link
stringlengths
46
145
text
sequencelengths
0
363
https://umno-online.my/2019/02/10/dua-sebab-hujah-rais-yatim-lemah-isham-jalil/
[ "\nKEPADA penyokong PH yang cuba menegak benang basah berkenaan isu ijazah palsu menteri-menteri dan timbalan menteri kerajaan dengan hujah “tak perlu ijazah untuk masuk politik” (termasuk Tan Sri Rais Yatim, Ong Kian Ming dan Mukhriz Mahathir):", "Ada dua perkara mengapa hujah anda adalah sangat lemah:", "Pertama, untuk masuk politik, betul tidak perlu ijazah.", "Namun menteri-menteri dan timbalan menteri yang terkait dalam isu tipu ijazah ini adalah bukan sahaja ahli politik biasa tetapi mereka juga adalah anggota pentadbiran negara.", "Ada perbezaan di antara bermain politik dan mentadbir negara.", "Sesuatu yang popular dalam politik tidak semestinya baik dalam mentadbir negara, dan vice versa.", "Negarawan-negarawan ulung pastinya tahu akan hal ini.", "Jika seseorang bijak berpolitik tetapi tiada kelulusan, beliau masih boleh memegang jawatan dalam parti.", "Sesiapa pun boleh jadi ketua bahagian atau presiden parti Bersatu, DAP, PKR atau PAN tanpa ijazah; itu tidak dipersoalkan.", "Tetapi untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran awam dan kerajaan, sebaiknya ahli politik itu sekurang-kurangnya perlu ada ilmu pengetahuan, latihan dan kemahiran yang dibuktikan dengan sijil atau ijazah.", "Jika beliau ada pengalaman dalam pentadbiran atau perkhidmatan awam sebelum dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri dalam anggota pentadbiran kerajaan, ianya adalah lebih afdal.", "Sebab sebagai anggota pentadbiran awam, lebih-lebih lagi di peringkat menteri atau timbalan menteri, yang dibayar gaji berpuluh ribu oleh rakyat dan diamanahkan dengan kuasa yang besar, mereka perlu membuat dasar dan keputusan-keputusan penting untuk rakyat.", "Dan dasar-dasar negara dan keputusan-keputusan ini berkaitan dengan permasalahan yang kompleks yang memberi kesan kepada kehidupan jutaan rakyat.", "Dan di peringkat ini, keputusan-keputusan ini tidak boleh dibuat secara semberono, “trial-and-error”, atau sambil lewa.", "Ia perlu pengetahuan dan pemikiran yang mendalam untuk menyelesaikan masalah negara dan rakyat.", "Jika dasar atau keputusan yang dibuat salah, jutaan rakyat akan terkesan: sebagai contoh ekonomi akan merudum, ratusan ribu rakyat hilang pekerjaan, kehidupan rakyat tertekan, hubungan kaum merekah, hubungan luar negara tegang dan sebagainya.", "Jika seorang menteri tiada ilmu pengetahuan atau kemahiran, maka beliau terpaksa bergantung dan mudah terpengaruh kepada nasihat-nasihat orang lain.", "Dan nasihat-nasihat ini adalah pelbagai dan bercanggahan dan datang dengan pelbagai agenda.", "Jika tiada ilmu dan kemahiran, beliau tidak akan dapat membuat pertimbangan sendiri dengan bijaksana untuk membuat keputusan dan memberikan halatuju dasar untuk rakyat dan untuk pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam di kementeriannya.", "Mungkin sebab itu kita ada menteri-menteri PH yang salah titik perpuluhan, suruh menoreh getah pada musim tengkujuh, suruh nelayan tanam nenas, menipu usahawan muda dan sebagainya.", "Ijazah ini penting, jangan kita nafikan kepentingan pendidikan.", "Walaupun demikian, tidak semua orang mampu ke menara gading atas pelbagai sebab.", "Dan tidak dinafikan walaupun gagal dalam akademik namun mereka juga masih boleh berjaya dalam kehidupan.", "Namun jangan sekali-kali kita mempromosi naratif anti-pendidikan seperti “tidak perlu ada sijil sebab orang itu atau si polan-si polan (e.g. Mark Zuckerberg etc.) pun boleh berjaya tanpa habis belajar atau tanpa ijazah universiti”, dan sebagainya.", "Ini adalah naratif pemikiran sempit yang merencat pencarian pengetahuan untuk kemajuan (in the pursuit of knowledge for progress).", "Sebagai seorang bapa, saya tidak akan sekali-kali menidakkan atau memperlekehkan kepentingan pendidikan kepada anak saya dalam apa jua konteks.", "Saya yakin menteri-menteri PH yang terlibat dalam isu ini semua tahu akan hal ini di dalam hati mereka, sebab itu mereka sanggup menipu untuk menunjukkan mereka ada ijazah walaupun ianya palsu.", "Perkara kedua, soal yang lebih penting ialah soal moral, integriti dan kebolehpercayaan (trust):", "Soal utama isu ini sebenarnya ialah bukan soal ada ijazah atau tidak, isunya ialah mengapa menipu dengan ijazah palsu.", "Seperti yang saya kata sebelum ini, jika tiada ijazah cakap sahaja tiada ijazah, tidak perlu menipu.", "Orang yang tiada ijazah bukan hina dan masih boleh berjaya.", "Walau bagaimanapun, rakyat tidak boleh menerima anggota pentadbiran kerajaan terutama di peringkat menteri atau timbalan menteri yang menipu.", "Jika mereka boleh tipu pasal sijil dan ijazah, apa lagi perkara yang akan atau telah ditipunya?", "Kita tidak mahu pemimpin-pemimpin kerajaan yang rakyat tidak boleh percaya.", "Kita mahu pemimpin yang bukan sahaja kompeten tetapi juga mempunyai nilai integriti dan moral yang tinggi dalam kerajaan.", "Rakyat marhaen di kedai kopi kata: Kerajaan Malaysia Baru PH ini sudahlah tidak kompeten dan menyusahkan rakyat, kini makin terbukti kuat menipu dan tidak boleh dipercayai langsung.", "Dahulu sudah tipu manifesto.", "Kini terbongkar tipu sijil pula.", "Lepas itu tipu lagi kata tak tahu.", "Asal buka mulut sahaja menipu.", "Bertaubatlah.", "Isham Jalil" ]
https://umno-online.my/2019/02/08/20-fakta-ekonomi-negara-jangan-senang-dirasuk-syaitan/
[ "Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP – yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara.", "Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar.", "Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih.", "1. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada tahun 2017 adalah paling rendah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM.\nhttps://tradingeconomics.com/malaysia/government-debt-to-gdp", "2. Kedudukan Malaysia turun lagi kepada tempat 90 antara 210 negara paling tinggi berhutang – bermakna ada 89 lagi negara di dunia yang kadar hutangnya lebih tinggi.", "Cuba lihat 89 negara-negara ini yang memiliki hutang lebih tinggi dari Malaysia:\nhttps://www.cia.gov/…/the-world-fac…/rankorder/2186rank.html", "3. Defisit kerajaan menurun 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.\nhttps://tradingeconomics.com/malaysia/government-budget", "4. Malaysia maju 2 tempat ke atas dan menjadi negara ke 23 paling berdaya saing antara 137 negara di dunia mengikut Indeks Persaingan Global 2017-2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.\nhttps://www.thestar.com.my/…/malaysia-moves-up-two-spots-i…/", "5. Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia\nhttp://www.utusan.com.my/…/malaysia-di-tangga-ke-15-dalam-l…", "6. Malaysia mencatat kadar pertumbuhan eksport paling paling tinggi dalam tempoh 13 tahun dan berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion untuk tempoh 10 tahun yang lalu – seperti yang diakui oleh kerajaan di bawah PH baru-baru ini.\nhttps://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155819706470952/", "7. Bursa Saham tutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14:\nhttps://www.thestar.com.my/…/20/bursa-malaysia-at-record-h…/", "8. Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu “world’s longest running bull market” bermula tahun 2008 sehingga saya turun sebagai PM pada tahun 2018.\nhttps://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155806858295952/", "9. Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta pada April 2018.\nhttps://www.hmetro.com.my/…/aliran-masuk-dana-asing-cecah-r…", "10. Pertumbuhan ekonomi kita ialah 5.9% pada tahun 2017 iaitu antara paling tinggi di dunia.", "Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik ini berbanding 7 tahun berturut-turut semasa saya PM.\nhttps://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155801865035952/", "11. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kita 4 kali sebelum PRU14. Kali terakhir ialah pada 30 April 2018. Di bawah PH pula, Bank Dunia sudah menurunkan unjuran ini dua kali.\nhttp://www.theedgemarkets.com/…/world-bank-raises-malaysias…", "12. Pada tahun 2017, Bank Dunia juga menyatakan kita hanya memerlukan dua tahun lagi untuk mencapai status negara pendapatan tinggi (high income nation).", "Tetapi selepas PH ambilalih, unjuran ini telah dilambatkan sehingga tahun 2024.\nhttps://www.malaymail.com/…/malaysia-can-achieve-high-inco…/", "13. Saiz ekonomi berkembang RM665 bilion dari RM685 bilion sehingga RM1.35 trilion pada tahun 2017 semasa saya Menteri Kewangan. Penambahan saiz sebanyak RM685 bilion ini ialah 1 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding keseluruhan saiz ekonomi sebanyak RM418 bilion pada tahun 2003 iaitu tahun terakhir PM ke-4.\nhttps://www.thestar.com.my/…/malaysia-gdp-value-at-rm1-353…/", "14. Kadar dividen KWSP untuk tahun 2017 ialah 6.4% iaitu kadar paling tinggi untuk tempoh 21 tahun yang lalu. Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.\nhttps://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155874832445952/", "15. Malaysia diiktirafkan sebagai ekonomi paling terunggul antara negara-negara membangun oleh Bloomberg.\nhttps://www.thestar.com.my/…/malaysia-remains-on-top-of-em…/", "16. Kadar pengangguran Malaysia hanya 3.4% iaitu satu tahap yang sangat rendah dan diklasifikasi sebagai Full Employment.\nhttps://tradingeconomics.com/malaysia/unemployment-rate", "17. Pekali Gini iaitu ukuran ketidaksamaan kekayaan, kadar kemiskinan tegar dan pendapatan isirumah adalah pada tahap paling baik dalam sejarah.\nhttps://www.bharian.com.my/…/pendapatan-isi-rumah-meningkat…", "18. Indeks Pembangunan Insan ataupun Human Development Index (HDI) Bank Dunia adalah indeks komposit statistik yang digunaka untuk mengukur pembangunan negara.", "Pada tahun 2017, indeks untuk Malaysia naik lagi dan kita medapat klasifikasi “very-high human development”,. Untuk tahun itu, kita di tempat 57 paling tinggi antara 189 negara-negara di dunia berbanding tempat 67 pada tahun 2009.\nhttps://www.thestar.com.my/…/msia-moves-up-human-developm…/…", "19. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.", "PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat di peringkat antarabangsa.\nhttps://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155835137470952/", "20. Pada 25 Mei 2018 iaitu 16 hari selepas BN kalah, Menteri Kewayangan PH umumkan bahawa Ekonomi Malaysia sangat kukuh. Takkan dalam masa 16 hari sahaja, PH telah “memulihkan” ekonomi negara?\nhttps://www.thestar.com.my/…/economy-remains-strong-fundam…/", "Kalau ekonomi negara telah “jahanam” di bawah saya, tidak mungkin fakta-fakta di atas boleh wujud.", "Kita perlu lebih waras. Jangan senang dirasuk syaitan seperti Chef itu.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2019/02/07/aes-pembohongan-berterusan-dan-u-turn-kerajaan-ph/
[ "Khalid Samad cuba pertahankan U-Turn PH tentang AES.", "Dia kata pemimpin PH bantah AES sebelum itu hanya kerana AES diswastakan di mana semua kutipan denda pergi kepada syarikat swasta, dan bukan kepada kerajaan, polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan.", "Mereka tiba-tiba terlupa mereka pernah bantah AES kerana ia dianggap zalim, membebankan rakyat dan satu cara untuk sapu duit rakyat?", "Sebelum mahu terus membohong, Khalid Samad mungkin mahu tengok video ini sekali lagi:\n‪https://www.facebook.com/najibrazak/videos/948802071991007/", "Apa komen Khalid selepas tonton video itu?", "Kata Khalid Samad, tahun lepas kerajaan PH telah menyelesaikan situasi syarikat swasta mengutip denda AES dan sekarang kutipan saman pergi kepada JPJ dan kerajaan.", "Tetapi apa yang Khalid Samad tidak beritahu ialah syarikat swasta yang dimaksudkannya ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di mana pencarum-pencarum LTAT adalah daripada kalangan anggota tentera Malaysia,, bukan mana-mana syarikat swasta ataupun kroni.", "LTAT sudah mengambil alih AES pada tahun 2015:\n‪http://www.theedgemarkets.com/…/boustead-ltat-sign-sharehol…", "Semua kutipan saman bukan juga dibayar kepada syarikat swasta.", "Cuma caj servis RM16 setiap keping saman dibayar kepada syarikat itu manakala baki yang lain dibayar kepada kerajaan.", "Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, projek AES sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum saya menjadi PM iaitu pada tahun 2005. (Jika Khalid berani, kalau dia beranilah, mungkin dia boleh tanya PM ke-4 tentang peranan beliau dalam projek ini)\n‪https://weechookeong.com/…/aes-was-awarded-to-beta-tegap-s…/", "Undang-undang hanya dipinda pada tahun 2012 untuk membolehkan syarikat swasta mengendalikan sistem AES dan oleh itu, perjanjian itu hanya dapat ditandatangani dan berkesan pada tahun 2012 itu juga.", "Lantas, kerajaan BN semasa saya PM meminta LTAT untuk mengambil alih projek itu supaya LTAT boleh dapat sedikit pendapatan untuk veteran-veteran tentera yang telah berkorban menjaga keselamatan negara.", "Harga yang dibayar oleh LTAT untuk mengambil alih itu juga dipersetujui mengikut jumlah aset termasuk kutipan saman belum dijelaskan dan tempoh konsesi mengikut perjanjian.", "Sehingga hari ini, tiada sebarang pendakwaan bahawa LTAT telah terlebih bayar.", "Tetapi kerajaan PH hari ini sudah mengambil balik projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewayangan.", "Saya pelik mengapa menteri-menteri PH ini tidak ada sebarang rasa malu semasa membohong walaupun telah jelas-jelas terkantoi dengan fakta kukuh.", "‪https://www.freemalaysiatoday.com/…/khalid-jelaskan-pusing…/", "Pembohongan ini bukan biashe biashe tetapi menidakkan veteran veteran tentera.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2019/02/02/ph-keliru-sama-sendiri-risau-bayang-bayang-bn/
[ "MINGGU lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kerajaan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disebabkan bayaran faedah tinggi yang ditanggung negara hampir RM500 juta setahun. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet Khamis lalu.", "2. Namun dua jam kemudian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata beliau terkejut atas pengumuman pembatalan projek ECRL itu dan berkata Azmin tidak maklum dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.", "3. Guan Eng mendedahkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak maklum mengenai perkembangan terkini berhubung status projek berkenaan kerana beliau tidak hadir dalam mesyuarat Kabinet.", "4. Pembatalan itu dibuat kerana kerajaan tidak mampu menanggung kadar faedah projek hampir RM500 juta setahun.", "5. Portal berita Straits Times yang berpangkalan di Singapura sebelum ini melaporkan penamatan kontrak itu dilaksana susulan kegagalan syarikat China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC) mengurangkan kos projek kepada separuh, iaitu RM40 bilion berbanding RM81 bilion sebelum ini, selain menepati beberapa permintaan kerajaan. CCCC adalah kontraktor utama projek rel besar-besaran itu.", "6. Projek ECRL membabitkan jajaran rel sepanjang 688.3 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Gombak, Selangor.", "7. Sekurang-kurangnya 44 terowong akan dibina di beberapa kawasan dengan keseluruhan jarak meliputi 39.1km di sepanjang jajaran ECRL.", "8. Ia termasuk terowong berkembar sepanjang 16.3km dari Bentong ke Gombak yang bakal menjadikannya terowong rel terpanjang di negara ini.", "9. Laluan ECRL bakal menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Lembah Klang.", "10. Namun, pada minggu ini Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kelihatan saling arah mengarahkan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi dari Kerajaan Malaysia berkaitan projek ECRL ini.", "11. Kelmarin, mesyuarat kabinet membincangkan isu ECRL dan membuat keputusan untuk menerima pakai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ia akan dirundingkan dengan mengambil kira sensitiviti kontrak itu sehinggakan Perdana Menteri memaklumkan bahawa berkata belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung projek ECRL, dan kedua-dua negara masih berunding mengenai perkara itu.", "12. Surat Kementerian Kewangan yang ditandatangani Lim Guan Eng bertarikh 18 Januari 2019 juga telah tersebar berkaitan pembatalan projek ECRL.", "13. Bukan sahaja Lim Guan Eng keliru dengan Azmin. Azmin juga akan keliru dengan Lim Guan Eng. Manakala rakyat terus keliru dengan Kerajaan Pakatan Harapan hari ini.", "14. Rakyat dapat melihat bahawa kerajaan hari ini sangat mengelirukan dan tidak benar-benar yakin kemampuan menteri-menteri yang dilantik. Kerajaan juga dilihat teragak-agak untuk membuat keputusan kerana ECRL adalah projek rancangan Kerajaan Barisan Nasional lalu. Mereka masih takutkan bayang-bayang Barisan Nasional.", "15. Sebagai pencetus sosioekonomi utama ECER, ECRL diunjurkan berupaya mengangkat tahap kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, pusat ekonomi dan pelabuhan, di samping menawarkan pilihan perjalanan alternatif kepada penumpang. Projek ini juga akan memberi akses lebih baik kepada 10 hab industri di Pantai Timur, sekali gus merapatkan jurang ekonomi berasaskan peluang pekerjaan yang lebih banyak serta menyalurkan nilai modal yang lebih tinggi ke ECER.", "16. Projek mega inisiatif Barisan Nasional ini akan menjadi tunjang utama rangkaian infrastruktur pelbagai mod pengangkutan ECER dan menjadi pelengkap kepada lebuhraya sedia ada seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Pantai Timur KTMB dan pelabuhan-pelabuhan yang ada. Projek ECRL dijangka mengambil masa 7 tahun untuk dibina. Ianya sudah pasti memberikan banyak manfaat kepada rakyat.", "Joni Muhamat Yahya\nPenolong Bendahari Pemuda UMNO Negeri Johor\nKetua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam" ]
https://umno-online.my/2019/01/28/derita-rakyat-tiada-siapa-peduli/
[ "Apabila HARAPAN memberi jaminan untuk melaksanakan pentadbiran yang lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), ramai yang merasakan inilah masanya untuk menukar atau diberi peluang kepada parti baru menerajui negara. ", "Maka pilihan yang agak ‘kukuh’ ketika itu adalah Pakatan Harapan (PH), dengan HARAPAN rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan berfaedah.", "Tersenyum lebar sebilangan rakyat sambil menutup mata membayangkan betapa indahnya zaman HARAPAN memerintah Malaysia.", "Bagi mereka yang bakal memilih PH pada PRU 14 yang lepas, umpama memasuki ke sebuah gedung membeli belah yang menawarkan pelbagai tawaran menarik.", "Rakyat akan melihat pentadbiran kerajaan yang telus dan lebih baik. Tiada lagi tekanan atau campurtangan politik ke dalam pentadbiran kerajaan. Bagi mereka yang rajin bekerja akan dinaikkan pangkat selayaknya.", "Paling menarik lagi sekiranya PH dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, sudah pasti lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan.", "Angan-angan rakyat bakal terlaksana dengan pemansuhan tol dan harga petrol yang jauh lebih murah serta pelbagai lagi tawaran yang sedap didengari.", "Nah hari ini semua tawaran menarik pernah rakyat dengari hanyalah DUSTA BELAKA.", "Malahan Penjawat Awam yang sebelum ini ikhlas berkhidmat demi keluarga dan negara pula kini dihina saban hari.", "Mereka dituduh tidak profersional bekerja, mengamalkan rasuah, tidak efektif dan lebih malang lagi ditamatkan perkhidmatan tanpa ada rasa belas kesian.", "Seramai 22,000 Penjawat Awam telah berjaya ditamatkan perkhidmatan oleh kerajaan yang baru tertubuh ini.", "Asas tindakan PH adalah kerana kesemua mereka merupakan pekerja ‘lantikan politik’ yang juga terdiri daripada kumpulan sokongan seperti pemandu kereta, kerani, pembancuh teh, pembantu pejabata malah semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, diberhentikan tanpa belas kasihan.", "Persoalan demi persoalan dilontarkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), apakah akan terjadi kepada mereka yang ditamatkan perkhidmatan ini.", "Namun malangnya KSN yang begitu mesra dengan Penjawat Awam ketika zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, kini umpama dijahit mulutnya tidak mampu bersuara mempertahankan nasib mereka yang mungkin tidak besar jasanya kepada negara tetapi tetap menyempurnakan setiap keperluan jabatan, agensi dan kementerian.", "Sehingga kini, tiada siapa di kalangan kepimpinan di peringkat Persekutuan bangkit membela nasib mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan ini.", "Apakah nasib anak-anak mereka yang baru memulakan musim persekolahan 2019, adakah serba lengkap keperluan persekolahan mereka?", "Itu belum lagi dimasukkan hal sewa rumah, ansuran kereta / motor dan paling penting barangan keperluan harian serta macam-macam lagi.", "Agensi-agensi yang menjadi pemudahcara antara kerajaan dan rakyat kini ditutup dan banyak lagi yang bakal menerima nasib yang sama.", "Seperti keadaannya yang berlaku kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), ramai penjawat yang terpaksa kehilangan punca pendapatan dan mereka pernah disogokan dengan janji bakal diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi dipaksa menerima gaji yang lebih rendah.", "Sekiranya sebelum ini, seseorang itu bergaji RM 3,000 kini terpaksa menerima gaji permulaan sekitar RM 1,500 dan hilang taraf ‘seniority’ di dalam jabatan.", "Ini antara ribuan kes yang terjadi di dalam kehidupan Penjawat Awam yang dibuang kerja.", "Fenomena pemberhentian Penjawat Awam ini tidak berhenti di sini, pada tahun 2008 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanahan formula pengurangan Penjawat Awam yang dirasakan ada lebihan.", "Namun ianya tidak dilaksanakan secara membuta tuli kerana formula ini bukan boleh digunapakai di Malaysia kerana kepelbagaian sebab seperti budaya dan sosio rakyat Malaysia dan sekiranya dibandingkan dengan Amerika, Malaysia lebih rendah jumlah penjawat awam mengikut nisbah.", "Namun, PH mengambil perkara ini sebagai satu peluang untuk memberhentikan Penjawat Awam seperti yang dilaungkan oleh pemimpin DAP sebelum mereka berkuasa.", "DAP sudah sekian lama menabur racun kepada Perkhidmatan Awam, menuduh ianya satu pembaziran. mereka menggunakan akhbar tabloid The Edge untuk menabur racun menuduh Penjawat awam satu pembaziran.", "Bahang kesempitan hidup sudah mula dirasai di seluruh negara.", "Dahulu mungkin kalangan rakyat boleh membuat simpanan kewangan, sekarang simpanan sudah mulai berkurangan.", "Pasangan yang baru memulakan hidup bekeluarga, kini sudah mula membuat ‘pinjaman’ dan bantuan dari ibu bapa kerana kekurangan sumber untuk menyara kehidupan keluarga.", "Kos sara hidup bagi golongan seperti peneroka, petani, petani, nelayan dan pekebun jauh lebih mencabar berbanding kita.", "Hasil tanaman mereka sudah tiada harga lagi. Mainan golongan peraih (orang tengah) telah menyebabkan pendapatan mereka tidak ketentuan. Inilah yang sedang berlaku hari ini di seluruh negara.", "Bantuan sara hidup buat golongan ini, seolah-olah dinafikan oleh pihak kerajaan. Bahkan terdapat keluarga yang terpaksa memajak hasil tanaman mereka bagi mendapatkan barangan keperluan harian.", "Fenomena ini telah dan sedang berlaku. Ia telah membuka mata rakyat bahawa PH sebenarnya telah gagal mentadbir negara. Kerajaan yang terbentuk hasil fitnah ini sudah semakin layu dan bakal ranap bila-bila masa saja.", "Ibarat marahkan nyamuk seekor, kelambu habis dibakar. Kesilapan rakyat sebelum ini, marahkan pemimpin kerana fitnah, habis digadaikan keseluruhan nilai dan nikmat yang dimiliki ketika itu.", "Keghairahan pemimpin PH menjaja berita tidak benar menyebabkan pelbagai pertelagahan muncul sehingga kini masih lagi belum diperbaiki sebaiknya.", "Ibarat biduk berlalu, kiambang bertaut semula, kita semua sudah melalui satu fasa kehidupan yang memeritkan.", "Mungkin kita tak merasainya tetapi ada kalangan kita sedang mengharungi kepayahan dan masih lagi terumbang ambing memperbaiki kehidupan sebagaimana dinikmati sebelum ini.", "Jangan biarkan biduk berlalu terlalu jauh, mari kita perbaiki dan satukan semula nilai-nilai yang pernah kita lalui seperti tahun-tahun sebelum ini dan segera hentikan tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak berfaedah langsung untuk bangsa, agama dan negara.", "Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.", "Datuk Razlan Rafii" ]
https://umno-online.my/2019/01/23/ada-mengaku-dirasuk-masuk-felda/
[ "Ada yang mengaku dirasuk syaitan tentang isu FELDA sehingga ugut untuk tampar.", "Tetapi syaitan mana yang merasuk?", "Syaitan mana yang hasut dengan pelbagai penipuan sehingga orang yang waras boleh dirasuk?", "Mari kita buat sedikit siasatan.", "Pertamanya, Kit Siang kata kerajaan BN beri pinjaman mudah kepada peneroka kerana BN mahu mengikat mereka kepada BN.", "Jika di bawah Kit Siang, mungkin semua pinjaman-pinjaman mudah FELDA akan dimansuhkan.", "Kedua. Dengan memetik pengalaman nenek dia, EXCO pemuda PPBM membuat tuduhan di dalam ceramah semalam bahawa niat kerajaan BN memberi pinjaman mudah ialah untuk menghalau mereka dan menggantikan mereka dengan orang asing apabila peneroka tidak dapat membayar hutang.", "Satu kata BN mahu ikat peneroka. Yang satu lagi kata BN mahu halau.", "Nampak, tak?", "Saya memang kagum mengapa mereka mampu berbohong berterusan tanpa sebarang rasa bersalah.", "Pemimpin-pemimpin PH termasuk yang dirasuk syaitan perlu faham sains biologi bahawa pokok sawit yang sudah tua tidak akan mengeluarkan buah yang mengandungi minyak.", "Jika kita tidak menanam semula, lama-kelamaan tiada lagi hasil minyak dari pokok dan FELDA pun tidak akan wujud lagi.", "Kos tanam semula juga tinggi dan kita perlu tunggu bertahun-tahun tanpa pendapatan sebelum hasil dari usaha ini boleh berbaloi.", "Apabila saya menjadi PM, saya lihat usia pokok sudah berpuluh tahun setelah skim FELDA diterajui oleh Allahyarham Ayahanda saya.", "Ini ialah kerana PM yang satu lagi sebelum saya lebih mementingkan industri kereta dan besi berbanding pertanian.", "Oleh itu kadar pengeluaran minyak (yield) mula menurun. Jika tidak diselesaikan, FELDA tidak akan wujud lagi pada masa hadapan.", "Itulah antara sebab utama FGV disenaraikan untuk mendapat dana bagi penanaman semula berskala besar dan untuk menjaga kebajikan peneroka.", "Pinjaman kos faedah rendah yang diberi oleh FELDA kebanyakkan ialah untuk penanaman semula, pembesaran/pembinaan rumah peneroka dan pendidikan anak-anak mereka.", "Untuk hutang penanaman semula, FELDA membayar bantuan sara hidup setiap bulan kepada peminjam semasa ladang mereka belum matang.", "Apabila sudah matang, pembayaran balik ialah melalui potongan jualan dari hasil ladang itu.", "Tidak ada seorang peneroka yang pernah dihalau keluar kerana tidak membayar hutang.", "Jika saudara-saudari minat untuk mencari kebenaran mengenai hutang FELDA, boleh baca jawapan yang diberi oleh pihak FELDA di bawah kerajaan PH:\nhttps://www.sinarharian.com.my/article/1901", "FELDA juga mengesahkan bahawa masalah aliran tunai FELDA selepas PRU14 berpunca dari harga sawit rendah dan peminjam yang tidak membayar balik, mungkin kerana termakan janji kosong PH untuk menghapuskan hutang peneroka.", "FELDA sendiri memang ada hutang RM8 bilion (berbanding aset FELDA RM21 bilion) tetapi kebanyakkan hutang ini dipinjam kembali kepada peneroka.", "Tetapi apakah RM8 bilion ini jika dibandingkan dengan dana RM82 bilion yang dijarah kerajaan PH dari Petronas selepas PRU14.", "Pada masa yang sama, kita perlu ingat bahawa kerajaan juga mengutip pelbagai cukai termasuk cukai eksport dari industri minyak sawit.", "FELDA ialah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk menjaga peneroka, bukan syarikat swasta.", "Tidak salah untuk kerajaan membantu agensi sendiri untuk membantu peneroka-peneroka.", "Saya mengaku bersalah kerana telah cuba menyelesaikan masalah legasi FELDA serta memberi pelbagai pinjaman mudah dan bantuan kepada kroni-kroni, iaitu peneroka dan keluarga mereka supaya kehidupan mereka lebih baik.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2019/01/14/rasuah-adalah-rasuah-spr-dan-bersih-jangan-double-standard/
[ "\nKeputusan PRU-14 Parlimen Cameron Highlands telah dibatalkan sebelum ini apabila calon PH Manogaran memfailkan petisyen menuduh calon BN Dato’ Sivarraajh merasuah pengundi orang asli seramai 36 orang dengan “duit elaun” RM30 seorang berjumlah antara RM1,000 ke RM2,100.", "Dalam hal ini tiada gambar atau bukti lain. Hanya keterangan 8 orang saksi termasuk daripada saksi DAP.", "Dalam PRK Cameron Highlands pula semalam, pemimpin DAP Lim Kit Siang terpaksa mengakui bahawa PH memberikan “duit minyak” kepada 60 orang asli yang kononnya “sukarelawan” sebanyak RM20 seorang (atau RM1,200).", "Ini setelah bukti bergambar kejadian ini tersebar di media sosial.", "Susulan itu DAP/PH dan Pengerusi BERSIH membuat kenyataan bahawa “duit minyak” ini bukan rasuah sebab kononnya ia diberi kepada “sukarelawan”.", "Pengerusi SPR pula berkata beliau tidak boleh buat apa-apa.", "Soalan saya kepada Lim Kit Siang, Pengerusi BERSIH dan Pengerusi SPR:", "Pertama: Apa beza “duit minyak” dengan “duit elaun”? Adakah bila BN bagi “duit elaun” ianya rasuah tetapi jika PH bagi “duit minyak” kepada pengundi ianya bukan rasuah?", "Dan saya telah dimaklumkan bahawa pengundi-pengundi “sukarelawan” ini telah diangkut dengan bas dan diberi makan. Kalau begitu, buat apa perlu bagi “duit minyak”?", "Kedua: Adakah dengan menggelar 60 orang pengundi orang asli itu sebagai “sukarelawan” tiba-tiba duit yang diberi bukan menjadi rasuah?", "Kalau begitu setiap kali PH mahu merasuah pengundi, mereka boleh menggelar pengundi ini “sukarelawan” walaupun kerja “sukarelawan” mereka ini cuma datang program kempen PH dan keluar mengundi PH.", "SPR dan BERSIH perlu siasat perkara ini dan bukan terus ambil mudah dan cepat buat kenyataan cetek.", "Ini adalah satu perkara yang serius dan bukan main-main yang hanya boleh dilepas batuk di tangga kerana ia akan dijadikan contoh dan piawaian untuk pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.", "Dan satu lagi, sebenarnya mengikut Undang-undang, Pengerusi SPR boleh berbuat sesuatu ke atas perkara ini sebab tuduhan di atas adalah tertakluk di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya (Perkara 9: Pengaruh Tidak Wajar dan Perkara 10: Penyogokan) di mana SPR boleh menyiasat dan meminta Peguam Negara untuk mendakwa.", "SPR dan BERSIH perlu telus dan adil dalam perkara ini dan tidak bertindak “double standard” apabila tuduhan atau kesalahan dilakukan oleh pihak parti Kerajaan PH.", "Rasuah adalah rasuah, sama ada seringgit atau seribu. Ia perlu diambil tindakan.", "ISHAM JALIL\nPresiden Sukarelawan Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/01/11/peletakan-jawatan-yang-di-pertuan-agong-dan-selepasnya/
[ "Pada 6 Januari 2019, Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia meletak jawatannya. Tiada alasan diberikan. Saya juga tidak akan menduga.", "Bagi saya 6 Januari 2019 adalah suatu hari yang sangat penting bagi sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Ia menunjukkan kematangannya.", "Jika YDPA, atas sebab-sebab yang diketahui olehnya, berpendapat bahawa baginda tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik sebagai seorang YDPA, atau jika baginda tidak sukakan pekerjaan itu atau baginda tidak sukakan orang yang baginda perlu bekerja dengannya atau atas alasan apa pun, tindakan yang baik untuk dilakukannya ialah meletakkan jawatan.", "Kita tahu bahawa beberapa hari sebelum tarikh itu, Raja-Raja mengadakan mesyuarat tidak berjadual. Kita tidak tahu sama ada mereka membincang berkenan YDPA Ke-15 atau kedudukannya, apa keputusan yang dibuat, jika ada dan sama ada ia telah disampaikan kepada baginda.", "Jika jawapan kepada semua soalan-soalan ini adalah afirmatif yang mengakibatkan peletakan jawatan itu, itu adalah cara yang sangat terhormat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.", "Malah Dato’ Seri Najib, katakanlah apa yang anda suka mengenainya, menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan dengan cara yang terhormat apabila partinya kalah dalam GE 14.", "Bandingkan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak selepas GE 13 yang berpaut di meja Speaker apabila pengawal-pengawal dewan cuba mengeluarkannya dengan paksa apabila beliau enggan mengosongkan kerusinya, selepas kerajaannya kehilangan majoriti dalam dewan itu.", "Jika beliau berpendapat bahawa kerajaannya masih mempunyai majoriti dan/atau beliau fikir beliau lebih kuat daripada pengawal-pengawal itu sekali pun, beliau sepatutnya bangun dan berjalan keluar dengan cara yang bermaruah kerana, bukanlah martabatnya, sebagai seorang Speaker, yang berpakaian lengkap, untuk bergelut dengan pengawal-pengawal itu, apatah lagi, apabila akhirnya, beliau di angkat keluar dari dewan itu. Beliau sepatutnya mencari remedi lain.", "Saya telah menyatakan pendapat saya bahawa adalah satu kesilapan bagi YDPA memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang masih menjalani hukuman pemenjaraannya dan memberitahu bahawa beliau akan diampunkan, juga sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan.", "Lebih buruk lagi apabila YDPA memberitahu Dato’ Seri Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya. Itu demoralise mahkamah, Pendakwa Raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya. (Lihat Pengampunan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan Kepada Saiful (14 05 2018)).", "Suatu perkara lagi yang kita baca dalam media yang dilakukan semasa pemerintahan baginda ialah YDPA selalu mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.", "Majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Tun Md Rauf sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan untuk tempoh lanjutan itu dilakukan pada waktu malam. Begitu juga majlis angkat sumpah Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara. Ini adalah fungsi rasmi YDPA yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat.", "Majlis mengangkat sumpah Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri wajar diberi perhatian khusus.", "Kita membaca bahawa sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa PH telah mendapat majoriti, pada malam itu juga, Tun Dr. Mahathir pergi ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kerana takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.", "Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal Perdana Menteri untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan YDPA jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai Perdana Menteri.", "Kedua, YDPA tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. YDPA berhak memuaskan dirinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu.", "Jika Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, biarkan mereka berbuat demikian. Sekurang-kurangnya, YDPA sepatutnya berpeluang untuk memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya.", "Upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri adalah upacara mengangkat sumpah yang paling penting yang dilakukan oleh YDPA. Ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai, dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan Perdana Menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen. Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..", "Saya harap di masa hadapan YDPA tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon Perdana Menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu!", "Adalah juga diharapkan, tidak lama lagi Raja-Raja akan memilih YDPA baru yang memahami sistem raja berperlembagaan, federalisme, kedaulatan undang-undang, memahami dan menghormati Perlembagaan dan mematuhinya.", "Zaman kuasa mutlak Kesultanan Melaka sudah berlalu. Raja berperlembagaan mesti sedar bahawa kuasanya datang dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang memberi dan menghadkannya. Perlembagaanlah yang menentukan bagaimana kuasa-kuasa itu dilaksanakan.", "Ada kuasa yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicara, manakala yang lainnya kena dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri. Perkataan “atas nasihat” mempunyai makna yang berbeza daripada perkataan nasihat yang digunakan dalam perbualan harian. Ia bermakna anda perlu mengikutinya, sama seperti Raja-Raja Melayu mesti mengikut “nasihat” Resident Inggeris sebelum Merdeka.", "Saya minta maaf kiranya saya membuat bunyinya tidak sedap didengar. Tetapi, itulah realitinya. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa. Katalah itu cara orang Inggeris berbuat sesuatu.", "Setelah berjuang begitu lama menuntut daripada raja-raja mereka yang berakhir dengan raja berperlembagaan yang kita ambil pakai, kata-kata “atas nasihat” tentunya lebih diplomatic dan lebih sedap didengar daripada “seperti yang diperintahkan” atau “mengikut arahan” Perdana Menteri!", "Terdapat satu perkara lagi yang perlu diketahui oleh YDPA, iaitu konvensyen. Sistem raja berperlembagaan tidak boleh berfungsi tanpa konvensyen. Ada perkara yang YDPA, seperti juga King atau Queen England mesti lakukan walaupun Perlembagaan (Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis, England tidak) Perlembagaan tidak menyebutnya.", "Satu contoh yang baik ialah Perkara 44 adalah contoh yang baik:", "“44. Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.”", "Menurut konvensyen, selepas kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan sesuatu rang undang-undang, YDPA hendaklah memberi persetujuan baginda. Menurut konvensyen, baginda tidak boleh menolak untuk memberikan persetujuannya.", "Sekiranya konvensyen ini dan konvensyen-konvensyen lain diketahui dan dipatuhi pada tahun 1983, mungkin krisis perlembagaan pertama dapat dielakkan dan pindaan-pindaan yang banyak yang dilakukan kepada Perlembagaan itu tidak perlu.", "Nasib baik atau tidak, selepas tiga Perdana Menteri pertama adalah peguam, Perdana Menteri keempat pada masa itu, seperti yang ketujuh, adalah seorang doktor perubatan. Maka, doktor perubatan itu pun melakukan pembedahan ke atas Perlembagaan yang digubal oleh Law Lords England.", "Biasanya, setiap orang yang menjalani pekerjaan baru melalui latihan dalam perkhidmatan. Saya fikir pekerjaan yang tertinggi dan paling penting di negara ini juga tidak patut dikecualikan, melainkan YDPA adalah seorang peguam. Tiada apa-apa yang hendak dimalukan. Adalah lebih baik untuk belajar lebih awal daripada membuat kesilapan kemudian, apatah lagi apabila kesilapan itu akan membawa akibat kepada seluruh negara.", "Sampai kepada rakyat. Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu untuk meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan dalam berbagai perkara, undang-undang, pentadbiran dan politik di mana mereka tidak mendapat perhatian atau penyelesaian yang memuaskan daripada kerajaan.", "Sekarang, terdapat satu trend menghantar memorandum kepada Raja-Raja mengenai isu politik semasa, meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan. Perlu diingati bahawa Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan untuk tujuan tertentu. (Sila baca ucaptama saya “Majlis Raja-Raja: Fungsinya Menurut Perlembagaan Persekutuan” (19 September 2017).", "Adalah penting bahawa YDPA, Raja-Raja, ahli-ahli politik dan rakyat mengetahui kuasa dan sempadan bidangkuasa institutsi-institusi dalam sistem raja berperlembagaan dan institusi-institusi itu hendaklah befungsi dalam sempadan bidangkuasanya dan tidak diminta untuk mengganggu dalam perkara-perkara di luar bidang kuasanya.", "Apa yang paling menyakitkan hati sekarang ialah peningkatan komen kasar, biadab, kurang ajar dan penghinaan terhadap YDPA dan Raja-Raja yang dilakukan oleh, biasanya pemuda pemudi Cina, di media sosial. Tiada pula tindakan diambil terhadap mereka.", "Adakah ini kegagalan polis atau Peguam Negara atau dasar Kerajaan PH? Kebebasan bersuara ada hadnya. Orang yang tidak tahu, tidak peduli atau tidak menghormati had kebebasan atau memang biadab dan kurang ajar tidak sepatutnya dibiarkan menyalahgunakan kebebasan itu.", "Tun Abdul Hamid Mohamad" ]
https://umno-online.my/2019/01/07/penipuan-kerajaan-ph-bagai-sinetron-episod-tak-pernah-habis/
[ "Menteri sebelum ini kata akan siasat KFC mengapa harga naik begitu ketara selepas SST ganti GST.", "Dua minggu dia siasat.", "Setelah puas menyiasat, apa keputusannya?", "“Kos pengeluaran sudah meningkat”.", "Sebenarnya, tidak perlu siasat pun sudah tahu.", "Tanya mana-mana rakyat pun sudah tahu harga barang dah naik selepas SST ganti GST.", "Selepas mendapat jawapan dari KFC, apa langkah yang menteri ambil?", "Dia kata tak boleh buat apa-apa.", "Dia kata harga KFC bukan di bawah barang-barang kawalan harga walaupun KFC di Malaysia ialah milik penuh kerajaan PH negeri Johor.", "Jika KFC milik kerajaan PH pun boleh menerima kesan besar dari kos pengeluaran yang meningkat, bagaimana pula dengan barang-barang yang lain?", "Sama-sama naik kerana semua sudah Senyap-Senyap Tibai (SST) oleh kerajaan PH dan kita semua Sama Sama Terkena.", "Sebelum mansuhkan GST, saya berulang-kali memberi amaran bahawa SST akan menaikkan harga lebih tinggi berbanding GST.", "PH kata tak mungkin. Kata saya tipu, siap memberi jaminan dalam Parlimen bahawa SST akan menurunkan harga barang.", "Siapa masih ingat janji manifesto mereka untuk menurunkan harga barang, turunkan kos sara hidup.", "Siapa masih ingat pada bulan Ogos lalu, PH mengeluarkan kenyataan berikut?", "“Kerajaan Pakatan Harapan meraih pencapaian memberangsangkan dalam tempoh 100 hari penubuhannya dan meskipun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani dengan baik.”", "Mereka tipu untuk menang. Selepas menang, penipuan diteruskan.", "Bagai sinetron, episod tak pernah habis.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2018/12/28/2019-ekonomi-negara-semakin-merudum-hubungan-kaum-semakin-merekah/
[ "SAYA pernah menyarankan baru-baru ini bahawa jika kerajaan serius untuk menangani masalah diskriminasi atau perkauman, maka kerajaan perlu memberi penekanan kepada masalah ini di sektor swasta atau sektor bukan kerajaan kerana 80% daripada ekonomi dan 90% daripada jumlah pekerjaan adalah di sektor ini.", "Kebanyakan diskriminasi negatif berlaku di sektor bukan kerajaan namun dasar-dasar, undang-undang atau penguatkuasaan adalah sangat kurang atau lemah di sini.", "Apabila Kerajaan mencadangkan untuk meratifikasikan ICERD bulan lalu, mereka sibuk membincangkan untuk membaraikan dasar diskriminasi positif seperti hak orang-orang Melayu dalam Perlembagaan dan dasar-dasar ekonomi Bumiputera dalam sektor kerajaan.", "Dasar-dasar ini telah digubal selepas tahun 1969 untuk melindungi orang-orang Melayu dari diskriminasi yang berlaku dalam masyarakat dan sektor bukan kerajaan yang kemuncak kesannya dimanifestasi dalam rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.", "Dan dasar-dasar ini adalah dasar korektif atau langkah pembetulan yang dilaksanakan melalui sektor kerajaan untuk menangani masalah diskriminasi teruk yang berlaku dalam sektor bukan kerajaan.", "Namun sektor kerajaan hanyalah 20% daripada ekonomi negara. Dan walaupun dasar korektif di atas dilaksanakan selama hampir 50 tahun sehingga Mei 2018 yang lepas, ekuiti Bumiputera masih di bawah paras 20% (atau 18% secara tepatnya).", "Ini adalah kerana kita masih ada ‘atap siling kaca’ (atau ‘glass ceiling’) di paras 20% yang masih tidak boleh dipecahkan yang menghalang pemilikan ekuiti Bumiputera daripada meningkat. Sebab utamanya ialah masalah diskriminasi di sektor bukan kerajaan yang masih berleluasa.", "Tanpa dasar korektif dan diskriminasi positif untuk Bumiputera seperti di atas seperti yang ingin dibaraikan oleh ICERD, keadaan ini akan menjadi lebih teruk dan ekuiti Bumiputera akan menjunam.", "Apabila ini berlaku, negara kita tidak akan stabil dan besar kemungkinan banyak lagi rusuhan kaum akan terjadi.", "Dalam sejarah dunia dan juga di Malaysia, ada dua perkara yang apabila kedua-duanya berlaku serentak akan menyebabkan rusuhan kaum yang dahsyat.", "Pertama ialah apabila keadaan ekonomi negara merudum dan ramai orang kehilangan pekerjaan.", "Dan kedua ialah apabila hubungan antara kaum semakin merekah.", "Saya lihat kedua-dua perkara ini sedang mula berputik sekarang dengan keadaan ekonomi semakin ranap di tangan Menteri Kewangan dan keadaan hubungan kaum yang kian tegang di tangan Menteri Perpaduan Kerajaan PH ini.", "Sebab itu kedua-dua mereka ini perlu meletak jawatan atau dipecat sebelum keadaan menjadi lebih parah.", "Ini perlu ditangani segera. Ini bulan soal politik, namun ianya juga melibatkan keselamatan negara. Ini adalah suatu perkara yang serius.", "Kita tidak mahu rusuhan kaum tahun 1969 berlaku kembali pada ulang-tahun ke-50 tragedi tersebut dalam tahun 2019 ini.", "ISHAM JALIL" ]
https://umno-online.my/2018/12/22/implikasi-kejatuhan-harga-minyak-dunia-kepada-bajet-2019-dan-penjualan-aset-kerajaan/
[ "Saya mendapat laporan bahawa harga minyak mentah dunia telah turun ke paras di bawah 60 dollar Amerika se-tong (USD49.88 WTI, USD59.61 Brent dan USD59.76 TAPIS).", "Sebulan yang lepas semasa Bajet 2019 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, harga minyak dunia adalah sekitar 70 dollar Amerika se-tong.", "Pada ketika itu Menteri Kewangan telah menyediakan Bajet 2019 dengan mengandaikan bahawa harga minyak dunia berada di paras 72 dollar Amerika se-tong.", "Turun naik harga minyak dunia ini adalah penting kepada ekonomi Negara kerana perbelanjaan Kerajaan bergantung kepada kutipan hasil, dan kutipan hasil Kerajaan kini banyak bergantung kepada harga minyak yang dijual dan dieksport.", "Apabila harga minyak dunia kini jatuh sebanyak lebih 12 dollar Amerika se-tong di bawah paras andaian 72 dollar Amerika yang digunakan oleh Kerajaan PH untuk menyediakan Bajet 2019, ini membawa implikasi yang besar di mana hasil kutipan minyak untuk menampung perbelanjaan kini telah jatuh sebanyak lebih 16%.", "Semasa zaman Kerajaan BN memerintah (terutama era Dato’ Seri Najib), kita telah menyedari tentang kesan turun naik harga minyak dunia yang tidak boleh kita kawal kepada ekonomi Negara.", "Apabila harga minyak dunia naik kita akan dapat pendapatan lebih, namun apabila harga minyak turun kita akan hilang pendapatan.", "Oleh sebab itu Kerajaan BN di bawah Dato’ Seri Najib dahulu telah membuat keputusan bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung kepada hasil minyak untuk menampung perbelanjaan Kerajaan dan Negara kerana ianya tidak stabil.", "Perdana Menteri pada ketika itu, Dato’ Seri Najib telah mengambil keputusan untuk mempelbagaikan hasil cukai dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak.", "Untuk ini GST telah diperkenalkan untuk menstabilkan pendapatan Kerajaan dan juga untuk mengurangkan ketirisan kutipan cukai.", "Dengan langkah-langkah ini, sekiranya harga minyak dunia jatuhpun seperti sekarang, hasil pendapatan Kerajaan masih stabil dan tidak terlalu terkesan.", "Semasa zaman Perdana Menteri Dr Mahathir 1.0 pada tahun 1982-2003 dahulu, kebergantungan hasil kerajaan kepada minyak adalah setinggi 30%-50%.", "Pada zaman Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengurangkan kebergantungan hasil Kerajaan kepada minyak ini ke paras serendah 14%.", "Akibatnya ekonomi Malaysia telah menjadi lebih berdaya tahan (resilient) dengan pertumbuhan sebanyak 6% setahun, lebih kurang dua kali ganda daripada purata pertumbuhan ekonomi dunia pada ketika itu dan pertumbuhan ekonomi Malaysia kini.", "Namun kini, di zaman Perdana Menteri Dr Mahathir 2.0, dalam hanya beberapa bulan sahaja, kebergantungan hasil Kerajaan kepada minyak telah meningkat kembali ke paras 30%.", "Kini, apabila harga minyak dunia jatuh sebegini dan GST pula digantikan dengan SST yang banyak ketirisan, hasil Kerajaan akan berkurangan sebanyak berbillion-billion ringgit dan ini memberikan kesan negatif kepada perbelanjaan Kerajaan dan ekonomi Negara.", "Adalah dianggarkan, setiap satu dollar kejatuhan harga minyak dunia akan menyebabkan Negara atau Kerajaan hilang pendapatan sebanyak RM1 billion setahun (secara langsung daripada dividen Petronas kepada Kerajaan dan secara tidak langsung daripada kekurangan pendapatan Petronas secara keseluruhan).", "Oleh itu, adalah dianggarkan setakat ini Negara atau Kerajaan mempunyai kekurangan pendapatan atau lompong belanjawan sebanyak RM5-RM11 billion untuk menampung perbelanjaan Bajet 2019 akibat kejatuhan harga minyak dunia ini. Ini adalah satu lompong belanjawan yang besar.", "Ini diterukkan lagi dengan ketirisan cukai SST yang dianggarkan berjumlah RM5-10 billion setahun.", "Oleh kerana kesan kesilapan-kesilapan dasar ini, besar kemungkinan Kerajaan PH sekali lagi tidak akan menunaikan janji-janji mereka, bukan sahaja untuk Manifesto PRU-14 malah juga untuk Bajet 2019.", "Dan kali ini mereka tidak boleh lagi menyalahkan Kerajaan BN dahulu, sebab kesan-kesan di atas terang-terangan adalah air tangan dan akibat pendek akal pemimpin-pemimpin Kerajaan PH itu sendiri:", "Pertama, siapa suruh mansuhkan GST dan gantikan dengan SST yang tiris?", "Kedua, siapa suruh tingkatkan kebergantungan hasil kerajaan kepada minyak?", "Ketiga, siapa suruh buat andaian harga minyak akan kekal di paras setinggi 72 dollar se-tong untuk buat Bajet 2019?", "Keempat, siapa suruh buat dasar-dasar dengan tak fikir panjang?", "Ini semua tidak ada kena mengena dengan hutang negara kerajaan dulu.", "Seperkara lagi, bukankah dulu pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik bijak pandai dalam PH ini pernah mengatakan yang bila harga minyak dunia turun maka harga minyak di pam di Malaysia juga patut diturunkan?", "Kini harga minyak dunia telah turun. Di manakah mereka-mereka ini menyorok sekarang? RM1.50??", "Kepada YB Menteri Kewangan, pakailah akal apabila membuat dasar ekonomi. Jangan main hantam sahaja.", "Dan jika tidak tahu, jangan sombong untuk bertanya. Ini kerana setiap dasar yang dibuat membawa implikasi yang besar kepada rakyat dan Negara.", "Untuk menutup lompong belanjawan berbillion ringgit dan menutup kesilapan mereka, Menteri Kewangan dan Kerajaan PH kini mempunyai tiga pilihan:", "Pertama, memotong lagi peruntukan-peruntukan dalam Bajet 2019.", "Sebelum ini kita telah lihat Kerajaan PH telah memotong atau menghapuskan bantuan kepada golongan miskin dan B40 walaupun jumlah perbelanjaan keseluruhan dalam Bajet 2019 meningkat sebanyak RM30 billion.", "Kini dengan kekurangan hasil akibat kejatuhan harga minyak ini, saya tidak terkejut jika Kerajaan dan Menteri Kewangan akan memotong lagi peruntukan-peruntukan bantuan kepada golongan-golongan miskin dan B40 ini.", "Kedua, Kerajaan akan meminjam lagi duit berbillion ringgit untuk menutup lompong belanjawan ini. Ini akan meningkatkan lagi defisit dan hutang Negara.", "Tidak sampai setahun Kerajaan PH memerintah, hutang Negara telah meningkat berpuluh billion ringgit serta defisit juga meningkat. Ini tidak termasuk hutang tipuan sebanyak 1 trillion ringgit rekaan mereka sebelum ini.", "Ketiga, Kerajaan akan menjual lagi aset Negara berkemungkinan besar kepada kroni mereka (dan mungkin dengan harga yang murah).", "Semasa zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri pertama kali pada tahun 80an dan 90an dahulu, beliau menggelar langkah penjualan aset Kerajaan ini sebagai dasar “Penswastaan”.", "Namun yang untung dan kaya raya dengan dasar penswastaan ini adalah bukannya rakyat, namun beberapa orang kroni sahaja.", "Sebaliknya, yang tertekan adalah rakyat yang terpaksa menanggung bayaran konsesi kepada syarikat-syarikat kroni yang “diswastakan” ini selama berpuluh tahun. Kini perkara ini berulang kembali dengan “Penswastaan Kroni 2.0”.", "Ketiga-tiga pilihan di atas yang sedang dan akan dilakukan oleh Kerajaan PH dan Menteri Kewangan ini akan menerukkan lagi keadaan rakyat dan Negara. Ianya umpama tikus membaiki labu dan harapkan pagar, pagar makan padi.", "Apabila perkara-perkara di atas berlaku, maka lengkaplah formula meranapkan ekonomi Negara oleh Kerajaan PH dan Menteri Kewangan ini.", "Sudahlah ekonomi kita akan kecundang akibat dasar-dasar mereka yang telah dan akan mengakibatkan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan pekerjaan, harta Negara juga mungkin akan habis dijualnya.", "Kita perlu buat sesuatu.", "Isham Jalil (Presiden Sukarelawan Malaysia)" ]
https://umno-online.my/2018/12/20/realisme-ahmad-zahid/
[ "Keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan, sehingga satu tempoh yang diputuskan kelak merupakan satu kejutan politik kepada rakan dan musuh politiknya.", "Ia kejutan kerana ia dilakukan sebaik beliau menamatkan satu wawancara bersama UMNO Online yang menjelaskan pelbagai kekeliruan isu membabitkan akar umbi UMNO dan orang Melayu secara keseluruhannya.", "Rakan politik sudah tentu terkejut dan redha, musuh politik Ahmad Zahid dan UMNO pasti tersentak sebentar mencari alasan baharu untuk memusnahkan UMNO.", "Pada hemat saya ada tiga isu besar yang melingkari keputusan Ahmad Zahid melepaskan tugas-tugas Presiden iaitu, dakwaan beliau cuba mengadakan kerjasama dengan DAP; serangan politik yang menyatakan UMNO tiada hala tuju di bawah kepimpinan Ahmad Zahid; dan ancaman Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa akan ada lagi yang keluar parti jika Ahmad Zahid tidak membuat perubahan.", "Mungkin isu kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang paling melukakan beliau. Ini dimainkan oleh musuh-musuh dalam parti dan luar parti bagi menunjukkan Presiden UMNO hilang prinsip perjuangan untuk berkuasa.", "Sebenarnya sesiapa yang hadir dalam majlis penerangan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz tentu faham bahawa Nazri tidak pernah menyatakan UMNO akan bekerjasama dengan DAP.", "Nazri hanya menyatakan UMNO akan menyokong dan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun akan datang. Anwar Ibrahim juga telah mempunyai sokongan DAP, PAN dan parti Sabah dan Sarawak.", "Malangnya ada yang salah faham sokongan terhadap Anwar Ibrahim bermakna kita bekerjasama dengan DAP.", "Sokongan Ahmad Zahid kepada Anwar Ibrahim bukanlah kerana mereka sahabat atau mahu mencari kedudukan dalam kerajaan. Sebaliknya ia hanyalah untuk menyelamatkan UMNO dari berkubur.", "Politik UMNO tidak begitu mudah apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beriltizam mahu UMNO dibubarkan dan ahlinya menyertai Bersatu.", "Ahmad Zahid mendedahkan bagaimana dua pertemuan dengan Dr Mahathir, Pengerusi Bersatu itu mahu UMNO menyertai Bersatu dengan cara terhina dan hilang maruah.", "Justeru Ahmad Zahid berpandangan UMNO hanya selamat sebagai parti politik jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.", "Semalam juga Ahmad Zahid menjawab dakwaan bahawa UMNO di bawahnya tiada hala tuju, yang sebenarnya telah pun beliau gariskan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.", "Hala tuju UMNO selepas perhimpunan tempoh hari adalah jelas. UMNO perlu menjadi kerajaan semula bagi menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam – sama ada lebih awal atau dalam Pilihan Raya Umum ke-15.", "Sudah tentu UMNO dengan 3.6 juta ahli mempunyai pelbagai pandangan dan pendirian. Namun kekalahan besar kali pertama ini menjadikan sebahagian pemimpin pertengahan UMNO hilang sabar.", "Mungkin sebahagian mereka termasuk yang paling vokal, Khairy Jamaluddin, sendiri tidak pasti apa yang perlu dibuat dan apa masa depan. Maka menyalahkan Presiden adalah “escapism” yang paling realistik walaupun Ahmad Zahid hanya baharu menjadi Presiden selama 6 bulan.", "Faktor terakhir yang mungkin menjadi “final straw” Ahmad Zahid ialah ugutan dan ancaman broker 36 orang wakil rakyat UMNO, Hamzah Zainuddin, bahawa akan ada lagi wakil rakyat akan keluar parti jika Ahmad Zahid tidak berundur.", "Ahmad seorang yang realis. Daripada membenarkan musuh-musuh luar melemahkan parti menggunakan faktor dalaman, Ahmad Zahid memilih untuk mengorbankan dirinya terlebih dahulu.", "Dengan pengumuman penyerahan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya, beliau menstabilkan parti buat seketika dan menutup alasan untuk wakil rakyat keluar parti.", "Ini merupakan satu “checkmate” kepada Hamzah. Beliau tentu tidak terfikir bahawa seorang pejuang dan ahli politik tidak mudah putus asa seperti Ahmad Zahid akan mengalah dengan mudah.", "Hamzah sudah lama mengenali Ahmad Zahid sebagai seorang yang tidak mudah melatah dan putus asa.", "Pada zaman mudanya Ahmad Zahid pernah menjadi pengkritik Dr Mahathir biarpun berjawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dalam sejarah UMNO baharu mungkin beliaulah satu-satunya Ketua Pemuda yang berani mengkritik Presiden dalam Perhimpunan Agung.", "Ramai orang berkata keberaniannya ketika itu kerana beliau orang Anwar Ibrahim. Namun beliau tetap bersama UMNO ketika dihumban ke ISA dan Anwar Ibrahim memilih jalan reformasi.", "Beliau tetap bersama UMNO ketika Dr Mahathir menyisihkan beliau dan menggugurkan beliau dari jawatan Ketua Pemuda UMNO.", "Beliau tetap bersama UMNO ketika boleh sahaja mengambil jalan mudah berhenti politik dan menyelamatkan diri dari pelbagai dakwaan hari ini.", "Pastinya bukan mudah untuk Ahmad Zahid mengambil keputusan melepaskan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya setelah hanya baru enam bulan memenanginya mengalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaliegh Hamzah. Hanya insan yang berjiwa besar mampu melakukannya.", "Saya percaya beliau berbuat demikian kerana tidak mahu parti berpecah-belah kerananya. Bertabahlah Ahmad Zahid. Percayalah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.", "Ahli UMNO hanya berharap dengan keputusan ini jangan pula ada acara membelasah Mohamad Hassan bagi menjustifikasi tindakan mereka merebut jawatan dalam parti atau melompat keluar parti lagi.", "Wakil rakyat UMNO jangan nanti jadi seperti peribahasa Melayu, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apa salah kita bersabar dan beristiqamah dengan perjuangan.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2018/12/15/siapa-kita-kalau-kita-seorang-wakil/
[ "\nLuahan Hati Tan Sri Shahrir Samad", "Ahli Parlimen (AP) dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini.", "Yang dijadikan sebab, pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju!", "Jadi sebaliknya, adakah halatuju Pakatan Harapan itu yang lebih sesuai dengan perjuangan mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 14 yang lalu?", "Pelik juga, saya memikirkan pilihan perjuangan mereka ini.", "Tentunya pengundi di kawasan yang telah menyokong dan mengundi mereka sehingga menjadi wakil rakyat juga tertanya-tanya adakah tindakan mereka yang meninggalkan parti mempunyai hak itu sebagai seorang wakil rakyat. Itukah hak mereka sejujurnya?", "Saya tertanya-tanya keputusan mereka yang melompat itu kerana sudahlah PH tidak pun menghargai janji-janji mereka kepada pengundi walaupun manifesto PH bukan kitab suci. Jadi mengapa pula halatuju PH lebih baik daripada UMNO?", "Sebaliknya, dari tinjauan saya, dalam Dewan Rakyat AP UMNO semakin hari semakin wibawa sebagai barisan pembangkang. PH pula yang terbukti terkedu sebagai pemerintah, berpusing-pusing dan berdolak-dalik dalam banyak perkara. Dalam soal ‘rule of law’ pun, jelas nampak penguatkuasaan undang-undang pun memilih bulu. Kalau tidak bersama mereka, boleh dituduh di mahkamah walaupun belum buat siasatan ataupun sudah tidak ada lagi pihak yang mengadu. Tuduhan yang diuar-uarkan dalam media pun boleh berubah bila dihadapkan di mahkamah.", "Isu ratifikasi ICERD pun boleh berpatah balik sehingga ratus ribuan tetap turun ke jalanan kerana tidak percaya nanti kerajaan PH tidak berpusing balik sekali lagi bila tenguk himpunan tidak sebesar mana.", "Ahli-ahli menteri PH tetap berkokok ICERD akan diratifikasikan tahun depan.", "Terbaharu kedudukan kewangan Tabung Haji pula dikelirukan oleh menteri agama PH. Sehingga ada kenalan saya yang baharu sahaja menunaikan fardhu Haji yang termenung seketika memikirkan sama ada ibadah Haji nya dibiayai dengan duit tidak sah. Kenyataan menteri itu mungkin melibatkan hanya pembayaran hibah kepada penyimpan TH tapi tentunya tampungan TH kepada jemaah haji pada semenjak 2014 tidak terkecuali dari tuduhan menteri itu. Betul-betul menteri agama PH tidak cukup bijaksana!", "Itu baru tiga perkara di peringkat kebangsaan. Apa lagi kalau ditengok lagi pengurusan kewangan negara! Sebelum PRU, riuh dengan tuduhan ketirisan perbelanjaan kerajaan BN berjumlah RM28 bilion!", "Tengok-tengok, bukan adapun ketirisan yang berlaku tapi sebaliknya duit Petronas yang dicekau dan aset Khazanah yang dijual!", "Pengurusan kewangan negara dan ekonomi negara pun tidak setaraf dengan masa BN mentadbir. Harga sawit dan getah, kedua-dua sumber pendapatan rakyat yang mengundi calon-calon UMNO, pun di paras harga yang merbahaya. Itu pun tidak sama bahaya apabila menteri PH yang jaga hal-hal komoditi itu tidak tahu dan tidak mahu buat sesuatu. Negara pernah hadapi keadaan yang sama dan ada banyak perkara yang boleh dilakukan kerajaan PH. Tapi kalau hati sudah tidak bersama orang luar bandar, kerajaan PH akan biarkan sahaja keadaan itu melarat. Ekonomi bebas lah!", "Dalam keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup rakyat masih terumbang-ambing akibat sikap dan pendekatan kerajaan PH, saya rasa pelik kalau ada wakil rakyat UMNO yang akan meninggalkan UMNO kerana PH ada halatuju yang lebih sesuai dengan hasrat dan harapan pengundi-pengundi wakil-wakil rakyat UMNO.", "Adakah, sebagai contoh, dengan AP dan ADUN UMNO meninggalkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah akhirnya akan memperolehi segala aspek perjanjian MA 63 dan pembayaran sepenuhnya royalti minyak seperti dijanjikan? Sebenarnya, kalau hendak dilaksanakan oleh kerajaan PH, tidak perlu kepada keadaan dua pertiga di Dewan Rakyat atau DUN Sabah pun.", "Sebagai seorang wakil rakyat, mahu pun di Parlimen atau DUN, sebenar dan sejujurnya, siapa kita ni? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya mengapa rakyat mengundi kita dalam PRU yang lalu? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya apa hasrat dan harapan rakyat kepada kita? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya rakyat kita tidak lagi selesa dengan UMNO sebagai pembangkang dan mereka lebih selesa dengan halatuju kerajaan PH?", "Dap dan PKR tahu jawapan sejujurnya kepada soalan2 ini. Kerana itu, mereka tidak setuju dengan kejadian melompat parti ini. Pas pun tidak setuju tetapi mereka baharu sahaja bekerjasama dengan UMNO dan kerana itu, buat masa ini, tidak mengaibkan wakil rakyat yang hendak melompat itu.", "Sebagai wakil rakyat, iaitu sebagai pemimpin kepada rakyat, bukankah sepatutnya kita sendiri yang ada halatuju. Namun, kepada rakan-rakan saya yang telah melompat dan bakal melompat, saya harap mereka akan berjumpa halatuju yang mereka mencari-cari semenjak rakyat memilih mereka sebagai wakil dan pemimpin mereka.", "Luahan Hati Tan Sri Shahrir Samad\n12hb Dis 2018" ]
https://umno-online.my/2018/12/12/menjual-kekayaan-negara/
[ "Sebahagian rakyat tahu negara akan mengalami masalah kewangan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan pemansuhan GST. Masalah lebih besar bila pemansuhan tersebut turut memberi “tax holiday” selama tiga bulan. Ini mengakibatkan negara kehilangan sekitar RM14 bilion ringgit.", "GST dibenci oleh perniagaan kerana ia mengurangkan keuntungan mereka dan diperguna oleh ahli politik untuk mendapat kuasa. Inilah punca “kematian GST”.", "Di banyak negara yang parti politik menang dengan janji menghapuskan GST, mereka akhirnya melaksanakan semula setelah beberapa tahun memerintah.", "Ketika seronok mendengar pemansuhan GST, negara mula berhadapan dengan keadaan kewangan yang tidak menentu. Kutipan cukai jualan masih tidak seperti yang diharapkan. Harga minyak yang tidak menentu telah menyebabkan keadaan kewangan negara makin tidak stabil.", "Kerajaan membentangkan Bajet 2019 berdasarkan anggaran harga minyak mentah dunia sekitar USD70 setong. Walaupun ia merupakan anggaran kebanyakan penganalisis pasaran, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab harus mengambil kira ketidaktentuan pasaran minyak mentah dunia.", "Belum masuk 2019 harga minyak sudah jatuh ke sekitar USD51 setong. Malaysia hanya mampu berharap Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan mengurangkan pengeluaran minyak bagi meningkatkan kembali harga petrol ke sekitar USD70 setong.", "Kekurangan  sumber kewangan akan memberi masalah kepada pembangunan dan pengurusan negara. Kerajaan mula bercakap soal menjual dan mengapungkan aset bagi meraih tunai berbilion ringgit.", "Kerajaan akan menjual bon samurai bagi meraih sekitar RM9 bilion ringgit. Kerajaan memberi isyarat bahawa akan menjual aset-aset syarikat berkaitan kerajaan bagi meraih tunai yang banyak.", "Antaranya ialah cadangan penubuhan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang (REIT) ini sebagai penggadaian dan penjualan aset kerajaan. Bekas Menteri Kewangan, Datuk Sri Mohd Najib Razak menempelak cadangan sebagai penjualan dan penggadaian aset negara.", "Pada masa ini syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mempunyai perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia iaitu perlu membayar sewa RM400 juta setahun.", "Sebahagian besar saham MAHB adalah milik Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Justeru selain mengutip pajakan, kerajaan turut membuat untung melalui saham Khazanah Nasional dan rakyat mendapat faedah melalui dividen KWSP.", "Menurut Mohd Najib, melalui REIT nanti  kerajaan akan menjual 30% saham kepada pelabur dan memegang baki 70%. Ini akan membolehkan kerajaan mendapat sekitar RM4 bilion.", "Kebimbangan Mohd Najib ialah pada masa hadapan jika kerajaan perlu wang lagi maka boleh jual lagi sebahagian REIT yang dipegang. Akhirnya suatu hari nanti semua lapangan terbang dalam negara milik orang lain.", "REIT juga akan meningkat kos pengurusan lapangan terbang kerana syarikat perlu membayar nilai dividen yang tinggi kepada pelabur, dianggarkan sekitar 6.25%. Ini akan mendorong pihak pengurusan lapangan terbang menaikkan cukai lapangan terbang, kos sewaan, dan perkhidmatan lain.", "Kerajaan juga dilaporkan akan melaksanakan REIT ke atas fasiliti lain seperti hospital dan keretapi. Dalam keadaan biasa REIT adalah satu cara cepat mendapat aliran tunai bagi melabur semula dalam pembangunan dan pengurusan sesebuah aset untuk keuntungan optimum.", "Namun melaksanakan REIT pada aset kerajaan menimbulkan pelbagai persoalan lain kerana wang yang diperolehi tidak dilabur semula bagi mengoptimumkan hasil aset.", "Sebaliknya RM4 bilion masuk ke kantung kerajaan bagi tujuan lain. Justeru pengguna akan dikenakan kos lebih tinggi kerana syarikat perlu membayar dividen yang tinggi kepada pelabur.", "Selain cadangan REIT dan penjualan bon, kerajaan juga telah menjual aset Khazanah Nasional. Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengumumkan penjualan 16 peratus kepentingan atau 1.40 bilion saham dalam IHH Healthcare Bhd (IHH) kepada Mitsui & Co Ltd.", "Ini membabit pertimbangan tunai RM8.42 bilion atau RM6 sesaham. Penjualan ini bukan sahaja dilakukan cara rundingan terus tanpa tender malah akan mengurangkan pendapatan Khazanah Nasional dalam jangka masa panjang.", "Dari tahun 2008-2017 Khazanah Nasional telah mencatatkan keuntungan hampir RM100 bilion. Asetnya telah berkembang dan meningkat dari RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir  2017, iaitu keuntungan RM82 bilion.", "Kekhuatiran kita ialah tindakan-tindakan mendapat tunai singkat ini akan menjerumus negara kepada krisis pada masa depan.", "Jika arah aliran (trend) penjualan saham-saham premium Khazanah dan GLC lain berterusan tidak mustahil pendapatan kerajaan pada masa hadapan akan menyusut dengan teruk.", "Ab Jalil Becker", "* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)" ]
https://umno-online.my/2018/12/09/tiga-sebab-mengapa-ratusan-ribu-berhimpun-di-jalanan-di-malaysia-semalam/
[ "Semalam pada 8 Disember 2018 adalah suatu hari yang bersejarah di Malaysia. Beratus ribu rakyat berhimpun dan berdemonstrasi di jalanan di tengah-tengah Kuala Lumpur sekitar Dataran Merdeka.", "Perhimpunan ini adalah sepatutnya satu demonstrasi untuk membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh Kerajaan.", "Namun pada minggu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD. Oleh itu, mengapakan beratus ribu rakyat masih turun ke jalanan untuk berdemonstrasi?", "Terdapat sekurang-kurangnya tiga sebab utama:", "Pertama, setelah pemimpin-pemimpin Kerajaan membuat pelbagai u-turn dalam keputusan-keputusan mereka dalam tempoh 7 bulan ke belakangan ini dan mungkir janji dalam menunaikan manifesto pilihanraya mereka, kebanyakan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka tidak percaya yang Kerajaan dan Perdana Menteri akan mengekalkan keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD. Kerajaan mungkin akan u-turn lagi jika demonstrasi dibatalkan.", "Melalui ucapan-ucapan di himpunan semalam san reaksi di media sosial, penyokong-penyokong anti-ICERD yang merupakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia, berasa bahawa ICERD akan menyisihkan mereka dan bukan sebaliknya.", "Dalam hal ini mereka sebenarnya tidak salah untuk beranggapan sedemikian.", "Paradoksnya, sekiranya Kerajaan meratifikasi ICERD di Malaysia, ia akan menerukkan lagi masalah diskriminasi di Malaysia dan bukannya sebaliknya (baca buku berkenaan ICERD di Malaysia di sini: https://ishamjalil.wordpress.com/2018/12/07/icerd-dan-mengapa-semua-kaum-di-malaysia-perlu-menolaknya/). ICERD ini adalah seperti Malayan Union 2.0 kata mereka.", "Kedua, himpunan besar ini adalah suatu signal penolakan daripada rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah kerana tidak menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.", "Kebanyakan daripada agenda utama PH dalam manifesto pilihanraya mereka tidak ditunaikan malah mereka membuat u-turn 180 darjah pula berkenaannya selepas mereka menang pilihanraya pada bulan Mei yang lepas.", "Mereka (PH) berjanji untuk membatalkan hutang PTPTN yang telah mendorong sebahagian besar daripada orang muda untuk mengundi mereka dalam pilihanraya yang lepas, namun mereka membatalkan janji ini dan sebaliknya mengesyorkan supaya memotong gaji secara paksa untuk membayar hutang PTPTN.", "Dan mereka telah berjanji untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 seliter, namun kini senyap berkenaan hal ini.", "Dan mereka berjanji untuk menghapuskan cukai kepenggunaan GST 6%, namun mengenakan cukai kepenggunaan SST 10% selepas pilihanraya.", "Rakyat marah. Mereka bukan bodoh. Mereka terasa tertipu.", "Ketiga, himpunan besar-besaran ini juga adalah satu signal yang jelas kepada Kerajaan PH yang memerintah bahawa orang-orang Melayu sedang marah dan mereka berasa dasar-dasar dan keputusan-keputusan Kerajaan kini menyisihkan mereka serta membuat kehidupan mereka menjadi lebih teruk.", "Dalam Bajet 2019 yang baru dibentangkan, Kerajaan mewar-warkan bahawa ianya adalah bajet terbesar dalam sejarah iaitu RM315 billion dengan peningkatan sebanyak RM30 billion daripada Bajet 2018 yang lepas.", "Namun, banyak peruntukkan dan bantuan kepada kumpulan bawah 40% dan orang-orang miskin dipotong atau dibatalkan.", "Kebanyakan daripada rakyat yang terkesan dan berada dalam kumpulan ini adalah orang-orang Melayu.", "Ketiga-tiga sebab di atas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin dan pembuat dasar Kerajaan PH adalah samada tidak cekap atau naive dalam membuat dasar termasuk berkenaan hubungan kaum di Malaysia.", "Selepas menyedari kesilapan mereka, mereka senantisa membuat pelbagai u-turn yang memalukan. Namun kerosakan telah dibuat.", "Selepas banyak u-turn dalam tempoh yang singkat, siapa yang akan percaya kepada mereka lagi? Mereka (pemimpin-pemimpin PH) mungkin akan menipu lagi seperti yang mereka buat selama ini.", "Apabila dekat pilihanraya nanti, pemimpin-pemimpin PH akan membuat pelbagai janji lagi. Mereka akan menipu lagi. Siapa akan percaya kepada mereka?", "Apa yang kita lihat kini ialah Kerajaan PH mempunyai dua masalah kronik yang besar dan kritical: Mereka tidak kompeten mentadbir dan mereka tidak boleh dipercayai oleh rakyat dengan janji-janji mereka.", "Tujuh bulan selepas mereka menang pilihanraya adalah masa yang terlebih cukup malah lama menunggu untuk Kerajaan menjalankan tugas dengan cekap untuk rakyat. Sebab setiap hari terdapat ramai rakyat yang sengsara dan perlu dibantu.", "Tiada rakyat sepatutnya menunggu kerajaan mereka untuk ke tadika untuk belajar mentadbir sementara mereka sengsara.", "Para Menteri yang dilantik memegang jawatan sepatutnya telah bersedia untuk melaksanakan tugas dengan cekap daripada hari pertama, dan bukannya bekerja membuat dasar umpama permainan cuba dan salah (trial and error) dengan kehidupan rakyat sementara mereka belajar mentadbir. Rakyat tidak boleh menerima Kerajaan yang tidak kompeten.", "Ini bukanlah sebab politik, ia adalah melangkau politik. Sebab pada tahun depan, sementara pemimpin-pemimpin PH bermain politik menyalahkan kerajaan yang sebelumnya untuk menutup kelemahan diri sendiri, negara dan rakyat akan berhadapan dengan tahun yang getir dan mencabar kerana ekonomi dijangka akan mengalami krisis.", "Bagaimana kita boleh percaya kepada pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri Kerajaan PH ini untuk membawa kita keluar dari cabaran dan kesusahan apabila mereka ini tidal kompeten dan tidak boleh dipercayai?", "Sekurang-kurangnya, kerajaan BN yang dahulu adalah cekap mentadbir dan boleh dipercayai untuk menunaikan janji.", "Sekiranya pemimpin-pemimpin Kerajaan BN dahulu dituduh korup dan rasuah, ramai pemimpin-pemimpin Kerajaan PH kini yang mempunyai kes korupsi dan rasuah juga, namun ada antara mereka yang bebas dan “terbersih” setelah menang pilihanraya.", "Oleh itu jika pemimpin-pemimpin Kerajaan PH ini korup, mereka bukan sahaja korup malah tidak kompeten dan tidak boleh dipercayai. Adakah ada jenis kerajaan yang lain yang lebih teruk dari ini?", "Isham Jalil", " " ]
https://umno-online.my/2018/12/04/menjual-harta-kerajaan-betapa-liciknya-mereka/
[ "\nJika menteri kewangan PH mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang-kurangnya 30% dari lapangan terbang, bangunan hospital-hospital awam, stesen keretapi dan tanah-tanahnya, tentu ramai akan membantah.", "Sebenarnya, mereka sudah umumkan tetapi ramai rakyat biasa tidak sedar kerana cara licik mereka mengumumkan ini.", "Ini ialah petikan dari muka-surat 16 ucapan belanjawan 2019 yang dibahas Menteri Kewangan.", "Jelas dinyatakan bahawa mereka akan mewujudkan sesuatu Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang (REIT) yang pertama didunia (maksudnya lain negara tidak buat macam ini).", "Kemudian 30% dari unit REIT ini akan dijualkan kepada pihak swasta untuk menjana RM4 bilion – maksudnya nilai 100% tanah dan lapangan terbang yang dijual oleh kerajaan ialah RM13.3 bilion.", "Hari ini, semua lapangan terbang dan tanah-tanahnya ialah milik penuh kerajaan.", "Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula ada perjanjian konsesi dengan kerajaan untuk menyewanya.", "MAHB akan mengutip cukai penerbangan dari pengguna airport untuk membayar sekitar RM400 juta setahun kepada kerajaan sebagai sewa.", "Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar di MAHB. KWSP ialah kedua terbesar.", "Apabila belanjawan ini diumumkan, harga saham MAHB terus menurun sebanyak 12% iaitu kehilangan nilai sebanyak RM1.5 bilion.", "Mengapa?", "Ini alah kerana kaedah REIT ini ialah cara kerajaan menjual semua lapangan-lapangan terbang yang dimiliknya kepada syarikat REIT ini.", "Syarikat REIT akan membayar kerajaan dengan mengeluarkan 100% unit Amanah dalam REIT ini.", "Kemudian, kerajaan akan menjual 30% dari unit-unit ini kepada pihak swasta termasuk pelabur asing dengan harga sekitar RM4 bilion.", "Selepas ini, MAHB tidak akan membayar sewa kepada kerajaan lagi. Mereka akan bayar kepada syarikat REIT ini.", "Untuk menarik pelabur, pulangan dari REIT ini mesti di sekitar 6.25% iaitu pulangan purata untuk REIT-REIT yang lain di negara.", "Kalau tidak, ianya lebih senang untuk pelabur untuk melabur dalam bon atau sukuk kerajaan yang memberi pulangan faedah 4%.", "Maka, bayaran tahunan dari MAHB kepada REIT ini dijangka naik dari RM400 juta kepada anggaran RM750 juta setahun.", "MAHB pula terpaksa menaikkan cukai penerbangan untuk menampung kenaikkan ini. Cukai ini sudahpun diumum akan bertambah sebanyak RM40 seorang tahun depan.", "Pada masa yang sama, kerajaan tidak lagi memiliki 100% dari lapangan-lapangan terbang dan tanahnya tetapi hanya 70%.", "Oleh kerana pegangan 70% ini di dalam bentuk unit-unit Amanah yang cair (liquid), maka jauh lebih senang untu kerajaan untuk menjual lagi milik mereka dalam tanah lapangan terbang ini.", "Kalau hari ini telah jual 30%, esok boleh jual sampai 60% atau 100%.", "Sebenarnya, jika kerajaan perlukan RM4 bilion ini, ianya lebih senang untuk mereka untuk menerbitkan sukuk dengan membayar faedah 4% setahun.", "Tidak perlu bayar 6.25% setiap tahun kepada pihak swasta dalam bentuk REIT.", "Aturan REIT yang sama juga akan dibuat untuk hospital-hospital awam dan stesen keretapi milik kerajaan seperti dimaklum oleh Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2019 mereka.", "Setelah menjual IHH Berhad kepada syarikat Jepun dengan cara rundingan terus tanpa tender dan cadangan untuk menjual 25% kepentingan di dalam PETRONAS maka giliran untuk lapangan terbang, bangunan hospital-hospital awam, stesen keretapi dan tanah-tanahnya menjadi sasaran kerajaan PH untuk dijual.", "Semua hospital swasta di bawah IHH Berhad telah dijual kepada Jepun. Giliran hospital-hospital awam tidak lama lagi.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2018/11/27/cuma-tukar-gelas-baru-tapi-air-tetap-kotor/
[ "Itu perumpamaan yang dinyatakan oleh seorang penunjuk perasaan India di Balai Polis USJ semalam. Kerajaan PH menurut beliau umpama menukar gelas baru sahaja tetapi air di dalamnya tetap kotor. Sebenarnya “lebih kotor dan lebih kelat”.", "Selepas ini sudah tentu Menteri-Menteri India akan ambil jalan selamat dan mendesak supaya pemindahan Kuil Sri Mariamman itu dibatalkan. Ini bermakna keputusan Mahkamah akan dilanggar. Kesimpulannya di bawah Kerajaan PH tidak ada ‘rule of law’.", "Kenapa semua ini berlaku? Perumpamaan di atas adalah jawapannya. Sebenarnya rakyat sudah tersalah pilih kerajaan.", "Mereka terperangkap dengan keyakinan palsu (false confidence) kerana walaupun telah menukar gelas baru tetapi dituang dengan air yang lebih kotor.", "Kerajaan yang memerintah juga terperangkap dengan keyakinan palsu. Mereka yakin kemenangan mereka adalah ‘genuine’. Sebab itu mereka gagal memberi tumpuan kepada isu pokok. Isu pokok seperti “kesejahteraan rakyat” dipinggirkan.", "Bayangkan Bajet 2019 mengenepikan golongan petani, nelayan dan pekebun kecil. Formula untuk mengatasi kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat langsung tidak dikemukakan.", "Kerajaan PH mentadbir dengan bermain isu. Antaranya menyalahkan kerajaan lalu. Penyelongkaran demi penyelongkaran didedahkan. Mereka lupa rakyat akan muak dengan taktik tersebut.", "Justeru apabila berlaku peristiwa Kuil Sri Mariamman ia menyelongkar kelemahan pentadbiran Kerajaan PH di Selangor. Siapakah pemilik One City Development yang membeli tanah kuil tersebut? Apakah ada hanky panky?", "Akhirnya minggu lepas MB Selangor umum, pemberian air percuma akan ditamatkan tahun hadapan.", "Terbukti rakyat dapat air yang lebih kotor dan kelat. Kerajaan Selangor sanggup berhutang untuk membeli syarikat air SPLASH dengan harga RM2.55 Bilion. Siapa pemilik SPLASH? Individu kroni Kerajaan PH.", "Bekas MB TS Khalid Ibrahim tawar harga RM250 Juta sahaja. Kenapa RM2.55 Bilion? Kenapa Lim Guan Eng senyap. MRT 2 dibatalkan kononnya harga terlalu mahal. Inilah ‘double standard’ Kerajaan PH.", "Ini baru 7 bulan. Apa akan terjadi setahun atau 2 tahun akan datang? Kita bimbang air kotor, busuk dan kelat itu akan bertukar menjadi racun. Tuang segera air bersih.", "Dr Puad Zarkashi" ]
https://umno-online.my/2018/11/20/isu-icerd-perangai-ph-sebijik-macam-pelobi-zionis/
[ "Sekarang Pakatan Harapan menyalahkan UMNO kerana menghasut rakyat sedangkan Kerajaan tidak berhasrat untuk meratifikasikan ICERD. Kononnya sekadar kajian sahaja macam BN buat pada 2011.", "Pelobi-pelobi cap ayam PH mula menulis Kononnya UMNO ketandusan isu dan menjadikan ICERD sebagai batu loncatan.", "Kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD. Waytha Moorthy hanya bercakap sebagai individu bukan kerajaan.", "Ini perangai pelobi zionis di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.", "Walaupun salah sendiri, mereka akan cuba menukar perspektif supaya kesalahan itu kerana pihak lawan.", "Rakyat jangan lupa orang pertama yang membangkitkan isu untuk meratifikasikan ICERD adalah Tun Mahathir Mohamad sendiri di PBB. Bukan sahaja di PBB, malah sehingga minggu lepas Mahathir masih ada niat meratifikasikan ICERD cuma bimbang penentangan rakyat.", "Jika tidak kerana masyarakat Bumiputera dan orang Islam bangun menentang hampir pasti kerajaan akan meratifikasikannya.", "Mahathir hanya berkata “almost impossible” meratifikasinya apabila melihat penentangan yang kuat dari orang Melayu.", "Kerajaan hanya mengendurkan hasrat mereka bila Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kemungkinan berlaku rusuhan kalau kerajaan meneruskan hasrat ini.", "Sekarang mereka mahu menjadikan Ahmad Zahid sebagai “kambing hitam” dalam isu ini. Kononnya Zahid cuba mencetuskan rusuhan. Realitinya Mahathir adalah punca rakyat marah.", "Sebenarnya banyak sangat pemimpin lidah bercabang dalam Kerajaan hari ini. Cakap berbelit-belit.", "An Jalil Becker", " " ]
https://umno-online.my/2018/11/14/harapan-coin-idea-kerajaan-scammers/
[ "Ketika ringgit sedang membuat terjunan, Khalid Samad mencadangkan pengenalan “Crypto currency” – Harapan Coin – untuk kegunaan secara rasmi dalam urusan negara.", "Bagi yang tidak tahu crypto currency adalah satu cara penggubahan wang haram terkenal di seluruh dunia.", "Selain bitcoin yang agak mantap kebanyakan crypto currency ini jenis “hit and run”. Siapa dulu dialah untung. Yang masuk kemudian ngangalah menunggu buah tidak gugur.", "Agak-agak berapa Khalid Samad telah labur dalam Harapan Coin? Mungkin juga ini cara orang tertentu menghalalkan wang haram mereka di dalam dan luar negara.", "Jika dibaca di laman web mereka jelas Harapan Coin telah dijual untuk membiayai tabung politik mereka. Sekarang mereka sedang mencari jalan untuk membayar semula wang penderma mereka melalui Harapan Coin.", "Usaha menghalalkan Harapan Coin dalam urusan kerajaan adalah cara merompak wang rakyat untuk membayar kroni politik mereka.", "Kalau tengok skim-skim bawah Pakatan Harapan, jika bukan dalam kategori “salin, tampal dan penjenamaan semula”, maka ia akan bernafaskan skim MLM.", "Sebelum ini rumah tidak laku, dicadangkan skim P2P. Bayar dulu 20 peratus lagi lima tahun baru fikir jalan penyelesaian.", "Janji-janji mereka dalam manifesto juga banyak bernafaskan propaganda MLM.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2018/11/05/menteri-ibarat-bagai-jelongak-kerbau-rampung/
[ "Dalam perbualan di sebuah kedai kopi seorang sahabat bertanya saya mengapa kebanyakan kenyataan kurang cerdik, tidak matang dan melucukan datang daripada menteri Melayu terutama dari Bersatu dan Amanah.", "Beliau memberi beberapa contoh yang sangat menarik seperti Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (Bersatu), Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Dr Mujahid Yussuf (Amanah), Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (Amanah), Menteri Pertanian, Sallehuddin Ayub (Amanah).", "Sebelum ini beliau juga menyarankan lelaki transgender menggunakan tandas wanita sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.", "Dr Maszlee tidak terkecuali menjadi perbualan apabila membuat pelbagai kenyataan “luar biasa” seperti certot, hendak adakan mesyuarat menentukan warna stoking murid dan terbaharu pendidikan di negara ini hampir percuma.", "Syed Saddiq turut tidak terkecuali merebut tempat dalam membuat lawak jenaka yang menimbulkan kemarahan rakyat. Selain mempunyai keberanian melanggar norma masyarakat Melayu dengan memuat naik gambar beliau mandi dalam ‘bathtub’, beliau turut menyatakan politik berasaskan masyarakat Melayu (Bumiputera) sudah berakhir.", "Ini menimbulkan pertanyaan mengapa beliau masih dalam parti Bersatu yang secara terang dan jelas keahlian hanya dalam kalangan kaum peribumi.", "Walaupun hujah-hujah sahabat ini sangat kuat, saya terpaksa membetulkan salah tanggapan beliau. Hakikatnya bukan menteri Melayu sahaja yang jahil dan kurang ilmu tetapi juga menteri daripada kaum lain turut dalam lingkungan yang sama.", "Minggu lalu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Darrell Leiking (Warisan) tidak mahu melepaskan kesempatan untuk berada dalam senarai menteri yang membuat “kenyataan luar akal”.", "Menurut Darell kedudukan Malaysia di tangga ke-15 dalam senarai “Easy Doing Business 2019” oleh Bank Dunia adalah hasil usaha Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan beliau sendiri dalam membuat pelbagai polisi dan perubahan mesra ahli perniagaan.", "Memalukan sekali kenyataan ini dibuat tanpa menyemak fakta bahawa senarai ini berdasarkan kajian Bank Dunia sehingga 1 Mei 2018; iaitu 9 hari sebelum mereka mengambil alih pentadbiran negara.", "Tidak cukup dengan itu, Facebook menteri terbabit turut mendakwa ini merupakan jalan ke arah kembali menjadi “Harimau Ekonomi Asia”. Hakikatnya Malaysia tidak pernah menjadi Harimau Ekonomi Asia.", "Kedudukan Malaysia dalam senarai “Easy Doing Business” tiada kena-mengena dengan pertumbuhan ekonomi mahu pun kekuatan ekonomi. Ia hanya memberi gambaran kepada pelabur asing mengenai birokrasi sesebuah negara dalam bidang perniagaan.", "Bersaing dengan Darell ialah Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Beliau dikritik hebat apabila menyatakan 1 ekar ladang kelapa sawit boleh menghasilkan 12-15 tan sawit sebulan.", "Ahmad Maslan (BN-Pontian) tidak melepaskan peluang menyindir untuk belajar dengan Teresa Kok bagaimana untuk menjadikan ladang sawit sehebat itu.", "Keesokannya, selepas dikritik hebat oleh Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam), Teresa menyatakan beliau tersalah sebut ekar yang sepatutnya hektar.", "Malangnya pembetulan ini juga tidak menyelesaikan masalah apabila Wee Ka Siong bangun mempertikaikan sekali lagi. Menurut Wee 1 hektar sama dengan 2.47 ekar jadi katakan 12 hingga 15 tan, maksudnya purata kena sama dengan 5 tan atau 6 tan untuk 1 ekar.", "Selain Teresa, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pula bercadang untuk memansuhkan perkhidmatan bas perantara MRT digantikan dengan perkhidmatan Grab.", "Beliau dikritik hebat kerana penggantian bas perantara kepada Grab bukan sahaja menyebabkan peningkatan kos pengangkutan rakyat tetapi juga tidak praktikal. Ia menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang lebih teruk kerana grab hanya membawa penumpang yang sangat terhad berbanding bas perantara.", "Sudah tentu menteri yang berada tempat teratas dalam senarai “Kenyataan Luar Akal” ini ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng.", "Hampir setiap minggu Guan Eng tidak pernah gagal menghiburkan kita dengan kenyataan yang “mislead”, melucukan dan salah fakta. Senarai ini sangat panjang dari data mengenai hutang negara, pertumbuhan ekonomi, penjualan tanah di Pulau Pinang sehinggalah kepada titik perpuluhan dalam kewangan negara.", "Anda hanya perlu baca Facebook Najib Razak untuk mengetahui nilai sebenar kenyataan-kenyataan bombastik Lim Guan Eng. Justeru, adalah tidak benar hanya menteri Melayu yang jahil dan menjadi pelawak dalam kerajaan hari ini.", "Kebanyakan menteri hari ini baik Melayu, Cina mahu pun India sudah seperti peribahasa “bagai jelongak kerbau rampung” (orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang).", "Ab Jalil Becker", "Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)   " ]
https://umno-online.my/2018/10/30/pendidikan-percuma-dan-rm42-billion-kebodohan-apakah-menteri/
[ "Kepanasan apabila disindir menggunakan alasan BN “pendidikan hampir percuma” Menteri Pendidikan Maszlee Malik tampil menyalahkan kerajaan lalu. Kata beliau PH gagal memberi pendidikan percuma kerana 1MDB.", "Menteri berkata,", "i. RM42 bilion yang ditelan 1MDB boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga Universiti Ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk4 tahun.", "ii. RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman.", "Sangat melucukan apabila kenyataan yang selalu dimainkan oleh pemakan dedak kerajaan sekarang sudah diangkat menjadi kenyataan Menteri.", "Pertama, RM42B dan RM2.6B bukan wang dari kantung negara. RM42 bilion merupakan hutang 1MDB suatu masa dulu. Ia terhasil melalui pinjaman dan penjualan bon yang bersandarkan pembelian aset dan pembangunan hartanah.", "Jadi jika tiada 1MDB wang RM42 bilion itu tetap tidak wujud. Tidak ada orang gila hendak bagi Maszlee pinjam RM42 bilion untuk buat pendidikan percuma. Jadi bagaimana mana Maszlee mahu mempertahankan hujah beliau?", "Kedua apa perkiraan Maszlee bahawa RM42 bilion tersebut boleh memberi pendidikan percuma kepada anak kita dari tadika sehingga universiti selama 4 tahun?", "Bajet Pendidikan Negara 2018 hampir RM60 bilion masih gagal memberi pendidikan percuma beserta makanan dan pengangkutan selama setahun. Jika Maszlee boleh buat dengan RM42bilion beliau perlu diberi peluang.", "Justeru kita harap dalam Bajet 2019 Lim Guan Eng dapat memberi RM42 bilion kepada Maszlee supaya rakyat dapat nikmati pendidikan percuma selama 4 tahun.", "Ketiga, ketika Maszlee menawarkan pendidikan percuma dan negara tanpa tol sebelum Pilihan Raya, Pakatan Harapan telah berkempen ke seluruh negara mendakwa negara mempunyai hutang RM1 trilion dan sebanyak RM42 bilion wang 1MDB telah lesap.", "Pakatan Harapan berjanji berdasarkan hutang negara RM1 trilion dan 1MDB ada hutang RM42 bilion.", "Jadi mengapa disalahkan isu hutang negara RM1 trilion dan RM42 bilion wang 1MDB bila gagal melaksanakan pendidikan percuma dan lebuh raya tanpa tol?", "Inilah kerajaan yang mengangkat kebodohan sebagai tuan.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2018/10/28/alkisah-ali-baba-dan-40-penyamun/
[ "Datuk A Kadir Jasin mendakwa ada 40 orang ahli Parlimen UMNO memohon menyertai Bersatu.", "Jika benar telah ada 40 orang ahli Parlimen UMNO hendak masuk Bersatu, semalam juga Tun Mahathir sudah umum besar-besaran kemasukan mereka.", "Satu dunia sudah tahu Mahathir terdesak dan berusaha berusaha keras untuk dapatkan semua ahli Parlimen UMNO kecuali Najib Razak, Zahid Hamidi, Annuar Musa dan Azeez Rahim.", "Jika pejabat Tun Daim di Menara Ilham boleh bercakap mungkin ia boleh memberitahu kita berapa ramai wakil rakyat UMNO yang telah dipujuk dan digertak. Namun rancangan ini masih buntu.", "Minggu ini sudah beberapa kali beliau mempelawa ahli UMNO masuk Bersatu.", "Pelik juga ketika mendakwa parti beliau bersih dan anti rasuah, mengapa mahu diambil ahli-ahli Parlimen UMNO yang beliau dakwa korup dan bersengkongkol dengan rasuah.", "Penerimaan Mustapha Mohamad lagi pelik kerana beliau salah seorang Menteri kabinet Najib Razak yang sudah tentu terbabit dengan 1MDB secara tidak langsung.", "Beberapa hari lalu Mahathir mencemuh dan menghina ahli dan penyokong UMNO yang tidak ada dalam kabinet sebagai penyokong kleptokrasi.", "Mereka ini juga yang menyokong beliau selama 22 tahun dihina begitu sahaja.", "Lucunya hari ini beliau menerima bekas Menteri UMNO yang secara langsung terbabit dalam penentuan polisi kerajaan pimpinan Najib Razak.", "Pemimpin dan penyokong Bersatu perlu berhenti menjadi munafik jika UMNO ini parti penyamun dan penyangak jangan terima sesiapapun ahli UMNO.", "Namun sudah tentu ia tidak berlaku demikian kerana agenda Mahathir bukan agenda anti rasuah, Malaysia Baharu atau kepentingan rakyat.", "Beliau perlu kuatkan Bersatu untuk kroni dan anak-anaknya sahaja.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2018/10/24/bila-nasi-sudah-mula-menjadi-bubur/
[ "Pelbagai ceritera dan tindakan yang tak pernah kita dengar pun selama ini tetapi hari ini perkara aneh itu menjadi kebiasaan.", "Sebelum ini Najib dan BN digelarkan kerajaan perompak dan pelbagai bahasa yang amat kasar. Setiap sen duit kerajaan bisa dihitung oleh pak mat di kampung dan mak minah di ulu pendalaman. Itu semua duit rakyat katanya. Harga minyak dikira naik turunnya. GST diteliti dari setiap bil.", "Hidup pula dikatakan susah dan rakyat makin miskin. Peneroka masih mengeluh harga sawit yang ketika itu RM600 satu tan dan katanya bila la buah nak mahal ni. Felda dituduh katanya menjerut peneroka tapi sekarang harga buah tinggal RM280 saja.", "Anak muda bangga berarak mahukan PTPTN mereka dihapuskan kerana banyak negara pendidikan percuma kata mereka. Lepas belajar terus kawin dan beli kereta tinggal menyewa bukan rumah flat tapi teres yang sewaan RM1,000 ke atas. Dapat anak merungut katanya susu mahal dan lampin semua mahal.", "Penjawat awam makin berani. Katanya kerja dalam tekanan kerana tugasan dan bermacam arahan dari kerajaan kerana polisi. Cikgu lantang di kantin mengutuk kerajaan ketika itu dengan isu yang mereka sendiri tidak tahu pangkal hujungnya.", "Tapi itu semua dulu…", "Hari ini AMBO tidak lihat netizen yang menyalak pasal minyak walhal minyak masih mahal. AMBO tidak lagi nampak Guru yang berani berpolitik di sekolah walhal polisinya masih sama malah makin teruk dengan idea bodoh Menteri dan Timbalan Menteri yang mahukan cuti pun berperingkat mengikut negeri.", "Tiada lagi manusia yang prihatin meneliti bil belian mereka walhal SST 16% berbanding GST 6% dan bukan pada barangan keperluan asas.", "Tiada lagi posting maki hamun dan cercaan dari golongan muda tetapi PTPTN mereka masih perlu dibayar sehingga kini,hahaha…", "Pak Mat, Hj Rauf dan Mak Minah tidak lagi berminat nak bercakap politik setiap kali ke pasar dan kedai kopi. Pesara seperti Hj Salleh tidak lagi memaki kerajaan walhal pencen yang mereka nikmati bakal ditarik.", "Tup-tup Kerajaan Baru istiharkan bermacam alasan untuk tidak melangsaikan hutang janji mereka kepada rakyat tetapi tiada rakyat yang marah malah bangkit pertahankan walau barangan mahal.. walau minyak tidak turun.. walhal PTPTN tetap kena bayar.. walhal cukai sekarang takde dalam bil tapi dah dimasukkan awal-awal tanpa mereka tahu pun berapa dan banyak mana. Yang pasti barangan sesen tak turun malah lebih mahal.", "Penjawat awam takde sorang yang marah walhal kenaikan gaji mereka pun nak dikaji semula. Tiada bonus tiada kenaikan tangga gaji.", "Tup-tup Anak Pak Miuun ‘call’ bagi tau nak balik kampung sebab kontrak kerja tak disambung dekat-dekat raya hari tu.", "Tup-tup anak Mak Limah bagi tahu nak pinjam duit untuk bayar sewa rumah sebab syarikat dah diberhentikan dari projek besar dan dia pun takde kerja. Hanya bini yang misi tu jer lah talian hayat yang ada.", "Tup-tup dengar kabar kerajaan nak jual aset dan harta negara sebab kononnya takde duit nak urus negara.", "Yang menghairankan ialah dulu kerajaan ‘perompak’ merompak duit rakyat tapi boleh bagi bonus dan kenaikan gaji. Boleh bagi BR1M. Banyak projek besar dilaksanakan dan anak-anak muda senang dapat kerja dan sara ibubapa. Banyak projek kecil di luar bandar dan pembangunan sampai depan tangga walau dalam tanah rancangan dan ulu pendalaman.", "Kerajaan perompak tapi penjawat awam senyum lagi sebab boleh bawak balik duit bonus raya.Akhir tahun tak sakit kepala sebab ada bonus hujung tahun yang boleh selesaikan baju seluar anak sekolah.", "Yang hairannya dulu kerajaan ‘perompak’ tapi takde plak dengar kerajaan jual aset penting negara malah PNB dari RM12 billion aset meningkat kepada RM 43.9 pada akhir 2017. Aset Khazanah dari RM33.7 billion menjadi RM115.7 billion.", "Kebenarannya diakui Daim yang merupakan perancang utama ekonomi negara mengakui sukar menguruskan ekonomi negara hari ini. Kerana apa? Kerana pelabur tidak yakin dengan kerajaan hari ini.", "Dalilnya apa? Dalilnya ialah lawatan PM di beberapa negara termasuk jiran Brunei menemui jalan buntu untuk meminjam wang dari Japan, China , Amerika dan London.", "Kerana apa pelabur tak yakin? Sebab semua pemimpin bercakap soal hutang negara. Pergi luar negara cakap negara berhutang sampai trilion.", "Walhal soal hutang itu untuk mendapat simpati rakyat dan memberikan alasan supaya rakyat tidak marahkan kerajaan kerana tak tunai pelbagai janji. Mana ada pelabur atau negara yang bodoh mahu melabur atau bagi pinjam kepada negara yang hutangnya banyak dan bakal bankrap.", "Rupanya dari dulu pembangkang ketika itu menyatakan negara akan bankrap dan bankrap itu betul tapi bukan di tangan BN tapi mereka yang akan bankrapkan negara dengan menjual aset negara, bagi peluang anak-anak dan kroni rompak kontrak besar dan kebodohan mengurus negara.", "Kepada rakyat yer.. AMBO tahu sangat yang anda semua tengah meratapi kesilapan anda semua.Tu sebab takde caci maki di sosial media. Bukan tak nak maki tapi anda semua sedang malu dengan diri anda sendiri.", "Anda sedang berkecamuk mengira baki wang dalam akaun anda yang tak sebanyak mana tu. Anda sedang berkira sebelum ke kedai atau shoping komplek dan tidak seperti dulu.", "Anda juga masih tidak menonton TV3 seperti dahulu kerana anda dah muak dan mula marah dengan wajah atau watak yang keluar berita setiap hari pasal hutang..hutang..dan hutang..termasuklah anda yang hutangnya makin bertambah..hikhikhik..", "Apa pun persoalan dengan tajuk di atas AMBO nak tinggalkan kepada pembaca untuk menjawabnya.", "Jazakumullahu khaira.", "AMBO…\nABU…AMBO BUKAN UMNO" ]
https://umno-online.my/2018/10/22/ops-lalang-1987-berulang-kembali/
[ "Pada bulan Oktober 1987, di bawah pemerintahan Perdana Menteri yang sama iaitu Dr Mahathir, seramai 106 pemimpin politik pembangkang telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di bawah ISA.", "31 tahun kemudian pada hari ini perkara yang sama berulang kembali. Sejak dua bulan kebelakangan ini sekurang-kurangnya enam orang pemimpin politik pembangkang telah dipanggil oleh Kerajaan untuk disoal siasat dan tiga daripada mereka telah disumbat ke dalam lokap termasuklah mantan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO kini Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi.", "Dalam bulan-bulan akan datang ini dijangkakan lebih ramai lagi pemimpin politik pembangkang akan ditangkap dan ditahan oleh Kerajaan.", "Sejarah penindasan politik ke atas pembangkang di Malaysia era tahun 80-90an kini berulang kembali di mana Kerajaan kini mahu melemahkan atau menghapuskan pembangkang dengan menekan, menindas dan menarik pembangkang untuk menyertai dan tunduk kepada telunjuk parti Kerajaan.", "Sesiapa yang engkar akan dihapuskan atau disumbat ke dalam penjara.", "Episod penangkapan pemimpin-pemimpin politik pembangkang oleh Kerajaan melalui SPRM pada bulan-bulan kebelakangan ini terang-terangan bukan untuk menghapuskan rasuah, namun ianya adalah untuk menghapuskan musuh politik.", "Ianya adalah suatu penangkapan dan penindasan politik.", "Sebab jika Kerajaan betul-betul adil dalam menegakkan undang-undang dan menghapuskan rasuah, maka mana mungkin tiada seorangpun pemimpin Kerajaan dari Pakatan Harapan yang disoal siasat dan ditangkap sejak pilihanraya walaupun umum tahu mereka terpalit dengan pelbagai isu rasuah semasa mentadbir di negeri Selangor dan Pulau Pinang.", "Adakah mereka-mereka ini kini telah suci murni setelah menang pilihanraya?", "Malah seorang daripada mereka yang bertaraf menteri telah dibebaskan walaupun keterangan semua saksi belum habis didengar di mahkamah.", "Sebaliknya ramai pemimpin pembangkang kini yang menjadi target dan ditangkap.", "Jika pembangkang lemah atau dihapuskan maka akan wujud sistem satu parti di Malaysia iaitu Parti Kerajaan di bawah Pakatan Harapan tanpa pembangkang.", "Apabila ini berlaku maka tidak akan ada semak imbang politik dan dasar di negara ini dan Kerajaan akan terus boleh mengkhianati rakyat tanpa timbal balas.", "Mereka boleh terus menipu dan mungkir janji kepada rakyat kerana mereka tahu tiada pencabar yang kuat untuk menjatuhkan mereka dalam pilihanraya.", "Dan Perdana Menteri boleh terus menjadi diktator dengan kuasa drakonian tanpa mempedulikan rakyat.", "Kerajaan begini juga boleh menukar Perlembagaan dan menghapuskan institusi Raja-raja Melayu jika mereka mahu.", "Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku. Sebab itu kita kena tentang mereka habis-habisan.", "ISHAM JALIL" ]
https://umno-online.my/2018/10/17/berbekal-kewangan-rm450-juta-menteri-kewangan-yang-kelakar/
[ "Menteri Kewangan kita kelakar.", "Dia bercakap seolah-olah Kerajaan berhenti menerima hasil sejak 9 Mei.", "“Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta” ?", "Hasil Kerajaan 2018:", "Januari RM18.9b\nFebruari RM11.5b\nMac RM24.0b\nApril RM17.6b\nMei RM20.8b\nJun RM14.1b\nJulai RM21.3b\nOgos RM17.4b", "Angka-angka ini tertera jelas di laman Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.", "Setiap bulan Kerajaan menerima hasil cukai. Misalnya cukai GST atau kini SST, ataupun dalam slip gaji kami ada tertera potongan cukai bulanan.", "Sejak bulan Mei hingga Ogos lalu, Kerajaan sepatutnya telah menerima hasil cukai sebanyak kira-kira RM74 bilion.", "Pada bulan Mei sahaja RM20.8 bilion.", "Januari hinggga April iaitu 4 bulan pertama kerajaan terima RM72 bilion. RM2 bilion kurang daripada apa yang Kerajaan PH dapat bagi 4 bulan seterusnya Mei-Ogos.", "Bagaimana “mencabar” kerja Lim Guan Eng saya tidak pasti. Ataupun duit itu “hilang”?", "Jika duit itu sudah hilang, maka wajarlah Lim Guan Eng disiasat. Ke mana duit itu? Saya rasa rakyat berhak tahu.", "Saya setuju jika kata kerja Guan Eng lebih mencabar mulai 1 September, itu sudah tentu.", "Mengapa? Kerana SST diperkenalkan menggantikan GST. Rakyat tidak merasai apa-apa manfaat tetapi Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion dan tidak dapat meneruskan banyak inisiatif atau program.", "Cukuplah Guan Eng dengan sandiwara dan pembohongan mu.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2018/10/11/isu-mrt2-bukan-soal-jimat-tapi-cara-menyamun-kontrak/
[ "Tony Pua menulis panjang lebar menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak lagi mahu berunding menurunkan kos membina laluan bawah tanah untuk MRT2.", " ", "Beliau menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak mahu berkongsi data mengenai projek dengan pihak konsultan yang dilantik bagi mengesahkan kos sebenar kontrak.", " ", "Perunding beliau mendakwa projek tersebut boleh dikurangkan kos sehingga sekitar RM4.5 bilion.", " ", "Kerajaan juga menyatakan akan membuat tender terbuka antarabangsa bagi menjimatkan kos laluan bawah tanah.", " ", "Persoalan pertama kita ialah siapakah perunding kerajaan? Apakah perunding sama yang dibayar beratus juta hanya untuk “konsultasi” terowong Pulau Pinang?", " ", "Kedua, MMC-Gamuda memenangi tender terbuka antarabangsa bagi projek ini. (http://www.theedgemarkets.com/…/mmc-gamuda-bags-largest-mrt…). Jadi apa kejadah kerajaan hendak buat tender terbuka lagi?", " ", "Ketiga, MMC-Gamuda menang tender terbuka bermakna data dan butiran projek sememangnya ada pada kerajaan. Jadi apa sebab kerajaan dakwa MMC-Gamuda tidak bekerjasama memberi data.", " ", "Apakah perunding yang dilantik cuba mendapatkan maklumat pembekal dan teknikal projek yang menjadi rahsia syarikat supaya memudahkan kontraktor baharu bakal dilantik menyambung kerja dan pintas jalan mudah penyelidikan dan kajian awal?", " ", "Keseluruhan naratif kerajaan dalam isu MRT2 soal penjimatan adalah untuk menyedapkan telinga rakyat tapi di belakang tabir rakyat melihat ia adalah cubaan “menyamun” kontrak.", " ", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2018/10/08/agensi-penarafan-dan-bank-dunia-sahkan-hutang-negara-bukan-rm1-trilion-najib/
[ "Hari ini, saya sempat baca laporan terkini dari ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa iaitu Moody’s, Standard & Poors dan Fitch Ratings.", "Tiada satu pun dari ketiga-tiga agensi penarafan itu menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion.", "Laporan Bank Negara Malaysia terkini juga menyatakan bahawa hutang kita pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion iaitu kenaikkan dari RM686 bilion pada akhir bulan 2017. Juga bukan RM1 trilion.", "Saya juga baca laporan Bank Dunia minggu lalu dan mereka juga tidak menyebut hutang kita adalah RM1 trilion.", "Tetapi minggu lalu, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walaupun berita ini dilaporkan dengan agak meluas di luar negara (contohnya di Nikkei, media Jepun) tetapi media tempatan tidak membuat liputan luas mengenainya.", "Minggu lepas, kerajaan juga mengeluarkan laporan dagangan antarabangsa untuk bulan Ogos. Eksport telah menurun manakala import naik dengan tinggi. menyebabkan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu paling rendah bagi tempoh 45 bulan.", "Laporan itu juga mengesahkan eksport minyak sawit jatuh sebanyak 27% (berbanding unjuran saya pada 26%).", "Dua bulan dahulu, saya pernah memuatnaik unjuran kejatuhan ini akan berlaku:\nhttps://www.facebook.com/…/a.10151787553…/10155548263225952/", "Pada masa itu, saya menulis:", "“Banyak juga yang membimbangkan. Lebihan dagangan antarabangsa juga jatuh teruk dalam bulan Mei dan Jun kepada RM6 bilion iaitu setengah daripada lebihan RM13 bilion untuk bulan April kerana jumlah import kita telah naik dengan pesat manakala kadar pertumbuhan ekspot kita telah menurun.", "Ini mungkin disebabkan oleh GST disifarkan dan menyebabkan pengguna menjurus kepada pembelian barang import.”", "Saya juga memberi amaran melalui satu wawancara dengan portal media tempatan tentang kemungkinan Malaysia akan menghadapi situasi defisit berganda di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/…/najib-kami-tinggalkan-…/", "“Bekas menteri kewangan itu juga berkata import kini bertambah lebih cepat daripada eksport sejak kadar GST disifarkan, selain pertambahan dalam penggunaan domestik.”", "“Akibatnya, lebihan dagangan kita jatuh,” katanya. “Keadaan ini dan ditambah dengan pengaliran keluar modal sejak pilihah raya, menyebabkan lebihan akaun semasa kita merosot teruk dan memeranjatkan banyak pihak. Ia kini jatuh kepada AS$1 bilion, jauh kurang berbanding AS$15 bilion dalam suku lepas.", "“Beliau memberi amaran tentang ‘defisit berganda’ sekiranya kerajaan PH membenarkan lebihan itu bertukar menjadi defisit.", "“Jika permintaan domestik dan import terus meningkat dalam keadaan pertumbuhan eksport merosot, kita juga boleh berhadapan dengan defisit dagangan, dan itu bermakna 3 kali defisit iaitu defisit bajet, defisit akaun semasa dan defisit dagangan luar.”", "Nampaknya kebimbangan saya pada masa itu semakin menjadi kenyataan. Saya harap kerajaan PH prihatin tentang kemungkinan berlakunya 3 defisit ini. –ttkm.com.my" ]
https://umno-online.my/2018/10/02/azmin-ali-baka-perdana-menteri-ke-8/
[ "DEDAH… Baru-baru ini netizen tempatan gempar dengan kisah seorang penilik wanita di Thailand, Navaracha Pinitlokakorn yang meramalkan pelbagai cerita ‘panas’ mengenai isu politik Malaysia.", "Ini termasuk ramalan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dilantik sebagai perdana menteri yang kelapan selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Uniknya beliau amat disegani di negara tersebut kerana ramalannya 100 peratus tepat.", "Terkini, sebuah akhbar tempatan di ibu kota Amerika Syarikat (AS), The Washington Times pada 28 September lalu mendedahkan rancangan sulit Perdana Menteri ketujuh itu untuk tidak beri ruang kepada Anwar bagi ganti dirinya.", "Penulis, L. Todd Wood menerusi kolum Analysis & Opinion memetik sumber kerajaan termasuk pegawai Pejabat Perdana Menteri ketika iringi lawatan Mahathir ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu lalu.", "Dengan tajuk ‘Sex, lies, videotapes and sharia in Malaysia‘ (Seks, penipuan, rakaman video dan hukum syariah di Malaysia), kupasan beliau dalam artikel itu selari tilikan Navaracha mengenai masa depan ‘gelap’ politik Anwar.", "Wood mendedahkan bahawa politik Pakatan Harapan (PH) berjaya dibentuk Mahathir penuh dengan korupsi, seni pembohongan dan hipokrit selain ugutan melibatkan tokoh berpengaruh di negara rantau Asia tenggara tersebut.", "Ini termasuklah ‘drama’ pembebasan Anwar menerusi pengampunan diraja sebagai proses tawar-menawar kuasa kerana Mahathir memerlukan seteru politiknya itu yang memiliki pengaruh besar dalam kalangan rakyat marhaen.", "Tambahan pula, Mahathir amat dibenci PH dan majoriti rakyat kerana amalan penyelewengan sepanjang 22 tahun berkuasa sebagai perdana menteri yang keempat waima sanggup bertindak memenjarakan Anwar atas kes liwat.", "Justeru penulis akhbar tersebut mendakwa telah menerima maklumat daripada sumber boleh dipercayai yang rapat dengan Mahathir bahawa Pengerusi PH itu tidak pernah berjanji untuk serah kuasa ketua kerajaan kepada Anwar.", "Sebaliknya hasil rakaman suara eksklusif selama beberapa jam itu yang diperoleh oleh Wood mendedahkan tiada perjanjian bertulis konon Mahathir akan beri jawatan perdana menteri selepas dua tahun berkuasa kepada Anwar.", "Bahkan apa yang berlaku, Mahathir bakal mencalonkan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan ini bermakna, tentu ada plot jahat untuk ‘sumbat’ Anwar kembali masuk ke penjara.", "Langkah janggal Mahathir sengaja pilih Timbalan Presiden PKR itu jelas dapat dilihat apabila Azmin terpaksa lepas kedudukan Menteri Besar Selangor untuk sandang jawatan yang baharu diwujudkan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.", "Dari segi hierarki, ia merupakan jawatan ketiga paling berkuasa dalam posisi jemaah Kabinet PH selepas Perdana Menteri dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang dilihat sekadar boneka.", "Apakah Anwar akan bangkit berontak lawan Mahathir semula? Kerajaan Mahathir ada cara sendiri dan ia dipanggil ugutan! Ini termasuklah bongkar kes liwat ketiga Anwar dan kali ini dengan seorang remaja asing di luar negara.", "Jika Anwar berdegil, rakaman itu yang disediakan perkhidmatan perisikan Jepun akan ditularkan secara luas di seluruh dunia dan apabila ‘meletup’, berita ini akan lengkap disusuli dengan pengesahan forensik pelbagai pihak.", "Namun ada juga Pelan B iaitu Anwar tidak akan dimalukan sekali lagi, tetapi beliau sekadar perdana menteri boneka yang dikawal ‘orang’ Mahathir sama ada dalam Kabinet atau di luar pentadbiran kerajaan dan dipantau rapi 24 jam.", "Ternyata Mahathir cukup bijak berpolitik dan isu ini turut disedari pihak kerajaan AS sendiri yang sebenarnya tidak begitu gembira dengan kemenangan dramatik PH dan terpaksa ‘berlakon’ buat sementara waktu. – Mynewshub.TV" ]
https://umno-online.my/2018/09/28/umno-sebuah-perjuangan/
[ "Setelah sekian lama kita menjadi parti pemerintah, hari ini kita akan mengadakan Perhimpunan Agung sebagai sebuah parti pembangkang. Bagi kebanyakan kita, mungkin juga semua yang masih ahli, ini adalah pengalaman pertama sebagai ahli UMNO dalam keadaan hilang kuasa di Persekutuan.", "2. Pada 1946, UMNO ditubuhkan sebagai sebuah parti pembangkang dalam kerajaan Penjajah British. Sehingga kita menang pilihan raya pertama pada 1955, kita adalah pembangkang kepada kerajaan. Kita adalah pembangkang kepada Malayan Union.", "3. Oleh kerana kebanyakan kita tiada pengalaman pembangkang secara total, maka ramailah memilih jalan mudah menyeberang ke pihak lain yang memegang kuasa. Masing-masing ada dorongan tersendiri. Ada sebab peribadi dan ada sebab perjuangan.", "4. Ada kerana ditekan pihak pemerintah sehingga terpaksa keluar parti. Ada yang memilih parti pemerintah kerana kelangsungan hidup. Namun tidak dinafikan ada juga menyertai parti pemerintah kerana berpandangan agenda Islam dan Melayu harus dilaksanakan dari dalam sana.", "5. Kita yang tinggal harus mula bertanya, apakah kita akan terus berhiba, mengenang nasib lalu dan berulang-ulang bercakap soal kekurangan dan kesilapan kita; atau mula bangkit menggenggam bara api sehingga menjadi arang.", "6. Hari ini setiap ahli UMNO perlu bertanya dalam diri sendiri, adakah kita akan terus mencari tunding-menunding sesama kita agar rakan kita tampak lebih buruk dari kita? Kita boleh menyalahkan orang itu dan orang ini, parti itu dan parti ini. Hakikatnya kita kalah sebagai sebuah pasukan besar Barisan Nasional.", "7. Ya, kita ada kekurangan dan kesilapan. Manusia mana yang sempurna? Parti mana yang tiada cacat cela? Malah sebahagian dalam parti lawan lebih buruk dan huduh dari kita sama ada sewaktu menjadi kerajaan dahulu atau kerajaan sekarang.", "8. Namun kita bukanlah begitu hina dan buruk seperti yang cuba digambarkan oleh pihak lawan. Selama lebih 60 tahun mentadbir negara ini kita telah membawa kemerdekaan, pembangunan dan pemodenan yang sengat menakjubkan berbanding kebanyakan negara-negara serantau.", "9. Sama ada ia terhasil di bawah almarhum Tunku Abdul Rahman, allahyarham Tun Abdul Razak, allahyarham Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, ia adalah hasil perjuangan UMNO dan rakan-rakan parti komponen dalam Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.", "10. UMNO dan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Mohd Najib Razak sendiri mempunyai senarai panjang pembaharuan dan pemodenan yang dibuat. Dari penetapan gaji minimum, pertumbuhan ekonomi, pemodenan pengangkutan awam, sehinggalah kepada hal-hal bantuan kepada rakyat mengikut keperluan dan kekurangan.", "11. Sudah tentu apabila kita kalah maka musuh dan mereka yang berfikiran negatif akan membicara keburukan dan kekurangan kita; dan melupakan kebaikan dan sumbangan yang telah dicipta selama ini. Ini lumrah dunia politik negara kita. Suatu hari nanti mungkin sejarah akan menghakimi kita dengan lebih baik.", "12. Soalnya, hari ini apakah UMNO akan terus mengasingkan diri dan malu dengan serangan pihak musuh, atau bersedia untuk bangkit semula sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat.", "13. Sejarah menunjukkan UMNO bukan sahaja menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam seperti matlamat penubuhan, tetapi juga mengambil berat dan memahami kehendak masyarakat bukan bumiputera dan penganut agama lain. Kita telah bina sebuah negara Malaysia yang makmur dan berjaya dalam rencam kepelbagaian kaum, budaya, agama dan jarak geografi.", "14. Cukuplah kita berkabung dan bersedih atas kekalahan ini. Ambil iktibar kekalahan ini adalah ujian dan takdir Ilahi. Sebagai parti politik, mungkin Allah menguji kita dengan satu musibah besar ini sebagai peringatan dan kifarah supaya kita dapat bangkit sebagai sebuah parti yang lebih baik pada masa akan datang.", "15. Ingatlah walaupun bukan kerajaan kita adalah “single party” yang memenangi kerusi terbanyak Parlimen dan DUN dalam Pilihan Raya Umum lalu. Berjuta orang masih menyokong kita. Sokongan ini harus diterjemahkan dengan satu perjuangan yang lebih bersungguh dan komitmen yang tinggi.", "16. Justeru marilah semua ahli, dan penyokong parti termasuk bukan Melayu, untuk turun menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada perjuangan parti ini. Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan satu ujian apakah kita semua meneruskan perjuangan ketika hilang kuasa.", "UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia!", "Mahdzir Khalid\nNaib Presiden UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2018/09/24/ekonomi-malaysia-17-soalan-untuk-bantu-guan-eng-fahami-fakta/
[ "Nampaknya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tak berpuas hati dengan jawapan-jawapan dan penelitian saya tentang hal-ehwal ekonomi negara.", "Oleh itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya.", "1. Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar GST selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14?", "2. Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST disifarkan pada Jun 2018?", "3. Adakah benar Malaysa adalah satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada SST, pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka?", "Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan?", "4. Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk?", "5. Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5 peratus bagi suku kedua 2018 adalah di bawah unjuran, Ringgit menyusut sebanyak 30 sen berbanding Dolar Amerika, berpuluh bilion Ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa BNM menyusut dari US$110 bilion setiap bulan kepada US$103.9 bilion sehingga 15 September 2018.", "6. Adakah benar tekanan utama terhadap kewangan negara tahun depan ialah kehilangan pendapatan RM40 bilion setahun berikutan penghapusan GST dan peningkatan subsidi pukal?", "7. Adakah benar pembatalan dan penangguhan pelbagai projek turut menyebabkan kehilangan pekerjaan baru dan sedia ada selain penyusutan pertumbuhan ekonomi menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan negara akan terjerumus ke dalam kemelesetan tidak lama lagi?", "8. Adakah benar disebalik dakwaan Pakatan Malaysia akan bankrap selama 10 tahun sebelum ini dan kononnya kerajaan terdahulu tak pandai mengurus ekonomi, BN secara konsisten berjaya mengurangkan defisit bajet setiap tahun, meningkatkan BR1M, meningkatkan gaji kakitangan awam dan gaji minimum serta mengekalkan pertumbuhan KDNK antara tertinggi di dunia termasuk mengatasi Singapura sejak 2011 manakala eksport meningkat setiap tahun?", "Adakah sebab inilah mengapa Guan Eng pada minggu lalu berkata ekonomi Malaysia masih kukuh dengan menyatakan 8 faktor kepada kenyataan itu.", "9. Adakah benar dengan menyalahkan saya dan kerajaan lalu adalah alasan paling mudah untuk digunakan sebagai ‘keputusan sukar’ bagi bajet akan datang di mana dijangkakan bantuan untuk rakyat akan dihentikan, pinjaman kerajaan akan meningkat dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah biarpun ia sebenarnya adalah akibat polisi, perancangan teruk dan salahtadbir anda sendiri yang menjadi penyebabnya?", "10. Adakah benar, sebagaimana pernah saya jelaskan dua kali sebelum ini, adalah mustahil wang disatukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat “buffer” dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan dan saya pernah tanya dua kali kepada Guan Eng untuk beri jawapan pada jadual di bawah untuk tunjukkan kepada rakyat bagaimana ia berlaku namun tidak pernah dijawab?", "11. Adakah benar jika dakwaan anda benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, anda mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk mendapatkan jawapan ke mana wang itu dibelanjakan? Kenapa tanya saya pula?", "12. Adakah benar disebalik anda mendakwa lebih 1.5 juta orang akan terkesan dari tuntutan LHDN yang tidak dikembalikan, tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan pernah menyuarakan isu ini sepanjang 10 tahun lalu dan tak pernah menjadi masalah namun tiba-tiba ia menjadi masalah?", "13. Adakah benar, anda hanya mengetahui kononnya terdapat kelompongan RM35 bilion bagi tuntutan GST dan LHDN selepas 3 bulan anda menjadi menteri kewangan dan secara kebetulan selepas anda mengetahui terdapat lonjakan tinggi bagi tuntutan input GST selepas GST sifar pada Jun 2018.", "14. Adakah benar, saya sudah bertanya berulangkali kepada anda untuk memulakan RCI terhadap ‘kehilangan RM35 bilion’ ini berikutan jumlahnya yang besar namun anda tidak berani beri jawapan?", "15. Adakah benar liabiliti kontijensi dilaporkan secara telus setiap tahun termasuk dibawah akaun BNM dan ia sekaligus buktikan bahawa kerajaan lalu tak pernah sembunyikan sebarang hutang atau liabiliti kontijensi?", "16. Jika benar hutang negara adalah RM1 trilion sebagaimana dakwaan anda dan kita berada di pinggir krisis kewangan, mengapa kesemua agensi penarafan kewangan antarabangsa, IMF dan Bank Dunia berikan kita penarafan A?", "Bolehlah Guan Eng menyatakan secara terbuka bahawa agensi penarafan kewangan antarabangsa itu semua serta IMF dan Bank Dunia tidak kompeten atau bersengkongkol dengan kerajaan lalu untuk menipu dunia?", "17. Guan Eng juga menyebut dalam kenyataannya hari ini bahawa tiada kaitan antara harga minyak dan nilai Ringgit disebalik pelbagai kajian dan analisa menyatakan sebaliknya. Mungkin Guan Eng terlalu malas untuk membaca, mungkin dia boleh rujuk kepada carta di bawah (saya lukis kerana mungkin dia malas baca)?", "Guan Eng juga boleh baca tentang kaitan nilai Ringgit dengan harga minyak dunia di sini:\nhttps://www.commoditytrademantra.com/…/is-there-a-relation…/", "ataupun dari The Edge bulan Julai di sini:\nhttp://www.theedgemarkets.com/…/state-nation-factors-move-r…", "Banyak lagi rujukkan boleh dicari jika Guan Eng benar-benar mahu menambah pengetahuan beliau mengenai hubungan nilai Ringgit dengan harga minyak.", "Saya tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan-soalan di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham. (Selepas ini, saya jangka Kit Siang akan mengeluarkan lagi banyak kenyataan akhbar untuk marah saya)", "Tidak dapat dinafikan bahawa Guan Eng adalah ahli politik yang berbakat, terutama dalam memutarbelit dan gemar menyalahkan orang lain dalam menyakinkan penyokongnya, tetapi ini adalah ekonomi sebenar yang berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini.", "Tiada sekelumit putarbelit pun akan membantu anda jika pengurusan serta polisi anda teruk.", "Datuk Seri Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2018/09/18/dakwa-shafee-langkah-terdesak-sangat-misteri/
[ "Pendakwaan terhadap peguam terkemuka Tan Sri Shafee Abdullah atas tuduhan penggubahan wang haram dan pengelakan cukai menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya mengenai masa depan sistem keadilan negara.", "Shafee dituduh menerima hasil aktiviti haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.", "Tuduhan ini dikemukakan ke atas peguam tersebut kerana beliau menerima cek sebanyak RM9.5 juta dari akaun Perdana Menteri Keenam, Datuk Sri Mohd Najib Razak, yang disyaki terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.", "Sebelum ini Pakatan Harapan mendakwa cek RM9.5 juta tersebut adalah bayaran kepada Shafee sebagai Pendakwaraya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari. Shafee menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan bayaran tunggakan kos guaman beliau kepada Umno sejak berdekad lalu.", "Justeru pendakwaan ke atas Shafee kerana bersubahat menggubah wang haram dari skandal 1MDB sangat misteri. Pada suatu ketika mereka mendakwa Shafee menerima wang tersebut kerana mengambil alih tugas pendakwaan ke atas Anwar. Hari ini mereka mendakwa wang tersebut adalah sebahagian aktiviti penggubahan wang haram.", "Shafee merupakan peguam utama Najib dalam berhadapan siasatan dan pendakwaan berhubung “private account”di Ambank yang menerima derma politik daripada Raja Arab Saudi.", "Najib belum dibuktikan melakukan sebarang kesalahan jenayah penggubahan wang haram, namun peguam beliau sudah didakwa kerana menerima wang dari sumber yang dianggap sebagai akaun penggubahan wang haram.", "Apakah selepas ini semua peguam yang menerima wang dari anak guam yang dituduh di bawah kes rasuah akan menerima pendakwaan yang sama?", "Masyarakat pasti tertanya-tanya apakah tujuan pendakwaan ini untuk melemahkan pasukan pembela Najib dan bertujuan menghalang keadilan?", "Pendakwaan ke atas Shafee dibuat selepas beberapa pendedahan oleh pasukan Najib yang dikatakan memberi tanggapan negatif masyarakat kepada kerajaan.", "Beberapa hari lalu Najib mendedahkan surat dari kerajaan Arab Saudi yang menunjukkan ada persetujuan untuk menderma kepada “tabung politik” beliau bagi menghadapi pilihan raya 2013.", "Pendedahan ini telah menyebabkan kerajaan dan pejabat Peguam Negara berada dalam keadaan tertekan kerana ada bukti bertulis. Ini menolak tanggapan sebelum ini bahawa Najib hanya mereka cerita.", "Najib juga mendedahkan beliau telah mengembalikan wang tersebut kepada akaun yang sama. Ini kerana wang tersebut bertujuan memastikan tiada cubaan menjatuhkan kerajaan melalui “pembelian” wakil rakyat. Apabila kerajaan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya dan telah menjadi stabil, maka wang tersebut dikembalikan.", "Yang menjadi kontroversi ialah kerana derma tersebut disalurkan melalui syarikat kewangan Tanore Finance Corporation (TFC) yang turut menjadi pengendali bon 1MDB bagi kerjasama perniagaan 1MDB-PetroSaudi.", "Selepas pendedahan tersebut, para propagandis dan cybertroopers Pakatan Harapan berusaha menimbulkan keraguan dengan membesarkan bahawa wang tersebut disalurkan melalui TFC adalah bukti Najib menyeleweng dana 1MDB. Ini sahaja satu-satunya alasan yang tinggal bagi membuktikan Najib bersalah.", "Sama ada wang tersebut dari dana 1MDB atau kerajaan Arab Saudi hanya akan dibuktikan dalam mahkamah. Sama ada dalam Najib mengetahui ia wang dari Arab Saudi atau 1MDB juga hanya akan ditentukan dalam mahkamah nanti. Itu pun sekiranya ada pertuduhan.", "Namun sesuatu yang ramai orang tidak beri perhatian ialah hampir keseluruhan wang tersebut dikembalikan ke akaun TFC.", "Malah dalam pendedahan tersebut, Najib menyatakan perbezaan jumlah yang dikembalikan ialah kerana tukaran mata wang yang telah berbeza pada waktu wang didermakan dan ketika dipulangkan.", "Mereka yang membaca mula ragu mengenai naratif 1MDB. Jika benar Najib mencuri wang 1MDB, apa keperluan beliau mengembalikan keseluruhan wang tersebut kepada akaun yang sama menderma kepada beliau?", "Pendedahan Najib ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan dalam kalangan pengundi Pakatan Harapan bahawa Najib seorang kleptokrat.", "Jika semua wang tersebut dipulangkan ke akaun yang sama maka tidak adalah sebarang aktiviti penggubahan wang haram atau mencuri wang 1MDB oleh Najib seperti yang didakwa mereka.", "Selama ini ramai tidak jelas dan menganggap wang yang diterima telah diagihkan kepada akaun-akaun lain di luar negara milik Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz.", "Soal sama ada wang tersebut diseleweng dari TFC kemudiannya seperti dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ia bukan di bawah tanggungjawab dan kawalan Najib.", "Sebelum pendakwaan ke atas Shafee juga, peguam tersebut telah mendedahkan bahawa bayaran RM9.5 juta tersebut sebahagiannya adalah tunggakan pembayaran khidmat guamannya untuk UMNO pada zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.", "Shafee juga mendedahkan bahawa Tun Mahathir adalah orang yang mahukan beliau dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes rayuan Anwar kerana Dr Mahathir tidak yakin pejabat Peguam Negara dapat dapat mengendalikan rayuan secara cekap.", "Pendedahan-pendedahan ini memberi kesan negatif yang sangat besar kepada kerajaan. Justeru adalah sukar untuk menyalahkan rakyat jika ada antara kita yang melihat pendakwaan ke atas Shafee ini sebagai “witch hunt” dalam meneruskan agenda “membenam” Najib.", "Malah tidak mustahil ada yang melihat tindakan pendakwaan ini sebagai satu cara untuk mengehadkan keupayaan pasukan pembela Najib. Shafee bukan sahaja telah didakwa malah telah ditahan pasportnya.", "Kebanyakan tohmahan ke atas Najib membabitkan transaksi dan saksi di luar negara. Apakah tindakan menghalang Shafee ke luar negara ini menunjukkan pendakwa raya telah terdesak?", "Pejabat Peguam Negara perlu membuat keputusan sama ada mereka adalah sebahagian sistem keadilan negara atau sekumpulan peguam yang mahu menang ke atas Najib “by hook or by crook” demi kepentingan politik?", "Sehingga itu, keputusan-keputusan mereka dalam menangani isu seperti ini akan menimbulkan rasa curiga dan sangsi rakyat terhadap kredebiliti mereka.", "Kehadiran peguam-peguam luar yang beragenda politik ke dalam pejabat pendakwa raya mengukuhkan lagi rasa curiga itu.", "Ab Jalil Backer (Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)" ]
https://umno-online.my/2018/09/16/warkah-buat-tan-sri-muhyiddin/
[ "Saya doakan Tan Sri senantiasa dalam keadaan baik. Semoga Allah SWT memberikan keafiatan dan kesihatan, agar Tan Sri dapat segera kembali bertugas untuk bangsa dan tanahair.", "Sebelum saya teruskan, suka saya untuk memetik hikmah Imam Al-Ghazali, daripada karyanya yang bertajuk al-Arba’in fi Usul al-Din.", "Beliau telah menyenaraikan 10 sifat mahmudah (baik) dan 10 sifat mazmumah (tidak baik) yang selalu ada pada manusia.", "Antara sifat-sifat mazmumah tersebut adalah sifat bangga diri, iaitu menyangkakan diri lebih sempurna dan diri orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan sesama manusia, selain lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.", "Minggu lepas, dalam sebuah wawancara, Tan Sri telah membuat kenyataan bahawa UMNO telah musnah. Dan kerana itulah Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan.", "“Ada lagi PAU (Perhimpunan Agung Umno)? Saya fikir dah habis tapau.”", "“Parti yang tunggang-langgang, masuk longkang, dah hancur. Sepatutnya sudah sampai masa untuk orang Melayu memikirkan bahawa Umno sudah tidak wujud lagi, kita tinggalkan, tak ada maknanya,” ujar Tan Sri sewaktu diwawancara oleh akhbar Sinar Harian", "Saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya.", "Wahai Tan Sri Muhyiddin,", "Saya orang parti. Saya tidak pernah kenal wadah yang lain dalam perjuangan saya, kecuali UMNO. Dalam susutnya pengaruh UMNO pasca PRU 14, saya dan jutaan lagi orang Melayu memilih dengan penuh sedar untuk kekal bersetia dengan UMNO.", "Hakikatnya, UMNO masih parti terbesar di Parlimen. UMNO masih mendapat kepercayaan sebahagian besar orang Melayu. Malah UMNO jauh lebih dominan, kuat dan berpengaruh daripada Bersatu, walaupun sokongan terhadapnya nyata semakin susut.", "Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami akan terus menghidupkan UMNO. Kerana bagi kami, UMNO ini bukan sekadar sebuah parti.", "Ia adalah gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu. Ia adalah sebuah institusi politik Melayu nan satu-satunya. Apatah lagi pada orang Johor seperti saya. UMNO, bagi orang Melayu Johor, sudah menjadi sebahagian daripada nyawanya.", "Kerana itu, ia akan kami pertahan, kami rawat dan kami pulihkan. Dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.", "Pastinya sebahagian besar daripada kami di dalam UMNO sangat mengerti isyarat yang telah rakyat Malaysia berikan pada pilihan raya yang lepas. Kami bukan orang yang tidak boleh berfikir. Tetapi, masakan kami hanya akan pasrah dan berpeluk tubuh, membiarkan UMNO terhukum sedemikian dan terus luput dari persada politik Malaysia?", "Wahai Tan Sri Muhyiddin,", "Insya-Allah, dengan semangat ini, kami akan pastikan UMNO tidak akan musnah. UMNO ini tidak akan kami tinggalkan, kami cerca dan kami buang seperti yang Tan Sri lakukan kepadanya.", "Kami sedar UMNO punya kekurangan yang mesti dipulihkan. Dan kami akan memulihkannya. Biar saya berikan sebabnya.", "Pertama, setakat waktu dan saat ini, tidak ada gerakan secara besar-besaran meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.", "Malah Bersatu yang terus-terusan mengeluarkan pelbagai kenyataan, bahawa pintunya masih terbuka luas kepada ahli-ahli UMNO untuk menyertainya.", "Amatlah jelas, Bersatu sangat memerlukan segala sokongan yang ada kerana kedudukannya begitu rapuh di dalam perikatan politik nasional ketika ini.", "Dengan dipimpin oleh negarawan yang sudah lanjut usia, dengan jumlah kerusi yang sangat sedikit, dan barisan kabinet amatur yang amat tidak menyerlah, Bersatu masih belum berjaya meyakinkan orang Melayu. Bersatu masih tidak dapat menyatupadukan orang Melayu.", "Kedua, benar UMNO kehilangan kuasa pada PRU 14. Tetapi UMNO bukan kehilangan pengaruh. Perhitungan kemenangan kerusi dalam pilihan raya banyak sekali ditentukan oleh dominasi dan sumbangan sebab-sebab lain.", "Namun, kepada kebanyakan orang Melayu, UMNO masih cukup meyakinkan. Di kawasan pedalaman Melayu, UMNO terus berpengaruh.", "Malah dalam ketiadaan Bersatu menyediakan agenda dan pelan yang jelas untuk membela kepentingan bangsa, UMNO terus dirujuk dan diingati sebagai gerakan politik yang konsisten dalam jasa baktinya untuk kebaikan orang Melayu, tanpa mengabaikan kepentingan orang-orang lain.", "Atas dasar ini, UMNO akan melakukan segala sehabis baik untuk melonjakkan pengaruhnya. Apatah lagi Bersatu kini, yang sangat bergantung pada ihsan DAP, PAN dan PKR, masih tidak jelas tentang bagaimana untuk ia mengepalai orang Melayu.", "Ketiga, UMNO dibangunkan atas ideologi yang sangat jujur. Bahawa misi utamanya adalah melakukan kebaikan kepada bangsa Melayu dan berlaku adil kepada bangsa lain bagi membentuk Malaysia yang sejahtera.", "Selama 60 tahun, UMNO tidak pernah hilang fokus dalam membangunkan kemandirian bangsa Melayu serta kebolehsaingan Malaysia.", "Sedangkan Bersatu, seperti yang kita tahu, telah ditubuhkan tanpa sebarang latar ideologi yang konkrit. Lahirnya hanya kerana amarah seorang negarawan yang berselisih pandangan dengan Presiden UMNO yang lalu.", "Sampai waktu ini, tidak ramai ahli Bersatu sendiri yang boleh menjelaskan kepada orang Melayu, atas ideologi apakah Bersatu ini hadir ke dalam arena politik negara?", "Keempat, perlu diingatkan, di dalam UMNO, tidak semua berpendirian bahawa bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib itu benar dan betul. Ramai sekali di dalam UMNO yang mahu Datuk Seri Najib mengambil tanggungjawab ke atas kemelut 1MDB.", "Kami semua bukan ‘yes man’. Cuma, kami mempunyai cara kami sendiri dalam menguruskan isu dalaman.", "Saya akui, sebelum ini UMNO amat bersifat presidential-centric. Dan saya ingin tegaskan, antara mereka yang bertanggungjawab membangun dan membenarkan struktur sebegini dalam UMNO adalah Tan Sri sendiri serta Negarawan Tun Dr. Mahathir.", "Malah, kematangan perjalanan politik Tan Sri bermula dan mencapai kedewasaannya semasa berada di dalam UMNO. Tidak ada pihak yang boleh menafikan semua ini.", "Apa yang berlaku dalam PRU-14 lalu adalah satu kes terpencil yang menyaksikan UMNO terpaksa membayar harga yang sangat tinggi kerana memilih untuk mengutamakan Presiden daripada parti dan institusinya.", "Tetapi, itulah fitrah kehidupan. Kami tidak menyesal. Tapi, kami akan belajar dari kesilapan. UMNO faham pengajaran besar ini dan berhasrat untuk tidak mengulanginya lagi.", "Insya-Allah kami akan Islahkan UMNO, selari dengan firman Allah di dalam Al-Quran; “Barangsiapa yang beriman dan mengadakan kebaikan, maka tak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati”.", "Kelima, amatlah benar, pengaruh UMNO telah menyusut. Tetapi, adalah juga benar bahawa konteks politik Malaysia tidak akan stabil jika politik Melayu dan Islam terus berkecamuk tanpa sebarang kesepakatan dan kesatuan niat.", "UMNO yang lemah adalah sangat tidak strategik kepada kepentingan bangsa Melayu dan masa depan Malaysia. Walau apa pun keadaannya, UMNO harus terus ada untuk orang Melayu, demi mempertahan dan memperbaharui budaya serta jati diri bangsa itu sendiri.", "UMNO akan terus menggalas tanggungjawabnya. Malah UMNO akan lebih berperanan daripada Bersatu, kerana Bersatu masih lagi bukan kuasa politik Melayu yang dominan.", "Sekarang UMNO sangat mengerti peranan barunya. UMNO akan memastikan parti ini lebih efektif dalam melaksanakan apa yang perlu untuk semua rakyat Malaysia.", "Saya percaya, Malaysia Baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH), yang menang tidak akan menang semuanya, dan yang kalah tidak akan hilang segalanya.", "Dan yang terakhir, dalam keghairahan Bersatu merai kemenangan PH, mereka lupa bahawa, telah wujud satu sistem politik yang bukan lagi berdasarkan pertembungan di antara dua gabungan politik yang besar.", "Malaysia waktu ini akan dicorakkan oleh ‘one political coalition against a myriad of political parties’. Maknanya, semua parti politik mempunyai pengaruh dan kepentingan strategik sendiri dalam pembentukan kerajaan. Setiap satunya harus strategik dan terbuka dalam menentukan survival.", "Yang pastinya, UMNO, PAS, MIC, MCA, GPS di Sarawak dan Gabungan Bersatu Sabah, berbekalkan formula yang betul dan utuh, mampu membentuk satu gabungan politik yang berupayanya memberi tentangan hebat kepada PH.", "Tidak mustahil, untuk kesemua parti ini bergabung bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menubuhkan sebuah gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’, bukan lagi ‘Pakatan Harapan’.", "Bila tiba masanya nanti, hanya Tuhan sahaja yang tahu akan peranan, kedudukan dan masa depan Bersatu.", "Wahai Tan Sri Muhyiddin,", "Dalam keadaan dan kedudukan Tan Sri saat ini, doakanlah hanya yang baik-baik untuk orang Melayu.", "Janganlah doakan kemusnahan UMNO, kerana dalam kebencian Tan Sri terhadap UMNO, ramai sekali yang masih bernaung di bawahnya, mencari dan menunggu kepimpinan dan pencerahan daripadanya.", "Doakanlah, dengan hikmah kifarah yang telah Allah timpakan kepada UMNO ini, bakal berhasil usaha Islah dan Tajdid perjuangannya yang jujur dan ikhlas.", "Doakanlah, supaya UMNO yang lemah, akan kembali pulih dan kuat.", "Doakanlah yang baik-baik, kerana antara asbab Tan Sri berada pada kedudukan kini adalah kerana UMNO juga.", "Sewaktu Tan Sri disingkirkan daripada UMNO, ramai sekali ahli UMNO Johor yang bangun, membela dan mempertahan Tan Sri. Bila kami ke Pagoh, tiada sekelumit pun kata nista kami lontarkan kepada Tan Sri. Semuanya kerana kami mengenang jasa Tan Sri terhadap UMNO.", "Setelah apa yang berlaku pada UMNO, saksikanlah kelak bahawa parti ini akan bangkit dengan gigih. Bangkit untuk kembali memperjuangkan politik yang baik dan sempurna. Bangkit untuk menjadi pedoman kepada nurani, kesedaran dan intelek bangsa Melayu.", "Insya-Allah, UMNO tidak akan musnah!", "Dato’ Mohamed Khaled Nordin", "Naib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2018/09/14/dakwa-peguambela-najib-betapa-terdesaknya-mereka/
[ "Pertuduhan AMLA terhadap teraju utama pasukan peguambela saya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menerima pembayaran bagi khidmat guaman dilaksanakan beliau adalah satu lagi tindakan untuk menafikan saya perbicaraan yang adil.", "Ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakili saya di mahkamah.", "2. Sebelum ini, hakim bagi kes saya telah ditukar secara tiba-tiba manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadap saya.", "Ini juga jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan PH sebelum ini di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwaraya ketika Tan Sri Shafee bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, AGC bukan sahaja melantik seorang, malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwaraya.", "3. Sebagaimana yang saya dedahkan sebelum ini melalui paparan beberapa dokumen, saya menerima sumbangan politik dalam jumlah yang agak besar secara terus kepada saya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi yang bertindak mewakili Raja Abdullah.", "4. Wang dari sumber ini yang dibayar untuk khidmat Tan Sri Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili parti dalam pelbagai kes selama bertahun-tahun termasuk petisyen pilihanraya bagi Pilihanraya ke-12 dan 13 bagi pemimpin BN lalu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai lagi. Peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah disempurnakan.", "5. Membuat dakwaan terhadap Tan Sri Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.", "Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda.", "6. Cepatnya pendakwaan menindas terhadap Tan Sri Shafee ini juga mencetuskan persoalan kerana ia dilakukan beberapa hari selepas Tan Sri Shafee mendedahkan secara jelas bahawa Perdana Menteri hari ini yang mengarahkan beliau dilantik sebagai ketua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat DatukK Seri Anwar, satu fakta yang masih tidak dinafikan oleh Tun Mahathir, pembantu peribadinya yang mengatur pertemuan itu atau bekas Peguam Negara ketika itu.", "7. Pemilihan masa bagi menuduh Tan Sri Shafee juga mengejutkan kerana saya masih tidak lagi diambil keterangan oleh SPRM ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen-dokumen berkaitan kes ini. Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Tan Sri Shafee dituduh di mahkamah.", "8. Penindasan terhadap Tan Sri Shafee juga boleh dianggap sebagai amat kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan.", "Lebih 12 pertuduhan lagi terhadap pemimpin politik Pakatan dan yang berkaitan dengan mereka turut digugurkan dalam tempoh beberapa bulan ini.", "DS Mohd Najib Tun Razak" ]
https://umno-online.my/2018/09/09/melayu-gagal-atau-mahathir-gagal/
[ "Tun Mahathir menggariskan mengapa orang Melayu gagal.", "Mahathir apabila terdesak sentiasa menunding jari kepada sikap negatif orang Melayu bagi menyelamatkan pentadbirannya yang gagal.", "Anda hanya perlu melihat ucapan-ucapan lampau beliau apabila negara berhadapan masalah ekonomi. ", "Hari ini kerana beliau adalah pemimpin kerajaan boneka DAP, maka beliau akan membuat banyak polisi yang tidak  menggembirakan masyarakat Bumiputera pada masa hadapan. ", "Untuk itu beliau perlu menyerang masyarakat bumiputera terbesar di negara ini iaitu orang Melayu. ", "Beliau akan mengungkit sisi gelap orang Melayu seperti sikap negatif dan kegagalan. ", "Alasan-alasan seperti untuk memberi kesedaran kepada Melayu, mewujudkan Melayu baru yang cekal akan digunakan oleh beliau dan penyokong beliau untuk menghalalkan sesuatu polisi yang tidak pro-Bumi. ", "Persoalannya mana ada bangsa yang sempurna? Kebanyakan Cina yang berjaya di negara ini pun dengan pertolongan dan bantuan elit politik.", "Mahathir mungkin berhak mengkritik kegagalan orang Melayu jika beliau dan anak-anaknya adalah ahli perniagaan yang berjaya atas kaki sendiri. ", "Hakikatnya Mahathir sendiri sentiasa gagal dalam perniagaan. Sama ada perniagaan menggunakan wang kerajaan seperti Proton dan Perwaja,  mahu pun wang sendiri seperti The Loaf. ", "Anak-anak beliau yang berjaya semua melalui pertolongan dan bantuan kerajaan. Malahan pada 1990-an Melayu lain yang tidak berbinkan Mahathir atau berbau Tun Daim tidak akan mendapat keistimewaan seperti mereka yang mengaut kontrak berbilion. ", "Melayu lain juga tidak diselamatkan oleh kerajaan berbilion ringgit apabila perniagaan gagal seperti mana berlaku ke atas anak dan kroninya. ", "Sebenarnya ramai Melayu yang berjaya tanpa pertolongan Mahathir dan kerajaannya. Ada ramai juga yang berjaya kerana bantuan kerajaan dan terus kekal mampan dalam perniagaan mereka. ", "Sudah tentu ada sebahagian Melayu akan gagal dalam perniagaan. Namun bangsa mana yang sempurna di dunia ini? ", "Cukuplah Tun mengulangi retorik 90-an. Kami bukan bodoh lagi.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2018/09/05/kenyataan-media-jabatan-peguam-negara-semberono-cukup-mengelirukan/
[ "Saya merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara (JPN) bertarikh 4 September 2018 yang memberikan sedikit “justifikasi” mengapa pihak JPN menggugurkan pertuduhan terhadap LGE dan PLK semalam.", "2.    Kenyataan Media berkenaan di tulis oleh Dato Mohamad Hanafiah Bin Zakaria (DMH)", "3.    Perenggan 3 Kenyataan Media berkenaan menyatakan bahawa  setelah DMH meneliti keterangan-keterangan yang telah di kemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan yang telah diuji dengan pemeriksaan balas, DMH membuat kesimpulan bahawa kes pendakwaan telah berjaya dilemahkan oleh pembelaan dengan keterangan-keterangan baru yang timbul terhadap saksi-saksi Pendakwaan.", "4.    Disebabkan itu, di perenggan 4, DMH membuat kesimpulan bahawa kes terhadap LGE dan PLK tidak akan berjaya di akhir kes pendakwaan dan di sebabkan itu, beliau memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas LGE dan PLK.", "5.    Sebagai seorang Peguam, saya amat terkejut dengan “lemahnya moral dan semangat juang” pihak Pendakwaraya dalam kes ini. Saya berpengalaman mengendalikan kes PP v Kamal Hisham Jaafar dan saya menyaksikan sendiri bagaimana jitu dan kentalnya semangat juang pasukan Pendakwaraya walaupun Pendakwaraya dalam kes berkenaan tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa anakguam saya.", "6.    Terdapat 60 orang saksi, di maklumkan oleh TPR Masri Daud akan di panggil untuk menjadi saksi pendakwaan dan setakat ini, baru 25 orang saksi Pendakwaan telah di panggil.", "7.    Maka semestinyalah baru sekitar 40% kes pendakwa dibina dan ada lagi 60% saksi masih belum memberikan keterangan.", "8.    Bagaimana DMH boleh secara semberono membuat keputusan “alamak, kes kita lemah dan kita akan kalah!” dalam keadaan lagi 35 orang saksi pendakwa masih belum memberikan keterangan???", "9.    Perenggan 7 Kenyataan Media berkenaan menjustifikasikan kenyataan media SPRM semalam yang menyatakan terkejut dengan keputusan Peguam Negara kerana DMH mengakui beliau tidak memaklumkan hal ini kepada SPRM kerana beliau tidak mempercayai SPRM yang mungkin akan membocorkan rahsia ini atau mengganggu keputusannya.", "10. Perenggan 2 Kenyataan Media mengandungi pengakuan DMH bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan kes ini. Oleh itu bagaimana beliau yang tak pernah terlibat dengan kes ini boleh membuat satu kesimpulan “kes lemah” dalam keadaan beliau tidak pernah berkomunikasi dengan SPRM untuk memastikan keputusan beliau itu tepat???", "11. Lebih merbahaya apabila beliau mengaku curiga dengan integriti SPRM selaku agensi penyiasat dan bagaimana beliau yang tidak pernah terlibat dari awal mengendalikan kes ini boleh berbangga dengan konsep “fresh eye”???", "12. Kalaupun beliau memusuhi SPRM, untuk di lihat berlaku adil, beliau sepatutnya berlakon memanggil SPRM untuk bertanyakan kembali justifikasi SPRM mengemukakan siasatan yang beliau anggap lemah itu, dan selepas buat-buat bertanya kepada SPRM, barulah beliau membacakan skrip ketidakyakinan beliau, namun ini tidak di lakukan oleh DMH.", "13. Perenggan 7 Kenyataan Media DMH ternyata bercanggah sama sekali dengan perenggan 1 Kenyataan Media berkenaan apabila di perenggan 1 beliau menegaskan Peguam Negara tidak terlibat langsung dengan sebarang proses beliau membuat keputusan TETAPI MENGAPA PULA DI PERENGGAN 7, BELIAU MENGAKU PULA KEPUTUSAN “TERLALU SULIT” BELIAU DI MAKLUMKAN PULA KEPADA PEGUAM NEGARA JAM 9.44 PAGI SEMALAM???????", "14. Mengapa perlu beliau melaporkan kepada Peguam Negara?????", "15. Kalaupun perlu juga beliau melaporkan kepada pegawai atasan, mengapa tidak melapor hal sulit itu kepada Peguamcara Negara dan Peguamcara Negara II seperti maksud Kenyataan Media bertarikh 2 Ogos 2018???", "16. Rakyat boleh menerima jika LGE di putuskan tidak bersalah oleh mahkamah selepas melalui proses perbicaraan penuh.", "17. Namun, kenyataan Media DMH ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan yang memerlukan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja di tubuhkan bagi menyiasat samada Pejabat Peguam Negara telah melakukan salahlaku yang serius yang telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.", "18. Kita tidak boleh menipu semua orang dengan memberikan kenyataan media semberono seperti ini.", "KEPADA ALLAH SAYA BERSERAH DIRI.", "CUKUPLAH ALLAH SBG PEMBANTU KU DAN DIA SEBAIK2 PENOLONG", "Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz\nPeguambela & Peguamcara" ]
https://umno-online.my/2018/09/04/selepas-lebih-100-hari-6-isu-jejas-pakatan-harapan/
[ "Pakatan Harapan (PH) sudah memerintah lebih daripada 100 hari, tetapi janji-janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari banyak yang gagal dilaksana.", "Selain memungkiri janji, PH juga melakukan banyak tindakan kontroversi yang menunjukkan kelemahan, sikap tidak peduli dan dwistandard dalam menghukum.", "PH masih boleh terselamat daripada banyak akibat kesilapan dan tindakan sengaja yang menyalahi moral dan etika kerana tidak dinilai sekeras penilaian terhadap Barisan Nasional dulu.", "Pentaksub yang ramai di media sosial juga membantu PH dengan mewajarkan dan memberi alasan atas setiap kesilapan.", "PH bagaimanapun sudah melakukan banyak perkara yang menjejaskan kredibilitinya sebagai kerajaan yang mengaku bersih dan mahu membersihkan negara.", "Enam isu terbaru ini telah memburukkan lagi nama PH, menyebabkannya semakin hilang kepercayaan.", "1. Kes Lim Guan Eng digugurkan", "", "Penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan, pengaruh politik dalam perundangan ialah antara persoalan yang timbul. Tanpa sebarang jawapan meyakinkan, semua dakwaan itu dianggap benar oleh orang ramai.", "2. Pelaksanaan SST", "", "Cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan dalam keadaan kelam kabut dan ramai marah apabila perkhidmatan yang tidak dikenakan GST dikenakan pula SST.", "3. Kontrak “kroni”", "", "Timbul persoalan besar apabila syarikat yang ada kepentingan keluarga perdana menteri mendapat kontrak sejurus selepas PRU14. Kontrak diperolehi Petron menambahkan lagi kecaman.", "4. Wakil khas ke China", "", "Wakil DAP dan Kementerian Luar memberi jawapan berbeza tentang pelantikan pengerusi DAP sebagai wakil khas Malaysia ke China. Walaupun berjanji ahli politik tidak akan dilantik ke jawatan seperti itu.", "5. Penipuan Tabung Harapan", "", "Perdana menteri akhirnya mengaku Tabung Harapan bukan untuk membayar hutang negara dan akan dihentikan. Selepas menakutkan rakyat dan meminta duit, PH akhirnya mengakui gimik itu.", "6. Melayu dipinggirkan", "", "Hanya habuan kepada kaum Cina ditunaikan sejak awal, daripada UEC, pengecualian SST terhadap bahan binaan, janji bantuan kepada sekolah persendirian Cina dan lain-lain.  –", "Mynewshub.tv" ]
https://umno-online.my/2018/08/30/apa-menteri-dan-belia-buat-untuk-isi-kemerdekaan/
[ "Menjelang kehadiran 31 Ogos tahun ini, sudah pasti ia akan membawa kita sejenak mengimbas perjalanan negara ini menuju pengisian kemerdekaan yang lebih bermakna dan ternoktah.", "Apakah kemerdekaan kali ke-61 ini lebih bermakna dan membawa sejuta pengertian yang amat mendalam bagi setiap rakyat, khususnya golongan belia.", "Generasi yang mewarisi kepimpinan akan datang dan hadir dalam pelbagai latar dan resam.", "Bagi mereka yang tidak pernah melalui detik merdeka, sudah semestinya akan merasakan pengisian kemerdekaan kali ini, penuh dramatik dan perlu diraikan dengan cara tersendiri.", "Bagi orang-orang lama, kemungkinan besar melihat perubahan kanvas sosio politik tanahair, mengingat mereka kepada kemerdekaan yang dicapai dengan titisan darah dan air mata.", "Apapun jua cara mengenang semua itu, sambutan kali ini didokong oleh gerakan siasah yang sekian lama kerjanya membangkang.", "Sudah pasti banyak perbezaannya. Sudah pasti pandangan mengenai cara pengisiannya juga berbeza dari pendokong sebelumnya.", "Justeru, apakah peranan belia pada saat di ambang ulang tahun kemerdekaan ini? Apakah belia perlu terus jadi bobrokan dan umpan untuk meramaikan, memeriahkan dan mengimarahkan?", "Apakah belia hanya diperlukan sebagai penyambut tetamu atau diminta duduk di tepi Grand Stand?", "Dua perkara pasti berlaku. Pertama, kita masih tertanya-tanya apakah pengisian kemerdekaan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan kedua, sudah berubahkan sikap rakyat dalam usaha mengisi kemerdekaan itu?", "Jika belia hari ini ikut sama bertanyakan soalan-soalan itu, maka mungkin juga akan meriah sambutan kali ini.", "Mungkin juga ramai dalam kalangan mereka yang turut bangun awal pagi, bergerak ke lapangan-lapangan sambutan kemerdekaan di segenap ceruk dan rantau, sebelum kokok ayam pertama mengejutkan.", "Atau mungkinkah ramai belia masih terus dalam selimut sehingga tinggi matahari pada tanggal 31 Ogos dan akhirnya menatap telefon pintar demi menjadi lebih bijak?", "Mungkin juga ramai belia bertanya, “Apalah sangat nak sambut merdeka ni?”, soalan yang diajukan dek tidak seksinya sambutan kemerdekaan.", "Ya, tidaklah seseksi unjuk rasa seperti memansuhkan PTPTN atau menentang SPR bersama-sama demonstran berbaju kuning tertera tulisan BERSIH.", "Atau, apa mungkin belia akan menyambutnya dengan membeli pelbagai barangan dan memuat naik gambar dan harga barang pra-SST di saluran Instagram dan Tumblr.", "Supaya nanti pasca 1 September akan lebih bermakna dengan harga barangan yang lebih terkawal dan murah bagi beberapa produk keluaran tempatan, serta kemungkinan lebih banyak subsidi diperkenalkan.", "Generasi belia pasti ternanti-nanti apakah amanat kepada mereka yang akan terhambur dari mulut Menterinya yang dilihat dakap memeluk pesilat negara di Palembang itu.", "Sekali pun digelar macai, menteri itu masih memeluk erat segala macai yang ditemuinya saban hari.", "Satu pesanan, usahlah rajin mendakap sahaja tanpa diberikan bantuan dan peruntukan. Persatuan belia bukan organisasi berasaskan keuntungan.", "Harap menteri jangan buat-buat lupa tentang tugas hakikinya menghidupkan gerakan belia yang lebih macai lagi.", "Walaupun beliau menteri muda dan masih mentah, usahlah cepat sangat matang dalam melupakan tanggungjawabnya kepada belia.", "Jangan juga cepat menjadi bijak dalam berbohong kepada belia. Usah jadi pegar yang memakan padi.", "Menteri yang jaga belia perlu sedar, bahawa tanpa jadi lebih macai, mana mungkin dia mampu menjadi menteri.", "Para belia akur bahawa hanya dengan menjadi macailah, baru boleh golongan itu bersama-sama memangkin pembangunan negara yang lebih baik.", "Nor Azman Hasbullah\nKetua Penerangan\nMajlis Belia Negeri Johor (MBNJ) merangkap Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulai\n30 Ogos 2018" ]
https://umno-online.my/2018/08/29/mana-datangnya-kos-sebenar-ecrl-rm30-bilion/
[ "Melalui banyak kenyataan sejak dua tahun dahulu sehingga hari ini, PH tetap bertegas bahawa kos sebenar projek ECRL adalah RM30 bilion dan berdasarkan nomber RM30 bilion ini, mereka menuduh kos RM55 bilion adalah terlalu mahal dan sengaja dinaikkan.", "Saya perlu tanya soalan ini kepada Menteri Kewangan, dari mana beliau mendapat angka itu, berapa kilometer bagi nilai RM30 bilion itu dan unjuran kos itu diperolehi dari tahun bila?", "Kerajaan hari ini tidak sepatutnya menggunakan angka kos untuk membuat dakwaan yang mereka sendiri tak berupaya membuktikannya atau dengan sokongan fakta.", "Apa yang saya ingat, sememangnya terdapat kajian bahawa kos adalah RM30 bilion namun kajian itu dilakukan pada 2009 dan bagi jajaran berbeza dan adalah bagi jarak 545km; dan ia tidak mencakupi jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang, di mana tujuh tahun kemudian apabila ECRL dianugerahkan pada 2016, tukaran matawang kita lemah dan ia melibatkan jajaran dengan jarak 688km termasuk segmen bagi Pelabuhan Klang.", "Adakah kos RM30 bilion yang sering disebut PH ialah berdasarkan laporan tahun 2009 ini yang banyak berbeza dengan projek kos RM55 billion 7 tahun kemudian?", "Kita juga perlu sedar, berdasarkan kepada masa, peningkatan kos selain perubahan kepada spesifikasi, projek PTMP Pulau Pinang juga melonjak dari RM27 bilion kepada RM50 bilion bagi tempoh yang sama termasuk lebuhraya PIL yang kosnya RM9 bilion untuk 19.5km iaitu RM462 juta/km. Jika kos meningkat bernakna rasuah dan salahlaku, biarpun ia adalah kerana masa berbeza dan spesifikasi, adakah ini bermakna projek PTMP juga ada unsur rasuah?", "Pada kos RM55 bilion untuk 688km, kos itu adalah RM79.9 juta bagi setiap kilometer. Manakala pada harga RM30 bilion, ia adalah RM43.6 juta setiap kilometer.", "Kenyataan media bagi beberapa projek keretapi di rantau ini akan dapat memberikan gambaran yang baik di mana kedudukan kos ECRL berbanding di negara lain.", "1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta bagi setiap kilometer.", "2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap kilometer.", "3. Keretapi laju Indonesia dari Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta bagi setiap kilometer.", "Hari ini, Perdana Menteri berkata terdapat syarikat tempatan yang boleh membina ECRL pada kos RM10 bilion sahaja. Bagi jarak 688km, ia bermasuk kos hanya RM14.5 juta bagi setiap kilometer. Adakah harga ini realistik jika dibanding dengan projek-projek lain?", "Selain itu, Menteri Kewangan kata, angka RM81 bilion yang didedahkan mereka untuk ECRL itu termasuk kos faedah dan operasi.", "Ia diibaratkan seperti membeli kereta pada harga RM55,000, kemudian memasukkan kos minyak, kos sewa beli, kos penyelenggaraan, kos insurans sepanjang hayat kereta itu dan cakap kos kereta itu ialah RM81,000.", "Apabila negara lain mengumumkan tentang projek rel masing-masing, mereka tidak memasukkan kos faedah dan operasi seumpama itu. Untuk itu, Malaysia seharusnya melakukan perkara yang sama.", "Kita perlu tahu, kos projek berbeza ketara berdasarkan kepada spesifikasi terowong, jambatan dan stesen.", "ECRL bakal memiliki lebih banyak stesen berbanding projek rel di negara lain yang saya utarakan. Ia juga perlu merentasi banjaran Titiwangsa dan perlu dilindungi dari musim banjir yang kerap di Pantai Timur. Untuk itu, kos bagi setiap kilometer bagi membina ECRL ini sudah tentu perlu mengambil kira cabaran-cabaran itu.", "Datuk Seri Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2018/08/16/100-hari-pakatan-100-fakta/
[ "1. Harga Minyak tidak diturunkan walau satu sen sedangkan harga minyak dunia menurun", "2. Satu Tol pun masih tidak dimansuhkan, malah masih tiada rancangan pemansuhan", "3. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA masih tidak dihapuskan sama sekali", "4. Harga ubat tidak diturunkan dengan signifikan", "5. Tarif elektrik dirancang untuk dinaikkan", "6. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan", "7. Gaji minimum tidak serius diperkasakan", "8. Tiada Inisiatif Peduli Sihat", "9. Cukai SST 10% campur 6% bakal melonjakkan harga barang dan membebankan rakyat", "10. Klinik komuniti ada yang ditutup", "11. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’", "12. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’", "13. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin", "14. Insurans wajib masih samar dan bakal bebankan golongan B40", "15. KPDNKK perlu lebih proaktif dengan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu", "16. Harga rumah perlu diturunkan dengan agresif.", "17. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi", "18. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian", "19. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara", "20. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas", "21. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu dielakkan pada masa hadapan", "22. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib diambil serius, tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar – strategi yang ampuh perlu dirangka segera.", "23. Menteri Luar tidak perlu buka ‘kotak Pandora’ dengan menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia", "24. Visi baharu Malaysia dalam ASEAN dan OIC perlu dibentangkan, setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu", "25. Menteri MITI perlu cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma tunggu dan lihat, tidak proaktif", "26. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan diulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air.", "27. Isu pengisytiharan Israel negara ‘Bangsa Yahudi’ tidak dihadapi dengan agresif oleh kerajaan – sekadar mengeluarkan kenyataan mengkritik", "28. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’", "29. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT", "30. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput untuk sesi penerangan oleh mana-mana Menteri sama sekali. Golongan LGBT sebaliknya lebih disantuni Menteri.", "31. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah", "32. Menteri perlu segera memohon maaf apabila ter’celupar’ seperti dalam isu tuduhan Melayu ‘Pendatang’", "33. Kenyataan akhbar tidak perlu lagi diedarkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil", "34. Tidak seharusnya Perdana Menteri arahkan PDRM menggunakan Bahasa Inggeris dalam taklimat", "35. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro", "36. Kenyataan akhbar para Menteri yang lemah dan bermasalah dari segi fokus dan penyampaian.", "37. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi diulangi", "38. Janji 30% wanita dalam kabinet seharusnya ditepati.", "39. Pengurusan aset negara perlu dibebaskan daripada retorik politik seperti kes memburukkan Khazanah di bawah Tan Sri Azman Mokhtar – sedangkan beliau berjaya memacu Khazanah melonjakkan nilai kepada RM82 bilion sejak 2004", "40. Jadikan pengajaran Khazanah hilang RM2 bilion dalam satu malam – jangan jadikan amalan memburukkan profesional dan pakar yang telah banyak menyumbang demi laba politik", "41. Reformasi institusi juga terencat dengan pelantikan Tun Mahathir sendiri menjadi Pengerusi Khazanah", "42. Tambah terencat dengan pela", "ntikan Azmin Ali sebagai Pengarah Khazanah – dituduh ‘kartel’ oleh calon Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Rafizi Ramli", "43. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini", "44. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.", "45. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan", "46. ‘Tarik-tali’ royalti petroleum kepada 4 negeri yang memerlukan untuk memangkin pembangunan: Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Kelatan.", "47. Penoreh getah belum dibantu dengan agresif dan komprehensif.", "48. Dari sudut tadbir urus pula, keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta secara terbuka", "49. Sesetengah Timbalan Menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding Menteri", "50. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik", "51. Suruhanjaya Siasatan Diraja MARA, FELDA, Tabung Haji perlu ditubuhkan", "52. Reformasi struktur MARA, FELDA, dan Tabung Haji tidak perlu dilengahkan", "53. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan", "54. Amalan ‘bulldozer’ di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.", "55. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja", "56. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM", "57. Dalam sektor pendidikan pula, mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka Lara’ belum komprehensif", "58. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara", "59. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib dihentikan", "60. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur", "61. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak kelihatan", "62. Tiada rancangan Revolusi Industri 4.0 Pakatan", "63. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan intelektual awam.", "64. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura", "65. ‘U-Turn ECRL’, jejas kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China", "66. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif", "67. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci", "68. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar", "69. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China, sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik", "70. Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak bercakap benar tentang pertemuan dengan pegawai Singapura untuk rudingkan HSR", "71. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’", "72. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud", "73. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi", "74. DAP Pulau Pinang teruskan projek PIL-1 di sebalik bantahan penduduk", "75. Tiada perkembangan jelas kes Banglo Lim Guan Eng", "76. KWSP Suri Rumah agak lewat dilaksanakan", "77. Tidak telus dalam mendedahkan pegawai khas Menteri untuk berurusan dengan rakyat", "78. Menteri dan Timbalan Menteri yang kurang wibawa – portfolio yang tidak padan dengan taraf pendidikan", "79. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja", "80. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?", "81. RM2-3 juta sebulan untuk selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi", "82. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah", "83. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga asing", "84. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat", "85. Universiti Pertanian dicadang sedangkan UPM sudah lama wujud", "86. MBM dan GPMS digelar ‘Macai P", "olitik’ sebelum Menteri menarik balik kenyataan sedemikian", "87. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum dirundingkan secara komprehensif", "88. Kontroversi Pelantikan Ketua Hakim Negara perlu dielakkan – mengulangi persepsi campur tangan Mahathirisme dalam badan kehakiman", "89. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat", "90. Lantik MB Selangor (Azmin Ali) jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi", "91. Menteri Kewangan perlu berhenti bekerja seperti detektif semata-mata", "92. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, bekerjalah dengan kreatif untuk buktikan kerajaan Pakatan mampu penuhi manifesto meskipun dalam keadaan yang mencabar.", "93. Berhenti salahkan kerajaan terdahulu, fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya).", "94. Tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan ‘keselamatan makanan negara’ (Food Security).", "95. Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai", "96. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China, hinggakan China membeli sawit Indonesia secara tanpa had, dengan Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih ‘klise’", "97. Pelan pengangkutan awam bandar dan luar bandar Pakatan juga tenggelam dek projek kereta nasional ketiga", "98. Pelaburan asing masih perlu untuk ditingkatkan.", "99. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan.", "100. Amalan ‘umum dulu, kaji kemudian’, ‘tuduh dulu, siasat kemudian’, dan ‘provok dulu, mohon maaf kemudian’ amat menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat.", "Semoga segala kritikan diterima positif untuk penambahbaikan kerajaan. Kita tidak ingin negara kita menjadi negara lemah (Weak state). Kita tidak sanggup melihat negara kita menjadi negara bacul (Pariah state). Dan kita pastinya tidak reda negara kita menjadi negara gagal (Failed State).", "Abdul Muein Abadi", "*Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)" ]
https://umno-online.my/2018/08/15/jika-kami-gagal-atau-mungkir-janji-tolaklah-kami-tun-dr-mahathir/
[ "Mungkin terlalu awal hendak menolak kerajaan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamamad. Belum lagi 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Tetapi ada yang sudah mual dan menyesal pangkah PH.", "Merenung kata penghantar Dr Mahathir dalam Manifesto PH membolehkan rakyat bersedia untuk menolak kepemimpinan beliau bila-bila masa apatah lagi kerana tindakan beberapa Menteri yang seolah-olah tidak menghormati perkara-perkara membabitkan Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan.", "Istilah memperbaiki negara yang dinyatakan Dr Mahathir sudah menyimpang sebaliknya. Dari awal lagi sudah memaparkan kelemahan mereka yang boleh merosakkan negara terutama dasar flip-flop dan Menteri Kewangan yang lemah dan suka menyalahkan orang lain.", "Istilah rosak yang disebut oleh Dr Mahathir dalam manifesto untuk membelasah Kerajaan Barisan Nasional kini melanda kerajaannya dengan kenyataan separuh masak dan cadangan bodoh Menteri Kabinetnya.", "Mari kita teliti apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir dalam kata penghantarnya.", "“Buku ini mengandungi janji-janji kami PAKATAN HARAPAN kepada rakyat Malaysia apabila menubuh Kerajaan. Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.", "Saya mewakili seluruh anggota Pakatan Harapan dengan rendah diri dan tawakkal kepada Allah Ta’ala menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab berat ini. Kami merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan kami untuk memperbaiki negara untuk rakyat. Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.", "Manifesto ini komprehensif dan meliputi setiap perkara yg penting bagi rakyat terbanyak, terutamanya golongan yang memerlukan. Sepanjang masa kami bersedia ditegur dan mendengar pendapat rakyat.", "Dalam menyediakan manifesto ini, kami telah berunding dengan banyak pihak dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan idea yang bernas dan berharga.", "Inilah manifesto yang mencerminkan harapan rakyat, yang ditulis berdasarkan cadangan dan suara rakyat, setelah kami mendengar keluh kesah rakyat.", "Sesungguhnya negara tercinta ini berada dalam keadaan cemas kerana kesalahan-kesalahan Kerajaan sekarang. Kita tidak boleh harap Kerajaan ini akan betulkan kesalahannya sendiri. Yang boleh betulkannya ialah Kerajaan baru yang berwibawa dan membuat janji-janji yang munasabah dalam manifestonya. Perubahan Kerajaan boleh betulkan kesalahan Kerajaan sekarang, tetapi pengekalan Kerajaan sekarang akan merosakkan lagi negara. Pemilihan berada di tangan rakyat. – DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Putrajaya , 8 Mac 2018″", "Kenyataan Dr Mahathir untuk membina negara dan memenuhi harapan rakyat bukan saja tidak benar tetapi memburukkan kedudukan sosioekonomi Malaysia.", "Apa tidaknya pelabur sudah cabut lari di mana Bursa Malaysia mengalami keadaan ketidaktentuan selain kadar nilai USD1 kini terpaksa dibayar dengan RM4.10. Kerajaan sekarang turut membatalkan projek tertentu dan menyalin kulit projek BN sebelum ini.", "Harapan rakyat untuk dibantu kerana kesempitan hidup mereka kini semakin teruk dengan ketiadaan bantuan seperti dulu. Selain itu tiada kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan dan bayaran murah di hospital.", "Apakah rakyat akan terus boleh bersabar? Atau menunggu dan bergabtung harapan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Dr Mahathir yang kini seolah-olah mengikut telunjuk pemimpin DAP terutama Lim Kit Siang.", "Hanya masa yang menentukan." ]
https://umno-online.my/2018/08/13/antara-harapan-dan-sekadar-harapan/
[ "Seusai PRU 14, saya cuba untuk mengelak dari membuat sebarang komen yang menyentuh tentang prestasi kerajaan baru ini. Berlaku adillah, kita harus beri ruang dan peluang kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat majoriti ini bagi berperanan dan melaksanakan agenda kebajikan dan pembangunan demi rakyat.", "Rakyat Malaysia telah memilih, mereka memilih dengan harapan agar kerajaan BN dan Dato’ Sri Najib dihumban ke longkang setelah 61 tahun memerintah.", "Walaupun negara berada dilandasan yang betul menurut pakar ekonomi, menuju kearah negara berpendapatan tinggi dengan nilai dagangan ekonominya telah menjangkau RM 1 trillion, Dato’ Sri Najib mesti disingkirkan! Beliau dilihat sebagai perompak dan penyamun yang mengkhianati rakyat dengan kes 1MDB nya.", "Pelbagai strategi dirangka bagi menuntaskan tugasan ini. Rakyat melalui suatu fasa di mana mereka dihidang dengan pelbagai bahan di media sosial yang telah berjaya meningkatkan tahap meluat dan kebencian yang melampau kepada kerajaan yang memerintah dulu.", "Strategi dan pendekatan ini sangat berjaya, hinggakan rata-rata pengundi pertama kali dan pengundi muda mengetuai segmen pengundi yang paling besar mengundi gabungan pakatan Harapan. Tuhan Yang Maha Esa telah mentakdirkan BN dipilih sebagai pembangkang dan hilang kepercayaan di banyak kerusi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.", "Sesungguhnya rakyat terlalu yakin dan berharap akan ada perubahan dasar serta polisi yang menguntungkan. Rakyat juga amat pasti bahawa hanya gabungan pakatan Harapan sajalah yang dilihat lebih berwibawa dan terkedepan dalam agenda mereka untuk membebaskan rakyat dari dibelenggu isui kos sara hidup yang tinggi.", "Lantas, dengan 10 janji dalam masa 100 hari yang ditawarkan sebagai sajian utama, kerajaan pakatan Harapan telah berjaya membuat anjakan paradigma yang besar bagi meyakinkan rakyat.", "Kini 100 hari telah pun tiba, dan ia menjadi ukuran prestasi atau pun KPI bagi mana-mana kerajaan di dunia ini. Malah, pentadbiran Donald Trump yang dipilih sebagai Presiden Amerika juga diukur prestasinya dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.", "Kerajaan baru pakatan Harapan juga tidak terlepas dari penilaian dan ukuran pencapaian prestasi mereka. Pelbagai usaha dan pendekatan diambil oleh pak-pak Menteri yang baru dilantik bagi mengotakan janji-janji yang dibuat oleh mereka sendiri.", "Kajian demi kajian dijalankan, perbincangan demi perbincangan diusahakan, dan pelbagai urusetia ditubuhkan bagi membina kembali negara Malaysia ini yang telah musnah akibat kerakusan kerajaan terdahulu.", "Mereka berjaya meyakinkan rakyat bahawa kerajaan terdahulu telah melakukan kerosakan yang sukar untuk dibaiki, apalagi dengan pelbagai kebejatan seperti salah guna kuasa, rasuah dan ketidakupayaan membina integriti yang tinggi. Skandal antara terbesar didunia berkaitan 1MDB menjadi keutamaan untuk dibongkar dan dirungkai agar pelakunya dibawa ke pengadilan dan melalui proses pengadilan.", "Keutamaan memerangi rasuah dapat dilihat dengan pelbagai jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji setiap salahlaku dan salah guna kuasa, apalagi amalan rasuah di setiap kementerian dan agensi kerajaan. Rasuah menjadi mantera yang sering diulang dan diulang bagi mencerminkan betapa tingginya nilai integriti kerajaan baru ini.", "Justeru, pelbagai projek mega dikaji dan dinilai semula agar ianya benar-benar memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Dan hasilnya, beberapa keputusan yang tidak konsisten dicapai dengan membatalkan, kemudian mengkaji semula, menilai semula, menangguhkan dahulu, dan yang terkini mahu merundingkan semula projek-projek ini yang dilihat berat sebelah dan tidak menguntungkan kerajaan Malaysia.", "Projek-projek seperti HSR, ECRL, MRT 3 melalui proses tergantung akibat ketidakbolehpercayaan kerajaan sekarang terhadap kerajaan terdahulu. Bukan itu saja, malahan kos projek dinilai semula dan telah dinaikkan nilai kosnya ke satu tahap yang tidak masuk akal.", "Kos hutang negara juga telah dinilai semula dan dikatakan melepasi RM 1 trillion akibat keborosan kerajaan terdahulu. Suatu perkara yang amat aneh, sebelum 9 Mei 2018, nilai ekonomi negara berjumlah RM 1 trillion dengan jangkaan pertumbuhan KDNK sekitar 5.2 ke 5.4%, dijana dengan rizab negara sekitar RM 430 billion, tiba-tiba menjadi sebaliknya selepas tarikh tersebut.", "Aliran keluar dana asing di pasaran modal, penjualan besar-besaran saham ‘blue chips’ telah berlaku beberapa minggu selepas itu. KWSP melalui masa sukar dengan kehilangan jumlah puluhan billion melalui penjualan saham syarikat-syarikat pelaburannya seperti AXIATA, Telekom Malaysia, GAMUDA dan beberapa yang lain.", "Bursa Malaysia menyusut dalam sekelip mata. Tetapi isu ini tidak diberi keutamaan, malahan kenyataan-kenyataan tidak cermat beberapa pemimpin negara dilihat amat menakutkan pelabur asing dan langsung tidak memberi manfaat kepada ekonomi semasa negara.", "Pengumuman beberapa dasar baru kerajaan juga dilihat terlalu pelik dan aneh. Pengumuman demi pengumuman dibuat bagi menjustifikasi ketidakupayaan kerajaan melaksanakan 10 janji dalam 100 hari! GST tidak dimansuhkan, hanya disifarkan. Kemudiannya ia digantikan dengan pengumuman SST sebanyak 10% dan 6%.", "Yang paling mendukacitakan pengundi muda ialah berkenaan kegagalan kerajaan memansuhkan PTPTN secara total. Ianya tidak dimansuhkan malah hanya dikaji semula kaedah pembayarannya. Namun sekatan perjalanan ke atas lebih 400,000 peminjam telah pun ditarik balik.", "Rakyat berharap agar mereka dapat menikmati penurunan kos sara hidup dengan seberapa segera. Namun, dengan dasar GST sifar telah pun tidak berjaya menurunkan harga bagi kebanyakan barangan asas.", "Rakyat masih lagi ditekan dengan bebanan harga barangan yang tidak turun kecuali tomato, kelapa sawit dan getah. Malah pak Menteri pertanian juga gagal memahami mengapa harga ikan kembung tidak turun sedangkan terdapat lebih 3 billion ekor kembung berada di perairan Malaysia.", "Harapan pengundi juga meleset jauh apabila harga minyak petrol tidak mampu diturunkan walaupun harga minyak dunia mengalami trend penurunan. Harga RON 95 dikekalkan, namun harga RON97 dan Diesel diapungkan mengikut pendekatan kerajaan terdahulu.", "Harapan rakyat yang amat yakin bahawa kutipan tol akan dimansuhkan, juga tidak kesampaian. Ini memandangkan bahawa, ianya akan menjejaskan kemampuan negara pada skala yang besar.", "Banyak lagi janji-janji yang tidak tertunai seperti pemberian caruman KWSP sebanyak 2% kepada isteri, pemberian royalti sebanyak 20% kepada negeri pengeluar minyak telah tidak dapat ditunaikan kerana memerlukan akta-akta berkaitan dipinda dahulu di Dewan Rakyat sebelum boleh dilaksanakan.", "Belum lagi menyentuh perkara-perkara lain yang menjadi harapan rakyat seperti kenaikan satu mata anak tangga gaji penjawat awam, penghapusan hutang peneroka felda, malahan hajat besar 1200 rakyat yang sepatutnya pergi menunaikan haji tahun ini telah dibatalkan oleh kerajaan.", "Harapan rakyat telah digagalkan oleh HARAPAN dalam tempoh 100 hari ini. Bagi pengundi yang mendokong visi dan misi pakatan Harapan, sudah tentulah sedikit sebanyak ianya mencalarkan hati nurani mereka. Tidak kurang juga masih ramai yang tidak tahu apa yang telah terjadi dan mengapa mereka terpaksa menyaksikan bahawa negara sedang bergelut dengan masalah ekonomi.", "Ramai yang masih gagal memahami mengapa janji-janji tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari. Namun ramai yang menerima hakikat bahawa, mana mungkin kahwin hari ini, esok sudah boleh bakal menimang anak!", "Di mana-mana sudah kedengaran rungutan rakyat yang mengundi kerajaan baru akan kekesalan mereka. Harapan mereka tidak menjadi kenyataan. Harapan mereka untuk menikmati peluang pekerjaan, pendapatan yang lebih tinggi dan menangani kos sara hidup yang tinggi ternyata hanyalah sekadar sebuah HARAPAN.", "Orang-orang melayu beragama islam dan beriktikad dengan Ahlus Sunnah Waljamaah juga semakin resah akibat provokasi dan cubaan segelintir pihak yang cuba memberi HARAPAN baru bahawa mereka seharusnya lebih terbuka dan bertoleransi dalam beberapa isu.", "Cubaan untukmemperjuangkan hak kesamarataan antara kaum di negara ini akan hanya membuka ruang perdebatan dan pertelingkahan yang boleh membawa kepada berlakunya ‘social unrest’! apabila ini berlaku, siapakah yang bakal dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan kelak?", "Penggunaan Bahasa Melayu yang diperlekehkan, sijil UEC yang mahu diangkat dan diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke IPTA, penghinaan keterlaluan sesetengah pihak kepada kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu hanyalah akan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.", "Malahan, dengan penarikan semula pendakwaan ke atas aktivis-aktivis pakatan Harapan di mahkamah amat membingungkan pengamal dan pencinta keadilan. Walaupun menjadi hak mutlak Peguam Negara bagi memutuskan pendakwaan kes-kes ke mahkamah, tetapi kecenderungan mutakhir ini amat membingungkan kita apabila mereka yang mesra kerajaan baru digugurkan kes mahkamah mereka. Apakah ini bentuk amalan keadilan dan penegakkan konsep ‘The Rule of Law’ yang dicanangkan selama ini?", "Apakah rakyat yang mahukan harapan baru boleh menerima hakikat bahawa seorang Menteri portfolio kanan yang sedang berhadapan dengan pertuduhan rasuah masih boleh dilantik dan tidak dipertikaikan integritinya? Pak Menteri inilah yang paling kuat suaranya di parlimen membicarakan soal integrity orang lain sedangkan integritinya juga sedang dipersoalkan, bukan saja dikhalayak umum malahan ada pertuduhan di mahkamah?\nRakyat sedang menanti apakah kesnya juga bakal digugurkan juga!", "Malaysia tercinta ini mempunyai ramai yang bijak pandai. Anda nilaikanlah sendiri dengan mata hati. Dunia sedang berhadapan dengan satu lagi resesi atau kemelesetan ekonomi akibat persengketaan antara Amerika Syarikat dan China berkenaan tariff barangan. Tidak dapat tidak, negara akan mendapat tempiasnya juga.", "Dengan keadaan terkini negara, apakah rakyat boleh berharap kebajikan mereka dilindungi? Perut rakyat tidak kenyang dengan pembongkaran skandal-skandal. Perut rakyat semakin kosong bila ramai yang dibuang kerja dan hilang mata pencarian. Fikiran mereka akan bercelaru dan jadi tidak rasional bila mereka terlalu lapar. Jiwa mereka akan memberontak kalau hak mereka dicabul dan diinjak-injak.", "Jika itu berlaku, apakah HARAPAN akan tinggal sekadar harapan?", "Dato’ Alexander Noor" ]
https://umno-online.my/2018/08/06/ada-apa-dengan-surat-kepada-cia/
[ "Sebelum 9 Mei lalu tidak ramai rakyat Malaysia, apatah lagi orang luar, mengetahui kewujudan Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO). MEIO sebuah organisasi intelijen (risikan) negara yang bertanggungjawab mengumpul maklumat di dalam dan luar negara serta membuat rumusan penting kepada keselamatan negara.", "Kebanyakan negara di dunia mempunyai agensi perisikan mereka. Ada yang sudah dikenali seperti CIA (Amerika Syarikat), MI6 (England), Mossad (Israel), ISI (Pakistan), KGB, FSB, SVR (Rusia); dan ada juga yang menjalankan kerja-kerja ini secara senyap-senyap.", "Agensi perisikan ditubuhkan kerana kerajaan memerlukan pelbagai maklumat sulit dan tersembunyi bagi menjaga keselamatan dan kepentingan negara dan rakyat. Malangnya, selepas kemenangan Pakatan Harapan, mereka tidak lagi boleh membezakan antara tanggungjawab kepada negara dan ketaasuban politik.", "Mempolitikkan isu surat Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) bukan sahaja mendedahkan agensi perisikan Malaysia kepada umum, tetapi juga mewujudkan krisis kepercayaan dalam kalangan diplomat dan juga ahli perniagaan ke atas kerajaan Malaysia hari ini.", "Jika surat seperti ini didedahkan tanpa melalui proses perundangan dan protokol tertentu, sukar untuk melihat negara lain mempunyai kepercayaan dengan kerajaan Malaysia pada masa depan.", "Hanya ada dua pihak yang mempunyai akses surat tersebut iaitu MEIO dan CIA. Mustahil dalam masa tidak sampai beberapa minggu surat menjadi kerajaan tersebut sudah sampai kepada pengetahuan Lim Guan Eng dan tersebar dalam internet kecuali ia dilakukan oleh pihak yang memiliki akses maklumat.", "Sukar untuk percaya MEIO yang selama ini bergerak di bawah radar memilih untuk mendedahkan surat tersebut. Jika bukan MEIO, tentulah CIA yang memberi “tips” kepada kerajaan Pakatan Harapan hari ini.", "CIA sudah diketahui umum satu-satunya agensi perisikan yang tidak segan silu masuk campur dalam hal ehwal negara lain, hatta sehingga kepada membantu menjatuhkan sebuah kerajaan.", "Jadi dalam keadaan ini, mereka yang waras akan bertanya apakah hubungan CIA dengan Pakatan Harapan?", "Jika dilihat mereka yang bersungguh memainkan isu surat ini sebagai penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara adalah Ahli Parlimen dari DAP. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, paling ke hadapan dalam memperkatakan mengenai surat ini walau bukan dalam bidang kuasanya.", "Beliau dilaporkan berkata siasatan terhadap isu surat kepada CIA itu perkara penting kerana melibatkan hal kedaulatan negara. Lim cuba mengaitkan surat tersebut dengan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai menjemput campur tangan asing dalam hal ehwal negara.", "Jika kita membaca keseluruhan kandungan surat tersebut jelas tiada sebarang permintaan campur tangan CIA ke dalam politik negara. Apa yang dibuat oleh MEIO ialah memberi “taklimat bertulis” mengenai keadaan politik negara; DAN meminta agar CIA tidak masuk campur dalam politik negara ini walaupun jika BN menang tipis.", "CIA memang diketahui umum mempunyai rekod mencetuskan huru-hara bagi menukar kerajaan. Atas sebab itu MEIO meminta CIA jangan masuk campur jika keputusan pilihan raya umum memihak kepada BN dan Najib dengan keputusan tipis.", "Apakah pengkhianatan yang dilakukan jika surat tersebut jelas merupakan satu tindakan diplomasi secara lembut untuk memberitahu CIA supaya jangan masuk campur dalam hal-ehwal politik negara ini?", "Jika ini dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara, maka jelas pemimpin kerajaan hari ini jahil dalam diplomasi antarabangsa.", "Sebenarnya secara tersirat dan dalam nada diplomasi surat tersebut membawa makna MEIO mengetahui ada usaha CIA untuk campur tangan dalam politik Malaysia.", "Justeru kita tertanya-tanya, adakah surat ini didedahkan untuk menutup sebarang hubungan parti tertentu dengan CIA sebelum pilihan raya lalu?", "Apakah pendedahan dan pemesongan makna surat ini dibuat kerana khuatir MEIO ada maklumat mengenai hubungan parti atau individu tertentu dengan CIA atau agensi perisikan negara jiran? Dalam keadaan demikian sudah tentu jalan paling pintar ialah memusnahkan kredebiliti MEIO terlebih dahulu.", "Jika tidak, mengapa Kerajaan PH Harapan dan DAP begitu gelabah sehingga perlu merosakkan maruah dan imej agensi perisikan negara dan berterusan mengaitkan sepucuk surat biasa sebagai pengkhianatan kepada negara?", "Saya khuatir kisah surat ini seumpama cerita rakyat dari Indonesia. Ia mengenai seorang maling (pencuri) dalam kampung yang pertama menjerit “maling! maling! maling! sambil mengejar sesuatu. Orang kampung pun turut mengejar bayang-bayang pencuri, sedangkan pencuri sebenar berada dalam kalangan mereka. Semoga ALLAH selamatkan negara ini.", "Ab Jalil Becker, Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)", "mykmu.net", "" ]
https://umno-online.my/2018/08/02/rampas-kantung-negara-sebab-rugi-rm80-juta-atau-sebab-rm157-bilion/
[ "SEJAK Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya, Perdana Menteri Mahathir terbukti berjaya ‘menyelamatkan Malaysia’ dalam masa kurang 100 hari.", "Khazanah Nasional (KN) umpamanya…", "KN ditinggalkan untuk diwarisi era pemerintahan bekas Perdana Menteri Najib Razak (yang tumbang sebab fitnah) dengan nilai aset kira-kira RM65 bilion pada tahun 2004.", "Pimpinan atasan KN yang tiada tali persaudaraan dengan Najib tiba-tiba melepaskan jawatan masing-masing. Ada yang lihat ia sebagai terancang. Ada pihak yang mengugut mereka supaya mengosongkan jawatan. Kebenaran kisah ini tidak dapat dipastikan. Sekadar berlegar di warung kopi saja… Tapi fakta ialah kontrak Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar sepatutnya berakhir pada Mei 2019!", "Apa yang pasti, KN hari ini telah memiliki aset kira-kira RM157 bilion ketika ini, sejak Azman ambil alih KN. Gila, dari RM65 bilion kepada RM157 bilion! Banyak tu!", "Najib ada bertanya di dalam Dewan Rakyat, Menteri PH Azmin kata KN rugi kira-kira RM80juta dalam pelaburan pakaian dalam. Kata orang, dalam berniaga ada untung rugi. Andai angka RM80juta itu dibandingkan dengan RM150bilion…? Apakah KERAjaan PH telah secara tidak langsung mengatakan KN rugi secara keseluruhannya?", "Bertambah pelik, PM Mahathir melantik diri sendiri sebagai Pengerusi KN! Azmin orang nombor dua. Bila netizen persoal tentang manifesto PH bahawa janji untuk membebaskan syarikat GLC daripada orang politik, pemimpin PH dengan selamba badak buat-buat tak tahu. Tak rasa bersalah bahkan menghalalkan yang haram. Ibaratnya, dulu babi itu haram dimakan. Tapi bila babi ada depan mata, selamba ratah.", "Hakikat menyedari bahawa KN selama ini tidak menerima suntikan modal tetap daripada kerajaan. Kisah kejayaan Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar (bukan anak Najib Razak) sebenarnya sudah bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Sudah ada suara yang mahukan kerusi beliau. Iyalah, aset beratus bilion yang dikumpul membuatkan ramai kelabu mata. Seperti harimau merenung daging.", "Petikan Bernama pada Disember 2017 :", "Tidak seperti entiti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji, Khazanah tidak menerima suntikan modal tetap, selain ia juga melaksanakan pelaburan pemangkin di dalam dan di luar negara – selain inisiatif pembangunan untuk negara.", "Ia menjayakan pembangunan utama untuk modal insan melalui Yayasan Hasanah yang ditubuhkan pada 2015 dengan RM3 bilion dicagarkan sebagai pembiayaan bagi memacu agenda pembangunan bangsa untuk memajukan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing di peringkat global.", "Modal ini dilindungi dan hanya faedah digunakan untuk memastikan kemapanannya. Tahun lalu sahaja, yayasan itu membelanjakan kira-kira RM125 juta, sebahagian besarnya untuk pendidikan.", "Dan, ia akan terus melaksanakannya, kata sumber dan menambah pujian wajar diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Lembaga Khazanah atas kebijaksanaan dalam melaksanakan inisiatif sosial ini.", "“Pelaburan ini mungkin berupa wang yang boleh diisytiharkan sebagai dividen. Justeru, pengkritik perlu membuat analisis yang tepat sebelum membuat anggapan dan kesimpulan sempit,” kata sumber itu.", "Satu inisiatif tanggungjawab sosial yang boleh dibanggakan Khazanah ialah Skim Latihan 1Malaysia, yang menyediakan latihan kemahiran kepada siswazah menganggur untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.", "Setakat ini, ia sudah melatih kira-kira 4,200 siswazah dengan kos RM20,000 seorang, dengan khabar gembira apabila lebih daripada 80 peratus siswazah menganggur ini berjaya mendapat pekerjaan.", "Melihat kepada situasi ini, apa yang hendak diselamatkan? Atau Mahathir sebenarnya mahu menyelamatkan harta negara bukan untuk rakyat sebaliknya untuk diri sendiri, anak beranak dan kroni-kroni?", "suaralensa.blogspot.com" ]
https://umno-online.my/2018/07/31/isu-khazanah-nasional-adakah-kerajaan-menggunakan-skrip-dan-alasan-basi/
[ "\nKhazanah Nasional Berhad mengumumkan barisan baharu pengarahnya yang diketuai oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi. Antara yang turut dilantik menganggotai ahli lembaga pengarah adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Hassan Merican.", "Pelantikan ahli lembaga pengarah ini dibuat selepas sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah meletak jawatan pada minggu lalu termasuklah Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.", "Persoalan timbul terhadap perletakan jawatan yang dibuat oleh sembilan ahli lembaga pengarah ini memandangkan Perdana Menteri sejak mengambilalih pentadbiran negara masih belum bertemu dan memanggil mesyuarat lembaga pengarah.", "Layanan dingin Perdana Menteri ini dilihat sebagai punca utama perletakan jawatan mereka, kerana pelbagai keputusan operasi dan strategik tidak mampu dilaksanakan tanpa mandat.", "Terdapat juga laporan menyatakan Perdana Menteri menyasarkan kerugian RM3 bilion dalam pelaburan Khazanah di Bank Swiss, UBS di bawah kendalian Lehman Brothers yang muflis pada tahun 2008 sebagai sebab utama pemberhentian secara serentak lembaga pengarah ini.", "Saya tidak menafikan terdapat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat Khazanah tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan, namun syarikat pelaburan mana dalam dunia yang mampu mengaut untung dalam dari setiap pelaburan yang dibuat? Sudah pasti adakalanya sesuatu pelaburan itu mendatangkan kerugian – lumrah konsep pelaburan itu sendiri.", "Malah dalam isu pelaburan UBS/Lehman itu pun, bukan hanya Khazanah yang mengalami kerugian tetapi juga rakan pelaburnya Santander, kumpulan perbankan terkemuka dari Sepanyol.", "Cara terbaik mengadili Khazanah dan pengurusannya bukanlah dengan mensensasikan pulangan satu pelaburan tetapi melihat rekod keseluruhan untuk sesuatu tempoh.", "Untuk rekod, prestasi Khazanah selama 14 tahun di bawah pentadbiran Azman Mokhtar dari tahun 2004 telah memberi purata pulangan tahunan sebanyak 9.3%.", "Aset Khazanah juga meningkat dari sekitar RM60 bilion kepada RM157 bilion untuk tempoh yang sama, jauh lebih baik daripada 10 tahun pertama kewujudan Khazanah dari 1993 di bawah Perdana Menteri keempat. Maka, untuk menyatakan Khazanah di bawah Perdana Menteri kelima dan keenam gagal memainkan tanggungjawab adalah sesuatu yang menyimpang jauh dari kebenaran.", "Maka persoalannya mengapa Kerajaan perlu menggambarkan seolah-olah prestasi Khazanah teruk sehingga perlu meminggirkan Lembaga Pengarah sebelum ini?", "Kedua, mengapa perlu melantik Lembaga Pengarah yang bercanggah dengan Janji 22 manifesto menetapkan untuk melantik ahli lembaga pengarah GLC dalam kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka? Jelas Pakatan Harapan memungkiri janji mereka sekali lagi.", "Keputusan kerajaan ini juga langsung tidak mencerminkan Malaysia Baharu yang lebih telus dan adil, kerana seolah-olah individu yang tidak sehaluan dengan kerajaan diketepikan walaupun mempunyai rekod yang cemerlang.", "Jika sebelum ini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar menjadi ‘korban politik’ kerajaan, hari ini Tan Sri Azman Mokhtar pula yang menjadi mangsa.", "Yang paling merisaukan adalah ketidaktentuan halatuju Khazanah selepas ini. Jika hala tuju selama ini yang telah memberi pulangan baik tidak diminati oleh pentadbiran Kerajaan sekarang, apakah hala tuju baru Khazanah?", "Apakah yang akan berlaku kepada RM 157 bilion aset Khazanah yang seharusnya masih boleh menjana pulangan baru kepada negara?", "Rakyat sewajarnya berwaspada seandainya jalan cerita kononnya Khazanah sewaktu zaman Tun Abdullah dan Dato’ Sri Najib berprestasi buruk sekadar alasan untuk mengusir pengurusan Khazanah sebelum ini lantas meletakkan dan membabitkan kroni-kroni tertentu.", "Seperti mana jalan cerita hutang negara teruk bagi menghalalkan pelbagai janji yang dimungkiri sebelum ini, skrip menyalahkan Kerajaan BN dahulu untuk kegagalan hari ini semakin lama semakin basi dan sukar diterima rakyat.", "SHAHRIL HAMDAN\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2018/07/23/gst-vs-sst-penjelasan-berserta-fakta-nombor-dari-orang-belajar-ekonomi/
[ "Mesyuarat Dewan Rakyat penggal ke-14 sudah memasuki minggu pertama dan tumpuan kini menjurus kepada perubahan dasar kerajaan mengikut acuan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan paling dinantikan adalah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).", "Ianya bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerjaan Barisan Nasional (BN) pada 1 April 2015.", "GST dan SST , kedua-duanya adalah cukai perbelanjaan (consumption tax) dan merupakan cukai nilai tambah ataupun Value-Added Tax (VAT) dimana sistem ini mengenakan cukai kepada perbelanjaan tertentu pengguna.", "“Secara kasar, consumption tax dikenakan kepada perbelanjaan rakyat. You consume, you have to pay tax,” kata penulis ekonomi Haziq Mursyidi dipetik portal ilmiah, The Patriot.", "Merungkaikan kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis cukai ini – GST dan SST, beliau menjelaskan bahawa walaupun GST dikenakan disetiap rantaian pengedaran, tetapi kesemua cukai disetiap peringkat boleh dituntut semula, kecuali kepada pengguna akhir.", "Berbanding SST, sistem percukaian itu dikenakan pada peringkat awal iaitu pengilang sahaja, tetapi cukai ini tidak boleh dituntut kembali.", "Memberi contoh barang oleh pengilang berharga RM10 dan selepas dikenakan GST 6%, nilainya akan meningkat kepada RM10.60.", "Namun VAT yang dikenakan boleh dituntut kembali daripada jabatan kastam, justeru itu kos sebenar kepada pemborong akan kekal RM10.", "Berbanding SST, cukai 10% yang dikenakan tidak boleh dituntut, lantas menaikkan harga barang kepada RM11 yang ditanggung oleh pemborong.", "Perkiraan secara terperinci boleh dilihat menerusi rajah dibawah:", "", "Ujarnya, GST dilaksanakan dengan pelbagai tujuan dan yang terutama adalah bagi mengelak daripada berlakunya cukai berganda (double taxation) sepertimana berlaku dibawah sistem SST.", "Jelas Haziq, SST dikenakan terhadap pengilang dan sekali lagi dikenakan kepada pemborong dan kos keseluruhan itu akan ditanggung oleh pengguna termasuk margin untuk kedua-dua rantaian sebelumnya.", "“Contohnya, kita membeli Coca-Cola dekat hotel. Hotel kemudian mengenakan service tax, Coca-Cola yang dibeli oleh hotel dan dijual kepada pengguna juga telah dicukaikan diperingkat kilang. Secara tidak langsung, telah berlakunya cukai berganda di sini.”", "Tambahnya lagi, sistem GST adalah lebih telus berbanding SST dimana cukai yang dibayar dipaparkan pada resit yang menjadi bukti berbanding SST, cukai yang dibayar tidak dinyatakan pada resit.", "Hal ini juga diakui oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan GST lebih efisyen dan SST akan memberi kesan terhadap barangan pengguna.", "Walaubagaiamanapun, GST juga mempunyai kelemahan dan kelemahan pertama menurut Haziq adalah peniaga tidak berdaftar dengan pihak kastam – termasuklah peniaga kecil yang pada akhirnya akan menyerap kos GST itu dari pengilang dan pemborong.", "Penyelesaiannya kata Haziq adalah dengan mengarahkan semua peniaga mendaftar GST.", "Masalah kedua adalah proses tuntutan semua cukai dari pihak kastam yang memakan masa antara 14 hinga 28 hari dan ianya akan mengganggu aliran tunai peniaga secara langsung.", "Kelemahan ketiga adalah margin keuntungan yang terlalu tinggi.", "Sekiranya pengguna menetapkan keuntungan melebihi 67% daripada nilai barang, jumlah GST 6% yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada nilai cukai 10% SST.", "“Walaupun terdapat kelemahan yang ada pada perlaksanaan GST, tetapi GST perlu diteruskan bagi mempelbagaikan pendapatan negara. Namun pembaikan dari segi perlaksanaan kerana tidak boleh dinafikan perlaksanaan GST itulah yang bermasalah.", "GST bukanlah kitab yang tidak boleh diubah demi kebaikan rakyat. SIstem GST itu jauh lebih baik daripada SST. Yang perlu diperbetulkan adalah sistem GST negara kita yang sedia ada, agar beban rakyat dapat dikurangkan,” katanya lagi.", "Sumber diperoleh daripada portal The Patriot bertajuk GST VS SST. – mD", "suara.tv" ]
https://umno-online.my/2018/07/10/prk-sg-kandis-bertanding-atau-tidak-asyraf-kj-dan-budiman/
[ "UMNO baru selesai melalui proses pemilihan dan perubahan pucuk pimpinan di seluruh negara. Di peringkat pusat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberi kepercayaan memimpin parti dengan dibantu oleh timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.", "Dalam keadaan parti UMNO dan BN masih dilanda pelbagai cabaran besar, negara bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pertama penggal ini. Malah mungkin PRK paling cepat pernah dilaksanakan selepas pilihan raya umum.", "Pemergian Allahyarham Suhaimi Shafiee, Adun Selangor kawasan Sungai Kandis – wujud kekosongan kerusi – memberi UMNO satu dilema baharu yang memerlukan pemikiran mendalam Ahmad Zahid dan barisan kepimpinan baharunya.", "Pertama sama ada perlu atau tidak untuk UMNO bertanding kali ini atau memberi laluan kepada Pas dan pembangkang lain sahaja menentang PKR.", "Persoalan ini perlu diperhalusi kerana UMNO bukan saja sedang berhadapan proses pemulihan, malah juga tidak lagi mempunyai sumber kewangan setelah akaunnya dibekukan oleh SPRM.", "Jika UMNO memilih tidak bertanding kali ini ia mungkin mengurangkan serangan terhadap parti dan memberi ruang kepada kepimpinan yang ada menyusun semula kekuatan parti. Maka apa pun keputusan PRK tersebut tidak memberi banyak kesan kepada UMNO.", "Namun UMNO mungkin membuat keputusan untuk memasuki gelanggang atas semangat demokrasi dan menunjukkan mereka tidak mudah patah semangat dan hilang pedoman atas kekalahan lalu. Langkah ini akan memberi peluang kepada pucuk pimpinan parti menguji sebarang kelemahan dan kekurangan dalam berhadapan pilihan raya sebagai pembangkang.", "Jika UMNO mahu menyertai PRK kali ini ia harus juga membuat keputusan sama ada mahu bertanding atas logo BN atau UMNO.", "Fanatik UMNO sentiasa mahukan mereka bertanding atas logo UMNO. Namun rasionalis dalam UMNO harus melihat bahawa ini peluang membuktikan UMNO masih sebuah parti yang berpijak dalam realiti dan tidak mudah gelabah dengan kekalahan lalu.", "Logo dan simbol kerjasama BN tidaklah seburuk mana. Kita hanya baru kalah sekali berbanding perikatan lawan. Pucuk pimpinan UMNO harus menunjukkan teladan yang baik mendapat pandangan komponen BN yang masih ada sebelum memutuskan wadah mana yang akan digunakan UMNO atau BN.", "PRK Sungai Kandis juga memberi dilema besar kepada UMNO. Siapa calon akan diletakkan? Slogan anak tempatan, calon tempatan sudah tidak relevan bagi negeri Selangor.", "Menteri Besar Selangor hari ini bukan lagi anak Selangor. Ahli Parlimen Kota Raja juga bukan anak Selangor. Malah Allahyarham Suhaimi Shafie juga bukan anak tempatan.", "UMNO bertanding sebagai pembangkang harus menggunakan formula yang sudah teruji dan mampu memberi harapan untuk menang. Dalam PRK, pembangkang yang tidak mempunyai jentera kuat harus meletakkan calon-calon yang popular di peringkat nasional.", "Nama seperti Ketua Pemuda UMNO yang baharu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki harus dalam pertimbangan atas. Soal beliau pernah kalah bukan alasan lagi kerana Mohamad Sabu calon pindah-randah setiap kali pilihan raya menang dengan majoriti 70,000 dalam Parlimen Kota Raja.", "Asyraf sebagai Ketua Pemuda UMNO harus mengambil peluang menjadi panglima baharu. Kalah atau menang soal kedua.", "Selain Asyraf, nama Khairy Jamaluddin harus dipertimbangkan. Beliau dikatakan popular dalam kalangan anak muda bandar dan media sosial. Khairy juga popular dalam kalangan UMNO Kota Raja yang telah mencalonkan beliau sebagai calon Presiden UMNO tempoh hari.", "Oleh kerana pertarungan ini di kawasan bandar dan pengundi muda, Khairy mempunyai peluang cerah untuk menang atau sekurang-kurangnya memberi cabaran kepada PKR.", "Jika anak Selangor juga mahu ditonjolkan, maka nama bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi harus dipertimbangkan. Beliau sudah dikenali sebagai wakil rakyat yang mempunyai kebolehan orator dan penyelidikan yang baik mampu menjadi pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri Selangor.", "Keputusan pilihan raya umum lalu menjadikan PKR terlalu dominan. DUN Selangor memerlukan pembangkang yang kuat mengimbangi pentadbiran Pakatan Harapan hari ini.", "Pengundi di Sungai Kandis mempunyai peluang untuk menjadikan ia satu realiti. Namun UMNO harus memberi mereka nama yang meyakinkan bahawa calon mereka mampu menjadi “ejen pemeriksa” yang berkualiti bagi mengimbangi kerajaan negeri.", "Ab Jalil Becker ", "*Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)" ]
https://umno-online.my/2018/07/08/kesilapan-besar-kerajaan-pakatan-harapan/
[ "Harga minyak dijanji akan segera turun untuk golongan berpendapatan rendah, tetapi sebaliknya harga RON95 masih kekal manakala RON97 pula diapung. Inflasi dijanji akan dikurangkan, tetapi tarif elektrik dinaikkan di Pulau Pinang dan di lain-lain tempat sehingga bakal membawa kesan berantai. Tol dijanji akan dihapuskan, namun sehingga kini pelan pemansuhan beransur-ansur itu tidak pun kelihatan.", "2. Sedang rakyat masih berkira-kira berapa banyak sebenarnya harga barang akan turun apabila GST dimansuhkan, cukai SST pula bakal dilaksanakan. Rakyat dari semua golongan merasa sudah tertipu.", "3. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini baru berusia hampir 60 hari. Walau bagaimanapun, sebahagian ahli politik yang menerajui PH bukanlah individu yang tidak berpengalaman sama sekali dalam menjawat posisi pentadbiran utama negara sebelum ini.", "4. Namun demikian, terdapat terlalu banyak isu berbangkit yang seharusnya tidak diambil mudah dan perlu direnungkan secara mendalam oleh kesemua pihak tertinggi dalam pentadbiran negara ketika ini.", "5. Terdapat sekurang-kurangnya tiga dimensi yang perlu diberi perhatian. Pertama ialah janji manifesto PH. Kedua ialah percakaran dalaman sesama pemimpin PH. Ketiga dan terakhir ialah pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu.", "6. Sukar untuk menafikan bahawa tempoh hampir 60 hari pertama pentadbiran kerajaan Pakatan ketika ini dibayangi persepsi kegagalan demi kegagalan kerajaan menunaikan janji mereka dalam manifesto PRU-14 yang lalu.", "7. Paling kencang tentulah persepsi terhadap janji PH yang berkait dengan kos sara hidup seperti janji memansuhkan tol, janji subsidi petrol bersasar, janji penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Demikian juga janji lain yang meskipun tidak bersifat ekonomi namun tetap menjadi perhatian rakyat seperti isu 30 peratus anggota kabinet wanita dan janji pemansuhan Biro Tatanegara (BTN).", "8. Isunya di sini ialah kaedah pengurusan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan dengan janji yang masih belum mampu mereka penuhi.", "9. Perlu ditegaskan bahawa kerajaan PH perlu lebih serius dalam memerangi persepsi bahawa mereka sengaja untuk tidak menunaikan janji-janji mereka dalam PRU-14 yang lalu. Tunjukkan dengan segala data dan fakta yang jelas dan terperinci akan situasi kewangan negara yang tidak mengizinkan segala janji berkenaan kenapa tidak dapat ditunaikan, tidak cukup sekadar membuat kenyataan media dan mengulang-ulang skrip menyalahkan kerajaan BN terdahulu. Budak kecik pun tahu kalau tak boleh nak tunai jangan suka berjanji. Janji Pilehanraya besar kesannya. Usah janji dicapati!", "10. Satu lagi kelemahan besar kerajaan Pakatan Harapan hari ini ialah kejadian percakaran secara terbuka sesama pemimpin parti merwka di dalam Pakatan.", "11. Antara deretan isu terkini ialah isu tekanan DAP Perak memaksa YB Ngeh Koo Ham dilantik menjadi Speaker DUN mengetepikan YB Siti Aisyah dari PKR, juga isu Ketua Pemuda DAP Perak Wong Kah Koh lantang menghentam pemilihan anggota Kabinet oleh Tun Mahathir secara terbuka, isu kritikan Rafizi Ramli kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif elektrik dan pelantikan ahli kabinet, isu kritikan Anwar Ibrahim ke atas pendekatan ala-detektif Lim Guan Eng, dan pelbagai percakaran lagi. Kesemua itu sedang diperhatikan oleh rakyat.", "12. Tentu sekali kerajaan hari ini berbeza dari segi komponennya berbanding kerajaan kerajaan BN dahulu yang didominasi oleh UMNO. Kali ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir tidak menguasai jumlah kerusi yang besar seperti mana UMNO yang menerajui BN. Itu adalah hakikat.", "13. Sebaliknya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memiliki senarai ahli parlimen Pakatan yang paling ramai diikuti DAP. Maka pastilah terdapat sebegitu banyak tuntutan dan rundingan tawar-menawar yang berlaku pada fasa awal pembentukan kerajaan dan pembuatan dasar negara bagi mengimbangi kepentingan setiap parti.", "14. Namun eloklah sebarang rasa ketidakpuasan hati tidak diluahkan secara negatif dan keras kerana imej perpecahan akan mengimpak kepada keyakinan rakyat sekiranya diteruskan dalam jangka masa panjang.", "15. Masalah ketiga dan yang paling kontroversi tentunyalah berkenaan tentang pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Pendedahan Abdul Kadir Jasin tentang jumlah perbelanjaan Yang Dipertuan Agong (YDPA) amat tidak wajar, isu hangat pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, isu kenyataan rasmi Menteri Kewangan yang diterjemah ke Bahasa Mandarin, ura-ura hubungan tegang Istana dengan Putrajaya yang cuba dikendurkan oleh Anwar Ibrahim, kesemua ini mengundang keresahan di kalangan umat Islam di negara ini.", "16. Perlu diingat bahawa UMNO masih menguasai kerusi orang Melayu terbanyak di Parlimen dengan 52 kerusi. Sekiranya langkah drastik tidak diambil segera bagi menunjukkan kerajaan Pakatan hari ini mampu menjadi pelindung kepada kesemua teras Melayu-Islam ini, tidak mustahil UMNO – bahkan PAS – bakal merampas sokongan di kerusi-kerusi Melayu yang kini dikuasai oleh Pakatan. Jangan terlepas pandang aura Mahathir ternyata semakin kendur seusang usia beliau.", "17. Sedarlah bahawa rakyat amat mendambakan perubahan dan penambahbaikan yang sebenar dan sejati, bukannya permainan ‘blame game’ dan retorik yang tidak berkesudahan.", "18. Hentikanlah alasan seperti ‘segalanya perlu ditangguh dan disemak akibat kerosakan kerajaan terdahulu’ sedangkan dalam masa yang sama kelompok tertentu terus rakus mengaut untung harta rampasan perang. Kisah monopoli tapak DBKL oleh Armada PPBM disokong DAP Bukit Bintang, kisah saham Vincent Tan dalam syarikat berkepentingan ECRL (telah dijual), kisah kekayaan Taib Mahmud yang belum (dan enggan?) disiasat, dan pelbagai kisah lagi yang berlaku secara diam-diam wajib dibanteras segera. Ketahuilah rakyat sudah semakin mual dan tidak percaya.", "19. Tunaikanlah segera janji untuk menurunkan beban hidup rakyat. Kurangkan berpolitik dengan menyalahkan pihak lain. Cukuplah berpolitik demi kepentingan kelompok terpilih. Sayangilah rakyat. Kasihanilah mereka.", "Abdul Muein Abadi", "Penulis Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)" ]
https://umno-online.my/2018/07/05/apa-masalah-tommy-thomas-dengan-bahasa-melayu/
[ "Peguam Negara Malaysia mengaku tidak fasih dan tidak selesa berbahasa Melayu", "Sejurus prosiding pendakwaan terhadap DS Najib bermula, Peguam Negara memohon supaya prosiding diteruskan di dalam Bahasa Inggeris.", "Dari sumber dalaman rakan-rakan di Jabatan Peguam Negara, Tommy Thomas tidak suka pegawai atau kakitangan jabatan berbahasa Melayu ketika berbicara dengan beliau.", "Apa masalah Tommy Thomas dengan Bahasa Melayu?", "Kononnya dia pakar Perlembagaan? Kalau benar pakar, pastinya Peguam Negara cukup arif peruntukkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.", "Kononnya dia seorang pengamal undang-undang yang berpengalaman luas. Hampir 40 tahun beramal sebagai peguam di Mahkamah seluruh negara. Bagaimana beliau beramal selama ini sedangkan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 memperuntukkan bahawa bahasa perantara bagi semua prosiding Mahkamah adalah Bahasa Kebangsaan?", "Adakah selama ini Tommy Thomas memohon agar setiap prosiding yang beliau kendalikan berlangsung di dalam Bahasa Inggeris?", "Peguam Negara adalah seorang penjawat awam terkanan negara Malaysia. Jawatan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.", "Seseorang Peguam Negara Malaysia yang tidak fasih atau tidak selesa berbahasa Melayu sebenarnya bukan sahaja tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963, bahkan juga mempunyai nilai patriotisme, semangat kekitaan pada tanah ini serta nilai ketatanegaraan yang amat tandus.", "Tommy Thomas tidak sesuai menjawat tugas Peguam Negara Melaysia.", "Noktah.", "Dato Hasnal Rezua Merican", "Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang, Pengamal Undang-undang" ]
https://umno-online.my/2018/06/29/kerajaan-ph-penuh-drama-dan-gimik-murahan/
[ "Seperti yang pernah disebut sejak awal pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kerajaan baharu Malaysia ini banyak bergantung pada drama dan gimik populis.", "Pendekatan pelik ini digunakan untuk menutup segala kesalahan, dengan memburukkan musuh politik, melindungi pemimpin dari kritikan dan sebagainya.", "Perkembangan membimbangkan ini menandakan drama politik akan terus membelenggu politik negara, dan rakyat akan sentiasa dimanipulasi emosi mereka.", "Apabila berlaku sesuatu yang memalukan kerajaan, seperti menteri mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina, satu isu gempar lain pula timbul.", "Kita mungkin tidak tahu peristiwa yang timbul kemudian itu disengajakan atau tidak, tetapi setakat ini peristiwa yang menyusul berjaya menutup kejadian sebelumnya.", "Kalau kita masih ingat, pada hari Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas, malam harinya berlaku serbuan di rumah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengundang polemik apabila mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam bahasa Cina.", "Tidak lama selepas itu, menyusul berita rampasan di kediaman yang ada kena-mengena dengan Najib.", "Drama lebih menggemparkan dilakonkan selepas itu, dengan mengadakan sidang media menayangkan gambar-gambar barang rampasan dan memberitahu anggaran nilai rampasan, sebanyak RM1.1 bilion.", "Kemudian tersebar satu detail yang “catchy” yakni salah satu jenama beg yang dirampas ialah Bijan.", "Netizen pun beramai-ramai menjadikannya bahan lawak dan sindir, hingga tenggelam isu bahasa Melayu yang dipinggirkan dengan menggunakan alasan palsu.", "Inilah yang sedang dan akan terus berlaku dalam politik negara kita, rakyat dengan mudah dialihkan perhatian mereka dengan drama, gimik dan cerita lucu serta gempar.", "Pada masa orang ramai sibuk dengan cerita selipar Bata, berhenti berucap semasa azan, menteri pemilik 10 pegawai khas buat lawatan mengejut ke sekolah, DAP dan golongan sama kepentingan dengan mereka sudah meraih apa yang mereka sasarkan.", "Daripada politik, kehakiman, bisnes dan instituti-institusi negara, mereka berjaya merombak dan bakal disusun mengikut kehendak mereka.", "Soalnya sekarang, berapa lama lagi perkara ini akan berterusan dan sampai bilakah rakyat akan diperbodohkan secara beramai-ramai?", "Mynewshub.cc" ]
https://umno-online.my/2018/06/25/tidak-mampu-hormati-perlembagaan-jangan-pula-provokasi-orang-lain/
[ "PERKARA 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara.", "Dalam usaha untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul serta menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam.", "Kerajaan juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 9 Tahun 2011 bertajuk Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam.", "Di bawah Perkara V. Maklum Balas Aduan Di Akhbar Dan Isu Media Massa, yang mana semua maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai Perkhidmatan Awam oleh Agensi Kerajaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan. ", "Bagi siaran dalam media massa berbahasa Inggeris, terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh disertakan sebagai dokumen lampiran bagi memastikan maksud asal maklum balas tidak disalah tafsir.", "Persoalannya, apakah rasional di sebalik penggunaan bahasa Mandarin oleh Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya? ", "Adakah Masyarakat Cina di negara ini tidak memahami bahasa kebangsaan? ", "Atau Lim Guan Eng sekadar mahu menimbulkan sentimen rasis dalam kerajaan PH?", "Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Dalam konteks pentadbiran negara, bahasa kebangsaan dilihat sebagai bahasa rasmi untuk negara, ianya bukan bahasa untuk kaum Melayu sahaja.", "Secara logik, di mana-mana negara seluruh dunia jua akan menggunakan bahasa kebangsaan negara tersebut dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara antarabangsa.", "Secara peribadi, saya beranggapan rakyat Malaysia tidak kisah pun bahasa apa pun yang dipertuturkan oleh rakyat negara ini setiap hari.", "Tiada sesiapa pun yang melarang walau sesiapa jua untuk menggunakan sebarang bahasa untuk dipertuturkan. ", "Tiada sesiapa pun yang akan dimasukkan ke penjara atau dipukul di tempat awam sekiranya bercakap dalam bahasa selain bahasa kebangsaan. ", "Namun, jika Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi, ianya menimbulkan persoalan tentang motif tindakan tersebut.", "Orang Melayu juga bertutur dalam pelbagai bahasa. Ada kaum Bugis, Jawa, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Bajau, Melanau dan lain-lain, namun semua rakyat Malaysia hormati bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. ", "Malah di jabatan Agama Islam yang rata-ratanya fasih berbahasa Arab juga akan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi.", "Apabila Lim Guan Eng menolak sesuatu yang rasmi, ianya menunjukkan sifat sombong dan bongkak serta rasis dan ianya adalah satu tindakan provokasi ke atas bangsa-bangsa lain.", "Jika Lim Guan Eng tidak mampu memahami perkara pokok ini, ianya menunjukkan bahawa Lim Guan Eng tidak mampu menghormati undang-undang negara. Sebagai pemimpin negara, Lim Guan perlu mengubah mindanya untuk memupuk perpaduan kaum dan rasa hormat kepada negara.", "Anina Saadudin\nPresiden Empirical Malaysia" ]
https://umno-online.my/2018/06/13/educated-sungguh-bila-berhutang-dengan-negara-paling-tinggi-hutang-dalam-dunia/
[ "Bukan rahsia Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh penyokong Pakatan sebagai membebankan negara ini dengan hutang.", "Puak ini terlalu uneducated sehingga tak boleh beza antara hutang dan pelaburan.  Yang dikatakan hutang tu bukan pinjam duit sesaja tapi ada projek infrastruktur rakyat yang akan memberi pulangan untuk membayar balik pinjaman – 5 ayat terakhir tu membawa maksud pelaburanlah para uneducated sekalian.", "Tapi itulah modal yang dimainkan berulang-ulang sehingga membawa kemorosotan sokongan rakyat terhadap BN dalam PRU14 yang lepas.", "Semalam tersebar laporan ada negara yang mempunyai pentadbiran baru akan membuat hutang baru dengan Jepun untuk membayar hutang negara berkenaan yang dikatakan sangat tinggi.  Berapa jumlah pinjaman tu?  Belum tahu lagi sebab katanya Jepun nak kena tengok kadar hutang negara itu dulu.", "Tak kisahlah berapa, yang pentingnya buat hutang barulah ceritanya.", "Ironinya, Jepun ialah negara dengan hutang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 248% berbanding pendapatannya berdasarkan laporan forum ekonomi dunia pada tahun 2016.  Malaysia? Kita di tangga 55 dunia – ini perbandinganlah ni.", "Begitupun, disebalik hutang paling tinggi dalam dunia, Jepun tidak pulak menubuhkan tabung untuk rakyatnya membayar semua hutang tersebut.  Mungkin kerajaan Jepun kurang educated agaknya, bersangka baik.", "Apa pun, berbeza dengan banyak “hutang” yang dikatakan dibuat Najib sewaktu berkuasa, “hutang” yang ini tidak ada projek infrastruktur rakyat yang mengiringinya.  Ini semata pinjaman wanglah gamaknya pasal tak disebut dalam laporan berita berkenaan untuk membiayai projek yang mana satu?", "Maksudnya, hutang dalam yen, perlu dibayar ikut kadar pertukaran yen juga.  Lagi tinggi nilai yen di pasaran matawang antarabangsa, lagi tinggi negara berkenaan kena bayar walaupun jumlah pinjaman tak berubah.  Waima dia letak interest 0.1% sekalipun tapi kalau nilai Yen naik mendadak pada waktu tempoh hutang perlu dibayar, jumlah duit yang perlu dikeluarkan negara itu pun tinggilah juga.", "Faham ke tidak ni para uneducated sekelian?", "Nasib baiklah negara berkenaan ada tabung untuk rakyat menyumbang.  Negara banyak hutang, rakyat pulak kaya. Itu yang boleh tubuh tabung mintak derma.  Tak cukup? Pinjam negara lain.", "Educated sungguh.", "mykmu.net" ]
https://umno-online.my/2018/06/06/raja-adalah-harapan-terakhir-orang-melayu/
[ "Malaysia mengamalkan sistem Raja berperlembagaan dimana Yang DiPertuan Agong (YDPA) atau Raja Malaysia adalah ketua negara Malaysia. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.", "Perkara ini menjadi duri dalam daging bagi mereka yang cuba menjatuhkan ketuanan Melayu. Berbagai usaha licik dilakukan golongan ini sejak beberapa penggal yang lalu untuk menjatuhkan kuasa Raja-Raja Melayu dan menukar kerajaan kepada sistem republik.", "Usaha mereka itu semakin menampakkan hasil apabila Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini.", "Terbaru, satu kertas terperinci mengenai perbelanjaan YDPA Sultan Muhammad V disebarkan secara tidak bertanggungjawab dalam media sosial. Adakah ini cubaan kerajaan PH untuk memalukan YDPA apabila baginda pada mulanya menolak pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara?", "Kertas terperinci tersebut hanya boleh diperolehi dari fail merah Kementerian Kewangan. Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan berkenaan perkara ini.", "Malah A Kadir Jasin dilihat turut menghasut apabila mendakwa sebanyak RM257 juta dibelanjakan untuk perbelanjaan dan perbelanjaan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak beliau menjadi Yang di-Pertuan Agong.", "Menulis di blog peribadinya, A Kadir Jasin berkata jumlah itu, purata RM16 juta sebulan, telah dibelanjakan untuk penginapan Agong, kediaman, barangan peribadi , pesawat terbang, pengangkutan, pakaian, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negara dan gaji pegawai istana, antara lain.", "Sudah-sudah lah A Kadir Jasin menjadi “balaci” menghasut berkenaan perkara ini. YDPA mempunyai hak dan kelayakkan beliau sebagai “Tuan Tanah Melayu” dan Ketua Negara Malaysia.", "Raja adalah harapan terakhir orang Melayu. Kini kerajaan PH dilihat seolah-olah cuba memusnahkan juga simbol kekuatan orang Melayu tersebut.", "YDPA melaksanakan amanah berdasarkan perlembagaan dan kebertanggungjawaban memelihara hak orang Melayu serta melindungi agama Islam.", "Golongan yang cuba menjadikan Malaysia sebuah negara republik menggunakan media konvensional dan media baru sebagai platform dalam percubaan menghina dan mengugut institusi Raja dengan penuh keangkuhan.", "Yang di-Pertuan Agong menunaikan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan dan tidak semata-mata menjadi ‘rubber stamp’ atas sesuatu nasihat yang dipersembahkan oleh kerajaan.", "mypru.info" ]
https://umno-online.my/2018/06/04/yang-sebenarnya-ada-krisis-pakatan-harapan/
[ "Apa yang sedang berlaku sebenarnya antara Putrajaya dan Istana Negara dalam soal pelantikan Peguam Negara? Apakah kita sedang di ambang krisis antara eksekutif dan raja berperlembagaan?", "Atau apakah sebenarnya ada krisis lain yang sedang bergolak di bawah radar?", "Namakanlah ia apa saja – politik tunjuk kuasa atau politik rebut kuasa, krisis tetap krisis.", "Terlepas daripada semua itu, apa yang pasti, Pakatan Harapan sendiri sedang bergelut dalam satu masalah yang juga sudah sampai ke tahap krisis: kegagalan menunjukkan sikap dan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya agenda perubahan yang ia janjikan dalam pilihan raya umum yang lalu.", " ", "Rakyat memerhati, dan pembangkang – sekarang UMNO, meneliti.", "Dalam soal pencalonan Tommy Thomas, seorang peguam kanan dan pakar perlembagaan sebagai pengganti Mohamed Apandi Ali, orang mula bertanya, bukankah Pakatan Harapan sebelum ini berjanji Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan.", "Itu janji Pakatan Harapan dalam manifestonya Buku Harapan, dokumen yang memperhaluskan semua janji-janji yang diteriakkan di pentas ceramah sepanjang kempen PRU14.", "Orang bertanya, apa sudah jadi?", "Orang bertanya, apakah masih terpakai lagi Janji 15 yang menggariskan kenapa dan bagaimana akan ada dua pejabat yang terpisah antara Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara.", "Orang bertanya, masih ada lagikah janji itu?", "Ini bukan pertanyaan yang berlebihan. Ini pertanyaan yang bertebaran, sejak terbit laporan bahawa empat parti dalam Pakatan Harapan sepakat mahu Thomas menggantikan Mohamed Apandi Ali.", "Pada era orang membaca tajuk berita, ini realiti yang mesti dihadapi bukan saja oleh Pakatan Harapan.", "Banyak pemimpin dan parti politik lain pun berdepan masalah yang sama – orang tidak faham hujung pangkal cerita tetapi sudah membuat rumusan itu dan ini, atau segelintirnya tahu dan faham tetapi sengaja buat tidak faham kerana ada muslihat dan kepentingan lain.", "Dalam keadaan begitulah, Pakatan Harapan harus lebih cekap  menjawab pertanyaan, lebih tangkas menangani tohmahan dan lebih arif membaca kemungkinan.", "Rakyat memerhati, dan pembangkang – sekarang UMNO, meneliti.", "Kalau ini bukan janji yang kritikal dan tidak termasuk dalam 10 janji dalam masa 100 hari, ya, jelaskan.", "Kalau tempoh selepas menang pilihan raya sekarang ini waktu peralihan dan janji-janji itu akan dilaksanakan kemudian bersekali dengan rombakan institusi, ya, jelaskan.", "Kalau pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara itu mesti terlebih dahulu melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, ya, jelaskan.", "Kalau Peguam Negara Apandi yang sedang bercuti sekarang tidak boleh diharapkan untuk melakukan semua perubahan itu, maka itu perlu dilantik seorang yang lain yang akan kemudian mengotakan janji-janji itu, ya, jelaskan.", "Soalnya sekarang, siapa yang menjelaskan semua itu? Adakah ini kerja Pakatan Harapan atau ini kerja masing-masing empat parti DAP, PKR, Bersatu dan Amanah? Atau ini sebenarnya masalah aku, engkau – Bersatu kata PKR yang buat; PKR kata DAP yang buat.", "Jangan melenting kalau orang bertanya kerana bukan baru sekali ini Pakatan Harapan ternampak membelakangkan manifestonya sendiri. Dalam masa tiga minggu sejak menang PRU14 ini, sudah ada beberapa yang dilanggarnya – kata orang.", "Orang tidak lupa bagaimana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang, kalau ikut manifesto, tidak boleh pegang jawatan menteri dinamakan sebagai Menteri Pendidikan. Orang tidak lupa bagaimana ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilantik melalui Parlimen.", "Orang memerhati, dan pembangkang – sekarang UMNO, meneliti.", "Kalau ada yang menjelaskannya, apakah penjelasan itu cukup? Kalau rasa sudah cukup, kenapa masih ada yang tidak faham dan berbunyi.", "Ketika Pakatan Harapan menonjolkan segala sesuatu yang berlaku sekarang ini sebagai “Malaysia Baru”, ia harus juga menunjukkan jalan ke arah budaya politik baru. Sudah, sudahlah zaman mengkritik hanya semata-mata untuk mengkritik, menghentam semata-mata untuk menghentam tanpa jelas betul atau salah.", "Ini masa untuk politik hujah. Ini masa untuk bersaing dengan polisi. Inilah masanya, ketika pemimpin Umno seperti Najib Razak yang dahulu sering mengelak berhujah pun sekarang sudah mula berbahas dan menjawab.", "Inilah masanya.", "Pakatan Harapan sekarang masih lagi boleh berbulan madu. Umno belum betul-betul jadi pembangkang. Tetapi sebulan dari sekarang, apabila Umno sudah selesai memilih ketua baru, sudah mula ternampak hala tuju, bersiap-siaplah.", "Ketika itu nanti, Pakatan Harapan tidak lagi boleh terus terbelit dalam masalahnya sendiri – namakanlah ia apa saja, baik politik tunjuk kuasa atau politik rebut kuasa.", "themalaysianinsight.com" ]
https://umno-online.my/2018/06/03/calon-peguam-negara-di-mana-kedudukan-perlembagaan-persekutuan-di-mata-ph/
[ "Langganan bahawa isu cadangan melantik Tommy Thomas adalah semata mata SOAL BUDIBICARA PM MENASIHATI YDPA, dan YDPA WAJIB MEMATUHINYA adalah salah dari segi prinsip dan semangat perlembagaan negara. Ia juga terkait soal kesesuaian, wibawa dan konflik kepentingan yang bakal terjadi.", "YDPA dan RAJA RAJA Melayu mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar dari sekadar mengiakan nasihat orang politik termasuk PM.", "Tanggungjawab itu merentasi kepentingan parti, puak atau individu. Sekiranya sesuatu itu bercanggah dengan falsafah dan kepentingan rakyat dan negara maka YDPA dan Majlis Raja-Raja berhak bertindak menggunakan wibawa jawatan mereka sebagai KETUA NEGARA.", "Harus diingat YDPA dan Raja-Raja pada zaman ini adalah terdidik, terpelajar dan mempunyai penasihat yang sangat berwibawa dan mampu melihat sesuatu perkara dari perspektif yang jauh lebih luas dari orang politik yang berkepentingan.", "Justeru Raja-Raja mampu berperanan ‘CHECK & BALANCE’ dalam Malaysia Moden ini.", "Perhatikan di sini betapa kontroversinya cadangan PM melantik T.Thomas yang sebelum ini tidak pun diketahui oleh rakyat.", "Justeru kita merasakan, walaupun dikatakan oleh media bahawa keputusan untuk mencadangkan perlantikan bekas Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, Tommy Thomas, sebagai Peguam Negara adalah berdasarkan persetujuan sebulat suara Pakatan Harapan, adalah diyakini ia bukan berpunca daripada Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Ini kerana Tun Dr Mahathir diketahui umum sukar untuk memaafkan pihak yang mengkritik beliau, dan Tommy pula diketahui umum merupakan salah seorang pengkritik tegar Tun Dr Mahathir, di mana di dalam bukunya bertajuk ‘Abuse Of Power’ pada 2016 contohnya, Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai ‘a very authoritarian leader who did not brook dissent’.", "Begitu juga di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012, di mana Tommy berucap keras menyelar Tun Dr Mahathir dengan berkata: ‘The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir who ruled for 22 years from 1981 to 2003.’", "Keputusan untuk mencadangkan Tommy yang dibuat oleh Pakatan Harapan ini pula adalah tidak selari dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi ‘Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan’.", "Keputusan untuk mencadangkan Tommy ini juga adalah tidak selari dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan’ dan tidak selari dengan Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong yang berbunyi ‘Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam’.", "Ini kerana Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut ‘Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri’.", "Melantik seorang yang bukan Islam untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong sudah tentulah satu langkah yang tidak betul kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong ‘memeliharakan pada setiap masa Agama Islam’ selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan’.", "Apatah lagi bila Tommy di dalam buku-bukunya bertajuk ‘Anything But The Law’ dan ‘Abuse Of Power’ pada 2016 tegar berhujah mengenai betapa Malaysia adalah bukan negara Islam serta betapa keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah adalah keputusan yang salah.", "Bagaimana Tommy, seorang bukan Islam, boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang Islam dengan betul dan tidak berkepentingan sedangkan banyak pandangannya mengenai undang-undang Islam yang tercatat di dalam buku-bukunya sebelum ini yang bersifat kritikal dan lebih banyak dipengaruhi oleh pegangan agama beliau sendiri?", "Tommy di dalam bukunya bertajuk ‘Abuse Of Power’ pada 2016 juga mengkritik keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik dengan menyebut: ‘In an appeal where the central issue is a clash between Islam and Christianity, the judges ought to have been Hindus, Buddhists, atheists or agnostics. Alternatively, there should have been a delicate balance between judges of the Muslim, Christian and other faiths’.", "Tommy di dalam bukunya bertajuk ‘Anything But The Law’ pada 2016 juga banyak menulis mengenai isu-isu yang sensitif termasuklah, di dalam mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, menyebut Chin Peng sebagai ‘one of the great liberation fighters of the second half of the twentieh century’ dan ‘a major contributor to Merdeka’ serta menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.", "Sebab itulah bila terkeluar berita bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara maka ia adalah satu tindakan yang amat tepat dan perlu dihormati selaras dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ‘Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan’.", "Mengikut Perlembagaan Persekutuan, perlantikan Peguam Negara adalah jelas dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak seperti kenyataan Lim Kit Siang pada 17 Mac 2018 bahawa ‘kita (Pakatan Harapan) akan melantik seorang Peguam Negara dan ketua-ketua institusi-institusi negara…’ (‘we will appoint an Attorney-General and heads of national institutions…’) tanpa sebarang rujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.", "Lebih asas lagi adalah, mengikut Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi atas merit Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara (Perkara 32), Ketua Eksekutif (Perkara 39) dan sebagai Ketua Agama Islam, di mana sudah tentu ada justifikasi kukuh kenapa orang Islam perlu diberikan keutamaan memegang jawatan ini.", "Adalah menjadi kewajipan Pakatan Harapan untuk akur dengan tindakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ini selaras dengan Janji 11 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi ‘Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita’.", "Di mana suara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyokong Pakatan Harapan sekarang?", "Bukankah sudah terbukti sekarang bila Pakatan Harapan tidak akur dengan tindakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di dalam soal hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara maka apa yang beliau katakan pada 6 Februari 2018 bahawa ‘peta PPBM adalah sosialis, tidak nampak menjuarakan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu’ adalah betul?", "Belum pun 40 hari di tampuk kuasa, negara sudah mula bergelut dgn pelbagai perkara dasar..terutama yg menyentuh perkara asas seperti termaktub dalam perlembagaan.", "Yang pasti RAJA-RAJA MELAYU, ISLAM DAN HAK ORANG MELAYU SEMACAM DIANCAM SECARA SISTEMATIK. BEGITULAH BILA KUASA SUDAH TIADA LAGI.", "Kehadapan SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD KE V dan Majlis Raja-Raja, Rakyat menjunjung kasih. Setidaknya kita tahu, Duli-Duli Tuanku bukan hanya RUBBER STAMP..Rakyat tumpang berlindung", "Allahuakbar!", "Tan Sri Annuar Musa", "Ahli Parlimen Ketereh, Ketua Penerangan UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2018/06/03/hutang-kerajaan-apa-yang-disembunyikan/
[ "Pertama sekali, hutang negara kita (kerajaan) sentiasa dilaporkan mengikut piawaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) – panduan kepada negara anggota IMF dalam penyebaran statistik negara kepada orang ramai.", "Dengan menggunapakai piawaian pelaporan antarabangsa ini, Malaysia melaporkan hutang kerajaan (sekuriti yang diterbitkan oleh kerajaan – bon) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau lebih dikenali sebagai liabiliti kontingen secara berasingan.", "Hutang Kerajaan Malaysia pada 31hb Disember 2017 adalah sebanyak RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka ialah RM238 bilion. Angka-angka ini tersedia kepada umum di laman web Bank Negara.", "Di samping itu, kerajaan Pakatan Harapan kini menambah komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan kepada hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion. Dan itulah sebab bagaimana mereka mencecah ke angka hutang RM1 trilion.", "Namun sekarang, jika anda meneliti secara terperinci, mereka (Kerajaan PH) tidak lagi menggunakan hutang RM1 trilion, tetapi hutang dan liabiliti RM1 trilion. Yang mana ini adalah betul dari segi teknikal. Kerajaan Malaysia mempunyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion, di mana RM686.8 bilion adalah dalam bentuk sekuriti hutang.", "Kerajaan-kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS dan melaporkan sekuriti hutang tertunggak mereka sebagai hutang negara, tidak termasuk tanggungan luar jangka.", "Tiada kerajaan di dunia memasukkan komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. Bayaran sewa adalah perbelanjaan barangan, bukan barang hutang.", "Jika kita memasukkannya, maka kita harus memasukkan semua perbelanjaan kerajaan seperti gaji pegawai kerajaan, pencen, subsidi dalam angka hutang negara.", "Kita sentiasa mengikuti piawaian antarabangsa untuk melaporkan angka hutang negara.", "Semua angka tersedia kepada umum di laman web Jabatan Negara, Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Jabatan Audit Negara.", "Agensi penarafan, komuniti pelaburan dan institusi kewangan menyedari angka-angka ini kerana ia tidak pernah disembunyikan.", "Setiap tahun agensi penarafan mengadakan mesyuarat dengan pegawai EPU dan MOF dan sentiasa dikemas kini mengenai angka tersebut.", "Semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, liabiliti luar jangkaan meningkat setiap tahun dan apabila dia bersara pada 2003, terdapat kira-kira RM52.7 bilion liabiliti luar jangkaan dan ia tidak pernah dimasukkan dalam angka hutang negara.", "Apabila ekonomi kita berkembang, kerajaan memperolehi lebih banyak pendapatan dan kerajaan menjadi lebih berupaya untuk mengambil lebih banyak hutang.", "Negara kita tidak pernah memungkiri mana-mana hutang atau obligasi kita. Ia bukan mengenai jumlah hutang tetapi apa yang kita lakukan dengan hutang dan keupayaan untuk membayar/menjelaskan hutang.", "Unit Komunikasi Strategik\nIbu Pejabat UMNO\nKuala Lumpur\n2 Jun 2018" ]
https://umno-online.my/2018/05/28/usah-bail-out-manifesto-anda-dengan-harta-petronas/
[ "Selaku pelajar universiti yang tahu serba sedikit tentang ekonomi, ada beberapa pertanyaan yang terbuku di hati ini.", "• Bukankah pertumbuhan ekonomi negara kini adalah 5.9% dari KDNK?", "• Bukankah credit rating Moody memberi penarafan A- pada Malaysia? Dengan kata lain, kita tiada masalah dalam pembayaran hutang?", "• Bukankah defisit fiskal kita kian menurun kepada 2.8% berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.0%?", "Jika jawapannya ada BENAR, untuk apa kita jual sebahagian saham kepunyaan kerajaan kepada negara luar? Ekonomi kita kukuh. Pertumbuhan ekonomi kita baik. Dan kita tidak ada rekod masalah untuk membayar hutang.", "Apa yang saya dapat lihat, adakah kerajaan cuba menggunakan alasan kononnya hutang RM 1 trillion, maka terpaksa gadaikan Petronas kepada sesiapa yang kita tidak ketahui?", "Dengan penghapusan GST yang membawa pendapatan negara RM 44.3 billion dan kesanggupan kerajaan menanggung hutang PTPTN yg bernilai RM 45 billion menunjukkan sikap kerajaan bahawa hutang kononnya RM 1 trillion itu bukanlah memberi impak pada negara. Jika mereka khuatir tentang hutang, sudah pasti mereka tidak jadikan GST kepada 0% rate.", "Penjualan saham sebanyak 25% membawa pendapatan sebanyak RM 200 billion. Cukup untuk merealisasikan menifesto yang telah dijanjikan untuk jangka masa pendek. Bagaimana pula untuk jangka masa panjang? Jual lagi saham Petronas? Berbaloikah menunaikan janji tontonan EPL percuma untuk rakyat dengan menggadaikan petronas?", "Apabila pegangan saham petronas berkurangan, maka pendapat untuk negara juga turut berkurangan. Bagaimana Perdana Menteri seterusnya ingin meneruskan pentadbiran? Adakah masa itu Tun M akan “menyelamatkan negara” untuk kali ke 3?", "Saya merayu kepada kerajaan PH. Usah bailout menifesto anda dengan harta Petronas.", "____", "Nabeel Naqie", "#DISCLAIMER: Saya (Nabeel Naqie) adalah pelajar dan merupakan pengundi muda PRU 15. Non-partisan terhadap mana-mana kumpulan tertentu.", "https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=118616882357265&id=100026268600983" ]
https://umno-online.my/2018/05/25/180-jasa-najib-razak/
[ "Datuk Seri Najib Razak baru sahaja menjadi Perdana Menteri selama 2 penggal, namun telah banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada rakyat Malaysia, mengatasi 8 atau 9 tahun pemerintahan Madey dahulu.", "Bayangkan jika DS Najib memegang Malaysia selama 22 tahun seperti Madey. Pastinya lebih banyak jasa DS Najib yang boleh disumbangkan untuk kita semua.", "Berikut adalah 180 sumbangan dan jasa-jasa DS Najib yang sempat disenaraikan kali ini:", "❤ Fasa 1:Fasa Direct (37 bab)", "1. Menara TRX – Bakal dibuka Bulan Jun ini.\n2. Bandar Malaysia – dalam pembinaan, bakal siap 2025.\n3. 1 Malaysia – dah on semenjak 2010 sehingga sekarang.\n4. ECRL – dalam pembinaan, bakal siap 2025.\n5. KVDT – dalam pembinaan, bakal siap 2019.\n6. HSR – dalam pembinaan, bakal siap 2026.\n7. Pocket park – di KL dah mula banyak & dalam pembinaan.\n8. Menara PNB 118 – dalam pembinaan, bakal siap 2024.\n9. TBS – siap dan beroperasi semenjak 2013.\n10.KTM Skypark – hujung or pertengahan tahun ini siap dan beroperasi.\n11.Keretapi Sabah – dalam pembinaan bakal siap tahun 2019.\n12.Pan Borneo highway – Fasa 1 hampir siap dan bakal dibuka tahun ini.\n13.Bantuan warga Borneo – aktif sejak 2009.\n14.Bantuan warga Bumiputra – aktif sejak 2009.\n15.KTM Komuter upgrade- siap update sejak 2015 dan ditambah update KVDT.\n16.LRT 1 Extension-siap sepenuhnya semenjak 2015/2016.\n17.LRT 2 extension-siap sepenuhnya semenjak 2015/2016.\n18.MRT 1 – siap sepenuhnya dan beroperasi semenjak Julai 2017.\n19.BRT – siap semenjak 2015, BRT lembah klang masih dalam perancangan.l\n20.LRT 3 – dalam pembinaan, siap tahun 2020\n21.MRT 2 – dalam pembinaan, siap tahun 2022\n22.MRT 3 – dalam perancangan/dalam pembinaan, siap tahun 2025\n23.Monorel Putrajaya – dalam perancangan.\n24.Monorel KL – masih dalam proses update, bakal siap tahun ini.\n25.UTC – dah siap semenjak 2011 dianggarkan ada hampir 25 UTC seluruh negara.\n26.KLIA 2- siap semenjak 2013.\n27.River of Life – Fasa 1 dah nak siap, siap sepenuhnya tahun 2023.\n28.Plaza Rakyat – dalam pembinaan mungkin siap antara 2021/2023.\n29.BR1M – aktif semenjak 2012.\n30.Intergrated KL – Dah siap semenjak 2011.\n31.TRX – dalam pembinaan, bakal siap tahun 2027\n32.EDTS – dah siap semenjak 2010.\n33.Rapid Pengerang – 60% dah siap, bakal dibuka tahun 2019\n34.Lebuhraya NO Toll – Ada yang dah dimansuhkan dan ada yang memang tak de toll ada lagi yang dalam pembinaan.\n35.Bantuan nelayan, pekebun dan peladang – aktif semenjak 2009.\n36.No kroni better country – ada, Rakyat Malaysia.\n37.Pelaburan – Malaysia mencatatkan hampir 400 billion dalam pelaburan sama luar negara.", "❤ Fasa 2:Fasa Santai (19 bab)", "38.CSR – Fasa 1 CSR dah siap. Di Kelantan. Selebihnya dalam pembinaan. Siap sepenuhnya tahun 2022.\n39.Jambatan Sabah – Labuan – dalam perancangan.\n40.BP1M – aktif semenjak 2012.\n41.Perniagaan Online – aktif semenjak 2014.\n42.MVV – dalam pembinaan, bakal siap tahun 2045\n43.Aeropolis – dalam pembinaan, bakal siap 2024.\n44.Greater KL – mostly dah siap namun masih dalam pembinaan.\n45.Melaka gateaway – dalam pembinaan. Siap pada 2022.\n46.Jambatan angkat – dalam pembinaan.Almost finished dibuka tahun ini atau awal tahun depan.\n47.Ccc – dalam pembinaan bakal siap tahun 2021\n48.Pr1ma – aktif semenjak 2014.\n49.DFTZ – aktif semenjak 2017.\n50.Loji Pantai 2 – almost finished dan dibuka tahun ini.\n51.KLATCC – dalam pembinaan bakal siap 2019.\n52.AAC – dalam perancangan, siap tahun 2022.\n53.1Azam – aktif semenjak 2013.\n54.Bandar Media – dalam pembinaan bakal siap 2021.\n55.KBCC – dalam pembinaan bakal siap 2021.\n56.Adam50 – aktif semenjak 1 jan 2018.", "❤ Fasa 3 – Fasa Experimental (34 bab)", "57.Konsep Kreatif DS Najib (Stesen MRT) – aktif.\n58.Konsep Kreatif DS Najib (HSR) – dalam pembinaan.\n59.Konsep Kreatif DS Najib (PNB 118) – dalam pembinaan.\n60.Velodrom Nasional – dah siap semenjak 2016.\n61.Gitt – dalam pembinaan, siap tahun 2019.\n62.Stesen janakuasa jimah- almost finished bakal dibuka hujung tahun ini.\n63.KSTP – dalam pembinaan/dalam perancangan bakal siap tahun 2021.\n64.Terowong Sepanggar – dah siap semenjak 2017.\n65.Padang Besar Container Terminal – dalam pembinaan bakal siap tahun 2019.\n66.1M4U – aktif semenjak 2012.\n67.Perlis Inland Port – dalam pembinaan bakal siap tahun 2021.\n68.Chuping Industrial Valley – dalam pembinaan bakal siap tahun 2021.\n69.Urban Malaysia – dalam pembinaan.\n70.Rawang Bypass – dah siap semenjak 2017.\n71.Green Tech Project – dalam pembinaan/dalam perancangan .\n72.Teksi – siap update semenjak 2015.\n73.Bus – siap update semenjak 2015.\n74.NKRA – aktif sejak 2009.\n75.Expo Negaraku – aktif tapi closed down in 15 november 2017 sebab dah habis expo. Duhh.\n76.Pengangkutan Update – siap semenjak 2016 dan bakal diupgrade perkhidmatan.\n77.Lebuhraya Pantai Barat – dalam pembinaan bakal siap tahun 2020.\n78.Bandar Belia – dalam pembinaan/dalam perancangan bakal siap tahun 2020.\n79.Kem Sendayan – dalam pembinaan bakal siap tahun 2019.\n80.Jambatan Pengguna Jalan Kaki – siap semenjak 2014 dan dikatakan akan ditambah lagi.\n81.RT1M – sudah siap di bukit jalil semenjak 2017.Lain dalam perancangan.\n82.Pembangunan Luar Bandar – separuh daripadanya sudah siap.\n83.RTS – dalam pembinaan bakal siap tahun 2020.\n84.Komuter KTM Utara – sudah siap semenjak 2016.\n85.Klinik 1 Malaysia – dah ada hampir 350 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia.\n86.Tube Malaysia – aktif semenjak 2014.\n87.SL1M – aktif semenjak 2014.\n88.EDTP Gemas – dalam pembinaan bakal siap tahun 2020.\n89.Rumah Transit Gelandangan Wilayah – aktif sejak 2016.\n90.KADS1M – Aktif semenjak 2011 dan diupgrade kepada kad debit pada 2016.", "❤Fasa 4- Fasa Gabungan (24 bab)", "91.UNIFI – aktif sejak 2010.\n92.Keretapi Seremban-Port Dickson – dalam perancangan.\n93.Kerinchi Residensi – siap dan dibuka umum tahun 2017.\n94.Urban Medical Malaysia – aktif sejak 2010 dan dalam proses penambahbaikan dan Hospital baru di seluruh Malaysia.\n95.Institut Kanser Negara – aktif sejak 2013.\n96.BKPU – aktif semenjak 2012.\n97.Jambatan Sadong – siap tahun 2016.\n98.KL PWTC City Centre – Dalam perancangan/dalam pembinaan, bakal siap tahun 2023.\n99.Klinik Bergerak 1 Malaysia – aktif semenjak 2013.\n100.TN50 – aktif semenjak 2015.\n101.20th Century Fox Genting – akan dibuka tahun ini.\n102.PPA1M – aktif semenjak 2013. sebahagian besar sudah siap dan selebihnya dalam pembinaan.\n103.Projek BALB-BELB – Aktif semenjak 2013 dan sebahagiannya sudah siap dan ada yang dalam pembinaan.\n104.KRIM – aktif semenjak 2012 dan diupgrade menjadi KRIM 2.0 pada awal tahun 2018.\n105.Kompleks Tabung Haji KLIA – siap dan dibuka tahun ini.\n106.Pembangunan Pudu – aktif sejak 2010.\n107.Pembangunan Bukit Nanas – siap semenjak 2015.\n108.Pembangunan Bukit Jalil – siap sepenuhnya pada tahun 2017.\n109.RTC – aktif semenjak 2012.\n110.RMR1M – aktif semenjak 2014.\n111.RMRPlus – aktif semenjak 2014.\n112.RAR – aktif semenjak 2014.\n113.RUMAWIP – aktif semenjak 2015.\n114.PPR – sungguhpun diperkenalkan tahun 2002, namun ia hanya dibina di Pahang, kini PPR ada di seluruh Malaysia dan kerajaan menyasarkan 1 juta unit PPR sepanjang RMK 10-11.", "❤ Fasa 5 -Fasa Cerita (19 bab)", "115.RIR – aktif sejak 2013\n116.Projek Tugu Negara – aktif sejak 2017\n118.Magic Malaysia – aktif sejak 2014\n119.Skim pelaburan teknologi hijau – aktif sejak 2014\n120.KKR1M – aktif sejak 2011\n121.EEV – aktif sejak 2014\n122.SSP1M – aktif sejak 2010\n123.Jambatan Darul Hana-Dibuka awam pada 11.11.2017\n124.Desa Lestari- Aktif sejak tahun 2013\n125.Taska 1 Malaysia-aktif sejak tahun 2011\n126.PB1M- aktif sejak tahun 2013\n127.MyBas- aktif sejak tahun 2015\n128.PBBR1M- aktif sejak tahun 2012\n129.DeWI- aktif sejak tahun 2014\n130.DRE1M- aktif sejak tahun 2012\n131.DLP-aktif semenjak 2016\n132.HIP-aktif semenjak 2016\n133.Aspirasi Belia-aktif aince 2015", "❤Fasa 6 – Fasa Start (14 bab)", "134.Solar Bario- aktif semenjak 2016\n135.Taman Sungai Sembulan- aktif semenjak 2013\n136.TV Okey- dirasmikan pada 21 Mac 2018\n137.Pr1ma haven- dirasmikan pada Febuari 2018\n138.SIIC -Bakal dibuka tahun ini\n139.Jalan Kapit ke Kanowit-bakal dibuka tahun ini.\n140.Esscomm- dibuka pada tahun 2013.\n141.PIBU- diperkenalkan pada tahun 2014\n142.KLIC-aktif semenjak 2014\n143.SEDS-aktif semenjak 2017\n144.Sistem Solar Hibrid- aktif semenjak 2010\n145.Empangan Bakun- ditukar tangan pada tahun 2017\n146.Jalan Miri-Marudi- bakal siap sepenuhnya pada 2019\n147.Jalan Telipok-Kiulu-bakal siap pada tahun 2019", "❤Fasa 7- Fasa Cross-over (28 bab)", "148.Samur- siap pada tahun 2016\n149.Greater Kinabalu 2020- pelan yang dijangka siap tahun 2020\n150.DBOS- aktif pada januari 2018\n151.KLRT-Projek akan dibuka tahun 2024\n152.Timah Tasoh Water Treatment plant- bakal siap tahun 2020.\n153.Infra Perlis 2030-bakal siap tahun 2030\n154.Rubber City Kedah-bakal siap tahun 2030\n155.LTSAH- bakal siap tahum 2025\n156.LTAPP-bakal mula projek hujung tahun ini\n157.Penang Sentral- fasa 1 bakal siap pertengahan tahun ini.\n158.Rapid Kamunting- beroperasi pada tahun 2016\n159.Pembaangunan Selatan Perak- Bakal siap tahun 2030\n160.Permansuhan Tol Selangor- aktif semenjak 2011\n161.Tram Kajang-Bangi-Putrajaya-Cyberjaya- dalam perancangan\n162.Empangan Triang- siap pada 2014 dan dirasmikan pada 2018\n163.Jalan Nilai-Labu-Enstek-KLIA- bakal siap tahun 2021\n164.Tebatan banjir Melaka-bakal siap tahun 2023\n165.Cable car Pulau Melaka- Bakal siap tahun 2019/2020\n166.Empangan Kahang- operasi 2019, siap 2017\n167.BRT JB- Fasa 1 siap tahun 2019\n168.RIPP- Diperkenalkan tahun 2014\n169.Kota SAS- diperkenalkan tahun 2010\n170.PLBSBK- Siap pada tahun 2020\n171.KTCC- diperkenalkan tahum 2014\n172.Pembangunan Kelantan- semenjak 2010\n173.Hubungan baik negeri Kelantan dan kerajaan pusat- semenjak 2010\n174.Blueprint Labuan- diperkenalkan Febuari 2018\n175.Pembangunan Labuan- semenjak 2013", "❤ Fasa 8- Fasa Overture (Not known yet)", "176.SUPERB- diperkenalkan semenjak 2015\n177.Indeks Syariah Malaysia- Diperkenalkan semenjak 2015\n178.Kompleks Nasyrul AlQuran-Beroperasi pada tahun 2017.\n179.Institut Wasatiyyah Malaysia-diperkenalkan pada tahun 2014\n180.(Akan disambung, Insyaallah)", "Saya nak ucapkan terima kasih DS Najib kerana berbakti kepada negara kita selama pemerintahan beliau.", "Sumber: http://pakdin.my/tag/najib-razak" ]
https://umno-online.my/2018/05/23/kerajaan-melodi-jual-gosip-cita-rasa-rakyat/
[ "Siri 1\nKerajaan hari ni macam TV3.\nJual gosip mengikut cita rasa rakyat.\nRancangan paling popular dan tahan lama TV3 sampai sekarang ada (Melodi) kerana bukan jual fakta tapi cerita sensasi.\nDan itulah cara kerajaan hari ini bagi rakyat lupa tanggungjawab sebenar menyelesai masalah rakyat.", "BUKTI\n1. Kenyataan\n‘Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan ‘secara kasar’ tahu di mana untuk mencari Jho Low’\nhttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/342025/jho-low-sempat-bercuti-di-phuket\n\nTindakan sepatutnya\nWaran tangkap dan Red notice Interpol. Cari dan bawa balik. Dakwalah. Bukan sekadar teaser pasal Jho Low. Mungkin Ogy lagi pandai pasal ni.", "2. Kenyataan Kerajaan\n‘Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui bahawa hutang negara kini sudah melebihi RM1 trilion’\nhttp://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/sah-hutang-negara-lebih-rm1-trilion-1.837561", "Fakta\ni) Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata angka rasmi hutang kerajaan setakat suku pertama 2018 adalah sebanyak RM705 bilion, manakala hutang yang dijamin kerajaan pula adalah RM238 bilion.\nhttps://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/428911/hutang-kerajaan-rm1-trilion-ambil-kira-jaminan-rm238-bilion", "ii) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983, setakat 31 Disember 2017, kerajaan merekodkan jumlah hutang berjumlah RM686 billion iaitu peningkatan hampir RM40 billion daripada RM648 billion yang direkodkan tahun sebelumnya (2016).\nhttp://www.mykmu.net/2018/03/siri-1-hutang-negara-rm1-trillion/", "Sepatutnya\nKerajaan dedah angka sebenar dan langkah mengurangkan National Debt. Menuding jari dan buat sidang media sensasi setiap hari tak selesai masalah.", "3. “Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan dirinya dihubungi ‘Ahli Parlimen dari utara’ yang bersedia untuk menunaikan segala permintaannya asalkan kes 1MDB dianggap ‘selesai’.", "Fakta", "Seksyen 25(3) Akta SPRM 2009 menyatakan mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh atau percubaan dibuat untuk memperoleh suapan hendaklah seawal mungkin melaporkan perkara tersebut.", "Kegagalan mematuhi seksyen ini merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 25(4) Akta yang sama dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.", "Semasa kempen PRU, dah buat huru-hara dalam pemikiran rakyat. Create speculation in Economy. Setiap hari kempen Selamatkan Malaysia. Sekarang betulkanlah. Jika benar negara adalah masalah,selesaikan. Tidak ada orang paksa bertanding dalam PRU dan tiada orang paksa jadi Menteri.", "Akhir kata cubalah jadi macam rancangan ‘Kisah Benar 999’ yang kurang popular tapi tidak jual gosip.", "Faiz Kamarul\nPenulis Rakyat" ]
https://umno-online.my/2018/05/22/3-arahan-3-keputusan-ok-ok-01-haribulan-jun-nanti-jadi-tak-0-gst/
[ "Pada 14/05/2018, salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, TS Dr Zeti Akhtar Aziz, telah mengumumkan bahawa kaedah penghapusan GST akan diumum dalam masa 100 hari. Baca di sini dan tonton video di bawah.", "", "Pada 16/05/2018, dua hari kemudian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa kadar GST akan menjadi 0% berkuat kuasa pada 01/06/2018. Baca di sini dan tonton video di bawah.", "", "Pada hari yang sama juga, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Siaran Media mengiayakan kata-kata Perdana Menteri. Bukan blog atau portal picisan yang mengeluarkan arahan ini. Ianya dikeluarkan oleh portal rasmi Kementerian Kewangan! Baca di sini.", "", "", "Menteri Kewangan yang belum mengangkat sumpah jawatan, Joseph Lim Guan Eng pula pernah membuat pengumuman berita yang tersebar adalah palsu. Beliau juga katanya ada membuat pengesahan dengan Perdana Menteri.", "Kesimpulan, cakap siapa yang kita hendak dengar ni?", "Sumber: http://khairulryezal.blogspot.com" ]
https://umno-online.my/2018/05/21/10-benda-pakatan-harapan-sudah-mungkir-janji/
[ "SELEPAS 11 hari Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, sudah banyak janji dalam manifesto mereka gagal dilaksanakan seperti mana kata Pengerusinya yang juga Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.", "Kalau mengikuti secara dekat cara pentadbiran kerajaan PH yang pada awal 11 hari dikemudi oleh Mahathir secara solo dengan penglibatan besar Majlis Penasihat Kerajaan tanpa kabinet yang lengkap. Sepanjang tempoh berkenaan, hanya Mahathir sahaja yang sudah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V.", "Mungkin kerana ghairah, mentadbir negara secara solo sampai Mahathir terlepas pandang kira-kira sepuluh perkara-perkara ini.\n\nPertama, sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (PRU14), Mahathir dalam ceramah kempen kata hendak wujudkan 1 juta jawatan pekerjaan baru tapi yang kedengaran di sana sini di pihak kerajaan PH, hanyalah hendak tamatkan perkhidmatan kakitangan awam terutamanya kakitangan kontrak.", "Ada lebih 500 orang yang didakwa lantikan politik secara kontrak ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta. Dalam sidang media Mahathir, beliau berkata ada 17,000 kakitangan dengan lantikan sama, perlu diuruskan atau dalam erti kata lain diberhentikan juga.", "Jika ada peluang pekerjaan pun, bukan orang baru yang tidak bekerja akan mengisinya, sebaliknya akan diisi oleh rakyat yang hilang kerja akibat diberhentikan oleh kerajaan yang baru ini.", "Kedua, kerajaan pakatan berjanji dalam masa 100 hari, akan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan harga barang akan turun. Selepas hampir dua minggu, GST tidak pun dimansuhkan sebaliknya hanya dikurangkan kepada kadar sifar peratus sahaja.", "Apabila rakyat menuntut janji itu, penyokong mereka akan kata “Takkan lepas kahwin terus dapat anak,” kata mereka mempermainkan penyokong Barisan Nasional (BN) yang menuntut janji.", "Ketiga, mereka kata akan kawal harga petrol pada harga RM1.50 se-liter dan melaksanakan semula subsidi minyak petrol. Bagaimanapun, itu tidak dilaksanakan, sebaliknya sistem pengapungan harga dan penetapan harga petrol secara mingguan diteruskan. Rakyat kempunan hendak balik berhari raya dengan harga petrol yang lebih murah.", "Keempat, Mahathir berkali-kali pukul canang satu Malaysia bahawa kerajaan PH akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat isu 1MDB yang mereka reka sendiri. Bagaimanapun, Mahathir ubah cerita kata ia akan mula disiasat selepas dapat bukti kukuh. Selama ini, skrip ketika ceramah itu hanya dibuat-buat dan tidak ada bukti?", "Kelima, kerajaan PH janji akan buru ahli perniagaan yang mereka kata ada kaitan dengan 1MDB, Jho Low. Dalam sidang media Perdana Menteri juga, beliau berkata secara kasarnya, kerajaan tahu di mana lokasi Jho Low. Kemudian, Mahathir kata bukan kerja beliau untuk tangkap orang.", "Keenam, Mahathir dulu kata akan lihat semula perjanjian dengan negara China dalam projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas berkuasa, beliau umumkan akan terus sokong inisiatif oleh Najib dengan negara China dalam projek “Belt and Road”.", "Dulu, pakatan tuduh kata Najib gadai negara kepada China.", "Ketujuh, tiga hari selepas menang, Anggota Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan ekonomi negara kekal kukuh dengan asas yang kuat.", "Dalam ceramah di seluruh negara, orang-orang kanan Mahathir kata negara akan bankrap tidak lama lagi jika di bawah pemerintahan Najib. Dalam masa tiga hari sahaja, ekonomi boleh jadi kukuh sekelip mata sahaja.", "Kelapan, Pakatan Harapan sebelum ini kata jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik oleh Parlimen dan akan melaporkan siasatan serta segala perkembangan kes kepada Parlimen. Bagaimanapun, Mahathir sudah pun umumkan pelantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru.", "Mereka langgar manifesto bahawa jawatan itu perlu diputuskan oleh Parlimen.", "Kesembilan, Selepas mengumumkan nama lapan lagi Menteri Kabinet baru-baru ini, tidak ada seorang pun wakil menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan dilantik dari negeri Sabah dan Sarawak. Entah bila, Mahathir akan melantik wakil dari dua negeri itu tidak diketahui setakat ini.", "Kesepuluh, Dalam kabinet Mahathir sudah tidak ada lagi Menteri yang khas di Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan hal ehwal agama Islam seperti selalu di dalam Kabinet sebelum ini. Sebelum ini, di bawah Najib, Menteri yang bertanggungjawab ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom.", "Kini, dalam kabinet Mahathir juga bakal ada tertuduh rasuah iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dibicarakan atas kesalahan itu kerana menyalahguna kuasa untuk menggunakan kedudukannya untuk beli sebuah banglo dengan harga yang murah jauh dari harga pasaran.", "Itu pun sudah melanggar manifesto kerana mahu meminimumkan rasuah dalam kerajaan PH, tapi lantik tertuduh rasuah jadi Menteri Kewangan.", "Daripada,\nRakyat Menuntut Janji" ]
https://umno-online.my/2018/05/18/tiba-tiba-lulus-mohon-penjelasan-ros-dan-kerajaan/
[ "Atas asas apa tiba-tiba sahaja apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, maka kelulusan ini diberikan???…", "Jika wujud salahguna kuasa sewaktu pentadbiran yang lalu yang telah menghalang kelulusan pendaftaran ini, maka individu-individu berkenaan wajar dihadapkan ke pengadilan…", "Jika kegagalan meluluskan pendaftaran PH di bawah pentadbiran yang lalu akibat masalah peraturan yang gagal dipatuhi, maka seluruh rakyat perlu dan berhak tahu apakah kini kegagalan tersebut telah di atasi dan apakah bentuk penyelesaian tersebut???…", "Jika bukan salah satu daripada di atas, maka apakah kelulusan ini dikeluarkan kerana hari ini kerajaan yang berkuasa adalah PH, justeru kelulusan tersebut segera dikeluarkan???…", "Rakyat berhak tahu kerana antara janji yg ditaburkan oleh PH iaitu menjamin ketelusan urusan kerajaan dan juga berjanji bahawa tiada campurtangan parti pemerintah di dalam urusan yang berkepentingan sendiri, apatah lagi melibatkan peraturan atau undang-undang.", "Amatlah malang bagi negara sekiranya cara yang lama masih digunapakai iaitu parti yang mentadbir boleh mengatasi peraturan, boleh pinda dan ubah mengikut kehendak atau keinginan…", "Sepatutnya jika sebelum ini tak boleh kerana masalah sekian-sekian…maka sekarang pun sama jugak lah melainkan masalah atau halangan tersebut telah berjaya diselesaikan… tapi kalau dulu tak boleh kerana salahguna kuasa, kita tuntut orang yang bertanggungjawab disiasat dan dibicarakan…", "#RinduZamanTun", "alfaqir ilallah ppk" ]
https://umno-online.my/2018/05/18/pengarah-jalan-cerita-dan-skrip-sama-senario-berbeza-alahaiii/
[ "Kisahnya sama seperti seorang budak yang baru balik kerja shif malam. Dia ditahan pada jam 2 pagi kerana disyaki sedang khayal. Tetapi masih tidak dapat dibuktikan dakwaan tersebut.", "Dibuat pemeriksaan, tapi gagal. Dibuat ‘Urine Test’, pun tidak ditemui tanda – tanda yang dia mengambil bahan terlarang. Maka digeledah seluruh kenderaan, pun tidak ditemui sebarang bukti.", "Lalu disuruh bukak bonet kenderaan, dicampak satu bungkus tepung putih. Maka budak itu pun ditahan, dibicara dan didapati bersalah kerana memiliki bahan yang terlarang. Terus dia masuk penjara.", "Bila ditanya, siapa punya arahan? Tiada yang mengaku. Malah yang ada kuasa pun beri alasan, dia pun tak tahu. Itu la alasan yang biasa digunakan sebelum ini. Dia tak tahu apa – apa.", "Masa dulu pun dia kata bukan dia yang beri arahan, bukan dia yang suruh buat tangkapan. Tapi orang lain yang ambik tindakan. Situasinya sama, cuma senarionya sekarang je yang berbeza.", "Yang lain pun berlakon seolah – olah tindakan yang dilakukan itu tidak betul, tidak mengikut undang – undang. Soalnya, kenapa beria – ia? Supaya orang boleh percaya apa yang didakwa sebelum ini? ", "Supaya mereka semua boleh dilihat suci? Berbaloi ke???", "semuthitam80.blogspot.my" ]
https://umno-online.my/2018/05/16/kenapa-imdb-dikata-hutang-jika-menguntungkan/
[ "DIKATAKAN laporan audit terhadap 1MDB sudah tidak lagi ditakrifkan sebagai Akta Rahsia. Maka saya terbaca satu posting dari seorang rakan.", "Katanya yang merujuk kpd laporan itu, “sampai Mei 2039, kena bayar RM 42.26 bilion. RM 1.52 bilion setiap tahun kena bayar sampai Mei 2024. Tahun 2016 kena bayar RM4.88 bilion, tahun 2023 kena bayar RM14.74 bilion & tahun 2039 kena bayar RM5.14 bilion”.", "Bagi saya, adakah orang biasa faham dngan laporan ini ? Walaupun ia hanya satu laporan eksekutif yg biasanya merupakan “summary” bagi sesuatu laporan kewangan atau audit. Orang yg bukan dalam bidang kewangan dan pelaburan akan mengangap “figure” itu mcm satu KESALAHAN kpd 1MDB.", "SAYA TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK dalam memberikan ulasan ini, tetapi ia berpandukan kepada MODEL PERNIAGAAN 1MDB.", "Kita di Malaysia memahami bahawa jika nak berniaga mesti ada modal barulah boleh menjalankan perniagaan. Jadi persepsi ini terus mewarnai rakyat kebanyakan. Namun perniagaan 1MDB ialah “dengan hutang tambah lagi hutang dan akhirnya mendapat aset”.", "Perniagaan jenis ini adalah sama model perniagaan negara Singapura. Di mana Singapura tiada hasil bumi, maka ia membuat satu bentuk “pasaran modal” utk menjana keuntungan. Kita ketahui hutang Singapura ialah US$1.766 trilion (bukan bilion ya). Sebenarnya ia bukan HUTANG dalam ertikata sebenarnya. Ia adalah nilai modal pasaran.", "Kebanyakannya adalah milik pelabur asing yg membeli bon, sekuriti dan pelbagai jenis perniagaan. Malah etengahnya adalah bentuk “jaminan liabiliti” yg berada di atas kertas sahaja. Hanya hutang atas kertas sahaja, bukan hutang secara fizikal. Malah paras hutang berbanding KDNK ialah 112%.", "Mengikut teori jika nisbah ini terlalu tinggi, maka risiko muflis adalah lebih tinggi. TETAPI kita dapati agensi penarafan antarabangsa Moody’s, Standard & Poor dan Fitch memberi rating AAA bagi Singapura. Bermakna walaupun hutang yg tinggi tetapi MAMPU membayar hutang maka penarafan ini biasanya kategori A.", "MENGAPA HUTANG WARGA ASING JUGA DIKATAKAN HUTANG SINGAPURA? Sejak tahun 2014, Bank Dunia mahukan semua negara di dunia menggunakan format terbaru utk pelaporan HUTANG NEGARANYA. Sebab itu semua hutang warga asing, syarikat tempatan dan asing, hutang individu dan isi rumah semuanya dianggap hutang negara.", "KEMBALI kpd 1MDB, di mana ia meniru model perniagaan Singapura utk menjana aset. Dengan modal berbayar RM1 juta sahaja. Kemudian kerajaan memberi “guarantee” dalam bentuk “jaminan liabiliti” supaya bank-bank tempatan dan asing memberikan pinjaman kpd 1MDB.", "Mengikut format terbaru Bank Dunia, jaminan liabiliti ini bermakna ia adalah hutang negara. TETAPI ia hanya satu figure atas kertas sahaja, bukannya hutang sebenarnya. Sebab itulah dalam angka hutang negara nampak mencanak, tetapi ia bukan hutang sebenarnya.", "PERLU diberi perhatian, jika kita membaca laporan kewangan negara semasa Tun Dr Mahathir memerintah dahulu dan era DS Najib, kita dapati dua angka yg jauh berbeza. Kerana masa era Tun M menggunakan format pelaporan bentuk lama, masa era DS Najib mengunakan format yg terbaru. Format terbaru Bank Dunia biasanya adalah TIGA KALI GANDA drp format lama.", "Contoh, jika zaman Tun M, hutang negara ialah RM100 bilion, ketika itu hutang warga asing, syarikat asing & tempatan tidak ditakrifkan sebagai hutang negara. Tetapi diera DS Najib, hutang warga asing, hutang syarikat awam & tempatan serta hutang individu juga dianggap hutang negara. Maka dngn itu, hutang negara di zaman DS Najib akan jadi RM300 bilion. HARAP anda fahamakan KONSEP ini dahulu.", "TENTANG kes 1MDB pula, dengan jaminan kerajaan itu, ia meminjam wang, yakni menambah hutang. Kemudian pinjam lagi dan tentunya tambah lagi hutang. Akhirnya hutang juga menimbun tetapi hutang ini telah BERTUKAR dalam bentuk aset. 1MDB telah membeli banyak aset termasuk sektor tenaga yg dibeli dari pengeluar tenaga bebas (IPP) dari dalam dan luar negara.", "1MDB juga telah melakukan join venture dgn syarikat asing terutamanya SaudiPetro yg syarikat ini didaftarkan di Pulau Cayman. 1MDB beli tanah di segi tiga emas (golden triangle) di pusat bandar KL iaitu TRX. 1MDB juga beli tanah tapak lapangan terbang Sg Besi yg dijadikan Bandar Malaysia. 1MDB juga ada tanah di Pulau Indah, Selangor. 1MDB juga ada tanah di Ayer Hitam, Pulau Pinang.", "Untuk proses rasionalisainya, 1MDB telah menjual sebahagian drp asetnya utk mendapat tunai bagi membayar faedah bon dan lain-lain kos operasi. Sbb itulah 1MDB telah jual Edra, iaitu entiti tenaga kpd firma China.", "Kini aset 1MDB telah melebihi daripada liabilitinya. Kita tahu, nilai aset lebih CEPAT meningkat berbanding kadar faedah. Oleh itu pegangan aset 1MDB akan lebih tinggi selepas ini. Ia mampu utk membayar semua pinjamannya.", "Malah jika sekarangpun dijual, iaitu dicairkan aset utk mendapat wang tunai. 1MDB sudah tidak berhutang lagi malah dapat untung. Inilah yg dikatakan perniagaan “smart”, dgn hutang buat hutang akhirnya kita untung." ]
https://umno-online.my/2018/05/07/benarkah-malaysia-dijual-kepada-negara-china-harith-iskander-bawa-analogi/
[ "\nITULAH perkara yang hangat diperkatakan para netizen media sosial di negara ini. Betulkah Malaysia telah tergadai kedaulatannya kepada negara China?", "Harith Iskander dalam siri video terbarunya bertajuk ‘Pe Hal Bro! Football vs Politics’ yang disiarkan di laman facebooknya ada menceritakan mengenainya.", "“Kita orang cakap macam ini, macam kita orang lah expert, seolah-olah kita banker, pedagang antarabangsa, tapi bukan, hanya orang biasa. Tapi jika anda ‘economic expert’, kemudian bercakap perkara berkaitan, itu tidak menjadi masalah pada saya. Yang lain, jangan cakap pasal benda ni, macam kita tahu, sangat tahu apa pasal benda ni.", "“Setahu saya dengan pengetahuan yang terhad, jumlah pelaburan China di Malaysia lebih kurang 17 ke 18 Bilion (RM). Tapi saya tahu dekat Singapura mereka yang rendah dalam 1 ke 2 Bilion kurang (dari jumlah pelaburan China ke Malaysia), tambahan pula negara mereka lagi kecil dari kita.", "“Takde orang di Singapura.. Owh, Singapura telah dijual kepada China,” kata individu yang pernah dinobatkan Manusia Paling Kelakar Dalam Dunia 2016 itu di dalam videonya yang kini mencecah beratus ribu tontonan di laman facebooknya sahaja ada.", "Jelasnya lagi, sepengetahuannya juga tiada negara yang menjual ‘diri mereka’ kepada China, kerana pelaburan asing di Malaysia bertumpu kepada perniagaan dan pembangunan infrastruktur.", "Video tersebut juga menunjukkan sudah menjadi satu ‘trend’ ‘pakar-pakar tidak bertauliah’ yang suka mengaitkan sesuatu perkara menjurus kepada politik dan beralih pula kepada isu lain yang kadangkala tiada kaitan jika isu yang dibawa pada awalnya dapat disanggah dan dipatahkan dengan jawapan yang baik.", "Sebagai contoh yang dipaparkan dalam video tersebut adalah isu pelaburan China yang dikaitkan dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).", "Sebelumnya di dalam video yang mendapat beribu-ribu perkongsian itu juga, Harith turut membawa analogi yang mudah, persamaan antara bola sepak dan politik.", "Sebagai contoh, seorang peminat fanatik pasukan bola (contohnya Manchester United (MU)) pasti akan memarahi pengurus pasukan tersebut Jose Murinho dengan pelbagai kutukan dan kritikan jika pasukan kesayangan bermain tidak seperti yang mereka inginkan.", "Ironinya, mereka akan mengatakan mereka lebih bagus dari Jose Murinho jika diberi peluang mengurus pasukan tersebut walhal, rekod pencapaian Jose Murinho bukan sahaja pakar menguruskan pasukan MU, bahkan pernah berkhidmat cemerlang dengan pasukan bertaraf antarabangsa seperti Porto FC, Benfica, Real Madrid.", "Tetapi itulah yang terjadi, tipikal segelintir peminat pasukan bola, hanya pandai berkata semberono tetapi dalam masa ada yang tidak mengenali pun pemain-pemain di dalam pasukan yang dijadikan topik perbualannya.", "Bahkan lebih sadis, muncul kategori ‘pakcik makcik bawang’ (satu istilah kepada netizen rakyat ini yang suka menyampuk apa sahaja topik yang diperbincangkan) turut memperkatakan sesuatu perkara walaupun tiada kena-mengena dan diluar dari pengetahuan dengan mereka.", "Sebenarnya, apa yang hendak Harith sampaikan adalah sebagai seorang penggiat media sosial yang bertanggungjawab, netizen haruslah menyampaikan maklumat yang telah ditentukan betul dan dipastikan kesahihannya sahaja.", "Dan yang penting, jangan berlagak kononnya pakar dalam segala hal!" ]