author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234730/berita/sukan/fih-2022-pengalaman-berguna-speedy-tigers
FIH 2022: Pengalaman berguna Speedy Tigers
PARA pemain hoki negara menimba pengalaman berguna dalam saingan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 biarpun Speedy Tigers terpaksa berpuas hati dengan penamat keempat.Ketua jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj berkata, barisan pemainnya sudah mempamerkan aksi terbaik di sebalik kekangan kehilangan beberapa pemain utama.Speedy Tigers tewas 0-4 kepada Korea Selatan pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 di Potchefstroom, Afrika Selatan pada Isnin.“Walaupun tewas, barisan pemain sudah berusaha keras. Kami kekurangan tenaga kerana tidak cukup untuk melakukan pertukaran pemain.“Kelemahan ini sangat ketara kerana kami kehilangan tujuh pemain utama pada kejohanan kali ini, manakala beberapa muka baharu tidak dapat beraksi dengan baik. Namun mereka sudah berusaha sebaik mungkin, itu paling penting,” katanya.Penjaga gol kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Othman cemerlang di gawang apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya rangkaian penyerang Korea.Korea Selatan di depan pada minit ke-22 menerusi gol padang Seo Inwoo sebelum Lee Namyong menambah gol kedua empat minit kemudian untuk skuad Kimchi mendahului dua jaringan pada separuh masa pertama.Pada minit ke-39, Hwang Taeil menyempurnakan pukulan sudut penalti, manakala pakar pukulan sudut penalti, Jang Jonghyun melengkapkan kemenangan bergaya Korea Selatan apabila menyumbang gol keempat menuju ke minit akhir perlawanan.“Kami akan berehat seminggu, manakala pemain yang cedera akan meneruskan sesi pemulihan sebagai persiapan ke Piala Dunia tahun depan.“Secara keseluruhan, ia adalah kempen yang bagus apabila ada barisan pemain lain berpeluang menimba pengalaman tetapi mereka agak bergelut mengisi posisi penting. Apapun banyak pengajaran daripada kejohanan ini,” ujar Arul.
4
05 Disember 2022 03:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234723/berita/sukan/sepanyol-ambil-iktibar-kekalahan-kepada-jepun
Sepanyol ambil iktibar kekalahan kepada Jepun
TEWAS kepada Jepun bagaikan loceng penggera buat Sepanyol untuk bangkit mempamerkan aksi bertenaga menentang Maghribi dalam saingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa.Pemain tengah Sepanyol, Pedri menganggap kegagalan itu sebagai amaran dan skuad perlu sedar bahawa tiada peluang kedua jika mereka mengalami kekalahan di luar jangka.“Kami sedar bahawa semua perlawanan adalah penentuan hidup atau mati.“Perlawanan terakhir amat sukar. Ia adalah satu tamparan keras, kami tidak menjangkakan keputusan itu menentang Jepun,” katanya.Sepanyol terlepas peluang mengungguli Kumpulan E selepas kekalahan mengejut kepada skuad Samurai Biru, namun masih layak ke aksi kalah mati selepas Jerman menewaskan Costa Rica.“Nasib baik kami mempunyai peluang lagi. Pada satu ketika dalam perlawanan terakhir Kumpulan E, Sepanyol seakan terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati dengan Costa Rica sebaliknya berpeluang cerah mara jika mengatasi Jerman," katanya.Pedri juga tidak boleh fokus kepada perkara lain selepas dia mendapati Sepanyol mungkin tersingkir sebaliknya cuba memastikan La Roja mengubah corak permainan mereka.“Saya melihat pada papan skor. Apabila saya melihat Costa Rica di tempat kedua dan kami tersingkir saya cuba mencari gol.“Saya tidak menyedari Jerman sudah mendahului dan kami berada di tempat kedua sekali lagi. Saya berada dalam keadaan sedih sepanjang perlawanan,” katanya.Pada aksi terakhir Kumpulan E, Jerman menewaskan Costa Rica, 4-2, namun gagal mara ke pusingan kalah mati biarpun berkongsi empat mata dengan Sepanyol.Sebaliknya Sepanyol yang menghuni tangga kedua mara ke saingan 16 terbaik dengan kelebihan jaringan.
4
05 Disember 2022 03:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234713/berita/sukan/formula-ampuh-switzerland-mampu-tundukkan-portugal
Formula ampuh Switzerland mampu tundukkan Portugal
SKUAD Switzerland memiliki senjata ampuh untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022, namun mereka perlu bekerja keras secara berpasukan sekiranya mahu menundukkan Portugal yang dipimpin bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dalam saingan kalah mati pada Rabu.Kali terakhir mereka bertemu adalah di Liga Negara-Negara Jun lalu yang menyaksikan Switzerland tewas 0-4 sebelum bangkit dengan kemenangan 1-0, namun ia bukan perbandingan sekiranya sudah memasuki pusingan 16 terbaik.Pemain sensasi, Xherdan Shaqiri menganggap pentas Piala Dunia berbeza dan mempunyai cabaran tersendiri yang memerlukan para pemain mengawal sebarang tekanan dengan baik.“Ia sesuatu yang sangat berbeza kerana tiada perlawanan persahabatan, ini bukannya Liga Negara-Negara. Tekanannya lebih tinggi dan penting buat pemain untuk mengawal tekanan itu.“Pemain perlu pamer prestasi terbaik. Jujurnya Portugal adalah sebuah skuad yang baik dan bagi saya mereka adalah pasukan pilihan, tetapi kami tahu kualiti yang kami miliki,” ujar Shaqiri.Pemain berusia 31 tahun itu meledak ketika Switzerland menewaskan Serbia 3-2 untuk mara ke pusingan 16 terbaik bertemu Portugal yang menjanjikan cabaran menarik buat kedua-dua pasukan.“Kunci utama adalah untuk mendapatkan prestasi luar biasa daripada semua pemain. Kami adalah Switzerland, kami tidak mempunyai Cristiano (Ronaldo) dalam pasukan ini.“Sebagai sebuah pasukan, kami sentiasa memperoleh kejayaan dan ia pasti akan diterapkan pada perlawanan itu nanti. Semua orang perlu bersama, andai ia dapat mencapai tahap prestasi tertinggi mereka, maka saya pasti kami mempunyai peluang untuk mara,” kata Shaqiri.
4
05 Disember 2022 02:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234698/berita/sukan/maghribi-mahu-bikin-kejutan-lagi
Maghribi mahu bikin kejutan lagi
BIAPRUN dilabel sebagai pasukan bukan pilihan, kehadiran Maghribi tidak boleh dipandang enteng apabila akan membuat perhitungan dengan Sepanyol pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa.Stadium Education City bakal menjadi saksi kemungkinan berlaku lagi kejutan seperti dilakar Maghribi ketika menewaskan Belgium 2-0 dan menundukkan Kanada 2-1 pada aksi di peringkat kumpulan.Meskipun Sepanyol yang juga juara edisi 2010 menjadi pilihan, namun Maghribi yang dibimbing Walid Regragui ghairah untuk sekali lagi melakar kejutan pada aksi yang bermula jam 11 malam waktu Malaysia.Selepas Maghribi mengalahkan Kanada untuk mara ke pusingan 16 terbaik, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memuat naik gambar Regragui memegang buah 'avocado' dengan bola sepak kecil di dalamnya dan menunjukkan jarinya di kepala sebagai mesej kepada pengkritiknya.Gol yang dibolosi Kanada itu adalah yang pertama buat Maghribi dalam tempoh enam perlawanan di bawah Regragui dan ketika meraikan kemenangan, pemain berkumpul di sekeliling jurulatih dan memegang kepalanya."Para pemain seperti memukul saya di kepala, mungkin ini adalah pembawa tuah buat mereka," kata Regragui.Pada aksi itu, Maghribi selesa menggunakan taktikal 'tunggu dan lihat' sebelum menghukum lawan menerusi serangan balas kepantasan dan skil dimiliki Hakim Ziyech.Sepanyol yang dibimbing Luis Enrique pula membuka tirai Piala Dunia dengan membelasah Costa Rica 7-0, sebelum terikat tanpa jaringan dengan Jerman dan dikejutkan dengan kekalahan kepada Jepun 1-2.
4
05 Disember 2022 12:32pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234689/berita/sukan/bahana-england-kekal-lama-di-qatar-2022
Bahana England kekal lama di Qatar 2022
TAHAP kejayaan dilakar England di pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dijangka bakal menentukan kadar kes positif Covid-19 di negara tersebut sepanjang tempoh Krismas, menurut pandangan ahli epidemiologi.Malah Profesor Christophe Fraser berkata, semakin lama skuad kendalian Gareth Southgate itu kekal dalam saingan di Piala Dunia Qatar 2022, semakin banyak kes positif Covid-19 berpotensi merebak apabila orang ramai mengunjungi pub dan rumah rakan masing-masing untuk menonton setiap perlawanan.Kesan sebelum ini terbukti - sebelum ketibaan vaksin - semasa kejuaraan Euro 2020, yang mana kajian mendapati berlaku peningkatan kadar kes positif Covid-19 semasa penganjuran acara besar yang mengundang risiko terhadap kesihatan awam di negara tersebut.Daripada 49 hari acara muzik, sukan dan hiburan yang dipantau sebagai sebahagian daripada kajian itu, 85 peratus daripada semua jangkitan yang ditemui dikaitkan dengan lapan perlawanan di Wembley, berjumlah lebih 6,300 jangkitan baharu dengan kebanyakannya berpunca daripada perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020."Ia adalah acara yang jauh lebih besar dari segi mencampurkan orang dan menyebarkan virus daripada perayaan Krismas tahun itu..."Ini menunjukkan bahawa faktor utama dalam mempengaruhi kadar jangkitan tahun ini adalah prestasi England semasa pusingan akhir Piala Dunia.“Kami berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding dua tahun lalu, sudah tentu vaksin membantu memastikan perkara itu dan tidak ada sebab peminat tidak boleh menikmati Piala Dunia," kata ahli epidemiologi dari Universiti Oxford itu.Naib juara Euro 2020, England sebelum itu memulakan perjalanan berliku dalam misi mengakhiri kemarau Piala Dunia apabila mengatasi Senegal 3-0 dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor pada Isnin.Kejayaan The Three Lions mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali ke-10, mengimbau kembali pencapaian angkatan Inggeris itu semasa di bawah Walter Winterbottom (1954 dan 1962), Alf Ramsey (1966 dan 1970), Bobby Robson (1986 dan 1990), Sven-Goran Eriksson (2002 dan 2006) dan terkini Gareth Southgate (2018 dan 2022).Anak buah Southgate bermula garang pada babak pertama, namun mengambil masa lama untuk merobek gawang juara Afrika itu sebelum mendahului menerusi tonggak Liverpool, Jordan Henderson pada minit ke-38.Bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane kemudiannya melebarkan kedudukan hasil jaringan minit ke-48 untuk selesa mendahului Lions of Teranga separuh masa pertama.Jaringan Kane itu juga menyaksikannya mengekori rapat rekod legenda England, Wayne Rooney (53 gol).Babak kedua bersambung Senegal yang tampil tanpa Idrissa Gueye akibat digantung manakala pemain tengah, Cheikhou Kouyate yang cedera cuba untuk kembali bersaing.Namun jaringan tonggak sensasi Arsenal, Bukayo Saka pada minit ke-57 menjadikan kedudukan 3-0 sekali gus mengakhiri cabaran kuasa bola sepak Afrika berkenaan.Kemenangan fantastik itu melebarkan rekod tanpa kalah England sepanjang zaman menentang pasukan Afrika kepada 21 perlawanan, termasuk lapan dalam Piala Dunia.England dijangka berentap dengan penyandang juara Perancis di suku akhir Stadium Al Bayt pada awal pagi 11 Disember.
4
05 Disember 2022 11:44am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/234676/berita/sukan/saya-kena-banyak-belajar-dan-mendengar
'Saya kena banyak belajar dan mendengar'
SELEPAS mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh secara rasmi akan memulakan tugasnya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.Mengulas pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Hannah berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemegang taruh terlibat sejurus melaporkan diri di KBS.“Saya sedang menunggu untuk mendapatkan taklimat pada Isnin nanti. Selepas mendapatkan taklimat, saya akan selesaikan beberapa perkara di pejabat menteri.“Kemudiannya, saya akan berjumpa dengan stake holders (pemegang taruh) di KBS. Ini kali pertama saya kenali sukan secara teliti (dekat), jadi saya kena banyak belajar dan banyak mendengar,” katanya.Beliau berkata demikian sejurus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.Hannah yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah pemimpin wanita kedua dalam sejarah dilantik bagi menerajui KBS selepas Datuk Seri Azalina Othman Said.Beliau yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari 2013 hingga 2018, sekali gus mencatat sejarah sebagai speaker DUN wanita pertama dan termuda dalam negara adalah menteri ke-21 sejak penubuhan KBS pada 1964.Dalam pada itu, warga sukan tanah air mengalu-alukan pelantikan Hannah sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kehadiran Hannah menerajui KBS diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.“Kami berharap beliau akan meneruskan agenda sukan tanah air dan meneruskan program-program atlet untuk Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik“Kami juga berharap KBS di bawah kepimpinan beliau akan meneruskan sokongan yang sepenuhnya ke arah mempergiatkan lagi pergerakan Olimpik di Malaysia,” ujarnya.Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin pula percaya pengalaman Hannah sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pasti membantunya untuk memahami cabaran dihadapi Orang Kurang Upaya (OKU).“Melalui pengalaman beliau dalam kementerian dahulu, saya amat berharap beliau terus memacu kedudukan Paralimpik di negara kita dan menghapuskan ketidaksamarataan terhadap OKU,” jelasnya.
4
05 Disember 2022 10:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234673/berita/sukan/impian-piala-dunia-mbappe
Impian Piala Dunia Mbappe
PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe hanya mempunyai satu impian iaitu merangkul Piala Dunia Qatar buat kali kedua selepas memenanginya empat tahun lalu di Rusia.Dua jaringannya membantu Perancis menundukkan Poland 3-1 sekali gus membawa juara bertahan itu ke suku akhir menentang England pada Ahad."Sudah tentu, Piala Dunia ini adalah yang paling saya mahukan, ia kejohanan yang menjadi impian saya," kata pemain berusia 23 tahun itu.Mbappe menyinar di pentas global ketika Perancis menang gelaran di Rusia pada 2018."Saya membina musim 2022 dengan baik bagi menyertai kejohanan ini. Saya sudah bersedia mental dan fizikal."Setakat ini semuanya berjalan lancar, tapi kami masih jauh daripada objektif yang kami sasar dan yang saya tetapkan," katanya.Bintang Paris Saint-Germain itu sudah mengumpul lima gol daripada empat aksi dan bergelar penjaring kedua terbanyak Perancis di Piala Dunia dengan sembilan gol dalam 11 penampilan.Sebagai rekod, Just Fontaine meyumbat 13 kali pada kejohanan edisi 1958 di Sweden.Mbappe bagaimanapun menjelaskan dia tidak kisah dengan peluang menang Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan."Matkamat saya hanya untuk menang Piala Dunia yang bermakna kami perlu menang suku akhir."Saya tidak datang ke sini untuk menang Bola Emas, tapi untuk bantu Perancis menang Piala Dunia," ujar Mbappe.
4
05 Disember 2022 10:35am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234668/berita/sukan/cabaran-besar-england
Cabaran besar England
ENGLAND bakal berdepan ujian getir dalam misi mendakap Piala Dunia 2022 apabila akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Perancis dalam aksi suku akhir pada Ahad."Ia adalah ujian terbesar yang akan kami hadapi. Mereka juara dunia dan memiliki para pemain terbaik."Mereka sukar dicabar, apatah lagi untuk kami menjaringkan gol," ujar pengendali England, Gareth SouthgateSkuad Three Lions beraksi cemerlang untuk menewaskan Senegal 3-0 dalam aksi kalah mati di Stadium Al Bayt pada Isnin.England akan menentang Perancis yang memburu rekod sebagai pasukan pertama menjuarai Piala Dunia secara berturut-turut sejak dilakukan Brazil pada 1958 dan 1962.Pasukan Uncle Sam itu dilihat bersedia untuk merobek gawang Perancis menerusi trio Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka yang meledak tiga gol ketika membenam Senegal.Southgate bagaimanapun sedar skuad kendalian Didier Deschamps berada dalam kelas tersendiri."Ia satu cabaran menarik dan seteru yang mempunyai sejarah dengan permainan hebat daripada dulu lagi."Ia juga satu perlawanan yang menakjubkan untuk kami hadapi dan ujian buat diri sendiri bertemu pasukan yang sangat hebat," ujar Southgate.Diperkuatkan dengan kehadiran penyerang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe, Perancis menewaskan Poland 3-1 pada pusingan 16 terbaik.Mbappe menyumbat dua gol ketika menewaskan Poland dan sudah meledak lima gol dalam kejohanan kali ini."Mbappe seorang pemain berkelas dunia. Dia sudah mencapai sesuatu di sini dan juga di kejohanan sebelumnya," kata Southgate.Dia juga mengagumi barisan tengah Perancis yang dianggap sebagai fantastik."Griezmann (Antoine) juga seorang pemain fenomena, kami tahu Giroud (Olivier) melakukan yang baik dan mereka mempunyai barisan tengah yang menakjubkan."Ia satu ujian besar, tetapi (lawan) mereka adalah sesuatu yang kami nantikan," ujar SouthgateMasa ini keutamaan untuk Sterling bersama keluargaSTATUS Raheem Sterling bersama England menjelang perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 berdepan penyandang juara Perancis di Stadium Al Bayt pada awal pagi 11 Disember, hanya diketahui dalam masa terdekat.Pengendali England, Gareth Southgate berkata, pada masa ini keutamaan pemain The Three Lions itu adalah untuk bersama dengan ahli keluarganya.“Kita perlu tunggu dan lihat kerana jelas pada masa ini keutamaannya adalah untuk dia bersama keluarganya, dan kami akan menyokong dan membiarkan dia untuk tujuan tersebut. Ya, dia perlu pulang ke England.“Saya benar-benar tidak tahu (kemungkinan dia kembali) kerana pada masa ini ia adalah situasi yang dia memerlukan masa bersama keluarga dan saya tidak mahu meletakkan dia di bawah sebarang tekanan dengan itu. Kadangkala bola sepak bukanlah perkara yang paling penting, sebaliknya keluarga harus didahulukan.“Saya menghabiskan banyak masa bersama Raheem pagi ini. Anda mempunyai hari apabila berlaku peristiwa dan anda perlu menanganinya serta tidak sesuai untuk berada bersama pasukan sebelum perlawanan besar," katanya.Bekas bintang Liverpool dan Manchester City, sebelum ini meninggalkan kem Piala Dunia England selepas perompak bersenjata memecah masuk ke rumahnya di London pada Ahad.Situasi itu menyaksikan Sterling tidak bersama The Three Lions ketika menewaskan Senegal, 3-0 pada pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Al Bayt pada Isnin.
4
05 Disember 2022 10:01am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234666/berita/sukan/piala-dunia-qatar-buka-mata-senegal
Piala Dunia Qatar buka mata Senegal
SENEGAL memperoleh pengalaman berharga di pentas Piala Dunia 2022 selepas tersingkir daripada saingan kalah mati di Qatar pada Isnin.Jurulatih Senegal, Aliou Cisse menganggap jurang kualiti dengan jagoan Eropah, England memisahkan mereka apabila akur tewas 0-3 di Stadium Al Bayt pada Isnin.Gol Jordan Henderson dan Harry Kane pada babak pertama memberikan cabaran besar untuk dihadapi Senegal dan jaringan ketiga Bukayo Saka pada babak kedua menutup terus peluang mereka."Perlawanan berlanjutan selama 90 minit. Pada babak pertama kami bermain agak baik dan mencipta peluang tapi malangnya kami tidak menjaringkan gol."England pasukan yang sangat bagus dan kami boleh melihatnya menerusi cabaran mereka, kekuatan fizikal. Kami tidak sebagus seperti sepatutnya," ujar Cisse.Cisse yang tidak berapa sihat menjelang pertemuan itu turut meratapi kelemahan benteng pertahanan yang mudah dirobek England."Kekuatan Senegal sebelum Piala Dunia ialah benteng pertahanan. Punca kenapa kami melepaskan banyak gol dalam kejohanan kali ini sukar diterangkan. Kami akan melihatnya."Anda membayar untuk sebarang kesilapan di Piala Dunia kerana kaliber dimiliki pasukan," katanya.Menurut Cisse, pasukannya kehilangan dua atau tiga pemain yang mampu menampilan perubahan seperti penyerang, Sadio Mane, namun terpaksa diketepikan kerana kecederaan.Bagaimanapun ia bukan alasan."Kami bekerja keras bertahun-tahun untuk menjadi yang terbaik di Afrika."Namun kami berdepan satu daripada lima pasukan terbaik dunia dan kami dapat melihat perbezaannya," katanya.
4
05 Disember 2022 09:29am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234664/berita/sukan/dilema-lewandowski
Dilema Lewandowski
PEMAIN sensasi, Robert Lewandowski masih dilema mengenai masa depannya di pentas antarabangsa selepas Poland tersingkir daripada pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Isnin.Poland tewas 1-3 kepada Perancis di Stadium Al Thumama sekali gus membawa juara bertahan itu ke suku akhir menentang England.Menutup tirai di negara Teluk tersebut, penyerang Barcelona itu menjaringkan gol saguhati pada lewat permainan menerusi sepakan penalti.Menghitung detik Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, Lewandowski bakal berusia 38 tahun.Dia bagaimanapun menjelaskan isu mengenai keadaan fizikalnya berkemungkinan boleh menyaksikan dia menamatkan kerjaya antarabangsa."Secara fizikal saya tidak takut dengan perkara ini tetapi kami mempunyai banyak perkara berbeza di luar bola sepak, sama ada anda masih gembira dan apa yang berlaku di sekeliling sukar untuk diungkapkan."Daripada segi sukan saya tidak takut tetapi ada perkara berbeza yang sama sekali boleh menentukan sama ada ia akan menjadi yang terakhir atau tidak," katanya.Lewandowski menikmati kerjaya prolifik bersama kelab dan negara, tetapi tidak pernah meledak di Piala Dunia sehingga dia menyumbat gol ketika menewaskan Arab Saudi di peringkat kumpulan.Malah, dia terlepas sepakan penalti ketika Poland terikat tanpa jaringan dengan Mexico ada aksi pembukaan.Biarpun tersingkir, dia menegaskan bahawa ia adalah penampilan Poland yang berjaya selepas lolos dari peringkat kumpulan di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.
4
05 Disember 2022 09:13am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234660/berita/sukan/teruja-sampai-tak-sedar-bawa-barang-larangan
Teruja sampai tak sedar bawa barang larangan
GARA-GARA teruja dapat kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama Perancis menentang Poland pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022, seorang pemain penyandang juara itu tidak menyedari dia membawa barangan larangan semasa perlawanan berkenaan.Namun perbuatan pemain pertahanan Perancis, Jules Kounde itu hanya disedari pegawai pertandingan tersebut pada penghujung babak pertama dalam perlawanan di Stadium Al Thumama berkenaan.Sebagai rekod, pemain tidak dibenarkan memakai barang kemas semasa bermain seperti yang digariskan dalam undang-undang permainan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).Menariknya, perbuatan pemain berusia 24 tahun yang memulakan karier senior bersama kelab liga Perancis, Bordeaux B pada musim 2016/17, juga tidak disedari pegawai pertandingan.Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga perbuatan pemain pertahanan kelab La Liga Sepanyol itu disedari pengadil Jesus Valenzuela pada minit ke-43.Kounde akhirnya terpaksa menanggalkan barangan larangan - rantai leher - semasa perlawanan tersebut.Beliau mengeluarkan barang kemasnya dengan dibantu seorang kakitangan kejurulatihan Perancis sebelum dia melakukan lontaran ke dalam pada perlawanan itu.Timbul persoalan bahawa rantai emas Kounde tidak dikesan lebih awal pada separuh masa, terutamanya kerana ia jelas kelihatan di televisyen.
4
05 Disember 2022 07:08am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234658/berita/sukan/england-tempah-tiket-suku-akhir
England tempah tiket suku akhir
ENGLAND membuktikan jagoan Eropah apabila membenam Senegal 3-0 dalam aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi Isnin.Kemenangan itu menyaksikan skuad Three Lions akan membuat perhitungan pada suku akhir menentang juara bertahan, Perancis yang menewaskan Poland 3-1.England menguasai babak pertama, namun Senegal ampuh bertahan.Di sebalik keghairahan England menyerang, Senegal hampir membuka tirai jaringan menerusi Ismaila Sarr dan Boulaye Dia, namun gagal menemui sasaran.England kemudian memperkemaskan serangan dan akhirnya membuahkan hasil apabila kapten, Jordan Henderson meledak untuk gol pertama pada minit ke-38.Menuju ke bilik persalinan, Harry Kane melegakan Three Lions apabila menyumbat gol kedua untuk menewaskan penjaga gol Senegal, Edouard Mendy.Bersambung babak kedua, England yang dibimbing Gareth Southgate menggandakan asakan dan ia kemudian membuahkan hasil.Pemain sensasi, Bukayo Saka menambah derita Senegal apabila menghasilkan gol ketiga selepas menerima hantaran Phil Foden pada minit ke-57.Kemenangan besar itu menambah bisa jentera serangan England di Qatar dengan12 gol setakat ini.Ia menyamai jumlah Piala Dunia terbaik mereka sebelum ini di Russia 2018 apabila mara ke separuh akhir.Three Lions meledak 11 gol ketika memenangi Piala Dunia pada edisi 1966.
4
05 Disember 2022 07:08am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/234719/berita/sukan/piala-dunia-2022-perancis-mudah-melangkah-ke-suku-akhir
Piala Dunia 2022: Perancis mudah melangkah ke suku akhir
PENYANDANG juara, Perancis menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Poland dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Al Thumama, awal pagi Isnin.Dua gol sumbangan Kylian Mbappe dan satu gol lagi menerusi penyerang veteran, Olivier Giroud sudah cukup buat Les Bleus menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.Babak pertama menyaksikan permulaan seimbang kedua-dua pasukan dengan Perancis terlebih dahulu mengancam seawal minit ketiga menerusi tandukan Raphael Varane.Berselang tiga minit, Perancis terus menguji kecekapan penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny dengan percubaan jarak jauh Aurelien Tchouameni pada minit ke-13.Poland pula sekali-sekala mengasak hampir mencemaskan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris menerusi percubaan penyerang sensasi, Robert Lewandowski.Perancis akhirnya mendahului menerusi jaringan Giroud yang menyudahkan hantaran Mbappe pada penghujung babak pertama.Jaringan peribadi ke-52 itu menyaksikan Giroud menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Perancis mengatasi legenda Les Bleus, Thierry Henry.Perancis terus menggandakan asakan sebaik babak kedua bersambung dan Giroud hampir menambah rekod jaringannya pada minit ke-57.Bagaimanapun, gol menerusi percubaan menarik itu tidak dikira berikutan kekasaran terhadap Szczesny oleh Varane semasa berebut bola.Usaha Perancis mengasak kubu Poland berhasil apabila Mbappe menyumbat gol kedua menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti ke penjuru atas pintu gol lawan pada minit ke-74.Mbappe menambah gol ketiga Perancis pada masa kecederaan yang menyaksikan dia kini mengumpul lima gol keseluruhan di pentas Piala Dunia kali ini.Sebelum wisel penamat dibunyikan, Poland memperoleh gol saguhati daripada sepakan penalti Lewandowski.
4
05 Disember 2022 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234648/berita/sukan/malaysia-tewas-0-4-kepada-korea-selatan-raih-tempat-ke-4
Malaysia tewas 0-4 kepada Korea Selatan, raih tempat ke-4
SKUAD hoki lelaki kebangsaan menamatkan saingan Piala Negara-Negara 2022 di Afrika Selatan, dalam episod duka apabila tumpas 0-4 kepada Korea Selatan pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Ahad.Pada aksi di Stadium NWU Astro, Potchefstroom itu, Korea Selatan memperoleh kedudukan selesa pada suku kedua permainan menerusi jaringan padang Seo Inwoo pada minit ke-22 dan Lee Namyong empat minit kemudian.Korea Selatan yang sebelum ini mengatasi Malaysia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Isnin lepas, terus menambah derita skuad ‘Speedy Tigers’ menerusi pukulan sudut penalti Hwang Taeil pada minit ke-39, sebelum Jang Jonghyun melengkapkan kemenangan pasukannya pada minit ke-59.Kemenangan Korea Selatan itu sekali gus menebus kekecewaan mereka selepas tumpas 2-3 kepada Malaysia pada final Piala Sultan Azlan Shah 2022, baru-baru ini.Pada kejohanan ini, skuad kendalian A. Arul Selvaraj mara ke peringkat empat terakhir selepas menewaskan Kanada 1-0 dan Jepun 5-1 pada aksi kumpulan, namun tewas 0-3 kepada Ireland pada peringkat separuh akhir semalam.Arul Selvaraj berkata kecederaan tujuh pemain utamanya menyebabkan pasukan bergelut pada kejohanan itu, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat."Walaupun tewas, pemain telah cuba sedaya upaya. Namun, nampak kekurangan power dalam badan, dari segi kaki dan sebagainya... sudah tentu disebabkan kekurangan pemain untuk kita buat pertukaran pemain."Kelemahan agak ketara dari segi dua, tiga muka baharu yang masuk selepas kita hilang tujuh core players dalam kejohanan ini. Itu buat kita agak susah untuk kekal rentak di peringkat ini."Namun secara keseluruhan bagus untuk pemain-pemain baharu dapatkan minit permainan,” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.Beliau berkata, selepas pulang ke tanah air, anak buahnya akan diberikan rehat selama seminggu sebelum memulakan persiapan terakhir ke Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India bermula 13 hingga 29 Jan depan.Bagi pemain yang cedera, Arul Selvaraj berkata, mereka perlu mengikuti proses rehabilitasi supaya dapat menyertai pasukan secepat mungkin.Sementara itu, tuan rumah Afrika Selatan muncul juara selepas menewaskan Ireland 4-3 pada aksi final, sekali gus meraih tiket ke Liga Pro FIH 2023-2024. - Bernama.
4
04 Disember 2022 10:35pm
NOOR AINON MOHAMED
https://www.sinarharian.com.my/article/234642/berita/sukan/kuala-kangsar-cannon-juara-stl-perak
Kuala Kangsar Cannon juara STL Perak
BATU GAJAH - Kuala Kangsar Cannon muncul juara dalam Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Perak yang julung kali diadakan di Dewan Bandaran Kinta di sini pada Ahad.Kuala Kangsar Cannon mempertaruhkan regu Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin yang turut dinobatkan sebagai tekong terbaik, Muhammad Nazrien Daniel Mohd Kamal Mustafa (apit kanan) dan Muhammad Azwan Muhrim sebagai apit kiri telah berjaya membawa pulang medal dan wang tunai RM10,000.Kinta Sword pula menjadi naib johan membawa pulang medal dan wang tunai RM7,000, Kampar Revolver (tempat ketiga) dan Perak Tengah Katana memperoleh tempat keempat.Hadiah pengurusan terbaik diberikan kepada Kampar Revolver; Muhammad Fazaril Ikhmal Mohd Zaharudin dan Madzrul Aziq Mat Tahir dari Perak Tengah Katana dinobatkan sebagai pemain harapan dan apit kanan terbaik manakala apit kiri terbaik diberikan kepada Shohibul Fadillah Abd Salam daripada Kinta Sword.Aksi perlawanan antara Kinta Sword dan Perak Tengah Katana pada siri keempat Kejohanan STL Perak di Batu Gajah. Hadiah-hadiah disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah pada majlis penutup dan penyampaian Hadiah Kejohanan STL Perak.Hadir sama Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik.Khairudin berkata, STL Perak mendapat sambutan menggalakkan dengan penglibatan 32 pemain terutama remaja di bawah usia 19 tahun daripada 12 daerah."Menerusi penganjuran kejohanan ini, kita dapat melihat ramai bakat baharu diketengahkan yang boleh menjadi pelapis kepada negeri dan persiapan dalam Sukan Malaysia (Sukma) akan datang."Kita akan teruskan dengan mencadangkan beberapa inisiatif antaranya menambah siri perlawanan kepada lima atau enam siri serta pertandingan mengikut daerah serta kategori," katanya.Tambah beliau, penganjuran berterusan memberi impak positif agar tidak berlaku ketandusan bakat dan pelapis baharu dalam sukan sepak takraw.
4
04 Disember 2022 08:04pm
NOOR AINON MOHAMED
https://www.sinarharian.com.my/article/234640/berita/sukan/perak-cari-jalan-selesaikan-masalah-pafa
Perak cari jalan selesaikan masalah PAFA
KERAJAAN Perak akan berhubung dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang digantung sejak Mac lalu.Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapat gambaran penuh berhubung kemelut yang melanda badan induk bola sepak Perak itu."Saya ambil pendekatan cuba menyelesaikan perkara ini seperti menarik rambut di dalam tepung agar tiada pihak yang terguris."Saya akan buat perjumpaan dan bertanya sendiri apakah permasalahan yang dihadapi dan langkah penyelesaiannya supaya PAFA dapat bergerak seperti persatuan bola sepak negeri lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Liga Sepak Takraw Perak di Dewan Bandaran Kinta pada Ahad.Dalam pada itu, Khairudin menyifatkan kemelut yang berpanjangan itu merupakan suatu kerugian terhadap pembangunan bola sepak negeri.Pada 7 Mac lalu, PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS bagi membolehkan persatuan itu membuat langkah-langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 untuk mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.Pihak PJS mendapati pemecatan yang dibuat oleh PAFA terhadap 12 ahli gabungan sebelum ini juga tidak teratur mengikut Perlembagaan PAFA berdasarkan semakan laporan dan rekod yang diperoleh daripada PAFA dan Persatuan Bola Sepak (PB) Melayu Perak.
4
04 Disember 2022 07:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234609/berita/sukan/perjuangan-masih-belum-selesai---zii-jia
'Perjuangan masih belum selesai' - Zii Jia
PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berpuas hati dengan prestasinya sepanjang 2022 meskipun menamatkan cabaran musim ini selaku pemain nombor dua dunia.Justeru pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu perlu terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasi sekali gus menyerlahkan kemampuan sebenar dirinya.“Saya sudah memulakan persiapan bagi mengharungi saingan musim depan, termasuk menerima tawaran daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk pemain profesional berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM).“Suasana latihan serta kualiti di ABM adalah yang terbaik di negara ini dan peluang seperti ini sudah tentu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya bagi menghadapi kejohanan berpasukan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di media sosial pada Ahad.Pemain berusia 24 tahun itu akan menjalani kem latihan di Taiwan bersama penaja utamanya, Victor dan pemain tempatan di sana bermula dari 19 hingga 25 Disember ini sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari depan.“Saya dapat memantapkan lagi disiplin, kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapi saingan musim 2023.“Jumpa anda semua di Terbuka Malaysia 2023,” katanya.Zii Jia yang memutuskan untuk bergerak secara profesional pada Januari 2022 menutup tirai kempen musim ini dengan tiga gelaran juara iaitu Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand pada Mei dan Terbuka Denmark, Oktober lalu.Pemain itu turut dibelenggu kecewa apabila tersingkir di pusingan ketiga kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun, Ogos lalu dan gagal menempah slot Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand yang dijadual bermula pada Selasa.
4
04 Disember 2022 04:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234606/berita/sukan/sapawi-berkelana-ke-thailand
Sapawi berkelana ke Thailand
PEMAIN sensasi, Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC selepas berakhir saingan Piala AFF pada Januari depan.Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International pada Ahad.Menurut laporan itu, segala perbincangan sudah dimuktamadkan apabila pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Harimau Malaya itu bersetuju menyertai kelab tersebut."Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan," kata Tanawat.Safawi akan mengisi kuota pemain Asean di kelab itu yang dijadual memasuki jendela perpindahan kedua pada awal tahun iaitu Januari nanti.Sapawi (tengah) memiliki pengalaman beraksi di pentas ACL bersama JDT. Foto FB Johor Southern Tigers"Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami," katanya.Keterujaan kelab itu untuk melamar Safawi didorong oleh aksi mantap pemain yang berasal dari Terengganu itu ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan JDT.Liga Thailand bukan asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu.Ia termasuk Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018 dan Junior Eldstal dengan Chonburi FC 2021.
4
04 Disember 2022 03:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234603/berita/sukan/pamer-aksi-berani-mati-kejutkan-brazil
Pamer aksi 'berani mati' kejutkan Brazil
BINTANG Korea Selatan, Son Heung-min mengajak rakan sepasukan mencipta satu lagi sensasi dengan menewaskan Brazil dalam saingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 Selasa ini selepas mempamerkan aksi 'berani mati' ketika menentang Portugal lalu.“Kami sering bercakap mengenai mara ke pusingan 16 terbaik sebagai objektif, tetapi kami kini mahu mencuba untuk melepasinya.“Saya harap kami boleh melakukan kejutan yang lain,” katanya.Perjalanan skuad Kimchi dilihat hampir berakhir sehinggalah pemain gantian Hwang Hee-chan dimasukkan pada masa kecederaan untuk meledak jaringan kemenangan 2-1 ke atas Portugal yang sudah pun melayakkan diri di Qatar, Jumaat lalu.Sikap dipamerkan itu mendorong mereka mara ke pusingan kalah mati dan bertemu Brazil, pasukan pilihan untuk bergelar juara.Bagaimanapun, Heung-min yang beraksi menggunakan topeng kerana menjalani pembedahan bulan lalu susulan retak di bahagian mata kiri berkata, mereka masih belum bersedia untuk pulang awal.“Sesuatu yang hebat, tetapi kejohanan kami masih belum berakhir,” ujar penyerang Tottenham Hotspur itu.Peminat di Korea Selatan mula membandingkan skuad kali ini dengan pencapaian pasukan kebangsaan pada 2002 yang mengejutkan dunia mara ke separuh akhir.Penolong jurulatih, Sergio Costa yang mengalas tugas ketika pertarungan Kumpulan H dengan Portugal selepas jurulatih Paulo Bento digantung, menolak perbandingan tersebut.Beliau tidak boleh membuat perbandingan kerana menonton Piala Dunia 2002 di televisyen dan tidak tahu mereka secara peribadi.“Saya menonton beberapa perlawanan sebelum ini, tetapi tidak boleh membuat perbandingan kerana saya tidak tahu pasukan Korea yang sebelumnya.“Saya hanya boleh memberitahu bahawa ini adalah sebuah pasukan yang sangat jujur. Ini adalah sesuatu yang kami sangat banggakan, kami melihat pemain yang mempunyai personaliti kuat dan mereka layak dengan apa yang dicapai,” katanya.
4
04 Disember 2022 03:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234601/berita/sukan/hannah-yeoh-mampu-tingkat-martabat-pergerakan-paralimpik-mpm
Hannah Yeoh mampu tingkat martabat Pergerakan Paralimpik: MPM
KUALA LUMPUR - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) percaya Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Hannah Yeoh berupaya mengangkat martabat 'Pergerakan Paralimpik' negara ini ke tahap yang lebih baik.Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yakin pengalaman Hannah sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini pasti membantunya untuk berada dalam kedudukan lebih baik untuk memahami cabaran dihadapi Orang Kurang Upaya (OKU).Megat D Shahriman berkata, ini berikutan kementerian yang pernah diduduki Hannah mengendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melaksanakan program buat OKU dan menguruskan Kad OKU."Melalui pengalaman beliau dalam kementerian dahulu, saya amat berharap YB Hannah akan lebih memahami keperluan OKU dan memberikan sokongan yang sewajarnya untuk terus memacu kedudukan Paralimpik di negara kita dan menghapuskan ketidaksamarataan terhadap OKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini."Kami akan terus memainkan peranan menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan OKU melalui sukan."Kami mempunyai atlet para bertaraf dunia yang telah mencapai pelbagai kejayaan. Kami juga mempunyai sistem sokongan kerajaan yang kukuh untuk mempromosikan sukan para di negara ini,” katanya.Dalam pada itu, Megat D Shahriman turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri atas pelantikan mereka dalam barisan Kabinet baharu.Beliau berkata kedua-dua kementerian ini juga merupakan pihak berkepentingan utama MPM dalam pembangunan sukan para dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di sekolah Pendidikan khas dan pemulihan OKU menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama.
4
04 Disember 2022 03:13pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234600/berita/sukan/azizulhasni-di-tangga-kelapan-uci-tcl
Azizulhasni di tangga kelapan UCI TCL
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan kempen Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) di tangga kelapan bagi kategori sprint lelaki keseluruhan di London pada Ahad.Menurut laman web rasmi kejohanan ucitrackchampionsleague.com, atlet digelar 'The Pocket Rocketman' itu meraih 60 mata selepas lima pusingan, manakala pelumba Australia, Matthew Richardson dinobatkan juara dengan 183 mata.Richardson mengatasi pesaing utamanya Harrie Lavreysen daripada Belanda dengan jurang dua mata selepas Lavreysen mengumpul 181 mata, manakala Stefan Botticher daripada Jerman memenangi tempat ketiga dengan 136 mata.Dalam pusingan akhir yang berlangsung di hadapan lebih 5,500 peminat di venue ikonik Sukan Olimpik 2012, Lee Valley VeloPark, London, Azizulhasni gagal dalam misi untuk sekurang-kurangnya meraih podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam acara kegemarannya, keirin pada Sabtu.Richardson mengungguli perlumbaan diikuti Lavreysen dan Botticher.Sementara itu, atlet kelahiran Dungun itu terlepas peluang beraksi pada separuh akhir sprint selepas sekadar di tempat kedua dalam pusingan pertama di belakang peserta Colombia Santiago Ramirez Morales.Hanya pemenang daripada enam heat berbeza mara ke separuh akhir acara itu.Kejohanan tersebut bermula di Mallorca, Sepanyol bulan lepas dan pelumba perlu meraih mata untuk lima pusingan dalam acara sprint atau endurance. - Bernama
4
04 Disember 2022 02:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234597/berita/sukan/chavez-rembat-paling-laju
Chavez rembat paling laju
SEPAKAN percuma menarik Luis Chavez ketika membantu Mexico menewaskan Arab Saudi dalam saingan terakhir Kumpulan C adalah yang paling laju dengan catatan mencecah 121.69 kilometer/jam (km/j) pada Piala Dunia Qatar 2022.Pengesanan tahap kelajuan bola itu berdasarkan teknologi bola Al Rihla yang digunakan pada kejohanan di negara Teluk itu.Rembatan padu Chavez minit ke-52 membolehkan Mexico mendahului 2-0 sebelum Arab Saudi menjadikan kedudukan 2-1.Walaupun gagal menyelamatkan Mexico daripada tersingkir di peringkat kumpulan, sepakan percuma Chavez diiktiraf percubaan paling laju ke arah gawang setakat ini.Bola Al Rihla mempunyai teknologi canggih yang dapat membantu keputusan video bantuan pengadil (VAR) di Piala Dunia.Teknologi itu turut membuktikan Cristiano Ronaldo tidak menyentuh bola ketika jaringan pertama Portugal menentang Uruguay.Ia juga dapat mengesan kelajuan bola dan terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan senarai percubaan paling laju yang menerjah gawang pada saingan kumpulan.Rembatan Chavez menghuni tangga teratas apabila mencatat kelajuan 121.69 km/j, manakala tendangan menarik pemain Jepun, Ristu Doan ketika menentang Sepanyol mencecah 120.04 km/j.Rembatan Niclas Fullkrug untuk gol penyamaan ketika bertemu Sepanyol menduduki tangga ketiga, manakala penalti Ronaldo ketika lawan Ghana keempat.Tendangan pemain England, Marcus Rashford semasa membuat jaringan menarik ketika menentang Wales menduduki tangga kelima, sementara Lionel Messi tersenarai di tangga kesembilan menerusi jaringan ketika Argentina menentang Mexico.
4
04 Disember 2022 02:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234585/berita/sukan/sepanyol-tak-pandang-maghribi-sebelah-mata
Sepanyol tak pandang Maghribi sebelah mata
SEPANYOL tidak mahu memandang sebelah mata cabaran Maghribi dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City pada Selasa.Kapten Sepanyol, Sergio Busquets membayangkan pertemuan skuadnya sebagai satu perlawanan yang 'pasti amat sukar'.Selepas berakhir aksi Kumpulan E dan F Khamis lalu, juara Kumpulan F Maghribi dan naib juara Kumpulan E, Sepanyol akan membuat perhitungan pada aksi kalah mati.Busquets turut menafikan spekulasi bahawa skuad dari Eropah itu lega kerana berakhir di tangga kedua Kumpulan E yang menyaksikan mereka akan menentang Maghribi bukannya naib juara kejohanan lalu Croatia.“Kami mahu menang dan muncul juara kumpulan. Kami pergi ke satu lagi bahagian undian, tetapi ia tidak menjamin laluan yang lebih mudah atau sukar,” kata pemain tengah berusia 34 tahun itu.Jepun memimpin Kumpulan E selepas mengalahkan Sepanyol 2-1 dalam aksi ketiga dan terakhir kumpulan Jumaat lalu.“Kami tidak mahu ini berlaku, hasrat kami untuk menang (menentang Jepun). Untuk meneruskannya, kami berdepan Maghribi pada pusingan 16 yang mana ia satu perlawanan yang amat sukar,” tambah Busquets.Pemain veteran Barcelona itu menganggap kekalahan Sepanyol kepada Jepun sebagai 'memalukan' dan mahu skuad Eropah itu meningkat dan 'mengatasi kesilapan' menjelang pertemuan dengan Atlas Lions.Piala Dunia di negara Teluk itu disajikan dengan banyak kejutan bermula kemenangan 2-1 Arab Saudi ke atas Argentina yang menggemparkan dunia bola sepak.Kejohanan berprestij itu juga menyaksikan beberapa pasukan gergasi dunia yang menghuni ranking lebih tinggi tersingkir pada peringkat kumpulan.Jerman gagal melepasi peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut meskipun menundukkan Costa Rica 4-2, ketika Jepun dan Sepanyol menghuni dua tangga teratas Kumpulan E.Belgium yang hadir di Qatar dengan status berada di ranking kedua dunia turut tersingkir pada pusingan awal selepas Maghribi dan Croatia bergelar sebagai juara dan naib juara Kumpulan F.
4
04 Disember 2022 01:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234581/berita/sukan/van-gaal-mula-pasang-impian-besar
Van Gaal mula pasang impian besar
JURULATIH veteran, Louis van Gaal mula memasang impian besar apabila melihat Belanda berpeluang untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia Qatar bagi edisi 2022 kali ini.Keterujaan jurulatih berusia 71 tahun itu diluahkan selepas Belanda menundukkan Amerika Syarikat (AS) 3-1 pada pusingan kalah mati di Stadium Antarabangsa Khalifa lewat malam Sabtu.Kejayaan itu membawa Belanda ke suku akhir dan bakal membuat perhitungan dengan juara dua kali, Argentina di Stadium Education City pada 10 Disember.“Saya fikir kami mempunyai peluang besar di sini,” kata jurulatih berpengalaman itu yang membimbing pasukannya buat kali ketiga.Van Gaal yang membawa Belanda ke separuh akhir di Brazil pada 2014 perlu memantapkan skuadnya untuk memberi tentangan sengit ke atas Argentina pada Sabtu.“Kami masih ada tiga lagi perlawanan (suku akhir, separuh akhir dan final). Saya memperkatakannya sejak bertahun lalu. Kami mampu menjadi juara dunia,” katanya.Van Gaal turut memuji para pemain yang mempamerkan aksi terbaik dan membentuk sebuah pasukan yang mantap.“Kami bercakap mengenai hubungan dalam pasukan. Bagaimana kami boleh membina pasukan kuat, saya bangga dengan pemain dan sudah tentu prestasi serta keputusan,” katanya.Pada aksi itu, pemain sensasi, Denzel Dumfries mencipta gerakan kepada dua jaringan Belanda oleh Memphis Depay dan Daley Blind serta menjaringkan gol ketiga dipilih pemain terbaik perlawanan.
4
04 Disember 2022 12:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234578/berita/sukan/korea-selatan-bukan-lawan-mudah-tite
Korea Selatan bukan lawan mudah: Tite
JUARA lima kali, Brazil waspada dengan ancaman Korea Selatan menjelang aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 biarpun pernah 'makan besar' ke atas skuad Kimchi pada aksi persahabatan tahun ini.Pengurus skuad Samba Tite berkata, pasukannya perlu berhati-hati dengan helah pasukan Asia itu dalam saingan pusingan 16 terbaik di Stadium Al Bayt awal pagi Selasa.“Portugal tewas kepada Korea Selatan, Perancis dikejutkan Tunisia, Argentina pula kalah kepada Arab Saudi.“Tiada siapa menang semua tiga perlawanan, saya fikir keputusan ini membuktikan segala-galanya.“Mereka amat kuat dan perlawanan yang sukar, saya tidak fikir sebarang situasi sebelum ini menjadikannya mudah. Kami mesti berhati-hati,” katanya.Skuad Selecao membenam Korea Selatan 5-1 pada satu perlawanan persahabatan di Stadium Piala Dunia Seoul Jun lalu.Menurut Tite, perlawanan persahabatan dan saingan di Piala Dunia adalah pentas yang berbeza.“Saya sedar banyak yang berbeza daripada aksi persahabatan Jun lalu. Kini kami perlu memikirkan mengenai pemain yang akan diturunkan menentang Korea,” katanya.Dalam pada itu, penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu memberitahu, kekalahan di kepada Brazil Jun lalu akan menjadi bekalan berguna apabila kedua-dua pasukan bertemu lagi.“Biarpun melepaskan banyak gol pada aksi persahabatan itu, tetapi kami bermain gaya bola sepak yang kami inginkan.“Saya fikir pengalaman boleh membantu kami bersedia bagi perlawanan berikutnya,” katanya.
4
04 Disember 2022 12:22pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234567/berita/sukan/arnold-rayu-sebuah-rumah-buat-skuad-australia
Arnold rayu sebuah 'rumah' buat skuad Australia
JURULATIH Australia, Graham Arnold merayu kepada kerajaan menyediakan sebuah 'rumah' untuk skuad itu beraksi lebih padu dalam kancah Piala Dunia akan datang.Selepas tersingkir daripada pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 apabila tewas kepada Argentina 1-2 pada Ahad, Arnord berkata, peruntukan dan sokongan kerajaan penting buat skuad Socceroos.Pencapaian mara ke pusingan 16 terbaik sesuatu yang membanggakan kerana ia adalah penampilan kali kedua dalam sejarah mereka berada di saingan kalah mati.Anak-anak buah Arnold mampu memberi saingan sengit kepada Argentina yang diinspirasikan penyerang Lionel Messi dan menjadi salah sebuah pasukan pilihan di Qatar.Arnold juga berharap pasukan Australia boleh menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang dan menagih sokongan padu kerajaan."Kita perlu melihat kepada bola sepak Australia. Kita perlu membelanjakan wang dan mendapatkan bantuan daripada kerajaan untuk menyediakan dana dan membantu membangunkan pelapis," katanya.Arnold juga mengharapkan adanya sebuah infrastruktur yang menjadi pusat kepada bola sepak Australia."Kerajaan perlu membina kami sebuah rumah."Kami perlukan sebuah rumah, sesuatu yang kerajaan boleh bantu daripada sudut dana untuk pembangunan pasukan kebangsaan dan kebaikan bola sepak Australia," katanya.Arnold yang boleh meninggalkan jawatan disandangnya tabik kepada para pemainnya.Mereka mengalahkan Denmark dan Tunisia dalam pengembaraan ke pusingan kalah mati.Bagaimanapun beliau meluahkan rasa kecewa selepas benteng ampuh mereka goyah pada aksi bertemu Argentina, terutama ketika gol kedua."Saya berasa seperti kami gagal kerana saya begitu mahukan kemenangan," ujar Arnold.
4
04 Disember 2022 10:27am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234564/berita/sukan/bintang-muda-cerahkan-masa-depan-as
Bintang muda cerahkan masa depan AS
BIARPUN tersingkir daripada saingan 16 terbaik, skuad muda Amerika Syarikat (AS) mempunyai masa depan yang cerah dalam perjalanan ke edisi Piala Dunia 2026.Dikecewakan Belanda 1-3 pada aksi kalah mati di Stadium Antarabangsa Khalifa lewat malam Sabtu menjadi pengalaman berharga buat skuad bimbingan Gregg Berhalter itu.Setelah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia empat tahun lalu, Berhalter memilih pemain muda dengan purata umur 25 tahun.AS menjadi pasukan kedua termuda daripada 32 negara yang berhimpun di Qatar selepas Ghana.Pemain pertahanan DeAndre Yedlin, yang bermain di Brazil pada 2014, satu-satunya pemain berpengalaman dari Piala Dunia 2018 masih kekal dalam pasukan itu.Kecetekan pengalaman pemain negara Uncle Sam itu hanya sementara apabila mereka diimbangi oleh keghairahan dan kerja keras di atas padang."Kami hadir dengan matlamat untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana cara bermain bola sepak. Saya fikir kami mencapai sebahagiannya walaupun gagal mencapai matlamat."Meletakkan barisan termuda dalam Piala Dunia dengan empat perlawanan berturut-turut dan masih boleh bermain dengan cara kami, rakyat Amerika harus optimis," ujar Berhalter.Beliau berkata, AS juga berjaya menampilkan nama besar yang boleh menjadi kebanggaan peminat untuk lebih menyerlah empat tahun lagi."Bintang Chelsea berusia 24 tahun, Christian Pulisic, yang membuktikan kehebatannya di Qatar," ujar Berhalter.Kemenangan ke atas Iran dan seri menentang England dan Wales membawa AS ke pusingan 16 terakhir, namun harapan lebih besar diletakkan peminat mereka.Kejayaan mara ke pusingan kalah mati mencetuskan bualan mengenai kemunculan 'generasi emas' AS.Bagaimanapun Berhalter enggan meletakkan harapan tersebut terhadap pasukannya sambil menyatakan mereka masih belum berada di tahap itu.
4
04 Disember 2022 10:08am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234563/berita/sukan/pertarungan-dengan-belanda-sukar-tetapi-menarik
Pertarungan dengan Belanda sukar tetapi menarik
ARGENTINA menjangkakan pertarungan sukar tetapi menarik dengan Belanda apabila kedua-dua pasukan bertemu pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu depan.Argentina yang dibimbing Lionel Scaloni menundukkan Australia 2-1, manakala Belanda mengalahkan Amerika Syarikat 3-1 pada Ahad untuk menyaksikan perlawanan menarik antara dua gergasi hebat dunia.Mereka berentap di pentas final Piala Dunia 1978 yang berpihak Argentina dengan kemenangan 3-1."Ia pasti satu perlawanan yang amat cantik dengan dua pasukan penuh bersejarah. Malangnya satu pasukan terpaksa kalah dan kami berharap kami yang berjaya meloloskan diri," ujar Scaloni.Sedar jurang perbezaan usia yang ketara, Scaloni, 44, berkata sejak zamannya bermain, beliau sudah mengagumi jurulatih Belanda, Louis van Gaal, 71."Beliau seorang yang agung ketika itu. Satu detik membanggakan untuk berdepannya. Kita tahu betapa banyak sumbangannya dalam bola sepak dan bagaimana ramai yang cuba mengikut jejak langkahnya," katanya.Scaloni berkata, ia adalah satu daripada keseronokan dalam dunia bola sepak, terutama apabila ia berlaku pada Piala Dunia."Kami berdepan lawan yang sukar, seperti mereka juga dan kami berharap mampu bertindak baik. Mungkin mereka tidak menyinar seperti pasukan Belanda sebelum ini, tetapi mereka tahu apa yang mereka lakukan," ujar Scaloni.Dalam pada itu, kapten Argentina Lionel Messi, yang dinamakan pemain terbaik perlawanan menentang Australia turut senada dengan Scaloni"Kami akan berdepan satu pertembungan getir dengan Belanda yang beraksi dengan amat bagus."Mereka mempunyai pemain hebat dan seorang jurulatih hebat, ia pasti sengit," katanya.Messi ledak gol ketika penampilan ke-1,000PEMAIN bintang, Lionel Messi memahat sejarah apabila membuat penampilan ke-1,000 dalam kerjayanya ketika aksi Argentina dan Australia di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Pemain berusia 35 tahun itu mengapai impian untuk menjulang satu-satunya trofi berprestij yang belum pernah dimenanginya.Messi mengapai impian untuk mendakap Piala Dunia, satu-satunya trofi yang belum pernah dimenangi dalam kerjayanya. -Foto EPAMessi meledak satu gol ketika membantu Argentina mara ke suku akhir selepas menewaskan Australia 2-1 di Stadium Ahmad bin Ali.Belanda menjadi lawan di pusingan lapan terbaik dalam misi Messi membantu Argentina menjulang trofi buat kali ketiga.Messi adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Argentina setelah meledak 94 gol dan membuat penampilan ke-169 buat skuad Amerika Latin itu.Memulakan karier apabila menyertai skuad remaja Barcelona pada usia 13 tahun dan menjadi penjaring terbanyak pasukan itu dengan 672 gol dalam 778 perlawanan.Messi kemudian berpindah ke Paris St Germain tahun lalu.Secara keseluruhan, dia sudah menjaringkan 788 gol.Messi membuat penampilan di pentas Piala Dunia buat kali kelima dan ia merupakan yang terakhir buatnya.Penting buat Messi untuk mendakap trofi berprestij itu andai mahu menyamai tinta hebat pemain legenda yang memakai jersi nombor 10, Diego Maradona.
4
04 Disember 2022 09:48am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234561/berita/sukan/lions-of-teranga-sedia-terkam-three-lions
Lions of Teranga sedia terkam Three Lions
JUARA Afrika, Senegal memerlukan sesuatu yang luar biasa apabila berdepan England, pasukan yang tidak pernah tewas berdepan pasukan dari Afrika, pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Jika Senegal mahu mencipta kejutan di Stadium Al Bayt pada Isnin, Lions of Teranga perlu melakukannya tanpa pengendali inspirasi Aliou Cisse, yang diketepikan kerana mengalami masalah kesihatan.Menambah cabaran Senegal lagi adalah apabila jeneral bahagian tengah Idrissa Gueye, tidak akan beraksi setelah menerima kad kuning kedua menentang Ecuador dalam aksi terakhir kumpulan.“Dia (Cisse) telah sakit selama beberapa hari dan dia membenarkan kami mengendalikan latihan dengan arahannya.“Mudah-mudahan esok dia boleh datang dan berada di bangku simpanan bersama pemain tetapi kami pasti dia akan berada di sana bersama pasukan,” kata penolong jurulatih Regis Bogaert.Untuk rekod, The Three Lions yang telah berdepan pasukan dari Afrika sebanyak 20 kali, termasuk tujuh di Piala Dunia, masih mengekalkan rekod tanpa kalah.Walaupun pasukan dari Afrika tewas lapan daripada sembilan aksi pusingan kalah mati Piala Dunia menentang pasukan Eropah, Cisse berada pada edisi Piala Dunia 2002 apabila Senegal menewaskan Sweden sebelum mara ke suku akhir."Menewaskan England akan menjadi satu pencapaian yang luar biasa, saya tidak tahu betapa pentingnya ia akan dinilai berbanding kemenangan pada 2002, itu juga penting.“Jika kita boleh menewaskan pasukan seperti England ia menghantar mesej yang sangat kuat tentang kemajuan kami telah lalukan terhadap pasukan Senegal"Kami telah mengenal pasti beberapa perkara penting yang boleh dimanfaatkan seperti sepakan percuma yang boleh menjadi penentu dalam perlawanan ini. Kami juga berharap dapat memanfaatkannya.," kata Bogaert.
4
04 Disember 2022 09:07am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234560/berita/sukan/argentina-lulus-ujian-australia-di-qatar-2022
Argentina lulus ujian Australia di Qatar 2022
ARGENTINA meneruskan misi pemburuan kejuaraan raja bola sepak dunia apabila mengesahkan slot suku akhir setelah menewaskan Australia 2-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmad bin Ali pada Ahad.Gol pada setiap separuh masa Argentina berjaya menghalang lonjakan lewat permainan Australia daripada membuahkan hasil, sekali gus mengesahkan kemaraan kuasa bola sepak Amerika Selatan tersebut.Perlawanan bermula seimbang pada babak pertama, namun sentuhan kapten Argentina, Lionel Messi berjaya mengamatkan stadium dengan jaringan di minit ke-35 untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-0 memihak angkatan Lionel Scaloni.The Albiceleste kemudian meningkatkan tekanan pada babak kedua akhirnya memperoleh gol kedua hasil jaringan bintang Liga Perdana Inggeris, Manchester City Julián Álvarez yang memanfaatkan kealpaan bahagian pertahanan The Socceroos untuk melebarkan kedudukan pada minit ke-57'.Jaringan Alvarez menyaksikannya menjadi adalah pemain keenam yang menjaringkan gol dalam setiap dua perlawanan Piala Dunia pertamanya untuk Argentina, dan yang pertama sejak Hernan Crespo pada 2006.Anak buah Graham Arnold yang tidak mengalah kembali memperkemaskan permainan meningkatkan tekanan berjaya merapatkan jurang hasil jaringan sendiri minit ke-77, pemain kelab liga Portugal, Benfica FC, Enzo Fernández.Keputusan itu membolehkan Argentina berdepan Belanda dalam perlawanan suku akhir di Stadium Lusail pada Sabtu depan.
4
04 Disember 2022 09:02am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234558/berita/sukan/dibanjiri-mesej-penyerang-kacak-korea-terpaksa-matikan-telefon
Dibanjiri mesej, penyerang kacak Korea terpaksa matikan telefon
MESEJ peminat masuk sepanjang masa sehingga memaksa pemain sensasi Korea Selatan, Cho Gue-sang mematikan telefon bimbitnya.Ia susulan video dia duduk di bangku simpanan pemain semasa Piala Dunia Qatar 2022 tular di media sosial.Para peminat membanjiri media sosial penyerang skuad Kimchi itu yang kagum dengan ketampanan dan bakatnya ketika beraksi di padang.Akaun Instagramnya melonjak secara mendadak dari 20,000 kepada lebih 1.6 juta pengikut.Kegilaan peminat terhadap Gue-sang sangat dahsyat sehingga klik video ketika dia duduk di bangku menerima lebih 7.3 juta tontonan di media sosial."Dia perlu berehat. Telefonnya penuh notifikasi sepanjang malam. Ia membuatkan dia terjaga."Dia cuba fokus kepada bola sepak. Mesej peminat masuk sepanjang masa," ujar seorang wartawan, Seo Jung-hwan.Tidak banyak maklumat mengenai kehidupan peribadi Gue-sang, tetapi dia difahamkan sudah mempunyai teman wanita.Pemain berusia 24 tahun itu mencipta sensasi ketika menjaringkan dua gol, ketika menentang Ghana Isnin lalu.
4
04 Disember 2022 08:22am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234556/berita/sukan/norde-tak-sabar-mula-cabaran-bersama-tfc
Norde tak sabar mula cabaran bersama TFC
PENYERANG import, Sony Norde mahu segera melupakan kenangan pahit musim 2022, sebaliknya menjadikan tahun 2023 sebagai pentas kebangkitan bersama Terengganu FC (TFC).Norde diikat selama setahun bersama naib juara Piala FA itu bagi memperkuatkan jentera serangan skuad Penyu tersebut.Pemain dari Haiti itu mengakui perjalanan musim 2022 bersama Melaka United FC sungguh mencabar.Kini sudah tiba masa untuknya kembali bangkit membantu TFC meraih pencapaian lebih cemerlang berbanding musim ini.Jelasnya, dia percaya pilihannya untuk bersama skuad kendalian Tomislav Steinbruckner adalah tepat.“Ya, semua tahu apa yang berlaku di Melaka dan sebagai pemain bola, sudah pasti saya sentiasa ada rasa untuk bermain, jadi inilah masanya untuk terus berjalan ke hadapan.“Saya bersedia untuk bersama keluarga baharu di Terengganu dan juga cabaran baharu bersama pasukan ini.“Secara jujurnya, saya ada mendapat tawaran lebih daripada tujuh kelab dan saya ada berbincang dengan tujuh pasukan tersebut, jadi kami melihat dari semua sudut sebelum akhirnya memilih TFC.“Selain ingin beraksi di Piala AFC, TFC juga mempunyai ramai pemain tempatan yang bagus jadi saya rasa pasukan ini pilihan terbaik untuk saya,” jelasnya.Norde juga tidak menolak harapan tinggi diletakkan musim depan untuk terus kekal cemerlang seperti dilakukan oleh Nafuzi Zain pada musim ini.Namun, pemain berusia 33 tahun itu percaya kehadiran jurulatih baharu tetap akan menghasilkan pencapaian luar biasa seiring kerja keras seluruh pasukan selepas ini.“Kita tahu semua penyokong TFC juga sudah letak harapan tinggi daripada jurulatih serta pemain. Ini cabaran untuk pemain baharu bawa pasukan ini ke tahap tinggi.“Memandangkan mereka telah melakukan tugas cemerlang di bawah kendalian Nafuzi sebelum ini, kini adalah giliran kami untuk melakukan sesuatu sebab sudah tentu penyokong akan sedih sekiranya kami tidak berjaya.“Saya baru kali pertama bertemu dengan jurulatih (Steinbruckner) ketika menandatangani kontrak dan apa saya boleh cakap, beliau mempunyai karakter yang cukup disenangi dan saya percaya kami semua akan mampu memberikan yang terbaik,” katanya.Norde sebelum ini bersama Melaka United selama tiga musim sejak 2020, berjaya meraih empat gol dan lima bantuan dalam 17 penampilan secara keseluruhan musim ini.
4
04 Disember 2022 07:20am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/234548/berita/sukan/piala-dunia-2022-belanda-pasukan-pertama-sambar-slot-suku-akhir
Belanda pasukan pertama sambar slot suku akhir
BELANDA muncul pasukan pertama melangkah ke pentas suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Antarabangsa Khalifa pada awal pagi Ahad.AS terlebih dahulu menguji benteng Belanda seawal minit ketiga menerusi Christian Pulisic, namun percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol, Andries Noppert.Ketika AS terus giat mengasak kubu lawan, Belanda pula yang berjaya memperoleh gol menerusi ledakan penyerang berbisa, Memphis Depay pada pada minit ke-10.Gol itu berpunca daripada hantaran lintang Denzel Dumfries sebelum Depay yang tidak dikawal berjaya merembat kencang bagi menewaskan penjaga gol AS, Matt Turner.Gol itu nyata menambah keyakinan kepada Belanda menguasai perlawanan, namun ia tidak menghalang AS menguji lagi Noppert menerusi percubaan Timothy Weah pada minit ke-42.Kegagalan Belanda mengeluarkan bola di kawasan bahaya menyebabkan Weah membuat percubaan ke arah gawang Belanda, mujur Noppert berjaya sekali lagi menafikan gawangnya daripada dibolosi.Seminit sebelum aksi babak pertama berakhir, tonggak pertahanan, Daley Blind terus menceriakan kem Belanda apabila menyumbat gol kedua The Oranje.Seperti gol pertama, satu lagi hantaran Dumfries gagal disekat pertahanan AS, sekali gus membenarkan Blind melepaskan satu rembatan menewaskan Turner.Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan berpeluang menjaringkan gol dengan AS terlebih dahulu hampir merapatkan jurang menerusi Tim Ream pada minit ke-49.Bagaimanapun, percubaan Ream masih gagal merobek gawang Belanda susulan kesilapan barisan pertahanan Belanda yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hasil sepakan sudut Weston McKennie.Seminit kemudian, Belanda pula hampir menambah gol ketiga menerusi jaringan sendiri Walter Zimmerman yang hampir tertolak bola ke gawang sendiri.Menerusi beberapa serangan, AS akhirnya merapatkan jurang menerusi gol pemain gangtian, Haji Wright hasil hantaran Christian Pulisic pada minit ke-76.Jaringan tersebut memberi keyakinan kepada AS untuk memburu gol penyamaan, namun kecekapan Noppert menggagalkan usaha The Yanks.Sebaliknya, Dumfries mengakhiri sisa-sisa perjuangan AS apabila menyumbat gol ketiga Belanda selepas menyudahkan hantaran lintang Blind pada minit ke-83.
4
04 Disember 2022 02:36am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234547/berita/sukan/brazil-hilang-khidmat-jesus-telles
Brazil hilang khidmat Jesus, Telles
BRAZIL terpaksa melupakan khidmat Gabriel Jesus dan Alex Telles yang terpaksa disisihkan menjelang aksi berdepan Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Ras Abu Aboud pada Selasa.Bintang Arsenal dan Manchester United itu dikeluarkan dari skuad Samba selepas mengalami kecederaan ketika Selecao tumpas 0-1 kepada Cameroon dalam aksi Kumpulan G di Stadium Lusail pada Sabtu.Jesus mengalami kecederaan lutut, manakala Telles juga berdepan masalah sama menyaksikan kedua-dua terlepas baki saingan Qatar 2022, kata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).Pada perlawanan itu, Telles yang juga pemain pertahanan dikeluarkan pada minit ke-54, disusuli Jesus yang meninggalkan posisi penyerang 10 minit kemudian.Untuk rekod keputusan perlawanan itu tidak menjejaskan peluang Brazil yang sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.Malah dalam perlawanan itu, Tite telah melakukan penggiliran pemain dengan menampilkan kedua-dua pemain itu dalam kesebelasan utama Samba.Keputusan itu ternyata memberi impak kepada juara dunia lima kali itu apabila mengalami kekalahan pertama fasa kumpulan Piala Dunia selepas 24 tahun selain turut kehilangan Jesus dan Telles.
4
04 Disember 2022 12:24am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234545/berita/sukan/uitm-juara-piala-sumbangsih-liga-ipt
UiTM juara Piala Sumbangsih Liga IPT
UiTM melaungkan amaran untuk terus menguasai saingan Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022/2023 apabila merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih pada Sabtu.The Young Lions selaku tuan rumah berstatus juara Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) Ogos lalu menewaskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2-1 dalam perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam.UPNM yang merupakan juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 memberikan saingan sengit dan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil rembatan N Thineswaran pada minit ke 20.Bagaimanapun aksi babak kedua lebih mencemaskan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.Muhammad Mirza Malik akhirnya memadam kelebihan dimiliki UPNM apabila meledak gol penyamaan untuk UiTM pada minit ke-53.Asakan UiTM semakin rancak menyaksikan akhirnya Muhammad Zarif Nazhan menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-66.Walaupun UPNM bekerja keras untuk mencari jaringan penyamaan namun kedudukan kekal hingga tamat permainan.Saingan Liga IPT 2022/2023 yang menyingkap tirai hari ini membabitkan 14 pasukan Divisyen Satu, 14 pasukan Divisyen Dua dan 11 pasukan Divisyen Tiga.Divisyen Satu bermula hari ini dijadualkan tamat pada Februari 2023, manakala Divisyen Dua akan dilangsungkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8 hingga 16 Disember.Sementara Divisyen Tiga berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 23 hingga 31 Disember tahun ini.Kemuncak saingan Liga IPT 2022/2023 ialah Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022/2023 yang dijangka berlangsung pada Mac 2023.Piala Sumbangsih dan hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr Pekan Ramli dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pentadbiran, Pengurusetiaan dan Jemaah Menteri, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Salasiah Yusop.
4
04 Disember 2022 12:14am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234541/berita/sukan/enam-minit-paling-lama-dalam-hidup-saya
‘Enam minit paling lama dalam hidup saya’
SON Heung-min menyifatkan penantian perit Korea Selatan untuk pengesahan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia sebagai ‘enam minit paling lama dalam hidup saya’ selepas kemenangan 2-1 ke atas Portugal menyaksikan pasukan dari Asia itu mara ke pusingan 16 terbaik.Kapten Korea itu meletakkan Hwang Hee-chan untuk menjaringkan gol kemenangan minit ke-91 menentang pasukan Fernando Santos dan meninggalkan Taeguk Warriors dengan harapan Uruguay tidak dapat menambah kelebihan dua gol ke atas Ghana dalam perlawanan Kumpulan H yang lain.Satu lagi gol akan membawa Uruguay ke pusingan 16 terbaik dengan mengorbankan Korea kerana perbezaan gol dan skuad itu berkumpul di padang Stadium Education City menonton pada peranti digital ketika pasukan Amerika Selatan akhirnya gagal."Ia adalah enam minit terpanjang dalam hidup saya, tetapi dalam bulatan kami benar-benar positif..“Saya berkata: jika Uruguay menjaringkan satu lagi gol, saya sangat berbangga dengan pasukan ini dan sangat gembira kerana anda memberikan segala-galanya dan kita akan lihat apa yang akan berlaku."Kami hanya menunggu, tetapi ia adalah penantian yang lama," kata Heung-min, yang akan beraksi di pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam kariernya.Kemenangan Korea Selatan ke atas Portugal mengimbau kemenangan 2-0 ke atas Jerman di Rusia empat tahun lalu, yang menyingkirkan juara bertahan ketika itu.Heung-min menjaringkan gol pada masa kecederaan perlawanan di Kazan itu menyaksikan Korea gagal mara berikutan kekalahan 3-0 Mexico kepada Sweden yang memacu kedua-dua negara ke saingan pusingan 16 terbaik"Kali ini berbeza. Kami menunggu keputusan lain tetapi saya tidak terfikir pun tentang empat tahun lalu kerana saya sangat gembira dan sangat bangga pada masa ini," kata Heung-minSon yang menyertai skuad Shin Tae-yong di Rusia itu.Korea Selatan akan berdepan Brazil pada Selasa dengan Heung-min memuji perpaduan dalam skuad Paulo Bento."Kami menghabiskan lebih banyak masa berbanding dengan rakan dan keluarga. Di kem mereka sudah berada di sini lebih sebulan."Kami benar-benar rapat. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang tidak bermain, mereka sedih tetapi tidak menunjukkan kekecewaan mereka.“Mereka memberikan segala-galanya di bangku simpanan dan menyokong kami dan itu membuat perbezaan besar, untuk menjadi satu pasukan daripada pergi dengan cara yang berbeza."Saya sangat gembira, sangat bersyukur dapat memimpin pasukan ini dan mempunyai pasukan ini. Ini membuat perubahan yang besar," katanya.
4
03 Disember 2022 11:30pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234540/berita/sukan/ireland-sekat-hajat-speedy-tigers
Ireland sekat hajat Speedy Tigers
HASRAT The Speedy Tigers untuk ke final Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Ireland dalam aksi separuh akhir di Potchefstroom, Afrika Selatan pada Sabtu.Babak pertama perlawanan menyaksikan aksi seimbang antara kedua-dua pasukan yang mengheret perlawanan terikat tanpa jaringan.Namun Ireland kemudian tampil garang apabila akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan padang Benjamin Walker pada minit ke-41.Anak buah Arul Selvaraj terus ketinggalan apabila Jeremy Duncan meledak gol kedua Ireland menerusi jaringan padang pada minit ke-43.Duncan kemudian menambah gol jaringan padangnya kedua peribadinya sekali gus gol ketiga Ireland pada minit ke-52.Kemenangan itu menyaksikan Ireland akan berdepan sama ada Korea Selatan ataupun tuan rumah, Afrika Selatan di perlawanan akhir.Sementara itu, tugas Speedy Tigers juga belum berakhir apabila akan mengharungi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.Sementara itu, Kapten Speedy Tigers, Muhammad Najmi Farizal Jazlan mengakui para pemain kecewa dengan kekalahan tersebut.Namun jelas Najmi Farizal, tugasan para pemain masih belum berakhir kerana akan mengharungi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat“Ya, kami amat kecewa tewas dalam perlawanan ini, dan saya tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya...“Namun kami akan recovery dan beri tumpuan untuk perlawanan berikutnya bagi penamat podium,” kata benteng pertahanan itu.
4
03 Disember 2022 11:23pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234531/berita/sukan/piala-agong-putrajaya-jinakkan-juara-bertahan-terengganu
Piala Agong: Putrajaya jinakkan juara bertahan Terengganu
PUTRAJAYA cipta sensasi apabila melakar sejarah menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-38 dengan menundukkan juara bertahan Terengganu 18-15, pada perlawanan akhir di Stadium Ragbi Pangkalan Udara Subang, pada Sabtu.Putrajaya yang mendominasi perlawanan seawal minit pertama, mendahului Terengganu 6-0 menerusi tendangan penalti Simione Tuivanuavou Bulai, masing-masing pada minit ke-14 dan ke-25 sebelum menutup aksi babak pertama dengan keputusan 13-5.Aksi babak kedua pula menyaksikan pasukan pantai timur yang mengasak kubu Putrajaya, di peringkat awal merapatkan jurang 13-12 menerusi try oleh Noor Alif Ikhmal Noor Hisham disusuli conversion Muhammad Faris Pead pada minit ke-48.Tendangan penalti diambil Muhammad Faris selang enam minit kemudian menepati sasaran, untuk meletakkan Terengganu di depan buat kali pertama, 15-13.Tersentak dengan kedudukan itu, usaha Putrajaya yang terus 'menekan' Terengganu membuahkan hasil apabila try dilakukan Badrul Muktee pada minit ke-71 meletakkan mereka kembali di depan, 18-15, sekali gus mengesahkan mahkota kejuaraan milik skuad kendalian bekas pemain All Blacks, Brad Mika.Sementara itu, tonggak utama Putrajaya K Dinesvaran, gembira dapat kembali mencatat kejayaan di Piala Agong selepas kali terakhir menikmatinya pada 2008 ketika bersama Kedah.Beliau yang disunting Putrajaya bagi kejohanan kali ini selepas beraksi dalam saingan Japan Top League bersama Hino Red Dolphins, tidak menyangka dapat mencipta keserasian bersama rakan pasukan dalam masa singkat sehingga berjaya membantu mereka bergelar juara Piala Agong.Sementara itu Mika mendedikasikan kejayaan pasukannya kepada pengurusan Ragbi Putrjaya terutamanya Presidennya Shahir Sidek, atas sokongan terbaik sepanjang pertandingan itu.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan hadir menyaksikan perlawanan akhir, turut menyampaikan hadiah kepada Putrajaya dan Terengganu.Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul pasukan ketiga terbaik selepas menang tipis, 35-34, ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
4
03 Disember 2022 09:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234514/berita/sukan/presiden-sepak-takraw-singapura-dikenakan-sekatan-10-tahun
Presiden sepak takraw Singapura dikenakan sekatan 10 tahun
PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES) Mohd Nasri Haron dikenakan sekatan selama 10 tahun bermula 30 November lalu oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF Yogender Singh Dahiya berkata, Mohd Nasri juga perlu membayar balik AS$15,000 (kira-kira RM65,800) kepada badan itu.Katanya, ini menampung kos mengadakan perbicaraan yang melibatkan seluruh jawatankuasa disiplin antarabangsa itu dan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tambahan dua tahun sekatan.Yogender Singh berkata, Mohd Nasri menghadapi lima pertuduhan berkaitan suratnya sebagai Naib Presiden ASTAF dan Presiden PERSES yang disalin kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. - Bernama
4
03 Disember 2022 06:34pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234504/berita/sukan/haluan-baharu-penang-fc-musim-2023
Haluan baharu Penang FC musim 2023
KELAB Liga Malaysia (Liga-M), Penang FC mengambil pendekatan proaktif menyusun semula pasukan bagi memantapkan cabaran Harimau Kumbang dalam mengharungi saingan musim 2023.Pengurusan kelab dalam status terkini yang dimuat naik di laman FB Penang FC berterima kasih kepada para pemain yang telah berbakti kepada kelab tersebut.“Ahli Lembaga Pengarah Penang FC telah memutuskan untuk membawa haluan baharu Harimau Kumbang bagi musim 2023.“Penang FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hafizul Hakim, Rafiuddin Roddin, Thivendaran, Gopi Rizqi, Tam Sheang Tsung, Azim Rahim, Jafri Firdaus Chew, Faizal Talib, Shukri Hamid, Azzizan Nordin, Ariff Ar-Rasyid, Syazwan Zaipol dan Daniel Ashraf yang bersama pasukan Penang sepanjang musim 2022.“Terima kasih juga kepada pemain import Penang FC Endrick Dos Santos Parafita, Lucas Espindola Da Silva, Christian Mangaron Rontini, Anselmo Arruda Da Silva (Casagrade) bagi musim 2022, segala pengorbanan dan usaha pasti akan dikenang,” kata kelab itu dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di lama Facebook Penang FC pada Sabtu.Skuad Haria Penang Haria mengakhiri saingan Liga Super di kedudukan tercorot dalam kalangan 12 kelab bertanding.Pasukan tersebut mengumpul 11 mata - dua menang, lima seri dan 15 tewas selepas mengharungi 22 perlawanan Liga Super.Bagi saingan Piala FA, cabaran Penang terhenti di separuh akhir apabila dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT), 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ogos lalu.Saingan Piala Malaysia pula, Penang sekadar di pusingan 16 terbaik sebelum dijinakkan kelab Liga Premier, Kuching City dengan keputusan agregat 4-3.
4
03 Disember 2022 05:46pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234486/berita/sukan/tidak-selisih-faham-dengan-jurulatih---ronaldo
'Tidak selisih faham dengan jurulatih' - Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo menafikan mengeluarkan kata kesat ketika dikeluarkan semasa kekalahan 1-2 Portugal kepada Korea Selatan dalam aksi ketiga Kumpulan H di Stadium Education City pada Sabtu.Sebaliknya bekas bintang Manchester United berusia 37 tahun itu menegaskan reaksi pada minit ke-66 tersebut ditujukan kepada seorang pemain Taegeuk Warriors kendalian Paulo Bento tersebut."Apa yang berlaku ialah sebelum pertukaran saya, pemain Korea Selatan itu menyuruh saya keluar dengan cepat."Saya menyuruhnya diam kerana dia tidak mempunyai kuasa itu. Tiada perselisihan faham (dengan jurulatih),” kata Ronaldo.Media Portugal sebelum itu melaporkan Ronaldo kelihatan mencabar keputusan Santos menggantikannya dengan menggunakan bahasa kesat terhadap pengendali berusia 68 tahun berkenaan.Untuk rekod, bekas bintang Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu ketika ini sedang berusaha menyamai rekod penjaring sepanjang zaman Piala Dunia Portugal Eusebio, yang meledak sembilan gol pada edisi England 1966 di England, satu-satunya kejohanan yang legenda berkenaan beraksi.Ronaldo sebelum ini muncul pemain pertama dalam sejarah menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia pada minggu lalu.Cristiano Ronaldo FOTO: EPASementara itu, Santos berkata, seorang pemain Korea Selatan bertindak agresif dalam interaksinya terhadap pemenang Ballon d'Or lima kali berkenaan."Saya melihat interaksi dengan pemain Korea dan saya tidak ragu-ragu tentang apa yang berlaku," kata Santos.Pada perlawanan itu, Korea Selatan bangkit menjaringkan gol masa kecederaan untuk menewaskan Portugal, 2-1.Kejayaan itu membolehkan Taegeuk Warriors mengesahkan slot pusingan 16 terbaik selaku naib juara kumpulan di belakang A Selecao.Pemain sayap kelab Liga Premeira Portugal, Ricardo Horta terlebih dulu meletakkan Portugal di hadapan pada minit kelima selepas menyempurnakan hantaran kemas Diogo Dalot.Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi pemain pertahanan Kim Young-gwon.Gol kemenangan Korea Selatan akhirnya dijelmakan menerusi sentuhan Hwang Hee-chan pada minit ke-91’.
4
03 Disember 2022 03:54pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234458/berita/sukan/cameroon-ada-masa-depan-cerah
Cameroon ada masa depan cerah
GERGASI Afrika, Cameroon mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia selepas berjaya menewaskan kuasa bola sepak dunia, Brazil 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Lusail pada Sabtu, sekali gus kemenangan pertama selepas 20 tahun di kejuaraan tersebut.Cabaran The Indomitable Lions asuhan Rigobert Song di Qatar 2022 itu berhenti di peringkat kumpulan selepas pesaing terdekat Switzerland mengatasi Serbia 3-2 di Stadium 974 - Ras Abu Aboud.Keputusan itu menyaksikan Switzerland memintas Cameroon dengan kelebihan dua mata untuk mara ke pusingan 16 terbaik Qatar 2022 mengiringi Brazil yang juga juara kumpulan.Namun biarpun perjalanan Cameroon telah berakhir, Song percaya terdapat elemen positif dipamerkan para pemainnya terutama karakter menyaingi pasukan pilihan seperti Brazil, Switzerland dan Serbia di Qatar."Saya cuba mencari semangat berpasukan, semangat singa itu, yang menjadi kunci kepada kejayaan pasukan Cameroon selama ini."Kami mempunyai skuad muda yang bertenaga, namun tidak mempunyai masa yang cukup bersama untuk membentuk keserasian," kata Song selepas perlawanan.Tambah Song, dia percaya pemain muda ini boleh membentuk pasukan yang hebat dan yang sangat bagus." Ya, memang memalukan apabila terpaksa pulang pada peringkat kumpulan, namun semua perlu melihat dari sudut positif kemampuan dan daya saing diberikan pasukan ini di Qatar."Kami perlu terus bekerja dan terus bergerak, saya percaya kepada pemain saya," katanya.Pada perlawanan itu, gol minit ke-93' pemain kelab liga Arab Saudi, Al Nassr, Vincent Aboubakar membolehkan Cameroon menjinakkan Brazil yang telah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, 1-0.Cameroon sebelum ini menyingkap saingan dengan tewas tipis 0-1 kepada Switzerland pada 24 November sebelum mengikat Serbia 3-3 pada 28 November lalu.
4
03 Disember 2022 01:41pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234450/berita/sukan/10-minit-mendebarkan-buat-heung-min-rakan
10 minit mendebarkan buat Heung-min, rakan
AZIMAT Korea Selatan, Son Heung-min masih lagi kemarau jaringan sepanjang saingan Piala Dunia Qatar 2022 yang memasuki pusingan 16 terbaik kali ini.Namun di sebalik itu tonggak Taegeuk Warriors itu bersungguh-sungguh menjadi pembakar semangat memastikan wakil Asia tersebut mara ke pusingan 16 terbaik dengan cara yang dramatik.Heung-min dan rakan sebelum itu menyingkap saingan Kumpulan H Qatar 2022 dengan mengikat sensasi Amerika Selatan, Uruguay, 0-0 di Stadium Education City pada 24 November lalu.Namun prestasi cemerlang itu gagal dikekalkan Korea Selatan pada perlawanan kedua apabila dijinakkan 2-3 Ghana di Stadium Education City pada 28 November, biarpun Heung-min dan rakan berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol berdepan The Black Stars.Mengharungi perlawanan ketiga dan terakhir peringkat kumpulan, bintang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terus menjadi penjana gerakan ketika berdepan gergasi dunia Portugal di Stadium Education City pada Sabtu.Ketinggalan seawal minit kelima hasil jaringan Ricardo Horta, Heung-min dan rakan kembali bangkit memberikan saingan sebelum gol penyamaan pasukan Korea Selatan dinafikan kerana offsaid.Namun itu tidak mengoyahkan semangat perjuangan wakil Asia itu apabila bintang liga Korea Selatan dari Ulsan Hyunda, Kim Young-gwon kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-27.Portugal yang telahpun mengesahkan slot pusingan 16 terbaik kembali semula dalam permainan menerusi asakan dikemudikan Cristiano Ronaldo sekali gus menyaksikan Heung-min dan rakan bertahan sebelum sentuhan mesin gol Spurs itu diterjemahkan dalam bentuk gol bintang Wolverhampton, Hwang Hee-chan pada minit ke-91'.Dan sekali lagi Heung-min menjadi watak penenang kepada para pejuang tonggak Taegeuk Warriors sebaik berakhir perlawanan kerana kemaraan ke pusingan 16 bergantung keputusan perlawanan Uruguay menentang Ghana di Stadium Al Janoub yang berkesudahan tiga mata milik jagoan dari Amerika Selatan tersebut.La Celeste kendalian Diego Alonso yang turun dengan misi tiga mata berjaya menewaskan Ghana 2-0, namun gagal mencari gol tambahan untuk kembali memintas Korea Selatan di kedudukan kedua Kumpulan H.Heung-min yang memimpin melalui teladan, menyemarakkan semangat para pemain Korea Selatan untuk tidak berputus asa selepas berjaya menewaskan Portugal untuk mara ke pusingan kalah mati.Heung-min dan rakan sebelum itu terpaksa menunggu 10 minit untuk mengetahui sama ada pasukan Asia itu berjaya melepasi pusingan 16 terbaik atau sebaliknya.Dalam tempoh itu Heung-min mengumpulkan rakan sepasukannya tampil mengekalkan kepercayaan mereka bahawa pasukan tersebut memiliki aura meneruskan saingan."Ya, kami perlu bertenang dalam situasi ini biarpun berjaya mengatasi Portugal kerana perlu menanti satu lagi keputusan perlawanan lain."Sejujur kami menunggu terlalu lama untuk detik ini, malah para pemain Korea Selatan perlu yakin bahawa harapan untuk mara ke pusingan 16 terbaik masih bersinar walaupun terpaksa menanti keputusan perlawanan Uruguay menentang Ghana," katanya
4
03 Disember 2022 12:59pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234438/berita/sukan/penyokong-samurai-biru-buat-kejutan-di-qatar
Penyokong Samurai Biru buat kejutan di Qatar
DI sebalik jaringan Ritsu Doan pada minit ke-48' diikuti Ao Tanaka (51') ketika Jepun menjadi tumpuan komuniti bola sepak dunia pada Jumaat apabila mengejutkan gergasi dunia Sepanyol, 2-1 seterusnya mengesahkan slot kelompok 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Terdapat lagi satu kisah menarik mengenai kehadiran para penyokong Samurai Biru beberapa minggu sebelum itu apabila pemain ke-12 tersebut menerima anugerah daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana mengutip sampah di stadium selepas kemenangan menakjubkan 2-1 ke atas Jerman dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 di Doha pada Stadium Antarabangsa Khalifa, 23 November lalu.Selepas perlawanan Qatar-Ecuador yang memulakan kejohanan pada 20 November, penyokong Jepun mengisi kira-kira 20 beg 45 liter dengan botol plastik kosong, kotak dan jenis sampah lain.Malah para sukarelawan Qatar 2022 semasa perlawanan Jepun-Jerman memuji usaha para penyokong Samurai Blue yang teliti, yang malah menerima ucapan terima kasih melalui sistem siaraya.Seorang pegawai jawatankuasa penganjur Piala Dunia telah mengambil inisiatif merakamkan penghargaan atas tindakan penyokong Jepun pada majlis anugerah di Doha berharap sekiranya para penyokong Samurai Biru itu dikongsi dalam kalangan rakyat Qatar dan negara lain.Malah pegawai itu berkata, para penyokong Maghribi dan Tunisia juga telah mengutip sampah di stadium, diilhamkan oleh penyokong Jepun.Pelajar universiti berusia 22 tahun dari Minami-Soma, Prefektur Fukushima, yang mengutip sampah pada perlawanan pembukaan kejohanan dan permainan Jepun-Jerman, menerima bunga dan hadiah peringatan daripada FIFA.Penyokong Samurai Biru mengutip sampah selepas perlawanan Jepun-Jerman di Doha pada 23 November lalu."Saya berasa pelik menerima anugerah kerana tidak melakukan apa-apa yang istimewa."Ia sebahagian daripada budaya Jepun, dan saya mahu menyebarkannya ke seluruh dunia," kata pelajar itu.Untuk rekod rakyat Jepun merupakan masyarakat yang sangat menitikberatkan mengenai kebersihan dalam pelbagai hal tidak hanya dalam negara tetapi juga luar negara.Jepun sebelum ini menyingkap kempen pusingan akhir Piala Dunia dengan mengejutkan gergasi Jerman, 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 23 November lalu.Namun selepas itu Samurai Biru dikejutkan kekalahan tipis 0-1 kepada Costa Rica hasil jaringan Keysher Fuller pada minit ke-81di Stadium Ahmad bin Ali pada 27 November lalu.Kejayaan mengejutkan La Roja menyaksikan Samurai Biru mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik sekali gus mengulangi pencapaian edisi Rusia 2018 apabila berada di belakang Colombia di dalam Kumpulan H sebelum ini.Edisi Rusia 2018, cabaran Jepun terhenti di pusingan 16 terbaik selepas dijinakkan 2-3 pasukan generasi emas Belgium dalam perlawanan di Rostov Arena.
4
03 Disember 2022 12:08pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234420/berita/sukan/korea-selatan-mara-pusingan-16-terbaik
Korea Selatan mara pusingan 16 terbaik
GERGASI Asia, Korea Selatan bangkit menjaringkan gol masa kecederaan untuk menewaskan pasukan pilihan Portugal, 2-1 dalam perlawanan Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City.Kejayaan menewaskan jagoan bola sepak dunia pimpinan Fernando Santos itu membolehkan Taegeuk Warriors kendalian Paulo Bento mengesahkan slot pusingan 16 terbaik selaku naib juara kumpulan di belakang A Selecao.Tempat ketiga menjadi milik Uruguay diikuti Ghana yang menyaksikan kedua-dua pasukan tersebut tersingkir daripada meneruskan perjuangan di peringkat 16 terbaik Qatar 2022.Pemain sayap kelab Liga Premeira Portugal, Ricardo Horta terlebih dulu meletakkan Portugal di hadapan dengan percubaan gol pertama pada minit kelima selepas menyempurnakan hantaran kemas Diogo Dalot.Korea Selatan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-17 apabila rembatan jarak dekat pemain pertahanan Kim Jin-su menewaskan penjaga gol Diogo Costa, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.Bagaimanapun, Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi pemain pertahanan Kim Young-gwon yang menjaringkan gol selepas bola melantun daripada Cristiano Ronaldo hasil sepakan sudut.Ronaldo, yang memburu gol untuk menyamai rekod keseluruhan Piala Dunia Portugal dengan sembilan gol oleh Eusebio, mendapat peluang pertamanya, namun percubaan kapten Portugal itu diselamatkan Kim Seung-gyu.Gol dicari Korea Selatan akhirnya hadir menerusi sentuhan Hwang Hee-chan pada minit ke-91' yang menjinakkan Diogo Costa untuk mata keempat gergasi bola sepak Asia tersebut.
4
03 Disember 2022 08:52am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234405/berita/sukan/jerman-perlu-tumpu-pemain-bola-sepak-generasi-baharu
Jerman perlu tumpu pemain bola sepak generasi baharu
JERMAN memiliki kualiti untuk menjadi kuasa dominan semula, namun satu perkara yang hilang ketika ini ialah kekuatan dalam bertahan pasukan ketika memenangi empat Piala Dunia, kata pengendali Hansi Flick selepas tersingkir dari edisi Qatar 2022.Jerman memenangi perlawanan fasa kumpulan pertama di Qatar apabila melakar kemenangan huru-hara 4-2 ke atas Costa Rica di Stadium Al Bayt.Namun kejutan Jepun 2-1 terhadap Sepanyol menyaksikan anak buah Flick mengakhiri cabaran ketiga dengan perbezaan gol, tersingkir dari kejohanan pada pusingan pertama - sama seperti edisi Rusia 2018.Apabila ditanya apa yang Jerman perlu dipertimbangkan untuk kembali dalam kalangan elit dunia, Flick berkata, Jerman perlu mengambil pengalaman Sepanyol yang membina pasukan muda dengan asas taktikal yang kukuh.Kami mempunyai pemain dengan kelab terbaik dan kami mempunyai kualiti. Untuk masa depan bola sepak Jerman, kami perlu berlatih secara berbeza."Selama bertahun-tahun kami bercakap tentang penjaga gol dan pemain sayap baharu... tetapi apa yang selalu bagus ialah kami bertahan dengan baik. Kami memerlukan asas (untuk menjadi betul)."Sepanyol bijak dalam melatih pemain muda, mereka tahu taktikal mereka dengan baik. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kami perlu memberi tumpuan kepada pemain bola sepak generasi baharu," kata Flick.Jerman yang hanya menjaringkan dua gol sebelum perlawanan akhir Kumpulan E, namun Flick tidak mahu mencari alasan, sebaliknya mengakui salah satu sebab mereka tersingkir awal adalah kekurangan kecekapan di hadapan gawang.
4
03 Disember 2022 08:30am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234404/berita/sukan/kalahkan-perancis-jaringkan-gol-itu-lebih-indah---khazri
'Kalahkan Perancis, jaringkan gol, itu lebih indah' - Khazri
PENYERANG Tunisia, Wahbi Khazri mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas Eagles of Carthage tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.Khazri yang menjaringkan gol ketika menghadiahkan Tunisia kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Perancis pada Rabu, menyertai gandingan Arab Saudi, Salem Al-Dawsari dan Sami Al-Jaber sebagai penjaring terbanyak Arab sepanjang masa di Piala Dunia dengan masing-masing tiga gol.Selepas perlawanan Tunisia, dan dalam pertemuan yang melibatkan semua pemain dan kakitangan teknikal dan pentadbiran, saya memberitahu semua orang bahawa saat ini sesuai, dan saya berterima kasih kepada semua orang dan mendoakan kejayaan mereka."Saya bangga dengan apa yang saya berikan kepada Tunisia sejak beberapa tahun lalu, dan saya percaya pasukan ini mempunyai masa depan yang cerah pada masa depan,” kata Khazri.Penyerang Montpellier berusia 31 tahun itu berkata: "Untuk mengalahkan Perancis, untuk menjaringkan gol dan menjadi penentu, itu lebih indah."Tunisia memulakan kempen Piala Dunia dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Denmark, kemudian tewas 0-1 kepada Australia.Kemenangan ke atas Perancis tidak cukup untuk menyelamatkan Tunisia selepas Australia menewaskan Denmark untuk mara ke pusingan 16 terbaik bagi bertemu Argentina.Untuk rekod, Khazri, yang dilahirkan di Perancis bermain satu perlawanan untuk pasukan kebangsaan Perancis pada 2012, beralih bermain untuk Tunisia memiliki 74 penampilan antarabangsa, menjaringkan 25 gol.
4
03 Disember 2022 08:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234412/berita/sukan/perjuangan-uruguay-di-qatar-2022-berakhir
Perjuangan Uruguay di Qatar 2022 berakhir
IMPIAN Uruguay untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian biarpun berjaya mengatasi cabaran Ghana, 2-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan H di Stadium Al Janoub.La Celeste kendalian Diego Alonso yang turun dengan misi tiga mata tiada pilihan kecuali menang akhirnya terpaksa mengalah setelah pesaing terdekat Korea Selatan mengejut Portugal, 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Education City.Pada perlawanan itu, The Black Stars kendalian Otto Addo terlebih dulu berpeluang mendahului Uruguay apabila memperoleh sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) menghadiahkan penalti atas cabaran lewat Sergio Rochet.Namun Ghana yang terkenal dengan trauma sepakan penalti kali ini sekali percubaan Andre Ayew diselamatkan Rochet pada minit ke-17.Uruguay yang tersentak kemudian memperkemaskan permainan berjaya mendahului lawan hasil jaringan Giorgian de Arrascaeta pada minit ke-26' diikuti gol minit ke-32'.Dua gol dalam tempoh enam minit itu meletakkan Uruguay di landasan menuju ke pusingan 16 terbaik sehingga gol lewat Korea Selatan dalam perlawanan lain memberikan kemenangan kepada Taegeuk Warriors pacuan Paulo Bento yang menewaskan Portugal 2-1 di Stadium Education City.Keputusan itu menyaksikan Uruguay mengakhiri cabaran di tangga ketiga dengan empat mata, terikat bersama Korea Selatan yang memintas The Black Stars.Portugal asuhan Fernando Santos menjuarai kumpulan dengan mengumpul enam mata manakala Ghana tercorot dengan tiga mata.
4
03 Disember 2022 07:46am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234403/berita/sukan/pengalaman-euro-2020-matangkan-perancis-di-qatar-2022
Pengalaman Euro 2020 matangkan Perancis di Qatar 2022
PERANCIS kembali ke pusingan 16 terbaik selepas berada pada peringkat tersebut di Euro 2020 tahun lalu, dengan memori disingkirkan Switzerland masih segar menjelang pertemuan menentang Poland di Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad ini.Les Bleus mendahului 3-1 menentang Switzerland tetapi melepaskan dua gol dalam 10 minit terakhir sebelum ditunjukkan jalan keluar menerusi penentuan sepakan penalti.“Saya rasa kami terlalu santai menentang Switzerland. Apabila kami mendahului 3-1, kami fikir ia sudah berakhir.Dalam pertandingan besar anda sedar bahawa tidak ada lawan yang mudah, ia akan menjadi sama ketika menentang Poland. Tiada apa yang dijamin, kami perlu fokus dari yang pertama hingga detik terakhir.“Kami perlu ingat bahawa tiada apa yang boleh dipandang remeh,” kata pemain tengah Antoine Griezmann.Poland mempunyai dua aset utama - penyerang Robert Lewandowski, dan penjaga gol Wojciech Szczesny, yang menafikan dua sepakan penalti dalam tiga perlawanan di Qatar 2022.Cara terbaik untuk tidak menguji Szczesny adalah dengan memastikan perlawanan tidak berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti."Kami akan melakukan segala-galanya untuk mengelak daripada penentuan penalti. Bagaimanapun kami perlu berusaha untuk itu semasa latihan," kata pemain pertahanan William Saliba.Untuk rekod, Perancis masih belum dianugerahkan sepakan penalti pada Piala Dunia di Qatar dan Griezmann tidak akan menyatakan siapa yang akan mengambilnya sekiranya peluang itu muncul di Stadium Al Thumama."Siapa yang mengambil penalti adalah sangat jelas bagi kami. Tetapi saya tidak akan memberi sebarang maklumat kepada Szczesny, dia sudah cukup bagus. Mari kita buat kejutan.“Kami akan mengusahakannya hari ini, atau lebih berkemungkinan esok kerana sesi latihan hari ini terbuka kepada media,” kata Griezmann.Pemenang pertembungan Perancis menentang Poland akan menentang sama ada England atau Senegal pada suku akhir.
4
03 Disember 2022 07:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234409/berita/sukan/switzerland-pahat-hatrik-tempah-slot-pusingan-kalah-mati
Switzerland pahat hatrik tempah slot pusingan kalah mati
SKUAD Switzerland mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Serbia 3-2 di Stadium 974 pada Sabtu.Kemenangan itu meletakkan Switzerland sebagai naib juara Kumpulan G dan akan bertemu Portugal dalam pusingan 16 terakhir.Pada aksi itu Switzerland terlebih dahulu di depan menerusi Xherdan Shaqiri pada minit ke-20.Serbia bagaimanapun meledak dua kali menerusi Aleksandar Mitrovic dan Dusan Vlahovic untuk mendahului permainan.Switzerland kemudian kembali menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Breel Embolo.Bersambung tiga minit babak kedua Remo Freuler meledak gol kemenangan Switzerland."Ia perlawanan yang sukar dan kami bangkit semula dengan berani. Ia adalah perlawanan antarabangsa pertama saya selepas sekian lama dan perlawanan penting sebegini cukup mencabar."Akhirnya kami amat gembira kerana memenanginya," kata penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel yang menggantikan Yann Sommer selepas penjaga gol utama itu direhatkan kerana masalah kesihatan.Switzerland berjaya mara ke pusingan 16 terbaik bagi setiap kejohanan Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah sejak tahun 2014.Mereka menamatkan saingan Kumpulan G di tempat kedua dengan enam mata, manakala Brazil menjuarai kumpulan dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas dikejutkan oleh Cameroon 1-0.
4
03 Disember 2022 07:13am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234408/berita/sukan/cameroon-kejutkan-brazil-namun-tersingkir
Cameroon kejutkan Brazil, namun tersingkir
CAMEROON melakar kejutan apabila menewaskan juara lima kali, Brazil 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2002 pada Sabtu.Bagaimanapun kemenangan menewaskan barisan kedua Brazil di Stadium Lusail itu belum cukup untuk membawa Cameroon ke pusingan kalah mati.Cameroon menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata, dua mata di belakang Switzerland yang berjaya menewaskan Serbia 3-2.Brazil muncul juara kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan dan akan bertemu Korea Selatan pada aksi 16 terbaik.Babak pertama menyaksikan Brazil mendominasi permainan menerusi beberapa percubaan Gabriel Martinelli dan Antony, namun gagal menemui sasaran.Selepas rehat, Cameroon mula menguji benteng Brazil menerusi Bryan Mbeumo, namun Ederson tangkas di gawang.Brazil menerusi Martinelli turut mengancam gawang Cameroon dan hampir meledak, namun dinafikan Devis Epassy.Ederson kemudian dipaksa bekerja keras untuk menafikan percubaan pemain Cameroon, Oliver Ntcham pada minit ke-78.Di sebalik kebuntuan Brazil meledak, Cameroon memecah kebuntuan menerusi kapten mereka Vincent Aboubakar pada masa kecederaan.Bagaimanapun keterujaanya membuka jersi membawa padah apabila dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.Pada aksi itu juga, Dani Alves menjadi pemain tertua pernah mewakili Brazil di Piala Dunia lelaki pada usia 39 tahun.Penampilan Alves memecahkan rekod rakan sepasukan, Thiago Silva yang turut beraksi pada edisi kali ini.Namun, rekod itu masih dipegang Formiga yang beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 pada usia 41 tahun.
4
03 Disember 2022 07:04am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234394/berita/sukan/final-jelajah-dunia-bwf-pearly-thinaah-dapat-insentif
Final Jelajah Dunia BWF: Pearly-Thinaah dapat insentif
BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah menerima insentif RM50,000 daripada 100PLUS menjelang Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand Rabu ini.Pengarah Perniagaan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Leong Wai Yin berharap insentif istimewa itu tepat pada masanya untuk menaikkan semangat pasangan nombor satu negara menjelang penutup musim siri Jelajah Dunia."100PLUS berharap insentif ini akan memberi lebih perangsang kepada Pearly dan Thinaah di Final Jelajah Dunia. Kami mengharapkan satu lagi aksi hebat daripada mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pearly-Thinaah berjaya merangkul pingat emas dalam Sukan Komanwel 2022 selepas menumpaskan beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 di final.Pasangan itu turut melakar sejarah sebagai beregu Malaysia pertama menjuarai Terbuka Perancis menewaskan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun Oktober lalu.Ini merupakan kejohanan kedua mereka dalam siri Jelajah Dunia BWF selepas memenangi Terbuka Switzerland, pada Mac tahun lalu.Kejayaan Terbuka Perancis juga membolehkan mereka menerima insentif RM37,500 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
4
02 Disember 2022 11:13pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234395/berita/sukan/detik-membanggakan-buat-bola-sepak-asia
Detik membanggakan buat bola sepak Asia
PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu berkata, kemenangan Samurai Biru 2-1 ke atas Sepanyol diharapkan menjadi detik membanggakan kepada arena bola sepak Asia.Kemenangan itu diperoleh hasil jaringan Ritsu Doan dan Ano Takana pada permulaan separuh masa kedua menyaksikan Jepun layak ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 dan dijadual menentang Croatia selepas ini.Jepun berjaya membuktikan kehebatannya dengan menewaskan Sepanyol dan Jerman dalam peringkat kumpulan pada Qatar 2022."...kemenangan kami ke atas Sepanyol dan Jerman iaitu dua daripada pasukan gergasi dunia menyuntik keyakinan yang tinggi kepada kami."Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan Asia juga boleh menang di peringkat dunia...Jepun boleh menang di peringkat dunia. Saya fikir semua orang di Asia akan berkongsi detik kegembiraan kita," katanya.Beliau turut mengulas mengenai perlawanan separuh masa dan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya."Dua pertukaran (Doan dan Kaoru Mitoma) dibuat selepas masa rehat. Kami lebih tumpukan kepada serangan."Kami bertahan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, kami dapat memanfaatkan usaha itu," katanya.
4
02 Disember 2022 11:10pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234378/berita/sukan/tumbukan-padu-lukaku
Tumbukan padu Lukaku
PENYERANG sensasi Belgium, Romelu Lukaku menjadikan dinding tempat duduk pemain simpanan ruang melepaskan kekecewaan, selepas The Red Devils ditunjukkan Croatia jalan keluar dari Piala Dunia Qatar 2022 setelah kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Ahmad bin Ali pada Jumaat.Bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang dipinjamkan ke gergasi Serie A, Inter Milan dimasukkan pada babak kedua menggantikan Dries Mertens, gagal menterjemahkan deretan peluang dalam bentuk jaringan bagi memastikan kemaraan pasukan kendalian Roberto Martinez tersebut.Lukaku terlepas sekurang-kurangnya tiga peluang untuk menjaringkan gol yang menyaksikan skuad generasi emas pilihan merangkul kejuaraan di Qatar 2022 tersebut mengakhiri cabaran tempat ketiga di belakang Croatia dan Maghribi.Akibat terlalu kecewa dan marah pemain berusia 29 tahun itu kemudian melepaskan tumbukan padu terhadap dinding plastik bangku simpanan pemain Belgium sambil menangis ketika bergerak keluar dari padang selepas perlawanan.Lukaku yang kelihatan kecewa sebelum itu telah ditenangkan legenda kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Perancis yang juga penolong jurulatih Belgium, Thierry Henry.Pemain kelahiran Antwerp itu tampil ke Qatar 2022 dengan reputasi tinggi sebagai mesin gol Belgium, namun kurang minit permainan bersama kelab berikutan kecederaan musim ini membataskan ketajaman setiap kali berada di depan gawang gol.Situasi itu berpanjangan di Qatar apabila kebiasaannya Lukaku yang begitu prolifik apabila menyarung jersi Belgium, longlai berdepan Croatia.
4
02 Disember 2022 09:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234371/berita/sukan/penutup-tirai-cub-prix-di-batu-kawan
Penutup tirai Cub Prix di Batu Kawan
DUA motosikal bakal menjadi milik pengunjung bertuah pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.Jentera yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah itu adalah sebuah motosikal Yamaha Y15 dan juga Honda RS-X.Dua model motosikal itu merupakan yang terhangat di pasaran ketika ini.Begitupun, jika berhasrat untuk memiliki motosikal tersebut, pengunjung hendaklah membeli Happy Beg Cub Prix yang akan dijual di khemah Happy Bag sepanjang kejuaraan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan pada 3 dan 4 Disember.Beg tersebut yang berisi baju-T edisi khas Cub Prix, minyak pelincir serta pemegang kunci dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg akan diberikan kupon untuk menyertai cabutan bertuah.Lebih banyak pembelian maka lebih banyak kupon cabutan bertuah akan diberikan dan peluang untuk menang adalah lebih cerah.Selain motosikal yang menjadi hadiah utama, pelbagai hadiah menarik lain turut disediakan oleh pihak penganjur buat para pengunjung yang bertuah.Pengunjung bertuah berpeluang membawa pulang dua buah motosikal pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.Antaranya adalah jaket, topi keledar dan pelbagai hadiah menarik lain.Pengumuman untuk para pemenang cabutan bertuah Happy Beg Cub Prix ini akan berlangsung jam 4.30 petang pada Ahad.Selain jualan Happy Beg, satu lagi acara samping iaitu Cabutan Bertuah Khas turut diadakan pada Sabtu (3 Disember) dan para pemenang bakal memenangi pas khas bagi membolehkan mereka melawat kawasan paddock kejuaraan Cub Prix Malaysia.Acara lain yang turut diadakan pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 adalah perhimpunan K Kar, Carnival Honda dan juga Bike Autoshow.Cub Prix yang membuka tirai pada Mac lalu, sudah sampai ke kemuncak saingan dan Batu Kawan menjadi venue untuk pusingan penutup tirai, sekali gus mengesahkan siapa yang bakal muncul sebagai pelumba serta pasukan terbaik pada tahun ini.
4
02 Disember 2022 08:41pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234367/berita/sukan/speedy-tigers-waspada-muslihat-ireland
Speedy Tigers waspada muslihat Ireland
THE Speedy Tigers bertekad meneruskan momentum kemenangan untuk mengatasi Ireland pada separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 di Afrika Selatan, pada Sabtu.Pengendali Speedy Tigers, Arul Selvaraj berkata, skuadnya yang bangkit daripada kekalahan tipis kepada Korea Selatan untuk mara ke separuh akhir dengan menewaskan Kanada dan Jepun, mempunyai semangat tinggi untuk meneruskan rentak cemerlang mereka.Beliau turut berharap aksi menentang pasukan ranking ke-12 dunia itu yang dijadualkan pada waktu cuaca panas, jam 1.30 tengah hari waktu tempatan di Stadium NWU Astro, Potchefstroom, dapat memberikan kelebihan kepada anak buahnya yang menghuni ranking ke-10 dunia.“Saya rasa kekuatan pasukan Ireland terletak pada beberapa pemain yang beraksi di Liga Belanda dan Belgium. Ireland juga nampak kuat apabila berjaya meraih sembilan mata daripada tiga aksi (untuk muncul juara Kumpulan A).“Namun, kita mempunyai kepantasan sebagai kekuatan yang diharap dapat memerangkap mereka. Selain itu, waktu perlawanan pada tengah hari juga dapat membantu kita,” katanya menerusi video yang dikongsikan.Mengikut rekod pertemuan, Malaysia, yang muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat julung-julung kalinya pada awal bulan lepas, telah mencatatkan lima kemenangan, manakala Ireland mencatatkan empat kemenangan dengan dua kali aksi terikat.Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan kekalahan tipis 1-0 kepada juara Piala Asia 2022, Korea Selatan, sebelum bangkit mengatasi Kanada 3-2 dan membenam Jepun 5-1 untuk mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan dengan enam mata, di belakang Korea Selatan dengan sembilan mata.Satu lagi aksi separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan antara Korea Selatan dan tuan rumah Afrika Selatan.Juara kejohanan itu akan meraih tiket ke Liga Pro FIH yang menghimpunkan pasukan terbaik dunia bagi musim 2023-2024.
4
02 Disember 2022 08:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234336/berita/sukan/irfan-mahu-raih-pengalaman-baharu
Irfan mahu raih pengalaman baharu
MAHU mendapatkan pengalaman baharu dan kembali bekerjasama dengan Datuk Ong Kim Swee menjadi faktor utama buat Irfan Zakaria memilih untuk bersama Sabah FC pada musim depan.Menurut Irfan, dia tidak ada sebarang masalah sepanjang berada di Kuala Lumpur (KL) City FC, malah mengakui dua musim terakhir ini antara detik terbaik dalam kariernya.Beliau juga menjelaskan bukan satu keputusan mudah untuk menerima tawaran Sabah FC, malah mengambil masa lama sebelum mempertimbangkan segala pilihan yang ada.“Dua tahun di Kuala Lumpur, saya rasa telah mendapatkan banyak kejayaan besar seperti tahun lalu memenangi Piala Malaysia pada usia 100 tahun dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Cheras.“Musim ini, kami layak ke perlawanan akhir Piala AFC walaupun tanpa bajet yang besar, rahsianya semangat kekeluargaan yang menjadi kekuatan KL City dan saya tidak pernah ada masalah dengan pasukan.Mungkin bila dilihat faktor ini semua, saya tidak ada sebab untuk keluar dari pasukan, namun keputusan saya ke Sabah adalah didorong kerana mahu mencari pengalaman baharu demi kemajuan karier.“Bukan mudah buat keputusan ini, malah minggu lepas baharu saya memuktamadkan untuk ke Sabah kerana pada masa sama turut berbincang dengan Bojan Hodak tentang perancangan KL City musim depan,” katanya.Irfan menjadi tambahan terbaharu The Rhinos pada musim depan selain bekas penyerang PJ City, Darren Lok selepas diumumkan Sabah pada Khamis.Memulakan karier secara profesional pada musim 2016 setelah bersama Harimau Muda, dia telah beraksi di Kuala Lumpur dari 2016 hingga 2019 sebelum ke Kedah pada musim 2020.Namun, dia hanya sempat beraksi untuk satu musim bersama Kedah sebelum kembali bersama KL City untuk musim 2021 dan 2022.Kembali bekerjasama dengan Kim Swee, Irfan tidak menafikan yang dia dan sebahagian besar rakan lain sudah memahami cara serta falsafah bola sepak yang diterapkan.Justeru, dia melihat perkara itu mampu menjadi kelebihan buat Sabah bagi mengharungi musim 2023 selain turut berjuang di pentas Piala AFC.“Saya sendiri pernah bekerjasama dengan Kim Swee semasa beraksi di skuad Bawah 23 tahun (B-23) dan untuk ke sini, saya ada berbincang dengan beliau serba sedikit tentang taktikal musim depan.“Jadi, mengenalinya sejak dahulu, saya dan sebahagian besar rakan-rakan lain yang pernah bersama-sama semasa Harimau Muda dan skuad B-23. Kami tahu cara dia bekerja sama ada dalam atau luar padang.“Sedikit sebanyak kami mungkin boleh ikuti perancangan taktikal terbaharu yang beliau inginkan bagi harungi musim depan,” katanya
4
02 Disember 2022 05:41pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234334/berita/sukan/rexy-enggan-terburu-buru-letak-sasaran
Rexy enggan terburu-buru letak sasaran
PENGARAH Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky enggan terburu-buru meletakkan sasaran tinggi melibatkan gandingan beregu lelaki dan beregu wanita negara di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Rexy yang sebelum ini meletakkan sasaran buat gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah untuk melepasi peringkat kumpulan, sebaliknya akan menilai kembali sasaran itu setelah undian membabitkan pemain diketahui pada 5 Disember."Semua yang layak ke Jelajah Dunia ini sudah semestinya sasarkan juara. Langkah pertama, kita perlu melepasi peringkat kumpulan namun kalau kita sasar juara seawal peringkat itu, ia akan memberikan tekanan kepada mereka."Undian juga belum keluar, kalau lihat berdasarkan ranking Jelajah Dunia, tidak mustahil untuk mereka bertemu dengan gandingan yang kuat. Jadi kita perlu lihat dahulu dan baru dapat menetapkan sasaran jelas ke mana kita boleh capai," katanya.Menurut Rexy, persediaan membabitkan pemain menjelang kejohanan itu berjalan lancar dengan tumpuan lebih diberikan kepada aspek psikologi dalam usaha untuk memperkuatkan mental pemain.Beliau berkata, setakat ini kekuatan mental gandingan lelaki dan gandingan wanita negara berada di tahap memberangsangkan namun diharap dapat meningkat, sekali gus mencapai sasaran yang diinginkannya bagi memenangi setiap perlawanan pada kejohanan itu.Selain Aaron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah, empat lagi beregu Malaysia akan beraksi di Jelajah Dunia Akhir itu yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Disember.Mereka adalah beregu profesional lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; beregu profesional wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan dua beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.Dalam perkembangan lain, Rexy memaklumkan telah membuat rombakan membabitkan gandingan beregu campuran negara bagi mengharungi saingan beberapa kejohanan di masa akan datang."Ia sudah berjalan dan gandingan itu telah dimuktamadkan iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, Choong Hon Jian-Yap Ling, Loo Bing Kun-Yap Cheng Wen serta Yap Roy King-Valeree Siow."Sudah beberapa kali kita gandingkan mereka, jadi kita nampak mereka perlu dikekalkan," katanya.Sebelum ini, Rexy yang dikenali cukup gemar mencuba kombinasi baharu membabitkan pemain beregu negara turut membuat perkara sama ke atas gandingan beregu lelaki menjelang Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak pada 13 hingga 18 Disember ini. - Bernama
4
02 Disember 2022 05:35pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234335/berita/sukan/bryan-teruja-kembali-sarung-jersi-perak-fc
Bryan teruja kembali sarung jersi Perak FC
IBARAT sirih pulang ke gagang, penjaga gol yang semakin meningkat naik, Bryan See Tian Keat, teruja apabila kembali menyarung jersi Perak FC di pentas Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Bryan berkata, Perak sentiasa berada di hatinya selepas memulakan karier bersama pasukan Piala Presiden negeri itu sembilan tahun lalu iaitu pada musim 2013.Justeru, dia berharap musim 2023 akan menjadi detik istimewa dalam kariernya bagi membantu Perak kembali menyinar di pentas saingan domestik.“Berasa bangga dan gembira kerana berpeluang sekali lagi mewakili Perak dalam karier saya sebagai pemain bola sepak.Perak mempunyai banyak makna buat saya kerana mereka telah melamar saya 10 tahun lalu untuk bermain di Piala Presiden. Saya telah menemui ramai kenalan di sini.“Perak adalah pasukan negeri pertama yang saya wakili dan harap yang terakhir dalam karier,” katanya.Pemain berusia 29 tahun itu mempunyai pengalaman luas beraksi dengan beberapa kelab di Liga-M seperti Melaka United FC, PDRM FC, Penang FC dan PKNP FC.Dia pernah bermain di Thailand bersama kelab Thai League 3, Bangkok FC pada musim 2019.Dalam pada itu, Bryan percaya Perak mampu menghadirkan cabaran kepada pasukan lain di Liga Super di bawah kendalian Lim Teong Kim.Menerusi gabungan pemain senior dan muda, beliau menjangkakan The Bos Gaurus boleh meraih sesuatu untuk dipersembahkan kepada peminat-peminat.“Saya rasa kami boleh bersaing dalam Liga Super dan jika mampu menamatkan cabaran dalam kelompok atasan. Ia sesuatu yang sangat membanggakan.“Teong Kim berjaya mengumpulkan ramai pemain muda berbakat yang ada keinginan tinggi untuk berjaya.“Saya sangat yakin jurulatih mampu mendapatkan yang terbaik dalam kalangan pemain-pemain muda tersebut pada musim ini.“Mungkin ramai persoalkan pengalaman Teong Kim yang tidak pernah mengendalikan pasukan senior sebelum ini tetapi daripada perbualan awal, saya lihat dia ada kemampuan untuk menaikkan semula nama Perak di landasan sebenar.“Beliau telah meletakkan satu aras yang tinggi kepada semua pemain senior dan kami tahu yang perlu menjadi contoh kepada pemain-pemain muda dalam menunjukkan sikap yang positif dalam pasukan,” katanya.
4
02 Disember 2022 05:28pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234311/berita/sukan/australia-tekad-benam-argentina
Australia tekad benam Argentina
KEJAYAAN mara ke pusingan 16 pasukan terbaik saingan Piala Dunia Qatar 2022 dianggap sebagai satu penghormatan terbesar buat pemain Australia.Justeru mereka tidak dapat menyembunyikan rasa teruja terhadap bintang sensasi Argentina, Lionel Messi yang akan menjadi lawan Socceroos dalam saingan kalah mati di Stadium Ahmad Ali pada Ahad.Namun, para pemain menyimpan impian besar untuk melakar kejutan ke atas kuasa besar dari Amerika Selatan itu.“Saya sentiasa menyukai Messi dan fikir dia yang terhebat apabila dapat bermain sekali.“Namun, ia bukan satu penghormatan dapat bermain dengannya kerana dia juga manusia, seperti mana kita semua.“Sama ada bertemu Argentina atau Poland, ia masih menjadi satu penghormatan untuk mewakili Australia dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia,” ujar pemain pertahanan, Milos Degenek.Australia mengejutkan Denmark dengan kemenangan 1-0 pada Rabu untuk meraih slot ke pusingan kalah mati mengiringi juara Kumpulan D, Perancis dan ia adalah sejarah buat mereka sejak kali terakhir pada 2006.Skuad Socceroos memandang tugas itu sebagai paling sukar apatah lagi mereka bakal bertemu Argentina yang berada dalam prestasi terbaik.Dalam pada itu, Mathew Leckie yang meledak gol tunggal ketika membantu Socceroos menewaskan Denmark, menjadi pemain Victoria pertama meledak gol di Piala Dunia.“Tiada siapa jangka kami berada di sini. Kami akan memberikan segala-galanya dan tidak ada sebarang tekanan.“Kami hanya perlu menikmati detik itu. Tiada siapa jangkakan yang kami akan menang. Jadi mari kita membuat kejutan,” katanya.
4
02 Disember 2022 02:48pm
NORHASPIDA YATIM
https://www.sinarharian.com.my/article/234304/berita/sukan/acara-berbasikal-larian-promosi-jambatan-ikonik-terengganu
Acara berbasikal, larian promosi jambatan ikonik Terengganu
TERENGGANU Drawbridge Bike Run Bike yang diadakan pada 26 November lalu bertujuan mempromosikan mercu tanda ikonik jambatan angkat yang menjadi tarikan pelancongan di Terengganu.Pengarah perlumbaan, Saiful Nizam berkata, acara tersebut disertai seramai 220 atlet amatur terdiri dalam kalangan peserta tempatan dan luar negara.Katanya, dalam masa yang sama, perlumbaan itu turut memperkenalkan format baharu sukan dwi di persada sukan tempatan."Acara sukan berbasikal yang diadakan di jambatan angkat itu mempertengahkan dan mempromosikan tarikan jambatan yang terkenal kepada penduduk tempatan termasuk peserta luar negara."Terdapat dua kategori telah diperkenalkan iaitu standard dan sprint iaitu berbasikal sejauh 20km hingga 40km untuk pusingan pertama kemudian berlari ke arah Pantai Batu Buruk sejauh 5km dan 10km," katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.Beliau memberitahu, Terengganu Drawbridge Bike Run Bike diadakan secara kolaborasi antara Tourism Malaysia, SUK Sekretariat Negeri Terengganu (bahagian sukan), Ammjbswimmers dan Eventure Global."Pusingan pertama kayuhan bermula dari jambatan dan peserta berbasikal melalui Pantai Kuala Nerus ke arah belakang Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebelum kembali ke Jambatan untuk melengkapkan pusingan pertama kayuhan."Peserta kemudian memulakan larian ke arah Pantai Batu Buruk dan berpatah balik ke jambatan untuk mengambil basikal mereka untuk kayuhan gelung kedua," ujarnya.Kata beliau, acara itu menyaksikan penyertaan atlet tempatan dan luar negara yang tidak asing dalam arena sukan itu."Atlet-atlet dari kelab berbasikal dan larian terkenal seperti Terengganu Sikal Group (TSG), Terengganu Runner Club (TRC) dan Kucing Gemok Runners (KGR) antara kelab terkenal menyertai acara tersebut."Pada 2023, pengurusan drawbridge berbesar hati untuk menyaksikan acara triathlon terdiri daripada Swim Bike And Run diadakan di tapak berkenaan," katanya.
4
02 Disember 2022 02:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234278/berita/sukan/modric-puas-singkirkan-belgium
Modric puas singkirkan Belgium
TIDAK dapat digambarkan kegembiraan Luka Modric ketika membantu Croatia menahan rentetan rangkaian serangan Belgium untuk mengikat keputusan seri tanpa jaringan pada Jumaat.Keputusan tersebut sudah cukup buat naib juara edisi lalu itu mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia.Satu mata berharga itu memadai buat Croatia untuk menduduki tangga kedua Kumpulan F di belakang Maghribi sekali gus menyingkirkan generasi emas Belgium."Kami terlalu gembira dapat mara ke pusingan 16 terakhir. Kami berhak mendapatkannya dengan perlawanan yang kami harungi."Kami melalui beberapa saat sukar ketika menentang pasukan yang hebat," ujar Modric.Belgium berpeluang untuk menang, namun dipersiakan oleh penyerang sensasi, Romelu Lukaku pada penghujung perlawanan.Ketika babak mendebarkan itu, dia memilih menahan bola dengan dada di hadapan gol, berbanding cuba menanduk atau menendangnya."Kami sudah mencapai sasaran pertama, sekarang untuk sasaran seterusnya."Hari ini (Jumaat) kami membuktikan yang kami pasukan teratas. Kami mampu menentang sesiapa sahaja dan siapa pun lawan selepas ini, ia bukan tugas yang mudah buat mereka," katanya.
4
02 Disember 2022 10:24am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234276/berita/sukan/jepun-laung-amaran
Jepun laung amaran
SELEPAS berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik, Jepun melaungkan amaran mahu mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022.Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu berkata, pemain menunjukkan kemampuan luar biasa dan impak positif untuk bersaing dengan pasukan gergasi dunia."Daripada segi penamat, sasaran baharu kami ialah lapan terakhir. Pemain menunjukkan perbezaan dan sisi baharu ketika bersaing di peringkat dunia."Saya mahu menetapkan rekod baharu dalam kalangan lapan terakhir atau lebih baik," katanya.Jepun mencipta sensasi dalam aksi terakhir kumpulan E selepas membenam gergasi Eropah, Sepanyol 2-1 pada Jumaat.Kemenangan itu sekali gus meletakkan skuad Samurai Biru itu di kedudukan teratas Kumpulan E dan dijadualkan menentang Croatia di pusingan 16 terbaik.Ini adalah kali keempat Jepun mara ke pusingan 16 terbaik tetapi mereka belum pernah mara melebihi peringkat itu.Dalam pada itu, Moriyasu percaya sokongan penyokong menjadi azimat berguna buat Jepun dalam mengharungi kempen Piala Dunia ini."Terima kasih kepada semua penyokong kami iaitu rakyat Jepun atas sokongan mereka sehingga kami mampu mengharungi perlawanan sukar ini."Saya gembira dapat membawa kemenangan ini kepada semua orang dan menghasilkan keputusan yang menggembirakan," katanya.
4
02 Disember 2022 09:47am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234274/berita/sukan/busquets-nafi-sepanyol-sengaja-kalah
Busquets nafi Sepanyol sengaja kalah
[DIKEMAS KINI] PEMAIN tengah Sepanyol, Sergio Busquets menafikan La Roja sengaja tewas kepada Jepun 1-2 dalam aksi terakhir kumpulan E Piala Dunia 2022 pada Jumaat.Menurutnya, tanggapan bahawa pasukan gergasi Eropah itu mahu mengelak kemungkinan bertemu Brazil pada pusingan suku akhir adalah tidak benar."Kami mahu menang dan menjadi yang pertama. Dengan siapa pun kami akan jumpa di pusingan seterusnya, ia tidak menjamin akan lebih mudah atau sukar."Kami tidak mahu ini berlaku, niat kami untuk menang. Untuk meneruskan saingan, kami mempunyai pusingan 16 menentang Maghribi yang akan menjadi perlawanan yang sangat sukar," katanya.Sepanyol layak ke pusingan seterusnya apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua dengan empat mata.Busquets juga menegaskan Jepun bermain dengan sangat baik dan pasukannya gagal untuk mencipta peluang berbahaya."Kami tidak rasa selesa dalam perlawanan ini. Mereka membuat hantaran dengan baik dan menyebabkan kami sukar untuk mencipta gerakan."Kami tahu ia akan berlaku dan sangat memalukan apabila melepaskan dua gol. Kami perlu teruskan dan memperbaiki kesilapan dalam pusingan seterusnya," katanya.
4
02 Disember 2022 09:20am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234272/berita/sukan/maghribi-enggan-berhenti-setakat-pusingan-16-terbaik
Maghribi enggan berhenti setakat pusingan 16 terbaik
PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui menjanjikan lebih banyak kejayaan bakal ditempa pasukan itu selepas mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022.Menurutnya, pasukan kendaliannya itu mahu memastikan kemenangan seterusnya ketika berdepan Sepanyol sekali gus mencipta sejarah buat pasukan gergasi Afrika itu."Ia tidak mudah. Apabila anda mempunyai peluang untuk cipta sejarah, anda akan mengingatinya. Secara jujurnya separuh masa pertama adalah persembahan terbaik pasukan sejak sekian lama," katanya.Maghribi mara ke peringkat seterusnya selepas membenam Kanada 2-1 sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan F.Skuad yang terkenal dengan gelaran The Atlas Lions itu membuka tirai jaringan menerusi bintang sensasi mereka, Hakim Ziyech pada minit keempat sebelum Youssef En-Nesyri menggandakan jaringan pada minit ke-23.Gol jaringan sendiri pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd pada minit ke-40 umpama memberikan sinar kepada Kanada, namun tiada jaringan tambahan tercipta untuk memastikan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.Ia sekali gus mengulangi pencapaian terbaik pasukan itu yang mara ke pusingan 16 terbaik kali terakhir pada 1986.Dalam pada itu, dia turut memberikan penghargaan kepada para pemain yang menampilkan persembahan cemerlang sejak kempen Piala Dunia ini bermula."Kami bukan hanya datang untuk bermain dan mengatakan 'oh kami sudah hampir'. Sudah tentu kami mahu bermain permainan kami sendiri."Kami akan mengulangi persembahan baik kami pada separuh masa pertama. Dalam masa sama, kami juga perlu mendapatkan keputusan yang baik dan melakukan seperti yang dilakukan oleh semua pasukan Eropah atau Amerika Selatan, Argentina, Perancis. Kami perlu mencontohi mereka."Kami perlu meniru permainan pasukan Eropah dengan cara kami sendiri. Kami juga perlu mempunyai pendekatan taktikal gaya Eropah dengan identiti kami sendiri dan jika berjaya, pasukan akan menang," katanya.
4
02 Disember 2022 08:53am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234270/berita/sukan/england-jumpa-senegal-tanpa-pertahanan-arsenal
England jumpa Senegal tanpa pertahanan Arsenal
NAIB juara Euro 2020, England kehilangan khidmat pemain pertahanan, Ben White menjelang aksi menentang Senegal dalam perlawanan pusingan 16 terbaik di Stadium Al Bayt awal pagi Isnin.Persatuan Bola Sepak England berkata: “Ben White telah meninggalkan pangkalan latihan pasukan bola sepak England di Al Wakrah untuk pulang ke tanah air atas sebab peribadi."Pemain pertahanan Ben White dijangka tidak akan kembali menyertai skuad The Three Lions untuk baki perlawanan kejuaraan Piala Dunia Qatar 2022."England FA meminta semua pihak menghormati privasi Ben White pada masa ini."Ketiadaan White dijangka menjadikan England kurang seorang pemain pertahanan untuk baki kejuaraan untuk skuad Gareth Southgate.Gandingan pilihan pertama The Three Lions - John Stones dan Harry Maguire disokong pertahanan Tottenham Hotspur, Eric Dier dan Conor Coady dari Everton.Untuk rekod, pengendali England Southgate tidak menurunkan pemain berusia 25 tahun itu dalam tiga perlawanan kumpulan berdepan Iran, Amerika Syarikat dan Wales sebelum ini.Malah White juga tidak bersama para pemain The Three Lions semasa perlawanan terakhir kumpulan menentang Wales di Stadium Ahmad bin Ali pada Rabu.White yang merupakan pemain Arsenal memulakan karier senior bersama Brighton & Hove Albion dari 2016 hingga 2021, sebelum menyertai kem Mikel Arteta di London.Sepanjang menyarung jersi The Seagulls, White juga memperoleh minit permainan bersama Newport County, Peterborough United dan Leeds United.White sebelum ini menikmati permulaan musim mengagumkan di Liga Perdana Inggeris bersama pendahulu Arsenal, yang cukup untuk membolehkannya meraih tempat dalam skuad Southgate ke Qatar 2022.
4
02 Disember 2022 08:36am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234269/berita/sukan/piala-dunia-polis-tahan-35-penyokong-akibat-merusuh
Piala Dunia: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
KEGEMBIRAAN para penyokong The Atlas Lions meraikan kemaraan Maghribi ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Qatar berakhir dengan rusuhan yang menyaksikan penahanan 35 orang di Antwerp, Belgium pada Khamis.Polis menutup bahagian kawasan Turnhoutsebaan di Borgerhout dan Sint-Bernardsesteenweg di Hoboken, selepas orang ramai mula turun meraikan kemenangan Maghribi menentang Kanada, dengan sebahagian daripadanya membakar bunga api.Pekerja sosial dan pemimpin masyarakat setempat juga cuba mengelakkan konfrontasi para penyokong dengan membentuk rantaian manusia di persimpangan Turnhoutsebaan dan Ommeganckstraat.Bagaimanapun, terdapat beberapa penyokong bertindak agresif apabila membaling bunga api dan menghalang jalan di kedua-dua lokasi, menurut polis.Di Sint-Bernardsesteenweg, polis terpaksa mengunakan meriam air selepas pegawai berpakaian biasa dikepung, menyaksikan lima penyokong ditahan.Di Turnhoutsebaan pula, pihak berkuasa menahan dalam kalangan 30 perusuh dalam insiden yang menyaksikan tiga pegawai polis mengalami kecederaan.“Adalah amat dikesalkan mereka menjadi mangsa bunga api dan dibaling dengan batu,” kata jurucakap polis, Willem Migom
4
02 Disember 2022 08:22am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234267/berita/sukan/alves-tua-tua-kelapa-makin-tua-banyak-santannya
Alves 'tua-tua kelapa', makin tua banyak santannya
PEMAIN pertahanan veteran, Dani Alves akan menjadi kapten Piala Dunia tertua Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Jumaat.Bekas bek Barcelona berusia 39 tahun itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menjadi pilihan pengendali skuad Samba, Tite untuk Qatar 2022.Alves, yang kini bermain untuk kelab Liga Mexico bersama UNAM Pumas, akan memakai lilitan kapten ketika Tite bersedia untuk membuat perubahan terhadap kesebelasan utama Brazil, dengan status pendahulu Kumpulan G dijamin jika kuasa bola sepak Amerika Selatan itu mengelak kekalahan menentang Cameroon.Alves, yang pulih kecederaan lutut bagi tampil di pusingan akhir Piala Dunia ketiganya berkata, ia satu kebanggaan apabila masih berada di situ dan dapat memakai jersi Brazil.“Saya telah bersama skuad Brazil selama bertahun-tahun dan apabila dapat menamatkan kitaran ini, bermain di Piala Dunia Qatar 2022, membuatkan saya sangat gembira.“Sudah 16 tahun bersama skuad kebangsaan dan saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Dalam kehidupan, saya sentiasa percaya ganjaran akan hadir kepada orang yang menyukai apa yang mereka lakukan, yang benar-benar melakukan dengan sepenuh jiwa."Kini saya sedang menuai apa yang saya tanam selama 16 tahun ini," katanya.Sementara itu, Tite, dijangka memilih sama ada bintang kelab Serie A Itali, Juventus Danilo atau tonggak kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, Eder Militao, menegaskan dia belum lagi fokus pada pertembungan pusingan 16 terbaik dengan sama ada Ghana, Portugal atau Korea Selatan."Kami mempunyai 26 pemain hebat dan saya tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih luas...“Kami sibuk bekerja, menyediakan pemain kami. Saya mempunyai sedikit masa untuk makan malam bersama keluarga kerana selepas perlawanan, kerja diteruskan semula.“Kami telah bermain dua perlawanan dengan dua pasukan berbeza dan kini bermain perlawanan ketiga dengan pasukan yang sama sekali berbeza.“Kami akan membuat beberapa perubahan, kami akan memasukkan beberapa pemain utama. Dalam dua perlawanan kami menggunakan 19 pemain. Kami tidak memanggil mereka pemain kesebelasan utama atau pemain simpanan. Mereka semua pemain Brazil," kata Tite.
4
02 Disember 2022 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234266/berita/sukan/malapetaka-buat-jerman-mueller
'Malapetaka' buat Jerman: Mueller
PEMAIN sensasi, Thomas Mueller menganggap penyingkiran Jerman seawal peringkat kumpulan bagi dua edisi Piala Dunia berturut-turut sebagai 'malapetaka sebenar.'Jerman berjaya membenam Costa Rica 4-2, namun kekalahan 1-2 Sepanyol kepada Jepun menyaksikan juara empat kali itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan E di tangga ketiga.Sepanyol dan Jerman berkongsi empat mata, namun kedudukan ditentukan menerusi perbezaan jaringan.Keputusan itu menyaksikan Jepun yang muncul juara kumpulan akan menentang finalis 2018, Croatia di pusingan 16 terbaik manakala Sepanyol bertemu Maghribi."Sangat memeritkan buat kami kerana keputusan ini sepatutnya sudah cukup (layak ke pusingan seterusnya)."Kami rasa tidak berdaya," ujar Mueller.Pemain veteran itu merupakan anggota pasukan yang memenangi Piala Dunia 2014 dan turut berada dalam skuad yang tersingkir awal empat tahun lalu di Rusia pada 2018.
4
02 Disember 2022 07:44am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234265/berita/sukan/piala-dunia-martinez-letak-jawatan
Piala Dunia: Martinez letak jawatan
MALANG nasib Belgium apabila jurulatihnya, Roberto Martinez melepaskan jawatan sejurus pasukannya terkeluar daripada perebutan Piala Dunia Qatar 2022 awal pagi Jumaat.Tindakan drastik itu susulan keputusan seri tanpa jaringan Belgium dengan Croatia pada aksi terakhir Kumpulan F."Ini adalah perlawanan terakhir bersama pasukan, saya tidak boleh meneruskannya. Saya perlu menerima hakikat yang ini adalah perlawanan terakhir," katanya.Martinez, 49, yang mengendalikan Belgium sejak 2016 dan membawa mereka ke separuh akhir Piala Dunia edisi lalu, bagaimanapun berkata, pasukannya akan tetap berasa bangga meninggalkan Qatar kali ini.Pasukan di ranking kedua dunia itu mensia-siakan beberapa peluang keemasan menerusi Romelu Lukaku di babak kedua.Sepanjang tiga perlawanan kumpulan di Qatar, Belgium hanya menjaringkan satu."Hari ini (Jumaat) kami bersedia. Kami mencipta peluang dan ia tiada penyesalan. Kami tersingkir tetapi kami boleh pulang dengan rasa bangga."Anda lihat Youri Tielemans dan pemain muda lain, generasi emas melakukan sesuatu yang membangunkan generasi seterusnya," katanya.Belgium mengakhiri saingan di tangga ketiga di belakang Croatia dan Maghribi yang muncul juara kumpulan selepas mengejutkan anak buah Martinez 2-0 dan menewaskan Kanada 2-1."Kami mahu mara tetapi saya pasti pasukan kebangsaan lain juga mahu mara dan itulah kejohanan."Dalam Piala Dunia sebelum ini kami menang tiga perlawanan peringkat kumpulan. Kami mahu mara hingga ke akhir," katanya.Lukaku tidak cukup cergas untuk beraksi, selain Belgium terlalu berharap kepada bintang-bintangnya yang semakin berusia, tetapi gagal mempamerkan persembahan terbaik mereka.
4
02 Disember 2022 07:38am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234262/berita/sukan/croatia-lolos-belgium-pulang-awal
Croatia lolos, Belgium pulang awal
CROATIA mengesahkan tempat ke saingan kalah mati selepas seri tanpa jaringan dengan Belgium dalam aksi terakhir kumpulan F, Piala Dunia 2022 pada Khamis.Keputusan itu menyaksikan Croatia menjadi naib juara kumpulan F dengan memungut lima mata dan bakal mengiringi Maghribi yang muncul juara kumpulan.Manakala, Belgium yang juga pasukan di ranking pertama dunia terpaksa pulang awal selepas sekadar menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan.Ia sekali gus rekod buruk dicatat skuad kendalian Roberto Martinez itu selepas kali terakhir gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi Piala Dunia 1998.
4
02 Disember 2022 07:23am
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234261/berita/sukan/maghribi-cemerlang-tempah-tiket-ke-pusingan-kalah-mati
Maghribi cemerlang tempah tiket ke pusingan kalah mati
MAGHRIBI berjaya melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik selepas menewaskan Kanada 2-1 dalam aksi terakhir kumpulan F Piala Dunia 2022 pada Khamis.Hakim Ziyech meletakkan Maghribi di hadapan pada minit keempat sebelum Youssef En-Nesyri menggandakan jaringan pada minit ke-23.Gol jaringan sendiri pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd pada minit ke-40 umpama memberikan sinar kepada Kanada, namun tiada jaringan tambahan tercipta untuk memastikan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.Keputusan itu menyaksikan Maghribi mengungguli kedudukan teratas kumpulan F sekali gus menamatkan kemarau 36 tahun untuk mara ke peringkat 16 pasukan terbaik selepas kali terakhir melakukannya pada 1986.
4
02 Disember 2022 07:06am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234242/berita/sukan/malaysia-mara-separuh-akhir-hoki-piala-negara-negara-fih
Malaysia mara separuh akhir hoki Piala Negara-Negara FIH
SKUAD Malaysia mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) setelah membenam Jepun 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.Kejayaan itu meletakkan skuad kendalian Arul Selvaraj di tempat kedua kumpulan selepas meraih enam mata hasil dua kemenangan, tiga mata di belakang Korea Selatan yang mendahului kumpulan.Kenduri gol skuad Malaysian Tigers bermula seawal minit kedua hasil gol padang Muhammad Najib Abu Hassan.Bagaimanapun Jepun pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi Kosei Kawabe tiga minit kemudian.Gol penyamaan itu tidak mengendur strategi menyerang skuad negara sebalik terus tampil garang.Serangan bertali arus itu membuahkan hasil apabila berlaku ledakan gol kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Aminuddin Mohd Zain pada minit ke-23.Penyerang prolifik, Faizal Saari turut mencatat nama selaku penjaring apabila menghasilkan gol padang pada minit ke-34.Muhammad Najib sekali lagi mempamerkan bisa apabila meledak gol padang yang juga gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu pada minit ke-29.Pemain sensasi, Mohamad Ashran Hamsani melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol kelima seminit kemudian.Skuad negara akan membuat perhitungan dengan juara Kumpulan A sama ada Afrika Selatan atau Ireland bagi perebutan tiket ke final.
4
01 Disember 2022 09:32pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/234225/berita/sukan/saya-cukup-malaysia---aguero
'Saya cukup Malaysia' - Aguero
PEMAIN naturalisasi Sri Pahang FC, Sergio Aguero percaya dia layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di sebalik kritikan segelintir pihak yang melabelnya 'tidak cukup Malaysia' untuk mewakili Harimau Malaya.Menurut Aguero, dia sudah berada di negara ini selama enam tahun dan kini hanya menunggu masa untuk memberikan impak positif kepada skuad kebangsaan."Sudah tentu (saya cukup Malaysia untuk mewakili negara). Saya berada di sini selama enam tahun. Saya dapat banyak tawaran, tetapi saya tetap pilih untuk wakili Malaysia."Saya sayangkan negara ini. Saya sukakan segala-galanya di sini," katanya kepada media selepas sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana jaya pada Khamis.Sebelum ini, Aguero dilabel sebagai 'tidak cukup Malaysia' oleh segelintir penyokong untuk mewakili Harimau Malaya.Aguero antara muka baharu yang disenaraikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember.Dalam pada itu, Aguero meminta peminat dan penyokong bola sepak tanah air untuk mempercayai kemampuannya mewakili Harimau Malaya."Saya akan bekerja keras untuk memastikan jurulatih memilih saya. Latihan disini juga sangat sukar dan saya akan membiasakan diri. Namun, saya sudah bersedia untuk mewakili negara," katanya.
4
01 Disember 2022 07:24pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234218/berita/sukan/pemain-bukan-mesin-tunku-ismail
Pemain bukan mesin: Tunku Ismail
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala AFF pada 21 Disember.“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.“Piala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin,” katanya di laman sosial miliknya.Tunku Ismail berkata, pemain tidak menolak panggilan skuad kebangsaan sebarangan kerana mereka memberikan yang terbaik apabila menyarung jersi negara.“Pemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.“Kita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih dan main sejak bulan Januari.“Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu,” katanya.Media sebelum ini melaporkan, 12 pemain yang sebahagian besarnya pemain JDT tidak dapat bersama pasukan negara dan kemudian disusuli dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan itu.Menurut Tunku Ismail, tempoh latihan pusat skuad kebangsaan adalah paling lama berbanding negara lain yang mengadakannya selama seminggu sahaja.“Kita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan,” katanya.Skuad Harimau Malaya ketika ini giat melakukan persiapan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pertengahan bulan ini, sebelum saingan Piala AFF pada hujung bulan.
4
01 Disember 2022 06:24pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234208/berita/sukan/ketampanan-gue-sung-tular-di-media-sosial
Ketampanan Gue-sung tular di media sosial
KETIKA Korea Selatan menghitung nasib dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pemain sensasi, Cho Gue-sung tular di media sosial.Mana tidaknya, dua jaringan pemain berusia 24 tahun itu dalam tempoh tiga minit ketika Korea Selatan tewas 2-3 kepada Ghana dalam saingan Kumpulan H Isnin lalu hangat di Instagram dan Twitter.Pengikut pemain berjersi nombor 9 itu meningkat mendadak dari 46,000 kepada 293,00 pengikut dalam tempoh beberapa jam selepas tamat perlawanan.Malah ada dalam kalangan warganet yang membuat semakan di media sosial memberitahu, pengikut pemain itu sudah melebihi 400,000 di Instagram sehari selepas perlawanan.Jumlah berkenaan terus meningkat melebihi 1.5 juta pada Rabu gara-gara ketampanan pemain kelab Jeonbuk Hyundai Motors itu.Beberapa video yang memaparkan aksi Gue-sung turut tular di Twitter dengan tertera pujian 'Cho gue sung sangat kacak'Di sebalik berita tular itu, Korea Selatan yang dibimbing Paulo Bento wajib menang ke atas Portugal di Stadium Education City tengah malam Jumaat untuk 'mencuri' slot 16 pasukan terbaik.Bagaimanapun skuad Kimchi mengharapkan Uruguay menang tipis tidak melebihi dua gol ke atas Ghana dalam satu lagi aksi.Portugal ketika ini memimpin carta kumpulan dengan enam mata, diikuti Ghana tiga mata di tangga kedua berkongsi lima jaringan.Korea Selatan dan Uruguay pula berkongsi satu mata dengan kelebihan dua gol kepada skuad dari Asia itu berbanding pasukan dari Amerika Latin tersebut masih buntu jaringan.
4
01 Disember 2022 05:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234191/berita/sukan/tunisia-tersingkir-secara-terhormat
Tunisia tersingkir secara terhormat
TUNISIA tersingkir daripada kancah Piala Dunia Qatar 2022 secara bermaruah setelah mengejutkan juara bertahan Perancis 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D awal pagi Khamis.Jurulatihnya, Jalel Kadri berkata, kejayaan itu membuatkan penyokong mereka gembira dan berasa bangga, biarpun keputusan tersebut tidak cukup buat mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.Tunisia memerlukan kemenangan, namun dinafikan Australia yang mengalahkan Denmark 1-0 untuk mengiringi Perancis yang sudah mengesahkan tempat ke kelompok 16 terbaik.“Ia adalah kemenangan bersejarah ke atas pasukan juara bertahan. Kami mahu layak ke pusingan berikutnya kerana ia adalah sasaran utama.“Malangnya kami terkeluar daripada saingan kejohanan tetapi kami meninggalkan perlawanan dengan perasaan yang cukup bangga dan terhormat,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.Tunisia menamatkan saingan di tempat ketiga dengan mengumpul empat mata dan gagal melepasi pusingan pertama dalam enam penampilan di Piala Dunia.“Bukan mudah memperoleh tiga mata ini, hanya satu aksi kami tidak berada pada tahap yang dijangkakan dan ia adalah ketika berdepan Australia,” katanya.Tunisia memulakan kempen dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Denmark kemudian kelihatan penat ketika tewas 0-2 kepada Australia.
4
01 Disember 2022 04:11pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234183/berita/sukan/tomislav-steinbruckner-ganti-nafuzi
Tomislav Steinbruckner ganti Nafuzi
PENGENDALI dari Croatia, Tomislav Steinbruckner dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) bagi musim 2023.TFC dalam satu kenyataan berkata, jurulatih berusia 56 tahun itu juga telah bersama pasukan TFC sebagai ketua pengarah teknikal kelab bermula tahun ini."Beliau akan memegang tanggungjawab utama untuk membentuk pasukan Terengganu FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2023 dan juga saingan Piala AFC 2023."Tomislav telah menandatangani kontrak sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC untuk tempoh satu tahun iaitu bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2023," kata kenyataan itu.Kenyataan itu juga menjelaskan Steinbruckner sedia mengambil tanggungjawab mengendalikan pasukan biarpun menyedari cabaran tinggi bakal digalasnya."Semestinya cabaran untuk mengendalikan pasukan Terengganu FC adalah besar kerana pasukan ini mengakhiri saingan Liga Malaysia dengan rekod yang baik dan semestinya pihak pengurusan kelab serta para penyokong ingin melihatkan rekod yang lebih cemerlang dapat dicapai bagi saingan musim 2023."Namun beliau mengambil tanggungjawab ini dan bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk kelab ini."Semoga Tomislav berjaya membawa kejuaraan buat Terengganu FC bagi musim 2023," katanya.Pasukan TFC sebelum ini dibimbing oleh Mohd Nafuzi Zain sejak 2020 dan beliau menolak lanjutan kontrak bersama pasukan gergasi pantai timur itu.
4
01 Disember 2022 03:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234167/berita/sukan/pentas-terakhir-kuda-tua-uruguay-beraksi
Pentas terakhir 'kuda tua' Uruguay beraksi
JURULATIH Uruguay, Diego Alonso tenang di sebalik kecaman di atas tindakannya yang menyandar harapan kepada bintang veteran Luis Suarez dan Edinson Cavani dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022 ketika ini.Uruguay berada di ambang penyingkiran menjelang aksi terakhir Kumpulan H menentang Ghana di Stadium Al Jaboub pada Jumaat.Mereka yang berada di tangga tercorot kumpulan sekadar mengutip satu mata wajib menang ke atas Ghana untuk mara ke pusingan kalah mati.Sambil mengharapkan talian hayat dari Portugal yang memimpin kedudukan kumpulan dengan enam mata menewaskan Korea Selatan.Di Uruguay, fokus tidak terarah kepada penyerang veteran itu sebaliknya Alonso yang berdepan kritikan teruk."Kami tidak pernah berhenti melakukannya (gaya serangan) tetapi pasukan lawan juga menggunakan cara sama."Ia bukan bermakna kami tidak mencuba. Namun lawan juga bersaing dengan baik, bermain bagus dan menghalang anda untuk berada dalam posisi yang anda mahukan."Sebahagian pengkritik pula menyedari had yang ada pada dua penyerang berusia 35 tahun itu tetapi tidak menyalahkan mereka terhadap kegagalan Uruguay," ujar Alonso.Ketika Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi membara dalam apa yang disifatkan sebagai Piala Dunia terakhir mereka, dua pemain veteran Uruguay itu hilang dari radar.Suarez dan Cavani yang mencecah usia 35 tahun, sebelum ini memberitahu Piala Dunia Qatar adalah penamat buat mereka.Selepas terikat tanpa jaringan berdepan Korea Selatan serta kalah 2-0 kepada Portugal, aksi terakhir itu bakal menjadi platform terakhir yang manis atau pahit buat mereka di pentas dunia.Suarez dan Cavani tidak boleh dinafikan sebagai dua penyerang terhebat pernah disaksikan dalam generasi mereka, selain Messi dan Ronaldo.Mereka menghuni dua tempat teratas pemain dengan rekod sepanjang zaman Uruguay dengan Suarez di kedudukan teratas.Suarez dan Cavani juga adalah sebahagian pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 sebelum menjuarai Copa America setahun kemudian.Ketika Messi meledak ketika Argentina menang 2-0 mengalahkan Mexico di Qatar dan Ronaldo melakar sejarah pemain pertama meledak dalam lima edisi Piala Dunia, gandingan Uruguay itu tampak menghampakan.Melainkan berlaku keajaiban mereka kembali mendapat sentuhan terbaik menentang Ghana, karier penyerang veteran terhebat Uruguay itu boleh berakhir dengan cemerlang.
4
01 Disember 2022 02:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234161/berita/sukan/bola-piala-dunia-qatar-perlu-dicas-sebelum-sepak-mula
Bola Piala Dunia Qatar perlu dicas sebelum sepak mula
[DIKEMAS KINI] TEKNOLOGI berkembang dengan begitu pantas dan penggunaannya memudahkan urusan harian dalam pelbagai lapangan kehidupan termasuk sukan.Maka tidak hairan apabila berlangsung temasya besar seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia 2022 yang ketika ini hangat di serata pelosok muka bumi, teknologi menjadi bualan utama selain bahang di gelanggang.Bagi edisi Qatar, kemajuan teknologi baharu diperkenalkan bagi menjadikan sukan berprestij, moden dan canggih selain keputusan lebih baik di padang.Justeru, ia mendorong badan induk bola sepak dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Adidas, penaja rasmi bola kejohanan memperkenalkan bola sepak berteknologi tinggi dikenali Al Rihla.Bola itu berisi penderia atau 'sensor' seberat 14 gram di dalamnya yang membolehkan ia dijejak dalam masa nyata serta titik pin lokasi tepat pada bila-bila masa sepanjang permainan.Ia membolehkan lokasi bola dikenal pasti setepat mungkin untuk menilai gol dan ofsaid selain beberapa aspek lain dalam permainan itu.Penderia juga terbukti sebagai alat yang berguna dan penting untuk disambungkan ke sistem video bantuan pengadil atau VAR.Teknologi tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengapa bola Piala Dunia perlu dicas sebelum perlawanan.Teka-teki itu terjawab kerana disebabkan penderia di dalamnya hanya menggunakan bateri kecil dan mampu bertahan kira-kira enam jam penggunaan aktif.Penderia kecil itu dibangun dan dikilang oleh Kinexon, syarikat perisian berpangkalan di Munich.Pengasas bersamanya Maximilian Schmidt menjelaskan cara ia berfungsi, malah mengatakan pada bila-bila masa bola terkena impak sistem pada kadar 50 frame sesaat.Beliau berkata, data dihantar dalam masa nyata dari penderia kepada sistem penentu kedudukan (LPS).Katanya, penyaluran data itu membabitkan penyediaan antena rangkaian yang dipasang di sekitar medan permainan yang mengambil dan menyimpan data untuk digunakan segera.“Apabila bola keluar dari kawasan semasa permainan dan bola baru dibaling atau ditendang masuk untuk menggantikannya, sistem 'backend' Kinexon secara automatik beralih kepada input data bola baharu tanpa memerlukan bantuan manusia,” ujarnya.
4
01 Disember 2022 01:35pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234155/berita/sukan/misi-argentina-akhiri-kemarau-36-tahun-kembali-menyala
Misi Argentina akhiri kemarau 36 tahun kembali menyala
RAKYAT Argentina memperbaharui semula harapan menggunung mereka dalam skuad La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni, selepas mengalahkan Poland 2-0 pada Rabu, sekali gus menyaksikan pasukan dijanakan bintang Lionel Messi menempah slot pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Perasaan euforia menyelubungi negara itu terutamanya di kawasan kejiranan Buenos Aires di Palermo, di mana ribuan para penyokong bergembira berkerumun untuk menonton perlawanan terakhir Kumpulan C tersebut di skrin gergasi taman."Saya mempunyai sepenuh kepercayaan terhadap kumpulan ini. Sejak Copa America mereka telah pun bersemangat jadi di Qatar 2022 kepercayaan kepada mereka tidak pernah padam," kata Nadir Cabrera, pemuda berusia 25 tahun merujuk kepada kemenangan kejuaraan serantau 2021 negara.Angkatan Scaloni di Qatar 2022 memerlukan kemenangan untuk memastikan mara ke peringkat kalah mati selepas kekalahan mengejut 1-2 perlawanan pembukaan menentang Arab Saudi sebelum bangkit dengan kemenangan lebih meyakinkan 2-0 ke atas Mexico."Kami sudah pulih dari kejutan Arab Saudi dan selepas dua perlawanan hebat ini, kami kembali teruja!," Uriel Vieitez, remaja 19, tahun ketika dia meraikannya di jalanan ibu kota Buenos Aires dengan memakai baju dan topi Argentina beberapa minit selepas kemenangan Argentina 2-0 ke atas Poland.Difahamkan, sekolah menggantung kelas awal dan pejabat menggantung kerja selama dua jam di negara Amerika Selatan untuk menyaksikan Albiceleste menjamin tempat di peringkat kalah mati.Argentina kini sedang gigih berusaha memastikan penampilan di Qatar 2022 mengakhiri kemarau kejuaraan tertinggi bola sepak dunia selepas 36 tahun sejak kemenangan terakhir semasa era mendiang Diego Maradona ketika menewaskan Jerman Barat, 3-2 di Stadium Azteca, Mexico pada Piala Dunia Mexico 1986.Selepas itu, Argentina berjaya mara ke perlawanan akhir pada edisi Itali 1990 dan edisi Brazil 2014, namun kecundang kepada Jerman dalam kedua-dua perlawanan tersebut.Cabaran Argentina seterusnya adalah berdepan Australia di Stadium Ahmad bin Ali pada pusingan 16 terbaik pada 4 Disember ini.Sekiranya anak buah Scaloni berjaya mengatasi Socceroos, menanti mereka di suku akhir pemenang aksi Belanda menentang Amerika Syarikat di Stadium Antarabangsa Khalifa yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember.Messi, yang menyinar dalam perlawanan menentang pasukan yang diketuai oleh bintang Poland, Robert Lewandowski, meminta sekali lagi kepada para penyokong Argentina, sama seperti sebelum ini untuk percaya keupayaan pasukan kebangsaan mereka."Kepada rakyat Argentina sama seperti pada mulanya, apabila kami bermula dengan teruk dan dengan kekalahan, kami pergi dengan tenang, kumpulan ini akan teruskan dengan cara ini dan semoga kami dapat meneruskan karakter seperti hari ini," katanya selepas perlawanan.
4
01 Disember 2022 12:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234153/berita/sukan/rodrygo-isi-tempat-neymar
Rodrygo isi tempat Neymar
KETIADAAN Neymar yang mengalami kecederaan tidak menjejaskan rentak Brazil menjelang aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2022 menentang Cameroon awal pagi Sabtu.Bintang meningkat naik, Rodrygo memiliki pakej lengkap sebagai pengganti kerana dia boleh beraksi di sebelah kiri, kanan, sebagai pemain nombor 10, malah boleh menyarung jersi nombor sembilan.Selepas aksi padu pada babak kedua ketika menentang Switzerland Isnin lalu, dia tampak bakal mengisi kesebelasan utama buat kali pertama, malah mungkin mengambil alih posisi Neymar.Casemiro percaya pemain Real Madrid itu mempunyai bakat untuk menjadi bintang hebat Brazil pada masa depan.“Tuhan memberikannya bakat bermain bola sepak. Sangat menarik melihat dia beraksi,” kata pemain tengah Manchester United itu yang biasa beraksi bersama Rodrygo di Madrid.Rodyrgo yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjadi perancang jaringan kemenangan lewat Casemiro ketika mereka menewaskan Switzerland 1-0.Jurulatih Tite mungkin melakukan rombakan ketika Neymar belum pulih daripada kecederaan dialami pada aksi pertama mereka.Selain Rodyrgo, Brazil mempunyai barisan pemain berkaliber lain termasuk Raphinha, Antony, Vinicius Junior, Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli, Pedro dan Richarlison.Mereka menjadi pencabar kepada kepada Rodrygo, namun pemain termuda dalam skuad Piala Dunia Tite itu mempunyai satu kelebihan besar berbanding pemain lain.“Dia seperti chameleon, boleh beraksi nombor sembilan, 10, 'Neymar' Real Madrid, mampu beraksi di sebelah kiri atau kanan,” ujar Matheus Bachi, penolong jurulatih Brazil yang juga anak Tite.Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti turut memuji Rodyrgo yang menganggapnya sebagai pemain versatil.“Dia penyerang istimewa, boleh beraksi di pelbagai posisi, pantas, bijak dan berkesan ketika satu lawan satu,” katanya.Brazil sudah menempah slot ke pusingan kalah mati selepas memulakan langkah kanan pada aksi pertama kumpulan menundukkan Serbia 2-0 pada 25 November lalu.
4
01 Disember 2022 12:42pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234146/berita/sukan/perancis-berang-gol-griezmann-dibatalkan
Perancis berang gol Griezmann dibatalkan
PERSEKUTUAN Bola Sepak Perancis (FFF) telah membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas gol jaringan penyamaan Antoine Griezmann dibatalkan ketika kekalahan dalam aksi terakhir kumpulan D menentang Tunisia 0-1 pada Rabu.Griezmann menjaringkan gol pada minit kelapan dalam masa tambahan, namun tidak disahkan apabila penyerang itu dipersalahkan kerana ofsaid ketika Aurelien Tchouameni menghantar bola ke dalam kotak penalti.Bola itu dilihat terkena kepala pertahanan Tunisia terlebih dahulu sebelum sampai ke kaki Griezmann untuk meledak gol penyamaan.Namun, pengadil yang memeriksa video bantuan pengadil (VAR) membatalkan gol tersebut kerana Griezmann dalam kedudukan ofsaid."Kami menulis aduan selepas gol Antoine Griezmann tidak disahkan dan menurut kami ia adalah gol yang dibenarkan."Aduan ini akan difailkan dalam masa 24 jam selepas perlawanan berakhir," kata FFF.Tunisia tersingkir daripada kejohanan manakala Perancis mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan D dan akan menentang Poland Ahad ini.
4
01 Disember 2022 12:03pm
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234131/berita/sukan/jaguh-tinju-mexico-mohon-maaf-kepada-messi
Jaguh tinju Mexico mohon maaf kepada Messi
JAGUH tinju dunia dari Mexico, Canelo Alvarez memohon maaf kepada Lionel Messi selepas menuduh bintang Argentina itu tidak menghormati jersi dan bendera Mexico selepas skuad La Albiceleste menewaskan Mexico 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad lalu.Dalam satu rakaman video, Messi dilihat secara tidak sengaja tertendang jersi Mexico yang berada berdekatan kakinya di dalam bilik persalinan selepas perlawanan berakhir.Messi dikatakan tidak menghormati jersi dan bendera Mexico ketika di dalam bilik persalinan.Alvarez dikatakan amat marah dengan sikap Messi itu yang didakwa tidak menghormati jersi atau bendera Mexico dan mengugut agar pemain itu tidak bertembung dengannya.Bagaimanapun, ugutan Alvarez itu mengundang kritikan daripada orang ramai menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan maaf."Beberapa hari terakhir ini saya terbawa-bawa dengan semangat dan cinta yang saya rasakan untuk negara. Saya ingin memohon maaf kepada Messi dan rakyat Argentina."Setiap hari kami belajar sesuatu yang baharu dan kali ini giliran saya. Saya mendoakan kejayaan kedua-dua pasukan dalam perlawanan mereka," katanya.
4
01 Disember 2022 10:35am
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
https://www.sinarharian.com.my/article/234126/berita/sukan/khabar-angin-perpindahan-ronaldo-tidak-jejas-portugal
Khabar angin perpindahan Ronaldo tidak jejas Portugal
KHABAR angin perpindahan bernilai tinggi Cristiano Ronaldo ke kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr tidak memberikan kesan kepada rentak Portugal menjelang pertemuan menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan H Piala Dunia pada Jumaat.Penyerang Portugal, Andre Silva berkata, dia percaya Ronaldo dapat mengatasi situasi tersebut sekali gus memberikan aksi terbaik bersama pasukan kebangsaan."Persoalan itu tidak membimbangkan sesiapa selain Ronaldo. Ia tidak menjejaskan pasukan langsung."Dalam kes Ronaldo, dia adalah pemain yang sangat berpengalaman dan tahu bagaimana untuk menangani situasi seperti ini," katanya.Pada Rabu, Ronaldo dilaporkan bakal menyertai menyertai Al Nassr dengan perjanjian lumayan sekitar £173 juta setahun.Bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu hanya akan memutuskan mengenai masa depannya selepas Piala Dunia berakhir.Dalam pada itu, Silva juga menegaskan peranan Ronaldo bersama skuad Portugal amat ditagih walaupun sebelum ini Manchester United telah menamatkan kontrak bintang sensasi dunia itu."Cristiano adalah kapten kami. Dia adalah seorang ikon terpenting dalam bola sepak Portugal."Sudah tentu, ia sangat penting untuk dia terus bermain dalam pasukan dan menjadikan pasukan kami lebih kuat," katanya.Portugal telah menempah tempat di peringkat kalah mati saingan Piala Dunia kali ini dan hanya memerlukan satu mata dalam perlawanan terakhir menentang Korea Selatan untuk menerajui kumpulan H.
4
01 Disember 2022 09:54am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234124/berita/sukan/argentina-enggan-pandang-sebelah-mata-australia
Argentina enggan pandang sebelah mata Australia
JUARA dua kali, Argentina enggan memandang sebelah mata cabaran Australia dalam saingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 hujung minggu ini.Jurulatihnya, Lionel Scaloni berkata, pasukannya pernah berdepan situasi mengejutkan apabila tewas kepada Arab Saudi pada aksi pertama Kumpulan C.Argentina bagaimanapun bangkit mengalahkan Mexico dan Poland 2-0 bagi mendahului kumpulan dan akan menentang Socceroos dalam kelompok 16 terakhir."Mereka semuanya sukar, kami sudah melihatnya ketika berdepan Arab Saudi."Jika anda rasa Australia akan menjadi mudah, anda silap kerana mereka sudah menunjukkan berjaya melepasi pasukan handalan pada Piala Dunia kali ini," ujar Scaloni.Scaloni mengakui dia bersama staf belakang tabir sudah mengkaji corak permainan Australia dan akan melakukan yang terbaik pada aksi tersebut."Kami perlu membuat analisis terhadap pasukan lawan dan perlu memikirkan bagaimana untuk melukakan mereka," katanya.Scaloni juga menempelak penganjur ketika Argentina akan bermain aksi 16 terakhir pada Sabtu yang memberikan rehat hanya dua hari."Kami gembira hari ini (Khamis) tetapi saya tidak mahu keterlaluan kerana fikir bahawa ia sesuatu yang gila kerana akan bermain dalam hanya dua hari selepas menjadi juara kumpulan ini," katanya.
4
01 Disember 2022 09:24am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234123/berita/sukan/cabaran-mexico-di-qatar-2022-berakhir
Cabaran Mexico di Qatar 2022 berakhir
CABARAN Mexico di Piala Dunia Qatar 2022 terhenti di pusingan pertama biarpun berjaya mengatasi cabaran Arab Saudi 2-1 dalam perlawanan di Stadium Lusail.Henry Josue Martin yang beraksi buat kelab sensasi liga Mexico, America terlebih dulu meletakkan anak buah Gerardo Martino di depan pada minit ke-47'.Sebelum bintang kelab liga Mexico, Pachuca, Luis Gerardo Chavez melebarkan kedudukan dengan gol pada minit ke-52'Arab Saudi kemudian merapatkan defisit dengan gol masa kecederaan jaringan pemain sayap kelab Al Hilal, Salem Aldawsari pada minit ke-95'.Biarpun Mexico melakar kemenangan ke atas Arab Saudi, namun gagal memastikan kemaraan El Tri itu untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas dibezakan jaringan gol dengan pesaing terdekat Poland.Untuk rekod, Mexico telah mara ke peringkat 16 terakhir dalam setiap tujuh Piala Dunia sebelum ini sejak 1994.Malah El Tri melepasi peringkat kumpulan dalam setiap Piala Dunia yang disertai selepas 1978, namun ketumpulan penyudah ketika berdepan Poland dan Argentina sebelum ini menamatkan rentetan pencapaian mengagumkan tersebut.
4
01 Disember 2022 08:47am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234119/berita/sukan/argentina-poland-mara-pusingan-16-terbaik
Argentina, Poland mara pusingan 16 terbaik
ARGENTINA melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 penuh bergaya apabila mengatasi cabaran Poland 2-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Stadium 974, Doha.Namun Argentina yang menguasai rentak perlawanan ternyata gagal memanfaatkan peluang mendahului setelah sepakan penalti disempurnakan Kapten, Lionel Messi pada minit ke-39' tidak diterjemahkan dalam bentuk gol.Bagaimanapun, Argentina kembali dengan permainan lebih bertenaga apabila meledak dua gol bermula jaringan minit ke-46' pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove, Alexis Mac Allister sebelum seorang lagi bintang Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Julian Alvarez melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol minit ke-67'.Keputusan itu menyaksikan Argentina mara selaku juara kumpulan dengan mengumpul enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan.Sementara itu, Poland pula yang tewas turut juga mengiringi Argentina dengan status naib juara kumpulan setelah mengumpul tiga mata.Mexico pula dikedudukan ketiga dengan empat mata manakala Arab Saudi keempat dengan tiga mata.
4
01 Disember 2022 08:09am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234116/berita/sukan/australia-tamatkan-kemarau-16-tahun
Australia tamatkan kemarau 16 tahun
SKUAD Australia menamatkan kemarau 16 tahun untuk mara ke peringkat kalah mati saingan Piala Dunia selepas menewaskan Denmark 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.Jaringan dari larian solo Mathew Leckie pada minit ke-60 berjaya memperdaya pemain pertahanan, Joakim Maehle sebelum melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Kasper Schmeichel.Walaupun pemain Denmark cuba bangkit selepas itu, namun tiada gol berjaya dihasilkan sekali gus menyaksikan tiga mata mutlak menjadi milik pasukan Socceros.Dengan kemenangan itu, Australia berjaya merampas kedudukan kedua Kumpulan D di belakang Perancis yang tewas mengejut kepada Tunisia 1-0 dalam satu lagi aksi.
4
01 Disember 2022 07:12am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234115/berita/sukan/perancis-tewas-mengejut-kepada-tunisia
Perancis tewas mengejut kepada Tunisia
HASRAT Perancis untuk merekodkan kemenangan bersih di peringkat kumpulan tidak kesampaian selepas tewas mengejut kepada Tunisia dalam aksi terakhir kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.Bagaimanapun, kekalahan tersebut langsung tidak menjejaskan peluang Les Bleus apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama Kumpulan D dengan mengutip enam mata dari tiga perlawanan hanya dibezakan dengan jaringan gol dengan pasukan berada di kedudukan kedua, Australia.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Education City, Perancis yang membuat sembilan pertukaran dibayangi prestasi hambar pada babak pertama sekali gus menyaksikan tiada gol berjaya dihasilkan.Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Tunisia untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-58 menerusi Wahbi Khazri.Tunisia hampir menangguhkan kejayaan mereka ketika jaringan Antoine Griezmann pada masa kecederaan.Perancis di kedudukan teratas dengan perbezaan gol dan akan bertemu naib juara Kumpulan C dalam saingan 16 terakhir pada Ahad.
4
01 Disember 2022 07:12am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234107/berita/sukan/stadium-baharu-lebih-padu
Stadium baharu lebih padu
KELAB Liga Argentina, River Plate mengumumkan pada peringkat akhir kerja-kerja baik pulih Stadium Mas Monumental di Buenos Aires dengan penambahan 3,500 tempat duduk untuk jumlah kapasiti 84,567 orang.Stadium baharu itu akan menjadi lebih besar menjadikannya yang terbesar di Amerika Selatan mengatasi venue simbolik lain seperti Monumental di Lima, Peru (80,093) dan Maracana di Rio de Janeiro, Brazil (78,838).Selepas selesai peringkat pertama, pengubahsuaian telah dibuat pada pelan asal menambah lebih banyak tempat duduk dan menambah tempat duduk perhentian atas, River sebelum ini melaporkan kapasiti maksimum 81,000.Di samping itu, The Millionaires menjual 40,565 kerusi kayu lama stadium di mana Argentina muncul juara Piala Dunia 1978 selepas mengalahkan Belanda 3-1 selepas masa tambahan."Kami akan memberi keutamaan kepada mereka yang bernasib baik menjalani banyak pengalaman indah di tempat duduk itu supaya mereka boleh memilikinya sebagai cenderahati dan memberitahu cucu mereka apa yang mereka pernah berada di sana," kata presiden River, Jorge Brito pada September lalu.Untuk rekod, River Plate, kini dilatih Martin Demichelis, menjangkakan untuk membuka stadium kepada orang ramai pada pertengahan 2024.
4
01 Disember 2022 07:10am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234104/berita/sukan/jdt-mantapkan-sistem-kejurulatihan
JDT mantapkan sistem kejurulatihan
JUARA sembilan kali berturut-turut Liga Super (JDT) menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023, mengumumkan perubahan sistem kejurulatihan apabila melantik Estaban Solari pengendali baharu Harimau Selatan mengambil alih tempat Hector Bidoglio.Dalam pada itu, Bidoglio pula akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT, menurut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Sementara menurutnya, Alistair Edwards pula diberi tanggungjawab lebih besar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif JDT."Secara peribadi saya sudah lama mengikutinya (Estaban Solari) secara dekat kerana sudah mengenalinya selama beberapa tahun dan kami sudah lama komunikasi."Beliau kini sekarang berada bersama skuad Bawah 23 tahun Argentina bersama Javier Mascherano, dan juga sudah ditawarkan ke River Plate, ditawarkan juga ke pasukan pembangunan Barcelona."Namun saya dapat yakinkan beliau untuk bersama-sama saya, bagi teruskan pembentukan dan projek bola sepak JDT. Dia adalah Estaban Solari, adik kepada Santiago Solari yang kini berada di Real Madrid.“Jadi beliau akan ambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih kelab bola sepak JDT, dengan skuad utama. Itu adalah perubahan yang kami akan lakukan pada 2023,” katanya di laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) pada Rabu.Harimau Selatan melabuh tirai kempen Liga-M 2022 dengan mencipta sejarah tersendiri apabila menyapu bersih semua trofi liga domestik - Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia.
4
01 Disember 2022 12:06am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234103/berita/sukan/brazil-pertaruh-skuad-kedua-berdepan-cameroon
Brazil pertaruh skuad kedua berdepan Cameroon
BRAZIL satu daripada tiga pasukan yang menempah tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 dengan baki satu perlawanan terakhir Kumpulan G berdepan Cameroon pada Sabtu.Kemenangan 1-0 skuad kendalian Tite ke atas Switzerland di Stadium 974, Ras Abu Aboud bermakna pasukan pilihan itu turun tanpa tekanan dalam perlawanan akhir, walaupun masih perlu memastikan tempat teratas.Mereka menentang Cameroon, yang memerlukan kemenangan untuk melayakkan diri, namun mampu untuk mengenepikan beberapa pemain utama menjelang pusingan 16 terakhir.Brazil tiba di Qatar sebagai pilihan untuk menjulang Piala Dunia Qatar 2022 dengan skuad yang dibarisi pemain berstatus bintang yang berpengalaman beraksi di pentas kompetitif Eropah.Walaupun Neymar mengalami kecederaan, Tite masih boleh menamakan kesebelasan utama yang mengagumkan bagi misi mengekalkan rentak kemenangan.Seandainya dia memutuskan untuk menukar keseluruhan barisan para pemain, ia tidak mungkin akan menjejaskan momentum pasukan Amerika Selatan tersebut.Sebelum ini, Brazil sudah pun terpaksa berhadapan perlawanan berintensi tinggi tanpa Neymar, yang sedang berjuang untuk kembali cergas sepenuhnya menjelang peringkat kalah mati.Namun begitu, skuad kedua Brazil dijangka sudah bersedia menggalas tanggungjawab pasukan pertama apabila diturunkan berdepan jagoan Afrika tersebut.Ederson dari Manchester City bersedia untuk bermula di gawang mendahului pemain Liverpool, Alisson, dengan perdebatan mengenai siapa yang lebih baik terus bergelora.Eder Militao, yang juga pemenang Liga Juara-Juara, akan memimpin barisan pertahanan bersama Gleison Bremer, yang berpindah dari Torino ke Juventus pada musim panas.Dani Alves telah mengumpul lebih 100 kaps dan mempunyai banyak pengalaman dan akan menyertai barisan pemain, dengan Alex Telles melengkapkan empat bek.Bruno Guimaraes yang mendapat penilaian tinggi hanya muncul dari bangku simpanan setakat ini di Piala Dunia ini.Pemain tengah Newcastle itu menjadi sensasi dalam Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Magpies hanya setahun lalu dan sudah pun dikaitkan dengan pemain seperti Real Madrid.Bintang Los Blancos, Rodrygo, yang telah menjaringkan tujuh gol musim ini, akan menggantikan rakan sepasukan kelab Vinicius Junior.Gandingan Arsenal, Gabriel Jesus dan Gabriel Martinelli sangat penting untuk memburu kejuaraan The Gunners dan penuh keyakinan.Antony, yang menjadi pemain kedua termahal Manchester United dalam sejarah musim panas ini, akan melengkapkan serangan itu.
4
30 November 2022 11:40pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234101/berita/sukan/darren-berazam-beri-aksi-terbaik-di-piala-aff
Darren berazam beri aksi terbaik di Piala AFF
PENYERANG kebangsaan Darren Lok berazam untuk beraksi dengan baik di Piala AFF 2022, selepas dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada 9 dan 14 Disember.Penyerang Petaling Jaya City berusia 32 tahun itu telah menarik perhatian pengendali Kim Pan-gon, untuk menyertai latihan pusat bermula semalam, sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi kejohanan AFF itu.“Saya teruja untuk pengalaman yang positif untuk kejohanan itu selepas menyertainya buat kali pertama pada 2016, ketika kesemuanya tidak menjadi seperti yang diharapkan.“Saya mahu berikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan selepas saya terpaksa menarik diri pada edisi AFF sebelum ini akibat kecederaan,” kata Darren kepada media selepas sesi latihan pada Rabu.Darren berkata pada ketika ini beliau dalam keadaan terbaik bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan, dan berharap prestasinya akan berterusan sehingga ke kejohanan itu kelak.“Saya akan berusaha untuk cergas dan dapat membantu pasukan kebangsaan... selagi saya boleh menyumbang kepada pasukan dalam apa cara apa pun, saya gembira untuk dapat lakukannya,”katanya.Ketika ditanya mengenai muka baharu dalam pasukan kebangsaan, Darren berkata pemain baharu dapat sesuaikan diri dengan beliau, dalam persediaan bagi perlawanan persahabatan yang akan datang.“Tentu sekali pasukan ini berbeza daripada pasukan sebelum ini, dan kami mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami cara permainan mengikut cara jurulatih dan bermain sebagai satu pasukan,” katanya.Malaysia akan berhadapan Kemboja dan Maldives sebagai sebahagian daripada persediaan Harimau Malaya sebelum Piala AFF 2022, yang akan bermula 20 Disember.
4
30 November 2022 11:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/234100/berita/sukan/lilitan-kapten-harimau-malaya-bukan-untuk-dibanggakan
'Lilitan kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan'
PEMAIN lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Halim menyifatkan pemilihan selaku kapten Harimau Malaya bagi kempen Piala AFF 2022 bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.Sebaliknya, Faisal menegaskan tugas kapten tidak sempurna jika gagal memainkan peranan menyampaikan kehendak pengendali Kim Pan-gon, selain menjadi perantara kepada para pemain.“Tidak semestinya lilitan di tangan, apa yang penting saya dapat bantu jurulatih serta menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan bagi sebarang perkara yang mereka perlukan,” katanya pada sesi latihan kedua kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya pada Rabu.FAM sebelum itu dalam kenyataan memaklumkan Faisal dan tonggak utama Selangor FC, Brendan Gan diumum sebagai kapten bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid.Jika diikutkan atas kertas, 29 pemain dipanggil pada sesi latihan pusat kali ini berbeza dengan apa yang dipamerkan selepas skuad itu layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada Jun lepas, namun Mohd Faisal optimis keputusan memberangsangkan dapat diraih pada Piala AFF nanti.“Jangkaan peminat memang tinggi terhadap pasukan kita sebelum ini sebab kita dah berjaya buat yang terbaik. Sekarang senarai pemain sudah berubah yang selalu ada kini sudah tiada dalam senarai.“Jadi kita doa yang terbaik pada sesiapa yang jurulatih beri peluang untuk lakukan yang terbaik dan jangan takut dengan kritikan. Percayalah kalau pemain dapat lakukan apa yang jurulatih mahukan keputusan yang baik dapat dicapai,” katanya.Untuk rekod, Malaysia akan terlibat dengan perlawanan antarabangsa menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Disember sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari tahun depan.
4
30 November 2022 11:13pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234095/berita/sukan/bidoglio-variasi-taktikal-jdt
Bidoglio variasi taktikal JDT
KEPUTUSAN Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa Hector Bidoglio sebagai pengendali pada pertengahan musim menjadi intipati penting kejayaan Harimau Selatan menyapu bersih semua kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) 2022.Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam berkata, pengendali dari Argentina itu telah banyak membuat variasi dalam taktikal JDT yang menyebabkan lawan sukar menduga corak permainan kelab selatan tanah air tersebutMenurutnya, faktor menyaksikan JDT mampu mencipta sejarah musim ini apabila tidak tewas dalam semua 35 perlawanan domestik termasuk Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih).“Satu-satu pasukan yang mahu berjaya, mereka tidak boleh mengekalkan corak permainan yang sama atau ‘stereotype’ dalam tiap perlawanan kerana lawan sudah boleh membaca.“Apa yang menyebabkan JDT mampu melakar rekod sempurna musim ini adalah semasa mereka menukar jurulatih dan kehadiran Bidoglio berjaya menukar sistem cara bermain pasukan.“Itu membuatkan pasukan-pasukan lain sukar membuat analisis yang tepat terhadap JDT serta membuatkan mereka dapat merangkul kejuaraan lebih mudah musim ini,” katanya.Jelasnya lagi, juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu lebih sempurna apabila Hector membawa variasi serta melakukan pertukaran dalam sesuatu perlawanan.“Sebelum ini, mereka bergelut dan ini menjadi punca tewas di aksi final Piala Malaysia musim lalu namun kali ini, mereka tampil dengan variasi berbeza.“Selain itu, persiapan JDT juga tampak mantap musim ini kerana dari akar umbi hingga ke pasukan Liga Super, terdapat satu kesinambungan yang cukup baik,” kata penganalisis sukan tanah air itu.JDT melabuh saingan Liga-M 2022 dengan merangkul trofi terakhir musim ini Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor FC, 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 November lalu.Untuk rekod, kejayaan merangkul empat kejuaraan (quadruple) dalam satu musim itu merupakan pertama kali dalam sejarah JDT sejak dijenamakan dari musim 2013 malah pasukan reserve, JDT II turut merangkul kejuaraan Liga Premier.
4
30 November 2022 10:13pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234082/berita/sukan/al-nassr-gamit-ronaldo
Al Nassr gamit Ronaldo
BEKAS bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan semakin menghampiri destinasi baharunya kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr setelah bersetuju dengan perjanjian £173 juta setahun.Pemain Portugal yang kini ejen bebas selepas meninggalkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United awal bulan ini susulan temu bual kontroversi dengan Piers Morgan.Sebelum ini sejumlah kelab dikaitkan berminat mendapatkan khidmat bekas peledak Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu selepas pengumuman Ronaldo akan meninggalkan Old Trafford.Salah satu daripada kelab itu Al-Nassr yang sebelum ini telah pun mengemukakan tawaran kepada ejen Ronaldo, Jorge Mendes.Menurut Marca, Ronaldo bersetuju dengan perjanjian dua tahun setengah bersama kelab kendalian Rudi Garcia tersebut.Sepanjang tempoh kontrak itu, Ronaldo yang bermain sehingga usia 40-an akan memperoleh £172.9 juta (RM922 juta) setahun - jumlah yang tidak mungkin untuk mana-mana kelab Eropah atau MLS yang berminat untuk mendapatkan penyerang itu.Bakal majikan Ronaldo, Al-Nassr, kini menduduki tempat kedua Liga Pro Saudi menang enam perlawanan selepas mengharungi lapan perlawanan liga musim ini.Ronaldo bakal mengemudi Portugal kendalian Fernando Santos berdepan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City pada Jumaat.
4
30 November 2022 07:51pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234074/berita/sukan/saya-mahu-kekal-positif---pan-gon
'Saya mahu kekal positif' - Pan-gon
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan ketiadaan pemain tonggak menjelang persiapan kempen Piala AFF 2022 pada Disember depan merupakan satu cabaran.Bagaimanapun ketua jurulatih dari Korea Selatan itu tidak mengalah sebaliknya bertekad berusaha membentuk skuad mantap bagi mencabar kejuaraan Raja Bola Sepak Asia Tenggara tersebut.Malah tanpa berselindung Pan-gon mengakui situasi menguruskan skuad tanpa beberapa pemain utama tersebut adalah kali pertama berlaku dalam kariernya."Ya, dalam karier saya ini merupakan kali pertama, namun saya perlu positif, saya boleh lihat lebih banyak pemain yang kita sudah cungkil bakat dan saya boleh melihat mereka secara bersemuka, bantu dan yakinkan mereka."Kami juga boleh meluaskan panggilan untuk kem latihan berpusat kebangsaan kepada lebih ramai pemain dan akan ada lebih banyak persaingan dalam pasukan kebangsaan. Jadi, saya mahu kekal positif."Lazim untuk mengatakan bahawa kami mahu menjadi juara, namun kami akan mencuba terbaik memberi keputusan positif dan akan berjuang untuk itu, cuba memberikan satu kebanggaan kepada para penyokong,” katanya semasa sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Selasa.FAM sebelum ini mengumumkan senarai awal 41 pemain untuk menyertai latihan pusat tersebut, bagaimanapun selepas perbincangan dan persetujuan antara badan induk bola sepak negara, Pan-gon dan kelab yang terlibat, 12 pemain terpaksa menarik diri atas pelbagai sebab termasuk hal peribadi, urusan keluarga dan kecederaan.Untuk rekod antara yang menarik diri tujuh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) - Shahrul Mohd Saad, La'vere Lawrence Corbin-Ong, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Matthew Davies dan Muhammad Syafiq Ahmad.Penarikan diri 12 pemain tersebut menyaksikan badan induk bola sepak negara itu memasukkan pemain pertahanan Selangor FC Muhammad Fazly Mazlan, sebelum disusuli permohonan dua pemain Kuala Lumpur (KL) City FC, Muhammad Akram Mahinan dan Declan Lambert untuk dikecualikan atas sebab peribadi.Peraturan Status dan Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 sebelum ini menyatakan bahawa adalah tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau kejohanan akhir yang termasuk dalam kalendar perlawanan antarabangsa.Untuk rekod, kejuaraan Piala AFF diadakan di luar jendela antarabangsa FIFA,menyaksikan Harimau Malaya akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember diikuti Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember.Selain itu, skuad Harimau Malaya juga turut merancang mengadakan perlawanan ujian menentang skuad Harimau Muda Bawah 23 tahun (B-23) kendalian E Elavarasan, pada Jumaat ini.
4
30 November 2022 06:44pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/234066/berita/sukan/aaron-wooi-yik-sudah-sedia-gegar-bangkok
Aaron, Wooi Yik sudah sedia gegar Bangkok
JUARA dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran bersedia untuk beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, Thailand minggu depan.Malah menurut Aaron, persiapan untuk kejohanan terakhir tahun itu juga berjalan dengan lancar, namun ketika ini enggan menyatakan sasaran dalam kejohanan itu."Kami sudah bersedia untuk ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 minggu depan," katanya pada Rabu.Untuk rekod, antara yang turut akan bersaing di Bangkok, pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia), Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (China) dan gandingan profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.Sebelum ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky dilaporkan berharap Aaron-Wooi Yik dapat melepasi saingan peringkat kumpulan di kejohanan itu nanti.Siri Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang menawarkan hadiah wang berjumlah AS$1,500,000 itu dijadualkan berlangsung di Arena Nimibutr dari 7 hingga 11 Disember.
4
30 November 2022 05:58pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/234058/berita/sukan/bintang-tenis-britain-terima-anugerah-mbe
Bintang tenis Britain terima anugerah MBE
BINTANG tenis Britain, Emma Raducanu menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE), pada Rabu setahun selepas menggemparkan dunia setelah muncul pemain kelayakan pertama memenangi Grand Slam.Raducanu yang ketika itu berusia 18 tahun melonjakkan kariernya ke satu tahap baharu apabila memenangi 10 perlawanan tanpa kehilangan satu set untuk merebut gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS).Pada perlawanan akhir itu, Raducanu menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez, 6-4, 6-3 sekali gus memenangi hadiah wang tunai AS$2.5 juta (RM10.3 juta).Untuk rekod, Raducanu yang menduduki ketika itu ranking ke-150 dunia, juga menjadi pemain wanita Britain pertama dalam tempoh 44 tahun memenangi mahkota Grand Slam.“Ia amat bermakna untuk menerima penghormatan ini daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja. Saya berasa amat berterima kasih," kata pemain nombor 75 dunia itu selepas menerima MBE daripada Raja Charles pada majlis di Istana Windsor.
4
30 November 2022 05:02pm