prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
definisi: agul
[a.gul] | اݢول Definisi : agul-agul Id angkuh, sombong; mengagulkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: walang
[wa.lang] | والڠ Definisi : = ~ hati = berhati ~ bersusah (bersedih) hati, dukacita, gelisah, khuatir; berwalang; ~ hati walang hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: alpa
[al.pa] | الڤا Definisi : lalai, kurang mengendahkan; janganlah ~ akan kewajibanmu janganlah lalai akan kewajibanmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: revolver
[ré.vol.ver] | ريۏولۏر Definisi : (révolver) sj pistol yg beberapa butir pelurunya disimpan di dlm silinder yg berputar setiap kali tembakan dilepaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membobokkan
[mem.bo.bo/.kan] | ممبوبوقکن Definisi : menidurkan (kanak-kanak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pemangkuan
[pe.mang.kuan] | ڤمڠکوان Definisi : 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memanah
[me.ma.nah] | ممانه Definisi : 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terkabul
[ter.ka.bul] | ترقبول Definisi : terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berantun
[be.ran.tun]/[ber.an.tun] | برانتون Definisi : berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pusingan
[pu.si.ngan] | ڤوسيڠن Definisi : 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: setul
Definisi : ®sentul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berlapis-lapis
[ber.la.pis.la.pis] | برلاڤيس-لاڤيس Definisi : terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengembangkempiskan
Definisi : menjadikan kembang kempis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mempertajam
[mem.per.ta.jam] | ممڤرتاجم Definisi : menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjajat
[men.ja.jat] | منجاجت Definisi : berjalan merata-rata, mengembara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kernyut
[ker.nyut] | کرڽوت Definisi : kedut, kerut; berkernyut, berkernyutan berkedut, berkerut (kulit dll); mengernyutkan mengernyitkan, mengerutkan (alis dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kemanten
[ke.man.tén] | کمنتين Definisi : (kemantén) pengantin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjajap
[men.ja.jap] | منجاجڤ Definisi : menjelajah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berderet
[ber.dé.rét] | برديريت Definisi : 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun: mangsa kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penjumpaan
[pen.jum.pa.an] | ڤنجومڤاءن Definisi : perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: segelintir
[se.ge.lin.tir] | سݢلينتير Definisi : sekumpulan kecil (manusia): mereka berusaha utk mempersalahkan seluruh kaum kerana dosa ~ manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: medalion
[mé.da.lion] | ميداليون Definisi : (médalion) sj barang perhiasan yg berbentuk bulat atau lonjong dll (dibuat drpd emas dll dan digantungkan pd kalung, jam, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: adakala
[a.da.ka.la] | اداکالا Definisi : kadangkala, sekali-sekali: persaingan yang semakin pesat utk mencapai kejayaan dlm hidup ~ mempengaruhi orang utk melakukan apa sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: perumbang-ambingan
[pe.rum.bang.am.bi.ngan]/[per.um.bang.am.bi.ngan] | ڤراومبڠ-امبيڠن Definisi : perihal terumbang-ambing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gebrak
[ge.bra/] | ݢبرق Definisi : Jw; menggebrak memukul keras-keras (meja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berhamburan
[ber.ham.bu.ran] | برهمبورن Definisi : berterjunan, berlompatan ke bawah: segala hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gerik
[ge.ri/] | ݢريق Definisi : ; gerak-~; ®gerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pemelak
[pe.me.la/] | ڤملق Definisi : pelawak, kelakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjinjing
[men.jin.jing] | منجينجيڠ Definisi : membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit: seorang daripadanya sedang ~ sebuah cerek besar; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul prb tolong-menolong antara satu sama lain (baik dlm kesenangan mahupun dlm kesusahan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: engkunai
[eng.ku.nai] | اڠکوناي Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg kuat kayunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penyok
[pé.nyo/] | ڤيڽوق Definisi : (pényok) Jk lekuk pd tin (badan kereta dll), kemik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terencet-rencet
[te.rén.cét.rén.cét] | تر ينچيت- رينچيت Definisi : terkinja-kinja, terloncat-loncat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: masuk
[ma.su/] | ماسوق Definisi : 1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (sekolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. menjadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah menge-ruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~, tak ada kerja, tak ada ~; ~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, bersetuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang); ~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar; memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. mengambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ pepe-riksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadikan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; termasuk 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang halus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: paksaan
[pa/.sa.an] | ڤقساءن Definisi : 1. paksa, desakan kuat, kekerasan: ~ utk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada; tiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; 2. yg dipaksa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ketumbuhan
[ke.tum.bu.han] | کتومبوهن Definisi : 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau membengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terjalar
[ter.ja.lar] | ترجالر Definisi : seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengerlap
[me.nger.lap] | مڠرلڤ Definisi : bercahaya gemerlap (spt intan dll), bergemerlapan, berkilauan, mengilat: terlalu gemerlap sinarnya, ~ rupanya, cahaya kandil dan pelita itu mengerlap spt bintang di langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berpeti-peti
[ber.pe.ti.pe.ti] | برڤتي - ڤتي Definisi : beberapa buah peti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melembak
[me.lém.ba/] | مليمبق Definisi : melimpah (kerana air terlalu banyak atau mendidih), meluap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: uktab
[uk.tab]/[/uq.tab] | عقتاب Definisi : Ar burung rajawali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: nalan
Definisi : Kl lima (sebutan dlm permainan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: demi-finale
Definisi : IB setengah (separuh) akhir (bkn pertandingan, perlawanan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meranti
[me.ran.ti] | مرنتي Definisi : sj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~ tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya kuning (Sabah), a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Shorea spp.; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan (pokok), keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj tumbuhan (pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Shorea leprosula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: runtunan
[run.tu.nan] | رونتونن Definisi : deretan, jajaran, leretan: demonstrasi harus beruntun-runtun sbg ~nya ombak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: padan
[pa.dan] | ڤادن Definisi : 1. banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yg ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yg ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (bkn pakaian spt baju, seluar, dsb), muat: baju yg baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; sepadan kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; kesepadanan keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya; berpadan 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah; berpadanan 1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik; memadan memperbandingkan dua benda atau lebih (utk melihat persamaannya, perbezaannya, dll): maka juaranya pun pergilah ~ ayam kpd juara yg di gelanggang itu; tidak ~-madan tidak mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang (kesesuaian diri sendiri, hati orang, dll); memadankan 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaraskan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk mengetahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. memberikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya; padanan 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; pemadanan perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg diterbitkan dlm bentuk kata; pemadan sesuatu yg memadan(kan); garisan ~ garisan (pd kain jahitan) tempat dijahit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pengglasieran
[peng.gla.sie.ran] | ڤڠݢلاسيئرن Definisi : pelitupan permukaan bumi dgn glasier. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: automasi
[au.to.ma.si] | اءوتوماسي Definisi : sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~; mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan secara automasi: beberapa langkah sedang diambil utk ~ sistem pengeluaran yg sedia ada; pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan: ~ Pusat Sumber Sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: liris
[li.ris] | ليريس Definisi : Id sj corak batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tentakel
Definisi : (téntakel) (Bio) cuaran mudah lentur yg terdapat pd tubuh haiwan tertentu spt siput dan sotong, berfungsi sbg reseptor deria, penangkap makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membudayakan
[mem.bu.da.ya.kan] | ممبوداياکن Definisi : 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sordel
Definisi : (sordél) ®solder. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kerelatifan
[ke.ré.la.ti.fan] | کريلاتيفن Definisi : perihal (keadaan dsb) relatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: taucu
[tau.cu] | تاوچو Definisi : C sj makanan yg dibuat drpd kacang kedelai putih (soya) dgn garam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rantang
[ran.tang] | رانتڠ Definisi : 1. sj bakul bertutup (tempat makanan dll); 2. mangkuk tingkat (utk membawa makanan), siya, mangkuk tepen: sebuah ~ berisi makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pinjaman
[pin.ja.man] | ڤينجمن Definisi : 1. barang dll yg dipinjam (dipinjamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan atau majikan utk membolehkan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memohon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewangan kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: nitrik
[ni.trik] | ݢروݢوت Definisi : (Kim) berkaitan dgn atau mengandungi nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gempa
[gem.pa] | ݢمڤا Definisi : goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan; menggempakan menggoncangkan, menggegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kegawatan
[ke.ga.wa.tan] | کݢاوتن Definisi : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: leseng
Definisi : (léseng, léséng) IB, bp ceramah, syarahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tilan
snv´ | تيلن Definisi : sj ikan darat, Mastocembelus spp.; ~ pasir sj ikan darat, belacak, Trypauchen vagina; ~ perayo sj ikan darat, Kyphosus cinerescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lokal
Definisi : 1. bp bukan yg diimport, biasanya dikaitkan dgn barangan yg kurang bermutu; 2. IB setempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merongrong
[me.rong.rong] | مروڠروڠ Definisi : 1. memakan sedikit-sedikit tetapi tidak putus-putus; 2. ki selalu mengganggu atau menyusahkan orang (meminta wang, makanan, dll), merosakkan sedikit demi sedikit, merugikan sebab selalu rosak atau banyak makan wang: pemerintah selalu dirongrong hingga pekerjaan pembangunan rakyat yg lebih penting terbengkalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penenun
[pe.ne.nun] | ڤننون Definisi : orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berbeza
[ber.bé.za] | بربيذا Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: stoking
[sto.king] | ستوکيڠ Definisi : sj pakaian yg dibuat drpd benang sutera (kapas, bulu, dll) utk membalut kaki, kaus kaki; ~ panjang stoking yg panjangnya hampir ke paras lutut atau lebih; berstoking memakai stoking. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penajajaminan
Definisi : proses atau hal menaja jamin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kecepatan
[ke.ce.pa.tan] | کچڤتن Definisi : 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: genjer
Definisi : (génjér) Id sj tumbuhan (tumbuh di rawa), Limnocharis flava. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: apeks
[a.péks] | اڤيک‌‌س Definisi : (apéks) bahagian puncak atau hujung sesuatu yg tirus: ~ paru-paru; ~ daun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sira
[si.ra] | سيرا Definisi : sl beliau, engkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: susul
[su.sul] | سوسول Definisi : ; menyusul 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh memanjang dan mengeluarkan daun; 7. menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaannya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alukan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman; menyusuli 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; menyusulkan 1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2. memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut, melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan, dll); susulan 1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal; penyusulan perbuatan menyusul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: nyerama
Definisi : Kd berebut-rebut (utk mencapai sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: nasut
[na.sut] | ناسوت Definisi : Ar kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penegang
[pe.ne.gang] | ڤنݢڠ Definisi : alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kemasyghulan
[ke.masy.ghu.lan] | کمشغولن Definisi : 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyem-bunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih sangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: perbauran
[per.bau.ran] | ڤرباءورن Definisi : 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: warid
[wa.rid] | وارد Definisi : Ar menurut yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (berdoa, sembahyang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cuba
[cu.ba] | چوبا Definisi : 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekiranya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk mengetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (menjayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilakukan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggabungjalinkan
Definisi : menggabungkan (mencantumkan) dan menjalinkan: di peringkat sekolah menengah, pengajaran bahasa Malaysia digabungjalinkan antara ketiga-tiga aspek, iaitu lisan, bacaan kefahaman, dan penulisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: susuk
[su.su/] | سوسوق Definisi : 1. bentuk (rupa, wujud), lembaga: jauh di hadapannya dlm samar-samar ternampak suatu ~ tubuh yg berjalan dgn tergesa-gesa; ~ badan (tubuh) a) bentuk rupa, bangun tubuh; b) bayangan badan; ~ jijak sikap dan perawakan; bulu ~ bulu yg lembut lagi halus (terdapat pd seluruh badan burung dsb atau di celah-celah bulu yg lebih besar; ~ ayat (Lin) bentuk atau susunan ayat; ~ bahasa bentuk (gaya) bahasa; 2. rangka (perahu dll); menyusuk 1. memasang rangka (rumah perahu dll); 2. memulai membuat (sesuatu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bersewaka
[ber.sé.wa.ka] | برسيواک Definisi : sl duduk menghambakan diri (kpd raja, orang-orang besar, dll), duduk menumpang di rumah orang (dgn menolong tuan rumah bekerja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merisak
[me.ri.sa/] | مريسق Definisi : mengacau, mengganggu, mengusik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: semasak
[se.ma.sa/] | سماسق Definisi : selama masa yg perlu supaya (buahbuahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggentingkan
[meng.gen.ting.kan] | مڠݢنتيڠکن Definisi : 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: seniman
[se.ni.man] | سنيمن Definisi : 1. orang yg mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu (spt pelukis, penyair, penyanyi, dll); 2. bintang filem (lelaki) yg telah lama melibatkan diri dlm perfileman dan telah mencapai tahap yg ter-tentu: ~ Mustafa Maarof; S~ Agung seniman yg paling tinggi kedudukannya: S~ Agung P. Ramlee; kesenimanan hal (sifat, ciri, dll) yg ber-kaitan dgn seniman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memalingkan
[me.ma.ling.kan] | مماليڠکن Definisi : 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: keluhan
[ke.lu.han] | کلوهن Definisi : 1. kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sekul
[se.kul] | سکول Definisi : sj bekas air atau makanan (drpd tempu-rung yg ditebuk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dawai-dawai
[da.wai.da.wai] | داواي٢ Definisi : sj tumbuhan (pokok), sedawai, Smilax calophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memapar
[me.ma.par] | مماڤر Definisi : mencari orang utk menjadi askar (kelasi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kehomoseksualan
[ke.ho.mo.sék.sua.lan] | کهوموسيکسوالن Definisi : homoseksualiti: ~ memang berlaku dlm mana-mana masyarakat di dunia ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: syahbandar
[syah.ban.dar] | شهبندر Definisi : pegawai yg mengetuai pentadbiran pelabuhan, ketua pelabuhan; Datuk S~ gelaran salah seorang Orang Besar Berempat di Pahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: daktilitis
[dak.ti.li.tis] | دکتيليتيس Definisi : (Ubat) radang pd jari tangan atau kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: periat
Definisi : Pn tidak jujur (lurus), penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tembang
Definisi : (témbang) sj ikan laut, Clupea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: padpinder
[pad.pin.der] | ڤدڤيندر Definisi : IB, bp pandu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penyusun
[pe.nyu.sun] | ڤڽوسون Definisi : 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tergeletak
[ter.ge.lé.ta/] | ترݢليتق Definisi : terbaring, terlantar di atas tanah dll: apabila dipukul, rebahlah ia ~ di atas lantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bebel
[bé.bél] | بيبيل Definisi : (bébél);membebel 1. mengeluarkan kata-kata secara yg tidak tersusun atau yg sukar difahami, mengomel; 2. berleter; membebelkan membebel tentang; bebelan kata-kata yg dikeluarkan oleh orang yg membebel, omelan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lekam
[le.kam] | لکم Definisi : ark; melekam memegang dgn telunjuk dan ibu jari, mencekak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)