link
stringlengths
46
145
text
sequencelengths
0
363
https://umno-online.my/2019/10/09/awal-spr-lawat-sekolah-pilihan-raya-negeri-perak/
[ "AL KISAH, sejak semalam tular sepucuk surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia (Negeri Perak) yang memberi kebenaran kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak untuk membuat lawatan awal tapak ke sekolah-sekolah sebagai pusat mengundi dalam Negeri Perak.", "Semasa singgah makan tengahari di Restoran Pak Ya Bistro di Kampung Kuala Slim dalam perjalanan pulang melawat kawasan banjir di Felda Besout, seorang penyokong kerajaan menunjukkan kepada saya surat yang sama di layar telefonnya.", "Awal sungguh SPR mahu meninjau pusat mengundi di Negeri Perak. Tempoh akhir bagi mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 ialah pada Mei 2023, iaitu tiga tahun enam bulan lagi. Masih lama.", "Kenapa di Negeri Perak? Rasanya SPR tidak memohon perkara yang sama di negeri-negeri lain. Istimewa sungguh Negeriku Perak ni.", "Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak dibentuk selepas PRU14 pada Mei 2018 setelah dua ADUN Barisan Nasional (BN) dari parti UMNO keluar dan mengisytiharkan diri ADUN bebas dan menyokong Faizal Azumu menjadi Menteri Besar.", "Kedudukan 59 kerusi DUN Perak selepas PRU14 ialah 29 PH, 27 BN dan tiga PAS. Untuk membentuk Kerajaan Negeri, perlu sejumlah 30 kerusi untuk majoriti mudah.", "Tindakan ADUN BN dari Sungai Manik dan Tualang Sekah menyeberang membolehkan PH membetuk kerajaan dengan 31 kerusi.", "BN kini tinggal 25 kerusi dan PAS tiga menjadikan jumlahnya 28 kerusi di pihak pembangkang.", "Kelebihan tiga kerusi bukanlah terlalu selamat buat sebuah Kerajaan Negeri dianggotai empat parti yang rapuh pakatannya.", "Tambah lagi ketua kerajaan, iaitu Menteri Besar, hanya mewakili satu kerusi dari partinya (kini menjadi dua apabila ADUN Sungai Manik diterima menyertai PPBM), selain iparnya ADUN Tualang Sekah yang masih kekal bebas pro-PH.", "Bukan rahsia umum lagi empat parti kerajaan di Negeri Perak sedang berantakan sesama sendiri. Pengerusi PKR Perak secara terbuka mengkritik kepimpinan MB Faizal Azumu.", "Perantakan itu bukan sahaja antara parti, malah di dalam parti sendiri juga berganyang sakan.", "Paling ketara dalam kepimpinan DAP Perak, apabila ADUN Malim Nawar dan ADUN Pokok Assam melepaskan jawatan di dalam parti itu kerana tidak puas hati terhadap Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming.", "Kepimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) Perak pula ibarat api di dalam sekam yang hanya menunggu masa merebak.", "Ada ura-ura beberapa ADUN pihak kerajaan mahu meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri selaku ADUN bebas.", "Dikhabarkan jumlahnya lapan orang, tetapi paling mendesak empat. Jika dua sahaja ADUN meninggalkan pihak kerajaan, ada dua kemungkinan akan berlaku iaitu samada Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan seperti berlaku pada 2009, atau Pilihanraya Negeri (PRN) perlu diadakan.", "Atas kemungkinan inilah maka SPR sudah mula menggerakkan jenteranya bagi meninjau pusat-pusat pembuangan undi di seluruh Negeri Perak, yang kebanyakannya di sekolah-sekolah.", "Sasaran Muafakat Nasional (MN) adalah untuk merampas Negeri Perak dari PH sama ada dalam PRU15 ataupun PRN yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.", "40 kerusi DUN Perak insyaAllah milik MN. – UMNO ONLINE", "Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib\nAhli Dewan Undangan Negeri Slim\nAhli Majlis Tertinggi UMNO", "" ]
https://umno-online.my/2019/10/07/ilmu-kira-kira-azmin-lagi-hebat-dari-pakar-ekonomi-miers/
[ "SELEPAS ditegur oleh Dato’ Seri Najib kelmarin berkenaan angka-angka unjuran ekonomi dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Menteri Ekonomi Azmin Ali tetap tidak mahu kalah.", "Semalam Azmin berkata kira-kira kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (atau dalam bahasa mudahnya kadar pertumbuhan saiz ekonomi negara) yang dihitungnya adalah tidak salah.", "Ini katanya sebab jumlah saiz ekonomi RM3.4 trilion itu adalah angka nominal iaitu angka saiz ekonomi termasuk inflasi (kenaikan harga barang) pada sebelas tahun akan datang (2030) berbanding sekarang.", "Namun katanya lagi kadar pertumbuhan saiz ekonomi untuk mencapai saiz ekonomi RM3.4 trilion tersebut iaitu 4.7% setahun adalah kadar real (malar) atau angka yang tidak termasuk inflasi pula.", "Bossku Najib Razak berkata untuk mencapai RM3.4 trilion pada tahun 2030, kita perlukan pertumbuhan tahunan sebanyak 7.36%.", "Bossku Najib adalah seorang ‘economist’.", "Saya juga seorang ‘economist’ dan dulu saya belajar ekonomi di universiti yang bertauliah di luar negeri.", "Saya juga pernah bekerja di Unit Perancang Ekonomi dan pernah terlibat dalam perangkaan dan penyediaan Bajet tahunan negara, Rancangan Malaysia ke-10 dan dasar-dasar jangka panjang negara.", "Dalam hal ini saya bersetuju dengan Bossku.", "Pakar-pakar ekonomi di Malaysia Institute of Economic Research (MIER) juga setuju dengan Bossku, mereka kata kita perlukan kadar pertumbuhan 7-8% setahun untuk mencapai saiz ekonomi RM3.4 trilion, bukannya 4.7% seperti yang Azmin kata.", "Oleh itu alasan Azmin di atas untuk menutup kemaluannya tidak boleh diterima.", "Sebab tidak ada orang atau ahli ekonomi yang waras yang akan buat kira-kira unjuran saiz ekonomi dalam angka nominal (termasuk inflasi) tetapi menggunakan kadar pertumbuhan real (tidak termasuk inflasi).", "Jika ingin buat unjuran saiz ekonomi nominal iaitu termasuk inflasi, guna kadar pertumbuhan nominal juga.", "Dan jika ingin buat unjuran saiz ekonomi real iaitu tidak termasuk inflasi, gunalah kadar pertumbuhan real juga.", "Dan bila hendak nyatakan angka-angka saiz ekonomi dan kadar pertumbuhannya dalam dokumen rasmi kerajaan terutama yang melibatkan unjuran jangka panjang, kedua-dua angka tersebut perlu konsisten sama ada kedua-duanya berdasarkan kiraan nominal (termasuk inflasi) atau kedua-duanya berdasarkan kiraan real (tidak termasuk inflasi).", "Jika kenyataan dikeluarkan seperti dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 kelmarin dengan unjuran saiz ekonomi berdasarkan angka nominal iaitu termasuk inflasi, manakala angka kadar pertumbuhan saiz ekonomi pula berdasarkan angka real yang tidak termasuk inflasi, ia tidak masuk akal dan hanya akan mengelirukan rakyat, pasaran dan pelabur.", "Lebih teruk lagi jika pelabur dan pasaran lihat seolah-olah kerajaan cuba memanipulasi data ekonomi dan mengelirukan mereka seperti yang kerajaan PH buat dengan kenyataan hutang negara yang kononnya RM1 trilion dahulu.", "Inilah salah satu sebab mengapa pelabur-pelabur hilang keyakinan dan lari keluar dari Malaysia dengan pelaburan mereka apabila PH memerintah.", "Satu perkara lagi, unjuran saiz ekonomi jangka panjang yang melibatkan tempoh masa satu dekad ke hadapan biasanya dibuat berdasarkan angka real iaitu tidak termasuk inflasi.", "Ini kerana tidak ada ahli ekonomi yang berani menganggar secara betul (atau hampir betul) kadar inflasi setiap tahun sehingga sepuluh tahun akan datang sebab inflasi akan naik turun setiap tahun dan ada kalanya negatif (deflasi) atau songsang (e.g. stagflasi).", "Di Amerika Syarikat di mana data-data ekonomi adalah lebih lengkap berbanding kebanyakan negara lain dan dengan tatacara unjuran ekonominya yang lebih canggih, unjuran inflasi jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan dan Bank Persekutuan Amerika (Federal Reserve Bank) pun hanya dibuat sehingga tiga tahun akan datang sahaja iaitu sampai 2022.", "Tidak ada kerajaan di dunia ini yang boleh (atau berani) mengunjur inflasi untuk sebelas tahun akan datang sehingga 2030.", "Saya rasa Azmin seorang sahaja Menteri Ekonomi dalam dunia ini yang mengunjur inflasi sehingga satu dekad ke hadapan.", "Mengunjur inflasi untuk 10 tahun akan datang samalah seperti mengunjur pasaran saham atau harga minyak pada tahun 2030, ia tidak masuk akal, satu kerja sia-sia dan tidak bijak.", "Oleh itu, kenyataan tidak mengaku salah dan tak mahu kalah Menteri Ekonomi PH Azmin semalam tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu cubaan untuk menegak benang yang basah.", "Kepada Azmin, fokuslah. Ekonomi sedang teruk. Anda Menteri Ekonomi. Jangan hanya sibuk melancong ke sana ke mari.", "Jika angka-angka asas ini pun dah salah, apa lagi lah dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama itu yang tak betul?", "Isham Jalil\nPresiden Sukarelawan Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/10/07/bn-sedia-lakar-kemenangan-bakal-realitikan-semangat-juang-di-tanjung-piai/
[ "\nPersoalan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor masih belum terjawab malah ramai yang masih berteka-teki antara UMNO dan MCA untuk menduduki kawasan tersebut.", "Namun demikian, keyakinan untuk mengulang kejayaan BN sebagaimana menerusi PRK Cameron Hinghlands, Semenyih dan Rantau bakal direalitikan dengan kesungguhan anggota parti untuk bekerja termasuklah dari UMNO dan MCA sendiri.", "Kerusi Parlimen Tanjung Piai mengalami kekosongan apabila penyandangnya, Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi 21 September 2019.", "Sebagai saudara se-Islam, berita kematian itu diterima dengan rasa sedih dan memanjatkan doa semoga roh Allahyarham di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan diberikan ketabahan pada keluarga arwah.\n\nAllahyarham memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dengan majoriti 524 undi.", "Pada 1 Oktober, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRK ini dan telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 2 November manakala hari mengundi pada 16 November.", "Masih belum terjawab, adakah UMNO akan mengambil kerusi parlimen ini atau mengekalkan MCA sebagai wakil calon BN pada PRK Tanjung Piai?", "Untuk rekod, seramai 53,528 pengundi berdaftar pada PRU14 dan pengikut pecahan kaum sebanyak 56.8% Melayu, 41.64% Cina, 1% india dan lain-lain 0.55%.", "Memang terdapat pelbagai pihak mendesak pucuk pimpinan UMNO-BN di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendengar suara akar umbi yang mahukan laluan diberi kepada calon UMNO.", "Memetik pula kata-kata dari bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang ditulis dalam blognya pada 26 September 2019 yang menegaskan: tiada istilah kubu kuat MCA tanpa undi orang Melayu. Sebaliknya, ia adalah kawasan majoriti orang Melayu dan kubu kuat UMNO yang diberikan kepada MCA merupakan amalan dan ihsan UMNO semenjak PRU1 (1955) bagi memberi representatif kepada bangsa Cina, manakala MIC, hingga ke hari ini, tidak mungkin memenangi satu kerusi pun secara bersendirian.\n\nJelas beliau lagi, mereka bertanding dan menang di kawasan-kawasan seperti itu atas ihsan UMNO dan orang Melayu.", "Ini pengorbanan UMNO yang ahli-ahli UMNO, MCA, dan MIC perlu ingat dan sedar. Beliau turut menyentuh soal Parlimen Tanjung Piai, UMNO telah bermurah hati memberikannya kepada MCA dan jika pemimpin-pemimpin MCA bertanding di kawasan majoriti Cina, mereka akan kalah disebabkan MCA tidak mendapat sokongan daripada orang Cina. Pada PRU11 (2004), kerusi ini diberikan pada Presiden MCA, Ong Kah Ting, walaupun beliau berasal dari Lenggong, Perak. Apa kaitannya dengan Tanjung Piai, Johor? Membuktikan bahawa kawasan ini diberikan atas ihsan UMNO dan menang atas ihsan pengundi Melayu.", "Dalam hal ini, kepimpinan pusat memaklumkan segala keputusan akan dibuat secara kolektif dengan persetujuan bersama anggota BN setelah dibincangkan dan disepakati bersama dan pengumuman calon hanya akan dibuat setelah semua kajian, perundingan dan urusan dimuktamadkan.", "Tentunya keputusan akan dibuat secara terperinci dengan mengambil pelbagai keutamaan sebagai fokusnya. Sedia maklum bahawa, beberapa siri PRK telah dilalui dan mendapat kemenangan hasil kesatuan orang-orang Melayu termasuk juga sokongan jentera BN di semua peringkat.", "Gelombang politik orang Melayu yang mahukan UMNO-BN semula semakin kuat ditambah pula dengan Penyatuan Ummah bersama-sama PAS yang disokong dengan gerak kerja berterusan.", "Apa yang pasti, PRK Tanjung Piai ini adalah kawasan yang penting dalam menterjemahkan siri penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) yang gagal dalam serba-serbi pentadbiran sama ada ekonomi, pendidikan, agama, sosial termasuklah nilai perpaduan semakin menumpul.", "Sungguh, BN perlu meletakkan calon yang tepat untuk PRK Tanjung Piai dan calon ini perlulah mendapat sokongan dari akar umbi parti serta rakyat di Parlimen tersebut.", "Tanjung Piai memerlukan seorang wakil untuk memikul tanggungjawab di Parlimen, memerlukan suara yang lantang untuk membawa permasalahan rakyat dengan kredibiliti mantap bagi menambah suaran BN.", "Sebagai rumusan, bawalah semangat juang BN sebagaimana kemenangan di PRK Parlimen Cameron Higlands, DUN Semenyih dan DUN Rantau Ke Tanjung Piai, Johor kerana PRK ini adalah manifestasi kepada penolakan rakyat terhadap PH hari ini", "Kepada Allah swt kita berserah. Salam perjuangan.", "\nAiman Ja’apar\nSubang\n" ]
https://umno-online.my/2019/10/06/10-sebab-kenapa-tun-mahathir-wajar-singkirkan-dap-dan-pkr-demi-maruah-melayu/
[ "", "Meneliti setiap patah kata yang keluar daripada ucapan perasmian Kongres Maruah Melayu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, ternyata buat kesekian kalinya beliau menzahirkan keresahan dan kebimbangan terhadap maruah orang Melayu yang kian tercalar dan tercabar.", "Menginsafi kenyataan Tun yang menegaskan bahawa beliau sudah kesuntukan masa atas faktor usia, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini menyarankan agar Tun Mahathir mengambil langkah drastik dan segera untuk memulihkan maruah Melayu dengan menyingkirkan Dap dan PKR daripada Kerajaan beliau berasaskan 10 alasan berikut:", "1. Keangkuhan pimpinan DAP dan PKR yang hampir-hampir berjaya membawa negara meratifikasi konvensyen antarabangsa ICERD, walaupun jelas bercanggah dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.", "2. Tindakan pimpinan Dap dan PKR yang berjaya mempengaruhi kerajaan sehingga menandatangani Statut Rom sebelum ditarik balik akibat desakan rakyat, yang jelas menghakis kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu.", "3. Penguasaan pemimpin kanan DAP dalam Kementerian Kewangan seperti Lim Guan Eng selaku Menteri dan Tony Pua Setiausaha Politik, telah ditanggapi umum banyak menghakis kepentingan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. Sebagai contoh penjualan aset-aset strategik milik institusi Bumiputera-Islam dan tender terbuka yang dilaksanakan di semua peringkat perolehan Kerajaan telah membataskan ribuan Kontraktor Bumiputera yang sering berhadapan dengan kekangan modal dan aliran tunai.", "4. Penghinaan terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi sekaligus membelakangi Perlembagaan Persekutuan yang disepakati bersama apabila keangkuhan pemimpin-pemimpin Cina dan India daripada DAP dan PKR sewenangnya menggunakan bahasa mandarin dan tamil dalam surat menyurat, memo dan kenyataan-kenyataan rasmi kerajaan.", "5. Kenyataan rasis berupa penghinaan kepada bangsa Melayu tanpa rasa bersalah oleh Menteri DAP Kulasegaran yang mendakwa orang Melayu adalah kaum pendatang di negara ini pada 21 Julai 2018. Sekali lagi dalam ceramah beliau yang tular sempena kempen PRK N27 Rantau di hadapan pengundi-pengundi berbangsa India, menuduh bahawa bangsa Melayu telah mendiskriminasi orang-orang India.", "6. Pemimpin Dap YB Ngar Kor Ming telah membakar sentimen kaum dengan *mendakwa kerjasama orang Melayu yang dizahirkan oleh dua parti terbesar mewakili Melayu UMNO-PAS bakal membentuk Kerajaan Taliban* seperti di Afghanistan jika berjaya tubuh kerajaan. (8 Mac 2019)", "7. Pemimpin Dap YB Chong Chien Jen bersetuju dan menyokong kenyataan YB Nga Kor Ming bahawa penyatuan Melayu bakal membentuk Kerajaan Taliban sekiranya menang PRU seterusnya telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara ini. (9 Mac 2019)", "8. Adun Mengkibol Dap YB Chew Chong Sin *mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch oleh ekstrimis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama UMNO-PAS untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama di kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam. (16 Mac 2019)", "9. Seorang lagi Ahli Parlimen Kluang DAP, YB Wong Shu Qi telah menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian di kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah. (9 Ogos 2019)", "10. Menteri dan Setiausaha Agung DAP YB Lim Guan Eng turut mencetuskan api kebencian dan perkauman dengan mendakwa permuafakatan Melayu UMNO dan PAS jika berjaya dibentuk akan mengambil hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia. (19 Ogos 2019)", "Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka Pemuda UMNO sekali lagi menggesa agar Tun Mahathir Mohamed dapat melakukan tindakan yang betul pada kali ini sebelum terlambat untuk menyatukan semula orang Melayu dengan menyingkirkan pemimpin-pemimpin Dap dan segelintir pemimpin rasis PKR daripada Kerajaan beliau demi mengembalikan maruah Melayu sebagaimana yang diucapkan dalam Kongres Maruah Melayu hari ini!", "Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/10/04/garis-tengah-antara-keutamaan-dan-keseimbangan/
[ "Muafakat Nasional telah mula bergerak menyelusuri ke setiap pelusuk negara menerusi pelbagai program dan aktiviti terutama ceramah yang melibatkan pimpinan UMNO dan PAS. Sambutan dan penerimaan rakyat terhadap program yang dianjurkan cukup memberangsangkan. Apatah lagi masing-masing di peringkat negeri, bahagian, kawasan dan juga cawangan mengambil inisiatif mengadakan ceramah dan wacana yang melibatkan pimpinan setempat dan negeri termasuklah menggandingkan pimpinan di peringkat pusat.", "Minggu lepas, ketika sepentas dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program Ceramah Perdana Muafakat Nasional Negeri Perlis. Saya telah tegaskan bahawa “Saya tidak melihat di manakah ‘ektremis’ dalam mana-mana ucapan pemimpin mahupun presiden PAS. Insya-Allah kita akan menunjukkan Islam adalah agama yang sederhana dan menjaga semua agama dan semua bangsa”. ", "Menjadi tanggungjawab semua memperjelaskan kepada rakyat secara konsisten bahawa Muafakat Nasional adalah keseimbangan dan kesederhanaan garis tengah antara dua kutub ekstrem iaitu berlebih-lebihan (ifrath) dan bermudah-mudahan (tafrith).", "\nDalam Perlembagaan Persekutuan jelas menekankan prinsip keseimbangan,kesederhanaan dan keadilan. Contohnya Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain dibenarkan untuk diamalkan dengan aman dan harmonis. Hakikatnya, orang Melayu memiliki kesedaran yang tinggi dengan watak keseimbangan. Sebutan kata gandingan rohani-jasmani, jiwa-raga, zahir-batin, dunia-akhirat dan seumpamanya jelas mengindikasikan kesedaran tersebut.", "Kegagalan membina watak yang mampu membezakan antara keutamaan, keseimbangan dan keadilan dalam kehidupan dan politik akan mengagalkan misi membangunkan watak (character building) yang terbaik kalangan rakyat khususnya pemimpin dan politikus. Akibat daripada kegagalan tersebut akan membawa kepada gejala kerosakan sepertimana yang digariskan oleh Mahatma Gandhi tujuh dosa besar pembawa kehancuran iaitu kekayaan tanpa bekerja, kesenangan tanpa hati nurani, ilmu tanpa watak, perniagaan tanpa etika, sains tanpa kemanusiaan, politik tanpa prinsip dan agama tanpa pengorbanan.", "Politik tanpa prinsip akan mencetuskan kecelaruan dan ketidakstabilan dalam diri dan parti. Pendekatan politik berprinsip Rasulullah SAW yang meletakkan keseimbangan dan keadilan sebagai keutamaan telah melahirkan tokoh pimpinan yang terhebat seperti Khalid Ibn al-Walid, Saad Abi Waqqas, Abu Ubaidah al-Jarrah, Tariq Ziyad, Saab Ib Abi Waqas dan lain-lain. Baginda SAW berjaya mewujudkan budaya politik yang berasaskan ilmu, fakta dan kebenaran, mengelak sama sekali politik perselisihan dalaman dan kalangan rakyat, apatah lagi yang melibatkan kepentingan ummah, bangsa dan agama.\n", "Menjadi keperluan dan tuntutan kepada pejuang UMNO memahami antara keutamaan (Awlawiyat) dan keseimbangan (Muwazanat) senario politik semasa. Keutamaan UMNO kini, memastikan rakyat memahami mesej Muafakat Nasional dan memastikan penyatuan ini dipertahankan. Penganjuran program bersama antara UMNO dan PAS amat digalakkan dan diperlukan. ", "Di masa yang sama menjadi keutamaan Barisan Nasional dan PAS berpadu tenaga bagi memastikan Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai berjalan lancar dan kita menawan kembali Parlimen tersebut. Terima kasih kepada kepimpinan PAS kerana menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional menentukan parti dan calon yang akan bertanding. Parti mana bertanding dan siapa calonnya akan ditentukan secara konsensus berdasarkan timbang tara yang seimbang dan mengambil kira pelbagai aspek.\n\nKeutamaan membangkitkan isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara perlu dilakukan secara berterusan. Isu dividen 2% Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tahun 2018 kepada pencarumnya, jelas membuktikan kegagalan kementerian menguruskan kepentingan rakyat dengan baik. Rakyat dan pencarum perlukan penjelasan yang tuntas apakah faktor utama yang menyebabkan agihan dividen terlalu rendah. Satu tindakan yang dangkal dan sempit jika sekadar menyalahkan kerajaan terdahulu. Sedangkan selepas PRU-14, kerajaan telah menukar kakitangan pengurusan dan ahli lembaga Boustead dan LTAT termasuk melupus, menjual aset dan kepentingan Boustead dan LTAT. Persoalannya Ke mana hasil penjualan aset tersebut dibelanjakan? Untuk membayar hutang negara? Jangan pulak “untung secupak, rugi segantang” hutang negara bertambah, aset pulak semakin berkurangan. Kerajaan yang bertanggungjawab akan berusaha dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan perlu diseimbangkan bukan sekadar retorika politik semata-mata tanpa tindakan.\n\nPemberatan yang tidak seimbang antara harapan dan tindakan menjadi salah satu faktor penolakan rakyat kepada kerajaan hari ini. Walaupun senario tersebut memberikan kelebihan kepada UMNO dan PAS tetapi langkah berwaspada dan berhati-hati dalam setiap tindakan perlu diutamakan. Selayaknya roh Muafakat Nasional (#HPU914) sudah mampu memperteguhkan kesatuan dan keutuhan dalaman UMNO. ", "Bagi menjaga keharmonian bersama kita elakkan berlakunya desakan, berbeza pandangan dan perdebatan secara terbuka yang mengelirukan ahli dan rakyat. Jadikan perbezaan pandangan sebagai satu rahmat bagi mencari solusi yang terbaik. Berikan ruang kepada kepimpinan membuat penilaian dan memutuskan yang terbaik berdasarkan kepada kemaslahatan bersama dan mengikut saluran yang betul bagi mengelak berlakunya spekulasi politik yang keterlaluan yang akan melemahkan parti.", "Semangat mengutamakan yang utama, seimbang berteraskan keadilan dan secara konsensus menjadi pemberat kepada saf kepimpinan UMNO dan BN dalam membuat sesuatu keputusan apatah lagi keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat khususnya orang Melayu. UMNO terbuka dan bersedia bersinergi dengan mana-mana parti politik, NGO dan individu yang seiring dengan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan tanah air. Kita beriltizam menjadikan gelombang kebangkitan agenda Muafakat Nasional merakyat dan keutamaan untuk terus disemarak, diperjuang dan dipertahankan selamanya oleh UMNO-PAS serta rakyat keseluruhannya.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/10/03/dua-sebab-ph-hapuskan-gst-dan-satu-sebab-dap-tidak-akan-perkenalkannya-semula/
[ "\nKERAJAAN PH sudah lama tahu bahawa GST adalah lebih baik daripada SST.", "Dan mereka juga tahu bahawa apabila mereka hapuskan GST dan memperkenalkan SST tahun lepas maka akan ada kelompongan bajet berbillion ringgit kerana ketirisan kutipan hasil daripada sistem cukai SST yang tidak cekap.", "Namun mereka degil dan buat juga dan hapuskan GST.", "Ini adalah kerana dua sebab:", "PERTAMA, pada awal tahun lepas ramai penganalisa-penganalisa ekonomi berpendapat bahawa harga minyak mentah dunia akan menaik setinggi USD100 dollar Amerika setong.", "Jika ini berlaku maka kerajaan akan mendapat hasil yang tinggi dari export minyak mentah negara.", "Oleh itu mereka (PH) fikir kehilangan pendapatan daripada ketirisan SST tidak akan terasa dan boleh ditutup dengan peningkatan hasil jualan minyak.", "Dan mereka (PH) telah membuat Bajet 2019 yang lepas berdasarkan pertimbangan ini dan tanggapan bahawa hasil daripada harga minyak akan diperoleh pada harga yang tinggi iaitu USD72 setong.", "Dalam Dewan Rakyat dan di luar dewan, mereka (PH) dengan megah mengatakan bahawa Bajet 2019 adalah Bajet perbelanjaan yang terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak RM325 billion.", "Saya telah tidak bersetuju dengan hal ini dan berpendapat bahawa apa yang mereka buat tersebut adalah tindakan yang tidak bijak.", "Sebab berdasarkan pengalaman saya di Unit Perancang Ekonomi dahulu dan pengalaman saya menganalisa pasaran kewangan termasuk komoditi minyak di luar negeri, tidak ada sesiapa yang boleh mengagak dengan tepat berkenaan turun naik harga minyak dunia kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor.", "Oleh itu, keputusan kerajaan PH tersebut tidak lain seperti bermain judi dengan kewangan negara dan kebajikan rakyat.", "Beberapa bulan selepas Bajet 2019, harga minyak dunia telah turun ke paras USD50 setong.", "Tiba-tiba mereka ada kelompongan Bajet sebanyak RM22 billion. Kerajaan PH telah panik.", "Dan tiba-tiba selepas itu mereka bertindak mahu memotong itu dan ini sehingga saiz penjawat awam dipersoalkan kerana kononnya menjadi beban kepada kerajaan.", "Dan banyak bantuan-bantuan kepada rakyat juga dipotong.", "Dan sebab itu juga saya pernah berkata kepada sahabat-sahabat saya dalam kerajaan Terengganu dan Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan PH tidak akan membayar royalti minyak 20% kepada kerajaan negeri dan hanya akan berdolak dalih berkenaannya kerana harga minyak telah turun dan mereka (PH) kini mempunyai masalah kewangan dan kelompongan Bajet yang besar.", "Dan aset-aset negara yang dibina berpuluh tahun telah sekelip mata dilelong dan dividen-dividen institusi-institusi pelaburan kerajaan yang sebelum ini memberi pulangan yang baik iaitu setinggi 12-15% tiba-tiba jatuh ke paras serendah 1-2%.", "Salah siapakah ini? Adakah ia salah rakyat? Atau salah BN dan 1MDB lagi? Atau mereka (PH) yang tidak tahu mentadbir ekonomi?", "Bulan lepas Perdana Menteri Dr. Mahathir berkata harga minyak akan naik sebab pengeluaran minyak dunia akan turun akibat serangan pemberontak Houthi Yaman ke atas telaga-telaga minyak Arab Saudi.", "Namun harga minyak tidak naik malah tetap rendah sehingga hari ini di paras sekitar USD50 setong.", "Mahathir dan Lim Guan Eng sepatutnya mengaku bahawa mereka tidak tahu dan mengagak-ngagak sahaja.", "Dahulu saya pernah menulis bahawa harga minyak dunia tidak lagi hanya ditentukan oleh pengeluaran dan permintaan minyak dunia seperti tahun 70an ke 90an dahulu dan tidak “straight forward” seperti dalam buku-buku teks ekonomi, tetapi ianya dipengaruhi besar oleh pasaran kewangan.", "Mungkin Mahathir dan Lim Guan Eng tidak sempat menelaah perkara ini atau tidak mengikuti perkembangan ekonomi semasa.", "Hakikatnya mereka (PH) telah berjudi dengan kewangan negara dan telah rugi.", "Dan rakyat yang menanggung sengsara.", "KEDUA, apabila Kerajaan PH memperkenalkan semula SST dan menghapuskan GST tahun lalu, banyak tauke-tauke perniagaan yang tiba-tiba boleh lari semula daripada membayar cukai.", "Tauke-tauke ini sememangnya tidak mahu bayar cukai GST dan telah berkempen bersama-sama Dap pada pilihan raya umum ke-14 yang lepas untuk menghapuskan GST.", "Sebab itu tauke-tauke ini suka Dap.", "Tauke-tauke ini tidak suka GST sebab sistem cukai berperingkat GST yang telus akan menunjukkan struktur kos sebenar mereka dan hasil keuntungan sebenar yang mereka dapat, dan sama ada mereka mengambil kesempatan menaikkan harga kepada pengguna.", "Dan dengan GST mereka tidak boleh lari dari cukai sebab jika mereka cuba lari dari cukai atau cuba menyorokkan kos sebenar maka mereka tidak boleh claim rebate daripada kerajaan.", "Ini juga menyukarkan mereka untuk beroperasi di dalam “ekonomi gelap” iaitu kegiatan ekonomi di mana mereka tidak perlu isytihar pendapatan dan keuntungan dan di mana terdapat kegiatan penggubahan wang haram yang berleluasa.", "Ekonomi gelap ini adalah besar dan dianggarkan bersaiz beratus billion sehingga RM1 trillion.", "Semua tauke-tauke dalam ekonomi gelap ini menikmati keuntungan hasil daripada infrastruktur dan kestabilan yang disediakan oleh kerajaan untuk semua rakyat tetapi mereka tidak mahu bayar cukai walau sesen pun.", "Dan kini Dap telah menjadi Menteri Kewangan dan berkuasa ke atas kerajaan dan dasar-dasar kewangan negara.", "Dap tentunya terhutang budi kepada banyak ahli-ahli perniagaan dan tauke-tauke yang tidak mahu bayar cukai GST, sebab itu manifesto yang ditunaikan oleh mereka dahulu ialah menghapuskan GST.", "Sebab itu juga saya berpendapat bahawa mereka (PH) dan Dap tidak akan kembalikan GST sebab mereka perlu “melindungi” kepentingan tauke-tauke ini.", "Semalam penasihat ekonomi Perdana Menteri Professor Jomo KS berkata dia tidak setuju dengan GST namun mengakui SST adalah tidak baik.", "Dia kata dia akan cadang satu sistem percukaian yang bijak.", "Jika sistem cukai yang “bijak” ini maksudnya tukar baju dan nama SST tetapi masih mengekalkan lubang-lubang untuk tauke-tauke lari dari bayar cukai, maka ianya tidaklah sebijak mana.", "Dan jika ianya adalah sistem cukai yang menutup semua lubang-lubang supaya tauke-tauke tidak boleh lari dari cukai, maka itulah dia GST walau apapun namanya ditukar.", "Berhentilah perbodohkan rakyat. Rakyat sekarang tidak lagi bodoh.", "Dan dahulukanlah kepentingan rakyat di hadapan, bukan kepentingan tauke-tauke. – UMNO ONLINE", "Isham Jalil" ]
https://umno-online.my/2019/10/02/2-kegagalan-ph-rugikan-ahli-ltat-ismail-sabri/
[ "BERITA semalam dalam sejarah Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan dividen pembahagian paling rendah iaitu sebanyak 2% untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018.", "Yang hairannya kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini ibarat lempar batu sembunyi tangan.", "Sudah terang benderang mereka ini gagal serba serbi tapi masih mahu tunjuk pandai dalam bab-bab ekonomi, tanpa segan silu, masih lagi mahu memperbodohkan orang ramai dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara ini.", "Siapa lagi yang masih percaya? Sudahlah manifesto hanya untuk umpan undi, hari ini satu persatu aset kerajaan dijarah oleh mereka.", "Bermula dengan Khazanah Nasional Berhad, sebuah syarikat kerajaan yang menguntungkan, setelah PH menguasai kerajaan, tindakan menjual aset dan pelaburan berlaku sejak mula dan sehingga kini tiada nampak pengakhirannya.", "Tabung Haji yang dulunya mengagih hibah lebih dari 6%, tahun lepas hanya mengagihkan hibah sebanyak 1.25% sahaja.", "Berbanding dengan kerajaan BN dahulu pada tahun 2009 – 2017, dividen LTAT dibahagikan dalam lingkungan maksimum 16% iaitu pada tahun 2012 dan 2013 manakala paling minumum adalah 12% iaitu pada tahun 2015 dan 2016.", "Manakala bagi tahun 2017 pula dividen dibahagikan sebanyak 12.5%.", "Yang hairannya Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT telah menjual Hotel Royal Chulan di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura.", "Kemana perginya wang jualan tersebut? Tidakkah jualan tersebut untuk menambah pendapatan yang sepatutnya dipulangkan kepada ahli LTAT melalui dividen yang tinggi?", "Purata pembahagian dividen LTAT semasa pentadbiran kerajaan BN menunjukkan bahawa kerajaan BN bijak menguruskan kewangan LTAT dengan baik sehingga dividen dapat diagih pada kadar tinggi tanpa menimbulkan sedikit pun kelemahan dalam pengagihan dividen.", "Saya percaya, hari ini anggota tentera/pesara amat terkilan dan sedih dengan berita ini setelah beberapa kali anggota tentera kita diasak dengan pelbagai isu, sehingga khidmat mereka menjaga keselamatan negara dinafikan oleh Taikun Dap, Koon Yew Yin dengan mengatakan bahawa “askar hanya makan tidur sahaja”.", "Taikun Dap ini juga bertindak menggesa kerajaan PH untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar yang dilaporkan dalam Air Times News Network.", "Namun pada hari ini dividen anggota tentera/pesara LTAT pula diagihkan dengan nilai peratusan paling rendah dalam sejarah setelah kerajaan PH mentadbir.", "Apa makna semua ini setelah anggota tentera/pesara kita menabur jasa dan khidmat mereka menjaga keselamatan negara sepanjang hidup mereka namun pada akhirnya, mereka cuma layak menerima dividen sebanyak 2% berbanding sebelumnya ?", "Agihan dividen yang rendah ini bukan seperti apa yang mereka harapkan.", "Kejatuhan nilai saham dua aset terbesar LTAT iaitu Boustead Holdings dan Affin Bank yang paling teruk dalam sejarah bukan salah kerajaan BN dan bukan juga salah rakyat mahupun anggota tentera/pesara.", "Ia adalah salah kerajaan PH yang tak pandai menguruskan aset negara!", "Secara jelasnya, kerajaan PH sudah tidak layak menerima sokongan dari anggota tentera/pesara lagi setelah kebajikan anggota tentera/pesara dipandang enteng oleh kerajaan PH.", "Rakyat cuma mampu berharap tetapi adakah kerajaan PH yang dikuasai oleh Dap ini akan berhenti menjual aset-aset negara?", "Adakah mereka akan meneruskan kepincangan mereka mentadbir negara?", "Saya berharap agar Permodalan Nasional Berhad tidak menerima ‘nasib’ yang sama seperti Khazanah Nasional Berhad dan Tabung Haji. Kita tunggu nasib Amanah Saham Bumiputera (ASB). Berapakah dividennya nanti? – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\nKetua Pembangkang / Naib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/09/30/apabila-pendokong-tegar-sendiri-mahu-ph-kalah/
[ "\nSESUDAH lebih 500 hari PH menjadi kerajaan, suara kemarahan dan tidak puas hati terhadap pentadbiran PH semakin menjadi-jadi.", "Bagi rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, tetapi mengundi PH di PRU 14, mereka menyesal memilih parti PH kerana janji-janji yang tak tertunai.", "Bagi penggerak dan pejuang tegar PH mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu yang setia, dan satu lagi yang kritikal.", "Orang seperti Dr Rais Hussin yang dianggap sebagai “Chief Strategist” Parti mulai menunjukkan sikap kritikalnya terhadap kemampuan PH.", "Dia terpaksa menanggung kesan akibat kenyataan terbukanya yang dianggap menyalahi disiplin parti.", "Tetapi golongan seperti beliau, termasuk seorang penulis tegar pendokong PH dan pembelasah UMNO-PAS, Dennis Ignatius, (FMT, 25 Sept, 2019, This by-Election, Save PH by Voting BN) tetap menganggap bahawa dalam semua hal PH adalah tetap pilihan mereka, di sebalik kritikan pedas terhadap parti PH mereka sendiri.", "Dennis menganggap dengan mengalahkan PH kali ini di PRK Tanjung Piai akan memberi pengajaran kepada mereka tentang kegagalan menangani isu dan masalah yang dihadapi negara hari ini.", "Adalah sesuatu yang jelas menunjukkan kekecewaan (disenchantment) mereka sendiri terhadap harapan yang mereka sandarkan terhadap PH.", "Walaubagaimanapun, bagi golongan kritikal ini masih menganggap bahawa politik BN sudah tamat riwayatnya. Mereka masih terbuai dengan menu politik kleptocracy dan rasisme yang dijaja selama ini.", "Dengan jajaan ini mereka yakin rakyat akan tetap di belakang menyokong mereka. Dan BN sudahpun dikafan dan dikuburkan dalam liang lahat masa.", "Mereka tidak terfikir bahawa BN boleh bangkit semula menjadi pilihan yang baik. Bagi mereka yang belajar dari kesilapan dan kelemahan lalu tentunya akan memperbaiki diri dan parti untuk menjadi yang lebih baik.", "Kisah bagaimana sebuah kerajaan baru yang dibentuk hanya bertahan satu penggal saja sudah ada di depan mata.", "Parti Demokrat Jepun (DPJ) yang muncul menjadi kerajaan popular dalam pilihan raya Jepun 2009 menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang begitu lama menguasai kerajaan.", "Namun DPJ hanya mampu bertahan sepenggal sahaja dan hilang kuasa pada tahun 2012.", "Punca kekalahannya sama seperti yang kita saksikan hari ini dalam kerajaan PH.", "Antara faktor utamanya ialah krisis dalaman dan perkelahian terbuka antara anggota parti sehingga rakyat bosan dan meluat.", "Dan mereka masih menyangka bahawa rakyat masih tetap bersama dengan mereka atas sentimen bahawa tidak mungkin rakyat akan kembali semula memilih LDP untuk memerintah Jepun, kerana LDP telah memerintah terlalu lama dan diselubungi dengan pelbagai isu dan skandal sejak tahun 1955 lagi.", "Kedua, DPJ tenggelam punca dan ketidakmampuan untuk melaksanakan semua janji-janji perubahan. Mereka telah menjanjikan langit dan bintang kepada rakyat Jepun, ketika sentimen kebencian terhadap LDP memuncak ketika itu.", "Akhirnya DPJ (yang terdiri dari pelbagai gabungan parti itu) terperangkap dalam paradok janji reformasi terhadap rakyat. Rakyat hanya menyaksikan perubahan parti politik tetapi polisi masih sama (paradox of political change without policy change).", "Pada pilihan raya 2012, LDP kembali berkuasa. Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan menjadi pemerintah sejak tarikh tersebut, rakyat akhirnya kembali memberi kepercayaan kepada LDP untuk mentadbir Jepun hinggalah sekarang.", "Dan LDP belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu. Ia mulai berkembang dengan meluaskan jaringan kerjasama dengan parti-parti lain seperti New Conservative Party (Hoshu Shinto) dan Buddhist New Komeito pada tahun 2003.", "Selepas kekalahan pada pilihan raya 2009, LDP kembali semula ke pentas politik nasional dan bekerjasama dengan sebuah parti New Komeito pada pilihanraya 2012.", "DPJ yang masih dibuai oleh anggapan palsu bahawa rakyat masih menyokong hanya mampu melihat kemenangan mutlak LDP kembali berkuasa.", "Mengambil kisah dari LDP ini, PH tidak boleh terlalu angkuh menganggap bahawa rakyat masih bersama dengan mereka.", "Mereka berfikir bahawa masih tiada muhasabah di kalangan BN. Dan BN masih tidak mahu belajar dari kesilapan mereka yang lalu. Budaya lama yang buruk masih menguasai BN.", "Kemenangan tiga PRK dengan kerjasama BN-PAS adalah petanda awal kepada kerapuhan PH.", "Tetapi bila kemenangan PH di PRK Sandakan, DAP khususnya dengan bangga menyatakan bahawa rakyat tetap bersama mereka dan menolak politik BN. Ia menutup mata-hati mereka bahawa mereka sebenarnya berada di ambang kejatuhan.", "Tanjung Piai akan menjadi satu lagi penanda aras samada kerajaan PH ini akan terus diterima rakyat atau sebaliknya.", "Meskipun pihak BN sedang serius membuat pertimbangan calon, namun akan sampai masanya apabila rakyat sudah tidak kisah siapa pun calon asalkan PH dapat dikalahkan.", "Dan yang menariknya ialah para pendokong tegar PH seperti Dennis Ignatius sendiri mahukan PH tewas kali ini. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir\nAhli Majlis Tertinggi UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/09/27/muafakat-nasional-tanjung-piai-medan-ujian-pertama/
[ "MUAFAKAT Nasional (MN) buat waktu ini akan menjadi platform semak dan imbang kepada kerajaan bagi menyuburkan lagi amalan demokrasi di dalam negara. Muafakat ini juga akan memperkukuhkan lagi blok pembangkang yang pastinya menguatkan peranan Barisan Nasional dan PAS dalam memperjuangkan hak dan tuntutan rakyat. Muafakat ini akan bergerak ke arah aliran garis tengah sederhana dan bukannya ke garis keras kanan mahupun garis keras kiri.", "Muafakat ini pastinya memberi impak yang besar kepada rakyat dan kerajaan. Terdapat usaha-usaha daripada pihak tertentu memberikan gambaran negatif kepada Muafakat ini melalui artikel, wacana, ceramah dan infografik di Media sosial, portal dan akhbar. Kita merasa cukup terkilan dengan paparan sebuah akhbar yang menghina Muafakat Nasional, pemilik dan penyunting akhbar tersebut mempunyai kecenderungan menghasut rakyat dan menghina Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914). Inilah antara cabaran besar politik toksid yang akan kita depani pasca Muafakat Nasional dari semasa ke semasa.\n\nGolongan pengadu-domba ini pastinya akan terus berusaha bagi menghalang sebarang usaha ke arah kebaikan yang akan merugikan mereka. Sepertimana amaran Allah SWT:\n“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang ke sana ke mari mengadu domba.” \n(al-Qalam 10 – 11)", "Begitu juga sabda Rasulullah SAW berkaitan dengan golongan ini:”Kamu akan mendapati sejahat-jahat manusia adalah orang yang memiliki dua wajah; yang datang kepada sebahagian orang dengan satu wajah dan datang kepada yang lain dengan wajah yang lain.” \n(Bukhari 3493 Muslim 2526)", "Agenda besar permufakatan UMNO PAS seperti yang saya gariskan dalam enam hasrat permuafakatan akan terbantut jika terdapat dalam kalangan kita yang terpengaruh dengan golongan pengadu domba. Oleh sebab itu dalam apa keadaan sekalipun ummah dan negara hendaklah diutamakan berbanding kepentingan peribadi, kaum dan puak.", "Alhamdulillah, UMNO sudah memasuki fasa kedua pasca Muafakat Nasional dengan penganjuran konvensyen UMNO mengikut negeri. Syabas diucapkan kepada seluruh pengerusi perhubungan UMNO negeri, walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan mereka tetap berusaha mengadakan konvensyen ini. Melalui konvensyen ini semoga kesatuan dan kekitaan di kalangan pejuang UMNO dapat dimantapkan, diperteguhkan dan diperkukuhkan.\n\nSemasa merasmikan Konvensyen UMNO Sabah pada minggu lalu, saya dapat rasakan roh perjuangan UMNO Sabah masih kental, disuburkan dengan tokoh-tokoh baharu yang begitu tinggi semangat juangnya. Saya berkeyakinan perjuangan yang tertangguh ini dapat ditebus kembali apabila empat elemen penting dapat dikenal pasti iaitu:", "• Menggali potensi Sabah apabila terbentuknya kerajaan baharu kelak\n• Menawarkan Sabah sebagai negeri yang berotonomi dan melaksanakan butiran MA63\n• Menghidangkan tawaran baharu (new deal) yang dikenal pasti untuk rakyat Sabah\n• Melaksanakan harapan Sabah untuk orang Sabah.", "Kini Muafakat Nasional mula diuji. Pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai akan menjadi medan ujian pertama Muafakat Nasional. Pelbagai pandangan telah diutarakan berkaitan calon dan parti yang selayaknya bertanding. Semua pandangan tersebut saya menerimanya dengan positif. Apa yang pasti keputusan yang besar dan berisiko ini memerlukan kajian dan pendekatan yang pelbagai, termasuk berunding secara dalaman dengan rakan komponen dan PAS.", "Mengambil pendekatan yang pernah digariskan oleh Syeikh Yusuf al-Qaradawi, dua aspek penting yang perlu dipertimbangkan sebelum ketetapan dan keputusan berkaitan calon dibuat:", "• Fiqh Muwazanat: Faham keseimbangan, untuk mengimbangi pelbagai kepentingan dari aspek kemampuan, tahap sokongan dan keberkesanan untuk memutuskan apa yang perlu didahulukan dan apa yang perlu dikesampingkan.", "• Fiqh Awlawiyat: Faham keutamaan, iaitu mengambil keputusan atas perspektifnya yang betul. Tiada perkara penting yang diremehkan dan tiada perkara kecil yang dibesar-besarkan. Tiada masalah kritikal yang dipandang kecil dan tiada isu picisan yang dipanjangkan.\n\nMenjadi keutamaan kepada saya dan kepimpinan UMNO memelihara kesatuan dalaman parti dan rakan komponen. Sebelum apa-apa keputusan dan ketetapan dibuat pastinya apa yang telah digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional akan menjadi rujukan dan panduan. Kita cuba elakkan percanggahan sesama sendiri yang merugikan. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita pedoman dan keputusan yang terbaik.", "Sebagai panduan marilah kita hayati ungkapan Pak Natsir: “Manusia adalah hayawanun natiq, haiwan yang berfikir dan berakal. Selamanya terbuka kesempatan untuk berfikir, maka tetap ada kemungkinan berbeza dalam kejujuran (honest differences of opinion). Hasil daripada berfikir dan berijtihad, bukanlah suatu yang ditakuti. Berbeza pandangan bukanlah faktor perpecahan (tafarruq). Ia merupakan pendorong untuk mengasah otak dan meninggikan mutu berfikir dan mutu kecerdasan umat. Perpecahan timbul apabila perbezaan pandangan ditunjangi oleh hawa nafsu oleh pihak yang berkenaan dan berkepentingan yang tidak mengetahui ke mana jalan penyelesaian apabila tidak memperolehi persetujuan”.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/09/26/muafakat-nasional-mahasiswa-dan-nilai-integriti-pemimpin/
[ "Pada 25 September 2019 berlangsung satu forum bertajuk “Keterlibatan Mahasiswa Dalam Politik dan Masyarakat” bertempat di Dewan Perdana 1, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya anjuran Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya dengan kehadiran tetamu jemputan Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hassan.", "Sebagai rumusan daripada forum tersebut, Timbalan Presiden UMNO yang lebih mesra dipanggil Tok Mat mendorong mahasiswa dan mahasiswi untuk terus melibatkan diri dalam program kesatuan, organisasi dan pertubuhan dalam persekitaran universiti berpandukan tiga perkara iaitu pertama bina integriti diri yang tidak dipersoal orang ramai.\n\nHal ini bertepatan dengan kehendak politik semasa yang mementingkan soal integriti para pemimpin, jika hilang asas ini maka hilanglah kepercayaan rakyat kepada pemimpin tersebut.", "Perkara kedua yang ditekankan adalah ilmu dan pengetahuan. Mahasiswa yang berminat untuk menjadi pemimpin perlulah memastikan pengisian ilmu di dada mencukupi dan tamatkan pelajaran sebelum menceburi politik secara aktif kerana mencari ilmu itu paling mustahak.", "Perkara ketiga yang perlu ada bagi seorang pemimpin adalah sikap merendah diri dan bertanggungjawab. Rakyat akan kenang seseorang pemimpin itu jika sifat ini ada dalam dirinya serta rajin turun ke kawasan melihat keluh kesah rakyat tetapi jika sebaliknya maka sudah semestinya akan dibenci rakyat.\n\nNamun begitu, apa yang lebih menarik dalam sesi forum tersebut ialah soalan yang diajukan oleh salah seorang pelajar yang bertanyakan adakah Muafakat Nasional UMNO-PAS akan mendiskriminasikan kaum lain?", "Jawapannya cukup mudah diberikan, sepanjang 61 tahun pemerintahan UMNO bersama Barisan Nasional (BN) tidak ada satu kaum pun dipinggirkan malah BN begitu komited menjaga kestabilan masyarakat majmuk berpandukan hak dan keperluan yang telah termaktub dalam perlembagaan.", "Turut disentuh adalah berkaitan dengan ekonomi semasa yang dilihat semakin menguncup. Persoalan yang dilontarkan, ke mana perginya pinjaman yang dibuat oleh kerajaan, duit hasil penjualan asset-aset negara yang tidak dirasai oleh rakyat Malaysia malah semakin banyak bantuan dan insentif kerajaan dipotong sejak kerajaan baru memerintah.", "Oleh sebab itu, beliau mengajak mahasiswa dan mahasiswi untuk mengundi dan memilih pemimpin berdasarkan kewajaran akal fikiran bukannya menggunakan hati dan perasaan takut kelak menyesal tak sudah.\n\nWalaupun umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun yang telah dipersetujui oleh blok pembangkang tetapi sebagai nilai tambah pendaftaran sebagai pengundi perlulah secara automatik bagi memudahkan urusan rakyat yang tinggal di luar bandar.", "Konklusinya, masa hadapan negara bergantung kepada golongan muda khususnya mahasiswa-mahasiswi untuk berfikiran waras dan matang serta tidak mudah diperguna oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik peribadi.", "Muafakat Nasional adalah satu alternatif kepada rakyat selepas kerajaan baru yang ada hari ini dilihat lebih banyak menyumbang kepada kegelisahan dan keresahan rakyat, apatah lagi isu-isu sensitif semakin menular sehinggakan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan juga mula dipertikai.", "Apa yang pasti, pelajar perlu menjadikan universiti sebagai gedung ilmu dan pusat untuk melatih diri menjadi bakal seorang pemimpin negara yang produktif dan dinamik kerana anak-anak muda cerminan masa depan negara, jika baik coraknya maka cerahlah masa depan negara tetapi jika buruk budi pekertinya maka buruklah buat negara yang kita cintai.", "Salam perjuangan\n\nAIMAN JA’APAR" ]
https://umno-online.my/2019/09/26/sah-500-hari-ph-berkuasa-lebih-rm30-bilion-aset-negara-dijual/
[ "DATA terkini membuktikan genap 500 hari Pakatan berkuasa, sebanyak lebih RM30 bilion aset negara telah dijual.", "2. Data ini bermakna setiap hari Pakatan menjual aset negara sebanyak RM60 juta secara purata, bersamaan dengan RM2.5 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.", "3. Ada pihak cuba bandingkan dengan rekod Datuk Seri Najib Razak dahulu melupuskan aset Khazanah sebanyak RM45.3 bilion dalam tempoh 9 tahun, sedangkan Pakatan baru berkuasa 500 hari tetapi sudah menjual lebih RM30 bilion aset negara. Terlampau banyak dijual dalam masa yang terlalu singkat.", "4. Paling membimbangkan tentulah hakikat bahawa penjualan aset-aset negara di bawah Pakatan ini tidak diganti dengan pembelian aset-aset strategik terkemuka – jauh berbeza dengan era BN di bawah Datuk Seri Najib Razak dahulu yang terbukti menyalurkan pula hasil pelupusan aset bagi menjana pelbagai pelaburan strategik yang lain.", "5. Berikut ialah senarai lengkap aset negara yang telah sah dijual dalam tempoh 500 hari Pakatan berkuasa:", "6. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-divest-16-ihh-mit…).", "7. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018 (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/…).", "8. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/axiata-jual-semua-kepentingan-…).", "9. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin…).", "10. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag…).", "11. Kementerian Kewangan (MOF) menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/takkan-seluar-dalam-pu…/).", "12. Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…).", "13. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/harga-saham-tnb-menjunam-permo…).", "14. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/drb-hicom-jual-11-peratus-kepe…).", "15. Axiata pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/anak-syarikat-axiata-jual-pern…).", "16. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-signs-framework-a…).", "17. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/…/fgv-sells-unit-china-grand-industr…).", "18. Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thestar.com.my/…/khazanah-unit-to-divest-office…).", "19. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thesundaily.my/…/malakoff-pays-us-70m-for-desar…).", "20. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/484209…).", "21. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.thestar.com.my/…/khazanah-to-sell-prince-court-…).", "22. Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/…/khazanah-sells-its-controlling-sta…).", "23. Jumlah kesemua penjualan aset negara ini adalah sekitar RM35.789 bilion.", "24. Kerajaan Pakatan menjual paling banyak aset negara kepada Jepun iaitu sebanyak RM9.605 bilion (RM8.41 bilion IHH, RM1.02 bilion PCMC, dan RM175 juta Modenas).", "25. Kerajaan Pakatan menjual aset negara kedua paling banyak kepada China iaitu sebanyak RM9.11 bilion (RM1.6 bilion Pejabat Konsulat di Hong Kong, RM7.41 projek Bandar Malaysia, dan RM100 juta FGV China Oils Ltd (FGVCO).", "26. Kerajaan Pakatan menjual aset negara ketiga paling banyak kepada Singapura iaitu sebanyak RM7.156 bilion (RM1.65 bilion M1, RM4.73 bilion DUO, RM579 juta aset digital Axiata, dan RM197 juta Hotel Royale Chulan).", "27. Akibatnya, saiz aset negara mengecil tanpa pelaburan strategik yang baru demi memberi wang kepada kerajaan Pakatan seperti mana didedahkan Khazanah sendiri: ia merancang untuk “menyediakan lebih banyak wang tunai kepada kerajaan dengan mengecilkan pegangannya” dalam aset ‘komersial’ dan mengurangkan ‘kehadiran luar pesisir’ (https://www.freemalaysiatoday.com/…/lebih-tunai-kurang-kaw…/).", "28. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Khazanah Nasional menjual asetnya untuk membantu kerajaan membayar hutang yang dilakukan pentadbiran terdahulu (Rujuk: ‘Dr M: Khazanah jual aset untuk bayar balik hutang dibuat Najib’ https://www.malaysiakini.com/news/492707).", "29. Namun begitu, hutang terus negara meningkat naik sebanyak RM124 bilion yakni daripada RM686 bilion pada akhir 2017 (era BN) kepada RM810 bilion sekarang (Rujuk Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp dan juga Bon Samurai https://www.bharian.com.my/…/tun-m-mahu-terbitan-bon-samura…).", "30. Begitu juga dengan nisbah hutang kerajaan meningkat daripada 48.7% pada suku pertama 2018 (era BN) kepada 52.7% pada September 2019.", "31. Prinsipal hutang 1MDB juga tidak berkurang.", "32. Maka, apa rasional sebenar penjualan besar-besaran aset negara ini kerana prinsipal hutang 1MDB dan hutang negara langsung tidak berkurang sebaliknya bertambah?", "33. Berdasarkan jumlah jualan aset negara kepada tiga negara iaitu Jepun, China, dan Singapura, terdapat dimensi ekonomi politik yang boleh digunapakai.", "34. Tulisan sarjana Michael Mastanduno dalam karya Foreign Policy terbitan Oxford University Press pada tahun 2016 dalam Bab ‘Economic Statecraft’ boleh memberi petunjuk.", "35. Beliau memberi definisi ‘economic statecraft’ sebagai ‘the use of economic tools and relationships to achieve foreign policy objectives’ (halaman 222).", "36. Terdapat dua jenis ‘economic statecraft’ ini: negatif (seperti ancaman atau sekatan ekonomi) dan positif (insentif atau ganjaran).", "37. Apabila dihubungkan dengan objektif Pakatan yang cuba untuk merundingkan kembali kos projek ECRL dan mendapatkan Jho Low (dengan China), cuba untuk mendapatkan Bon Samurai (dengan Jepun), dan mendapatkan kembali dana 1MDB dan rundingan projek seperti HSR (dengan Singapura), maka penjualan aset negara besar-besaran kepada ketiga-tiga negara asing itu boleh dilihat sebagai ‘ganjaran’ demi mencapai objektif-objektif tersebut.", "38. Bacalah amaran Tan Sri Khalid Ibrahim ini – bekas Menteri Besar Selangor yang juga tokoh korporat bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB), bekas CEO Kumpulan Guthrie Berhad, Penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), dan juga Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC):", "“Tindakan kerajaan menjual aset negara merugikan Malaysia dalam dua perkara. Kita kalah dua benda, harta itu sudah tidak ada lagi, dan hutang pula kita terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi”.", "39. Kerajaan Pakatan wajib menghentikan serta-merta dasar menjual aset-aset negara kepada kuasa asing secara besar-besaran. Ingatlah pepatah Melayu berikut:", "‘Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti’", "‘Ingat antara belum kena, hemat antara belum habis’", "‘Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya’.", "Abdul Muein Abadi\nPensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)" ]
https://umno-online.my/2019/09/24/tanjung-piai-dan-nilai-baru-dalam-berpolitik/
[ "BERPULANGNYA Allahyarham Datuk Wira Dr Mohamad Farid Mohamad Rafik adalah kepulangan yang menyedihkan.", "Saya dan seluruh rakan-rakan kepimpinan dalam UMNO mengucapkan takziah dan rasa dukacita yang sangat mendalam kepada keluarga besarnya.", "Semoga Allah menempatkan Allahyarham di tempat paling baik disisi-Nya.", "Kepada bonda Allahyarham, Puan Norma Mohammad, yang semua kami kenali, insyaAllah anakandanya Husnul Khotimah jua.", "Dengan pendidikan yang baik, peribadinya baik, ilmunya di manfaatkan dengan baik dan seluruh hidupnya untuk kebaikan, insyaAllah kematiannya juga penuh kebaikan.", "Kedua, nasihat saya kepada pelbagai penganalisis politik dan pelbagai parti politik, janganlah kita begitu ghairah dengan pelbagai ramalan tentang pilihan raya kecil Tanjung Piai ini.", "Kita seolah-olah lupa bahawa ada isteri, anak-anak, ibu ayah dan keluarga yang baru sahaja kehilangan orang yang mereka cintai.", "Politik tidak boleh mengatasi kemanusian kita. Dan politik mesti dipandu oleh nilai dan sentuhan manusiawinya.", "Lalu tundalah dulu segala analisis anda, komen anda dan apa jua pandangan politik anda dan beri ruang untuk tempoh duka itu sedikit berlalu.", "Ketiga, pelbagai spekulasi, justifikasi dan telahan telah di sebar luas tentang parti mana yang harus bertanding dengan pelbagai nama diutarakan.", "Kepada semua mereka ini, hanya satu pesan saya. Anda semua masih terperangkap dalam paradigma ‘pemikiran politik’ sempit.", "Memberitahu UMNO dan PAS bahawa oleh kerana kami telah mengetengahkan agenda Muafakat Nasional, maka kami harus memberikan laluan kepada MCA untuk membuktikan kami mendukung politik multicultural adalah sangat dangkal.", "Anda masih tidak boleh keluar dari pemikiran poliik dari lensa kaum yang sempit. Bahawa kawasan tertentu mesti diwakili oleh kaum tertentu dan parti tertentu.", "Muafakat Nasional mesti mematikan paradigma cetek dan kolot ini.", "Hanya calon terbaik yang mesti ditonjolkan di Tanjung Piai. Calon yang kita bermuafakat dan bersetuju, bahawa dia mempunyai potensi, kemahiran, wibawa dan tenaga yang boleh mencorak dan membangunkan Tanjung Piai.", "Calon yang mewakili semua UMNO, MCA, PAS, MIC dan sesiapa juga yang bernaung di bawah lembayung Muafakat Nasional. Calon ‘semua untuk semua’.", "Kita mahu seorang yang kompeten dan berwibawa. Yang boleh bersuara bagi masyarakat Tanjung Piai, mengenali Tanjung Piai, dan faham denyut nadinya.", "Muafakat Nasional mesti bersedia untuk melakukan anjakan drastik dengan nilai baru ini.", "Nilai yang mendahulukan perwakilan terbaik di Parlimen, bukan parti terkuat, atau bangsa terbesar, atau persefahaman politik yang lapuk.", "Jika tidak, Muafakat Nasional dan rakannya Barisan Nasional akan terus terbelenggu dengan formula politik yang tidak lagi realistik seperti Pakatan Harapan.", "Akhirnya, harapan saya agar Tanjung Piai adalah tentang pertembungan ‘politik sederhana dan pertengahan’ yang sihat, demi Malaysia yang lebih demokratik. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (MKN)\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/09/21/serangan-ph-untuk-meruntuhkan-muafakat-nasional/
[ "Sejak kemenangan PH dalam PRU14, kelihatan usaha bersungguh-sungguh dalam wacana penulisan khususnya dalam Bahasa Inggeris yang memberikan gambaran bahawa kemenangan pilihanraya itu menandakan terciptanya satu sejarah politik.", "Ia dinamakan Malaysia baru dan tumbangnya politik Malaysia lama yang berteraskan perkauman dan ekstrim.", "Naratif yang diciptakan oleh “pakar” dan sarjana pasca-marxist, sosialis, dan liberal demokrat berhempas pulas cuba meyakinkan rakyat bahawa politik UMNO dan PAS adalah sampah sejarah politik Malaysia era lama yang tidak diinginkan sama sekali.", "Malah dalam kelompok ahli-ahli politik kerajaan PH seperti Lim Kit Siang turut menggunakan istilah klepto-theocracy, bagi menggambarkan keadaan sebuah kerajaan yang menyalahgunakan Islam untuk merompak harta negara, dan sejarah hitam buat negara sekiranya menerima versi dan naratif politik UMNO-PAS.\n\nMalah yang mengejutkan saya seorang yang digelar sebagai “chief strategist” kepada sebuah parti dalam PH menyamakan peristiwa Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS seperti fenomena kebangkitan Hindu Shastra atau Hindutva yang dibawa oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, sehingga membolehkan parti pimpinannya BJP mencapai kemenangan mutlak dalam pilihanraya India baru-baru ini.", "Begitu juga dengan Dr Mujahid, yang begitu tekun menulis beberapa rencana mempertikai usaha kerjasama UMNO-PAS dan sekaligus memperlekehkan naratif baru politik ummat Islam di Malaysia. Malah dikatakan usaha ini bagai menuju ke jalan neraka.", "Apa yang pelik ialah PH boleh pula menggunakan naratif Malaysia Baru, tetapi apabila UMNO-PAS menggunakan naratif politik baru dalam kerangka Muafakat Nasional dikecam dengan pelbagai tuduhan yang dahsyat.", "Malaysia hanya ada satu sahaja. Malaysia dibina atas asas perlembagaan yang kukuh. Tidak ada versi baru dan lama. Yang ada ialah pemerintahan kerajaan yang baru.", "Tidaklah pula diketahui ada yang tersirat untuk menjenamakan dan membina Malaysia yang baru atas faham ideologi baru, atau menukar corak pemerintahan yang baru.", "Pertembungan tentang naratif atas siapa lebih ekstrim dan perkauman terus dilaungkan. Di sebalik serangan terhadap Muafakat Nasional yang dituduh sebagai pakatan rasis dan berhaluan paling kanan (far right), ada yang membangkitkan semula lakaran-lakaran dan ucapan-ucapan lama yang pernah diungkapkan oleh tokoh-tokoh yang sekarang berada di PH.", "Barang diingatkan semula kepada kenyataan pemimpin-pemimpin utama PH seperti Tun M dan Muhyiddin sewaktu berada dalam BN, cukup untuk memberi jawaban tentang parti manakah yang lebih bersifat perkauman dan ekstrim.", "Tentunya rakyat Malaysia masih segar dengan peringatan Tun M terhadap politik perkauman DAP yang dibawa oleh Lim Kit Siang. Tun semasa menjadi PM ke4 selama 22 tahun dan selepas itu sering mengingatkan bahawa DAP adalah parti paling rasis.", "Bagi generasi yang selama tempoh 22 tahun yang setiap hari mendengar kisah parti yang paling rasis tentunya melahirkan sebuah generasi yang dikemudikan oleh kepercayaan politik yang mereka dengar selama ini. Mereka ini melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dengan satu perspektif yang telah sebati.", "Ini adalah generasi Mahathirisme yang percaya bahawa DAP adalah parti “far right”, iaitu parti yang sangat chauvinis amalannya dan terlalu sempit pilihan kawasan pengundiannya. Ia juga menjadi “far left” dari segi ideologi yang mahukan Malaysian Malaysia dan kesaksamaan untuk semua.", "Tan Sri Muhyiddin pula pernah membuat kenyataan yang cukup lantang mengatakan bahawa DAP adalah parti yang paling rasis di negara ini. Sebelum ini Muhyiddin pernah dicabar oleh Kit Siang samada menjadi seorang Melayu dahulu, atau Malaysia dahulu.", "Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang masih terbayang berdasarkan pengalaman melihat DAP adalah parti perkauman yang ekstrim. Beliau menyimpulkan dari pengalaman nyata, bukan teori, ketika bersama dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP jelas sebagai parti chauvinis dan rasis.", "Namun bagi kerajaan PH, para pendokong dan propagandisnya akan meneruskan serangan terhadap lanskap dan naratif politik baru yang melibatkan penyatuan ummah UMNO-PAS.", "Dan orang seperti Kit Siang akan terus mencipta naratif baru untuk musuh-musuh politik DAP.", "Orang seperti Dr Rais juga akan terus bertindak menjadi Goebbel PH dengan melakarkan keadaan yang paling buruk terhadap ikhtiar UMNO-PAS ini.", "Orang seperti Dr Mujahid pun tidak akan berhenti menanam kebencian terhadap piagam UMNO-PAS, kerana PAN yang menumpang tuah dalam PH akan tergelincir bila Muafakat Nasional benar-benar beroperasi dan menangkap imaginasi ummat Islam di Malaysia.", "Namun orang seperti beliau akhirnya mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah politik kepelbagaian. Ia memerlukan kerjasama semua kaum.", "Bukankah itu yang dibina oleh Perikatan dan BN selama ini sejak negara merdeka? Kenapa baru sekarang menyedarinya?", "Inilah yang difahami oleh pimpinan UMNO dan PAS ketika merangka Piagam Muafakat Nasional. Di manakah berbunyi perkauman dan berhaluan paling kanan apabila antara Perisytiharan itu menyebut:", "“Menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara”", "Jangkaan terhadap naratif yang akan dibawa oleh Perpaduan Ummah UMNO-PAS dalam konteks agama dan bangsa yang sempit ternyata meleset, kerana Muafakat Nasional yang diisytiharkan sebaliknya bersifat inklusif dan berteraskan asas perlembagaan.", "Namun ia tetap dipaksakan oleh para propagandis untuk menyatakan bahawa Muafakat Nasional adalah seolah-olah perisytiharan jenayah terbesar yang dilakukan UMNO dan PAS terhadap masa depan Malaysia.", "Naratif politik Malaysia yang sedang diciptakan oleh para propagandis PH mahukan politik berhaluan paling kanan ( far right politics) yang sangat dibenci dan ditentang oleh dunia hari ini dilekatkan dan ditampalkan ke wajah UMNO-PAS.", "Politik berhaluan paling kanan adalah gambaran kepada perjuangan yang sangat ekstrim dan radikal dalam memperjuangkan nasionalisme sempit, politik identiti yang ekslusif, agama yang jumud dan menganggap orang lain sebagai objek kebencian dan perlu menghapuskan mereka dari tanahair.", "Ada sekurang-kurangnya dua aliran politik berhaluan paling kanan, iaitu ekstrim dan radikal.", "Golongan politik berhaluan kanan yang ekstrim menjadi sangat rasis, mempunyai jalur facist, dan seringkali menggunakan taktik aggresif dan ganas.", "Manakala golongan politik berhaluan paling kanan yang radikal pula lebih berjaya membentuk gerakan mereka dengan mengikut jalur demokrasi.", "Mereka menyatakan secara terbuka sikap dan dasar serta naratif nasionalisme sivil yang menekankan identiti nasional , anti-immigran, pertentangan nilai dan agama dunia Barat dan kaum pendatang.", "Dalam dunia Barat juga ia menyaksikan gerakan yang sangat subur dengan kebencian seperti gerakan Neo-Nazi, white supremacist, serta fascist dengan menyalakan api kebencian kepada orang lain secara terang-terangan.", "Bahasa yang digunakan berbaur perkauman (racism) dan xenophobia dengan menjadikan orang Islam dan pencari suaka politik sebagai tumpuan mereka.", "Hal inilah yang mahu disamakan dengan perkembangan yang berlaku dalam negara mutakhir ini khususnya perpaduan ummah UMNO-PAS.", "Dimanakah logik demokrasi bila dua parti bekerjasama akan menimbulkan suasana tidak demokratik, hari hitam bagi negara?", "Apakah Muafakat Nasional adalah satu perisytiharan menolak sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan?", "Apakah Muafakat Nasional ini menjadi ekstrim dan radikal dengan membangkitkan kebencian kepada agama orang lain, menyalakan bara kemarahan terhadap bukan pribumi?", "Apakah hanya apabila UMNO dan PAS terus bermusuhan, berpecah belah, dan berperang di medan politik, maka ia menjadi demokratik dan tidak ekstrim serta tidak berhaluan paling kanan?", "Apakah bila orang Melayu berpecah belah, maka barulah keadaan politik Malaysia menjadi centrist ( berhaluan tengah) dan sederhana ( sederhana)?", "Saya fikir kalau propagandis PH khususnya dari DAP berterusan menyerang, ia pasti meningkatkan lagi kesedaran orang Melayu tentang hakikat betapa chauvinis nya DAP sendiri.", "UMNO dan PAS perlu membuktikan mereka akan terus berusaha menjadi parti centrist dengan penekanan terhadap kesederhanaan (moderation) dan toleran.", "BN adalah contoh politik akomodasi dan consociational ( kongsi-kuasa). Meskipun ada kelemahan tertentu, Ia menjadi acuan penyelesaian konflik yang paling berkesan bagi mengelakkan sebarang masalah menjadi keganasan.", "Demikian juga dengan slogan “Negara Berkebajikan” yang dipelopori PAS sebelum ini membawa mesej yang lebih lunak dalam konteks kehidupan pelbagai bangsa dan agama. “PAS Untuk Semua” juga menjadi slogan inklusif yang tidak terbatas kepada kelompok agama Islam dan bangsa Melayu sahaja.", "UMNO dan PAS perlu membuktikan politik optimisme dan harapan (hope) kepada rakyat. Usah ditarik ke dalam gelanggang politik pessimisme dan kedukaan (despair).", "Dan pastikan ia tidak akan lari dari asas perlembagaan negara. Jika menjadi pendokong UMNO dan PAS, maka jadilah seorang yang mengamalkan nilai agama dan moral, nilai demokratik, nilai universal serta menyuburkan semula nilai integriti dan tadbir-urus yang cemerlang.", "Tidak ada salah untuk belajar dari kesilapan lalu. Malah ibrah dari masa lalu akan menjadikan seseorang lebih baik, dan tidak akan mengulangi kesilapan dahulu.", "Sentiasalah memerhati dan berwaspada terhadap mereka yang mahu meruntuhkan Muafakat Nasional. Hadapilah dengan hikmah dan sabar, bukan dengan benci dan amarah.", "Dr Zambry Abd Kadir\n20 Sept 2019" ]
https://umno-online.my/2019/09/20/muafakat-nasional-lembaran-baharu-politik-tanah-air/
[ "TERMETRAINYA Muafakat Nasional (MN) maka tercipta satu lagi aliansi atau koalisi antara UMNO dan PAS yang membuka lembaran baharu politik tanah air. Detik bersejarah tersebut yang diselubungi perasaan penuh keinsafan bercampur baur di antara kegembiraan dan kehibaan telah membuktikan bahawa tautan persaudaraan dan perjuangan mampu menenggelamkan segala luka dan sengketa lama.", "Saya merasa cukup terharu dan tersentuh ketika beriringan dan berpimpin tangan bersama Tuan Guru Presiden PAS melangkah masuk ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Lautan manusia berpakaian putih sudah cukup menggambarkan bahawa penyatuan ini adalah sesuatu yang cukup mulia dan di rahmati. Ada yang tergenang air mata, ada yang mengesat pipinya, ada yang terkedu tidak terkata, suara takbir bergema memenuhi Dewan Merdeka.", "Menyedari dalam situasi serba kekurangan ditambahi pulak dengan tekanan demi tekanan yang dihadapi, saya dan Presiden PAS bersepakat meneruskan himpunan ini demi amanah, demi survival perjuangan dan negara. Alhamdulillah, sokongan dan dokongan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dizahirkan dengan menyaksikan detik bersejarah ini secara langsung melalui media sosial. Ini membuktikan bahawa harapan mereka kepada penyatuan ini cukup tinggi. Terbukti segala tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak tidak lebih sekadar andaian semata-mata.\n\nCukup mendukacitakan apabila terdapat individu yang melabelkan “piagam itu ibarat sijil nikah buat PAS dan Umno yang sebelum ini “bersekedudukan”, selain mendakwa pendirian PAS kini tidak sama seperti ketika kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor dan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.", "Malah ada yang menyifatkan Muafakat Nasional akan menjauhkan golongan Melayu moderat dan semua golongan bukan Melayu untuk PRU akan datang, pengundi mempunyai dua pilihan ketara – iaitu satu membawa naratif kepelbagaian kaum, satu lagi membawa agenda “ketuanan Melayu”.", "Tidak dinafikan bahawa Melayu dan Bumiputera sebagai teras Muafakat Nasional, tetapi sifatnya adalah inklusif yang menjaga kepentingan semua, bukan Islam dan kaum lain tidak dikesampingkan. Dr Burhanuddin al-Helmy dalam tulisannya Falsafah kebangsaan Melayu 1954 menyebutkan bahawa “Kebangsaan Melayu itu bersendikan dasar jiwa yang luas, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit dan degil, dan tidak sekali-kali bersifat chauvinis dan isolation. Kebangsaan Melayu yang luas kita katakan itu tidak pulak luas untuk bercampur aduk seperti belut dengan ular, dan bukan pula luas untuk caca marba, luas beramai-ramai (cosmopolitan) yang akan memberi kesempatan kepada anasir-anasir imperialis dan kapitalis. Tetapi luas peri-kemanusiaan”\n\nSaya mendapati banyak komen positif daripada bukan Melayu yang hadir ke HPU914 antaranya “Saya bangga kerana dapat menyaksikan perpaduan tersebut sebagai Rakyat Malaysia berkaum Cina”. Pandangan seperti ini membuktikan kematangan rakyat berpolitik.", "Hakikatnya, cabaran yang bakal dihadapi oleh UMNO-PAS setelah termeterainya Muafakat Nasional semakin mencabar sama ada dalaman atau luaran. Bagi mengelak berlakunya perkara-perkara yang negatif dan sensitif naratif pasca HPU914 perlu dibina dan diperjelaskan kepada akar umbi. Kegagalan membina naratif yang baik akan menjerumuskan kita ke kancah pertelingkahan dan kemelut yang berpanjangan.\n\nEnam hasrat utama permuafakatan yang saya zahirkan dalam ucapan HPU914 boleh dijadikan panduan dalam membina naratif pasca HPU914. Perkara berkaitan dengan tawaran baharu “new deal” Muafakat Nasional, kita serahkan kepada Jawatankuasa Perunding dan Jawatankuasa Teknikal UMNO dan PAS untuk terus berunding dan memperincikan apakah langkah selanjutnya Muafakat Nasional dan tawaran baharu yang bakal ditawarkan.", "Bagi membina keserasian dan memantapkan kesepaduan ahli akar umbi UMNO dan PAS. Perlu diadakan program dan aktiviti bersama secara berkala. Penganjuran seperti ini dapat mengeratkan tali persaudaraan antara kedua-dua pihak. Memetik kata-kata Muhammad Sa‟id Ramadan Al-Buti “Ikatan Persaudaraan bukan sahaja melalui ucapan kasih sayang di bibir, tetapi juga dipraktik dalam masyarakat yang menjadi asas utama dalam struktur keadilan sosial”", "Rakyat perlu didedahkan kepada agenda besar Muafakat Nasional. Pimpinan dipelbagai peringkat perlu lebih sensitif dan berhati-hati dalam setiap ucapan, kenyataan dan penulisan di media. Elakkan menyentuh perkara yang sensitif, melabel dan membina prasangka sesama sendiri. Rakyat sudah muak dengan labeling politik. Apa yang diharapkan Muafakat Nasional mampu menjadi alternatif terbaik membina kembali nilai, identiti dan maruah negara yang semakin terhakis.", "Saya berkeyakinan apabila gabungan ini diperkemaskan, ikatan persaudaraan ahli UMNO-PAS dikuatkan, prestasi parti dipertingkatkan, rakyat memahami agenda besar Muafakat Nasional di saat itulah kita menjadi peneraju lembaran baharu politik tanah air ke arah Malaysia lebih bermaruah", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#muafakatnasional\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/09/18/siapa-bocor-surat-pm-berikan-projek-direct-nego-rm450-juta/
[ "\nSUSULAN viral sepucuk surat tertera tulisan Dr Mahathir yang memberikan sebuah projek bernilai RM450 juta, timbul pula persoalan siapa yang cuba mensabotaj Tun Dr Mahathir daripada dalam kementerian kewangan?", "Surat tersebut ditandatangani pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.", "Manakala, sepucuk lagi surat daripada syarikat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.", "Manakala tulisan tangan Tun Dr Mahathir di atas surat tersebut pula disertakan bersama cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.", "Buat masa sekarang, belum ada siapa-siapa yang menyangkal surat itu palsu, mahupun ianya ‘fake news’.", "Maka, timbul pula soalan-soalan daripada kem Mahathir tentang, siapakah di Kementerian Kewangan yang mahu mengkantoikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?", "Perlu diingat Dap bukan sahaja mempunyai Lim Guan Eng di kementerian tersebut malah, Tony Pua dan juga Ong Kian Ming juga ditempatkan secara strategik di kementerian tersebut. – umno-kedah.com\n" ]
https://umno-online.my/2019/09/17/penyatuan-ummah-dan-propaganda-gelabah-ph/
[ "\nPara strategis dalam Bersatu, Dap, PKR dan PAN begitu gelabah dengan konsep penyatuan ummah UMNO-PAS, BN dan NGO-NGO Islam.", "Ketika mengulas komen Rafizi Ramli saya telah menyatakan hanya Iblis tidak suka orang Islam bersatu.", "Iblis juga tidak suka manusia berbaik-baik kerana mereka telah berazam untuk merosakkan manusia sehingga kiamat.", "Ada dua tema dalam propaganda gelabah Pakatan Harapan berhadapan konsep penyatuan ummah.", "Pertama penyatuan ummah merbahaya kepada perpaduan kaum.", "Tema ini sangat dangkal dan mudah dimatikan kerana Tun Mahathir sendiri sudah acap kali menyatakan kelemahan umat Islam adalah kerana kita gagal bersatu.", "Cuma kali ini kita bersatu bukan di bawah pimpinan Mahathir yang bekerjasama dengan Dap.", "Tema kedua ialah Penyatuan Ummah adalah alat kepada Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi. Hari ini, Datuk A Kadir Jasin mencemuh penyatuan ummah sebagai alat Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi memyelamatkan diri dari kes Mahkamah.", "Secara logiknya kita tidak nampak bagaimana kedua-dua mereka boleh menggunakan penyatuan ummah untuk menyelamatkan diri. Ini kerana mahkamah tidak mengambil kira populariti di luar untuk membuat keputusan.", "Mahkamah zaman Mahathir tiada masalah memenjarakan Anwar Ibrahim yang ketika itu lebih popular dari keadaan Najib Razak hari ini.", "Orang gelabah memang hilang rasional. Demikianlah cubaan Kadir untuk berhujah penyatuan ummah alat menyelamatkan Najib dan Zahid.", "Di bawah pentadbiran Mahathir tiada sesiapa dapat menyelamatkan Najib dan Zahid kecuali takdir Allah dan keberanian seorang hakim.", "Penyatuan ummah adalah kerjasama politik bagi menyelamatkan identiti negara ini dalam Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menghalang pengamalan agama lain; memelihara kedudukan masyarakat pribumi, bahasa Melayu dan Raja-raja Melayu.", "Para propagandis PH seperti Kadir Jasin berpura-pura tidak faham bahawa penyatuan ummah adalah alat orang Islam menentang hegemoni Dap dalam pentadbiran negara.", "Jika Najib Razak dan Ahmad Zahid dipenjarakan pun penyatuan ummah akan tetap berlaku kerana ia adalah gerakan massa dari bawah.", "Najib, Zahid dan Hadi hanya mengikut arus yang dibawa oleh umat Islam negara ini. Jika ada antara mereka yang menentang, mereka juga akan hilang sokongan dan pengikut.", "Kadir atau sesiapa sahaja boleh terus berada dalam sindrom penafian (denial syndrome) namun realiti di bawah sudah berbeza.", "Mahathir boleh penjarakan Najib dan Ahmad Zahid serta mengharamkan UMNO. Namun percayalah gerakan penyatuan ummah ini akan menjadi tetap menjadi satu gerakan besar menjelang PRU akan datang.", "Majoriti umat Islam di negara ini sudah melihat kerosakan yang dilakukan oleh kerjaaan pimpinan Dap ini ke atas identiti negara dan juga ekonomi negara.", "Justeru pilihan di tangan Mahathir, sama ada menyertai gerakan ini dan menumbangkan DAP atau beliau sendiri akan turut tumbang bersama Dap.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2019/09/16/negara-rasis-penyatuan-ummah-malaysian-malaysia-dan-tiga-jalan-perpaduan-nasional/
[ "KELMARIN pemimpin-pemimpin PH seperti Khalid Samad, Mujahid, Lim Kit Siang, Rafizi dan lain-lain mengutuk atau mempersendakan penyatuan ummah UMNO dan PAS.", "Saya faham mengapa mereka kutuk.", "Mereka kutuk sebab mereka takut.", "Mereka takut kalah pilihan raya dan hilang kerusi atau kuasa.", "Ramai menteri dan timbalan menteri PH seperti Mujahid, Khalid Samad, Mahfuz, Saifuddin Nasution, Saifuddin Abdullah, Fuziah Salleh dan lain-lain yang bakal hilang kerusi Parlimen dan jawatan kabinet mereka pada pilihanraya umum akan datang dengan penyatuan UMNO dan PAS ini.", "Dahulu menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri PH ini telah menang pilihan raya di kawasan mereka kerana pertandingan tiga penjuru dan perpecahan undi Melayu.\n\nKini dengan perlawanan satu lawan satu menentang UMNO dan PAS, peluang ahli-ahli politik PH ini untuk mengekalkan kerusi mereka dalam pilihanraya umum akan dating menjadi semakin hari semakin malap.", "Sebab itu mereka tertekan dan tidak berpuas hati dengan penyatuan ummah ini.", "……..", "Kelmarin juga Presiden Parti Gerakan Dominic Lau berkata bahawa Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS akan menjadikan Malaysia sebagai negara rasis.", "Saya rasa dia tidak faham apa yang dia kata atau dia membawa hujah yang cetek dan dangkal.", "Mungkin dia tidak pernah kaji sejarah penyatuan nasional atau sejarah negara rasis di dunia.", "Untuk mencapai perpaduan nasional dalam satu masyarakat majmuk, kita tidak ada banyak pilihan yang praktikal.\nPada hemat saya, pilihan-pilihan praktikal ke arah perpaduan nasional boleh diringkaskan kepada tiga jalan utama yang berbeza seperti di bawah:", "PERTAMA, kumpulan terbesar dalam masyarakat perlu disatukan terlebih dahulu.", "Selepas itu barulah kumpulan-kumpulan lain dalam masyarakat disatukan dalam satu integrasi atau muafakat ke arah perpaduan nasional.", "Perkara ini telah berlaku dalam sejarah penyatuan di negara-negara seperti China, Russia, Jerman, dan Jepun pada zaman dahulu.", "Inilah falsafah perpaduan nasional yang paling praktikal terutama dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia.", "Ia juga adalah salah satu sebab mengapa penyatuan ummah kelmarin dimeterai dengan Piagam Muafakat Nasional, kerana penyatuan ummah yang melibatkan kumpulan majoriti akan merintis ke arah perpaduan nasional.", "……..", "KEDUA, ialah dengan menyatukan kumpulan-kumpulan kecil dalam keadaan kumpulan besar masih berpecah belah.", "Namun cara atau dasar perpaduan nasional seperti ini adalah tidak masuk akal.", "Kita tidak boleh mengharapkan perpaduan nasional akan berlaku dengan menyatukan kumpulan-kumpulan kecil jika kumpulan besar pun tidak bersatu padu.", "Berdasarkan sejarah negara-negara di dunia, bertentangan dengan apa yang Presiden Gerakan Dominic Lau kata di atas, sebenarnya jika golongan terbesar atau kumpulan majoriti di sesebuah negara berpecah belah namun kumpulan-kumpulan minoriti bersatu dan menjadi kuat dan berkuasa, ia akan menjadikan negara tersebut rasis, bukan sebaliknya.", "Sebab apa yang akan berlaku selepas itu ialah negara akan diperintah oleh kumpulan minoriti ke atas kumpulan majoriti.", "Hal ini membawa ke arah cara pemerintahan yang melemahkan demokrasi iaitu oligarki (pemerintahan oleh kumpulan kecil) dan plutokrasi (pemerintahan golongan kaya).", "Sekiranya kumpulan kecil yang dominan ini juga adalah kumpulan yang kaya, maka kedua-dua keadaan di atas iaitu oligarki dan plutokrasi akan berlaku serentak.", "Dan jika kumpulan kecil yang mendominasi oligarki dan plutokrasi ini adalah terdiri daripada satu kaum, maka ia adalah suatu resipi untuk sebuah negara yang rasis seperti Apartheid iaitu pemerintahan oleh kaum minoriti yang kaya ke atas kaum majoriti yang miskin dan berpecah belah.", "Negara rasis seperti ini mengamalkan diskriminasi dengan kejam seperti yang berlaku ketika rejim Apartheid di Afrika Selatan dahulu.", "……..", "Perkataan “Apartheid” datang dari perkataan Afrikaans (Belanda-Inggeris) yang bermaksud pengasingan atau “apartness”.", "Apartheid bermula selepas pilihanraya umum Afrika Selatan yang ke-10 pada bulan Mei 1948.", "Pada pilihanraya tersebut, kumpulan minoriti kulit putih yang rasis telah bersatu di bawah satu parti dan telah menang.", "Dan pada ketika itu kumpulan majoriti kulit hitam yang dikenali sebagai kumpulan “Bantu” ramai yang tidak mengundi.", "Kumpulan Bantu ini terdiri daripada puak-puak kulit hitam yang berpecah belah.", "Selepas kemenangan kumpulan minoriti kulit putih yang rasis ini dalam pilihanraya tersebut, dasar-dasar perkauman yang mengasing dan menekan kaum majoriti kulit hitam Bantu telah dilaksanakan oleh kerajaan rasis minoriti kulit putih.", "Kumpulan majoriti kulit hitam Bantu telah diasingkan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan.", "Mereka telah ditempatkan hanya di sekolah-sekolah yang menyediakan mereka untuk pekerjaan-pekerjaan yang bernilai rendah seperti menjadi buruh kasar dan pekerja ladang.", "Akibatnya mereka telah terperangkap dalam kitaran kemiskinan yang berterusan selama beberapa generasi.", "Peluang pendidikan dan pekerjaan bernilai tinggi hanya dikhaskan kepada orang-orang minoriti kulit putih sahaja.", "Kumpulan minoriti kulit putih ini telah menjadi semakin kaya semasa zaman Apartheid.", "Sebelum zaman Apartheid (sebelum 1948), purata pendapatan setiap orang bagi kaum minoriti kulit putih adalah empat kali ganda pendapatan kaum kulit hitam (kaum Bantu).", "Semasa Apartheid, perbezaan purata pendapatan ini telah meningkat 50% dengan purata pendapatan kulit putih meningkat kepada enam kali ganda pendapatan kulit hitam daripada tahun 1948 sehingga 1994.", "Untuk memberi justifikasi ke atas dasar-dasar Apartheid ini, kumpulan minoriti kulit putih yang memerintah kerap menyebarkan propaganda bahawa kaum majoriti kulit hitam Bantu ini tidak sesuai untuk pendidikan dan pekerjaan yang bernilai tinggi kerana mereka kononnya pemalas dan bodoh.", "Seorang pemimpin kaum Bantu iaitu Nelson Mandela telah bangkit menentang dasar-dasar ini dan telah ditangkap dan dipenjarakan selama 28 tahun daripada tahun 1962 sehingga 1990.", "Rejim Apartheid hanya tamat pada tahun 1994, apabila Nelson Mandela menjadi Presiden Afrika Selatan.", "……..", "KETIGA, adalah jalan asimilasi kaum yang menjadi asas kepada konsep “Malaysian Malaysia” yang dibawa DAP dan Lim Kit Siang.\n\nLaungan Malaysian Malaysia ini pertama kali dibawa dan dilaungkan 54 tahun dahulu oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebelum Singapura keluar dari Malaysia.", "Malaysian Malaysia diteruskan oleh DAP kini.", "Dasar Malaysian Malaysia adalah dasar asimilasi yang diamalkan di Singapura sehingga sekarang.", "Selama 62 tahun selepas Merdeka sehingga Mei 2018, Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar integrasi antara kaum dan bukan asimilasi.", "Namun pemimpin-pemimpin PH dalam Kerajaan hari ini melaungkan slogan Malaysian Malaysia dengan lebih lantang di Malaysia.", "Saya rasa pemimpin-pemimpin PH dan DAP ini sebenarnya mungkin tidak faham maksud sebenar asimilasi.", "Asimilasi sebenarnya bermaksud kumpulan-kumpulan minoriti meninggalkan adat resam dan budaya asal mereka dan mengambil adat resam dan budaya kaum majoriti di sesebuah negara untuk menjadi satu bangsa yang sama.", "Ini bermaksud penghapusan identiti asal kumpulan-kumpulan kaum minoriti untuk di’asimilasi’ ke dalam identiti kaum majoriti.", "Ini telah berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand, Singapura dan beberapa negara lain.", "Dalam sejarah, asimilasi telah dilaksanakan di banyak negara di seluruh dunia untuk memaksa golongan minoriti meninggalkan identiti kaum mereka dan mengambil cara hidup golongan majoriti.", "Ini berlaku di Amerika Syarikat pada kurun ke-18 dan 19 apabila hamba-hamba abdi daripada Afrika dipaksa menukar nama dan agama mereka kepada nama dan agama Kristian mengikut cara hidup penduduk majoriti kulit putih di Amerika.", "Dalam sejarah, asimilasi juga berlaku di negara China semasa zaman Maharaja dahulu kala.", "Pada ketika itu, tujuan utama asimilasi adalah untuk menghapuskan pemberontakan.", "Kebanyakan pemberontakan berlaku apabila kumpulan-kumpulan etnik dan agama berkumpul dan merancang sesama mereka untuk menentang kuasa Maharaja.", "Dengan asimilasi, identiti kaum disamakan dan tiada lagi kumpulan etnik.", "Kumpulan-kumpulan etnik diharamkan oleh kerajaan untuk membawa identiti dan agama asal mereka.", "Apabila identiti mereka dineutralkan dengan asimilasi seperti di atas, ini menyukarkan kumpulan-kumpulan etnik daripada menjadi teratur untuk merancang pemberontakan terhadap kuasa Maharaja.", "Dalam zaman moden ini, asimilasi masih berlaku namun dengan idea bahawa sekiranya semua rakyat dalam sebuah negara itu mempunyai satu identiti yang sama setelah diasimilasi, tidak akan ada lagi masalah perkauman dan pergeseran kaum.", "Namun dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama, dan warna kulit, idea asimilasi ini adalah dangkal malah adalah suatu falsafah yang naïve.", "Ini kerana, walaupun kerajaan boleh memaksa rakyat untuk menukar nama mengikut nama-nama dalam kumpulan majoriti dan menyuruh rakyat pergi ke sekolah yang sama, kerajaan tidak boleh menukar warna kulit rakyat.", "Dan percubaan kerajaan untuk memaksa rakyat untuk menukar agama kepada satu kepercayaan atau menghilangkan agama sebagai identiti adalah suatu kerja yang sia-sia.", "Banyak percubaan seperti di atas telah gagal dalam sejarah dunia.", "Sebab itu dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama dan warna kulit, masalah prejudis, bias dan diskriminasi tetap akan ada walaupun rakyat negara tersebut telah di-asimilasi kononnya menjadi satu bangsa yang sama.", "Dan sebab itu juga dalam sejarah dunia, asimilasi telah gagal untuk menyatukan kumpulan-kumpulan kaum melainkan secara paksaan yang didahului dengan peperangan dan pembunuhan etnik seperti yang berlaku di beberapa negara di dunia sebelum ini.", "Masalah besar yang timbul dengan asimilasi dalam masyarakat majmuk ialah ia menjadi sukar untuk sesuatu kumpulan yang ditindas untuk membawa dan memperjuangkan masalah kaum mereka apabila mereka didiskriminasi dan disisihkan dalam masyarakat.", "Tambahan lagi, dengan asimilasi, kerajaan tidak boleh melaksanakan dasar intervensi kaum untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi kaum yang disebabkan oleh prejudis, bias dan diskriminasi kaum.", "Apabila ini berlaku maka masalah diskriminasi dan perkauman akan menjadi lebih tersirat, terbuku di hati dan lebih parah.", "Asimilasi akan menerukkan masalah diskriminasi dan perkauman kerana tindakan korektif atau pembetulan yang siknifikan tidak dapat dilaksanakan.", "Dari segi perlaksanaan, apabila tiada pendaftaran mengikut identiti kaum dan kekurangan statistik sosio-ekonomi mengikut etnik, dasar-dasar korektif dan pencegahan diskriminasi kaum sukar dilaksanakan.", "Atas sebab-sebab di ataslah antaranya, percubaan kerajaan Amerika Syarikat selama ini untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dan masalah diskriminasi kaum di Amerika Syarikat masih gagal.", "……..", "Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa DAP sebenarnya adalah tidak konsisten kerana mereka mahu ber-asimilasi tetapi juga ingin mengekalkan identiti-identiti kaum yang berbilang bangsa dan mengekalkan sekolah vernakular.", "Saya tidak rasa Lim Kit Siang ini naive atau jujur sehinga dia sanggup mahu menghapuskan identiti asal kaumnya sendiri kerana mahu berasimilasi menjadi satu bangsa.", "Oleh itu pada hemat saya, apa yang DAP mahu dengan asimilasi Malaysian Malaysia ini sebenarnya adalah membuang hak keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan dan meng-“asimilasi” kan kumpulan majoriti Melayu kepada cara hidup yang ditentukan oleh mereka (DAP).", "Ini tidak masuk akal, kerana di dalam sejarah dunia, tidak pernah ada negara di mana kumpulan majoriti yang perlu mengasimilasi kepada cara hidup yang difikirkan oleh kumpulan minoriti.", "Dalam sejarah dunia, jika kita ingin berasimilasi, kumpulan-kumpulan minoriti yang sepatutnya ber-asimilasi dan mengikut cara hidup kumpulan majoriti.", "Oleh yang demikian, jika DAP serius ingin membawa konsep Malaysian Malaysia dan berasimilasi kepada satu identiti bangsa, sanggupkah mereka meninggalkan budaya dan adat resam kaum minoriti mereka seperti adat resam, bahasa dan sistem pendidikan sekolah Cina dan mengambil adat resam, bahasa dan sistem Pendidikan sekolah Melayu?", "……..", "Semasa Merdeka dan pembentukan Malaysia, pemimpin-pemimpin pada ketika itu memilih untuk tidak meng-asimilasi kaum tetapi untuk kaum-kaum terus mengekalkan identiti dan mengamalkan cara hidup dan adat resam budaya mereka dan hidup bersama kaum lain melalui muafakat dan integrasi.", "Jika pada masa itu kita membuat keputusan untuk asimilasi dan bukannya integrasi, maka mungkin semua kaum minoriti rakyat Malaysia perlu meninggalkan budaya asal dan menukar nama mereka kepada nama tempatan atau nama Islam iaitu budaya majoriti kaum Melayu di Malaysia seperti yang berlaku di Indonesia.", "Dan masalah diskriminasi kaum dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi di Malaysia akan menjadi lebih teruk dan tidak banyak yang boleh dilakukan di peringkat dasar dan kerajaan untuk memperbetulkannya seperti yang berlaku di banyak negara majmuk lain.", "Sebaliknya dengan integrasi kaum yang diamalkan oleh Kerajaan BN sebelum ini,\nkita bukan sahaja memperjuangkan kaum Melayu, malah kita memperjuangkan nasib semua kaum dan bertoleransi.", "Kita tidak perlu meninggalkan budaya kita untuk maju ke hadapan.", "Kita boleh maju dengan membawa adat resam dan kepelbagaian budaya kita.", "Kita mahu perjuangkan diversiti atau kepelbagaian kaum dan pengekalan identiti, bukannya asimilasi atau kesamaan bangsa secara pukul rata dengan penghapusan identiti asal.\n\n……..", "Kesimpulannya, jalan KETIGA iaitu jalan asimilasi Malaysian Malaysia adalah jalan yang tidak baik dan mendatangkan kesan yang buruk kepada negara kerana ia akan menerukkan masalah diskriminasi dan perkauman di Malaysia.", "Oleh itu pilihan kita kini ke arah perpaduan nasional adalah di antara dua pilihan yang praktikal seperti berikut yang telah diterangkan di atas:", "PERTAMA, ialah menjadi sebuah negara demokrasi yang dipimpin oleh majoriti yang mengamalkan muafakat dengan kumpulan-kumpulan minoriti seperti yang dicadangkan oleh Piagam Muafakat Nasional kelmarin, atau", "KEDUA, menjadi negara rasis yang diperintah oleh minoriti ke atas kaum majoriti seperti yang telah berlaku pada zaman Apartheid di Afrika Selatan dan seperti yang akan berlaku di Malaysia sekiranya Kerajaan PH pimpinan DAP ini berterusan.", "Selamat Hari Malaysia.\n\nISHAM JALIL\n16 September 2019" ]
https://umno-online.my/2019/09/14/lebih-100000-berhimpun-beri-sokongan-muafakat-nasional-tawaran-terbaik-untuk-negara/
[ "ALHAMDULILLAH, Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914 menutup tirai dengan dengan penuh jayanya, harmoni dan semangat ukhwah di mana kemuncak termeterainya piagam Muafakat Nasional.", "Sejarah politik tanah air tercipta, dua buah parti terbesar orang Melayu/Islam menunjukkan kesepakatan merealisasikan agenda perpaduan ummah apabila secara rasminya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani piagam permuafakatan.", "Sudah pasti yang paling menggembirakan penyatuan tersebut adalah rakyat di akar umbi yang sememangnya sekian lama mengimpikan dan mengharapkan UMNO PAS mampu duduk semeja demi mempertahankan kesucian agama, membela bangsa dan memakmurkan negara ini.", "Sebagai tanda sokongan tanpa berbelah-bahagi, lebih seratus ribu rakyat dengan tema baju berwarna putih dari pelosok negara hadir ke Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula semalam, 13 September dengan berlangsungnya pelbagai program.", "Antara pengisian seperti acara melibatkan Wanita UMNO dan Muslimat PAS yang mengadakan solat Dhuha, Hajat, zikir munajat dan Tadabbur Surah As-Saf serta diikuti program Puteri UMNO dan Ameerah PAS yang sepakat menganjurkan ‘Pentas Anak Muda’.", "Dr Ahmad Zahid, kepimpinan parti dan PAS serta bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama hampir lima ribu jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Arrahman, PWTC yang diimamkan oleh Ustaz Shukri Ali serta solat Hajat yang diimamkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan buat julung kali Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan khutbah.", "Juga berlangsung program wacana intelektual anjuran Penerangan UMNO dan PAS serta Townhall Anak Muda dari sayap pemuda kedua-dua parti.", "Manakala sebelah malamnya, walaupun jerebu melanda dengan indeks pencemaran udara dicatatkan bacaan tidak sihat, lebih sepuluh ribu para pendukung serta penyokong himpunan tetap membanjiri Plaza Merdeka, PWTC dan kawasan sekitar teruja mendengar amanat dari pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS terutama dari kedua-dua Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan dan juga Tuan Ibrahim dalam ceramah perdana.", "Sesuatu di luar jangkaan, apabila ceramah tersebut yang juga disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online mencecah hingga lebih tiga ratus ribu tontonan pada malam itu sahaja.", "Kini, ia menjangkau ke angka lebih 639 ribu tontonan.\n\nTanggal 14 September 2019, Dewan Merdeka yang dipenuhi lebih tiga ribu perwakilan kedua-dua parti menjadi saksi Piagam Muafakat Nasional dipaterikan bagi membawa agenda penyatuan ummah demi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.", "Buat julung kalinya bersama-sama dengan lagu Negaraku dan UMNO, lagu rasmi PAS turut berkumandang sama bukan sahaja di dalam Dewan Merdeka, malah menjangkaui segenap ruang kompleks PWTC.", "Kehadiran pemimpin-pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dari MCA dan MIC, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Gagasan Sejahtera dan Friends of BN antaranya seperti Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) menjadi bukti gagasan penyatuan ummah ini turut mendapat sokongan daripada masyarakat bukan Melayu.", "Oleh kerana itulah, Muafakat Nasional berazam menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.", "Dalam ucapan sebelum menandatangani piagam, Dr Ahmad Zahid dengan tegas berkata permuafakatan yang dijalinkan tiada langsung kaitan mahu menjerumuskan UMNO dan PAS ke arena politik perkauman.", "“Sesungguhnya, permuafakatan ini bukan berhasrat menjerumuskan UMNO dan PAS ke arena politik perkauman, sebagaimana tohmahan liar yang dilemparkan oleh beberapa pihak kebelakangan ini.", "“Permuafakaan ini, hendaklah dilihat dalam ruang lingkup yang jauh lebih positif. Sebagai parti yang sudah masak dengan agenda perpaduan kaum, UMNO dan PAS akan memastikan penyatuan ini, bukan untuk memisahkan, menjarakkan atau memusuhi mana-mana kaum dan agama dalam negara tercinta ini,” katanya.", "Begitu juga dengan Abdul Hadi dalam ucapannya berkata PAS dan UMNO sentiasa terbuka untuk menerima kebersamaan lain-lain kaum di dalam landskap politik negara bersandarkan lunas-lunas Islam tetapi dalam masa yang sama tidak gentar akan menentang sesiapa sahaja yang mahu memecahkan agenda penyatuan.", "Majlis Tandatangan Piagam yang turut disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online sehingga kini telah mencapai lebih daripada 437 ribu tontonan dari pelayar maya.", "Mufakat Nasional antara lain menyentuh berkaitan memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.", "Di samping itu, Muafakat Nasional mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan. – UMNO ONLINE", "" ]
https://umno-online.my/2019/09/13/hpu914-ke-arah-malaysia-bermaruah/
[ "HARI ini menjadi detik yang berharga dan tercatat dalam lebaran sejarah negara sebagai titik tolak kepada pembinaan ke arah Malaysia yang lebih bermaruah. Himpunan penyatuan ummah inilah yang akan menjadi pemangkinnya. Pengerusi Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-‘Allamah Al-Syeikh Abdullah bin Bayyah menyatakan “Kesatuan adalah suatu pilihan. Ia perlu diraikan secara tadarruj (berperingkat) dengan melihat kepada konteks masa, tempat, dan juga manusia.", "Ternyata bukannya mudah bagi UMNO dan PAS merealisasikan himpunan pada hari ini dan esok, berbondong-bondong ke PWTC dengan berpakaian putih menggambarkan kita kembali kepada fitrah insani kesatuan mengatasi segalanya, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang semuanya ini adalah ketentuan Ilahi yang disertakan dengan usaha daripada kedua-kedua pihak. Secara asasnya umat Islam disifatkan sebagai sebuah umat yang satu. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bemaksud:\n\n“Sesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah tuhan kamu maka beribadahlah (kepada-Ku).\nSurah Al-Anbiya’ 92", "Pada peringkat awal tercetusnya agenda penyatuan ini, pelbagai sindiran dan ungkapan sinis yang diberikan. Tidak kurang juga andaian semborono berkaitan dengan kandungan piagam dengan membuat ‘prejudgement’ memberikan penilaian yang negatif walaupun tiada sebarang maklumat mengenai konsep Piagam UMNO-PAS. Semua ini berlaku kerana ada pihak yang cukup prihatin dengan penyatuan ini. Bahkan ada yang cuba menjadi penghasut supaya agenda ini terbantut dan terlerai.", "Penyatuan ini, berlandaskan kepada keimanan, akidah dan keikhlasan. UMNO dan PAS berkeyakinan bahawa al-‘Izzah (kekuatan, kemuliaan dan keunggulan) hanya diperolehi daripada Allah menerusi Islam dan penyatuan sepertimana yang dinyatakan oleh Saidina Umar ibn al-Khattab r.a” Sesungguhnya kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah muliakan kita dengan Islam, maka andainya kita cuba mencari dengan yang lain daripada Islam, nescaya Allah akan menghina kita”.", "Mendapatkan al-Izzah daripada Allah menjadi asas penyatuan dan mengangkat martabat umat berdasarkan. Islam yang merupakan agama Persekutuan yang wajib dipertahankan. Bukan soal survival UMNO atau Pas dalam politik yang menjadi tujuannya, tetapi survival orang Islam, Melayu dan seluruh rakyat menjadi pertaruhan dan perhitungan.\n\nKempen utamakan produk Muslim atau ‘buy Muslim first’ (#BMF) adalah manifestasi awal penyatuan ummah, lahir daripada kesedaran dan kesatuan orang Melayu Islam terhadap kepentingan membangunkan kembali ekonomi umat Islam dengan ikhtiar memulakan kempen menggunakan produk yang “halalan Toyyiban” bersih dan diyakini sepertimana yang sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud:", "“Menuntut (mencari) yang halal adalah wajib ke atas setiap orang Islam”\n(riwayat ad-Dailami)", "Kempen BMF tidak pernah dan tanpa niat untuk memboikot barangan bukan Islam. Ia hanyalah seruan agar umat Islam mengutamakan barangan buatan Islam. Sebab itu seruan yang digunakan adalah “Buy Muslim-made first”, bukan “Buy Muslim-made only”. Kempen ini dilihat berpotensi memecahkan oligopoli ekonomi iaitu konsep perniagaan yang dikuasai oleh kumpulan peniaga tertentu bagi mengaut keuntungan dengan penawaran barangan pada harga mahal. Perlu diingat keseluruhan isu BMF ini perlu dilihat dengan perspektif yang betul.", "Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengkritik kempen mengutamakan membeli barangan keluaran Muslim, menyerlahkan sikapnya yang dilihat tunduk kepada kehendak rakan sekutunya berbanding kepentingan ekonomi orang Islam dan Melayu.", "Tindakan sesetengah pihak mengambil kesempatan menggunakan logo halal palsu juga telah menjerumuskan pengguna Islam menggunakan barangan yang diragui daripada aspek halal dan secara tidak langsung menjadi antara faktor kempen tersebut digerakkan. Masyarakat bukan Islam harus faham bahawa kempen ini bukan bertujuan memboikot barangan bukan Islam dan tidak harus dijadikan isu yang boleh memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini.", "Saban minggu negara berhadapan dengan situasi dan berita negatif telah menghakis harapan rakyat bahawa kerajaan hari ini adalah “good govenance” dan bersih sepertimana yang dijanjikan sebelum ini. Kegagalan kerajaan dalam pentadbiran dan menguruskan isu dengan baik serta berhemah antara faktor yang merimaskan rakyat. Tambahan pulak pada masa yang sama ada kalangan pemimpinnya terpalit dengan skandal demi skandal yang amat memalukan. Situasi dan kejadian negatif ini menggambarkan negara ditadbir oleh pentadbiran kakistokrasi yang songsang sifatnya.\n\nBagi mengisi kelompongan dan kepincangan tersebut UMNO dan PAS bertekad menjadikan himpunan pada hari ini dan kemuncaknya esok dengan termeterai Piagam Muafakat Nasional sebagai ikatan penyatuan ummah ke arah Malaysia yang lebih bermaruah. Kita tidak menawarkan harapan semata-mata tetapi kita membuktikan kesungguhan untuk melaksanakan dengan Piagam Muafakat Nasional sebagai pemangkinnya, bukan membina harapan palsu.", "Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, agama, status dan fahaman politik, kita seia sekata dan senada menyokong penyatuan ummah, sekurang-kurangnya kita memakai pakaian berwarna putih pada hari ini dan esok. Penyatuan ini bersifat inklusif dan holistik menyantuni semua, demi watan anak cucu kita dan Malaysia yang lebih bermaruah.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/09/11/umno-dan-pas-permulaan-politik-progresif-dan-realistik/
[ "\nPEMETERAIAN Piagam UMNO-PAS yang bakal dimuktamadkan pada 14 September 2019 nanti merupakan satu permulaan segar kepada naratif dan pembawaan baharu politik Melayu dan Islam – iaitu sebuah amalan politik progresif dan realistik. Ia melambangkan kematangan dan kesanggupan elektoral Melayu Muslim untuk melupakan perbezaan yang wujud demi matlamat yang lebih besar.", "Sejak sekian lama, penyatuan bangsa Melayu amat didambakan ramai pihak. Namun, hasrat murni ini terhenti hanya pada laungan dan seruan. Tidak bersahut, tidak menjadi. Kini, impian tersebut bakal dizahirkan secara serius dan strategik melalui kerjasama UMNO-PAS.\n\nAkan tetapi, dalam menjayakan ‘Agenda Penyatuan Ummah’ ini, wujud sahaja suara-suara negatif yang bukan sahaja pesimis dan menghina. Namun, kelihatan sengaja memberikan konotasi buruk agar ikhtiar ini gagal dan dihentikan.", "Antaranya, kenyataan YB Lim Guan Eng bahawa agenda penyatuan ini adalah satu ‘isyarat perang’ kepada golongan bukan Melayu dan bukan Islam. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Nga Kor Ming pula menuduh kerjasama ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara Taliban. Malah, YAB Perdana Menteri sendiri tidak ketinggalan. Beliau secara tiba-tiba muncul dan menggesa PAS terlebih dahulu menarik balik label ‘kafir’ yang pernah diberikan mereka kepada UMNO semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu.\n\nBiarlah mereka dengan igauan mereka. UMNO dan PAS akan terus rasional dalam mendepani ini semua. Semuanya kerana keyakinan berikut.", "Pertama, kerana kerjasama ini disandarkan kepada nilai progresif dan ‘pragmatism’.", "Membawa dua parti politik yang berbeza ideologi menjadi satu kekuatan politik baru adalah langkah yang progresif.\nUMNO dengan ideologi nasionalismenya telah membuka ruang untuk menyelami politik Islam sebagai lonjakan baru kepada perjuangannya. Sementara PAS pula, dengan ideologi Islamnya, bersedia untuk bekerjasama dengan pendukung ideologi kebangsaan dalam memacu demokrasi Malaysia yang semakin matang.\n\nIni merupakan satu permulaan kepada usaha-usaha yang sistematik, terarah dan berhikmah yang menunjukkan betapa akhirnya, natijah dari semua ini ialah politik yang progresif dan pragmatik.", "Agenda Penyatuan Ummah ini diyakini dapat memulih dan menyusun semula paradigma dan daya tahan bangsa agar bersifat sezaman dan luwes. Keanjalan dalam sikap dan pendirian politik adalah perkara yang mesti diusahakan tanpa prejudis dan memilih-milih. Malah, menjangkaui spektrum politik.", "Kedua, kerjasama ini adalah lonjakan besar dalam demokrasi Malaysia yang matang.", "Pemeteraian Piagam UMNO-PAS bukan sahaja tidak bercanggah dengan nilai dan semangat demokrasi yang terbuka, malah mengukuhkannya.", "Garapan pendekatan dan pengisian sebegini secara tidak langsung akan mematangkan amalan demokrasi dalam negara. Ini kerana, apabila komuniti majoriti memilih untuk merapatkan jurang dan melupakan persengketaan, lebih mudah untuk keseluruhan masyarakat bergerak mara ke hadapan.\n\nNegara tidak akan lagi dibelenggu oleh perpecahan, perselisihan dan perbezaan yang bukan sahaja memisahkan kita antara satu sama lain. Tetapi telah menyukarkan sebarang dasar yang progresif dan baik.", "Pada masa yang sama, bangsa dan masyarakat akan memerdekakan diri dari wacana sempit tentang hak dan ketuanan dan memfokuskan kepada sesuatu yang lebih substantif, mencabar dan global.", "Percayalah, kerjasama UMNO dan PAS ini akan menjadikan Malaysia ini lebih demokratik kerana pelbagai aktornya, tampil dengan pelbagai pendekatan yang inovatif dalam meraih kepercayaan rakyat.", "Ketiga, kerjasama UMNO dan PAS ini sangat penting untuk membangunkan kekuatan politik Melayu Islam bagi menghadapi gelora globalisasi yang semakin mencabar.\nKita tidak lagi hidup dalam arena kita. Kita berkehidupan dalam dunia yang sangat global dan dampak globalisasi ini sangat luar biasa.", "Ia telah mula merubah cara hidup dan pemikiran serta jati diri bangsa Melayu dengan impak yang tidak pernah terbayang sebelum ini. Justeru kita mesti mencari jalan untuk mengurus dampak globalisasi ini melalui kekuatan politik yang rentas ideologi.", "Kerjasama UMNO-PAS adalah antara langkah mempersiap bangsa untuk berhadapan dengan ketidaktentuan dunia dan perubahan-perubahan ideologi yang saban hari mencengkam jati diri Melayu tanpa kita sedari.", "Tanpa kekuatan politik yang ampuh, bangsa Melayu dan Islam pasti berhadapan dengan kesukaran yang luar biasa dalam mengurus pemikiran, gaya hidup, budaya kerja dan ketahanan bangsa yang semakin deras berubah dek derasnya globalisasi.\n\nKeempat, kerjasama ini tidak sesekali membelakangkan masyarakat majmuk Malaysia.", "Selama UMNO wujud, tradisi politiknya ialah menjayakan kemajmukan. Melalui Perikatan sehinggalah Barisan Nasional, pengalaman politik UMNO senantiasa dipengaruhi oleh kepentingan untuk menyantuni Malaysia yang pelbagai ini.", "Demikian juga PAS. Kerana Islam pada PAS adalah untuk semua, bukan hanya kepada bangsa Melayu. Kerana ini juga, PAS, dalam hayat politiknya, telah banyak kali bekerjasama dengan pelbagai aktor demokrasi seperti DAP, Semangat 46, PKR dan yang lain.", "Pengalaman kedua-dua pergerakan politik ini dalam menangani kemajmukan sangat luar biasa. Sinergi yang terbentuk melalui kerjasama UMNO PAS ini akan membongkar kekayaan pengalaman kedua-duanya dalam mengurus kemajmukan Malaysia.", "Potensinya ialah ia membuka lebih banyak ruang kerjasama dan persefahaman. Khususnya dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Ini kerana, kedua-dua parti sangat memahami dan sedar bahawa kerjasama ini mesti inklusif dan bersifat sejagat.", "Ia mesti membujuk keterlibatan dan rasa kebersamaan semua pihak dalam lapisan masyarakat kita yang rencam dan bermacam-macam. Kerana, matlamat akhir kita adalah untuk membangunkan sebuah agenda kerjasama peringkat nasional yang praktikal dan berkesan.", "Sambil menolak ekstremisme dan radikalisme, kerjasama UMNO-PAS sebenarnya adalah ikhtiar untuk menyatupadukan orang Melayu di bawah satu persefahaman yang sama, demi kepentingan Malaysia yang pluralistik dan majmuk budaya dan agama bangsanya.\n\nTanpa kerjasama inklusif yang utuh, kesatuan Melayu-Muslim tidak akan lengkap dan tidak bermakna. Meskipun dari segi bilangan orang Melayu Muslim membentuk fabrik majoriti dalam negara.", "Maka, kewujudan ‘A Malay led plural society’, atau sebuah masyarakat majmuk Malaysia yang dikemudikan oleh bangsa Melayu, sebagai bangsa teras boleh menjadi satu lonjakan baharu kepada politik semasa yang sangat menjarakkan kita antara satu sama lain.", "Kita harus mengakui. Orang Melayu memerlukan penyatuan. Orang bukan Melayu memerlukan rasa selamat dan seruan kebersamaan yang adil. Islam memerlukan pemahaman dan penghormatan yang selayaknya. Paling penting, Malaysia sendiri memerlukan lonjakan dan jalan ke hadapan yang lebih baik.", "Percayalah, Kerjasama UMNO-PAS ini adalah jawapannya. Mari jayakan.\n\nDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/09/10/tergugatkah-negara-dengan-kerjasama-umno-pas-dr-zambry/
[ "\nSEMAKIN banyak serangan yang dilakukan terhadap kerjasama (ta’awun) UMNO dan PAS yang akan termeterai pada 14.9.2019. Semua kritikan dari kumpulan parti yang memerintah dan gerakan NGO tertentu, serta penulis/kolumnis di portal berita sosial media menganggapnya sebagai menggugat keamanan dan kemakmuran negara.", "Ia dikatakan sebagai hari yang malang buat negara setelah 62 tahun merdeka. Ia dituduh membangkitkan rasisme dan ekstremisme agama yang bakal menjerumuskan negara seperti di Timur Tengah.", "Dahsyat sungguh gambaran dan gerakan pembantaian yang dilakukan hampir setiap hari. Seolah-olah bila termeterainya secara rasmi hubungan ta’awun politik UMNO-PAS ini maka berakhirlah era Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.", "Dari segi sejarah, ia mengingatkan kita tindakan-tindakan halangan, kawalan dan cengkaman (inhibitive, restrictive and oppressive) yang dilakukan oleh Penjajah British ketika pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu mahu membentuk sebuah pertubuhan bernama UMNO bagi menentang Malayan Union pada tahun 1946.", "British begitu takut dengan kebangkitan kesedaran dan kesatuan rakyat menentang kehendaknya yang mahu membentuk sistem politik penjajah, liberal demokratik berbanding dengan parti-parti siasah tempatan yang lebih bersifat nasionalis-Islamis dan gerakan kiri.", "Pihak British kemudiannya mengenakan pelbagai laluan sukar agar kesatuan yang dibina oleh orang Melayu ketika itu akhirnya terlerai.", "Namun kemuncak kepada kesungguhan British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946, disusuli ugutan yang dibuat terhadap Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu, ia menjadi gerakan lautan manusia menolak rancangan penjajah British itu.", "Bagi menghalang kebangkitan rakyat pribumi, selepas peristiwa 1946, British perkenalkan pelbagai undang-undang seperti Banishment Ordinance 1948, The Restricted Residence Bill 1948, The Societies Bills 1949, The Printing Presses Bill 1948, the Sedition Act 1948, the Undesireable Publication Bill 1949.", "Akhirnya British mengisytiharkan Darurat (Emergency) pada 1948, dan mengharamkan antaranya parti PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Hizbul Muslimin.", "Kebimbangan yang disuarakan terhadap ta’awun UMNO dan PAS ini samalah juga dengan kebimbangan pembangkang ketika sebelum pilihanraya PRU-14, bila mana pelbagai sangkaan buruk dan telahan dibuat bahawa sekiranya BN kalah maka akan berlaku huru hara dalam negara.", "Malah yang lebih ekstrim lagi mengatakan bahawa BN akan menggunakan tentera dan polis untuk menghalang pihak pembangkang membentuk kerajaan.", "Tapi apa yang berlaku adalah pertukaran kerajaan yang aman. Dan Dato Seri Najib dengan penuh “gentleman” menyerahkan kuasa sebagai menghormati kehendak rakyat.", "Akibat daripada serangan bertubi-tubi terhadap ta’awun UMNO-PAS ini, maka muncul dua fenomena yang sangat serius sedang dihadapi oleh orang Melayu dan Islam di Malaysia iaitu Melayu-phobia dan Islamophobia.\n\nMelayu-phobia berkait dengan usaha ke atas segala hal-ehwal dan perbincangan tentang nasib dan masa depan bangsa dianggap sebagai rasis. UMNO, PAS dan beberapa gerakan NGOs menjadi mangsa serangan ini.", "Naratif orang Melayu sebagai bangsa terawal yang mendiami negara dipertikaikan; peruntukan hak-hak keistimewaan diperdebatkan; kedudukan Raja-raja Melayu sebagai institusi pemerintahan dipersoalkan; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperlekehkan.", "Ia diserang bertahun-tahun lamanya oleh kumpulan sekularis, chauvinis dan liberal sehinggalah kini.", "Mereka juga melakukan serangan secara simbiotik (symbiotic) iaitu dengan menghalakan kepada UMNO dan PAS yang menjadi parti orang Melayu dan Bumiputra. Mereka tahu ia tidak boleh secara langsung menyerang orang Melayu, tetapi dengan menyerang parti orang Melayu (UMNO 3 juta ahli dan PAS hampir 1 juta) ini seperti “pukul anak, sindir menantu”, maka orang Melayu tidak begitu terasa.", "Islamophobia yang selama ini dicanangkan di Barat turut dipalu gendangnya dengan begitu rancak sekali selepas Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14). Seperti biasa apa yang kita dengar dan lihat ialah semuanya dikaitkan dengan UMNO dan PAS, yang kononnya memberi gambaran menakutkan terhadap Islam.", "Tetapi dalam masa yang sama mereka mempersoalkan dan menetapkan versi Islam yang boleh dan tidak boleh diamalkan di Malaysia; siapakah penceramah yang boleh bercakap, yang boleh atau tidak boleh dijemput; apakah kandungan ucapan mufti yang sesuai atau yang tidak sesuai; ketidakwajaran istilah kafir, shariah disebut dan diulang-ulang dalam konteks Malaysia; Nabi Muhammad dan Islam dituduh penyebar keganasan; azan Subuh perlu dikurangkan kerana mengganggu orang lain; jawi dan khat adalah usaha proses pengislaman; dan banyak lagi insiden yang lantang menyentuh tentang Islam.", "Dalam keadaan ini pula LKS (Lim Kit Siang) sekali lagi mencipta satu naratif baru hasil dari kerjasama UMNO-PAS iaitu dengan menggelarnya sebagai kemunculan’ klepto-theocracy’.\n\nKlepto adalah dari istilah ‘kleptocracy’ iaitu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin korup yang mengeksploit harta negara untuk kepentingannya. Ia dipopularkan dan dipalu habis-habisan oleh LKS dan Dap sebelum PRU14 sehingga tumbangnya BN. Setiap hari diulang-ulang sehingga rakyat percaya dan kemuncaknya adalah peristiwa 1MDB.", "‘Theocracy’ pula adalah pemerintahan golongan agama, para ulama dan mullah, yang meletakkan Tuhan sebagai kuasa tertinggi melalui perlaksanaan hukum shariah. Ia dianggap bertentangan dengan falsafah sekularime yang memisahkan agama dan pemerintahan. ‘Theocracy’ ini khusus dirujuk kepada PAS.", "Dalam hampir setiap tulisan LKS akan diselitkan dengan istilah ‘klepto-theocracy’ ini. Puncanya ialah dari kerjasama UMNO-PAS yang dilihatnya akan mewujudkan sebuah kerajaan yang penuh dengan segala kejahatan dan menggunakan Islam sebagai alat untuk mencapai matlamat.\n\nKit Siang mencipta istilah ini dengan katanya “klepto-theocracy is a political doctrine in Malaysia which misuses Islam to support thievery, corruption, intolerance, bigotry, lies and falsehood” (klepto-theocracy adalah suatu doktrin politik di Malaysia yang menyalahgunakan Islam bagi menyokong kerja mencuri, korupsi, tidak bertolak ansur, ketaksuban, pembohongan, dan kepalsuan).", "Dalam kaca mata propaganda LKS, setiap kenyataan dan tindakan pemimpin UMNO dan PAS yang mengkritik Dap atau kenyataan menolak kerjasama dengan Dap serta fenomena “Bossku” adalah bukti ‘klepto-theocracy’. Justeru, setiap langkah dan tindakan UMNO dan PAS akan ditafsirkan sebagai ‘klepto-theocracy’.", "Serangan dan tekanan terhadap kerjasama ini menunjukkan dengan jelas pemikiran neo-kolonial (neo-colonial thinking) yang gagal memahami sejarah dan konteks.", "Ia samalah seperti tindakan Stamford Raffles (1781–1826) yang menganggap pemerintah-pemerintah Melayu sebagai “oppressive rulers”(pemerintah yang menindas); Frank Swettenham (1850-1946) dan Hugh Clifford (1866-1941) memperlekehkan negeri-negeri Melayu sebagai tidak mempunyai institusi politik (no political institutions). Raja-raja Melayu pula dianggap menjalankan pemerintahan autokrasi dan rakyat tidak mempunyai hak memiliki tanah.", "Serangan terhadap ta’awun juga menggambarkan bahawa proses demokrasi hanya berlaku sekiranya UMNO dan PAS tidak berkerjasama dan terus berpecah. Manakala kalau UMNO dan PAS bekerjasama maka akan wujudlah sebuah kerajaan ‘klepto-theocracy’ yang sama keadaannya seperti Iraq, Syria, Afghanistan dan lain-lain.", "Namun apa yang dapat kita saksikan hari ini ialah bangkitnya suatu semangat keinsafan di pelbagai peringkat untuk mencari dan membina politik nasional yang lebih mantap sesuai dengan negara Malaysia dan penduduknya. Ini dapat dilihat dalam beberapa perkara ta’awun UMNO-PAS.", "Pertama, semangat ta’awun UMNO-PAS ini tumbuh secara organik dan subur dari baja kesedaran yang tidak dibuat-buat atas nama persefahaman politik semata-mata. Ia adalah ‘real’ (nyata), dan tidak lahir dari fantasi dan imaginasi liar.", "Kedua, UMNO dan PAS bukan parti yang baru berada dalam pentas politik nasional. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan menjadi pemerintah selama 61 tahun, manakala PAS (ditubuhkan pada 1951) memerintah Kelantan lebih 30 tahun, pernah memerintah Kedah dan kini kali kedua Terengganu.", "Dengan segala asam garam, jatuh bangun, UMNO dan PAS telah membuktikan sekian lama amalan dan budaya politik demokrasi dalam negara ini. Ia mempunyai sejarah, konteks, perspektif, relevansi, dan arah-tuju (direction) yang terbina sepanjang perjalanan kewujudan mereka dalam politik tanahair.", "Ini bertentangan sama sekali dengan pandangan ekstrim pihak PH yang menganggapnya sebagai cubaan mewujudkan negara Taliban, perang terhadap bukan-Islam, dan akan wujud jerangkap samar politik (internal explosive devices) yang cuba menyamakan Malaysia akan menjadi seperti Iraq, Syria, Yemen, dan Bahrain.\n\nKetiga, UMNO dan PAS pasti akan mengemukakan naratif politik nasional yang relevan dengan sejarah, konteks, demografi, dan lanskap politik. Mereka tidak akan terjerumus ke dalam kejumudan dan beretorik dengan slogan dan simbol kosong sekiranya mereka mahu menjadi alternatif yang lebih baik daripada kerajaan PH yang ada hari ini.", "Hala politik mereka perlu terus mengukuhkan landasan politik demokrasi dan menerima realiti kepelbagaian agama dan kaum.", "Keempat, UMNO dan PAS tentunya akan menyediakan tawaran-tawarannya (the new deals) kepada rakyat Malaysia melalui pengalaman dan pengamatan serta penglibatan mereka kepada rakyat selama ini. Ia pasti tidak akan membuat tawaran-tawaran palsu, janji-janji yang tidak tertunai seperti kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.", "Tawaran-tawaran untuk membina sebuah negara yang demokratik, dengan nilai-nilai keadilan, kesederhanaan, belas ihsan (compassion), memelihara maruah setiap warga, pembasmian kemiskinan, mengurangkan jurang ketaksamaan, dan menolak faham kebebalan sejarah yang mendorong chauvinisme kaum.", "Kelima, UMNO dan PAS harus lebih fokus kepada gerak kerja dan tidak terikut dengan gendang serangan PH. Serangan berterusan PH pula akan membawa kehilangan dimensi politik yang lebih komprehensif di kalangan mereka.", "Rakyat mahukan jawapan kepada segala janji dan ingin melihat politik yang lebih baik untuk masa depan Malaysia. Namun mereka masih terperangkap dalam sindrom pembangkang yang berterusan memberi alasan menuding jari kepada regim lama.", "Dalam masa yang sama, tanpa sedar, rumah mereka sendiri mengalami proses kecelaruan dan anai-anai politik. Sebagai contoh, pandangan simplistik Dap terhadap PAS yang kononnya sudah hilang tokoh-tokoh moderat kerana telah berhijrah ke parti lain. Tetapi ia gagal melihat bagaimana kumpulan yang dikatakan ‘moderat’ itu adalah satu ‘gerakan alami’ yang berjaya menyusup dan menguasai tempat dan jawatan penting dalam kerajaan mereka.", "Mereka ini telah mencuba pelbagai cara berada dalam parti PAS dan UMNO tetapi kurang berjaya. Kini mencapai matlamat kuasa dalam pemerintahan PH. Apa yang akan mereka lakukan selepas ini, masa akan membuktikan.", "Keenam, keadaan politik sosial demokratik dan pluralisme (social democratic pluralism) yang menentang politik Melayu-Islam (Malay-Islamic politics) dan mengasaknya sehingga menimbulkan keresahan adalah suatu keadaan yang sebenarnya berbahaya.", "Prof Amy Chua dalam buku terbarunya Political Tribes mengingatkan perkara ini: “ when groups feel threatened, they retreat into tribalism. They close ranks and become more insular, more defensive, more punitive, more us-versus-them”. (Apabila sesebuah kumpulan mulai merasa terancam, mereka akan beralih kembali kepada fahaman kumpulan. Mereka memantapkan barisan dan menjadi lebih insular, lebih defensif, lebih menghukum, dan meningkatnya rasa kita-lawan-mereka)", "Akibat serangan terhadap UMNO dan PAS, ia semakin membuka tingkap keresahan. Dalam waktu yang sama pintu penyatuan dua parti yang diserang ini semakin terbuka.\n\nSepatutnya dalam impian baru PH untuk melihat ruang demokrasi yang lebih luas, kewujudan persefahaman dan kerjasama politik seperti UMNO-PAS ini dialu-alukan. Apabila Dap sanggup menerima PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dulu, apakah yang mengejutkan pula bila UMNO dan PAS boleh bekerjasama.", "Ketujuh, apabila kekhuatiran terhadap hubungan UMNO-PAS menjadi suatu konstruk politik ketakutan (politics of fear) yang dicanang oleh PH, maka ia membawa kepada suasana yang tidak baik kepada pihak PH sendiri, seolah-olah mahu menjuarai dan memonopoli kebenaran (monopoly of truth).", "Hari ini rakyat sudah lebih terbuka dan pintar membaca antara propaganda dan kebenaran. Manipulasi data untuk menunjukkan kehebatan pemerintahan yang ada juga akan diperdebatkan secara terbuka. Rakyat akan lebih berusaha mencari kebenaran di sebalik serangan bertubi-tubi terus dibuat ke atas usaha ta’awun UMNO-PAS.", "Orang seperti LKS dan sepemikiran dengannya akan terus melancarkan serangan propaganda terhadap usaha ta’awun UMNO-PAS ini sehingga pilihan raya akan datang.\n\nNamun UMNO dan PAS perlu membuktikan bahawa kerjasama yang dibina ini merangkumi sekalian rakyat, merentasi etnik dan agama. Dan ia perlu membuktikan bahawa politik mereka adalah politik kesederhanaan, berimbang di tengah titik timbang, berkebajikan, wasatiyyah, hadari, dan demokratik.", "Tanggal 14.9.2019 akan terakam sejarah kerjasama dan perpaduan ummah dua parti terbesar Melayu-Islam dan sekaligus membina landskap politik baru merangkumi muafakat nasional pelbagai kaum atas falsafah, nilai dan etos politik baru.", "Oleh itu jauhi prejudis kaum dan agama. Perpaduan ummah UMNO-PAS atas nama ta’awun adalah ikhtiar untuk membina Malaysia yang aman, makmur, inklusif, progresif, dan bertoleransi dengan menerima hakikat sejarah dan konteks Malaysia.", "Dan kedua-dua parti ini tidak bermula di atas dulang yang kosong. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir\nAhli Majlis Tertinggi UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/09/06/hijrah-proses-yang-berterusan/
[ "Kita baru sahaja meraikan hari Kemerdekaan Negara ke-62 dan tahun baharu Hijrah 1441. Kedua-dua peristiwa itu amat besar ertinya kepada rakyat Malaysia secara amnya dan umat Islam khasnya.", "Watak dan tamadun umat Islam diperteguhkan dengan penghijrahan Rasulullah SAW. Peristiwa ini juga menjadi anjakan peradaban manusia, tanpa terikat dengan umat satu agama, tetapi peristiwa ini memberikan satu kesan yang amat besar kepada manusia berkaitan dengan kesejagatan dalam membina negara. Tiga teras utama yang menjadi keutamaan Rasulullah SAW iaitu:", "• Membina masjid sebagai asas pembinaan masyarakat Islam, menghidupkan jiwa dan medan penyatuan ummah dan pentadbiran selain tempat ibadah", "• Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar", "• Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah", "Penyatuan hati Muhajirin dan Ansar antaranya bagi meringankan bebanan ekonomi dan sosial yang dihadapi Muhajirin yang terpaksa meninggalkan harta dan tanah air demi bersama Rasulullah SAW. Persaudaraan ini menjadi teladan kepada kita bahawa ikatan keimanan, akidah dan keikhlasan menjadi tunjang kepada pembinaan negara Islam.\n\nTanpa meremehkan atau meminggirkan kepelbagaian budaya, fahaman, kaum dan agama, Rasulullah SAW melakukan perjanjian dan persefahaman dengan pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di Kota Madinah. Perjanjian itu menunjukkan jiwa besar Rasulullah SAW membina penyatuan masyarakat, mencintai kehidupan aman damai dan selamat, tidak berperang sesama sendiri. Semua perkara penting dipertimbangkan sebelum membuat perjanjian dengan penduduk Madinah sama ada Muslim atau bukan Muslim.", "Setelah itu, kedudukan politik Madinah diperkuat melalui persefahaman semua pemimpin kaum dengan perjanjian Piagam Madinah (Sahifat al-Madinah) sebagai panduan bagi pembinaan negara dan umat yang bermaruah melalui kematangan politik, sepertimana sabdanya yang bermaksud:", "“Aku diperintahkan untuk berhijrah ke sebuah kota yang akan mengalahkan kota-kota lain. Kota itu disebut Yathrib. Itulah Madinah. Kota itulah yang akan membersihkan manusia (daripada segala keburukan dan kemusyrikan) sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi,”\nRiwayat Bukhari.", "Penduduk Arab di Madinah tidak sehebat Quraisy Mekah yang memiliki kekayaan, menguasai perdagangan serta mempunyai struktur politik tersusun. Muhammad Ahsan dalam tulisannya ‘Globalization and The Underdeveloped Muslim World: A Case Study of Pakistan’ dalam bab ‘Islam Encountering Globalization’, (Ed. Ali Mohammad) menyatakan antara tindakan awal Rasulullah SAW di Madinah adalah mengadakan bancian yang merangkumi guna tenaga kerja, penguasaan ilmu pengetahuan, tahap literasi, ekonomi, keperluan dan pegangan agama. Ini menjadi asas kepada pembinaan negara Madinah yang bermaruah.", "Saya tertarik dengan ucapan Syeikh Abdullah bin Bayyah, tokoh Maal Hijrah 1441 Hijrah“…menyedari realiti hari ini, yang menuntut kefahaman dan pelaksanaan yang baharu, negara kami Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melancarkan Deklarasi Marrakesh bagi menonjolkan kembali nilai-nilai Islam yang menyokong prinsip hidup kebersamaan dengan penganut agama lain, deklarasi ini diilhamkan daripada semangat Piagam Madinah”. Saya berpandangan inilah bentuk penghijrahan yang dilakukan oleh UAE bagi mengharmoniskan kehidupan rakyatnya. Usaha yang sama sedang dilakukan oleh UMNO dan PAS melalui Piagam Muafakat Nasional.", "Menjadi tanda tanya dalam konteks Malaysia, setelah rakyat melakukan penghijrahan menukar kerajaan, apakah hasil yang diperolehi dan keberuntungan rakyat dari penghijrahan tersebut. Apakah nasib mereka terbela atau taraf kehidupan mereka lebih baik? Bagaimana dengan tahap sosioekonomi, kebajikan, pendidikan, keamanan, keharmonian antara kaum bertambah baik ataupun sebaliknya. Rakyat perlukan solusi yang terbaik kepada permasalahan mereka, bukan hanya retorika politik samata-mata.\n\nBagi menyahut titah Yang di-Pertuan Agong bahawa “Penghijrahan negara ke tahap yang lebih tinggi akan boleh dicapai melalui pembentukan semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan negara”.", "UMNO komited berpegang kepada prinsip Perlembagaan serta menekankan toleransi, kesederhanaan, sifat kemanusiaan dan timbang rasa sehingga memberi kesan positif terhadap keamanan dan pembangunan negara.", "Mengambil keberkatan bulan Muharam sebagai bulan hijrah, UMNO dan PAS akan menjadikan Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) yang akan diadakan seminggu dari sekarang sebagai asas toleransi dan perpaduan antara kaum. Himpunan ini terbuka kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Kita menolak budaya extremisme dan perkauman yang akan menjejaskan keharmonian masyarakat. Himpunan ini akan menjadi titik penghijrahan terbesar dan bermakna kepada seluruh rakyat bagi membina Malaysia bermaruah.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/09/04/benarkah-umno-pas-boikot-barangan-bukan-islam/
[ "SAYA hairan kenapa LGE mengenakan syarat ke atas UMNO dan PAS iaitu sekiranya kedua-dua parti itu tidak menentang non-Muslim dan bukan-Melayu, maka UMNO dan PAS hendaklah menyatakan bantahan kepada gerakan membeli barangan Muslim yang dilancarkan dalam sosial media dan menghentikan apa yang didakwanya boikot barangan non-Muslim.", "Pertama, saya ingin bertanya apa ada kena mengena kempen membeli barangan dan produk Muslim dengan sentimen anti bukan-Muslim, rasisme dan ekstremis?", "Kedua, kenapa LGE menggunakan ayat yang boleh mengundang tafsiran rasis dan ekstremis, hanya dalam hal perniagaan yang melibatkan orang Melayu dan Islam. Apakah sekiranya kempen yang sama dilancarkan oleh non-Muslim, untuk menggalakkan hanya membeli barangan keluaran mereka sahaja, maka kenyataan yang sama akan dikeluarkan?", "Ketiga, kenapa LGE meletakkan beban kes ke atas UMNO dan PAS? Ia seperti membuat tuduhan dahulu dan kemudian terpaksalah orang yang kena tuduh cari jalan untuk menafikannya. Tidakkah ini menunjukkan secara tersirat LGE menyatakan bahawa PAS dan UMNO lah di belakang kempen sedemikian?", "Keempat, kenapa kah LGE menggunakan istilah itu ketika menisbatkan nya dengan UMNO dan PAS. Apakah DAP tidak berfikiran rasis ketika membahas dan menuduh orang lain rasis?", "Kelima adakah benar UMNO dan PAS melancarkan atau menggalakkan kempen memboikot barangan non-Muslim sehingga serangan dihalakan kepada kedua-dua parti ini?\n\nSikap anti sesuatu kumpulan dan kaum, atau rasisme dan ekstremisme tidak lahir dari satu keadaan semata-mata. Tetapi ia menjadi sesuatu yang selesa bagi sang penguasa untuk melemparkan tuduhan kepada musuh politiknya. Ia juga menjadi alat oleh mereka yang mahu memenangi sokongan kumpulan dan etnik yang mendokongnya selama ini.", "Boikot berlaku adalah disebabkan suatu keadaan emosi yang sangat kompleks yang dihadapi individu dan kumpulan hasil daripada keadaan yang memaksa mereka melakukan demikian. Ia dilihat sebagai tanggungjawab moral untuk mencetusan kesedaran perasaan.", "Orang boikot sesuatu produk kerana tindakan pihak pengeluar produk tersebut melakukan ketidakadilan atau menekan, menipu dan mengeksploit pihak yang menggunakan produk.", "Ia juga menjadi protes kemarahan atas tindakan yang terkumpul selama ini. Seperti yang pernah dilancarkan oleh Tun M ketika menjadi PM ke4 iaitu “Buy British Last” adalah atas kemarahan dan tindakan membalas terhadap apa yang dilakukan kepada negara oleh Kerajaan British ketika itu. Maka berlakulah peristiwa “ the dawn raid” oleh PNB dalam tahun 1981 yang membawa kepada pemilikan Guthrie oleh Kerajaan Malaysia. British bertindak mengenakan peraturan baru yang lebih ketat di Stock Exchange nya dan disusuli dengan kenaikan yuran pengajian pelajar Malaysia di Britain dari £300 ke £900.", "Dalam konteks kehidupan rakyat di negara kita sendiri, tidak ada gerakan seumpama itu atas nama Bumiputera melawan Bukan Bumiputera, Islam melawan bukan Islam. Atau suatu keadaan saling berbalas dendam, saling serang menyerang.", "Dalam suasana perniagaan kecil dan besar, runcit dan pasaraya, rakyat Malaysia tidak pernah memikirkan soal boikot memboikot secara terancang dan bersungguh-sungguh. Ini kerana kehidupan kita yang sangat kompleks yang saling memiliki nilai konsumerisne merentasi bangsa dan agama.\n\nApa yang menjadi perhatian ummat Islam ialah barangan yang tidak diproses mengikut lunas halalan tayyiban. Kita pernah mendengar bagaimana ayam yang tidak disembelih cara Islam dilabel sebagai halal, kisah kilang bihun yang diproses dalam keadaan yang sangat kotor dan jijik yang dilabelkan sebagai halal, belacan yang dibuat dengan kekotoran, berulat dan dilabelkan sebagai halal, kicap yang dihasilkan dari sumber yang tidak halal, dan lain-lain makanan yang tidak halal tetapi dilabelkan halal.", "Selagi ada garis dan batas halal, orang Islam tidak menjadi masalah untuk memasuki kedai Cina dan India. Orang Melayu membeli barang runcit di kedai Cina dan India sudah berjalan tanpa curiga sekian lama. Demikian juga orang Cina dan India tidak menjadi halangan masuk ke kedai Melayu yang diketahui kesedapan masakannya.", "Masyarakat Melayu dan Bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak adalah golongan yang sentiasa memiliki nilai hormat dan terbuka dalam hal perniagaan dan peruncitan sehingga orang Cina boleh berniaga dalam kampung berabad lamanya tanpa diganggu oleh rusuhan, rompakan dan pembakaran kedai-kedai mereka. Mereka hidup dalam kerukunan sebagai rakyat pelbagai kaum yang selamat dan aman.", "Suara menggalakkan dan membantu golongan pribumi untuk terlibat dalam perniagaan sepatutnya bukanlah menjadi kejutan buat LGE dan DAP. Sejak dari dulu sudah wujud pelbagai cara dan pendekatan kerajaan untuk membina golongan Bumiputera yang mampu bersaing dalam pasaran. Malah diwujudkan kesedaran untuk mereka dapat bersaing di pasaran terbuka. Ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya.", "Salah satu gerakan kesedaran untuk Bumiputra berniaga dari sekecil-kecil nya ialah di pasar malam dan pasar tani. Bayangkanlah kalau di waktu itu langkah kerajaan mewujudkan peniaga-peniaga pasar malam dan pasar tani pun dinilai dari sudut memboikot produk bukan-Muslim, maka akhirnya orang Melayu dan Bumiputra tidak boleh langsung berada dalam bidang perniagaan.", "Alhamdulillah suasana di pasar malam mewujudkan golongan peniaga pelbagai bangsa.\n\nCuma kali ini seperti dirasai bahang pertentangan dan seolah-olah ia menjadi gerakan yang sangat ditakuti oleh DAP akibat daripada kerjasama UMNO dan PAS. Kenapa semuanya dilihat dalam konteks politik kerjasama UMNO dan PAS? Dan ia mengingatkan semula kenyataan terbuka LGE baru-baru ini bahawa kerjasama UMNO-PAS adalah seperti perisytiharan perang terbuka terhadap bukan-Melayu dan bukan-Islam.", "Masalahnya ialah pemimpin-pemimpin DAP masih mahu membawa naratif perkauman dan ekstremisme agama ketika berhujah dengan merujuk khusus kepada UMNO dan PAS.", "Apabila Takiyuddin Hassan, SUA PAS, menjelaskan bahawa gerakan membeli barangan buatan Muslim adalah langkah inklusif, Ram Karpal menempelak Takiyuddin dengan mengatakan ia adalah sesuatu yang sangat merbahaya kepada negara berbilang bangsa. Sedangkan Takiyuddin langsung tidak menyatakan sokongannya kepada memboikot barangan Bukan-Islam.\n\nSaya yakin rakyat lebih menumpu kepada kesengsaraan hidup mereka kini setelah dijanjikan dengan pelbagai perkara kebaikan. Mereka menumpukan kehidupan seharian mereka, dan memantau harga barang dan kos sara hidup yang terus tinggi, SST yang tidak menunjukkan kebaikan, harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit yang merudum, dan nilai ringgit yang lemah. Malah peningkatan hutang negara turut membimbangkan.", "Mungkin strategi LGE berjaya apabila PAS dan UMNO sekarang berlumba-lumba untuk menjelaskan bahawa mereka tidak memboikot atau bukan anti non-Muslim, tetapi dalam masa yang sama ia menambahkan lagi perasaan meluat rakyat terhadap tuduhan dan serangan berterusan terhadap kerjasama UMNO dan PAS.", "Dan ia pasti meningkatkan lagi komitmen UMNO dan PAS bahawa ta’awun dua parti terbesar ummat Islam ini akan membawa kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran buat seluruh rakyat dalam negara ini.", "\nDr Zambry Abd Kadir" ]
https://umno-online.my/2019/09/03/subsidi-minyak-ditangguhkan-mana-teori-teori-bergeliga-ph/
[ "KERAJAAN telah menangguhkan skim subsidi petrol bersasar dengan alasan ‘kegagalan memperolehi data mencukupi’ mengenai kumpulan sasaran, M40.", "Alasan “tak cukup data” oleh Saifuddin Nasution ini sangat lawak, kerana Anwar Ibrahim dan Rafizi, yang juga daripada PKR, adalah yang paling lantang menipu, “hari ni menang, esok kita turun harga minyak”. Rupa-rupanya masih banyak kiraan mereka sebelum ni semuanya tak boleh pakai.", "Data apa dipakai sewaktu kerajaan mengumumkan subsidi bersasar di dalam Belanjawan 2019?", "\nApa yang lebih pelik juga ialah, kalau betul kerajaan gagal untuk mengumpul data yang mencukupi, kenapa kerajaan mengumumkannya di dalam Belanjawan 2019? adakah Belanjawan Malaysia telah menjadi saluran lain untuk kerajaan Pakatan Harapan menipu?\n\nSebelum ini, subsidi petrol bersasar dicadangkan dalam Belanjawan 2019 dan hanya terpakai kepada kereta di bawah kuasa 1,500cc dan motosikal di bawah 125cc yang akan diberi RON95 sebanyak 30 sen seliter dan setiap pemilik kereta layak mendapat RM30 manakala motosikal sebanyak RM12 dengan maksimum untuk dua buah kereta dan dua motosikal bagi setiap isi rumah", "Apa sudah jadi dengan RM25 juta tender aplikasi membabitkan subsudi minyak?", "Juga dicadangkan ialah sistem kad subsidi, Tetapi, ditolak oleh towkay-towkay pembekal minyak untuk memasang sistem bayaran kad tambahan di stesen mereka.", "Apa pula yang terjadi tender RM25 juta yang dihadiahkan kpd sebuah towkay syarikat GHL Systems Bhd, untuk “membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan membabitkan subsidi petrol RON95”. Sistem apa yang dibangunkan jika mekanisma pun belum diputuskan?", "SUMBER: UMNO-Kedah" ]
https://umno-online.my/2019/08/31/uniknya-bumi-pasir-salak-tetap-memahat-sejarah-tersendiri/
[ "BUMI Pasir Salak sebenarnya amat sinonim dengan dunia kepahlawanan Melayu di tanah air ini yang menentang kezaliman penjajahan kolonial sebelum merdeka dan menjadi tanda kebangkitan rakyat semakin semarak ketika itu.", "Dato’ Maharaja Lela yang menjadi lambang kebanggaan masyarakat di kawasan tersebut khasnya dan negara ini umumnya tidak pernah lekang menitipkan pesanan perlunya rakyat bersatu padu menentang kezaliman supaya keharmonian dan keamanan terus wujud.", "Semangatnya itu tidak pernah padam sehingga hari ini apabila orang Melayu dan Islam mula bangkit apabila maruah bangsanya serta kesucian agama Islam mula diracik-racik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ditunjangi oleh Dap, yang tidak pernah berlaku sejak lebih 60 tahun bumi Tanah Melayu ini merdeka di bawah naungan kerajaan Barisan Nasional (BN).", "Pada November tahun lalu, buat julung kali rakyat tanpa mengira idealogi politik, latar belakang bangsa dan agama hadir ke Himpunan Perpaduan Ummah bagi bersama-sama berkumpul di Kampung Gajah, Pasir Salak untuk menyatukan fikrah dan keutuhan kaum Melayu serta Bumiputera dalam menjaga hak-haknya sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan Raja-raja Melayu.", "Himpunan yang dihadiri lebih 30 ribu rakyat itu juga merupakan penentangan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang secara jelas dizahirkan bagi menggesa kerajaan agar tidak tunduk kepada desakan-desakan segelintir pihak yang mahu ianya diratifikasikan.", "Bahkan menjadi satu sejarah negara apabila ia menyatukan pemimpin utama UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang serta barisan kepimpinan di peringkat pusat, negeri mahupun tempatan.", "Semalam, di malam ambang merdeka, bumi Pasir Salak kembali bergema dengan laungan ‘Hidup Melayu’, ‘Hidup Islam’ dan takbir dari puluhan ribu suara dalam Himpunan Melayu Bangkit dan Penyatuan Ummah 2.0 di dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik, Pasir Salak.", "Tambah istimewa, ia juga merupakan acara di majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak yang diketuai Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang bersidang pada hari ini, 31 Ogos, juga hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62.", "Dalam mesyuarat tersebut lebih tujuh ratus perwakilan yang bersidang sebulat suara bersetuju dengan usul penyatuan ummah.", "Sejarah kembali terpahat, bukan sahaja dengan hampir 50 ribu rakyat hadir ke bumi Pasir Salak, malah ia turut dihadiri pemimpin-pemimpin tertinggi dari dua parti terbesar orang Melayu Islam di negara ini, yang turut menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.", "Selain Dr Ahmad Zahid, hadir sama bekas Presiden Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini sinonim dengan gelaran ‘Bossku’, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad.", "Begitu juga dari PAS, diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan Yang Dipertua PAS kawasan Ustaz Mustafa Shaari.", "Uniknya perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak, ia disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.", "Dalam ucapan aluannya, Tajuddin selaku tuan rumah majlis mengatakan UMNO dan PAS tetap bangkit demi mempertahankan kesucian agama Islam serta maruah orang Melayu tetap terbela.", "Terdahulu ribuan orang ramai yang hadir bersama-sama pemimpin UMNO dan PAS menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti solat hajat dan disambung dengan tazkirah ringkas oleh pendakwah bebas Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin serta solat Isyak.", "Momen paling istimewa Himpunan Melayu Bangkit dan Penyatuan Ummah 2.0 malam tadi ialah ribuan umat Islam yang hadir telah bersama-sama mengaminkan doa yang dipimpin oleh Dr Ahmad Zahid.", "Dalam doanya, Dr Ahmad Zahid memohon ke hadrat Allah S.W.T agar negara ini terus diberi keamanan, penuh kemakmuran dan sentiasa berada dalam kerahmatan.", "Turut dipohon agar penyatuan ummah yang diusahakan akan menjadi penyatuan dan perpaduan yang ikhlas berlandaskan kepada akidah, keimanan serta keikhlasan. – UMNO ONLINE", "" ]
https://umno-online.my/2019/08/30/penyatuan-ummah-menyempurnakan-makna-kemerdekaan/
[ "KEMERDEKAAN yang dikecapi sejak 1957 adalah anugerah Ilahi yang sewajarnya disyukuri. Ia satu amanah yang perlu dipelihara dengan penuh kewaspadaan. Ternyata mengisi erti kemerdekaan lebih susah daripada menuntutnya.", "Jiwa merdeka diserlahkan dengan kerukunan rakyat berbilang kaum hidup secara aman, harmonis dan toleransi tanpa provokasi melampau. Malik Bennabi pernah berpesan “Penjajahan berlaku bukan hanya disebabkan kerakusan dan kebuasan penjajah, tetapi lebih disebabkan oleh kerosakan dalaman masyarakat, masalah minda dan budaya yang menggamit, merangsang dan membuka ruang kepada penjajahan”.", "Menyingkap penghijrahan Rasulullah SAW sebagai simbol dan titik tolak kemerdekaan umat Islam dengan terbentuknya negara Madinah yang menyantuni semua kaum tanpa memilih bangsa dan agama mereka. Muhajirin, Aus dan Khazraj diiktiraf dan disantuni.\n\nSemua pihak dilindungi undang-undang di bawah kedaulatan negara Madinah. Kedudukan politik Madinah diperkuat melalui persefahaman semua pemimpin kaum dengan menyetujui perjanjian Piagam Madinah. Pembinaan negara Madinah bukan bermakna menumpang hidup dan menyusahkan orang lain, Rasulullah dan para sahabat r.a. memainkan peranan membentuk masyarakat baharu dan membina kematangan politik melalui piagam Madinah sebagai pelengkap.", "Pembukaan kota Mekah pada Ramadan 8 Hijrah yang dicatatkan sebagai Ibu Kemerdekaan dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan penuh toleransi diikuti oleh Salahuddin al-Ayyubi buat pertama kalinya menguasai Baitul Maqdis. Begitu juga, ucapan Sultan Muhammad al-Fateh ketika pembukaan Kota Konstantinopel dengan penuh tawaduk dan toleransi serta tasamuh yang amat tinggi.", "Menyedari Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, kerajaan terdahulu telah memberikan penekanan kepada semangat kesederhanaan, toleransi dan keseimbangan dalam menyatu kepelbagaian. Pembasmian kemiskinan dan penyusunan masyarakat dilaksanakan untuk mencapai sasaran sosioekonomi saksama sebagai pentas mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama.", "Pendekatan ini menekankan aspek kesederhanaan dengan mengutamakan keadilan sosial untuk semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana kerajaan sedar tuntutan keterlaluan atas nama keterbukaan dan liberalisme menjadi ancaman kepada masyarakat dan negara.\n\nSayangi Malaysia: Malaysia bersih, dipilih menjadi tema hari kemerdekaan 2019. Tema yang tepat bagi menyemai kembali semangat patriotisme dan nasionalisme yang semakin pudar. Usaha perlu dilakukan secara konsisten bagi memberikan kesedaran kepada generasi muda betapa pentingnya nilai kebebasan, keamanan dan kedaulatan yang dinikmati sekarang. Mentadbir dan mencorak sendiri masa depan negara tanpa dikuasai penjajah kurang dihayati oleh generasi kini, mungkin kerana mereka lahir dan hidup selepas merdeka, tidak melalui susah payah sepertimana dialami generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.", "Menjadi satu kemusykilan, apabila ada kalangan pimpinan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan bersifat subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya berlaku, tindakan tegas perlu diambil sebagai teladan kepada yang lain. Syabas kepada Pertubuhan Pembela Islam Pulau Pinang (Pembela) dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kerana tindakan segera membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan.", "Apa yang dibimbangi, saban hari timbul isu-isu yang berkait dengan perkauman dan provokasi melampau. Menjadi keutamaan kepada kerajaan menoktahkan kenyataan-kenyataan berbentuk penghinaan yang boleh menyemarakkan api perkauman dan berbaur hasutan. Berikan keadilan berlandaskan “rule of law” tanpa mengira agama dan bangsa, jangan pulak orang Melayu seolah-olah dianaktirikan di negara dan tanah air sendiri, sepertimana yang diungkapkan oleh Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.\n", "Penyatuan ummah UMNO dan PAS adalah agenda bagi memaknai erti kemerdekaan. Kita tidak perlu kemerdekaan kedua tetapi mengisi kemerdekaan menjadi keutamaan melalui penyatuan ummah yang membawa maksud kesejagatan dan holistik.", "Penyatuan ummah bukan bermakna hanya untuk kaum tertentu dan orang Islam sahaja tetapi ianya merangkumi semua pihak dan kaum sepertimana dibahaskan oleh tokoh-tokoh modenis Islam Ismail Faruqi, Iqbal, al-Farabi, al-Maududi, Hassan al-Banna, Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Walaupun orientalis memberikan gambaran negatif konsep ummah yang menjuruskan kepada agama dan puak tertentu.", "UMNO komited dan berpegang perjuangan membangun jiwa merdeka dan agenda penyatuan ummah adalah perjuangan yang belum selesai dan perlu diteruskan berpaksikan kepada Perlembagaan negara dan kontrak sosial yang telah disepakati serta menekankan toleransi dan kesederhanaan. Inilah pusaka yang akan kita tinggalkan kepada generasi akan datang sepertimana Dr. Burhanuddin Helmi (1911-1969) menggagaskan agenda kemerdekaannya melalui puisi patriotiknya:", "Di atas runtuhan kota Melaka,\nKita bangunkan jiwa merdeka;\nBersatu padulah seluruh baka,\nMembela hak keadilan pusaka.", "Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke 62, semoga Malaysia terus aman, harmonis, dirahmati dan diredhai Ilahi.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/08/29/pentingnya-himpunan-ummah-laungan-bangsa-harapan-dan-masa-hadapan/
[ "SERAMAI 50,000 orang dijangka membanjiri Dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik kawasan Parlimen Pasir Salak Jumaat ini untuk menyertai Himpunan Melayu Bangkit Penyatuan Ummah 2.0 yang mendapat dukungan kuat daripada UMNO dan PAS.", "Sebelum ini, ibarat satu perkara yang mustahil untuk dua parti Islam dan Melayu terbesar UMNO dan PAS ini untuk bekerjasama kerana semua sedia maklum PAS telah menjadi seteru kepada UMNO sejak sekian lama.\n\nNamun, rantaian isu yang menggugat hak Islam dan Melayu khususnya pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah membuka mata dan hati kedua-dua kepimpinan dan penyokong parti itu. Ini termasuk mereka yang non partisan dan dalam kalangan anak-anak muda.", "Beberapa siri kerjasama dilihat dalam pilihan raya kecil (PRK) dengan gerak kerja lancar membabitkan jentera UMNO-PAS sehingga berjaya memenangi PRK di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau. Ini membuktikan bahawa penyatuan ummah ini dapat menyatukan orang Islam dan Melayu serta memberi pulangan berganda dengan sokongan dari semua.", "Penyatuan ummah ini dianggap begitu penting kerana apabila Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pentadbiran dan setelah lebih setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, isu-isu perkauman dan sentimen-sentimen yang mengguris hati orang-orang Melayu semakin menjadi-jadi.", "Kata-kata daripada Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, mengatakan orang Melayu sebagai pendatang sangat tidak boleh diterima. Mana mungkin seorang pemimpin kerajaan bersifat rasis? Hal ini antara faktor pentingnya penyatuan ummah bagi memastikan hak kita sebagai bumiputera terpelihara.", "PH dilihat gagal mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat. Masakan tidak pelbagai isu seperti penghinaan pada Islam, pada junjungan Nabi Muhammad SAW dan terbaharu berkenaan dengan penghinaan pada bendera negara serta angkatan tentera yang sebelum ini jarang kita dengari tetapi sekarang seperti virus yang tersebar dalam kalangan masyarakat.", "PH juga gagal menjaga maruah orang Melayu dan Islam sehingga ada yang merasakan seperti dianaktirikan di tanah air sendiri. Perkara ini sangat kritikal jika tidak dibendung segera kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan agama yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.", "Apatah lagi Islam telah termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama bagi Persekutuan, dan agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Malah sepanjang pentadbiran BN 60 tahun, hal tersebut menjadi keutamaan dan sentiasa dititikberatkan namun malangnya baru setahun lebih PH menjadi teraju kerajaan banyak hal-hal dalam Perlembagaan dipertikai khususnya yang berkait dengan Melayu dan Islam.\n", "Sesungguhnya, himpunan untuk penyatuan ummah ini bukanlah bersifat ekstrem kerana telah terbukti selama 61 tahun UMNO BN mentadbir negara dengan begitu baik dan begitu juga PAS yang dilihat sebagai ‘totok’ Islam berjaya mentadbir negeri Kelantan tanpa ada halangan untuk mengamalkan agama masing-masing.", "Lebih dari itu, Himpunan Melayu Bangkit yang telah dilakukan pada 1 September dan Himpunan Perpaduan Ummah (17 November) tahun lalu menjadi bukti bahawa kesatuan erat bangsa Melayu ini telah berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa ada apa-apa insiden buruk berlaku.", "Kerjasama UMNO-PAS ini tidaklah laungan kosong semata-mata tetapi penuh dengan harapan dan semangat baharu. Ikatan persefahaman ini mendapat dukungan kuat dari banga Melayu dan Bumiputera di segenap tanah air kerana ia adalah cerminan masa hadapan negara untuk generasi akan datang.", "Ayuhlah semua, teruskanlah sokongan terhadap Himpunan Ummah kerana ia bukan saja akan memberi impak dan dimensi baharu kepada pergerakan politik negara tetapi yang utama adalah demi Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta.", "\nIkhlas\nAiman Ja’apar, Subang " ]
https://umno-online.my/2019/08/27/membina-semula-dan-memperbaiki-asas-perjuangan/
[ "BILA UMNO dan PAS bekerjasama, ramai beranggapan ia adalah kerjasama politik untuk berkuasa. Benar, ia adalah salah satu misinya. Untuk membentuk Kerajaan dan memerintah semula, dengan izin Allah. Tetapi, selain kuasa, ia juga harus mempunyai pengertian lain yang lebih besar.", "UMNO mesti menggunakan peluang ini untuk memberi nilai dan terjemahan baru kepada perjuangannya.", "UMNO harus membangunkan naratif politik baru dengan pemikiran dan nilai Islami. Ini tidak bermakna ideologi kebangsaan yang selama ini menjadi nadi UMNO telah lapuk dan tidak lagi relevan dan bernilai.\n\nTetapi, perubahan konteks, modenisasi, globalisasi serta demografi masyarakat menyaksikan bahawa perjuangan kebangsaan tanpa Islam tidak akan membawa UMNO ke mana-mana. Malah, ia tidak akan membawa orang Melayu dan umat Islam ke mana-mana.", "Orang Melayu dan umat Islam memerlukan UMNO yang Islami kerana orang Melayu boleh unggul tanpa UMNO. Tetapi orang Melayu akan lemah dan tersasar tanpa Islam.", "UMNO dan ideologi kebangsaannya harus bersifat sezaman. Ia harus dicorak dan diselaraskan dengan keperluan dan tuntutan yang bukan sahaja selari dengan kehidupan hari ini, tetapi dibaluti dengan nilai Islam yang segar, bersumberkan wahyu dan dipersembahkan dalam kerangka demokrasi yang progresif.", "Pilihan UMNO mungkin apa yang saya namakan ideologi Melayu Islam Demokratik (MID). Kenapa saya merasakan ini jalan ke hadapan untuk UMNO, untuk orang Melayu dan umat Islam.", "Pertama, kerana ideologi kebangsaan tidak pernah bercanggah dengan Islam. Mengasihi bangsa dan tanah air, adalah sebahagian dari apa yang digambarkan sebagai ‘Hubbul Wathan Minal Iman’.", "Maknanya, mencintai dan membangunkan tanah air dan bangsa itu, adalah sebahagian dari iman. Senafas dan sealiran. Agama dan nasionalisme mesti saling memperkuat dalam membangun bangsa dan negara. Dua unsur ini tidak dapat dipisahkan dari satu sama lain.\n\nAgama Islam memerlukan tanah air sebagai medan dakwah dan penyebaran syiarnya. Tanah air pula memerlukan siraman nilai-nilai agama agar tidak tandus dan kering dengan pedoman.", "Agama tanpa nasionalisme akan menjadi ekstrem. Sedangkan nasionalisme tanpa agama akan kering dan lohong. Jika agama dimaksudkan sebagai jalan hidup, maka agama mesti berperanan dalam realiti kehidupan.", "Dan realitinya ialah, setiap manusia itu memiliki kecintaan semula jadi kepada tanah airnya. Sehingga ia berasa aman menetap di dalamnya, selalu merindukannya ketika berjauhan, mempertahankannya ketika diserang dan akan marah apabila tanah airnya dicela.", "Kedua, nilai kebangsaan memerlukan nilai tambah. 70 tahun dulu, ideologi kebangsaan digelorakan untuk mengusir penjajah dan menuntut kemerdekaan. Setelah 60 tahun memerintah, kita telah mengisi kemerdekaan ini dengan semangat nasionalisme yang tulen. Tetapi UMNO harus wujud seumur masa. Lalu apa lagi lonjakan baru yang lebih aula dalam ideologi kebangsaannya jika bukan disulami\ndengan Islam?", "Selepas memberikan bangsa ini sebuah tanah air dan asas untuk menyubur patriotisme yang sejati, UMNO kini harus mempersembahkan pula Islam. Bukan sekadar melaung atau mendakwa Islam itu nadi perjuangannya.", "Dan bila kita mengungkap ideologi kebangsaan yang Islami, ia mesti bersandarkan nilai Islam yang sebenar. UMNO tidak boleh sekali-kali menggunakan Islam sebagai modal demi kepentingan politik.", "Tetapi UMNO harus mempersembahkan Islam dengan segala hikmah dan nilai kebaikan agama ini dalam konteks dan amalan bernegara. Lebih-lebih lagi kepada Malaysia yang majmuk.\n\nUMNO mesti menggali samudera hikmah dalam Islam dan segala sumbernya, untuk memberikan jalan penyelesaian kepada segala macam masalah yang dihadapi oleh Malaysia dan penduduknya. Malah, merekayasa pemikiran dan ideologi politiknya.", "Insya-Allah, melalui pemikiran dan ideologi politik bersumberkan wahyu dan Islam, akan terbit kecerdasan baru dalam merumus pelbagai dasar unggul, adil dan inklusif.", "Akhirnya akan terjelmalah parti politik yang bukan sahaja mempunyai keupayaan tadbir urus baik, telus dan demokratik. Tetapi mampu mempersembahkan Islam sebagai jalan kehidupan, pentadbiran dan kemasyarakatan yang sederhana dan moden.\n\nKetiga, meletakkan Islam sebagai tunjang kebangsaan akan menyumbang kepada pembangunan ideologi politik Melayu yang sangat demokratik dan memperjuangkan keadilan sosial.", "Dalam konteks demokrasi berperlembagaan, saya yakin, Islam akan berupaya menjadikan UMNO sebuah parti yang didukung oleh orang Melayu yang lebih rasional, bertimbang rasa, telus dan moden.", "Malaysia ialah negara yang demokratik. Sumber kekuatan sebenarnya adalah pada rakyat dengan dipandu oleh Perlembagaan. Maka, membelakangkan sistem yang telah sebati dan berfungsi dengan baik di Malaysia pastilah bukan pilihan yang cermat. Malah, sangat tersasar.", "Justeru jalan yang sebaik-baiknya ialah menterjemahkan segala hikmah Islam itu dalam rangka demokrasi dengan amalan yang demokratik.", "UMNO mesti menggunakan kerjasamanya dengan PAS untuk mengemukakan pemikiran politik yang meyakinkan orang Melayu dan bukan Melayu.", "Orang Melayu memerlukan jaminan bahawa ideologi politik UMNO tidak akan membelakangkan nilai kebangsaan dan pada waktu yang sama mengangkat Islam ke tahap yang sewajarnya.", "Yang bukan Melayu pula, ingin sekali melihat UMNO terus mendukung demokrasi dan amalan bernegara yang demokratik dengan kecerdasan pemikiran yang luar biasa.", "Bukanlah mudah untuk menterjemahkan ini semua. Tetapi kesederhanaan yang ditunjukkan oleh UMNO selama lebih 60 tahun memerintah, pastinya telah menyediakan UMNO dengan segala keperluan untuk meneroka jalan baru yang lebih unggul.", "Dan jalan itu ialah politik Melayu Islam Demokratik. Ini jalan masa hadapan yang akan menyeru kebangkitan dengan nilai dan makna sebenar. UMNO tidak boleh kekal di takat lama. Setidak-tidaknya, bukan dengan sekadar agenda Melayu dan hidup Melayu.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/08/24/klia-macam-pasar-borong-allah-makbulkan-doa-mahathir/
[ "Sudah dua hari sistem pengurusan dalam talian KLIA tidak berfungsi. Semuanya perlu dilakukan secara manual. KLIA tidak ubah macam pasar borong.", "Anehnya tidak nampak sebarang kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikannya. ", "Tidak ada pasukan petugas khas, tidak ada kemaskini semasa dari Menteri Pengangkutan. Kerajaan seolah-olah tidak bersalah dan tiada rasa malu.", "Orang ramai tertanya-tanya apa masalah sampai sukar sangat diselesaikan. Ini masalah sistem dalaman saja bukan membabitkan kabel internet dalam laut pun.", "Sehingga hari ini kita belum dengar pasukan Polis menubuhkan pasukan penyiasat khas mengkaji sama ada ini satu sabotaj dalaman.", "Tergendala 3-4 jam mungkin biasa. Jika sehari pun kita terima lagi. Jika sudah berhari-hari ini sangat misteri.", "Adakah ini ada kena mengena dengan agenda tukar vendor pembekal sistem atau ada kena mengena dengan pertikaian Air Asia -MAB yang telah dibawa ke timbang tara?", "Apa pun puncanya sama ada sabotaj atau kelemahan pengurusan sistem, perkara paling memalukan ialah sikap acuh tidak acuh kerajaan terutamanya Menteri Pengangkutan.", "Mungkin Kerajaan hari ini tidak mempunyai kemampuan memahami kemajuan teknologi Malaysia. Tahap pemikiran mereka hanya mampu bincang isu teksi motosikal sahaja.", "Bertahun-tahun Tun Mahathir menuduh imej Malaysia terjejas teruk di peringkat dunia. Akhirnya Allah makbulkan doa beliau.", "Sekarang siapa malu?", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2019/08/23/patriotisme-lahir-daripada-jiwa-merdeka-yang-tenang/
[ "BULAN Ogos cukup sinonim dengan bulan kemerdekaan, menjadi tradisi seluruh rakyat tanpa mengira peringkat umur mempamerkan semangat patriotik mereka dengan memperagakan pakaian beragam, memasang Jalur Gemilang, menganjurkan pidato kemerdekaan dan pelbagai aktiviti yang bertemakan patriotisme.", "Patriotisme dikaitkan dengan nasionalisme, seolah-olah bersinonim antara satu sama lain. Nasionalisme lebih menjurus kepada ideologi yang memupuk nilai-nilai patriotik sebagai warganegara yang bekerja keras demi pembangunan negara, melindungi warisan dan budaya serta negara daripada dimusnahkan oleh anasir jahat dalam dan luar.\n\nDemi semangat sayang dan cintakan tanah air, Nabi Ibrahim AS mendoakan kesejahteraan Kota Makkah seperti dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan (ingatlah, ketika Ibrahim berdoa: ‘Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki daripada buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian.” (Surah al-Baqarah, ayat 126)", "Patriotisme mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompok. Ketika peperangan, mungkin nyawa perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air adalah contoh tipikal patriotisme ekstrem. Pepatah Arab menyifatkan ‘hubbul watan minal iman’ cintakan negara adalah sebahagian daripada iman. Rasulullah SAW memperlihatkan bagaimana sebatinya nilai cinta dan sayang Baginda kepada tanah air dengan bersabda maksudnya: “Engkau wahai Makkah adalah satu bumi yang baik dan paling aku cintai, kalau sekiranya kaummu (pendudukmu) tidak mengeluarkan aku darimu, nescaya aku tidak akan tetap di mana-mana tempat selain daripadamu.” (Riwayat Tarmizi)", "Namun, dengan pelbagai isu yang timbul pada hari ini, timbul satu persoalan masih kentalkah generasi hari ini bagi mempertahankan semangat patriotisme. Apa yang sering dibincangkan ialah semangat Negaraku yang kian luntur dalam kalangan generasi muda dan kecenderungan tinggi kepada ideologi Barat. Sejauh mana semua ini benar? Adalah tidak adil untuk kita menghukum generasi ini jika hanya segelintir daripada mereka yang lalai dan protes terhadap isu kenegaraan.", "Adakah fenomena memasang Jalur Gemilang secara terbalik yang hangat diperdebatkan sesuatu yang disengajakan atau sebaliknya? Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan negara yang menyatukan rakyat. Bagi mereka yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi pastinya tercabar dan tidak sanggup melihat Jalur Gemilang dihina sebegitu rupa. Hanya mereka yang mempunyai jiwa merdeka yang keliru dan songsang sahaja sanggup melihat simbol kedaulatan negaranya diterbalikkan dan dihina. Saya menggesa kerajaan memandang serius perkara ini supaya insiden seperti ini tidak lagi berulang. Tindakan tegas perlu diambil bukan memadai dengan permohonan maaf sahaja.\n\nMereka yang berjiwa merdeka dan patriotisme akan menghargai sejarah, pahit getir dan kegigihan perjuangan generasi terdahulu memerdekakan negara. Malangnya, ada sesetengah pihak yang cuba mengubah fakta sejarah untuk mengelirukan generasi muda dengan maklumat dan informasi songsang yang menimbulkan kesangsian kepada fakta sebenar dan sejarah. Saya khuatir jika tiada pemantauan yang serius daripada kerajaan dibimbangi akan mewujudkan lebih ramai lagi jiwa merdeka yang keliru.", "Sejarah tidak pernah menipu, walaupun wujud usaha mengelirukan rakyat dengan mengiktiraf pejuang Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Pasukan Tentera Anti-Jepun sebagai wira dan wirawati negara. Apakah MPAJA adalah sebahagian daripada sejarah pasukan keselamatan negara membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan? Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, berkata dalam satu temuramah di TV3 bahawa “… rentetan pengharaman MPAJA dan aktivitinya oleh kerajaan, antara lain, MPAJA ketika itu memang menentang penjajahan British kerana ingin ‘membebaskan’ Malaya dan menjadikan negara ini sebagai wilayah komunis”.", "Menurut Dr. Nazarudin Zainun, Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (bahagian sejarah) USM “MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan BUKAN bertujuan untuk mempertahankan Tanah Melayu sebagai tanah air…” Menurutnya lagi “anggota MPAJA tidak sesuai dikategorikan sebagai perajurit negara….”. Namun, tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh orang Cina dan India dalam menuntut kemerdekaan negara. Penglibatan dan sumbangan Tun HS Lee, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan dan lain-lain tidak boleh diperkecilkan.", "Sebagai rakyat yang berjiwa patrotik, pastinya kita terusik dan bersimpati dengan nasib yang melanda Utusan sebagai akhbar Melayu tertua berusia 80 tahun. Peranan dan jasa Utusan yang sangat sinonim dengan sejarah negara, menjadi medium melaporkan lipatan sejarah, menjadi lidah dan suara yang memperjuangkan untung nasib rakyat marhaen dan melaporkan perkembangan terkini isu-isu negara. Namun, ada juga kenyataan sinis daripada warganet dan individu tertentu dengan nasib yang menimpa Utusan.", "Atas rasa simpati dan prihatin, UMNO dengan keterbatasan dan kekangan kewangan telah sedayanya membantu Utusan dan kakitangannya bagi memastikan kesinambungan dan operasinya dapat diteruskan. Saya menyeru kepada seluruh rakyat yang prihatin dan patriotik marilah kita bersama-sama mendokong akhbar ini dengan melanggannya secara online atau offline dan menjadikannya sebagai akhbar pilihan dan ilmu.", "Patriotisme lahir daripada jiwa merdeka yang tenang, bukan daripada jiwa yang keliru dan songsang. Perlembagaan negara dan kontrak sosial yang telah disepakati bersama dihormati dan dijunjung bukannya diperlekeh dan dipertikai membabi- buta. Kita semai dan suburkan semangat patriotik dengan fakta bukan auta, agar semangat patriotisme lahir daripada dedikasi yang tenang dan stabil bukan daripada emosi yang tidak terurus. Adlai E.Stevenson II (ahli politik Amerika Syarikat 1900-1965) pernah berkata: “Patriotisme bukan cetusan pendek dan penuh emosi tetapi dedikasi yang tenang dan mantap seumur hidup”.\n\nAHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/08/22/syed-saddiq-dr-zakir-naik-yang-mana-anugerah-allah-swt-buat-malaysia/
[ "Islam dari segi istilah bermaksud kedamaian. Ajaran Islam yang penuh dengan nilai dan panduan kehidupan dunia dan akhirat menjadikan umat Islam makin berkembang luas seantero dunia. Nabi Muhammad SAW menjadi penggerak utama kepada penyebaran Islam pada umatnya. Pelbagai rintangan baginda lalui dan bersyukurlah kita kerana menjadi umatnya dan dapat merasai nikmat Islam.", "2. Pada masa ini, tidak kurang hebatnya kecaman, fitnah dan ancaman bunuh yang diterima oleh para pendakwah diseluruh dunia kerana menegakkan Islam. Salah seorang pendakwah yang tidak asing lagi, Dr Zakir Naik ialah seorang doktor perubatan (MBBS), pendakwah dan penceramah yang disegani oleh orang Islam dan digeruni oleh musuh-musuh Allah swt diseluruh dunia. Isu Dr Zakir Naik menjadi isu hangat kebelakangan ini kerana beliau mengatakan orang Cina, India dan British adalah tetamu di Tanah Melayu semasa programnya di Kelantan pada 9 Ogos lepas. Beliau juga bertaraf tetamu di Malaysia ketika ini, jadi beliau mengesyorkan jika beliau perlu diusir, maka tetamu yang lebih awal hendaklah keluar terlebih dahulu. Kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh lima individu terbabit iaitu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; ADUN Bagan Dalam, M. Satees; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy; bekas duta, Dennis Ignatius dan Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran telah menimbulkan pelbagai persepsi pada Dr Zakir Naik.", "3. Saya tidak hairan jika yang menghina, menfitnah dan mencaci itu daripada bukan Islam kerana mereka adalah musuh Allah swt yang nyata tetapi sangat mengejutkan apabila kenyataan-kenyataan menghina ilmuan agama kita adalah datang daripada saudara se-Islam kita, lebih-lebih lagi daripada seorang menteri muda, Syed Saddiq, yang bersetuju dengan musuh Allah swt bahawa Dr Zakir Naik layak dihalau dan diusir keluar dari Malaysia.\n\n4. Kehebatan seorang doktor perubatan ini yang mampu menghafal ayat-ayat Al-Quran dan Hadis di samping kitab Injil, Taurat dan Zabur. Pengaruhnya yang kuat serta telah berjaya mengIslamkan beribu orang kafir menjadikan beliau sangat digeruni oleh musuh Allah swt di seantero dunia. Persoalannya, adakah Syed Saddiq setaraf dengan beliau? Tentunya jauh sama sekali. Sebagai Muslim sejati, kita sepatutnya mempertahankan agamawan kita dan bukannya senada dan selari dengan musuh Islam. Cukup-cukuplah bermain dengan persepsi politik tidak matang dan adakah dengan cara ini, boleh menambahkan sokongan orang Melayu Islam kepada Pakatan Harapan?", "5. Sebagai menteri muda Melayu yang beragama Islam sepatutnya beliau menunjukkan contoh dan mencerminkan jiwa Islam Melayu pada semua supaya menjadi contoh pada anak-anak muda di Malaysia ini. Janganlah kerana ingin menjaga kedudukan dan berhasrat untuk menjaga kawannya Dap sehingga sanggup menggadaikan Islam dan bangsanya sendiri. Soalan saya pada YB muda ini, di manakah kamu bila Islam dipersenda, Raja-raja diperlekeh, bendera Malaysia dinodai, tentera dihina, martabat orang-orang Melayu direndahkan, mana suara lantang kamu? Kenapa kamu menikus dan mengunci mulut seribu bahasa? Kenapa tidak kamu bersuara membela orang-orang Melayu Islam?", "6. Mengikut carian saya, beliau akan kalah dengan mudah di Parlimen Muar kerana daripada 50,843 pengundi berdaftar, sebanyak 62.78% adalah orang Melayu, 35.36% Cina, 1.50% Indian dan baki 0.36% lain-lain. Saya yakin apabila Piagam UMNO-PAS termeterai pada 14 September ini, kita dapat merampas semula Parlimen Muar pada PRU-15 kerana rakyat terutamanya orang Melayu sudah muak dengan cara PH yang menganaktirikan orang-orang Melayu Islam.", "7. Berbalik kepada isu, kenapa Dr Zakir Naik memilih untuk menetap di Malaysia sedangkan jika dibandingkan dengan Indonesia dan negara-negara Arab, jumlah penganut Islam jauh lebih ramai? Mungkin Dr Zakir Naik ada jawapannya tersendiri tetapi apa yang pasti Dr Zakir Naik adalah anugerah dan rahmat Allah SWT pada umat Islam di Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa suara-suara nyamuk yang mahu mengusir Dr Zakir Naik bukanlah suara majoriti kami rakyat Malaysia, kami gembira dan mengalu-alukan Dr Zakir Naik untuk terus menetap di bumi Malaysia yang bertuah ini dan kenyataan Syed Saddiq tidak mencerminkan aspirasi dan semangat anak muda Islam di Malaysia kerana kami berpegang teguh pada perjuangan para ulamak dan umarak. Akhir kata, “Syed Saddiq out,Dr Zakir Naik in”. Sekian, salam perjuangan.", "Ikhlas\nAiman Ja’apar, Subang " ]
https://umno-online.my/2019/08/16/pengorbanan-dihargai-bukan-diperlekeh/
[ "PERKATAAN ‘berkorban’ atau ‘pengorbanan’ amat mudah untuk dituturkan, namun adakah terlalu mudah untuk kita lakukan? Aidil Adha mengajar kita erti pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.", "Di sebalik kita menghayati kisah pengorbanan mereka berdua, insan ketiga Saidatina Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim a.s turut berkorban melaksanakan peranan sebagai isteri dan ibu kepada Nabi Ismail a.s. Mereka ditinggalkan di padang pasir, tiada sumber air atau makanan, yang ada hanyalah tanah tandus.", "Setelah kehabisan bekalan air, dek rasa kasih seorang ibu, Saidatina Hajar berlari-lari dari bukit Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali pusingan yang jaraknya sekitar 450 meter untuk mencari air dan meminta bantuan. Syeikh Sya’rawi di dalam tafsirnya menyebut: dua bukit Safa mengingatkan nostalgia bagaimana Saidatina Hajar iaitu ibu Ismail a.s berulang alik antara kedua-duanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s di sisi Baitullah al-Haram.\n\nInilah hikmah peristiwa turunnya perintah Allah Sa’ie berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah. Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada kedua-duanya dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 158)", "Ibadah Sa’ie menjadi sebagai salah satu rukun menunaikan haji dan umrah bagi menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Saidatina Hajar. Begitu besar penghargaan yang diberikan Allah SWT kepada hambaNya yang patuh dan berkorban dalam melaksanakan perintahNya.", "Anggota pertahanan menjadi struktur terpenting dalam sistem pentadbiran negara. Pengorbanan angkatan pertahanan dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara selayaknya mendapat penghargaan bukannya cemuhan dan diperlekehkan. Saya cukup kesal dengan kenyataan dangkal yang menghina oleh seorang ahli perniagaan dan antara penyumbang dana kepada Pakatan Harapan, Koon Yew Yin. Kebebasan bersuara tidak seharusnya disalah guna dan dikhianati melalui kenyataan bersifat bongkak serta biadab, apatah lagi terhadap tentera yang menjaga keselamatan negara.", "Apakah ada asas yang konkrit menunjukkan anggota pasukan keselamatan negara hanya ‘makan dan tidur’ sahaja atau kenyataan tersebut tidak lebih sekadar membina persepsi negatif terhadap anggota keselamatan negara yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera?\n\nPeristiwa hitam, pencerobohan pengganas Sulu dan serangan di Lahad Datu pada Februari 2013 telah memberikan kesan yang besar kepada keselamatan negara. Dua orang anggota Komando 69 telah terkorban di Kampung Tanduo dan enam anggota polis telah terkorban dalam serangan di Kampung Simunul, Semporna. Pencerobohan ini telah membuktikan bahawa ancaman keganasan wujud dalam pelbagai rupa. Ancaman keganasan bukan sahaja datang daripada rangkaian pengganas antarabangsa seperti Daesh dan Al-Qaeda, tetapi daripada kumpulan-kumpulan kecil.", "Dalam mendepani globalisasi yang mendedahkan negara kepada ancaman keselamatan daripada pelbagai sudut, sepatutnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperkukuhkan bukannya dikecilkan saiznya dan dikurangkan peruntukan atas alasan kemelesetan ekonomi. Pertahanan negara tidak boleh diperjudikan atas apa alasan sekalipun.", "Menjadi keutamaan kepada Kementerian Pertahanan membela nasib anggota keselamatan negara, menyelesaikan isu dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera 2018 (LTAT) sehingga kini masih menjadi teki-teki. Kerajaan terdahulu biasanya akan mengumumkan dividen LTAT pada awal tahun. Bagi tahun 2017 di bawah BN, LTAT telah mengumumkan dividen 12.5%. Menteri Pertahanan pernah berjanji akan mengumumkan dividen 2018 LTAT pada bulan Februari lalu, tetapi sehingga kini janji tinggal janji, takkan masih menyalahkan pentadbiran terdahulu atas kelewatan tersebut.", "Pelaburan terbesar LTAT adalah dalam kumpulan Boustead Holdings. Semasa BN mentadbir negara Boustead tidak pernah mengalami kerugian. Pada tahun 2017, Boustead beroleh keuntungan sebanyak RM 876 juta. Pada tahun 2018 pula, Boustead mengalami kerugian sebanyak RM 488 juta, jangan kerana hendak menampung kerugian berlaku pula penjualan aset secara besar-besaran. Hotel Royale Chulan di Bukit Bintang telah dijual kepada syarikat Singapura walaupun menteri berkenaan beberapa kali menafikannya.", "Pengorbanan anggota keselamatan dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara tidak boleh diukur dengan wang ringgit semata-mata. Pengorbanan mereka perlu dihargai, sebagai tanda penghargaan kepada mereka semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan (2009-2013) saya telah meminta kementerian membuat pelarasan skim gaji baharu kepada warga ATM sekurang-kurangnya menyamai skim gaji anggota polis dan kakitangan perkhidmatan awam lain.", "UMNO sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera yang berada di barisan hadapan menjaga keselamatan negara, tanpa keringat mereka Malaysia tidak akan mencapai keamanan dan kemakmuran seperti sekarang. UMNO akan menjadi mata dan telinga anggota keselamatan dan rakyat bagi memastikan usaha-usaha yang dilakukan pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi negatif kepada ATM dapat dikekang dengan sebaik-baiknya.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/08/14/razlan-sifatkan-dong-zhong-ibarat-belanda-dapat-tanah-air-susu-dibalas-dengan-air-tuba/
[ "SEBAIK sahaja Perdana Menteri membongkar peranan Dong Zong yang rasis, sepantas kilat parti politik Dap mempertahankan Dong Zhong.", "Ibarat kacang lupakan kulit, itulah peribahasa untuk persatuan Dong Zong, segala budi yang baik yang diberikan oleh tuan tanah tidak perlu dibalas.", "Pemimpin Melayu sering kali mengambil keputusan yang memihak kepada bukan empunya tanah ini. Sikap pemimpin Melayu dari dahulu sehingga sekarang suka menjaga perasaan tetamu.", "Itulah adat orang Melayu sekian lama, sehinggakan segala keputusan terhadap dasar Kerajaan, pemimpin Melayu terikut dengan budaya ini. Dengan harapan ‘budi yang baik dibalas baik’.", "Budaya ketimuran ini bukan dilihat sebagai budaya bertolak ansur oleh persatuan seperti Dong Zong. Budaya dan corak kemimpinan orang Melayu dari awal merdeka lagi dilihat sebagai satu peluang keemasan oleh tetamu tuan tanah.", "Ibarat pepatah ‘seperti Belanda dapat tanah’ ianya tidak lain dari sikap sebenar yang ditunjukkan oleh Persatuan Cina ini, mereka melihat kebaikan ini adalah satu kelemahan tuan tanah. Tetamu bertindak licik untuk menukar segala hiasan asal tuan tanah.", "Taktik tipu muslihat persatuan ini sudah diguna pakai sekian lama semenjak sebelum merdeka, mereka tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan agenda menukar rumah yang mereka tumpang kepada budaya mereka.", "Persatuan ini menerima jutaan duit setiap tahun dari konglomerat yang mencari keuntungan dengan berniaga dengan tuan tanah, ramai tetamu ini sudah berjaya dan menikmati kehidupan jauh lebih sempurna dari kampung halaman mereka.", "Orang Melayu masih lagi bernostalgia dengan budi yang baik akan di balas baik, namun apa yang Dong Zhong buat ibarat air susu dibalas dengan air tuba, dalam kamus Dong Zong, budi pekerti kepimpinan orang Melayu adalah kelemahan tuan tanah yang mesti diambil kesempatan.", "Orang Melayu mesti sedar dari lamunan, segala kebaikan yang diberikan oleh tetamu ini ada udang di sebalik batu, mereka mempunyai muslihat untuk kemenangan, selagi ada si kitol, selagi itulah tetamu ini akan berjaya menjinakkan pemimpin Melayu.", "Orang Melayu mesti bersatu untuk berlawan dengan Dong Zong, orang Melayu mesti bersikap jiwa besar dengan kaum mereka sendiri, jadikan kawan sebangsa sebagai sahabat dan bukan sebaliknya.", "Pemimpin Melayu harus ketepikan pemikiran politik demi untuk memastikan budaya, agama dan bangsa tetap dipelihara, sekira bangsa Cina boleh bernaung di bawah persatuan Dong Zong untuk kepentingan mereka, kenapa tidak bangsa Melayu?", "Dong Zong bukan sahaja melingdungi kaum Cina untuk pendidikan, mereka menaungi bangsa Cina dari sudut perniagaan, bangsa dan politik.", "Berlawan dengan Dong Zong bukan satu yang mudah, ada ramai Tan Sri, Datuk Seri, Datuk yang berjawatan di dalam persatuan ini, dan mereka ini mempunyai pengaruh di dalam Kepimpinan bangsa Melayu. Melayu yang lemah akan senang dibeli dengan ekonomi dan kekayaan, hanya Melayu yang ada jati diri sahaja boleh bertahan.", "Golongan bangsawan Melayu mesti kuat dan bijaksana untuk berlawan dengan golongan ini, mereka boleh senyum dan lembut lidah untuk mereka dapat apa yang mereka kehendaki, kadang kala bagi mereka, semua boleh disogok, harganya sahaja membezakan.", "Hakisan identiti terus berlalu saban hari tanpa kita sedar, adalah saki-baki yang tinggal di kampung-kampung, namun sekira kita lihat di kota-kota, identiti bangsa tuan tanah sudah lenyap, bukan hanya sekadar lenyap, rakyat Malaysia juga sudah rasa malu dengan identiti Malaysia itu sendiri.", "Cerita tetamu dan tuan tanah ini sudah boleh dilupakan, ianya ibarat sejarah, tetamu itu sudah berumah dan menjadi jiran kepada tuan tanah, kita tak boleh halau tetamu ini, namun apa yang boleh tuan tanah buat adalah bersatu setelah menyedari tipu muslihat Dong Zong.", "Nukilan buat Melayu dan Rakyat Malaysia keseluruhannya.", "Datuk Mohd Razlan Rafii\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/08/13/bahasa-jiwa-bangsa-terlalu-pertahankan-pendidikan-cina-kemana-arah-tuju-negara/
[ "SAYA ada ramai kenalan bangsa cina yg baik namun melihat satu demi satu isu berkait dgn bangsa cina ni saya amat-amat kecewa dan marah.", "1. Minggu lepas saya ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru ada pendengaran permohonan injunksi interparte dan sebelum kes dipanggil mahkamah memanggil kes2 jenayah terlebih dahulu.", "2. Apa yg amat mengecewakan saya apabila seorang lelaki cina warganegara malaysia telah didakwa dan apabila pertuduhan dibacakan dlm bahasa kebangsaan dia tak faham dan cakap “basa cina” dua tiga kali.. mahkamah pun tetapkan tarikh lain utk lantik jurubahasa cina.", "3. Peguam india sebelah saya cakap.. “it is like a disease” dgn muka tak puashati juga.. maknanya dia pun hairan bagaimana warganegara malaysia berbangsa cina masih ramai tak faham bahasa kebangsaan.\n\n4. Teringat kes Cindy Ng Pei Ven berumur 19 thn pada thn 2017 yg memandu kereta proton gen 2 lawan arus di lebuhraya di pulau pinang yg menyebabkan kematian Mohd Fandi Rosli yg meninggalkan isteri yg sedang hamil 4 minggu. Pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin.", "5. Dia didakwa dibawah pengaruh dadah dan didakwa di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya dan turut didakwa di bawah seksyen 44(1)(a) Akta Pengakutan Jalan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian. Namun beliau telah terlepas pendakwaan kes di bawah akta dadah merbahaya kerana ujian air kencingnya negatif. Keputusan kes di bwh akta pengakutan jalan tak dpt diketahui kerana tidak dilaporkan media. Saya anggap dia juga akan terlepas dari hukuman sbb ujian air kencingnya negatif.", "6. Pada tahun 2017 negara juga gempar dgn kes seorang lagi perempuan berbangsa cina, Sam Ke Ting yg berusia 21 tahun telah didakwa melanggar dan menyebabkan kematian 8 remaja melayu berbasikal di johor dan pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan juga tidak dpt dibacakan dlm bahasa kebangsaan kerana dia tak faham. Pertuduhan dibacakan di dalam bahasa mandarin.", "\n7. Isu2 seperti kegagalan memahami dan berbahasa kebangsaan bukanlah isu kecil tetapi isu besar yg menampakkan kepincangan sesuatu bangsa dan negara.", "8. Kita tidak mempertikaikan hak sesuatu kaum utk berbahasa di dalam dialek bangsanya namun ianya tidak harus mewujudkan bangsa yg gagal memahami aspirasi penubuhan negara dan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lihatlah Jepun, German, Indonesia, Thailand dll. Mereka begitu bangga dgn bahasa dan identiti kebangsaan.\n\n9. Sikap terlalu mempertahankan dan memperjuangkan pendidikan cina diperingkat menengah sehingga ke peringkat tertinggi seperti UEC dll sebenarnya telah pada hakikatnya menafikan hak dasar pendidikan kebangsaan dan telah menggagalkan usaha penyatuan rakyat malaysia berbilang kaum.", "10. Kemudian meletakkan pula bahasa mandarin seolah2 lebih tinggi dari bahasa kebangsaan ditunjukkan dgn sikap majikan2 yg meletakkan syarat mesti berbahasa mandarin dlm pengambilan pekerja. Kini ditambah pula dgn sikap perkauman yg sama oleh beberapa menteri2 Dap yg telah menggunakan bahasa mandarin dan mengabaikan bahasa kebangsaan di dalam program2 rasmi melibatkan dana kementerian.\n\n11. Kalau dulu ada pemimpin Dap yg begitu lantang mempertikaikan tulisan jawi di papantanda jalan kini mereka pula mempertikaikan pendidikan tulisan jawi kepada rakyat malaysia berbilang kaum.", "12. Ingatlah bahasa jiwa bangsa. Ke mana arah tuju negara ini? Menjadikan mandarin bahasa kebangsaan?", "13. Itu belum lagi kita ulas isu majikan yg menghalang umat islam bersolat di waktu kerja, menghalang kakitangan wanita muslim bertudung, diskriminasi gaji dan penjawatan, monopoli perniagaan dan sabotaj di sektor swasta perniagaan dan banyak lagi isu.", "14. Hakikatnya sesuatu perlu dilakukan sebelum ianya menjadi lebih parah dan membarah.\n\n15. Al-Fatihah buat Allahyarham Syed Danial yg dipukul oleh seorang lelaki cina dan telah meninggal dunia meninggalkan isteri dan anak kecilnya.", "16. Bagi saya jika suspek mengejar, memukul dan melanggar arwah sehingga menyebabkan kematian sememangnya dia bukan mempertahankan diri. Suspek perlu didakwa dan dihukum.", "Sedih sungguh lihat gambar keluarga Allahyarham Syed Danial di hari pengkebumiannya ketika umat islam sedang menyambut Aidil Adha.", "#Keadilanbuatadibdansemuaygmenjadimangsa", "Adnan Seman\nPengamal Undang-undang" ]
https://umno-online.my/2019/08/09/himpunan-arafah-antara-pengorbanan-dan-perpaduan/
[ "\nPADA hari ini jemaah haji Malaysia akan mula bergerak ke Arafah untuk ibadah Masyair yang merupakan kemuncak kepada ibadah haji iaitu hari yang dinanti-nantikan oleh semua bakal haji bagi melaksanakan rukun dan wajib haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan yang paling penting adalah berwukuf di Arafah.", "Di Saat wukuf di Arafat kita akan menyaksikan jutaan manusia dari pelbagai pelusuk dunia tanpa mengira bangsa, bahasa dan warna kulit berkumpul di Padang Arafah yang berkeluasan 18 km persegi.", "Tanpa wukuf ibadat haji akan menjadi sia-sia. Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai ibadat haji sabdanya yang bermaksud: “Haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah)”.", "Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan suasananya menggambarkan perjuangan, pengorbanan dan kepatuhan sebagai seorang hamba kepada penciptanya, apatah lagi ianya juga gambaran Padang Masyhar.", "Ketika berwukuf sebaik-sebaik ibadah adalah berwirid, bertahmid, berzikir, beristigfar, bermunajat kepada Allah dan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.", "Wukuf mendidik jemaah haji berkaitan hari dibangkitkan semula di Padang Mahsyar. Kain ihram putih mendidik jemaah haji bahawa bukan pangkat, harta dan darjat yang membezakan setiap kita, tetapi yang membezakan kita ialah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.", "Himpunan tahunan umat Islam di Arafah juga menjadi gambaran betapa perdamaian, perpaduan dan kesatuan menjadi kekuatan dan keutamaan dalam Islam. Ketika berwukuf di Arafah seluruh umat mampu berhenti sejenak dari memikirkan hal-hal dunia, bersatu hati merenung sejenak ke dalam hati dan memohon keampunan dan keredhaan kepada Allah SWT.", "Gambaran ini seharusnya menangkis persepsi negatif bahawa umat Islam sebagai kumpulan yang gemar bersengketa, mencetuskan peperangan dan permusuhan.", "Tahniah kepada Pengurusan Tabung Haji (TH) kerana semenjak ditubuhkan pada tahun 1969, tidak pernah gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah haji terutamanya ketika wukuf di Arafah.", "Jika tahun ini sekitar 30,200 jemaah haji dapat berwukuf, tidak mustahil selepas ini kouta jemaah haji Malaysia boleh ditingkatkan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.", "Pada tahun 2017 seramai 42,200 jemaah Haji Malaysia berada di Tanah Suci untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima.", "Perpaduan Ummah yang diusahakan antara UMNO dan PAS akan memberikan satu natijah yang terbaik kepada rakyat Malaysia.", "Pada 13 hingga 14 September ini, himpunan penyatuan ummah bakal berlangsung di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.", "Putih menjadi warna tema himpunan. Rakyat di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik, parti, institusi dan latar belakang digalakkan memakai pakaian putih pada tarikh tersebut sebagai tanda menyokong Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah. Himpunan aman ini bakal menyaksikan di acara kemuncaknya Meterai Piagam Ta’awun Siyasi UMNO- PAS yang akan menjadi lembaran baru politik tanah air.", "Piagam Ta’awun Siyasi UMNO- PAS menjadi gambaran, walaupun begitu lama kedua parti terbesar orang Melayu Bumiputera ini bersengketa dalam politik, tetapi apabila melibatkan kepentingan bersama demi negara dan rakyat keegoaan politik kepartian dikesampingkan perpaduan ummah diutamakan.", "Piagam Ta’awun Siyasi UMNO-PAS akan menjadi titik tolak kepada perpaduan dan kelansungan politik orang Melayu dan Bumiputera tanpa meminggirkan kaum lain.", "Cabaran terbesar kepada ta’awun UMNO-PAS adalah menjaga dan mengaplikasikan kandungan dalam piagam yang dimeterai. Pengorbanan diperlukan bukan hanya di kalangan individu dalam parti bahkan parti secara amnya.", "Formula kepada kejayaan ta’awun ini adalah menang-menang (win-win situation). Sering saya ingatkan bahawa tidak sesekali UMNO akan mengkianati ta’awun ini kerana ianya adalah amanah yang perlu dipikul bersama antara UMNO dan PAS.", "Walaupun terdapat usaha-usaha bagi mengagalkan hasrat murni ini oleh pihak tertentu dengan memberikan pelbagai tohmahan dan andaian, Insya Allah dengan izinnya ta’awun ini mampu direalisasikan dengan sebaiknya.", "Selain ibadah haji, pada bulan Zulhijjah juga, kisah pengorbanan Nabi Ismail a.s. dengan penuh kerelaan menyerahkan jiwanya untuk dikorbankan oleh ayahanda Nabi Ibrahim a.s kerana kepatuhannya kepada perintah Allah.", "Pengorbanan ini menjadi titik tolak disyariatkan ibadah korban menjelang Aidil Adha. Di sebalik kisah pengorbanan suci ini, terselit beberapa hikmah, iktibar dan pedoman terutama kepada setiap pejuang UMNO di saat politik getir dan berkecamuk ini antaranya:", "• Setiap pejuang pasti akan diuji oleh Allah SWT. Para Nabi dan Rasul adalah orang yang paling kuat menerima ujian daripada Allah SWT. Hanya mereka yang kental dan istiqomah dalam perjuangan mampu mengharungi ujian ini. Setiap ujian merupakan peringatan, teguran, penghapusan dosa dan juga untuk mengangkat darjat diri seseorang.", "• Akur, patuh dan bertaqwa kepada Allah SWT menjadi titik kejayaan dalam perjuangan. Kepatuhan Nabi Ibrahim kepada arahan Allah SWT menjadi titik tolak kejayaannya dalam perjuangan. Akur dan patuh kepada kepimpinan parti selagi tidak bercanggah dengan dasar perjuangan dan syariat.", "Dua peristiwa besar dalam Islam ini membuktikan pengorbanan dalam perjuangan bukanlah satu proses yang asing.", "Hari ini UMNO dan pendokongnya diuji. Kita jadikan Masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina sebagai landasan membina kesepaduan dalaman parti dan membina perpaduan ummah UMNO-PAS.", "Jadikan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s sebagai teladan terbaik dalam perjuangan. Jiwa dan raga dikorbankan bagi melaksanakan perintah Ilahi.", "Hari ini setiap pejuang dan pendokong UMNO diuji, hanya mereka yang berjiwa kental, ikhlas dalam perjuangan mampu bertahan dan beristiqomah dalam perjuangan.\nSemoga dua peristiwa besar ini menjadi momentum dan sumber inspirasi bagi kita semua dalam perjuangan ini.", "Ahmad Zahid Hamidi \n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/08/06/dr-wee-menjawab-persepsi-jahat-terhadap-mca-berhubung-isu-tulisan-jawi-seni-khat/
[ "\nMCA dituduh menghasut masyarakat Cina membenci Melayu dan mengamalkan politik perkauman demi meraih sokongan.", "Ingin ditegaskan di sini:", "1. Parti MCA MENGALU-ALUKAN sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari tulisan Jawi. Ini menonjolkan kepelbagaian budaya bangsa Malaysia.", "2. MCA berpendapat bahawa apa yang ada dalam buku teks BM tahun 5 SJKC sekarang yang memberi pendedahan kepada pelajar SJKC tentang seni khat, tulisan Tamil dan kaligrafi Cina boleh DIKEKALKAN.", "3. Kalau seni khat nak dimasukkan ke dalam subjek seni SJKC bersama komponen seni dan kaligrafi lain, atau dijadikan aktiviti ko-kurikulum memang boleh. Malah, sekiranya diperkenalkan kelas elektif seni khat atau subjek pilihan (optional) kepada pelajar juga tiada masalah. Tapi, bukan dengan cara mewajibkan penguasaan seni khat demi mempelajari simpulan bahasa, pepatah dan peribahasa.", "4. Malahan saya sendiri belajar tulisan Jawi pada usia 14 tahun. Saya juga sentiasa menasihati pelajar SJKC supaya meningkatkan penguasaan dalam BM kerana sebagai anak kampung, saya tahu betapa pentingnya BM sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan lingua franca dalam nusantara.", "5. Namun, mempelajari simpulan bahasa, pepatah Melayu, peribahasa, pantun dan sajak melalui seni khat atau tulis Jawi, ianya dianggap sebagai pedagogi yang kurang berkesan. Kenapa tidak belajar terus dalam BM? Itulah perkara asasnya! Kalau ramai rakan-rakan Melayu saya pun kurang arif membaca tulis Jawi, apatah lagi pelajar SJKC yang hanya berusia 10 tahun dan perlu menguasai 3 bahasa sekaligus?", "6. Jangan salah anggap bahawa MCA mahu seni khat dihapuskan daripada silibus lama. Apa yang dibincangkan adalah cadangan baru yang bakal dilaksanakan mulai tahun 2020 di bawah Kerajaan PH.", "7. Dap sedar bahawa mereka kini sukar berdepan dengan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina. Tambahan pula banyak janji manis yang ditabur semasa PRU14 gagal ditunaikan. Oleh kerana itu, MCA dijadikan sasaran mereka bagi menutup pekung sendiri. Isu ini berlarutan sejak 12 hari yang lalu. Sebelum ini saya tidak masuk campur dalam kontroversi ini sehinggalah Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dan Lim Kit Siang menuduh kononnya MCA yang meluluskan silibus baru mempelajari seni khat mulai tahun 2020.", "Apa hal ini? PH sudah memerintah negara lebih dari setahun, tetapi BN dan MCA pula dipersalahkan. Sebab itu saya rasa terpanggil untuk mengulas isu ini dan memperbetulkan fakta salah yang diketengahkan oleh Dap.", "8. Para pemimpin Dap dan Pakatan Harapan terbukti pelakon yang handal. Kebanyakan mereka ini bersifat talam dua muka dan umpama sesumpah yang berubah warna mengikut persekitaran sekeliling. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa kenyataan pemimpin PH sendiri.", "9. Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Rawa pada 3 Ogos 2019 menuduh BN ketika berkuasa mahu menghapuskan tulisan jawi dan seni khat di SJKC / SJKT. Beliau mendakwa kerajaan PH berusaha menghidupkan semula tulisan jawi sebagai satu warisan budaya. https://www.sinarharian.com.my/…/Tulisan-jawi-UMNO-Pas-jang…", "10. Sejarah tidak boleh dipadamkan. Pada 3 Jun 1984, Lim Kit Siang mengkritik MCA kononnya menyokong usaha KPM memperkenalkan seni khat. Katanya, tulisan Jawi yang diperkenalkan KPM bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. https://bibliotheca.limkitsiang.com/…/education-ministry%…/…", "Tapi, selepas anaknya menjadi Menteri Kewangan, Kit Siang ubah pendiriannya. Pendirian yang tidak konsisten ini telah dilaporkan oleh media dua hari yang lalu. Memang hipokrit! Begitu juga dengan apa yang pernah dilakukan pemimpin Dap. Pada tahun 2008, 4 orang pemimpin Dap mengadakan sidang media dan menyerahkan memorandum membantah penggunaan papan tanda tulisan Jawi di Kuala Lumpur. http://teresakok.com/…/papan-tanda-jalan-yang-mengandungi-…/", "Persoalannya, kenapa pihak Dap secara selektif menterjemahkan tajuk berita yang tidak bertepatan dengan apa yang dilaporkan? Banyak lagi kenyataan yang bercanggah di antara pemimpin PH dan Dap tidak pula diterjemahkan dalam BM. Apa yang nak ditakutkan?", "Dikepilkan beberapa penterjemahan keratan akhbar yang diputarbelitkan (rujuk lampiran).", "Apa yang timbul sekarang ialah MCA cuba dituduh sebagai penghasut atau pencetus suasana yang tidak harmoni di negara ini. Sedangkan MCA merupakan salah satu parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara dalam masyarakat majmuk bersama UMNO dan MIC.", "Politik tidak matang dan mencetuskan sentimen perkauman bukanlah amalan MCA sejak dahulu hingga ke hari ini. Parti MCA tidak sama dengan Dap. MCA tidak bersifat chauvanis dan juga tidak hipokrit!", "Kesimpulannya, kalau orang Dap mahu melabelkan WEE KA SIONG sebagai rasis, itu memang tohmahan yang tidak berasas. Saya dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung Melayu di mana rumah saya tidak jauh dari sebuah surau. Saya bergaul dengan orang Melayu sejak kecil.", "Kata pepatah Melayu : “Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung”!", "Impian saya ialah semua rakyat dapat hidup aman, damai dan harmoni. Kalau semua rakyat dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik dan tidak pelat tanpa mengira samada mereka berasal dari SK, SJKC atau SJKT, maka kita akan mencapai perpaduan nasional seperti yang diidam-idamkan. – UMNO ONLINE", "Datuk Seri Dr Wee Ka Siong\nPresiden MCA" ]
https://umno-online.my/2019/08/05/jiao-zong-dong-zong-dan-bangsa-dap-enough-is-enough-jangan-cabar-tahap-kesabaran-orang-melayu/
[ "", " ", "TAHAP mana lagi kita bangsa Melayu dan Islam Malaysia harus bersabar apabila satu demi satu cubaan bangsa Dap untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu Islam di Malaysia.", "Tindakan Dong Zong untuk mengadakan perhimpunan bantahan terhadap tulisan khat sebagai tindakan biadap, kurang ajar dan mencabar tahap kesabaran orang Melayu.", "Apabila membaca gesaan Jiao Zong, Dong Zong dan beberapa pimpinan (ADUN) Dap yang menentang perlaksanaan Tulisan Khat untuk Tahun 4 menjelaskan kepada rakyat umum bahawa dakwaan Dap sebuah parti rasis dan anti-Islam sesungguhnya benar dan ternyata tepat.", "Setiap perkara yang melibatkan orang Islam dan Melayu pasti akan ditentang oleh bangsa Dap ini dengan lantang dan tanpa rasa hormat lagi kepada majoriti Melayu Islam di Malaysia. Mereka seakan menjadi raja dan tuan tanah untuk Malaysia ini apabila tanpa selindung menzahirkan penolakan dan ketidakpuasan hati mereka apabila timbul isu dan cadangan untuk orang Melayu dan Islam.", "Apakah hari ini bangsa Dap ini terlalu takutkan apa jua yang berkaitan Islam sehingga gagal membezakan antara agama dan budaya.", "Tulisan Khat bukannya berkait agama tetapi satu identiti dan budaya orang Islam khususnya sejak zaman Kesultanan Melaka.", "Orang Islam Melayu seawal sejarah Kesultanan Melayu Melaka 1400 malah ada sesetengah sejarah menyatakan lebih awal yaitu tahun 1303 (Batu Bersurat Terengganu) telah menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.", "Apakah hari ini bangsa Dap amat takut dengan tulisan Khat sehingga tanpa rasa hormat kepada orang melayu dan islam mereka menolak dan menentang tanpa memikirkan kesannya?", "Tulisan Khat hanya tulisan dan bukannya agama. Samaada Bangsa Dap (Jiao Zong, Dong Zong dan Chauvinist Dap) bodoh atau sengaja buat tidak faham.", "Di Mesir dan negara-negara Arab yang mempunyai penduduk beragama Kristian mereka menggunakan tulisan jawi dan berbahasa Arab. Ini jelas menunjukkan tulisan dan bangsa tidak melambangkan agama seseorang. Jadi Khat adalah bentuk tulisan dan tiada kaitan dengan agama.", "Orang Melayu seawal kemerdekaan berkorban banyak perkara untuk menerima kedatangan bangsa lain sebagai rakan sewarganegara dan membenarkan banyak keistimewaan untuk kaum lain atas dasar semangat kebangsaan.", "Kenapa hari ini dalam negara Malaysia yang agama rasminya Islam dan majoriti bangsanya Melayu, bangsa Dap ini lantang dan terlalu berani menyuarakan suara mereka setelah tertubuhnya pemerintahan kerajaan baru Dap-PH.", "Apakah bangsa Dap hari ini telah mengistiharkan perang secara terbuka terhadap Melayu Islam Malaysia?", "Saya rasa sudah cukup jelas wajah sebenar bangsa Dap ini sejak pemerintahan Dap-PH menjadi kerajaan.", "Bangsa Dap ini mempertikaikan banyak perkara yang berkaitan bangsa Melayu, agama Islam dan juga Institusi Raja Melayu.. Bangsa Dap (Jiao Zong, Dong Zong dan Chauvinist Dap) hari ini telah bertindak di luar batasan yang sepatutnya dan bersikap kurang ajar yang ketara.", "Kekhuatiran saya ialah takut nanti kesabaran orang Melayu sudah hilang dan satu perkara yang tidak kita ingini boleh berlaku.", "Sejarah lepas telah membuktikan bahawa kita aman damai hidup dalam pelbagai fahaman dan amalan agama tetapi sejarah juga telah tertulis apabila bangsa Dap (Komunis ketika itu) cuba mencabar kesabaran orang Melayu pada 13 Mei 1969.", "Kita tidak mahu ada sejarah lain selain 13 Mei. Saya berharap bangsa Dap ini sedar akan api yang cuba mereka nyalakan. Takut nanti marak apinya boleh membinasakan sebuah negara yang ditubuhkan dari semangat harmoni.", "Jangan sampai orang Melayu pula mempersoalkan hal-hak yang telah diberi kepada kaum Cina seperti mempersoalkan keperluan wujudnya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam aliran Cina, menggunakan tulisan Cina dan sebagainya.", "Harus diingat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang terkenal dengan sifat sangat penyabar dan tinggi tahap toleransinya tetapi jangan ambil kesempatan dan ambil ringan dari sifat toleransi ini.", "SAYA BAGI AMARAN KEPADA Dong Zong, Jiao Zong dan Dap, ‘ENOUGH IS ENOUGH’!!", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\nNaib Presiden UMNO\nKetua Pembangkang" ]
https://umno-online.my/2019/08/02/institusi-raja-dan-rakyat-saling-melengkapi-ahmad-zahid/
[ "RAJA dan rakyat berpisah tiada, bagai aur dengan tebing saling lengkap melengkapi. 30 Julai 2019 menjadi detik bersejarah kepada negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Institusi Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol, sebaliknya menjadi pengimbang kepada kuasa eksekutif iaitu kerajaan yang memerintah. Institusi yang menjadi medium utama bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.", "Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan menjadi faktor peralihan kuasa pasca PRU ke-14 berlaku dalam keadaan harmonis tanpa provokasi. Institusi YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu telah bertindak menjadi pengaman bagi mengelak berlakunya pergolakan politik tanah air yang akan menimbulkan kegelisahan dan kegusaran dalam kalangan rakyat.\n\nKebijaksanaan dan kearifan serta pengalaman menjadikan Institusi YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai institusi yang disegani. Berhemah apabila menyampaikan titah nasihat kepada parti politik, kerajaan dan rakyat, tanpa mencampuri urusan pentadbiran seharian selaras dengan konsep Raja bertakhta tetapi tidak memerintah. ", "Institusi Raja Berperlembagaan adalah kesinambungan kepada kedaulatan, kestabilan dan perpaduan terus subur, walaupun berlaku peralihan kerajaan.", "Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan panji agama Islam di Malaysia, termasuklah kedudukan YDPA sebagai ketua agama bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Manakala Raja-Raja menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing dan merupakan benteng terakhir umat Islam dalam mempertahankan agama Islam.\n\nHakikatnya, kedaulatan Raja-raja adalah bersumberkan ajaran Islam kerana adat Melayu selepas Raja-Raja Melayu menganut ajaran Islam dikekalkan sejauh mana adat tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh sebab itu sumpah YDPA mendokong lima prinsip penting iaitu:", "• Menzahirkan akidah Yang di Pertuan Agong adalah Islam\n• Kewajipan baginda untuk melaksanakan pemerintahan yang adil menurut Perlembagaan dan undang-undang\n• Melindungi setiap masa ajaran Islam\n• Menegakkan kedaulatan undang-undang\n• Menegakkan keamanan dalam negara", "Secara tradisinya, berteraskan budaya, rakyat Malaysia sentiasa menjunjung dan menghormati institusi Raja. Tetapi apa yang merisaukan akhir-akhir ini trend atau aliran menghina institusi Raja, Islam agama Persekutuan dan Nabi Muhammad SAW semakin menjadi-jadi dan berleluasa khususnya menerusi media sosial.", "Episod penghinaan kepada institusi raja seringkali dilakukan dengan menerbitkan perkataan menghina Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu. Malah ada gesaan supaya institusi Raja berperlembagaan dihapuskan dan diganti dengan sistem negara republik.", "Meskipun negara mempunyai undang-undang yang berkaitan termasuklah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), malah ia juga boleh melibatkan Akta Hasutan 1948 yang mengalami pindaan terakhir pada 2015.", "Persoalannya, adakah undang-undang hari ini masih longgar dan tidak mampu memberi cegah rintang (deterrent) terhadap kes-kes sebegini?", "Saya menggesa kerajaan menilai semula komitmen mereka untuk memansuhkan Akta Hasutan demi kestabilan negara selain itu kebebasan bersuara bukannya bersifat mutlak. Tiada sebab untuk Akta Hasutan dimansuhkan kerana beberapa negara lain turut memiliki peruntukan undang-undang yang serupa iaitu untuk menjaga keharmonian dan keselamatan kaum. Kerajaan perlu mengimbangi di antara kemahuan dan tuntutan rakan komponen dengan menjaga kepentingan berkaitan institusi Raja Melayu, umat Islam dan masyarakat Melayu sebagai teras kepada pembinaan negara ini sejak sekian lama (berdasarkan kontrak sosial yang sedia terbina).", "Kerajaan perlu menunjukkan ketegasan berhadapan dengan isu penghinaan kepada agama Islam dan Rasulullah SAW. Walaupun ada sesetengah pihak beranggapan isu penghinaan kepada Islam dan Rasulullah SAW sebagai kes terpencil dan melabelkan pembangkang menggunakan isu ini sebagai sentimen untuk kepentingan politik.", "\nPada Mac lalu sahaja polis menerima 929 laporan berhubung kes penghinaan terhadap agama Islam, Nabi Muhammad SAW serta isteri baginda, Saidatina Aisyah, di seluruh negara dan 16 kertas siasatan sudah dibuka. Terkini Polis menerima sebanyak 11 laporan berhubung hantaran seorang individu yang menggunakan nama Wendy Loong di dalam media sosial Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’ yang menghina Nabi Muhamad SAW.\nMaka janganlah disalahkan jika rakyat melabelkan ‘Islam terancam’ di bawah kerajaan hari ini, sekiranya alim ulama dalam Pakatan sendiri yang diam dan reda dengan tindakan mencabar dan menghina Institusi Raja dan Islam. Buya Hamka pernah berpesan, “Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan”.", "Amat mendukacitakan kes-kes ini kelihatan semakin berleluasa dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab semakin berani menonjolkan penghinaan yang berbaur provokatif terhadap umat Islam.", "UMNO selamanya mendokong dan sedia mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi jati diri negara, tonggak kepada kedaulatan negara dan dijamin Perlembagaan Persekutuan. Kita lumpuhkan sebarang usaha dan dakyah jahat mengalihkan Institusi Raja-Raja Melayu dari istana ke muzium sepertimana yang berlaku di beberapa negara lain. Raja-Raja Melayu akan terus menjadi institusi semak dan imbang di Malaysia bagi mengekalkan keharmonian, perpaduan dan kelestarian Malaysia, raja dan rakyat berpisah tiada.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/07/29/projek-taed-dan-empangan-kaiduan-dulu-hasut-buat-fitnah-sekarang-bila-u-turn-dap-senyap/
[ "SAYA sebenarnya tidak terkejut dengan pengumuman ‘u-turn’ kerajaan negeri Sabah untuk meneruskan dua projek besar iaitu projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) dan projek empangan air Kaiduan yang diberi nama baru iaitu empangan Papar.", "Dari dulu lagi kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyatakan bahawa kedua-dua projek ini penting dan strategik untuk kelangsungan pembangunan ekonomi negeri Sabah.", "Namun yang dikesali ialah tindakan parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutamanya parti Dap yang memfitnah kerajaan BN dahulu.", "Sebelum dan semasa kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, kerajaan BN dikritik hebat kerana mahu membina kedua-dua projek ini.", "Kerajaan BN difitnah dan dihentam kerana kononnya tidak menghiraukan kepentingan alam sekitar dan penduduk yang terlibat walaupun mereka tahu bahawa projek ini bersifat strategik untuk negeri Sabah.", "Parti Daplah antara yang paling lantang membantah pembinaan empangan terutamanya sebuah empangan yang dicadang di kampung Tambutuon, Kota Belud yang boleh menyelesaikan masalah gangguan air, masalah gangguan elektrik, masalah kekurangan bekalan air yang kronik untuk pengairan kawasan jelapang padi utama Sabah yang terletak di Kota Belud serta masalah banjir akibat ketiadaan mekanisma mengawal aliran air semasa hujan.", "Saya masih ingat Lim Kit Siang turun sendiri ke Kota Belud untuk membantah pembinaan empangan air tersebut.", "Pemimpin Dap Sabah pun terikut-ikut telunjuk Lim Kit Siang mengkritik projek empangan ini walaupun mereka tahu bahawa empangan ini akan menyelesaikan isu air yang membelenggu kawasan pantai barat utara Sabah sejak merdeka.", "Dengan wujudnya empangan itu, ia akan menjadi pemangkin utama kepada pembangunan pantai barat utara Sabah untuk 30 ke 50 tahun yang akan datang. Suara lantang Dap kini sudah hilang!", "Sekarang kerajaan negeri Sabah telah membuat ‘u-turn’. Sekarang mereka mahu teruskan kedua-dua projek itu. Baguslah.", "Sekarang mereka mengatakan kedua-dua projek itu akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.", "Kata mereka lagi projek ini adalah kritikal dan strategik untuk negeri Sabah. Yang peliknya itulah yang dikatakan oleh kerajaan BN dahulu.", "Saya pasti sebelum PRU ke-14, Warisan dan PH tahu dan faham bahawa kedua-dua projek itu amat diperlukan dan memberi kepentingan strategik kepada rakyat dan negeri Sabah secara keseluruhannya.", "Persoalannya kenapa mereka sanggup mengutuk projek tersebut tetapi sekarang menyokong pula?", "Jawapannya ialah mereka mahu meraih sokongan politik walaupun mereka tahu apa yang mereka kata itu tidak betul dan fitnah. Pendek kata mereka sanggup menipu dan berbohong.", "Jadi bagaimana dengan projek-projek ini?", "Saya kira kerajaan negeri tidak ada pilihan lain selain dari meneruskan projek-projek ini kerana mereka tahu ini untuk kepentingan strategik jangka panjang untuk rakyat dan negeri Sabah.", "Cuma tolong lakukan dua perkara dahulu.", "Pertama, memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah kerana sebelum ini mereka telah berbohong dan memfitnah BN demi untuk mendapatkan sokongan politik murahan.", "Kedua, berbincang secara terbuka dan telus dengan penduduk terlibat dan menawarkan pampasan yang setimpal dan terbaik kepada mereka terutamanya dalam projek pembinaan empangan air.", "Kalau boleh saya bantu, ambillah contoh beberapa cadangan pampasan untuk sebuah empangan yang pernah dicadangkan di Kota Belud.", "Pada waktu itu, BN menawarkan pampasan yang setimpal dan terbaik untuk penduduk yang terlibat. Antara beberapa tawaran yang dicadangkan ialah:", "1. Memberi tanah percuma kepada penduduk terlibat di kawasan yang lain yang lebih produktif dan subur. Kalau tanah mereka dulu mempunyai tanaman, kerajaan BN juga akan memberi pampasan berdasarkan nilai tanaman.", "2. Membina infrastruktur awam termasuk jalanraya berturap, bangunan konkrit dewan masyarakat, sekolah dan gereja baru yang cantik termasuk kelengkapan keselesaan seperti ‘aircond’, fasiliti memasak untuk komuniti dan sebagainya.", "3. Memberi setiap keluarga terlibat sebuah rumah banglo konkrit di lokasi baru, siap dengan sistem pembentungan yang moden.", "4. Memberi keutamaan kepada penduduk tempatan yang terkesan dalam hak menjalankan aktiviti perniagaan eko pelancongan bila proses pembinaan empangan itu bakal mengujudkan tasik baru. Mereka boleh berniaga dengan menyediakan perkhidmatanperkhemahan, memancing, aktiviti air seperti berkayak dan mandi, sukan air, menaiki bot dan lain-lain.", "5. Mencadangkan idea kreatif iaitu menawarkan pemilikan saham dalam syarikat IPP (Independent Power Producer) atau syarikat penjana kuasa bebas yang bakal menjalankan operasi di empangan tersebut kepada persatuan penduduk kampung yang terlibat. Ini akan menjana pendapatan lumayan kepada penduduk terlibat untuk berpuluh-puluh tahun, selagi mana air sungai dan empangan masih wujud.", "6. Menawarkan kadar bayaran bil elektrik kediaman yang jauh lebih murah kepada penduduk yang terlibat.", "BN pada waktu itu turut menghantar rombongan pemimpin dari masyarakat terlibat serta pegawai-pegawai Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Kota Belud ke Kedah untuk meninjau kebaikan dan mempelajari kelemahan pembinaan empangan di sana terutamanya berkaitan dengan tawaran pampasan yang setimpal dan adil.", "Saya berharap kerajaan negeri dapat memberi keadilan kepada penduduk yang terlibat melalui pampasan yang adil, munasabah dan kreatif.", "Tawarkanlah sesuatu atas dasar menang-menang kepada semua pihak.", "Dan jangan lupa untuk minta maaf! – MEDIAUMNO", "Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan\nPemangku Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran\nAhli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/07/26/roh-deb-wajib-diteruskan/
[ "DASAR Ekonomi Baru (DEB) wajib diteruskan rohnya. Diperkenalkan pada tahun 1970 dengan strategi serampang dua mata iaitu untuk membasmi kemiskinan dan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi. Jika DEB tidak diperkenalkan selamanya Melayu dan Bumiputera tidak akan dapat peluang dan ruang dalam sektor ekonomi.", "DEB berjaya memulakan gerak ke arah pewujudan keadilan ekonomi di Malaysia apabila kadar kemiskinan negara dikurangkan kepada 17.1 peratus pada tahun 1990 berbanding 49.3 peratus pada tahun 1970. Kadar Kemiskinan pada tahun 2014 pula terus menurun ke tahap 0.6 peratus. Ketika DEB mula dilaksanakan, kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu berada pada paras 64.8 peratus.", "Selepas penamatan DEB pada tahun 1990, Kerajaan BN memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan pada Mac 2010. Semua polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu bermatlamatkan bagi merancakkan ekonomi Bumiputera dan memberikan keadilan dalam pengagihan ekonomi kepada semua rakyat mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing.", "\nMemetik kenyataan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi bahawa “dalam langkah kerajaan meneliti semula dasar utama negara, pembangunan sosioekonomi orang Melayu dan Bumiputera tetap menjadi agenda penting tanpa meminggir kaum lain di negara ini”. Apa yang menghairankan berlaku sebaliknya, pendapatan dan sosioekonomi golongan petani, nelayan, peneroka, buruh dan perniagaan kecil dan sederhana orang Melayu dan Bumiputera berada di dalam situasi meruncing dan tidak mendapat pembelaan.", "Sebelum Mei 2018, harga runcit setan kelapa sawit mentah ialah antara RM580 dan RM600 tetapi kini hanya tinggal sekitar RM280 dan RM300. Kemerosotan harga minyak kelapa sawit menyebabkan pekebun kecil tergolong dalam kumpulan rakyat termiskin yang memperolehi pendapatan kurang RM 1,000 sebulan. Situasi ini telah menimbulkan kerisauan kepada lebih 650,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara. Belanjawan 2019 juga dilihat sebagai kurang mesra kepada pekebun kecil. ", "Peruntukan RM260 juta yang diberi oleh Kerajaan BN sebelum ini sebagai bantuan musim tengkujuh telah dihapuskan. Apakah ini dinamakan kerajaan yang prihatin dengan nasib dan derita rakyat marhean?", "Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah pemerintah yang ekonomis. Kehebatannya mengendalikan ekonomi negara sehingga tidak kedapatan golongan asnaf yang memerlukan zakat. Antara pendekatan yang digunakan baginda ialah:", "• Meningkatkan pendapatan golongan buruh serta merapatkan jurang pendapatan antara buruh, pegawai dan pentadbir\n• Meringankan pajakan dan bebanan kepada petani dan peladang", "Meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi rakyat marhaen khususnya petani, nelayan dan buruh menjadi keutamaan kerajaan BN semenjak dahulu. Sebaliknya kerajaan hari ini, saban hari memfokuskan rakyat kepada isu-isu kontroversi politik dan sengketa perebutan kuasa yang tidak berkesudahan. Pemimpin bersengketa berebut kuasa dan jawatan, rakyat menderita kerana kos sara hidup makin meningkat, pendapatan berkurangan, dibiarkan tanpa pembelaan. Sehingga rakyat dipersalahkan kerana kurang berbelanja dan berjimat menyebabkan ekonomi negara merudum.", "Rakyat sudah meluat dengan orkestra politik bersengketa, berdamai, bersengketa yang tiada penghujungnya. Sepatutnya kerajaan mencari jalan penyelesaian dengan kedudukan ekonomi rakyat pada hari ini menunjukkan 75 peratus daripada rakyat tidak mampu mengeluarkan wang RM1,000 dalam keadaan mendesak dan lebih daripada 50 peratus rakyat pula akan kehabisan wang dalam masa seminggu selepas kehilangan sumber pendapatan yang menyaksikan 80 peratus daripadanya adalah Bumiputera.", "\nPengusaha perniagaan kecil dan sederhana Bumiputera juga mengalami kemelesetan dan penurunan pendapatan kerana persaingan dan kesan langsung revolusi industri 4.0. Perniagaan konversional tergugat apabila sistem jualan dan pembelian secara dalam talian mula menguasai pasaran tempatan. Langkah kerajaan mencadangkan cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan negara adalah langkah yang baik, tetapi bagaimana pulak pembelaan kepada perniagaan Bumiputera?", "Ejen pengembaraan antara perniagaan yang mengalami kesan awal dari sistem perniagaan dalam talian. Apa jaminan kerajaan sistem perniagaan dalam talian tidak akan menjejaskan kepentingan ejen pengembaraan yang bertaraf Bumiputera? Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PS 2.6) berkaitan dengan penggunaan Kad Kredit Korporat (KKK) yang membenarkan pembelian tiket kapal terbang secara dalam talian (online), bagi perjalanan rasmi pegawai kerajaan dalam dan luar negara menggunakan Kad Kredit Korporat dan tidak tertakluk dengan had nilai serta kaedah perolehan di bawah tatacara perolehan kerajaan yang berkuat kuasa sebelum ini, membuktikan kerajaan tidak prihatin dengan nasib ejen pengembaraan Bumiputera.", "Penggunaan KKK yang tidak tertakluk kepada kaedah tatacara perolehan kerajaan melanggar dasar kerajaan yang mewajibkan urusan rasmi kerajaan mestilah berurusan dengan ejen pengembaraan yang berlesen, bertaraf bumiputera (100%) sebagai Service Provider bagi urusan rasmi perjalanan dan penginapan kerajaan. Saya menggesa Kementerian Kewangan menyemak kembali pekeliling tersebut yang terang-terangan melanggar dasar perolehan kerajaan dan menjejaskan pendapatan ribuan ejen pengembaraan Bumiputera yang terlibat.\n\nKerajaan perlu tegas dengan agenda ekonomi Bumiputera. Mekanisme dan solusi terbaik perlu dicari supaya agenda ekonomi Bumiputera kekal relevan dan mampu bersaing di pasaran terbuka (online). Cukuplah menyibukkan rakyat dengan cerita sensasi dan kontroversi politik bertujuan untuk mengalih isu ketidakmampuan kerajaan menguruskan negara dan ekonomi dengan baik.", "UMNO akan terus menjadi pemantau dan pendesak kepada pelaksanaan agenda ekonomi Bumiputera tanpa meminggirkan kaum yang lain. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menggubal dan mengubah dasar dan akta yang berkaitan dengan agenda ekonomi Bumiputera, yang telah dipersetujui bersama tanpa sebab yang munasabah dan konkrit.", "UMNO dan BN akan terus berusaha sedaya mungkin mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik bagi meningkatkan sosio ekonomi rakyat. Tabung Dana UMNO (Crowd Funding) yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat akan menjadi tabung jihad ekonomi ahli UMNO bagi memastikan kelangsungan aktiviti politik parti dapat dilaksanakan dengan lancar. Manfaatnya bukan hanya untuk ahli UMNO, bahkan rakyat juga akan turut mendapat faedah daripada tabung dana ini.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/07/25/dap-memang-ada-agenda-politik-dalam-isu-isu-kewarganegaraan/
[ "KENYATAAN-kenyataan Alice Lau Kiong Yieng dan Hannah Yeoh Tseow Suan mengenai pertemuan mereka dan empat Ahli Parlimen Dap lain dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Julai lalu tidak mampu menjawab persoalan utama yang ditimbulkan sebelum ini.", "Dinyatakan bahawa pertemuan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menjayakan janji manifesto PH, di mana Tan Sri Muhyiddin dikatakan telah mengemaskini usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh KDN untuk menyelesaikan isu-isu kewarganegaraan kepada mereka.", "Dinyatakan juga bahawa Dap telah lama memperjuangkan isu kewarganegaraan yang dikatakan melangkaui batas bangsa dan agama, serta bahawa Dap tidak mempunyai agenda politik kerana yang diminta hanyalah supaya diletakkan satu “timeline” untuk setiap kes.", "Jawapan-jawapan ini pastinya tidak memuaskan hati kerana jika sekadar ini yang dimahukan oleh mereka tidak perlulah satu “high-powered team” yang diketuai oleh Setiausaha Agung Dap turun kerana perkara ini boleh sahaja ditanyakan secara terbuka di Dewan Rakyat.", "Sukar untuk diterima bahawa ini dikatakan dibuat dalam kerangka PH bila mereka yang terlibat dalam pertemuan ini, malah di dalam pertemuan lain dengan pihak KDN sebelum ini, dan yang bersungguh-sungguh memperjuangkannya hanyalah pemimpin Dap sahaja.", "Mengikut catatan dalam laman Facebook Alice Lau pada 23 Julai 2018, di mana beliau menunjukkan timbunan borang permohonan kewarganegaraan dari Sibu, beliau telah dilantik bagi menguruskan dokumen permohonan kewarganegaraan untuk semua Ahli Parlimen Dap.", "Mengikut catatan dalam laman Facebook Alice Lau pada 18 Julai 2019 pula, beliau telah menubuhkan “Backbenchers Citizenship Committee” bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan, tetapi 10 Ahli Parlimen yang terlibat hanyalah daripada Dap juga.", "Bahawa ini usaha eksklusif Dap juga dapat dilihat dalam bentuk kempen-kempen penerangan mengenai isu-isu kewarganegaraan yang khususnya banyak dilakukan di Sarawak yang dilakukan oleh pemimpin Dap di Pejabat-Pejabat Dap seperti berikut:", "1. Majlis penerangan oleh ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang Oi Ling, di Pejabat Dap Sarikei pada 11 Ogos 2018.", "2. Majlis penerangan oleh Irene Mary Chang di Pejabat Dap Sibu pada 12 Ogos 2018.", "3. Majlis penerangan oleh Irene Mary Chang dan ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon, di Pejabat Dap Miri pada 31 Ogos 2018.", "4. Majlis penerangan oleh Irene Mary Chang di Pejabat Dap Kemena dan Dap Samalaju, Bintulu, pada 7 Oktober 2018.", "Pertemuan enam pemimpin Dap dengan Tan Sri Muhyiddin ini juga bukanlah pertemuan kali pertama pemimpin Dap dengan pihak KDN bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan kerana beberapa pertemuan lain telah pernah berlaku sebelum ini.", "Paling menonjol adalah pertemuan delegasi pemimpin Dap Sarawak yang diketuai oleh Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dengan Tan Sri Muhyiddin pada 13 Februari 2019.", "Menariknya, selepas itu ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui, telah memuatnaik gambar pertemuan antara beliau, Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, dengan Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri pada 15 Mac 2019.", "Lebih menarik bila Violet Yong menyebut tujuan mereka menemui Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri itu adalah supaya kelulusan kepada kes-kes permohonan kewarganegaraan dari Sarawak yang diberi sebelum ini dapat diluluskan dalam masa paling cepat (soonest).", "Kesemua perkara inilah yang menyebabkan timbulnya persepsi bahawa Dap dengan usaha eksklusifnya dalam isu-isu kewarganegaraan ini mempunyai agenda politik tertentu, apatah lagi bila mereka yang terlibat adalah mereka yang bermuka bukan Melayu bukan Islam.", "Keterlebihaktifan Dap Sarawak, selain Dap Semenanjung, dalam isu-isu ini sebagai contohnya boleh sahaja menimbulkan tanda tanya apakah ia ada hubung-kait dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang perlu dilangsungkan selewat-lewatnya pada tahun 2021.", "Apatah lagi bila ada satu poster dalam laman Facebook Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, berhubung dengan majlis ceramah Dap yang menampilkan pemimpin besar Dap, Lim Kit Siang, bertemakan “Selepas Sandakan, Sarawak” (“After Sandakan, It’s Sarawak”).", "Dr Kamarul Zaman Yusoff ", "" ]
https://umno-online.my/2019/07/23/yang-sengsara-rakyat-yang-untung-kroni-sebab-bekalan-air-di-selangor-kerap-terputus/
[ "Dari dahulu sejak beberapa tahun lepas saya telah bawa isu air di Selangor ini.", "Sehingga saya telah disaman oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Mahkamah Tinggi namun alhamdulillah saya telah menang.", "Saya memang telah jangka selagi Kerajaan PH memerintah Selangor, isu air tidak akan selesai.", "Selangor mempunyai kadar kekerapan terputus bekalan air yang tertinggi di Malaysia.", "Mengikut laporan Persatuan Air Malaysia yang terkini, 259,000 (62%) daripada 419,000 kejadian terputus bekalan air di Malaysia berlaku di negeri Selangor.", "Pahang, negeri yang lebih besar dari Selangor dan terbesar di Semenanjung Malaysia hanya mengalami 2,000 kes terputus bekalan air setahun, seratus kali ganda lebih kecil berbanding Selangor.", "Sejak beberapa tahun yang lalu saya mula mengkaji dan menulis di akhbar-akhbar berkaitan masalah air di Selangor.", "Masalah ini bukan sahaja menyusahkan rakyat namun menyebabkan pelabur asing lari dari negeri Selangor.", "Masalah ini sebenarnya telah diketahui sejak sepuluh tahun yang lalu oleh kerajaan negeri dan persekutuan.", "Ia berpunca daripada loji-loji dan sistem paip air di Selangor yang usang dan tidak mencukupi.", "Sebab itu setiap kali ada masalah pencemaran air sungai atau bekalan elektrik terputus ke satu loji air, ia menyebabkan masalah air terputus di kawasan yang besar kerana kapasiti loji air terawat sedia ada tidak cukup untuk menangani masalah-masalah ini yang sepatutnya boleh dielak jika kapasiti loji mencukupi.", "Pada tahun 2008, pelan perstrukturan industri bekalan air Selangor telah dirancang untuk memulihkan masalah air di Selangor dengan suntikan dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk memperbaiki dan menambah kapasiti loji-loji dan sistem perpaipan air di Selangor.", "Untuk dana ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjual aset-aset air sedia ada kepada Kerajaan Persekutuan.", "Dan kerajaan negeri akan membayar balik kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan aset-aset ini melalui pembayaran sewa (lease).", "Namun sehingga kini selepas 10 tahun, penstrukturan menyeluruh industri air di Selangor ini masih belum dilaksanakan.", "Ini kerana sehingga bulan Mei 2018 yang lepas, pihak Kerajaan Negeri PH masih tidak dapat mencapai persetujuan tentang harga jualan aset satu syarikat air di Selangor iaitu SPLASH.", "Pada tahun 2014, Menteri Besar Selangor pada ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mentaksirkan bahawa nilai adil (fair value) aset SPLASH adalah RM250 juta.", "Namun demikian, pemimpin-pemimpin PKR yang lain seperti Azmin Ali mahu menjual aset SPLASH ini dengan harga yang tinggi iaitu sehingga lebih RM2.5 billion, atau sepuluh kali ganda.", "Kerajaan Persekutuan BN pada ketika itu tidak bersetuju dengan harga jualan yang terlampau tinggi ini sebab ini akan meningkatkan bayaran sewa (lease) yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri.", "Sekiranya harga dan sewa ini tinggi, ia akan memaksa kerajaan negeri untuk meningkatkan tarif air yang akan membebankan rakyat.", "Tiga tahun lepas saya pernah menulis satu artikel dan menyatakan bahawa dasar air kerajaan negeri Selangor adalah tidak mampan dan merugikan rakyat.", "Saya juga pernah mengutarakan beberapa jalan penyelesaian.", "Saya juga jangka mereka akan menaikkan tarif air walaupun masalah tidak selesai.", "(baca “The Selangor Water Blunder” artikel terbitan NST bulan Disember 2016 dan artikel terbitan Berita Harian “Isu Air Selangor dan Kesihatan Awam” pada Mac 2018.)", "……..", "Kini PH telah menguasai Kerajaan Persekutuan dan ini telah memudahkan kerajaan PH negeri Selangor untuk menjual aset SPLASH dengan harga yang berlipat kali ganda seperti yang dimahukan oleh pemimpin-pemimpin politik PH terutama PKR.", "Lima negeri-negeri PH yang lain seperti Melaka dan Pulau-Pinang telahpun menaikkan tarif air baru-baru ini.", "Selepas negeri-negeri lain di bawah PH mengumumkan kenaikan tarif air baru-baru ini, saya pasti Kerajaan PH negeri Selangor juga akan menyusul kelak walaupun isu air tidak selesai-selesai.", "Ini susulan pembelian syarikat air SPLASH yang telah dimuktamatkan oleh kerajaan pusat dengan harga melebihi 2 bilion ringgit yang berlipat kali ganda melebihi taksiran asal sebanyak beberapa ratus juta ringgit sahaja.", "Syarikat SPLASH ini adalah syarikat kroni PKR.", "Dan rakyat yang terpaksa menanggung kos ini dengan membayar tarif air yang lebih tinggi di Selangor walaupun perkhidmatan air masih tidak bermutu dengan bekalan air yang kerap terputus dan kualiti yang dipersoal.", "Rakyat akan ditipu lagi.", "Yang untung adalah syarikat kroni.", "……..", "Sebelum ini SYABAS telah menyaman saya kerana saya telah menulis satu artikel dengan fakta yang mengkritik perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor.", "Saya telah menyatakan kepada mahkamah bahawa saman SYABAS ke atas saya ini adalah tidak berasas dan bermotifkan politik sebab saya selalu mengkritik Kerajaan Negeri Selangor dengan membawa isu-isu rakyat.", "Saya berpendapat saman ini adalah cubaan untuk menutup mulut saya daripada terus bersuara mengkritik kerajaan untuk rakyat.", "Saya rasa kerajaan negeri dan agensi mereka tidak tahan dengan suara dan fakta saya lantas cuba menyenyapkan saya.", "Mahkamah Tinggi telah bersetuju dengan hujah saya dan menolak permohonan dan saman SYABAS dengan kos.", "Sebagai seorang rakyat di negeri Selangor, saya berasa bertanggungjawab untuk membawa isu-isu dan masalah-masalah rakyat supaya kerajaan boleh memperbaiki mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat dan tidak hanya menyusahkan rakyat.", "Terutamanya apabila saya sendiri pernah berkhidmat dengan kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada rakyat selama hampir 20 tahun sebelum ini.", "Sekiranya kerajaan atau syarikat mereka tidak boleh ditegur ke atas perkhidmatan yang kurang memuaskan maka tidak akan ada semak imbang kerajaan yang berkesan dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat akan menjadi teruk.", "Keadaan ini juga berlaku jika kerajaan terlalu kuat yang menyebabkan para menteri tidak peduli apabila ditegur atau tidak rasa malu atau mengaku apabila membuat kesalahan.", "Jika ini berlaku negara kita akan menjadi sebuah negara autoritarian yang memerintah secara kuku besi dan menyengsarakan rakyat.", "Ini perlu ditentang dan dielak.", "……..", "Apabila rakyat mengkritik mutu perkhidmatan kerajaan, kerajaan patut berasa malu lantas memperbetulkan keadaan.", "Ini kerana rakyat membayar kerajaan melalui cukai untuk perkhidmatan tersebut dan untuk gaji menteri-menteri yang berpuluh-puluh ribu.", "Kita tidak mahu pemimpin kerajaan yang tidak mengambil endah hal rakyat tetapi melenting apabila dikritik.", "Kuasa yang diberikan oleh rakyat adalah suatu amanah.", "Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu menjaga amanah rakyat ini apabila berkuasa.\n……..", "Saya pasti SYABAS dan pihak kerajaan negeri akan membuat rayuan berkenaan kes saya vs SYABAS di atas ke Mahkamah Rayuan selepas ini.", "Namun saya akan terus lawan tetap lawan untuk menegakkan kebenaran sehingga ke akhir.", "ISHAM JALIL", "P/S: Mohon tonton video klip di bawah untuk maklumat lanjut interview saya dengan media berkenaan isu air pada bulan Februari 2018." ]
https://umno-online.my/2019/07/21/pelik-sungguh-video-disahkan-tulen-tapi-pelaku-tak-dapat-dikenali/
[ "Kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang mengesahkan video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali adalah tulen, tetapi pelakunya tidak dapat dikenali, hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kepala rakyat jelata.", "Dalam kenyataannya, Abdul Hamid berkata, ketulenan video itu adalah hasil analisis CyberSecurity.", "“Kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi.", "“Hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan,” kata Abdul Hamid dalam satu kenyataan, petang semalam.", "Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum ini mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar itu, sambil mendakwa pasangannya adalah Azmin.", "Haziq kini sudah diberhentikan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama serta dipecat daripada PKR. Jawatannya ketika dipecat ialah Ketua AMK Santubong, Sarawak.", "Berdasarkan perbualan rakyat dan respon di media sosial, ramai yang tidak dapat menerima apa yang dinyatakan Abdul Hamid itu.", "Kata mereka, bagaimana video itu boleh disahkan tulen, tetapi dalam masa yang sama pelakunya tidak dikenalpasti?", "Bukankah kedua-duanya saling berkaitan dan tidakkah polis ingin menjalankan siasatan lebih mendalam?", "Apakah kenyataan IGP ini tidak lebih hanya bertujuan melindungi seseorang dan kerana adanya arahan daripada pihak atasan?", "Kata mereka, adalah pelik apabila pihak berkuasa yang memiliki segala peralatan canggih masih gagal mengesan pelaku video tersebut, sedangkan mata rakyat biasa pun tidaklah sukar mana menelah siapa pelakunya.", "Persoalan lain yang ditimbulkan ialah apakah kedua-dua pelaku dalam video itu gagal dikenalpasti atau salah seorang daripadanya saja yang tidak diketahui?", "Jika kedua-duanya tidak dapat dikenalpasti, apakah kes ini akan ditutup begitu saja selepas ini?", "Atau jika salah seorang daripada dapat dikenalpasti dan seorang lagi tidak, maka apakah pelaku yang dikenalpasti itu akan didakwa di mahkamah dan yang seorang lagi akan bebas begitu saja?", "Kalau ini yang berlaku, di manakah keadilan, walhal hubungan seks mesti melibatkan perlakuan dua orang manusia?", "Dalam waktu yang sama, tidak kurang yang mempertikaikan bahawa sekiranya pihak polis gagal mengesan pelaku dalam video yang berbentuk HD, bagaimanakah selama ini mereka menangkap penjenayah yang hanya dirakam melalui CCTV yang lebih kabur gambarnya?", "Apakah mencari penjenayah yang dirakam melalui CCTV yang kabur lebih mudah berbanding mengenalpasti pelaku dalam video berbentuk HD?", "Apa pun, di sebalik kenyataan IGP semalam, selain ia menimbulkan lebih banyak tanda tanda, tidak kurang yang melihatnya sebagai satu lagi lawak jenaka Malaysia Baru.", "Shahbudin Husin (shabudindotcom)" ]
https://umno-online.my/2019/07/19/buat-baik-demi-negara-rakyat-tapi-difitnah-najib-jawab-propaganda-ph/
[ "PROPAGANDA itu begini: “Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.”", "Itulah propaganda terhadap saya yang dikeluarkan pada tahun 2016.", "Turut dibutirkan oleh mereka apa yang dimaksudkan AS$15 juta (RM50 juta) ini:", "1) AS$56,000 (RM220,000) untuk membeli kereta mewah pada tahun 2011.", "2) 750,000 Euro (RM3.3 juta) untuk membeli barang kemas di Italy pada bulan Ogos 2014", "3) AS$130,625 (RM512,000) untuk membeli barangan jenama Chanel di Hawai, Amerika pada 22 Disember 2014", "4) A$14 juta (RM55 juta) yang dibayar kepada syarikat Jakel Trading dalam tempoh tahun 2011 hingga 2014.", "Semuanya genap-genap AS$15 juta.", "Saya jawab satu-persatu.", "1) Saya rasa RM220,000 itupun tak cukup nak beli Velfire atau Alphard di Malaysia. Tentu tidak juga untuk kereta Bugatti atau Mercedes. So, kereta yang mewah mana?", "Walaupun syarikat itu dinamakan Signature Exotic Car, mereka sebenarnya adalah penjual kereta terpakai dan reconditioned biasa.", "(Paling saya tak tahan ialah dia kata kereta harga RM220,000 tapi gambar dalam propaganda mereka ialah kereta Roll-Royce. Pelik ada juga yang percaya.)", "2) Saya telah jelaskan pembelian RM3.3 juta yang dibeli menggunakan kad kredit saya di Italy masa itu. Permaisuri kerabat raja negara itu yang tulis kepada isteri saya kerena barang kemas adalah untuk beliau dan rombongan mereka.\nhttps://www.facebook.com/…/a.2947874309…/10156209891610952/…", "Nama penerima dan negara mana akan didedahkan dalam Mahkamah tak lama lagi. Lepas dedah, bolehlah tulis surat untuk tanya mereka.", "3) RM512,000 untuk beli barangan Chanel di Hawai ini dilakukan pada masa saya main golf dengan Presiden Obama dan bertemu dengan rombongan beliau masa itu. Lagi banyak akan dijelaskan apabila isu ini timbul di mahkamah tak lama lagi.", "Masa itu saya dikritik hebat kerana saya main golf dengan Obama semasa Kelantan dilanda banjir yang teruk.", "Kebenarannya ialah persetujuan dengan presiden Obama untuk bermain golf ini telah dibuat berbulan-bulan sebelum tarikh itu.", "Kita tak main wassap “Eh bro, jom golfing?” dan terus kita bertemu di padang golf.", "Dan bukan setakat main golf sahaja tetapi ada juga perbincangan tentang isu-isu ekonomi dan keselamatan yang lain masa itu.", "Sebelum saya bertolak ke Hawai, saya telah membuat lawatan untuk memantau penyediaan usaha banjir dan tugas operasi bencana banjir juga telah diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara masa itu.", "Dan sehari selepas saya bermain golf dengan Obama, saya terus bertolak dari Hawai untuk menuju ke Kelantan", "4) Jelas kita lihat bahawa bahagian paling besar – iaitu AS$14 juta dari A$15 juta itu adalah dibelanjakan di Syarikat Jakel.", "Masa itu, pemimpin PH melontar pelbagai fitnah terhadap saya tentang ini:", "Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? DAP buat laporan polis.\nhttps://www.malaysiakini.com/news/336426", "Fitnah turut dikeluarkan oleh Raja formula Malaysia:\nhttps://www.freemalaysiatoday.com/…/rafizi-wont-back-down-…/", "Alhamdulillah!", "Kerana langkah tak masuk akal kerajaan PH untuk mengeluarkan saman sivil lucut hak, syarikat Jakel terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan.", "Syarikat Jakel Trading keluarkan kenyataan bahawa wang yang disebut AS$14 juta (RM55 juta) yang mereka terima dari akaun saya adalah bayaran untuk penjualan.", "Untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal (untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara dan juga untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014).\nhttps://www.malaysiakini.com/news/480736", "Itu lah di mana AS$15 juta (RM60 juta) itu digunakan walaupun tuduhan mereka ialah wang ini digunakan Najib untuk “percutian, membeli-belah dan barangan kemas.”", "Saya buat baik demi Rakyat dan negara tapi saya difitnah pula.", "Saya juga tengok penyokong PH masih tertanya-tanya tentang pembelian RM3.3 juta kad kredit untuk akaun saya walaupun saya dah jelaskan bersama dokumen dan identiti siapa yang dihadiahkan serta penjelasan penuh akan didedahkan dalam mahkamah tak lama lagi.", "Tapi saya pelik juga kenapa penyokong PH tak tanya-tanya kenapa pula Kementerian Kewangan kerajaan Arab Saudi telah memasukkan sekurang-kurangnya RM304 juta dalam akaun peribadi yang sama itu walaupun ini pun telah disahkan di mahkamah?\nhttps://www.malaysiakini.com/news/474209", "Adakah angka RM3.3 juta itu jauh lebih besar dari RM304 juta?", "Mantra penyokong PH dah tukar dari RM2.6b, RM2.6b menjadi RM3.3j, RM3.3j ke?", "Jauh bezanya juga. – MediaUMNO" ]
https://umno-online.my/2019/07/19/rakyat-mangsa-kepada-manipulasi-ekonomi/
[ "MANIPULASI ialah senjata paling ampuh dalam politik bagi mempengaruhi dan menguasai pola fikir rakyat bagi tujuan menjatuhkan sesebuah kerajaan. Manakala manipulasi ekonomi menjadi taruhan bagi meningkatkan kepercayaan rakyat kepada tadbir urus negara.", "Kestabilan ekonomi merupakan elemen terpenting bagi sesebuah kerajaan dan negara. Kerajaan yang stabil merupakan kerajaan yang merajai ekonomi dan merakyat ke seluruh negara. Oleh sebab itu agenda memperkasakan ekonomi negara selayaknya menjadi keutamaan kerajaan hari ini.\n\nRisiko kepada ketidakstabilan ekonomi telah berlaku sejak Mei 2018 apabila kerajaan mengorkestra dan memanipulasikan fakta ekonomi kononnya hutang negara berjumlah RM 1 Trilion dan Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) dilancarkan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Walaupun sudah melebihi 400 hari menjadi kerajaan, keadaan ekonomi negara masih berada dalam kesamaran malah kerajaan berterusan menuding jari kepada kerajaan terdahulu kononnya menjadi punca kelembapan dan ketidakstabilan ekonomi negara kini.", "Rakyat memerhati dan menilai apakah kerajaan hari ini “cakap tak serupa bikin” atau sebaliknya. Slogan ‘Selamatkan Malaysia’ yang dilaungkan selama ini semakin pudar sinarnya.", "Kehidupan rakyat khususnya B40 semakin terhimpit, subsidi dan bantuan kewangan kepada petani dan nelayan dipotong. Ribuan pekerja kontrak diberhentikan, saiz kakitangan awam ingin dikurangkan dan kadar pengangguran golongan muda pada kadar 10.8 peratus, lebih tinggi berbanding Thailand (5.9 peratus) dan Vietnam (7.9 peratus).", "Ranking terkini yang diterbitkan oleh badan analisis indeks Islamicity Foundation menunjukkan bahawa negara kita telah jatuh merudum bagi empat indeks berbeza. Keempat-empat indeks tersebut ialah Indeks ‘Economy’, Indeks ‘Political Rights’, Indeks ‘International Relations’, serta kedudukan keseluruhan kita dalam ‘Islamic Index’ berbanding 152 negara lain di dunia. Berbanding tahun 2017, indeks ekonomi kita jatuh sebanyak tujuh anak tangga iaitu dari tangga ke-24 (2017) ke tangga ke-31.\n\nBloomberg melaporkan prestasi pasaran saham Malaysia tahun ini antara terburuk di dunia dengan modal pasaran Bursa Malaysia susut RM157 bilion sejak PRU-14 manakala penanda aras pasaran FBM KLCI ditutup pada 1,629 mata berbanding 1,846 mata sebelum 9 Mei 2018.", "Paling membimbangkan pengumuman kerajaan untuk menjual aset-aset penting negara bagi mengurangkan hutang negara. Menurut pensyarah Sains Politik UKM, Abdul Muein Abadi “Risiko dan masalah yang bakal dihadapi oleh kerajaan contohnya perangkap geopolitik jika bertindak menjual aset negara dengan terlalu banyak dalam masa yang terlalu cepat, perangkap kuasa lunak (soft power) dan kuasa penembusan asing (sharp power)”.", "Apakah yang rakyat dapat daripada penjualan aset-aset strategi tersebut khususnya aset yang berkaitan dengan orang Melayu dan Bumiputera yang dikenali sebagai ‘trust agencies’ atau agensi amanah? Rancangan kerajaan hendak menjual aset Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) adalah tindakan yang menodai kepentingan dan amanah bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Aset tersebut ialah hasil daripada manfaat ekonomi yang dilakukan semasa pemerintahan kerajaan BN untuk meningkatkan ekonomi negara dan rakyat.", "Lakaran sejarah memperlihatkan Nabi Yusuf a.s yang membawa misi islahi menyelamatkan ekonomi Mesir adalah ikon dan watak yang perlu diteladani. Firman Allah SWT yang bermaksud, berkata Yusuf “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya dan mengetahui cara mentadbirkannya” (Surah Yusuf 12:55)\n\nWatak penting yang dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s dalam menguruskan kemelut ekonomi Mesir ialah HAFIZ dan ALIM (Kejujuran dalam melaksanakan amanah dan berpengetahuan serta berkemahiran berkaitan pengurusan ekonomi)", "Pendekatan yang ditekankan oleh Nabi Yusuf a.s dengan gesaan “apabila datang musim menuai, jangan semua hasil yang dituai untuk dijadikan makanan, sebaliknya perlu ada yang disimpan untuk digunakan pada jangka masa panjang, selain untuk dijadikan benih”. Membelanja, menyimpan serta melabur menjadi pendekatan Nabi Yusuf a.s bagi memperkukuhkan ekonomi Mesir bukannya dengan cara menjual aset negara.", "Saya berpandangan, kesalingan kerajaan, pembangkang dan rakyat mampu memulihkan ekonomi negara sehingga Malaysia dikenali sebagai ‘Asian Tiger’, dengan syarat kerajaan menjadikan tanggungjawab memulihkan ekonomi negara satu keutamaan. Bukan meletakkan kegagalan mereka menguruskan ekonomi dengan baik ke bahu pembangkang dan rakyat.", "Rakyat sudah muak dengan kenyataan yang tidak konsisten dan berdolak-dalih kerajaan dalam pengurusan ekonomi negara. Peningkatan harga barang dan nilai ringgit semakin menyusut, pengangguran golongan muda menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan permasalahan sosial.", "Memahami denyut nadi golongan muda berhadapan dengan kesukaran dan kemelut kewangan. UMNO akan memperkenalkan dan menjadikan kesukarelawan ekonomi sebagai model “people economy”,yang berorientasikan rakyat dan orang muda bagi menambah pendapatan. Landskap kesukarelawan bukan sahaja berbentuk kebajikan dan aktiviti semata-mata tetapi mampu menjadi sumber pendapatan.", "Manfaatkan kedudukan negara di Laut China Selatan yang cukup strategik untuk meningkatkan dan memulihkan ekonomi negara melalui hubungan dagang berskala besar dan menarik kembali pelabur-pelabur luar negara. Penjualan aset strategi negara merupakan langkah kebelakang dan merugikan rakyat, jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat keghairahan memanipulasikan fakta ekonomi. Ambil peduli amaran Rasulullah SAW yang bermaksud “Jika sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran”.\n(HR Bukhari)", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/07/12/tiada-siapa-akan-ditinggalkan/
[ "TERLALU ideal untuk membayangkan terciptanya perpaduan ummah secara mendadak. Prosesnya memakan masa, penelitian dan sumbang saran dilakukan secara berterusan. Dorongan dan ransangan terus menerus dilakukan oleh pimpinan UMNO dan PAS.", "Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat akan menjadi rujukan dan ikatan taawun siyasi UMNO-PAS. Jawatankuasa Teknikal sedaya upaya merangka piagam bukan untuk kepentingan UMNO dan PAS semata-mata tetapi ia melibatkan kepentingan ummah.", "Pelantikan lima orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor dan Perlis serta Pengerusi Lembaga Penasihat BN baru-baru ini menjadi bukti dan manifestasi bahawa usaha ke arah pengukuhan dan memperteguhkan saf kepimpinan sedang dilakukan secara proaktif.", "Pelantikan dilakukan bukan atas sentimen dan kepentingan mana-mana individu tetapi berdasarkan keupayaan dan kepakaran yang dimiliki bagi membantu dan menguatkan UMNO. Saya berkeyakinan kepakaran dan kompentensi yang mereka miliki mampu mencorakkan UMNO ke arah yang lebih baik.\n\nPelbagai andaian, cemuhan dan jangkaan negatif berkaitan ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS, sehingga ada yang cuba melaga-lagakan antara UMNO, MCA dan MIC. Semua usaha ini dilakukan bagi mengagalkan agenda perpaduan ummah.", "Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata “MCA tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk PAS demi kebaikan rakyat dan atas semangat sejagat. Pendirian MCA amat jelas. Kita mendukung semangat dan prinsip dalam BN yang wujud sejak sekian lama”.", "Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, berkata MIC tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerjasama UMNO-PAS. MIC juga sebelum ini pernah menyuarakan pendapat berhubung isu ini. Kami memang tiada masalah, malah MIC boleh bekerjasama dengan PAS atas semangat pembangkang.", "Dengan perkembangan positif ini serta dokongan semua pihak, saya akan terus beriltizam dan berusaha membawa pimpinan dan mantan pimpinan UMNO bersama-sama dalam bantera perpaduan ummah, tanpa meninggalkan seorang pun kalangan mereka yang berminat untuk membantu menjayakan agenda besar ini.", "Kisah kepemimpinan Sultan Muhammad al-Fateh menakluki Kota Konstantinopel boleh dijadikan panduan bagaimana kepakaran dan strategi yang digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh merealisasikan sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq yang bermaksud: “… Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)\n\nPara sahabat Rasulullah S.A.W berlumba-lumba untuk menawan kota Konstantinopel bagi mengecapi apa yang telah dijanjikan Allah S.W.T. Namun begitu, semua serangan mereka telah gagal. Contohnya, Kerajaan Umaiyyah yang melakukan lima kali kempen serangan, satu kali pada zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.", "Abu Ayyub al-Ansary R.A. telah syahid di dalam sebuah serangan semasa zaman Kerajaan Umaiyyah telah dimakankan jasadnya di bawah dinding kota Konstantinopel di atas permintaannya sendiri.", "Akhirnya, impian Rasulullah S.A.W telah berjaya direalisasikan oleh tentera yang dipimpin oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada 29 Mei 1453 Masihi.", "Sebelum menyerang kota Konstatinopel, baginda telah mengkaji dahulu setiap titik-titik kelemahan yang ada pada kota itu serta sebab-sebab kegagalan serangan-serangan sebelum ini. Saya tertarik dengan dua dimensi penting yang menyumbang kepada kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh menakluki kota Konstatinopel.", "Dimensi perancangan taktikal peperangan, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggunakan strategi dimana kubu pertahanan (strongholds) bukan sahaja berperanan sebagai tempat defensif sahaja, malah telah berperanan sebagai tempat ofensif.\n\nBerdasarkan kepada ketidaktentuan politik semasa, UMNO dan BN secara proaktif perlu melakukan ofensif kepada mana-mana dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Zaman kita defensif sudah berlalu.", "Dimensi perancangan logistik dan pentadbiran. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggunakan kepakaran sumber manusia bagi membina sebuah meriam yang mampu menembusi tembok Konstantinopel. Sekumpulan pakar dalam teknologi peperangan telah berkerjasama termasuk seorang jurutera bernama Urban yang berpaling tadah dan telah bersetuju bekerjasama dengan kerajaan Uthmaniyah.", "Melibatkan secara aktif mantan pimpinan UMNO sebagai sumber manusia dan juru bicara parti adalah langkah bagi perkongsian kepakaran dan pengalaman mereka bagi dan membentuk kebersamaan dan mengimbangi perjuangan ini.", "Sebelum Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS ditandatangani saya meletakkan satu harapan yang besar agar sahabat seperjuangan UMNO bersama-sama dalam bahtera ini. Selepas dipersetujui, piagam ini akan menjadi garis panduan yang lengkap dan komprehensif ta’awun dan tahaluf siyasi UMNO – PAS.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/07/11/dap-yang-double-standard/
[ "SETIAUSAHA Agung Dap Lim Guan Eng berkata sebarang tindakan terhadap anggota Exco Dap Perak Paul Yong yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya hanya akan diambil setelah pihak polis selesai melakukan siasatan.", "Bermakna Yong akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa.", "Mengapa tidak arah Yong bercuti buat sementara agar tidak menganggu proses penyiasatan?", "Sebagai VVIP dalam hierarki kerajaan negeri, Yong boleh sahaja gunakan kedudukannya untuk menganggu atau menghalang siasatan.", "Kalau dulu semasa zaman BN apabila ada sahaja pihak BN yang ditangkap atau disiasat Polis, Dap lah yang antara lantang melompat dan memekik mendesak orang itu dan ini bercuti atau letak jawatan.", "Tetapi kini setelah berkuasa lain pula.", "Inilah ‘double standard’ yang diamalkan oleh parti cavunis ini.", "Bila kena batang hidung sendiri terus bersilat memberi pelbagai alasan dan dalih.", "Selamatkah Malaysia bawah Dap?", "Roslan SMS" ]
https://umno-online.my/2019/07/05/perteguh-saf-harungi-gelora/
[ "SEJARAH perjuangan orang Melayu bermula dengan gabungan pelbagai pertubuhan dan persatuan. Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting, tetapi apabila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union. UMNO sendiri ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu.", "Kekuatan orang Melayu dan pertubuhan ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan, majoritinya pertubuhan tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan. Kebangkitan mereka memperjuangkan kemerdekaan berbekalkan kecekalan, kesatuan dan semangat sedia berputih tulang dari hidup berputih mata.", "Syeikh Rached el-Ghannouchi, pemimpin gerakan An-Nahdah di Tunisia, berpandangan “jika ada dua parti politik orang Islam yang berebut kuasa, di situlah punca perpecahan umat Islam di mana-mana negara kerana politik itu mencetuskan kebencian yang luar biasa sehinggakan umat tidak boleh bersikap rasional lagi”", "Keresahan ummah pasca PRU ke-14 mula terubat dengan usaha ta’awun siyasi antara UMNO-PAS. Walaupun dahulu ramai beranggapan ta’awun kedua parti terbesar orang Melayu adalah sesuatu yang hampir mustahil. Di sebalik penerimaan positif ta’awun ini, ada juga golongan yang kurang selesa dan merasa tergugat melihat ta’awun UMNO – PAS menuju realiti. Propaganda demi propaganda mula dicipta dan direka bagi meracuni pemikiran rakyat.\nKembalinya saya mengemudi UMNO dengan dua agenda besar menjadi fokus dan tumpuan:", "• Merapat dan memperteguh saf kepimpinan dan ahli", "• Memperkasa dan merealisasikan agenda ta’awun dan tahaluf siyasi UMNO – PAS dan seterusnya kembali menjadi kerajaan selepas PRU Ke-15\n\nAgenda memperteguhkan saf terutamanya di peringkat kepimpinan tertinggi adalah kunci kepada keutuhan dan ketahanan UMNO bagi mengharugi gelora propaganda Pakatan Harapan. Saya berkeyakinan dengan pencaturan dan gerak kerja yang tersusun berdasarkan kepakaran setiap pimpinan, UMNO, mampu menghadapi apa jua halangan dalaman atau luaran parti.", "Gerak kerja yang lebih spesifik antara pimpinan tertinggi UMNO dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid sebagai Ketua Whip Pembangkang dan Dato’ Seri Khaled Nordin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Perpaduan Ummah membuktikan bahawa UMNO serius melakukan transformasi gerak kerja parti.", "Pimpinan tertinggi parti menjadi penyelesai kepada kemelut dan krisis yang timbul, sepertimana yang diungkapkan oleh Tenas Effandy:", "Bertuah ayam ada induknya, bertuah serai ada rumpunnya, bertuah rumah ada tuannya, bertuah negeri ada rajanya, bertuah imam ada jemaahnya.", "Yang dikatakan pemimpin, berkatanya lidahnya masin, bercakap pintanya kabul, melenggang tangannya berisi. Menyuruh sekali pergi, menghimbau sekali datang, melarang sekali sudah.", "Walau berhadapan dengan 87 pertuduhan di mahkamah, saya tetap positif dengan ketentuan ini sebagai harga sebuah perjuangan. Saya akan menghadapinya secara peribadi tanpa melibatkan dan menjejaskan UMNO sebagai sebuah organisasi politik apatah lagi kepada kepimpinan dan ahli-ahli UMNO. Saya berpegang dengan kata hikmah “tidak mudah untuk menjadi seorang pejuang yang berprinsip. Hanya keyakinan dan keikhlasan mampu merealisasikan prinsip perjuangannya”.\n\nUMNO akan terus konsisten memperjuangkan dan melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera. Agenda ini demi kelangsungan orang Melayu untuk jangka panjang, kerana sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat orang Melayu dan Bumiputera terhakis. Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa “Islam itu didindingi oleh umat Islam” dan selamanya UMNO akan terus mendindingi orang Melayu dan Bumiputera.", "Saya percaya PH akan terus melancarkan gerakan propaganda dan sabotaj, bagi mengagalkan proses memperkukuhkan UMNO dan perpaduan ummah. Jangan pandang kecil pada kilauan pangkat, kedudukan dan janji wang ringgit. Kebiasaannya sabotaj seperti ini agak susah untuk ditempohi dan seringkali disambut sebahagian “pejuang” tanpa sedar. Terutama oleh mereka yang tidak sabar dalam perjuangan. Mengharapkan kemenangan yang cepat dan keuntungan duniawi yang berlipat.\n\nJelas matlamat dan keikhlasan berjuang menjadi benteng kukuh dari ancaman gerakan sabotaj dan propaganda politik. Tanpa matlamat dan ikhlas, lahirlah pejuang yang tiada arah tuju (muzabzabin) dan golongan yang ragu (was-was). Pejuang yang lemah sering menjadi mangsa sabotaj. Kita perteguhkan landasan perjuangan dengan:", "• Membantu UMNO mengikut kepakaran masing-masing menegur dan memperbetulkan kerajaan hari ini, bukan menyerang sesama sendiri", "• Menjadi juru bicara parti, mempositifkan kritikan netizen yang negatif", "• Menjadikan media elektronik sebagai medium menyebarkan dan menerangkan kebaikan bukan keburukan.", "Jika dahulu Melayu kuat dan teguh melalui formulanya “Melayu bersatu”. Sekarang apabila wujudnya usaha ta’awun dan tahaluf siyasi, formula itu evergreen dan bukan sebarangan strategi, ia sudah diuji dan terbukti keberkesanannya. Perteguhkan saf pasti segala rintangan dan halangan dapat diatasi dengan mudah.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/07/04/ambil-alih-tol-manfaat-kepada-rakyat/
[ "\nADAKAH cadangan pengambilalihan empat lebuhraya bertol sekitar Kuala Lumpur sebanyak RM6.2 bilion bermanfaat kepada rakyat?", "Jawapannya ialah Ya dan Tidak.", "Adakah masuk akal kerajaan Pakatan Harapan (PH) membelanjakan RM6.3 bilion untuk memberi penjimat kepada rakyat sebanyak RM180 juta setahun?", "Selama ini rakyat disogokkan dengan berita yang kerajaan menanggung hutang yang terlalu tinggi tetapi cadangan ini, kerajaan PH akan terus berhutang lagi (RM6.2 bilion)", "Adakah lebih murah jika kerajaan PH membayar RM180 juta wang rakyat ini terus kepada syarikat tol?", "Ini adalah lebih murah dan tanpa perlu berhutang yang banyak jika dilihat dari sudut yang lain.", "Bagaimana nilai RM6.2 bilion ini dicapai?", "Beberapa analisis mengatakan nilai ini adalah terlalu tinggi dan melebihi nilai pasaran sebanyak RM2.82 bilion.", "Ini hanya akan menguntungkan Gamuda Berhad (yang akan memulakan projek mereka di Penang PTMT)!", "Ini tidak logik memandangkan lebuhraya-lebuhraya ini akan tetap diserahkan kepada kerajaan selepas tempoh konsesi mereka tamat ada yang kurang daripada sepuluh tahun lagi.", "Jika kerajaan PH teruskan juga membayar dan mengambilalih lebuhraya ini, kutipan-kutipan tol akan datang TIDAK akan mampu membayar walaupun faedah ke atas pinjaman RM6.2 bilion tersebut..", "Adakah ini satu langkah yang bijak?", "Bagaimana hutang pokok RM6.2 bilion yang belum disentuh?", "Termasuk dalam cadangan kerajaan PH bahawa tol akan diteruskan selepas tamat konsesi tersebut walaupun dengan kadar yang lebih rendah.", "Soalan utama adalah, adakah dengan langkah-langkah kerajaan PH ini mereka memenuhi janji dalam manifesto mereka untuk menghapuskan tol?", "Jawapannya ialah A BIG FAT NO!!!", "Datuk Zahida Zarik Khan\nKetua Puteri UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2019/07/02/eksklusif-400-hari-ph-jual-lebih-rm20-bilion-aset-negara/
[ "GENAP 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.", "2. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).", "3. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…).", "4. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini (http://www.astroawani.com/…/kerajaan-akan-jual-aset-demi-ku…).", "5. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan…Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.", "6. Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya. (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…).", "7. Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa kadar “pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria (https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag…).", "8. Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa (https://www.dealstreetasia.com/…/khazanah-turkish-insurer-…/).", "9. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion (https://www.reuters.com/…/update-2-malaysias-axiata-accepts…).", "10. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.", "11. April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.", "12. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran (http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin…).", "13. DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.", "14. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion (http://www.utusan.com.my/…/menara-felcra-dijual-cairkan-kew…).", "15. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.", "16. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta (http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…).", "17. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/…/boustead-plantations-pla…/).", "18. Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.", "19. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.", "20. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia (https://www.bharian.com.my/…/fgv-tabung-haji-pertimbang-jua…).", "21. Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (https://www.bharian.com.my/…/penjualan-aset-di-hong-kong-di…).", "22. Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut: “Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed two projects — Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments. According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion. It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?” (https://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-will-khazanahs…).", "23. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak “sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan”. Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang (https://www.bharian.com.my/…/khazanah-tidak-tolak-jual-aset…).", "24. Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-appoints-three-ne…).", "25. Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini. Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post (https://www.scmp.com/…/malaysias-sovereign-wealth-fund-appo…).", "26. Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong.", "27. Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China.", "28. Pelantikan Prof Xiao’ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini.", "29. Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd. dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion) (http://www.utusan.com.my/…/g3-global-rakan-rancang-labur-rm…).", "30. Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran – terutama sekali kepada pihak asing – tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.", "31. Dari perspektif geopolitik, kedua-dua langkah ini tidak strategik untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang. Seperti mana amaran para sarjana seperti Profesor John Ikenberry (Princeton University), Profesor David Lake (University of California), Profesor Michael Mastanduno (Dartmouth College), Profesor Peter Katzenstein (Cornell University), dan juga Profesor Stephen Krasner (Stanford University), negara bukan kuasa besar (seperti kita) perlu berusaha untuk meningkatkan ‘internal mobilization’ dan juga ‘external extraction’.", "32. ‘Internal mobilization’ bermaksud ‘the creation of wealth and an investment in power’ (penciptaan kekayaan dan pelaburan untuk membina kuasa) manakala ‘external extraction’ pula ialah ‘state efforts to accumulate resources from outside its borders that can be used in achieving domestic objectives’ (usaha kerajaan untuk mengumpul sumber/pendapatan dari luar sempadannya yang boleh digunakan bagi mencapai objektif-objektif domestik).", "33. Sebaliknya, langkah kerajaan Pakatan hari ini dipandu ideologi ekonomi neoliberal yang menitikberatkan pengurangan tanggungjawab dan saiz kerajaan – termasuklah alasan mengurangkan hutang yang sebenarnya tidak menjanjikan kemakmuran – sama sekali tidak mengambil kira kepentingan strategik negara untuk jangka masa panjang.", "Kerajaan Pakatan perlu segera menghentikan amalan penjualan aset-aset negara dan menyemak kembali pelantikan warga asing ke posisi strategik seperti di Khazanah.", "Ingatlah pesanan peribahasa Melayu berikut:", "‘Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali’.", "Oleh: Abdul Muein Abadi\nPenulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\n" ]
https://umno-online.my/2019/07/01/tiga-sebab-mengapa-umno-tidak-lagi-perlukan-mahathir/
[ "Kerajaan PH di bawah Dr. Mahathir kini telah membekukan akaun-akaun UMNO.", "Mahathir dan kerajaan melalui SPRM telah memfailkan tuduhan ke atas 41 individu dan entiti berkaitan UMNO untuk melucut hak harta.", "Mahathir berkata dia boleh membankrapkan UMNO jika dia mahu.", "Ini semua adalah untuk menekan UMNO supaya tunduk, akur dan melutut kepada beliau.", "Beliau juga mahu memaksa lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO untuk melompat masuk partinya.", "Jika UMNO berdegil juga Mahathir mempunyai pilihan untuk mengharamkan UMNO.", "Namun Mahathir tahu UMNO tidak boleh dipecahkan dari luar.", "Apa yang sebaliknya Mahathir akan dan sedang buat untuk melenyapkan UMNO ialah melemah dan memecahbelahkan UMNO dari dalam, seperti yang beliau sedang buat kepada PKR kini.", "Mahathir akan cuba menunjukkan seolah-olah UMNO masih memerlukan beliau lantas “menjemput” beliau kononnya untuk “menyelamatkan” UMNO.", "Namun terdapat tiga sebab mengapa UMNO sebenarnya tidak lagi perlukan Mahathir, malah adalah memudaratkan UMNO jika Mahathir kembali:", "MAHATHIR, PPBM, PKR DAN DAP", "PERTAMA, Mahathir bukanlah orang yang berprinsip atau setia kepada rakan dan perjuangan.", "Setiap kali Mahathir tertekan dengan partinya, dia akan bekerjasama dengan musuh, dan mengkhianati partinya.", "Dulu Mahathir telah beberapa kali buat begini kepada UMNO apabila UMNO tidak mengikut katanya dan dia telah melompat masuk PH untuk bekerjasama dengan DAP menentang UMNO.", "Kini Mahathir tertekan pula dalam PH. Kali ini Mahathir mempunyai masalah dengan Anwar sekali lagi. Dan Mahathir pernah menggertak untuk keluar PH.", "Mesej yang ingin disampaikan oleh Mahathir ialah jika PH tidak ikut katanya, dia akan lompat parti seperti yang banyak kali dilakukannya sebelum ini.", "Sebelum ini Mahathir telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun, tetapi baru-baru ini tempoh tersebut dilanjutkan kepada tiga tahun pula.", "Hakikatnya Mahathir tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.", "Anwar tentunya tahu akan hal ini dan Anwar terpaksa mula mengorak langkah untuk menjatuhkan Mahathir sekali lagi dan sesiapa sahaja yang Mahathir berniat melantik selain dirinya (Anwar) termasuk Azmin, Mukhriz atau Muhyiddin.", "Untuk ini, pertama sekali Anwar perlu mendapatkan sokongan DAP.", "Dalam PH, siapa yang DAP sokong, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.", "Ini kerana blok bukan Melayu dan bukan Islam dalam PH adalah besar.", "Daripada 129 Ahli Parlimen PH (DAP, PKR, PPBM dan PAN), majoriti atau lebih daripada separuh daripadanya adalah Ahli Parlimen bukan Melayu dan bukan Islam.", "Jika kesemua Ahli Parlimen UMNO masuk PPBM sekalipun, ia tidak akan mengubah hakikat bahawa PH adalah gagasan kuat bukan Melayu yang dikuasai DAP.", "Sebab majoriti atau lebih 70% daripada pengundi PH dalam PRU-14 yang lepas adalah bukan Melayu dan bukan Islam ke atas mana DAP mempunyai pengaruh yang kuat.", "Dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk PPBM dilihat secara langsung bersekongkol dengan DAP, oleh itu akar umbi dan penyokong-penyokong Melayu yang telah mengundi mereka sebelum ini tidak akan mengikut mereka malah mencemuh mereka sebagai pengkhianat.", "Inilah yang telah berlaku kepada enam bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang telah melompat parti sebelum ini.", "Apabila mereka bertanding semula di kawasan mereka atas tiket PH pada PRU-15 akan datang, besar kemungkinan mereka akan tewas.", "Sebab inilah sejak tahun lepas saya telah berkata adalah lebih baik jika pemimpin-pemimpin UMNO beristiqamah bersama akar umbi dalam UMNO dan berjuang bersama PAS kerana peluang BN dan PAS untuk menang pilihanraya dan membentuk kerajaan dengan cara ini adalah lebih cerah untuk membawa perjuangan yang lebih lurus dan ikhlas untuk orang-orang Melayu dan Islam.", "……..", "Walaupun ada orang kata DAP kini menyokong Anwar, saya tidak rasa tanggapan ini benar.", "Jika DAP menyokong Anwar, sudah lama Anwar telah boleh menjatuhkan Mahathir dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri, tetapi ini tidak berlaku.", "Anwar masih menunggu dan bermain selamat. Dia tidak pasti DAP sebenarnya menyokong siapa.", "DAP masih menyokong Mahathir. Namun Mahathir tidak mahu orang Melayu tahu yang dia rapat dengan DAP atau mendapat sokongan dan mengikut telunjuk DAP.", "Jika orang Melayu percaya yang DAP menyokong Anwar dan bukan Mahathir, ini akan menguntungkan Mahathir dan merugikan Anwar dari segi politik. Ini yang Mahathir mahu. Orang-orang Melayu rata-rata tidak boleh menerima DAP.", "Hakikatnya, adalah lebih menguntungkan kepada DAP jika mereka menyokong Mahathir daripada mereka menyokong Anwar.", "Ini adalah kerana parti Mahathir adalah parti yang kecil, oleh itu selagi Mahathir menjadi Perdana Menteri DAP yang lebih besar boleh memeras lebih banyak konsesi dari Mahathir kerana Mahathir amat memerlukan sokongan DAP untuk kekal menjadi Perdana Menteri.", "Dalam realpolitik ini dipanggil ‘political leverage’, dan DAP mempunyai banyak political leverage ke atas Mahathir.", "Pemimpin-pemimpin DAP yang bijak membaca politik seperti Kit Siang tentunya sudah tahu akan hal ini.", "Sebab itu apabila PH menang dan Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, hampir kesemua jawatan menteri kabinet yang kritikal dengan peruntukan projek yang besar iaitu Kewangan, Pengangkutan, Komunikasi, Tenaga dan Komoditi semuanya dibolot DAP.", "Dan sebab ini juga kini ke mana sahaja Mahathir pergi ada sahaja taikun-taikun perniagaan yang menyokong kuat serta yang membiayai DAP mengikutnya.", "Taikun-taikun ini suka Mahathir, oleh itu DAP juga suka Mahathir.", "Jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, adalah lebih sukar untuk DAP merunding dengan Anwar untuk mendapatkan konsesi dan jawatan kabinet dan kerajaan.", "Sebab sebagai Perdana Menteri, Anwar dan PKR mempunyai lebih ramai ahli parlimen dan adalah parti terbesar dalam gabungan PH oleh itu mempunyai kuasa merunding atau ‘political leverage’ yang lebih kuat daripada Mahathir dan PPBM.", "Jika Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar tentunya akan merombak kabinet dan meletakkan lebih ramai orang PKR di jawatan penting kerajaan yang diambil daripada kuota DAP dan PPBM.", "Dan besar kemungkinan Anwar juga akan membatalkan atau merunding semula projek-projek yang telah diluluskan oleh Mahathir kepada kroni-kroninya dan DAP sebelum ini untuk diberi kepada pengikut-pengikut dan kroninya (Anwar) pula.", "Dan walaupun Azmin kini kononnya dikatakan mempunyai 20 orang Ahli Parlimen PKR termasuk menteri PKR yang menyokongnya, namun jika Anwar menjadi Perdana Menteri, kesemua mereka yang kononnya mengikut Azmin ini akan u-turn dan melompat kepada Anwar secepat kilat termasuklah penyokong kuat Azmin iaitu Menteri Perumahan Zuraida Kamaruddin.", "Saya tidak rasa Zuraida pun sanggup untuk hilang jawatan menteri apabila Anwar menjadi Perdana Menteri semata-mata untuk mempertahankan Azmin yang sudah terpalit dengan skandal terkutuk dan malap masa depan politiknya.", "Dan Anwar akan menyatupadukan PKR kembali dengan kesemua 47 Ahli Parlimen menyokongnya dengan menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri.", "Apabila ini berlaku, habislah PPBM dan orang-orang Mahathir dan kepentingan-kepentingan politik dan projek mereka dan DAP juga akan hilang sedikit sebanyak kuasa politik dalam kerajaan.", "Silap haribulan, Anwar akan memasukkan Mahathir dan kroni-kroninya ke dalam penjara hanya untuk membalas dendam kepada Mahathir atas apa yang diperlakukan ke atasnya selama ini sebaik sahaja dia (Anwar) dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-8.", "Ini amat merbahaya kepada Mahathir dan pengikut-pengikutnya yang berkepentingan.", "Sebab inilah sejak setahun yang lepas saya telah berkata bahawa selagi Mahathir masih hidup dia tidak akan menyerahkan kuasa kepada Anwar walau apa pun dia (Mahathir) kata di depan orang ramai dan wartawan.", "……..", "MAHATHIR DAN PAS", "KEDUA, Mahathir akan menggagalkan kerjasama UMNO dan PAS, dan akhirnya DAP yang akan untung lagi.", "Mahathir bukan seorang pemimpin penyatu namun adalah pakar pecah dan perintah, ia adalah cara survival kelangsungan politiknya selama ini: Mahathir adalah pakar pemecahbelah orang Melayu.", "Mahathir tidak akan tiba-tiba suatu hari bangun dari tidur dan bertukar menjadi penyatu ummah pula, itu bukanlah dalam nalurinya.", "Selagi Mahathir hidup, dia akan pastikan yang orang-orang Melayu tidak akan bersatu supaya beliau terus berkuasa.", "Sebab itu PKR, parti yang selama ini solid memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim pun kini sedang berpecah di tangan Mahathir.", "Sebab ini juga semasa zaman Mahathir, PAS dan UMNO bermusuhan teruk. Mahathir telah berseteru dengan Nik Aziz dan Fadzil Noor sehingga ke akhir hayat mereka.", "UMNO hanya bekerjasama dengan PAS secara rapat dan terang-terangan selepas Mahathir keluar UMNO dan semasa zaman Najib menjadi Presiden UMNO.", "Saya faham jika kini PAS terpaksa mengadap Mahathir kerana hal royalti minyak Terengganu dan Kelantan.", "Jika Kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan tidak bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan royalti minyak maka rakyat Kelantan dan Terengganu akan tertekan dengan kekangan peruntukan kerajaan negeri yang sempit.", "PAS terpaksa mengorbankan air muka mereka kepada Mahathir buat sementara waktu untuk kepentingan rakyat Terengganu dan Kelantan.", "Namun pada hemat saya, walaupun PAS berurusan dengan Mahathir kini, PAS tidak pernah percaya kepada Mahathir.", "Bukan mudah untuk melupakan segala luka, tamparan dan penghinaan Mahathir ke atas PAS selama ini hanya dengan sekelip mata. PAS bukanlah sebodoh itu.", "Pada awal tahun 1990an, apabila Kelantan jatuh ke tangan PAS pada PRU-8, Mahathir telah mengekang peruntukan kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan kepada bawah 1% untuk menghukum kerajaan PAS Kelantan.", "Kesannya, ekonomi negeri Kelantan tidak berkembang dan banyak peluang pekerjaan hilang dan rakyat Kelantan teruk tertekan.", "Akibatnya telah berlaku penghijrahan beramai-ramai rakyat Kelantan ke Selangor dan Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan pada awal tahun 90an akibat ekonomi Kelantan yang murum kerana tindakan Mahathir ke atas PAS dan rakyat Kelantan.", "Walaupun tindakan Mahathir itu adalah untuk melemahkan PAS, namun sebaliknya telah berlaku: lagi PAS ditekan, lagi mereka melawan dan menjadi kuat.", "Walaupun Mahathir berjaya melemahkan kekuatan kewangan PAS, dia tidak dapat melemahkan kekuatan ideologi perjuangan mereka.", "PAS bukanlah parti duniawi yang memberi penekanan kepada wang ringgit namun ia mempunyai kekuatan ideologi berasaskan agama Islam dan kebahagian akhirat.", "Apabila PAS menjadi semakin kuat pada tahun 1990an, Mahathir telah membuat persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya pada tahun 1999 dan 2003.", "Jumlah pengundi majoriti Melayu telah dikurangkan dan ditambah dengan pengundi bukan Melayu di banyak kawasan-kawasan Parlimen supaya PAS tidak boleh menang banyak kawasan parlimen dan DUN walaupun mereka mempunyai pengaruh yang kuat.", "Perkara ini akan berlaku lagi.", "Mahathir dan PAS mempunyai sejarah luka dan barah yang panjang yang tidak boleh diubati semalaman.", "Oleh sebab itu, jika Mahathir dijemput dan diterima masuk UMNO, ia akan mengeruhkan rancangan penyatuan ummah dari dalam UMNO dan PAS sendiri.", "Inilah yang PH mahukan dan cara halus mereka untuk menggagalkan penyatuan ummah UMNO dan PAS supaya PH dan DAP dapat terus berkuasa.", "Kini mereka menggunakan Mahathir lagi.", "……..", "MAHATHIR DAN UMNO", "KETIGA, jika UMNO menerima Mahathir, beliau akan membawa golongan opportunist, pengkhianat yang telah lompat parti, kroni-kroni dan kronisme, nepotisme serta politik kotor dan politik wang balik semula ke dalam UMNO.", "Sekiranya ini berlaku, maka tidak akan ada pembaharuan dalam UMNO.", "Dan selagi ini berlaku, selagi itulah rakyat rata-rata tidak akan menerima UMNO kembali dan kita tidak akan berjaya memikat hati mereka dan menang pilihanraya umum dan membentuk semula kerajaan.", "Sebelum ini Mahathir telah mengkhianati UMNO sekurang-kurangnya tiga kali.", "Mahathir pernah bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman dan dipecat dari UMNO.", "Mahathir diselamatkan oleh Tun Razak namun bergaduh pula dengan Tun Hussein Onn.", "Mahathir telah keluar dan mengkhinati parti dan menjatuhkan Pak Lah dan Najib apabila Pak Lah dan Najib tidak mengikut telunjuknya.", "Jika kita ditipu dan dikhianati sekali oleh seseorang mungkin itu perkara biasa.", "Tetapi jika kita ditipu dan dikhianati tiga kali oleh orang yang sama, maka bodohlah kita jika kita membiarkan diri kita ditipu dan dikhianati lagi olehnya.", "Tidak seperti Mahathir, hampir semua ahli UMNO kini tidak pernah lompat parti, mereka adalah orang-orang yang setia kepada perjuangan parti.", "Orang-orang yang keluar masuk parti seperti Mahathir bukanlah seseorang yang mengutamakan prinsip perjuangan namun hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri.", "Jika kita terima Mahathir lagi, maka kita akui bahawa prinsip tidak penting dalam perjuangan dan sesiapa sahaja boleh keluar masuk parti bila parti tidak sehaluan dengan kepentingan dirinya.", "Jika kita terima Mahathir lagi, kita juga terima bahawa kita tidak ada kekuatan sendiri dan masih perlu bergantung kepada Mahathir yang telah beberapa kali menghina dan menjatuhkan kita sebelum ini.", "Jika kita terima Mahathir lagi, di manakah harga diri dan maruah kita?", "……..", "MAHATHIR, ANWAR, EKONOMI DAN RAKYAT", "UMNO tidak perlukan Mahathir lagi. UMNO juga tidak perlukan Anwar. Zaman kedua-dua mereka ini sebenarnya telah berlalu 20 tahun yang lalu.", "Mahathir dan Anwar bukan mahu menolong UMNO, tetapi hanya mahu menggunakan UMNO untuk kepentingan politik diri mereka sendiri.", "Dan kedua-dua mereka pernah dan sedang bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan UMNO.", "Siapa yang masih percaya kepada Mahathir dan Anwar, tidak pernah belajar dari sejarah atau masih menipu diri mereka sendiri atau tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri.", "Walaupun Mahathir pernah mendabik dada dan mengaku beliau adalah penyelamat krisis ekonomi 1997-1999 yang terburuk dalam sejarah Malaysia dahulu, sebenarnya Mahathir dan Anwarlah yang menjadi punca berlakunya krisis tersebut (saya akan menulis berkenaan ini dalam esei akan datang).", "Dan kini dengan bantuan DAP mereka akan menghancurkan ekonomi negara sekali lagi.", "Jika kita mahu Malaysia yang benar-benar baharu, kita perlu mencari pemimpin-pemimpin baru, iaitu yang bersih, bermoral dan berpengetahuan.", "Jika tidak kita akan terus tersangkut di takuk lama dengan politik dan cara pentadbiran yang lama. Jika ini berlaku rakyat yang akan sengsara.", "Sudah tiba masanya untuk UMNO berdiri di atas kaki sendiri tanpa Mahathir.", "ISHAM JALIL" ]
https://umno-online.my/2019/06/28/ranjau-taawun-ke-kemuncak-agenda-ummah/
[ "\nPERUBAHAN sosial adalah perubahan budaya yang membawa kepada perubahan pola fikir dan akhirnya membawa kepada perubahan politik.Bagi mengimbangi perubahan ini penting bagi kita membezakan antara usaha “politiking” dan usaha politik yang berjalan mengikut pendekatan yang seimbang antara siyasah dan period peradaban masyarakat.", "Malik bin Nabi menggariskan bahawa “berpolitik perlu disertai ilmu sosiologi, bukan semata-mata kegiatan yang bersifat anarkis dan perlu disuaikan dengan tuntutan pembinaan sosial”. Ta’awun siyasi UMNO-PAS telah membuka dimensi baharu senario politik dan pembinaan sosial.", "Muktamar PAS kali ke-65 di Kuantan pada 21 hingga 23 Jun lalu telah melakar sejarah tersendiri apabila perwakilan muktamar telah menerima usul tanpa bahas berhubung ta’awun siyasi UMNO–PAS.", "Perkembangan positif ini telah menarik perhatian pelbagai pihak, walaupun pada peringkat awal ia mendapat reaksi sinis ketika saya mengetuai delegasi UMNO hadir ke Majlis Perasmian Muktamar PAS kali ke-64 di Stadium tertutup Gong Badak tahun lalu.", "Ta’awun siyasi kali ini cukup unik dan berbeza dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS pada 1973, tidak 100 % kerjasama tersebut direstui ahli-ahli PAS.", "Ketika dibentangkan usul untuk PAS menyertai BN, 190 perwakilan mengundi bersetuju, 94 menentang, 19 berkecuali dan 30 memilih tidak menghadirkan diri.", "Memetik ungkapan Presiden PAS: “Penerimaan usul ta’awun menandakan PAS mendapat keizinan daripada parti bagi menjalin hubungan ke tahap lebih jauh iaitu tahaluf siyasi. Proses ke arah tahaluf siyasi dengan UMNO sedang dimulakan.", "Setakat ini ta’awun dulu, kerana bertahaluf ini ada syarat-syarat yang perlu dipersetujui bersama. Ta’awun ini kerjasama, tahaluf ini sejenis ikatan”", "Saya menyokong dengan saranan dibuat Dewan Ulama PAS supaya ta’awun siyasi menjadi rujukan dalam strategi serta pendekatan semasa.", "Selain itu garis panduan terperinci berkaitan ta’awun siyasi diwujudkan untuk dijadikan rujukan seragam pada semua peringkat parti.", "Dewan Ulama PAS Pusat menyokong penuh usaha ta’awun siyasi demi maslahat Islam. Demi survival agama Islam, institusi Raja Melayu, kestabilan politik negara dan penjagaan hak istimewa kaum teras Melayu serta Bumiputera. Ta’awun ini juga strategi penggabungan undi yang menguat suara semak dan imbang terhadap kerajaan.", "Jalan ke arah ta’awun siyasi telah terbentang luas, apa yang lebih mencabar ialah ranjau yang bakal diharungi dan ditempuhi bagi merealisasikannya.", "Pihak-pihak yang rasa tergugat dengan ta’awun ini akan terus-menerus berusaha menimbulkan keresahan, kerisauan, melabel dan menghasut rakyat bagi membantut perpaduan ini.", "Tetapi yakinilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang” (Ali ‘Imran-54)", "Kerajaan nampaknya terlalu berpolitik, sehingga banyak asas-asas perlembagaan melibatkan kepentingan Islam dan orang Melayu satu persatu dipertikai dan dirobek. UMNO menolak sebarang usaha dan campur tangan bukan Islam dalam urusan agama Islam.", "Adakah kita sudah ketandusan agamawan dan intelektual Islam sehingga orang bukan Islam dipelawa dan diberikan ruang campur tangan dalam urusan Islam untuk terlibat dalam penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam.", "Tindakan Setiausaha Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) dan golongan liberal pertikai tindakan Majlis Agama Islam Kelantan (dengan kerjasama UKM dan Jakim) menyampai dakwah kepada Orang Asli di Kelantan.", "Menurut mereka ia bertentangan dengan hak asasi kemanusiaan dan kebebasan agama yang dijamin oleh perlembagaan.", "Persoalan ditimbulkan golongan liberal ini sangat menghairankan. Usaha dakwah kepada Orang Asli bukan baru dimula semalam.", "Dakwah kepada bukan Islam bermula hampir 40 tahun lalu dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, Islam sebagai agama negara. Kenapa golongan liberal tidak pertikai gerakan pendakwah Kristian melakukan gerakan kristianisasi Orang Asli.", "Saya berkeyakinan naratif ta’awun UMNO-PAS akan sampai ke nokhtahnya, dengan syarat semua ahli dan pendukung UMNO-PAS memahami bahawa ta’awun bukan agenda peribadi tetapi ia agenda ummah.", "Bermula dengan satu hasrat membentuk agenda, jurang yang ada dirapatkan, antara tersurat dan tersirat diperjelaskan, antara akal dan nafsu diseimbangkan, antara kata dan kota dilaksanakan.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah #akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/06/26/pihak-polis-diberitahu-ada-yang-tidak-kena-dengan-tindakan-terbaru-latheefa/
[ "\nGerakan Bangsa Nasional hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, Selangor.", "Laporan tersebut berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Latheefa Koya pada 21hb Jun 2019 di mana beliau mengumumkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan melucutkan hak terhadap 41 responden.", "Menurut Latheefa, tindakan tersebut dikenakan di bawah Seksyen 56 AMLA 2001 bagi mendapatkan semula sejumlah wang bernilai RM270 juta yang kononnya dicuri dari 1MDB dan dipindahkan menerusi satu akaun bank milik Dato’ Seri Najib Tun Razak.\n\nSaya mendapati aneh pihak SPRM secara tiba-tiba memfailkan permohonan tersebut sedangkan kes Najib yang melibatkan bekas syarikat subsidari 1MDB, SRC International, turut berpaut kepada siasatan SPRM dan melibatkan tuduhan-tuduhan sama.", "Sepatutnya, Latheefa lebih menumpukan perhatian kepada kegagalan bekas ketua SPRM, Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, untuk menyiasat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memandangkan berlakunya percanggahan di antara kandungan kertas siasatan yang disediakan Shukri pada tahun 2015 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kertas siasatan”) dengan penafian yang dibuuat oleh Zeti tahun lepas.", "Di dalam kertas siasatan tersebut, Shukri menceritakan bahawa Zeti tahu akan kemasukan dana RM2.6 bilion dari kerajaan Arab Saudi ke dalam akaun Ambank Najib dan sedia maklum identiti individu-individu dan syarikat-syarikat yang melakukan transaksi tersebut.", "Malah, kertas Shukri turut merujuk kepada hubungan antara Zeti dengan wakil dari kerajaan Arab Saudi dan cadangan bekas Gebenor Bank Negara tersebut agar dana RM2.6 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Saya pernah membuat laporan polis berkenaan perkara ini (rujuk video bawah).", "Adalah mustahil seorang yang bergelar Gabenor Bank Negara tidak tahu akan kemasukkan dana RM2.6 bilion ke dalam negara sedangkan mana-mana transaksi merentasi sempadan melibatkan wang yang sebegitu banyak sudah pasti akan memerlukan kelulusan Bank Negara.", "Biarpun begitu, pada 3hb Julai 2018, Zeti mengejutkan rakyat Malaysia apabila menafikan dakwaan Najib bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas Perdana Menteri tersebut.", "Justeru, saya membuat satu lagi laporan polis terhadap Zeti dan Shukri memandangkan penafian tersebut jelas bercanggah dengan kertas siasatan dan menimbulkan persoalan sekiranya kedua-dua mereka bersekongkol dengan Tommy Thomas untuk memanjangkan isu RM2.6 bilion ke mahkhamah semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap Najib.", "Latheefa seharusnya lebih menumpukan perhatian terhadap kemungkinan ini daripada melakukan permohonan yang bukan-bukan yang jelas bersandar kepada tuduhan semata-mata, bukannya bukti ataupun hasil siasatan yang sah.", "Sepertimana yang telah saya katakan, saya mendapati begitu aneh pihak SPRM secara tiba-tiba memfailkan permohonan perlucutan hak sedangkan kes Najib yang melibatkan SRC turut berpaut kepada siasatan SPRM dan melibatkan tuduhan-tuduhan yang sama.", "Malah, bukan hanya kes Najib masih berjalan di mahkhamah, saksi pihak pendakwaraya, Uma Devi, sendiri mengesahkan bahawa dana yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan hadiah dan sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.", "Tidakkah pelik tindakan SPRM yang terbaru dibuat sebaik selepas Uma membuat pengesahan tersebut?", "Bukankah lebih bermanfaat sekiranya Latheefa menyiasat Shukri dan Zeti bagi mengenalpasti sekiranya benar berlaku satu konspirasi terancang melibatkan kedua-dua mereka untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap Najib?", "SUMBER: thethirdforce.net", "", "", "" ]
https://umno-online.my/2019/06/22/sprm-tiada-integriti-jika-bertindak-hanya-kepada-umno/
[ "\nSIDANG Media pertama SPRM semalam hanya membuktikan Puan Latheefa Koya hanya sebagai alat Regim Pakatan Harapan (PH) untuk mengalih isu dalaman PKR yang semakin kronik. Memanaskan kembali isu 1MDB tidak akan memberi kesan kepada majoriti rakyat. 1MDB sudah dikira isu lapuk. Regim PH perlu bergerak kehadapan sebagai kerajaan. Menyelesaikan banyak isu yang menindas rakyat terutamanya golongan B40.", "2. Sidang Media pula dibuat dalam Bahasa Inggeris dan mengetepikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Salah satu daripada 41 penama pula telah kembali ke rahmatullah. Seolah-olah sidang media ini dilaksanakan secara tergesa-gesa untuk mencalar imej UMNO. Mungkin Regim PH telah merasai tekanan rakyat yang semakin lama semakin menolak kepimpinan Regim PH. Rakyat telah muak dengan permainan politik Regim PH.", "3. Walaupun niat utama Puan Latheefa Koya untuk mencalarkan imej UMNO. Apa yang terbongkar menyebabkan rakyat semakin geli dengan permainan politik kotor Regim PH. Wang RM55 juta yang dibelanjakan oleh Dato’ Seri Najib Razak di Gedung Pakaian Jakel rupanya adalah pemberian kepada 14,254 Imam, 138,746 AJK Masjid untuk 7,261 Masjid di seluruh negara selama 3 tahun. Allah akan menunjukkan kebenaran. Yang bathil pasti dihukum.", "4. Kemungkinan besar kes ini terkait dengan derma dari Arab Saudi. Jika memang ada kaitan, siasatan ini hanya merugikan duit rakyat. Dalam kes Dato’ Seri Najib yang sedang berlangsung di mahkamah, Ambank telah mengakui bahawa dana RM2.6 billion yang diterima sebelum PRU13 adalah derma. Derma ini diterima daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Faisal dari Arab Saudi. Apa gunanya siasatan baru? Dah habis modal politik ke?", "5. Saya mendesak SPRM dan Puan Latheefa Koya lebih berintegriti dengan menyahut cabaran Dr. Asyraf Wajdi (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) untuk mempercepat dan membuka kembali kertas siasatan 7 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan. 7 kes yang berkaitan adalah :", "(1) Kes rasuah dan salah gunakuasa di dalam projek Terowong Bawah Laut yang melibatkan YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.", "(2) Kes pembelian Banglo yang mencurigakan melibatkan YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Perniagaan Pang Li Khoon.", "(3) Kes berkaitan kejanggalan senarai keanggotaan parti serta dakwaan pembelian undi di dalam pemilihan PKR yang lepas.", "(4) Kes rasuah berkaitan pembelian Merdeka Palace Kuching Sarawak oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Zahid Mat Arif sewaktu beliau menjadi Pegawai Khas Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA.", "(5) Kes penerimaan wang sejumlah RM800,000 dari 12 kontraktor melibatkan Mohd Azhar Che Mat Dali, Setiausaha Politik YB Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu.", "(6) Kes memonopoli kontrak perolehan Kementerian oleh anak kepada Menteri Perlancongan, Seni dan Kebudayaan, YB Datuk Muhammadin Ketapi.", "(7) Kes terbaharu yang didedahkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Syukri Abdull di dalam mesyuarat yang melibatkan Menteri-Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian yang dipengerusikan Perdana Menteri berkenaan arahan seorang Menteri Kabinet terhadap penerima kontrak kerajaan untuk menyalurkan dana kepada parti tertentu dengan ugutan untuk menarik balik kontrak jika gagal melakukannya.", "6. SPRM adalah sebuah Suruhanjaya dengan fungsi utama mengikut Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah untuk mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Oleh itu, saya menyeru supaya SPRM bertindak dengan menjulang integriti tanpa ada konflik peribadi dan politik. Kredibiliti SPRM yang telah subur semasa zaman BN perlu diteruskan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. – Media UMNO", "Fairuz Jamaludin\nExco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia\nPengerusi Sekretariat Tunas Muda" ]
https://umno-online.my/2019/06/21/bahana-manipulasi-media/
[ "\nMEDIA memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan masyarakat. Sebagai alat komunikasi, penyebaran maklumat dan pendidikan, peranan yang dimainkan media juga berubah seiring dengan perkembangan teknologi global.", "Media sosial sebagai salah satu media baharu pada era Revolusi Industri 4.0, menjadi platform sesebuah media menjalankan aktiviti sosial dan politik.", "Peiren Shao dan Yun Wang dalam kajiannya yang bertajuk “How does social media change Chinese political culture? The formation of fragmentized public sphere”, menyatakan bahawa perubahan berpolitik merupakan impak daripada sistem demokrasi memerlukan peranan media sebagai salah satu sarana untuk perbincangan umum. Media sosial merupakan media yang bebas untuk melakukan segala bentuk perbincangan awam. Media sosial juga tidak dipengaruhi oleh kerajaan mahupun pemerintah yang berkuasa. Oleh itu, segala bentuk perbincangan kritikal, perkongsian maklumat, komunikasi dengan orang lain, boleh dilakukan.", "Rangkaian media sosial telah membentuk gerakan sosial. Dengan sifatnya yang lebih interaktif, media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Twitter, Instagram dan Line merupakan media sosial yang popular digunakan dalam membentuk gerakan sosial. Isu-isu seperti akademik, politik, ekonomi, hukum, agama dan rasuah merupakan isu-isu yang paling mempengaruhi. Di samping itu, menjadi medan luahan emosi, kecewa, gembira mengadu nasib dan meraih simpati.", "Malaysia menduduki kelompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam penembusan media sosial mudah alih, demikian menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019.", "Laporan itu menyebut, penembusan Internet di Malaysia kini pada tahap 80 peratus, dengan pengguna menghabiskan masa purata lapan jam lima minit sehari secara dalam talian.", "Populariti media sosial ini tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak. Hebahan berita-berita sensasi menjadikan media sosial sebagai satu medium perantaraan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia khususnya generasi muda dan remaja.", "Tinjauan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2018 mendapati 96.5% rakyat Malaysia menjadikan media sosial sebagai alat komunikasi, 85.5% bagi mendapatkan maklumat dan berita. Manakala 97.3% menjadikan Facebook sebagai media sosial pilihan, diikuti Instagram 57.0% dan Youtube 48.3%. Dalam konteks aplikasi pilihan, 98.1% menggunakan aplikasi WhatsApp dan 25.0% menggunakan Telegram.", "Menurut satu kajian walaupun media sosial telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, media sosial juga telah disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan maklumat salah. Jika diperhatikan melalui perkembangan media sosial di Malaysia, kadar celik politik masih rendah kerana perbincangan di laman sesawang hanya tertumpu pada hal-hal peribadi, fitnah antara satu pihak dan pihak yang lain serta memanipulasi fakta yang betul.", "Media sosial boleh dijadikan sebagai medium bagi penyebaran ilmu dan dakwah, kecenderungan generasi muda khususnya mahasiswa dan pelajar menjadikan media sosial sebagai rujukan menunjukkan jika media sosial dimanfaatkan sebaiknya banyak kebaikan yang diperolehi dengan mudah dan cepat.", "Dr Zakir Abdul Karim Naik atau lebih dikenali dengan Dr Zakir Naik seorang ilmuan dan pakar dalam bidang Perbandingan Agama antara individu yang memanfaatkan media sosial sebagai platform menyebarkan dakwah. Beliau melakukan ceramah dan diskusi ilmiah berkaitan perbandingan agama dan dimuat turun ke media sosial, sehingga sesi ceramah beliau mampu menarik sehingga 12 juta tontonan di Youtube dari seluruh dunia. Ini menunjukkan media sosial cukup berpengaruh dan berperanan dalam penyebaran ilmu dan dakwah.", "Kepetahan dan kelunakan laras bahasa yang digunakan ketika berhujah telah menyebabkan ramai orang bukan Islam tertarik dengan Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Apa yang menyedihkan melalui media sosial juga beliau dimanipulasikan sebagai seorang Pengganas yang mempromosikan keganasan.", "Pada tahun 2017 kerajaan India telah meminta kerajaan Malaysia mengekstradisi beliau ke sana.", "Kerajaan Barisan Nasional dahulu telah mengambil pendirian dan penegasan untuk tidak mengekstradisi Dr Zakir Naik ke India. Keputusan ini telah dibuat setelah meneliti semua video dan transkrip teks ucapan beliau, tetapi tidak ada satu pun ucapan beliau menggalakkan keganasan.", "Terima kasih Kerajaan kerana meneruskan pendirian Kerajaan BN untuk tidak mengekstradisi Dr Zakir Naik ke India. Harapan rakyat, semoga pendirian kerajaan tidak berubah dek kerana ada suara-suara penentangan kalangan pimpinan PH sendiri yang tidak berpuas hati dengan pendirian yang dibuat.", "Sewajarnya apapun keputusan yang diambil keutamaannya adalah untuk kemaslahatan umat Islam.", "Iktibar dari Peperangan al-Ahzab atau Khandak (Syawal 5 Hijrah) boleh dijadikan panduan bagi mengesahkan sesuatu berita yang diperolehi terutamanya berita daripada media sosial. Rasulullah SAW ketika berada di saat getir berhadapan dengan komplot dan pembelotan dalaman daripada Yahudi Bani Quraizah telah menghantar Az Zubair bin Al’ Awwan untuk mengintip dan memberikan laporan. Bagi mengesahkan laporan tersebut Rasulullah SAW menghantar pula empat orang sahabat sebagai skuad penyiasat. Akhirnya setelah terbukti kebenaran pembelotan tersebut berlaku barulah tindakan dan serangan dilakukan. Semua ini dilakukan atas konsep tabayyun dan mengelak berlakunya manipulasi fakta.", "UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya media sosial sebagai alat untuk membentuk gerakan sosial, bukan sekadar platform mendapatkan maklumat tetapi mampu mempengaruhi, meneutral dan mempositif pola fikir pengguna media sosial. Kita kembalikan peranan media sosial sebagai medium penyebaran fakta bukan auta, penyatu bukan pemecah, penyelamat bukan pemusnah dan yang paling penting konsep tabayyun diutamakan bagi mengelak bahana manipulasi media yang memberikan impak negatif kepada UMNO dan politik tanah air.", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/06/18/mengapa-azmin-perlu-letak-jawatan/
[ "\nTADI di UK Dr. Mahathir berkata beliau akan menjual lagi aset-aset negara kepada pelabur-pelabur dari Britain.", "Aset-aset yang akan dijual ini kononnya adalah aset-aset yang tidak membawa keuntungan, dan penjualan ini adalah untuk mengurangkan hutang negara.\nBeliau berkata ada beberapa pelabur Britain yang berminat untuk membeli aset-aset ini.", "Dr. Mahathir berkata, “Kita ada banyak aset… kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan.. dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan.”", "Ada beberapa perkara yang tidak kena berkenaan kenyataan Dr. Mahathir ini:", "PERTAMA, jika aset-aset negara ini betul tidak mendatangkan keuntungan, mengapa pelabur-pelabur Britain tersebut berminat untuk membelinya?\nTiada pelabur yang mahu membuat pelaburan untuk rugi dalam apa jenis pelaburan pun sama ada dari segi kewangan mahupun strategik.\nSetiap pelaburan mesti mempunyai nilai. Apakah yang membuat mereka nampak nilai ini tetapi kita tidak nampak dan gopoh pula untuk menjualnya?", "KEDUA, aset negara seperti tanah tidak patut dijual sebegini kerana tanah-tanah milik kerajaan dan negara adalah terhad dan apabila kita jual kepada pegangan asing besar kemungkinan kita tidak boleh mendapatkannya kembali.\n\nDan apabila kita jual syarikat berkenaan kerajaan atau institusi milik kerajaan kepada pelabur asing, kita menyerahkan sebahagian atau semua penentuan dasar dan halatuju syarikat dan institusi ini kepada pegangan asing.\nSyarikat berkenaan kerajaan dan institusi milik kerajaan ditubuhkan bukan hanya untuk mencari keuntungan tetapi untuk melaksanakan agenda nasional negara untuk rakyat.", "Pelabur asing tidak kisah akan agenda ini namun hanya pentingkan keuntungan semata-mata.", "Dan kepada Dr. Mahathir: adakah ini tidak menjual negara kepada Britain pula seperti yang diungkapkan oleh beliau (Mahathir) berkenaan negara China dahulu?\nSaya pasti Dr. Mahathir tahu akan hal ini namun adakah ada udang di sebalik batu.", "KETIGA, penjualan aset negara untuk mengurangkan hutang ketika ekonomi negara tidak memberangsangkan adalah sesuatu langkah yang tidak bijak.", "Apabila keadaan ekonomi kita tidak baik, kita tidak terus jual harta atau tanah pusaka untuk kurangkan hutang, lebih-lebih lagi apabila kita masih mampu untuk membayar faedah hutang tersebut. Kita perlu cari jalan lain dahulu.", "Sebab jika kita terus jual dalam keadaan ini kita menunjukkan kepada pembeli seolah-olah kita terdesak maka harga jualan ke atas harta atau aset yang kita pegang sekian lama itu akan ditekan rendah dan terjual murah dan kita akan rugi.", "Setiap aset mempunyai nilai dan boleh dibaikpulih untuk mendatangkan hasil yang lebih menguntungkan terutama apabila tuan punya aset ini adalah kerajaan (dan rakyat) dan aset itu adalah milik negara.", "Kita tidak perlu terus kalut menjualnya kepada pelabur asing.", "Semasa zaman Kerajaan BN dahulu, kita tidak pernah membuat hutang untuk membayar kos operasi negara kecuali semasa krisis ekonomi 1997-1999 zaman Dr. Mahathir Perdana Menteri ke-4 dan Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada ketika itu.", "Selain daripada itu, hampir kesemua hutang yang dibuat oleh Kerajaan BN dahulu adalah untuk pembelian aset yang menjana keuntungan kepada negara dan rakyat, dan keuntungan yang dijana itu lebih dari cukup untuk membayar faedah ke atas hutang tersebut.", "Sebab itu semasa zaman BN, hutang negara kita bertambah, tetapi aset dan harta kita pun bertambah dengan lebih besar dan kita menjana lebih keuntungan dari aset-aset ini.", "Akibatnya ekonomi telah terus berkembang pesat dan kebajikan rakyat terus terjaga semasa zaman BN lebih-lebih lagi zaman Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri.", "Namun kini di bawah Kerajaan PH, dalam tempoh satu tahun sahaja jumlah hutang rasmi negara bertambah sehingga lebih RM100 billion kepada RM800 billion.\nDan yang sebaliknya pula berlaku iaitu aset-aset negara semakin berkurang walaupun hutang semakin bertambah.", "Dan kebajikan rakyat pula dipotong dan tidak dijaga.", "Dengan dasar menambah hutang dan mengurangkan aset oleh Kerajaan PH ini, bagaimanakah nanti kita boleh menampung pembayaran faedah hutang yang semakin besar ini apabila banyak aset yang menjana hasil sudah tiada?", "Dasar-dasar ekonomi Kerajaan PH seperti di atas sememangnya merosakkan negara dan rakyat.", "Kini akibatnya kos sara hidup semakin meningkat, namun pendapatan dan bantuan semakin berkurang serta keadaan ekonomi negara semakin malap.\nMungkin sebab itu Penasihat Ekonomi Dr. Mahathir, Jomo Sundaram kelmarin berkata bahawa keadaan ekonomi adalah teruk dan rakyat perlu bersedia menghadapi tempoh sukar.", "Dr. Mahathir pula menyuruh rakyat mengikat perut.", "Menteri Ekonomi Azmin Ali yang setahun tidak berbuat apa-apa yang signifikan untuk ekonomi negara, hanya mencadangkan untuk menjual aset negara dan tidak mahu pula memberi bantuan Hari Raya kepada peneroka FELDA yang tertekan akibat kejatuhan harga sawit selepas Kerajaan PH mengambilalih.", "Dan kini Menteri Ekonomi Azmin Ali tersebut sibuk pula dengan kes skandal seks yang dikaitkan dengannya dan nampaknya tiada masa untuk memikirkan hal-hal lain lebih-lebih lagi hal ekonomi negara dan kebajikan rakyat yang tentunya lebih memeningkan kepalanya.", "Sebab itu saya rasa elok Azmin berehat dan meletak jawatan daripada portfolio Menteri Ekonomi ini dan tumpukan kepada kesnya dahulu daripada hilang fokus dan menyebabkan ekonomi negara lebih teruk dan rakyat pula semakin sengsara.", "Beri peluang kepada orang lain yang lebih fokus dan berkemampuan untuk menangani masalah ekonomi negara yang sedang berlangsung kini untuk kebaikan negara dan rakyat.", "Jika tidak keadaan akan menjadi lebih teruk. Aset negara akan terus terjual kepada pegangan asing. Dan suatu hari yang tidak lama nanti bumi dipijak menjadi milik orang.", "Perdana Menteri kini mindanya sudah ingat-ingat lupa. Dan Menteri Kewangan tidak kompeten dan bergelumangan dengan skandal rasuah. Menteri Ekonomi pula tidak buat kerja dan terpalit dengan masalah moral.", "Allah selamatkanlah Malaysia.", "ISHAM JALIL\n18 Jun 2019" ]
https://umno-online.my/2019/06/17/faktor-kukuhkan-kerjasama-umno-pas/
[ "KETIKA arena politik negara sedang heboh memperkatakan mengenai penyebaran video seks mirip seorang menteri sehingga merimaskan masyarakat khususnya orang Melayu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan berkaitan kerjasama parti itu dengan UMNO yang boleh dianggap mengurangkan keresahan golongan tersebut terhadap situasi politik negara.", "Abdul Hadi tidak mahu terseret dalam kontroversi kerana isu video berkenaan adalah pendekatan politik yang memualkan. Walaupun ada dalam kalangan pemimpin kerajaan yang cetek berpolitik cuba menuding jari kepada pembangkang, biarkan sahaja rakyat mengukur tahap pemikiran politik mereka.", "Apa yang lebih penting ketika ini ialah memastikan impian UMNO dan PAS bergabung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi kenyataan. Penulis difahamkan di peringkat pusat segala formula kerjasama sudah siap dan hanya menanti masa untuk dibincang serta diputuskan oleh jawatankuasa induk kedua-dua parti.", "Bagaimanapun seperti kata Abdul Hadi, memandangkan PRU-15 masih jauh, kedua-dua parti masih dalam fasa mengukuhkan kerjasama.", "Fasa tersebut amat penting kerana ia penentu sama ada kerjasama akan berjaya atau tidak. Berikut pandangan penulis berhubung faktor yang harus dititik beratkan bagi memastikan kerjasama antara kedua-dua parti berjaya.", "Memahami kenapa UMNO-PAS perlu bekerjasama.", "Bekerjasama bukannya bererti bergabung. Tiada sesiapa yang menjadi tuan dalam kerjasama ini. Pemimpin dan ahli kedua-dua parti perlu dberi pemahaman bahawa apa yang dilakukan bertujuan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya.", "Kerjasama ini dilihat mampu mengembalikan kuasa politik orang Melayu yang kini sudah terlepas dari tangan mereka, biarpun ada parti Melayu dalam kerajaan ketika ini. Beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin telah menasihatkan supaya ahli parti itu tidak membangkitkan perkara lama yang boleh menimbulkan kebencian atau pergaduhan antara kedua-dua parti.", "Semangat ini juga perlu ada dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Mereka perlu menerima dengan terbuka salam persaudaraan yang dihulurkan oleh PAS dan tidak perlu mengungkit kisah lama apatah lagi mengumpat dan mengeji antara satu sama lain.", "Hapuskan prasangka dan mengungkit kisah lama.", "Cukup berpuluh tahun berbalah, kini Allah SWT buka jalan untuk bersatu maka rebutlah ia demi kebaikan ummah. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 10 bermaksud;", "“Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”", "Isu pembahagian kerusi dan siapa layak bertanding di satu-satu kawasan dianggap paling kritikal dalam soal kerjasama antara kedua-dua parti. Ia bukan sahaja melibatkan soal sama ada calon PAS atau UMNO yang patut bertanding, malah di peringkat dalaman parti sendiri perkara ini dijangka ‘memanaskan’ situasi.", "Apa yang perlu ada kepada pemimpin dan ahli kedua-dua parti ialah keikhlasan dan kejujuran serta sikap terbuka untuk menerima keputusan pucuk pimpinan. Dalam situasi politik ketika ini, pemimpin dan ahli UMNO dan PAS tidak boleh berbalah soal ini", "Usah bertelingkah soal kerusi bertanding.", "Mereka harus meletakkan kepentingan kerjasama mengatasi kepentingan peribadi mahupun kelompok.", "Janganlah pula apabila merasakan sekarang waktu terbaik untuk mencapai kemenangan, masing-masing berebut mahu menjadi calon sehingga berbalah sesama sendiri. Serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti khususnya jawatankuasa induk untuk buat keputusan terbaik.", "Penulis percaya segala faktor akan diambil kira sebelum pembahagian kerusi dilakukan dan selepas itu elak berebut untuk menjadi calon. Apa yang lebih penting ialah kemenangan calon PAS atau UMNO.", "Buanglah perangai buruk seperti berebut-rebut menjadi calon dan sikap ‘kalau aku tak dapat, kau pun tak dapat’. Insaflah dengan apa yang berlaku dalam PRU-14 lalu.", "Fahamilah juga kuasa Allah SWT dalam perkara ini seperti mana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 26 bermaksud:", "Katakanlah : “Wahai Allah Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu..”", "Ingatlah kalau Allah SWT sudah menetapkan sesuatu hak kita, sudah pasti kita akan memperolehinya tetapi kalau Allah sudah menentukan sebaliknya, buat macam mana pun jawatan atau kedudukan itu pasti tidak diperolehi.", "Kesimpulannya diharapkan kerjasama PAS dan UMNO ini akan mencapai kejayaan kerana kita tidak boleh terus biarkan orang Melayu berbalah sesama sendiri kerana orang lain mengaut keuntungan. Ia sudah pun terjadi sekarang. – UTUSAN ONLINE (Komentar Zul Bakar)" ]
https://umno-online.my/2019/06/14/kebijakan-menempuh-revolusi-industri-4-0-ahmad-zahid/
[ "\nSEJAK diperkenalkan di Jerman pada 2011, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) adalah cabaran baru kepada kehidupan manusia. Teknologi yang menggabungkan dunia biologikal, fizikal dan digital serta menghasilkan pelbagai teknologi baharu yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri.", "Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.", "Bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.", "Apa yang pasti Industri 4.0 akan mengubah corak kehidupan manusia khususnya generasi muda. Seorang pemikir dan pengkaji barat John Naisbitt dalam bukunya High Tech High Touch menyatakan “Hasil daripada penyelidikan bersama isterinya (1999), telah mendapati bahawa teknologilah yang menguasai dan membentuk manusia dan bukan sebaliknya. Manusia telah mencipta tuannya sendiri”", "Syaidina Umar Al-Khattab mengatakan, “didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau”. Pesanan ini mengambarkan keperluan menguasai ilmu (pelengkap) yang diperlukan pada zamannya. Maknanya Industri 4.0 perlu kita kuasai dan bukan dikuasai.\n\nApa yang masih ditunggu-tunggu ialah wujudnya pakar teknologi muslim yang mampu merekacipta teknologi yang Islamic- compliance dan sekaligus human-compliance.", "Kerajaan Barisan Nasional dahulu telah mengambil inisiatif dalam peruntukan Bajet 2018 dengan menyediakan geran sepadan sebanyak RM 245 juta bagi melonjakkan daya inovasi dan seterusnya melahirkan pakar teknologi Revolusi Industri 4.0.", "Ketika kita terpesona dengan inovasi dan kecanggihan hasil Revolusi Industri 4.0 ini, perlu juga kita waspada kesan negatif teknologi yang sifatnya mampu memuaskan tuntutan minda dan jasmani, tetapi keracunannya memulas keluar semangat keinsanan sehingga manusia tercari-cari tentang makna dan tujuan hidup.", "Satu kajian menyimpulkan terdapat lima simptom negatif kepada mereka yang diracuni oleh teknologi:", "• Kecenderungan memilih jalan cepat-sedia (ready-made) – Amalan tradisi bermusyawarah, berdiskusi ditinggalkan dan tempatnya beransur-ansur diambil oleh cara penyelesaian yang sedia-cepat. Segalanya dibudayakan penyelesaian secara segera, daripada urusan agama, ekonomi, sosial dan politik.", "• Gerun dan menyembah teknologi – Dahulu manusia takut kepada Tuhan, kini ketakutan tersebut beralih kepada teknologi, kerana teknologi yang bukan neutral adalah perhambaan yang menakutkan", "• Mencintai teknologi sebagai mainan – Segala yang baharu ingin segera dimiliki seolah-olah satu permainan, bukan lagi refleksi untuk meningkatkan ciri keinsanan", "• Keganasan sebagai biasa – Industri permainan video elektronik telah menghasilkan pendapat USD 16 bilion setahun di Amerika. Paling diminati permainan video berunsurkan peperangan dan keganasan", "• Kabur di antara hal sebenar dan tiruan – kehebatan inovasi IR 4.0 memang luar biasa dan memukau sehingga tidak dapat dibezakan antara asli dan tiruan, realiti atau fantasi.", "Kita perlukan kebijakan menghadapi perkembangan IR 4.0 kerana ia bukan sahaja mencorak cara hidup, nilai dan norma tetapi mampu mengubah persepsi mengenai manusia itu sendiri dan mencabar kesemulajadiannya.", "Tiada jalan mudah dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0, ahli dan pendokong UMNO khususnya kalangan pemuda dan puteri perlu menguasai dan memahami impak IR 4.0 kepada sosio ekonomi, sosio pendidikan dan sosio politik negara.", "Dalam aspek ekonomi, Price Waterhouse Coopers melaporkan terdapat 20,000 syarikat di 29 negara dari Asia, Eropah dan Amerika Syarikat akan melabur hampir USD 1 Trilion setahun bagi mengubah cara beroperasi disuaikan dengan perkembangan IR 4.0.", "Ekonomi Malaysia berdepan kesukaran apabila Kerajaan Pakatan Harapan dilihat lebih banyak berpolitik dan bermain silap mata berbanding mendepani Revolusi Industri 4.0. Ditambahi pula tahap keyakinan pelabur asing yang rendah dan hutang negara yang semakin meningkat daripada RM 686,838 Bilion pada 31/05/2018 kepada RM 776 Bilion pada 30/05/2019.", "Berdasarkan kajian kebanyakan industri di Malaysia masih berada dalam kategori industri 2.0 yang berasaskan buruh. Kesannya, berlaku peralihan pelaburan asing ke negara-negara jiran seperti Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja. Ini disebabkan penggunaan teknologi terkini, lebih mudah dan faktor buruh yang murah.", "Profesor Klaus Schwab dalam buku The Fourth Industrial Revolution menjelaskan IR 4.0 akan mengubah cara hidup seharian dan cara bekerja melalui tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal.", "Marilah kita menempuhi IR 4.0 dengan penuh kebijakan dalam perspektif keseluruhan bukan secara piece meal, bukan cuma bersistem tapi juga bersistematik. Dengan harapan IR 4.0 dapat berkembang dalam ekosistem yang kondusif, efektif dan mempertahankan nilai-nilai insani sebagai khalifah dan rakyat Malaysia.", "AHMAD ZAHID HAMIDI" ]
https://umno-online.my/2019/06/11/anwar-bakal-perdana-menteri-paling-kabur-dalam-sejarah/
[ "\nSemalam Anwar Ibrahim berkata beliau menerima keputusan Dr. Mahathir ke atas lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.", "Sebelum ini Anwar telah menggesa Dr. Mahathir untuk memberi penjelasan ke atas perlantikan Latheefa Koya.", "Namun Dr. Mahathir tidak menghiraukan gesaan Anwar tersebut namun mengatakan bahawa keputusannya adalah muktamat. Anwar akur dan tunduk.", "Anwar yang dulu bukanlah yang sekarang. Anwar kini mengikut sahaja Dr. Mahathir. Tidak berani lagi menyoal Dr. Mahathir walaupun ternyata beliau membuat kesalahan.", "Anwar tahu kesan mengkritik Mahathir secara berdepan, mungkin lebih baik beliau menjadi lembik dan menikam sahaja dari belakang.", "Perlantikan Latheefa Koya menjadi isu bukanlah sebab kelulusan dan kelayakan beliau dipersoalkan, namun sebab kecenderungan politik dan latar belakang politik beliau.", "Walaupun terdapat undang-undang dan peraturan dalam SPRM, namun banyak keputusan dalam SPRM memerlukan budibicara Ketua Pesuruhjaya, terutamanya dalam hal siasatan dan pendakwaan.", "Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata: “Saya dapati apabila BPR (Badan Pencegah Rasuah) menyiasat seseorang individu, ada ketikanya tiada keputusan diambil. Ada kalanya perdana menteri (Mahathir) menunjukkan kepentingan dalam kes tertentu. Pada masa lain, siasatan akan disusuli dengan tindakan yang lebih serius iaitu pendakwaan.”", "Oleh itu perkara pokok yang menjadi isu adalah: oleh kerana kaitan rapat Latheefa Koya dengan “tuan-tuan politiknya”, bolehkah beliau menjadi telus dan seimbang dalam membawa agenda membanteras rasuah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?", "Jika melihat latarbelakang dan sejarah Latheefa Koya dengan ahli-ahli politik PH terutama yang rapat dengan Dr. Mahathir, jawapannya tentulah tidak.", "Besar kemungkinan Latheefa Koya hanya akan menjadi alat politik Dr. Mahathir seperti dahulu.", "Ini bukanlah kali pertama Dr. Mahathir dilaporkan menggunakan agensi pencegahan rasuah untuk kepentingan peribadi dan politiknya.", "Pada tahun 1998, di bawah pemerintahan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4, Anwar Ibrahim yang pada ketika itu telah menjadi seteru politik Mahathir telah didakwa dengan lima tuduhan rasuah dan salah guna kuasa melalui polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali dengan nama SPRM.", "Anwar tentunya masih ingat hal ini namun kini mungkin beliau terpaksa buat-buat lupa.", "Antara lima pendakwaan tersebut berbunyi berikut:", "“…Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:", "a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan\nb. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;", "Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970…”.", "Mahathir telah sekali lagi menggunakan kuasanya untuk “menangani” musuh politik dan menyingkirkan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri beliau selepas Musa Hitam.", "Akibat tuduhan dan dakwaan di atas, Anwar telah dihukum penjara selama 6 tahun.", "Secara ringkas dan efektifnya, Anwar telah dimasukkan penjara oleh Mahathir kerana melindungi Azmin. Tapi kini Azmin dilihat menyebelahi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar pula. Anwar terkena lagi.", "Jika Anwar masih tidak sedar-sedar lagi dan masih percaya kepada Mahathir, maka beliaulah bakal Perdana Menteri paling kabur dalam sejarah, lantas beliau tidak layak untuk memegang tampuk pemerintahan negara.", "Sebab itu sebelum ini saya cadang supaya Dr. Mahathir melantik Mat Sabu saja jadi Perdana Menteri, sebab Mat Sabu mungkin kurang kabur sikit daripada Anwar.", "Selain menggunakan kuasa untuk menekan musuh politiknya, Dr. Mahathir juga pernah dilaporkan menyalahguna kuasa untuk menutup siasatan kes rasuah yang melibatkan dirinya atau orang-orang di sekelilingnya.", "Terdapat akuan bersumpah di Mahkamah serta banyak laporan polis yang menyatakan berkenaan hal ini.", "Pada 12 Disember 2000, bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR kini SPRM), Dato’ Shafee Yahaya, telah membuat keterangan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Dr. Mahathir telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri dan menghalang proses keadilan dengan mengarahkan beliau (Dato’ Shafee, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu) untuk menghentikan siasatan BPR terhadap kes rasuah Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa itu adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri yang rapat dengan Dr. Mahathir.", "Unit Perancang Ekonomi adalah satu unit yang amat berkuasa untuk meluluskan projek-projek besar Kerajaan.", "Terdapat sejumlah 14 laporan Polis telah dibuat pada tahun 2000 berkenaan salah guna kuasa Dr. Mahathir ini.", "Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Mahfuz Omar, Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Anwar Ibrahim sendiri.", "Adakah Anwar sudah lupa akan hal ini atau tiba-tiba menjadi longlai?", "Baru-baru ini Dr. Mahathir banyak membuat kenyataan retorik yang kononnya beliau menentang rasuah, dan menurut beliau kejayaan terbesar Kerajaan PH adalah membanteras rasuah.", "Namun baru-baru ini Setiausaha Politik Dr. Mahathir sendiri iaitu Muhammad Zahid Md Arip telah dikaitkan dengan sembilan pertuduhan rasuah melibatkan suapan bernilai RM3 juta.", "Muhammad Zahid telah dikaitkan dengan suapan sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.", "Sekiranya Dr. Mahathir serius ingin membanteras rasuah, sepatutnya beliau membersihkan dan mengambil tindakan ke atas orang-orang rapat di sekeliling dan di pejabatnya dahulu, bukan hanya kepada musuh-musuh politik beliau.", "Beberapa tahun dahulu Lim Kit Siang pernah berkata bahawa masalah rasuah di Malaysia bermula pada zaman Mahathir. Beliau berkata Mahathir mengamalkan kronisme, korupsi dan nepotisme.", "Kini setelah anak beliau Lim Guan Eng dikaitkan dengan pelbagai kes rasuah beratus juta ringgit namun masih dilantik oleh Mahathir menjadi Menteri Kewangan, Kit Siang pun nampaknya lemah tengkok dan hilang kredibiliti untuk membawa isu rasuah ini.", "Sebaliknya beliau tidak habis-habis cuba mengalih perhatian kepada Dato’ Seri Najib walaupun kes Dato’ Seri Najib telah dibawa ke mahkamah walhal anak Kit Siang iaitu Lim Guan Eng dilepaskan begitu sahaja.", "Pada tahun 2013, hanya satu penggal setelah PH mendapat kuasa di Selangor dan Pulau Pinang dan diberikan tanggungjawab ke atas dana awam, 41 ahli politik PH telah didapati terlibat dan didakwa atas kesalahan rasuah berbanding 71 ahli politik BN.", "Walaupun pada ketika itu PH baru mendapat kuasa sepenggal di hanya dua kerajaan negeri, jumlah kes rasuah di kalangan ahli-ahli politik PH tersebut adalah tinggi.", "Dan seminggu selepas PH menang PRU-14 dan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua, syarikat anak Dr. Mahathir dianugerahkan kontrak berjuta ringgit oleh Telekom Malaysia iaitu satu syarikat berkenaan kerajaan.", "Dr. Mahathir tentunya tidak mengaku bahawa ini adalah satu bentuk kronisme, nepotisme dan salah guna kuasa walaupun hakikatnya dilihat adalah sebaliknya.", "Rasuah bukan sahaja menerima suapan ke atas sesuatu keputusan awam. Kronisme dan nepotisme adalah satu bentuk rasuah dan korupsi yang lebih besar sebab ia umpama suapan itu diberikan kepada diri sendiri menggunakan dana awam atau wang rakyat. Kronisme dan nepotisme adalah kleptokrasi yang sebenar.", "Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam sejarah Malaysia di mana keluarganya menjadi billionaire.", "Sepatutnya SPRM digunakan untuk menyemak imbang kerajaan dan kuasa Perdana Menteri, bukan untuk menghapuskan musuh-musuh politik Perdana Menteri dan melemahkan pembangkang.", "Sekiranya ini terus berlaku, salah guna kuasa kerajaan dan Perdana Menteri akan lebih menjadi-jadi dan rasuah akan menjadi lebih berleluasa bukannya sebaliknya.", "Semasa zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama, ramai musuh politik beliau telah dikenakan tindakan untuk menguatkan kedudukan beliau dan menghapuskan penyemak-imbang dan pembangkang.", "Kini ianya berulang kembali. Pisang telah berbuah dua kali.", "Semasa PRU-14, penyokong-penyokong dan pengundi PH mahukan perubahan.", "Namun apa yang mereka dapat bukanlah perubahan dan Malaysia yang baharu, tetapi sebaliknya berbalik kepada regim Mahathir pada Malaysia yang lampau.", "Kalau dahulu pergaduhan Mahathir-Anwar ini dibuat secara berdepan, kini ianya adalah secara perang dingin belakang-belakang.", "Walau apapun, rakyat sebenarnya muak dengan episod pertembungan antara Mahathir dan Anwar ini.", "Mereka berdua ini hanya mahukan kuasa tetapi tidak peduli ke atas kebajikan rakyat yang sedang sengsara.", "Jika kita betul-betul mahukan Malaysia yang baharu dan serius untuk membanteras rasuah, tukarlah mereka-mereka ini.", "Jika tidak, rakyat akan terus menjadi mangsa.", "ISHAM JALIL" ]
https://umno-online.my/2019/06/10/kontroversi-dan-misteri-sprm/
[ "\nPERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih tarikh yang luar biasa untuk membuat pengumuman penting bagi satu jawatan yang penuh rahsia.", "Sehari sebelum sambutan hari raya Aidilfitri, kerajaan mengumumkan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.", "Pelantikan ini sangat luar biasa kerana Latheefa bukan penjawat awam seperti mana ketua-ketua SPRM sebelum ini.", "Walaupun terdapat ketua dari luar, namun mereka yang dilantik ke jawatan tersebut mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, siasatan jenayah dan undang-undang jenayah.", "Sebaliknya Latheefa tidak mempunyai apa-apa merit tinggi untuk menguruskan sebuah suruhanjaya yang begitu penting dan kritikal kepada negara.", "Satu-satunya kebolehan Latheefa ialah beliau mempunyai suara lantang dan tidak takut bersuara sama ada di pihak yang benar atau tidak.", "Ini kali pertama dalam sejarah SPRM mendapat ketua melalui lantikan politik.", "Adalah sangat misteri dalam sebuah negara yang telah matang demokrasi, kerajaan memilih ahli politik sebagai ketua agensi penyiasat dan penguat kuasa.", "Kerajaan tidak boleh menafikan bahawa lantikan itu merupakan lantikan politik kerana tiada alasan pentadbiran langsung untuk pelantikan tersebut.", "Saya fikir ada beberapa sebab politik mengapa Dr Mahathir melantik Latheefa.", "Walaupun kebanyakan media menyebut Latheefa sebagai Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, namun beliau ialah bekas ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan masih merupakan aktivis politik parti tersebut sehingga dilantik", "Latheefa diketahui sebagai aktivis politik pro-sosialis melalui Parti Rakyat Malaysia (PRM).", "Selepas penggabungan PRM dan PKR beliau memegang beberapa jawatan penting dalam PKR.", "Latheefa turut menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2008-2012 sebelum meletak jawatan dan menuduh Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim merancang memecat beliau.", "Sejak itu, Latheefa dilihat sebagai jurucakap dan penyokong kuat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.", "Beliau antara paling lantang menentang Langkah Kajang Rafizi Ramli untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kemudiannya Datuk Seri Wan Azizah) sebagai Menteri Besar Selangor.", "Sejak setahun lalu, Latheefa juga lantang menyerang kem Anwar Ibrahim terutama ketika pemilihan PKR yang lalu dengan menuduh kem Rafizi terbabit rasuah.", "Beliau juga tidak segan silu mengkritik secara keras keputusan yang membabitkan kementerian di bawah Wan Azizah.", "Latheefa juga merupakan peguam kepada Azmin Ali dalam saman Puncak Niaga ke atas Menteri Besar Selangor.", "Dengan kata lain, dalam politik atau profesion guaman Latheefa akan dilihat sebagai orang Azmin.", "Latheefa juga merupakan bekas peguam di firma guaman Daim and Gamany yang berkaitan dengan supremo politik negara sekarang, Tun Daim Zainuddin.", "Maka daripada bacaan politik parti kerajaan ada sesuatu yang sedang bergolak apabila Dr Mahathir memilih untuk melantik seorang individu tanpa merit jelas, tetapi penentang kuat kem Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.", "Latheefa dilahirkan di Kerala, India dan sepanjang kerjaya sebagai aktivis politik beliau mempunyai pendapat yang sering bercanggah dengan pihak berkuasa agama Islam.", "Justeru, setelah melantik Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bukan Islam, Dr Mahathir memilih wanita Muslim yang dilihat sentiasa mempertikaikan pandangan pihak berkuasa agama Islam sebagai ketua sebuah agensi.", "Apa pun kontroversi pelantikan ini, akhirnya tindakan dan kenyataan Latheefa semasa menjalankan tanggungjawab beliau sebagai ketua SPRM akan dinilai orang.", "Setiap keputusan dan kenyataan SPRM selepas ini akan mudah mengundang banyak prejudis.", "Bukan sahaja pelantikan Latheefa yang kontroversi, pengunduran Mohd Shukri Abdull juga sangat misteri.", "Beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.", "Namun, Mohd Shukri mengambil keputusan mengundur diri sebelum tamat kontrak.", "Daripada seorang yang berpendirian teguh dan mempunyai azam yang kuat, tiba-tiba Mohd Shukri menjadi tidak berdaya sehingga memohon berhenti awal.", "Khabar angin sejak beberapa bulan lalu kononnya Mohd Shukri tidak lagi sependapat dengan kerajaan apabila beberapa kes yang disiasat oleh SPRM dan diperakui untuk pendakwaan telah disenyapkan begitu sahaja.", "Khabar angin ini hanya sekadar desas-desus kecualilah jika tiba-tiba Mohd Shukri menemui semula keberanian seperti mana beliau menentang Perdana Menteri sebelum ini. – mykmu.net", "Ab Jalil Backer" ]
https://umno-online.my/2019/06/07/sebab-letheefa-koya-dilantik-ketua-pesuruhjaya-sprm/
[ "Kelmarin Perdana Menteri Tun Mahathir telah mengumumkan perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.", "Perlantikan ini merupakan satu perlantikan politik.", "Latheefa Koya merupakan seorang peguam parti politik dan sebelum ini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, oleh itu beliau mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin politik PH.", "Selama ini beliau bekerja dengan firma guaman Daim & Gamany, firma guaman yang berkaitan dengan Tun Daim Zainuddin, penasihat Tun Mahathir.", "Oleh itu persoalan bagaimana Latheefa Koya akan menjadi ketua penyiasat rasuah nombor satu di Malaysia tanpa pilih kasih dan berat sebelah menjadi tanda tanya yang besar.", "Mungkin sebab ini perlantikan beliau tidak melalui jawatankuasa pemilihan Parlimen seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Pilihanraya PH.", "Perdana Menteri Tun Mahathir berkata perlantikan ini adalah pilihan dan keputusan beliau sendiri.", "Adakah selepas ini Latheefa akan menyiasat kes-kes rasuah besar yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik atau Menteri-menteri PH terutamanya yang rapat dengan Tun Mahathir seperti Azmin Ali, Lim Guan Eng, Shafie Apdal, Tun Daim atau Tun Mahathir sendiri dan kroni-kroninya?", "Perlantikan ini juga dilakukan secara tergesa-gesa memandangkan tempoh kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini iaitu Dato’ Seri Shukri Abdul masih belum tamat sehingga tahun depan.", "Tun Mahathir berkata Shukri sendiri yang mahu meletakkan jawatan, dan Shukri pula berkata yang kerjanya sudah selesai, namun demikian kes Dato’ Seri Najib masih belum tamat oleh itu tugas Shukri sebenarnya masih tergantung.", "Dan sesiapa yang pernah bekerja atau memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan tahu yang tiada sesiapa yang akan melepaskan jawatan tingginya di tengah-tengah tempoh kontraknya jika tiada masalah atau beliau tidak dipaksa.", "Tambahan lagi apabila seseorang itu pencen, punca pendapatannya akan hilang sehingga lebih separuh.", "Oleh itu, kenyataan Tun Mahathir dan Shukri ini langsung tidak masuk akal dan umpama cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.", "Persoalannya, mengapa Shukri “dibuang” dan digantikan, dan mengapa kini, dan mengapa Latheefa?", "Perkembangan kes Dato’ Seri Najib di mahkamah kini semakin tidak menyebelahi Kerajaan.", "Pihak pendakwaraya dan SPRM di bawah Shukri masih tidak dapat mengemukakan bukti kukuh bahawa Dato’ Seri Najib bersalah.", "Mungkinkah Shukri tertekan dan ditekan oleh Tun Mahathir kerana tidak berjaya untuk mencari bukti yang sebenarnya tiada untuk mensabitkan Dato’ Seri Najib sehingga beliau (Shukri) terpaksa meletakkan jawatan atau diarah berhenti setahun sebelum tempoh kontraknya tamat?", "Pada tahun lepas seminggu selepas Tun Mahathir melantik Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan di akhbar menggesa Shukri untuk meletakkan jawatan kerana beliau prejudis terhadap kes Dato’ Seri Najib dengan kenyataan-kenyataan yang mengiaskan Dato’ Seri Najib telah bersalah walaupun siasatan masih belum bermula ke atas bekas Perdana Menteri tersebut.", "Kini Shukri telah akhirnya meletakkan jawatan, namun bukan oleh sebab beliau prejudis, namun mungkin sebab beliau tidak kompeten di mata Tun Mahathir untuk mensabitkan Dato’ Seri Najib secepat mungkin.", "……..", "Walaupun Latheefa Koya pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, beliau bukanlah orang Anwar Ibrahim, sebaliknya beliau menentang kem Anwar Ibrahim serta penyokong-penyokong kuat Anwar seperti Rafizi Ramli.", "Pada pemilihan PKR baru-baru ini, Latheefa pernah membuat kenyataan bahawa berlaku rasuah dan politik wang dalam kem Anwar Ibrahim iaitu yang melibatkan Rafizi Ramli yang dibelakangi Anwar semasa kempen pertandingan Timbalan Presiden PKR.", "Latheefa menyokong Azmin Ali yang dibelakangi Tun Mahathir.", "Kini apabila Latheefa adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, adakah beliau akan mengambil tindakan ke atas kesalahan-kesalahan rasuah politik kem Anwar Ibrahim tersebut seperti yang beliau (Latheefa) bangkitkan sebelum ini?", "Sejarah berulang. Nampaknya kali ini lidah bercabang Tun Mahathir membawa salah satu lagi agenda bercabang serampang dua mata iaitu selangkah lagi ke arah menghapuskan Najib dan Anwar untuk beliau (Mahathir) terus berkuasa menjadi Perdana Menteri atau meletakkan proksi beliau untuk menjadi Perdana Menteri.", "Dan bak kata Mat Sabu, “bila dua gajah bergaduh, rumput menjadi mangsa”.", "Dalam kes ini dua gajah itu ialah bos-bos beliau sendiri iaitu Mahathir dan Anwar, dan rumput itu adalah rakyat.", "Dan DAP memerhati gembira.", "Kepada Tun Mahathir. Baik letak Mat Sabu sahaja jadi Perdana Menteri PH. DAP pun suka dia.", "ISHAM JALIL" ]
https://umno-online.my/2019/06/07/aidilfitri-kembali-kepada-fitrah-perjuangan/
[ "AIDILFITRI ialah hari anugerah dan penghargaan daripada Allah SWT kepada umat Islam sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah puasa di madrasah Ramadan.", "Berdoa, bertakbir, bertahlil, bertahmid dan bertasbih dizahirkan sebagai tanda syukur atas nikmat Aidilfitri.", "Ucapan Aidilfitri adalah satu doa agar dalam menyambut Aidilfitri kita berusaha kembali kepada fitrah kejadian dan penciptaan manusia.", "Asal kejadian manusia dan alam semesta dalam sifat fitrahnya, bersih dan asli, tertib dan tersusun kemas mengikut kehendak Allah SWT sebagai salah satu tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya.", "Kalimah fitrah dalam al-Qur’an terdapat pada 19 ayat, antaranya ayat 30 surah al-Rûm Allah SWT berfirman yang bermaksud:", "“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan dalam ciptaan Allah, (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”", "Selayaknya apabila berakhirnya Ramadan jiwa dan diri kita berubah ke arah yang lebih baik. Amalan bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung, menzahirkan nilai ukhuwah, berkasih-sayang, mahabbah dan mawaddah adalah manifestasi Aidilfitri.", "Ketika kita bergembira di Aidilfitri bersama keluarga, sanak-saudara, sahabat handai jangan dilupai nasib yang menimpa saudara seakidah kita di Palestin, Syria dan Yaman.", "Mereka menyambut Aidilfitri dalam keadaan berduka dan ketakutan, rumah ranap dimusnahkan, keperluan asas tidak mencukupi malahan terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri.", "Mereka hanya dapat mendengar atau melihat kegembiraan yang dinikmati oleh orang lain sedangkan mereka tidak dapat membayangkan erti kegembiraan Aidilfitri yang sebenar.", "Baru-baru ini, ketika menerima kunjungan hormat bekas Ketua Hamas, Khaled Mashal di kediaman saya, banyak isu-isu berkaitan umat Islam dibincangkan. Pertemuan ini merupakan pertemuan ketiga selepas dua kunjungan pada tahun 2013 dan 2015.", "UMNO tetap komited dan mendokong sebarang usaha yang dilakukan Hamas bagi mewujudkan keamanan di Palestin.", "Walaupun sudah tidak memerintah, kunjungan ini menandakan keakraban persahabatan yang terjalin sekian lama antara UMNO dan Hamas mengatasi kuasa dan politik.", "Sejarah perjuangan pembebasan Palestin adalah satu catatan perjuangan yang panjang.", "Kemenangan tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahudin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib dalam Perang Hittin di sempadan Laut Mati pada Julai 1187 masihi menjadi pencetus kepada pembebasan Baitul Maqdis pada Oktober 1187 masihi.", "Pembukaan kota Baitul Maqdis yang pertama adalah pada tahun 637 masihi di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a.", "Sejak itu Baitul Maqdis berada di bawah pemerintahan Kerajaan Islam selama 462 tahun sehinggalah dirampas oleh tentera Salib pada tahun 1099 masihi.", "Dalam Perang Hittin pada Julai 1187 masihi, tentera Islam seramai 30,000 orang berjaya mengalahkan Tentera Salib. Salahudin al-Ayubi mengambil inisiatif mencontohi cara Umar al-Khattab ketika beliau berusaha menakluki kawasan tersebut pada zaman awal Islam.", "Sebaik berjaya di Hittin, Salahuddin al-Ayubi meminta penduduk Baitul Maqdis menyerah diri tanpa pertumpahan darah dan berjanji akan menjaga keselamatan mereka.", "Tawaran damai Salahuddin al-Ayubi ditolak mentah-mentah oleh tentera Salib.", "Melihat keangkuhan mereka, Salahuddin al-Ayubi bersumpah akan membebaskan Baitul Maqdis dengan mata pedang.", "Tentera Islam mengepung dan menyerang. Akhirnya pemimpin kota Baitul Maqdis menghadap Salahuddin al-Ayubi untuk berunding seraya Salahuddin al-Ayubi menyindir, “Kenapa perlu aku berunding dengan kota yang telah aku tawan?”", "Akhirnya Salahuddin al-Ayubi bersetuju menerima penyerahan Baitul Maqdis dengan aman.", "Walaupun orang Islam dibunuh dengan kejam apabila Tentera Salib menawan Baitul Maqdis pada tahun 1099 masihi, Salahuddin al-Ayubi tidak berdendam malah menjanjikan keselamatan diri kepada semua penduduk kota Baitul Maqdis apabila tentera Islam berkuasa, tiada seorang pun akan dibunuh.", "Setelah lebih 800 tahun selepas Sultan Salahuddin al Ayubi membebaskan kota Baitul Maqdis, rakyat Palestin dan umat Islam masih menunggu siapakah gerangan Salahuddin al-Ayubi seterusnya yang dinanti-nantikan.", "Tiga nokhtah penting daripada peristiwa pembebasan Palestin 1187 masihi yang boleh dijadikan rujukan dalam perjuangan:", "• Perundingan adalah fitrah dalam perjuangan, pintu perundingan sentiasa terbuka, namun kita perlu memastikan perundingan yang dilakukan meletakkan kepentingan Islam dan negara sebagai keutamaan. Tiada perundingan jika merugikan dan berat sebelah. Pintu perundingan UMNO PAS sentiasa terbuka untuk kepentingan ummah.", "• Bertindak apabila dipersendakan adalah fitrah dalam perjuangan. Harga yang mahal perlu dibayar dalam perjuangan apabila dipersendakan dan dipandang rendah. Tindakan yang diambil bukan untuk menghukum tetapi untuk memberikan pengajaran kepada si pelaku dan menggentarkan jiwa mereka.", "• Meraikan keamanan adalah fitrah perjuangan. Termasuk mengelak daripada mencetuskan ketegangan, mencabuli hak asasi manusia dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa. Keamanan merentasi agama, bangsa dan usia.", "Melalui episod pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahuddin al-Ayyubi sebagai teladan, kita menyakini bahawa kota ini akan sekali lagi dibebaskan oleh umat Islam. Nasib yang menimpa rakyat Palestin semenjak sekian lama akan terus diperjuangkan.", "Sempena dengan Aidilfitri tahun ini marilah kita kembali kepada fitrah perjuangan, menolak segala bentuk anasir-anasir dan fahaman yang bertentangan dengan fitrah insani. Marilah kita semai roh perjuangan Salahuddin al-Ayubi. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.", "Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/05/31/madrasah-ramadan-peluang-hanya-sekali/
[ "SEPULUH terakhir Ramadan Al-Mubarak adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di mukhayyam tarbawi Ramadan bagi menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf, bertilawah, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.", "Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:\n“Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan dengan isteri-isterinya)” (Muttafaqun ‘alaihi)", "Lailatul Qadr adalah anugerah terbesar Allah SWT pada 10 terakhir Ramadan. Satu malam yang mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan dan keutamaan yang tidak terdapat pada malam-malam lain.", "Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadr yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Qadr ayat 1 hingga 5.", "Lailatul Qadr adalah peluang yang datang hanya sekali sahaja di sepanjang Ramadan. Peluang yang sepatutnya tidak disia-siakan untuk mendapatkannya. Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan peluang menjalani ibadah sepuluh akhir Ramadan di Baitullah al-Haram sejak 30 tahun yang lalu.", "Inilah antara anugerah dan peluang terbesar dalam kehidupan saya sekeluarga. Pada tahun ini setelah pelbagai usaha dilakukan saya sekeluarga dihalang dan tidak berpeluang menjalani ibadah sepuluh akhir Ramadan di Baitullah al-Haram, saya sekeluarga redha dengan takdir dan ujian ini Insya-Allah ada hikmah di sebaliknya.", "Di zaman khalifah Bani Umayyah Islam tersebar dalam spektrum yang luas termasuk ke benua Eropah. Gerakan penaklukan tentera Islam ke atas Andalusia (Sepanyol) telah dimulakan berikutan kekejaman Raja Roderick ke atas rakyatnya dengan melakukan penindasan yang tidak berperikemanusiaan. Julian, Gabenor Ceuta (Sibtah – wilayah autonomi di Andalusia) memohon pertolongan daripada Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara menggulingkan Raja Roderick yang zalim.", "Setelah mendapat persetujuan daripada Khalifah al-Walid bin Abdul Malik di Damsyik, Musa bin Nushair menyusun gerakan penaklukan ke atas Andalusia (Sepanyol). Panglima Muda tentera Muslimin Thariq bin Ziyad dari bangsa Barbar, Maghribi telah diberikan peluang oleh Musa bin Nushair untuk mengetuai operasi menakluki Andalusia (Sepanyol). Thariq bin Ziyad mengambil peluang ini sebagai satu cabaran dan tidak disia-siakannya walaupun pada ketika itu usianya masih muda.", "Pasukan yang dipimpin oleh Thariq bin Ziyad yang berjumlah 7,000 orang tentera muslimin menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu dengan menggunakan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.", "Sebaik saja mendengar berita kedatangan tentera Muslimin, Raja Roderick mempersiapkan tenteranya yang berjumlah 100,000 orang. Apabila Thariq bin Ziyad mengetahui bahawa Raja Roderick membawa pasukan yang begitu besar, beliau segera menghubungi Musa bin Nushair untuk meminta bantuan, seramai 5,000 orang tentera tambahan dihantar oleh Musa bin Nushair bagi menguatkan lagi pertahanan tentera Muslimin. Dengan kapasiti tentera yang berjumlah 12,000 orang, Thariq bin Ziyad mara ke hadapan dengan matlamat menakluki Andalusia, menewaskan Raja Roderick dan menyebarkan dakwah Islamiah.", "Kapasiti tentera Raja Roderick yang ramai telah menggerunkan tentera Muslimin. Namun, Thariq dengan pantas mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit (bukit tersebut dikenali sebagai Jabal Thariq dan kemudiannya ditukar kepada Gibratar) dan berpidato membakar semangat jihad tentera Muslimin:", "“Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan, menakluki negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”", "Dengan seruan jihad yang dikobarkan oleh Thariq, tentera Muslimin mara ke lapangan jihad tanpa menoleh ke belakang. Pertempuran tercetus pada 28 Ramadan 92 Hijrah selama seminggu, akhirnya pasukan tentera Roderick ditewaskan. Seramai 3,000 tentera Muslimin telah syahid. Dengan kemenangan ini, tentera Islam dapat memasuki kota Toledo, Castille, Leon dan berhenti di Bascunia di tepi Lautan Atlantik.", "Thariq bin Ziyad berhasrat menakluki seluruh Eropah, di saat Thariq merencanakan penaklukan tersebut, Khalifah telah meminta Thariq kembali ke Damsyik. Dengan penuh kepatuhan dan ketaatan, Thariq kembali ke Damsyik dan membatalkan hasratnya.", "Sejarah penaklukan Andalusia (Sepanyol) bermula dengan peluang yang tidak disia-siakan oleh Thariq bin Ziyad.", "Dalam perjuangan UMNO, setiap individu diberikan ruang dan peluang berbakti kepada parti terutamanya generasi muda. Jika diteliti dalam sejarah penaklukan Andalusia (Sepanyol) beberapa ibrah yang boleh dijadikan panduan bagi memperkasakan parti antaranya:", "• Generasi muda ialah ejen perubahan. Sinergi di antara kepimpinan tertinggi dengan kepimpinan muda akan melicinkan agenda perubahan. Syarat utamanya adalah saling menghormati, tiada unsur meremehkan antara satu sama lain. Sepertimana falsafah Jawa yang menjadi pegangan Presiden Jokowi “Lamun Sira Sekti, Ojo Mateni – Meskipun kamu kuat, jangan suka menjatuhkan. Lamun Sira Banter, Ojo Ndhisiki – Meskipun kamu cepat, Jangan suka mendahului. Lamun Siro Pinter, Ojo Minteri – Meskipun kamu pandai, jangan Sok pintar”", "• Semangat perjuangan semata-mata yang tidak disertakan dengan tindakan hanyalah sia-sia. Semangat dikobarkan seiring dengan tindakan yang berstrategi dan bukan semberono.", "Berjawatan dalam parti adalah satu peluang dan amanah, tidak kira sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat. Peluang ini mampu menghasilkan natijah yang baik untuk parti sekiranya ahli dan pimpinan saling bergandingan, satu suara, satu hati, sederap, seia dan sekata mendokong kepimpinan yang telah dipilih secara sah pada sesi pemilihan yang lepas. Jangan diremehkan perkara ini, kelak padah akibatnya kepada parti dan ahli.", "Akhirnya dengan hari-hari yang masih berbaki sepuluh akhir Ramadan ini, ayuh! kita perketatkan ikatan, bermunajat, bermuhasabah, bertahajud dan terus mencari Lailatul Qadr, peluang hanya sekali dalam setahun.", "Ahmad Zahid Hamidi", "#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/05/30/konspirasi-sulit-membersihkan-darah-daripada-tangan-pembunuh-adib/
[ "Isnin lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pengunduran peguam Nor Syazlin Mansor daripada inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pegawai penyelamat yang terkorban akibat daripada kecederaaan yang dialaminya pada 27hb November 2019 semasa rusuhan di perkarangan luar kuil Sri Maha Mariaman di Seafield, Subang Jaya.", "Syazlin, dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam inkues tersebut, secara tiba-tiba menarik diri setelah mendapat tekanan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas, dan juga menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.", "Susulan itu, ketiga-tiga Zuraida, Tommy Thomas dan juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing mengeluarkan kenyataan yang bukan hanya berbunyi pelik, ianya bercanggah antara satu sama lain, teramat luarbiasa dan menimbulkan persepsi seolah-olah berlaku satu konspirasi tahap tertinggi bagi melindungi Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy.", "Berikut merupakan beberapa kejanggalan dalam kenyataan-kenyataan mereka yang turut menimbulkan keraguan umum terhadap sistem keadilan negara serta pemisahan kuasa antara institusi-institusi kehakiman dan eksekutif di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Harapan:", "1. Menurut Mahathir, tindakan Syazlin menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian Adib (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “inkues Adib”) adalah seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara, tommy Thomas.", "2. Jelas beliau, ianya disebabkan pihak KPKT tidak mengetahui bahawa Syazlin turut mewakili keluarga Adib.", "3. Persoalannya, apakah Tommy Thomas lupa untuk menjalankan tugasnya sebagai penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan dengan memberitahu perkara tersebut kepada KPKT?", "4. Apakah Tommy Thomas tidak sedar akan perlantikan Syazlin oleh keluarga Adib selama ini, terutamanya semasa beliau memperkenan perlantikan tersebut?", "5. Apakah KPKT tidak membuat penyemakan latarbelakang Syazlin apabila melantik beliau atau tidak dimaklumkan oleh Syazlin sendiri bahawa beliau sememangnya mewakili keluarga Adib?", "6. Adakah kita harus percaya bahawa KPKT, yang giat membuat penilitian setiap aspek berhubung kematian Adib bermula dari tarikh Allahyarham cedera hinggalah Syazlin diminta menarik diri, tidak tahu bahawa Syazlin mewakili keluarga Adib?", "7. Menurut Tommy, Syazlin berada dalam kedudukan “konflik kepentingan” apabila bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana beliau turut mewakili keluarga Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues tersebut.", "8. Menurut Zuraida pula, perlantikan Syazlin adalah tidak perlu kerana Tommy, selaku Peguam Negara, sememangnya sudah mewakili pihak kerajaan, termasuk kedua-dua KPKT dan JBPM.", "9. Persoalannya, apakah Zuraida tiba-tiba sedar akan perkara tersebut setelah hampir lima bulan inkues berjalan?", "10. Apakah Zuraida tidak faham bahawa Tommy Thomas tidak sebenarnya mewakili kerajaan secara langsung dalam inkues Adib melainkan beliau menjalankan tugas tersebut secara sah dengan pemberitahuan rasmi kepada Mahkhamah Koroner?", "11. Apakah Zuraida tidak tahu membezakan antara “penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan” dan “wakil Kerajaan Persekutuan dalam inkues Adib?”", "12. Andaikata Tommy dilantik juga sebagai wakil Kerajaan Persekutuan dalam inkues Adib, bukankah perlantikan beliau turut akan menimbulkan konflik kepentingan, memandangkan Tommy, selaku “penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan,” akan dilihat sebagai melindungi seorang menteri kerajaan, iaitu Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy, yang sememangnya disyaki memarakkan lagi rusuhan di kuil Seafield hingga menyebabkan kematian Adib?", "13. Apakah Zuraida tidak tahu bahawa ramai pihak, termasuk saya sendiri, telah membuat laporan polis terhadap Waytha atas kata-kata fitnah yang dikeluarkan beliau yang jelas berunsur perkauman dan dikhuatiri telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu terhadap masyarakat Melayu-Islam hingga ada beberapa pihak tergamak menyerang Adib?", "14. Apakah semua ini sebahagian daripada satu usaha sulit pihak kerajaan persekutuan, terutamanya Zuraida, Tommy dan Mahathir, untuk merahsiakan sesuatu dari rakyat jelata yang mungkin dapat membuktikan Waytha bertanggungjawab secara langsung terhadap kematian Adib?", "15. Atau adakah pihak kerajaan cuba melindungi seorang pemimpin kanan DAP yang disyaki oleh sesetengah pihak terlibat secara langsung dengan rusuhan yang mengorbankan Adib menerusi hubungan beliau dengan pimilik tapak lokasi kuil?", "Kenyataan Rasmi Gerakan Bangsa Nasional (GBN)\nSumber : thethirdforce.net\n" ]
https://umno-online.my/2019/05/28/inkues-kematian-adib-adakah-semua-sudah-dirancang/
[ "Dari awal saya tidak berminat mengikuti dengan teliti inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.", "Saya telah tahu apa keputusannya. Sesiapa yang kenal perangai sebenar Peguam Negara ini di belakang tabir sudah boleh menjangkakan hala tuju inkues ini.", "Saya percaya ramai ahli politik dalam kerajaan hari ini mahu inkues mendapati Adib bukan mati disebabkan oleh pukulan perusuh kuil.", "Ini kerana sebahagian besar penganut agama Hindu telah mengundi mereka dalam PRU lalu.", "Sebab itu agak mengejutkan apabila Menteri KPKT telah melantik seorang peguam muda yang vokal bagi pihak Adib.", "Hari ini nyata syak wasangka tersebut benar. Khidmat peguam tersebut ditamatkan kerana beliau telah memalukan pandangan Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi.", "Syazlin: “Sebelum ini doktor cakap pengiraan Prof Dr Shahrom Abd Wahid (perunding kanan patologi forensik) salah, tetapi bila doktor tunjukkan pengiraan baru mengenai tarikan graviti saya lihat tidak betul, jadi saya tunjukkan yang doktor salah, bukan niat nak malukan cuma cakap doktor nak kelirukan mahkamah.”", "Pakat forensik ini khabarnya hanya mempunyai pengalaman selama 5 tahun.", "Peguam Adib, Syazlin Mansor telah membawa Dr Shahrom Abd Wahid seorang pakar patologi yang berpengalaman 29 tahun.", "Dr Shahrom juga merupakan guru kepada Dr Ahmad Hafizam.", "Saya percaya Syazlin dipaksa menarik diri kerana beliau bercadang untuk memanggil Dr Shahrom sekali lagi.", "Ini dan akan memusnahkan segala teori kononnya Adib dilanggar oleh kenderaan bomba sendiri.", "Tidak apa yang boleh kita buat kecuali mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon Allah membalas serta-merta ke atas mereka yang cuba menutup isu ini.", "Ab Jalil Backer" ]
https://umno-online.my/2019/05/24/naratif-malaysia-tiada-bangsa-malaysia-tetapi-rakyat-malaysia/
[ "BEBERAPA hari lalu, Ahli Parlimen Kluang telah mengeluarkan satu tulisan yang bertajuk ‘Perpaduan jadi titik pertemuan Malaysia Baharu’.", "2. Di dalam tulisan tersebut, beliau menyatakan bahawa konsep Bangsa Malaysia perlu digiatkan oleh pihak media, terutamanya bagi mewujudkan sebuah ‘Naratif Malaysia’ yang baharu.", "3. Namun begitu, beliau gagal untuk memberikan takrifan bagaimana Bangsa Malaysia itu harus dimaknakan, apa lagi bagaimana ia harus dilaksanakan.", "4. Untuk merealisasikan konsep Bangsa Malaysia adalah amat mustahil sekali. Ia adalah retorik politik yang sedap diungkap untuk menjadi halwa telinga. Namun karakter Malaysia, seawal terbentuknya negara ini, ialah kemajmukan berbangsa, berbudaya dan beragama. Ini kerana setiap daripada warganegara Malaysia dibezakan dengan agama, bangsa, pengalaman politik serta bahasa yang pelbagai.", "5. Maknanya, rakyat negara ini tidak pernah melalui proses untuk diasimilasikan sebagai sebuah bangsa. Kerana parti pemerintah kita sedari awal lagi memahami bahawa pemikiran, perwatakan dan citra pelbagai bangsa di negara ini harus dikekalkan sebagai identiti tersendiri tetapi di satu dan diikat melalui rasa kepunyaan kepada watan.", "6. Lalu apa yang terbentuk ialah kewarganegaraan Malaysia yang dicirikan sebagai rakyat Malaysia. Bukan pembentukan sebuah bangsa dengan nama, identiti dan budaya yang seragam!", "7. Tujuannya ialah kerana kita tidak mahu mencipta sebuah ‘Naratif Malaysia’ yang membutakan mata ramai rakyat terhadap kepelbagaian yang ada. Kita mahu keunikan berbangsa, berbudaya dan beragama diraikan, dihormati dan dilestarikan. Kita juga tidak mahu ‘Naratif Malaysia’ terang-terangan menolak budaya Melayu dan agama Islam sebagai faktor penting dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa moden.", "8. Saya menyarankan YB Saudari untuk melihat kembali hujah-hujah dari Prof. Syed Naquib Al-Attas bersama YB Lim Kit Siang berpuluh tahun dahulu, apabila kedua-dua mereka berdebat mengenai konsep Bangsa Malaysia dalam konteks negara yang majmuk ini. Nyata dari debat tersebut, konsep membentuk Bangsa adalah evolusi budaya dan kehidupan yang sangat panjang dan sangat sukar. Ini adalah kerana identiti sesuatu bangsa itu unik, terbentuk dengan ciri dan pemikiran tersendiri dan tidak dapat dijelmakan melalui hanya dengan pelaksanaan sesuatu dasar.", "9. Suka saya mencadangkan agar ‘Naratif Malaysia’ yang baharu yang digembar-gemburkan oleh Kerajaan PH haruslah berpandukan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan terdahulu. Ia merupakan hasil resolusi daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Ini kerana, resolusi tersebut adalah penzahiran kepada realiti politik dan sosial negara, sebagai asas yang harus diakui oleh semua. Intipati resolusi tersebut adalah:", "a) Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal di rantau ini,", "b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima dan,", "c) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.", "10. Seperkara lagi yang mesti diutamakan dalam membangun ‘Naratif Malaysia’ ini ialah melahirkan melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan beradab. Tanpa warganegara yang bertanggungjawab, patriotik, rasional, berbudi dan matang, amat sukar bagi Malaysia melangkah ke hadapan dalam dampak globalisasi yang kian mencabar kini.", "11. Telah sampai masanya kita memperincikan atribut ‘good Malaysian citizenry’ daripada membicarakan ideals bangsa Malaysia yang kompleks dan mustahil untuk dizahirkan. Apalagi semenjak Kerajaan PH memerintah, kesepaduan negara ini menjadi semakin rapuh.", "12. Lihat sahaja bagaimana Sabah dan Sarawak sudah menjadi semakin menjauh dengan retorik kenegerian yang semakin ekstrim dan menebal. Dalam lanskap patriotisme Malaysia yang semakin mencabar ini, dengan kemunculan retorik kenegerian yang semakin menebal, kita tidak langsung melihat respon Kerajaan PH untuk menanganinya. Apa akan dibiarkan sahaja pihak-pihak tertentu meneruskan nyalaan sentimen ‘Sarawak Merdeka’ atau ‘Sabah Untuk Rakyat Sabah’ dan sebagainya, tanpa ada usaha konkrit untuk memadamnya.", "13. Bersandarkan hujah di atas, saya menyarankan agar DAP melupakan konsep Malaysian Malaysia yang menjadi ideologinya selama ini. Ia kerana realitinya, tiada bangsa Malaysia boleh terbentuk di tanah air kita ini kerana sedari awal, Malaysia adalah negara multicultural dan akan kekal sebagai negara dengan kepelbagaian bangsa dan agama dengan bangsa Melayu serta Islam sebagai terasnya.", "14. Yang akan mencorakkan negara dan bangsa ini ialah rakyat Malaysia dengan pelbagai identiti dan budaya, tetapi hidup dengan muhibbah dan bermuafakat sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan patriotik.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/05/24/madrasah-ramadan-al-quran-panduan-perjuangan/
[ "AL-QURAN ialah mukjizat Rasulullah SAW, peristiwa nuzul al-Quran memberi makna yang besar kepada umat Islam. Al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana al-Quran yang kita junjung, tilawah, tadarus dan tadabur pada hari ini.", "Saban tahun 17 Ramadan menjadi tradisi umat Islam di seluruh negara mengadakan program tadarus perdana dan tadabur al-Quran. Parlimen Bagan Datuk tidak ketinggalan menganjurkan Program Tadarus Perdana dan Ihya Ramadan, apa yang uniknya pada kali ini kehadiran pimpinan dan ahli PAS kawasan bagi menjayakan program tersebut. Inilah manifestasi perpaduan ummah UMNO dan PAS di Parlimen Bagan Datuk.", "Selama 13 tahun al-Quran diturunkan di Makkah dan 10 tahun di Madinah secara berperingkat-peringkat, antara hikmahnya agar lebih mudah difahami untuk dilaksanakan. Penurunannya disuaikan dengan realiti dan tuntutan kerana ayat-ayat al-Quran mengandungi peraturan, hukum siyasah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya.\n\nSebagai pejuang UMNO kita jadikan penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat itu sebagai panduan perjuangan. Jangan terlalu ghairah, gelojoh dan gopoh mengeluarkan pandangan dan bertindak sehingga merugikan parti. Ambil cakna sensitiviti dan realiti semasa, UMNO masih berada di fasa pemulihan walaupun kita sudah memenangi tiga PRK jangan mudah berpuas hati dan selesa. Kita laksanakan pemulihan ini secara berperingkat-peringkat dan saling bergandingan.", "Menurut pendapat yang disandarkan kepada Ibnu Abbas r.a, al-Quran mengandungi 114 surah, 6666 ayat dan 323, 671 huruf. Daripada 6666 ayat tersebut saya tertarik dengan firman Allah swt dalam surah al Ahzab ayat 9-10 untuk dijadikan panduan perjuangan pada kali ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:", "“Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir ……………….”", "Melalui ayat tersebut Allah SWT merakamkan peristiwa Ghazwah al-Ahzab atau Khandak yang berlaku pada Ramadan tahun ke-5 Hijrah, antara lain berpunca daripada keghairahan dan semangat berkobar-kobar kaum musyrikin Makkah dan yahudi Madinah untuk menghancurkan Islam. Mereka telah membuat pakatan dengan pelbagai pihak membentuk tentera Ahzab (gabungan) dengan kekuatan seramai 10,000 orang tentera, melebihi jumlah penduduk Madinah sendiri.", "Rasulullah SAW segera bermusyawarah dengan para sahabat. Keputusan diambil secara konsensus menerima cadangan Salman Al-Farisi menggunakan strategi menggali parit (Khandak) berdasarkan strategi perang zaman Empayar Sasan di Parsi. Tentera Islam seramai 3,000 orang akan bertahan dan membina kubu di dalam kota Madinah.\n\nBagi menjayakan strategi bertahan dalam kota Madinah, Rasulullah SAW membuat pembahagian tugasan bagi memastikan Khandak (parit) yang digali memenuhi KPI yang ditetapkan. Setiap 10 orang sahabat menggali sepanjang 40 hasta dengan kedalaman tujuh hingga 10 hasta dan lebar sembilan hasta lebih. Panjang keseluruhan parit tersebut 5,000 hasta.", "Ketika kegawatan perang, berlaku percubaan untuk belot oleh kaum Yahudi Bani Quraizah yang tinggal di dalam Madinah. Rasulullah SAW menghantar Az Zubair bin ‘Awwam sebagai pengintip. Bagi mengesahkan maklumat tersebut Rasulullah SAW menghantar skuad penyiasat dengan arahan “Jika benar mereka khianat hendaklah dimaklumkan kepadaku secara rahsia dengan bahasa yang tidak difahami orang lain. Jika sebenarnya mereka masih setia maka umumkanlah kepada orang ramai”", "Rasulullah SAW juga menghantar Nu’aim bin Mas’ud sebagai propagandis menyelinap ke kubu tentera musyrikin bagi membuat propaganda memecahkan kesatuan mereka sehingga telah menimbulkan perasaan sangsi sesama mereka.", "Akhirnya sepertimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam surah al Ahzab tentera musyrikin dikucar-kacirkan dengan tiupan angin ribut kencang yang menyebabkan mereka berundur ke Makkah.", "Ibrah penting daripada Ghazwah al-Ahzab atau Khandak yang boleh kita jadikan sebagai panduan:", "• Menghadapi saat sukar dengan tenang dan membina permuafakatan dengan bermusyawarah dalam gerak kerja dan membuat keputusan", "• Terbuka menerima pandangan dan idea-idea baharu yang bernas daripada pelbagai pihak dalam dan luar parti bagi memperkukuhkan parti tetapi mestilah melalui saluran yang betul.", "• Berwaspada terhadap cubaan berpaling tadah dan unsur-unsur sabotaj dalaman dengan memperkukuhkan dalaman parti dan bekerja mengikut KPI yang ditetapkan.", "• Melakukan perang saraf secara konsisten terhadap musuh dan menokhtahkan gerak saraf sesama sendiri yang merugikan parti.", "• Keputusan penting berkaitan dasar dan perlembagaan parti dibuat berdasarkan kajian dan risikan maklumat yang tepat bukan syok sendiri dan untuk kepentingan peribadi.", "Realitinya episod perjuangan UMNO kini berhadapan dengan al-Ahzab moden yang akan terus-menerus mengganggu-gugat kesepakatan yang telah dicapai sebelum ini sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan.\nKita jadikan memori Ghazwah al-Ahzab atau Khandak sepertimana yang dirakamkan dalam al-Quran sebagai panduan menghadapi al-Ahzab moden dan mendepani situasi politik semasa tanah air.", "AHMAD ZAHID HAMIDI" ]
https://umno-online.my/2019/05/19/fdi-tertinggi-dalam-sejarah-penipuan-bulan-ramadhan-yang-memalukan/
[ "FDI tertinggi dalam sejarah” lapor BERNAMA.", "Skill kewayangan Menteri Kewayangan kita level up lagi hari ini.", "Hari ini, dia puji sendiri apabila dia mengumumkan bahawa pelaburan asing ke Malaysia telah capai tahap paling tinggi pada suku pertama tahun 2019 ini.", "Dia kata pelaburan asing sebanyak RM21.7 bilion ini adalah , peningkatan sebanyak 94.8% berbanding RM11.2 bilion yang telah dicatatkan pada suku pertama tahun lepas.", "Dia kata ini merupakan satu permulaan yang memberangsangkan untuk tahun ini!", "Dia berkata lebih separuh daripada FDI yang direalisasikan disumbangkan oleh pelaburan RM8.4 bilion daripada Jepun, RM3.7 bilion daripada Austria dan RM2.8 bilion daripada Hong Kong.", "Saya pun harian kerana jika ada pelaburan asing sebesar ini dalam projek baru yang menjanakan peluang pekerjaan baru, tentu kita tahu.", "Setelah saya check dalam laporan suku pertama BNM, saya pun faham.\n\nRupanya, “pelaburan” asing RM8.4 bilion dari Jepun ini merupakan penjualan IHH Berhad yang dibina masa saya PM oleh Khaznah Nasional kepada syarikat Mistui dari Jepun!", "http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/khazanah-jual-ihh-kepada-syarikat-jepun-mitsui-1.796569", "Manakala “pelaburan” asing RM3.7 bilion daripada Austria ini merupakan penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria.\nhttps://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement", "Kedua-dua penjualan ini sebenarnya diumumkan pada suku ke-4 tahun lepas tetapi wang baru masuk tahun ini.", "Oleh itu, dikira sebagai pelaburan direalisasikan untuk suku pertama tahun 2019 ini.", "Jual aset negara kini dipuji-puji oleh Menteri Kewayangan sebagai “memberangsangkan”.", "Bolehlah jual lagi banyak aset negara dan dipanggil sebagai pelaburan asing.", "Baru ada peluang untuk memuji diri lagi.", "Najib Razak (Facebook)" ]
https://umno-online.my/2019/05/17/madrasah-ramadan-ibrah-di-sebalik-ketewasan/
[ "SUDAH berlalu fasa pertama Ramadan al-Mubarak yang dipenuhi dengan kerahmatan. Hari ini kita sudah berada di fasa kedua yang dilimpahi dengan keampunan daripada Allah SWT dan fasa ketiga adalah kemerdekaan, pembebasan dari api neraka.", "Sepanjang berada di madrasah Ramadan tahun ini saya menekuni catatan sirah dengan membuka safhah demi safhah sirah Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat. Saya cukup tertarik dengan Ghazwah Uhud, boleh dijadikan sebagai pedoman perjuangan UMNO di saat ketewasan kita pada PRU ke-14 yang lalu.", "Ghazwah Uhud berlaku pada Syawal tahun ketiga hijrah (625 M), disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW, tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.", "Tentera Islam yang syahid dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang. Bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib syahid dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Rasulullah SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang. Inilah kali pertama tentera Islam tewas dalam peperangan setelah diberikan kemenangan besar dalam Ghazwah Badar al-Kubra.", "Pedoman yang cukup berharga untuk kita kaji dan fahami di sebalik ketewasan tentera Islam di medan Uhud antaranya:\n\nKepatuhan kepada arahan pemimpin. Ghazwah Uhud menyaksikan tentera pemanah mengingkari arahan Rasulullah SAW agar tidak berganjak dari kedudukan mereka walau apapun yang terjadi. Tentera musyrik berjaya menukar kekalahan mereka pada permulaan pertempuran kepada kemenangan kerana keingkaran tersebut. Demikianlah kesannya melanggar perintah pemimpin hingga boleh melenyapkan peluang dan memberi kemenangan kepada musuh.", "Saya tertarik dengan pandangan Presiden PAS ketika ditemu bual oleh wartawan mengenai Muktamar PAS 2019 katanya:", "“Seruan saya juga bila kita berada dalam parti, bermakna kita berjemaah, kalau solat berjemaah kita mesti ikut imam. Kalau imam silap kita boleh tegur, selagi tak batal solat. Jangan tolak imam dan ambil alih imam kerana dia silap, itu satu benda yang salah dari segi solat Jemaah”", "Dalam perjuangan kita perlu sedar, ada perkara dasar yang kita tidak boleh pertikaikan, seperti asas perjuangan dan akidah. Manakala perkara furu’ (cabang) bolehlah diperdebatkan dan dibincangkan tetapi jangan sampai mewujudkan perpecahan dan perbalahan. Sejak diamanahkan menerajui kepimpinan UMNO, saya sentiasa menjadikan Perlembagaan UMNO sebagai rujukan dalam menyelesaikan kemelut parti dan sebarang keputusan diambil secara konsensus.\n\nMenyusun dan mengatur strategi asas kemenangan. Kehebatan dan kepantasan Rasulullah SAW sebagai strategis mengatur taktikal dalam peperangan memberi gambaran jelas bahawa tugas sebagai Rasul bukan hanya tertakluk kepada menyampaikan dakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pentadbiran, pemerintahan malah peperangan.", "Nikmat kemenangan telah kita nikmati dan rasai sejak PRU Pertama sehingga PRU ke-13. Janganlah hanya dengan hilangnya kuasa dan pemerintahan telah melemahkan kita untuk meneruskan perjuangan yang suci ini. Kita jadikan semangat yang Allah SWT tiupkan kepada pejuang di Uhud sebagai landasan menyusun dan mengatur strategi perjuangan, Allah berfirman yang bermaksud:", "“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak)…”\n(Surah al-Nisa’: 104)", "Peranan wanita jangan diperkecilkan. Dalam peperangan Uhud keteguhan Nasibah, Ummu ‘Amarah bersama suami dan anak-anaknya untuk terus tetap berdiri mengelilingi Rasulullah SAW ketika pertahanan tentera Islam bolos, menjadi salah satu bukti penglibatan besar wanita Islam dalam perjuangan dakwah Islam.", "UMNO dari semenjak penubuhannya sentiasa meletakkan wanita sebagai benteng utuh perjuangan. Peranan wanita UMNO sentiasa diperkasakan bukan hanya sebagai mata dan telinga UMNO bagi menyelesaikan masalah setempat sahaja, malah mampu menjadi orang yang paling lantang memperjuangkan agenda ummah. Begitu juga Pemuda dan Puteri sebagai sayap yang sentiasa seiring mendokong wadah perjuangan wanita.", "Ujian dalam perjuangan. Di Uhud Rasulullah SAW sendiri telah cedera, ia sememangnya memberi peransang kepada pejuang Islam agar bersabar menghadapi segala cabaran yang menimpa. Sama ada ujian berbentuk fitnah, tuduhan, kesakitan tubuh badan, sekatan kebebasan perjalanan, ditangkap atau dipenjarakan mahupun dihukum mati atau dibunuh. Allah SWT telah berfirman maksudnya:", "“Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNYA tentang orang-orang yang berdusta.”\n(Surah al-Ankabut: 1-3)", "Bukan pejuang jika tidak pernah diuji. Hari ini pimpinan UMNO diuji dengan pelbagai, tohmahan, pra-sangka negatif dan pendakwaan. Inilah harga sebuah perjuangan yang perlu dibayar oleh setiap pejuang UMNO. Doakan semoga kami mampu mengharungi ujian dalam perjuangan ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran.", "Ini hanyalah secebis daripada ibrah Ghazwah Uhud untuk kita renungi dan teladani. Ambillah peluang di fasa kedua madrasah Ramadan kali ini sebagai ruang untuk memohon keampunan daripada Allah atas segala kekhilafan yang lalu.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/05/15/13-mei-dap-cuba-bersih-diri-dan-salahkan-umno/
[ "SETIAP kali 13 Mei menjelang pada setiap tahun, setiap kali itu jugalah pemimpin Dap cuba membersihkan diri mereka dari peristiwa itu dan menyalahkan pemimpin UMNO ke atasnya.", "Tahun ini, selepas Dap menjadi sebahagian daripada kerajaan, usaha pembersihan diri ini dibawa setapak lebih jauh melalui cubaan Malaysia Kini menulis semula sejarah 13 Mei.", "Dimuatkan panjang lebar cerita-cerita mengenai kononnya pemula Peristiwa 13 Mei adalah orang-orang Melayu dan yang menjadi mangsa adalah orang-orang bukan Melayu.", "Langsung tidak disebutkan mengenai perarakan kemenangan Dap dan Gerakan di ibu kota selepas PRU 3 serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepada orang-orang Melayu.", "Penasihat SUARAM, Kua Kia Soong, dengan beraninya mendakwa Peristiwa 13 Mei adalah pembunuhan beramai-ramai terancang (orchestrated pogrom) ke atas orang-orang Cina.", "Kata Kua Kia Soong, tujuan pembunuhan beramai-ramai ini dibuat adalah bagi membolehkan pemimpin Melayu dalam Perikatan merampas kuasa daripada Tunku Abdul Rahman.", "Tanpa apa-apa bukti konkrit, dakwaan begini adalah satu cubaan untuk mencemarkan nama baik bukan sahaja Tun Abdul Razak Hussein malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga.", "Lebih jauh lagi, kita melihat usaha menulis semula sejarah 13 Mei ini sebagai usaha awal untuk memberikan justifikasi kepada penghapusan langkah-langkah afirmatif sejak 1971.", "Jika Dap dan Malaysiakini benar-benar serius mahu membincangkan dengan sepenuhnya Peristiwa 13 Mei maka mereka perlu juga membincangkan peranan Dap di dalamnya.", "Sangat perlu dijawab persoalan jika benar Dap tidak terlibat di dalam Peristiwa 13 Mei mengapa pemimpin utamanya, Lim Kit Siang, ditahan di bawah ISA pada 18 Mei 1969.", "Lihat pula senarai panjang kenyataan-kenyataan bersifat anti-Melayu dan anti-Islam yang dijadikan asas kepada penahanan Lim Kit Siang di bawah ISA pada 18 Mei 1969 ini:", "(1) Menyebut, pada 27 Julai 1968, di satu ceramah umum Dap di Tanjong Malim, Perak, bahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untuk mencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa-bahasa Cina”.", "(2) Menyebut, pada 24 Ogos 1968, di satu ceramah umum Dap di Slim River, Perak, bahawa “satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu ‘cakaplah bahasa kebangsaan sahaja’ jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”.", "(3) Menyebut, pada 7 September 1968, di satu ceramah umum Dap di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, bahawa “MCA membantu kerajaan menindas bahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”.", "(4) Menyebut, pada 29 September 1968, di satu ceramah umum Dap di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, bahawa “dasar Perikatan adalah ‘dasar perkauman’ kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti”, bahawa “terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua – golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama”, dan bahawa “kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna ‘Pelan Pelan Mati’”.", "(5) Menyebut, pada 12 Februari 1969, di satu ceramah umum Dap di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, bahawa “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu”.", "(6) Menyebut, pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum Dap di Kampong Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, bahawa “kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa “orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama”, bahawa “kerajaan sedang melaksanakan satu dasar ‘Me-Malaysia-kan’ Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu”, bahawa “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain” dan bahawa “kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”.", "Sediakah Lim Kit Siang dan Dap mengakui peranan mereka di dalam Peristiwa 13 Mei ini dan sediakah mereka meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas peranan mereka ini?", "Terima kasih.", "DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID\nNaib Presiden UMNO / Ahli Parlimen Padang Terap\n15 Mei 2019" ]
https://umno-online.my/2019/05/13/melayu-bersatu-melalui-umno-pas-dikatakan-rasis-cina-bersatu-melalui-dap-apa-pula/
[ "\nKEMENANGAN Dap di PRK Parlimen Sandakan memang sudah dijangka. Melihat kepada komposisi kaum di kawasan itu yang didominasi pengundi Cina, kita memang sudah menjangkakan Dap akan menang.", "Parti Bersatu Sabah (PBS) bukan bersama Barisan Nasional (BN) lagi. PBS sudah meninggalkan BN dan tidak lagi berada dalam komponen itu. Walau bagaimanapun oleh kerana PBS merupakan parti pembangkang maka sebagai menunjukkan solidariti, UMNO Sabah membantu calon PBS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.", "PRK ini mengesahkan lagi bahawa sokongan pengundi Cina masih kepada Dap. Semasa Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) sokongan pengundi Cina terhadap Dap berada pada tahap 95 peratus. Ini bermakna orang Cina telah bersatu di bawah Dap untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang ketika itu diterajui BN.", "Jika dilihat daripada keputusan PRU lalu, Dap menguasai negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka malah Johor.", "Di dalam Parlimen pula, Dap merupakan parti kedua terbesar selepas PKR. Kemenangan mereka di kerusi campuran pengundi Cina yang ramai. Ini jelas menunjukkan orang Cina bersatu di bawah Dap untuk menumbangkan Kerajaan BN. ‘Trend’ sokongan ini berterusan dan dapat dilihat di PRK Sandakan.", "Kita tidak menyalahkan orang Cina untuk bersatu menyokong Dap. Itu hak mereka berlandaskan hak demokrasi. Itu hak mereka untuk memperkukuhkan solidariti kaum mereka. Itu hak mereka untuk meneruskan agenda mereka bagi menuntut lebih banyak yang mereka anggap hak mereka. Demi demokrasi tiada siapa berhak menghalang.", "Cuma yang menghairankan mengapa hak-hak tersebut tidak boleh diperjuangkan oleh orang Melayu?", "Apabila orang Melayu ingin bersatu di atas platform Perpaduan Ummah seperti penyatuan kerjasama antara UMNO dan PAS, ada pula pihak tertentu yang keras menentang. Pemimpin Dap seperti Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng membuat kenyataan menuduh kerjasama ini sebagai satu pengistiharan perang terhadap orang bukan Melayu.", "Malah Pengerusi Dap Perak, Nga Kor Ming membuat kenyataan bahawa jika UMNO-PAS berjaya menubuhkan kerajaan, Malaysia kononnya akan ditadbir oleh kerajaan ala Taliban.", "Persoalannya kenapa orang Melayu dihalang daripada bersatu bersama UMNO-PAS dan dituduh pula dengan pelbagai persepsi negatif, sedangkan mereka merasakan tidak salah pula orang Cina bersatu di bawah Dap?", "Apakah hak untuk bersatu memperkukuhkan kerjasama kaum hanya merupakan hak orang “Cina Dap” semata-semata? Apakah Orang Melayu tidak mempunyai hak untuk bersatu?", "Jika bersatu itu dianggap rasis dan boleh mengancam kaum lain? Orang Cina bersatu dengan Dap bukan sahaja untuk menuntut apa yang mereka fikir hak mereka, tetapi turut mencabar dan menggugat hak orang Melayu dan Bumiputera.", "Sedangkan orang Melayu bersatu hanya untuk mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang sedang digugat dan dicabar oleh Dap.", "Saya harap Dap tidak bersikap bias terhadap orang Melayu. Jangan kerana untuk menutup sikap perkauman mereka yang rakus dan jahat, maka orang Melayu dilemparkan pelbagai fitnah sedangkan dalam masa yang sama Dap menghalalkan pula segala tindak tanduk chauvanis mereka.", "Sejak merdeka negara berada dalam keadaan aman sejahtera. Sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman makmur dan tenteram. Janganlah cuba pecah-belahkan keadaan sedia ada. Gunakan hak masing-masing dalam ruang lingkup yang telah dipersetujui berlandaskan Perlembagaan.", "Jangan menceroboh ke luar garisan sempadan yang dibenarkan. Ingat! Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama.", "MCA juga merupakan parti kaum Cina yang memperjuangkan kepentingan kaum tersebut tetapi perjuangan mereka di dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Namun MCA dianggap pembelot kepada kaum cina oleh penyokong Dap.", "Jelas bahawa Dap bukan sahaja rasis tetapi cuba mencabar dan merobah sesuatu yang dipersetujui oleh semua kaum di dalam “sosial kontrak” yang seterusnya membentuk Perlembagaan Persekutuan.", "Tindakan Dap ini merupakan “time bomb” kepada kedamaian Malaysia. Penghinaan tanpa henti kepada Islam dan Bangsa Melayu secara terbuka tanpa henti benar-benar mencabar kesabaran kaum Melayu.", "Kerisauan saya ialah kesabaran orang Melayu yang semakin tercabar. Kekhuatiran saya apabila kesabaran yang sudah sampai kepada kemuncak ini akhirnya akan membinasakan keamanan negara dan boleh mencetuskan huru-hara yang pernah tercatat dalam lipatan sejarah negara.", "Penghinaan terhadap Islam dan Melayu harus dihentikan dan tidak sesekali boleh dijadikan perkara enteng dan remeh.", "Dengan semangat Ramadan yang berkat ini saya menyeru orang Melayu supaya bersatu dan istiqamah tanpa kita perjudikan sikap kepartian yang jelas telah merugikan kaum pada hari ini.", "Melayu dipecah-belahkan kepada banyak segmen agar lemah, tetapi dalam masa yang sama “orang cina Dap” jelas dalam politik kaum mereka sehingga ada pihak yang sudah terlalu berani menuntut sesuatu yang bukan hak mereka pun.", "Melayu perlu bersatu untuk mempertahankan hak kita dan mengekalkan segala isi kandungan Perlembagaan Persekutuan yang sama kita persetujui sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan bertoleransi. Keamanan bukan sesuatu yang boleh dijual-beli.", "Dengan itu marilah kita sama-sama tanpa mengira ugama, kaum atau latar belakang keturunan mengekalkan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini tanpa memperjudikan masa depan Malaysia.", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "" ]
https://umno-online.my/2019/05/13/umno-to-be-or-not-to-be/
[ "UMNO celebrates its 73rd anniversary on May 11, struggling for position in local politics after its power being stripped off in GE14, strangled by Pakatan Harapan and choking from internal bleeding as a result of the defeat.", "After 61 years in power, support seems to be fizzling out until the current regime is fast made to wrestle the confidence how they can deliver their manifesto promises. Perhaps there is a light at the end of the tunnel. For Umno and Barisan Nasional to recapture that glory again, much need to be done and many slaloms must be straightened.", "While PH is not worth mentioning at this juncture, Umno must search for new remedies to not only heal the wounds but must also find new methods if it wants to become formidable again. With Zahid Hamidi as the president and Mohamad Hasan as his deputy, both are entrusted with effort to rebuild the ruin.", "Perhaps they need to take an in-depth study at three focal points which I believe can uplift Umno’s position again. Beside doing away with old orthodox approach in party management, including at the headquarter’s administration, members and Malaysians at large must be treated as sanctioning voice to its relevance.", "First, rebrand the way in building political and civic organisations – this will helps build the stable, broad-based and well-organized institutions that form the foundation of a strong civic culture. Democracy depends on these mediating institutions, which is the voice of an informed citizenry, which link citizens to their government and to one another by providing avenues for participation in public policy.", "Next is safeguard elections. This will promote open and democratic elections in the party. In many parts of the world, political parties and governments study electoral codes and to recommend improvements, thus providing technical assistance for political parties and civic groups to conduct voter education campaigns and to organise activity monitoring programs.", "Umno must also help the members and electorates to ensure that polling results reflect the will of the people.", "Finally, promote openness and accountability within the party. This will result in a party which is more professional, accountable, open and responsive to their members and citizens. It also conveys a deeper message to new and emerging party-management while autocracies are inherently isolated and fearful of the outside world.", "Umno also needs more volunteers at branch and divisional levels. Political skill is paramount as those involved – many of whom from the youth wing – should complement the upper circle in steering the political vehicle in the right direction.", "The party, now with almost full cooperation from Pas – something to jolt the ruling PH government –  should also emphasis on revamping old and saturated measures on how to win the people again, and not just banking on its ‘Malay-Islam’ bandwagon. Nobody would jump onto the ship should similar method in wooing people’s support is continuously subscribed.", "After May 9 defeat, questions are being asked whether Umno can ever revive itself. The omens are not bright. The party’s state of uniformity is split and activists are restive.", "Beneath suggestions for reform is unmistakable dissatisfaction with the democratically-elected leadership, especially the president who is plagued with 47 politically-motivated court cases and former premier Najib Razak gaining popular momentum amid his 42 cases of wrongdoings and corruption stemming from the 1MDB scandal.", "Most important is for Umno to be freed from the label of being a corrupt and kleptocratic political party.", "Discussions on ideology and detente have boiled down to the need to be pluralistic without being perceived as a Muslim party amid its cooperation with Pas. It must retain the minority vote without annoying the Chinese and Indians.", "Umno is not being stigmatised by this labeling but a more prudent re-engineering must be done at every level of party management to get rid of the Malay-centric accusation made by DAP, PKR and Bersatu. Perhaps the manner in which it collaborated with MCA and MIC in the early days should come around more often now.", "How it meets the leadership as well as the ideological challenges remain to be seen. The party would do well to recall some precedents of stunning revival of decaying political parties, locally and abroad. Lessons must be learn, fast!", "It should also look to contributing upsurge in public support. An inspiring leadership, and attractive idea and as an effective political organisation. Until these are approved, the party will only see the mercenaries declining by the day.", "I’ve observed the ups ad downs of many political parties around the world. Perhaps it is worth to pick India as an example because many Malaysian leaders used to ‘worship’ Modi’s leadership.", "These three factors also explain how Indira Gandhi arrested the Congress decline, reflected in the 1967 elections, and revived its fortunes. She provided the leadership, gave an attractive slogan ‘gharibi hatao’ (banish poverty) and split the Congress in 1969 to weld her own faction into a power organisation. She won a landslide victory in 1971.", "Winston Churchill’s shocking defeat in the 1945 general election drove not only the war hero himself but much of his party into depression. One man remained undaunted in adversity, and he was R.A.Butler. He realised that while the people loved the leaders, they did not approve of his domestic policies and considered him outdated.", "A leader there was and the Conservative Party machine was strong enough to survive such a defeat. The failure was at the policy level. Butler repaired himself to the party office with just a secretary and skillfully filled the void. He then formulated policies which the electorate could accept.", "Umno can also take cue from many other instances but in order to face the people again, it must redress the damage within. Without a solid show of unity, its difficult to convince them of the collaboration with Pas and perhaps other political parties too.", "Leaders should not publicly squabbled, especially about leadership, over who should and should not leader the party. At this juncture, the issue of qualified leader should be a matter of dispose.", "This is not just a romantic notion of state and central.  I spent over a decade deeply involved in my state political party in Melaka and watched thousands of members licking stamps, passing out campaign brochures and sample ballots at polls, and participating in state conventions. Sadly, however, this kind of populist civic engagement has been stifled by over-regulation.", "The regulations started with funding and spending restrictions first imposed by former regime in 1982. Over the next three decades, parties adapted and survived, but Umno imposed even more severe restrictions. The combined effect of these restrictions has proved so onerous that most branch and division cannot effectively engage in important grassroots activities.", "As the Opposition now, Umno must come to its senses. There are old scabs to clear in order to rejuvenate again. At 73, it is perhaps among the few who still exist in the world. Members can be proud of the past achievements but must not be demoralised by what has taken place.", "The answer lies in them, to proceed or not to proceed. However, the first option seems more demanding, and this quest must begin with cleaning it up from all dirt and stink. Face the fact that its everybody’s duty to do the patching, and it will be okay again.", "PH is not an effective institutions, so prepare the necessaries… not the vice versa!", "HAPPY 73rd ANNIVERSARY!", "Jailani Harun" ]
https://umno-online.my/2019/05/12/status-anwar-banduan-atau-tidak/
[ "\nApabila Takiyuddin bertanyakan “Layak ke bekas Banduan untuk pemimpin Rakyat!”", "Ramai yang melompat, Pemuda Amanah, Pemuda PKR dan juga YB Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.", "Pemuda Amanah dan PKR merujuk kepada Pengampunan Penuh Agong dan YB Menteri Luar pula merujuk kepada Anwar adalah mangsa Tahanan Politik.", "Mereka semua sudah lupa bahawa Anwar dimasukan ke dalam Penjara sebanyak dua kali.", "Pertama adalah diatas kesalahan Salah Guna Kuasa, dan kedua atas kesalahan lain.", "Sehingga hari ini, Tun Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataan bahawa Anwar tidak melalukan kesalahan semasa beliau dipenjarakan pada zaman Tun.", "Anwar menghabiskan hukuman itu tanpa ada pengampunan dan status sebagai bekas bandauan masih lagi terpalit.", "YB Saifuddin patut bertanya kepada Tun Mahathir, adalah Anwar merupakan Tahanan Politik, dan bukan seorang penjenayah yang sudah dipenjarakan.", "“Telajak Perahu Boleh diundur, telajak kata, sampai mati di Internet”", "Sejarah dan rakaman Video menjadi lipatan sejarah kepada ramai tokoh politik tidak boleh lari dari percakapan mereka.", "Yang menuduh Anwar melakukan Jenayah bukan hanya Mahkamah, ianya turut dirakamkan dengan kata-kata yang keluar dari mulut pemimpin sekutunya.", "“Anwar Ibrahim mesti bertaubat” – Karal Singh", "“Al-Juburi” – Mat Sabu", "Ada banyak lagi perkataan yang dikeluarkan.", "Malah Pemimpin PH juga pernah mengutarakan ungkapan kepada Tun Mahathir.", "“Mahathir, Bapak Perompak Negara” – Mat Sabu", "“Tapi tahun ini ada satu anak muda lebih kaya dari Vincent Tan, siapa orang itu, Mokzani Mahathir waa” – Lim Guan Eng.", "Kita sebagai rakyat melihat dan mendengar lakonan mereka, setiap mereka ini ibarat tidak punyai dosa kepada kata-kata mereka.", "Mereka menuduh sesama sendiri dan malah sanggup memenjarakan rakan-rakan mereka demi mendapat kuasa.", "Dan yang paling tragis dalam Sejarah Politik Malaysia, Mahathir yang memenjarakan Anwar Ibrahim yang pada awalnya nak di sumbatkan kerana Liwat, hari ini akan memberikan Jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.", "Itu sebab semua rakyat keliru, dan semakin tidak percaya bahawa adakah mereka mahu Bekas Banduan untuk memimpin mereka, dan lebih pelik lagi, yang nak beri itu, orang yang memenjarakan beliau.", "Benarlah apabila Tok Mat Hassan berkata “Mahadhir tidak akan beri pada Anwar”", "Razlan Rafii\nNaib Ketua UMNO Bahagian Seputeh" ]
https://umno-online.my/2019/05/11/umno-73-tahun-bangsa-kini-diuji-dihina-dipermainkan-ayuh-bersatu/
[ "11 Mei 2019, maka genaplah ulang tahun yang Ke-73 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, (PEKEMBAR) atau (UMNO).", "Penubuhan UMNO pada tahun 1946 di Istana Besar Johor, Johor Bahru, Johor ialah hasil dari berlangsungnya Kongres Pertama Kebangkitan Bangsa Melayu yang di anjurkan oleh Datuk Sir Onn Bin Jaafar, yang ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat, Johor.", "Kongres tersebut berlangsung selama 4 hari mulai 1 Mac sehingga 4 Mac 1946 bertempat di Dewan yang penuh bersejarah iaitu Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah merumuskan penubuhan sebuah Wadah dan Institusi Keramat dan Berdaulat Bangsa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau UMNO dengan Cogankata Perkasa iaitu Hidup Melayu Bersatu Hati.", "Datuk Sir Onn Bin Jaafar adalah Wira Terbilang Bangsa Melayu dan Bapak Nasionalis Melayu serta Tokoh Pengaman dan Penyelamat Bangsa.\n\nSungguhpun Datuk Sir Onn Bin Jaafar dalam tempoh yang singkat iaitu selama 5 tahun memimpin UMNO dan meninggalkan UMNO dengan alasan berpegang teguh kepada prinsipnya sendiri, namun Parti Keramat yang diasaskan oleh Datuk Sir Onn Bin Jaafar dengan cogankata keramat “Bersatu Hati Menentang Malayan Union” telah berjaya mengembalikan semula kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja-Raja Pemerintah di Negeri masing-masing dan meletakkan semula ketinggian maruah Bangsa Melayu di Tanahairnya sendiri dengan merobohkan Malayan Union dan mendirikan Kerajaan Pesekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948.", "Wadah keramat ini iaitu PEKEMBAR/UMNO dengan seruan Bersatu Hati dan Ikatan Perpaduan Bangsa Melayu yang kukuh meneruskan perjuangannya untuk menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu dibawah pimpinan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj seorang anak Raja yang berjiwa rakyat telah berjaya menghalau keluar penjajah berdebah dan keparat dari Tanah Melayu yang berdaulat dan Tanah Melayu telah mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.", "Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Bapak Kemerdekaan Malaysia yang di hormati, di sayangi dan yang diabadikan dalam hati.", "Marilah kita Bangsa Melayu sebagai pewaris di Tanahair yang tercinta ini merakamkan kenangan kita mengenai detik sejarah yang diperjuangkan oleh Pahlawan-Pahlawan dan Pejuang-Pejuang Kemerdekaan Tanahair kita sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Yang Ke-73 dan berdoa semoga Pejuang-Pejuang Tanahair yang telah berpulang ke Rahmatullah Taala semoga dilimpah rahmat oleh Allah SWT dan dihimpunkan bersama-sama para Syuhada dan Solihin. Aamin, AL-FATIHAH", "UMNO adalah Parti Keramat Bangsa Melayu yang telah berjasa untuk mengembalikan semula Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menebus semula Maruah Bangsa Melayu dari tipu helah penjajah Inggeris.", "UMNO telah juga berjasa untuk mempelawa Kaum Cina menerusi Malaysian Chinese Association (MCA) dan Kaum India menerusi Malaysian Indian Congress (MIC) untuk turut terlibat dalam Politik Tanahair dibawah Parti Perikatan untuk dibawa runding bagi mencapai Kemerdekaan Negara.", "Dengan perundingan Pemimpin-Pemimpin UMNO, MCA dan MIC atas sikap tolak ansur dan khasnya kemurahan hati orang-orang Melayu telah merelakan untuk menganugerah kerakyatan kepada kaum Cina dan kaum India iaitu “Jus Suli” yang menjadi salah satu persetujuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.\n\nMaka amat wajarlah tiap-tiap seorang Rakyat Malaysia khasnya Melayu, Cina dan India, menghormati dan menghargai jasa-jasa UMNO ini. Justeru seterusnya memelihara dan mempertahankan UMNO yang telah memberi nikmat kejayaan dalam serba serbi bidang serta dapat hidup bertoleransi selama 62 tahun Kemerdekaan Tanahair kita yang tercinta ini.", "Kita berasa amat sedih dan kesal bahawa kebelakangan ini Parti Keramat Bangsa Melayu ini sedang terancam bukan sahaja dari kalangan orang-orang Melayu sendiri bahkan juga dari bukan Melayu yang telah menerima nikmat dan segala faedah serta hasil yang diperjuangkan oleh UMNO akibat dari tindak tanduk sebahagian dari Pemimpin-Pemimpin UMNO.", "Bahawa sedarlah UMNO tidak berdosa. Maka amat tidak wajarlah UMNO dikutuk dan dikecam akibat dari tindak tanduk segelintir Pemimpin-Pemimpin UMNO.\n\nBahawa kecaman dan kutukan kepada UMNO dianggap sebagai tidak kenang budi jasa UMNO yang dianggap sebagai “Ibu Kandung” kepada Bangsa Malay, Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.", "Oleh yang demikian sempena menyambut ulang tahun yang ke-73 UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia hendaklah sentiasa kenang, hargai dan hormati UMNO.", "Oleh itu marilah kita khasnya Bangsa Malayu mengukuhkan perpaduan sesama kita. Bangsa Melayu kini diuji, dihina, dan dipermainkan atas sebab perpecahan sesama kita. Cukuplah perpecahan yang telah berlaku yang menjadikan kita serpihan kecil yang mungkin akan hilang kedaulatan dan kekuatan serta maruah bangsa Melayu.", "Marilah kita bangsa Melayu khasnya, sempena meyambut ulang tahun yang ke-73 UMNO sebagai wadah bangsa dan parti keramat Melayu sentiasa mengamalkan sifat kasih sayang, hormat menghormati serta eratkan semula perpaduan bangsa Melayu untuk masa depan yang lebih bahagia, lebih sejahtera, lebih aman dan lebih makmur demi kepentingan anak cucu dan warisan kita di Negara Malaysia yang tercinta. Amin", "Wassalam", "Yang Ikhlas\nTan Sri Dato’Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff\nAhli Veteran UMNO ", "Tokoh Anugerah Melayu Terbilang 2017\nPresiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)\nSabtu, 11 Mei 2019 / 6 Ramahan 1440H" ]
https://umno-online.my/2019/05/10/setahun-pakatan-harapan-365-kegagalan/
[ "1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN.", "2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.", "3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019.", "4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia.", "5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.", "6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019", "7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.", "8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.", "9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg", "10. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei.", "11. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.", "12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.", "13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.", "14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.", "15. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018.\n\n16. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.", "17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.", "18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.", "19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri", "20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB", "21. Keengganan kerajaan Pakatan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyemak semula rangkaian kompleks GLCs yang berpotensi membawa kepada amalan ‘penaungan selektif’.", "22. Langkah menerima bekas ahli parlimen UMNO secara besar-besaran menimbulkan kecurigaan terhadap komitmen PM terhadap agenda reformasi institusi.", "23. Pelantikan Ronald Kiandee yang menyertai Parti Bersatu sebagai Pengerusi PAC sebelum digantikan menimbulkan persoalan mengenai komitmen Pakatan kepada reformasi.", "24. Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR) digesa diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, selari janji ke-16 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dirangka ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.", "25. Projek ECRL dikurangkan RM21 bilion melalui perubahan jajaran dan jumlah stesen, tidak dikurangkan RM30 bilion seperti mana dakwaan hutang 1MDB dahulu.", "26. Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan kekalkan kontrak rundingan terus kepada IWH-CREC, bercanggah dengan prinsip tender terbuka Pakatan.", "27. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan, malah saiz kakitangan awam juga ingin dikurangkan", "28. Kecurigaan melampau kepada kesetiaan penjawat awam.", "29. Pengakuan Tun Daim bahawa ramai Menteri lantikan Tun M berpatah arang berkerat rotan dengan birokrat dan PTD, mengakibatkan dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan kucar-kacir.", "30. Kepakaran birokrat dan PTD kurang dimanfaatkan, sebaliknya nasihat mereka dipinggirkan dek kegopohan Menteri lantikan Tun M melakukan perubahan semata-mata demi dilihat melakukan perubahan tanpa pertimbangan pakar.", "31. Isu sijil akademik palsu dan cubaan menutup pembohongan oleh sebahagian menteri.", "32. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.", "33. Tiada fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya). Terperangkap dengan pemikiran ekonomi abad ke-20", "34. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara di luar negara.", "35. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?", "36. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura", "37. ‘U-Turn ECRL’, sekejap batal, sekejap tidak, telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China untuk tempoh 10 bulan lamanya.", "38. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar.", "39. MRT2 perlu dirunding kembali susulan penerusan projek Bandar Malaysia. Satu lagi ‘U-turn’.", "40. Amalan ‘bulldozer’ rang undang-undang di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.", "41. Soalan pertama Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas pada bulan Oktober lalu bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH? Jika ia prejudis, mengapa PH boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu?", "42. Soalan kedua Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain? Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC.", "43. Soalan ketiga Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020?", "44. Soalan keempat Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?", "45. Kos jutaan ringgit selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi", "46. Kerajaan lebih memfokus kepada kereta nasional ke-3 berbanding membangunkan pengangkutan awam moden untuk Greater KL dan negeri-negeri lain.", "47. Tidak cukup dengan Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai, kini fokus pula kepada usaha untuk kembalikan perlumbaan mahal F1 ke Malaysia.", "48. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, sedangkan telah ‘memerah’ RM80 bilion daripada Petronas untuk tahun 2018 sahaja.", "49. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan", "50. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat", "51. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik", "52. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat", "53. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud", "54. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi", "55. Tiada penjelasan mantap dalam penyelesaian kes Banglo Lim Guan Eng", "56. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas, tetapi kini sunyi sepi", "57. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM, hingga kini kes sunyi sepi", "58. Lemah dalam menyiasat laporan mendakwa syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang setuju untuk memberi 10% kepentingan dalam syarikat mereka kepada seorang menteri DAP untuk menerima projek mega yang akhirnya akan bernilai berpuluh bilion. Pemimpin DAP berjanji untuk menganugerahkan projek berbilion ringgit ini kepada syarikat konsesi terbabit sebelum tender yang kononnya tender terbuka dilaksanakan.", "59. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun & China, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci Bon Samurai dan Bon Panda.", "60. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan Pakatan hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab.", "61. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah", "62. Keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta dengan jujur, bukannya dengan manipulasi definisi istilah aset tertentu.", "63. Kewujudan golongan ‘establishment’ di balik tabir yang terlalu berpengaruh mendobrak fabrik institusi tradisi Melayu-Islam di Malaysia.", "64. Jabatan Perangkaan Negara telah mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) yang dikumpul untuk bulan Disember 2018, memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada jangkamasa yang akan datang ataupun “leading indicator”, menunjukkan indeks ini telah susut bagi tempoh 7 dari 8 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei sehingga Disember berbanding indeks yang semakin naik sebelum itu. Ini menunjukkan angka negatif untuk 6 bulan berturut-turut.", "65. SST telah menyebabkan kos naik 10 peratus.", "66. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion pendapatan.", "67. SST tidak mampu mengelakkan ketirisan dan penipuan cukai.", "68. Peruntukan kepada Kementerian Kewangan melonjak dengan berganda daripada RM38.1 bilion pada 2018 kepada RM68.4 bilion dalam bajet 2019 sedangkan kementerian-kementerian lain seperti Pertanian, Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, dan Perumahan dikurangkan.", "69. Menteri menuduh kerjasama PAS-UMNO sebagai ‘perang ke atas bukan Melayu dan bukan Islam’.", "70. Menteri Kewangan tiada sijil akauntan bertauliah (chartered accountant) dari Australia.", "71. Keputusan berkenaan cermin kenderaan gelap tidak dirunding dengan pihak berkuasa yang lain seperti polis.", "72. Silap besar sifatkan matrikulasi sebagai ‘pintu belakang’ untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera masuk universiti.", "73. Dahulu sifatkan pekerjaan pemandu Grab dan Uber serta 3D sebagai ‘tidak membanggakan’, kini menyeru anak-anak muda memilih sektor 3D dan jangan memilih kerja.", "74. Menyerang isu hutang kerajaan negeri Kelantan dengan amat tidak matang, terlalu emosional dan tidak rasional sama sekali.", "75. Menyerang isu hutang kerajaan negeri Pahang dengan amat tidak matang, terlalu emosional dan tidak rasional sama sekali.", "76. Menyerang Tengku Mahkota Johor sebagai ‘budak kecil yang bodoh’.", "77. Menyuruh Tengku Mahkota Johor tutup mulut.", "78. Khazanah luluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu akan tuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.", "79. Menteri Pertahanan tidak cekap atasi isu sujud di atas batu Karbala – boleh dilapik kain seperti mana pemimpin lain lakukan, atau tidak perlu solat di belakang Imam Syiah sama sekali.", "80. Menteri Kewangan Salah titik perpuluhan.", "81. Kontroversi penghapusan pencen penjawat awam tidak ditangani dengan cekap", "82. Langkah pengurangan kakitangan awam sedang digerakkan.", "83. Seruan Menteri Industri Utama supaya minum minyak sawit tidak bijak untuk lonjakkan eksport minyak sawit negara.", "84. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang melampau (dan menghina) iaitu 27 sen sehari", "85. Bajet 2019 silap kerana mengunjurkan harga minyak dunia pada tahap US$70 sedangkan hingga Mac 2019 pun harga minyak dunia masih tidak sampai ke tahap seperti yang diunjurkan. Akibatnya “compounded effect” memberi kesan kepada pelaksanaan kerajaan.", "86. Retorik penjawat awam ‘membebankan’ sangat kurang cermat dan memberi impak negatif kepada motivasi dan moral jentera pentadbiran negara.", "87. Dulu kos projek LRT3 ialah RM9 bilion di bawah BN sebelum Lim Guan Eng naikkan menjadi kos RM31 bilion dan kemudiannya “berjaya” turunkan kos menjadi RM16 bilion.", "88. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’", "89. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan.", "90. Pelaksanaan Bantuan Sara Hidup (BSH) lebih bermasalah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah sekadar menggunapakai data BR1M", "91. Skim insurans B40 (yang kini diberi nama MySalam) menyaksikan kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar (Great Eastern) untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion.", "92. Ada cara lebih baik untuk mengumpul dana melalui bon kerajaan, cara REIT PH akan menyebabkan kerajaan rugi besar untuk bertahun-tahun dan cuma akan memanfaatkan sesetengah golongan (kroni) sahaja.", "93. Lim Guan Eng umum syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan Ketua Polis Negara ke Turki.", "94. Cadangan pemansuhan tol 11 malam hingga 5 pagi yang bercelaru dari segi pengumuman dan meragukan dari segi\nketelusan.", "95. Cadangan caj kesesakan agak kurang komprehensif dari segi impak positifnya.", "96. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’", "97. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’", "98. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin", "99. Insurans wajib masih samar buat golongan B40.", "100. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.", "101. Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017.", "102. Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu.", "103. Syarikat Boustead Holdings milik LTAT juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta untuk tahun 2017.", "104. Keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya. Tetapi malangnya, kerajaan PH jual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion.", "105. Ogos 2018, Khazanah jual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort – RM1.25 bilion.", "106. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.", "107. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.", "108. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.", "109. DRB-Hicom jual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.", "110. PH sering memberi alasan bahawa aset-aset FELDA perlu dijual untuk membayar hutang FELDA RM8 bilion. Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan – iaitu tidak jauh berbanding kos pengeluaran FELDA di persekitaran RM1,800 satu tan. Oleh kerana FELDA ada kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran wang tunai FELDA terjejas.", "111. Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu disebut-sebut oleh Pakatan sebagai telah ‘dirompak’ oleh BN sebenarnya dipinjam semula kepada para peneroka FELDA sendiri.", "112. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh Najib dijual oleh PH.", "113. Projek TRX yang dituduh sebagai beban kepada negara pada era BN kini dianggap sebagai antara aset utama kerajaan.", "114. Khazanah juga telah bersedia untuk menjual pegangan mereka di dalam Bank CIMB, syarikat telekomunikasi Axiata, UEM Edgenta dan UEM Sunrise", "115. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.", "116. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.", "117. April 2019, Axiata di bawah Pakatan jual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.", "118. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA masih tidak dihapuskan sama sekali", "119. Mengikut data rasmi Kementerian Pertanian, harga telur ayam terus naik. Sebelum PRU14, harga di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga gred C 24 sen. Tetapi harga telur gred AAA di ladang pada Februari 2019 sudah naik 59.2% sehingga 43 sen.", "120. Harga telur gred C naik 67% kepada 40 sen.", "121. Menteri mendakwa boleh minum air terus dari paip.", "122. Menteri sekadar melontarkan idea dengan mudah (contohnya nelayan perlu menanam nenas di belakang rumah) tanpa kajian rapi dan terperinci", "123. Masih tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan ‘keselamatan makanan negara’ (Food Security).", "124. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan", "125. Universiti Pertanian dicadang sedangkan UPM sudah lama wujud", "126. Pelantikan Faiz Fadzil yang tiada pengalaman sama sekali untuk terajui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), masih tiada pencapaian yang membanggakan.", "127. LKIM tidak berjiwa besar dalam merundingkan isu penahanan bot pukat tunda dengan pihak kerajaan negeri seperti kes Terengganu.", "128. Janji 30% wanita dalam kabinet tidak ditepati", "129. Kecekapan pelaksanaan KWSP Suri Rumah agak mengecewakan", "130. Kurang cekap menangani isu perkahwinan bawah umur", "131. Tidak efisien dalam menjelaskan isu khitan anak perempuan", "132. Tidak cekap menangani isu projek RTS dan tanah Sultan Johor di Bukit Chagar.", "133. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (Special Task Force for Anti-vice, Gaming and Gangsterism STAGG)", "134. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Special Task Force on Organised Crime STAFOC)", "135. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Special Tactical Intelligence Narcotics Group STING)", "136. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategori dan kes berbeza. Pengkritik mempersoalkan kenapa perkara ini melibatkan sejumlah pemohon yang sebegitu ramai dan gusar mereka akan mempengaruhi pola pengundian pada PRU akan datang.", "137. Proses untuk menangkap Jho Low terlalu perlahan, hingga menimbulkan keraguan terhadap komitmen kerajaan", "138. Pertembungan dengan istana Johor tentang isu pelantikan Menteri Besar Johor.", "139. Pertembungan dengan istana Johor tentang isu rombakan EXCO kerajaan negeri Johor.", "140. Tiada perkembangan terkini kes pembunuhan Imam muda Palestin, Dr. Fadi Al-Batsh oleh ejen Zionis di Malaysia tahun lalu.", "141. Tiada program dan data khusus untuk membezakan prestasi penurunan kadar jenayah di bawah Pakatan berbanding di bawah BN sebelumnya", "142. Peruntukan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dalam bajet 2019 dikurangkan sebesar RM2 bilion berbanding tahun 2018.", "143. Tidak layak dipimpin Mat Sabu yang tiada pengetahuan selok-belok pertahanan dan dunia ketenteraan sama sekali.", "144. Lemah dan bisu dalam berhadapan dengan reaksi agresif Singapura yang menggugat had pelabuhan Johor berhampiran perairan Tuas. Jauh berbeza dengan Menteri Pertahanan Singapura yang berdegar-degar mengeluarkan ancaman keras.", "145. Timbalan Menteri Liew Chin Tong terlalu mesra Singapura, banyak program dengan pihak Singapura, hinggakan bisu untuk mengkritik sikap agresif Singapura menceroboh had pelabuhan Johor di perairan Tuas kita.", "146. Menteri Pertahanan tidak cermat dan terpaksa U-Turn dengan menarik balik kenyataan berkenaan isu penjualan hotel Royale Chulan kepada Singapura.", "147. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi", "148. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian", "149. Lembab dalam keputusan dan proses pembelian pesawat tempur Multirole Combat Aircraft (MRCA)", "150. Cita-cita Menteri Mat Sabu untuk mengeluarkan pesawat tempur buatan Malaysia pada 2030 masih belum diperjelaskan dengan teliti", "151. Lembab dalam keputusan dan proses pembelian Multirole Support Ship (MRSS).", "152. Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2019) kurang tarikan", "153. Laporan kemungkinan pemerolehan aset dengan Iran menjejaskan prospek pemerolehan aset kita dengan negara seteru Tehran seperti Kuwait.", "154. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu dielakkan pada masa hadapan", "155. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib diambil serius, tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar – strategi yang ampuh perlu dirangka segera.", "156. Kerajaan Pakatan juga meneruskan latihan bersama Tentera Laut China di Selat Melaka mulai 20 Oktober 2018 di saat berita penahanan besar-besaran umat Islam Uighur tersebar di seluruh dunia.", "157. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.", "158. Tiada susulan perkembangan lawatan Menteri Pertahanan ke Turki.", "159. Menteri Pertahanan ‘syok sendiri’ umumkan penganjuran LIMA 2019 sebagai ‘yang terbaik dalam sejarah’.", "160. Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang telah meniliti semua urus niaga tukar tanah (land swap) melibatkan Kementerian Pertahanan dan mengeluarkan laporan bahawa terdapat keraguan di dalam 16 projek berlainan dengan syarikat-syarikat berbeza sejak tahun 1997 yang melibatkan 1,187 hektar (2,933) ekar tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion, tetapi tidak jelaskan kepada rakyat perincian termasuklah berapa banyak ia dilakukan ketika era Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "161. Peruntukan kepada sekolah dan kolej swasta Cina berbanding kepada sekolah-sekolah luar bandar yang jauh lebih memerlukan", "162. Pengecualian PTPTN Zaman BN: Automatik dapat pengecualian bagi pelajar cemerlang Kelas Pertama, Zaman PH: Kena merayu untuk pengecualian PTPTN.", "163. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi diulangi", "164. Timbalan Menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding Menteri", "165. Tiada penjelasan tuntas berkenaan isu keutamaan ahli IKRAM dalam lantikan posisi berkaitan Kementerian tertentu.", "166. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan intelektual awam.", "167. Cubaan menghapuskan dominasi Melayu Islam dalam silibus Sejarah wajib diperangi", "168. Seramai 12,000 orang pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan.", "169. Mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka Lara’ belum komprehensif", "170. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.", "171. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib dihentikan dan pelan pembayaran yang lebih manusiawi perlu dibentangkan segera.", "172. Pada April 2019 baru PTPTN cuba untuk mendapatkan pandangan awam tentang kaedah terbaik bagi mengutip hutang pelajar.", "173. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur", "174. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak jelas kelihatan, kuasa lantikan masih berkisar di tangan Menteri.", "175. Cubaan menyiasat salah urus kementerian bertukar menjadi ‘serangan’ kepada Tan Sri Muhyiddin yang merupakan bekas Menteri Pelajaran", "176. Polemik Menteri Pendidikan menjawat jawatan Presiden UIA meskipun didesak hebat perlu dielakkan.", "177. Tiada koordinasi dengan Menteri Kesihatan untuk isu murid tidak divaksin", "178. Menteri jadikan Oxford sebagai ‘contoh’ pendidikan, timbul persoalan jati diri untuk bangunkan dan perkasakan model tempatan.", "179. Pertukaran nama daripada PERMATA kepada GENIUS tidak perlu.", "180. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada RM8.5 bilion pada 2018 kepada RM8.4 bilion dalam bajet 2019.", "181. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja dalam masa yang berbeza dengan agihan negeri pembangkang", "182. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd.Harun turun berprogram ketika menjelang PRK Semenyih", "183. Membuat dua lantikan politik dalam MARA", "184. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini.", "185. Menteri menyebut ‘malu’ dengan Kampung Baru yang majoritinya dihuni orang Melayu di tengah-tengah ibu kota.", "186. Menteri cuba mengubah demografi Kampung Baru dengan keperluan dana sebesar RM10 bilion.", "187. Pemilihan Doraemon untuk dipamerkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 menganaktiri kartun tempatan.", "188. Timbalan Menteri ‘difitnah’ memilik ijazah.", "189. Timbalan Menteri silap besar menuduh Imam Jaafar ahlul bait sebagai pengamal Syiah.", "190. Menteri Perumahan memuji ‘precast technology’ ala-blok LEGO dalam pembinaan rumah di Singapura sedangkan banyak pemaju di Malaysia juga sudah menggunakan teknologi yang sama", "191. Masih tiada program konkrit untuk isu perumahan anak muda.", "192. Harga rumah masih tidak diturunkan dengan agresif.", "193. Masih tiada program konkrit untuk isu perumahan golongan M40.", "194. Masih tiada kata putus yang jelas berkenaan status 700,000 pemilikan asing di Forest City, Johor.", "195. Tiada kerelevanan apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula yang keluarkan kenyataan tentang kilang vaksin di Negeri Sembilan.", "196. Fuziah Salleh mendakwa Zuraida Kamaruddin menyalahguna kuasa beliau sebagai menteri dengan memberi arahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengadakan pemilihan parti di Bandar Tun Razak", "197. Pengenalan AWAS tidak dilaksanakan dengan cermat bagi menunjukkan perbezaannya dengan AES yang dituduh ‘zalim’ ketika era BN.", "198. Malah jumlah kamera AES (AWAS) ada dirancang untuk ditambah, bukannya dihapuskan seperti yang dituntut ketika masih menjadi pembangkang.", "199. Kamera AWAS kini digambarkan sebagai menepati Maqasid Syariah.", "200. Pertembungan Menteri Pengangkutan dengan PDRM kerana ingin menghapuskan diskaun saman trafik sedangkan bagi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman PDRM, langkah sedemikian akan mengurangkan kutipan dengan mendadak malah tidak akan dapat mengumpul hasil saman", "201. Langkah simplistik menaikkan had laju kenderaan", "202. Usaha ‘diplomasi kereta api’ dengan China bagi menjadikan Malaysia hab pemasangan kereta api di ASEAN masih kabur.", "203. Wujud panduan kandungan liputan/ siaran bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas bersikap partisan.", "204. Panduan ‘Liputan’ RTM mesti pro Kerajaan Persekutuan.", "205. ‘Tetamu’ RTM mesti ‘selari dengan aspirasi kerajaan Persekutuan’.", "206. Tokoh-tokoh agama/akademik/pakar rujuk yang ingin dijemput RTM hendaklah selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan.", "207. Program RTM di lokasi tidak melibatkan wakil politik kecuali yang memihak kerajaan Persekutuan.", "208. RTM Tidak dibenarkan terlibat dengan program kerajaan negeri pembangkang.", "209. Pegawai RTM tidak dibenarkan menjadi emcee bagi acara kerajaan/agensi negeri pembangkang sama ada secara percuma mahu pun secara berbayar.", "210. Penajaan dan sumbangan daripada kerajaan pembangkang tidak dibenarkan kepada RTM.", "211. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro", "212. Syarikat Singapura Great Eastern akan diberi akses kepada segala butiran peribadi untuk semua rakyat Malaysia di dalam golongan B40 di Malaysia iaitu dari pangkalan data (database) iaitu 3.7 juta orang.", "213. Menteri Usahawan tidak mengetahui beza model dengan prototaip.", "214. Silap besar pemahaman beza antara ‘kereta terbang’ dengan dron mahu pun ‘air mobility’.", "215. Sekatan kepada para pendakwah dan penceramah yang tidak pro-Pakatan", "216. Persatuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 30 ribu orang akan hilang kerja pada 2019, berbanding sekitar 21 ribu orang pada 2018", "217. Menyifatkan gaji minimum RM1100 ‘terlalu tinggi’ untuk sesetengah sektor", "218. Gaji minimum tidak serius diperkasakan", "219. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga asing", "220. Tiada impak nyata akan prestasi kementerian dalam menurunkan kadar pengangguran", "221. Tiada inisiatif yang agresif sama sekali untuk hapuskan diskriminasi syarikat-syarikat yang hanya mengambil pekerja berbahasa Mandarin dan pekerja Cina sahaja", "222. Harga ubat masih mahal, diakui Menteri sendiri", "223. Tiada data konkrit dan terperinci mengenai harga ubat yang diturunkan dengan signifikan di bawah Pakatan", "224. Klinik komuniti ada yang ditutup", "225. 34 Klinik 1Malaysia dilaporkan ditutup.", "226. Kontroversi kenaikan Caj konsultasi klinik swasta", "227. Tidak cekap tangani golongan anti-vaksin", "228. Isu menunggu lama untuk menjalani latihan siswazah (housemanship)", "229. Isu tempoh menunggu pesakit di hospital belum ditangani dengan serius", "230. Sasaran mencapai nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2030 belum disertai pelan komprehensif.", "231. Isu kebajikan serta beban kerja kakitangan profesional perubatan perlu diberi perhatian serius.", "232. Kakitangan SPAD ditawarkan gaji dan gred yang lebih rendah daripada sebelumnya oleh Kementerian Pengangkutan", "233. Menteri Belia gagal memutarbelit hakikat bahawa kakitangan SPAD ditawarkan gaji dan gred yang lebih rendah daripada sebelumnya oleh Kementerian Pengangkutan.", "234. Usaha anjurkan konsert mungkar Kpop BTS yang tidak membangunkan jati diri anak-anak muda di Malaysia.", "235. Penganjuran Konsert BTS ini bakal mencetus konsert-konsert mungkar yang lain sebagai susulan.", "236. Pengisytiharan Mufti Perlis bahawa Islam terancam bawah kerajaan Pakatan.", "237. Perang terbuka Perdana Menteri dengan Mufti Perlis yang disifatkan sebagai pekak.", "238. Tiada proses penyertaan inklusif semua pihak dalam penggubalan program Malaysian Future Leaders School (MFLS) bagi menggantikan BTN dan PLKN. Terdedah kepada prospek perkaderan Parti Bersatu.", "239. Peruntukan KBS dipotong daripada RM1.3 bilion kepada RM1 bilion dalam bajet 2019.\n240. Menukar 1M4U kepada IMPAK", "241. Tindakan tidak cerdik mendedahkan gaji Lim Teong Kim sedangkan itulah harga untuk kualiti jurulatih professional bertaraf dunia", "242. Isu prioriti dan masalah pelaksanaan promosi barangan & perkhidmatan usahawan muda oleh Menteri Belia dan Sukan (Hausbaum).\n243. Kontroversi latihan atlet berprestasi tinggi ke luar negara wajib diberi penilaian yang sewajarnya, tidak patut menghampakan atlet", "244. MBM dan GPMS digelar ‘Macai Politik’ sebelum Menteri menarik balik kenyataan sedemikian", "245. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja", "246. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dikurangkan daripada RM635 juta pada 2018 kepada RM520 juta dalam bajet 2019.", "247. Cadangan kereta terbang bukan untuk tujuan komersial, kurang agresif, kurang strategik.", "248. Tiada rancangan terperinci Revolusi Industri 4.0 untuk usahawan Bumiputera", "249. Tiada pembaharuan komprehensif dari segi penstrukturan TEKUN Nasional", "250. Kerajaan PH Selangor meminjam daripada kerajaan pusat PH untuk membeli SPLASH dengan harga RM2.55 bilion. Najib mengatakan ada kroni PH terlibat dalam pembelian ini dan harga belian ialah 10 kali ganda berbanding harga RM250 juta yang dinilaikan oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Oleh itu, air percuma Selangor akan dihentikan dan tarif air Selangor akan naik kerana perlu membayar balik hutang kepada kerajaan pusat.", "251. Tarif air cuba dinaikkan.", "252. Perbicaraan kes Najib Razak tidak dilakukan secara terbuka sedangkan tiada apa yang perlu diselindungkan.", "253. Lynas diteruskan sedangkan dahulu kuat menentang dengan sentimen ketika menjadi pembangkang", "254. Aktiviti bauksit diteruskan sedangkan dahulu dikecam hebat ketika masih menjadi pembangkang", "255. Jumlah penurunan harga barangan sangat kecil, diakui Menteri sendiri tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.", "256. Harga makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera berterusan melambung, diakui Menteri sendiri", "257. 10 ribu restoran mamak menaikkan harga makanan dan minuman, didedahkan Menteri sendiri", "258. Menteri Datuk Saifuddin Nasution tiada idea hinggakan terpaksa mohon bantuan Najib Razak untuk tangani kenaikan harga barang pada Januari 2019", "259. KPDNHEP gagal mengetengahkan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu", "260. Ambil jalan mudah salahkan kos-kos lain yang mengakibatkan kenaikan kos sara hidup rakyat iaitu kos ‘perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, dan kesihatan’.", "261. Dahulu Pakatan bantah SOSMA, kini meneruskan SOSMA", "262. Dahulu Pakatan bantah Akta Hasutan, kini sebaliknya diteruskan", "263. Dahulu Pakatan bantah Akta POCA, kini sebaliknya diteruskan", "264. Dahulu Pakatan bantah Akta POTA, kini sebaliknya diteruskan", "265. Dahulu Pakatan bantah Akta Majlis Keselamatan Negara, kini sebaliknya diteruskan.", "266. Isu 18 perkara berkaitan Projek Tambakan Laut Pulau Pinang yang dirujuk ke Majlis Tanah Negara.", "267. Peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya dipotong daripada RM7.7 bilion (2018) kepada RM7.1 bilion dalam bajet 2019.", "268. Menangguhkan janji menghapuskan tol lebuh raya memandangkan langkah itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan melebihi RM400 bilion.", "269. Isu kos pembinaan Lebuh Raya Pan Island Link (PIL 1) Pulau Pinang.", "270. Menteri Luar membuka ‘kotak Pandora’ dengan cuba menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia", "271. Tidak cermat dan tidak cekap dalam memahami bahaya ICERD ke atas kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera", "272. Lemah dalam memahami ancaman Statut Rom ke atas kuasa dan kedaulatan negara daripada ancaman puak pemisah.", "273. Sikap konfrontasi terhadap 4 pensyarah dalam isu Statut Rom bercanggah dengan semangat kebebasan akademik.", "274. Serangan terbuka kepada Istana Johor dalam isu ‘U-turn’ Statut Rom adalah tidak perlu kerana ia sepenuhnya keputusan di tangan Perdana Menteri.", "275. Apologetik dalam berhadapan dengan reaksi agresif Singapura yang menggugat had pelabuhan Johor berhampiran perairan Tuas.", "276. Visi Malaysia dalam ASEAN dan OIC setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu", "277. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan diulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air.", "278. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China, sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik", "279. Tan Kok Wai pula melantik ‘bekas ahli DAP’ Hew sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) – satu jawatan yang juga dibayar dengan wang Rakyat. Pelantikan Hew jelas ialah satu lagi lantikan politik walaupun manifesto PH telah berjanji untuk tidak akan ada sebarang lantikan politik.", "280. Hew pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Laut China Selatan adalah milik negara China, tidak layak dilatik sebagai Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC)", "281. Timbalan Menteri Luar yang terang-terang memanipulasi sijil tidak diiktiraf Cambridge yang tidak wujud di Amerika, sedangkan sepatutnya Cambridge di UK.", "282. Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah tidak cermat, mengherdik dua negara (yang dikatakan Amerika dan Arab Saudi) di Twitter sebelum memadamnya", "283. Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa ekspot minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan September 2018. Jumlah ekspot minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari ekspot 690 ribu tan pada tempoh yang sama pada tahun 2017.", "284. Tahun 2017 harga rasmi buah tandan segar (BTS) sawit gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM349 se tan pada awal November 2018 dan kemudiannya jatuh lagi kepada RM311 satu tan pada pertengahan November 2018.", "285. Cukup bermasalah dengan cadangan semberono peladang sawit gantikan dengan buluh tanpa sebarang kajian terperinci dan mendalam", "286. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China, hinggakan China terlebih dahulu membeli sawit Indonesia secara tanpa had", "287. Dari segi pendekatan lobi minyak sawit terhadap Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih ‘klise’, tiada yang boleh dibanggakan.", "288. Eksport negara merosot sebanyak 0.5% pada Mac 2019.", "289. Sibuk menukar nama Pusat Transformasi Desa (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa (PKD).", "290. Menteri Wilayah gagal dalam pengurusan bazar Ramadan Jalan TAR.", "291. Negara kita telah menjadi “sole loser”, Bank Negara terpaksa menurunkan kadar faedah dalam masa yang sama Amerika menaikkan kadar faedah mereka.", "292. Tindakan menurunkan kadar faedah ketika Amerika menaikkan kadar mereka telah mengakibatkan tekanan kepada Ringgit Malaysia kerana jurang perbezaan kadar faedah kita dengan Amerika Syarikat sudah terlalu dekat.", "293. Usaha menukar nama Kedai Rakyat 1Malaysia kepada Kedai Harapan yang hakikatnya bukan keperluan.", "294. Penoreh getah belum dibantu dengan agresif dan komprehensif.", "295. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif", "296. Kempen Sayangi Sawitku yang tidak berimpak tinggi sama sekali dan tiada hala tuju yang komprehensif", "297. Menteri Teresa Kok tidak layak, tidak memiliki latar kepakaran sama sekali untuk menerajui kementerian Industri Utama", "298. Tenaga Nasional mengumumkan kerugian untuk suku ke-4 tahun 2018. Walaupun telah naikkan tarif elektrik pada 1 Julai 2018, TNB rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018 berbanding untung RM1.72 bilion pada suku yang sama tahun 2017.", "299. Surcaj elektrik untuk semua pengguna komersial telah dinaikkan. Surcaj ini telah hampir berganda dari 1.35 sen/kWj kepada 2.55 sen/kWj.", "300. Kenaikan surcaj elektrik bermaksud bil elektrik untuk semua pengguna ini akan naik sehingga 5.3%.", "301. Setakat ini sudah dua kali kenaikan surcaj elektrik selepas Pakatan menjadi kerajaan: pertama kali pada Julai 2018 dengan surcaj 1.35 sen/kWj atau kenaikan bil elektrik sehingga 6% yang telah memberi kesan kepada pengguna domestik dan bukan domestik.", "302. Isu perubahan waktu operasi UTC mengundang kemarahan rakyat", "303. Terdapat rungutan kenaikan sewa premis di UTC seperti di Labuan", "304. Dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan individu Qatar melabur RM1.6 trilion (AS$400 bilion) termasuk di Malaysia dalam projek kereta nasional ketiga", "305. Menteri Wilayah menyifatkan Himpunan Bantah ICERD sebagai boleh merosakkan Dataran Merdeka", "306. Menteri MITI tidak cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma tunggu dan lihat, tidak proaktif", "307. Pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan kejatuhan 3 kali ganda bagi suku kedua dan ketiga 2018 dengan jumlah RM6.7 bilion berbanding tempoh sama pada tahun 2017 iaitu RM20.4 bilion.", "308. Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia merosot kepada 3.1% pada tahun 2018; terendah dalam tempoh 7 tahun.", "309. Jumlah pelancong dari China ke Malaysia jatuh sebanyak 35 peratus apabila Pakatan ambil alih", "310. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, mendakwa beliau tidak memiliki harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Malah, Ahli Parlimen Silam daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu turut mengakui dirinya sebagai ‘orang miskin’ dan tidak mampu memiliki aset walaupun sebuah kereta atau rumah.", "311. Lantikan politik melampau dalam Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM)", "312. Menuduh Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut-turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun.", "313. Kecenderungan penyalahgunaan istilah ‘Maqasid Syariah’ untuk tujuan apologetik dengan ahli politik tertentu yang sememangnya rasis anti-Islam, ultra-kiasu.", "314. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’", "315. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT", "316. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput untuk sesi penerangan oleh mana-mana Menteri sama sekali. Golongan LGBT sebaliknya lebih disantuni Menteri.", "317. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah", "318. Isu kontroversi subsidi Haji rayuan dan pengiring yang tidak sepatutnya timbul.", "319. Apologetik dalam isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W.", "320. Tidak pernah menegur dengan keras golongan seperti Siti Kasim dan G25", "321. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum dirundingkan secara komprehensif", "322. Kontroversi Peguam Negara dan (bekas) Ketua Hakim Negara menari dengan Ambiga dan Siti Kasim", "323. Lembab dalam penggubalan akta pembiayaan dana politik", "324. Waythamoorthy tidak sepatutnya dilantik menjadi Menteri Perpaduan berdasarkan rekodnya.", "325. Menteri Perpaduan Silap besar apabila mempersoalkan pihak keselamatan negara secara terbuka dalam kes kuil di Seafield", "326. Menteri Perpaduan Didesak letak jawatan oleh jutaan rakyat Malaysia", "327. Boustead Plantations di bawah LTAT yang sering kali untung besar saban tahun telah mengalami kerugian selepas PRU14. Boustead Plantations untung RM620 juta pada tahun 2017 di bawah BN berbanding kerugian RM52 juta tahun 2018 di bawah Pakatan.", "328. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019.", "329. Penjualan Boustead jatuh 23.2% selepas Pakatan ambil alih Putrajaya.", "330. Tiada inisiatif perpaduan negara sama sekali.", "331. Pakar berpendapat Projek Bandar Malaysia boleh mendatangkan pulangan sekurang-kurangnya RM90 bilion jika pelan asal era BN diteruskan.", "332. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia.", "333. MOU Pakatan dengan China di mana China berjanji untuk membeli 1.9 juta tan minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang adalah berdasarkan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan BN semasa Najib Razak masih PM pada tahun 2015.", "334. Tidak telus tentang pembiayaan lawatan Anwar Ibrahim ke luar negara, adakah dibiayai wang pembayar cukai?", "335. Had harga (price cap) petrol RON95 telah dirancang untuk dihapuskan.", "336. Timbalan Menteri Kewangan Pakatan terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa hutang rasmi negara telah naik ke RM741 bilion (51.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion (50.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2017. Bertentangan dengan pendirian hutang RM1 trilion Menteri Kewangan.", "337. Cadangan ‘pemutihan’ penjawat awam untuk dibersihkan daripada bekas penyokong BN adalah melampau.", "338. Pengenalan cukai gula mulai Julai 2019.", "339. Pengenalan cukai levi pelepasan RM40 seorang.", "340. Pengenalan cukai baharu kereta import terpakai antara 20 ke 39 peratus sejak Mac 2019.", "341. Pengumuman ‘bail-out’ besar-besaran untuk Tabung Haji dan FELDA mengakibatkan syarikat penarafan antarabangsa memberi amaran untuk menurunkan penarafan kredit negara kita.", "342. Cadangan Felda beli tanah peneroka melalui proses voluntary buyout dan ubah felda jadi lading bona fide cukup menggugat kepentingan pemilikan tanah para peneroka.", "343. FGV ketika di bawah BN pada 2017 mencatatkan kenaikkan 60% dari segi keuntungan sebelum cukai kepada RM417 juta dari RM260 juta pada tahun 2016. Namun selepas PRU14, hasil jualan FGV jatuh sebanyak RM3.5 bilion lalu mengakibatkan FGV rugi RM1.07 bilion.", "344. 6,000 pekerja FGV bakal menjadi mangsa diberhentikan kerja dalam tempoh 3 tahun.", "345. Pakatan menuduh defisit RM4.1 bilion Tabung Haji berpunca daripada tindakan BN ‘terlebih bayar’ dividen kepada pendeposit. Menjerat Pakatan sendiri di mana sebelum ini wang ini dituduh sebagai telah dicuri.", "346. Keengganan Menteri Hal Ehwal Agama mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk “rompakan” RM17.8 bilion Tabung Haji membenarkan jawapan Najib Razak bahawa tiada kecurian yang berlaku.", "347. Isu kuota tambahan haji hilang tidak dijawab tuntas oleh Menteri terhadap tuduhan Najib Razak.", "348. Dalam isu pemulangan semula wang pelaburan 1MDB kepada IPIC, Kerajaan PH hanya mahu menuntut US$1.7 bilion ini melalui DOJ (Amerika Syarikat) sedangkan kerajaan BN dahulu mahu menuntut balik SEMUA US$4.5 bilion yang didakwa hilang setelah dipindah kepada IPIC atau dijamin oleh mereka.", "349. CEO FGV lantikan Pakatan sendiri akui IPO FGV bukan punca masalah FELDA.", "350. Usaha meminda Perlembagaan berkaitan Sabah dan Sarawak telah gagal di Parlimen pada 2019.", "351. Tiada konsultasi yang komprehensif dengan para pemimpin dan DUN Sabah serta Sarawak sebelum Pindaan Perlembagaan berkaitan Sabah dan Sarawak dikemukakan.", "352. Menteri Kewangan minta bajet tambahan RM19.6 bilion untuk tahun 2018 – kerana terlebih berbelanja.", "353. Menteri Kewangan silap memperkecilkan negara Sweden sebagai pusat timbang tara (arbitration center) untuk perjanjian antara Malaysia dengan China projek Belt and Road (BRI).", "354. Bantuan Bakti Negara (ketika era BN), pesara tentera diberi RM1200. Sebaliknya, Bantuan Harapan Negara oleh Pakatan dipotong kepada RM500.", "355. Laporan Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan Indeks Pelopor (Leading Index) telah susut dalam 9 dari jumlah 10 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei 2018 sehingga Februari 2019.", "356. Jumlah pinjaman domestik dan asing oleh kerajaan Pakatan untuk 3 bulan pertama tahun 2019 adalah RM36.4 bilion, jauh lebih tinggi berbanding zaman BN untuk tempoh sama (2017: RM12.9 bilion, 2016: RM11.1 bilion).", "357. 135 pekerja FELDA Engineering Services Sdn Bhd dan FELDA Properties Sdn Bhd. kehilangan pekerjaan kurang sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2019.", "358. Dalam keadaan kita memiliki agensi-agensi seperti PR1MA dan SPNB yang berpengalaman menyediakan rumah mampu milik, kini sebaliknya China diharapkan untuk bina 100 ribu rumah mampu milik.", "359. Kerajaan Pakatan merancang untuk memansuhkan PR1MA, antara pelopor projek perumahan kos rendah.", "360. Import merosot kerana ringgit lemah dan kejatuhan pasaran saham. Dari segi bulan ke bulan, ia jatuh sebanyak 3.5% pada November dan 5.4% (Disember), menaik 1.4% pada Januari sebelum merosot sebanyak 24.8% pada Februari.", "361. Bank DBS, iaitu bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon pinjaman Kerajaan Malaysia pada 1 Mei 2019.", "362. Indeks pembuatan Malaysia sekarang pada kadar paling teruk berbanding 15 negara-negara di Asia (Nikkei).", "363. Keyakinan pihak industri untuk 6 bulan pertama tahun 2019 berada pada tahap yang paling rendah dalam sejarah.", "364. Aliran keluar dana asing dari negara adalah yang terbesar di ASEAN. Sejumlah RM2.76 bilion dana asing keluar dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2019 sahaja.", "365. KNDK negara untuk suku pertama 2019 adalah antara 3.8% hingga 4.2% di mana kadar bawah 4% adalah paling rendah sejak 10 tahun yang lalu.", "Oleh: Abdul Muein Abadi\nPenulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)" ]
https://umno-online.my/2019/05/09/setahun-yang-gagal-gred-e-untuk-kerajaan-ph/
[ "SETAHUN yang berlalu adalah sesuatu yang sia-sia dan sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan kerajaan. Menutup segala kelemahan mereka maka manifesto dikatakan bukan kitab suci dan sudah pasti ia menjurus kepada tindakan kerajaan PH yang enggan menunaikan segala janji yang telah disebut serta digariskan dalam manifesto mereka atas nama “Membina Negara Memenuhi Harapan”.", "Berikut adalah beberapa janji Pakatan Harapan yang tidak dilaksanakan meskipun mereka telah berjaya menawan Putrajaya pada 9 Mei 2018 yang lalu.", "KOS SARA HIDUP & GST ", "Antara intipati kandungan manifesto ini termasuklah janji Pakatan Harapan untuk mengurang kos sara hidup dan menghapuskan GST. Meskipun pemansuhan GST telah dibuat dengan melaksanakan semula SST namun yang pasti bukan sahaja harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat malah kos sara hidup terus membeban dan meresahkan rakyat.\n\nPETROL, TOL & AES ", "Janji Pakatan Harapan untuk menurunkan harga petrol pada kadar RM 1.50 masih belum terlaksana malah sistem semakan harga secara mingguan oleh kerajaan terdahulu diguna pakai semula cuma hari pengumuman sahaja yang ditukar. Manakala harga petrol Ron97 terus meningkat tanpa ada sebarang tanda-tanda penurunan harga bagi bahan bakar tersebut.", "Kekecewaan rakyat berterusan apabila harapan tol dimansuhkan hanya sekadar menjadi bahan kempen PH dalam PRK di Semenyih. Bukan sahaja kerajaan PH gagal menunaikan janji mereka untuk menghapuskan tol sepenuhnya malah dibentangkan “cadangan” bahawa 4 lebuhraya bandaran iaitu LDP, KESAS, SPRINT dan Terowong SMART dikecualikan bayaran pada waktu malam sahaja iaitu 11.00 p.m. hingga 5.00 a.m. Walaubagaimanapun Kerajaan PH berjaya menghapuskan “nama” bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi mengekalkan sistem ini dengan nama baru iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas). Demi untuk mengekalkan sistem saman yang ditukar nama ini dengan menafikan segala janji untuk menghapuskannya maka ia telah dikaitkan dengan memenuhi dan menepati apa yang terkandung di dalam maqasid syariah.", "PTPTN, 1 JUTA PEKERJAAN & GAJI MINIMUM \n\nAntara janji yang paling menarik perhatian golongan muda ialah penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan. Setelah Pakatan Harapan mendapat kuasa, semua ini hanyalah sekadar janji kosong dan dalam masa yang sama Kerajaan PH memberikan peringatan tegas kepada peminjam PTPTN bahawa hutang perlu dijelaskan. Sementara itu tawaran 1 juta peluang pekerjaan turut dinantikan oleh graduan lepasan universiti namun kadar pengangguran jelas begitu tinggi dan masih ramai yang tercari-cari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan serta kelayakan mereka.", "Dalam soal gaji minimum RM1500 pula Kerajaan PH tidak berupaya untuk melaksanakannya kerana pelbagai kekangan yang wujud dan ia memberi pengajaran besar kepada mereka bahawa mentadbir tidak semudah bercakap kosong ketika berada di atas pentas politik.", "NASIB PENEROKA & HARGA KOMODITI \n\nMenghapuskan hutang peneroka felda bukan sahaja janji kosong yang tidak tertunai, nasib peneroka dan pekebun kecil hari ini menjadi lebih perit dan tertekan apabila harga komoditi sawit serta getah terus jatuh dan masih tidak stabil. Kenyataan seperti menoreh musim hujan, tanam nenas dan buluh hanyalah sekadar pandangan yang tidak berasas dan ia diberi oleh mereka yang bergelar menteri bagi kerajaan PH.", "Apakah sesuatu cadangan yang diutarakan itu telah mengambil kira kajian secara terperinci terutama dalam soal kesesuaian tanah serta pandangan pakar-pakar yang berkaitan dalam perusahaan komoditi tersebut ? Hakikatnya ia bukanlah satu plan yang baik untuk diimplementasikan.", "PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA ", "Pakatan Harapan turut berjanji untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kononnya wujud skandal terhadap Felda, Mara, Tabung Haji dan 1MDB namun apa yang berlaku hari ini mereka gagal untuk mewujudkan suruhanjaya tersebut sebaliknya menggunakan pendekatan menghukum secara meragukan terutamanya dalam kes berkaitaan dengan Tabung Haji. Bukan sahaja kontroversi individu bukan Islam dikaitkan dalam Prokhas Sdn. Bhd. menjadi pertikaian malah Hibbah yang diterima oleh penyimpan di Tabung Haji turut bertukar menjadi “HIBA” kerana hanya menerima 1.25 % dan ia adalah yang terendah dalam sejarah Tabung Haji.\n\nTerdapat banyak lagi janji manifesto yang tidak terlaksana telah mengecewakan harapan rakyat dan segala kegagalan Kerajaan PH dalam menunaikan janji manifesto mereka mengingatkan saya kepada hadith Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:", "“Tidaklah seseorang pemimpin yang diberi kekuasaan oleh Allah SWT untuk memimpin rakyat, kemudian meninggal dalam keadaan menipu rakyat melainkan bau syurga yang diharamkan baginya”", "KESIMPULAN", "Secara keseluruhanya menilai dan meneliti tahap prestasi serta pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan selama setahun mentadbir dan menguruskan negara, bolehlah untuk saya memberikan tanda aras E sebagai gred pengukuran bahawa Kerajaan PH adalah GAGAL. Bagi sebuah kerajaan yang berwibawa mereka harus mewujud dan melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang komprehensif dan polisi ekonomi yang kompetetif untuk memastikan negara Malaysia terus ditadbir serta dipacu dengan baik khususnya dalam mendepani cabaran di peringkat global. Namun semua itu sama sekali tidak kelihatan dan gagal dizahir serta diterjemahkan oleh mereka.", "Walaupun selepas setahun PH mentadbir negara, nilai matawang negara menjadi semakin tidak menentu bukan sahaja berbanding dengan nilai Dolar Amerika malah mata wang sekitar rantau Asia Tenggara melonjak dalam keadaan yang semakin mengukuh manakala ringgit terus dengan prestasi yang tidak memberangsangkan. Situasi ekonomi yang semakin teruk dengan indeks saham terus merosot dan pelabur asing pula berterusan menarik dana keluar dari Malaysia menunjukkan kepada kita bahawa Kerajaan PH pada hari ini telah gagal dan tidak berupaya mengurus ekonomi negara dengan baik. Dalam laporan Bloomberg juga telah menunjukkan betapa Bursa Saham negara telah dinaikkan kedudukan dari ‘sole loser” di Asia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019.", "Manakala Jabatan Perangkaan Negara pula telah mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) untuk bulan Februari 2019 dan ia jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara terus lembap untuk bulan-bulan yang mendatang. Malah dalam tempoh 9 dari jumlah 10 bulan yang dibuat pemantauan, indeks ini terus mengalami penyusutan selepas dari waktu Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan.", "Sinario ini dilihat semakin parah apabila Kerajaan PH terus mengambil jalan mudah dengan menjual aset milik Khazanah Nasional antaranya IHH Bhd, sejumlah saham Bank CIMB dan BDO Unibank (Filipina), sejumlah saham TNB dan lain-lain lagi. Semua tindakan ini menjadi persoalan yang tidak terjawab dari sudut tujuan serta keperluannya.", "Sekiranya benar kerajaan PH berhasrat untuk meringankan segala beban rakyat, maka mereka perlu berusaha untuk menarik lebih ramai pelabur asing bagi membaik pulih ekonomi negara dan melaksanakan plan strategik untuk mengurus serta mengawal kenaikan kos sara hidup.", "Skrip yang direka kononnya negara ini hampir bankrap demi untuk menebus dosa kerajaan PH yang gagal mengurus ekonomi dan menunaikan janji manifesto bukanlah satu tindakan yang bijak. Ini kerana alasan seumpama ini pastinya menghilangkan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia. Ditambah pula dengan kenyataan yang berbeza-beza oleh kepimpinan kerajaan PH sendiri terutama dalam soal jumlah hutang negara dan ramai pakar ekonomi yang menyelar tindakan tersebut.", "Sementara itu, pasti ramai yang terfikir sewaktu kerajaan terdahulu menjalinkan kerjasama dengan China yang melibatkan jumlah pelaburan yang begitu besar maka pimpinan Pakatan Harapan telah membuat tuduhan kononnya kita telah menjual negara kepada China. Walaubagaimanapun bila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan maka segala tuduhan tersebut telah bertukar dan usahasama Malaysia dengan kerajaan serta syarikat China dikatakan satu pelaburan yang sangat strategik.", "Projek Bandar Malaysia, ECRL dan Taman Perindustrian Berkembar Kuantan-Qinzhou (MCKIP & CMQIP) diteruskan malah pemilikan Proton Geely telah kembali menjadi kereta nasional dan kebanggaan negara hanya apabila Pakatan Harapan yang memerintah negara ini.\n\nSelain itu juga, Pakatan Harapan turut dilihat sebagai sebuah kerajaan yang hanya mampu melakukan penjenamaan semula berbanding mengutara idea atau produk baru. BRIM, UTC, RTC, PERMATA, Klinik 1 Malaysia dan banyak lagi projek dan kemudahan milik kerajaan terdahulu ditukar nama baru. Jika dahulu kita membela dan membantu rakyat dengan menyediakan BRIM, namun hari ini ia telah diganti kepada Bantuan Sara Hidup yang terlalu rendah nilai dan jumlah agihan bantuannya. Tiada sebarang identiti sendiri yang mampu kerajaan PH hasilkan.", "Puas diselak akhirnya ada satu produk baru yang cuba ditonjolkan oleh kerajaan PH namun ramai yang terpaksa menepuk dahi apabila projek “kereta terbang” berserta prototaipnya dibentangkan. Hakikatnya setahun berlalu mereka masih lagi asyik dibuai mimpi indah sedangkan rakyat terus dihimpit dengan kesengsaraan. Maka wajarlah Gred E untuk kerajaan Pakatan Harapan yang gagal.", "YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi ", "#DemiUmmah\n#AkhiratDiDepan\n#RamadhanKareem" ]
https://umno-online.my/2019/05/08/setahun-pentadbiran-pakatan-harapan-bermulanya-dekad-malap/
[ "\nTARIKH 9 Mei 2018 pasti akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia, apabila rakyat memilih untuk membuat perubahan sebuah kerajaan. Menukar sebuah kerajaan yang stabil dan cemerlang dari segi pentadbiran dan pembangunan yang dibawa selama ini, kepada sebuah kerajaan yang sarat dengan harapan. Malah, negeri Johor juga antara negeri yang tidak terkecuali memilih untuk dipimpin oleh Pakatan Harapan.", "Selepas setahun menggapai harapan, wajar dan layak untuk kita bertanya. Adakah harapan yang ditabur-tabur sebelum ini sudah kesampaian. Atau harapan tinggal harapan? Negeri Johor sudah pastinya mempunyai pengalaman, dan pengajaran, yang tersendiri daripada semua ini. Biar dalam konteks dan sudut mana pun yang kita lihat, nampaknya, kita semua sudah menjadi mangsa harapan yang tidak kesampaian.", "Satu perubahan ketara di Johor adalah kelemahan pentadbiran kerajaan negeri. Bermula dengan sebuah pasukan Menteri Besar yang buntu dan keliru, Johor melakar sejarah menjadi negeri sulung pasca PRU14 yang menyaksikan pertukaran Menteri Besarnya dalam tempoh tidak sampai setahun. Kesemuanya kerana kegagalan membuat kerja dengan baik dan kekecewaan rakyat yang memuncak.\n\n5 Petunjuk Kegagalan", "Kini, Johor dikemudi pula oleh Menteri Besar yang mempunyai cabaran mendapat keyakinan dan penyatuan dari pasukannya sendiri. Langkah Menteri Besar mengumumkan mempunyai pasukan sendiri mendedahkan kepada rakyat bahawa tiada kesepakatan antara pemimpin dalam Bersatu. Semua ini gambaran wujud pergelutan dalaman mereka, sehingga timbul team yang berbeza-beza. Lebih bercelaru apabila Menteri Besar yang baharu tidak dilantik menjadi Pengerusi Bersatu Negeri. Sebaliknya dipimpin oleh pemimpin lain. Ia satu isyarat bahawa Menteri Besar tidak mendapat kepercayaan penuh daripada Putrajaya.", "Namun, semua ini tidak akan dijadikan ukuran untuk mengukur penilaian dan prestasi beliau. Jadi, saya ingin merujuk kepada perkara-perkara berikut agar lebih objektif dan adil.", "Pertama, pelan dan strategi ekonomi. Kerajaan Negeri Johor ada mengumumkan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030. Cuma, setelah meneliti pelan tersebut, kalau pun boleh dianggap sebagai pelan, kita masih tercari-cari apakah lonjakan yang diberikan PH dalam hal ini? Selain menjenamakan semula inisiatif lepas, tidak wujud satu naratif ekonomi baharu yang ditawarkan. Sedangkan pelan ini dikatakan sebagai pelan jangka masa panjang. Tetapi tidak pula ada perkara-perkara seperti ‘Tindakan Segera’, ‘Inisiatif 5 Tahun Pertama’ dan ‘Lonjakan Terakhir’ yang akan melengkapkan keseluruhan proses. Tidak ada.", "Kedua, prestasi dan kedudukan kewangan GLC Johor. Saya yakin, kita pasti ingin tahu. Apakah kedudukan kewangan dan prestasi semasa GLC-GLC Johor? Perkara ini sangat kritikal dan relevan kerana, Pengerusi dan penentu hala tuju utama GLC negeri adalah Menteri Besar. Jadi, prestasi GLC Johor sangat dipengaruhi oleh keupayaan mengemudi pemimpin negeri.", "Ketiga, pelan pengangkutan awam dan infrastruktur. Tidak ada perkembangan yang memberangsangkan seperti Projek RTS Johor Bahru – Singapura. Manakala Projek HSR Kuala Lumpur – Singapura pula sudah boleh kita lupakan. Kesemua ini meninggalkan kita dengan persoalan yang merunsingkan. Adakah tambak Johor akan kekal menjadi laluan sempit, sesak dan menyusahkan semua hanya kerana ego pemerintah yang tidak mahu berlapang dada?\n\nKeempat, perumahan dan kemudahan kebajikan asas. Skim air percuma dan kad kesihatan Johor adalah perkara yang masih tidak dilaksanakan dengan baik. Bukan sahaja kuantiti air percuma dikurangkan kepada penerima yang layak. Tetapi, gangguan demi gangguan terus berlaku sehingga air Johor terpaksa dicatu berkali-kali biarpun tarif air Johor kekal sebagai antara yang termahal di Malaysia.", "Dalam konteks perumahan, ia lebih merisaukan. Sehingga kini, kita belum dengar apa perkembangan dan strategi untuk menjayakan sasaran membina 100 ribu unit rumah mampu milik bermula 2018. Jangan sampai rumah mampu milik, jadi sekadar rumah mampu umum.", "Sebenarnya kita pun tidak tahu sudah berapa unit rumah mampu milik yang siap selepas setahun PH mentadbir Johor. Kalau ikut sifir mudah, sekiranya belum sebiji pun siap, ini bermakna dalam tempoh 4 tahun mendatang, Kerajaan Negeri Johor mesti membina kira-kira 25 ribu biji rumah mampu milik setahun. Ini bersamaan dengan sekurang-kurangnya 2083 buah rumah mampu milik mesti dibina dan disiapkan setiap bulan. Besar bukan janji mereka? Maka besar lagi harapan rakyat. Kita tunggu sahajalah.", "Kelima, agenda Melayu dan Bumiputera Johor. Sehingga kini, Kerajaan Negeri Johor masih belum mengemukakan sebarang pendirian mahupun pelan terperinci untuk orang Melayu dan Bumiputera. Polisi menggalakkan Orang Melayu tinggal di bandar dan pelan pembangunan Kota Melayu Larkin yang disusun sebelum ini telah diketepikan oleh PH sepenuhnya. Sedangkan, jika mengikut pelan tersebut, Larkin akan menjadi kota dan pusat bandar baharu kepada orang Melayu di Johor. Semua ini akan membuka lebih banyak ruang kepada orang Melayu dan Bumiputera. Terutamanya dalam menjadi pengimbang kepada projek Forest City.", "Yang pasti, dengan agenda khusus Bumiputera sudah tentunya akan mengembalikan Johor sebagai negeri yang berorientasikan khidmat bakti kepada masyarakat. Tidak seperti sekarang. Jawatan ketua kampung pun dipolitikkan dengan melantik mereka yang tidak dikenali oleh penduduk tempatan. Malah, program menyantuni masyarakat setempat juga dilihat semakin susut dan berkurangan.\nJadi, apa lagi yang tinggal kepada orang-orang kampung?", "Cabaran Besar Kerajaan Negeri Johor", "Saya gesa Kerajaan Negeri Johor khususnya Menteri Besar memberi penjelasan berhubung 5 perkara yang saya sebutkan di atas.\nMalah, adalah lebih baik jika Menteri Besar nyatakan juga laporan suku pertama kemasukan pelaburan negeri Johor. Agar kita dapat mengetahui kedudukan semasa dan dapat membandingkannya dengan keadaan sebelum ini. Lebih-lebih lagi kini Bursa Malaysia adalah pasaran saham besar tercorot di dunia. Jadi, apa impaknya kepada Johor dan persediaan kita menguruskannya?\nTerangkan juga kepada rakyat apakah pelan percambahan peluang pekerjaan berprofil tinggi dan berkualiti kepada orang Muda Johor dalam masa 5 tahun ini, serta berapa banyakkah kadar pengangguran yang telah berjaya dikurangkan dalam tempoh suku pertama (Q1) 2019?", "Dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Johor bagi membantu Bangsa Johor dalam berhadapan dengan kesan manifesto yang tidak dilaksanakan oleh peringkat Pusat, seperti pembayaran PTPTN yang diwajibkan kepada mereka yang bergaji serendah RM1050 serta penghapusan hutang FELDA yang tidak pun dilakukan?", "Akhir sekali, saya berharap Menteri Besar Johor serius dan mengambil perhatian setiap teguran yang dinyatakan demi kebaikan rakyat dan negeri ini. Johor pada suatu ketika telah memulakan langkah untuk memasuki era Dekad Baharu Johor. Suatu era di mana, negeri ini akan dibangunkan menjadi negeri paling membangun dan sejahtera dalam tempoh 10 tahun akan datang. Maka janganlah disia-siakan setiap impian dan cita- cita setiap rakyat negeri ini. Tindakan tidak proaktif, membisu dan berdiam diri hanya akan membawa Johor ke suatu fasa yang tidak diinginkan oleh sesiapa iaitu Dekad Malap Johor.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/05/03/rahmatan-lil-alamin-antara-kefahaman-dan-kekeliruan/
[ "\nANJAKAN penghijrahan ke era Malaysia Baharu pada Mei 2018 telah menjanjikan perubahan-perubahan yang kononnya mampu meringankan kerisauan yang membebani hati dan perasaan gundah-gelana rakyat.", "Gagasan Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah serta Model Malaysia menjadi nilai agama dan budaya yang bakal menjadi antara dasar kerajaan baharu dalam membentuk masa depan Malaysia mencapai sasaran negara rahmat dan membentuk masyarakat yang harmonis.", "Namun menjadi kegelisahan kepada rakyat melihat kepada realiti politik semasa dan isu-isu berbangkit yang menjadi ancaman kepada umat Islam dan Institusi Islam. Malah lebih malang lagi apabila umat Islam terpaksa berhimpun bagi menuntut agar hak mereka tidak dicabuli dan bagi mempertahankan kedaulatan Islam. Satu senario yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang majoritinya Islam.\n\nKegelisahan ini bukan sahaja disuarakan oleh rakyat marhean, malah melibatkan para intelektual dan agamawan sepertimana yang disuarakan oleh Mufti Perlis. Beliau menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.", "Bagi merungkai kekeliruan gagasan Rahmatan Lil Alamin saya cuba mengekpresikan sedikit usaha meneliti ayat-ayat suci al-Quran dan kitab-kitab tafsir muktabar bagi memahami maksud sebenar kalimah Rahmatan Lil Alamin secara tuntas berdasarkan definisi, metodologi dan tafsiran para ulama muktabar terhadap firman Allah SWT yang bermaksud :", "“Kami tidak mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat\nbagi sekalian alam”\n(al-Anbiya 107)", "Setelah menelusuri maksud sebenar ayat ini disuaikan dengan metodologi Ahlul Sunnah Wal Jamaah dapat disimpulkan :", "Rahmatan Lil Alamin BUKAN Hak Asasi Manusia dan Kebebasan. Keghairahan menuntut hak kesamarataan atas nama hak asasi manusia malah meraikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) lebih dari sepatutnya menimbulkan perasaan kurang selesa kepada umat Islam. Golongan Liberalisme dan Pluralisme semakin berani menyebarkan ideologi mereka yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.", "Rahmatan Lil Alamin BUKAN toleransi tanpa batasan.Rahmatan Lil Alamin adalah satu cara hidup dan seni berpolitik berlembut dan bertegas yang berprinsip dan berperaturan. Terkandung padanya aspek nasihat, tanggungjawab, pencegahan, peringatan, tindakan undang-undang bahkan terkadang terpaksa berjihad mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.", "Tidak keterlaluan jika saya katakan UMNO dan Barisan Nasional telah membumikan makna Rahmatan Lil Alamin dalam kepimpinannya, melalui dua dimensi iaitu pendekatan berlembut dan bertegas. Sikap berlembut, bertolak ansur dan memberikan ruang serta peluang oleh kepimpinan tertinggi parti kepada pimpinan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan serta sayap tidak bermaksud mereka boleh melakukan sesuatu tindakan sesuka hati tanpa makluman dan restu kepimpinan pusat.", "Ketegasan kepimpinan membuat sesuatu keputusan bukan bermakna tiada ruang untuk berunding dan bertolak ansur. Sebenarnya, dimensi berlembut dan bertegas inilah yang menjadi satu keunikan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sejak sekian lama.", "Bagi menzahirkan ketegasan dan solidariti kita mempertahankan kedaulatan Islam, marilah kita bersama-sama hadir ke Perhimpunan Rakyat, esok ( 4hb Mei 2019) dengan niat dan tekad ‘Pertahankan Maruah Agama, ISLAM Didaulatkan’.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/05/01/dinamika-politik-muafakat-bn-uec-dan-dilema-kepentingan-nasional/
[ "\nPERIKATAN adalah kerjasama politik yang pertama wujud dalam sejarah panjang negara ini. Salah satu perkara yang menjadikan Perikatan sebuah kerjasama politik yang ampuh ialah kekuatannya berpegang kepada prinsip.", "Misalnya, musyawarah dalam membuat apa jua keputusan dan persetujuan bahawa ada perkara-perkara yang tidak akan dapat dituruti sepenuhnya oleh semua pihak. Maknanya, dalam hal berkaitan isu dan dasar tertentu, parti politik di bawah Perikatan bersetuju, dan sangat faham, bahawa akan ada perkara yang tidak boleh diselesaikan secara konsensus. Tetapi, rasa hormat dan toleransi akan terus memimpin Perikatan.", "Prinsip ini juga merupakan tunggak kepada Barisan Nasional (BN), apabila ianya dibentuk. Sebuah pakatan politik yang sudah terbukti berjaya mengemudi Malaysia yang stabil dan makmur ekonominya. Hasil daripada berpegang teguh kepada ‘politics of consensus’ inilah, meskipun menyedari tidak semua masalah itu boleh diselesaikan, Barisan Nasional cuba menawarkan solusi demi solusi yang realistik untuk menangani permasalahan yang wujud.", "Ditambah lagi dengan rasa hormat dan terhutang budi sesama pemimpin di dalam Barisan Nasional, ia menjadikan pakatan politik ini lebih matang, ampuh serta tidak kebudak-budakan dalam menguruskan perbezaan.", "Dalam hal-hal berkaitan sekolah Cina misalnya. Walau apa pun alasan dan sentimen untuk menentangnya, sekolah jenis kebangsaan Cina akan terus wujud, beroperasi dan berfungsi. Apa jua desakan untuk memastikan hanya ada satu sistem persekolahan nasional tidak akan dapat menggugat kedudukan sekolah aliran Cina.", "MCA dan parti komponen yang mewakili masyarakat minoriti tidak akan sesekali berkompromi dalam hal berkaitan masa depan sekolah Cina. Bagi masyarakat Cina, sekolah vernakular adalah identiti mereka. BN memahami dan menghormati perkara ini.", "Namun, isu UEC adalah berbeza. Sudah pastilah isu pengiktirafannya telah dibincangkan antara parti komponen BN. Dan semua tahu tentang pendirian UMNO dalam perkara ini. Ia tidak akan diiktiraf bukan kerana sukatan pelajaran atau kualiti graduannya tidak baik.", "Tetapi, kami mahu mendukung dan memelihara keutuhan sistem pendidikan nasional. Pendidikan adalah perkara yang sangat penting dalam pembentukan sebuah negara. Kerajaan BN sebelum ini berpendirian bahawa Malaysia mesti mempunyai hanya satu sistem pendidikan nasional yang menjadi asas kepada semua.", "Dengan mengiktiraf UEC, ia adalah langkah yang akan secara beransur-ansur membawa kepada ‘a dual education system’. Dan ini bukanlah sesuatu yang sihat dalam menyuburkan integrasi nasional.", "Namun demikian, dalam BN, setiap sesuatu pasti ada kompromi dan timbal balasnya. Walaupun UEC tidak diiktiraf, Kerajaan BN memberikan timbal balik dalam bentuk lain, malah dengan cara yang lebih besar dan penting. Antaranya ialah memberikan taraf universiti penuh kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (kini UTAR) dan membenarkan penubuhan beberapa Universiti yang didukung oleh masyarakat Cina termasuklah Universiti Wawasan, Southern University Collage dan University College New Era.", "Kerajaan BN juga terus membantu sekolah Cina dengan memberikan peruntukan demi peruntukan yang semakin bertambah saban tahun. Dan kalau dalam konteks semasa, sekolah persendirian Cina juga nampaknya sudah menerima bantuan dan peruntukan dana daripada Kerajaan.", "Semua ini menggambarkan betapa dinamiknya politik muafakat atau ‘politics of consensus’ antara parti-parti komponen BN. Walaupun ada kalanya konsesi yang diberikan itu tidak sama bentuk dan nilainya dengan pengiktirafan UEC. Tetapi, ia tidak pernah menjadi ‘a zero sum game’. Sebaliknya, ia adalah keputusan strategik yang bertujuan mengangkat keutamaan pertimbangan lain yang lebih mustahak dan relevan seperti integrasi nasional.", "Satu perkara yang sangat nyata ialah, negara yang majmuk tidak boleh bersatu padu dan dibangunkan dengan citra yang menjurus kepada pemisahan kelompok tertentu natijah sistem pendidikan yang terpisah-pisah. Ia sama sekali tidak membantu kepada kesatuan dan kesepaduan nasional.", "Justeru, telah sampai masanya Kerajaan memikirkan jalan bagaimana sistem pendidikan kita, walau apa pun bentuk penyampaian dan orientasinya, mestilah bersandarkan kepada falsafah pendidikan kebangsaan.", "Kita tidak lagi boleh membiarkan pendidikan vernakular terpisah dan tersasar dari falsafah pendidikan nasional. Sekolah Cina yang beroperasi di Malaysia, mesti menjadi bahagian dalam sistem yang bersepadu dan mendukung falsafah pendidikan nasional. Sekalipun wujud perbezaan pendekatan pedagogi, bahasa dan sukatan pelajaran. Tetapi dasar sistem tersebut mestilah bertunjangkan aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan.", "Begitu juga dengan sekolah agama rakyat. Ribuan sekolah tahfiz dan sekolah agama persendirian. Semuanya mesti dibangun dan dimajukan berasaskan falsafah pendidikan kebangsaan. Bukan lagi wujud dan hidup dalam dunia sendiri yang terpisah dari pendidikan arus perdana.", "Hanya dengan pendekatan sebegini, Malaysia akan mempunyai sistem pendidikan yang benar-benar bercitra nasional.", "Kepada semua kumpulan pendesak agar UEC diiktiraf, anda jangan hanya memberikan cerita anda. Kerajaan sangat tahu tentang cerita kalian berkaitan UEC. Tetapi, bukalah minda dan hati untuk turut meneliti alasan kerajaan dalam perkara ini. Fahami kedudukan Kerajaan dan kekangan serta cabaran yang Kerajaan hadapi.", "Saya adalah seorang yang sangat percaya kepada kepelbagaian dalam menyampaikan pendidikan. Tetapi saya juga menghargai betapa sukarnya untuk Kerajaan membenarkan UEC sebagai kelayakan kemasukan IPTA.", "Ia sama sekali tidak mempunyai unsur dan nilai pendidikan kebangsaan. Ia dilaksanakan bukan dalam Bahasa ibunda negara kita. Ia dilaksanakan dan dikawal selia oleh pergerakan bukan Kerajaan yang berpandukan sistem nilai, falsafah dan hala tuju negara luar. Segala-galanya sangat asing dengan cerita Malaysia sebagai sebuah negara dan sebuah bangsa.", "Bukankah akan tercalar wibawa Kerajaan jika ia sendiri berkompromi dalam mendukung sistem yang dibangunkan dan dimajukan bukan demi kepentingan Malaysia secara keseluruhan? Malah, pengiktirafan UEC akan menjadi satu mesej moral yang sangat songsang kepada masyarakat. Tindakan sedemikian bersalahan dan bercanggah dengan usaha mewujudkan kesepakatan dan perpaduan yang dipasak dengan falsafah pendidikan yang satu.", "Sesungguhnya tulisan ini bukanlah untuk bercakap bagi pihak Kerajaan mahupun Pakatan Harapan. Ia adalah sebagai peringatan dan teguran ikhlas untuk mereka agar tidak berputus asa, berprinsip dan teguh atas pendirian, meskipun diasak dari pelbagai penjuru. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu-isu yang berkepentingan umum dan mustahak bagi pembinaan sebuah negara bangsa.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/04/29/statut-rom-raja-dan-kerajaan/
[ "Kerajaan kelihatan tidak dapat menerima hakikat diminta oleh Majlis Raja-Raja Melayu agar menarik semula ratifikasi Statut Rom yang telah dibuat secara senyap dan tanpa perundingan awam yang mencukupi.", "Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar mengumumkan keputusan penarikan diri daripada Statut Rom, menyindir dan menampakkan perasaan amarah beliau terhadap keputusan Majlis Raja-Raja Melayu.", "Pada sidang akhbar tersebut Dr Mahathir menyatakan, “So I’d like to say to these cowards who during the last regime saw (ex-Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) stealing money and doing all kind of things and they said nothing. A lot of cowards who want to benefit from Najib’s misadministration so that they too can benefit.”", "Siapakah golongan pengecut yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri mendiamkan diri ketika isu 1MDB? Dakwaan Dr Mahathir itu bertujuan mislead rakyat seolah-olah Raja-Raja Melayu menyokong pentadbiran lalu dan menentang pentadbiran hari ini.", "Apakah ini adalah kemuncak rentetan smear campaign terhadap institusi beraja yang tampak telah bermula sejak pentadbiran baharu mengambil alih kerajaan?", "Ramai masih ingat tulisan oleh penasihat media Perdana Menteri tahun lalu yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong sehingga mewujudkan perbahasan tidak sihat dalam kalangan rakyat.", "Sebenarnya adalah tidak betul Raja-Raja Melayu tidak berbuat apa-apa dalam isu 1MDB. Pada tahun 2015 Majlis Raja-Raja Melayu telah menitahkan Ketua Pesuruhjaya, timbalan dan pegawai kanan SPRM, menyembahkan taklimat berkaitan isu syarikat itu pada 2015.", "Selepas taklimat tersebut, Majlis Raja-Raja Melayu dengan jelas mengeluarkan titah rasmi agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB selain mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak terbabit.", "Ini telah dilaporkan secara meluas oleh media ketika itu. Maka seperti Statut Rom, Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat titah dan arahan mengenai isu 1MDB setakat mana kuasa perlembagaan yang ada kepada mereka.", "Dr Mahathir turut menyatakan bahawa Kabinet membuat keputusan menarik diri daripada Statut Rom kerana tindakan seorang individu yang telah mengelirukan rakyat dan mahu dirinya di atas undang-undang.", "Raja-Raja Melayu yang membuat keputusan termasuklah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang mempunyai pendidikan tinggi dalam pentadbiran awam dan falsafah politik dunia. Mustahil mereka boleh dipengaruhi oleh seorang individu.", "Isu sebenar apabila kita menentang tindakan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bukanlah kerana kita mahu melakukan jenayah atau melindungi penjenayah.", "Sebaliknya tindakan kerajaan meratifikasi statut ini tanpa mendapat pandangan Majlis Raja-Raja Melayu dan rakyat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.", "Kerajaan melakukan satu keputusan penting tanpa mengambil kira pandangan pihak berkepentingan dan pemegang amanah negara seperti Majlis Raja-Raja Melayu dan Parlimen.", "Ini kerana meratifikasi Statut Rom bermakna anda membenarkan para penyiasat asing bertindak melepasi batas perundangan negara.", "Statut Rom merupakan satu deklarasi yang membenarkan ICC menyiasat sebarang aduan mengenai empat jenayah utama dalam statut iaitu jenayah perang, jenayah pencerobohan, jenayah kemanusiaan dan jenayah pembunuhan beramai-ramai.", "Katakanlah esok ada rakyat Malaysia yang jahil membuat aduan mengenai jenayah kemanusiaan terhadap Sultan Kelantan yang membenarkan pelaksanaan hudud. Apakah anda boleh jamin ICC akan bertindak secara adil?", "Kerajaan tidak wajar mengelirukan rakyat seolah-olah tindakan tidak menyertai Statut Rom bermakna kita mahu menjadi penjenayah atau melindungi jenayah.", "Banyak negara di dunia ini tidak menyertai Statut Rom termasuklah Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, Rusia turut menarik diri. Apakah negara-negara itu berhasrat melakukan jenayah atau melindungi penjenayah?", "Menyertai Statut Rom bermakna kita meletakkan sebahagian kawalan perundangan kepada pihak asing. Ia adalah baik jika semua negara di dunia menyertainya. Jika ada negara lain tidak menyertainya, mengapa kita perlu menyerahkan sebahagian kedaulatan kita kepada sistem perundangan pihak luar?", "Sejak Mei 2018 wujud tulisan-tulisan daripada anggota pentadbiran kerajaan baharu yang menyindir dan mengkritik institusi beraja negara. Ini menimbulkan kebimbangan jika Statut Rom sebenarnya adalah agenda setting bagi mewujudkan kebencian rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Tidak bolehkah negara ini ditadbir secara tertib, terhormat dan penuh diplomasi seperti budaya Melayu dan ajaran Islam?", "Persoalan lebih penting, Malaysia hanya ada sehingga Jun 2019 untuk menarik diri daripada Statut Rom yang ditandatangani pada Mac 2019. Adakah surat penarikan sudah dihantar?", "Ab Jalil Backer, Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)" ]
https://umno-online.my/2019/04/26/dilema-rakyat-harapan-dalam-kegusaran/
[ "Bagi menjawab cabaran politik dan anjakan paradigma rakyat yang sentiasa berkembang dan berubah, pimpinan UMNO dan BN memerlukan tahap kompetensi keilmuan, kemahiran dan seni berpolitik yang tinggi. Memahami apakah dilema dan denyut nadi rakyat melalui Fiqh Perubahan (Fiqh al-Taghyir) dan Fiqh Realiti (Fiqh al-Waqi’) akan memberikan kelebihan kepada UMNO dan BN menyantuni harapan dan kegusaran rakyat. ", "Rakyat berada dalam dilema kerana serba salah kepada siapa hendak mengadu nasib, mencari tempat untuk berteduh dan bergantung harap. Manifesto bukan janji tetapi omongan kosong, harapan yang dilaungkan sepi tanpa khabar berita. Hanya kedengaran kerajaan baharu menyalahkan kerajaan terdahulu yang seakan tiada noktahnya walaupun sudah hampir setahun mereka menjadi kerajaan.", "Rakyat semakin gusar melihat dasar pecah dan perintah (devide and rule) yang semakin membarah di kalangan orang Melayu Islam. Jika senario ini tidak ditangani dengan segera ianya akan melemahkan kuasa politik orang Melayu Islam dan memungkinkan terjadinya minoriti menguasai majoriti.\n\nPecah dan perintah antara faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah setelah bertahan selama 623 tahun dari 1299 sehingga 1922 Masihi. Di samping itu keterlibatan golongan minoriti terdiri daripada orang Yahudi dan Armenia diberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka turut berperanan menjatuhkan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1922 Masihi.", "Jangan kita terjebak dalam propaganda pecah dan perintah, bukan waktu dan ketikanya untuk pimpinan UMNO berkonfrontasi sesama sendiri, membentuk kabilah dan menentukan calon yang selayaknya memimpin UMNO bagi menghadapi PRU 15. Sewajarnya kita serahkan kepada Perwakilan UMNO dan ahli untuk menentukan calon yang akan mengemudi bahtera keramat ini, bukan menjadikan pihak ketiga sebagai jurucakap yang pastinya menimbulkan perasaan kurang senang kalangan ahli.", "Selayaknya pasca PAU ke 72 pada 2018 yang lalu dengan laungan UMNO BANGKIT kita sudah membina Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal. Jika ada kalangan pimpinan UMNO yang merasakan layak dan selayaknya dinobatkan jawatan yang tinggi dalam parti. Alangkah hormaninya jika mereka mengambil jalan bersabar, membina reputasi dan bertanding dalam pemilihan parti pada tahun 2021 nanti.", "Pepatah Arab ada menyebutkan “Pemuda hari ini ialah pemimpin di masa depan” (syubbanul yaum rijalul ghod). Saya cukup berkeyakinan bahawa ramai daripada pimpinan pemuda UMNO hari ini yang berkelayakan untuk menerajui parti pada masa akan datang. Justeru jangan terlalu gopoh, tingkatkan kompetensi diri, ilmu dan kemahiran, terokai pengalaman dan telusuri seni berpolitik. Bak kata Peribahasa Melayu “Tak akan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia”.", "Rakyat perlukan solusi kepada permasalahan yang semakin menghimpit kehidupan seharian mereka. Rakyat sudah jemu dan mungkin ada yang sudah meluat melihat pemimpin Melayu Islam masih bercakaran sesama sendiri, mengejar glamour, pangkat dan ghanimah. Adakah rakyat masih menaruh harapan dengan manifesto Pakatan Harapan? Apakah harapan rakyat kepada pembangkang? Dua persoalan ini menjadi denyut nadi rakyat yang perlu diberikan perhatian.", "Berdasarkan pengamatan saya urutan keutamaan (fiqh al-awlawiyyat) rakyat memerlukan Perpaduan Ummah UMNO PAS dan pembelaan secara konsisten kepada isu-isu berbangkit seperti kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan, biasiswa, keistimewaan orang Melayu dan Artikel 153 perlembagaan tidak tergugat. Saya berkeyakinan isu-isu tersebut mampu dijuarai pembangkang dan akan mengembalikan keyakinan rakyat. Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar Perpaduan Ummah UMNO PAS menjadi satu realiti dan kedua-dua parti terbesar orang Melayu Islam ini tetap utuh dan relevan di arena politik tanah air.", "Dengan harapan menggunung inilah saya mengambil keputusan untuk berehat seketika sebagai Presiden UMNO dan menamakan Timbalan Presiden menjalankan tugas-tugas Presiden sewaktu saya berehat. Asasnya tindakan ini dibuat bagi menghentikan episod lompat-melompat pemimpin UMNO ke parti kerajaan yang pastinya akan melemahkan UMNO secara khusus dan pembangkang di parlimen secara am.\n\nPengorbanan dan tindakan ini bukan bersifat peribadi tetapi demi survival parti, demi perjuangan UMNO dan kemaslahatan bagi menolak kemudharatan. Al-Qawaid al-Fiqiyyah menggariskan:", "‘Tindakan pemimpin (pemerintah) ke atas pengikut (rakyat) adalah mesti berkait dengan maslahah’ (Tasharruful Imam ‘Ala al-Ra’iyyah Manutun Bi al-Maslahah)", "Imam al-Ghazali Rahimahullah menyebutkan: ‘Mendatangkan manfaat dan menghalang kemudharatan.’", "Sebarang pendapat peribadi dalam tulisan pojok biarpun dihormati, namun suara perwakilan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO wajib dihormati.Suara akar umbi sebenarnya suara keramat.", "Berehatnya saya demi memberikan kebaikan dan manfaat kepada kepada UMNO serta dalam masa yang sama untuk menghalang keburukan dan kemudaratan ke atas UMNO, yang akhirnya akan merugikan rakyat.", "Justeru bila tiba saat dan ketikanya, jika difikirkan bersesuaian saya akan memikul tanggungjawab dan amanah ahli UMNO menakhodai bahtera keramat ini, mewarnai harapan dan melegakan kegusaran rakyat. Demi ummah kita berpadu, demi perpaduan doa dipanjatkan agar terus beristiqomah dalam perjuangan.", "AHMAD ZAHID HAMIDI\n#demiummah\n#akhiratdidepan" ]
https://umno-online.my/2019/04/24/tony-pua-dibidas-tak-faham-kenyataan-sebenar/
[ "\nTONY Pua bertanya sama ada ‘kleptokrasi’ adalah sesuatu yang baik jika negara boleh membayar balik hutang negara.", "Nampaknya Tony ada masalah membaca memandangkan beliau tidak faham kenyataan sebenar saya.", "Kenyataan asal saya mengatakan bahawa PH tidak lagi boleh menjadikan 1MDB sebagai alasan untuk mereka tidak menunaikan janji manifesto atau meneruskan propaganda kononnya 1MDB menyebabkan negara bankrap dan generasi akan datang dibebani dengan hutang.", "Namun saya gembira apabila Tony akhirnya bersetuju bahawa Malaysia sememangnya mampu membayar balik hutang 1MDB.", "Oleh yang demikian, pimpinan PH seharusnya mengikut saranan Tony supaya tidak lagi menggunakan 1MDB sebagai alasan.", "Untuk rekod, saya langsung tidak pernah mengatakan bahawa perbuatan mencuri atau sebarang salahlaku termasuk berkaitan 1MDB itu sesuatu yang baik malah saya sentiasa menyokong siasatan yang dijalankan.", "Saya juga merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang memberikan undi sokongan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk membuka semula siasatan berkaitan 1MDB.\n\nWalaubagaimanapun, kerajaan PH sendiri telah menggantung penyiasatan PAC tersebut sedangkan majoriti Ahli Parlimen telah pun bersetuju supaya ianya dibuka semula pada bulan Ogos tahun lepas.", "Kerajaan PH juga tidak menyiarkan laporan audit khas berkaitan 1MDB yang dijalankan oleh Pricewaterhouse Coopers (PwC) walaupun ia sudah lengkap pada Ogos 2018 dan pernah dijanjikan oleh Menteri Kewangan.", "Di samping itu, kerajaan PH juga telah membatalkan perjanjian penyelesaian antara syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) kerana ia akan menunjukkan ada klausa menyatakan IPIC perlu membayar semula wang yang dikatakan hilang dari 1MDB sebelum 31 Disember 2020.", "Apabila kerajaan PH mengumumkan pembatalan tersebut dan mengatakan bahawa mereka tidak akan membayar hutang IPIC, IPIC dengan segera mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa 1MDB tidak berhutang apa-apa wang kepada IPIC.", "Kerajaan PH bagaimanapun enggan mengulas kenyataan IPIC tersebut. Pembatalan berlaku sekitar bulan Ogos 2018 dan sehingga hari ini, tidak kedengaran sebarang berita berhubung apa yang berlaku dengan rundingan dengan IPIC berkenaan.", "Mereka yang mengikuti kes 1MDB ini pastinya sedar bahawa sebahagian besar wang yang dikatakan hilang itu timbul selepas pemindahan aset yang dijamin oleh pihak pengurusan IPIC.", "Justeru itu, bagi mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang itu maka kerajaan PH terpaksa mengaitkannya dengan IPIC.", "Namun, sudah hampir setahun PH ambil alih tampuk pemerintahan, kita masih belum mendengar sebarang berita mengenai usaha serius kerajaan PH memburu IPIC, malah pihak berkuasa turut mempersoalkan bekas pengurusan tertinggi IPIC yang dikatakan memasukkan duit 1MDB ke dalam akaun mereka dan menggunakannya.", "Kenapa tiada tindakan dikenakan PH terhadap IPIC dan bekas pengurusannya?", "Sekarang, kita kembali kepada jawapan Tony satu per satu.", "1.Tony mendakwa kerajaan BN pada 2017 dan awal 2018 secara rahsia membayar RM6.77 bilion hutang 1MDB sementara kerajaan Pakatan Harapan perlu membayar lebih RM1.16 bilion hutang 1MDB pada 2018.", "Rahsia? Tony dan Guan Eng sendiri mengesahkan bahawa aset 1MDB telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan. Sebagai pelajar jurusan akauntan pastinya tahu bahawa pemindahan aset tidak boleh dilakukan dengan sebegitu mudah, tanpa mengambil kira pinjaman berkaitan aset tersebut.", "Bila Kementerian Kewangan ambil aset, Kementerian Kewangan juga perlu membayar pinjaman.", "Ini adalah logik dan asas perakaunan.", "Tony kata pinjaman kekal berjumlah RM39 bilion adalah kerana 1MDB ada hutang RM7 bilion dengan Kementerian Kewangan.", "Tony sebaliknya perlu menjawab persoalan tentang jumlah sebenar Kementerian Kewangan berhutang dengan 1MDB selepas mengambil alih aset berharga iaitu TRX dan Bandar Malaysia?", "Soalan 2, 3 dan 4 dijawab serentak.", "Terima kasih kerana mengesahkan bahawa hutang negara telah meningkat RM95.1 bilion (termasuk bon samurai RM7.3 bilion) sejak akhir 2017 serta RM82 bilion yang dijarah PH daripada Petronas.", "Selepas dicampur, ia berjumlah RM177.1 bilion selepas kerajaan PH berjaya meningkatkan hutang negara dan menjarah rizab tunai Petronas RM170 bilion yang ditinggalkan BN.", "Dengan itu, belanjawan defisit pentadbiran kerajaan PH jauh lebih besar berbanding BN dan Tony sendiri turut mengakui bahawa hutang negara telah meningkat dengan begitu ketara dan pantas.", "Pada dasarnya, Tony membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan kesilapan apabila mengatakan hutang negara susut sedangkan ia meningkat dengan amat ketara.", "Secara ringkasnya, berapakah yang diambil kerajaan PH daripada angka RM171 bilion ini?", "RM177.1 bilion ini sudah mencukupi untuk menghapuskan keseluruhan pinjaman PTPTN sebanyak RM40 bilion DAN hutang Prasarana Malaysia Berhad berjumlah RM31 bilion pada akhir tahun 2018 DAN hutang 1MDB RM39 bilion malah, masih mempunyai baki sebanyak RM60 bilion.", "Namun yang demikian, tiada sesen pun hutang negara dikurangkan di bawah pentadbiran kerajaan PH walaupun sudah begitu banyak wang dikikis.", "Soalan 5.", "Tony kata beliau bersungguh-sungguh mahu ajar saya bagaimana GDV (Nilai Pembangunan Kasar) boleh digunakan untuk membayar hutang.", "Tiada masalah. Pertama, 1MDB masih lagi memiliki 40% daripada projek Bandar Malaysia yang bernilai RM180 bilion dan memiliki kepentingan majoriti dalam projek TRX bernilai RM40 bilion termasuk 40% bagi pembangunan TRX Lifestyle Quarter.", "Bandar Malaysia juga berhutang dengan 1MDB sekitar RM7.4 bilion.", "Apabila kedua-dua projek ini sedang berjalan, ekonomi turut berkembang. Kerajaan pula akan mengutip cukai dan manfaat daripada proses ini menerusi syarikat, pekerja, pembekal dan pembeli hartanah dalam projek tersebut.", "Kerajaan akan mengutip cukai jualan, korporat, duti setem peribadi dan juga keuntungan daripada pemilikan 40% saham 1MDB di Bandar Malaysia serta kepentingan majoriti dalam projek TRX.", "Pendapatan ini sememangnya boleh digunakan untuk membayar hutang.", "Adakah anda faham sekarang?", "Soalan 6", "Tony kata beliau bukanlah Yang Maha Kuasa atau Yang Maha Mengetahui dan tidak boleh menjawab tentang nilai keseluruhan impak ekonomi dua projek tersebut kepada negara kita.", "Ini adalah sesuatu yang menakjubkan apabila kerajaan PH tidak tahu kesan ekonomi atau kajian kebolehlaksanaan sesuatu projek bernilai puluhan bilion ringgit!", "Sukar dipercayai.", "Soalan 7 dan 8 dijawab serentak.", "Akhirnya saya dan Tony bersetuju bahawa kedua-dua projek 1MDB ini memberi manfaat kepada negara dan ekonomi kita.", "Tony juga akhirnya bersetuju bahawa tidak semua berkaitan 1MDB itu merupakan satu beban atau negatif sebaliknya ada manfaat.", "Maka, benarlah seperti apa yang saya kata sebelum ini.", "PH tidak lagi boleh menjadikan 1MDB sebagai alasan untuk mereka tidak menunaikan janji manifesto atau meneruskan propaganda kononnya 1MDB menyebabkan negara bankrap dan generasi akan datang dibebani dengan hutang. – MediaUMNO", "" ]
https://umno-online.my/2019/04/22/eksklusif-pendedahan-penipuan-kos-ecrl/
[ "PENGUMUMAN YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan dengan kos RM44 bilion menimbulkan seribu satu persoalan.", "2. Sejak 2016, sebahagian pemimpin Pakatan menegaskan bahawa kos sebenar untuk projek ECRL (termasuk pembinaan Terowong Genting di Banjaran Titiwangsa) hanyalah sekitar RM27 bilion ke RM30 bilion sahaja, berbanding RM55 bilion yang ditandatangani bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.", "3. Sebaliknya, ahli politik Pakatan menuduh bahawa RM30 bilion daripada kos projek ECRL yang asal (RM60 bilion) yang ditandatangani Najib adalah bertujuan untuk disalahguna bagi membayar hutang syarikat 1MDB dan Jho Low.", "4. Sumber utama rujukan pemimpin Pakatan dalam tuduhan kaitan ECRL-1MDB-Jho Low ini ialah laporan Sarawak Report yang bertajuk ‘OUTRAGE! – Najib’s Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low’s) Debts!’ bertarikh 26 Julai 2016 (http://www.sarawakreport.org/…/outrage-najibs-secret-deal-…/).", "5. Laporan tersebut menuduh kos ECRL sepatutnya hanya sekitar RM27 bilion sahaja, di mana ia menyatakan bahawa ‘Cost of project delivery’ oleh China Communications Construction Company Ltd (CCCC) ialah RM27 bilion. Sebaliknya, kos tambahan hampir RM30 bilion lagi adalah penyelewengan untuk membayar hutang 1MDB kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC, di samping pembayaran kepada dua syarikat berkaitan Jho Low iaitu Loh & Loh Corporation Berhad (LLCB) dan Putrajaya Perdana Berhad (PPB). Satu lagi siri pembayaran pula dituduh melibatkan pembelian aset dan ‘unit-unit’ 1DMB.", "6. Pecahan tuduhan-tuduhan tersebut adalah seperti berikut: RM850 juta untuk membayar aset-aset 1MDB (tanah di Ayer Hitam, unit-unit Brazen Sky Limited, unit-unit 1MDB Global Investments Limited Fund, dan 1MDB Energy Holdings Ltd.), RM243.6 juta untuk membayar 90% pegangan syarikat berkaitan Jho Low iaitu Loh & Loh Corporation Berhad (LLCB), RM 71.3 juta untuk 70% pegangan satu lagi syarikat berkaitan Jho Low iaitu Putrajaya Perdana Berhad (PPB), RM65 juta lagi untuk syarikat perunding dan komunikasi strategik, manakala bakinya untuk membayar hutang 1MDB dan faedah kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM29.852 bilion (Rujuk imej Salinan dokumen kiri).", "7. Namun begitu, laporan Sarawak Report yang sama turut melampirkan satu lagi dokumen ‘rasmi’ yang kononnya akan digunakan oleh pentadbiran Najib Razak untuk menutup ‘perancangan’ mereka bagi menggunakan RM29.852 bilion daripada pinjaman projek ECRL ini bagi membayar hutang 1MDB dan Jho Low.", "8. Lampiran ‘palsu’ yang bertujuan mengaburi ‘perancangan’ ECRL-1MDB-Jho Low oleh pentadbiran Najib itu kononnya memperincikan kos projek ECRL seperti berikut: ‘General, Preliminaries, Enabling Works, and Design and Build Elements’ (RM10.2 bilion), ‘Infrastructure and Buildings’ (RM18.08 bilion), ‘Permanent Guide Way’ (RM14.1 bilion), ‘System Works’ (RM13.2 bilion), ‘Rolling Stock’ (RM4 bilion), ‘Testing and Commissioning’ (RM120 juta), dan ‘Training & Maintenance’ (RM300 juta) di mana keseluruhannya ialah RM60 bilion.", "9. Maka hari ini selepas kerajaan Pakatan berjaya merundingkan kembali kos projek ECRL, timbulnya persoalan-persoalan berikut: jika ECRL ini adalah ‘alat’ Datuk Seri Najib untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low seperti mana dakwaan Clare Rewcastle Brown (Sarawak Report), mengapa kerajaan Pakatan hanya mengurangkan kosnya menjadi RM44 bilion (selepas ditolak RM10 bilion terowong Banjaran Titiwangsa)?", "10. Jika dahulu kos ECRL dituduh sepatutnya hanya bernilai RM27 bilion, dan bukannya RM55 bilion atau RM60 bilion atau RM65 bilion, mengapa hari ini kosnya hanya dikurangkan kepada RM44 bilion dengan jajaran yang berbeza dan enam stesen dihapuskan?", "11. Memang benar pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) antara CCCC dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjadikan harga projek berkenaan dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal sebanyak RM65.5 bilion. Soalnya sekarang di bahagian manakah dalam kos ECRL yang dikurangkan kerajaan Pakatan ini yang dikatakan sebagai bertujuan ‘membayar hutang 1MDB’ dahulu sedangkan pengurangan kos yang dilaporkan adalah disebabkan pengubahsuaian jajaran dan penghapusan stesen-stesen?", "12. Jika benar RM29.852 bilion daripada projek ECRL ini bertujuan untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low, maka bukankah sepatutnya tiada sebarang perubahan jajaran atau penghapusan stesen ECRL yang terlibat sama sekali?", "13. Bukankah sepatutnya jika berlaku penyelewengan dalam perancangan kerajaan terdahulu, maka kita seharusnya akan dapat menyaksikan satu projek ECRL yang sama dengan harga kos yang berbeza? Satu dengan kos RM60 bilion (Najib Razak) dan satu lagi dengan kos RM27 bilion (kerajaan Pakatan). Sebaliknya projek ECRL yang diluluskan hari ini adalah bernilai RM44 bilion dengan pengurangan stesen dan perubahan jajaran yang tidak memerlukan kerja-kerja menggali terowong di Banjaran Titiwangsa sama sekali.", "14. Adakah hal ini tidak dijelaskan kerana sememangnya dalam perjanjian ECRL Datuk Seri Najib dahulu tidak melibatkan kos ‘membayar hutang 1MDB’ seperti mana yang didakwa Sarawak Report sama sekali? Jika itulah realitinya maka bolehlah disimpulkan bahawa laporan Sarawak Report pada 26 Julai 2016 itu adalah satu penipuan dan fitnah. Penipuan ini bahkan turut diulangi dalam buku beliau, ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ khususnya Bab 37 ‘The China Connection’ dari halaman 459 hingga ke halaman 470.", "15. Tentulah kita sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana kerajaan Pakatan kita hari ini adalah satu-satunya kerajaan yang berjaya merundingkan semula kontrak gergasi dengan China di bawah Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) yang dilancarkan sejak 2013. Selain daripada penjimatan berbanding kos asal, penyertaan kontraktor tempatan turut ditingkatkan daripada 30% kepada 40% dan perkongsian risiko kini tidak lagi ditanggung kita 100%, sebaliknya dikongsikan 50-50 dengan CCCC.", "16. Malah, ahli ekonomi Yunani Panos Mourdoukoutas melalui majalah perniagaan Forbes memuji Perdana Menteri Tun Mahathir kerana berani melawan China manakala pemimpin dunia lain tidak. Hal ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Sri Lanka, Pakistan, dan Filipina yang diperangkap hutang oleh China.", "17. Namun begitu, pada sisi yang lain, pemeteraian perjanjian tambahan (SA) ECRL ini menimbulkan lebih banyak persoalan politik berbanding jawapan. Malah, Tun Mahathir sendiri turut mendedahkan bahawa rundingan semula perjanjian projek mega ini ditandatangani tanpa sebarang syarat supaya China menyerahkan ahli perniagaan dalam buruan kerajaan iaitu Jho Low.", "18. Sebaliknya, beberapa hari lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Jho Low bukan sahaja bebas bergerak antara Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China, malah beliau turut memiliki kad penduduk Hong Kong dan syarikat beliau masih beroperasi di sana.", "19. Ringkasnya, lima persoalan berikut wajib dijawab:", "i. Jika dahulu kos ECRL dituduh sepatutnya hanya bernilai RM27 bilion atau RM30 bilion, dan bukannya RM55 bilion atau RM60 bilion atau RM65 bilion, mengapa hari ini kosnya hanya dikurangkan kepada RM44 bilion dengan jajaran yang berbeza, tanpa penggalian Terowong Banjaran Titiwangsa, dan enam stesen dihapuskan?", "ii. Di bahagian manakah dalam kos ECRL yang dikurangkan kerajaan Pakatan ini yang dikatakan sebagai bertujuan ‘membayar hutang 1MDB’ dahulu sedangkan pengurangan kos yang dilaporkan adalah disebabkan pengubahsuaian jajaran dan penghapusan stesen-stesen? Mengapa tiada perbandingan kos ditunjukkan sama sekali dalam aspek ini oleh kerajaan hari ini?", "iii. Jika benar RM29.852 bilion daripada projek ECRL dahulu bertujuan untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low, maka bukankah sepatutnya tiada sebarang perubahan jajaran atau penghapusan stesen ECRL yang terlibat sama sekali?", "iv. Bukankah sepatutnya jika berlaku penyelewengan dalam perancangan kerajaan terdahulu, maka kita seharusnya akan dapat menyaksikan satu projek ECRL yang sama dengan harga kos yang berbeza? Satu dengan kos RM60 bilion (Najib Razak) dan satu lagi dengan kos RM44 bilion (atau 27 bilion menurut Sarawak Report).", "v. Mengapakah Jho Low yang dituduh sebagai antara dalang di sebalik cubaan penyelewengan projek ECRL ini tidak dijadikan syarat supaya ditangkap dan diserahkan oleh China sebaliknya bebas bergerak dan mengoperasikan syarikatnya di Hong Kong seperti mana laporan Sin Chew Daily baru-baru ini?", "Selagi kesemua persoalan ini tidak dapat dijelaskan, maka bolehlah disimpulkan bahawa laporan Sarawak Report pada 26 Julai 2016 itu adalah satu penipuan dan ahli politik Pakatan perlu berhati-hati dalam memetik sumber maklumat selepas ini – terutama sekali yang melibatkan kepentingan nasional kita.", "Apa pun, setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Pakatan kerana meneruskan projek ECRL ini. Ikhlas daripada saya, anak Terengganu dan Pantai Timur.", "Abdul Muein Abadi\nPensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)", "" ]
https://umno-online.my/2019/04/19/wahdatul-amal-situasi-menang-menang-umno-pas/
[ "\nPolitik perubahan atau siyasah al-taghyir menjadi fasa penting pasca PRU 14, sehingga membibitkan keserasian antara dua kabilah terbesar parti orang Melayu iaitu Kabilah UMNO dan Kabilah PAS.", "Politik perseteruan dan dendam sudah tidak relevan lagi, ia sudah berubah kepada politik persefahaman dan kerjasama berasaskan kepada prinsip-prinsip demokrasi tulen. Kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut, dan air yang dicincang tidak akan putus. Kesalingan UMNO dan PAS dilihat sedang memasuki fasa dinamik yang baharu dan perubahan ini merupakan suatu proses yang berlaku secara fitrah ke arah Wahdatul Amal.", "Adakah benar UMNO dan PAS tidak mampu menggerakkan Wahdatul Amal kerana perbezaan dasar perjuangan antara keduanya. UMNO dengan asas dan tujuannya sebagai parti yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.", "Manakala dasar Pas ialah Islam yang memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintah yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Mempertahankan kesucian Islam dan kemerdekaan serta kedaulatan negara.\n\nMerujuk kepada dasar dan tujuan penubuhan UMNO dan PAS adakah selayaknya UMNO dilabelkan sebagai parti kafir dan PAS parti Islam. Kerjasama UMNO PAS adalah pakatan antara parti Kafir dan Islam.", "Apakah semudah itu UMNO dilabelkan sebagai parti kafir yang ahlinya 98% beragama Islam. Jangan terlalu obsesi berpolitik sehingga melewati batas dan nilai. Islam menggariskan “al-ghayah la tubariru al-wasilah- matlamat tidak menghalalkan cara” bertentangan dengan kaedah “Matlamat menghalalkan cara” teori yang dipopularkan oleh Niccolo’ Machiavelli dalam bukunya “The Prince”. Adakah demi undi dan kuasa teori Machiavelli digunakan bagi melabelkan UMNO parti kafir?", "Saya tidak nampak ada kesangsian dan jurang bagi UMNO dan PAS berta’awun dalam konteks Wahdatul Amal kerana apa yang diperjuangkan adalah demi bangsa, agama dan negara. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa PAS dan Umno tidak boleh ‘berkahwin’ memandangkan kedua-dua parti itu sebenarnya adalah ‘adik-beradik.", "Pengistilahan ‘adik-beradik’ ini membawa seribu satu makna yang tersirat, dan memberi dimensi baharu terhadap agenda Perpaduan ummah yang lebih cerah, Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak senang hati menyebarkan dakyah dan hasutan bahawa Malaysia akan menjadi ‘Negara Taliban’ sekiranya UMNO dan PAS berta’awun dan seterusnya bertahaluf.\n\nIslam menegaskan bahawa semua manusia mempunyai unsur biologi dan roh yang sama hingga memungkinkan persamaan tersebut mencetuskan perpaduan dan kesatuan dalam gerak kerja sepertimana firman Allah yang bermaksud:", "Sesungguhnya ini adalah umat kamu iaitu umat yang satu, Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku \n(al-Anbiya 21:92)", "Terlalu ideal untuk membayangkan Wahdatul Amal UMNO PAS berlaku secara drastik. Prosesnya memerlukan sedikit masa, apa yang penting ransangan dan dorongan ke arah Wahdatul Amal dilakukan secara konsisten. Situasi menang-menang amatlah diperlukan bagi menjayakan Wahdatul Amal disamping keupayaan menawarkan dan melaksanakan solusi yang menjadi penentu relevensinya perpaduan ummah.", "Saya merasa sungguh terharu dengan Wahdatul Amal yang ditunjukkan oleh jentera UMNO dan PAS dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil (PRK). Keterlibatan Jabatan Amal PAS secara konsisten mengawal keselamatan dan keamanan ketika penganjuran program parti dan NGO. Kunjungan rasmi tidak rasmi pimpinan UMNO dan PAS ke muktamar dan mesyuarat agung bahagian dan cawangan. Semua ini merupakan sebahagian daripada langkah awal manifestasi Wahdatul Amal.", "Bagi memastikan Wahdatul Amal terus diperteguhkan supaya tidak timbul permasalahan, UMNO dan PAS perlu mewujudkan situasi menang- menang yang kondusif kalangan pimpinan, pendokong dan jentera parti dengan menitikberat perkara-perkara berikut:", "1. Takhtith atau perencanaan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan tersusun atas semangat kepentingan bersama dan perpaduan ummah", "2. Mengelak daripada berkonfrontasi perkara furu’ dan mengeluarkan kenyataan yang bersifat kontroversi, menyingung hati dan perasaan kedua-dua pihak", "3. Meletakkan thiqoh kepada Jawatankuasa Kerja Khas Teknikal menyusun dan mengatur program dan aktiviti ke arah Wahdatul Amal", "4. Qiyadah memainkan peranan memahamkan kepada ahli dan jentera berkaitan ta’awun UMNO PAS dan merangsang mereka melakukan Wahdatul Amal dengan penuh iltizam.", "Situasi menang-menang adalah jalan terbaik ke arah Wahdatul Amal, ia mampu memperkemaskan lagi simpulan ikatan Perpaduan UMNO PAS dan merungkai sebarang su’uz zhan, prasangka negatif sebelum ini di antara kedua parti. Apabila kekakuan sudah dapat dileraikan, maka pastinya Wahdatul Amal dapat digerakkan dan diperkasakan demi ummah. Bertemu kembali dalam episod Secangkir Kopi seterusnya.", "AHMAD ZAHID HAMIDI" ]
https://umno-online.my/2019/04/18/perjanjian-ecrl-baru-di-manakah-kerugian-sebenar/
[ "\nPertama sekali, saya menyambut baik tindakan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan perubahan skop. Walaupun perubahan tersebut adalah merugikan, tetapi ia lebih baik daripada membatalkan projek ini seperti mana pengumuman sebelumnya.", "Namun, apakah kerugian perubahan skop ini? Apabila laluan ECRL tidak lagi melalui Gombak Utara, ia akan menghalang proses ‘reverse migration’ daripada berlaku.", "Laporan Bank Dunia pada 2014 menunjukkan bahawa negara kehilangan RM20bilion setahun atau RM54 juta sehari kesan daripada kesesakan jalan raya di Lembah Klang sahaja. Kewujudan laluan ECRL dan stesen di Gombak Utara akan mengurangkan kerugian kesesakan, membolehkan pekerja di Lembah Klang bermigrasi keluar dan menetap di kawasan seperti Mentakab dalam keadaan masih bekerja di ibu negara.", "Apabila berlakunya ‘reverse migration’, pendapatan purata penduduk di kawasan pedalaman akan meningkat dan menyebabkan kewujudan perniagaan baru / pembangunan seperti shopping complex di kawasan tersebut. Ia tidak lagi boleh berlaku.", "Perjalanan Mentakab – KL selepas perubahan laluan akan melebihi 3 jam kerana terpaksa melalui Jelebu dan Putrajaya sebelum bertukar dengan pengangkutan darat lain untuk ke ibu negara. Ia menjadikan pilihan tinggal di kawasan tersebut sebagai tidak lagi ekonomi sepertimana cadangan laluan asal.", "Pembatalan stesen-stesen ECRL terutama di Pengkalan Kubor, Jelawat (Kelantan) dan Setiu (Terengganu) akan menyebabkan kawasan-kawasan belum membangun ini tidak lagi dapat menikmati kesan berantai projek (ripple effect). Ini kerana pembangunan hanya akan berlegar di sekeliling stesen dan bukannya di sepanjang jajaran rail kereta api.", "Terengganu dan Kelantan akan rugi besar. Jika peniaga bumiputera yang menguasai Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor (Kelantan) akan kehilangan manfaat pengangkutan kesan pembatalan stesen di kawasan mereka, Terengganu pula akan mengalami kesan lebih besar apabila industri silika di Setiu yang menjadi nadi baru ekonomi negeri tidak lagi akan mendapat faedah optimum daripada projek ini.", "Pengurangan 3 stesen juga menyebabkan kerajaan akan kehilangan hasil daripada cukai industri, tanah dan korporat yang boleh dinikmati kesan pembangunan di sekeliling stesen ECRL.", "Apabila CCCC (China) sebagai kontraktor utama bersetuju untuk menanggung 50% kos penyelenggaraan sebagai timbal balas hak 20% keuntungan bersih, ia sebenarnya menunjukkan bahawa ECRL ini sebenarnya satu perniagaan yang menguntungkan. Berbeza dengan persepsi sebelum ini.", "Tarikh siap ECRL ini juga dianjakkan daripada 30 Jun 2024 kepada 31 Dis 2026. Pertambahan 30 bulan. Ia merupakan sesuatu yang merugikan kerana dalam tempoh tersebut, kerajaan akan kehilangan hak untuk memungut cukai, terpaksa menanggung kos tidak langsung kesesakan pembinaan serta risiko kehilangan momentum persaingan ekonomi dengan negara-negara jiran. Momentum ekonomi ini lebih besar nilainya daripada RM21 bilion yang ‘dijimatkan’.", "Moratorium (tempoh penangguhan bayaran ansuran) juga tidak dinyatakan. Jika sekiranya tarikh mula bagi pembayaran ansuran kekal sepertimana kontrak asal, maka kerajaan hanya mempunyai masa 4 tahun setengah bagi menstabilkan kewangan ECRL berbanding 7 tahun sebelum ini.", "Dan dengan tempoh masa perjalanan antara KL – Kota Bharu yang melebihi 5 jam berbanding 4 jam dalam laluan asal, ECRL akan bergelut untuk mendapat keuntungan disebabkan pakej masa (time vs money) yang kurang menarik kepada penumpang persendirian.", "Pengguguran Stesen Kerteh juga akan menyebabkan industri minyak dan gas tidak mendapat impak penuh dalam projek ini. Ia juga akan sedikit merencatkan pembangunan Kerteh yang masih terpaksa bergantung kepada pengangkutan konvensional darat dengan perubahan pelan ECRL.", "Kenaikan kuota kontraktor tempatan daripada 30% kepada 40% juga perlu dilihat dengan lebih mendalam. Kebanyakan kos ECRL adalah daripada kerja-kerja pakar yang teknologinya tidak dimiliki kontraktor kecil tempatan.", "Makanya, yang lebih berpotensi menerima manfaat adalah kontraktor besar yang sudahpun ‘establish’. Saya pohon agar MP pembangkang dapat mendesak perincian kuota ini dikemukakan di parlimen kelak dan berapa peratus kuota sebenar akan diberi kepada kontraktor bumiputera dan kelas G1.", "Pemilikan ECRL juga tidak jelas. Jika sebelum ini ianya 100% milik negara, tapi kini CCCC akan mempunyai 50% saham di dalam sebuah syarikat kerjasama dengan MRL (Malaysia) bagi pengoperasian ECRL. Ini bermakna tenaga kerja juga akan datang daripada negara tersebut dan tidak lagi dikuasai sepenuhnya anak tempatan.", "Tempoh milikan juga tidak jelas dan berdasarkan standard syarikat, milikan ini adalah untuk selamanya. Dan jika akan datang kerajaan mahu memiliki sepenuhnya syarikat pengoperasian tersebut (termasuk mengambil semula keuntungan 20% ECRL daripada China), bukankah kerajaan akhirnya terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membeli saham daripada milikan CCCC?", "Jadi soalannya, betul ke kita benar-benar telah berjimat RM21.5 bilion?", "Abdul Rahim Hilmi Zakariya (thepatriots.asia)" ]
https://umno-online.my/2019/04/15/menjawab-tun-daim-orang-melayu-emosi-dan-tidak-rasional/
[ "\n“For Malaysia to succeed, the Malays must succeed”. Frasa ini telah dituturkan oleh Tun\nDaim Zainuddin dalam Seminar Naratif Malaysia: Melayu dalam Persoalan Nasional beberapa minggu lalu.", "Yang ironinya, tindakan dan pendirian Kerajaan semasa tidak pun menggambarkan semangat kenyataan tersebut. Bahawa, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya, orang Melayu mesti perlu di bantu untuk turut berjaya dalam pelbagai bidang.", "Kejayaan bangsa adalah perkara yang bukan sahaja memerlukan kerja keras dan pemikiran yang betul. Tetapi, memerlukan dasar, hala tuju serta lonjakan dari pelbagai arah. Bukan sekadar tekanan, sindiran serta kecaman yang bertali arus.", "Orang Melayu emosi dan tidak rasional?", "Menurut Tun Daim, orang Melayu telah kehilangan keyakinan diri dan menjadi terlalu tidak keruan untuk terus hidup di dalam Malaysia yang serba moden.", "Beliau membeza-bezakan semangat dan keberanian orang Melayu dahulu melawan Malayan Union kepada orang Melayu sekarang.", "Katanya, kita pernah melawan anasir kolonial, komunis dan subversif tanpa sebarang pertumpahan darah, tetapi secara strategik dan tersusun.", "Namun sekarang, orang Melayu telah meninggalkan logik serta fakta lalu termakan dengan retorik perkauman dan agama bawaan ahli-ahli politik. Menurutnya lagi, orang Melayu sekarang telah memilih untuk beremosi daripada bersikap rasional.", "Pandangan Tun Daim ini salah. Apa asas pengamatan tersebut saya tidak pasti. Yang pasti, sekalipun zaman bertukar, cabaran semasa dan masa depan sudah berubah, orang Melayu kekal rasional dan tidak beremosi.", "Lihat sahaja bagaimana UMNO sebagai parti dominan orang Melayu, menerima kekalahannya dengan tenang dan menghormati kehendak demokrasi. Peralihan kuasa berlaku dengan sangat aman dan teratur.", "Bila Tun Mahathir menyatakan bahawa orang Melayu berada dalam kedudukan yang\nmerosot, orang Melayu tidak beremosi. Malah orang Melayu mengakui bahawa kedudukan bangsanya sekarang ini merosot dan berada dalam ‘the state of decline’.", "Kemudian apabila Tun Mahathir tuduh orang Melayu malas, hanya mengharapkan bantuan, tidak pandai menguruskan kewangan, boros dan macam-macam lagi cercaan, orang Melayu tidak beremosi dan melatah untuk membalas segala cercaan sedemikian. Kerana, pada orang Melayu, tidak perlu kita menjerit kita ini tidak malas, tidak mudah lupa dan tidak rasional.", "Sikap dan peradaban orang Melayu terlalu jauh dan besar untuk dibuktikan dengan\nsekadar menempelak pemimpin Melayu yang lancang melabel bangsa sendiri.", "Lihat sahajalah di sekeliling kita. Mustahil orang Melayu memilih untuk mengharungi segala kepayahan, berulang-alik ke Singapura setiap hari demi sesuap nasi.", "Mustahil ramai sekali mereka di kampung yang sudah memulakan hari sesudah subuh menghempas tulang empat kerat di ladang mahupun di laut, demi sesuap nasi.", "Jarak perpisahan bandar dan luar bandar, sikap dan sistem nilai bukanlah satunya-satunya punca kemunduran bangsa kita. Tetapi, penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baru serta pengagihan peluang dan kekayaan tidak adil yang wujud sejak dahulu lagi, adalah puncanya.", "Ternyata yang demikian turut banyak berlaku di bawah pentadbiran Tun Daim dan Tun Mahathir sendiri.", "Golongan elitis Melayu seperti Tun Daim dan sahabat-sahabatnya adalah antara mereka yang rakus mencengkam dan mengamalkan polisi neo-liberal dan hanya mementingkan keuntungan serta segala kayu ukur kuantitatif dalam melihat pencapaian.", "Jadi, mana boleh bangsa kita secara pukal pula yang disalahkan?", "Melayu Pasca PRU 14", "Seluruh struktur politik dan kesedaran orang Melayu, sebelum dan selepas Pilihan Raya ke-14 (PRU14) seakan telah diracik-racik oleh sang politikus.", "Daripada skandal 1MDB ke Tabung Haji, sehinggalah kepada isu tadbir urus konglomerat terbesar negara FELDA dan\nFelda Global Ventures (FGV).", "poPSegalanya pada Tun Daim dan Tun Mahathir, adalah sangat teruk dan rosak sehingga tiada langsung sekelumit kebaikan dari pentadbiran terdahulu.", "Tanpa sedar, mereka menyalahlah kepimpinan UMNO selama 60 tahun sebelum ini, sedangkan mereka sendiri turut berada dan memimpin UMNO sepanjang 60 tahun tersebut.", "Orang Melayu mendengar segala cemuhan terhadap kepimpinan Melayu sebelum itu\ndengan tenang, tanpa beremosi.", "Pasca PRU14, tiada parti politik dominan yang mewakili bangsa Melayu dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Orang Melayu dibiarkan melopong tatkala wacana-wacana di media arus perdana dan alternatif membawakan naratif yang asing buat mereka.", "Keterbukaan yang melampau dan suara-suara yang mencabar hak Melayu dan kesucian agama Islam menjadi perkara lazim. Namun, sekali lagi, orang Melayu tidak beremosi. Mereka tetap tenang dan berakhlak dalam mengemudi politik era Pakatan Harapan.", "Kalau pun wujud sense of insecurity orang Melayu yang semakin bergolak, ia berpunca daripada rasa tidak selesa dengan kemunculan model politik yang secara sistematik, membenarkan identiti serta sistem nilai bangsanya diperkotak-katikkan oleh mereka yang memegang kuasa politik.", "Ini yang mengundang rasa tidak selesa dan rasa marah orang Melayu, sama ada yang konservatif mahupun yang progresif.", "Kajian Ilham Centre bersama Penang Institute akhir tahun lepas menunjukkan bahawa 60% orang Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pada hari ini.", "Manakala 54% berpendapat bahawa kerajaan sekarang telah mengabaikan hak-hak orang Melayu, selain 62.9% yakin bahawa Kerajaan Persekutuan kini sedang dikawal oleh orang bukan Muslim dan 62% pula percaya bahawa DAP adalah parti yang dominan di dalam Pakatan Harapan.", "Amat malang jika ahli politik Melayu seperti Tun Daim berpendapat bahawa hak istimewa Bumiputera dan Islam sebagai Agama Persekutuan telah termaktub dalam kerangka legalistik Perlembagaan Persekutuan, lalu tidak ada apa yang harus dibimbangkan.", "Tun Daim lupa bahawa yang tidak dicatat dan tidak ditulis di dalam dokumen itu juga memainkan peranan yang sama malah lebih penting, dalam memberi makna kepada ‘Melayu’ dan ‘Islam’ di Malaysia.", "Institusi Melayu, kesedaran dan ideologi orang Melayu serta yang lebih penting lagi identiti dan agamanya, tidak diabsahkan dan dihadkan kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.", "Apatah lagi jika perkara-perkara ini pun telah mula diganggu-gugat dan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.", "Dalam menjawab pertanyaan Tun Daim tentang mengapa orang Melayu dahulu boleh membina negara tanpa melaungkan retorik bangsa dan agama.", "Jawapannya mudah. Ini kerana, di bawah pakatan politik Barisan Nasional (BN), United Malays National Organisation (UMNO) telah mendahului dan memayungi dengan sedaya adil sebuah formula politik di dalam negara demokrasi yang multibudaya.", "Formula politik ini telah menghormati norma budaya dan sosial negara.", "Kini, keadaannya berbeza. Negara tidak lagi ditadbir dengan model politik yang lazim kepada bangsa Melayu tetapi berpandukan satu model kepimpinan politik yang amat asing bagi orang Melayu.", "Sehinggakan, untuk seorang Melayu bercakap tentang survival bangsa dan agamanya, dia akan dilabel sebagai ekstremis dan tidak toleran. Dia akan diperlekehkan, seperti yang dilakukan oleh Tun Daim sendiri, dengan seribu satu hujah seperti tongkat dan kisah-kisah falasi lain.", "Sekarang, jika seorang Melayu mengajak bangsanya sendiri untuk bersatu demi kebaikan mereka, dia akan dilabel sebagai tidak sensitif dan berniat jahat. Malah sebagai menyerupai pertubuhan pengganas.", "Adalah amat janggal untuk perihal Melayu dan Kemelayuan, Islam dan Keislaman diwacanakan pada era Malaysia Baharu ini. Yang demikian itulah yang amat menyedihkan kita.", "Lihat sahaja kelancangan mulut pemimpin Democratic Action Party (DAP) yang\nmengeluarkan kenyataan demi kenyataan menzahirkan sentimen berbaur Islamofobik\ntentang kerjasama politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan UMNO.", "Kononnya penyatuan orang Melayu adalah ‘deklarasi perang’, tindakan yang akan melahirkan Taliban dan pelbagai lagi tohmahan pedih dan sangat menghina. Semua ini amat menyinggung bangsa Melayu.", "Tetapi, biarpun semua ini sangat biadap dan jahat, tidak ada Melayu ke jalanan dan melakukan tunjuk rasa walaupun emosi mereka.", "Bukankah semua ini adalah tamsilan kematangan orang Melayu? Malah, ia adalah bukti kejahilan ahli politik DAP, mengenai politik dan pemikiran orang Melayu.", "Masa Depan Melayu Progresif dan Malaysia\nKepimpinan politik Melayu Muslim adalah satu amanah dan tanggungjawab. Bukan sekadar satu legasi perjuangan.", "Agenda Melayu dan Bumiputera, tolerasi Melayu dan kedudukan Islam, survival dan daya saing luar bandar. Semua ini adalah perkara kritikal yang memerlukan naratif dan anjakan baharu dalam konteks moden dan semasa.", "Kerana itu beberapa pimpinan Melayu mengusahakan kerjasama politik UMNO dan PAS demi watan.", "Ia bukan dilakukan semata-mata rasa tidak selesa bangsa Melayu dengan kemunculan model politik baru. Tetapi juga sebagai jalan demokratik bagi pemerkasaan aspek-aspek penting sesebuah bangsa tanpa melupakan kemajmukan Malaysia yang pelbagai.", "Beringatlah Tun Daim. Segala keresahan dan sense of insecurity orang Melayu adalah berasas. Bukan sesuatu yang sengaja kita lahirkan secara dibuat-buat.", "Begitu juga resahnya PPBM apabila menjadi entiti terkecil dalam Pakatan Harapan. Kerana gusar ditendang keluar apabila percaturan kuasa berubah kelak, parti ini menggadai seluruh pekik dan sorak jalanan sebelum ini dengan mengutip bekas-bekas pemimpin dari parti yang disumpah sebagai sudah rosak dan mati.", "Besarkah nilai dan harga diri dalam tindakan sebegini? Apakah ini bukan satu dakapan amalan politik murahan yang dibuat demi kelangsungan kuasa?", "Setidak-tidaknya, biarpun telah jatuh, biarpun dihina pemimpin dari kaum sendiri dan bangsa lain, biarpun dituduh dengan bermacam-macam kata nista, UMNO, PAS dan orang Melayu rata-ratanya tidak menggadai prinsip dan pegangan budaya bangsanya. Melayu tetap Melayu.", "Tidak perlu malu mengaku bahawa kita pernah tersilap, tidak malu untuk terus memperjuangkan hidup dengan dipimpin oleh Islam.", "Ya, kita mungkin telah mengundi keluar sebuah kerajaan kleptokrasi. Kami sendiri berterima kasih atas sumbangan ini. Tetapi apabila semuanya digantikan dengan sebuah pentadbiran kakistokrasi, ketahuilah bahawa Malaysia sedang terperangkap dalam era ketidaktentuan dan kebejatan ketumbuhan yang merisaukan.", "Lebih-lebih lagi dengan formula politik yang porous, yang tidak akan menjamin kestabilan. Apabila semua ini berlaku, apakah ini sebenarnya Malaysia Baharu yang mesti kita terus laung dan pertahankan? Tun Daim\njawablah sendiri.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/04/09/selain-osman-sebelas-orang-menteri-ph-lagi-yang-patut-letak-jawatan/
[ "Saya baru dimaklumkan bahawa Menteri Besar Johor Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam.", "Perkara ini diumum oleh Perdana Menteri Tun Mahathir sejam tadi di Parlimen.", "Tun Mahathir berkata buat sementara waktu ini Johor tiada Menteri Besar dan beliau sedang mencari pengganti. Ini bermaksud perletakan jawatan MB ini berkuatkuasa serta merta.", "Saya juga dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Johor telah lama membuat keputusan untuk menukar MB.", "Oleh itu sebelum MB Osman Sapian ini dipecat secara paksa, eloklah beliau meletakkan jawatan.", "Ini susulan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri Johor di bawah PH dan MB Osman Sapian dan kegagalan menguruskan krisis pencemaran di Pasir Gudang baru-baru ini yang mengakibatkan beribu rakyat johor jatuh sakit kerana diracun oleh gas merbahaya.", "Semasa krisis gas beracun sedang memuncak, beliau telah pergi ke Batam dan meninggalkan tanggungjawab beliau di Pasir Gudang.", "Osman Sapian juga mempunyai masalah tuduhan menipu sijil kelulusan ijazah yang sehingga kini tidak terjawab.", "Saya berpandangan terdapat sekurang-kurangnya 11 orang Menteri atau Timbalan Menteri serta anggota pentadbiran Kerajaan PH yang perlu meletakkan jawatan juga supaya mereka tidak lagi memberi kesan yang buruk dan mendatangkan musibah kepada rakyat.", "Menteri-menteri ini adalah seperti berikut:", "1. YB Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri: Menandatangani Statut Rom tanpa merujuk Majlis Raja-raja dan Parlimen dan mencadang supaya Malaysia meratifikasi ICERD yang memberikan kesan kepada kedaulatan negara dan pengaruh kuasa asing.", "2. YB Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar Negeri: Kes ijazah terbang beliau dari “Cambridge”.", "3. YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan: Kes beliau atau pihak beliau cuba mengelirukan atau menipu rakyat tentang ijazah dan kelulusan beliau.", "4. YB Mahfuz Omar, Timbalan Menteri JPM: Tiada ijazah dan kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaannya.", "5. YB Mat Sabu, Menteri Pertahanan: Tiada ijazah.", "6. YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan: Kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaan kelayakan akauntan profesional beliau. Meranapkan ekonomi negara sehingga pelabur lari dan pasaran saham merudum. Kes rasuah terowong dan rumah bungalow beliau.", "7. YB Teresa Kok, Menteri Komoditi: Tidak kompeten, dasar-dasar tidak bijak seperti kempen sawit, menoreh musim tengkujuh etc.", "8. YB Yeo Bee Yin, Menteri Alam Sekitar: Tidak kompeten, terutama dalam pengurusan krisis pencemaran Pasir Gudang.", "9. YB Maszlee, Menteri Pendidikan: Tidak kompeten, dasar-dasar pendidikan yang trivial seperti warna kasut dan stokin etc.", "10. YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan: Tidak kompeten, tiada pengalaman, tiada kesan ke atas dasar sukan; oleh itu membazir wang rakyat untuk membayar gaji beliau berpuluh ribu sebulan yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.", "11. YB Waythamoorthy, Menteri Perpaduan: Pernah memberikan ucapan perkauman dan menerukkan keadaan hubungan kaum di Malaysia.", "Sekiranya mereka-mereka ini terus berada dalam Kabinet, maka Malaysia Baharu ini menuju ke arah musibah dan kesusahan kepada rakyat.", "Kita perlu menukar mereka ini atau menukar kerajaan supaya rakyat tidak terus terbeban dengan ketidakcekapan mereka atau oleh kerosakan yang dibawa oleh dasar-dasar dan keputusan mereka.", "ISHAM JALIL" ]
https://umno-online.my/2019/04/06/sebelas-jawapan-fakta-tabung-haji/
[ "Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah. Maka ini jawapan saya:", "1. RM4.1 bilion itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pengurusan TH. Tapi jumlah inilah benda yang diulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng.", "2. Antara 1 April hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion. Tapi sebab masa tu pemerintah dah bertukar, puak puak ini buat diam pula.", "3. Tabung Haji tak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.", "4. Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual. Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal. Tapi orang marah. Ini creative accounting kata mereka. Penipu. Walaupun kaedah itu ikut standard perakaunan dunia.", "5. Masuk pengurusan baru, defisit aset TH dah jadi RM10.9 bilion. Maka pengurusan TH pindah aset kepada SPV, dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas. Contohnya saham Bumi Armada bernilai RM8 juta dinilai / ambilalih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta. Ya PH kata itu bukan creative accounting, itu maknanya pandai. Orang yang cipta kaedah NRV pun dah boleh keluar dari kubur menangis sujud atas kaki orang yang cipta kaedah akaun macam ni. ‘NRV’ paling agung atas dunia.", "6. Ya, TH ada kerugian RM400 juta dalam pelaburan sawit di Indonesia dulu. Tetapi TH ini multi billions punya company. Dia pelbagaikan (diversify) pelaburan supaya kalau satu bisnes rugi, bisnes lain yang untung boleh cover. Sebab itu dari tahun 2013-2017, untung bersih TH adalah RM 15.047 bilion.", "7. Jika TH pernah rugi kerana terlibat dalam satu urusniaga berkaitan Jho Low, maka kerajaan siasat dan hukumlah mereka yang terlibat. Apa susah? Kemudian boleh siasat sama bagaimana TH dijadikan ‘piggy bank’ pada zaman PM ke 4 apabila membeli TH Perdana dan TH Selborn dengan harga RM436.38j berbanding harga penilai RM267.92j.", "Pengerusi TH pada tahun 1998 adalah TS Ahmad Razali, adik ipar PM ketika itu.", "8. Kertas sukuk dan RCPS-i yang diberi oleh SPV sebagai galang ganti saham dan aset TH itu tiada jaminan kerajaan. Secara atas kertas, kalau SPV ini bungkus, TH tengok saja. Ya, UZAR kata tak perlu jamin sukuk SPV ini sebab deposit kita dah dijamin kerajaan. Soalnya, kalau SPV ini bungkus, TH akan rugi dan kita semua tak dapat dividen dan subsidi haji lagi. Yang ni tak ada orang pula nak fikir?", "9. Letak saham di SPV ini tak menguntungkan pun. Dividen saham ini semua SPV kaut. TH cuma diberi RCPS-i yang tak beri apa2 hasil. Saham tersebut pun bukan semuanya naik harga. Contohnya saham E&O masa dipindahmilik pada 31 Dec 2018 berharga RM1.12 se saham. Hari ini dah turun jadi 90 sen. Pendek kata SPV cuma tunggu dan kutip dividen sementara TH duk menganga tunggu lalat masuk mulut. Meniaga air tebu pun takdak senang macam ni.", "10. Ada orang kata untunglah kerajaan ambil alih saham TH dengan nilai yang tinggi. Ya, atas kertas memang untung. Tapi kalau saham2 tersebut tak boleh naik harga maka macammana SPV tersebut nak bayar kepada TH apabila sampai masa? Sudahlah RCPS-i yang menjadi galang ganti itu tiada jaminan kerajaan.", "11. Ada ahli politik kata kerajaan baik hati suntik RM17 bilion untuk selamatkan Tabung Haji. Tetapi saya malas nak komen. Kalau Presiden pun tak reti beza antara kertas hutang dengan suntik modal, maka elok dia diam.", "Amenda lagi tak faham?", "Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nBukit Tunggal Kuala Terengganu" ]
https://umno-online.my/2019/03/28/prkrantau-maruah-umno-dan-survival-ph/
[ "Pilihan Raya Kecil Rantau pada 13 April ini amat penting kepada Barisan Nasional ( BN) khususnya UMNO dalam membangkitkan martabat dan maruah parti yang difitnah pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lalu.", "Kemenangan BN di Rantau adalah manifestasi penolakan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PH) yang tidak menunaikan janji di samping menarik balik segala bantuan dan kemudahan untuk golongan yang memerlukan.", "Sikap menaburkan janji kosong PH membuat rakyat naik mual apatah lagi sikap pemimpin mereka yang gemar menyalah orang lain.", "Mereka seolah-olah hilang tujuan termasuk tiada dasar baharu yang konkrit membangunkan negara.", "Anggota Kabinet yang lemah dan tidak berwibawa menyebabkan usaha memperkenalkan dasar mendapat tentangan rakyat malah dasar itu ‘lebih kepada kulit dan bukan isinya’.", "Tambahan pula ada beberapa pemimpin PH yang menipu sijil kelayakan akademik mereka.", "MOMENTUM KEMENANGAN", "

Dalam PRK kali ini, BN mencalonkan semula Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO manakala calon PH adalah Dr. S. Streram. Beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).", "Momentum kemenangan BN bermula di PRK Cameron Highlands dan seterusnya di Semenyih. Sudah tentu jentera BN akan bekerja keras untuk memastikan BN terus mendapat kemenangan berturut-turut.", "Setakat ini, jentera kedua-dua pihak sudah mula bergerak di mana BN diterajui sendiri oleh Tok Mat manakala PH diketuai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Pelbagai ceramah umum diadakan oleh BN dan PH di Rantau sejak dua minggu lalu yang secara langsung mengajak pengundi memilih calon mereka.", "Tok Mat yang juga ADUN Rantau sejak tiga penggal telah membuka command centre dan menggerakkan jentera cawangan di Bahagian Rembau yang disifatkan sebagai ‘orang pangkal’ yang bertanggungjawab memulakan langkah dan membantu pasukan negeri atau bahagian angkat.", "Kerjasama antara UMNO-Pas akan memberikan kelebihan kepada BN berikutan apa yang dipaparkan di Cameron Highlands dan Semenyih. Ini yang merisaukan PH dan menjadi mimpi buruk kepada DAP, parti komponen PH.", "Selain itu, sebagai bekas Menteri Besar, Tok Mat telah banyak membantu rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Rantau khasnya termasuk isu tanah dan tempat beribadat kaum India.", "Bagi PH terutama Anwar, mereka pasti mahu menang selepas calon DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.", "Anwar tentu mahu calon pilihannya menang bagi memapar beliau berwibawa dan mampu mengambilalih sebagai Perdana Menteri ke-8 daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.", "TAKTIK LICIK", "Malah Anwar menyatakan hasratnya berkampung di Rantau untuk membongkar segala kelemahan dan kebobrokan BN.", "Bagaimanapun, ini tidak bermakna BN atau UMNO memandang rendah terhadap kemampuan PH, terutama menggunakan taktik licik dan mengelirukan pengundi.", "Jentera pilihan raya UMNO perlu berhati-hati dalam gerak kerjanya. Paling penting ialah meyakinkan pengundi bahawa kerajaan baru ini tidak mampu menunaikan permintaan rakyat berbanding kerajaan BN sebelum ini.", "Perha­tian rakyat juga harus dialih­kan dari­pada dakyah politik PH yang secara terus-menerus menyalahkan kerajaan BN sebagai helah untuk menutup kepincangannya sendiri.", "Kenaikan harga barang, kemerosotan nilai ringgit, kehilangan aset negara, rancangan menjual aset rakyat dan kelemahan pentadbiran ekonomi perlu menyedarkan rakyat bahawa PH hanya menyandar politik tangkap muat serta rapuh.", "Dengan menggunakan secara berterusan isu 1MDB, menyalahkan #bossku, sebenarnya tiada kerja khusus dirangka untuk menyusun program membangunkan ekonomi rakyat yang resah hadapi krisis kenaikan sara hidup.", "Ini terutama penurunan harga komoditi seperti minyak sawit dan getah yang diusahakan jutaan peneroka FELDA dan pekebun kecil.", "Kepada siapakah rakyat dapat menyandarkan harapan? Adakah suara mereka didengari kerajaan?", "Isu perbalahan kaum juga kian menjadi-jadi di bawah PH.", "Merebaknya perbalahan agama, kaum serta LGBT hanya berlaku sejak PH mengambil alih Putrajaya, dan ia dilihat tidak menjanji hukuman setimpal ke atas mereka yang melakukannya.", "Di Parlimen, wakil mereka lebih banyak menyuarakan isu remeh-remeh dan menyerang peribadi wakil pembangkang dan tidak sedikit pun berbahas mengenai rakyat. Inikah yang rakyat mahukan?", "DISEDARKAN DARI MIMPI", "Pengundi Rantau mesti terus disedarkan daripada mimpi mereka. Kedatangan Anwar bukan untuk menolong orang Rantau tetapi sekadar menonjolkan beliau calon terbaik mengganti Dr. Mahathir serta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali.", "Nasib orang Rantau akan terbiar dek perebutan kuasa di peringkat nasional. Selepas selesai PRK Rantau, semuanya balik ke Kuala Lumpur. Yang akan tinggal ialah Tok Mat. Bagi Tok Mat, hidup dan matinya adalah untuk orang Rantau 
kerana beliau berasal dari sana.", "Percubaan untuk menukar kerajaan pada PRU-14 lalu ternyata memperosokkan mereka ke dalam dilema kehidupan yang kian kronik.", "PRK Rantau akan bertindak sebagai wake up call kepada lena yang panjang ini. Ia adalah medan di antara mencari kebenaran dan pembohongan.", "Rakyat sudah mulai sedar, dan adalah diharapkan mereka akan bingkas bangun memperbetulkan keadaan sebelum semuanya punah!", "Bagi kita undi mesti diberikan kepada Tok Mat yang pasti bukan saja akan mewakili mereka. Malah beliau akan bersuara tentang resah gelisah terhadap pentadbiran kerajaan sepenggal yang tidak keruan.", "DATUK DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH", "Ketua Penerangan UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/03/27/sembilan-tahun-guan-eng-telah-jual-harta-rakyat-pulau-pinang-rm35-bilion/
[ "\nSEBENARNYA, Menteri Kewayangan kita pernah mengaku bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang di bawah dia telah menjual tanah dan aset negeri yang bernilai sebanyak RM35 bilion.", "Pada masa itu, dia terdesak kerana sebuah NGO telah dedahkan bahawa tanah kerajaan telah senyap-senyap dijual secara rundingan terus, tanpa tender dan tanpa diumumkan kepada satu syarikat swasta dengan harga RM156 juta.", "Ramai yang berpendapat pada masa itu bahawa harga jualan RM560 satu kaki persegi untuk tanah Peel Avenue itu adalah jauh di bawah harga pasaran di antara RM1,000 hingga RM1,500 satu kaki persegi untuk tanah-tanah berhampiran.", "Sekian lama, dia sering menafikan bahawa Dap telah banyak jual aset negeri.", "Guan Eng denies his administration sold, traded away RM37 billion worth of assets since 2008\nhttps://www.nst.com.my/…/guan-eng-denies-his-administration…", "TETAPI, oleh kerana telah terkantoi, Menteri Kewayangan terpaksa pertahankan diri dengan memberi alasan bahawa jualan tanah secara rundingan terus itu hanyalah 1% dari jumlah jualan aset dan tanah kerajaan negeri sebanyak RM35 bilion sejak Dap mengambil alih Pulau Pinang.", "Bayangkan bahawa Dap boleh jual sebanyak RM35 bilion harta rakyat untuk sebuah negeri yang hanya ada 1.7 juta penduduk dalam tempoh 9 tahun sahaja – iaitu RM20,600 untuk setiap penduduk di negeri itu.", "Wang RM35 bilion itulah yang digunakan untuk membayar projek-projek tidak masuk akal seperti RM305 juta untuk kertas laporan terowong dan lebuhraya PIL berharga RM7.5 bilion untuk 19.5km – iaitu lebuhraya paling mahal dalam sejarah Malaysia pada harga RM380 juta satu km.", "Selama 9 tahun juga, belum nampak lagi satu aset baru yang dibina oleh mereka yang telah membawa sebarang keuntungan besar kepada negeri.", "Selepas mengaku jual aset RM35 bilion, Menteri Kewayangan pula memuji diri sendiri bahawa kewangan kerajaan Pulau Pinang dijaga dengan baik dengan memberi bukti bahawa rizab negeri sudah naik dari RM900 juta sebelum tahun 2008 di bawah BN kepada RM1.8 bilion.", "Ramai di Pulau Pinang telah tertipu pada masa itu.", "Dan sekarang, dia sedang menipu lebih banyak Raykat kerana dia telah naik pangkat menjadi Menteri Kewayangan.", "Jika pernah jual aset negeri RM35 bilion untuk 1.7 juta penduduk Pulau Pinang sahaja, maka dia juga mampu untuk jual aset negara bernilai RM1.05 trilion untuk 30 juta Rakyat Malaysia.", "Najib Razak", "" ]
https://umno-online.my/2019/03/20/kos-ecrl-rm132-billion-propaganda-kerajaan-dap-ph/
[ "Kos ECRL bernilai RM55 bilion benar-benar boleh mencapai RM130 bilion seperti didakwa PH hari ini JIKA semua syarat-syarat berikut dipenuhi:", "a) Kadar faedah pinjaman dari EXIM Bank ialah 7% setahun untuk 20 tahun.", "RM55b X 7% X 20 tahun = RM77b", "RM55b (pokok) + RM77b (faedah) = RM132b.", "Tetapi, kadar faedah sebenar adalah 3.25% (bukan 7%) seperti dalam surat pinjaman yang kerajaan BN dahulu telah persetujui.", "Dan..", "b) Semua dana RM55 bilion dipinjam dan diguna sekaligus pada hari pertama.", "Ini mustahil kerana dana dari pinjaman untuk projek pembangunan hanya akan disalurkan secara berperingkat mengikut tahap pembinaan;", "Dan..", "c) Tidak ada satu sen dari RM55 bilion ini dibayar balik secara ansuran untuk mengurangkan pokok atau principal pinjaman selama tempoh 20 tahun ini.", "Ini juga mustahil kerana syarat pinjaman yang ditetapkan dari EXIM bank ialah ECRL mula membayar balik principal pinjaman secara beransuran selepas ECRL mula beroperasi iaitu pada tahun ke-7;", "Dan..", "d) ECRL tidak menjana satu sen hasil dari penumpang atau kargo selepas mula beroperasi pada tahun ke-7;", "Dan..", "e) Kerajaan tidak mendapat satu sen hasil dari sebarang cukai termasuk GST, cukai kiorporat, cukai tanah, cukai peribadi, duti setem yang akan dikutip dari kontraktor, pembekal dan pekerja untuk projek ECRL ini atau dari kenaikan KDNK yang dijana oleh projek ini.", "Dan..", "f) Tidak ada sebarang kenaikan nilai tanah dan harta akan berlaku di lokasi-lokasi berhampiran dengan 22 stesen ECRL yang akan menguntungkan kerajaan.", "Jika SEMUA syarat-syarat “a” sehingga “f” dipenuhi, baru betul kos ECRL boleh mencapai RM130 bilion seperti diumumkan oleh kerajaan PH hari ini.", "Kos RM130 bilion ini adalah satu lagi propaganda menipu dari PH untuk memburukkan kerajaan BN dahulu, seperti “kewayangan” hutang RM1 trilion mereka.", "PH tipu untuk menang.", "Selepas menang, mereka terus menipu.", "PH tidak akan teragak-agak untuk menipu, tidak kira di mana – termasuk di dalam Dewan Rakyat.", "Selepas menang, PH kata kos sebenar ialah RM81 bilion.", "Selepas itu dinaikkan ke RM110 bilion.", "Hari ini jadi RM130 bilion pulak.", "Walaupun PH sering tuduh kos ECRL sebenar hanya RM30 bilion dan BN terlebih bayar, mereka tak pernah memberi sebarang bukti.", "Saya pernah tanya PH sekurang-kurangnya 10 kali termasuk di dalam Dewan Rakyat untuk mendedahkan mana-mana laporan yang sebut kos ECRL hanya RM30 bilion dan juga untuk mengeluarkan laporan feasibiliti ECRL yang menunjukkan projek ECRL untung untuk negara.", "Namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab. Terus membisu.", "Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 688km apabila BN melancarkan projek itu pada tahun 2016.", "Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat serta rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.", "Najib Razak" ]
https://umno-online.my/2019/03/19/umno-dan-politik-kemajmukan-dap-jahil-amalan-bernegara-malaysia/
[ "\nSemenjak UMNO dan PAS berunding untuk mengukuhkan kesatuan orang Melayu, pelbagai kata nista dilemparkan. UMNO dan pemimpinnya digelar ‘Malay supremist’, rasis dan pelbagai gelaran lain. UMNO dituduh menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan.", "Lim Guan Eng menuduh bahawa kerjasama UMNO PAS adalah ‘a declaration of war against the non Malays’. Manakala Chong Chieng Jen menyokong kenyataan Ngar Kor Ming yang berspekulasi bahawa kerjasama orang Melayu Islam UMNO-PAS akan boleh menjadikan Malaysia sebagai negara Taliban (pertubuhan pengganas di Afghanistan).", "Kita terfikir. Mengapa sangat kita cuba memperkasa perpaduan yang semakin menipis, mereka dengan rakus memperkosanya dengan rasa prejudis? Pada saya, semua tindakan melulu, malah celopar, sebegini menghantar dua isyarat jelas.\n\nPertama Dap dan sekutunya amat gerun dengan cabaran yang akan mereka tempuhi apabila orang Melayu bersatu pada tahap yang tidak pernah terlihat sebelum ini.\nYang risau, tidak senang dan berasa tergugat bukannya masyarakat bukan Melayu secara umum. Tetapi hanya Dap dan sekutunya Bersatu, yang tidak mewakili suara bukan Melayu yang lain.", "Mereka sangat sedar bahawa dampak kesatuan orang Melayu yang luar biasa akan melenyapkan Dap dan Bersatu dari persada kuasa. Mereka tahu, naratif ‘no religion no race Malaysian Malaysia’ tidak akan diterima, ditolak dan ditentang oleh orang Melayu. Mereka juga sedar bahawa Bersatu sehingga sekarang tidak boleh menjadi alternatif yang diterima kepada perjuangan politik bangsa Melayu.", "Kedua, semua tindakan Dap menggambarkan betapa mereka selama ini hidup dalam kebatilan dan kejahilan.\n\nBagaimana mungkin kesatuan orang Melayu itu disamakan secara membuta tuli dengan ‘perang terhadap bangsa bukan Melayu’. Tiada akal yang waras dapat menerima hujah yang sangat dangkal, sempit dan tidak bertanggungjawab sebegini.", "Ternyata pimpinan Dap sangat jahil tentang perjalanan, pengalaman, sejarah dan aspirasi politik UMNO dan PAS. Malah, aspirasi dan amalan bernegara di Malaysia.", "Oleh itu, tanggungjawab moral perjuangan UMNO dan PAS selepas ini bukan sahaja untuk memperkukuhkan kesatuan bangsa Melayu dan orang Islam. Tetapi juga melakukan ikhtiar memerangi ‘kebatilan dan kejahilan Dap’ atau apa yang saya panggil ‘the war against ignorance’.\n\nKerana jika tidak dibendung, kejahilan Dap ini akan meresapi sanubari kaum bukan Melayu. Dan, kita sendiri tahu, tiada perkara baik akan terhasil dari sesuatu yang berpaksikan kejahilan yang menebal.", "Wahai Dap, selama 60 tahun UMNO menjadi parti induk BN, selama 60 tahun jugalah pelbagai parti politik dengan pelbagai ideologi dan fahaman politik dari seluruh pelosok negara muncul, bekerjasama dan mengurus tanahair ini dengan aman dan berjaya, melalui politik permuafakatan.", "Selama 60 tahun, UMNO dan BN mengurus negara ini dengan jalan sederhana. Jalan politik berhikmah. Jalan politik yang mengiktiraf hak dan keperluan semua. Jalan politik yang tidak ekstrem atau melampau.", "Dan selama 60 tahun jugalah, pelbagai bangsa hidup dengan rukun dan damai di tanah air ini. Tiada sekali pun UMNO dan BN membenarkan konflik perkauman tercetus, kecuali peristiwa 13 Mei yang semua orang tahu, bukan dimulai oleh orang Melayu.", "Benar dalam masa 60 tahun tersebut, UMNO dan BN pasti tidak sempurna dan terlepas dari segala khilaf. UMNO adalah gerakan amal bakti yang mengemudi pentadbiran negara melalui penglibatan politik. Pasti ada perhitungannya yang tersasar, yang tidak sempurna. Dan adalah amat mustahil semua tindakan UMNO akan memuaskan hati atau menggembirakan semua pihak setiap masa.", "Namun selama 60 tahun tersebut, rekod UMNO mengurus kepelbagaian Malaysia adalah sangat luar biasa. Malah, menjadi suri teladan kepada banyak pihak. Adalah amat sempit dan memalukan pemikiran Dap ini jika mereka beranggapan bahawa UMNO dan PAS akan membelakangkan jalan sederhana.", "Percayalah, UMNO dan PAS bersatu demi watan. Kami dalam UMNO dan PAS bukan golongan mereka yang baru berpolitik setahun dua. Malah bukan mereka yang terdorong berpolitik kerana kuasa semata-mata.\n\nKami berpolitik untuk memberi darma bakti pada bangsa dan tanahair. Kami sangat mengerti, bahawa tiada satu kaum dapat mengurus Malaysia dengan aman dan baik secara terasing dan bersendirian. Ia mesti dilakukan bersama-sama dengan bangsa lain.", "Kami sedar, jika UMNO ingin berkuasa semula, maka formulanya hanya satu. Orang Melayu mesti bersatu dan mengurus Malaysia dengan bukan Melayu demi kesejahteraan bersama.", "Tiada Pelan B dan Pelan C. Hanya satu Pelan, iaitu UMNO ++ untuk Malaysia. Seperti Perikatan dahulu dan kemudiannya Barisan Nasional. Dan formula itu jugalah yang diciplak oleh PH.", "Tetapi berikanlah ruang untuk kami menguruskan perpaduan orang Melayu melalui kerjasama dengan PAS. Ini perihal bangsa Melayu yang telah sangat berpecah dan biarlah kami menanganinya dengan kebijakan kami.", "Kesatuan Melayu melalui UMNO dan PAS tidak akan memundurkan kemajuan bangsa lain mahupun merencatkan kemajmukan Malaysia. Malah, perpaduan bangsa Melayu sangat diperlukan untuk mengukuhkan kemajmukan Malaysia.", "Yang menjarakkan pelbagai kaum di Malaysia ini bukan UMNO tetapi Dap. Lihat sahaja bagaimana ia melabel pelbagai pihak yang tidak bersama dengan mereka dengan bermacam-macam nama dan jolokan. Yang menggunakan perkataan ‘perang’, pengganas, ekstremist dan ‘Malay supremist’. Sehinggakan musibah yang melanda negara orang pun dijadikan contoh untuk berpolitik dan menghina kami.", "Kerana itulah UMNO sangat berterima kasih dengan MCA dan MIC. Di sebalik serangan dan kata nista terhadap kerjasama UMNO dan PAS, kedua-dua parti ini memutuskan untuk terus mendukung politik sederhana dan berhikmah melalui BN.\n\nLalu kepada semua masyarakat bukan Melayu, ini janji kami. Bahawa dalam segala kelemahan, kekurangan dan kebaikan lepas, kami akan terus berpegang kepada semangat bersederhana dalam amalan politik kami.", "UMNO tidak akan sama sekali membelakangkan aspirasi setiap warganegara Malaysia yang pelbagai. UMNO telah dan akan terus memilih jalan sederhana dan jalan berhikmah kerana inilah ajaran agama kami, nilai bangsa kami dan budaya masyarakat kami.", "Kami tidak akan sama sekali membelakangkan masyarakat bukan Melayu kerana perjalanan politik kami yang berpuluh tahun itu sarat sekali dengan cerita terbaik sebuah masyarakat majmuk yang dicontohi serata dunia.", "Dan akan kami bangunkan ketumbukan politik yang bukan sahaja sederhana dan progresif. Tetapi akan kami lancarkan ikhtiar memerangi ‘kejahilan’ yang dipelopori oleh Dap dan Bersatu untuk kepentingan politik mereka.", "“The war against ignorance” ini penting kerana golongan bukan Melayu mesti diselamatkan dari terus terpesong dengan politik sempit, dangkal dan jahil, ala Dap.\nPada DAP, apabila orang Melayu berpecah, saling bertekak, itu lebih baik. Lebih mudah untuk mereka mengambil kesempatan. Strategi dan amalan pecah dan perintah ini bukan perkara asing dalam perjalanan panjang sejarah negara kita. Guru utamanya ialah Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.", "Yang penting, demi masa, UMNO dan PAS, dalam kerjasamanya, bukan sahaja akan mengukuhkan perpaduan ummah. Tetapi akan mempertahankan kepentingan bukan Melayu walau apa pun harganya. Kerana, bukan Melayu itu bukan aktor tambahan. Mereka adalah sebahagian dari negara ini. Malah, mereka adalah sebahagian dari kami.", "Tanpa bukan Melayu, perjuangan UMNO untuk watan akan pincang dan terencat. Kerana telah termaktub janji UMNO dahulu semasa merintis kemerdekaan bersama MCA dan MIC. Bahawa negara ini akan menjadi tanahair bersama. Semua orang punya peluang dan punya tempat dalam naungan tanahair ini. Pada watan inilah, akan kita semua, Melayu, Cina, India dan semua Bumiputera lain, tumpahkan kasih sayang dan sumbangsih yang tidak berbelah bahagi dan setulusnya.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin \nNaib Presiden UMNO\n19 Mac 2019" ]
https://umno-online.my/2019/03/13/talibankah-malaysia-di-bawah-umno-pas/
[ "\nMalaysia akan jadi negara Afganistan di bawah Taliban jika UMNO dan PAS memerintah negara? Ini satu retorik menarik dari mulut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang turut dikongsi Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Howard Lee.", "Di era lima tahun Taliban menguasai Afghanistan (1996-2001), wanita diwajibkan memakai burkha yang menutup semua kulit tubuh termasuk wajah, lelaki dewasa dikehendaki menyimpan janggut, budak perempuan berusia 10 tahun ke atas tidak dibenarkan ke sekolah dan hukuman potong tangan di kalayak ramai terhadap pencuri.", "Taliban juga dituduh oleh Amerika Syarikat bersekongkol dengan Osama bin Laden menghantar bom pesawat bagi meranapkan World Trade Centre (WTC) di New York dalam tragedi 11 September 2001.", "Pemerintahan Taliban begitu mengerikan. Rakyat Afghanistan hidup dalam ketakutan akibat diselubungi peperangan dan terperangkap dengan gerakan tentera militan.", "Sebaik berlaku peristiwa 11 September, rakyat negara itu digegarkan dengan peluru berpandu dan serangan bertali arus dari tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sehingga membawa kejatuhan kerajaan Taliban. Ribuan rakyat Afghanistan terkorban. Menakutkan bukan?", "Itulah ketakutan yang cuba ditanam dan disemai oleh Kor Ming dan sekutu-sekutu DAPnya terhadap rakyat, terutamanya di kalangan bukan Melayu dan bukan beragama Islam.", "Ideologi politik rasis melalui pendekatan menakut-nakutkan rakyat, terutamanya kaum Cina, terhadap pemerintahan Melayu-Islam di Malaysia sudah menjadi satu ketagihan buat DAP sejak turun temurun. Malah itulah senjata ampuh DAP yang membolehkan parti chauvinis berkenaan mendapat sokongan majoriti besar kaum Cina di negara ini.", "Samalah dengan sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang baru-baru ini menghamburkan kenyataan bahawa kerjasama UMNO dan PAS merupakan satu pengisytiharan ‘perang’ terhadap orang bukan Melayu.", "Niatnya untuk menimbulkan rasa ketakutan yang amat sangat di kalangan orang bukan Melayu terhadap perpaduan Melayu-Islam melalui pengisytiharan kerjasama UMNO dan PAS.", "Dalam tempoh 62 tahun UMNO memerintah negara melalui komponen Parti Perikatan kemudiannya Barisan Nasional (BN), pernahkah Kor Ming melihat semua wanita, termasuk bukan Melayu, memakai burkha sebagai pakaian yang diwajibkan oleh kerajaan ketika membeli belah di pasaraya seperti berlaku di Afghanistan ketika era Taliban?", "Dalam era pertama PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun (1959-1977), pernahkah Kor Ming melihat semua lelaki dewasa di negeri itu menyimpan janggut atas arahan kerajaan, termasuk lelaki bukan Melayu, sebagaimana Afganistan di era Taliban?", "Dalam tempoh kedua PAS memerintah Kelantan selama 29 tahun sejak 1990 hingga kini, pernahkah Kor Ming mendengar semua perempuan berusia 10 tahun ke atas, termasuk bukan Melayu, dilarang ke sekolah atas arahan kerajaan seperti Afghanistan di bawah Taliban?", "Dalam kedua-dua pemerintahan Kerajaan UMNO-BN dan PAS, pernahkah Kor Ming mendengar ada pencuri yang dipotong tangan di khalayak ramai sebagaimana kerajaan Taliban lakukan di Afghanistan?", "Itulah gambaran ngeri kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang cuba dicanangkan oleh Nga Kor Meng dan sekutu DAPnya terhadap bukan Melayu apabila mengaitkan Malaysia sebagai Afghanistan di bawah Taliban.", "Hakikatnya UMNO dan PAS sentiasa bertoleransi terhadap bukan Melayu dalam pendekatan pentadbirannya selama ini. Tidak ada satu pun patung agama Buddha yang dimusnahkan, termasuk di Kelantan, sepertimana kerajaan Taliban memusnahkan dua patung Buddha yang dipahat di tebing Bamiyan pada Mac 2001.", "Tidak ada satu sekolah aliran Cina atau Tamil di Malaysia yang ditutup di bawah pemerintahan UMNO-BN dan PAS, sedangkan sekolah seumpamanya bukan sahaja tidak pernah wujud di Afghanistan, malah di negara seluruh dunia termasuk Singapura, kecuali di Negara China dan India itu sendiri.", "Malahan Bangunan Komtar di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir DAP sejak sekian lama, tetap berdiri megah, tidak seperti WTC di New York ranap ke bumi akibat bom pesawat dikatakan berpunca dari perancangan Osama bin Laden bersama kerajaan militan Taliban di Afghanistan.", "Malaysia hanya pernah melalui tempoh huru hara ketika Parti Komunis Malaya (PKM) menguasai Tanah Melayu selama 14 hari sebaik tentera Jepun menyerah kalah pada 1948.", "Menurut Wikipedia, komunis Bintang Tiga menerusi gerakan-gerakan gerilanya seperti MPAJA, pertubuhan Min Yuen, MRA dan lain-lain telah melancarkan beberapa siri keganasan, rusuhan dan pergaduhan kaum, terutamanya di bahagian Selatan Tanah Melayu. Baru 14 hari berkuasa, komunis Bintang Tiga telahpun menyebabkan ribuan jiwa terkorban.", "Haru biru juga terjadi pada 1969 apabila DAP merasakan bahawa parti itu sudah menguasai sepenuhnya kerajaan Malaysia selepas Pilihanraya Umum pada tahun berkenaan, sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei.", "DAP sengaja berarak meraikan kemenangan ke Kampung Baru, Kuala Lumpur yang padat dengan orang Melayu dan menghamburkan kata-kata nista termasuk menghalau mereka pulang ke kampung kerana “ini KL Cina sudah punya”. Ramai jiwa terkorban akibat keangkuhan DAP.", "Malaysia mungkin menjadi tanah Palestine yang diduduki rejim Israel sekiranya DAP menguasai sepenuhnya pentadbiran negara, sama seperti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.", "Jangan hairan jika seluruh penempatan Melayu di Putrajaya dan Shah Alam diambil alih dan dikuasai begitu sahaja oleh puak-puak DAP, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap penempatan berdekad Palestine di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.", "Malaysia tidak mungkin menjadi Afghanistan di bawah Taliban sekiranya UMNO-BN dan PAS berkuasa, tapi mungkin menjadi Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis di bawah Israel jika DAP membolot kuasa.", "Sewajarnya rakyat tanpa mengira kaum dan agama mengisytiharkan perang terhadap politik rasis DAP, demi kesejahteraan sebuah negara majmuk bernama Malaysia. Elakkan Malaysia menjadi negara Yahudi di bawah DAP.", "Khusairi Talib" ]
https://umno-online.my/2019/03/06/kerjasama-umno-pas-bersatu-seperti-janda-yang-cemburu/
[ "\nANGGOTA Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Rais Hussin Mohamed Ariff yang tidak senang dengan perkahwinan UMNO dan PAS melabelkan ia sebagai satu ‘sumbang mahram’.", "Beliau menyatakan bahawa dengan penyatuan ini, UMNO dan PAS “bersedia untuk melahirkan anak haram dari perkahwinan politik mereka yang dilangsungkan bagi kepentingan kedua-dua pihak”. Pada beliau, penyatuan dua-dua parti ini adalah berlandaskan selera mereka terhadap penipuan, korupsi, kemewahan dan pencurian.", "Rais melihat penyatuan ini melalui kaca mata dan survival politik kepartian semata-mata. Memandangkan tidak ada hujah yang jelas dan kuat, beliau memilih pendekatan jelik. Iaitu membalut semua perkara dengan memetik konteks dan hukum agama, yang dengan tegas dan jelas tidak terpakai dalam perkara ini.", "Saya tidak pasti sejauh mana beliau sedar dan faham akan hukum tindakan memanipulasikan hukum agama sebagai analogi politik yang terpesong dari konteks yang sesuai. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.", "UMNO-PAS baru duduk berbincang dan bertentang mata di pentas umum. Tetapi nampaknya BERSATU pula yang terlebih ghairah sampai mengelamun hingga ke kamar kelamin dan aksi atas katil pengantin.", "Penyatuan UMNO-PAS bukan sumbang mahram. Ia adalah pembukaan lembaran baharu terhadap usaha rentas parti, bagi mengupayakan bangsa kita. Agar seterusnya berlaku kerjasama dan penyatuan Melayu-Islam dalam pelbagai bidang.", "Tindakan Rais sangat tidak berhikmah dan menunjukkan ketidakfahaman yang kronik dalam PPBM terhadap senario politik jangka panjang Melayu – Muslim di negara ini.", "Penyatuan Demi Kebaikan", "Rais pastinya enggan melihat penyatuan UMNO dan PAS dalam konteks yang lebih besar kerana dia tahu dampak penyatuan ini pada BERSATU. Dan jangan heret analogi sumbang mahram yang tidak kena itu. Rais mesti fikirkan kembali tentang perpecahan kuasa politik Melayu-Islam. Dan masa depan orang Melayu.", "Jangan tanya mengapa penyatuan ini baru berlaku sekarang. Lihat dan fikir sendiri tentang realiti hari ini. Di manakah silap ibu mengandung, apabila bangsa yang sama agama, budaya dan bahasa, seakan dua arus selari tetapi enggan bertemu. Meskipun mengalir di dalam sebuah sungai yang menuju hilir yang sama.", "Dahulu, orang Melayu merupakan orang yang spiritual. Tindak tanduknya, di dalam hal ehwal politik, ekonomi, perkahwinan dan kematian, semuanya bersendikan Syarak. Tidak pernah melupakan tuntutan rohaniah di dalam segenap usaha untuk memakmurkan duniawi.", "Lebih malang, saat kita melangkah ke abad ke-21, umat Melayu – Islam di bumi ini sudah semakin hilang kuasa dan hilang jati diri, dek kerana badai modenisasi yang menyelinap masuk ke dalam naratif politik, ekonomi dan sosio-budaya mereka.", "Malah, kini orang Melayu semakin terpinggir di tanahnya sendiri. Yang bergaji tidak naik-naik. Yang berniaga sudah semakin rugi, dan yang beranak-pinak pula semakin risau dengan kos pendidikan zuriat mereka. Belum diambil kira, cara hidup, pemikiran dan identiti mereka sering dikecil-kecilkan dan disindir-sindir, kerana sudah tiada berkuasa politik dan ekonomi lagi.", "Maka kerana itu UMNO dan PAS bergerak demi pengupayaan bangsa, untuk kebaikan semua, kerana hanya mereka yang berani sahaja mampu mereka sejarah yang penting ini.", "Sekarang UMNO dan PAS telah menemui formula yang ampuh untuk memandu kebangkitan orang Melayu di tanah mereka sendiri. Nasionalisme Melayu, dipacu dengan agama Islam serta penekanan terhadap kepentingan pendidikan dan ekonomi akan terus menjadi penyelesaian kepada permasalahan mendatang.", "Seperti mana yang dimulakan alim-ulama kita dahulu, ketika Persidangan Agung Ekonomi – Agama Se-Malaysia, di Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan.", "Roh dan semangat mereka dalam memartabatkan orang Melayu serta agamanya haruslah dijadikan asas kepada penyatuan ini, dan hanya dengan penyatuan dan kesefahaman politik sajalah, ia kini dapat direalisasikan kembali.", "Dahulunya, naratif nasionalisme dan pembangunan UMNO serta naratif Islam dan konservatif PAS tidak pernah dan seakan mustahil untuk disatukan. Dua kembar politik ini, telah mewujudkan seribu satu pemisahan dan jarak yang berdepa-depa di antara Melayu berkopiah putih dan Melayu bersongkok hitam. Mereka hadir di majlis tahlil yang berbeza, solat di masjid yang berlainan dan berkahwin dengan pasangan yang hanya sekufu di dalam politik sahaja.", "Sudah banyak umat Melayu dan Islam rugi akibat perpisahan ini. Luluh hati wira dan wirawati nasionalis kita, dan masyghul jiwa alim-ulama kita, jika di dalam senario politik sekarang pun, kita masih lagi tidak bersatu. Masih terus mencari perbezaan dan masih terus mengungkit-ungkit kisah silam. Tidak ubah seperti anak-anak kecil di bangku sekolah yang berebutkan gula-gula kapas tetapi terbawa-bawa sehingga kedua-dua sudah berjanggut putih.", "Inilah masa kita bersatu dan membawa kembali kebaikan kepada bangsa. Sampai bila mahu memecah-belahkan bangsa sendiri. Kita mesti bersama-sama untuk memberikan sumbang saran agar idea terbaik dapat diterjemahkan kepada kebaikan bangsa dan negara,", "Meskipun sesetengah penyokong mereka telah melabel Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemegang kepada kunci kesedaran politik Melayu, ini sama sekali tidak benar.", "Kunci kesedaran yang sebenar selama ini adalah dimiliki dua parti gergasi Melayu dan Muslim – UMNO serta PAS. Bukan pada dua orang personaliti yang sudah mengkhianati bangsanya sendiri dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR, parti yang dipimpin oleh individu-individu yang sangat mereka musuhi, benci dan hina dengan kejam suatu masa dahulu.", "Kalau kita guna analogi terdesak seperti Rais, BERSATU ini tidak ubah seperti janda UMNO yang kini menjual maruah dan meniduri lelaki lain secara beramai-ramai semata-mata agar bekas suaminya dapat dibunuh dan tidak dapat berkahwin dengan orang lain.", "Apa gelaran yang sesuai ya? Janda yang cemburu dan kegilaan talak barangkali. Yang pasti, ‘BUNGA’ seperti ini memang tidak layak dipetik dan dipinang sebagai pasangan, apatah lagi di nikahi dan ditiduri.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2019/03/03/semenyih-dan-politik-melayu-islam/
[ "\nBN meraikan kemenangan kerusi DUN Semenyih dengan rasa sangat rendah diri.", "Setelah 9 bulan UMNO dan BN tergelincir dari puncak kuasa, penerimaan pengundi Semenyih terhadap UMNO dan BN adalah kepercayaan yang sangat dihargai.", "Apa yang tidak dilabelkan oleh Tun Mahathir terhadap UMNO dan BN. Parti yang hancur, musnah, tiada nilai dan segala macam lagi. Malah hanya beberapa hari lepas, Tun Mahathir telah mentalkinkan UMNO.", "Namun, demikianlah perancangan manusia. Besar dan bercita-cita tinggi. Tetapi, yang sering kita lupa, perancangan Allah SWT jauh lebih hebat. Mengatasi segala yang terlintas dalam fikiran makhluk dan sang pemimpin tertentu.", "Sewajarnya semua ini memberikan kita keinsafan. Sudah pasti banyak pengajaran yang harus kita kutip dan berikan perhatian sepanjang episod PRK Semenyih kali ini.", "Pertama, sokongan pengundi Melayu telah meningkat dengan sangat ketara sehingga ke 59% berbanding hanya 35.33% semasa PRU-14 yang lalu.", "Ini bermakna, bukan sahaja sokongan orang Melayu kepada BN menokok, tetapi peratusan sokongan terhadap PH pula menyusut dari 44.3% kepada 37.7%. Angka ini adalah besar, dan sudah tentulah menjadi satu tamparan yang hebat kepada sesebuah parti yang memerintah. Semua ini menunjukkan bahawa PH sedang menghadapi defisit kepercayaan yang sangat ketara di kalangan orang Melayu dan Islam.", "Kedua, ada petanda yang jelas bahawa golongan menengah Melayu sudah mula kembali menyokong BN.", "PDM Kantan Permai dan Bukit Mahkota adalah dua kawasan kelas menegah Melayu yang dimenangi oleh BN. Ada beberapa faktor yang mendorong kepada perkara ini.", "Antaranya, ketiadaan polisi yang jelas memihak kepada kesejahteraan Melayu kelas menengah. Serta kegagalan PH memberikan penjelasan yang meyakinkan kepada segala kemungkiran demi kemungkiran janji mereka.", "Ketiga, BN menang tanpa sokongan masyarakat Cina dan India.", "Di PDM Bandar Rinching, yang 50% pengundinya ialah kaum India, sokongan terhadap PH masih lagi sangat nyata iaitu hampir 60 peratus. Sekalipun begitu, keadaan ini tidak merencatkan pencapaian BN. Sebaliknya menunjukkan impak kemenangan BN tanpa sokongan bangsa Cina dan India. Pada masa yang sama, ini juga bermakna BN mesti bekerja lebih keras untuk mengembalikan sokongan India dan Cina kepada BN.", "Keempat, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi adalah tinggi. Di beberapa PDM majoriti Melayu, jumlah peratusan keluar mengundi ialah 80%. Nyata ada keresahan mendalam bangsa Melayu yang menyebabkan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam menyatakan rasa dan gelora nurani mereka kepada PH.", "Ini petunjuk paling jelas bahawa sejak 9 bulan ini PH tidak banyak mempedulikan keluh kesah orang Melayu.", "Keempat-empat penelitian ini memberikan kita beberapa petunjuk.", "Pertama, telah ada peralihan sokongan yang sangat nyata terhadap BN di kalangan orang Melayu.", "Semenyih telah menyaksikan kebangkitan yang jelas pengaruh politik Melayu Islam yang semakin marginal dalam percaturan Pakatan Harapan. Orang Melayu telah menghantar mesej yang jelas bahawa tanpa sokongan orang Cina dan India sekalipun, orang Melayu masih boleh meraih kemenangan jika mereka mempunyai\nkesatuan matlamat. Sangat penting untuk semua pihak tidak mengambil mudah politik Melayu Islam. Ia akan terus menjadi angkubah yang dominan walau bagaimana berubah sekalipun landskap politik Malaysia.", "Kedua, pengaruh politik Islam menjadi semakin terserlah hasil dari kerjasama yang erat antara UMNO dan PAS.\nJika dijayakan dengan strategi yang ampuh, maka kita akan menyaksikan peralihan kerajaan akan berlaku empat tahun dari sekarang. Di sebalik usaha Tun Mahathir untuk menggagalkan kerjasama strategik tersebut, ternyata penyokong UMNO dan PAS terus komited untuk menjayakan sinergi politik ini.", "Ketiga, bangsa Cina dan India harus memahami naratif Melayu Islam ini adalah karakter politik Malaysia yang tidak boleh mereka ubah dan buang.", "Apabila orang Melayu memilih untuk bersatu dengan matlamat yang jelas, sokongan bangsa Cina dan India tidak lagi menjadi penentu. Oleh yang demikian, bangsa Cina dan India sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali mencari jalan bekerjasama dengan parti politik Melayu yang dominan.", "Keempat, Semenyih adalah referendum yang jelas bahawa Bersatu tidak boleh menggantikan UMNO dan PAS sebagai wadah perjuangan politik bangsa Melayu.", "Bersatu gagal meyakinkan bangsa Melayu bahawa ia adalah jurucakap bangsa Melayu. Apatah lagi mewakili kepentingan politik bangsa Melayu. Strategi Bersatu mengukuhkan perwakilannya di Parlimen melalui penerimaan Ahli Parlimen UMNO yang melompat bukannya semakin mengukuhkan Bersatu. Sebaliknya, telah merencatkan moral dan wibawa Bersatu pada mata dan pandangan bangsa Melayu serta sekutu mereka yang lain terutamanya DAP.", "Nasihat jujur, malah harapan besar saya pada Tun Mahathir, teruskanlah mengutip dan menatang mereka yang melompat ke Bersatu. Semakin banyak mereka, semakin menebal kebencian bangsa Melayu (dan bukan Melayu dari DAP dan PKR) kepada parti yang tiada prinsip dan moral. Mungkin hanya orang Melayu dalam Bersatu sahaja\nyang mengalu-alukan kedatangan pelompat-pelompat dari UMNO.", "Kelima, Semenyih menjelaskan kepada kita bahawa naratif Malaysia Baru yang dilakarkan oleh Kerajaan PH adalah naratif yang kabur dan sukar diterima oleh orang Melayu. Semua orang masih tertanya-tanya sehingga kini. Apa yang baharu sebenarnya?", "Lebih malang, kita kembali kepada era lampau yang sangat bersandarkan watak-watak lama seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, malah Daim Zainuddin. Apatah lagi pelakon-pelakon tambahan seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mat Sabu.", "Mereka telah begitu lama menguasai persada politik Malaysia. Sehinggakan apabila mereka berkuasa, tiada langsung dasar yang bersifat ‘game changing’ yang diperkenalkan. Hanya menggali dan terus menggali kesalahan demi kesalahan.", "Rakyat sudah muak dengan semua ini. Rakyat mahukan perubahan dalam erti kata yang sebenar. Tetapi, ikhtiar untuk mengubah Malaysia secara drastik dengan pendekatan yang antagonis dan tidak berhikmah juga adalah sangat ‘counterproductive’. Kepada orang Melayu, melakukan perubahan mestilah berpada-pada dan cermat. Bukan dengan menghentam dan membedal sesedap rasa. Sebab, ketika telunjuk galak lurus menuding, kelengkeng sendiri juga yang berkait.", "Malaysia harus mematikan budaya politik naungan yang berpaksikan kepada pesona politik sesetengah individu. Malaysia waktu ini memerlukan amalan politik yang membawa kepada ‘more a society, less a political persona’.", "Kepada pengundi Semenyih, terima kasih yang tidak terhingga atas pencerahan yang telah dipancarkan kepada BN dan UMNO, malah kepada PAS.", "Insya-Allah, UMNO dan BN tidak akan cuai dan leka. Kita tidak akan mengulangi keangkuhan lepas. Semenyih adalah permulaan yang sangat merendahkan hati UMNO dan BN.", "Terima kasih.", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO\n03 Mac 2019" ]
https://umno-online.my/2019/02/28/henti-hina-agama-islam-cabar-bangsa-melayu/
[ "\nARTIKEL yang dipena oleh Zin Mahmud bertajuk “Kemeriahan Suara Zaman Kerajaan PH” menyebut bahawa semenjak menerajui pemerintahan negara, Pakatan Harapan menyebut tiga realiti yang wajar dititik berat.", "Antara tiga realiti yang disebut oleh beliau adalah:\n1. Walau menghadapi pelbagai cabaran, negara masih aman dan selamat.\n2. Undang-undang terus berkuatkuasa dan perlaksanaannya ditingkatkan.\n3. Rakyat masih boleh meneruskan kehidupan dan mengamalkan anutan masing-masing.", "Seraya ingin ditegaskan di sini, adakah penulis ini bercerita tentang realiti atau fantasi semata-semata?", "Seakan masih lagi di dalam alam khayalan, penulis akhbar pro-Pakatan Harapan dengan tanpa rasa bersalah mengambil sikap endah tidak endah kepada ‘ticking time bomb’ yang semakin hari semakin dekat kepada tempo letupan.", "“The absence of war does not mean peace.”", "Pembunuhan Adib. Ratifikasi ICERD. Penghinaan Nabi Muhammad SAW di Media Sosial.", "Adakah ini petanda-petanda yang dengan mudahnya dipandang enteng oleh penulis FMT ini?\n\nYa, Malaysia masih aman. Tetapi adakah ia bermakna jika penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan kepada bangsa majoriti terbesar di Malaysia akan terus dipandang sepi dalam cubaan untuk “kejutkan harimau yang sedang tidur”?", "Apakah realiti penulis bahawa undang-undang terus berkuatkuasa, buta akan apa yang berlaku di media sosial?", "Hinaan demi hinaan terhadap bangsa Melayu, agama Islam, Sultan Melayu dan pelbagai aspek kehidupan Melayu tidak melayakkan penulis untuk berkata bahawa undang-undang berkuatkuasa dan perlaksanaan ditingkatkan.", "Adakah perlaksanaan Kanun Keseksaan Seksyen 298 dan 298A dihormati? Akta Hasutan ditakuti dan diikuti rakyat? Bagaimana pula dengan Akta Multimedia?", "Bertanyalah dengan rakyat, masih adakah yang menghormati pihak berkuasa dan perlaksanaan undang-undang ‘Rule of Might’ Pakatan Harapan.", "Namun begitu, bukan semua anggota PDRM itu wajar dipersalahkan di atas kegagalan rakyat untuk menghormati undang-undang, tetapi apa yang paling tidak wajar adalah kegagalan IGP Mohamad Fuzi Harun untuk menjadi pihak ‘check-and-balance’ kepada AGC yang lebih suka membebaskan pesalah dari mendakwa.\n\nRetorik kemarahan rakyat bukan boleh dibuat main. Teliti suara-suara kecil dan ‘silent majority’ kerana kuasa bukan ditangan Ketua Polis, AGC, Ketua Bahagian, Perdana Menteri waima ahli Kabinet sekalipun, kerana tanpa yang dibawah ini, anda diatas tiada makna.", "Wake up and smell the coffee. Jangan syok sendiri bila berbicara perihal Dictatorship Pakatan Harapan.", "Nota kaki: Bangkitlah umat Islam. Rapatkan saf. Lantangkan suara. Bersama kita pastikan bahawa agama dan junjungan besar kita Nabi SAW tidak dipersendakan atau dihina oleh mereka yang kurang ajar lagi biadap seperti Wai Foo Sing dan A. Taneson.", "Ayuh Jumaat ini berhimpun mengecam ancaman demi ancaman terhadap kedaulatan Islam.", "Surah As-Saff ayat 14, menyebut maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.”", "Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi", "" ]
https://umno-online.my/2019/02/27/tol-percuma-kereta-terbang-dan-sembang-babi-terbang/
[ "\nTIDAK penting Najib Razak tersalah cakap atau terlajak cakap. Hakikatnya cadangan tol percuma jam 11 malam – 5 pagi adalah idea bangang dan untuk mengelabui mata rakyat sahaja.", "Hutang berbilion ringgit hanya untuk membolehkan sebahagian kecil kelompok rakyat sahaja menikmati tol percuma? Jika bukan bangang hendak panggil apa?", "Komen Najib Razak mengenai siapa pengguna tol-tol tersebut bukan salah 100 peratus. Salah satu lebuh raya dalam cadangan tol percuma ialah terowong Smart berhampiran Zouk.", "Siapa lagi yang menggunanya pada jam 2 pagi kalau bukan peminum arak dan kaki kelab malam?", "Orang yang waras akan guna jalan biasa tanpa tol saja yang selari dengan terowong Smart tersebut. Selepas jam sepuluh malam jalan biasa yang selari sudah tiada kesesakan.", "Namun yang lebih penting dan relevan sekarang ialah sampai bila kerajaan hendak tipu rakyat? Kamu janji tol percuma seluruh negara, kamu buat di empat lebuh raya saja pada waktu majoriti rakyat tidur.", "Lupakan tol, sama-sama kita tunggu hujung tahun ini yang mana satu akan muncul kereta terbang atau “sembang babi terbang”.", "Jika dilihat rekod kemunafikan kerajaan maka kita akan dapat ”sembang babi terbanglah”.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2019/02/20/undi-tidak-percaya-propaganda-malu-besar-di-semenyih/
[ "", "Sebenarnya, isu mudah. UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka.", "Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi.", "Mahathir mungkin terlupa hari ini adalah era media sosial di mana berita sampai, diulas, dijawab dan dinafikan dengan segera. Percubaan untuk memecah belahkan kerjasama dan keraguan di antara PAS-UMNO telah ditangkis oleh kedua-dua pihak.", "Malah, respons kepimpinan PAS-UMNO itu turut sampai direct dan cepat ke akar umbi melalui blog, portal, whatsapp dan pelbagai aplikasi.", "Realitinya, berita disebar bukan sahaja melalui media-media yang dikawal oleh kerajaan seperti zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4.", "Tetapi kita juga faham dengan tindakan terdesak Mahathir di PRK Semenyih. Ini adalah kerusi pertama yg calonnya daripada parti PPBM selepas PRU14. PRK ini pula adalah ke-6 selepas PRU14, iaitu Cameron Highland (BN), Sungai Kandis (PKR), Seri Setia (PAN) dan Balakong (DAP) di Selangor dan Port Dickson (PKR) di Negeri Sembilan.", "Malu besar jika PPBM kalah, lebih-lebih lagi apabila ahli-ahli parlimennya bertambah bukan melalui pilihanraya tapi jalan songsang belakang yang mengkhianati undi rakyat.", "BN dan PAS bekerjasama serta fokus kepada satu calon sahaja dan dengan segala janji-janji palsu PH, pembohongan pemimpin-pemimpin PH dan u-turn kerajaan PH, Mahathir dan PPBM memang patut khuatir.", "PRK adalah kesempatan terbaik untuk rakyat menyatakan kekecewaan dan tidak puas hati mereka.", "Bagaimanapun, tindakan Mahathir itu telah mendedahkan konflik dalaman PH. Wujud usaha daripada parti komponen PH yang mungkin memulakan undi tidak percaya terhadapnya di parlimen.", "“Semua bermula dengan kenyataan Mahathir sendiri. Kita orang politik boleh faham, ada yang tak kena mungkin berlaku dalam PH.", "“Dia ada sebut dua parti, saya tak mahu sebutlah,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.", "Apakah kerana itu, PPBM sanggup menipu rakyat dan memungkiri janji sekali lagi? Kali ini di negeri Sabah.", " ", "Apakah kerana itu juga wujud segala cerita di belakang tabir tentang pergerakan sesetengah ahli parlimen UMNO itu sendiri?", "Apakah ianya tentang parti atau kuasa?", "Tapi dalam masa yang sama, apakah isu ‘undi tidak percaya’ itu hanya pre-empt kejut sahaja?", "Atau satu lagi propaganda untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu kehidupan yang semakin susah, kenaikan sara hidup, lelong harta negara kepada negara asing, pembohongan PH dan ketidakmampuan kerajaan PH mentadbir negara?", "Dewan Rakyat akan bersidang pada 11 Mac hingga 11 April 2019. Kita saksikan sendiri…penulis tidak mahu beritahu kesudahannya.", "Tapi, dalam masa yang sama, isu-isu rakyat mesti dibangkitkan setiap masa dan tidak tenggelam dek isu-isu yang sengaja dicipta oleh PH.", "Dr Novandri Hasan Basri" ]
https://umno-online.my/2019/02/18/najib-razak-fenomena-mampan-atau-bebanan/
[ "Sejak beberapa bulan lalu negara ini dilanda satu fenomena luar biasa yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara – FENOMENA NAJIB RAZAK. Dalam masa sekitar sembilan bulan,", "Perdana Menteri Keenam Malaysia ini, Dato’ Sri Mohd Najib Razak, telah merubah lanskap politik negara.", "Selepas kalah dan hilang jawatan, dalam sebuah negara yang hampir 70% penduduknya “gila” media sosial, Mohd Najib umpama kain buruk yang sedang dilenyek-lenyek. Tidak ramai yang simpati dengan beliau apabila menjadi sasaran siasatan dan pendakwaan menggila.", "Namun Mohd Najib tampak tidak menyerah kalah. Dibebankan dengan ikat jamin RM3.5 juta mungkin merupakan satu rekod baru kehakiman negara, beliau bangkit mengkritik dan mendedahkan pembohongan demi pembohongan yang dibuat oleh kerajaan.", "Daripada “kain buruk” tiba-tiba Mohd Najib menjadi “superhero” rakyat terutama di kalangan masyarakat pendapatan rendah dan sederhana, Melayu dan Bumiputera serta anak muda.", "Hari ini jika ada sesiapa yang cuba menghina dan mencemuh Mohd Najib maka bersedialah mereka menjadi bahan serangan pengguna media sosial seperti mana berlaku kepada personaliti seperti Chef Wan.", "Di kalangan masyarakat biasa, usaha Mohd Najib mendedahkan pembohongan kerajaan dengan fakta dan data serta mendesak pelaksanaan manifesto yang semakin dilupakan merupakan tonik kepada kekecewaan mereka terhadap pentadbiran baru.", "Malah perbezaan ketara pelaksanaan rancangan kebajikan rakyat antara kerajaan pimpinan Mohd Najib dulu berbanding kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang, adalah faktor utama peningkatan rating jenama Najib Razak.", "Selama 9 tahun Mohd Najib membawa agenda tranformasi ekonomi negara yang gagal difahami sebahagian rakyat, akhirnya beliau melakukan transformasi diri.", "Dari pemimpin aristokrat berjiwa rakyat, kini menjadi pemimpin yang berbahasa rakyat biasa. Mohd Najib kini seorang ahli politik yang penuh sindiran tajam, bahasa yang mudah dan jenaka yang menusuk hati nurani rakyat.", "Pakatan Harapan (PH) mendakwa tulisan dan serangan Mohd Najib sebagai mencurahkan air ke daun keladi. Kata-kata Mohd Najib tidak lagi dipercayai rakyat berikutan pendakwaan kes di mahkamah dan tuduhan-tuduhan penyelewengan.", "Namun dalam masa yang sama hampir kesemua Menteri dan Timbalan Menteri berlumba-lumba menyerang beliau.", "PH mengambil kesempatan mengejek dan merendah-rendahkan tindakan Mohd Najib bergaul dengan penunggang motosikal dan membawa slogan-slogan seperti “malu apa bossku” dan “bukan biase, biase”.", "Mereka mendakwa Mohd Najib terlalu terdesak dan tertekan sehingga membawa budaya mat rempit dalam hidupnya.", "Sebutan “bossku” ini merupakan slanga yang popular di kalangan anak negeri Sabah kemudiannya berkembang ke semenanjung Malaysia di kalangan anak-anak muda dan pelanggan restoran mamak. Di kedai mamak, ramai antara kita pernah mengungkap ayat “kira boss, berapa”, kepada pelayan sahaja.", "Ungkapan-ungkapan ini dilihat remeh oleh sebahagian orang, namun ia merupakan satu projeksi luar biasa mengubah kebolehterimaan orang biasa terhadap Mohd Najib.", "Ia mempengaruhi pemikiran bawah sedar (subconscious mind) masyarakat untuk menilai semula watak Mohd Najib.", "Mohd Najib popular di kalangan penduduk luar bandar, namun beliau tiada sokongan besar di kalangan anak muda. Mereka melihat Mohd Najib sebagai sosok aristokrat yang jauh berbeza dengan diri mereka.", "Justeru selain mempamerkan kebolehan ekonomi beliau yang tiada tandingan di kalangan Menteri hari ini, Mohd Najib juga telah berjaya “transform” dirinya kepada satu figura politik yang menjadi trendsetter di media sosial.", "Hari ini apa yang Mohd Najib buat dan lakukan di akaun media sosial menjadi ikutan dan gaya terkini. Jika sebelum pilihan raya membawa nama Najib Razak di media sosial akan menjadi satu “kehinaan”, hari ini Najib Razak adalah satu watak “cool”.", "Marshall McLuhan dalam teori komunikasinya menyatakan “The medium is the message”. McLuhan telah merumuskan dalam zaman internet, medium itu sendiri adalah sebahgaian mesej. Mesej hanya akan mendapat sambutan jika mediumnya diterima baik oleh khalayak.", "Apa yang Mohd Najib cakap sebelum pilihan raya sama sahaja dengan selepas pilihan raya, namun ketika itu watak Mohd Najib tidak diterima warganet (netizen), maka mesej-mesej beliau walau sehebat mana tidak mendapat sambutan seperti hari ini.", "Hari ini dalam politik Malaysia, “Najib Razak” adalah medium yang berpadu dengan mesej. Fenomena Najib Razak ini membolehkan maklumat dan idea beliau meresap kepada rakyat tanpa banyak persoalan dan bantahan.", "Hantaran Facebook gambar beliau memakai jubah konvokesyen sahaja mencecah 125 ribu likes dalam masa beberapa jam sahaja. Manakala gambar beliau bersama Sharul dan Shiro mencecah 65 ribu likes.", "PH mendakwa populariti media sosial bukan ukuran sebenar. Inilah juga yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum lalu bila mengulas populariti Dr Mahathir di media sosial.", "Namun sejarah telah tercatat apa yang dianggap sebagai “sokongan palsu” di media sosial rupanya diterjemahkan dalam pilihan raya.", "Populariti Mohd Najib bukan sahaja dilema kepada Kerajaan tetapi juga kepada BN.", "Bagaimana hendak menggunakan populariti Mohd Najib dan dalam masa yang sama cuba mengelak membawa beban politik besar iaitu pertuduhan-pertuduhan yang akan dibicarakan kelak?", "Mohd Najib bukan calon yang bertanding maka kehadiran beliau tidak seharusnya menjadi bebanan kepada BN dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK).", "Sebaliknya momentum sokongan kepada beliau boleh menjadi satu faktor penambah sokongan kepada calon BN.", "Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, pengarangnya ada melontarkan idea pengurusan politik yang sangat cantik.", "Tulisnya,", "Yang capik datang bertongkat,\nYang buta meraba-raba,\nYang tuli leka bertanya,\nYang kecil terambin lintang,\nYang jarak tolak-tolakan,\nYang pendek tinjau-meninjau,\nyang kurap mengekor angin.", "Masing-masing dengan gunanya :", "Yang pekak pembakar meriam,\nYang buta penghembus lesung,\nYang lumpuh penghalau ayam,\nYang pekung penjemuran,\nYang kurap pemikul tabuh.", "Beban Mohd Najib juga cukup besar. Kes beliau disebut di seluruh dunia. Justeru tidak mustahil populariti Mohd Najib akan berakhir apabila perbicaraan kes beliau bermula. Namun ini sekadar andaian.", "Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melalui dua kes liwat, terpenjara bertahun lamanya, namun sampai hari ini beliau masih merupakan figura popular dan bakal menjadi Perdana Menteri kelapan.", "Percayalah dalam politik tiada apa yang mustahil. Sepuluh tahun lalu mustahil ada orang akan percaya bahawa Mahathir dan Anwar akan kembali bergabung dalam satu pasukan.", "Justeru jangan terlalu awal mengenepikan sosok Najib Razak dalam politik Malaysia. Baik atau buruk Mohd Najib, beliau akan terus menghantui kerajaan sekurang-kurangnya dalam tempoh empat tahun ini.", "Ab Jalil Becker" ]
https://umno-online.my/2019/02/14/najib-dah-turun-semenyih-azmin-sempat-kejar-tak/
[ "“SAYA pergi Tesco Semenyih beli barang dapur saja. Ini kenapa semua ikut saya?” sapa mesra Najib Razak dalam hantaran di Facebooknya.", "Aura bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menggunakan singkatan nama Najib Razak dalam medium media sosialnya semakin melonjak naik di mata rakyat pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terutama ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini dengan ‘tagline’nya #MaluApaBossku.", "Semuanya gara-gara rakyat semakin sedar kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah kerajaan yang gagal, bukan sahaja kebejatan idea dasar-dasar baharu yang menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, sering bersikap ‘U-Turn’ dalam keputusan tetapi tertegaknya mereka juga dengan fitnah dan janji-janji palsu.", "Malahan hingga ke kelayakan akademik menteri kabinetnya turut palsu.", "Kerana itulah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘jaki’ melihat kepopularitian Najib hingga terpaksa menyindir Najib sebagai ‘pencuriku’ bukan ‘bossku’.", "Berucap ketika melancarkan bilik gerakan Wanita PH bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Azmin dengan bongkaknya turut mencabar Najib supaya turun berkempen sebagaimana yang dilakukannya di Cameron Highlands kerana katanya orang Melayu Semenyih tidak sama seperti di tanah tinggi itu.", "“Orang Melayu di Semenyih tidak sama seperti Cameron Highlands. Mereka bukan Melayu pekan. Sebab itu, saya nak tengok ‘bossku’ datang ke tidak,” cabar Azmin kepada Najib.", "Dan ‘kebetulan’ sebagaimana ‘kebetulan’ menteri kabinet berbondong-bondong turun ke Semenyih pra-kempen PRK kawasan tersebut, tidak sampai 24 jam cabaran Azmin, Najib turun ke Tesco Semenyih.\n\nDapat dilihat sehingga kini, video Najib ‘walkabout’ di Tesco Semenyih yang disiarkan secara ‘live’ di facebooknya telah disaksikan oleh ratusan ribu netizen, menghampiri 750 ribu tontonan dengan lebih 8 ribu perkongsian!", "Jelas juga dapat dilihat dalam video tersebut bukan ratusan rakyat yang hadir sebagaimana laporan media perdana tetapi ribuan rakyat yang teruja dengan kehadiran Najib itu dan dimeriahkan dengan laungan ‘Bossku’.", "Malangnya kelibat Azmin tidak pula kelihatan… kata nak kejar Najib?", "Ketibaan Najib yang disambut meriah oleh ribuan rakyat yang hadir tanpa paksaan, bukan sebagaimana Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad datang menaiki helikopter ke Felda Sungai Koyan semasa kempen PRK Cameron Highlands sehinggakan habis semua Orang Asli dikerah hadir dengan bas yang disewa khas bagi memenuhi khemah.", "Jika diperhatikan betapa sesaknya keadaan di Tesco Semenyih ekoran orang ramai yang hadir bukan sahaja mengerumuni Najib malahan masing-masing tidak melepaskan peluang berswafoto dengannya, maka benarlah jawapan balasnya kepada Azmin: “Saya pencuri hati rakyat.” – Media UMNO", "" ]