author_name
stringclasses 77
values | article_url
stringlengths 71
524
| article_title
stringlengths 14
86
| article_text
stringlengths 242
35.4k
| reading_time
stringclasses 1
value | article_dt
stringlengths 19
25
|
---|---|---|---|---|---|
null | https://www.sinarharian.com.my/article/234035/berita/sukan/jepun-enggan-pisang-berbuah-dua-kali | Jepun enggan pisang berbuah dua kali | PENYERANG Jepun, Ritsu Doan tidak mahu episod duka tewas 1-0 kepada skuad Sepanyol pada separuh akhir acara bola sepak Olimpik Tokyo tahun lalu apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada aksi terakhir kumpulan E pada awal pagi Jumaat.Justeru, dia dan rakan sepasukannya tekad mahu menebus kekecewaan tersebut apabila menyasarkan untuk menang pada perlawanan itu sekali gus melayakkan diri secara automatik ke peringkat Piala Dunia Qatar 2022.“Skuad kini berada dalam keadaan yang baik serta positif menjelang pertemuan menentang Sepanyol. Pada perlawanan tersebut saya mahu memberi aksi yang terbaik dan mahu menang menentang Sepanyol.“Saya tahu cara permainan mereka dan kami tidak sanggup untuk tewas buat kali kedua kepada lawan yang sama,” katanya.Untuk rekod, Doan merupakan salah seorang dari sembilan pemain skuad Jepun ketika ini yang beraksi menentang Sepanyol di peringkat separuh akhir bola sepak lelaki Olimpik Tokyo di Stadium Saitama yang mana mereka tewas 1-0 sekali gus melenyapkan impian untuk meriah pingat emas.Dalam pada itu, skuad Samurai biru mendapat tonik baharu menjelang perlawanan menentang Sepanyol apabila tonggak pertahanannya Takehiro Tomiyasu dilihat sudah kembali ke padang bersama rakan sepasukannya untuk memulakan latihan.Pemain pertahanan Arsenal itu mengalami masalah hamstring yang menyebabkan dia tidak dapat berlatih sejak dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa ketika Jepun memenangi perlawanan pembukaan Jerman. | 4 | 30 November 2022 03:43pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/234038/berita/sukan/rashford-kembali-temui-aura | Rashford kembali temui aura | PRESTASI Marcus Rashford disifatkan berada tahap terbaik selepas membantu England menewaskan Wales 3-0 sekali gus memacu The Three Lions ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Malah tanpa berselindung pengendali England, Gareth Southgate berkata, sebelum ini banyak pihak mempertikaikan prestasi bintang Manchester United itu.Malah jelasnya, prestasi pemain berusia 25 tahun bersama Manchester United yang kurang mendapat minit perlawanan juga menimbulkan persoalan pemilihannya untuk menyarung jersi England.“Secara jujur ia merupakan satu cabaran untuk Rashford membuktikan sesuatu terutamanya selepas kurang mendapat tempat dalam kesebelasan England dan utama kelab selepas Euro 2020.“Saya pergi melihatnya pada musim panas dan berbual panjang, dia mempunyai beberapa idea yang jelas tentang apa yang dia rasa perlu lakukan dan anda boleh lihat dengan kelabnya, dan kini dia telah menunjukkan dirinya yang sebenar dengan kami. Kami mempunyai pemain yang berbeza dengan Euro.“Ya, dia sudah banyak meningkat dan ia sesuatu yang bagus bukan sahaja untuknya dan hebat untuk pasukan England. Detik seperti ini juga inilah yang terbaik...,” katanya selepas England mengungguli kumpulan Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006.Pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al-Rayyan, dua jaringan babak kedua Rashford pada minit ke-50' dan 68' serta gol Phil Foden pada minit ke-51', membolehkan England mengumpul tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan untuk mara selaku juara Kumpulan B.Rashford kini menjadi penjaring terbanyak bersama di Piala Dunia Qatar 2022 dengan tiga gol bersama Kylian Mbappe (Perancis), Enner Valencia (Ecuador) dan Cody Gakpo (Belanda).“Ia satu perasaan yang hebat. Kami agak kecewa selepas keputusan berdepan Amerika Syarikat dan adalah penting untuk menunjukkan prestasi yang baik pada perlawanan seterusnya.“Perlawanan ini lebih kepada mengenai membunuh perlawanan awal dan kami mengambil peluang tersebut sebaik mungkin...,” kata Rashford. | 4 | 30 November 2022 03:37pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/234021/berita/sukan/brendan-faisal-dion-safawi-kapten-harimau-malaya | Brendan, Faisal, Dion, Safawi kapten Harimau Malaya | KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menaikkan kuota kapten skuad kebangsaan kepada empat pemain menjelang kejohanan Piala AFF 2022.FAM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, dua nama yang akan mengisi kuota tersebut ialah ketua pasukan Selangor FC, Brendan Gan dan pemain Terengganu FC, Faisal Halim selain dua kapten semasa iaitu Dion Cools dan Safawi Rasid.“Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.“Dion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lalu tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Faisal telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya,” katanya.Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala AFF kali ini, akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari hadapan.Bagi edisi 2020 yang berlangsung di Singapura pada Disember 2021, skuad Harimau Malaya tersingkir seawal peringkat kumpulan, manakala pencapaian terbaik ialah muncul juara edisi 2010. | 4 | 30 November 2022 02:40pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/234011/berita/sukan/bale-belum-sedia-gantung-but-bersama-wales | Bale belum sedia 'gantung but' bersama Wales | KAPTEN Wales, Gareth Bale masih belum berniat untuk menggantung but di pentas antarabangsa meskipun ketika ini timbul keraguan mengenai masa depannya selepas tersingkir pada peringkat kumpulan di Piala Dunia Qatar 2022.Pemain berusia 33 tahun itu berkata, selagi khidmatnya masih diperlukan oleh skuad Dragons, dia bersedia untuk membantu pasukannya terutama bagi kempen kelayakan Euro 2024 yang akan bermula pada Mac ini.Ia saat yang sukar ketika ini, tetapi jelas kami akan mula sekali lagi. Saya akan teruskan selagi mampu dan diperlukan.“Kami ada kempen kelayakan (Kejohanan Eropah) pada Mac dan ada beberapa bulan untuk tidak beraksi dalam bola sepak antarabangsa yang jelas ia mengecewakan kerana kami mahu kekal lebih lama,” katanya.Sebelum ini, hasrat Wales untuk mara pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian selepas tewas pada peringkat kumpulan di kedudukan tercorot dengan satu mata, selepas seri 1-1 berdepan Amerika Syarikat dalam aksi pembukaan dan tewas 2-0 kepada Iran pada perlawanan kedua.Dalam pada itu, pengendali Wales, Rob Page berkata, meskipun kecewa kerana pasukannya gagal mara ke pusingan seterusnya, namun dia tetap memuji aksi ditampilkan anak buahnya pada kejohanan tersebut.“Kami kecewa meninggalkan kejohanan tetapi itulah cara untuk keluar, persembahan separuh masa pertama sangat baik.“Pesanan saya ialah jangan kecewa, kami perlu membina untuk masa depan dan untuk ke Piala Dunia adalah pencapaian yang sukar dipercayai untuk kumpulan pemain itu,” ujarnya. | 4 | 30 November 2022 02:12pm |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/234007/berita/sukan/video-pemergian-mohd-hashim-satu-kehilangan-besar | [VIDEO] Pemergian Mohd Hashim satu kehilangan besar | KOTA BHARU - Legenda bola sepak Kelantan, Allahyarham Mohd Hashim Mustapa disifatkan sebagai pemain yang cukup berdisiplin semasa berada di atas padang.Bekas rakan sepasukan, Mohamad Ausri Husin berkata, setiap kali sesi latihan, pemain yang cukup sinonim dengan jersi nombor 10 itu akan tiba lebih awal di padang."Kalau latihan bermula jam 5 petang, arwah akan masuk padang 15 minit lebih awal. Biasanya dia akan berlari dan memanaskan badan lebih awal sebelum mengikuti latihan sebenar," katanya kepada pemberita semasa pengebumian Mohd Hashim di Tanah Perkuburan Islam Chapi, Kampung Baung Bayam di sini pada Rabu.Mohd Hashim meninggal dunia pada Selasa jam 10.25 malam akibat komplikasi kencing manis di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.Mohamad Ausri berkata, Allahyarham turut disifatkan sebagai seorang suka bergurau.Sifat mudah mesra arwah membuatkan beliau amat dihormati dan disayangi oleh seluruh rakan sepasukan."Arwah tiada galang gantinya dan pemergian ini satu kehilangan besar buat arena bola sepak Kelantan dan Malaysia," katanya.Anak dan cucu Mohd Hashim menyiram pusara Allahyarham pada Rabu.Sementara itu, Mohd Risham Mustapa, 51, mendedahkan, Allahyarham abangnya cukup cakna dan menyayangi seluruh ahli keluarga."Arwah merupakan tonggak yang banyak membantu keluarga dan suka menolong adik-adik lain."Kehidupan kami sekeluarga agak susah satu masa dahulu dan abanglah yang banyak membantu," katanya.Bekas Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim pula menyifatkan pemergian Mohd Hashim sebagai satu kehilangan besar buat arena bola sepak negeri ini dan kebangsaan."Semasa menjadi penolong jurulatih Kelantan, arwah seorang yang komited dalam melaksanakan tugas."Ketika kami bertemu, arwah begitu bersemangat dan memberitahu sedia kembali ke arena bola sepak apabila sihat sepenuhnya nanti," katanya.Sebelum itu, lebih 1,000 ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai serta bekas tonggak pasukan Kelantan hadir di Masjid Al-Husna Kampung Baung Bayam di sini untuk solat jenazah.Jenazah Mohd Hashim selamat dikebumikan pada jam 10.35 pagi. | 4 | 30 November 2022 01:37pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/234002/berita/sukan/maghribi-intai-slot-kalah-mati | Maghribi intai slot kalah mati | GERGASI Afrika, Maghribi yang mengintai peluang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 apabila berdepan Kanada dalam perlawanan terakhir Kumpulan F di Stadium Al Thumama.Misi pertama kali dalam hampir empat dekad penyertaan di kejuaraan berprestij bola sepak dunia tersebut akan direalisasikan dengan syarat Maghribi menewaskan atau seri berdepan pasukan Amerika Utara berkenaan.Maghribi sebelum ini mencatat kemenangan pertama di Piala Dunia sejak 1998 apabila menewaskan pasukan ranking kedua dunia Belgium 2-0, mencetuskan keghairahan dalam kalangan pemain, selain sambutan liar para penyokong dan juga rusuhan di Brussels.Dalam ujian terakhir peringkat kumpulan, Maghribi akan menentang Kanada, yang juga mencari kemenangan pertama dalam sejarah kejohanan selepas tersingkir daripada Piala Dunia pertama negara tersebut dalam tempoh 36 tahun.Kemenangan atau seri akan membantu Maghribi untuk penampilan pertama pada pusingan 16 terbaik sejak edisi Mexico 1986.Namun sekiranya Kanada menang, Maghribi memerlukan bantuan Belgium untuk menewaskan Croatia dalam perlawanan satu lagi perlawanan Kumpulan F lain, dengan perbezaan gol yang menentukan sama ada The Atlas Lions berkenaan atau pasukan ketiga terbaik edisi 2018 lebih layak.“Saya percaya sekiranya Maghribi mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 kali ini, pasukan ini akan menjadi sangat berbahaya pada masa hadapan,” kata pengendali Maghribi, Walid Regragui.Maghribi sebelum melakar kemenangan ke atas Belgium tanpa diduga menukar penjaga gol pada saat akhir sebelum sepak mula apabila Munir El Kajoui menggantikan Yassine Bounou.Seorang doktor pasukan itu kemudian berkata bahawa Bounou telah berasa pening, namun akan cergas untuk aksi menentang Kanada.Kanada pula yang tersingkir selepas tewas dalam dua perlawanan menentang Belgium dan Croatia, namun berjaya menjaringkan gol pertama di Piala Dunia - hanya 68 saat selepas sepak mula menentang Croatia.Les Rouges kendalian John Herdman dengan tiada sebarang lagi yang untuk dipertaruhkan dalam kejuaraan tersebut akan memberi tumpuan meninggalkan Qatar 2022 dalam prestasi yang baik ketika mereka bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia dengan Amerika Syarikat dan Mexico pada 2026.Dengan Piala Dunia berkembang daripada 32 negara kepada 48 negara mulai edisi 2026, Kanada diyakini menggunakan pengalaman di Qatar 2022 sebagai asas kepada pembentukan semula pasukan yang lebih mantap menjelang sebagai tuan rumah bersama dalam tempoh empat tahun. | 4 | 30 November 2022 01:32pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233999/berita/sukan/hazard-nafi-kem-belgium-bergolak | Hazard nafi kem Belgium bergolak | KAPTEN Belgium, Eden Hazard menafikan berlaku keretakan dalam skuad The Red Devils, namun mengakui terdapat perang mulut dalam kalangan pemain berikutan kekalahan mengejut 0-2 aksi Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 kepada Maghribi di Stadium Al Thumama pada 27 November lalu.Hazard berkata demikian kepada media bersama penjaga gol Thibaut Courtois.Sidang akhbar itu adalah langkah pengurusan pasukan untuk cuba memadamkan spekulasi yang semakin meningkat bahawa beberapa pemain telah digugurkan menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan berdepan Croatia do Stadium Ahmed bin Ali pada Khamis.Belgium, pasukan ranking kedua dunia perlu menewaskan Croatia untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejuaraan tersebut."Kami bercakap baik dalam kalangan pemain. Banyak yang telah diperkatakan. Kami bercakap selama sejam tentang perkara yang baik dan perkara yang kurang baik."Sekarang kami mahu menang menentang Croatia. Kami kini mempunyai beberapa hari untuk membuat persediaan. Kami perlu bersedia mental dan fizikal," kata Hazard.Pada masa sama, Hazard menafikan berlaku konfrontasi di bilik persalinan selepas kekalahan Maghribi.Hazard berkata, dia telah bercakap dengan pemain tengah Kevin De Bruyne selepas pemain tengah itu dipetik sebagai berkata skuad Belgium terlalu tua untuk memenangi Piala Dunia."Tiada apa-apa berlaku dalam bilik persalinan. Hanya jurulatih Roberto Martinez yang bercakap. Saya bercakap dengan Kevin De Bruyne, dia memang percaya dengan kemampuan kumpulan pemain ini," kata Hazard.Hazard juga mengakui para pemain kecewa dengan persembahan Belgium dalam dua perlawanan awal kumpulan di Qatar 2022."Kami perlu melakukan lebih baik, kami tidak dapat memberikan persembahan yang kami mahukan pada masa ini. Kami perlu menunjukkannya di atas padang, itu yang penting."Kami masih mempunyai kualiti dalam pasukan ini dan berada di sini untuk menang. Kami kurang keyakinan dalam menterjemahkan setiap tindakan penyudah. Kami perlu mendapatkan semula keyakinan itu," katanya.Sementara itu, Courtois yang akan melakukan penampilan ke-100 berdepan Croatia menegaskan laporan keretakan dalam kem sebenarnya telah merangsang skuad Belgium."Masalahnya ialah terlalu banyak pembohongan disebarkan. Situasi digambarkan tidak wujud. Sebagai satu kumpulan, kita perlu mengelak negatif itu."Semuanya telah dijelaskan. Semua orang telah menyatakan pendapat masing-masing secara terbuka. Sekarang kami perlu mengambil tindakan di atas padang. Elok kami mengadakan perbualan berkumpulan. Kami berkata apa yang kami fikirkan antara satu sama lain."Kami harus jujur antara satu sama lain dan berjuang untuk satu sama lain di atas padang demi Belgium," katanya. | 4 | 30 November 2022 01:16pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/233978/berita/sukan/van-gaal-pertahan-aksi-skuad-belanda | Van Gaal pertahan aksi skuad Belanda | PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal mempertahankan persembahan anak buahnya yang dikritik hebat selepas gagal mempamerkan aksi sebenar meskipun berjaya lolos ke peringkat kalah mati Piala Dunia Qatar 2022.Menurut van Gaal, beliau berasakan anak buahnya sudah mempamerkan persembahan terbaik dan berjaya mara ke peringkat seterusnya dengan berbekalkan semangat positif di dalam pasukan ketika ini.“Itu mengecewakan, tetapi saya tidak bersetuju dengan anda. Saya rasa mereka tidak bermain seteruk seperti yang anda katakan.Kami berjaya mara ke peringkat yang seterusnya dan ia merupakan perkara yang penting dalam kejohanan ini.“Kami melakukan apa yang perlu kami lakukan. Kami adalah pemenang kumpulan," kata Van Gaal pada sidang akhbar.Sebelum ini, anak buah Louis van Gaal menamatkan saingan kumpulan dengan tujuh mata untuk berada di puncak Kumpulan A, manakala Senegal mengikuti jejak langkah mereka di pusingan kalah mati apabila muncul selaku naib juara selepas menewaskan Ecuador 2-1.Belanda yang dikenali dengan julukan Oranje dijadualkan bertemu pasukan USA untuk menempah tempat ke suku akhir di Stadium Antarabangsa Khalifa, Sabtu ini. | 4 | 30 November 2022 11:38am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/233971/berita/sukan/mangsa-banjir-pakistan-dapat-perhatian-kapten-england | Mangsa banjir Pakistan dapat perhatian kapten England | KAPTEN England, Ben Stokes akan menyumbangkan yuran perlawanannya daripada tiga siri perlawanan ujian kriket menentang tuan rumah Pakistan untuk membantu mangsa banjir di negara Asia itu.“Untuk kembali ke sini selepas 17 tahun adalah sangat mengujakan. Terdapat rasa tanggungjawab dalam kalangan pemain dan kumpulan sokongan kerana untuk berada di sini merupakan sesuatu yang istimewa.“Banjir yang melanda Pakistan awal tahun ini amat menyedihkan untuk dilihat dan memberi impak besar kepada negara dan rakyat.Sukan ini telah memberi saya banyak perkara dalam hidup dan tiba masa untuk saya memberikan sesuatu kembali yang melangkaui dunia kriket."Saya akan mendermakan yuran perlawanan daripada siri ujian ini kepada Tabung Rayuan Mangsa Banjir Pakistan. Diharap derma ini dapat membantu rakyat Pakistan yang terjejas berikutan banjir ini," kata Stokes.Sebelum ini, 33 juta orang di Pakistan terjejas kehidupan berikutan banjir buruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pegawai di negara Asia menganggarkan kerosakan akibat hujan monsun lebat mengorbankan lebih 1,000 orang menyaksikan kerugian lebih daripada $40 bilion (RM180 bilion)Perlawanan ujian pertama di Stadium Kriket Pindi, Rawalpindi pada Khamis menyaksikan England akan beraksi tanpa Mark Wood, yang mengalami kecederaan pinggul.Kecederaan itu menyaksikan dia tidak dapat beraksi pada separuh akhir dan akhir Piala Dunia Twenty20 di Australia bulan ini. | 4 | 30 November 2022 10:41am |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/233965/berita/sukan/cisse-dedikasi-kejayaan-senegal-buat-mane | Cisse dedikasi kejayaan Senegal buat Mane | PENGENDALI Senegal, Aliou Cisse mendedikasikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 kepada penyerang Liverpool, Sadio Mane yang tidak dapat bersama pasukan akibat kecederaan.Menurut Cisse, meskipun pemain berusia 30 tahun itu tidak bersama pasukan ketika ini, namun semangat dibawanya itu sedikit sebanyak membantu kepada kejayaan Senegal.Saya mahu dedikasikan kejayaan dan kemenangan ini buat seorang individu yang telah melakukan perkara luar biasa kepada pasukan ini.“Bagaimanapun individu itu tidak ada bersama kami hari ini. Lelaki itu adalah Sadio Mane,” katanya.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly membawa pasukannya ke pusingan kalah mati selepas meledak gol kemenangan ketika menewaskan Ecuador, 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A.Menanti Senegal di peringkat 16 terbaik adalah England yang mara ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan B.“Kami sedar ia bukan satu tugas mudah apabila beraksi di peringkat kalah mati dan ia situasi yang berbeza dari peringkat kumpulan. Semua berjaya mara ke peringkat seterusnya ialah pasukan yang bagus dan terbaik di dunia.“Kini situasinya adalah menang atau kalah dan tiada peluang kedua. Jika anda menang, anda akan melalui, jika anda kalah, anda pulang.“Jadi buat masa ini, kami hanya akan menumpukan pada rehat dan cergas untuk perlawanan seterusnya, ia adalah mudah seperti itu,” ujarnya. | 4 | 30 November 2022 10:25am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/233966/berita/sukan/frappart-wanita-pertama-adili-aksi-piala-dunia-lelaki | Frappart wanita pertama adili aksi Piala Dunia lelaki | STEPHANIE Frappart mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pengadil wanita pertama mengadili aksi Piala Dunia lelaki.Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi mengumumkan nama pengadil kelahiran Perancis berusia 38 tahun itu untuk aksi Kumpulan D antara Jerman dan Costa Rica pada awal pagi Jumaat ini.Frappart antara tiga pengadil wanita yang dipilih untuk kempen Piala Dunia 2022 selain Salima Mukansanga dari Rwanda dan Yoshimi Yamashita dari Jepun.Tiga lagi pengadil wanita pula bertugas di Qatar sebagai pembantu pengadil.Bagi Frappart, mengadili perlawanan Piala Dunia lelaki adalah antara pencapaian terbaiknya selepas menempa nama di peringkat Eropah.Frappart menjadi pengadil wanita pertama mengadili Ligue 1 Perancis pada 2019 - tahun sama ketika dia menjadi pengadil di pentas final Piala Dunia wanita di negaranya itu.Beliau mengadili aksi final Piala Super 2019 antara Liverpool dan Chelsea sebelum turut diberi kepercayaan mengadili perlawanan Liga Juara-Juara 2020 dan final Piala Perancis musim lalu. | 4 | 30 November 2022 10:16am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233955/berita/sukan/piala-dunia-2022-england-lepasi-ranjau-wales | Piala Dunia 2022: England lepasi ranjau Wales | NAIB juara Euro 2020, England mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Wales 3-0 pada Rabu.Bagaimanapun pada perlawanan di Stadium Ahmad bin Ali tersebut, The Three Lions kendalian Gareth Southgate terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk merobek pertahanan kental pasukan Wales.Dua gol Marcus Rashford (50', 68') dan jaringan Phil Foden (51') menyaksikan England mengakhiri perjalanan kempen Wales, yang memerlukan kemenangan empat gol untuk mara ke pusingan kalah mati.Kemenangan tersebut menyaksikan England akan berdepan cabaran pasukan Afrika, Senegal yang muncul naib juara Kumpulan B sebelum itu."Ia satu perasaan yang hebat. Kami agak kecewa selepas keputusan berdepan Amerika Syarikat dan adalah penting untuk menunjukkan prestasi yang baik pada perlawanan seterusnya."Perlawanan ini lebih kepada mengenai membunuh perlawanan lebih awal dan kami mengambil sepenuh peluang tersebut sebaik mungkin...," kata Rashford.Dua gol tonggak Manchester United, yang tempatnya dalam skuad The Three Lions tidak menentu beberapa bulan lalu berikutan prestasi dan kecederaan, kini menjadi penjaring terbanyak Qatar 2022 dengan tiga gol bersama Kylian Mbappe (Perancis), Enner Valencia (Ecuador) dan Cody Gakpo (Belanda). | 4 | 30 November 2022 08:30am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233950/berita/sukan/piala-dunia-2022-as-curi-slot-kalah-mati | Piala Dunia 2022: AS 'curi' slot kalah mati | GOL tunggal Christian Pulisic sudah cukup buat Amerika Syarikat (AS) untuk mara ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Iran 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Kemenangan dalam aksi di Stadium Al Thumama itu meletakkan AS di tangga kedua Kumpulan B di belakang England yang menewaskan Wales 3-0.Ia juga menebus kehampaan AS terhadap musuh lama 24 tahun lalu yang kali terakhir bertembung pada Piala Dunia 1998 di Perancis dengan kemenangan berpihak kepada Iran yang menang 2-1.Gol kemenangan itu diperoleh Pulisic pada minit ke-38 setelah menyudahkan dengan baik bola hantaran Sergino Dest untuk menewaskan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand.AS yang seri dua perlawanan sebelum ini ketika menentang Wales dan England, akan berdepan finalis tiga kali, Belanda untuk merebut tempat ke suku akhir pada Sabtu."Pada separuh masa pertama kami menunjukkan apa yang kami mampu lakukan daripada segi permainan. Ia babak pertama yang amat baik."Bersambung babak kedua kami menunjukkan keazaman tinggi. Pemain bekerja keras untuk memastikan pasukan tidak tewas," kata pengendali AS, Gregg Berhalter. | 4 | 30 November 2022 07:27am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/233946/berita/sukan/piala-dunia-2022-senegal-sambar-slot-kalah-mati | Piala Dunia 2022: Senegal sambar slot kalah mati | KALIDOU Koulibaly muncul wira bagi membantu Senegal meraih kemenangan 2-1 ke atas Ecuador, sekali gus membawa pasukan Afrika itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022.Dalam aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa, kapten Senegal itu meledak gol kemenangan pada minit ke-70, hanya tiga minit selepas Moises Caicedo menyamakan kedudukan buat Ecuador.Ismaila Sarr terlebih dahulu menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama untuk meletakkan Senegal di depan dalam aksi terakhir Kumpulan A itu.Dengan kemenangan itu, Senegal menghuni tangga kedua Kumpulan A dengan enam mata - satu di belakang pendahulu, Belanda yang menewaskan tuan rumah, Qatar 2-0.Ecuador yang hanya perlu seri untuk layak ke pusingan kalah mati buat kali kedua selepas edisi 2006, menamatkan saingan di tangga ketiga dengan mengumpul empat mata.Malang terus menimpa Qatar apabila menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas gagal meraih sebarang mata setelah tewas dalam kesemua tiga perlawanan.Dalam pusingan 16 terbaik, Senegal yang kehilangan khidmat kapten, Sadio Mane akibat kecederaan kini menanti juara Kumpulan B yang menampilkan England, Iran, Amerika Syarikat dan Wales. | 4 | 30 November 2022 07:13am |
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI | https://www.sinarharian.com.my/article/233945/berita/sukan/piala-dunia-2022-belanda-tepati-ramalan | Piala Dunia 2022: Belanda tepati ramalan | PASUKAN pilihan, Belanda menepati ramalan mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Qatar 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A.Dalam aksi di Stadium Al-Bayt itu, Belanda dan Qatar saling mengasak ke kubu lawan masing-masing sebaik wisel permulaan dibunyikan.Belanda memperoleh gol pembukaan menerusi penyerang muda yang sedang meningkat naik, Cody Bakpo pada minit ke-26 selepas menyudahkan hantaran Memphis Depay.Jaringan itu menyaksikan Gakpo mencipta sejarah sebagai pemain Belanda pertama menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan pertama Piala Dunia.Sekalipun ketinggalan, Qatar tetap beberapa kali menguji barisan pertahanan Belanda, namun dikecewakan dengan penyudah yang tumpul.Sebaik babak kedua bersambung, Belanda berjaya menambah jaringan, kali ini menerusi pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong pada minit ke-49.Jong pantas menyambar bola untuk merobek gawang lawan selepas rembatan awal Depay berjaya ditepis penjaga gol Qatar, Meshaal Barsham.Qatar cuba bangkit untuk memburu jaringan pada baki 40 minit terakhir perlawanan, namun masih gagal memperoleh sebarang jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan.Kemenangan itu menyaksikan Belanda memimpin carta Kumpulan A dengan tujuh mata diikuti Senegal yang memperoleh enam mata, manakala Ecuador (empat) dan Qatar tanpa sebarang mata. | 4 | 30 November 2022 07:10am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233941/berita/sukan/hanya-17-lapor-diri-hari-pertama | Hanya 17 lapor diri hari pertama | HARI pertama kem latihan berpusat Harimau Malaya negara lebih awal daripada perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives, kurang ceria selepas hanya 17 pemain melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.11 pemain lain hanya akan menyertai skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon secara berperingkat dengan tujuh pemain Selangor FC dan dua Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melaporkan diri Isnin hadapan.Selain itu, penjaga gol Terengganu FC Muhammad Rahadiazli Rahalim akan menyertai latihan selepas melengkapkan latihan kem berpusat pasukan Bawah-23 (B23) pada 6 Disember, manakala pemain pertahanan FK Jablonec Dion Cools, dijadualkan melaporkan diri pada 16 Disember.Pan Gon ketika ditemui pada sesi latihan juga mengesahkan dua pemain Kuala Lumpur (KL) City FC iaitu Muhammad Akram Mahinan dan Declan Lambert, tidak akan menyertai pasukan itu selepas mereka memohon untuk dikecualikan atas sebab peribadi.Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata, beliau dan juga seluruh kem kejurulatihan terpaksa menerima dan menyesuaikan diri kepada situasi yang mereka hadapi sekarang ini.“Saya gembira di Malaysia dan saya perlu sesuaikan dan terima semua situasi. Saya tidak mahu bising kerana ini peraturan FIFA, jadi ia boleh berlaku. Kami akan lakukan yang terbaik dan berikan yang terbaik untuk mereka yang mahu sertai kami, dan cuba untuk membentuk satu pasukan yang kuat,” katanya.Berdasarkan kepada Peraturan FIFA berkaitan Status dan Pemindahan Pemain; Lampiran 1: Pelepasan Pemain kepada Pasukan Kebangsaan Artikel 6 yang menyatakan, tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar waktu antarabangsa atau di luar kejohanan akhir termasuk kalendar perlawanan antarabangsa.Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam kenyataan mengesahkan sudah menerima surat dari KL City, yang menyatakan kedua-dua pemainnya tidak dapat bersama pasukan.Justeru, beliau berkata, skuad negara akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain termasuk seorang pemain daripada senarai menunggu iaitu pertahanan kiri Selangor, Muhammad Fazly Mazlan.Malaysia akan menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Disember sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari tahun depan. | 4 | 30 November 2022 12:01am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233936/berita/sukan/dua-tonggak-kl-city-tidak-sertai-kem-latihan-pusat-harimau-malaya | Dua tonggak KL City tidak sertai kem latihan pusat Harimau Malaya | DUA pemain Kuala Lumpur (KL) City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert tidak melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas mereka meminta pelepasan kerana urusan peribadi.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menerima surat daripada KL City FC yang menyatakan kedua-dua pemain tersebut tidak dapat bersama Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Piala AFF 2022 bulan depan.“Dengan ketiadaan Akram dan Declan, Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain lain termasuk seorang pemain daripada senarai bersedia iaitu pemain pertahanan Selangor FC, Fazly Mazlan,” katanya dalam satu kenyataan pada SelasaUntuk rekod, seramai 17 pemain melaporkan diri pada Selasa, manakala baki 11 pemain akan menyertai pasukan secara berperingkat iaitu tujuh pemain Selangor FC dan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 5 Disember.Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim akan melaporkan diri pada 6 Disember selepas selesai menjalani kem latihan pusat bersama skuad B-23 kebangsaan, manakala pemain pertahanan FK Jablonec, Dion Cools pada 16 Disember. | 4 | 29 November 2022 10:38pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233934/berita/sukan/speedy-tigers-kembali-temui-rentak-kemenangan | Speedy Tigers kembali temui rentak kemenangan | THE Speedy Tigers mempamerkan karakter melawan tinggi apabila bangkit dari ketinggalan dua kali untuk menewaskan Kanada 3-2 dalam perlawanan kedua Kumpulan B Piala Negara-Negara di Potchefstroom, Afrika Selatan pada Selasa.Bagaimanapun, skuad Arul Selvaraj yang tampil dengan misi wajib menang selepas kecundang 0-1 kepada juara Asia, Korea Selatan, dalam aksi pembukaan, terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan gol padang Sean Davis pada minit ke-19.Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Muhammad Firhan Ashaari memadamkan kelebihan tersebut menerusi pukulan sudut penalti minit ke-33.Kanada yang tidak mengalah kembali semula mendahului hasil jaringan pukulan sudut penalti minit ke-40, Gordon Johnston, namun kelebihan itu sekali lagi dipadamkan menerusi gol padang hasil jaringan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-50.Muhammad Azrai Aizad sekali lagi tampil cemerlang apabila meledak jaringan ketiga pasukan negara pada minit ke-58’ untuk keputusan 3-2.Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigers kini mengumpul tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan.Anak buah Arul Selvaraj akan berdepan Jepun dalam perlawanan ketiga pada 1 Disember ini.Sementara itu, pemain tengah The Speedy Tigers, Muhammad Amirul Hamizan Azahar menyifatkan tiga mata ketika berdepan Kanada bukan satu tugas mudah.“Alhamdulillah, syukur tiga mata diraih pasukan negara selepas tewas kepada Korea Selatan sebelum ini.“Kanada juga bukan merupakan lawan yang mudah apabila kami ketinggalan sebanyak dua kali sebelum bangkit untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.Pada masa sama Muhammad Amirul mengakui masih terdapat beberapa kesilapan mudah dilakukan para pemain negara dalam perlawanan tersebut yang perlu diperbaiki sebelum berdepan Jepun.“Rehat sehari akan kami manfaatkan sebaik-baiknya dengan melakukan analisis permainan sebelum ini bagi mengelak kesilapan mudah berulang selepas ini,” katanya.Untuk rekod, saingan Kumpulan A Piala Negara-Negara menampilkan pasukan di ranking ke-11 dunia, Perancis selain Ireland (ke-13), Pakistan (ke-17) dan tuan rumah Afrika Selatan(ke-16).Sementara itu, Kumpulan B pula menghimpunkan Korea Selatan (ke-12 dunia), Kanada (ke-14) dan Jepun (ke-18).Dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir dengan juara kejuaraan akan layak secara automatik ke Liga Pro FIH yang menghimpunkan pasukan terbaik dunia bagi musim 2023-2024.Kejuaraan ini juga merupakan medan persediaan terbaik Speedy Tigers yang akan beraksi di Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India, dari 13 hingga 29 Januari ini. | 4 | 29 November 2022 10:24pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233911/berita/sukan/rodrygo-curi-magis-ronaldo | Rodrygo 'curi' magis Ronaldo | PEMAIN muda, Rodrygo Goes 'mencuri' aura kaki legenda Brazil, Ronaldo dalam usahanya untuk membantu skuad Samba memburu kejuaraan keenam Piala Dunia selepas kali terakhir memenanginya 20 tahun lalu.Cuba mengambil tuah daripada aura legenda yang menjulang Piala Dunia 2002, pemain berusia 21 tahun itu berharap dapat meneruskan momentum kemenangan biarpun perlu bermula dari bangku simpanan.Brazil yang dibimbing di laluan terbaik untuk dilabelkan sebagai calon juara walaupun bergelut tanpa kelibat Neymar yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan buku lali.Skuad Samba dipaksa bergelut sehingga minit ke-83 untuk meraih jaringan tunggal menerusi Casemiro bagi melakar kemenangan kedua mengatasi Switzerland 1-0 dalam aksi Kumpulan G di Stadium 974 Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa.Kemenangan itu menjamin tiket untuk Brazil mara ke pusingan kalah mati selepas melakar kemenangan pertama ke atas Serbia 2-0 pada 25 November lalu.Di sebalik kemenangan, Rodrygo yang juga merupakan tonggak Real Madrid dijemput untuk menjadi tetamu dalam satu temubual eksklusif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dihoskan oleh Ronaldo.Gelagat Rodrygo mengusap kaki Ronaldo dan kemudian menggosok kakinya untuk mendapat magis dan tuah bagi meraih Piala Dunia. Foto Stadium Astro.Semasa mengakhiri wawancara singkat di stadium, gelagat Rodrygo mengundang tawa penonton kerana selepas bersalaman dan sambil bangun dari kerusi dia mengusap kedua belah kaki Ronaldo.Rodrygo kemudian menggosok kakinya seolah-olah 'memindahkan' aura dan tuah kaki Ronaldo ke kakinya untuk lebih berbisa di depan gawang.Ronaldo hanya ketawa dengan gelagat pemain yang memakai jersi nombor 21 itu dan skuad Brazil sememangnya tidak asing dengan gaya santai mereka setiap kali menyertai kejohanan berprestij itu.Legenda berusia 46 tahun itu merupakan antara pemain yang membantu Brazil merangkul Piala Dunia 2002 selepas menewaskan Jerman 2-0 ketika Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama. | 4 | 29 November 2022 06:49pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233907/berita/sukan/weng-kean-rangkul-pingat-emas-e-sukan-di-kazan | Weng Kean rangkul pingat emas e-sukan di Kazan | PEMEGANG Phd kejuruteraan elektrik, Dr Yew Weng Kean menjuarai kejohanan E-Sukan Belia Antarabangsa di Kazan, Rusia, semalam apabila meraih pingat emas dalam acara Hearthstone.Weng Kean yang berusia 32 tahun, mempamerkan gaya permainan yang hebat untuk menewaskan Saad Andaleeb dari Bangladesh, 3-0.“Saya rasa luar biasa untuk kemenangan ini dan amat berpuas hati dengan aksi saya. Ia juga memberikan saya persediaan yang baik untuk menghadapi Sukan Asia tidak lama lagi kerana beberapa peserta di sini juga akan turut terlibat di sana.“Sangat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk mewakili Malaysia dan dengan kemenangan ini, kita boleh mengibarkan bendera kita kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.Weng Kean– lebih dikenali dengan nama wkyew90 dalam dunia e-sukan - membawa pulang satu emas melalui acara yang sama, apabila e-sukan pertama kali diperkenalkan sebagai acara kompetitif di Sukan SEA 2019 di Manila.Pada masa yang sama, pasukan negara turut meraih pingat gangsa dalam acara Dota2 menerusi pasukan Myth Avenue Gaming yang dibarisi Gan Hou Sing, Muhammad Nur Alif Alias, Chan Kok Khin, Ng Wei Poong dan Chong Kin Kit, selepas pasukan tuan rumah (Persekutuan Rusia) memenangi emas dan Kazakhstan merangkul perak. - Bernama | 4 | 29 November 2022 06:25pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233892/berita/sukan/lelaki-bawa-bendera-pelangi-curi-perhatian | Lelaki bawa bendera pelangi curi perhatian | SEORANG lelaki yang membawa bendera pelangi mencuri tumpuan pemain dan peminat apabila menceroboh padang ketika berlangsung aksi Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Janoub pada Selasa.Penceroboh terbabit berada di atas padang selama 30 saat pada separuh masa kedua permainan antara Portugal dan Uruguay sebelum diberkas dan dikawal anggota pihak keselamatan.Lelaki itu memakai kemeja-T biru dengan perkataan 'Hormati Wanita Iran' di bahagian belakang.Di bahagian hadapan bajunya pula tertera, perkataan 'Selamatkan Ukraine' merujuk kepada negara yang dilanda perang.Di sebalik insiden itu, pemain Portugal, Ruben Neves seolah memahami situasi tersebut.“Kami tahu apa yang berlaku di sekitar Piala Dunia ini. Ia adalah perkara yang biasa berlaku.“Sudah tentu, kita semua bersama mereka. Dengan Iran dan dengan wanita Iran.“Jadi saya harap tidak berlaku apa-apa kepada individu itu, kerana kami memahami mesejnya. Saya rasa seluruh dunia juga memahaminya,” katanya.Penunjuk perasaan itu dikenal pasti sebagai Mario Ferri dari Itali oleh agensi akhbar Itali, AGI.Dia pernah mengadakan protes sama sebelum ini, termasuk di Piala Dunia 2014 di Brazil, dengan membangkitkan isu kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan. | 4 | 29 November 2022 05:18pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233891/berita/sukan/aksi-dramatik-denmark-australia | Aksi dramatik Denmark, Australia | ENGGAN menoleh ke belakang, Denmark mahu fokus aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022 menentang Australia di Stadium Al Janoub pada Rabu.Biarpun masih berasa sesal gagal meledak ketika menentang Tunisia apabila sekadar seri tanpa jaringan dan kedudukan mereka dalam kumpulan itu lebih sukar apabila tewas 1-2 kepada Perancis pada aksi kedua.Di sebalik cabaran itu, jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand sempat berseloroh sambil meminta untuk meminjam penyerang berbisa Norway, Erling Haaland.Bagaimanapun, realitinya beliau mampu menyandarkan harapan kepada pasukan yang menjaringkan purata tiga gol satu perlawanan pada pusingan kelayakan.“Dalam pasukan ini kami mempunyai ramai penjaring. Kami memiliki penyerang hebat selain pemain hebat di segenap penjuru padang yang boleh menjaringkan gol,” ujar Hjulmand.Denmark ke separuh akhir Euro 2020 tahun lalu, sering kali mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia dan berdasarkan pencapaian itu peluang untuk menundukkan Australia dilihat cerah.Kemenangan itu cukup buat mereka untuk mara ketika Tunisia dijangka sukar untuk mengalahkan Perancis dalam satu lagi aksi Kumpulan D pada Rabu.Dalam pada itu, jurulatih Australia, Graham Arnold dijangka tidak merombak pasukannya dan mungkin hanya menyenaraikan Ajdin Hrustic yang kembali cergas di bahagian tengah.Justeru, beliau menuntut para pemain mempamerkan satu lagi aksi berani untuk berpeluang melangkah lebih jauh.Sementara itu, keyakinan Australia juga memuncak selepas mengatasi Tunisia 1-0 Sabtu lalu untuk meraih kemenangan pertama pada pusingan akhir Piala Dunia sejak 2010.Mereka berazam untuk mengekalkan momentum itu dan tidak mahu mempersia-siakan peluang keemasan untuk melangkah lebih jauh di pentas berprestij tersebut.“Keputusan itu (menang ke atas Tunisia) tidak bermakna jika kami tidak mendapat keputusan yang sama ketika menentang Denmark.“Ia satu cabaran luar biasa. Kedua-dua pasukan berpeluang dan itulah sebabnya anda bermain bola sepak, mencipta saat-saat genting yang mendebarkan,” ujar pertahanan tengah Harry Souttar yang bertindak cemerlang berdepan Tunisia. | 4 | 29 November 2022 05:05pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/233867/berita/sukan/tak-penting-siapa-jaring-gol | 'Tak penting siapa jaring gol' | DUA gol Bruno Fernandes memastikan Portugal layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 selepas kemenangan 2-0 ke atas Uruguay dalam aksi kedua Kumpulan H di Stadium Lusail, awal pagi Selasa.Gol pertama Fernandes menjadi perdebatan ramai pihak apabila jaringan pada minit ke-55 itu terhasil ketika dia cuba untuk melakukan hantaran lintang kepada Cristiano Ronaldo, namun bola terus masuk ke dalam jaring.Fernandes kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk memastikan Portugal berjaya menempah tempat ke pusingan kalah mati bagi mengiringi Perancis dan Brazil.“Saya meraikannya kerana menyangka ia jaringan Cristiano. Daripada pandangan saya, dia telah menyentuh bola, matlamat saya adalah untuk melakukan hantaran kepadanya.Tetapi saya tidak fikir ia sangat penting siapa yang menjaringkan gol. Apa yang penting kami dapat mara ke pusingan seterusnya dan sangat penting ialah kemenangan menentang lawan yang sukar.“Keutamaan pasukan sekarang adalah muncul pasukan pertama melepasi peringkat kumpulan termasuk memenangi perlawanan seterusnya dengan rekod tanpa kalah,” katanya.Dalam pada itu, Fernandes memberi amaran bahawa Portugal perlu berada pada tahap terbaik mereka pada aksi terakhir Kumpulan H menentang Korea Selatan bagi menjamin kedudukan teratas kumpulan.“Kami tahu kami akan berdepan pasukan yang sangat tersusun dengan kemahiran yang tinggi seperti yang kami lihat dalam perlawanan terakhir mereka.“Kami bermain pada masa yang berbeza dan itu membolehkan kami menonton perlawanan Korea Selatan. Objektif kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan,” ujarnya. | 4 | 29 November 2022 03:36pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233864/berita/sukan/piala-dunia-istaf-malaysia-akur-kehebatan-thailand | Piala Dunia ISTAF: Malaysia akur kehebatan Thailand | SKUAD sepak takraw negara kempunan untuk merangkul pingat emas acara regu lelaki selepas tewas 0-2 kepada juara bertahan, Thailand dalam perlawanan akhir Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022, pada Selasa.Dalam aksi di Kompleks Sukan Daejon Hanbat, Korea Selatan itu, skuad negara dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir bermula dengan langkah kiri apabila tunduk 18-21 pada set pertama.Pada set kedua, skuad negara terus hampa apabila tewas 19-21 kepada skuad Gajah Perang yang membariskan Kritsanapong Nontakote, Thawisak Thongsai dan Yodsawat Uthaijaronsri.Piala Dunia ISTAF kali pertama di Kuala Lumpur pada 2011 menyaksikan Thailand dibarisi Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee menewaskan Noor Azman Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam, 15-4, 15-6, 15-11.Gajah Perang terus melebarkan penguasaan apabila gandingan Kritsanapong Nontakote, Jirasak Pakbuangoen dan Rachan mempertahankan kejuaraan edisi Hyderabad 2017 apabila mengatasi Mohammad Syahir, Mohd Norhafizi Abdul Razak dan Farhan Adam 21-19, 23-21.Untuk rekod, Piala Dunia ISTAF tidak dapat dilangsungkan pada 2014, selain dari 2018 hingga 2021 termasuk akibat pandemik Covid-19. | 4 | 29 November 2022 03:27pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233865/berita/sukan/peluang-arab-saudi-akhiri-kemarau-28-tahun | Peluang Arab Saudi akhiri kemarau 28 tahun | SKUAD Arab Saudi berpeluang mengulangi kejayaan 28 tahun lalu apabila mara ke pusingan kalah mati dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 menentang Mexico di Stadium Lusail pada Khamis.Biarpun pada awal kejohanan Arab Saudi yang dibimbing Herve Renard tidak diletakkan harapan tinggi, namun pada aksi pertama skuad Timur Tengah itu sudah mengejutkan seluruh dunia.Juara dua kali, Argentina dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Arab Saudi dalam aksi pertama kumpulan pada 22 November lalu.Dalam lima penampilan di Piala Dunia, Arab Saudi hanya sekali berjaya mara ke pusingan 16 terbaik iaitu pada edisi 1994.Renard berkata, pasukannya akan bermain menentang Mexico di Stadium Lusail dengan semangat dan keinginan yang tinggi.Kami mahukan penyokong mencipta sejarah. Saya mahukan stadium menjadi hijau sekali lagi, mungkin kami akan bermain menggunakan jersi berwarna putih tetapi ia tidak penting, kami mahukan sokongan daripada peminat," katanya.Kumpulan C ketika ini dipimpin Poland yang mengutip empat mata, diikuti Argentina dan Arab Saudi yang berkongsi tiga mata, manakala Mexico tercorot sekadar satu mata.Arab Saudi wajib menewaskan Mexico jika mahu berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik dan percaturan itu tidak mengambil kira keputusan perlawanan membabitkan Poland menentang Argentina.Bagaimanapun jika keputusan seri, Arab Saudi perlu menagih talian hayat Poland untuk melakukan keajaiban mengalahkan Argentina.Sekiranya kalah akan menyukarkan Arab Saudi untuk bersaing di pusingan kalah mati.Arab Saudi hanya boleh tewas dengan satu gol sambil mengharapkan Poland memenangi perlawanan dengan jaringan yang besar, namun ia dilihat sebagai sukar kerana Argentina juga menaruh harapan tinggi untuk mara ke pusingan seterusnya."Tiada siapa di seluruh dunia menjangkakan kami boleh bermain sebaik ini. Di Arab Saudi kami mengenali pemain dengan baik, tetapi mereka tidak diketahui oleh peminat di seluruh dunia."Kami masih kekal bersaing dan akan terus berjuang," ujar Renard. | 4 | 29 November 2022 03:24pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233858/berita/sukan/casemiro-pemain-tengah-terbaik-dunia | Casemiro pemain tengah terbaik dunia | PENGENDALI Tite dan bintang Brazil yang cedera, Neymar memuji Casemiro sebagai pemain tengah terbaik di dunia selepas pemain itu menjana keupayaan skuad Samba ke fasa 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Jaringan pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United itu pada minit ke-83 memastikan kemenangan 1-0 ke atas Switzerland dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan G di Stadium 974, Ras Abu Aboud pada Selasa, yang menyaksikan kemenangan kedua Brazil selepas mengharungi dua perlawanan.Neymar yang ternyata gembira dengan kemenangan itu berkata di Tweet selepas perlawanan: “Casemiro bintang Brazil telah menjadi pemain tengah terbaik dunia untuk masa yang lama.”Pasukan dari Amerika Selatan itu sebelum ini menyingkap saingan dengan mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Serbia dalam perlawanan di Stadium Lusail pada 25 November lalu.Skuad Samba bakal melabuh kempen berdepan pasukan benua Afrika, Cameroon berdepan Cameroon di Stadium Lusail pada 3 Disember.Sementara itu, semasa sidang akhbar selepas perlawanannya jika dia bersetuju dengan respon Neymar, Tite berkata: “Sebagai kebiasaan, saya sentiasa menghormati pendapat dan saya biasanya tidak mengulas pendapat, tetapi saya akan membenarkan diri saya berbuat demikian hari ini. Saya setuju."Tanpa kelibat Neymar yang mengalami kecederaan, Brazil bergelut untuk menjinakkan Switzerland di Stadium 974 sebelum Casemiro melengkapkan sentuhan gandingan Vinicius Jr dan Rodrygo untuk gol tunggal perlawanan seterusnya menghantar Brazil ke perlawanan terakhir kumpulan menentang Cameroon.Ditanya mengenai ketiadaan Neymar, Tito berkata: “Jelas sekali dia mempunyai kemahiran yang berbeza. Dia seorang pemain yang dalam momen ajaib boleh menggelecek melepasi anda dan tiba-tiba, anda berkata, ‘Apa yang berlaku di sini?’ Dia mempunyai kemahiran itu tidak seperti pemain lain.“Pemain Brazil lain sedang berusaha untuk ke sana bagi mencapai tahap yang dimiliki Neymar, dan saya harap mereka sampai ke sana."Ya, kami merindui Neymar, kami merinduinya. Dia mempunyai kuasa kreatif yang besar berimpak tinggi, dia sangat berkesan jadi kami merinduinya, ya."Casemiro, yang menyertai Manchester United dari gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid pada musim panas ini, menegaskan Brazil berada di landasan yang lebih baik untuk melakukan cabaran serius bagi mencatatkan kegemilangan berbanding empat tahun lalu, apabila ditewaskan Belgium dalam pusingan lapan terbaik.“Tidak kira apa pun gol yang dijaringkan, saya fikir ia sangat penting untuk membantu pasukan, apabila kita menang, kita semua menang bersama, apabila kita kalah, kita semua kalah bersama-sama.“Empat tahun telah berlalu, ada pemain baharu. Tahun ini kami mempunyai pilihan yang lebih luas, kami mempunyai lebih ramai pemain untuk dipilih menggalas harapan rakyat Brazil.“Tanpa menukar pasukan pun, kami mempunyai kemungkinan untuk mengubah cara kami bermain. Jika kami menggantikan pemain, kami mempunyai lebih banyak pilihan. Oleh itu, tidak ada keraguan sama sekali bahawa pilihan itu jauh lebih fantastik daripada pilihan pada 2018," katanya. | 4 | 29 November 2022 02:52pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233855/berita/sukan/ragam-pengurusan-punca-azraai-khor-enggan-kembali-melatih | Ragam pengurusan punca Azraai Khor enggan kembali melatih | PENAT melayan ragam pihak pengurusan pasukan yang disifatkan masih di takuk lama punca jurulatih bola sepak berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang kejurulatihan di peringkat domestik.Mohd Azraai mendedahkan penamatan kontrak beliau selepas hanya kira-kira tiga bulan membimbing Negeri Sembilan pada musim 2018 merupakan kemuncak kepada keputusannya untuk bersara walaupun menerima pelbagai tawaran selepas itu.Pengendali berusia 70 tahun itu berkata, sehingga kini masih ada pasukan yang menagih khidmatnya namun beliau sudah bertekad untuk berehat."Saya penat dengan bola sepak Malaysia... selepas insiden dengan Negeri Sembilan, saya ambil keputusan sudah sampai masa saya bersara daripada bola sepak khususnya Liga Malaysia (Liga-M)."Apa yang buat saya terkilan ialah melayan karenah pengurusan pasukan, bagi saya kebanyakan pasukan lebih kurang saja... tengoklah macam-macam insiden lagi-lagi di penghujung musim ini, bagi kontrak saat akhir, kontrak separuh jalan dan macam-macam lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.Ketika bersama Negeri Sembilan sebelum ini, kontrak Mohd Azraai ditamatkan serta-merta oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas pasukan itu hanya mencatat dua keputusan seri daripada lima perlawanan Liga Super di bawah kendaliannya.Beliau yang mencipta kejayaan bersejarah ‘double treble’ bersama Kedah dengan memenangi Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia pada musim 2007 dan 2008 mengakui terkilan ditamatkan kontrak tanpa diberikan peluang melakukan rombakan pasukan dalam usaha memulihkan prestasi skuad Hobin Jang Hobin itu.Mohd Azraai sebelum ini diaporkan antara jurulatih tempatan menghantar permohonan untuk menjadi pembantu Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang menyaksikan bekas pengendali Sarawak United, E Elavarasan dilantik menjawat posisi itu.Dalam pada itu, beliau berharap dimensi baharu bola sepak tanah air melalui proses penswastaan kelab dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan ketidakcekapan pengurusan."Kalau tidak bola sepak kita tidak akan ke mana... kita tengok Arab Saudi dan Jepun sudah pun buktikan yang kita mesti profesional sepenuhnya dengan pasukan diuruskan oleh mereka yang profesional,” katanya yang kini aktif sebagai pundit dan sering dipanggil berkongsi pengalaman dalam klinik bola sepak.Mohd Azraai juga pernah menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Perak, T-Team, Kelantan dan Sabah. - Bernama | 4 | 29 November 2022 02:28pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233848/berita/sukan/enggan-ditemubual-media-mbappe-berdepan-hukuman-fifa | Enggan ditemubual media, Mbappe berdepan hukuman FIFA | PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe berdepan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila enggan ditemubual media selepas dua perlawanan berturut-turut dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.Penyerang Paris Saint-Germain itu enggan berhenti dan bercakap dengan media di zon yang ditetapkan selepas perlawanan.Ekoran tindakan tersebut, Mbappe serta Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dijangka berdepan tindakan badan induk bola sepak dunia atau FIFA.Mbappe menyumbat dua gol ketika membantu Perancis menewaskan Denmark 2-1 dan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala gol saguhati Denmark diperoleh menerusi jaringan Andreas Christensen.Pada aksi itu Mbappe turut dijulang sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.Mbappe turut menyerlah pada aksi pertama kumpulan apabila meledak satu gol ketika Perancis menang 4-1 ke atas Australia.Ini bermakna dia sudah menjaringkan tiga gol di negara Asia Barat itu dan hanya satu gol lagi menghampiri jumlah jaringan pada Piala Dunia 2018.Selepas kemenangan ke atas Denmark Ahad lalu, kapten Perancis Hugo Lloris bercakap kepada media.Turut bercakap kepada media ialah rakan sepasukannya, Aurelien Tchouameni, Antoine Griezmann, Jules Kounde, Olivier Giroud, Dayot Upamecano dan Raphael Varane, namun Mbappe terus berjalan tanpa berhenti.FFF diberi amaran ekoran tindakan Mbappe tidak hadir pada sesi temubual selepas kemenangan ke atas Australia.Malah jika mengulangi perkara sama dia bakal berdepan tindakan. | 4 | 29 November 2022 02:01pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233831/berita/sukan/ulangan-aksi-epik-2010-uruguay-ghana | Ulangan aksi epik 2010 Uruguay, Ghana | SELEPAS mengharungi dua perlawanan Uruguay masih gagal menemui penyudah tajam setelah kalah 0-2 kepada Portugal dalam aksi Kumpulan H saingan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail awal pagi Rabu.Justeru skuad bimbingan Diego Alonso wajib tingkatkan prestasi dalam saingan terakhir kumpulan pada 2 Disember ini menentang Ghana sekali gus mengulangi aksi epik 2010."Kami mencari kemenangan ketika menentang Ghana nanti, tiada lagi kesangsian. Jika kami perlu membuat pengubahsuaian, itu yang akan kami lakukan."Pasukan perlu kekal tenang dan motivasi diri sendiri untuk bermain. Ia seperti yang kami lakukan pada separuh masa kedua hari ini (Rabu)," ujar Alonso.Pada aksi itu, dua gol kemenangan Portugal dihasilkan menerusi sentuhan Bruno Fernandes sekali gus menghantar Uruguay ke tangga terbawah kumpulan dengan satu mata.Biarpun memiliki rangkaian serangan mantap seperti Darwin Nunez, Edinson Cavani dan Luis Suarez, Uruguay gagal menjaringkan gol ketika seri tanpa jaringan dalam aksi pembukaan menentang Korea Selatan pada 24 November.Pasukan Amerika Selatan itu tiada pilihan selain wajib menang ke atas Ghana pada Jumaat untuk mara ke pusingan kalah mati.Pada aksi tersebut Ghana sudah pasti mahu melunaskan dendam 12 tahun lalu kerana disingkirkan dengan kejam oleh Uruguay di Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dalam suku akhir yang penuh dramatik dan aksi.Dalam aksi itu, Suarez menampan bola dengan tangan di atas garisan pada minit akhir saingan dan dibuang padang, namun penalti diperoleh Ghana gagal disempurnakan, seterusnya tumpas menerusi penentuan penalti.Ia sekali gus menutup peluang Ghana menjadi pasukan Afrika pertama dalam sejarah untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.Suarez ketika itu ibarat pelakon watak jahat dan selepas sedekad dia masih berada dalam skuad Uruguay malah mungkin beraksi semula menentang Ghana."Ia adalah sejarah yang berbeza. Mereka sedang mencari slot ke pusingan seterusnya, begitu juga kami. Ia tiada kena mengena dengan apa yang berlaku beberapa tahun lalu," ujar Alonso. | 4 | 29 November 2022 12:48pm |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/233827/berita/sukan/keluarga-nafi-legenda-bola-sepak-kelantan-meninggal-dunia | Keluarga nafi legenda bola sepak Kelantan meninggal dunia | KELUARGA bekas penyerang dan legenda bola sepak Kelantan menafikan Mohd Hashim Mustapha, 57, sudah meninggal dunia seperti mana khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp, pada Selasa.Menantunya, Mohd Nizab Ayub berkata, sehingga kini bapa mentuanya itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan berada dalam keadaan kritikal.Bagaimanapun, doktor memaklumkan supaya kami memanggil semua ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.Sebelum itu tular di aplikasi WhatsApp memaklumkan bekas penjaring terbanyak Liga Malaysia tahun 1993 itu sudah meninggal dunia.Mohd Hashim terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi kencing manis. | 4 | 29 November 2022 12:18pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233808/berita/sukan/keputusan-tidak-adil-untuk-korea-selatan---costa | 'Keputusan tidak adil untuk Korea Selatan' - Costa | KOREA Selatan menganggap kekalahan kepada Ghana 3-2 pada Isnin sebagai satu keputusan yang tidak adil buat skuad kimchi itu yang beraksi dengan baik.Penolong jurulatih Korea Selatan, Sergio Costa berkata, pasukannya mempamerkan aksi mantap sepanjang setengah jam perlawanan dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022."Dalam tempoh 20 minit pertama, kami mampu mengawal perlawanan dengan menguasai bola. Ia sangat bagus."Kami membuat hantaran dengan baik dan mengikut strategi seperti dirancang. Selepas gol pertama ia mula berubah sehingga separuh masa. Ketika itu kami hilang kawalan," katanya.Costa hadir sidang akhbar menggantikan Paulo Bento yang dilayangkan kad merah kerana membantah pengadil yang menamatkan perlawanan ketika pasukannya mahu mengambil sepakan sudut.Korea Selatan ketika ini menduduki tangga tercorot dalam saingan kumpulan.Costa menjelaskan, memasuki babak kedua perlawanan berubah apabila Korea Selatan menguasai bola dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol, namun tuah tidak menyebelahi pasukan."Keputusan ini tidak adil, malah keputusan seri juga tidak adil buat kami yang sepatutnya menang," katanya.Dua gol jaringan Cho Gue-sung tidak mencukupi buat wakil Asia itu untuk menewaskan Ghana walaupun mereka menguasai permainan.Korea Selatan mempunyai satu mata selepas seri tanpa jaringan berdepan Uruguay.Mereka perlu menewaskan Portugal pada Jumaat dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan kalah mati. | 4 | 29 November 2022 09:38am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233801/berita/sukan/kuadran-malaysia-gagal-ke-final-piala-dunia-istaf | Kuadran Malaysia gagal ke final Piala Dunia ISTAF | IMPIAN mengunung skuad sepak takraw lelaki negara melangkah jauh di Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022 di Korea Selatan tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi separuh akhir acara kuadran, pada Isnin.Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Daejon Hanbat di Daejeon itu, gandingan Haziq Hairul Nizam, Noraizat Nordin, Azlan Alias dan Norfaizzul Razak tewas di tangan skuad Gajah Putih 0-2 (16-21, 17-21) dalam tempoh 50 minit.Pada perlawanan itu, Thailand unggul mendominasi perlawanan menerusi gandingan mantap Pornthep Tinbangbon, Phutawan Sopa, Rachan Viphan dan Yodsawat Uthaijaronsri yang juga merupakan pemenang pingat emas kuadran Sukan SEA Vietnam di Hanoi, Mei lalu.Kuadran sepak takraw negara sebelum menghidupkan peluang mara ke separuh akhir acara itu selepas menundukkan Jepun dengan kemenangan straight set.Bagaimanapun, skuad negara berpeluang menebus kekecewaan itu apabila berdepan Thailand pada Selasa dalam perlawanan akhir acara regu yang membariskan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir.Trio negara itu dijadual membuat perhitungan akhir berdepan Thailand jam 8 pagi waktu Malaysia pada Selasa.Skuad negara bagi acara regu itu layak ke perlawanan akhir selepas melakar kemenangan ke atas tuan rumah, Korea Selatan, pada saingan separuh akhir | 4 | 29 November 2022 08:25am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233799/berita/sukan/portugal-ikut-jejak-brazil-perancis | Portugal ikut jejak Brazil, Perancis | DUA gol separuh masa kedua daripada Bruno Fernandes memacu Portugal penuh bergaya mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia, menyertai juara dunia Perancis dan prospek juara Brazil.Portugal mengesahkan kemaraan selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas sensasi Amerika Selatan, Uruguay dalam perlawanan kedua Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail.Fernandes yang juga bintang sensasi kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United menjaringkan gol pertama yang berpunca hantaran silang pada mulanya ditujukan kepada Cristiano Ronaldo, pada minit ke-54.Kemudian Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan minit ke-93', untuk meletakkan skuad Portugal ke peringkat kalah mati dengan baki satu perlawanan.Portugal yang sebelum ini menguasai sebahagian besar penguasaan bola dan mendominasi kebanyakan perlawanan Kumpulan H di Lusail, namun bergelut untuk mencipta peluang sehingga separuh masa kedua dalam aksi menyaksikan Uruguay kelihatan kurang bertenaga dan kurang berinisiatif.Untuk rekod ini kali ketiga di Piala Dunia, Portugal memenangi dua perlawanan peringkat kumpulan berturut-turut dan dua kali sebelumnya memacu pasukan Eropah itu ke separuh akhir.Keputusan itu menyaksikan Uruguay berbaki satu perlawanan terakhir menentang Ghana, yang mengekalkan pasukan Afrika tersebut dalam saingan apabila menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan Kumpulan H sebelumnya. | 4 | 29 November 2022 08:04am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233789/berita/sukan/perancis-kekal-mentaliti-kemenangan-berdepan-tunisia | Perancis kekal mentaliti kemenangan berdepan Tunisia | PENYANDANG juara Perancis akan memastikan skuad Les Bleus pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City pada Rabu, dapat mengekalkan mentaliti kemenangan.Malah jelas pengendali Didier Deschamps, dia juga bersedia merehatkan beberapa pemain tonggak dan memberi minit kepada pemain simpanan dalam perlawanan itu.Kylian Mbappe dijangka dalam senarai simpanan, namun Deschamps berkemungkinan memberinya minit bermain untuk membantunya menambah tujuh gol - tiga daripadanya dijaringkan di Qatar 2022.Sementara itu, Deschamps mungkin mahu memberi Jules Kounde masa menyesuaikan diri di posisi bek kanan selepas menggantikan Benjamin Pavard yang mengecewakan semasa berdepan Denmark.Keputusan terbesar Deschamps ialah sama ada Raphael Varane bermain atau sebaliknya, selepas bek tengah itu kembali daripada kecederaan hamstring untuk permainan kedua dan digantikan separuh masa kedua.“Saya masih belum bercakap dengan jurulatih mengenainya lagi. Kami akan fikirkan apa yang terbaik untuk pasukan dahulu, kemudian kita akan lihat apa yang terbaik untuk saya."Perkara terbaik ialah mendapatkan masa bermain, tetapi kita akan lihat pandangan para jurulatih," kata Varane.Sementara itu, pemain tengah, Aurelien Tchouameni dan Adrien Rabiot mungkin direhatkan kerana peranan mereka adalah yang paling mencabar secara fizikal dalam sistem Perancis.Dengan Lucas Hernandez diketepikan daripada kejuaraan berikutan kecederaan serius, abangnya Theo merupakan satu-satunya bek yang masih terdapat dalam skuad itu.Deschamps juga dijangka memberi slot kepada Eduardo Camavinga selepas pemain Real Madrid itu ditempatkan di sana dalam beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan.Untuk rekod, Perancis mengesahkan tempat di slot 16 terbaik dengan baki satu perlawanan selepas menang 4-1 ke atas Australia diikuti menang 2-1 ke atas Denmark, dan keputusan seri berdepan Tunisia akan mengekalkan status pendahulu.Sekiranya Perancis mengakhiri saingan di kedudukan teratas, anak buah Deschamps akan berdepan pasukan yang menduduki tempat kedua Kumpulan C, yang menampilkan Argentina, Arab Saudi, Poland dan Mexico. | 4 | 29 November 2022 07:50am |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233798/berita/sukan/brazil-lepasi-ujian-switzerland | Brazil lepasi ujian Switzerland | BRAZIL mengesahkan kemaraan ke pentas 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan G di Stadium 974-Ras Abu Aboud pada Selasa.Bagaimanapun pasukan pilihan juara itu terpaksa menunggu penghujung babak kedua untuk mengesahkan kemaraan hasil jaringan pemain tengah pertahanan Brazil, Casemiro pada minit ke-86.Ini merupakan kemenangan kedua skuad Samba selepas menang 2-0 ke atas Serbia di Stadium Lusail dalam perlawanan pembukaan pada 25 November lalu.Penyudah tenang Casemiro tujuh minit sebelum tamat perlawanan memberikan kuasa bola sepak Amerika Selatan itu tiga mata mutlak, selepas gol awal Vinicius Junior dinafikan kerana ofsaid.Switzerland tampil dengan lebih garang selepas bermula cemerlang mengatasi Cameroon 1-0 hasil jaringan Breel Embolo dalam perlawanan pertama Stadium Al Janoub pada 24 November lalu.Namun Brazil tampil tenang sepanjang perlawanan 90 minit perlawanan sebelum kematangan penyudah Casemiro yang merupakan pemain terbaik perlawanan menyaksikan Switzerland perlu bekerja keras dalam baki perlawanan terakhir berdepan Serbia.“Tidak kira apa pun gol yang dijaringkan, saya fikir ia sangat penting untuk membantu pasukan, apabila kita menang, kita semua menang bersama, apabila kita kalah, kita semua kalah bersama-sama,” katanya.Keputusan ini juga menyaksikan Brazil menjadi pasukan pertama dalam sejarah Piala Dunia yang tidak tewas dalam 17 perlawanan peringkat kumpulan berturut-turut termasuk pusingan akhir dan kedua kumpulan dalam edisi terdahulu. | 4 | 29 November 2022 07:27am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233781/berita/sukan/korea-selatan-tersentak-tewas-kepada-ghana | Korea Selatan tersentak tewas kepada Ghana | HASRAT Korea Selatan untuk mencatat kemenangan pertama tidak kesampaian apabila dikejutkan Ghana 2-3 dalam aksi Kumpulan H, Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City lewat malam Isnin.Menerusi jurang ranking yang besar iaitu Korea Selatan menghuni tangga ke-28 dunia, manakala Ghana di kedudukan ke-62, maka tidak hairan skuad Kimchi itu memberi tekanan sejak awal permainan.Ghana dipaksa berkampung di gawang sendiri, namun ketumpulan jentera serangan Korea Selatan dihukum oleh skuad dari negara Afrika itu.Berpunca daripada sepakan percuma Jordan Ayew mencetuskan perebutan di kawasan kotak penalti sebelum disudahkan dengan baik oleh Mohammed Salisu pada minit ke-24.Gol itu menyuntik semangat skuad bimbingan Otto Addo untuk menggandakan asakan dan ia membuahkan hasil.Ayew sekali lagi menjadi watak penting apabila bola hantarannya di depan gawang Korea Selatan ditanduk sempurna Mohammed Kudus pada minit ke-34 untuk menewaskan Kim Seung-gyu.Bersambung babak kedua, Korea Selatan bertindak agresif mengasak kubu Ghana untuk merapatkan jurang jaringan.Serangan bertali arus skuad gergasi Asia itu akhirnya menemui penyudah apabila tendangan Cho Gue-song menemui sasaran pada minit ke-58.Selang tiga minit Gue-song sekali lagi menyinar apabila meledak untuk gol penyamaan Korea Selatan.Belum pun sempat Korea Selatan meraikan gol, Ghana kembali di depan menerusi Kudus pada minit ke-68.Terdesak untuk memburu gol penyamaan Korea Selatan menyusun semula gerak, namun dihampakan kekebalan benteng Ghana bertahan dan keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat. | 4 | 28 November 2022 11:59pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233779/berita/sukan/speedy-tigers-dijinakkan-korea-selatan | Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan | THE Speedy Tigers menyingkap saingan Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Piala Negara-Negara 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan, langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Korea Selatan pada Isnin.Pada perlawanan Kumpulan B yang berlangsung di Universiti North-West tersebut juga mengimbau kejayaan skuad kendalian Arul Selvaraj yang tampil ke bumi Afrika Selatan dengan status juara Piala Sultan Azlan Shah.Bagaimanapun kejayaan mengakhiri kemarau 39 tahun menjulang trofi keramat kejuaraan hoki berprestij itu dengan menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada 10 November lalu, gagal diteruskan apabila berdepan lawan sama.Korea Selatan yang tampil lebih garang memimpin saingan apabila Jang Jonghyun meletakkan pasukannya di depan selepas menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit kelima yang juga merupakan gol tunggal perlawanan.Sementara itu, Jepun menjelmakan karakter sebenar negara matahari terbit tersebut apabila menewaskan Kanada, 3-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama.Anak buah Arul Selvaraj akan meneruskan kempen dengan berdepan Kanada pada Selasa sebelum berdepan Jepun pada 1 Disember.Sementara itu, pemain negara, Shello Silverius menyifatkan para pemain telah memberi aksi terbaik masing-masing, namun keputusan tidak memihak kepada pasukan negara.Namun katanya, para pemain negara akan kembali fokus perlawanan seterusnya dalam memberikan persembahan terbaik bagi meraih keputusan positif apabila berdepan Kanada. | 4 | 28 November 2022 11:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233777/berita/sukan/dortmund-benam-jdt-4-1-dalam-perlawanan-persahabatan | Dortmund benam JDT 4-1 dalam perlawanan persahabatan | KELAB terkemuka Jerman, Borussia Dortmund membenam Johor Darul Ta'zim (JDT) 4-1 dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam Isnin.Menguasai padang sejak detik awal, Dortmund tidak berdepan masalah untuk membuka tirai gol pada minit ke-11 apabila rembatan Donyell Malen sempat di tampan penjaga gol, Farizal Marlias, sebelum Goktan Gurpuz menyambar bola muntah dan menyudahkan jaringan.Pasukan pelawat bimbingan Edin Terzik tidak melengahkan waktu untuk menambah jaringan melalui Marlen dengan meledak gol kedua pada minit ke-31 susulan keadaan kelam-kabut di depan pintu gol JDT sekali gus meletakkan kedudukan 2-0.Selang 10 minit, pasukan tuan rumah yang tidak berputus asa dengan asakkan pasukan pelawat berhasil mencipta gol tunggal menerusi rembatan bola ke penjuru kanan gol oleh pemain muda terbaik JDT, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-41.Memasuki babak kedua menyaksikan Dortmund dan JDT masing-masing memasukkan beberapa pemain gantian namun ia tidak banyak membantu JDT mengubah kedudukan jaringan.Sebaliknya, Dortmund sekali lagi menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menghasilkan gol ketiga pada minit ke-60 melalui Ole Pohlmann yang membuat rembatan ke gawang JDT hasil hantaran Can Ozkan.Selang sembilan minit, Dortmund sekali lagi berjaya menjarakkan jurang jaringan apabila rembatan Samuel Samba berjaya membolosi pintu gol JDT pada minit ke-69.JDT yang dilihat berusaha untuk mengasak menerusi beberapa hantaran pendek namun cubaan cantik daripada anak didik Hector Bidoglio gagal di sempurnakan dan keputusan kekal 4-1 hingga tamat perlawanan. - Bernama | 4 | 28 November 2022 10:26pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233775/berita/sukan/skuad-muda-harimau-malaya-perlu-lebih-agresif | Skuad Muda Harimau Malaya perlu lebih agresif | PENGENDALI skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan mengingatkan anak buahnya untuk membiasakan diri dengan corak permainan agresif seperti yang diterapkan dalam skuad senior kebangsaan.Elavarasan berkata, selaku 'ubi muda', penerapan corak permainan sedemikian penting kerana ia bukan sahaja membolehkan mereka menyerlah malah membuka ruang pemain muda untuk menyertai skuad senior negara untuk menghadapi kejohanan kompetitif pada masa akan datang.Saya rasa sebagai pemain muda, kena agresif daripada skuad utama. Bila kamu agresif dalam apa posisi sekalipun, ia akan memberi banyak peluang untuk ke skuad utama negara."Di mana-mana tempat pun selalunya memang demikian, jadi kita kena sediakan pemain dengan konsep sebegitu," katanya kepada pemberita pada sesi kem latihan pusat skuad B-23 di Kompleks Sukan PKNS, di sini pada Isnin.Menurut Elavarasan, corak permainan seperti itu turut dituntut untuk diterapkan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.Elavarasan, yang juga penolong jurulatih kepada Pan Gon, dalam pada itu optimis mampu mempersiapkan skuad itu sepenuhnya sebelum mengharungi beberapa kejohanan bermula pada tahun hadapan.Panggilan latihan pusat hari ini adalah sebagai persiapan awal skuad B-23 itu untuk mengharungi jadual perlawanan yang cukup padat sepanjang musim depan.Antara kejohanan akan ditempuhi skuad muda negara itu termasuk Piala AFF B-23; Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja; Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kelayakan Piala Asia/Sukan Olimpik B-23 2024. - Bernama | 4 | 28 November 2022 09:29pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233773/berita/sukan/fina-gp-malaysia-ms-puas-hati-prestasi-penerjun-negara | FINA GP Malaysia: MS puas hati prestasi penerjun negara | PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MS) berpuas hati dengan prestasi dipamerkan skuad terjun negara pada Grand Prix (GP) Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) Malaysia (GP Malaysia) 2022.Walaupun tanpa penyertaan antarabangsa terutama dari China, Setiausaha Agung MS, Mae Chen berkata, barisan penerjun negara telah mempamerkan aksi memberangsangkan pada kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu.Beliau berkata, berdasarkan pemarkahan juri, persembahan penerjun negara amat membanggakan dengan terjunan lebih mantap kecuali Ong Ker Ying yang masih baharu di pentas kejohanan.Persembahan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri lebih baik berbanding Sukan Olimpik Tokyo 2020, markah itu sekurang-kurangnya menghadiahkan mereka pingat gangsa,” katanya.Mae berkata, bagi kategori lelaki, Jellson Jabillin dan Ooi Tze Liang turut memberikan aksi hebat untuk mencipta prestasi terbaik masing-masing bagi musim ini.“Kita juga dapat lihat Kimberly Bong dan Enrique Maccartney Harold mula menunjukkan kebangkitan semula selepas menjalani pembedahan dan pemulihan.“Namun, mereka masih perlukan sokongan ISN (Institut Sukan Negara) berhubung latihan mental bagi membantu mereka menangani lawan lebih kuat dalam saingan lebih besar tahun depan dan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024,” ujarnya.Skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas dipertandingkan pada kejohanan yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil itu selepas dua tahun terhenti berikutan pandemik Covid-19.Walaupun menyumbang mata ranking dunia oleh FINA, namun sejumlah peserta dari luar negara sahaja menyertai kejohanan berkenaan iaitu dari Australia, Korea Selatan, Mesir dan Indonesia. - Bernama | 4 | 28 November 2022 09:11pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/233772/berita/sukan/croatia-belum-boleh-selesa | Croatia belum boleh selesa | PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic mengakui gembira melihat finalis edisi Rusia 2018 itu mempamerkan prestasi terbaik ketika membenam Kanada, 4-1 dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Al Rayyan.Namun Dalic tetap mengingatkan para pemain The Blazers bahawa masih terdapat penambahbaikan perlu dilakukan pasukan menjelang aksi terakhir berdepan Belgium, sekiranya berhasrat melangkah lebih jauh."Ya, kami membuat satu langkah kecil bermula dari di sini, namun sebenarnya kami masih jauh daripada matlamat utama pasukan.Sejujurnya kami tidak boleh menerima pilihan untuk hanya satu mata pada penghujung perlawanan berdepan pasukan Belgium selepas ini."Walaupun seri dengan Belgium akan membawa Croatia ke pusingan 16 terakhir, namun saya mahu para pemain mencipta kemenangan ke atas pasukan pilihan tersebut,” katanya selepas perlawanan.Croatia bangkit daripada ketinggalan satu gol awal untuk menang 4-1 ke atas Kanada selepas seri tanpa jaringan berdepan Maghribi dalam perlawanan pembukaan 23 November lalu.Kanada terlebih dulu bermula garang apabila mendahului hasil jaringan pemain kelab Bundesliga Jerman, Bayern Munich, Alphonso Davies pada minit kedua.Croatia yang tersentak dengan jaringan itu kembali bangkit dengan empat gol kemudiannya dengan gol pemain kelab Bundesliga Jerman, 1899 Hoffenheim, Andrej Kramarić (36', 70').Bintang kelab liga Croatia, Hadjuk Split, Marko Livaja turut menyumbang gol pada minit ke-44' bagi melebarkan jaringan kedudukan pendahulu pasukan.Pemain kelab Ligue 1 Perancis Rennes, Lovro Majer kemudian menoktahkan kebangkitan Croatia dengan gol minit ke-94' untuk kemenangan mutlak.Sementara itu, pengendali berusia 56 tahun tersebut memberi pujian kepada pemain Kanada, yang mendahului menerusi Davies sekali gus menjaringkan gol pertama pasukan berkenaan di pusingan akhir Piala Dunia."Kami menentang pasukan Kanada yang luar biasa, mereka penuh bertenaga. Mereka menjaringkan gol pada minit pertama yang memberikan mereka lebih tenaga dan kuasa, tetapi kami berjaya menstabilkan diri untuk memenangi perlawanan ini," kata Dalic. | 4 | 28 November 2022 09:04pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233764/berita/sukan/serbia-cameroon-sama-liat | Serbia, Cameroon sama 'liat' | PEMINAT bola sepak disajikan dengan aksi dramatik Serbia dan Cameroon apabila kedua-dua pasukan itu terikat 3-3 dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Janoub sebentar tadi.Serbia yang tewas aksi pertama kepada Brazil 0-2 Jumaat lalu, manakala Cameroon yang kalah tipis 0-1 kepada Switzerland dalam misi yang sama memburu kemenangan sulung, namun kedua-dua pasukan sama handal dan akur untuk berkongsi satu mata.Pada aksi itu, Cameroon yang menghuni ranking ke-43 dunia terlebih dahulu di depan menerusi ledakan Jean Castelletto pada minit ke-29.Serbia yang dibimbing Dragan Stojkovic kemudiannya mempamerkan kebangkitan apabila menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit masa kecederaan babak pertama menerusi Strahinja Pavlovic dan Sergej Milinkovic-Savic.Bersambung babak kedua, Aleksandar Mitrovic menambah jaringan buat Serbia pada minit ke-53.Bagaimanapun Cameroon enggan mengalah apabila membalas dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Vincent Aboubakar (m-63) dan Eric Choupo-Moting (m-66).Serbia akan menutup aksi kumpulan menentang Switzerland di Stadium 974, manakala Cameroon bakal berdepan cabaran sukar Brazil di Stadium Lusail pada 3 Disember dengan sepak mula pada jam 3 pagi waktu Malaysia. | 4 | 28 November 2022 08:27pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233763/berita/sukan/aaron-wooi-yik-zii-jia-calon-rebut-anugerah-pemain-terbaik-bwf | Aaron-Wooi Yik, Zii Jia calon rebut Anugerah Pemain Terbaik BWF | JUARA dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan nombor dua dunia, Lee Zii Jia adalah antara pemain yang dicalonkan untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022.BWF mengumumkan juara Olimpik dan dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura dan Zii Jia, selaku juara Asia 2022, adalah tiga calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik.Kategori Anugerah Pemain Wanita Terbaik bakal menyaksikan persaingan antara pemain nombor dua dunia, An Se Young (Korea Selatan), juara dunia 2021 dan 2022, Akane Yamaguchi (Jepun) dan pemain nombor empat dunia, Tai Tzu Ying (Taiwan).Bagi Anugerah Beregu Terbaik, Aaron-Wooi Yik, yang dinobatkan sebagai juara dunia pada Ogos lalu, terpaksa berdepan cabaran daripada juara dunia beregu wanita, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (China), juara dunia beregu campuran 2021 Dechapol Puavaranukroh- Sapsiree Taerattanachai (Thailand) dan penyandang juara beregu campuran dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China).Anugerah Pemain Paling Meningkat akan menyaksikan pertarungan empat penjuru antara wira Piala Thomas India, H S Prannoy, juara Terbuka Jepun, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong (Korea Selatan) dan juara empat kejohanan musim ini, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia).Sementara itu,penyandang juara dunia dan Paralimpik dalam perseorangan lelaki kategori SU5 (cacat fizikal), Cheah Liek Hou adalah antara empat calon untuk Anugerah Pemain Terbaik Para Lelaki.Liek Hoou akan dicabar oleh tiga lagi pemain iaitu Daiki Kajiwara (Jepun), Pramod Bhagat (India) dan Lucas Mazur (Perancis).Selain itu, Anugerah Beregu Para Terbaik menyaksikan pencalonan pemenang pingat perak kejohanan dunia (bekerusi roda), Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan bersama lima lagi pasangan.BWF juga mengumumkan pemain muda, Alex Lanier (Perancis), Kodai Naraoka (Jepun) dan Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati (Indonesia) dicalonkan untuk Anugerah Pemain Paling Berpotensi Eddy Choong.BWF memaklumkan majlis anugerah tersebut akan diadakan pada jamuan malam gala, 5 Disember ini sempena Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok dari 7 hingga 11 Disember ini."Calon dipilih berdasarkan prestasi pada musim 2021/2022 dari 1 November 2021 hingga 31 Oktober 2022 dan mengiktiraf pencapaian pemain elit dan para dalam lapan kategori."Dalam badminton Para, Suruhanjaya Anugerah BWF memberi kelonggaran khas untuk Kejohanan Dunia Para BWF 2022, yang berakhir pada 6 November lalu untuk dimasukkan dalam senarai kejohanan yang layak," menurut kenyataan BWF itu. | 4 | 28 November 2022 08:13pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233748/berita/sukan/kelantan-fc-bekerja-dalam-diam | Kelantan FC bekerja dalam 'diam' | SKUAD Kelantan FC akan mengekalkan hampir 70 peratus pemain untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Perkara itu dikongsikan pemiliknya, Norizam Tukiman menerusi catatan di Facebook Zamsaham pada Isnin."Dalam 60 hingga 70 peratus pemain TRW (The Red Warriors) akan kekal," tulis beliau di laman sosialnya.Beliau juga memaklumkan telah berhubung dengan jurulatih skuad Petaling Jaya (PJ) City, P Maniam, namun belum ada sebarang keputusan muktamad.Jurulatih P Maniam, saya sendiri sudah berhubung dengan beliau. Masih bincang dan belum ada keputusan rasmi," katanya.Beliau yang juga dikenali sebagai Zamsaham memberitahu, pasukan Kelantan FC dalam usaha untuk membuat persiapan terbaik menjelang musim 2023.Katanya, pihak pengurusan bekerja keras secara ‘diam’ dan beliau berharap peminat dapat bersabar menantikan perancangan sebenar TRW Kelantan musim baru nanti."Bila sampai waktu Insya-Allah kami kongsikan. Mereka sedang bekerja dalam 'diam'," katanya. | 4 | 28 November 2022 06:11pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233735/berita/sukan/chong-wei-ceria-sambut-kelahiran-anak-lelaki-ketiga | Chong Wei ceria sambut kelahiran anak lelaki ketiga | KUALA LUMPUR - Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo pada Isnin.Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7."Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara. - Bernama | 4 | 28 November 2022 04:28pm |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | https://www.sinarharian.com.my/article/233721/berita/sukan/bukan-mustahil-dragons-atasi-three-lions | Bukan mustahil Dragons atasi Three Lions | GARETH Bale dan Aaron Ramsey disifatkan dua watak penting menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022, Wales menentang England di Stadium Ahmed bin Ali, awal pagi Rabu.Pemain tengah Wales, Joe Allen berkata, kelibat dua pemain berpengalaman itu cukup penting kepada The Dragons kendalian Rob Page selepas gagal memberi impak berdepan Iran sebelum ini.Malah jelas Allen percaya kedua-duanya yang menanggung kritikan selepas tewas kepada Iran akan bangkit semula dalam misi menghidupkan peluang pasukan mara ke pusingan 16 terbaik.Mereka adalah dua pemain yang luar biasa, luar biasa dan telah berkhidmat untuk negara Wales. Saya tidak fikir ada sesiapa dalam skuad ini yang mencapai tahap seperti mereka.“Berdepan England merupakan perlawanan besar buat kedua-duanya. Jadi saya percaya segala kritikan yang diterima ketika berdepan Iran akan dijawab pada perlawanan menentang England,” Allen.Anak buah Page kini berada tangga tercorot Kumpulan B selepas mengumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.The Dragons bermula baik apabila bangkit mengikat Amerika Syarikat (AS) 1-1 di Stadium Ahmed bin Ali pada 22 November lalu.Namun Wales dikejutkan kekalahan 0-2 kepada Iran selepas penjaga gol Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-'86' yang dijaringkan Rouzbeh Cheshmi ('98') dan Ramin Rezaeian ('101').Pada masa sama Allen mengakui para pemain The Dragons sudah bersedia menyalakan semula harapan Wales untuk mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun apabila berdepan The Three Lions.“Ia adalah satu tugas yang sukar, namun bukan mustahil cumanya akan sentiasa tidak selesa apabila kita bergantung kepada keputusan antara Amerika Syarikat dan Iran dalam perlawanan lain.“Tetapi sementara masih ada peluang, ia sangat mudah untuk pasukan. Kami bermotivasi sepenuhnya dan mengorbankan segala-galanya untuk meraih kemenangan.“Siapa tahu, semoga sementara masih ada peluang kami boleh mara dari kumpulan ini,” kata Allen. | 4 | 28 November 2022 03:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233717/berita/sukan/indra-zii-jia-berpisah | Indra, Zii Jia berpisah | SELEPAS kira-kira sembilan bulan membimbing Lee Zii Jia sebagai pemain profesional, Indra Wijaya tidak lagi bersama pemain nombor dua dunia itu yang mahu bergerak tanpa jurulatih.Indra, 48, berkata keputusan tersebut dicapai ketika perbincangan antara beliau bersama jaguh perseorangan lelaki negara pada Jumaat lepas."Zii Jia mahu meneruskan perjalanannya sebagai pemain independent (profesional) dengan bermain tanpa jurulatih. Kita telah berbincang dengan baik dan saya hormati keputusannya."Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk kariernya. Satu pelajaran dan pengalaman yang bagus bersama beliau, anda boleh melihat pencapaian yang diperoleh selama ini serta naik turun kami bersama,” katanya ketika di hubungi Bernama.Pemenang pingat gangsa Piala Dunia 1997 kelahiran Indonesia itu, yang telah pulang bertemu keluarganya di Jakarta, kini terbuka untuk menerima mana-mana tawaran baharu."Setakat ini belum ada apa-apa perancangan (mengenai masa depan) kerana keputusan itu diambil secara tiba-tiba tetapi saya terbuka dan sedia menerima apa-apa tawaran menjadi jurulatih. Kepakaran saya memang dalam perseorangan, tidak kira lelaki atau wanita,” katanya.Indra beraksi untuk Indonesia pada era 1995 hingga 2000 dengan mencapai ranking terbaiknya keempat dunia serta menjuarai Piala Thomas 1998, sebelum mewakili Singapura bermula 2001.Beliau kemudian memulakan kariernya sebagai jurulatih di akademi milik adiknya, iaitu pemenang emas beregu lelaki Sukan Olimpik 2000 Candra Wijaya, dan seterusnya sebagai jurulatih perseorangan lelaki Korea Selatan.Indra dilantik sebagai jurulatih skuad junior lelaki di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 2016, dengan Zii Jia, Iskandar Zulkarnain, Goh Soon Huat, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei adalah antara pemain digilapnya sebelum menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih perseorangan wanita pada 2020.Pada Februari lepas, Indra meninggalkan BAM untuk membimbing Zii Jia yang terlebih dahulu ‘angkat kaki’ dari BAM untuk bergerak sebagai pemain profesional.Sementara itu, pengurus Zii Jia, Lee Zii Yii mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan ringkas."Kami amat menghargai usaha dilakukan jurulatih Indra untuk Zii Jia dan pasukan. Beliau akan kekal sebagai mentor penting kepada Zii Jia dan pasukan."Kami mendoakan yang terbaik buat jurulatih Indra untuk masa depannya,” katanya.- Bernama | 4 | 28 November 2022 02:41pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233712/berita/sukan/lawan-belgium-lebih-mudah-berbanding-croatia | 'Lawan Belgium lebih mudah berbanding Croatia' | PEMAIN sensasi, Hakim Ziyech menyifatkan aksi Maghribi menentang Belgium lebih mudah berbanding Croatia selepas menerajui Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas The Red Devils pada Ahad.Sebagai pasukan pilihan, Belgium mahu mengekalkan rekod kemenangan kesembilan berturut-turut dalam pertemuan di Stadium Al Thumama itu tetapi Maghribi berhak menang selepas seri tanpa jaringan dengan Croatia pada aksi pertama kumpulan 23 November lalu.Pemain sayap Chelsea itu memberitahu, perlawanan pertama lebih sukar buat Maghribi kerana mereka tidak dapat menampilkan persembahan sebenar.“Croatia mempamerkan corak permainan yang sangat bagus. Mereka menguasai bahagian tengah dan kami juga melakukan banyak kesilapan,” ujar Ziyech.Maghiribi membuka tiran jaringan menerusi Romain Saiss yang menyudahkan sepakan percuma Abdelhamid Sabiri sebelum Zakaria Aboukhlal mengesahkan kemenangan buat Atlas Lions pada masa kecederaan.Ziyech turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan biarpun golnya dalam separuh masa pertama dibatalkan kerana ofsaid.Beliau kemudian mencipta bantuan jaringan kepada Aboukhlal pada masa kecederaan.“Saya tidak layak meraih trofi Pemain Terbaik Perlawanan ini.“Ia adalah usaha kolektif, semua orang berada di belakang saya, ia adalah kerja keseluruhan pasukan,” katanya. | 4 | 28 November 2022 02:20pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233706/berita/sukan/percikan-aura-jerman-belum-padam | Percikan aura Jerman belum padam | PENGENDALI Jerman, Hansi Flick menyifatkan kejayaan mengikat Sepanyol dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor sebagai percikan aura pemburuan slot 16 terbaik kejuaraan itu.Malah tanpa berselindung bekas pengendali Bayern Munich berusia 57 tahun itu menegaskan Die Mannschaft sememangnya memerlukan momentum itu dengan saingan berbaki satu perlawanan."Kami tahu apa yang dipertaruhkan. Sepanyol bermain dengan bagus, namun pasukan berada pada tahap sama dan kami mempunyai peluang besar untuk memenanginya tetapi perkara ini berlaku."Perkara datang kepada anda apabila anda mula menang. Mungkin ia adalah percikan yang kami perlukan dalam mengharungi baki perlawanan terakhir."Pasukan berjuang dengan gigih dan saya sangat berpuas hati dengan mentaliti setiap para pemain Jerman. Ini adalah perkara yang kami mahukan dan tahu bahawa pasukan mengambil langkah pertama."Paling penting setiap pemain Jerman mengetahui tanggungjawab masing-masing apabila berdepan Costa Rica bagi merealisasikan impian ke pusingan 16 terbaik dengan jayanya," kata Flick.Untuk rekod, jaringan minit ke-83 bintang kelab Bundesliga Jerman, Werder Bremen, Niklas Fuellkrug memadamkan pendahuluan Sepanyol, disumbangkan minit ke-62' pemain sensasi kelab La Liga Sepanyol, Atlético Madrid Morata.Jerman berada di ambang penyingkiran pada peringkat kumpulan Piala Dunia kali kedua kedua berturut-turut selepas edisi Rusia 2018.Namun tetapi keputusan seri skuad Flick yang digabungkan dengan kekalahan mengejut Jepun kepada Costa Rica kini membawa gergasi dunia itu semula ke wilayah positif.“Costa Rica menunjukkan mentaliti baik untuk kembali daripada kekalahan 0-7 kepada Sepanyol dengan menewaskan Jepun."Bola sepak memang begitu. Kadang-kadang bukan mereka yang mempunyai peluang terbanyak yang menang. Kami mengalaminya ketika menentang Jepun," kata Flick.Pada masa sama Flick menegaskan tidak tergesa-gesa untuk memberi tumpuan kepada Costa Rica, kerana mengetahui bahawa para pemainnya perlu melalui beberapa proses sebelum perlawanan tersebut."Masih terlalu jauh untuk memikirkan Costa Rica. Sebaliknya kami perlu membiarkan keputusan permainan ini tenggelam kemudian menjana keyakinan diri,” katanya. | 4 | 28 November 2022 01:28pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233705/berita/sukan/menang-atau-as-bungkus | 'Menang atau AS bungkus' | SKUAD Amerika Syarikat (AS) mempunyai tugas berat, menang atau balik awal menjelang aksi terakhir berdepan Iran dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Berbanding Iran yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke pusingan kalah mati dalam aksi terakhir di Stadium Al Thumama dengan sepak mula pada jam 3 pagi waktu Malaysia.“Ini adalah perlawanan kalah mati kami yang pertama di Piala Dunia.“Kami perlu menang atau tersingkir di Piala Dunia,” kata jurulatih AS, Gregg Berhalter.Dalam satu lagi aksi, England akan membuat perhitungan dengan Wales di Stadium Ahmad Ali juga pada tarikh dan masa sama.England yang dibimbing Gareth Southgate memimpin carta kumpulan dengan empat mata setelah menang besar 6-2 ke atas Iran dan seri tanpa jaringan dengan AS.Iran pula di tangga kedua dengan tiga mata setelah menang ke atas Wales 2-0 Jumaat lalu.Hanya dua pasukan teratas akan mara dengan AS mengumpul dua mata di kedudukan ketiga, manakala Wales di tempat tercorot dengan satu mata.AS dijangka berdepan tugas sukar untuk mendapatkan gol, apa lagi kemenangan kerana Iran mempunyai pilihan taktikal sama ada mempraktiskan corak bertahan atau agresif untuk memburu kemenangan. | 4 | 28 November 2022 01:08pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233700/berita/sukan/penyokong-luah-amarah-di-brussels | Penyokong luah amarah di Brussels | KEKALAHAN mengejut Belgium kepada Maghribi dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Ahad mengundang amarah dalam kalangan penyokong The Red Devils yang kemudiannya melancarkan rusuhan di negara ituTewas 0-2, skuad kendalian Roberto Martínez yang memulakan kempen sebelum ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kanada pada 24 November lalu menyaksikan rusuhan di jalan-jalan Brussels dengan gambar dan video menunjukkan kereta dirempuh serta terbalikkan dan kebakaran.Jaringan pada babak kedua, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal membolehkan Maghribi berada di kedudukan teratas dengan empat mata dalam Kumpulan F, satu mata mengatasi Belgium.Beberapa penyokong Belgium di Brussels, turun ke jalan bagi menyatakan kekecewaan terhadap prestasi pasukan dengan merosakkan kereta dan harta benda awam selain api turut dinyalakan di jalan raya di ibu kota Belgium.Insiden di ibu kota Belgium yang menyaksikan polis rusuhan dikerahkan mengawal keadaan dalam keputusan yang meletakkan skuad Martinez di ambang penyingkiran awal peringkat kumpulan di Qatar 2022.Edisi Qatar 2022 dilihat pentas terakhir ‘generasi emas’ untuk merebut trofi utama pertama Belgium, bermula langkah kanan selepas penyerang kelab Super Lig Turki Fenerbahçe, Michy Batsuayi menghadiahkan pasukannya tiga mata pertama.Namun itu pun selepas penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyelamatkan sepakan penalti pada awalnya dalam perlawanan dilabelkan persembahan taktikal terburuk pasukan Martinez oleh pemerhati sukan.Para penyokong Belgium yang mengikuti perlawanan kedua peringkat kumpulan itu menyifatkan ia satu lagi persembahan mengecewakan dengan Courtois menjadi punca untuk gol pertama Maghribi.Keputusan itu menyaksikan Belgium akan memasuki perlawanan terakhir di peringkat kumpulan menentang Croatia dan secara realistiknya memerlukan kemenangan jika berhasrat mara ke peringkat kalah mati. | 4 | 28 November 2022 12:49pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233699/berita/sukan/piala-dunia-kekacauan-meletus-di-belgium-belanda | Piala Dunia: Kekacauan meletus di Belgium, Belanda | RUSUHAN meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia, lapor Agensi Anadolu.Beberapa orang berkumpul di sekitar Stesen Kereta Api Brussels Midi dan melemparkan bunga api, di beberapa kawasan lain ada yang bertindak membakar tong sampah dan merosakkan beberapa kemudahan awam.Polis Brussels mengerahkan anggotanya untuk mengawal keadaan dan sebahagian jalan masuk menuju ke beberapa kawasan pelancongan di pusat bandar turut ditutup.Datuk Bandar Brussels, Philippe Close menyelar tindakan itu dan menggesa mereka tidak mencetuskan kekacauan di kawasan pelancongan dan pusat beli-belah.Sementara itu, penyokong Maghribi yang meraikan kejayaan pasukan mereka berkumpul di dataran di Amsterdam menyebabkan berlaku kekacauan.Kira-kira 5,00 peminat turut berkumpul di Rotterdam dan ada yang bertindak melemparkan bunga api.Maghribi menewaskan Belgium 2-0 pada Ahad hasil jaringan Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Abouhlal. - Bernama | 4 | 28 November 2022 12:32pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/233697/berita/sukan/belgium-belum-pamer-karakter-sebenar | Belgium belum pamer karakter sebenar | JURULATIH Belgium, Roberto Martinez mendedahkan punca kekalahan kepada Maghribi 0-2 dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad disebabkan mereka takut untuk kalah dan tidak mempunyai kualiti dalam serangan.Martinez sendiri bingung dengan situasi itu, namun mengakui Belgium belum mempamerkan karakter sebenar dan akan membaikinya bagi menghadapi perlawanan akan datang."Anda belum menyaksikan Belgium yang sebenar pada Piala Dunia ini."Hari ini (Ahad) saya fikir kami bermain dengan kebimbangan untuk kalah. Tanpa bola kami masih bagus tetapi apabila kami mendapat bola, kami tidak menyerlah, kami bukan diri kami yang sebenar. Kami perlu berusaha mengatasinya."Kami perlu kekal bersatu dan lebih kuat. Saya amat memahami kelompok pemain ini, kami akan bersedia untuk Croatia (Khamis)," katanya.Maghribi memperoleh gol pertama menerusi sepakan percuma Abdelhamid Sabiri yang terkena paha Romain Saiss sebelum menerjah penjuru gawang untuk menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois.Pemain sensasi, Zakaria Aboukhlal menambah derita Belgium menerusi ledakan gol kedua pada masa kecederaan pada aksi yang berlangsung di Stadium Al Thumama itu.Belgium sebelum ini menang tipis 1-0 ke atas Kanada pada aksi pembukaan kumpulan dan bermain di bawah tahap sebenar sekali lagi apabila mereka tewas kepada pasukan Maghribi di hadapan 43,000 penontonPerancang utama, Kevin De Bruyne beraksi buruk dan kapten Eden Hazard langsung tidak efektif.Mereka pada kelazimannya menjadi sandaran pasukan tetapi Martinez enggan untuk menyalahkan individu.Dalam pada itu pengkritik menyifatkan gol pertama Maghribi berpunca daripada kesilapan kolektif dalam menangani tendangan percuma, namun Martinez menyatakan ia sebaliknya."Kami tidak menggunakan peluang dicipta pada babak pertama dan gol pertama Maghribi itu menentukan hala tuju perlawanan hingga ke akhirnya."Kami bertahan dengan situasi standard dengan cara yang sama selama enam tahun (sejak mengambil alih pasukan). Jika bola disepak dengan bagus, ia bola yang sukar buat penjaga gol."Selepas gol itu, perlawanan bertukar rentak secara drastik dan kami tidak cukup berhati-hati ketika mengawal bola untuk mengatasi Maghribi," ujar Martinez | 4 | 28 November 2022 12:25pm |
ZURAIMEE ZAINAL | https://www.sinarharian.com.my/article/233689/berita/sukan/england-perlu-manfaatkan-potensi-foden | England perlu manfaatkan potensi Foden | PHIL Foden akan menyinar di pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 jika diberi peluang untuk berbuat demikian, menurut rakan sepasukan England dan Manchester City, Kalvin Phillips.Phillips yang terlepas aksi di Qatar 2022 baru-baru ini berikutan pulih daripada pembedahan bahu percaya Foden akan memanfaatkan peluang sekiranya pemain tersebut membarisi kesebelasan utama skuad Gareth Southgate.“Saya percaya apabila diberi peluang, dia akan bersinar dan Foden hanya menunggu peluang itu.“Dia tahu jelas sekali persaingan akan menjadi sengit untuk masuk ke dalam pasukan utama selepas kami bermain dengan begitu baik jadi dia hanya menunggu masa sesuai dan apabila itu tiba saya fikir dia akan mula lebih tinggi,” katanya.Untuk rekod Southgate memilih formasi 4-3-3 dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan - keputusan seri menentang Amerika Syarikat dan kemenangan pembukaan 6-2 ke atas Iran yang menyaksikan Foden dimasukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.Bagaimanapun, Phillips merasakan Foden akan melakukan tugasan terbaiknya dalam baki perlawanan“Saya rasa Phil boleh menawarkan banyak perkara kepada pasukan England.“Jelas sekali dia seorang yang memiliki bakat sukar dipercayai, secara teknikalnya sukar dipercayai dan sebaliknya perlu bekerja lebih keras.“Peranan terbaik Foden mungkin sebagai pemain nombor 10 – saya fikir dalam peranan itu di mana dia boleh mendapatkan bola dan melakukan apa sahaja yang dia mahu lakukan."Lihat apabila dia mengatasi pemain lain dan bagaimana bantuan serta gol diperoleh tahun ini, dia adalah ancaman sebenar kepada pesaing di Qatar 2022," katanya.England yang mendahului kumpulan dengan empat mata satu mata mengatasi Iran akan melengkapkan jadual perlawanan peringkat kumpulan berdepan Wales di Stadium Ahmed bin Ali, pada 30 November ini. | 4 | 28 November 2022 10:42am |
ENGKU SHARIFUL AZNI | https://www.sinarharian.com.my/article/188731/berita/wawancara/ppz-maiwp-ajak-umat-islam-tunaikan-zakat | PPZ-MAIWP ajak umat Islam tunaikan zakat | Umat Islam wajib menunaikan zakat wang simpanan dan Amanah Saham Berhad (ASB) sekiranya ia melebihi kadar nisab yang ditetapkan. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewajipan untuk berzakat dan cara melaksanakan pengiraannya.Ikuti wawancara wartawan Sinar Ahad, Engku Shariful Azni bersama Pengurus Unit Syariah dan Antarabangsa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman mengenai zakat ASB dan wang simpanan.Ahmad HusniSINAR AHAD: Ramai yang terlepas pandang kewajipan menunaikan zakat wang simpanan. Boleh berikan sedikit penerangan mengenai zakat wang simpanan?AHMAD HUSNI: Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Dalam kategori zakat harta, ia terbahagi kepada beberapa bentuk dan sumber seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat saham, zakat perniagaan, termasuk zakat wang simpanan.Disebutkan bahawa setiap benda yang disimpan perlu dizakatkan seperti dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Ummar RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap harta yang dikeluarkan zakatnya itu tidak lagi dipanggil sebagai perbendaharaan atau simpanan tetapi setiap harta yang tidak dikeluarkan zakatnya itu dipanggil perbendaharaan atau pun benda yang kamu simpan.”Dalam konteks ini, zakat wang simpanan ialah setiap wang yang disimpan secara tradisional (simpan sendiri) atau di mana-mana institusi kewangan seperti bank dan perlu dizakatkan.Berapakah kadar nisab pada tahun 2022?Nisab ialah jumlah atau kadar minimum sesuatu harta yang kita ada untuk diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas harta itu. Di PPZ-MAIWP, kita bersandarkan kepada harga sebanyak 85 gram emas dan tahun ini, kadar nisab ditetapkan sebanyak RM20,361.Jadi, mana-mana simpanan atau harta yang mempunyai jumlah melebihi nilai tersebut, maka wajib ke atasnya untuk mengeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus daripada amaun berkenaan.Adakah wang simpanan yang disimpan dalam akaun ASB perlu dizakatkan?Orang yang menyimpan apa-apa jenis simpanan di ASB adalah berbentuk pelaburan. Jadi, jumlah bayaran zakat yang dikenakan adalah berdasarkan nilai pokok yang disimpan atau dilaburkan berserta dividen.Jika wang tersebut sudah disimpan dalam akaun ASB untuk beberapa tahun dan ia tidak dizakatkan, individu berkenaan perlu menghitung jumlah dividen setiap tahun termasuk nilai pokok yang disimpan setiap tahun untuk dikeluarkan sebagai zakat wang simpanan.Jadi, setiap tahun dengan pertambahan jumlah yang melebihi nisab ditetapkan jumlah pokok dan dividen perlu dikenakan zakat.Sekiranya seseorang itu membuat pinjaman dan ia disimpan dalam akaun bank simpanan, adakah duit tersebut perlu dizakatkan?Kita perlu melihat bentuk pinjaman tersebut. Jika ia adalah pinjaman yang tidak boleh dikeluarkan seperti pembiayaan dibuat menerusi ASB dan sebagainya, maka ia tertakluk kepada tempoh matang akaun tersebut.Jumlah pinjaman itu juga tidak akan dimasukkan dalam kiraan zakat wang simpanan. Jika seseorang itu membuat pinjaman yang boleh digunakan tanpa halangan pada bila-bila masa dan ia kekal dalam simpanannya selama setahun, maka dia perlu mengeluarkan zakat wang simpanan daripada jumlah tersebut termasuk apa-apa sahaja keuntungan.Boleh jelaskan secara ringkas kaedah pengiraan zakat ASB?Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB boleh dikategorikan berdasarkan beberapa kaedah dan situasi.Pertama, jika pelaburan dibuat menggunakan wang atau modal sendiri, pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan pokok dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperoleh, mengambil kira baki akhir pelaburan tahunan keseluruhan pegangan unit oleh pelabur (modal pokok dan dividen).Justeru, formula taksiran zakat adalah seperti berikut – baki akhir pelaburan tahunan x 2.5 peratus.Kedua, jika pelaburan dibuat menerusi fasiliti pembiayaan ASB dengan pihak bank, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperoleh.Modal pelaburan tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan.Info grafik berkenaan pembayaran zakat ASB.Formula kiraan adalah seperti berikut – dividen / pendapatan ASB x 2.5 peratus.Bagaimana pula jika dividen ASB yang diperoleh digunakan bagi membuat pembayaran semula pembiayaan?Kita guna model sendiri. Pembayaran zakat perlu dari sudut ‘prinsipal’ dan dividen. Jika kita melabur dalam ASB menggunakan pembiayaan, ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu dividen yang diperoleh digunakan untuk membayar pembiayaan dan dividen tidak gunakan bagi tujuan berkenaan.Dividen atau lebihan yang ditolak daripada pembiayaan dalam kedua-dua kategori tersebut, jika jumlah semua itu melebihi nisab, kita perlu bayar zakat wang simpanan.Apakah hukum melabur dengan apa-apa jenis perbankan Islamik atau konvensional termasuklah pelaburan ASB?Apa-apa pelaburan atau yang melibatkan perbankan konvensional dan tidak patuh syariah adalah tidak dibolehkan atau haram untuk disertai oleh orang Islam.Tapi hukum bagi orang Islam menyertai produk-produk pelaburan, simpanan dan pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan serta perbankan Islam adalah halal.Apakah saranan untuk galakkan orang ramai menunaikan zakat ASB dan wang simpanan?Kita perlu faham harta kita adalah hak milik ALLAH SWT dan datang daripada-Nya. Sebagai orang yang beriman, wajar mensyukuri nikmat tersebut dengan melaksanakan tuntutan dan perintahNya menerusi pembayaran zakat wang simpanan jika cukup syarat-syaratnya. | 4 | 20 Februari 2022 11:01am |
RAJA NUR FAZNIE AIDA | https://www.sinarharian.com.my/article/153819/berita/wawancara/iltizam-ptptn-bina-masa-depan-lebih-cemerlang | Iltizam PTPTN bina masa depan lebih cemerlang | PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak ketinggalan menyahut agenda transformasi kerajaan dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan mengambil kira Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).Justeru, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 yang dilancarkan pada 29 Julai lalu bertujuan untuk memperjelas dan memberi fokus kepada dasar dan aktiviti PTPTN bagi tempoh lima tahun akan datang selain mempertingkatkan daya saing, integriti dan semangat ‘esprit de corp’ di kalangan warga PTPTN dalam usaha mencapai objektif yang sama.Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Raja Nur Faznie Aida bersama Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan bagi mengupas dengan lebih terperinci mengenai Pelan Strategik PTPTN 2021-2025.SINAR HARIAN: PTPTN telah melancarkan Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 baru-baru ini. Boleh terangkan apakah lima teras strategik utama yang terkandung di dalam pelan tersebut?WAN SAIFUL: Pelan Strategik ini adalah fokus utama kita untuk menambah baik fungsi dan peranan PTPTN. Pertama, kita fokus kepada produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ini kerana kita mahu menjadikan SSPN sebagai produk simpanan pendidikan dan pilihan utama di Malaysia, sekali gus memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat. Kita mahu semua rakyat Malaysia menabung. Tidak semestinya mereka yang berkemampuan sahaja menabung, tetapi kita ingin memastikan mereka yang berpendapatan rendah juga boleh menabung dan peroleh manfaat sama.Teras kedua ialah memperkasakan pengurusan pinjaman pendidikan ke arah menjadi pengurus pinjaman pendidikan utama dan unggul. Ini bertujuan untuk memantapkan pengurusan pinjaman pendidikan lebih bertanggungjawab dan saksama, sekali gus dapat memberikan hasil kepada pengurusan dana pinjaman lebih efisien serta dinamik. Teras ketiga, menambah baik pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman dengan lebih efektif. Ini satu isu sentiasa menjadi kontroversi dalam masyarakat kerana mereka melihat PTPTN sebagai pemberi pinjaman, namun kurang rasa tanggungjawab atau tidak mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman. Jadi, kita mahu menambah baik proses kutipan bayaran balik itu supaya ia menjadi efektif dan fleksibel. Satu usaha yang saya cadangkan juga ialah kita ingin memastikan bahawa isu pinjaman ini tidak dipolitikkan.Teras keempat pula ialah melaksanakan strategi pendanaan dan pelaburan yang mendatangkan pulangan optimum. Kita ingin melestarikan PTPTN dengan strategi pendanaan lebih efektif dan mampan serta menjana lebih banyak pulangan pelaburan melalui kepelbagaian medium pelaburan.Teras kelima, memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang dengan mengambil kira pengubah suaian imej, budaya dan proses kerja. Ia juga secara tidak langsung menjadikan PTPTN sebagai sebuah organisasi berdaya saing, sekali gus menjadi majikan pilihan pekerja agar dapat melahirkan warga kerja cemerlang, kompeten dan proaktif dalam menyumbang kepada kejayaan organisasi.Apakah hala tuju strategik yang akan dilaksanakan PTPTN untuk memperkasakan kelima-lima teras strategik tersebut sekali gus mengukuhkan peranan PTPTN?Pelan ini dirangka bagi menetapkan hala tuju PTPTN yang menggariskan lima teras strategik menjadi asas kepada perancangan dasar, pelaksanaan program dan pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang. Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha memastikan agar visi, misi, objektif dan moto PTPTN kekal relevan di samping menitik beratkan nilai-nilai yang perlu dihayati dan diamalkan warga PTPTN; antaranya ialah profesionalisme, tadbir urus strategik dan berintegriti, pelanggan diutamakan, tepat dan cekap serta nilai tambah.Bagaimana PTPTN dapat menentukan kejayaan pelaksaanan Pelan Strategik tersebut?Pelan Strategik ini menitik beratkan tanggungjawab serta tindakan sewajarnya bagi memastikan matlamat penubuhan PTPTN dapat dicapai dalam semua aspek. Justeru, dengan melaksanakan Pelan strategik ini, saya berharap kita mendapat komitmen berterusan daripada pihak pengurusan untuk terus menuju ke satu arah lebih jelas. Selain itu, kita juga perlu memastikan sumber kewangan mencukupi bagi memastikan PTPTN dapat bergerak dengan lestari. Saya berpendapat penting juga untuk kita memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) PTPTN disemak dari masa ke masa selain memperkasakan kutipan balik dan skim simpanan bagi tujuan pendidikan. Kita turut memastikan PTPTN mempunyai infrastruktur mantap. Ini termasuklah menyediakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan teknologi terkini serta perolehan data dan maklumat berintegriti.Rancangan strategik bukan hanya memfokuskan kepada pinjaman pendidikan sahaja, tetapi lebih kepada produk simpanan SSPN. Salah satunya ialah dengan menjadikan SSPN sebagai produk utama simpanan pendidikan di Malaysia. Boleh jelaskan lebih lanjut mengenai inisiatif tersebut?PTPTN turut diberi tanggungjawab untuk menyediakan dan menguruskan skim simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi iaitu SSPN patuh syariah berkonsepkan ‘Wakalah Bil Istithmar’. Skim ini bermatlamat untuk membantu ibu bapa membuat perancangan awal anak-anak mereka dalam aspek kewangan demi masa pendidikan tinggi pada masa hadapan.PTPTN sentiasa menggembleng pelbagai usaha dalam memastikan instrumen simpanan pendidikan ini sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan melihat tahun demi tahun, prestasi penabungan SSPN menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan.Bagaimanapun, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi terutama ketika penularan Covid-19, produk simpanan terus menjadi pilihan utama ibu bapa sebagai tabung pendidikan anak-anak sejak diperkenalkan sehingga 31 Mei 2021, PTPTN telah mencatatkan terimaan deposit SSPN yang sangat memberangsangkan iaitu berjaya meraih RM8.99 bilion dan sebanyak 4.98 juta akaun direkodkan.Oleh yang demikian, pelan tindakan yang telah dirangka akan memastikan teras strategik pertama ini menjadi produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.‘Peluang Kejayaan Anda’ merupakan moto baharu PTPTN. Apakah tujuan utama ia diperkenalkan?Sebagai tabung pendidikan tinggi yang bukan sekadar menyediakan dan mengutip pinjaman tetapi memberi peluang kejayaan dan impian kepada anak-anak untuk berjaya dalam kehidupan, maka moto baharu PTPTN iaitu ‘Peluang Kejayaan Anda’ diperkenalkan. Ia adalah sebagai luahan rasa PTPTN iaitu kami sangat berbangga kerana dapat menyediakan peluang terbaik untuk membina masa depan cemerlang khususnya kepada generasi muda.5 TERAS PELAN STRATEGIK PTPTN 2021-2021i. Menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.ii. Memperkasakan pengurusan pinjaman pendidikan ke arah menjadi pengurus pinjaman pendidikan yang utama dan unggul.iii. Menambah baik pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman dengan lebih efektif.iv. Melaksanakan strategi pendanaan dan pelaburan yang mendatangkan pulangan yang optimum.v. Memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang | 4 | 05 Ogos 2021 08:55am |
NURUL HUDA HUSAIN | https://www.sinarharian.com.my/article/153056/berita/wawancara/selesai-covid-19-bukan-cari-salah | Selesai Covid-19, bukan cari salah | [WAWANCARA] Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam membidas ahli Parlimen yang gagal memanfaatkan Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung minggu lalu untuk menyelesaikan masalah Covid-19 yang melanda negara.Tokoh berusia 87 tahun itu berkata, ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mencari salah sesiapa kerana negara sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan. Tegas beliau, peluang yang ada tidak sepatutnya disia-siakan apabila Parlimen bersidang.“Saya hendak katakan, inilah peluang untuk semua ahli Parlimen dan pemimpin bersama-sama serta bersetuju bekerja bersama. Tidak salah ada perselisihan tetapi kali ini ada peluang.“Malangnya, apabila buka sahaja Parlimen sudah menjerit-jerit, maki hamun dan cari salah, dengan tujuan apa? Supaya kerajaan itu jatuh dan diganti dengan pemimpin baharu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bersama Tun Musa Hitam yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Sabtu.JOHAN: Saya hendak mulakan dengan bertanya sejak beberapa waktu kebelakangan ini nampaknya Tun menghilang. Apa puncanya?MUSA: Sebagai permulaan saya ingin mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah kepada Sinar Harian atas Sambutan Ulang Tahun 15 tahun. Saya harap Sinar Harian akan berkekalan dan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya kepada masyarakat, insya-ALLAH.Berkenaan dengan ‘kehilangan’ saya, sebenarnya kalau Tan Sri mengikut gerak geri atau aktiviti saya, boleh jadi lebih kurang 15 tahun ataupun 10 tahun saya tidak bersuara dan bergerak.Pertamanya sebagai Presiden World Islamic Economy Forum (WIF), saya buat keputusan dalam rangka aktiviti WIF ini saya tidak membenarkan perkara yang ada kaitan dengan agama dan politik. Percayalah selama 15 tahun WIF dapat menjalankan aktiviti antarabangsa (tanpa isu agama dan politik). Kami memang terkenal setakat ini.Yang kedua, saya memang berdiam diri oleh sebab saya ini sudah tua. Orang lain, ada juga yang tua tapi boleh lebih baik daripada saya. Saya terkena angin ahmar yang sederhana menyebabkan saya tidak dapat bercakap atau aktif terlampau banyak. Hari ini (Sabtu) hari penghabisan saya bekerja dengan WIF.Saya setuju kita berbual pada hari ini semata-mata kena masanya. Ada hikmah perkara-perkara yang sedang terjadi dalam negara kita ini hinggakan saya bersetuju untuk bercakap dengan wartawan yang terkemuka dalam negara. Saya dengar nama (Tan Sri) Johan Jaaffar disebutkan, saya terus setuju.Saya hendak tanyakan Tun tentang perkembangan terbaharu di Parlimen membabitkan soal pembatalan Ordinan Darurat yang agak panas. Pada pandangan Tun, apa sebenarnya yang berlaku?Panjang ceritanya kalau hendak tahu apa yang sedang berlaku tapi pokoknya negara kita sudah lama ditadbir berasaskan Demokrasi Berparlimen. Sepanjang perjalanan kita semenjak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kita dapat mengamalkan konsep Demokrasi Berparlimen.Tetapi sebagaimana boleh dikatakan biasa dalam kalangan negara-negara di dunia ini, kadang-kadang naik aktivitinya, kadang-kadang turun. Ada yang baik, ada yang tidak. Maklumlah dalam kalangan masyarakat yang berpolitik, mereka sentiasa bertelagah. Proses bertelagah ini merupakan satu sifat yang memang perlu wujud dalam proses demokrasi.Negara kita telah menghadapi pelbagai pengalaman tetapi saya ingin memberitahu saudara Tan Sri iaitu seumur saya dalam politik, tidak pernah berlaku keadaan politik seperti yang kita sedang hadapi sekarang. Kita sudah mendapat pelbagai pengalaman. Yang buruk pun banyak, tetapi saya tidak pernah melalui pengalaman seperti yang dihadapi negara sekarang.Kenapa Tun berkata begitu?Saya berkata begitu oleh sebab amalan Demokrasi Berparlimen telah dicabar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam keadaan Demokrasi Berparlimen dan kebebasan berpolitik, saya berani mengatakan mereka telah menggunakan kebebasan ini dengan cara negatif. Aktif tetapi dengan cara negatif.Contohnya, dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid-19 ini, kita ada peluang keemasan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa sebagai ahli politik kita boleh bermuafakat dan boleh juga kita bertukar-tukar fikiran. Yang penting kita mengambil langkah-langkah yang boleh diterima oleh setiap orang ketika kita menghadapi Covid-19 ini.Apa maksud saya? Dalam proses Demokrasi Berparlimen, ahli politik yang sebelah kerajaan akan menjalankan tugas mereka, tetapi ada juga yang tidak menjalankan tugas. Ahli Parlimen pembangkang akan menjalankan tugas mereka. Kalau kita pihak pembangkang, memang tugas dan tanggungjawab kita untuk membangkang. Maknanya hendak cari salah dan pembangkang harus menimbulkannya untuk mendapatkan jawapan ataupun sesuatu tindakan untuk mengatasi perkara yang salah itu.Tetapi pada saya, itulah peluang yang terbesar boleh disampaikan oleh semua ahli Parlimen dan bila hendak bertengkar pun ialah berkenaan dengan soal di mana kita dapat menghadapi atau memusnahkan cabaran Covid-19.Saya hendak katakan inilah peluang kepada semua ahli Parlimen dan pemimpin untuk bersama-sama serta bersetuju bekerja bersama. Tidak salah ada perselisihan faham tetapi kali ini ada peluang. Malangnya, sebaliknya buka sahaja Parlimen sudah menjerit-jerit, maki hamun dan cari salah dengan tujuan apa? Supaya kerajaan itu jatuh dan diganti dengan pemimpin baharu.Apa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini tentang soal Ordinan Darurat yang mendapat perhatian ramai. Kalau kita perhatikan kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara agak keras, kritikal bunyinya. Ungkapan seperti Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. Apa komen Tun?Saya nampak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sangat teruja ketika bertelagah di Parlimen. Kepada saya juga dua tiga perkara yang dia perkatakan dalam Parlimen itu menyebabkan ahli Parlimen pembangkang ambil kesempatan. Pembangkang mendapati menteri itu kelihatan memberi banyak kenyataan yang kemudian boleh dicabar. Bukan sahaja oleh pembangkang tetapi boleh dicabar oleh rakyat.Apa yang pasti, fakta Agong telah menyampaikan titahnya. Itu menunjukkan isu ini begitu serius. Semasa saya memegang jawatan (TPM) dulu apabila Tuanku sama ada Agong atau raja-raja lain bertitah, kita harus menelitinya, menerimanya dan berhati-hati kalau kita hendak berhujah dengan perkara yang bertentangan. Jadi kita biarkan kepada orang yang layak untuk selesaikan. Harapan saya supaya yang lain tidak terlibat dengan isu ini.Tun, ada yang menganggap bahawa ini adalah satu penderhakaan dan menuntut perdana menteri meletakkan jawatan sebagai menerima tanggungjawab apa yang berlaku. Apa pandangan Tun ?Yang pertama saya sedar sumber dalaman tahu dan dengar orang kata ini adalah penderhaka. Yang kedua, yang suruh perdana menteri berhenti itu biasa juga. Yang saya berasa sangat dukacita adalah nampaknya dalam politik negara kita, keadaannya ialah (sama ada) 'engkau sebelah aku atau sebelah dia'. Terdapat jurang sangat dalam melibatkan kalangan ahli politik itu sendiri. Sesiapa juga mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri dan bukannya negara. Itulah pendirian ahli politik masa kini.Jadi dari segi Muhyiddin, ‘keterbatasan mendorongnya serta had untuk melakukan proses undang-undang dan juga had untuk berpolitik’.Pada zaman Tun dahulu, parti dominan yang memerintah, parti itu mempunyai majoriti tetapi sekarang ini parti yang memerintah mempunyai kalau ada pun majoriti tipis. Tentunya desakan itu akan lebih kuat, pada pandangan Tun, Tan Sri Muhyiddin boleh lagi bertahan?Saya tidak mahu bercakap siapa yang akan memegang jawatan itu tetapi saya nak ambil kesempatan mengatakan bahawa masalah yang kita hadapi di Malaysia dalam politik ialah satu, parti-parti politik ini semua terlampau banyak.Yang kedua, apa yang kita hadapi sebenarnya kalau kita lihat dengan kritis, masalah pertama ialah masalah yang kita kenal sebagai kepimpinan (leadership). Apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini, ia akan kembali kepada kepimpinan.Malangnya kepimpinan yang ada dalam negara kita ini kurang berpengalaman. Ataupun mereka yang berpengalaman tapi pengalaman yang dia ada sebelum ini tidak sama dengan pengalaman sekarang. Pengalaman sekarang adalah baru kepada kerajaan seperti kebebasan bercakap, menulis, malah berdemonstrasi.Saya nak kembalikan kepada sejarah, pada tahun 2004 ini adalah urban legend. Pada hari kritikal, Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri ketika itu nak buat keputusan siapa yang dia nak lantik sebagai timbalan perdana menteri. Ada dua orang yang buat panggilan telefon salah seorangnya Tun Musa Hitam yang mencadangkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dilantik sebagai TPM, ada seorang lain mencadangkan Datuk Seri Najib. Betul atau tidak? Apakah orang yang sama Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang sekarang ini menjadi PM, adakah ini orang yang Tun rasa layak menjadi TPM ketika itu?Begini, apa yang saya tahu dan saya buat yang pertama ialah Pak Lah pada waktu jadi PM, dia telah menghadapi pilihan raya. Dalam pilihan raya waktu itu dia menang dengan banyak. Pilihan raya yang pertama dia menang tapi yang kedua (2008) dia kalah teruk (tetapi masih menang PRU).Yang saya nak ceritakan sikit ini ialah yang kedua bila dia kalah banyak. Waktu menang yang pertama itu Pak Lah PM, timbalannya ialah Najib. Waktu Pak Lah bertanding kali kedua di mana keputusannya teruk. Di situlah saya mainkan peranan sedikit, bagaimana?Secepatnya saya berjumpa, bukan bertelefon dengan Pak Lah. Di perpustakaan di rumahnya saya terus duduk dengan Dolah (Pak Lah). Secara ringkas (saya kata) 'Dolah lebih baik anda pergi (berundur) jika tidak, mereka akan memakan anda hidup-hidup'. Tidak ada yang mendengar perkara ini dan sekarang saya beritahu anda. Saya sangat bangga dengan perkara baru ini yang akan berlaku dan saya ingin memberitahu anda bahawa Pak Lah akan bersetuju dan dia pun bersetuju untuk memendekkan ceritanya.Dengan keadaan begitu, bermakna Pak Lah masih jadi PM dan Najib sebagai TPM. Pak Lah setuju Najib untuk mengambil tempatnya. Ia sama sekali tidak ada masalah, sama ada saya terlibat atau tidak terlibat. Saya tidak timbulkan soal Najib oleh sebab waktu itu, pada pandangan saya Najib ialah orang yang paling sesuai untuk ambil alih (jawatan PM) disebabkan dia timbalan perdana menteri.Jadi Pak Lah tidak membangkitkan masalah siapa yang akan menggantikannya, tidak, kerana Najib layak untuk menerimanya. Pak Lah apabila saya bercakap dengannya, dia tidak memberi syarat kecuali boleh melantik Mahyuddin sebagai timbalannya.Saya segera memberitahu Najib. Najib tanpa ragu-ragu memberitahu saya tidak ada masalah, yang perlu dilakukan ialah Muhyiddin dilantik sebagai TPM.Apakah Tun rasa yang Tun boleh memainkan peranan untuk menjadi mediator dalam kes terbaru ini ataupun Tun mencadangkan penubuhan misal kata kalaulah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai sokongan lagi maka mewujudkan sebuah kerajaan interim. Apa komen Tun?Saya fikir patut saya jelaskan di sini. Pertama, saya ini sudah tua. Kedua, saya telah mengundur diri kalau tidak salah 1987. Saya punya pandangan, siapa juga yang sudah merentas umur 80 lebih baik mereka berundur diri berehat tapi sekali-sekala memainkan peranan sebagai penasihat. Itu sahaja.Kalaulah misalnya saya jadi perdana menteri begitu popular seperti Tan Sri bagi tahu, saya pasti dalam dua tiga tahun selepas saya jadi perdana menteri saya akan menjadi perdana menteri Malaysia yang paling teruk yang pernah ada.Dalam buku Tun yang sangat menarik yang bertajuk ‘Frankly Speaking’ Tun sebutkan ada tiga senario kemungkinan apa yang akan berlaku kepada Malaysia. Yang pertama masyarakat akan menjadi masyarakat maju. Yang kedua kita akan menjadi The art of Madling True. Ketiga, akan menjadi negara gagal (Fail State) ini Tun tulis sebelum berlakunya perdebatan tentang soal Fail State ini. Boleh Tun jelaskan?Saya cuma mengingatkan rakyat kepada sesiapa juga yang membaca bahawa pilihan yang saya sebutkan tadi terpulang kepada rakyat sendiri. Negara yang maju sepenuhnya, kita fikir waktu Dr Mahathir dulu dia kata negara maju pada tahun 2020 dan dah lepas dah. Malahan bukan sahaja kita maju setahap negara maju yang kita tahu, bukan sahaja itu, kita nampaknya makin lama makin menurun sedikit.Waktu itu saya mengingatkan kepada pembaca kalaulah kita hidup dalam negara kita ini dan kalaulah kita tidak pandai menggunakan kebebasan yang ada dan kalaulah kita juga membuat kesalahan dari segi pemilihan orang-orang yang tidak sesuai, ini kenyataan yang sangat besar dari saya kalaulah itu cara kita mungkin akan menjadi negara yang gagal.Jangan lupa Tan Sri yang menggunakan apa yang saya katakan tadi telah dicampur aduk macam-macam tafsiran. Musa kata Malaysia adalah negara yang gagal. Tidak, saya katakan kita akan menjadi negara yang gagal jika kita tidak mengubah sikap. Saya rasa anda ingin membandingkan keadaan kita 10 tahun yang lalu dan sekarang. Kita semakin hampir dalam keadaan gagal sekiranya ahli Parlimen berkelakuan seperti yang mereka lakukan.Saya minta maaf kerana mereka mungkin memberikan alasan untuk mengutuk saya. Sesetengah ahli Parlimen tidak melihat demonstrasi sebagai institusi mereka sendiri. Mereka rasa tidak dapat melalui institusi kebaikan orang. Nampaknya kembali kepada apa yang saya katakan sekarang, semasa mereka berkumpul ada empat atau lima ahli Parlimen.Misalnya isu cara-cara berbahas. Setahu saya, pengerusi sedang menguruskan perbahasan bila seorang itu bercakap yang seorang lagi nak bertanya. Bila seorang lagi bertanya dua tiga empat bangun.Setahu saya yang bercakap itu memberi laluan, dia kena duduk dahulu. Ataupun yang bertanya itu pun apabila yang bercakap tidak memberi laluan, dia kena duduk.Ini tidak berlaku pada zaman dahulu. Yang ada sekarang dia menjerit ‘Point of Order’. Bila diberi cakap, bukan ‘Point of Order’. Ini rakyat biasa tidak faham tetapi ahli Parlimen sendiri mesti ada rasa hormat. Ini sangat penting.ANEKDOTKekesalan dalam politikTiada. Saya bersungguh-sungguh percaya atashikmah. Apa yang terjadi kepada saya semua itu hikmah. Jadi kalau saya guna terminologi hikmah itu dan kalau kita faham ia meliputi segala-galanya daripada keluarga, politik kepada apa jua saya hadapi.Pengalaman hidup 10 beradikAdik-beradik saya sepuluh, seorang lahir di Singapura saya yang termuda.Pengalaman saya dengan bapa saya (bekas pekerja Lembaga Letrik Negara), saya ingat-ingat lupa. Yang saya ingat bila waktu kita makan malam, saya seorang yang dapat makan macam bapa saya. Saya dapat makan nasi tetapi kerak nasi itu baru dibahagi kepada yang lain.Saya pergi sekolah saya belajar saya aktif dan saya terlibat dalam olahraga dan sebagainya. Banyak aktiviti saya, seorang pun tidak tunjuk ajar pada saya. Sebab setiap lelaki atas dirinya sendiri. Daripada sembilan orang itu, ada seorang abang ipar dan abang saya yang kadangkala beri saya duit poket. Saya pergi universiti pun mereka berasa bangga.Bila nak menghadapi peperiksaan, saya bangun pukul 5 pagi pakai colok sahaja.Saya percaya kerana itu saya boleh jadi manusia yang berdikari dan saya tidak harap bergantung kepada keluarga.Nasihat kepada orang politikSenang. Sama ada seorang itu Melayu, India, Cina, orang Sabah Sarawak, Kristian atau Hindu. Satu sahaja, ikut apa yang Tuhan ajar. InsyaALLAH itu sahaja. | 4 | 01 Ogos 2021 07:00am |
RAIHAM MOHD SANUSI | https://www.sinarharian.com.my/article/151771/berita/wawancara/sidang-khas-parlimen-curi-perhatian | Sidang khas Parlimen curi perhatian | [MUKADIMAH] Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim menjangkakan sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok agak panas disebabkan beberapa isu yang akan dibangkitkan.Ini termasuklah hal darurat, vaksinasi dan bantuan kepada rakyat.Bagaimanapun, tegasnya, tidak akan ada pembentangan usul undi tidak percaya atau undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia tidak ditetapkan dalam aturan mesyuarat.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Ahli Parlimen Arau itu turut menjawab isu-isu panas seperti kempen #KerajaanGagal dan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan telah memecah-belahkan UMNO.Ikuti wawancara bersama Shahidan yang dikendalikan Pengarang Berita Umum Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi.SINAR AHAD: Sidang khas Parlimen esok bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun, ia dikritik pembangkang dengan mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk membahaskan usul yang dibawa oleh kerajaan. Apa komen Datuk Seri?SHAHIDAN: Dakwaan pembangkang itu tidak benar sebab kita (ahli Parlimen) akan diberi peluang untuk memberi pandangan dan meminta penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam sidang itu nanti menteri akan beri penerangan kemudian kita (ahli Parlimen) akan bangun untuk meminta penjelasan dan beri pandangan sebagaimana yang telah digilirkan.Jadi kalau pembangkang beranggapan mereka tak diberi peluang untuk menyatakan pandangan, apakah mereka sahaja ahli Parlimen? Saya pun ahli Parlimen dan saya pun ada pengundi di belakang saya.Ini adalah mesyuarat khas Parlimen. Mesyuarat biasa Parlimen nanti akan bermula dalam bulan September. Sesi keduanya bermula pada Oktober.Jadi bulan September dan Oktober seperti biasa kita ada proses bertanya soalan, ada soalan lisan kemudian ada usul yang kita boleh bahas. Kenapa mereka tidak sabar menunggu September dan Oktober untuk melalui Parlimen biasa. Sekarang sidang khas Parlimen dan inilah agendanya.Kalau ahli Parlimen pembangkang kata mereka tidak berpuas hati, terpulang kepada mereka. Masa mereka jadi kerajaan dulu kami cukup tidak berpuas hati sebab mereka hanya bagi kami bercakap lima minit, yang tak pernah kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu buat macam itu.Kerajaan BN beri ruang seluas-luasnya untuk mereka bercakap sehingga kita cukup letih mendengar mereka bercakap.Sekarang Parlimen tidak boleh bersidang lama kerana Covid-19. Parlimen hanya bersidang habis lama pun sehingga jam 8 malam.Tapi kami pernah beri peluang bersidang sampai lebih jam 12 tengah malam. Jadi tidak benar kalau mereka katakan bahawa mereka tidak diberi ruang.ShahidanKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sidang Parlimen yang terlalu pendek itu merupakan satu penipuan. Betulkah begitu?Tidak benar dan tidak ada penipuan. Pada masa ini kerajaan yang memerintah tidak pernah menipu rakyat. Mesyuarat Parlimen kali ini adalah mesyuarat khas.Mesyuarat pada September nanti adalah yang pertama dan yang kedua pada Oktober berserta pembentangan bajet. Jadi kalau kata kita tipu, bagi tahu kita tipu apa?Perlukah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun hadir pada sidang khas Parlimen seperti dicadangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi menjawab isu darurat?Itu tidak perlu, menteri boleh jawab semuanya. Sekiranya mereka nak panggil Peguam Negara untuk menjawab, kita tengok peraturanlah sama ada beliau dibenarkan untuk berbuat demikian.Tapi bagi saya tidak perlu. Menteri kena ambil tanggungjawab sebab menteri yang mentadbir negara dan menteri yang bertanggungjawab atas apa yang dilaksanakan kerajaan sehingga kini.Apakah jangkaan Datuk Seri perkara yang akan berlaku dalam sidang khas Parlimen esok?Saya tidak nampak ada apa-apa kemungkinan akan berlaku.Yang saya nampak adalah menteri bangun beri penerangan dan penjelasan, kita dengar dan lepas itu kita akan bangun untuk berucap.Seringkali gilirannya ialah kerajaan, pembangkang, kerajaan dan pembangkang.Sesetengah orang mungkin akan menggunakan bahasa-bahasa tertentu dan masing-masing menggunakan pendekatan sendiri. Saya tak nampak ada kemungkinan yang boleh berlaku. Yang saya nampak adalah perbahasan akan berjalan dengan lancar.Ada beberapa perkara yang akan ditimbulkan itu yang mungkin agak panas sikit kerana perbincangan utama saya rasa adalah tentang darurat, vaksin dan bantuan hidup rakyat.Shahidan bergambar bersama ahli Parlimen lain pada Sidang dewan Rakyat Mei tahun lalu.-Sumber: Facebook ShahidanApa cabaran utama ahli-ahli Parlimen PN pada sidang kali ini?Cabarannya adalah mendapatkan masa yang mencukupi untuk berbahas. Itu cabaran saya. Masa lima minit itu singkat untuk kita bercakap tetapi kalau diberi 10 minit, ada ruang.Kalau 10 minit, lima minit saya akan cakap tentang vaksin dan lima minit lagi untuk bantuan hidup.Bantuan hidup ini termasuklah aktiviti ekonomi. Kami di Perlis telah masuk ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara yang membolehkan kita meneruskan aktiviti kehidupan harian.Cuma masalah besar adalah rentas sempadan. Dalam keadaan kami boleh bergerak bebas tapi bila ada orang (luar) rentas sempadan, mereka mungkin bawa penyakit, jadi itu satu masalah.Adakah Datuk Seri melihat kemungkinan pembangkang cuba membawa usul lain berhubung keabsahan kerajaan yang ada sekarang?Sidang khas Parlimen ini akan membahaskan apa yang telah ditetapkan dan tidak ada tambahan. Semasa sidang Parlimen biasa situasinya lain sebab itu ada ruang untuk kita bawa usul-usul.Tapi kali ini tidak ada. Kita hanya membincang dan membahaskan apa yang telah diusulkan oleh kerajaan.Kalau mereka bawa usul tak percaya, saya juga boleh bawa usul percaya. Tapi perkara ini tidak akan dibenarkan sebab prosesnya adalah menteri bentang, kita bahas. Itu sahaja.Shahidan dikunjungi menteri dan bekas menteri di bilik PNBBC di bangunan Parlimen pada Sidang Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.-Sumber: Facebook ShahidanDatuk Seri orang lama dalam politik. Apakah perbezaan sewaktu zaman pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan kini Perikatan Nasional?Memang ada perbezaannya sebab BN memerintah dalam masa yang begitu lama iaitu 60 tahun.Sudah pasti kita ada kekurangan dan kelebihan tetapi secara keseluruhannya ia memberi kebaikan yang luar biasa kepada negara.Cuma BN kalah pada pilihan raya umum lepas kerana kita tak dapat menangani fitnah pihak pembangkang. Tumbang bukan kerana kami gagal mentadbir negara sebaliknya tumbang kerana kami gagal menghadapi fitnah. Itu saja.Yang kedua terbaik bagi saya adalah kerajaan sekarang. Tapi untuk beri penilaian sepenuhnya terhadap kerajaan sekarang pun agak susah sebab ia masih baharu.Usia kerajaan sekarang baru setahun lebih, jadi kalau dibandingkan dengan 60 tahun sudah pasti ada bezanya.Namun dalam tempoh setahun lebih ini, kerajaan terpaksa melalui satu permasalahan seolah-olah 60 tahun punya masalah iaitu Covid-19.Ia bukan masalah yang Malaysia atau Asia Tenggara sahaja hadapi. Tetapi ini penyakit yang berlaku di seluruh dunia dan betul-betul mengancam kehidupan dan aktiviti ekonomi.Kalau kerajaan berjaya menghadapi masalah ini, kerajaan hari ini akan jadi kerajaan yang cukup kuat sebab kita tahu bahawa kita bukan sahaja menghadapi masalah untuk menguruskan Covid-19 tapi kita juga menghadapi masalah dengan orang tertentu yang hanya melihat kesalahan dan melaungkan slogan retorik.Contohnya slogan retorik #KerajaanGagal. Gagal tang (dekat) mana nak tanya? Orang yang kata gagal itu pula orang itulah yang ada dalam kerajaan PH dulu.PH dulu gagal menguruskan negara, tapi sekarang mereka sebut kerajaan gagal. Gagal tang mana? Vaksin? Kalau masa vaksin kurang dulu, ya. Tapi (kadar) vaksin akan meningkat.Dalam masa sama apabila vaksin meningkat sudah pasti Covid menurun dan aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa.Malah, kita telah dikategorikan antara negara terbaik di dunia dari segi vaksinasi.Tentang slogan #KerajaanGagal, adakah ia mainan media sosial semata-mata?Slogan #KerajaanGagal itu dibawa oleh orang-orang yang saya kenal. Ada seorang bekas penasihat media kerajaan dulu, dia yang tulis kerajaan gagal padahal masa dia jadi penasihat media dulu, dia tahu kerajaannya cukup gagal sehingga saya pernah tulis ‘KERAjaan’.Perkataan kera itu huruf besar sebab kerajaan bertindak macam kera sampai membiarkan rakyat berpecah belah.Isu perkauman dan agama pula dibiarkan berleluasa. Mereka suka berlaku hiruk-pikuk, haru-biru supaya mereka boleh memperketat kekuasaan mereka.Tapi kita bersyukur kerajaan tersebut telah ditumbangkan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dengan gerakan yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Kerajaan tumbang kerana anggota parti mereka, Bersatu telah keluar (PH), maka mereka tumbang. Pada masa sama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berhenti (letak jawatan), tumbanglah kerajaan.Jadi kami masuk mengambil alih dan terbentuklah kerajaan sekarang.Kerajaan sekarang seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebut, dibentuk oleh ahli Parlimen, bukan oleh parti kerana parti datang kemudian. Bila ahli Parlimen jatuhkan kerajaan, parti masuk mencadangkan nama ahli-ahli kabinet.Tapi yang menjatuhkan kerajaan itu adalah kami ahli-ahli Parlimen.Mengenai pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri, apakah kesan-kesan positifnya? Apakah pelantikan itu telah meredakan suhu politik UMNO yang sebelum ini mahu memutuskan kerjasama dengan PN?Daripada lebih kurang 190 bahagian UMNO, sudah lebih 170 yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri.Pelantikan itu lebih positif sebab sekurang-kurangnya ahli UMNO memahami bahawa kempen fitnah yang dibawa mereka kononnya UMNO tak dapat apa-apa keuntungan, UMNO hanya pegang jawatan menteri di kementerian-kementerian biasa dan sebagainya.Namun tiba-tiba UMNO diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Jadi UMNO sebenarnya berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerana Tan Sri Muhyiddin beri kepercayaan kepada UMNO.Jadi sekarang nampak kehebatan yang luar biasa dari segi gabungan ini, UMNO atau BN mempunyai 42 kerusi, Bersatu ada 34 kerusi.Jadi ini dua parti besar yang berada di hadapan, seorang Perdana Menteri dan seorang Timbalan Perdana Menteri.Ada yang tanya kenapa UMNO tidak jadi Perdana Menteri? Yang mulakan kerajaan untuk jatuhkan kerajaan itu adalah Bersatu dan disokong oleh GPS (Gabungan Parti Sarawak), dan bebas.Yang paling penting untuk menjadi Perdana Menteri, dia mesti disokong oleh parti-parti politik yang lain. Kita tidak boleh mengatakan kita mesti jadi Perdana Menteri.Kita boleh jadi Perdana Menteri kalau disokong. Kalau Perdana Menteri itu datang daripada sebuah parti yang kecil seperti dalam PH dulu, Bersatu hanya 13 kerusi tapi mereka mencadangkan supaya Bersatu jadi Perdana Menteri.Demikian juga keadaan sekarang, UMNO sendiri mencadangkan Perdana Menteri itu ialah Tan Sri Muhyiddin daripada Bersatu.Sekarang ini Tan Sri Muhyiddin beri pengiktirafan kepada UMNO dengan melantik wakil UMNO jadi Timbalan Perdana Menteri. Kita bersyukur dan berterima kasih.Shahidan bersama isteri, Datin Seri Shamsiah Md Yassin.-Sumber: Facebook ShahidanAda pihak mendakwa bayangan UMNO kembali berkuasa dalam kerajaan semakin jelas dengan pelantikan Ismail Sabri. Apa pandangan Datuk Seri?Ini pandangan bermacam-macam pihak. Saya nak bagi tahu sebab saya ini buat kerja berdasarkan fakta. Sebelum Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, UMNO dan BN ada 11 kerusi menteri dan lapan timbalan menteri. Jadi kita ada 19 campur seorang lagi senator jadi 20 orang.Seramai 20 orang anggota UMNO dalam kabinet dan kerajaan tetapi Bersatu hanya ada ada lebih kurang 16 atau 17, jadi majoriti anggota kerajaan atau kabinet adalah UMNO kerana sebelum Timbalan Perdana Menteri dilantik itu, yang majoriti adalah UMNO.Cuma kempennya adalah kononnya UMNO memegang jawatan yang tidak penting. Saya tidak faham apa orang takrifkan tentang kerajaan.Saya dulu pegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya rasa saya cukup penting.Bukan kementerian yang menyebabkan kita itu penting atau tidak penting. Ia bergantung pada keterampilan seseorang menteri itu.Sesetengah orang kata, kementerian ini bagus, kementerian itu tak bagus. Hakikatnya semua kementerian bagus dan memperlengkap antara satu sama lain.Sebelum Timbalan Perdana Menteri dilantik pun UMNO sudah majoriti dalam kerajaan. Dengan terlantiknya Timbalan Perdana Menteri sudah pasti segala kekuatan berada di sana.Kemunculan UMNO di sana apa salahnya sebab UMNO adalah parti yang berjaya bahkan semua pemimpin negara sebelum ini adalah bekas DNA UMNO.Tun Mahathir yang dua kali jadi Perdana Menteri adalah bekas Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin adalah bekas Timbalan Presiden UMNO. UMNO memang sudah lama menyerlah.Presiden UMNO buat keputusan untuk menolak PN. Tapi kalau menolak PN, jatuhlah kerajaan sekarang Datuk Seri?Kami ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN pada dasarnya kita akan menyokong kerajaan sekarang dan tidak timbul kami akan menyokong apa yang dikatakan sesetengah pihak. Kita menyokong Perdana Menteri.Kalau tak sokong Perdana Menteri bermakna kita tak sokong Timbalan Perdana Menteri.Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO itu dilantik oleh Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri jatuh, timbalannya pun jatuh.Adakah kita nak lihat sebuah parti yang menjatuhkan sebuah kerajaan Melayu Islam yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO.Kami ahli-ahli Parlimen BN akan menyokong kerajaan BN seperti yang dianjurkan Perhimpunan Agung UMNO.Kita tak mahu keluar jadi pembangkang dan bertanding dalam pilihan raya sebagai pembangkang. Kami akan bertanding dalam pilihan raya sebagai kerajaan.Semua 115 ahli Parlimen kerajaan menyokong Perdana Menteri. Kalau ada yang tak sokong, isytiharlah. Dulu ada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz isytihar tapi sekarang Nazri sekarang menyatakan pendiriannya bahawa kembali menyokong kerajaan. Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Najib tidak pernah isytihar keluar daripada kerajaan.Dua sahaja iaitu ahli Parlimen Padang Rengas iaitu Nazri yang sokong balik dan yang tinggal hanya ahli Parlimen Machang yang sebelum ini mengumumkan tak sokong kerajaan. Tapi saya berdoa benda ini dapat diselesaikan.Kadang-kadang kita malu kepada rakyat seolah-olah UMNO adalah pencetus masalah.Sebenarnya tidak, UMNO bukan pencetus masalah sebaliknya kehadiran UMNO menyebabkan kerajaan sekarang kuat. | 4 | 25 Julai 2021 10:00am |
RAIHAM MOHD SANUSI | https://www.sinarharian.com.my/article/150672/berita/wawancara/video-tutup-kilang-tidak-selesaikan-masalah | [VIDEO] Tutup kilang tidak selesaikan masalah | [WAWANCARA] Tanggapan majoriti rakyat bahawa industri perkilangan menjadi punca kes positif Covid-19 terus tinggi di negara ini ditepis Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.Beliau berkata, pemahaman itu tidak tepat kerana berdasarkan data kes jangkitan harian, hanya 15 hingga 20 peratus kes melibatkan kluster kilang manakala 80 peratus tiada kaitan langsung dengan kluster atau membabitkan kes sporadik.Justeru menurutnya, penutupan sepenuhnya sektor perkilangan seperti gesaan yang disuarakan rakyat yang marah kerana menganggap industri itu menjadi punca lonjakan kes tidak akan menyelesaikan masalah peningkatan kes Covid-19.Sebaliknya, Dr Noor Azlan menegaskan, tindakan itu hanya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia kerana sektor perkilangan di negara ini menyumbang jumlah eksport melebihi RM1 trilion setiap tahun.Ikuti wawancara wartawan SINAR AHAD, Raiham Mohd Sanusi bersama Dr Noor Azlan yang diadakan secara maya pada Jumaat.SINAR AHAD: Setakat ini bagaimanakah kedudukan ekonomi negara, adakah semakin buruk atau masih mampu bertahan?DR NOOR AZLAN: Sebenarnya apabila kita masuk tahun 2021, jangkaan awal kita tahun ini adalah tahun yang dianggap pemulihan yang baik. Pertumbuhan dijangka mungkin sekitar 6.5 peratus terutamanya dengan pemulihan pasaran antarabangsa. Kita mesti ingat negara seperti Malaysia, sebahagian besar ekonomi kita bergantung dengan prestasi ekonomi global. Jadi pada tahun ini ekonomi global khususnya bagi negara maju seperti Amerika Syarikat termasuk China dijangka pulih.Tiba-tiba kita berdepan dengan satu peningkatan mendadak kes Covid-19. Kita semua sedia maklum kerajaan tiada pilihan dan mesti ambil tindakan tepat untuk pastikan kita dapat kawal penularan pandemik ini. Satu daripada langkahnya adalah kita terpaksa memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Jadi pastinya dengan keadaan yang agak membimbangkan ini, saya pasti ia akan memberikan kesan ke atas ekonomi negara kita.Pertumbuhan pastinya akan lebih rendah malah Bank Dunia sudah semak semula angka itu kepada 4.4 peratus. Tapi bagi saya, kita kena lihat apa tindakanyang perlu kita buat terutamanya dalam mempertahankan kehidupan rakyat dan bagaimana kita memastikan kita dapat setidak-tidaknya momentum yang sederhana.Jadi bagi saya keadaan memang mencabar tapi kita kena pandang ke depan. Kalau pertumbuhan ekonomi kita 4.5 kepada 5.5 peratus pun sudah dikira bagus kerana kita berdepan ketidakpastian yang kita hadapi sekarang. Kita juga bukan bersendirian sekarang ini, banyak negara-negara lain juga berhadapan dengan situasi yang sama pada tahun ini.- Pada pandangan Tan Sri apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan sekarang berkesan?Harus kita ingat apa yang dimaksudkan dengan berkesan itu. Pertamanya, mengambil kira setiap pakej rangsangan dan setakat ini kesemuanya ada tujuh pakej (rangsangan ekonomi) tidak termasuk pakej rangsangan ekonomi pertama yang Tun Dr Mahathir Mohamad perkenalkan. Keseluruhan nilai pakej rangsangan adalah kira-kira RM530 bilion.Daripada nilai ini sekitar RM83 bilion merupakan suntikan terus atau secara mudahnya datang daripada fiskal iaitu jumlah kewangan negara. Kebanyakannya datang dalam bentuk suntikan langsung ke dalam ekonomi seperti bantuan Program Subsidi Upah (PSU), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Geran Khas Prihatin.Jika kita sentuh tentang RM83 bilion, setiap tahun bila kita dengar bajet biasanya perbelanjaan pembangunan lebih kurang RM40 bilion. Jadi kalau RM80 bilion dalam tempoh setahun bererti ia menyamai dua tahun perbelanjaan pembangunan. Jumlah itu besar.Jadi bila kerajaan berbelanja, kita harus faham, kalau belanja RM80 bilion kesan ke atas ekonomi bukan RM80 bilion sebaliknya tiga kali ganda atau dalam istilah ekonomi dipanggil kesan pengganda. Bayangkan kalau saya daripada keluarga penerima BPR dan saya berbelanja bererti pusingan yang pertama mungkin kedai runcit tempat saya belanja dapat manfaat. Kedai runcit itu pula, dia berbelanja dengan beli barang untuk stok kedai akan jadi pusingan kedua dan begitulah seterusnya.Bagi saya kalau kita dapat gerakkan apa yang kita rancang ini InsyaALLAH, ia boleh beri suntikan rangsangan pertumbuhan kepada ekonomi. Tapi kalau nak cakap kita akan dapat pulih seperti sedia kala pada tahun ini, ia mungkin tidak terjadi tetapi sekurang-kurangnya kita dapat meneruskan kelangsungan dalam konteks kehidupan dan aktiviti ekonomi.Noor Azlan Ghazali- Apakah yang sepatutnya dilakukan ketika ini untuk mengawal pandemik Covid-19?Bagi saya pandemik ini seluruh dunia tak ada jawapan di mana penghujungnya. Sebab itu hari ini saya lihat kita akan berhadapan dengan endemik, maksudnya kita hidup bersama Covid. Jangan kita terperanjat dengan kata-kata begini kerana yang kita risau terjemahan di luar sana kerana ada gambaran yang mungkin tidak tepat.Contohnya, semasa sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau menyebut bahawa kes pada hari Khamis kira-kira 13,000 dan hampir 96 peratus itu adalah yang positif tetapi tidak bergejala dan yang kedua ada gejala di peringkat kedua.Kita harus objektif. Rakyat kena faham dengan adanya program vaksinasi kita yang begitu baik, kita berjaya meningkatkan vaksinasi dengan kadar yang begitu pantas. Hari ini secara umumnya lebih 400,000 suntikan diberikan sehari.Jadi dalam tiga hari kita boleh dapat 1.2 juta. Itulah pertaruhan kita. Kalau lebih ramai divaksin bererti kita dapat capai imuniti kelompok. Imuniti kelompok ini pula tak perlu sampai negara capai 80 peratus pun kerana kita lihat rata-rata di luar negara bila 40 peratus pun kita dah mula melihat manfaatnya.Jadi penumpuan kita di mana? Adakah kita masih nak menumpu pada bilangan kes yang kadang-kadang merungsingkan kita kerana dulu 700, sekarang 13,000? Secara mudahnya mungkin hampir 80 peratus adalah kes-kes hari ini bersifat sporadik maksudnya bukan daripada komuniti. Kena tengok betul-betul apa yang dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan yang mengatakan secara purata 80 peratus adalah kes yang tiada kaitan dengan kluster. Jadi bila kita bercakap tentang kluster, sebenarnya kita bercakap tentang 15 hingga 20 peratus kes sahaja.Apabila kita berjaya tingkatkan vaksinasi, ia akan memberi imuniasi kepada majoriti rakyat Malaysia. Kalaupun ada terkena Covid tetapi ia tidak membawa kepada kemudaratan yang memerlukan rawatan hospital. Itu yang dikatakan Covid akan tetap ada dalam tempoh yang panjang atau mungkin selama-lamanya seperti virus lain contohnya influenza. Yang paling penting bagi saya sekiranya ada jangkitan, ia tidak membawa kemudaratan dan tidak memberi tekanan ke atas sistem kesihatan kita.- Rakyat marah apabila sektor perkilangan yang dikatakan punca kes Covid-19 tinggi terus dibenarkan beroperasi. Apakah dengan menutup kilang segala masalah akan selesai?Situasi ini bagi saya pemahaman yang tidak begitu tepat. Kita harus faham bahawa daripada jumlah kes yang berlaku hanya lebih kurang 15 ke 20 peratus yang boleh diklasifikasikan sebagai kluster. Bukan semua kes ada kluster, jadi yang 80 peratus itu adalah kes-kes yang tidak berkaitan kluster. Bila kita bercakap tentang kluster kita sering merujuk kepada perkilangan, pembinaan, peruncitan dan beberapa kategori lagi dan sebenarnya kita bercakap dalam konteks kluster sahaja iaitu dalam 15 ke 20 peratus sahaja (daripada keseluruhan kes). Kita tidak bercakap tentang kesemua kes.Tapi saya tidak nafikan bahawa terdapat kilang-kilang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Bagi kilang-kilang yang begini sifatnya, saya bersetuju supaya penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan. Namun untuk menterjemahkan bahawa semua kilang kena tutup, itu tidak betul. Bagi saya kita harus mengambil tindakan secara bersasar. Tidak semua kilang berhadapan dengan kes yang melonjak.Dalam ekonomi mudah sahaja ada dua sumber diperlukan iaitu yang pertama sumber pertumbuhan dalaman bererti kita berbelanja, syarikat berbelanja dalam negara termasuk juga bila kita balik kampung, makan angin. Itu akan menyuntik kepada pertumbuhan ekonomi yang akhirnya beri pendapatan. Satu lagi adalah daripada aktiviti yang dijalankan dalam negara tetapi untuk memenuhi permintaan antarabangsa.Kita adalah negara yang kecil tetapi eksport kita jumlahnya besar lebih daripada RM1 trilion. Jadi dalam keadaan begini, satu sumber pertumbuhan yang penting adalah pertumbuhan yang diperoleh daripada kemajuan atau pemulihan pasaran antarabangsa dan di sinilah kilang-kilang memainkan peranan kerana sebahagian besarnya adalah kilang-kikang besar yang berada dalam jaringan pembekalan antarabangsa. Ramai rakyat tak nampak perkara ini.Saya bagi contoh, saya pernah berbincang dengan syarikat gergasi dunia iaitu Apple iaitu wakil ibu pejabat Asia mereka yang berada di China dan Malaysia. Mereka memaklumkan bahawa, untuk buat telefon pintar ada 48 pembekal mereka berada di Malaysia yang melibatkan hampir 2,500 pekerja-pekerja mahir dan nilainya melebihi AS$2 bilion. Kalau kita tutup kilang mereka tanpa sebab, ia boleh menjejaskan sistem pengeluaran.- Lembah Klang yang menjadi jantung ekonomi negara menyaksikan jumlah kes yang tinggi, jadi pastilah wajar tumpuan pemberian vaksin diutamakan di situ. Apa komen Tan Sri?Pada 14 Julai lalu, kes yang dicatatkan sebanyak 11,618 kes dan Selangor rekodkan 43 peratus kes. Kalau kita campur dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ia jadi 71 peratus berpunca daripada wilayah tengah.Lapan negeri seperti Perlis, Terengganu, Kedah dan Perak dah berganjak ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Jadi di mana yang tidak ada tekanan yang membimbangkan dan lepas nilai ambang negeri kita akan lepaskan mereka.Jadi di negeri-negeri yang berhadapan masalah peningkatan kes terutama di Lembah Klang ini sekarang kita kena faham di kawasan ini 44.3 peratus gig ekonomi datang daripada aktiviti ekonomi di sini. Ini yang menjadi cabaran sebab kes itu mendadak. Jadi memang sekarang ini usaha untuk meningkatkan vaksinasi itu sedang dilakukan dengan begitu pantas bagi saya.Umpamanya untuk dos yang pertama bagi 18 tahun ke atas dan kumpulan sasaran pertama, untuk Selangor dan Kuala Lumpur data terkini dah capai hampir 54 peratus. Untuk Malaysia kita dah sampai 37 peratus. Sarawak kadar vaksinasinya dah sampai 71 peratus. Jadi bererti memang kerajaan meningkatkan pemberian vaksin.- Bagaimana Tan Sri melihat Pakej Pemulih, adakah ia mencukupi untuk menangani permasalahan ekonomi rakyat yang sedang meruncing?Kita harus faham daripada semua pakej rangsangan ekonomi, kalau kita ulang kaji balik kita akan tengok ada satu komponen mengenai pandemik Covid terutamanya mengenai siap siaga memperkukuh sistem kesihatan kita, itu yang pertama sekali. Kemudian kita akan lihat dua komponen mesti ada, pertama komponen untuk kesejahteraan rakyat, kedua, untuk sektor perniagaan dan penumpuan kita adalah kepada kumpulan rentan atau mudah jejas.Bila kita cakap isi rumah, kita tahu ada isi rumah berpendapatan tinggi, pendapatan menengah dan pendapatan bawah. Yang paling bawah sekali adalah miskin dan miskin tegar. Jadi penumpuan kita adalah kepada kumpulan rentan. Sama juga seperti syarikat. Ada syarikat besar atau gergasi, mereka tak perlu bantuan. Ada syarikat sederhana dan kemudian turun ke bawah industri kecil dan sederhana dan industri mikro. Penumpuan kita adalah kumpulan rentan. Hasil perniagaan mereka ialah hari ke hari dan secara kecil-kecilan.Cuba kita ingat PKP yang pertama tahun lepas dan yang sekarang apa bezanya? Satu yang jelas ialah penjaja di tepi jalan seperti mak cik yang jual kuih, air, mereka dibenarkan beroperasi. Kalau tahun lepas kita panik dan tutup semua. Ia menjejaskan semua tapi kali ini ia tidak begitu. Tapi bukanlah bermakna mereka senang lenang tapi sebenarnya dalam banyak interaksi, pendapat sayalah satu yang paling utama sebenarnya rakyat Malaysia ini dia nak bekerja.Malangnya cara kita nak mengurangkan penularan pandemik ini ialah terpaksa mengehadkan pergerakan. Manusia bergerak bererti wang pun bergerak. Bila orang naik kereta dia isi minyak, dia singgah pam minyak, dia beli air, kuih dan bayar tol jadi bila kita keluar bekerja kita juga makan dekat kenderasaji contohnya. Jadi bila pergerakan terhad, perniagaan-perniagaan yang begini sifatnya akan terjejas.Bagi saya kerajaan menyedari perkara ini dan meletakkan ia perkara utama. Ia bermakna kesemua pelan yang ada yang telah diumumkan inilah komponennya iaitu kesihatan, rakyat dan perniagaan. Perkataan 'makanan di atas meja' ini antara perkataan pertama yang saya dengar dari Perdana Menteri pada Mac tahun lepas bila krisis ini bermula. Saya berada dalam mesyuarat tersebut. Itu usaha yang dibuat kerajaan dan hari ini kerajaan turut berikan bakul makanan dan sebagainya.- Kerajaan juga telah mengumumkan Pelan Pemulihan Nasional (PPN) sebagai satu strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19. Boleh Tan Sri jelaskan?Saya mahu ambil peluang ini untuk menjelaskan kepada rakyat bagi membolehkan semua pihak memahami apa yang dimaksudkan dengan PPN. Pertamanya ia adalah 'exit plan' maksudnya ialah pelan untuk kita keluar. Jangan salah faham dengan pelan pemulihan yang komprehensif.Bila kali pertama Perdana Menteri mengumumkan pelan ini iaitu menyatakan tiga indikator kita akan lihat iaitu nilai ambang, jumlah pesakit di ICU, kes harian dan kadar vaksin ia merupakan satu petunjuk yang mudah difahami semua bahawa ini adalah petunjuk-petunjuk utama yang akan membolehkan kita berganjak ke fasa lebih longgar, maksudnya boleh bergerak dengan lebih banyak.Seperti saya sebut tadi, pergerakan itu adalah ekonomi, bila manusia dibenarkan bergerak seperti biasa ekonomi akan berlaku. Ada orang pertikai kenapa ringkas sangat dan persoal di mana pelan untuk perusahaan kecil dan sederhana, pelancongan, pendidikan dan luar bandar serta macam-macam lagi. Saya tengok banyak salah faham di situ. Sebenarnya ia lebih kepada satu pelan bagaimana kita mahu keluar daripada satu kawalan pergerakan yang ketat sehinggalah kita berganjak kepada fasa keempat.Satu lagi tentang dakwaan bahawa pelan kerajaan ini 'flip flop', sebenarnya dalam keadaan sekarang banyak ketidaktentuan jadi umpamanya bila kita lihat pola pandemik ini tidak sekata seluruh Malaysia. Tadi saya sebut 71 peratus berada di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur sedangkan di beberapa negeri lain, ia tidak begitu. Jadi kita ubah bila lihat nilai ambang mengikut negeri yang mana kita ada pemberatnya ialah penduduk negeri bahagi dengan jumlah penduduk negara. Ia bermakna kita ada nilai ambang negeri masing-masing.Dalam kita berhadapan dengan krisis, tiada undang-undang yang dipahatkan secara kekal maksudnya kita kena bersedia untuk adakan dinamikanya, kita bersedia untuk buat perubahan. Kalau dulu kita buat vaksin, kena beri di pusat pemberian vaksin (PPV) kemudian kita perkenalkan PPV pandu lalu dan kita buat pula sistem pemberian vaksin bergerak pergi ke kampung-kampung. Saya tahu di kampung adik-beradik saya, dia dapat vaksin sebab pemberian vaksin dari rumah ke rumah. Jadi kita ada dinamik perubahan-perubahan polisi.- Wajarkah individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin diberikan kelonggaran atau keistimewaan?Sekarang sudah ada perbincangan mengenainya. Kalau kita mahu longgarkan ia mesti didasari kepada beberapa faktor. Pertama, mereka bukan lagi terdedah kepada permasalahan Covid. Kedua, ia bertujuan untuk memberi satu suntikan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jadi kalau kita ada beberapa juta rakyat yang lengkap terima dua dos, pada pandangan saya kita benarkan tapi mestilah ada kaedah-kaedah kawalannya, bukanlah untuk bersuka ria pergi ke kelab malam dan sebagainya. Setidak-tidaknya mereka boleh pergi bekerja.Kita kena ingat bila mereka bergerak, mereka berbelanja. Jadi bagi saya wajar dipertimbangkan atas tujuan untuk memastikan ekonomi negara dapat dipertingkatkan.ANEKDOTCuba hobi baharu di rumahWaktu pandemik ini saya akui kita banyak habiskan masa di rumah kerana kalau yang bekerja pun, terpaksa bekerja dari rumah termasuklah saya. Sebab banyak masa di rumah, ramai yang ada hobi baharu seperti tanam pokok, saya cuba juga. Baru-baru ini saya tanam pokok betik. Selain itu, saya juga curi masa untuk bersenam setiap kali waktu lapang. Saya juga banyak membaca dan khatam al-Quran.Anggap tugas fardu kifayahBagi saya tugas sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) adalah satu amanah yang sebenarnya fardu kifayah di atas bahu saya. Kebetulan sekarang berlaku masalah ekonomi dan saya tunaikan tanggungjawab. Di EAC, pertemuan atau mesyuarat dilakukan di pelbagai sektor. Kebelakangan ini hampir 400 mesyuarat saya pengerusikan.Di EAC juga saya bekerja rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad. Kita bertemu dengan semua lapisan masyarakat di semua sektor perniagaan. Hari ini (Jumaat) saya berbincang dengan persatuan juruterbang dan kru kabin lapangan terbang. Pada masa sama saya banyak belajar kerana sebelum ini kita tak tahu bagaimana keadaan sebenar mereka. Bila ada pertemuam seperti ini saya tahu banyak perkara misalnya makanan anak ikan kita import. Semua ini membantu dalam pengurusan krisis pandemik sekarang.PROFIL:Nama: Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan GhazaliJawatan: Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan EkonomiPengalaman:-Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (2014-2018)- Felo Sekolah Kerajaan Kennedy, Universiti Harvard, AS- Penerima fellowship Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh (RCSEd)- Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (2015-2019)- Ahli Jawatankuasa Majlis Perancangan Pembangunan Nasional (2014-sekarang)Pencapaian:- Dianugerahkan Profesor Ekonomi Kehormat oleh Universiti Cyberjaya- Penerima Anugerah Perkhidmatan Awam Terhormat 2020 | 4 | 18 Julai 2021 10:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/149470/berita/wawancara/bagaimana-balak-dikeluarkan-tanpa-disedari-jabatan-hutan | Bagaimana balak dikeluarkan tanpa disedari Jabatan Hutan | PERTUBUHAN Pelindung Khazanah Malaysia (Peka) menganggap penerokaan hutan simpan oleh pekebun durian haram di Raub, Pahang sejak berpuluh-puluh tahun lalu sebagai fenomena yang pelik.“Bagaimana tiada satu pun agensi kerajaan yang mengesan perkara itu berlaku sedangkan tentunya terdapat pengeluaran hasil dan transaksi jual beli?” kata Naib Pengerusi 1 Peka, Saha Deva dalam temu bual bersama Sinar Harian.Menurutnya, langkah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok durian yang telah matang pastinya akan menimbulkan isu alam sekitar kerana pokok hutan mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar.Dalam temu bual ini, Saha Deva turut memberitahu wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin mengenai pentingnya kebun durian haram di Raub dikembalikan statusnya sebagai hutan simpan kekal.SINAR HARIAN: Bagaimana anda melihat isu pencerobohan hutan di Raub khususnya Hutan Simpan Kekal Batu Talam?SAHA DEVA: Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana ia merupakan kawasan hutan simpanan. Tetapi yang peliknya perkara ini boleh berlaku. Terdapat pembukaan hutan tetapi pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) seolah-olah tiada pengetahuan tentang perkara ini.Agensi kerajaan negeri yang lain juga tidak tahu bagaimana ia berlaku. Macam mana pokok-pokok boleh ditebang, balak-balak dibawa keluar tanpa pengetahuan sesiapa (semasa kawasan itu mula dibuka)?Kemudian, saya rasa ada pokok durian yang hampir 40 tahun ditanam di sana dan hasilnya telah diambil dari tahun ke tahun.Jadi bagaimana tiada satu pun agensi kerajaan dapat mengesannya Tentunya terdapat pengeluaran hasil dan transaksi jual beli.Itu juga menjadi satu tanda tanya. Isu itu perlu disiasat khususnya oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Selain itu, setelah perkara ini lama dibiarkan, sekarang tiba-tiba kerajaan negeri hendak mengambil tindakan. Tindakan itu pula menimbulkan banyak persoalan. Mengapa kerajaan negeri begitu terdesak hendak menebang pokok durian tersebut?Saya tidak faham apa perlunya kerajaan negeri menebang pokok-pokok itu dalam keadaan kita ingin menyelamatkan dan menanam pokok?ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan18 pekebun durian musang king direman dua hariMusang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah mahkamahAdakah langkah menebang pokok durian itu akan memberi kesan kepada tanah di kawasan berkenaan?Bagi kami, setiap pokok yang tumbuh adalah penting kepada alam sekitar. Setiap pokok itu ada fungsinya sendiri dalam memastikan kelestarian alam.Paling penting, apakah tujuan menebang pokok itu. Tujuannya tentulah untuk menghentikan pencerobohan.Namun, mereka sepatutnya mengambil tindakan ke atas penceroboh, bukan terhadap pokok yang telah ditanam. Pokok durian adalah spesies endemik di Pahang.Ia boleh dibiarkan dan kawasan sekitarnya dapat dipulihkan dengan penanaman semula dan sebagainya. Tentunya dengan menebang pokok-pokok yang sedia, ada kesan-kesannya pada alam sekitar.Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan perkara ini tidak berulang?Cara yang terbaik adalah pihak JPNP menjalankan tugas berlandaskan undang-undang. Akta perhutanan di negara kita sudah menyatakan bagaimana hutan-hutan ini perlu dikawal, cara mengambil hasil hutan dan sebagainya.Satu lagi cara ialah mereka meningkatkan keberkesanan penugasan mengawal kawasan hutan dengan sektor-sektor seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menjalankan kerja-kerja pemantauan.Bagi membolehkan aktiviti melindungi hutan secara berkesan bersama pihak awam, pihak berkuasa perlu telus memberikan maklumat dan data-data mengenai hutan. Ia penting bagi kita untuk mengenal pasti dengan tepat kawasan yang perlu dilindungi.Salah satu cara untuk mewujudkan situasi menang-menang ialah kerajaan mengeluarkan lesen pendudukan sementara kepada peneroka tanah. Apa pandangan anda mengenainya?Bagi pihak Peka, jika tanah itu adalah hutan simpan kekal, maka cadangan itu tidak seharusnya dibenarkan khususnya jika pekebun-pekebun itu menceroboh masuk. Kawasan hutan simpan perlu dikembalikan kepada keadaan asalnya dan usaha-usaha untuk menanam semula perlu dilakukan.Tetapi jika kerajaan negeri bersedia untuk memberi atau mewartakan satu kawasan hutan lain sebagai hutan simpan kekal bagi menggantikan kawasan terbabit, mereka boleh mengambil tindakan yang perlu seperti memberi lesen sementara (TOL) dan sebagainya.Namun, jika hutan itu pada asalnya adalah hutan simpan yang telah diceroboh, ini (TOL) bukannya satu pilihan.Pada pandangan anda, apakah faktor pekebun-pekebun haram ini berani menceroboh tanah kerajaan?Mungkin sebab mereka tahu mereka boleh terlepas daripada penguatkuasaan.Yang keduanya, mungkin mereka tahu bahawa pengurusan hutan tidak teratur dan akan mengambil masa sebelum pihak berkuasa mengesan atau mengetahui kawasan itu telah diceroboh oleh pekebun-pekebun haram.Gambar hiasanSemua ini andaian, melainkan jika pihak SPRM menyiasat secara mendalam. Hanya selepas siasatan sebegitu barulah kita dapat tahu mengapa perkara ini berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Isu pekebun haram: Kenapa baru sekarang ditebang?Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratusApakah tindakan Peka sendiri dalam menangani isu seperti ini?Pihak Peka akan tetap melobi supaya kawasan tersebut jika dikembalikan kepada kerajaan negeri, akan dikekalkan atau dibaik pulih sebagai hutan simpan kekal.Memang itu saranan kita kepada kerajaan, bukannya mengambil alih dusun tersebut, kemudian menukar statusnya kepada hutan hasil atau kebun.Itu tidak boleh. Jika kerajaan negeri mengambilnya kembali, kerajaan perlu memulihkannya sebagai hutan simpan. Mereka tidak boleh ambil hasilnya, atau menjualnya kepada syarikat tertentu.Apakan saranan anda supaya kerajaan boleh pulihkan status hutan simpan kekal tersebut?Mereka boleh mengenakan denda terhadap pemilik dusun yang telah menceroboh dan hasil durian itu boleh digunakan untuk membaik pulih hutan itu sendiri.Terdapat juga pihak-pihak yang ingin memberikan bantuan kewangan bagi tujuan memulihkan hutan, jadi kerajaan boleh mengambil peluang itu untuk mendapatkan bantuan dari luar negara dan syarikat-syarikat dalam negara.Selain itu, kawasan tersebut boleh dijadikan sebagai kawasan untuk penyelidikan seperti hutan di Costa Rica di mana orang membayar untuk datang membuat kajian di situ.Dana-dana ini kemudian digunakan untuk membaik pulih kawasan hutan di sana.Sekiranya aktiviti pencerobohan hutan ini dibiarkan berlarutan, apakah kesannya kepada negara pada masa akan datang?Malaysia telah membuat banyak komitmen seperti memberi aku janji untuk mengekalkan jumlah minimum hutan. Kalau aktiviti pencerobohan ini masih dibenarkan, kita tidak akan dapat menunaikan aku janji tersebut.Kita sendiri sedia maklum bahawa hutan-hutan kita ini mempunyai pengaruh terhadap perubahan iklim.Jika perkara ini berlarutan, kita akan menghadapi masalah secara langsung akibat perubahan iklim tersebut. Ini khususnya isu air sebab dengan hilangnya hutan, sumber air kita akan berkurangan.Perkara ini terutamanya berlaku apabila pembukaan hutan secara kaedah ‘cuci mangkuk’, yang menyebabkan tanah di situ berubah dan tidak dapat mengekalkan kandungan airnya.Ia akan membawa kesan kepada bukan sahaja penduduk negeri itu, tetapi seluruh Malaysia.Kesan perubahan iklim ini tidak terhad di sempadan setiap negeri sahaja. Satu Malaysia malah satu dunia akan merasainya.Selain itu, apabila kebun-kebun ini dibuka mereka menggunakan baja, racun serangga dan sebagainya. Kesemua ini juga boleh masuk ke dalam sungai. Sungai akan tercemar akibat aktiviti perladangan di kawasan hutan khususnya jika kawasan hutan tersebut adalah kawasan tadahan air. Memang kesannya buruk.Sebarang penukaran status tanah daripada hutan kepada ladang perlu mengambil kira semua perkara ini.ARTIKEL BERKAITAN: Bongkar pencerobohan tanah kerajaan seluruh Malaysia'Sambut baik siasatan SPRM' | 4 | 12 Julai 2021 07:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/149339/berita/wawancara/lsquolaut-china-selatan-sebagai-lautan-persahabatanrsquo | ‘Laut China Selatan sebagai lautan persahabatan’ | [MUKADIMAH] Menelusuri lipatan sejarah yang terjalin antara China dan Malaysia, tidak semuanya indah namun hubungan kedua-dua negara terus berkembang positif dan erat masih sehingga ke hari ini. Buktinya baru-baru ini China dan Malaysia meraikan ulang tahun ke-47 jalinan hubungan diplomatik.Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi antaranya isu tuntutan di Laut China Selatan yang tidak berkesudahan dan pencerobohan ruang udara Malaysia oleh pesawat milik China yang mencetuskan ketegangan, kedua-dua negara tetap mampu bekerjasama di saat sukar.Pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia telah menyaksikan keakraban hubungan antara Malaysia dan China apabila Malaysia menjadi antara penerima awal bantuan vaksin yang dibekalkan China.Ikuti temuramah Sinar Harian bersama Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing yang berkongsi pandangan tentang pandemik Covid-19, hubungan dua hala Malaysia-China, isu Laut China Selatan dan keistimewaan Malaysia daripada kacamata beliau sendiri.Ouyang YujingSINAR HARIAN: Seluruh dunia masih berperang dengan pandemik Covid-19. Boleh anda kongsikan bagaimana keadaan terkini di China?Ouyang Yujing: Ekonomi China bermula baik pada tahun ini apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat rekod sebanyak 18.3 peratus pada suku pertama. Industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik misalnya menyaksikan sejumlah 230 juta perjalanan domestik ketika cuti lima hari Hari Pekerja sekali gus merekodkan pendapatan pelancongan bernilai 113.23 bilion yuan (RM72.78 bilion) melebihi jumlah sebelum pandemik, berdasarkan perbandingan.Namun China turut tidak terkecuali daripada tempias pandemik global ini. Kes import Covid-19 telah menyebabkan penyebaran jangkitan di beberapa wilayah di China. Mujur dengan tindakan pantas dan efektif, penyebaran virus tersebut dapat dikawal dengan cepat. Sebagai contoh, wilayah Guangdong dengan segera melancarkan ujian asid nukleik berskala besar selepas wabak dikesan.Lebih 53 juta ujian dijalankan dalam tempoh lebih 10 hari manakala bandar Guangzhou (ibu negeri wilayah Guangdong) menjalankan lebih 18 juta ujian dalam masa hanya tiga hari.Pengesanan kes dijangkiti tepat pada waktunya di samping rawatan dan kuarantin membantu mengekang penyebaran virus. Situasi pandemik Covid-19 di Guangdong kini terkawal.Ini sekali lagi membuktikan tiada negara atau individu mampu bertahan bersendirian apabila berdepan Covid-19. China akan terus bekerjasama dengan negara lain, berusaha tanpa henti sehingga menemui kejayaan menentang Covid-19.- Apakah pandangan anda berkenaan langkah pencegahan dan pengawalan Covid-19 di Malaysia?Sejak meletusnya pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia dan rakyat pelbagai lapisan bersatu-padu, mengambil langkah bagi memerangi pandemik, memulihkan ekonomi dan melindungi kehidupan orang ramai yang mana semuanya telah membuahkan hasil positif dan wajar diberi pujian. Saya berharap dan percaya menerusi usaha semua pihak, Malaysia akan berjaya menentang pandemik dan kembali kepada kehidupan normal.Dalam proses menangani pandemik Covid-19, China dan Malaysia membekalkan bantuan perubatan, berkongsi pengalaman anti-pandemik antara satu sama lain dan bekerjasama secara komprehensif dalam pemerolehan vaksin, penyelidikan dan pembangunan, ujian klinikal dan pembuatan.Saya dan rakan sejawat akan meneruskan usahasama anti-pandemik China-Malaysia bagi membantu negara ini menentang pandemik Covid-19. Pada akhir Jun 2021, sebanyak 16 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 dari China telah tiba di Malaysia.Ouyang Yujing (empat dari kiri) dalam satu lawatan ke pejabat Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Baru-baru ini Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-47 jalinan hubungan diplomatik, bagaimana anda menggambarkan hubungan antara dua negara ini sekarang?China dan Malaysia merupakan jiran, saudara dan rakan dengan persahabatan baik. Kisah tujuh pengembaraan Laksamana Zheng He yang telah melawat Melaka sebanyak lima kali amat popular dalam kalangan rakyat China dan Malaysia, menunjukkan persahabatan akrab antara kedua-dua buah negara.Selepas penubuhan Republik Rakyat China, Malaysia yang terawal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, menjadi salah satu negara Asean berbuat demikian dan membuka lembaran baharu dalam hubungan mesra dua negara.Selama 47 tahun menempuhi pelbagai perubahan dan turun naik dalam sejarah, hubungan China-Malaysia sentiasa berkembang baik dan stabil. Kedua-dua negara menikmati kepercayaan politik, kerjasama rapat yang bermanfaat serta persefahaman dan pertalian yang mendalam.Kerjasama di bawah Belt and Road Initiative misalnya telah mendatangkan hasil lumayan. Dalam landskap semasa antarabangsa yang kompleks, terutama dalam menangani pandemik Covid-19, China dan Malaysia menyokong satu sama lain dalam apa jua keadaan, ini semakin menyemarakkan persahabatan tradisi dan menunjukkan daya tahan kuat dan semangat dalam kerjasama dua hala.Kami berbangga mengatakan hubungan China-Malaysia telah bertahan sekian lama dan akan terus makmur. Saya menantikan perkembangan hubungan mesra China-Malaysia dengan penuh keyakinan.Pada akhir Jun 2021, sejumlah 16 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 dari China telah tiba di Malaysia, termasuk 8.42 juta dos vaksin siap dan 4800 liter vaksin siap diisi (bersamaan dengan kira-kira 7.6 juta dos). Di antaranya, tujuh juta dos vaksin siap dan 1400 liter vaksin siap diisi (bersamaan dengan kira-kira 2.2 juta dos) telah tiba pada sepanjang Jun lalu.Pada separuh kedua tahun 2021, China akan memberikan vaksin sebanyak mungkin sesuai dengan permintaan Malaysia.- China dan Malaysia merupakan rakan rapat dalam hubungan ekonomi, adakah terdapat sebarang isu dihadapi kedua-dua negara berikutan pandemik Covid-19 dan adakah China akan membangunkan lebih banyak projek pelaburan di masa akan datang?Di sebalik kesan pandemik Covid-19, tekanan terhadap ekonomi global, kebangkitan fahaman perlindungan perdagangan dan beberapa faktor lain yang tidak menyenangkan, China dan Malaysia terus bekerjasama rapat bagi mencapai pertumbuhan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan.Pada tahun 2020, jumlah perdagangan dua hala antara China dan Malaysia sekali lagi melepasi aras AS$100 bilion (RM 415.34 bilion) untuk mencapai paras tertinggi AS$131.16 bilion (RM 544.76 bilion) yang merupakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 5.7 peratus.China juga kekal rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk 12 tahun berturutturut dan Malaysia pula adalah rakan perdagangan kesembilan terbesar untuk China. Setakat tahun lalu, pelaburan China di Malaysia berjumlah AS$17.26 bilion (RM 71.69 billion) dan China kekal sebagai sumber pelaburan langsung asing terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia selama lima tahun berturut-turut.Projek besar termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Two Countries, Twin Parks dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) turut berjalan lancar.Skop pelaburan juga semakin pelbagai merangkumi taman-taman industri, infrastruktur, pembuatan peralatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ekonomi digital. Syarikat-syarikat China di Malaysia memainkan peranan aktif dalam perkembangan ekonomi dan sosial Malaysia. Kebanyakan syarikat pembuatan China di Malaysia memusatkan pengeluaran di sini sementara mengeksport barangan ke pasaran luar negara tanpa memberikan tekanan negatif kepada syarikat Malaysia yang serupa.Mereka mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan menambah jumlah rizab asing di Malaysia. Ambil Alliance Steel sebagai contoh, mereka melabur dan membina kilang keluli di Pahang dan menggaji lebih 2,000 pekerja tempatan. Ia mengeksport lebih 2.4 juta tan keluli berkualiti setiap tahun, menambah nilai eksport AS$1.3 bilion (RM 5.40 billion) untuk Malaysia, menggandakan keseluruhan hasil Pelabuhan Kuantan dan menjadi enjin pembangunan penting kepada ekonomi tempatan.Dalam bidang teknologi tinggi, syarikat-syarikat China turut memanfaatkan kelebihan untuk berintegrasi ke dalam strategi pembangunan nasional Malaysia terutama dalam ekonomi digital.Sebagai contoh, sejak Kumpulan Alibaba dan kerajaan Malaysia melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada tahun 2017, Alibaba Cloud, tulang belakang kepintaran teknologi digital Kumpulan Alibaba mengumumkan pada Jun 2021 akan melancarkan Alibaba Cloud Innovation Center di Kuala Lumpur. Ini merupakan pusat inovasi antarabangsa pertama terletak di luar China, ia bertujuan menyediakan persekitaran kondusif untuk startup dan memupuk bakat tempatan, mempersiapkan mereka untuk masa depan digital.Sebagai hub penting Maritime Silk Road abad ke-21, Malaysia memiliki lokasi geografi dan persekitaran peniagaan yang baik. Ia adalah destinasi ideal untuk pelaburan. Saya percaya perniagaan China akan terus mencipta perkembangan hebat di sini. Dalam era pasca-pandemik, China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pembinaan infrastruktur, ekonomi digital, pembuatan dan pertanian moden.China menggalakkan perusahaannya melabur di Malaysia mengikut peraturan pasaran dan dasar komersial bagi mencapai manfaat bersama dan situasi menang-menang.Ouyang Yujing dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.- Adakah anda melihat adanya solusi berhubung isu Laut China Selatan tanpa menjejaskan persahabatan kedua-dua negara?Walaupun China dan Malaysia berbeza posisi berhubung isu Laut China Selatan, kerajaan kedua-dua belah pihak bertindak menyelesaikan peselisihan dan menguruskan perbezaan menerusi dialog dan rundingan dengan niat baik dan ikhlas.Kita mengekalkan hala tuju kerjasama baik, membuat sumbangan positif bagi mempromosi keamanan serantau, stabiliti dan kemajuan. Keamanan dan stabiliti di Laut China Selatan merupakan kepentingan bersama China dan Malaysia.Saya percaya jalan terbaik menyelesaikan perselisihan adalah menerusi rundingan oleh negara-negara yang terlibat secara langsung dan kunci menguruskan perbezaan adalah menerusi mekanisme rule-of-law yang efektif.China akan terus mempertingkatkan dialog dan rundingan bersama Malaysia selain komited dengan implimentasi Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan berusaha mempercepat rundingan berhubung penyempurnaan Tatakelakuan Pihak-pihak di Laut China Selatan (COC).Selain itu, saya juga percaya kita perlu menjalankan pembangunan bersama dan pada masa sama mengenepikan perbalahan. Ini adalah cara praktikal dalam memajukan kerjasama.China bersedia mempertingkatkan kerjasama maritim pragmatik dan mempromosi pembangunan bersama dengan Malaysia. Saya berharap menerusi usahasama antara kedua-dua buah negara, kita boleh menjadikan Laut China Selatan sebagai lautan keamanan, persahabatan dan kerjasama.Pengalaman enam bulan di Malaysia- Sejak menjadi Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia pada Disember 2020, apakah cabaran terbesar yang pernah anda hadapi?Dalam tempoh enam bulan sejak menyandang jawatan Duta Besar China ke Malaysia, saya banyak bergaul dengan rakan-rakan Malaysia daripada kerajaan, Parlimen, parti politik, media, kumpulan pemikir dan komuniti tempatan. Saya amat kagum dengan semangat dan aspirasi mereka untuk mempromosi hubungan China-Malaysia.Namun, disebabkan pandemik kita tiada pilihan selain menekan butang ‘pause’ dalam interaksi luar talian dan ini menimbulkan cabaran besar kepada kerja-kerja kami.Dalam pada itu, kita turut menyaksikan normal baharu telah mencetuskan kerjasama dalam bidang baharu antara kedua-dua buah negara termasuk e-perniagaan, ekonomi internet dan ekonomi digital.Peranan industri baharu dalam memacu penggunaan dan pelaburan semakin meningkat. Kedua-dua buah negara telah melaksanakan banyak aktiviti maya merentasi pelbagai sektor dan di semua peringkat.Selagi kedua-dua belah pihak mengekalkan komunikasi dan kerjasama, kita mampu menukar cabaran menjadi peluang, mencipta lebih banyak kemungkinan untuk perkembangan hubungan China-Malaysia.- Sepanjang berada di Malaysia, apa satu perkara yang anda rasakan unik tentang negara ini?Slogan, ‘Malaysia, Truly Asia’ amat terkenal seluruh dunia. Malaysia adalah negara berbilang kaum di mana rakyatnya hidup bersatu penuh harmoni. Penyatuan antara Melayu, Cina dan India melahirkan kebudayaan Malaysia yang cukup unik.Saya telah merasai pengalaman Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Thaipusam di Malaysia. Melihat rakyat berbeza etnik mematuhi peraturan pandemik dan pada masa sama cuba mencipta suasana keramaian, membuatkan saya merasai semangat postif, optimistik dan harmoni serta turut meningkatkan kefahaman saya tentang perbezaan budaya di Malaysia.Terdapat banyak persamaan antara budaya negara China yang mempunyai 56 kumpulan etnik dengan Malaysia. Kedua-dua negara mendukung nilai seperti keharmonian, tolak ansur dan keramahan.Rakyat kedua-dua buah negara boleh menerokai lebih banyak pertukaran dan interaksi bagi memantapkan pembelajaran kebudayaan secara bersama dan meningkatkan hubungan antara sesama insan.Saya juga berharap dapat melawat seluruh Malaysia selepas pandemik ini dapat dibendung untuk melihat pemandangan tropika indah, menikmati juadah tempatan yang enak dan merasai pengalaman kepelbagaian budaya yang unik. | 4 | 11 Julai 2021 11:00am |
NURUL HUDA HUSAIN | https://www.sinarharian.com.my/article/148974/berita/wawancara/umno-patut-bercerai-daripada-bersatu | UMNO patut bercerai daripada Bersatu | [WAWANCARA] MENGGALAS tanggungjawab sebagai wakil rakyat sejak hampir enam dekad lalu menjadikan nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, 84, tidak asing lagi dalam arena politik negara.Selama 60 tahun terlibat dalam dunia politik, Ku Li antara pemimpin UMNO yang disegani ramai dan merupakan ahli paling lama berkhidmat di Parlimen Malaysia.Veteran UMNO itu ketika tampil dalam program ‘Bersama Ku Li’ anjuran Sinar Harian pada Rabu secara terbuka mengakui UMNO perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mengukuhkan kedudukan sebagai parti yang kuat.Ikuti kupasan lanjut Ku Li berhubung beberapa isu hangat semasa menjadi tetamu program yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.JOHAN: Kalaulah Tengku menjadi perdana menteri pada hari ini, apa keutamaan Tengku untuk menangani isu ekonomi dan pandemik Covid-19?TENGKU RAZALEIGH: Apa juga kita fikir mesti berkisar di atas kehidupan rakyat. Kehidupan rakyat masa sekarang mereka yang akan mengikuti kita. Itu yang penting.- Apa pandangan Tengku tentang hashtag #kerajaangagal yang viral sekarang?Saya tidak terpengaruh tetapi saya dari kawasan pedalaman mewakili Gua Musang dan di situ tak banyak peluang pekerjaan melainkan perladangan dan kerja sambilan. Kalau meniaga pun secara kecil-kecilan. Jadi, saya memang tahu sangat perasaan orang ramai yang menghadapi masalah hidup sekarang.Gagal itu tepat sekali untuk mendefinisikan keadaan sekarang. Sebab banyak rancangan diperkenalkan kerajaan Perikatan Nasional, tetapi ke mana pergi duit beribu-ribu juta yang diperuntukkan untuk menolong orang yang bekerja di kedai-kedai dan orang yang meniaga kecil-kecilan di tepi jalan? Nampaknya mereka tidak dapat bantuan.Ramai yang datang berjumpa dengan saya. Hatta polis yang menjaga roadblock pernah datang berjumpa dengan saya, mereka kata elaun yang dijanjikan kepada mereka tak diberi pun. Sekarang barangkali dah dibayar, saya tak tahulah.- Apakah Tengku rasa kerajaan yang ada sekarang boleh diselamatkan?Saya rasa kerajaan sekarang ada masalah yang besar. Satunya soal keabsahan. Selagi perdana menteri walaupun dilantik secara sah oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi belum diuji di Parlimen. Seseorang perdana menteri mesti diuji sama ada dia mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen ataupun tidak. Ini kerana ia yang menentukan keabsahan kerajaan itu sendiri.- Katakan dalam situasi yang agak rumit dan kemudian mereka memerlukan seorang pemimpin baharu. Apakah Tengku percaya bahawa Tengku boleh mengambil alih tugas misalnya sebagai perdana menteri?Kalau dengar kepada banyak laporan, takut kita nak mencuba. Tetapi kalaulah itu menjadi tanggungjawab, sesiapa sahaja mesti memikulnya demi kepentingan rakyat dan negara.- Tengku dari awal tak bersetuju cara pengisytiharan darurat ini?Ya, saya sependapat dengan yang lain-lain kerana saya rasa tidak perlu. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan patut digunakan hanya keadaan keselamatan terancam, kedudukan ekonomi tergugat dan kebajikan rakyat serta cara hidup rakyat diusik. Kita mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengendalikan ini. Bahkan sepanjang pemerintahan darurat ini diperkenalkan, tak pun sekali undang-undang darurat ini diguna khusus untuk memerangi Covid-19. Kita menggunakan undang-undang yang ada.- Tengku dalam berpolitik sudah lebih 60 tahun. Pernahkah Tengku merasakan situasi yang sebegini genting?Tak pernah. Masa saya sekolah dulu kalau ada gangguan kesihatan ialah taun. Satu lagi batuk kering dan demam malaria. Tetapi ini (Covid-19) luar biasa. Ini ujian Tuhan kepada kita. Nak suruh kita insaf barangkali, supaya kita berjaga-jaga dan kena cermat dalam soal hidup kita. Barangkali inilah ujian paling sukar. Kita rasa tapi kita tak dapat melihat. Macam mana kita nak berperang dengan musuh yang tak dapat kita lihat dan boleh dijangkiti pada bila-bila masa sahaja.- Tengku ada sebutkan bahawa salah satu punca kita tak dapat kawal wabak ini adalah kerana rancangan tidak teratur dan tidak mencapai sasaran sepatutnya. Boleh Tengku terangkan?Seperti yang saya sebut tadi, soal rancangan nak bantu orang yang bekerja di kedai-kedai supaya syarikat itu menggaji mereka dengan sedikit bantuan daripada kerajaan agar mereka ini tidak dibuang kerja. Ini nampaknya tidak teratur, tidak ada ketentuan. Yang dikatakan perkhidmatan perlu patutnya dikawal, tetapi ada juga perkhidmatan perlu yang tak dibenarkan beroperasi langsung.Umpama anak-anak sekolah sekarang menggunakan internet untuk belajar secara atas talian. Tetapi ada yang tidak boleh mengikutinya dengan baik disebabkan komputer rosak. Tidak ada kedai-kedai baiki yang buka kerana mereka ini bukan perkhidmatan perlu. Saya rasa benda-benda ini perlu difikir.Nampaknya pandemik Covid-19 ini telah mendemokrasikan kesusahan, maksudnya semua orang menderita.Tengku Razaleigh (kanan) dan Johan pada program ‘Bersama Ku Li’ anjuran Sinar Harian Rabu lalu.- Saya nak minta komen Tengku sedikit tentang mereka yang tinggal di bandar ada yang terjejas terus. Bagaimana pula di Gua Musang?Saya diberitahu ada keluarga yang makan hanya tiga hari sekali kerana tidak ada wang yang disimpan untuk keadaan darurat seperti sekarang. Ada juga antara mereka menjimatkan wang sebab nak membiayai perbelanjaan anak dan sebagainya, anak-anak yang kecil. Mereka pun tidak pasti bila rezeki nak datang kerana kerjanya memotong getah, kait kelapa sawit dan kerja sambilan kalau ada.- Apa komen Tengku tentang gerakan netizen yang menggalakkan individu berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan meletakkan bendera putih di hadapan rumah mereka?Tidak ada undang-undang yang melarang individu menaikkan bendera putih atau sebaliknya. Tafsiran itu terpulang kepada orang. Barangkali dia naikkan bendera putih untuk tarik perhatian orang ramai bahawa dia perlu pertolongan. Jadi, saya rasa tidak ada salahnya dan saya rasa patut kita galak supaya kita dapat tahu orang yang tak dapat bantuan langsung.- Satu lagi perkara yang dibangkitkan orang ramai ialah mengenai kepercayaan defisit. Nampaknya ada ketidakyakinan rakyat kepada kerajaan. Apa komen Tengku?Saya nak kritik banyak sangat takut berpolitik pula. Tetapi tidak dapat kita pisahkan daripada masalah sebab kita tengok kerajaan yang ada sekarang dibentuk secara ‘curi’ untuk menggenapkan bilangan supaya sahlah kerajaan yang ada.Itu pun samar-samar saja ada bilangan yang cukup. Sebenarnya belum diuji. Jadi, oleh kerana pasukan yang mereka bentuk tidaklah mempunyai persefahaman, sekarang ia bercelaru. MKN buat keputusan, orang bawah tidak tahu. Soal SOP pun satu masalah. Kalau kita tanya pekedai, mereka kata tidak seperti itu. Jadi, banyak tafsiran yang berlainan yang menyebabkan celaru dan kelirunya orang ramai. Jadi, kalaulah kita mempunyai kerajaan yang ada pasukan, mandat dan polisi yang sah, saya rasa tidak akan berbangkit hal ini.- Adakah Tengku pernah melihat pandangan orang atau penghormatan rakyat terhadap orang politik berada pada kedudukan seperti sekarang yang mana orang begitu kecewa, skeptikal atau tidak percaya kepada orang politik?Bukan setakat orang tidak percaya sahaja (tetapi ada) orang bunuh diri sekarang, putus harapan. Jadi mereka berasa tidak ada tempat mereka boleh bertanya, mendapat penjelasan atau meminta tolong seolah-olah tidak ada harapan untuk masa depan mereka. Itu sebab berlaku kes bunuh diri.Tan Sri kena fikir bukan mudah untuk orang hendak ambil nyawa (bunuh) ini. Jangan katalah orang Islam, orang Islam ini kita tidak pernah dengar bunuh melainkan ketika peperangan di Timur Tengah dan sebagainya tetapi kita tidak pernah dengar orang Islam menamatkan riwayatnya dengan mengambil nyawa sendiri. Sekarang ini berlaku.- Tengku, bagaimana Perdana Menteri hendak mengetepikan soal politik dengan majoriti tipis dan ada ancaman undi tidak percaya, jadi beliau kena bertindak sebagai orang politik?Dari segi perlembagaan, sepatutnya kalau kamu tidak ada sokongan majoriti, kamu patut berhenti, mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong dan serah surat meletak jawatan. Itu satu sumbangan yang baik. Kalau kita terus dalam keadaan sekarang, keyakinan orang dalam negara, keyakinan pelabur luar negara tidak dapat ditentukan. Mereka (takut) hendak bawa masuk duit ke sini kerana apabila tukar kepada ringgit, mereka rugi kerana ringgit kita menjunam.- Selepas 2018, tidak akan ada satu kerajaan yang mungkin mempunyai majoriti dua pertiga atau majoriti yang besar. Itu hakikat yang kita harus terima. Tengku setuju?Mungkin keadaan sudah berubah dan nampaknya saya perhatikan rakyat lebih sedar akan hak masing-masing dan ini bagus.Barangkali ini kejayaan kita merdeka, memberi kebebasan kepada rakyat menentukan sikap masing-masing berdasarkan hak mereka. Saya junjung tinggi perubahan macam ini.Tengku Razaleigh (kanan) dan Johan pada program ‘Bersama Ku Li’ anjuran Sinar Harian Rabu lalu.- Tengku pada dasarnya hardcore orang UMNO, walaupun Tengku keluar UMNO dulu dan menubuhkan parti Semangat 46 tetapi sebenarnya itu adalah parti yang cuba mengekalkan semangat UMNO lama. Apa istimewanya UMNO?Saya suka berkawan, suka bekerja berpasukan dan sebagainya. Saya boleh katakan saya menyertai UMNO kerana Tunku Abdul Rahman, Tunku yang minta saya bantu dia di Kelantan. Saya balik selepas saya belajar. Pas berkuasa di sana (Kelantan), UMNO baru kalah, hilang kuasa, jadi dia minta saya tangguh dulu untuk pergi ke England lanjut pelajaran tetapi tumpu di Kelantan, tolong dia.Jadi mulai dari situ saya terlibat dengan gerakan politik ini. Saya ini juga mempunyai kesedaran, tengok di Kelantan kalau kita keluar dari bandar Kota Bharu, kita tengok rata-rata kemiskinan dan kita tengok rakyat iaitu orang Melayu susah hidup. Walaupun orang kata orang Melayu malas, dia tidak malas, dia tanam padi di tengah panas, maknanya dia rajin.Jadi saya tertarik dengan usaha ini. Itu sebab apabila saya bertanding pilihan raya saya tidak bertanding di kawasan rumah saya di Kota Bharu, saya pilih bertanding di kawasan pedalaman, masa itu jalan raya tidak ada dan kita hanya berjalan kaki berjumpa rakyat.Saya hendak rasa kepahitan hidup yang orang kebanyakan, jadi saya cubalah. Saya juga didesak bertanding melawan Dr Mahathir kerana kita marah kepada tindakan untuk menswastakan aset milik kerajaan. Tidak apalah, boleh diswastakan kalau beri manfaat kepada rakyat dan negara tetapi nampaknya condong kepada kapitalis. Tidak semata-mata hendak menolong ikut Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menolong orang ramai.Ramai dalam UMNO desak saya apabila Tun Musa Hitam tidak sanggup hendak berdepan dengan Dr Mahathir, saya kata okey, saya cubalah. Saya menjadi calon mereka untuk hentikan perkara ini supaya tidak ada penswastaan yang meningkatkan kos kepada orang ramai dan untuk menjamin supaya tidak lari daripada dasar DEB yang Tun Abdul Razak perkenalkan selepas peristiwa berdarah 1969. Jadi itulah tujuannya.- Adakah selepas Semangat 46 dibubarkan dan Tengku kembali kepada UMNO, Tengku masih percaya kepada Dr Mahathir?Saya dan Dr Mahathir baik dari segi kawan. Saya kenal dia lebih lama dan saya tidak seteru dan tidak dengki dengan dia, tinggal lagi pandangan dia agak berlainan dengan saya dari segi politik tetapi dari segi berkawan tidak ada masalah.- Tentang kualiti pemimpin UMNO. Apakah Tengku rasa ia punca utama kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada 2018?Perpecahan. UMNO berpecah sebelum pilihan raya, banyak pemimpin yang mahukan jawatan kerana itu janji atau jaminan untuk mereka membaiki kehidupan mereka sendiri, mungkin untuk rakyat juga. Ini boleh menjahanamkan parti sebagaimana yang kita alami dalam pilihan raya lepas.Betullah ada kempen 1MDB dan sebagainya tapi saya tidak rasa itu boleh menjejaskan kita banyak sangat. Saya percaya perpecahan dalam parti yang menyebabkan UMNO tumbang.Tengoklah di Johor, Perak, Negeri Sembilan (BN tumbang) kerana perpecahan dari dalam.- Sesetengah pemimpin yang dikatakan menjadi punca kekalahan UMNO pada tahun 2018 itu tapi masih ada kedudukan dan berkuasa. Apa komen Tengku?Satunya kuasa adalah tidak boleh hendak dipisahkan. Rasa sekali hendak lagi. Tidak ramai yang boleh meninggalkan kuasa begitu sahaja. Macam di Amerika Syarikat itu, Donald Trump sudah kalah sebagai presiden tetapi sekarang tengah bersedia untuk bertanding lagi sekali kerana dia dah berasa menjadi presiden di Rumah Putih itu.Jadi ini barangkali terjadi di mana-mana sekali pun tetapi saya rasa kita boleh halang benda ini berulang atau berlaku dengan cara mengadakan undang-undang.Undang-undang yang boleh tidak melayakkan orang yang mati-matian hendak pegang kuasa bukan dengan tujuan hendak membantu negara ataupun rakyat tetapi dengan tujuan hendak membaiki diri dan kepentingan diri ini tidak boleh masuk dalam kamus politik sebenarnya.- Selepas Perhimpunan Agung (PAU) 2020, Tengku ada buat kenyataan mengatakan bahawa sepatutnya menteri, timbalan menteri dan mereka dalam GLC dari UMNO harus letak jawatan tetapi nampaknya tidak berlaku.Awal-awal lagi saya tidak bersetuju. Saya tidak setuju UMNO membantu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan kerajaan.Saya sudah beritahu kepada pimpinan UMNO dan bahkan saya sudah beritahu kepada ahli Parlimen tetapi ramai orang yang tidak sependapat dengan saya.Tetapi saya rasa apabila kita berbuat demikian maka kita sudah turunkan darjat. Kita parti terbesar, parti tertua dalam negara, orang pandang tinggi kepada kita. Kita ini bukan parti lagi, kita ini institusi politik.Tetapi itu semua hilang daripada pemikiran rakyat apabila kita bersetuju menjadi second feeder. Saya rasa kita patut bercerai (daripada Bersatu) dan itulah kehendak akar umbi sebagaimana yang dikemukakan dalam PAU2020 dan dalam mesyuarat bahagian.Itu suara yang dijeritkan oleh rakyat kerana mereka rasa sesuatu sudah hilang, sesuatu tidak dapat dicapai. Jadi kalau kita boleh bagi balik keyakinan kepada orang ramai.Bukan saya pandang rendah kepada Bersatu, Bersatu tidak boleh menyampaikan hasrat rakyat, ia bukan (parti) perjuangan tetapi bermula dengan pemimpin daripada orang yang kena pecat.- Apakah Tengku rasa UMNO akan kembali mendapat keyakinan rakyat?Insya-ALLAH boleh Tan Sri tetapi dia kena bercerai dengan Bersatu dan kena dirikan kedudukannya sebagai sebuah parti yang kuat, sebuah parti yang boleh diyakini oleh orang dan tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh buat.Sudah berapa tahun dari sebelum merdeka, tahun 1955 sampai ke pilihan raya yang lepas kita dapat berdiri atas kaki sendiri, kita tidak perlu kepada sokongan orang lain bukan bererti kita sombong atau megah, tidak.Maknanya kita ada kekuatan diri kita. Kita boleh bantu orang lain dan kita berharap kita boleh jadi seperti itu lagi.- Tengku ada sebarang kekesalan masuk dalam politik?Saya tidak ada kekesalan dalam politik. Adalah tapi buat apa saya hendak kongsi. Saya punya pesanan, kita kena bersabarlah hadapi Covid-19 ini dan kita semua kena bagi kerjasama kerana ini perjuangan, bukan perjuangan kerajaan semata-mata, ini perjuangan kita bersama.Tuhan hendak uji setiap daripada kita. Kalau kita bersabar dan hadapinya bersama dengan pelbagai ikhtiar yang berkesan, insya-ALLAH kita akan dapat atasinya. | 4 | 09 Julai 2021 10:00am |
NAZRIN ZULKAFLI | https://www.sinarharian.com.my/article/148114/berita/wawancara/mendepani-krisis-covid-19-di-selangor | Mendepani krisis Covid-19 di Selangor | [MUKADIMAH] Selangor menjadi antara penyumbang kes positif Covid-19 harian terbanyak dan pastinya ia bukan perkembangan yang baik buat sistem kesihatan negara.Selepas Sekatan Pergerakan Penuh berakhir pada 28 Jun lalu, negara kini memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Jun lalu.Terbaharu, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu di Selangor dan lokaliti tertentu di Kuala Lumpur.Sudah pasti apa yang diharapkan daripada pelaksanaan ini ialah penurunan kes yang boleh memberi implikasi bagi melandaikan lekuk kes Covid-19 di Malaysia lebih-lebih lagi dua negeri ini antara penyumbang terbesar kes harian.Bagi mendapatkan gambaran jelas dan tindakan daripada kerajaan Selangor, The Star berpeluang menemubual Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Ikuti terjemahan wawancara tersebut.SOALAN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kini telah dilanjutkan untuk dua minggu lagi sebagai inisiatif Pelan Pemulihan Negara. Apa pendapat Datuk Seri?AMIRUDIN: Kita kini beralih kepada PKPD selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menutup hampir keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor bermula 3 Julai.Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi saya. Melihat usaha sebelum ini yang gagal mencapai objektif untuk membendung penyebaran Covid-19 dengan peningkatan kes harian sehingga 5,000 ke 6,000. Selepas sebulan PKP, kita hanya berjaya mengurangkan kes Covid-19 negara kepada 33 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan 9,020 pada 29 Mei.Melihatkan kepada kes harian semasa, kita memerlukan tempoh berbulan-bulan lagi untuk meratakan lengkuk Covid-19. Objektif utama PKPD adalah untuk memberi ruang kepada hospital agar kita kembali mempunyai jumlah katil, fasiliti dan petugas perubatan yang mencukupi untuk merawat pesakit Covid-19.Keadaan semasa membuatkan kita perlu menggabungkan pendekatan yang telah dikaji dan diuji dalam memerangi penyebaran virus ini. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dengan jelas membuktikan pendekatan Cari, Uji, Kesan, Isolasi dan Sokong (FTTIS) berupaya membendung penyebaran ini.Selangor kekal menjadi penyebab (epicentre) dalam peningkatan jumlah kes positif Covid 19. Sejujurnya, saya sedih melihat Selangor berterusan mencapai angka kes positif harian tertinggi.Selangor mempunyai populasi terbesar berbanding negeri-negeri lain dengan sekurang-kurangnya 6.57 juta penduduk berasal dari kawasan ini. Ini belum termasuk penduduk dari negeri lain yang bekerja dan menetap di sini.Bukan itu sahaja, hampir suku daripada kegiatan ekonomi negara juga berpusat di Selangor. Dengan populasi yang sangat besar ini, tidak hairan jika Selangor berterusan mencapai kes positif harian tertinggi.Maka, PKPD perlu dikuatkuasakan memandangkan terlalu banyak kegiatan ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan yang sebelum ini.Apakah cadangan Datuk Seri dalam menghadapi pandemik ini?Tidak perlu untuk toleh ke belakang lagi. Kita sudah menjalani pelbagai PKP sejak 470 hari yang lalu. Saya selalu menitikberatkan kerendahan hati dalam kepimpinan saya. Sekiranya kita membuat kesilapan, perbetulkan segera dan belajar daripada yang lebih baik.Belajarlah dengan England dan China. Kedua-duanya adalah negara pengeluar vaksin. Sekiranya mereka mahu, mereka boleh sahaja fokus untuk mengeluarkan vaksin dan hanya menggunakannya untuk penduduk mereka.Sebaliknya, England melancarkan ujian swab berskala besar yang disebut sebagai Operasi Moonshot dan menjalankan 209,341,895 ujian untuk sebuah negara yang memiliki penduduk sekitar 68 juta orang. Jumlah ini adalah tiga kali ganda berbanding penduduk mereka sendiri.Lihat juga China. Pada awal bulan lalu, saya telah membaca satu artikel mengenai bandar Guangzhou, bagaimana mereka mengawal dan menangani peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 dengan sangat pantas.Jadi, jelaslah rahsia kejayaan: uji dan vaksin. Saya sentiasa menjelaskan pendirian ini dalam semua pertemuan saya dengan agensi negeri dan persekutuan, termasuk perdana menteri dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).Pada akhirnya, kajian saintifik mempunyai pembuktian yang paling kuat dan diyakini. Saya gembira kerana rakyat Malaysia mula mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai langkah yang dilakukan.Kita menyasarkan untuk meningkatkan kadar vaksinasi kepada 135,000 dos per hari pada penghujung Julai seterusnya 165,000 pada penghujung Ogos.Apakah langkah yang diambil kerajaan negeri Selangor sendiri dalam memerangi penyebaran virus ini?Kerajaan negeri Selangor sendiri telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang berobjektif untuk menyediakan sekurang-kurangnya 2.5 juta dos vaksin untuk 1.25 juta penduduk di Selangor.Program ini telah dilancarkan dan kami berharap dapat memperoleh kesemua bekalan vaksin secepat mungkin untuk mencapai tujuan serampang dua mata kami melalui pendekatan Komuniti SelVAX dan Industri SelVAX.Keutamaan Komuniti SelVAX adalah untuk melindungi 250,000 rakyat yang terdiri daripada golongan berisiko terutamanya penerima program kebajikan Inisiatif Peduli Rakyat, warga emas, ibu tunggal dan penerima Peduli Sihat. Kami juga akan menambah kriteria lain ke dalam senarai ini dari masa ke masa.Petugas kesihatan dari Selcare lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) semasa sedang bertugas mengambil sampel Covid-19 ketika Ujian Saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Jenjarum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 11 pada Mei lalu. - Foto BernamaIndustri SelVAX pula akan memfokuskan kepada pekerja yang mana bekalan vaksin akan dibeli oleh syarikat yang bersama-sama menjadi nadi dalam kegiatan ekonomi Selangor, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.Ini akan menghapuskan kluster tempat kerja dan membolehkan syarikat-syarikat untuk terus beroperasi sekiranya PKP dijalankan lagi pada masa hadapan seterusnya tidak merisikokan punca pendapatan penduduk yang diakibatkan oleh penutupan syarikat.Senarai ini akan dimuktamadkan selepas perbincangan lanjut bersama kerajaan pusat dan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19.Ringkasnya, tujuan inisiatif ini adalah untuk membantu kerajaan pusat mempercepatkan program vaksinasi.Selain vaksinasi, apakah inisiatif yang dijalankan untuk membantu rakyat?Selangor telah mengusahakan lima pakej rangsangan sejak Mac 2020 dan itu tidak termasuk belanjawan tahunan.Usaha terbaru kami adalah Pakej Kita Selangor 2.0 yang memfokuskan bantuan kepada mereka yang akan dan paling terjejas disebabkan PKP, berdasarkan pengalaman tahun lalu.Kita telah memberikan moratorium pembayaran balik untuk penyewa rumah di bawah Skim Sewa Pintar, pengusaha HIJRAH, pinjaman pelajar untuk penerima Yayasan Selangor dan lain-lain.Selangor Advance pula adalah inisiatif yang mempunyai fokus baharu pada kali ini dengan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk memastikan syarikat-syarikat dapat mengekalkan pencairan dan mengatasi masalah aliran tunai.Selain itu, RM80 juta geran perniagaan kecil pula diperuntukkan untuk mewujudkan 8,000 usahawan baharu di Selangor.Kita juga tidak lupa dengan kepentingan ujian saringan Covid-19 dan telah memperuntukkan sebanyak 100,000 kit ujian percuma bagi membendung wabak ini.Pada masa sama, kita sedang berusaha untuk merangka belanjawan bagi tahun 2022 yang akan merangkumi lebih banyak perancangan ekonomi jangka panjang dan akan diumumkan pada akhir tahun ini.Adakah Selangor telah bersedia untuk kesan jangka masa panjang?Kita terpaksa. Secara peribadi, saya yakin kita bakal hadapi kesan jangka masa panjang. Walaupun Malaysia telah mencapai imuniti kelompok, kehidupan tidak akan kembali seperti sediakala.Ekonomi kita perlu dibina semula, jika tidak semua, sebahagian besar daripadanya. Pandemik ini telah menjejaskan keseluruhan masyarakat dan ini adalah kepentingan kerajaan menjadi lebih tangkas dan bertanggungjawab.Pesan saya kepada rakyat Selangor, kita perlu bersama dalam usaha melindungi satu sama lain dalam semangat Kita Jaga Kita. Kita pasti menang. | 4 | 05 Julai 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/148115/berita/wawancara/kak-jah-pencetus-idea-bendera-putih | Kak Jah pencetus idea bendera putih | [MUKADIMAH] Kempen bendera putih menjadi buah mulut masyarakat apabila tanda pagar #benderaputih dan #rakyatjagarakyat telah mendapat sambutan hangat daripada warganet.Rata-rata masyarakat termasuk sebahagian ahli politik dan golongan artis turut menunjukkan sokongan padu terhadap kempen tersebut.Walaubagaimanapun, tidak semua orang mengiktiraf kempen itu, malah ada yang mendakwa kempen berkenaan mengajar masyarakat agar lebih mudah mengalah dan turut bermotifkan politik.Yang pasti, tsunami kempen bendera putih telah berjaya menjadi 'harapan' baharu kepada golongan yang memerlukan bantuan.Persoalannya, siapakah individu yang telah mencipta gerakan kreatif itu sehingga mendapat sambutan rakyat Malaysia?Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy menemubual Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan (AWAN), Nik Faizah Nik Othman atau lebih mesra dengan panggilan 'Kak Jah' yang menjadi individu pertama mencetuskan idea kempen bendera putih di media sosial pada penghujung Jun lalu.SINAR HARIAN: Boleh Nik Faizah kongsikan, bagaimana tercetusnya idea kempen bendera putih ini?NIK FAIZAH: Idea itu datang secara spontan apabila saya membaca berita tentang kes kematian bunuh diri yang semakin hari semakin meningkat. Saya berasa amat sedih dan berfikir bagaimana cara terbaik untuk menolong golongan dalam kesusahan ini. Oleh itu, tercetusnya idea untuk mengibarkan bendera putih dan mereka yang duduk berdekatan boleh bantu dengan segera.Kempen ini bukan sahaja menolong orang yang susah, malah juga golongan yang mengalami depresi. Sebenarnya, ramai orang mempunyai gangguan emosi akibat isu kewangan baik golongan B40 atau M40.Kenapa bendera putih? Kerana itu sahaja bendera yang terkecuali daripada politik dan mempunyai motifnya tersendiri. Jadi saya sangat tidak setuju apabila bendera putih dinilai sebagai simbolik kekalahan.Gambar menunjukkan hantaran pertama Nik Faizah yang tular di media sosial berkenaan kempen bendera putih pada 28 Jun lalu.Ada beberapa pihak yang kurang setuju dengan kempen bendera putih dengan mendakwa ia merupakan satu simbol kekalahan dan bermotif politik, apatah lagi Nik Faizah sendiri merupakan salah seorang pemimpin Amanah. Apa komen Nik Faizah tentang perkara ini? Rakyat Malaysia majoritinya semua tahu dan sedar niat sebenar kempen bendera putih ini. Yang menganggap ini mainan politik hanya segelintir sahaja. Mereka yang terdesak akan kibarkan bendera dan kempen ini terus mendapat sambutan, jadi ia tidak menjadi masalah untuk saya. Netizen lebih bijak memahami.Saya juga hendak menegaskan kempen ini tidak ada kena-mengena dengan propaganda politik. Jika ya, saya akan menyuruh menaikkan bendera politik dan bukan bendera putih.Bendera putih diangkat untuk memberitahu keadaan getir masyarakat yang memerlukan bantuan bukan merujuk kepada kerajaan gagal seperti didakwa.Kempen bendera putih ini tidak patut dipolitikkan kerana kita semua berada dalam keadaan yang susah dan kerana itu, kita harus bersatu untuk menangani bencana ini.Ramai turut menyokong kempen ini terutamanya warganet di media sosial. Adakah ini dapat membantu lebih banyak golongan sasaran?Saya rasa cara ini amat berkesan kerana ramai yang nak tolong tetapi tidak tahu siapa yang betul-betul memerlukan. Tidak dinafikan, banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan dalam kesusahan namun mungkin tidak menyeluruh dan secara rawak yang menyebabkan ada golongan yang tercicir.Saya percaya pihak bertanggungjawab mempunyai senarai bantuan kepada golongan yang memerlukan namun ketika ini sangat ramai orang yang susah yang sukar dikenal pasti dan tidak tersenarai dalam golongan bantuan sedia ada. Jadi dengan mengangkat bendera putih, pasukan bantuan lebih mudah untuk mengenal pasti mereka.Ada juga pihak mengatakan tak perlu kibarkan bendera putih dan hanya hubungi wakil-wakil di kawasan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan untuk melaporkan kesulitan yang dihadapi. Adakah Nik Faizah setuju dengan tindakan ini?Saya tidak setuju kerana cara itu sudah pun berjalan sebelum ini namun masih kurang efektif dan kita lihat keadaan tidak membantu. Ramai yang susah sekarang ini sampai bunuh diri mungkin kerana tidak ada tempat untuk mengadu dan sukar untuk melaporkan apa yang terjadi pada mereka.Kadangkala, lokasi juga memainkan peranan. Mereka yang berada di pedalaman sukar untuk keluar dan faktor perintah kawalan pergerakan (PKP) yang harus mengisi borang untuk ke suatu lokasi di samping sekatan jalan raya menyebabkan kesukaran untuk meminta bantuan.Setakat ini berapa ramai yang mengibarkan bendera putih yang telah dibantu oleh AWAN?Kami membantu dan mewakili seluruh negeri Kelantan. Setiap hari akan ada yang mengangkat bendera putih. Untuk minggu ini sahaja sebanyak 170 pek makanan telah diagihkan di Tiong, Lubuk, Guntong Lipat, Pengkalan Chepa, Tanah Merah, Tumpat dan Langgar.Kami bergerak dengan kerjasama NGO di mana bantuan kami agihkan ikut keperluan setempat. Tidak dinafikan, kami juga kekurangan dana di mana kami cuma siapkan bakul makanan di rumah AWAN bila ada sumbangan orang ramai. Yang bekerja pun semua sukarelawan dan masa tak menentu.Pasukan AWAN bersama Nik Faizah akan bergerak menghantar bantuan di seluruh negeri Kelantan sebaik menerima sumbangan daripada orang ramai.Oleh itu, timbul idea bendera putih ini supaya jiran tetangga juga dapat saling membantu dengan segera selain mengharapkan sumbangan NGO.Ada atau tidak golongan M40 yang turut mengibarkan bendera putih kerana memerlukan pertolongan?Semestinya ada. Di Kelantan, yang ramainya adalah yang dulu bekerja tetapi sekarang sektor mereka tidak dibenarkan beroperasi jadi untuk beberapa bulan ini mereka tidak ada sumber pendapatan.Apa perasaan Nik Faizah bila tengok kempen ini tular lalu orang awam pula membantu mereka yang dalam kesusahan?Saya tidak menyangka ia akan menjadi tular dan amat bersyukur kepada semua yang menyokong kempen ini sama ada artis, 'influencer', ahli politik dan tak lupa juga beberapa orang dari pihak kerajaan.Sepatutnya perkara inilah yang kita buat dan saya berharap selepas ini tidak ada pandangan negatif terhadap kempen ini untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.Adakah inisiatif kempen ini memudahkan lagi pemimpin atau pihak bertanggungjawab di kawasan mereka dalam mengenali golongan sasaran?Ya, saya rasa kempen ini lagi memudahkan pemimpin atau Yang Berhormat (YB) di kawasan mereka untuk membantu golongan tersebut.Apabila adanya bendera putih di rumah sebagai simbol, ia memudahkan orang ramai untuk lebih 'alert' dan merupakan cara efektif untuk mencapai sasaran.Apa pandangan atau nasihat Nik Faizah kepada golongan yang mungkin ingin mengibarkan bendera putih tetapi masih berasa was-was atau malu dengan keadaan mereka? Saya nasihatkan mereka yang malu nak angkat bendera ini untuk berfikiran positif dan tidak fikir akan tohmahan orang. Kita tengok keadaan kita, jika terdesak, kita minta sahaja bantuan. Perkara ini tidak menyalahi undang-undang dan agama. Apa salahnya mengangkat bendera putih?Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499) | 4 | 05 Julai 2021 08:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/147938/berita/wawancara/bincang-isu-bendera-putih-bunuh-diri | Bincang isu bendera putih, bunuh diri | [WAWANCARA] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak termakan dakyah golongan antivaksin.Jelas beliau, kerajaan mahu memastikan kesihatan seluruh rakyat terpelihara dan tidak mempunyai sebarang niat lain.“Kalau Mok Teh, Mok De nak minum air kelapa, air zamzam, makan habbatus sauda, atau apa sahaja herba, silakan.“Tapi pastikan daftar dan hadir untuk vaksinasi. Ini ikhtiar kita dalam melawan pandemik Covid-19 yang disepakati majoriti ulama di seluruh dunia,” kata beliau dalam Wawancara Bersama Sinar Ahad.Zulkifli turut mengupas dua isu paling hangat di Malaysia sekarang iaitu insiden bunuh diri dan kempen bendera putih.SINAR AHAD: Akhir-akhir ini insiden bunuh diri semakin menjadi-jadi. Apakah nasihat Datuk Seri dan bagaimana kita boleh mengatasi masalah kesihatan mental ini?DR ZULKIFLI: Ibu bapa dan keluarga terdekat perlu memberi sepenuh sokongan kepada pesakit mental.Antara yang boleh diusahakan adalah menambah ilmu pengetahuan berhubung kesihatan mental, memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka, tidak meminggirkan mereka sama sekali dan “mengkeluargakan mereka” dalam aktiviti seharian terutamanya ibadah dan hubungan sosial.Kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan mental, kami mendoakan semoga anda terus tabah dan sabar menjalani musibah yang melanda.Elakkan sebarang bisikan atau lintasan untuk melakukan perkara yang negatif. Yakinlah dengan firman-Nya:“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah al-Syarh: 5-6)Ibn Rajab al-Hanbali meninggalkan kepada kita satu pesanan yang cukup terkesan tentang betapa pentingnya bersabar dalam menempuhi kesukaran hidup.Menurutnya: “Jika kesempitan itu semakin berat dan sukar, seorang hamba akan berputus asa. Demikianlah keadaan makhluk yang tidak mampu menyingkap keluar daripada kesukaran. Dan dia menggantungkan hatinya kepada Allah SWT semata-mata.“Inilah hakikat tawakkal kepada Allah SWT. Inilah yang menjadi sebab-sebab terbesar untuk tercapainya hajat-hajat. Ini kerana Allah SWT akan mencukupkan orang yang bertawakkal kepada-Nya.“Firman Allah SWT: ‘Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/493).Pakar kesihatan mental dan agamawan juga perlu sentiasa duduk semeja bagi memperkukuh usaha-usaha rawatan dan pemulihan.Kaedah rawatan yang tepat daripada pakar dan pendekatan kerohanian yang sesuai daripada agamawan adalah salah satu inisiatif yang mungkin boleh difikirkan dari sudut psikospiritual Islam.Program Mus'adah telah menghulurkan bantuan bernilai lebih RM522 juta sejak Mac tahun lalu.Minggu ini timbul polemik berhubung kempen bendera putih. Ada sesetengah ahli agama berpendapat perkara itu tidak wajar dilakukan kerana ia menunjukkan umat Islam telah berputus atas. Apa pandangan Datuk Seri?Apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.Bukan masanya untuk kita bertelagah tentang boleh atau tidak mengangkat bendera.Saya tidak kata ia betul atau salah. Kita tidak perlu larut dan hanyut dengan isu sehingga tanggungjawab sebenar untuk memastikan ada makanan di setiap meja dalam rumah, terabai.Ketika negara bersungguh-sungguh menjalankan program imunisasi Covid-19, masih wujud golongan antivaksin termasuk ahli agama sendiri yang menghasut masyarakat supaya tidak mengambil vaksin. Apa komen Datuk Seri?Perbezaan pandangan sentiasa wujud selagi adanya manusia, namun apa yang penting adalah kaedah mengurus perbezaan tersebut.Saya lebih suka jika kelompok yang menolak vaksin dapat bersama-sama memahami isu vaksin ini dengan lebih berhati-hati dan terperinci berpandukan sumber yang berautoriti.Bukan hanya berpandukan blog, YouTube dan sebaran WhatsApp yang tidak diketahui sumbernya.Al-Imam al-Tabari ketika menghuraikan maksud fatabayyanu (maka kalian selidiklah!) dalam Surah al-Hujurat ayat 6 dengan menyatakan, “perlahan-lahan sehingga kalian ketahui kesahihannya, jangan tergesa-gesa menerimanya.”Mengapakah mereka terlibat sebagai kumpulan antivaksin?Saya bersangka baik, mereka ada semangat yang tinggi dalam mengamalkan agama sepenuhnya dalam hidup, tetapi apa yang lebih penting adalah ilmu bagaimana untuk mengamalkan agama. Akhlak dan adab juga adalah elemen yang penting.Keputusan hukum berkenaan vaksin ini bukan dibuat oleh seorang dua ulama di Malaysia tetapi majoriti ulama di seluruh dunia dan badan-badan fatwa yang berautoriti berdasarkan hasil kajian demi kajian dengan kerjasama para saintis.Jika hal ini difahami dengan baik, tenang dan tidak bermula dengan sangkaan buruk, saya yakin isu ini boleh diterima dengan baik.Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memberi kefahaman yang lengkap berkenaan isu ini.Bagi kami di pihak agensi agama, banyak yang telah dan sedang dilaksanakan.Antaranya penerangan melalui Forum Perdana Ehwal Islam, khutbah Jumaat, ceramah, penulisan buku (Soal Jawab Fiqh Covid-19) dan majalah (Hukum Pengambilan Vaksin Covid-19, Isu Penjarakan Fizikal Dalam Solat di Masjid dan Surau; serta Takut Allah atau Takut Covid-19?) Kesemuanya boleh dimuat turun secara percuma di www.mira.gov.my. Kami juga ada bekerjasama dengan pendakwah selebriti bagi menyebarluaskan lagi kempen kesedaran vaksinasi melalui Twitter, Instagram dan TikTok.Apakah nasihat Datuk Seri kepada mereka yang telah termakan hasutan daripada kumpulan antivaksin ini?Kerajaan tidak ada niat lain melainkan untuk memastikan maslahah rakyat secara umumnya terpelihara.Para ulama dan mufti kita juga semuanya ikhlas berhempas pulas membuat kajian dan perbincangan untuk memastikan usaha membina imuniti kelompok berhasil melalui vaksinasi.Kalau Mok Teh, Mok De nak minum air kelapa, air zamzam, makan habbatussauda, atau apa sahaja herba, silakan. Tapi pastikan daftar dan hadir untuk vaksinasi.Ini ikhtiar kita dalam melawan pandemik Covid-19 yang disepakati majoriti ulama di seluruh dunia.Datuk Seri boleh ulas sedikit tentang agama Islam di negara ini yang dilihat dipermainkan oleh individu tertentu, terbaharu kalimah takbir diubah menjadi ‘take beer’.Apa jua isu yang timbul boleh diselesaikan dengan baik jika ia tidak dimanipulasi untuk tujuan tertentu.Kita kena faham, pihak yang memprovokasi sudah pasti bertindak sedemikian bagi mencetuskan kemarahan dan tindak balas kelompok lain.Sekiranya kita memberi reaksi yang keterlaluan, itu sudah akan “modal” bagi pihak tersebut untuk menyatakan, inilah ajaran Islam!Terima dan urus persepsi, provokasi dengan bijak. Usah jadikan nilai diri kita seperti pihak yang memprovokasi atau lebih rendah daripada itu.Negara kita ada undang-undang dan kita yakin akan kebijaksanaan pihak berkuasa.Program Mus’adah 1.0 dan 2.0 telah mengagihkan sejumlah RM522 juta ke seluruh Malaysia dan RM3.3 juta kepada Palestin. Boleh Datuk Seri jelaskan lebih lanjut?Banyak pihak terkejut dengan angka yang saya nyatakan baru-baru ini tetapi saya ingin jelaskan, dengan kerjasama yang jitu oleh agensi-agensi agama peringkat Persekutuan, apa jua yang dihasratkan akan berhasil.Alhamdulillah, kami mengagihkan bantuan ke seluruh Malaysia sejak 18 Mac 2020 tanpa henti sehingga hari ini.Agihan bantuan ini adalah dalam bentuk wang tunai, dana perniagaan, latihan kemahiran, bank makanan, makanan sedia untuk dimakan, wakaf kesihatan (katil dan monitor ICU, ventilator dan peralatan perubatan lain), projek baik pulih dan bina rumah, bantuan komputer riba dan sebagainya.Bantuan diberikan kepada 10 kelompok sasar di seluruh negara merentasi agama dan bangsa.Musa’adah 1.0, 2.0 dan 3.0 adalah inisiatif kecil daripada pihak kami sebagai pelengkap kepada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi daripada kerajaan yang berjumlah RM340 bilion kepada rakyat Malaysia.Bagi Mus’adah 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021 sempena Sekatan Pergerakan Penuh, saya menyasarkan bantuan yang lebih giat untuk diagihkan ke seluruh Malaysia di samping kelompok sasar terbaharu iaitu rakyat Palestin di Malaysia dan di bumi Palestin.Kami peruntukkan RM550,000 bantuan sekali beri (one-off) kepada keluarga Palestin di Malaysia, RM1 juta kepada para pelajar Palestin dan Syria di universiti tempatan terpilih, RM1.4 juta untuk NGO-NGO terpilih yang mengusahakan bantuan terus ke Palestin dan lain-lain.Saya mahu masyarakat tahu ke mana perginya zakat, infaq, wakaf dan lain-lain yang disumbangkan kepada agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya. Semuanya saya laporkan dalam Kad Laporan Bulanan kami.Zulkifli (tengah) memimpin bacaan doa ketika menziarah keluarga susah atau ditimpa musibah.Masih ada pihak yang tidak puas hati mengenai larangan solat Jumaat ataupun langkah mengehadkan bilangan jemaah semasa PKP. Mereka kata kerajaan berdosa. Apakah penjelasannya?Keputusan pihak berkuasa agama negeri dan Persekutuan mengehadkan solat Jumaat adalah berdasarkan ijtihad ulama dan para mufti yang bersandarkan fakta serta hujah.Pandangan Ashab Al-Samahah Mufti-Mufti kita adalah ijtihad mereka.Ini bukan ijtihad individu tapi diputuskan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam. Kemudian diperkukuhkan lagi dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri masing-masing yang telah disembah maklum kepada baginda sultan dan raja negeri masing-masing.Tidak timbul dosa di pihak mufti dan kerajaan, apatah lagi orang awam. Ijtihad ini dibina atas dalil dan hujah.Dalam majalah Al-Bayan Isu Penjarakan Fizikal Dalam Solat di Masjid dan Surau keluaran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya senaraikan sebahagian para ulama dan badan fatwa dunia yang mempunyai ijtihad yang sama.Palestin, Turki, Indonesia dan sekalian negara Islam menetapkan penjarakan fizikal dalam solat. Malah ia juga dilaksanakan di Tanah Suci Mekah dan Madinah.Maklumat yang diperoleh oleh para ulama dan mufti kita bukan daripada YouTube, WhatsApp tetapi maklumat primer. Jika ia salah pun, ia adalah ijtihad yang kukuh kerana ia ijtihad yang bersifat jama’i (berkumpulan). Majoriti ulama bersepakat.Ada segelintir dalam masyarakat yang memaksa masjid dan surau dibuka seluas-luasnya kerana bagi mereka, penutupan sementara dan mengehadkan kapasiti masjid dan surau ini seolah-olah menutup rahmat Allah. Masjid dan surau perlu dibuka dan diadakan doa munajat beramai-ramai.Jika mereka mengambil masa untuk bertenang dan meneliti huraian para ulama dalam isu ini, saya pasti ada banyak manfaatnya. Ibnu Hajar al-Asqalani mengkritik amalan berkumpul dan berdoa beramai-ramai yang dilakukan oleh warga Damsyik ketika wabak taun di sana pada tahun 749 Hijrah.Malah selepas amalan tersebut diadakan, wabak taun merebak dengan lebih dahsyat selepas itu.Umum juga tahu kes jemaah bersolat dalam gelap di masjid, menyembunyikan selipar, mengabaikan SOP selepas solat, mengakibatkan banyak kes positif baharu wujud.Solat, doa dan bermunajatlah di rumah masing-masing bersama keluarga. Insya-ALLAH pahala berjemaah tetap ada.Sampai masanya, masjid dan surau tetap akan dibuka seperti biasa. Semua sayangkan rumah ALLAH, namun jika makin ramai yang dijangkiti jika SOP diabaikan, siapa lagi yang tinggal untuk mengimarahkannya?Setakat ini hanya jemaah yang disuntik vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan fardu haji. Bagaimana dengan vaksin Sinovac?Kita akan berbincang dan berunding dengan Arab Saudi untuk mempertimbangkannya. WHO baru sahaja mengiktiraf Sinovac.Para ulama Majma’ al-Fiqh al-Islami al-Duali di bawah OIC juga mengiktirafnya.Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa semua vaksin yang diiktiraf WHO seperti Pfizer, AstraZeneca, Moderna, Johnson & Johnson, Sputnik, Sinovac dan Sinopharm adalah selamat digunakan.ANEKDOTSekeluarga khatam al-Quran sepanjang lockdownSemasa menjawat jawatan mufti, saya gemar menulis dan membaca pada waktu lapang.Tetapi sejak diamanahkan sebagai menteri, ia bertambah kepada satu lagi aktiviti iaitu turun ke lapangan.Sejak mula dilantik, saya telah turun dari Perlis hingga ke Sabah untuk mengagihkan bantuan. Saya seorang Senator, tidak ada kawasan khusus.Jadi, saya anggap kawasan saya adalah seluruh Malaysia. Bantuan diagihkan seadilnya di setiap kawasan Parlimen dan DUN.Saya juga pastikan ada masa untuk bersama keluarga. Sebagai ‘familyman’, keluarga adalah segala-galanya bagi saya.Setiap hari selepas Maghrib, saya akan kumpulkan anak-anak dan isteri, baca al-Quran sama-sama dan berbincang tentang ayat-ayat al-Quran terpilih.Alhamdulillah sepanjang lockdown, kami dapat khatamkan al-Quran.Anak kampung jadi mufti dan menteriDilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 2014 dan sebagai menteri pada 2020 adalah peristiwa penting dalam hidup saya.ALLAH berikan saya peluang untuk menterjemahkan apa yang diteorikan selama ini kepada realiti. Ia juga peluang kepada saya untuk memberikan sumbangan sebaik mungkin kepada ummah. Saya cuma anak kampung dari Terengganu, yang satu ketika dahulu ada cita-cita yang besar untuk mengubah diri dan masyarakat.Banyak yang saya belajar sepanjang menjawat jawatan sebagai mufti dan menteri. Banyak kenangan manis, lucu, menyedihkan dan menggembirakan.Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499) | 4 | 04 Julai 2021 07:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/147600/berita/wawancara/suara-pemain-industri-aeroangkasa-segerakan-pembangunan-ltsaas | 'Suara' pemain industri aeroangkasa, segerakan pembangunan LTSAAS | [MUKADIMAH] Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) walaupun bukan lagi hab penerbangan nombor satu Malaysia, namun masih kekal sebagai aset paling strategik yang memberikan pendapatan berbilion ringgit kepada negara setiap tahun.Pada 7 Mei lalu, kerajaan dilaporkan terbuka menerima cadangan mana-mana pihak bagi tujuan mengembangkan aset, namun belum ada sebarang keputusan dibuat oleh kabinet.Bagaimanapun, ia membawa kepada spekulasi bahawa kerajaan mahu menjual atau memajak hartanah LTSAAS kepada pihak swasta.Isu penswastaan lapangan terbang itu bagaikan‘pisang goreng panas’ apabila ia mendapat respon daripada pelbagai pihak.Kementerian Kewangan akhirnya mengesahkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kekal sebagai pihak yang bertanggungjawab membangunkan aset LTSAAS sehingga tahun 2067.Persoalannya kini, bagaimanakah status pelan pembangunan di bawah MAHB itu dan bagaimana kontroversi tersebut memberi kesan kepada LTSAAS?Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy, menyingkap pelan pembangunan semula atau lebih dikenali sebagai Pelan Regenerasi LTSAAS dengan Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA), Naguib Mohd Nor.Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA), Naguib Mohd Nor menegaskan Pelan Regenasi perlu digesa kerana memberi impak yang besar terhadap pelabur aeroangkasa.SINAR HARIAN: Pada 7 Mei lalu, kerajaan dilaporkan terbuka menerima cadangan oleh mana-mana pihak bagi tujuan mengembangkan aset, namun belum ada sebarang keputusan dibuat oleh kabinet. Adakah cadangan itu akan memberi kesan kepada pelabur industri aeroangkasa?NAGUIB MOHD NOR: Semestinya ia memberi kesan kepada pelabur kerana industri aeroangkasa adalah industri yang berpandangan jauh di mana kesemua rancangan adalah pelan jangka panjang.Apabila dalam jangka masa itu wujudnya perkara-perkara yang merosakkan atau mengganggu pelan yang telah ditetapkan, proses membuat keputusan juga akan terjejas.Mungkin ada banyak perkara atau rancangan lapangan terbang Subang yang tidak bersesuaian dengan pelan-pelan yang sudah sedia ada daripada pelabur-pelabur industri.Oleh itu, tidak ada masalah jika ada syarikat ingin menswastakan LTSAAS dengan mempunyai pelan jangka masa panjang dan meneruskan pelan sedia ada. Namun, adakah perkara tersebut akan berlaku? Ini lah persoalan dan kebimbangan yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini.Adakah pihak MAIA bersetuju dengan tindakan pengerusi MAHB, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menggesa kerajaan supaya membatalkan hasrat menswastakan LTSAAS?Yang penting kepada industri aeroangkasa ketika ini adalah pelan regenerasi yang sudah dirangka atau hasil yang menjurus dan memberi kesan kepada pelan induk aeroangkasa itu.Kesan atau hasil yang hendak dicapai haruslah diteruskan oleh kerana pelabur-pelabur yang ada di situ sudah merancang pelaburan mereka mengikut pelan yang sudah dirangka.Oleh itu, jika ada yang menswastakannya dan tidak mengikut pelan lalu membuat pelan lain, ia agak menyukarkan ramai pihak.Jadi sebagai industri aeroangkasa, bukan tempat kita untuk mengatakan siapa yang patut bertanggungjawab dengan pelan itu sama ada swasta atau kerajaan namun isunya kita perlu mempercepatkan pelan tersebut.Apabila berlaku persoalan begini, banyak daripada pelan pelaburan syarikat yang sudah ada atau mahu melabur ke dalam lapangan terbang Subang akan tergendala.Bolehkah tuan menjelaskan secara terperinci apakah Pelan Regenasi LTSAAS yang telah dirangka?Pelan itu secara keseluruhannya untuk membangunkan lapangan terbang Subang sebagai dua perkara.Satu, hab aeroangkasa dari segi pembuatan dan penyelenggaraan. Kedua, hab penerbangan ‘business airline’ seperti Air Asia atau Malaysia Airlines (MAS).Dalam pelan tersebut, ia akan menaiktaraf beberapa perkara dan membina fasiliti untuk industri pembuatan dan penyelenggaraan.Ia sudah siap dirangka, namun saya masih belum mendapat data secara terperinci. Ada 46 ekar kawasan kosong di sekitar kawasan lapangan terbang Subang yang akan dibangunkan untuk tujuan pembuatan dan penyelenggaraan.Bagaimanakah pelan itu dapat membantu mengekalkan LTSAAS sebagai aset strategik negara?Pelan ini mempunyai ‘timeline’ tertentu di mana jangkaan ‘air traffic’ atau jumlah penerbangan untuk penambahan mempunyai kerangka tertentu untuk jangka masa di mana penerbangan-penerbangan dari Subang akan meningkat.Dalam masa yang sama, untuk memenuhkan kawasan industri dengan pemain-pemain aeroangkasa dari segi pembuatan dan penyelenggaraan pesawat.Apakah perbezaan dan tujuan Pelan Regenasi LTSAAS dengan Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) serta Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030?Subang adalah kawasan strategik dalam industri aeroangkasa Malaysia yang terangkum dalam ‘Malaysia Aerospace Blueprint’. Ia adalah pelan industri secara menyeluruh iaitu pembuatan dan penyelenggaraan pesawat yang mempunyai nilai 'revenue' sebanyak RM16.4 bilion setahun sebelum Covid-19.Semua pelan di bawah pelan industri adalah tanggungjawab kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mempunyai motif yang sama.Sesi dialog dan lawatan kerja pemain Industri Aeroangkasa bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Julai 2020.Ia antara komponen-komponen untuk dicapai pada tahun 2030 untuk industri aeroangkasa Malaysia dan nilai pendapatan industri adalah RM55.2 bilion.Adakah MAIA bersetuju sekiranya LTSAAS diswastakan atau diambil alih oleh mana-mana pihak? Dan adakah ia akan menyebabkan kesan buruk dan kerugian yang banyak seperti dakwaan Kesatuan Pekerja-pekerja Malaysia Airports Semenanjung (Kesma) iaitu kerugian RM11.9 billion?Dari segi operasi lapangan terbang mungkin boleh menyebabkan kerugian sebanyak itu, namun ia tidak akan memberi kesan kepada industri pembuatan dan penyelenggaraan kerana ia merupakan industri yang berbeza. Kebimbangan industri ini adalah lebih kepada pelan yang tidak menjadi.Jadi ia lebih kepada tidak berkembang berbanding rugi di mana motif pelan regenasi adalah untuk memperkembangkan lagi dan meningkatkan pendapatan semua syarikat, baik penerbangan atau pembuatan dan penyelenggaraan di Subang.Selain itu, masalah yang mungkin berlaku adalah apabila pelabur asing membuat pelan jangka masa panjang dan jika pelan mereka dikacau, mereka akan bertukar fikiran.Jika itu berlaku, tentunya akan ada kerugian terhadap Malaysia.Oleh itu, pelan regenerasi ini perlu disegerakan.Apakah tindakan terbaik untuk memastikan LTSAAS kekal sebagai hab aeroangkasa antarabangsa?Tindakan terbaik adalah untuk meneruskan pelan-pelan yang sudah dirangka itu oleh pihak bertanggungjawab. Masalah dalam jangka masa terdekat ini adalah tidak ada keputusan dibuat. Semakin lama keputusan tidak dibuat, ia akan memberi kesan kepada industri kerana industri ini berterusan. | 4 | 02 Julai 2021 08:40am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/146589/berita/wawancara/zuraida-legakan-peniaga-kecil | Zuraida legakan peniaga kecil | [WAWANCARA] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh dikatakan sebagai kumpulan barisan hadapan dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.Selain perumahan rakyat, di bawahnya bernaung pasukan bomba yang terlibat secara langsung dalam program sanitasi. Nasib kira-kira 500,000 penjaja dan peniaga kecil pula sebahagiannya terletak di tangan 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.Dalam Wawancara Bersama Sinar Ahad minggu ini, Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin bercakap mengenai usaha untuk membantu peniaga kecil yang teruk terjejas akibat wabak, isu harga rumah yang terlalu mahal, dan tidak ketinggalan menjawab tohmahan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebuah kerajaan yang gagal.Wawancara itu dikendalikan oleh Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Zamri Rambli; Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain serta Nur Iftitah Rozlan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimana YB melihat peranan KPKT dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara seperti dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini yang menyasarkan pembukaan penuh semua sektor pada penghujung tahun ini?ZURAIDA: Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri mempunyai nilai ambang iaitu untuk mencapai 10 peratus penerima vaksin pada fasa pertama, 40 peratus sampai ke Ogos, dan 60 peratus sampai ke Oktober.KPKT banyak terlibat dengan orang awam peringkat akar umbi, daripada isu perumahan, kerajaan tempatan, isu sampah dan bomba. KPKT boleh memanfaatkan jabatan-jabatan ini untuk normalisasikan rakyat supaya segera menyambut kempen vaksin ini.KPKT turut mengambil inisiatif menggerakkan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) dengan menggariskan empat komponen. Yang pertama ialah unit panggilan iaitu sukarelawan dengan kerjasama Penggerak Komuniti Negara (PKN).Contohnya, berdasarkan tinjauan saya, seramai 10,000 orang di Kedah dan Kelantan ketika itu mencatatkan lebih kurang 30 peratus ketidakhadiran. Jadi ada keperluan untuk kita gunakan unit panggilan. Sukarelawan ini akan menghubungi nombor-nombor yang sudah dapat temu janji tetapi masih belum memberi keputusan untuk hadir.Yang keduanya, mereka yang perlu menerima dos kedua tetapi tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ketiga, yang sudah mendapat temu janji tetapi tidak hadir. Jadi kami akan cuba hubungi mereka. Bila kita buat begini di PPV Ampang Indah, hampir 98 peratus berjaya dihubungi dan peningkatan kehadiran naik hingga 30 peratus.Komponen kedua ialah unit mobilisasi di mana pasukan ini akan membantu mengambil mereka yang mengalami kesukaran untuk hadir ke PPV seperti tidak mempunyai kenderaan, rumah yang jauh dan sebagainya.Komponen ketiga ialah pasukan ‘reach out’ atau jangkauan kepada komuniti. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab terhadap perumahan strata yang mempunyai data persatuan-persatuan penduduk. Melalui ini juga, mereka akan membuat panggilan kepada penduduk. Kita akan turun padang ke rumah strata, rumah flat dan sebagainya untuk melihat data penduduk dan mengenal pasti individu yang sudah mendaftar atau belum. Yang keempat adalah ‘mobile unit’ iaitu klinik bergerak di mana kita mempunyai 12 bas.Datuk ada menyebut tentang sukarelawan, setakat ini adakah jumlah sukarelawan itu memadai untuk menjayakan program vaksinasi ini?Insya-ALLAH, Penggerak Komuniti Negara ada seramai 300,000 anggota di seluruh negara mengikut daerah Parlimen. Mereka telah terlatih dari segi kerja-kerja kebajikan dan lapangan. Ia sama seperti menjalankan kempen pilihan raya di mana mereka perlu turun padang untuk jumpa orang. Kita menggunakan kaedah yang sama, cuma ini adalah kempen vaksin Covid-19.ZuraidaBagaimana pula PBT dapat membantu kerajaan untuk mainkan peranan?Kita hendak membantu golongan peniaga-peniaga kecil di pasar malam dan pasar tani yang ketika ini masih lagi dalam kawalan di mana mereka tidak boleh berniaga. Jadi, program akan datang yang telah diatur Insya-ALLAH Julai nanti adalah untuk memberi vaksin kepada peniaga-peniaga kecil di PBT seluruh negara.Kita ada 155 PBT, dan ada 500,000 peniaga kecil. Untuk program ini, kita akan fokus kepada peniaga-peniaga kecil. Kerana kalau kita tunggu sampai Oktober, empat bulan mereka tiada pendapatan. Jadi kita kena bantu mereka terima vaksin supaya mereka boleh berniaga.Kita akan tumpukan di negeri Selangor kerana angka di sini masih lagi lagi dan aktiviti di Selangor dari segi mobilisasi agak lemah. Jadi pasukan MOVAC telah ditugaskan untuk fokus di negeri Selangor dahulu.Dari segi bantuan di peringkat KPKT, bermula Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) 1.0 pada Mac 2020, memang sudah diberi insentif seperti insentif lesen, sewa, dan sebagainya. Saya rasa kali ini lebih efektif kalau kita mempercepat pemberian vaksin. Jadi cepat mereka boleh bergerak dan menjalankan perniagaan.Baru-baru ini program sanitasi Covid-19 di bangunan dan tempat awam oleh pihak bomba mendapat sedikit kecaman. Apa komen YB?Bomba buat kerja sanitasi bukan secara membabi buta. Mereka ikut prosedur operasi standard (SOP) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bahan kimia yang disarankan juga adalah mengikut SOP perubatan.Ini adalah program sanitasi, maknanya segala jenis kuman akan disanitasi. Jadi kepada orang yang komen lebih, turun padang dengan kita. Sanitasi ini adalah satu langkah menyahkuman yang dapat membunuh semua jenis kuman yang ada.Saya juga berpegang kepada usaha ini. ALLAH SWT juga menyuruh kita berusaha. Menyahkuman juga akan menjadi norma baharu di mana rakyat perlu diajar untuk sentiasa sanitasi dan jaga kebersihan. Setakat ni, kita sudah laksanakan 25,000 program sanitasi melibatkan 300,000 ke 500,000 bangunan. Jadi kenapa jadi isu? Jangan pertikaikan usaha orang.Kita akan teruskan. Ada juga permintaan daripada sekolah, pasar dan kediaman tertentu yang meminta kita turun untuk sanitasi. Kita kena faham, ini adalah aktiviti menyahkuman. Jadi tidak kira apa jenis kuman akan disanitasi.Saya tidak mempunyai butiran kos yang tepat, tapi dari Mac 2020 dulu kita menerima sumbangan bahan kimia sebanyak 1,000 liter, dan sehingga sekarang belum habis lagi.Bercakap mengenai perumahan, dalam tempoh setahun lebih ini, bagaimana kesan pandemik terhadap harga dan pasaran rumah?Dari segi pasaran, rumah-rumah yang dibina KPKT kita memang beri moratorium. Kita kecualikan sewa sampai sekarang dan masih lagi dipanjangkan. Dari segi harga rumah, ia tetap sama. Kempen Home Ownership pula memang diteruskan sehingga hujung tahun ini.Kempen ini membantu untuk meneruskan jualan rumah. Di peringkat KPKT, kita ada PR1MA, SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) dan sebagainya. Jualan PR1MA juga sangat bagus berbanding sebelum Covid-19.Dari segi harga rumah, tiada beza. Dalam kempen Home Ownership, diskaun adalah kurang daripada 10 peratus. Ada yang sampai 20 ke 30 peratus. Tetapi projek-projek baru tidak dapat diteruskan disebabkan Covid-19. Dari segi industri perumahan, ia tidak terlalu terjejas kerana kebiasaannya mereka yang hendak membeli rumah sudah pun mempunyai wang simpanan.Dari segi pembelian rumah, antara isu yang pernah berbangkit ialah banyak rumah yang tidak terjual. Apakah situasinya?Sebelum Covid-19, memang masalah itu sudah timbul. Sebab itu kita adakan kempen Home Ownership. Sekarang pemaju sudah tidak membina rumah berharga RM500,000 ke atas.Selepas 2018, pemaju sudah mula buat rumah RM500,000 ke bawah kerana mereka faham keperluan untuk membina rumah RM500,000 ke bawah dan bukan sebaliknya. Ketika itu mungkin ekonomi sangat bagus, jadi mereka buat rumah mahal-mahal mencecah RM1 juta. Jadi ada perubahan dari segi sasaran pemaju untuk membina rumah yang lebih murah.Kita faham semenjak saya jadi Menteri Perumahan, bukan rakyat tidak mampu, isu utamanya adalah untuk mendapatkan pinjaman bank kerana kebanyakan golongan yang membeli rumah berharga RM300,000 ke bawah adalah dalam kalangan peniaga kecil. Mereka tidak mempunyai dokumen untuk menyokong permohonan pinjaman. Oleh itu bank tidak luluskan. KPKT menganggapnya satu kerugian.Saya lihat peniaga kecil ini ada duit sebenarnya. Tapi kerana bank tidak meluluskan permohonan mereka untuk membeli aset, jadi duit itu tidak dapat dimanfaatkan untuk mereka menjadi pemilik aset. Mereka belanjakan duit ke atas perkara yang tidak perlu seperti tukar telefon bimbit dan kereta baharu.Saya sentiasa minta Bank Negara tolong golongan ini dalam urusan pembelian rumah. Kita juga buat skim Rent-to-Own (RTO) yang membolehkan mereka membayar sewa mengikut kadar tertentu dan selepas lima tahun, mereka diberi pilihan untuk membeli rumah tersebut. Namun, KPKT masih lagi memikirkan cara terbaik membantu terutamanya B40 dan M40 untuk membeli rumah.Wawancara Sinar Ahad bersama Zuraida baru-baru ini.Baru-baru ini ada usaha untuk menggerakkan kempen #KerajaanGagal. Pada pandangan Datuk, betulkah kerajaan sekarang gagal?Kita hendak tanya, apa yang kita (kerajaan) gagal? Apa yang kita gagal dan apa yang pembangkang berjaya? Cuba cakap dengan saya, kalau kerajaan Perikatan Nasional gagal, apa yang pembangkang berjaya?Adakah mereka berjaya untuk mencapai objektif, katakan bantu negeri pembangkang, Selangor capai angka kosong kes Covid-19 pada Julai? Pulau Pinang, Negeri Sembilan, contohnya katalah mereka buat sasaran bahawa mereka boleh buat vaksinasi ini lebih banyak daripada kerajaan Pusat. Jadi, ini semua cakap-cakap politik yang tidak disokong dengan usaha konkrit dan fakta-fakta.Sejak hari pertama Datuk di KPKT, soalan pertama yang ditanyakan ialah bagaimana dengan kes Adib. Adakah kes ini dapat diselesaikan ataupun ia sebenarnya terlalu rumit untuk dirungkai?Memang kita sudah berusaha ketika itu. Saya berjaya membawa kes Adib ke peringkat inkues, kalau tidak kes itu sudah ditutup sebagai satu kemalangan.Oleh sebab saya tidak puas hati dengan penjelasan itu, saya pengerusikan satu mesyuarat selepas insiden Adib meninggal dunia pada tahun 2019, yang dihadiri pihak polis, forensik perubatan, bomba dan sebagainya.Di situ saya kata selagi kita tidak nampak bukti bahawa siapa yang pukul, siapa yang sebabkan kematian dan sebagainya, selagi itu saya tidak boleh benarkan kes ini ditutup sebagai kemalangan. Jadi sebab itu dibuat inkues.Dalam prosedur inkues, koroner putuskan ini memang disebabkan kesalahan jenayah, jadi kes diserahkan kepada polis untuk buat siasatan semula. Ketika itu, kerajaan PH tidak boleh cari siapa kerana tiada bukti, tiada video, tiada apa yang hendak menunjukkan Adib ada yang pukul atau ada orang aniaya dia untuk kita dakwa, dan kes itu terbiar.Jadi, waktu kerajaan PN, kita bangkit lagi sekali, saya katakan bahawa kita buka lagi kertas siasatan, jadi mereka dah buat siasatan sama lagi, tetapi mereka tidak temui sebab atau orang yang bertanggungjawab atas kematian Adib itu.Jadi keputusannya adalah kita akan cuba berbincang dengan keluarga Adib dan kerajaan akan melihat satu pampasan untuk keluarga Adib. Pada masa yang sama memberi jaminan sekiranya ada bukti baru kes ini akan dibuka balik untuk diteruskan perbicaraannya.Memang kita dari masa ke masa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jumpa keluarga Adib. Tetapi cadangan yang saya sebut tadi (pampasan untuk keluarga Adib), kerajaan belum berjumpa keluarga Adib secara rasmi.Pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi PR1MA oleh KPKT baru-baru ini telah dikritik kononnya kerajaan PN memberi terlalu banyak habuan politik kepada ahli Parlimen dalam GLC. Apa pendapat Datuk?Polisi kerajaan PN di bawah Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah memberi peluang kepada ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan menteri untuk memimpin GLC.Jadi mereka ini adalah sebahagian daripada kerajaan. Mungkin bagus untuk mereka berada di situ agar mereka faham tentang isu-isu dan permasalahan di situ.Jadi untuk Shahidan Kassim ini, beliau yang memulakan PR1MA semasa di bawah Pejabat Perdana Menteri yang dulu. Yang ini pun dia minta untuk ditugaskan di PR1MA, kemudian kita berikan ruang tapi ada pendekatan baharulah kerana masanya sudah tiba untuk kita buat satu anjakan yang berbeza dari segi model perniagaan dan pengurusan.Saya juga lantik Shahidan sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Nasional (NHC) kerana kita mahu mengangkat satu badan yang mana kita hendak buat satu entiti tunggal yang menjaga tentang perumahan. Jadi ini dalam peringkat kajian untuk menggubal undang-undang dan sebagainya.ZuraidaANEKDOTCabaran tiga tahun jadi menteriInilah kali pertama saya menjadi sebahagian daripada kerajaan (menteri). Saya dahulu 20 tahun Reformasi (PKR). Sewaktu kita dulu sebagai pembangkang, kita hanya tahu separuh daripada cerita dan melihat sesuatu isu daripada perspektif rakyat.Bila kita masuk kerajaan, kita faham pula perspektif daripada kerajaan. Jadi bila kita buat keputusan, kita kena ambil kedua-dua pandangan ini dan mencari satu keputusan yang adil untuk semua rakyat.Jadi kalau dulu kita selalu perjuangkan rakyat, di sini pula ada yang sektor perniagaan, korporat dan ini kita kena pertimbangkan juga pandangan mereka sebelum buat satu keputusan yang lebih jelas. Menteri bertanggungjawab kepada negara dan semua rakyat, bukan satu sektor sahaja. Perkara ini harus difahami semua.Kalau tanya apa yang saya rasa susah sekarang ialah birokrasi. Saya memang bukan orang birokrasi. Saya seorang yang mudah, saya buat keputusan cepat, saya buat kerja cepat. Birokrasi ini memang sedikit menyulitkan. Tetapi alhamdulillah di peringkat kementerian saya, mereka faham dan mereka menerimanya juga sebagai satu perubahan.Perspektif wanita untuk pembangunan negaraSebagai seorang pemimpin wanita, saya masih lagi memperjuangkan agenda wanita. Di peringkat KPKT sendiri, saya boleh menetapkan polisi yang dapat mengangkat martabat wanita. Saya menggunakan kuasa saya sebagai menteri. Contohnya, pelantikan Ahli Majlis (PBT), saya tetapkan sebanyak 30 peratus, kontraktor-kontraktor mesti ada wanita 10 peratus sekurang-kurangnya.Sebab itu saya selalu perjuangkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam Parlimen kerana pemikiran, perspektif wanita itu berbeza dengan lelaki. Wanita bukan hendak cakap pasal wanita sahaja. Tapi proses pemikiran wanita ini lain.Contohnya saya Menteri KPKT, saya lihat kepada infrastruktur. Kalau saya orang perempuan, saya tahulah saya pergi tandas orang perempuan. Orang lelaki tidak pergi tandas perempuan. Tapi saya lihat orang perempuan sekarang sudah ramai bekerja. Tandas orang lelaki dan wanita sama banyak tetapi barisan menunggu lebih ramai dekat tandas perempuan. Jadi, kalau orang perempuan tidak tengok, perkara ini tidak akan berlaku perubahan. Sebagai menteri, saya ada kuasa untuk menetapkan polisi pembinaan.Perspektif wanita itu penting untuk dibawa sekali dalam pembangunan negara. Jadi mesti ada lebih suara wanita untuk mewakili orang wanita dari segi perspektif pemikiran, bukan dari segi tentang isu wanita semata-mata.Sudah 13 tahun jadi Ahli Parlimen AmpangSaya pulangkan kepada pimpinan parti kawasan Parlimen mana saya hendak bertanding pada PRU15. Tetapi saya bersedia bertanding di Ampang untuk mengekalkan kerusi Parlimen Ampang. Saya rasa saya tidak ada masalah atau isu untuk bertanding di situ (Ampang) lagi.Alhamdulillah ini adalah tahun ke-13 saya di Ampang. Orang di situ sangat biasa dengan saya. Struktur sokongan saya juga kuat dari segi khidmat kepada rakyat. Ketika ini saya lihat secara puratanya rakyat Ampang berasa berpuas hati dengan apa yang telah kami berkhidmat kepada mereka. Jadi kita teruskan. Pejabat Parlimen Ampang saya buat kerja sepanjang tahun tanpa henti. | 4 | 27 Jun 2021 11:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/145240/berita/wawancara/lsquojangan-syok-sendiri-kuasa-hanya-diuji-apabila-seseorang-diberi-kuasarsquo | ‘Jangan syok sendiri, kuasa hanya diuji apabila seseorang diberi kuasa’ | [WAWANCARA] PELANTIKAN beberapa individu yang sama sebagai anggota lembaga pengarah beberapa anak syarikat dan subsidiari Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan.Dalam hubungan ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menjelaskan mengapa pelantikan tersebut tidak disenangi dan kenapa ia dilakukan oleh Mara.“Tidak ada menteri yang jaga Mara yang tidak dikritik. Sejak saya dilantik sebagai menteri yang kawal selia Mara saya tunggu saat ini tiba.“Tetapi saya tidak boleh memberi jaminan mereka yang kita lantik ini akan berjaya. Kenapa? Kerana jika nak tengok seseorang itu ada integriti atau tidak, nak mengetahui dia hebat atau tidak, uji dulu dengan kuasa.“Bagi dia kuasa baru kita tengok apa dia akan buat dengan kuasa itu. Tetapi barang diingat, kuasa dalam lembaga pengarah adalah kuasa yang kolektif. Kita ada sasaran dan mereka (ahli lembaga) perlu buktikannya,” tegas beliau.Ikuti Wawancara Sinar Ahad bersama Dr Abd Latiff yang diketuai oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman; Timbalan Pengarang Berita, Junhairi Alyasa; serta wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Nazrin Zulkafli di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Boleh Datuk terangkan tentang kontroversi pelantikan dua individu iaitu Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin sebagai ahli lembaga pengarah dalam beberapa anak syarikat Mara Corp?DR ABDUL LATIF: Sebenarnya bukan dua orang ini sahaja. Jika anda lihat carta, Mara Corp ditubuh pada tahun 2016 namun tidak banyak perubahan. Apabila Perikatan Nasional (PN) masuk, kita melihat semula peranan Mara Corp sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan.Apabila menjadi syarikat pegangan pelaburan, Mara Corp mesti mempunyai kumpulan-kumpulan anak syarikat yang berada di bawahnya. Disebabkan itu, Majlis Mara dan menterinya telah bersetuju supaya anak-anak syarikat yang semuanya dahulu di bawah Mara diletakkan di bawah Mara Corp.Usaha ini ada fasa satu dan fasa dua. Fasa satu melibatkan lapan syarikat antaranya Pelaburan Mara Bhd (PMB). Fasa kedua pula melibatkan tujuh syarikat, termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Di bawah PMB sahaja ada empat syarikat aktif. Syarikat yang aktif maknanya syarikat yang beroperasi.Syarikat lain yang agak besar ialah Rural Capital Berhad dan Mara Incorporated Sdn Bhd. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan dan pengurusan hartanah serta memiliki hotel di Kuala Lumpur iaitu Primiera Hotel. Semua syarikat ini ada yang bagus diurus dan ada yang tidak begitu bagus.Sewaktu Datuk Ibrahim Ahmad menjadi Ketua Pengarah Mara, beliau menubuhkan syarikat-syarikat ini supaya Mara terlibat dalam bidang keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan pembangunan sumber manusia. Empat perkara ini tidak boleh lari. Apabila kita bawa semua anak syarikat ini di bawah Mara Corp, Mara Corp perlulah kuat.Disebabkan itu, dalam Mara Corp terdapat 11 orang lembaga pengarah. Empat orang daripada pengawalseliaan antaranya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Ketua Pengarah (KP) Mara dan wakil Kementerian Kewangan (MoF).Pengerusi Mara Corp, saya kenal sejak 21 tahun dahulu apabila beliau menjadi KSU saya dan pernah menjadi Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad iaitu Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir. Beliau menjadi pengerusi tapi beliau pengerusi bukan eksekutif. Keputusan dibuat Mara Corp adalah keputusan eksekutif.Dibawa kepada Majlis Mara dan selepas setuju kemudian dibawa kepada saya sebagai menteri, ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak bersetuju. Saya membuat keputusan sentiasa dalam kerangka Akta Mara 1966.Abdul Latiff ketika diwawancara Sinar Ahad di Putrajaya.Ada dakwaan yang mengatakan dua individu dilantik memegang banyak jawatan dalam beberapa anak syarikat Mara Corp ini rapat dengan Datuk?Orang yang dikatakan rapat sebenarnya semua itu memang rapat. Mustahil menteri melantik orang yang dia langsung tidak kenal atau menteri akan melantik orang yang dia tidak kenal tetapi orang yang diperkenalkan itu akan kenalkan dan memberitahu bahawa individu ini bagus. Kalau ada yang mengatakan dua orang ini, saya ingat orang yang bercakap itu gerun dengan mereka ini.Kenapa? Saya tahu cerita dia. Saya tidak mahu beritahu anda kenapa dua orang ini diperkatakan walhal contohnya dalam syarikat Rural Capital dan orang lain yang duduk dalam (syarikat) ini. Saya tidak sempat nak kira (dua orang ini duduk dalam) enam atau tujuh (anak syarikat) tetapi yang lain itu sama sahaja.Dan mereka semua ini tidak dibayar walaupun duduk dalam lembaga pengarah. Kalau ada orang yang mengatakan mereka ini mahu mengumpul elaun, itu tidak betul disebabkan duduk di dalam Mara Corp ini hanya dapat RM2,500 sebulan sahaja dan ia tidak berbaloi kalau kena ‘balun’. Mereka berada di sana (sebagai ahli lembaga pengarah) kerana mencintai ummah.Kita sedar perkara-perkara yang rapat dengan orang Melayu iaitu klien kita, saya ingat Melayu dan bumiputera tidak ada yang tidak tersentuh oleh Mara sejak kewujudannya. Yang kata takut dengan dua orang ini sebenarnya saya rasa mereka takut dengan bayang-bayang mereka. Sama ada mereka takut dengan perubahan atau perubahan pengurusan.Dahulu di bawah Mara, sekarang di bawah Mara Corp. Jadi, orang-orang daripada Mara Corp mesti mahu mengetahui apa yang terjadi dalam syarikat, apa yang terjadi dalam Rural Capital.Saya bagi contoh, Rural Capital kita mempunyai lesen untuk mengutip hutang. Kita memberi pinjaman kepada pelajar. Semasa pra-Covid-19, mereka sangat efisien dan mengutip RM800 juta setahun. Kalau mereka tidak efisien, kita tidak boleh pusing (modal). Pada 2020, KP Mara memberitahu saya bahawa kutipan kita kurang. Sekarang kita mengutip RM544 juta, kebetulan pelajar kita tidak ramai yang kita mahu hantar ke luar negara kerana semua ditutup.Tetapi demi kebaikan ummah, mesti diteruskan. Sebab itu, ia perlu diurus dengan baik. Apabila syarikat induk dipertanggungjawabkan oleh induknya iaitu Majlis Mara tadi, maka tugas ini amat berat dan mereka perlu tahu apa yang terjadi dalam lembaga pengarah anak-anak syarikat.Terdapat ramai lagi calon yang terdiri daripada orang Melayu yang berkelayakan. Boleh Datuk jelaskan mengapa hanya dua individu ini yang diberikan peluang yang begitu besar?Saya ingin menerangkan di sini kita pernah menggunakan perkhidmatan agensi pencari bakat untuk mengenal pasti dan memilih individu terbaik dan berkelayakan. Bagaimanapun, akibat faktor tertentu yang tidak dapat saya terangkan di sini, individu tersebut telah kita tamatkan perkhidmatannya. Kita belajar bahawa walaupun proses yang dilaksanakan bagi mengenal pasti individu yang berkelayakan dilakukan secara telus tetapi adakalanya ia masih tidak menepati kehendak kita.Oleh itu, kita mengambil keputusan melantik mereka yang telah pun berada dalam Mara Corp. yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti. Maka dari situlah munculnya nama Datuk Suhaili dan beberapa individu lain yang didakwa dilantik atas kapasiti politik.Bagaimana Datuk melihat pelantikan dua individu ini dapat membantu anak-anak syarikat Mara Corp?Bukan dua individu sahaja, tidak betul. Anda tengok semula. Enam orang dalam pelbagai syarikat, bukan dua orang. Saya nak betulkan. Sudah tentu, anda kena tahu dalam carta Mara Corp, Suhaili adalah pengarah eksekutif yang dilantik mengikut keperluan. Jawatan itu diwujudkan kerana kita tidak melantik ketua pegawai eksekutif kumpulan. Apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mara Corp tiada, maka perlu ada lantikan. Kalau kita nak lantik, kita perlu bayar lebih banyak lagi.Jadi, memadai kita melantik pengarah eksekutif, tetapi pengarah eksekutif dibantu oleh pemangku ketua pegawai eksekutif. Kalau ada kehadiran Suhaili dalam mana-mana anak syarikat Mara Corp, itu menandakan bahawa syarikat itu perlu dipastikan operasi dan prestasi syarikat dilihat secara ‘mikroskop’.Tetapi apabila telah selesai proses transformasi nanti, terpulang kepada lembaga dalam Mara Corp untuk menarik semula orang-orang ini atau tidak. Kita meletakkan mereka di dalam lembaga anak syarikat bukan hanya dua orang ini tetapi enam orang secara bergilir-gilir bergantung kepada kepentingan dan fungsi anak-anak syarikat. Seperti Mara Liner. Siapa duduk dalam Mara Liner? Ada nama Suhaili? Tiada.Abdul Latiff AhmadPersoalannya, kenapa Suhaili dan Megat Shahriman perlu diletakkan di UniKL misalnya?UniKL ini sejak ditubuhkan keuntungannya sangat kurang. Itu pun diletakkan geran daripada kerajaan melalui Mara dalam laporan kewangan di bawah seksyen keuntungan sebelum cukai. Kalau tidak, rugi. Jadi saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak, sudah 19 tahun.UniKL ini universiti swasta, kalau universiti swasta, puratanya katakanlah universiti swasta yang diurus oleh orang Melayu seperti Management & Science University (MSU) keuntungan mereka sebanyak 30 peratus, City University juga 30 peratus, Taylors University, dan Limkokwing University of Creative Technology, saya ingat 40 peratus keuntungan.Kenapa yang diurus oleh Mara kurang daripada dua peratus. Saya sebagai menteri takkan saya mahu tengok sahaja untuk diteruskan perkara yang sama? Takkan saya mahu buat macam itu.Saya rasa pendapatan (UniKL) pra-Covid-19 adalah sekitar RM300 hingga RM400 juta setahun. Jadi, apa masalahnya itu? Kena betulkan. Bila anda mahu betulkan, adalah orang yang takut. Kita bukan mahu cari salah orang. Kita bukan mahu menghantar orang ke penjara kecuali mereka mencabar kita. Mereka yang dilantik ini pun bukan pengerusi. Mereka hanya dalam lembaga pengarah. Mereka mahu bantu UniKL.Adakah Datuk yakin individu-individu yang dikatakan berpengalaman ini berjaya membantu anak-anak syarikat Mara Corp?Belum lagi. Baru mula. Kalau sudah lama bermula, bolehlah ‘tembak’. Ini belum mula lagi, apa maksudnya? Siapa yang bangkang? Adakah orang di dalam UniKL yang takut dengan perubahan yang mungkin berlaku? Itu saya tidak boleh jawab. Sedangkan dalam anak-anak syarikat yang lain seperti PMB sudah lima tahun rugi. Saya tidak tahu sangat tentang pelaburan. Tetapi tahun lepas, dalam suasana Covid-19 boleh untung RM10 juta.Saya telah meletakkan Datuk Azrul Nizam Aziz yang memang mahu berkhidmat untuk negara sebagai pengerusi bukan eksekutif dibantu oleh pemangku ketua pegawai eksekutif, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin. Mereka telah melakukan tugas dengan baik.Jika anda cakap mereka ini ada hubung kait dengan politik, saya rasa ya. Tapi yang lain itu pun ada hubung kait dengan politik. Saya kenal mereka sebelum saya menjadi ahli politik. Kita tidak buat perkara baharu, cuma nak diurus cara baharu.Adakah pelantikan ini bertentangan dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) mengenai komposisi pelantikan ahli-ahli pengarah syarikat?Walaupun Mara Corp masih belum menjadi syarikat berhad, Mara Corp telah menjadikan MGCC sebagai panduan utama dalam pelaksanaan tadbir urusnya. Kita ini syarikat hibrid dan kita mengikut cara Khazanah Nasional Berhad. Kita tidak pernah lari daripada tugas-tugas pusat dan agensi penetapan. Mara Corp itu masih lagi di bawah akta syarikat yang perlu dipenuhi.Pihak yang menimbulkan isu ini bimbang dengan isu integriti. Bagaimana Datuk boleh memberi jaminan supaya pihak yang dilantik sebagai lembaga pengarah ini berintegriti tinggi?Anda bercakap mengenai integriti. Dalam surah al-Qasas, ada menyebut tentang ‘qawiyyul amin’, qawiy maksudnya kuat, amin itu amanah. Dia tidak kata ‘aminul qawiy’, amanah dulu kemudian kuat. Kuat mempunyai tafsiran macam-macam. Ada ilmu, ada kebijaksanaan, ada pengalaman, ada pendedahan kemudian disambung dengan amanah. Amanah ini kita menghasilkan satu sistem. Jadi apabila kita mewujudkan semua sistem, Insya-ALLAH. Tetapi saya tidak boleh memberi jaminan, kenapa?Apabila seseorang itu dilihat berintegriti, nak mengetahui dia hebat atau tidak, uji dulu dengan kuasa. Kuasa ini sangat bahaya. Anda tidak mempunyai kuasa anda senang cakap seperti saya boleh buat itu, ini dan macam-macam. Bagi dia kuasa. Kuasa dalam lembaga pengarah itu kuasa yang kolektif. Kita ada sasaran dan mereka perlu buktikannya. Orang datang dan pergi. Ahli lembaga pengarah tidak akan ada selama-lamanya. Menteri pun ada jangka hayatnya. Mungkin selepas ini saya tidak ada dah. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) katakanlah saya tidak bertanding atau digugurkan, habislah.Tetapi organisasi seperti Mara, Mara Corp, anak-anak syarikatnya seperti UniKL kena berterusan. Kita perlu pastikan sistem itu berjalan. Sistem ini berjalan bila ada sasaran. Kerana jika ada untung, ia akan memberi semula kepada ‘bapanya’.Sekarang ini kalau UniKL untung, beri semula kepada Mara dan Mara mendapat pendapatan serta membiayai semua pelajar dan membiayai usahawan.Mara ini seharusnya saling bergantungan dengan kerajaan. Ia tidak boleh ‘totally independent’ kerana sebahagian daripada perkara yang kita buat di Mara adalah bersifat sosiopolitik. Ia mempunyai agenda sosiopolitik. Saya boleh pilih untuk meneruskan perkara yang sama. Tidak payah kacau apa-apa dan teruskan perkara yang sama. Tetapi adakah saya buat perkara yang betul? Tidak ada menteri yang menjaga Mara tidak ada yang dikomen dan dikiritik. Kalau dikomen dan dikritik itu adalah normal. Kalau dipuji dan tidak dikritik, itu diluar tabii (ketawa).Saya sebenarnya tunggu berapa lama boleh bertahan di kementerian yang menjaga Mara tidak dikritik. Akhirnya orang mengkritik. Bagus. Ini bermaksud saya membuat perkara yang betul. Jika orang tidak mengkritik, kita syok sendiri.Mara ini kalau boleh bahagian perniagaannya diisi daripada Mara. Sekali sekala kita ambil bakat daripada luar tetapi lebih baik kita mengambil bakat daripada dalam kerana mereka memahami sistem nilai dalam Mara ini.ANEKDOTRancangan masa depan MaraKITA juga mempunyai ramai bakat. Jurutera sahaja ada beberapa orang, doktor falsafah ada beberapa orang. Cuma mereka ini mungkin ada kepakaran dalam sesuatu, tetapi hal lain tidak pakar. Jadi dia perlukan orang lain untuk naik bersama. Sebenarnya tidak banyak organisasi seperti ini yang boleh datang dan pergi.Katalah Khazanah dan mempunyai anak syarikat di bawahnya seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia. Kita tidak berhajat seperti itu tetapi mungkin satu hari nanti Mara Corp menjadi institusi yang besar dan boleh mengurus perkara yang sangat dekat dengan orang Melayu. Contohnya, kita telah ada organisasi seperti bank. Tetapi Mara tidak mempunyai bank dan adakah boleh Mara mempunyai bank?Ada orang tekan supaya adakan bank digital. Adakah boleh Mara menjadi ‘anchor’? Kita terfikir juga dan saya serahkan idea mereka yang berada dalam Mara atau Mara Corp. Tetapi PMB, dia ada pelaburan dalam bentuk unit amanah, dia juga mengurus harta, ada pengurusan dan kemudahan aset, boleh beri pinjaman kerana mempunyai PMB Tijhari dan Rural Capital pula boleh mengutip hutang seperti.Apa yang tiada? ‘Payment Gateway’ kita tidak ada, kita tidak ada digital wallet, tetapi ini semua kita boleh buat.Dengan apa yang kita lakukan ini, saya melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dia amat percaya kepada ahli-ahli majlis dan kredibiliti Mara Corp itu sendiri. Dia tidak campur tangan. | 4 | 20 Jun 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/144033/berita/wawancara/di-sebalik-isu-bonda-sayang-semua-tanpa-syarat | 'Bonda sayang semua tanpa syarat' | [DI SEBALIK ISU] HANYA kerana penggunaan ayat ‘biarlah macam bodoh-bodoh sikit jika mahu dapat jodoh’, bukan biasa-biasa kecaman yang terpaksa diterima pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad.Kontroversi itu tercetus selepas satu klip videonya tular baru-baru ini menimbulkan salah faham sebilangan orang khususnya kaum wanita.Selain diperdebatkan khalayak, ia turut mendapat reaksi balas beberapa figura umum dan selebriti yang dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Dr Muhaya menerusi satu kenyataan media pada Khamis telah memohon maaf secara terbuka berhubung kontroversi berkenaan.Bersama wartawan Sinar Harian, Nan Hidayat Nan Azmie, Dr Muhaya yang mesra dengan panggilan Bonda berkongsi rasa dan isi hati beliau di sebalik isu panas tersebut.SINAR HARIAN: Boleh Bonda ceritakan semula apa sebenarnya yang berlaku sehingga timbulnya kekecohan ini?DR MUHAYA: Hantaran klip 56 saat tersebut sebenarnya merupakan petikan daripada siaran langsung yang diterbitkan pada 6 Februari 2021 di Facebook Prof Muhaya Official dan YouTube iaitu Prof Muhaya TV dengan durasi selama 45 minit bertajuk ‘Antara Cinta dan Cita-Cita’. Siaran live itu sebenarnya diadakan bagi menjawab persoalan dan komen-komen daripada pelayar Facebook termasuk wanita yang berada dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta dan keluarga.Topik menyeluruh 7am club itu telah dikelolakan sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lepas setiap hari bagi memberikan kesan positif kepada orang ramai.Ini inisiatif Bonda supaya orang ramai tidak tertekan, reset minda, celik hati dan jangan terkesan dengan suasana sepanjang PKP, sebaliknya melihat diri apabila kita duduk seorang diri di rumah, kita memiliki lebih masa.Sudah lebih 420 video dengan purata lebih 142,000 jumlah tontonan bagi setiap show pagi juga telah ditonton sejak itu. Jadi secara teknikalnya, itu adalah video lama.Bagaimanapun, Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat.Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat reda ALLAH.Dr Muhaya- Beberapa figura umum termasuk pakar dan selebriti seakan-akan tidak bersetuju dengan kenyataan Bonda sebelum ini. Adakah Bonda terkilan dengan situasi itu?Bonda secara peribadi tidak akan bercakap tentang isu ini. Bonda lebih fokus kepada konsep kehidupan dan Bonda tidak akan sebut nama mana-mana personaliti sebab Bonda tidak terkilan pun. Bonda sangat menghormati pendapat semua orang.Cara manusia melihat dunia berbeza dan imej diri mereka juga berbeza. Begitu juga cara mereka melihat diri kita dan dunia, memang tidak sama bergantung bagaimana cara dibesarkan, apakah pengalaman semasa persekolahan dan apa yang dilakukan ibu bapa.Semua pengalaman itu membentuk satu sistem tapisan untuk memproses apa yang berlaku sekali gus memberikan persepsi berbeza. Jadi, Bonda tidak akan komen namun tetap hormat dan belajar serta terima apa saja sebab prinsip Bonda, setiap apa yang manusia buat memang ada niat yang baik.-Jika diberikan peluang sekali lagi, adakah Bonda akan menukar penggunaan ayat ‘biarlah macam bodoh-bodoh sikit jika mahu dapat jodoh’ kepada sesuatu yang mungkin lebih manis untuk didengar?Macam inilah, Bonda orang Terengganu, apabila berbual secara santai, kita akan menggunakan bahasa yang biasa digunakan.Perkataan sebegitu tidak memberikan konotasi yang negatif di Pantai Timur. Jadi, Bonda faham kalau boleh guna perkataan yang lebih baik, mungkin Bonda boleh sebut perkataan yang tawaduk dan merendah hati kerana Bonda sangat yakin timbangan yang paling berat di padang mahsyar ialah akhlak terutamanya tawaduk.Bonda juga berpegang kepada ayat bahasa Inggeris iaitu ‘humility is the mother of all virtues’ (kerendahan hati adalah ibu segala kebajikan). Sifat rendah diri yang dimiliki Baginda Nabi Muhammad itulah yang memikat hati semua orang. Kita tak payah tunjuk pandai sebab selalunya orang yang benar-benar pandai tidak perlu untuk tunjuk pandai.- Dalam kenyataan media Bonda tempoh hari, Bonda juga ada menyebut tentang ‘Bonda sayang semua tanpa syarat’. Apakah maksud sebenar Bonda?Apa yang Bonda maksudkan ialah satu keadaan yang mana kita buat keputusan untuk menjadi orang dengan jiwa yang dipenuhi dengan kasih sayang dan ia bererti kita sayang semua makhluk ciptaan ALLAH.Sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita harus berbuat baik dan sayangi mereka kerana ALLAH, sekali gus untuk disayangi dan dikasihi ALLAH. Bonda berpegang kepada prinsip ‘kalau orang berbuat baik kepada kita itu biasa, kalau buat jahat kepada orang yang buat jahat kepada kita itu dendam manakala kalau kita berbuat jahat kepada orang berbuat baik kepada kita itu pula zalim’.Jika kita sayang tanpa syarat, kita boleh berbuat baik kepada orang yang tidak berbuat baik kepada kita kerana itu sunnah nabi. Nabi Muhammad SAW merupakan pencinta tanpa syarat yang paling besar, sebab itulah Bonda sangat fokus terhadap cara hidup sebegini kerana kualiti hidup kita bergantung kepada emosi.Jika kita mengamalkan perkara ini, kita boleh mengatasi semua masalah dan menghilangkan semua kemarahan dan kutukan ibarat air bah yang boleh menghancurkan api kebencian dan juga fitnah. Insya-ALLAH.Tangkap layar hantaran di Facebook Dr Muhaya pada Khamis.- Apakah projek terkini Bonda yang boleh dikongsikan bersama pembaca Sinar Harian?Projek terkini yang boleh Bonda kongsikan ialah memang niat hidup Bonda untuk mengajak diri dan masyarakat menjadi pencinta tanpa syarat.Hiduplah dengan jiwa cintakan ALLAH, cintakan orang dan mencintai diri. Apabila kita cintakan ALLAH dan sayangi diri kita, maka kita akan senang menyayangi orang lain serta senang disayangi.Sebab itu Bonda sedang mengendalikan program latihan terbaharu yang dinamakan Ultra PMC Plus 6.Ultra itu merupakan singkatan perkataan ‘uzlah’ (menyendiri, bertafakur dan refleksi diri), ‘let go’ (melepaskan apa yang telah berlalu dan meneruskan kehidupan dan tidak memegang apa-apa yang boleh merosakkan jiwa), takwa (pakaian jiwa yang boleh dibawa ke mana-mana untuk berjaya dunia dan akhirat), refleksi diri (melihat cerminan orang lain yang ada dalam diri sendiri) dan juga akhlak yang merupakan faktor asas untuk indeks akhlak yang akan diamalkan untuk diri sendiri, sekolah, negara dan sebagainya.Jadi sama-samalah termasuk Bonda memperbaiki diri kita dan mengajak orang lain ke arah kebaikan sebab orang yang paling menang ialah orang yang paling tenang. Tidak ada ketenangan kalau tidak ada kasih sayang. Tidak ada juga kasih sayang jika kita tidak mengenal diri dan ALLAH serta mengetahui sebab mengapa kita berada di sini. | 4 | 14 Jun 2021 07:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/143905/berita/wawancara/pelarian-rohingya-sudah-jadi-bisnes | Pelarian Rohingya sudah jadi bisnes | [MUKADIMAH] Biarpun kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya dan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), etnik asal Myanmar ini tetap memilih untuk menjejakkan kaki di Malaysia.Mereka sanggup menyabung nyawa di lautan dan rela diperdagangkan dengan membayar hampir RM10,000 semata-mata untuk hidup selesa di negara ini berbanding terus sengsara di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh.Terbaharu pada 4 Jun lalu, seramai 81 orang pelarian Rohingya dikesan mendarat di Aceh Timur, Indonesia, yang memaksa Malaysia menerusi National Task Force (NTF) memperketat kawalan sempadan kerana sudah pasti destinasi akhir pelarian itu adalah negara ini.Ikuti wawancara wartawan Sinar Ahad, Nurul Riduan Nor Ashaha dan Liza Mokhtar bersama Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim, Datuk Mohd Zubil Mat Som di Putrajaya baru-baru ini, yang antara lain menyentuh kenapa Malaysia menjadi ‘negara impian’ etnik Rohingya.SINAR AHAD: Boleh Datuk jelaskan di mana lokasi di sempadan perairan Malaysia-Thailand yang menjadi laluan masuk sindiket penyeludupan Rohingya?MOHD ZUBIL: Kalau kita lihat di sebelah utara Malaysia khususnya di utara Langkawi, ada banyak pulau yang dimiliki oleh Thailand.Kalau dulu mereka akan terus masuk dengan menggunakan kapal besar yang bawa lebih 200 penumpang. Tetapi selepas kita buat operasi udara, modus operandi seperti ini diubah. Jadi kemungkinan pulau-pulau di Thailand ini dijadikan tempat perlindungan untuk mereka mengatur semula pergerakan dan membuat pemindahan penumpang ke bot-bot kecil sama ada bot persiaran, bot laju atau bot nelayan sekiranya ada.Mereka masuk dalam kumpulan yang kecil, satu atau dua orang. Mungkin pihak berkuasa Thailand tidak sedar atau mereka tahu sebenarnya. Tentera laut Thailand ada tetapi kemungkinan mereka melihat bot itu bukan satu ancaman. Mereka tahu destinasi bot-bot ini bukannya Thailand tetapi destinasi terakhir mereka sudah semestinya Malaysia.Ada laporan mengatakan mereka turun di Aceh.Kalau kita lihat, dua tiga bulan sebelum ini, kem di Aceh itu sudah kosong. Mereka lari. Ke mana mereka lari? Selepas beberapa hari Maritim Malaysia dapat menahan empat individu. Mereka dari Aceh, turun ke bawah seperti Medan dan seterusnya menggunakan bot laju untuk masuk ke Malaysia. Sebabnya, mungkin mereka melihat Malaysia adalah satu tempat yang senang. Ekonomi bagus, senang kerja, saudara-mara ramai.Bagaimanakah senario sindiket penyeludupan Rohingya pada musim pandemik Covid-19 ini?Pada penghujung tahun 2019 dan awal 2020, Maritim Malaysia adalah agensi pertama yang membanteras sindiket di darat. Kita buat operasi khas yang dipanggil Ops Dalal. Kita dapat tangkap perancang yang patut menerima bayaran. Kita dapat tumpaskan.Modus operandi sindiket ini cukup senang.Mereka (Rohingya) yang berada di Malaysia iaitu waris-waris, mereka pergi kepada ejen dan mereka beri nama siapa yang mereka mahu untuk dibawa masuk ke Malaysia. Ejen akan uruskan semuanya.Mereka yang kita siasat ini, mereka duduk di Cox’s Bazar dan mereka sudah ada kad UNHCR yang dikeluarkan di Cox’s Bazar.Di sana nanti, individu yang sudah dikenal pasti pihak sindiket, akan membuat runding untuk membawa mereka masuk ke Malaysia. Ejen akan uruskan semuanya termasuk soal pembayaran. Itu adalah sebahagian mereka yang mempunyai waris di negara kita.Sebahagian lagi kemungkinan tiada saudara-mara tetapi dia dijanjikan di Cox’s Bazar lagi. Ada ejen di sana yang uruskan kemasukan ke Malaysia. Mereka perlu bayar pendahuluan di sana dan apabila sampai di sini, perlu bayar bakinya melalui ejen juga.Mereka datang ke sini tidak bawa duit. Kita sudah buat tangkapan dan tidak jumpa sebarang wang tunai. Transaksi berlaku melalui ejen di sini dan di Cox’s Bazar.Bagaimana pula dengan bayaran yang dibuat oleh warga Rohingya kepada sindiket?Saya difahamkan, untuk permulaan pembayaran adalah sekitar RM3,000. Apabila sampai di Malaysia, mereka perlu bayar sekitar RM5,000 lagi. Bayaran ini tidak tetap. Tengok keadaan ketika itu. Jumlahnya saya boleh katakan adalah hampir RM10,000 untuk sampai ke Malaysia.Pelarian Rohingya ketika ini lebih gemar menggunakan laluan laut berbanding darat. Adakah ini taktik mereka untuk meraih perhatian antarabangsa sekiranya Malaysia mengambil langkah usir?Itu agak sukar saya nak jawab, tetapi apa yang saya lihat kalau mereka melalui jalan darat, mereka perlu berdepan dengan banyak lokasi pemeriksaan di Thailand mahupun Malaysia. Kalau di laut, laluannya terus.Apa yang saya hairan, risiko yang mereka ambil menggunakan perjalanan laut adalah lebih berbahaya sebab mereka ini ramai, tetapi menggunakan bot kecil dan dipenuhi barang. Persoalannya bagaimana dengan makanan serta minuman? Kalau di darat lebih senang tetapi kemungkinan kawalan di darat itu ketat. Sebab itu mereka beralih ke laut.Apabila kita buat Ops Benteng, kita memperketat kawalan laut. Mereka sudah hilang arah dan tidak tahu sama ada mahu menggunakan jalan laut atau jalan darat. Sebab itu kalau kita lihat, laporan terakhir Maritim Malaysia, apabila mereka ditahan oleh tentera laut India, mereka terapung di tengah laut dengan enjin rosak. Mati pun ramai. Makanan pun tiada. Bot terapung dalam tempoh yang lama.Kita lihat cabaran untuk mulakan pergerakan di laut ini sungguh lama. Pertamanya ejen akan kumpulkan kumpulan kecil terlebih dahulu. Kemudiannya menaiki bot kecil dan dipindahkan ke bot besar. Proses itu memakan masa yang lama sehinggalah bot itu padat dengan penumpang.Di tengah laut pula berlaku penghantaran bekalan makanan dan minyak. Ada kapal-kapal lain dikesan membantu pergerakan mereka. Sebab itu ada kapal yang terapung lama untuk tunggu barang makanan dan minyak. Kalau tiada pembayaran wang, Rohingya ini perlu tunggu di laut. Apabila bayaran dibuat, bekalan akan dihantar. Perjalanan ini akan ada banyak pembekal yang menghantar barangan keperluan. Sebab itu perjalanan itu mengambil masa yang panjang.Kalau perjalanan itu secara terus sahaja, rasa saya tiga atau empat hari, mereka sudah sampai tetapi kadang-kadang mengambil masa sehingga tiga bulan. Berlabuh di sini, berlabuh di sana.Berdasarkan operasi terakhir yang kita tangkap, bot itu kecil tetapi dipenuhi lebih 200 orang. Mereka dapat duduk berlunjur sahaja. Mereka tidak boleh berdiri, tidak boleh berjalan.Sebab itu apabila ditangkap dan kita suruh mereka berjalan, mereka tidak boleh berjalan. Apabila mereka cuba berjalan, mereka terjatuh. Maknanya tempoh mereka duduk itu terlampau lama.Mereka tidak boleh bergerak tambahan pula ada orang kawal di atas bot. Makan mungkin campak-campak sahaja. Bila kita tahan, kita dapat lihat mereka kehabisan zat, nutrisi, kekurangan air, tidak boleh berjalan dan kena papah. Saya pun hairan mengapa mereka gemar menggunakan jalan laut berbanding jalan darat.Mereka di sini ada ejen dan di Cox’s Bazar juga ada ejen. Daripada siasatan pihak berkuasa, berapa banyak ejen atau sindiket yang berjaya diberkas oleh Maritim Malaysia?Bukan Maritim Malaysia sahaja yang menangkap ejen atau pihak yang mengatur semua perjalanan masuk PATI ini ke Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melaksanakan perkara yang sama. Cuma saya tidak boleh mengesahkan berapa yang telah mereka tangkap.Apabila kita melihat situasi pergerakan PATI ketika ini, satu faktor utama adalah disebabkan cuaca. Kita masih menunggu dan lihat pergerakan seterusnya. Kita akan lihat ketika mana cuaca berubah dari timur laut ke barat daya, sama ada masih berlaku pergerakan bot-bot pendatang asing ke perairan negara.Katakanlah tidak ada, maknanya tangkapan ejen-ejen yang telah kita buat adalah efektif sekali gus berjaya menghalang mereka ke sini.Jika keadaan laut reda, kemungkinan itu adalah masa yang sesuai untuk mereka bergerak. Tapi bagi pihak Maritim Malaysia, kita mengharapkan ia tidak akan berlaku. Diharap operasi menangkap ejen itu berjaya menyelesaikan kes kemasukan PATI ke negara ini.Berapa banyak keuntungan yang dapat diraih oleh ejen atau sindiket yang menyeludup masuk warga Rohingya?Saya tidak pasti berapa banyak mereka boleh buat duit daripada aktiviti haram ini. Tetapi cuba bayangkan, kalau satu orang ejen boleh bawa dalam satu perjalanan melibatkan RM8,000 hingga RM10,000 orang secara purata, bayangkan kalau dia ‘makan’ RM200 untuk satu orang, berapa banyak yang dia boleh dapat?Tahun lalu sahaja, ada dua kes iaitu satu daripadanya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan satu lagi pada 5 April 2020 di mana seramai 202 orang etnik Rohingya ditahan di pantai berhampiran sebuah pusat penginapan di Kampung Teluk Nibong, Langkawi.Semasa kita siasat, kita ingat kes ini melibatkan isu PATI sahaja tetapi apabila ia semakin meningkat, kita lihat ada unsur-unsur lain dalam isu ini.Mengapa ia begitu menjadi tarikan? Apabila kita tahan, dia tetap masuk. Kita tahan lagi, dia masuk lagi. Rupa-rupanya ada sindiket pengaturan ejen yang mengaturkan semua kemasukan PATI ini.Ia melibatkan pembayaran dan nama-nama orang yang ejen perlu bawa masuk. Kebanyakan nama yang hendak dibawa masuk itu adalah saudara-saudara terdekat mereka. Mereka yang berada di sini mahu ejen mencari saudara-saudara mereka untuk dibawa ke sini.Sebagai contoh, PATI yang sudah berada di sini mahukan adiknya yang berada di negara asal dibawa ke Malaysia. Maka ejen yang berada di negara asal pun carilah nama yang telah diberikan kepada mereka. Ejen ini akan cari nama-nama tersebut kerana PATI yang telah berada di negara ini sanggup bayar sekiranya saudara-saudara mereka itu berjaya dibawa ke sini.Mereka yang berada di negara asal mana ada duit. Hendak bayar kepada ejen untuk ke Malaysia pun tidak ada duit. Maka yang membuat pembayaran adalah PATI yang telah berada di negara ini.Selain itu, ada juga PATI di sini yang hendak berkahwin dan memberikan gambar kepada ejen untuk mencari pasangannya. PATI yang telah berada di sini mahu berkahwin dengan suku-suku mereka sahaja. Apabila jumpa, ejen akan bawa kumpulan tersebut ke Malaysia.Dalam tangkapan terakhir, terdapat sejumlah 15 anak dara berusia 17 dan 18 tahun. Apabila kita bertanya ada saudara di sini atau tidak, mereka kata tidak ada.Rupa-rupanya mereka sudah ada calon atau pasangan yang hendak dikahwinkan di sini. Mungkin calon ini sudah lama di Malaysia dan ada sedikit duit, ada tempat tinggal serta sudah ada pekerjaan, maka dia sudah memikirkan untuk melangsungkan perkahwinan.Tetapi calon itu masih dari negara asal mereka.Sebagai langkah kesedaran, kita juga buat satu usaha bersama Pasukan Sempadan Australia (ABF) untuk melihat kes-kes penyeludupan PATI. Kami sudah berbincang dan usaha sama ini dilihat sebagai komunikasi strategik.Komunikasi strategik itu adalah apa yang kami hendak uar-uarkan kepada orang yang terlibat tentang pemerdagangan manusia. Salah satu cara adalah memasang bunting di kawasan lapangan terbang untuk kesedaran semua. Kita mahukan penyelesaian ke akar umbi dan dalam masa yang sama, Australia akan cuba sampaikan mesej di sana.Antara pelarian dan pemerdagangan manusia ke Malaysia, apakah definisi sebenar untuk etnik Rohingya ini? Adakah mereka di bawah gelaran pelarian atau seperti PATI juga?Nak kata pelarian pun agak sukar kerana kita ada dua isu di sini. Pertama, penyeludupan individu, di mana ejen menguruskan orang ke sesebuah negara namun kemudian dia dieksploitasikan. Contohnya, mereka dijanjikan pekerjaan di sini namun diletakkan di rumah pelacuran.Kedua, penyeludupan migran, iaitu mereka membayar tambang dari negara A ke negara B dan tidak dijanjikan apa apa. Oleh itu, mereka juga dianggap dan dilayan sebagai PATI yang memasuki laluan yang tidak sah dan diwartakan.Antara kemanusiaan dan tanggungjawab, bagaimana Maritim Malaysia mengasingkan sifat simpati dengan tanggungjawab menjaga perairan negara?Bagi saya, inilah peranan Maritim Malaysia. Kalau kita hendak harap Maritim buat dan agensi-agensi lain melaksanakannya, aspek kemanusiaan tetap diutamakan. Semasa melaksanakan tugas dan pengarahan, kita kena seimbangkan.Maksudnya, pelaksana tugas pun manusia dan bukannya robot. Maka kita akan tengok keadaan PATI itu macam mana. Kalau kita buat tangkapan di laut dalam keadaan yang ramai, jika kita perlu bagi bantuan minuman dan makanan, kita akan bagi. Apa yang kita ada, kita akan bagi kepada mereka.Namun sekiranya keadaan mendesak, kita akan merujuk kepada pihak atasan sama ada kita hendak bawa mereka masuk atau teruskan mengusir. Makanya kita masih diberikan ruang pada situasi itu setelah kita melakukan justifikasi.Sebab apa yang saya lihat, kita berada di lapangan. Kita yang berurusan dengan mereka. Dan satu peringkat yang mana mereka berada di darat, mereka tidak boleh gambarkan keadaan dan situasi yang kita hadapi di laut.Kita tengok macam mana. Kita boleh telefon untuk kita menyatakan keadaan kumpulan PATI itu bagaimana. Keadaan macam ini, keadaan macam itu.Jadi orang yang di darat pun terima maklumat yang diberikan. Tetapi kita yang di lapangan ini nampak sendiri bagaimana situasi itu berlaku. Keadaan itu tidak boleh digambarkan dengan hanya melalui telefon kecuali kita pernah melaluinya.Macam saya, walaupun saya berada di darat tetapi saya pernah melalui situasi tersebut. Tiga bulan, empat bulan, tetapi arahan yang diberi itu kita kena akur. Oleh sebab itu apabila orang bertanya, mengapa bagi air? Mengapa bagi makanan kepada PATI? Adakah tindakan ini salah? Bagi saya, tiada masalah. Kita bagi apa yang kita mampu untuk bantu mereka teruskan hidup. Kita buat semua ini sebab atas dasar kemanusiaan.Tetapi apabila semuanya sudah selesai, kita usirlah mereka. Kita ada undang-undang, maka kita kena akurlah dengan undang-undang sedia ada.Pendatang bocorkan kapal bila nampak Maritim MalaysiaPROSEDUR Maritim Malaysia ketika menahan bot yang dipenuhi warga Rohingya ketika pandemik Covid-19 ini, pertamanya kita dibenarkan memberi bekalan air, biskut dan kemudiannya usir. Bagaimanapun, mereka ini apabila nampak sahaja kita, mereka akan buat perkara yang di luar jangka.Contohnya, mereka cuba bocorkan kapal. Sebabnya mereka tahu sifat kemanusiaan Maritim Malaysia.Kami ialah sebuah agensi yang bukan penguatkuasaan tetapi mencari dan menyelamat.Apabila mereka nampak kita sahaja, ada yang terjun ke laut sebab mahu kami selamatkan. Ada juga yang berenang.Jadi semasa tempoh Covid-19 ini, kita lebih berhati-hati. Kalau kita nampak di laut, kita akan bagi air dan makanan. Arahan buat masa ini adalah usir. Kalau usir dan mereka pergi, tiada masalah. Itu yang berlaku mereka mendarat di Aceh.Mereka nak masuk Malaysia tetapi apabila melihat banyak kapal membuat kawalan, banyak kapal terbang di udara, mereka ubah haluan untuk sementara dan singgah di Aceh.Ini bukan sahaja dilaksanakan kepada bot-bot PATI, malah ia juga dilaksanakan kepada kapal-kapal dagang yang kita tahan dan PATI yang menyeludup.Bila laksana, kita akan ikut semua prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.Yang pertamanya, kalau ada permintaan untuk kita buat pemeriksaan kesihatan, kita akan buat.Katakanlah kapal dagang itu ada orang sakit, ada yang mati, cedera dan sebagainya, kita akan pakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk bawa mangsa ke kapal.Semua yang kita lakukan ini adalah bertujuan mengekalkan pematuhan terhadap langkah-langkah dan SOP ditetapkan.Kalau kita tangkap PATI pun, perkara yang sama juga kita lakukan. Sebaik sahaja kita daratkan mereka, kita akan terus asingkan PATI ini.Kita cuba untuk tidak mengambil risiko kepada anggota atau anak kapal.Sehingga kini, belum ada anggota Maritim Malaysia yang dijangkiti Covid-19 semasa dalam proses membuat tangkapan. | 4 | 13 Jun 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/143749/berita/wawancara/lsquosaya-bukan-kecewa-hanya-meluahkan-kekesalanrsquo | ‘Saya bukan kecewa, hanya meluahkan kekesalan’ | PADA saat kerajaan mendepani bencana pandemik Covid-19 yang semakin genting ketika ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mencuri tumpuan ramai melalui kenyataan kontroversinya pada Rabu.Lantang mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani Covid-19 terutama dalam aspek mempercepatkan proses vaksinasi rakyat, Ahli Parlimen Alor Gajah yang mesra disapa Pak Wan turut mendedahkan beliau tidak lagi dijemput menjadi ahli mesyuarat Majlis Tindakan Negara (MKN) sejak perayaan Aidilfitri yang lalu.Pengakuan Pak Wan sememangnya mengejutkan semua pihak, lebih-lebih lagi portfolio Menteri Tugas-Tugas Khas yang disandang mempertanggungjawabkan beliau untuk menguruskan agensi melibatkan bencana nasional iaitu Agensi Pengurusan Bencana Nasional (Nadma).Sesi wawancara eksklusif Pak Wan bersama wartawan, Khairil Anwar Mohd Amin dan Mohammad Amnan Hibrahim pada Khamis, menjawab rasional sebenar di sebalik dakwaan menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu seolah-olah mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN).SINAR HARIAN: Apakah perbezaan dua portfolio kementerian yang dipegang Datuk Seri sewaktu kerajaan PN dan Pakatan Harapan (PH)? Mana yang lebih mencabar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) atau Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi?MOHD REDZUAN: Lihat secara kasar, sewaktu saya memegang portfolio Kementerian Pembangunan Usahawan, bidang itu sebenarnya dekat dengan hati saya. Di mana saya tahu terutamanya kedudukan usahawan bumiputera dalam penglibatan usahawan yang menjana ekonomi negara. Kalau kita lihat dahulu, sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada pembangunan negara lebih kurang 38 peratus.Tetapi, ketika itu, kedudukan bumiputera, kalau dilihat daripada pembangunan bumiputera, tidak begitu ketara. Di situlah bermulanya tugas saya untuk lebih kepada membawa idea baharu, bukan sekadar perniagaan seperti biasa, untuk memastikan agenda bumiputera dilestarikan dan diperkasakan serta mendapat impak tinggi.Tetapi apakan daya, kerajaan PH sebelum ini tidak dapat dilestarikan. Maka saya bersama-sama mengikuti arus politik semasa ketika itu untuk membantu menyokong pembentukan kerajaan PN. Agenda ketika itu sangat jelas, dimasukkan di dalam portfolio tugas-tugas khas digalas saya ketika ini, ada juga dimasukkan cir-ciri pembangunan. Saya telah menggalas tanggungjawab untuk menyelaras segala bentuk pembangunan ekonomi bumiputera.Di bawah portfolio tugas-tugas khas juga turut meliputi agensi seperti SEPADU iaitu naratif baharu Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang merangkumi aspek pembangunan bumiputera secara inklusif. Tidak lama lagi, kita akan lancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030, selari dengan tempoh masa kita mencapai objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.Kita juga hendak lihat, bila kita capai WKB 2030, bumiputera akan mencapai tahap impak tertentu yang ditetapkan kerajaan PN. Itu adalah tugas paling penting di dalam porfolio saya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas.Tugas yang lain adalah melibatkan pengurusan bencana nasional dan pengurusan tenaga-tenaga yang melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bersama dengan Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA) untuk menguruskan bantuan tertentu apabila tiba kejadian bencana hingga ke akar umbi. Sebagai contoh, pandemik Covid-19 adalah bentuk bencana paling jelas dihadapi negara ketika ini.Ada pihak mendakwa portfolio kementerian dipegang Datuk Seri sekarang ini adalah downgrade daripada portfolio kementerian Datuk Seri galas sewaktu kerajaan PH. Apa pandangan Datuk Seri?Tiada isu downgrade. Kalau kita lihat kerajaan berfungsi secara konsensus. Masing-masing ada tanggungjawab dan portfolio kementerian tertentu untuk digalas. Tiada seorang pun yang boleh mengatakan portfolio kementerian ini adalah lebih kurang berbanding portfolio kementerian lain.Apapun, keputusan kerajaan di peringkat dasar, kita akan berbincang di Kabinet dan akan mencapai konsensus, sebelum kita mengumumkan atau mahu melaksanakan dasar-dasar dipersetujui bersama. Tidak timbul isu portfolio menteri itu kecil atau tidak, semuanya amat besar dan penting.Semuanya akan diuruskan oleh barisan Kabinet itu sendiri dengan konsensus yang ada.Adakah proklamasi darurat benar-benar membantu kerajaan dalam mendepani bencana Covid-19?Secara peribadi, proklamasi darurat dianggap perlu bagi membolehkan kerajaan mewujudkan ordinan-ordinan tertentu bagi memudahcarakan pengurusan bencana. Kita tidak mahu melihat ada kenderaan askar di tepi jalan. Bukan bentuk darurat sebegitu yang kita mahukan. Ia lebih menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat. Maka perlunya darurat diwujudkan.Kalau tiada darurat, apa sahaja bentuk pelaksanaan kita hendak lakukan, melibatkan sokongan daripada Dewan Rakyat, ini akan melambatkan tindakan kerajaan dan mengkompromi soal nyawa serta kehidupan rakyat. Jadi, tindakan itu saya rasa tepat dan kita lihat, jika perlu sesuatu perkara dibawa kepada pengetahuan rakyat, maka sidang Dewan Rakyat kena bersidang. Tiada masalah.Jadinya darurat adalah satu proklamasi yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan, yang boleh kerajaan laksanakan semata-mata untuk meningkatkan aspek keselamatan, terutama dari aspek kesihatan.Jadi, contoh, kita tidak tahu dalam masa terdekat, adakah kes ini akan menular dengan lebih tinggi lagi? Justeru, kerajaan boleh mengguna pakai ordinan darurat bagi kuasa-kuasa tertentu, untuk memastikan penggunaan aset-aset tertentu, bagi dimobilisasi kerahan tenaga tertentu, supaya pengurusan Covid-19 lebih berkesan dan bersasar.Kalau kita bawa usul sebegini untuk dibahaskan, ianya memerlukan banyak masa dan berkemungkinan tentangan daripada ahli-ahli Parlimen tertentu yang ada pandangan berbeza.Pada Khamis, Datuk Seri ada meluahkan pandangan berbeza mengenai kaedah sepatutnya kerajaan menangani Covid-19. Nada Datuk Seri juga seolah-olah kecewa kerana tidak lagi dijemput menghadiri mesyuarat MKN. Boleh Datuk Seri jelaskan?Sebenarnya, saya bukan kecewa, itu salah tafsir. Saya sebenarnya hanya meluahkan kekesalan kepada wartawan yang bertanya kepada saya. Kekesalan atau persoalan kepada kerajaan adalah berbeza dengan kekecewaan.Kalau wartawan yang bertanya, Pak Wan ditempatkan di bawah Nadma. Ini soalan yang mudah. Semua orang tahu Nadma menguruskan bencana. Sekarang ini apa yang ditakrifkan bencana? Covid-19. Jadi, Nadma memang di bawah MKN. Persoalan itu mudah sahaja.Mohd Redzuan mengadakan sidang video bersama pegawai APM Kedah untuk taklimat berkaitan peranan agensi itu sepanjang pandemik Covid-19.Kalau Nadma bukan bawah MKN, mengapa diletakkan di bawah Menteri Tugas-Tugas Khas? Itu hanya persoalan. Mengapa hendak dijadikan isu untuk disensasikan? Ini bukan kritikan kepada kerajaan. Ini sekadar pandangan yang mahu beri penambahbaikan kepada usaha kerajaan.Kita sebagai satu unit yang mahu mentadbir urus negara, dari sudut bencana, perlu memenuhi segala fungsi kerajaan sebagaimana diamanahkan oleh rakyat. Saya pandang perkara ini tidak menjadi satu isu yang besar. Cuma orang politik dilihat bersungguh-sungguh mensensasikannya.Jadi, benar saya tiada dalam MKN. Itu benar dan diperakui kerajaan sendiri. Adakah saya mahu membuat satu pembohongan? Mahu saya akui saya terlibat dalam mesyuarat MKN selepas perayaan Aidilfitri? Tidak boleh. Saya kena menjadi jujur dan berkata benar untuk kebaikan diri saya selain memberi persepsi kepada rakyat tentang ketelusan kita. Jadi apa masalahnya?Secara lebih jelas, apa sebenarnya status Datuk Seri dalam MKN dan kerajaan PN sendiri?Saya sebagai menteri yang menguruskan bencana nasional. Saya tidak tahu. Itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dari segi sejarahnya, hari pertama saya memegang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas, saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana Covid-19.Itu ada dalam arkib catatan mesyuarat. Selepas itu, saya disarankan untuk duduk dalam MKN di bawah sektor keselamatan. Saya juga dijemput secara bersurat untuk menghadiri mesyuarat MKN di bawah sektor ekonomi. Tetapi malangnya belum dapat hadiri mesyuarat pertama, saya diarahkan supaya tidak menyertainya.Jadi, ini terpulang kepada pasukan kerajaan. Kita turut perintah. Kalau ada, adalah dan kalau tiada, saya tiada masalah.Pada saat genting ketika ini, ada keperluankah bilangan menteri bertanggungjawab untuk menangani Covid-19 melalui mesyuarat MKN dikecilkan atas alasan untuk mengelakkan pertindihan bidang tugas?Saya tidak pasti bencana Covid-19 serius atau tidak, sebab saya tidak lagi dijemput dalam mesyuarat MKN. Bagaimana saya hendak mengukurnya? Tetapi berdasarkan maklumat semasa, kadar kebolehjangkitan Covid-19 sudah banyak berkurang daripada angka kemuncak sebelum ini.Saya pasti MKN telah membuat satu tindakan terbaik membolehkan kerajaan mengurangkan kadar jangkitan itu.Ramai rakyat berpendapat negara tidak boleh berterusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap kali kes kembali naik kerana tindakan itu akan menjejaskan ekonomi untuk jangka masa panjang. Jadi apa penyelesaian terbaik boleh dicapai kerajaan?Pendapat saya, kalau hendak buat Sekatan Pergerakan Penuh, ia akan menjejaskan kehidupan termasuk pendapatan negara. Jadi, satu keseimbangan diperlukan dalam menangani isu ini.Saya rasa MKN yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang tertentu, mampu merumuskan solusi yang terbaik.Contohnya penularan Covid-19, sumbangan terbesar adalah dari kluster perkilangan. Jadi, isu ini perlu ditangani secara lebih holistik. Kita tidak boleh kata kena tutup semua. Kalaupun mahu tutup semua, mesti ada plan penyelesaian alternatif terbaik.Kita kena unjurkan apa impak terpaksa ditanggung kerajaan sekiranya perintah berkurung benar-benar dilaksanakan dengan sektor ekonomi ditutup sepenuhnya. Adakah kita bersedia untuk menguruskan impak itu setelah dua minggu? Itu terpulang kepada MKN.Datuk Seri ada mempersoalkan mengapa Badan Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) tidak memberi kelulusan bersyarat kepada produk syarikat-syarikat vaksin selain Pfizer BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca yang dibekalkan kepada rakyat ketika ini. Apa isu sebenar berlaku di sebalik fungsi NPRA itu sendiri?Bila darurat dilaksanakan, kerajaan masih lagi pada tahap work in progress. Mungkin apa sahaja situasi atau dasar kita, contohnya semua bentuk produk perubatan, perlu mendapatkan kelulusan NPRA. Itu memang amalan wajib dan mandatori demi memastikan produk itu tidak disalahgunakan dan akan dibawa kepada rakyat.Tetapi, kita melihat daripada segi pendekatan holistik yang bersifat pelbagai. Ini pun telah diputuskan dan kita telah menyambutnya dengan memberi saranan mengapa tidak membawa kaedah kelulusan mengambil kira ia pandemik dunia dan tidak sekadar berlaku di Malaysia.Kalau di negara lain boleh menggunakan vaksin Sinopharm, mengapa kita tidak boleh memakainya dan harus menunggu kelulusan NPRA? NPRA hanyalah satu badan yang memproses aspek kelulusan produk kesihatan.Jika kita ambil pendekatan menggunakan kuasa-kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, sekiranya Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) daripada negara asal yang mengeluarkan bekalan vaksin itu dan diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sepatutnya NPRA boleh mempercepatkan kelulusannya, sekali gus mempercepatkan usaha mencapai imuniti berkelompok.Kita perlu ada bekalan daripada pelbagai syarikat vaksin yang sudah menerima EUL. Ini penting supaya kadar vaksinasi rakyat negara dapat dipertingkat dan dipercepatkan daripada jadual asal.Jadi, kita tidak menghadapi risiko seperti dakwaan penggunaan AstraZeneca di Thailand berkemungkinan terpaksa ditangguhkan selama tiga bulan. Adakah berita sebegini akan memberi impak kepada jadual vaksinasi rakyat negara kita?Kalau kita ada bekalan alternatif jenis vaksin yang lain seperti Sinopharm dan Sputnik V, mungkin keadaan lebih baik. Saya sendiri mahu gunakan jenis vaksin yang sudah melalui ujian klinikal manusia fasa ketiga di Malaysia sendiri dan terbukti halal. Kalau syarikat lain dapat kelulusan EUL, kenapa kita tidak guna pakai vaksin berkenaan?Adakah syarat ketat NPRA untuk meluluskan jenama vaksin lain disebabkan negara terikat dengan program pengedaran vaksin antarabangsa (COVAX)?Perjanjian COVAX yang kita sertai adalah bertujuan memberi jaminan bekalan vaksin awal akan diperolehi kerajaan berdasarkan nilai pembayaran pendahuluan dikemukakan kerajaan. COVAX menjamin negara yang menyertai perjanjian itu menerusi kaedah ‘first right refusal’ bagi kuantiti 10 peratus daripada populasi penduduk negara berkenaan.10 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia adalah bersamaan purata 3.2 juta orang. Selain itu, kita bukan sahaja menggunakan pendekatan perjanjian COVAX untuk mempercepatkan proses membentuk imunasi berkelompok. Komitmen perjanjian COVAX hanya 10 peratus daripada populasi negara kita.Jadi, lebihan 90 peratus daripada populasi penduduk Malaysia, kerajaan terbuka terima apa sahaja jenama vaksin diluluskan WHO tetapi harus melepasi NPRA.Justeru, dengan kaedah menjunjung bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam menggunakan ordinan darurat bersesuaian, kita membuat satu pendirian menyatakan segala jenama vaksin yang ada kelulusan EUL dan WHO, boleh diguna pakai sementara NPRA menjalankan proses regulatori wajib bagi mengukuhkan kelulusan penggunaannya.Datuk Seri ada mencadangkan tenaga lebih dua juta sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dimanfaatkan bagi melicinkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Setakat ini, berapa peratus sumber tenaga APM yang dimanfaatkan?Saya akui cadangan saya disambut baik oleh kerajaan. Di Kedah, contohnya mereka bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Bencana negeri dan daerah untuk sama-sama melibatkan diri dalam pengurusan bencana Covid-19.Kita gerakkan ambulans dan sukarelawan APM untuk mengenal pasti komuniti yang ada gejala ataupun diuji positif Covid-19.Kita mempunyai sukarelawan lebih daripada 2.2 juta yang berdaftar. Mereka ini kita berikan pakaian seragam. Kita ada seeded community, iaitu orang yang berpelajaran, berkebolehan tinggi seperti doktor, jururawat mahupun pensyarah.Bagi kumpulan ini, mereka adalah sukarelawan yang kita ada data dan boleh gerakkan untuk membantu.Berdasarkan kedudukan terkini Datuk Seri yang tidak lagi menjadi ahli mesyuarat MKN, terdapat desas-desus mendakwa rombakan Kabinet bakal dilaksanakan kerajaan PN. Sekiranya perubahan itu turut melibatkan jawatan Datuk Seri, adakah Datuk Seri bersedia?Itu saya tidak tahu. Apa sahaja tindakan seseorang telah lakukan atau mahu lakukan, dia kena bertanggungjawab. Sekiranya apa yang dibangkitkan ini ada impak dari sudut pentadbiran, saya kena bertanggungjawab.Nak buat macam mana. Kita cuma menyuarakan suara hati rakyat. Bukan orang kata nak melawan apa sahaja, tidak nampak pun melawan dasar.Cuma mahu betulkan keadaan supaya ia lebih holistik dalam menguruskan apa sahaja bentuk yang kita mahu laksanakan.Kalau ini soalan yang melibatkan pasukan itu sendiri, bukan saya tidak berani, tetapi semuanya atas Perdana Menteri.Bagaimana pula hubungan komunikasi antara menteri dengan pucuk pimpinan negara sekarang ini termasuk Perdana Menteri. Adakah hubungan itu berjalan dengan baik?Sepanjang mengenali Perdana Menteri, tidak ada sebarang pandangan yang beliau tidak boleh diterima terus. Pandangan-pandangan itu akan melibatkan perbahasan dan dari situlah kita ada solidariti dalam mencapai konsensus.Apabila kita mencapai konsensus kita kena bertanggungjawab dalam satu pasukan dalam yang disebut tadi membuat keputusan secara konsensus.Ini biasa, jadi tidak ada isu apa yang saya sebutkan itu tidak melambangkan usaha membelakangi konsensus. Ini saya sebutkan tadi, ia adalah situasi yang dinamik dan saya sebutkan tadi perlu ditambah baik di setiap peringkat.Bukannya kita boleh melaksanakan 100 peratus sempurna. Tidak salah kita mengutarakan pendapat, bukan mengkritik, penambahbaikan. Contohnya, Perdana Menteri menyambut dan menyatakan ia termasuk dari segi melaksanakan imuniti kelompok.Ketika kita sedang menggunakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar-bandar besar, kita juga sedang menggerakkan di tempat-tempat lain menggunakan aset-aset tertentu seperti klinik kerajaan seboleh mungkin untuk perluaskan suntikan vaksin dengan secepat mungkin.Jadi adakah kita kekal dengan keputusan yang telah ditetapkan? Perdana Menteri sendiri keluar kenyataan dalam televisyen, itu penambahbaikan. Adakah PM membuat pelaksanaan lain daripada apa yang telah dipersetujui? Kita kena lebih dinamik. Tidak timbul isu orang kata nak mengkritik.Bagaimana Datuk Seri melihat fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong?Fungsi itu ada. Saya difahamkan mereka selalu bersidang. Malah, mereka telah meletakkan tanda aras tertentu. Contohnya apakah pemutus untuk kita membolehkan darurat ini dibubar semula ataupun dilihat semula untuk kita buka Parlimen.Tetapi saya ada mendengar, saya bukan ahli jawatankuasa itu sendiri. Secara faktanya, dia punya tanda aras itu nampaknya kita lihat tidak membolehkan pembukaan Parlimen. Ini jawatankuasa bebas, ini pendapat mereka termasuk pembangkang.Kalau kita lihat hari ini ada ketua parti yang tidak mahu melihat contohnya pergerakan orang ramai. Dia tidak mahu mengadakan pilihan raya contohnya.Kerajaan mahukan pilihan raya, kita dalam kerajaan mahu perbaharui mandat bagi mengukuhkan kebolehan kerajaan hari ini mentadbir urus negara. Kita hendak secepat mungkin.Tetapi disebabkan bencana Covid-19, maka kita tidak boleh nak laksanakan dan kita sedang mempercepatkan pemberian vaksin supaya kita dapat mencapai imuniti kelompok yang membolehkan rakyat keluar mengundi sekiranya kita perlu mengadakan pilihan raya secepat mungkin.Adakah isu pembahagian kerusi pilihan raya sudah diselesaikan oleh parti-parti dalam gabungan PN?Dalam PN kita telah pun berbincang. Saya adalah seorang anggota biro politik dalam Bersatu, kita dah berbincang. Persoalannya adalah adakah kita cukup calon-calon yang boleh memenangi pilihan raya?Macam kadang-kadang kita bernafsu nak bertanding, boleh ke kita menang di kawasan itu? Apakah kerja yang kita buat, apakah jentera yang kita ada? Apakah orang faham proses pilihan raya itu sendiri?Ini adalah kerja yang sedang berlaku dari sudut pengurusan itu sendiri. Kalau kita lihat hari ini, kerusi-kerusi yang dipegang oleh Bersatu asal kalau nak diklasifikasikan begitu, saya lihat bukan begitu mudah untuk dipertahankan meskipun boleh menang semula.Sebab kita kena ingat, dahulu kita ada kekuatan melalui satu gagasan yang dipanggil PH. Jadi di kawasan Parlimen separa Melayu, kita ada kekuatan yang dibantu parti lain.Tapi sekarang ini kita berhadapan dengan senario perebutan pertandingan di kawasan majoriti Melayu, sebab kita kena pergi di tempat ini kerana UMNO akan bertanding. Adakah tempat UMNO bertanding kita tidak bertanding?Itu sebab saya secara peribadi, usaha kita untuk menyatukan ummah dalam konsep melestarikan kepimpinan Melayu kena diteruskan. | 4 | 12 Jun 2021 10:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/142606/berita/wawancara/lsquobelum-tahu-akan-bertanding-di-manarsquo | ‘Belum tahu akan bertanding di mana’ | [WAWANCARA] Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mendedahkan bahawa keputusan sama ada beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang bergantung kepada partinya dan Pakatan Harapan (PH).Dalam wawancara bersama Sinar Ahad, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau telah bertanding di pelbagai tempat sejak tahun 1982 lagi.Beliau berkata, antara lawan yang pernah ditandinginya semasa dalam pilihan raya adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas.Mat Sabu juga pernah menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1986 ketika Anwar mewakili UMNO.Ikuti wawancara bersama Mohamad yang dikendalikan wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid, Mukhriz Mat Husin dan Hisyamuddin Ayub di Kota Raja baru-baru ini.SINAR AHAD: Kes keseluruhan Covid-19 pada hari ini telah mencecah angka setengah juta, manakala kes yang sedang dirawat pula adalah 60,000. Pada pandangan YB, adakah kerajaan gagal dalam mengawal pandemik Covid-19?Mohamad: Saya meletakkan kegagalan ini kepada semua iaitu kerajaan dan rakyat jelata. Tetapi orang ramai pula terkeliru dengan arahan ‘flip flop’. Sebagai contoh, kita kena mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal.Apabila saya naik feri ke Langkawi, semasa beratur hendak masuk ada penjarakan, tetapi bila dalam feri, orang Kedah kata jadi ‘bergenuak’. Lebih dua jam setengah dalam keadaan yang begitu padat dengan orang. Jadi di mana penjarakan yang dimaksudkan tadi? Kita juga melihat rakyat begitu keliru.Kita dapat melihat sendiri pasar raya dilimpahi ribuan pengunjung menjelang hari raya. Sama ada di tingkat bawah atau di tingkat atas, memang ramai.Namun Parlimen yang boleh menempatkan 200 orang, tetapi ahli Parlimen tidak boleh berada di Parlimen. Jadi seluruh arahan kerajaan ini dilihat celaru, sekali gus membuatkan rakyat menjadi keliru dan ini adalah satu kegagalan kerajaan. Kerajaan menjadi celaru dengan arahan yang tidak tentu.Kita lihat pada masa ini di negara luar yang lain, ia menunjukkan kadar kes sedang menurun terutama di Eropah, tetapi apabila kita melihat situasi di negara ini, angka Covid-19 menjadi semakin meningkat. Semua ini akibat arahan yang tidak menentu, seterusnya menjadikan rakyat keliru.Adakah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan titik permulaan kes Covid-19 meningkat di Malaysia. Adakah YB bersetuju?Di antara salah satu punca, tetapi bukan satu-satunya punca. Peningkatan ini juga terjadi termasuklah kerana kegagalan mengawal pintu masuk ke Malaysia seperti melalui lapangan terbang dan sebagainya.Wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad Sabu baru-baru ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKORJadi bagaimana mahu membuat PRN lain termasuk di Sarawak?PRN boleh diadakan. Lihat bagaimana Singapura boleh adakan pilihan raya baru-baru ini. Syria yang mana keadaan politiknya agak kucar- kacir, ditambah perang yang masih belum selesai sepenuhnya, tetapi rakyatnya boleh keluar mengundi sebanyak 78 peratus.Dalam keadaan negara yang sebegitu rupa, tetapi pilihan raya boleh diadakan. Alasan pilihan raya yang tidak boleh diadakan di negara ini, bagi saya ia adalah alasan sahajalah. Kita masih boleh buat peraturan, cara mengundi dan banyak lagi cara boleh dibuat.Beberapa negara lain boleh buat pilihan raya contoh terdekat negara jiran, Singapura. Tidak ada pula berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 selepas pilihan raya tersebut dilakukan. Kita lihat Syria yang tidak sama dengan Malaysia pun boleh.Bagaimana mereka boleh buat pilihan raya untuk memilih presiden yang berlaku pada minggu lepas?Jika darurat, adakah masih boleh dilaksanakan pilihan raya?Dari awal saya sebutkan bahawa ini darurat Muhyiddin dan bukan darurat rakyat. Perkara ini saya tidak mahu ulas panjang. Sudah banyak kali saya bercakap perkara ini. Darurat ini dia merasakan untuk dia terus memerintah. Sepatutnya diserahkan semula mandat kepada rakyat. Tetapi masalah paling besar setelah kita bina negara ini iaitu sebelum merdeka dengan sistem demokrasi berparlimen, telah hancur pada tahun 2020.Sekarang ini bukan senang untuk generasi muda kita hendak yakin semula pada sistem yang telah kita pilih (gunakan) sejak sebelum merdeka. Ia telah dihancurkan pada tahun 2020.Bukan soal siapa layak memerintah atau siapa yang tidak layak memerintah, tetapi soalnya adalah tindakan menghancurkan sistem sedia ada.Amat sukar untuk kita bina dan beri keyakinan semula kepada rakyat, khasnya generasi muda. Saya tidak tahu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagaimana peratusan keluar mengundi akan berlaku?Oleh kerana berlakunya pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya, kekecewaan rakyat begitu tinggi sekali. Sistem demokrasi berparlimen itu telah dihancurkan dalam Langkah Sheraton.Sementara Parlimen yang sehingga ini masih belum dibuka, apa pilihan yang ada buat PH pada masa sekarang?Sekarang ini, kita hanya bersuara secara dalam alam maya (media sosial). Misalnya, yang baru-baru ini berhubung teguran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila dia tidak berpuas hati tentang hutang negara yang begitu banyak.Betul atau tidak dakwaan itu, kita pun tidak tahu dan yang menjawabnya juga adalah seorang Menteri Kewangan. Dia juga menjawab dakwaan itu dengan menggunakan media maya.Jadi Parlimen kita yang ada itu biarlah kita jadikan sebagai tempat memelihara burung sajalah. Senang. Tambahan dah naik ‘berlumut’ sekarang ini.Atau Parlimen dijadikan tempat orang-orang yang kena kuarantin dan diletakkan dalam bilik Parlimen itu. Jadi Parlimen sudah tidak berguna lagi dah.Semua debat dalam media maya. Tetapi media maya ini, kita bukan boleh hendak bersoal jawab. Untuk itu, kerajaan yang sedia ada ini walaupun mereka ‘back door government’, mereka kena bertanggungjawab.Di United Kingdom (UK) semasa kemuncak virus korona ini berlaku, Parlimen mereka dilihat semakin kerap bersidang. Ini kerana perdana menteri mereka kena menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen dan mencari jalan penyelesaian yang akan dibuat kepada rakyat.Bukannya bertindak menangguhkan sidang Parlimen. Begitu juga dengan Kongres Amerika Syarikat (AS) yang tetap berjalan, walaupun di negara itu yang paling dahsyat ditimpa wabak virus ini.Kes kematian di AS sudah mencapai lebih setengah juta dan puluhan juta rakyatnya terbabit, tetapi Kongres AS tetap berjalan kerana presiden atau ahli-ahli Kongres kena beri penjelasan kepada rakyat. Terutama melibatkan langkah-langkah yang mahu diambil secara yang lebih jitu.Sekarang ini, hanya media maya sahaja di negara ini. Jadinya, Parlimen yang begitu mahal dan baik setelah diberi pelbagai kemudahan, dilihat seakan sudah tidak berguna. Lebih baik diletakkan orang-orang yang kena Covid-19 di situ.Wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad Sabu baru-baru ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKORBaru-baru ini ada desas-desus UMNO ingin bekerjasama dengan PH. Adakah Amanah akan menerima UMNO?Jika dengan parti (UMNO), saya tidak tahu. Tetapi perbincangan dengan mana-mana pihak individu, ia tidak menjadi masalah.Kita boleh bincang dan keputusan boleh diambil bersama. Soal PH untuk bekerjasama dengan UMNO belum ada keputusan. Sekiranya saya bersetuju dengan Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung seruan dia untuk meminta sidang Parlimen dibuka, namun itu bukan bermaksud saya bersetuju dengan UMNO. Jika ada individu dari UMNO yang mahu berbincang dengan kita (Amanah), memang kita alu-alukan kehadirannya.Sekiranya PH sekali lagi dipilih oleh rakyat, apakah perubahan pertama akan YB lakukan?Apa yang kita janji itu, kita cuba tepati. Masalahnya yang berlaku sekarang ini, misalnya PH, kami (Amanah) dipanggil penyokong DAP. Orang Melayu akan terhakis, agama Islam akan terancam. Itu yang dimainkan dalam kempen.Bagi saya tidak apa. Kempenlah. Datang pilihan raya 2023 biarlah rakyat menentukan sama ada kami kalah atau tidak. Terimalah. Itu keputusan rakyat.Masalahnya kamu (PN) telah berkempen begitu kuat, kenapa ambil melalui Langkah Sheraton kenapa tidak boleh tunggu pilihan raya.Mereka sudah menang di Cameron Highlands dan Tanjung Piai, kenapa tidak terus bekerja supaya menang di PRU. Kamu boleh menang dengan secara mutlak. Jadi rakyat boleh terima. Sekarang apabila berlaku Langkah Sheraton, ini yang jadi masalah.Saya tidak kisah kalau mereka kata kami penyokong DAP, penyebab Islam terancam dan sebagainya. Kami akan menjawab (dakwaan tersebut).Itu yang kami rancang untuk bekerja selama lima tahun, bukan untuk 22 bulan. Jadi kita kerja lima tahun, kemudian rakyat boleh menilai. Kalaulah rakyat memilih mereka, tiada masalah. Saya sendiri bertanding di Parlimen sebanyak sembilan kali. Lima kali kalah, empat kali menang. Bila kalah, kita lawan sebagai pembangkang. Kalau tidak puas hati dengan cara PRU, kita buat perhimpunan Bersih, aduan polis atau kita pergi ke mahkamah. Ini cara bertamadun. Bukan dengan membeli wakil-wakil rakyat, kemudian menabur pelbagai janji dan sebagainya, akhirnya jadi seperti kes Prasarana.Itu salah satu contoh, sebab apabila tempat yang perlu diletakkan orang profesional tetapi mereka (kerajaan kata) tidak boleh kerana nak menempatkan wakil-wakil rakyat yang menyokong mereka. Ini yang menjadi masalah, bukan kami memerintah baik atau tidak.Baik atau tidak, sistem kita lima tahun, rakyat tentukan. Kalau kami menang lagi, maka kami menanglah. Kalau kalah kami terima. Itu caranya.Saya sebagai orang lama dalam politik Malaysia, biasa jadi pembangkang, masuk penjara dan masuk lokap dalam memperjuangkan demokrasi. Apa yang berlaku ini saya tidak boleh terima. Ini menghancurkan negara kita kalau dibiarkan berterusan. Misalnya, pelabur-pelabur asing yang nak datang ke Malaysia, mereka jadi tidak yakin.Kalau ekonomi negara kita makin teruk, rakyat kita yang akan susah. Sekarang pun sudah susah. Bila orang lari, banyak pelabur-pelabur besar pergi ke Vietnam dan Indonesia. Sebab sistem di negara kita dilihat tidak lagi stabil.Apa nak jadi pada rakyat? Dulu lulusan universiti kejuruteraan pada 10 tahun dahulu bekerja dengan gaji RM4,000 hingga RM5,000, sekarang ada yang kerja dengan gaji RM1,800 dan RM2,000.Ini yang menjadi masalah apabila politik tidak menentu. Sebab itu, sistem perosak ini saya cukup marah. Saya masuk lokap dan penjara berkali-kali di antaranya kerana mahu memperjuangkan sistem demokrasi yang lebih baik. Tiba-tiba bila sudah membuat perubahan semua, berlaku rampasan kuasa seperti ini.Dengan isu yang dihadapi PN ini, adakah YB yakin PH dapat menakluk Putrajaya pada PRU15?Kalau tanya orang bertanding, bila-bila mereka akan beritahu mereka akan menang. Itu terserahlah kepada wartawan dan media semua, tetapi umumnya kita boleh melihat rakyat tidak berpuas hati sekarang ini.Seperti yang berlaku di negara China, apabila ‘lockdown’, mereka lakukannya bersungguh-sungguh. Atas jalan raya hanya ada ambulans dan kereta polis.Adakah YB akan pertahankan kerusi sekarang ini?Itu bergantung kepada keputusan mesyuarat Amanah dan PH sebab saya dari segi bertanding ini pelbagai tempat. Saya bertanding di Kepala Batas berlawan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Permatang Pauh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; bertanding di Nilam Puri, Kubang Kerian, Kuala Kedah, Kuala Terengganu dan Kota Raja. Jadi pada pilihan raya akan datang, saya tidak tahu lagi, parti mencadangkan untuk letakkan saya di mana.Kerajaan PH jatuh ketika Dr Mahathir melepaskan jawatan akibat hilang sokongan ahli Parlimen. Adakah Amanah akan kembali bekerjasama dengan parti Dr Mahathir?Kita bekerjasama dengan sesiapa tetapi sekarang keputusan pada PH. PH sudah membuat keputusan kalau kita dapat ambil alih kuasa, perdana menterinya ialah Anwar Ibrahim. Mengenai kerjasama daripada sesiapa pun, itu boleh dibincangkan dari semasa ke semasa.Kerajaan bagaimana YB jangkakan pada pasca PRU15 nanti?Sesetengah orang berpandangan pilihan raya akan datang ini akan menjadi ‘hung parliament’ (Parlimen tergantung) ertinya sesiapapun tidak cukup majoriti. Itu pandangan-pandangan penganalisa sekarang. Penganalisa ini kadang-kadang kita boleh ambil pandangan mereka. Kita kena bersedia supaya jangan jadi ‘hung parliament’ supaya kita dapat menang dengan majoriti yang cukup.Apabila berlakunya ‘hung’ ini ertinya dia kena membuat gabungan dengan orang lain. Misalnya PH, kalau kami menang 130 atau 120 tidak ada masalah. Tiba-tiba kita menang 100 kerusi contohnya, lawan PN pun tidak cukup, jadi kena bincang segera untuk membuat kerajaan pada waktu itu.Tetapi saya yakin PH akan cukup insya-ALLAH. Sebab sekarang ini kami tidak sekuat mana, tetapi rakyat benci kepada PN itu begitu tinggi.Adakah PH mampu menang tanpa Dr Mahathir sedangkan ramai berpandangan kemenangan PH disebabkan beliau?Disebabkan beberapa faktor. Terbesar sekali 1Malaysia Development Berhad (1MDB), masalah rasuah dan korupsi. Kali ini pun Dr Mahathir ada, tetapi pilihan raya akan datang tidak tahu dia ada (bertanding) atau tidak tetapi kita yakin rakyat sekarang ini memang gelisah dengan pemerintah yang ada.Saya kata tadi walaupun kami dilihat tidak seberapa kuat kerana kita tidak dapat bergerak sekarang ini, sudah setahun. Bang Mat tidak dapat dipisahkan dengan ceramah (gelak). Jadi insya-ALLAH rakyat akan terjemahkan tidak suka itu melalui pilihan raya. Itu pandangan saya, kalau yang lain mengatakan mereka akan menang besar itu hak mereka.ANEKDOTSuka menjala ikan dan memasakSaya suka menjala ikan dan waktu lapang kadang-kadang kalau kawan-kawan datang ke rumah saya cuba memasak. Goreng ikan, rebus pucuk ubi. Orang kata saya pandai memasak, tidak. Sebenarnya saya memasak dalam Kem Kamunting. Kem Kamunting bukan ada restoran lain. Jadi bila kita memasak dia (rakan lain) kena makan yang itu sahaja. Itu dia kata sedap.Ada besi dalam lutut sehingga ke hari iniSetiap kali demonstrasi Bersih saya dilantik menjadi ketua sehingga saya dilanggar oleh polis di lutut semasa menaiki motosikal. Ada besi di dalam lutut sehingga ke hari ini sebagai tanda. Dibedah di KPJ dan dimasukkan besi serta tidak dibuang. Saya berbangga kerana akhirnya perjuangan itu didengari oleh pemerintah dan apabila kita memerintah sendiri, kita cuba lagi (penambahbaikan) seperti mandatori terhadap orang yang disabitkan dalam kesalahan mengedar dadah.Kita sedang berusaha supaya ia dijadikan bukan mandatori iaitu hakim yang akan menentukan mengikut hujah-hujah. Tetapi kerajaan kita sudah jatuh. Ertinya bila kita berjuang dalam manifesto itu kita cuba laksanakan satu demi satu untuk bawa kepada generasi akan datang lebih bersikap demokratik.Sudah biasa masuk lokapMasa itu muda lagi. Kena tangkap pada permulaan umur belum sampai 20 tahun semasa di Institut Teknologi Mara ITM (Kini Universiti Teknologi Mara UiTM). Kesnya demonstrasi ITM. Selepas kita masuk lokap banyak kali, sudah menjadi biasa.Sesetengah orang masuk lokap ini tahu-tahulah tidur atas simen. Kita ini orang susah dan miskin bila kita masuk lokap dia beri ikan seketul beserta kuah dan nasi saya makan habis (ketawa), tidak menjadi masalah.Tetapi memang ada yang tidak kena dahulu apabila kami ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kita tengok ikan yang diberi itu tidak bermutu dan kemudian kita membuat mogok lapar. Kita berpuasa dan yang bukan Islam mogok lapar.Selepas itu tindakan Kementerian Dalam Negeri tanpa menambah peruntukan makanan menjadi elok. Ertinya ada penyelewengan di situ. Saya tidak tahu makanan di dalam lokap sekarang ini sama ada ikut standard atau tidak sebab saya tidak masuk agak lama (ketawa), tidak tahu akan datang nak masuk pula. Tidak rasanya, insya-ALLAH. Umur sudah makin lanjut.PROFILMohamad SabuUmur: 67Asal: Pulau PinangJawatanPresiden Parti Amanah Negara (Amanah)Ahli Parlimen Kota RajaBekas Menteri Pertahanan | 4 | 06 Jun 2021 10:00am |
MOHD AZLIM ZAINURY | https://www.sinarharian.com.my/article/141267/berita/wawancara/kenal-pasti-3-keperluan-segera-rakyat-palestin | Kenal pasti 3 keperluan segera rakyat Palestin | ISU Palestin sangat dekat di hati umat Islam di Malaysia.Justeru apabila Masjid al-Aqsa diserang rejim Zionis dan rakyatnya ditindas Ramadan lalu, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan berlumba-lumba menghulurkan bantuan.Salah satu dana yang ditubuhkan khusus untuk tujuan itu ialah Aid4Palestine hasil usaha Pas, yang telah mengumpul RM16.8 juta setakat 24 Mei lalu.Walaupun ia digerakkan oleh sebuah parti politik, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi, meminta supaya sentimen politik diketepikan dalam usaha untuk membantu perjuangan rakyat Palestin.“Isu ini menuntut rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik,” kata anak sulung Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini.Ikuti kupasan Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine bersama wartawan Mohd Azlim Zainury.SINAR AHAD: Boleh ceritakan bagaimana Aid4Palestine ini boleh tercetus?MUHAMMAD KHALIL: Penubuhan Sekretariat A4P adalah inisiatif Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah hasil daripada perbincangan beliau dengan Perdana Menteri.Ini menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri dan Tuan Guru (Presiden Pas) terhadap isu yang begitu dekat dengan hati umat Islam ini walaupun kita masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19.Penderitaan rakyat Palestin telah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.Sekretariat Aid4Palestine ini bertujuan menyelaras bantuan kepada saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza. Kita juga ingin menzahirkan rasa syukur atas kejayaan fasa pertama dalam misi menghantar bantuan kepada rakyat Palestin seperti yang dirancang sebelum ini.Apa yang lebih menggembirakan kami, jumlah kutipan melebihi sasaran awal kami iaitu RM1 juta, alhamdulillah.Untuk makluman, bagi fasa pertama yang bermula 15 Mei kempen Aid4Palestine telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM16.8 juta pada 24 Mei lalu dan hingga saat ini terus meningkat.Jumlah ini merangkumi sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, parti politik, NGO dan masyarakat awam.Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sumbangan terbesar yang diterima adalah daripada PasRelief, iaitu sebanyak RM12.1 juta.Sekretariat Aid4Palestine ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak yang membantu untuk menjayakan misi fasa pertama khususnya para penyumbang.Kami memberi jaminan bahawa sumbangan ini 100 peratus akan disalurkan kepada rakyat Palestin, insyaALLAH.Kami juga mengharapkan usaha ini dapat diteruskan dengan lebih hebat melalui sumbangan fasa kedua berakhir pada 30 Syawal.Kejayaan fasa pertama ini membuktikan bahawa perjuangan Palestin ini telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia.Ini juga dapat dilihat melalui sumbangan yang telah diterima daripada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama bangsa mahupun kedudukan.Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sanggup melelong kereta Volvonya untuk dana Palestin.Lebih menyentuh hati, usaha ini turut disokong sepenuhnya oleh rakyat dalam kalangan pekebun, penoreh, peniaga jalanan dan lain-lain yang mengerahkan segala kemampuan untuk menjayakan usaha ini.Sekrefariat Aid4Palestine ingin memaklumkan bahawa sumbangan fasa pertama sudah mula disalurkan melalui Duta Aid4Palestine yang telah dilantik iaitu Saudara Nadir Al-Nuri dan Abu Ayesh An-Najar.Tanpa gabungan banyak badan bukan kerajaan (NGO) disatukan di bawah satu bumbung, Aid4Palestine mungkin tidak mampu untuk mengumpul dana yang begitu besar dalam waktu singkat.Bagaimana Sekretariat Aid4Palestine dapat membentuk kerjasama jitu dengan semua NGO terlibat?Aid4Palestine adalah penyelaras kepada tiga NGO teras iaitu Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care dan Cakna Palestin. Kita mengalu-alukan agensi kerajaan, parti politik, NGI, syarikat dan individu untuk menyumbang.Secara umumnya rakyat Malaysia sentiasa prihatin dan meletakkan kepercayaan kepada mana mana pihak untuk memperjuangkan isu Palestin bukan sahaja kepada Aid4Palestine.Ada dakwaan mengatakan Pas sekadar mahu meraih manfaat politik daripada penderitaan rakyat Palestin. Apa komen saudara?Dalam isu Palestin kita sewajarnya meletakkan sentimen politik di tepi. Isu ini menuntut rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik.Pas sentiasa konsisten dalam perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada Zionis Yahudi sama ada ketika menjadi pembangkang apatah lagi setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat pada hari ini.Bahkan boleh dikatakan sejak sekian lama setiap kali muktamar tahunan Pas akan ada usul khas untuk isu perjuangan Palestin.Bagaimana saudara dapat memastikan semua dana sumbangan rakyat Malaysia itu akan disalurkan dengan telus?Seperti yang saya maklumkan, pihak sekretariat telah melantik Nadir Al-Nuri sebagai duta rasmi Aid4Palestine dan mendapat persetujuan daripada pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.Berdasarkan pengalamannya sebelum ini kita yakin ia akan diurus dengan telus. Di samping itu, pihak Sekretatiat Aid4Palestine akan berusaha untuk menghantar wakilnya bagi melihat sendiri bantuan itu diagihkan.Pada masa ini, apakah keperluan utama rakyat Palestin?Kita mengenal pasti tiga keperluan utama kebajikan iaitu bantuan segera berbentuk makan minum dan keperluan harian lain bagi mereka yang hilang tempat tinggal. Kedua kesihatan dan ketiga adalah pendidikan.Pada pandangan saudara, apakah yang boleh dilakukan oleh Pas untuk membantu Palestin pada masa depan?Sokongan moral berterusan dan akan sentiasa mendesak kerajaan Malaysia supaya memainkan peranan yang lebih proaktif bagi membela rakyat Palestin dan pembebasan bumi Palestin.Adapun dalam konteks gerakan Islam akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesatuan negara-negara Islam untuk pembebasan bumi Palestin.Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin ini?Isu Palestin sangat dekat di hati rakyat Malaysia tanpa mengira anutan agama, bangsa dan kaum dan sudah tentu ia sangat menyentuh hati umat Islam apabila konflik terakhir yang berlaku ini ketika umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pada pandangan saudara, apakah penyelesaian tuntas terhadap penderitaan rakyat Palestin?Kesatuan dunia Islam. Dunia Islam tidak boleh bergantung lagi dengan kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat kerana mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan konflik Palestin.Malaysia harus memainkan peranan bersama-sama negara Islam lain selain daripada forum OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), Inisiatif D8 dan KLSUMMIT wajar diperkasakan lagi.Bagaimana mahu mendidik rakyat Malaysia supaya kita membantu rakyat Palestin tanpa bermusim?Di peringkat Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa Pas Pusat telah membuat ketetapan untuk menjadikan minggu terakhir bulan Rejab sebagai minggu Al-Quds.Ia bagi mendidik masyarakat agar mengingati dan prihatin dengan isu yang paling utama kepada umat Islam bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan bumi Palestin itu sendiri.Menteri Besar Kedah sanggup lelong kereta Volvo, Timbalan Menteri Besar Kelantan pula lelong keris? Adakah ini bukti betapa dekatnya Palestin di hati rakyat Malaysia atau ia menggambarkan apa? Adakah ada individu lain yang begitu menyentuh hati saudara, boleh ceritakan?Antara contoh yang menyentuh perasaan saya dalam isu Palestin ini antaranya ialah pelarian Rohingya di Marang Terengganu yang datang ke rumah saya membawa sumbangan yang dikutip sesama mereka.Walhal keadaan mereka sendiri pun sangat daif yang rata-rata mencari besi buruk untuk dijual bagi menyara keluarga.Selain itu, ada satu kisah seorang peniaga burger yang sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk disalurkan kepada saudara-saudara seIslam di Palestin khususnya Gaza.Ada satu lagi kisah yang menyentuh hati saya iaitu keikhlasan seorang penduduk pendalaman di Baling, Kedah yang tidak teragak-agak untuk menjual kerbau peliharaannya dengan harga RM6,000 semata-mata untuk disalurkan kepada Palestin.Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada 21 Mei lalu selepas 11 hari menyerang Palestin. Apakah Israel boleh dipercayai dan sejauh manakah gencatan senjata itu akan membawa keamanan kepada penduduk Palestin?Apabila bermula sahaja gencatan senjata antara Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza dengan negara haram Israel setelah tentera rejim Zionis melakukan pengeboman berterusan selama 11 hari ke atas Semenanjung Gaza, ramai yang tertanya-tanya apakah regim Zionis Israel akan berhenti melakukan penindasan, kekejaman dan meluaskan lagi wilayah Palestin yang didudukinya.Jawapan yang paling tepat sekali adalah tidak dan terbukti tidak sampai 24 jam berlangsungnya gencatan senjata, polis Israel sekali lagi menceroboh Masjid al-Aqsa dan menyerang serta menangkap penduduk Palestin yang berada di pekarangan masjid itu ketika berlangsungnya solat Jumaat.Pungutan dana Aid4Palestine di seluruh negara jarang mengecewakan.Sehari selepas itu pula, berlakunya tangkapan besar-besaran ke atas pemuda Palestin di Tebing Barat pada waktu malam yang dipercayai ada kaitan dengan sokongan terhadap Hamas ketika berlangsungnya pertempuran selama 11 hari yang mengakibatkan kemusnahan besar dan korban jiwa yang tinggi ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.Tidak hanya itu, pada hari Ahad berikutnya sekumpulan besar pendatang haram Yahudi dengan kawalan oleh polis Israel memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa hingga mencetuskan insiden pertembungan yang mengakibatkan beberapa penduduk Palestin cedera ditembak oleh polis regim zionis Israel termasuk menangkap penduduk Palestin yang membantah tindakan pendatang haram Yahudi memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa.Jelaslah, selagi mana Palestin tidak dapat dijajah Zionis Israel keseluruhannya dan mengangkat Jerusalem iaitu Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram mereka, selagi itulah mereka tidak akan berdiam diri dan membiarkan ia begitu sahaja.Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken Selasa lalu memberitahu bahawa Washington akan menghulurkan bantuan baru bernilai AS$75 juta untuk membantu membangunkan semula Gaza. Apakah muslihat AS sebenarnya, biarkan Israel musnahkan Palestin kemudian beri bantuan?Apa komen saudara?Amerika Syarikat telah gagal untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik Palestin Israel kerana sentiasa bersikap double standard sejak dahulu lagi.“Move forward” dalam penyelesaian ini ialah melalui dunia Islam sendiri yang mesti lebih tegas dan proaktif. Desakan dari beberapa buah negara Islam seperti Turki dan Pakistan wajar disokong iaitu menghantar tentera pengaman dari negara Islam di sempadan antara Gaza dan Israel.BIODATAMuhammad Khalil Abdul HadiDilahirkan pada 20 Mac 1977 di Marang, TerengganuMerupakan anak sulung daripada 14 adik-beradikBapa beliau ialah Presiden Pas ketujuh, Datuk Seri Abdul Hadi AwangMelanjutkan pengajian thanawi Al-Azhar di Karachi, PakistanBeliau merupakan lulusan Universiti Al-Iman, Yemen dan mempunyai Sarjana Muda Pengajian Islam dan SyariahTurut menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Portsmouth, United KingdomAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu BurukPengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas PusatPengerusi Sekretariat Aid4Palestine | 4 | 30 Mei 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/140531/berita/wawancara/kontroversi-lonjakkan-kembali-nilai-3-yang-suram | Kontroversi lonjakkan kembali Nilai 3 yang suram | DENGAN tidak semena-mena, nama Kawasan Perindustrian Nilai 3 di Seremban, Negeri Sembilan menjadi sohor di laman sosial gara-gara isu rentas negeri selebriti popular, Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.Malah, Nilai 3 terus hangat diperkatakan sehingga menjadi parodi atau jenaka ramai apabila kes rentas negeri itu tidak didakwa di mahkamah selepas mengambil kira kajian yang dilakukan Pejabat Peguam Negara.Rata-rata netizen di media sosial, memuat naik status yang mengatakan Nilai 3 kini sudah ‘berpindah’ ke Selangor, sehingga mendorong Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung Nilai 3 di Twitter baru-baru ini.Bagaimanapun lonjakan popularti Nilai 3 dilihat seolah-olah ‘talian hayat kedua’ buat majoriti peniaga yang sebelum ini bagaikan ‘hidup segan mati tak mahu’ sejak ia dibuka pada 2001 gara-gara kurang mendapat sambutan orang ramai apatah lagi rentetan pandemik Covid-19.Wartawan Sinar Harian, Nan Hidayat Nan Azmie menemubual Datuk Bandar Seremban, Datuk Zazali Salehudin yang berkongsi kisah di sebalik isu panas Nilai 3.SINAR HARIAN: Berdasarkan sejarah, daerah Lukut (Port Dickson) sebelum ini pernah berada di bawah jajahan Selangor sementara daerah Beranang dan Semenyih pula dimiliki Negeri Sembilan sebelum termaktubnya Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878. Cuma baru-baru ini, ekoran kontroversi rentas negeri Neelofa, ada pihak membuat jenaka bahawa Nilai 3 kini sudah menjadi milik Selangor. Apakah komen Datuk?ZAZALI: Kontroversi yang mengatakan Nilai 3 di kawasan Selangor, hanyalah ketidakfahaman masyarakat umum tentang sempadan kawasan pentadbiran sesuatu negeri. Namun pada saya, isu tersebut juga lebih kepada sekadar gurauan di media sosial sesama warganet. Itu saja.Untuk mengimbau asal-usul sebenar Nilai sama ada terlibat sama dengan Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878 iaitu turut merangkumi Lukut, maaf saya juga kurang jelas berhubung perkara itu. Mungkin kena rujuk yang lebih arif, Persatuan Sejarah mungkin lebih tahu. Namun, apa yang pasti, Nilai sekarang memang di bawah seliaan pihak kami.Pada pandangan Datuk, apakah perspektif baik dan buruk di sebalik kontroversi ini?Dari sudut positif, saya yakin sekarang ramai orang akan tengok peta kerana benar-benar hendak tahu di mana lokasi sebenar Nilai. Selain itu, pada masa sama mereka juga ingin mengetahui sendiri apa yang ada serta dijual di Nilai 3 termasuklah karpet atau jualan barangan borong.Cuma, saya berasakan dalam isu viral Nilai 3 di Selangor, ia sekadar gurauan yang tidak perlu dipanjangkan lagi terutamanya dengan penuh kata-kata sindiran.Sepatutnya, kita lebih fokus dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain memikirkan bagaimanakah cara yang paling efisien untuk membantu kerajaan bagi memastikan situasi menang-menang dalam segala hal termasuk memerangi Covid-19. Itu jauh lebih penting berbanding kontroversi sebegini.Ramai juga yang kurang maklum bahawa Nilai 3 kini sudah berada di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sejak tahun lepas. Boleh Datuk ceritakan dengan lebih lanjut?Untuk pengetahuan semua, Nilai 3 kini berada dalam daerah Seremban selepas pengisytiharan Seremban sebagai sebuah bandar raya berkuat kuasa 1 Januari 2020. Ia juga berada di bawah seliaan MBS semenjak penggabungan Majlis Daerah Seremban (MDS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai MBS pada tahun lepas.Umum mengetahui kesuraman yang melanda peniaga di Nilai 3 sebelum ini sedangkan ia pernah dinobatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia. Apa pandangan Datuk?Pembangunan di kawasan Nilai 3 sememangnya agak perlahan terutamanya sejak pandemik Covid-19, sekali gus menyebabkan kuasa pembelian terhad gara-gara kekurangan pelanggan serta mengakibatkan syarikat perniagaan juga tidak begitu berkembang.Berdasarkan pemerhatian, faktor utama yang menjejaskan kedatangan pengunjung ke Nilai 3 adalah kerana kepelbagaian aktiviti perniagaan serta perbandingan harga yang ditawarkan lokasi lain.Aktiviti mempromosikan Nilai 3 sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia semakin kelam sama ada daripada agensi kerajaan mahupun persatuan peniaga sendiri berbanding pada awal-awal kewujudan Nilai 3 suatu ketika dahulu.Disebabkan itu, kedatangan pengunjung hanya disifatkan bermusim terutamanya ketika musim perayaan atau perkahwinan.Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi MBS ketika menyeliakan Kawasan Perindustrian Nilai 3 sepanjang tempoh PKP? Mana-mana premis hanya dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.Penjadualan kebersihan di sekitar Kawasan Perindustrian Nilai 3 juga dijalankan seperti biasa seperti mana sebelum PKP, jadi tindakan tegas diambil ke atas mana-mana individu yang didapati membuang sampah secara haram.Tempat pembuangan sampah haram juga sering dibersihkan secara berjadual dan ia juga disita agar pembuangan sampah haram tidak lagi berlaku di sekitar kawasan Nilai 3.Dengan pelaksanaan PKP, kehadiran pelanggan di Nilai 3 juga dilihat amat terhad dan minima. Jadi, adakah digerakkan sebarang inisiatif daripada MBS untuk membantu golongan peniaga yang terjejas di situ?Sudah semestinya. Mana-mana peniaga yang menyewa premis MBS pernah diberikan pengecualian sewa untuk tiga bulan pada tahun lepas.Sekatan Perintah Kawalan Pergerakan juga memburukkan lagi nasib peniaga di Nilai 3. Gambar: Arkib BernamaPengecualian bayaran sewa premis itu juga telah diberikan kepada peniaga terjejas pada awal tahun ini.Sedikit soalan berbeza Datuk. Dalam usaha mendepani pandemik Covid-19, boleh Datuk kongsikan bentuk inisiatif yang dilaksanakan MBS dalam usaha membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri?Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pihak kami sememangnya berdedikasi membantu pihak berkenaan dalam aspek sanitasi awam.Pada masa sama, MBS juga telah memberikan kebenaran untuk menggunakan pelbagai dewan serba guna seperti Dewan MBS, Dewan Sikamat, Dewan Sendayan dan Dewan MBS Cawangan Nilai untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin, sekali gus memudahkan orang ramai. | 4 | 26 Mei 2021 07:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/140120/berita/wawancara/tak-logik-ngo-guna-40-peratus-sumbangan | Tak logik NGO guna 40 peratus sumbangan | TRAGEDI yang menimpa kota suci Palestin sudah berabad lamanya dan baru-baru ini kita menyaksikan buat sekian kalinya darah umat Islam tumpah lagi akibat dibunuh Zionis Israel.Pada hari kelapan Palestin diserang pada tahun ini, lebih 212 orang termasuk 36 wanita dan 61 kanak-kanak terkorban selain lebih 1,400 orang tercedera.Rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib saudara di Palestin sentiasa memberi sumbangan dan dana di samping titipan doa buat mereka.Namun, masih ada pihak yang mengambil kesempatan atas penderitaan hidup rakyat Palestin dengan mengadakan tabung derma yang tidak tahu kesahihannya.Keadaan bertambah tegang apabila Duta Palestin di Malaysia mendakwa sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin atas tujuan pembangunan Masjid al-Aqsa tidak sampai.Isu itu kembali hangat diperkatakan apabila Palestin baru-baru ini bergolak dan ada masyarakat Malaysia melahirkan rasa was-was sama ada sumbangan mereka akan sampai terus kepada penduduk di bumi anbia’.Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy menemu bual dua buah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCMS), Zulkifli Wahijan dan Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi menyingkap kebenaran di sebalik isu ini.Awang SuffianSINAR HARIAN: Terdapat dakwaan bahawa penyaluran sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk Masjid al-Aqsa tidak sampai ke tangan Kedutaan Palestin meskipun banyak pihak mengutip dana. Apa komen pihak NGO terhadap isu ini?MCMS: Untuk makluman, bagi penyaluran dana ke Masjid al-Aqsa melalui Kedutaan Palestin memang tidak ada kerana pembangunan Masjid al-Aqsa di bawah Jabatan Wakaf yang dikuasai oleh Jordan.Jadi peraturannya tidak dibenarkan mana-mana pihak untuk melaksanakan sebarang aktiviti pembangunan kepada masjid tersebut melainkan Jordan dengan kelulusan pihak berkuasa Israel yang menguasai Baitulmaqdis.Oleh itu, MCMS menghantar NGO kami sendiri dan terus kepada masyarakat di sana yang terlibat dengan bantahan ke atas Yahudi. Contohnya, pada bulan Ramadan, kami menyumbang jamuan untuk berbuka dan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan sekatan di sana. Secara keseluruhannya, sumbangan sentiasa disalurkan cuma dari segi pembangunan Masjid al-Aqsa tidak dibernarkan.Kebanyakan NGO Malaysia memang tidak akan beri sumbangan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia. Contohnya, MCMS ada pejabat di Palestin dan rakan kolaborasi yang dipercayai. Banyak bukti yang ada seperti resit dan gambar di media sosial. Jadi tak ada isu sumbangan tidak diberikan kepada rakyat Palestin.Aman Palestin: Kami menafikan dakwaan tersebut kerana kami menyalurkan bantuan rakyat Malaysia secara terus kepada Palestin. Contohnya, pada Ramadan lepas, Aman Palestin berjaya menyumbangkan lebih RM10 juta untuk bantuan Ramadan yang diberi kepada Palestin, Yemen, Syria dan Masjid al-Aqsa.Zulkifli menunjukkan salah sebuah Masjid yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia Society.Jadi kami tidak tahu latar belakang mengapa timbul isu mendakwa sumbangan pihak NGO tidak sampai kepada Palestin.Adakah pihak kedutaan nak semua sumbangan mesti diberikan melalui mereka terlebih dahulu? Saya rasa itu bukan sesuatu yang wajib kerana kita boleh dan mampu menyampaikan bantuan tersebut secara langsung dengan sendiri.Ada juga dakwaan bahawa ada NGO mengambil hingga 30 ke 40 peratus daripada sumbangan yang diterima untuk rakyat Palestin di negara ini sebagai kos operasi termasuk untuk urusan pentadbiran dan perjalanan. Sejauh mana ia benar? MCMS: Bagi MCMS kami tidak bersetuju dengan dakwaan itu. Untuk krisis Palestin yang terjadi ketika ini, kami tidak mengambil sebarang caj terhadap semua sumbangan yang diterima.Aman Palestin: Kami tak menafikan kerana bagaimana kami hendak bergerak jika tidak melibatkan pengurusan dan kos lain seperti pengangkutan untuk menyampaikan sumbangan tersebut? Apabila kita memberi bantuan kepada negara luar, memang akan ada kos pengurusan.Hatta, Kedutaan Palestin di Malaysia juga mendapat bantuan secara terus daripada Wisma Putra atau kerajaan Malaysia. Apa yang lebih penting duit tersebut digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat utama iaitu menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.Berapa peratuskah yang sebenarnya diperuntukkan atau digunakan oleh pihak NGO bagi tujuan pengurusan pertubuhan?MCMS: Untuk keseluruhan pengurusan sebelum ini, kami hanya mengambil dalam enam peratus sahaja. Namun, untuk isu krisis Palestin yang terjadi ketika ini, seluruh sumbangan 100 peratus diberikan kepada Palestin.Aman Palestin: Untuk tujuan pengurusan, pada kebiasaannya Amal Palestin hanya menggunakan kurang dari 10 peratus. Semakin banyak sumbangan yang kami dapat, semakin kurang peratusan yang digunakan.Jadi tuduhan menggunakan 30 atau 40 peratus dari sumbangan itu untuk pengurusan tidak logik bagi kami.Adakah benar NGO Malaysia tidak menghulurkan derma kepada pengurusan Masjid al-Aqsa kerana masjid itu dibiayai oleh kerajaan Jordan?MCMS: Ya betul. Ini kerana Masjid al-Aqsa berada di bawah Jabatan Wakaf Jordan. Sumbangan yang dibenarkan dan kita bantu hanyalah makanan, halaqah mengaji dan pengangkutan ke masjid iaitu bantuan selain daripada tujuan pembangunan.Aman Palestin: Suatu benda yang semua orang kena faham, Palestin terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, Gaza, yang diperintah oleh Hamas dan bantuan yang diberikan kebanyakkannya oleh NGO. Kedua, Palestin 48, kawasan yang paling luas dan pertembungan dengan rakyat Israel.Zulkifli Wahijan menunjukkan aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan oleh Muslim Care Malaysia Society dalam membantu warga Palestin.Ketiga, Tebing Barat berdekatan Masjid al-Aqsa yang berada di bawah kekuasaan Israel. Keempat, Al-Aqsa atau Jerusalem yang menjadi rebutan ibu negara antara Palestin dan Israel.Akibat perebutan ini, kuasa untuk mengendalikan diletakkan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah kerajaan Jordan dan diletakkan pengurusannya di bawah Kementerian Wakaf Jordan.Oleh itu, mereka mempunyai peruntukan khusus untuk Masjid al-Aqsa dari segi pembinaan dan pengurusan. Namun, Aman Palestin membuat sumbangan lain seperti makanan, bantuan perubatan dan tabung kecemasan untuk orang yang menghuni dan duduk di Masjid al-Aqsa dan bantuan itu sampai. | 4 | 24 Mei 2021 07:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/139996/berita/wawancara/lsquoisrael-malapetaka-abad-inirsquo | ‘Israel Malapetaka Abad ini’ | MENUJU penghujung Ramadan lalu, Palestin bermandi darah lagi. Seramai 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terkorban. Lebih 1,900 lagi cedera manakala 120,000 hilang tempat tinggal. Serangan ganas selama 11 hari itu berakhir selepas Israel dan Hamas pada Khamis bersetuju mengadakan gencatan senjata.Konflik Israel-Palestin sebenarnya sudah berlangsung selama tujuh dekad, namun Israel jelas belum puas menjarah bumi para anbiya itu khususnya Masjid Al-Aqsa. Pada masa sama, Amerika Syarikat dan sekutunya terus menutup mata terhadap kekejaman dan kejahatan rejim Zionis.Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini bercakap dari hati ke hati mengenai tragedi pilu itu.Ikuti temu bual anak jati Tebing Barat itu bersama Timbalan Pengarang Berita, Zamri Rambli dan Junhairi Alyasa serta wartawan Liza Mokhtar, Muhammad Amnan Hibrahim dan jurugambar Rosli Talib di Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Apa komen anda berhubung insiden serangan dan pengeboman terbaru rejim Israel ke atas Gaza dan rakyat Palestin?WALID: Situasi terkini di Palestin umpama berlaku malapetaka. Rakyat Palestin berdepan jenayah perang dan keganasan terhadap tanah air yang didalangi penduduk haram Israel di Palestin.Jika kita bercakap tentang serangan udara dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin, kita mesti melihat kembali punca terjadinya konflik.Kita tidak boleh mengabaikan apa yang telah berlaku ketika minggu akhir bulan Ramadan lalu apabila pelampau Yahudi, polis dan tentera Israel menceroboh Masjid al-Aqsa ketika solat tarawih.Pada masa sama, kita tidak boleh melupakan pencerobohan Israel di Sheikh Jarrah di mana mereka mengusir rakyat Palestin dari kediaman mereka agar Israel boleh mengambil alih.Kita juga tidak boleh mengabaikan pilihan raya Israel yang menyaksikan Benjamin Netanyahu dilantik sebagai Perdana Menteri. Demi memenuhi cita-citanya membentuk kerajaan, beliau sanggup mencetuskan perang agar dapat mengambil kesempatan politik menyatukan rakyat Israel supaya mengundinya sekali gus meneruskan hasrat menubuhkan kerajaan.Kita tidak boleh mengetepikan hakikat Israel menghalang rakyat Palestin mengadakan pilihan raya di Baitulmaqdis. Begitu juga syor Deal of the Century di mana bekas pentadbiran Amerika Syarikat (semasa Donald Trump menjadi presiden) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel serta memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Rakyat kami menolak dan enggan menerima Deal of the Century, sebaliknya menggelarnya sebagai Catastrophe of the Century (Malapetaka Abad Ini).Semua tahu, rakyat Palestin hidup terseksa selama lebih dari tujuh dekad sejak tertubuhnya negara haram Israel pada tahun 1948.Sekian lama juga mereka berjuang untuk mendapatkan kebebasan, kemerdekaan tanah air dan hak untuk hidup aman serta selamat di Asia Barat.Seperti yang kami selalu tegaskan, isu utama kepada sebarang rundingan perjanjian damai di Asia Barat adalah pengiktirafan terhadap hak rakyat Palestin untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan hidup sama seperti negara lain di seluruh dunia.Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini bercakap dari hati ke hati mengenai tragedi pilu itu.Susulan sekatan dan serangan berterusan oleh rejim Israel, apakah keperluan utama rakyat Palestin terutama di Gaza ketika ini?Pertama, kita harus menghentikan pertumpahan darah. Kami hidup dalam status perang, rakyat Palestin tidak berdosa menentang tentera Israel yang jauh lebih lengkap dan sofistikated dari segi ketenteraan. Dengan pesawat tempur seperti F50 dan F16, mereka menyasarkan orang awam, bangunan, hospital dan juga sekolah. Semua rakyat Palestin menjadi sasaran serangan.Kedua, kita perlu menyediakan tempat perlindungan kepada ribuan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.Buat sementara waktu, mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah namun sekolah-sekolah tersebut juga menjadi sasaran misil Israel tempoh hari.Bayangkan kehilangan tempat tinggal dan terpaksa ditempatkan di sekolah, mereka memerlukan pelbagai jenis bantuan dan rawatan kesihatan.Mereka memerlukan makanan dan pakaian. Mereka memerlukan pelbagai jenis bantuan untuk keperluan keluarga, kanak-kanak, warga emas dan juga wanita.Pada masa sama, Palestin turut berdepan pandemik Covid-19 dan jumlah kes amat tinggi. Angka terbaru direkodkan adalah melebihi 500 kes sehari manakala jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 pula kurang 2,000 kes.Pihak hospital juga memerlukan pelbagai jenis bantuan bukan sahaja untuk menangani kes Covid-19 namun pada masa sama untuk merawat mangsa yang cedera akibat pencerobohan dan keganasan Israel.Adakah anda berpendapat penindasan rejim Israel sekarang lebih buruk berbanding yang pernah berlaku sebelum ini?Jenayah Israel adalah sama, tiada perbezaan. Mereka menggunakan peralatan perang paling sofistikated, mereka cuba menembak rakyat Palestin. Pada pandangan Israel, rakyat Palestin yang mati adalah lebih baik dan mereka menyasarkan semua rakyat Palestin.Ketika kami memperjuangkan kebebasan, Israel tidak membeza-bezakan sama ada anda dari Gaza, Baitulmaqdis, Jenin atau Hebron.Di mata Israel, semua rakyat Palestin adalah sama. Mereka tidak membezakan antara rakyat Palestin ketika menyerang dan mereka menggunakan semua peralatan dan teknologi canggih yang dimiliki.Mereka menyasarkan rakyat Palestin dan tanpa mengambil kira orang awam di sekitarnya, mereka akan terus menembak. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang berada berhampiran sasaran mereka.Mereka tidak mempedulikan kanak-kanak dan wanita. Mereka tidak membezakan-bezakan antara rakyat Palestin. Sememangnya itulah strategi Israel, rakyat Palestin yang mati adalah lebih baik.Pada pendapat anda, apakah solusi terbaik untuk menamatkan konflik Israel-Palestin ini?Komuniti antarabangsa sedar akan realiti (di Palestin) dan mereka tahu demi memberikan peluang kepada semua pihak hidup aman di Asia Barat, mereka perlu mengiktiraf hak Palestin mendapatkan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara berdasarkan prasempadan 1967 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution yang dicadangkan sebagai solusi untuk kestabilan di rantau tersebut merupakan satu-satunya solusi yang akan memberi peluang kepada Israel dan Palestin untuk hidup aman.Israel tidak akan boleh menikmati perdamaian, menikmati peluang penempatan di Asia Barat tanpa mengiktiraf hak Palestin dan negara Palestin yang merdeka. Amerika Syarikat tahu akan itu. Kesatuan Eropah, China dan Rusia malah seluruh komuniti antarabangsa juga tahu bahawa satu-satunya solusi adalah Penyelesaian Dua Negara.Kami akan tetap meneruskan perjuangan. Apa yang tidak mampu kami capai akan dicapai oleh anak dan cucu kami.Malaysia tidak pernah gentar untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin dan rakyatnya. Pada pandangan anda, adakah sokongan yang diberikan itu dapat membantu rakyat Palestin menghadapi masa-masa sukar?Dengan bangga saya ingin mengatakan bahawa saya berterima kasih kepada Malaysia. Malaysia sentiasa hebat dalam sokongannya terhadap Palestin. Ia adalah isu yang dekat pada hati setiap rakyat Malaysia.Saya merasakan bahawa Palestin telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini juga mengenai isu Palestin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan supaya diadakan solat sunat khas di seluruh negara untuk mendoakan Palestin. Terima kasih kepada Seri Paduka Baginda.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerusi kenyataannya turut berusaha untuk mengkoordinasikan usaha bagi membuat satu pernyataan tegas bersama Indonesia dan Brunei pada persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi dua hari lalu. Mesej tersebut turut diterima melalui Menteri Luar. Satu mesej yang kuat telah diberikan pada Persidangan OIC di Jeddah.Mesej melalui Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga jelas dan begitu juga kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Jadi seluruh rakyat Malaysia tidak kira kerajaan mahupun pembangkang menunjukkan sokongan dan solidariti mereka kepada Palestin termasuklah komuniti dan NGO Malaysia.Tiada siapa yang boleh mempersoalkan sokongan yang diberikan oleh Malaysia kepada Palestin. Bagi pihak saya sebagai Duta Palestin ke Malaysia, saya sangat bersyukur dan berterima kasih.Masyarakat di seluruh dunia telah menyuarakan solidariti terhadap Palestin tetapi tidak banyak yang diperkatakan oleh pemimpin negara-negara Islam atau organisasi seperti OIC dan juga PBB. Apa komen anda?Saya sangat sedih untuk mengatakan bahawa Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB yang berlaku baru-baru ini di mana AS satu-satunya negara yang mengambil pendirian untuk tidak membuat satu resolusi melalui majlis berkenaan.Pada masa sama, seperti yang kita semua tahu, simpati yang ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia terhadap perjuangan Palestin adalah sangat kuat. Saya boleh katakan bahawa mereka sangat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.Malangnya, terdapat beberapa kerajaan dan rejim menerima banyak tekanan daripada pelobi Israel dan Yahudi.Terdapat juga sebilangan kerajaan dan juga rejim berusaha untuk menyatakan sokongan tetapi terpaksa kekal berdiam diri dan tidak bersuara kerana memiliki kepentingan bersama Israel.Kami sebagai rakyat Palestin percaya bahawa isu ini adalah terletak di tangan kerajaan-kerajaan tersebut tetapi komuniti antarabangsa juga bertanggungjawab untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin dan membantu kami mendapatkan hak untuk hidup secara bebas di negara Palestin yang merdeka.Berapa banyak resolusi yang telah diambil oleh Majlis Keselamatan PBB? Berapa banyak lagi Perhimpunan Agung PBB perlu dilakukan untuk membincangkan pembebasan Palestin? Tetapi malangnya apabila sampai kepada perkara yang berkaitan Israel, kami akan menjadi mangsa kepada keputusan yang berat sebelah.Adakah anda bersetuju bahawa rejim Israel bebas melakukan apa sahaja yang dikehendaki terhadap Palestin kerana sokongan kuat daripada negara seperti AS?Sudah tentu. Maksud saya, Israel seperti yang anda ketahui mendapat sokongan kuat daripada pentadbiran AS. Sebilangan negara Eropah juga membenarkan Israel melakukan apa yang mereka mahukan.Itulah sebabnya mereka tidak pernah bertindak melaksanakan resolusi yang diambil oleh Majlis Keselamatan PBB atau apa sahaja. Bayangkan AS dengan hak veto yang dimilikinya dalam Majlis Keselamatan selalu menyokong Israel.Dan itu memberi peluang kepada Benjamin Netanyahu dan kerajaannya untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan kerana mereka tahu bahawa mereka mendapat perlindungan yang sangat baik daripada pentadbiran AS. Di AS tidak kira Republikan atau Demokrat, Israel selalu dijadikan keutamaan oleh pentadbiran AS.Kami selalu percaya bahawa AS, sebagai anggota kuartet yang seharusnya menaja rundingan damai perlu memposisikan dirinya di tempat yang sepatutnya dan bersikap adil.Mereka harus menjadi pihak yang bertindak sebagai saksi dalam rundingan damai antara Palestin dan Israel serta seterusnya membolehkan perjanjian damai yang menyeluruh dapat dicapai di Asia Barat.Tetapi apabila AS memutuskan untuk menjadi lebih Israel daripada orang Israel sendiri, bagaimana mereka dapat menaja rundingan damai dan mencapai perjanjian damai yang komprehensif?Apa yang dapat dilakukan oleh masyarakat dunia untuk membantu menamatkan penderitaan Palestin?Mereka mesti mengambil tindakan terhadap Israel. Mereka mesti menghentikan pertumpahan darah di Palestin. Mereka mesti menghentikan jenayah perang Israel terhadap Palestin. Pemimpin Israel mesti dibawa melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda untuk keadilan.Apa yang saya saya maksudkan ialah ketika kita bercakap mengenai undang-undang antarabangsa, setiap hari mereka menyaksikan pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap rakyat Palestin.Mereka yang mempercayai hak asasi manusia, mereka yang mempercayai demokrasi, mereka mesti menghentikan pencerobohan Israel terhadap rakyat kita.Secara teori, ya, kami percaya ada simpati yang ditunjukkan terhadap Palestin, tetapi secara praktikalnya tidak ada apa-apa tindakan yang dilakukan. Kita memerlukan tindakan yang harus diambil untuk menunjukkan kita benar-benar bersungguh.ANEKDOTOrang Malaysia adalah ‘satu’Saya berharap rakyat Malaysia terus bersatu menyokong rakyat Palestin. Bagi saya sebagai duta besar, seperti yang saya katakan pada awal tadi, Malaysia adalah satu. Sama ada anda berasal dari Johor, sama ada anda dari Pulau Pinang, sama ada anda dari Terengganu, pada saya semua orang Malaysia adalah satu. Tidak kira sama ada anda PKR, Bersatu atau UMNO, bagi saya semua sama sahaja.Saya berharap dan meminta rakyat Malaysia untuk melihat kesemua rakyat Palestin juga sebagai satu. Pada masa ini kita adalah satu. Peluru berpandu Israel, ketika menyerang Gaza, ia tidak membezakan antara rakyat Palestin. Ia tidak mengatakan bahawa ini adalah Hamas atau ini adalah Fatah. Semua rakyat Palestin menjadi sasaran. Jadi penderitaan rakyat Palestin adalah sama.Lihatlah ke Palestin, perjuangan kita ada di Baitulmaqdis, perjuangan kita berada di ibu negara kita. Tidak ada negara Palestin tanpa Baitulmaqdis. Tidak ada negara Palestin tanpa Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis menjadi keutamaan bagi kita sebagai rakyat Palestin.Ya, tidak ada yang dapat melupakan penderitaan rakyat kita di Gaza. Mereka telah dikepung selama beberapa dekad. Tetapi pada masa yang sama, pertempuran kita dengan Israel adalah di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.Mereka berusaha menyingkirkan rakyat Palestin supaya berpindah dari ibu kota dan memaksa rakyat Palestin meninggalkan premis mereka, rumah mereka di Baitulmaqdis.Dan kita akan meneruskan perjuangan kita. Baitulmaqdis adalah milik kita. Al-Aqsa adalah milik kita, dan kita akan terus berjuang di sana.Ini adalah mesej saya kepada semua rakyat Malaysia. Sekali lagi, terima kasih, Malaysia, untuk semua yang anda lakukan demi Palestin.Lawan Israel menerusi media sosialSaya telah menyampaikan satu kenyataan bertulis untuk semua rakyat Palestin di Malaysia susulan wujudnya ancaman Israel untuk menyerang Malaysia menggunakan platform internet. Kami percaya kepada agensi keselamatan Malaysia dan kami yakin bahawa kami selamat di Malaysia.Israel sangat maju dalam bidang teknologi, tetapi saya percaya Malaysia juga memiliki kemajuan yang baik dan boleh menjadi model dalam kalangan dunia Islam dan saya tahu betapa aktifnya rakyat Malaysia di sosial media.Ya, saya fikir tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sosial media yang popular ini berada di dalam tangan orang Israel dan Yahudi. Apa yang saya maksudkan adalah orang Israel dan Yahudi di seluruh dunia mengawal agensi media utama dan semua media berada dalam kawalan mereka.Oleh itu, kami berharap melalui Malaysia, negara-negara Islam dan Arab, kita dapat melakukan sesuatu untuk melawan apa yang dilakukan oleh Israel melalui media sosial.Saya tahu bagaimana mereka dengan sebaik mungkin cuba untuk memanfaatkan kesemua alat media sosial seperti Facebook dan WhatsApp tetapi kita percaya bahawa kita juga mempunyai kemampuan untuk mendapat manfaat daripada penggunaan media sosial.PROFILWalid Abu AliAsal: Bethlehem, Tebing BaratPengalaman:Duta Palestin ke Pakistan (2012-2018)Duta Palestin ke Malaysia (2018-sekarang) | 4 | 23 Mei 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/138690/berita/wawancara/lsquosaya-sedar-ada-pengguna-penjual-yang-marahrsquo | ‘Saya sedar ada pengguna, penjual yang marah’ | [WAWANCARA] Menyedari pembelian dalam talian kini menjadi trend baharu susulan pandemik Covid-19, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk membuat pindaan terhadap undang-undang bagi melindungi hak pengguna.Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pindaan atau penggubalan rang undang-undang baharu perlu dibuat memandangkan pasukan penguat kuasa belum mempunyai kuasa menyeluruh berkait perniagaan online itu.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Nanta turut berkongsi isu kenaikan harga barang dan penetapan harga siling barang keperluan yang sering menimbulkan perasaan tidak puas hati pengguna dan peniaga.Ikuti wawancara wartawan Raiham Mohd Sanusi dan Mukhriz Mat Husin bersama Nanta di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah perkara paling mencabar yang Datuk Seri lalui dalam menangani isu-isu pengguna ketika ini?NANTA: Ya, ketika ini kementerian menumpukan usaha untuk mengawal harga barang keperluan khususnya pada musim perayaan Aidilfitri.Ada dakwaan mengatakan harga naik mendadak tetapi apabila penguat kuasa kementerian turun padang untuk buat siasatan, kita dapati memang ada kenaikan tetapi tidaklah mendadak. Selain harga, peranan utama kami adalah memastikan barangan sentiasa mencukupi di pasaran.Dalam isu harga dan bekalan barangan yang sangat sensitif bagi rakyat dan pengguna, kami perlu membuat advokasi iaitu memberi penerangan dan informasi supaya mereka faham bahawa prinsip (harga barang) adalah berkait dengan bekalan dan permintaan.Selain itu, mereka juga harus tahu bahawa barangan import, harganya dipengaruhi oleh perkara yang di luar bidang kuasa kita.Kenapa saya kata begitu? Misalnya bawang merah import dari India, memang ia banyak bergantung kepada bagaimana keadaan di India semasa musim menuai kerana pada tahun lepas berlaku masalah pengeluaran ekoran kemarau yang berpanjangan dan menjejaskan produktiviti bawang ini.Mengenai harga ayam pula, kita dapati harga ayam bergantung kepada dedak atau makanan ayam. Sebahagian besar dedak ayam ini terpaksa kita beli atau import dari luar negara.Apabila harga naik, kita tak ada pilihan lain, maka kita kena tanggung juga kenaikan harga dedak ayam ini yang kemudian mempengaruhi harga ayam. Sebab itu kita perlu buat advokasi atau libat urus dengan pengguna.- Sejak menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lebih setahun lalu, apakah usaha-usaha Datuk Seri untuk memperbaiki taraf hidup rakyat?Perkara paling penting bagi saya adalah bagaimana kementerian ini boleh membantu mensejahterakan rakyat menerusi kos sara hidup yang berpatutan. Sebelum menerajui kementerian ini lagi, saya sedar tentang kos sara hidup yang tinggi pada masa itu.Jadi apabila datang ke kementerian ini saya tumpu kepada akta, peraturan, strategi sedia ada dan bagaimana saya dapat mencari ruang untuk buat penambahbaikan.Beberapa libat urus telah kita jalankan bersama pemain industri termasuk perniagaan dalam talian, perniagaan francais dan peruncit biasa, pasar raya besar, pasar raya, syarikat pengedaran dan syarikat penyedia perkhidmatan.Kita faham perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah kawal selia KPDNHEP yang terlibat dalam aktiviti pengedaran, borong dan perdagangan runcit, memang banyak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita.Alexander Nanta Linggi dalam wawancara bersama Sinar Ahad baru-baru ini.Ia juga menyumbang kepada peluang pekerjaan. Saya melihat ada peluang dan ruang untuk kita turunkan kos operasi perniagaan. Jadi dengan adanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu agensi di bawah kementerian ini, ia telah banyak menjalankan inisiatif bagi membantu perniagaan seperti moratorium, pengecualian fi, pengecualian kompaun, menurunkan kompaun dan menaikkan ambang keterhutangan.Dulu ambang keterhutangan RM10,000 ke atas, mana-mana peniaga boleh dibawa ke mahkamah untuk dituntut apabila syarikat itu ada hutang. Ini adalah inisiatif yang saya fikir amat membantu komuniti perniagaan kita.- Baru-baru ini penternak ayam dan lembu mengeluh harga makanan haiwan tersebut melambung. Boleh Datuk Seri jelaskan keadaan ini?Saya mahu jelaskan bahawa harga lembu yang kita kawal adalah lembu tempatan. Baru-baru ini saya akui ada mendengar keluhan dan kemarahan pengguna serta penjual. Penjual kata harga maksimum RM34 sekilogram yang kita tetapkan bagi daging lembu tempatan adalah terlalu rendah.Sebenarnya sebelum meletakkan had harga, kita gunakan mekanisme biasa. Kita ada jawatankuasa dalam kementerian yang melibatkan pegawai berpengalaman. Kita juga buat konsultasi bersama MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan peniaga-peniaga.Selepas sesi itu baharulah kita letakkan harga. Ia bukannya dilakukan sesuka hati KPDNHEP. Memang kita tak dapat jamin semua pihak puas hati 100 peratus.Sebenarnya dalam seekor lembu, bukan semua anggota badan lembu dikenakan had harga maksimum tetapi sebahagian sahaja iaitu daging.Bahagian yang lain tidak ada kawalan. Itu rakyat perlu tahu dan peniaga pun tahu. Mereka boleh jual tanpa kawalan harga untuk bahagian lain.Jadi keluhan dan kemarahan tentang had harga daging itu seolah-olah semua bahagian daging itu tertakluk pada had harga adalah tidak benar. Kalau kita tidak kawal akan berlaku situasi harga semua bahagian lembu akan naik mendadak dan pengguna pula marah selain ia tidak adil kepada pengguna.- Bagaimana Datuk Seri melihat isu penyelewengan minyak subsidi sekarang? Adakah ia berada pada tahap yang membimbangkan?Kerajaan membantu secara kewangan untuk membolehkan minyak masak sawit bersubsidi dibeli oleh pengguna berpendapatan rendah pada harga RM2.50 sekilogram. Kalau harga pasaran biasa yang tertakluk pada bekalan dan permintaan, sudah tentu harga minyak masak sawit ini tidak dapat dijual pada harga ini.Ketika ini, harga minyak sawit sudah naik di pasaran dunia dan dalam masa yang sama kerajaan berbelanja ratusan juta ringgit setahun untuk meluluskan 60,000 tan metrik minyak masak kepada rakyat setiap bulan.Jika harga minyak sawit dunia masih kekal tinggi melebihi RM4,000 satu tan, kita mungkin terpaksa berbelanja lebih RM1 bilion untuk subsidi.Bagaimanapun, ada aduan tentang harga minyak masak sawit dijual mahal dan apabila kita buat pemantauan, harga minyak yang disebut itu bukan yang bersubsidi iaitu minyak masak yang dijual dalam botol 3 kilogram, 5 kilogram, dalam tin 7 dan 10 kilogram. Minyak itu tiada subsidi dan ikut harga pasaran semasa. Sesiapa nak beli, belilah tak ada masalah tapi jangan keliru dengan mempersoalkan harga terlalu mahal. Sebab kerajaan beri bantuan kepada rakyat menerusi subsidi minyak masak yang dijual dalam pek satu kilogram.Mengapa satu pek sahaja satu kilogram? Sebab untuk keluarga yang kurang berkemampuan atau B40, untuk kegunaan sendiri mereka mampulah beli dua tiga pek.Kalau kita buat dalam bungkusan besar, nanti restoran atau pihak yang meniaga turut membelinya dan akan berlaku ketirisan sebab mereka ini bukan golongan sasar yang hendak dibantu. Mereka ini orang berniaga. Kita tak mahu pengguna komersial beli juga minyak masak bersubsidi ini.- Jadi adakah kementerian ada membuat pemantauan dari segi pembelian minyak subsidi ini agar ia benar-benar dinikmati golongan sasar?Kita tidak perlu memantau pengguna sebab pengguna membuat pilihan sendiri. Kami memantau dengan ketat di peringkat kilang yang memproses pembungkusan atau sering disebut sebagai repackers. Sebabnya, mereka ini diberi kuota pada setiap bulan.Sekiranya sebuah kilang diberi 200 tan untuk membuat pembungkusan minyak masak bersubsidi, mereka perlu mengeluarkan daripada kilang mereka dan masuk ke pasaran serta dijual kepada kedai-kedai runcit dan pasar raya.Itu kita pantau dan kita telah dapat mengesan terdapat pengilang yang didapati melakukan penipuan. Menipu bagaimana? Kalau mereka ada 200 tan metrik untuk sebulan tetapi mereka buat separuh sahaja dan separuh itu mereka jual dengan harga yang tiada subsidi. Walhal kerajaan sudah bantu pengilang dengan memberikan subsidi tetapi dia tidak laksanakan.Perbuatan ini menyebabkan mereka dapat keuntungan yang banyak. Jadi siapa yang tertipu? Kerajaan dan rakyat tertipu.- Bagaimana Datuk Seri melihat peniaga di negara ini. Adakah peniaga di Malaysia tamak kerana sering menaikkan harga sesuka hati?Janganlah tuduh peniaga tamak tetapi peniaga ini kalau mereka dapat untung, mereka akan cuba dapat keuntungan yang lebih lagi. Jadi memang ada yang ghairah (mengejar keuntungan).Keseluruhannya, saya nampak di Malaysia ini, kita ada masyarakat peniaga yang vibrant dan dinamik.Mereka ini boleh dikatakan mengikuti dengan rapat terhadap reaksi pasaran, sebab itu apabila ada saja senario kekurangan bekalan, mereka dengan cepat menaikkan harga sebab orang tetap datang nak membeli beramai-ramai, mungkin peniaga melihat ada peluang. Ia semula jadi dan biasa.Alexander Nanta Linggi dalam wawancara bersama Sinar Ahad baru-baru ini.Jadi kalau dia tidak dapat jual sebab orang kurang datang, mungkin dia akan turunkan harga dan buat jualan murah. Sebab itu saya kata peniaga di negara kita boleh dikatakan bijak juga sebab reaksi mereka kepada situasi semasa.Selain itu, ada sebahagian peniaga mengambil peluang untuk mengaut keuntungan yang tidak berpatutan. Apabila mereka tahu undang-undang sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk menyalahkan mereka, maka ada ruang untuk mereka membuat sesuatu yang tidak beretika.Kalau kita melihat sekarang, lebih ramai peniaga menggunakan perniagaan dan transaksi dalam talian dan kita pula belum ada punca kuasa yang menyeluruh untuk menangani isu-isu perniagaan dalam talian ini tadi.Jadi itulah solusi yang kita akan fokus pada masa akan datang iaitu bagaimana kita boleh membuat penambahbaikan serta memastikan peralatan dan keperluan yang mencukupi untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan. Ini kerana sekarang sangat rumit untuk mengenal pasti peniaga menggunakan teknologi canggih untuk menipu.- Adakah ada cadangan untuk menggubal rang undang-undang bagi menangani masalah ini?Kita sekarang banyak buat sesi perbincangan antara pegawai-pegawai untuk melihat di mana sepatutnya kita membuat penambahbaikan dan di mana perlu kita buat pindaan kepada rang undang-undang.Kami pada peringkat awal sudah melakukannya. Jadi kami berharap lebih banyak libat urus bersama pemain-pemain industri dapat dibuat untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat.Kita perlu juga syor-syor daripada mereka sebab mereka yang buat bisnes itu, jadi mereka tahu.Selepas itu kita buat rundingan dan perancangan, kemudian barulah kita sampai kepada penggubalan atau pindaan rang undang-undang sedia ada ataupun kita gubal undang-undang baru yang lebih tepat untuk menangani masalah penipuan cara baru ini.Di media sosial, kementerian sering menjadi sasaran dan serangan daripada para netizen. Apakah langkah kementerian bagi menangani isu-isu berkenaan?Kita memang sensitif terhadap apa saja yang dibangkitkan ataupun kritikan kepada KPNDHEP. Kita tidak pernah tidak endah sebab faham kalau kita terima aduan, teguran, syor-syor itu adalah untuk membantu kementerian membuat penambahbaikan.Selepas itu, kita juga buat pemantauan dan mencari jalan penyelesaian untuk isu itu.Saya beri contoh, di seluruh negara kita ada 52 Pusat Arahan Penguatkuasaan atau ECC. ECC ini beroperasi 24 jam sehari, kalau ada berlaku kenaikan harga atau ketiadaan barang, apabila kita terima aduan, kita kerah anggota penguat kuasa kita serta-merta.Sebab itu, kami di kementerian ini dapat mengesahkan sesuatu perkara dalam masa yang singkat, kita dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.- Ada kita terima aduan yang mengeluh kenaikan harga, tetapi (maklumat itu) terlalu umum. Harga naik di mana, harga apa, naik berapa?Kalau ada kedai, sebutlah kedai di mana, pasar mana, barulah kita boleh mengambil tindakan yang lebih berkesan.Tetapi apabila aduan mereka dalam sosial media mengatakan harga naik, naik di mana? Kami tidak boleh ke tempat itu sebab terlalu umum. Kita bukan tidak mahu ambil tindakan. Tetapi lebih elok kalau betul-betul berlaku, janganlah buat aduan sesuka hati, tidak berasas atau terlalu umum.Bagaimana Datuk Seri melihat isu-isu pengguna pada masa depan terutama ketika negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19?Saya rasa penyakit Covid-19 ini mungkin tidak akan hilang sepenuhnya sama seperti malaria, tibi dan penyakit lain-lain. Cuma bagaimana kita nak menangani penyakit tersebut. Sebab itu yang paling penting adalah prosedur operasi standard atau SOP yang memerlukan kita mengelakkan jangkitan. Jadi bolehlah kita hidup secara biasa.Maknanya nelayan dapat pergi ke laut menangkap ikan, petani boleh ke sawah, penternak dapat menjalankan urusannya seperti biasa dan sebagainya.Pada masa depan, norma baru akan membimbing bagaimana kita meneruskan kehidupan biasa. Keadaan itu juga akan mempengaruhi harga dan bekalan barangan.TRIVIA- Gemar baca berita dalam talianDulu sebelum saya menjadi menteri, saya selalu berada di kawasan Parlimen saya, Kapit di Sarawak. Masa lapang pun kurang sebab kalau duduk di rumah pun, ramai yang datang ke rumah mohon berbincang, mohon bantuan dan sebagainya. Untuk rekreasi, saya dulu main golf. Sekarang tiada peluang untuk bermain sebarang aktiviti sukan. Apatah lagi dalam tempoh setahun sejak berada dalam kementerian di Kuala Lumpur dan juga pada waktu perintah kawalan pergerakan. Nak buat apa lagi, duduk di rumah sajalah. Tetapi ada kebaikannya juga kerana ada masa untuk membaca apa yang perlu seperti laporan terkini. Sekarang kita menggunakan internet, jadi masa lapang saya banyak dihabiskan di depan komputer untuk membaca berita dalam talian dan sebagainya.- Kongsi gambar aktiviti dalam FacebookSaya bukanlah seorang yang aktif dengan media sosial. Saya ada Facebook yang mana saya tumpu pada kerja saya. Kalau ada program yang saya ingin kongsikan, saya akan siarkan di Facebook. Twitter pun saya tidak aktif sangat, tetapi saya ada pembantu (yang mengendalikan Twitter). Jadi walaupun tidak begitu terlibat dalam media sosial tetapi saya masih menggunakannya. Bagi saya itu adalah norma baru dalam dunia moden. Tidak boleh kita tidak bersama dalam menggunakan teknologi informasi masa kini.- Dipilih sebagai calon dalam usia mudaApabila saya mula-mula dicalonkan oleh parti untuk bertanding pilihan raya, saya masih muda lagi (32 tahun). Dalam keadaan yang tidak menentu di Sarawak pada tahun 1991, ada pihak mahu gulingkan kerajaan negeri.Saya rasa masih belum bersedia tetapi mungkin parti (PBB) memerlukan saya ke depan sebagai orang muda tetapi saya kalah. Walaupun kalah, saya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri ketika itu, Tun Abdul Taib Mahmud. Jadi di situlah permulaan saya dalam dunia politik yang tidak boleh dilupakan. | 4 | 16 Mei 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/137872/berita/wawancara/lsquokhilaf-saya-tak-dapat-tahan-marahrsquo | ‘Khilaf saya, tak dapat tahan marah’ | [MUKADIMAH] Nama Yusuf Azmi bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana gerak kerja aktivis dan kepenggunaannya terutama ketika bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebelum ini.Namun, Isnin lalu, namanya sekali hangat diperkatakan selepas tular satu video di media sosial yang memaparkan beberapa individu telah menyerang dan menampar seorang lelaki warga asing di kaki lima Batu 9 Cheras, Kajang.Insiden pergelutan antara mereka berlaku kerana warga asing tersebut didakwa telah menciplak rekaan baju-T Semboyan Jihad keluaran Semboyan Malaysia.Susulan itu, enam individu telah ditahan pihak polis termasuk Yusuf yang kini merupakan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia. Yusuf dikatakan telah menampar warga asing tersebut di tempat kejadian.Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada pihak yang menyokong dan tidak kurang juga membantah tindakan Yusuf yang seolah-olah melangkaui tugas pihak berkuasa.Demi menyingkap kebenaran tentang insiden tersebut, wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy mendapatkan Yusuf untuk penjelasan berhubung pergelutan yang terjadi.SINAR HARIAN: Apakah punca utama yang mencetus pergaduhan bersama warga asing itu sehingga terjadinya pergelutan antara dua pihak?YUSUF AZMI: Pertama, isu ini terjadi bukan kerana dia menciplak nama Semboyan, tetapi apa yang menaikkan kemarahan saya apabila dia cuba menipu dengan mengambil duit daripada pelanggan.Kedua, dia menabur fitnah ke atas sebuah kedai yang dimiliki oleh orang lain dengan mengambil gambar kedai tersebut untuk diguna pakai kepada pelanggan yang ditipu.Jadi cuba bayangkan perasaan saya ketika dapat tahu di tempat kejadian bahawa dia mengumpul duit orang ramai sekali gus menggunakan gambar kedai yang dimiliki oleh orang lain.Jadi kesalahannya yang membuat kami marah adalah dia menipu dan menuduh orang lain yang tidak berdosa.Kami dapat tahu penipuan ini sudah dijalankan dalam seminggu lebih dan terlalu banyak aduan telah kami terima. Untuk mengetahui lebih lanjut, salah seorang ejen kami membeli barangan yang dijual untuk memerangkap penipuan ini.Rakaman video tular mengenai insiden perbincangan yang bertukar menjadi pergelutan antara Yusuf (kanan) bersama lima orang individu lain yang memukul seorang warga asing di Batu 9, Cheras baru-baru ini.Ada pihak berpendapat bahawa Yusuf dan ahli persatuan tidak wajar mengambil tindakan drastik dengan memukul warga asing tersebut dan patut membuat laporan terus kepada pihak berkuasa. Adakah Yusuf setuju dengan pendapat ini?Kami tidak menafikan ia merupakan satu kesalahan daripada pihak kami. Pada kebiasaannya, memang kami akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis.Kami dapat tahu penipuan ini sudah dijalankan dalam seminggu lebih dan terlalu banyak aduan telah kami terima.Saya dan rakan-rakan tidak ada niat untuk bertindak kasar, namun kami juga manusia biasa yang apabila melihat kemungkaran terjadi di depan mata, kami bertindak secara spontan.Apakah terdapat tindakan susulan berikutan kes penahanan Yusuf dan lima individu yang lain daripada pihak polis?Kami antara enam individu yang ditahan untuk memberi kerjasama dengan pihak polis.Tapi dakwaan tentang kami direman sehingga lima hari itu tidak benar. Saya hanya ditahan selama satu hari.Adakah warga asing tersebut sudah meminta maaf dan pihak Semboyan Malaysia menerima permohonan maaf tersebut?Dia sudah meminta maaf dan saya juga telah memaafkan kesalahan dia secara berdepan. Kami sudah berdamai dan menjumpai jalan penyelesaian.Di dalam video tersebut boleh saksikan bahawa saya sudah lepaskan dia kerana dia juga merupakan orang Islam. Cuma kes ini menjadi tular di media sosial yang menyebabkan ia diperbesarkan.Saya mengakui khilaf daripada pihak saya di mana saya tidak dapat menahan kemarahan pada waktu itu. Namun, semuanya telah selesai dengan baik.Apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh pihak Semboyan Malaysia bagi membanteras gejala ciplak untuk mengelakkan kejadian kontroversi seperti ini berlaku lagi?Kami akan lebih berhati-hati dan fokus dengan penjenamaan semua produk keluaran Semboyan Malaysia. Contohnya dengan lebih menitikberatkan tentang label dan copyright baju-T Semboyan Malaysia untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang semula.Apakah reaksi pelanggan produk keluaran Semboyan Malaysia terhadap isu ini selepas ia tular di media sosial?Kami menerima pelbagai reaksi daripada video tersebut akibat tular di media sosial namun ramai yang menasihati dan memberi teguran secara baik serta berhemah.Yusuf Azmi | 4 | 10 Mei 2021 09:00am |
MUHAMMAD AFHAM RAMLI | https://www.sinarharian.com.my/article/137722/berita/wawancara/pdrm-bukan-milik-lelaki | 'PDRM bukan milik lelaki' | [WAWANCARA] Siapa sangka, Datuk Dr Lee Bee Phang ialah wanita keturunan Cina pertama dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima pangkat komisioner (CP). CP adalah pangkat ketiga paling tinggi dalam PDRM selepas Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negara.Bukan itu sahaja, beliau juga kini menyandang jawatan penting dalam pasukan sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) sejak Mac lalu.Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Ahad, Muhammad Afham Ramli bersama Bee Phang di Bukit Aman, Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang Datuk?DR BEE PHANG: Saya ialah lulusan Universiti Sains Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial pada tahun 1986. Sepanjang tempoh menuntut di universiti, saya telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau Palapes dengan pangkat leftenan muda.Selepas graduasi, saya mengambil peluang menyertai temu duga pasukan polis sebagai kadet asisten superintendan atau ASP dan berjaya diserap masuk pada tahun 1987 pada usia 26 tahun.Selepas tamat kursus latihan kepolisan, saya ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Georgetown sebagai pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah selama setahun sebelum diserap ke Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.Kemudian, selepas kenaikan pangkat deputi superintendan atau DSP, saya ditugaskan di Cawangan Khas Bukit Aman sehingga pangkat asisten komisioner (ACP). Selepas kenaikan pangkat senior asisten komisioner (SAC) dan deputi komisioner (DCP), saya dipinjamkan untuk ditugaskan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu KDN menggubal dasar mengenai keselamatan berdasarkan kepakaran dan latar belakang pendidikan saya.Selepas itu, pada tahun 2018 saya ditukarkan kembali ke Bukit Aman sebagai Timbalan Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) dengan meneruskan pangkat DCP. Sehingga sekarang, saya sudah berkhidmat selama 34 tahun dalam pasukan PDRM.Apa yang Datuk boleh katakan tentang kejayaan kerjaya Datuk sebagai wanita tunggal berpangkat komisioner polis sekarang?Dengan usia PDRM yang mencecah 214 tahun, sememangnya pasukan polis sudah mempunyai pegawai CP wanita pertama iaitu CP (Bersara) Datuk Robiah Abdul Ghani pada tahun 2010 dengan menjawat jawatan Pengarah Pengurusan ketika itu.Kemudian diikuti CP (Bersara) Datuk Zubaidah Md Ismail, CP (Bersara) Datuk Zaleha Abdul Rahman dan CP (Bersara) Datuk Seri Fatimah Ghazali.Pada Mac 2021 saya diberi kepercayaan oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Timbalan KPN (kini KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan).Saya menjadi pegawai wanita kaum Cina pertama dilantik ke pangkat DCP pada Mei 2015 dan CP pada 12 Mac lalu. Saya kini pegawai polis wanita tunggal yang menjawat pangkat CP dalam PDRM.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan saya hari ini.Semasa di universiti pada 1986, saya diberi peluang menganggotai Palapes dan belajar berdikari, berdisiplin dan bergaul dengan semua kaum selain didedahkan dengan banyak perkara.Pendedahan di Palapes amat membantu saya membiasakan diri dengan kehidupan berdisiplin dan uniform. Apabila adanya tawaran kerjaya dalam PDRM, saya anggap ia sebagai peluang keemasan untuk memulakan perkhidmatan.Saya menganggap bidang kepolisan lebih mendekati masyarakat dan saya pula gemar bergaul dengan orang ramai. Itu antara tarikan untuk saya sertai PDRM.Saya selalu ‘self motivated’ untuk majukan diri kerana kerjaya polis adalah pilihan pertama dan terakhir saya.Datuk pernah memberitahu bahawa ibu Datuk tidak menyokong pembabitan Datuk dalam PDRM. Boleh jelaskan mengapa?Waktu dahulu, kebiasaan dalam budaya kaum Cina, mereka tidak menggalakkan anak lelaki menyertai tentera dan polis apatah lagi anak perempuan. Mungkin mereka menganggap kerjaya polis dan tentera adalah berbahaya dan berisiko tinggi.Selain itu, ibu saya amat khuatir dengan saya ketika itu. Badan saya kurus dan tidak kelihatan kuat. Jadi, dalam keadaan itu, ibu amat risau memikirkan bagaimana saya hendak memikul tanggungjawab dalam bidang kepolisan. Namun, saya bersyukur kerana ibu akhirnya menyokong kerjaya saya.Sudah tentu ibu saya akan gembira jika dia masih ada dan melihat kejayaan anaknya hari ini. Ibu meninggal dunia selepas kira-kira 11 tahun saya berkhidmat dalam PDRM. Saya berjaya buktikan kepadanya apa yang saya lakukan ini adalah kerjaya yang murni. Saya juga cuba untuk mengubah pandangan orang dahulu.Bagaimana Datuk melihat pembabitan kaum lain dalam PDRM?Saya amat menggalakkan kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain untuk menyertai badan uniform seperti polis. Mungkin kaum Cina terutamanya ada persepsi terhadap polis tentang peluang kenaikan pangkat dan kebajikan. Saya harap kejayaan saya ini boleh mengubah persepsi sedemikian.Saya telah buktikan sekiranya kita bekerja dengan tekun, penuh disiplin, kerja satu pasukan, satu misi, dan tinggalkan ‘warna’ kita dengan kepercayaan berlainan, sudah tentu kita akan berjaya.Semua orang gembira melihat seorang wanita boleh berjaya. Kita mesti tunjuk kebolehan dan keupayaan untuk memikul tanggungjawab bersama lelaki.Bagi saya, penyertaan kaum lain dalam PDRM adalah amat penting kerana kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Ini penting bagi menggambarkan komposisi masyarakat berbilang kaum yang merupakan tarikan kepada dunia luar.Itulah keistimewaannya dan kita mestilah menonjolkan keistimewaan itu. Ia menunjukkan semangat Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan kepercayaan.Inilah tarikan yang ada di negara ini. Tunjukkan kita boleh bekerja dan hidup bersama-sama demi menjaga negara tercinta ini.Boleh Datuk kongsikan pengalaman Datuk sepanjang berkhidmat dalam pasukan polis?Saya diserap sebagai pegawai polis sejak 5 April 1987, sudah tentu bermacam -macam cabaran, kenangan pahit dan manis ditempuhi. Semua ini saya lalui dengan tabah dan positif dengan memberi keutamaan kepada tugas yang dipikul. Saya seorang yang sentiasa positif dan bergerak ke depan. Biar di mana jawatan atau tugasan, pasti ada pahit manis.Sudah pasti ada ketika kita rasa kecewa apabila perkara atau tugas itu tidak mengikut apa yang kita rancang. Tapi kita perlu kekal positif dan tabah. Apabila plan A gagal, kita ambil B, bila B tidak boleh, ambil C. Itulah semangat yang diperlukan. Usah sesekali putus semangat atau putus asa.Sesuatu kegagalan atau masalah adalah permulaan perjalanan kepada sesuatu kejayaan. Saya sering beritahu pegawai polis wanita terutamanya, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan perlu sentiasa positif untuk move forward agar tidak terkongkong dalam pemikiran.Kenangan manis ini adalah apabila kita berjaya mencapai sesuatu yang berharga. Contohnya, apabila melihat pegawai wanita memegang jawatan tinggi selepas diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM.Di Malaysia, saya dapati kesamarataan itu ada. Saya selalu kata, wanita perlu buktikan keupayaan dan sanggup bekerja lebih. Ini pegangan saya.Selain pangkat CP, apa pencapaian lain Datuk dalam PDRM?Ada beberapa jawatan lain yang saya sandang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Pegawai Polis Wanita yang memiliki keahlian 15,732 orang pegawai wanita di seluruh Malaysia.Jawatankuasa ini akan melantik pegawai turus di setiap kontinjen yang akan disandang pegawai wanita paling senior. Kita akan selalu mengadakan dialog, pengurusan stres, sesi bersama untuk memberi dorongan dan bagi menjaga kebajikan selain mengingati antara satu sama lain agar sentiasa menjaga disiplin, tatatertib serta integriti.Saya selalu nasihatkan khususnya pegawai dan anggota wanita agar mematuhi tatatertib dan disiplin dalam pasukan. Ini penting kerana PDRM mempunyai peranan penting selain persepsi masyarakat. Selain itu, saya juga menyandang Pengerusi Aktiviti Sembahyang Buddha bagi Hari Polis selama dua tahun berturut-turut sejak tahun lepas.Dalam Hari Polis, kita ada perayaan agama masing-masing dan inilah salah satu cara untuk semua pegawai dan anggota merapatkan silaturahim selain membuktikan kepada dunia luar bahawa pasukan PDRM menekankan aspek kebajikan dan keagamaan.Datuk mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam jenayah juvana. Mengapa Datuk memilih untuk memberikan tumpuan terhadap bidang itu dan apakah dapatan penting yang diperoleh?Saya graduasi PhD dalam bidang jenayah juvana pada tahun 2010 di Universiti Malaya. Sebelum itu, pada tahun 2005 saya lihat trend jenayah kanak-kanak bertambah. Jadi saya berasakan mengapa tidak saya buat sesuatu yang baik untuk PDRM.Trend jenayah ini saya lihat sentiasa berubah dan kanak-kanak hari ini sudah mula beralih kepada jenayah keganasan. Secara umumnya kita lihat faktor ibu bapa, internet meluas dan satu perkara penting adalah budaya yang sudah berbeza berbanding kanak-kanak dahulu.Bila kawalan kurang daripada ibu bapa, kanak-kanak ini akan cuba teroka sesuatu, tapi mereka akan teroka ke arah perkara yang tidak betul.Saya juga ada cadangkan beberapa polisi kepada kerajaan khususnya kementerian wanita untuk isu sedemikian.Sudah tentu ada juga dapatan tesis saya itu dicadangkan kepada PDRM sendiri. Kajian tesis bukanlah penyelesaian mutlak, tetapi ia salah satu bentuk penyelesaian. Jadi kita perlu lihat setiap kajian dan membuat perbandingan.Apakah misi dan visi Datuk selepas dilantik menyandang antara jawatan tertinggi dalam PDRM?Saya telah membawa perubahan khususnya ke tahap yang lebih tinggi dengan melaksanakan tiga perkara utama.Pertama, menetapkan hala tuju PDRM dengan menghasilkan perancangan strategik lima tahun untuk menjadikan PDRM sebagai pasukan polis bertaraf dunia.Kedua, mengadakan kolaboratif strategik dengan Sains Pengurusan/ Operasi Persatuan Penyelidikan Malaysia (MSORSM) iaitu sekumpulan penyelidik universiti bagi menjalankan kajian empirikal berhubung isu kepolisan, jenayah dan keselamatan yang boleh menyumbang kepada pembentukan dasar lebih berkesan.Ketiga, mewujudkan satu sistem pendigitalan di jabatan ini seiring dengan dasar pendigitalan negara agar PDRM dilengkapi dengan teknologi terkini untuk penugasan polis yang cemerlang.ANEKDOTMasa antara kerjaya dan keluargaDalam kerja, saya akan memastikan kerja yang dibuat mengikut timeline. Saya sering ingatkan pegawai saya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan mematuhi timeline. Dengan timeline, kita boleh bahagi kerja dan kehidupan. Sekiranya kerja tidak diatur dengan baik, sudah tentu masa kita sendiri tidak akan cukup bersama keluarga.Nasihat penting untuk warga PDRMPegawai dan anggota dalam PDRM perlu sentiasa memberi keutamaan dengan melakukan sesuatu tugasan itu dengan cara terbaik dan mematuhi prosedur. Pegawai mahupun anggota baharu sekiranya tidak faham mestilah bertanya dan usah buat keputusan tanpa merujuk sesiapa. Jika waswas dapatkan nasihat kerana PDRM berkhidmat sebagai satu pasukan.Kedua, usah putus asa dengan setiap kerja yang dilakukan. Mental sebagai pegawai polis perlu kuat, positif dan sentiasa berfikir tentang sesuatu isu itu.Kita mesti tahu apa yang kita buat. Segala amanah yang dipertanggungjawabkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.Saya juga menyeru generasi muda di luar khususnya wanita yang berminat menyertai PDRM untuk jadikan ia sebagai satu kerjaya.Berikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan bersama menjaga keselamatan negara Malaysia yang kita cintai.Tip menjalankan tugas dengan cemerlangPertama, setiap tugasan kerja yang dilakukan perlulah ‘tip top’ selain perlu bebas daripada tindakan tatatertib. Mental juga harus kuat. Setiap penugasan yang diberi hendaklah dianggap sebagai penghormatan bahawa anda dipilih untuk melakukannya.Saya selalu nasihatkan pegawai saya usah takut akan kerja. Tugasan yang banyak adalah lebih baik untuk melatih kita dengan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Sentiasa bekerja lebih daripada yang sepatutnya. Sediakan diri hingga ke tahap itu.PROFILDatuk Dr Lee Bee PhangPangkat: Komisioner (CP)Jawatan: Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan)Umur: 60 tahunAsal: Lahir di Seremban, Negeri Sembilan, dibesarkan di Pekan Salak, SelangorPendidikan: Sarjana Muda Sains Sosial (USM)Tempoh berkhidmat: 34 tahun | 4 | 09 Mei 2021 07:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/137389/berita/wawancara/lsquoia-berlaku-kerana-kita-polis-membenarkannyarsquo | ‘Ia berlaku kerana kita (polis) membenarkannya’ | [MUKADIMAH] Isu campur tangan pemimpin politik dalam organisasi kepolisan menggegarkan Malaysia baru-baru ini selepas bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador tanpa berselindung membongkar kemelut yang membelenggu pasukan sang saka biru.Selain mengakui tidak mempunyai hubungan harmoni dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, KPN ke-12 itu turut mendakwa Hamzah telah mengarah dan cuba menggunakan Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman untuk menjalankan operasi di luar urusan keselamatan negara.Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy mendapatkan salah seorang bekas KPN yang paling disegani, Tan Sri Musa Hassan bagi mengupas krisis Hamid-Hamzah dan sejauh mana tangan-tangan ghaib ahli politik telah mencampuri operasi serta urusan polis selama ini.SINAR HARIAN: Apakah pandangan Tan Sri tentang isu berkaitan pendedahan dan dakwaan Tan Sri Abdul Hamid mengenai campur tangan politik dalam pasukan polis termasuklah menteri mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)?MUSA: Berkaitan kenaikan pangkat oleh SPP, ia tidak boleh dianggap sebagai campur tangan oleh menteri. Ini kerana SPP dianggotai oleh sembilan orang dan mereka membuat keputusan bersama. Bagi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.Bagi pegawai kanan, ia adalah keputusan SPP. Perwakilan kuasa diberi kepada KPN dan Ketua Polis Negeri serta Pengarah Jabatan untuk pertukaran, kenaikan pangkat dan tindakan disiplin bagi inspektor hingga konstabel polis.Pada pandangan Tan Sri, sejauh mana keseriusan campur tangan politik dalam institusi kepolisan negara? Dan setakat manakah sebenarnya campur tangan menteri dalam pasukan polis?Bagi saya, campur tangan orang politik dalam institusi kepolisan selalunya berkaitan dengan tugas yang dijalankan.Ia termasuklah meminta saman dibatalkan, meminta rakan mereka yang melakukan kesalahan dibebaskan dan memberi arahan kepada pegawai bawahan tanpa pengetahuan ketua.Selain itu, terdapat juga campur tangan perolehan yang diperlukan oleh jabatan dengan membubarkan sesuatu bahagian, cawangan atau jabatan di atas alasan ada pertindihan kerana penubuhan sesuatu agensi penguatkuasaan yang baru.Baru-baru ini, Tan Sri Abdul Hamid membuat pendedahan terbaru iaitu menteri cuba menggunakan salah satu cabang institusi kepolisan Cawangan Khas untuk kerja-kerja politik bukan keselamatan negara. Apa komen Tan Sri mengenainya?Selalunya menteri tidak boleh menggunakan institusi kepolisan (cawangan khas) atau mana mana jabatan untuk kepentingan peribadi. Ia berlaku apabila ketua jabatan membenarkannya.Jika pengarah jabatan berkenaan membenarkan tanpa pengetahuan KPN, itu adalah satu perbuatan yang salah.Setiap perjalanan operasi perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada KPN.Musa Hassan (tengah) menjadi KPN kelapan antara tahun 2006 sehingga tahun 2010.Adakah terdapat tekanan dan campur tangan politik daripada pihak menteri atau mana-mana individu ketika zaman Tan Sri menjadi Ketua Polis Negara yang berkemungkinan mengubah keputusan atau cadangan yang sepatutnya ditetapkan oleh ketua polis sendiri?Pada zaman saya lagi memang sudah wujud permintaan sedemikian, tetapi saya membantah.Antara campur tangan politik yang diarah oleh mereka adalah seperti membubarkan cawangan Marin kerana telah wujud Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).Selain itu, menyerahkan penguatkuasaan undang-undang dadah kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan, namun saya tidak mematuhi cadangan tersebut.Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai arahan yang melanggar peraturan dan undang undang yang dibantah oleh saya secara tegas.Pada pandangan Tan Sri, apakah transformasi yang perlu dibuat untuk memastikan pasukan polis bukan menjadi alat atau senjata ahli politik?Saya bernasib baik kerana pada masa saya ingin membuat transformasi dalam pasukan polis, Tun Abdullah Badawi ialah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.Oleh itu, beliau memberi sokongan penuh untuk transformasi PDRM.Antara transformasi yang dilakukan dan masih wajar dilaksanakan adalah menambah balai polis dan penyewaan kedai untuk dijadikan balai polis.Kedua, menambah balai polis bergerak dan pondok polis di kawasan-kawasan strategik bandar raya agar dapat membantu masyarakat untuk membuat laporan polis. Seterusnya, menambah kereta peronda dan motosikal untuk mewujudkan police presence bagi cegah jenayah.Kami juga berpeluang untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat dengan semua jabatan penguat kuasa undang undang seperti kastam, imigresen, tentera dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah agar dapat meningkatkan pengumpulan maklumat dan mengambil tindakan bersama.Pada zaman saya menjadi ketua polis, telah wujud Jabatan Anti-Terrorism untuk menyiasat aktiviti berkaitan wang haram. Bagaimanapun, selepas saya bersara, jabatan ini dibubarkan.Selain itu, gaji anggota polis turut dinaikkan dan terdapat penyusunan semula pasukan polis.Perdana Menteri pada ketika itu turut memberi sokongan untuk mengambil tindakan terhadap sindiket kegiatan haram yang menjalankan aktiviti pelacuran, judi, pinjaman wang tanpa lesen, pengedaran dadah dan penyeludupan manusia. | 4 | 07 Mei 2021 08:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/136504/berita/wawancara/mustahil-tukar-kerajaan-tanpa-melalui-pru15 | Mustahil tukar kerajaan tanpa melalui PRU15 | [WAWANCARA] Terpilih sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui laluan untuk gabungan itu kembali mendapat mandat rakyat tidak semudah disangka.Setelah kerajaan PH runtuh hampir setahun lalu, pelbagai usaha dilakukan Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk membentuk kembali kerajaan termasuk dikatakan cuba meraih sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO, namun seringkali digagalkan.Pengerusi PH itu juga sedar usaha mengambil alih kerajaan daripada tangan Perikatan Nasional (PN) tanpa melalui PRU15 adalah mustahil. Katanya, ia ibarat mimpi di siang sekiranya sidang Parlimen masih tidak dapat berfungsi susulan pengisytiharan darurat Januari lalu.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi memahami apa yang tersurat dan tersirat di sebalik situasi politik semasa. Anwar turut berkongsi peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri, kritikan terhadap kerajaan PN dan agenda transformasi PH jika menang PRU15.SINAR AHAD: Datuk Seri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri PH bagi menghadapi PRU15. Apakah cabaran penting untuk PH menang pilihan raya itu?ANWAR: Bagi saya, keputusan menamakan saya hanya untuk mengetepikan bisikan-bisikan yang kononnya bakal menimbulkan perpecahan dalaman PH dan PKR. Jadi langkah ini dapat memadamkan desas-desus itu.Tetapi cabaran kita adalah memastikan kelompok yang menginginkan perubahan itu benar-benar fahami dan komited dengan perubahan.Sementara ada kesan positif daripada pemerintahan PH dahulu, ada masalah berbangkit terutama masalah keperluan rakyat dan orang Melayu.Walaupun saya tidak terlibat dengan pemerintahan kerajaan PH itu, tetapi sebagai anggota PH saya juga dipersoal. Ini yang harus kita leraikan. Tidak mudah.Kemudian, fokus saya terhadap ekonomi yang ketika ini pada hemat saya, sangat parah. Ia memerlukan satu fokus besar yang tidak dilakukan kerajaan PN sekarang.- Pada pandangan Datuk Seri, mengapakah semakin banyak pelabur asing meninggalkan Malaysia untuk melabur di negara lain? Apakah kesilapan kerajaan PN?Masalah kerajaan PN lebih rumit disebabkan orang terus mempertikaikan keabsahan dan legitimasi sokongan terhadapnya. Ia merupakan kerajaan minoriti yang tidak berani berhadapan dan menguruskan sidang Parlimen seperti biasa menggunakan alasan darurat.Tetapi kelemahan besar kerajaan PN ialah tiada fokus. Apa hala tuju kerajaan dalam hadapi keadaan krisis? Selalunya keadaan krisis itu, pelaksanaannya haruslah dalam bentuk strategi menghadapi krisis. Tetapi nampak dilaksanakan secara sambil lewa. Kenyataan-kenyataan dikeluarkan kerajaan masih kenyataan politik.Apabila menghadapi masalah ekonomi, ada beberapa permasalahan yang harus diwacanakan secara spesifik. Angka tidak boleh ditipu dan dikelirukan. Jika ada masalah, harus nyatakan ada masalah. Ini tidak ada.‘Kita tidak ada masalah, pelaburan kita masih baik’... ini kenyataan memperbodohkan rakyat dan memberi kesan yang lebih negatif kepada pertumbuhan ekonomi.Pada hemat saya, pertama yang harus dilakukan adalah menerima kenyataan yang ada. Kemudian lihat beberapa sektor yang boleh kita tangani walaupun ada kekangan terkait dengan Covid-19. Tetapi perkara ini belum berlaku. Yang ada hanyalah kenyataan umpamanya pelaburan masih baik, keyakinan pelabur masih ada.Anwar- Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN bagi mengekang Covid-19 atas alasan kewangan kerajaan semakin berkurang.Apakah kebimbangan Datuk Seri berhubung perkara ini jika tidak dipantau melalui sidang Parlimen?Saya lihat ini sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab. Sebut tiada wang, tetapi yang jadi kritikan awam adalah jumlah menteri yang tidak bertugas, duta-duta luar yang tidak pernah berjalan keluar, pelantikan timbalan menteri baharu.Ini menunjukkan kerajaan PN hanya hendak berpaut pada dahan rapuh, hanya mahu menyelamatkan diri dan tidak perhitungkan permasalahan ekonomi. Kerajaan kata tidak ada wang supaya rakyat jangan menuntut lebih.Tetapi sebab apa tidak ada wang, ke mana wang dibelanjakan sebanyak RM600 bilion dan sekarang digunakan pula keputusan menggunakan dana KWAN. Ini bukan satu perkara kecil.Saya bukan mahu satu keputusan mutlak bahawa dana KWAN tidak boleh digunakan. Tetapi kalau pun hendak digunakan, harus diperinci tujuan penggunaannya kerana ini wang amanah negara.- Bercakap tentang dana KWAN, adakah Perdana Menteri ada pilihan untuk tidak menggunakannya? Pertama, beliau kena jelaskan mengapa dana kerajaan tidak cukup. Jadi, dalam perbahasan, ahli-ahli Parlimen akan tanya mengapa tidak dipotong peruntukan menteri-menteri, Perdana Menteri dan sebagainya. Mengapa tidak dijimatkan belanja?Kalau kita lakukan semuanya, kemudiannya didapati dana masih berkurangan, bolehlah kita fikirkan alternatif lain. Aspek pertama itu pun belum dapat diyakinkan. Ini kerana kita lihat amalan kebobrokan dan keborosan elit politik berterusan.Kita lihat pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan amalan berbuka puasa serba mewah dan sebagainya. Golongan pekerja dibuang, kos naik tetapi kerajaan berbelanja seperti biasa.Jadi, kalau isu ini dapat diselesaikan dan peruntukan menteri-menteri dipotong, berapa bilion kerajaan boleh potong? Kalau ikut laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dijangka sejumlah RM15 hingga RM17 bilion dana kerajaan yang tiris. Ia harus diselamatkan.Katalah daripada RM15 bilion dana kerajaan tiris, kita dapat selamatkan separuh atau RM7 bilion, kita dapat jimatkan lebihan RM8 bilion lagi untuk membantu rakyat. Kalau ini dapat diselesaikan, maka kita boleh diyakinkan untuk guna dana KWAN.- Sekiranya sidang Parlimen akhirnya dibuka semula, adakah isu penentuan legitimasi sokongan ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri wajar didahulukan sedangkan Covid-19 belum ditangani sepenuhnya?Ada orang tanya, apakah perlu kita membicarakan soal perubahan kerajaan atau pilihan raya? Pilihan raya ini adalah sebaik cara apabila kerajaan hilang legitimasi. Tetapi ia menjadi kontroversi sebab Covid-19. Pilihan raya mungkin mengundang malapetaka baharu.Kita lihat kesan di India dan juga Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu. Oleh itu, pilihannya (menukar kerajaan) adalah pilihan ahli-ahli Parlimen. Mengapa harus diubah sekarang? Kerana kerajaan tidak berfungsi secara berkesan. Kerajaan gagal memberikan khidmat baik kepada negara dan mengemukakan penyelesaian berkesan serta menentukan hala tuju ekonomi melalui dasar ekonomi jelas untuk negara.Oleh demikian, kalau ada keupayaan, ahli-ahli Parlimen harus menunaikan tanggungjawab mereka menentukan orang atau parti yang boleh membawa perubahan.Wawancara Sinar Ahad bersama Anwar baru-baru ini.- Hendak menukar kerajaan melalui sidang Parlimen dilihat tidak mungkin berlaku, begitu juga pilihan raya susulan kes Covid-19. Apakah alternatif yang ada?Pertamanya, jalur Parlimen sudah dihalang. Tetapi ia tidak menghalang ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan dan kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Kalau ikut jalur itu, memang ada ‘kes terdahulu’ baik di Perak mahupun kerajaan PN.- Selain menubuhkan kerajaan baharu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sebuah kerajaan interim sehingga PRU15 diadakan. Bagaimana Datuk Seri melihat kemungkinan itu?Kalau ikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, solusi itu tidak semudah itu untuk menubuhkan kerajaan interim bagi menggantikan kerajaan sedia ada sekarang. Sebenarnya dalam Perlembagaan Persekutuan, masih dibolehkan kerajaan minoriti. Tetapi kerajaan minoriti itu tidak boleh salah guna kuasa.Kerajaan minoriti itu harus serah kepada sidang Parlimen. Kalau Parlimen buat keputusan, maka kerajaan minoriti kena akur. Jadi, kerajaan interim berasaskan kerajaan minoriti itu masih tertakluk kepada keputusan Parlimen. Itu sebabnya segala helah, cara digunakan bagi menghalang perjalanan Parlimen.- Jadi dalam erti kata lain, untuk mengharapkan proses pertukaran kerajaan dilaksanakan melalui jalur Parlimen adalah seumpama ‘mimpi di siang hari’ setakat kini?Benar. Setakat ini kita hanya boleh menuntut supaya diadakan sidang Parlimen. Tetapi orang yang berkuasa sekarang tahu sidang Parlimen itu akan mengundang malapetaka bagi mereka. Kerana beliau bukan bersikap demokratik. Ada sokongan, jadi Perdana Menteri, tiada sokongan, dia undur secara terhormat. Saya lihat beliau (Tan Sri Muyiddin Yassin) tidak ada istilah dignity dan honour. Ini menyebabkan kemelut kepimpinan negara terus berlaku.- Bagaimana pula pandangan Datuk Seri berhubung akta antilompat parti dalam kalangan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri?Isu lompat atau pengkhianatan parti itu harus ditangani. Perkara itu memang dibahaskan kerana ada aspek Perlembagaan dan perundangan. Ia juga menjadi polemik yang sangat hangat.Benar ia adalah pengkhianatan demi kepentingan peribadi dan bukan kepentingan rakyat. Dia boleh meninggalkan semua prinsip. Umpamanya bila SPRM datang bertindak, maka dia lompat dan semua rakyat tahu.Perkara itu sangat malang bagi negara. Saya kemukakan sendiri perkara ini kepada SPRM sewaktu dipanggil bertemu mereka. Apa mereka jawab? “Ya perkara ini kita akan uruskan, kita akan selesaikan”.Tetapi persepsi rakyat, ini masalah kita bila berada di tampuk kuasa. Sama ada dalam jentera kerajaan atau politik elit penguasa selalunya meremehkan dan menganggap rakyat tidak faham.- Menyentuh soal pegawai lantikan politik, adakah PH akan meneruskan amalan itu andai menang PRU15? Cuba kita lihat apa masalahnya sekarang?Masalahnya adalah kecurangan, penyelewengan dilakukan orang yang diberikan amanah. Orang politik pun ada, profesional pun ada dan bank pun ada. Jadi, jangan dianggap pegawai lantikan politik sahaja yang bermasalah.Umpamanya dalam kes 1MDB, Bank Negara Malaysia terlibat walaupun tidak dibuat siasatan (merujuk dakwaan terhadap bekas Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz). Ada beberapa bank yang juga dikaitkan dalam kes penyalahgunaan kuasa seperti didakwa sekarang. Begitu juga pengurusan bank dan beberapa GLC yang tidak melibatkan orang politik.Tetapi saya setuju jangan jadikan GLC tempat memberi habuan kepada orang politik. Jawapan saya, terus terang mengatakan, sekiranya orang politik itu ada kompetensi, kewibawaan, cemerlang dalam bidang kerjayanya, saya tidak menganggap lantikan itu satu kesalahan.- Adakah keutamaan PH sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah selepas ini adalah dengan memperkasa fungsi SPRM?Kalau tanya saya, negara ini mesti diselamatkan. Antara puncanya adalah amalan rasuah di mana ada pemimpin yang mengaut kekayangan berlebih-lebihan tanpa persoalan dan tindakan. Oleh kerana pemimpin lakukan begitu, busuknya di kepala ikan, yang lain terus menjalar sampai ke bawah. Jadi, saya setuju kita harus mengambil langkah perkukuh institusi ini, bebaskan mereka dan berikan satu pendirian yang cukup jelas bahawa tindakan yang keras dan maksimum akan diambil.- Datuk Seri ada menyentuh mengenai UMNO-PKR, mungkin Datuk Seri boleh jelaskan, adakah akan ada jajaran baharu?Jajaran baharu tu ayat Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)(ketawa).Begini, bila dibangkitkan soal telefon (rakaman audio), saya tak layan sebab apa (yang jadi) masalahnya? Ia jadi masalah kalau ada unsur jenayah atau rasuah. (Sedangkan) dalam audio Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jelas tiada persoalan dan tiada tindakan. Sekarang yang tersebar audio Datuk Seri Hamzah Zainudin pula.Apabila ada kaitan dengan tekanan, atau pembelian dan khianat itu baru jadi masalah. Tapi ini dijadikan isu politik, saya tidak layan. Kalau tanya saya jumpa (Zahid)? Saya jumpa semua. Kalau lihat peribadi saya di Parlimen, saya tegur semua, saya baik dengan semua. Dalam politik ini saya mahu bawa satu civil relation. Fikir nak ungkit, nak bergaduh, sampai kiamat tak habis.- Jadi kita bergerak ke depan. Setakat nak berhubung, adakah jadi masalah? Tak ada. Siapa yang saya tak jumpa?Saya jumpa semua pemimpin. Bagaimana persediaan PH dalam menghadapi PRU akan datang?Kita ada jentera pilihan raya yang sudah digerakkan sejak beberapa bulan lalu. Kita hanya tangguh pada bulan Ramadan bagi memberi ruang ahli-ahli menumpukan soal ibadah dan kebajikan. Tetapi jentera sudah bergerak. Latihan PaCaBa, kakitangan pilihan raya dan tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan sebagai calon sudah siap sedia.Kita juga belajar daripada pengalaman lama. Perkenal tokoh-tokoh muda kerana parti ini dari awal memang banyak menonjolkan tokoh-tokoh muda.Anwar dakwa pelaksanaan suntikan vaksin tak telusSAYA tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan sebab tiada ketelusan. Sampai sekarang kita tanya, berapa kos vaksin? Tiada jawapan diberikan melainkan alasan ia sudah dijelaskan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), tetapi tidak boleh dibahaskan kos.Mengapa hendak merahsiakan kos? Dari mana? Bila sampai? Sekejap kata akhir Mei akan sampai, sekejap lagi cakap lain. Tidak bolehkah beritahu, kerajaan masih belum dapat jawapan daripada Sinovac tetapi jawapan daripada Pfizer ialah begini dan kosnya adalah sedemikian.Kita tahu pelaksanaannya adalah paling lembab di Malaysia berbanding negara lain. Di Korea, bolehkah mereka mengambil contoh satu dua negara yang lebih lembab macam negara kita atas alasan munasabah?Tetapi Korea bertanggungjawab kepada rakyat untuk menjelaskan secara transparen. Dahulu masa saya dapat vaksin Pfizer sebagai ahli Parlimen, kita kena ikut urutan dos kedua. Saya kata tidak mengapa, tidak perlu beri dos kedua dahulu, utamakan pemberian dos pertama kepada orang lain dahulu.Ini kerana suntikan dos kedua vaksin tidak mempunyai tempoh masa ditetapkan. Saya cadangkan mengapa tidak boleh kita sampaikan dahulu suntikan vaksin dos pertama kepada semua, kemudian barulah kita uruskan suntikan vaksin dos kedua?Kalau tidak, petani di Manik Urai, Kelantan bila hendak dapat kemudahan ini? Sebab itu saya cadangkan, namun tidak mendapat layanan. Tetapi bila saya diminta hadir untuk suntikan dos kedua, saya terpaksa pergi. Kalau tidak, hak saya dibatalkan dan itulah risiko yang dihadapi.Kemudian, saya sebutkan tentang Selangor yang memperuntukkan RM200 juta untuk membeli vaksin Covid-19. Menteri jawab, terpulang kepada negeri.Sepatutnya kena beritahu, vaksin itu perlu diluluskan oleh kementerian atau tidak. Menteri berkenaan kata ‘kita sudah berdialog dengan negeri-negeri’. Namun menteri-menteri besar tidak diberi penerangan jelas sama ada inisiatif kerajaan negeri membeli vaksin dibenarkan atau tidak. Keduanya, saya juga tahu beberapa yayasan yang meminta kelulusan kerajaan bagi pembelian 200,000 bekalan vaksin Covid-19 untuk mereka beli sendiri dan agihkan kepada kakitangan dan urusan kebajikan. Namun tiada jawapan diberikan kerajaan sehingga sekarang.Jadi, saya tidak faham mengapa tidak boleh? Kalau tanya saya, kos membeli vaksin tinggi sehingga mencecah RM5 bilion. Mengapa tidak boleh suruh syarikat-syarikat besar ‘order’ sendiri, bayar kos dan uruskan dengan pekerja mereka? Kita boleh kurang sekurang-kurangnya RM2 bilion wang kerajaan.Menteri tidak fikir, beliau hendak kawal semua. “Mesti import melalui kami dan kementerian sahaja yang layak kendalikan.” Tidak boleh begitu. | 4 | 02 Mei 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/135829/berita/wawancara/saya-akui-silap-tapi-tak-perlu-mohon-maaf | 'Saya akui silap tapi tak perlu mohon maaf' | AHLI Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman menjadi topik perbualan hangat baru-baru ini apabila beliau membuat kenyataan panas mengaitkan kluster mahkamah dengan binatang politik.Isu tersebut menjadi kontroversi sehingga mengundang beberapa kecaman dari pelbagai pihak yang menganggap kenyataan beliau sebagai terlalu kasar.Antara kecaman yang diterima Faiz adalah beliau merupakan populis politik sehingga ada pemimpin UMNO yang menghantar memorandum bantahan ke ibu pejabat Bersatu menyifatkan kenyataan Faiz biadab dan melampau.Kepada wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy, Muhammad Faiz menjawab setiap spekulasi yang terpalit membabitkan dirinya.SINAR HARIAN: Apakah komen Faiz apabila dilabel sebagai anjing salakan Bersatu oleh Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanafiah kerana kenyataan mengenai kluster mahkamah adalah binatang politik?MUHAMMAD FAIZ: Saya tidak terkesan dengan panggilan tersebut kerana apabila kita memasuki dunia politik adalah lumrah jika kita dimaki dan dikecam sebegitu. Namun, ia sebenarnya melambangkan akhlak dan moral orang yang melabel itu.Mereka yang menggunakan kata kata kesat untuk membalas hujah itu saya anggap tidak matang, adil dan bermoral.Apabila pihak yang tiada kena mengena dengan isu ini yang bising, bermakna dia terasa dan mungkin sebahagian dari kelompok itu.Penjelasan saya mengenai istilah binatang politik ini adalah ia bukan bermaksud binatang namun sikap manusia yang dikaitkan dengan politik secara berlebihan.Sama seperti istilah kaki perempuan, bukan bermakna dia mempunyai kaki seorang wanita, namun ia melambangkan bahawa dia seorang yang suka mempermainkan wanita.Walaupun penulisan saya dianggap lebih condong kepada pihak kerajaan, namun saya berhujah dengan fakta. Saya berharap pihak sana juga membalas dengan hujahan ilmiah tetapi malangnya mereka terus melabel saya sebagai ‘anjing salakan politik’.Bagaimana pula dengan tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kenyataan Faiz hanyalah permainan populis politik?Kalau nak kata saya populis, kenyataan yang saya buat adalah berbentuk teguran umum. Pada asalnya saya nak menceritakan tentang usaha kerajaan untuk melawan Covid-19 dan di mana usaha itu sedikit sebanyak cuba diganggu oleh kluster mahkamah.Namun, saya tidak menyebut nama sesiapa atau parti mana. Cuma tidak menafikan tanggapan umum tentang siapakah pihak kluster mahkamah itu.Adakah terdapat sebarang tindakan susulan penyerahan memorandum oleh Armand Azha yang parti Bersatu mengambil tindakan terhadap kenyataan Faiz pada Khamis lalu?Setakat ni belum ada apa apa panggilan atau tindakan dan saya fikir tidak ada keperluan untuk Majlis Pimpinan Tertinggi atau parti ini untuk memberi keprihatinan terhadap isu ini.Armand Azha dan beberapa pimpinan UMNO menyerahkan memorandum bantahan terhadap Faiz di pejabat Bersatu minggu lalu.Saya tidak melanggar sebarang perlembagaan dalam parti mahupun undang-undang negara dan orang ramai juga dapat melihat isu ini hanya di provokasi oleh kelompok tertentu.Apakah perkembangan terkini laporan polis yang dibuat oleh Faiz terhadap Armand Azha yang dikatakan menyebarkan nombor telefon anda secara terbuka?Pada hari yang laporan itu dibuat, saya difahamkan kertas siasatan telah pun dibuka dan masih dalam siasatan. Sehingga hari ini, saya tidak diberi maklum atau dipanggil balik untuk keterangan tambahan.Namun demikian, saya ada mencabar pihak berkenaan di media sosial untuk mengheret saya di mahkamah andai kata saya melanggar undang-undang.Pada pendapat Faiz, adakah isu ini wajar diperbesarkan kerana ia mungkin mengundang pandangan sensitif beberapa pihak terhadap kenyataan tersebut?Saya tak berniat memanjangkan hal ini kerana fokus saya adalah kepada usaha-usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi merudum ketika ini.Jadi benda yang dilihat sebagai perseteruan politik antara parti sesama orang Melayu ini membuang masa dan rakyat sendiri mula menyampah dengan isu sensasi ahli politik di mana kita patut memberi tumpuan kepada isu semasa yang lebih penting.Tidakkah Faiz merasakan kenyataan berkaitan kluster mahkamah itu terlalu kasar? Wajarkah sebarang permohonan maaf dibuat?Tidak perlu permohonan maaf daripada saya. Cuma saya akui kesilapan saya di mana ketika saya mengeluarkan perkataan tersebut, ia tidak disusuli dengan penjelasan makna dan definisi binatang politik itu dari sudut ekonomi.Seharusnya saya memperjelaskan secara terperinci perkataan tersebut agar tidak dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Saya juga harus lebih berhati-hati untuk menyentuh istilah yang mungkin kurang didengari oleh masyarakat umum di luar sana.Ini juga satu pengajaran kepada saya untuk bermuhasabah diri apabila saya nak mengeluarkan apa apa kenyataan selepas ini. | 4 | 28 April 2021 09:00am |
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN | https://www.sinarharian.com.my/article/135342/berita/wawancara/lsquopas-sanggup-main-10-kolamrsquo | ‘Pas sanggup main 10 kolam’ | MUTAKHIR ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerima kritikan hebat daripada segenap sudut sehingga tersebar luas tanda pagar #kerajaangagal dalam kalangan pengguna media sosial.Meskipun tempoh proklamasi darurat sudah berjalan lebih tiga bulan, kerajaan PN dibidas kerana dianggap masih gagal menangani isu-isu utama seperti peningkatan kes Covid-19, ekonomi negara merudum, pelabur asing lari dan pengangguran belia semakin meruncing.Di sebalik tekanan dihadapi, riak wajah pemimpin muda PN ini dilihat masih kekal tenang menjawab setiap persoalan panas diutarakan, bermula isu ketidakstabilan kerajaan PN hinggalah penyatuan ummah dijuarai Pas dan PN.Beliau ialah Ketua Pemuda PN merangkap Ketua Pemuda Pas Pusat, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama anak jati Perak ini yang dikendalikan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida.Sinar Ahad: Bagaimana YB melihat perbezaan perjuangan Pas pada masa lalu dan sekarang?KHAIRIL NIZAM: Yang saya lihat uniknya Pas ini adalah ia konsisten dari sudut dasar dan prinsip. Yang berubah dari sudut kepimpinan, cara berpolitik tetapi dari sudut dasar tetap sama iaitu Islam. Sebab itu bila kita mengambil dasar politik Islam, ia bercerita mengenai prinsip integriti. Islam ini bercerita tentang pertimbangan dosa dan pahala.Sebab itu Pas secara konsisten dilihat parti yang tidak dikaitkan dengan rasuah. Bila kita ada integriti, kita nak ambil duit sedikit pun walaupun 10 sen, RM1, kita tahu ALLAH SWT ada.Cuma saya boleh rangkumkan jawapan saya kepada tiga perkara. Pas ini pertamanya diusuli prinsip. Maknanya ia bersifat fundamental. Kedua, pendekatannya bersifat fleksibel selagi perkara itu dibolehkan syarak. Tidaklah kita mengambil pendekatan Machievelli, matlamat menghalalkan cara.Ketiga, ia berfikir ke hadapan. Sebab itu Pas ada blue print Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051.Bagaimana YB lihat kedudukan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional?Saya rasa kalau nak tanya Pas dalam kerajaan kita kena tanya rakyat. Sebab rakyat yang menilai bagaimana prestasi menteri-menteri Pas ini. Kita ada tiga menteri penuh dan lima timbalan menteri. Cuma, perkara ini dilaporkan setiap kali mesyuarat.Pencapaian menteri-menteri kita dilaporkan dalam setiap mesyuarat bulanan Pas Pusat. Kita ada pembentangan dipanggil pembentangan kabinet.Menteri-menteri akan memberi kad laporannya dan bagaimana bantuan yang barangkali boleh kita hubung kaitkan dengan Pas untuk kita bawa turun sampai ke bawah.Pada saya prestasi boleh diserahkan kepada rakyat, biar rakyat menilai. Dari sudut kami, prestasi mereka dianalisis setiap kali mesyuarat Pas Pusat.Khairil Nizam menunjukkan bukti laporan pertemuan Pemuda Pas bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membela nasib graduan yang masih menganggur ketika ini.Apa tindakan lanjut pucuk pimpinan parti terhadap laporan itu?Sebenarnya, inilah waktu Pas belajar dan terus aplikasi dalam kepimpinan parti. Apabila menteri-menteri nampak pembelajaran daripada pengalamannya berbincang dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dan pegawai-pegawai kerajaan, maka ada perkara-perkara yang Pas boleh tingkatkan dari sudut penyampaian maklumat, membantu jentera di bawah dan ini menjadikan seseorang menteri itu berjaya.Menteri ini takkan berjaya kalau dia sekadar bergantung kepada kakitangan kerajaan. Dia kena bergantung juga kepada parti yang mengangkatnya. Parti juga boleh membantu sebab ahli kita ramai. Kita ada jutaan ahli. Ahli ini boleh menjadi dalam sejarah Islam dipanggil burung ababil, yang boleh menyampaikan maklumat sehingga ke bawah.Setakat mana pula perjuangan Pas yang kini menjadi kerajaan untuk meminda bidang kuasa jenayah dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 atau RUU 355?Orang yang bertanggungjawab terhadap RUU 355 adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary daripada Pas. Setiap kali mesyuarat, kita dibentangkan perkara ini. Kita sangat konsisten.Bukan sekadar RUU 355. Kalau kita lihat gerakan menentang Sugar Book adalah daripada Pemuda Pas. Kita jumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Saya jumpa sendiri dengan beliau dan dia kata kita akan bertindak. Esoknya terus bertindak.Isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, kita juga ketuai. Kita berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beliau berkata dalam proses serta dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) kita buat susulan. Betul, dalam proses, kalau tak ada aral, insya-ALLAH.Penularan isu-isu sensitif agama dan masyarakat Melayu seperti isu kartel, aplikasi SugarBook dan iklan judi raya menyebabkan ada orang mendakwa kerajaan PN gagal mengawalnya. Apa komen YB?Kalau kita lihat dari sudut yang lain, bukankah hebat kerajaan PN? Baru setahun sudah keluar semua itu. Kartel daging, kartel kontrak RM3.8 bilion yang telah bermula sejak 2014, kartel imigresen yang membawa pendatang tanpa izin, semuanya ditimbulkan sekarang.Bukankah itu menunjukkan yang kerajaan tidak menguasai polis, kerajaan tidak menguasai Jabatan Imigresen. Kalau dahulu kenapa perkara itu tidak timbul. Barisan Nasional (BN) memerintah berapa tahun, kenapa tidak timbul? PH 22 bulan, kenapa tidak timbul? Kenapa baru 12 bulan kami boleh timbulkan semua itu? Kena tengok dari sudut yang berbeza.Pada saya itu satu pujian kepada kerajaan kerana sewaktu PN memerintah semua ini ditimbulkan. Bayangkan kontrak RM3.8 bilion berlegar dalam kalangan kontraktor, individu yang sama. Dan yang paling menarik, tengok pihak polis. Pada zaman PN memerintah, rampasan-rampasan dadah yang dibuat bukan satu kilogram, tetapi bertan-tan.Pada saya, itu satu pujian terhadap langkah awal Perdana Menteri melantik pemimpin-pemimpin yang bebas daripada rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM.Kerajaan PN dipimpin Muhyiddin (tengah) kini didakwa semakin goyah apabila proklamasi darurat masih gagal menyelesaikan pandemik Covid-19 dan isu ekonomi negara.YB Ketua Pemuda Pas tetapi mengapa sekarang ada pimpinan Pas menolak Undi 18?Kena tengok konteks jawapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Untuk maklumat anda, sewaktu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjumpa dengan saya untuk membicarakan tentang Undi 18, saya sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas waktu itu masuk dalam sidang meja bulat Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sewaktu peringkat awal PH menjadi kerajaan.Pada pendapat Pas, kita mahu usul Undi 18 atau Undi 21 datang sekali bersama pakej usul pendaftaran pemilih automatik. Dalam usul yang pertama dahulu, usul itu pendaftaran pemilih automatik tidak ada. Ia hanya menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun. Saya kata kepada Syed Saddiq, usul ini tidak akan disokong oleh Pas sebab perjuangan Pas dari dahulu adalah pendaftaran pemilih automatik tak kira usia berapa. Ramai pengundi Melayu tidak berdaftar. Akhirnya Syed Saddiq mengubah usulnya. Disebabkan ubah itu, kita menyokong. Tapi dalam perbincangan kami ialah bila turunkan Undi 18, kita perlu memberikan kesedaran politik kepada adik-adik kita.Maknanya ia bukan sekadar menurunkan usia daripada 21 kepada 18 dan bukan sekadar usul pendaftaran pemilih automatik. Ia juga kepada satu pendekatan perubahan holistik iaitu sistem pendidikan negara. Daripada sekolah menengah yang adik-adik kita kena belajar, apakah maksud sistem politik kenegaraan di negara kita. Biasanya kita belajar politik kenegaraan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Kita kena rombak.UMNO telah memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PN selepas Parlimen dibubarkan. Bolehkah PN mencapai kemenangan pada PRU akan datang?Saya rasa penyatuan ummah itu bukan hanya Pas dan UMNO. Ia melibatkan kolaboratif parti-parti Melayu yang bersetuju dengan dasar yang ditetapkan oleh PN. Ia juga melibatkan badan dan institusi bukan kerajaan. Maknanya, ada dua perkara. Satu penyatuan ummah, satu perpaduan nasional.Jadi, mana-mana pihak yang berminat kepada perkara ini, di situlah akan timbulnya satu kekuatan yang lebih ampuh bila berdepan dengan PRU akan datang. Yang paling penting sekali ialah mewujudkan satu kesatuan ummah yang kuat dan ia bukan hak milik eksklusif Pas dan juga UMNO.Jadi, kalau UMNO kata dia tidak mahu bersama dengan kerajaan PN, kami pun terfikir kalau dah bubar Parlimen esok, menteri-menteri UMNO buat apa?Jadi saya rasa mengenai rumah tangga mereka (UMNO), biarlah mereka selesaikan dahulu. Kita di peringkat PN ini, perlu terus mencari sokongan. Mana-mana yang minat bersama dengan PN, hendak menyokong silakan. Tapi mereka bukannya ahli PN. Terbaharu, parti Gerakan telah bersama kita.Ramai orang cakap yang Pas main dua kolam, PN dan Muafakat Nasional. Apa perasaan YB dengan tuduhan seperti ini?Dahulu saya jawab secara teknikal. Sekarang kalau main 10 kolam sekali pun demi penyatuan ummah saya akan buat. Penyatuan ummah bukan hak eksklusif Pas dan UMNO, ia juga melibatkan NGO, NGI serta parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem.Kalau selepas ini saya bekerjasama dengan MCA macam mana? Kalau saya jumpa pula dengan NGO Muslim yang kuat, satu kolam lagi. Kita dah jelas bagitahu, ini bukan lagi hak milik UMNO dan Pas. Ini adalah milik hak umat Islam dan hak orang bukan Islam yang tidak ekstrem yang mahukan kepada penyatuan rakyat.Selain kerajaan berintegriti, apa lagi tawaran baharu yang akan dikemukakan PN bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan?Ada tiga. Kerajaan Integriti, Berkebajikan dan Prihatin. Ini adalah kombinasi ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini adalah ramuan istimewanya. Inilah ‘new deal’ kepada rakyat.Dalam tiga bentuk tawaran itu, banyak sangat perkara yang dirangkumkan. Sekarang pun, kerajaan berusaha ke arah itu. Tinggal lagi, mekanisme untuk kita sampaikan kepada rakyat. Banyak yang sudah ada sekarang ini. Golongan usahawan pun dapat, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana pun dapat, pekerja e-hailing pun dapat.Perlukan pemimpin-pemimpin berusia lebih 65 hingga 70 tahun ke atas berundur daripada politik dan memberi laluan kepada muka baharu?Ada pepatah Arab yang bermaksud, ‘Hikmah orang tua dalam semangat orang muda’. Pemimpin yang berpengalaman sangat diperlukan dalam sebuah pentadbiran negara. Kita bercakap tentang negara dan bukan pemimpin nukleus. Pemimpin muda pula perlu dipandu oleh orang-orang berpengalaman.Dari sudut kuantiti, pastilah saya berpendapat kalau kita mahukan pemimpin muda, pastikan mereka memiliki pengalaman luas, bukan hanya pemimpin yang separuh masak. Ini kerana politik kenegaraan adalah sangat rumit. Hendak bercakap dengan penjawat awam, ada laras bahasanya. Apatah kemahiran komunikasi amat diperlukan untuk berunding dengan pelbagai lapisan masyarakat.Khairil Nizam (tengah) bersama wartawan Sinar Ahad, Khairil Anwar Mohd Amin (kiri) dan Mohammad Khairil Ashraf pada sesi wawancara eksklusif Sinar Ahad di pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.ANEKDOTPantang asyik main telefon di rumahSaya akui beban tugasan dalam bidang politik yang banyak menyebabkan saya terpaksa menaruh sepenuh kepercayaan kepada isteri tercinta untuk menguruskan kehidupan sembilan anak saya. Bagaimanapun, satu prinsip yang saya sentiasa pegang adalah sentiasa melebihkan kepentingan keluarga, isteri dan anak-anak berbanding diri sendiri. Jadi, setiap kali saya selesai menjalankan tugasan politik dan parti, saya akan segera balik ke rumah dan menghabiskan sepenuh waktu bersama isteri dan anak-anak.Satu lagi perkara yang saya pantang lakukan di rumah adalah sentiasa melihat telefon bimbit. Kebiasaannya waktu di rumah diluangkan sepenuhnya untuk bermain, memberi perhatian kepada sembilan anak saya.Nasihat lain yang saya mahu berikan adalah jangan terlalu kuat bekerja. Sebaiknya bekerja secara berhikmah dengan meletakkan asas kekeluargaan mendahului urusan kerja. Sewaktu saya bekerja di syarikat swasta, saya terlalu kuat bekerja dan akhirnya saya tersedar bahawa ia bukan benar-benar membawa kebahagiaan kepada saya.Berbasikal bersama isteri dan anakApabila saya pulang ke rumah, saya akan tumpukan sepenuh masa untuk urusan keluarga. Kalau mahu bermain pun, saya akan bermain bersama anak-anak saya. Tiada masa untuk saya keluar rumah, melepak dengan orang lain tanpa arah tujuan. Kalau ada yang mahu jumpa saya selepas waktu kerja sekali pun, mereka akan datang rumah saya. Cuma ada satu jenis sukan yang saya minati iaitu sukan berbasikal. Itu pun saya akan lakukan bersama isteri dan anak-anak sekiranya ada masa terluang. | 4 | 25 April 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/131873/berita/wawancara/malaysia-mampu-keluarkan-vaksin | Malaysia mampu keluarkan vaksin | MALAYSIA hanya akan bebas daripada pandemik Covid-19 sekiranya 80 peratus daripada rakyat di negara ini telah mengambil vaksin.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib, rakyat tidak perlu bimbang kerana vaksin tersebut telah melalui ujian percubaan klinikal serta penilaian dan saringan yang ketat di peringkat global.Menurut beliau, walaupun Malaysia belum ada fasiliti untuk menghasilkan vaksin buat masa ini, namun pelan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara memungkinkan Malaysia mengeluarkan vaksin buatan tempatan bagi menangani kemunculan pelbagai virus baharu pada masa depan.Ikuti kupasan 360 darjah mengenai vaksin dalam wanwancara Sinar Ahad bersama Hazami yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimanakah sesuatu vaksin berfungsi dan apakah kepentingan imunisasi kepada masyarakat?HAZAMI: Vaksin merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit yang khusus. Ia penting untuk membendung penularan penyakit dalam komuniti secara keseluruhannya.Sejak awal 1950-an, vaksin diberikan melalui Program Imunisasi Kebangsaan bagi melindungi rakyat daripada penyakit cegahan vaksin.Sehingga kini, terdapat 11 jenis vaksin bagi mencegah 13 jenis penyakit yang diberikan kepada kanak-kanak iaitu tuberkulosis, hepatitis B, difteria, tetanus, batuk kokol, polio, Haemophilus influenza jenis B, demam campak, rubela, beguk, pneumokokal, Japanese Encephalitis atau JE dan Human papillomavirus. Selain itu, vaksin meningokokus diwajibkan untuk melindungi semua jemaah haji dan umrah Malaysia.Bagaimanakah vaksin Covid-19 dapat dihasilkan dengan begitu cepat iaitu dalam tempoh beberapa bulan sahaja berbanding 10 hingga 15 tahun untuk vaksin lain sebelum ini?Pertama kali dalam sejarah dunia, pembangunan vaksin dapat dipercepatkan menerusi pelaburan besar-besaran di peringkat global oleh pelbagai pihak sama ada menerusi negara, badan dunia, syarikat farmaseutikal serta individu.Kepesatan pembangunan vaksin ini juga adalah hasil daripada kajian-kajian terdahulu mengenai patogen-patogen yang pernah mencetuskan pandemik, epidemik dan endemik seperti virus Nipah, SARS dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).Usaha pembangunan vaksin Covid-19 dimulakan secara intensif sejurus selepas kod genetik virus dikongsikan oleh penyelidik dari China pada Januari 2020.Boleh terangkan garis masa perolehan vaksin di Malaysia?Dari April 2020, rundingan dan diplomasi sains mula dijalankan dengan negara-negara dan syarikat pengeluar vaksin di China, Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom serta badan gabungan imunisasi kesihatan dunia.Usaha ini digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Luar; dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.Rundingan secara multilateral turut dijalankan bersama Fasiliti Covid-19 Vaccine Global Access (Covax) dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovation (CEPI) bagi menjamin akses dan bekalan vaksin untuk negara.Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan pada 14 Oktober 2020 untuk memastikan akses bekalan vaksin Covid-19 kepada negara.Bermula Disember 2020, penilaian terhadap vaksin untuk negara dijalankan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Melalui usaha rundingan dan diplomasi sains, lima vaksin telah diperoleh iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBio dan Sputnik V.Sejauh manakah keberkesanan vaksin yang Malaysia beli?Vaksin terbukti sebagai kaedah terbaik untuk mengawal wabak. Vaksin Covid-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2, badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan Covid-19.Pelbagai platform seperti jujukan genetic RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan kita perlindungan terbaik terhadap Covid-19.Negara yang telah memulakan vaksinasi Covid-19 telah menunjukkan kesan positif dalam penurunan kes baru Covid-19 di negara masing-masing.Sebagai contoh, sebuah negara yang telah menjalankan vaksinasi kepada 600,000 penduduk telah melaporkan keberkesanan vaksinasi yang menunjukkan 94 peratus penurunan jangkitan Covid-19.Apakah jenis-jenis vaksin? Bagaimanakah tahap keselamatan dan keberkesanannya dinilai?Untuk Malaysia, jenis vaksin menggunakan molekul mRNA bagi merangsang sistem imuniti agar mengenali protein pada virus yang disasarkan. Pfzer/BioNTech merupakan vaksin jenis mRNA.Vektor virus pula menggunakan virus pembawa (vektor) yang tidak berbahaya bagi menyampaikan bahan genetik virus sasaran supaya merangsangkan tindak balas imun manusia. AstraZeneca, CanSino Biologics dan Sputnik V merupakan vaksin jenis vektor virus.Sementara virus nyahaktif ialah virus yang telah dimatikan dan digunakan untuk merangsang tindak balas imun manusia. Sinovac merupakan vaksin jenis virus nyahaktif.Keberkesanan, atau seberapa baik vaksin berfungsi dilihat melalui keupayaannya untuk melindungi individu daripada simptom penyakit Covid-19 melalui vaksinasi.Peratus keberkesanan berbeza mengikut cara kajian klinikal dijalankan, jenis vaksin, risiko penyakit pada sukarelawan dan pelbagai faktor lain.Walaupun peratus keberkesanannya berbeza, namun 50 peratus merupakan tahap minimum keberkesanan vaksin Covid-19 yang ditetapkan oleh WHO. Semua vaksin yang diluluskan oleh NPRA adalah selamat dan berkesan untuk digunakan di Malaysia.Apakah yang boleh rakyat jangkakan selepas perlindungan yang dikehendaki ini dapat dicapai? Adakah rakyat boleh kembali kepada “norma lama” dan meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa bimbang dijangkiti virus Covid-19?Dengan perlindungan imuniti daripada vaksin Covid-19, ekonomi negara akan kembali pulih dan kehidupan rakyat menjadi lebih baik.Namun begitu, masyarakat perlu terus memainkan peranan dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko jangkitan sehingga hasil positif daripada Program Imunisasi ini berjaya membendung dan seterusnya menghapuskan pandemik ini.Walaupun setelah berakhirnya pandemik di dalam negara, norma baru yang baik dan berguna seperti peningkatan penggunaan teknologi dalam urusan harian, pekerjaan dan aktiviti keusahawanan amatlah digalakkan untuk diteruskan.Tagline ‘Lindung Diri, Lindung Semua’... tapi kita tahu pengambilan vaksin ini secara sukarela tanpa ada tindakan dikenakan kepada mereka yang menolak vaksin. Adakah kerajaan perlu mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19?Setakat ini, pemberian vaksin Covid-19 adalah secara sukarela tetapi ia sangat digalakkan bagi membolehkan sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai. Ia akan dikaji dan dipertimbang dari masa ke masa oleh pihak kerajaan mengikut keperluan.Apa yang Malaysia boleh pelajari daripada negara-negara yang telah melakukan program vaksinasi Covid-19? Melalui program imunisasi yang telah dijalankan oleh negara-negara lain, Malaysia dapat mempelajari perancangan strategik bagi pelaksanaan Program Imunisasi di dalam negara daripada penentuan kumpulan sasar dan fasa pemberian vaksin, penyediaan pusat simpanan vaksin (PSV) dan pusat pemberian vaksin (PPV), urusan logistik dan penyimpanan vaksin, pelaksanaan imunisasi sehingga pemantauan dan cara menangani kesan sampingan.Contohnya, prosedur antarabangsa yang menetapkan pemerhatian antara 15 sehingga 30 minit sebaik sahaja individu menerima suntikan vaksin bagi memantau kesan sampingan turut dipertimbangkan dan diguna pakai bagi prosedur pemberian vaksin Covid-19 di dalam negara.Ruangan khas di PPV disediakan supaya pemerhatian kepada setiap penerima vaksin dalam dijalankan dalam masa 30 minit sejurus disuntik vaksin.Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara tidak langsung menunjukkan kejayaan Malaysia dalam melaksanakan diplomasi sains bagi menjamin akses bekalan vaksin.Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu menyasarkan 80 peratus rakyat Malaysia diberi suntikan sekaligus mengakhiri penularan wabak di negara ini.Sejauh manakah perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi ini mampu memajukan industri vaksin negara kita?Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai kapasiti serta fasiliti lengkap bagi pembuatan vaksin. Justeru, Malaysia perlu mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh negara lain.Dalam rundingan pembelian vaksin Covid-19, kerajaan telah memasukkan elemen nilai tambah bagi membolehkan Malaysia membangunkan kapasiti pembangunan vaksin dalam negara.Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah menandatangani dokumen Terms Sheet bersama syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan Solution Biologics Sdn Bhd bagi mengilangkan vaksin Covid-19 secara fill and finish, iaitu proses akhir pengisian vaksin ke dalam bebuli (vial) sebelum ia diedarkan.Menerusi langkah ini, vaksin Sinovac dan CanSinoBio akan dibeli secara pukal dan proses pengilangan akan dilaksanakan di Malaysia yang seterusnya mempercepatkan penerimaan vaksin.Kerajaan juga sedang berunding dengan pemerintah Rusia untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan dan penghasilan vaksin Sputnik V di Malaysia bagi menambah jumlah dos vaksin Covid-19 yang boleh digunakan di Malaysia dan serantau.Kerajaan juga telah menandatangani perjanjian pelaburan bilateral dengan Coalition for Epidemic Preparedness Innovation (CEPI) bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada R&D vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan.MOSTI juga telah membiayai R&D vaksin tempatan bagi penyakit Covid-19 menerusi Dana Menangani Covid-19 MOSTI atau MCCOF kepada dua kumpulan penyelidik iaitu daripada Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.Malaysia juga menjadi negara pertama di luar China untuk kajian calon vaksin inactivated Covid-19 buatan Institut Perubatan Biologi China yang melibatkan 3,000 orang sukarelawan.Memandangkan Malaysia dan dunia berisiko terdedah kepada pandemik lain pada masa hadapan, kerajaan melalui Majlis Sains Negara dalam mesyuarat pada Julai 2020 telah bersetuju agar Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dibentuk sebagai pelan jangka masa panjang untuk Malaysia mengeluarkan vaksin buatan tempatan.Bilakah Malaysia mampu menghasilkan vaksinnya sendiri?Kerajaan melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang dilancarkan pada Disember 2020 juga telah menyertakan perancangan mengenai penubuhan Pusat Vaksin Negara yang akan membangunkan kapasiti negara untuk menghasilkan vaksin sendiri pada masa depan.NVC bertujuan membangunkan dan menyokong ekosistem keselamatan kesihatan kebangsaan melalui platform kolaborasi strategik tempatan dan antarabangsa yang menawarkan penyelesaian teknikal dan infrastruktur bagi pembangunan vaksin manusia dan haiwan.Ekosistem ini merangkumi pengurusan arahan dan kawalan, epidemiologi dan analisis data, R&D, kesihatan awam dan penjagaan kesihatan serta kesejahteraan minda.Kerjasama serantau dan global juga akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah perkongsian infrastruktur, pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pemindahan teknologi berkaitan yang bermanfaat kepada negara dalam menghadapi cabaran pengurusan kesihatan dan wabak penyakit pada masa hadapan. Pembangunan pusat vaksin ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama KKM. | 4 | 04 April 2021 08:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/130699/berita/wawancara/kalau-ada-madu-di-pucuk-kelapa-semut-tempang-pun-merangkak-naik | 'Kalau ada madu di pucuk kelapa, semut tempang pun merangkak naik' | [MUKADIMAH] Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) membuka tirai pada Sabtu dengan agenda untuk memuktamadkan hala tuju terbaik parti itu menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan selain memenangi PRU15 bersama parti-parti komponen, UMNO sendiri perlu menang sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen jika mahu kembali menjadi parti dominan di Malaysia.“Apabila cukup kerusi untuk jadi dominan, orang akan datang jumpa kita. Kalau ada madu di pucuk kelapa, semut tempang pun merangkak naik,” katanya memberi gambaran mengapa UMNO perlu menjadi ‘induk’ politik tanah air.Kepada Sinar Ahad, Mohamad turut menjawab tuduhan UMNO sebagai pemecah penyatuan ummah selain pemilihan UMNO yang dijadualkan berlangsung Ogos depan sebaik darurat Covid-19 tamat.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad yang dikendalikan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Liza Mokhtar, Rosalwani Che Soh dan Mukhriz Mat Husin di WTC, Kuala Lumpur pada Sabtu.SINAR AHAD: Dalam ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini (semalam), Datuk Seri ada menyentuh mengenai jangan ajar UMNO tentang perpaduan ummah. Boleh Datuk Seri ulas lebih lanjut? MOHAMAD: Perpaduan Melayu ini UMNO yang mulakan dahulu. Kita buat penyatuan ummah, kita hulur tangan kepada Pas. Lupakanlah (perkara) silam dan kita bersama-sama atas asas agar kepentingan orang Melayu dan Islam dapat kita pulihkan. Kita (UMNO dan Pas) berpecah 60 lebih tahun. Bayangkan, sembahyang dua imam, sembelihan tidak boleh makan, cerai isteri (kerana parti) dan macam-macam lagi.Ini amat mengecewakan sekali tetapi alhamdulillah bila dibuat penyatuan ummah maka masyarakat luar bandar amat selesa sekali. Itu sebab bila orang kata perpecahan sekarang amat meruncing, saya tidak nampak meruncing dari segi mana. Bahkan kepada saya, ia bertambah baik selepas PRU14.Cumanya, orang melihat bila kita tidak mahu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dia kata memecah belah ummah. Bukan begitu, sebaliknya UMNO ini merupakan tonggak dalam menyatukan orang Melayu. Itu yang saya kata, jangan ajar kita.Jangan ajar kita bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu. UMNO sejak sebelum (zaman) merdeka telah menyatukan orang Melayu. Dulu ada 30, 40 pertubuhan Melayu yang kita cantumkan menjadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Kita menyatukan orang Melayu dan bangsa lain turut menyokong kita.UMNO sekarang dikatakan ada banyak kem. Ada kumpulan yang mahu UMNO bergerak sendiri, ada yang cenderung dengan Bersatu dan ada yang inginkan penjajaran semula politik. Apa komen Datuk Seri?Yang betulnya, UMNO mengamalkan sistem demokrasi, kita mengetengahkan suara terbanyak. Apa saja yang diputuskan oleh suara terbanyak, itulah keputusannya. Macam-macam pandangan sebelum PAU tapi lepas PAU saya harap keputusan dah dibuat oleh parti, masing-masing perlu akur. Akur kepada keputusan parti. Demokrasi ini kita mendengar suara majoriti. Kalau suara majoriti mengatakan A, A-lah. Kalau suara majoriti mengatakan B, maka B. Saya harap pemimpin di peringkat mana pun, hormati dan akur keputusan parti.Ada yang mengatakan senario pimpinan utama UMNO tidak diberikan jawatan dalam kerajaan sebagai punca wujudnya banyak kem dalam UMNO. Apa pandangan Datuk Seri?Susah sedikit saya hendak bersetuju. Sebab kita berjuang dalam parti ini bukan untuk jawatan. Kalau perjuangan kita berasaskan jawatan, itu silap. Kita berjuang atas dasar perjuangan. Jawatan ini kesamping. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tidak apa. Tapi bukan kerana tidak ada jawatan, kita kecewa.Jadi ini cuma tanggapan orang yang cuba mengadu domba, mengeluarkan pandangan-pandangan. Sekarang ini ramai profesor politik, entah mana datang pun saya tidak tahu. Saya cadangkan supaya mereka masuk (politik). Dekat cawangan kalau mereka boleh bertahan pun okey. Pergilah masuk politik, jangan cakap yang bukan-bukan. Sudahnya pandangan mereka menjadi asas kepada adu domba. Dan ada pula orang terpesona dengan analisis-analisis tersebut. ‘Oh, yang bercakap ini profesor’ jadi mereka percaya. Profesor ekonomi kalau berniaga belum tentu untung.Mohamad Hasan menegaskan selain memenangi PRU15 bersama parti-parti komponen, UMNO sendiri perlu menang sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen jika mahu kembali menjadi parti dominan di Malaysia.Pemimpin seperti Datuk Seri sendiri dan Datuk Dr Asyraf Wajdi dianggap mampu menjadikan wajah UMNO lebih segar. Bagaimana Datuk Seri melihat keperluan wajah-wajah baru dalam parti menjelang PRU15?Insya-ALLAH mereka sendiri sudah berada dalam parti arus perdana. Saya Timbalan Presiden. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki jadi Ketua Pemuda UMNO. Ketua Pemuda ini dia tarafnya sama dengan Naib Presiden. Jadi isunya bukanlah untuk mengetengahkan individu tetapi mereka mesti mencemerlangkan parti. Yang nak menang ini parti, bukan individu. Yang nak bertanding, kita wakil parti ini saja, yang nak tubuhkan kerajaan adalah parti.Kalau parti cukup bilangan kerusi, boleh tubuh kerajaan. Tapi kalau setakat hero-hero ini menang, orang lain tak menang tak boleh juga. Kita mesti mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.Pemimpin terpalit kes mahkamah dikatakan punca UMNO tidak bergerak ke hadapan. Apa komen Datuk Seri?Kita mengamalkan dasar Rule of Law. Jadi seseorang itu masih lagi tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Banyak orang yang dituduh, semuanya dilepaskan. (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli dituduh, lepas, (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dituduh pun lepas.Jadi baik kita amalkan amalan demokrasi yang baik dan sistem perundangan yang luhur. Saya yakin kalau ada yang dituduh dan mereka didapati bersalah di mahkamah, parti akan mengambil tindakan sewajarnya. Individu terbabit, tuan punya badan pun saya rasa akan berjiwa besar untuk ambil apa saja keputusan demi kebaikan parti.Jangan kita tuduh macam-macam selagi mahkamah belum menjatuhkan hukum. Esok bila dia dijatuhkan hukum, maka parti pula akan buat apa saja cara terbaik untuk membela dan membina parti dengan lebih baik.Datuk Seri ada memberitahu UMNO akan bertanding 80 kerusi Parlimen. Tetapi dengan angka itu, UMNO masih tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian. Adakah itu isyarat UMNO bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk PH?Bukan UMNO hendak tanding 80 kerusi (Parlimen), itu silap (penjelasan). Kita hendak tawan 70 hingga 80 kerusi (Parlimen). Kalau lebih 100 kerusi, lebih baik. Lagipun UMNO ini bukan kerajaan yang hendak bergerak sendiri. Kita ada 14 parti dalam BN dan UMNO tidak pernah bersendirian. Cuma kita hendak UMNO menjadi parti dominan yang mendapat 80 hingga 85 kerusi (Parlimen). Apa pun kita perlu menang dalam pilihan raya dan jika kita menang, ibarat ‘ada madu di pucuk kelapa, semut tempang pun pasti datang pada madu tersebut’. Begitulah juga kita perlu kuat seperti gajah. Kalau kita kuat, maka tunjukkan yang kita dominan.Bagaimana Datuk Seri melihat pendirian Pas sama ada ia mahu terus bersama MN atau beralih kepada PN pada PRU15 nanti?Saya mempunyai harapan Pas akan terus bersama kita. Sebab bila Pas bersama UMNO, walaupun kita tiada dalam kerajaan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, tetapi UMNO dan Pas kuat, Muafakat Nasional (MN) kuat.Manfaat bersama UMNO adalah besar. Kita menang pilihan raya kecil (PRK) walaupun kita pembangkang, menang bergaya di (PRK) Tanjung Piai, menang di Kimanis, menang semuanya. Ramai orang kata UMNO, BN akan lemah tanpa Perikatan Nasional (PN), sebenarnya tidak lemah. Kalau lemah, takkan kita boleh menang banyak kerusi pilihan raya kecil. Itu pandangan saya.Jika Pas memilih Bersatu, kemungkinan akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Apakah impaknya kepada UMNO?Apa sahaja yang kita buat dalam politik ini, ada impak. Tetapi kita tidak perlu terburu-buru. Yang penting, keuntungannya itu mesti ada. Setiap apa saja yang kita buat, ia mesti menguntungkan kita. Meniaga jangan rugi cukuplah. Tidak untung banyak pun tak apa, tapi jangan rugi.Bagaimana perkembangan pembahagian kerusi PRU15 dengan Pas?Perbincangan masih berjalan, tetapi kita sudah kunci. Fasa pertama (perbincangan), siapa yang menang kerusi masing-masing pada PRU14, kerusi itu akan kekal milik mereka. UMNO 55 kerusi (Parlimen), Pas 18 (kerusi Parlimen).Fasa kedua, siapa yang dapat undi kedua terbanyak pada PRU14, itu kita boleh pertimbangkan. Jadi, apa yang saya buat berdasarkan formula tersendiri. Ada peringkat pertama, peringkat kedua. Peringkat kedua masih lagi di peringkat persetujuan. Lepas itu, ada peringkat ketiga, keempat dan kelima. Ada banyak kerusi, apa hendak risau.Adakah perbincangan dengan Pas turut membabitkan kerusi di Terengganu yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini?Kita bincang dan akan cuba mendapatkan persetujuan tertentu. Kita jangan rugi. Berunding kena masing-masing untung. Kalau sudah berunding, tidak juga dapat (penyelesaian), maka kita kena cari jalan lain. Kita tidak boleh pakai (penyelesaian) apa yang dipanggil one size fit all.Ini teori lama. Kena tengok kalau di Johor, bagaimana situasinya. Tetapi di peringkat pusat, kalau kita membuat pertukaran kerusi, (apa salahnya). Pas tidak kuat di pantai barat. Kalau mereka hendak tukar di pantai barat, kita bolehlah ajak tukar dua atau tiga kerusi dengan UMNO di Terengganu.Saya rasa Terengganu boleh (runding). Tetapi, kalau sudah tidak boleh bersetuju, friendly fire (bertembung sesama sendirilah). Di Kelantan, Terengganu dan sedikit di Kedah, negeri-negeri ini telah mengamalkan sistem dua parti.Sistem ini tidak mencederakan sesiapa. Sebab itu di Terengganu ia diibaratkan swing state... umpama ditandingi parti Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Kalau pengundi sudah bosan dengan Republikan, mereka pilih pula Demokrat. Jadi, (di negeri-negeri itu) bukan isu kerana tiada siapa yang rugi. Kerana di Terengganu, Kelantan 95 peratus pengundi adalah orang Melayu. Majoriti di Kedah pun begitu. Kita kena gunakan formula yang bersesuaian dengan kawasan atau negeri tertentu.Ada pandangan akar umbi yang merasakan perlu diadakan pemilihan UMNO sebelum PRU15 untuk merapatkan kembali saf parti. Apa yang boleh Datuk Seri kongsikan?Presiden sudah mengeluarkan kenyataan melalui Setiausaha Agung bahawa pemilihan parti akan diadakan dalam tahun ini. Kita tengok bagaimana. Selepas tempoh darurat tamat, kita buatlah. Itu pun kalau keadaan Covid-19 telah pun reda dan dapat dikawal. Ini kerana ada dua perkara iaitu membabitkan proklamasi darurat dan pandemik Covid-19. Kita dalam musim pemilihan, tidak boleh buat kaedah kedatangan macam PAU2020 ini (terhad). Nanti ahli akan bawa parti ke mahkamah.Saya selaku Pengerusi Pengurusan (pemilihan parti), saya perlu berhati-hati. Niat hendak buat (pemilihan), betul. Dalam perlembagaan parti, pemilihan perlu dibuat kerana penggal pengurusan kita tamat pada tahun 2020. Tetapi, bentuk bagaimana kita hendak buat (pemilihan)? Prosesnya mesti betul. Jika tidak, UMNO nanti yang susah.Kalau PRU tidak ada dalam tahun ini, kita akan adakan pemilihan. Kita sedang meneliti apa akan jadi selepas tempoh darurat tamat. Pada bulan Ogos, kita sudah merancang untuk mengadakan pemilihan di peringkat cawangan. Selepas dua bulan, kita juga akan buat pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, serentak di seluruh negara.Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini sudah menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP. Namun, desas-desus masih kuat mengenai adanya pertemuan antara pemimpin PKR dan DAP dengan pemimpin UMNO. Apakah senarionya?Presiden sudah cakap macam itu, okeylah. Tetapi macam saya katakan tadi, UMNO ini sebuah parti. Tiada siapa, figura atau kelompok kumpulan yang boleh memaksa UMNO untuk mengubah dasar parti. Tiada siapa yang boleh memaksa UMNO melainkan keputusan yang diputuskan di peringkat akar umbi. Parti yang memutuskan. Itu caranya.ANEKDOTHarapan terhadap PAU 2020Saya anggap perbincangan dalam PAU adalah (perbincangan) biasa seperti tahun-tahun sebelum ini. Kita bincang elok-elok dan kita sepakat elok-elok. Harapan saya lebih besar adalah kita menang PRU. PAU 10 kali setahun pun, kalau kalah pilihan raya, buat apa? Pengakhir cerita, UMNO mesti menang pilihan raya kalau mahu jadi induk politik. UMNO mesti menjadi induk, parti teras. Induk ayam, jaga anak-anak. 11 ekor anak ayam, induk jaga semua elok-elok. Walaupun anak ayam ciri lain-lain. Kalau anak ayam yang hilang, itu dimakan dek helanglah.Kita tidak boleh berkompromi, UMNO jadi second fiddle, UMNO jadi penyokong sahaja... itu tidak boleh. Itu yang saya hairan. Ada anak ayam yang sanggup berindukkan orang lain, apa hal?Siapa calon Perdana Menteri?Belum sampai lagi (perbincangan antara UMNO dengan Pas) mengenai siapa hendak jadi poster boy atau Perdana Menteri, saya rasa pilihan raya lambat lagi. Cepat sangat putuskan siapa poster boy, takut nanti gambar pun akan runtuh awal (ketawa). Bagaimanapun, kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU kena ada. Sebab itu, saya sudah turun ke negeri-negeri. Saya hendak dengar suara daripada pemimpin negeri sendiri.Saya tidak mahu dengar daripada mulut pihak ketiga. Contohnya, ada pihak ketiga kata begitu dan begini kepada (Pengerusi UMNO Terengganu) Datuk Seri Ahmad Said. Saya hendak dengar sendiri kata-kata daripada Mat Said dan rakan-rakan di Terengganu.Wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad yang dikendalikan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Liza Mokhtar, Rosalwani Che Soh dan Mukhriz Mat Husin di WTC, Kuala Lumpur pada Sabtu. | 4 | 28 Mac 2021 08:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/130554/berita/wawancara/umno-konon-tak-relevan-tapi-jadi-rebutan-ramai | UMNO konon tak relevan, tapi jadi rebutan ramai | [WAWANCARA] Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) menjadi medan penting untuk menghapuskan segala kesangsian yang ditimbulkan pihak tertentu dalam parti itu.Beliau berkata, walaupun ramai yang menganggap UMNO sudah tidak relevan tetapi parti ini tetap menjadi rebutan ramai.“Bagi saya ia memberikan indikasi bahawa UMNO mempunyai nilai harga yang mahal walaupun itu cuma persepsi. Apa pun UMNO tidak boleh sombong untuk mendengar dan membetulkan diri dengan teguran daripada akar umbi,” katanya.Ikuti kupasan Asyraf Wajdi menerusi wawancara khas bersama wartawan Sinar Harian, NURHIDAYAH HAIROM dan MOHD HAFIZ ISMAIL baru-baru ini.SINAR HARIAN: Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan yang pertama selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan dan pernah menjadi pembangkang. Apakah yang membezakan UMNO kini dan sebelumnya?ASYRAF WAJID: Kalau kita lihat menerusi tradisi UMNO, parti ini memang tidak pernah sunyi daripada gelora. Sejak awal penubuhan, Datuk Onn Jaafar pernah mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada kaum lain yang menerima tentangan daripada peringkat akar umbi dan ahli. Akhirnya orang yang mengasaskan UMNO itu sendiri terpaksa keluar parti.Bagi saya, itu saat lebih mencabar kerana UMNO pernah diharamkan dan perlu meraih semula keyakinan orang ramai untuk kembali mendukung UMNO.Kemudian kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sehingga tertubuh parti baharu. Memang secara tradisi UMNO tidak pernah sunyi dengan kontroversi, gelora dalam dan luaran.Begitu juga dengan konteks hari ini dengan kita melalui siri-siri gelora itu dengan suasana yang bagi saya adalah sesuatu yang biasa tetapi paling penting di Perhimpunan Agung UMNO inilah, semua pihak berbincang secara terbuka mengikut semangat kekeluargaan.Dalam fasa setahun ini cukup menarik kerana daripada kita menjadi pembangkang pada perhimpunan agung yang lepas kepada sebahagian daripada kerajaan pada masa ini. Walaupun bukan secara mutlak tetapi sebahagian kepimpinan parti sudah berada dalam kerajaan. Sudah pasti suasana itu berbeza.Asyraf Wajdi- Mengapa PAU2020 cukup penting kepada parti?Perhimpunan Agung kali ini sesuatu yang penting untuk diambil kesempatan oleh semua pihak terutama kepimpinan dan akar umbi bagi memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam parti pada hari ini dan ke mana hala tuju hendak dibawa oleh kepimpinan tertinggi parti.Dalam suasana yang ada dalam isu-isu berbangkit, ramai mungkin tidak betul-betul memahami dinamika politik yang ada kerana waktu kita hendak menyertai sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), pada waktu itu kita terpaksa buat keputusan tanpa memanggil ahli-ahli di peringkat akar umbi di mana Majlis Kerja Tertinggi menjadi ‘platform’ mewakili suara akar umbi ini.Pada waktu itu kita melihat perlunya untuk kita menyelamatkan negara daripada terus porak-peranda.Kedua, kita faham bahawa kemasukan UMNO dalam kerajaan dalam keadaan tidak stabil. Bahkan pada waktu itu kita berbincang bersama rakan komponen Barisan Nasional (BN) dan rakan Muafakat Nasional iaitu Pas bahawa kerajaan ini bukan kerajaan yang dapat bertahan lama.Kita ambil tanggungjawab ini sebagai satu pendekatan seketika bagi menstabilkan kerajaan dan semua sepakat untuk kita kembalikan mandat kepada rakyat.Kita sedar bahawa kerajaan ini belum mendapat mandat yang penuh daripada rakyat kerana apa yang dilakukan adalah bagi menyelamatkan keadaan semasa disebabkan oleh perbalahan dalam PH sehingga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan tersebut.Ketiga, memang daripada awal UMNO menyatakan sokongan kepada kerajaan ini sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Kita tidak pernah ada perubahan yang menggambarkan bahawa UMNO tidak konsisten.Saya ingin nyatakan UMNO tidak pernah cakap tidak serupa bikin dalam soal ini. Kita kena ingat kembali kepada kenyataan media pada 11 Mac iaitu seminggu selepas tertubuhnya kerajaan baharu.Kita telah membuat ketetapan jelas bahawa UMNO menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan baharu sehingga ke PRU15.Soal bagaimana kita bekerjasama dengan parti-parti yang membentuk kerajaan pada pilihan raya, itu bergantung kepada perundingan selepas itu.Kita perlu bincang semua ini dalam Perhimpunan Agung UMNO agar tidak timbul lagi ‘suara-suara nyamuk’ yang kadangkala cuba untuk mencetuskan kesangsian dan akui suara ini berimbuhan serta mempunyai elaun. Kita tidak mahu tuduh sesiapa tetapi semacam ada usaha-usaha agar sesama ahli UMNO saling berprasangka.Asyraf WajdiMemang ada yang cemburu dengan UMNO, walaupun ramai yang kata parti ini sudah tidak relevan lagi tetapi hakikatnya UMNO menjadi rebutan ramai termasuklah PH dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengakui mengadakan rundingan dengan UMNO, DAP juga mengaku dan Parti Amanah Negara (Amanah) turut menyatakan kesediaan mereka untuk bersama.Itu tidak termasuk Bersatu yang diibaratkan seperti marah-marah sayang. Sekejap kata mahu bertanding semua kerusi di Terengganu. Apabila kita buat keputusan tidak bersama, mereka menyatakan boleh berunding pula.Bagi saya, ia memberikan indikasi bahawa UMNO mempunyai nilai harga yang mahal walaupun itu cuma persepsi. Apa pun UMNO tidak boleh sombong untuk mendengar dan membetulkan diri dengan teguran daripada akar umbi.- Apakah yang membuatkan UMNO terus mendapat sokongan rakyat?Selepas UMNO tewas pada PRU14, saya tidak menoleh ke belakang dan turun ke bawah menemui 172 daripada 191 bahagian. Saya dapati akar umbi ini masih kuat dan tidak berganjak.Pada satu ketika ramai melompat parti tetapi tidak ada satu cawangan pun yang dibubarkan. Bahkan suasananya luar biasa kerana yang melompat ini pemimpin yang mempunyai kepentingan sahaja tetapi ahli akar umbi tidak, kerana kesetiaan selain yakin bahawa parti ini boleh bangkit kembali.Sebab itu apa sahaja keputusan parti, ia tidak pernah dibuat dengan meminggirkan suara hati akar umbi. UMNO bukan seperti sesetengah parti di mana keputusan Presiden atau MKT itu akan menjadi satu keputusan yang perlu didengari dan dipatuhi.Akan tetapi proses sampai kepada sesuatu keputusan penting datang daripada bawah lagi iaitu mesyuarat di cawangan dan diangkat ke peringkat bahagian lalu dibawa kepada perhubungan negeri kemudian diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO.Saya beri satu contoh di mana kita nak bekerjasama dengan Pas yang menjadi seteru sejak berpuluh tahun, ia bukanlah sesuatu yang mudah.Peringkat awal ia ditentang oleh ahli akar umbi kerana mereka merasai keperitan selama ini.Bagaimanapun kita menggerakkan agenda penyatuan ummah ini dan ia bukan berlaku di peringkat atas tetapi bermula di cawangan dan bahagian.Asyraf ketika ditemubual Sinar Harian di Pejabat Ketua Pemuda UMNOLebih 800 program penyatuan ummah berlangsung sehingga kita memeterai Muafakat Nasional dan itu pun selepas dipersetujui di peringkat MKT dan Majlis Syura Ulama Pas.Maknanya di peringkat UMNO, itu memang prosesnya dan sebab itu bukan mudah untuk kita buat satu-satu keputusan terutama apabila kita kononnya nak bekerjasama dengan DAP dan PKR.Pertama, kepimpinan tidak pernah berbincang mengenai perkara ini dan kita kena faham sentimen di peringkat bawah.Bila ada suara sumbang menyatakan seolah-olah kita ada perjanjian sulit di belakang tabir. Perkara itu sebenarnya tidak masuk akal kerana mana mungkin UMNO membuat keputusan ‘dalam selimut’ kerana perkara penting perlu diputuskan oleh parti tetapi pada masa yang sama perlu menyantuni suara hati akar umbi.Sama juga dengan hubungan kita dengan Bersatu di mana MKT memutuskan bahawa 128 UMNO bahagian membuat usul secara rasmi mengenai rasa kurang selesa mereka untuk bersama parti tersebut.Ia tidak sama dengan hubungan kita dengan Pas kerana dengan Bersatu, tidak berlaku secara bersahaja malah wujud persaingan di peringkat bawah termasuklah perebutan ahli. Ini saya pernah suarakan supaya kepimpinan menyatakan dasar agar jangan ada mana-mana ahli dari parti lain melompat ke parti lain dalam suasana permuafakatan ini.Ini yang dilakukan dalam PH dan Pakatan Rakyat. Kita belajar daripada mereka dan daripada sejarah kita bekerjasama dengan Pas pada 1974 sebabnya berlaku persaingan dan berebut ahli. Tapi kenapa tidak berlaku sekarang dengan Pas? Sebab ahli UMNO dan Pas sudah matang. Masing-masing ada penyokong tersendiri. Tiada perbahalan.Tapi Bersatu berbeza daripada awal. Bersatu ditubuhkan dengan tujuan mengambil alih UMNO, sebagai parti alternatif menggantikan UMNO. Itu sendiri pun akan berlaku konflik yang jelas. Maknanya tiada satu ideologi yang berbeza. UMNO dan Pas nampak juga ada perbezaan.UMNO dan Bersatu tiada perbezaan, boleh dikatakan hampir majoriti besar dalam kepimpinan atau akar umbi bersatu adalah bekas kepimpinan dan ahli UMNO atas faktor kecewa, kalah bertanding, berpindah kepada Bersatu dan sebagainya.Jadi ini antara perkara yang menyumbang kepada ketidakselesaan di peringkat akar umbi yang akhirnya sebagai kepimpinan kita kena ambil kira.- Apakah jangkaan isu-isu yang mungkin dibangkitkan bagi PAU kali ini?Saya rasa jangkaan yang paling utama sekali hala tuju UMNO untuk berhadapan dengan PRU yang kita jangkakan ini merupakan PAU terakhir sebelum PRU.Maknanya hala tuju itu penting. Apakah ketetapan kepimpinan sama ada kita akan berhadapan dengan PRU sebagai hanya BN atau kita mengekalkan hubungan kita dengan MN.Bagi saya ini perkara yang rakyat dan ahli pun nak tahu. Setakat hari ini kita masih lagi berpegang dengan piagam kita dengan Pas.Kita tidak pernah mencurangi sahabat dalam muafakat. Tak pernah keputusan kita dibuat secara bersendirian. Sekarang ini pun dua minggu sekali kita masih mengadakan mesyuarat walaupun hakikatnya Pas sudahpun berada dalam PN.Cuma, ini antara perkara penting untuk kita bincang.Asyraf menjelaskan bahawa keputusan tidak bekerjasama dengan Bersatu tidak akan berubah pada Perhimpunan Agung UMNOKedua, isu yang menyentuh rakyat juga akan menjadi satu tema penting kerana seperti saya katakan, UMNO dan rakyat ini tidak boleh dipisahkan.Jadi perkara-perkara yang penting yang menyentuh isu-isu kehidupan rakyat sudah tentu akan dibangkitkan oleh pembahas-pembahas dari negeri-negeri.Ini perkara biasa sejak dulu walaupun waktu kita menjadi kerajaan. Rakyat sentiasa menantikan apakah resolusi yang akan terbit daripada PAU. Kerana resolusi inilah ketika menjadi kerajaan, akan menjadi dasar kerajaan.Waktu kita menjadi pembangkang, orang menantikan juga kerana apakah isu-isu yang kita bangkitkan ini akan menjadikan kita pembangkang yang bertamadun, yang mengkritik bukan hanya sekadar beremosi.- Apakah harapan yang banyak dibangkitkan di peringkat cawangan dan bahagian terhadap masa depan UMNO?Harapan yang banyak dibangkitkan ialah UMNO kena kembali menerajui tampuk kepimpinan dan untuk itu, UMNO kena belajar daripada kesilapan yang menyebabkan rakyat menolak kita dalam PRU lepas.Ini harus diakui oleh semua termasuk kepimpinan. Denyut nadi dan suara hati rakyat itu sentiasa kepimpinan ambil kira.Sebab itu saya selalu sebut bahawa apabila kita jatuh, adalah satu hikmah yang besar. Ujian yang mahu UMNO berubah.Siapa sangka kita hanya jadi pembangkang 22 bulan dan kembali menyertai kerajaan walaupun bukan secara mutlak tetapi sekurang-kurangnya tuhan beri peluang untuk melakukan proses pembaikan. Ini satu proses yang amat positif.PAU2020 mampu menyatukan kembali UMNOSINAR HARIAN: Sejauh mana Datuk melihat PAU 2020 mampu menyatukan perpecahan yang berlaku dalam UMNO? Sebab itu saya katakan PAU ini sentiasa menjadi medan penyatuan. Akar umbi ini tidak berpecah, yang mencetuskan konkflik ini kadang-kadang segelintir kepimpinan dan perkara itu sudah menjadi lumrah. Kepimpinan yang banyak menentukan bagaimana UMNO dapat digembelingkan.Itu yang pentingnya PAU ini bukan hanya kepimpinan tetapi idealisme dan juga matlamat perjuangan.Maknanya kalau kita jelas, dipersetujui dalam PAU, contohnya seperti sekarang, keputusan untuk membuat satu percaturan politik itu, ada yang setuju dan ada yang tidak.Tetapi apabila PAU membuat satu ketetapan, itulah yang akan dipegang oleh semua. Jadi tidak ada lagi suara-suara yang mampu untuk menafikan.Contohnya, apabila kita mahu bekerjasama dengan Pas, walaupun ada tentangan daripada beberapa kepimpinan, tetapi apabila PAU membuat keputusan untuk kita memperkasa hubungan kita dengan Pas sehingga termerai piagam MN, apakah kita dengar suara-suara nyamuk ini?Tidak ada. Kerana itu PAU adalah medan terbaik penyatuan segala hala tuju, matlamat dan juga mencairkan kesangsian sama ada dicetuskan oleh mereka yang berkepentingan atau dimainkan oleh pihak yang mencemburui UMNO menggunakan ejen-ejen dalam parti sendiri.Semua itu akan dapat kita jernihkan. Itu sejarah yang telah kita saksikan bila UMNO ada konflik besar Ku Li dan Mahathir sehingga terpecah. Akhirnya bila tubuh parti baru, PAU yang menjadi faktor penyatuan kepada semua orang Melayu.Sama juga dengan isu Anwar dan Muhyiddin bila dipecat.PAU menjadi medan yang menyatukan ahli. Cuma yang paling mustahak UMNO kena sentiasa ingat bahawa PRU sebelum ini mengajar kita bahawa kemenangan UMNO tidak hanya bergantung kepada 3.7 juta ahli sebab lanskap politik hari ini sudah berubah.- Apakah kerajaan sekarang stabil dan untuk PRU adakah perlu tunggu hingga habis penggal?Bagi saya semua bergantung kepada suasana pandemik. Kalau belum berakhir dan rakyat gelisah, kita tidak boleh bersikap tidak bertanggungjawab untuk paksa rakyat makin resah dengan melaksanakan PRU.Sebab itu pendirian kita jelas. Kerajaan ini perlu dapat mandat mutlak daripada rakyat, tetapi setelah Covid-19 ini reda. Ditakdirkan setelah darurat selesai Ogos ini, Muhyiddin pun sebut sedia lakukan PRU.Kalau Muhyiddin nak tangguhkan sampai 2023, apa jaminan kepercayaan pelabur kepada kestabilan dan kekuatan kerajaan ini masih boleh kita pertahankan.Sebab seperti kita tahu gabungan dalam PN ini sendiri pun adalah gabungan yang amat longgar. Ketetapan awal UMNO pun daripada awal kita mahu bersama Pas. | 4 | 27 Mac 2021 10:00am |
MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID | https://www.sinarharian.com.my/article/130353/berita/wawancara/bestinet-bukan-agensi-pengambilan-pekerja-asing | Bestinet bukan agensi pengambilan pekerja asing | BESTINET Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), iaitu platform untuk mendaftarkan pekerja asing di Malaysia menegaskan ia hanya penyedia sistem penyelesaian berpusat dan bukan agensi pengambilan pekerja asing.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mohd Noor berkata, FWCMS adalah platform yang berkesan dan cekap untuk negara sumber dan majikan di Malaysia mendaftarkan pekerja asing bermula dari awal proses hingga ke peringkat akhir.Dalam temu bual Di Sebalik Isu minggu ini, Ismail turut menjawab pelbagai tohmahan kepada Bestinet setiap kali isu berkaitan pekerja asing muncul di Malaysia.Ikuti temu bual wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid bersama Ismail.SINAR HARIAN: Boleh anda jelaskan lebih lanjut mengenai Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing?ISMAIL: Sistem ini dilaksanakan pada tahun 2013 secara 'proof of concept' (pembuktian konsep). Konsep ini kita laksanakan bagi membuktikan kepada kerajaan Malaysia bahawa sistem ini boleh membanteras pemerdagangan manusia, penipuan dokumen, menjaga kebajikan pekerja dan menjaga kepentingan majikan.Bila kita beri laporan pada 2015, kerajaan Malaysia mengakui FWCMS berjaya membanteras masalah-masalah tadi. Buat masa ini, konsesi FWCMS telah dilanjutkan sehingga tahun 2024. Ismail Mohd NoorFWCMS yang berfungsi untuk menghapuskan orang tengah dalam pengambilan pekerja asing telah menimbulkan kemarahan ejen-ejen pekerja asing di negara sumber. Mengapa ini berlaku?Pihak berkepentingan dalam pengambilan pekerja asing termasuklah ejen-ejen di negara sumber seperti di Bangladesh dan Nepal. Majikan di Malaysia akan mengambil perkerja asing melalui ejen pengambilan di negara sumber. Ejen-ejen berdaftar ini akan menggunakan orang tengah untuk merekrut pekerja di daerah-daerah dan kampung-kampung.Orang tengah itu pula tidak berdaftar di negara sumber. Bila adanya sistem FWCMS yang mana pekerja boleh terus pergi kepada ejen-ejen bertauliah, ia akan menghapuskan peranan orang tengah. Jadi orang-orang tengah ini menentang sistem ini kerana peranan mereka dihapuskan dan ini merugikan mereka. Apabila merugikan, pasti mereka akan menentang sebab periuk nasi mereka terjejas.FWCMS mengiktiraf ejen-ejen pengambilan pekerja bertauliah kerana mereka juga adalah pengguna sistem ini. Kepada majikan, sistem ini lebih telus sebab mereka boleh nampak pekerja yang didaftarkan manakala pekerja asing boleh terus kepada ejen-ejen bertauliah tanpa perlu melalui orang tengah.Sistem FWCMS membolehkan majikan mengetahui tahap kesihatan pekerja asing yang diambil bekerja.Adakah Bestinet menyediakan sistem yang sama di negara-negara lain?Kita juga telah menyediakan sistem FWCMS di Maldives. Maldives bergantung kepada pelancongan sebagai sumber pendapatan negara. Penduduknya tidak ramai, tiga juta orang sahaja. Ada banyak pusat pelancongan seperti resort dan hotel memerlukan pekerja. Itulah sebabnya mereka mengambil pekerja asing dari Pakistan, India dan Bangladesh.Namun, Maldives menghadapi masalah yang serupa dengan Malaysia. Pekerja-pekerja itu datang sebagai pelancong, selepas itu bekerja secara haram.Apa yang kita laksanakan di Maldives adalah proses yang sangat ketat. Sebelum ini pekerja asing yang mahu ke Maldives tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan di negara asal mereka. Tapi apabila kita implementasi sistem ini, mereka memastikan pekerja asing itu mesti sihat sebelum sampai ke Maldives.Mengapa orang sering salah faham peranan Bestinet?Apabila sistem FWCMS dilaksanakan secara holistik iaitu ‘hujung ke hujung’, maksudnya daripada pekerja itu masuk sehingga pekerja itu keluar, proses itu mungkin menimbulkan salah faham mengenai peranan Bestinet.Saya ingin perjelaskan sekali lagi, Bestinet adalah syarikat IT dan kami tidak berurusan langsung dalam proses pengambilan pekerja asing.Pada masa sama, ada pihak berkepentingan yang akan rugi seperti orang tengah. Maka keluarlah berita kononnya Bestinet memonopoli pengambilan pekerja asing. Ejen-ejen inilah yang mengeluarkan berita yang tidak baik itu.Sistem FWCMS bertujuan menjaga kebajikan pekerja asing di Malaysia.Bagaimana sistem FWCMS dapat membendung jenayah pemerdagangan manusia?Pemerdagangan manusia berlaku apabila pekerja asing itu ditipu. Contohnya majikan di Malaysia mahu mengambil pekerja asing dengan gaji RM1,200 tetapi ejen pengambilan memberitahu bakal pekerja berkenaan yang mereka akan mendapat RM1,500 atau RM2,000. Itu penipuan berkaitan gaji sahaja. Ada juga penipuan melibatkan kontrak. Sepatutnya mereka bekerja di kilang tetapi apabila sampai di Malaysia mereka dihantar bekerja di ladang.Di Malaysia, majikan pertama mungkin ‘menjual’ pekerja tadi kepada majikan lain. Maksudnya, majikan kedua itu membayar kepada majikan pertama untuk mendapatkan khidmat pekerja asing tadi. Inilah yang dipanggil pemerdagangan manusia.Dibandingkan dengan FWCMS, pencari kerja akan nampak kontrak, dah tahu siapa majikan mereka. Majikan berkait rapat dengan sistem. Contohnya kalau ada kes pemerdagangan manusia atau gaji tidak dibayar, sistem secara automatik akan semak perkara itu.Bestinet juga membangunkan platform-platform lain selain FWCMS.Kita ada satu modul dipanggil E-wadges yang memantau pembayaran gaji secara automatik. Apabila gaji dikreditkan, bank akan memberitahu sistem E-wadges tadi gaji telah dibayar. Kita hantar juga mesej kepada pekerja, gaji anda telah masuk.Kalau majikan tidak membayar gaji selepas 7 hari bulan, kita akan hantar tiga kali notifikasi kepada majikan. Jika masih tidak dibayar, kita hantar makluman terus kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk ambil tindakan penguatkuasaan.Bagaimana anda melihat Bestinet sebagai syarikat IT pada masa depan?Sebagai syarikat teknologi maklumat, Bestinet juga membangunkan platform-platform lain selain FWCMS. Contohnya, sekarang kami fokus kepada pengembara-pengembara yang akan datang ke Malaysia.Macam mana kita nak pastikan orang yang datang ke Malaysia itu betul-betul membuat saringan Covid-19? Sama seperti pekerja asing juga, ada kes pekerja asing tidak pergi pun buat pemeriksaan kesihatan tetapi dia tipu laporan perubatan. Untuk pengembara mungkin berlaku hal yang sama. Jadi, kita telah ada sistem itu dan kita akan laksanakannya. | 4 | 26 Mac 2021 09:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/130352/berita/wawancara/pas-pasti-bijak-pilih-umno | Pas pasti bijak pilih UMNO | MENJELANG Perhimpunan Agong UMNO (PAU2020), Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi keyakinan mengenai persediaan dan jajaran politik UMNO menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).SINAR HARIAN: Usul UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu dijangka dimuktamadkan pada PAU nanti, apa akan jadi selepas itu?AHMAD MASLAN: Kita perlu membuat persiapan PRU15. Tak kira bila PRU15, akhirnya ia kena diadakan juga. Saya berpandangan, setelah tiga tahun berlangsungnya penggal pentadbiran kerajaan, dua tahun terakhir adalah tahun persiapan.Selepas 9 Mei 2021, siapa juga (wakil rakyat) yang meninggal dunia sudah tiada pilihan raya kecil (PRK). Jadi bermulanya tarikh itu, maka bermulalah persiapan habis-habisan untuk PRU.Yang saya mahu terapkan dalam fikiran perwakilan adalah perkara ini (persiapan PRU). Saya juga akan berucap mengenai perkara ini sewaktu membuka gelanggang PAU 2020 nanti.Adakah UMNO akan bersendirian, terus bersama MN atau mungkin melaksanakan jajaran politik baharu? Mengenai jajaran baharu ini, Presiden sudah jelaskan perkara itu dalam media. Jadi kita terimalah apa yang disebut itu.Dengan DAP tidak (kerjasama), PKR tidak (kerjasama). Dengan Pas, kita memang menubuhkan MN. Kita (sebenarnya) ada mesyuarat kerap dengan MN, ada mesyuarat yang kita lapor, ada yang kita tidak lapor.Setakat ini, kerjasama kita mantap dengan MN, selepas itu kita juga kena bersama parti-parti lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas faktor UMNO dan BN (Barisan Nasional) tiada di Sarawak.Jadi, adalah satu kewajipan bagi kita mendapatkan seberapa banyak kerusi. Paling pasti, kita kena berkongsi dengan GPS di Sarawak.Kita juga perlu melihat kaedah politik di Sabah. BN akan terus kekal sebagai BN melalui gabungan parti MCA, MIC, PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan UMNO. Tentunya kita akan terus memantapkan UMNO dan BN. Kita perlu mendapatkan seberapa banyak kerusi kemenangan pada PRU15.Selepas PRU15 kalau kita boleh menubuhkan kerajaan. Alhamdulillah. Kita perlu ada keyakinan itu. Bahkan (hubungan) dengan Pas, kita perlu ada keyakinan itu.Ahmad MaslanAndai kata Pas memilih bersama Bersatu, adakah UMNO dan BN akan membuat jajaran politik lain?Saya kira Pas akan buat keputusan bijak berdasarkan angka kajian politik. Sebagai contoh, Bersatu ada enam kerusi (asal Parlimen). Sebanyak 10 kerusi mereka (datangnya) daripada PKR campur tiga (wakil rakyat lompat parti). Mereka tidak masuk PN pun, cuma menyokong sahaja.Sebanyak 15 kerusi Parlimen Bersatu pula berasal daripada kerusi UMNO. Pas mesti buat kajian ini. 15 kerusi itu kami mahu semula. Jadi tinggal berapa (kerusi Parlimen Bersatu)? Enam (kerusi asal) campur 10 (kerusi bekas ahli Parlimen PKR yang keluar parti).Sepuluh kerusi itu boleh menang lagi ke? Sepuluh kerusi itu menang kerana sokongan masyarakat Cina ketika mereka berada dalam PH. Jadi Bersatu tinggal berapa? Enam agaknya? UMNO 55, tentu Pas tahu angka-angka ini.BN dahulu memenangi 79 kerusi Parlimen ketika zaman amat sukar (PRU14) dengan GPS bertindak keluar pakatan dan sebagainya. Itu yang sekarang BN memiliki 43 kerusi Parlimen, tetapi asalnya UMNO memiliki 55 kerusi. 15 (bekas ahli Parlimen BN) melompat ke Bersatu, seorang ke Warisan tetapi itu semua kerusi kami.Jadi tentunya Pas bijak membaca angka-angka ini. Ramai orang bijak pandai dalam Pas, sudah tentu mereka membuat perkiraan politik yang tajam dalam membuat keputusan.Pada 14 September 2019, kita telah memeterai piagam sebelum mereka bersama PN. Oleh itu, tentunya mereka tidak akan melupakan kawan lama bila dapat kawan baru.Bercakap tentang kerjasama bersama Pas, baru-baru ini kenyataan UMNO Terengganu menyebut tiada satu kerusi yang akan diberi kepada Pas apatah lagi Bersatu pada PRU15. Apa pandangan Datuk?Ada negeri-negeri yang kajian politiknya berbeza kerana tiada DAP, tiada kerusi Bersatu serta tiada kerusi PKR. Jadi apa-apa berlaku masih lagi (berkisarkan) sama ada Pas atau UMNO di Terengganu ini.Walau bagaimanapun kami amat berharap ada muafakat yang baik. Sebagai contoh, lapan kerusi Parlimen di negeri itu, permohonan kita adalah empat kerusi ditandingi UMNO, empat lagi milik Pas.Kalau dapat persetujuan itu, ia akan mendamaikan segala pandangan. Sekarang ini enam (kerusi) Pas, dua (kerusi) kami. Satu (kerusi Bersatu) melompat dan dakwa itu kerusi dia. Mana boleh macam itu. | 4 | 26 Mac 2021 09:05am |
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN | https://www.sinarharian.com.my/article/130351/berita/wawancara/misi-tawan-100-kerusi-parlimen | Misi tawan 100 kerusi Parlimen | PADA 27 dan 28 Mac ini, buat pertama kali dalam sejarah 75 tahun penubuhan UMNO, parti itu bakal menganjurkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dalam suasana terkekang dek pandemik Covid-19.Pandemik itu bagaimanapun tidak menghalang tumpuan rakyat Malaysia di seluruh negara untuk mengikuti perkembangan PAU2020 di Dewan Merdeka, PWTC nanti.Hal ini kerana agenda perhimpunan itu bakal menentukan hala tuju UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sama ada parti itu bakal bergerak bersendirian, terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas atau membentuk jajaran politik baharu.Susulan tugas berat UMNO bagi menyatupadukan kembali 3 juta ahli parti itu melalui PAU, ikuti luahan hati Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam menyelami polemik dan harapan yang berlaku dalam parti itu ketika ini.SINAR HARIAN: Boleh Datuk Seri beri sedikit pencerahan mengenai perjalanan PAU2020?AHMAD MASLAN: Ini sejarah kali pertama sejak 75 tahun UMNO ditubuhkan, kita membuat dua kombinasi pelaksanaan PAU pada 27 dan 28 Mac ini iaitu secara bersemuka dan maya. Jadi, perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Sejumlah perwakilan berada di Dewan Merdeka, PWTC dan sejumlah lagi perwakilan di 190 lokasi UMNO bahagian masing-masing. Apakah yang akan disiarkan secara langsung? Ucapan perasmian mesyuarat tiga sayap parti oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada hari Sabtu.Kemudian, tentunya ucapan dasar Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri. Pada hari Ahad, agenda yang disiarkan secara langsung adalah ucapan dasar Presiden UMNO sekitar jam 9 pagi dan sesi penggulungan oleh Timbalan Presiden dan Presiden pada jam 6 petang.Itu yang boleh disaksikan secara langsung di www.umno-online.my. Bagaimanapun, ucapan jurucakap perbahasan sayap-sayap parti dalam PAU hanya akan disiar melalui aplikasi Webex kepada perwakilan-perwakilan di lokasi UMNO bahagian. Itu tidak disiarkan kepada umum.Apakah gambaran usul-usul penting yang bakal dibangkitkan dalam PAU kali ini selain usul utama iaitu usul menolak kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15?Pada 1, 2 dan 3 Januari lalu, daripada 190 UMNO bahagian di seluruh negara bersidang, 124 bahagian membuat usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu.Justeru, 124 UMNO bahagian daripada keseluruhan 190 UMNO bahagian mewakili 65 peratus. Itu tentunya akan mendominasi usul penting yang bakal dibangkitkan dalam PAU kali ini.Tetapi, saya ingin mengingatkan bukan hanya usul politik yang akan dibangkitkan. Namun lebih kepada usul yang menyentuh ucapan dasar Presiden UMNO. Presiden akan menyentuh isu politik, agama, ekonomi, pendidikan, antarabangsa dan isu semasa Covid-19.Walaupun begitu, perwakilan sedia maklum terhadap dua usul penting iaitu usul menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan usul UMNO hanya bersama kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen.Apa pandangan Datuk Seri terhadap dakwaan pucuk kepimpinan UMNO cuba ‘mengatur’ topik usul perbahasan dengan 13 perwakilan UMNO negeri yang terpilih juga dikatakan ‘ditapis’ terlebih dahulu?Walaupun jurucakap perbahasan diberi garis panduan oleh parti, apabila kita berada di atas pentas, akhirnya terpulang kepada mereka untuk cakap apa.Asalkan tidak lari daripada norma kebiasaan seperti ucapan menghina institusi diraja dan perkara sensitif lain. Perkara itu memang dilarang. Tetapi hal-hal sampingan yang mahu disebut oleh perwakilan, mereka mempunyai kebebasan tertentu untuk menyatakan pandangan masing-masing.Bagaimana pula status UMNO Perlis dan Sabah kerana kedua-dua negeri itu menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15?Perlis ini berubah-ubah, sukar untuk saya menangkap apa kehendaknya.Adakah tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mengikut ketetapan UMNO?Kami tidak fikir apa-apa tindakan, bukanlah kata ada atau tiada. Untuk sementara ini, kita biarkan apa yang ada. Saya lihat ada perubahan lain di Perlis apabila (Pengerusi UMNO Perlis) Datuk Seri Shahidan Kassim kini mempunyai pandangan yang tertentu.Dalam grup (WhatsApp) ketua bahagian pagi ini (Rabu), beliau menyebut, ‘Saya sokong kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen’. Begitu pula. Itu bukanlah gambaran main-main. Shahidan is Shahidan.Setiap negeri ada pendapat masing-masing, adakah setiap negeri akan mendapat autonomi?Akhirnya MKT akan buat keputusan. Sekarang ini autonomi hanya diberikan kepada Sabah, mana boleh beri autonomi kepada setiap negeri, apa lagi yang ada pada UMNO Pusat. Kita hanya bagi autonomi pada Sabah.Apakah harapan Datuk Seri terhadap PAU pada kali ini?Kita kena memahami bahawa 75 tahun UMNO pada tahun ini adalah bersamaan sambutan Jubli Intan.Tiada parti sepanjang ini hayatnya dalam sejarah Malaysia dan tiada parti sebesar ini jumlah ahlinya.Kita perlu menjadi dominan kembali supaya UMNO menjadi parti tonggak dalam PRU15 yang boleh menjamin kestabilan politik demi manfaat rakyat.Jika UMNO tidak menjadi dominan, negara tidak stabil kerana tiada parti yang betul-betul dominan.(Jumlah) 55 kerusi (Parlimen) yang dimiliki UMNO sekarang tidak boleh menjadikan UMNO dominan. 79 kerusi pun tidak boleh jadi dominan. Kita perlu menang seberapa banyak kerusi untuk jadi dominan.Ahmad Maslan (dua dari kanan) selepas ditemubual wartawan Sinar Harian di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada Rabu.Adakah keperluan menjadi parti dominan itu harus mencapai angka 112 kerusi Parlimen?Untuk menjadi parti dominan, ini tidak semestinya jumlah 112 kerusi Parlimen. Kalau sampai 100 pun (kerusi Parlimen) dimenangi sebuah parti, tiada parti lain boleh wujudkan kerajaan tanpa kerjasama dengan parti yang memiliki 100 (kerusi) ini.Itu teori politik di Malaysia, ada orang kata 90 kerusi, kita sudah tahu angka 79 kerusi tidak cukup kuat kerana ia akan pecah. Pada pandangan saya, mungkin 90 ke 100 kerusi Parlimen (diperlukan) untuk menjadi magnet besar.UMNO dan BN perlu menang sejumlah itu, minimum, untuk menjadi magnet besar. Apabila kita sudah jadi magnet besar, tiada mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan tanpa bersama UMNO.Justeru, harapan saya itu perlu disematkan dalam kotak pemikiran para perwakilan UMNO pada 27 dan 28 Mac ini.Adakah Datuk Seri menganggap alasan kerajaan PN tidak beri jawatan kepada pemimpin terkait kes mahkamah adalah satu pertimbangan adil?Satu perkara paling penting dalam prinsip keadilan dan kehakiman ialah ‘innocence until proven guilty’.Itu fakta prinsip kehakiman dan keadilan di negara kita. Jangan orang itu ada kes mahkamah, lantas kita menyebut mereka sudah bersalah. Itu tidak betul dan melanggar segala hukum keadilan yang ada. Bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.Justeru, bagi saya alasan itu tidak boleh diambil kira (oleh kerajaan PN). Kalau ia diambil kira, tentu (Pengerusi BN Sabah) Datuk Seri Bung Mokhtar Raden tidak menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah.Ada juga penjawat utama dalam UMNO yang tiada kes mahkamah pun. Timbalan Presiden tiada kes, dua Naib Presiden tiada kes, Ketua Pemuda dan Puteri tiada kes, ada penjawat utama yang mendapat nombor pengundian tertinggi dalam MKT tiada kes.Sekali lagi saya hendak jelaskan UMNO bukan gila jawatan.Adakah usul perbahasan nanti akan turut membincangkan siapa calon Perdana Menteri?Tidak tahulah apa yang akan disebut oleh perwakilan, perwakilan boleh menyebut tentang apa-apa perkara sesuai. Tetapi saya ingin maklumkan daripada kajian saya sendiri, melalui percakapan saya bersama peguam-peguam.Apa-apa yang berlaku dalam kalangan pemimpin utama UMNO yang diheret ke mahkamah ini lebih bersifat 'selective political prosecution' (pendakwaan politik terpilih).Jadi kalau ingin membuat rumusan terhadap Presiden mengenai kes beliau, tidak adil untuk dirinya. Macam saya sendiri, kes saya, 41 orang disita akaun, 80 orang dikompaun, saya termasuk dalam 80 orang itu.Disita itu, kalau RM100,000 kena pulangkan RM100,000, tapi mereka tidak tahu pun duit asal dari mana. Yang kompaun ini bukan jumlah yang sama, ada yang RM50,000 dapat cek, kena bayar RM2.5 juta, 50 kali ganda.Ada yang UMNO Bahagian dapat RM100,000 kompaun RM2.5 juta, 25 kali ganda, saya mendapati itu tidak adil. Jadi kami kumpulkan, panggil peguam, panggil media. Orang yang kuat bersuara adalah saya dan (bekas ahli Parlimen Johor Bahru) Tan Sri Shahrir Samad.(Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Latheefa Koya pada 31 Disember 2019 menyebut ada penerima dana 1MDB yang degil akan dihadapkan ke mahkamah. Sebelum dia berkata begitu, sebulan dua sebelum itu kami 33 (tertuduh) membawa kes untuk semakan kehakiman kerana ketidakpuashatian terhadap begitu banyak kompaun yang digandakan ini.Jadi akibat semakan kehakiman itu, semua tidak dikenakan kompaun sekarang ini, hanging di mahkamah. Jadi kalau mahu kata saya ini rasuah, tidak betul.Bab itu yang kita sebut 'selective political prosecution'. Kenapa hanya berdua (terima tempias), sedangkan yang terima 80 orang, patutnya Latheefa Koya heret 80 orang.Tapi hanya kerana kami berdua yang menjadi kepala maka kami dianggap degil walhal yang lain tidak bayar pun, nampak sangat ia selektif. Itu zaman PH, ia sudah berlalu tetapi berterusan sehingga ke hari ini.Setujukah Datuk Seri bahawa dakwan kluster mahkamah adalah satu bentuk pembunuhan karektor kepada perjawatan-perjawatan utama UMNO?Ya, memang itu tujuan mereka. Tujuan mereka semasa kerajaan PH untuk menjatuhkan Umno ini ialah mengheret pemimpin-pemimpin UMNO dan membawa 16 pemimpin UMNO cuba mengharamkan parti itu. Itu masa zaman PH.Pada zaman PN ini, untuk melemahkan UMNO macam tadilah, pandangan orang. Kepimpinan utama, parti utama tiada jawatan, itu kaedah untuk melemahkan UMNO.Pandangan orang, masa zaman PH untuk menjatuhkan UMNO bawa pemimpin-pemimpin utamanya ke mahkamah. | 4 | 26 Mac 2021 09:00am |
HASNIZA HUSSAIN | https://www.sinarharian.com.my/article/130160/berita/wawancara/365-hari-menerajui-kpdnhep | 365 hari menerajui KPDNHEP | TEMPOH setahun menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan perjalanan yang terasa panjang dan sangat mencabar buat Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Sebaik sahaja diberikan amanah untuk mengetuai kementerian itu, beliau terus diuji dengan cabaran tidak terduga yang melanda bukan sahaja negara, malah seluruh dunia iaitu pandemik Covid-19.Namun begitu, selepas 365 hari melaluinya, Alexander mengakui beliau dengan kerjasama erat pasukannya berjaya bertahan dan mengharungi semua ujian dengan sebaiknya.Ikuti temu bual media secara maya bersama beliau sempena ulang tahun pertama pentadbirannya di KPDNHEP.SINAR HARIAN: Sepanjang setahun Datuk Seri menerajui KPDNHEP, boleh kongsikan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam tempoh tersebut?ALEXANDER: Saya bersyukur kerana diberi peluang menyertai Kabinet dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas penting di kementerian ini.Tahun pertama menerajui KPDNHEP memang sangat mencabar apabila Covid-19 melanda dan kita terpaksa menghadapinya dalam keadaan tidak bersedia.Saya terkejut dengan situasi berlaku kerana kita tidak mempunyai pengalaman. Pada masa sama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan pada 18 Mac 2020.Ketika itu, ujian terbesar KPDNHEP adalah untuk menangani situasi panik dalam kalangan rakyat khususnya membabitkan pembelian panik yang berlaku di beberapa lokasi dalam negara.Rakyat yang salah sangka kerana menyamakan PKP dengan perintah berkurung menyerbu pasar raya untuk mendapatkan barangan dan menyimpan stok keperluan asas. Mereka juga membeli produk sanitasi tangan serta pelitup muka yang sangat diperlukan pada masa tersebut.Tidak cukup dengan itu, isu berkaitan stok dan harga pelitup muka di pasaran juga banyak menguji kami.Ada peniaga yang sorok stok bekalan pelitup muka kerana permintaan sangat tinggi dan mengambil kesempatan untuk kaut untung dengan menjualnya pada harga yang tidak munasabah.Justeru, KPDNHEP menjalankan siasatan dan kita menaikkan harga siling pelitup muka dari 80 sen ke RM2 sebelum menurunkannya pada harga RM1.50.Tindakan itu mendapat kritikan hebat dan dikatakan tidak prihatin atau tidak sensitif terhadap pengguna.Langkah itu sebenarnya bertujuan menghalang eksport supaya pengilang memberi keutamaan kepada bekalan dalam negeri untuk rakyat Malaysia.Malah dengan strategi itu kita berjaya meredakan keadaan. Walaupun dikritik, kami gembira kerana matlamat untuk memastikan ketersediaan pelitup muka ke dalam pasaran telah tercapai.-Berbanding PKP pertama, pengguna lebih cemas terutama dalam aspek pembelian barangan keperluan asas tetapi ia berbeza pada PKP 2.0. Apakah ini disebabkan peranan KPDNHEP dalam memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna?Betul, saya akui situasi pengguna amat berbeza pada PKP pertama dan PKP 2.0.Kesedaran pengguna sendiri yang kini lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan dan menguruskan pembelian mereka adalah hasil daripada advokasi berterusan oleh Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP menerusi media arus perdana serta media sosial.Ia diikuti dengan pembuktian kerja keras barisan hadapan pegawai penguat kuasa KPDNHEP yang tidak kenal penat untuk menjamin bekalan dan harga barangan stabil, di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Alexander Nanta LinggiMalah kementerian membuka pelbagai saluran untuk rakyat mengemukakan cadangan serta aduan menerusi telefon, WhatsApp dan aplikasi lain.Dari situ kita menerima banyak aduan dan teguran termasuk syor yang kemudiannya kita gunakan dan terjemahkan ke dalam pelan tindakan kami.Sebab itu penguatkuasaan KPDNHEP sangat berkesan.-Setahun bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN), apakah yang boleh dikongsikan mengenai prestasi PN ketika ini selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan semasa penularan wabak Covid-19?Saya sangat berbangga dapat bersama PN dalam kerajaan dan Kabinet. Sebaik kerajaan PN dibentuk, kita dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19.Tumpuan kerajaan yang diketuai Muhyiddin pada masa itu adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan negara serta rakyat terjamin.Setelah itu, tumpuan diberi sepenuhnya kepada soal pemulihan ekonomi negara dan rakyat.Malah, semua menteri Kabinet setiap hari bermesyuarat dari jam 9 pagi hingga ke 12 tengah hari atau lebih lama lagi untuk membincangkan pelbagai perkara sebelum keputusan yang dicapai dimaklumkan kepada rakyat.Setiap perkara dibincangkan secara terperinci dengan mengutamakan kebajikan rakyat dan negara.-Apakah bentuk pemeriksaan yang dilakukan penguat kuasa KPDNHEP sepanjang tempoh PKP dan apakah hasilnya?Penguat kuasa KPDNHEP merupakan barisan hadapan ekonomi domestik negara. Mereka melaksanakan pemeriksaan rutin terhadap bekalan barangan keperluan setiap hari.Dengan bantuan pegawai pemantau harga, mereka berganding bahu memeriksa harga barangan dan memastikan tiada elemen pencatutan dilakukan peniaga.Berdasarkan maklumat dan aduan yang diterima, pasukan ini akan memeriksa premis dan kawasan tertentu bagi memastikan aduan itu benar dan perlunya tindakan dari segi nasihat, amaran atau kompaun.Dengan data dan fakta yang kita ada, setakat ini lebih ribuan siasatan dan pemeriksaan telah kita lakukan di premis-premis di bawah KPDNHEP seperti premis borong dan runcit.Pemeriksaan ketiga adalah pematuhan SOP sektor peruncitan dan pengedaran oleh semua premis perniagaan. Malah berdasarkan statistik, kita berjaya mencapai 98 peratus pematuhan SOP.-Bagaimana dengan bekalan makanan, apakah KPDNHEP pasti ia mencukupi?Di peringkat kerajaan, kita mempunyai dasar sekuriti makanan negara. Kita turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Perbincangan akan dibuat untuk memastikan setiap kementerian menjalankan fungsi masing-masing.KPDNHEP pula bertanggungjawab memantau dalam aspek rantaian bekalan seperti harga bawang tidak naik, berjumpa dengan pengimport dan sebagainya.Selain itu, kita juga adakan pertemuan dengan pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan, peladang ayam dan telur serta bersinergi dengan MAFI untuk bekalan ikan. Semuanya dilakukan bagi memastikan bekalan makanan tidak terganggu.Bagi musim perayaan juga kita sudah bersedia untuk memastikan barangan keperluan makanan sentiasa ada.Kita mempunyai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) untuk membuat pemantauan dan menangani masalah yang timbul terutama dari segi harga.-Bagaimanakah kementerian memainkan peranan dalam membantu usaha memulihkan ekonomi negara?Banyak. Pertama kita bangunkan SOP sektor peruncitan dan pengedaran bagi memastikan semua premis perniagaan boleh dibuka dan beroperasi semula.Kedua, KPDNHEP melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia semasa PKP Pemulihan bagi menggalakkan rakyat keluar berbelanja. Ia bagi memastikan duit berlegar supaya ekonomi berkembang dan pekerjaan dapat diselamatkan.Tugas KPDNHEP bukan sahaja untuk melindungi pengguna tetapi juga menjaga kepentingan komuniti peniaga.Di samping itu, agensi di bawah kementerian selain Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti MyCC dan MyIPO turut membantu menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif.Kita amat menyokong tadbir urus universal, antikartel serta antimonopoli dan sering melakukan penambahbaikan berhubung proses menjalankan perniagaan di negara kita. | 4 | 25 Mac 2021 09:15am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/129482/berita/wawancara/saya-menangis-tengok-sungai-tercemar | 'Saya menangis tengok sungai tercemar' | [WAWANCARA] Perbezaan politik diketepikan demi untuk memastikan kebajikan dan keperluan rakyat diutamakan dalam menangani isu air dan alam sekitar di negara ini, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man."Setiap negeri masing-masing ada kepentingan. Kadang-kadang ada polemik di antara negeri-negeri. Ditambah pula kalau ada perbezaan politik."Isu air dan alam sekitar antara isu merentasi parti politik. Saya ambil tindakan dengan tidak mengambil kira isu perbezaan politik. Kita kena pentingkan isu kebajikan dan keperluan rakyat," katanya.Ikuti wawancara Sinar Ahad yang dikendalikan oleh wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Raja Nur Faznie Aida dan Muhammad Amnan Hibrahim di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Selepas satu tahun menerajui KASA, bagaimana Datuk Seri melihat prestasi kementerian. Sejauh mana perancangan atau projek-projek yang diselia oleh KASA tercapai?TUAN IBRAHIM: Kewujudan KASA serentak dengan kewujudan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sebelum ini agensi KASA berada dalam pelbagai kementerian tetapi apabila diwujudkan kerajaan PN, maka kita tubuhkan satu kementerian khas untuk jaga alam sekitar dan sektor air.Jadi, ada dua elemen. Apabila kedua-dua ini digabungkan, saya rasa ini adalah satu kejayaan yang besar kerana sebelum ini usaha untuk meletakkan sektor air di bawah alam sekitar amat sukar.Apabila saya ambil alih, apa yang saya buat ialah dengan mengadakan satu perbincangan dengan pegawai kementerian tertinggi untuk melihat apa yang telah dibangunkan sebelum ini.Kedua, kita meletakkan satu pelan hala tuju kementerian untuk 10 tahun bermula tahun 2020 hingga 2030. Ada yang melibatkan pindaan peraturan.Ini kerana apabila banyak pencemaran, kita perlu ada pemantauan yang kuat. Akta yang ada sekarang ini ialah Akta 1974, jadi kita perlu semak balik. Kita lihat adalah keperluan untuk tingkatkan denda sehingga RM10 juta dan mandatori penjara.Ini antara perubahan yang kita buat. Ada juga kita kekalkan dengan polisi lama yang saya fikir positif dan bagus. Ini kerana kita bukan hanya ada komitmen dengan peringkat negeri tetapi dengan agensi antarabangsa.Ketiga, kita tubuh satu unit jenayah alam sekitar. Kita bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat punca berlakunya pencemaran.Bukan itu sahaja, kita juga akan mendapatkan maklumat berhubung siasatan forensik. Setakat ini tindakan forensik kita dilihat sangat berkesan.Keempat, kemudahan teknologi. Sebagai contoh penggunaan dron. Ini penting bagi memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.Fokus utama kita ialah kita nak jaga sumber air. Kita akan bina 10,000 kilometer denai di tepi sungai sebagai kawasan rekreasi dan taman awam sehingga menjelang tahun 2030 sebagai langkah pencegahan pencemaran di kawasan itu.Selain denai sungai, kita juga tingkatkan perkhidmatan air. Kita bakal perbanyakkan loji dan lihat bagaimana sumber air ini menjadi bahan dan dana sumber kewangan bagi negeri-negeri yang ada air.Sekarang ini kita sudah pun melaksanakan pengkelasan air yang mana ia akan dikelaskan dengan gred-gred tertentu seperti gred satu dan gred dua.Kedua-dua gred ini mungkin merangkumi kualiti air yang bagus, jernih dan mempunyai takungan yang baik. Bila kita ada bekalan air bersih, syarikat operator air akan jimat kos rawatan.- Boleh Datuk Seri jelaskan mengenai isu perjanjian penjualan air di antara negeri-negeri ?Sumber air adalah di bawah kerajaan negeri. Kerajaan Pusat tiada kuasa. Apa yang kita boleh usahakan ialah dengan mewujudkan satu mekanisme supaya semua negeri ikut garis panduan yang ditetapkan.Isu penjualan air ini membabitkan Pahang dan Selangor, itu sahaja. Alhamdulillah. kita ada Majlis Air Negara iaitu satu agensi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri dan ahlinya. Selain KASA, banyak kementerian lain terlibat termasuk Menteri Besar. Badan ini ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal berkaitan isu air meskipun ia sebenarnya di bawah kerajaan negeri.Syarikat operator air boleh buat pinjaman daripada agensi kementerian untuk bangunkan sektor air. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan lesenkan kepada agensi itu dan operator mesti ikut peraturan yang dilesenkan.Tuan IbrahimIni kaedah kita nak kawal selia. Bukan nak ambil alih tugas, tetapi nak kawal selia supaya pengguna dapat bekalan air yang baik, sumber air tidak terganggu, kemudian elemen pengawasan kepada sumber dapat kita jaga.Hasrat saya kalau boleh kita lihat semua kawasan yang tiada air ini digazetkan sebagai kawasan hutan simpan kekal yang tak boleh diberi lesen pembalakan tetapi ini bidang kuasa kerajaan negeri.Cuma pandangan kami di peringkat kementerian, semua kawasan tadahan air dan semua kawasan sumber air penduduk hendaklah digazetkan kawasan itu supaya jangan bagi pembalakan.Pada masa depan kita bakal berdepan dengan isu besar iaitu isu air. Sumber air kita semakin cetek dan tercemar.Ada rakyat yang masih bergantung kepada air bukit, dia pergi jauh daripada sumber utama paip. Jadi bergantung pada air bukit. Apabila pembalakan berlaku, sumber air akan kering dan sungai makin cetek. Jadi kita harap dengan adanya Majlis Air Negara ia akan memandu ke arah yang lebih baik.- Adakah ia menjadi satu cabaran kepada KASA apabila isu air dan pembalakan ini berlaku meskipun ia sebenarnya di bawah kerajaan negeri?Di peringkat pusat, pembalakan di bawah Kementerian Sumber Asli tetapi bidang kuasa hutan masih di bawah kerajaan negeri. Kita tidak mahu ambil alih tugas dan tidak mahu campur tangan.Cuma bagi kita, kita kawal selia di peringkat kementerian, kita selalu bincang dengan kerajaan negeri sebab kerajaan negeri pun memang perlu pergantungan sebab nak membangunkan sektor air ini, besar bajetnya dan mencecah berbilion ringgit. Kalau kita tidak urus dengan betul, kita akan habis belanja yang banyak.Alhamdulillah, baru-baru ini kita berjaya menandatangani satu migrasi air dengan semua kerajaan negeri. Kita hapus kira satu bilion hutang kerajaan negeri Pahang.Kaedahnya ialah semua aset air dinilai. Katalah kita nilai lebih kurang RM1.4 bilion, semua ini dicagar kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAP). PAAP biaya semua sekali, jadi syarikat air negeri ada duit dan bayar hutang tersebut dalam tempoh 40 tahun.Lima tahun pertama tak perlu bayar lagi. Dengan harapan selepas lima tahun mereka akan stabil dan akan mula bayar kepada PAAP. Ini adalah kaedah yang kita buat.Baru-baru ini kita minta kerajaan Pulau Pinang ambil alih untuk Empangan Mengkuang fasa satu yang mana sebelum ini sudah tersangkut lama. Kalau kita tidak buat penyerahan, kerajaan Pusat kena tampung banyak perkara.Saya ada tiga lagi perkara yang dalam proses termasuklah bekalan air daripada Perak ke Pulau Pinang. Itu masih belum selesai dan kita perlu bincang. Untuk isu bekalan sumber air di Melaka ia mula menjadi kritikal apabila tiba waktu kemarau.Kementerian menghadapi masalah untuk membangunkan semua lembangan sungai di sempadan ekoran daripada isu yang ditimbulkan oleh beberapa negeri.Justeru, kena ada satu pusat untuk urus masalah tersebut. Setiap negeri masing-masing ada kepentingan. Kadang-kadang ada polemik di antara negeri-negeri.Ditambah pula kalau ada perbezaan politik. Seperti saya sebut tadi isu air dan alam sekitar antara isu merentasi parti politik. Saya ambil tindakan dengan tidak mengambil kira isu perbezaan politik. Kita kena pentingkan isu kebajikan dan keperluan rakyat.- Air di Selangor sering mengalami gangguan bekalan sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Jadi, di pihak KASA sendiri macam mana?Bila berlaku perkara ini, saya turun sendiri sampai ke loji dan ambil tahu apa masalahnya. Pertama sekali, pergantungan pada satu sungai. Hampir empat lima loji bergantung pada satu sumber sahaja.Katalah sungai Selangor tercemar, pasti semua loji akan ditutup. Bila lima loji ditutup, hampir 60 peratus rakyat tiada bekalan air. Jadi masalah kita ialah pencemaran.Pencemaran ada dua. Pertama, pencemaran yang boleh kita kesan. Kita ada alat pengesan dan semua loji terlibat kita akan pasang. Kalau berlaku pencemaran dan perubahan pada keadaan air, sistem kita akan dapat kesan. Kedua, pencemaran bau. Pencemaran bau ini kita tiada alat untuk kesan.Jadi untuk makluman, pengesanan di loji-loji akan dilakukan secara manual yang air diambil kemudian dihidu. Isunya, kita ambil air di loji bererti pencemaran dah masuk loji.Kalau kita nak ambil air sungai, tunggu tepi sungai, satu kerja pula. Jadi, bila air dah masuk loji, kita hentikan loji. Jadi kita tidak boleh bagi notis. Jadi inilah yang menyebabkan penduduk mengalami gangguan bekalan air sehingga empat lima hari, malah seminggu. Bila berlaku demikian, apakah penyelesaian?Selepas saya jadi menteri, saya wujudkan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS). Bila air sungai tercemar dan kita hentikan loji, kita boleh ambil air dari takungan kita.Sekurang-kurangnya pengguna tidak terhenti bekalan air. TAPS ini boleh tampung sehingga 14 hari. Kemarau pun kita boleh tampung.Kedua, isu margin simpanan. Di Selangor, margin simpanan sedikit sahaja iaitu 1.2 peratus. Kebanyakan negeri tidak ada. Justeru, margin simpanan perlu ditingkatkan.Ketiga, air tidak berhasil (NRW). Kalau kita nak lihat sektor air kita ada kesan holistik dan menyeluruh. Jadi, ketiga-tiga komponen ini perlu ada.- Dengan ketiga-tiga komponen tersebut terutamanya TAPS, adakah ini memberikan harapan kepada rakyat di Lembah Klang bahawa masalah air yang dihadapi mereka ini akan berakhir ?Insya-ALLAH. Untuk Selangor ini, kementerian ada beberapa langkah besar yang sedang dilaksanakan. Yang pertama, kita akan bangunkan loji rawatan air (LRA) di dua tempat iaitu di Semenyih dan di Sungai Selangor. Dengan ini, Selangor akan memiliki dua sumber yang besar.Yang kedua kita akan tingkatkan perpindahan air daripada Pahang iaitu daripada LRA Langat Dua fasa dua yang kita sedang bangunkan pada ketika ini. Dengan pembinaan ini, ia akan memaksimumkan air daripada Pahang yang boleh bertakung.Yang ketiga, kita sedang membangunkan juga air daripada Sungai Klang melalui LRA Sungai Rasau. Dengan kesemua pembinaan ini, ia bermakna rancangan kita ialah untuk memperbanyakkan lagi TAPS.- Untuk inisiatif yang Datuk Seri cadang dan rancang bersama KASA itu, berapa tempoh masa yang diperlukan untuk perkara itu dicapai sepenuhnya dan seterusnya menyelesaikan masalah air rakyat di Selangor?Ada rancangan yang dijangka siap pada tahun 2023 iaitu dalam tempoh tiga tahun lagi. Ada yang lima tahun dan ada yang 20 ke 30 tahun. Ada yang segera.Contohnya yang tahun 2023 ini, antara yang kita tengah usahakan ialah supaya air terawat ini digunakan untuk keperluan yang utama.Sekarang ini semua air terawat kita guna untuk semua perkara termasuk basuh kereta dan siram pokok bunga, malah kilang industri pun menggunakan air terawat.Tuan Ibrahim (kiri) diberi penerangan oleh Jurutera Jabatan Parit dan Saliran Kota Belud Jaffri Bahan (kanan) mengenai kawasan tambatan banjir yang akan dibina di sungai Tempasuk ketika melakukan lawatan di kawasan banjir dan projek tebatan banjir pada Sabtu. -Foto BernamaJadi sekarang ini kita nak ubah dengan cara air yang dirawat daripada kilang industri itu kita akan bekalkan semula kepada kilang industri. Bukan untuk makan minum tetapi untuk industri.Jadi kalau kita boleh nak tingkatkan hampir sejuta liter sehari bagi air yang dilepaskan ke sungai daripada setiap pusat kumbahan kita.Kalau kita boleh manfaatkan air ini dan bangunkan ia supaya air yang terawat ini kita dapat hantar kembali kilang industri, Jadi mereka tak perlu guna air tapis yang kita bekalkan kepada penduduk.- Kalau usaha ini berjaya dilakukan, berapa peratus penggunaan air terawat itu akan berjaya dijimatkan dan meningkatkan apa yang disebutkan sebagai margin simpanan tadi?Kalau kita boleh bangunkan keseluruhan apa yang disebutkan tadi, ia menjimatkan hampir 40 peratus. Cuma sekarang ini isunya adalah pusat kumbahan kita ini masih lagi tidak bersepadu. Jadi, kita kena bangunkan fasiliti.Sekarang ini kementerian dalam rangka untuk mewujudkan sebuah sistem loji kumbahan yang berpusat. Barulah kita boleh manfaatkan air tersebut.Sekarang ini kalau untuk rumah itu satu bab tetapi bagi yang memiliki rumah besar, dia ada satu pusat kumbahan yang kecil.Jadi kita nak selenggara pun payah sebab ia melibatkan jumlah yang banyak. Jadi di bawah Indah Water Konsortium (IWK), kita bangunkan pusat-pusat kumbahan bersepadu.Kemudian kita hendak manfaatkan penggunaan air hujan. Sekarang ini, air hujan kita buang macam itu sahaja tetapi kita boleh takung dan guna untuk basuh kereta.Cuma isunya takut air hujan tercemar, jadi kita perlu ada penapisan dan yang keduanya bila takung, nanti ada jentik-jentik pula. Itu dah jadi isu lain.Jadi kita kena bangunkan kaedah supaya kita boleh manfaatkan air hujan dalam aktiviti seperti basuh kereta dan siram pokok bunga.- Dua tahun lepas, menteri sebelum ini ada memberitahu bahawa terdapat 25 sungai yang tercemar di Malaysia. Apa usaha KASA mengenai isu ini ?Baru-baru ini saya ada pergi ke satu sungai yang tercemar teruk iaitu Sungai Gong. Sungai ini airnya hitam dan tiada kehidupan. Kita ambil air dan periksa kadar oksigen dalam air pun peratusnya menunjukkan tiada benda boleh hidup dalam sungai ini.Sebab itu saya bagitahu, sebelum sungai ini mati, kehidupan dalam itu akan mati dulu. Kadang-kadang saya akan pergi ke satu sungai sebab saya minat masuk hutan, bila saya pergi menyelam tengok, tiada ikan.Ada satu sungai di Pahang, sungai ini tiada kehidupan walaupun airnya jernih dan cantik, tapi ikan dan udang kita tidak jumpa. Yang saya jumpa adalah tong racun, bekas baja dan bahan buangan.Ini bermakna sungai ini sebenarnya penuh dengan bahan kimia seperti baja dan lain-lain yang dibuang daripada bahagian atas. Jadi bila berlaku macam itu, sungai ini sebenarnya bagi saya dah mati.Walaupun istilah sungai mati itu untuk sungai yang memang dah tercemar teruk tetapi bagi saya sungai yang hidup itu adalah bila ada kehidupan. Kalau tidak ada kehidupan, saya menganggap sungai itu dah mati.Bererti jumlah sungai yang sudah mati bukan 25 sungai sebenarnya tetapi mungkin dah beratus sungai. Jadi apa yang kita nak buat?Pertama, kita di kementerian akan kita kenal pasti sungai itu dan lakukan pemeriksaan sebelum mengambil tindakan segera kepada mereka yang melakukan pencemaran.Tuan Ibrahim (kanan) menunjukkan lakaran landskap denai Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang akan berwajah baharu ketika tinjauan di sungai berkenaan.Sebagai contoh, di Sungai Gong baru-baru ini kita ambil tindakan saman terhadap beberapa buah kilang yang mencemarkan sungai selama tempoh bertahun-tahun.Saya jumpa nelayan di situ, dia kata sungai ini dulu kami menjala ikan dan ia merupakan sumber pendapatan mereka tetapi hari ini tiada kehidupan.Yang kedua kita kena bersihkan sungai dan bangunkan denai dan saya satu hari saya nak tengok sungai ini bertukar menjadi jernih.Kementerian dan kerajaan negeri akan bekerjasama untuk menghentikan sumber pencemaran dan bangunkan semula kawasan tersebut termasuk kawasan nelayan yang sangat teruk dan terbiar.Saya menangis bila pergi tengok. Jadi saya kata kawasan ini kita akan ambil alih dan bina semula pengkalan nelayan ini untuk kehidupan mereka dan kita akan buat satu kunci air supaya air masin ini dapat kita kawal sebab ia tepi laut.Untuk pemantauan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ada satu kaedah untuk kita pantau semua lembangan sungai dan kita harapkan sebarang pembangunan di pinggir sungai mesti ikut pelan yang telah kita bangunkan.- Berkenaan dengan migrasi hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat, Datuk Seri kata perjanjian itu hampir kepada semua negeri. Setakat ini berapa peruntukan untuk pelaksanaan migrasi tersebut?Pertama sekali semua hutang luar bandar kita hapuskan terus, kemudian semua aset syarikat air itu kerajaan negeri akan jadi cagaran kepada PAAP.Contohnya, kita nilai RM1.4 bilion dan PAAP boleh bagi pinjaman berdasarkan penilaian itu kepada syarikat air Pahang untuk dibangunkan. Jadi ia tidak sama antara satu negeri dengan negeri yang lain.Contoh, macam Kelantan saya dapat maklumat mungkin dalam RM200 juta ke RM300 juta sahaja.Kedah lebih kurang RM600 juta. Ada beberapa perkara lagi yang masih belum selesai dan itu masih dalam perbincangan.Apabila dimigrasikan kepada kerajaan Pusat, pertama dia boleh buat pinjaman daripada PAAP.Pinjaman kepada PAAP ini satunya pinjaman cara Islam, dan keduanya ia tidak seperti membuat pinjaman daripada institusi bank. Jadi tempoh pembiayaan diperuntukkan itu untuk bagi jangka waktu yang lama contohnya 40 tahun.JAS mendapati kemusnahan alam sekitar yang berlaku di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang berpunca daripada tapak projek kuari granit. | 4 | 21 Mac 2021 11:10am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/129180/berita/wawancara/lsquosaya-tidak-malu-rakyat-perlu-tahursquo | ‘Saya tidak malu, rakyat perlu tahu’ | KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tampil dalam program ‘Sinar Live Bersama KPN’ di Studio F, Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.Dalam temu bual selama satu jam itu, beliau menyentuh pelbagai perkara termasuk pencapaian beliau dalam tempoh dua tahun mengetuai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain isu darurat dan ancaman semasa negara.Berikut ialah sedutan wawancara bersama beliau yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.JOHAN: Sewaktu Tan Sri dilantik sebagai KPN dua tahun lalu, ada dua isu besar Tan Sri tekankan iaitu kepolisan dan keyakinan rakyat. Bagaimanakah pencapaian dua sasaran tersebut?ABDUL HAMID: Misi utama saya apabila saya diwawancara oleh Tan Sri (Johan) setahun yang lalu adalah mahu memperkasa semula pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penghormatan dan keyakinan orang ramai terhadap institusi kepolisan.Pada saya, usaha itu masih gigih saya teruskan sehingga hari ini. Saya tidak dapat memberikan ukuran pencapaiannya tetapi terpulang kepada orang ramai sama ada usaha saya ini mencapai atau tidak lari daripada tujuan asal saya dulu.Abdul Hamid mahu memperkasa semula pasukan PDRM.Bagaimana mahu membuat perimbangan antara kebebasan rakyat untuk menyuarakan pandangan dengan tindakan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan lebih buruk lagi?Saya mengambil pendirian untuk sentiasa menyuburkan lagi prinsip-prinsip demokrasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Mereka boleh bergiat dalam apa jua bentuk selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.Sekiranya kegiatan atau pertuturan mereka melanggar undang-undang, barulah saya ambil tindakan. Tetapi tindakan yang diambil adalah berhemah. Saya tidak membenarkan pegawai-pegawai saya mengambil tindakan secara emosi, mensensasikan satu-satu kes, atau menguar-uarkan bertujuan mengaibkan satu-satu pihak. Tidak, saya tidak benarkan.Adakah Tan Sri ada menyimpan dendam kepada sesiapa, walaupun Tan Sri pernah diketepikan sewaktu pemerintahan kerajaan yang lalu?Tak ada. Insya-ALLAH tak ada.Beberapa minggu lepas, Datuk Zamri Yahya daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman membuat kenyataan ada pegawai polis yang hidup mewah ala orang kaya, mereka bercuti di luar negara ditaja oleh pihak tertentu, berkereta mewah, dan mempunyai peralatan golf mewah. Keberanian Datuk Zamri mendedahkan hal seperti ini memeranjatkan rakyat, tetapi pada pendapat saya bagi pihak polis tentulah ia perlu dilakukan. Apa komen Tan Sri?Tindakan Datuk Zamri itu memang mendapat cemuhan dari dalam PDRM atau mungkin daripada kumpulan-kumpulan pesara, mengapa seorang pegawai tinggi sanggup mendedahkan pekung?Tetapi demi kepentingan negara dan orang ramai, PDRM tidak boleh lagi menutup segala yang berlaku dalam PDRM. PDRM milik negara. Orang ramai ada hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik daripada PDRM.Kami dibayar gaji, bukan kami dipaksa (bekerja). Sesiapa yang masuk PDRM ini adalah secara sukarela dan mesti sanggup menegakkan undang-undang. Tetapi bila diberikan kuasa, ada pula yang menyeleweng.Jadi apa yang didedahkan oleh Datuk Zamri itu mula membuka mata. Bermulalah satu tahap baharu dalam pengurusan PDRM di mana saya sendiri sanggup berkongsi cerita-cerita yang tidak baik sebagai satu pengajaran dan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa polis tidak akan melindungi atau bersekongkol untuk menutup perkara-perkara jijik tadi.Maksudnya tak payah ‘sapu di bawah karpet’ lagi?Tak payah. Demi negara saya tidak malu. Biarlah orang kutuk saya, sudah beberapa tahun jadi Ketua Polis Negara masih berlaku lagi (rasuah). Tak apa, saya terima. Saya tak akan hilang fokus.Wawancara bersama Ketua Polis Negara yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.Dulu kita dengar cerita ada jutawan dalam kalangan polis yang masih berkhidmat. Adakah perkara ini Tan Sri beri perhatian serius?Kita ada buat semakan tentang harta dan wang simpanan mereka. Pemerhatian di bawah juga dilakukan sekiranya ada pegawai dilihat mewah kehidupannya. Pihak Jabatan Integriti serta-merta akan membuka dan mengambil tindakan untuk menyiasat.Akhir-akhir ini ada pimpinan tinggi polis yang menampakkan keberanian luar biasa, sebagai contoh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Apakah Tan Sri rasa pegawai seperti ini akan bertahan lama dengan ancaman, ugutan dan sebagainya?Insya-ALLAH mengambil kira apa yang Tan Sri sebut tadi, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan, saya mengenali beliau dari zaman muda lagi apabila kami sama-sama bertugas dalam bahagian khas dulu.Beliau seorang yang tegas, berintegriti dan berani. Jadi saya menjangkakan beliau boleh bertahan. Rata-rata dalam PDRM sekarang ini ada kesedaran bahawa budaya-budaya yang menyimpang dan menyeleweng semakin lama semakin dipandang jijik oleh warga PDRM sendiri. Saya amat bersyukur perasaan itu semakin meningkat dalam kalangan anak-anak buah saya.Secara kebetulan, Ayob Khan berani menyuarakannya. Tetapi ada lagi pegawai-pegawai (yang sepertinya), saya rasa ramai. Saya yakin mereka sama-sama berintegriti, tapi mereka bekerja dalam stail yang berlainan. Tapi ada juga yang masih lagi dibuai dengan mimpi-mimpi palsu, yang meneruskan kehidupan (kegiatan) haram ini.Ada pandangan yang mengatakan darurat sekarang sebenarnya boleh menimbulkan masalah lain ataupun sebagai alasan mempertahankan kerajaan. Apa pandangan Tan Sri?Insya-ALLAH saya tidak akan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya. Kuasa dan pindaan yang diberikan atas akta berita palsu misalnya.Dulu kes-kes sebegini memerlukan kuasa daripada pendakwa raya untuk kita memulakan siasatan.Untuk mendapatkan kuasa tersebut yang dipanggil Order to Investigate (OTI), kebenaran untuk kita nak buka kertas siasatan mungkin memakan masa dua hingga empat minggu. Sedangkan berita palsu sudah tersebar sehingga orang ramai panik dan takut.Jadi apabila dibuat pindaan ini, insya-ALLAH saya akan terus mengingatkan pegawai-pegawai saya supaya jangan gunakan (kuasa) sewenang-wenangnya tetapi mesti dihalusi sehalus-halusnya bagi mewajarkan kuasa untuk menangkap tanpa waran ini dapat dilaksanakan dengan adil.Saya tertarik dengan berita Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal pergi ke sebuah rumah flat dan berjumpa dengan seorang wanita yang mencuri barang daripada pasar raya kerana anaknya sakit. Beliau bukan datang untuk menangkap tetapi untuk memberi bantuan. Dengan pandangan-pandangan negatif terhadap pihak polis, apakah jenis komuniti polis seperti ini dapat dilakukan?Saya lihat tindakan pegawai tersebut mendapat sanjungan orang ramai. Inilah yang saya galakkan. Dia seorang pegawai yang sanggup mengambil langkah lanjut untuk keluar daripada norma-norma tindakan biasa.Saya amat menggalakkan kerana tindakan sebegini sekiranya diamalkan oleh pegawai-pegawai saya, akan memberikan imej yang cukup baik bahawa pihak polis itu adalah organisasi berperikemanusiaan dan sensitif dengan keadaan di bawah.Adakah Tan Sri yakin PDRM bersedia menghadapi pelbagai ancaman semasa daripada jenayah dagang, jenayah siber dan sebagainya?Baru-baru ini saya ada meluahkan harapan saya agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat menimbangkan permohonan saya untuk menambah kekuatan, satu di bahagian narkotik, nombor dua di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.Alhamdulillah saya juga dapat lihat semangat pegawai-pegawai bahagian siasatan jenayah komersial ini untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam menangani kes-kes berkaitan.Banyak seminar dan kursus dalaman diadakan dengan bantuan universiti, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan agensi penguat kuasa asing dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea dan Taiwan.Seminar dalaman melalui dalam talian juga diadakan untuk pegawai-pegawai menimba ilmu secepat yang boleh kerana jenayah-jenayah high tech ini berubah dengan cepat sekali.Saya yakin dengan pertambahan jawatan yang saya pohon daripada JPA, saya akan dapat mantapkan struktur ini supaya kes-kes scam dapat ditangani dengan cepat.Abdul Hamid (tengah) bersama pegawainya semasa hadir untuk program ‘Sinar Live Bersama KPN’ di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.Dulu kita tak banyak isu membabitkan gangguan seksual. Tapi baru-baru ini juga ada kes melibatkan PDRM. Apa reaksi Tan Sri?Perbuatan itu salah, menyalahi undang-undang dan tidak sepatutnya dilakukan. Tapi saya beri jaminan bahawa perkara itu tidaklah begitu banyak berlaku dalam organisasi polis. Hanya sedikit. 10 ke 15 tahun dulu juga ada kes begini timbul. Jadi ia bukan pandemik dalam PDRM. Hanya kes terpencil. Di pihak saya juga tidak ada perlindungan, kita akan ambil tindakan.Mana yang lebih bahaya, orang politik yang menggunakan kedudukannya untuk memecahbelahkan negara atau ancaman lain seperti pengganas yang belum nampak tapi masih merupakan duri dalam daging dalam masyarakat kita?Soalan ini memang tricky. Kegiatan yang Tan Sri bayangkan tadi, kesannya meruntuhkan negara. Impaknya jika kita tidak kawal, akan berlaku rusuhan kaum, rusuhan agama, dan perbalahan antara wilayah misalnya. Ia akan menyebabkan negara kita runtuh dan hancur.Hal jenayah ini insya-ALLAH boleh kami tangani.Sekiranya kegiatan ini berjaya menarik penyertaan orang ramai dan menyakitkan hati, saya bimbang ia akan menjadi satu konflik terbuka yang menyebabkan hancurnya negara.Apa komen Tan Sri tentang Kempen Rasuah Busters Sinar Harian?Saya menyokong kempen Rasuah Busters Sinar Harian. Usaha Sinar Harian menggunakan medium media arus perdana ini dapat mencapai masyarakat secara meluas. Kita tidak boleh lagi tutup mata membiarkan rasuah begitu sahaja. Negara tak boleh dibiarkan rosak dengan amalan rasuah.PDRM ada mekanisme yang secukupnya untuk mengangani rasuah ini?Saya perkasakan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Saya juga kerap turun ke bawah memberikan motivasi kepada anak buah saya untuk membudayakan kerja yang sihat. Saya mahu menyedarkan mereka bahawa rasuah itu adalah salah dan jijik, jadi hentikannya!Program ‘Sinar Live Bersama KPN’ di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.Tapi Tan Sri tahu tentang persepsi rakyat tentang perbuatan ‘pau’ oleh anggota polis, apabila ditahan, diminta sesuatu. Bagaimana Tan Sri mahu sasarkan hal ini?Hari demi hari, kelmarin (Rabu) pun ada tangkapan ke atas pegawai trafik. Kelmarin juga ada tangkapan memeras ugut orang ramai dengan perbuatan ‘pau’, saya juga mangsa kena ‘pau’ dulu.Saya anggap ini satu lagi perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab dan sepatutnya tidak diamalkan lagi. Saya lihat budaya dalam kalangan anggota bawah ini satu ketika dulu cukup meluas.Tetapi sekarang, saya galakkan pemberi maklumat dalam kalangan rakan-rakan mereka untuk disampaikan kepada Jabatan Intergriti, saya atau timbalan saya atau pengarah-pengarah, jika ada unsur rasuah dalam kalangan mereka.Ada sistem untuk pemberi maklumat ini menyampaikan maklumat?Ada. Dengan WhatsApp pun boleh. Saya amat menggalakkannya. Saya tak akan cari pendekatan untuk menghukum pemberi maklumat. Tapi biarlah ikhlas, jangan ada agenda yang tidak baik.Tan Sri puas hati dengan kebajikan anak buah?Saya dapat tahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri mengambil berat. Hasil perbincangan, banyak lagi projek untuk membaik pulih berek-berek usang untuk didiami. Saya telah bawa ke KDN dan ia akan diambil perhatian serius termasuk kemudahan menggunakan hospital tentera oleh pesakit PDRM.Saya juga bawa ke KDN, kalau kita tak dapat bina berek polis di Lembah Klang, tolong pertimbangkan elaun sewa mereka dapat dinaikkan. Mereka terpaksa menyewa dengan kos sewa bulanan yang tinggi. Secara keseluruhan, saya sudah lakukan yang terbaik.Apa Tan Sri mahu buat selepas pencen jika tidak disambung kontrak KPN?Saya memandang ke hadapan, saya sudah bersedia (untuk bersara) dan saya tak sabar untuk melakukan semula hobi saya bercucuk tanam.Apa nasihat Tan Sri kepada anggota jika khidmat Tan Sri berakhir pada Mei nanti?Saya menyeru kepada semua agar sama-sama memahami wawasan saya untuk mengembalikan penghormatan kepada pasukan PDRM dengan membuang yang keruh dan meninggalkan amalan yang tidak baik.Tingkatkan amalan jati diri. Hentikan perbuatan menganiaya, membuli, mengugut orang ramai. Gunakan kuasa untuk bantu orang ramai. Sedarlah sebelum terlambat.Jika masih ingat, saya ada sebut bagaimana berakhirnya mereka dengan memakai baju jingga (baju reman). Sejak itu, berdozen-dozen pegawai dan anggota saya pakai baju itu.Kita akan tanya balik kepada mereka apa perasaannya? Menyesal tidak berguna. Itu di dunia, di akhirat?Ingatlah sama ada duit yang kita ambil dengan cara salah itu benar-benar boleh membawa kebahagiaan kepada keluarga kita. Kita mungkin terlepas di dunia ini tetapi ingat di akhirat nanti. Rasuah adalah dosa besar. | 4 | 19 Mac 2021 10:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/128328/berita/wawancara/misi-kerajaan-perikatan-nasional-selamatkan-negara | Misi kerajaan Perikatan Nasional selamatkan negara | [WAWANCARA] Dalam wawancara selama satu jam di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengupas pelbagai persoalan tentang krisis ekonomi dan politik semasa.Beliau meletakkan keyakinan tinggi terhadap pemulihan ekonomi menerusi program vaksin yang sedang berlangsung sekarang.Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) turut mengupas tentang hasrat rakyat untuk melihat politik perpaduan menjadi agenda utama negara.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Azmin yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Nurhidayah Hairom dan Muhammad Amnan Hibrahim.SINAR AHAD: Apakah pencapaian terbesar Datuk Seri sejak menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)?AZMIN: Antara peranan MITI dalam tempoh pandemik Covid-19 ini adalah mengimbangi antara tuntutan keselamatan dan kesihatan dengan kesejahteraan ekonomi dan pendapatan rakyat.Kalau kita teliti, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama pada 18 Mac tahun lalu menyaksikan penguncupan ekonomi negara sebanyak 17.1 peratus dalam tempoh tiga bulan sahaja. Penguncupan amat besar ini tidak pernah berlaku.Untuk memulihkan dan mencerdaskan semula ekonomi, kita terpaksa menyuntik sebanyak RM320 bilion. Bukan sahaja untuk membantu industri dan syarikat yang besar, tetapi juga peniaga-peniaga kecil termasuk ‘Mak Cik Kiah’ bagi melindungi pekerjaan dan menjamin pendapatan mereka.Kita lihat juga kesan kepada pengangguran pada suku kedua tahun 2020 mencatatkan 5.3 peratus. Walaupun setelah suntikan pakej rangsangan ekonomi ini untuk keseluruhan tahun 2020, pengangguran dicatatkan pada kadar 4.8 peratus. Ini antara cabaran yang besar MITI. Alhamdulillah setelah setahun kita melalui pandemik Covid-19 ini, hari ini hampir kesemua sektor ekonomi telah pun dibuka. Lebih 15 juta tenaga kerja rakyat Malaysia kembali bekerja. Pada masa sama kita juga dapat melandaikan lekuk penularan Covid-19 ini. Jadi inilah kejayaan kita dalam tempoh setahun ini.Mohamed Azmin ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Adakah ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia?Ya, saya bersetuju walaupun ada segelintir pihak cuba memperlekehkan usaha-usaha kerajaan. Bagi saya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi cabaran yang cukup besar.Negara kita menghadapi krisis politik pada awal tahun 2020 disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri. Kemudian kita menghadapi pandemik Covid-19 dan impak daripada pandemik ini kita juga berdepan krisis ekonomi.Bagi saya untuk menguji kekuatan dan kepimpinan seseorang itu adalah apabila seseorang itu mampu menguruskan sesuatu krisis. Saya lihat Muhyiddin telah menguruskan ketiga-tiga krisis ini serentak dengan tenang, tegas dan bertanggungjawab. Beliau fokus kepada dua perkara, pertama menangani Covid-19 dan kedua memulihkan ekonomi.Kepimpinan inilah yang telah menghasilkan suasana yang lebih stabil hari ini dan kita lihat hasilnya penularan Covid-19 semakin terkawal. Suasana ekonomi sudah semakin baik. Kalau ikut unjuran yang telah dilaporkan, Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan baik antara 6.5 hingga 7.5 peratus tahun ini.- Ada pihak mendakwa langkah kerajaan melaksanakan perintah darurat memberi kesan negatif terhadap aliran pelaburan langsung asing (FDI). Apa komen Datuk Seri?Proklamasi darurat yang diperkenankan Seri Paduka Baginda adalah berasaskan keperluan semasa. Saudara ingat pada tahun lepas kerajaan juga telah memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat, namun Seri Paduka Baginda berpandangan tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat kerana kerajaan masih mempunyai keupayaan untuk mengawal penularan Covid-19.Tetapi saudara sedia maklum setelah itu kita ada gelombang yang kedua dan gelombang ketiga. Angka-angka ini terus meningkat menyebabkan ada keperluan untuk kita menyelaraskan semua peranan di peringkat Persekutuan dan negeri, kementerian dan jabatan bagi menangani Covid-19.Sekali lagi kerajaan memberi nasihat kepada Seri Paduka Baginda untuk mengisytiharkan darurat. Darurat kali ini semata-mata untuk menguruskan Covid-19 kerana darurat ini membolehkan pindaan kepada beberapa peruntukan undang-undang sedia ada dilakukan secara ‘laluan pantas’.Setakat ini Seri Paduka Baginda telah pun memperkenankan beberapa ordinan untuk dilaksanakan dalam tempoh darurat yang dapat dibuat dalam masa yang cepat. Kalau kita nak pergi ke Parlimen, nak buat bacaan kali pertama, bacaan kali kedua, bacaan kali ketiga, itu satu proses yang panjang dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis.Yang kedua, saya juga ingin tegaskan inilah kali pertama apabila darurat disytiharkan, kita wujudkan jawatankuasa khas bebas yang terdiri daripada golongan profesional, pemimpin kerajaan dan pembangkang. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Maka sekali lagi membuktikan kerajaan PN di bawah Muhyiddin adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan cukup demokratik untuk memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa.Saya nak lontarkan persoalan ini kepada mereka yang mengkritik, darurat sebelum ini tidak ada tempoh, tetapi kali ini ada tempoh. Hanya enam bulan, bukannya enam tahun. Darurat sebelum ini tidak ada tempoh, dan tidak ada jawatankuasa khas bebas.Mohamed Azmin (tengah) ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Bagaimana Datuk Seri melihat keadaan ekonomi Malaysia selepas program vaksinasi bermula?Kita meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi akan dapat suntikan vaksin ini termasuk juga warga asing sama ada komuniti diplomat, ekspatriat ataupun pekerja asing kerana prinsip kita ‘Tidak ada yang selamat sehingga semua orang selamat’.Baru-baru ini dalam mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN, Malaysia telah mencadangkan supaya mereka yang telah diberikan suntikan vaksin, akan diberikan pasport khas bagi memudahkan perjalanan di antara negara anggota ASEAN.Ini bakal memulihkan sektor pelancongan di rantau ini kerana sektor pelancongan terkesan teruk sepanjang pandemik Covid-19. Ini termasuk sektor penerbangan, perhotelan dan acara. Jadi kita jangka pasport ini boleh dilaksanakan segera.- Baru-baru ini Sinar Harian membuat tinjauan pendapat orang ramai tentang kerajaan sekarang, dari segi rating prestasi kerajaan nampaknya tidak begitu baik. Apakah perancangan untuk memastikan rakyat terus menyokong PN?Cabaran kita sekarang ini adalah soal komunikasi. Kita akan teruskan libat urus program-program turun padang supaya rakyat faham dan tahu apa yang kita buat. Sebagai contoh, kerajaan telah memberikan suntikan RM320 bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).Ini satu jumlah yang luar biasa. Belum pernah sejarah kewangan negara dapat menyuntik dana sebesar itu. Tapi sejauh mana rakyat dapat memahami dalam keadaan sebegini sukar, kerajaan bertungkus lumus melindungi nyawa dan menjamin pendapatan mereka. Itu kita kena turun ke bawah dan beritahu.Sehingga 26 Februari 2021, untuk satu skim sahaja iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kerajaan telah membantu 10.5 juta rakyat Malaysia yang melibatkan kos RM17.17 bilion. Kemudian kita ada Bantuan Sara Hidup (BSH). Kita telah bantu 4,264,000 orang melibatkan peruntukan RM426.4 juta.Geran Khas Prihatin (GKP) untuk usahawan kecil pula sebanyak RM3,000 seorang, kita telah belanjakan sebanyak RM2.55 bilion untuk bantu 848,512 peniaga kecil. Bagi Bantuan Subsidi Upah, walaupun tidak pergi secara terus kepada pekerja, tetapi kita bantu majikan supaya tidak buang pekerja. Ini cara kita selamatkan majikan kerana mereka tidak dapat beroperasi, tetapi perlu bayar gaji, kos utiliti, dan sewa. Kita belanjakan RM13.53 bilion untuk membantu 327,908 majikan dengan syarat tak buang pekerja.Ini baru empat inisiatif sudah berbilion ringgit menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan ini. Mungkin ada pihak yang cuba mempolitikkan mengatakan kita tidak bantu tetapi bagi saya angka-angka ini tidak menipu.- Datuk Seri pernah berjuang begitu lama dalam PKR. Apakah perasaan Datuk Seri apabila mengambil keputusan meninggalkan parti itu?Saya tidak meninggalkan PKR, saya dipecat bukannya oleh parti tetapi oleh individu yang mungkin berasa tergugat kedudukannya. Saya kesal kerana parti yang saya bina sejak 1999 itu diasaskan kepada agenda perjuangan yang cukup jelas iaitu untuk melakukan islah dan perubahan dalam sistem kenegaraan ini. Kita melalui satu proses yang amat getir.Saya sendiri dihumban ke dalam lokap dan penjara beberapa kali malah saya lebih awal masuk dalam lokap berbanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau masuk hanya pada 20 September 1998, saya dihumban ke dalam lokap pada 16 September 1998.Tetapi saya tidak lemah semangat. Alhamdulillah hasil daripada perjuangan, kami akhirnya dapat membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan. Namun apabila ada seseorang yang saya kira terlalu rakus dan ghairah untuk menjadi Perdana Menteri, sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan PKR ini menjadi parti sendirian berhad ataupun parti anak-beranak dan tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, maka saya tidak ada pilihan melainkan cuba melakukan perubahan dalam parti saya sendiri.Dalam pemilihan parti pada 2018 saya dan pasukan saya menang besar, namun ada pihak tertentu menggunakan kuasanya untuk memecat saya dan kumpulan saya. Bagi saya itu perkara yang sudah berlaku, namun perjuangan mesti diteruskan. Saya sekarang berada dalam parti Bersatu dan kerajaan PN. Saya akan teruskan perjuangan ini untuk kepentingan negara dan rakyat.Mohamed Azmin ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Apakah impian dan cita-cita Datuk Seri terhadap Bersatu?Bersatu mempunyai potensi yang besar. Walaupun Bersatu dibentuk untuk menggantikan UMNO, dan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera, hari ini Bersatu telah mengorak langkah yang lebih progresif dan membuka pintu kepada orang bukan Melayu dan bukan bumiputera.Ini satu perkembangan yang positif. Saya telah berbincang lama dengan Tan Sri Muhyiddin dan mencadangkan supaya Bersatu menjadi sebuah parti yang akan mewakili seluruh rakyat Malaysia. Walaupun paksi utama parti ini adalah Melayu dan bumiputera, namun Bersatu juga mesti mempunyai peranan untuk menjaga kepentingan dan hak bukan bumiputera dan bukan Melayu.Tahun lepas, kongres parti telah melakukan pindaan perlembagaan dan membuka Bersatu dengan satu sayap baharu yang disebut sebagai Bersekutu untuk menjaga, melindungi kepentingan dan hak bukan Melayu dan bukan bumiputera.Sejak itu saya lihat Bersatu menjadi lebih kuat dan kukuh. Begitu ramai anggota bersekutu yang telah menyertai semenjak tahun lepas. Harapan saya, satu hari nanti, Bersatu akan menjadi parti yang akan mempertahankan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan, mendukung cita-cita dan citra PN iaitu sebuah parti pelbagai kaum dan agama.- UMNO telah membuat keputusan untuk tidak menyertai PN pada PRU15, bagaimana Datuk Seri melihat perkembangan terbaru ini?Ini bukan keputusan baru. Keputusan ini dibuat setiap bulan dari tahun lepas tetapi bagi saya, seperti yang kita telah putuskan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk terus memainkan peranan bagi menjamin kestabilan kerajaan dan juga memperkukuhkan perpaduan dalam PN.Kita mahu peranan ini terus dimainkan oleh Bersatu dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.UMNO sebagai contoh, mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri, tetapi sebagai parti politik, Bersatu, Pas, UMNO dan parti-parti yang lain, rakyat sedang memantau. Hari ini rakyat semakin matang, semakin bijak.Dalam PN, yang uniknya tiada ‘Big Brother’. PN tidak akan benarkan mana-mana parti anggota untuk mendominasi parti lain. Kita berpegang pada prinsip saling hormat menghormati antara satu sama lain. PN berpegang pada prinsip kekuatan itu harus digabungkan dan kelemahan itu harus kita selesaikan secara bersama.- Adakah kerusi Parlimen Gombak masih dikira sebagai kerusi selamat untuk Datuk Seri bertanding?Insya-ALLAH, saya tidak boleh mendakwa bahawa itu adalah kerusi saya. Pertama, pilihan parti itu adalah keputusan Muhyiddin sebagai Presiden parti. Saya akan akur kepada keputusan parti. Keduanya, saya telah berada di Gombak sekian lama. Saya menang 1999 di DUN Hulu Kelang dalam keadaan seluruh Selangor adalah kubu kuat BN, saya menang.Kemudian di peringkat Parlimen sehinggalah hari ini, satu tempoh yang panjang, saya telah memberikan khidmat saya kepada rakyat di Gombak dan seluruh negara. Saya serahkan kepada mereka. Itulah proses demokrasi setiap hujung penggal, lima tahun saya akan kembali kepada rakyat. Biarlah rakyat menentukan siapakah yang layak mewakili mereka di sesebuah kerusi Parlimen.Mohamed Azmin (kiri) ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.ANEKDOTJika tidak masuk politik, Azmin guru MRSMDahulu saya pergi belajar ke luar negara atas tajaan Mara dan apabila balik ke Malaysia, saya mempunyai kontrak mengajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Saya pernah menjadi guru di MRSM Terendak, Melaka mengajar Matematik dan Matemaik Tambahan.Salah seorang murid saya ialah bekas Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Saya mengajar beliau di Tingkatan 4 dan 5 di MRSM Terendak. Saya meninggalkan bidang pendidikan dan menjadi pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan. Saya tidak pernah aktif dalam politik UMNO walaupun ketika Anwar menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jadi tidak benar dakwaan saya ada DNA UMNO.Bertemu Dr Mahathir di LondonSejak 1998, saya terputus hubungan dengan Dr Mahathir selama 17 tahun. Sebelum itu kami memang akrab. Majlis perkahwinan saya pada 1988 dihadiri oleh Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Saya masih ingat tarikh perkahwinan itu pun ditentukan oleh mereka iaitu pada 7 Ogos 1998 walaupun sebenarnya saya mahu pilih tarikh 8 Ogos 1988 (8.8.88).Sehinggalah 2015, saya mendapat mesej Tun ingin bertemu saya. Akhirnya pertemuan diatur di London dan buat kali pertama setelah terputus selama 17 tahun kami bertemu. Sekembali dari London, kami mula lancarkan gerakan deklarasi rakyat. Alhamdulillah setelah menang PRU 2018, Dr Mahathir mencadangkan saya ke peringkat pusat walaupun saya berat untuk meninggalkan Selangor.Cerita sebenar ‘Langkah Sheraton’Panjang cerita (langkah Sheraton). Saya akan menulis tentang perkara apa yang berlaku yang kononnya disebut sebagai Langkah Sheraton. Langkah Shareton hanya jamuan. Tapi yang digambarkan adalah satu revolusi berlaku.Buat masa ini, saya belum mahu menceritakannya. Satu masa nanti kita akan tahu apa sebenarnya berlaku. Apa pun kena terima hakikat Dr Mahathir meletakkan jawatan. Pastinya Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab mengisi kekosongan itu. | 4 | 14 Mac 2021 11:00am |
ROSALWANI CHE SOH @ YUSOFF | https://www.sinarharian.com.my/article/127265/berita/wawancara/lsquosaya-bukan-bahan-dagangan-untuk-dijual-belirsquo | ‘Saya bukan bahan dagangan untuk dijual beli’ | [MUKADIMAH] Suhu politik negara semakin panas minggu ini dengan kisah pemimpin lompat melompat parti.Dua Yang Berhormat daripada parti Amanah menyertai parti PKR.Tidak ketinggalan dua ahli Parlimen PKR masing-masing Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong keluar PKR menjadi ahli Parlimen Bebas tetapi menyokong kepimpinan Perikatan Nasioanl (PN).Namun, di sebalik kisah YB itu, seorang Ahli Parlimen wanita tanpa disangka menunjukkan semangat kesetiaan yang lebih tinggi kepada partinya apabila menolak tawaran untuk beralih sokongan parti.Nama Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail hangat diperkatakan sejak Khamis lalu selepas beliau mendakwa dihampiri dua individu yang menawarkan pelbagai ganjaran kepadanya.Wartawan Sinar Ahad, Rosalwani Che Soh mendapatkan temubual eksklusif dengan Natrah, 71, bagi mendalami isi hati pemimpin ituNatrah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan di kawasan Parlimennya di Sekijang, Johor baru-baru ini.SINAR AHAD: Sejak Khamis lalu kecoh apabila YB membuat dakwaan didatangi dua individu termasuk bergelar Datuk Seri yang meminta memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan. Boleh YB kongsikan detik-detik tersebut dan apakah janji atau tawaran pihak berkenaan?NATRAH: Individu tersebut telah datang berjumpa dengan saya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang pada 3 Mac 2021, pada jam 11 pagi dan telah bertanya sama ada saya bersetuju untuk bersama dalam kumpulan Perikatan Nasional (PN) atau Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam perbualan kami, beliau juga menyatakan bahawa PM ialah seorang yang rajin bekerja dan suka menolong orang.Memandangkan perbualan kami itu akan menjurus kepada satu tawaran untuk bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang saya terus menyatakan bahawa saya tidak berminat dan akan tetap bersama dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH). Saya menolak tawaran tersebut disebabkan oleh prinsip-prinsip perjuangan yang saya dokong di dalam parti PKR.Pada pendapat YB, mengapa YB menjadi sasaran pelobi politik itu? Adakah mereka melihat YB seorang ahli Parlimen yang mudah dipujuk untuk beralih arah?Saya percaya individu berkenaan bukan hanya menyasarkan kepada saya seorang sahaja tetapi juga menyasarkan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang lain di Johor. Individu berkenaan berasal dari Johor dan saya percaya mereka telah memerhatikan setiap gerak-geri ahli-ahli Parlimen Pembangkang di negeri Johor. Sudah tentu mereka mempunyai sebab dan kriteria tertentu dalam pemilihan saya sebagai sasaran mereka. Walau apapun alasan mereka, yang penting saya bukan bahan dagangan yang boleh dijual beli.Mengapa YB menolak pujukan individu tersebut? Adakah kerana sayangkan PKR atau tidak mahu digelar pengkhianat atau ada sebab lain?Saya menolak tawaran mereka atas dasar prinsip, perjuangan saya dalam parti dan mandat serta amanah yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kepada saya pada PRU-14. Saya sayangkan PKR dan saya tidak sanggup untuk mengkhianati pengundi saya kerana merekalah saya berada di tempat sekarang.Di sini saya ingin menegaskan bahawa rakyat telah memilih wakil mereka bukan kerana mereka ialah Ahmad, Ah Chong, Muthusamy atau Zaleha. Mereka memilih atas dasar seseorang calon itu telah menyatakan kepada mereka tentang bagaimana calon tersebut dan parti mereka dapat berkhidmat kepada mereka apabila dipilih kelak.Saya tidak akan sesekali bersekongkol dengan mana-mana tindakan yang akan mengalihkan fokus saya sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih secara sah. Saya akan terus berkhidmat, menyelusuri denyut hati rakyat dan memperjuangkan suara serta permasalahan rakyat di Parlimen. Saya bukanlah individu yang mencari keuntungan peribadi dengan mengkhianati mandat dan amanah yang telah diberikan.Mungkin ada pihak mendakwa, pendedahan YB hanyalah rekaan sebab tidak ada bukti. Kalau ditanya mengenai bukti ada apa-apa bukti yang boleh YB kemukakan? Atau YB sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Biro Politik PKR?Bukti tetap ada. Dalam zaman teknologi serba canggih ini tidak susah untuk mendapatkan bukti. Buat masa ini saya merasakan cukup sekadar bukti-bukti tersebut saya kongsikan bersama pucuk pimpinan parti untuk tindakan seterusnya. Laporan kepada pucuk pimpinan telah saya buat dan dengan bukti tersebut mereka kini lebih yakin bahawa ada usaha-usaha dari pihak lawan untuk menarik lebih ramai ahli Parlimen daripada PKR untuk menyertai mereka.Beberapa hari lalu, dua ahli Parlimen PKR keluar daripada parti, dan menyatakan sokongan kepada kerajaan? Apakah mesej atau kata-kata YB kepada ahli Parlimen yang melompat parti?Mesej saya mudah. Setelah bertarung sekian lama dalam perjuangan parti, akhirnya anda kecundang dengan lambaian kedudukan, pangkat dan wang.Di manakah jati diri anda? Anda sanggup mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat dan hanya mementingkan diri sendiri? Fikirkan semula harapan tinggi yang diberikan oleh rakyat semasa PRU-14 sehinggakan ia diterjemah dengan kemenangan anda sebagai pemimpin bagi mewakili mereka!Adakah pada pendapat YB, Malaysia perlu mengadakan satu undang-undang khas berkaitan perbuatan lompat parti bagi mengelakkan tindakan seperti ini berleluasa sehingga boleh meruntuhkan sebuah kerajaan?Cadangan untuk mengadakan satu undang-udang khas bagi mengekang tindakan melompat parti bukanlah sesuatu yang baru.Bagi saya, sudah sampai masanya mereka yang bergelar wakil rakyat menunjukkan kematangan dalam tugas masing-masing. Tindakan dan budaya melompat parti ini bukan sahaja memperlihatkan runtuhnya sebuah kerajaan sah yang dibentuk daripada majoriti ahli Dewan Rakyat bahkan ia juga akan meranapkan sistem demokrasi di negara kita. | 4 | 07 Mac 2021 11:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/127258/berita/wawancara/semak-semula-enakmen-jenayah-syariah-negeri | Semak semula enakmen jenayah syariah negeri | [MUKADIMAH] Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memutuskan Seksyen 28, Enakmen Jenayah Syariah Selangor bagi kesalahan seks luar tabii sebagai tidak berperlembagaan sekali gus dikhuatiri bakal mencetuskan kesan domino ke atas semua undang-undang jenayah syariah di negara ini.Keputusan mahkamah itu bermakna penggubalan undang-undang syariah yang mempunyai persamaan atau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal.Justeru, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang mahu undang-undang syariah di negeri-negeri disemak semula bagi mengelakkan ia berisiko dicabar sekali lagi di mahkamah.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Musa turut melahirkan kebimbangannya mengenai reaksi berlebihan pihak berkuasa terhadap kontroversi Nur Sajat sehingga menyebabkan institusi agama di negara ini dipandang rendah.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Musa Awang yang dikendalikan wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida di pejabat peguam berpengalaman itu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.SINAR AHAD: Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang syariah yang menjadikan seks luar tabii sebagai satu kesalahan. Apakah alasan penghakiman tersebut dan apakah implikasinya?MUSA: Keputusan pada 25 Februari baru-baru ini berkenaan satu permohonan yang dibuat oleh seorang individu, Iki Putra Mubarak di Mahkamah Persekutuan yang mencabar kesahan peruntukan Seksyen 28, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor sama ada peruntukan yang ada itu bertentangan dengan Perlembagaan atau tidak.Pada asalnya, Iki Putra adalah antara 11 orang yang ditahan di bawah kesalahan persetubuhan bertentangan dengan tabii dan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.Daripada 11 orang, lima orang telah membuat pengakuan bersalah. Cuma dia salah seorang yang membawa isu itu ke Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan dari segi bidang kuasa mengadakan undang-undang kesalahan persetubuhan di luar tabii atau liwat.Keputusan di Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Seksyen 28 dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak berpelembagaan.Alasannya disebabkan telah ada satu peruntukan yang lebih kurang sama iaitu Seksyen 377 A, B, C, D, E Kanun Keseksaan. Maksudnya telah ada dua peruntukan yang sama bagi kes tersebut.Dalam undang-undang yang sudah dibuat oleh Parlimen, kerajaan negeri atau badan perundangan negeri, tidak boleh menggubal undang-undang yang sama atau lebih kurang sama.Sebenarnya keputusan ini seperti ‘kesan domino’. Maksudnya ia bukan sahaja memberi kesan kepada peruntukan lain dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, tetapi akan melibatkan seluruh negeri lain yang mempunyai peruntukan sama.Berdasarkan keputusan ini, peruntukan-peruntukan itu boleh menjadi tidak sah. Maksudnya boleh dibatalkan atau tidak sah jika dicabar. Di sini kita melihat satu tindakan yang proaktif perlu dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan.Tindakan proaktif itu seperti apa?Cadangan yang kita terima ada tiga. Pertama, melihat semula peruntukan yang ada dalam enakmen jenayah syariah negeri. Ini disebabkan enakmen ini telah lama. Di Selangor, enakmen ini sejak 1995 manakala di Wilayah Persekutuan sejak 1997.Terbaru di Pahang pada tahun 2013. Walaupun enakmen ini dibuat tahun 2013, tetapi peruntukan yang diambil adalah peruntukan lama pada 1995. Undang-undang yang ada itu telah 20 tahun. Perlu ada tindakan untuk menyemak semula mana yang perlu ditambah, dibuang dan dipinda.Kedua, ada cadangan supaya dibuat pindaan Butiran 1 Senarai 2 iaitu senarai negeri. Maksudnya, peruntukan berkaitan kesalahan-kesalahan ajaran Islam perlu diperincikan oleh negeri.Bagaimanapun, apabila melibatkan pindaan Perlembagaan, ia akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen. Itu satu cabaran yang besar kerana sukar hendak mendapatkan majoriti tersebut dalam keadaan politik yang tidak kukuh sekarang.Ketiga, ada cadangan supaya mengislamisasikan Kanun Keseksaan. Maksudnya, supaya kesalahan peruntukan yang ada dalam Kanun Keseksaan itu diambil inti pati atau roh Islam untuk dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan. Contohnya, kesalahan meliwat dan membunuh mungkin boleh diserapkan.Dari segi dasar, cadangan untuk menyeragamkan atau mengharmonikan undang-undang syariah ini sepatutnya datang daripada Menteri Agama dan turun kepada Jabatan Kemajian Islam Malaysia (Jakim).Jakim pula akan ada jawatankuasa teknikal, syarak dan sivil yang akan berbincang untuk melihat di mana undang-undang yang perlu ditambah dan dipinda. Kemudian, cadangan itu akan dibawa ke Peguam Negara serta dipanjangkan ke negeri-negeri.Selain seks luar tabii, apakah jenis jenayah syariah yang telah digubal di negeri-negeri?Enakmen jenayah syariah negeri ini lebih kurang sahaja. Secara dasarnya, ada satu peruntukan berhubung kesalahan akidah. Contohnya, pujaan salah seperti memuja pokok, memuja bangunan atau seseorang itu mendakwa dia bukan Islam bagi mengelakkan dirinya daripada tindakan menyebarkan doktrin palsu atau ajaran sesat.Yang kedua ialah kesalahan berhubung kesucian agama dan institusi. Contohnya, mempersenda al-Quran, hadis, memijak al-Quran, menghina agama Islam atau kesalahan melanggar fatwa.Contohnya, kes Hizbut Tahrir dan Rasul Melayu yang menghina Islam dan melanggar fatwa. Ada juga kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.Ada satu lagi iaitu kesalahan kesusilaan seperti sumbang mahram, pelacuran dan muncikari (bapa ayam). Muncikari ini juga satu isu kerana ada undang-undang lain di peringkat Persekutuan. Dalam Kanun Keseksaan ada dan dalam enakmen jenayah syariah juga ada. Ini perlu dilihat semula.(Selain itu) persetubuhan luar nikah, hubungan sejenis antara antara sesama jantina, khalwat, kes seperti Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat iaitu seorang lelaki berlagak seperti perempuan.Dalam kontroversi kes Sajat, apakah sebenarnya yang berlaku?Sajat mungkin boleh didakwa di bawah kesalahan lelaki berpakaian wanita atau tuduhan menghina agama. Itu bergantung kepada pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Cuma kesalahan yang akan didakwa itu, pihak JAIS dan pendakwa syarie perlu melihat sama ada kesalahan itu telah ada atau tidak dalam undang-undang Persekutuan. Kalau ada, ia mungkin akan dicabar. Jadi perlu berhati-hati.Drama penangkapan Sajat dan kontroversi yang dicetuskan olehnya telah menyebabkan institusi agama seperti JAIS dipandang lekeh kerana gagal menangani kes seorang individu seperti Sajat. Apa komen tuan?Secara peribadi saya melihat Sajat ini seorang ahli perniagaan. Dia berniaga emas dan produk kecantikan. Dia cantik dan berjaya menarik orang ramai untuk mengikuti Instagram dan media sosialnya bagi tujuan promosi.Dari satu segi, saya juga melihat institusi agama termasuklah menteri atau timbalan menteri memberi kenyataan seolah-olah sebuah institusi sedang berlawan dengan seorang individu.Kalau nak tangkap, tangkap sahaja, apa masalahnya? Bukan susah nak tangkap. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, dia (Sajat) bukannya boleh lari pergi ke luar negeri.Dari satu segi lain, apabila kita memanggil Nur Sajat seolah-olah kita mengiktiraf dia sebagai perempuan. Nama dia Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, tapi kita panggil dia Nur Sajat. Itu seolah-olah kita mengiktiraf dia sebagai perempuan. Kita juga secara tidak langsung mempopularkan dirinya.Apabila semua daripada institusi agama ini mahu memberi komen, keadaan itu menambahkan popularitinya. Itu bagus untuknya kerana dia memang menjual produk dan barang-barang.Bagi saya, institusi agama perlu tegas. Banyak isu lain yang lebih besar perlu difokuskan berbanding dengan Sajat ini.Pada masa yang sama, saya setuju (isu Sajat) sebenarnya menampakkan institusi agama ini hanya fokus kepada seorang individu dan kita kelihatan mengetepikan isu-isu besar yang lain seperti keputusan Mahkamah Persekutuan tadi. Tidak ramai orang komen atau komen yang diberikan lambat.Pada pandangan tuan, adakah saluran undang-undang adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu Sajat ini atau ada cara lain?Sebenarnya, apabila berlaku kesalahan, pihak berkuasa agama akan memanggil pesalah itu untuk hadir memberi keterangan. Jika tidak hadir, pihak penguat kuasa agama akan pergi ke mahkamah untuk memohon waran tangkap.Di peringkat ini, sebelum didakwa, kita ada satu alternatif lain iaitu sama ada pesalah ini dihantar ke mana-mana tempat untuk mendapatkan kaunseling dan sebagainya.Kalau didakwa di mahkamah, tidak semestinya dia akan disabitkan dengan kesalahan itu ataupun jatuhkan hukuman. Dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah iaitu Seksyen 97 ada apa yang dipanggil sebagai hukuman alternatif.Ini bermakna, mahkamah tidak sabitkan kesalahan tetapi mahkamah arahkan tertuduh menjalani satu tempoh pemulihan yang tidak melebihi enam bulan di mana-mana institusi pemulihan.Itu antara cara boleh dibuat. Sajat tidak perlu risau sebab dia tidak semestinya disabitkan dan dihukum. Dia juga mempunyai hak untuk membela dirinya.Tapi membela diri itu bukan di media sosial, sebaliknya di mahkamah. Kalau betul dia di pihak yang benar, berilah kerjasama dan keterangan kepada penguat kuasa. Sebab itu saya kata ada pihak yang memanipulasi perkara ini dan mengambil kesempatan untuk mempopularkan dirinya.Dari satu segi juga, berlakunya perlawanan antara institusi agama dan Sajat, dan kita nampak seolah-olah Islam itu jahat sangat. Asyik mengacau dia seorang.Itu bukan cara Islam yang berhikmah. Kalau sudah keluar waran tangkap, senyap-senyap cukup. Keluar waran tangkap, risik dia dekat mana dan tangkap sebelum bawa ke mahkamah. Ini kita heboh. Bila heboh keluar waran tangkap, Sajat akan membalas semula kerana dia mempunyai follower yang ramai.Baru-baru ini Sinar Harian mendedahkan isu scam poligami di institusi kehakiman syariah. Pernahkah tuan mengalaminya?Scam poligami ini satu istilah baharu. Sesetengah pihak mungkin mereka guna istilah ini untuk memberi fokus kepada apa yang berlaku di mahkamah syariah. Boleh jadi juga mereka yang terlibat sebenarnya terdiri daripada institusi mahkamah itu sendiri.Poligami ini sebenarnya sesuatu yang orang nak buat tapi dia tidak ada kekuatan. Mungkin dia mampu tapi tak ada kekuatan untuk memberitahu isteri pertama. Bukan isu takut bini. Tapi dia tidak mahu menyakiti hati isteri dengan menyatakan dia nak berpoligami.Undang-undang kata kalau nak berpoligami kena mohon di mahkamah syariah. Sama ada isteri setuju ataupun tidak, itu bukan isunya.Yang jadi masalah di sini ialah suami tidak mahu kemukakan permohonan di mahkamah. Maka sebab itulah berlakunya poligami secara sindiket ataupun scammer.Antara proses yang sering dilakukan oleh pihak yang ingin berpoligami tanpa kebenaran termasuklah mengaku dirinya bujang. Dia buat ikrar bahawa dia masih lagi bujang sedangkan sudah ada isteri.Keduanya, dia buat akuan palsu mengenai sumber pendapatannya dan menyatakan dia mampu menampung lebih daripada seorang isteri.Ketiga, mungkin dia buat akuan palsu mengenai tempat tinggal. Dia tahu negeri mana yang senang nak bernikah, jadi dia pergi ke negeri berkenaan dan minta mana-mana pihak keluarkan surat pengesahan bermastautin.Di Perlis contohnya, syarat untuk dapatkan pengesahan bermastautin daripada pegawai masjid atau pengerusi kariah ialah menetap lebih dari lima hari di negeri berkenaan. Berbeza pula dengan Selangor, syarat untuk dapatkan pengesahan bermastautin, seseorang itu perlu menetap di negeri tersebut sekurang-kurangnya tiga bulan.Kes perceraian sepanjang PKP dan pandemik Covid-19 dilaporkan mencatat peningkatan luar biasa. Boleh tuan kongsikan senarionya?Memang tidak dinafikan bahawa ia mencatatkan peningkatan sedemikian. Salah satu puncanya adalah masalah kewangan. Apabila pihak berkenaan kekurangan pendapatan ataupun tiada pendapatan, ia akan menyebabkan seseorang itu tertekan. Bila tertekan, dia akan mempengaruhi emosi dan juga komunikasi antara suami isteri.Suami yang stres dan tiada duit, bila berkomunikasi dengan isteri, nada dia akan berubah. Lebih kepada emosi, marah tak bertempat. Ditambah pula dengan kerenah anak-anak. Bila masalah itu dicampur-adukkan, maka ia mengundang ke arah perceraian.INFOMusa AwangUmur: 47 tahunAsal: Kuala TerengganuPendidikan:Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-Undang), Universiti Malaya (1994)Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan Guaman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999)Kerjaya:Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)Ahli Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Negeri SelangorAhli Jawatankuasa Induk, Arahan Amalan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) | 4 | 07 Mac 2021 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/126759/berita/wawancara/kesejahteraan-negara-warga-atm-jadi-keutamaan | Kesejahteraan negara, warga ATM jadi keutamaan | [MUKADIMAH] Menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan yang juga merupakan Menteri Kanan (Keselamatan) ketika negara mula berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19 sememangnya bukan tugas yang mudah.Namun, sikap tenang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengendalikan sidang akhbar hampir saban hari sejak setahun lalu sehingga kini membuatkan rakyat cukup yakin dengan kemampuan kerajaan dalam mendepani krisis global itu.Selain memberi tumpuan kepada usaha untuk memerangi ‘musuh yang tidak kelihatan’, Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera tidak sesekali melupakan peranan hakikinya menjaga kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Ikuti wawancara mengenai Pencapaian Malaysia Prihatin bersama Ismail Sabri atau lebih popular dengan gelaran ‘Pak Long Mail’ bagi mengetahui harapan dan perancangan beliau untuk terus mengangkat warga tentera yang menjadi benteng pertahanan negara.SINAR HARIAN: Setahun menerajui Kementerian Pertahanan, apakah kejayaan besar yang telah dicapai?ISMAIL SABRI: Selepas setahun, kejayaan besar kita adalah kemampuan ATM untuk terus menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Setakat ini, tidak ada isu berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara kita. Walaupun ada timbul isu di Laut China Selatan dan sebagainya tetapi semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.Ismail Sabri ketika wawancara Pencapaian Malaysia Prihatin Kementerian Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur -Foto: Asril Aswandi Shukor.Kita juga berjaya mengawal kawasan sempadan negara dengan baik. Jika kita lihat ancaman yang paling besar sekarang adalah di kawasan sempadan. Tanggungjawab untuk mengawal sempadan negara bukan sahaja digalas oleh pihak ATM, tetapi bersama dengan agensi-agensi yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) dan sebagainya.Kita berjaya menghalang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), menangkap tekong, merampas bos serta mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.- Bagaimana aspek kesiapsiagaan negara dari sudut pemerkasaan aset-aset pertahanan?Kita sentiasa pertingkatkan kesiapsiagaan kita. Pada tahun lalu, kita berjaya menambah aset baharu tentera, antaranya bot pemintas pantas, helikopter MD530G dan meriam. Kita sedang menambah baik dasar dan tindakan bagi kawalan sempadan. Sebagai contoh di Sabah, pesisir pantainya sejauh beribu kilometer dan tidak mungkin kita mampu menjaga setiap inci.Jadi, kita akan memperbanyakkan kenderaan tanpa pemandu seperti dron kerana banyak kehadiran PATI adalah dari negara jiran. Di sempadan utara Semenanjung, dari Kedah hingga Kelantan juga beribu-ribu kilometer, jadi peralatan seperti kamera litar tertutup dan radar akan ditambah dari masa ke masa.Di sempadan Kedah dan Thailand, kita akan mewujudkan pos bersama antara kedua-dua negara iaitu secara bersebelahan bagi membolehkan kita berkongsi maklumat dan kawalan sempadan, termasuk dengan Indonesia. Setakat ini, kita mempunyai 55 dron, namun masih tidak cukup. Kita akan membuat penambahan pada tahun ini dan bekerjasama dengan PDRM. Bagi memperkukuhkan kawalan, kita akan menambah 19 lagi pos sempadan di Sabah dan Sarawak, berbanding 17 ketika ini.- Menyentuh mengenai kebajikan untuk warga pertahanan, apakah usaha-usaha atau pelaksanaan yang telah dibuat pada tahun lalu?Antara program kesejahteraan warga pertahanan yang telah kita laksanakan ialah Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Bagi pelaksanaan tahun lepas, kita telah membina 223 unit RKAT di Kem Semenggo, Sarawak. Selain itu, 23 kontrak sewaan berkelompok RKAT di seluruh negara merangkumi 2,171 unit rumah kediaman.Kita juga telah menaik taraf RKAT yang mempunyai dua bilik kepada tiga bilik atau lebih melalui Program 2 To 1. Setakat ini, RKAT yang telah siap dinaiktaraf adalah sebanyak 40 unit, manakala yang masih dalam pembinaan adalah sebanyak 36 unit dan dalam perancangan ialah 208 unit.ATM memerlukan 35,000 unit rumah bagi memenuhi keperluan anggota. Untuk tahun ini Kementerian Pertahanan diperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi membina 1,000 unit RKAT baharu. Selain itu, Kementerian juga berusaha untuk memenuhi keperluan RKAT ini lebih awal dengan tidak hanya bergantung dengan kewangan kerajaan semata-mata. Oleh itu, kementerian turut menggunakan pendekatan kerjasama awam swasta termasuk kaedah land swap dan inisiatif pembiayaan swasta.Kita juga mempunyai tiga perancangan perolehan sewaan sejumlah 364 unit RKAT di Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah. Selain itu, kita juga akan memberi fokus kepada program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di mana program ini telah dilaksanakan pada tahun lalu. Tahun lalu kita telah membuat pelancaran bagi pembinaan perumahan SASaR Sungai Besi sebanyak 3,500 unit yang berharga antara RM150,0000 hingga RM250,000 seunit dan dijangka siap pada tahun 2024.- Bagaimana dengan aspek pendidikan untuk anak pegawai atau anggota tentera?Antara inisiatif pendidikan yang kita laksanakan ialah mewujudkan kuota 30 peratus bagi kemasukan anak warga pertahanan serta veteran ATM ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ATM-Bera di Pahang.Kita turut menyediakan kuota sebanyak 20 peratus untuk anak warga pertahanan serta veteran ATM untuk memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD).Selain itu, sebanyak 10 peratus kuota khas turut diberikan kepada lepasan MTD untuk memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tertakluk kepada pematuhan syarat minimum kemasukan yang telah ditetapkan.- Kalau kita bercakap mengenai Kementerian Pertahanan, tidak akan lengkap jika tidak menyentuh mengenai veteran tentera. Apakah usaha yang dilakukan untuk membantu golongan ini?Kita tidak sesekali melupakan golongan veteran. Antara kebajikan yang kita lakukan untuk mereka adalah pembayaran Elaun Kenangan secara one-off kepada 121,816 Veteran ATM penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) melibatkan peruntukan sebanyak RM60.9 juta.Selain itu, mengagihkan RM100.62 juta Bayaran Khas Kewangan (BKK) Prihatin Nasional 2020 kepada 201,253 Veteran ATM tidak berpencen. Turut diberikan ialah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 128,129 Veteran ATM melibatkan peruntukan sebanyak RM32.03 juta.Kita juga memperkenalkan Bantuan Veteran ATM terlantar dan Kad Kesihatan Pesakit Luar di Klinik Swasta dan Veteran ATM. Memperhebat Program Cakna Veteran ATM iaitu lawatan kebajikan ke atas veteran ATM sekali gus menyampaikan bantuan yang sewajarnya.Peperangan pada zaman kini bukan lagi dalam bentuk fizikal semata-mata tetapi dalam bentuk siber. Bagaimanakah kementerian mendepani cabaran alaf baharu ini?Perang siber ini lebih berbahaya daripada perang fizikal, jadi kita turut melengkapkan diri dengan pertahanan siber. Kita sudah ada Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) untuk pertahanan siber.Ismail Sabri ketika wawancara Pencapaian Malaysia Prihatin Kementerian Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur -Foto: Asril Aswandi Shukor.Kita juga bekerjasama dengan negara jiran dan di peringkat antarabangsa bagi menangkis serangan siber. Kita turut bekerjasa- ma dengan agensi dalam negara seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Keselamatan Siber Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).Bagaimanapun, kita masih memerlukan kewangan yang besar untuk mempertingkatkan pertahanan siber ini. Dengan kemudahan yang ada setakat ini, kita tidak terbabit dengan serangan, termasuk melalui ancaman daripada ‘Anonymous Malaysia’ baru-baru ini, namun masih berisiko untuk diceroboh.- Bagaimana keberkesanan Op Benteng sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini?Matlamat utama Op Benteng untuk mengawal sempadan negara dari dibolosi PATI dan mencegah jenayah rentas sempadan. ATM berkerjasama baik dengan agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain dalam menjalankan kawalan di sempadan secara bersepadu.Sejak 1 Mei 2020 hingga 28 Februari lalu, seramai 12,121 PATI dan 922 tekong telah ditahan. Kita juga merampas 322 bot atau kapal dan 1,469 kenderaan darat. Kita mengusir 1,299 PATI, sembilan tekong dan 616 bot, dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM307 juta.Statitik dan data yang saya umumkan setiap hari ini jelas menunjukkan keberkesanan penguatkuasaan hasil kolaborasi bersama melalui Op Benteng ini. | 4 | 04 Mac 2021 08:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/126070/berita/wawancara/solidariti-elak-umno-berpecah | Solidariti elak UMNO berpecah | HANYA dengan solidariti dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO akan membolehkan parti itu bangkit semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15.Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perpecahan tidak membawa sebarang kebaikan dan akan merugikan parti tersebut."Akhirnya kita menjadi kumpulan-kumpulan yang tidak menentu. Kalau kata begitu atau begini, maka jadilah tiga puak atau empat puak dan akhirnya yang rugi UMNO. Mesti ada solidariti, mesti ada kekuatan, baru boleh kita pergi berperang, katanya.Ikuti kupasan beliau dalam Wawancara Sinar Ahad bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan, Khairil Anwar Mohd Amin dan Liza Mokhtar.SINAR AHAD: Bagaimana Datuk Seri melihat peranan TNB sepanjang pandemik Covid-19 melanda Malaysia?MAHDZIR: Saya menjadi Pengerusi TNB pada masa Covid-19 sudah bermula. Salah satu masalah yang timbul ialah kita tidak dapat membuat bacaan bil elektrik selama tiga bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi penyelesaian yang kita buat itu ialah memberikan diskaun sampai Mac 2021.Yang keduanya, kita mencari cara untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Akhirnya kita buat keputusan untuk peruntukkan wang hampir RM1 bilion. Kita beri elektrik percuma kepada mereka yang guna elektrik bawah RM80 sebulan.Banyak cabaran yang TNB lalui. Apabila PKP pertama dilaksanakan, pendapatan TNB menurun disebabkan banyak kilang, restoran dan hotel terpaksa ditutup. Kemudian, pertumbuhan TNB jadi seperti V-shape, ia turun mendadak dan naik semula tetapi terganggu akibat PKP Bersyarat. Bagaimanapun, pengurusan tertinggi TNB telah melakukan terbaik menyusun semula strategi untuk memastikan TNB dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Program imunisasi besar-besaran sudah bermula. Apakah peranan TNB memandangkan vaksin Covid-19 Pfizer perlu disimpan di dalam peti sejuk bersuhu sehingga -70 darjah Celsius?Tiga minggu lalu, saya ada mesyuarat dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berhubung perkara ini. Vaksin ini perlu disimpan dalam suhu yang amat sejuk, jadi saya bawa pasukan TNB berjumpa dengan Dr Adham kerana beliau mahu memastikan bekalan elektrik di pusat-pusat penyimpanan vaksin ini terjamin. Sebenarnya, pengurusan tertinggi TNB sudah ada perancangan bagi memastikan bekalan yang berterusan dan tiada sebarang gangguan.Program vaksin ini memberi harapan pemulihan semula ekonomi negara. Sekarang kita berada di persimpangan antara kesihatan dan ekonomi. Hendak ‘total lockdown’ pun tidak boleh kerana ekonomi akan terjejas. Kalau tidak buat PKP langsung, akan menyebabkan krisis kesihatan.Mahdzir ketika diwawancara Sinar Ahad di Bangsar, Kuala Lumpur.Bagaimana Tan Sri melihat TNB pada masa depan?TNB adalah sebuah induk industri utiliti kerajaan yang berasaskan tenaga. Maknanya kita hasilkan tenaga, kemudian jual tenaga kepada rakyat dan industri. TNB mengendalikan 9.4 juta akaun. Dalam tujuh juta penduduk, 2.4 juta adalah komersial seperti industri perhotelan dan perkilangan. Jadi TNB fungsinya adalah menjamin bekalan elektrik yang berkualiti dan sempurna untuk rakyat secara berterusan. Kalau dulu ada 10 gangguan elektrik, sekarang jadi tiga gangguan elektrik, itu maknanya baik.Namun untuk masa depan TNB ini, ada cabaran yang paling besar. Bagi negara-negara membangun seperti Malaysia, kita merupakan ahli protokol peringkat antarabangsa iaitu Protokol Paris. Ia mengenai perubahan iklim dunia dan mereka mahu tahu apa yang Malaysia lakukan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.Arang batu dan gas dianggap sebagai bahan fosil yang dianggap boleh mendatangkan pencemaran. Jadi dalam Protokol Paris, mereka mahu dalam tempoh 10 tahun akan datang ia dapat dikurangkan dan beralih kepada tenaga yang boleh diperbaharui.Jadi TNB akan terkesan, kerana kita banyak menggunakan pakai arang batu dan gas. Ini cabaran untuk kita beralih kepada tenaga yang boleh diperbaharui seperti penggunaan solar dan hidro.Hubungan UMNO dengan Bersatu kelihatan kurang baik. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara itu dalam kalangan ahli-ahli Parlimen UMNO?Ketika ini agak rencam, semua orang menyatakan pendapat hingga menimbulkan kekeliruan. Kita tak boleh menghalang orang lain menyatakan pendapat. Tidak ada masalah jika ramai yang bercakap soal furuk, tapi perkara usul mestilah datang daripada pihak berautoriti bagi mengelakkan salah faham dan keresahan ramai, selain merosakkan imej parti.UMNO tidak pernah mengatakan ahli-ahli Parlimennya tidak boleh bersama kerajaan kerana ada antara mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan PN. Kemudian dalam PN itu ada daripada UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak serta rakan-rakan dari Sabah. Jadi maknanya UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan yang ditubuhkan sejak Februari 2020 dan mereka kekal sampai hari ini.Mahdzir berkata, perpecahan tidak membawa sebarang kebaikan dan akan merugikan parti tersebut.Datuk Seri ada menyebut UMNO perlu berdiri dengan kaki sendiri. Apakah maksudnya?Salah satu perkara paling penting sekarang adalah kesedaran solidariti. Solidariti ahli-ahli UMNO di semua peringkat, daripada cawangan ke peringkat bahagian ke peringkat negeri dan ke peringkat nasional.Pada tahun 2018 semasa Pilihan Raya Umum ke-14, kita sudah kalah. Sekarang kalau mahu kembali menang, yang pertama kekuatan itu perlu datang daripada solidariti yang kuat dalam kalangan ahli UMNO dahulu. Tidak boleh berpecah belah kerana dinamika politik ini ada bermacam-macam fikiran. Akhirnya kita menjadi kumpulan-kumpulan yang tidak menentu. Kalau kata begitu atau begini, maka jadilah tiga puak atau empat puak dan akhirnya yang rugi UMNO. Mesti ada solidariti, mesti ada kekuatan, baru boleh kita pergi berperang.Sudah tentu UMNO sebuah parti demokrasi. Semua orang boleh beri pandangan yang bermacam-macam. Ada yang ekstrem A, ada yang ekstrem B, ada yang tengah-tengah C, ada lagi setengah dibuat satu kelompok jadi D. Jadi ada A,B,C,D. Akhirnya ahli tanya, 'kau nak ikut siapa? 'aku nak ikut siapa sampai A,B,C,D? Yang itu kita panggil sebagai dinamik politik. Walaupun ada banyak pandangan, kita mesti bersatu atas nama UMNO.Bagaimana mahu menyatukan ahli-ahli UMNO sedangkan pada tahun ini akan diadakan Persidangan Agung UMNO dan juga pemilihan parti?Kita harus rasional, mahu mengadakan pilihan raya atau pemilihan parti. Buat pemilihan pun boleh, lepas pemilihan buat pilihan raya. Jadi kita harus ada pemikiran kritikal sama ada mahu tunggu pilihan raya dahulu, kemudian pemilihan parti.Soal mengenai pilihan raya dan keputusan bila pilihan raya nak dibuat terletak di bawah kuasa penuh Perdana Menteri.Bagi saya, kita perlu melihat sejarah perpecahan yang pernah berlaku ketika pemilihan UMNO, pada tahun 1987 misalnya pertembungan Tun Dr. Mahathir dan Ku Li hingga tertubuh parti pecahan baru iaitu Semangat 46 dan UMNO kemudiannya melalui episod diharamkan.Jadi itu semua kita kena ambil iktibar, tapi UMNO masih kekal utuh dan solidariti masih ada walaupun banyak cabaran serta persaingan ketika pemilihan. Ianya mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulihkan solidariti yang mungkin berkurang ketika pemilihan parti.Buat masa ini, Persidangan Agung UMNO 2020 masih belum dilaksanakan, kerana kekangan pandemik Covid-19, jadi apa-apa pun tunggu Perhimpunan Agung UMNO 2020 berlangsung dahulu, kemudian barulah kita sembang pasal pemilihan parti. Pada saya lebih baik mengadakan pilihan raya dahulu baru adakan pemilihan parti.Sesetengah pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kononnya ia daripada akar umbi. Apakah pandangan Datuk Seri?Yang pertama, pemimpin itu kena melihat diri sendiri sebelum bercakap. ‘Kamu buat kenyataan ini atas apa? Kenapa kamu buat kenyataan ini? Katalah kata kamu buat kenyataan ikut kumpulan saya, orang nampak ia datang daripada si A sebab dia daripada kumpulan X. Kemudian esok datang kenyataan si B daripada kumpulan Y, ini tidak cantik.Sepatutnya kenyataan parti hanya datang daripada Presiden dan Setiausaha Agung. Banyak jurucakap dalam parti boleh mengelirukan.Saya tidak mengatakan tidak boleh bercakap. Orang awam di luar bukan semua ahli parti, orang akan tengok kita. Pada saya, harus ada kebijaksanaan dalam bermain politik termasuklah kata-kata kita dalam tulisan atau ucapan. Tetapi kalau hari ini hentam presiden, esok hentam timbalan presiden kemudian hentam orang lain pula, orang akan kata, apa parti ini? Jaga kelakuan dan jadilah orang yang bertanggungjawab, ini maksud saya.Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah peluang untuk kerajaan penyatuan parti Melayu dan Islam iaitu MN dan PN dipertahankan?Kalau kita lihat daripada keseluruhan hasrat dan niat kerajaan, parti-parti yang ingin menubuhkan kerajaan ini sebenarnya telah terjawab apabila PH yang bertahan 22 bulan itu gagal. Apabila diumumkan kerajaan baharu ini, sebenarnya tiada pun orang mengadakan demonstrasi di jalan raya menentang kerajaan. Maknanya PN diterima. Perjalanan kerajaan ini berasaskan kepada bagaimana mereka mengkaji semula sedikit sebanyak polisi yang dibuat oleh Pakatan Harapan dan memasukkan elemen baharu dalam kerajaan.Tetapi gabungan ini nampaknya tidak begitu kukuh. Ada kecacatan yang perlu diperbaiki. Ada perkara yang boleh dibincangkan. ‘Ada benda yang aku terbuku, awak terbuku, kamu pun terbuku’. Semua parti yang ada itu, ada benda yang tersimpan (dalam hati).Jadi kadang-kadang penyokong menyuarakan pandangan tetapi di atas meja ia tidak selesai. Penyokong A bercakap, penyokong B bercakap, penyokong C bercakap. Ini perkara-perkara di mana kepimpinan boleh memainkan peranan untuk menangani urusan yang tidak selesai.Apa harapan Datuk Seri kepada Pas?Harapan pada Pas tetap ada. Sepertimana juga Pas berharap pada UMNO atas kepentingan bersama bagi mengukuhkan kerjasama politik Melayu Islam tanpa mengetepikan kaum lain di negara ini.Pokok yang rendang akan menjadi tempat orang berteduh begitulah jika kaum Melayu Islam bersatu dan kuat kaum-kaum lain akan sejahtera berteduh di bawah pohon ini.Secara amnya, semua parti memainkan peranan penting cuma bagaimana kelangsungan untuk berada bersama, itu sahaja. Pas ada peranan, Bersatu walaupun parti kecil tetapi ada Perdana Menteri, juga ada peranan. UMNO partinya besar, ramai ahli Parlimen, struktur parti juga besar, pun ada peranan.Mahdzir ketika diwawancara Sinar Ahad di Bangsar, Kuala Lumpur.Perkara utama menentukan kelangsungan kerajaan PN adalah isu pembahagian kerusi pilihan raya antara parti-parti. Apa respons Datuk Seri?Beginilah, kalau bergerak sendiri, UMNO akan bertanding semua kerusi, UMNO bertanding, Pas dan Bersatu bertanding, PH bertanding. Kalau pergi secara double, berunding kerusi dengan Pas, tetapi kalau pergi triple, kita berunding berapa kerusi Bersatu, Pas dan berapa kerusi BN.Asas kepada pemberian kerusi mesti berasaskan kepada Tier 1, apa dia Tier 1? Tier 1 ialah kerusi yang dimenangi pada tahun 2018. UMNO menang 55 kerusi, Pas 18 kerusi, Bersatu 13 kerusi. Kemudian ahli Parlimen UMNO lompat masuk ke Bersatu lebih kurang dalam 15 kerusi.Pokok pangkalnya nanti, yang lari itu nak kira masuk Bersatu atau masuk UMNO? Sudah tentu UMNO sebagai parti yang menang di tempat itu UMNO melihat itu adalah tapaknya. Kami mahu kerusi tersebut.Kita tahu PRU15 semakin hampir, adakah Datuk Seri yakin segala kemelut politik yang berlaku akan dapat diselesaikan?Pilihan raya ini ada kaitan dengan pendulum. Pendulum ini adalah lonjakan jam dari ke kiri ia pergi ke kanan.Pada 2018 pendulumnya adalah menolak BN. Pendulum duduk tengah-tengah tetapi tujuh bulan terakhir sebelum pilihan raya, pendulum itu tidak lagi menyebelahi BN. Sebab ada 'mind setting' rakyat bahawa BN tidak betul seperti ada sesuatu yang tidak kena.Perlahan-lahan dari bandar kemudian merebak ke pinggir bandar, pergi ke kawasan luar bandar dan terakhir ke kawasan pedalaman.Jadi pendulum itu sekarang kembali di tengah. Pendulum itu ada kecenderungan untuk kembali kepada BN tetapi kepimpinan BN mesti mempunyai satu ramuan yang baik untuk dihidangkan kepada masyarakat, bukan untuk ahli BN sahaja, bukan untuk ahli UMNO sahaja tetapi untuk rakyat di luar sana.Anekdot'Saya ahli politik marhaen'Saya ialah ahli politik proletariat. Ada dua golongan ahli politik, satu dipanggil ahli politik yang datang daripada borjuis, elitis atau bangsawan. Satu lagi ahli politik yang datang daripada kumpulan proletariat iaitu kumpulan marhaen.Jadi dalam kluster ahli politik ini ada bangsawan, ada marhaen. Setakat ini, marhaen tidak pernah menang dengan borjuis.Dari Pakistan ke Jepun, jarang-jarang marhaen menang dalam dunia politik. Jokowi mungkin salah seorang ahli politik marhaen yang menjadi Presiden Indonesia, beliau anak seorang tukang kayu. Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang datang dari Gujerat pula ialah anak penjual teh tarik.Yang lain saya tidak nampak. Di Singapura, perdana menterinya merupakan anak bekas perdana menteri. Kalau di Bangladesh ada dua wanita sahaja iaitu Sheikh Hasina dan Khaleda Zia.Maksud saya, bukan kita menentang elitis, borjuis tetapi maknanya persaingan ahli politik ini wujud tidak kira dalam parti mana. Saya tidak kata dalam UMNO sahaja, parti sebelah sana juga ada. Contohnya DAP, ada Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim ada anaknya, Nurul Izzah dan Mukhriz ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad.Di persada politik, saya datang daripada kumpulan bawahan, marhaen. Bukan cemburu, cuma kita mahu katakan majoriti ahli politik adalah daripada proletariat, tetapi kita menyokong siapa sahaja yang betul dan mendokong semangat perjuangan untuk membela negara bangsa.Ikut jejak dua sifu yang penyabarSaya mungkin dilihat kurang lantang menyuarakan pendapat. Saya datang daripada dua orang sifu dalam karier politik saya. Yang pertama, saya bekerja dengan Tan Sri Osman Aroff, bekas Menteri Besar Kedah. Kedua, saya bekerja dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau Timbalan Perdana Menteri.Saya merupakan setiausaha politik, sebelum itu saya menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar naik menjadi setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Perdana Menteri kemudian barulah saya masuk ke dalam dunia politik jadi Menteri Besar, jadi Timbalan Menteri.Saya datang daripada dua karakter yang tidak mahu berkelahi dengan orang. Saya dengan Tan Sri Osman, empat tahun, dengan Tun Abdullah, lima tahun, jadi maknanya saya ada lebih kurang sembilan tahun. Jadi watak-watak ini mendidik saya. Itu yang, kadang-kadang saya tanya dalam diri, ‘aku ni buat kenyataan nak berkelahi dengan orang ke tak mahu kelahi dengan orang’. | 4 | 28 Februari 2021 08:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/125607/berita/wawancara/kita-melenting-sebab-tiada-ilmu | Kita melenting sebab tiada ilmu | ADIBAH Noor, 50, satu nama yang cukup sinonim dengan dunia nyanyian dan pengacaraan, malah personaliti hiburan itu juga berbakat dalam bidang lakonan.Terlibat dalam dunia seni dan pengacaraan sejak tahun 1995, kemunculannya di depan lensa kamera seringkali tidak menghampakan para peminat.Namun baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Adibah yang juga merupakan seorang bekas guru Bahasa Inggeris menegur secara terbuka sebutan perkataan doubt yang disebut oleh seorang menteri.Teguran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang menerima secara terbuka dan ada juga yang kurang senang. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Liza Mokhtar bersama Adibah.SINAR HARIAN: Hanya kerana membetulkan sebutan bahasa Inggeris seorang menteri tempoh hari, netizen tampil dengan pelbagai reaksi dan komen di media sosial. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang kurang senang dengan teguran itu. Bagaimana Adibah melihat situasi berkenaan?ADIBAH: Terpulanglah. Kalau mahu terima, boleh terima. Kalau tidak mahu terima tidak mengapa. Adakah kita akan menjadi individu yang menerima sesuatu ilmu secara terbuka atau adakah kita memilih untuk menjadi individu yang membuat pelbagai alasan asalkan kekurangan diri kita tidak terserlah.Adakah Adibah menerima sebarang respons daripada pihak menteri itu sendiri berhubung teguran tersebut?Saya tidak menerima apa-apa respons daripada pihak menteri tersebut dan saya tidak mengharapkan apa-apa respons.Ada yang mengatakan tidak perlu sebenarnya kita terlalu sempurna dalam mempraktikkan bahasa Inggeris, lihat sahaja negara Jepun yang disegani seluruh dunia walaupun majoriti rakyatnya tidak menguasai bahasa antarabangsa itu. Apa komen Adibah?Benar bahasa apa sekalipun boleh menjadi bahasa ilmu termasuklah bahasa kebangsaan kita tetapi mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan adalah ilmu.Macam mana kita belajar Matematik. Macam mana kita belajar Kimia. Macam mana kita belajar politik. Macam mana kita belajar Sejarah dan macam-macam subjek lagi begitulah juga mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ia adalah salah satu cabang ilmu.Kalau misalnya kita selesa dengan keadaan seadanya dengan penguasaan satu bahasa sahaja, dengan penguasaan dan pemahaman ilmu setakat mana yang kita ada, kita berpuas hati dengan kehidupan itu, dengan tahap yang sedemikian, silakan.Tetapi sebagai manusia, kita seringkali dituntut untuk mencari ilmu. Jadi apa salahnya kalau kita cari ilmu.Kenapa kita tidak perhebatkan diri lagi dan Insya-ALLAH pintu rezeki itu akan terbuka lebih luas.Contohnya, kalau saya ini seorang pengacara majlis yang hanya menguasai satu bahasa mungkin kerja-kerja yang saya dapat adalah mengacara majlis-majlis yang hanya memerlukan saya berbahasa Melayu.Kalau kita sudah selesa di tahap itu tidak salah langsung tetapi saya cabar diri saya untuk memperhebatkan fahaman dan penguasaan saya dalam bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris.Alhamdulillah bukan sahaja saya dapat mengacarakan majlis yang memerlukan saya berbahasa Melayu malah saya juga dapat kerja-kerja mengacarakan majlis dan program yang memerlukan saya bertutur dalam bahasa Inggeris.Apa salahnya, pintu rezeki kita mungkin terbuka lebih luas lagi kalau kita ada sesuatu ilmu yang kita kuasai tidak kiralah bahasa atau mata pelajaran lain.Di sebalik ‘kekecohan’ teguran tersebut, adakah ia memperlihatkan sikap rakyat Malaysia ini cepat melenting sekiranya ditegur atau terpulang kepada penerimaan masing-masing terhadap sesuatu teguran itu?Kadang-kadang, kita cepat melenting sebab apa? Sebab bila kita tiada sesuatu ilmu, kita tiada pengetahuan, kita tiada sesuatu benda itu kadang-kadang ego kita ini mahu menutup segala benda yang malu kita nak tunjuk.Malu nak tunjuk kita tiada benda itu tetapi kita memilih untuk memburukkan orang yang membetulkan. Memburukkan orang yang ada ilmu itu. Jadi semua ini terpulang kepada individu.Kalau kita terima daripada perspektif pembelajaran walaupun awak tidak suka cara saya buat tetapi terima ilmu itu maka awak tetap akan terima secara positif.Tetapi kalau kita memilih untuk melihat ia dari segi, ‘eh awak ingat hebat sangat cakap bahasa Inggeris’ maka selama-lamanya kita akan jadi begitu. Pilihan terletak di tangan kita.Berhubung program tv pendidikan, pada pandangan Adibah, perlukah guru yang mengendalikan sesebuah program tv pendidikan itu terutama subjek yang menggunakan bahasa Inggeris untuk menguasai sepenuhnya bahasa itu bagi memastikan isi pembelajaran dapat disampaikan dengan baik?Sebelum menghasilkan sesuatu program, harus ada perancangan yang sangat teliti. Tidak kira program apa sekalipun program pembelajaran, program hiburan, program bual bicara dan sebagainya kita harus ada perancangan teliti yang diberikan kepada satu pasukan yang berpengetahuan, pasukan yang mampu menghasilkan sesuatu produksi.Kita tidak boleh harapkan seorang guru itu untuk melakukan segala-galanya. Sepatutnya ada sistem sokongan, ada penulis skrip, ada orang yang memantau bahasa, ada orang memantau kebolehan perantara, ada orang memantau rekaan grafik dan sebagainya.Pengisian program itu seharusnya bermula di meja mesyuarat di mana kita boleh berkongsi idea dan cara terbaik menyampaikan sesuatu perkara di hadapan lensa kamera.Mesti ada perancangan teliti dan mesti ada pemilihan siapakah perantara yang terbaik untuk menyampaikannya.Berkenaan tawaran Adibah untuk mengajar Bahasa Inggeris di DidikTV, adakah ia dibuat berikutan rasa terpanggil untuk kembali mengajar atau bagaimana?Saya cuma menawarkan diri sahaja. Saya menawarkan diri untuk kita sama-sama berbincang, untuk kita sama-sama mencetuskan idea tentang cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu pembelajaran, program dan sebagainya.Saya menawarkan diri untuk menjadi perantara atau guru bahasa Inggeris di platform sedemikian.Bukan untuk ‘sailang’ kerja, saya tidak perlu berada di depan lensa kamera pun mungkin boleh cari guru yang lebih baik dan jauh lebih berkaliber daripada saya. Saya cuma menawarkan diri untuk kita sama-sama cari jalan terbaik demi pendidikan anak-anak.Umum tahu Adibah sering membetulkan sebutan bahasa Inggeris menerusi video, pernahkah Adibah berasa putus asa untuk berbuat demikian disebabkan respons kurang menyenangkan yang diterima selepas membuat teguran?Saya tidak akan berputus asa. Mana yang saya terpanggil untuk betulkan saya akan buat.Sebenarnya saya tidak sehebat mana, penguasaan bahasa Inggeris saya pun semakin 'karat' sebenarnya tetapi apa yang saya tahu, saya boleh kongsi.Kalau mahu katakan saya terkesan dengan komen-komen negatif yang menjurus ke arah kecaman, kalau teguran kita boleh terima, sebenarnya kurang daripada lima peratus dibandingkan dengan respons positif yang saya dapat.Kira-kira 95 peratus yang saya terima adalah galakan dan dorongan untuk saya teruskan usaha saya malah ramai yang meminta saya mengajar anak-anak mereka secara peribadi.Ramai ibu bapa yang bertanya, kalau saya boleh datang dan ajar anak mereka. Maknanya apa? Maknanya sudah ada kesedaran dalam kalangan ibu bapa secara menyeluruh bahawa anak-anak mereka perlu mahir menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Saya sangat terharu dengan respons itu sebenarnya. Yang kecaman itu tidak mengapa.Tidak semua akan terima pendapat kita, tidak semua akan boleh terima teguran apatah lagi teguran viral seperti itu. | 4 | 25 Februari 2021 09:00am |
NURUL HUDA HUSAIN | https://www.sinarharian.com.my/article/124786/berita/wawancara/segera-putuskan-rantaian-rasuah | Segera putuskan rantaian rasuah | USAHA untuk memutuskan rantaian rasuah yang telah membarah di Malaysia sejak sekian lama perlu digerakkan secara organik melibatkan rakyat semua peringkat. Revolusi nilai, moral dan pemikiran untuk menghapuskan rasuah yang menjadi duri dalam daging ini perlu dilakukan segera demi kesejahteraan negara dan generasi masa depan.Justeru, pengenalan kempen Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa atau Sinar Rasuah Busters yang mula digerakkan sejak lebih sebulan lalu dilihat tepat pada masanya.Ikuti hasrat dan perancangan lanjut Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub merangkap Ketua Pasukan Rasuah Busters pada program Bicara Minda mengenai hala tuju kempen tersebut.Program yang berlangsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Jumaat menampilkan Sayed Munawar Sayed Mustar sebagai moderator.SAYED MUNAWAR: Apa sebenarnya yang mencetuskan Datuk untuk memulakan agenda Rasuah Busters ini?HUSSAMUDDIN: Saya sudah berada dalam industri penerbitan akhbar selama 40 tahun. Saya seorang yang percaya kepada kebebasan akhbar. Sepanjang 40 tahun saya berada di dalam dunia perniagaan, saya melihat keruntuhan moral bangsa ini semakin teruk. Masalah rasuah makin berleluasa. Hampir setahun lebih negara dibadai Covid-19. Hidup rakyat kelihatan begitu sengsara. Malah, lebih teruk lagi apabila masing-masing bergaduh sesama sendiri.Berbeza dengan negara lain, mereka dapat uruskan dengan baik. Mereka gunakan harta negara untuk menyelamatkan rakyat. Di Malaysia, kita ada masalah besar di mana rasuah sudah menjadi darah daging. Dalam ekosistem kita, semuanya perlu berbayar. Jadi kos sara hidup jadi makin tinggi. Oleh sebab itu, sebagai pemilik media, kita sepatutnya memandang kepada ummah. Masing-masing perlu berganding bahu demi menyelamatkan bangsa khususnya generasi muda agar mereka tidak turut terjebak dengan masalah integriti dan salah guna kuasa.Selain Sinar Harian, siapa lagi dalam kalangan media yang menyambut perjuangan yang dibawakan oleh Datuk sekarang ini?Selama 40 tahun Karangkraf diwujudkan, kita sudahpun berjaya sampaikan kepada rakyat walaupun sumbangan itu dilihat agak kecil. Apabila melihat keadaan sekarang, rakyat seolah-olah merelakan apa yang berlaku. Keruntuhan moral bangsa inilah yang membolehkan salah laku rasuah membiak. Itulah kenapa saya rasakan saya perlu gerakan kempen ini. Saya harus mengambil peranan ini untuk mengetuai satu gerakan kesedaran. Walaupun orang kata dah berakar umbi tapi saya yakin sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh, Insya-ALLAH kita boleh bebas daripada masalah isu integriti dan salah guna kuasa.Bagaimana Rasuah Busters ini boleh membawa kepada satu dimensi yang berbeza?Saya lihat rata-rata pemimpin politik sudah hilang kredibiliti dan rakyat sudah hilang kepercayaan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir 60 tahun memerintah namun gagal atasi isu integriti dan salah guna kuasa. Bahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri pun gagal atasi perkara sama meskipun pernah memerintah selama 22 bulan. Keadaan menjadi semakin teruk apabila kerajaan dipegang oleh Perikatan Nasional (PN).Kalau kita betul-betul ikut ajaran Islam sebenar sebagaimana diajar oleh al-Quran dan Sunnah, ia sememangnya cukup jelas. Kenapa rakyat tidak amanah? Ini kerana mereka tidak ada nilai moral dalam diri. Jadi, dengan adanya kempen Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa ini kita dapat kembalikan semula sistem moral tersebut. Rakyat harus bergerak sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pemimpin politik. Bila adanya satu revolusi sikap dan revolusi nilai, barulah kita boleh berjaya banteras isu integriti dan salah guna kuasa.Datuk, kita mengakui masyarakat terlalu feudalistik dan ciri feudalistik itu mereka mencari hero, wirawan dan dalam realiti kita hari ini, Datuk sendiri menyebut bahawa sistem sudah runtuh. Kita runtuh segala-galanya termasuk institusi yang sepatutnya menegakkan keyakinan. Apakah nanti Sinar Harian mampu menimbulkan rasa kejelikan?Saya rasa kita harus lihat kepada diri kita sendiri. Ada orang Melayu yang baik, orang Cina yang baik, orang India yang ada disiplin, yang berpegang kepada nilai, masih ada cuma selama ini mereka memilih duduk di belakang dan membiarkan noisy minority (suara minoriti) untuk menilai dan suara minoriti ini yang menyokong pemimpin yang bagi saya, saya guna analogi, orang mata satu memimpin orang buta. Jadi sekarang orang yang celik kena bangun keluar daripada zon selesa mereka, iaitu zon yang tengok sahaja dan membiarkan.Tapi dia kena bangun dan suarakan kerana sekarang duduk sahaja dan merelakan adalah satu dosa besar. Jadi kalau kita dah sedar kita lakukan sesuatu. Kita perlu mulakan revolusi ini dengan diri kita dulu. Jadi di peringkat kita, kita tolak secara terang-terang apa sahaja salah laku dan moral yang tidak bagus, nilai-nilai yang tidak bagus itu kita tolak. Apa yang ingin saya katakan ialah, gerakan ini mesti dari bawah ke atas.Hussamuddin - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKORMula dari diri ke keluarga, ke lingkungan dan masyarakat berasaskan nilai-nilai murni mengikut agama masing-masing. Kita balik kepada agama. Bagi saya, kita beragama selama ini salah. Kenapa saya ambil momentum sekarang untuk lancar kempen ini kerana kita tengok seluruh dunia berkurung. Manusia sekarang takut mati. Bagi saya inilah saat terbaik untuk membawa perasaan takut kepada Tuhan, kita tanam perasaan ketakwaan, supaya dapat bangkitkan kembali apabila keluar daripada Covid-19 ini dengan jiwa yang baharu.Apakah media lain juga ada sentimen yang sama? Bagaimana dengan sambutan media?Bila saya lancar program ini banyak sambutan daripada media, surat khabar pertama temu bual saya adalah The Edge. The Edge ini kita tahu dimiliki orang bukan Melayu dan pasaran mereka adalah sektor korporat dan sektor ini juga berhadapan dengan isu rasuah. Tapi mereka berani temuramah saya dan berani promosi dan banyak surat khabar Cina dan media yang dimiliki oleh bukan orang Melayu yang turut menyokong. Rakyat sekarang sudah penat. Orang yang membayar penat, jadi dia tidak mahu bayar lagi.Itu sebab mereka sokong kempen ini dan orang yang menerima dah kaya raya tu mungkin dia akan berhenti. Kita harap begitu dengan kempen ini. Yang duduk ambil sikit-sikit kita berharap berhenti ambil. Sebab itu saya gunakan perkataan putuskan rantaian. Bermakna kalau kita dapat putuskan rantaian itu maka kita berjaya. Macam Covid-19 jugalah. Kempen ini akan menjadi kerana satu, ia bukan dimulakan oleh kerajaan, bukan dimulakan oleh orang politik.Pasal kalau dimulakan oleh kerajaan majlis pelancaran lebih besar daripada kejayaan. Jika orang politik pula mereka sekarang sudah hilang kredibiliti dan Sinar Harian ini kenapa saya rasakan kempen ini Insya-ALLAH akan berjaya kerana sepanjang saya berniaga 40 tahun ini saya sudah dapat bina satu reputasi, maksudnya orang dah kenal saya. Masa saya terbit Watan dulu, kita akhbar bebas walaupun zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.Akhbar saya kena gantung tiga kali, tapi saya teruskan, saya konsisten. Kemudian saya terbit pula akhbar Eksklusif, Mahathir gantung akhbar saya sekali lagi dan kini saya terbitkan Sinar Harian yang kini sudah masuk usia 15 tahun. Saya sahaja yang berani bebas, masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak mereka tidak kacau saya. Bila Pakatan Harapan (PH) masuk mereka lagi tidak kacau saya tapi sebab saya dah ada reputasi, saya bebas dan dalam bisnes kami memang kontrak kerajaan itu tidak sampai satu atau dua peratus daripada perniagaan kita pun. Maknanya saya boleh, saya ada reputasi yang saya rasakan bahawa ahli perniagaan bukan Melayu pun percaya dengan saya, orang ramai percaya saya dan saya rasa orang politik pun dia tahu mana pendirian saya. Saya ada baca dalam media sosial, orang politik branding saya secara bebas dan berbahaya.Pasal saya masih ingat masa Datuk Seri Najib Razak datang berbuka puasa dekat sini tujuh, lapan tahun dahulu dalam ucapan, beliau minta Sinar Harian bantu. Saya kata hendak bantu tidak ada masalah, boss saya adalah ALLAH, saya lapor pada ALLAH. Jadi maknanya saya bertanggungjawab memastikan surat khabar saya ini bebas. Cuma pada masa dahulu kebebasan akhbar tidak sebebas macam sekarang. Tapi dalam keadaan sukar pun saya kekal bebas. Jadi sekurang-kurangnya Sinar Harian ini ada satu reputasi, Karangkraf ini bebas dan semua orang tahu. Kita tidak ada agenda politik. Saya langsung tidak ada agenda. Saya buat ini kerana betul-betul rasa bersalah. Sebab saya rasakan apa yang saya buat 40 tahun dahulu tidak cukup untuk ubah pemikiran orang Melayu. | 4 | 20 Februari 2021 09:00am |
NURHIDAYAH HAIROM | https://www.sinarharian.com.my/article/124418/berita/wawancara/luahan-dr-mahathir | Luahan Dr Mahathir | [MUKADIMAH] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dalam program ‘Bersama Tun M’ di Studio F, Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.Dalam temubual selama lebih satu jam itu, beliau menyentuh pelbagai perkara termasuk isu perjuangan beliau, politik hari ini, perasaan terhadap UMNO dan isu rasuah yang semakin menjadi-jadi.Wawancara itu dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar. Ikuti transkrip penuh temu bual berkenaan.Johan menemubual Dr Mahathir dalam wawancara Bersama Tun M di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.JOHAN JAAFFAR: Tun mengatakan perintah darurat oleh kerajaan tidak sah dan tidak mengikut undang-undang. Perdana menteri tentu ada penasihat undang-undang yang patut menasihatkannya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku kalau betul pengisytiharan itu tidak sah?DR MAHATHIR: Penasihat adalah penasihat. Tak bermakna dia memberi arahan. Ada orang yang kalau dinasihati dia tidak mengikut nasihat itu. Dia buat keputusan sendiri. Saya akui saya juga begitu di mana saya dinasihati oleh ramai orang ada yang saya tolak. Saya buat kenyataan sendiri.Jika begitu, adakah betul pandangan Tun bahawa pengisytiharan darurat itu tidak sah dan tidak mengikut undang-undang?Saya tidak nampak apa sebabnya kita perlu kuasa yang lebih kerana setakat yang saya lihat dan saya tahu, kita tidak perlu kepada kuasa yang lebih daripada kuasa yang sudah diperuntukan oleh undang-undang sedia ada.Kalau kita kaji, kita akan dapati bahawa semua tindakan itu mengikut undang-undang. Selepas diisytihar darurat pun tak ada tindakan yang lebih daripada apa diperuntukkan oleh undang-undang biasa. Darurat itu tidak perlu sama sekali.Salah satu daripada perkara dilihat rakyat hari ini, bagi mereka asalkan soal Covid-19 dapat ditangani dengan baik, ada makanan atas meja, cukuplah. Mereka tidak peduli sama ada darurat itu sah atau sebagainya. Apa pandangan Tun?Kita tidak guna darurat bukan kerana kita kurang bebas tetapi bila kita disebutkan darurat, ramai yang rasa bahawa undang-undang biasa tidak berkuatkuasa lagi. Ini kita dapat lihat yang mana setelah diisytihar darurat, Parlimen tidak boleh bersidang dan banyak lagi sekatan-sekatan sehingga ada dalam gazet disebut bahawa kalau kerajaan rampas sesuatu, orang yang menjadi mangsa tidak boleh bawa kesnya ke mahkamah.Jadi tindakan kerajaan ini bukan sahaja tidak boleh disoal dalam parlimen tetapi tidak boleh disoal dalam mahkamah. Ini bermakna kebebasan, hak rakyat sudah dirampas oleh kerajaan.Sehingga hari ini, parti yang Tun asaskan iaitu Pejuang masih belum diberikan pendaftaran. Apakah pihak penaja ada pelan A, B, atau C kerana kita lihat sehingga hari ini orang tertanya-tanya apa yang berlaku pada Pejuang?Kita tidak didaftar walaupun undang-undang berkata pihak kerajaan mesti mendaftarkan sesuatu badan itu kalau dia menepati segala syarat. Kita (Pejuang) menepati segala syarat tetapi masih tidak didaftar.Jika Pejuang tidak didaftar, kita perlu cari jalan lain dan kita tidak boleh terangkan apa pelan tersebut. Tetapi kita masih ingat ketika kita masih dalam Bersatu dalam PRU14, sebelum PRU diadakan tiba-tiba parti yang sudah didaftar ditarik balik pendaftarannya. Pendaftaran Pakatan Harapan pun tidak diluluskan.Tindakan kerajaan ini bertentangan dengan undang-undang negara yang sepatutnya kerajaan memudahkan segala urusan. Kerajaan lebih terpengaruh dengan politik parti dan tidak membenarkan pihak lain menentang. Ini yang berlaku.Apakah Pejuang satu lagi parti yang akan pecahbelahkan perpaduan orang Melayu?Pada mulanya, ketika kita melawan Malayan Union dan menuntut kemerdekaan, pada masa itu semua orang ada dalam satu parti sahaja iaitu UMNO. Kenapa? Kerana pada masa itu kalau kita bergiat dalam politik, kita tidak dapat apa-apa pun. Bila merdeka, ramai yang melihat melalui politik boleh jadi Yang Berhormat, boleh dapat gaji, boleh jadi menteri malah perdana menteri dan gaji besar. Jadi ada orang yang lihat menjadi wakil rakyat ini adalah satu cara mendapat pendapatan yang baik.Ada yang kata Pejuang ini tidak lebih daripada menjadi satu lagi alat untuk Tun terus berkuasa. Apa komen Tun?(Terpulang) kalau nak salahkan saya. Saya khuatir dengan masa depan orang Melayu dan saya lihat selama 80 tahun bagaimana orang Melayu merosot daripada segi kuasa kerana mereka berpecah.Saya berpendapat bahawa masa depan orang Melayu amat gelap. Walaupun sudah berumur 95 tahun, saya masih berminat untuk menjalankan tugas saya. Bukan siapa suruh, saya rasa seperti itu.Apa yang boleh rakyat atau orang Melayu harapkan daripada seorang bekas perdana menteri yang berusia 95 tahun yang tidak ada parti?Pengalaman saya selama 80 tahun dalam politik dan lebih kurang 24 tahun sebagai perdana menteri. Saya ingat saya mempunyai pengalaman yang banyak yang boleh diguna oleh sesiapa sahaja. Sebab itu kalau ada orang datang jumpa, saya minta supaya saya membuat sesuatu, jadi saya cuba membuat sesuatu.Setakat ini saya boleh menyumbang pendapat yang saya saya yakin orang lain tidak ada kerana tidak pernah jadi PM sekian lama.Ada yang kata Tun sudah menyumbang kepada bangsa, kepada negara sekian lama dan inilah masanya untuk Tun berehat, tinggalkan politik?Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap saya dapat berehat, menikmati kehidupan, berjalan sana sini. Tetapi seminggu selepas saya letak jawatan, orang datang minta tolong buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi PM ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Hanya seminggu sudah nampak kelainan. Selepas itu rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Saya cuba nasihat tetapi nasihat tidak berkesan. Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti dan menentang kerajaan. Parti yang dahulunya adalah parti saya.Berdasarkan pemerhatian Tun, apa yang dilakukan oleh pimpinan pada masa ini?Rasuah sudah merebak sampai tahap yang mana kerajaan boleh didirikan melalui rasuah. Pegawai dan anggota kerajaan boleh dibeli dengan duit. Jadi kita akan lihat negara kita ini diperintah oleh perasuah yang menjadi pemerintah kerana dibeli orang tertentu atau kerana mereka membeli tempat untuk diri mereka. Ini akan merosakkan negara.Apakah ini baru berlaku atau dah berlaku sebelum ini?Dulu ada rasuah, saya tidak kata tidak ada. Zaman British pun ada rasuah. Tetapi ia tidak melibatkan politik pada masa itu. Sekarang ini dalam bidang politik kita dapat kemudahan tertentu maka ramai yang ingin masuk dalam bidang politik kerana dapat kuasa untuk diri sendiri dan kuasa itu boleh disalah guna.Kita sudah lihat ada pemimpin mencuri duit. Kenapa curi duit? Kerana nak sogok dengan duit yang banyak. Duit sendiri tidak ada, duit kerajaan pun tidak cukup. Jadi dibuat melalui syarikat tidak tertakluk kepada dasar-dasar kerajaan. Pinjam RM42 bilion dan sebahagian daripada duit itu hilang sampai sekarang ini.Pada waktu Tun menjadi perdana menteri pada pusingan pertama dulu selama 22 tahun ada pandangan menyatakan sebahagian daripada masalah rasuah berpunca daripada era Tun?Kalau nak pergi ke belakang, berpunca daripada merdeka dan demokrasi kerana demokrasi memerlukan populariti. Kadang-kadang ada orang yang nak dapat sokongan, dengan duit. Itu bermulanya rasuah.Tetapi masa itu setakat nak jadi ketua bahagian, tidaklah begitu teruk sampai boleh mendirikan kerajaan. Saya bagi amaran berkali-kali. Kalau kita buat begini rakyat akan tolak kita.Ini sudah pun berlaku kerana kita dapati semakin lama semakin ramai orang politik ini menyertai politik bukan kerana nak menyumbang kepada negara, bangsa atau agama tetapi kerana mahu ada tempat bagi diri sendiri.Ada yang mengatakan bahawa Tun menutup mata kepada amalan rasuah dalam kalangan orang terdekat Tun dalam rakan perniagaan atau politik?Saya dapat sokongan bukan kerana bagi apa-apa kepada orang. Saya nasihat (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kalau nak popular tak perlu beri duit. Turun ke kampung, bersalam dengan orang. Tanya khabar. Itu sudah cukup untuk mendapat sokongan.Saya tidak belanja duit. Saya kedekut. Duit saya adalah duit saya. Saya tidak beri kepada orang. Tapi dengan cara kita berbaik-baik, lepas itu kita tunai janji kita nak bangun negara. Kita kena tunai janji untuk buat sesuatu. Jadi orang sokong kerana itu bukan selalunya kerana rasuah.Dalam tahun 90-an, Tun atau UMNO pernah mengadakan Perhimpunan Agung Khas tentang politik wang. Apakah Tun rasa mesej pada ketika itu sampai khususnya kepada ahli-ahli UMNO ketika itu?Saya nampak jauh ke hadapan. Kerana saya ikut apa yang berlaku sebelum itu. Kita tahu apa yang akan jadi kemudian dengan kita melihat apa yang sudah berlaku. Dia akan berjalan terus. Saya nampak nilai moral orang kita ini sudah kurang. Mereka lebih utamakan apa yang mereka dapat kerana kegiatan mereka dalam politik.Mereka cuma nak jadi menteri, jadi perdana menteri kerana dapat kuasa dan seperti mana kita lihat, selepas saya letak jawatan, apabila orang yang ganti saya nampak peluang itu untuk dapat duit untuk diri sendiri, (dia) sudah melakukan perbuatan rasuah.Bercakap tentang nilai agama dan Islam tetapi pada waktu sama mereka terbabit dengan rasuah?Kita cakap tentang nilai. Kita tahu nilai yang baik tetapi kita tidak amalkan nilai yang baik. Kalau kita amalkan sebagai orang Islam, kita bercakap berkenaan dengan cara hidup Islam tetapi kita tidak amal.Islam melarang kita membunuh. Kita tengok orang Islam banyak bunuh dan curi. Semua itu dilarang dalam Islam. Kita buat amal ibadat fardu ain untuk diri sendiri. Puasa, solat, bayar zakat, mengerjakan haji dua ke tiga kali, tapi dari segi rasuah dia lakukan juga.Kita tengok perasuah ini setiap tahun buat umrah dan bagi duit kepada orang lain juga supaya buat haji tetapi curi duit berbilion-bilion.Kalau saya jadi menteri pada zaman Tun, beranikah saya mahu persoalkan Tun jika Tun buat silap?(Ketawa) Jika you macam (Tan Sri) Rafidah (Aziz), banyak yang berani tapi orang tidak tahu. Dalam Kabinet banyak benda yang saya cadang tetapi tidak lulus kerana mereka tidak bersetuju. Masa saya kendalikan krisis kewangan, saya buat cadangan, mereka tolak.Akhirnya saya buat satu cadangan yang mereka boleh terima maka itulah yang mereka laksanakan. Jangan fikir dalam Kabinet saya tak ada siapa yang bercakap. Mesyuarat tiga jam sehari takkanlah saya seorang saja yang nak bercakap. Tapi orang lain tak percaya, mengatakan saya sebagai diktator. Musuh saya memang panggil saya diktator. Kalau dia panggil saya pemimpin saya, tentu dia tak boleh jadi musuh saya.Mengenai usaha Sinar Harian melancarkan Sinar Rasuah Busters, apakah pandangan Tun?Ini satu usaha yang mulia kerana tidak ada sesuatu yang lebih buruk daripada rasuah. Seluruh negara ini akan hancur kalau kita mempunyai moral value yang terima rasuah. Kita tengok banyak negara-negara tidak boleh maju kerana rasuah. Jadi kalau kita ada satu kempen lawan dengan rasuah saya fikir kalau kita berjaya negara ini akan selamat.Apa lagi cadangan Tun supaya usaha ini menjadi gerakan massa, bukan setakat ‘hangat-hangat tahi ayam’?Kita mesti tegas. Kita ada undang-undang tapi kalau undang-undang itu tidak dikuatkuasakan, ramai yang berpendapat ‘tak apalah aku lakukan pun tak jadi apa’. Kalau didapati bersalah pun tak masuk penjara. Itu kalau kita layan orang yang semacam itu, rasuah akan menjadi addict (ketagih). Kalau pemimpin adalah perasuah semua di bawahnya akan rasuah.Bagaimana kita hendak sampai kepada level negara-negara yang bersih daripada rasuah. Apa cadangan Tun?Ini mengambil masa yang pertamanya daripada kecil kita perlu disemai dengan perasaan bahawa rasuah itu salah. Kita tahu anak-anak kecil belajar daripada ibu bapa. Ibu bapa memberitahu apa yang baik, apa yang tidak, apa yang berdosa, apa yang dapat pahala. Semua ini diajar pada waktu kecil.Kita kena bermula pada umur tiga tahun, kita perlu semai dalam hati anak-anak kita di sekolah, di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi dan juga di universiti tentang nilai yang baik dan kenapa nilai yang baik perlu diamalkan. Pada masa sekarang, peranan ibu bapa sangat kurang kerana mereka bekerja. Tak ada masa hendak semai nilai-nilai yang mulia kepada anak.Sebab itu dia menjadi tugas kerajaan untuk mengadakan kindergarten dan membantu kindergarten dengan kokurikulum yang ada nilai-nilai yang mulia kepada anak-anak kita.Maksudnya ilmu ini perlu diterapkan dari peringkat pra sekolah?Dari peringkat kindergarten supaya jadi satu budaya bangsa. Kita lihat sesetengah budaya bangsa begitu baik sekali sehingga mereka selalunya berjaya tetapi kita kurang berjaya kerana tidak ada satu usaha yang serius untuk pupuk nilai hidup yang mulia.Kita orang Islam. Saya berpendapat kalau kita turut kita akan mendapat ajaran yang baik. Baca al-Quran dalam bahasa Arab kita tidak tahu apa yang dia kata. Kita juga tahu tapi kita tidak ikut. Banyak yang dilarang. Bila kita larang ‘hey babi tak boleh makan, itu haram’ kita tak makan. Tapi kalau kita kata rasuah lebih dahsyat daripada babi, dia kata tak apalah. Itu sifat yang ada pada kita.Bual bicara eksklusif Bersama Tun M.Selama 22 tahun Tun jadi Presiden UMNO, masih ada tak perasaan sayang lagi pada UMNO?Ya, sayang kepada parti tapi tak sayang kepada pemimpin.UMNO adalah pokok yang kuat, akarnya tegap. Masalahnya adalah masalah pemimpin. Kalau boleh dibersihkan mana-mana elemen yang negatif itu mungkin ini adalah pokok satu satunya tempat orang boleh berlindung. Apa pandangan Tun?Kalau UMNO pegang balik kepada dasar awalnya berjuang untuk bangsa, untuk negara, untuk agama saya boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang ‘penyangak-penyangak’ apa semua itu saya tidak boleh kerjasama dengan diorang.Pakatan Harapan dalam tahun 2018 menang pilihan raya. Nampaknya satu coliation yang ideal yang adil, dengan komposisi ahli Kabinet yang memancarkan pelbagai kaum dan sebagainya dan rakyat Malaysia menganggapnya ini adalah formula terbaik. Apa yang sebenarnya berlaku?Apabila Najib kalah, dia nak cari jalan macam mana hendak kalahkan kerajaan. Serta merta dia memikirkan untuk kerjasama dengan Pas dan dia mula sebut tentang kerajaan Melayu Muslim, Melayu Islam kerana dia nampak Pakatan Harapan ini ramai yang bukan Islam dan bukan Melayu pun.Jadi dia guna isu itu, dia main isu itu. Jadi lama kelamaan orang dalam Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ini terikut-ikut hendak ada Malay Muslim goverment tapi saya tidak setuju sebab itu daripada awal saya kata tak akan keluar daripada Pakatan Harapan untuk bersama dengan mereka.Tapi mereka percaya kononya akan dapat mendirikan kerajaan Malay Muslim tetapi mereka tidak berjaya. Hari ini sebenarnya parti kerajaan yang ini kalau dia buang semua bukan Melayu jatuh kerajaan. Begitu kuat sekali bukan Melayu dalam kerajaan Perikatan Nasional sehingga mereka boleh jatuhkan kerajaan. Jadi bukan Malay Muslim tetapi di bawah kuasa bukan Islam.Bagaimanakah Pakatan Harapan pada ketika itu yang mendapat kemenangan tetapi dalam beberapa bulan sahaja rakyat sudah mula mempersoalkan. Apa kesilapan Tun rasa?Kesilapan yang paling besar ialah kita tidak boleh hendak layan rakyat seperti Najib layan. Kalau kita cuba kurangkan BR1M, mereka pun kata Najib lebih baik daripada Dr Mahathir. Dia bagi juga duit, Dr mahathir bagi apa?Jadi itu menjadi tumpuan mereka adalah yang tuduh kononnya Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP. Itu propaganda Najib untuk nak jatuhkan Pakatan Harapan. Tapi banyak benda kita buat tidak diiktiraf umpamanya untuk tubuh sebuah kerajaan yang berfungsi cukup.Bukanlah mudah apabila ada pertukaran kerajaan kalau kita lihat di negara lain apabila ada peralihan maka akan berlaku macam-macam, apa nama keganasan dan sebagainya. Tapi kita dapat ambil balik dengan begitu licin dan dapat dirikan kerajaan dengan bersih.Kita buang orang-orang kotor daripada civil service pun dan kita dapat jalankan tugas kita ada benda yang kita tak boleh buat, umpamanya benda benda yang memerlukan sokongan 2/3 daripada Dewan Rakyat. Kita tak ada majoriti 2/3.Jadi undang-undang tidak boleh diubah melainkan kalau parti lawan sokong. Jadi benda yang tak boleh kita tak boleh buat tetapi ada benda-benda yang kita buat janji tetapi tidak tahu benda itu tidak boleh dilakukan umpamanya hendak hapuskan tol, itu bukan mudah tidak boleh buat.Dua kali Tun berjanji hendak bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, pertama tahun 90-an. Yang baharu sewaktu Pakatan Harapan tapi Tun tidak tunaikan. Apa Tun sudah membuat keputusan daripada awal tak nak bagi pada Anwar?Janji parti Pakatan Harapan ialah saya menjadi Perdana Menteri sekian lama tak ada mention berapa lama selepas itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya dapati kerja-kerja yang perlu dibuat itu masih banyak ada lagi yang belum saya buat. Jadi saya tidak boleh menentukan bila saya letak jawatan tetapi saya berniat hendak letak jawatan. Tak akan saya hendak mungkir janji jadi perdana menteri sampai pilihan raya, tidak.Saya hendak letak jawatan tetapi orang Anwar ini kata macam-macam kepada saya. Maki saya suruh saya berhentilah. Ada ekstremis, puak ekstremis. Jadi saya berpendapat apa dia nak kata, dia katalah asal saya jalan kerja (saya). Ada benda-benda yang saya hendak buat.Minta maaf saya telah rancang cara-cara hendak mengatasi masalah ekonomi, macam mana hendak laksanakan dasar baharu kerajaan, semua ini saya dah buat tertib. Begitu juga dalam bidang pendidikan di mana ini semua saya kena laksanakan.Kalau saya letak jawatan, benda itu tak jadi. Saya tahu tapi saya kena bertanggungjawab dan akhirnya saya letak jawatan.Dari kiri: Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman; Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar; Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin. | 4 | 18 Februari 2021 09:00am |