yang semakin surut ditambah pula dengan kuasa membeli semakin mengecil merencatkan pasaran ekonomi negara.", "Lihat sahaja disetiap sudut pasti kedengaran keluhan para peniaga yang saban hari rugi kerana tiada jualan.", "Lebih mengejutkan banyak pihak apabila kerajaan bakal menamatkan pemberian elaun khidmat kritikal sebanyak RM750 kepada 33 skim perkhidmatan kerajaan antaranya doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula 1 Januari 2020 pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet perkhidmatan awam baru-baru ini yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Walaupun telah ditarik balik namun persoalan pokoknya ialah adakah perkhidmatan perubatan kini sudah tidak lagi kritikal?", "Betapa Pakatan Harapan memandang mudah beban tugasan yang tinggi ditambah pula dalam persekitaran tempat kerja baharu pasti akan memberikan tekanan pada doktor-doktor muda.", "Bukan itu sahaja, mereka terpaksa memikirkan tanggungan bulanan pinjaman PTPTN yang dicanang percuma sebelum pilihan raya kini terbeban kerana tiada lagi potongan seperti sebelum ini. Malah pengambilan secara kontrak menyebabkan doktor-doktor muda tidak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat pakar.", "Keringat para doktor dan jururawat seolah-olah tidak lagi dihargai oleh kerajaan hari ini. Dari sudut manakah profesion doktor tidak lagi kritikal sedangkan setiap hari berdepan dengan pelbagai risiko seperti ‘needle stick injury’, jangkitan TB, HIV, Hepatitis selain terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah waris keluarga dan pesakit.", "Tidak dapat dielakkan, motivasi dan kepuasan kerja itu berkait rapat dengan imbuhan kewangan dalam apa jua sektor. Adakah YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri sudah lupa betapa mencabarnya menjadi seorang doktor muda ‘houseman’?\n\nTidak sampai 24 jam, pelbagai respon dikeluarkan melalui media sosial oleh menteri-menteri Pakatan Harapan tetapi yang menjelikkan YB Syed Saddiq seolah-olah ingin menjadi hero sedangkan perkara tersebut telah diputuskan oleh YAB Perdana Menteri dalam mensyuarat Jawatankuasa Kabinet. Sewajarnya selesaikanlah dahalu permasalahan para ahli sukan dan pencapaian sukan SEA lepas yang merosot.", "Walaupun sekali lagi ‘u-turn’ tetapi jelas sekali bahawa Pakatan Harapan gagal menyelami isu-isu rakyat sebagaimana perancangan untuk subsidi minyak petrol Ron 95 diapungkan harganya menyebabkan harga pasaran meningkat. Sepatutnya, sebelum diputuskan sebagai dasar atau polisi bukankah lebih elok jika kajian mendalam dilakukan agar Program Subsidi Petrol (PSP) yang sepatutnya bermula pada 1 Januari tahun tidak mengaibkan kerajaan apabila diumum ditangguhkan sebagaimana beberapa perkara lain yang telah ‘u-turn’.", "Lebih meruncingkan ramai penjawat awam dan swasta telah adan bakal ditamatkan perkhidmatan mereka.", "Inilah yang dipanggil ‘cakap tak serupa bikin’, apa yang diidamkan oleh rakyat dengan pelbagai janji-janji manis sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional, kini hanya tinggal sepi.", "Debaran politik semasa di antara YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin dirasakan kerana janji peralihan kuasa Perdana Menteri dijadualkan pada Mei 2020 yang semakin hampir.", "Penyokong-penyokong PKR yakin Anwar lebih baik daripada YAB Tun Dr. Mahathir untuk menjadi PM Malaysia berdasarkan pengalaman beliau menjadi menteri kabinet dan menteri kewangan di era kerajaan Barisan Nasional tetapi nampak gayanya semakin kelam apabila Tun Dr Mahathir ingin menyerahkan selepas mesyuarat APEC pada Disember 2020.", "Bolehkah Anwar dan penyokong-penyokongnya bersabar dengan tipu helah politik Tun Dr Mahathir ini?", "Sewajarnya, usah difikirkan perkara yang lebih besar dan mustahak kalau harga bawang pun gagal dikawal oleh kerajaan Pakatan Harapan.", "Betullah kata orang, kerajaan hari ini adalah kerajaan sepenggal.", "Kepada Allah SWT kita berserah. Salam perjuangan", "\nAiman Ja’apar\nPengerusi Biro Profesional Muda,\nSuara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)" ]
https://umno-online.my/2019/12/27/sorotan-2019-suka-duka-rakyat-di-era-malaysia-baharu/
[ "TAHUN 2019 bakal melabuhkan tirainya, menjadi satu kebiasaan apabila menghampiri penghujung tahun kita akan bermuhasabah dan mengoreksi kembali detik dan peristiwa yang telah dilalui sepanjang tahun 2019 untuk dijadikan iktibar dan panduan menghadapi tahun 2020.", "Apabila kita menyoroti peristiwa suka dan duka sepanjang tahun 2019, sudah pasti kestabilan ekonomi, politik, sosial, agama dan keharmonian antara perkara yang menjadi perhatian dan keutamaan rakyat. Laporan oleh Agensi Bangsa-bangsa Bersatu, berkaitan Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 ‘World Happiness Index’, menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga 80 tahun ini berbanding di tangga 35 pada tahun 2018 daripada 156 negara. Laporan EMIR Research sebuah badan penyelidik bebas juga mendapati rakyat Malaysia berada dalam kebimbangan yang maksimum. Berdasarkan indeks, kebimbangan tersebut berkisar tentang kos sara hidup, pekerjaan, ekonomi dan keselamatan. Kedua-dua laporan tersebut datang daripada agensi yang berautoriti, menunjukkan tahun 2019 sebagai tahun duka kepada rakyat khususnya golongan B40, M40 dan generasi muda.", "Adakah benar ekonomi negara berada dalam keadaan terumbang-ambing dan tidak menentu sepanjang 2019? Dengan berlatar belakang ribuan pekerja yang diberhentikan sehinggalah kepada pasaran saham Bursa Malaysia yang jatuh 4.7% pada tahun ini dan merupakan pasaran saham tercorot di rantau Asia. Saya sependapat dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di dalam The Edge Weekly yang menggariskan tiga isu utama ketidakstabilan ekonomi negara iaitu pertama isu serahan kuasa,” Ketidakpastian dalam hal serahan kuasa menyebabkan ketidakpastian dalam pasaran, Orang yang dikatakan Perdana Menteri menanti, Anwar Ibrahim pun tak pasti”.\n\nIsu kedua, terdapat banyak ketidaktentuan dasar. Contohnya, “penggantungan projek-projek prasarana besar, yang kemudian, selepas beberapa ketika, diteruskan semula.” Isu ketiga pula, katanya, proses membuat keputusan yang tidak jelas. Komuniti perniagaan keliru siapa yang membuat keputusan di peringkat kerajaan. Adakah Menteri hal-ehwal ekonomi, Menteri kewangan, Pejabat Perdana Menteri atau Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)?", "Tiga isu yang diutarakan ini ialah kisah duka ekonomi bagi rakyat sepanjang tahun 2019, kesannya hutang negara bertambah, aset yang berkepentingan Melayu dan Bumiputera dijual sewenang-wenangnya dan rakyat terus ditaburkan janji demi janji, harapan demi harapan yang tidak berkesudahan.", "Sepanjang 2019, kita juga menyaksikan banyak isu-isu sensitif yang berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan diremehkan dan penghinaan kepada Rasulullah SAW hinggakan ada seorang mufti yang menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini. Lebih malang lagi apabila ada dalam kalangan orang Islam sendiri yang tidak sensitif dengan penghinaan terhadap Islam dan Rasulullah SAW, bahkan merasakan tidak perlu untuk memberikan reaksi.", "Rakyat juga dirundung kegusaran dengan dakwaan terdapat gerakan secara senyap untuk menghidupkan kembali ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) di samping ingin memperjuangkan jasa parti itu terhadap negara ini. Abu mayat bekas pemimpin PKM, Chin Peng secara diam-diam dibawa pulang ke Malaysia dan ditaburkan di beberapa tempat di Perak. Kenapa isu yang sensitif ini dimainkan kembali? Adakah ini sebagai permulaan kepada menghidupkan kembali ideologi Komunis?\n\nUMNO menyokong Perhimpunan Pejuang Negara Menentang Ideologi Komunisme yang diadakan pada 24 Disember lalu melibatkan gabungan 11 persatuan bekas dan pesara pegawai Polis Diraja Malaysia mendesak kerajaan melakukan siasatan ke atas penganjur dua majlis memperingati perjanjian Damai Hatyai ke-30 yang diadakan di Sepang dan Kajang baru-baru ini. Syabas kepada Persatuan Bekas Polis dan Pesara Pegawai Polis Diraja Malaysia atas ketegasan dan keperihatinan kepada isu ini.", "Dahulu apabila tiba sahaja akhir tahun penjawat awam akan senyum mendapat perkhabaran gembira berbentuk bonus dan bantuan daripada Kerajaan BN. Bagaimana pula tahun ini, apakah bantuan dan ganjaran yang diperolehi mereka? Saya mendapat khabar berita tahun 2019 diakhiri dengan berita duka bagi penjawat awam. Saya melahirkan rasa empati dengan nasib yang menimpa mereka. Kerajaan bukan sahaja dilihat kurang mesra dengan penjawat awam bahkan sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan kerajaan. Antaranya Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis, Elaun Kritikal Doktor dan lain-lain.", "Penamatan elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan pada 20 Disember 2019 lalu. Satu lagi elaun yang dimansuhkan, berkuatkuasa bagi lantikan baharu penjawat awam bermula pada 1 Januari 2020: Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). Elaun ini bermula pada tahun 1992 diberi oleh kerajaan terdahulu khusus untuk penjawat dalam bidang kritikal seperti bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang dan lain lain.", "Jika disoroti ini adalah antara secebis kisah duka rakyat sepanjang tahun 2019. Di samping kisah duka, terdapat juga beberapa peristiwa bersejarah bagi rakyat, UMNO, BN dan Muafakat Nasional, antaranya;", "• Peristiwa bersejarah pada 14 September 2019; termeterai Piagam Muafakat Nasional yang melakar suatu peradaban iaitu sejarah penyatuan di antara dua parti terbesar negara iaitu UMNO dan PAS. Peristiwa ini akan menjadi naratif politik baharu tanah air bagi membina dan mengangkat kembali Malaysia di mata dunia. Himpunan demi himpunan yang bertemakan Muafakat Nasional akan terus disemarakkan lagi pada tahun 2020 nanti.\n\n• Kemenangan UMNO, BN dan Muafakat Nasional di pilihan raya kecil; sepanjang tahun 2019 telah berlaku lima Pilihan Raya Kecil (PRK). Alhamdulillah UMNO, BN dan Muafakat Nasional telah memenangi empat daripada lima PRK tersebut. Ini membuktikan tahap penerimaan dan sokongan rakyat kepada UMNO, BN dan Muafakat Nasional semakin meningkat. Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang diadakan pada 26 Januari 2019 merupakan pilihan raya kecil yang pertama pada tahun 2019 dan kelima selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Calon BN, Ramli Mohd Noor mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan memperolehi majoriti sebanyak 3,238 undi dan mencipta sejarah sebagai calon tunggal Orang Asli ke Parlimen.", "Pilihan Raya Kecil Semenyih telah diadakan pada 2 Mac 2019 menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi memenangi kerusi ADUN dengan majoriti sebanyak 1,914 undi. Pilihan Raya Kecil Rantau merupakan pilihan raya kecil yang ketiga tahun 2019 dan ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 telah diadakan pada 13 April 2019. Calon Barisan Nasional (BN), Dato Seri Mohamad Hasan sekali lagi memenangi dan mengekalkan kerusi ADUN itu dengan memperolehi majoriti sebanyak 4,510 undi.", "Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai merupakan PRK terakhir bagi tahun 2019 dan PRK yang kesembilan selepas PRU-14. PRK Tanjung Piai yang telah diadakan pada 16 November 2019 telah menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjaya memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti besar sebanyak 15,086 undi. Kemenangan di Tanjung Piai menjadi detik yang bersejarah kepada UMNO, BN dan PAS kerana di sinilah buat pertama kali Muafakat Nasional diuji.", "Di sebalik kisah dan peristiwa yang mengembirakan itu, pastinya proses 3R (Rebranding- Repositioning dan Reenginering) perlu kita lakukan secara konsisten dalam UMNO. Tambahan pula tahun 2020 dijangkakan senario politiknya lebih mencabar. Kita kurangkan “Politik Bomba” ada isu baharu bertindak tetapi kita semarakkan “Politik Prihatin” apa sahaja yang merugikan rakyat dan negara tanpa tunggu dan lihat kita pertahanankan serta perjuangkan melalui saluran yang betul berlandaskan Perlembagaan negara.", "Kita suburkan “Politik Konsensus” antara UMNO, BN dan Muafakat Nasional. Sepertimana pesanan Al-Mawardi (975-1059) dalam bukunya al-Ahkam al-Sultaniyyah enam sendi utama yang mesti wujud dalam sebuah pemerintahan atau kesepakatan antaranya keamanan yang merata dan mengelak konflik yang berpanjangan akan menjadi penghalang kepada kejayaan. Kita jadikan suka dan duka sepanjang tahun 2019 sebagai pembakar dan ibrah bagi mengharungi tahun 2020 yang tidak dapat diduga rencah dan cabarannya. – UMNO ONLINE" ]
https://umno-online.my/2019/12/25/jangan-pertikai-jpa-sila-kritik-dr-mahathir/
[ "JIKA merujuk pekeliling JPA, keputusan menarik balik elaun kritikal telah diputuskan semasa mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir sendiri!", "Faq Pp102019", "Maka kepada Syed Saddiq dan yang lain, jangan pertikai JPA saja tapi sila kritik Dr Mahathir juga, jika benar2 ikhlas perjuangkan anak muda! Berani tak Saddiq?\n\nKeputusan kerajaan PH yang menghapuskan Insentif Khidmat Kritikal (BIPK) perlu ditolak sehingga mereka membatalkan keputusan itu kerana tidak masuk akal dan menzalimi rakyat.", "Contoh yang mudah, apabila doktor junior (yang mula bekerja tahun 2020) bertugas sebagai MO pada tahun 2022, mereka akan dibebankan dengan kerja yang banyak dan long hours sama seperti MO senior tapi dengan gaji yang lebih rendah! Di manakah logiknya?", "Gaji doktor junior akan kurang sebanyak 15%, satu pengurangan yang sangat signifikan. Dan percayalah ….. bebanan kerja tidak akan kurang tapi akan semakin bertambah!", "Begitu juga dengan konsep doktor kontrak yang dikhuatiri menyusahkan doktor untuk menyambung pelajaran kepakaran.", "Benar ada doktor-doktor baharu tapi jumlah penduduk juga semakin bertambah. Malah, expectation pesakit semakin tinggi. Pengamal perubatan pun manusia juga yang ada keperluan dan tanggungan masing-masing.", "Jika bercakap pasal ‘kritikal’, kerajaan PH sepatutnya merujuk kepada nisbah doktor dengan pesakit yang sangat rendah dan kritikal iaitu hanya 1 doktor bagi 520 pesakit (1:520)!", "Target Kementerian Kesihatan ialah nisbah 1 doktor bagi 450 pesakit (1:450), itu pun masih rendah.", "Begitu juga dengan tempoh contact pesakit dengan doktor sama ada di klinik-klinik, tempoh tunggu appointment seperti election surgery, prosedur seperti CT Scan atau Ultrasound dan follow ups, mengambil ubat-ubatan dan sebagainya. Saya pasti kita semua dan pegawai-pegawai JPA setuju bahwa tempohnya terlalu lama!", "Jika berhujah sedemikian, saya pasti JPA tidak ada masaalah untuk membatalkan keputusan mereka itu. Jelas bahwa perkhidmatan doktor dan pengamal perubatan yang lain masih sangat sangat diperlukan.", "Malaysia Medical Association ada buat petisyen membantah krputusan kerajaan PH ini :\nhttp://chng.it/kdHPCLNr", "Sungguh malang apabila kerajaan PH telah gagal prioritize dan memangsakan rakyat. Mereka sepatutnya memotong gaji dan elaun mereka dahulu. Begitu juga dengan pegawai-pegawai mereka dan bukannya menzalimi rakyat.", "Cukup-cukuplah kerajaan PH membela towkey-towkey yang lari cukai disebabkan pengenalan semula SST. Nilai cukai tersebut dianggarkan ratusan bilion ringgit tapi masuk ke poket towkey-towkey ini. Perkenalkan semula GST dan hasilnya boleh digunakan untuk pembangunan negara bukannya dengan menyusahkan rakyat.", "Dr Novandri Hasan Basri\n25 Disember 2019" ]
https://umno-online.my/2019/12/22/isu-tutup-anak-syarikat-mara-jangan-kerana-seekor-nyamuk-habis-kelambu-dibakar/
[ "\nBaru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hasnita Hashim berkata, Mara telah menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru dan akan menutup beberapa syarikat yang kononnya tidak strategik.", "Ini merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.", "Cubaan menutup mana-mana anak syarikat dan kepentingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah usaha menghapus Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan secara sistematik dan tersembunyi, walaupun tanpa menghapusnya secara terang-terangan", "Malah pihak Majlis Perundingan Melayu (MPM) tidak menolak kemungkinan MARA Corporation Sdn Bhd. (MARA Corp) juga berada dalam senarai yang mungkin dihapuskan.", "MPM juga mendedahkan MARA Corporation antara anak syarikat MARA yang bakal ditutup dan ini boleh dilihat sejak Ogos lalu, apabila bayaran gaji bagi kakitangannya masih tertunggak sehingga tiga bulan.", "MARA ditubuhkan melalui semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa tindakan seperti fungsi Mara yang dikurangkan, bajet Mara yang dikurangkan, staf diberhentikan, gaji tak dibayar ata dilambatkan adalah merupakan sesuatu yang membimbangkan", "Maka, sebarang usaha untuk melemahkan, mengurangkan apa-apa fungsi, peruntukan, bajet MARA atau operasi mana-mana anak syarikat dan kepentingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan", "Jangan kerana nyamuk nan seekor, habis kelambu dibakar.", "Walau apa juga alasan yang diberikan oleh kerajaan, ialah syarikat yang ditutup ada syarikat yang tidak strategik dan mengalami kerugian, maka ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memulihkan atau memperkasakan kembali mana-mana anak syarikat MARA yang terbabit.", "Alasan menutup anak-anak syarikat MARA hanya disebabkan mereka mengalami kerugian adalah tidak masuk akal malah seakan alasan bodoh.", "Yang penting kalau silap, betulkan kesilapan. – umno-kedah.com" ]
https://umno-online.my/2019/12/21/ph-penyebab-ekonomi-bumiputera-semakin-menipis-isham/
[ "Kelmarin Permodalan Nasional Berhad, syarikat pelaburan kerajaan telah mengumumkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.5% iaitu yang terendah dalam sejarah ASB sejak tahun 1990.", "Pada bulan September lepas Kerajaan juga telah mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 2% iaitu yang terendah dalam sejarah LTAT sejak tahun 1973.", "Dan sebelum itu pada bulan April tahun ini Kerajaan juga telah mengumumkan hibah Tabung Haji sebanyak 1.25% iaitu hibah yang juga terendah dalam sejarah Tabung Haji.", "Hampir semua pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur dalam ASB, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini adalah Bumiputera yang melabur dalam institusi berkaitan kerajaan yang sebelum ini ditubuhkan untuk membantu meningkatkan ekuiti dan pegangan ekonomi Bumiputera.", "Walaupun sebelum ini negara pernah berhadapan dengan beberapa krisis ekonomi terutama pada tahun 1997-1999 dan 2008-2009, namun pulangan dividen bagi institusi-institusi ini tidak pernah seteruk ini.", "Pada tahun 1997-1998 ketika ekonomi tidak menentu dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur terhempas daripada 1,200 mata ke paras 261 mata dan aliran modal lari keluar ke luar negara, kerajaan tetap membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 10.25%, LTAT 10.5%, dan hibah Tabung Haji 8%.", "Pada tahun 2008 ketika ekonomi dunia dilanda krisis dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur sekali lagi jatuh daripada paras setinggi 1,400 mata ke paras 800 mata, kerajaan masih berjaya membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 8.75%, LTAT 10% dan hibah Tabung Haji 5%.", "Kini pulangan bagi pelaburan institusi-institusi ini adalah hanya ASB 5.5%, LTAT 2% dan Tabung Haji 1.25%.", "Jika perkara ini berterusan, adakah pelabur masih berminat untuk melabur dalam institusi-institusi ini atau adakah mereka akan mengeluarkan wang mereka ke tempat lain?", "Jika ini berlaku, apakah yang akan jadi kepada institusi-institusi pelaburan kerajaan ini yang sebelum ini bertanggungjawab menggalakkan pegangan ekonomi Bumiputera?", "Dan apakah yang akan jadi kepada keseluruhan pegangan ekuiti Bumiputera di negara ini?", "Kerajaan hari ini tidak lagi memandang serius tentang ekonomi Bumiputera.", "Isham Jalil\nPresiden Sukarelawan Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/12/20/secangkir-kopi-politik-berimbang-jawapan-kepada-kecelaruan-politik/
[ "NICCOLO Machiavelli (1469-1527) dikenali sebagai political philosopher kerana pemikiran dan penulisannya berlegar di sekitar kuasa politik. Walaupun ramai yang membenci pemikiran Machiavelli yang songsang etika, namun dia mempunyai pengikut yang tersendiri, sehingga ada yang menggelarnya sebagai father of modern political science.", "Penulisan Machiavelli yang terkenal ialah The Prince yang diterbitkan pada tahun 1532. Dalam buku ini, beliau berbicara soal konsep kuasa antaranya berpegang kepada teori matlamat menghalalkan cara, walau apa cara sekalipun. Pegangan ini jelas bertentangan dengan konsep yang digariskan Islam “al-ghayah la tubariru al-wasilah”- matlamat tidak menghalalkan cara.", "Islam menolak teori Machiavelli kerana ia tidak mempunyai sebarang limitasi dan panduan. Ia terbuka, untuk melakukan apa sahaja cara, selagi mana boleh membawa sesuatu objektif yang ingin diraih dan dikira perlu. Maka lakukankanlah cara itu, kononnya boleh berubah menjadi mulia dan diterima.", "Matlamat menghalalkan cara menjadi antara punca berlakunya kecelaruan dan ketidakseimbangan politik di dalam negara. Ketika ini, kita menyaksikan satu persatu apa yang telah dibina oleh kerajaan terdahulu selama 61 tahun telah dimusnahkan dan dirobek tanpa nokhtah. Semakin hari semakin memualkan, beromong kosong mendaulatkan demokrasi dan politik serba bersih. Namun rintihan rakyat, isu ekonomi, sosial, agama tidak mendapat perhatian bahkan isu perkauman diheret dengan percikan bunga api yang hampir membakar, fitnah disemarakkan dan kebenaran masih jauh untuk diketengahkan.", "Kerana kecelaruan dan ketidakseimbangan politik episod perebutan kuasa, pangkat dan projek di dalam kerajaan menjadi keutamaan berbanding mencari solusi menyelesaikan permasalahan rakyat. Akhirnya rakyat menjadi mangsa antaranya:", "Kebobrokan ekonomi negara; Telah mengakibatkan tekanan dan peningkatan bebanan kos sara hidup khususnya kelompok B40, malah golongan peniaga dan M40. Hutang negara bertambah, walaupun sudah puluhan aset negara milik orang Melayu dan Bumiputera telah dijual. Pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sekali lagi menyaksikan rakyat khususnya Melayu dan Bumiputera menjadi mangsa. Dividen dan bonus ASB 2019 pada kadar 5.50 sen per unit, paling rendah dalam sejarah sejak dilancarkan pada 2 Januari 1990. Apapun alasan yang diberikan, ketidakcekapan kerajaan menguruskan ekonomi telah merugikan rakyat. Sekaligus membantutkan matlamat asal penubuhan ASB yang bertujuan merapatkan jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.", "Prinsip kesopanan dan kesusilaan diremehkan; Secara umumnya kesopanan dan kesusilaan tidak harus dipandang enteng. Menurut pakar undang-undang dan Perlembagaan, prinsip terakhir dalam Rukun Negara ini merupakan terjemahan daripada prinsip moral dalam Perlembagaan Persekutuan. Prinsip ini bertujuan untuk mengawal tingkah laku seseorang dan memupuk sahsiah mulia, serta aturan kehidupan yang santun demi kesejahteraan setiap warganegara Malaysia. Prinsip ini amat penting dalam konteks untuk mengekalkan keharmonian masyarakat dan hormat-menghormati antara kaum. Tetapi apa yang menyedihkan atas faktor keterbukaan, kebebasan dan kecelaruan politik dua prinsip ini diremehkan. Bagaimana papan tanda atau billboard aplikasi telefon bimbit SUGARBOOK boleh diiklankan secara terbuka di Bangsar dan Sri Hartamas? Apa logiknya iklan seperti ini diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Apa penjelasan Menteri yang bertanggungjawab?", "Saya berpandangan isu ini bukan sahaja isu agama, tetapi isu moral, isu sosial, isu kesopanan dan kesusilaan rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera. Apa bezanya SugarBook dengan pelacuran? Walau ada yang menafikan dengan menyatakan “SugarBook bukan pelacuran tetapi match making, untuk memperkasakan wanita dengan memberi mereka platform temu janji untuk memilih secara bebas apa yang mereka mahu dalam hubungan yang ideal”. Jelas ini adalah sebahagian daripada agenda untuk normalisasikan maksiat.", "Terfikirkah kita apa perasaan 15.80 juta golongan wanita di negara ini? Darjat dan martabat mereka direndahkan. Islam telah mengangkat maruah dan martabat wanita daripada barang dagangan di zaman Jahiliyyah kepada semulia makhluk. Jangan kerana tuntutan suara minoriti atas nama hak asasi manusia, budaya dan nilai agama diremehkan pelakuan Jahiliyyah dibanggakan. Adakah ini bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang diperkenalkan oleh kerajaan? UMNO menggesa kerajaan memandang serius isu seperti ini dan tindakan segera diambil, tidak cukup sekadar menurunkan papan iklan tetapi memerlukan pemantauan yang berterusan.", "Isu keadilan untuk arwah Adib dipandang sepi, walau sudah genap setahun arwah meninggalkan kita. Namun cahaya keadilan kepada arwah belum kelihatan, rakyat menunggu apakah kesudahan isu ini? Tiba-tiba isu Surat Akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani Cif Inspektor Azilah Hadri berhubung dakwaan pembabitan bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menjadi perhatian dan kertas siasatan akan dibuka semula. Walaupun Dato’ Seri Najib sudah berkali-kali menafikan keterlibatan beliau dalam kes ini.", "Mungkinkah ini sebagai teknik mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai masalah yang sedang melanda negara ini kesan daripada kelemahan dan kepincangan pentadbiran serta pengurusan negara? Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan ketenangan kepada Dato’ Seri Najib menghadapi mehnah dan tribulasi ini.", "Bagi mengembalikan negara dan rakyat ke landasan asal, kecelaruan dan ketidakseimbangan politik perlu ditangani segera. Jika keadaan ini dibiarkan jolokan Malaysia negara gagal ‘the failed states’ yang pernah dijaja dan dimomok oleh pembangkang dahulu, kini menjadi kerajaan ia menjadi satu kenyataan.", "Apa alternatif yang boleh ditawarkan oleh UMNO, BN dan Muafakat Nasional bagi membendung kecelaruan dan ketidakseimbangan politik ini? Menjawab kepada persoalan ini UMNO pasca PAU 2019 telah mula bergerak ke arah penerapan politik berimbang sebagai salah satu budaya dalam gerak kerja dan perancangan. Sepertimana yang saya tekankan dalam ucapan dasar “kita perlu mengubah UMNO kepada budaya politik berimbang berasaskan prinsip perjuangan, keterbukaan dan perundingan selagi asas-asas Perlembagaan dan kontrak sosial tidak dicabuli”.", "Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi mengambil langkah berani melantik Prabowo Subianto menganggotai Kabinetnya. Pelantikan ini dilakukan Jokowi bagi mewujudkan kestabilan kuasa politik dan membentuk politik berimbang dalam pentadbirannya. UMNO juga telah mengambil langkah menjadikan politik berimbang dan Muafakat Nasional sebagai pemacu politik baharu Malaysia sebagai jawapan kepada kecelaruan politik hari ini.", "Ahmad Zahid Hamidi\n#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia" ]
https://umno-online.my/2019/12/16/mereka-perlu-keluarkan-lagi-konspirasi-baru-untuk-menentang-memfitnah-saya-najib/
[ "\nPEMBUNUHAN Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu.", "Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.", "Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah.", "Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas.", "Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut.", "22 Feb 2019: ‘Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi’\nhttps://www.malaysiakini.com/news/465213", "Seorang lagi pegawai polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam ke ini pun pernah bersumpah bahawa saya tidak terlibat.", "Jan 30, 2016\nSirul ‘bersumpah’ Najib tak terlibat pembunuhan Altantuya\nhttps://youtu.be/Yi-AyO1S5h4", "Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula.", "Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.", "Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati.", "Peguam bela sekian lama dia juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya :", "16 Dec 2019: “When contacted, Azilah’s lawyer Hazman Ahmad told FMT that he had no role in the preparation of the statutory declaration cited by Malaysiakini, adding that they last met “two or three years ago”.\nhttps://www.freemalaysiatoday.com/…/rubbish-says-najib-on-…/", "Kalau nak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?", "Adakah hukuman mati bakal ditarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?", "Secara logik, jika saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut RM500,000 dari seorang kenalan saya, kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?", "Saya diberitahu bahawa perbicaraan kes 1MDB dan SRC saya tidak memberi impak yang diinginkan oleh PH manakala usaha cybertrooper serta propaganda mereka juga jauh ketinggalan.", "Apa yang saya tulis dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang saya ucap dalam ceramah-ceramah saya amat sukar untuk dibalas atau disangkal oleh PH.", "Ada penganalis yang berpendapat juga bahawa fakta-fakta yang saya keluarkan merupakan antara senjata paling tajam yang menyumbang kepada kekalahan teruk PH di PRK Tanjung Piai.", "19 Nov 2019: “PH hilang fokus, ditenggelami populariti ‘bossku'”\nhttps://www.sinarharian.com.my/…/PH-hilang-fokus-ditenggela…", "PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal.", "Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.", "Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.", "Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2019/12/16/daulah-terpendam-atau-deep-state-kerajaan-ph-sudah-ikut-skrip-filem-hollywood-shahrir/
[ "\nMENTERI Luar Negeri, Saifudin Abdullah, yang pertama mendakwa wujudnya ‘Daulah Terpendam atau ‘Deep State’ di kalangan pentadbiran negara. Dakwaan menteri ini adalah alasan mengapa PH terpaksa membatalkan ratifikasi kepada Statut Roma.", "Tidak ketinggalan Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, tambahkan dengan dakwaan adanya kemungkinan ‘coup d’etat’ atau rampasan kuasa kalau PH teruskan ratifikasi Statut itu!", "Semenjak itu, kewujudan Daulah Terpendam ini sering digunakan sebagai alasan kepada kegagalan dan kelemahan menteri-menteri PH dalam mengurus kementerian masing-masing.", "Apabila terbongkar kesilapan mereka sendiri, cepat sekali mereka mendakwa kepada peranan Daulah Terpendam melakukan ‘sabotage’ terhadap usaha pemerintahan PH.", "Sebagai tindakan balas, pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ditukar keluar dari kementerian dan jawatan mereka atau di’beku sejuk’kan di agensi-agensi pusat seperti JPA.", "Semasa kerajaan BN, pembocoran maklumat dari dalam kerajaan ke media sosial negara dan antarabangsa telah dipuji sebagai tindakan ‘whistleblower’ demi kebenaran dan untuk membenteras salahguna kuasa. Tidak ada pula dakwaan wujudnya Daulah Terpendam ketika itu.", "Saya pun pernah memegang jawatan menteri dan berpengalaman berinteraksi dengan penjawat-penjawat awam.", "Saya tetap menghargai nasihat dan pandangan mereka dalam perbincangan dan perbahasan kami tatkala saya bercadang mengubah pendekatan dan strategi atau memperkenalkan dasar yang baru.", "Tapi kalau hendak membawa perubahan dan penambahbaik kepada yang sedia ada, kenalah menteri dan penasihat menteri mempunyai halatuju yang jelas dan berasas kepada realiti.", "Kalau tidak, bukan Daulah Terpendam yang menggagalkan tapi kelemahan pemikiran menteri itu yang terdedah kepada khalayak ramai.", "Jalan yang mudah untuk menutup kelemahan sendiri ialah dengan menukar keluar pegawai serta menyalahkan Daulah Terpendam.", "Itu sebabnya, kesatuan sekerja – MTUC dan CUEPACS – sudah mula menyuara kebimbangan mereka tentang penindasan terhadap penjawat-penjawat awam.", "Sepatutnya kerajaan PH lebih baik dari BN kerana ia dipimpin oleh seorang perdana menteri yang paling panjang tempoh perkhidmatannya.", "Ada juga menteri PH yang pernah menjadi TPM, MB dan menteri semasa dalam BN. Ada yang pernah jadi MB dan KM setelah menumbangkan BN di negeri-negeri sendiri.", "Masa itu, tidak terdengar pula adanya Daulah Terpendam ini. Sudah pun 18 bulan PH memerintah. Tidak terbongkar lagi siapa yang menguasai dan menganggotai Daulah Terpendam ini. Yang terbongkar ialah kelemahan dan tahap kebolihan PH sendiri.", "MTUC dan CUEPACS mewakili golongan pekerja. Sebagai pekerja, mereka adalah golongan pelaksana. Mereka sudah pun resah memerhatikan gelagat pemerintah yang masih tidak mantap dan halatuju. Kerana itu, mereka bersuara.", "Cukup-cukuplah dengan dakwaan yang mengarut dan menyalahkan orang bawah!\n#BalikAsal", "Tan Sri Shahrir Abdul Samad\nKetua UMNO Bahagian Johor Bahru" ]
https://umno-online.my/2019/12/13/pau-2019-umno-menuju-naratif-politik-baharu/
[ "\nHAMPIR seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan tirainya. Semoga semangat UMNO-Sebuah Perjuangan yang menjadi tema PAU kali ini masih terpahat diminda perwakilan dan pemerhati yang hadir. Pemilihan tema ini juga membuktikan bahawa UMNO serius memperkasakan landasan perjuangannya. Tambahan pula dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional.", "Mesej UMNO-sebuah perjuangan jelas menuntut UMNO melakukan transformasi perjuangan sesuai dengan keperluan politik abad ke-21. Keperluan dan corak berfikir politik hari ini sudah berbeza berbanding dahulu. Malah, sudut pemahaman anak muda berkaitan politik juga sudah berubah dan berbeza.", "Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden “Muafakat Nasional Pemacu Politik Malaysia” saya telah menggariskan dua budaya baharu politik UMNO yang perlu diterapkan dan disemai ke dalam minda dan jiwa setiap pimpinan dan ahli UMNO, merangkumi yang Pertama, Politik Ketahanan dan yang Kedua, Politik Berimbang. Kedua-dua budaya ini perlu dipandang serius dan dipahat diminda serta jiwa setiap pejuang UMNO.", "Minda dan jiwa memainkan peranan terpenting membentuk corak berfikir, cara bertindak, gerak kerja, strategi dan kejayaan setiap manusia dalam organisasi dan kehidupannya di dunia serta di akhirat. Saidatina Aisyah pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW, “Bagaimana seseorang itu mendapat keutamaan di dunia? Baginda SAW menjawab: Dengan akalnya. Saidatina Aisyah bertanya lagi: Bagaimana seseorang itu mendapat keutamaan di akhirat? Baginda menjawab: Dengan akalnya. Lantas Aisyah bertanya: Bukankah seseorang itu mendapat keutamaan dengan amalnya? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Seseorang itu beramal mengikut kadar akalnya.” (Riwayat Tirmizi)", "Pada waktu tertentu, hati mencorakkan cara kita berfikir, tetapi dalam banyak waktu akal menentukan corak dan bentuk fikiran seterusnya hati. Sebab itu golongan bijak pandai mengungkapkan ‘akal itu pelita bagi hati’.", "Mengikut pemerhatian saya, PAU 2019 mempunyai kelainan yang tersendiri terutamanya penerimaan dan cara berfikir. Jika PAU 2018 membawakan mesej ‘BANGKIT’ tetapi tahun ini kita membawa mesej mengisi ‘KEBANGKITAN’ tersebut. Bermula dengan penghargaan UMNO kepada presiden PAS, MCA dan MIC duduk sepentas di pentas utama membuktikan UMNO sudah mengorak langkah ke arah transformasi politik. Saya yakin para perwakilan, pemerhati dan semua yang hadir ke PAU 2019 dapat menyaksikan sendiri bagaimana kepelbagaian dan perbezaan pandangan perwakilan dan pembahas diraikan. Tiada kekecohan, tiada maki-hamun bahkan tiada aksi tumbuk-menumbuk, baling kerusi dan sebagainya. Alhamdulillah ini membuktikan para pembahas dan perwakilan PAU berfikiran positif dan semakin matang berpolitik.", "Tanpa dinafikan elemen kritikan, sindiran, teguran dan cadangan wujud dan diperbahaskan oleh pembahas tidak kira di kalangan mahasiswa, puteri, pemuda, wanita dan perwakilan negeri-negeri. Malah kadangkala diselang-seli dengan istilah-istilah nakal bagi menarik perhatian perwakilan seperti pintu depan pintu belakang, perang proksi, politik hanyir, politik Tom & Jerry dan lain-lain. Tetapi setiap perbahasan dan teguran diolah dengan baik dan tertib seumpama “pukul anak sindir menantu” serta terkawal. Saya meneliti dan perhalusi setiap kritikan, hasrat, dan luahan rasa pembahas. Dapat saya simpulkan kesemuanya menjurus kepada hasrat dan harapan untuk melihat perjuangan UMNO sentiasa pragmatik dan terus releven, bukan sahaja kepada ahli UMNO bahkan kepada seluruh rakyat, kitalah jurubicara rakyat.", "Bertitik-tolak daripada harapan itulah naratif politik baharu UMNO pasca PAU 2019, wajar diperteguhkan dengan memperkuatkan daya tahan, daya saing dan daya juang melalui politik ketahanan bagi menghadapi segala godaan tawaran material yang tidak terduga yang kadangkala menggoyahkan prinsip perjuangan. Perlu kita ingat bahawa perjuangan UMNO bukan seperti barang dagangan yang berunsurkan tawar-menawar dan tolak ansur tanpa bersebab. Tetapi perjuangan ini adalah amanah yang diwariskan kepada kita untuk dipertahankan selamanya.", "Minda dan jiwa yang jelas dengan prinsip perjuangan menjadi benteng paling ampuh untuk kita terus kekal di landasan perjuangan. Ia juga mempengaruhi corak gerak kerja dan motivasi para pejuangnya. Tiba masanya daya berfikir dan gerak kerja bergerak seiring. Pakar psikologi pernah menyebutkan, “manusia sering membazirkan masa kepada perkara yang sama. Banyak orang fokus kepada hasil bukan proses. Bagaimanapun, setiap orang yang mendapat hasil yang bagus adalah kerana prosesnya yang sempurna”.", "Budaya Politik Ketahanan dan Politik Berimbang adalah proses UMNO untuk keluar meninggalkan segala budaya negatif yang dilabelkan sebelum ini. Kita harus mengorak langkah baharu demi menghadapi cabaran mendatang. Arus modenisasi telah mengubah masyarakat tradisional Melayu kepada masyarakat yang bersifat lebih terbuka dan berlainan paradigmanya, berikutan proses urbanisasi sebagai sebahagian proses modenisasi yang perlu disantuni oleh UMNO.", "Harapan saya semoga dua agenda besar PAU 2019 iaitu politik ketahanan dan politik berimbang yang diutarakan dapat difahami dan dihayati oleh semua perwakilan dan ahli UMNO demi kelangsungan perjuangan ini. Dengan syarat tiada lagi antara kita yang bertindak menebuk bahtera perjuangan UMNO dari dalam dan mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi, jelas pemikiran dan tetap pendirian sepertimana kata pujangga arab “Jika kamu mempunyai pemikiran yang baik, maka sertakan dengan azam. Ini kerana rosaknya pemikiran apabila kamu tidak tetap pendirian”.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#salammuafakatnasional\n#umnosebuahperjuangan\n#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia" ]
https://umno-online.my/2019/12/12/menteri-besar-bertukar-lagi-tuanku-sultan-mempunyai-kuasa-bubarkan-dun-pilihan-raya-negeri-pemuda-umno-johor/
[ "\nPENTADBIRAN Johor di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak hampir dua tahun ini dilihat tidak banyak memberikan nilai tambah dan inisiatif khusus buat rakyat negeri ini yang mahukan perubahan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.", "2. Hampir dua tahun, tiada apa-apa dasar pembangunan, pembaharuan dan dasar yang meyakinkan dibentang atau dihasilkan barisan kepimpinan pentadbiran diterajui dua Menteri Besar sehingga hari ini, bahkan hanya menambah baik, menjenamakan semula dan meneruskan dasar serta program sedia ada diusahakan kerajaan Barisan Nasional (BN).", "3. Apatah lagi pentadbiran yang julung kalinya diterajui ini terpalit dengan insiden pertukaran Menteri Besar Johor yang juga jarang-jarang kali berlaku dalam sejarah bumi Jauhar ini. Ianya sesuatu yang amat memalukan bagi kita rakyat Johor tetap cukup ‘membenamkan’ PH.", "4. Kini, kedudukan Menteri Besar Johor yang kedua di bawah kerajaan PH, Datuk Dr Sahruddin Jamal, turut menjadi tanda tanya rakyat negeri ini. Adakah kedudukannya sebagai Menteri Besar mendapat sokongan barisan EXCO serta kepimpinan dalam parti diterajui beliau? Apatah lagi tatkala PPBM dan PKR bertelagah teruk.", "5. Persoalan mula timbul dan desas jesus kedengaran kuat, apabila ada gerakan dalam parti PPBM negeri Johor mahu menjatuhkan Datuk Dr Sahruddin.", "6. Difahamkan juga, gerakan yang sudah wujud ini sedang giat mendapatkan sokongan majoriti ketua-ketua bahagian parti itu dari seluruh Johor dan wakil-wakil rakyat PH untuk mengemukakan undi tidak percaya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutnya nanti.", "7. Apa sudah jadi? Adakah Menteri Besar Johor di bawah pentadbiran PH sekali lagi akan bertukar? Jika benar, rosaklah keyakinan rakyat Johor yang majoriti dahulunya mahu merasakan nikmat pentadbiran kerajaan baharu.", "8. Pemuda UMNO sekali lagi ingin mengingatkan wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Bahagian dan juga Yang Berhormat, jika anda terbabit dengan gerakan ini, gunakanlah saluran yang betul kerana Johor di bawah Sistem Raja Berpelembagaan membolehkan anda semua bertemu dan menyatakan masalah ini kepada Tuanku Sultan Johor sama ada membuat pertukaran mahupun membubarkan DUN, itulah kelebihan perlembagaan di Johor.", "9. Janganlah melakukan tindakan yang akhirnya merosakkan kepercayaan rakyat yang selama ini semakin hari semakin terhakis dek janji yang tidak tertunai selepas hampir dua tahun, jangan jadikan rakyat Johor mangsa keadaan ekoran ketidakstabilan politik dalam di dalam PH.", "10. Sekiranya ianya benar-benar wujud, saya cadangkan agar kepimpinan PH memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN Johor, supaya pilihan raya negeri boleh diadakan. Sudah-sudahlah bermain tarik tali. Rakyat sudah pudar kepercayaan terhadap kerajaan hipokrit ini.", "11. Akhir sekali, besar harapan Pemuda Johor untuk melihat Johor bergerak lebih agresif, dinamik, stabil dan terurus pada masa kini dan akan datang, kerana Johor mempunyai potensi besar untuk menjadi negeri termaju di tanah air ini. – UMNO ONLINE", "MOHD HAIRI MAD SHAH\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor" ]
https://umno-online.my/2019/12/11/pau-2019-antara-realiti-dan-fantasi/
[ "\nREALITINYA adalah Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada 4 Disember 2019 lalu telahpun melabuhkan tirainya.", "Apa yang cukup penting, perhimpunan yang dihadiri oleh kira-kira 2,760 orang perwakilan itu berlangsung meriah dengan turut dihadiri oleh penyokong UMNO dari seluruh negara.", "Sepanjang empat hari perhimpunan itu berlangsung, PWTC sesak dengan ahli dan penyokong UMNO yang mana semuanya membulatkan tekad demi mengukuhkan kembali parti keramat orang Melayu itu.", "Itulah ‘REALITI’ dan bukan ‘FANTASI’.", "Biarpun PAU kali ini tidak sehebat ketika sewaktu UMNO berkuasa sebelum ini, namun ‘REALITI’nya perhimpunan berkenaan berlansung dalam suasana yang cukup aman, begitu harmoni dan penuh dengan integriti.", "‘REALITI’nya lagi, PAU 2019 menyaksikan penyatuan orang Melayu dan Islam menerusi Muafakat Nasional (MN).", "Saya yakin dan percaya, MN akan menjadi naratif politik baharu ‘a new political narrative’ dan gabungan yang bukan ‘biasa-biasa’.", "‘REALITI’nya juga, saya yakin dan percaya MN akan membentuk kuasa politik baharu yang seiring dengan kehendak politik abad ke-21.", "Banyak lagi ‘REALITI’ yang berlaku sepanjang PAU 2019 berlangsung termasuk ucapan setiap perwakilan yang keseluruhannya lebih memberikan tumpuan kepada aspek pemulihan parti daripada mengkritik kerajaan sedia ada.", "‘REALITI’ yang turut berlaku adalah UMNO meminda fasal 3 perlembagaan parti apabila klausa agama (Islam) diletakkan di hadapan, dan diubah daripada “bangsa, agama dan negara” kepada “agama, bangsa dan negara”.", "Itulah ‘REALITI’ yang mana UMNO kini perlu melakukan perubahan demi memastikan agama, bangsa dan negara ini terus terpelihara.", "Adakah kini masa untuk UMNO ber’FANTASI’?", "Lupakan soal ‘FANTASI’, kerana kini bukan lagi masa untuk UMNO ber’FANTASI’. Jadikan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu sebagai pengajaran yang cukup bermakna kepada parti keramat ini.", "Laksana perubahan secara total berlandaskan politik baharu masa kini kerana itu ‘REALITI’ yang rakyat khususnya orang Melayu inginkan.", "Biarlah pihak lain di luar sana dengan kisah si Kitul dan Raja Mendeliarnya, kisah mahu menjadi Perdana Menteri atau apapun sahaja kisah mereka, itu tidak penting kepada UMNO.", "Apa yang penting dan merupakan ‘REALITI’ kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO adalah kita perlu terus merapatkan saf demi perpaduan dan pengukuhan parti.", "Kini bukan masa kita bertelagah sesama kita, bukan masa kita mencari kesalahan antara satu sama lain dan bukan masa kita ber’FANTASI’ kepada sesuatu perkara yang belum pasti.", "‘REALITI’ akan mengubah dan telahpun mengubah kita sebelum ini. Jadi, jangan kita ber’FANTASI’ jika ingin mencapai ‘REALITI’.", "Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/12/11/bangunan-umno-hulu-perak-bangunan-pertama-umno-dibina-atas-derma-orang-ramai/
[ "Bangunan UMNO Pertama dibina atas derma orang ramai di Tanah Melayu.", "Menurut lisan dan catatan orang-orang lama. Keganasan komunis tidak dapat dipisahkan dari Hulu Perak, begitu juga dengan Parti UMNO.", "Hulu Perak adalah kawasan hitam terakhir Tanah Melayu yang menderita dek keganasan komunis sebelum mereka melarikan diri ke selatan Thailand.", "Semangat orang Hulu Perak melawan komunis dan inginkan negara yang merdeka menjadi antara sebab mereka bersama perjuangan UMNO sehingga tertubuhnya UMNO di Hulu Perak.", "Tahun 1956, di ambang kemerdekaan. Pada masa itu UMNO tiada kekuatan seperti sekarang. Semua aktiviti parti bergantung kepada derma ahli.", "Tidak terkecuali, UMNO Hulu Perak. Dengan kutipan derma ahli inilah, mereka berjaya mendirikan bangunan pejabat UMNO di Lenggong (yang pertama di Tanah Melayu, selepas Ibupejabat UMNO di Batu Road, Kuala Lumpur sumber: https://umno-online.my/sejarah/peristiwapenting/)", "Bayangkan ketika itu, orang-orang kampung yang kebanyakannya golongan penoreh dan petani miskin, berapa ramai sangat yang bekerja dengan kerajaan British ketika itu. Tiada bantuan agensi kerajaan – tidak ada MARA, RISDA mahupun lain-lain agensi.", "Tetapi atas semangat kerjasama dan ingin mengubah bangsa mereka berjaya mendirikan bangunan ini.", "Dengan semangat inilah, sehingga kini Hulu Perak masih kekal menjadi kubu kuat UMNO.", "Tidak hairan juga di Hulu Perak lahir ramai tokoh-tokoh hebat seperti lima orang menteri besar; Tan Sri Ghazali Jawi (1957)(1974), Dato’ Seri Ahmad Said (1964), Dato’ Seri Wan Mohamed (1977), Tan Sri Tajol Rosli (1999).", "Dan tidak ketinggalan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak; Dato’ Saarani Mohamad (2018), Ketua Penerangan UMNO Malaysia; Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah (2018).", "Setelah persempadan semula kawasan pilihan raya pada 2003, kini terdapat dua bahagian UMNO di Hulu Perak; UMNO Bahagian Lenggong dan UMNO Bahagian Gerik.", "Manakala bangunan bersejarah ini, kini di bawah pentadbiran UMNO Bahagian Lenggong kekal seperti mana asal kewujudannya.", "Terbitan: Pemuda UMNO Lenggong", "Tulisan asal: En Muhammad Khairi Harun", "Berdasarkan sumber: rekod lisan dan tulisan orang lama" ]
https://umno-online.my/2019/12/09/isu-rayuah-rafizi-tindakan-peguam-negara-dikritik/
[ "Pengumuman Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, bahawa beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dari tuduhan mendedahkan data perbankan dari akaun NFC mendapat banyak kritikan nampaknya.", "Antara yang mengkritik adalah peguam kanan, Haniff Khatri, yang antara lainnya menulis:", "“Secara profesional saya sejujurnya berpendapat bahawa kenyataan TOMMY THOMAS untuk menyatakan bahawa terdapat ketidakpatuhan arahannya serta ugutan pengambilan tindakan terhadap pegawai-pegawai yang memfailkan RAYUAN itu adalah TIDAK SIHAT dan TIDAK WAJAR untuk dikeluarkan oleh seorang PEGUAM NEGARA sebelum siasatan terperinci dilakukan berhubung cara bagaimana RAYUAN itu telah difailkan terlebih dahulu”.", "“Kenyataan awam yang memberi persepsi salah kepada masyarakat seolah-olah pegawai-pegawai di Pejabat Peguam Negara dengan sengaja melakukan “sabotaj” terhadap keputusan TOMMY THOMAS, sedangkan pada hakikatnya kenyataan GOPOH dan EMOSI seperti yang dibuat oleh TOMMY THOMAS itu dengan sendirinya boleh ditafsirkan sebagai percubaan seorang KETUA untuk “sabotaj” agensinya sendiri!!”", "“Bukan kesemua pegawai di dalam Pejabat Peguam Negara boleh secara salah dituduh sebagai “DAULAH TERPENDAM” ataupun “DEEP STATE” yang mengganggu urus tadbir Pejabat Peguam Negara, tetapi keengganan TOMMY THOMAS sebagai Peguam Negara untuk iktiraf kebolehan tinggi Pegawai-Pegawai di Pejabat Peguam Negara serta keengganan TOMMY THOMAS untuk mempercayai kesetiaan jujur mereka terhadap tugasan dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya mewujudkan hubungan tegang dan tidak sihat ini!!”", "Begitu juga dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Bin Ali, yang antara lainnya menulis:", "“Saya suka menjelaskan bahawa pemfailan notis rayuan, dalam satu perbicaraan jenayah, selepas pembebasan oleh mahkamah bicara, adalah hampir automatik kerana ia adalah amalan yang diguna pakai oleh Jabatan Peguam Negara sejak dari zaman Tan Sri Abu Talib.”", "“Selepas pemfailan notis ini, Jabatan Peguam Negara selalunya akan mengkaji asas penghakiman yang diberi oleh hakim bicara, dan kemudian memutuskan sama ada untuk meneruskan atau tidak dengan rayuan.”", "“Ini dibuat berasaskan amalan berzaman pendakwaan di negara ini untuk mendapatkan 99% bukti bagi menjamin sabitan sebelum pertuduhan jenayah dibuat.”", "“Inilah yang menjadikan Jabatan Peguam Negara ‘apolitical’ (tidak tertakluk kepada politik) dan pendakwaan dibuat berasaskan kepada fakta dan undang-undang semata-mata”.", "Kita tunggu siapa lagi yang akan mengkritiknya.", "Kamarul Yusoff" ]
https://umno-online.my/2019/12/04/perhimpunan-agung-umno-tanpa-utusan-melayu/
[ "4 Disember 2019 – Tiada berita tanpa Utusan, tiada Utusan di Perhimpunan Agung UMNO. Kehilangan warta perjuangan Tanah Air lenyap di dasar Kuasa Politik.", "Buat pertama kali, Pehimpunan Agung UMNO, Utusan Melayu tidak dapat bersama dengan perjuangan Bangsa, agak janggal dan kekosongan perjuangan ini tanpa sahabat yang bersama.", "Tinta yang hilang kerana Kuasa sudah terlepas dari tangan, walau apa sahaja alasan mengakibatkan Utusan Melayu terkubur, punca utamanya adalah Kerajaan sudah bertukar tangan.", "Pemimpin Melayu Pakatan Harapan bukan lagi Melayu Merdeka, mereka adalah golongan Melayu Baru yang mengikut telunjuk dan acuan Bangsa Malaysia Baru. Acuan Melayu mereka sudah dicampur aduk dengan Bangsa DAP bersama PKR serta Amanah yang membenci kepada perjuangan bangsa, mereka selesa dengan Malaysian Malaysia.", "Insiden LTTE hilang begitu sahaja, tidak pernah ada rakyat Malaysia yang boleh dijamin dibawah Sosma, namun dengan kuasa DAP, wakil Rakyat yang menjejaskan Keselamatan Negara dibebaskan begitu sahaja.", "Isu terbaru, Tatoo Separuh bogel, sponsor oleh Kementerian Pelancungan Malaysia, menggunakan Duit Rakyat, tidak dibawa bincang didalam akhbar perdana walaupun Negara kita punyai budaya ketimuran.", "Komunis Malaya yang diwartakan sebagai Organisasi Haram, belum pun mahkamah melepaskan pewartaan itu, sekarang abu Chen Peng dibawa dengan bangga serta Majlis meraikan bebas dilakukan.", "Antara isu yang menjadi wadah perjuangan Negara satu ketika dahulu hilang di angin lalu, rakyat kebanyakkan tidak lagi dihidangkan dengan pojok-pojok Awang Selamat, tiada lagi kolum kritis kepada Pemimpin, tidak kira siapa, pemimpin UMNO juga tidak lari dari dikritis oleh Utusan.", "Tajam mata pedang sudah tidak wujud lagi, akhbar lain tidak berani menulis dengan kritis seperti Utusan, akhbar lain berharap Pakatan Harapan akan membantu mereka didalam perniagaan, itu sebab mereka ibarat di ikat mulut walaupun isu melibatkan sosial ataupun Keselamatan Negara.", "Berita Harian dan News Strait Times, mereka mengharapan ehsan dari Kerajaan untuk meneruskan kehidupan, walaupun sehingga hari ini Kerajaan PH tidak membantu dari segi perniagaan, kumpulan akhbar ini masih menunggu ehsan yang tidak kunjung tiba, bagai menanti masa hukuman gantung, takut menulis dan terus menunggu, pekerja sudah di Berhenti secara Paksa, apa lagi tinggal?", "Hanya Sinar Harian dilihat berani menulis dan membawa berita secara adil Kerajaan dan Pembangkang, mungkin mereka hidup tanpa ehsan Kerajaan, lidah mereka lebih bebas berkata yang benar, walaupun ada tekanan dari Kerajaan, mereka punya jatidiri.", "Rakyat Malaysia bergantung dengan Malaysia Gazzete, Malaysiakini, Malaysia Today, dan portal-portal lain untuk mendapat artikel yang berkualiti, pandagan dan kritikan yang berani dan berjiwa rakyat.", "Begitulah hilangnya perjuangan Bangsa, Sosial ketimuran, adat anak Melayu, Perjuangan Kesultanan serta kemulian Perlembagaan tidak lagi wujud didalam penulisan dalam Malaysia.", "Kita sebagai anak watan, berdoalah agar gerhana Politik ini berlalu dengan pantas, agar dapat kita martabatkan Perjuangan bangsa bersama sahabat-sahabat kita di Utusan Melayu.", "Saya mendoakan rakan-rakan Utusan dapat teruskan kehidupan dengan limpahan rezeki. Diminta mereka dijauhkan dengan beban hutang yang tinggi dan mendapat menyara keluarga demi masa depan.", "Kami rindu perjuangan anda semua.", "Datuk Mohd Razlan Rafii\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia\n(Staff Utusan 2003-2009)" ]
https://umno-online.my/2019/12/04/setelah-setahun-tujuh-bulan-pau-2019-berbeza-semangat/
[ "PERHIMPUNAN Agung UMNO 2019 (PAU 2019) yang akan bermula esok sehingga Sabtu sudah pasti membawa semangat baru bagi perwakilan dan pemerhati, berbeza dengan PAU 2018 tahun lalu.", "Apa tidaknya, banyak rentetan peristiwa pilu yang dilalui UMNO pada tahun lalu telah diimbangi satu persatu dengan pencapaian positif parti keramat kaum Melayu berusia 73 tahun itu di sepanjang 2019.", "Semangat ahli UMNO teruk dirobek bermula kekalahan perit Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018. Bukan sahaja kalah di beberapa negeri yang sebelum itu dikuasai UMNO seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Sabah, malah gagal mempertahankan Kerajaan Pusat yang dikuasai sejak pilihan raya pertama 61 tahun lalu.", "Kepiluan itu ditambah lagi dengan kerakusan rejim kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) mengenakan tekanan bermotif politik terhadap UMNO dan para pemimpinnya termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.", "Tekanan di luar kebiasaan politik daripada pihak kerajaan yang tidak pernah berlaku terhadap parti pembangkang itu terpaksa dihadapi UMNO. Paling tragis apabila akaun bank UMNO dibekukan sehingga hampir melumpuhkan perjalanan parti itu.", "Bilangan parti komponen BN mengecil dengan begitu mendadak kepada hanya tiga parti teras sahaja, iaitu UMNO, MCA dan MIC apabila parti-parti lain mengangkat kaki dan membawa haluan masing-masing.", "Tiga bulan selepas PRU-14, sekali lagi UMNO dikecewakan dengan kekalahan calonnya mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor pada 4 Ogos 2018.", "Ini diikuti kemenangan PH dalam dua lagi PRK di Selangor iaitu di Seri Setia dan Balakong pada 8 September 2018, biarpun BN tidak meletakkan calon. Di Seri Setia ditandingi parti PAS, sementara Balakong oleh MCA yang menggunakan lambang partinya sendiri.", "Selepas peristiwa-peristiwa pahit inilah UMNO mengadakan PAU 2018 pada 28 hingga 30 September tahun lalu. Itulah buat pertama kalinya perhimpunan UMNO, parti Melayu terbesar itu diadakan ketika kuasa negara tidak lagi di tangan. UMNO berada di bawah kepimpinan baru diterajui Zahid dan Timbalannya Datuk Seri Utama Mohamad Hasan selepas pemilihan parti pada 30 Jun 2018.", "PAU 2018 diadakan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen selaku calon PRK di kerusi Parlimen Port Dickson yang sengaja dikosongkan bagi membolehkan Presiden PKR itu meletakkan dirinya sebagai pengganti Perdana Menteri. Sama seperti di PRK Seri Setia, UMNO dan BN sekali lagi tidak meletakkan calon di Port Dickson.", "Biarpun kerjasama UMNO dan PAS mula berputik ketika PRK Sungai Kandis dan Seri Setia dengan masing-masing tidak meletakkan calon menentang antara satu sama lain, namun kedua-dua parti telah mengorak langkah dengan lebih ke hadapan selepas itu.", "Tujuannya untuk memperkukuhkan kesepakatan dua parti Melayu terbesar itu bagi maksud penyatuan ummah dan bersama menghadapi rejim PH.", "Buat pertama kalinya para pemimpin dua parti Melayu terbesar disatukan di atas pentas yang sama dalam program Himpunan Penyatuan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak pada 17 November 2018.", "Himpunan yang turut disertai Zahid dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dihadiri hampir 50,000 umat Melayu-Islam dari seluruh negara. Sudah pasti tidak lengkap jika pujian tidak diberikan kepada pengerusi penganjur, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak selaku tuan rumah yang bertungkus lumus menjayakan himpunan yang bersejarah itu.", "Penyatuan ummah PAS-UMNO bertambah kukuh melalui satu lagi himpunan pada 8 Disember 2018 bersebelahan Dataran Merdeka Kuala Lumpur, iaitu himpunan membantah tindakan Kerajaan PH merektifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).", "Seramai kira-kira 500,000 umat Melayu Islam yang terdiri daripada penyokong PAS dan UMNO serta badan-badan NGO hadir dalam himpunan terbesar dalam sejarah tanahair dekad ini.", "Namun UMNO kembali muram sepanjang Disember 2018. Pada 12 Disember, lima Ahli Parlimen UMNO Sabah iaitu dari Kudat, Beaufort, Libaran, Beluran dan Sipitang mengumumkan keluar parti.", "Dua hari kemudian pada 14 Disember, enam lagi Ahli Parlimen, iaitu dari Larut, Sabak Bernam, Tanah Merah, Hulu Terengganu, Mersing dan Tasek Gelugor pula meninggal, iaitu meninggalkan UMNO.", "Beberapa bulan sebelum itu beberapa orang Ahli Parlimen bertindak keluar UMNO. Bermula pada 24 Jun 2018 (Bagan Serai), 26 Jun 2018 (Bukit Gantang), 1 Julai 2018 (Tanah Merah), 18 September 2018 (Jeli), 19 September 2018 (Kimanis), 11 Oktober 2018 (Labuan).", "Perkembangan politik yang tidak menentu ini, ditambah desakan dalaman telah menyebabkan Zahid menyerahkan tugas selaku Presiden UMNO kepada timbalannya Mohamad Hasan. Pelbagai andaian politik dibuat oleh pendokong dan pemerhati politik berikutan keputusan Zahid itu, namun UMNO perlu terus mengorak langkah ke hadapan.", "Apa yang berlaku di dalam UMNO itu tidak merencatkan usaha penyatuan ummah bersama PAS. Di bawah teraju Tok Mat, penyatuan umat Melayu melalui UMNO dan PAS menjadi semakin kukuh dan dibuktikan dalam tiga pilihanraya kecil pada awal tahun 2019.", "BN telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highland pada 26 Januari, merampas kerusi DUN Semenyih (2 Mac) dan mengekalkan kerusi DUN Rantau (13 April).", "Kejayaan-kejayaan besar inilah menjadi penyebab pemimpin parti kerajaan jadi tak keruan, terutamanya daripada Dap yang mula menghidu sesuatu yang buruk bagi mereka hasil kerjasama erat umat Melayu melalui UMNO dan PAS ini.", "Kebimbangan mereka ditambah pula dengan populariti Najib yang semakin meningkat di hati rakyat sejak awal Januari 2019, khususnya di kalangan orang muda melalui ‘troll-troll’ di sosial media yang penuh fakta dan ada masanya melucukan.", "Slogan ‘Malu Apa Bossku’ yang digunakannya juga menjadi ‘trending’ yang menyenangkan hati rakyat, tetapi menimbulkan rasa gundah gulana di pihak PH.", "Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan menggangap kerjasama UMNO dan PAS ini sebagai satu pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu. Niatnya untuk menakutkan orang bukan Melayu, terutamanya Cina.", "Pengerusi Dap Perak, Nga Kor Ming juga cuba menakutkan rakyat bukan Melayu dengan mengatakan bahawa jika UMNO dan PAS menang dalam PRU-15, Malaysia akan ditadbir oleh sebuah kerajaan ala-Taliban di Afghanistan.", "Selepas istilah kleptokrasi berjaya mengelirukan rakyat sebelum PRU-14, pemimpin vateran Dap Lim Kit Siang cuba pula memperkenalkan istilah baru, klepto-teokrasi bagi mengambarkan “doktrin politik di Malaysia yang menyalahguna Islam untuk menyokong rompakan, rasuah, tiada toleransi, ketaksuban, pembohongan dan penipuan”.", "Kit Siang seolah-olah menggambarkan kerajaan yang bakal dipimpin oleh UMNO dan PAS dipenuhi pemimpin yang korup menggunakan kuasa dan kononnya akan muncul pentadbiran ulamak yang akan menarik negara ini mundur ke belakang.", "Namun Kit Siang seperti kucing tua menyorok di bawah kerusi ketika menolak untuk berdebat Najib, debat yang pada awalnya dicadangkan oleh Kit Siang sendiri. Cadangkan debat tapi kucing tua ini yang ‘lari malam’.", "Biar apapun tohmahan PH dan Dap terhadap kerjasama UMNO dan PAS, kepimpinan dua parti Melayu-Islam itu tidak lagi menoleh ke belakang dan mengambil langkah memeterai satu gagasan kerjasama politik yang lebih membingungkan pihak kerajaan.", "Piagam kerjasama yang dinamakan Muafakat Nasional dimeterai oleh kepimpinan UMNO dan PAS pada 14 September 2019 di Dewan Merdeka, PWTC, tempat PAU diadakan setiap tahun sejak sekian lama.", "Dua Presiden parti Melayu menandatangani piagam ini, iaitu Hadi dari PAS dan Zahid yang mengumumkan kembali memimpin UMNO pada 30 Jun.", "Muafakat Nasional bukan sahaja sebuah gagasan kerjasama antara UMNO dan PAS, tetapi melibatkan parti-parti politik lain di Malaysia termasuk parti anggota BN dan Gagasan Sejahtera.", "Selepas termeterainya gagasan Muafakat Nasional, berlaku satu lagi PRK, iaitu di Parlimen Tanjong Piai, Johor. BN yang meletakkan calon dari parti MCA mencapai kemenangan besar dan merampas kerusi itu dari PH dengan majoriti 15,086 undi pada 16 November 2019.", "PAU 2019 diadakan 18 hari selepas kejayaan cemerlang BN di PRK Tanjong Piai. Sudah pasti semangat Tanjong Piai akan menguasai PAU kali ini. Semoga semangat ini berkekalan sehingga Muafakat Nasional berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-15 nanti.", "Selamat bersidang. – UMNO ONLINE", "Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO\nKetua UMNO Bahagian Tanjong Malim\nAhli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan N58 Slim" ]
https://umno-online.my/2019/12/02/wawancara-khas-presiden-umno-sempena-perhimpunan-agung-umno-2019/
[ "", " ", "S: UMNO bakal mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2019 dan tahun ini adalah tahun ke-2 UMNO sebagai pembangkang jadi apakah pandangan Datuk Seri perbezaan yang bakal dibawa pada perhimpunan kali ini?", "J: Alhamdulillah perhimpunan agung UMNO tahun 2019 bukan hanya merupakan Perhimpunan Agung kali kedua setelah menjadi pembangkang tetapi kali pertama selepas Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional diwujudkan. Insya-Allah kelainan Perhimpunan Agung UMNO akan dapat dirasai dan kita mohon jika tidak hadir, tidak ada kelapangan tetapi kita akan menyiarkan secara langsung… insya-Allah melalui media sosial.", "S: Seperti Datuk Seri katakan tadi ini adalah tahun kedua kita sebagai pembangkang… tahun lalu suasana sedikit suram berbanding tahun ini nampak UMNO kembali bangkit. Apa pandangan Datuk Seri?", "J: Alhamdulillah kebangkitan semula UMNO ini bukan hanya kerana kita telah memenangi empat pilihan raya kecil mutakhir ini tetapi kemenangan di Tanjung Piai telah benar-benar menaikkan semangat ahli UMNO dan rakan-rakan dalam komponen BN serta rakan baru kita PAS bersama-sama rakan lain dalam Muafakat Nasional. Tentunya semangat baru ini bukan hanya sesuatu yang datang kerana kemenangan sahaja tetapi oleh kerana terdapat beberapa harapan daripada akar umbi yang meminta bukan hanya kepimpinan tertinggi dalam UMNO tetapi para perwakilan khususnya dari negeri-negeri melalui jurucakap untuk UMNO menjadi jurubicara kepada rakyat kerana terlalu banyak isu-isu yang harus ketengahkan dan rakyat merasa bahawa pengharapan kepada UMNO cukup tinggi dan tentunya isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh jurucakap negeri-negeri akan turut menjadi suara yang akan menyambungkan lidah rakyat yang kecewa di peringkat akar umbi untuk disuarakan di Perhimpunan Agung UMNO ini.\n\nS: Kita tahu perhimpunan kali ini secara tidak langsung menuju kepada PRU-15, jadi apakah antara usul yang akan dibangkitkan dalam perhimpunan ini?\nJ: Beberapa usul yang telah diperbahaskan bukan hanya diperingkat persidangan bahagian-bahagian tetapi telah menyelesaikan konvensyen negeri-negeri di mana wakil-wakil bahagian telah perbahaskan beberapa usul dan usul itu turut diteliti dan diberi perhatian oleh jawatankuasa usul ibu pejabat UMNO dan pada waktu yang sama kita jangan meletakkan usul itu sebagai usul yang diterima tanpa penelitian dan akhirnya dibakulsampahkan tetapi mengharapkan suara akar umbi ini benar-benar diberi perhatian oleh jawatankuasa usul dan kepimpinan tertinggi UMNO khususnya saya, dan kita mengharapkan agar sebagai parti pembangkang kita telah lebih daripada setahun setengah merasa bahawa kesengsaraaan sebagai pembangkang tetapi hikmahnya kita semakin istiqamah, kita semakin kuat, kita semakin berdaya tahan dan belajar kerana kita merasakan bahawa para perwakilan khususnya jurucakap tentunya akan melahirkan apa yang ada dalam suara hati ahli UMNO di peringkat akar umbi, di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat negeri.", "S: Antara usul yang menarik perhatian adalah usul jawatan Timbalan Presiden Wanita. Mungkin Datuk Seri boleh terangkan dengan lebih lanjut?", "J: Itu akan diperbincangkan dalam mesyuarat Agung luar biasa UMNO di mana dalam pindaan Perlembagaan kedudukan Ketua Wanita UMNO akan sama taraf dengan Timbalan Presiden dan tentunya pihak Majlis Tertinggi dan saya secara peribadi memberikan dokongan kepada cadangan Wanita itu namun kita serahkan kepada para perwakilan khususnya jurucakap negeri bila mesyuarat luar biasa ini diadakan dan saya harap usul ini akan diterima dan diluluskan secara sebulat suara.", "S: Perhimpunan ini bukan sahaja menjadi perhatian daripada ahli UMNO tetapi juga rakyat keseluruhannya termasuk dari pihak kerajaan. Bagaimana Datuk Seri nak membawa satu pembaharuan dalam perhimpunan ini?", "J: Saya meneliti semua lontaran pandangan dan bukan hanya di media sosial dan konvensional tetapi beberapa mesej yang saya perolehi daripada rakan-rakan di luar negara dan begitu juga rakan-rakan dan NGO meneliti apakah ‘new deal’, tawaran-tawaran baru dan kelainan yang akan dilontarkan oleh jurucakap dan tentunya mereka mengharap agar ucapan dasar saya menyentuh UMNO sebagai jurubicara kepada rakyat.", "Pada waktu yang sama harus lekatkan di minda dan hati kita ada pihak yang tetap akan mencari kelemahan kita, kesilapan kita, kesalahan kita bukan hanya dalam ucapan dasar Presiden tetapi ucapan perasmian sayap-sayap dan juga ucapan oleh perwakilan negeri-negeri dan biarpun kita tidak menyekat jurucakap negeri-negeri untuk melontarkan apa juga pandangan tetapi kita tahu ada jerangkap samar yang sentiasa dipasang untuk melakukan ‘spinning’ kepada ucapan yang dianggap seolah-olah kita adalah sebuah parti perkauman, kita ekstrem dalam memperjuangkan isu-isu bangsa dan agama namun mereka melupakan bahawa keterbukaan UMNO untuk menterjemahkan perkara-perkara yang terdapat dalam Perlembagaan kita, mempertahankannya dan melaksanakannya dahulu ketika kita menjadi kerajaan malah kita terus istiqamah dalam melakukannya insya-Allah kalau kita menjadi kerajaan semula tetapi yang lebih penting jurucakap siapa sahaja harus lebih kehadapan untuk berfikir, meneliti sebelum melontarkan pandangan-pandangan yang dianggap menjadi kelemahan oleh pihak lawan politik kita.\n\nS: Walapun UMNO bergelar pembangkang tetapi Perhimpunan Agung UMNO masih lagi menjadi perhatian ramai diplomat asing, golongan atas pagar… sudah pasti mereka menantikan apa yang bakal diketengahkan dalam perhimpunan ini sebab kita adalah pembangkang yang dilihat mengenengahkan sesuatu yang berpihak di bumi nyata. Mungkin bagi pandangan Datuk Seri apakah yang menarik di perhimpunan ini yang membuatkan mereka ini begitu berminat untuk mengikuti apa yang bakal dihidangkan?", "J: Alhamdulillah bukan hanya diplomat asing tetapi wartawan daripada luar negara juga akan membuat liputan terhadap isu yang akan diperbahaskan. Pada waktu yang sama kita tahu media konvensional di negara kita dan rakyat yang mahu suara mereka dibalingkan dalam perhimpunan ini akan bukan hanya meneliti terhadap kejayaan dan limpahan… bukan hanya ahli parti di peringkat akar umbi malah sejak tertubuhnya Muafakat Nasional mereka mengharapkan sesuatu yang baru selain daripada isu-isu yang diperjuangkan tetapi saya telah sebutkan tawaran baru dan apakah langkah-langkah lanjut yang patut dilakukan terutamanya apabila mereka mungkin akan menolak jika sebarang perundingan dilakukan melalui pintu belakang kerana mereka mengharapkan pintu hadapan terbuka terlalu luas dan kita harus masuk ke pintu hadapan dan kita lakukan perkara ini bukan hanya melalui referendum kecil melalui pilihan raya kecil tetapi referendum secara besar adalah pada PRU-15 nanti dan oleh kerana kesengsaraan telah dirasai oleh semua pihak bukan hanya mengikut stratafikasi sosial, mengikut susun lapis masyarakat berbilang kaum, pendapatan mengikut wilayah mengikut kawasan namun mengikut ‘track record’ yang diperlihat oleh UMNO ketika memimpin negara ini dahulu amat dirindui oleh rakyat kerana apa yang berlaku sekarang ini amat mendesak rakyat agar kerinduan segera terubat apabila UMNO, rakan-rakan dalam BN dan Muafakat Nasional bersama-sama parti politik di Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama dengan kita bagi berada di persada politik nasional dan kita mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan oleh kerajaan sekarang ini.", "S: Tadi Datuk Seri ada sebut UMNO sebagai jurubicara rakyat, jadi sebagai nakhoda parti dalam perhimpunan paling besar orang Melayu ini, adakah Datuk Seri akan menekankan UMNO sebagai jurubicara rakyat ini?", "J: Tentu sekali UMNO diharapkan sebagai jurubicara rakyat bukan hanya oleh ahli UMNO tetapi khususnya di atas pagar, mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana parti dan kumpulan ini adalah menjadi penentu kepada PRK dan PRU. Tentunya sokongan atau sebaliknya bergantung kepada isu yang diketengahkan sama ada di pihak kita atau di pihak lain tetapi jika kita menjadi jurubicara rakyat, bukan hanya sekadar isu tetapi memperjuangkan nasib mereka, memperjuangkan peluang pekerjaan, peluang ekonomi dan juga memberikan peluang untuk mereka terus menghidupkan nilai-nilai murni dalam masyarakat dan mengembalikan ekonomi yang semakin merudum serta harga barangan yang tetap meningkat walaupun dulu Barisan Nasional-BN dikatakan sebagai ‘barang naik’ jelas bahawa kerajaan sekarang ini tidak dapat membendung masalah itu malah yang lebih mengecewakan apabila harga komoditi iaitu barang-barang pertanian khususnya semakin turun harganya kerana permasalahan ditimbulkan oleh kerajaan sekarang ini disebabkan mereka bermusuhan dengan negara-negara pembeli besar kepada produk-produk kita dan akibatnya rakyat menderita… inilah yang diharapkan oleh rakyat, nasib mereka diperjuangkan termasuklah oleh mereka yang tidak berpendapatan pun harus dikembalikan hak mereka untuk melakukan kelangsungan hidup biarpun mereka ini kumpulan miskin tegar, B40 atau kumpulan M40 malah, di kumpulan tokoh-tokoh korporat dan ahli perniagaan juga kecewa dan mengharapkan UMNO dan rakan-rakan dalam komponen BN dan Muafakat Nasional memperjuangkan semula nasib mereka dan insya-Allah keterangkuman kita kepada semua agama, semua kaum, semua kumpulan mengikut susunan lapis masyarakat maka insya-Allah kita akan perjuangkan dan inilah yang diharapkan oleh masyarakat di luar perwakilan yang hadir… cukup-cukup mendambakan agar nasib mereka diperjuangkan semula.\n\nSekurang-kurangnya sewaktu kita menjadi pembangkang ini kita menjadi penyambung kepada sanubari, citarasa dan hati nurani mereka dan insya-Allah apabila kita menjadi kerajaan semula selepas PRU-15 kita akan dapat menterjemahkan semua isu rakyat ini untuk dijadikan dasar… diterjemahkan sebagai jurubicara dan menjadi jambatan kepada rakyat keseluruhannya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai kumpulan.", "S: Dengan rantaian kemenangan PRK sudah pasti ia menyuntik semangat yang amat tinggi kepada ahli dan pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Mungkin ada pesanan Datuk Seri kepada pembahas yang akan berbahas di perhimpunan ini agar tidak terpesong atau tidak hilang fokus dalam kita hendak memacu kepada kemenangan PRU-15?", "J: Ya benar, kita jangan terlalu terbuai dengan kemenangan dan hanya bernostalgia dengan kejayaan-kejayaan khususnya di empat PRK dan terakhir di Tanjung Piai dan alhamdulillah majoriti kita mengatasi mana-mana keputusan dan majoriti yang diperolehi di PRK-PRK yang telah kita menangi.", "Namun pengajaran ataupun ibrah yang telah kita pelajari ketika berlaku PRK di Selangor Sungai Besar suatu ketika dulu biarpun kemenangan itu merupakan kemenangan yang besar yang amat menggalakkan hasilnya tetapi dalam PRU-14 (TAPI DS SEBUT PRU-15) kita bukan hanya kehilangan kerusi Parlimen, kita hanya memperolehi 79 kerusi Parlimen daripada 112 kerusi yang diperlukan tetapi kita juga kehilangan negeri-negeri yang dulunya dikuasai oleh UMNO dan BN hanya tinggal dua negeri sahaja iaitu Pahang dan Perlis namun dengan gelombang kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dan merasa meluat dengan kerajaan hari ini kita gemblengkan tenaga, kita satu-padukan semangat dan roh perjuangan kita, bergerak dengan ikhlas menghidupkan jentera kita dengan tersusun, berstruktur dan bersemangat, insyaAllah dalam waktu yang singkat kita akan menjadi kerajaan semula.\n\nSaya amat mengharapkan perhimpunan kali ini kita dapat mensyorkan beberapa langkah baru yang patut diambil bukan sahaja oleh kepimpinan tetapi semua lapisan ahli UMNO di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian dan negeri agar semangat ini dapat diterjemahkan dalam bentuk kerja keras kita dan keutamaan kita adalah perpaduan adalah tonggak utama kepada kejayaan dan jangan ada mufarakah, jangan ada pecah-belah, jangan ada rasa taksub kepada pemimpin tertentu, individu tertentu yang penting dalam satu harakah, dalam satu gerakan, dalam satu kumpulan kita harus mengetepikan perkara yang ‘furuk’ iaitu perkara titik bengik dan parhatikan bahawa isu utama yang harus diberi keutamaan sebagai tonggak perjuangan kita bukan melayani perkara yang kecil, perkara yang cabang, perkara yang menjadi titik bengik.", "Ingat, diluar sana rakyat mengharapkan kita. Jika kita bersatu, jika kita kuat pasti mereka akan bersama dengan kita dan insya-Allah jika ini menjadi pegangan kita, Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini adalah satu mercu tanda sebagai satu ‘batchmark’ bahwa ini adalah satu kebangkitan baru kepada UMNO, kepada BN dan kepada Muafakat Nasional insya-Allah.", "S: Akhir sekali Datuk Seri, bagaimana Datuk Seri hendak menyimpulkan selepas mesyuarat cawangan, bahagian, kemudian ada konvensyen setiap negeri dan kemudian Muafakat Nasional itu sendiri dengan ceramahnya, bagaimana Datuk Seri melihat perkembangan ini?", "J: Pihak musuh politik sentiasa mengharapkan apabila terdapat reptelia politik yang berhijrah untuk meninggalkan UMNO jelas perancangan itu telah tidak memberi keberhasilan seperti mana yang diharapkan malah mesyuarat cawangan, persidangan perwakilan bahagian termasuk rakan-rakan di Sabah yang cuba untuk dibubarkan jelas memperlihatkan jumlah perwakilan, jumlah pemerhati semakin ramai. Inilah semangat luar biasa yang telah diperlihatkan dan insya-Allah ini adalah satu petanda baru bahawa UMNO adalah parti politik yang tidak boleh dipecahkan dari luar dan tentunya apa yang diharapkan oleh semua rakyat supaya kepimpinan UMNO bersatu-padu, menghormati institusi kepimpinan dan kita mengambil kepedulian kepada kepimpinan di bawah lapisan utama dan juga yang lebih penting mengambil kira suara akar umbi adalah suara keramat dan merekalah yang menjadi jentera utama yang memenangkan UMNO dan BN serta Muafakat Nasional dalam PRU-15 nanti.", "Ucapan Dan Harapan\nKepada seluruh perwakilan 191 bahagian diseluruh negara, saya mengucapkan selamat datang, selamat membanjiri kompleks PWTC khususnya Dewan Merdeka bagi kita terus memberikan semangat kepada UMNO dan roh UMNO ini harus juga dirasai oleh mereka yang tidak dapat hadir di Perhimpunan Agung. Doakanlah agar ada natijah… natijah yang baik bagi kita terus memberikan roh baru kepada perjuangan UMNO ini untuk memberikan kelangsungan perjuangan orang melayu keturunan Melayu bangsa Malaysia keseluruhannya khususnnya agama Islam tanpa kita mengenepikan bangsa lain insha allah. Selamat bersidang selamat datang ke Perhimpunan Agung UMNO 2019.", "TAMAT" ]
https://umno-online.my/2019/12/02/pau-2019-wawancara-khas-bersama-timbalan-presiden-umno-datuk-seri-mohamad-hasan/
[ "S: Ini adalah kali kedua Perhimpunan Agung UMNO 2019 berlangsung dalam keadaan UMNO bukan lagi parti pemerintah. Bagaimana Datuk Seri melihat ‘mood’ dan keadaan UMNO terutama ahli secara keseluruhannya?", "J: Ini adalah kali kedua Perhimpunan Agung UMNO yang dijalankan dalam masa kita tidak lagi menjadi parti pemerintah. Walau bagaimanapun seperti yang selalu saya cakapkan, UMNO ini satu perjuangan yang mana dalam pemerintah atau tidak lagi, perjuangan itu akan tetap terus dan akan tetap kita perkasakan.", "Maka tidak timbul ‘mood’ itu baik atau tidak baik atau samada masa kita jadi pemerintah dulu kita kuat dan kita tidak kuat lagi sekarang. Tapi apa yang saya nampak sekarang ini adalah kalau nk ukur dari segi semangat, saya lihat semangat orang UMNO dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini sejak 18 bulan kita tidak lagi menjadi parti pemerintah nampaknya lebih tinggi kalau dibandingkan dulu.", "Ini kalau kita lihat mesyuarat di kawasan-kawasan, di cawangan dan bahagian, kehadiran begitu baik sekali. Mereka datang dengan satu kesedaran, dengan satu semangat untuk pastikan UMNO ini bangkit semula dan kuat dan ambil balik pemerintahan negara kita. Jadi soal tentang bagaimana keadaan selepas kita kalah saya yakin dan percaya bahawa kegemilangan semangat orang UMNO sekarang ini bertambah tinggi dan kesedaran politik orang Melayupun bertambah tinggi. Jadi ini satu perkara yang orang katakan hikmah daripada kekalahan kita kerana yang penting dalam perjuangan kita adalah semangat kerana kalau semangat ada, sikap betul, apapun kita boleh buat insya-Allah.", "S: Adakah Datuk Seri melihat semangat itu satu daripada berlangsungnya mesyuarat UMNO cawangan, bahagian juga penyertaan UMNO dalam siri PRK dan juga konvensyen yang dijalankan oleh UMNO?\n\nJ: Kita boleh nampak dari mesyuarat cawangan-cawangan, kalau dulu mesyuarat cawangan kalau kita ikut peraturan betul-betul ramai yang tidak boleh bermesyuarat kerana tidak cukup kuorum tapi sekarang isu kuorum ini sudah tidak ada masalah malah mesyuarat cawangan saya sendiri dulu walaupun masa itu saya jadi menteri besar dan ketua perhubungan, kadang-kadang nak dapat kuorum pun susah juga… kena tunggu 10 ke 15 minit baru beransur-ansur orang datang tapi sejak dua mesyuarat selepas kita tewas dalam PRU-14 dulu, nampaknya kuorum sudah tak jadi isu. Orang datang dengan sendiri, orang datang dengan kata tidak perlu lagi ada cabutan bertuah tapi mereka datang dengan suatu tujuan satu hasrat nak melihat parti kita akan terus bangkit dan bangun semula dan ambil semula tampuk pemerintahan negara dan juga negeri.", "S: Datuk Seri, bercakap soal semangat tidak dapat dinafikan rentetan kemenangan dalam siri PRK menyumbang semangat ahli tetapi satu lagi faktor rasa benci rakyat kepada kerajaan PH juga menjadi penyebab rakyat kembali menyokong kita sebagai pembangkang tapi bagaimana Datuk Seri melihat supaya ahli dan pembahas tidak tersasar dalam fokus menuju PRU-15?", "J: Itu sebab saya katakan dalam penutup Konvensyen UMNO Negeri Sembilan tempoh hari bahawa kita mesti tahu matlamat utama kita adalah PRU-15. Menang dalam PRK ini memang penting untuk membangkit dan membakar semangat kita tetapi itu adalah tempur yang kecil. Perang kita yang sebenar adalah PRU-15 jadi segala usaha, segala strategi harus kita susun dan atur elok-elok kerana peperangan PRU-15 adalah peperangan yang sebenar. Itulah matlamat utama dalam parti kita. Menang dalam PRK Alhamdulillah, itu membakar, menaikkan semangat lagi, itu boleh memberi impak positif kepada kita kepada parti dan beri ruang kepada orang yang tidak berparti menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada PH tetapi kita sebagai orang parti jangan lupa, jangan alpa, jangan besar kepala, jangan bangga bodoh sombong… sudah menang empat PRK ini bukan satu jaminan untuk kita katakan bahawa PRU-15 nanti itu ketentuan untuk kita menang bahkan ini juga akan menjadi sebagai suatu asas ukur kepada PH untuk memperbaiki parti mereka. Jadi kita mesti terus berusaha, satukan hati orang UMNO mesti jadi jentera yang kuat untuk kita pastikan persiapan kita yang rapi, persiapan kita yang mantap harus kita siap sediakan untuk kita hadapi PRU-15 iaitu perang kita yang sebenar.\n\nS: Datuk Seri sering bercakap soal memperkasakan parti sebagai asas kepada matlamat akhir. Sejauh mana Datuk Seri melihat prestasi dan pencapaian UMNO setakat ini?\n\nJ: Nampak ada perubahan dari segi sikap, dari segi usaha untuk memperkasa parti terutama di perinkgat bawahan. Yang pertama nak memperkasa parti itu mesti sikap dan semangat. Kalau siapkan bermacam-macam kemudahan, apa jua semua peralatan tapi sikap dan semangat tidak ada kita tidak akan jadi. Apa yang penting nak kita kuatkan perjuangan ini adalah sikap dan semangat. Sudah ada semangat dan sikap kita sudah boleh berubah untuk kita pastikan kita tidak akan terus jadi pembangkang dan matlamat utama hendak jadi kerajaan semula, itu sudah baik dan di situ sebagai pemimpin dan jentera pusat kita kena kumpulkan… bak kata orang tua-tua alun-alun ini kalau dibuat sendiri jadi alunlah… tak takut turun ke laut kalau laut berlaun-alun. Alun ini kalau bercantum dia akan jadi ombak. Alun di cawangan jadi ombak di bahagian, ombak di bahagian pula mesti bercantum menjadi gelombang di peringkat negeri dan gelombang di negeri akan bercantum menjadi tsunami di peringkat kebangsaan. Ini perlu kita susun atur elok-elok. Semangat dan sikap sudah baik di peringkat bawah, kita perlu satukan, kita perlu terapkan, kita bagi lagi semangat supaya mereka akan terus bersemangat dan ini dibawa ke bahagian, bahagian bercantum menjadi satu gelombang di peringkat negeri dan gelombang akan bercantum menjadi tsunami dan kalau sudah jadi tsunami saya yakin dan percaya UMNO berada di atas landasan yang betul dan kita boleh menang dalam PRU-15 nanti.", "Tapi cara bagaimana hendak kita cantumkan alun-alun, sudah bercantum nak jadikan ombak, cara mana kita nak cantumkan ombak bersatu menjadi satu gelombang yang besar. Kalau laut bergelombang orang tidak berani turun kalau laut sudah menjadi tsunami dia akan membadai apa juga yang ada didepan. Ini perlu kita buat. Ini sebagai kata kiasan jadi semangat dan sikap yang sudah ada ini perlu kita asuh dan perlu kita pupuk supaya dia tidak mati supaya orang kata dia tidak menurun balik. Jadi PRK itu baik kerana ia akan beri satu semangat lonjakan baru. Bila menang lonjakan baru… ‘happy’… ‘so’ lebih banyak PRK lebih baiklah untuk UMNO untuk kita melatih jentera kita dan dalam masa yang sama membakar semangat dan memberi apa juga persiapan kepada jentera kita menghadapi pilihan raya bukan lagi sebagai parti memerintah tetapi sebagai parti yang tidak lagi memegang kuasa.", "S: Apakah cabaran sebenar untuk memperkasa parti selain sikap… mungkin ada cabaran lain?", "J: Banyak cabaran lain. Cabaran-cabaran yang mana berlaku semasa kita jadi parti kerajaan, sikap sambil lewa, sikap tidak ambil peduli, sikap kadang-kadang yang mementingkan diri, yang tak baik sekali ialah sikap kadang-kadang mensabotaj parti. Ini yang selalu saya tekankan supaya lupakanlah perangai-perangai yang tak baik ini… yang penting parti. Parti kita penting, perjuangan kita penting, masa depan anak kita, masa depan bangsa kita Melayu amat penting.", "Perjuangan bukan berasaskan kepada individu. Perjuangan berasaskan kepada semangat juang agama, bangsa dan tanah air kita. Buangkanlah sikap-sikap tidak baik kerana seperti yang selalu juga saya cakapkan kekalahan kita bukan disebabkan satu faktor. Kekalahan kita banyak faktor-faktornya. Faktor nasional, faktor tempatan, faktor luaran, faktor dalaman tapi yang paling teruk sekali ialah faktor dalaman. Faktor nasional itu kita tahu tetapi banyak juga tempat yang kita kalah bukan disebabkan faktor luaran sangat tapi disebabkan faktor dalaman… tidak suka dengan calon, tidak dapat jadi calon, macam-macamlah… bila calon punya nama keluar, tutup peti undi, ini yang banyak terjadi di peringkat negeri, DUN-DUN dan Parlimen yang kalah. Bukan disebabkan faktor luaran sangat.\n\nKita menghadiahkan PH kerusi kita dia atas dulang emas. Ini perlu kita elakkan. Kalau kita benar-benar jujur hendak berjuang, buanglah sikap-sikap negatif dan tidak baik seperti itu.", "S: Datuk Seri cakap alun-alun akhirnya menjadi tsunami… itu semua sikap dan juga sebenarnya berdasarkan kepada muafakatan sebagai keutuhan wadah politik.. boleh Datuk Seri terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh UMNO untuk merapatkan saf kemuafakatan di kalangan pemimpin dan ahli?", "J: Itu yang saya katakan tadi, sikap tidak baik itu perlu kita buang, sikap iri hati antara satu sama lain, sikap ego itu perlu kita buang, yang penting saya katakan parti. Kita utamakan parti, jika semua ahli UMNO utamakan parti, kita tidak akan tersasar tapi banyak orang kita sudah terlampau lama mentadbir, berkuasa bila dijadikan ‘position equal powers’ maka inilah yang jadi. Masing-masing sibuk nak cari ‘position’, nak cari tempat kerana tempat itu menjamin kuasa… kita tidak… kita yang penting itu adalah perjuangan. Semua orang mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab kita bersama-sama. Siapa yang ditentukan untuk memegang jawatan itu terpulang, itu adalah takdir Allah Taala siapa jadi Presiden, Timbalan Presiden, MT, Menteri Besar ke… tapi apa yang penting adalah semangat juang itu.", "Kita berjuang kerana perjuangan. Kita berjuang kerana agama, bangsa dan tanah air kita tapi bila dah lama menjadi parti yang berkuasa, parti kerajaan, didapati semua orang nak cari tempat dan jawatan kerana jawatan itu ‘equal’ kuasa. Itu tidak baik. Sebab itu bila kalah banyak yang lari keluar. Ini satu pembersihan dalaman secara tersendiri kerana ramai yang ingat UMNO sudah kalah jadi tak guna lagi duduk dalam UMNO. Itu merupakan suatu proses untuk kita memperkasakan parti kita. Yang tinggal ini adalah orang yang benar-benar mengerti erti perjuangan jadi insya-Allah dengan semangat dan sikap yang betul, saya yakin UMNO akan dapat kita pertingkatkan imej kita kerana yang penting adalah imej. Imej kita telah teruk dihentam dilanyak oleh parti pembangkang dulu jadi kita perlu perbetulkan imej kita dulu… imej inilah yang hendak kita bawa, brand inilah yang hendak kita bawa kerana tidak ada salahnya UMNO kalau nak dibandingkan dengan kejayaan ini mentadbir negara, kita mentadbir negara lebih 60 tahun dengan baik, ‘track record’ kita baik. kita cuma mengalami kesusutan defesit imej kerana mereka menggunakan ini sebagai satu senjata untuk menjatuhkan UMNO.", "Jadi, perbetulkan imej. Pemimpin UMNO mesti mempunyai keyakinan dan jati diri yang kuat supaya imej kita melambangkan parti kita. Jadi sebagai pemimpin, saya nak menasihatkan pemimpin juga mesti ada satu jati diri yang baik supaay imej kita ini menggambarkan imej perjuangan kita jadi apa yang kita lakukan adalah juga melambangkan parti. Jadi, urus parti dengan baik, jujur dalam perjuangan, insya-allah.", "S: Bercakap soal imej, selepas kekalahan dalam PRU-14 UMNO memperkenalkan penyatuan ummah kemudian kita mertai pula Muafakat Nasional dan kita lihat Muafakat Nasional ini lama kelamaan mula dipercayai oleh golongan atas pagar dan golongan yang tidak berparti. Jadi bagaimana Datuk Seri melihat adakah Muafakat Nasional boleh menjadi satu alternatif kepada PH pada PRU-15 nanti?", "J: Itu satu perkara yang memang kita telah kenalpasti dalam satu usaha kita hendak memperkasakan parti dan menyusun strategi menghadapi pilihan raya. Salah satu daripada usaha nak memperkasakan parti adalah mengelakkan perpecahan dan menyusun strategi untuk mengadapi pilihan raya adalah mengelakkan pertembungan-pertembungan sesama parti Melayu dan dua parti Melayu terbesar di Malaysia adalah UMNO dan PAS. Jadi kita tutup.\n\nSatu isu besar telahpun kita tutup. Semua tahu lebih 30 kerusi Parlimen kita kalah sebab adanya pertandingan tiga penjuru… ini sudah tutup. Yang penting kita sudah menyatu padukan orang Melayu. Dua parti Melayu terbesar ini UMNO tiga juta, Pas sejuta lebih… empat juta lebih telahpun dapat kita satukan dan ini adalah impian dan hasrat semua orang Melayu di tanah air supaya janganlah dua parti Melayu terbesar ini bertelagah… jadi ini telah kita buat tapi penyatuan ummah sahaja tidak cukup di situ kerana jika kita bercita-cita hendak menguasai semula Putrajaya, kita tidak boleh berhenti di penyatuan ummah sahaja kerana kita mesti faham negara kita ini adalah majmuk. Sokongan daripada kaum lain itu penting untuk kita bersama-sama. Kalau tidak ada penyertaan daripada Sabah dan Sarawak hasrat nak jadikan Putrajaya kepunyaan kita susah. Jadi kita kena bawa Sabah dan Sarawak juga dan secara jujurnya saya katakan penyatuan ummah tidak relevan kepada mereka.", "Tetapi Muafakat Nasinoal itu lebih relevan di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung Tanah Melayu kerana mengambil kira rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama. Jadi fasa satu sudah ok. Maka kita tutup dan masuk fasa kedua. Fasa kedua adalah Muafakat Nasional dan daripada sini pula apa yang perlu kita buat. Apakah kita perlu menginstitusikan Muafakat Nasional ini atau Muafakat Nasional ini satu persefahaman yang longgar… ini ‘question mark question mark’ yang telahpun saya urus dalam jawatankuasa rundingan baru-baru ini untuk jawatankausa teknikal UMNO PAS memikirkan dan membawa suatu kajian yang lengkap supaya mengambil kira semua aspek untuk kita lihat apa ‘next step’ kita. Muafakat Nasional tak habis dengan ceramah sahaja. Berapa lama je kita boleh ceramah. … takkan nak katakan kita mengharapkan kelemahan PH sahaja. Jadi apa keperluan yang mesti ada. Kalau nak bentuk kerajaan, apa tawaran kita kepada rakyat Malaysia. Apa ‘new deal’? Mengambil kira masyarakat Malaysia ini adalah masyarakat majmuk.", "Kita perlu mempunyai mesej-mesej, mempunyai tawaran-tawaran baru yang perlu kita lengkapkan untuk setahun atau setahun setengah untuk kita beritahu rakyat Malaysia. Kalau pilih Muafakat Nasional inilah yang akan kita buat, kalau kita jadi kerajaan ini yang akan kita buat supaya ini menjadi teras. Tidak perlu lagi kita buat manifesto nak dekat pilihan raya. Kita buatkan rancangan kita kalau kita jadi kerajaan. Itu sebabnya saya katakan bahawa Muafakat Nasional ini mestilah berkelakuan sebab kita ini adalah alternatif government supaya orang melihat kita eh… inilah rupanya… itu sebabnya saya telah putuskan bahawa perlu ada satu pelan tindakan di bawah empat negeri yang dibawah UMNO dan PAS. Kita lihat ke atas Muafakat Nasional tapi dekat bawah tidak ada lagi… di peringkat negeri. Jadi terlebih dahulu empat negeri ini kita ubah suai strukturnya supaya inilah negeri Muafakat Nasional kalau kita menang nanti… inilah dia contohnya yang hendak kita buat.", "S: Perhimpunan ini juga menyaksikan akan ada beberapa pindaaan fasal-fasal penting dalam perlembagaan UMNO. Mungkin Datuk Seri boleh ulas sedikit mengenai pindaan yang perlu dilakukan dan mengapa ia perlu dilakukan?", "J: Tidak ada yang dipinda fasal penting cuma menambah baik kerana kita bukan lagi parti kerajaan. Kita jangan mengikat Perlembagaan kita ini… susah kita… macam kita ada 18 bulan untuk tambahan tangguhkan AGM. 18 bulan, lepas itu… tapi kalau apa-apa terjadi sudah tidak ada. Jadi kita tambah 18 bulan atau suatu tarikh yang sesuai dan diluluskan oleh MT. Jadi kita tidak mengikat. Banyak klause-klause begitu yang kita buat supaya ia tidak mengikat kita tapi apa yang paling mustahak sekali yang hendak kita cadangkan ialah adanya satu perkara baru iaitu dalam ‘Sabah Chapter’.", "Tadi saya katakan penyatuan ummah ini tidak relevan di Sabah kerana Sabah dan Sarawak politiknya berbeza. Selagi UMNO Sabah masih lagi sebagai cawangan untuk UMNO di sini maka slogan Sabah itu tidak boleh diguna pakai oleh UMNO Sabah. Jadi kita bagi satu atonomi penuh kepada Sabah supaya mereka mengurus parti mereka sendiri dan kita panggil itu sebagai ‘The Sabah Chapter’. Kita boleh panggil nanti UMNO Sabah dan ia boleh mengurus pemilihan semua sendiri kerana kita tidak mahu lagi melihat UMNO di Sabah terus dilihat melalui PWTC. Ini akan memberikan kekuatan kepada UMNO di Sabah itu sendiri kerana walaupun pergolakan parti politik Sabah tetapi UMNO Sabah tetap ada. Ini menunjukkan UMNO Sabah sudah berakar umbi di situ dan kita berlu menambah diri dan beri apa juga bantuan dari segi moral ataupun dari segi sokongan terutama untuk mereka urus sendiri parti mereka di Sabah.", "S: Perhimpunan kali ini dapat dilihat jika dulu agak suram kerana masih sedih tetapi semangat semakin membuak dan ramai yang nak datang. Jadi mungkin harapan dan pesanan Datuk kepada akar umbi yang datang khusus kepada pembahas yang bakal membahas?\n\nJ: Saya mengajak kepada semua yang hadir supaya bersama-sama melihatkan imej yang baru kerana orang luar melihat kita. Jadi kepada pembahas pula berbahaslah dengan baik sebab kita tidak mengongkong siapapun hendak berbahas dan kita akan buat live. Orang akan dengar dan bahas dengan baik. Kita cuma ada satu perbahasan iaitu membahas ucapan Presiden. Ucapan dasar Presiden ini terbuka. Bahaslah supaya kita dapat pastikan bahawa idea dan pandangan yang dibawa oleh akar umbi itu dapat memberikan tambah nilai kepada usaha pemimpin di pusat untuk kita lebih mendalami isu, mendalami lebih perkara yang dihadapi oleh negeri terutama khusus dalam untuk kita memperkasa dan menyusun strategi kepada pilihan raya.", "S: Apa Datuk Seri melihat signifikan perhimpunan kali ini kepada parti?", "J: Signifikanya ialah setiap Perhimpunan Agung itu memang penting tetapi kali ini kita sudah 18 bulan sebagai bukan lagi parti kerajaan. Maka saya berharap semua akan membawa corak perbahasan yang matang. Kita berbahas ini bukan untuk orang UMNO sahaja tetapi untuk orang di luar sana. Mesej kita bukan hanya untuk orang dalam dewan sahaja, mesej kita untuk rakyat Malaysia. Jika UMNO diberi kepercayaan lagi oleh rakyat Malaysia, UMNO yang macam mana? Jadi kita mesti memperberbaharui tekad dan perbahasan kita supaya imej kita yang teruk dihentam oleh PH sehinggakan kita kalah dapat kita bina semula kerana brand bagus produk bagus tapi imej dah tak baguspun susah juga. Jadi dalam sekarang ini kita perlu membina imej kita sendiri. Bina elok-elok. Jangan hendak mencari kesalahan orang sahaja. Yang penting mesti bertiqamah dan melihat kepada isu dalaman kita yang patut kita buat, apa yang patut kita baiki dan kita dapat fahami bahawa ini merupakan satu perjuangan untuk kita menghamparkan satu perjuangan kepadaanak cucu kita nanti. – UMNO ONLINE", "" ]
https://umno-online.my/2019/11/29/jati-diri-bukan-barang-dagangan/
[ "\nJATI diri adalah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa. Jati diri dapat mempersatukan sikap, semangat dan juga jiwa bagi mencapai tujuan dan matlamat pembinaan sesebuah negara. Justeru, jati diri sebenarnya menjadi salah satu pengikat jiwa, penggerak semangat dan penguat cintakan negara.", "Rangkai kata Arab ada mengungkapkan ‘Hubbul Watan Minal Iman’, Syeikh Muhammad Abdurrahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmizi menyatakan ‘mencintai tanah air adalah ajaran syariat Islam’. Daripada roh cintakan negara terbentuk nilai, idealisme dan pola fikir rakyat dalam sesebuah masyarakat dan negara.", "Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang adalah jati diri, identiti dan kedaulatan negara. Jiwa saya cukup tersentuh apabila kebelakangan ini Jalur Gemilang dihina dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya. Jangan ambil mudah, lebih-lebih lagi sudah beberapa kali insiden seperti ini berlaku seperti Jalur Gemilang diterbalikkan, putih jadi hitam dan pelbagai lagi bentuk penghinaan yang tidak berlaku sebelum ini.\n\nJika sekali dua kita boleh menerima sebagai satu kekhilafan yang tidak disengajakan. Tetapi apabila sudah berkali-kali adakah itu masih boleh dianggap kekhilafan yang tidak disengajakan? Penghinaan ini tidak boleh diterima hanya dengan permohonan maaf.", "Adakah isu bendera Malaysia dengan bintang pecah lima dan laporan bahawa abu mayat Chin Peng telah di bawa pulang saling berkait? Isu yang sangat mengejutkan malah mendukacitakan ramai rakyat negara ini, ditambah pula dengan laporan bahawa abu mayat Chin Peng telah ditabur di laut berdekatan Lumut dan Sitiawan Perak dan di hutan sekitar Banjaran Titiwangsa disertai upacara peringatan Chin Peng pada 16 September yang lalu.", "Apakah ini adalah keputusan Kabinet sekarang? Kerajaan terdahulu telah membuat penetapan bahawa abu mayat atau mayat Chin Peng tidak boleh dibawa pulang dan ini keputusan Kabinet.", "Saya sependapat dengan kenyataan Presiden PAS berkaitan dengan isu ini ‘Kebenaran membawa abu mayat Chin Peng tidak boleh dipandang hanya dari segi kemanusiaan dan keluarganya sahaja, tetapi perlu dilihat kepada perjuangan yang tidak beragama dan berperikemanusiaan yang tidak layak diberi penghormatan di negara ini. Tindakan mereka yang mengangkat martabat Chin Peng sebagai wira negara ini adalah fahaman paling salah dan sesat. Paling tidak menghormati para pahlawan yang berjuang menentang penjajah khususnya menentang komunis.’\n\nSaya berpandangan kedua-dua isu ini berkait dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bertanggungjawab. Rakyat sedang memerhati sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap golongan yang menghina negara ini.", "Harus difahami dalam konteks sejarah Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan di Tanah Melayu pada bulan April 1930. Semasa kedatangan Jepun, PKM telah bekerjasama dengan pihak British untuk menetang Jepun dengan menubuhkan MPAJA iaitu tentera anti Jepun Tanah Melayu. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu dan ketika inilah beberapa siri keganasan, rusuhan dan kekejaman berlaku.", "Chin Peng telah meraih kedudukan paling tinggi dalam organisasi Parti Komunis Malaya dan mengetuai siri-siri serangan dan pembunuhan. Lebih 10,000 orang meninggal ketika Chin Peng menjadi ketua pengganas. Berapa ramai tentera polis yang meninggal? Berapa ramai menjadi balu? Berapa ramai yang menjadi anak yatim? Turut menjadi mangsa ialah kaum bukan Melayu. Saya menyeru kepada seluruh rakyat dan anak muda bacalah, terokailah sejarah dan rasailah perit jerih pejuangan wira-wira negara memerdekakan negara ini.\n\nApa yang dibimbangi dek kerana terpengaruh dengan ideologi komunis, kedengaran suara dan desakan kalangan aktivis menggesa kerajaan untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya, (PKM). Adakah kita sanggup menggadai fakta sejarah dan mengiktiraf pejuangan Parti Komunis Malaya? Pakar Sejarah, Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam pernah menegaskan bahawa “Sejarah Malaysia tidak perlu ditulis semula. Setiap sejarah yang ditulis adalah berdasarkan rekod. Jadi kalau kamu kata komunis pejuang, apa buktinya? Mana rujukannya?”", "UMNO sejak penubuhannya, telah meletakkan prinsip perjuangan dan jati diri sebagai satu keutamaan. Jati diri bukan barang dagangan dalam perjuangan. Terbukti walaupun telah mengalami beberapa siri ujian getir politik, UMNO dan ahli tetap bertahan di atas landasan perjuangannya. Pasca PRU-14 telah menyaksikan ada kalangan pemimpin UMNO yang beralih dan ingin beralih ke parti lawan. Itu pilihan mereka, tetapi perlu diingat akar umbi telah menilai jati diri mereka. Ini dapat saya rasainya sendiri bagaimana penolakan akar umbi terhadap mereka yang berbolak-balik jati diri perjuangannya.", "Saya ucapkan syabas kepada akar umbi tetap kekal bersama perjuangan UMNO. Saya dapat rasakan aura jati diri akar umbi bersama kepimpinan bahagian kepada perjuangan UMNO semakin menebal dan mengukuh apatah lagi setelah Muafakat Nasional menjadi naratif baharu politik tanah air.", "Saya yakin, jati diri dalam perjuangan adalah kunci utama UMNO dan ahlinya menghadapi aneka cabaran politik yang semakin menghimpit. Hanya mereka yang kental, cekal jati dirinya sahaja mampu bertahan bersama perjuangan UMNO dan Muafakat Nasional.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/11/27/malaysia-baru-jadi-utopia-muafakat-nasional-cabaran-naratif-baru/
[ "SELEPAS PRK Tanjung Piai, pelbagai pendapat ditinjau tentang masa depan politik negara khususnya berkaitan Kerajaan PH. Demikian juga tentang masa depan politik Muafakat Nasional.", "Dalam sebuah diskusi Pasca Tanjung Piai: Fakta, Dimensi dan Dinamik anjuran dua badan pemikir dan konsultansi, ZCG dan CENT-GPS pada 22.11.2019, kesemua wakil dari Merdeka Center, Ilham Center, INSAP, dan ZCG menyimpulkan bahawa keputusan Tanjung Piai adalah luar biasa dari segi penolakan rakyat terhadap Kerajaan PH.", "Kecenderungan protes rakyat terhadap kerajaan PH di seluruh negara dizahirkan di Tanjung Piai. Ia dikaitkan juga dengan pemilihan calon yang tepat. Dr Wee Jeck Seng banyak berjasa dan sangat dikenali di kalangan masyarakat berbagai kaum di Tanjung Piai.", "Justeru tidak boleh menyimpulkan secara definitif bahawa Muafakat Nasional sudah mulai diterima.", "Pun begitu, perasaan kebersamaan UMNO dan PAS semakin mantap dan kukuh. Semakin hilang sifat curiga mencurigai.", "Mereka bergerak dalam satu barisan yang kukuh bersama MCA. Turut dibantu oleh MIC dan rakan-rakan BN yang lain.", "Namun keberanian Muafakat Nasional meletakkan seorang calon dari kalangan bukan Melayu setidak-tidaknya mematahkan sentimen penolakan secara total terhadap Muafakat Nasional.", "Menurut seorang ahli politik veteran Sarawak dalam talian ‘whatsapp’nya menyatakan bahawa dalam konteks Sabah dan Sarawak, Muafakat Nasional mulai menunjukkan bahawa mereka bukanlah golongan ekstremis dan chauvinis agama dan kaum. Ini merupakan permulaan yang positif.", "Dr Hamidin dari Ilham Center menganggap apa yang berlaku di Tanjung Piai adalah suatu ‘quo vadis’ untuk Malaysia dalam beberapa perkara: ekstremisme vs moderat; naratif baru vs naratif lama; polisi vs penyampaian; perpaduan ummah vs muafakat nasional.", "‘Quo Vadis’ atau dalam pertuturan harian “ke mana hala tuju kita sebenarnya” adalah suatu persoalan yang sering ditimbulkan dalam wacana politik yang melihat suasana tidaktentuan dan konflik yang berterusan.", "Di tengah-tengah pelbagai ketidaktentuan kehidupan bernegara sama ada dalam bidang ekonomi mahupun keamanan sosial, kita masih samar-samar mencari hala tuju sebenarnya.", "Meskipun PH yang pada awalnya dianggap sebagai pengukir sejarah besar negara yang berjaya meruntuhkan 61 tahun penguasaan BN, namun setelah lebih 18 bulan mereka mulai kehilangan sentuhan rakyat.", "Naratif baru yang dibawa untuk membina Malaysia baru menjadi utopia kerana penolakan rakyat atas sebab kegagalan memenuhi janji kehidupan yang lebih baik.", "Di pihak BN dan PAS pula, usaha membina naratif baru Muafakat Nasional sedang diserang dengan dahsyat sekali.", "Kalangan penulis dan pembicara wacana nasional (national discourse) melakarkan gambaran sehitam-hitamnya sekiranya kemenangan berpihak kepada Muafakat Nasional pada PRU15 nanti.", "Banyak tulisan yang sedang bercambah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sekiranya rakyat sudah tidak mempercayai Pakatan Harapan bermakna Malaysia sudah tidak mempunyai masa depan lagi.", "Inilah yang cuba dicanangkan oleh supremo DAP Lim Kit Siang. Dalam erti kata yang lain, Malaysia yang baik dan sempurna serta hebat, hanya berada dalam kerajaan Pakatan Harapan.", "Sekiranya rakyat sudah menolak PH bermakna Malaysia akan terjerumus ke dalam masa depan yang kelam dan merbahaya.", "Tetapi yang menariknya Siti Kasim sendiri menolak andaian dan tanggapan Kit Siang ini. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa rakyat sudah hilang keyakinan terhadap PH.", "Kempen menakut-nakutkan rakyat seperti ini nescaya tidak memberi kesan kepada rakyat.", "Buktinya ketika Liew Chin Tong, pakar strategis DAP, mengingatkan pengundi Tanjung Piai bahawa sekiranya mereka mengundi BN bermakna mereka akan mengembalikan semula kerajaan kleptokrat.", "Namun beliau gagal meyakinkan pengundi Tanjung Piai apabila BN menang dengan jumlah yang lebih besar.", "Demikian juga kedengaran kempen menakutkan rakyat bahawa jika menyokong Muafakat Nasional maka skandal sebesar 1MDB akan muncul lagi; Najib, Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO akan dibebaskan; politik perkauman akan berkembang; ekstremis agama akan marak; bukan-Islam akan terancam.", "Teknik yang disebut sebagai ‘fear ( ketakutan) and persuasion’ (rayuan) sering digunakan dalam kempen politik untuk menakutkan rakyat. Ia dikatakan mempunyai kesan ke atas niat, pandangan, dan tindakan seseorang untuk mengubah pendirian mereka.", "Kempen dan propaganda ini pasti tidak akan berhenti sehingga PRU15. Kerajaan PH akan melipat gandakan usaha untuk terus meyakinkan rakyat bahawa Muafakat Nasional buruk, manakala PH baik.", "Muafakat Nasional perlu menghadapi realiti ini. Mereka bukan lagi sebuah kerajaan. Segala perkakas penguasa berada dalam tangan PH.", "Cabaran Muafakat Nasional ialah untuk membina perspektif baru politik nasional.", "Dalam membina perspektif baru ini mereka hendaklah berani mengurangkan suhu serangan golongan anti Muafakat Nasional dengan menggunakan hikmah politik (political wisdom).", "Mereka tidak boleh menjadi golongan ‘reactionary’ iaitu bertindak balas secara membuta tuli penuh emosi terhadap asakan kerajaan PH.", "Hikmah politik ialah perlu mengakui kelemahan dan kesilapan lalu, sambil berusaha memperbaiki diri.", "Istilah dan konsep politik lalu yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ketakutan hendaklah digantikan dengan kelunakan dan kesantunan.", "Muafakat Nasional hendaklah bangun menjadi penyedia jalan penyelesaian (solution provider) kepada krisis politik hari ini.", "Muafakat Nasional perlu mengukuhkan jaringan bahawa mereka tidak memusuhi orang bukan Melayu dan bukan Islam.", "Mereka perlukan strategi untuk melakukan sanggahan naratif (counter narrative) bahawa konsep penguasaan golongan majoriti (majoritarian) bukan membawa keburukan tetapi mengarah kepada kestabilan.", "Penyatuan orang Melayu dan Bumiputra baik untuk negara. Ia bukan satu malapetaka.", "Manakala penyatuan golongan majoriti adalah berlandaskan perlembagaan negara.", "Ia bukan bererti ‘winner-take-all’ (yang menang ambil semua). Atau tidak ada lagi pluralisme politik dan demokrasi berparlimen dalam negara ini selepas terbentuknya kerajaan Muafakat Nasional.", "Demikian juga agihan manafaat (distributed benefit) untuk semua tentunya perlu diperkasakan bagi membuktikan bahawa Muafakat Nasional adalah untuk semua kaum dan agama serta wilayah.", "Mungkinkah nanti Muafakat Nasional menjadi satu gabungan baru menggantikan Barisan Nasional? – UMNO ONLINE", "Dr Zambry Abd Kadir\nAhli Majlis Tertinggi UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/11/22/tanjung-piai-kemenangan-yang-mengujakan-dan-menguji/
[ "ANGKA 15,086 telah membuka lembaran baharu politik tanah air. Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu dengan majoriti 15,086 undi sesuatu yang di luar jangkaan kebanyakan pihak terutamanya Pakatan Harapan (PH).", "Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran berliku dan halangan yang tidak berkesudahan, kegigihan dan kesepaduan jentera dan akar umbi antara faktor kemenangan bergaya Barisan Nasional. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada seluruh jentera dan pengundi di Tanjung Piai. Jiwa saya tersentuh melihat semangat juang dan kesetiaan jentera BN di peringkat akar umbi khususnya Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak mengenal erti penat lelah sanggup berpanas dan berhujan demi satu kemenangan, demi satu Parlimen dan satu kerusi di Dewan Rakyat.\n\nHakikatnya apabila ditatap raut wajah pejuang dan jentera akar umbi, saya dapat merasakan perjuangan, kesetiaan dan kegigihan mereka tidak boleh diukur dengan kebendaan dan habuan. Perjuangan mereka bukan perjuangan peribadi tetapi perjuangan yang suci demi UMNO dan negara.", "Kemenangan di Tanjung Piai juga membuktikan bahawa Muafakat Nasional semakin diterima oleh rakyat sebagai satu naungan dan naratif baharu politik negara. Menjadi cabaran besar kepada Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional mengisi kemenangan ini.\nKita perlu mengakui bahawa Muafakat Nasional sudah menjadi naratif dan cabaran baharu politik tanah air.", "Post-mortem kemenangan perlu dilakukan bagi melihat apakah faktor terbesar kemenangan Barisan Nasional dan faktor kekalahan Pakatan Harapan? Adakah kekalahan tersebut sebagai satu referendum rakyat yang menolak kepimpinan Pakatan Harapan atau berpunca daripada kekecewaan rakyat kerana mereka gagal menunaikan manifesto? Dan apakah perubahan trend atau aliran sokongan ini bersifat sementara bergantung kepada keperluan dan kepentingan? Persoalan-persoalan ini perlu kita diteliti dan dikaji berdasarkan kepada fakta bukan sekadar sangkaan dan agakan.", "Sudah menjadi fitrah setiap kemenangan ada ujiannya yang tersendiri, dalam keterujaan kita meraikan kemenangan, jangan alpa bahawa ujian kemenangan akan menguji kita. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: ‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’ (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)", "Di saat Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) meraikan dengan penuh kesyukuran kemenangan di Tanjung Piai, saya diuji dengan pendakwaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Inilah harga sebuah perjuangan yang perlu saya harungi, doakan agar saya tabah menghadapi ujian ini dan kebenaran akan terserlah mengatasi kebatilan dan fitnah. Saya yakin Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambanya di luar daripada kemampuannya.", "Buya Hamka pernah berkata “Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”\n\nTanpa disangka kemenangan ini juga menguji kepimpinan UMNO berhadapan dengan polemik berkaitan pertemuan Ahli Parlimen UMNO dengan Menteri kanan kerajaan di rumahnya. Polemik ini telah menimbulkan ketidakselesaan ahli khususnya di peringkat akar umbi. Walau apapun alasan dan sebab- musabab yang diberikan berkaitan pertemuan tersebut, sebagai ahli Parlimen yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional, seharusnya kita jadikan kepentingan berorganisasi dan menghormati kepimpinan parti mengatasi segala agenda peribadi dan golongan tertentu.", "Bagi menokhtahkan polemik ini, kepimpinan UMNO telah bersetuju supaya perkara ini diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin (JKD) UMNO melakukan siasatan di bawah peraturan sedia ada dan terpulang kepada JKD membuat keputusan. Saya berkeyakinan dengan pengalaman dan kewibawaan jawatankuasa JKD yang diketuai oleh Tan Sri Apandi Ali semua pihak akan mendapat keadilan dan kesaksamaan.", "Saya berpandangan pelbagai ujian yang menimpa UMNO pasca PRK Tanjung Piai ini sebenarnya satu permulaan kepada naratif baharu politik tanah air khususnya dibawah naungan Muafakat Nasional. Di samping itu juga ujian ini mampu mengukur tahap kesabaran pimpinan dan ahli parti dalam perjuangan sehinggakan Allah SWT menyebut perkataan Sabar lebih 90 kali di dalam al-Quran.", "Naratif baharu politik pasca Muafakat Nasional boleh dibina dengan kita menerokai pengalaman daripada parti-parti politik yang dilabelkan sebagai “Grand Old Party” yang pernah jatuh dan bangun kembali seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun, Parti Republikan di Amerika Syarikat, Parti Kongres di India.", "Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang dalam pilihan raya tahun 2009 di tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ). Mandat pemerintahan yang diberi kepada DPJ, bukanlah manifestasi kepercayaan rakyat Jepun terhadap parti itu. Sebaliknya, ia merupakan satu hukuman kepada LDP. Selepas kekalahan LDP bangkit dengan transformasi dan memperbaiki kelemahan mereka dengan segera. Kepimpinanan LDP merangka dan menawarkan naratif baharu yang tersusun akhirnya pada tahun 2012 LDP kembali berkuasa di Jepun.", "Saya berkeyakinan tagline ‘kerajaan sepenggal’ bukan fantasi tetapi realiti yang mampu direalisasikan dengan syarat momentum kemenangan di Tanjung Piai disubur dan diperkasakan seiring dengan naratif Muafakat Nasional sebagai tawaran baharu (new deal) yang mampu membina Malaysia ke arah lebih bermaruah.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/11/21/tiga-pilihan-buat-mahathir-jika-tidak-mahu-serah-kuasa-pada-anwar/
[ "PERTAMA, Mahathir boleh menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah untuk memangku jawatan Perdana Menteri sehingga Majlis Presiden menentukan Perdana Menteri yang baru.", "Mahathir boleh mengambil cuti rehat untuk perubatan atau sebagainya sementara Majlis Presiden bersidang untuk memilih Perdana Menteri ke-8.", "Dengan ketiadaan Mahathir, adalah lebih mudah untuk Majlis Presiden berbincang dengan rasional tanpa ahli-ahlinya ragu-ragu tentang jawatan kerajaan atau kabinet yang boleh diugut tukar oleh Perdana Menteri sedia ada.\n\nMajlis Presiden PH mempunyai 22 orang ahli yang akan menentukan Perdana Menteri.", "Dan tidak semua 22 ahli Majlis Presiden ini bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.", "Sekurang-kurangnya 6 sehingga separuh daripada 22 ahli Majlis Presiden tidak menyebelahi Anwar.", "Namun hampir semua daripada mereka tidak ada masalah dengan Wan Azizah.", "Oleh itu jika Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalannya untuk dipangku sementara Majlis Presiden membuat keputusan, ada kemungkinan Majlis Presiden akan mengangkat Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.", "Ini untuk mengelakkan perpecahan dan pergaduhan dalam PH.", "Dan Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri wanita yang pertama dalam sejarah.", "KEDUA, Mahathir boleh serahkan kuasa kepada sesiapa sahaja di kalangan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat yang difikirnya mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat mengikut Perlembagaan.", "Ini tidak tertakluk kepada ahli-ahli Parlimen PH sahaja.", "Jika dia mahu, Mahathir boleh menyerahkan kuasa termasuk kepada Ahli Parlimen pembangkang yang disokong atau tidak ditolak oleh majoriti ahli Dewan Rakyat.", "Ini termasuklah seperti YB ….", "KETIGA, Mahathir boleh menghadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan untuk membubarkan Parlimen dan mengembalikan mandat ke tangan rakyat.", "ISHAM JALIL\n21 November 2019" ]
https://umno-online.my/2019/11/18/tanjung-piai-dan-jangka-hayat-ppbm/
[ "PENDUDUK Tanjung Piai telah memutuskan untuk menolak Pakatan Harapan. Bukan sedikit dan kecil-kecilan. Bukan sekadar mesej ringan bersifat sipi-sipi. Tetapi, penolakan besar-besaran yang sangat mengaibkan.", "Kekalahan BN dalam PRU14 di Tanjung Piai sebelum ini dengan majoriti kira-kira 500 lebih undi bukanlah sesuatu yang sangat menyedihkan. Namun, kemenangan besar dengan majoriti melebihi 15 ribu undi sudah pasti sesuatu yang sangat menggembirakan.", "Ada beberapa maksud besar dari keputusan ini.", "Pertama, keputusan PRK Tanjung Piai adalah bukti nyata betapa PPBM semakin tidak diterima oleh orang Melayu. Parti ini tidak diyakini dan tidak mewakili suara orang Melayu. Apatah lagi kepentingan dan isu-isu orang Melayu.", "Sebaliknya, kekuatan UMNO dan rakan komponen kami dalam BN masih sangat utuh di peringkat akar umbi. PPBM tidak akan dapat sama sekali mengganti UMNO dari segi pengaruh, bakti dan khidmat di kalangan orang Melayu. PPBM mesti mula menerima hakikat ini. Jangan berdolak-dalik lagi. Jangan cuba menyedapkan hati lagi.\nMalah, Tanjung Piai ini petanda bahawa PPBM tidak akan punya hayat yang lama dalam persada politik Malaysia. Era pasca Tun Mahathir nanti akan turut menjadi era politik Malaysia pasca PPBM.", "Kedua, PPBM gagal mendapat kepercayaan masyarakat Cina. Sekalipun mereka bermuka-muka dengan menyatakan mereka adalah parti untuk semua, nampaknya mereka tidak lebih dari sekadar bertepuk sendirian. Masyarakat Cina telah menolak PPBM dengan lantang. Bagi mereka, parti ini tidak sedikit pun mewakili Pakatan Harapan.\n\nDi Tanjung Piai, masyarakat Cina mengundi MCA bukan kerana MCA ini sempurna dan tiada kekurangan. Bukan. Tetapi kerana orang Cina ingin memberi pengajaran kepada PPBM dan Tun Mahathir. Jangan terus berselindung di sebalik retorik kesederhanaan sedangkan hakikatnya pergerakan mereka bersikap perkauman yang sangat menebal lagi jelik.", "Ketiga, seperti yang saya telah katakan sebelum ini, Tun Mahathir tidak lagi mempunyai kewibawaan untuk memimpin Malaysia. Beliau telah hilang pesona dan magisnya. Sentuhannya sudah tidak menjadi. Gertakannya sudah tidak lantang. Sindir perlinya sudah tidak pedih dan menyengat.", "Jasa besar beliau akan terus kita kenangkan. Masa silam Malaysia yang maju di bawah terajunya akan terus kita akui dan banggakan. Namun, masa hadapan Malaysia terlalu berharga untuk kita masih cagarkan pada beliau.", "Tanjung Piai adalah referendum rakyat yang jelas menolak kepimpinan beliau. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya Malaysia, seorang Perdana Menteri berkempen begitu gigih seperti yang beliau lakukan di Tanjung Piai namun masih tersungkur teruk dengan majoriti yang mengaibkan.", "Kepada Tun Mahathir, jika Tun dan kroni Tun masih berdegil dan beranggapan bahawa Tun adalah penyelamat Malaysia, Tanjung Piai telah membuktikan sebaliknya. Dengan janji-janji projek jutaan ringgit, imbuhan nelayan yang turun secara tiba-tiba, idea pembangunan pelancongan Tanjung Piai dan segala macam lagi gula-gula yang diumpankan, PPBM tetap gagal.", "Keempat, pengundi Malaysia, baik Melayu atau Cina, adalah rasional. Mereka hanya ada satu kesetiaan dalam berpolitik. Iaitu kesetiaan kepada mereka yang benar pada janji dan benar dalam khidmat.\n\nOleh kerana PH telah mungkir dan gagal dalam tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia, maka pengundi berbilang bangsa menolak mereka tanpa simpati. Inilah bukti bahawa pengundi menjadikan manifesto sebagai perkara penting. Biarpun ia bukan kitab suci, ia adalah tali yang mengikat ahli politik dan sebuah kewibawaan.", "Bila manifesto gagal dilaksanakan, pengundi tanpa berlengah menolak PH. Mereka tidak mahu menunggu lima tahun. Mereka tahu, kalau dalam 18 bulan pertama, PH telah gagal, lima tahun adalah masa yang terlalu lama untuk menghukum kegagalan tersebut.", "Kelima, kerjasama UMNO dan PAS sekali lagi membuktikan keberkesanannya sebagai formula yang ampuh untuk masa depan Malaysia. Pengundi Cina Tanjung Piai sedar dan faham bahawa kerjasama ini tidak akan menjadikan Malaysia negara Taliban. Kerjasama ini bukan deklarasi perang ke atas bukan Melayu. Tetapi, ia adalah ‘political force’ yang sebenar kepada orang Melayu yang tidak pun memberi ancaman kepada bukan Melayu.\n\nKerjasama UMNO-PAS dalam kerangka Muafakat Nasional bukan sahaja akan terus memberikan kemenangan kepada BN. Tetapi, inilah jalan ke hadapan untuk Malaysia.\nWalaupun MCA tidak pernah menerima atau memberikan ‘endorsement’ rasmi kepada Muafakat Nasional, UMNO dan PAS terus memenangkannya dengan ikhlas tanpa syarat. Pada kami, ini adalah sikap dan amalan politik yang matang dan berpandangan jauh.", "Yang kami lihat dan sedar, kekuatan MCA dan MIC harus disokong kuat dengan pengaruh UMNO dan PAS. Hanya dengan yang demikian, MCA, malah MIC, akan menang. Dan begitulah sebaliknya, MCA dan MIC mesti gunakan pengaruhnya untuk memberi kekuatan kepada UMNO dan PAS. Perkara ini akan menjadi fokus bersama untuk diperkemas selepas ini. Dan sudah tiba juga masanya MCA memikirkan jalan kehadapan dalam hubungannya dengan Muafakat Nasional.", "Tahniah MCA dan selamat berkhidmat kepada YB Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng. Terima kasih Tanjung Piai, terima kasih UMNO, terima kasih PAS, terima kasih MIC dan terima kasih semua yang bersama-sama menjayakan kemenangan manis ini.", "Mohamed Khaled Nordin(MKN)\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/11/16/prk-tg-piai-bn-menang-besar-ph-tersungkur-bunga-semakin-layu/
[ "TANJUNG PIAI, 16 Nov – Setelah berjaya mencipta hatrik di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, Barisan Nasional (BN) sekali lagi mencipta kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan empat yang lain.", "Wakil BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memperoleh undi dengan majoriti sebanyak 15,086 undi berbanding lima yang lain.", "Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Tanjung Piai, Zulikifly Mohd Tahir di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.", "Ini merupakan kemenangan buat kali kedua BN ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili PH, diketuai oleh pengerusinya yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Sebelum ini BN merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dari PPBM dengan majoriti 1,914 undi setelah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dengan majoriti 8,964 undi.", "Karmaine Sardini dari PH-PPBM memperolehi 10,380 undi; Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 undi dan Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz 850 undi.", "Manakala dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lok mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.", "Ketika pengumuman dibuat, Dr Wee turut berada di dalam dewan sambil diiringi pemimpin-pemimpin BN dan rakan-rakan parti serta PAS.", "Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan kegembiraan penyokong dan jentera yang berada di dalam dan luar dewan mahupun yang berada di Bilik Gerakan Utama BN.", "Kemenangan BN juga sebagai tanda Muafakat Nasional diterima oleh rakyat khususnya di Tanjung Piai di mana komposisi kaum antara Melayu dan Cina serta lain-lain di kawasan tersebut tidak jauh berbeza.", "Dr Wee merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai yang berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di kawasan yang sama sebelum ini pada tahun 2008 hingga 2018 dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nenas.", "Dr Wee juga merupakan graduan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia dan pernah menjawat beberapa jawatan dalam kabinet BN.", "Seramai 52,986 orang pengundi terlibat proses demokrasi tersebut, yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan 8 orang pengundi tidak hadir (luar negara) berdasarkan Daftar Pemilih Suku Tahun Kedua 2019 yang dikemaskini sehingga 23 September.", "Hari ini, sebanyak 27 pusat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi dengan 125 saluran disediakan bagi memudahkan proses pengundian dan ditutup pada jam 5.30 petang.", "Selasa lalu, 12 Nov sebanyak 91 peratus daripada 280 pengundi awal menunaikan hak mereka di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini.", "PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, dari PPBM yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada Sept lalu.", "PRK Tanjung Piai adalah PRK kelapan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos 2018; DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September 2018); Parlimen Port Dickson (13 Oktober 2018); DUN Semenyih (2 Mac 2019); DUN Rantau (14 April 2019); dan Parlimen Sandakan (11 Mei 2019).", "Terima kasih tidak terhingga kepada pengundi dan rakyat Tanjung Piai yang memberi kepercayaan kepada BN dan tidak lupa juga kepada semua jentera parti termasuk rakan Muafakat Nasional, PAS dan lain-lain. #TanjungPiaiTolakPakatan – UMNO ONLINE" ]
https://umno-online.my/2019/11/15/naratif-perjuangan-sirah-rasulullah-saw-sebagai-panduan/
[ "\n12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang cukup bermakna dan keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kelahiran dan pengutusan Rasulullah SAW telah mengubah corak kehidupan manusia daripada kejahilan kepada cahaya kesejahteraan. Pengarang dari Barat, Michael H Hart meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia pada kedudukan paling teratas dan berpengaruh dalam bukunya berjudul 100 Most Influential People In The World.", "Menurut Michael Hart “Nabi Muhammad ialah seorang pendakwah dan pemerintah yang seimbang dan luar biasa spiritual dan politiknya, mempunyai pengikut dan pengaruh seluruh dunia, Nabi Muhammad satu-satunya utusan yang meraih keberhasilan luar biasa. Nabi Muhammad mampu menguruskan bangsa yang awalnya egoistik, jahiliyyah, terkebelakang dan berpuak-puak kerana sentimen kesukuan yang begitu menebal. Namun akhirnya berubah menjadi bangsa yang maju dan bertamadun bahkan menguasai bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, ketenteraan dan menguasai dua pertiga dunia”.", "Ibnu Qayyim menyifatkan, Nabi Muhammad SAW menggabungkan sifat takwa kepada Allah dan sifat luhur. Sifat takwa dalam memperbaiki hubungan di antara seorang hamba dan Allah SWT. Sementara berakhlak mulia dalam memperbaiki hubungannya sesama makhluk Allah SWT manusia, haiwan dan alam seluruhnya.", "Namun, menjadi satu kemusykilan apabila saban tahun ketika kita menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pastinya ia tidak akan sunyi daripada polemik dan perdebatan di kalangan ilmuan dan ulama yang tidak berkesudahan mengenai keharusan meraikan Maulidur Rasul. Saya berpandangan perkara yang paling penting yang perlu ditelusuri ialah sirah dan naratif perjuangan Rasulullah SAW. Sirah perjuangan Rasulullah SAW sewajarnya dijadikan naratif Muafakat Nasional. Terdapat empat peristiwa yang dapat kita teladani dan dijadikan panduan bagi membentuk naratif Muafakat Nasional iaitu:\n\n• Kehidupan Rasulullah SAW di desa Bani Sa’ad. Menjadi tradisi masyarakat Arab menyerahkan dan membesarkan anak-anak mereka di desa. Persekitaran yang baik ‘Biah Solihah’, nilai yang baik, jauh daripada Biah Tholihah dan anasir negatif Jahiliyyah yang wujud di perkampungan Bani Sa’ad telah membentuk dan mempengaruhi pola fikir dan keperibadian Rasulullah SAW.", "Pasca PRU-14 menyaksikan pelbagai aliran pemikiran yang jelas bercanggah dengan Islam dan fitrah kehidupan insani mula mengakar dan merebak seperti fahaman liberalisme, pluralisme dan ajaran sesat yang jelas mempengaruhi pola fikir dan mengancam akidah umat Islam.", "Menyedari ancaman tersebut, mewujudkan Biah Solihah menjadi antara agenda besar Muafakat Nasional berpandukan kepada petunjuk wahyu Ilahi dan berlandaskan kepada Perlembagaan negara. Biah Solihah yang mencakupi spiritual, pola fikir, ekonomi, keamanan, kesihatan dan sosial. Dibimbangi apabila biah solihah tidak diwujudkan segera, risiko rakyat yang menghidap penyakit mental akan meningkat sepertimana kata Ketua Jabatan Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah, Dr Ruzita Jamaluddin ‘Penyakit mental dijangka menjadi kedua tertinggi dihidapi rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada 2020’.", "• Peristiwa Hajarul Aswad, kebijaksanaan Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan dan pertelingkahan dalam kalangan kabilah Quraisy dengan penuh hikmah dan harmonis tanpa meminggirkan sesiapapun. Sehingga tiada satu kabilah dan puak yang berasa diketepikan, semuanya dilibatkan dalam proses mengangkat Hajarul Aswad dan Rasulullah SAW diberikan penghormatan meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya.\n\nMuafakat Nasional menawarkan penyatuan yang menyeluruh bersifat insklusif tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan keturunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, orang Asli dan lain-lain semuanya dilibatkan dalam naungan panji Muafakat Nasional. UMNO dan PAS bertanggungjawab memegang teraju utama Muafakat ini.", "• Rasulullah SAW ke Taif, bersama Zaid bin Haritsah berjalan kaki. Jarak antara Mekah dan Taif ialah 1,609 batu. Sabar dan cekal menjadi kunci Rasulullah SAW menempuh perjalanan yang jauh dan berhadapan dengan karenah penduduk Taif terhadap dakwah Baginda SAW. Walaupun dihina, dicerca, dilontarkan dengan objek yang mencederakan, disakiti mental dan fizikal, namun Baginda SAW tetap positif dengan perjuangan. Kepada Allah SWT, Baginda SAW memohon pertolongan dan mengadu “Ya Allah, Ya Tuhanku, KepadaMu aku mengadu atas kelemahanku, kurangnya helahku dan hinanya aku di hadapan manusia. Wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan kepada golongan yang lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh yang membenci daku?atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? …….”", "Walaupun dilabelkan dengan pelbagai label yang negatif, tambahan pulak sekarang ini musim berkempen bagi PRK Tanjung Piai. Kempen kita cuba dihalang dengan pelbagai peraturan baharu yang kadangkala tak terjangkau di fikiran seperti syarat mendapatkan permit bagi semua perkara termasuklah kempen dari rumah ke rumah. Apapun halangan yang datang kita hadapi dengan positif dan berdoa ke hadrat Ilahi. Yakinilah Muafakat Nasional yang dijunjung dengan penuh kesabaran, kecekalan dan keikhlasan, pasti mendapat pertolongan Ilahi.", "• Kisah di Gua Tsur, Abu Bakar as-Siddiq menjadi peneman Rasulullah SAW semasa berlindung di Gua Tsur dalam misi hijrah ke Madinah. Semasa berada di dalam gua Rasulullah SAW melabuhkan kepalanya di pangkuan riba Abu Bakar. Tiba-tiba kaki Abu Bakar di pagut oleh seekor ular yang berbisa, Abu Bakar hanya menahan kesakitan yang luar biasa itu daripada mengejutkan Rasulullah dari tidurnya. Namun tanpa sengaja, air mata kesakitan itu menitis mengenai pipi Rasulullah lalu membuatkan Baginda terjaga. Lalu Baginda SAW bertanya “Wahai sahabatku Abu Bakar, adakah kau menyesal kerana mengikut perjalanan ini?” Jawab Abu Bakar “Wahai Rasullah, tentu saja tidak. Aku sangat ikhlas untuk mengikutimu ke mana-mana sahaja.” Jawab Abu Bakar dengan yakin.", "Muafakat Nasional memerlukan insan sehebat Abu Bakar sebagai bentengnya. Suka duka, susah senang diharungi bersama “kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar didapati. Di saat perjuangan kita diuji dengan pelbagai mehnah, fitnah dan tribulasi, setiakawan bukan sekadar ungkapan manis di bibir tetapi perlu disertakan dengan tindakan.”", "Saya berkeyakinan ibrah dan naratif perjuangan Rasulullah SAW yang bermula dengan kehidupan di desa Bani Sa’ad, peristiwa Hajarul Aswad, Rasulullah SAW ke Taif dan kisah di Gua Tsur boleh dijadikan sebagai panduan dan asas bagi membina keyakinan dan sokongan rakyat kepada agenda Muafakat Nasional. Harapan saya semoga keputusan PRK Tanjung Piai Sabtu ini memihak kepada Barisan Nasional dan Muafakat Nasional.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/11/08/politik-matang-rakyat-menilai-isu-keselamatan-dan-ekonomi/
[ "KEHANGATAN berkempen di Pilihan Raya kecil Tanjung Piai (PRK P165) semakin terasa. Pelbagai isu dan permasalahan yang membelenggu dan menimpa rakyat dan pengundi dikupas dan diperjelaskan oleh penceramah Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN). Di luar jangkaan apabila ribuan rakyat hadir ke Ceramah Perdana, di bilik gerakan BN Dun Kukup pada 6 November 2019. Adakah ini manifestasi ketidakpuasan hati rakyat dan pengundi kepada kerajaan?", "Kehadiran Presiden UMNO, PAS, MCA dan Timbalan Presiden MIC membuktikan kita bermuafakat dan bekerjasama bagi merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai. Sokongan dan seruan Presiden PAS dalam ucapannya supaya menyokong calon MCA membuktikan bahawa Muafakat Nasional berada pada landasannya yang mempromosikan suara kewarasan (the voice of reason) untuk melawan suara emosi melampau (the voice of emotion).\n\nKenyataan oleh seorang menteri di perjumpaan tertutup di SJKC Pei Chio Kukup Laut, bahawa negara akan menjadi huru-hara jika Barisan Nasional kembali berkuasa kerana berkawan dengan PAS, inilah contoh tuduhan yang tidak berasas. Sekadar mahu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan hari ini dan bagi menimbulkan kesangsian masyarakat Cina kepada Muafakat Nasional. Adakah selama 62 tahun Barisan Nasional memerintah berlakunya huru-hara, rakyat kebanyakan hidup susah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, derita dan sengsara?", "Kedaulatan undang-undang, keselamatan negara dan pertumbuhan ekonomi menjadi tiga keutamaan kerajaan terdahulu bagi memelihara keharmonian rakyat dan negara. Tiada kompromi apabila melibatkan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara. Akhir-akhir ini timbul kesangsian di kalangan rakyat apabila beberapa keputusan dan tindakan yang dibuat oleh peguam negara menyalahi prinsip ‘Rule of Law’. Seperti penarikan balik pertuduhan ke atas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang dikaitkan dengan LTTE oleh peguam negara tanpa dikemukakan sebarang sebab di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Betul, hak peguam negara untuk menarik balik atau meneruskan pendakwaan tetapi rakyat perlu tahu kenapa dan mengapa tuduhan ditarik balik. Isu LTTE ini sangat serius yang mengancam keselamatan negara.", "Tahniah kepada Bahagian Counter Terrorism (E8) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerja keras menangani keganasan dan kegiatan militan. Telah terbukti hasil usaha berterusan E8 sejak 1990an lagi beberapa kumpulan dan sel pengganas dari Al-Qaeda, Jemaah Islamiyah (JI) kepada Kumpulan Mujahideen Malaysia serta terkini, Daulah Islam (Daesh) telah dilumpuhkan. Sebagai contoh, sejak tahun 2009, E8 telah berjaya menahan 284 suspek yang terbabit dengan JI, 512 orang suspek Daesh, mematahkan 25 rancangan serangan pengganas di negara ini sejak 2013, antaranya serangan berskala besar ke atas tempat ibadat Kristian, Hindu dan Buddha serta pusat hiburan di sekitar Lembah Klang dan banyak lagi pencapaian E8 dan PDRM dalam menjaga keselamatan negara. Jangan dicalarkan segala usaha dan penat-lelah E8 dan PDRM dengan keputusan ‘luar jangka’ dalam isu LTTE.\n\nSaya berkeyakinan kebenaran akan menjelma di sebalik keperitan E8 dan PDRM menangani isu ini sepertimana yang diungkapkan oleh George Washington “Truth will ultimately prevail where there is pains to bring it to light”. Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan memandang serius isu ini dan jangan dikompromi serta digadaikan keselamatan negara demi politik dan kuasa.", "Analisis tekstual membuktikan bahawa skim ransangan pertumbuhan ekonomi khususnya kepada rakyat kebanyakan menjadi faktor kejayaan dan kestabilan ekonomi era pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz seperti skim galakan pertumbuhan ekonomi, pemantapan dana sektor perniagaan dan transformasi untuk sektor pertanian. Ibnu Abdil Hakam dalam kitabnya sirah Umar bin Abdul Aziz meriwayatkan, Yahya bin Said, seorang petugas zakat masa itu berkata,”Saya telah diutus oleh Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya ingin mengagihkannya kepada orang-orang miskin. Namun saya tidak menjumpai seorang pun orang miskin yang memerlukannya….” (Al-Qaradhawi, 1995).", "Sebaliknya Era Malaysia baharu telah menjadikan kehidupan rakyat khususnya B40 dan M40 di luar bandar dan pinggir bandar mahupun di bandar semakin terhimpit. Petani, nelayan, pekebun dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memerlukan skim yang meransang pertumbuhan ekonomi mereka. Tidak memadai sekadar peruntukan “kebetulan”. Peruntukan RM3 juta Menteri Perumahan, RM4 juta Menteri Belia dan Sukan, RM3 juta Menteri Pertanian dan peruntukan “kebetulan” lain yang diumumkan sempena PRK Tanjung Piai boleh disifatkan sebagai gula-gula pilihan raya walaupun ada pihak yang menafikannya.", "Rakyat perlukan solusi ekonomi bagi mensejahterakan kehidupan mereka. Peruntukan mengurus untuk sektor ekonomi telah dikurangkan daripada RM20 bilion pada zaman BN kepada RM17 billion dalam Bajet 2020. Mereka yang paling terkesan dengan pengurangan ini adalah para petani, nelayan dan usahawan-usahawan desa. Kerajaan terdahulu memberikan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan, kini ini dipotong 16% kepada RM250. Dahulu Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat RM350 sebulan, kini dipotong 14% kepada RM300. Dahulu seramai 7 juta penerima BR1M, kini hanya 3.9 juta sahaja dapat Bantuan Sara Hidup (BSH).", "Apa yang merisaukan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup rakyat semakin tertekan dan menderita. Apakah nasib penoreh getah terbela dengan penurunan harga getah? Begitu juga nasib peneroka kelapa sawit, apakah kemerosotan harga kelapa sawit boleh ditangani dengan kempen minum sesudu minyak sawit setiap hari? Apakah memadai bersyukur dengan harga sawit RM270 bagi setiap satu tan, tanpa ikhtiar dan mencari solusi terbaik? Sepertimana yang disarankan oleh calon Pakatan Harapan PRK Tanjung Piai “Kita RM270 tu patut syukur sangat sebenarnya. (Harga) RM270 tu banyak, bukan sikit… banyak sebenarnya”.", "Muafakat Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang atau melakukan sesuatu yang pelik bagi menarik pengundi sepertimana kata pepatah arab “Bul ala ZamZam, fatu’raf” (Kencinglah di Telaga Zam-Zam, pasti kamu akan terkenal). Kita akan terus memperjuangkan isu keselamatan, ekonomi dan pembelaan kepada B40 dan M40, inilah agenda utama bagi menarik pengundi di Tanjung Piai kembali memberikan kepercayaan kepada calon Barisan Nasional. Saya yakin dengan kematangan politik (political maturity) pengundi di Tanjung Piai, Insya-Allah kemenangan milik Barisan Nasional dan Muafakat Nasional.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/11/06/kekeliruan-penangguhan-projek-rts-siapa-pembohong-johor-rugi-lagi/
[ "SEBELUM ini saya pernah persoalkan keseriusan Kerajaan Pusat tentang projek RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.", "2. Memandangkan projek ini sangat penting dan memanfaatkan ramai pengguna di Johor dan rakyat Malaysia umumnya, saya mohon pada Kerajaan Persekutuan agar diteruskan dan tidak menjadikan projek RTS sebagai korban politik seperti projek HSR dan lain-lain.", "3. Menteri Pengangkutan menjawab perkara tersebut bahawa projek ini akan diteruskan namun Malaysia perlu berbincang dengan Singapura. Lalu kita minta tangguhkan pelaksanaannya. Bukan sekali, tetapi dua kali. Dan penangguhan tersebut berakhir bulan Oktober lepas.", "4. Beberapa hari lalu, muncul laporan panas yang menyatakan kita sebenarnya telah pun meminta penangguhan kali ketiga selama 6 bulan lagi.", "5. Tetapi, memandangkan sekarang musim PRK di Tanjung Piai, Menteri Pengangkutan dengan yakin dan tegas mengatakan tiada penangguhan kali ketiga. Malah Perdana Menteri sendiri pada 31 Oktober 2019 mengumumkan projek ini akan diteruskan dengan pengurangan 36% kos.", "6. Malah, Kenyataan Media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan turut menyelar laporan tentang permintaan penangguhan kali ketiga tersebut sebagai palsu.", "7. Akan tetapi, yang mengejutkan kita adalah apabila Menteri Pengangkutan Singapura memberikan penerangan bertulis dalam dewan parlimen republik itu bahawa sememangnya Malaysia ada meminta lanjutan penangguhan kali ketiga. Namun perbincangan berhubung kos tidak boleh diputuskan memandangkan kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya belum pun memberikan perincian penuh dan maklumat yang mencukupi berhubung perkara tersebut kepada Singapura.", "8. Kita sudah pasti keliru dan tertanya-tanya. Siapa yang berbohong sekarang? Menteri Pengangkutan DAP dan PM Bersatu yang mempersendakan rakyat Johor atau Menteri Pengangkutan Singapura yang tidak bercakap benar kepada Parlimen negara tersebut?", "9. Ini bermaksud PH dengan sengaja menyembunyikan perkara sebenar. Barangkali tindakan menyembunyikan fakta ini bertujuan untuk menutup kelemahan dan ketidakcekapan mereka untuk menguruskan projek ini. Rakyat sebenarnya boleh menerima alasan yang munasabah. Tidak perlu untuk berbohong dan menutup kebenaran.", "10. Saya lihat semua ini sebagai sekadar dolak dalih yang hanya merugikan rakyat Johor. Semakin jelas yang Kerajaan Persekutuan memang tidak berminat memajukan negeri ini. Seakan ada sahaja alasan dan dalihan dari mereka setiap kali kita bercakap tentang kepentingan Johor.", "11. Semoga kebenaran akan terlihat dan Johor tidak akan terus menjadi mangsa.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/11/01/tanjung-piai-positif-mengatasi-sentimen-kunci-kemenangan/
[ "PILIHAN Raya kecil Tanjung Piai (PRK P165) menjadi medan ujian pertama pasca Muafakat Nasional. Apa yang pasti naratif PRK Tanjung Piai berbeza dengan PRK di Cameron Highlands dari sudut demografi, sentimen pengundi dan calon. Tiga elemen ini antara perkara teras yang menjadi perdebatan netizen khususnya di media sosial.", "Menyedari sentimen semasa pengundi dan rakyat secara keseluruhannya dan kempen-kempen serta trending terkini yang dijalankan oleh individu tertentu dan NGO Islam. Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil kepedulian dan berterima kasih atas segala pandangan dan cadangan daripada netizen yang terdiri daripada pendokong UMNO dan PAS berkaitan dengan pemilihan calon. Ini menunjukkan rakyat cukup prihatin dengan perkembangan terkini politik tanah air. Terima kasih kepada kepimpinan PAS kerana pada peringkat awal lagi telah menyatakan persetujuan dan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) tanpa mengira siapa calon sekalipun. Inilah keiltizaman dan kerjasama yang dizahirkan atas nama Muafakat Nasional.", "Bukanlah sesuatu yang mudah dalam menentukan parti dan calon yang bakal bertanding di PRK Tanjung Piai “Ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Sejarah perjuangan, setiakawan dan pengorbanan MCA dan MIC dalam komponen Barisan Nasional (BN) adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng, tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) selepas PRU ke-14, di saat rakan-rakan komponen lain meninggalkan rumah BN. Inilah nilai sebuah persahabatan dan kesetiaan dalam perjuangan.\n\nTidak timbul isu siapa yang mendominasi siapa, tunduk dan akur kepada tekanan sesetengah pihak. Calon tidak diumumkan ketika pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) bukanlah satu kejanggalan walaupun ada andaian negatif oleh sesetengah pihak. Sebagai pembangkang, sewajarnya gerak kerja dan taktikal harus berubah dan berbeza dari sebelumnya. Sheikh Munir al-Ghadban menyifatkan peristiwa Hudaibiyah mengajar kita bagaimana Rasulullah SAW mengubah arah jalan dan memilih jalan yang agak sukar di antara lorong-lorong di bukit sebagai satu taktikal mengelak berlakunya pertembungan dengan tentera Quraisy. Begitu juga apabila Baginda SAW bersetuju dengan Perjanjian (Sulh) Hudaibiyah walaupun dilihat berat sebelah oleh sahabat Baginda SAW. (al-Manhaj al-Haraki Fi al-Sirah al-Nabawiyah)", "Keputusan dibuat secara konsensus di meja rundingan adalah kunci kekuatan dan keutuhan Barisan Nasional (BN) semenjak penubuhannya. Konsensus, maslahah politik dan ummah diutamakan sepertimana penegasan dalam Usul Fiqh “Setiap tindakan pemimpin terhadap rakyat atau pengikutnya bersandarkan kepada kemaslahatan”. Bagi menolak dan meminimumkan kesan negatif kepada maslahah politik, Barisan Nasional (BN) secara konsensusnya bersetuju Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.\n\nPenghargaan dan syabas saya ucapkan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Johor dan barisan kepimpinan UMNO Johor serta Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai yang berjiwa besar meletakkan kemaslahatan politik BN dan rakyat sebagai keutamaan mengatasi kepentingan kelompok dan individu. Dr. Majdi al-Hilali dalam kitabnya Fiqh al-Aulawiyat menyebut “sekiranya berlaku pertembungan antara dua kemudharatan, maka hendaklah dipilih mudharat yang kecil bagi mengelakkan berlakunya mudharat yang besar”. Pandangan ini disokong oleh Imam Izzuddin Abdul Salam “menolak atau menghilangkan mudarat didahulukan daripada membawa maslahah dalam konteks keadaan yang biasa. Ini kerana mudarat adalah perkara yang wajib dijauhi dan dilenyapkan”.", "Justeru, kerana isu calon begitu sensitif sehingga timbul pelbagai spekulasi politik yang mencetuskan keresahan dan kecelaruan. Saya juga mengambil pendekatan Fiqh Keseimbangan (Fiqh al-Muwazanat) dan kebijaksanaan sebagai pertimbangan menentukan calon sepertimana yang digariskan oleh Dr Yusof al-Qadarawi dalam bukunya Aulawiyat al-Harakah al-Islamiah. Tiga pertimbangan teras dalam Fiqh al-Muwazanat yang perlu dititikberat iaitu:", "1. Pertimbangan antara pelbagai kepentingan dan pandangan untuk menentukan keutamaan yang perlu diberikan perhatian", "2. Pertimbangan antara pelbagai keburukan untuk menentukan keutamaan dalam menghindarinya.", "3. Pertimbangan antara kebaikan dan keburukan untuk diambil yang baik dan ditolak yang buruk.\n\nBersandarkan kepada pertimbangan politik, maslahah dan mafsadat serta Fiqh al-Muwazanat sebagai sebab ‘illat’ pemilihan dan dokongan kepada calon. Ayuh! kita jadikan Muafakat Nasional sebagai platform dan gerakan massa yang mampu menolak dakyah negatif kononnya Muafakat Nasional mengenepikan kaum lain, rasis dan Taliban. Ketahanan Muafakat Nasional pasti diuji secara fizikal dan emosi di Tanjung Piai.", "Dengan “track record” yang baik di Tanjong Piai sebelum ini, saya berkeyakinan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mampu merealisasikan impian dan menterjemahkan Muafakat Nasional dengan memberikan kemenangan di Tanjung Piai sebagai kesinambungan gelombang dan momentum kebangkitan daripada kemenangan yang diperolehi di tiga PRK sebelum ini. Kemenangan di Tanjung Piai akan menjadi tanda aras dan isyarat penolakan rakyat kepada kerajaan hari ini.", "Penerimaan dan sokongan dengan keputusan pimpinan BN dan calon yang dipilih adalah pra syarat awal untuk kita memperolehi kemenangan. Elakkan sabotaj dan persengketaan sesama sendiri ketika berkempen. Fokus dan ketengahkan isu dan soal-soal kebajikan rakyat selain daripada memberikan penerangan terbaik kepada pengundi di Tanjung Piai. Manfaatkan semaksimum mungkin media sosial dan jangan hanya bergantung kepada pendekatan konvensional semata-mata.", "Amanah dan tanggungjawab telah diserahkan kepada MCA, saya yakin dengan pengalaman dan kewibawaan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dan calon, Tanjung Piai akan menjadi milik BN. Sokongan tidak berbelah-bahagi UMNO, PAS dan MIC kepada calon MCA adalah terjemahan sebenar Muafakat Nasional yang perlu kita ketengahkan, pertahankan dan war-warkan kepada rakyat keseluruhannya.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/10/31/formula-perkongsian-kuasa-jadi-asas-kepada-pemilihan-calon-bn-di-tanjung-piai/
[ "Segala persoalan terhadap teka teki pemilihan calon untuk bertanding kini sudah terjawab pada awal malam tadi apabila Barisan Nasional telah pun mengumumkan calonnya yang akan bertanding di P165, Tanjong Piai. ", "Pemilihan semula Dr Wee Jeck Seng, bekas calon Parlimen P165 Tanjong Piai pada Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu dalam Pilihanraya Kecil pada kali ini amat besar impaknya jika hendak dibandingkan sewaktu keputusan diperolehi pada Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu. ", "Pemilihan Dr Wee Jeck Seng sekaligus mengenepikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tanggapan parti Barisan Nasional yang kini terbelenggu dengan konotasi Perpaduan Ummah yang telah menyaksikan penyatuan dua parti politik terbesar iaitu UMNO dan PAS yang membentuk Muafakat Nasional kini sudah terjawab apabila memilih semula orang lama yang sudah serasi dan masak dengan kawasan Parlimen ini untuk dicalonkan semula sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil pada kali ini.", "Pemilihan calon yang datang dari MCA pada kali ini membuktikan bahawa Muafakat Nasional yang sedang dalam proses ujian ketahanannya yang julung kali diuji pada kali ini masih lagi tidak dapat lari daripada konsep “Perkongsian Kuasa” yang telah menjadi asas kepada pentadbiran negara sejak daripada zaman kemerdekaan lagi. ", "Adalah diakui juga bahawa terdapat kekeliruan didalam golongan masyarakat dalam memberi perbandingan terhadap konsep penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional yang telah berlaku pasca Pilihanraya Umum yang ke 14 di mana di dalam Muafakat Nasional, gabungan antara parti komponen dalam Barisan Nasional iaitu UMNO, MCA dan MIC masih lagi wujud dan pada kali ini Muafakat Nasional telah disertai oleh PAS yang mana secara dasarnya gabungan ke empat-empat parti komponen inilah yang telah menjadi tunjang kepada Muafakat Nasional pada hari ini. ", "Jadi, selepas kejayaan Barisan Nasional mengharungi tiga siri Pilihanraya Kecil di Parlimen Cameron Highlands di Pahang, Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor dan Dewan Undangan Negeri Rantau di Negeri Sembilan, maka ujian yang julung kalinya akan berlaku di Parlimen Tanjong Piai untuk kemuafakatan komponen dalam parti Barisan Nasional dan koalisi barunya iaitu PAS dalam Muafakat Nasional akan teruji. ", "Mengikut rekod, dalam ketiga-tiga siri pilihanraya kecil yang lalu telah menyaksikan parti PAS telah pun memberikan kerjasama yang baik kepada seteru barunya iaitu Barisan Nasional dalam memastikan kejayaan dan kemenangan yang diperolehi. ", "Berdasarkan info dan maklumat, Barisan Nasional mempunyai “track record” yang baik di Tanjong Piai sebelum ini kerana kerusi tradisi parti MCA ini tidak pernah kalah kepada parti lain kecuali dalam Pilihanraya Umum yang ke 14 sebelum ini dengan kekalahan sebanyak 524 undi. ", "Namun, atas sebab itu ianya tidaklah harus dijadikan sebagai alasan untuk bekerja sambil lewa dan terlalu mengambil mudah oleh jentera Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil pada kali ini. ", "Barisan Nasional pada kali ini akan berhadapan dengan bukan hanya parti PPBM di Johor tetapi juga akan berhadapan dengan jentera kerajaan pusat yang sudah pastinya memiliki kelebihan. ", "Segala perancangan dari segi taktikal dan logistik haruslah dilipatganda kerana PPBM dan parti komponen Pakatan Harapan sudah pasti akan mempertahankan Parlimen Tanjong Piai yang dimiliki mereka. ", "Barisan Nasional pula perlu membuktikan bahawa gelombang dan momentum kebangkitan daripada kemenangan yang diperolehi sebelum ini di tiga kawasan dalam siri pilihanraya kecil yang lalu perlu diteruskan. ", "Momentum kemenangan ini adalah merupakan isyarat penting yang harus ditunjukkan oleh Barisan Nasional sebagai salah satu cara untuk memberikan tekanan kepada pihak kerajaan supaya memberikan keutamaan terhadap soal-soal kebajikan rakyat selain daripada memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat dan tidak terlalu berpolitik dan berpolemik dalam mentadbir.", "Mengenjak usia pentadbiran yang hampir mencecah dua tahun, Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan seharusnya sudah pun mempunyai halatuju dan misi yang jelas untuk membawa negara ke arah satu tahap yang boleh dibanggakan. ", "Frasa “Malaysia Sebagai Harimau Asia” harus segera dibuktikan melalui dasar dan perancangan yang komprehensif dan tepat agar dapat memacu negara ke arah yang dikehendaki.", "Dalam soal pengurusan hutang negara misalannya, peningkatan hutang negara berjumlah RM799.1 bilion pada akhir bulan Jun 2019 kepada RM812 bilion pada bulan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh pihak kerajaan pada hari ini. ", "Selain itu, rekod untuk nisbah hutang negara kepada KDNK pula telah mencapai kenaikan kepada 52.7 peratus berbanding angka 48.7 peratus pada suku pertama tahun 2018 sewaktu kerajaan Barisan Nasional memerintah. ", "Bahkan, apa yang menyedihkan ialah jumlah hutang kasar baru yang telah dipinjam oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk enam bulan pertama tahun 2019 adalah berjumlah RM81.3 bilion. ", "Sudah pastinya angka-angka ini amat menggerunkan dan ianya bukanlah satu rekod yang baik untuk menjadikan Malaysia Sebagai Harimau Asia. ", "Justeru, pihak kerajaan haruslah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perancangan dasar-dasar ekonomi yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat kerana ianya mampu untuk memastikan halatuju dan misi negara ke tahap yang lebih baik dan tinggi mampu dicapai. ", "Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerajaan ini adalah merupakan kerajaan baharu tetapi halatuju yang jelas dalam perancangan ekonomi haruslah dilakukan dengan baik dan tepat agar dapat memacu Malaysia ke arah yang lebih berjaya. ", "Sebagai penutup, adalah diharapkan agar pilihanraya kecil di Parlimen Tanjong Piai ini mampu dijadikan pilihanraya pertama yang menyaksikan calon-calon bertanding dapat membawa budaya politik matang dan tidak terlalu terikut-ikut dengan stigma budaya politik lama supaya dapat dijadikan penanda aras kepada kempen budaya politik yang aman dan sihat serta dapat menyuburkan amalan demokrasi dalam negara ini.", "ACHMAD DZARIEAN MOHD NADZRI (PhD)\nFelo Penyelidik\nInstitut Kajian Politik Malaysia(UUM MAPAN)\nUniversiti Utara Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/10/31/tg-piai-misi-dan-mesej-dari-penghujung-benua-annuar/
[ "SYUKUR dan bangga melihat semangat kepelbagaian kaum dan jiwa besar pemimpin Johor khususnya Tanjung Piai, penghujung benua Asia.", "Saya terlibat dalam kesemua rundingan dan perbincangan khusuanya soal memilih calon. Dari kaji selidik hingga bancian. Saya berpeluang dengar semua hujah dan pandangan semua pimpinan. Dari perancangan hingga calon diputuskan. MasyaAllah, mereka semua berjiwa besar dan berjiwa perjuangan yang sangat luar biasa", "Tanjung Piai antara yang paling sukar, paling mencabar. Ia menguji semangat BARISAN NASIONAL dan MUAFAKAT NASIONAL.", "Bukan semua perhitungan disandarkan pada kalah menang. Tidak kurang pentingnya ASAS dan DASAR PERJUANGAN, SETIAKAWAN SERTA PANDANGAN JAUH KE HADAPAN… MUAFAKAT NASIONAL DIDAHULUKAN.", "“TRY TO WIN THE BATTLE IF YOU CAN, BUT NEVER LOSE THE WAR!”… biar undur setapak ke belakang, untuk maju 10 tapak ke hadapan!", "Tanjung Piai, bumi penghujung Benua Asia menjadi medan juang penuh simbolik POLITIK KEJUJURAN, KEIKHLASAN, SETIAKAWAN… politik bermaruah.", "Tanjung Piai di mana disemai semula politik wasatiyah (kesederhanaan), taawun (kerjasama), tahaluf (collaboration) dan taayush (coexistence).", "Politik perpaduan kaum dan muhibbah yang tujuh dekad tumbuh segar yang kini cuba dirosakkan politik kebencian, politik fitnah, politik dakyah dan tipu muslihat, politik janji palsu, politik perkauman, politik liberal, politik ideologi songsang yang kini mengancam negara.", "Tanjung Piai bukan sekadar tua muda calonnya, tinggi rendah kelulusannya, banyak atau sedikit jasa dan khidmatnya antara DATO’ SRI DR WEE JECK SENG, PhD, MA,BA (hons) dan lawannya tetapi antara BARISAN NASIONAL / MUAFAKAT NASIONAL DENGAN PAKATAN HARAPAN YANG MENGECEWAKAN SEMUA… ANTARA PENYATUAN UMMAH DAN PERPECAHAN, DI MANA RETAK MENANTI BELAH.", "Tanjung Piai akan menjadi medan muafakat UMNO, PAS, MCA, MIC, KIMMA, MAKKALSAKTI, IPF, BERJASA, UMMAH, ISMA SERTA SELURUH NGO DAN RAKYAT BERGANDING BAHU-MEMBAHU TANPA MENGIRA AGAMA KAUM BANGSA ATAU WARNA KULIT, membawa politik bermaruah demi masa depan anak cucu Malaysia yang berbilang bangsa.", "Dari penghujung Benua Asia, kita buktikan MALAYSIA, TRULY ASIA! – UMNO ONLINE", "TAN SRI ANNUAR MUSA\nSetiausaha Agung UMNO\nAhli Parlimen Ketereh" ]
https://umno-online.my/2019/10/25/elakkan-tersungkur-dengan-propaganda-politik/
[ "\nPROPAGANDA politik ialah senjata yang paling ampuh dan efektif digunakan untuk mendapatkan keuntungan politik dan sekaligus menjatuhkan kredibiliti lawan politik yang dilakukan secara konsisten (repetitive action).", "Melalui propaganda kebencian bertukar kepada kasih sayang, perseteruan kepada kerjasama, kebenaran kepada pembohongan, fakta kepada auta, persahabatan kepada permusuhan semuanya hasil daripada manipulasi propaganda politik.", "Secara konseptual, propaganda adalah rangkaian yang bertujuan untuk mempengaruhi, tidak menyampaikan informasi dan maklumat secara tepat dan berfakta, tetapi memberikan informasi dan maklumat yang dirancang untuk mempengaruhi pihak yang mendengar atau melihatnya.\n\nSejarah propaganda membuktikan terdapat tiga negara yang menjadi refleksi bagi negara lain dalam merancang model propaganda politik dan strategi iaitu Jerman, Kesatuan Soviet (Rusia) dan Jepun. Model Propaganda Hitler hingga kini masih menjadi empirikal kajian kalangan akademik, bagaimana Hitler mampu mempengaruhi bangsa Jerman dengan fahaman Nazi? Apakah bentuk propaganda politik Hitler dan menteri propagandanya Joseph Goebbels gunakan bagi menerapkan fahaman Nazi dan mengekalkan kuasanya?", "Adakah pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah dan institusi pendidikan boleh dikatogerikan sebagai propaganda politik bagi mempengaruhi pelajar seawal di sekolah rendah dan menengah? Komik terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia, diterbitkan pada April 2019, dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris telah menimbulkan kegelisahan dan keresahan di kalangan rakyat. Saya difahamkan, komik berkenaan menyertakan propaganda yang mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis serta memburuk-burukkan kerajaan terdahulu.", "Walaupun ada pihak berkepentingan politik yang mempertahankan penerbitan dan pengedaran komik ini, aspek keselamatan yang membabitkan sensitiviti rakyat tidak boleh dikomporomi dalam apa jua keadaan sekalipun. Jangan diperjudikan keharmonian dan kerukunan hidup rakyat dengan propaganda politik murahan seperti ini.", "\nMenyedari sensitiviti dan seriusnya isu ini, desakan demi desakan telah dibuat. Blok pembangkang telah memainkan peranan aktif dan berusaha mengusulkan agar isu ini dibahaskan di parlimen, walaupun akhirnya ditolak atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Sekalung tahniah dirakamkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas ketegasan mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga penerbitan dan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ serta versi bahasa Inggeris ‘Belt & Road Initiative For Win-Winism’ dan versi bahasa Cina melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019. Warta Perintah Larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memastikan pengedaran komik tersebut ke sekolah-sekolah dihentikan segera dan tindakan tegas mengikut lunas undang-undang perlu diambil kepada yang ingkar tanpa mengira fahaman politik dan parti.", "Pengkhianatan juga menjadi juzu’ (cabang) propaganda politik, tidak kira samada pengkhianatan dari dalam atau luar. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W menyebutkan orang beriman akan diuji dengan lima golongan, antaranya Munafik yang benci kepadanya. Golongan ini akan sentiasa ada sepanjang zaman. Mereka berada bersama kamu tanpa sedikit pun dicurigai kecuali setelah mereka berjaya berada pada posisi yang sukar digugat.", "Mengikut catatan sejarah, kejayaan serangan Monggol terhadap umat Islam, antaranya berpunca daripada tiga individu yang menjadi dalang dan tali barut kepada tentera Tatar. Mereka berpakat dan menggadaikan nyawa jutaan umat Islam demi survival diri sendiri, akhirnya mereka juga menjadi korban dek kebodohan sendiri.\n\nRaja Kaikawus Sani dan Raja Qalaj Arsalan ke-4, merupakan Raja di Wilayah Anatolia, Turki antara yang memberi laluan mudah untuk tentera Monggol masuk menyerang. Begitu juga Raja Badaruddin Lu`lu yang merupakan Raja bagi Wilayah Mosul turut melakukan perkara yang sama kerana termakan janji-janji manis oleh musuh tanpa mereka sedari bahawa Tatar tidak pernah menepati janjinya!", "Benteng umat Islam yang terakhir di Kota Baghdad ialah Muayiduddin al-Alqami yang merupakan penasihat kepada Sultan al-Musta`sim. Tanpa diketahui oleh Sultan, al-Alqami membuat perjanjian awal dengan Tatar dan dimaklumkan kepada Sultan bahawa Tatar menjanjikan keamanan kepada Baghdad. Akhirnya Kota Baghdad ranap kerana pengkhianatan al-AlQami ditambah dengan kebodohan Sultan yang tidak mempunyai pengetahuan politik dan strategi peperangan.", "Memetik kata-kata Dr Raghib as-Sarjani ‘Penyakit umat Islam yang paling parah pada waktu itu ialah buta dalam politik (Political strabism) yang dahsyat. Pemerintah dan rakyat langsung tidak tahu apakah yang sepatutnya mereka lakukan untuk menghalang Tatar kerana tidak pernah didedahkan dengan ilmu Jihad dan perjuangan yang sebenar sejak sekian lama! Realiti itu juga kita hadapi dewasa ini apabila anak muda ramai yang tidak minat untuk terlibat dengan politik Islam yang sebenar kerana mereka jemu dan jelek dengan kebobrokan yang berlaku dalam dunia. Akibatnya, sang politikus dan golongan Pragmatis terus mendapat tempat dan melakukan kerosakan’.", "Dek kerana pengkhianat dan masalah politik dalaman Kota Baghdad dan ketamadunannya tergadai. Dek kerana terpengaruh dengan propaganda lawan prinsip perjuangan dikorbankan. Pengkhianatan tetap berlaku dalam pelbagai watak di dalam suasana berbeza pada setiap zaman.", "Saya berkeyakinan, pengkhianatan mampu diatasi dengan ‘Prinsip Perjuangan’. Setiap kali bertemu pimpinan dan ahli UMNO, soal Prinsip perjuangan saya tekankan. Inilah senjata kita dalam menghadapi propaganda politik. Jika tanpa prinsip perjuangan sudah lama UMNO ditalkinkan, kerana prinsiplah UMNO tetap relevan di persada politik dulu, kini dan selamanya. Prinsip perjuangan juga yang menjadi titik tolak Muafakat Nasional yang sama-sama kita usahakan dan pertahankan hari ini.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/10/24/kisah-komik-yang-memalukan/
[ "Langkah terkini yang diambil oleh pihak KDN mengharamkan komik BRI tidak dinafikan mengurangkan suhu ketidaktenteraman awam.", "Langkah pengharaman dibuat kerana komik tersebut didapati mendatangkan mudarat keselamatan dan menggemparkan fikiran orang ramai.", "Pada mulanya saya tidak percaya bahawa ada komik yang diedarkan ke sekolah yang mengandungi propaganda buruk politik kebencian dan penghinaan.", "Meskipun namanya ‘Belt and Road Initiative for Win Winism’ (BRI) — versi Melayu ialah ‘Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ — bagi menjelaskan inisiatif kerajaan China, tetapi cara lakaran gambar-gambar yang menghina dan memalukan adalah sangat mengejutkan dan menjengkelkan.\n\nMalah saya yakin kerajaan China akan rasa terhina dengan tindakan seorang yang kononnya mahu bertindak sebagai pendokong setianya, tetapi membuat komik yang menjatuhkan martabat diplomasi negara China di peringkat antarabangsa.", "Dan ia dilakukan pula oleh seorang yang sangat kontroversial dalam politik negara iaitu Hew Kuan Yau, Mr Superman yang terkenal dengan mulut cabainya.", "Beliau juga terkenal dengan kenyataan kontroversi “biar Melayu screw Melayu” dan menyokong langkah China untuk menuntut Laut China Selatan serta pelbagai penggunaan ayat yang tidak menggambarkan adab yang baik.", "Apabila DS Najib mendedahkannya barulah ramai yang terperanjat rupa-rupanya ia sudah pun diedarkan sejak April lagi.", "Pelbagai tafsiran yang kita dengar dan baca. Ada yang menyebut ini adalah cubaan untuk menghidupkan semula komunisme dan menyebarkan fahaman politik perkauman dan kebencian.", "Tetapi apabila pihak KDN sendiri mengesahkan bahawa penerbitan komik tersebut adalah langkah cuba menyebarkan fahaman komunis dan sosialisme serta fakta-fakta yang salah, maka ia mengesahkan pandangan dan kemarahan orang ramai.", "Bagi saya ada beberapa implikasi besar yang lain.", "Pertama, Pejabat Perdana Menteri (PMO) sehingga terpaksa membuat penafian kerana penyerahan buku komik kepada Presiden Xi Jin Ping sewaktu lawatan YAB PM Tun Dr Mahathir ke Cina pada April lalu adalah tidak mengikut protokol meskipun disaksikan oleh Tun M.", "Ini adalah suatu yang sangat serius dalam hubungan diplomasi antara dua negara bagaimana sebuah buku komik yang mengandungi kandungan menjengkelkan dan berbentuk propaganda melampau berjaya menembusi protokol lawatan negara.", "Saya percaya Tun M tentunya tidak senang dengan lakaran komik keburukan wajah-wajah Najib dan Rosmah serta orang yang memakai serban yang menakutkan dipersembahkan ketika lawatan rasmi seorang pemimpin negara. Sedangkan tajuk komik berkaitan dengan BRI.\n\nNegara kita mempunyai doktrin diplomasi yang dihormati di peringkat antarabangsa. Ia bukan diplomasi buku komik dan kartun. Sangat memalukan.", "Kedua, tindakan Menteri Pendidikan yang mengarahkan perberhentian pengedaran majalah tersebut ke sekolah juga adalah suatu yang serius.", "Sikap Hew menyerang Menteri Pendidikan kononnya terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh Najib adalah suatu yang keterlaluan.", "Bagi seorang pengetua sekolah yang menerima surat iringan daripada penerbit untuk mengedarkan Komik tersebut dan mendapati isi kandungannya yang sangat memalukan, tentunya merendahkan martabat mereka untuk melakukannya.", "Serangan terhadap Mazlee menggambarkan betapa kesombongan kuasa sehingga tidak memperdulikan apakah yang boleh dan yang tidak boleh, yang wajar dan tidak wajar disebarkan di sekolah-sekolah.", "Ketiga, sikap Dap yang gagal menyatakan pendirian. Malah tindakan 43 pendokong Dap memberikan sokongan kepada Hew adalah menggambarkan pendirian dan pemikiran Dap dalam hal-hal menyentuh Islam, politik kebencian, dan politik perkauman dalam negara ini.", "DAP boleh menggunakan alasan mudah bahawa Hew bukan lagi ahli DAP. Tetapi beliau dilantik oleh Tan Kok Wai orang kuat Dap yang juga Pengerusi Dap Kebangsaan dan Pengerusi Malaysia-China Business Council (MCBC) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MCBC. Umum maklum bahawa Hew terus menikmati naungan (patronage) Dap.", "Ahli DAP Johor Mahdzir Ibrahim dengan tegas menyatakan bahawa suka atau tidak DAP sudah dikaitkan dengan kontroversi komik tersebut. Barangkali sebagai seorang Islam dan Melayu beliau tidak dapat menerima cara komik itu dinaratifkan dan ditambah lagi dengan ketegasan para penyokong akar umbi yang berdiri teguh di belakang Hew.", "Keempat, kandungan Islamophia begitu jelas dengan membawa masalah Uyghur di China dengan sekalangan kelompok radikal di negara ini.", "Masalah Uyghur dan kerajaan China dilihat sebagai sesiapa yang menentang usaha kerajaan China maka orang itu dianggap radikal, dan seolah-olah orang Islam menyokong kumpulan pengganas, dan seolah-olah semua orang Uyghur itu pengganas.", "Syed Sadiq Menteri Belia dan Sukan marah sekali dengan tuduhan radikal ke atas golongan Pemuda Islam sehingga menggelar Hew “super stupid superman”.", "Apabila ada kalangan masyarakat mengatakan orang seperti Hew dan Dap menjadi Islamophobia dan Malayphobia, sering kali pula dianggap cubaan untuk menjadikan Dap sebagai kambing hitam.", "Tetapi bila perbuatan seperti ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita, tiada pula sebarang tindakan segera untuk menghentikannya atau tindakan pantas Dap untuk menutupnya.", "Apabila orang penting seperti Tun M, Tan Sri Muhyiddin, Mazlee, Syed Sadiq dalam kerajaan PH sendiri turut memberikan suara amaran terhadap perilaku yang ditunjukkan dalam peristiwa komik ini, tentunya ia menyampaikan mesej sesuatu yang tidak kena dalam hubungan PH.", "Peristiwa demi peristiwa, insiden demi insiden, yang menyentuh keselamatan dan ketenteraman awam berlaku dalam negara sejak akhir-akhir ini. Ia tidak baik untuk negara.", "Ingatlah akan beberapa peristiwa penting yang melibatkan lakaran komik dan kartun yang pernah mencetuskan huru hara di dunia. Sewajarnya peristiwa-peristiwa ini menjadi panduan dan pedoman dalam negara yang pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.", "Dr Zambry Abd Kadir" ]
https://umno-online.my/2019/10/21/salah-guna-amla-bagi-politik-balas-dendam/
[ "\nTindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggunakan Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001), adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip keadilan manusiawi.", "Ini merupakan satu tindakan bermotif penindasan politik dan balas dendam secara zalim yang tidak sepatutnya berlaku dalam pentadbiran Malaysia moden.", "Seramai 80 individu dan entiti ini menerima wang daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bukannnya daripada 1MDB. Pada masa tersebut belum timbul sebarang pendakwaan terhadap Mohd Najib.", "Malah ketika ini pun mahkamah belum memutuskan bahawa Mohd Najib bersalah mengambil wang 1MDB. Belum pun diputuskan sama ada wang dalam akaun Mohd Najib tersebut adalah wang 1MDB.", "Justeru prinsip keadilan apa yang digunakan oleh SPRM dan Kerajaan untuk mengenakan denda dan kompaun ke atas 80 orang ini sedangkan dakwaaan penyelewengan tersebut belum disahkan berlaku.", "SPRM telah melampaui prinsip keadilan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.", "Perkara kedua yang tidak kurang pentingnya dalam memutuskan tindakan ke atas penerima ini ialah apakah mereka bersubahat dengan perbuatan tersebut?", "Pada masa mereka menerima dana politik atau pembayaran daripada Mohd Najib belum timbul pun tuduhan bahawa Mohd Najib menerima wang dari 1MDB.", "Tuduhan penyelewengan terhadap akaun ini hanya muncul pada 2015 setelah akaun ini ditutup.", "Jadi jelas tidak ada seorang pun antara mereka mempunyai pengetahuan mengenai tuduhan ini semasa menerima wang tersebut dan membelanjakannya.", "Kebanyakan ahli politik, organisasi politik dan NGO yang menerima sumbangan dari akaun ini telah membelanjakan bagi tujuan kebajikan dan kemasyarakatan.", "Apakah mereka perlu menuntut semula wang tersebut daripada rakyat yang menerima sumbangan kerusi roda, ubat-ubatan, pembaikan rumah rakyat miskin?", "Adalah tidak adil untuk kerajaan mengkompaun mereka yang tidak mendapat apa-apa keuntungan peribadi dari dana ini?", "Kelihatan keadilan tidak lagi penting kerana ini peluang kerajaan untuk menekan musuh politik mereka.", "Perkara ketiga lebih serius ialah tindakan SPRM mengkompaun syarikat-syarikat yang menerima bayaran daripada akaun ini.", "Syarikat-syarikat yang dikompaun ini telah melaksanakan perkhidmatan atas permintaan Perdana Menteri Malaysia.", "Ini termasuklah Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd yang hanya mencetak buku atas permintaan Pejabat Perdana Menteri dan menerima bayaran atas perkhidmatan mereka.", "Tujuan AMLA digubal dan dikuatkuasakan ialah untuk menyekat kegiatan penggubahan wang haram. Ia bertujuan menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menerima wang daripada sumber yang meragukan atau tidak sah.", "Sebaliknya syarikat-syarikat ini menerima pembayaran dari akaun Perdana Menteri Malaysia yang dibuka secara sah dalam sistem perbankan Malaysia.", "Akaun ini tidak pernah dipertikaikan oleh Bank Negara Malaysia sepanjang transaksi tersebut sehinggalah ia ditutup.", "Syarikat-syarikat ini telah menggunakan modal dan tenaga kerja bagi memberi perkhidmatan yang diminta.", "Bagaimana Kerajaan boleh bertindak zalim meminta kembali wang tersebut dan mendenda mereka? Tidak mustahil ada syarikat-syarikat kecil akan ditutup berhadapan denda yang sebesar itu.", "Perdana Menteri seorang muslim, demikian juga Ketua Pengarah SPRM.", "Saya fikir jika mereka faham konsep keadilan dalam Islam maka penerima-penerima yang tidak bersalah ini tidak sepatutnya diminta mengembalikan wang tersebut apatah lagi dikenakan kompaun sehingan 2.5 kali ganda nilai penerimaan.", "Jika keadaan ini berterusan akan wujud kemungkinan balas dendam pada masa hadapan.", "Maka suatu hari nanti apabila Pakatan Harapan kalah, tidak mustahil syarikat-syarikat yang mendapat pembayaran daripada PH pula akan berhadapan keadaan yang sama.", "Sampai bila undang-undang akan disalahgunakan demi kelompok politik yang berkuasa?", "Hentikanlah politik balas dendam yang tidak bersempadan ini.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2019/10/16/daripada-fokus-isu-kashmir-dan-hong-kong-lebih-baik-ph-bawa-isu-pti/
[ "BILA komen mengenai pencabulan Kashmir, India balas balik dengan tidak membeli minyak sawit Malaysia.", "Kemudian komen minta Ketua Executive Hong Kong, Carrie Lam supaya letak jawatan kerana protes jalanan di Hong Kong. Ini juga pasti bakal mengundang reaksi balas.", "Saya faham kita mahu Malaysia dikenali sebagai negara yang berani memberi pandangan di peringkat antarabangsa.", "Namun kita perlu tahu bahawa kita terdedah dengan tekanan dalam pasaran terbuka.", "Malangnya apa pun reaksi Malaysia langsung tidak membawa apa-apa perubahan dalam isu-isu tersebut.", "Yang ada ialah reaksi balas terhadap Malaysia dalam bentuk tekanan ekonomi. Ini menambah bebanan kita di saat ekonomi Malaysia gagal diurus dengan baik oleh Menteri Kewangan.", "Kalau kerajaan PH mahu sangat bincang isu antarabangsa, tidak perlu tengok isu yang jauh.", "Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini, Menteri Luar sepatutnya memberi pandangan kepada YAB Perdana Menteri untuk membawa isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang sudah menghantui Sabah berabad-abad lamanya. Bukannya isu India dan Kashmir!", "Daripada membuat kenyataan mengenai Kashmir, kerajaan PH sepatutnya membawa isu PATI. Isu ini juga melibatkan isu antarabangsa kerana ada kelemahan dasar dan ketidakpedulian negara jiran kita.", "Bawalah isu ini ke pengetahuan dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan nada lantang dan keras.", "Paksa dan beri tekanan kepada negara jiran kita dalam forum antarabangsa untuk turut menyelesaikan isu ini kerana masalah ini berpunca dari mereka.", "Kerajaan PH perlu tahu masalah PATI lebih releven dan dekat di hati kami rakyat Malaysia di Sabah dari isu Kashmir yang jauh nun entah di mana!", "Datuk Abdul Rahman Dahlan\nKetua UMNO Sabah Bahagian Tuaran\nAhli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia", "16.10.19\nKota Kinabalu." ]
https://umno-online.my/2019/10/14/bajet-2020-untuk-siapa-sebenarnya/
[ "SAYA telah menelaah Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin.", "Sebagai seorang bekas penjawat awam yang banyak terlibat dalam penyediaan Bajet tahunan negara dan rancangan serta dasar-dasar jangka panjang Malaysia sebelum ini daripada peringkat bawah ke peringkat tertinggi, saya mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman berkenaan Bajet tahunan Persekutuan ini.", "Pada hemat saya secara keseluruhannya, tidak ada perkara baru yang signifikan dalam Bajet 2020 tersebut.", "Banyak initiatif-initiatif dan idea-idea yang ada dalam Bajet 2019 dan 2020 telah dicedok daripada Bajet kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan diubahsuai sedikit sebanyak serta ditukar nama dan baju (rebranding).", "Namun demikian, mengikut pemerhatian saya ada beberapa perkara yang tidak kena dengan Bajet 2020 ini:", "Peruntukan-peruntukan mengurus untuk sektor ekonomi telah dikurangkan daripada RM20 bilion pada zaman BN kepada RM17 billion dalam Bajet 2020.", "Yang paling terkesan dengan pengurangan ini adalah para petani, nelayan dan usahawan-usahawan desa apabila peruntukan-peruntukan kepada mereka kini dipotong sebanyak berjuta-juta ringgit berbanding pada zaman BN.", "Contohnya, kalau dulu semasa zaman BN nelayan mendapat elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan, kini ini dipotong 16% kepada RM250.", "Kalau dulu orang bujang dapat bantuan sara hidup RM450, kini dipotong 33% kepada RM300.", "Kalau dulu Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat RM350 sebulan, kini dipotong 14% kepada RM300.", "Kalau dulu guru KAFA dapat RM1,500 setahun, kini dipotong 33% iaitu RM100 sebulan (RM1,200 setahun).", "Kalau dulu Imam, Bilal dan Tok Siak dapat bantuan RM1,500, kini dipotong 33% kepada RM1,200.", "Kalau dulu kita bantu 7 juta penerima BR1M, kini hanya 3.9 juta sahaja dapat Bantuan Sara Hidup (BSH).", "Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup dan kesukaran mendapat bantuan sara hidup kini, rakyat semakin tertekan dan orang miskin dan berpendapatan rendah semakin terpinggir.", "Namun perbelanjaan besar seperti projek gentian fibre bernilai RM21 billion yang menguntungkan kroni-kroni pemimpin kerajaan dan anak-anak Perdana Menteri diteruskan pula.", "Dan projek kereta kabel (cable car) yang baru untuk pelancong-pelancong di Bukit Bendera Pulau Pinang yang memakan kos RM100 juta diperkenalkan.", "Di saat ekonomi sedang merudum kini di mana rakyat sedang tertekan dan susah, adakah bijak untuk kerajaan berbelanja untuk projek sebegini yang tidak seberapa kritikal pada ketika ini atau untuk kemudahan pelancong tetapi memotong perbelanjaan untuk nelayan dan petani yang kebanyakannya miskin dan berpendapatan rendah?", "Berapa banyak sangat peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan oleh projek-projek kroni ini jika dibandingkan dengan berjuta-juta rakyat yang susah dan tertekan dan tidak mendapat bantuan kini di kala ekonomi sedang merudum?", "Bila ekonomi sedang sakit dan rakyat sedang menderita, kita sepatutnya tangguhkan dahulu projek-projek mega jangka sederhana untuk membantu meringankan beban rakyat yang susah di depan mata.", "Buat apa ada cable car yang berkilat untuk pelancong dan gentian fibre yang canggih jika rakyat tidak makan.\nJika rakyat lapar kebuluran, mereka tidak boleh makan gentian fibre atau cable car.", "Golongan pertengahan (M40) yang ramai tinggal di bandar-bandar terutama orang-orang muda juga terkesan dengan Bajet 2020 ini terutama mereka yang mencari untuk membeli rumah mampu milik.", "Apabila had harga pembelian rumah kepada rakyat asing diturunkan kepada RM600,000 daripada RM1 juta, ia memberikan sekurang-kurangnya dua kesan negatif kepada rakyat tempatan.", "Pertama, harga rumah terutama di bandar-bandar akan menjadi lebih mahal sebab kita kena bersaing dengan pembeli dari negara asing yang mempunyai kemampuan kewangan yang lebih besar dengan tukaran wang asing yang menyebelahi mereka kini apabila nilai ringgit semakin lemah.", "Kedua, bilangan rumah mampu milik akan menjadi semakin sedikit kerana pemaju akan lebih mempunyai insentif untuk membina rumah mahal sebab mereka tahu jika mereka tidak boleh jual kepada rakyat tempatan, kerajaan akan benarkan mereka untuk menjual kepada rakyat asing yang lebih berkemampuan.", "Dasar kerajaan ini sebenarnya adalah satu jalan pintas untuk membantu pemaju melepaskan diri dari masalah mereka, namun ia menerukkan masalah rakyat untuk memiliki rumah mampu milik.", "Mengapa kerajaan ingin membantu pemaju tetapi pada masa yang sama menekan dan tidak menghiraukan masalah rakyat?", "Sepatutnya kerajaan membiarkan pasaran untuk membuat pembetulan harga ke atas harga rumah supaya harga rumah turun untuk pembeli tempatan, bukannya membantu pemaju untuk mengekalkan harga jualan yang tidak mampu dibeli oleh rakyat tempatan dengan menjual pula kepada rakyat asing.", "Bajet 2020 ini untuk siapa sebenarnya?", "Untuk penjawat-penjawat awam, kalau dahulu semasa zaman BN kita ada skim Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) untuk menampung kenaikan kos sara hidup setiap tahun terutama untuk penjawat-penjawat awam bergaji rendah, kini skim ini tiada lagi dan bantuan khas yang dahulu RM1,500 kini dipotong 66% kepada hanya RM500.", "Golongan belia, mahasiswa dan graduan juga terkesan dengan Bajet 2020 ini.", "Walaupun bajet pendidikan meningkat sebanyak RM4 billion ringgit, peruntukan untuk universiti-universiti awam tidak disebut di dalam ucapan Bajet semalam.", "Hal PTPTN juga tidak disebut oleh itu dianggap kekal seperti tahun lepas.", "Para graduan masih perlu bayar PTPTN walaupun mereka bekerja dengan gaji minimum atau menjadi buruh kasar yang tidak ada kena mengena dengan ijazah mereka akibat kegagalan kerajaan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang bermaruah untuk mereka.", "Menteri Kewangan juga mengatakan bahawa hasil cukai di Malaysia masih rendah di paras sekitar 13% daripada saiz ekonomi negara berbanding negara-negara lain seperti Korea Selatan iaitu di paras 15%.", "Sebenarnya, penghapusan GST oleh kerajaan PH sebelum ini telah menerukkan lagi hal ini apabila kutipan cukai dan hasil kerajaan menurun sebanyak lebih RM20 billion kerana ketirisan SST di mana SST memudahkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk lari dari cukai.", "Dan untuk pengetahuan Menteri Kewangan, di Korea Selatan ada GST yang dikenali sebagai Value Added Tax (VAT), dan kadar GST Korea Selatan ini adalah 10% iaitu lebih tinggi daripada 6% di Malaysia sebelum ini.", "Seperkara lagi, unjuran ekonomi dunia sedang menurun.", "Malaysia juga dijangka akan terkesan dengan hal ini.", "Dalam keadaan ini rakyat dan pelabur dijangka akan mengurangkan perbelanjaan kerana ketidaktentuan ekonomi pada masa hadapan.", "Apabila ini berlaku pertumbuhan ekonomi negara kita juga akan terkesan dengan penguncupan jualan barangan dan perkhidmatan lantas pengurangan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan individu dan syarikat.", "Apabila ini berlaku kutipan cukai dan hasil kerajaan juga akan berkurangan.", "Oleh itu adakah munasabah untuk masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi di paras melebihi 4.5% dan pendapatan kerajaan di paras RM244.5 billion, atau adakah unjuran ini juga akan tersasar seperti mana unjuran harga minyak dalam Bajet 2019 yang lepas?", "Isham Jalil\nPresiden Sukarelawan Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/10/13/bajet-2020-apa-ada-untuk-sabah/
[ "SECARA amnya, Bajet 2020 yang dibentangkan menyaksikan kebanyakan peruntukan untuk negeri Sabah yang dipelopori oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini diteruskan.", "Walaubagaimanapun terdapat kekurangan daripada segi jumlah peruntukan bagi beberapa program dan dasar penting untuk mengimbuhkan impak terus kepada rakyat Sabah.", "Tidak ada yang baharu apabila Menteri Kewangan mengumumkan Sabah (dan Sarawak) terus menjadi antara penerima tertinggi pemberian Kerajaan Persekutuan dan juga perbelanjaan pembangunan setiap tahun, kerana ini adalah amalan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.", "Saya mengalu-alukan penerusan dasar mengutamakan pembangunan Sabah dan Sarawak selaras dengan sumbangan dua negeri ini kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui sumbangan minyak dan gas yang digali dan diekstrak di sini.", "Saya juga menyambut baik peningkatan sekali ganda Pemberian Khas Tahunan yang tidak pernah disemak sejak tahun 1969. Walaupun jumlahnya hanya RM53.4 juta – kurang 2% daripada keseluruhan bajet tahunan Sabah yang melebihi RM4 bilion sejak 2017.", "Walaubagaimanapun, Kerajaan PH tidak boleh mendabik dada seolah-olah Sabah dan Sarawak selama ini diabaikan dan tidak diberi perhatian oleh Kerajaan BN.", "Ratusan juta ringgit yang diperuntukkan untuk program bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan pembinaan jalan luar bandar di Sabah itu juga adalah susulan daripada program yang sudah sekian lama dilaksanakan oleh Kerajaan BN.", "Lebih baik sekiranya Kerajaan PH meningkatkan peruntukan atau paling tidak mengekalkan jumlah peruntukan kepada beberapa item perbelanjaan tertentu contohnya:", "i) Peruntukan untuk membaiki sekolah-sekolah daif yang dikurangkan kepada RM783 juta sahaja untuk seluruh Malaysia. Sebelum ini di bawah Kerajaan BN, sebanyak RM2.5 bilion telah diperuntukkan, di mana Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1 bilion untuk membaikpulih dan menaiktaraf sekolah-sekolah daif;", "ii) Peruntukan bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak yang diturunkan daripada RM1 bilion kepada RM250 juta sahaja;", "iii) Pengurangan peruntukan bagi Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan kepada RM20 juta berbanding RM80 juta yang diperuntukkan Kerajaan BN sebelum ini.", "Lebih mengecewakan adalah apabila tiada langsung soal royalti minyak dan gas 20% disebut di dalam ucapan bajet ini sedangkan itulah janji utama Pakatan Harapan, iaitu Janji 3 di dalam manifesto atau Buku Harapan:\n“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil”.", "Jika royalti petroleum ditingkatkan kepada 10% sahaja pun, Sabah akan menerima penambahan hasil sebanyak RM1.6 bilion untuk dibelanjakan.", "Jumlah ini kurang 10% daripada RM24 bilion jumlah dividen Petronas yang dianggarkan bakal diterima oleh Kerajaan Persekutuan tahun hadapan.", "Itu tidak termasuk hasil-hasil petroleum yang lain yang seperti cukai pendapatan petroleum (PITA), duti eksport ke atas minyak mentah dan produk petroleum dan juga royalti kepada Kerajaan Persekutuan.", "Tetapi begitu mudah Ketua Menteri Sabah berpuas hati dengan Bajet 2020, sedangkan bulan lepas beliau berharap royalti petroleum untuk Sabah akan ditingkatkan.", "Alasan bebanan hutang negara yang tinggi tidak boleh diterima pakai kerana pada masa yang sama Kerajaan PH terus-terusan menambah hutang dan menjual aset-aset strategik negara.", "Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan\nKetua UMNO Sabah Bahagian Tuaran\nAhli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/10/12/pemuda-umno-gariskan-7-ironi-bajet-ph/
[ "Ironi adalah suatu tindakan bersifat berlawanan atau keadaan yang bertentangan antara apa yang dirancang dengan apa yang dilakukan.", "Demikian jugalah gambaran umum yang boleh dirumuskan daripada #Belanjawan2020 yang dibentang oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin.", "Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin parah dengan kedudukan tercorot pasaran saham negara berbanding dengan pasaran dunia, kemasukan pelaburan asing yang meruncing, kejatuhan berterusan nilai matawang negara, kadar pengangguran yang meningkat, hutang negara yang bertambah dan pelbagai indikator ekonomi yang tidak memberangsangkan, #Belanjawan2020 pada awalnya diharapkan dapat menyuntik stimulus penting untuk merangsang kembali ekonomi negara dengan apa yang diistilahkan oleh pakar-pakar ekonomi sebagai ‘counter cyclical measures’.", "Namun apa yang terzahir daripada pembentangan kelmarin selain masih terbelenggu dengan sikap ‘menyalah’ kepada kerajaan terdahulu, dan masih tidak ‘move on’ atau bergerak ke hadapan terutamanya untuk melunaskan janji-janji manifesto yang terlalu banyak tidak ditunaikan, banyak pendekatan Kerajaan PH dalam belanjawan kali ini bersifat ironi.", "Antara 7 ‘ironi’ besar yang dapat disenaraikan adalah:", "(1) Sandiwara kerajaan PH yang sejak dari awal kononnya bertekad mahu menurunkan jumlah hutang negara yang dicanangkan telah mencapai lebih RM1 trillion sehingga melancarkan Tabung Harapan untuk menagih simpati rakyat dengan kutipan lebih RM202 juta.", "Namun, ironinya YB Menteri Kewangan mengumumkan kelmarin hasrat Kerajaan untuk menambah hutang dengan menerbitkan lagi Bon Samurai yang baharu.", "(2) Hampir 1/4 isi ucapan Belanjawan 2020 mengandungi pelan pembinaan kapasiti dan ekosistem Ekonomi Digital bagi negara. Pelbagai insentif, geran, bantuan pinjaman dan dana padanan berjumlah berbilion ringgit disediakan oleh Kerajaan bagi usaha ini sehinggakan setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan yang berpendapatan tahunan RM100,000 bakal menerima RM30 di dalam bentuk e-dompet (e-wallet).", "Ironinya pada masa sama, Kerajaan Pentadbiran PH mengumumkan akan mula melaksanakan Cukai Digital pada 1 Januari 2020. Cukai inj pastinya boleh melambatkan usaha Kerajaan mencapai sasaran Ekonomi Digital Belanjawan 2020.", "(3) Kerajaan PH juga mencanangkan pembangunan seimbang akan dilaksanakan di antara bandar dan luar bandar bagi merapatkan jurang pendapatan kalangan rakyat di kedua-dua segmen geografi.", "Ironinya, YB Menteri Kewangan hanya mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM100 dari RM1,100 kepada RM1,200 sebulan pada tahun 2020 bagi mereka yang bekerja di wilayah bandar-bandar utama sahaja.", "(4) Dalam Belanjawan 2019, Kementerian Pengangkutan melancarkan Pas Pengangkutan Awam 30 Hari Tanpa Had bernilai RM100 bagi menggalakkan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan ini.", "Ironinya, Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar yang diumumkan pada #Belanjawan2020 sebanyak RM2.2 billion akan dinikmati sebahagian besarnya pemilik kereta. Jadi apakah usaha untuk mengarus-perdanakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama akan tercapai, tambahan pula kesan domino daripada pengapungan harga minyak akibat subsidi yang dimansuhkan pasti akan meningkatkan kos pengangkutan awam pada masa depan.", "(5) Sandiwara PH sebelum PRU14 seringkali menggambarkan mereka sebagai pejuang untuk mengembalikan pemilikan hartanah negara. Bahkan Tun Mahathir sendiri telah memvideokan drama sadis pada waktu itu apabila beliau turun ke Forest City di Johor dan melabelkannya sebagai projek menjual hartanah negara kepada warga asing dari China.", "Ironinya, dalam #Belanjawan2020 Kerajaan PH sengaja menurunkan lagi nilai ambang (minimum price) bagi hartanah jenis kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dari RM1 juta kepada RM600,000 bagi mempermudahkan lagi pemilikan asing terhadap hartanah dalam negara.", "(6) Dalam #Belanjawan2020, Kerajaan PH memperuntukkan RM138 juta untuk pembangunan belia negara.", "Ironinya, kerajaan tidak menyalurkannya kepada badan rasmi belia dan orang muda iaitu Majlis Belia Malaysia yang memayungi 40 badan-badan gabungan belia dengan ribuan cawangan seluruh Malaysia sebagaimana yang sudah termaktub dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Sebaliknya hendak disalurkan kepada entiti yang baru ditubuhkan Kelab Pemuda Belia (YPC) yang terjerat dengan kontroversi baru-baru ini kerana penggeraknya dilantik dari kalangan pimpinan Pemuda ARMADA PPBM.", "(7) Dalam #Belanjawan2020 RM6.5 billion diperuntukkan untuk mencipta 350,000 pekerjaan dalam tempoh waktu 5 tahun (bukan 1 juta sebagaimana janji manifesto PH) dengan memperkenalkan insentif gaji sebanyak RM500.", "Ironinya, RM500 ‘tambahan’ kepada gaji graduan yang menerima tawaran pekerjaan selepas menganggur lebih 12 bulan itu bukanlah tunai yang boleh dibelanjakan tetapi akan dikreditkan ke dalam KWSP. Perlaksanaan #GraduanKerja ini pastinya diragui kerana prosedur ketat caruman KWSP tentu sekali akan merencatkan keberkesanan perlaksanaannya.", "Tuntasnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih bertanggapan bahawa #Belanjawan2020 adalah lebih berorientasikan politik semata-mata, malah Kerajaan PH masih tidak boleh bergerak ke hadapan dan masih terbelenggu dalam jerat pemikiran ‘pembangkang’ yang hanya pandai mengkritik dan meletakkan segala-gala kesalahan kepada kerajaan terdahulu.", "Banyak pendekatan populis jangka pendek yang difokuskan berbanding memanfaatkan peluang yang ada untuk melakukan reformasi struktur ekonomi dengan lebih berani yang boleh menjana kembali ekonomi negara.", "Antara yang sepatutnya diberikan fokus termasuklah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berpendapatan dan berkepakaran rendah, meningkatkan kapasiti pekerja tempatan berkemahiran, meneroka bidang ekonomi baru yang lebih kreatif dan berinovatif bagi menggurangkan kebergantungan kepada industri lama yang makin tidak kompetitif di pentas perdagangan antarabangsa, dan memberi penumpuan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan RnD bagi mentransformasi kaedah operasi kebanyakan industi utama negara seperti perladangan dan perkhidmatan. – UMNO ONLINE", "Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/10/10/belanjawan-2020-keterujaan-yang-dipenuhi-harapan/
[ "ESOK kita akan menyaksikan pembentangan belanjawan 2020 di Dewan Rakyat. Saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat khususnya golongan B40, M40, T20 dan generasi muda. Apakah kelainannya dan tawaran baharu yang bakal dinikmati? Rakyat meletakkan harapan yang tinggi agar belanjawan kali ini menawarkan sesuatu yang terbaik dari sebelumnya.", "Dalam keterujaan menunggu belanjawan dibentangkan, UMNO dan PAS di atas platform Muafakat Nasional tetap bergerak menjelajah ke seluruh negara menerangkan dan memahamkan kepada rakyat intipati dan kepentingan Muafakat Nasional serta kesannya kepada politik, sosial dan ekonomi negara. Inilah iltizam dan komitmen UMNO dan PAS bagi menjayakan agenda besar ini. Muafakat Nasional bukan saingan kepada Kongres Maruah Melayu. Kita meraikan kepelbagaian, boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan rakyat dan negara. Ini dibuktikan dengan kehadiran pimpinan UMNO dan PAS ke kongres tersebut.", "Graham E. Fuller (2003) pernah berkata “Islamists are good at identifying and articulating the grievances but to succeed they must move beyond their present roles if they wish to remain relevant to societies needs”. Bagi merelevankan Muafakat Nasional kita sedang mengenalpasti apakah tawaran baharu (new deal) yang diperlukan oleh seluruh rakyat? Muafakat Nasional tidak menjanjikan harapan yang bersifat retorik, tetapi menjanjikan tawaran baharu yang punyai roh seiring dengan tuntutan dan keperluan sezaman.\n\nSempena dengan pembentangan belanjawan 2020 saya merasakan dua segmen penting yang perlu diberikan perhatian dan pembelaan oleh kerajaan iaitu keperluan dan kos sara hidup golongan B40 dan M40 di desa dan di bandar. Begitu juga generasi muda apakah tuntutan dan keperluan mereka diraikan untuk mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang selayaknya?", "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera menjadi tema belanjawan 2019 dengan peruntukan bajet sebanyak RM 314.5 bilion. Dengan peruntukan bajet yang begitu besar adakah sepanjang tahun 2019 rakyat menikmati kehidupan yang sejahtera? Kos sara hidup turun, harga minyak turun, tol dihapuskan, PTPTN dihapuskan, bantuan kepada nelayan dan petani ditambah dan bantuan kepada golongan B40 meningkat atau berlaku sebaliknya? Rakyat mampu menilai sama ada tema belanjawan 2019 dicapai ataupun tidak.", "Kemakmuran bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi telah dipilih menjadi tema bagi belanjawan 2020. Bagi saya tema ini cukup signifikan dan bermakna kepada rakyat bagi mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi dan peningkatan pendapatan isi rumah khususnya golongan B40, M40 dan generasi muda.\n\nTanpa menafikan jurang pendapatan ekonomi B40, M40 dan T20 semakin melebar. Kumpulan terendah (B40) yang mewakili 40% daripada rakyat berpendapatan seisi rumah secara purata bulanan di bawah RM 3,860.00. Kumpulan pertengahan (M40) yang mewakili 40% daripada rakyat berpendapatan seisi rumah secara purata bulanan antara RM 3,860.00 hingga RM 8,319.00 dan kumpulan tertinggi (T20) yang mewakili 20% daripada rakyat berpendapatan seisi rumah secara purata bulanan RM 8,319.00 ke atas.", "Hakikatnya jurang pendapatan antara ketiga-tiga golongan ini semakin melebar. Kerajaan bertanggungjawab merapatkan jurang tersebut dan menjadikannya sebagai keutamaan sepertimana yang diungkapkan oleh menteri bertanggungjawab sempena majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) baru-baru ini “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin, selain menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati mereka”.\n", "Pengumuman pemberian subsidi minyak melalui Program Subsidi Petrol (PSP) telah mencetuskan pelbagai polimik dan respon daripada netizen. Hakikatnya, rakyat masih menagih janji harga petrol RM 1.50 sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto dan ucapan kebanyakan pimpinan Pakatan Harapan.", "Adakah pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan kajian secara holistik berdasarkan kepada trend dan demografi rakyat? Apakah trend perbelanjaan dan kepenggunaan rakyat di bandar, pinggir bandar dan luar bandar telah diteliti sebelum pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) pada Januari 2020 dan harga petrol RON95 akan diapungkan serta diselaraskan secara beransur-ansur?", "Melalui PSP Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal dengan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan atau RM784.8 juta setahun.\n\nPersoalannya, bagaimana pulak nasib golongan M40 di bandar dan pinggir bandar yang bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang terkesan secara langsung dengan penambahan kos sara sekiranya harga RON95 diapungkan. Ini belum mengambil kira ‘Domino Effect’ di mana kenaikan harga petrol akan menaikkan harga barang seharian. Sudahlah rakyat terbeban dengan cukai SST yang jelas terbukti tidak adil dan efisyen malah tidak dapat menurunkan harga barang bahkan menambahkan beban kepada rakyat.", "Saya menyarankan kerajaan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan PSP termasuklah pelbagai syarat tidak bersesuaian yang dikenakan kepada bakal penerima PSP.", "Adakah berbaloi kerajaan membelanjakan kira-kira RM25.03 juta kepada syarikat konsultan pada Mac lalu kononnya untuk membangunkan perisian subsidi petrol, bukan sedikit wang rakyat dibelanjakan. Apakah natijahnya? Dan adakah subsidi yang dicadangkan itu benar-benar sampai kepada kumpulan sasar?", "Generasi muda ternanti-nanti apakah insentif baharu yang akan ditawarkan kerajaan kepada mereka. Rata-rata golongan ini mengharapkan satu keajaiban berlaku seperti menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mewujudkan satu juta peluang pekerjaan kepada mereka serta menetapkan gaji minimum RM2,500 sebulan.", "Marilah kita sama-sama menunggu dengan penuh keterujaan dan harapan apakah insentif dan penawaran baharu belanjawan 2020, semoga ianya bakal membawa kebaikan dan berita gembira kepada semua.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]