link
stringlengths
46
145
text
sequencelengths
0
363
https://umno-online.my/2022/09/05/bahtera-umno-terus-belayar-roh-perjuangan-malar-segar/
[ "RENTETAN kes yang melibatkan pemimpin UMNO di mahkamah kembali menghangatkan suasana politik tanah air. Dengan gagalnya merayu keputusan kes melibatkan Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Najib Tun Razak ianya boleh dianggap kemuncak kepuasan kepada mereka yang berusaha selama ini untuk menjatuhkan ‘Bossku’, juga saat cukup tragis kepada penyokong setia yang bersimpati kepadanya.", "Kemudian berturutan perbicaraan kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO berlangsung di mahkamah termasuk kes yang melibatkan Presiden UMNO sendiri iaitu YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Adakah ianya suatu kebetulan atau sesuatu yang telah disusun sedang dalam perlaksanaan?", "UMNO tidak melatah, 76 tahun ulang tahun UMNO pada tahun ini menjelaskan kematangannya yang telah menghadapi pelbagai gelora sejak penubuhan. Pemimpin UMNO silih berganti, krisis kepimpinan telah berkali terjadi, ramai pemimpinnya juga telah dijatuhi hukum atas pelbagai pertuduhan. Namun UMNO tetap mara dan terus melahirkan pemimpin dan berjuang untuk negara.", "\nMengapa seolah UMNO sahaja yang dipalit dengan pelbagai pertuduhan dan juga krisis? Atau adakah UMNO sebenarnya dicemburui?", "Pilihan Raya Umum (PRU) 14 menjadi sejarah UMNO gagal meneruskan baton pemerintahan negara. Persepsi buruk telah ditimbulkan sebelum PRU-14 lagi, malah sebenarnya lebih awal dari itu. Sesuatu yang terancang cuba dilakukan untuk melemahkan UMNO melalui membunuh karektor pemimpin pemimpin tertentu. Media sosial telah menjadi medium utama melaksanakan agenda yang tersusun ini.", "Mengapa UMNO dan pemimpinnya menjadi tumpuan, tidak kepada parti parti politik yang lain?", "Perlu diakui, UMNO adalah ‘ibu’ kepada banyak parti politik dan pemimpin yang ada di Malaysia sekarang ini. Pas, PKR, Amanah, Bersatu, Pejuang dan lain-lain adalah berputik lahir dari UMNO. Mengapa ibu yang melahirkan hendak dilawan? Adakah ini soal tidak kenang budi atau agenda peribadi lebih besar daripada segalanya? 22 bulan permerintahan PH, menyaksikan pelbagai dasar pelik berlaku.", "Politik dendam terlaksana, yang bersekongkol dengan Dap selaku parti yang dominan di kalangan Pakatan Harapan (PH) adalah yang lahir dari perut ‘ibu’ UMNO juga. Agenda dendam dilaksana, segala yang baik yang dilakukan sepanjang UMNO/Barisan Nasional (BN) memerintah sedaya upaya dilenyapkan sehinggakan sejarah cuba dimanipulasi melalui buku teks sekolah.", "Kepentingan yang melibatkan Melayu Islam dijual atau dipindah milik atas alasan kononnya berlaku kerugian. Projek-projek besar yang memberi kesan dan impak jangka masa sederhana dan panjang kepada generasi muda dihentikan atas alasan berlakunya rasuah, ketirisan serta dakwaan berlaku perlanggaran prosedur pemberian kontrak yang serius.", "Menariknya, bukan kepincangan sahaja yang diselongkar kes-kes yang melibatkan pemimpin PH serta yang berkaitan aktif digugurkan, pendek kata dakwa lawan gugur kawan.", "", "Matlamat perjuangan yang berbeza di kalangan parti komponen PH menyebabkan pemerintahan mereka tidak kekal lama. Mereka berantakan sesama sendiri sehingga Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri. Namun DNA PH dan agenda dendam tetap dibawa bersama. Segala apa dan banyak dasar semasa pemerintahan PH dikekalkan. Ianya terus diwarisi sehingga ke Perdana Menteri sekarang ini.", "BN sekarang ini hanya 1/3 di dalam kerajaan. Bagaimana ingin mempengaruhi dasar-dasar perjuangan baik untuk dilaksana? Sebab itu kes-kes pendakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO tidak dapat pembelaan yang sewajarnya.", "UMNO tidak melatah, UMNO bukan seperti parti politik yang berjuang kerana pemimpin, UMNO berjuang kerana roh perjuangan UMNO itu lahir dari perjuangan rakyat. Sebab itu tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini walau pemimpin utama mereka dijatuhkan hukum atau masuk penjara. Namun provokasi terhadap UMNO terus dilakukan, jelas kematangan dan rasional menguasai.", "Susulan kes Bossku, solidariti yang dibuat pada Taklimat Khas Presiden tempoh hari jelas tidak mendesak pun untuk memberi pembebasan atau mendesak Perdana Menteri menggunakan kuasa bagi campur tangan. UMNO bersoladiriti bagi memberi sokongan kepada Bossku yang tidak diberi peluang mengemukakan bukti baru dan menangguhkan kes bagi membolehkan pasukan peguam bersedia sebaiknya bagi membela anak guam. Sedangkan kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan peluang penangguhan berpuluh kali.", "UMNO sebuah parti yang menghormati setiap institusi teras yang ada di negara ini. UMNO tidak mempertikaikan keputusan mahkamah. UMNO juga tidak menghina mana-mana pihak. Perdebatan terbuka terhadap kes-kes yang berlaku kepada beberapa pemimpin pada hari ini adalah lebih kepada memberi pendapat untuk membetulkan kepincangan atau lompong yang ada demi untuk mengukuhkan institusi.", "Kita tidak mahu Krisis Kehakiman 1988 dan isu klip video Lingam berulang. Apa yang penting juga keadilan untuk semua rakyat malaysia, jika seorang bekas Perdana Menteri sendiri tidak mendapat pembelaan sewajarnya apa lagi peluang kepada rakyat marhaen yang menghadapi pertuduhan di mahkamah?", "Rakyat boleh menilai dan rakyat Malaysia sangat bijak serta cukup rasional dalam tindakan. Hanya penyokong-penyokong parti politik yang beridealisma songsang ataupun berjuang semata-mata untuk pemimpin sahaja yang akan bertindak melulu.", "UMNO terus mara, UMNO terus menongkah arus, bahtera UMNO terus berlayar dan tidak mudah diberhentikan mahupun dipesongkan haluan atau dirampas atau ditenggelamkan.", "Fokus UMNO sekarang ini ingin mengubah keadaan, mengubah situasi Malaysia ini kepada yang lebih baik serta meletakkan negara ini bergerak pada landasan yang sepatutnya. PRU-15 adalah matlamat. UMNO perlu sama ada berubah atau UMNO akan diubah sesuai dengan kehendak semasa. Itu adalah persoalan yang perlu ditangani oleh kepimpinan, ahli mahupun penyokong.", "UMNO tidak boleh terikut-ikut dengan rentak parti lawan yang menggunakan bermacam isu seperti mana yang mereka telah lakukan pada PRU-14 bagi memesongkan matlamat perjuangan yang sebenar.", "Isu Muafakat Nasional yang timbul kembali tidak akan menjejaskan tumpuan UMNO/BN yang sudah bertekad dan yakin untuk memasuki pilihan raya tanpa melibatkan parti-parti lain.", "Tiga perkara pokok seperti yang disarankan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor YB Datuk Hasni Mohammad, pertama UMNO perlu menjawab setiap isu yang ditimbulkan dengan segera, kedua UMNO perlu menjuarai turun padang membantu, membela kesusahan atau isu rakyat dan yang ketiga dalam masa yang sama UMNO perlu ada rancangan agenda masa hadapan negara yang mampan.", "Bahtera UMNO terus berlayar,\nOmbak besar memecahkan gelas,\nRoh pejuangan UMNO malar segar,\nBagi memenangi PRU yang ke lima belas. – UMNO ONLINE", "Norman Sapar\nPemerhati Politik" ]
https://umno-online.my/2022/09/03/umno-sudah-berusaha-untuk-teruskan-kerjasama-bersama-pas-shahril-hamdan/
[ "Semenjak PAU2020 lagi parti UMNO sudah berusaha untuk teruskan kerjasama bersama PAS. Sehingga di PRN Melaka, permintaan UMNO hanya untuk PAS menggunakan logo sendiri. Namun semenjak kebelakangan ini, balasan PAS terhadap UMNO:25 Januari 2022: Tiada pawang mampu rawat UMNO kecuali kekalahan – Mokhtar Senik27 Januari 2022: Itik kaki patah ini, bila sembuh nak berenang sendiri – Haji Hadi28 Januari 2022: Hadi beri amaran kepada ‘kluster mahkamah’ UMNO, bantah strategi cetus PRN5 Mac 2022: UMNO sudah lumpuh dan berpenyakit – Haji Hadi5 Mac 2022: Haji Hadi ajak pengundi Johor hukum UMNO11 Mei 2022: Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO ‘menolak’ agenda ini.22 Mei 2022: Individu tolak MN sebenar Nyawa Nyawa Ikan – Sanusi11 Jun 2022: Zahid desak PRU15 awal kerana takut dipenjara – SanusiJulai 31 2022: Hadi dakwa penubuhan MN tertangguh kerana UMNO buat masalah.Ogos 13 2022: UMNO boleh ‘menumpang’ kekuatan PAS di Kedah jika ia berhasrat untuk bekerjasama di negeri itu.Hanya mahu sebut beberapa perkara ringkas:1) UMNO tak mencari musuh tapi seakan dimusuhi. Termasuk oleh individu-individu tertentu dalam PAS. Beberapa kenyataan diatas menjadi contoh rujukan.2) Sebarang usaha untuk cuba pecahkan UMNO dengan dakwaan kononnya Presiden keseorangan dan tidak mewakili parti, akan gagal.Sebarang keputusan besar akan melalui keputusan musyawarah kepimpinan, baik Top 5 atau MKT.3) Yang boleh bercakap untuk UMNO tentulah pemimpin UMNO; bukannya PAS. Jadi Presiden UMNO la yang boleh bercakap bagi pihak UMNO. Takkan Presiden PAS pula lebih arif hal UMNO dan mengajar ahli UMNO. Itu bukan kerja kawan.#SambungYangTergendalaKetua Penerangan UMNO MalaysiaSHAHRIL HAMDAN" ]
https://umno-online.my/2022/09/03/tidak-wajar-rakyat-dibebankan-lagi-dengan-kenaikan-kadar-faedah-opr-asyraf-wajdi/
[ "KUALA LUMPUR, 3 Sept – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Semalaman (OPR) iaitu penanda aras untuk menentukan kadar faedah pinjaman bank bertujuan memastikan kestabilan harga dan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.", "Ianya dijangka mengekalkan kecenderungan untuk meningkatkan kadar faedah pada September, menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini.1.BNM dijangka akan sekali lagi menaikkan OPR atas alasan untuk mengimbangi tekanan inflasi yang kononnya didorong oleh tarikan permintaan.", "2.Namun begitu tidak pula dinyatakan sejauh manakah peningkatan inflasi ketika ini betul-betul berpunca daripada tarikan permintaan (demand pull inflation). Walhal faktor utama yang perlu diambil kira adalah pengaruh besar gangguan dalam rantaian bekalan akibat perang di Ukraine serta dasar COVID-19 yang ketat di China dalam menyebabkan peningkatan harga barangan (cost push inflation akibat supply side / supply chain disruption).", "3. Bank Negara sewajarnya terlebih dahulu mengenal pasti punca sebenar kenaikan kadar inflasi sebelum mengambil keputusan drastik untuk melaksanakan dasar monetari menguncup. Ini kerana peningkatan OPR pasti akan memberikan kesan negatif kepada banyak sektor lain, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi domestik negara kita yang masih berada dalam fasa pemulihan ketika ini.", "4. Di dalam posting saya sebelum ini saya sudah jelaskan bahawa kadar hutang isi rumah yang tinggi di negara kita akan menyebabkan mereka akan lebih terbeban berbanding isi rumah negara serantau setiap kali OPR dinaikkan. Dengan itu objektif BNM untuk mengurangkan tingkat permintaan dengan menaikkan OPR hanya akan dicapai dengan pertambahan jumlah pembayaran balik pinjaman, bukan menerusi peningkatan jumlah tabungan isi rumah. Ini jelas bertentangan dengan objektif yang mahu dicapai dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Malaysia Pasca Covid. (rujukan : https://www.facebook.com/100044601692003/posts/616587076504677/ )", "5. Teori di belakang dasar monetari konvensional yang diamalkan Bank Pusat dengan menaikkan kadar bunga setiap kali berlaku kenaikan tingkat inflasi adalah bersandarkan kepada realiti ekonomi yang berlaku pada tahun 1970an dahulu. Teori ini bukan sahaja sudah tidak relevan bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi sekarang, malah berkemungkinan besar akan mencetuskan masalah resessi ekonomi yang lebih parah.", "6. Ini jelas terbukti apabila peningkatan kadar bunga yang sudah dibuat beberapa kali oleh Bank Pusat Amerika Syarikat dan Bank Pusat di Eropah bukan sahaja tidak berjaya menurunkan kadar inflasi di negara itu, malah kesannya dijangkakan akan membawa kepada resessi ekonomi.", "7. Ahli Ekonomi di IMF sendiri mengakui bahawa polisi monetari tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah ‘bottlenecks’ dalam rantaian bekalan dunia dan gangguan bekalan dalam pasaran komoditi akibat perang di Ukraine.(rujukan :https://blogs.imf.org/…/central-banks-hike-interest…/ )", "8. Dalam hal ini, perjanjian damai antara Russia-Ukraine dan pembatalan sekatan ke atas export gas dari Russia serta pembukaan lockdown akibat Covid-19 di China akan lebih berjaya menurunkan kadar inflasi di Eropah kerana ianya dapat meredakan tekanan dalam produksi, rantaian bekalan dan komoditi dunia.", "9. Jelas di sini kenaikan OPR tidak akan dapat menurunkan kadar inflasi walaupun permintaan domestik mungkin sedikit berkurangan kerana inflasi yang tinggi ketika ini bukan didorong oleh tarikan permintaan yang berlebihan.", "10. Di negara kita pula, keputusan Kerajaan untuk tidak menaikkan harga bahan api (petrol dan diesel) , tarif elektrik dan air jelas lebih berjaya menahan kadar inflasi dari melambung lebih tinggi seperti di negara lain. Justeru, tidak perlulah BNM menaikkan OPR yang berisiko memberi dampak negatif dan kontradik dengan Pelan Pemulihan Ekonomi yang dirancang.", "Ketua Pemuda UMNO MalaysiaDR ASYRAF WAJDI DUSUKI" ]
https://umno-online.my/2022/08/30/orang-dia-tidak-ada-kena-mengena-dengan-pendirian-teguh-mengenai-pengasingan-kuasa-azalina/
[ "KUALA LUMPUR, 30 Ogos – “Sebagai bekas pengamal undang-undang sejak 1990 dan penggubal undang-undang sejak 2004, saya akan menjadi orang terakhir yang membenarkan sebarang campur tangan badan kehakiman oleh eksekutif atau badan perundangan”.", "Demikian kenyataan Penasihat Undang-undang Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi reaksi beliau kepada Pengerusi Bersih, Thomas Fann yang berkata beliau mengubah pendirian berkenaan pemisahan kuasa di antara undang-undang dan eksekutif.", "Azalina berkata ketika diminta berucap pada perhimpunan Taklimat Bersama Presiden UMNO lalu beliau membangkitkan hak undang-undang seorang warganegara Malaysia atau mana-mana warganegara Malaysia untuk perkara itu dirayu di mahkamah undang-undang.", "“Setiap lelaki dan wanita mempunyai hak untuk pembelaan dan hak untuk mengemukakan bukti baharu. Jangan kita lupa, bahawa pihak pendakwaan mewakili Kerajaan Malaysia, dan oleh itu rayuan YB (Yang Berhormat) Pekan secara teknikalnya dibantah oleh kerajaan. Peguam Negara adalah peguam kepada kerajaan dan oleh itu merupakan satu-satunya orang yang boleh menyokong sebarang permohonan.", "“Anda menuduh saya mengubah pendirian mengenai pelantikan Peguam Negara sejak YB Bera menjadi Perdana Menteri ke-9 (PM ke-9) dan membandingkannya dengan kenyataan saya semasa YB Pagoh menjadi PM ke-8. Apabila saya menyebut ‘orang dia’ dalam ucapan saya pada Sabtu lalu, ia tidak ada kena mengena dengan pendirian teguh saya mengenai pengasingan kuasa antara Badan Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan, serta pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.", "“Pendirian saya mengenai pemisahan Peguam Negara adalah serampang dua mata iaitu Peguam Negara Politik/Menteri yang duduk dalam Kabinet dan menjaga dan bertanggungjawab kepada Parlimen, dengan itu bertanggungjawab kepada semua penggubal undang-undang pada setiap keputusan yang dia buat dan nasihat yang dia berikan kepada kerajaan, dan seorang Pendakwa Raya profesional seperti di UK (United Kingdom) di mana beliau adalah seorang kerjaya pendakwa kanan, dan bukan seorang lantikan politik, daripada pangkat dan pihak berkuasa pendakwaan,” katanya.", "Ahli Parlimen Pengerang itu menambah ‘orang dia’ yang dimaksudkan beliau adalah meletakkan Peguam Negara Politik/Menteri di Parlimen seperti yang dikatakannya sebelum ini terutama ketika pelaksanaan Darurat semasa COVID-19.", "Beliau malah mempersoal bahawa bukankah jika Peguam Negara Politik/Menteri dilantik oleh Perdana Menteri bermakna meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti Eksekutif seperti termaktub dalam Perkara 145 yang menyebut bahawa tidak melarang Peguam Negara menjadi Menteri Undang-undang atau sebaliknya, yang duduk dalam Kabinet, bahkan katanya ni adalah skim pengaturan di negara yang merangkumi dari Australia ke UK, dan ke Kanada.", "“Saya juga ingin mengingatkan anda dan pembaca di sini bahawa negara kita mempunyai dua Peguam Negara Politik/Menteri pada masa lalu, iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tan Sri Hamzah Abu Samah, dengan lebih kurang warisan UMNO. Ia tidak menyebabkan sebarang histeria seperti hari ini.", "“Tidakkah mempunyai Peguam Negara Politik/Menteri yang bertanggungjawab di Parlimen akan mempercepatkan agenda reformasi yang kita mahukan? Banyak undang-undang boleh dipinda secepat mungkin, untuk menangani isu mengenai hak asasi manusia, kewarganegaraan dan pembaharuan undang-undang pilihan raya, termasuk pindaan Perlembagaan tanpa bergantung kepada Jabatan Peguam Negara yang pada masa ini diketuai oleh seorang Peguam Negara yang bukan ahli mana-mana Dewan Parlimen.", "“Adakah Bersih melompat, atau Bersih dalam menuntut pengasingan dalam peranan AG dan Pendakwa Raya sebagai sebahagian daripada agenda reformasi tidak menyedari apa yang dituntutnya? Soalan saya kepada anda ialah jika Kaukus Reformasi berjaya membawa pembaharuan untuk memisahkan jawatan Peguam Negara, dan kemudian PM memutuskan untuk melantik Peguam NegaraPolitik/Menteri di Parlimen daripada parti pemerintah, adakah Bersih akan membantah keputusan ini? Lebih-lebih lagi jika pelantikan itu adalah DNA UMNO?", "“Malangnya, semua orang beranggapan bahawa seorang yang dilantik Peguam Negara baharu akan dimanipulasi untuk menggugurkan pertuduhan jenayah terhadap ahlinya atau diampunkan daripada semua pertuduhan. Ini bukan niat saya, bukan juga hasrat perjumpaan yang diadakan Sabtu lalu. Sila tonton ucapan sekali lagi untuk pengesahan,” tegas beliau.", "Berikut kenyataan penuh Azalina.", "Yang dihormati Thomas Fann, Pengerusi Bersih.", "Kita bukan asing antara satu sama lain. Mengapa anda tidak menghubungi saya terus untuk bertanya tentang ucapan saya di perhimpunan UMNO Sabtu lalu. Lagipun, kita mempunyai hubungan kerja profesional yang penuh hormat selama berbulan-bulan mengenai Undang-Undang Anti Lompat Parti dan saya dengan senang hati menerima pelawaan Bersih untuk mempengerusikan bersama Kaukus Agenda Pembaharuan. Saya fikir hubungan kita melangkaui alam politik, dan saya akan menghargai panggilan daripada anda sebagai rakan sekerja, atau pun sebagai kawan.", "Bagaimanapun, memandangkan anda telah membuat kenyataan umum untuk menyatakan kekecewaan anda terhadap saya, saya fikir mungkin saya juga perlu membuat kenyataan umum untuk menjelaskan beberapa perkara, sekiranya anda telah membuat kesimpulan berdasarkan tajuk utama mengenai ucapan saya (seperti kebanyakan orang melakukannya).", "Saya Azalina yang sama yang anda telah mengadakan banyak perbincangan dan penyertaan dalam forum awam. Sebagai bekas pengamal undang-undang sejak 1990, dan penggubal undang-undang sejak 2004, saya akan menjadi orang terakhir yang membenarkan sebarang campur tangan badan kehakiman oleh eksekutif atau badan perundangan. Dalam ucapan dan pemikiran saya, saya hanya berpegang kepada pepatah “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” sebagai peraturan asas keadilan semula jadi. Beban pembuktian undang-undang terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kes mereka di luar keraguan munasabah, dan saya percaya bahawa penafian perubahan representasi undang-undang adalah berbangkit, dalam memberikan keadilan mutlak. Ini terpakai dalam semua kes, termasuk di mahkamah rayuan. Adakah saya meminta YB Pekan dibebaskan? Jawapannya adalah jelas TIDAK.", "Saya diminta berucap pada perhimpunan Sabtu lalu sebagai Penasihat Undang-Undang Barisan Nasional dan sebagai Ahli Parlimen Pengerang. Ucapan singkat saya sekitar 10 minit hanya menyentuh beberapa perkara, tanpa melibatkan terlalu banyak butiran teknikal. Intipati ucapan saya adalah untuk membangkitkan hak undang-undang seorang warganegara Malaysia, atau mana-mana warganegara Malaysia untuk perkara itu dirayu di mahkamah undang-undang. Setiap lelaki dan wanita mempunyai hak untuk pembelaan dan hak untuk mengemukakan bukti baharu. Jangan kita lupa, bahawa pihak pendakwaan mewakili Kerajaan Malaysia, dan oleh itu rayuan YB Pekan secara teknikalnya dibantah oleh kerajaan. Peguam Negara adalah peguam kepada kerajaan dan oleh itu merupakan satu-satunya orang yang boleh menyokong sebarang permohonan.", "Anda menuduh saya mengubah pendirian mengenai pelantikan AG sejak YB Bera menjadi PM9 dan membandingkannya dengan kenyataan saya semasa YB Pagoh menjadi PM8. Apabila saya menyebut “orang dia” dalam ucapan saya pada Sabtu lalu, ia tidak ada kena mengena dengan pendirian teguh saya mengenai pengasingan kuasa antara Badan Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan, serta pemisahan AG dan Pendakwa Raya.", "AG dan jawatan eksekutif.", "Sekarang kembali kepada isu pertikaian AG. Tiada kesalahan kepada AG semasa. Dia seorang lelaki yang baik yang saya hormati. Jawatan AG ditubuhkan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, dan beliau adalah pegawai kerajaan yang sangat berkuasa. Beliau adalah ketua penasihat undang-undang kepada Kerajaan dan mewakili kerajaan. Peguam Negara bukan sahaja sebahagian daripada Eksekutif, tetapi beliau juga merupakan Penjawat Awam berpangkat tertinggi di negara ini, yang boleh menggunakan budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding di kebanyakan mahkamah di Malaysia, kecuali Syariah, anak negeri dan mahkamah tentera.", "Pendirian saya mengenai pemisahan AG adalah serampang 2 mata:", "i) Peguam Negara Politik/Menteri yang duduk dalam Kabinet dan menjaga dan bertanggungjawab kepada Parlimen, dengan itu bertanggungjawab kepada semua penggubal undang-undang pada setiap keputusan yang dia buat dan nasihat yang dia berikan kepada kerajaan, dan", "ii) seorang Pendakwa Raya profesional seperti di UK di mana beliau adalah seorang kerjaya pendakwa kanan, dan bukan seorang lantikan politik, daripada pangkat dan pihak berkuasa pendakwaan.", "Kenapa saya akan menjadi sebahagian daripada usaha Bersih dalam Kaukus Pembaharuan Pelbagai Parti? Bukankah ini bermakna saya mendapat sokongan Umno parti saya dan kita konsisten dalam agenda reformasi? Janganlah kita mencemarkan tujuan yang lebih besar kaukus ini dengan ucapan ringkas yang dibuat di perhimpunan politik.", "Mungkin anda terlepas cakap Thomas, bahawa apabila saya berkata “orang dia”, ia bermakna meletakkan AG Politik/Menteri di Parlimen seperti yang saya BERULANG-ULANG katakan pada masa lalu, terutamanya semasa pelaksanaan Darurat semasa COVID-19.", "Bukankah jika AG Politik/Menteri dilantik oleh Perdana Menteri bermakna meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti Eksekutif?? Lagipun, Perkara 145 setakat ini tidak melarang AG menjadi Menteri Undang-undang atau sebaliknya, yang duduk dalam Kabinet. Ini adalah skim pengaturan, di negara yang merangkumi dari Australia ke UK, dan ke Kanada. Saya juga ingin mengingatkan anda dan pembaca di sini bahawa negara kita mempunyai 2 AG Politik/Menteri pada masa lalu, iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tan Sri Hamzah Abu Samah, dengan lebih kurang warisan UMNO. Ia tidak menyebabkan sebarang histeria seperti hari ini.", "Tidakkah mempunyai Peguam Negara Politik/Menteri yang bertanggungjawab di Parlimen akan mempercepatkan agenda reformasi yang kita mahukan? Banyak undang-undang boleh dipinda secepat mungkin, untuk menangani isu mengenai hak asasi manusia, kewarganegaraan dan pembaharuan undang-undang pilihan raya, termasuk pindaan Perlembagaan tanpa bergantung kepada AGC yang pada masa ini diketuai oleh seorang AG yang bukan ahli mana-mana Dewan Parlimen.", "Adakah Bersih melompat, atau Bersih dalam menuntut pengasingan dalam peranan AG dan Pendakwa Raya sebagai sebahagian daripada agenda reformasi tidak menyedari apa yang dituntutnya? Soalan saya kepada anda ialah jika Kaukus Reformasi berjaya membawa pembaharuan untuk memisahkan jawatan AG, dan kemudian PM memutuskan untuk melantik AG Politik/Menteri di Parlimen daripada parti pemerintah, adakah Bersih akan membantah keputusan ini? Lebih-lebih lagi jika pelantikan itu adalah DNA UMNO? Malangnya, semua orang beranggapan bahawa seorang yang dilantik AG baharu akan dimanipulasi untuk menggugurkan pertuduhan jenayah terhadap ahlinya atau diampunkan daripada semua pertuduhan. Ini bukan niat saya, bukan juga hasrat Mesyuarat Khas yang diadakan Sabtu lalu. Sila tonton ucapan sekali lagi untuk pengesahan.", "Pendirian tentang AG, percanggahan?", "Ok, mari kita sebut perkara terbesar di sini. Dalam ucapan saya, adakah saya meminta AG disingkirkan untuk membebaskan YB Pekan? Sehingga dia tidak perlu menghadapi baki pertuduhan dan perbicaraan terhadapnya?", "Bukankah YB Port Dickson mendapat pengampunan dan dibebaskan 7 hari selepas PH meraih kemenangan dalam PRU14? Atau apabila Tommy Thomas dilantik sebagai AG oleh PM7, bukankah dia “Orang PH”? Jadi soalan saya kepada anda ialah, mengapa Bersih kemudian tidak berkata, petikan “Kerisauan kita yang paling besar tengahari ini adalah ancaman kepqda rule of law…pada himpunan khas di ibu pejabat ini.", "Adakah anda baru mengalihkan tiang gol? PM Pakatan Harapan menukar AG dan begitu juga PM Perikatan Nasional, tetapi PM dari UMNO/Barisan Nasional tidak boleh menukar atau menggantikan AG? Double standard, saya rasa.", "Pada fakta saya seterusnya. Adakah Bersih mempunyai pepatah undang-undang yang berbeza untuk ahli politik UMNO/BN yang “bersalah sehingga terbukti tidak bersalah”? Adakah di sisi undang-undang dilarang untuk Responden di Mahkamah Rayuan meminta masa daripada Pendakwa Raya atau menyokong usul menukar peguam? Bukankah Peguam sepatutnya dibenarkan melepaskan diri walaupun peguamcaranya telah ditamatkan perkhidmatan pada hari yang sama? Ini menetapkan precedence (contoh) untuk semua peguam dan anak guam Malaysia.", "Berkali-kali orang melemparkan tuduhan kepada tertuduh menyalahgunakan proses mahkamah, tetapi bagaimana pula dengan penyalahgunaan hak tertuduh di sini? Bukankah Bersih sepatutnya mempertahankan prinsip “Setiap latitud mesti diberikan kepada orang yang dituduh untuk mempertahankan kesnya atau dirinya sendiri”?", "Akhir sekali, mesyuarat khas Sabtu lalu adalah perhimpunan solidariti UMNO di kalangan ahli UMNO, di Dewan Merdeka UMNO. Anda tahu Thomas? Di peringkat tertinggi, UMNO tidak mempunyai mentaliti merusuh. Kami tidak membawanya ke jalan raya dan menyusahkan orang ramai.", "Jadi Thomas, saya sangat berharap bahawa ini adalah kes “kedua-dua pihak sangat dibutakan oleh ketakutan dan kebencian mereka antara satu sama lain sehingga mereka tidak dapat melihat mereka semua berjuang untuk perkara yang sama.” – UMNO Online" ]
https://umno-online.my/2022/08/29/hakim-nazlan-perlu-disiasat-segera/
[ "", "ISU berkenaan siasatan terhadap hakim Nazlan telah menjadi isu kepentingan awam” kata Mah Weng Kwai , seorang bekas hakim mahkamah rayuan berkenaan kes Nazlan.", "Ia perlu didedahkan kepada orang awam dan seluruh negara.", "“Pendedahan berkenaan siasatan terhadap Hakim Nazlan sangat penting kerana ia membabitkan kepentingan awam dan juga nama baik kehakiman” ujar Mah.", "Mah Weng Kwai bukan calang calang individu, kerana selain pernah menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, Mah juga adalah bekas Presiden Majlis Peguam.", "", "Kenyataan Mah sangat benar kerana orang awam akan membuat spekulasi sendiri dan mereka tidak boleh dipersalahkan.", "Tambah lagi pada kes Najib Razak (DSNR), semuanya didedahkan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun Najib Razak adalah Perdana Menteri Malaysia, maka tiada sebab siasatan terhadap Nazlan tidak didedahkan.", "Nazlan disiasat atas kapasiti diri sendiri berkemungkinan menerima sogokan berkaitan wang di dalam akaunnya sejumlah RM1 juta lebih.", "Nazlan juga disiasat kerana wang terbabit diterima ketika menjawat kerja di Maybank sebagai General Council dan tiada kaitan dengan jawatannya hari ini.", "Kedudukan keputusan kes Najib boleh dirombak jika didapati Nazlan sah terima sogokan atas kapasitinya pada jawatannya sebagai terbabit dalam komuniti meluluskan syarikat SRC.", "Mah, who is also a former Malaysian Bar president, said the public had still not been informed as to whether there was any such money in Nazlan’s bank account, even though police reports were filed in March and April.", "Ramai juga setuju dengan seruan Mah Weng Kwai kerana keadilan mesti diutamakan.", "Dalam hal mengenakan Najib Razak, semuanya didedah dan disebarkan kepada umum ternasuk hal yang tidak wujud.", "Namun, apabila berkaitan perilaku peribadi Nazlan, banyak pula tentangan dari mereka yang kononnya “uphold laws and justice”.", "Mereka mereka cuba pedaya masyarakat yang buta undang-undang bahawa hakim tidak boleh disiasat kerana ‘separation of power’.", "Sedangkan ia bukan isu ‘seperation of power’ tetapi sebaliknya perilaku rasuah seorang individu yang memakai jubah hakim yang perlu didakwa jika benar ada menerima wang sogokan seperti yang didapati di dalam akaun peribadinya.", "“It is already mid-May. Certainly it is not difficult for the MACC to obtain all of Nazlan’s bank statements,” he said at a press conference today.", "Nazlan, who was appointed a High Court judge on Jan 30, 2017, was promoted to Court of Appeal judge on Feb 3, 2022.", "Banyak keraguan didapati terhadap kes Najib Razak.", "Selain itu banyak juga maklumat disembunyikan oleh pihak pendakwa dari pengetahuan pihak pembela, seolah-olah pendakwa takut ia boleh memenangkan pihak pembela.", "Ini jelas menunjukkan dakwaan bukan hendak mengetahui kebenaran tetapi lebih tertumpu mesti penjarakan DSNR.", "Harus diberitahu bukan sahaja skandal wang dalam akaun Nazlan sahaja cuba diselindung, bahkan skandal bekas Gabenor Bank Negara juga cuba dilindungi.", "Ini bermakna, keputusan kes terhadap DSNR telah dibuat tanpa keseluruhan maklumat dan bukti dipamerkan dan juga saksi utama tiada dalam mahkamah.", "Jika ikut standard mahkamah antarabangsa, kes DSNR ini sudah boleh digugurkan dan kedapatan maklumat berkenaan Hakim itu sendiri adalah satu “Conflict of interest” dan sepatutnya hakim undur diri (recuse) dari mendengar kes.", "Negara harus berbuat sesuatu kerana dunia tertumpu kepada kes yang sangat berat sebelah dan orang patut didakwa masih tidak didakwa dan ada pula penerima rasuah menjadi saksi untuk selamatkan diri.", "Lebih jijik lagi, nama-nama penerima rasuah dari pihak Goldman Sach tidak diizinkan diberi senarai kepada pihak pembela dan nama Zeti Aziz sebagi sah menerima sogokan bagai didedah di mahkamah Amerika masih belum disentuh lagi di Malaysia.", "Maka, wajarlah seruan bekas Hakim, Mah Weng Kwai diambil perhatian, kerana hakim rakyat sedang memerhatikan dan akan menjatuhkan hukuman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).", "https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ZHC9rew21dXe5tbiPwU36QfXbgQKYsAWdSn38M9JDbbFKewhuXLFk378SUqMdEZ6l&id=100001297908587" ]
https://umno-online.my/2022/08/27/warkah-najib-surat-dari-penjara/
[ "", " ", "", "YANG Berhormat Presiden UMNO, Yang Berhormat Timbalan Presiden dan seluruh pimpinan UMNO dari semua bahagian.", "Di malam yang syahdu ini setelah pintu kamar saya di Penjara Kajang dikunci oleh pengawal, saya tergerak hati untuk menulis warkah ini kepada seluruh pimpinan UMNO yang hadir di perjumpaan ini dan juga kepada semua penyokong kita baik di dalam UMNO ataupun diluar.", "Apabila BN tewas dalam PRU14, saya beriltizam untuk terus berjuang meskipun ada yang menggambarkan UMNO sebagai kapal yang sudah karam dan kata-kata nista yang lain. Ada juga yang memberi pandangan bahawa kalau nak hidup dalam politik, kita kena pilih menyokong sama ada Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim.", "Sebaliknya, saya memilih untuk menyokong UMNO sebab saya terlalu kasih kepada parti kita. Lantas itu, saya telah bekerja dan berjuang habis-habisan termasuk untuk menjenamakan semula identiti saya sebagai ‘Bossku’.", "Disetiap Pilihan Raya Kecil dan negeri saya telah berusaha sedaya upaya dengan segala kudrat saya untuk menyumbang kepada kemenangan UMNO bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Alhamdulilah, kini UMNO sudah semakin segar dan kuat. Kita sudah bangun dari mimpi ngeri 2018 meskipun cabaran PRU15 menanti kita.", "Saya sedar bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Tapi saya tak jangka bahawa harga yang saya terpaksa bayar begitu tinggi sekali kepada diri saya dan keluarga saya. Dalam masa empat tahun ini saya terpaksa naik turun tangga mahkamah sebanyak lebih 300 kali. Ini tak termasuk rumah saya digeledah pada malam pertama bulan Ramadan 2018, dan diikuti kemudiannya dengan rumah bonda tersayang. Cukai yang tertinggi yang pernah dikenakan kepada mana individu di dunia dan lima kes sivil. Isteri saya pun turut didakwa dan anak-anak saya pun dikenakan cukai pendapatan tambahan.", "Semuanya ini tiada asas yang rasional ataupun mengikut undang-undang cukai yang sebenarnya. Dalam kes SRC saya telah didakwa pada bulan Julai 2018. Mula-mula dihadapan Hakim Datuk Sofian, yang terpilih secara ‘random’.", "Setelah kes berjalan, tiba-tiba Datuk Sofian telah diganti dengan Hakim Nazlan yang tidak ada pengalaman dalam bidang jenayah sama sekali. Seorang Hakim yang junior dari bahagian sivil dipilih untuk mendengari kes ‘high-profile’. Dari sini mulalah rentetan keputusan-keputusan yang pelik-pelik sehinggalah kepada rayuan saya di Mahkamah Persekutuan bermula pada 15 Ogos yang baru lalu.", "Mutakhir ini, SPRM telah membuat siasatan terhadap Hakim Nazlan dan telah kemukakan syor mereka ke peguam negara. Pihak peguam saya telah memohon Mahkamah Persekutuan untuk dibenarkan ‘additional evidence’ ini didengari. Sekali lagi permohonan saya ditolak. Kenapa tidak mahu diketahui siasatan SPRM? Sekiranya Hakim Nazlan telah terlibat secara mendalam dalam urusan Maybank Investment dengan 1MDB dan SRC maka beliau perlulah menarik diri daripada menjadi Hakim kerana Hakim Nazlan sudah berada dalam keadaan konflik.", "Sesungguhnya Mahkamah sepatutnya mencari kebenaran, bukan mencari alasan tidak nak berbuat demikian. Saya yakin jika ‘additional evidence’ dibenarkan, kes SRC akan menjadi berlainan daripada apa yang berlaku. Kemungkinan, a retrial atau mistrial boleh menjadi keputusan mahkamah. Saya minta peguam saya Tan Sri Shafee untuk menjelaskan kes SRC International dari segi perundangan. Apa yang jadi, kemusykilan, saya tidak dapat ‘fair hearing’ dan hak saya di bawah Perlembagaan Persekutuan dinafikan pada saya. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang perayu tidak diwakili oleh peguam.", "Alasan yang diberikan oleh Ketua Hakim atas sebab teknikal yang sepatutnya tak boleh mengatasi peruntukan perlembagaan negara. Akhirnya rayuan saya ditolak. Bukan atas merit tapi atas soal teknikal. Saya tidak minta kes saya digugurkan seperti kerajaan PH yang telah menggugurkan kes Lim Guan Eng dan Rafizi serta lain-lain pemimpin.", "Saya cuba tuntut keadilan dan ‘a fair trial’. Itu pun telah dinafikan kepada saya. Saya juga tidak mahu melibatkan parti dalam urusan mahkamah saya sejak mula seperti parti pembangkang. Namun, bila saya dihempap dan ditekan dengan orang-orang yang begitu yakin dan licik, saya tiada pilihan melainkan untuk memohon kepada Presiden UMNO dan semua ahli UMNO untuk bersuara dan bertindak.", "Kalau perkara ini boleh berlaku kepada saya sebagai bekas presiden UMNO dan perdana menteri ianya boleh berlaku kepada sesiapa pun. Memilih untuk berdiam diri bererti mereka yang berniat jahat terhadap UMNO akan berjaya. Pada saya, UMNO perlu berjuang menentang kezaliman dan ketidakadilan. Kita sebagai parti tetap menghormati ‘the rule of law’. Tapi tonggak kepada ‘rule of law’ mestilah Hakim-Hakim yang adil tanpa dipengaruhi dengan kuasa-kuasa ghaib yang bermotif politik.", "Saya tetap tidak berputus asa. Walaupun jasad saya dipenjarakan, tapi roh saya tetap kuat untuk terus berjuang mendapat keadilan pada akhirnya. Saya juga tidak akan rasa keseorangan jika tiga juta ahli UMNO bersama dengan saya menentang penganiayaan dan apa yang disebutkan sebagai ‘miscarriage of justice’. Menitis air mata tidak akan mengubah keadaan.Hanya tindakan yang berani terselaras dan bijak sahaja boleh membawa kejayaan. ", "Sesungguhnya saya berasa amat terharu dengan langkah Yang Berhormat Datuk Seri Zahid dan MKT untuk mengadakan pertemuan ini.", "Semoga Allah akan memberikan rahmatnya dan mengizinkan kita menentang kezaliman dan penganiayaan yang keterlaluan ini. Hidup UMNO, hidup UMNO, hidup UMNO.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2022/08/26/kerajaan-ph-22-bulan-penyelamat-atau-perosak-sistem-keadilan-rule-of-law-dalam-negara/
[ "HARI ini ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendabik dada kononnya merekalah yang berjaya mengembalikan sistem keadilan dan ‘rule of law’ dalam negara.", "Sebaliknya, rakyat pasti tidak lupa bagaimana hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja memerintah, PH mengeksploitasi kuasa untuk memanipulasi sistem keadilan dan prinsip ‘rule of law’.", "Antara perkara-perkara utama yang dilakukan:\n\n1. Menukar Peguam Negara dengan melantik Peguam Dap Tommy Thomas.", "2. Melantik Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya yang waktu itu merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR (tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia KP SPRM dilantik di kalangan pimpinan parti politik.", "3. Campurtangan PH dalam menukar Ketua Hakim Negara kepada calon pilihan mereka Tan Sri Richard Malanjun hingga mendapat kritikan hebat daripada Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid yang menyifatkan campurtangan Eksekutif dalam perlantikan Hakim. Ini juga disahkan oleh Tommy Thomas dalam bukunya. (https://www.bharian.com.my/…/jawatan-ketua-hakim-negara…)", "4. Selepas Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM berjaya ditukar Kerajaan PH, bermulalah episod pendakwaan politik ke atas musuh-musuh politik PH.", "5. Kes-kes melibatkan pemimpin-pemimpin PH satu persatu ditarik balik atau dibuang begitu sahaja walaupun ada yang sudah separuh jalan dibicarakan di mahkamah. Antaranya:", "(1) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, kerana memuat naik poster palsu yang memaparkan foto Datuk Seri Najib Razak menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2018.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/sivarasa-bebas-tuduhan-muat-na…", "(2) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kampar dari Dap, Thomas Su Keong Siong, kerana menganjurkan perhimpunan haram menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Julai 2018.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/ahli-parlimen-kampar-dilepas-d…", "(3) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Julai 2018.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/tuduhan-menghasut-ahli-parlime…", "(4) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, bekas Naib Presiden PKR, N Surendran, dan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Julai 2018.", "Sila rujuk: https://www.mstar.com.my/…/s…/2018/07/30/zunar-bebas-tuduhan", "(5) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap peguam, Eric Paulsen, dan bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2018.", "Sila rujuk: https://malaysiagazette.com/…/eric-paulsen-bekas-setiausah…/", "(6) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 Ogos 2018.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/tamrin-ghafar-dilepas-dibebas-…", "(7) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Dap, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, kerana melakukan rasuah menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/mahkamah-bebaskan-guan-eng-li-…", "(8) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap pereka grafik, Fahmi Reza, kerana memuat naik imej badut menyerupai Datuk Seri Najib Razak di Instagram miliknya menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2018.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/fahmi-reza-lepas-bebas-tuduhan…", "(9) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa dari Dap merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dan bekas Ahli Parlimen Stampin dari Dap, Julian Tan Kok Ping, kerana melibatkan diri dalam demonstrasi haram menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuching pada 17 Disember 2018.", "Sila rujuk: https://www.utusanborneo.com.my/…/chong-tan-dilepas-dan-dib…", "(10) Membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Zabedah Kassim, kerana menunjukkan isyarat lucah menyebabkan beliau tidak jadi didakwa pada 11 Februari 2019.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/529764/siti-kassim-tidak-jadi-…", "(11) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, kerana menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) di akaun Facebook miliknya menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Februari 2019.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/rafizi-ramli-dilepas-dibebas-s…", "(12) Tidak membuat bantahan terhadap representasi peguam aktivis, Haris Ibrahim, atas hukuman kerana menghasut menyebabkan beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Oktober 2019.", "Sila rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/aktivis-haris-ibrahim-…/", "(13) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Seremban Jaya dari Dap, P Gunasekaran, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Februari 2020.", "Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/gunasekaran-lepas-bebas-tuduha…", "(14) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Gadek dari Dap, G Saminathan, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Februari 2020.", "Sila rujuk: http://www.astroawani.com/…/ltte-lapan-lelaki-termasuk-adun", "Kesemua mereka ini akhirnya terlepas bebas dan tidak boleh didakwa semula atas prinsip ‘double jeopardy’. Tindak tanduk pemanipulasian kuasa pada zaman PH ini akhirnya merosakkan semula sistem keadilan yang selama 14 tahun sebelumnya telah dibaiki oleh kerajaan kita.", "Maka janganlah PH hari ini cuba memanipulasi pemikiran awam pula kononnya merekalah juara. Sedangkan rakyat amat tahu merekalah perosaknya.", "Ketua Pemuda UMNO Malaysia\nDR ASYRAF WAJDI DUSUKI ", "***********************************" ]
https://umno-online.my/2022/08/25/pernyataan-datuk-seri-najib-razak-kepada-mahkamah-persekutuan/
[ "SAYA ingin menyatakan kepada Mahkamah Yang Mulia ini mengenai kedudukan saya dalam permohonan rayuan ini. Walaupun saya adalah pemohonnya, tetapi pada waktu yang sama berasa was-was. Sepanjang minggu lalu, saya telah melihat dari kandang tertuduh betapa peluang saya dalam rayuan ini perlahan-lahan pudar. Bukan kerana kurang merit tetapi kerana saya tidak lagi diwakili.", "Walaupun Mahkamah Yang Mulia ini tidak membenarkan peguam saya menarik diri, pada hakikatnya saya memang tidak diwakili. Saya percaya bahawa tidak pernah ada satu peristiwa pun dalam sejarah perundangan Malaysia di mana peguam dalam perbicaraan jenayah atau rayuan telah dihalang daripada menarik diri daripada mewakili anak guamnya dalam apa keadaan pun. Malah kes yang dipetik oleh Dato Sitham pada hari Jumaat lalu tidak menjurus ke arah ini! Sedangkan kes-kes yang dikemukakannya kepada mahkamah menunjukkan wujud tren berterusan penangguhan dalam prosiding membabitkantertuduh, sebelum tindakan drastik sedemikian diambil oleh mahkamah.", "Dalam kes saya, ini adalah kali pertama saya menukar peguam atas sebab munasabah yang akan saya huraikan sebentar lagi. Ini juga adalah permintaan pertama saya bagi memohon penangguhan 4 bulan sahaja, tidak seperti kes lain di mana penangguhan kira-kira 70 kali dibenarkan oleh mahkamah negara ini. Pada penghujung pernyataan ini, saya ingin menyatakan sesuatu tentang apa yang sama faham mengenai undang-undang berhubung perlantikan peguam baru, serta keadaan yang mendorong kepada permohonan penangguhan.", "\nSaya mengambil sepenuh tanggungjawab dengan keputusan mengenai pembelaan saya. Saya berpendapat ia adalah keputusan yang tepat pada masa itu berdasarkan nasihat peguamcara dan peguam luar yang tidak terbabit dengan kes ini.", "Nampaknya mahkamah membuat tafsiran buruk terhadap saya bila mana jika perayu lain yang sama situasinya dengan saya, sama sekali tidak boleh bergantung kepada nasihat peguamnya tetapi sebaliknya dihukum tanpa mendapat perbicaraan yang adil mengikut undang-undang yang ada. Saya juga tidak pernah diberi peluang untuk memperjelaskan kes sendiri dan tidak pernah pula ditanya punca saya diheret ke sini. Walaupun tertuduh disebut sebagai orang paling penting dalam apa jua kes di mahkamah jenayah, namun saya entah bagaimana merasa dianiaya dan tidak diberikan perbicaraan yang adil.", "Yang Arif, saya harap kenyataan saya ini tidak menyinggung sesiapa kerana inilah yang saya rasa. Sebagai tertuduh dan perayu di akhir perbicaraan ini, saya merasakan seluruh kuasa perundangan negara digunakan terhadap saya secara tidak adil dan berat sebelah.", "Yang Arif, sebelum saya teruskan, apa yang ingin saya sebut ini sudah pun didedahkan kepada media sebelum ini, bukan kerana saya ingin membuat rayuan dan mendapat simpati umum, tetapi saya hanya inginkan ia diketahui orang awam dan pada waktu yang sama menunggu peluang menyebutnya di mahkamah, jika ianya diragui.", "Dengan izin juga, Yang Arif,\nPeguam saya sebelum ini, Shafee & Co berjaya mewakili saya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sepanjang empat tahun lalu, tanpa menimbulkan sebarang keraguan, dan itulah sebabnya mereka kekal sebagai peguam saya dalam perbicaraan lain.", "Tetapi di sebalik usaha mereka, saya kalah dalam kedua-dua perbicaraan dan rayuan di Mahkamah Rayuan, bukan kerana pembelaan saya tidak mempunyai merit tetapi ditolak mentah-mentah oleh mahkamah. Saya dan peguam terdahulu terpaksa menerima keputusan bahawa pihak peguambela tidak dipanggil pada perbicaraan untuk semua pertuduhan atas alasan mereka mengemukakan pembelaan yang longgar.", "Atas hakikat inilah saya merasakan kes ini memasuki perspektif baru, dan membawa masuk hujah pembelaan yang dirasakan akan mendapat jaminan mahkamah bagi membolehkan rayuan terakhir ini diluluskan, tetapi malangnya ia juga tidak berhasil. Ini penting kerana ia melibatkan hidup saya, tidak lebih dari itu.", "Rancangan awal ialah mendapatkan khidmat Jonathan Laidlaw QC untuk bekerjasama dengan Shafee & Co. iaitu Tan Sri Shafee dan Harvey. QC mengemukakan hujah yang bernas, menyebabkan saya yakin ia akan memberi kesan positif kepada kes ini. Lagipun, Chambers and Partners menyifatkan mereka sebagai peguambela terbaik di UK dan di kalangan negara Komanwel bagi kes-kes jenayah yang membabitkan penipuan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jenayah kolar putih selama 4 tahun berturut-turut.\n\nPerlu diingat bahawa QC sudah bersedia bagi permohonan rayuan saya bermula 15 Ogos 2022 yang lalu. Yuran untuk perkhidmatan mereka sudah pun dibayar. Ini sepatutnya memberi mesej kepada mahkamah betapa seriusnya saya agar proses rayuan dilanjutkan kepada 15 haribulan.", "Penemuan bukti baru yang mengaitkan Hakim Nazlan menghendaki kami melantik peguam baharu untuk menilainya secara bebas dan adil di mahkamah yang mulia ini. ", "Malangnya, Mahkamah Tinggi menolak tawaran QC untuk hadir sebagai peguam saya pada 21 Julai 2022. Saya benar-benar kecewa kerana ini secara langsung membantutkan persediaan QC menjelang proses rayuan.", "Dengan penolakan Mahkamah Tinggi dan dengan permohonan rayuan ini dipercepatkan, saya tidak boleh menghadapi risiko penolakan QC dikekalkan semasa rayuan di Mahkamah Persekutuan oleh kerana saya tiada peguam tambahan yang pada masa itu dianggap penting untuk berhujah secara bebas, iaitu berkenaan Hakim Nazlan.", "Datuk Zaid lbrahim yang menghubungi saya suatu masa dahulu menyatakan bahawa beliau boleh menawarkan khidmat guaman dari India melalui rakan kongsinya warga Singapura, Niru Pillai.", "Saya tidak ada pengetahuan tentang Datuk Zaid lbrahim atau rakan kongsi Singapuranya itu tetapi saya kemudiannya diperkenalkan oleh mereka kepada dua peguam terkemuka India, yang pada mulanya menarik perhatian saya dengan idea mereka. Mereka bercadang memberi hujahan terakhir bagi kes ini manakala Datuk Zaid sebagai pemudahcaranya.", "Datuk Zaid dan pasukannya datang dengan syarat firmanya dilantik sebagai peguam cara dalam rekod mahkamah dan peguam baharu saya. Saya tidak tahu bahawa Zaid Ibrahim mahupun Niru Pillai tidak pernah mengamalkan undang-undang jenayah atau mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai subjek tersebut.", "Saya telah dinasihatkan oleh Datuk Zaid dan Niru Pillai bahawa ini adalah satu-satunya cara mereka akan diberi masa untuk menyediakan kertas rayuan kepada mahkamah (dan ini dijelaskan kepada saya) agar mereka diberikan cukup masa. Saya bersetuju atas nasihat perundangan mereka.", "Saya langsung tidak dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah sebelum itu berkenaan kerumitan pertukaran peguam serta perlunya penangguhan bagi membolehkan peguam baharu mengambil alih kes saya.", "Saya juga yakin bahawa ini adalah keputusan yang sesuai selepas diberitahu bahawa rayuan berprofil tinggi lain pada masa lalu telah diberikan beberapa penangguhan atas nama keadilan.\n\nSecara perbandingan kes saya dengan kes Anwar lbrahim, boleh dikatakan rayuan saya mengambil masa lebih cepat. Anwar mengambil masa tujuh tahun dengan lebih 70 penangguhan untuk sampai ke peringkat ini. Kes SRC telah mengambil masa 4 tahun, dua tahun daripadanya terjejas oleh pandemik dengan melalui tujuh prosiding lain membabitkan jenayah dan sivil terhadap saya. Seperti yang telah saya sebut, saya juga tidak pernah meminta penangguhan dalam rayuan ini kecuali dalam soal pertukaran peguambela.", "Secara tegasnya, ingin saya katakan bahawa bukanlah niat saya semata-mata untuk melengah-lengahkan proses mahkamah tetapi kerana permohonan QC Jonathan Laidlaw tidak begitu kukuh berdasarkan bantahan pihak pendakwaan dan Majlis Peguam, yang akhirnya permohonan itu ditolak tidak sampai sebulan sebelum tarikh rayuan didengar. Bantahan pihak pendakwa dan Majlis Peguam adalah sangat tidak masuk akal kerana alasan QC mesti memiliki kelayakan Bahasa Malaysia, satu perkara yang diatasi oleh Mahkamah Persekutuan sendiri dalam kes Geoffrey Robertson QC.", "Perkara ini penting untuk menunjukkan bagaimana kedua-dua badan ini berusaha keras untuk melucutkan saya daripada peguam bertauliah sebelum saya sampai ke Mahkamah Persekutuan pada 15 Ogos. Mana-mana pasukan baharu dengan hujah baharu memerlukan masa untuk membaca Rekod Rayuan yang panjang lebar, penyerahan bertulis, permohonan dan lain-lain.", "Saya tidak malu untuk mengatakan yang saya terdesak, seperti mana juga mereka yang terbabit dalam kes ini. Saya fikir apa yang saya putuskan selama ini akan meningkatkan peluang kes rayuan ini.", "Yang Arif, keputusan saya menyebabkan saya tidak lagi diwakili peguam. Walaupun Tn Haji Hisyam datang dengan niat yang baik, beliau tidak dapat mewakili saya dengan berkesan kerana beliau tidak pernah mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan, atau membaca kertas pertuduhan, dan saya memberhentikan beliau dan peguamcara pada 18 Ogos 2022 seperti yang telah dijelaskan oleh Tn Haji bagi pihaknya bahawa mereka tidak bersedia untuk mempertikaikan rayuan, dalam keadaan mereka tidak bersedia sepenuhnya. Secara seriusnya Yang Arif, boleh saya bertanya kepada Mahkamah ini, adakah saya patut dipersalahkan dan dihukum kerana bergantung kepada nasihat peguam cara dan peguam bela saya sendiri?", "Memandangkan keputusan Yang Arif minggu lepas, saya telah menilai beberapa peguam sebagai alternatif, tetapi dengan mengambil kira keputusan dan alasan Mahkamah Yang Mulia ini pada hari Selasa lepas (16 Ogos 2022), tiada siapa yang boleh atau sudi mewakili saya, kecuali masa yang mencukupi diberikan oleh mahkamah seperti yang diminta oleh Tn. Hj. Hisyam.", "Malah peguam dan peguamcara saya sebelum ini tidak dapat atau bersedia untuk mengambil semula kes ini tanpa cukup masa diperuntukkan kepada mereka, iaitu sekurang-kurangnya 2 bulan bagi menyediakan apa jua dokumen yang mencukupi. Mereka boleh membuat persiapan ini dalam masa 2 bulan kerana mereka turut terlibat di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Tn Haji Hisyam sebaliknya, bersama-sama peguamcaranya yang benar-benar baru dalam kes itu, memerlukan sekurang-kurangnya 4 bulan untuk membuat persediaan.", "", "Perlu saya ulangi bahawa saya tidak diwakili peguam dan tidak tahu apa yang perlu dibuat selanjutnya. Jika diberi masa sekurang-kurangnya 2 bulan, saya yakin saya boleh mengumpulkan satu pasukan untuk mewakili saya, mungkin dengan gabungan peguam saya sebelum ini dan Hj. Hisyam. Dalam gabungan yang dicadangkan itu, mungkin Tn. Hj. Hisyam boleh membantu mempercepatkan persediaan Shafee & Co. dalam tempoh 2 bulan itu.", "Yang Amat Arif, pada hari Isnin Tn Haji Hisyam berkata pendengaran kes ini ibarat satu pertandingan. Tetapi sekarang ini seolah-olah saya telah diketepikan daripada pertandingan, pertandingan yang menafikan hak perundangan serta keadilan buat saya.", "Dalam keadaan biasa, peguam saya pada peringkat ini akan mengemukakan banyak hujah tetapi tidak pada hari ini. Saya tidak boleh menyalahkan Tuan Haji dalam hal ini dan usaha beliau untuk mengemukakan beberapa perkara baru akan dianggap menyalahi undang-undang kerana peguam perlu menyebut SEMUA aspek pembelaan yang ada, sudah tentulah bukan satu atau dua daripada lebih 90 fakta pembelaan yang ada. Peguam saya sebelum ini, Tan Sri Shafee dan Harvey Singh menarik perhatian saya semasa menyediakan rayuan ini bahawa terdapat sekurang-kurangnya 40 alasan berbeza dalam 90 fakta pembelaan Petisyen Rayuan, di mana rayuan saya mengenai mana-mana satu perkara daripada 40 itu boleh membebaskan saya daripada pertuduhan.", "Bagaimana mana-mana peguam bertanggungjawab boleh mengambil hanya 2 atau 3 daripada 90 hujah pembelaan dapat membela saya? Mahkamah Yang Mulia ini nampaknya terlalu mengambil berat tentang masa yang diperuntukkan untuk rayuan ini dengan menganggap sebarang penangguhan akan menyusahkan Mahkamah dan pihak Pendakwa. Tetapi, pastinya Yang Arif, berdasarkan apa yang saya katakan dan apa yang akan saya katakan kemudian, perlukan kita nafi dan korbankan keadilan ini?", "", "Oleh itu, saya memohon agar diberikan lebih masa. Pada peringkat ini, saya meminta dua bulan untuk peguam saya bersedia untuk permohonan rayuan ini. Saya sudah kurang bernasib baik tetapi sekurang-kurangnya biarkan saya hadapi mahkamah dengan pembelaan yang betul dan kukuh.", "Hasil daripada apa yang saya minta ialah penangguhan 2 bulan sahaja bagi pendengaran rayuan, dan bukannya hukuman penjara 12 tahun ke atas saya, ataupun pelepasan saya daripada pertuduhan ini. Ini belum lagi denda yang cukup tinggi dikenakan.", "Jika masa tidak diberikan Yang Arif, Mahkamah ini akan terbeban dengan tuntutan undang-undang untuk meneliti rekod rayuan (lebih 200 jilid tidak termasuk jilid penghujahan terdahulu). Kepada pihak pendakwa, mereka pastinya akan mengambil lebih banyak masa untuk membuat pertimbangan yang secukupnya sebelum keputusan dibuat. Dalam konteks itu, bukankah pendekatan yang waras dan wajar diberikan kepada lanjutan masa agar ia mencukupi untuk proses rayuan dan pembelaan?", "Yang Amat Arif, selain daripada saya memohon masa, saya juga ingin merakamkan bantahan terhadap Yang Amat Arif untuk terus mendengar kes rayuan ini. Saya menyatakan ini dengan setinggi-tinggi penghormatan dan tidak berniat yang tidak baik, tetapi sepanjang minggu lalu, terdapat banyak laporan mengenai sentimen terhadap saya yang diletakkan dalam domain awam oleh suami Yang Amat Arif, Dato Zamani lbrahim. Dalam siaran Facebook tertentu bertarikh 11h Mei 2018, dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Dato Zamani lbrahim telah menyatakan pandangannya yang jelas menunjukkan rasa tidak senang dan jijiknya terhadap saya, dan bahawa saya bertanggungjawab secara langsung di atas kemelut 1MDB dan SRC. Itulah yang menjadi subjek rayuan ini.", "Pendedahan baru-baru ini menimbulkan persoalan serius tentang kesaksamaan dan kecekapan kebijaksanaan Yang Amat Arif untuk mendengar kes ini. Walaupun saya perhatikan sentimen itu ditimbulkan oleh pasangan suami-isteri, adalah tidak munasabah untuk berfikir bahawa sentimen sedemikian dikongsi dalam rumah tangga. Undang-undang juga mengiktiraf bahawa terdapat hubungan istimewa antara suami dan isteri, yang boleh mempengaruhi keputusan kes rayuan ini. Pastinya kenyataan yang begitu kuat oleh Dato Zamani lbrahim akan dibawa ke perhatian umum dan dikongsikan. Ia banyak mengandungi unsur berat sebelah.", "Walaupun Yang Amat Arif mungkin berpandangan bahawa mahkamah adalah bebas daripada politik, jangan lupa bahawa tindakan Ketua Hakim Negara sebelum ini, Tun Richard Malanjum yang meneruskan rayuan SRC pra-perbicaraan saya tanpa sebarang Rekod Rayuan disediakan, kini adalah ahli parti lawan, Pakatan Harapan dan berkempen untuk mereka selepas bersara. Ia amatlah memeranjatkan.", "Yang Arif, situasi begini membuatkan saya tidak selesa. Sejak awal pertuduhan, saya ragu-ragu sama ada akan dapat peluang yang adil.", "Ia bermula selepas pertuduhan saya dibawa ke hadapan hakim yang dilantik secara rawak oleh sistem komputer anda sendiri. Namun, selepas berita abangnya menjadi ahli UMNO, dan EXCO Pahang, dia secara tiba-tiba dan secara ringkasnya dipindahkan ke mahkamah sivil tanpa sebarang permohonan untuk menarik balik pertuduhan manakala Hakim Nazlan pula dibawa masuk. Kini dia terbabit dalam isu 1MDB ketika berada di Maybank, yang kini menjadi sebahagian daripada kes SRC.", "Anehnya, mahkamah ini telah mengatakan bahawa keterangan mengenai Hakim Nazlan tidak ada kaitan dengan pertuduhan terhadap saya. Nampaknya Mahkamah sahaja yang betul. Kami tidak. Walau bagaimanapun, bukti menunjukkan pembabitan Hakim Nazlan yang memburukkan kedudukan saya dalam kes 1MDB, tanpa menyedari ianya mencemarkan penghakiman beliau ke atas saya. Dia berpotensi menjadi saksi dalam kes 1MDB, dan jika dia mengetahuinya lebih awal, dia sepatutnya sudah dipanggil memberi keterangan.", "Dengan bantuan beberapa peguam, saya dapati terdapat banyak kes yang dilaporkan di Komanwel dari United Kingdom ke Australia, Malaysia, India dan Jamaica, Afrika Selatan, dan dari negara bukan Komanwel di Amerika Syarikat, dan tinjauan saya menunjukkan bahawa dalam kes saya, Mahkamah ini sepatutnya memberi masa kepada peguambela untuk membuat persediaan yang secukupnya dalam rayuan penting ini. Ia diperhatikan oleh semua pengamal undang-undang dan mahkamah, mengenai bagaimana keputusan mahkamah ini boleh diragui. Ia seperti membelakangkan peraturan yang ada. Dalam kes lama, Chong Fah Hin lawan Pendakwa Raya, keputusan 1949 oleh Hakim Malaya Russell, memutuskan bahawa setiap tertuduh mempunyai hak untuk dibela oleh peguambela dan harus diberi masa yang mencukupi untuk mengarahkan peguamnya.", "Di Amerika Syarikat, keputusan Mahkamah Agungnya di Strickland lawan Washington pada 1984, diputuskan bahawa:\n“perbicaraan yang adil ialah di mana bukti yang ada dikemukakan kepada tribunal yang saksama untuk penyelesaian isu yang ditakrifkan sebelumnya. Hak untuk mendapatkan peguam memainkan peranan penting dalam sistem kehakiman seperti yang terkandung dalam Pindaan Keenam, memandangkan akses kepada kemahiran dan pengetahuan peguam adalah perlu untuk memberikan pembelaan, diberikan peluang yang mencukupi untuk memenuhi kes pendakwaan, yang berhak mereka perolehi.”", "Selanjutnya, di mahkamah yang sama pada tahun 2006 dalam kes Amerika Syarikat lawan Gonzales-Lopez Justice Scalia, seorang tokoh yang sangat dihormati dunia di bidang undang-undang, menyebut:\n“Begitu juga dengan Pindaan Keenam mengenai hak kepada pemilihan peguam. Ia memperuntukkan agar perbicaraan bukan sahaja perlu adil, malah jaminan keadilan perlu diberikan – yang membolehkan tertuduh memilih peguambela yang difikirkan terbaik.”\n\nBagi kes yang sama, ia menyebut peguambela yang kurang cekap dilucutkan khidmatnya berdasarkan Pindaan Ke-6 manakala anak guamnya pula boleh merumuskan bahawa dia tidak mendapat pembelaan yang setimpal.", "Dalam kes McGill dalam Mahkamah Rayuan Victoria di Australia pada 1967, penangguhan bagi melantik peguam baharu ada menyebut:\n“Faktor-faktor yang membawa kami kepada kesimpulan bahawa keputusan Yang Berhormat adalah tidak munasabah adalah, yang pertama, penangguhan yang diminta adalah singkat; kedua, tidak ada sebab untuk menerima keputusan bahawa penangguhan ini akan memalukan atau menyusahkan sistem kehakiman; ketiga, kekurangan arahan atau persediaan oleh peguam mungkin akan melumpuhkan pembelaan; keempat, penolakan itu mewujudkan situasi yang tidak konsisten dengan keperluan bahawa keadilan sepatutnya dilaksanakan. Adalah penting bagi pentadbiran keadilan bahawa piawaian yang diperlukan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil mengikut undang-undang harus ditegakkan. Salah satu daripada piawaian ini ialah orang yang dituduh mesti diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan pembelaannya.”", "Dalam kes besar di Mahkamah Tertinggi Australia, Dietrich yang mempunyai 7 hakim dan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Mason, menyebut:\n“Keputusan sama ada untuk memberikan penangguhan atau tidak hendaklah dibuat mengikut budi bicara hakim, dengan meminta sama ada perbicaraan itu berkemungkinan tidak adil jika tertuduh dipaksa tanpa diwakili. Bagi pihak kami, keinginan tertuduh di bawah kesalahan serius mohon diwakili adalah penting sehingga kami menganggap bahawa perbicaraan tanpa pembelaan adalah tidak munasabah. Dalam semua kes jenayah berat yang lain, remedi penangguhan harus diberikan agar representasi boleh diperolehi.”", "Terdapat beberapa ratus kes seumpama ini di seluruh dunia. Peguam yang menawarkan maklumat ini secara sukarela untuk saya, memberikannya kepada saya dan saya terperanjat dengan hakikat bahawa prinsip ini begitu kukuh, dan saya berhak menerimanya. Namun pihak Pendakwaan menimbulkan hujah sebaliknya dengan mengatakan perubahan peguam tidak ada kaitan langsung dengan kes saya. ", "Saya kecewa dengan keputusan Puan Yang Arif dalam mengendalikan kes ini. Dua daripada hakim wanita Puan Yang Arif memutuskan dalam kes Yahya Hussein Mohsen AbdulRab lawan Pendakwaraya bahawa peguambela yang tidak cekap tidak berhak mewakili anak guamnya.", "\nYang Arif telah mengarahkan peguam saya yang tidak bersedia untuk mengemukakan dokumen lengkap rayuan, agar mengemukakan walaupun satu atau dua daripada 90 asas pembelaan kepada mahkamah. Bukankah ini perbuatan sengaja untuk menafikan hak saya bagi mendapatkan pembelaan yang adil? Bukannya salah saya pun! Inikah keadilan sebuah mahkamah teragung sebelum membuat keputusannya? Izinkan saya petik kata-kata Geoffrey Robertson QC: “Adakah keadilan itu satu permainan?”", "Akhir sekali, saya memandang berat perkara ini. Setakat tengah hari ini, alasan penghakiman yang bocor yang merekodkan sabitan saya dalam kes rayuan ini telah diedarkan di laman web bernama MalaysiaToday bertarikh 26 Ogos 2022.", "Jika alasan ini benar, saya mempersoalkan integriti mahkamah ini kerana SUDAH LEBIH AWAL MENGATUR SABITAN ke atas saya. Sehingga pagi ini mahkamah beranggapan bahawa peguam saya boleh mengemukakan 2 atau 3 perkara seperti yang dicadangkan oleh Ketua Hakim Negara. Bagaimana keputusan mahkamah boleh dimuktamadkan lebih awal? Mahkamah ini perlu memberikan jawapan bukan sahaja kepada saya sekeluarga, malah kepada seluruh negara. Inilah negara yang saya curahkan khidmat bakti, dan saya akan teruskannya.", "Ini adalah salahguna kuasa perundangan terbesar jika ianya benar.", "Yang Arif, untuk rekod, saya juga mahu pernyataan ini didokumentasi dan diambil kira.", "DATO’ SRI NAJIB RAZAK" ]
https://umno-online.my/2022/08/23/fitnah-jadi-modal-raih-laba-politik-cukuplah-pru14-jadi-pengajaran/
[ "", "PERANG persepsi telah bermula, strategi membunuh karektor digunakan bagi menjatuhkan pemimpin utama sesebuah parti. Kenapa sekarang?", "Umum mengetahui Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir. Hakikatnya bukan kerana desakan semata tapi tempoh penggal penyandang kerusi kerusi parlimen sudah masuk tahun yang terakhir.", "Jika bukan sekarang bila lagi?", "Sudah tentu jika tidak dilakukan sekarang sememangnya parti atau ahli ahli politik akan ketinggalan dalam persaingan 5 tahun sekali ini.\n\nRealitinya ramai yang keliru antara mengapa perlu berpolitik sedangkan fokus adalah perlu kepada pembangunan dan kebajikan rakyat terutamanya ketika proses pemulihan pasca pandemik dengan desakan untuk mengadakan pilihan raya.", "Sebenarnya tidak timbul soal kekeliruan jika situasi semasa kerajaan dan tempoh penggal yang ada diambil kira. Yang menimbulkan kekeliruan adalah ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab iaitu yang terdesak serta ghairah meraih laba politik.", "Menyerang ketua atau individu berpengaruh dengan melekatkan perspektif negatif terhadapnya merupakan senjata ampuh yang digunakan pada PRU14 dan skrip serta pelakon yang sama kembali lagi. Pada PRU14, bukan sahaja strategi membunuh karektor ini rancak, malah pelbagai formula baru diterbitkan demi mewujudkan suatu situasi yang kononnya baharu iaitu yang menjanjikan harapan yang baharu terutamanya untuk menarik perhatian generasi baharu.", "Ya, strategi mereka berjaya, melalui mempesonakan rakyat namun membina negara atau ketamadunan tidak semudah membina persepsi. Tadbir urus negara dan permasalahan rakyat adalah realiti yang tidak boleh diselesaikan dengan perspektif.", "Sebab itu 22 bulan pemerintahan penuh dengan retorik dan ketidakstabilan sehingga mengundang kejatuhan sendiri kerana perspektif itu mengaburi realiti. Walau tidur sebantal tapi mimpi lain-lain tidak akan membawa negara ke mana-mana malah membantutkan apa yang telah dibina.\n\nBN tertubuh atas semangat pelbagai parti terutamanya kaum yang bersesama membina negara bukan kerana memperjuangkan atau terikut perjuangan pemimpin tertentu. Bukti jelas pemimpin dalam komponen BN bertukar ganti namun BN tetap utuh kerana akar umbinya ada asas kuat yang diperjuangkan.", "Akan tetapi Dap, Pas, PKR, Amanah dan PN umpamanya tertubuh kerana ideologi sempit dan wujud setelah berlakunya krisis kepimpinan serta atas usaha pemimpin, jadi agenda peribadi lebih monopoli berbanding agenda rakyat.", "Masa yang sesuai untuk menabur fitnah telah kembali. Jika dulu modal kapal Equanimity digunakan sekarang ini kapal tempur pesisir (LCS) pula digunakan. Jika dulu 1MDB digembar gemburkan sekarang kes SRC diputar belitkan. Dulu janji hapus hutang PTPTN, tol dan pelbagai percuma nak beri untuk kali ini kita belum dengar lagi.", "Mungkin sikit masa lagi mereka tengah memikirkan modal yang sesuai untuk dikeluarkan. Begitu juga formula-formula ajaib kita tunggu je. Atau apa kata kita desak pakar formula songsang itu bagi hint sikit supaya kita tak terperanjat.", "Sebelum ini isu Sapura Eenergy menghangatkan negara sehingga membawa perdebatan terbuka antara dua tokoh utama negara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdebatan yang bukan untuk mencari siapa menang atau kalah berakhir dengan rakyat boleh menilai siapa pejuang sebenar rakyat dan berhujah secara berfakta.\n\nJelas retorik, persepsi dan realiti yang mana menguasai, rakyat boleh menilai. Rentetan isu itu pemfitnah Rafizi Ramli disaman oleh bekas CEO Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin. Mahkamah telah memerintahkan Rafizi membela diri, jelas menunjukkan bahawa perkara yang dibangkitkan itu tidak benar dan dimanipulasi.", "Ini bukan kali pertama beliau didakwa malah beliau pernah dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan. Dua persoalan bagaimana beliau boleh bebas dan tak serik serik ke? Jawapannya sebab ketika itu pemerintahan PH dan beliau tak serik mungkin sebab besar jumlah bayaran yang diterima.", "Dalam isu Sapura Eenergy kenapa desakan daripada pemimpin UMNO begitu kuat mempertahankannya?", "Ini kerana UMNO sedar tentang prospek dan rasa bertangungjawab yang bukan sahaja menyelamatkan syarikat akan tetapi imej negara, profesional tempatan yang ada serta kepentingan pemegang pemegang saham yang melibatkan ramai rakyat Malaysia.", "Jika tiada prospek itu lain cerita, akan tetapi prospek sangat cerah dan kemampuan untuk diselamatkan melalui Petronas dengan jaminan kerajaan tidak melibatkan dana awam. Dana awam tak terusik dan banyak pihak boleh terus mendapat manfaat darinya. Akan tetapi kenapa isu isu sebegini terus dimainkan?", "Matlamatnya mudah, apabila institusi utama yang melibatkan awam ini terjejas sudah tentu keadaan akan menjadi kelam kabut dan tidak terkawal. Kerajaan akan dilihat gagal dan bermasalah iaitu tak mampu nak selamatkan atau kawal keadaan. Yang paling utama kerajaan hendak dilabelkan sebagai gagal.", "Apabila ianya terjadi seperti yang mereka rancangkan sudah tentu kelebihan akan berpihak kepada mereka. Sebab itu modus operandi yang sama berterusan cuma entiti yang digunakan sahaja berbeza. Dalam isu LCS modus operandi yang sama juga diguna.", "Menarik tentang isu LCS ini, tiba tiba pula nama Zainab muncul. Siapa Zainab? Jika sebelum ini UMNO, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dikatakan terlibat tapi kenapa Zainab yang keluar.", "Zainab pula dikaitkan dengan Dr Latiff Ahmad, Menteri yang juga Ahli Parlimen PPBM. Apa yang Rafizi cakap sebelum ini dengan yang baru dikeluarkan ternyata jauh menyasar, terpaksa ke nak menegak benang yang basah?", "Rafizi ini memang layak diberi gelaran raja fitnah, apa sahaja yang boleh dijadikan modal akan dibuatnya malah mencipta pelbagai fitnah demi untuk menghuru-harakan suasana. Inilah istimewanya Rafizi kita pun tak tahu apa pedoman yang dipegang sehingga matlamat menghalalkan cara. Kita doakan semoga beliau mendapat hidayah yang sebenar.", "", "Peliknya ramai juga yang terpengaruh. Kepada Allahlah kita berserah, semoga Malaysia terus dirahmati dan dilindungi.\nRakyat sememangnya telah terkesan dan ramai yang tercengang pada masa 22 bulan pemerintahan PH, rata-ratanya sesal.", "Di bawah pemerintahan PM DNA PH rakyat dikakukan, situasi politik sentiasa berada dalam keadaan kejutan yang tiada perkembangan dan sejarah tercipta perlembagaan digantung.", "Situasi kini jauh lebih baik namun sepatutnya boleh lebih baik jika DNA DNA menteri yang ada benar-benar menggunakan kedudukan untuk rakyat. Ternyata survival politik lebih utama dari rakyat jadi banyak dasar tidak pro rakyat.", "Kesimpulan daripada PRU14, negara tiada kemajuan yang signifikan dan kehidupan rakyat tidak banyak berubah. Bukan ke PRU adalah untuk kita menganjakkan negara dan kehidupan ke tahap seterusnya yang lebih baik?", "Jadi pada PRU15 tidak boleh buat silap lagi rakyat tidak boleh dibawa berpolitik sepanjang masa akibat ketidakstabilan. Kestabilan itu penting untuk membawa negara ke tahap seterusnya.", "Cukuplah PRU14 menjadi pengajaran. Kita telah jauh ketinggalan dan tiada masa untuk bereksperimen, rakyat telah merasai antara BN, PH, PN dan kerajaan campuran. Hati yang jujur pasti mengatakan BN yang terbaik kecuali hati yang telah berkeladak menjauhkan rasional daripada membuat penilaian yang tepat.", "Oleh: Norman Sapar", "********************************" ]
https://umno-online.my/2022/08/20/kedaulatan-undang-undang-dan-kebebasan-badan-kehakiman/
[ "1. Sebagai seorang peguam dan pengamal undang-undang saya mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan kebebasan Badan Kehakiman.", "2. Walaubagaimanapun kita berhak untuk tidak bersetuju dan memberikan pandangan yang berbeza berasaskan kepada prinsip perundangan kerana sememangnya peguam dan pengamal undang-undang pun ada ketikanya tidak bersetuju atau bersependapat dengan dapatan dan keputusan hakim. Itu biasa.", "3. Namun demikian perbezaan pandangan undang-undang tidak mewajarkan kita untuk lantang mengkritik apatah lagi menghina hakim dan mempertikaikan kebebasan seseorang hakim mahupun Badan Kehakiman dalam mengadili dan membuat keputusan.", "4. Prinsip ini perlu konsisten dipertahankan dan janganlah ada double standard sama sekali.", "5. Sebagai contoh apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang mula-mula mendengar kes pendakwaan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak, kita lihat pelbagai kritikan dan gesaan agar beliau menarik diri mendengar kes tersebut dibuat oleh Majlis Peguam dan pelbagai pihak yg menyokong Pakatan Harapan (PH).", "6. Bukankah PH dan Majlis Peguam perlu mempertahankan prinsip kebebasan kehakiman dengan tidak mempertikaikan kebebasan Datuk Mohd Sufian utk mengadili kes tersebut.", "7. Adalah tidak adil pada ketika itu untuk mengandaikan Datuk Mohd Sufian tidak bebas untuk mengadili dan membuat keputusan hanya kerana abangnya seorang ahli politik UMNO.", "8. Bagaimana pula kini viral kenyataan suami kepada Ketua Hakim Negara di Facebooknya yang jelas menghentam Barisan Nasional (BN) dan secara peribadi menghentam Datuk Seri Najib Tun Razak selain beliau dikatakan aktif dgn parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).", "9. Apa pula respon Majlis Peguam dan PH terhadap perkara ini? Diam membisu? Mengapa meraka tidak menggesa Ketua Hakim Negara menarik diri dari mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan atas prinsip yang sama?", "10. Malah kita tidak lupa segala kecaman dan kritikan terhadap hakim-hakim dan Badan Kehakiman semasa kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.", "11. Kita lihat sebaik sahaja mahkamah persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat, pemimpin Pakatan Rakyat melalui BERSIH mengkritik Badan Kehakiman mengatakan ianya adalah pendakwaan politik dari awal dan pelbagai kritikan lain.", "12. Kita juga tidak lupa bagaimana rusuhan, demonstrasi-demonstrasi jalanan dan himpunan BERSIH yang turut, antara lain membangkitkan tentang tiadanya kebebasan kehakiman hanya kerana keputusan-keputusan mahkamah yang tidak memihak pemimpin-pemimpin mereka.", "13. Di dalam Buku Harapan pula iaitu manifesto PPBM/PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 PRU-14 menyatakan Janji 19: Mengembalikan kepercayaan terhadap Institusi Kehakiman dan perundangan.", "14. Ianya jelas PPBM/PH cuba menggambarkan sebelum PRU-14 badan kehakiman tidak bebas dan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Institusi Kehakiman.", "15. Maka kita jangan sesekali bersikap munafik atau hipokrit seperti itu. Amat memualkan.", "16. Kita harus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang walaupun ketika keputusan yang kita inginkan tidak kita perolehi.", "17. Saya yakin dan percaya sekiranya tempat Datuk Seri Najib Tun Razak ini digantikan dgn pemimpin PH maka gegak gempitalah seluruh negara.", "18. Nada dan kenyataan meraka pasti berbeza sama sekali. Isu perlantikan YA Nazlan sebagai hakim yang pertama kali mendengar kes jenayah apatah lagi kes sebesar kes DSN dan kaitannya dengan penubuhan SRC International sudah pasti menjadi modal Pakatan menghentam kerajaan dan badan kehakiman.", "19. Penolakan usul untuk mengemukakan bukti-bukti baru pasti dikecam hebat dan silap-silap akan ada demonstrasi di seluruh negara dgn lilin dibakar tanda gelapnya kehakiman negara.", "20. Saya kongsikan video kenyataan Lim Guan Eng sendiri dalam soal kecaman dan kritikan pemimpin-pemimpin DAP terhadap badan kehakiman.", "21. Campur tangan ke atas badan kehakiman perlu dihentikan.", "22. Saya baca kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon yang tegas mengatakan bahawa beliau tidak akan sesekali campur tangan dalam apa jua kes mahkamah termasuk yang membabitkan kepimpinan BN.", "23. Ini amat berbeza dengan kepimpinan PPBM/PH sebelum ini yg kita semua tahu campur tangan termasuklah pelantikan orangg politik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kepada penutupan banyak siasatan kes rasuah dan pengguguran kes-kes pendakwaan di mahkamah oleh Peguam Negara lantikan PPBM/PH.", "24. Semasa PPBM/PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi kerajaan 22 bulan ada ke kedaulatan undang-undang? Pendakwaan terpilih terhadap pihak lawan dan membebaskan kawan walaupun atas kesalahan yang sama dilakukan sepatutnya tidak diamalkan di bawah prinsip kedaulatan undang-undang.", "25. Harapan saya sebagai pemimpin muda adalah siapa pun menjadi kerajaan jangan kita ulangi sikap dan hipokrasi kerajaan PPBM/PH selama 22 bulan itu jika kita mahukan negara kita benar-benar melaksanakan kedaulatan undang-undang.", "26. Semoga kebebasan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang di negara tercinta kita ini terus dipertahankan dan menjadi asas penting kemajuan negara.", "Akhir kata ingatlah setiap kita samada pemimpin, hakim mahupun rakyat biasa, kita pasti akan diadili di mahkamah akhirat yang adil seadilnya.", "DATUK ADNAN SEMAN", "Peguambela & Peguamcara" ]
https://umno-online.my/2022/08/15/penulis-manifesto-pakatan-harapan-tuduh-pm-tipu-rakyat/
[ "Beberapa minggu yang lalu, PN bermesyuarat dan antara intipati mesyuarat adalah mereka kecewa dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.", "Kecewa bukan sebab mereka ada idea lebih baik untuk urus negara atau ekonomi. Kecewa bukan sebab soal apa-apa dasar yang boleh dibahaskan. ", "Tetapi kecewa sebab jawatan. ", "Tak lama selepas mereka keluarkan kenyataan itu, YAB Perdana Menteri jumpa wakil PN pada 4 Ogos 2022. Wan Saiful terlepas berita lantas meroyan pada 5 Ogos 2022 dan mendakwa PM mesra ‘perasuah’ kerana PM ‘batalkan’ perjumpaan. Walau pun dia sudah berjumpa wakil PN hari sebelumnya.\n\nJadi perjumpaan sudah dibuat. PM telah pun keluarkan kenyataan selepas perjumpaan itu. Wakil PN utarakan pandangan mereka, PM pun utarakan pandangan beliau. PM tekankan sekarang masanya untuk menumpukan usaha menyelesaikan isu rakyat dan pulihkan ekonomi. Itu yang rakyat inginkan.", "Hari ini Wan Saiful meroyan lagi. Katanya kalau jumpa “lunch” tak boleh dikira sebagai perjumpaan sah. Dahsyat syarat-syarat PPBM ni.", "Saya ingin tanya PPBM, apa sebenarnya yang mereka inginkan? Dibelai? Dimanjakan?", "Atau adakah hakikatnya ini bukan soal jumpa atau tidak jumpa. Bukan soal jumpa “lunch” atau “dinner” atau dalam pejabat sekalipun. Bukankah hakikatnya kalau jumpa 10 kali pun, delegasi mana sekalipun, jika tak dapat jawatan yang diidamkan masih akan mencari seribu satu alasan untuk biadap?", "Kebiadapan Wan Saiful hingga:", "1) Menuduh PM takut nak berjumpa “delegasi” PN.", "Kalau PM takut, adakah beliau akan mengatakan bahawa Kerajaan bersedia mengadakan PRU jika mana-mana parti tarik diri atau ‘tekan butang’?", "2) Mengheret isu LCS pula.", "Konon itu sebabnya PM takut untuk berjumpa. Walhal tiada kena mengena langsung.", "Untuk rekod, PM dan wakil-wakil UMNO lain semuanya senada: jika siasatan oleh pihak berkuasa mendedahkan isu LCS bukan hanya isu kelemahan tadbir urus dan kelewatan. Jika siasatan menunjukkan sesiapa sahaja didapati menyalahguna kuasa menyeleweng apa-apa dana dari projek LCS ini, mereka wajar diambil tindakan undang-undang. Baik mereka itu ahli perniagaan, penjawat awam, mahupun individu ahli politik dari mana-mana parti. (Dari mana-mana parti ya, Wan Saiful. Sebab ramai juga yang dulu partinya UMNO sekarang melompat ke PPBM).", "3) Wan Saiful kata PM tipu rakyat soal perjumpaan.", "Pertama, rakyat tak kisah drama PPBM dan TPM.", "Kedua, agak kelakar soal tipu rakyat ini datang dari pengarang Manifesto Pakatan Harapan.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/08/14/ketegasan-membuka-sektor-ekonomi-dan-fokus-kepada-pekerjaan-membuahkan-hasil/
[ "Bank Negara Malaysia mengumumkan KDNK negara berkembang sebanyak 8.9% bagi suku kedua tahun ini dan unjuran 6.3% secara keseluruhan bagi tahun 2022.", "Angka ini antara pelaporan mutakhir memberi isyarat jelas bahawa dari sudut makro, ekonomi Malaysia berada di landasan baik untuk terus pulih daripada kesan Covid-19 dan mendepani cabaran seterusnya.", "Prestasi ini dipacu antara lain oleh ketegasan YAB Perdana Menteri sejak awal lagi bahawa tidak akan ada sebarang penutupan ekonomi lagi dan peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022 dimana hampir semua sektor dibuka semula – memberi keyakinan kepada syarikat, majikan dan pelabur untuk merancakkan aktiviti.\n\nKesihatan awam terus terkawal dengan kapasiti hospital dan pengurusan kes berkenaan Covid ditangani dengan baik – membolehkan perkara diatas berlaku.", "Selain itu, fokus kepada mengurangkan kadar pengangguran antara faktor besar yang menyumbang kepada impak positif pertumbuhan ekonomi. Lebih ramai Keluarga Malaysia telah kembali bekerja.", "Kadar pengangguran turun ke 3.8% pada Jun 2022 iaitu menghampiri tahap pra-Covid. Semenjak kepimpinan Kerajaan diambil alih Naib Presiden UMNO tahap pekerjaan meningkat sebanyak 400,000 pekerjaan. Walaupun kita masih menghadapi isu “underemployment” (gaji tidak setimpal), isu asas “unemployment” terus ditangani agar rakyat dapat bekerja, bergaji dan berpendapatan lantas menggerakkan ekonomi dan diterjemah kepada segala angka makro yang tercatat.", "Misalnya,", "1. Pelaburan asing bagi suku akhir 2021, suku pertama 2022, dan suku kedua 2022 sebanyak RM72.9 bilion. 3 suku antara tertinggi dalam sejarah Malaysia.", "2. Perdagangan borong dan runcit meningkat 44% dari tahun ke tahun kepada RM132.8 bilion untuk Jun 2022 iaitu tertinggi sejak 2013.", "3. Nilai jualan sektor pembuatan berkembang 23% ke RM153 bilion untuk Jun 2022 iaitu rekod tertinggi.", "Disamping berita positif, cabaran ekonomi yakni inflasi dan seperti disentuh tadi ‘underemployment’ masih wujud. Kerajaan sedang berusaha menanganinya sebaik mungkin agar angka makro dapat diterjemahkan kepada rakyat majoriti dengan lebih menyeluruh.", "Sebab itu, subsidi yang dibelanjakan tahun ini akan mencecah RM77 bilion. Ini termasuk subsidi petrol RON95 dimana Kerajaan beri subsidi hampir RM2.50 bagi setiap liter; subsidi elektrik di mana Kerajaan belanja sebanyak RM5.8 bilion; dan pelbagai subsidi lain untuk terus mengurangkan tekanan harga.", "Beberapa perkembangan dunia tetap perlu diperhatikan antaranya; perang Ukraine-Rusia; gangguan rantaian bekalan; dan dasar monetari negara lain yang agresif menaikkan kadar faedah. Semuanya sedang memberi kesan kepada Malaysia dan beberapa langkah akan terus diambil mengikut kesesuaian semasa.", "Disebalik segala ketidaktentuan dunia ini, angka-angka mutakhir menggambarkan Malaysia memiliki daya tahan yang kukuh dalam menghadapi situasi yang mencabar, insyaAllah.", "\nSHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia " ]
https://umno-online.my/2022/08/10/rm6-bilion-hilang-fakta-isu-kapal-lcs/
[ "PELBAGAI dakwaan dan fitnah timbul berhubung projek Kapal Tempur Persisiran (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seperti yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.", "Berikut merupakan sepuluh fakta menolak permainan persepsi dan manipulasi yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.", "", "Dakwaan Pertama: RM6 bilion hilang. Rasuah.", "– Sehingga hari ini, dari laporan PAC sehinggalah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tiada bukti RM6 bilion itu hilang. Malah PAC melaporkan RM6 bilion itu digunakan bagi membina kapal LCS cuma lewat kerana masalah perolehan. Ini isu lewat bukan isu ‘songlap’. Kapal pun sudah lebih 55% siap sebelum dibekukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).", "Dakwaan kedua: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlibat kerana beri surat anugerah.", "– Surat anugerah perkara biasa dalam memulakan projek. Ia masih tertakluk kepada kontrak yang ditandatangani. Surat anugerah 2011. Kontrak ditandatangani 2014. Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhenti jadi Menteri Pertahanan 2013.", "", "Dakwaan ketiga: Jadi ini salah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pertahanan.", "– Kontrak ditandatangani 2014. Pembinaan bermula Disember 2014. Isu kelewatan berlaku selepas itu. Punca itu yang perlu dikaji. Bukan siapa jadi Menteri bila kontrak ditandatangani. Sudah tukar 5 Menteri Pertahanan sejak 2011 termasuk Menteri ‘elephant fight elephant’ Mat Sabu (Mohamad Sabu). Kalau semua nak salahkan Menteri kenapa tak salahkan yang itu sekali?", "Dakwaan keempat: Datuk Seri Najib Razak terbabit tukar rekabentuk dan pilih kontraktor DCNS Perancis.", "– Belum ada apa-apa bukti campur tangan sesiapa dalam apa-apa pertukaran rekabentuk atau memilih subkontraktor.", "Dakwaan kelima: Boustead diberi surat penganugerahan tahun 2011 untuk membina LCS. Dah 11 tahun, kenapa tidak ada kapal yang siap?", "– Surat Anugerah atau ‘letter of award’ perkara biasa dalam memulakan projek. Ia tertakluk kepada perbincangan selanjutnya untuk memeterai kontrak. Kontrak dimeterai pada Julai 2014 dan pembinaan bermula Disember 2014.", "Dakwaan keenam: Kapal dirasmikan tahun 2017 depan Sultan Perak. Ada dakwaan yang kata ini kapal palsu.", "– Gambar yang viral itu adalah Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal. Kapal pertama LCS diberikan nama ‘LCS1 Maharaja Lela’ perkara ini perkara biasa. Isteri Mat Sabu pun pernah sempurnakan Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Littoral Mission Ship (LMS) pada tahun 2019. Selepas pelancaran, kapal akan kembali ke ‘dockyard’ bagi meneruskan pembinaan.", "", "Dakwaan ketujuh: 2014-2017 kenapa kemajuan projek hanya 44%? Sepatutnya tahun 2017 dah siap satu.", "– Apabila kontrak dimeterai, antara persetujuan adalah untuk kapal pertama diterima tahun 2019 bukan 2017. Memang patut pun siap tahun 2019. Tetapi ingat balik tahun 2018. Selepas PH ambil alih. Mat Sabu kata ‘gagal siap reka bentuk punca 6 kapal TLDM lewat diterima’.", "Selepas itu mereka bekukan dan lewatkan lagi projek ini tahun 2019. Macam projek lain yang mereka lewatkan. Hujungnya, Salah Barisan Nasional (BN) juga.", "Dakwaan kelapan: Ada yang kata kapal ini tak wujud seperti kapal selam dan helikopter.", "– Cuba tengok dan tanya TLDM, betul ke kapal ini tak wujud? Gambar yang viral itu bukti bahawa kapal itu wujud. Dia bukan macam terowong Pulau Pinang. Itu betul-betul tak wujud. Mat Sabu dan Liew Chin Tong pun meninjau proses pembinaan. Waktu itu tak ada bunyi pula…", "Dakwaan kesembilan: Surat teguran Panglima TLDM.", "– Dalam hal ini, ia adalah perbezaan pandangan. Pengerusi Boustead Naval Shipyard mantan Panglima TLDM dan Panglima TLDM pada ketika itu ada perbezaan pendapat dalam memilih antara kapal gowind dan sigma.", "Dakwaan kesepuluh: Kenapa rundingan secara terus dan bukan ‘Open Tender’?", "– Boustead Naval Shipyard (BNS) adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Mereka ada kepakaran membina kapal seperti kapal LMS yang sudah siap dan diberikan kepada TLDM.", "Bila berikan kepada Boustead, yang dapat kelebihan adalah LTAT yang boleh berikan dividen tinggi kepada ahlinya.", "Segala untung dari projek ini akhirnya pergi ke Tentera kita.", "Kalau bukan BNS nak bagi ke siapa? Ke nak jadi macam projek NGPV era Tun Mahathir? Menjadi projek gagal. – UMNO ONLINE", "InfoPUMAS" ]
https://umno-online.my/2022/08/10/isu-lcs-manipulasi-dari-fakta/
[ "“Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah”", "*****************\n1. Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama MINDEF dan TLDM baru-baru ini. Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS.\n\n2. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.", "3. Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina 1, deliver 1. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan 6 kapal sekali harung.", "4. RM6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk 5 kapal pertama hanya pada purata 55%? Sebab 6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina 6 kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.", "5. Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design dan detailed design yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.", "", "6. RM9 bilion untuk 6 kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion. Egypt membelanjakan hampir RM1.9b untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9b satu LCS. US bina LCS mereka pada harga RM2.4b sebiji sebab lebih canggih.\n\n7. Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.", "8. Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan PAC.", "9. Namun di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3000 engineers, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini.", "10. Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira 3 opsyen. 3 opsyen termasuk pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk JK Kabinet yang mengambil masa selama 8 bulan.", "Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman\nKetua Eksekutif LTAT\nhttps://www.facebook.com/100011174710364/posts/1642935439422264/?sfnsn=mo" ]
https://umno-online.my/2022/08/07/fitnah-fakta-disebalik-fitnah-ph/
[ "Kelakar!", "Pakatan yang letakkan pakar elefen yang kelayakan utamanya ialah tak habis kursus kulinari sebagai Menteri Pertahanan tuduh saya lemahkan pertahanan negara?", "Apa yang PH buat untuk perkuatkan pertahanan negara semasa mereka memerintah. Aset pertahanan mana yang ditambah? Berapa jumlah anggota keselamatan yang ditambah ataupun dikurangkan?\n\nLalu dia kata saya fitnah bahawa kerajaan PH tak jual aset negara.", "Dia Melayu tak? Dia faham apa maksud “fitnah”?", "Fitnah ialah orang yang tuduh Tabung Haji bankrap lalu sebabkan ramai keluarkan duit dari TH untuk lemahkan TH dan hilang tempat Haji.", "Amat berdosa sekali menjadi punca mereka yang telah tunggu bertahun-tahun untuk hilang tempat tunaikan ibadah Haji.", "Lalu dia didapati bersalah dari segi prima facie memfitnah TH dan diarahkan untuk bela diri tetapi kesnya ditarik balik dan digugurkan oleh Tommy Thomas.", "Kes TH Itu benar-benar fitnah.", "Biar saya nyatakan beberapa fakta.", "Jika tak puas hati dan kata saya bohong, Raja Formula Songsang yang pernah mengaku tugas sebenarnya ialah untuk hasut Rakyat tiap-tiap hari boleh suruh gang kamu buat laporan polis beramai-ramai.", "1. Nilai Ringgit Malaysia tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.", "2. Indeks Bursa Malaysia tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.", "3. Kadar pertumbuhan tahunan ekonomi tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.", "4. Defisit kerajaan serta nisbah hutang kepada KDNK tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.", "5. Penarafan antarabangsa kredit Malaysia dan Petronas (sebab banyak menjarah) turun selepas PRU14 dan tak pernah memulih ke tahap sebelum PRU14.", "6. Indeks kebahagiaan dan juga nisbah Gini Malaysia (yang menggambarkan kesamarataan pendapatan) tak pernah memulih ke tahap sebalum PRU14.", "7. Kadar dividen dan Hibah tabung-tabung simpanan utama Rakyat seperti LTAT (anggota keselamatan), Tabung Haji, KWSP dan ASB tak pernah memulih ke tahap yang tinggi sebelum PRU14.", "8. Nilai aset Khazanah Nasional tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.", "Semasa saya PM dan pengerusi Khazanah Nasional, nilai aset bersih naik hampir 4 kali ganda dari RM32b ke RM116b.", "Tetapi jatuh mendadak selepas PRU14 dan tak pernah sekali pun pulih ke paras sebelumnya.", "Saya fitnah PH jual aset negara?", "Adakah senarai penjualan aset negara ini fitnah ke?", "1. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018", "2. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018", "3. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019", "4. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019", "5. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019", "6. Kementerian Kewangan (MOF) umum mahu menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion", "7. Boustead milik LTAT telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019", "8. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019", "9. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019", "10. Axiata milik Khazanah pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019", "11. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019", "12. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019", "13. Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019", "14. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019", "15. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019", "16. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019", "17. Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019", "18. TH Plantations umum rancangan penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.", "Belum masuk lagi hotel-hotel TH dan aset-aset lain yang dijual", "NAJIB RAZAK ", "*********************" ]
https://umno-online.my/2022/08/02/rizab-kedah-rm600-juta-data-menteri-besar-tidak-lengkap-shaiful-hazizy/
[ "1. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Kedah mendabik dada bahawa rizab simpanan negeri Kedah berada pada kedudukan tertinggi di bawah pentadbirannya dengan nilai RM600 juta.", "2. Menurut YAB Menteri Besar Kedah lagi, jumlah itu adalah satu lonjakan besar berbanding hanya RM40 juta semasa pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.", "", "3. Saya mengambil kesempatan untuk merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (Negeri Kedah) berkenaan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri dari tahun 2016 hingga 2020. Rekod tersebut menunjukkan bahawa angka RM40 juta yang dirujuk oleh Menteri Besar Kedah sebenarnya adalah rizab pada tahun 2015 (jumlah tepat RM43.41 juta).", "4. Rizab pada tahun-tahun seterusnya adalah RM70.69 juta (2016), RM153.92 juta (2017), RM74.57 (2018) dan RM320.48 (2019).", "5. Jumlah di bawah pentadbiran YAB Menteri Besar sekarang dari Pas bermula pada tahun 2020 dengan kutipan sebanyak RM357.08 juta. Iaitu peningkatan kutipan hanya sekitar RM37 juta jika hendak dibandingkan dengan tahun 2019.", "6. Saya bukanlah peminat Datuk Seri Mukhriz. Malah, saya mengakui, pada zaman beliau berlaku penguncupan dan penurunan rizab yang sangat ketara. Misalnya, baki Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri menurun sebanyak RM104.83 juta atau bersamaan 70.7% daripada RM148.24 juta pada tahun 2014 menjadi hanya RM43.41 juta pada tahun 2015.", "7. Tetapi saya percaya, rujukan yang lebih sesuai dan adil adalah pada tahun 2019 iaitu sebelum Pas mengambil alih. Pada masa tersebut, rizab negeri Kedah adalah RM329.48 juta. Jumlah inilah yang ditinggalkan kepada Kerajaan Negeri yang baharu pada tahun 2020.", "", "8. Saya tidak pasti apakah tujuan dan niat YAB Menteri Besar merujuk kepada kutipan 2015 yang merekodkan kutipan hampir 10 kali ganda lebih kecil berbanding kutipan terakhir pada tahun 2019.", "9. Pada saya, hanya ada dua sebab dan kebarangkalian.", "10. Pertama, YAB Menteri Besar sekarang sekadar mahu memburuk-burukkan pencapaian kerajaan negeri sebelumnya dengan memetik kutipan terendah sebagai titik rujukan. Kedua, beliau mahu menunjukkan bahawa beliaulah yang lebih baik. Apa yang peribahasa kita sebut sebagai masuk bakul angkat sendiri.", "11. Saya mempunyai beberapa pertanyaan kepada YAB Menteri Besar Kedah.", "12. Pertama, apakah sebenarnya bentuk-bentuk pendapatan yang dikira sebagai rizab negeri Kedah? Wujud kekhuatiran sekiranya Kerajaan Negeri sebenarnya mengambil pendekatan pukul rata dan memasukkan segala bentuk pelaburan dan aktiviti ekonomi di Kedah sebagai rizab negeri. Maka, tidak pelik jika berlaku lonjakan tersebut.", "13. Kedua, kongsikan dengan masyarakat, apakah sektor atau faktor yang menyumbang kepada lonjakan besar kutipan ini.", "14. Perkara ini penting kerana, sekiranya lonjakan besar itu adalah disebabkan oleh pembalakan besar-besaran, penjualan tanah negeri atau aktiviti ekonomi yang tidak mesra alam, ia bukanlah jalan sesuatu yang elok untuk diteruskan oleh Kerajaan Negeri. Masyarakat berhak untuk mengetahuinya. Apatah lagi dalam keadaan yang menyaksikan banyak aktiviti ekonomi yang telah memusnahkan alam sekitar berlaku di Kedah.", "15. Ketiga, adalah tidak membawa apa-apa makna untuk Kerajaan Negeri Kedah merekodkan rizab yang tinggi sekiranya semua itu tidak disalurkan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.", "16. Jadi, adalah molek sekiranya Kerajaan Negeri Kedah, tatkala merekodkan rizab tertinggi ini, membentangkan dengan terperinci agenda kebajikan dan pembangunan yang jauh lebih baik. Bukan sekadar dengan idea mahu menjadikan Kedah pengeksport ketum.", "17. Apa-apa pun, jika benar seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar, saya merakamkan tahniah atas kejayaan yang dicanangkan tersebut. – UMNO ONLINE", "Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok" ]
https://umno-online.my/2022/07/30/kenyataan-media-veteran-umno-malaysia/
[ "1. Veteran UMNO Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 209 Ahli Parlimen yang telah menyokong dan mengundi Usul RUU Lompat Parti dalam sidang Dewan Rakyat pada 28 Julai, 2022. Sesungguhnya sokongan mereka kepada RUU itu telah meletakkan politik negara dilandasan yang betul dengan menafikan tindakan wakil rakyat dari bertindak sewingang-winangnya dari melakukan lompatan kepada parti lain setelah menang dalam PRU atas tiket parti asalnya.", "2. RUU ini juga sebagai penghormatan dan jaminan kepada pengundi yang telah memilih wakil rakyat mereka dari mengkhianati kepercayaan dan amanah mereka semasa pemilihan mereka dalam PRU. Ianya juga akan menghalang wakil rakyat dari menggadai jawatan mereka atas sebab-sebab peribadi dan menyelamat mereka dari menjadi pelacur politik yang hina.", "3. Veteran juga berharap RUU ini akan dapat dilaksanakan diperingkat negeri bagi mengelakkan berlakunya perbuatan lompat parti oleh ADUN. Untuk tujuan itu Veteran menyarankan supaya semua kerajaan negeri turut meminda atau menambah fasal yang meghalang ADUN dari melompat kepada parti lain.", "4. Sesungguhnya politik Malaysia tidak mampu lagi mempunyai ahli-ahli politik dan wakil rakyat katak yang menyumbang kepada ketidaksetabilan politik negara seperti yang terjadi sekarang.", "Sekian.", "Setiausaha Veteran UMNO Malaysia.", "Datuk Mustapha Yaakub", " ", " ", " " ]
https://umno-online.my/2022/07/30/tiada-tanda-soal-lagi-fokus-umno-pru15-bukan-pemilihan/
[ "Ini bermaksud bahawa UMNO perlu mengadakan pemilihan parti tidak lewat daripada 6 bulan SELEPAS pilihanraya umum berlangsung." ]
https://umno-online.my/2022/07/28/perikatan-nasional-kecewa/
[ "", "Kalau nak kira kecewa, ini antara tindakan orang yang dikatakan kecewa dengan PM dari UMNO.", "1. Ogos 2020 – Secara tiba-tiba tubuhkan Perikatan Nasional dengan PAS yang sebelumnya bersama UMNO dalam MN (pada waktu itu masih rancak)\n\n2. Ogos 2020 – Tuntut bertanding 45 kerusi semasa PRN Sabah (daripada 73 jumlah kerusi DUN). Bila tak dapat, letak calon bebas berdepan dengan Barisan Nasional.", "3. Oktober 2020 – Cuba isytihar darurat tanpa sebarang perbincangan bersama parti komponen dalam Kerajaan.", "4. Semenjak PRU14 – Curi Ahli Parlimen UMNO dan Ahli UMNO.", "5. Februari 2021 – Ahli MPT Bersatu minta UMNO dedah perbincangan Mesyuarat MKT.", "6. Jun 2021 – Pemuda PN membuat kenyataan bahawa Ketua Pemuda UMNO letak otak kat lutut.", "7. Oktober 2021 – Timbalan Presiden PPBM berkata keputusan UMNO untuk tidak kerjasama dengan Bersatu adalah\npandangan peribadi beberapa pemimpin. Sedangkan itu keputusan akar umbi.", "8. Januari 2022 – Ketua Penerangan Bersatu kata UMNO rakus kerana membubar DUN Johor. PPBM setiap minggu menganggu urusan Kerajaan negeri.", "9. Januari 2022 – Timbalan Pengerusi PN & Presiden PAS gelar UMNO sebagai itik patah kaki.", "10. Januari 2022 – Mokhtar Senik kata tiada pawang yang mampu merawat UMNO.", "11. Mei 2022 – Pengerusi PN Kedah berkata bahawa kerjaya politik Presiden UMNO sedang nyawa nyawa ikan.", "12. Mei 2022 – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden UMNO minta beliau campur tangan dalam kes mahkamah beliau yang jelas hanya satu cerita rekaan.", "13. Mei 2022 – Ketua Penerangan PAS berkata bahawa Presiden UMNO menolak MN apabila UMNO enggan terima Bersatu tetapi PAS masih memaksa UMNO terima.", "14. Jun 2022 – Pengerusi PN Kedah sekali lagi menyerang UMNO dengan mengatakan bahawa Presiden UMNO takut dipenjara. Walhal serangan ini hanya kerana UMNO tetap berpendirian tidak mahu bersama PN.", "15. Julai 2022 – Tuntut jawatan TPM dalam keadaan di mana negara sedang berhadapan dengan isu inflasi. Pengerusi MPN buat apa? Tuntut jawatan.", "16. Hari ini, setelah pelbagai aksi tindakan dan kenyataan mencemuh BN, – tiba-tiba PN hendak kata dia yang kecewa??", "Kalau kerana soal jawatan pun boleh kecewa, agaknya apa perasaan PN selepas PRU15 nanti? Gembira?", "#SambungYangTergendala", "\nSHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia " ]
https://umno-online.my/2022/07/28/tiada-lagi-persefahaman-masanya-sudah-hampir/
[ "Perikatan Nasional menzahirkan kekecewaan kepada YAB Perdana Menteri kerana tidak mengikut terma perjanjian yang ditetapkan.", "Walaupun penjelasan yang telah dibuat oleh Takiyuddin bahawa perjanjian itu hanyalah MOA, tiada perkara yang perlu diikuti secara jelas. Ianya sudah pastinya mengikut keadaan negara semasa.\n\nKegagalan PPBM untuk menjaga kesetiaan Ahli Parlimen mereka seharusnya tidak mengheret Negara ke kancah huru hara, dua Ahli Parlimen PPBM mengkhianati PPBM kenapa perlu Negara menangung akibatnya!", "Permintaan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri baru, timbalan menteri baru malah Pengerusi Baru oleh Muhyddin tidak bertepatan pada waktu ini, rakyat akan mencaci setiap tindakan kerajaan yang membazir duit rakyat untuk kepentingan individu dalam PPBM, sudah pasti YAB Perdana Menteri akan menolak.", "Tan Sri Muhyddin juga di dalam Mesyuarat PN sebelum ini dikatakan telah mencadangkan PN menarik sokongan kepada YAB Perdana Menteri namun dibantah oleh komponen PN yang lain, bukankah ini sudah jelas mahu menikam belakang YAB Perdana Menteri.", "PPBM adalah punca kepada rakyat diheret ke kancah politik yang kucar kacir.", "Masanya sudah hampir.", "", "MOHD RAZLAN RAFII\nAHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO " ]
https://umno-online.my/2022/07/21/pekalah-perubahan-dasar-ekonomi-mesti-kena-pada-waktunya/
[ "PERUBAHAN dasar ekonomi mesti kena pada waktunya.", "Dalam apa-apa dasar yang hendak dilakukan, baik atau buruk, ‘timing’ atau waktu yang tepat adalah kritikal. Banyak sahaja dasar yang baik dan perlu, ditolak dan ditentang habis-habisan kerana tidak diumumkan pada waktu dan situasi yang betul dan sesuai. Dan sebaliknya.", "Kebelakangan ini, isu subsidi terutamanya subsidi minyak petrol banyak dibangkitkan. Nilai subsidi kini dikatakan hampir mencecah RM80 bilion. Lebih teruk, subsidi yang bersifat ‘blanket’ atau umum ini dilihat banyak memanfaatkan golongan bukan sasaran. Yang kaya dan mereka yang memerlukan sama-sama menikmatinya pada kadar sama.\n\nBenar, ini bukan dasar yang baik. Benar, ia perlu dirombak dan tidak boleh diteruskan.", "Namun, kerajaan juga mesti melihat kesesuaian dan ‘timing’ yang strategik untuk melakukan semua itu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.", "Kita tidak boleh terus melakukan kesalahan perhitungan dalam perkara paling dasar dan penting seperti ini. Apa lagi mengambil langkah populis.", "Kalau subsidi minyak petrol hendak dikurangkan dalam masa terdekat ni, jawabnya seperti mencurahkan minyak petrol ke dalam api kemarahan yang sedang marak.", "Kerajaan akan terus dibenci. Kerajaan akan terus dipersalahkan dalam segala macam hal, dan beban, yang sedang ditanggung rakyat.", "Keputusan sebegitu tidak ubah seperti tikus membaiki labu. Masalah di tangan tidak selesai, musibah baharu pula yang kita undang.", "Justeru, komunikasi dasar perlu diperhebatkan dan disusun dengan terancang dan strategik. Ia mesti menjurus dan tidak boleh bersifat pukul rata.", "Masyarakat kita rencam. Banyak latar, banyak ragam.", "Sebab itulah komunikasi dan penyampaian dasar mesti bersandarkan empati kepada rakyat.", "Mesti mempunyai nilai ihsan. Mesti ada sisi mendidik dan memberi kesedaran yang tidak bersifat paksaan.", "Dasar ekonomi dan polisi negara tidak boleh dipacu perkiraan ringgit dan sen semata-mata.", "Justeru pekalah dengan masa yang tepat, sesuai dan realistik.", " ", "\nMOHAMAD HASAN\nTIMBALAN PRESIDEN UMNO", " ", "*************************" ]
https://umno-online.my/2022/07/20/ahmad-bashah-pamer-sikap-gentlemen-mukhriz-sanusi-hentikan-berpolitik-berlagak-hero-gunung-inas/
[ "1. Mantan-mantan Menteri Besar Kedah sudah pun bersuara. Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) juga telah bersuara. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah juga telah mengesahkan tiada sebarang salah laku dikesan dalam projek ladang durian di Gunung Inas, Baling, oleh Kerajaan Negeri Kedah sebelum 2019.", "2. Hakikatnya, ketika Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah, sebahagian dari Gunung Inas telah gondol di”cuci mangkuk” dan terbiar. Penanaman pokok Musang King pula merupakan keputusan untuk menyelamatkan Gunung Inas dan mengikut garis panduan serta kebenaran agensi terlibat sehinggalah diarah berhenti untuk kajian semula.", "3. Maka, sebahagian besar kawasan ‘gondol’ Gunung Inas kembali terbiar tanpa pemantauan. Pendapat saya, isu sebenar yang boleh menjadi punca bencana adalah pembalakan yang telah menggondolkan Gunung Inas, manakala ladang getah TLC, Musang King atau apa jua spesis pokok untuk penanaman semula bukanlah faktor!", "", "4. Menyedihkan, sejak berlakunya tragedi banjir ‘kepala air’ di Gunung Inas, drama tuding menuding berlaku. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor kononnya “mencuci dosa kerajaan lama”, namun beliau tidak pula pedulikan “dosa kerajaan hari ini”.", "Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menyalahkan Ahmad Bashah dan Musang King sedangkan ada dokumen dan jejak ketika zaman BNnya (MB kali pertama) dia meneruskan aktiviti pembalakan, dan tika zaman Pakatan Harapannya (MB kali kedua) dia meneruskan projek Musang King.", "5. Semalam, mantan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah tampil secara “gentleman”, mengakui pentadbirannya meluluskan ladang durian Musang King di Gunung Inas yang sedia gondol dan menegaskan tiada pembalakan baru berlaku.", "Demi menyelamatkan Gunung Inas, komitmen ini diambil tika itu kerana kawasan berkenaan perlu dilindungi dan dibaik pulih segera tanpa mengenepikan prosedur kelulusan kerajaan dan kesan alam sekitar selain pulangan ekonomi kepada kerajaan.", "Lebih menarik, tidak pula beliau salahlah sesiapa, sama ada Menteri Besar sebelumnya atau selepas dirinya.", "6. Pada saya, inilah sikap bertanggungjawab dan kualiti pemimpin BN sebenar, tampil dengan pengakuan keputusan bersama penjelasan.", "Yang patut kita persoalkan, kenapa selepas tragedi banjir ‘kepala air’ di Gunung Jerai, Sanusi sepatutnya mengambil iktibar dan belajar. Bukan hanya Gunung Inas, malah banyak lagi kawasan tinggi yang menjadi titik panas yang berisiko dilanda banjir puing di tanah Kedah ini.", "7. Selaku Menteri Besar, Sanusi sepatutnya telah mengarahkan pemantauan ketat di lokasi-lokasi berisiko berkenaan terutamanya aspek keselamatan dan kesan alam sekitar.", "Namun malang, setelah memberi arahan untuk hentikan penanaman, seolah Sanusi lepas tangan? Sebahagian besar kawasan gondol gunung inas kembali terbiar walaupun saranan agensi, penanaman semula mesti segera dilakukan.", "", "Lebih menyedihkan, setelah berlakunya malapetaka ini, Sanusi mula mempolitikan tragedi Gunung Inas dengan episod mencari salah dan berlagak ‘hero’ malah kemuncaknya dengan drama airmata ‘dosa- dosa lama’ di depan rakyat terjejas!", "8. Saya juga kecewa melihat Mukhriz yang ‘tumpang sekaki’ cuba berlagak hero menunding jari pula ke Ahmad Bashah sedangkan ketika menjadi Menteri Besar Kedah, beliau boleh saja hentikan ladang Musang King di Gunung Inas jika dilaporkan bakal membawa bencana.", "Namun memilih untuk meneruskan projek durian ini dan Ironinya, beliau tambah lagi kawasan baru untuk dijadikan Ladang Musang King. Mujurlah beliau tidak merintis pula Ladang Ketum dan ‘Hemp’ di Gunung Inas!", "9. Dalam Laporan KASA yang dinyatakan Menterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man, menjelaskan tentang sebuah kolam takungan pecah di ladang Musang King tersebut menjadi salah satu punca banjir.", "Namun peliknya, luas kolam pula yang menjadi pertikaian Sanusi. Jika Ahmad Bashah mengambil inisiatif ladang Musang King untuk selamatkan Gunung Inas yang diratah gondol, inisiatif apakah yang diambil Sanusi untuk selamatkan Gunung Inas dan lain-lain lokasi berisiko selepas tragedi di Gunung Jerai?", "10. Harapnya, Sanusi mahupun Mukhriz usahlah berdrama retorik lagi dengan menuding jari ke sana ke mari selepas ini. Usahlah berlagak bagai “telunjuk lurus, kelengkeng berkait”, bimbang juga jika telunjuk tertuding parti dan diri sendiri.", "Seperkara lagi, carilah jalan penyelesaian yang tepat, tuntas dan holistik untuk isu ini demi masa depan negeri Kedah. Janganlah terlalu ego, membuat bising, suka bermain retorik dan akuilah dengan ikhlas jika ada kelemahan dan kesilapan kerajaan pimpinan masing masing. – UMNO ONLINE", "", "Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri\nPengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia\nKetua Penerangan Pemuda UMNO Kedah\n20 Julai 2022" ]
https://umno-online.my/2022/07/18/ph-sendiri-keliru-apa-sebenarnya-dasar-mereka/
[ "", "25 Jun – Minta Kerajaan selesaikan isu subsidi atau mereka akan turun ke jalan\n27 Jun – Minta tambah subsidi\n17 Julai (semalam) – Ulang janji bahawa “hari ini menang, esok minyak turun”. (Nak turun minyak macam mana kalau bukan subsidi kan?)", "Selama berminggu-minggu berzikir soal subsidi.\n\nBila Kerajaan tunjukkan bahawa subsidi dan bantuan kewangan sebenarnya pada tahap paling tinggi dalam sejarah – tiba-tiba cakap “kenapa bergantung kepada subsidi?”", "Tiba-tiba tukar tiang gol bertanya kenapa hanya ada subsidi dan menuduh Kerajaan tak laksana perubahan struktural untuk membantu kos sara hidup.", "Tentang perubahan struktural, saya hendak tanya,", "1) Perubahan struktural apa yang Pakatan Harapan hendak buat hari ini – (yang belum dimulakan oleh Kerajaan sedia ada atau Kerajaan pra 2018) – yang boleh selesaikan masalah kos sara hidup esok? Formula baharu apa yang hendak dijual ke rakyat?", "2) Bagaimana hendak jadi juara perubahan struktural kalau GST pun dimansuhkan dan kebergantungan kepada sumber minyak dan gas ditingkatkan?\n\nKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada beri contoh soal nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika sebagai satu perkara yang perlu perubahan struktural.", "Apakah idea yang Pakatan Harapan hendak kemukakan untuk naikkan nilai Ringgit segera? Umum mengetahui USD memang sedang berdagang pada kadar tertinggi dalam 20 tahun. Matawang Yen pun jatuh 20% berbanding USD. Euro yang sebelum ini lebih “kuat” dari USD pun sudah setara dengan USD. Baht jatuh. Peso jatuh. Australian Dollars jatuh. Korea Won jatuh. Rupiah jatuh. Singapore dollars jatuh. Melainkan dua contoh terakhir, kejatuhan matawang mereka berbanding USD lebih banyak dari Malaysia.", "PH patut jelaskan. Adakah perubahan struktural segera mereka untuk naikkan RM termasuk:\n– menggesa BNM mengambil langkah yang sama seperti Bank Pusat lain dengan menaikkan kadar faedah lebih agresif setaraf dengan US Federal Reserve? Adakah PH berpandangan kenaikan OPR 0.5% setakat ini tak cukup dan terlalu lambat untuk mengejar US Fed dan Bank Pusat Lain? (US telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 1.5% – dan dijangka bulan ini tambah agresif menjadi 2.5% – Filipina dah tingkatkan sebanyak 1.25%, Singapura naik sebanyak 1.5%). Kalau ya, cakap lah.\n\n– menambat matawang Ringgit seperti idea Tun Mahathir? Kalau ya, cakap lah.\n– belanjakan lebih banyak rizab antarabangsa kita untuk “support” nilai Ringgit? (Peringatan nilai rizab antarabangsa kita menurun dari USD109.5b ke USD103.4b selama 22 bulan PH memimpin. Kini sudah naik semula hampir ke tahap pra-PH). Kalau ya, cakap lah.", "Selain hal Ringgit, mungkin PH hendak cadangkan ambil lebih banyak dividen Petronas? Sebab sudah ada sejarah mereka mengambil sejumlah RM54 bilion dalam masa setahun, iaitu paling tinggi dalam sejarah negara. Mungkin itu perubahan struktural yang dimaksudkan?", "Atau mungkin boleh jual aset lagi supaya Kerajaan dapat “cash” untuk tambah subsidi.", "(Eh, tapi PH taknak bergantung kepada subsidi lagi kan?)", "PH sendiri keliru apa sebenarnya dasar mereka. Bila dah buat keputusan apa sebenarnya pegangan mereka, cakap lah.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO", "***************************" ]
https://umno-online.my/2022/07/17/mb-kedah-selepas-menangis-silalah-bekerja/
[ "KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pentas politik Malaysia sudah beberapa kali dibanjiri air mata. Air mata politik oleh mereka yang mengaku dirinya pemimpin. Air mata yang kononnya tumpah kerana ihsan dan simpati pada rakyat dan masa depan negara.", "Pada tahun 2002, Tun Mahathir menangis di pentas Perhimpunan Agung UMNO selepas mengumumkan meletak jawatan. Beliau menangis sekali lagi pada Mei 2018 dalam kempen PRU14 dengan mesej ‘Atuk dah tua’.", "Pada Januari 2019, Dr. Maszlee Malik dari BERSATU (kini PKR) – yang sebelum itu dikecam kerana melantik dirinya sendiri sebagai Presiden UIAM sekali gus melanggar ikrar Pakatan Harapan yang mahu membebaskan universiti dari orang politik, – juga pernah menangis semasa menyampaikan amanat hari guru. Sebulan kemudian pada tahun yang sama, Salahuddin Ayub dari PAN juga dilaporkan menangis dalam satu majlis sambil membaca surat dan rintihan golongan petani.", "Terdapat dua pemerhatian penting dalam siri-siri tangisan ini.", "Pertama, nampaknya pemimpin Malaysia yang kerap menangis kesemua lelaki. Hampir tidak ada pemimpin wanita yang akan menangis di pentas awam kononnya terkenangkan rakyat.", "Kedua, tidak apa-apa pun penambahbaikan polisi yang jelas dan berkesan dapat dilihat selepas segala tangisan itu dipentaskan kepada orang awam.", "Terbaharu, YAB Menteri Besar Kedah pula dilihat menumpahkan air mata. Episod kali ini menyaksikan kesedihan beliau ke atas apa yang menimpa penduduk Baling susulan fenomena kepala air dan banjir besar. Bezanya, tangisan tersebut pantas disusuli dengan menuding kepada pihak lain sebagai punca masalah.", "Sebagai rakyat Kedah dan orang awam, saya ingin menyatakan bahawa biar parti atau pihak mana pun mereka, yang diperlukan oleh rakyat sebenarnya bukanlah tangisan dan air mata pemimpin. Semua itu terlalu mudah untuk dilakukan.", "Atas dasar itu, saya ingin menggesa dan menuntut YAB Menteri Besar Kedah untuk membuat beberapa tindakan yang wajar.", "Pertama, MB Kedah mesti memberikan pendedahan / laporan penuh berhubung insiden Banjir Baling. Ini termasuklah memaklumkan secara telus dan lengkap tentang projek penebangan balak dan penggondolan bukit secara besar-besaran sejak awal dahulu sehinggalah kemudiannya ditukar menjadi tapak Ladang Rakyat. Tidak ada yang maksum apabila kita mencari yang terbaik untuk rakyat. Saya cadang YAB MB dan kerajaan negeri buat pendedahan penuh kronologi supaya rakyat boleh menilai. Tidak perlu sinis dan menunding jari. Walaupun kedapatan dan hasil pendedahan ini akan melibatkan kerajaan yang pernah diterajui oleh parti saya sendiri.", "Kedua, menyatakan pelan dan tindakan susulan Kerajaan Negeri bagi memperkemas prosedur dan dasar agar perkara yang sama tidak berulang. Harus diingat, negeri Kedah sudah ditimpa bencana kepala air buat kesekian kalinya. Tidak menjadi apa-apa halangan sekiranya YAB MB mahu agensi dan jabatan terus-menerus menjadi peneraju, namun bagi saya perlu timbang tara tambahan, perlu ada pihak yang bebas yang mampu beri pandangan yang luar dari kebiasaan. Dan apa jua polisi kerajaan negeri berkaitan alam sekitar, perlu melalui tatacara dan kelulusan yang paling ketat", "Ketiga, mengusahakan pampasan serta pakej bantuan yang lebih baik kepada semua mangsa berbanding sekadar sumbangan one-off yang tidak mencukupi.", "Dan keempat, mengusahakan satu pelan ekonomi yang baharu kepada negeri Kedah agar penggondolan hutan dan pemanipulasian alam sekitar tidak lagi menjadi jalan keluar mudah kepada mana-mana pihak yang mentadbir negeri selepas ini. Perlu terokai sektor baru ataupun perbaharui persetujuan dan perjanjian baru bersama kerajaan pusat agar kawasan-kawasan penanaman padi tidak perlu diganti sekiranya ada alternatif teroka ekonomi yang lebih baik. Hakikatnya, negeri Kedah ini perlu mendapat pampasan tahunan daripada hasil daripada pengorbanannya sebagai negeri “Jelapang Padi”. Jesteru itu sumber negeri hasil daripada penebangan balak haruslah dengan segera dikurangkan.", "Sesungguhnya yang diperlukan oleh rakyat adalah kebenaran. Yang diperlukan rakyat adalah solusi dan perubahan. Agar mereka tidak perlu melalui semua itu lagi. Dan agar, pemimpin mereka tidak perlu menangis lagi.", " ", "Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok" ]
https://umno-online.my/2022/07/14/tindak-sambung-mou-ialah-tindakan-kawan-bukan-kerja-musuh/
[ "Ada laporan bahawa seorang pemimpin UMNO berpandangan “UMNO merupakan musuh terbesar kita pada masa ini”. Saya tak pasti apa konteks komen tersebut, tetapi antara alasannya ialah kerana sebahagian dari kepimpinan tidak mahu menyambung MOU bersama pembangkang.", "—\n\nPertama sekali, siapa “kita” yang dimaksudkan dalam “musuh kita”? Sefaham saya, “kita” berpegang kepada keputusan parti yang jelas pada tarikh 14 April 2022, dimana MKT telah membuat beberapa keputusan:", "1. Kedudukan MOU di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan tidak akan diteruskan lagi selepas 31 Julai 2022.", "2. Pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa sebarang halangan. UMNO berpendirian bahawa Akta ini perlu segera dibentang bagi memastikan pengundi kembali yakin dengan sistem demokrasi negara. InsyaAllah Akta ini akan dibentangkan, dibahas, dan diluluskan pada sidang Parlimen akan datang yang bermula hari Isnin ini.", "3. Perhimpunan Agung Khas diadakan untuk mengabsahkan usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 berkenaan dengan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.", "4. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri sebulat suara dicadangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU15.", "Keputusan (2), (3), dan (4) sama ada sudah, atau sedang berlangsung/berkuatkuasa dalam erti kata lain, “in effect”. Tinggal (1) yang hanya mampu terpakai selepas 31 Julai.", "Ini cara kepimpinan dan MKT UMNO buat keputusan – bermusyawarah dan kemudian hormati keputusan. ", "Tidak timbul ini agenda sesiapa. Ia keputusan bersama dalam mesyuarat. Tidak timbul soal UMNO ialah “musuh kita”.", "—", "Kedua, tujuan dan rasional keputusan UMNO berkenaan MOU Kerajaan bersama pembangkang perlu dilihat dari sudut yang betul supaya tidak disensasi.", "MOU yang wujud hari ini telah membantu kestabilan politik sewaktu suasana berbeza tahun lepas. Ia lahir dari kematangan dwi-partisan yang dipuji oleh SPB Yang DiPertuan Agong sendiri dalam titah diraja Baginda. Setelah bertukar 3 Perdana Menteri dalam sepenggal, persefahaman antara Kerajaan dan pembangkang meredakan suhu dan membolehkan pentadbiran dijalankan tanpa tanda soal berterusan.", "Tetapi sekarang sudah di hujung penggal. PRU akan tetap tiba. Disini, UMNO dan PM dari UMNO perlu ada ruang menentukan tarikh sesuai. Sedar atau tidak, dengan MOU sedia ada, ruang itu tertutup untuk satu tempoh kerana wujud persetujuan untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022. Tak apa, kita faham situasi pada waktu itu dan kemaslahatan lebih besar; tetapi sekarang senarionya sudah berbeza.", "Maka sebab itulah parti buat keputusan agar selepas 31 Julai tangan kita tidak terikat lagi dan opsyen akan ada di tangan PM. PM orang UMNO dan umum mengetahui keputusan PAU untuk memberi mandat kepada Top 5 untuk berbincang. ", "Jelas, soal lain dalam MOU itu berhubung transformasi pentadbiran termasuk RUU Anti Lompat Parti, pembaharuan Parlimen dan lain-lain perkara boleh diteruskan atas semangat kematangan tersebut. Tetapi soal ikatan sehingga 31 Julai itu, tak perlu dilanjutkan lagi.", "Maka keputusan MKT ini sebenarnya memberi kelebihan dan ruang kepada UMNO dan khususnya PM dari UMNO.", "Sekali lagi, tak soal timbul UMNO ialah “musuh” kepada orang UMNO sendiri.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/07/12/kxp-kerajaan-negeri-tidak-kompeten-urus-inisiatif-strategik/
[ "1. Sekalipun sangat mengecewakan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila mengikut perkembangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP). Tindakan pihak pemaju yang dilantik dan dipilih oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk meninggalkan projek tersebut menggambarkan banyak kelemahan dalam tadbir urus kerajaan negeri.", "2. Inisiatif mega ini seharusnya sudah melepasi fasa pelaksanaan dan bukannya masih pada takuk mencari-cari rakan dan pelabur strategik. Malah, adalah memalukan Kerajaan Negeri apabila pemaju yang diberikan projek akhirnya menarik diri.", "", "3. Semua ini memberi beberapa petunjuk penting.", "4. Pertama, Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar sekarang gagal menjadi pemilik projek yang kompeten dan bertanggungjawab. Jelas tidak penilaian korporat ataupun “due diligence” ke atas kemampuan syarikat secara tuntas dan teliti. Penilaian tidak hanya berdasarkan kemampuan kewangan dan pelaburan semata-mata, malah perlu meliputi semua termasuk sejarah pelaburan dan aktiviti korporat lampau.", "5. Kedua, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar yang ada sekarang tidak ada strategi yang jelas untuk menyelesaikan isu pembiayaan ataupun “funding”. Ini adalah fokus asas yang perlu menjadi perhatian. Untuk membiayai kos pembinaan dan operasi projek se-mega KXP, Kerajaan perlu ada strategi pembiayaan yang jelas dan berkesan. Malah, kerajaan sepatutnya mempunyai Pelan B sekiranya strategi pembiayaan asal tidak berhasil.", "6. Ketiga, perjalanan pencarian dan pembentukan rakan niaga di dalam inisiatif KXP ini dijalankan dengan penuh misteri. Diberitakan tiada pembentukan jawatankuasa khas dan tidak ada sebarang taklimat khusus kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Seharusnya inisiatif yang amat penting ini dilaksanakan dengan telus dan profesional bagi memastikan setiap pihak dan pemegang taruh dapat menyumbangkan idea dan teguran membina.", "7. Keempat, Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar mengguna pakai pendekatan semberono. Umum dulu, fikir kemudian. Rakyat hanya diumpan dengan nama besar dan pengumuman besar bagi menunjukkan Kerajaan Negeri ada berbuat sesuatu. Sedangkan impak semua itu memberi implikasi kewangan berbilion ringgit.", "8. Ringkasnya, seluruh pengurusan KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd iaitu syarikat bertanggungjawab dalam urusan pembinaan “Kedah Aerotropolis” harus bertanggungjawab.", "9. Saya tak pasti sama ada wujudnya penggunaan dana rakyat di dalam pengurusan ini atau tidak. Namun saya yakin wujudnya unsur-unsur ketidakcekapan, salah tadbir urus dan kecuaian yang serius dalam aspek penilaian rakan niaga dan keseluruhan pelan pelaksanaan.", "10. Saya mohon pihak kerajaan negeri untuk melakukan perkara berikut:", "a. Satu – memberikan penjelasan yang terperinci terhadap perkara yang terjadi. Masyarakat umum khususnya rakyat negeri Kedah berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan mengapa perkara ini boleh berlaku.", "b. Dua – menjelaskan apakah strategi susulan yang akan dilakukan oleh kerajaan dan apakah penambahbaikan yang akan dilakukan dalam strategi lanjutan ini. Melakukan pelan tindakan yang sama sebelum ini sudah pastilah tidak akan memberikan sebarang penambahbaikan.", "c. Ketiga – hentikanlah budaya melakukan pengumuman-pengumuman besar tanpa sebarang pengisian dan strategi yang jelas. Perkara tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada masyarakat. – UMNO ONLINE", "", "Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok" ]
https://umno-online.my/2022/07/08/shahril-ejen-umno-wan-saiful-macam-kartun-serupa-ejen-ali/
[ "KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan bahawa tiada sebarang perjanjian antara Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.", "Jom kita tengok balik kenyataan media PN semasa pembentukan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri yang menggariskan syarat-syarat sokongan mereka kepada Perdana Menteri.", "Yang disebut hanyalah untuk memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.", "Tidak ada sebarang pengumuman bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tuntutan ‘Perikatan Nasional’.", "Datuk Wan Saiful, di samping rakyat sedang mengalami inflasi yang kian meningkat, apakah kepentingan melantik Timbalan Perdana Menteri atau jawatan-jawatan lain dalam Kerajaan yang dituntut oleh Tan Sri Muhyiddin?", "Tumpukan usaha kepada penyelesaian dan bantu la Perdana Menteri. Datuk Wan Saiful semenjak dilantik jadi Pengerusi Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun tak dapat nak tunaikan janji Pakatan Harapan (yang dulu Datuk sebahagian daripadanya).", "Kalau Datuk Wan Saiful sifatkan Shahril sebagai ‘ejen’ Presiden UMNO. Shahril dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Beliau adalah ‘ejen’ UMNO. Berbeza dengan Datuk Wan Saiful yang macam kartun serupa Ejen Ali.", "Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat" ]
https://umno-online.my/2022/07/02/jihad-inflasi-jangan-syahid-sebelum-berjuang/
[ "KENAIKAN harga barang, ketidakcukupan bekalan serta kadar inflasi, khususnya inflasi makanan yang meruncing sekarang ini telah meletakkan semua pihak dalam keadaan yang sangat sukar.", "Terutamanya para pengguna yang terkesan secara langsung. Perkara ini menjadikan bebas kos sara hidup semakin membimbangkan.", "Keprihatinan pihak kerajaan untuk meneliti isu ini secara komprehensif dan bersepadu melalui penubuhan Pasukan Khas Jihad Inflasi sudah pastinya satu permulaan yang baik. Namun, semua itu tidak seharusnya dibiarkan sekadar menjadi gimik atau ‘PR stunt’ semata-mata.", "Satu mandat khas, yang dilengkapkan dengan strategi yang jelas dan berkesan perlu diterjemahkan dengan segera. Ini kerana, penubuhan pasukan khas seperti ini akan meninggikan lagi jangkaan serta harapan rakyat yang sedang tersepit kepada pihak kerajaan.", "Adalah kritikal untuk kerajaan memastikan bahawa jangkaan dan harapan tersebut bukan sahaja tidak diketepikan, tetapi tidak dipermain dan dipolitikkan.", "Selain bertindak dengan pantas dan menyeluruh, beberapa perkara mesti diberikan penekanan yang serius oleh pasukan khas ini.", "Pertama, ia mesti turun ke padang dan menganalisis situasi sebenar di lapangan. Masyarakat mesti dilibatkan secara langsung dan menyeluruh. Ini bagi mengelakkan segala kajian atau dapatan bersifat ‘atas kertas’ dan terpisah dari realiti sebenar di luar sana.", "Kedua, proses komunikasi dan penerangan kepada rakyat mestilah berkala, jelas dan telus. Rakyat sudah muak dengan pelbagai pengumuman yang akhirnya hanya menambahkan kekeliruan dan penuh dengan tanda tanya. Paling penting, pastikan setiap pengumuman mempunyai sesuatu yang benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat.", "Ketiga, inisiatif dan saranan yang akan dibuat oleh pasukan khas ini mestilah merangkumi beberapa fasa. Jangka pendek, pertengahan dan panjang. Jika tidak, isu seperti ini akan terus berulang dan bermusim tanpa kesudahan.", "Keempat, selain memastikan yang harga barang dapat dikawal serta kadar inflasi kita tidak terus melonjak, adalah penting untuk pasukan khas ini memikirkan solusi atau saranan penambahbaikan dasar dan pendekatan kita dalam memastikan kecukupan dan keselamatan makanan. Dan ini tidak sama sekali sekadar mengambil jalan mudah dengan menyerahkan pelbagai program / projek sedemikian kepada pihak GLC atau GLIC.", "Negara mesti mempunyai pelan khusus dan strategik dalam mewujudkan satu ekosistem pasaran yang mengambil berat aspek permintaan dan penawaran dengan cara baharu yang inovatif, lestari dan tidak mempunyai banyak ruang manipulasi.", "Saya sangat berharap yang pasukan khas jihad inflasi ini akan memberikan hasil baik yang sehebat namanya.", "Jihad adalah perkara yang besar dan penting. Lakukanlah dengan kesungguhan dan cara yang melayakkannya menjadi satu syahid. – UMNO ONLINE", "", "Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok" ]
https://umno-online.my/2022/07/01/kekalkan-kadar-opr-usah-bebani-lagi-rakyat-yang-sedang-merana/
[ "RAMAI yang mengeluh apabila menerima surat bank untuk menaikkan kadar faedah/keuntungan yang meningkatkan jumlah ansuran bulanan bagi pinjaman yang dibuat oleh rakyat.", "Hakikatnya kadar kenaikan ini pasti menjejaskan rakyat tidak kira yang bekerja swasta apatah lagi yang bergaji tetap dengan kerajaan.", "Sudahlah barangan keperluan asas meningkat, pertambahan bayaran pinjaman bank pastinya mengurangkan kuasa beli rakyat akibat menipisnya wang di poket dan di tangan.", "Ya! Dalam pendekatan ekonomi konvensional, salah satu cara untuk menurunkan inflasi adalah dengan menaikkan kadar faedah (OPR).", "Dengan harapan kenaikan ini akan meningkatkan kemasukan pelaburan domestik dan asing (FDI dan DDI) kerana secara teorinya pelabur akan lebih berminat membeli pelbagai instrumen kewangan di pasaran kewangan yang menawarkan kadar faedah/keuntungan yang tingggi.", "Persoalannya,", "1. Apakah benar dalam konteks negara kita ketika ini, menaikkan lagi kadar faedah (OPR) membawa manfaat kepada rakyat?", "2. Apakah benar ada kenaikan FDI secara mendadak selepas kenaikan OPR?", "3. Apakah ada pertambahan pembelian saham runcit di Bursa Malaysia atau penigkatan pembelian saham oleh pelabur asing atau KLSE Index telah meningkat mendadak sejak OPR dinaikkan?", "4. Apakah jumlah permohonan pinjaman dengan bank tempatan berkurang secara mendadak selepas OPR naik?", "5. Apakah jumlah deposit tetap (FD) di semua bank dalam negara meningkat secara mendadak selepas OPR naik?", "Yang jelas tiada peningkatan besar berlaku kerana hakikatnya pelbagai laporan ekonomi menunjukkan bahawa pelabur sebenarnya MENANTIKAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM (PRU) bagi mendapatkan kepastian kerajaan yang mutlak dan dasar baharu pasca PRU15.", "Tangguhkan dahulu kenaikan bagi memastikan harga barangan keperluan harian lebih stabil.", "Jangan nanti kita menambah beban lagi rakyat dengan pendekatan ekonomi konvensional hingga masalah lain yang lebih besar seperti ‘stagflation’ pula tertimpa! – UMNO ONLINE", "\nDatuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/06/30/hal-dalaman-umno-biar-umno-uruskan/
[ "Ketua Penerangan MIC hari ini meminta agar Dato’ Seri Presiden UMNO Dr. Ahmad Zahid Hamidi & YB Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Dato’ Sri Najib Razak tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak TYT Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman.", "Beliau meminta kepimpinan UMNO dan BN untuk tampil memberi penjelasan. Untuk makluman Sdr. Thinalan, YB Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan & Sdr. Ketua Penerangan Shahril Hamdan sudah tampil memberi penjelasan beberapa hari lepas.", "Mungkin Sdr terlepas pandang kenyataan tersebut. Kerana itu la kembali bertanya betul atau tidak dakwaan ‘15 MP’ menandatangani SD menyokong Presiden PKR sebagai Perdana Menteri. Lihat siapa yang menjadi Perdana Menteri hari ini, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri yang mewakili Barisan Nasional.\n\nDalam perjuangan, yang penting adalah hasilnya. Apakah hasil kepimpinan YB Dato’ Seri Presiden UMNO? Menang 7 PRK, daripada cuma 1 ADUN kepada 14+2 ADUN di Sabah, mengambil alih negeri Perak, menang 21/28 (75%) PRN & menawan negeri Melaka di mana MIC menang satu kerusi dan menjadi Exco Kerajaan Negeri, menang 40/56 (71%) PRN & menawan negeri Johor di mana MIC menang 3 kerusi dan mendapat satu Exco Kerajaan Negeri dan yang terbesar, 15 MP mendesak, akhirnya Naib Presiden UMNO jadi Perdana Menteri Malaysia dan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri disahkan dalam mesyuarat MKT menjadi calon PM untuk PRU15.", "Mungkin MIC lupa semasa MIC ‘tersilap’ masuk Perikatan Nasional. Ketua Penerangan UMNO tidak meminta agar MIC perjelaskan.", "Sebab itu saya keliru apabila Ketua Penerangan MIC tidak membaca kenyataan Ketua Penerangan UMNO agar tidak perlu mengadu domba. Ingin bertanya, boleh sahaja bertanya pemimpin BN tanpa membuat kenyataan media.", "Kita sudah berada di ambang kemenangan. Barisan Nasional masih berdiri utuh walau pun ditinggal oleh rakan-rakan komponen yang lain.", "MIC tidak perlu memberi komentar tentang hal dalaman UMNO. Biar UMNO menguruskannya. Jurucakap UMNO sudah pun bersuara. MIC tak perlu tampil memanjangkan cerita.", "Esok bila masuk PRU, MIC juga akan dibantu oleh jentera UMNO sepertimana kita telah pun membantu dalam PRN yang melihat kebangkitan semula MIC.", "Nasihat saya kepada Sdr. Thinalan, usah jaga tepi kain orang. Fokus perkukuhkan MIC bagi menghadapi PRU dan meyakinkan masyarakat India untuk kembali ke Barisan Nasional.", "\nMuhamad Iqbal Jamal Jamaludin\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO\nBahagian Ipoh Barat", "************************************************" ]
https://umno-online.my/2022/06/28/umno-nak-pilih-jalan-mana/
[ "Berikutan pendedahan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO TYT Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman. Ramai yang sedang memberi komentar dan spekulasi tentang keadaan dalaman parti UMNO.", "Sudah tentu yang paling gembira mendengar dakwaan-dakwaan tersebut adalah pihak lawan. Segala dakwaan ini menjadi peluru untuk terus menyerang UMNO. Naratif lawan akan jadi mudah – “bagaimana UMNO hendak jual kestabilan kalau dalam UMNO sendiri tak berpadu?”\n\nSatu hari ada pihak kata PM lemah. Sedangkan beliau sedang sibuk sehabis baik mengurus negara dalam keadaan ekonomi dan politik cukup mencabar.", "Hari lain pula ada pihak kata Presiden liabiliti dan lemah juga. Sedangkan lemah macam mana kalau dah memimpin kejayaan 7-0 dalam pilihanraya?", "Hari-hari adu domba dan mesej tular melabel si polan kluster Putrajaya, si polan kluster PWTC. Spekulasi tak henti-henti yang ini akan kena pecat yang itu akan kena pecat. Yang ini akan jadi calon yang itu takkan jadi calon. Ada yang tembak Presiden ada yang tembak PM. Cybertrooper Umno digerakkan untuk serang orang Umno sendiri.", "Lawan tepuk tangan. Ahli keliru.", "Cerita lama tak perlu diungkit dan ditokok tambah. Hadir dalam mana-mana perjumpaan tak semestinya bermakna menyokong apa-apa gerakan. Presiden sendiri lebih tahu dan sudah lama tahu tentang hal ini dan biarlah beliau yang mengadili.", "PAU, PAU Khas, Konvensyen BN sudah menampakkan kesepakatan untuk menuju pilihanraya. Parti dah buat keputusan. Presiden dan Timbalan jaga parti, PM jaga Kerajaan. Bergerak seiring. Soal lantikan MKT, hak Presiden. Presiden menang bertanding, hak institusi itu mesti dihormati.", "Soal lantikan Kabinet, biar PM uruskan. Tiada keperluan pertikai persoal terbuka dan menambah perasa. Beliau Naib Presiden, beliau “poster boy” yang telah direstui dan diputuskan oleh Presiden, Timbalan, MKT dan umumnya, parti. Tak perlu timbulkan curiga. Takkan orang UMNO rasa elok nak lemahkan PM dan calon PM sendiri?", "Pemilihan selepas PRU. Tarikh PRU top 5 bincang, bawa ke MKT, kemudian “on”. Tak perlu gaduh, atau syak wasangka. ", "Kalau boleh berpegang kepada semua ini, ahli tenang, UMNO menang.", "Nak pilih yang mana ayahanda semua?", "Parti ini parti yang sepatutnya di ambang kemenangan.", "Takkanlah kita nak mengundang kekalahan dengan perpecahan.", "Pilih kesepakatan. Pilih kestabilan.", "#KesetiaanDanKestabilan\n#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA" ]
https://umno-online.my/2022/06/27/kenapa-rafizi-tak-kemuka-formula-waktu-ph-dulu/
[ "Kalau ada idea yang baru atau logik, kami sedia mendengar.", "Baru-baru ini Saudara Rafizi Ramli mengkritik cadangan UMNO bagi menangani kenaikan kos harga ayam. Saya rasa bagus bila ramai ahli politik ambil berat isu besar ini.", "Cuma saya harap kalau boleh, idea yang diberi itu idea yang baru, atau idea yang logik. Kalau boleh.", "1. Saudara Rafizi cadang supaya diwujudkan stok penimbal. Bila ada stok penimbal, stok ini boleh disuntik ke pasaran apabila ada gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak, seperti sekarang.", "Saya setuju, dan perkara ini dah dibuat pun. Bila ia dibuat? Pada 23 Mei 2022, Kerajaan di bawah YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan keputusan untuk mewujudkan stok penimbal melalui fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).", "Logik yang sama seperti Rafizi. Yang buat adalah Kerajaan hari ini cuma kejayaan idea ini ambil masa. Lain lah kalau idea ini dibuat pada tahun 2018 atau 2019, semasa Kerajaan PH, tetapi tidak dibuat. Itu yang saya maksudkan, kalau boleh, bagi idea yang baru.\n\n—", "2. Rafizi juga mencadangkan penggunaan ‘futures’ sebagai ‘hedging’ ketika berlakunya kenaikan mendadak kos dedak ayam.", "“Futures” adalah sejenis instrumen kewangan yang membolehkan pembeli membeli aset yang mendasari “futures” tersebut pada masa hadapan dengan harga yang telah disepakati hari ini. Dalam erti kata lain, beli awal, “lock” harga, supaya jika harga semasa naik, kita bayar harga lama yang lebih rendah.", "Mengikut cadangan Rafizi, Kerajaan boleh beli “futures” kacang soya (dedak) supaya kelak bila tiba waktunya, Kerajaan boleh kemudiannya menebus “futures” dan membeli kacang soya pada harga berpatutan.", "Soalnya, betul ke harga yang dibeli akan lebih berpatutan?", "Jawapannya, tidak.\n“Futures” adalah sejenis instrumen yang harganya bergantung kepada aset yang mendasarinya.\nDalam keadaan harga dunia kacang soya dan jagung sedang mahal, sudah tentulah “futures”nya juga sedang mahal. Saya bagi beberapa contoh.", "i) Corn futures: Pada April’22, harganya adalah USD8 segantang. Tertinggi dalam tempoh 10 tahun. (Kalau buat zaman PH dulu, serendah USD3.38)", "ii) Soybean futures: Harganya USD18 segantang. Tertinggi dalam setengah abad. (Kalau buat zaman PH dulu, serendah USD7.94)\nNota: harga di dalam gambar di bawah adalah bagi 100 gantang.\nPendek kata, kalau beli ‘futures’ tu sekarang pun, ia sudah mahal. Lain lah kalau ‘futures’ itu dibeli 3-4 tahun dahulu, sewaktu zaman PH memerintah. Itu yang saya maksudkan, kalau boleh, beri idea yang baru atau logik.", "—", "3. Kritikan terhadap penubuhan Lembaga Unggas Negara.\nRafizi mengkritik sinis cadangan ini kerana kononnya selepas diwujudkan Lembaga Unggas, akan wujud juga Lembaga Kambing, Lembu, Kerbau dan sebagainya.", "Kesinisan ini tidak mengambil kira kepentingan strategik food security daging ayam yang sekian lama merupakan sumber protein termurah bagi rakyat Malaysia. Kadar kecukupan mandiri (self-sufficiency level) pengeluaran ayam adalah menghampiri 100%. Kita adalah negara ketiga di dunia yang paling kuat makan ayam, sebanyak 46.7kg per kapita.", "Kenaikan harga ayam baru-baru ini adalah kerana walaupun SSL ayam hampir 100%, dedak yang digunakan sebagai makanan ayam hampir kesemuanya masih diimport. Mengikut MAFI, dedak mewakili 74% kos penternakan ayam.", "Saya faham kalau tak setuju mekanisme pelaksanaan, tetapi harap tidak diperlekeh usaha untuk selesaikan isu ini secara jangka panjang. Malah saya percaya, Lembaga ini lah nanti yang akan terbuka mengumpul idea-idea, malah mungkin idea dari Rafizi sendiri.", "—", "Malaysia adalah sebuah ekonomi yang kecil dan mengamalkan perdagangan terbuka. Ini bermakna sebarang external shocks akan sedikit sebanyak memberi kesan. Sebab itu kerajaan dah umum pelbagai bantuan dan mekanisma hampir setiap minggu.", "Unjuran perbelanjaan subsidi yang setakat ini berjumlah RM77.3 bilion (termasuk lain-lain subsidi seperti kepada nelayan dan petani serta segala bantuan kebajikan termasuk Bantuan Keluarga Malaysia) bagi tahun 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana Kerajaan. Angka ini terlalu jauh meninggalkan perbelanjaan subsidi pada tahun-tahun sebelumnya:\n2018: RM8.3 bil\n2019: RM7.3 bil\n2020: RM2.7 bil\n2021: RM16.5 bil\n2022(unjuran): RM77.3 bil", "Kalau Rafizi ada formula lebih baik untuk selesai masalah, pihak Kerajaan sangat-sangat terbuka untuk mendengar. Ini masalah yang kompleks yang tidak 100% peratus di bawah kawalan kita. Isu ini beri impak kepada kehidupan harian rakyat. Maka segala idea, terutamanya idea yang baru dan logik, amat dialu-alukan.", "Seperti yang dikatakan oleh Dato’ Seri Presiden UMNO Dr. Zahid Hamidi. Rakyat perlukan solusi kepada permasalahan mereka. Rakyat tidak kisah tentang formula.", "\nSHAHRIL HAMDAN\nKETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA" ]
https://umno-online.my/2022/06/24/adakah-thommy-thomas-akan-mendakwa-muhyiddin/
[ "Perkara mudah untuk melarikan diri dari terperangkap adalah “tidak mengetahui butiran” “ianya tidak dalam pengetahuan saya” dan sebagainya.", "Mana mungkin satu Kes yang profile tinggi sebegini boleh terlepas pandang oleh seorang Peguam Negara. Dimana data penting ini boleh disorok, dan saksi adalah saksi Kerajaan yang di Panggil untuk kepentingan kes ini bagi pihak Pendakwa Raya.", "Kepada yang didakwa, ibarat nasi sudah menjadi bubur, dakwaan terpilih untuk memalukan dan bukan mencari keadilan, bukan juga untuk menjaga kepentingan wang rakyat atau kepentingan Negara.", "Sebagai Peguam Negara, memang memalukan apabila menjawab tidak mengetahui bahan kes mikro, buku 555 dan Ledger adalah bahan kes yang paling penting dalam pendakwaan ini, mana mungkin AG tidak melihat bahan kes ini, amat mudah dan senang untuk dilihat.", "Inilah seorang Peguam Negara yang dilantik oleh Tun Mahathir untuk menjalankan siasatan terpilih demi melakukan kemusnahan kepada musuh Politik.", "Adakah Latheefa Koya sebagai seorang Ketua Pengarah SPRM tidak juga melihat bahan kes ini? Sekira Peguam Negara tidak melihat mikro, apa kerja Lathefa Koya pula, samakah alasan beliau berdua?", "Lathefa Koya juga lantikan Tun Mahathir untuk membawa pendakwaan terpilih, beliau seorang ahli Politik yang sudah pasti mahu melihat musuh Politiknya di malukan dan di kalahkan.", "Cerita Thomy Thomas dan Latheefa Koya adalah kemusnahan sistem Perundangan dan kepusnahan sistem Penguatkuasaan Negara,", "Adakah Latheefa Koya akan memilih untuk mendakwa Tan Sri Muhyddin sekarang sekira beliau masih Ketua SPRM?\n\nAdakah Thommy Thomas akan mendakwa Tan Sri Muhyddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika beliau menjadi Peguam Negara dan mengetahui bahawa salah seorang penerima wang dari UKSB ?", "Semasa PH memerintah, Lim Guang Eng kes digugurkan, Setiausaha Politik Mat Sabu, tiba-tiba punyai wang ratusan ribu untuk membayar hutang muflis, Rina Harun terus ada berjuta membayar wang hutang, ada kes Pasir Pegawai Menteri 1.2 Juta juga terlibat ketika 22 bulah PH memerintah. Ini semua bahan kes yang di simpan bawah karpet.", "Dalam waktu kesibukan Peguam Negara dan Ketua Pengarah SPRM mendakwa musuh Politik PH, pemimpin PH dengan kuasa besar dan dilindungi melakukan rahsuah secara berleluasa. Ini tidak masuk cerita pelbagai kontrak yang dibatalkan dan diugut untuk tidak membuat pembayaran, kuasa yang digunakan untuk membuka ruang Rasuah.", "Razlan Rafii" ]
https://umno-online.my/2022/06/22/subsidi-dan-harga-apa-sebenarnya-pelan-kerajaan-ni/
[ "Bukan mudah untuk mengurus cabaran inflasi, terutamanya apabila mengambil keputusan untuk mengalih pendekatan seperti dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi.", "Ringkasan pengumuman:\nSebelum ini penerima BKM sepatutnya dapat amaun RM300 (bujang) sehingga maksima RM2500 (isirumah >3 anak) setiap isi rumah. Tetapi sekarang ada tambahan RM100 bagi golongan keluarga dan RM50 bagi golongan bujang.", "Bermakna jumlah BKM yang akan diterima setiap isi rumah/individu adalah minima RM400 dan maksima RM2600.\nAntara kekhuatiran yang timbul dan sedikit penjelasan berkenaan hal ini:\n1. Kerajaan tarik subsidi, membebankan rakyat\nDalam erti kata sebenar, bukan Kerajaan tarik subsidi tetapi mengalih subsidi. Dalam hal ayam, Kerajaan mengalih belanja subsidi dari penternak kepada pengguna melalui tambahan BKM sebanyak RM100 kepada keluarga dan RM50 kepada bujang yang akan dimanfaat oleh 8.6 juta penerima.\n\n2. Jumlah subsidi kepada penternak berapa? Jumlah subsidi kepada pengguna berapa?\nWalaupun Kerajaan memperuntukkan RM720 juta subsidi kepada penternak seperti diumumkan pada 9 Feb 2022, setakat 15 Jun, hanya RM260 juta dimohon dan dari itu RM168 juta yang telah dibayar kepada penternak. Berbanding RM638 juta akan diturunkan kepada penerima BKM.", "3. Bermakna dengan pendekatan ini Kerajaan belanja lebih dari sebelumnya?\nYa. Dan terus kepada pembeli yang memerlukan.", "4. Tapi kenapa sebelum ini hanya RM168 juta dibayar kepada penternak? Patutla ada penternak yang bising dan harga naik.", "Pelbagai sebab. Antaranya:\na) Ada penternak tidak berlesen dan secara automatik tak akan minta atau dapat subsidi asal itu.\nb) Ada juga penternak yang tidak mahu ‘declare’ pengeluaran sebenar.\nc) Dan diakui, ada juga kelemahan dan birokrasi menyebabkab pembayaran lewat atau permohonan sukar.", "5. Kenapa tak perbetul dan permudahkan saja birokrasi itu? Kenapa kena ubah sasaran belanja subsidi ke hiliran (pengguna)?\nMemang perlu diperbaiki. Tapi tidak akan selesaikan faktor 4(a) dan 4(b). Jadi masalah duit tak turun kepada sebahagian penternak tetap akan ada (seperti disebut dalam poin 2, permohonan hanya RM260 juta). Untuk jangka masa segera, Kerajaan ambil keputusan pastikan belanja itu tetap sampai kali ini kepada pengguna.", "6. Selama ini penternak dapat subsidi lambat. Apa jaminan pengguna akan dapat awal?\nLebih mudah kerana data penerima BKM sudah sedia ada. Bukan seperti penternak kena daftar, mohon, dan buat perakuan pengeluaran kemudian tunggu proses. Kerajaan komited ia akan mula sampai kepada penerima pada 27 Jun. Harga siling akan berhenti berkuatkuasa 1 Julai.", "7. Tapi dulu harga siling RM8.90/kg merangkumi semua pengguna. Sekarang hanya penerima BKM atau B40? M40 pun terkesan. T20 pun terkesan.\nPenerima BKM ialah seramai 8.6 juta. Ini mencakupi ketua isi rumah dan individu bujang, dan dianggarkan memanfaatkan 60% rakyat. Jadi bukan hanya B40 tapi jaringannya sudah lebih luas daripada itu.", "8. Ya tapi apa jadi dengan sebahagian M40 dan T20?\nKerajaan terpaksa membuat pilihan siapa yang perlu diutamakan walaupun tidak menafikan kesan inflasi dirasai semua. Tetapi perbelanjaan subsidi bersifat pukal akan sentiasa lebih menguntungkan golongan berpendapatan tinggi. Mengikut Khazanah Research Institute, sekitar 60%-80% subsidi di Malaysia dinikmati golongan berpendapatan tinggi. Dari RM1 subsidi Kerajaan belanja, golongan B40/M40 hanya dapat 20 ke 40 sen sahaja.", "9. Jadi BKM ini lebih bersasar?\nYa. Dan lebih adil. Dan dapat tangani masalah poin (4) tadi. Sebelum ini pun walaupun harga siling RM8.90 ada tempat jual (atau terpaksa jual) lebih tinggi kerana harga siling lebih rendah dari kos dan mereka tak dapat subsidi atas faktor yang dijelaskan dalam (4).", "10. OK kalau pun bersasar, RM100 cukupkah menampung kenaikan harga?\nHarga ayam dijangka meningkat ke RM10-RM12 apabila kawalan harga dimansuhkan.\nKatakan satu contoh isi rumah akan beli 2kg ayam setiap minggu. Seminggu kos tambahan sekitar RM6. Sebulan RM24.\nRM100 tidak akan selesaikan semua masalah tetapi dapat menampung kenaikan harga buat seketika.", "11. OK, itu cerita ayam. Apa cerita minyak masak? Kenapa tarik subsidi?\nSubsidi minyak tulen diberikan bermula Ogos 2021 dan sepatutnya hanya sehingga Oktober 2021. Kerajaan melanjutkannya sehingga Jun 2022.\nUntuk menjamin bekalan minyak botol bagi jangka masa panjang Kerajaan memutuskan penghapusan subsidi minyak botol 2kg dan 5kg. Tetapi masih meneruskan subsidi bagi minyak masak paket 1kg yang kekal pada harga RM2.50. Kerajaan akan tanggung kos subsidi sebanyak RM6.50 bagi setiap kilogram.", "12. Bila subsidi ditarik, harga diapung, inflasi akan naik. Apa guna gaji minima dan BKM bila inflasi naik?\nInflasi di dunia sekarang 9.2%. Di Malaysia ia 2.3%. Kenapa boleh beza? Kerana subsidi kepada pengeluar dan kawalan harga. Kalau bukan sebab itu, tidak mungkin inflasi Malaysia sekarang boleh angka sekarang.", "13. Jadi angka inflasi kita selama ini tidak mencerminkan tekanan harga sebenar?\nYa. Ia satu angka “artificial” yang disebabkan intervensi Kerajaan di peringkat huluan (pengeluar/penjual). Sekarang, Kerajaan buat keputusan alih sebahagian pendekatan dan beri duit kepada hiliran (pengguna/pembeli). Bila beri kepada hiliran, harga akan naik, inflasi naik, tapi pengguna memerlukan akan dapat bantuan untuk menampung kenaikan itu. Lebih efisien dari cuba menekan harga rendah tetapi kesannya tak seperti diharapkan (rujuk poin 4, 8, 9)", "14. OK, tapi susah nak percaya selama ini inflasi hanya 2% atau 3%. Harga roti canai, kopi dan lain-lain naik puluhan %. Boleh percaya ke angka rasmi Kerajaan ni?", "Jabatan Perangkaan mengiktiraf bahawa inflasi makanan lebih tinggi pada kadar 4%.\nAngka inflasi adalah merujuk kepada pengiraan Jabatan Perangkaan Negara mengikut Indeks Harga Pengguna (IHP) yang memaparkan statistik meliputi 12 kumpulan utama barangan dan perkhidmatan. Sejumlah 833 item barangan dan perkhidmatan dikutip setiap bulan untuk pengiraan IHP.", "Ada harga yang turun tetapi tidak dilaporkan oleh media. Diakui, item yang termasuk dalam IHP perlu dikemas kini bagi lebih mencerminkan inflasi sebenar.", "15. Kenapa zaman PH harga ayam hanya RM6/kg?\nSepanjang 2017 sehingga sebelum Covid19 melanda pada tahun 2020 harga-harga komoditi stabil dan kekal rendah. Untuk perbandingan:", "Tahun 2019:\n-Jagung sekitar USD350-USD450.\n-Kacang soya sekitar USD800-USD900.", "Hari ini:\n-Jagung dijual USD760.\n-Kacang soya dijual USD1670.\nPeningkatan harga jagung sebanyak 90% dan kacang soya sebanyak 96%.\nKos pengangkutan pula meningkat sebanyak 500% dari 2019.\nSebab itu harga ayam rendah tahun 2017-2019.", "16. Bukan harga ayam sahaja yang naik, semua naik, apa Kerajaan nak buat?\nYa, memang cabaran yang Kerajaan sedang hadapi dan tengah mencuba sedaya upaya untuk menangani keadaan semasa. Realitinya Malaysia tidak berseorangan dalam menghadapi cabaran ini. Negara lain di rantau ini seperti Filipina, Korea, Thailand, dan Indonesia mengalami inflasi yang lebih tinggi.\nKerajaan telah melaksanakan pelbagai perkara bagi ayam dari penghapusan AP, penghentian eksport, dan lain-lain langkah.", "Dalam Bajet 2022, RM1.5 bilion diperuntukkan bagi subsidi benih dan baja.\nYang terbaru, hari ini BKM tambahan. InsyaAllah akan ada lagi pengumuman inisiatif meringankan bebanan kos sara hidup oleh Kerajaan.", "17. Ada yang kata semua subsidi ditarik. Betul ke?\nTidak betul. Subsidi bagi minyak masak 1kg diteruskan. Subsidi bagi petrol RON95 dan Diesel juga masih diteruskan.", "Malaysia antara negara yang paling banyak belanja terhadap subsidi. Dianggarkan sekitar 4.7% dari KDNK dibelanjakan terhadap subsidi. Lebih tinggi dari Indonesia 2.7% dan Filipina 0.2% serta purata negara OECD\n1.5%. Perbelanjaan ini juga lebih tinggi dari peruntukan tahunan terhadap kesihatan yang sekitar 3.8% dari KDNK.", "Subsidi kalau berubah ialah untuk dialih dan digunakan untuk pendekatan yang lebih bersasar.\nTahun 2021 Kerajaan belanja RM15.5b terhadap subsidi kepenggunaan meliputi item seperti petrol, diesel, minyak masak, LPG, tepung. Tahun 2022 angka ini bakal mencecah RM50b. Jadi tak timbul soal Kerajaan hapuskan semua subsidi.", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia " ]
https://umno-online.my/2022/06/21/nak-masuk-mn-tapi-tubuh-pn/
[ "Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan PPBM mempersoal status penyertaan PPBM ke dalam MN selepas dijemput dua tahun yang lalu. Saya beri jawapan terus status dan punca Bersatu tidak diterima masuk.", "Pertama, Bersatu ditubuhkan untuk menggantikan UMNO. Ini jelas apabila hampir separuh dari Ahli Parlimen PPBM serta hampir keseleruhan pimpinan mereka di Sabah pasca PRU14 adalah bekas wakil rakyat UMNO yang dianggap sebagai pengkhianat parti oleh akar umbi UMNO. Ini adalah asas jelas mengapa UMNO tolak Bersatu.\n\nKedua, PPBM tidak jujur dalam bekerjasama. Ini terbukti semasa PRN Sabah apabila Bersatu meletakkan calon di 17 DUN untuk melawan Calon BN. Tambahan lagi, mereka pecahkan undi dengan meletakkan calon bebas yang menyokong kerajaan YAB Datuk Seri Hajiji selepas tamatnya PRN Sabah.", "Ini selepas UMNO melepaskan kerusi tradisi seperti Sulaman, Kawang, Membakut dan lain-lain yang merupakan kerusi UMNO tetapi dilepaskan kepada Bersatu. UMNO juga tidak meletakkan calon atau calon bebas.", "Ketiga, Bersatu mendaftarkan Perikatan Nasional tanpa sebarang perbincangan bersama UMNO. Sekali lagi, PPBM yang ditubuhkan untuk mengganti UMNO menubuhkan PN pula dengan tujuan yang sama, untuk mengganti Barisan Nasional.", "Bersatu tahu jika menyertai MN, tidak boleh mendominasi keputusan tanpa persetujuan anggota yang lain. Sebab itu mereka tubuhkan PN dan memikat PAS sekali. Malah pada suatu ketika parti komponen BN juga dipelawa tanpa sebarang perbincangan bersama UMNO. Bila dah bertindak begini, macam mana nak terima masuk MN?\nKeputusan PAU2021 adalah jelas. Tidak akan ada sebarang kerjasama dengan PPBM pada PRU15.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia " ]
https://umno-online.my/2022/06/13/isu-nazlan-rakyat-mahu-tahu-keputusan-peguam-negara/
[ "1. Pada 21 Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan tentang kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.", "2. Sebagaimana maklum, tuduhan penglibatan Datuk Mohd Nazlan dalam penubuhan SRC International menjadi polemik hangat yang dibahaskan secara meluas termasuk di peringkat antarabangsa mencetus kebimbangan terhadap implikasi terhadap integriti sistem kehakiman negara.\n\n3. Apatah lagi polemik tumpuan ramai ini berkait rapat dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan menjemput spekulasi atau persepsi awam, pastinya kes berprofil tinggi ini memerlukan tindakan segera pihak Peguam Negara.", "4. Untuk makluman, kes SRC membabitkan Datuk Seri Najib belum lagi berada di peringkat akhir, Mahkamah Persekutuan. Justeru itu, beliau masih tertakluk pada prinsip keadilan “innocent until proven guilty” sebagaimana yang diamalkan dalam sistem perundangan negara kita.", "5. Justeru itu, Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar pihak Peguam Negara segera bertindak lanjut berdasarkan kertas siasatan yang telah lengkap dan diserahkan SPRM pada bulan lalu. Peguam Negara perlu segera putuskan dan memaklum kepada masyarakat awam sama ada wujud kes terhadap Datuk Mohd Nazlan atau tidak supaya integriti institusi perundangan dan kehakiman negara tidak dlihat remeh.", "6. Gesaan ini adalah bertepatan dengan prinsip undang undang ‘Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti juga dilihat dilaksanakan’ selari dengan seruan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kepada Ketua Hakim Negara untuk menyegerakan kes berkenaan dan penubuhan tribunal khas bagi menyiasat sebarang salah laku dan perlanggaran etika kehakiman terhadap Hakim Dato Nazlan.", "Harap bertindak segera.", "Ikhlas,\nSyed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri\nPengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia", "**********************************************" ]
https://umno-online.my/2022/06/10/berbudi-kepada-tanah-nga-kor-ming-howard-lee-jangan-asyik-fikir-semua-duduk-di-kondo/
[ "Kenyataan YAB Menteri Besar Perak baru-baru ini berkenaan saranan kepada rakyat Perak untuk mengusahakan tanaman sayur-sayuran sendiri dan penternakan telah menjadi polemik politik oleh YB Howard Lee dan YB Nga Kor Ming. Kenyataan berkenaan diputar belit seolah-olah MB tidak berfikir panjang dan membuat lawak kononnya orang tinggal di kondo tidak ada tanah untuk bercucuk tanam ataupun menternak haiwan.", "Pertamanya, harus difahami bahawa kenyataan MB berkenaan dibuat pada program Agrofest Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) ke arah memperkasa bidang sekuriti makanan di Perak. Sebagai respons kepada soalan wartawan, MB telah menyarankan kepada rakyat Perak untuk menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini.\n\nNamun, kenyataan itu diambil seolah-oleh MB dan Kerajaan Negeri Perak tiada perancangan strategik untuk mendepani cabaran kekurangan bekalan makanan dan sekuriti makanan. Sedangkan, MB telah mengumumkan usaha Kerajaan Negeri Perak untuk membangunkan Projek Taman Agroteknologi Manong di Kuala Kangsar di kawasan seluas 40 hektar.", "Selain itu, SADC juga telah melaksanakan projek Hab Halal Perak bagi mengukuhkan lagi sekuriti makanan dan juga bakal menyediakan peluang pekerjaan setempat bagi pembangunan ekonomi rakyat Perak.", "Kedua, saranan berkenaan bukanlah lawak walaupun mungkin YB Howard dan YB Nga rasa lawak. Sejak MB menjadi Exco Kerajaan Negeri lagi, beliau giat berkempen untuk rakyat Perak mengusahakan tanaman sayur-sayuran sendiri. Pada tahun lepas, Jabatan Pertanian Perak telah membelanjakan lebih RM3 juta bagi Program Kebun Kita yang telah menyasarkan lebih 9,000 rakyat Perak. Program Kebun Kita ialah inisiatif bagi menggalakkan rakyat bercucuk tanam melalui pemberian kit tanaman dan bimbingan secara percuma.", "Bahkan, MB juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Kebun Kita ini bagi terus menggalakkan dan membudayakan rakyat di negeri itu menanam sendiri sayuran dan buah-buahan di halaman rumah.", "Ketiga, janganlah YB Howard dan YB Nga melawak. MB tiada pun cakap orang tinggal di Kondo kena tanam kangkung atau bela ayam. Sudah pastilah, logiknya saranan berkenaan adalah kepada rakyat yang tinggal di rumah bertanah. Peribahasa “berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya” dan “berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu” itu adalah warisan nenek moyang kita yang menggambarkan bahawa aktiviti pertanian pasti akan memberikan pulangan kepada kita. Hasilnya kita makan dan lebihnya boleh dijual. Bahkan budaya bercucuk tanam dan menternak haiwan ini adalah tidak asing bagi penduduk di Kampung Baru Cina.", "Sebab itulah, YB Howard dan YB Nga jangan asyik pergi kondo atau banglo mewah sahaja, selalulah turun padang tengok rakyat di bawah dan sama-sama fikir apa kita boleh bantu.", "Yang terakhir, kalau Pembangkang memang susah juga nak terima apa yang disarankan Kerajaan Negeri ini dan rasionalnya kepada ekonomi rakyat setempat, perkara yang sama juga pernah dicadangkan oleh NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer Malaysia). CAP misalnya pernah mencadangkan rakyat untuk tanam sayur sendiri bagi mengurangkan beban kenaikan harga makanan pada hujung tahun lepas. Bahkan CAP sendiri ada anjurkan Program dan Latihan Pertanian Asli atau Semula Jadi bagi menggalakkan orang ramai untuk berkebun.", "Jadi, moh YB Howard and YB Nga, kita tanam sawi!\n\nMUHAMAD IQBAL JAMAL JAMALUDIN\nKETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO\nBAHAGIAN IPOH BARAT", "************************************" ]
https://umno-online.my/2022/06/08/pendedahan-terhadap-hakim-nazlan-amat-serius-tribunal-kehakiman-wajar-dibentuk-segera/
[ "1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang berat pendedahan berkaitan Hakim YA Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali berkenaan tuduhan penglibatan beliau dalam penubuhan SRC International. Walhal beliau juga adalah hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas Dato’ Seri Najib Razak dalam kes bersabit syarikat yang sama.", "2. Kedudukan Dato’ Mohd Nazlan sebagai peguam dan setiausaha Maybank pada tahun 2006 sudah tentu memberikan akses besar kepada beliau dalam isu pentadbiran bank berkenaan. Termasuklah bagaimana wang RM42 juta iaitu sebahagian daripada RM140 juta yang dipinjamkan oleh Maybank kepada Putra Perdana Development boleh dipindahkan ke akaun Dato’ Seri Najib, yang akhirnya menjadi punca dakwaan ke atas beliau.", "", "3. Ini bertentangan dengan fakta kes bahawa kononnya RM42 juta itu datang daripada pinjaman RM4 bilion KWAP yang diluluskan ketika Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri.", "4. Pemuda UMNO juga memandang serius berkenaan siasatan SPRM ke atas wang sebanyak RM1 juta di dalam akaun Hakim Dato’ Nazlan yang telahpun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Namun, masih belum ada sebarang tindakan daripada pejabat Peguam Negara berkenaan kertas siasatan tersebut.", "5. Sudah menjadi satu amalan etika am kehakiman di seluruh dunia bahawa mana-mana Hakim yang sedang mendengar sesuatu kes, jika mendapati ia sedang berada di dalam keadaan konflik kepentingan dengan kedudukannya samada semasa atau sebelum menjadi seorang hakim, perlu mengecualikan dirinya dalam mendengar apatah lagi memutuskan kes tersebut.", "6. Lebih parah lagi jika ada sebarang cubaan untuk menyembunyikan fakta penglibatan yang terkait dengan konflik berkepentingan sejak dari awal proses penghakiman dijalankan.", "7. Semua ini sebenarnya boleh menghakis integriti badan kehakiman yang sepatutnya menjadi tunjang kepercayaan mutlak rakyat terhadap benteng utama kedaulatan undang-undang.", "8. Pemuda UMNO bertegas untuk tidak akan mempertahankan mana-mana pihak yang bersalah. Namun, kami percaya bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat telah dilaksanakan. Tidak wajar sama sekali sebarang bentuk kepincangan dalam proses mendapatkan keadilan dikompromikan.", "9. Justeru itu, Pemuda UMNO mendesak agar Ketua Hakim Negara segera bertindak dengan tegas. Di samping itu satu tribunal khas mesti diwujudkan berdasarkan peruntukan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan bagi menyiasat sebarang salah laku dan perlanggaran etika kehakiman terhadap Hakim Dato’ Nazlan serta keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh beliau terutama berkaitan kes-kes berprofil tinggi. – UMNO ONLINE", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia\n8 Jun 2022" ]
https://umno-online.my/2022/06/07/keutamaan-negara-hadapi-krisis-tingkatkan-kecekapan-awam/
[ "Negara berhadapan dengan pelbagai cabaran kebelakangan ini.", "Ekonominya menunjukkan pemulihan yang sangat perlahan. Pelaburan asing hanya sekadar iltizam di atas kertas. Krisis makanan adalah realiti yang nyata. Sistem immigrasi terus bermasalah. Kesesakan lalulintas membarah apalagi bila sistem rel semuanya semakin usang dan menua.", "Penafian bukan lagi pilihan kepada Kerajaan. BN sebagai sebahagian dari Kerajaan tidak akan lari dari tanggungjawab atas semua ini.", "Namun meletakkan segala kesalahan kepada Perdana Menteri adalah tidak wajar. Menteri-menteri terbabit wajar tampil dan menunjukkan kepimpinan.", "Namun dimana semua Menteri di kala Perdana Menteri berhadapan dengan pelbagai asakan kerana keculasan mereka dalam tanggungjawab.", "Krisis makanan bukan isu baru dan semakin meruncing semasa pandemik. Masakan Menteri dan Kementerian berkaitan tidak boleh merancang ke hadapan bagi megelakkan segala masalah ini.", "Ayam, ikan, daging, sayur-sayuran dan minyak masak menjadi mahal tetapi yang lebih membimbangkan ialah bekalan makanan tidak mencukupi.\n\nMalaysia negara membangun paling berjaya. Tetapi masakan rakyat Malaysia dalam kurun ke 21 kekurangan makanan apalagi sumber protein!.", "Ingin memperbaharui pasport mengambil masa berminggu. Ditambak Johor, ratusan ribu terpaksa beratur berjam-jam lamanya kerana kesesakan di CIQ Malaysia.", "Sedangkan semua mempunyai masa hampir dua tahun untuk menambahbaik sistem bagi kelancaran perkhidmatan sewaktu pandemik.", "Entah berapa kali lagi LRT tidak lancar berfungsi, menyukarkan ratusan ribu pekerja yang harus ke pejabat setiap hari. Kesesakan di Kuala Lumpur dan lebuhraya pula semakin menggila.", "Semuanya hanya memaparkan satu gambaran. Bahawa perkhidmatan awam di Malaysia berhadaan krisis keyakinan dan kecekapan.", "Kepada Menteri Kewangan, keutamaan negara ialah mengatasi krisis ekonomi. Keutamaan menteri nampaknya Kuala Selangor.", "Perbendaharaan negara tidak perlu menjadikan kawasan mana sekalipun anak angkat. Ini adalah dasar sasau dan keliru.", "Kepada kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam, menguatkuasakan peraturan disiplin untuk memastikan bahasa Melayu diutamakan sepenuhnya bukan keutamaan sama sekali.", "Meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam adalah apa yang negara ini perlukan pada waktu ini.", "\nMOHAMED KHALED NORDIN\nNaib Presiden UMNO " ]
https://umno-online.my/2022/06/03/solidariti-biru-bekalan-perang-menuju-pru-15/
[ "Kesetiaan dan Kestabilan\nKonvensyen BN serta Sambutan Hari Ulang Tahun BN ke 48 yang berakhir kelmarin pasti meninggalkan kesan kepada penyokong BN, parti lawan dan rakyat. Semua pemimpin utama parti komponen BN semasa ucapan menyatakan kagum dengan semangat peserta yang hadir. Melihat kepada ramai dan riak wajah sememangnya ianya berasas. Natijahnya BN telah berjaya meniupkan suatu situasi dikala negara sedang berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan dan bebanan kos sara hidup rakyat.", "Ketidakstabilan telah meragut banyak nikmat dan kejayaan yang sepatutnya dapat dicapai.\nJelas kejayaan Malaysia selama ini adalah kerana kestabilan yang wujud pada politik negara. Teras kepada kestabilan politik adalah kerana keutuhan BN. Namun keutuhan itu diuji dengan ketidaksetiaan. Daripada 13 komponen sebelum PRU 14 telah menjadi 4 selepas itu, jelas kesetiaan teruji. Begitu juga jiwa sesetengah pemimpin yang mudah disandarkan dengan jawatan dan nilai wang kebendaan sehingga sanggup membuang setia pada kamus diri. Apa jua hujah alasan yang diberikan jelas setia itu telah dibuang dan memang sesuai digelarkan dengan ‘katak politik’.\n\nKadang sedikit tak bererti lemah, banyak tak bererti kuat. Asalnya BN sebelum ini tertubuh lanjutan daripada Parti Perikatan yang mengabung tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC ketika itu hasil usaha tokoh pemimpin parti masing masing iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambatan. Bukan mudah untuk menyatukan tapi dengan kematangan dan berpandangan jauh pasti segala perbezaan dapat digembleng bersama bagi mencipta keharmonian dan kelebihan. Kelebihan yang ada itu dijadikan asas dan modal untuk membangun Malaysia sehingga sekarang ini.", "Segalanya dirobek pada PRU 14 dan diakui banyak kelemahan sendiri. Baton BN ditinggalkan di balapan tanpa mampu disambut oleh pemimpin seterusnya bagi meneruskan tradisi kepimpinan negara. Sudah tentu banyak hikmah yang didapati dan diinsafi. Hari hari sukar dihadapi dengan ramai yang sangsi, ramai yang keliru, ramai yang terburu buru tak kurang juga yang segera beralih arah tanpa mengenang, menginsafi dan bertanya diri tentang setia.", "Walau pelbagai faktor yang dikupas namun adalah lebih baik kita membicarakan dan melihat kepada kesetiaan. Kita mengakui kestabilan itu penting namun kestabilan itu terpupuk daripada pemahaman dan rasional kepentingan kesetiaan.", "Kelmarin para pejuang yang setia hadir. Hadir dengan semangat dan membawa pulang diri dengan semangat. Mereka setia pada perjuangan, rata rata mereka hadir dan berkampung di rumah agam BN UMNO iaitu WTC tersebut bagi membina semula semangat yang dirobek sejak kekalahan pada PRU 14. Jelas atas kesetiaan, semangat itu telah digarap kembali dan bergabung membentuk solidariti biru yang padu ianya diakui oleh pemimpin pemimpin komponen ketika memberi ucapan. Perhimpunan kelmarin sememangnya luar biasa dan masing masing yakin dengan semangat jentera yang ada kini boleh membawa kejayaan.\n\nSemangat mereka satu semangat mereka jitu, semangat mereka telah diperbaharu dan sedar betapa pentingnya solidariti biru. Semangat ini diyakini lebih bermakna dan lebih ampuh berbanding sebelum ini.", "Negara Perlu Diletakkan Di Landasan Sepatutnya & BN Harapan Rakyat ", "Kekalahan BN pada PRU 14 bukan semata atas pilihan rakyat, sekali lagi ianya disebabkan oleh ketidaksetiaan pemimpin. BN gagal mendapat majoriti mudah namun jika semua pemimpin setia, tidak mudah kerajaan PH 22 bulan terbentuk. Mungkin yang wujud adalah kerajaan campuran. Rakyat ketika itu sememangnya berkehendakkan perubahan dan jelas pilihan rakyat, ramai yang tidak setia sebagai pengundi BN lagi. Rakyat tidak boleh dipersalahkan atas pilihan bukan kepada BN. PH ketika itu berjaya menambat hati pengundi dengan pelbagai strategi, helah serta memanfaatkan sebaiknya media sosial yang ada. Walau BN keseluruhan harus dipersalahkan baik kepimpinan dan bawahan, namun salah menyalah tidak akan mengubah keadaan sebaliknya insaf serta berusaha perbaiki kelemahan yang ada sahaja mampu merubah keadaan pada masa hadapan.", "Timbalan Pengerusi BN YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan kelmarin telah mengingatkan seluruh keluarga BN agar tidak melakukan kesilapan yang sama sebaliknya terus agresif menangkis dakyah dan manipulasi lawan tanpa perlu tunggu ketika peperangan dan ianya perlu berterusan.", "Sudah tentu rakyat mahukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang dinikmati ketika PRU 14. Namun perubahan baik yang diidam, perubahan diadun dendam pula yang dilaksanakan. Banyak perancangan kerajaan BN sebelumnya diketepikan, aset aset dijual kononnya untuk menyelesaikan hutang yang akhirnya pelbagai kerosakan berlaku sehingga Perdana Menteri yang mengepalai kelompok PH itu dengan sendirinya mengundur diri.", "Perdana Menteri yang menggantikan pun asalnya daripada kelompok PH yang juga tidak bertahan lama kerana ahli ahli parlimen yang membentuk kerajaan bukanlah mereka yang menjadikan setia sebagai pegangan. Bila tidak setia tiadalah kejujuran. Berkuasa dan menggunakan kuasa tanpa jujur menyebabkan apa cara boleh dilakukan asal kekal berkuasa termasuk menggantung perlembagaan. Kesan parahnya berganda kerana ketika itu Pandemik Covid 19 melanda negara.", "Walau kelompok dua perdana menteri masih mahu berkuasa mereka akui dan sedar perlunya kerjasama dengan pemimpin pemimpin BN kerana yakin dengan kemampuan untuk mentadbir berdasarkan rekod dan kelayakan pemimpin itu sendiri. Hasilnya kerajaan semasa yang wujud lebih stabil dan baik berbanding sebelumnya namun tidak mampu meletakkan Malaysia di landasan yang sepatutnya, jelas ianya sukar. Bagaimana ingin membuat dua perkara di dalam satu masa iaitu membaiki dan mengemudi ianya ditambah lagi BN hanya menguasai 34% daripada kerajaan yang majoritinya masih beridealogi kerajaan yang merosak dan gagal.\n\nKesannya adalah kepada rakyat, kelompok kepimpinan itu sendiri sudah tentu memberikan kesan nyata keseluruhan. Majoriti rakyat sudah sedar, majoriti rakyat juga mahukan perubahan dan mesej itu telah diberikan pada PRK PRK dan PRN PRN yang berlaku. BN harus berubah dan melakukan penyesuaian selari dengan aspirasi rakyat dan persekitaran semasa. Seperti kata Bossku YB Dato’ Sri Najib Razak rakyat adalah “king”, jelas rakyat perlu dijadikan tumpuan. BN perlu menjadikan hanya BN pilihan mutlak untuk rakyat Malaysia.", "Pengerusi BN Cekal Memimpin ", "YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi sememangnya seorang pemimpin yang cukup cekal walau diasak, diugut dan diheret ke mahkamah pun beliau masih teguh berdiri memimpin BN ke landasan yang sepatutnya. Tuduhan kepada beliau yang kononnya beliau mahu menjadi Perdana Menteri atau pun menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi kerajaan menarik tuduhan terhadapnya ternyata meleset.", "Keputusan sebulat suara Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menamakan\nPerdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika BN memenangi PRU 15 sememangnya disambut baik secara konsisten oleh komponen BN. Kelmarin Presiden MCA YB Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut dan ianya mengukuhkan lagi solidariti BN dan memudahkan kerja keseluruhan keluarga BN.", "Jelas bahawa YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi seorang pemimpin yang selayaknya dinobatkan sebagai hero kerana menjaga parti daripada kekalahan sehingga kukuh dan memimpin bukan untuk kepentingan diri. Gabungan serta hubungan akrab bersama pimpinan utama UMNO BN terutamanya Timbalan Pengerusi BN memantulkan banyak serangan lawan. Jika tekanan terhadap dirinya mahu dilepaskan beliau boleh menggunakan menteri menteri kabinet mahupun Perdana Menteri sendiri bagi melepaskan kes mahkamah yang beliau sedang hadapi tapi beliau memilih untuk melawan segala tuduhan berunsur politik dan terpilih itu di mahkamah. Lama kelamaan anasir tak baik yang menutup kebenaran pasti akan tersingkap. Setia, cekal serta sayangkan parti dan rakyat pasti tidak terbalas jasa beliau kepada parti.", "Seluruh keluarga BN harus mengambil iktibar kekalahan BN tempoh hari dan serangan yang berlaku masih bermodus operandi yang sama. Pemimpin nombor satu diserang dan dijatuhkan dahulu untuk meranapkan parti.", "Tonik Buat Pahlawan Perang BN ", "Konvensyen BN yang berlangsung pasti suatu konvensyen atau perkumpulan besar membabitkan pimpinan serta penyokong BN terakhir sebelum berlakunya Pilihanraya Umum ke 15. Peserta hadir dengan semangat dan membawa bekalan berperang yang cukup lengkap diberikan oleh para pemimpin ketika berucap. Dimulai dengan Timbalan Pengerusi BN yang memberikan lima perkara penting iaitu idea, kesepakatan, politik bermoral, “intergenerational” iaitu terangkum dan berstrategi bukan imaginasi berdasarkan maklumat. Bossku YB Dato’ Sri Najib Razak pula seolah mengadakan kelas ulangkaji kepada seluruh peserta tentang apa yang telah dibuat oleh PH dan PN. Kemudian disusuli sebelah petang ucapan daripada semua presiden presiden parti komponen yang konsisten dan dengan komitmen menyeru kepada suatu permuafakatan biru.", "Semuanya telah sempurna dilengkapkan dan riak pahlawan seolah sudah bersedia untuk diarahkan ke medan pada bila bila masa. Selain itu pengukuhan hubungan dengan parti politik di Sarawak dilihat melalui peserta forum yang diadakan. Parti yang memeritah Sarawak adalah rakan strategik BN dan hubungan yang telah termeterai lama itu sememangnya akrab. Dua sesi forum yang diadakan menggadun pelbagai latar panelis mewakili pelbagai kaum, parti komponen termasuk Sabah dan Sarawak itu patut diberikan pujian.", "Ikrar daripada enam parti Friends of BN untuk bersama membantu dan memastikan kemenangan BN pada PRU 15 menambah keutuhan sedia ada.", "Enam pemimpin parti Friends of BN, Barisan Kemajuan India SeMalaysia, Kongres India Muslim Malaysia,\nParti Makkal Sakti Malaysia, Parti Bersatu India Malaysia, Parti Cinta Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia.", "Kehadiran duta duta dari pelbagai negara pada majlis sambutan itu menampakkan keyakinan mereka kepada usaha BN mengukuhkan parti serta negara. Pengukuhan itu penting demi manfaat global bersama.\n\nPahlawan BN telah bersedia, mereka telah dilengkapkan dengan segalanya. Latihan juga telah dilalui hanya menunggu detik masa pada bila bila masa sahaja. Begitu juga tentang calon. Calon menjadi produk yang hendak ditawarkan kepada pengundi. Untuk memastikan produk produk itu diterima pasti pucuk pimpinan telah belajar daripada apa yang telah dilalui. Tidak dinafi kesilapan meletakkan calon boleh menimbulkan masalah kepada parti. Baik dari segi dalaman mahupun menarik pengundi namun diyakini pimpinan mampu menguruskannya. PRK PRK dan PRN PRN yang telah dilalui pasti telah mematangkan permuafakatan dan diri.", "Bila PRU 15? ", "Bila PRU 15 seolah sudah menjadi suatu teka teki. Polemik PRU 15 ni sedar tak sedar sebenarnya telah didendang sejak dua tahun lalu. Polemik PRU ini timbul kerana ianya adalah solusi pilihan terbaik kepada permasalahan yang dihadapi negara. Pilihan perundingan dan permuafakatan ahli ahli politik yang pelbagai latar idealogi serta matlamat hanya menangguh penyelesaian sebenar kepada masalah. Ternyata yang rugi adalah keseluruhan negara, sengsaranya adalah kepada rakyat.", "Petunjuk petunjuk telah diberikan, komitmen juga telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri selaku individu yang akan mengusulkan tarikh yang sesuai kepada DYMM SPB YDP Agong. Mandat juga telah diperolehi daripada pimpinan tertinggi parti, kebijaksanan PM diyakini. Yang nyata jika tempoh penggal diambil kira ianya tidak sampai setahun namun jika “mood” semasa diambil kira ianya perlu dalam sehari dua. Pokoknya ianya tidak boleh dibolak balik lagi kerana PRU 15 adalah satu satunya solusi terhadap permasalahan yang berlaku kini. Ianya perlu segera kerana melanjutkan tempoh kuasa juga bermakna melanjutkan derita yang ditanggung rakyat. Situasi dunia sangat dinamik dan mendesak wujudnya sebuah kerajaan yang kukuh dan mampu berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan pasti prasyaratnya adalah kestabilan.", "Kita Pilih Biru!\nKita Pilih Dacing!\nKita Pilih Barisan Nasional!", "NORMAN SAPAR\nJohor Bahru\n\n********************************************************" ]
https://umno-online.my/2022/06/01/konvensyen-bn-ucapan-pengerusi-bn-dr-ahmad-zahid-hamidi/
[ "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh\nSalam sejahtera dan selamat petang", "Yang Berhormat Dato’ Seri Utama, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.\nYang Berhormat Presiden MCA\nYang Berbahagia Presiden MIC\nYang Berbahagia Presiden PBRS\nYang Berhormat dan Yang Berbahagia Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional", "Yang Berhormat Setiausaha Agung Barisan Nasional.\nYang Berhormat Bendahari Agung Barisan Nasional.", "Yang Berhormat Ketua Wanita Barisan Nasional.\nYang Berbahagia Ketua Pemuda Barisan Nasional.\nYang Berbahagia Ketua Puteri Barisan Nasional.", "Presiden Parti-Parti Bergabung Barisan Nasional:\nYang Berbahagia Presiden KIMMA\nYang Berbahagia Presiden IPF\nYang Berbahagia Presiden Makkal Sakti\nYang Berbahagia Presiden Parti Cinta Malaysia\nYang Berbahagia Presiden Malaysian Indian United Party\nYang Berbahagia Presiden Parti Punjabi Malaysia.", "Yang Berhormat dan Yang Berbahagia Pengerusi Barisan Nasional Negeri-Negeri.", "Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Jawatankuasa Pusat UMNO, MCA, MIC dan PBRS.", "Exco Wanita UMNO, MCA, MIC, PBRS Malaysia\nExco Pemuda UMNO, MCA. MIC, PBRS Malaysia\nExco Puteri UMNO dan MIC Malaysia", "Exco-Exco Wanita dan Pemuda KIMMA, IPF, Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia, Malaysian Indian United Party dan Parti Punjabi Malaysia.", "Ketua-Ketua Bahagian UMNO, MCA, MIC dan PBRS dari seluruh negara.", "Saudara-saudari yang saya hormati sekalian.\n\nMukadimah\n1.\tSebagai pembuka bicara, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Yang Maha Esa, bersempena sambutan ulang tahun Barisan Nasional Ke-48. Perhimpunan ini menjadi bukti bahawa Barisan Nasional masih kukuh dan kita ingin memberikan isyarat yang jelas bahawa kita sudah bersedia untuk memimpin Malaysia semula. ", "2.\tTerima kasih saya rakamkan kepada semua pimpinan parti-parti komponen dan parti-parti bergabung Barisan Nasional di semua peringkat yang datang dari seluruh negara ke konvensyen pada petang ini. Sesungguhnya komitmen yang ditunjukkan adalah manifestasi kesiap-siagaan kita untuk menjulang kembali Barisan Nasional, sebagai parti harapan untuk Malaysia bangkit semula.", "3.\tPada kesempatan ini, buat rakan-rakan kita di Sabah Selamat menyambut Pesta Keamatan dan rakan-rakan di Sarawak, Selamat menyambut Hari Gawai.", "4.\tTurut hadir dalam Konvensyen Barisan Nasional kali ini adalah wakil-wakil daripada beberapa Kedutaan negara luar. Izinkan saya untuk mengalu-alukan dan meraikan kehadiran mereka.", "Distinguished Ladies and Gentlemen,\n5.\tWe are deeply honoured to have top diplomats with us today. Let us give them a round of applause.", "6.\tWelcome Your Excellencies High Commissioners, Ambassadors and Head of Missions. As Chairman of Barisan Nasional (National Front), I wish to assure you of the efforts we have been undertaking over the past few years to ensure that Barisan National will come back stronger in the next election and put Malaysia back on the right track. Political stability, which Malaysia has clearly lost in these past few years will be our utmost priority. For diplomatic normalcy, BN is giving you this assurance.", "7.\tWe believe that policy reform is a crucial catalyst for Malaysia’s business environment which has been long anticipated. We do observe that many multinational companies are currently weighing their global strategies, and actively looking at fresh incentives. We are looking forward for a better future, for all.", "8.\tWe have been receiving constant messages from the international communities informing us of their hope for BN to return and form the central government again. They missed a stable Malaysia, which used to be the land of opportunities for them to visit and invest.", "MUHASABAH & FORMULA BARISAN NASIONAL", "Saudara-saudari sekalian\n9.\tBarisan Nasional yang terbentuk sejak 48 tahun lalu, merupakan kesinambungan perjuangan yang telah diasaskan melalui Parti Perikatan sejak tahun 1953. Parti Perikatan yang diteruskan melalui Barisan Nasional memimpin kerajaan selama 62 tahun, sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah rakyat membuat keputusan memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.", "10.\tTerputusnya rantai pemerintahan negara daripada tangan Barisan Nasional, empat tahun lalu memberikan natijah dan hikmah yang amat besar kepada Barisan Nasional dan rakyat. Hikmah buat Barisan Nasional ekoran kekalahan pada PRU-14, memberi ruang kepada parti untuk melakukan introspeksi atau muhasabah diri, atas kelemahan dan kekurangan yang ada serta merencana kembali pendekatan untuk bangkit semula.", "11.\tHikmah buat rakyat, ia telah memberi peluang untuk menilai kemampuan sebenar parti-parti yang dipilih membentuk kerajaan. Negara buat pertama kali menyaksikan, sejak empat tahun lalu, tiga kerajaan dan tiga Perdana Menteri bertukar ganti.", "12.\tBermula dengan kerajaan PH (Pakatan Harapan), rakyat dijanjikan pelbagai janji bulan bintang dengan slogan ‘Malaysia Baharu’, sehinggakan akar-akar yang menjadi asas pembinaan negara bangsa cuba dirobek dan dirungkaikan. Mandat rakyat dipermainkan, malah pentadbiran berasaskan dendam lebih banyak dihabiskan untuk mencari salah dan memadamkan legasi BN berbanding memfokuskan kesejahteraan rakyat.", "13.\tJatuh PH apabila Perdana Menteri mereka sendiri meletakkan jawatan, Kerajaan Perikatan Nasional yang sinonim dengan ‘kerajaan gagal’ pula mengambil alih, sehingga akhirnya membawa kepada peralihan kepimpinan negara buat kali ketiga yang diterajui oleh wakil daripada parti Barisan Nasional sebagai Perdana Menteri. Namun kerajaan campuran yang dibentuk dengan ihsan pembangkang pastinya tidak akan mampu bertahan lantaran terpaksa melayani pelbagai karenah tuntutan dan kepentingan parti-parti yang punya kerencaman tujuan dan matlamat.\n\n14.\tBoleh disimpulkan, kesan daripada PRU-14 yang lalu, negara tidak pernah lagi merasai suasana kestabilan sebagaimana zaman BN memerintah atas beberapa faktor berikut:", "i.\tKeghairahan untuk menawarkan Malaysia Baharu dengan merungkaikan asas toleransi pelbagai kaum dengan cubaan merobek sifat keindukan Bumiputera Melayu Islam dalam kemajmukan;", "ii.\tPendekatan Malaysia Baharu untuk mewujudkan kesamarataan menggantikan prinsip kesaksamaan yang digagaskan BN telah melebarkan lagi jurang hingga mencetuskan kegusaran dan menajamkan prejudis hingga menggugat keharmonian; dan", "iii.\tFormula Malaysia Baharu yang kononnya mahu diterjemahkan melalui tadbir urus yang baik dan sifat ketelusan rupanya indah khabar dari rupa. Kuasa yang dimandatkan rakyat dieksploitasi sepenuhnya untuk membunuh seteru politik, bahkan cubaan memadamkan segala legasinya termasuklah memanipulasikan institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang. Malah tergamak memandulkan institusi parlimen untuk kekal berkuasa. Tiadanya kesetiaan kepada apa yang disepakati oleh para pembina negara dahulu, mengakibatkan kesusilaan semakin pudar.", "15.\tSehubungan itu, apa yang kita lalui selama hampir 4 tahun ini, meyakinkan kita bahawa hanya acuan Barisan Nasional sahaja yang mampu mencipta kestabilan. Kita harus kembalikan “Malaysia Asal’ bukan retorik ‘Malaysia Baharu’ yang ternyata gagal.", "16.\tMalaysia Asal atau The Original Malaysia yang dimaksudkan adalah berpandukan formula BN yang digagaskan oleh ‘our forefathers’ yang telahpun dipaterikan melalui Perlembagaan Persekutuan dan diperkasakan lagi melalui Rukun Negara dan pelbagai dasar-dasar berteraskan prinsip TOLERANSI dan KESETIAAN yang tinggi dikalangan rakyat berbilang kaum. ", "17.\tBN beriltizam untuk mengembalikan acuan Malaysia yang Asal, namun dengan penambahbaikan bagi memperbaiki segala kelemahan dan menjernihkan segala keterlanjuran lalu, termasuklah dengan agenda pembaharuan institusi agar prinsip tadbir urus yang baik (good governance), ketelusan (transparency) dan pembasmian segala bentuk penyimpangan dan rasuah. ", "HALA TUJU DAN MEWAJAHKAN SEMULA BARISAN NASIONAL", "Saudara saudari sekalian\n18.\tRakyat hakikatnya sudah cemuh dengan hipokrasi politiking yang menyaksikan negara menjadi tidak stabil, kehidupan mereka makin sengsara malah pencapaian ekonomi yang makin jauh ketinggalan berbanding dengan banyak negara-negara tetangga. Rakyat mahu BN kembali namun dengan wajah yang baharu!", "19.\tIni dapat disaksikan dengan kepercayaan diberikan rakyat melalui siri-siri kemenangan di tujuh Pilihan Raya Kecil yang bermula di Cameron Highlands, hinggalah apabila kita berjaya membentuk kerajaan negeri Sabah dengan parti individu terbesar (single largest party), menang dengan majoriti besar ¾ di Piliharaya Negeri Melaka serta menang 2/3 di PRN Johor.", "20.\tKebangkitan semula BN ini, saya yakin dan percaya kerana rakyat cukup bijaksana menilai dan amat memahami makna KESETIAAN DAN KESTABILAN selepas melalui tempoh 4 tahun dengan 3 bentuk kerajaan yang cacamarba. Hanya melalui kesetiaan dan kestabilan sahajalah mampu memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang dilimpahi dengan kemakmuran dan kesejahteraan.", "21.\tJusteru dengan tawaran kesetiaan dan kestabilan, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk MEWAJAHKAN SEMULA BARISAN NASIONAL tanpa sesekali memudarkan formula asas BN yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, prinsip kesederhanaan (moderation), toleransi, dan integrasi di samping nilai moral dan etika yang tinggi.", "22.\tBergerak ke hadapan dalam usaha mengembalikan Malaysia yang asal, Barisan Nasional perlu melakukan anjakan paradigma dengan proses pengislahan dalaman dan membuat tawaran yang dapat meneruskan keterujaan rakyat untuk kembali memberikan sokongan.", "i.\tPertama, di peringkat dalaman, Barisan Nasional mesti bersedia untuk keluar daripada kerangka lama dari segi formula pengagihan kerusi dalam menghadapi PRU ke-15;\nSementara kita sentiasa bertoleransi untuk memastikan wakil-wakil komponen dalam membentuk kerajaan yang majmuk, formula yang saya perkenalkan dalam 2 PRN terkini iaitu prinsip WALI (Winnable, Acceptable and Likeable) ternyata menggamit keyakinan rakyat kepada BN. Prinsip WALI ini akan diteruskan dengan mengambil kira potensi, kebolehmenangan, demografi dan situasi politik semasa di setiap kawasan dalam rangka pengagihan kerusi di kalangan komponen BN.", "ii.\tKedua, menampilkan lebih ramai muka-muka baharu sebagai wajah hadapan Barisan Nasional. Kita telah membuktikan 87% muka baharu di Melaka dan 79% di Johor telah menangkap imaginasi pengundi untuk kembali bersama Barisan Nasional.\nBerdasarkan rekod di Pilihan Raya Umum Negeri Melaka dan Johor baru-baru ini, di kawasan muka-muka baharu yang ditampilkan, kita menang di semua saluran muda termasuk saluran pengundi baharu berumur 18-25 tahun.", "iii.\tKetiga, Barisan Nasional mesti bersifat inklusif dan lebih terbuka. Demi memastikan negara stabil dan rakyat sejahtera, BN perlu terbuka untuk menjalinkan kerjasama mahupun menerima sesiapa sahaja, selagi mana mereka menerima prinsip BN yang berteraskan kesederhanaan, yang berpaksikan kepada keikhlasan untuk membela rakyat dan kesetiaan kepada segala pasak negara.", "iv.\tKeempat, menawarkan agenda pembaharuan dan pembaikan (islah dan reform) bagi memperkasakan lagi tata kelola, tadbir urus dan ketelusan dalam pentadbiran. ", "Ini juga termasuklah memastikan institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang tidak lagi dicemari dengan agenda untuk membunuh seteru politik sebagaimana yang berlaku di zaman PH seperti mengeksploitasi institusi Peguam Negara dan SPRM, sehinggakan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM juga daripada kalangan pemimpin politik.", "Semua ini perlu dijamin agar tidak lagi berulang. Menjadi kerajaan bukan bermakna menjadikan institusi negara sebagai perkakasan. Sebaliknya menjadi kerajaan adalah seperti mana Barisan Nasional bergerak ke hadapan, membangunkan kapasiti negara, memakmurkan ekonomi untuk agihan tanpa mengira kaum, mewujudkan peluang untuk anak-anak Malaysia melebarkan usaha, membina upaya anak-anak muda agar mereka lebih berdaya saing.", "v.\tKelima, mengembalikan ekonomi Malaysia ke landasan asal untuk menjadi Negara yang maju berpendapatan tinggi dengan matlamat menjadikan negara sebagai destinasi utama pelaburan rantau Asia Tenggara, agihan ekonomi yang saksama, memperhebatkan pelbagai bantuan kepada rakyat berasaskan orientasi ‘need-based’ dan bukannya ‘race-based’, pengurusan ekonomi yang mapan, lebih telus dan berpandukan tadbir urus yang baik dan bagi merancakkan kembali pertumbuhan.\nBarisan Nasional memiliki pengalaman dan kepakaran untuk digembleng bagi menyusun balik usaha-usaha memacu ekonomi dan membantu rakyat yang kini sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan yang meningkat amat mendadak. Ini termasuklah pengalaman kita menguruskan ekonomi dalam pelbagai zaman kegawatan dan krisis ekonomi yang hebat.\n\nPILIHAN RAYA UMUM KE-15", "Saudara-saudari sekalian\n23.\tDengan tekad untuk mewajahkan semula Barisan Nasional itu, kita perlu membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Walaupun ada yang mahukan kepastian bilakah pilihanraya berkenaan akan diadakan, biarlah saya dan Perdana Menteri berbincang bagi menentukan jeda waktu yang terbaik untuk kita menghadapi PRU-15.", "24.\tPRU ke-14 sudah lebih empat tahun berlalu. Ertinya PRU ke-15 boleh berlangsung pada bila-bila masa. BN tidak boleh leka. Segala persiapan menghadapi PRU seharusnya sudah mencapai tahap tertinggi. Dan saya benar-benar berharap, semua komponen BN harus lebih banyak terlibat dalam kerja-kerja teknikal pilihan raya. Kita perlu bekerja dan bersedia untuk menang. ", "25.\tSeperti yang pernah diungkapkan oleh Sun Tzu:\n“Victorious warriors win first and then go to war, while defeated warriors go to war first and seek to win”.\nMaksudnya: Pahlawan yang menang dalam mana-mana peperangan memasuki medan perang setelah membuat persiapan yang rapi untuk menang sehingga mereka yakin dengan kemenangan, sedangkan pahlawan yang kalah akan memasuki medan peperangan tanpa persediaan, tetapi mengharapkan kemenangan.", "26.\tJusteru, sebagai pemimpin dan anggota parti, tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk membuat persiapan. Perkemaskan jentera di peringkat akar umbi. Jalankan usaha untuk mengukur tahap sokongan rakyat di kawasan Parlimen, DUN dan PDM masing-masing.", "27.\tDi peringkat kepimpinan, selepas Perhimpunan kita hari ini, bermula pertengahan Jun 2022, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional akan mengetuai pasukan kerja pusat untuk mula turun ke Negeri-Negeri bagi meninjau persiapan jentera.", "28.\tSaya mahu Jawatankuasa Pilihan Raya Barisan Nasional di setiap peringkat diaktifkan segera.", "29.\tTanamkan dalam pemikiran dan tindakan kita mulai sekarang, yang bertanding adalah Barisan Nasional, bukan UMNO, bukan MCA, bukan MIC, dan bukan PBRS, waima jika ada peluang untuk parti-parti bergabung, mereka juga membawa wajah dan wadah Barisan Nasional.", "30.\tGerakkan kita adalah gerakkan biru. Lambang kita adalah satu, Dacing yang menjadi lambang neraca kesetiaan dan kestabilan, lambang kemakmuran dan kesejahteraan.", "31.\tDengan harapan itu, ayuh kita bulatkan tekad, tetapkan pendirian bahawa yang paling utama adalah Barisan Nasional; yang harus dimenangkan adalah Barisan Nasional; yang akan menjadi sandaran rakyat adalah Barisan Nasional.", "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN BARISAN NASIONAL KE-48. ", "Sekian, terima kasih\nWabilahhi tawfiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" ]
https://umno-online.my/2022/06/01/konvensyen-bn-ucapan-pm-ismail-sabri/
[ "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,\nSalam Sejahtera dan Salam Keluarga Barisan Nasional.", "1. Saya menzahirkan sekalung budi dan penghargaan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri, bagi menerajui tampuk kepimpinan negara pada 21 Ogos 2021 yang lalu.", "2. Terima kasih juga kepada semua parti komponen kerana menyokong saya sebagai ‘poster boy’ dan sekali gus, sebagai calon Perdana Menteri ke-10 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sepertimana yang telah diputuskan sebulat suara oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan direstui oleh semua parti komponen Barisan Nasional.", "3. Amanah yang diberikan ini bukanlah mudah. Ia merupakan tanggungjawab yang berat. Bukan hanya untuk saya tetapi dipikul bersama anggota Barisan Nasional.", "4. Jatuh bangun dan kalah menang parti kita bergantung atas kebersamaan, bak kata pepatah; Terapung sama hanyut, terendam sama basah.", "5. Barisan Nasional telah melalui sejarah yang panjang. Penubuhannya bermula pada 1 Januari 1973 dan didaftarkan pada 1 Jun 1974. Barisan Nasional adalah sebuah parti yang sarat dengan pengalaman dalam perjuangan politik tanah air.", "6. Sejak itu, Barisan Nasional memenangi setiap PRU dengan cemerlangnya, kecuali pada PRU-14. Oleh itu, kita perlu mengangkat semula martabat Barisan Nasional sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa.", "7. Di kesempatan ini, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional ke-48. Kita sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Barisan Nasional terdahulu yang telah banyak berjasa kepada parti dan negara.", "", "Keluarga Barisan Nasional yang saya kasihi,", "8. Agenda Keluarga Malaysia yang saya gagaskan adalah selari dengan konsep permuafakatan dan perkongsian kuasa Barisan Nasional – yang dalamnya terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.", "9. Gandingan Barisan Nasional sebati dengan DNA Keluarga Malaysia. Konsep inilah yang menjamin kestabilan parti kita. Marilah kita terus bersama-sama memperkasakan Keluarga Barisan Nasional bagi menghadapi PRU-15.", "10. Berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri, jelas rakyat kembali memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional. Ini membuktikan kita mampu menawarkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan negara.", "11. Walaupun pada penilaian kita, rakyat sudah kembali kepada Barisan Nasional, kita tidak boleh merasa selesa kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk memenangi hati rakyat, bagi menjamin kejayaan dalam PRU-15.", "12. Kekalahan PRU-14 adalah satu detik hitam yang memberi pengajaran paling bernilai kepada kita. Tragedi pada tahun 2018 itu, menyaksikan perubahan landskap politik negara. Buat pertama kali selepas lebih 60 tahun mentadbir, Barisan Nasional gagal mengekalkan kuasa.", "13. Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu, dalam menghadapi PRU-15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang, bagi mengekalkan rentak kemenangan yang telah kita capai mutakhir ini.", "Keluarga Barisan Nasional yang saya kasihi,\n\n14. Kini negara berada dalam fasa peralihan ke endemik. Selepas 2 tahun kita berhari raya dalam suasana PKP, Alhamdulillah, Aidilfitri tahun ini kita meraikannya bersama ahli keluarga tercinta. Maka, jaminan saya sambutan semua perayaan Keluarga Malaysia yang akan datang dapat dirayakan dengan penuh makna.", "15. Permasalahan rakyat sebenarnya sentiasa berada dalam pemikiran saya. Saya sedar, sejak negara dilanda pandemik COVID-19, kehidupan rakyat telah terhimpit, dan sekarang, kita dalam fasa pemulihan.", "16. Baru-baru ini terdapat laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkaitan harga barangan yang terus meningkat, kedudukan nilai matawang ringgit, serta prospek pemulihan ekonomi negara.", "17. Sebagai ekonomi yang terbuka dengan nilai keseluruhan perdagangan luar merangkumi hampir 120% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami kesan ketegangan geopolitik dan perubahan iklim dunia.", "18. Sekiranya konflik Russia-Ukraine berterusan, ia akan memberi implikasi kepada komoditi dan turut memberi kesan kepada harga barang. Tindakan beberapa negara menghentikan eksport makanan seperti India dan Indonesia, juga akan memburukkan lagi keadaan.", "19. Namun, ketahuilah bahawa Kerajaan sentiasa memantau keadaan ini dan terus komited dalam melaksanakan langkah proaktif melalui pengubahsuaian dasar-dasar tertentu, seiring dengan perubahan senario ekonomi global, yang lazimnya di luar kawalan kita.\n\n20. Alhamdulillah, selepas ekonomi negara tumbuh sebanyak 3.6% pada suku keempat 2021, momentum ini terus dikekalkan sepanjang suku pertama 2022, iaitu sebanyak 5%. Ini telah disokong oleh peningkatan permintaan dalam dan luar negara, serta pemulihan pasaran buruh.", "21. Sokongan dasar Kerajaan yang berterusan, terutamanya melalui inisiatif di bawah Bajet 2022 yang mengembang serta langkah yang giat dilaksanakan sejak awal tahun, telah menyumbang kepada kejayaan ini.", "22. Sepanjang suku pertama 2022, kita dapat lihat KDNK bulanan berkembang secara berterusan pada kadar 4.3% pada Januari, 5.2% pada Februari dan 5.4% pada Mac. Melangkah ke hadapan, ekonomi negara dijangka terus menunjukkan trend pertumbuhan susulan:", "i. Pemulihan pasaran buruh yang berterusan, dengan kadar pengangguran pada 4.1% pada bulan April 2022;", "ii. Keyakinan perniagaan yang semakin meningkat selari dengan penggunaan isi rumah yang kukuh. Indeks Sentimen Pengguna (CSI) meningkat kepada 108.9 mata pada suku pertama 2022 (berbanding pada suku keempat 2021 sebanyak 97.2 mata), manakala Statistik Kecenderungan Perniagaan telah merekodkan indikator keyakinan sebanyak 7.6% (berbanding pada suku keempat 2021 sebanyak -0.3%); dan", "iii. Peningkatan nilai jualan sektor pembuatan sebanyak 13.9% kepada RM144.6 bilion, serta jualan perdagangan borong dan runcit yang berkembang sebanyak 9.8% kepada RM123.8 bilion pada Mac 2022.", "23. Selain itu, keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap prospek pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara kekal teguh. Tidak kira dari sudut pelaburan langsung asing bersih, perdagangan luar, mahupun pelaburan di pasaran saham, keyakinan tersebut jelas digambarkan baru-baru ini.", "24. Sebagai contoh, sepanjang suku pertama 2022, pelaburan langsung asing bersih meningkat kepada RM24.4 bilion berbanding RM18.4 bilion pada suku keempat tahun lalu. Jumlah perdagangan luar berkembang sebanyak 23.6% kepada RM624.9 bilion, manakala aliran masuk bersih dana asing kekal konsisten dengan jumlah RM7.4 bilion setakat ini.", "25. Bursa Malaysia juga telah mendahului bursa-bursa lain di rantau ini dengan penyenaraian awam baharu, atau IPO berjumlah 362 juta Dolar AS.", "Keluarga Barisan Nasional yang saya kasihi,", "26. Alhamdulillah, pada tahun ini ekonomi negara dijangka akan terus berkembang dengan pesat. Peralihan fasa ke endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April lalu, telah meningkatkan ketibaan pelancong. Ia turut menambah baik aktiviti perdagangan dan perniagaan, seterusnya memacu pemulihan yang kukuh dalam sektor perkhidmatan.", "27. Selain itu, pengeluaran khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah merancakkan penggunaan isi rumah dan terus membantu pemulihan ekonomi.", "28. Bajet 2022 yang mengembang dan penyambungan semula projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi akan membantu mengekalkan pertumbuhan, disokong oleh pelaksanaan program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.\n\n29. Dengan permintaan luar yang kukuh daripada rakan dagangan utama, ekonomi negara dijangka berada di landasan untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 5.3% hingga 6.3% pada 2022. Ini seiring dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, iaitu masing-masing sebanyak 5.75% dan 5.5%.", "30. Namun begitu, Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini yang berpotensi menjadi risiko kepada pertumbuhan. Sebagai contoh, ketegangan geopolitik telah mengakibatkan tekanan ekonomi dalam pelbagai aspek, terutamanya peningkatan dalam inflasi global berikutan harga komoditi yang terus meningkat.", "31. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), inflasi akan meningkat sebanyak 5.7% bagi ekonomi maju dan 8.7% bagi negara-negara membangun. Inflasi Malaysia dijangka berada antara 2.2% dan 3.2% tahun ini (berbanding tahun 2021 iaitu 2.5%), ia sejajar dengan unjuran IMF sebanyak 3.0%, nilai yang paling rendah di kalangan negara ASEAN.", "32. Ini merupakan hasil pendekatan Kerajaan dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga barangan, melalui pelbagai subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.", "33. Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan terus memantau perkembangan pelbagai risiko ekonomi dan memastikan keberkesanan keputusan dasar dalam mengurus kejutan luar, yang boleh memberi kesan ke atas kesejahteraan Keluarga Malaysia.", "34. Saya memberi jaminan, keutamaan Kerajaan dalam jangka masa sederhana adalah untuk melaksanakan pembaharuan struktural yang akan meningkatkan potensi, daya tahan dan prospek ekonomi negara serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.", "35. Secara keseluruhan, langkah dan komitmen Kerajaan ini akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif untuk seluruh Keluarga Malaysia.", "Keluarga Barisan Nasional yang saya kasihi,", "36. Kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan membatalkan kelulusan kuota import (AP) makanan. Ini bagi mengatasi kekurangan bekalan makanan di pasaran. Usaha ini juga bertujuan untuk menstabilkan bekalan dan menyekat manipulasi harga barangan oleh orang tengah.", "37. Kerajaan akan memperkenalkan kembali Jihad Memerangi Orang Tengah yang telah saya laksanakan sewaktu menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2014. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberikan tanggungjawab untuk mengetuai Jihad Memerangi Orang Tengah ini.", "38. Bagi menjamin sumber makanan mencukupi untuk keperluan Keluarga Malaysia, kerajaan juga telah memperkenalkan satu Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025.", "39. Kerajaan telah menaikkan gaji minimum daripada RM1200 sebulan kepada RM1500 sebulan bertujuan untuk meringankan beban Keluarga Malaysia.\n\nKeluarga Barisan Nasional yang saya kasihi,", "40. Kerajaan Keluarga Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam tempoh yang mencabar akibat pandemik COVID-19 serta konflik geopolitik antarabangsa.", "41. Baru-baru ini, hasil lawatan kerja saya ke Amerika Syarikat, negara berjaya menarik FDI baharu bernilai RM16.52 bilion melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan.", "42. Manakala dalam lawatan saya ke Jepun baru-baru ini, Perdana Menteri Fumio Kishida telah bersetuju untuk meningkatkan tahap hubungan diplomatik yang akan memberikan manfaat besar kepada Keluarga Malaysia dan membawa pulang pelaburan baharu yang diluluskan bernilai RM8 bilion.", "43. Syarikat-syarikat multinasional Jepun seperti Mitsubishi Corporation, Mitsui & Co Ltd, Marubeni Corporation, Aeon Co Ltd dan Japan Petroleum Exploration Co Ltd telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.", "44. Bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan Peruntukan Pembangunan Asas Persekutuan dalam RMK-12.", "45. Bagi Keluarga Malaysia di Sabah dan Sarawak, usahlah bimbang, Kerajaan Keluarga Malaysia tidak akan meminggirkan sesiapa pun. Ini jaminan saya.", "46. Selain daripada peruntukan asas pembangunan, kerajaan juga telah merancang;", "a. Projek Pembinaan rumah baharu dan pembaikan rumah daif di bawah program bantuan rumah yang akan memberi manfaat kepada 26 ribu isi rumah miskin di Sabah dan Sarawak.", "b. Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Sabah dan Sarawak melibatkan 20 lokaliti di bawah fasa pertama.", "Keluarga Barisan Nasional yang saya kasihi,", "47. Bagi menghadapi PRU-15, Barisan Nasional hendaklah bersiap siaga. Lantaran itu, saya mencadangkan tiga gerak kerja untuk kita laksanakan bersama iaitu;", "Pertama; Barisan Nasional hari ini harus sentiasa berusaha untuk mencapai budaya kerja kelas pertama. Kerja kelas pertama ini ditafsirkan sebagai berpasukan, berdisiplin dan kesetiaan kepada parti.", "Pemimpin dan ahli Barisan Nasional yang setia bukanlah yang ada ketika senang sahaja, namun tetap setia walau dilambung badai setinggi mana pun.", "Yang berada dalam dewan ini, sudah teruji kesetiaannya. Seinci pun tidak berganjak dari parti walau berdepan dengan ugutan, tekanan, ancaman mahupun tawaran yang menggiurkan.", "Elemen Kedua; Ingin saya tekankan, Barisan Nasional perlu memenangi hati rakyat. Saya, sebagai Perdana Menteri akan memastikan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.", "Selain itu, perkhidmatan yang terbaik harus diberikan kepada rakyat. Kerajaan sentiasa cakna, mengambil berat, mencari inisiatif terbaik dan segera menyelesaikan masalah setempat.", "Elemen Ketiga; Merangka formula Strategi Kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15. Strategi ini perlu fokus kepada pemantapan jentera Pilihan Raya di antara parti komponen.", "48. Marilah kita sematkan dalam jiwa, dengan ikrar dan tekad penuh jitu, untuk memperkukuh kerjasama antara parti komponen. Kita juga perlu jauhi anasir-anasir luar yang sentiasa menanam bibit perpecahan sesama kita.", "49. Sesungguhnya, ikrar kita pada hari ini adalah untuk memenangi PRU-15 dengan majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat bagi membolehkan kita meneruskan agenda membantu rakyat dan memakmurkan negara. Insya-Allah.", "50. Kerajaan Barisan Nasional yang kuat akan mewujudkan kestabilan politik di dalam negara, dan sekali gus menyumbang kepada kemakmuran ekonomi rantau ASEAN.", "PENUTUP", "51. Terima kasih kepada semua kepimpinan Barisan Nasional khususnya;", "– Pengerusi Barisan Nasional, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,\n– Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, YB Dato Seri Utama Mohamad Hassan,\n– Presiden-presiden parti komponen Barisan Nasional,\n– Penasihat Barisan Nasional, YB Dato Seri Najib Tun Razak,", "52. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Menteri dan Timbalan Menteri daripada Barisan Nasional atas dedikasi dan komitmen membantu saya memulihkan negara. Terima kasih semua.", "53. Percayalah, keberadaan saya di sini sebagai Perdana Menteri semestinya akan memberi kelebihan kepada parti kita, Barisan Nasional untuk terus membela nasib rakyat.", "54. Negara perlukan kestabilan, parti perlukan kesetiaan, rakyat perlukan pembelaan.", "Hidup Barisan Nasional !\nHidup Barisan Nasional !\nHidup Barisan Nasional !", "Sekian,\nWabillahi Taufik Wal Hidayah,\nWassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" ]
https://umno-online.my/2022/06/01/ucapan-perasmian-konvensyen-barisan-nasional-datuk-seri-mohamad-hasan/
[ "Tuan-tuan dan Puan-puan;\nSaya berasa gembira pada pagi ini dapat hadir bersama dan di beri kesempatan untuk merasmikan Konvensyen Barisan Nasional sempena ulang tahun BN ke 48.", "Gembira dapat bertemu dengan rakan2 dan sahabat2 yang terus bersetia dengan BN. Kerana dalam politik, kesetiaan itu bukan sahaja berharga, namun dalam iklim politik semasa, kesetiaan adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku.", "Yang menjadi lumrah dewasa ini ialah, kegilaan pada kuasa dan kedudukan, bukan kepercayaan dan keikhlasan kepada perjuangan.", "Jadi bila saya melihat kehadiran semua rakan2 parti dalam BN, inilah kegembiraan yang amat menguja hati saya. Tuan2 dan Puan2 semua adalah, manifestasi betapa kukuhnya kesatuan kita.\nInilah keluarga besar kita.\nInilah perikatan politik kita.\nDan Inilah landasan politik yang kita yakini, dulu, kini dan selamanya.\n\nRakan-rakan BN sekalian;", "Perjumpaan hari ini sangat penting. Bukan sekadar untuk meraikan ulang tahun BN yang ke 48.", "Tetapi kerana, ini mungkin pertemuan terakhir kita, sebelum menghadapi pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah Malaysia moden.", "Pilihanraya yang akan menentukan masa depan BN dan Malaysia.", "Justeru, marilah kita semua untuk duduk bersama-sama. Melihat secara jujur segala rencana dan pelan kita, dalam mengatur persedian menghadapi pilihanraya umum akan datang.", "Tiada lagi ruang, untuk kita berpeluk tubuh. Tiada lagi ruang untuk berasa selasa. Apatah lagi ruang bermimpi untuk menang dengan mudah.", "Untuk pilihan raya akan datang, pada saya, menang tipis atau sipi-sipi bukan pilihan sama sekali.", "Kita tidak boleh leka dibuai nostalgia bahawa, BN akan memerintah semula, hanya kerana kita sekarang menjadi sebahagian dari kerajaan.", "Apa yang berlaku, dalam semua kemenangan pilihanraya kecil dan PRN Sabah, Melaka dan Johor, bukan jaminan bahawa BN akan pasti menang, dan menguasai Kerajaan dengan mudah.", "Jika kita beranggapan sedemikian, maka saya tegaskan hari ini bahawa, anggapan seperti itu bukan sahaja salah. Malah, berbahaya dan berisiko kepada BN.", "Ada beberapa sebab kritikal, mengapa kita mesti membuang anggapan sebegitu dengan segera.", "PERTAMA.., seperti yang telah saya nyatakan dalam pelbagai ucapan saya yang lepas, kedudukan BN sekarang bukan seperti tahun-tahun sebelum 2018.", "Pasca 2018, adalah era yang berbeza sama sekali. Sebenarnya bukan sahaja kepada BN sebagai sebuah parti politik. Tetapi kepada Malaysia, malah kepada dunia secara keseluruhan.", "BN telah menjadi sangat mengecil, bukan sahaja dari segi jumlah MP, tetapi juga jumlah parti komponen, negeri yang kita kuasai, malah sokongan popular masyarakat awam.", "Keadaan ini bukan hanya agak-agakkan. Bukan ramalan atau tekaan. Ini adalah realiti, yang kesemuanya boleh disandarkan secara jelas kepada fakta dan data.", "Jadi, adalah sangat penting untuk BN, berpijak di bumi yang nyata, dan menerima realiti bahawa, kemenangan tidak akan datang bergolek. Ia mesti kita usahakan, dengan usaha yang gigih dan gerak kerja yang strategik.\n\nKEDUA…, kita mesti menerima hakikat bahawa jenama sahaja tidak akan memenangkan kita. Pengalaman memerintah, sudah tidak menjadi kelebihan yang mutlak. Ia tidak akan meyakinkan semua pengundi secara automatik.", "BN harus diperkenalkan semula, kepada masyarakat, dengan tawaran-tawaran dan penampilan baharu.", "Atas dasar itu, hari ini saya akan memberikan fokus kepada DUA perkara utama, untuk kita fikir dan lunaskan bagi mengecapi kemenangan.", "PERTAMA… bagaimana kita harus memperbaiki, mengukuh dan mencipta semula gelombang gelora jenama BN.", "Dan KEDUA…, mengapa pentingnya, untuk kita mesti kembali memerintah dan bagaimana kita boleh melakukannya?", "Tuan-tuan dan Puan-puan;", "Setelah 48 tahun, amat wajar kita bertanya, bagaimana harus kita ‘reinvent’ jenama Barisan Nasional ini? Atau sekurang-kurang ‘recalibrate’ apa yang kita ada.", "Siapa kita, ke mana kita mahu bawa Malaysia, apa lebihnya kita dengan yang lain. Semua ini adalah perkara yang mesti difikirkan dan dihidupkan kembali dengan nafas baharu.", "Sebabnya mudah. Zaman sudah berubah. Generasi sudah silih berganti.\nMasakan BN terus terperangkap dalam ‘nostalgia silamnya’ ?", "Hanya kerana kita pernah berjaya dahulu, dengan cara sebelum ini, tidak bermakna, kita akan terus berjaya dengan cara yang sama.", "Bila saya bertanya, bagaimana boleh kita mengungkapkan Barisan Nasional, jawapan yang saya terima kebanyakannya ‘standard’.", "Rata-ratanya memberi jawapan, BN adalah parti politik pelbagai kaum. Atau BN adalah parti memerintah. Atau BN adalah gabungan pelbagai parti tetapi dikuasai UMNO.", "Kalau jawapan versi yang lebih teruk pulak, BN dikaitkan dengan ‘gila kuasa, korup, salah guna kuasa dan pelbagai konotasi negatif’.", "Semua ini sangat membimbangkan. Kita dilihat sebagai satu parti politik dengan ‘status-quo’ yang negatif dan tidak memukau imaginasi.", "Justeru, kita mesti mengubah persepsi yang toksik ini. Sangat penting untuk kita, menampilkan BN yang bersifat sezaman, segar dan kalis masa depan.", "Kerana itu, bagi saya, kita mesti mengungkapkan semula BN ini sebagai ‘sebuah idea’ bukan sekadar sebuah perikatan politik.", "Kenapa saya mengatakan BN itu sebuah ‘idea’.?\nKerana ia mesti berevolusi. Institusi politik itu lumrah nya pegun. Sedangkan idea itu pula sentiasa bertumbuh, bercambah dan membiak.", "BN mesti kita ditamsilkan, sebagai sebuah idea kesepakatan.\nIdea kesatuan dalam kepelbagaian.\nIdea tentang ‘multiculturalism, progress and diversity’.", "Kita mesti sinonimkan BN ini, sebagai sebuah pemikiran kesepakatan, dengan budaya dan pendekatan politik yang progresif.", "Bila nanti mereka sebut BN, mereka terbayangkan muhibah. Terbit dalam imaginasi mereka, kesepakatan, keraian kepelbagaian dan pendekatan politik yang sederhana dan maju.", "Dan memang pun BN itu sebuah idea. Ia lahir sebagai solusi politik dampak peristiwa 13 Mei.", "Waktu itu, sokongan terhadap Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1969 jauh merosot. Parti Perikatan hilang lebih separuh dari undi popular, walaupun mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan.", "DAP, Gerakan dan PAS, telah menunjukkan peningkatan sokongan yang ketara. Kemenangan parti pembangkang tersebut, telah menimbulkan ketegangan kaum dan akhirnya tercetuslah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.", "Bila berakhirnya tempoh darurat pasca peristiwa Mei 13, Parti Perikatan memulakan rundingan, untuk membentuk kerjasama politik dengan Gerakan dan PPP. Kedua-duanya menyertai Perikatan pada 1972 dan ia kemudian disusuli oleh penyertaan PAS. Akhirnya Barisan Nasional didaftarkan pada 1974 sebagai kerjasama politik 9 parti.", "BN terbit sebagai sebuah idea, untuk menguruskan negara pasca konflik. Ia tidak ditubuhkan, hanya kerana sekadar untuk mengejar kuasa, di buai dengan ‘kewangan yang maha berkuasa’ mahupun sekadar membentuk Kerajaan.\nBN lahir untuk memulihkan negara, yang parah dan terjejas akibat konflik perkauman.", "Semenjak tertubuhnya BN, ia mempelopori pelbagai idea bernas. Perkongsian kuasa, politik pembangunan, pengagihan kekayaan dan pembasmian kemiskinan.", "Jadi, jika 48 tahun dahulu, BN terbit dari sebuah idea perkongsian kuasa, maka apakah idea BN untuk Malaysia kurun ke 21ini pula?", "Pastinya KESEPAKATAN untuk KEMAKMURAN. Sudah tentu kekuatan dalam kepelbagaian. Dan yang jelas, BN adalah sebuah idea tentang kestabilan, kemakmuran dan keadilan.", "Kita mesti sebarkan secara luas, agresif dan menyeluruh, bahawa BN ini bukan sekadar persekutuan politik. Tetapi sebuah idea, yang kalis zaman, tentang sebuah kesepakatan politik untuk sebuah NEGARA KESEPAKATAN", "Ia adalah cita-cita, untuk sebuah negara yang adil dan makmur. Kuasa dikongsi, kekayaan diagih, kemiskinan dibanteras, kepelbagaian dirai.", "Kita mesti menggembleng segenap kudrat, untuk menyingkirkan persepsi kuasa, korupsi dan kebejatan moral sebagai sesuatu yang sinonim dengan BN.", "Demi menghadapi PRU akan datang, BN mesti tampil dengan imejnya yang revolusional. Yang ‘cool but serious and promising’.", "Yang boleh menerbitkan rasa percaya, dalam kalangan rakyat. Dan yang boleh menyebabkan rakyat, memberikan BN suatu peluang untuk membuktikan bahawa, BN benar-benar ‘sebuah idea yang revolusional’.", "Semua ini, saya pulangkan kepada segenap kepimpinan BN, untuk merenung, memikir dan membahaskannya.", "Kerana akhirnya, BN ialah tentang PERMUAFAKATAN.\nLalu apa jua jalan ke hadapan untuk BN, ia mesti menyantuni tradisi permuafakatan yang BN telah budayakan.\n", "Tuan-tuan dan Puan-puan,", "Perkara kedua yang ingin saya bicarakan pada hari ini ialah kenapa kita mesti mengambil alih semula Kerajaan dan bagaimana harus kita melakukannya.", "Ada 3 sebab mengapa BN mesti mengambil alih semula negara.", "PERTAMA…, kita mahu memulihkan kembali negara.", "Pada saat kita berhimpun ini, rakyat di luar sana sedang sangat terbeban. Harga barang melambung naik sehingga di luar kemampuan rakyat. Malah, bekalan makanan asas berisiko terputus atau tidak mencukupi.", "Sumber protein kita telah menjadi sangat mahal. Segalanya, dari makanan kepada kos kehidupan lain, telah menjadi sangat luar biasa dari kemampuan purata rakyat Malaysia.", "Kepercayaan kepada institusi awam terjejas. Iklim pelaburan terus pudar dan perlahan. Segalanya lebih baik dahulu daripada sekarang.", "Kerana itu kita mesti memulihkan Malaysia. Ia harus menjadi misi paling utama BN.", "Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara ini, apabila BN ditewaskan pada 2018. PH has failed to govern and they failed miserably.", "Dari semua segi, kita telah merosot, menyusut dan berundur ke belakang. Dan bila kita menerajui semula Kerajaan waktu ini, tangan kita pula terhad dan terikat.", "Ini kerana, kita tidak mempunyai kuasa yang dominan. Kita terpaksa akur, dengan pelbagai kekangan politik dan persefahaman politik, dengan pelbagai sekutu dan seteru kita. Jika kita mahu bertindak sedikit agresif atau lain dari selera mereka , kita diancam dan diugut.", "Ini bukan satu situasi yang baik kepada BN dan Malaysia. Jadi, janganlah kita sesekali, kita turun ke medan pilihanraya, dengan nostalgia dan cita-cita kosong. Jika hanya ingin kuasa, itu bukan BN.", "KEDUA… BN mesti mengambil alih semula pentadbiran negara, kerana kita mahu mengembalikan semula kestabilan politik di Malaysia.", "Ketidakstabilan politik dalam 3 tahun, telah menjerumuskan Malaysia ke era 20 tahun ke belakang. Bayangkan, jika semua ini berterusan. Malaysia akan menjadi negara, yang terus ketinggalan dan tercorot.", "Kita mesti pasakkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia, untuk tidak terus bereksperimen dengan politik negara. Mereka mesti membuat keputusan dengan rasional dan objektif. Bukan emosional dan terbawa-bawa dengan sentimen.", "KETIGA …, BN mesti mengambil alih semula Malaysia, kerana kita mahu mencipta masa depan untuk generasi akan datang.", "Mentadbir negara, bukan setakat menguruskannya, untuk kemandirian hari ini. Tetapi, ia juga tentang membina asas-asas kelangsungan hari esok.", "Kita bukan hanya mewarisi Malaysia ini dari generasi lepas, tetapi turut meminjamnya dari generasi akan datang.", "Maka kita mesti menyingkirkan, segala noda dan kesalahan generasi sedia ada. Dan menyediakan landasan lebih baik untuk generasi akan datang.", "Kita hidup di zaman yang bukan lagi zaman kita. Jadi janganlah kita terus menghancurkan zaman ini dan meninggalkan Malaysia, dalam keadaan yang parah dan lelah, kepada generasi Malaysia yang akan datang.", "Maka, BN mesti mencipta masa depan terbaik, untuk generasi akan datang Malaysia.", "Persoalannya, bagaimana harus kita memenangi PRU akan datang, demi tanggungjawab kita pada Malaysia dan generasi akan datang?", "Jawapannya adalah melalui idea, kesepakatan, politik moral, kepimpinan ‘intergenerational’ dan strategi yang tuntas.", "", "PERTAMA… IDEA", "BN akan diukur dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Kita mesti ada idea, bagaimana kita akan menguruskan Kerajaan. Dasar apa yang akan kita terokai dan kita tampilkan.", "Parti tanpa idea, adalah parti yang mati. Tiada siapa yang akan yakin dengan BN, jika ia gagal mengemukakan idea yang bernas untuk Malaysia.", "Ingat, kestabilan politik sahaja tanpa idea bagaimana mengurus negara, tidak akan mencukupi.", "Sekadar kestabilan tetapi kehidupan menjadi sukar, bukan cara terbaik mengurus negara. Sekadar kestabilan, tetapi segala indeks keyakinan rakyat merudum, adalah formula yang akan memundurkan bangsa.", "Dan kestabilan tanpa kemakmuran ekonomi, adalah sepincang-pincang pemerintahan.", "KEDUA… KESEPAKATAN", "BN mesti kukuh dalam kesepakatannya. Kita tidak boleh tampil, hanya dengan logo BN, tetapi jiwa dan raga kita, dengan haluan masing-masing.", "Kita mesti menghadapi pilihanraya akan datang, sebagai Barisan Nasional. Bukan sekadar parti komponen Barisan Nasional.", "Kita mesti menghantar mesej yang sangat jelas kepada rakyat. Bahawa BN adalah pasukan Malaysia. Bukan pasukan UMNO, MCA, MIC dan PBRS secara berasingan. Tonjolkan BN seluruhnya, sebagai sebuah pasukan terbaik, untuk masa depan Malaysia yang terbaik.", "Di pentas mana pun, di program apa pun, kita mesti berdiri sebagai BN, dan ia dapat di rasai sebagai BN. Kita bukan sekadar tampak kuat, tetapi benar-benar kuat sebagai sebuah pasukan BN.", "Apabila BN kuat, UMNO dengan sendirinya akan kuat. MIC dengan sendirinya akan kuat. Dan MCA dengan sendirinya akan kuat. PBRS akan kuat. Semua parti komponen akan kuat.", "Maka janganlah kita membuang masa lagi, bercakaran sesama kita. Ia hanya akan melemahkan BN.", "KETIGA…. teguhlah berpegang pada politik bermoral.", "Perkara yang tidak bermoral tidak akan menang. Dan apa jua yang bermoral, pasti akan bertahan dan dikenang.", "Kita mesti menolak sang oportunis politik. Jangan beri ruang kepada pedagang politik.", "Sebaliknya, buka ruang, sokong dan angkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip dan memberikan jiwa nurani kepada negara dan bangsa.", "Ingat, dalam usaha membudayakan politik bermoral, kita sebenarnya tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Kita tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa.. Tidak ada istilah tolak ansur dalam perkara moral.", "Dahulu kita dalam BN berbelas belas komponen. Bila kita kalah, kita cuma tinggal berempat. Semua meninggalkan kita, kerana moral, perjuangan dan kesetiaan mereka telah ditafsir dan diubah-ubah mengikut selera dan perut yang tidak pernah kenyang.", "Walaupun kita hanya tinggal berempat, jika kita berpegang pada prinsip, pada politik bermoral, pada landasan dan falsafah yang berpandukan nilai, kita pasti akan memang.", "KEEMPAT .., tampilkan pemimpin serta calon ‘inter-generational’ dan terangkum.", "Calon dan pemimpin yang kita angkat untuk membawa panji2 BN, mestilah mewakili pelbagai generasi, latar belakang dan kepentingan yang inklusif.", "Yang berusia dan berpengalaman, kita perlukan, demi hikmah dan kematangan.", "Yang pertengahan usia, kita perlukan demi kesediaan untuk mewarisi kepimpinan hari muka.", "Yang muda remaja, kita perlukan untuk kita latih dan beri pengalaman.", "Yang gadis dan wanita, kerana kita yakin mereka punya tempat penting dan setara dalam Kerajaan dan masyarakat.", "Yang dari etnik pelbagai dan masyarakat asal, kerana mereka adalah sebahagian penting dari kepelbagaian Malaysia.", "Yang berkelainan upaya dan potensi, adalah kerana mereka punya tempat dalam hal bernegara dan berkerajaan.", "Tuntasnya, kita memerlukan SEMUA untuk SEMUA\n\nKELIMA dan terakhir, … BN memerlukan strategi bukan imaginasi.", "Untuk menang, BN perlukan informasi bukan persepsi.", "PRU-15 ini mesti disandarkan kepada strategi dan berdasarkan maklumat. Segala persediaan, gerak kerja mahupun tawaran kita, mestilah disokong dengan data, disokong dengan pelan, dan disokong dengan pencapaian.", "Kita mesti menghentikan segala usaha menyajikan rakyat, dengan perspektif yang hanya berdasarkan persepsi. Akhirnya kita sendiri menjadi mangsa persepsi. Sedangkan hakikat yang sebenarnya sangat berlainan.", "Cara yang terbaik untuk membetulkan persepsi adalah, dengan melumpuhkannya dengan menggunakan kenyataan yang benar dan sahih.", "Yakinlah sdra dan sdri sekalian, yakinlah, bahawa rakyat boleh menilai. Rakyat boleh berlaku objektif dan adil. Rakyat tidak akan terpedaya lagi.", "Yang menjadi masalahnya sekarang adalah, apabila kita membiarkan sahaja, segala tohmahan dan persepsi rekaan pembangkang, sampai kepada masyarakat.", "Saya perhatikan dalam banyak keadaan, kita gagal memberikan jawapan dan bidasan. Kalaupun ada, ia lebih bersifat retorik politik dan tidak berobjektif.", "Jika cubaan menjawab dan membidas ini, tidak dilakukan secara strategik dan terancang, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kita ibarat tikus membaiki labu.", "Kita mesti mula untuk lebih banyak menyerang dan ‘offensive’. Bukannya menunggu dan ‘defensive’.", "Jangan berpeluk tubuh sahaja dan membiarkan BN karam, dalam limpahan serangan bertalu-talu, dari pelbagai sudut oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.", "Pendekatan ‘defensive’ kita selama ini, seolah-olah menggambarkan kita lemah dan salah.", "Saya kadang-kadang berasa sangat kesal, atas sikap berdiam diri kita. Jentera parti-parti komponen nampak tidak berupaya menangkis tohmahan keji lawan kita, dengan radikal dan berkesan.", "Bukannya kita ini parti yang tidak ada sumber dan kekuatan. Kita ada pelbagai sumber dan kelebihan. Jadi gunakanlah..!!", "Pendekatan tunggu dan lihat, dan menjawab hanya apabila diserang ini, mesti segera berakhir. Kita mesti aktif, proaktif dan giat membongkar betapa gagalnya PH dan PN selama ini.", "", "Tuan-tuan dan Puan-puan;", "Saya sedar dan amat akui bahawa, segala apa yang saya sebutkan ini, bukanlah sesuatu yang mudah.", "Namun hidup mesti ada impian dan cita-cita. Dan cita-cita tersebut memerlukan usaha untuk menjelmakannya. Maka bekerjalah demi apa yang kita percaya dan yakini tentang BN ini.", "Dan bekerjalah dengan gigih, pintar dan bersama-sama, demi menjayakan BN, sebagai sebuah idea dan sebuah institusi politik.", "Janganlah membiarkan, hanya sesetengah daripada kita sahaja yang bekerja keras dan bertungkus lumus. Semua pihak mesti berfungsi.", "Kita mesti turun ke gelanggang bersama-sama. Berjuang bersama-sama dan menang bersama-sama.", "Saya harap kepimpinan dan ahli semua parti komponen BN akan memberi perhatian serius kepada apa yang saya tegaskan ini.", "Tidak ada bentuk perayaan dan sambutan penubuhan BN yang lebih baik, daripada menjadikan hari ini, sebagai satu sesi muhasabah yang tulus dan jujur, demi bersama-sama menjadi lebih baik.", "Marilah kita meraikan dan memaknai, sambutan ke 48 tahun BN ini, dengan iltizam dan semangat, yang bukan sahaja berkobar-kobar, tetapi segar dan benar.", "Selamat memperingati Ulang Tahun BN yang 48..", "Terima kasih.", "Datuk Seri Mohamad Hasan\nTimbalan Pengerusi Barisan Nasional" ]
https://umno-online.my/2022/05/27/segerakan-penubuhan-lembaga-pembangunan-unggas-negara-lpun-untuk-selaraskan-isu-harga-kualiti-dan-bekalan-ayam/
[ "1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mencadangkan sebuah Lembaga Pembangunan Unggas Negara (LPUN) bagi menyelia dan mengawal industri unggas di dalam negara. Penubuhan Lembaga ini perlu disegerakan bagi memastikan segala usaha mengawal kestabilan stok, kualiti dan harga ayam bagi penggunaan rakyat Malaysia dapat diselaraskan sebaiknya. ", "2. Pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan memainkan peranan berbeza namun jika ditubuhkan Lembaga ini dapat memastikan ekosistem industri unggas dapat berfungsi dengan lebih jelas, berstruktur dan berkesan. Ia juga dapat melihat secara terperinci permasalahan makro atau mana-mana ‘loopholes’ yang timbul untuk diselesaikan secara bersama.\n\n3. Sebagai contoh jika kita melihat pengeluaran ayam contohnya tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah untuk melihat harga ayam dan menetapkan harga siling supaya harga ayam tidak mudah dimanipulasi. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pula melihat kepada bekalan dan kualiti ayam yang dikeluarkan. Kementerian Alam Sekitar dan Air bertanggungjawab terhadap pengurusan najis ayam dan Kementerian Perladangan dan Komoditi pula melihat dari aspek pemakanan ayam seperti jagung yang juga memberi impak besar kepada pengeluaran dan harga ayam. ", "4. Tidak kurang pentingnya juga, agensi seperti JAKIM dalam memperincikan tentang isu Halal yang boleh dikoordinasi bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang melihat sepenuhnya tentang pengurusan export-import ayam daripada pelbagai negara yang mempunyai takrifan Halal yang berbeza.", "5. Justeru, penubuhan Lembaga Pembangunan Unggas Negara (LPUN) ini adalah amat penting dan perlu disegerakan bagi memastikan langkah yang diambil Kerajaan diselaras dan mampu menangani isu pengeluaran dan harga ayam yang semakin kronik di dalam negara. ", "6. Pemuda UMNO berharap Lembaga ini dapat melihat peluang-peluang baharu dalam industri unggas amnya dan ayam khususnya bagi memperkasa serta menambahbaik sistem penternakan untuk menjadi lebih efisien, meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk penggunaan dalam negara, memastikan kos pada harga yang optimum dan paling utama memastikan rantaian pengeluaran unggas dapat diperkemas dan diselaras dengan lebih teratur. ", "7. Semoga dengan langkah ini, ia bukan akan sahaja memperbaiki struktur rantaian di dalam industri unggas malah ia sekaligus dapat mengawal usaha sesetengah pihak dalam pengeluaran serta harga ayam yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. ", "Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia", "#PemudaJurubicaraRakyat\n#BangkitKembali" ]
https://umno-online.my/2022/05/19/pemansuhan-ap-agromakanan-tindakan-tegas-memerangi-kartel-bukan-langkah-tergesa-gesa/
[ "Ahli Parlimen Pulai dan Mantan Menteri MAFI, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyelar langkah memansuhkan AP (Approved Permit) komoditi agromakanan (kecuali beras) yang diumumkan Perdana Menteri semalam sebagai langkah populis dan dibuat dengan tergesa-gesa.", "Dato’ Seri Salahuddin minta ditubuhkan jawatankuasa untuk buat kajian sebelum mengambil langkah ini.\n\nRespon:", "Pertama, sudah ada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) yang membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. NACCOL membincang dan melaporkan maklumat terkini termasuklah berkenaan isu kenaikan harga barang makanan, punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil.", "Kedua, selain faktor global yang menjadi punca terbesar, ternyata antara faktor lokal yang perlu dan boleh ditangani ialah soal kartel yang mengawal pasaran.", "Disinilah pemansuhan AP sedikit sebanyak diharap membantu mengurus cabaran dalam melonggarkan cengkaman kartel. Ia membolehkan sesiapa pun dalam pasaran tempatan – bukan hanya pihak tertentu – mengakses sumber pasaran luar alternatif bagi memastikan negara terhindar dari terputusnya stok bahan mentah makanan.", "Jika benar Datuk Seri Salahuddin juga mahukan harga barang terkawal dan memperjuangkan sekuriti makanan, seharusnya beliau menyokong usaha ini dan bukan melabelnya sebagai populis atau tergesa-gesa. Jauh sekali untuk menambah satu lagi jawatankuasa mengkaji perkara sama, kerana tidak berani bertindak.", "Ketiga, masalah yang di hadapan mata ialah inflasi makanan. Maka apa sahaja langkah yang mampu membantu kearah itu, selagi tidak memberi kesan buruk jangka panjang yang lain, wajar dilaksanakan.", "Isu kedaulatan makanan merupakan isu teras yang memerlukan penyelesaian menyeluruh. Kerajaan bukan hanya melaksana satu langkah seperti pemansuhan AP, dan Perdana Menteri pun tidak pernah mendakwa bahawa ia dengan sendirinya boleh menyelesaikan semua cabaran yang sedang dihadapi. ", "Pengumuman terbaru ini berdiri disamping pelbagai lagi dasar dan bantuan yang perlu terus dilaksana dan diperbaharui bagi menjamin bekalan makanan di samping membela pengusaha tempatan supaya keluaran dalam negara dapat dirancakkan. Malah, selain pelbagai subsidi dan kawalan harga yang pernah diumumkan sebelum ini, semalam juga, PM mengumumkan bantuan RM200 selama enam bulan untuk pesawah.", "Sekali lagi ditegaskan, isu yang membelenggui seluruh dunia ialah kenaikan harga makanan. Setiap negara akan perlu bertindak dengan kaedah masing-masing untuk meminimakan impak. ", "Kearah itu, langkah terbaru Kerajaan wajar dilihat dari kanta positif sebagai tindakan tegas cuba melaksanakan segala langkah yang mampu untuk responsif kepada situasi semasa.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO", "https://www.facebook.com/100044484521900/posts/539262607566552/?d=n" ]
https://umno-online.my/2022/05/18/cukup-cukuplah-tun-mahathir/
[ "1.\tRakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu.", "Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan.\n\n2.\tPertama, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar pro-Melayu/Bumiputera yang beliau lakukan kurang berjaya. Malah beliau sentiasa menyindir dan memperkecilkan orang Melayu dengan panggilan malas dan mudah lupa.", "3.\tBeliau tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, kad siswa, Teksi 1Malaysia subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan dan lain-lain kerana ianya dianggap membazir dan memanjakan orang Melayu.", "4.\tKongres Maruah Melayu yang dianjur tidak lebih sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tiada tawaran konkrit kepada orang Melayu yang diberikan.", "5.\tJika ada pun, Dasar Kemakmuran Bersama yang dipelopori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Orang Melayu/Bumiputera masih lagi ketinggalan. Kesenjangan pendidikan dan pendapatan dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak bertambah baik.", "6.\tBaru-baru ini beliau berkata ada banyak perancangan untuk membangunkan orang Melayu namun tidak sempat kerana telah dibuang dan ditolak jatuh dari jawatan Perdana Menteri.", "7.\tBeliau sudah lupa, bahawa beliau lah yang meletakkan jawatan dan mencetuskan konflik pentadbiran. Konflik ini telah menjatuhkan Kerajaan yang diundi rakyat pada PRU-14.", "8.\tKerajaan 22 bulan beliau itu pun menjadi suatu corak hitam dalam politik tanah air kerana gagal melaksana manifesto yang beliau katakan bukan kitab suci.", "9.\tKedua, Tun Mahathir sudah tidak lagi mengurus dinamika politik Malaysia. Jika beliau dan partinya diberi kepercayaan mengemudi Malaysia, kestabilan tidak akan dicapai. Parti Pejuang adalah parti ketiga beliau setelah UMNO; keluar UMNO, masuk UMNO; keluar semula UMNO tubuh PPBM; keluar PPBM, tubuh Pejuang.", "10.\tKetika PPBM di dalam Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir gagal “mengawal” Tan Sri Muhyiddin Yassin dan suatu perancangan ‘scheme of things’ berlaku yang menjadi rahsia umum itu.", "11.\tTun Mahathir juga gagal “mengawal” Democratic Action Party (DAP) dengan doktrin politik yang dapat memastikan parti itu menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera dalam setiap dasar, tindakan dan tutur kata.", "12.\tKetiga, jika Tun Mahathir melontarkan kata nista kepada Datuk Seri Najib Razak atas terma ‘Cash is King’, beliau patut ingat yang di zamannya, ‘Crony is King’ dan bukan rakyat, rakyat, rakyat yang didahulukan.", "13.\tIdeologi ekonomi dalam mengkayakan segelintir kroni dengan anggapan yang lain akan mendapat faedahnya, sukar untuk menjadi. Hasilnya, kroni beliau yang sedikit itu menjadi kaya dan rakyat biasa, terutama sekali Melayu/Bumiputera masih kurang berjaya sehingga kini.", "14.\tTun Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau tidak pernah ada kroni, cuma ada orang yang layak dan berkebolehan. Mustahil jika dalam 32 juta rakyat Malaysia yang ada, hanya kroni beliau sahaja yang berkebolehan.", "15.\tIgauan ngeri buat Tun Mahathir bermula bila keluar dari “rumah agam” UMNO. Kepimpinannya dihargai apabila menjadi PM paling lama 22 tahun. Walaupun pelbagai dasar dan pendekatannya ada yang berjaya namun banyak yang menemui kegagalan. Tetapi itu Tun Mahathir semasa dalam UMNO.", "16.\tTun Mahathir tanpa UMNO kelihatan amat lesu dan banyak kontroversi. Bukan Tun Mahathir sahaja, pemimpin lain yang meninggalkan parti keramat ini juga menemui nasib yang sama. Apa yang tidak kena?", "17.\tUMNO melahirkan kepimpinan melalui satu proses tarbiah dan pengalaman yang panjang. Tidak mudah memimpin parti yang mempunyai 22 ribu cawangan dan struktur yang kompleks di peringkat bahagian, negeri dan nasional. Proses pembuatan keputusan dalam UMNO juga melalui proses yang panjang dan teliti sebelum diputuskan.", "18.\tTun Mahathir sedang berhadapan dengan perubahan lanskap politik yang amat dinamik. Suatu gelombang yang dicipta dengan tujuan untuk menjatuhkan UMNO dan BN tetapi juga melanda dan menghempas sebuah gabungan politik bernama Pakatan Harapan. ", "19.\tSiapa Tun Mahathir tanpa UMNO? Parti Pejuang yang diciptakannya hilang deposit di kesemua 42 kerusi ditandingi di Johor. PPBM yang diilhamkannya “berkhianat” sesama sendiri sehingga tersungkurnya pentadbiran Pakatan Harapan. Parti Pejuang hanya ada 4 kerusi Parlimen itupun termasuk dirinya sendiri dan anak beliau.", "20.\tKegagalan pelbagai dasar dan polisi yang mengganggu gugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat ibarat mencurah cuka ke atas luka. Pelbagai kenyataan beliau yang mengguris dan menghiris hati dan perasaan orang Melayu sudah pastinya menambah parah lagi duka yang sedia ada. ", "21.\tSiapa Tun Mahathir tanpa UMNO? Beliau sentiasa mengikuti rapat perkembangan yang berlaku dalam UMNO. Sehingga Perhimpunan Agung Khas mengenai pindaan perlembagaan terkini UMNO pun tidak lepas dari pemerhatian. Komen beliau tidak diperlukan.", "22.\tPembunuhan karakter yang dilakukan kepada pemimpin UMNO tidak mampu merobohkan rumah agam UMNO ini. Dia lupa bahawa UMNO ini bukan milik sesiapa. UMNO milik semua orang Melayu dan terus menjadi penjaga serta pelindung kepada Perlembagaan Persekutuan dan Institusi Beraja .", "23.\tKesimpulannya, kemerosotan Malaysia dalam banyak bidang dan arena, adalah banyak juga berpunca daripada tindak tanduk politik Tun Mahathir sendiri.", "24.\tBeliau mungkin Bapa Pemodenan Malaysia, namun beliau kurang berjaya untuk mengemudi Malaysia ke arah modenisasi yang lebih baik buat semua.", "25.\tUntuk itu, beliau perlu menerima realiti tersebut dan cukup-cukuplah !!", "AHMAD BIN MASLAN\n18 MEI 2022" ]
https://umno-online.my/2022/05/16/pinda-perlembagaan-bukan-bermaksud-tak-hormat/
[ "Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mendakwa bahawa UMNO tidak hormat perlembagaan sendiri dengan memindanya bagi menangguhkan pemilihan parti.", "Saya tak merasakan UMNO perlu menjustifikasi tindakan dalaman kepada parti saingan.\n\nTetapi disebabkan yang bersuara kali ini juga bekas Presiden UMNO, mungkin ada baiknya saya ingatkan:", "– Ini bukan kali pertama pindaan perlembagaan UMNO telah dilakukan. Semenjak 1987 hingga kini, pindaan perlembagaan berkaitan pemilihan parti telah dilakukan tiga kali.", "– Tahun 1987, ketika Tun menjadi Presiden UMNO, sistem 10 undi bonus bagi setiap pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diperkenalkan. ", "Adakah bermaksud kepimpinan waktu itu tak hormat perlembagaan parti?", "– Tahun 1998, masih lagi Tun sebagai Presiden, sistem kuota pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi parti diperkenalkan. ", "Adakah bermaksud kepimpinan waktu itu tak hormat perlembagaan parti?", "Alang-alang bercakap pindaan perlembagaan, elok juga kita lihat pindaan Perlembagaan Persekutuan juga. ", "– Kali pertama Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 23 kali. Termasuk tahun 1988 di mana terjadinya krisis perlembagaan. ", "– Kali kedua Tun menjadi Perdana Menteri, perlembagaan dipinda 1 kali.", "Adakah ini juga bermaksud tak hormat perlembagaan negara sendiri?", "Sudah tentu jawapan kepada semua diatas: tidak.", "Perlembagaan sesebuah organisasi dipinda mengikut kesesuaian sesuatu waktu. Dan boleh/akan dipinda lagi dari masa ke semasa, selagi tidak lari dari semangat dan roh perjuangan parti itu.", "Akhir kalam, lebih baik pinda perlembagaan parti berbanding berpindah parti berkali-kali.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia ", "****************************************" ]
https://umno-online.my/2022/05/15/pindaan-perlembagaan-umno-pembentangan-mohamed-khaled-nordin/
[ "1. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO Khas hari ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua.", "Para perwakilan yang saya hormati,", "", "2. Seperti kita sedia maklum, Perhimpunan Agung UMNO Khas pada hari ini adalah susulan kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU) bertarikh 19 Mac 2022 lalu yang telah meluluskan usul antaranya bersetuju Perlembagaan UMNO dipinda supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh 6 bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).", "3. Maka Perhimpunan Agung UMNO Khas hari ini bertujuan membentangkan fasal-fasal terlibat yang akan dipinda selari dengan ketetapan PAU pada 19 Mac 2022.", "4. Secara umumnya, pindaan melalui PAU Khas ini melibatkan hanya 3 fasal iaitu Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2.", "5. Dengan hanya melibatkan 3 fasal ini sahaja, ia bermakna pemilihan parti tetap diadakan 3 tahun sekali seperti yang terkandung dalam Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO. Sebaliknya peruntukan dan fasal baharu yang dipinda dan dimasukkan ini adalah fasal pengecualian kepada pemilihan 3 tahun sekali tersebut.\n\n6. Fasal pertama yang dipinda adalah Fasal 10.16 yang sekarang ini memperuntukkan bahawa:", "Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.", "7. Fasal ini akan dipinda untuk memberi kuasa dan pilihan kepada MKT untuk membuat satu lagi bentuk penangguhan kepada pemilihan parti iaitu penangguhan selama 6 bulan selepas sesuatu PRU itu diadakan.", "8. Dalam erti kata lain, peruntukkan Fasal 10.16 yang sedia ada akan dipinda menjadi Fasal 10.16.1 dan akan berbunyi seperti berikut:", "Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan atau tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat), yang mana terkemudian.", "9. Maka, selain daripada tempoh penangguhan selama 18 bulan yang dibenarkan sebelum ini, MKT selepas ini turut berhak untuk menangguhkan pemilihan parti kepada suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan selepas sesuatu PRU itu diadakan, bergantung kepada yang mana satukah lebih terkemudian.", "10. Bagi menjelaskan kesan pindaan ini, saya akan tunjukkan senario dan ilustrasi yang mungkin berlaku dan bilakah kita harus mengadakan Pemilihan parti berdasarkan Fasal 10.16.1 yang baharu ini.", "11. Katakanlah, mengikut kitaran 3 tahun, pemilihan parti yang seterusnya sepatutnya diadakan pada bulan Jun 2022.", "12. Bersandarkan kepada Fasal 10.16.1 yang baharu, pemilihan parti sekarang boleh ditangguhkan pada satu masa dalam tempoh tidak melebihi 18 bulan dari tarikh sepatutnya ATAU sehingga 6 bulan dari PRU.", "13. Ini bermakna, pemilihan parti mestilah diadakan pada bila-bila masa tidak melebihi Disember 2023, iaitu tempoh 18 bulan dari pemilihan parti sebelumnya (Jun 2022).", "14. Dan sekiranya terdapat PRU diadakan, katakan pada Januari 2023, penangguhan tarikh pemilihan parti masih boleh dilakukan sehingga selewatlewatnya Disember 2023. Ini kerana tempoh penangguhan 18 bulan itu adalah lebih terkemudian berbanding 6 bulan selepas PRU, iaitu Julai 2023.", "15. Namun, jika PRU diadakan pada Julai 2023 misalnya, maka tarikh pemilihan parti boleh ditangguhkan sehingga selewat-lewatnya Januari 2024. Ini kerana, tempoh 6 bulan selepas PRU itu adalah lebih terkemudian daripada tempoh 18 bulan penangguhan dari pemilihan parti yang sebelumnya.", "16. Dan bagi menjelaskan bilah tarikh PRU yang dimaksudkan, maka dicadangkan juga satu fasal kecil baharu iaitu Fasal 10.16.2 yang akan memperuntukkan bahawa:", "Tarikh Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang dinyatakan dalam Fasal 10.16.1 ini bermaksud tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang dinyatakan dalam writ yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958 atau manamana undang-undang yang terpakai bagi tujuan yang sama.", "Tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) yang dinyatakan dalam Fasal 10.16.1 ini bermaksud tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat yang dinyatakan dalam writ yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958 atau mana-mana undang-undang yang terpakai bagi tujuan yang sama.\n\n17. Susulan kepada pindaan yang dibuat pada Fasal 10.16 ini, maka, kedua-dua Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 akan turut terpinda seperti berikut:", "Fasal 15.3", "Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, dan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri dan Ahli-ahli Jawatankuasa mengikut Fasal 15.1.7, hendaklah dipilih tiap- tiap tiga (3) tahun sekali. Walau bagaimanapun Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan sepertimana diperuntukkan di Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2.", "Fasal 18.2 ", "Ketua, Timbalan Ketua, dan lima belas (15) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut Fasal 18.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali oleh Persidangan Cawangan. Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri akan dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. Walaubagaimanapun Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan sepertimana diperuntukkan di Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2.", "18. Saya harap pindaan-pindaan dan cadangan fasal kecil baharu berkaitan penangguhan pemilihan parti ini dapat diteliti dan difahami dan seterusnya dipersetujui.", "19. Sesungguhnya kita semua mengharapkan yang terbaik untuk UMNO dan kelangsungan parti ini demi menjadi wahana penting untuk menjaga kemaslahatan orang Melayu dan tanahair kita.", "20. Saya dengan ini mengemukakan cadangan pindaan kepada Fasal-fasal 10.16 dengan memasukkan Fasal 10.16.1 dan 10.16.2 baharu dan pindaan-pindaan kepada Fasal-fasal 15.3 dan 18.2 dalam Perlembagaan UMNO.", "Sekian, terima kasih.", "DATUK SERI MOHAMED KHALID NORDIN\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/05/15/ucapan-presiden-umno-malaysia-pada-persidangan-agung-khas-umno/
[ "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh", "Yang Berbahagia, Tan Sri Pengerusi Tetap\nYB Dato Seri Utama Timbalan Presiden UMNO\nYang Amat Berhormat/ Yang Berhormat/ Yang Berbahagia Naib-Naib Presiden\nYang Berhormat Ketua Wanita UMNO Malaysia\nYang Berbahagia Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia\nAhli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia\nPara Perwakilan yang berada dalam Dewan ini.", "Perhimpunan Agung Khas UMNOKUALA LUMPUR, 15 MEI — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Merdeka WTCKL sebentar tadi.", "Sidang perwakilan yang saya hormati sekalian\n1. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, yang atas ketentuan-Nya jua, kita berkumpul pada hari ini di Perhimpunan Agung Khas UMNO 2022. Empat hari lalu pada 11 Mei, kita menyambut tarikh keramat penubuhan UMNO, yang menjadi lambang penyatuan umat Melayu lebih tujuh dekad lamanya. Pada masa yang sama, kita berhimpun petang ini masih lagi dalam semangat menyambut kemenangan di bulan Syawwal.\nSelamat menyambut ulang tahun UMNO ke-76 dan tidak terlewat untuk saya ucapkan Eid Mubarak, minal a’idiin wal fa iziin kepada seluruh sidang perwakilan sekalian.", "Sidang perwakilan sekalian\n2. Kita berhimpun pada petang ini dengan satu tujuan, untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti, melalui Perhimpunan Agung Khas bagi maksud meminda Perlembagaan UMNO, berhubung dengan fasal-fasal tempoh pemilihan parti.", "3. Terima kasih saya rakamkan kepada seluruh perwakilan atas kehadiran pada hari ini, walaupun dua bulan yang lalu kita sudah sama-sama berada di sini. Semangat yang ditunjukkan oleh para perwakilan sekalian, memberikan isyarat yang jelas bahawa sebagai orang perjuangan, kita ahli-ahli UMNO berada dalam satu bahtera yang tidak mungkin dapat digoyah kesatuannya.\nSidang Perwakilan yang saya hormati sekalian", "4. Seawal penubuhan pada tahun 1946, UMNO menjadi penyatu kepada seluruh perkumpulan Melayu. Gerakan massa umat Melayu ketika itu bermatlamatkan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.", "5. Laluan menuju kemerdekaan yang diawali dengan beberapa siri Pilihan Raya Majlis Perbandaran bagi George Town, Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Alor Setar, Melaka dan Seremban; seterusnya Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955.", "6. UMNO meletakkan asas kerjasama dengan kaum lain, melalui Parti Perikatan yang diasaskan pada tahun 1952. Ia menjadi wadah kerjasama politik, yang tidak pernah dirintis oleh mana-mana pihak sebelum itu. Pada Pilihan Raya Persekutuan yang pertama, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.\n\n7. Model kerjasama politik yang ditunjangi UMNO melalui Parti Perikatan, tidak terhenti setakat itu. Selepas Pilihan Raya Umum 1969, yang membawa kepada peristiwa hitam 13 Mei, UMNO membuat anjakan politik yang besar, dengan menubuhkan Barisan Nasional, menggantikan Parti Perikatan. Pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974, lebih bersifat inklusif dengan melibatkan lebih banyak parti-parti politik. Langkah ini telah menjadi trendsetter landskap politik negara ketika itu.", "8. Saya mengimbas kembali liku politik yang dilalui oleh UMNO ini, kerana ia membuktikan sejak ditubuhkan, UMNO telah melalui fasa-fasa perubahan, sesuai dengan kedinamikan politik pada sesuatu masa.", "9. Begitulah fleksibelnya sifat politik UMNO, yang sentiasa melakukan perubahan, sesuai dengan kehendak politik semasa. Malah, kesediaan melakukan perubahan, menjadikan UMNO terus kekal relevan dalam iklim politik sepanjang zaman. UMNO pernah melalui zaman pendakian, berada di kemuncak, dan zaman kejatuhan. Kesemua era tersebut dilalui dengan pelbagai perubahan, dan pendekatan.", "10. Memasuki usia 76 tahun, liku perjuangan dan perjalanan politik yang panjang, semakin mematangkan UMNO. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, UMNO tidak pernah melupakan asas perjuangannya.", "Saudara saudari sidang perwakilan\n11. 24 tahun mendatang, In Sya-Allah UMNO akan mencapai usia satu abad, iaitu 100 tahun lamanya. Dengan berbaki tempoh Jubli Perak sebelum mencapai usia 100 tahun, kita harus mempersiapkan UMNO untuk berhadapan dengan rencam politik, dan mewariskannya bagi diteruskan perjuangannya oleh generasi pelapis.\nSaudara saudari sidang perwakilan", "12. Dalam tempoh dua dekad mendatang, UMNO mahu melihat agenda-agenda Melayu dan Bumiputera terus diperkasakan. Ini termasuk memperkukuhkan agensi-agensi amanah Bumiputera.", "13. PNB, Tabung Haji, Felda, MARA dan Institusi pegangan ekuiti Bumiputera wajib menjadi agenda utama kerajaan tanpa tunduk dengan tekanan untuk agenda berkenaan dikesampingkan.", "", "14. Seperti yang telah diutarakan dalam Debat Perdana antara dua tokoh politik empat hari yang lalu, Syarikat yang pegangan ekuitinya disertai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Sapura Energy di mana terdapat lebih 10 juta pegangan saham amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) turut mempunyai kepentingan mesti bantu.", "15. Sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh PNB. Syarikat itu menggaji lebih sepuluh ribu tenaga kerja dan lebih tiga ribu vendor terlibat. Tanpa menggunakan dana langsung kerajaan, PETRONAS sesuai untuk mengambil alih dan melakukann ‘turn-around’ sesegera mungkin.", "16. Namun, kita bersetuju supaya pengauditan forensik wajib turut dilakukan agar ianya lebih telus.", "17. Pendekatan parti dalam memberi ruang kepada muka-muka baharu pada dua Pilihan Raya Negeri, adalah antara bukti UMNO tidak ketandusan pemimpin. Ia juga memperlihatkan kesiap-siagaan UMNO, untuk memastikan obor perjuangan parti, terus semarak menyongsong usia 100 tahun.", "18. Inilah kedinamikan politik UMNO. Kita sentiasa bersedia membuat anjakan, agar sesuai dengan tuntutan semasa. Kini, jumlah pengundi muda berusia bawah 40 tahun, melebihi 12 juta orang atau mewakili 58 peratus daripada jumlah keseluruhan 21 juta pengundi. Apakah UMNO tidak cakna akan perkara ini? Apakah kita yang telah bertapak, dan menjadi wakil rakyat sejak lima, enam, tujuh atau lapan penggal, masih merasakan ini zaman kita lagi?", "19. Justeru, beberapa pendekatan termasuk pindaan Perlembagaan yang dicadangkan kali ini, dapat memberi ruang kepada parti, untuk mengorak langkah dan menyusun strategi, yang berkesan bagi menghadapi pilihan raya-pilihan raya umum akan datang, tanpa kita bergelut dengan masalah dalaman. Ini adalah amanah dan tanggungjawab kita kepada kelangsungan parti. Ia juga menuntut kita semua untuk berlapang dada dan berjiwa besar, bagi memastikan UMNO terus mekar menuju ke satu abad perjuangannya.", "Sidang Perwakilan sekalian\n20. Rakyat semakin tidak selesa dengan percaturan mereka yang sering mencari suaka politik untuk kepentingan diri dan kedudukan. Pada PRU yang lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) berlapang dada menerima kekalahan dan mengakui hakikat keputusan rakyat tanpa sebarang kekacauan.", "21. Suka saya tegaskan, UMNO tidak mempunyai DNA atau baka untuk mencetuskan kekacauan, yang boleh menjerumuskan negara kepada keadaan tidak menentu. UMNO punya catatan membangunkan negara. UMNO bersejarahkan kemakmuran dan kestabilan. UMNO berwajahkan keharmonian dan kesejahteraan. Justeru, soal kestabilan, keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan, adalah agenda yang tidak pernah luput, daripada kamus perjuangan UMNO.", "22. Jadikanlah Pilihan Raya Umum ke-14, sebagai sempadan dan pengajaran buat negara. Pakatan politik yang baharu muncul ketika itu, hanya indah khabar daripada rupa. Pepat di luar, rencong di dalam, kokok berdegar-degar ekor bergelumang najis. Rakyat ditipu hidup-hidup!\n\nSidang perwakilan sekalian\n23. Pindaan Perlembagaan yang akan dibentangkan untuk sama-sama kita absahkan pada petang ini, membawa erti yang cukup besar. Mesejnya amat jelas iaitu, kita mahukan KESTABILAN.\nKestabilan UMNO untuk menghadapi PRU ke-15;\nKestabilan UMNO untuk mengembalikan maruah perjuangan; dan\nKestabilan UMNO untuk mempersiapkan pewaris kesinambungan sebuah perjuangan.", "24. Apa maknanya agenda kestabilan yang kita tawarkan kepada rakyat, seandainya dalaman parti kita sendiri tidak tenteram. Parti berpecah, wujudnya puak dan kelompok, yang pada akhirnya merugikan kita semua.", "25. Ingatlah, kita tidak sanggup melihat UMNO menjadi kucar kacir. Ingatlah, kita tidak sanggup melihat parti berpecah belah. Ingatlah, selepas biduk berlalu, kiambang belum tentu bertaut kembali. Perpecahan hanya akan merugikan UMNO.", "26. Dalam Pilihan Raya Umum Negeri Melaka dan Johor, kita menawarkan KESTABILAN sebagai jaminan, untuk kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.", "27. Kestabilan amat penting untuk kita pertahankan. Sejarah UMNO, telah memperlihatkan bagaimana Perlembagaan dan Peraturan UMNO, sentiasa melalui proses pindaan. Ia dilakukan agar sesuai dengan keadaan semasa, di samping untuk membendung masalah dalaman, yang boleh menjejaskan kedudukan parti secara keseluruhannya. Sejak tahun 1990 sehingga kini, sebanyak tiga kali pindaan Perlembagaan telah dilaksanakan, berkait dengan soal pemilihan.", "28. Selepas berlakunya “pertembungan maha” pada tahun 1987, Presiden UMNO ketika itu telah mencadangkan, supaya parti memperkenalkan sistem 10 undi bonus, bagi setiap pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya parti telah meminda Perlembagaan, memasukkan sistem 10 undi bonus sebagai salah satu kaedah dalam pemilihan.", "29. Selepas pemilihan tahun 1993, sistem 10 undi bonus bagi setiap pencalonan masih tidak dapat menjamin wujudnya ‘ketenangan’ politik. Pada tahun 1998, Perlembagaan dipinda lagi, dengan memperkenalkan sistem kuota pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi parti.", "30. Namun, atas keperluan semasa dan menilai perubahan corak politik negara, pada tahun 2009 Perlembagaan parti telah dipinda dengan membuka ruang pemilihan lebih luas.", "31. Dengan pindaan tersebut, kuasa memilih tidak lagi terletak di tangan 2,510 orang perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO, tetapi diperluaskan ke peringkat perwakilan Bahagian, melibatkan seramai 146,500 orang. Langkah ini telah meletakkan UMNO lebih ke hadapan, dalam meraikan amalan demokrasi berbanding parti politik lain termasuk yang berjenamakan demokratik.", "32. Tidak kurang juga dalam soal memastikan kestabilan, tanpa meminda perlembagaan, parti pernah membuat keputusan supaya jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.", "33. Namun, pada pemilihan Jun 2018, setelah 30 tahun kerusi Presiden tidak dipertandingkan sejak 1988, saya sendiri, yang ketika itu menjalankan tugas-tugas Presiden, telah mencadangkan agar semua jawatan parti termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. Cadangan tersebut dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi.", "34. Inilah fasa-fasa yang berlaku di dalam UMNO yang mematangkan kita dan memantapkan parti untuk terus relevan di persada politik tanah air.\n\nSidang Perwakilan sekalian", "35. Saya mendengar adanya suara-suara di kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamatkan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar.", "36. Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepimpinan tertinggi parti, berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian. Jangan kita buat-buat lupa, gesaan agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum adalah usul daripada majoriti Bahagian-Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian masing-masing. Keputusan di peringkat akar umbi, dan seterusnya diangkat ke Perhimpunan Agung dua bulan lalu telah pun dipersetujui dan diluluskan.", "37. Pindaan ini adalah manifestasi suara akar umbi. Saya yakin saudara saudari sekalian hendak melihat parti kita kukuh dan berpadu. Adat memimpin, apa pun yang datang, bahtera perlu diselamatkan. Walau diri terkorban, namun bahtera jangan dibiarkan karam.", "38. Saya ingin tegaskan, pindaan Perlembagaan kali ini akan memberi ruang kepada pasukan, atau team kepimpinan Pusat, Bahagian dan Cawangan, bagi setiap penggal pemilihan, untuk memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya-pilihan raya Umum.", "39. Dengan mengabsahkan pindaan hari ini, saudara-saudari sekalian adalah pasukan yang akan membawa parti menghadapi PRU ke-15.\nInilah pasukan yang setelah jatuh bangkit dengan keazaman;\nInilah pasukan yang meskipun tewas PRU ke-14 tetapi kekal berpaksikan kesetiaan;\nInilah pasukan yang menggalas tanggungjawab parti dan mengharungi setiap cabaran;\nInilah pasukan yang tidak lari ketika bertempur di medan;\nInilah pasukan yang tidak tunduk kepada ugutan;\nInilah pasukan yang telah disiapsiagakan untuk menghadapi peperangan;\nInilah pasukan yang kekal istiqomah dalam perjuangan;\nInilah pasukan dalam siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri yang telah menjana kemenangan.", "In Sya-Allah\nAndalah yang akan bersama-sama dengan kepimpinan parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 untuk melakar kejayaan.", "Sidang perwakilan sekalian\n40. Setelah Pilihan Raya Umum selesai, pemilihan parti akan dijalankan dan pasukan baharu akan dipilih. Pasukan yang baharu itu mempunyai masa maksimum lima tahun untuk menumpukan tenaga dan gerak kerja demi kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama, kestabilan parti terus terpelihara, bagi menghadapi pilihan raya-pilihan raya umum seterusnya.", "41. Sebagai peringatan buat kita bersama, izinkan saya sampaikan pesanan buat renungan:\nAndai dimungkiri hasrat akar umbi\nPasti kita akan dibenci;", "Andai dikhianati keputusan parti\nKita pasti akan dihakimi;", "Andai tunduk kepada yang dimusuhi\nNescaya ia membinasakan diri;", "Andai pahat masih berbunyi\nItulah tanda perbuatan keji;", "Andai hasrat parti dijulang bersama,\nKegemilangan UMNO pasti menjelma;", "Andai kita seia sekata\nNegara pasti selamat sejahtera.", "SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITR\nSELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN UMNO KE-76\ndan\nSELAMAT BERSIDANG", "Sekian, wabilahhi tawfiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" ]
https://umno-online.my/2022/05/14/perhimpunan-agung-khas-umno-realitikan-suara-akar-umbi-fokus-demi-masa-hadapan/
[ "PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO terlakar dalam sejarah parti dengan manifestasi merealitikan hasrat anggota akar umbi demi kelangsungan sebuah perjuangan.", "Sememangnya, bukanlah sesuatu yang mudah bagi UMNO untuk meminda apa yang telah disuratkan dalam Perlembagaan malah segala pindaan perlu dilakukan dengan persetujuan anggota parti. Lantaran itulah, persidangan khas dilakukan, dengan tertib sebagaimana aturan malah lambang kematangan sebuah pertubuhan yang berteraskan sokongan ahli-ahli dari seluruh pelusuk tanah air.\n\nMemetik kata-kata Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berbunyi:\n“Perhimpunan Agung UMNO 2021 ada lapan perkara yang diluluskan dan satu daripada lapan itu ialah menggesa pindaan perlembagaan parti berhubung fasal pemilihan dilakukan dalam waktu yang sesuai dengan memaktubkan pemilihan parti hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan selepas setiap kali pilihan raya umum persekutuan. Ini bagi memastikan seluruh kekuatan parti dapat digemblengkan bagi menghadapi pilihan raya umum tanpa sebarang ancaman dan risiko perpecahan.", "“Kita ada 22,000 cawangan di seluruh Malaysia yang di dalamnya ada pemilihan pelbagai peringkat. Begitu jugalah peringkat atasan hingga ke akar umbi bergelumang dengan pemilihan. Orang sebelah sana memang mahukan UMNO hancur sebelum pilihan raya. Takkan kita nak ikut cakap mereka. Jadi kita perlu ada pelan A dan pelan B supaya parti kita kukuh apabila berdepan pilihan raya dan inilah kenapa kita lakukan pindaan perlembagaan,” katanya.", "Apa yang pasti, pindaan kepada Perlembagaan UMNO secara falsafahnya menegaskan kepada peranan utama parti iaitu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara melalui usaha mendapatkan mandat rakyat pada setiap pilihan raya umum dan lain-lain pilihan raya.", "Dalam hal ini, mandat ahli-ahli UMNO adalah kepada parti untuk fokus kepada pilihan raya yang bakal menjelang demi keabsahan proses demokrasi negara. Kejituan tekad adalah berpaksikan kepada kebertanggungjawaban dalam usaha mengembalikan kestabilan negara melalui pilihan raya.\n\nApatah lagi, selepas melalui ‘zaman gelap’ 22 bulan dalam kepimpinan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, ditambah dengan era ketidaktentuan Perikatan Nasional (PN), maka fokus UMNO adalah masa hadapan negara.", "Perhimpunan Agung Khas UMNO ini adalah satu proses yang merealitikan hasrat ahli-ahli UMNO iaitu sebenarnya menetapkan keperluan akar umbi dalam Perlembagaan UMNO, malah ia sebenarnya telahpun diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang baru berlangusung Mac lalu.", "Mudahnya, Perhimpunan Agung Khas UMNO adalah proses mendokumentasikan peraturan parti berdasarkan penetapan perundangan sebagaimana kehendak ahli-ahli UMNO.", "Inilah kelestarian UMNO, bergerak dalam kesatuan, bersidang penuh muafakat berlandaskan aturan dan mematuhi perundangan ditetapkan. Lebih bermakna, UMNO mendahulukan kepentingan ahli-ahli akar umbi yang menjadi suara kepada rakyat keseluruhan dalam mengharungi kehidupan lantaran kesempitan, tekanan dan keperitan yang telah dirasai hasil angka kepincangan pentadbiran kerajaan PH.\n\nBukan itu saja, indahnya Perhimpunan Agung Khas UMNO dilaksana bersama dengan keraian ulang tahun UMNO ke-76 tahun. Satu angka yang amat bermakna membuktikan kewujudan parti sebagai wadah perjuangan bangsa untuk agama dan negara malah membela keseluruhan rakyat Malaysia.", "Ditambah pula, bulan Syawal pengerat silaturrahim dengan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri yang bakal mengeratkan perpaduan ahli-ahli UMNO sebagai penutup kepada lakaran sejarah yang tertulis.", "UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia… bait kata terakhir dalam lagu parti menjadi penguat bahawa parti ini tetap terus melangkah. Biarpun sentiasa diasak dengan pelbagai tohmahan serta berdepan dengan pelbagai cabaran, namun bersifat alah tidak sesekali kerana UMNO telah bangkit kembali demi meneruskan kesinambungan warisan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.", "Selamat Bersidang Para Perwakilan\nSelamat Ulang Tahun UMNO ke-76\nSelamat perkukuh perpaduan dalam sambutan Hari Raya Aidilfiri.", "ROPIKAH AHMAD\nEditor Berita UMNO Online ", "***********************************" ]
https://umno-online.my/2022/05/12/isu-mn-hentikan-salah-umno-atau-presidennya/
[ "Semalam YB Senator Ir. Ts. Khairil Nizam, Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO ‘menolak’ agenda ini.", "Pertama, ini kenyataan tidak benar.", "Kedua, ini bukan ayat dan nada pihak yang mahu melihat penyatuan. Bagaimana mahu menyatukan dengan parti lain kalau terang-terang memburukkan pimpinannya?\n\nKetiga, ia mengajak orang UMNO dan PAS yang tertanya-tanya kenapa MN menjadi dingin untuk menyalahkan Presiden UMNO. Sekaligus mengalih perhatian kepada punca sebenar kerenggangan – iaitu pendirian PAS berhubung pihak ketiga, dan tindakan-tindakan rentetan pendirian itu.", "Perlu diingat, usaha penyatuan ummah ini tidak bermula hanya selepas UMNO kalah PRU14 tetapi sudah pun bermula semenjak awal lagi misalnya dengan solidariti dalam isu pelarian Rohingnya sebelum PRU14.", "Presiden UMNO meneruskan kerjasama ini dengan perbincangan lebih terperinci untuk menyatukan kedua-dua parti melalui penyatuan ummah yang melahirkan kerjasama politik melalui ‘Muafakat Nasional’.", "Tetapi MN hanya subur sehingga tertubuhnya Perikatan Nasional di mana UMNO tidak setuju untuk menyertainya tetapi PAS tanpa ‘notis’ kepada UMNO, muncul sebagai parti komponen PN. Kisah ini sudah didedahkan berulang kali dan akan terus diulangi selagi UMNO dipersalahkan. Kerana insiden inilah yang menjadi titik tolak kepada kerenggangan.", "Tapi Presiden UMNO berjiwa besar. Malah beliau tetap membuka pintu rundingan dalam dalam PRN-PRN yang lepas. Melalui Jawatankuasa Induk MN dahulu kita telah bersetuju untuk parti masing-masing menggunakan lambang masing-masing dan jentera masing-masing akan saling membantu dalam pilihanraya. Tetapi, di PRN Melaka permintaan mudah oleh UMNO untuk PAS menggunakan lambang sendiri dan bukan lambang PN, pun tidak dapat dipenuhi oleh PAS. Isyarat jelas dari PAS: PN lebih utama.", "Di PRN Johor, Setiausaha Agung UMNO telah mendedahkan bahawa PAS tidak memohon untuk bekerjasama bersama UMNO walau pun Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan berbincang bersama UMNO untuk membentuk kerjasama.", "Sebaliknya, siapa lupa, apa yang dilemparkan terhadap Presiden UMNO adalah Itik Patah Kaki, Ahli Sihir. UMNO pula diminta untuk direhatkan dan juga dihukum pengundi oleh Presiden PAS.", "Tetapi, setelah semua diatas, setelah semua komen dan serangan lain yang dilemparkan, UMNO masih berjiwa besar di beberapa negeri dan masih mahukan kerjasama Muafakat Nasional. Tetapi dengan setiap kenyataan seperti kenyataan semalam, dalam keadaan di mana PAS masih gemar menyalahkan dan merendahkan kami, bukankah PAS yang menjauhkan agenda penyatuan dari menjadi realiti?", "Saya minta sahabat saya Ir. Khairil untuk mengusulkan kepada pemimpin PAS agar jawatankuasa induk MN sepenuhnya bermesyuarat semula jika mereka betul-betul ingin meneruskan agenda penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional dan berhenti menyerang pemimpin-pemimpin UMNO di media sosial. Kami tak mencari sengketa. Tapi jika sengketa yang datang, kami akan terpanggil respon.", "#SambungYangTergendala", "\nSHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO ", "***************************" ]
https://umno-online.my/2022/05/11/76-tahun-umno-bukan-parti-pegun-iltizam-demi-malaysia-dan-bangsa/
[ "Assalamualaikum WBT dan selamat Hari Raya.", "Moderator, Ahli2 panel yg di hormati, serta tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian..", "Saya mengajak sekalian yang hadir untuk sama-sama menzahirkan rasa syukur ke hadhrat Allah SWT Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, bahawa dengan nikmatnya jua, maka kita dapat bertemu pada hari ini dalam majlis yang sangat bermakna pada pagi ini.", "Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian ke Majlis Wacana Aspirasi UMNO sempena sambutan ulangtahun UMNO ke 76.", "Saya sangat senang sekali melihat rakan2 dan taulan UMNO, dari kalangan masyarakat madani, cendiakawan serta pelbagai segmen masyarakat, hadir dan terus bersedia mendampingi UMNO.", "Pastinya kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan dengan hasrat untuk terus membantu UMNO, mencari pencerahan dalam memperbaiki akan dirinya sebagai sebuah parti.\nDan membantunya sebagai sebuah wadah perjuangan untuk bangsa dan tanahair.", "Sdra dan sdri sekalian..", "Wacana sebegini adalah langkah yang sangat penting.\nKerana sebagai sebuah parti politik, UMNO mesti membuka ruang seluas-luasnya, kepada pelbagai pemegang taruh bangsa, untuk menegur, mengkritik, membangun dan mempelopori pelbagai idea and kecerdasan baru.\n\nUMNO bukanlah sebuah institusi yang pegun, apalagi kebal dari segala perhitungan yang tersasar.", "Sudah namanya pun parti politik, UMNO itu senantiasa ada kelompongan dan kelemahan dalam pelbagai strategi, dasar dan iltizamnya kepada Malaysia dan bangsa.", "Kerana itu, UMNO mesti senantiasa bersedia mendengar, belajar, mendalami dan mendampingi pelbagai segmen masyarakat Melayu dan Malaysia. Demi untuk menjadi parti politik yang lebih baik, lebih kontemporari dan lebih unggul.", "Dan kepada rakan-rakan UMNO di luar sana, janganlah kalian merasa gugup dan gusar, untuk menegur UMNO dalam wacana anda bersama UMNO.", "Berkata benarlah kepada UMNO.\nBerlaku beranilah pada parti ini. Singkirkan segala kepura-puraan untuk menjadikan UMNO ini lebih baik.", "Pancaindera UMNO ini mesti diasah untuk menelan yang pahit, melihat yang lemah dan jelek, serta menghidu yang busuk dan meloyakan.", "Kerana ia telah terlalu lama dibuai dengan nafsu yang serakah, halwa telinga yang mengasyikkan, dan pujian yang tidak ikhlas dan benar.", "Justeru, gunakanlah wacana seperti ini, untuk memberikan perspektif realiti yang sebenarnya kepada UMNO.", "Melalui sifat berterus-terang dan ikhlas, insya-Allah, UMNO juga pasti akan berlapang dada, untuk mendengar dan berusaha, menjadi lebih baik dan unggul.", "Yang pasti, UMNO itu perlu senantiasa melakukan refleksi dan melihat sedalam-dalamnya, dengan nurani yang ikhlas akan segala kelebihan dan kekurangannya.", "Apakah benar-benar UMNO ini telah mendatangkan kebaikan kepada bangsa dan agama?\nApakah benar-benar kita telah membuahkan manfaat kepada tanahair?\nApakah kita masih mengakar dalam landasan perjuangan seperti mana cita-cita waktu UMNO itu diasaskan?", "Semua ini menuntut kita semua, UMNO dan pemegang taruh bangsa, untuk berterus-terang dan saling tegur-menegur.", "Tuan-tuan dan Puan-puan;", "76 tahun dahulu, UMNO itu dibidani kelahirannya, melalui muafakat pelbagai kumpulan madani Melayu, yang mahukan tanahair yang merdeka.\nOrang Melayu waktu itu bersemangat sekali, untuk bangkit menentang Malayan Union.", "Maka berlakulah pelbagai perdebatan yang hebat di kalangan pemuka, pemimpin dan aktivis bangsa Melayu, tentang bagaimana harus mereka bergerak ke hadapan.\nAda yang mencadangkan gerakan bersenjata.\nAda yang menganjurkan kebangkitan rakyat yang radikal.\nAda yang mencetuskan idea menubuhkan pergerakan politik, serta pelbagai idea lain yang disarankan.", "Kerana wacana yang pelbagai inilah, maka lahirlah cadangan bahawa, perjuangan kemerdekaan mestilah damai sifatnya.\nMesti menggunakan wadah politik.\nMesti mendakap strategi perpaduan dan kesatuan, agar wujud satu ketumbukan politik Melayu yang berpengaruh.", "Maka akhirnya terbentuklah UMNO sebagai wadah politik bangsa Melayu itu.\n\nIanya natijah daripada pelbagai sesi debat, perbincangan, pertukaran idea dan wacana.\nUMNO sebenarnya lahir, bukan sekadar dari sebuah semangat tanpa akal, tetapi pemikiran yang tajam.\nBegitu juga bila kita berhadapan insiden 13 Mei 1969.", "Untuk membangunkan dasar terbaik, sebagai respons kepada tragedi 13 Mei 1969, apa yang UMNO lakukan ialah, mengumpul cendekiawan Melayu.\nBertanya pendapat mereka. Memberikan mereka kepercayaan untuk melakukan sumbang saran.", "Natijahnya, dilantiklah sarjana ulung seperti Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz untuk merencanakan dasar ekonomi yang akhirnya UMNO pelopori, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).", "Dan melalui dasar tersebut, tertubuhlah pelbagai institusi untuk membasmi kemiskinan dan menyusun kembali masyarakat.\nDemikianlah bernasnya idea DEB itu, sehingga transformasi bangsa dan negara pasti gagal tanpanya.", "Moral dari semua ini ialah, betapa terbukanya UMNO kepada idea, pemikiran dan sumbang saran, dari pelbagai pihak. Dan, betapa UMNO menerima idea tersebut, melaksana dan menjayakannya dengan bersungguh-sungguh.", "Justeru, sempena perjumpaan kita hari ini, saya menyeru, agar apa yang kita lakukan hari ini, mesti menjadi budaya dalam UMNO.", "Bertanyalah kepada semua orang, dan bukan hanya bercerita sesama kita didalam parti.", "Bertanyalah pada mereka yang pandai.", "Belajarlah daripada mereka yang berpengalaman.", "Berlumba-lumbalah untuk mempelajari yang baru dan terkini.", "Kerana UMNO memerlukan idea baru, cetusan yang berkesan dan pemikiran yang luar biasa, dalam melayari landskap politik Malaysia, yang telah menjadi sangat kompleks.", "Dari mana, akan kita akan dapati semua ini, jika bukan daripada semua pemegang taruh Melayu.", "Tuan-tuan dan Puan-puan;", "Seperkara lagi yang suka saya ingatkan ialah..", "Janganlah wacana hari ini, akhirnya hanya menjadi sebuah majlis sahaja.\nApa yang dibicara, didebat dan ditegur, mati hanya di sini.", "Tidak boleh begitu.", "Penganjur haruslah membawa segala pencerahan hari ini, kepada pelbagai sayap UMNO.\nKepada pelbagai biro dan jawatankuasa dalam parti. Bentangkan segalanya dengan jujur, kepada jawatankuasa pengurusan, biro politik dan Majlis Tertinggi.", "Kerana kita berharap agar idea yang bernas dan kritikan yang pedas itu, dapat menjadi sandaran untuk Parti, merencanakan dasarnya buat negara dan bangsa.", "Gunakanlah peluang hari ini untuk terus merencana strategi.,\nMeneruskan kelangsungan kita untuk 70 tahun lagi.\nMalah, mungkin untuk seabad lagi.", "Benar, masa depan itu rahsia Tuhan, dan masa adalah saksi segala-galanya.", "Namun, untuk sekadar duduk, bernostalgia dan beretorik, bahawa parti ini akan terus kekal kuat, utuh dan diyakini, adalah anti akal.", "Kerana parti ini, hanya akan kekal, jika kita punyai strategi.", "Punyai agenda bersifat sezaman.", "Punyai pemikiran melangkau masa. Punya keberanian untuk dikritik dan ditegur.", "Sdra dan sdri sekalian,", "Akhir sekali, pesan saya ialah..", "Samada kita mahu menerimanya atau tidak, di luar sana, UMNO dilihat semakin senja dan menua.\nKita tidak lagi dilihat secocok dengan zaman.\nPada pandangan banyak pihak, kita terpisah jauh, dari imaginasi generasi Malaysia pasca moden, apa tah lagi kemajuan zaman.", "Kita terus terperangkap dengan kegemilangan lalu, yang terhasil dalam konteks dan cabaran yang jauh berbeza, dengan realiti hari ini.", "Kita dilihat sebagai parti kebangsaan, yang sudah hilang pesonanya, sehingga kita tewas dalam PRU ke 14 lepas.", "Malah seperti yang sering saya ungkapkan, dalam siri ucapan saya, UMNO telah hilang nilai sentimental atau ‘sentimental connection’nya dengan bangsa Melayu.", "Maka manfaatkanlah, wacana seperti hari ini, sebagai pemula untuk UMNO itu, menjadi lebih berdaya saing.", "Pemula untuk kita semua bersetuju, berazam dan berusaha.\nUntuk menjadikan UMNO dan perjuangan politik Melayu, dan Malaysia itu, lebih kontemporari dan bersandarkan idea terbaik.", "Kepada semua ahli panel dan tetamu yang hadir, sekali lagi terima kasih atas sumbangan dan masa yang diberikan.", "Semoga segala yang kita lakukan ini, diangkat oleh-Nya sebagai amalan baik yang mendapat keredhaan jua, insyaAllah.", "Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya dengan ini merasmikan “Wacana Aspirasi UMNO” sempena Ulangtahun UMNO yang ke 76 ..", "Wabillahitawfik Wassalamualaikum WBT", "Terima kasih.\n\nDatuk Seri MOHAMAD BIN HAJI HASAN\nTimbalan Presiden", "Ucapan perasmian Wacana Aspirasi UMNO Sempena sambutan 76 tahun UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/05/11/selamat-hari-umno-perkukuh-perjuangan-kembalikan-kesatuan/
[ "Alhamdulilllah, hari ini UMNO genap berusia 76 tahun. 11 Mei merupakan tarikh keramat tanda lahirnya UMNO sebagai sebuah parti politik. Penubuhan yang dibuat atas tekad demi agama, bangsa dan negara. Itulah yang utama dan patut terus disematkan serta dihayati oleh generasi muda.", "UMNO bukan parti yang ditubuhkan kerana gilakan kuasa, bukan parti yang tegak sebab nakkan isi kantung diri atau kroni sendiri, juga bukan parti yang ditubuhkan oleh orang-orang yang melompat kerana tak dapat apa yang dimahukan.\n\nJika itu yang difikirkan berkaitan UMNO maka amat menyimpang kerana penubuhan UMNO berpaksikan jati diri, asas perjuangan dan kesatuan teguh yang relevan sepanjang zaman. Lantaran itulah barangkali maka mana-mana pihak yang cuba jadikan UMNO batu loncatan untuk kepentingan tertentu rebah dan gagal.", "UMNO ini ada sejarah yang panjang. Kisah perjuangan bangsa yang menentang penjajah, mempelopori semangat nasionalisme, membentuk ketumbukan dari serata Tanah Melayu, menuntut kedaulatan tanah air dan mahukan Islam ditegakkan.", "Semangat perjuangan UMNO membawa kepada pelbagai peristiwa – merdeka, keluar dari kemiskinan, angkat pendidikan jadi perkara utama dan memodenkan negara.", "Sungguh, perjalanan 76 tahun usia UMNO ini terlalu banyak untuk disuratkan malah kita sebagai pewaris baharu perlulah sedar bahawa UMNO adalah warisan perjuangan yang perlu ditegakkan.", "Cukuplah tarikh 9 Mei 2018 yang menyaksikan UMNO hilang kuasa. Natijahnya bukan hanya bangsa Melayu malah rakyat pelbagai peringkat tidak terbela, lebih teruk Islam dipersenda dan tanah air tercinta jadi caca marba.\nAtas ulang tahun ke 76 UMNO ini, marilah kita tanamkan tekad untuk terus ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ kembali perkukuh perjuangan dan kembalikan kesatuan demi agama, bangsa dan negara.", "Selamat Hari UMNO", "\nTENGKU ADNAN TENGKU MANSOR\nBendahari UMNO\nAhli Parlimen Putrajaya ", "#UMNOSebuahPerjuangan #umnobersamarakyat #BersatuBersetiaBerkhidmat #UmnoDuluKiniSelamanya #HariUMNO76 #ulangtahunumno", "*********************************" ]
https://umno-online.my/2022/05/07/terhimpit-hendak-di-atas-terkurung-hendak-di-luar/
[ "Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi meminta agar TSMY campur tangan dalam kes mahkamah yang beliau sedang hadapi.\n\nPertama, Presiden sudah berkali-kali mengatakan, beliau mahu bersihkan nama melalui proses mahkamah.", "Kedua, jika perkara ini berlaku pada permulaan penubuhan kerajaan PN seperti didakwa TSMY, kenapa beliau hanya buka cerita ini semasa tempoh Pilihanraya Negeri Johor? Iaitu dua tahun selepas tertubuhnya kerajaan PN dahulu.", "Kenapa hanya apabila ditekan oleh UMNO, keluarkan cerita cerita sebegini? Hingga mengguna saluran utama untuk keluarkan dakwaan tersebut setelah tiada lagi kepentingan dengan UMNO? Kenapa tak dari awal?", "Inilah yang dimaksudkan peribahasa terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar. Tidak mahu mengambil tanggungjawab atas ketidakikhlasan berkawan dengan UMNO. Bila UMNO bantu pinjamkan majoriti, tiada bunyi. Bila nampak UMNO tak lagi mahu bersama, lain pula.", "Dalam erti kata lain, sama ada ini cerita rekaan, atau beliau pentingkan jawatan selaku PM. Pilihlah yang mana satu.", "Atau lebih tepat, pilih naratif ini: Presiden UMNO telah memimpin parti yang telah jatuh sehingga mampu bangun dan kembali ke landasan kemenangan. Telah membawa kejayaan-kejayaan dalam tempoh singkat yang tak terbayang dek akal sewaktu mula-mula pasca PRU14 – walaupun ditekan pelbagai pihak sejak 2018. Maka, lawan parti akan sentiasa tidak senang duduk, melempar pelbagai tuduhan dengan niat menjatuhkan, meskipun beliau tidak pun disabitkan apa-apa kesalahan lagi.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN" ]
https://umno-online.my/2022/05/07/kos-projek-ecrl-formula-siapa-dipakai/
[ "Macam mana orang PH ni boleh keluarkan kenyataan seperti ini?", "Siapa yang buat pengiraan untuk dia? Formula siapa yang kamu pakai?", "Kononnya harga tambang keretapi ECRL akan 6 kali ganda lebih tinggi berbanding tambang pesawat?", "Takkan syarikat ECRL gila?", "Marah seluruh pantai timur Malaysia sekiranya harga tambang tinggi melambung seperti itu!", "No. Kerajaan dan ECRL tak gila.", "Yang gila adalah orang PH yang keluarkan kenyataan macam ini?\n\nYa, kos projek ECRL adalah tinggi tapi harga tambang akan munasabah dan berpatutan sebab sumber pendapatan projek ECRL bukan sahaja dari kutipan tambang pengguna.", "Bahagian terbesar sumber pendapatan dan trafik ECRL adalah dari pengangkutan barang-barang.", "Freight dua hala dari pelabuhan Kuantan ke pelabuhan Port Klang.", "Dengan ini, kapal-kapal tidak perlu melalui negara Singapura.", "Satu lagi sumber pendapatan ialah projek-projek pembangunan Transport oriented development (TOD) di sepanjang jajaran ECRL.", "Tapi saya tengok PH akhirnya mengaku bahawa projek ECRL adalah baik. Mampu menyelesaikan kesesakan trafik jalan raya masa perayaan besar.", "Dulu dorang juga yang kata ini projek songlap. Tapi lepas jadi kerajaan, PH kata tak ada songlap pulak. Cuma kos tinggi.", "Lalu PH pun batalkan stesen-stesen, kurangkan jarak jajaran sehingga kos turun dari RM55b ke RM44b.", "Lalu ditambah balik jajaran oleh kerajaan PN sehingga naik ke lebih RM50b tapi masih lebih pendek berbanding pelan asal kerajaan BN dan landasan ECRL tidak lagi sampai ke sempadan negara Thailand.", "Oleh sebab PH buat kacau semasa mereka memerintah dan projek dihentikan, ditangguh dan diperlambatkan, ECRL tidak akan beroperasi pada tahun 2024 seperti rancangan kerajaan BN dulu.", "Ditangguh ke Disember 2026 pulak.", "Maka Rakyat pun perlu bertahan kesesakan trafik setiap kali masa perayaan untuk lebih dua tahun lagi.", "Pembangunan ekonomi negara dan pantai timur juga tergendala selama dua tahun.", "Well done, PH.", "Najib Razak " ]
https://umno-online.my/2022/04/30/menghampiri-penghujung-ramadan-semoga-ditetapkan-iman-dan-istiqamah-dalam-perjuangan/
[ "Ramadan Oh Ramadan.", "Ramadan Kareem semakin sampai ke penghujungnya. Saya berdoa agar saya, keluarga, para sahabat dan semua akan dapat bertemu sekali lagi Ramadan akan datang dengan ketakwaan yang makin bertambah dari hari ke hari.", "Namun saya sedih melihat gelagat umat Islam khususnya para pemimpin Islam yang gagal menerapkan kefahaman berkaitan agama kita dalam penghidupan seharian.", "Betapa Addin dipandang mudah dan tidak dititikberatkan.", "Negara pemimpin Islam sama ada di Timur Tengah, Afrika atau Asia Tenggara juga kebanyakan pemimpinnya hanya memikirkan bagaimana cara mereka untuk mengekalkan kuasa dan tidak memikirkan bagaimana nasib ummah yang ditadbir, bagaimana nasib rakyat dan agamanya malah pendekatan berkaitan agama dipandang mudah dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan hinggakan tahun berganti tahun.", "", "Saya mengambil satu perkara mudah sebagai contoh iaitu konsep halal yang disebut-sebut selalu. Halal itu terlalu besar maksudnya iaitu bukan hanya berkaitan sembelihan semata-mata sebaliknya penyediaan, kebersihan dan kualitinya juga.", "Lebih dari itu ada makanan segera dan makanan proses yang dikeluarkan oleh mereka yang bukan Islam dengan konsep pengetahuan berkaitan halal hanyalah berkait dengan sembelihan dan mengabaikan keperluan terhadap hal-hal lain. Lantas apakah hukumnya?", "Saya amat sedih kerana kebanyakan kita mengambil mudah hal-hal remeh berkaitan Islam.", "Di sini, saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan lain untuk mengutamakan apa yang menjadi wajib malah amanah yang terpikul di bahu sebagai pemimpin juga akan dipersoalkan kelak. Inilah yang saya mohon agar kesedaran kita terhadap hal-hal remeh berkaitan agama tidak dipandang mudah.", "Islam ini amanah juga untuk kita. Islam bukan topeng mainan atau bahan politik sebagaimana jadi tunggangan segelintir parti namun apabila mendapat jawatan semuanya didiamkan dan tidak lagi menjadi keutamaan perjuangan.", "Tradisi masyarakat kita sebenarnya dari dahulu amat menekankan berkaitan pendekatan Islam namun diaplikasi secara tertutup tapi menjadi budaya berterusan.", "Konsep pemilihan bekas makanan misalnya penggunaan daun pisang, pinggan tembaga, tin dan pinggan plastik yang semuanya bebas dari penggunaan bahan campuran buatan bahan larangan termasuk tulang haiwan sebagaimana dilakukan negara tertentu ketika ini.", "Namun secara perlahan ianya ditukar malah kita berbangga menggunakan pinggan import dan sebagainya tanpa tahu apa bahan diguna.", "Bukankah ada dinyatakan bahawa antara hal yang dipelajari Zionis untuk melemahkan Islam adalah mengkaji cara hidup sehinggakan hal-hal yang kecil dalam agama kita pun diambil tahu.", "Tujuannya agar kita leka terhadap hal-hal remeh dan sanggup melakukan perkara-perkara terlarang tanpa disedari. Nauzubillahiminzalik. Moga Allah SWT terus lindungi kita semua.", "Sehubungan itu, saya merayu dan mengingatkan diri saya sendiri serta para pemimpin Islam, berdoa sesungguh hati agar terus ditetapkan iman, istiqamah dalam perjuangan Islam dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis.", "Moga kita semua dijauhkan daripada fitnah, dijauhkan daripada rasuah dan dijauhkan daripada laknat Allah SWT, malah terus dipelihara kehidupan hingga ke akhirat kelak.", "Saya mohon maaf pada semua, saya adalah insan kerdil dan hina di sisi-Nya namun saya sayangkan agama, bangsa dan negara saya. Wallahu A’lam. – UMNO ONLINE", "", "Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor\nBendahari UMNO\nAhli Parlimen Putrajaya" ]
https://umno-online.my/2022/04/29/negara-perlukan-strategi-jangka-panjang-bagi-kemapanan-bekalan-unggas-nasional/
[ "SEMENJAK beberapa hari lepas, Utusan Malaysia telah mengetengahkan isu bekalan ayam secara meluas.", "Isu kenaikan harga ayam, walaupun bukan isu yang baru tetapi sangat membimbangkan. Sekiranya masalah ini berlanjutan, ia boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan kecukupan makanan nasional.", "Namun penyelesaian yang dikemukakan Kerajaan setakat ini nampaknya tidak tuntas, apalagi lestari.", "Ayam merupakan sumber protein tinggi yang sangat penting dan antara yang termurah untuk keperluan makanan yang berkhasiat.", "Purata isi rumah di Malaysia memakan 50 kilogram (kg) daging ayam setiap tahun, menjadikan ia antara negara pengguna ayam tertinggi dunia.", "Pengeluaran lesen import (AP) untuk import ayam sejuk beku bagi menampung keperluan pengguna adalah solusi sementara dan tidak bersifat lestari.", "", "Negara memerlukan strategi jangka masa panjang untuk kemapanan bekalan unggas nasional.", "Justeru, satu dasar mapan untuk penternakan, pembekalan, kawal selia dan pembangunan industri unggas negara sangat diperlukan.", "Industri ini telah terlalu lama dibiarkan tanpa lonjakan inovasi, teknologi dan kebolehsaingan.", "Malaysia juga memerlukan kerangka regulasi yang lebih telus dan kemas, dengan memastikan keselarasan kawal selia yang lebih teratur kerana ia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.", "Inovasi makanan ayam juga merupakan salah satu pendekatan yang harus diberi tumpuan. Penyelidikan dan pembangunan dapat membantu inisiatif tersebut, tetapi ia mestilah disokong kukuh oleh pemain industri.", "Pertimbangkan juga pendekatan seperti rebat cukai, insentif pinjaman dengan faedah rendah dan transisi kepada industri berasaskan ayam dan bukan sekadar sektor penternakan ayam.", "Saya sangat bersetuju dengan cadangan penubuhan Lembaga Industri Unggas Nasional untuk menerajui dan memajukan industri berasaskan ayam, itik dan unggas lain, serupa dengan fungsi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.", "Lembaga seumpama ini akhirnya akan mewujudkan satu ekosistem industri unggas yang ‘regulated’ dengan dasar yang jelas dan berorientasikan ketelusan, lantas mampu memajukan industri unggas, bukan sekadar penternakan dan pembekalan ayam.", "Tuntasnya, negara kita sangat memerlukan sektor makanan dan bekalan protein yang berdaya saing bagi memastikan harga adalah berpatutan dan sesuai kemampuan rakyat. – UMNO ONLINE", "Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan\nTimbalan Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/04/24/tidak-aneh-jika-ada-yang-percaya-kesahihan-pasleaks/
[ "SATU demi satu pimpinan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan bahawa tidak wajar atau tidak logik untuk sesiapa melayan kemungkinan bahawa dokumen Pasleaks adalah sahih dan benar.", "Ramai yang namakan ia dokumen sampah. Ada juga yang menggelar sesiapa yang melayan isu ini sebagai “loyar buruk”. Seolah-olah kalau percaya maka orangnya tak waras.", "Sedangkan tiada yang aneh dan mengejutkan jika ramai dalam kalangan UMNO yang tertanya.", "Kerana apa yang digambarkan melalui perbincangan-perbincangan yang didakwa berlaku dalam ‘Pasleaks’ itu seakan konsisten dengan pelbagai tindakan terhadap UMNO selama ini.\n\nCuba campurtangan dalam UMNO.", "Cuba mengajar dan mengarah UMNO apa yang ia perlu buat, dengan siapa ia mesti bekerjasama dengan siapa ia tak boleh bekerjasama.", "Cuba pecah-belahkan UMNO dengan adu domba. Ini semua sudah berlangsung lama dan nyata dalam tindakan dan kenyataan pimpinan dalam PN.", "Lainlah kalau kandungan dokumen itu mengakui dan mengiktiraf bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh memimpin negara lebih baik dari mereka. Itu mungkin susah sikit nak percaya.\n\nNatijahnya, jika ada merasakan ‘Pasleaks’ tidak luar biasa kerana memang kerja parti lawan melemahkan parti kita, maka sudah tentu, tidak luar biasa juga jika orang UMNO banyak bercakap tentangnya kerana parti sudah lama cuba ditekan, dirobek, malah dimusnah dan diharamkan.", "Sememangnya kita tidak tahu kesahihan. Jika sahih, kita tak tahu siapa dalam mesyuarat-mesyuarat itu yang bocorkan dan apa tujuan mereka.", "Atau sama ada mereka mewakili seluruh kepimpinan Pas atau tidak. Kita tak tahu sama ada ditambah gula garam dan cili untuk wujudkan syak wasangka dalam UMNO yang semakin lama semakin utuh kesatuannya.", "Tapi yang kita tahu, ‘Pasleaks’ tak lari jauh dari realiti tindakan yang dibuat terhadap UMNO selama ini.", "Itu kisah yang utama. Sama ada dokumen itu sahih atau palsu, tidak aneh mengapa isu ini “bernyawa”. – UMNO ONLINE", "#sambungyangtergendala", "Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\n" ]
https://umno-online.my/2022/04/18/kebersamaan-umno-keberkatan-ramadan-agenda-perjuangan/
[ "RAMADAN bulan penuh keberkatan, bulan rahmat yang tentunya menjadi impian setiap insan bagi meningkatkan ibadah untuk menjadi lebih baik, terus istiqomah dan meningkatkan amal soleh.", "Sesungguhnya, Ramadan ini adalah kebersamaan yang amat bermakna, bukan hanya untuk kepentingan peribadi dalam melaksanakan ibadah tetapi juga dalam meneruskan agenda perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara.", "Begitu jugalah UMNO yang telah melestarikan jawapan dalam agenda baharu bagi menyemarakkan obor perjuangan parti apabila mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini memutuskan perkara-perkara penting yang amat signifikan.", "Betapa keberkatan Ramadan menjadi aplikasi dalam menentukan kesepakatan antara ‘Top 5’ UMNO dan ahli-ahli MKT yang bermesyuarah. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat maka perbincangan dalam mesyuarat menjadi kata pemutus hala tuju parti.\n\nDalam Ramadan yang ke-12, MKT bermesyuarat dengan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan telah membuat ketetapan yang menyempurnakan mandat Perhimpunan Agung UMNO serta aspirasi ahli parti seluruh negara.", "Keputusan sudah muktamad iaitu kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai 2022 tidak akan diteruskan lagi.", "Paling penting adalah kata sepakat MKT yang sebulat suara mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.", "", "Dalam hal ini, sokongan dari segenap kepimpinan MKT adalah amanah kepada Naib Presidennya bagi menjadi ‘poster boy’ lantas endosmen kepada ruang yang cukup luas untuk Ismail Sabri menyusun dan merencana agenda seterusnya selaku Perdana Menteri bagi memenangi hati dan minda rakyat.", "Bagi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, malah kepimpinan MKT yang lain juga, ini adalah manifestasi jiwa besar bahawa UMNO bukanlah parti yang dinakhodai oleh pihak berkepentingan sendiri sebaliknya kemaslahatan dan kedaulatan negara dan rakyat adalah yang utama.", "Betapa Ramadan menjadi simbolik kepada penyatuan kepimpinan parti yang sentiasa mengutamakan asas dan tujuan UMNO iaitu berjuang mendukung cita-cita demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.", "Solidariti dalam parti demi agenda mengembalikan kemakmuran tanah air dan mensejahterakan rakyat setelah melalui ‘zaman gelap’ selepas Pilihan Raya Umum ke-14 bukanlah perkara main-main atau cakap kosong.", "UMNO membuktikan retorik politik dan sandiwara tidak termaktub dalam parti ini sebaliknya realiti mendepani masa depan dengan kebersamaan dari kepimpinan tertinggi hinggalah ke segenap anggota akar umbi adalah pasti.", "Itulah juga manifestasi ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ iaitu bukan untuk mengejar jawatan tetapi kebersamaan bagi mencapai kejayaan dan kali ini tentunya gerak kerja adalah mengembalikan mandat UMNO sebagai tampuk kuasa negara.", "Bukan itu sahaja, keputusan MKT menetapkan bahawa pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain.", "\nUMNO berpendirian bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati. Kerana adanya lompat parti inilah pelbagai kecelaruan berlaku selepas PRU-14.", "Sememangnya kata putus bukanlah mudah dicapai tapi tentunya telah diperhalusi dengan mengimbang antara yang baik dan yang buruk, malah kepimpinan parti tentunya arif ‘menarik rambut dalam tepung’ perlu cermat agar rambut tak putus dan tepung tak berselerak.", "Gerak kerja dilaksana di segenap peringkat yang tentunya bukan sahaja untuk menunggu pilihan raya namun sememangnya UMNO itu adalah sentiasa bersama rakyat, menabur bakti dengan keakraban yang melata mengisi ruang dengan ahli-ahlinya memberi tanpa diminta, membantu semua biarpun seteru malah seikhlas mungkin amanah dipikul dengan agama diangkat sebagai martabat.", "Sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, MKT juga memutuskan bahawa usul dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu juga dipersetujui maka satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.", "", "Sungguh, rahmat Ilahi pada UMNO melimpah sebagaimana perancangan untuk merealitikan Perhimpunan Agung UMNO Khas pada bulan hadapan, iaitu bulan kelahiran UMNO yang ke-76 pada 11 Mei. Ditambah pula dengan bulan Syawal yang menjadi simbolik kemenangan, semoga bertambah kurnia Ilahi kepada parti ini. Apatah lagi, MKT memaklumkan bahawa pada hari Perhimpunan Agung UMNO Khas dilaksana akan diadakan juga Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiri.", "Terbukti, UMNO ini adalah teras kebersamaan dan penyatuan bangsa yang kemudiannya akan menjadi penaung kepada kesejahteraan negara. Kebersamaan kepimpinan dalam MKT UMNO yang bermesyuarat tidak habis setakat itu sahaja sebaliknya ia disusuli acara berbuka puasa beramai-ramai yang disertai ahli parti pelbagai peringkat di samping meraikan anak-anak yatim, solat berjemaah, berterawih dan jamuan moreh menutup acara.", "Apa yang pasti, solidariti kukuh untuk berdepan cabaran PRU-15 semakin tampak. Lantas, simpulkanlah ikatan rapi, eratkan gengaman tangan dengan melangkah terus maju ke depan kerana sememangnya UMNO sebuah perjuangan yang sentiasa mendepani cabaran, menerjang masa depan.", "EDITOR UMNO ONLINE\nROPIKAH AHMAD", " ", "********************************" ]
https://umno-online.my/2022/04/12/usah-bermain-tabir-asap/
[ "DALAM perbahasan Mesyuarat Khas Parlimen semalam, beberapa Ahli Dewan termasuk Ahli Parlimen Pagoh melontarkan bahawa tidak semua wakil rakyat yang sengaja keluar mahupun dipecat dari parti harus dilucutkan jawatan sebagai Yang Berhormat. Hujahnya, mungkin ada sesuatu senario atau ketika dimana alasan untuk beralih parti ialah berlandaskan prinsip atau situasi khas tertentu. ", "Semua pertimbangan ini boleh diperincikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang diwakili Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, dalam menentukan apa definisi lompat yang hendak ‘dihukum’ dan apa pengecualian-pengecualian yang hendak dipertimbangkan jika ada.\n\nNamun, kita perlu tanya apa sebab RUU Anti Lompat Parti ini menjadi topik hangat sekarang? Kenapa yang terkedepan memperjuangkan ‘pengecualian’ ini ialah ketua parti yang selama 4 tahun cuba membina pengaruh dan kuasa melalui lompatan? ", "Sukar mengelak perasaan bahawa motif apa yang disampaikan di Parlimen semalam hanyalah bersifat tabir asap atau ‘smokescreen’ untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang berleluasa penggal ini. ", "Rata-rata YB-YB yang melompat setelah PRU14 bukannya lompat atas semangat prinsip. Mustahil sebelum 9 Mei 2018 mereka percaya perjuangan parti, tapi 10 Mei 2018 terus was-was. ", "Bukan juga mereka dipecat dan dipaksa pilih rumah lain. ", "Tetapi semata-mata tak sanggup jadi YB pembangkang. ", "Begitu ramai yang menang atas tiket rumah asal, dimenangkan oleh jentera dalam rumah asal – tetapi disebabkan selepas PRU14 rumah asal mereka bersifat pembangkang, mereka tidak sanggup kekal bersama dengan pemimpin dan ahli membina semula rumah itu. Atau ‘pujukan’ tertentu terlalu menarik buat mereka sehingga sanggup melompat beramai-ramai dan lebih teruk, menarik sebahagian kecil penyokong bersama. ", "Istilah yang sesuai menggambarkan adegan-adegan lompat penggal ini bukan “berprinsip”, tetapi “khianat”. ", "Fenomena inilah yang menjadi punca orang ramai bercakap tentang anti lompat parti. Fenomena ini jugalah yang menyebabkan RUU Anti Lompat Parti ini hendak dibentangkan pun. ", "Natijahnya, kekhuatiran yang diutarakan dalam perbahasan di Parlimen semalam, saya anggap diluar konteks sebenar yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan. ", "Supaya tidak salah faham, ya, diakui dan diterima, kita hendak menjamin suatu undang-undang dan pindaan Perlembagaan yang adil dan bertahan untuk suatu ketika yang lama. Suatu perundangan yang mengambilkira semua sudut melangkaui konteks hari ini. ", "Maka eloklah diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Khas. Kemudian bawalah ke Dewan kelak dengan draf lengkap yang boleh dijayakan bersama. ", "Tetapi sambil itu sedang berlaku, usahlah pihak yang menjadi pemain utama dalam adegan lompat dalam penggal Parlimen ini cuba mengeliru atau menutup cerita sebenar kenapa RUU Anti Lompat Parti menjadi isu sekarang. Sedangkan sebelum ini selama 60 lebih tahun isu ini tidak berbangkit besar pun. ", "Isu lompat berleluasa penggal ini, bukan sebelumnya. Bukan sebab “katak berprinsip”. Bukan sebab parti asal mereka lari dari landasan. Bukan sebab dipecat. Bukan sebab kepentingan rakyat atau moral. Tetapi sebab kepentingan peribadi. ", "Itu yang hendak dibendung. Itu punca RUU ini dibentang. ", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO", "******************************" ]
https://umno-online.my/2022/04/12/akta-lompat-parti-ke-arah-penambahbaikan-sistem-demokrasi-negara/
[ "TUJUAN Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, pindaan dalam perkara 10 adalah untuk mewujudkan peruntukan yang membolehkan (enabling provision) sebagai PUNCA KUASA bagi RUU Anti Lompat Parti agar dapat dibentang secepat mungkin di Dewan yang mulia ini.", "Pembuat dasar utama bagi parti saya UMNO iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Mac 2022 telah dengan sebulat suara meluluskan usul yang berbunyi “Menggesa melaksanakan transformasi institusi politik termasuk cadangan yang diperjuangkan agar Akta Anti Lompat Parti dan Pendanaan Politik dibentangkan di Dewan Rakyat serta memperkasakan institusi Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.”", "Seawal 20 Disember 2018 dalam sebaran media sosial, saya sendiri menggesa agar kerajaan PH pada waktu itu supaya membawa Akta Anti Lompat Parti atas 3 sebab:", "Pertama : Lompat mencemar demokrasi\nKedua : Lompat mengkhianati pengundi\nKetiga : Lompat melanggar etika parti ", "", "Saya turut mencadangkan pada tahun 2018, 4 perkara:", "Pertama : Jika lompat maka automatik berlaku PRK\nKedua : Yang melompat tidak dibenarkan bertanding PRK itu\nKetiga : Denda kepada Ahli Parlimen melompat sejumlah dana yang dibenar ketika Pilihan Raya Umum iaitu RM200,000.00 dipulangkan kepada parti berkaitan.\nKeempat : Diperingkat negeri juga wajar diadakan undang-undang ini.", "Itulah cadangan saya pada 2018 dan saya ulangi pada 30 Ogos 2021, tahun lepas (sebelum MOU Kerajaan – PH pada 13 September 2021) dalam kenyataan di media sosial agar kerajaan Keluarga Malaysia ini melaksanakannya. Saya juga menyebut bahawa Malaysia akan menjadi salah satu contoh demokrasi yang terbaik jika Akta ini dibuat. Jangan cemari demokrasi mandat rakyat di negara ini dan hentikan perbuatan melompat parti.", "Hari ini, 11 April 2022 adalah suatu hari yang akan tercatat dalam lembaran sejarah negara, tercatat dengan tinta emas, kerana Dewan Rakyat ini akan membawa suatu usaha besar yang pertama. Langkah seribu tapak tentu dimulakan dengan tapak yang pertama.", "Kebebasan rakyat dalam Perlembagaan Malaysia/Persekutuan, Perkara 10 ialah kebebasan bercakap, berhimpun dan membentuk persatuan. Namun tiada suatu hak yang benar-benar mutlak kerana Parlimen boleh menyekat atas apa-apa sebab yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Mahkamah telah menyatakan bahawa Parlimen boleh mengenakan sekatan yang perlu pada kadar berpatutan dan munasabah.", "Parlimen boleh menyekat hak dengan menggubal undang-undang jika perlu atau sesuai bermanfaat (suaimanfaat) bagi 3 tujuan utama:", "Pertama : Keselamatan negara (National security)\nKedua : Ketenteraman awam (Public order)\nKetiga : Nilai Akhlak/Prinsip Moral (Morality)", "Sekatan yang dicadangkan pada hari ini adalah ditujukan hanya kepada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri.", "Dalam kertas undi ketika PRU dan PRN, terdapat senarai nombor, nama calon dan logo parti yang bertanding. Pengundi telah memilih dengan memangkah di tempat kosong di kanan nama dan logo parti calon yang bertanding. Jumlah undi yang terbanyak menang dalam sistem first pastthe post adalah amalan negara ini.", "Maka sesiapa yang menang dengan mandat pilihan rakyat, adalah wajar berada dalam parti yang berkaitan itu.", "Saya atau kita berharap agar RUU Anti Lompat Parti akan dibentangkan secepat mungkin kerana sesi libat urus telah dilaksanakan banyak kali dalam tempoh beberapa bulan yang telah berlalu. Saya kira tentu akan ditafsir maksud lompat parti seperti:\n\nPertama : parti politik berbeza dalam gabungan yang sama;\nKedua : parti politik berbeza dalam gabungan yang berbeza;\nKetiga : Bebas menjadi ahli politik;\nKeempat : Ahli parti politik keluar menjadi bebas", "Keputusan perlu dibuat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas.", "Seterusnya wajar ada pengecualian dalam tafsiran lompat parti contohnya berlaku:", "Pertama : Berlaku pembubaran parti atau pembatalan pendaftaran;\nKedua : Selepas penggabungan parti asalnya dengan parti yang lain (merger of political parties)\nKetiga : Sekiranya Ahli Parlimen itu menjadi YDP Dewan Rakyat atau ADUN menjadi speaker DUN.\nKeempat : Adakah jika seseorang yang dipecat daripada partinya wajar dikecualikan setelah pentafsiran dibuat contohnya di mahkamah, atau mana-mana pihak pendamai.\nKelima : Adakah Ahli Dewan Negara / Senator wajar dikecualikan?\nAda 2 kaedah perlantikan Senator iaitu perkenan SPB YDP Agong dan lantikan Dewan Undangan Negeri. Adalah dicadangkan agar Senator yang namanya dibawa oleh parti-parti politik wajar termasuk dan tidak dikecualikan dalam akta AHL (Anti Hopping Law) yang akan dibentang", "Tan Sri Yang Dipertua,", "Kestabilan politik negara sangat bergantung kepada kestabilan Ahli Dewan Rakyat dalam Dewan ini. Begitu juga kestabilan parti-parti politik dalam Dewan ini bergantung kepada kestabilan kedudukan ahli-ahli parti poltik dalam Dewan ini.", "Oleh itu, kestabilan politik secara dasarnya akan wujud dengan pindaan Perlembagaan pada hari ini yang akan dibawa perinciannya ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.", "Pantun\nSifat api , membakar cepat,\nTerbakar padi, tidak diambil,\nJangan MP, melompat-lompat,\nNegara jadi, tidak stabil. ", "Terbakar padi, tidak diambil,\nElok dijaga, siramlah basah,\nNegara jadi, tidak stabil,\nRakyat juga, menjadi susah. ", "Terima kasih, Tuan Speaker.", "\nDATUK SERI AHMAD MASLAN\nAHLI PARLIMEN PONTIAN \n(11 APRIL 2022)", "* Ucapan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat ", "*********************************" ]
https://umno-online.my/2022/04/10/pengguna-dan-peniaga-sama-sama-terkesan-akibat-kenaikan-harga-ayam/
[ "PENIAGA merintih sukar mematuhi harga siling ayam ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.", "Mereka mendakwa mendapat bekalan ayam pada harga hampir menyamai paras siling ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram.", "Justeru, bagaimana mereka mampu mendapat keuntungan jika masih menjual ayam pada RM8.90 sekilogram di pasaran.", "Akibatnya sebilangan peniaga bertindak menjual ayam melebihi paras siling dan dikenakan tindakan oleh penguat kuasa.", "Kita hairan jika dakwaan peniaga itu benar kerana langkah untuk menstabilkan harga ayam di pasaran pernah diumumkan.", "Kementerian Pertanian dan Industri Makanan misalnya memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak 60 sen setiap kilogram.", "Ia dikatakan bagi membantu kenaikan kos makanan jagung dan soya yang merangkumi 70 peratus kos penternakan ayam.", "Begitu juga permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam.", "Namun selepas segala pengumuman itu, peniaga masih mendakwa menerima bekalan ayam pada harga yang tinggi.", "Jika begitu apakah impak positif daripada pemberian subsidi dan kebenaran mengimport ayam diberikan kepada syarikat tertentu?", "Barangkali ada aspek tertentu daripada peringkat penternakan sehingga ke peringkat penjualan pihak berwajib terlepas pandang.", "Peringkat tertentu yang menyebabkan harga ayam masih belum dapat distabilkan dan impaknya sehingga ke peringkat pengguna.", "Walau apapun yang pasti pengguna dan peniaga sama-sama terkesan akibat kenaikan harga ayam ini.", "Bagi pengguna kenaikan harga barang secara langsung telah meningkatkan kos sara hidup mereka.", "Keadaan ekonomi belum cukup stabil akibat kesan pandemik telah menambah beban perbelanjaan harian orang ramai.", "Peniaga yang baru mahu ‘bernafas’ semula ketika negera beralih ke fasa endemik terkesan apabila margin keuntungan berkurangan.", "Jika dijual pada harga lebih tinggi orang tidak beli. Jualan merosot sekiranya pengguna mengurangkan perbelanjaan.", "Kita sokong pengeluaran makanan ternakan atau dedak alternatif dalam negara untuk turunkan harga ayam bagi jangka masa panjang.", "Bagaimanapun dalam keadaan negara masih bergantung kepada import perlu ada penyelesaian jangka masa pendek yang konkrit.", "Begitu juga dakwaan isu ‘orang tengah’ dan manipulasi bekalan untuk menetapkan harga tinggi perlu diteliti sebaik mungkin.", "Jangan pula dipersoalkan ramai makan ayam kerana purata keperluan ayam 2.09 juta ayam sehari atau 62.9 juta sebulan.", "Hujah sebegitu langsung tidak membantu berdepan isu sebenar dan sekadar mengundang ‘riwayat’ Bangau Oh Bangau.", " ", "DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI", "Presiden UMNO", "Ahli Parlimen Bagan Datuk" ]
https://umno-online.my/2022/04/06/pelik-bin-ajaib-waspada-ada-sesumpah-mati-hidup-semula/
[ "Salam Ramadan Kareem. Bulan mulia untuk kita meraih keberkatan dan meningkatkan amalan. Alhamdulillah… moga kita terus istiqamah kepada Allah SWT.", "Sejak kebelakangan ini seakan ada pemimpin dalam parti-parti tertentu yang tiba-tiba muncul walaupun sebelum ini rakyat sangat-sangat susah, tertekan dan terhimpit… mana mereka langsung tak ada tapi sekarang seakan ‘mati hidup semula’. Ini termasuklah menteri-menteri zaman PH yang penuh kesumat, zaman PN ikut suka sendiri malah dalam kerajaan Keluarga Malaysia sekarang pun menunggu MoU tamat?", "Persoalannya adakah pemimpin ‘mati hidup semula’ ini ada balik kerana cerita-cerita tentang Pilihan Raya Umum makin dekat?", "Sebab itu saya nak minta orang ramai agar waspada dengan ‘sesumpah’ menjelang pilihan raya. Maknanya, waktu nak pilihan raya timbul… lepas tu hilang berzaman tanpa ambil kisah rakyat yang undi mereka… bila tiba nak dekat pilihan raya ada balik dan mula dengan pelbagai taktik bagi mengaburi mata rakyat.", "Saya ambil contoh situasi yang berlaku di Parlimen Putrajaya. Ada pemimpin parti bunga yang selama ini tak pernah nampak bayang mula buat agihan yang antaranya kurma dan kalender. Pelik bin ajaib…\n\nMemanglah tak salah memberi lagi-lagi mengambil barakah bulan Ramadan… cuma yang peliknya kenapa tiba-tiba muncul sedangkan dari zaman kerajaan PH pada tahun 2018 dan kemudian PN… tak ada nampak pun batang hidung apatah lagi nak berikan bantuan pada rakyat.", "Tahun-tahun sebelumnya tak ada pun sesiapa muncul berikan apa-apa malah tahun lepas waktu Ramadan juga semua rakyat berada dalam pandemik Covid-19 tapi tak ada pun mana-mana pemimpin waima PPBM yang ketuanya adalah PM hulur bantuan.", "Jadi, tak mustahil perkara sedemikian berlaku di semua tempat dalam negara kita. Pemimpin politik ‘sesumpah’ yang ‘mati hidup semula’ akan ada dimana-mana. Sebab itu saya mohon agar semua waspada dan jangan tertipu lagi dengan agenda retorik dan bukan niat ikhlas untuk bersama rakyat.", "Sungguh… taktik dan modus operandi parti-parti politik yang mula menabur macam-macam kepada rakyat pernah berlaku sebagaimana sebelum PRU-14. Ayat-ayat manis dan pemberian ‘gula-gula’ menjadi pemancing undi.", "Saya dah melalui masa-masa sukar dalam pembangkang, ditekan dan dihimpit malah tak ada bantuan apa-apa diberikan namun sedaya upaya saya lakukan demi keluarga besar saya komuniti Putrajaya dengan menyalurkan bantuan prihatin.\n\nBukanlah nak mengungkit, tapi pemberian yang dilaksana oleh Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya di bawah kendalian saya tidak pernah terhenti. Dari zaman kerajaan BN hinggalah menjadi pembangkang malah kini pun masih tetap ada saluran bantuan prihatin dibuat.", "Saya sentiasa usahakan bantuan dalam apa juga keadaan sekalipun saya ditekan dan dihimpit berdepan pendakwaan, turun naik mahkamah namun rakyat yang jadi tanggungjawab saya tak sesekali saya abaikan.", "Lebih dari itu sumbangan kepada rakyat dilaksana yang dilakukan dalam pelbagai bentuk, dari segi perjuangan kemudahan asas hinggalah kepada sumbangan barangan dapur; beras, susu, biskut, roti, minyak, makanan dalam tin selain ikan, ayam beku, daging burger dan lain-lain lagi.", "Begitu juga dalam bulan Ramadan, Program Maidatul Rahman Nur Ramadan telah menjadi tradisi di Putrajaya, tetap berjalan dari saya dalam kerajaan dan kemudian bergelar pembangkang malah bukan hanya kurma sahaja tetapi ada juga serunding dan kentang goreng.", "Dengan apa yang berlaku, nilailah kembali… antara PH, PN yang kedua-duanya ada PPBM berbanding dengan BN yang tetap teguh ‘kata dikota, janji dilaksana’. Cukuplah sekali dan jangan sampai ‘pisang berbuah dua kali’.", "\nTENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR\nBendahari UMNO\nAhli Parlimen Putrajaya", "*************************************************" ]
https://umno-online.my/2022/04/04/rafizi-tipu-kamu-juga-ke-anwar-najib-setuju-debat-isu-sapura/
[ "Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock!", "Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live.", "Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua.", "Namun, yang paling saya tak faham ialah kenyataan Anwar berikut:", "“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya pada awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.”", "Seolah-olah Rafizi menipu Anwar apabila dia memberi taklimat kepada Anwar berhubung isu ini.\nYang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula.", "Saya cuma sahut sahaja.", "", "Dan saya sudah menjawab kesemua sanggahan Rafizi setiap kali dia naikkan.", "Setakat ini, dia cuma buat posting 3 kali berhubung isu ini.", "Pertama kali, Rafizi kata jangan guna wang Rakyat untuk bantu elit.", "Saya jawab bahawa elit mana yang dia maksudkan?", "Lebih 10,000 pekerja Sapura dan vendor-vendornya, 4,000 syarikat vendor Sapura yang kebanyakannya merupakan peniaga kecil atau sederhana atau 10.6 juta pendeposit ASB memandangkan PNB telah menjadi pemegang saham terbesar Sapura Energy.", "Lagipun, kedua-dua cadangan utama saya iaitu kerajaan beri JAMINAN pinjaman (bukan beri pinjaman, ya) kepada Sapura untuk mendapat semula pinjaman modal kerja dari bank sebagaimana Air Asia ditawar jaminan kerajaan sebanyak RM500 juta dan juga cadangan Petronas ambil alih Sapura Energy secara sementara untuk dipulihkan.", "Kedua-dua cadangan ini langsung tidak memberi impak kepada bajet tahunan kerajaan dan tidak melibatkan suntikan dana kerajaan ke Sapura.", "Malah, yang benar-benar guna wang Rakyat untuk selamatkan elit ialah kerajaan PH apabila PNB suntik dana tambahan sebanyak RM2.7b pada bulan Januari 2019 untuk menjadi pemegang saham terbsear Sapura dan sekaligus syarikat itu bertukar menjadi sebuah GLC.", "Kali kedua, Rafizi tanya kenapa saya membisu apabila pengurusan lama Sapura dibayar gaji dan pampasan besar semasa saya PM.", "Saya jawab sebab Sapura merupakan syarikat swasta dan bukan GLC sepanjang tempoh saya PM.\nKerajaan tak ada kuasa atau kepentingan untuk bercampur tangan dengan gaji atau pampasan dibayar oleh sebuah syarikat swasta selagi lembaga pengarah dan pemegang saham bersetuju.", "Hanya selepas tahun 2019 di bawah kerajaan PH, Sapura menjadi GLC.", "Kali ketiga dan terakhir ialah apabila Rafizi muat naik posting bahawa pengurusan Sapura sudah ada pelan rasionalisasi dan ktia patut percaya kepada tenaga professional.", "Maksud Rafizi ialah kerajaan tak perlu buat apa-apa – cuma biarkan pengurusan baharu laksanakan pelan rasionalisasi.", "Saya jawab, ya. Saya tak nafi pengurusan baharu itu berkebolehan dan ada track rekod yang baik – tetapi mereka adalah dari prinsipal minyak besar seperti Petronas dan Shell dan bukan dari syarikat perkhidmatan dan kontraktor minyak yang sedang mengalami aliran tunai yang teruk.", "Namun pelan rasionalisasi yang disediakan pengurusan baharu seperti didedahkan CEO Sapura pada hari Sabtu melibatkan permintaan kepada bank untuk maafkan hutang sebanyak RM7.6 bilion serta menjual aset-aset paling strategik dan berharga Sapura.", "Jika bank-bank bersetuju maka kerugian kepada sistem perbankan tempatan adalah sehingga RM7.6b – iaitu 3 kali ganda kerugian RM2.5 bilion dalam kes Genting HK.", "Ini bakal memberi impak kepada dividen tabung-tabung simpanan Rakyat dan juga pasaran saham tempatan.", "Sebaliknya, jika bank-bank tak bersetuju maka Sapura bakal diisytihar muflis. Lebih 10,000 pekerja Sapura dan vendor-vendornya akan terkesan manakala ekosistem vendor sektor minyak dan gas tempatan akan runtuh.", "Sapura akan jual aset-aset berharga mereka – terutamanya antara aset paling bernilai iaitu baki pegangan 50% saham dalam Sapura OMV.", "Sapura OMV mempunyai hak-hak ke atas telaga dan kawasan minyak yang sudahpun mula berhasil sebanyak 40,000 tong sehari dan diunjur naik ke 100,000 tong pada tahun 2025 – menjadikannya pengeluar minyak dan gas bebas terbesar di Asia Pasifik dan syarikat pengeluar gas ketiga besar di ASEAN selepas Petronas dan Shell.", "Selain itu, aset-aset perkhidmatan minyak dan gas Sapura adalah lebih baru dan canggih berbanding syarikat lain dan sangat diperlukan bagi pembangunan sektor minyak dan gas negara.", "Jualan paksaan aset-aset ini pada ketika permintaan bagi sektor minyak dan gas semakin melonjak susulan kenaikan harga minyak adalah amat sayang sekali dan tidak bijak.", "Memandangkan nilai-nilai aset ini adalah sangat tinggi serta khusus, besar kemungkinan ianya akan jatuh ke tangan pembeli-pembeli asing.", "Ini yang saya mahu elakkan.", "Ketiga-tiga sanggahan Rafizi, saya sudah jawab siap dengan fakta dan bukti.", "Rafizi tipu kamu juga ke, Anwar? – UMNOONLINE", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2022/04/01/pasca-perhimpunan-agung-umno-masa-bekerja-berkhidmat-terus-bersama-rakyat-pulihkan-negara/
[ "SELEPAS dua minggu Perhimpunan Agung UMNO 2021 melabuhkan tirai, para pemimpin parti termasuk perwakilan mula bekerja dengan memikul amanah sebagaimana harapan untuk melihat UMNO kembali menerajui pentadbiran negara.", "Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hingga kini ternyata terlalu banyak peristiwa yang telah menjadi penilaian dan perbandingan bukan hanya dikalangan anggota UMNO atau parti-parti politik, malah rakyat keseluruhan termasuk yang sebelum ini enggan endah situasi semasa mula ‘membuka mata’ dan ‘menajamkan minda’ demi masa depan negara tercinta.", "", "Bermula peralihan kerajaan baharu yang hanya bertahan 22 bulan dengan pengisian penuh dendam kesumat pada Barisan Nasional (BN) dan kepimpinannya, tanpa ada usaha untuk melakukan pentadbiran lebih baik atau setidak-tidaknya mengekalkan kecemerlangan kerajaan BN, diikuti Perikatan Naional (PN) yang cacamarba.", "Sungguh, Pakatan Harapan (PH) tumbang dari teraju kepimpinan negara akibat kedangkalan sendiri, bukan kerana UMNO/BN.", "Kemudian sokongan UMNO/BN kepada PN dilaksana atas kepentingan rakyat dan negara namun madu yang disuap dibalas dengan tuba, kepimpinan yang dinaikkan telah secara senyap laksana gerakan untuk menguburkan UMNO….", "Sememangnya tidak semudah itu malah UMNO telah mendepani pelbagai gelombang krisis lebih tujuh dasawarsa dan kelancaran perjalanan persidangan UMNO selama empat hari pertengahan Mac lalu adalah bukti bahawa UMNO parti akar umbi, sokongan dari segenap pelusuk negara mengangkat martabat demi mengekalkan cita-cita Kebangsaan untuk maruah agama, bangsa, negara.", "", "Kejayaan Perhimpunan Agung UMNO 2021 menutup pelbagai kemelut dan persoalan berkaitan dakwaan ‘top 5’ UMNO tak sealiran sebaliknya kesepakatan diaplikasi dalam diam kerana gerak tak perlu diwara-wara serata alam sebaliknya hasil yang mesti dicapai adalah keutamaan.", "Ternyata nakhoda tak perlu banyak bicara kerana tingkah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan tentunya dibuat terbaik bagi keutamaan UMNO, ahli-ahli dan rakyat keseluruhannya.", "Kini April, dalam bulan baharu membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat dengan pentadbiran kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.", "Keperitan, kesusahan dan pelbagai rasa yang sebelum ini menyelubungi hidup rakyat diharapkan akan berakhir dengan keupayaan yang dianggap munculnya cahaya di hujung terowong yang kelam.", "Negara kini dalam Fasa Peralihan Ke Endemik selepas lebih dua tahun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19.\n\nSungguh pandemik ini amat menekan dan memeritkan namun lebih derita apabila pentadbiran kerajaan ketika itu di bawah PN hanya bertindak mengurung rakyat selain minda ditanam rasa takut untuk keluar sedangkan di rumah ada mulut perlu disuap dan ada perut mesti diisi.", "Lebih bermakna, 1 April bukan hanya fasa endemik yang ditunggu bagi membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan tetapi juga tarikh permohonan pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang amat melegakan.", "Biarpun ada pepatah mengatakan wang bukan segala-galanya namun dalam keadaan kini terbukti segala-galanya perlukan wang.", "Inilah permulaan dengan anak-anak telah bersekolah seperti biasa yang menjadikan pelbagai kelengkapan perlu dipenuhi, Ramadan pun menjelma dengan gambaran hari raya yang sudah dua tahun tak dirai sangat didamba, termasuk para usahawan yang bakal kembali merancakkan perniagaan hasil wang KWSP sebagai modal permulaan.", "Tidak ketinggalan mangsa musibah banjir penghujung tahun lalu yang kebanyakannya masih ‘sengsara’ dengan kenderaan tersadai di bengkel dan kediaman atau premis perniagaan perlu dibaik pulih.\n\nKepimpinan ditunjangi UMNO melaksana sehabis baik, bukan hanya merancang dan pandai berkata-kata sepertimana dihujahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kepimpinan parti tidak duduk diam sebaik sahaja selesai persidangan tetapi mula bekerja sebagaimana Presiden UMNO mengadakan pertemuan dengan duta-duta asing dalam negara sedang pula sekarang ini Perdana Menteri dari UMNO berkeliling ke negara Timur Tengah dan negara-negara jiran.", "Hal ini bukan saja-saja ‘makan angin’ atau meminta hutang sebagaimana pernah dilakukan kepimpinan PH ketika melawat Negara Matahari Terbit, tetapi misi Ismail Sabri sebagai ketua kerajaan kini melaksanakan jalinan erat dengan negara luar, pulihkan hubungan diplomatik dan pelaburan antarabangsa ditarik untuk kembali ke Malaysia.", "Antara buktinya, Ismail Sabri sendiri telah menyaksikan majlis pemeteraian dan pertukaran lapan memorandum di antara syarikat Malaysia dengan rakan perniagaan antarabangsa dalam lawatannya ke Dubai beberapa hari lalu.", "Memanglah dalam misi PM ini turut disertai oleh menteri-menteri dari parti ‘bunga’ dan lain-lain kerana itu adalah antara protokol kerajaan yang kita hormati tetapi zaman PH pun menteri-menteri ini kerap juga ke luar negara namun hasilnya tidak pernah ada sebaliknya pelabur yang lari dari Malaysia.", "Eh, ada yang bertanya mana Duta Khas ke Timur Tengah yang dilantik zaman PN … jawabnya entah kerana tentunya kematangan pentadbiran UMNO/BN enggan endah hal remeh-temeh tapi fokus demi rakyat dan negara.", "Apa yang pasti, pasca siri Pilihan Raya Kecil (PRK), siri Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Perhimpunan Agung UMNO 2021, adalah ruang terbaik untuk kepimpinan dan ahli-ahli UMNO membuktikan bahawa laungan demi rakyat bukan retorik, janji dijadikan realiti dan kesediaan berkhidmat bukan cakap kosong.", "UMNO kekal ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dan BN tetap ‘Kata Dikota Janji Dilaksana’ dengan usaha untuk memberikan kejayaan kepada negara dalam aspek pelaburan, perdagangan dan peluang perniagaan demi pulangan kepada rakyat keseluruhan.", "EDITOR UMNO ONLINE\nRopikah Ahmad", "***********************************" ]
https://umno-online.my/2022/03/26/berhati-hati-tangani-isu-subsidi-minyak-mohamad/
[ "HARGA minyak mentah dunia telah melonjak mencecah AS$130 setong pada awal bulan Mac 2022. Krisis geopolitik Russia Ukraine dan peningkatan sekatan ekonomi ke atas Russia telah menyumbang kepada keadaan ini.", "Permintaan juga meningkat kerana pemulihan ekonomi global selari pembukaan sektor ekonomi dunia pasca pandemik.", "Berikutan trend peningkatan ini, kerajaan akan terpaksa menampung subsidi minyak yang semakin membebankan.", "Adalah di anggarkan jumlah subsidi produk petroleum bagi keseluruhan tahun 2022 dijangka mencecah sehingga RM28 bilion jika harga minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 setong, berbanding hanya RM11 bilion bagi tahun 2021.", "Ini kerana Kerajaan terus mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat sehingga mencecah kira-kira RM3.70 seliter dan RM4.00 seliter masing-masing.", "Peningkatan ketara kos subsidi bagi produk petroleum akan memberi tekanan besar kepada kedudukan fiskal kerajaan. Ia akan menjejaskan perbelanjaan pembangunan secara ketara.", "Ini akhirnya akan memaksa Kerajaan untuk menyemak semula subsidi minyak.", "Justeru itu, sangatlah penting untuk Kerajaan mengambil kira beberapa faktor jika subsidi ini akan disemak.", "Pertama, subsidi minyak secara pukal sebenarnya lebih menguntungkan golongan yang berpendapatan tinggi. Mereka lazimnya memaparkan permintaan agregat terhadap penggunaan bahan api yang lebih tinggi.", "Maka ketirisan subsidi mesti menjadi keutamaan yang mesti diatasi. Kerajaan wajar mempertimbangkan pengenalan subsidi minyak secara bersasar, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah.", "Kedua, segala tindakan yang ingin diambil untuk mengatasi isu subsidi tinggi ini mesti berupaya mengelak unintended consequences seperti lonjakan inflasi.", "Mungkin ramai yang masih ingat lagi harga RON97 pernah dinaikkan sebanyak 78 sen pada 5 Jun 2008. Kadar inflasi pada ketika itu melonjak daripada 3.8 peratus pada bulan Mei 2008 kepada 7.7 peratus , 8.5 peratus dan 8.5 peratus pada bulan Jun, Julai dan\nOgos 2008. Inflasi yang tertinggi dalam masa 27 tahun pada ketika itu telah mengurangkan kuasa beli rakyat.", "Ketiga, strategi dan roadmap komprehensif bagaimana subsidi minyak ini akan dikurangkan secara beransur-ansur mesti dilakukan dengan telus.", "Rasionalnya perlu dikongsi dan justifikasi diterangkan dengan jelas supaya rakyat tidak terkejut tentang perlaksanaannya.", "Ini kerana akhirnya, segala bentuk semakan semula subsidi mesti menepati sasaran, mengurangkan beban fiskal kerajaan dan tidak terlalu membebankan rakyat.", "Kebanyakan sektor ekonomi masih berada pada peringkat awal pemulihan dan dijangka berkembang pesat selari pembukaan semula sempadan negara. Rasionalisasi subsidi yang tergesa-gesa mungkin akan menjejaskan trajektori pemulihan berterusan negara.", "Jadi sangat lah wajar Kerajaan berhati-hati, tidak gopoh dan menyandarkan keputusan semakan subisidi ini melalui kajian dan strategi yang bersasar dan menyeluruh.", "Datuk Seri Mohamad Hasan" ]
https://umno-online.my/2022/03/25/kenyataan-berkaitan-isu-sapura-bukti-kukuh-pkr-tak-layak-tadbir-negara-najib/
[ "", "KENYATAAN PKR berhubung Sapura ini adalah bukti kukuh bahawa parti ini tidak layak mentadbir negara, tidak boleh dibenarkan mengurus ekonomi dan tak faham bagaimana menjaga Rakyat.", "Sah mereka bingai.", "PKR kata:", "No 1. Sapura bukanlah syarikat berprestasi cemerlang yang amat perlu diselamatkan sebagaimana diperkatakan Najib.“Kita sedia maklum harga minyak sudah mencecah AS$ 100 setong sekarang dan kebanyakan syarikat yang berkaitan minyak dan gas sudah mula mencatat keuntungan. Namun, bukannya Sapura.", "“Sebenarnya peratusan pelaburan PNB tidak lebih 1% daripada jumlah pelaburannya. Kegagalan Sapura tidak akan menenggelamkan pemilik unit ASB seperti yang cuba ditakut-takutkan oleh Najib.”", "", "𝐊𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐣𝐢𝐛: Sebab itulah Sapura patut dibantu sekarang. Permintaan seluruh dunia bagi perkhidmatan oil dan gas adalah amat tinggi pada ketika ini susulan harga minyak dan gas naik tinggi serta pembukaan semula ekonomi dunia selepas pandemik.", "Tahu pun dia peluang bagi syarikat seperti Sapura adalah besar ketika ini.", "Oleh kerana masalah kecairan kewangan atau kekurangan modal kerja, Sapura tidak dapat mengambil peluang ini biarpun track rekod penyampaian projeknya adalah bagus.", "Amat sayang jika peluang terlepas begitu sahaja hanya sebab modal kerja Sapura tidak cukup – iaitu satu masalah yang mudah diselesaikan.", "Perlu ingat bahawa Sapura masih syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar di Malaysia dan Asia. Pernah menjadi kedua terbesar dalam dunia dengan nilai RM30 bilion.", "Biarpun nilai Sapura yang telah jatuh rendah ketika ini sudah menjatuh ke bawah 1% daripada jumlah nilai aset PNB sebanyak RM300 bilion, sekiranya Sapura boleh dipulihkan ke puncaknya maka nilai pegangan 40% PNB dalam Sapura akan bernilai sebanyak RM12 bilion.", "Adakah RM12 bilion ini satu angka yang kecil?", "No 2. “Apa yang Najib tidak ingin rakyat tahu adalah, jika Sapura terpaksa ditutup, akta-akta pekerja dan syarikat yang sedia ada akan melindungi pekerja dan pembekal-pembekal mereka.", "“Syarikat lain yang lebih berdaya termasuk Petronas bolehlah membeli dan mengambil alih aset tersebut jika didapati bersesuaian. Mengapa Najib sibuk membela sebuah syarikat sahaja sedangkan ribuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam kesusahan?” katanya.", "𝐊𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐣𝐢𝐛: Dia ni ingat jika Sapura dibantu maka hanya Sapura sahaja akan dibantu.", "Entah dah berapa kali saya kata bahawa vendor-vendor Sapura yang terdiri dari ribuan syarikat PKS dalam Malaysia turut terjejas setelah Sapura lama berhutang dengan mereka..", "Sebab itu, bantu Sapura BERSAMAAN DENGAN bantu PKS.", "Kenapa PKR tak faham apa maksud rantaian ekonomi?", "Apa yang dimaksudkan akta-akta pekerja dan syarikat yang sedia ada akan melindungi pekerja dan pembekal-pembekal mereka?", "Akta pekerja hanya akan memastikan pekerja yang dibuang kerja mendapat pampasan.", "Manakala akta syarikat kata pemiutang (iaitu PKS yang dimaksudkan PKR) yang dihutang wang oleh Sapura hanya akan dibayar selepas tolak pinjaman bank yang dijamin.", "Erti kata lain, kebanyakan PKS tidak akan menerima sebarang bayaran ataupun menerima sebahagian kecil bayaran sahaja dari baki aset Sapura setelah bank dijelaskan pinjaman dan pampasan pekerja ditunaikan.", "Adakah ini yang PKR mahu? Ribuan pekerja Sapura dan pekerja vendor-vendor dibuang kerja biarpun dibayar pampasan manakala ramai PKS turut lingkup bersama Sapura?", "Paling lucu ialah bahagian di mana PKR kata “Syarikat lain yang lebih berdaya termasuk Petronas bolehlah membeli dan mengambil alih aset (Sapura) tersebut.”", "Eh… 𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐨𝐧𝐚𝐬 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐚𝐥𝐢𝐡 𝐒𝐚𝐩𝐮𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐍𝐁 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐩𝐮𝐥𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧?", "Adoi. PKR!!", "Baca sendiri betapa gilernya cara mereka bangkang hanya sebab mereka mahu bangkang Najib.\nhttps://www.suarakeadilan.my/…/pks-banyak-merana… – UMNO ONLINE", "Najib Razak\n" ]
https://umno-online.my/2022/03/23/jual-aset-negara-ph-kata-fdi-untuk-puji-diri-sendiri/
[ "SELAIN dari perkhidmatan luar pesisir oil and gas, Sapura juga pernah ada anak syarikat yang dinamakan Sapura Upstream bagi usaha cari gali serta pengeluaran minyak dan gas di Malaysia dan di negara asing.", "Pengeluaran Sapura Upstream adalah sekitar 30,000 tong sehari dan dijangka akan meningkat lagi sehingga Sapura Upstream menjadi syarikat pengeluar minyak dan gas bebas terbesar dalam rantau Asia Pasifik.", "30,000 tong sehari X US$100 satu tong X 365 hari = pendapatan cash sebanyak RM4.6 bilion setahun.", "Satu sumber cashflow yang besar yang mungkin dapat kurangkan masalah aliran tunai Sapura.", "Tapi amat sayang sekali.", "Sebab pada tahun 2019, pemilik saham terbesar Sapura, PNB serta kerajaan PH telah luluskan untuk Sapura Energy menjual 50% kepentingan dalam Sapura Energy dengan harga sekitar RM4 bilion kepada syarikat Austria bernama OMV.", "“Jan 2019: Sapura Energy gets nod for RM4b stake sale”\nhttps://themalaysianreserve.com/…/sapura-energy-%E2%80…/", "Lalu, Sapura Upstream ditukar nama menjadi SapuraOMV.", "Menteri Kewayangan PH masa dahulu pernah memetik penjualan 50% kepentingan Sapura Upstream kepada negara Austria semasa dia puji diri dan kerajaan PH mendapat “pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah” bagi suku pertama tahun 2019.", "“FDI sebanyak RM21.7 bilion ini adalah yang tertinggi dalam sejarah Malaysia bagi satu suku.", "Pelaburan yang direalisasikan ini akan meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang pekerjaan baharu bagi rakyat Malaysia dalam masa terdekat,” kata Guan Eng.", "Jelas beliau, lebih separuh daripada FDI yang direalisasikan disumbangkan oleh pelaburan RM8.4 bilion daripada Jepun, RM3.7 bilion daripada Austria dan RM2.8 bilion daripada Hong Kong.\nhttps://www.sinarharian.com.my/…/Daya-tahan-ekonomi…", "Itu dia. RM3.7 bilion dari Austria ialah hasil penjualan kepentingan 50% Sapura Upstream milik PNB kepada syarikat Austria manakala pelaburan asing sebanyak RM8.4 bilion dari Jepun ialah hasil jualan syarikat rangkaian hospital milik Khazanah Nasional kepada Jepun sehingga IHH Berhad sehingga pemilik saham terbesar bertukar dari Malaysia ke syarikat Jepun.", "Itulah masa kerajaan PH di mana penjualan aset-aset negara dibilang sebagai “pelaburan asing” untuk memuji diri. – UMNOONLINE", "Najib Razak\n" ]
https://umno-online.my/2022/03/21/naratif-perhimpunan-agung-umno-prn-prk/
[ "1. Ketika ini saya berada di Mahkamah JB ada bicara penuh bermula hari ini. Tiba mlm tadi.", "2. Seperti dijanjikan saya akan memberi pandangan saya ttg PRU14, PRK2, PRN2, PAU2021 dan PRU15.", "3. PRU14 mencatat sejarah apabila UMNO/BN kalah setelah lebih 6 dekad mentadbir negara Malaysia.", "4. Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dgn gabungan parti2 PKR, DAP, Amanah, Bersatu, Warisan.", "5. Kemenangan atas fitnah, kritikan bertali arus ke atas DSN, UMNO/BN ditambah janji2 manifesto ibarat lelongan harga murah yg pasti mendapat rebutan.", "6. Rakyat yang menyangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.\n\n7. Kejatuhan harga sawit sekitar RM3,000 satu tan (ketika zaman BN) kepada RM1,750 pada Disember 2018 terendah dalam tempoh 12 tahun.", "8. Eksport sawit negara jatuh kpd RM62 bilion bagi tahun 2018 berbanding RM77.9 billion pada 2017 dan naik sedikit ke RM63.73 bilion bagi tahun 2019.", "9. Pada 19 April, 2018 indeks KLCI mencecah 1,887.75 namun setelah PH menang PRU14 prestasi bursa berada dalam tren menurun yang jelas yang mana paras KLCI hanya mencecah 1,550.47 pada 28 Januari 2020 atau kejatuhan 337.28 mata.", "10. Pasaran saham Malaysia te­lah menjadi antara bursa yang paling buruk di dunia sejak April 2018 menurut laporan Bloomberg pada Jun 2018.", "11. Kerajaan kehilangan sekitar RM21 billion pada 2018 shj selepas PH memansuhkan GST dan kembali kpd sistem percukaian SST namun harga barang/perkhidmatan tidak menurun.", "12. Kerajaan kehilangan sekitar RM100 billion akibat penghapusan GST pagi satu penggal 5 tahun pemerintahan. Kesannya sgt besar kpd ekonomi negara.", "13. Pembatalan/penangguhan projek2 & kontrak2 berkepentingan negara dan rakyat seperti High Speed Rail (HSR), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), Projek Fasa 2 Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3), projek-projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dll.", "14 Jangan lupa projek tebatan banjir berskala besar Canal City yg mendapat peruntukkan sebanyak RM3 billion pada 2007 dihentikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yg memenangi PRU12. Mmg amalan batal projek bila menang ni kena kaji betul2.", "15. Pembatalan HSR oleh PH menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan RM320 Juta kpd Singapura manakala pembatalan projek2 PRIMA kerajaan telah membayar RM172 Juta utk 17 projek dan masih berunding membayar pampasan bagi yg lain.", "16. Pembatalan kontrak2 dan projek2 juga telah mengakibat puluhan ribu pekerja ditamatkan pekerjaan mereka selain ianya menghilangkan keyakinan pelabur utk berurusan dgn kerajaan Malaysia.", "17. Genap 500 hari PH berkuasa, sebanyak lebih RM30 bilion aset negara telah dijual antaranya Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) dijual oleh Khazanah kepada IHH, manakala IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd, Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kpd Singapura, Hartanah DUO pula telah dijual kpd Singapura dan banyak lagi aset2 dijual kpd pihak luar.", "18. Pengguguran 15 kes-kes mahkamah oleh PH semasa mrk berkuasa termasuk pendakwaan kes Rasuah banglo ke atas Lim Guan Eng yg mana 25 saksi telah dipanggil memberikan keterangan.", "19. Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan PH yg mengumumkan kpd Dunia bhw negara di ambang Muflis adalah satu tindakan membunuh keyakinan pelabur kpd negara akibatnya selepas PRU14 sehingga akhir disember 2018, sejumlah RM11.1 Billion Dana asing mengalir keluar dr pasaran saham negara.", "20. Perlantikan pemimpin politik ke agensi penguatkuasaan seperti SPRM turut meragut kepercayaan kepada ketelusan badan penguatkuasaan negara.", "21. Hakikatnya PH adalah kerajaan yg gagal sama sekali memenuhi aspirasi dan harapan rakyat yg mengundi mereka.", "22. Parti PPBM atau Bersatu pula menjadi liabiliti dan duri dalam daging kerajaan PH sehingga runtuhnya kerajaan yg ditubuhkan melalui mandat PRU14.", "23. Kehancuran ekonomi dan ketidakstabilan politik negara oleh PH dan permainan politik Bersatu masih belum pulih.", "24. BN akan berdepan tugas yg getir utk mengembalikan semula kekuatan ekonomi negara dan mewujudkan kestabilan politik tanahair.", "Saya akan sentuh ttg politik Bersatu, Perikatan Nasional dlm Siri 2.\n\nDatuk Adnan Seman\nKetua Sekretariat Komunikasi Barisan Nasional\nTimbalan Ketua UMNO Bhgn Bdr Tun Razak\nPeguambela & Peguamcara" ]
https://umno-online.my/2022/03/21/darjat-perhimpunan-agung-umno-melonjak/
[ "TIGA tahun Perhimpunan Agung UMNO tidak mempengaruhi dasar Kerajaan. Tetapi PAU 2021 telah mengembalikan peranan penting Perhimpunan Agung tersebut.\n\nKali ini beberapa dasar kerajaan diumum oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO setelah meneliti perbahasan oleh juru cakap.", "Antara lain, Ismail Sabri umum pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bermula Mei dan membatalkan pindaan terhadap Akta 342 KKM. Itu bermakna kompoun RM 1K tidak akan naik kepada RM10K (individu) dan RM50K (syarikat).", "Disamping itu, Perdana Menteri juga umum pelajar asing wajib belajar bahasa Melayu, termasuk akta bagi membekukan akaun suami yang culas bayar nafkah kepada bekas isteri.", "Salute kepada Ismail Sabri. UMNO memang mendengar denyut nadi rakyat.", "Dr Puad Zarkashi " ]
https://umno-online.my/2022/03/16/semarakkan-perhimpunan-agung-umno-2021-kesinambungan-perjuangan-agama-bangsa-negara/
[ "PERHIMPUNAN Agung UMNO 2021 akhirnya menjadi realiti pada tahun 2022. Sungguh, perjalanan yang bukan mudah apatah lagi untuk menjayakan perkumpulan terbesar orang-orang Melayu atas nama UMNO yang menjadi platform perjuangan demi agama, bangsa dan negara.", "Menyusur kembali sepanjang tahun lalu, persidangan UMNO telah melalui ranjau malah beberapa kali tertangguh lantaran keperluan utama adalah tuntutan rakyat.", "Tarikh persidangan UMNO ini dijadualkan semula ekoran bencana banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lalu. Sepatutnya ia dilaksana pada 12-15 Januari 2022 tetapi ditangguh bagi membolehkan pimpinan UMNO dan akar umbi membantu mangsa-mangsa banjir.", "Seterusnya, sekali lagi kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam penyusunan tarikh perhimpunan UMNO apabila memberi laluan bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega untuk suntikan dos penggalak yang diadakan sehingga 15 Mac.", "Lantas tarikh 16 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya keutamaan rakyat dipilih dengan kepentingan parti untuk memperkukuh perjuangan diaplikasi.\n\nApa yang pasti, persidangan ahli-ahli UMNO ini berteraskan satu kebanggaan kerana kedudukannya hari ini bukanlah sebagaimana zahirnya selepas hilang kuasa pada Mei 2018.", "Biarpun perjuangan UMNO bukanlah berlandaskan kuasa namun sedia maklum bahawa kuasa adalah penentu kepada maruah bangsa dan kedaulatan negara.", "Cukuplah 22 bulan kerajaan ‘ditukang’ oleh petualang yang lebih gemar ‘beraja di mata bersultan di hati’, tingkah acapkali mencabar nurani apatah lagi agama, bangsa dan negara menjadi permainan semata-mata.", "Ya, UMNO bangkit kerana parti ini berpaksikan rakyat yang merata di akar umbi. Walaupun sentiasa diasak dengan pelbagai isu yang kebanyakannya lahir dari persepsi, manipulasi dan provokasi oleh pihak tertentu, tapi UMNO tak alah.\n\nBukan hanya ahli-ahli UMNO tetapi pemikiran rakyat juga diracuni dengan agenda-agenda palsu dan isu-isu remeh yang tidak dibuktikan kebenarannya, hujah dibuat tanpa fakta, tuduhan bertali arus dengan kata-kata penuh nista, pemimpin parti diserang peribadi malah UMNO dipalit dengan sengketa.", "UMNO istiqamah dalam perjuangan yang panjang, menyusur 75 tahun perjalanan dengan kematangan merentasi onak cabaran, maka tanggungjawab yang besar dalam tekad berkhidmat kepada rakyat sentiasa diaplikasi.", "Masa telah membuktikan bahawa UMNO bukan hanya yang berjawatan sahaja sedia berkhidmat sebaliknya tugas tergalas di setiap bahu ahli parti dengan menzahirkan gerak kerja mantap, memberi tanpa diminta, bekerja tanpa disuruh, bersedia tanpa mengharap balasan dan melaksanakan tugas dengan ikhlas atas nama perjuangan Islam, bangsa dan negara.", "Lebih manis, malah amat bermakna apabila Perhimpunan Agung UMNO 2021 ini dilaksana dengan lakaran dua kejayaan besar menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Melaka penghujung tahun lalu dan Johor 12 Mac.", "Namun begitu, makna perjuangan sebenar tidak berpenghujung kerana siap siaga anggota parti ketika ini adalah bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).", "Memantapkan UMNO adalah untuk pilihan raya dengan gerak kerja bukan hanya untuk mengumpulkan ahli-ahli parti tetapi yang paling penting adalah memastikan setiap mereka akan keluar mengundi selain meraih sokongan rakyat pelbagai kaum termasuklah golongan muda.", "Semangat anggota UMNO terus disemai, semarakkan kobar perjuangan selaku jentera parti yang bergerak bersama-sama membina benteng kekuatan menerusi keutuhan perpaduan dengan berpegang kepada cogan kata parti, ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’.", "Untuk itu, persidangan parti terbesar bangsa Melayu terlakar untuk kesekian kali dalam memahat kukuh aspirasi perjuangan dengan kini menerusi Perhimpunan Agung UMNO 2021.", "Justeru, teruskanlah sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan perjuangan UMNO bersemarak dari dahulu, kini dan kepada generasi pewaris seterusnya.", "Selamat Bersidang Para Perwakilan UMNO!", "EDITOR UMNO ONLINE\nRopikah Ahmad" ]
https://umno-online.my/2022/03/14/kemenangan-barisan-nasional-ppbm-bakal-menjadi-sejarah/
[ "Alhamdulillah, Bangsa Johor telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan memilih kerajaan Barisan Nasional untuk menerajui Johor bagi 5 tahun akan datang.\nBarisan Nasional menang di 40/56 kerusi sekaligus membentuk kerajaan negeri dengan Majoriti 2/3. Terima Kasih Bangsa Johor, kami berjanji akan bekerja keras untuk seluruh rakyat negeri Johor tanpa kira pilihan mereka.", "Yang lebih menarik, Alhamdulillah seperti di Melaka, BN tidak hilang deposit dalam mana-mana kerusi yang dipertandingi. Berbanding dengan PKR yang hilang deposit 7 Kerusi, Pakatan Harapan di 4 Kerusi, dan PN yang hilang deposit di 4 kerusi, ini termasuk PPBM yang hilang deposit di 2 kerusi.", "", "Banyak pula yang sebut semasa kempen bahawa Johor adalah kubu kuat PPBM kerana ini la Negeri Presiden PPBM. Ada yang sebut, zon utara merangkumi 16 kerusi berat kepada Tan Sri Muhyiddin, namun hanya 2 kerusi yang diperoleh PN manakala DUN Gambir, DUN di mana Tan Sri penyandang dimenangi oleh Barisan Nasional.\nKalau Negeri Johor yang sepatutnya jadi ‘kubu’ kuat pun boleh kalah, soalannya apatah negeri-negeri lain? Ataupun Negara secara keseluruhan?", "Mungkin itu la sebabnya Tan Sri Muhyiddin tawarkan untuk letak jawatan selaku Pengerusi PN. Kerana apa yang berlaku di Johor sangat memalukan. Ini jelas akan mengakibatkan perpecahan yang sudah berada di dalam PPBM jadi lagi teruk.", "Kita tahu PPBM pecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan Pertama adalah mereka yang berada di PPBM sebelum PRU14 yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin. Kumpulan Kedua adalah mereka yang jadi katak dan lompat selepas PRU14 yang diketuai oleh Hamzah Zainuddin. Kumpulan ketiga adalah group Azmin yang masuk dari PKR.\n\nPerpecahan yang sudah pun berlaku akan jadi lebih teruk apabila Tan Sri Muhyiddin sudah tidak mengepalai Pakatan ini.", "Saya simpulkan apa yang akan berlaku apabila PPBM berpecah:", "1. Tan Sri Muhyiddin letak jawatan, Ahmad Faizal Azumu memangku dan beliau akan buat keputusan untuk membubarkan PPBM kerana perpecahan tidak boleh diperbaiki.\n2. Katak akan keluar ramai-ramai minta nyawa dengan UMNO, di mana ‘mungkin’ akan terima tetapi masuk sebagai Ahli Baru. Mula dari bawah semula.\n3. Pasukan Azmin akan diketuai oleh Zuraida, Zuraida akan meninggalkan PPBM untuk Parti Bangsa Malaysia dan akan meminta nyawa dengan Barisan Nasional.\nWalaupun Azmin & Zuraida kini tidak mempunyai hubungan yang baik ketika mereka di PKR dahulu.", "Apa apa yang berlaku, Barisan Nasional akan tetap bersatu padu membawa aspirasi rakyat dari akar umbi untuk memastikan agar kesejahteraan rakyat serta keharmonian masyarakat terus terbela.", "Rakyat Melaka sudah, Rakyat Sarawak sudah, Bangsa Johor sudah. Semua bersuara memilih kerajaan kuat dan stabil. Mereka tidak memilih pakatan yang menjual harapan palsu, mereka tidak memilih perikatan yang mengkhianati kawan.", "Kerana itu, Pilihan yang tepat akan sentiasa kekal Barisan Nasional.", "\nOleh: Iqbal Jamal " ]
https://umno-online.my/2022/03/11/rakyat-johor-jangan-ragu-bersama-kembalikan-kestabilan-kegemilangan-negeri/
[ "ESOK Sabtu 12 Mac seluruh pengundi di bumi bertuah Darul Ta’zim bakal membuat pilihan wakil rakyat di kawasan masing masing, wakil rakyat yang bakal dihadap untuk selama lima tahun akan datang.", "Sudah tentu kesengsaraan dan pengalaman yang dilalui akan menjadi pengajaran untuk membuat pilihan.", "22 bulan telah mengajar tentang begitu mudah segala apa yang dibina dirobekkan. Perubahan dasar dan tindakan drastik yang tak waras menyebabkan ketidaktentuan ekonomi yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat di seluruh negara.", "", "Bagi Johor bukan sahaja kehidupan seluruh rakyat terkesan, kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh juga terlepas. Entah apa rasionalnya dengan tidak meneruskan tuntutan terhadap kedaulatan itu sedangkan terdapat sokongan kukuh.", "Ianya memberikan seribu pertanyaan motif sebenar kerajaan yang dinama Pakatan Harapan (PH) memerintah.", "Ketikdaktentuan dan tidak boleh tahan bukan sahaja di kalangan rakyat malah di kalangan wakil wakil rakyat juga menyebabkan kerajaan PH mampu bertahan selama 22 bulan.", "Barisan Nasional (BN) dengan tegas ketika itu mahukan mandat diserahkan kepada rakyat namun demi memikirkan kesan dan akibat kepada rakyat kerana wabak COVID-19 mula mengganas dan perbicangan antara Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja Melayu serta menempuhi suatu proses yang tidak pernah berlaku dalam sejarah maka terbentuklah kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Kerajaan yang dibentuk bukan atas pilihan raya maka sudah tentu fokus dan tumpuan ketika itu adalah untuk menjaga wakil-wakil rakyat bagi mengekalkan kerajaan supaya terus berkuasa.", "Tumpuan dan fokus kepada rakyat pasti kurang walau propaganda dan publisiti kononnya menunjukkan kerajaan dan pemimpinnya prihatin yang akhirnya memakan diri dilabel “kerajaan gagal” serta turunnya perdana menteri setelah 17 bulan.", "BN berpengalaman dan terbukti lebih 60 tahun mentadbir negara tidak kekok dan segera memperbetulkan keadaan walau bukan dalam kapasiti sepenuhnya. Ketidaktentuan politik nampak lebih stabil dan penyampaian kerajaan lebih teratur dan baik jika dibandingkan sebelumnya.", "Johor yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Haji Hasni Mohammad turut mengorak langkah ke hadapan. Beliau tidak menunggu lama beliau terus meletakkan semula Johor ke landasan yang sepatutnya dan berarah.", "Tujuh Ikhtiar Makmur Johor digariskan dan dilaksanakan pelbagai inisiatif bagi kemakmuran seluruh rakyat Johor yang terkesan dengan pelbagai permasalahan yang berlaku.", "Walau dalam tempoh tak sampai dua tahun memerintah kesan dan kemakmuran hasil kepimpinan beliau telah dapat dirasai dan wajar diteruskan untuk tempoh penggal akan datang kerana Johor perlukan seorang pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi, berperkerti dan berwawasan.", "Batang tubuh YAB Dato’ Haji Hasni sememangnya diperlukan sebagai arkitek, perunding dan perlaksana kemakmuran Johor pada masa hadapan. Beliau di kalangan terbaik dari yang baik baik dan diangkat sebagai “poster boy” serta calon Menteri Besar Johor jika beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut dan kerajaan BN berjaya membentuk kerajaan.", "Apa Pilihan Yang Rakyat Johor Ada.", "Rakyat Johor sebenarnya tidak ada pilihan lain selain BN.", "", "Ketika PH memerintah Johor, di kalangan mereka sendiri gagal mewujudkan kestabilan dan kemakmuran. Dua menteri besar menjelaskan ketidakmampuan mengurus dengan baik.", "PN yang memerintah di pusat sememangnya gagal. Gagal dari pelbagai segi sehingga darurat dilaksanakan dan perlembagaan digantung. Malaysia satu-satunya negara yang menggantung Perlembagaan demi kelangsungan hayat kerajaan tersebut.", "Di Johor pun begitu, bukan mudah kerajaan negeri ingin membuat dasar ataupun keputusan malah setiap kali undian di Dewan sentiasa menyaksikan situasi tegang dan cemas disebabkan majoriti yang tipis.", "Pilihan yang rakyat Johor ada ketika ini hanya BN sahaja. PH pun sudah tidak sepakat, PKR telah menggunakan logo sendiri, PN penuh dengan retorik dan tiada matlamat yang jelas untuk memandu Johor, kempennya masih lagi menyerang peribadi pemimpin dan isu isu yang jauh tersasar daripada permasalahan rakyat Johor hadapi ketika ini.", "Rakyat Johor perlukan khidmat daripada wakil rakyat secara yang berkesan dan terbaik. Bagaimana penyampaian khidmat hendak dilakukan secara yang efisien jika pengundi terlalu ramai. Di Johor sekarang ini terdapat banyak DUN yang mempunyai lebih 50 ribu pengundi", "Di Kota Iskandar contohnya terdapat lebih 116 ribu pengundi. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini secara jangka panjang DUN-DUN ini perlu disempadankan semula. Untuk merealisasikan perkara tersebut DUN Johor perlukan sebuah kerajaan yang majoriti kukuh iaitu dua pertiga atau sekurangnya memiliki 38 kerusi.", "Dengan apa yang ditawarkan oleh BN dari segi calon, kesungguhan berkempen dan meyakinkan pengundi, BN satu-satunya parti yang serius ditawarkan buat rakyat Johor untuk dipilih pada hari mengundi esok.", "Rakyat Johor tidak harus ragu-ragu dengan Ikhtiar BN Johor yang diperkenalkan yang mana terkandung satu matlamat utama dan lima ikhtiar untuk lima tahun yang juga kesinambungan dari apa yang telah direncana oleh YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad.", "Johor dijangka akan jauh kehadapan dan menjadi negeri memimpin kemajuan negara.", "Johor Pada Masa Hadapan.", "Dengan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April nanti sudah tentu Johor akan berganda mendapat limpahan kesan ekonominya. Kedudukan strategik bersempadan dengan Singapura dan Kepulauan Riau Johor dijangka akan cepat mendapat kesan positif kemakmuran ekonomi.", "Johor perlukan kestabilan, untuk tujuan tersebut Johor perlukan dua pertiga kerusi di DUN bagi menambah yakin pelabur palabur yang bakal masuk kerana kestabilan akan meyakinkan mereka melabur.", "Kestabilan jelas mampu membawa kemakmuran. Kestabilan adalah untuk masa depan. Kestabilan Johor adalah berpunca pada keputusan pada hari esok. Rakyat Johor ayuh bangkit rasional nilaikan apa yang telah dilakukan oleh parti-parti, apa isu-isu yang telah dibangkitkan berkait ke dengan Johor ini juga apa yang ditawarkan di sepanjang kempen.", "BN ternyata teratur dan tersusun kerana BN wujud daripada rakyat untuk rakyat tidak seperti parti-parti yang lain jadi BN lah yang terbaik buat rakyat Johor.", "Esok pastikan ya seluruh rakyat Johor undi BN untuk kestabilan masa depan. Undi BN bermakna juga undi untuk membolehkan YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad diangkat semula sebagai Menteri Besar Johor selepas PRN esok. – UMNO ONLINE", "Norman Sapar\nPemerhati Politik\n11 Mac 2022" ]
https://umno-online.my/2022/03/10/musuh-bn-guna-taktik-auta-1001-malam-bohong-sampai-jadi-ulangi-dakyah/
[ "BARANGKALI orang Johor sudah nampak musuh Barisan Nasional (BN) mengulangi dakyah yang sama saban hari sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula.", "Dakyah berhubung tuduhan mereka konon PRN Melaka dan PRN Johor diadakan kerana BN angkuh serta tamak kuasa.", "Konon mahu menyelamatkan pemimpin BN yang mereka sendiri kenakan pendakwaan mahkamah selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).", "Sedangkan rakyat tahu PRN Melaka disebabkan tindakan beberapa wakil rakyat menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri.", "Empat wakil rakyat termasuk daripada parti mereka dan seorang wakil rakyat BN yang kemudian bertanding menggunakan logo mereka.", "", "Rakyat tahu PRN Johor diadakan untuk mengembalikan kestabilan politik di Johor selepas kerajaannya sentiasa berdepan ugutan.", "Kerajaan Johor diugut oleh mereka yang mengancam mahu tekan butang jika kepentingan politik mereka tidak dipenuhi.", "Mereka membuat ancaman itu kerana menyedari kerajaan Johor memiliki kerusi tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.", "Kedudukan kerusi tipis yang turut mengundang risiko kepada kesukaran kerajaan Johor berfungsi dengan baik.", "Perkara ini pernah saya perjelaskan dalam posting terdahulu.", "https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=492775168886403&id=100044617711053", "Malah rakyat tahu PRN Melaka dan Johor tidak akan beri kesan kepada mahkamah sebaliknya beri kesan kepada mereka.", "Sebenarnya lawan BN tahu rakyat tahu fakta itu, tetapi inilah namanya taktik ‘Auta 1001 Malam’ atau ‘Bohong Sampai Jadi’.", "Taktik itu bertujuan untuk menanam propaganda mereka dalam fikiran masyarakat Johor.", "Mereka ulang-ulang tohmahan yang sama dengan objektif lama-kelamaan rakyat termakan hasutan yang diulangi setiap hari.", "Seperti PRU yang lepas, cara berkempen mereka tetap sama dengan menabur fitnah dan menanam kebencian rakyat dengan tipu daya dan pembohongan yang direka dicipta diguna pakai oleh mereka sendiri.", "Ini berbeza berbanding BN sentiasa mengetengahkan usaha dan gerak kerja tentang kepentingan kestabilan rakyat dapat dikembalikan di Johor Insya-Allah.", "Dalam masa yang sama kita menjawab tohmahan mereka berdasarkan fakta yang benar dari semasa ke semasa.", "Namun Bangsa Johor jangan pandang rendah taktik mereka kerana inilah taktik sama digunakan mereka semasa PRU-14.", "Sentiasalah berwaspada supaya tidak masuk perangkap yang sama buat kali kedua. Kali ini orang Johor tetapkan hati yakini BN.", "Saya amat yakin seluruh pengundi di Johor dapat menilai dan membezakan mana Intan dan kaca, mana yang sembang kari, mana yang buat kerja sampai jadi. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nPengerusi BN\nPresiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/03/06/felda-azmin-ali-ajak-debat-najib-pelawa-sekali-muhyiddin-beri-soalan-bocor-on-tak-on/
[ "", "Azmin Ali cabar saya debat berkenaan FELDA?", "Dia tuduh saya hancurkan FELDA. Mana mungkin saya akan hancurkan FELDA sedangankan ianya idea ayahanda saya?", "Saya tiada masalah debat berkenaan FELDA tetapi saya tak nak debat Azmin sahaja sebab saya bimbang di atas pentas saya tak nampak mukanya sebab kurang HD.", "Saya amat mengalu-alukan untuk debat boss dia Tan Sri Muhyiddin.", "Azmin boleh bantu dia jika dia semasa debat.", "Tiada masalah, satu bertentang dua mereka sebab fakta adalah fakta dan fakta akhirnya akan menang.", "", "Malah, saya nak beri beberapa soalan bocor pada dia.", "Nombor 1: Adakah masalah terbesar FELDA masa saya jadi PM ialah lebih 50% daripada pokok sawit FELDA dalam kategori terlalu tua manakala ramai peneroka sudah mula lanjut usia tetapi generasi kedua dan ketiga kurang berminat untuk mengambil alih?", "Dan jika kita tidak menyelesaikan kedua-dua masalah besar ini dengan penyenarain FGV, FELDA mungkin tidak akan wujud lagi?", "Nombor 2: Adakah kerajaan BN dahulu amat bersedia untuk menyalurkan peruntukan dan dana bagi FELDA supaya kesejahteraan hidup peneroka sentiasa dijamin sepanjang masa saya PM?", "Nombor 3: Adakah ianya benar bahawa wiujudnya “Put Option” dalam perjanjian pembelian syarikat sawit Indonesai Eagle High Plantations di mana FELDA berhak menuntut penjual untuk membayar balik harga penjualan asal bersama faedah 6% setahun supaya FELDA tidak akan rugi dalam pembelian ini?", "Nombor 4: Dari mana lagi kita mampu membeli kawasan sawit dengan harga RM2,800 setiap ekar ataupun 6.5 sen setiap kaki persegi memandangkan syarikat Eagle High mempunyai jumlah keluasan tanah sebanyak 320,000 hektar?", "Nombor 5: Kenapa kerajaan PN dahulu tidak memberi peruntukkan RM9.9 bilion kepada FELDA untuk memansuhkan hutang tetapi memaksa FELDA meminjam hutang baharu sebanyak RM9.9 bilion lagi pada 2020?", "Nombor 6: Dan jika ianya benar-benar pemansuhan atau pemaafan hutang, kenapa pula peneroka perlu menandatangani perjanjian dengan perlu menerima syarat sama ada untuk ladang mereka diuruskan FELDA atau perlu menjual hasil kita hanya kepada FELDA?\n\nYa, kena ada syarat-syarat ini sebab akhirnya FELDA akan membayar balik hutang tambahan RM9.9 bilion tersebut dari hasil peneroka sendiri juga.", "Akhirnya peneroka sendiri yang akan bayar balik – ini bukan pemaafan hutang sebenarnya.", "Memandangkan Azmin Ali dan kerajaan PH serta PN mereka menjual berpuluh-puluh bilion aset negara yang dibina saya semasa saya PM, saya tengok tiada masalah untuk kerajaan menyalurkan hasil penjualan aset tersebut sebagai peruntukan bagi FELDA – bukan paksa FELDA menambah hutang sebanyak RM9.9 bilion lagi.", "Nombor 7: Adakah ianya benar bahawa Muhyiddin dan kerajaan PN yang naikkan harga sawit?", "Sedangkan harga semua jenis komoditi dunia termasuk harga minyak jagung, minyak soya, petroleum turut naik ke paras tertinggi dalam dunia akibat lockdown seluruh dunia yang turunkan stok bekalan, menghentikan pengeluaran dan pembukaan semula ekonomi dunia serta langkah Indonesia menghadkan eksport sawit telah melonjakkan permintaan minyak sawit?", "Ya, banyak lagi yang saya nak bongkarkan, nak bocorkan berhubung penipuan dalam ceramah Azmin Ali dan Muhyiddin pada setiap ceramah di kawasan FELDA mereka.", "Cukup-cukuplah menipu peneroka dan rakyat.", "Mari kita debat, Muhyiddin.", "Jangan bimbang. Azmin akan bantu kamu.", "Susah nak cam muka Azmin atas pentas sebab dalam video yang begitu jelas itu pun kononnya kerajaan dulu tak dapat cam.", "Kononnya tak HD. Tapi debat dengan Muhyiddin, saya okay.", "Jika Muhyiddin mahu debat, hutang 1MDB pun dia boleh tanya dan saya akan buktikan sekali lagi bahawa ianya bukan dibayar wang Rakyat.", "On tak on?", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2022/03/06/projek-mega-rts-hsr-antara-formula-bn-lonjakkan-ekonomi-bangsa-johor/
[ "DUA projek paling besar yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor dahulu adalah Rapid Transit System (RTS) yang akan menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor serta High Speed Rail (HSR) yang akan menyambung Bandaraya Singapura ke Kuala Lumpur melalui Iskandar Puteri, Muar dan Batu Pahat.", "RTS sepatutnya siap pada 2024 tetapi kini dijangka siap pada akhir 2026 disebabkan kelemahan urustadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH).", "HSR pula sepatutnya siap pada 2026 tetapi kini tidak diketahui statusnya akibat dasar tidak tetap PH yang diteruskan kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Ini adalah satu kerugian yang sangat besar dan menjadi penyumbang kejatuhan prestasi ekonomi kerajaan Johor sejak 2018.", "", "Sebagai contohnya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor antara 2011 hingga 2017 adalah purata 5.9% setahun. Namun pada 2019, pertumbuhan KDNK negeri telah merosot kepada 2.7% – antara paling buruk di Malaysia.", "Semua ini berlaku kerana dasar tidak konsisten dan lemah kedua-dua kerajaan PN dan PH.", "Sedangkan pembangunan infrastruktur ini adalah pemangkin sebenar yang akan mencetus perkembangan ekonomi negeri.", "Formula melaksanakan projek-projek infrastruktur mega bagi menghidupkan semula ekonomi pasca kegawatan adalah amalan semua negara hari ini.", "Amerika Syarikat pada November tahun lepas meluluskan peruntukan sebanyak USD550 bilion bagi pembinaan infrastruktur awam termasuk lebuhraya, telekomunikasi, sistem perpaipan dan pengangkutan awam.", "Semua ini adalah memastikan rakyat terus mempunyai kerja serta memberi keyakinan kepada rakyat bahawa ekonomi akan terus berkembang.", "Kerana jika kerajaan terlalu berkira untuk berbelanja, maka rakyat juga akan takut untuk mengeluarkan wang daripada poket mereka.", "Inilah antara punca yang akan memanjangkan krisis ekonomi.", "Selain mencipta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi ketika pembinaan, projek-projek HSR dan RTS ini juga akan menjadi kunci bagi mewujudkan pendapatan tinggi rakyat selepas ia siap dibina.", "Contohnya perjalanan yang singkat antara Muar dan Kuala Lumpur dengan menggunakan HSR akan membolehkan penduduk Muar bekerja di ibu negara tanpa perlu meninggalkan kampung halaman. Ini akan menaikkan kuasa membeli setempat dan akan mencambahkan perniagaan di daerah tersebut.", "Malahan projek ini juga sebenarnya akan menyelesaikan masalah kesesakan di bandar-bandar besar.", "Laporan Bank Dunia pada 2014 mengatakan bahawa negara rugi RM20 bilion setahun disebabkan kesesakan di Kuala Lumpur sahaja.", "Dengan HSR, ia akan mencetus ‘reverse migration’ di mana pekerja-pekerja di Kuala Lumpur boleh berpindah ke Ayer Keroh atau Muar tanpa meninggalkan pekerjaan sedia ada.", "Inilah yang dipanggil sebagai ‘spillover effect’ yang akan memanfaatkan perniagaan dan rakyat.", "Kerajaan juga akan mendapat untung melalui pelbagai jenis cukai yang akan dikenakan ke atas syarikat-syarikat yang membuka perniagaan mereka di sepanjang jajaran HSR.", "Inilah formula kerajaan BN yang akhirnya akan mensejahterakan rakyat dan memastikan Kestabilan Masa Depan. – UMNO ONLINE", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/03/05/tiada-idea-kebernasan-unggul-di-dalam-parti-parti-baharu-apatah-lagi-hikmah-berpolitik/
[ "DEMOKRASI membenarkan kebebasan dalam berekpressi dan bercita-cita.", "Justeru penubuhan pergerakan politik mestilah demi melangsungkan cita-cita bangsa dan tanahair.", "Ia wajar sarat dengan ideologi dan pemikiran baru, didasari idea yang lebih lunak, menyakin dan mempersonakan bangsa.", "Rakyat tidak melihat semua itu dalam MUDA, Pejuang, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Warisan atau parti baru yang lain.", "", "Saya mengalu-alukan pergerakan dan aktivisme politik baharu, tetapi semua itu mestilah hadir dengan tawaran yang baharu dan konkrit.", "Yang Malaysia perlukan ialah lonjakan baru bukan sekadar keramaian di pentas demokrasi.", "Ada parti politik yang ideloginya seakan hanya pada usia. Seolah-olah pada mereka, usia adalah kunci menyelesaikan semua masalah Malaysia.", "Namun di sebalik keremajaan dan idealisme mereka, rakyat masih tertanya-tanya misi besar apa yang sebenarnya mereka ingin persembahkan untuk rakyat Malaysia.", "Sehingga sekarang, tiada ideals luar biasa. Tiada visi konkit. Malah tiada kelainan kecuali ‘usia’ untuk Malaysia lebih mapan, maju dan sejahtera?", "Ada pula yang bercakap tentang ‘GREAT RESET’ tetapi kosong dengan intipati. Malah berikrar pula bahawa mereka akan menyokong parti yang menang untuk membentuk Kerajaan.", "", "Ini rupanya “GREAT RESET” mereka.", "Yang satu lagi nampaknya ditubuhkan hanya untuk ‘melenyapkan hayat politik individu dan parti tertentu’. Hanya inikah selayaknya sebuah perjuangan?", "Dan ada juga yang cuba mengajar kita dengan model baru ‘multiculturalism’. Kononnya model mereka adalah model terbaik.", "Tetapi mereka sendiri gagal membentuk Kerajaan di persada negeri mereka kerana tawaran mereka bukanlah sesuatu yang baru.", "Lebih penting, adakah mereka jahil tentang model Bangsa Johor iaitu sebuah masyarakat yang bersatu padu dan bermuafakat?", "Memajukan negara ini memerlukan idea dan kebijakan. Namun idea dan kebijakan mesti seiring struktur, pengalaman dan hikmah politik. Semua ini membentuk ‘institusi politik’.", "Kebanyakan parti politik baru ini ialah bukan sahaja tidak punya idea dan kebernasan unggul, tetapi juga tidak punya struktur dan pengalaman apa lagi hikmah dalam politik.", "Akhirnya mereka hanya sebuah parti politik terdaftar dan hidup dibuai dan dilambung sentimen.", "Tidak lebih dari itu. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/03/02/perjuangan-umno-kepada-pendokong-umno-yang-sedang-berjuang-di-johor/
[ "Perjuangan UMNO\n(Kepada pendokong UMNO yang sedang berjuang di Johor)", "Mengapa kita berjuang dalam UMNO? Pastinya kita perlu merujuk kepada Perlembagaan UMNO Fasal 3 Asas Dan Tujuan bagi mencari jawapan iaitu yang berbunyi:", "“UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara”", "Seterusnya terdapat Fasal 3.1 hingga Fasal 3.6 yang memaktubkan enam hala tuju perjuangan dengan jelas.", "Inilah sebab ahli UMNO berjuang siang, malam, pagi, petang, subuh dah senja (SMPPSS) pada setiap hari.", "\nSemoga Allah memberkati dan sentiasa memberikan kejayaan dalam perjuangan kita.", "Dua rangkap pantun untuk renungan:", "Bandar Pontian, ada hikayat,\nKisah bersemi, cerita bersama;\nUMNO berjuang, untuk rakyat,\nDulu kini, dan selama-lama.", "Pemimpin mahir, lagi tersohor,\nBersamping songket, berkeris lama;\nUMNO lahir, di Istana Johor,\nAyuh bangkit, menang bersama.", "Di hadapan kita ada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sangat penting untuk Barisan Nasional menangi.", "Kita perlu dengan gigih membantu 37 calon UMNO, 15 calon MCA dan 4 calon MIC untuk menang 2/3 atau lebih 38 kerusi DUN.", "Tiada yang mustahil jika perjuangan disertai dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti.", "Di hadapan kita ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bakal kunjung tiba.", "Oleh itu, demi kestabilan masa depan serta kestabilan dan kemakmuran untuk kita, anak, cucu dan generasi akan datang, ayuh terus merapatkan barisan serta bangkit bersama berjuang.", "Walau pun ketika berjuang itu tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang memuji, tiada siapa yang mengerti, tiada siapa yang bertanya khabar, tetap kita bangun dan terus berlari menuju cita-cita murni pada setiap hari seperti yang telah digariskan oleh Perlembagaan UMNO.", "Justeru perjuangan kita bukan untuk dipuji, tidak juga untuk dikeji.", "Namun lambat laun generasi masa depan akan mengerti juga dengan berkata pada suatu masa nanti:", "“Untungnya aku ada parti di negara ini yang bernama UMNO, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Jika tiada, entah apalah akan terjadi kepada perjuangan yang panjang dan penuh onak duri cabaran demi memartabatkan agama, bangsa dan negara tercinta.”", "Hidup UMNO\nHidup Barisan\nHidup Rakyat", "– UMNO ONLINE", "Datuk Seri Ahmad bin Maslan\nSetiausaha Agung UMNO merangkap\nAhli Parlimen Pontian\n02 Mac 2022" ]
https://umno-online.my/2022/03/01/gelanggang-prn-johor-dibuka-untuk-kemajuan-masa-hadapan/
[ "Suasana kempen PRN Johor baru masuk hari keempat. Rata rata suasana masih lagi di peringkat perancangan dan perlaksanaan kerja awalan. Bahang kerancakkannya sudah dirasai di mana mana ceruk dalam negeri.", "12hb Mac nanti, 2.5 juta pengundi bakal menentukan wakil rakyat pilihan mereka. Wakil rakyat yang akan bekerja untuk kemakmuran kawasan dan juga negeri. 30% daripada pengundi kali ini adalah pengundi baru yang majoritinya dalam usia yang muda.", "Isu Isu PRN Johor ke 15 \nSetelah tamat proses penamaan calon bermakna isu dan polimik calon telah selesai. Pelbagai latar calon dikemukakan oleh parti parti yang bertanding yang mana BN dan PN dilihat mendominasi dari segi calon dengan bertanding di kesemua kawasan.\n\nIsu utama ketika kempen yang berlegar adalah isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), ianya pasti dijadikan senjata kempen pihak selain BN. Bagi BN isu ini telah dijelaskan dengan naratif yang senada oleh jurucakap-jurucakap parti. Penerimaan rakyat Johor dalam isu ini juga positif.", "Kemakmuran ekonomi juga akan menguasai cerita-cerita kempen. Isu ini menjadi asas kukuh untuk BN mencadangkan pembubaran DUN kerana kesukaran yang dihadapi dalam menguruskan negeri akibat majoriti tipis yang dimiliki. Johor suatu ketika berkedudukan teratas dari segi penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan Foreign Direct Investment (FDI). Buktinya pada 2018 Johor mencatat FDI tertinggi iaitu RM 2.4 billion namun terus merudum pada tahun tahun selepasnya akibat ketidakyakinan pelabur.", "Johor yang bersempadan dengan negara jiran Singapura dan Indonesia bukan suatu negeri yang biasa-biasa. Budaya dan persekitaran kawasan berjiran pasti akan ada persamaan dan impaknya terasa sesama. Tempoh tiga tahun ini melihatkan Johor terus dipinggirkan oleh pelabur-pelabur asing. Dengan Singapura terus berjurang dengan Indonesia terutamanya kawasan Kepulauan Riau begitu juga. Untuk rekod pada hujung tahun lalu Indonesia telah mendapat suatu pelaburan terkumpul yang besar berjumlah RM 270 billion daripada UAE. Jadi mejelaskan kita betapa terus kempunan dan menjadi pemerhati sahaja negara negara jiran berurusan rancak menguruskan pelaburan.", "Selain dua isu di atas isu isu kecil lain yang akan dimainkan adalah isu calon Menteri Besar Johor (MBJ), isu peribadi calon dan pemimpin parti juga isu permasalahan setempat.", "Siapa MBJ ke 19? \nCalon menteri besar adalah penting pada setiap PRN. Secara tradisinya calon menteri besar akan diangkat daripada pemimpin yang mengetuai dan berpengaruh dalam kumpulan parti yang menang bilangan kerusi terbanyak. Setakat hari ini hanya Barisan Nasional (BN) sahaja menamakan YAB Dato’ Ir. Hj. Hasni Mohammad sebagai bakal MBJ ke 19 jika BN berjaya membentuk kerajaan. Parti lain masih berteka teki malah ada yang sudah menguaruarkan untuk menjadi pembangkang yang berkesan di DUN kelak kerana sedar tiada peluang untuk menjadi kerajaan. Bila dah bertanding tu peluang sebenarnya terbuka akan tetapi BN dilihat mempunyai kelebihan.\n\nSemalam 28hb Februari sebenarnya genap dua tahun YAB Dato’ Hasni Mohammad menjadi menteri besar, walau sekarang beliau masih menjawat jawatan itu namun ianya hanya “care taker” sahaja. Sesungguhnya beliau layak untuk dinobatkan sebagai menteri besar semula jika beliau memenangi DUN Benut dan pasukan BN berjaya membentuk kerajaan. Kredibiliti dan wawasan yang ada pada beliau tidak disangkal lagi dengan matlamat kemakmuran Johor beliau perkenalkan pelbagai ikhtiar Makmur Johor bagi meletakkan Johor lebih berarah.", "PH pernah mengeluarkan kenyataan untuk menamakan Dr Maszlee Malik sebagai menteri besar begitu juga Muda yang mana presidennya menyatakan hasrat yang sama namun sehingga kini tiada ketetapan rasmi dikeluarkan. Bagi Muda presidennya sendiri pun tidak bertanding jadi macam mana hendak menjadi menteri besar?", "Gambaran Parti Parti Dan Sejauh Mana Sengitnya Pertandingan\nDengan minimum 7 pertandingan 3 penjuru dan 2 pertandingan 7 penjuru untuk merebut 56 kerusi menjelas betapa subur sistem demokrasi di Malaysia. Bermakna tiada sekatan politik diamalkan yang suatu ketika kerajaan BN dituduh melakukan pelbagai sekatan untuk berpolitik.\n\nPada PRN Johor kali ini BN, Perikanan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti biasa mewarnai ditambah dengan pendatang baru di Johor iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta 16 calon bebas. Jentera BN dilihat nampak lengkap serba-serbi namun dari segi semangat jentera setiap parti berkobar untuk memenangkan calon yang diketengahkan.", "Dari segi analisis keseluruhan BN dijangka menguasai tertutamanya di kawasan majoriti Melayu. Bagi kawasan majoriti kaum Cina Parti Democratic Action Party (DAP) komponen PH dijangka masih mengekalkan penguasaan. Namun berkemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi pada PRU 14 disebabkan oleh sentimen dan calon. Tidak mustahil Skudai, Pekan Nenas, Paloh dan beberapa lagi DUN boleh menjadi milik BN.", "BN menampilkan calon yang seimbang dengan pelbagai latar, pengalaman dan profesional. Ramai juga calon wanita yang ditampilkan iaitu sebanyak 14 orang (25%).", "PN gabungan baru bernafsu besar yang mempunyai ramai pelompat-pelompat parti dijangka akan tewas di banyak kawasan. Majoriti pengundi pasti tidak sabar hendak menghukum pelompat yang mana parti yang tempat mereka berpaut pasti akan terpalit. PN gabungan antara Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Gerakan (Gerakan) agak sukar memberi cabaran disebabkan oleh faktor jentera dan kegagalan 17 bulan menjadi kerajaan. PPBM kekurangan jentera dan bergantung kepada jentera PAS namun kali ini pasti kekuatan jentera PAS tidak padu seperti biasa atas faktor ketidaktentuan pendirian kepimpinan.", "Agak pelik PAS sebenarnya bagaimana sebelum ini mereka bersama UMNO menentang I-Cerd tapi sekarang boleh bersama pihak yang bersubahat merelakan I-Cerd hampir diratifikasikan. Gerakan pula parti lama yang semakin hari semakin hilang cengkaman.", "PH sebelum penamaan calon sudah berantakan dari segi lambang yang hendak diguna. Keputusannya DAP & Amanah menggunakan panji PH dan PKR menggunakan logo sendiri. Walau mereka sepakat untuk tidak berlawan sesama namun bagaimana mereka hendak membentuk kerajaan jika memenangi pilihan raya kelak.", "Momentum PH dan PKR kali ini sudah tentu jauh berbanding pada PRU 14 kerana tidak dapat lagi menggunakan senjata janji janji manis untuk ditaburkan seperti penghapusan tol, penghapusan hutang PTPTN, pendidikan percuma dan penurunan harga minyak. Isu Lynas yang dimanipulasi juga akan menjadi ingatan. Kes-kes mahkamah yang ditarik semula juga umpama batu yang dibaling melantun ke dahi sendiri. Rakyat tidak lupa bagaimana seorang menteri kanan dilantik ketika kes mahkamahnya sudah difailkan dan selepas pelantikan kes itu ditarik sebelum dibicara.\n\nPejuang parti baru yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir tiada agenda jelas yang hendak ditawarkan malah pemimpin utama mereka itu dikaitkan dengan kegagalan 22 bulan sebagai Perdana Menteri. Isu tidak meneruskan rayuan mendapatkan semula Pulau Batu Puteh yang hakikatnya berada di dalam perairan Johor sangat melukai Bangsa Johor.", "Kehadiran Pejuang hanya sebagai pemecah undi Melayu yang memberikan impak kecil kepada peluang BN. Label yang pernah dikeluarkan oleh pengasasnya bahawa “Melayu mudah lupa”, “Melayu tak boleh harapkan bantuan kerajaan” cukup mengelirukan orang Melayu tentang apa yang mereka perjuangkan. Isu isu yang terpalit dengan pejuang dijangka akan menjauhkan sokongan pengundi Melayu kepada mereka.", "Muda juga baru, Muda tidak seperti nama, ini kerana calon termuda adalah datang dari BN dan Pejuang. Muda cuba berpaut kepada PKR tapi berlawan sesama di DUN Larkin. Pening kepala kan, tapi begitulah realitinya bila idealogi dan perjuangan tidak sehaluan.", "Dengan banyaknya penjuru pertandingan di kawasan majoriti Melayu, sokongan daripada pengundi kaum Cina sangat penting. Di kawasan majoriti kaum Cina purata ada tiga atau empat penjuru pertandingan namun di kawasan pengundi Melayu sehingga tujuh penjuru. Boleh dikatakan undi kaum Cina akan menjadi penentu di banyak kawasan. Ada beberapa kawasan seperti DUN Larkin yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru peluang beberapa calon utama dilihat terbuka. Kerja keras dan faktor “wow” yang luar biasa perlu untuk meraih kemenangan.", "Kesimpulan keseluruhan persaingan dijangka tidak sesengit PRU 14, ditambah SOP yang ketat pada PRN Johor kali ini.", "Jangkaan Keputusan PRN Johor\nSenario pertandingan PRN Johor pada kali ini agak sukar untuk membuat analisis jangkaan dengan tepat. Situasi boleh berubah ubah dari semasa ke semasa sehingga ke hari pengundian. BN dijangka mampu memenangi dan membentuk kerajaan negeri.\n\nBN dijangka boleh memenangi antara 34 sehingga 43 kerusi. Untuk mendapatkan majoriti 2/3 BN perlu memenangi 38 kerusi dan ianya penting untuk mentadbir secara yang siknifikan dan menyelesaikan beberapa isu. Terdapat sembilan kerusi dijangka sengit untuk BN menangi, hanya dengan kerja keras dan strategi yang betul ianya boleh direalisasi.", "DAP dijangka akan memenangi kerusi yang kurang berbanding pada PRU 14 iaitu minimum 9, PKR minimum 1, begitu juga Amanah 2 dan PN 1.", "Kesimpulan \nApa yang diinginkan rakyat adalah kemakmuran dari segala segi terutamanya ekonomi. Kemakmuran ekonomi adalah persekitaran yang meyakinkan, prospek peluang yang menarik serta taraf hidup rakyat yang baik. Bagaimana ingin menyediakan semua itu jika keputusan sukar dibuat dan bagaimana juga pihak yang ingin melabur berasa yakin dengan kerajaan yang majoriti satu kerusi.", "Justeru matlamat PRN Johor kali ini adalah untuk mencipta kestabilan. Kestabilan itu boleh dicapai dengan adanya satu gabungan parti yang mendapat kemenangan yang besar. Semua parti bertanding sepatutnya sudah faham maksud itu. Kestabilan siknifikan yang diharapkan adalah dengan kemenangan 2/3.", "Kenapa? … Banyak urusan yang perlu digubal dan diluluskan antaranya pecahan semula kawasan yang pengundinya melebihi 50 ribu pengundi. Terdapat 8 DUN yang perlu dipecahkan kawasan yang mana mungkin perlu ditambah sehingga 20 DUN lagi. Hanya dengan 2/3 undi di DUN ianya boleh direalisasikan. Dengan kestabilan ianya akan mewujudkan kemakmuran, dengan kemakmuran negeri mampu menapak ke hadapan.", "Pada PRN ini penilaian rakyat akan berkisar kepada tiga skop, pertama apa yang parti parti bertanding sudah laksanakan, kedua sejauh mana kesepakatan gabungan, ketiga arah jelas untuk membawa negeri pada masa hadapan. Kali ini rasional memilih parti akan lebih daripada melihat diri calon yang bertanding kerana rakyat sedar dan telah merasai kesilapan memilih yang lepas.", "Selamat menunaikan tanggungjawab kepada 2.5 juta pengundi Johor pada PRN Johor ke-15 pada 12hb Mac nanti. Undilah untuk kestabilan demi kemakmuran.", "Oleh: Norman Sapar, Johor Bahru " ]
https://umno-online.my/2022/02/22/muhyiddin-dan-mahathir-punca-kewangan-negara-tenat-isham-jalil/
[ "MUHYIDDIN DAN MAHATHIR PUNCA KEWANGAN NEGARA TENAT\nKEADAAN EKONOMI NEGARA SELEPAS 39 BULAN MAHATHIR, PH, DAN MUHYIDDIN (2018 – 2022)", "PH (2018-2020): KERAJAAN GAGAL\n1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) pada tahun 2018 di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) pada tahun 2017 di bawah Barisan Nasional (BN).", "2. Jumlah pinjaman domestik dan asing oleh kerajaan PH untuk 3 bulan pertama tahun 2019 adalah RM36.4 bilion, jauh lebih tinggi berbanding zaman BN untuk tempoh sama (2017: RM12.9 bilion, 2016: RM11.1 bilion).", "3. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan PH hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab.", "4. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.", "", "5. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018, daripada RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019.", "6. Malaysia jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia.", "7. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.", "8. KDNK negara pada tahun 2019 merosot pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019.", "9. Malaysia diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg.", "10. Malaysia diberi gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei.", "11. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan hilang RM20-30 bilion pendapatan.", "12. SST menyebabkan ketirisan dan penipuan cukai.", "13. Peruntukan kepada Kementerian Kewangan melonjak dengan berganda daripada RM38.1 bilion pada 2018 kepada RM68.4 bilion dalam bajet 2019 sedangkan kementerian-kementerian lain seperti Pertanian, Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, dan Perumahan dikurangkan.", "14. Eksport negara menyusut pada Mac 2019.", "15. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China hinggakan China terlebih dahulu membeli sawit Indonesia secara tanpa had.", "16. MOU PH dengan China di mana China berjanji untuk membeli 1.9 juta tan minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang adalah berdasarkan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan BN semasa Najib Razak masih PM pada tahun 2015.", "", "17. Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa ekspot minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan September 2018. Jumlah ekspot minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari ekspot 690 ribu tan pada tempoh yang sama pada tahun 2017.", "18. Tahun 2017 harga rasmi buah tandan segar (BTS) sawit gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM349 satu tan pada awal November 2018 dan kemudiannya jatuh lagi kepada RM311 satu tan pada pertengahan November 2018.", "19. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.", "20. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Nilai ekuiti PETRONAS jatuh buat kali pertama sejak 10 tahun.", "21. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.", "22. Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017.", "23. Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu.", "24. Syarikat Boustead Holdings milik LTAT juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta untuk tahun 2017.", "25. Boustead Plantations di bawah LTAT yang sering kali untung besar saban tahun telah mengalami kerugian selepas PRU14. Boustead Plantations untung RM620 juta pada tahun 2017 di bawah BN berbanding kerugian RM52 juta tahun 2018 di bawah Pakatan.", "26. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019.", "27. Hasil Boustead jatuh 23.2% selepas PH ambil alih Putrajaya.", "28. Tenaga Nasional mengumumkan kerugian untuk suku ke-4 tahun 2018. Walaupun telah naikkan tarif elektrik pada 1 Julai 2018, TNB rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018 berbanding untung RM1.72 bilion pada suku yang sama tahun 2017.", "29. Surcaj elektrik untuk semua pengguna komersial telah dinaikkan. Surcaj ini telah hampir berganda dari 1.35 sen/kWj kepada 2.55 sen/kWj.", "30. Kenaikan surcaj elektrik bermaksud bil elektrik untuk semua pengguna ini akan naik sehingga 5.3%.", "31. Dua kali kenaikan surcaj elektrik selepas PH menjadi kerajaan: pertama kali pada Julai 2018 dengan surcaj 1.35 sen/kWj atau kenaikan bil elektrik sehingga 6% yang telah memberi kesan kepada pengguna domestik dan bukan domestik.", "32. Dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan PH bahawa individu Qatar melabur RM1.6 trilion (AS$400 bilion) termasuk di Malaysia dalam projek kereta nasional ketiga adalah tidak benar.", "33. Pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan kejatuhan 3 kali ganda bagi suku kedua dan ketiga 2018 dengan jumlah RM6.7 bilion berbanding tempoh sama pada tahun 2017 iaitu RM20.4 bilion.", "34. Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia merosot kepada 3.1% pada tahun 2018; terendah dalam tempoh 7 tahun.", "35. Jumlah pelancong dari China ke Malaysia jatuh sebanyak 35 peratus apabila PH ambil alih.", "36. Pakar berpendapat Projek Bandar Malaysia boleh mendatangkan pulangan sekurang-kurangnya RM90 bilion jika pelan asal era BN diteruskan.", "37. Timbalan Menteri Kewangan PH terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa hutang rasmi negara telah naik ke RM741 bilion (51.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion (50.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2017. Bertentangan dengan pendirian hutang RM1 trilion Menteri Kewangan.", "38. Pengenalan cukai gula oleh PH mulai Julai 2019.", "39. Pengenalan cukai levi pelepasan oleh PH RM40 seorang.", "40. Pengenalan cukai baharu kereta import terpakai oleh PH antara 20 ke 39 peratus sejak Mac 2019.", "41. FGV ketika di bawah BN pada 2017 mencatatkan kenaikkan 60% dari segi keuntungan sebelum cukai kepada RM417 juta dari RM260 juta pada tahun 2016. Namun selepas PRU14, hasil jualan FGV jatuh sebanyak RM3.5 bilion lalu mengakibatkan FGV rugi RM1.07 bilion.", "42. 6,000 pekerja FGV bakal menjadi mangsa diberhentikan kerja dalam tempoh 3 tahun.", "43. Menteri Kewangan minta bajet tambahan RM19.6 bilion untuk tahun 2018 – kerana terlebih berbelanja.", "44. Bantuan Bakti Negara (ketika era BN), pesara tentera diberi RM1200. Sebaliknya, Bantuan Harapan Negara oleh Pakatan dipotong kepada RM500.", "45. Import merosot kerana ringgit lemah dan kejatuhan pasaran saham. Dari segi bulan ke bulan, ia jatuh sebanyak 3.5% pada November dan 5.4% (Disember), menaik 1.4% pada Januari sebelum merosot sebanyak 24.8% pada Februari.", "46. Bank DBS, iaitu bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon pinjaman Kerajaan Malaysia pada 1 Mei 2019.", "47. Indeks pembuatan Malaysia jatuh pada kadar paling teruk berbanding 15 negara-negara di Asia (Nikkei).", "48. Aliran keluar dana asing dari Malaysia adalah yang terbesar di ASEAN. Sejumlah RM2.76 bilion dana asing keluar dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2019 sahaja.", "49. KNDK negara untuk suku pertama 2019 adalah antara 3.8% hingga 4.2% di mana kadar bawah 4% adalah paling rendah sejak 10 tahun yang lalu.", "PENJUALAN ASET KERAJAAN", "50. Kerajaan PH jual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion walaupun IHH Berhad adalah syarikat yang mencatatkan keuntungan.", "51. Ogos 2018, Khazanah jual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort – RM1.25 bilion.", "52. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.", "53. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.", "54. Pada April 2019 Khazanah di bawah PH menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.", "55. DRB-Hicom jual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.", "56. PH sering memberi alasan bahawa aset-aset FELDA perlu dijual untuk membayar hutang FELDA RM8 bilion. Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan – iaitu tidak jauh berbanding kos pengeluaran FELDA di persekitaran RM1,800 satu tan. Oleh kerana FELDA ada kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran wang tunai FELDA terjejas.", "57. Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu disebut-sebut oleh Pakatan sebagai telah ‘dirompak’ oleh BN sebenarnya dipinjam semula kepada para peneroka FELDA sendiri.", "58. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh Najib dijual oleh PH.", "59. Projek TRX yang dituduh sebagai beban kepada negara pada era BN kini dianggap sebagai antara aset utama kerajaan.", "60. Khazanah juga telah bersedia untuk menjual pegangan mereka di dalam Bank CIMB, syarikat telekomunikasi Axiata, UEM Edgenta dan UEM Sunrise.", "", "61. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.", "62. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.", "63. April 2019, Axiata di bawah Pakatan jual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.", "64. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.", "65. FGV dan Tabung Haji bawah PH cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia.", "KENAIKAN HARGA BARANG DAN MAKANAN", "66. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.", "67. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.", "68. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.", "69. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.", "70. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018.", "71. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.", "72. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.", "73. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.", "74. Mengikut data rasmi Kementerian Pertanian, harga telur ayam terus naik. Sebelum PRU14, harga di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga gred C 24 sen. Tetapi harga telur gred AAA di ladang pada Februari 2019 sudah naik 59.2% sehingga 43 sen.", "75. Harga telur gred C naik 67% kepada 40 sen.", "76. Menteri akui harga ubat masih mahal. Tiada data konkrit dan terperinci mengenai harga ubat yang diturunkan dengan signifikan di bawah PH.", "77. Jumlah penurunan harga barangan sangat kecil, diakui Menteri sendiri tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.", "78. Harga makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera berterusan melambung, diakui Menteri sendiri", "79. Menteri umum dan akui 10 ribu restoran mamak menaikkan harga makanan dan minuman.", "80. Menteri Saifuddin Nasution tiada idea hinggakan terpaksa mohon bantuan Najib Razak untuk tangani kenaikan harga barang pada Januari 2019", "81. KPDNHEP gagal mengetengahkan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu.", "82. SST telah menyebabkan kos dan harga barang naik 10 peratus.", "DASAR-DASAR YANG LEMAH", "83. Seruan Menteri Industri Utama supaya minum minyak sawit tidak bijak untuk lonjakkan eksport minyak sawit negara.", "84. Skim insurans B40 (yang kini diberi nama MySalam) menyaksikan kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar (Great Eastern) untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion.", "85. Kos projek LRT3 RM9 bilion di bawah BN dinaikkan oleh Lim Guan Eng menjadi RM31 bilion dan kemudiannya “berjaya” diturunkan menjadi RM16 bilion.", "86. Cadangan pemansuhan tol 11 malam hingga 5 pagi yang bercelaru dari segi pengumuman dan meragukan dari segi ketelusan.", "87. Cadangan caj kesesakan tol pula dikenakan ke atas rakyat.", "88. Menteri melontarkan idea nelayan perlu menanam nenas di belakang rumah.", "89. KDN bubarkan Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (Special Task Force for Anti-vice, Gaming and Gangsterism STAGG).", "90. KDN bubarkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Special Task Force on Organised Crime STAFOC).", "91. KDN bubarkan Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Special Tactical Intelligence Narcotics Group STING)", "92. Pengecualian PTPTN Zaman PH: Kena merayu untuk pengecualian PTPTN.\nZaman BN: Automatik dapat pengecualian bagi pelajar cemerlang Kelas Pertama.", "93. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada RM8.5 bilion pada 2018 kepada RM8.4 bilion dalam bajet 2019.", "94. Pengenalan AWAS tidak dilaksanakan dengan cermat bagi menunjukkan perbezaannya dengan AES yang dituduh ‘zalim’ ketika era BN. Malah jumlah kamera AES (AWAS) ada dirancang untuk ditambah, bukannya dihapuskan seperti yang dituntut ketika masih menjadi pembangkang.", "95. Syarikat Singapura Great Eastern akan diberi akses kepada segala butiran peribadi untuk semua rakyat Malaysia di dalam golongan B40 di Malaysia iaitu dari pangkalan data (database) iaitu 3.7 juta orang.", "96. Banyak klinik komuniti ditutup.", "97. 34 Klinik 1Malaysia dilaporkan ditutup.", "98. Isu tempoh menunggu pesakit di hospital.", "99. Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan dipotong daripada RM1.3 bilion kepada RM1 bilion dalam bajet 2019.", "100. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja.", "101. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dikurangkan daripada RM635 juta pada 2018 kepada RM520 juta dalam bajet 2019.", "102. Kerajaan PH Selangor meminjam daripada kerajaan pusat PH untuk membeli SPLASH dengan harga RM2.55 bilion. Najib mengatakan ada kroni PH terlibat dalam pembelian ini dan harga belian ialah 10 kali ganda berbanding harga RM250 juta yang dinilaikan oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.", "103. Peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya dipotong daripada RM7.7 bilion (2018) kepada RM7.1 bilion dalam bajet 2019.", "104. Dahulu PH sifatkan pekerjaan pemandu Grab dan Uber serta 3D sebagai ‘tidak membanggakan’, selepas jadi kerajaan menyeru anak-anak muda memilih sektor 3D dan jangan memilih kerja.", "105. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang terlampau rendah (dan menghina) iaitu 27 sen sehari.", "106. PH kata penjawat awam ‘membebankan’.", "107. Seramai 12,000 orang pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan.", "108. Persatuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 30 ribu orang akan hilang kerja pada 2019, berbanding sekitar 21 ribu orang pada 2018", "109. PH menyifatkan gaji minimum RM1100 ‘terlalu tinggi’ untuk sesetengah sector.", "110. Kakitangan SPAD ditawarkan gaji dan gred yang lebih rendah daripada sebelumnya oleh Kementerian Pengangkutan.", "111. 135 pekerja FELDA Engineering Services Sdn Bhd dan FELDA Properties Sdn Bhd. kehilangan pekerjaan kurang sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2019.", "PN (2020-2022), MUHYIDDIN PM-8: KERAJAAN GAGAL 2.0", "112. Gagal untuk menangani wabak COVID-19 sejak berkuasa di mana keputusan-keputusan kerajaan membawa kepada kenaikan kes jangkitan sehingga 30,000 kes sehari.", "113. Gagal menyampaikan vaksin awal kepada rakyat lewat 3-4 bulan berbanding negara-negara jiran lain yang telah menerima vaksin awal.", "114. Gagal untuk mengekang kejatuhan ekonomi negara di mana ekonomi masih di paras negatif dan kadar pengangguran meningkat sehingga 4.8% dan pengangguran belia dianggarkan melebihi 15% dan hampir 800,000 orang telah hilang kerja dan lebih 4 juta orang hilang pendapatan.", "115. Gagal untuk menarik pelabur asing di mana hampir RM1 billion telah keluar dari pasaran modal dalam tempoh beberapa minggu.", "116. Gagal untuk mencegah kejatuhan nilai ringgit di mana ringgit berada di paras RM4.04 berbanding USD dan RM7.43 berbanding Baht.", "117. Gagal untuk membantu rakyat yang tertekan yang memerlukan pengeluaran KWSP Akaun 1 tanpa syarat.", "118. Gagal melanjutkan moratorium bank walaupun PKP dilanjutkan dan darurat dikenakan sehingga bulan Ogos 2021 di mana kehilangan pendapatan rakyat dijangka meningkat dan mereka tidak mampu untuk bayar bank.", "119. Gagal untuk menstabilkan kemelut politik dan menyebabkannya lebih buruk dengan kedegilan mahu terus memegang kuasa walaupun telah hilang majoriti dan sokongan. Mengisytiharkan darurat politik untuk terus berkuasa.", "120. Hutang kerajaan benar-benar melebihi RM1 trillion.", "121. Perbelanjaan kerajaan terbesar dalam sejarah melebihi RM600 billion, berhutang melebihi RM300 billion dalam tempoh tiga tahun, tetapi pertumbuhan ekonomi negatif", "122. Pelabur kurang berminat melabur di Malaysia berbanding Indonesia dan Vietnam.", "123. 800 ribu orang masih tiada kerja dan 4 juta hilang pendapatan.", "Kredit fakta, penyelidikan dan laporan:\n1. Jabatan Statistik Malaysia\n2. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri\n3. Bank Negara Malaysia\n4. Khazanah Nasional Berhad\n5. Permodalan Nasional Berhad\n6. Kementerian Kewangan\n7. Penganalisis ekonomi Abdul Muein\n8. Laporan akhbar-akhbar tempatan\n9. Bloomberg\n10. Nikkei\n11. Etc.", "(Ucapan Isham Jalil di sesi Townhall bersama NGO dan wakil masyarakat Cina, 21 Februari 2022)", "ISHAM JALIL\nKetua Penerangan Barisan Nasional Selangor\n22 Feb 2022" ]
https://umno-online.my/2022/02/18/ph-sudah-jatuh-ditimpa-tangga-bn-pilihan-bangsa-johor/
[ "SEJAK beberapa minggu kebelakangan, kontroversi di sekitar pengagihan kerusi antara PKR dan MUDA menjadi agak tegang.", "Lagi-Lagi hari ini apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa MUDA sedia menghadapi sebarang kemungkinan pertindihan kerusi.", "", "Ini dijawab pula oleh beberapa Pemimpin PKR terutamanya Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang menyifatkan MUDA sebagai bayi yang belum boleh makan nasi dan perlu disusukan.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi pula gelarkan MUDA sebagai parti bongkak dan angkuh kerana ingin bertanding di kerusi bandar dan tidak berani berdepan dengan Barisan Nasional (BN) di kubu kuat kami.", "Mantan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador pula minta MUDA muhasabah diri dan berhenti terlalu sombong.", "Beliau juga minta PKR pertimbang meletak calon di kerusi-kerusi yang telah selesai proses rundingan seperti Puteri Wangsa di mana Ketua Srikandi Johor berasal tetapi diberikan kepada MUDA.", "", "Episod pergaduhan ini adalah sebab utama mengapa BN mengambil jalan untuk tidak bekerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) kerana ia jelas akan mengakibatkan pergaduhan seperti ini dan akhirnya akan mengelirukan serta merugikan pengundi.", "Sebab itu la BN bertanding solo di Melaka dan menang bergaya.", "Kerana BN percaya akan kekuatan parti dari jentera di akar umbi sehinggalah dasar-dasar yang ingin kita angkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.", "Pakatan Harapan (PH) seumpama kapal di lautan yang tidak ada nakhoda.", "Itulah antara penyebab kerajaan mereka tumbang dan itulah juga antara sebab kerajaan Johor jika dipimpin oleh mereka akan terus tidak stabil dan merugikan seluruh rakyat Johor.", "BN setakat ini tidak bergaduh dengan parti komponen tentang agihan kerusi, malah sehingga saat ini hanya BN yang kemukakan calon Menteri Besar yang menjanjikan kestabilan masa depan iaitu YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad.", "Ingat Kestabilan, Ingat Barisan Nasional. – UMNO ONLINE", "Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin\nKetua Pemuda UMNO Ipoh Barat" ]
https://umno-online.my/2022/02/14/johor-mempunyai-pengaruh-kuat-pyche-malaysia-rahman/
[ "Sebagai sebuah negeri yang besar dan maju, Johor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap jiwa (pysche) Malaysia. Orang kata:", "Jika Johor bersin, Malaysia demam.\nJika Johor sakit, Malaysia nazak.\nJika Johor sihat, Malaysia cerdas.\nJika Johor stabil, Malaysia makmur.\nDan bila tiba Johor sendawa, maknanya seluruh Malaysia telah merasa kekenyangan rezeki.", "Begitulah faktanya. Johor Darul Takzim adalah nadi dan jantung kepada ekonomi negara. Keberadaan Johor yang begitu strategik terutamanya jarak dekat ke Singapura menjadikan Johor sebagai salah satu penanda aras penting kepada ekonomi Malaysia.", "Berdekad-dekad lamanya Barisan Nasional, dengan cermat dan teliti, telah memupuk, memelihara dan menggendong ekonomi Johor sehingga Johor menjadi harimau ekonomi Malaysia.", "Sejak merdeka sehingga 2018, kita dapat melihat bagaimana Barisan Nasional telah menyusun langkah secara teratur dan strategik dalam membangunkan ekonomi Johor sehingga terujudlah pelbagai program ekonomi, kecil dan besar, hasil ilham Barisan Nasional yang menghasilkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada bangsa Johor.", "Buktinya saiz ekonomi Johor (KDNK/GDP) pada tahun 2010 adalah RM74 bilion dan dalam waktu sesingkat 8 tahun kemudian Barisan Nasional telah melonjakan saiz ekonomi Johor hampir dua kali ganda ke RM130 bilion pada tahun 2018. Sejak 2019 sehingga kini, saiz ekonomi Johor tidak banyak berubah.", "Begitu juga dari tahun 2013 hingga 2018, nilai kelulusan projek perkilangan (pembuatan) di Johor adalah RM145 bilion atau 35% dari keseluruhan RM408 bilion yang diluluskan di seluruh negara. Ini adalah peratusan tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Dan yang memberi kepuasan hati, hampir 80% pelaburan itu adalah pelaburan dari luar negara. Begitulah hebatnya Johor di mata pelabur asing pada satu ketika dulu!", "Sebelum 2018, kerajaan Barisan Nasional di pusat dan negeri Johor bukan sahaja menyusun projek kecil, sederhana dan besar di Johor tetapi telah mengujudkan platform khusus seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai peneraju dan pemangkin kepada projek-projek berimpak tinggi di Johor.", "Barisan Nasional juga telah mengarahkan agensi pusat (central agencies) seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri untuk menjalin kerjasama erat antara pusat dan negeri disamping menggalakkan pihak swasta memainkan peranan besar dalam pembangunan Johor.", "Maka ujudlah projek-projek besar antara lainnya:", "(1) Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail) dari Singapura ke Kuala Lumpur yang akan melalui tiga stesen di Johor (Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar) dari 7 stesen yang dirancang di Malaysia.", "(2) Rapid Transit System (RTS) yang akan menghubungkan sistem MRT Singapura ke Johor Bahru. Bangsa Johor tidak perlu lagi menghabiskan masa melalui kesesakan di Tambak Johor dan Jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.", "(3) Refinery and Petrochemical Integrated Develeopment (RAPID) yang menyaksikan pelaburan USD7 bilion (RM31 bilion) oleh syarikat gergasi minyak negara Arab Saudi ARMCO. RAPID adalah sebahagian daripada projek mega Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang, Johor yang diilhamkan oleh Barisan Nasional dan dijangka menerima pelaburan USD27 bilion apabila siap sepenuhnya nanti.", "(4) Pembangunan hartanah bertaraf antarabangsa di Iskandar Puteri, Forrest City dan Desaru Coast.\nKesemua ini akan menjana ekonomi dan pekerjaan kepada bangsa Johor. Begitulah tersusunnya perancangan ekonomi Barisan Nasional di negeri Johor.", "Saya teringat perbualan santai dengan sahabat lama saya Pesuruhjaya Besar Singapura ke Malaysia baru-baru ini. Beliau berkata pelabur dari Singapura masih berminat untuk melabur di negeri Johor tetapi mereka juga dahagakan kestabilan politik dikembalikan di Malaysia terutamanya di negeri Johor.", "Inilah realiti atau persoalan yang perlu difikir dan ditimbang oleh bangsa Johor dalam PRN Johor nanti.", "Bangsa Johor perlu membantu Menteri Besar YAB Datuk Seri Utama Ir Hj Hasni Bin Mohammad untuk mengembalikan kestabilan politik negeri Johor dengan memberi mandat besar kepada Barisan Nasional.", "Kemenangan dengan majoriti yang selesa bukan untuk bermegah tetapi akan membolehkan beliau membuat perancangan ekonomi dan pembangunan jangka panjang untuk Johor tanpa tekanan dan ugutan politik sepanjang masa.", "Bangsa Johor perlu membuat keputusan nekad, sama ada negeri Johor bakal ditadbir oleh sebuah parti yang mempunyai rekod pembangunan dan kestabilan politik yang sudah terbukti, atau parti yang mengulangi janji bulan dan bintang yang ternyata telah gagal dan berbohong seperti PRU14 yang lalu.", "Pihak lawan sering mendabik dada kononnya mereka mahu menyelamatkan Johor. Memang Johor perlu diselamatkan, tetapi diselamatkan dari cengkaman kepincangan dan kepalsuan janji mereka.", "Barisan Nasional tegas dan konsisten menyatakan bahawa isu asas dalam PRN Johor ialah mengembalikan kestabilan politik Johor untuk melahirkan semula suasana aman dan kondusif bagi memacu ekonomi dan kesejahteraan bangsa Johor.\nPRN Johor bukan masa untuk membuat eksperimen kerana kemusnahan ekonomi, kecelaruan politik dan ketiadaan agenda kebajikan rakyat yang dihadapi oleh bangsa Johor adalah benar dan nyata.", "Cabaran yang cukup berat ini tidak boleh ditangani hanya dengan air liur dan retorik semata-mata. Seperti di negeri lain, bangsa Johor telah membayar harga yang terlalu tinggi dalam PRU14 bila ada yang terpengaruh untuk membuat eksperimen dan memilih parti yang tidak mempunyai pengalaman dan visi dalam mengurus ekonomi dan kebajikan rakyat.", "Justeru dalam PRN Johor ini, Barisan Nasional akan mempertaruhkan kepakaran dan pengalamannya dalam merancang ekonomi dan pembangunan negeri Johor demi kemakmuran bangsa Johor.", "Sudah tentu agenda utama Barisan Nasional ialah untuk memulihkan ekonomi negeri dan memperbaiki ekonomi rakyat dengan memperbanyakkan peluang pelaburan, perniagaan dan pekerjaaan. Pendek kata, Barisan Nasional akan berkerja kuat untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi negeri Johor seperti sebelum 2018.", "Barisan Nasional tidak berminat untuk bermain dengan harapan palsu kerana kami menginsafi yang menjadi gadaian dalam PRN Johor adalah masa depan dan kelangsungan kehidupan bangsa Johor itu sendiri. Ini bukan perkara remeh yang boleh diulit dengan janji-janji palsu atau disulat dengan omongan kosong tahap dewa! Ia menuntut kerja kuat, perancangan sistematik dan iltizam kepimpinan yang berasaskan kepada pengalaman dan kepakaran yang dipelajari berdekad lamanya.", "Barisan Nasional, dengan rendah hati dan rasa hormat, merasa cukup yakin dengan kebijaksanaan bangsa Johor untuk memilih yang terbaik untuk masa depan anak cucu mereka.", "Sesungguhnya mantra “KESTABILAN DEMI KEMAKMURAN” yang dibawa oleh Barisan Nasional adalah slogan yang berpijak di bumi nyata, berlapikkan realiti sebenar dan disederhanakan oleh pengalaman puluhan tahun dalam mengangkat darjat maruah dan ekonomi negeri Johor.", "Jumpa di PRN Johor nanti. InsyaAllah.", "Abdul Rahman Dahlan\nAhli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia\n14 Jan 2022" ]
https://umno-online.my/2022/02/12/ppbm-memang-berhasrat-bunuh-umno/
[ "Dalam kempen PRN Johor, Bersatu Johor Bahru mahu PN bergabung dengan PH di bawah payung Mufakat Rakyat Johor (MRJ).", "Jika gabungan bayangan yang disarankan oleh Bersatu JB itu wujud, maka situasi PRN Johor tidak ubah sama seperti PRU-14 tempoh hari, apabila BN-UMNO menentang PH.", "Saranan Bersatu JB itu telah membenarkan hakikat bahawa Bersatu yang ditubuhkan atas idea Lim Kit Siang, mendukung sasaran untuk ‘membunuh’ UMNO sebagaimana didakwa oleh Dtk Hamidah Osman yang merupakan bekas Naib Presiden Bersatu.\n\nSaranan Bersatu itu diluahkan oleh Ketua Bersatu JB Razrul Anwar Rusli, dengan PN, DAP, PKR, Amanah, Pejuang, Muda, dan Warisan akan menggembleng kekuatan menentang BN-UMNO yang berdiri sendirian.", "Tiada kepastian, adakah PAS yang kini sudah menampakkan niat mereka untuk menolak Muafakat Nasional dan sekaligus menolak kerjasama dengan UMNO, akan turut bersekongkol dengan musuhnya DAP dan Amanah?", "PAS yang lebih suka memilih untuk menerima 15 kerusi yang ditawarkan PN-Bersatu dan menolak 4 kerusi yang sedia dikorbankan BN-UMNO, pastinya suka bersama-sama dengan PH untuk turut ‘membunuh UMNO’ yang mereka ibaratkan ‘itik patah kaki’ serta pelbagai jenama binatang pincang berbanding dengan jenama mereka sebagai ‘parti syurga’.", "Bukan Bersatu di Johor Bahru sahaja, malah Bersatu Pengerang juga mahu PH bekerjasama dengan mereka, supaya PH membuka laluan untuk Bersatu menentang BN-UMNO di DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat.", "Ketua Bersatu bahagian Pengerang, Mohd Faizal Asmar meminta agar PH berundur di DUN Penawar dan DUN Tanjung Sirat untuk memberi laluan kepada Bersatu menentang UMNO atas alasan PH telah kalah teruk di dua DUN tersebut kepada BN semasa PRU-14.", "Walaupun hari penamaan calon akan berlangsung pada 26 Feb ini, namun nampaknya Bersatu sudah gelabah bangat untuk membolot kerusi DUN yang juga menjadi tumpuan parti-parti komponen PH.", "Sebagaimana ego yang dibawa Presiden Bersatu, Mohd Faizal menempelak, bahawa PH harus sedar dan mengambil iktibar pada kekalahan mereka di kedua-dua DUN tersebut yang menunjukkan PH masih belum diterima oleh masyarakat Melayu di luar bandar.", "Kenyataan Mohd Faizal itu memberi amaran bahawa PH akan kalah kerana masyarakat Melayu di Johor tidak menerima mereka.\nNamun Faizal lupa bahawa semasa PRU-14, Bersatu adalah sebahagian daripada PH.", "Nampak sangat bahawa Bersatu sebenarnya tidak mahu menerima BN-UMNO, selari dengan penubuhan mereka untuk ‘membunuh UMNO’.\nDengan itu juga, tindakan Menteri Besar, Dtk Hasni Mohammad membubarkan DUN Johor, adalah tindakan yang amat tepat sebagai satu tindak balas terhadap sikap musuh dalam selimut yang didukungi Bersatu.", "Sebagaimana persepsi yang menyentuh sanubari UMNO, memanglah benar bahawa Bersatu adalah pengkhianat kepada BN, malah Bersatu juga pengkhianat kepada PH sebagaimana yang ditonjolkan oleh TS Muhyiddin Yassin dalam tragedi ‘Langkah Sheraton’.", "Namun hakikatnya, Bersatu lupa bahawa Johor adalah tanah tumpah kelahiran parti keramat UMNO yang telah jatuh ke tangan PH pada PRU-14 atas dasar penipuan, janji palsu, fitnah dan pembohongan.", "Bersatu hendaklah sedar diri bahawa mereka telah kalah teruk pada PRN Melaka, dan juga pada PRK Tanjung Piai.\nAdakah sejarah 22 bulan pemerintahan lintang-pukang PH-Bersatu yang diterajui Tun Mahathir, mudah dilupakan oleh rakyat Johor?", "Sama-samalah kita tunggu 12 Mac ini.\n\nDr Mamat Razali" ]
https://umno-online.my/2022/02/11/prn-johor-satu-pembaziran-wang-rakyat-ramlan-sanggah-kenyataan-akmal-nasir/
[ "Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan Yang Berhormat (YB) Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bharu yang mengatakan perbelanjaan beratus juta untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu pembaziran wang rakyat.", "Saya tidak menyangka yang YB Akmal, seorang pemimpin muda dan berpelajaran tinggi masih lagi menggunakan teknik yang sudah lapuk sebagai propaganda yang seolah-olah memperkecilkan keupayaan pengundi untuk berfikir.", "", "Pertama sekali, YB Akmal perlu membezakan di antara wang kerajaan yang diperuntukkan untuk sesuatu perkara dan wang yang diperuntukan untuk kegunaan rakyat.", "Walaupun ianya datang dari sumber yang sama tapi ada perbezaannya. Lantas, mengatakan wang rakyat dibazirkan untuk proses pilihanraya adalah kurang tepat dan salah.", "Keduanya, mengatakan ianya satu pembaziran juga tidak tepat kerana sekiranya Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) diadakan kelak, Sarawak, Melaka dan Johor tidak perlu lagi mengadakan pilihan raya negeri masing-masing untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri.", "Ketiganya, proses pilihan raya adalah satu keperluan yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara dan merujuk kepada PRN Johor, ianya adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor.", "Adakah YB Akmal mempertikaikan kebijaksanaan DYMM Tuanku Sultan Johor dalam melihat keperluan tersebut?", "Keempat, ketidakstabilan politik telah mengakibatkan negeri Johor kehilangan berpuluh-puluh bilion potensi pelaburan asing terutamanya dari Singapura dan juga pelabur tempatan untuk melabur dalam pelbagai projek di Johor.", "", "Ini adalah fakta, Ekonomi 101. Apabila politik stabil, maka jaringan ekonomi negeri akan turut rancak dan meriah. Saya hairan bagaimana orang berpelajaran seperti YB Akmal boleh terlepas pandang fakta ini?", "Kelima, proses pilihan raya adalah satu aspek penting dan keperluan dalam demokrasi.", "Perlu diingat, ramai rakyat negara-negara lain telah membayar dengan air mata, darah dan nyawa demi untuk menegakkan sistem demokrasi di negara mereka. Jadi, negara kita yang sememangnya mempunyai sistem demokrasi yang efisien harus menjalankannya apabila ianya perlu atau “when it really serves the purpose”.", "Saya amat berharap agar YB Akmal, seorang Ahli Parlimen yang bakal menjadi seorang pemimpin generasi masa depan bersikap lebih rasional dan bertanggungjawab apabila menyentuh isu-isu seperti ini.", "Jangan kerana terlalu ghairah nak mendapat “cheap political mileage”, YB sanggup memberi kenyataan yang mungkin mengelirukan golongan muda. Demi PRN Johor, berkempenlah secara berhemah dan adil, demi kesejahteraan rakyat Johor kelak.", "Kalau benar YB Akmal ingin membantu rakyat yang sedang kesempitan sekarang ini, isu yang patut didesak ialah pemberian moratorium pinjaman oleh pihak bank dan juga pengeluaran wang KWSP RM10 ribu yang amat diharapkan oleh rakyat ketika ini. Ianya tidak membabitkan wang kerajaan dan pihak bank ternyata mampu berbuat demikian. – UMNO ONLINE", "Datuk Ramlan Askolani\nKetua UMNO Bahagian Lembah Pantai" ]
https://umno-online.my/2022/02/10/ppbm-mimpi-dapat-pertahankan-11-kerusi-dun-johor/
[ "Pelbagai teknik psywar atau perang saraf digunakan oleh parti-parti yang akan bertanding pada PRN Johor untuk memenangi hati pengundi dalam kempen mereka.", "Namun kadangkala rakyat dan khalayak media boleh merasai kedangkalan teknik ‘positivisme’ yang mereka gunakan untuk meyakinkan pengundi.", "Kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, DS Mohamed Azmin Ali bahawa Bersatu dengan kerjasama PAS akan dapat memenangi semula 11 kerusi DUN yang telah mereka menangi pada PRU-14 adalah sesuatu yang songsang dengan realiti.", "Tidakkah Azmin terasa bahawa kenyataan sedemikain penuh dengan retorik dan propaganda apabila kerjasama yang diberikan oleh PAS kepada Bersatu telah gagal dengan teruknya di PRN Melaka?", "Tidakkah kerjasama dengan PAS juga telah dinodai apabila terdapat Bahagian Bersatu yang mahu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP?", "", "Mengangkat kejayaan PM-8, TS Muhyiddin Yassin dalam mengendalikan negara yang hanya mampu bertahan selama 17 bulan, adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan pengalaman pahit rakyat, bukan di Johor sahaja, malah di seluruh negara.", "Rakyat tidak akan lupa, bagaimana pelaksanaan ‘Ordinan Darurat’ yang telah dipergunakan oleh Muhyiddin untuk menyekat sidang parlimen dalam hal ‘check and balance’ terhadap belanjawan negara sepanjang mereka berkuasa.", "Malahan ia diterjemahkan sebagai modus operandi Muhyiddin untuk mempertahankan survival kedudukannya sebagai Perdana Menteri bagi mengelak sebarang ‘undi tidak percaya’ terhadapnya yang kahirnya berlaku juga setelah Ordinan Darurat diungkai.", "Lihatlah bagaimana negara gagal mengekang pandemik Covid-19 sehingga Malaysia dicatatkan sebagai antara negara teratas di dunia yang paling teruk dijangkiti pandemik tersebut mengikut kiraan per kapita penduduk.", "Rakyat juga tidak lupa dengan ‘total lockdown separuh masak’ kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang berpanjangan hampir setahun telah memusnahkan ekonomi rakyat, sedangkan Azmin Ali sebagai Menteri MITI dilihat lebih mementingkan golongan kapitalis apabila ‘kluster perkilangan’ yang menjadi punca merebaknya jangkitan tidak dipedulikan.", "Kemudian rakyat juga melihat bagaimana sikap ‘penderhakaan’ Menteri Undang-Undang PN, Dtk Takiyuddin Hassan terhadap DYMM Agong apabila mempersoalkan kuasa Baginda.", "Sebagaimana dilaporkan oleh media arus perdana, bahawa Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dtk Takiyuddin Hassan semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 berkenaan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.", "Baginda juga telah menegaskan bahawa kenyataan Menteri Undang-Undang pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.", "Azmin juga seperti menutup mata tentang kemelut politik dalam Bersatu apabila dua ADUN Puteri Wangsa Mazlan Bujang dan ADUN Larkin, Dtk Mohd Izhar Ahmad telah mengisytiharkan keluar daripada parti Bersatu. Kedua-duanya juga adalah merupakan Exco Kerajaan Negeri.", "Soal mereka tidak akan dilantik untuk mempertahan DUN masing-masing tidak menjadi persoalan kerana Muhyiddin sendiri tidak mahu mempertahankan kerusi DUN Gambir.\n\nBukan itu sahaja, tersebar pula ura-ura empat lagi ADUN Bersatu akan meninggalkan parti, manakala banyak cawangan Bersatu di Pagoh dan Pulai yang menjadi kubu kuat Muhyiddin telah dibubarkan.", "Itupun belum lagi dibangkitkan bagaimana ugutan ‘menekan button’ yang disuarakan oleh Muhyiddin yang hakikatnya menggoncang ketidakstabilan kerajaan negeri dan dengan itu amatlah wajar DUN Johor dibubarkan.", "Kerjasama dengan PAS juga hanyalah pemanis telinga sahaja kerana di JB, Armada Bersatu mahu parti itu bergabung dengan PH, yang didominasi DAP sebagaimana yang ditunjukkan ketika PH berkuasa.", "Di Pengerang pula Ketua Bahagian Bersatu mahu PH memberi kerjasama kepada Bersatu untuk merampas kerusi DUN yang secara tradisinya adalah kubu kuat UMNO-BN. Rakyat dan pengundi tidak hairan kerana Bersatu dahulunya adalah sebahagian daripada PH.", "Apa yang lebih dangkal ialah kenyataan rayuan Azmin supaya PN ‘diberikan peluang’ oleh pengundi Johor.", "Jelas sekali ia bertentangan pula dengan semangat positivism itu kerana dia sendiri tidak yakin terhadap sokongan pengundi dan merayu mereka ‘diberikan peluang’.", "Lantas, mengapakah DS Azmin Ali masih menganjurkan positivisme dengan retorik bahawa Bersatu akan dapat mempertahankan 11 kerusi DUN yang mereka sandang?", "Oleh Dr Mamat Razali\n*****\nDr Mamat Razali adalah penganalisis politik bebas lulusan UK dalam bidang Digital Journalism dan Political Studies." ]
https://umno-online.my/2022/02/08/prn-johor-manfaat-demi-masa-depan-imej-baharu-umno/
[ "1. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 sewajarnya dimanfaatkan oleh pucuk pimpinan UMNO hari ini untuk memaparkan imej baharu serta gambaran masa depan parti yang lebih ampuh dan malar segar.", "2. Peluang ketika PRN ini haruslah dijadikan sebagai sebahagian pendekatan UMNO, bukan sahaja dalam berdepan dengan kehendak realiti politik semasa.", "3. Malah, pendekatan ini boleh digunapakai sebagai strategi jangka masa panjang bagi parti mendepani cabaran serta perubahan landskap politik mendatang.\n\n4. PRN di Johor kali ini juga boleh dimanfaatkan UMNO sebagai kesempatan terbaik untuk menonjolkan bakat-bakat baharu yang kini berada di pelbagai peringkat dan struktur kepimpinan parti, sebagai usaha untuk memaparkan imej baharu parti yang malar segar, selain cerminan masa depan UMNO yang tampak lebih diyakini.", "5. Ini sekaligus dapat menepis dakwaan yang kononnya UMNO ini dikawal oleh kelompok atau kumpulan tertentu. Lebih-lebih lagi apabila banyak pihak yang mendakwa kononya PRN di Johor sengaja diadakan untuk memenuhi agenda politik peribadi ‘kluster mahkamah’ yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin utama parti.", "6. Berdasarkan realiti serta kehendak politik semasa, UMNO tidak lagi mampu dengan hanya bersandar kepada retorik perjuangan politik bangsa dan agama semata-mata untuk terus menggamit keyakinan dan kepercayaan rakyat dan pengundi.", "7. UMNO perlu membuka peluang kepada bakat-bakat yang mampu menjadikan UMNO sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja peka, malah efektif dan berkesan dalam membawa perubahan kepada dasar-dasar awam penting yang memberikan kesan langsung kepada aspek kehidupan rakyat.", "8. Seiring dengan pelaksanaan Undi18, UMNO perlu mengambil langkah berani untuk memikat hati dan minda pengundi anak muda. Justeru, UMNO wajar membuka peluang kepada bakat-bakat baharu untuk membina kewibawaan dalam memperjuangkan isu-isu yang dekat kepada keperluan anak muda dan masa depan mereka seperti peluang pekerjaan berkualiti, ketahapmampuan untuk memiliki rumah dan juga beberapa aspek yang menyentuh mengenai kualiti hidup.", "9. Bakat-bakat baharu dalam UMNO ini juga perlu berperanan untuk membina kredibiliti parti dalam memperjuangkan isu-isu yang lebih besar dan bersifat universal.", "10. Ini termasuklah isu seperti perubahan iklim, kewujudan kelompok kemiskinan baharu, adaptasi teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat, mengeset semula asas serta struktur ekonomi, tadbir urus cekap dan integriti, selain hal-hal berkaitan akses dan kualiti pendidikan untuk anak-anak.", "11. PRN di Johor kali inilah wajar dimanfaatkan peluang dan kesempatannya oleh UMNO bagi menambat kembali keyakinan pengundi, sebagai membuktikan bahawa parti ini mampu dan bakal berubah kerana berjaya memahami kehendak dan pengharapan massa demi kepentingan negara.", "NOOR AZLEEN AMBROS\nKetua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang\nExco Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/02/08/menyusur-sejarah-mengingati-kelahiran-tunku-abdul-rahman-perjanjian-persekutuan-tanah-melayu/
[ "Hari ini, Selasa, 8 Februari 2022 bersamaan 06 Rejab 1443(H) genaplah usia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj yang ke119 Tahun. Almarhum Tunku yang diiktiraf sebagai saorang Pemimpin Malaysia dan dunia Islam yang disangat dihormati dan disayangi.\n\nAndainya Almarhum Tunku masih berada bersama kita pada hari ini, sudah tentulah Almarhum Tunku akan sangat kecewa dan sangat dukacita dengan keadaan Negara kita masa kini khasnya mengenai dengan perpecahan dikalangan Bangsa Melayu dan juga khasnya perpecahan dikalangan berbagai kaum yang menjadi “batu asas” Negara kita mencapai Kemerdekaan.", "Almarhum Tunku adalah simbol PERPADUAN, MODERATE, BERTOLAK ANSOR, SENTIASA BERSIFAT BAIK, KEAMANAN dan KEADILAN.", "Sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, Almarhum yang disayangai dan sentiasa dihormati oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dengan panggilan “TUNKU”.\n\nHari ini juga, 66 tahun yang lalu iaitu pada 8 Februari 1956, Negara kita, Persekutuan Tanah Melayu mencatit sejarah dengan Istiadat Menandatangani Perjanjian di Lancaster House, London diantara wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan Perikatan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Kerajaan PTM dengan wakil Kerajaan British, Mr Allan Lynox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British yang menetapkan bahawa Tarikh 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai KEMERDEKAAN.", "Majlis Perundingan Muhibah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan etnik Kaum di Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Majlis yang julung-julung kali di wujudkan di Negara ini atas inisiatif NGO-NGO etnik kaum di Negeri Pulau Pinang telah pun menetapkan bahawa bermula dari 8 Febuari 2004 HARI PERPADUAN Bagi Negeri Pulau Pinang dirayakan pada 8 Februari tiap-tiap tahun.", "Adalah diharap supaya Kerajan Persekutuan juga menetapkan 8 Februari tiap-tiap tahun sebagai HARI PERPADUAN NEGARA.", "AL-FATEHAH dihadiahkan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, Bapa Kemerdekaan Negara dan Bapa Malaysia yang sentiasa dikenangi, dihormati dan disayangi.", "Aamin. Wassalam.", "\nTAN SRI MOHD YUSSOF LATIFF \nVeteran UMNO\nTokoh Melayu Terbilang 2017\nPresiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) " ]
https://umno-online.my/2022/02/04/apabila-abang-besar-mula-mengugut/
[ "• Ramai keliru dengan mendakwa bahawa Kerajaan hari ini adalah Kerajaan UMNO/BN kerana yang jadi PM adalah UMNO.", "• Hakikatnya, ini bukan Kerajaan BN/UMNO, tetapi sebuah Kerajaan campuran atau lebih tepat Kerajaan PN 2.0 atau dijenamakan sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia.", "• Realitinya, UMNO hanya mempunyai 37 kerusi Parlimen (jika ditambah MCA, MIC dan PBRS menjadikan 41), sedangkan Parti Perikatan Nasional (PN) menjadi komponen terbesar dengan 53 kerusi (PPBM=32 + Pas=18 + STAR=1 + Bebas=2). Komponen lain yang menbentuk kerajaan termasuk GPS = 18 dan PBM = 2.", "• Sebab itulah apabila Ketua Penerangan PPBM mula mendedahkan dengan nada mengugut bahawa sokongan PN kepada DS Ismail Sabri Yaakob adalah BERSYARAT, pastinya mampu menggoyahkan kedudukan Kerajaan.\n\n• Sememangnya antara syarat utama apabila PM ke-9 dilantik, sokongan bersyarat termasuklah untuk dikekalkan anggota kabinet yang sama di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti Menteri Kewangan Tengku Zafrul, Menteri Dalam Negeri DS Hamzah Zainudin, Menteri Kanan Azmin Ali dan lain-lain.", "• Dalam kondisi dan situasi sebegini pastinya tidak mudah bagi seorang Perdana Menteri yang bukan mewakili parti terbesar dalam Kerajaan untuk menentukan hala tuju jelas apatah lagi mahu melakukan tindakan berani memperkenalkan dasar-dasar berkepentingan rakyat jika sentiasa diugut dan diancam (tekan Button/tarik sokongan) daripada parti seperti PN yang mempunyai komposisi terbesar.", "• Justeru, negara tidak akan mungkin mampu stabil dan memperoleh keyakinan dan kepercayaan komuniti perniagaan apatah lagi pelabur asing jika Kerajaan dalam keadaan tidak punya mandat sebenar rakyat dan boleh berubah dan diugut pada bila-bila masa.", "•Sebab itulah pendirian saya dan Pemuda UMNO sejak dari awal tidak pernah bersetuju untuk mendirikan Kerajaan melalui pintu belakang. Cuma menghormati Titah YDP Agong yang tidak bersedia untuk membubarkan Parlimen tatkala rakyat berhadapan dengan Pandemik apabila jatuhnya Kerajaan PH apabila Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM-7.", "• Walau bagaimanapun, persefahaman awal dalam Mesyuarat JK Induk MN antara UMNO dan PAS, penyertaan dalam Kerajaan pada 1 Mac 2020 dahulu hanyalah untuk sementara waktu bagi menstabilkan Negara sebelum menyerahkan kembali mandat mutlak kepada rakyat.", "• Justeru, jika ugut-mengugut sebagaimana kenyataan Ketua Penerangan PPBM ini dan Presiden PPBM sendiri sebelum ini berterusan bahkan dasar-dasar berkepentingan rakyat seperi KWSP 10k sukar hendak dilaksanakan, maka jalan penyelesaian terbaik untuk mengembalikan KESTABILAN negara ialah diserahkan kembali Mandat kepada rakyat.", "• Selagi tiada mandat rakyat selagi itulah Kerajaan tidak akan memperoleh keyakinan dan kepercayaan pelabur.", "• Selagi Perdana Menteri berterusan diancam kerana bukan daripada komponen parti terbesar selagi itulah segala usaha untuk memulihkan ekonomi pasti terbantut hingga menjejaskan kemakmuran rakyat dan kestabilan negara.", "Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/02/03/wan-saiful-berhenti-semai-benih-kebencian-tumpukan-tenaga-kepada-parti-sendiri/
[ "Ketua Penerangan PPBM sekali lagi menyerang UMNO dengan tuduhan hanya untuk memecah belah parti UMNO. Wan Saiful mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri menjadi PM kerana Bersatu calonkan beliau, UMNO tidak mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri.", "Ini bukan kenyataan yang pertama beliau menyerang UMNO, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, PPBM sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri. Kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat.", "Pertama, UMNO dan Barisan Nasional bermesyuarat pada 17 Ogos 2021 untuk memutuskan calon Perdana Menteri. Dengan restu dan persetujuan YB Presiden, YB Timbalan Presiden, dan Ahli MKT, UMNO dan BN hantar hanya SATU nama Calon iaitu YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri. Tidak ada pertikaian, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana UMNO mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon PM.\n\nKedua, tuduhan ‘Kalau UMNO silap-silap dia nak Zahid Hamidi’. Wan Saiful mungkin kurang faham dengan semangat parti yang bermusyawarah sebelum membuat keputusan. Tidak pernah sesekali pun YB Presiden UMNO tuntut dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Inilah realitinya semasa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan ini juga terjadi semasa Perdana Menteri bertukar.", "Malah pada 16 Ogos 2021, Presiden UMNO mengeluarkan kenyataan tidak pernah terlintas untuk beliau menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara. Ini jelas sekali lagi bahawa UMNO memilih YAB Perdana Menteri sebagai calon selepas Mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara.", "Ketiga, tuduhan ‘Kluster Mahkamah’ menyebabkan Pilihan Raya Negeri dijalankan. Ketua Penerangan PPBM mungkin lupa bahawa Bersatu sendiri mengugut untuk tarik sokongan, lagi-lagi apabila Presiden PPBM sendiri mengugut untuk ‘tekan butang’ semasa PRN Melaka. Dalam kata-kata Tan Sri sendiri ‘Saya tekan butang sekarang, jatuh Kerajaan Johor’.", "Bukan kerana Kluster Mahkamah PRN ini dijalankan, tetapi kerana keadaan rapuh di Johor yang antaranya disebabkan oleh PPBM, PRN ini dijalankan.", "Wan Saiful perlu berhenti menyemai benih kebencian, menjadi ejen pemecah belah dan menumpukan tenaga beliau ke arah menjual tawaran parti beliau sempena PRN Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.", "Kerana itulah yang UMNO dibawah pimpinan Presiden Datuk Seri Zahid akan lakukan. Ahli UMNO yakin dengan kebijaksanaan dan kewibawaan yang ada pada YB Presiden dan YAB Perdana Menteri. Majlis Kerja Tertinggi telah beberapa kali menyatakan bahawa UMNO menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN", "https://m.facebook.com/100044484521900/posts/474412074051606/?d=n" ]
https://umno-online.my/2022/02/02/pemimpin-pas-keliru-dan-bercelaru-isham-jalil/
[ "KUALA LUMPUR, 2 Feb – Semalam seorang pemimpin Pas dengan tidak semena-mena telah memanggil UMNO pengkhianat. Ini selepas Presiden mereka (Pas) telah panggil UMNO binatang yang patah kaki beberapa hari lalu.", "Saya lihat pemimpin-pemimpin Pas ini sudah keliru dan bercelaru kepala. Mungkin mereka koyak dan rasa bersalah ataupun mungkin mereka berada dalam sindrom penafian sebab di dalam hati mereka, mereka tentunya tahu pengkhianat sebenar adalah pelompat parti yang ramai dalam PPBM, parti yang pemimpin-pemimpin Pas ini hendak sangat pertahan dan bersedudukan itu.", "Sebelum ini di PRN Melaka mereka telah tuntut banyak kerusi walaupun sebelum itu mereka tidak menang satu kerusi pun, dan apabila mereka tolak kerusi yang kita tawarkan kedengaran khabar-khabaran yang beberapa pemimpin Pas ingin “ajar” UMNO di Melaka. Kini mereka ingin “ajar” kita di Johor pula. Adakah ini semangat muafakat yang Pas bawa?", "Dan jika mereka muhasabah, tentunya mereka sedar pihak yang sebenarnya mengkhianati Muafakat Nasional adalah mereka (pemimpin Pas) sendiri apabila mereka mendaftar Perikatan Nasional (PN) dengan PPBM iaitu parti pengkhianat mandat rakyat dan pelompat parti dan parti yang mengkhianati UMNO.", "Pendaftaran PN ini berlaku hanya beberapa bulan sahaja selepas mereka (Pas) menandatangani piagam Muafakat Nasional dengan UMNO.", "Tindakan mereka (Pas) ini dilihat sebagai percubaan untuk paksa UMNO terima PPBM dan masuk PN jika UMNO mahu bekerjasama dengan Pas, sebab itu mereka tergesa-gesa daftar Perikatan Nasional hanya beberapa bulan selepas Langkah Sheraton di mana beberapa pemimpin Pas dilantik Muhyiddin menjadi Menteri, walaupun mereka tentunya tahu bahawa akar umbi UMNO tidak boleh terima pengkhianat-pengkhianat UMNO yang telah lompat parti ke PPBM tersebut.", "Jika kita bertunang dengan seseorang, tiba-tiba orang itu bertunang dengan orang lain, maka orang yang bertunang dengan orang lain itu lah yang sebenarnya pengkhianat.", "Apabila ini berlaku, pertunangan pertama itu secara automatik terbatal. Lebih-lebih lagi apabila orang itu bertunang pula dengan pengkhianat yang telah mengkhianati kita, maka berlakulah pertunangan antara dua pengkhianat.", "Saya harap mereka (pemimpin Pas) sedar akan hal ini dan tidak beretorik lagi sebab rakyat bukannya bodoh, mereka boleh nampak taktik-taktik politik seperti ini.", "Dan ulamak sebenar tidak melabel-label orang lain dan memanggil orang lain dengan nama binatang. Usahlah cemarkan nama ulamak.", "Jika tersilap langkah, kembalilah ke pangkal jalan. Dalam Islam pintu taubat sentiasa terbuka.", "Isham Jalil\nKetua Penerangan BN Selangor", " " ]
https://umno-online.my/2022/01/30/itik-patah-kaki-label-pelbagai-gelaran-bukan-luar-biasa-bagi-pas/
[ "Berat tuduhannya. Bagaimanapun tuduhan yang dilemparkan pada UMNO daripadanya bukanlah suatu yang luarbiasa. “Thaghut, anti Islam, malah Kafir pun pernah dilemparkannya.", "Kerana itu bila keluar pula tuduhan UMNO umpama “Itik patah kaki”, ia juga bukan luar biasa. Kerana itulah cara dan sikap PAS sejak dulu.", "Saya cuma hairan. Dalam keadaan mahu UMNO bersama, pimpinan UMNO dilabelnya dengan pelbagai gelaran. Sikap beginilah menjadi antara penyebab Muafakat Nasional (MN) menjadi hambar.\n\nJusteru eloklah PAS melihat diri sendiri. PAS memiliki ramai ilmuan dan ahli agama. Mungkin juga sebab MN tidak sebagaimana seperti di awal penubuhan berpunca dari sikap PAS sendiri.", "Apa yang jelas. PAS dilihat mahu mengajar UMNO. Kerana itu sebenarnya bukan UMNO yang mahu menjadi ‘Abang Long’. Sebaliknya PAS sendiri.", "Namun saya yakin rakyat menilainya kerana rakyat punyai kebijaksanaan.", "Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilaksana berasaskan undang-undang tubuh Kerajaan Johor. Kemudian diperkenan pembubaran oleh Tuanku Sultan Johor. Justeru tuduhan ianya adalah agenda pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ dari UMNO dan dari mereka yang tidak berjawatan sangat tidak berasas serta tidak sepatutnya keluar daripada seorang ‘ilmuan’ dan pemimpin utama parti yang kononnya berjuang untuk Islam.", "UMNO Barisan Nasional (BN) sebuah parti yang bertanggungjawab. Kerana itu UMNO menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Supaya rakyat diberikan hak memilih kerajaan yang baru atas kehendak dan mandat rakyat sendiri.", "Dan sekiranya UMNO tamakkan kuasa. Pasti UMNO BN tidak mahu dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor?\n\nBila PAS kata punyai kekuatan tersendiri. Keahliannya dikatakan 1 juta ahli dan mempunyai 197 kawasan. Mungkinlah betul.", "Maka jika Presiden PAS berkata tidak akan berdiam diri dan mempunyai strategi balas sekiranya UMNO terus menerus melakukan PRN maka kita menghormati pendirian Presiden PAS.", "Dan sesuai dengan amalan demokrasi kita tidak boleh menghalangnya. Lakukanlah jika itu pendirian PAS. Malah sekiranya PAS ingin lakukannya sekarang sesiapapun tidak boleh menghalangnya. Itu juga hak PAS.", "Hakikatnya tiada yang menghalang untuk PAS terus mendukung Perikatan Nasional (PN). Teruskanlah kerana ianya tidak salahpun. Pandangan Presiden PAS saya hormati biarpun dia menyatakan BN yang sudah tidak relevan. Kerana itu juga hak Presiden PAS untuk berkata begitu.", "Bagaimanapun sama ada BN masih relevan atau tidak, rakyat yang menentukannya. Bagi UMNO BN pasti akan terus berusaha memastikan BN kembali ke kedudukan asalnya.", "Dan Alhamdulillah. BN menang 21 kerusi di PRN Melaka. Situasi ini boleh menjadi ukuran dan gambaran BN masih relevan atau tidak. Namun BN tidak bangga diri. BN akan terus lipat-gandakan usaha bekerja untuk negara dan rakyat. Kemenangan di Melaka adalah kehendak rakyat dan BN terus bertekad membalas budi rakyat dengan bekerja lebih kuat untuk rakyat dan Negeri Melaka.", "Saya tidak menafikan jika dikatakan PN parti ‘majmuk’. BN sendiri sejak ditubuhkan sudah menggabungkan parti pelbagai kaum. Justeru realitinya BN lebih berpengalaman daripada PN dalam soal ini. Cuma salah kalau PAS berkata BN tidak berasalkan kemajmukan.", "Maka, PN janganlah mendabik dada kononnya hanya PAS saja yang menganjurkan perpaduan dan parti majmuk.", "Sebab kalau benar hanya PAS yang anjuran perpaduan jemputlah juga PAN bersama dalam PN. Dan usahlah bagi alasan tidak boleh menerima PAN kerana parti itu masih bersama DAP sedangkan realitinya dalam sejarah politik Malaysia PAS pernah bersama dan tidur sebantal dengan DAP.", "Yang tidak pernah bersama DAP hanyalah UMNO BN. Ini hakikat dan realiti. – UMNO ONLINE", "\nYB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO\nPengarah Komunikasi BN " ]
https://umno-online.my/2022/01/29/prn-johor-kita-mesti-berhenti-berpura-pura/
[ "1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam klip sepanjang kira-kira 6 minit di laman Facebook beliau.\n\n2. Dalam ulasan berkenaan dengan PRN Johor tersebut, beliau menyatakan beberapa perkara antaranya:", "a. PRN Johor adalah agenda pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ dari UMNO serta mereka yang tidak berjawatan yang menyusahkan rakyat,", "b. PAS sebagai parti yang mempunyai kekuatan 1 juta ahli dan mempunyai 197 kawasan tidak akan berdiam diri dan mempunyai strategi balas sekiranya UMNO terus menerus melakukan PRN, dan", "c. PAS mendukung PN, khususnya dalam mengajak BERSATU menyertai Muafakat Nasional (MN) kerana ia adalah agenda untuk masyarakat majmuk, bukan hanya untuk menyatukan Melayu sahaja, tidak seperti BN yang sudah tidak relevan.", "3. Saya menghormati pandangan Tan Sri, namun saya percaya terdapat beberapa kekhilafan dan percanggahan yang sangat besar dalam pandangan tersebut.", "4. Pertama, PRN Johor tidak ada kena mengena dengan Kluster Mahkamah. Saya setuju, isu mereka harus diserahkan kepada Mahkamah. Itulah pendirian saya, UMNO dan BN selama ini.", "5. Cuma, hakikatnya, Kerajaan Negeri Johor sebelum ini berdiri dengan hanya 1 majoriti. Berhentilah berpura-pura. Terimalah hakikat bahawa kedudukan sebegitu adalah satu kedudukan yang sangat lemah dan tidak menentu.", "6. Jadi, jalan terbaik untuk mendapatkan kembali sebuah kerajaan yang kukuh, dengan mandat yang sah, adalah melalui PRN. Kita tidak boleh terus menerus mempunyai kerajaan yang terbentuk hanya dengan percaturan ahli politik yang sekali gus menafikan pilihan rakyat.", "7. Walaupun Tan Sri dan PAS mungkin gemar dengan pendekatan sedemikian, ia tidak matang dan tidak menyantuni prinsip demokrasi yang jujur.", "8. Kedua, saya akui kehebatan PAS. PAS adalah parti yang besar dan sangat hebat. Semoga kekuatan dan kehebatan tersebut terbukti dalam PRN Johor nanti.", "9. Saya beri jaminan pada Tan Sri, UMNO-BN tidak akan cuba menumpang kehebatan dan kekuatan PAS dengan 1 juta ahli itu. Cuma, janganlah pula Tan Sri memarahi kami jika kami tidak mahu bekerjasama dan menunggang kehebatan dan kekuatan PAS. Yang pasti, kami doakan yang terbaik untuk PAS sebagai parti besar, hebat dan kuat dalam PRN Johor nanti.", "10. Ketiga, saya sehingga kini belum memahami bagaimana Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional adalah agenda kemajmukan dan Barisan Nasional yang mempunyai parti pelbagai kaum pula tidak bersifat majmuk dan sudah tidak relevan.", "11. Apa-apa pun, dalam keseriusan Tan Sri untuk menyatukan semua pihak di bawah kemajmukan PN dan Muafakat Nasional, saya harap jangan lupa untuk turut menjemput PAN dan DAP bersama. Barulah benar-benar majmuk.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/01/24/umno-bn-sedia-berdepan-cabaran-prn-sebelum-pru15/
[ "", "Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Sabtu lalu memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksana. Ini adalah manifestasi dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sedia berdepan cabaran kerana memerlukan mandat baharu daripada rakyat bagi meneruskan program-program rakyat dan demi masa hadapan negeri.", "Hal ini kerana BN mempunyai majoriti tipis yang menyebabkan kerajaan negeri sebelum ini berjalan berdasarkan ‘ihsan pembangkang’ sebagaimana kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.", "Ternyata, apabila timbul isu UMNO/BN jawab dan mendepani realiti. Tidak biarkan berlama-lama ibarat luka menjadi kudis yang akhir sukar diubati. Apabila melarat bahagian yang terkesan kena dibuang. Ibarat kaki yang rosak dan busuk dek terkena kencing manis harus dipotong. Itu umpamanya apabila isu semakin besar sehingga membentuk persepsi jika gagal dibendung dan akhirnya merosakkan imej UMNO dan BN itu sendiri.\n\nKita tidak boleh lari dari sesuatu perkara dipolemikkan menjadi isu. Sebaik-baiknya kita bersiap sedia menangani sebarang kemungkinan yang bakal timbul. Namun yang lebih afdal ialah jangan dibuat sesuatu pekerjaan jika kita tahu ia akhirnya akan mengundang mudarat.", "Cegah sebelum parah. Orang Inggeris kata “prevention is better than cure”, it is better to stop something before it happens instead of having to repair it or deal with its consequences after it has already been done.", "Datuk Seri Najib Razak @ Bossku banyak belajar dari pengalaman PRU14. Sekarang beliau jawab semua isu dengan fakta yang tepat yang akhirnya memberikan pencerahan kepada khalayak. Ia setidak-tidaknya dapat mengendurkan sesuatu isu dari terus menjadi polemik. Almaklumlah sekarang suhu PRU sudahpun mula mencecah takat. Barangkali sudah ada pihak tertentu yang sengaja mengilhamkan sesuatu isu, plot, naratif.", "Dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil isu beliau ambil langkah proaktif menjawab. Dia tahu – hari ini game dimainkan melalui MEDSOS. Bossku jelaskan banyak perkara. Isu Smart Tag, peri penting keperluan Universiti Antarabangsa luar yang patut dibangunkan di negara ini, isu KP SPRM, serangan media sosial terhadap BN yang kononnya gagal membangun negara selama 55 tahun memerintah berbanding DAP 14 tahun di Pulau Pinang, pengeluaran i-Citra KWSP, perihal kejatuhan ranking Malaysia sebagai salah satu tempat persaraan terbaik dunia, bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini, isu FELDA yang dimanipulasi oleh DAP, hal pihak-pihak lain yang turut terpalit dengan 1MDB antara sekian banyak isu yang disentuh.", "Banyak yang sudah dijawab. Bossku and Team dengan sabar dan bijaksana rungkaikan semua yang timbul melalui saluran popular beliau Facebook @ META serta lain-lain medium yang juga popular di kalangan pengguna media sosial.\n\nSeluruh ahli UMNO yang berjuta jumlahnya di pelusuk negara kena menjadi jentera penerangan yang gigih dan berkesan serta harus bertindak seperti Bossku. Bukan sahaja menangkis isu yang ditimbulkan dengan maklumat yang betul malahan memulangkan pula paku buah keras kepada pihak lawan. Kadang-kadang pertahanan yang terbaik adalah menyerang. Barulah boleh dipanggil machinery yang efektif.", "Semua channel media sosial seperti FB, twitter, Insta, youtube, blog harus terus dipelopori jadi alat sebaran yang pantas dan berkesan. Jangan lupa juga pada medium konvensional seperti gebang-gebang di kedai kopi, sembang kari di restoran mamak, bisik-bisik pada kaum keluarga, rakan taulan, saudara mara, sahabat handai dan masyarakat.", "UMNO dan BN tidak lagi boleh diperkotak-katikkan seperti dalam PRU14 yang lepas apabila pihak lawan dengan semburan fitnah berbisa, dakyah, pembohongan, half-truth, janji palsu dan janji manis berjaya memperdayakan masyarakat Malaysia yang layak mengundi, membenci kerajaan Barisan Nasional.", "Kesannya amat besar. BN dengan trek pencapaian cemerlang mentadbir negara buat kali pertamanya tumbang. Walau jenteranya cuba menangkis dan bertahan akhirnya kota dan benteng Barisan Nasional roboh jua. Natijah dari itu negara dilanda malapetaka. Musibah menimpa dan rakyat jadi sengsara.", "Seperti filem lama yang diulang siar. Begitulah keadaan semasa politik negara. Sekarang dah timbul balik ura-ura dan gerakan mengajak rakyat untuk memprotes itu dan ini yang nampaknya menuju kea rah membina persepsi negatif. Siri-siri rapat umum hendak dianjurkan kembali seperti perhimpunan baju kuning tempohari. Kali ini mereka sasarkan orang-orang muda.", "Barangkali modus operandinya adalah untuk menggembeleng seluruh kekuatan orang muda untuk untuk bersama-sama mereka. Sementelahan pula kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya telahpun memutuskan pendaftaran automatik pengundi 18 tahun ditetapkan pada 16 Januari 2022.", "Barang perlu diingat kini jumlah pengundi dari Blok 18 ke 21 tahun yang layak mengundi sekiranya PRU diadakan adalah seramai 1.2 juta orang dari sejumlah 5.8 juta orang pengundi baru yang didaftarkan. Manakala sejumlah 4.6 juta orang pula terdiri dari pengundi berusia 21 tahun ke atas.", "Oleh itu orang-orang UMNO dan BN kena pastikan yang minda anak-anak remaja di negara ini tidak dikorupkan dengan penyelewengan fakta. Kena pastikan yang mereka tidak terjerumus menjadi golongan ‘rebel without a cause’ atas acuan pihak berkepentingan. Orang muda mesti jadi golongan yang boleh menilai baik buruk sesuatu perkara. Mereka perlu dapat bimbingan dari kalangan senior yang rasional dalam menentukan hala tuju politik yang lebih baik di negara ini.", "Bahang pilihan raya ke 15 dah terasa hangatnya. Sana sini banyak orang bertanya bila nak pilihan raya? Semua orang UMNO dan BN kalau mahu mendapat hasil tuaian yang memuaskan kena bergerak dan bertindak sebagai satu team yang solid ampuh. Sentiasa jadikan episod ngeri PRU14 sebagai iktibar perjuangan.", "BEN JONAID " ]
https://umno-online.my/2022/01/21/prn-penting-demi-kembalikan-kestabilan-politik-perkasa-institusi-dun-johor/
[ "Desas desus bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan dibubarkan dalam tempoh terdekat semakin hangat diperkatakan banyak pihak.", "2. Hal ini kerana dengan perbezaan hanya 1 kerusi antara Kerajaan dan Pembangkang rentetan daripada kematian ADUN Kempas, Allahyarham YB Dato’ Osman Sapian baru-baru ini.", "Ketidakstabilan Politik Di Johor", "3. Ketidakstabilan politik di Johor bukanlah satu perkara yang baharu. Sejak YAB Dato’ Hasni Mohammad mengambil alih pucuk pimpinan negeri selaku Menteri Besar Ke-3 pasca PRU-14, pelbagai isu telah timbul sama ada secara sedar atau tidak.\n\n4. Pertama, kerajaan Johor yang memerintah hari ini dikuasai oleh dua (2) parti induk yang berbeza iaitu Barisan Nasional dengan 17 Kerusi , dan Perikatan Nasional dengan 12 kerusi (kini 11 kerusi). Sehingga hari ini, kita sendiri tidak pasti sama ada Kerajaan Negeri Johor ini adalah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau Kerajaan Barisan Nasional (BN).", "5. Kedua, sepanjang tempoh pemerintahan YAB Dato’ Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar Ke-18, beliau bukan sahaja diserang oleh ADUN Pembangkang, tetapi juga sering diugut secara terbuka oleh ADUN-ADUN Kerajaan terutamanya daripada parti Bersatu untuk menarik sokongan terhadap beliau dan kerajaan negeri.", "6. Ketiga, Speaker DUN Johor adalah daripada Pakatan Harapan. Dengan majoriti 28-27, kedudukan kerajaan negeri sering berada dalam keadaan bahaya. Sebagai contoh, pada pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu, ADUN Panti (Positif Covid) dan ADUN Kempas (Sakit)  tidak dapat hadir dan menyebabkan undi menjadi 27-27 dan memberi ruang kepada Speaker Dewan untuk menjadi  undi penentu. Pastinya, jika tidak dengan titah DYMM Sultan Johor pada pembukaan persidangan DUN sebelum itu, pastinya DUN Johor telah hilang majoriti pada tempoh tersebut.\n\n7. Keempat, jika ketidakstabilan politik ini terus berlaku, pastinya ia akan menganggu gugat kemasukan pelabur ke negeri Johor kerana tiada pelabur asing yang akan berminat untuk melabur di Johor jika situasi politik di negeri adalah tidak stabil.", "8. Kelima, dengan ketidakstabilan politik ini, ia  secara tidak langsung akan menyebabkan kerajaan negeri Johor tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada pentadbiran kerana terlalu sibuk berpolitiking. Ini tidak termasuk untuk memenuhi tuntutan daripada ADUN-ADUN pembangkang seperti untuk menyertai Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD), peruntukan sama rata, dan lain-lain.", "9. Dan yang terakhir, kita juga boleh mengambarkan bahawa Kerajaan Johor pada hari ini tidak mampu untuk mengubal apa-apa enakmen baharu, mahupun meminda enakmen-enakmen yang mungkin lapuk dan perlu diperbaharui dengan kadar segera kerana tiada sokongan majoriti dan pada akhirnya akan menjadikan fungsi utama DUN Johor sebagai penggubal undang-undang tidak lagi dapat dilaksanakan.", "Bubar DUN Johor Bermakna Tidak Prihatin Rakyat?", "10. Hujah sesetengah pihak yang menyatakan bahawa dengan membubarkan DUN Johor bermaksud kerajaan tidak prihatin rakyat adalah tidak tepat, sengaja menyeleweng fakta dan tidak melihat kepada status quo semasa.", "11. Jika DUN Johor dibubarkan, kerajaan sedia ada pimpinan YAB Dato’ Hasni Mohammad akan terus menjadi  “caretaker goverment” dan menjalankan tugas-tugas kerajaan dengan kuasa-kuasa sementara yang diperuntukkan sehingga pilihanraya negeri diadakan.", "12. Oleh kerana Belanjawan Johor 2022 telah diluluskan, maka peruntukkan yang telah diluluskan akan disalurkan kepada agensi kerajaan yang terlibat, ia langsung tidak merencatkan sebarang urusan rakyat untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang sepatutnya.", "13. Selain itu, inilah juga masanya agar mandat diberikan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan pilihan mereka setelah ‘ditipu’ oleh manifesto kayangan  Pakatan Harapan pada PRU-14.", "Kuasa Membubarkan DUN Johor", "14. Apa-apapun, kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ini terletak  dibawah Perkara 23 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) yang menyatakan bahawa DYMM Sultan Johor mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN Johor.\n\n15. Perkara 23 (2) tersebut perlu dibaca bersama Perkara 7 (1) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa DYMM Sultan Johor dalam menjalankan fungsinya perlu bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. (“State Executive Council”)", "16. Bagaimanapun, Perkara 7 (2)(b) turut menyatakan bahawa DYMM Sultan Johor mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memberi izin ke atas permintaan untuk membubarkan DUN tersebut.", "Kesimpulan", "17. Pada akhirnya, terserah kepada kebijaksanaan YAB Dato’ Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor sama ada akan menasihati DYMM Sultan Johor untuk menbubarkan Dewan Undangan Negeri Johor atau sebaliknya.", "18. Jika tanya kepada saya, saya akan jawab “Ya”, DUN Johor perlu dibubar untuk beri laluan kepada PRN Johor bagi mengembalikan kestabilan politik dan memperkasa Institusi DUN Johor.", "Ahmad Solehin Abd Ghani\nPeguam" ]
https://umno-online.my/2022/01/19/teka-teki-prn-johor-apa-ceritanya/
[ "Menjadi topik bualan utama terutamanya di Johor akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian pada 21 Disember lalu. Akibatnya bilangan komposisi antara ADUN kerajaan telah berkurang daripada 29 kepada 28 berbanding 27 di pihak pembangkang. Ianya pasti suatu kedudukan yang sangat kritikal terutamanya apabila melibatkan adanya undian atau perlukan sokongan dalam sesuatu usul, rang undang undang dan belanjawan.", "Pastinya sehari dua ni angin bertiup kencang kemungkinan pembubaran bakal dibuat namun ianya tidak berlaku. Teka-teki terus berlegar, ada yang jangka selepas cuti Tahun Baru Cina, ada yang kata bulan Mac 2022, ada yang spekualasi pada tahun ini tapi hakikatnya tempoh yang ada bagi penggal kerajaan semasa adalah setahun empat bulan sahaja lagi.\n\nSebenarnya kita dah boleh buat andaian bahawa pembubaran DUN boleh berlaku pada bila-bila masa yang sesuai dari sekarang yang diyakini oleh YAB Menteri Besar pada situasi yang akan memihak pada parti yang beliau wakili.", "10 Januari 2022, YAB Menteri Besar Datuk Ir. Hasni Mohammad ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak suka pada majoriti satu yang Kerajaan Johor sekarang miliki namun ianya bukan bermakna perlu diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Agak memeningkan namun bagi yang mengenali peribadi beliau pasti yakin dengan kebijaksanaannya mengemudi walau dalam gelora yang besar.", "Baru-baru ini setelah pelbagai spekulasi yang dilontarkan tidak menjadi nyata, apabila ditanya pada suatu majlis sekali lagi YAB Datuk Hasni menjelaskan bahawa beliau tidak boleh sesuka hati membubarkan DUN kerana jelas adanya peraturan dan beliau tidak boleh sewenang-wenangnya menasihatkan KDYMM Sultan Johor untuk perkenan pembubaran DUN.", "Jelas sebenarnya di sini YAB akan melakukan suatu keputusan yang akan diteliti secara cermat tepat pada ketika waktunya serta yang tidak akan memberi kesan kepada rakyat. Bila? Berdasarkan situasi semasa dan tempoh masa DUN yang ada apa yang boleh dinyatakan adalah “tidak lama”. Dan jika persoalan itu ditanya oleh orang politik kerana ingin membuat persediaan sepatutnya maka persediaan sudah pun bermula. Bagi rakyat kebanyakan sentiasa mengharapkan kebajikan mereka dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dipelihara setiap masa.", "", "Kredibiliti YAB Datuk Hasni Mohammad", "YAB Datuk Hasni Mohammad dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada 28 Feb 2020. Walau dalam ketidaktentuan politik beliau memikul tanggungjawab mengemudi tanpa keluhan dan terima seadanya apa yang ada.", "Acuan telah terbentuk, namun acuan tidak stabil untuk menampung bahan yang hendak dituang juga banyak yang perlu diperbaiki, dengan hemah yang ada, beliau tenang harungi.", "Setiap kepayahan dan kerunsingan dibalas dengan senyuman. Itulah senjata ampuh yang beliau ada bukan untuk melemahkan lawan namun ianya mahu menunjukkan kepentingan dan kesan kepada rakyat paling utama daripada mencetus lagi masalah yang kesannya akan berbalik kepada rakyat juga.", "Walau genting kedudukan kerajaan, gerak kerjanya tidak sedikit pun menunjukkan yang beliau dari sebuah kerajaan yang goyah.", "Beliau mengutamakan rakyat, ‘7 Iktiar Makmur Johor’ direncana bagi kemakmuran Johor untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ini menunjukkan beliau seorang strategis.", "Hari demi hari nampak kedudukan beliau selaku peneraju menyerlah. Baik kawan dan lawan sedar bahawa beliau adalah yang terbaik di kalangan yang ada dan yang layak untuk memimpin.", "Tidak diragui kebolehan beliau, hampir tiada yang berprasangka apa yang beliau lakukan terutamanya hal agenda perancangan pembangunan yang dibuat. Kestabilan semasa lebih baik daripada sebelumnya dan beliau telah buktikan. Kemakmuran Johor juga lebih baik daripada sebelum beliau mengambil tampuk pemerintahan selepas PRU 14.", "Latar belakang beliau sebagai jurutera awam dan perunding serta pengalaman lepas dalam pentadbiran kerajaan pasti cukup meyakinkan bahawa beliau berpersonal teliti dalam pembuatan keputusan kerana sedikit kesilapan pasti mengundang perkara atau kesan tak baik.", "Kenapa Perlu PRN?\n\nJika baki tempoh masa penggal DUN yang ada diambil kira tak perlu polimik pembubaran DUN Johor diperbesar dan dispekulasikan secara meluas. Sampai masa yang sangat sesuai dan tepat pembubaran pastinya akan berlaku mulai sekarang.", "Realitinya situasi semasa DUN Johor sememangnya tidak bagus untuk rakyat. Rakyat perlu tahu bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak kukuh untuk meyakinkan pelbagai pihak bersama sama membangunkan ekonomi negeri. Kemakmuran rakyat berkait secara langsung dengan kemakmuran ekonomi.", "Sudah tentu tanggungjawab dan kebajikan rakyat akan lebih baik dengan kedudukan ekonomi negeri yang baik. Dalam situasi semasa adalah sukar bagi YAB Menteri Besar meyakinkan pelbagai pihak terutamanya pelabur bersama sama memakmurkan negeri tercinta kerana kebimbangan dasar yang boleh bertukar. Hal ini telah pun berlaku sepertimana projek HSR.", "Sistem dan bilangan antara kerajaan dan pembangkang juga pasti menjadi penghalang usaha merencana pembangunan negeri. Masing masing ADUN terutamanya pembangkang pasti ada agenda dan kepentingan.", "Agihan peruntukan sama rata tak semestinya perlaksanaannya sama rata kesannya kepada rakyat. Kerana ianya dilihat serampang dua mata juga iaitu untuk menjaga hati serta menstabilkan keadaan.", "Tidak hairan baik ADUN dalam kerajaan dan pembangkang walau dilihat menyokong YAB Datuk Hasni untuk mengemudi namun sistem kedudukan parti menjadi penghalang dalam menterjemah banyak urusan. Ini pasti mampu mengganggu dasar atau peruntukan yang dibuat dalam DUN dengan kelebihan 1 kerusi.", "Jangkaan Awal Jika Berlaku PRN", "Ianya pasti suatu keputusan yang sukar dibuat oleh YAB Datuk Hasni andai pembubaran DUN dibuat sekarang. Namun bersandarkan kredibiliti sudah tentu implikasi kepada rakyat akan beliau utamakan. Terbukti hanya dengan kekukuhan kerajaan sahaja yang mampu memberikan kemakmuran. Pihak pihak yang cuba menghalang diadakan PRN sudah tentu mempunyai agenda dan berkepentingan.\n\nApa jua hujah walau berjela dikemukakan sememangnya jawapan kepada ketidaktentuan adalah menyerahkan semula mandat kepada rakyat. Setiap alasan atau halangan yang diberi ada penyelesaian kerana masa depan negeri secara keseluruhannya lebih utama.", "Jika PRN berlaku Barisan Nasional (BN) dijangka boleh mendapat mandat yang lebih baik jika bertanding secara solo. Dengan defisit keyakinan rakyat terhadap ADUN Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah tentu memberikan kelebihan kepada BN. Bilangan penyokong tegar PH dan PN sendiri telah berkurang akibat prestasi dan konflik dalaman menambah keyakinan untuk BN mendapat mandat yang selesa.", "Golongan atas pagar juga telah diberi peluang menilai antara kerajaan PH dan kerajaan semasa. Di peringkat pusat pula rakyat telah dihidangkan dengan kerajaan PH, PN dan Keluarga Malaysia yang mana jelas memberikan kesan siknifikan kepada kehidupan rakyat. Sangat diyakini rakyat sudah ada jawapan kepada persoalan kerajaan mana yang hendak dipilih pada pilihan raya akan datang. Rakyat pasti tidak mahu “dipatuk ular” lagi…", "Rentetan daripada PRK dan PRN yang telah berlaku pasca PRU 14 sememangnya BN mempunyai asas untuk yakin memerintah kembali. Terbaharu pada PRN Melaka dengan strategi yang betul BN berjaya mendapat mandat baru yang kukuh. Namun “template” PRN Melaka tidak boleh digunapakai bulat-bulat untuk PRN Johor.", "Analisis awal BN Johor boleh mendapat mandat baharu yang selesa asal mengikut hasrat rakyat. Dijangka sekurangnya 33 kerusi mampu dimenangi namun dalam politik sentiasa berlaku ketidaktentuan. Majoriti kemenangan di banyak tempat dijangka tipis namun ianya sudah cukup untuk mengembalikan kerajaan BN yang sebenar memerintah. Akan tetapi bila terjadinya pembubaran pasti jangkaan dan persepsi serta jangkaan bilangan kerusi boleh menang sudah berubah.\n\nMood dan Aspirasi Rakyat", "Mood semasa rakyat Johor adalah berbelah bahagi. Dengan pelbagai hujah dan teori tentang PRN ini memberikan sedikit kebingungan dan kegugasaran. Namun rakyat berkehendakkan sesuatu yang baik akan berlaku. Rata-ratanya rasional hanya dengan PRN sahaja mampu direalisasikan, setelah pelbagai usaha dan sandiwara politik disaji.\n\nMajoriti rakyat mahukan BN kembali memerintah berdasarkan pengalaman melalui ketidaktentuan politik pasca PRU14. Namun dengan syarat calon-calon yang ditawarkan adalah banyak muka baharu yang berlekayakan, yang mampu menggalas tanggungjawab serta dikenali. Di pihak parti pula pasti soal kesetiaan akan menjadi elemen tambahan kerana sedar wakil wakil rakyat yang pernah melompat akan ditolak oleh rakyat. Muka baharu sepenuhnya pasti menyukarkan pentadbiran, penyandang sedia ada yang mampu membimbing dan boleh menjadi mentor untuk menyedia pelapis juga diperlukan.", "Semoga PRN Johor akan memberikan suatu harapan yang lebih baik buat rakyat Johor dan memberikan keyakinan kepada kerajaan baru Johor kelak mengurus tadbir secara yang berkesan untuk rakyat.", "Ingat kunci kemakmuran adalah pada kestabilan, kestabilan diperoleh melalui sokongan kukuh rakyat pada satu-satu parti. BN telah membukti dan terbukti terbaik di kalangan gabungan parti yang ada. Idealogi dan perjuangannya sangat jelas dari rakyat untuk rakyat.", "OLEH: Norman b Sapar" ]
https://umno-online.my/2022/01/19/respon-kepada-video-penjelasan-tengku-zafrul-dengarlah-dan-bacalah-keluhan-rakyat/
[ "SAYA meneliti video oleh YB Senator Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul yang memberikan pelbagai alasan untuk menolak permintaan rakyat bagi mengeluarkan wang KWSP kali terakhir sebanyak 10k. Pautan video tersebut boleh ditonton di pautan berikut:\nhttps://fb.watch/aBG1B1zciI/", "Saya harap Tengku Zafrul janganlah mengelirukan rakyat. Sebagai contohnya, walaupun anggaran pengeluaran wajib pencarum mencecah RM34 bilion setahun, tetapi caruman wajib yang diterima oleh KWSP pada tahun ini (2022) juga dianggarkan mencecah RM70 bilion (memgambilkira unjuran data daripada Tengku Zafrul sendiri).", "Maka masih wujud lebihan tunai sebanyak RM36 bilion. Jadi apa masalahnya jika tuntutan i-Citra 2.0 ini dipenuhi memandangkan anggaran jumlahnya cuma sekitar RM25bilion hingga RM30bilion sahaja?", "", "Ia tidak melibatkan apa-apa kecairan di pasaran modal atau memerlukan KWSP menjual apa-apa aset di luar negara yang merupakan sebahagian daripada aset KWSP berjumlah RM988.55 bilion.", "Begitu juga alasan Tengku Zafrul bagi menolak cadangan melaksanakan Unconventional Monetary Policy. Walhal idea ini telah diaplikasikan oleh banyak negara dan terbukti dapat memperbaiki ekonomi negara-negara Eropah ketika krisis kewangan 2009.", "Hakikatnya rakyat yang sedang susah dan terdesak tidak berminat dengan alasan teknikal dasar monetari negara kerana mereka tahu bahawa Akta KWSP 1991 sendiri membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP apabila pencarum berdepan dengan krisis kehidupan seperti hari ini.", "Pun begitu pelbagai solusi, cadangan penyelesaian dan alternatif yang kami turut berikan untuk mengembalikan dana yang dikeluarkan (replenish).", "Saya dan teman-teman di Pemuda UMNO tidak mahu menghabiskan masa melakukan perdebatan di media sosial. Lebih baik masa yang ada ini digunakan DS Tengku Zafrul untuk mencari jalan bagi membolehkan pengeluaran dapat dibuat dan mandat KWSP dapat dilaksanakan.", "Kita boleh adakan sesi debat lain diantara saya dan DS Tengku Zafrul untuk beri keadilan kepada rakyat yang sedang menunggu dan berharap.", "Tetapi kehendak dan keperluan rakyat mesti diutamakan. Janganlah mengeluh kononnya KWSP perlu menjual saham sedangkan rakyat sudahpun menggadai pelbagai tanggungan demi meneruskan kehidupan! – UMNO ONLINE", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia\n#PemudaJurubicaraRakyat\n#Kwsp\n#icitra\n#TradisiMembelaRakyat" ]
https://umno-online.my/2022/01/16/akta-kwsp-1991-benarkan-pengeluaran-bagi-tujuan-kelangsungan-hidup-dan-akibat-pandemik-covid-19/
[ "Dalam perbahasan saya dengan YB Hassan Karim Ahli Parlimen PH/PKR Pasir Gudang dua malam lepas di Sinar Harian, selain hujah dan fakta ekonomi saya turut memberikan hujah perundangan dengan berkongsi Akta KWSP 1991, Seksyen 54 yang merupakan punca kuasa bagi pihak KWSP membenarkan pengeluaran caruman bagi tujuan membiayai kelangsungan hidup termasuklah bagi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.", "Bahagian VI", "PENGELUARAN CARUMAN", "Seksyen 54", "Pengeluaran daripada Kumpulan Wang", "(6) Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen 59(2),Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa", "(k) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup; [Mas. P.U.(A) 135/2020]", "(l) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup; dan[Mas. P.U.(A) 389/2020]", "(m) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).[Mas. P.U.(A) 306/2021]", "Maka tiada alasan jika Tengku Zafrul Menteri Kewangan masih keras berhujah bahawa kerajaan tiada punca kuasa mahupun mendahului takdir bahawa masa depan pencarum akan merana kerana bersara dalam keadaan di bawah garis kemiskinan.", "https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kwsp-pengeluaran-tambahan-boleh-akibatkan-ramai-pencarum-bersara-di-bawah-garis-kemiskinan-zafrul-341750", "Saksikan video penuh perdebatan di link:-", "Facebook:", "https://fb.watch/ax6XfrO0lD/", "Youtube:", "https://youtu.be/V1XPGq7QpZA", " ", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki", "Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/01/13/sembang-kari-harum-seharum-harum-manis-jangan-lupa-natijah-janji-manis-ph/
[ "NAMPAKNYA semacam pancing pihak-pihak tertentu terhadap KP SPRM Tan Sri Azam Baki mengena. Everybody now jump into the fray. Pelbagai pihak menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berundur dan mahu independent enquiry dijalankan.", "Tan Sri Azam Baki sudahpun ambil tindakan saman terhadap pihak yang mendakwa kononnya beliau memiliki saham bernilai jutaan ringgit. Dalam hal ini pemilik akaun Twitter Lalitha Kunaratnam bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) (pengamal investigative journalism) menjadi defendan.", "Tokoh paling obses berhubung isu terbaharu SPRM ini adalah Pengerusi Dap Lim Kit Siang. Tindakan Kit Siang ini dibidas oleh Bossku “>Datuk Seri Najib Razak dalam hantaran FBnya pada 5 Januari 2022.", "Beliau persoalkan kenapa hanya isu saham dalam akaun KP SPRM sahaja yang diasak oleh Lim Kit Siang, tidak hal-hal lain yang babitkan isu lebih besar pada Oktober 2021 iaitu saksi utama SPRM, taikun syarikat bagi kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang babitkan Lim Guan Eng, tiba-tiba jatuh bangunan 17 tingkat sebulan sebelum dijadual untuk beri keterangan di mahkamah?", "Begitu juga pada November 2021 Lim Kit Siang tidak bersuara tentang baki RM65 juta (daripada hampir sejumlah RM700 juta) dibayar Jho Low ke dalam akaun suami Tan Sri Zeti Aziz bekas Gabenor Bank Negara yang telah dikembalikan oleh Singapura kepada kerajaan Malaysia seperti yang dimaklumkan oleh SPRM.\n\nApabila Tan Sri Tommy Thomas bekas Peguam Negara mendedahkan yang dia sudah lama tahu Tan Sri Zeti Aziz dan suaminya Datuk Tawfiq Ayman berperanan dalam memudah cara bagi pihak Jho Low tapi tidak pernah ambil tindakan terhadap kedua-duanya, Lim Kit Siang juga diam membisu.", "Sebaliknya apabila timbul sahaja isu berhubung pemilikan saham yang kononnya membabitkan Azam Baki, Kit Siang terus melompat dan bersilat.", "Agensi seperti SPRM, PDRM, Imigresen dan Kastam adalah antara yang kerap terdedah kepada serangan berkait rapat integriti, ketelusan, kecekapan dan salahlaku oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu.", "Berita-berita sekitar 2015 menyentuh bekas KP SPRM, Tan Sri Abu Kasim Omar. Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggantikan Tan Sri Abu Kasim pada 1 Ogos 2016, Datuk Mohamad Shukri Abdul yang dilantik menjawat jawatan itu pada 17 Januari 2018 dan Latheefa Koya ahli politik PKR yang juga seorang peguam diangkat mengepalai SPRM pada 1 Jun 2019 sehingga tempoh peletakan jawatan beliau pada 6 Mac 2020.", "Begitu juga berita-berita berhubung kontroversi ahli Lembaga Pengarah Anti Rasuah SPRM (ACAB), Tan Sri Rashpal Singh; Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin; Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rozaid Yaakob dan yang paling mengejutkan tentang Teo Beng Hock Exco Kerajaan Negeri Selangor saksi SPRM berhubung kes salahguna peruntukan negeri itu yang diperintah Pakatan Rakyat. Beng Hock mati setelah jatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam.", "Isu 1MDB dengan pendedahan rakaman perbualan Bossku selaku bekas Perdana Menteri, Najib dengan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim Guan Eng yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang dalam tuduhan rasuah berkaitan isu pembelian banglo yang menyebabkan pihak SPRM dan seluruh negara terkejut.\n\nBegitu pula kes terowong bawah laut Pulau Pinang yang melibatkan Lim Guan Eng dan kejadian seorang saksi SPRM bagi kes itu yang jatuh dari bangunan setinggi 17 tingkat. Isu-isu ini secara tidak langsung mengheret SPRM ke kancah kontroversi yang berpanjangan.", "Semua ini akhirnya menjadi material yang dimanipulasi pihak-pihak tertentu untuk menyerang kredibiliti agensi-agensi penting kerajaan dan seterusnya melemahkan mereka. Natijah dari itu government of the day yang akan merasa tempiasnya dan silap langkah boleh ‘doomsday’ seperti yang pernah dialami oleh kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 lalu.", "Nampaknya senario semasa berhubung SPRM dengan ditambah pula huru-hara disebabkan kejadian banjir akhir-akhir ini di banyak negeri dengan Selangor menjadi fokus utama boleh sahaja menjejaskan kepercayaan umum ke atas kepimpinan kerajaan sekarang.", "Kesannya amat besar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Semua telunjuk menuding ke arah beliau. Seolah-olah episod “kerajaan gagal PM Gagal 2” akan berulang pula. Kalau dulu terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin Perdana Menteri ke 8, kali ini pastinya sudah dapat diagak siapa yang bakal kena.", "Ini semua tidak mesra kepada imej UMNO dan Barisan Nasional yang mendukung kerajaan Keluarga Malaysia. Parti-parti lain yang lebih bersifat penumpang pula tidak banyak membantu untuk meredakan keadaaan sebaliknya menjadi penyumbang kepada kemelut ini. Janganlah dahulu darurat sekarang mudarat.", "Walaupun banyak pihak kata nasib PM yang juga Naib Presiden UMNO kini ibarat telur di hujung tanduk dengan siri-siri pembantaian imejnya menjelang PRU15 semakin memuncak, semua pihak dalam UMNO harus berlaku adil. Kena bertindak ikut pepatah “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung jangan berselerak”.", "Pastinya akar umbi mahu semua berjalan baik tanpa mencederakan kepimpinan PM malahan turut tidak mencalarkan imej UMNO.", "Waima apa sekalipun yang berlaku yang penting akhirnya UMNO dan Barisan Nasional jualah muncul pemenang selepas berakhirnya PRU15 nanti. Biarlah siri-siri kejayaan di sepanjang pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri tempohari terus harum seharum harum manis tanpa lupa natijah janji-janji manis PH yang membebankan rakyat hari ini.", "Ben Jonaid " ]
https://umno-online.my/2022/01/12/bantuan-banjir-drama-banyak-lagi-kerja-pascabanjir-jawab-demi-elak-fitnah/
[ "RAMAI rakyat Johor terutamanya mangsa banjir yang saya temui meminta saya tidak melayan tohmahan, kenyataan dan soalan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Syed Saddiq Ketua Parti Politik Muda.", "Ini kerana, ada banyak lagi kerja pasca banjir yang perlu kita buat terutamanya di Segamat dan Muar.\n\nNamun begitu, saya perlu menjawap bagi mengelak fitnah dan supaya anak-anak muda terutamanya di Muar dan Johor tidak terus termakan dengan sandiwara berterusan beliau untuk menutup kelemahannya sendiri.\n\nBerikut adalah jawapan kepada soalan-soalan YB Syed Saddiq:-", "1. SOALAN PERTAMA:- Apa salah kami nak bantu rakyat?\nJAWAPAN: Tidak salah untuk mana-mana individu, NGO mahupun parti politik untuk membantu rakyat. Malah kerajaan negeri Johor amat mengalu-alukannya. Ribuan individu dan puluhan NGO telah tampil membantu, terima kasih kami ucapkan.\nKerajaan Negeri juga menghargai kerjasama semua individu dan NGO yang mengikut SOP yang telah ditetapkan dimana penyelarasan dibuat oleh pejabat daerah. Semuanya mengikut penyelarasan SOP terutama pada masa pandemik Covid19 ini.", "2. SOALAN KEDUA: Kenapa sampai nak guna polis untuk soal siasat?\nJAWAPAN: Tidak ada mana-mana pihak yang menggunakan atau mengeksploitasi Polis.\nPolis hanya melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan keterangan apabila ada laporan polis dibuat. Kalau ada laporan polis maka polis kenalah siasat – dan ini bukan prosedur baru!\nSebagai contoh, apabila YB buat laporan mengenai kehilangan duit RM250ribu dari rumah YB, maka pihak polis terpaksa siasat juga kerana ada laporan.\nTidak ada isu mereka dilayan seperti penjenayah, jangan fitnah PDRM. Tahniah kita ucapkan kepada PDRM kerana menjalankan tugas mereka.\nDalam isu banjir di Johor ini, YB Syed Saddiq tidak perlu disiasat kerana beliau tidak turun awal semasa insiden berlaku. Jangan mengkambing hitamkan polis hanya untuk menutup kelewatan sendiri.\n\n3. SOALAN TAMBAHAN (untuk pengetahuan umum):\nKami nak bantu, kenapa sekarang ada SOP yang menyusahkan?\nJAWAPAN: SOP yang dikatakan menyusahkan oleh YB Syed Saddiq wujud semenjak banjir besar di Johor yang melanda pada tahun 2006. Kerajaan Negeri pada masa itu berpandangan bahawa perlu ada penyelarasan yang lebih baik antara agensi dan semua yang terlibat dengan banjir.\nTambahan itu, Kerajaan Pusat juga telah mengeluarkan tatacara Peraturan Tetap Operasi Pengurusan Bencana Banjir sejak tahun 2001.\nBagi tahun lepas dan tahun ini pula, SOP di Johor ditambah baik bagi membendung penularan wabak COVID-19, terutamanya mengambil kira ramai warga emas yang tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).\nUntuk pengetahuan semua, NADMA juga telah mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan PKOB pada 26 Disember 2021 (https://www.malaymail.com/…/nadma-tells-sabah…/2031241)\nTahniah diucapkan kepada semua Pegawai Daerah dan agensi-agensi yang terlibat dengan penyelarasan ini. Semua agensi dan NGO lain tiada masalah untuk membantu dengan mematuhi SOP.", "KESIMPULAN:- \nSOP, tatacara serta peraturan dan undang-undang diwujudkan supaya negeri Johor dapat bertindak dengan lebih cekap, efektif dan teratur. Saya percaya rakyat Johor yang terkesan dengan banjir dan mereka yang benar-benar terlibat dengan usaha membantu semasa bencana ini melanda juga faham.\n\nSaya yakin orang Johor boleh maafkan YB Syed Saddiq kerana turun lambat ke Johor namun YB tidak perlulah terus mengeksploitasi dan memanipulasi bencana banjir di Johor ini.", "Orang Johor tahu tatacara, adab, adat dan sejarah Johor. Mereka celik mata dan celik akal – justeru arif, insya-Allah, untuk mengenal yang mana sandiwara dan yang mana tanggungjawab dan keikhlasan.", "YB Syed Saddiq selalu kata “kami nak bantu rakyat”, ada rakyat yang ingin tahu kenapa Johor banjir sejak 31 Disember 2021 tetapi YB Syed Saddiq hanya turun membantu pada 7 Januari 2022? Muar pun banjir bermula 3 Januari tetapi YB Syed Saddiq hanya datang 4 hari kemudian. Kalau betul nak bantu rakyat kenapa YB tak datang hari pertama banjir melanda? Penyelarasan SOP hanya mengambil masa 1 jam sahaja dan bukannya 4 hari YB.", "Sekian. Harap saya menjawap segala persoalan.", "Ps:- Drama queen and ignorance is a bad combo Bro.", "ONN HAFIZ GHAZI " ]
https://umno-online.my/2022/01/08/dilema-umno/
[ "UMNO berada dalam kedudukan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.", "Perdana Menteri dari UMNO tetapi UMNO tidak menguasai Kerajaan.", "Bila desakan untuk Perdana Menteri melakukan rombakan kabinet, saya sangat bersimpati dengan kedudukan beliau.\n", "Siapa lagi yang beliau boleh lantik menggantikan ahli Jemaah Menterinya yang gagal. Beliau bukan mempunyai banyak pilihan pun dari Ahli Parlimen yang sedia ada.", "Umum pun tahu, beliau mewarisi Jemaah Menteri dari Kerajaan PN yang tumbang itu. Hampir semua penyumbang Kerajaan PN yang gagal itu terus berada dalam Kerajaan Ismail Sabri.", "Hendak dibuang siapa dan siapa gantinya sangat tertakluk kepada sokongan parti masing-masing. Silap perhitungan, mereka akan menarik sokongan terhadap PM.", "Menyalahkan Perdana Menteri kerana kelemahan ketara Kerajaan sekarang amatlah senang. Tetapi jika kita berada dalam kedudukan beliau, mungkin kita juga akan sukar melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.", "Perdana Menteri bukan tidak mengerti betapa keyakinan rakyat terhadap Kerajaannya semakin menurun drastik.", "Tetapi kedudukan beliau yang sangat bergantung kepada parti-parti kecil dalam Kerajaan sekarang sangat menyukarkan beliau.", "Yang terpukul ialah UMNO. Kerana setiap kelemahan Kerajaan, UMNO yang akan menerima bukan sekadar tempias, tetapi ‘the hurricane of people’s anger’.", "Namun UMNO juga tidak boleh membiarkan Perdana Menteri keseorangan. Beliau adalah wakil UMNO dan beliau sepatutnya menjadi suara UMNO. Kalau beliau gagal, UMNO yang dituduh gagal. PM pasti mengerti ini.", "Jadi UMNO tidak boleh membiarkan perkara ini terusan begini. Kerana kita tidak mahu kebencian rakyat terhadap PH dan PN sebelum ini, menjatuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia.", "Parti sedang bekerja keras untuk mencari strategi keluar dari kemelut ini. Tetapi buat masa sekarang, dilema UMNO ini akan berterusan.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden" ]