prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
definisi: koloid
[ko.loid] | کولوءيد Definisi : (Kim) sj campuran dgn zarah-zarah satu bahan terampai dlm bahan yg satu lagi (mis molekul kanji di dlm air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: arbitrasi
[ar.bi.tra.si] | اربيتراسي Definisi : timbang tara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menoblos
[me.no.blos] | منوبلوس Definisi : mencucuk (menusuk) sehingga tembus; tobros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: madu
[ma.du] | مادو Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sepintas lalu
Definisi : a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: zai
[zai] | زاي Definisi : 1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh); 2. huruf ke-12 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dentang
[den.tang] | دنتڠ Definisi : ; berdentang berbunyi spt bunyi besi dipukul dll: sungguh geram hati Baki, ~ botol ubat itu dilemparkannya ke dalam tong sampah;berdentang-dentang berbunyi dentang berkali-kali; dentangan bunyi spt bunyi besi dipukul (letupan yg kuat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cicinda
[ci.cin.da] | چيچيندا Definisi : bh cicit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: paleolitik
[pa.léo.li.tik] | ڤاليوليتيک Definisi : (paléolitik) (Sej) (berkaitan dgn) peringkat awal Zaman Batu: usia ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pelenting
[pe.len.ting] | ڤلنتيڠ Definisi : ; kekuatan ~ Id kekuatan menganjal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: marahan
Definisi : Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: orogeni
[o.ro.gé.ni] | اوروݢيني Definisi : (orogéni) (Geog) proses pembentukan gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ngelu
[nge.lu] | ڠلو Definisi : Jw berasa berat kepala, berasa pening sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: alah
[a.lah] | اله Definisi : kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tersayat
[ter.sa.yat] | ترسايت Definisi : terhiris, terkoyak, terpotong: ~ hujung jarinya; ~ hati tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih; siat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tonsilektomi
[ton.si.lék.to.mi] | تونسيليکتومي Definisi : (tonsiléktomi) pembuangan tonsil secara pembedahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengepalkan
[me.nge.pal.kan] | مڠڤلکن Definisi : menjadikan (tangan) tergenggam, menjadikan kepalan, menggenggamkan: Rafidah ~ kedua-dua belah tangannya utk menahan drpd menangis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tercerna
[ter.cer.na] | ترچرنا Definisi : 1. sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dsb), terhadam; 2. terserap: dgn demikian, adat kebiasaan ~ dlm bentuk tulisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: taraf
[ta.raf] | طرف Definisi : 1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: peradaban mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menurut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, tingkatan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, menyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pelajaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Persekolahan Seberang Laut; 2. menyepadankan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keperluannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: laapln
Definisi : Id kep Lembaga Alat-Alat Pembayaran Luar Negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dahina
[da.hi.na] | دهينا Definisi : sl (siang) hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sengkeran
[seng.ke.ran] | سڠکرن Definisi : batas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: belakangan
[be.la.ka.ngan] | بلاکڠن Definisi : 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menyolok
Definisi : ; ~ mata nyata kelihatan, tampak benar; colok II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dekatlon
[dé.ka.tlon] | ديکاتلون Definisi : (dékatlon) (Suk) pertandingan utk peserta lelaki yg dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd 10 acara, iaitu lumba lari 100 meter, lompat jauh, lumba lari 400 meter, lontar peluru, lompat tinggi, lari berpagar 110 meter, lempar cakera, lombol bergalah, merejam lembing dan lumba lari 1500 meter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: semi
[se.mi] | سمي Definisi : tunas, taruk; musim ~ musim bunga (selepas musim sejuk); bersemi bertunas: tanah penimba belum spt semula, kayu kemboja belum panjang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berigi-rigi
[be.ri.gi.ri.gi] | بريݢي - ريݢي Definisi : bergigi tajam pd tepinya (spt gergaji), bergerigi, beringgit-ringgit: ia mempunyai rahang-rahang yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sawan
[sa.wan] | ساون Definisi : sj penyakit yg datang dgn tiba-tiba (menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut, dll); ~ babi gila babi, ayan, epilepsi; ~ bangkai (terjun) pengsan dgn tiba-tiba kerana darah masuk ke otak, apopleksi; ~ inja = ~ lenja sawan dgn mulut berbuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meloso
Definisi : Jw ark membiawak, merangkak (dada kena pd tanah), menjalar (spt ular), berbaring bergerak-gerak (kerana kesakitan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: krocet
[kro.cét] | کروچيت Definisi : (krocét) (Muz) not yg mempunyai nilai masa setengah drpd minim atau dua kuaver (biasanya dianggap sama dgn satu rentak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: randah
[ran.dah] | رنده Definisi : ; berpindah-~ selalu berpindah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penyembah
[pe.nyem.bah] | ڤڽمبه Definisi : orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gelimun
[ge.li.mun] | ݢليمون Definisi : ; bergelimun; ~ selimut berselubung, berselimut;menggelimuni menyelimuti: ~ kepala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sidik
Definisi : ; ~ jari Id a) pemeriksaan bekas garisgaris atau retak pd jari (utk mengetahui atau membeza-bezakan orang); b) cap (ibu) jari, cap jempol; ~-midik siasatan (pemeriksaan yg teliti sekali); menyidik sl memeriksa (menyelidik) dgn hati-hati; ®selidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengkhuatirkan
[meng.khua.tir.kan] | مڠخواطيرکن Definisi : menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: maki
[ma.ki] | ماکي Definisi : kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, orang, dll): mereka bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap majikan yg tidak berperikemanusiaan; ~ hamun = caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji; mencaci (mencuci) ~ mengucapkan kata-kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll); memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya; makian kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meper
Definisi : (mépér) peper. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: writ
[writ]/[rit] | وريت Definisi : (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lingkas
Definisi : ark tidak panjang (berita dll), ringkas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melumas
[me.lu.mas] | ملومس Definisi : menyapu (dgn minyak, kapur, cat, dll): ~ tembok dgn kapur; kereta itu nampak baru sebab dilumas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memendekkan
[me.mén.dé/.kan] | ممينديقکن Definisi : 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: risak
[ri.sa/] | ريسق Definisi : ark; merisak mengacau, mengganggu, mengusik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: probet
[pro.bét] | ڤروبيت Definisi : (probét) (Udg) 1. proses membuktikan secara rasmi kesahihan atau kesahan sesuatu wasiat; 2. sijil pengesahan wasiat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: konjunktiva
[kon.junk.ti.va] | کونجونکتيۏا Definisi : (Ubat) membran bermukus yg menyelaputi bahagian depan bola mata dan permukaan bawah kelopak mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: onggak
[ong.ga/] | اوڠݢق Definisi : ; mengonggak-onggak; berjalan ~ berjalan dgn kepala melonjak-lonjak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: antelop
[an.té.lop] | انتيلوڤ Definisi : (antélop) binatang berkaki dan bertanduk panjang yg seakan-akan rusa, dan boleh berlari pantas (terdapat di Afrika dan Asia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: surealistik
[su.réa.lis.tik] | سورياليستيک Definisi : (suréalistik) 1. berkaitan dgn atau mengikut gaya surealisme: arca itu bersifat ~ dan mengandungi unsur seni fantasi; 2. di luar alam nyata: drama yg pertamanya ialah ‘Bukan Lalang Ditiup Angin’ yg menjadikan latarnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bergembut-gembut
[ber.gem.but.gem.but] | بر ݢمبوت- ݢمبوت Definisi : bergerak turun naik (spt ubun-ubun anak yg baru lahir), berdenyut-denyut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: arih
[a.rih] | اريه Definisi : ; mengarih, mengarihkan 1. menghulurkan (tangan dll) hendak memeluk dll: ia ~ tangannya ke muka; 2. Mn menambatkan, mengikat: ~ kerbau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menerika
[me.ne.ri.ka] | منريکا Definisi : menggosok dgn seterika, menyeterika; ® seterika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bertanggal
[ber.tang.gal] | برتڠݢل Definisi : ada tanggalnya, bertarikh, berhari bulan: berita itu ~ 21 Julai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pelendapan
[pe.len.da.pan] | ڤلنداڤن Definisi : perihal melendap (cecair). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memerun
[me.me.run] | ممرون Definisi : membakar saki-baki kayu-kayu (daun-daun dll) bagi kali kedua di tanah yg baru dibuka, membakar timbunan sampah: sekarang sudah tiba masanya utk ~ dan membersihkan kawasan itu sebelum menanam anak-anak getah; diperun kulambai Mn habis terbakar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berdaham
[ber.da.ham] | برداهم Definisi : berbatuk kecil (mengeluarkan bunyi hem, hem): apabila terdengar ayahnya ~, Ahmad terhenti drpd bermain-main; deham. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bebulu
[be.bu.lu] | ببولو Definisi : bulu-bulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: peher
Definisi : (péhér) Kl; memeher mencubit, memulas, menggetil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kilometer
[ki.lo.mé.ter] | کيلوميتر Definisi : (kilométer) unit ukuran panjang yg bersamaan dgn 1000 meter atau 0.62 batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membiayai
[mem.bia.ya.i] | ممبياياءي Definisi : membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pelbagai
[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي Definisi : ®bagai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pembasuhan
[pem.ba.su.han] | ڤمباسوهن Definisi : perihal (perbuatan) membasuh, pencucian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sufal
[su.fal] | سوفل Definisi : ark sl takik pd busur: maka ditambatkannya pd ~ panah itu tali kail seni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kempilur
[kem.pi.lur] | کمڤيلور Definisi : sj bekas (bakul) yg bertutup dibuat drpd anyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memangkalkan
[me.mang.kal.kan] | ممڠکلکن Definisi : 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal terbang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kesuk
[ke.su/] | کسوق Definisi : ; ~-kesik bunyi spt bunyi daun-daun bergeseran ditiup angin, bunyi orang berbisik-bisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjalirkan
[men.ja.lir.kan] | منجاليرکن Definisi : mengalir(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mencalar
Definisi : membuat calar pd sesuatu; menjadikan sesuatu bercalar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
null
definisi: pampan
[pam.pan] | ڤامڤن Definisi : lubang tempat rantai sauh di haluan kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: perbicaraan
[per.bi.ca.ra.an] | ڤربيچاراءن Definisi : pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kesedan
Definisi : Jk ®keset. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: handuh
[han.duh] | هندوه Definisi : ; menghanduh Kd memukul, menetak (dgn kuat), menghentam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meloncat
[me.lon.cat] | ملونچت Definisi : 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kedahagaan
[ke.da.ha.ga.an] | کدهاݢاءن Definisi : perihal dahaga, kehausan, keinginan (akan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lente
[lén.té] | لينتي Definisi : (lénté); melente berjalan-jalan dgn tiada tentu haluan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menguraikan
[me.ngu.rai.kan] | مڠورايکن Definisi : 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terapai
[te.ra.pai] | تراڤاي Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), kenapih, terapih, Glycosmis pentaphylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ramadan
Definisi : Ar bulan kesembilan dlm tahun Hijrah, bulan puasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: keupayaan
[ke.u.pa.ya.an] | کأوڤاياءن Definisi : kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, kecenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pangsapuri
[pang.sa.pu.ri] | ڤڠساڤوري Definisi : rumah pangsa moden yg lazimnya besar dan luas, dgn disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menitir
[me.ni.tir] | منيتير Definisi : berbunyi (bkn burung ketitir); ® ketitir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mewa
Definisi : (méwa) Kl bingung, bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rahib
[ra.hib] | راهب Definisi : Ar orang yg bertapa dlm biara Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lasam
[la.sam] | لاسم Definisi : ark; batik ~ sj kain batik dr Lasam; laksana batik ~ prb sesuatu yg makin lama makin baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengharapkan
[meng.ha.rap.kan] | مڠهارڤکن Definisi : 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan mendapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mempercayai: maka dukacitalah ia sebab kehilangan orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lenser
[lén.ser] | لينسر Definisi : (lénser); melenserkan menyapu sesuatu pd: Aminah ~ mentega di sekeliling mangkuk puding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berdalih
[ber.da.lih] | برداليه Definisi : memberi alasan atau helah (utk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb): jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apabila disoal dia cuba ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berabarkan
[be.ra.bar.kan]/[ber.a.bar.kan] | برابرکن Definisi : mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat, berdindingkan: rumah yg ~ buluh;` (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjagung
[men.ja.gung] | منجاݢوڠ Definisi : 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi, penyakit cacar, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kuinina
[kui.ni.na] | کوينينا Definisi : (Kim) sj sebatian yg pahit rasanya dan diperoleh drpd kulit sj pokok Cinchona spp. (digunakan utk membuat ubat penyakit malaria) (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tasyhid
[tasy.hid] | تشهيد Definisi : Ar pengucapan kalimah syahadat, pengakuan beriman;mentasyhidkan mengakui, menyaksikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: andapita
[an.da.pi.ta] | انداڤيتا Definisi : Jk ark sj penganan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: perlung
[per.lung] | ڤرلوڠ Definisi : ; burung ~ sj burung, Gorsachoi melanolophus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kerup
[ke.rup] | کروڤ Definisi : bunyi spt bunyi orang mengunyah makanan yg garing (spt keropok dll); kerap II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sepan
[se.pan] | سڤن Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Gymnopetalum cochinchinensis; 2. sj tum-buhan (pokok), keranji, kuran, Dialium spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: majir
Definisi : Jk tidak dapat beranak, mandul; majer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membenar-benari
[mem.be.nar.be.na.ri] | ممبنر - بناري Definisi : mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mandolin
[man.do.lin] | مندولين Definisi : sj alat muzik yg berupa gitar kecil dan mempunyai empat pasang tali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hyaena
Definisi : see HYENA. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
null
definisi: celinguk
Definisi : ®celangak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggetarkan
[meng.ge.tar.kan] | مڠݢترکن Definisi : menggentarkan, menggegarkan sedikit, menjadikan bergolak (agak riuh dsb): pancaran lampu menjadikan suasana lebih menarik dan ditambah dgn caklempong yg ~ suasana malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: balkon
[bal.kon] | بلکون Definisi : IB balkoni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)