author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/264889/berita/nasional/eksklusif-bahana-pemandu-gila-lawan-arus
[EKSKLUSIF] Bahana 'pemandu gila' lawan arus
[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Kesalahan melibatkan lawan arus bukan satu kejadian baharu di negara ini, malah ia melibatkan kehilangan nyawa serta kecacatan kekal seumur hidup.Tindakan dan penguatkuasaan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dilaksanakan bagi memastikan ia tidak berulang, namun tampaknya tidak memberikan perasaan takut kepada pelaku tegar ini.Mengikut statistik PDRM, sebanyak 37 kemalangan maut akibat kesalahan pemanduan lawan arus direkodkan sepanjang tahun ini sehingga 18 Jun lalu.Baca laporan penuh di Sinar Premium.
4
23 Jun 2023 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264877/berita/nasional/sabah-potensi-jadi-negeri-selesa-untuk-didiami
Sabah potensi jadi negeri selesa untuk didiami
KOTA KINABALU - Sabah berpotensi untuk menjadi sebuah negeri yang selesa untuk didiami dalam tempoh 10 tahun akan datang jika jaringan sistem membabitkan infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan perumahan dalam keadaan baik.Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Sabah dalam keadaan yang strategik dari sudut geografi selain mempunyai keindahan semula jadi serta kekayaan sumber alamnya sama ada yang ada ketika ini atau bakal diterokai pada masa hadapan."Namun untuk sebuah negeri menjadi sebuah 'livable state' ada beberapa perkara yang perlu dicapai. Pertama, keadaan infrastruktur yang baik dan selamat termasuklah jalan raya, air dan elektrik."Dengan adanya kombinasi jaringan infrastruktur yang baik, lengkap dan selamat, sistem pendidikan yang baik, sistem kesihatan yang baik dan sistem perumahan yang baik, kita akan capai keadaan sebagai 'livable state'," katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Sehubungan itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, untuk tempoh 10 tahun akan datang merupakan jangka masa yang sesuai untuk ke arah mencapai perancangan terbabit."Kita ketika ini sedang meningkatkan pembinaan atau menaik taraf sistem jalan raya yang ada di Sabah dan apabila saya kata tentang jalan raya, ia terbahagi kepada beberapa kategori termasuk jalan pertanian, jalan luar bandar atau jalan daerah atau jalan majlis perbandaran."Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri sedang menaik taraf jalan persekutuan yang dipanggil Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama mempunyai 35 pakej, fasa kedua antara Tamparuli ke Ranau dan fasa ketiga dari Kimanis ke Kalabakan yang belum lagi dilaksanakan sepenuhnya namun fasa pertama dalam pelaksanaan."Jadi dengan adanya projek Lebuhraya Pan Borneo ini nanti yang boleh siap dalam tempoh jangka masa 10 tahun dari sekarang ini maka ia akan membantu mencetus pertumbuhan ekonomi di Sabah," katanya.Sebelum itu, Dialog Siswa kali ini dihoskan oleh Safwan Sawi merupakan edisi ketiga dibawa khas ke Sabah selepas Sinar Harian menampilkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.
4
23 Jun 2023 07:40am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264890/berita/nasional/tvet-tulang-belakang-bidang-perindustrian---shahelmey
TVET tulang belakang bidang perindustrian - Shahelmey
KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Sabah dan persekutuan sentiasa mengalakkan golongan muda di negeri ini agar menceburi atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, golongan yang terlibat dalam TVET merupakan tulang belakang dalam bidang perindustrian."Dalam pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 2021 hingga 2025, kita ingin memacu pertumbuhan ekonomi dari tiga bidang iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian di mana bidang TVET ini berkaitan dengan perindustrian dan juga pertanian."Di Sabah kita turut menerima pelaburan yang begitu tinggi di mana ada dua kilang dibina daripada pelabur asing dari Korea Selatan dan China."Apabila dua kilang ini beroperasi nanti mereka dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada juteknik atau jurutera selain mencetuskan industri hiliran hasil di negeri ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Dialog Siswa kali ini dihoskan oleh anak tempatan, Safwan Sawi dan turut menampilkan seorang lagi panel iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah.Sehubungan itu, Shahelmey selaku Menteri Kerja Raya yang berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan amat mengalakkan golongan muda menceburi atau melanjutkan pelajaran dalam aliran TVET."Kita lihat di negara maju seperti Eropah, Korea Selatan dan Jepun, mereka maju disebabkan oleh industri dan industri ini disokong oleh tenaga kerja dari bidang teknikal."Bidang lain seperti perakaunan juga relevan, namun untuk industri bergerak maju, tulang belakangnya ialah simber manusia berlatarbelakangkan TVET," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPTSabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di SabahSabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'
4
23 Jun 2023 07:33am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/264885/berita/sukan/gesa-sekat-perpindahan-pemain-ke-arab-saudi
Gesa sekat perpindahan pemain ke Arab Saudi
LEGENDA Manchester United, Gary Neville menggesa pihak Liga Perdana menyekat perpindahan besar-besaran pemain ke Arab Saudi bagi memastikan ‘sebarang integriti tidak terancam’.Malah, Neville mempersoalkan transaksi dilakukan dalam kalangan kelab Liga Pro Saudi bagi mendapatkan pemain yang beraksi untuk Liga Perdana Inggeris (EPL).“Liga Perdana sepatutnya meletakkan sekatan segera atas setiap perpindahan ke Arab Saudi bagi memastikan integriti permainan tidak dirosakkan.“Semakan lebih teliti perlu dilakukan ke atas setiap transaksi kelab bagi memastikan kesesuaian. Jika ia melalui proses itu, jelas perpindahan boleh dibuka semula.“Tetapi saya percaya pada masa ini perpindahan harus dihentikan sama ada terdapat urusan perpindahan menguntungkan yang tidak wajar,” kata Neville.Gesaan Neville itu hadir apabila beberapa kelab Liga Pro Saudi membawa masuk bintang ternama Eropah seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan terbaharu, N'Golo Kante.Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi yang memiliki Newcastle United mengesahkan mengambil alih empat kelab terkemuka Liga Pro Saudi termasuk Al-Nassr yang menandatangani Ronaldo pada bulan Januari lalu.Kante pula mengikut jejak langkah Benzema menyertai Al-Ittihad, manakala trio Chelsea iaitu Kalidou Koulibaly, Edouard Mendy dan Hakim Ziyech, masing-masing dijangka melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal, Al-Ahli serta Al-Nassr.Pemain tengah Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves juga semakin hampir memuktamadkan perpindahan ke Al-Hilal dengan rekod bayaran kelab £47 juta (RM278 juta).
4
23 Jun 2023 07:15am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264876/berita/sukan/pan-gon-berjaya-bukti-kredibiliti
Pan Gon berjaya bukti kredibiliti
PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dianggap berjaya membuktikan kredibilitinya sepanjang mengendali skuad kebangsaan.Malah, legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, jurulatih dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu juga berjaya meraih semula kepercayaan para penyokong Harimau Malaya.“Sebenarnya tekanan itu sesuatu perkara biasa untuk seseorang ketua jurulatih, tambahan pula apabila sesebuah negara yang prestasi pasukan bola sepaknya tidak begitu menonjol.“Tentu sahaja harapan dalam kalangan para penyokong skuad bola sepak kebangsaan adalah tinggi selepas persembahan hambar dalam beberapa pertandingan sebelum ini.“Pan-gon juga berjaya menanamkan semangat, strategi dan arahan yang berjaya dilaksanakan para pemain dengan sempurna dalam setiap perlawanan.“Pan-gon telah membuktikan kredibilitinya dalam meningkatkan prestasi pasukan negara. Malah Pan-gon perlu lebih tenang dan meneruskan proses penambahbaikan pasukan kebangsaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Terdahulu, Pan-gon mengakui tekanan merupakan cabaran terbesar yang dihadapinya, namun mengakui berpuas hati dengan hasil yang diraih skuad Harimau Malaya setakat ini.Dalam pada itu, Jamal berharap Harimau Malaya dapat berdepan pasukan yang memiliki tempo permainan tinggi selepas melakar kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea dalam aksi persahabatan sebelum ini.“Para pemain negara telah membuktikan keupayaan sebenar dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, malah dengan kemenangan besar.“Saya berharap dengan berbaki beberapa bulan sebelum pusingan akhir Piala Asia tahun depan, kita dapat berdepan lawan yang lebih berkualiti.“Sebagai contoh kita akan berdepan Korea Selatan, jadi kita kena cari pasukan yang persis atau setaraf Korea Selatan sebelum Piala Asia bermula nanti,” ujarnya.Harimau Malaya kini berada dalam fasa persiapan sebelum ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun depan selepas layak secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun.
4
23 Jun 2023 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264874/berita/nasional/tuntutan-sulu-peguam-yakin-malaysia-ada-peluang-menang---azalina
Tuntutan Sulu: Peguam yakin Malaysia ada peluang menang - Azalina
KUALA LUMPUR - Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ketika ini beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.Katanya, dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom) serta perunding perhubungan awam PA Associates (United Kingdom) dalam kes tuntutan tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah The Hague pada 27 Jun ini."Namun, apa jua keputusan, Kerajaan Madani kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara dalam kes ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.Justeru, Azalina memohon semua rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memperjuang isu itu dan mendoakan kejayaan demi kedaulatan tanah air.Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Tuntutan Sulu tidak berasas, Malaysia negara berdaulatKerjasama rapat Persekutuan, Sabah berkesan tangani tuntutan kumpulan SuluTuntutan Sulu: Rakyat sokong usaha kerajaan pertahan kedaulatanTuntutan waris Sulu: 'Biar orang lain jawab' - AnwarMalaysia guna langkah perundangan tamat tuntutan waris Sultan SuluTuntutan Sulu: Tiada bukti kerajaan Filipina terlibat - PM
4
23 Jun 2023 12:08am
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264871/berita/semasa/polis-buru-suspek-larikan-barangan-kemas-rm108-juta
Polis buru suspek larikan barangan kemas RM1.08 juta
JEMPOL - Polis giat mengesan beberapa suspek lelaki yang memecah masuk dan melarikan barangan kemas bernilai RM1.08 juta dari sebuah kedai emas di Taman Margosa Maju, Bahau di sini pada pagi Khamis.Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang masih belum dikenal pasti memakai pelitup muka, topi dan bersarung tangan."Polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemilik kedai pada jam 9.41 pagi yang memaklumkan premisnya dipecah masuk dan barang kemas yang disimpan dalam peti besi hilang."Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan cara memotong besi tingkap nako di bahagian tandas sebelum memecahkan pintu besi seterusnya memasuki bilik kebal," katanya dalam kenyataan kepada media pada Khamis.Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian lebih kurang RM1.08 juta membabitkan kehilangan pelbagai barangan kemas.Ujarnya, polis telah merampas beberapa peralatan untuk memecah masuk dan memotong besi serta pintu di tempat kejadian untuk siasatan lanjut."Siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan di balai polis berhampiran."Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Raj Kumar melalui nombor telefon Ibu Pejabat Polis daerah Jempol (IPD) 06-4582222," katanya.
4
22 Jun 2023 11:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264870/berita/nasional/sabah-sedia-dua-tenaga-kapal-tambah-tenaga-elektrik-di-sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya mengumumkan dua kapal tenaga akan disediakan bagi menambah kapasiti elektrik di negeri ini.Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kapal tenaga itu akan disediakan di Sandakan dan Lahad Datu salah satu inisiatif bagi mengelak kejadian teknikal elektrik yang serius di negeri ini."Seperti yang kita ketahui pada tiga minggu lepas kita telah mengalami satu keadaan apabila permintaan elektrik telah hampir mencapai tahap maksimum dengan jumlah yang boleh dibekalkan oleh grid elektrik kita di Sabah."Jadi apabila itu berlaku maka pihak SESB terpaksa melakukan catuan tenaga bagi memastikan bahawa ada 'safety margin' dalam sistem grid pada bekalan elektrik bagi mengelak kejadian teknikal yang lebih serius terjadi," katanya.Pelajar yang hadir menyaksikan Dialog Siswa di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Menurut Shahelmey, pihak SESB dan kerajaan Sabah juga sedang menambah kapasiti bekalan elektrik melalui mobil genset dan yang terbaharuakan datangkan dua kapal tenaga atau power ship untuk disediakan di Sandakan dan Lahad Datu."Adanya kapal tenaga dan genset ini maka sumber tenaga yang dibekalkan ke sistem grid elektrik Sabah akan berada dalam keadaan sihat, maka infrastruktur dari segi tenaga dalam keadaan baik," katanya.Sementara itu, ditanya pemberita lebih lanjut mengenai kapal tenaga itu, beliau memaklumkan bahawa ia akan tiba dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang."Apabila kapal tenaga itu beroperasi menghasilkan tenaga maka margin lebih 200 megawatt akan dapat dicapai dan sudah tentu ia memberi keyakinan dan juga keselesaan terhadap bekalan elektrik.Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor."Untuk di sebalah pantai barat kita mempunyai loji jana kuasa, namun di Sandakan dan Lahad Datu adalah kawasan yang memang memerlukan tambahan bekalan elektrik untuk memastikan aktiviti ekonomi di kawasan itu dapat dijalankan tanpa gangguan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPT
4
22 Jun 2023 11:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264869/berita/nasional/malaysia-di-kedudukan-ke-27-world-competitiveness-yearbook-2023
Malaysia di kedudukan ke-27 World Competitiveness Yearbook 2023
SHAH ALAM - Laporan World Competitiveness Yearbook 2023 terbitan Pusat Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-27, meningkat lima anak tangga berbanding tahun 2022.Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, di sebalik peningkatan daya saing 2023 berbanding tahun 2022, trend untuk kembali ke tahap terbaik yang pernah capai sebelum ini masih samar.Katanya, banyak lagi usaha yang diperlukan untuk Malaysia kembali ke liga belasan di dunia."Terkini, dari 20 sub-kategori yang dinilai hanya enam yang berada di kedudukan 20 terbaik dan 11 daripadanya berada di tangga 30 ke bawah."Kesimpulannya, untuk tahun 2023, walaupun kedudukan Malaysia meningkat dari tangga ke-32 ke tangga 27, Malaysia masih berada dalam julat penarafan yang rendah," jelasnya menerusi laman Facebook pada Khamis.Beliau memberi contoh kategori pendidikan dan perundangan perniagaan, kedudukan Malaysia sangat rendah, iaitu di tangga ke-45 sedangkan kedua-dua kategori itu adalah antara faktor utama dalam memastikan daya saing negara kukuh."Kedudukan Malaysia dalam Kecekapan Perniagaan telah jatuh merudum berbanding sepuluh tahun yang lalu."Di mana silap kita? Mesti dikenalpasti dan ditangani segera," ujarnya.Tambah Noor Azlan, peningkatan kedudukan daya saing negara 2023 adalah satu petanda awal yang baik."Namun, belum masa untuk kita berpuas hati dan menjadikannya sebagai bukti kita telah berjaya. Penilaian yang lebih mendalam menyedarkan kita bahawa Malaysia masih berada dijulat daya saing global yang rendah."Oleh itu, semua pihak mesti komited untuk bersama mengembalikan kekuatan daya saing global negara. Kita semua juga akan merasai manfaatnya," jelasnya.
4
22 Jun 2023 11:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264868/berita/nasional/cadangan-bina-rumah-transit-bantu-pelajar-ipt
Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPT
SHAH ALAM - Kerajaan Sabah dicadangkan supaya membina rumah transit untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Program Perumahan Rakyat (PPR).Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, rumah itu dibina bagi mengurangkan beban pelajar serta ibu bapa yang terpaksa menanggung kos rumah sewa yang semakin meningkat pada masa kini.Katanya, mereka dibenarkan tinggal di rumah transit itu hanya dua tau tiga tahun mengikut tempoh pengajian masing-masing."Selepas kamu tamat pengajian maka serahkan kunci dan kosongkan rumah itu untuk beri peluang kepada pelajar lain."Saya rasa dengan cara tersebut tiada lagi isu minta sambung atau merayu untuk tinggal disitu sepertimana yang berlaku kepada penyewa PPR," katanya.Antara pelajar UiTM Kota Kinabalu yang hadir menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Beliau berkata demikian menerusi program Dialog Siswa yang diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Sabah.Program tersebut disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam, Khamis.Selain Masiung, Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya turut dijemput sebagai panelis dan ia dikendalikan oleh anak tempatan, Safwan Sawi.Tambah Masiung, baru-baru ini timbul isu berhubung rumah PPR yang dimiliki oleh LPP yang disewakan kepada rakyat yang berpendapatan RM750 hingga RM3,000."Kami telah beri peringatan kepada penyewa bahawa tempoh had maksimum iaitu 10 tahun telah tamat dan minta kerjasama untuk keluar supaya dapat beri peluang orang lain."Tapi malangnya, apabila bagi peringatan ia jadi isu utama pula di Sabah ini seolah-olah kita bertindak kejam," ujarnya.Pelajar UiTM Kota Kinabalu menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Beliau juga merayu kepada kerajaan Sabah melalui Ketua Menteri untuk sampaikan hasrat tersebut di peringkat kabinet."Diharapkan kerajaan dapat merancang atau sediakan peruntukan khas untuk pembinaan rumah transit kepada pelajar," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN:Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'
4
22 Jun 2023 10:39pm
FARAH SHAZWANI ALI
https://www.sinarharian.com.my/article/264867/berita/nasional/grab-aktifkan-semula-akaun-rider-tegur-warga-singapura
Grab aktifkan semula akaun ‘rider’ tegur warga Singapura
SHAH ALAM - Grab Malaysia telah mengaktifkan kembali akaun salah seorang penghantar makanannya yang disekat susulan kes menegur dua warga Singapura di sebuah stesen minyak di Johor baru-baru ini.Syarikat itu dalam ciapan balas di Twitter berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan mereka membuat siasatan untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.“Kami menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah sebelum pasukan kami melakukan siasatan.“Kami gembira untuk mengatakan bahawa syarikat telah mengaktifkan semula akaun penghantar makanan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas sokongan anda kepadanya,” jelasnya.Penghantar makanan berkenaan sebelum itu berkongsi perkembangan di TikTok dan memberitahu bahawa akaun Grab miliknya telah digantung sejak Rabu.Tindakan itu menyebabkan dia tidak dapat menerima tempahan dan berasa ditindas walaupun tidak membuat apa-apa kesalahan.Sementara itu, dalam satu video yang dikongsikan pengguna TikTok @matkibot, pemuda itu turut mengesahkan akaunnya telah diaktifkan kembali.“Grab admin telah pun menjalankan siasatan dan mendapati bahawa saya tidak bersalah. Akaun saya telah diaktifkan semula.“Sekali lagi saya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia,” katanya.
4
22 Jun 2023 10:20pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264865/berita/sukan/nampak-kematangan-keyakinan-malaysian-tigers
Nampak kematangan, keyakinan Malaysian Tigers
SKUAD hoki lelaki negara mempamerkan kematangan apabila memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon."Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka ambil peluang sepenuhnya selain berhasil menangani perlawanan dengan baik biarpun kita menerapkan sistem permainan baharu."Nampak kematangan daripada segi keyakinan pemain untuk melakukan tekanan kepada pihak lawan," kata Arul Selvaraj menerusi pautan video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).Anak buah Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari.Muhammad Firhan sekali lagi menghasilkan gol buat skuad negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia menerusi jaringan padang pada minit ke-19.Bagaimanapun Korea Selatan bangkit merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti selang tiga minit.Tuan rummah kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui pukulan penalti, sebelum kedua-dua pasukan mengharungi perlawanan tanpa sebarang jaringan.Sebagai rekod, aksi persahabatan itu merupakan satu daripada empat perlawanan diatur buat Malaysian Tigers sebagai persediaan menghadapi saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India pada 3 hingga 12 Ogos ini.Skuad negara akan melengkapkan tiga lagi pertemuan bertemu pasukan di ranking kesembilan dunia itu pada pada 23, 25 dan 27 Jun.
4
22 Jun 2023 10:05pm
DIANA AZIS
https://www.sinarharian.com.my/article/264866/berita/nasional/sabah-cuba-kurangkan-nrw-atasi-masalah-air
Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air
SHAH ALAM - Kerajaan Sabah sedang berusaha mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi memastikan masalah bekalan air di negeri itu dapat diatasi.Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan, beberapa faktor lain juga sudah dikenal pasti dan kerajaan telah mengemukakan langkah jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah berkenaan."Saya akui Sabah terutama di utara Kota Kinabalu, Patutan dan Tuaran sedang mengalami masalah kekurangan atau tekanan air rendah dalam beberapa bulan ini."Situasi ini disebabkan tahap bekalan air dari Sarawak sama dengan permintaan (iaitu) pengeluaran dan permintaan hampir sama."Program kemajuan kerja Lori Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa Dua juga telah tergendala dan mengalami kelewatan. Ia tidak dapat disiapkan mengikut kontrak sepatutnya," katanya ketika program Dialog Siswa yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.Antara pelajar UiTM Kota Kinabalu yang hadir menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Program yang disiarkan secara langsung menerusi semua platform digital Sinar Harian itu turut mengundang Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah, Datuk Masiung Banah, manakala Safwan Sawi bertindak sebagai hos.Dalam pada itu, Shahelmy yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut mengakui tahap pengurusan projek pembekalan air di Sabah yang lemah merupakan antara punca utama isu kekurangan bekalan air di negeri itu ketika ini.Justeru beliau menjelaskan, kerajaan negeri telah melakukan rombakan selain mengemaskini pentadbiran agensi terlibat bagi mengelakkan sebarang ketirisan berlaku."Setelah lakukan rombakan dan mengemaskini pentadbiran Jabatan Air Sabah, kita sedang menstabilkan tekanan dan agihan bekalan air sekitar Kota Kinabalu termasuk di Tuaran."Selain itu, kita juga mengambil langkah memutuskan penyambungan langsung yang ada di paip penghantaran utama penyebab gangguan tekanan."Sekarang sudah banyak kawasan mula menerima bekalan air yang stabil namun kawasan UiTM (Kota Kinabalu) dan Bukit Sepanggar akan memerlukan sedikit masa untuk menstabilkan air di sistem paip tersebut," ujarnya.Sementara itu, Shahelmey berkata, kerajaan juga sedang dalam peringkat akhir kajian bagi membina Empangan Papar yang merupakan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah air di pantai barat Sabah.Pelajar UiTM Kota Kinabalu memberi tepukan gemuruh ketika menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Empangan yang berkapasiti 1,000 MLD itu dilihat antara penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah ketiadaan bekalan air.
4
22 Jun 2023 09:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264864/berita/nasional/yb-bagaimana-saya-boleh-secekal-anda
'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'
KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Bersedia untuk dicaci, dimaki dan difitnah antara tip yang dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah untuk mahasiswa yang ingin berkecimpung dalam politik.Beliau berkongsi tip itu menerusi platform Dialog Siswa bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Menteri Kerja Raya yang diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah berkata, tip yang pertama mahasiswa yang berminat dalam bidang politik harus bersedia dengan cabaran dalam politik."Kita kena bersedia dalam politik ini banyak liku-liku terlalu banyak cabaran, cabaran pertama kita kena bersedia bahawa kita ini dicaci, dimaki dan difitnah orang."Seribu kebaikan kita buat, satu kali kita buat salah, yang satu kali salah itu yang akan diangkat," katanya menerusi sesi soal jawab bersama mahasiswa yang hadir pada program itu pada Khamis.Soalan itu diutarakan oleh Rika Rahayu daripada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang meminta perkongsian tip supaya mahasiswa dan mahasiswi bersungguh-sungguh belajar seperti ahli politik.Tip seterusnya yang dikongsikan Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu ialah mahasiswa yang berminat memasuki bidang politik harus menanam rasa cinta kepada politik."Kalau tidak ada rasa cinta kepada politik, adik akan tidak bermaya untuk melawan cabaran, tidak akan bermaya untuk merancang masa depan politik."Sekarang cita-cita sudah jelas, mahu jadi Perdana Menteri. Sama ada tercapai atau tidak, mungkin paling kecil pun jadi adik boleh menjadi seorang wakil rakyat, jadi tidak salah untuk bercita-cita besar kerana orang kata, sekurang-kurangnya boleh menjadi wakil rakyat."Jadi kena tanamkan minat politik itu dalam hati, yang kedua jangan malu dan segan bertanya kepada rakan, bertanya kepada orang lama dalam politik," katanya.Selain itu, Masiung berkata, mahasiswa yang berminat dalam politik harus bermula dengan persatuan kerana di situlah bermulanya kepimpinan dalam diri."Sekarang ini banyak persatuan yang diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk menggilap bakat daripada awal untuk menjadi pemimpin peringkat persekutuan."Itu asasnya, kalau di peringkat persatuan pun malas atau tidak ada saya untuk berkecimpung dalam persatuan, jangan mimpi akan boleh naik di masa akan datang."Saya berani berkata demikian kerana saya berada di sini juga bermula daripada persatuan, saya bermula dengan Persatuan Tingkatan Enam, Persatuan Pencinta Alam, persatuan di gereja dan di sana bakat itu digilap serta mengasah bakat untuk menjadi pemimpin."Bagaimana kita mahu memimpin satu negara, satu negeri atau daerah, sedangkan dalam kelompok kecil pun kita tidak boleh memimpin," katanya.Sebelum itu, Dialog Siswa kali ini dihoskan oleh Safwan Sawi dan merupakan edisi ketiga dibawa khas ke Sabah selepas Sinar Harian menampilkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.ARTIKEL BERKAITAN:Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPTSabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
4
22 Jun 2023 09:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264863/berita/semasa/936-gambar-tangkap-layar-sejarah-layari-laman-sesawang-lucah-dalam-telefon-bimbit
936 gambar tangkap layar sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit
TENOM - Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisisnya daripada sebuah telefon bimbit.Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah."Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021," kata saksi ketujuh pendakwaan itu.Latifah turut memaklumkan beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.Beliau berkata, imej-imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa laman sesawang itu diakses daripada aplikasi Google.Pada prosiding hari ini, peguam Ebit Lew, Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.Peguam itu berkata, beliau berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi.Ram Singh berkata, terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan.Zahida berkata, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang melayari laman sesawang berkenaan sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.Ebit Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Perbicaraan bersambung esok. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Tangkap layar perbualan Ebit, pengadu didedahkan
4
22 Jun 2023 09:34pm
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264862/berita/semasa/suami-isteri-terkandas-di-teluk-tongkang-diselamatkan
Suami isteri terkandas di Teluk Tongkang diselamatkan
KUANTAN - Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila terkandas di kawasan berbatu Teluk Tongkang ekoran air pasang pada Khamis.Mangsa lelaki berusia 38 tahun dan isterinya, 36, berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM).Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Kapten (PA) Saifu Nizam Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan mangsa terkandas itu pada jam 2.50 petang."Susulan maklumat, tiga anggota penyelamat APM yang berada di Pantai Teluk Chempedak segera ke lokasi menggunakan sebuah bot untuk bantuan menyelamat."Pasangan suami isteri itu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini," katanya.
4
22 Jun 2023 09:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264860/berita/semasa/polis-kesan-remaja-perempuan-hilang-sejak-isnin
Polis kesan remaja perempuan hilang sejak Isnin
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor sejak Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, remaja berkenaan, Norhawani Mohd Azwan Abdullah, 16, dilihat kali terakhir di rumahnya di Bandar Sunway pada jam 6 petang."Keluarga remaja berkenaan telah membuat laporan polis berkaitan kehilangannya pada jam 11.15 malam Selasa lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Norhawani supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. - Bernama
4
22 Jun 2023 09:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264858/berita/sukan/lebih-125-mohon-geran-padanan-sukan
Lebih 125 mohon Geran Padanan Sukan
PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima lebih 125 permohonan dana Geran Padanan Sukan (GPS) daripada pelbagai pihak yang mahu menganjurkan program dan aktiviti sukan dalam negara selepas dilancarkan secara rasmi pada 1 Jun lalu.Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, kementerian akan meneliti terlebih dahulu kesemua permohonan yang dibuat termasuk oleh syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.“Banyak permohonan (GPS) diterima namun saya akan umumkan data tepat nanti. Fasa pertama telah diluluskan dan kita akan umumkan status GPS tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Skate Malaysia di Sunway Pyramid pada Khamis.Sebagai rekod, kerajaan memperuntukkan RM40 juta ringgit kepada kementerian di bawah inisiatif GPS pada Belanjawan 2023 lalu.Syarat ketat peruntukan RM40 juta geran itu menyaksikan pemohon perlu telus dan penganjuran sukan berkenaan dapat memanfaatkan atlet negara dalam usaha membaiki prestasi atau ranking mereka.Terdahulu, Kejohanan Skate Malaysia yang berlangsung selama empat hari, menyaksikan lebih 400 peserta daripada tujuh negara termasuk Malaysia, bakal membuat penampilan pada penganjuran edisi ke-14 itu.- Bernama
4
22 Jun 2023 09:13pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264857/berita/nasional/kerajaan-peruntuk-rm50-juta-bagi-pelaksanaan-geran-khas-hasanah-4
Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah telah membolehkan pembiayaan terbesar kepada masyarakat sivil serta perusahaan sosial daripada kerajaan."Saya amat menghargai sokongan serta kepimpinan Yayasan Hasanah dan Khazanah Nasional. Geran Khas Hasanah juga membolehkan pertumbuhan yang ketara bagi penjanaan pendapatan dalam kalangan masyarakat rentan,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di Forum Hasanah dan Persidangan Global Asia Venture Philanthropy Network (AVPN) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Yayasan Hasanah dan AVPN kerana mengorak langkah penting dalam menangani isu kesejahteraan mental dalam kalangan belia di Asia dengan penubuhan Dana Terkumpul Dermawan Kesejahteraan Mental Belia Asia.Anwar berkata, tujuan dana itu adalah untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental di seluruh Malaysia dan rantau ini dengan menggalak serta menggerakkan lebih banyak modal selain memudahkan perbualan dalam kalangan penderma."Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan belia telah berkembang sejak sedekad lepas seperti pada 2017, ia adalah 10 peratus dan jumlah ini telah meningkat kepada 13 peratus pada 2022."Kemurungan juga telah meningkat dengan angka terkini menunjukkan seorang daripada empat belia mengalami kemurungan. Saya bayangkan jumlahnya juga semestinya meningkat di negara lain."Adalah amat penting khususnya bagi belia kita untuk mempunyai akses kepada sumber yang betul serta tempat yang selamat untuk mendapatkan kerana pemuda pemudi kita adalah masa depan Malaysia dan semua negara yang diwakili di sini hari ini,” katanya. - Bernama
4
22 Jun 2023 09:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264856/berita/nasional/raja-petra-boleh-hubungi-saya-jika-ingin-pulang-ke-malaysia---saifuddin
'Raja Petra boleh hubungi saya jika ingin pulang ke Malaysia' - Saifuddin
PUTRAJAYA - Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin perlu menggunakan saluran yang betul dan mempunyai dokumen yang lengkap jika beliau ingin pulang ke Malaysia seperti yang didakwa menerusi rakaman video yang disiarkan melalui akaun media sosialnya baru-baru ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak pernah menghalang Raja Petra untuk kembali ke tanah air."Dia boleh tulis surat pada saya kalau dia nak balik dan benar-benar rindu untuk kembali ke tanah air, dia pun rakyat Malaysia cuma perlu saluran yang betul dan kalau isunya dia tidak ada dokumen lengkap atau dokumen dibatalkan, atau pernah kena perintah sekatan dan sebagainya, dia boleh mohon kepada saya secara rasmi."Saya akan terima, kaji dan lihat bahagian yang berkenaan sebelum dinilai, itu lebih baik berbanding menyuarakan isu ini di media sosial,” katanya pada Sesi Eksklusif Editor Media Bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang kenyataan Raja Petra sebelum ini yang mendakwa beliau dihalang untuk kembali ke Malaysia oleh kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Dalam rakaman video itu, Raja Petra mendakwa telah menggunakan pelbagai cara untuk pulang ke Malaysia sejak 2013, termasuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namun masih gagal.Beliau juga mendakwa telah mengadakan rundingan dengan dua menteri Kabinet serta Bukit Aman untuk membantunya pulang ke negara ini.Pada 2009, Raja Petra dilapor menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah melalui laman webnya. - Bernama
4
22 Jun 2023 09:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264852/berita/nasional/penyertaan-uk-dalam-perjanjian-trans-pasifik-buka-peluang-kepada-malaysia
Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia
KUALA LUMPUR - Kemasukan United Kingdom (UK) ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi hab dan pelantar pelancar digital untuk Asia Tenggara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Beliau berkata, slogan 'Malaysia Truly Asia' boleh diposisikan semula sebagai 'Malaysia through to Asia' dalam dunia digital dengan dasar baharu negara, seiring dengan pentadbiran baharunya, kestabilan politik dan potensi untuk pertumbuhan ekonomi."Jika kami berupaya untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi sektor teknologi dan mengubah Malaysia sepenuhnya kepada sebuah hab serantau, bukan hanya sebagai sebuah pusat data tetapi untuk syarikat teknologi juga, kami akan membolehkan Malaysia merasai pengalaman dekad keemasan digital dan insya-ALLAH Malaysia akan muncul sebagai harimau digital ASEAN,” kata beliau semasa Majlis Makan Tengah Hari Perangkaian Kementerian dengan Pusat Data dan Industri Awan di sini hari ini.Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.Dilaporkan bahawa UK adalah negara pertama Eropah yang mempunyai wawasan dan komitmen untuk menyertai CPTPP.Semasa majlis makan tengah hari itu, kira-kira 19 syarikat di bawah Pusat Data dan Industri Awan dianugerahkan status Digital Malaysia (MD) sejak pelancaran inisiatif strategik negara dengan jumlah pelaburan mencecah RM59.34 bilion dan mewujudkan 952 pekerjaan.Fahmi juga menyampaikan sijil status MD kepada enam syarikat yang telah membuat komitmen pelaburan berjumlah lebih daripada RM12 bilion, iaitu Amazon Web Services (AWS), AirTrunk, Equinix, EdgeConneX, K2 Data Centres dan Infinaxis Data Center Holdings.Sementara itu, empat syarikat tempatan juga mendapat penghargaan atas sumbangan mereka kepada pusat data, industri awan dan pembangunan ekosistem, iaitu AIMS Data Centre, HeiTech Managed Services (HMS), CSF Advisers and Exabytes.Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz turut hadir di majlis itu. - Bernama
4
22 Jun 2023 08:40pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264851/berita/semasa/masih-gagal-temui-petunjuk-sar-remaja-hilang-diteruskan-esok
Masih gagal temui petunjuk, SAR remaja hilang diteruskan esok
IPOH - Hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Muhammad Naufal Adzimi Mohd Hariss, 17, yang hilang di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di Gerik sejak semalam, masih gagal menemui remaja itu dan akan diteruskan esok.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pencarian pada radius tiga kilometer, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Pasukan Multi Skill (MUST) bomba dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemukan, namun setakat ini belum menemui sebarang petunjuk."Operasi bagaimanapun telah ditangguhkan hari ini sekitar jam 6 petang dan akan disambung esok pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sabarodzi berkata, operasi yang disambung hari ini, dimulakan jam 10 pagi tadi telah dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut laluan yang telah ditetapkan, melibatkan 82 orang daripada agensi kerajaan melibatkan 25 anggota polis, bomba (12), Unit K9 (3), Majlis Daerah Gerik (5), Pejabat Daerah (2) dan 35 orang awam.Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada jam 1.33 pagi dengan lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9 pagi.Pelajar sebuah sekolah tahfiz itu dikatakan mengalami gangguan emosi, bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang, sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa.Bagaimanapun usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar jam 6 petang. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Pelajar tahfiz dikhuatiri hilang dalam kebun getah
4
22 Jun 2023 08:28pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264848/berita/sukan/projek-bagus-tetapi-banyak-kerja
‘Projek bagus tetapi banyak kerja’
JURGEN Klinsmann mempertahankan permulaan kurang memberangsangkan sebagai pengendali Korea Selatan apabila masih belum memenangi sebarang aksi daripada empat perlawanannya sejak mengambil alih tugas daripada Paulo Bento.Sebagai rekod, Klinsmann yang dilantik Februari lalu menyaksikan Taegeuk Warriors seri dua kali dan tewas dua kali ketikaGergasi Asia yang berada diranking ke-27 dunia itu ketika ini berusaha untuk bangkit selepas ditunjukkan jalan keluar dari pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 tahun lalu.Klinsmann memulakan era di Korea Selatan bersama Taegeuk Warriors dengan melakar keputusan seri menentang Colombia.Kemudian diikuti kekalahan menentang Uruguay dan Peru sebelum terikat 1-1 berdepan El Salvador pada Rabu.“Saya harap dapat membetulkan situasi pasukan secepat mungkin kerana kami sepatutnya memenangi semua empat perlawanan.“Bukan hanya satu atau dua, sebaliknya dalam keempat-empat aksi Korea merupakan pasukan lebih baik dan bermain bola sepak mengagumkan.“Terutamanya ketika perlawanan menentang Colombia pada separuh masa pertama, separuh masa kedua menentang Uruguay dan kemudian dua perlawanan dengan Peru dan El Salvador.“Ya, kami mempunyai begitu banyak peluang, namun tidak masuk,” kata Klinsmann pada sidang akhbar di Seoul pada Khamis.Sebagai rekod, Klinsmann dilantik tiga tahun selepas tugas terakhirnya bersama kelab Bundesliga Jerman, Hertha Berlin berakhir dengan kekecewaan.Malah pengambilan bekas pemain yang memulakan karier bersama Stuttgarter Kickers tersebut oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan.Dalam pada itu, bekas penyerang berusia 58 tahun tersebut akur dengan persekitaran baharu ketika mereka cuba membangunkan skuad mantap ke pusingan akhir Piala Asia di Qatar pada Januari depan.“Ia adalah satu keluk pembelajaran untuk kami jurulatih dan kami belajar banyak dalam tempoh tiga bulan lepas.“Kami terus belajar bagaimana KFA berfungsi, bagaimana persekutuan ini berfungsi.“Dalam masa sama kita ada cabaran lain. Kami mempunyai Piala Asia. Kita kena fikir tentang lawan. Ia projek yang bagus tetapi banyak kerja,” katanya.
4
22 Jun 2023 08:22pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264845/berita/politik/umno-selangor-nafi-keluarkan-surat-desak-rafizi-letak-jawatan
UMNO Selangor nafi keluarkan surat desak Rafizi letak jawatan
SHAH ALAM - UMNO Selangor hari ini menafikan telah mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut."Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Selangor serta Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan datang,” menurut kenyataan itu.Katanya, Badan Perhubungan UMNO Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. - Bernama
4
22 Jun 2023 08:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264846/berita/politik/kami-bertengkar-pun-tidak-ada---muhyiddin
'Kami bertengkar pun tidak ada' - Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin menafikan dakwaan wujud hubungan tidak baik antara dirinya dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.Bercakap pada sidang akhbar khas sempena Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan Mesyuarat Majlis Presiden PN di sini pada Khamis, Muhyiddin menyifatkan 'berita' itu sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab."(Berita) ini dibuat sebab (lawan) tidak ada modal. Padahal parti paling harmoni adalah PN."Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tiada masalah langsung."Dalaman (parti) masing-masing pun damai, kami bertengkar pun tidak ada. (Ia) sengaja dibuat-buat sahaja. Jangan percaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan tidak baik dengan Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu susulan pandangan berbeza mengenai hala tuju parti.Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau dan kepimpinan tertinggi lain.Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan tawaran kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, perkara itu perlu ditanya sendiri kepada bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut.Malah katanya, di pihak Bersatu atau PN, beliau telah menyatakan perkara yang sepatutnya dibincangkan."Dia (Khairy) ada jawab dalam podcast (Keluar Sekejap). Saya dah nyatakan apa yang patut kita bincang (dan) beliau (jugq) telah beri penjelasan dalam media," katanya.
4
22 Jun 2023 08:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264850/berita/politik/serang-mca-mic-lokman-kini-dilihat-pembela-dap---lian-ker
Serang MCA, MIC, Lokman kini dilihat pembela DAP - Lian Ker
SHAH ALAM - MCA melabelkan Ketua Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sebagai jurucakap kepada DAP susulan kenyataan Lokman sebelum ini yang menyifatkan MIC dan MCA sebagai ‘biawak hidup’ dalam komponen BN.Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, daripada 'No DAP', Lokman kini sudah dilihat sebagai pembela parti itu."Apa-apa pun, tahniah DAP, siapakah 'pengkhianat' sebenarnya?"Janganlah Lokman menjadi biadab seperti DAP yang pernah gelar MCA sebagai 'anjing UMNO' dengan melabel MCA dan MIC sebagai 'biawak hidup'."Bertaubatlah dan janganlah mengaibkan lebih-lebih lagi rakan seperjuangan," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.Semalam, Lokman menerusi wawancara dengan MalaysiaGazette berkata MCA dan MIC umpama ‘biawak hidup’ yang dipikul UMNO sedangkan mereka tidak mampu meraih sokongan Cina dan Melayu untuk menyokong Barisan Nasional (BN).Tambah Lian Ker, Lokman tidak perlu meraih populariti diri yang semakin luntur dengan menyerang parti-parti komponen BN."MCA selama berada dalam keluarga BN terus mengamalkan politik kesederhanaan dan menghormati kepelbagaian."Adakah Lokman mahu MCA menjadi parti ekstremis dan cauvinis demi meraih undi, sehingga mengorbankan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia?" soalnya.Lian Ker turut menyindir Lokman hanya pandai mengata orang lain sedangkan kekalahan sebenar BN adalah disebabkan beberapa faktor antaranya mula kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India."BN yang lebih cenderung kepada semangat kebangsaan berasaskan perlembagaan dan ciri-ciri kemelayuan telah ditentang hebat oleh DAP dan ia membawa kepada 'Deklarasi Setapak'."Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘bumiputera’ dan ‘bukan bumiputera’ ditentang," ujarnya.Menurut Lian Ker, DAP mula meraihkan sokongan pelbagai kaum atas naratif politik kesamarataan dan penghapusan bumiputera."Inilah hakikat serta pengorbanan politik yang diterima oleh BN atas semangat 'collective responsibility'," jelasnya.
4
22 Jun 2023 07:41pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264842/berita/sukan/piala-mfl-kelantan-fc-digesa-tidak-ulangi-kesilapan
Piala MFL: Kelantan FC digesa tidak ulangi kesilapan
PEMAIN Kelantan FC dituntut mengambil pengajaran selepas diikat Negeri Sembilan FC, 2-2 dalam aksi Kumpulan B Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada Rabu.Malah, pengendali skuad The Red Warriors (TRW) Bawah 23 (B-23) tahun, Sathit Bensoh mahu para pemainnya belajar daripada kesilapan apabila mempersia-siakan peluang meraih tiga mata.“Ia satu perlawanan yang baik, tapi kita mensia-siakan peluang untuk mendapatkan kemenangan.“Saya harap ia menjadi pengajaran berguna buat pemain agar tidak mengulangi kesilapan sama dalam aksi berikutnya,” kata Sathit.Dalam perlawanan itu, skuad Hobin Jang Hobin kendalian Ishak Kunju terlebih dulu mendahului pada minit ke-24 menerusi N Javabilaarivin, sebelum TRW bangkit gol penyamaan K Saranraj di minit 52.Aksi bertenaga Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian Haziman Che Ngah bijak menguis cantik bagi mengatasi Firdaus Irman di pintu gol lawan untuk mendahului 2-1.Namun ketika tiga mata seakan menjadi milik TRW, kesilapan menjatuhkan penyerang Negeri Sembilan dalam kotak penalti menyaksikan pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Muhammad Harith Samsuri.Anak buah Sathit akan meneruskan kempen menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 5 Julai ini.
4
22 Jun 2023 07:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264841/berita/nasional/ma63-usaha-memperjuangkan-hak-perlu-berdasarkan-fakta-tepat
MA63: Usaha memperjuangkan hak perlu berdasarkan fakta tepat
KOTA KINABALU - Tindakan parti politik di Sabah mempolemik dan memutarbelit fakta berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sehingga mengelirukan rakyat tidak membawa sebarang faedah sebaliknya menyukarkan usaha kerajaan merealisasikan hak terkandung dalam perjanjian itu dengan berkesan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tekad dan komitmen memperjuang hak serta kepentingan Sabah melalui MA63 seharusnya datang bersama tanggungjawab memastikan setiap fakta dikemukakan terutama kepada Kerajaan Persekutuan adalah tepat."Hujahan kita kepada Kerajaan Persekutuan perlu berlandaskan bukti dan asas perundangan yang tepat untuk memastikan keabsahan tuntutan kita sekali gus membawa hasil bermanfaat. Rakyat Sabah memerlukan hasil berbentuk manfaat dan bukan sekadar keluaran retorik politik disulami kesilapan fakta," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaksi bersama Majlis Perundingan Pelajar Sabah anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (Ikrar), Jabatan Ketua Menteri dan Gerakan Mahasiswa Sabah di sini, hari ini.Armizan berkata, Kerajaan Sabah ketika ini tidak pernah berhenti memperjuang hak negeri itu termasuk menuntut kenaikan kadar pemberian khas daripada Kerajaan Persekutuan menerusi penyelesaian interim bermula dengan kadar RM125 juta setahun pada tahun lepas."Alhamdulillah, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengumumkan pada tahun ini kadar itu akan ditingkatkan kepada RM300 juta kerana keperluan kita cukup besar di Sabah. Kita perlu bersatu agar kadar pemberian khas itu terus dipertingkatkan lagi untuk menyelesaikan isu berbangkit di Sabah," katanya.Mengenai majlis itu, Armizan berkata, program interaksi bersama pemimpin pelajar seumpama itu merupakan platform terbaik bagi memberi penerangan mengenai MA63 seterusnya memastikan generasi muda memahami secara lebih komprehensif pelaksanaan serta tindakan melibatkan perjanjian berkenaan. - Bernama
4
22 Jun 2023 07:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264839/berita/nasional/tun-abdul-taib-dalam-keadaan-sihat-baik---astana-sarawak
Tun Abdul Taib dalam keadaan sihat, baik - Astana Sarawak
KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam keadaan sihat dan baik menurut kenyataan dikeluarkan Astana Negeri Sarawak, bagi menolak khabar angin mengenai keadaan kesihatan beliau seperti yang tersebar di media sosial.Setiausaha Sulitnya, Junih Salleh Ahmad dalam kenyataan itu berkata, kesemua berita yang ditularkan dan tidak disahkan dan bukannya dikeluarkan dari Astana Negeri Sarawak mengenai kesihatan Tun Abdul Taib itu, palsu dan tidak benar."Kami berharap dengan kenyataan akhbar ini, semua laporan buruk dan khabar angin mengenai (kesihatan) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dapat dihentikan,” katanya. - Bernama
4
22 Jun 2023 07:29pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264838/berita/politik/prn-pn-tanding-semua-245-kerusi-dun-di-enam-negeri
PRN: PN tanding semua 245 kerusi DUN di enam negeri
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) sahkan akan bertanding di kesemua iaitu 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu, Pas akan bertanding 126 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 83 kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebanyak 36 kerusi."Jumlah kerusi baharu bukan penyandang bakal ditandingi oleh anggota PN sejumlah 64 kerusi, Pas (50) dan Gerakan (36)."PN ingin memaklumkan jentera pilihan raya di peringkat negeri-negeri ketika ini adalah pada tahap tertinggi."Jentera kami juga komited dalam gerak kerja menghadapi PRN dalam mempertahankan tiga negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah) dan menawan 3 negeri (Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan)," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar khas sempena Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan Mesyuarat Majlis Presiden PN di sini pada Khamis.Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau dan kepimpinan tertinggi PN.Sementara itu, ditanya sama ada wujud senarai nama 'kejutan' yang akan mewakili gabungan itu pada PRN di enam negeri berkenaan, Muhyiddin menjelaskan kesemua calon-calon terdiri daripada mereka yang sememangnya telah mempunyai nama besar."Nama yang ada semuanya besar-besar belaka. Sebahagian besar, mereka yang sudah pegang kerusi-kerusi (penyandang)."Bagi senarai nama calon pula ia akan dikemukakan di peringkat negeri masing-masing," katanya.Tambahnya, seperti amalan yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, calon yang tersenarai juga akan melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya.Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut memaklumkan, calon PRN mewakili PN di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo Pas.Jelasnya, di empat negeri lain pula memutuskan untuk menggunakan logo PN.
4
22 Jun 2023 07:24pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264840/berita/politik/gugurkan-zahid-lantik-menteri-kewangan-lain---ahmad-fadhli
'Gugurkan Zahid, lantik Menteri Kewangan lain' - Ahmad Fadhli
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan untuk menggugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menghadapi pertuduhan di mahkamah.Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung pembangkang perlu memberikan cadangan untuk penambahbaikan yang boleh kerajaan lakukan dan bukannya mengadakan konvoi motosikal.Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, konvoi motosikal berkenaan ialah manifestasi kebangkitan orang muda yang meluat dengan kerajaan sedia ada.“Jika mahukan cadangan, saya berikan dua cadangan terlebih dahulu. Pertamanya mewujudkan persepsi baik kepada pelabur luar bahawa kerajaan serius untuk tidak bertolak ansur dengan perbuatan rasuah dan pecah amanah.“Langkah paling penting adalah dengan menggugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang merupakan seorang individu yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah. Bukan satu kes, tetapi 47 kes.“Pilih mana-mana ahli Parlimen yang bersih dan jika perlu daripada UMNO atau Barisan Nasional kerana masih ramai lagi tidak menghadapi pertuduhan di mahkamah,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, media tempatan melaporkan Rafizi berkata, pembangkang perlu memainkan peranan baik termasuk menumpukan kepada polisi kerajaan atau menjelaskan apa yang dilakukan mereka ketika menerajui kerajaan dalam tempoh 33 bulan lalu.Rafizi berkata, cara paling baik untuk PN berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah fokus terhadap siapa yang boleh mentadbir negara dengan lebih baik, bukan Melayu lawan Cina atau keupayaan mengumpulkan konvoi motosikal terbesar.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, cadangan kedua adalah dengan melantik Menteri Kewangan yang boleh fokus kepada kerja hakikinya.“Inilah yang diperjuangkan sendiri oleh Pakatan Harapan sebelum ini bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mestilah orang yang berasingan dalam mewujudkan 'good governance' yang berkesan.“Bagaimanapun saya yakin, kedua-dua cadangan di atas tidak akan diterima. Jadi kepada rakyat, tolak sahaja kerajaan ini dalam PRN yang akan datang,” ujarnya.
4
22 Jun 2023 07:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264836/berita/nasional/berhati-hati-keluar-kenyataan-libat-integriti-kedaulatan-wilayah-negara
Berhati-hati keluar kenyataan libat integriti, kedaulatan wilayah negara
KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menggesa semua pihak khususnya pemimpin tempatan supaya lebih cermat serta berhati-hati mengeluarkan kenyataan mahupun mengambil tindakan apabila melibatkan integriti dan kedaulatan wilayah dalam Persekutuan Malaysia.Beliau berkata, sebarang tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan tanpa kajian dan penelitian dikhuatiri boleh menjadi asas untuk mana-mana pihak luar mempertikai kedaulatan tanah air."Kita tidak mahu sesuatu kenyataan dan tindakan dimanipulasi serta mencetus asas tindakan bagi mana-mana pihak luar untuk mempertikai kedaulatan tanah air."Serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sebarang tindakan melibatkan kedaulatan negara berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaksi bersama Majlis Perundingan Pelajar Sabah di sini hari ini.Armizan juga berkata, tidak ada kenyataan dan tindakan unilateral mana-mana pihak yang boleh mengatasi dan membelakangkan kepentingan besar negara.Beliau mengulas kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mencadangkan agar kerajaan membawa kes tuntutan kumpulan mendakwa waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian mutlak.Semalam, akhbar tempatan melaporkan Ahli Parlimen Semporna itu sebagai berkata kerajaan perlu mengambil langkah tegas untuk menghalang mereka yang mengaku waris kesultanan Sulu daripada menuntut Sabah.Armizan berkata, bidang kuasa ICJ ialah mendengar dan mengadili pertikaian undang-undang antara negara, justeru perkara itu tidak termasuk dalam bidang kuasa ICJ kerana tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu dibuat oleh sekumpulan individu dan bukannya sebuah negara."Dalam kes Sabah, tidak ada apa-apa perkara yang perlu dituntut oleh Malaysia, kita tidak menuntut hak dan wilayah mana-mana negara. Malaysia itu Sabah, dan Sabah itu Malaysia," katanya.Beliau berkata, Persekutuan Malaysia ditubuhkan melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan ia adalah sebuah perjanjian antarabangsa yang diiktiraf serta didaftarkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai UN Treaties pada 29 Sept 1970.Armizan berkata, pengiktirafan kepada kedaulatan Persekutuan Malaysia sekali gus bermaksud pengiktirafan kepada Sabah sebagai sebuah wilayah berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.Pada 8 Jun lepas, Malaysia melakar kejayaan bersejarah apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.Kumpulan Sulu itu mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara antarabangsa terhadap Malaysia di empat negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda manakala Kerajaan Malaysia telah serta sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap mereka. - Bernama
4
22 Jun 2023 07:10pm
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264834/berita/semasa/curi-dalam-surau-pemilik-selimut-rakan-ditahan
Curi dalam surau: Pemilik selimut, rakan ditahan
JEMPOL - Polis menahan dua lelaki termasuk pemilik selimut yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg silang di Surau Kampung Indah, Bahau pada Rabu.Timbalan Ketua Polis daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kedua-dua suspek itu ditahan pada jam 8.45 malam pada hari sama sebaik menerima laporan berhubung kejadian."Suspek telah direman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan dan hasil siasatan awal mendapati terdapat seorang lagi suspek masih bebas iaitu rakan kepada suspek."Suspek yang masih bebas itu merupakan suspek utama, telah masuk ke dalam surau dengan menggunakan kain selimut yang diambil di rumah salah seorang suspek yang ditahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil melaporkannya di balai polis berhampiran."Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang warga emas kehilangan dokumen penting termasuk kad bank dan wang tunai RM150 selepas beg silang miliknya di curi lelaki 'berselimut' ketika solat subuh di surau berkenaan.Perbuatan suspek berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan setelah mangsa Abdul Rahman Salimap, 68, menyedari begnya tiada.
4
22 Jun 2023 06:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264833/berita/nasional/8-empangan-utama-di-5-negeri-berada-pada-paras-amaran
8 empangan utama di 5 negeri berada pada paras amaran
SHAH ALAM - Lapan daripada 43 empangan utama di lima negeri membabitkan Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berada pada paras amaran.Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan pada Khamis turut memaklumkan, empat paras muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga.“Empangan Timah Tasoh yang mencatatkan paras semasa 26.84 meter (m) melebihi paras minima 26.00 (m), Empangan Pedu dan Empangan Muda masing-masing dengan 89.60 (m) serta 91.67 (m).“Empangan Malut pula mencatatkan paras semasa 68.08 (m) melebihi paras minima 66.0 (m) manakala Empangan Air Hitam 228.07 (m) dengan paras minima 223.55 (m).“Bacaan paras semasa di Empangan Teluk Bahang menunjukkan 35.18 (m) iaitu melebihi paras minima 30.30 (m) dan Empangan Bukit Merah pula mencatatkan 6.99 (m) dengan paras minima 5.48 (m),” kata kenyataan itu di Twitter.Menurut kenyataan itu, di Johor membabitkan Empangan Sembrong Barat turut melebihi paras minima 7.36 (m) iaitu 9.36 (m).Tambah kenyataan itu, pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas.SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 - 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: [email protected] serta laman sesawang iaitu https://warroom.span.gov.my.
4
22 Jun 2023 06:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264831/berita/semasa/imam-dijemput-ilahi-kurang-12-jam-selepas-isterinya-meninggal
Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal
BATU PAHAT - Seorang imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat, Senggarang, dekat sini meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya kembali ke Rahmatullah pada Rabu.Isterinya, Hafsah Ahmad, 83, menghembuskan nafas terakhir terlebih dahulu pada jam 1.45 pagi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini kerana angin ahmar selain menghidap ketumbuhan di otak.Muhammad Nasir, 81, atau lebih dikenali sebagai Haji Ali dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Lurus Darat pula meninggal dunia pada jam 1.05 petang hari sama iaitu beberapa jam selepas isterinya itu selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi.Menurut anak saudara kepada pasangan tersebut, Jailan Salikin, 64, dia mengetahui berkenaan perkara itu selepas beberapa jam Allahyarham Hafsah selamat dikebumikan."Saya mendapat panggilan memaklumkan Haji Ali pula meninggal dunia. Sebelum itu, arwah dilihat agak gelisah selepas isterinya dimasukkan ke wad."Sebelum pemergiannya, Haji Ali kelihatan sihat. Pada Isnin lalu, isterinya ketika itu sedang mendapat rawatan di HSNI dan arwah meminta izin mahu menziarah."Haji Ali risau kerana isterinya baru menjalani pembedahan. Bagaimanapun, sebaik melihat keadaan isterinya, arwah tiba-tiba pengsan."Haji Ali dimasukkan ke wad disebabkan tekanan darah rendah. Pagi semalam, arwah mendapat tahu isterinya sudah tiada," katanya yang turut memaklumkan pasangan berkenaan adalah pesara tentera dan guru agama.Menurut Jailan, sepanjang hayatnya, pasangan itu sentiasa bersama termasuk ke surau.Sementara itu, kariah Surau Haji Taha, Abdul Rahman Masrikin berkata, sepanjang hayatnya, arwah yang juga bendahari surau adalah penyumbang tetap yang sama-sama melunaskan bil elektrik dan air rumah ibadat berkenaan."Pasangan ini banyak memainkan peranan menghidupkan surau dengan pelbagai aktiviti hingga menarik kehadiran lebih ramai jemaah."Saya sudah lama mengenali mereka. Kedua-duanya cukup pemurah selain disenangi kariah dan jemaah di surau ini," katanya.
4
22 Jun 2023 06:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264829/berita/nasional/aktiviti-fizikal-kanak-kanak-remaja-tidak-memuaskan-tahun-lalu
Aktiviti fizikal kanak-kanak, remaja tidak memuaskan tahun lalu
PUTRAJAYA - Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-kanak dan Remaja 2022 yang melaporkan status terkini mengenai penunjuk aktiviti fizikal dan kesihatan kanak-kanak serta remaja berusia lima hingga 17 tahun menunjukkan pencapaian tidak memuaskan dengan gred D tolak (D-).Kad laporan itu dilancarkan pada Khamis oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Active Healthy Kids Global Alliance (AHKGA) dan Sun Life Malaysia.Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UKM yang juga pengerusi Active Healthy Kids Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Razif Shahril berkata, tindakan segera perlu diambil semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti dalam usaha meningkatkan tahap aktiviti fizikal golongan itu di negara ini."Tindakan segera diperlukan dan saya percaya ia adalah tanggungjawab bersama pelbagai agensi, institusi, badan bukan kerajaan termasuk ibu bapa dan keluarga untuk meningkatkan status aktiviti fizikal generasi masa depan kita,” katanya.Beliau berkata, kepada pemberita selepas majlis pelancaran kad laporan tersebut oleh Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur) Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid di sini.Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-kanak dan Remaja 2022 yang dihasilkan adalah merujuk data yang dikumpul daripada tinjauan kebangsaan dan laporan kerajaan dari 2016 hingga 2022.Ia juga dihasilkan merujuk kepada 12 penunjuk antaranya aktiviti fizikal keseluruhan, penyertaan dalam sukan terancang dan aktiviti fizikal, permainan aktif, pengangkutan aktif, tingkah laku sedentari, sekolah, kerajaan, diet dan sebagainya.Menurut Mohd Razif, Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-kanak dan Remaja 2022 adalah kad laporan yang kedua selepas yang pertama dihasilkan pada 2016 menerusi Active Healthy Kids Malaysia, iaitu kumpulan penyelidikan UKM."Tahun 2016 adalah kali pertama Malaysia menyertai AHKGA Global Matrix 2.0, namun dukacitanya, kebanyakan gred dalam kad laporan 2022 adalah hampir sama dengan gred kad laporan 2016 yang memberikan gambaran tiada penambahbaikan pada penunjuk aktiviti fizikal."Pada kali ini (Global Matrix 4.0), apabila dibandingkan dengan 57 negara lain, Malaysia menduduki tangga ke-34 berbanding negara lain, iaitu pencapaian gred aktiviti fizikal secara keseluruhannya D-,” katanya.Mohd Razif berkata, pencapaian gred D- yang berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017 mencatatkan hanya satu daripada lima remaja (19.8 peratus) berumur 13 hingga 17 tahun dilaporkan aktif secara fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari selama lima hari atau lebih dalam seminggu."Daripada kad laporan juga, untuk diet, Malaysia mendapatkan skor D- iaitu hanya 23.5 peratus remaja berumur dalam lingkungan yang sama mencapai hidangan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang disarankan."Namun secara positifnya, sekolah di Malaysia menerima gred A tolak untuk akses tetap kepada kemudahan dan peralatan yang menyokong aktiviti fizikal,” katanya.Beliau mengharapkan dengan tindakan segera yang diambil mungkin dapat menghasilkan pencapaian aktiviti fizikal kanak-kanak dan remaja yang baik apabila Malaysia menyertai AHKGA Global Matrix 5.0 pada 2026.Sementara itu, Hanafiah berkata, penghasilan kad laporan tersebut merupakan penanda aras bagi negara, iaitu sejajar dengan hasrat UKM menjadi sebuah universiti memfokuskan kepada penyelidikan bersifat komprehensif."UKM sangat menyokong keberhasilan kad laporan aktiviti fizikal ini. UKM komited dalam menyokong ekosistem penyelidikan bersifat translasi. Pada tahun ini, lebih RM1 juta diperuntukkan bagi geran bersifat translasi."UKM mempunyai penyelidik hebat yang sering menempa kejayaan penyelidikan dalam bidang masing-masing. Hasilnya, pelbagai geran antarabangsa, geran industri dan geran kebangsaan berjaya diperoleh antaranya adalah geran bagi projek kad laporan ini yang telah disumbangkan Sun Life Assurance Company of Canada,” katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng berkata, syarikat insurans dan tafakul berkenaan berbangga untuk menyokong kad laporan itu kerana topik tersebut sejajar dengan tujuan perniagaan mereka dalam membantu orang ramai mencapai keselamatan kewangan seumur hidup dan menikmati kehidupan yang lebih sihat."Kami berharap dapat menyumbang kepada keseluruhan hasrat AHKGA untuk menggalakkan gaya hidup sihat kanak-kanak menerusi kepimpinan pemikiran, pembangunan kapasiti, advokasi dan kesedaran."Di Sun Life, kami percaya bahawa masa depan yang mampan bergantung kepada generasi muda yang sihat dan berdaya tahan. Kami percaya bahawa penemuan daripada kad laporan itu akan membantu pihak berkepentingan, penggubal dasar, pendidik malah ibu bapa mengenal pasti cara yang lebih berkesan untuk menggalakkan anak muda mengamalkan tabiat hidup sihat,” katanya.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan kad laporan tersebut boleh layari laman sesawang http://activehealthykids.org.my - Bernama
4
22 Jun 2023 06:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264825/berita/nasional/agong-ziarah-makam-nabi-muhammad-raudhah
Agong ziarah makam Nabi Muhammad, raudhah
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah di Arab Saudi pada Rabu.Menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Khamis, Seri Paduka turut berkenan menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat sunat di pekarangan makam Nabi Muhammad SAW.Menurut Istana Negara, selesai solat isyak, Seri Paduka disertai Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah."(Seri Paduka berdua)... berkenan membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dengan dipimpin oleh mutawif bagi tetamu negara Sheikh Mustafa Alarabi,” demikian menurut Istana Negara.Menurut catatan itu, turut berangkat menziarah ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut sama mengiringi ialah paduka-paduka anakanda Seri Paduka."Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan menziarahi Raudhah dan menunaikan solat sunat di situ."Seri Paduka berdua dan delegasi dijadualkan berangkat ke Kota Suci Makkah esok (23 Jun) untuk menunaikan ibadah haji,” demikian menurut catatan itu.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berada di Madinah dan Makkah hingga 1 Julai untuk menunaikan ibadah haji.Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama
4
22 Jun 2023 06:10pm
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264827/berita/nasional/nota-disebar-berhubung-isu-sempadan-malaysia-indonesia-palsu---zambry
Nota disebar berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia palsu - Zambry
PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (KLN) menyifatkan penyebaran nota memorandum berhubung persempadanan Malaysia dan Indonesia adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, nota memorandum tersebut adalah palsu yang kononnya dikeluarkan atas nama Menteri Luar Negeri."Kita memandang serius kerana ada perkara yang disampaikan itu adalah tidak benar, malah penggunaan peta yang sepatutnya dirahsiakan telah diambil dan penceritaan tidak benar."Naratif diberikan seolah ia nota daripada Menteri Luar, sebenarnya adalah palsu,” katanya pada sesi libat urus bersama media di sini pada Khamis.Ujar beliau, nota memorandum palsu itu dibuat dengan penuh teknikal."Ini bukan kerja orang biasa sebab nota terbabit ditulis dengan begitu teknikal. Jika orang tidak biasa, mereka tentu percayakannya," jelas Zambry.Sehubungan itu, KLN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kebocoran maklumat tersebut."Satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat pada minggu lalu," katanya.Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat membabitkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra.
4
22 Jun 2023 06:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264823/berita/nasional/henti-bahas-bangkit-isu-saiz-perkhidmatan-awam---cuepacs
Henti bahas, bangkit isu saiz perkhidmatan awam - Cuepacs
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menasihati semua pihak terutamanya pemimpin politik agar berhenti membahaskan dan membangkitkan isu berhubung saiz perkhidmatan awam yang seringkali didakwa sebagai terlalu besar serta membebankan kerajaan.Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, saiz perkhidmatan awam di Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain seperti mana yang sering dimomokkan.Menurutnya, jumlah penjawat awam kira-kira 1.6 juta orang termasuk sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara-negara lain."Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya melibatkan kira-kira 600,000 kakitangan sahaja dalam perkhidmatan awam."Oleh itu, Cuepacs kesal apabila perkhidmatan awam sering kali dilibatkan dalam pertelingkahan politik hingga memberikan gambaran yang tidak baik kepada masyarakat mengenai penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, adalah tidak adil membuat kenyataan terbuka yang mengguris hati penjawat awam dan hanya sekadar membuat permohonan maaf sebagai penyelesaian sedangkan 'kerosakan' telah berlaku."Nasihat Cuepacs kepada semua pihak, berhentilah berbahas dengan isu yang sememangnya kita sudah ketahui fakta dan kebenarannya tetapi sengaja dibangkitkan demi kepentingan peribadi."Janganlah dilihat penjawat awam sebagai 'musuh' sebaliknya hargailah mereka sebagai tulang belakang yang banyak berjasa dalam memastikan pentadbiran negara lancar serta membolehkan rakyat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan seperti yang dikecapi hari ini," ujarnya.Adnan turut memberitahu, kakitangan di sektor kesihatan, keselamatan dan kesihatan masih tidak mencukupi."Banyak lagi petugas di sekolah, hospital, klinik serta pasukan keselamatan (tentera dan polis) diperlukan," jelasnya.
4
22 Jun 2023 05:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264826/berita/semasa/hakim-ahmad-kamal-akan-dengar-kes-sita-akaun-bersatu
Hakim Ahmad Kamal akan dengar kes sita akaun Bersatu
KUALA LUMPUR - Permohonan semakan kehakiman kedua yang difailkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyita dua akaun banknya akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.Peguam Rosli Dahlan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, pada prosiding pada Khamis yang berlangsung secara dalam talian, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid membenarkan permohonan Bersatu agar kes itu didengar oleh Ahmad Kamal.Rosli, yang mewakili Bersatu, juga berkata, memandangkan permohonan itu tidak dibantah oleh pihak Jabatan Peguam Negara, mahkamah menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.Untuk rekod, pada bulan Mei lepas, Ahmad Kamal membenarkan permohonan parti itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPRM membekukan akaun banknya dan perintah larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada 29 Mei lepas, Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, telah memfailkan permohonan bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman itu melalui firma guaman Tetuan Chetan Jethwani & Co dengan menamakan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan 20 individu lain sebagai respondenBersatu mendakwa pada 19 April lepas, akaun CIMB dan AmBank milik parti itu telah disita tanpa membuat serahan perintah mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Parti itu mendakwa SPRM telah membuat kenyataan media pada 20 April lepas bahawa kedua-dua akaun telah disita pada 11 April namun agensi itu tidak pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Bersatu pada tarikh terbabit. - Bernama
4
22 Jun 2023 05:57pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/264821/berita/nasional/sanusi-dakwa-batal-projek-kxp-bermotifkan-politik
Sanusi dakwa batal projek KXP bermotifkan politik
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pembatalan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang merupakan sebahagian komponen Kedah Aerotropolis adalah bermotifkan politik.Beliau berkata, perbezaan politik menjadi halangan untuk Kedah merealisasikan hasrat tersebut disebabkan oleh kepentingan politik pihak tertentu.Menurutnya, biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran sejak projek mega itu diumumkan pada 2013, usaha untuk menjayakan KXP tidak pernah terhenti.“Semua orang tahulah, ini semua kepentingan politik kerana dia (Perdana Menteri) ada kepentingan di Pulau Pinang dan Selangor, sebab itu umum untuk lapangan terbang di Bayan Lepas dan Subang. Itu kan negeri ditadbir mereka, kita negeri lain, parti lain, jadi tak diberi mukalah.“Saya tak pernah berhenti dan akan lakukan apa yang terdaya untuk realisasikan projek KXP,” katanya di sini pada Khamis.Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri hanya menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk meneruskan fasa awal pembinaan KXP, setelah Kedah Aerotropolis giat dibangunkan.“Kita bawa kepentingan negeri. Kalau ada pihak halang, ia adalah kepentingan peribadi dan harus diketepikan. Kalau tidak ada kepentingan peribadi, lepaslah (luluskan) projek itu.“Apa-apa yang boleh dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan itu diharap dapat mudahkan proses, saya hanya tunggu kelulusan Persekutuan,” ujarnya.Pada Ahad, sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, KXP perlu diberi layanan serta perhatian adil dan sewajarnya oleh pihak-pihak terlibat agar dapat direalisasikan demi kebaikan negeri, negara serta rakyat.Baginda percaya adalah mustahak untuk Kedah memiliki sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa berasaskan kargo bagi memperkasakan jaringan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negeri yang makin pesat.Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berharap tidak ada pihak yang ingkar kepada titah Sultan Kedah."Janganlah kita menjunjung titah apabila sebulu (sehaluan) dengan kita, bila tak sebulu (sehaluan) kita ingkar. Sedangkan kita berikrar taat setia kepada raja dan negara, itu sebahagian daripada Rukun Negara,” ujarnya.Muhammad Sanusi turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasukkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dalam belanjawan berbanding membangunkan hab baharu.Ilustrasi KXP yang menjadi sebahagian daripada komponen Kedah Aerotropolis.“Dulu masa mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) suruh tunggu Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) sebab semua projek lapangan terbang kena tunggu NASP siap.“Tapi sebelum NASP dijalankan, dia (Anwar) umum dua lapangan terbang itu. Pasal apa boleh umum sebelum NASP dilaksanakan?"Boleh pula, disebut dalam belanjawan lagi. Jadi saya kata ada benda yang tak betul. Kenapa yang itu boleh dikecualikan daripada NASP, kenapa KXP tidak?” soalnya.Menurutnya lagi, sehubungan itu beliau mohon diberikan kelulusan interim sementara menunggu NASP disiapkan memandangkan data yang diperlukan untuk NASP sudah tersedia.“Kita dah buat sebelum ini kerana untuk buat kajian kebolehlaksanaan KXP, kita sudah dapatkan data dari pelbagai kajian dan serahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mereka gunakan dalam NASP,” katanya.Muhammad Sanusi tegaskan, KXP penting untuk dibangunkan di Kedah bagi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri, sekali gus memperoleh bayaran peningkatan hasil daripada Persekutuan.“Sebab itu KXP penting sebagai hab untuk kita eksport barang kita, barulah KDNK dicatat masuk dalam negeri kita."Setiap tahun, kerajaan negeri akan dibayar peningkatan hasil dalam negeri mengikut ‘portion’ oleh Pusat. Bila tak dimasukkan dalam Kedah, dibayar kepada negeri lain sedangkan hasil itu produk Kedah,” jelasnya.
4
22 Jun 2023 05:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264822/berita/nasional/ambil-tindakan-pegawai-suhakam-salah-guna-kuasa---g25
Ambil tindakan pegawai Suhakam, salah guna kuasa - G25
SHAH ALAM - Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) menggesa kerajaan mengambil bahagian dalam mengenakan tindakan terhadap pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang melakukan diskriminasi kaum dan salah guna kuasa di agensi berkenaan.Menerusi satu kenyataan pada Khamis, G25 mahu aduan berkaitan masalah tersebut disiasat dan diselesaikan dengan cara adil dan saksama.“Perkara itu perlu dilakukan segera supaya Suhakam dapat menjalankan fungsinya untuk memajukan dan melindungi hak asasi manusia secara terhormat dalam persekitaran kondusif dan mengikut cara ia direka bentuk, tanpa ada apa-apa gangguan.“Kami juga ambil perhatian bahawa agensi berkenaan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa penyiasatan dalaman akan dijalankan oleh badan bebas bagi memastikan bukti yang teliti, saksama dan adil mengikut amalan terbaik,” kata kenyataan itu.Pada 16 Jun lalu, media tempatan melaporkan Pengerusi Suhakam, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad akan menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap kakitangannya pada bulan lalu.Dalam kenyataan tersebut, Suhakam berkata saman itu digugurkan bagi memudahkan siasatan dalaman bebas yang tidak melibatkan mana-mana anggota suruhanjaya itu.Mengulas lanjut, G25 memberitahu bahawa pihaknya tidak jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan penyiasatan dalaman.“Kami berpandangan penyiasatan tersebut bukanlah langkah sesuai untuk diambil, jika perkara yang dimaksudkan dengan dalaman merujuk kepada siasatan oleh Suhakam sendiri.“Hal ini kerana, penyiasatan oleh agensi tersebut terhadap pengerusinya tidak akan dilihat bebas oleh orang ramai,” jelas kenyataan itu.Pada masa sama, G25 turut menyokong cadangan Suaram yang meminta Rahmat untuk mengambil cuti sementara menunggu siasatan selesai.
4
22 Jun 2023 05:30pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264708/berita/politik/sentimen-permusuhan-dap-umno-perlu-dimatikan-segera---affifi
Sentimen permusuhan DAP, UMNO perlu dimatikan segera - Affifi
SHAH ALAM - Sentimen permusuhan antara DAP dan UMNO perlu dimatikan dengan segera bagi memastikan kedua-dua parti itu boleh bergerak bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Affifi Aris berkata, cadangan supaya DAP meminta maaf kepada UMNO itu penting dilakukan bagi memastikan pimpinan akar umbi faham bahawa parti berkenaan telah pun berubah dan ikhlas menjalinkan persahabatan.“Apa yang dimomokkan kepada ahli UMNO dan mereka (DAP) menggelar kita ini pelbagai, penyamun, penyagak, perompak akhirnya pimpinan parti kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpalit dengan isu sangat sukar kita gambarkan pimpinan dilakukan sedemikian rupa.“Dicemuh, diaibkan, dimalukan dan kalau boleh saya katakan sampai dibogelkan pun. Jadi tiba-tiba hari ini kita dibuat satu gesaan untuk menerima orang yang selama ini menuduh kita dengan pelbagai isu, sebab itu saranan Ketua Pemuda itu benda yang betul.“Kalau DAP ikhlas bersama dengan kita, memohon maaf itu adalah satu perkara yang sebenarnya boleh melegakan hati di peringkat akar umbi,” katanya.Affifi ketika bersiaran dalam program podcast Sinar Harian ‘Plot Twist’ yang bersiaran di semua platform digital pada Khamis.Beliau berkata demikian dalam siaran podcast Sinar Harian ‘Plot Twist’ yang bersiaran di semua platform digital pada Khamis.Pada 8 Jun, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan dasarnya menuntut DAP memohon maaf secara terbuka kepada UMNO sekiranya benar parti itu ikhlas untuk menjalin kerjasama dengan UMNO.Ujarnya, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP.Dalam pada itu, menurut Affifi, perjalanan parti dalam Kerajaan Perpaduan itu masih panjang, bukan sahaja ketika PRN malah turut melibatkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).“Sebab itu saya kata, ‘address’ (penyampaian) status quo itu mesti dilakukan. Kita jangan buat senyap, tidak boleh mengenepikan pandangan-pandangan di peringkat akar umbi untuk menenangkan jiwa kita.“Bagi saya kita kena ada situasi menang-menang dalam nak berhadapan dengan pilihan raya, bukannya kita nak pilihan raya nak menyokong supaya ahli UMNO ini memberi undi, rakyat juga akan memberi undi.“Kalau tidak ada situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak ini, akhirnya kita rugi,” jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: DAP boleh minta maaf dengan GPS, kenapa dengan UMNO tak boleh'‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok MatGesa DAP mohon maaf, Lip Eng bidas MCAPerwakilan Pemuda UMNO tuntut DAP minta maaf[VIDEO] DAP perlu minta maaf kalau ikhlas nak bersahabat - Akmal
4
22 Jun 2023 05:30pm
MOHD ISKANDAR OTHMAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264819/berita/semasa/padah-ceroboh-perairan-malaysia
Padah ceroboh perairan Malaysia
GEORGETOWN - Empat nelayan Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas dikesan menceroboh kawasan perairan negara.Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot nelayan asing berkenaan ditahan di sekitar 45 batu nautika barat daya Pulau Kendi jam 12 tengah hari pada Rabu.Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia."Seramai empat kru termasuk tekong berusia lingkungan umur 20 hingga 40 tahun berada di atas bot ketika diperiksa."Pemeriksaan lanjut mendapati kesemuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Abd Razak berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki suatu pas yang sah.Selain itu katanya, bot serta 20 kilogram ikan campur dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.Sementara itu dalam kes berasingan, Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C selepas didapati menggajikan kru warga asing.Beliau berkata, bot terbabit ditahan di kedudukan 26 batu nautika barat Pulau Kendi pada jam 1.30 petang pada hari yang sama."Hasil pemeriksaan mendapati, empat kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 36 hingga 56 tahun."Bot tersebut ditahan dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen iaitumenggunakan kru asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah," katanya.Tambah beliau, kesemua kru, bot, dan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan 200 kilogram kesemuanya dianggarkan bernilai RM 600 ditahan serta dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.ENDS.
4
22 Jun 2023 05:17pm
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
https://www.sinarharian.com.my/article/264814/berita/semasa/lelaki-parah-terjatuh-air-terjun-seri-perigi
Lelaki parah terjatuh Air Terjun Seri Perigi
YAN - Seorang lelaki parah selepas terjatuh pada ketinggian lebih 15 meter semasa mandi di Air Terjun Seri Perigi kira-kira jam 6.59 petang pada Rabu.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, mangsa berusia 23 tahun dipercayai tergelincir dan cedera di beberapa bahagian badan.Menurutnya, mangsa dikatakan datang bersama rakan untuk mandi di air terjun tersebut."Panggilan kecemasan diterima pada jam 6.59 petang dan sepasukan anggota dari BBP Yan dikejarkan ke lokasi kejadian.Pihak bomba berjaya membawa keluar mangsa dan dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut."Pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan separa sedar selain cedera di kepala, tangan dan kaki."Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 7.16 petang dan dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut," katanya.
4
22 Jun 2023 05:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264813/berita/semasa/baby-naail-terima-suntikan-ubat-zolgensma-rm98-juta
Baby Naail terima suntikan ubat Zolgensma RM9.8 juta
SHAH ALAM - Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau dikenali sebagai Baby Naail yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 pada April lalu telah menerima suntikan ubat Zolgensma yang bernilai RM9.8 juta semalam.Sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Founder Misi Rakyat tular kerana hasil sumbangan daripada orang ramai telah membolehkan Baby Naail mendapat rawatan tersebut.Pemilik akaun tersebut, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi menjelaskan di dalam video tersebut bahawa proses suntikan itu mengambil masa selama satu jam untuk selesai.Beliau turut berkongsi reaksi Baby Naail kepada seluruh Malaysia dan rata-rata netizen memanjatkan rasa syukur, gembira dan sebak kerana melihat senyuman bayi itu.Pada akhir video, Founder Misi itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kali ini.“Terima kasih jiwa-jiwa yang bertuhan,” katanya.Pada 14 April lalu, kempen kutipan dana bagi menampung kos perubatan telah digerakkan setelah kisah Baby Naail mendapat perhatian Misi Rakyat apabila bayi tersebut didiagnos penyakit jarang jumpa sejak usia empat bulan.Dana bagi pembelian ubat suntikan Zolgensma itu berjaya diraih setelah sebulan dilancarkan hasil sumbangan rakyat Malaysia.Di ruangan komen, netizen memuji usaha beliau yang membuka tabung misi bantuan kepada Baby Naail.“Alhamdulillah, syukur kepada Founder Misi, semoga Allah memberi rahmat kepadamu,” kata pemilik akaun Intanliyana menerusi ruangan komen.“Ya ALLAH, menitis air mata aku bila tengok baby naail senyum, alhamdulillah ya allah, terima kasih semua sebab bantu baby naail dan baby athif,” komen oleh qieyarahimBegitu juga dengan pengguna akaun haziqyusri berkata, terima kasih rakyat Malaysia bersatu untuk misi ini, ingat kita jaga kita #rakyatjagarakyat.
4
22 Jun 2023 05:11pm
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
https://www.sinarharian.com.my/article/264817/berita/semasa/ikan-bilis-kentang-goreng-kicap-permintaan-terakhir-suami
Ikan bilis kentang goreng kicap permintaan terakhir suami
KOTA TINGGI - Seorang wanita di sini tidak menyangka lauk ikan bilis kentang goreng kicap adalah permintaan terakhir suaminya sebelum terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 29 Jalan Lok Heng-Mawai pada malam Rabu.Dalam kejadian itu, Mohd Azizi Muhamad, 41, maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis KTM Duke 200 yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Bukit Waha.Siti Zubaidah Amit, 37, berkata, dia juga terkilan kerana tidak sempat menyiapkan hidangan itu.Menurutnya, arwah suaminya yang bekerja di Ulu Tiram sentiasa membawa bekal."Saya masih ingat permintaannya untuk membawa bekal lauk ikan bilis kentang goreng kicap ke tempat kerja walaupun sebelum ini dia tidak pernah minta saya masakan menu itu.“Selalunya, dia hanya bawa apa sahaja yang saya masak,” katanya kepada Sinar Harian.Berdasarkan laporan polis, motosikal ditunggang Mohd Azizi telah bertembung dengan kereta jenis Proton Wira yang terbabas dari arah bertentangan sebelum tercampak ke bahu kiri jalan dan terbakar.Bagaimanapun berdasarkan laporan polis, Mohd Azizi dipercayai menjadi mangsa langgar lari berikutan kereta yang dipercayai terlibat dalam kemalangan berkenaan ditinggalkan oleh pemandunya dan difahamkan usaha mengesan pemandu berkenaan sedang giat dilakukan pihak polis.Siti Zubaidah (dua dari kanan) ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi, pada Khamis.Dalam masa itu, Siti Zubaidah turut mengakui jasad suaminya dalam keadaan sempurna ketika melihatnya di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi pada Khamis.Justeru katanya, dia menafikan mengenai berita yang tular di media sosial yang mendakwa leher suaminya putus dan sebagainya."Alhamdulillah, fizikal suami saya sempurna. Saya sendiri yang melihatnya di tempat kemalangan," katanya.Siti Zubaidah berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas panggilan telefon suaminya dijawab orang awam yang berada di tempat kejadian."Biasanya suami akan sampai di rumah kira-kira jam 9 malam, namun tidak ketika hari kejadian dan saya cuba menghubunginya namun dijawab orang lain sebelum memberitahu suami kemalangan," katanya.Tambah Siti Zubaidah, selain memintanya memasak lauk ikan bilis kentang goreng kicap, sebelum kemalangan arwah suaminya juga menjadi seorang yang pendiam.Jenazah Mohd Azizi selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Felda Sening, pada Khamis. Mohd Azizi meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia tujuh dan 13 tahun
4
22 Jun 2023 04:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264810/berita/nasional/prn-jangan-manipulasi-triti-laut-sulawesi
PRN: Jangan manipulasi Triti Laut Sulawesi
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Semua pihak termasuk ahli politik digesa agar tidak memanipulasikan Triti Laut Sulawesi terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Tegas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sewajarnya jika pihak berkenaan mempunyai keraguan boleh mendapatkan penjelasan daripada kerajaan di Parlimen."Adalah sangat mendukacitakan dan malang sekali apabila isu penting ini dimanipulasikan demi meraih dokongan politik," katanya menerusi sesi libat urus bersama media di sini pada Khamis.Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penjelasan di Dewan Rakyat dan kementerian juga mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut."Sesiapa yang mengikuti jawapan PM jelas sekali menyebut kedaulatan wilayah tetap kita dipertahankan."Namun ia masih dijadikan bahan politik, ceramah dan kandungan sosial media untuk memberi gambaran akan buruknya kerajaan ini sehingga kononnya mengorbankan wilayah kita kepada Indonesia," katanya.Zambry berkata, perbincangan mengenai perkara tersebut dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa dan melalui proses lama sejak tahun 2005 sebelum dimuktamadkan pada 2018 ketika pentadbiran kerajaan terdahulu."Berdasarkan kedudukan terkini, apa yang diputuskan bahawa keputusan mana telah siap kita tandatangani dahulu. Ia tidak bermakna keputusan itu menggadaikan hak dan blok Malaysia," katanya.Tambah Zambry, tuduhan yang menyatakan persetujuan persempadanan itu melibatkan keseluruhan Laut Sulawesi atau dirujuk sebagai Anbalat oleh Indonesia juga tidak benar."Tindakan tidak baik cuba dibuat oleh pihak tertentu untuk mengelirukan dan menimbulkan persepsi salah," katanya.Menurutnya, proses perbincangan untuk mencapai persetujuan bagi triti tersebut memerlukan kepakaran yang tinggi dan mesyuarat berterusan."Ia bukan proses ketika mana Anwar menjadi Perdana Menteri lalu dalam beberapa bulan terus siap begitu sahaja. Tidak," katanya.Triti Laut Sulawesi mengandungi peruntukan berkenaan dengan persempadanan laut wilayah antara Malaysia dan Indonesia.Secara amnya, laut wilayah adalah bahagian laut berdampingan dengan pantai wilayah dan tidak melebihi 12 batu nautika diukur bermula dari pesisir pantai.Triti itu tidak meliputi Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan pelantar benua Malaysia.Menurut Zambry lagi, triti tersebut adalah penting bagi memastikan kedudukan kedaulatan dan bidang kuasa kedua-dua negara."Ini membolehkan Malaysia dan Indonesia menjalankan aktiviti mereka antaranya undang-undang maritim, pencegahan jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia," katanya.Pertukaran instrumen Perjanjian Persempadanan Laut Selat Melaka serta Sulawesi disempurnakan ketika lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada awal bulan ini.
4
22 Jun 2023 04:52pm
MOHD ISKANDAR OTHMAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264807/berita/semasa/jpj-pulau-pinang-keluar-89-saman-dalam-ops-pewa
JPJ Pulau Pinang keluar 89 saman dalam Ops Pewa
SEBERANG JAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dijalankan di sini pada Khamis.Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, operasi yang bermula jam 7.30 hingga 10 pagi itu turut menahan 17 penunggang motosikal, enam pemandu kereta dan van yang kesemuanya tidak mempunyai lesen memandu.Menurutnya, rata-rata mereka dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Myanmar serta etnik Rohignya ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar Sungai Dua serta Kulim, Kedah."Ketika disoal anggota penguat kuasa kita, mereka memberi alasan sama iaitu kenderaan yang dibawa milik rakan dan tiada sebarang bayaran dikenakan."Namun siasatan lanjut yang dilakukan mendapati kebanyakan kenderaan dinaiki mereka didaftarkan atas nama pemilik tempatan dipercayai disewa kepada warga asing," katanya ketika ditemui media di lokasi operasi di sini, pada Khamis.Antara penunggang motosikal warga asing yang ditahan dalam Ops Pewa di sekitar Seberang Jaya pada Khamis.Adenan berkata, soal siasat dijalankan mendapati motosikal disewa pada antara RM300 hingga RM500 sebulan, manakala kereta pula antara RM500 hingga RM1,000 mengikut jenis dan kapasiti.Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang tahun ini sebanyak 409 saman telah dikeluarkan terhadap pemandu warga asing selain menyita 109 kenderaan milik mereka."Kita nak ingatkan pemilik kenderaan supaya jangan sewenang-wenangnya membenarkan kenderaan persendirian digunakan oleh warga asing yang tidak memiliki lesen."Pelbagai risiko boleh berlaku sekiranya warga asing ini memandu atau menunggang kenderaan tanpa memiliki lesen sah dan terlibat dalam kemalangan malah pemilik kenderaan juga bakal berdepan dengan tindakan sekiranya dapat dikesan," katanya.
4
22 Jun 2023 04:40pm
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
https://www.sinarharian.com.my/article/264806/berita/nasional/kubur-di-wang-kelian-malaysia-mohon-10-individu-diekstradisi
Kubur di Wang Kelian: Malaysia mohon 10 individu diekstradisi
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga negara jiran itu membabitkan kes penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, permintaan itu dikemukakan pada 6 Januari 2017, selepas negara dikejutkan dengan penemuan kem penempatan sementara dan kubur tersebut pada Mei 2015.Beliau berkata, susulan penemuan tersebut, pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan Thailand telah menjalankan siasatan bagi mengesan dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab.Kata beliau, selepas hasil siasatan dijalankan, Malaysia telah mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand ke atas 10 individu warganegara jiran itu pada 2017."Sepanjang tempoh lebih enam tahun ini, Malaysia dan kerajaan Thailand telah berusaha mengesan kesemua individu tersebut bagi melaksanakan proses ekstradisi."Hasil dari kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu tersebut telah berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi."Kes ekstradisi ini telah berjalan di pelbagai peringkat mahkamah di Thailand dan Mahkamah Rayuan Thailand pada 30 Mac lalu akhirnya telah mengeluarkan perintah penahanan ke atas keempat-empat individu tersebut untuk diserahkan kepada Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Saifuddin berkata, berdasarkan perintah Mahkamah Rayuan Thailand itu, penyerahan keempat-empat individu tersebut telah dilaksanakan pada 22 Jun lalu.Jelasnya, kesemua individu tersebut telah berada di Malaysia dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada Jumaat bagi tujuan pertuduhan."Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses ekstradisi bagi kes Wang Kelian ini berjalan lancar," ujarnya.Sehubungan itu menurutnya, Malaysia amat berharap kerjasama baik itu dapat diteruskan bagi menjejaki individu-individu lain yang terlibat untuk dihadapkan ke muka pengadilan.Tegas beliau, KDN sentiasa komited dalam menjaga keselamatan sempadan negara dan memandang serius isu-isu jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran."Usaha berterusan melalui operasi bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa dititikberatkan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.
4
22 Jun 2023 04:39pm
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264805/berita/politik/ph-bn-negeri-sembilan-bentuk-jentera-pilihan-raya-bersama
PH, BN Negeri Sembilan bentuk jentera pilihan raya bersama
SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan membentuk jentera pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).Perkara itu maklumkan menerusi kenyataan media secara bersama oleh Setiausaha PH Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Setiausaha BN Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi pada Khamis.Katanya, ia berdasarkan persetujuan yang dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun lalu."Kedua-dua gabungan bersetuju untuk memastikan kemenangan gabungan parti kerajaan perpaduan dalam PRN dan kedua-duanya juga akan melantik penyelaras di setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama."Selain itu, kedua-dua gabungan memberikan komitmen secara menyeluruh jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk memaksimakan kekuatan di kesemua 36 kerusi," katanya.Tambahnya, kesiapsiagaan di semua peringkat ke arah mendapatkan restu sokongan dan mandat pengundi Negeri Sembilan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.
4
22 Jun 2023 04:27pm
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
https://www.sinarharian.com.my/article/264803/berita/semasa/ketua-geng-mizan-akhirnya-dicekup
Ketua 'Geng Mizan' akhirnya dicekup
SUNGAI PETANI - Ketua 'Geng Mizan' yang diburu polis setelah dikesan menjadi dalang kegiatan pecah rumah dan premis sekitar Kedah, Perak dan Pulau Pinang, akhirnya dicekup.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 42 tahun turut ditahan bersama tiga lagi ahli kumpulan terbabit dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam di Kawasan Rehat RTC Gopeng Perak, pada Selasa.Menurutnya, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda selepas berjaya mengekori kumpulan tersebut."Suspek utama yang juga ketua geng beralamat di Bedong, Kedah dikehendaki polis membabitkan 12 rekod jenayah pecah rumah dan premis serta mempunyai dua rekod berkaitan kes narkotik.“Hasil siasatan, suspek mengaku terlibat dalam kegiatan pecah pejabat sebuah syarikat penghantaran di Bakar Arang, Sungai Petani bersama tiga rakan lain.“Suspek turut mengaku terlibat dalam pecah Istana Hinggap di Taman Tunku Sarina, Jitra,” katanya.Menurut Zaidy, suspek telah dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.Katanya, polis masih memburu dua lagi anggota kumpulan terbabit yang masih bebas.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah Geng Mizan yang bergiat aktif di Utara Semenanjung sekali gus menyelesaikan 15 kes pecah rumah.Dalam serbuan terdahulu, seramai tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar Kedah.Susulan itu operasi khas memburu ketua kumpulan yang aktif dalam jenayah pecah rumah dan premis itu telah digerakan.
4
22 Jun 2023 04:12pm
NORHASPIDA YATIM
https://www.sinarharian.com.my/article/264802/berita/politik/tiada-rebut-kerusi-cah-keting-dalam-pn-di-terengganu
Tiada rebut kerusi, 'cah keting' dalam PN di Terengganu
MARANG - Tiada berlaku sebarang perebutan kerusi atau budaya cah keting dalam kalangan rakan gabungan parti Perikatan Nasional (PN) di Terengganu.Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, proses agihan kerusi telah selesai sepenuhnya dan dilakukan secara adil dengan mendapat kata sepakat bersama."Proses agihan kerusi PN di Terengganu telah selesai, tiada masalah. Cuma jumlah berapa itu adalah rahsia. Saya tiada hak untuk cerita dulu."Tidak sebagaimana pihak sana (BN, PH). Mereka bergaduh, kami sudah selesai dan terima dengan istilah kalau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dia (mereka) terima dengan seadanya lah."Kalau banding dengan negeri lain. Bersatu mereka tiada asas lagi di sini, jadi kita timbang semua sekali insya-ALLAH, ada kerusi-kerusi untuk mereka," katanya.Ariffin ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok Kediaman (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di sini pada Khamis.Jelas beliau, jentera Pas turut akan membantu dalam memberikan kemenangan kepada calon-calon Bersatu."Dalam PN langsung tiada budaya cah keting. Setakat ini, saya sudah berikrar untuk membantu rakan-rakan kita daripada Bersatu untuk membawa kemenangan kepada mereka."Insya-ALLAH (ini ikrar) saya selaku Pengarah Pilihan Raya. Mereka pun gembira. Kita akan bantu sehingga mereka menang dalam PRN nanti," katanya.Dalam pada itu, Ariffin berkata, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru-baru ini meminta supaya kesemua parti yang bertanding menggunakan pendekatan kempen secara berhemah akan dijadikan keutamaan."Strategi kempen kita berpandukan fakta. Itu disiplin kita dari dulu dan kita tak boleh berkempen jika tiada fakta. Kalau ada penceramah kita yang bawah-bawah itu, kalau ada kesilapan fakta kita akan tegur."Sama juga dengan budaya caci-mencaci, kalau lihat dari mula kita jadi kerajaan, kita hampir-hampir tidak menyerang BN. Cuma, bila dah ada sikit-sikit tu, adalah... Dekat pilihan raya ia sesuatu yang biasa," katanya.Terdahulu, suhu politik di Terengganu agak panas apabila Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad saling berbalas kenyataan berhubung proses agihan kerusi melibatkan parti komponen gabungan itu.Keadaan itu bermula setelah Ahmad mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang secara terbuka mengatakan parti itu yakin boleh menang di beberapa kerusi yang telah dikenal pasti di Terengganu.ARTIKEL BERKAITAN:PKR Terengganu optimis tawan beberapa kerusi DUN - Nik NazmiUsah perkecil peranan rakan gabungan - Raja Bahrin'Pertarungan' sebenar di Terengganu antara UMNO, Pas - Ahmad
4
22 Jun 2023 04:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264799/berita/semasa/pas-gagal-batal-saman-mujahid-berhubung-dakwaan-sokong-lgbt
Pas gagal batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokong LGBT
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).Peguam Noorazmir Zakaria mewakili Mujahid berkata, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang membuat keputusan itu pada Rabu memerintahkan parti berkenaan membayar kos RM3,000 kepada Mujahid."Mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman itu pada 24 hingga 26 November 2025,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.Peguam Mohd Faizi Che Abu, mewakili Pas pula berkata, mahkamah menolak permohonan parti itu selepas berpendirian terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam kes saman tersebut antaranya sama ada akaun Facebook itu milik Pas atau tidak.Pada 15 Februari lepas, Pas yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan membatalkan saman atas alasan Mujahid selaku plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap parti berkenaan.Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Disember 2022, mendakwa pada 16 Oktober tahun sama, Pas selaku defendan dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.Sehubungan itu, beliau memohon suatu perintah supaya Pas menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.Menerusi pernyataan pembelaan, Pas mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan. - Bernama
4
22 Jun 2023 04:04pm
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264796/berita/semasa/kedai-emas-dipecah-masuk-pemilik-rugi-rm1-juta
Kedai emas dipecah masuk, pemilik rugi RM1 juta
JEMPOL- Sebuah kedai emas di Bahau di sini mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas dipecah masuk penjenayah dalam kejadian awal pagi Khamis.Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari pemilik premis berusia 40-an yang namanya enggan dikenali selepas dimaklumkan oleh pekerjanya sebaik membuka kedai itu lebih kurang jam 9 pagi.Katanya, pekerjanya terhidu bau hangit selain melihat keadaan kedai itu dalam keadaan mencurigakan."Sebaik diperiksa banyak barangan kemas yang dipamerkan lesap selain pintu belakang kedai terbuka."Setakat ini saya tidak pasti berapa nilai kerugian kerana masih dalam siasatan dan menjangkakan sekitar RM1 juta atau lebih," katanya ketika ditemui pemberita di Bahau, pada Khamis.Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama berlaku sepanjang lapan tahun membuka perniagaan tersebut di sini.Keadaan di belakang premis kedai emas itu."Sebelum ini saya hanya berniaga emas dalam talian kemudian membuat keputusan membuka premis di Bahau."Saya tetapkan teruskan perniagaan ini walaupun masih terkejut dan sedih. Saya serahkan siasatan kepada pihak polis kerana bagi saya apa yang terjadinya ini dan tertangkapnya pelaku itu nanti akan menyelamatkan peniaga emas yang lain malah mungkin menyelesaikan banyak kes," katanya.Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan selain kedai emas berkenaan, terdapat dua lagi premis iaitu syarikat kurier di Bahau turut dipecah masuk.Sementara itu, laporan lanjut mengenai kejadian pecah masuk kedai emas ini akan dikeluarkan polis dalam masa terdekat ini.
4
22 Jun 2023 03:54pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264794/berita/politik/prn-agihan-kerusi-serah-kepada-kepimpinan-tertinggi-parti
PRN: Agihan kerusi serah kepada kepimpinan tertinggi parti
KUALA LUMPUR - Pengagihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti.Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pihak, harus akur dengan hasil kesepakatan dalam mesyuarat agihan kerusi yang lalu, yang telah dimuktamadkan."Semua orang boleh minta, tapi akhirnya kita sepakat dalam mesyuarat, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tinggi parti dan dalam mesyuarat juga kita bersetuju dan akur dengan apa sahaja keputusan, sebab 99.7 peratus (agihan kerusi) sudah selesai."... jadi tiada isu sebenarnya, biasalah mungkin yang akan minta dan sebagainya itu cuba-cuba nasib saat akhir, daripada presiden masing-masing,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra penerimaan bas elektrik dan merasmikan program MARA Brew 23, di Ibu Pejabat MARA di sini pada Khamis.Asyraf berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Amanah bahagian Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin, yang meluahkan rasa tidak setuju dengan hasrat UMNO untuk bertanding di Hulu Bernam dan Batang Kali, iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor.Abdul Mun'im dalam kenyataanya, turut menuntut UMNO untuk memberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di antara Hulu Bernam dan Batang kali.Kerusi DUN Hulu Bernam kini disandang oleh Rosni Sohar dari BN-UMNO manakala DUN Batang Kali pernah disandang oleh BN-UMNO, sebelum dikalahkan kali pertama oleh Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14.PRN Selangor membabitkan 56 DUN, manakala negeri lain yang terlibat ialah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama
4
22 Jun 2023 03:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264793/berita/politik/bn-ph-perlu-segera-selesaikan-pembahagian-kerusi---veteran-umno
BN, PH perlu segera selesaikan pembahagian kerusi - Veteran UMNO
SHAH ALAM - Veteran UMNO menggesa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, masa bagi kedua parti tersebut semakin suntuk dan sepatutnya sekarang mereka sudah memasuki fasa untuk menyusun strategi bagi meraih kemenangan.“Jangan berebut bilangan kawasan, yang penting bertanding untuk menang. Kita berebut kemenangan dengan Perikatan Nasional (PN) dan formula menang-menang mesti diutamakan, biar sedikit tapi pasti menang.“Kedua-dua pihak iaitu BN dan PH kena saling bantu membantu untuk menang dimana, pengundi BN undi calon PH dan pengundi PH undi calon BN,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, kepimpinan BN dan PH negeri perlu mengenepikan cerita lama kerana sekarang mereka sudah bekerjasama.“Kita sekarang berkawan. Kawan kena tolong kawan. Jangan tikam belakang.“Kita bukan lagi lawan dan bermusuhan dan ini hakikat kita kena terima kalau kita mahu menang,” ujar beliau.Jelasnya, semua Dewan Undangan Negeri (DUN) enam negeri akan dibubar akhir bulan ini untuk memberi laluan kepada PRN yang dijangka akan diadakan pada akhir Julai atau pertengahan Ogos.
4
22 Jun 2023 03:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264804/berita/hiburan/ebit-lew-tunai-haji-terima-kiriman-doa
Ebit Lew tunai haji, terima kiriman doa
RAMAI pengikut Ebit Lew di laman sosial meminta supaya pendakwah itu mendoakan mereka ketika berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, membuat tawaran kepada pengikutnya di laman sosial untuk menulis hajat mereka agar dapat dibacakan di Tanah Suci.Ebit menerima pelbagai tulisan dan titipan orang ramai yang meminta mendoakan mereka di Tanah Suci.“Alhamdulillah. Doakan ya. Semoga ALLAH terima Haji kami. Jika sempat saya bacakan doa yang tuan puan tulis di bawah insya-ALLAH disini. Sama-sama kita saling mendoakan ya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Menerusi komentar Munawir Sazali di ruangan komen Facebook pendakwah itu, menitipkan doa supaya keluarganya mendapat keberkahan dan turut berhajat untuk menjejakkan kaki ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.“Doakan kami sekeluarga mendapatkan keberkahan dunia dan akhirat dan kami sekeluarga diberikan rezeki untuk pergi menunaikan haji di tanah suci,” tulisnya.Selain itu, pengguna Facebook bernama Jimiey Zakaria, meminta Ebit dapat menyampaikan doa agar dia diberikan kesihatan diri bagi meneruskan kehidupan dan dipermudahkan urusan dunia serta akhirat.“Doakan saya juga sampai ke tanah suci membawa ibu sebelum saya tiada. Doakan saya tabah dengan ujian kesihatan dan kewangan terutama peniaga jalanan seperti kami untuk teruskan hidup yang masih berbaki,” ujarnya.Bagi Shahril Mohd Said dalam ruangan komentar aplikasi itu berkata, doakan anak perempuannya diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.“Doakan anak syurga saya Syahirah Dahiyah, 14, dapat berjalan seperti kanak-kanak seusia dengannya dan doakan keluarga saya diberikan rezeki melimpah seperti air sungai yang mengalir deras,” katanya.
4
22 Jun 2023 03:45pm
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264792/berita/politik/mn-negeri-sembilan-hantar-memorandum-kepada-tuanku-muhriz
[VIDEO] MN Negeri Sembilan hantar memorandum kepada Tuanku Muhriz
SEREMBAN - Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi meluahkan rasa kesal terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini dalam tempoh lima tahun ini.Pengerusi MN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam memorandum berkenaan turut menyenaraikan beberapa isu berbangkit dikaitkan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun."Antara isu itu ialah berhubung kedudukan Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Nazaruddin Sabtu yang mengalami masalah kesihatan sejak 2018, namun kekal menjawat jawatan berkenaan sehingga kini."Tindakan mengekalkan Mohamad Nazaruddin seolah-olah kerajaan negeri meremehkan aspek kesenian, kebudayaan dan adat istiadat Melayu negeri," katanya kepada pemberita di luar pekarangan Istana Hinggap di sini, sebelum menyerahkan memorandum berkenaan pada Khamis.Selain itu, beliau berkata, terdapat juga isu membabitkan dakwaan penyelewengan wang zakat berjumlah RM7 juta yang dibayar sebagai pampasan kepada kakitangan yang disifatkan sebagai tidak wajar."Kami telah menyerahkan dokumen berkaitan kes penyelewengan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini termasuk laporan polis untuk siasatan pihak berkuasa berkenaan," katanya.Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che`gu Bard turut mendakwa prestasi kerajaan negeri ketika ini sangat meragukan."Kerajaan negeri pada 2019 merancang membina Hospital Neurosains di Pedas, Rembau dan dijadual siap pada akhir tahun lalu, namun tapak projek itu kini dipenuhi semak samun dan bangunan yang ingin dibina tidak wujud," katanya.Mengulas lanjut, katanya, penyerahan memorandum berkenaan adalah untuk sembah maklum kepada Tuanku sebagai maklumat yang sudah diketahui umum dan pihaknya menuntut Aminuddin memberikan penjelasan terhadap isu berkenaan."Penyerahan memorandum, dengan harapan Tuanku dapat memberi teguran sebelum baginda menandatangani pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)."Siapalah kita hendak mencadangkan kepada Tuanku kerana kita pun tak layak. Tapi kami ingin mengemukakan masalah yang dihadapi Negeri Sembilan di bawah kepemimpinan Aminuddin sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan PH ini," katanya.
4
22 Jun 2023 03:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264791/berita/semasa/pengurusan-kes-rayuan-tukar-agama-tiga-anak-pada-31-julai
Pengurusan kes rayuan tukar agama tiga anak pada 31 Julai
PUTRAJAYA - Rayuan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk membatalkan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral tanpa persetujuannya ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 31 Julai.Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mariam Hasanah Othman menetapkan tarikh pengurusan kes itu untuk mengemas kini status rekod rayuan.Ketika dihubungi Bernama, peguam A Srimurugan, yang menghadiri prosiding pengurusan kes pada Khamis berkata, beliau telah memaklumkan timbalan pendaftar itu bahawa beliau masih menunggu alasan penghakiman Mahkamah Tinggi.Turut hadir pada pengurusan kes itu ialah peguam Danial Farhan Zainul Rijal yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Penolong Penasihat Undang-undang Perlis, Ainul Wardah Shahidan bagi pihak Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerajaan negeri Perlis dan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis.Siew Hong, 36, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang menolak permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam oleh bekas suaminya, seorang mualaf, tanpa persetujuannya.Ibu tunggal itu yang memfailkan permohonan itu pada 25 Mac tahun lepas, menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Dr Mohd Asri dan kerajaan negeri Perlis sebagai responden.Beliau memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya, M Nagahswaran, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.Wanita itu juga memohon pengisytiharan bahawa anak-anaknya, sebagai kanak-kanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk Islam tanpa persetujuannya dan juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan pemelukan agama Islam, bertarikh 7 Julai 2020, yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya. - Bernama
4
22 Jun 2023 03:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264788/berita/politik/jadilah-penilai-baik-berani-tegur-pemimpin---siti-aishah
'Jadilah penilai baik, berani tegur pemimpin' - Siti Aishah
SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail menasihati Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas, Mardhiyyah Johari supaya menjadi penilai yang baik serta berani menegur pemimpin negeri itu sendiri iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.Ia berhubung kritikan Mardhiyyah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal membezakan antara seteru politik dan tanggungjawab sebagai pentadbir negara menerusi hubungan Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.Menurut Siti Aishah, kenyataan tersebut jauh tersasar susulan cubaannya mewujudkan persepsi bahawa Perdana Menteri seolah-olah tidak mengadakan pertemuan dan mengabaikan rakyat Kedah.“Suka saya ingatkan saudari Mardhiyyah, setiap kali Perdana Menteri turun ke Kedah, beliau tidak pernah lupa untuk memberikan fokus kepada pembangunan ekonomi dan ihsan rakyat.“Perdana Menteri sentiasa ada insentif untuk rakyat dan tidak ada istilah lupa atau pengabaian seperti yang digambarkan oleh saudari Mardhiyyah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada Selasa, Mardhiyyah menerusi hantaran di Facebook berkata, dua perkara yang menjadi perbahasan masyarakat kini adalah berkenaan pembangunan Lapangan Terbang Kulim dan pajakan negeri Pulau Pinang.Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan sikap pemimpin tidak bertanggungjawab.Siti Aishah mengulas lanjut, Mardhiyyah seharusnya menjadi penilai yang baik, berani menegur dan mengkritik cara Menteri Besar Kedah dalam menjalankan fungsi beliau sebagai pemimpin.Tambahnya lagi, isu tersebut melibatkan perlembagaan dan keutamaan pembangunan perlu dibuat secara relevan serta masih banyak lagi perkara berkenaan kemiskinan yang harus diselesaikan.Ujarnya, Muhammad Sanusi harus kembali kepada norma biasa pemimpin yang perlu bermula dengan sikap dan adab.“Jika benar ikhlas bercakap soal rakyat, maka beliau harus memperbaiki sikap dan pertuturannya, bukannya sentiasa melemparkan persepsi jahat serta fitnah terhadap kerajaan,” katanya.
4
22 Jun 2023 03:28pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264787/berita/sukan/harimau-malaysia-sasar-kumpulan-16-terbaik-di-qatar
Harimau Malaysia sasar kumpulan 16 terbaik di Qatar
MALAYSIA menyasarkan untuk layak ke pusingan 16 Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan, kata ketua jurulatih, Kim Pan Gon.Warga Korea Selatan berusia 54 tahun itu berkata, layak ke peringkat kalah mati kejohanan bola sepak Asia berprestij itu adalah matlamat sebenar Harimau Malaya.Bagaimanapun, Pan Gon berkata, anak buahnya perlu menyedari di mana kedudukan sebenar mereka berbanding pasukan lain ketika ini."Maksud saya Piala Asia bukanlah pentas yang mudah. Ada pasukan yang lebih baik daripada kami. Semua perlu bersedia untuk ini, dalam apa jua situasi kita mesti bersatu, saling memberi semangat dan mendorong pemain, ini penting."Kami akan cuba yang terbaik, kami mahu memberi permainan yang baik, menang dan layak (pusingan 16) dan menghadiahkan kejayaan buat Malaysia, namun saya rasa kami perlu melakukannya langkah demi langkah,” katanya ketika ditanya sama ada beliau mempunyai sasaran khusus untuk Piala Asia 2023, baru-baru ini.Pan Gon berkata, skuadnya akan bermain menentang pasukan lebih kuat bermula September ini selepas mengalahkan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Terengganu baru-baru ini, sekali gus merekodkan kemenangan dalam empat perlawanan sejak Mac lepas.Beliau berkata, Malaysia akan bermain minimum enam perlawanan kompetitif sebelum berangkat ke Qatar dan peluang itu akan digunakan untuk melakukan seberapa banyak eksperimen yang boleh untuk menyiapkan pasukan."Kami akan cuba (untuk melihat) berapa lama kita boleh bermain pendekatan taktikal ini dan selepas eksperimen itu, kami akan putuskan bagaimana pendekatan untuk Piala Asia,” katanya.Malaysia, yang bakal membuat penampilan pertama dalam Piala Asia sejak edisi 2007, diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali Korea Selatan, Jordan dan Bahrain di Qatar.Johan dan naib johan kumpulan, termasuk empat pasukan terbaik di tempat ketiga layak ke peringkat kalah mati.Berdasarkan ranking dunia terkini, Korea Selatan berada di kedudukan ke-27, Jordan (84), Bahrain (85) dan Malaysia di posisi ke-138.Pasukan negara tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dalam ketiga-tiga penampilan di Piala Asia, iaitu di Iran pada 1976, Kuwait (1980) dan ketika menjadi penganjur bersama pada 2007. - Bernam
4
22 Jun 2023 03:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264781/berita/politik/gerakan-mohon-maaf-atas-kenyataan-penjawat-awam-membebankan
Gerakan mohon maaf atas kenyataan penjawat awam membebankan
KUALA LUMPUR - Parti Gerakan pada Khamis memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Gerakan Pulau Pinang Mok Kok On, berkenaan penjawat awam baru-baru ini.Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, pihaknya telah menyerahkan kes berkenaan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutnya."Kita ada serah kepada Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan selanjutnya, biar mereka adakan prosedur yang betul, biar Kok On ada hak bersuara dan mendengar."Sedikit sebanyak amaran keras telah saya berikan kepada dia, yang lain saya serahkan kepada Lembaga Displin. Saya akan bawa kes ini kepada Jawatankuasa Kerja Pusat kalau perlu."Kalau isu ini memang tidak ada penjelasan bagus atau munasabah (daripada Kok On), kita akan gantung (keahlian dia),” katanya pada sidang media di sini.Sementara itu, Kah Keong turut menitikberatkan pendirian Gerakan yang turut tidak bersetuju dengan perspektif yang dikeluarkan menerusi kenyataan berkenaan."Penjawat awam bukannya beban, sebaliknya tulang belakang negara, setiap kegiatan harian dan kemudahan umum serta kehidupan kita, memang berkait rapat dengan penjawat awam yang telah memberi perkhidmatan yang bagus dalam negara,” katanya.Media tempatan sebelum ini melaporkan Kok On dalam kenyataan di media sosial, menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan, selain mempersoalkan tindakan kerajaan menambah jumlah penjawat awam.Dilaporkan juga kenyataan itu yang telah dipadam pada masa terkini, mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan, yang menyifatkan kata-kata Kok On menimbulkan kemarahan dan mengguris hati penjawat awam. - Bernama
4
22 Jun 2023 03:27pm
NURUL HIDAYAH HAMID
https://www.sinarharian.com.my/article/264782/berita/semasa/mahkamah-tolak-permohonan-reman-pendakwah-bebas
Mahkamah tolak permohonan reman pendakwah bebas
KANGAR - Mahkamah Majistret Kangar di sini, pada Khamis menolak permohonan reman dikemukakan terhadap seorang pendakwah bebas berhubung kes menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf.Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali menolak permohonan perintah reman terhadap suspek berasal dari Kedah itu selepas mengambil maklum alasan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakilinya.Pendakwah bebas berusia 33 tahun itu diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi, Siti Hajar Ahmad dan Zuhair Ahmad Zakuan serta Nurul Hanani Che Nor.Nur Iman berkata, mahkamah telah menolak permohonan reman tersebut dan anak guamnya bebas dengan jaminan polis."Mahkamah turut tidak membenarkan permohonan reman itu memandangkan anak guam saya merupakan individu yang dikenali dan tidak berpotensi untuk melarikan diri."Kini kes tersebut masih dalam siasatan dan anak guam kami bersedia memberi kerjasama kepada polis," katanya.Sebelum itu, pendakwah bebas tersebut tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar di sini, kira-kira jam 9.30 pagi bagi mendapatkan perintah reman sambil diiringi anggota polis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan mengenai penahanan pendakwah bebas itu sebelum ini.Yusharifuddin berkata, pendakwah bebas itu disyaki menggunakan gelaran tidak diiktiraf dan anugerah 'Datuk' berdasarkan hantaran di Facebook pada 1 Mei lepas.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017.
4
22 Jun 2023 03:21pm
ROSHILA MURNI ROSLI
https://www.sinarharian.com.my/article/264783/berita/semasa/suri-rumah-antara-20-individu-didenda-main-judi-belangkas
Suri rumah antara 20 individu didenda main judi belangkas
ALOR SETAR - Warga emas dan suri rumah antara 20 individu yang didakwa atas pertuduhan bermain judi belangkas dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Titi Akar, Pendang minggu lalu.Kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 78 tahun itu bagaimanapun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.10 tertuduh pertama dikenali sebagai Wone See Muah, 53; Thian Din Chok, 59; Ahmad Zuraidi Mohd Noor, 47; Bon Rit Bon Nan, 18; Ai Piang Fo Chirat, 42; Hanafi Hamid, 45; Ilyas Ayob, 44; Ishak Md Daud, 66; Mustafa Kassim, 63 dan Sazali Osman, 66.10 tertuduh lain adalah Isa Ating, 78; Khamron Tong Kiw, 43; Mohd. Nasrol Sulaiman, 50; Hoay Seng Chai, 68; Azlan Aziz, 49; Nang Kan Yap Chuan, 60; Malai Dang, 45; Marjuri Nukian, 38; Chem See Wan, 37 dan Meu Siew, 66.Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit kira-kira jam 7.15 petang pada 14 Jun lalu.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan sementara tertuduh kedua, Thian Din Chok diwakili peguam, Bun Liang.Lain-lain tertuduh diwakili empat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd Noor, Ummi Kalthum Zakaria, Siti Hajar Abdullah dan Zuriyah Mhd Nordin.Setelah mengambil kira segala aspek dari pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah kemudiannya memutuskan agar tertuduh pertama Wone See Muah didenda RM4,000 serta dipenjara enam bulan jika gagal melunaskan denda berkenaan, memandangkan dia memiliki rekod lampau berkaitan kes di bawah seksyen sama.Bagi sembilan tertuduh lain iaitu Din Chok, Ishak, Mustafa, Sazali, Isa, Seng Chai, Yap Chuan, Meu Siew, dan Bon Rit mahkamah menetapkan hukuman denda RM1,500 serta tiga bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda.10 lagi tertuduh didenda sebanyak RM2,000 dengan mereka diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama empat bulan jika gagal menyelesaikan bayaran.Kesemua tertuduh difahamkan membayar denda ditetapkan itu.
4
22 Jun 2023 03:20pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264789/berita/sukan/city-tak-kisah-cancelo-ke-united
City tak kisah Cancelo ke United
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pemenang kejuaraan treble itu tidak mengambil peduli walaupun pemain pertahanan The Citizens, Joao Cancelo menyertai Manchester United.Malah tegas pengurus kelahiran Sepanyol itu, kelab itu juga tidak bimbang mengenai destinasi seterusnya pemain berusia 29 tahun dari Portugal tersebut selagi dia meninggalkan Etihad.Sebagai rekod, Cancelo menyertai gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich pada musim sejuk dengan perjanjian pinjaman dengan pilihan untuk membeli pada harga €70 juta.Bagaimanapun, Bayern tidak mengambil pilihan itu menyebabkan Cancelo perlu mencari kelab baru pada musim panas ini.Guardiola mendakwa bahawa dia bersedia untuk melepaskan Cancelo pada musim sejuk kerana dia tidak diperlukan di kelab itu.“Saya rasa mereka telah memaklumkannya bahawa dia jauh dari realiti. Di sini pula realitinya ialah kami memutuskan dia terpaksa pergi.“Kami tidak peduli ke mana dia pergi, walaupun dia mahu pergi ke United, yang merupakan saingan kami.“Ada ejennya dan kelab yang mereka setuju. Saya tidak akan mengatakan bahawa mereka menipunya tetapi mereka salah memberitahunya,” kata Guardiola.Apabila ditanya mengenai masa depan Cancelo di Manchester City, Guardiola menambah: “Ini adalah soal pengarah sukan City, Txiki Begiristain, wakilnya dan kelab yang menyayanginya.“Sejujurnya saya tidak tahu mengapa dia tidak menyertai Barcelona? Kami tidak mendapat sebarang tawaran.”Terdahulu Arsenal, Barcelona dan Real Madrid telah dikaitkan dengan perpindahan Cancelo pada musim panas ini.Terdahulu, Cancelo mengakui bahawa dia bukan sebahagian daripada perancangan Guardiola di Manchester City pada separuh kedua musim lalu.Malah, dia mengakui perlu meninggalkan Etihad kerana Guardiola telah menemui cara untuk bermain tanpa pemain belakang menyaksikan khidmatnya terhad kepada peranan bangku simpanan.“Seperti yang saya sudah katakan, dia [Guardiola] menemui cara untuk bermain, selepas Piala Dunia, di mana dia mula bermain dengan pemain belakang lebih dalam, di mana saya juga bermain, dan dia suka apa yang dia lihat bersama Rico dan Nathan.“Saya fikir seorang pemain sentiasa mementingkan diri sendiri. Mana-mana pemain mahu berasa penting, mahu bermain dan sesiapa yang berkata sebaliknya adalah berbohong.“Seorang pemain yang kompetitif, seperti saya, yang bercita-cita untuk memenangi gelaran hanya mahu bermain,” katanya.Pada masa sama Cancelo berharap untuk menandatangani perpindahan ke kelab lain, namun City masih belum bersetuju dengan bayaran dengan mana-mana kelab lain.
4
22 Jun 2023 03:19pm
MOHD HAFIZ ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/264778/berita/nasional/pinda-peraturan-sedia-sebagai-langkah-interim-kawal-selia-vape
Pinda peraturan sedia sebagai langkah interim kawal selia vape
KUALA LUMPUR- Kerajaan perlu mengambil satu langkah interim secepat mungkin dengan meminda peraturan sedia ada untuk mengawal selia industri vape sambil menunggu perbincangan yang teliti dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam dan cadangan Dasar Generasi Penamat GEG.Presiden Malaysia Vape Industry Advocacy (MVIA), Rizani Zakaria berkata, pada minggu lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah merujuk RUU tersebut kepada JKPK sebaik ia dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen.Menurutnya, memandangkan RUU tersebut hanya akan dibentang semula di Parlimen akhir tahun ini selepas ia selesai diteliti JKPK, langkah interim diperlukan buat masa sekarang.“Ini adalah membolehkan industri vape dikawal selia terutamanya untuk membendung isu penggunaan oleh individu bawah umur dan memastikan kandungan produk mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan yang boleh memberi persepsi negatif kepada industri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menimbangkan cadangan meminda peraturan sedia ada seperti Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan terbuka kerana langkah interim tersebut akan dapat memperkenalkan larangan penjualan kepada dan penggunaan oleh individu yang di bawah umur serta terus membendung isu berkenaan daripada berlarutan.Rizani juga berkata, kawalan produk vape melalui Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bukannya suatu perkara yang tidak pernah dibuat.“Pada 2019, Kerajaan juga telah meluaskan larangan penggunaan vape di tempat kedai makan dan tempat awam. Ini membuktikan bahawa peraturan tersebut boleh dipinda dan digunapakai untuk mengawal selia produk vape.“Kementerian perlu terbuka dengan langkah interim ini. Pindaan peraturan ini bukan bermaksud RUU tersebut tidak akan dibentang pada masa depan,” ujar beliau.Tambahnya, langkah itu bertujuan memastikan produk vape tidak tercapai oleh individu bawah umur dan pada masa yang sama pengguna dewasa boleh mengakses produk yang terkawal dari segi piawaian.Dalam masa yang sama, Rizani menyambut baik keputusan kementerian untuk merujuk tersebut kepada JKPK dan berpendapat ia adalah langkah tepat kerana RUU itu perlu disemak semula agar ia mengambil kira kepentingan serta pandangan semua yang terlibat terutamanya berkaitan dengan cadangan GEG yang teramat kontroversial ini.“Semua pihak perlu bekerjasama dan mencari penyelesaian titik tengah dalam perkara ini. Kami di pihak industri memohon agar JKPK membuat sesi perbincangan dengan semua pihak dan mengkaji dengan menyeluruh cadangan GEG ini,” ujar beliau.Katanya lagi, sesi perbincangan bersama semua pihak adalah sangat penting kerana cadangan GEG ini bakal memberi kesan yang agak besar kepada keseluruhan ekosistem industry secara langsung dan tidak langsung.“Secara terangnya, cadangan GEG ini akan menjejaskan usahawan tempatan yang sebelum ini telah melabur jutaan ringgit untuk mengembangkan industri serta kesan kepada tenaga kerja mahir dalam industri ini.“Dari segi ekonomi negara pula, ia memberikan mesej yang salah kepada pelabur asing kerana sudah pasti ia akan membuatkan pelabur beralih ke negara lain, sedang Malaysia mempunyai pembekal berkualiti yang bertaraf dunia” kata Rizani.
4
22 Jun 2023 03:19pm
MOHD ISKANDAR OTHMAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264790/berita/politik/hanya-khabar-angin-anthony-bertanding-di-pulau-pinang---kon-yeow
Hanya khabar angin Anthony bertanding di Pulau Pinang - Kon Yeow
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin berkaitan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mahu bertanding di negeri ini sama seperti beliau mahu bertanding di Seremban.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang itu berkata, berita sedemikan hanya akan membuat orang ketawa apabila membaca dan sepatutnya media perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menilai perkara terbabit."Apabila media mendengar khabar angin dia boleh menggunakan kebijaksanaannya untuk menilai sama ada khabar angin itu sedikit berasas atau tidak."Kalau langsung tidak berasas anggap ia sebagai khabar angin sahaja lah," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar di sini, pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan kononnya terdapat Anthony yang juga Menteri Pengangkutan akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini tidak lama lagi.Laporan itu yang memetik sumber dalaman DAP Negeri Sembilan mendakwa, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban akan menjadi calon Ketua Menteri sekali gus menggantikan Kon Yeow sekiranya PH memenangi PRN negeri itu.Sementara itu, memetik laporan China Press, Anthony yang masih Ahli Parlimen Seremban serta Adun Chennah di Negeri Sembilan berkata beliau tidak bercadang bertanding di kawasan lain.
4
22 Jun 2023 03:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264775/berita/nasional/tuntutan-sulu-pdrm-beri-jaminan-keselamatan-di-sabah-terkawal
Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal
PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan Negeri Bawah Bayu itu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota keselamatan juga sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana keselamatan merupakan perkara penting negara."Kita tidak nampak tanda-tanda atau kesan sebarang ancaman setakat ini... dari segi kawalan sempadan, kita hendak memberi jaminan pihak anggota keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya mengulas mengenai kebarangkalian kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menceroboh Sabah, selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap Malaysia.Beliau berkata demikian dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini pada Rabu.Pada 8 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah, apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.Kumpulan Sulu itu telah mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara antarabangsa terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda, dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan, terhadap mereka.Ditanya mengenai kebocoran maklumat melibatkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra, Saifuddin Nasution berkata, polis sedang menjalankan siasatan.Beliau juga mengesahkan, Wisma Putra telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.Mengulas mengenai tindakan seorang penjawat awam wanita yang tular dalam satu klip video menghina anggota polis Khamis lepas, Saifuddin Nasution menyifatkan tindakan wanita itu sebagai mencemarkan imej PDRM."Saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes ini,” katanya.Pada Khamis, wanita berkenaan dipanggil buat kali pertama ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung insiden pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves.Pada Ahad lepas wanita itu sekali lagi hadir di IPD sama, berhubung satu lagi klip video beliau bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini.Dalam klip video itu, wanita berkenaan dilihat turut merakam orang awam berkenaan menggunakan telefon bimbitnya sambil mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan cuba mencetuskan provokasi. - Bernama
4
22 Jun 2023 03:10pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264776/berita/politik/tuntutan-amanah-hulu-selangor-tak-bercanggah-formula-pembahagian-kerusi
Tuntutan Amanah Hulu Selangor tak bercanggah formula pembahagian kerusi
HULU SELANGOR - Tuntutan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Parti Amanah Negara (Amanah) di Hulu Selangor tidak bercanggah dengan formula pembahagian kerusi Kerajaan Perpaduan.Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, tuntutan tersebut bukan pandangan peribadi sebaliknya adalah keputusan konsensus Jawatankuasa Pimpinan Amanah Hulu Selangor yang telah disampaikan beberapa kali kepada pimpinan negeri.Menurutnya, Amanah Hulu Selangor mendesak keseimbangan agihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di setiap Parlimen dilaksanakan bagi memberi ruang Amanah berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH)."Merujuk kepada fakta, Parlimen Hulu Selangor mempunyai tiga kerusi DUN di mana PRU14 menyaksikan UMNO menang di Hulu Bernam Batang Kali (Bersatu) dan Kuala Kubu Baru diberikan kepada DAP sementara kerusi Parlimen Hulu Selangor pula ditandingi PKR."Bagi mengimbangi pembahagian kerusi secara praktikal, Amanah wajar mendapat satu kerusi di Hulu Selangor sama ada Batang Kali bagi menggantikan Bersatu sebelum ini atau penukaran setara untuk UMNO bertanding di Batang Kali dan Amanah di Hulu Bernam."Hal ini juga bertepatan dengan kefahaman semua pihak bahawa kerusi Batang Kali merupakan kerusi yang telah dimenangi PH (Bersatu) pada ketika PRU14," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Amanah, Adly Zahari yang menganggap tuntutan satu kerusi di Hulu Selangor itu sebagai pandangan peribadi tidak mewakili kepimpinan parti tersebut.Katanya, pembahagian seperti yang dicadangkan itu membolehkan semua parti di bawah PH-BN mempunyai kerusi di Hulu Selangor dan berperanan untuk memaksimumkan usaha memenangkan calon di DUN masing-masing."Pembahagian yang dicadangkan ini juga akan memperlihatkan keharmonian dan kesepaduan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan di samping menunjukkan komitmen semua mencapai keputusan menang-menang."Justeru tuntutan Amanah Hulu Selangor sebagai parti anggota dalam PH mempunyai asas dan sewajarnya pihak kepimpinan tertinggi tidak terpesong daripada fakta yang dikemukakan," katanya.
4
22 Jun 2023 03:09pm
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
https://www.sinarharian.com.my/article/264773/berita/nasional/razarudin-ayob-khan-gandingan-mantap-terajui-pdrm---saifuddin
Razarudin, Ayob Khan gandingan mantap terajui PDRM - Saifuddin
KUALA LUMPUR - Pelantikan Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid sebagai Ketua Polis Negara dan Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan sebagai gandingan ideal dan sangat mantap.Perkara itu ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut menyifatkan pemilihan kedua-dua tokoh kepolisian itu sebagai keputusan tepat berdasarkan pengalaman kerja masing-masing.Selain itu beliau berkata, kualiti kepimpinan dua orang kuat PDRM itu berjaya dibuktikan menerusi pelantikan mereka dalam pelbagai jawatan sebelum ini."Mereka berdua adalah satu gandingan sangat mantap untuk menerajui PDRM, seterusnya meningkatkan lagi reputasi pasukan polis negara."Diharap kecemerlangan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab diberikan akan dapat diteruskan selepas ini, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi di enam buah negeri."Menjadi satu komponen penting buat PDRM bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam pada PRN itu nanti," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.Beliau berkata demikian selepas majlis pemakaian lencana pangkat serta serah terima tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol), dekat sini.Pada majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyerahkan tugas Ketua Polis Negara kepada Razarudin.Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun berkuat kuasa 23 Jun sehingga 22 Jun 2025 secara kontrak.Sementara itu, Ayob Khan yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dilantik sebagai timbalan kepada Razarudin.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, menjelang PRN yang bakal berlangsung, pihak polis akan menyusun gerak atur kerja dengan menempatkan 40,000 anggota bertugas di enam buah negeri terlibat.Jelasnya, selain anggota dan pegawai yang berkhidmat di negeri terlibat, PDRM akan turut menambah kekuatan petugas dari negeri lain.Kata beliau, kesiapsagaan akan dipertingkatkan bagi memastikan tidak berlaku perkara tidak diingini."Ia satu yang penting untuk melihat rakyat tidak takut atau berasa gusar keluar rumah bagi melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara," ujarnya.Beliau berkata, isu 3R iaitu agama, institusi diraja dan kaum harus diambil perhatian serius oleh PDRM menjelang 'perang' PRN.Ini kerana tegasnya, trend membangkitkan isu 3R agak membimbangkan pada masa ini.Jelasnya, masih terdapat kritikan terbuka yang langsung tidak menunjukkan adab terhadap institusi diraja."Kita tidak mahu pertembungan politik pada PRN ini nanti menjadi satu pertembungan agama yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab."Keadaan seumpama itu pastinya tidak bagus untuk ketenteraman dan kesejahteraan negara."Maka perkara ini perlu diberi perhatian berat oleh PDRM supaya perkara seumpama ini tidak terus berlaku," ujarnya.Sementara itu, Saifuddin berkata, sebanyak 151 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dinaik taraf, sekali gus memberi situasi kondusif kepada anggota bertugas.Menurutnya, perkara itu sangat penting untuk dilaksanakan segera berdasarkan peranan PGA yang berada di barisan hadapan dan menjaga persempadanan negara.Sehubungan itu beliau berkata, anggaran peruntukan sebanyak RM40 juta diperlukan bagi membaik pulih infrastruktur di pos-pos PGA."Proses menambah baik ini melibatkan aspek logikstik PGA termasuk keperluan kabin dan pembaikan lantai yang rapuh."Ia satu tindakan munasabah kerana kebanyakan kemudahan di pos kawalan PGA yang terletak di garis sempadan negara sudah banyak yang uzur serta daif," ujarnya.Tegasnya, kondisi tempat kerja yang sempurna akan meningkatkan semangat juang, seterusnya menghalang berlakunya kegiatan jenayah persempadanan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada apa yang janggal peralihan kuasa' - Acryl Sani'Supercop baharu' Malaysia
4
22 Jun 2023 03:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264771/berita/nasional/kpt-nafi-syarat-ketat-biasiswa-punca-tidak-lanjut-pengajian
KPT nafi syarat ketat biasiswa punca tidak lanjut pengajian
PASIR GUDANG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan syarat dikenakan terhadap permohonan biasiswa atau pinjaman menjadi faktor ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih tidak melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT).Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke IPT boleh memohon bantuan pinjaman termasuk daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)."Pertama yang sudah kita perkenalkan ialah Program Pembangunan Siswa Sulung Berikan Pendidikan Percuma. Seramai 10,000 pelajar daripada kumpulan B40 yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi terkecuali daripada membayar yuran di universiti awam."Tak ada (dakwaan syarat ketat tersebut), kalau PTPTN dia tengok pada gaji pendapatan ibu bapa (pemohon) itu sahaja."Saya ingat pelajar yang tak nak masuk itu mungkin yang tak lulus daripada tingkatan atau tak cukup (kelayakan) atau dia mohon pilih satu subjek yang tak sesuai dengan kelayakan dia, masuk dulu baru tengoklah sama ada dia boleh dapat pinjaman atau tidak," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Ibrahim Sultan (PSI) di sini pada Khamis.Mohamed Khaled mengulas kenyataan Presiden Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya, Nur Nazirah Abdullah bahawa syarat ketat pembiayaan menyebabkan ramai lepasan SPM memilih tidak melanjutkan pengajian mereka ke IPT.Antara faktor utama mereka tidak mahu menyambung pelajaran adalah kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.Selain itu syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan pelajar sekurang-kurangnya mendapat 9A+ atau A dalam peperiksaan SPM untuk memohon tajaan secara tidak langsung akan mengurangkan minat mahasiswa.Terdahulu, Mohamed Khaled diberi taklimat berhubung Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sempena lawatan kerjanya di PSI.
4
22 Jun 2023 03:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264772/berita/nasional/malaysia-di-kedudukan-ke-20-dunia-dalam-strong-starters-ranking
Malaysia di kedudukan ke-20 dunia dalam Strong Starters Ranking
PUTRAJAYA - Malaysia berada di tangga ke-20 dunia dalam senarai ‘Strong Starters Ranking’ pada laporan Ekosistem Syarikat Pemula Global 2023 yang diterbitkan Startup Genome.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, ranking ke-20 yang diraih Malaysia dalam usaha menyediakan ekosistem syarikat pemula (startups) itu adalah kedudukan yang membanggakan dan meyakinkan.Berdasarkan laporan itu juga, Malaysia kekal di kedudukan 21-30 di Emerging Ranking Ecosystem seperti pada 2022."Pencapaian itu adalah hasil aktiviti pembiayaan yang rancak kepada syarikat pemula," menurut kenyataan itu.MOSTI memaklumkan pengiktirafan Malaysia di bawah Global Startup Ecosystem Report 2023 itu adalah bukti keberkesanan usaha yang dipelopori kementerian untuk membangunkan ekosistem berpandukan Pelan Hala Tuju Ekosistem Malaysia (SUPER) 2021-2030 yang diterajui agensi penyelaras syarikat pemula Cradle Fund Sdn Bhd.Pendekatan yang lebih berstruktur dengan Cradle selaku agensi penyelaras pusat dengan kerjasama daripada badan-badan kerajaan berkaitan seperti Suruhanjaya Sekuriti telah membina asas yang kukuh untuk terus memacu perkembangan lestari ekosistem syarikat pemula Malaysia, menurut MOSTI.Setakat ini, MOSTI telah melaksanakan SUPER menerusi Cradle Fund bagi menyokong dan memberi manfaat kepada lebih 3,000 syarikat pemula sebagai usaha memperbaiki dan mempertingkatkan pertumbuhan ekosistem bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE)."Sasaran SUPER adalah untuk memberi sokongan kepada 5,000 syarikat pemula menjelang 2025,” menurut MOSTI.MOSTI memaklumkan nilai ekosistem syarikat pemula Malaysia telah mencecah AS$46 billion bagi tempoh bermula separuh pertama 2020 hingga 2022.Ini meletakkan nilai ekosistem Malaysia antara lima ekosistem teratas bagi ekosistem "emerging” dan nilai ekosistem Malaysia mengatasi Copenhagen, Guangzhou, Minneapolis, Bucharest dan Mexico City. - Bernama
4
22 Jun 2023 02:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264777/berita/nasional/mof-tidak-cadang-beri-rebat-pelepasan-cukai-beli-kereta-kepada-oku
MoF tidak cadang beri rebat pelepasan cukai beli kereta kepada OKU
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk memberikan rebat pelepasan cukai kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dalam kategori B40 dan M40 bagi pembelian kenderaan bermotor buat masa ini."Cadangan tersebut perlu diperhalusi dan dikaji secara menyeluruh,” kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata, kerajaan telah menyediakan pengecualian sepenuhnya ke atas duti eksais kenderaan untuk semua individu OKU dan cacat fizikal yang berkeupayaan memandu dengan syarat-syarat seperti pemohon berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memiliki lesen memandu sah, kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik sehingga lima tahun, pengecualian dengan kebenaran MoF dan pengecualian dibenarkan untuk sebuah kenderaan setiap lima tahun.Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Senator Isaiah Jacob mengenai cadangan kerajaan untuk memberikan rebat pelepasan cukai bagi pembelian kenderaan bermotor di bawah harga RM45,000 untuk golongan sasaran OKU berkategori B40 dan M40.Menurut Steven Sim, layanan cukai sedia ada dilihat memadai bagi meringankan beban golongan OKU bagi kategori B40 dan M40."Bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar percukaian sedia ada dari semasa ke semasa seiring dengan persekitaran ekonomi,” katanya. - Bernama
4
22 Jun 2023 02:43pm
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
https://www.sinarharian.com.my/article/264769/berita/semasa/inspektor-shiela-ditahan-kerja-lapan-kertas-siasatan-dibuka
'Inspektor Shiela' ditahan kerja, lapan kertas siasatan dibuka
KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kertas siasatan dibuka ke atas seorang pegawai polis wanita dikenali sebagai 'Inspektor Shiela' yang terbabit dalam kejadian mencemuh dan menghina anggota polis bawahan baru-baru ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung isu tersebut.Menurutnya, dua kertas siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM."Enam lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan aspek tatatertib yang dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT)."Proses mendengar percakapan daripada pegawai terbabit telah dilakukan oleh PDRM pada 18 Jun lalu."Sehubungan itu, pegawai tersebut dikenakan tindakan ditahan kerja sejak minggu lepas," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pemakaian lencana pangkat serta serah terima tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol), dekat sini.Pada majlis tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyerahkan tugas kepada timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid.Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun berkuatkuasa bermula 23 Jun sehingga 22 Jun 2025 secara kontrak.Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas pegawai polis wanita itu ekoran tiga video kejadian tular di media sosial baru-baru ini."Tindakan itu akan berlanjutan sehingga kes tersebut selesai disiasat dan urusan pertuduhan dijalankan."Sehubungan itu masyarakat diharap dapat memahami tugas polis untuk menyiasat perkara tersebut seadilnya," katanya.Jelasnya, terdapat kaedah dan mekanisme digunakan bagi menjalankan siasatan terperinci, sekali gus mengelak berlakunya ketidak ketenteraman awam."Apabila ia melibatkan anggota atau pegawai PDRM, maka ada saluran tertentu dan tindakan dalaman yang akan diambil."Malah tindakan yang diambil ini juga bertujuan menepis persepsi tidak baik kepada PDRM dan boleh mencemar institusi kepolisian negara," ujarnya.Ditanya sama ada pegawai terbabit mempunyai masalah kesihatan mental, beliau berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
4
22 Jun 2023 02:31pm
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264767/berita/semasa/keputusan-semakan-kehakiman-kes-reman-ocpd-7-julai
Keputusan semakan kehakiman kes reman OCPD 7 Julai
KUANTAN - Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 7 Julai depan untuk keputusan semakan kehakiman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang menolak permohonan reman ke atas seorang ketua polis daerah di negeri ini yang ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lebih RM1 juta, 7 Jun lalu.Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu pada Khamis selepas mendengar hujah pihak SPRM yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif dan peguam, Datuk Bob Arumugam yang mewakili responden.Rifah Izzati dalam hujahannya berkata, semakan kehakiman itu dibuat ekoran keputusan Mahkamah Majistret itu yang menolak permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dikemukakan SPRM terhadap suspek memandangkan siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.Menurutnya, permohonan reman itu ditolak dengan alasan terdapat peruntukan khusus di bawah Seksyen 49 Akta SPRM 2009 bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang memutuskan Seksyen 117 KTJ tidak terpakai untuk permohonan reman bagi kesalahan yang disiasat di bawah Akta SPRM."Dihujahkan bahawa, keputusan dibuat Majistret itu terkhilaf dan terkeliru dalam memahami peruntukan Seksyen 67 Akta SPRM yang bukan 'non-obstante' kepada pengecualian pemakaian KTJ bagi kesalahan di bawah Akta SPRM."Keputusan Mahkamah Majistret itu juga secara tidak langsung menyekat dan menafikan kuasa pegawai SPRM untuk menyiasat aduan kes di bawah agensi itu," katanya.Sementara itu, Bob dalam hujahnya berkata, keputusan Mahkamah Majistret yang menolak permohonan reman dikemukakan SPRM sebelum ini betul dan tidak terkhilaf dari segi undang-undang.Menurutnya, SPRM tidak boleh bergantung kepada KTJ memandangkan Akta SPRM jelas memperuntukkan kuasa khusus kepada agensi itu untuk proses siasatan."Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan untuk permohonan reman sebelum ini, saya percaya SPRM tidak menjalankan siasatan secara terperinci apabila menyebut suspek melakukan kesalahan antara 2017 hingga 2022 sedangkan anak guam saya dilantik sebagai ketua polis daerah berkenaan pada 2018," katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang ketua polis daerah di Pahang ditahan kerana disyaki menerima suapan dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022Suspek disyaki menerima suapan bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.Bagaimanapun pada 7 Jun lalu, pegawai kanan polis itu dibebaskan dengan jaminan bon SPRM selepas permohonan untuk mendapatkan perintah tahanan ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ditolak mahkamah.
4
22 Jun 2023 02:22pm
NOR FARHANA YAACOB
https://www.sinarharian.com.my/article/264768/berita/semasa/bekas-tentera-didenda-rm20000-tembak-mati-kucing
[VIDEO] Bekas tentera didenda RM20,000 tembak mati kucing
MELAKA - Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, kerana menembak kucing jirannya hingga mati menggunakan senapang angin pada Jun tahun lalu.Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Aziz Tambi, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembak kucing tersebut menggunakan selaras senapang angin.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai di sini, lebih kurang jam 2.30 petang pada 18 Jun tahun lalu.Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.Timbalan Pendakwa Raya, Alif Asraf Anuar Sharuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh berlandaskan emosi dan menyalahi undang-undang.Tertuduh diwakili peguam Mohd Ishak Kari memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh merupakan warga emas dan pernah berkhidmat kepada negara dalam bidang ketenteraan selain dianugerahkan pingat penghargaan.Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda dengan jumlah itu dan dipenjara enam sekiranya gagal membayar denda tersebut.Sinar Harian pada 21 Jun lalu melaporkan seorang warga emas dan anaknya ditahan polis selepas disyaki menembak mati seekor kucing milik jiran yang memasuki rumah mereka menggunakan selaras senapang angin.Kejadian dipercayai berlaku selepas kucing bernama Molly masuk ke rumah suspek.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek masing-masing berusia 62 dan 27 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada jiran mereka berusia 44 tahun yang merupakan pemilik kucing terbabit.
4
22 Jun 2023 02:12pm
AHMAD ISMADI ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/264766/berita/nasional/tiada-apa-yang-janggal-peralihan-kuasa---acryl-sani
'Tiada apa yang janggal peralihan kuasa' - Acryl Sani
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan dirinya.Acryl Sani berkata, ada pihak yang mungkin berasa pelik dengan keputusannya untuk bersara lebih awal.“Mungkin anda berasa pelik, percayalah tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa, tetapi sebenarnya situasi memaksa saya memendekkan tempoh perkhidmatan untuk memenuhi keperluan di luar," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di sini, pada Rabu.Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.Saifuddin sebelum itu menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara melibatkan Acryl Sani kepada Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid.Beliau turut menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.Pelantikan baharu buat kedua-dua kepimpinan baharu PDRM itu berkuat kuasa pada Jumaat.Acryl Sani berkata, beliau meninggalkan PDRM dengan hati terbuka kerana beliau percaya mereka yang masih berkhidmat akan dapat meningkatkan imej dan kualiti pasukan ke tahap yang lebih tinggi."Sentiasa ingat logo kita, ingatlah slogan kita, sedia berkhidmat dan dan polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan,” katanya.Acryl Sani menyifatkan hari terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara sebagai pengalaman pahit dan manis.“Saya sedih kerana tidak dapat bertemu seramai mungkin rakan sepasukan sebelum bersara."Percayalah bahawa semua orang akan sentiasa kekal di hati saya. Bak kata pepatah, kita tidak akan selamanya di sini tetapi kerja sebagai anggota dan pegawai polis tidak akan pernah berakhir," katanya.
4
22 Jun 2023 02:09pm
NOOR AZLIDA ALIMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264763/berita/semasa/youtuber-noel-faizal-didenda-rm2500-kes-dadah
YouTuber Noel Faizal didenda RM2,500 kes dadah
PETALING JAYA - 'YouTuber' Noel Faizal yang mempunyai 248,000 'subscribers' didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan membabitkan kes dadah jenis methamphetamine, tiga bulan lalu.Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa ada dalam kawalannya dadah berbahaya itu, seberat bersih 0.68 gram di tempat letak kereta sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pada jam 2.15 pagi, 21 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan kekerapan kes berlaku terutamanya di daerah ini.
4
22 Jun 2023 02:09pm
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/264765/berita/semasa/orang-menteri-perdaya-warga-emas-ditahan-polis
'Orang menteri' perdaya warga emas ditahan polis
KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan sudah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan terlibat dalam kes menipu warga emas hingga mangsa mengalami kerugian barangan kemas bernilai RM8,100.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, mangsa ditahan di sebuah rumah di Kuala Selangor kira-kira jam 4 petang.Menurut beliau, suspek berusia lingkungan 30 tahun berjaya ditahan dan polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Alza, dua gelang tangan dan tiga bentuk cincin serta sekeping resit pajak gadai atas nama suspek."Suspek telah direman mulai Khamis sehingga Ahad ini dan hasil semakan mendapati lelaki itu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ramli berkata, siasatan lanjut mendapati terdapat tiga laporan polis dibuat terhadap suspek sama sebelum ini."Suspek dipercayai menggunakan modus operandi sama bagi memperdaya mangsa."Siasatan kes ini dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," tambahnya.Sina Harian sebelum ini melaporkan, dua ibu tunggal warga emas mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai 'orang menteri' pada Jumaat lalu.Shaidah Hamid, 71, dan rakannya, Saamah Basri, 72, masing-masing menetap di Batu 8, Kampung Asahan di sini didatangi suspek kononnya untuk menguruskan bantuan, bagaimanapun dibawa menaiki sebuah kereta ke Bestari JayaLelaki terbabit mengambil dua gelang tangan dan tiga cincin daripada kedua-dua mangsa yang kemudiannya ditinggalkan di sebuah restoran berhampiran.
4
22 Jun 2023 02:01pm
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264760/berita/nasional/pengeluar-gula-perlu-hantar-laporan-harian---salahuddin
Pengeluar gula perlu hantar laporan harian - Salahuddin
PUTRAJAYA - Dua syarikat pengeluar gula, MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) diarahkan untuk menghantar laporan harian kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung pengeluaran gula di kilang mereka.Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut bagi memastikan jaminan bekalan gula di pasaran tidak terjejas."Kedua-dua syarikat ini telah memberi jaminan bahawa bekalan gula mencukupi dan kita telah mengarahkan mereka menghantar laporan setiap hari sejak Mei lalu," katanya menerusi sidang akhbar pelancaran Pakej Rahmah Insurans dan Takaful di KPDN di sini pada Khamis.Menurut Salahuddin, KPDN turut mempergiatkan penguatkuasaan di sempadan negara bagi mengelakkan ketirisan subsidi terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha."Kita akan memantau serius perkara ini khususnya di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran," ujar beliau.Salahuddin berkata, selepas berlaku gangguan dan Ops Manis dilancarkan pada Mei lalu, bekalan gula kini adalah stabil berikutan pemeriksaan secara berkala di peringkat pemborong serta runcit."Minggu lepas kami turun padang mendapati ada beberapa tempat masih lagi mengalami kekurangan bekalan dan ia diatasi dalam tempoh sehari dua kemudian."Dua tiga hari ini kita sudah tidak menerima aduan mengenai gula," katanya lagi.Dalam pada itu, Salahuddin berharap penunggang motosikal dan individu yang terlibat dalam ekonomi gig merebut peluang untuk mendapatkan Pakej Rahmah Insurans dan Takaful."Ia murah dan saya rasa dengan tawaran ini pencarum akan mendapat perlindungan sewajarnya," katanya.Sementara itu, beliau berkata, kementerian bersedia untuk mengadakan libat urus dalam masa terdekat dengan pihak bank bagi membincangkan inisiatif perbankan Rahmah.Pada permulaan Salahuddin telah bertemu dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi tujuan itu."Zafrul berkata beliau bersedia. Kita akan bincang jika boleh ditawarkan mana-mana segmen perbankan seperti perumahan," katanya.
4
22 Jun 2023 01:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264759/berita/semasa/kes-solar-rosmah-gagal-cabar-pelantikan-pendakwa-utama
Kes solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama
PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis gagal dalam usaha mencabar pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun sebulat suara menolak rayuan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman atas alasan tiada merit dalam rayuan itu.Hakim See yang menyampaikan keputusan mahkamah dalam prosiding secara dalam talian, menolak rayuan Rosmah dengan kos RM10,000.Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.Rosmah, 71, yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2022, menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.Hakim See berkata, panel hakim bersetuju bahawa permohonan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di luar masa, kerana permohonan itu sepatutnya difailkan dalam tempoh tiga bulan dari fiat (surat kebenaran) pertama kali dilihat.Beliau berkata, perayu (Rosmah) sepatutnya memfailkan permohonan itu dalam tempoh bermulanya tarikh fiat pertama kali dilihatnya dan seperti yang didakwanya sebagai tidak sah, sekali gus menyebabkan pelantikan Sri Ram salah di sisi undang-undang serta perbicaraan kes hibrid solar itu terbatal dan tidak sah."Semakan kehakiman, yang diberi mandat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh (penglihatan pertama) dan kami mendapati perayu sudah di luar masa berkenaan," katanya.Hakim juga berkata, tidak ada alasan kukuh bagi mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk memberikan lanjutan masa bagi memfailkan semakan kehakiman.Aturan 53 kaedah 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa permohonan untuk semakan kehakiman hendaklah dibuat dengan segera dan dalam apa jua keadaan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh alasan bagi permohonan itu timbul atau apabila keputusan itu mula-mula dimaklumkan.Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Rosmah memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang.Selain itu, beliau memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.Pada 1 September lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu.Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pemberita bahawa mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan pada Khamis ke Mahkamah Persekutuan.Rosmah turut diwakili peguam Datuk Jagjit Singh manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Liew Horng Bin bertindak bagi pihak responden. - Bernama
4
22 Jun 2023 01:48pm
NORHASPIDA YATIM
https://www.sinarharian.com.my/article/264757/berita/politik/mb-dijangka-umum-bubar-dun-terengganu-selepas-26-jun
MB dijangka umum bubar DUN Terengganu selepas 26 Jun
MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas 26 Jun ini.Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan proses pembubaran DUN akan berlaku antara 27 hingga 28 Jun memandangkan ia adalah tempoh paling sesuai sebelum DUN terbubar secara automatik pada 30 Jun."Bergantung kepada Menteri Besar, tetapi saya yakin (pembubaran DUN) selepas program di Istana Syarqiyyah sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Terengganu pada 26 Jun ini, akan berlakulah (pembubaran DUN)."Saya yakin beliau (Menteri Besar) akan ambil masa selepas program 26 hari bulan itu, iaitu selepas majlis jamuan bersama warga istimewa dan fakir miskin di mana ia merupakan program terakhir di istana bersama rakyat," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok Kediaman (RTB) DUN Alur Limbat di Dewan Sivik Bukit Payung, di sini pada Khamis.Dalam pada itu, Ariffin berkata, seluruh jentera kini bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi."Kita tiada masalah sebab dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu kita istilahkan sebagai 'simulasi pilihan raya'."Maksudnya ia sebagai 'training ground', jadi kami masih panas-panas lagi. Bendera-bendera kita pun masih ada dan sudah ada beberapa tempat yang telah menaikkan bendera."Jadi tak perlu yang barulah (bendera) sebab kalau bendera macam tu (masih baharu), orang pun macam tu. Masih 'fresh' lagi," ujarnya.Sehingga kini, Terengganu masih belum memutuskan tarikh sebenar pembubaran DUN di negeri berkenaan.Lima negeri yang akan berdepan PRN telah memuktamadkan tarikh pembubaran DUN iaitu Kelantan (22 Jun), Selangor (23 Jun), Pulau Pinang (28 Jun), Kedah (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).
4
22 Jun 2023 01:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264761/berita/nasional/pemilihan-rohingya-masuk-ipt-berdasarkan-kelayakan
Pemilihan Rohingya masuk IPT berdasarkan kelayakan - KPT
PASIR GUDANG - Pemilihan pelarian Rohingya diterima masuk untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan atau swasta adalah berdasarkan kelayakan dengan tempat yang terhad.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kemasukan tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya dan masyarakat tidak perlu bimbang dengan keputusan menerima mereka melanjutkan pelajaran di IPT."Tidak semua etnik Rohingya seperti yang kita lihat di luar, ada di antara mereka yang berkelayakan. Malaysia sebuah negara yang ramai pelajar antarabangsa datang untuk belajar, jadi ada antaranya Rohingya."Sekiranya dia (etnik Rohingya) berkelayakan, boleh bayar, mereka boleh memohon melanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang tertentu dengan tempat yang terhad. IPTS (institusi pengajian tinggi swasta) memang terbuka."IPT ini bukan ambil semua (Rohingya) masuk semua universiti, tidak. Situasi ini bukan berniaga di tepi jalan, hendak masuk ke universiti kena ada kelayakan merit, bukan semua orang boleh," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Ibrahim Sultan (PSI) di sini pada Khamis.AHli Parlimen Kota Tinggi itu mengulas segelintir pihak yang gusar dengan langkah membenarkan pelarian Rohingya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi ke IPT tempatan dan dikatakan bakal mengancam kedaulatan negara.Pada Selasa, Penasihat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof Emeritus Dr Morshidi Sirat berkata, pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Peluang melanjutkan pengajian untuk pelarian itu akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).Mengulas lanjut, Mohammed Khaled berkata, persepsi masyarakat perlu diperbetulkan terhadap isu peluang pelarian Rohingya menyambung pengajian di IPT.Katanya selain sifat insan terhadap umat islam, ia juga memberi peluang kepada pelajar Rohingya ini apabila keluar nanti membentuk dan mendidik masyarakat mereka sendiri, supaya tidak menimbulkan masalah."Tiada apa yang hendak ditakutkan, alangkah indahnya kita ini menjadikan dia (Rohinya) manusia, takkan kita tiada sifat insani, kita ini hendak jadikan dia berjaya. Dia Islam, dia kalau balik negara dia akan dibunuh."Jadi kalau kita dapat lahirkan dia (Rohingya) berjaya, dia boleh betulkan masyarakat dia kalau kita tidak mulakan, dia akan membiak dan menimbulkan masalah kepada kita. Tidak ramai pun, bukan kita pergi ambil semua masuk universiti, tidak," katanya.
4
22 Jun 2023 01:41pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264756/berita/nasional/sambutan-ulang-tahun-dbp-akan-dibawa-ke-peringkat-sekolah
Sambutan ulang tahun DBP akan dibawa ke peringkat sekolah
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berbincang dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membawa sambutan ulang tahun DBP ke peringkat sekolah mulai tahun depan.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bertujuan melonjakkan usaha memperkasakan bahasa di peringkat sekolah."Khidmat, bakti dan perjuangan DBP perlu diperkenalkan di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-67 DBP di Wisma DBP di sini pada Khamis.Fadhlina berkata, satu lagi langkah yang akan diambil KPM untuk memperkasa bahasa ialah memperkenalkan beberapa buku tulisan sasterawan negara sebagai bacaan di sekolah."KPM akan bincang dengan DBP untuk pilih beberapa tajuk (karya sasterawan negara) untuk pembacaan anak-anak sekolah,” katanya.Ditanya sama ada Malaysia berhadapan dengan krisis pendidikan apabila 30,000 pelajar didapati tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2022, beliau berkata, KPM sentiasa melakukan intervensi untuk mengatasi pelbagai cabaran pendidikan.Katanya, antara intervensi yang dilaksanakan termasuk mengatasi masalah keciciran, ketidakhadiran dan tidak menguasai pembacaan.Beliau berkata, semua pihak perlu melihat kepada dua sekolah Malaysia yang disenarai pendek dalam kelompok 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 (World’s Best School Prizes 2023) baru-baru ini."Ini bermakna kita boleh berjaya dalam acuan sendiri,” katanya.Dua sekolah yang disenarai pendek ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang, yang tersenarai dalam kategori Inovasi manakala SK Kanchong Darat, Selangor, tersenarai dalam kategori Gaya Hidup Sihat.Pada majlis sama Fadhlina melancarkan buku Gaya Dewan edisi keempat yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai panduan penerbitan.Turut dilancarkan ialah portal WadahDBP, sebuah majalah elektronik yang menerbitkan karya-karya penulis tempatan khususnya penulis baharu. - Bernama
4
22 Jun 2023 01:40pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264758/berita/politik/pas-minta-jeli-gua-musang
'Pas minta Jeli, Gua Musang'
KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan bersetuju memberi dua daripada lapan kerusi kepada Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) namun keputusan kawasan belum dimuktamadkan lagi.Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pembahagian kerusi sudah selesai namun penentuan dua kerusi masih dibincangkan."Kita minta di Jeli dan Gua Musang. Kita ada yang kita nak, dia pun ada yang dia nak...itu yang jadi tidak selesai," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Karnival Kelantan Maju di sini pada Khamis.Beliau berkata, Pas perlu bertanding di kawasan berkenaan bagi memberi sokongan moral kepada ahli parti."Kita perlu ada satu kerusi supaya memberikan semangat yang lebih tinggi kepada ahli dan petugas Pas untuk bekerja pada PRN," katanya.Beliau memberitahu, calon yang bertanding melibatkan pertukaran kerusi antara 25 hingga 30 peratus dan kali ini membabitkan ramai golongan profesional."Nama saya turut dicalonkan tetapi saya serahkan kepada parti yang membuat keputusan," katanya.Sementara itu, Mohd Amar Amar turut memaklumkan pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) sudah 95 peratus di seluruh negara dan hanya beberapa lagi yang perlu dirundingkan kerana menjadi perebutan.Justeru katanya, perbincangan secara terperinci perlu bagi membolehkan peluang besar untuk menang."Saya tidak terlibat dalam pembahagian itu tetapi saya dimaklumkan ada beberapa kerusi yang bertindih."Setiap negeri ada isu yang sama tetapi secara umumnya 95 peratus itu selesai," katanya.Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa berlaku pertelagahan antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Mohd Amar mengakui tidak tahu situasi itu."Saya tidak tahu perkara itu. Bagi saya itu semua serangan saraf politik dan spekulasi selain ada individu yang suka memberi tafsiran. Itu yang menjadi masalah," katanya.
4
22 Jun 2023 01:35pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264754/berita/nasional/ecrl-kelantan-dijangka-siap-enam-bulan-lebih-awal
ECRL Kelantan dijangka siap enam bulan lebih awal
PASIR PUTEH - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini dijangka disiapkan enam bulan lebih awal dari tempoh asalnya iaitu Januari 2027.Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Nik Soh Yaacoub berkata, setakat ini proses pembinaannya telah mencapai 61.7 peratus melibatkan 1,520 pekerja."Ia melibatkan proses kemajuan pembinaan jambatan, penambahbaikan dan stesen pertama yang sedang dijalankan iaitu di Tunjong, Kota Bharu."Sasaran kita kemudahan ini dapat digunakan sebelum 2028 di mana Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia (Sukma)," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau bersama Pengurus Projek Eksekutif Seksyen 1, Wang Guan Chao mengadakan lawatan teknikal ke tapak projek ECRL Seksyen 1 di Jerus, di sini.Menurut Nik Soh, dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) serta China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) projek tersebut mampu disiapkan lebih awal."Ia juga dibantu oleh teknologi baharu yang digunakan dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja pembinaan."Dengan penggunaan mesin canggih, ia menjamin dari segi kebersihan, serta mengurangkan sisa-sisa pembinaan," katanya.Dalam perkembangan lain, tambah Nik Soh, kemajuan bagi projek ECRL di Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mencapai 45.1 peratus."Terengganu mendahului dengan pencapaian hampir mencecah kepada 65 peratus berbanding yang lain," ujarnya.
4
22 Jun 2023 01:12pm
NOR FARHANA YAACOB
https://www.sinarharian.com.my/article/264752/berita/semasa/penganggur-tumbuk-hempas-bapa-dipenjara-lapan-bulan
Penganggur tumbuk, hempas bapa dipenjara lapan bulan
MELAKA - Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama terhadapnya.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas ayah kandung, Ramli Samad, 62, dengan menumbuk di kepala dan menghempas badannya ke tanah berbatu.Kesalahan itu dilakukan di No 2154-2 Jalan Bunga Raya 4, KM4, Kampung Semabok di sini, pada jam 7.06 petang, 13 Jun lalu.Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon tertuduh yang mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dikenakan terhadapnya.Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan dari tarikh sabitan hari ini.Dalam prosiding sama, Muhammad Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen sama iaitu menumbuk bapanya di alamat sama pada jam 11.05 malam 15 Mei tahun lalu.Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membaling objek seperti batu, kayu dan besi terhadap mangsa sama di alamat dan masa sama mengikut Seksyen 352 kanun sama.Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman sehingga tiga bulan penjara atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.Tertuduh juga mengaku tidak bersalah memberikan diri sendiri dadah jenis methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 4.45 petang pada 15 Jun lalu.Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan dikenakan pengawasan polis maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.Pihak pendakwa menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 352 manakala RM8,000 atas kesalahan dadah.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,500 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 24 Julai depan.
4
22 Jun 2023 01:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264749/berita/nasional/sidang-kemuncak-istanbul-september-atau-oktober-ini
Sidang Kemuncak Istanbul September atau Oktober ini
SHAH ALAM - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengadakan Sidang Kemuncak Istanbul pada September atau Oktober tahun ini.Perkara tersebut disampaikan dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam di Kompleks Presiden, Angkara, Turkiye dan perbincangan menumpukan perkara dijalankan semasa Sidang Kemuncak KL pada 2019.Erdogan turut mencadangkan, Dr Mahathir dan pasukan Sidang Kemuncak KL bekerjasama dengan pihak Turkiye dalam cadangan Sidang Kemuncak Istanbul akan datang.“Persidangan ini adalah bagi meneroka lagi potensi yang telah dikenal pasti dan meneruskannya semasa Sidang Kemuncak Istanbul akan datang.“Memandangkan perkembangan pesat dan kemajuan Turkiye dalam pelbagai bidang boleh dijadikan sebagai contoh kepada negara Islam lain,” kata kenyataan yang dikongsi dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook Dr Mahathir.Sidang Kemuncak KL pada 2019 diterajui Dr Mahathir selaku pengerusi diadakan selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) disertai 450 perwakilan dari 56 negara Islam yang terdiri daripada pemimpin negara, pemikir, cendekiawan, ahli politik dan pemimpin masyarakat.Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Erdogan atas kejayaan mengekalkan jawatan presiden dalam pilihan raya baru-baru ini.Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi yang memusnahkan beberapa wilayah sehingga mengorbankan ribuan rakyat negara itu.“Terdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran serta peperangan,” katanya.
4
22 Jun 2023 12:54pm
NORAWAZNI YUSOF
https://www.sinarharian.com.my/article/264750/berita/semasa/nenek-terpedaya-sindiket-phone-scam-rm79992-lesap
Nenek terpedaya sindiket phone scam, RM79,992 lesap
KUANTAN - Seorang warga emas kerugian RM79,992 selepas diperdaya sindiket panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara pada Selasa lalu.Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, wanita berusia 72 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek memaklumkan kad kredit miliknya telah digunakan untuk urus niaga penyeludupan dadah di luar negara.Menurutnya, suspek kemudian meminta maklumat perbankan mangsa dan telah mengaktifkan perbankan secara dalam talian bagi akaun tersebut."Setelah beberapa lama kemudian mangsa telah menerima beberapa SMS (khidmat pesanan ringkas) transaksi pemindahan wang dari akaun miliknya."Susulan itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 79,992 dan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan," katanya dalam satu kenyataan pada KhamisSehubungan itu, Yahaya berkata, polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan."Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.
4
22 Jun 2023 12:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264748/berita/nasional/isu-pasca-covid-19-pengambilan-tanah-punca-kelewatan-ltu
Isu pasca Covid-19, pengambilan tanah punca kelewatan LTU
KUALA LUMPUR - Punca utama kelewatan pembinaan Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) ialah isu pengambilan tanah dan pasca Covid-19, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Beliau berkata, kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang binaan turut menjadi punca kelewatan pembinaan projek berkenaan yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300 kilometer."Sebenarnya kelewatan ini sedikit sahaja iaitu 55.36 peratus berbanding 56.75 peratus unjuran. Jadi sedikit sahaja kelewatannya," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Mohd Apandi Mohamad berkenaan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan beberapa segmen projek LTU dan tidak mengikut jadual.Nanta berkata, pihaknya juga telah mengambil tindakan bagi mengatasi isu itu dengan mengadakan tadbir urus bersama agensi terlibat seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta pihak berkaitan kerajaan negeri."Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan permohonan perubahan harga ataupun variation of price (VOP) bagi membantu kontraktor menangani kenaikan harga barang," katanya.Sementara itu, Nanta berkata, laluan Seksyen 5B LTU dari Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap serta Seksyen 5A Persimpangan Krau, Raub akan dibuka untuk laluan kenderaan pada 26 Jun ini."Dijangka 500,000 kenderaan akan melalui laluan ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang menjelang tiba dan pengguna dapat menikmati penjimatan masa hingga 40 minit pada waktu puncak kerana tidak perlu lagi melalui Bandar Bentong dan Raub."Keseluruhan jajaran Lingkaran Tengah Utama LTU dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada 2026," katanya. - Bernama
4
22 Jun 2023 12:45pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264745/berita/nasional/malaysia-sebagai-hab-digital-asia-gubal-dasar-lebih-baik
Malaysia sebagai hab digital Asia, gubal dasar lebih baik
KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Kerajaan sedang menyediakan dasar dan undang-undang berkaitan aspek keselamatan data dan siber yang lebih baik sebagai langkah menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.Sehubungan itu, beliau berkata, usaha seperti melakukan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan meneliti Rang Undang-Undang Omnibus sedang dilaksana untuk menjadikan dasar digital negara lebih komprehensif.Beliau berkata, langkah itu kerana Malaysia kini menjadi lokasi pilihan pelabur asing dalam sektor digital, malah kedudukan Malaysia di tangga ke-27 dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2023 membuktikan negara menjadi perhatian syarikat asing dan pemain industri untuk melabur."Ramai pelabur melihat Malaysia sebagai destinasi yang selamat dan mereka yakin dengan dasar negara... ini memungkinkan kita menjadi hab digital serantau di rantau Asia."Malaysia boleh menjadi gerbang digital kepada rantau ini... kalau sektor pelancongan kita ada slogan Malaysia Truly Asia, untuk sektor ini kita boleh ketengahkan slogan seperti Digital Malaysia: Malaysia Through To Asia... iaitu negara sebagai gerbang digital kepada Asia,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Digital Malaysia 2023 di sini pada Khamis.Selain itu, Fahmi berkata, Malaysia juga perlu bekerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.Katanya, langkah itu akan melengkapkan ekosistem ekonomi digital negara dan rantau ini, sekali gus memungkinkan berlakunya dekad emas digital bagi negara dan Malaysia mungkin boleh menjadi 'Harimau Digital Asia'.Terdahulu, beliau merasmikan program yang akan berlangsung selama dua hari sehingga esok, menghimpunkan syarikat dan pemain industri digital tempatan bagi meneroka hala tuju sektor berkenaan mendepani cabaran dan keperluan global.Turut hadir pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mahadhir Aziz dan Presiden Malaysia Digital Association (MDA), Eileen Ooi.
4
22 Jun 2023 12:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264746/berita/politik/prn-umno-usaha-kekal-tanding-di-kerusi-tradisi
PRN: UMNO usaha kekal tanding di kerusi tradisi
PASIR GUDANG - UMNO akan berusaha untuk kekal bertanding di kerusi-kerusi tradisi mereka pada pilihan raya di enam negeri akan datang.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) masih belum diputuskan."Saya tidak ada 'figure' (jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi UMNO) kerana tidak terlibat dalam soal pengagihan kerusi, berapa kerusi itu biar (pucuk pimpinan tentukan)."Bagi UMNO kita akan berusaha (kekal bertanding) mana-mana kerusi yang jadi kerusi tradisi kita," katanya mengulas berkenaan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRN di enam negeri tidak lama lagi.Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Ibrahim Sultan (PSI) di sini pada Khamis.Mengenai isu pertindihan sembilan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, Mohamed Khaled berkata, rundingan kini di peringkat akhir.Jelasnya, banyak kerusi telah dimuktamadkan dan hanya beberapa kerusi belum selesai rundingan, perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan antara parti-parti yang terlibat.Tambah beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat keputusan nanti.Pada Ahad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sembilan kerusi tersebut akan dimuktamadkan di peringkat presiden parti dalam masa terdekat untuk diperincikan.Menurut Asyraf, perundingan pembahagian kerusi itu berjalan lancar dan harmoni sekali gus menepis persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan.
4
22 Jun 2023 12:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264744/berita/nasional/padu-mantapkan-pelaksanaan-subsidi-bersasar
Padu mantapkan pelaksanaan subsidi bersasar
KUALA LUMPUR - Pangkalan Data Utama (Padu) yang diwujudkan bagi menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah di negara ini dalam usaha memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar akan mula diguna pakai tahun depan.Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, semua maklumat itu akan diproses bersama dalam sistem API dan kemudian maklumat isi rumah akan dimasukkan ke Pangkalan Data Negara dan boleh diakses oleh penganalisis sektor awam."Kemudiannya, kerajaan dalam perancangan untuk (turut) memberikan akses kepada badan bukan kerajaan dan akademia selepas data isi rumah itu melalui tapisan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang ingin tahu cara-cara penambahbaikan penyasaran kategori T20, M40 dan B40 yang akan dilaksanakan oleh Padu.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Mei berkata, pelaksanaan Padu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan menggabungkan sebanyak mungkin maklumat sosio ekonomi bagi setiap isi rumah yang dapat membantu kerajaan menggubal dasar dan menyasarkan subsidi.Beliau berkata, menerusi Padu juga kerajaan dapat mengenal pasti ketirisan yang wujud sekali gus menambah baik pelaksanaan sistem subsidi kepada golongan sasaran. - Bernama
4
22 Jun 2023 12:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264741/berita/nasional/jumlah-pinjaman-kwsp-fsa2-hampir-rm1-bilion
Jumlah pinjaman KWSP FSA2 hampir RM1 bilion
KUALA LUMPUR - Sejumlah RM981.9 juta telah diluluskan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 11 Jun lepas, menurut Kementerian Kewangan.Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM878.6 juta di bawah Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan baki, RM103.3 juta dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).FSA2 telah dipohon oleh 168,925 orang, namun yang layak hanya 88,414 orang. Daripada jumlah ini, seramai 47,696 orang bersetuju untuk menerima tawaran pembiayaan tersebut, katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara pada Khamis.Ia menjawab pertanyaan lisan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu jumlah pencarum yang telah memohon dan mendapat kelulusan pinjaman menggunakan KWSP sebagai cagaran sehingga Mei 2023.Permohonan yang tidak layak adalah disebabkan pemohon tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayakan dan baki simpanan Akaun 2 tidak mencukupi.Permohonan program FSA2 Fasa 1 dibuka sejak 7 April lalu. - Bernama
4
22 Jun 2023 12:25pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264743/berita/sukan/dulu-manchester-city-kini-barcelona
Dulu Manchester City, kini Barcelona
BINTANG tengah Jerman, Ilkay Gundogan menyertai juara LaLiga, Barcelona secara percuma daripada pemenang treble Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, lapor BBC dan Sky Sports.Gundogan kelahiran Gelsenkirchen tersebut meninggalkan City selepas mengetuai kelab Inggeris itu ke Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim lalu, mengikat kontrak selama dua tahun yang berakhir Jun 2025 dengan pilihan.Pemain yang memulakan karier bersama kelab Jerman, VfL Bochum dari (2008 hingga 2009 menamatkan tempoh tujuh tahun yang fantastik di England menyaksikan dia memenangi 14 trofi, termasuk lima kejuaraan liga.Gundogan adalah rekrut pertama Pep Guardiola apabila dia mengambil alih City pada 2016 walaupun pemain itu diketepikan kerana kecederaan lutut apabila dia ditandatangani dari Borussia Dortmund.Dia terbukti menjadi pemain penting untuk perlawanan berintensiti besar di City, terutamanya sepanjang dua musim lalu apabila dia menjaringkan gol penting yang membantu City melakar beberapa trofi.Gundogan meninggalkan City setelah membuat lebih daripada 300 penampilan, menjaringkan 60 gol.Pengalamannya akan menjadi aset kepada pengendali Barca, Xavi selepas jeneral pemain tengah Sepanyol yang paling lama berkhidmat dan dipercayai, Sergio Busquets meninggalkan kelab itu pada penghujung musim selepas 18 tahun bersama armada Catalan itu.Barcelona memenangi kejuaraan LaLiga musim lalu, namun gagal keluar dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ketika mereka tersingkir pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol.
4
22 Jun 2023 12:22pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264739/berita/nasional/ahli-pengarah-wanita-syarikat-tersenarai-awam-kini-297-peratus
Ahli pengarah wanita syarikat tersenarai awam kini 29.7 peratus
KUALA LUMPUR - Penglibatan wanita sebagai ahli lembaga pengarah di peringkat 100 syarikat tersenarai awam teratas meningkat kepada 29.7 peratus pada 1 April 2023 berbanding 14 peratus pada 2016.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas."Ini adalah hasil daripada inisiatif Suruhanjaya Sekuriti yang telah menambah baik kod tadbir urus urusan korporat Malaysia pada 2021 yang semua syarikat tersenarai awam telah diwajibkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah daripada kalangan wanita."Inisiatif ini telah berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan pada 1 Jun 2023, bagi syarikat tersenarai yang lain-lain," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh tentang statistik semasa penglibatan wanita bagi jawatan utama kerajaan dan juga selaku pembuat keputusan untuk sektor swasta.Aiman Athirah berkata, statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan statistik wanita di peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam ialah 38.8 peratus hingga Disember 2022.Beliau berkata, 21 peratus iaitu 204 syarikat daripada 979 syarikat tersenarai awam mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam kalangan ahli lembaga pengarah manakala 24 peratus daripada syarikat berkaitan kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat sama.Selain itu, beliau berkata, nisbah bilangan wanita di peringkat tertinggi iaitu barisan kepimpinan utama seperti jawatan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, ketua pegawai teknikal dan ketua pegawai operasi di syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam telah melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita.Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menyokong usaha mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan.Katanya, ini merangkumi tiga cabang strategi iaitu penambahbaikan perundangan dan dasar bagi menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk wanita, menyediakan ekosistem yang menyokong penglibatan wanita serta menyediakan peluang dan akses kepada latihan bagi meningkatkan kesedaran serta kolaborasi bersama pihak berkepentingan. - Bernama
4
22 Jun 2023 12:16pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264738/berita/sukan/mumtalakat-tingkat-pegangan-dalam-mclaren
Mumtalakat tingkat pegangan dalam McLaren
ENTITI pelaburan Bahrain, Mumtalakat membeli saham utama dan waran bernilai 400 juta pound (AS$510.48 juta) dalam syarikat pembuat jentera McLaren daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dan Pengurusan Ares, lapor Sky News pada Khamis.Bagaimanapun menurut laporan itu, urus niaga tersebut tidak akan membawa sebarang suntikan tambahan wang baharu ke dalam pasukan berpusat di England tersebut.Pembelian itu secara tidak langsung akan mengembangkan pegangan majoriti Mumtalakat dalam kumpulan McLaren, termasuk pembuat kereta super Britain serta McLaren Racing.Sebagai rekod, firma pelaburan global Ares Management dan PIF Saudi menyediakan sebahagian besar daripada pelaburan ekuiti 550 juta pound dalam kumpulan McLaren pada Julai 2021.Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, Mumtalakat tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berkenaan perkara tersebut.Sementara itu, pengurusan Ares pula enggan mengulas manakala McLaren dan PIF tidak memberikan sebarang maklumbalas.Dalam industri sukan, McLaren lebih dikenali dengan McLaren Racing Limited, sebuah ialah pasukan perlumbaan permotoran Britain yang berpangkalan di Pusat Teknologi McLaren di Woking, Surrey, England.McLaren terkenal sebagai pembuat enjin pasukan Formula Satu (F1), entiti kedua tertua aktif dan pasukan F1 kedua paling berjaya selepas Ferrari dari Itali.Sebagai rekod, McLaren merupakan juara lapan kali Kategori Pembuat Enjin, 12 kali Kategori Pemandu sepanjang berkecimpung dalam perlumbaan F1.
4
22 Jun 2023 12:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264737/berita/nasional/projek-rintis-stesen-minyak-tanpa-subsidi-jimatkan-rm6-juta
Projek rintis stesen minyak tanpa subsidi jimatkan RM6 juta
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan projek rintis stesen minyak tanpa subsidi di dua stesen di Perlis sejak Februari lepas berjaya menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal, namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan."Dalam dua bulan pertama ada penurunan jualan minyak diesel dan RON 95 di stesen yang bersubsidi dengan penjimatan masing-masing RM1.77 juta dan RM3.98 juta dan pada masa sama di stesen minyak tanpa subsidi ada peningkatan (jualan) diesel dan juga RON 95."Maksudnya di sini kenderaan asing itu sendiri berbuat demikian kerana harga bahan bakar di Thailand lebih mahal. Jadi macam mana pun mereka datang dan beli di negara kita walaupun tanpa subsidi (kerana) harganya lebih murah dari negara mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu secara terperinci berkenaan mekanisme pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi serta mekanisme pengawalan minyak bersubsidi.Dua stesen minyak yang terlibat dengan projek rintis tersebut ialah di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.Sementara itu, Fuziah berkata kementerian turut melaksanakan Ops Tiris sebagai satu lagi mekanisme untuk mengawal ketirisan subsidi bahan bakar."Sepanjang Ops Tiris dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Mei, sebanyak 6,571 pemeriksaan dilaksanakan di mana terdapat 221 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM5.41 juta dan 198 tangkapan,” katanya. - Bernama
4
22 Jun 2023 12:10pm
NOOR AZLIDA ALIMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264740/berita/semasa/yasin-masih-di-hospital-bahagia
Yasin masih di Hospital Bahagia
PETALING JAYA - Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa, penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang berdepan kes dadah, masih ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya.Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berkata demikian ketika prosiding kes berlangsung di hadapan Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad.Menurutnya, pihak pendakwaan juga masih belum menerima laporan psikiatri pelantun lagu 'Mimpi Laila' itu daripada pihak hospital."Ketika prosiding terdahulu, mahkamah menetapkan Khamis untuk keputusan laporan berkenaan, namun pihak pendakwaan dimaklumkan bahawa ia dalam proses untuk disiapkan."Susulan itu, saya memohon agar mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes berhubung perkara tersebut," katanya.Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili penyanyi berusia 48 tahun itu mengesahkan, pihak pembelaan telah dimaklumkan mengenai perkara yang sama."Mengikut undang-undang, pihak hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk menyediakan perincian tahap kesihatan Muhammad Yasin dan kami tidak membantah sekiranya tarikh lain ditetapkan untuk sebutan kes seterusnya," katanya.Nik Nasimah kemudiannya menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan kes bagi status kesihatan bapa kepada dua anak itu.Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.ARTIKEL BERKAITAN: Yasin diarah rujuk ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan mentalPertuduhan edar dadah terhadap Yasin ditukar memiliki[VIDEO] Yasin lega terlepas hukuman gantungPertuduhan tanam 17 pokok ganja babit Yasin kekal
4
22 Jun 2023 12:08pm