author_name
stringclasses 77
values | article_url
stringlengths 71
524
| article_title
stringlengths 14
86
| article_text
stringlengths 242
35.4k
| reading_time
stringclasses 1
value | article_dt
stringlengths 19
25
|
---|---|---|---|---|---|
SAIFULLAH AHMAD | https://www.sinarharian.com.my/article/265047/berita/sukan/pdrm-fc-peroleh-tiga-mata-di-ipoh | PDRM FC peroleh tiga mata di Ipoh | PDRM FC mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super apabila berjaya menumpaskan Perak FC di Stadium Perak di Ipoh pada Jumaat.Minit awal perlawanan menyaksikan Perak FC menguasai permainan dengan beberapa percubaan.Bagaimanapun memasuki minit ke-17, PDRM FC memperoleh peluang terbaik menerusi tandukan Marcus Macauly namun melepasi palang gol.Kad kuning pertama dilayangkan Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi ke atas pemain Perak FC, Muhamad Alif Zikri kerana mengasari pemain lawan.Perak FC hampir mendahului perlawanan menerusi sepakan percuma oleh Che Mohamad Suhairi pada minit ke-42 namun berjaya ditumbuk keluar penjaga gol PDRM FC, Muhammad Aqil Abdul Razak.Keputusan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan.Bersambung babak kedua, PDRM FC mengasak ke kubu tuan rumah dengan beberapa percubaan.Hasilnya pada minit ke-50, pemain import PDRM FC, Uche Agba berjaya mendahului jaringan menewaskan penjaga gol Perak FC, T Shaheeswaran.Berselang enam minit kemudian, Perak FC dihukum lagi dengan jaringan kedua pasukan pelawat menerusi Nabil Latpi.Pada minit ke-64, PDRM FC hampir menambah lagi jaringan namun tandukan Alif Najmi hasil umpanan melalui sepakan percuma Marcus Macauly mengatasi palang gol.Sementara itu, Perak dihadiahkan gol pertama pada minit ke-72 menerusi jaringan sendiri apabila James Okwuosa tertampan ke gawang PDRM FC.Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan berkenaan. | 4 | 23 Jun 2023 11:03pm |
MUHAMMAD AMINNURALIFF | https://www.sinarharian.com.my/article/265046/berita/semasa/video-tiktok-cuba-fitnah-polis-disiasat | Video TikTok cuba fitnah polis disiasat | SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik menerusi TikTok dengan hantaran mendakwa terdapat unsur rasuah melibatkan anggotanya pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati video tular tersebut memaparkan sebuah kenderaan ditarik dengan lori."Video tersebut turut disertakan dengan hantaran mendakwa polis menerima rasuah dan semua di bawah kawalan pihak polis."Siasatan dijalankan kemudiannya mendapati kejadian tersebut berkaitan wakil daripada bank telah membuat satu laporan polis mengenai tindakan menarik kenderaan tersebut kerana telah tertunggak bayaran ansuran selama lima bulan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Katanya, siasatan mendapati pemilik akaun tersebut telah menggunakan kata-kata berunsur fitnah."Tindakan pemilik akaun yang memuat naik video dan hantaran tersebut dipercayai cuba menjejaskan imej dan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya.Menurutnya, sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid Rusazman Sharan di talian 019-222 3361.Pada Jumaat, tular video dan hantaran di TikTok yang didapati cuba menjejaskan reputasi PDRM. | 4 | 23 Jun 2023 10:24pm |
NAZRIN ZULKAFLI | https://www.sinarharian.com.my/article/265045/berita/nasional/kj-dakwa-isham-zaid-serang-badan-kehakiman | KJ dakwa Isham, Zaid serang badan kehakiman | SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai individu yang mempertikai, meremehkan dan menyerang badan kehakiman negara.Menurutnya, ini adalah kerana Isham mencadangkan untuk menubuhkan tribunal kehakiman bagi menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.Selain itu, tambah beliau, Zaid pula menyifatkan UMNO tidak serius menuntut pengampunan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak membuat sebarang usaha untuk meyakinkan orang awam mengenai pengampunan diraja itu.“Bagi saya, ini adalah serangan terhadap badan kehakiman. Apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa ini tidak menjadi masalah, habislah cerita di situ. Kenapa perlu ada serangan bertubi-tubi terhadap institusi kehakiman negara kita, mempertikaikan, meremehkan kehakiman kita?“Kedua, isunya adalah dinamika dalaman UMNO, yang mana (pemimpin) sudah jadi menteri lupakan ‘Bossku’, tetapi masih ada lagi (individu dalaman UMNO) pejuang-pejuang ‘Bossku’,” katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.Pada 19 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan berhubung kes rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan ketika mengendalikan perbicaraan Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu turut dipersetujui pihak Jabatan Peguam Negara.Menurut Khairy, berdasarkan makluman Perdana Menteri itu, ia telah membuktikan bahawa Anwar yang merupakan seorang mementingkan tatakelola, kebebasan institusi telah melakukan satu tindakan betul.“Dia (Anwar) nak tunjuk bahawa tidak ada kesilapan ataupun kesalahan yang berlangsung dalam hal ini,” ujarnya.Sementara itu, Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, sesetengah individu yang menunggang isu Najib itu tidak memberikan sebarang keuntungan kepada beliau.“Di akhirnya, hanya ada satu jalan sahaja iaitu pengampunan atau tidak mendapat pengampunan.“Secara asasnya, dapat pengampunan atau tidak, itu sebenarnya kita tunggu. Apa keputusan yang akan dibincang dalam Lembaga Pengampunan yang saya difahamkan akan berjumpa dalam sebulan dua lagi,” ujarnya. | 4 | 23 Jun 2023 10:16pm |
NOOR AZLIDA ALIMIN | https://www.sinarharian.com.my/article/265044/berita/semasa/kes-kutu-sapiza-ibu-tiga-anak-didakwa-lagi | Kes kutu Sapiza: Ibu tiga anak didakwa lagi | SHAH ALAM - Seorang wanita yang dikaitkan dengan pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah sebanyak RM28,000, tahun lalu.Nurshafeza Jamaludin, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.Ini merupakan kali ketiga dia dituduh di mahkamah, yang mana sebelum ini melibatkan keseluruhan pertuduhan kes penipuan pelaburan berjumlah RM75,000 di mahkamah di Johor dan daerah ini.Mengikut pertuduhan, ibu kepada tiga orang anak itu didakwa melakukan kesalahan itu daripada wanita berusia 42 tahun, di sebuah unit pangsapuri di Puchong antara 22 Oktober sehingga 1 Disember 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 137(1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ching Hong mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.Bagaimanapun, peguam, Shahrin Satheer merayu agar ikat jamin dikurangkan memandangkan anak guamnya telah didakwa satu pertuduhan di mahkamah di Johor dan dua pertuduhan di sini semalam."Dia perlu menyara tiga anaknya yang berusia enam bulan hingga tujuh tahun selain telah direman selama 25 hari," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Muhamad Anas membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Julai depan.Pada 12 Februari lepas, media melaporkan pihak polis menahan lapan individu termasuk enam wanita disyaki terlibat dalam skim sapiza extra saving di empat negeri dalam serbuan pada 27 Jan susulan 116 laporan yang diterima pihak berkuasa di seluruh negara berhubung skim penipuan itu melibatkan kerugian RM4.43 juta. | 4 | 23 Jun 2023 09:53pm |
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR | https://www.sinarharian.com.my/article/265043/berita/nasional/wujud-garis-panduan-jelas-isu-elaun-pelatih---kj | Wujud garis panduan jelas isu elaun pelatih - KJ | SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perlu ada suatu garis panduan jelas mengenai hak bagi pelatih industri dan majikan berhubung dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.Menurutnya, apabila undang-undang dan peraturan mengenai isu berkenaan samar maka eksploitasi terhadap perkara sedemikian boleh berlaku."Perkara ini perlu dari segi keadilan untuk pelatih dan juga majikan. Bila keadaan itu samar di mana tak ada garis panduan, undang-undang dan peraturan maka ada risiko majikan ambil kesempatan dengan menggunakan pelatih untuk melakukan kerja melebihi apa diharapkan pelajar itu sendiri."Mereka menjadi buruh percuma sebab tak ada perjanjian, undang-undang dan garis panduan. Tujuan latihan industri sebenarnya nak beri pengalaman pada pekerja muda bukan gunakan mereka sebagai buruh percuma atau kos rendah."Jadi kita perlu ada satu garis panduan jelas agar kedua-kedua pekerja pelatih dan majikan tahu apa hak mereka selain apa mereka perlu dibayar serta manfaat perlu diberi pada majikan," katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.Pada 18 Jun lepas, kerajaan akan meneliti isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau 'intern' supaya mendapat pertimbangan sewajarnya.Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan 'intern' tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma.Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, perkara kedua adalah peraturan berkenaan mesti dibangunkan supaya ia mengekalkan semangat pertama 'internship' iaitu memberi pengalaman."Kalau peraturan dan undang-undang itu seolah-olah menganggap pelatih industri itu pekerja tetap atau pelatih itu sendiri harap bahawa mereka sebagai pekerja tetap dan mereka demand' sebagai pekerja tetap maka bagi saya ia adalah tidak patut berlaku."Ya... memang pelatih menyumbang pada syarikat dan organisasi tetapi mungkin organisasi lebih menyumbang pada pelatih tersebut sebab pelatih itu baharu sahaja sama ada mereka masih di IPT atau baru keluar dari IPT."Sebenarnya nilai tambah itu lebih dari majikan dan organisasi kepada pelatih. Jadi harapan pelatih itu kena realistik dan jangan ingat bahawa mereka adalah pekerja tetap," ulasnya. | 4 | 23 Jun 2023 09:44pm |
MUHAMMAD AMINNURALIFF | https://www.sinarharian.com.my/article/265041/berita/semasa/pekerja-dobi-positif-dadah-diberkas-ketika-lari-dari-ditahan | Pekerja dobi positif dadah diberkas ketika lari dari ditahan | PETALING JAYA - Cubaan seorang pekerja kedai dobi yang melarikan diri ketika ditahan polis mengundang padah apabila diberkas berhampiran Terowong Penchala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) setelah dikejar lebih 10 kilometer pada Jumaat.Suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan itu pada mulanya ditahan polis di Persiaran Surian, Kota Damansara di sini.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 26 tahun itu yang memandu sebuah kereta jenis Proton Waja bagaimanapun terus melarikan diri."Anggota polis bertugas bertindak mengejar kenderaan suspek sebelum ia terbabas dan melanggar tembok penghadang jalan."Suspek kemudiannya diberkas setelah dikejar lebih 20 minit dari Persiaran Surian, Kota Damansara," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Katanya, pemeriksaan dijalankan ke atas kenderaan suspek menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk jenayah pecah rumah.Polis mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya menahan suspek berhampiran Terowong Penchala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) pada Jumaat."Ujian saringan yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis syabu."Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.Menurutnya, suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 09:39pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265042/berita/nasional/malaysia-kutuk-tindakan-israel-bunuh-orang-awam-di-tebing-barat | Malaysia kutuk tindakan Israel bunuh orang awam di Tebing Barat | KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan ganas dan pembunuhan orang awam di Tebing Barat, berikutan peningkatan keganasan yang terkini.Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat menyatakan bahawa pada prinsipnya Malaysia menggesa agar perbuatan tersebut dikekang dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk meredakan ketegangan."Malaysia amat bimbang dengan peningkatan insiden maut di Tebing Barat di mana berlaku kehilangan nyawa dan ramai lagi yang cedera."Pertempuran di Jenin pada 19 Jun 2023 yang secara langsungnya berpunca daripada serangan terbaharu tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kawasan yang diduduki. Serbuan ini secara terang-terangan tidak menghiraukan dan tidak menghormati hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menuntut Israel menghentikan segala tindakan provokatif, tindakan unilateral dan kekejaman yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersalah, demi kepentingan keamanan dan kestabilan."Malaysia berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak mereka untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan Wisma Putra itu. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 09:38pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265038/berita/sukan/400-anggota-polis-kawal-aksi-separuh-akhir-piala-fa | 400 anggota polis kawal aksi separuh akhir Piala FA | SEBANYAK 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bagi tujuan kawalan keselamatan pada aksi separuh akhir Piala FA 2023, Ahad ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din berkata, sebagai langkah keselamatan, petugas juga akan melakukan pemeriksaan badan dan beg di pintu masuk dan selepas memasuki stadium bagi menyaksikan pertemuan antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC."Penonton diingatkan agar sama sekali tidak membawa masuk barangan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, botol air, botol kaca, minuman keras, tin minuman, laser, mancis, pemetik api dan power bank."Turut tidak dibenarkan dibawa masuk adalah sebarang objek tajam sama ada besi atau kayu, senjata tajam seperti pisau, gunting, parang serta payung atau tongkat, dron dan sebarang alat pembesar suara atau alat peniup yang mengeluarkan bunyi bising," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Abdul Rahim berkata, polis juga memberi amaran keras kepada penyokong kedua-dua pasukan agar tidak menimbulkan kekecohan pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam."Penyokong tidak dibenarkan menganjurkan perhimpunan, perarakan atau membuat provokasi, pergaduhan, merusuh atau nyanyian dalam bentuk sindiran atau hinaan, serta membakar atau menyalakan suar dan sebagainya."Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang sedia ada oleh para penyokong. Oleh itu, polis menyeru kerjasama semua pihak agar dapat mematuhi sepenuhnya garis panduan kawalan keselamatan di stadium seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya.Beliau berkata, polis trafik juga akan ditempatkan di sekitar stadium bagi mengawal aliran lalu lintas dan orang ramai dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama stadium. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 09:35pm |
SYAMILAH ZULKIFLI | https://www.sinarharian.com.my/article/265039/berita/politik/jangan-lagi-fikir-soal-kj---ahmad-faizal | 'Jangan lagi fikir soal KJ' - Ahmad Faizal | SEREMBAN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap persoalan sama ada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyertai parti itu atau sebaliknya tidak lagi difikirkan.Menurutnya, ada perkara lain yang perlu lebih diberi perhatian berbanding daripada memikirkan soal kedudukan seseorang pemimpin."Saya harap kita tak perlu terlalu fikir tentang seorang pemimpin, tapi perlu bimbang keadaan kos sara hidup rakyat begitu tinggi dan sebagainya yang perlu diberi keutamaan."Pemimpin politik datang dan pergi, kami semua sepatutnya beri fokus untuk pelihara rakyat daripada memikirkan di mana seseorang nak bertanding," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan PN Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian menjawab status bekas Ahli Parlimen Rembau itu dengan Bersatu.Bagaimanapun ujarnya, beliau menghargai pemimpin seperti Khairy yang meletakkan rakyat lebih penting daripada kedudukan sendiri."Yang pentingnya Khairy seorang tokoh pimpinan yang bukan mengharapkan jawatan, bertanding dalam pilihan raya atau gelaran berhormat sebagai satu keperluan."Beliau saya lihat sebagai seorang tokoh pimpinan yang sanggup bekerja untuk rakyat dan negara dalam apa juga kapasiti. Itu jauh lebih penting," katanya.Ahmad Faizal juga memberitahu, ada berjumpa dengan Khairy pada malam Khamis dan membincangkan perihal rakyat."Malam semalam saya dengan dia dan kami ada satu perbincangan yang cukup panjang, menarik dan insya-ALLAH akan membuahkan hasil seperti mana kita harapkan," katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Khairy mengakui sudah mempunyai jawapan berhubung pelawaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut.Bercakap ketika podcast 'Keluar Sekejap', bekas Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas mengenai jawapan diberikan kepada Muhyiddin."Saya telah jumpa dan beri pandangan saya tetapi beliau minta saya fikir lagi."Bagi saya ada kata putus, tetapi apabila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikirkan lagi. Kita fikirkan lagilah," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 09:31pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265037/berita/hiburan/selamat-disatukan-shuib-kini-milik-watie | Selamat disatukan, Shuib kini milik Watie | PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam sekitar jam 8.47 malam Jumaat.Pasangan berkenaan dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchong, Selangor, Ustaz Zubairi.Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.Usahawan itu turut ditemani empat cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni; 12, Dzahira Talita Zahra; 10, Ariq Matin; 8, dan Ayash Affan berusia dua tahun.Hari bahagia pasangan berkenaan turut diraikan 600 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat kedua belah pengantin.Antara artis dan selebriti yang hadir meraikan pasangan mempelai ialah Fad Bocey, Marsha Milan, Fasha Sandha, Wan Sharmila, Nora Danish, Dafi, Haiza, MK K-Clique dan lain-lain.Majlis pasangan ini mendapat tajaan RM1.7 juta termasuk barangan kemas.Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Shuib.Terdahulu usahawan tersebut mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah Raisudin yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. | 4 | 23 Jun 2023 09:23pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265036/berita/sukan/terbuka-taiwan-tiga-beregu-malaysia-layak-ke-separuh-akhir | Terbuka Taiwan: Tiga beregu Malaysia layak ke separuh akhir | TIGA pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023 pada Jumaat.Apa yang lebih menarik, Malaysia sudah pasti akan mempunyai wakil pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasangan negara itu, akan berhadapan antara satu sama lain di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Arena Tian-Mu, Taiwan.Pada perlawanan suku akhir hari ini, selaku pasangan pilihan pertama kejohanan Yew Sin-Ee Yi, berjaya mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah Lee Fang-Chih- Lee Fang-Jen, 15-21, 21-19, 21-17.Pasangan Wei Chong-Kai Wun, yang juga naib juara Masters Malaysia 2023 pula mengambil masa 32 minit untuk mengejutkan satu lagi pasangan tuan rumah, yang juga pasangan pilihan keempat kejohanan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 21-19, 21-19.Sementara itu pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga layak ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan tuan rumah Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, 21-15, 21-14.Pasangan pilihan keempat kejohanan itu, akan berhadapan satu lagi pasangan tuan rumah Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin yang mengalahkan satu lagi pasangan negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-18, 21-14. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 08:46pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265035/berita/semasa/kes-ebit-lew-whatsapp-juga-dikesan-mengandungi-gambar-video-lucah | Kes Ebit Lew: WhatsApp juga dikesan mengandungi gambar, video lucah | TENOM - Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat satu Kumpulan WhatsApp mengandungi gambar dan video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit yang diterimanya pada 8 Oktober 2021.Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, telefon bimbit itu dihantar ke makmal forensik PDRM kira-kira pukul 12.02 tengah hari oleh pegawai penyiasat.Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata, telefon bimbit itu disimpan dalam keadaan selamat, sebelum dikeluarkan pada 22 Oktober 2021 untuk proses analisis namun telefon bimbit itu mempunyai kata laluan."Saya menghubungi pegawai penyiasat untuk mendapatkan kata laluan bagi membolehkan akses oleh sistem analisis dan telah diberikan pada hari yang sama...saya kemudian jalankan analisis terhadap telefon bimbit itu sebelum menemukan Kumpulan WhatsApp itu," katanya.Latifah berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad yang bertanya hasil analisis saksi terhadap telefon bimbit yang diterimanya itu.Ebit Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan perbicaraan disambung dari 16 hingga 18 Ogos depan. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 08:46pm |
SYAMILAH ZULKIFLI | https://www.sinarharian.com.my/article/265034/berita/politik/pn-negeri-sembilan-puas-hati-agihan-kerusi-prn | PN Negeri Sembilan puas hati agihan kerusi PRN | SEREMBAN - Semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berpuas hati dengan jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan buat masa ini bagi mengelakkan berlakunya perdebatan di peringkat bawahan."36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semuanya akan ditandingi PN. Saya tak fikir kita perlu beritahu jumlah pembahagian kerusi kerana bagi saya kita bergerak dan bekerja sebagai satu pasukan."Tapi pembahagian kerusi itu memadai dan kesemua parti komponen amat berpuas hati. Kami juga tiada masalah antara satu sama lain," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan PN Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.Sementara itu beliau berkata, semua parti telah pun menghantar senarai calon untuk dipertimbangkan bertanding di setiap kerusi yang ditandingi mereka.Ujarnya, kesemua senarai tersebut telah pun dihantar kepada kepimpinan tertinggi parti dan buat masa ini ia dalam proses saringan."Biasanya di setiap DUN tak kurang dari tiga nama dan ada hantar dua nama. Kita juga ada dapat cadangan nama dari sumber-sumber lain."Tapi untuk kesemua 36 DUN itu dah 'solid' dihantar kepada pucuk pimpinan dan sekarang proses saringan," katanya.Dalam pada itu beliau berkata, potensi PN mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan cukup tinggi, namun mengakui kekuatan pihak lawan.Tambahnya, kajian yang dilakukan pihaknya juga mendapati ada perubahan ketara terutama dalam kalangan pengundi Melayu yang sebelum ini menyokong BN tetapi kini telah beralih kepada PN."Sebelum ini (Pilihan Raya Umum Ke-15) kita tiada menang kerusi Parlimen. Jadi kami kena kerja lebih kuat berbanding orang lain," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 08:40pm |
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | https://www.sinarharian.com.my/article/265033/berita/semasa/suspek-ditahan-dalam-kapal-terbang-bersabit-kes-along | Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes along | JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan penahanan seorang suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Rabu lalu, yang tular di aplikasi TikTok Rabu lalu, berkait dengan kesalahan jenayah ceti haram atau along.Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek berusia 28 tahun itu merupakan salah seorang penumpang dalam penerbangan tersebut yang baharu tiba dari utara tanah air.Katanya, penahanan lelaki terbabit dibuat mengikut undang-undang."Polis mengesan satu video tular di aplikasi TikTok pada Jumaat berkaitan tangkapan seorang suspek dibuat polis di dalam sebuah kapal terbang."Ketika kejadian (Rabu), polis sedang menjalankan tugas dan berjaya mengesan suspek yang merupakan penumpang dalam pesawat berkenaan hasil risikan dibuat."Penahanan suspek beserta empat rakannya yang berusia antara 21 hingga 30 tahun sebelum itu dibuat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah Raub, kesemua suspek direman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan. | 4 | 23 Jun 2023 08:32pm |
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR | https://www.sinarharian.com.my/article/265031/berita/nasional/konsert-coldplay-beri-limpahan-ekonomi-kepada-negara---kj | Konsert Coldplay beri limpahan ekonomi kepada negara - KJ | SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kesan ganda kepada ekonomi negara menjadi lebih besar menerusi penganjuran konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay di Malaysia.Beliau menjelaskan negara akan mendapat limpahan ekonomi susulan ramai pengunjung akan berbelanja di negara ini."Orang ingat konsert hanya sekadar konsert sahaja tetapi lupa bahawa apabila buat konsert artis antarabangsa."Orang akan datang dari luar dan mereka kena ambil bilik hotel, kena tempah penerbangan (flight) dan akan belanja. Jadi kesan ganda kepada ekonomi kita besar," menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.Pada Selasa, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert Coldplay.Beliau berkata, Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara berkenaan.Sebelum ini media melaporkan Coldplay mencatat sejarah sebagai kumpulan yang mengadakan konsert terbanyak di satu lokasi secara berturut-turut dalam tempoh enam hari di Stadium Nasional, Singapura sempena konsert jelajah Music Of The Spheres, Januari tahun depan.Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, perlu ada strategi untuk mengatasi masalah berkenaan susulan antara aliran modal atau perolehan mata wang asing paling besar adalah melalui pelancongan."Ini kerana pelancong datang beli guna ringgit sebab nak belanja di sini. Itu antara perolehan mata wang asing nombor dua atau ketiga terbesar untuk negara kita."Tetapi kita masih lagi tidak letak Malaysia di peta pelancong berbanding Singapura atau Bangkok," ulasnya.Khairy Jamaluddin turut membangkitkan mengenai strategi pelancongan negara selain mempersoalkan perlu menunggu Tahun Melawat Malaysia untuk mempelbagaikan acara dan program di negara ini."Tak kan kita menunggu untuk Tahun Melawat Malaysia setiap empat atau lima tahun atau kita bergantung pada satu pasaran sahaja iaitu 'pakej tour' dari China. Apa kita punya naratif dalam sudut pelancongan."Dulu kita ada tagline 'Malaysia Truly Asia' dan tagline sangat cantik tetapi apa produk-produk dia menjadikan Malaysia ini sebagai truly Asia. Saya risau bahawa satu ketika nanti lebih jauh ketinggalan kita dalam hal pelancongan ini," ujarnya.Justeru, beliau menggesa kerajaan terutama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) supaya lebih aktif dan perancangan untuk mengadakan konsert dan acara antarabangsa pada masa akan datang."Kita jangan reaktif apabila tahu Coldplay nak buat konsert barulah kita nak kejar konsert tersebut. Kena ada pegawai-pegawai bawah kementerian pelancongan yang sudah ada jangkaan bahawa 'band' (kumpulan muzik) ini akan buat 'tour'."Dahulu kita ada Formula Satu (F1) yang dijadikan program utama dalam kalendar pelancongan kita dan sekarang sudah tidak ada. Jadi kita kena lebih agresif," ujar beliau. | 4 | 23 Jun 2023 08:19pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265029/berita/nasional/kerajaan-tetap-harga-kawalan-maksimum-beras-di-peringkat-kilang-borong | Kerajaan tetap harga kawalan maksimum beras di peringkat kilang, borong | PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong berkuat kuasa 16 Jun lepas sebagai tindakan segera memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil serta terkawal.Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersial dan Lesen Borong Beras dikehendaki mematuhi harga kawalan maksimum selaras surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 16 Jun 2023.Menurut KPKM, harga kawalan maksimum beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5) di peringkat runcit ialah RM2.60 sekilogram sepertimana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522]."Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan susulan dakwaan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin bahawa akan ada peningkatan harga antara RM1 dan RM2 untuk beras 10 kilogram pada Julai ini.Kenyataan itu menyebut ketika ini, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram."Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import,” menurut KPKM sambil menambah harga pasaran beras dalam negara adalah stabil kerana harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dikawal oleh kerajaan.Katanya, pemantauan berterusan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga serta bekalan beras sentiasa stabil. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 08:08pm |
MOHD AZLIM ZAINURY | https://www.sinarharian.com.my/article/265027/berita/politik/caretaker-government-sehingga-pembentukan-kerajaan-baharu---mb | ‘Caretaker government’ sehingga pembentukan kerajaan baharu - MB | SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan negeri Selangor bermula Jumaat akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seperti yang telah beliau umumkan pada Isnin lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 dibubarkan pada Jumaat.Menurutnya, pembubaran itu selepas dicadangkan dan menerima perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Isnin minggu lalu."Pagi tadi juga, Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Tuan Ng Suee Lim telah menyerahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Selangor kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Selangor, Shafie Taib."Susulan itu, pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan 'caretaker', bagi memastikan tatakelola, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dipelihara."Ini bagi memastikan program dan dasar kerajaan negeri terutamanya sistem perkhidmatan kerajaan tetap berjalan dengan efisien," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, beliau menambah, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan melaksanakan fungsi sebagai pengerusi jawatankuasa tetap portfolio masing-masing supaya keputusan-keputusan dasar yang dibuat sebelum pembubaran diimplementasikan dengan sempurna tanpa membuat perubahan dasar atau keputusan substantif yang baharu."Bagi memastikan prinsip 'good governance' terus diangkat, saya telah mengarahkan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya kereta rasmi tidak digunakan semasa menghadiri program dan mesyuarat politik."Dalam pada itu, semua exco akan menyerahkan semula kereta rasmi sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Selangor 2023," tambahnya.Ikuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini! | 4 | 23 Jun 2023 07:53pm |
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | https://www.sinarharian.com.my/article/265026/berita/nasional/fama-lancar-jualan-aidiladha-madani-ahad-ini | FAMA lancar Jualan Aidiladha Madani Ahad ini | JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), akan melancarkan Jualan Aidiladha Madani Ahad ini di 203 lokasi pasar tani FAMA di seluruh negara.Menurut Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkifli, Jualan Aidiladha Madani itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan bekalan makanan sempena musim perayaan."FAMA akan lancarkan Jualan Aidiladha Madani Ahad ini di Shah Alam, Selangor dan di semua 203 pasar Tani FAMA di seluruh negara."Pengguna boleh ke pasar tani FAMA bagi mendapatkan barangan keperluan asas seperti daging, ayam, santan dan kelongsong ketupat."Secara keseluruhannya, kita menyasarkan nilai jualan sebanyak RM11 juta," katanya.Aminuddin berkata demikian pada sidang media sempena FAMA Fest 2023 di AEON Bukit Indah, di sini yang disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.Sementara itu, Aminuddin berkata, FAMA memberikan jaminan bekalan keperluan asas sempena perayaan Aidiladha minggu depan mencukupi."Sehingga pagi tadi (Jumaat) saya difahamkan bekalan mencukupi."Tentang harga, ia bukan di bawah FAMA, tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 07:53pm |
MUKHRIZ MAT HUSIN | https://www.sinarharian.com.my/article/265025/berita/politik/menang-saman-rm10-juta-signal-pkr-pelihara-mandat-rakyat | Menang saman RM10 juta: Signal PKR pelihara mandat rakyat | SHAH ALAM - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan RM10 juta kepada bekas ahli Parlimen parti itu yang melanggar syarat bon parti merupakan signal jelas bahawa parti tersebut memelihara mandat diberikan oleh rakyat.Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, perbuatan beralih dari satu parti ke parti lain hanya atas kapasiti kepentingan peribadi wajib dinoktahkan.“Perbuatan khianat dan kacau ganggu demokrasi telah pun meletakkan negara di kancah ketidakstabilan politik dan ekonomi dan kos sebenar adalah melangkaui jumlah RM10 juta pada dasarnya.“Sistem emokrasi berparlimen harus terus dipelihara dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti jumlah itu selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.Dalam pada itu, ujar Fadhlina, keputusan berkenaan jelas merupakan kemenangan kepada rakyat yang memberikan mandat kepada individu-individu yang bertanding di bawah tiket parti.“Wanita PKR menyambut baik keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan parti untuk menuntut RM10 juta daripada bekas-bekas ahli Parlimen PKR yang melanggar syarat bon parti,” menurutnya.ARTIKEL BERKAITAN:PKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - HakimPKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar partiSaman PKR terhadap Zuraida keputusan tepat - Nik Nazmi | 4 | 23 Jun 2023 07:50pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265024/berita/politik/kempen-prn-saranan-sanusi-hanya-manis-kata-di-bibir-sahaja | Kempen PRN: Saranan Sanusi hanya 'manis kata di bibir sahaja' | PENDANG - Saranan yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar semua pihak memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai 'anak jantan' dengan tidak menggunakan aset dan agensi kerajaan diibaratkan seperti 'manis kata di bibir sahaja'.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan tindakan yang dibuat pemimpin berkenaan juga hanyalah satu 'momokan' berlebihan dimainkan dengan cara tidak sepatutnya.Tambah beliau, kedua-dua belah pihak sama ada gabungan BN-Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional juga perlu memahami tanggungjawab masing-masing dalam menuju PRN akan datang memandangkan Kedah adalah negeri pembangkang."Saya ingat kita tidak payah cerita pasal (guna harta kerajaan) yang terlalu terlalu (bermotif) nak pengasing-pengasing (mencipta perpecahan antara) kerajaan ini, kita masuk pilihan raya, kita kerajaan Persekutuan, awak kerajaan Negeri, Itu sahaja, kita masuklah (dan) kita perlu profesional, (untuk) kita masuk (PRN)."Kita tidak payah sangat hendak ungkit, tidak payah sangat nak mengata, kita tidak payah sangat nak guna emosi, kaedah politik ekstrem yang melampau ini kita tak perlu guna," katanya.Mahdzir berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Bahagian Pendang, pada Jumaat.Dalam perkembangan sama, beliau yakin bahawa pengundi di negeri Jelapang Padi itu kini berada pada landasan serta naratif yang jelas dalam memilih pihak yang benar-benar akan membawa suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Ini kerana menurutnya, kebanyakan daripada mereka difahamkan telah tersilap dalam membuat keputusan memilih calon dan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.Pada Rabu, Muhammad Sanusi berkata beliau berharap agar amalan demokrasi tidak dicabuli sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian dengan penggunaan dana, harta dan agensi-agensi kerajaan oleh parti tertentu bagi tujuan kempen parti politik.Beliau turut menyeru semua pihak untuk memasuki gelanggang pertandingan sebagai 'anak jantan' dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk negeri Jelapang Padi itu. - AwaniIkuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini! | 4 | 23 Jun 2023 07:42pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265023/berita/politik/prn-selangor-pm-tpm-akan-putuskan-kerusi-belum-dimuktamad | PRN Selangor: PM, TPM akan putuskan kerusi belum dimuktamad | CHERAS - Pembahagian kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor hampir selesai dengan berbaki satu atau dua kerusi lagi yang belum dimuktamadkan.Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menurutnya, gabungan itu masih ada masa mencukupi untuk memuktamadkan calon dan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.“Biasa kita akan ambil masa. Saya lihat kita ada banyak masa. Sebahagian calon itu kita dah kumpulkan sejak sekian lama.“Malahan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas pun kita dah pertimbang senarai calon kalau kita nak buat sekali.“Ada penyandang kekal, ada penyandang tidak kekal, ada orang baharu masuk, ada orang baharu tak dapat masuk,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, pada Jumaat.Sementara itu, ketika ditanya penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam PRN Selangor, Amirudin menegaskan Majlis PH akan memutuskannya dan beliau akur dengan sebarang keputusan.DUN Selangor menyaksikan 56 kerusi dipertandingkan di mana dalam pilihan raya sebelum ini, PH dan BN memenangi 45 kerusi daripadanya.Pada 19 Jun lalu, Amirudin berkata, kedua-dua gabungan itu telah memuktamadkan kebanyakan rundingan kerusi bagi pilihan raya negeri.Beliau juga berkata perbincangan sedang dijalankan untuk kerusi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan Terengganu. - AwaniIkuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini! | 4 | 23 Jun 2023 07:39pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265020/berita/semasa/kes-denggi-meningkat-tiga-kematian-dilaporkan | Kes denggi meningkat, tiga kematian dilaporkan | PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan pada Jumaat berkata, tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME23.Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME23 meningkat 154.2 peratus kepada 51,331 kes berbanding 20,194 kes bagi tempoh sama 2022."Sejumlah 37 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 13 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 24 kematian,” katanya.Dr Muhammad Radzi berkata, bilangan lokaliti hotspot kes demam denggi pada ME23 meningkat kepada 95 lokaliti berbanding 82 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.Lokaliti hotspot tersebut adalah 71 lokaliti di Selangor, 10 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, enam di Pulau Pinang, empat di Kedah serta masing-masing dua lokaliti di Sabah dan Perak.Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata, tiada kes chikungunya direkodkan pada ME23 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 135 kes.Bagi survelan zika pula, sebanyak 1,191 sampel darah dan 63 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif, katanya.Beliau turut meminta supaya kerosakan struktur bangunan yang menyebabkan takungan air diperbaiki segera untuk mengelakkan daripada menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 07:26pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265018/berita/nasional/potongan-25-peratus-cukai-taksiran-rumah-mampu-milik-di-kl---pm | Potongan 25 peratus cukai taksiran rumah mampu milik di KL - PM | KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengurangan cukai taksiran sebanyak 25 peratus bermula penggal kedua tahun 2023 (Julai hingga Disember 2023) kepada pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini dan pengurangan 25 peratus itu adalah sehingga penilaian semula dilaksanakan."Pengurangan cukai taksiran ini memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur,” kata beliau pada Sesi Temu Mesra Perdana Menteri bersama pemilik rumah mampu milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan perasmian Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini pada Jumaat.Sementara itu dalam kenyataan Perdana Menteri berkata, kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif itu adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur."Inisiatif pengurangan cukai ini turut melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak RM2.067 juta."Pengurangan cukai taksiran kediaman rumah mampu milik ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup warga B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” kata beliau.Dalam pada itu Anwar menzahirkan harapan untuk melihat Kuala Lumpur dikenali sebagai bandar raya contoh yang prihatin dan menjaga nasib rakyat keseluruhannya.Beliau berkata, bandar raya ini perlu peka dan adil kepada semua kategori rakyat bagi memastikan kesenjangan antara golongan paling kaya dan miskin tidak melebar."Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai bandar raya contoh dengan kebersihannya, kepesatan pembangunan, mempercepat kelulusan, elak kerenah pentadbiran dan prihatin kepada nasib rakyat.Kita pastikan rumah mewah disediakan supaya mereka yang mampu dan kaya boleh hidup tetapi kita juga kena pastikan rumah rakyat miskin dan rumah mampu milik turut disediakan barulah ada erti dan makna pembangunan," katanya. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 07:19pm |
MOHD AZLIM ZAINURY | https://www.sinarharian.com.my/article/265016/berita/politik/saya-tidak-boleh-komen---daroyah | Saya tidak boleh komen - Daroyah | SHAH ALAM - "Saya tidak boleh hendak komenlah, ok bye," kata bekas Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Dr Daroyah Alwi.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang membenarkan PKR menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin yang keluar parti itu tiga tahun lalu.Selain Daroyah, Sinar Harian turut menghubungi ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, namun bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR itu berada dalam satu program dan tidak dapat memberikan respon.PKR sebelum ini membuat tuntutan terhadap 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak melanggar syarat bon yang mengikat mereka dengan parti tersebut.Selain Zuraida, mereka adalah bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).Sementara ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)Pada Jumaat, media melaporkan PKR akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli Parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap Zuraida.Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.ARTIKEL BERKAITAN: PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar partiPKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - Hakim | 4 | 23 Jun 2023 06:57pm |
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | https://www.sinarharian.com.my/article/265011/berita/nasional/harga-beras-import-tidak-dikawal-kerajaan | Harga beras import tidak dikawal kerajaan | PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengawal harga beras putih import, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.Jelasnya, pada masa ini harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada pada paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram (kg)."Ini merupakan paras harga pasaran normal bagi gred beras putih import dan ia bergantung kepada permintaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan kenaikan antara RM1 ke RM2 bagi harga beras putih import untuk beras kampit 10kg bermula bulan depan.Mohamad berkata, kementerian telah mengambil tindakan segera bagi memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal dengan mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun berhubung penetapan harga kawalan maksima jualan beras tempatan di peringkat kilang serta borong."Melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksima yang ditetapkan berkuat kuasa 16 Jun lalu," katanya.Tegas beliau, harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 bagi setiap kilogram (KG) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta]."Pada masa ini, harga pasaran beras dalam negara adalah stabil memandangkan harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dalam negara adalah dikawal oleh kerajaan."Pemantauan berterusan KPB juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga dan bekalan beras sentiasa stabil di pasaran negara," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 06:45pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265012/berita/nasional/tnb-perkenal-pakej-solar-atas-bumbung-jimat-elektrik | TNB perkenal pakej solar atas bumbung, jimat elektrik | SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd memperkenalkan pakej solar atas bumbung eksklusif kepada orang ramai yang mahukan penjimatan jangka panjang bagi bil elektrik mereka.Presidennya, Datuk Baharin Din berkata, 150 pelanggan terawal yang melanggan pakej berkenaan dapat menikmati pemasangan solar photovoltaic (PV) dengan penjimatan sehingga RM4,999 bermula hari ini hingga 31 Julai."Tawaran pemasangan solar mampu milik ini termasuk dengan pakej khas pelanggan terawal yang membolehkan pengguna mencapai penjimatan kos yang ketara di samping menggalakkan amalan penggunaan tenaga lestari.“Tambahan pula, ini menunjukkan komitmen yang kuat daripada TNB untuk memperkuat inisiatif Net Energy Metering (NEM) 3.0 kerajaan.“Semua pakej baharu ini merangkumi penyelenggaraan percuma sistem solar untuk dua tahun dan insurans solar percuma selama setahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Baharin menambah, pihaknya turut bekerjasama dengan institusi kewangan di negara ini bagi menawarkan pembiayaan kepada orang ramai yang berminat.Jelasnya, pembiayaan berkenaan termasuk pelan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui kad kredit atau pinjaman kewangan dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.“Melalui pilihan pembiayaan ini, GSPARX memudahkan pelanggan berubah menjadi prosumer untuk serentak menikmati manfaat ekonomi sambil mengawal penggunaan tenaga mereka sendiri.“Dengan memainkan peranan sebagai prosumer, pelanggan dapat mengambil langkah proaktif untuk menangani kesan daripada sebarang kenaikan kos elektrik masing-masing,” kata beliau. | 4 | 23 Jun 2023 06:40pm |
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | https://www.sinarharian.com.my/article/265007/berita/nasional/solar-pv-had-kapasiti-nem-rakyat-dilonggarkan | Solar PV: Had kapasiti NEM Rakyat dilonggarkan | PUTRAJAYA - Had kapasiti setiap isi rumah bagi permohonan Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) Rakyat dilonggarkan.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu bagi menggalakkan amalan cekap tenaga dan peralihan kepada penggunaan tenaga boleh baharu melalui sistem pemasangan solar fotovoltaik (PV) sebagai salah satu opsyen pengguna mengawal bil elektrik."Had kapasiti bagi setiap permohonan NEM Rakyat dilonggarkan berbanding had 4kW untuk pemasangan satu fasa dan 10kW bagi pemasangan tiga fasa," katanya pada sidang akhbar pelarasan tarif elektrik di sini pada Jumaat.Menurutnya, pengguna boleh melakukan pemasangan sistem solar berdasarkan kriteria teknikal yang ditetapkan."Had kapasiti sistem solar PV yang dibenarkan di bawah Program NEM NOVA dan Program Pemasangan Solar PV untuk Kegunaan Sendiri (SelCo) ditingkatkan daripada 75 kepada 85 peratus," katanya.Beliau berkata, program SelCo turut dibuka untuk permohonan dan penyertaan pengguna voltan tinggi."Pelaksanaan ketetapan baharu di bawah Program NEM dan SelCo ini akan berkuat kuasa mulai 15 Julai, berpandukan garis panduan yang akan dikemaskini oleh Suruhanjaya Tenaga."Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk menggalakkan pemasangan sistem solar PV," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 06:32pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265008/berita/nasional/kerajaan-percepat-wujudkan-ekosistem-eev---tengku-zafrul | Kerajaan percepat wujudkan ekosistem EEV - Tengku Zafrul | KUALA LUMPUR - Malaysia, melalui Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang baru ditubuhkan dengan diteraju Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempercepat pembolehan ekosistem kenderaan cekap tenaga (EEV) supaya negara kekal kompetitif dengan negara serantau lain.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, masa depan mobiliti elektrik Malaysia serta manfaatnya bagi pengguna dan alam sekitar terletak pada perkongsian kolaboratif merentas industri dalam satu ekosistem yang diperkasakan."Jemaah Menteri telah menimbang dan bersetuju untuk menambah baik struktur tadbir urus Pasukan Petugas EV Kebangsaan (NEVTF) dengan mewujudkan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsan (NEVSC)."Kita mahu menyelaraskan pemahaman dan hala tuju semua pihak berkepentingan supaya kita dapat membentuk sebuah sinergi kerjasama yang padu dalam menjayakan inisiatif nasional kenderaan elektrik berdasarkan pendekatan keseluruhan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Green EV Charge Sdn Bhd (GEV) dan PLUS Malaysia Bhd di sini, pada Jumaat.Beliau berkata, jawatankuasa Pemandu ini diterajui oleh MITI dan diwakili oleh pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri yang berkaitan.NEVSC juga akan dianggotai oleh Kementerian Kewangan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Pengangkutan; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Perumahan dn Kerajaan Tempatan (KPKT); dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), katanya."Saya benar-benar berharap untuk bekerjasama dengan semua menteri dan juga pegawai mereka di peringkat pengurusan tertinggi. Tujuan utamanya adalah kita menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai pelaksanaan ekosistem EEV secepat mungkin."Setakat ini, kita ada lebih kurang 1,000 stesen pengecas. Sasaran kita adalan mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,” katanya.Terdahulu ketika berucap, Zafrul berkata, usaha meletakkan Malaysia sebagai negara proindustri, propelaburan dan properdagangan di samping memastikan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta warga Malaysia sentiasa dilindungi untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan menyeluruh, kekal penting dan menjadi keutamaan pihaknya."Selagi saya menjadi Menteri di MITI, anda memiliki jaminan saya iaitu MITI akan melakukan sebaik mungkin untuk menyediakan dasar dan kerangka pengawalseliaan yang sewajarnya untuk merealisasikan objektif negara kita,” katanya. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 06:30pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265005/berita/nasional/aidiladha-keluarga-dibenar-lawat-penghuni-penjara | Aidiladha: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara | KUALA LUMPUR - Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Aidiladha pada hari raya ketiga dan keempat.Lawatan itu juga melibatkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.Jabatan Penjara dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Islam.Selain kaedah bersemuka, perjumpaan secara dalam talian (panggilan video) juga dibenarkan dari 1 hingga 3 Julai nanti.Kenyataan itu menyebut keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang."Membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (calitan/air liur) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan."Selain itu, pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara,” menurut kenyataan itu.Jabatan Penjara turut memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu melalui tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan."Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 06:24pm |
DIANA AZIS | https://www.sinarharian.com.my/article/265004/berita/politik/saman-pkr-terhadap-zuraida-keputusan-tepat---nik-nazmi | Saman PKR terhadap Zuraida keputusan tepat - Nik Nazmi | PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin merupakan keputusan yang tepat.Beliau yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata, keputusan tersebut selaras dengan Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan baru-baru ini."Keputusan yang baik kerana kita luluskan Akta Anti Lompat Parti. Kita tolak amalan lompat parti."Jadi kita minta dia (Zuraida) bayar sahaja (denda)," katanya pada sidang akhbar pengumuman pelarasan tarif elektrik pada Jumaat.Sebelum ini media melaporkan, Mahkamah Tinggi membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya itu berhubung isu perlanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.PKR menerusi Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memfailkan saman tersebut pada September 2020.Semasa perbicaraan, Saifuddin memberitahu mahkamah bahawa Zuraida menandatangani bon secara sukarela tanpa paksaan.Bagaimanapun Zuraida mendakwa telah menurunkan tanda tangan di bawah paksaan tanpa diberikan pilihan sebenar, sehari sebelum pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.ARTIKEL BERKAITAN: PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar partiPKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - Hakim | 4 | 23 Jun 2023 06:16pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/265000/berita/nasional/malaysia-beri-peluang-wanita-dalam-diplomasi-pentadbiran-negara | Malaysia beri peluang wanita dalam diplomasi, pentadbiran negara | KUALA LUMPUR - Malaysia menunjukkan komitmen yang kukuh dalam memberi peluang kepada wanita untuk bersuara dan menyumbang kepada negara terutama dalam bidang diplomasi dan pentadbiran negara.Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, sejajar dasar negara yang mengamalkan konsep Malaysia Madani, lebih banyak ruang dan peluang dimanfaatkan untuk menyokong peranan penting yang dimainkan oleh wanita."Wanita telah memainkan peranan penting dalam banyak spektrum diplomasi, menyumbang kepada pembangunan negara dan dunia secara umum."Dari duta wanita pertama, PG Lim, kepada duta kerjaya pertama, Datuk Zabedah Ali, hingga kepada pegawai termuda di kementerian pada masa kini -- setiap seorang daripada wanita diplomatik kami merupakan bahagian penting dalam formulasi dan pelaksanaan dasar luar Malaysia."Banyak wanita diplomatik Malaysia juga diberi peluang untuk memegang jawatan sebagai Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi, dan menjadi Perwakilan Tetap Malaysia di PBB."Dasar negara yang mengetengahkan konsep Malaysia Madani merupakan tonggak utama dalam menzahirkan komitmen kami untuk memastikan ruang dan peluang diberikan secara adil kepada lelaki dan wanita dalam diplomasi dan pentadbiran negara."Zambry berkata demikian dalam ucapan pembukaannya yang disiarkan melalui video di forum antarabangsa bertajuk 'Women in Diplomacy: A Spectrum of Opportunities' yang diadakan di sini hari ini, sempena Hari Antarabangsa Wanita dalam Diplomasi yang dianjurkan setiap tahun pada 24 Jun.Turut hadir adalah bekas Assistant Secretary-General Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Duta Ireland di Malaysia, Hillary Reilly, dan Ketua Koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam, Karima El Korri.Forum antarabangsa itu menampilkan Karima bersama Brigade Adjutant dan Pegawai-pegawai Kanan Personnel Section and Gender Advisor Second Brigade Pasukan Pertahanan Ireland, Leftenan Kolonel Jayne Lawler, yang membincangkan peranan diplomat wanita dalam membuat keputusan serta cabaran dan kemungkinan yang dihadapi pada setiap peringkat kerjaya mereka.Dianjurkan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dalam format hibrid, forum itu dihadiri oleh lebih 100 peserta, pempengaruh dasar luar negara, dan pentadbir yang bertugas dalam bidang diplomasi.Forum itu disokong Kedutaan Ireland di Malaysia dan PBB di Malaysia, Singapura, dan Negara Brunei Darussalam.Hari Antarabangsa Wanita dalam Diplomasi diasaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Sidang Kemuncak pada Sesi ke-76 pada 20 Jun tahun lepas.Dilaksanakan secara konsensus, resolusi PBB yang bertajuk "Hari Antarabangsa Wanita dalam Diplomasi" mengesahkan bahawa penyertaan wanita, berada pada penarafan yang sama dengan lelaki dan di semua peringkat sistem pembuat keputusan, penting bagi mencapai pembangunan mampan, keamanan, dan demokrasi. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 06:10pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264999/berita/nasional/ramai-pengawas-penanda-kertas-spm-2022-belum-terima-upah | 'Ramai pengawas, penanda kertas SPM 2022 belum terima upah' | SHAH ALAM - Seorang guru yang juga pempengaruh, Mohd Fadli Salleh menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil serius berhubung isu tuntutan bayaran kepada pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.Ujar beliau, ramai dalam individu tersebut masih belum mendapat bayaran mereka.“Dalam Islam, upah harus dibayar sebelum keringat kering.“Sudahlah bayaran tidak setimpal dengan bebanan tugas, claim (tuntutan) yang dibuat kena potong, lambat bayar pula. Naya dekat orang. Hmmm,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.Menerusi hantaran berkenaan, Mohd Fadli turut memuat naik komentar luahan daripada kalangan pengawas dan penanda kertas berkenaan.Seorang individu yang mendakwa sebagai pengawas meluahkan yang dia serik untuk menerima tawaran berkenaan pada masa akan datang.“Maaflah SPM 2023 tidak akan terima lagi untuk jadi pengawas,” ujarnya.Mohd Fadli turut melampirkan komentar seorang penanda kertas yang mendakwa, kadar bayaran bagi semakan kertas sangat tidak setimpal.“Kertas amali Sains hanya ada sedikit, berjumlah markah kurang dari 20 markah bayarannya hanya RM3.“Kertas 2 ada hampir 100 markah, berpuluh-puluh muka surat, tetapi dibayar RM4.“Tidakkah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memikirkan soal pemberat dan ini memang tidak adil. RM4 ibarat bayaran ‘buruh percuma’,” katanya. | 4 | 23 Jun 2023 06:02pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264996/berita/hiburan/jalaluddin-hassan-dimasukkan-ke-hospital | Jalaluddin Hassan dimasukkan ke hospital | PELAKON, Datuk Jalaluddin Hassan dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan.Memetik laporan portal Gempak, anak kepada Jalaluddin yang dikenali sebagai Zul Qayyum memuat naik foto di TikTok memperlihatkan ayahnya dirawat di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, sejak Khamis.Zul Qayyum turut memohon agar orang ramai mendoakan aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat.“Maaf semua. Minggu ini Abah (Jalaluddin) saya tidak ada di Mega Spontan. Baru dimasukkan ke hospital."Mohon doa daripada semua agar Abah sihat semula dan cepat sembuh. Insya-ALLAH lepas sembuh, jumpa di Mega Spontan. Terima kasih,” kongsi anaknya.Difahamkan, Jalaluddin dikhabarkan tidak dapat menyertai kumpulannya Campaktakjauh di pentas Mega Spontan 2023.Pihak produksi Mega Spontan memaklumkan isteri Jalaluddin turut mengesahkan suaminya ditahan wad atas sebab masalah kesihatan.“Datuk Jalal dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan dan sedang menerima rawatan.Harapnya semua doakan yang terbaik kepada team Campaktakjauh,” katanya. | 4 | 23 Jun 2023 05:47pm |
FARAH SHAZWANI ALI | https://www.sinarharian.com.my/article/264993/berita/nasional/angkasa-kekalkan-momentum-keberdayaan-gerakan-koperasi | Angkasa kekalkan momentum keberdayaan gerakan koperasi | SHAH ALAM - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berhasrat untuk memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatannya ke peringkat global dan tidak hanya tertumpu kepada domestik.Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha itu dilakukan melalui kerjasama strategik dan pelan tindakan yang sedang berjalan.Menurutnya, keberadaan kepimpinan Angkasa dalam jawatankuasa antarabangsa membuktikan kepercayaan masyarakat luar terhadap kepimpinan koperasi di Malaysia.“Angkasa komited merencana dan melaksanakan program pemerkasaan koperasi secara berterusan dan menjadi suara yang mewakili gerakan ini di peringkat nasional dan antarabangsa seiring dengan 52 tahun penubuhannya.“Melalui hubungan dan jaringan kerjasama antara Angkasa dengan pihak kerajaan serta pemegang taruh, gerakan koperasi akan terus melebarkan sumbangannya mencukupi keperluan anggota, membantu rakyat bangkit semula meningkatkan ekonomi diri dan memajukan pembangunan sosioekonomi negara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau yang juga Presiden Organisasi Koperasi Asean (ACO) dan Naib Presiden Perikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) berkata, perubahan secara holistik perlu dilaksanakan demi memastikan gerakan koperasi terus berperanan sebagai jentera peningkatan taraf hidup masyarakat.Jelasnya, Angkasa telah mula menjalankan transformasi secara menyeluruh dalam memantapkan sumbangan gerakan koperasi kepada anggotanya dan masyarakat.Antara yang dilakukan adalah polisi dan dasar diubah bagi membolehkan Angkasa melalui anak syarikat menjalankan perniagaan bagi mencari alternatif kepada sumber kewangan yang selama ini bergantung kepada aktiviti potongan gaji.“Secara dasarnya, perniagaan anak syarikat ini bukan dijalankan untuk bersaing dengan mana-mana koperasi tetapi mewujudkan peluang kerjasama bersama-sama koperasi untuk terlibat dengan aktiviti perniagaan berimpak tinggi.“Anak- anak syarikat ini ditubuhkan berdasarkan kepada lapan sektor pembangunan perniagaan koperasi yang diterajui Angkasa sendiri bagi meneroka peluang baharu yang dapat dimanfaatkan oleh koperasi.“Proses inkubasi adalah salah satu strategi kita sebagai penggerak pemula sesuatu projek sebelum dijalankan bersama koperasi. Ini bukan sahaja dapat membantu koperasi terlibat dalam projek yang sudah berdaya maju malah mengurangkan risiko kepada mereka untuk mengalami kerugian,” ujar beliau.Tambah Abdul Fattah, Angkasa juga sedar penggunaan teknologi dan adaptasi penggunaannya amat meluas sehingga sekecil-kecil perniagaan, namun mengakui ada cabarannya bagi sesetengah koperasi untuk mengaplikasikan teknologi dalam urusan seharian.Angkasa katanya, memperkenalkan Projek Barang Asas 100 (BA100) sebagai langkah memperkenalkan koperasi kepada dunia digital di mana sistem dalam talian digunakan dalam peruncitan yang menghubungkan koperasi, pembekal dan pengguna.Melalui sistem itu, koperasi itu dapat mengumpulkan pesanan koperasi untuk dibeli secara pukal daripada pembekal yang akhirnya memberi manfaat kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih menjimatkan.“Sistem ini juga melibatkan pemasaran produk keluaran koperasi dalam mewujudkan ekosistem pembekalan barangan keperluan yang dikuasai oleh gerakan ini.“Sebagai badan yang menjadi suara gerakan koperasi, isu serta cabaran koperasi diberi perhatian khusus baik di dalam mahupun luar negara,” katanya. | 4 | 23 Jun 2023 05:38pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264991/berita/nasional/tarif-elektrik-hampir-semua-pengguna-tidak-terjejas | [VIDEO] Tarif elektrik: Hampir semua pengguna tidak terjejas | PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Hampir semua pengguna domestik dan bukan domestik voltan rendah tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme pelepasan kos-kos tidak seimbang (ICPT).Ia selepas kerajaan bersetuju untuk menampung kos subsidi elektrik sebanyak RM5.2 bilion sempena pelarasan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember depan.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kWj dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik."Ia merupakan 99 peratus daripada pengguna domestik di Semenanjung dan rebat 2 sen/kWj sebelum ini adalah kekal," katanya menerusi sidang akhbar pelarasan tarif elektrik Semenanjung di sini pada Jumaat.ICPT adalah mekanisme yang diluluskan oleh kerajaan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga sejak 1 Januari 2014 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).Mekanisme ICPT membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai utiliti mengatasi perubahan kos bahan api dan penjanaan untuk dilepaskan kepada pelanggan melalui tarif elektrik setiap enam bulan bagi tujuan pelarasan dalam bentuk rebat atau surcaj.Menurutnya, pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D), tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik di mana surcaj ICPT pada kadar 3.7 sen/kWj dikekalkan."Dalam erti kata yang lain, perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel kecil, petani, penternak, pekebun dan lain-lain perniagaan seumpamanya juga tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik," katanya.Beliau berkata, kategori baharu pengguna bukan domestik iaitu operator air dan pembentungan di negeri akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 3.7 sen/kWj.Ia berikutan purata harga bahan api menurun dari AS$224 per metrik tan pada Julai sehingga Disember 2022 kepada AS$173.5 per metrik tan bagi Januari sehingga Jun 2023."Operator air di bawah kerajaan negeri akan menikmati surcaj yang lebih rendah untuk tempoh Julai hingga Disember," katanya.Nik Nazmi berkata, keputusan itu adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan operator air untuk menyediakan air terawat dan bersih kepada pengguna.Ujar beliau, pengguna bukan domestik iaitu pengguna bervoltan sederhana (MV) dan tinggi (HV) daripada kalangan industri dan komersial akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 17 sen/kWj."Pengguna bukan domestik MV dan HV ini akan menikmati penurunan bil elektrik di antara 28 hingga 35 peratus sebulan," katanya.Hanya satu peratus alami kenaikan bilSelaras dengan hasrat Kerajaan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) supaya subsidi elektrik dilaksanakan secara bersasar bermula Julai, Nik Nazmi berkata, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tinggi melebihi 1,500 kWj atau bersamaan bil elektrik minimum RM708 sebulan akan dikenakan surcaj pada kadar 10 sen/kWj."Dianggarkan seramai 83,000 pengguna iaitu satu peratus pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan minimum sebanyak RM187 atau 25 peratus," kata beliau.Menurutnya, walaupun berlaku kenaikan bagi pengguna domestik kategori itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM58 juta memandangkan surcaj ICPT tidak dilepaskan sepenuhnya."Pengguna boleh melihat jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan dalam bil elektrik bulanan masing-masing," katanya.Nik Nazmi berkata, pemberian subsidi tersebut diharap dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam tempoh pemulihan ekonomi dan sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negara yang berterusan. | 4 | 23 Jun 2023 05:30pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264989/berita/semasa/naufal-sempat-jadi-imam-sebelum-hilang---bapa | Naufal sempat jadi imam sebelum hilang - Bapa | GERIK - Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di sini, sejak tiga hari lepas, merupakan antara pelajar terbaik di maahad tahfiz tempat beliau belajar dan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 14 tahun.Bapanya Mohd Harris Muhamed, 46, berkata, Muhammad Naufal Adzimi yang mesra dipanggil Naufal, pada Selasa malam iaitu hari kehilangannya, telah sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya.Beliau berkata, sejak petang itu juga, Naufal berkelakuan agak pelik seperti ketawa sendirian dan mencabut kedua-dua cermin sisi motosikalnya, tanpa sebarang tujuan."Bagaimanapun pada tengah malam itu, Naufal gelisah untuk keluar rumah dan kira-kira 20 minit selepas itu beliau telah pulang semula ke rumah, sebelum difahamkan daripada jiran kampung yang melihat Naufal memecut motosikal dengan laju keluar dari rumah kira-kira 2 pagi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu di sini pada Jumaat.Turut serta dalam SAR itu, ibu Naufal, Rilawati Abdul Rani, 43.Mohd Harris berkata, kali terakhir beliau melihat Naufal ialah selepas 12 tengah malam dan selepas kehilangannya itu beliau telah mengajak beberapa orang penduduk mencari Naufal, sebelum membuat laporan polis apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga pagi.Bercerita lanjut, Mohd Harris berkata, beberapa hari sebelum kehilangan Naufal, guru Maahad tempat beliau belajar ada menghubunginya dan mengesyorkan Naufal untuk diambil dari asrama setelah berkelakuan pelik."Guru berkenaan kata Naufal ada menulis di kedua-dua bahagian kertas A4 tentang luahannya berkaitan SPM yang didudukinya, serta nama rakan-rakan dan ustaz-ustaz dikenalinya."Bila tengok senior dia berjaya dalam SPM baru-baru ni, mungkin dia rasa sedikit tertekan. Jadi saya tengok kertas (dengan tulisan Naufal) itu. Cikgu syor saya bawa pulang dia ke rumah dan saya bersetuju,” katanya.Mohd Harris berkata, ketika berada di rumah, beliau ada bertanya kepada Naufal, kenapa beliau mencabut cermin sisi motosikal dan anak kedua dari lima beradik itu memberitahu bahawa beliau terpengaruh dengan sebuah drama yang ditayangkan di televisyen.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata operasi pencarian diteruskan pada 9 pagi hari ini, dengan radius pencarian sekitar empat kilometer melibatkan lapan kumpulan berasingan.Beliau berkata, pasukan itu, melibatkan kekuatan 115 anggota termasuk antaranya polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam.Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada 1.33 pagi, dengan lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9.00 pagi.Pelajar sebuah sekolah tahfiz itu dikatakan mengalami gangguan emosi, bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang, sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa.Bagaimanapun usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar pukul 6 petang. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 05:11pm |
ADILA SHARINNI WAHID | https://www.sinarharian.com.my/article/264990/berita/semasa/lelehan-darah-di-betis-bongkar-remaja-buang-bayi-belakang-rumah | Lelehan darah di betis bongkar remaja buang bayi belakang rumah | TUMPAT - Seorang remaja perempuan sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumah di Kampung Geting di sini, sebelum berpura-pura menjumpai bayi tersebut.Bayi perempuan yang ditinggalkan dalam keadaan bogel dan kebiruan dengan tali pusat sudah dipotong itu dipercayai dilahirkan pada jam 9.30 pagi Jumaat oleh remaja berusia 18 tahun tersebut.Ibu remaja itu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya memaklumkan terdengar suara tangisan bayi dan mendakwa ada individu membuang anak di belakang rumah.Menurut pembantu kedai makan yang berasal dari Sungai Golok, Thailand itu, dia tidak terus pulang kerana sedang bekerja namun sekali lagi dihubungi anaknya sebelum meminta saudara pergi melihat keadaan.“Saya pun turut bergegas balik dan sebaik sampai, saya melihat jiran sedang memangku seorang bayi.“Saya terus bertanyakan anak, adakah bayi itu anaknya, namun dia menafikan,” katanya ketika ditemui di sini.Ujar wanita itu, satu uri turut ditemui ditanam tidak jauh dari lokasi bayi ditemukan dan anaknya tetap enggan mengaku sebaliknya mendakwa lelehan darah yang kelihatan di betisnya kerana datang bulan.Kata wanita berusia 37 tahun itu, anaknya baru tinggal bersamanya pada Ramadan lalu selepas bapa kandung yang juga bekas suaminya meninggal dunia akibat serangan strok.“Anak saya belum berkahwin dan saya tidak tahu jika dia mengandung kerana badannya memang berisi.“Cuma dia beritahu kurang sihat dan lapar ketika terjaga dari tidur pada jam 1 pagi tadi,” katanya.Menurut wanita itu, sebelum keluar bekerja pada jam 4 pagi, dia sempat memasak untuk anaknya yang dikatakan demam tanpa memikirkan apa-apa yang pelik.Tambah wanita yang sedang hamil enam bulan itu, dia menghubungi polis kerana buntu memikirkan perkara tersebut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan dan akan menjalankan siasatan. | 4 | 23 Jun 2023 04:46pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264984/berita/sukan/medan-ujian-buat-misbun-di-indonesia---norza | Medan ujian buat Misbun di Indonesia - Norza | KEJOHANAN Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia bulan depan akan menjadi medan ujian buat Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek untuk memastikan anak buahnya menunjukkan prestasi sebenar di pentas antarabangsa.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ia selepas prestasi hambar skuad muda negara di Kejohanan Remaja Dunia 2022 di Santander, Sepanyol, Oktober lepas yang menyaksikan tiada kelibat wakil negara di pentas akhir."Misbun sudah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) beliau untuk menempa kejayaan dan sekurang-kurangnya di peringkat Asia kalau bukan di peringkat dunia."Saya berharap Misbun sebagai jurulatih tahu apa dilakukan beliau dan kita (BAM) sentiasa beri sokongan kepada beliau melatih pasukan remaja kita menempa kejayaan di peringkat Asia," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia - Kementerian Pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.Ditanya sama ada sasaran BAM kepada skuad remaja yang akan menggalas cabaran negara pada kejohanan dari 7 hingga 16 Julai itu adalah untuk mara ke final, Mohammad Norza secara ringkas berkata: "Insya-ALLAH".Seramai 16 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Indonesia iaitu bagi acara perseorangan lelaki Eogene Ewe, Jan Jireh Lee, Muhammad Faiq Haziq dan Lok Hong Quan manakala Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi serta Ung Yi Xing bagi perseorangan wanita.Beregu lelaki pula diwakili Bryan Jeremy Goonting, Low Han Chen, Aaron Tai Wei Qin, Kang Khai Xing, Hong Quan, sementara Carmen Ting, Lai Ting Cen, Chong Jie Yu, Clarissa San dan Chan Wen Tse bagi beregu wanita.Misbun sebelum ini beralih jawatan daripada Pengarah Pembangunan Remaja BAM kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja pada Februari lepas, selepas Akademi Badminton Malaysia (ABM) melakukan penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja negara susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Remaja Dunia 2022. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 04:44pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264983/berita/politik/sasaran-ph-bn-menang-50-kerusi-di-selangor-realistik---amirudin | Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik - Amirudin | KUALA LUMPUR - Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai.Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan."Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai."Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras hari ini.Beliau menjawab dakwaan dan pandangan pemerhati politik serta pembangkang yang menyifatkan sasaran PH dan BN untuk menang 50 daripada 56 kerusi DUN di Selangor sebagai tidak realistik.DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat rakyat berakhir iaitu pada 25 Jun.Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lepas setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 04:36pm |
ROSLINDA HASHIM | https://www.sinarharian.com.my/article/264982/berita/nasional/lpp-mahu-noktahkan-miskin-tegar-ahli-ppk | LPP mahu noktahkan miskin tegar ahli PPK | ALOR SETAR - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berhasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara.Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu berkenaan antara fokus yang diberikan tumpuan agar kehidupan petani yang dibelenggu kemiskinan sejak sekian lama dapat diminimumkan.Menurutnya, sebagai permulaan, LPP sedang mengenal pasti golongan miskin tegar dalam kalangan ahli-ahli PPK dengan kerjasama agensi berkaitan untuk dibantu menerusi program yang akan dibangunkan.“Saya sudah maklumkan kepada semua Pengurus Besar PPK untuk kenal pasti berapa ramai ahli PPK daripada hampir 18,000 keluarga miskin tegar di Kedah, yang dikategorikan miskin tegar.“Usaha LPP ini selari dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara,” katanya di sini pada Jumaat.Mahfuz berkata, agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut mengambil inisiatif sama agar matlamat untuk menurunkan peratusan miskin tegar kalangan petani dapat dicapai.“Saya turut berbincang dengan Datuk Dr Ismail Salleh (Pengerusi MADA) berhubung perkara ini dan beliau juga akan membuat arahan kepada semua PPK bawah MADA untuk pastikan masalah kemiskinan tegar dapat dinoktahkan, khususnya kalangan ahli PPK.“Secara umum, kita dapat maklumat masih wujud ahli-ahli PPK sebagai golongan miskin tegar,” jelasnya.Mahfuz berkata, untuk mencapai hasrat tersebut, anak-anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga PPK juga akan dibimbing agar dapat meneruskan pengajian, seterusnya keluar dari garis kemiskinan.“Fokus kedua LPP untuk kenal pasti berapa ramai lepasan SPM anak ahli PPK yang tidak mahu lanjutkan pengajian sama ada laluan akademik atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).“Kita akan arahkan PPK buat perjumpaan dengan keluarga terlibat dan bimbing pelajar tersebut, untuk pastikan mereka diberikan hala tuju pendidikan."Kita tak mahu mereka tercicir dan sekurang-kurangnya didedahkan akan kepentingan pendidikan kemahiran melalui TVET,” ujarnya.Menurutnya, TVET kini merupakan pendidikan arus perdana dan bukan lagi sebagai pilihan kedua.“Lepasan TVET kini menjadi rebutan sebab industri berkehendakkan golongan yang miliki kemahiran. Adalah malang jika anak muda tak mahu melanjutkan pelajaran dan terus memasuki gig ekonomi.“Jika 400,000 orang sertai bidang ekonomi, akan berlaku lambakan. Umpama sebuah kek yang besar terpaksa diagihkan seorang sedikit."Ini tidak menguntungkan dan merencatkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat,” ujarnya. | 4 | 23 Jun 2023 04:29pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264981/berita/semasa/enam-lagi-suspek-kes-wang-kelian-masih-bebas---pdrm | Enam lagi suspek kes Wang Kelian masih bebas - PDRM | KANGAR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap enam lagi suspek kes 'Kubur besar Wang Kelian' akan dapat dihadapkan ke muka pengadilan kata Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin.Beliau berkata, pihaknya percaya keenam-enam suspek itu, kini dipercayai berada di luar negara."PDRM berharap baki enam lagi suspek ini berjaya ditahan dan dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia kelak,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat dan menambah, hari ini empat suspek warga Thailand telah dituduh di Mahkmah Seksyen Kangar di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007."Pihak PDRM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk kerajaan Thailand dalam menjayakan proses ekstradisi Op Wawasan Khas Wang Kelian ini,” katanya.Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang dikenali sebagai kes kubur besar Wang Kelian, yang telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dari dalam dan luar negara.Selepas menjalankan siasatan, kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga Thailand pada 6 Jan 2017, dan kedua-dua negara telah berusaha untuk mengesan kesemua individu berkenaan bagi melaksanakan proses ekstradisi.Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015, diekstradisi ke Malaysia semalam, bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah di Malaysia.Saifuddin Nasution berkata hasil daripada kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 04:23pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264985/berita/semasa/kes-basni-sabrah-jpn-akan-jalankan-siasatan | Kes Basni Sabrah: JPN akan jalankan siasatan | SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan berhubung kes penyalahgunaan kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) milik seorang lelaki bernama Basni Sabrah.Menurut jabatan tersebut, semakan di pangkalan data mendapati bahawa Basni yang disangka meninggal, sebenarnya masih hidup.Namun, kekeliruan yang timbul adalah disebabkan MyPRnya yang sebelum ini hilang digunakan oleh orang lain.“Walaupun satu pihak lagi disyaki menggunakan MyPR yang hilang tersebut telah meninggal dunia, JPN akan melakukan risikan dan siasatan terhadap kebarangkalian yang ada berkaitan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Baru-baru ini, Basni dimaklumkan oleh anaknya yang berada di Dumai, Sumatera, Indonesia bahawa pihak kedutaan memaklumkan ‘kematiannya’ di Hospital Kajang pada 20 Mei lalu.Terkejut dengan perkhabaran tersebut, dia yang menetap di Kepong telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Idaman untuk menyatakan dirinya masih hidup.Jelas lelaki berasal dari Sumatera, Indonesia itu, berdasarkan dokumen diperoleh daripada pihak kedutaan, hanya gambarnya yang berbeza sedangkan nama dan maklumat tempat tinggal adalah sama.Dalam pada itu, JPN mengingatkan bahawa MyPR yang hilang boleh disalah guna dan boleh menggugat keselamatan negara ini“Menggunakan kad pengenalan orang lain merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. | 4 | 23 Jun 2023 04:20pm |
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264979/berita/semasa/nelayan-warga-asing-hilang-ditemui-selamat | Nelayan warga asing hilang ditemui selamat | KUANTAN - Seorang nelayan warga Kemboja yang dilaporkan hilang di perairan Dungun, Terengganu sejak malam Rabu lalu ditemui selamat pada awal pagi Jumaat.Mangsa, Yeng Sot, 41, ditemui bersama bot kecil dinaiki di lokasi kira-kira 90 batu nautika dari Pulau Tenggol, Terengganu oleh kru bot induk.Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, mangsa disedari hilang bersama bot kecil ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan itu.Menurutnya, bot dinaiki mangsa kehabisan minyak dan terputus hubungan dengan bot induk semasa melakukan aktiviti menangkap ikan sebelum dihanyutkan sejauh kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian."Menyedari kehilangan mangsa, tekong dan 18 awak-awak bot induk dibantu bot nelayan lain segera melakukan pencarian di sekitar lokasi itu."Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang melalui Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat (MRSC) Kuantan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (carilamat) jam 2.30 petang Khamis setelah menerima laporan kejadian dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.Kamal Ariffin berkata, Kapal Maritim (KM) Gemia diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membuat pencarian."Awal pagi tadi (Jumaat), MRSC Kuantan menerima panggilan memaklumkan mangsa bersama bot kecil ditemui dalam keadaan selamat."Tekong bot berjaya menghubungi mangsa melalui walkie-talkie sebelum diselamatkan," jelasnya.Beliau berkata, Ops carilamat ditamatkan pada jam 9 pagi.Sementara itu katanya, komuniti maritim yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut diingatkan agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan menggunakan peranti Personal Locator Beacon (PLB).Beliau berkata, sebarang aduan dan kejadian kecemasan di laut boleh terus disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999. | 4 | 23 Jun 2023 04:20pm |
MOHD AZLIM ZAINURY | https://www.sinarharian.com.my/article/264978/berita/semasa/restoran-tawar-hiburan-secara-haram-disita | Restoran tawar hiburan secara haram disita | KLANG - Sebuah restoran di Jalan Pekan Baru Klang disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu operasi selepas menawarkan ruang hiburan istirahat (lounge) dan snuker secara haram.MPK dalam kenyataan memaklumkan, hasil siasatan mendapati pengusaha restoran berkenaan hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja.“Pengusaha terbabit menjalankan aktiviti hiburan (lounge dan snuker) tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bahagian pelesenan dan baharu beroperasi selama sebulan.“Hasil siasatan didapati pengusaha ini hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja,” menurut PBT berkenaan dalam kenyataan di laman Facebooknya.PBT itu turut memaklumkan tindakan sitaan lounge dan snuker adalah mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 dan 2001 serta 1995 pindaan 1998 dan 2001.Antara barangan disita dalam operasi termasuklah set karaoke, televisyen, speaker, kayu snuker dan bola snuker"Antara barangan disita dalam operasi terbabit termasuklah set karaoke, televisyen, speaker, kayu snuker dan bola snuker," katanya.MPK menambah pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha patuh dengan undang-undang dan arahan ditetapkan. | 4 | 23 Jun 2023 04:13pm |
FARAH SHAZWANI ALI | https://www.sinarharian.com.my/article/264973/berita/nasional/harga-beras-import-naik-bulan-depan | Harga beras import naik bulan depan | SHAH ALAM - Harga beras import di pasaran dijangka akan meningkat antara RM1 ke RM2 untuk beras kampit 10 kilogram bermula bulan depan, susulan kelemahan ringgit dan kenaikan kos buruh serta tarif elektrik.Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kenaikan itu membabitkan beberapa jenis beras, antaranya beras putih import, beras basmathi dan beras wangi.Menurutnya, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan beras tempatan memandangkan ia tertakluk kepada harga kawalan yang ditetapkan kerajaan.“Pembekal telah maklumkan akan ada peningkatan harga antara RM1 ke RM2 untuk beras kampit 10 kilogram, maknanya akan ada kenaikan lagi bermula bulan depan.“Kenaikan harga ini sebenarnya bukan berlaku di Malaysia sahaja tetapi di kebanyakan negara. Di negara ini, puncanya adalah kelemahan ringgit dan kos tarif elektrik semakin mahal serta kos pekerja.“Kalau kos meningkat, kita juga terpaksa naikkan. Beras import ini ada banyak jenis, antaranya beras basmathi, beras wangi dan beras putih import yang mana ia dijual antara RM13 ke RM15,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Tambah Ameer, gelombang panas yang berlaku turut menjejaskan penuaian pada musim lepas, menyebabkan kenaikan harga beras putih tempatan namun bekalan dijangka stabil menjelang September.Katanya, kenaikan itu menyebabkan keuntungan peruncit berkurangan kerana pembekal menaikkan harga daripada RM12.50 kepada RM12.80 bagi beras putih tempatan iaitu ‘5% Super Spesial Tempatan’.“Walaupun kos meningkat, kami terpaksa jual pada harga RM13 juga sebab beras tempatan tertakluk kepada harga kawalan.“Peruncit seperti kami terbeban dengan kos tambahan ini menyebabkan kita tiada pilihan melainkan terpaksa menaikkan harga bagi menampung pertambahan kos,” jelasnya. | 4 | 23 Jun 2023 04:07pm |
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | https://www.sinarharian.com.my/article/264977/berita/politik/pkr-teruskan-saman-10-bekas-ahli-parlimen-keluar-parti | PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti | PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli Parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin."Kami mulakan dengan Zuraida. Kami menang."Langkah seterusnya ialah ke atas Ahli Parlimen Keadilan lain yang ikut keluar. Fakta kes sama, insya-ALLAH peluang menang cerah," tulisnya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.Menurutnya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan tuntutan RM10 juta oleh PKR terhadap Zuraida yang bekas Naib Presiden PKR itu wajar dijadikan pengajaran."Usah khianat. Gembiranya hanya sementara," katanya.Dakwa Saifuddin, pengikut Zuraida yang keluar parti sebelum ini kembali mengemukakan permohonan untuk menyertai semula PKR."Maaf ya, masuk parti bukan macam bersalin baju," katanya.Mengimbas kembali saat berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 yang lalu, Saifuddin berkata, semua calon PKR berkumpul di ibu pejabat parti bagi menandatangani suatu bon sebelum diserahkan watikah lantikan.Bon tersebut mengikat ahli Parlimen PKR yang menang pilihan raya sekiranya bertindak keluar parti perlu membayar RM10 juta."Selaku Setiausaha Agung, saya membantu Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis serahan watikah calon," ujar beliau.Bagaimanapun beliau berkata, sejumlah Ahli Parlimen PKR melanggar bon tersebut selepas menang pilihan raya."Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dan saya kemudian memulakan tindakan undang- undang ke atas mereka berkenaan," katanya.PKR sebelum ini membuat tuntutan terhadap 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak melanggar bon tersebut.Selain Zuraida, mereka adalah bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).Sementara ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh). | 4 | 23 Jun 2023 04:03pm |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264972/berita/nasional/umk-tersenarai-universiti-terbaik-asia | UMK tersenarai universiti terbaik Asia | BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat julung kalinya tersenarai sebagai salah sebuah universiti terbaik di Asia oleh Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 apabila berada diranking 501-600.Pencapaian itu berdasarkan pengumuman dibuat di THE Summit Asia 2023 di The Chinese University of Hong Kong (CUHK) yang berlangsung pada Khamis.Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak berkata, lebih manis kejayaan itu hadir bersama-sama pencapaian institut tersebut di THE World Universiti Ranking 2023 selepas tersenarai buat pertama kali di kedudukan 1201-1500 sekali gus meletakkan ia sebaris dengan universiti bertaraf dunia.“THE World University Rankings Asia 2023 menggunakan 13 penunjuk prestasi yang sama seperti THE World University Rankings, tetapi penilaian semula dibuat untuk mencerminkan sifat institusi Asia.“Merujuk kepada penarafan tersebut, UMK dinilai berdasarkan lima indikator utama iaitu pengajaran (persekitaran pembelajaran), penyelidikan (jumlah pendapatan dan reputasi), sitasi (pengaruh penyelidikan), pendapatan industri (pemindahan pengetahuan) dan hubungan antarabangsa (kakitangan, pelajar dan penyelidikan).“Kejayaan luar biasa ini menunjukkan komitmen UMK dalam menyediakan pendidikan bertaraf dunia dan memupuk persekitaran pembelajaran yang dinamik serta inklusif disamping usaha berterusan dalam penyelidikan dan inovasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, pengiktirafan kemajuan UMK dalam penarafan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi, kerja keras pensyarah, kakitangan dan pelajar malahan juga menekankan sokongan, kerjasama kukuh dari pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, rakan industri, komuniti serta setempat.Ujarnya, kejayaan itu juga berdasarkan kepada komitmen universiti dan cabaran masa depan.Razli memberitahu, UMK komited untuk memanfaatkan pencapaian itu sebagai tunggak untuk pertumbuhan dan keunggulan berterusan."UMK berhasrat untuk memperkukuh keupayaan penyelidikan, meningkatkan kerjasama antarabangsa, dan meluaskan program akademik untuk menarik bakat terbaik dari seluruh dunia,” ujarnya. | 4 | 23 Jun 2023 04:01pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264971/berita/sukan/azizulhasni-jumpa-penyelaras-program-rtg-minggu-depan | Azizulhasni jumpa penyelaras program RTG minggu depan | JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan mengadakan pertemuan bersama Penyelaras Program Jawatankuasa Road To Gold (RTG) Datuk Stuart Ramalingam minggu hadapan, bagi membincangkan keperluan dan kebajikan yang diperlukannya sebelum ini.Pelumba berusia 35 tahun itu berkata, hasil pertemuan itu penting, bagi membolehkannya untuk terus menampilkan aksi terbaik, ketika menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa."Memang sepatutnya saya berjumpa dengan pihak (RTG) beberapa hari lalu, namun jadual saya agak padat, jadi hanya tahu mengenai permintaan diluluskan melalui surat khabar dan portal berita, dan hanya akan berjumpa dengan Stuart pada awal minggu hadapan."Jadi buat masa ini tidak tahu secara terperinci (mengenai maklumat permintaan yang diluluskan),” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia-Kementerian Pendidikan Malaysia, di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini pada Jumaat.Pada Isnin lepas (19 Jun), Jawatankuasa RTG bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman itu, untuk memastikan atlet tersebut mendapat segala apa yang diperlukan bagi berada di prestasi terbaik menjelang Olimpik Paris 2024.Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN), yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik itu.Juara Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata, beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN, dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai pada awal tahun ini, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.Dalam perkembangan lain, juara keirin ACC 2023 itu menzahirkan kesyukuran atas segala penat lelah yang disifatkan berbaloi, apabila ranking terkini beliau dalam Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi acara keirin dan pecut, meningkat."Saya tidak bimbang mengenai ranking, sebab saya memang tidak menyetai perlumbaan musim lepas, namun sebaik bermula dan kini menjadi nombor tiga dunia sudah semestinya menaikkan semangat diri ini. Ranking ini menunjukkan pasukan berbasikal dalam landasan tepat, untuk pergi ke Sukan Olimpik,” katanya.Kedudukan pemenang pingat perak keirin Olimpik Tokyo 2020 itu meningkat daripada tangga ke-10 ke kedudukan ketiga di belakang pelumba Australia Matthew Richardson, yang berada di posisi kedua keirin dunia, manakala juara dunia dari Belanda Harrie Lavreysen, berada di tempat pertama.Bagi acara pecut pula, menyaksikan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menghuni tangga keenam, di belakang pelumba Israel Mikhail Yakovlev di tangga kelima dan pelumba Jepun Kaiya Ota, di kedudukan keempat.April tahun lepas Azizulhasni telah menjalani pembedahan, susulan masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA). - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 03:58pm |
NORAFIDAH ASSAN | https://www.sinarharian.com.my/article/264975/berita/semasa/juruukur-maut-nahas-di-bukit-tangga-baru-terima-apc | Juruukur maut nahas di Bukit Tangga baru terima APC | JELEBU - Penunggang motosikal yang maut dalam nahas di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga di sini, baru sahaja menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) minggu lalu.Mangsa, Muhamad Hasnul Ramli, 48, merupakan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Negeri Sembilan Barat ketika kejadian dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas luar di Kampung Jeram Lesong di sini.Menurut juruukur Jupem Daerah Negeri Sembilan Barat, Sr Muhamad Fariz Absl Kamarul Azman, Allahyarham seorang pekerja yang berpengalaman dan telah berkhidmat selama 20 tahun."Arwah seorang yang rajin, tidak banyak cakap namun mesra dengan kawan-kawan selain seorang yang cepat belajar."Kali terakhir saya berjumpanya pada minggu lalu sempena APC dan arwah kelihatan gembira namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jelebu pada Jumaat.Muhamad Fariz (kanan) bersama dua lagi kakitangan Jupem yang turut berada di Hospital Jelebu.Dalam perkembangan sama, seorang lagi mangsa nahas iaitu kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seperi, Jelebu tengah hari Jumaat.Bapanya, Koperal Mohd Hariz Shakirin Mohd Yusof berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan dua anak lelaki berusia enam serta tiga tahun dalam perjalanan pulang selepas selesai membeli barang di Seremban."Saya sempat mengeluarkan anak sebaik kemalangan sebelum mendapatkan rawatan di hospital," katanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta dan sebuah motosikal pada malam Khamis.Kedua-dua mangsa merupakan penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki dan penunggang motosikal seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, siasatan lanjut kemalangan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Ayah dan ibu kanak-kanak yang maut sudah dibenarkan keluar wad manakala anak sulung mereka masih lagi dirawat di Hospital Jelebu," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 03:56pm |
ROSHILA MURNI ROSLI | https://www.sinarharian.com.my/article/264970/berita/politik/umno-dijangka-tanding-15-kerusi-dun-kedah | UMNO dijangka tanding 15 kerusi DUN Kedah | PENDANG - UMNO Kedah meramalkan bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN).Bagaimanapun, PengerusiUMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka selesai sebelum Aidiladha ini."Kalau kita ada 15 DUN yang bertanding itu kira minimumlah. Ya, kalau kita dapat lebih daripada itu, maknanya itu sudah banyaklah daripada itu," katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) UMNO DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang di sini pada Jumaat.Ketika ditanya mengenai pembahagian dua daripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah, Mahdzir berkata, perkara itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.“Saya ingat yang itu bukan isu untuk diselesaikan. Insya-ALLAH dalam minggu ini sebelum raya haji kita boleh selesai,” katanya.Menyentuh tentang persediaan parti itu pula, beliau berkata, BN sudah memulakan gerak kerja termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) setiap DUN."Katalah Sungai Tiang, ada lebih kurang 23 PDM, akan tubuh jawatankuasa di 23 PDM itulah. Katalah di Tokai ada 21 jadi ada 21 jawatankuasa," katanya.Ujarnya, antara gerak kerja yang diputuskan adalah untuk memastikan semua jawatankuasa yang ditubuhkan itu bekerjasama dengan calon PH di DUN yang ditandingi mereka. | 4 | 23 Jun 2023 03:53pm |
ROSHILA MURNI ROSLI | https://www.sinarharian.com.my/article/264967/berita/politik/bertanding-secara-anak-jantan-hanya-pemanis-bibir---mahdzir | Bertanding secara anak jantan hanya pemanis bibir - Mahdzir | PENDANG - Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar setiap parti bertanding secara anak jantan tanpa menggunakan dana dan harta kerajaan disifatkan sebagai pemanis bibir semata-mata.Katanya, adalah mustahil apabila seseorang dalam kerajaan langsung tidak menggunakan harta kerajaan.Tambah Mahdzir, rakyat ketika ini tidak perlu dimomokkan secara berlebihan dengan perkara yang tidak sepatutnya."Kalau dah jadi kerajaan hang (kamu) cerita lah kut mana pun kan, yang itu dia panggil 'lips decoration' atau pemanis mulut sajalah. Satu dunia tahu kalau dah jadi kerajaan itu, kut mana hang (kamu) tak guna? Guna jugalah."Saya ingat kita tak payah cerita fasal yang terlalu nak perasing-perasing (asing) kerajaan. Kita masuk pilihan raya, kita kerajaan federal, kamu kerajaan negeri, kita profesional," katanya ketika ditemui selepas taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang di sini pada Jumaat.Menurutnya, pemimpin politik perlu bijak dalam mengawal emosi dan tidak berpolitik dengan kaedah yang ekstrem."Kaedah politik ekstrem yang melampau ini kita tak perlu guna. Kita pergi kepada naratif rakyat sebab 65 tahun daripada awal merdeka, rakyat dah ada pendidikan yang diberi oleh UMNO dan Barisan Nasional."Tak payahlah duk buruk orang terlampau hari-hari, cuma kita cerita lah apa yang kita nak buat. Seperti dah jadi satu kegemaran pula mengata orang," katanya.Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, pihaknya yakin pengundi sudah berada pada naratif yang jelas selepas terkeliru membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.Katanya, kekeliruan itu berlaku disebabkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika itu merupakan parti yang menjadi kerajaan."Kita pun tak boleh salahkan depa (mereka) jugalah pada waktu itu tapi hari ini sangat jelas. Di Putrajaya (ada) BN dan Pakatan Harapan (PH), Di sini PN (iaitu) Pas dan Bersatu yang jadi pembangkang. Sebab itu saya guna tagline kalih bagi sama," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 03:38pm |
MUHAMMAD AMINNURALIFF | https://www.sinarharian.com.my/article/264965/berita/semasa/kilang-kitar-semula-musnah-terbakar | Kilang kitar semula musnah terbakar | SHAH ALAM - Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Bukit Naga, Seksyen 32 di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.33 petang."Seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian."Kebakaran didapati melibatkan longgokan barangan kitar semula yang didapati terbakar 50 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan kerja pemadaman bagi mengelakkan kebakaran terus merebak."Kerja pemadaman dijalankan dengan bantuan dua buah jentera pengorek yang terdapat di kilang tersebut."Kebakaran kemudian berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2 petang," katanya.Menurutnya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan siasatan masih dijalankan melibatkan punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut. | 4 | 23 Jun 2023 03:32pm |
SYAMILAH ZULKIFLI | https://www.sinarharian.com.my/article/264964/berita/semasa/29-wanita-china-tidak-mengaku-tinggal-lebih-masa-tiada-pas | 29 wanita China tidak mengaku tinggal lebih masa, tiada pas | SEREMBAN - Seramai 29 wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini pada Jumaat atas pertuduhan berada di negara ini tanpa pas yang sah dan tinggal lebih masa pada Jumaat.Kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 64 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Khadijah Md Yusop dan Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, 21 tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963(Pindaan 2002) iaitu berada di negara ini tanpa pas yang sah.Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh disebat tidak lebih enam sebatan.Selain itu lapan lagi didapati berada di negara ini melebihi masa yang telah ditetapkan.Berikutan itu mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/1963(Pindaan 2002)yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama.Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.Kesalahan itu dilakukan pada 13 Jun 2023 jam lebih kurang jam 5.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.Peguam Siti Summaiyah Ahmad Jaafar merayu kesemua tertuduh diberi jaminan atas alasan mereka mempunyai visa perubatan dan ketika ditahan pasport mereka masih belum tamat tempoh.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman dan Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi.Mahkamah menetapkan 10 daripada mereka diberikan jaminan RM10,000, empat lagi masing-masing RM8,000 dan RM4,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta menyerahkan paspot kepada mahkamah.Tiada jaminan ditawarkan kepada 11 lagi dan sebutan semula kes 25 Julai ini.Sebelum ini akhbar berbahasa Cina melaporkan kesemua mereka ditahan pada 9 Jun lalu di Senawang selepas disyaki cuba menyebar ajaran Kristian yang sesat dan memperdayakan mangsa untuk menderma kononnya bagi tujuan membina gereja. | 4 | 23 Jun 2023 03:29pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264959/berita/nasional/anwar-solat-jumaat-bersama-rakyat-di-cheras | Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Cheras | KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini.Beliau yang tiba di masjid itu pada pukul 1.25 tengah hari, disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan pengurusan masjid serta jemaah.Anwar bersama kira-kira 1,000 jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Pensyariatan Ibadah Haji’ sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut 29 Jun ini, sebelum menunaikan solat Jumaat.Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah serta kanak-kanak di situ.Terdahulu, Anwar makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Ros Sari yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 03:14pm |
NOR FARHANA YAACOB | https://www.sinarharian.com.my/article/264961/berita/semasa/lelaki-didakwa-cedera-isteri-dengan-kayu-golf-baton-besi | Lelaki didakwa cedera isteri dengan kayu golf, baton besi | MELAKA - Seorang pekerja pengemas penginapan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan isterinya.Tertuduh, Azwan Azman,32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada isterinya berusia 28 tahun dengan menggunakan sebatang golf, sebatang baton besi dan sebatang kayu buluh.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seri Emas 3, Taman Seri Telok Mas, di sini, pada jam 3.30 pagi, 19 Jun lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari membantah jaminan diberikan mengambil kira kecederaan parah yang dialami mangsa.Tertuduh bapa dua anak yang diwakili peguam Muhammad Syah Azlan Abdullah, bagaimanapun memohon jaminan rendah dikenakan terhadap tertuduh sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara kerana ibu tertuduh hanya membawa wang jaminan sebanyak RM4,000.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak menganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.Mahkamah turut menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. | 4 | 23 Jun 2023 03:13pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264958/berita/nasional/mahalnya-harga-kemiskinan | 'Mahalnya' harga kemiskinan | KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah metropolis bernama Kuala Lumpur ini, sebuah premis kecil menjadi tumpuan puluhan individu yang beratur dengan tenang, sabar menunggu giliran untuk mengambil bantuan makanan, kebanyakannya adalah muka-muka biasa.Dalam kalangan mereka, seorang wanita menarik tumpuan.Berkulit sawo matang dengan wajah yang jelas dimamah usia, tubuh kecilnya yang melidi itu sedikit bongkok, seolah-olah memberi gambaran akan beban berat yang dipikulnya selama ini.Namun, pada usia 75 tahun - didedahkan kepada Bernama selepas beberapa pertemuan - dia masih cergas.Ceritanya kepada Bernama, dia hanya kembali mengulangi Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku yang dikendalikan oleh Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) itu baru-baru ini, selepas beberapa tahun tidak memerlukan bantuan pusat tersebut.Katanya dia tidak ada pilihan setelah wang simpanannya habis dikebas orang."Saya kena tipu RM31,000.Diorang (mereka) cakap nak kasi duit raya.Saya macam kena pukau.Saya pergi bank, sign paper (tandatangan dokumen).(Saya) Ingat dia nak masukkan duit, tapi dia keluarkan duit (saya). Semua habis," katanya, pilu."Dua hari saya tak makan. (Hanya) Nangis je."Dia mati akal kerana dia tidak mampu bekerja dan bergantung pada bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Dia berkira-kira untuk kembali ke sisi keluarganya di Kelantan, namun bimbang situasinya akan bertambah teruk.Setidak-tidaknya di sini dia ada rumah, katanya.Dia menyewa rumah flat kos rendah pada kadar RM150 sebulan dan tinggal bersama-sama anak angkat lelaki berusia 28 tahun.Si anak yang bekerja dengan gaji harian, akan menghulurkan wang kepadanya jika ada duit.Jika tidak, mereka berdua akan bergantung pada bantuan JKM.Setakat ini anaknya masih belum dapat mencari pekerjaan tetap.Kehilangan wang simpanan itu membuatkan kehidupan mereka umpama telur di hujung tanduk.Andainya dia atau anaknya mengalami masalah kesihatan yang besar, maka akan melaratlah hidup mereka.Malah, sekarangpun dia mengadu sakit dalam perut dan lutut.Wanita ini melambangkan risiko dan akibat kekurangan pilihan yang dihadapi oleh kira-kira dua juta penduduk miskin tegar di Malaysia, satu masalah yang mahu dikurangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika tidak dapat dibasmi.Bagaimanapun, usaha ke arah itu dilihat amat sukar kerana terdapat banyak isu lain yang perlu ditangani secara seiring.Harga kemiskinanStatus isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40), Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Pertengahan (M40) dan Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 20 Peratus Tertinggi (T20). Kategori B40 dan M40 masing-masing ada empat peringkat, sementara T20 ada dua.Bermula tahun depan, kerajaan akan menyemak semula pengkelasan pendapatan isi rumah dengan memasukkan pendapatan bersih sebagai pengukur dalam menentukan tahap kekayaan.Kerajaan sebelum ini menyemak semula kadar garis kemiskinan kebangsaan daripada RM980 kepada RM2,208.Susulan itu, bilangan isi rumah yang berada di bawah garis kemiskinan meningkat kepada 5.6 peratus pada 2020, demikian menurut data terkini Bank Dunia.Sejak berdekad lalu, Malaysia menyalurkan bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan.Secara keseluruhannya, inisiatif itu berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini daripada 50 peratus pada 1970-an kepada kurang 10 peratus sekarang, merangkumi segelintir penduduk di luar bandar dan di bandar.Pakar yang menyambut baik inisiatif itu, bagaimanapun berkata usaha untuk mengurangkan jumlah miskin tegar bukan sesuatu yang mudah dilakukan.Kata mereka, walaupun terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk golongan miskin, banyak kekangan yang menghalang.Pendek kata, kebanyakan penduduk miskin tegar di negara ini tidak mampu menikmati kemudahan tersebut disebabkan oleh kemiskinan itu sendiri.Ahli ekonomi yang juga bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Prof Datuk Dr Madeline Berma yang banyak menjalankan kajian tentang kemiskinan, berkata, Malaysia menggunakan kaedah bersasar, iaitu golongan miskin perlu terlebih dahulu mendaftar dengan kerajaan dan disusuli proses pengesahan.Situasi ini boleh menjadi penghalang buat kebanyakan orang miskin."Seseorang itu perlu mendaftar dengan e-Kasih (pangkalan data bersepadu isi rumah miskin kebangsaan) bagi melayakkan dia mendapatkan bantuan.Kalau dia adalah orang Penan yang tinggal jauh terpencil, tujuh hari berjalan kaki (untuk sampai di pusat bantuan terdekat), dan tidak tahu tentang e-Kasih, bagaimana dia nak mendaftar?" katanya.Jika seseorang itu dapat mendaftar sekalipun, mereka masih berdepan halangan seperti pengangkutan, ujar beliau lagi.Bergantung di mana mereka tinggal, sesetengahnya tidak mampu membayar kos perjalanan ke pejabat pegawai daerah yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan kepada orang miskin.Mengambil contoh keadaan di Sarawak, katanya: "Zaman dulu, bantuan JKM cuma RM70.Kos perjalanan dari rumah panjang ke pejabat daerah bagi mengambil bantuan itu ialah sekitar RM30 ke RM40 untuk tambang bot."Bagi orang susah, benda paling mahal dalam belanjawan mereka ialah makanan, disusuli pengangkutan.Dua isu ini, jika dapat ditangani, akan membantu kita dari banyak segi (dalam mengurangkan kemiskinan)," tambah beliau.AksesSituasi sedemikian - membelanjakan duit yang begitu susah diperoleh untuk pergi mengambil bantuan demi kelangsungan hidup - amat difahami oleh seorang lelaki cacat penglihatan yang ditemu bual Bernama.Saban hari, warga emas berusia 62 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Low itu, menaiki bas dari Rawang ke Kuala Lumpur sebelum menyambung perjalanan dengan MRT, menuju pusat khidmat gelandangan tersebut.Di situ, dia diberikan tiga bungkus makanan percuma - mengandungi nasi, sumber protein sebagai lauk dan sayur - untuk sarapan, makan tengah hari dan malam.Dia keluar rumah pada 11 pagi setiap hari bagi memastikan dia tiba tepat pada waktu, kerana makanan mungkin kehabisan jika dia lambat sampai.Usai mengambil makanan, dia menaiki MRT dan bas untuk pulang ke rumah.Menurut Low, dia menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan, dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya RM110 dibelanjakan untuk kos perjalanan.Buat masa ini dia tinggal di sebuah rumah yang didirikan secara haram di atas tanah milik orang dan tidak perlu membayar sewa, sekali gus membolehkannya menyimpan sedikit wang.Dia berusaha untuk tidak berbelanja bagi benda yang tidak perlu."Baki yang saya tidak belanjakan, saya masukkan dalam (akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Saya tidak mahu gunakan wang itu," katanya, menambah simpanannya kini berjumlah RM20,000.Duit itu katanya akan digunakan bagi membiayai kos tinggal di rumah jagaan warga emas apabila tiba masanya.Selain seorang kakak, dia tidak ada ahli keluarga yang lain. Di rumahnya pula hanya ada sebuah cerek, mesin basuh, tilam dan radio.Sekalipun perjalanan hariannya itu tidak sukar, Low merungut tentang kemudahan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).Sebagai OKU penglihatan, ketiadaan elevator yang berfungsi di sesetengah stesen pengangkutan awam, membuatkan dia berisiko terjatuh.Aktivis yang memperjuangkan hak OKU, Murugeswaran Veerasamy yang mesra dipanggil Muru, berkata penambahbaikan kemudahan untuk OKU, bukan sahaja di dalam pengangkutan awam tetapi di semua tempat, akan membantu mengurangkan jumlah miskin tegar secara keseluruhan.Sekalipun Malaysia tidak ada angka tepat golongan OKU yang hidup daif, kajian mendapati ramai rakyat negara ini yang kurang upaya tidak dapat mencari rezeki.Mereka termasuk golongan tua yang menjadi kurang upaya dari segi fizikal apabila meningkat usia walaupun keadaan mental mereka masih baik."Kuota (menggaji OKU) dalam sektor kerajaan dan swasta ialah satu peratus.Pada masa ini, saya rasa hanya 0.02 peratus pekerja adalah OKU sedangkan sistem kuota ini dilaksanakan sejak berdekad lalu," kata Muru.Beliau dan beberapa pakar lain juga mengingatkan pihak berwajib bahawa dasar mengurangkan kemiskinan tidak boleh menerima guna pendekatan "satu penyelesaian untuk semua". Sehubungan itu, kata Muru, bantuan yang disalurkan harus mengikut acuan mereka yang dibantu."Kenal pasti dan asingkan mereka serta berikan bantuan yang betul agar mereka boleh menyumbang kepada diri sendiri, keluarga dan negara. Jika kita beri mereka bimbingan yang betul, mereka akan dapat hidup dengan baik," katanya.DokumenAkan tetapi, pengkelasan sebegini turut dilihat sebagai satu keistimewaan yang menjadi halangan besar buat sesetengah golongan miskin tegar.Rata-rata bantuan kemiskinan di Malaysia adalah untuk rakyatnya, bermakna mereka perlu ada dokumen diri.Bagaimanapun bukan mudah bagi sesetengah mereka ini mendapatkan dokumen itu.Menurut pakar, hal itu adalah isu lazim yang membuatkan roda kemiskinan terus berputar.Presiden Pertiwi, Datuk Munirah Abdul Hamid memberitahu Bernama, beliau tidak terkejut sekiranya bilangan mereka yang hidup daif jauh lebih tinggi daripada jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan.Menurut beliau, hanya golongan yang memiliki hak keistimewaan sahaja dapat masuk dalam pengkelasan, sementara yang lain terpinggir.Mega, wanita gelandangan berusia 38 tahun, boleh membuktikan akibat tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Sebelum ini dia tinggal dengan ibunya, seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah, yang menyewa di sebuah rumah kedai.Dia tidak tahu siapakah ayahnya. Mungkin rakyat Malaysia, mungkin bukan.Ibunya telah meninggal dunia, dan dia pula tidak mempunyai sijil kelahiran.Dia yang tidak pernah bersekolah, belajar menulis dan membaca daripada kawan-kawan.Dia juga tidak tahu sama ada ibu bapanya berkahwin, dan jika ayahnya adalah rakyat Malaysia, maka dia layak menerima bantuan kerajaan.Oleh sebab tidak ada dokumen pengenalan diri, Mega tidak boleh diambil bekerja secara sah, sekali gus menyukarkannya untuk mencari rezeki ataupun mendapatkan ubat HIV yang diperlukannya.Di sebalik kepayahan hidup yang dihadapinya, wanita ini mesra dan mudah senyum, menayang barisan gigi yang berlompang."Sekarang susah, masih happy tapi rindu (mak)," katanya.Dr Berma berkata, kebanyakan miskin tegar tidak tahu tentang kepentingan mendapatkan dokumen yang perlu.Beliau mengakui proses mendapatkan MyKad adalah panjang, selalunya mengambil masa sehari suntuk, sekali gus menyukarkan mereka yang bekerja dengan gaji harian dan juga mereka yang tinggal jauh.Bagaimanapun kata beliau, dokumen itu adalah satu keperluan."Sekiranya mereka tahu betapa pentingnya untuk anak mereka memiliki kad pengenalan, mereka akan berusaha mendapatkan dokumen itu," katanya, menambah proses itu seharusnya dipermudah. | 4 | 23 Jun 2023 03:07pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264957/berita/nasional/kpkt-peruntuk-rm2114-juta-kepada-pulau-pinang | KPKT peruntuk RM211.4 juta kepada Pulau Pinang | GEORGE TOWN - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Jumaat memperuntukkan sebanyak RM211.4 juta kepada Pulau Pinang menerusi ‘Program Sentuhan Kasih KPKT’ bagi pembinaan projek perumahan rakyat (PPR), projek penyelenggaraan dan naik taraf projek di bawah Majlis Bandaraya.Menterinya Nga Kor Ming berkata, di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, tiada negeri akan di anak tirikan dan KPKT akan sentiasa berkhidmat untuk membela nasib semua rakyat.Beliau berkata, jumlah berkenaan merupakan peruntukan paling besar pernah diberikan kepada Pulau Pinang yang akan melibatkan 41 projek di bahagian pulau dan Seberang Perai."Kerajaan Malaysia Madani akan bersikap adil, arif dan saksama kepada semua kerana kita sayang semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa yang sama, saya akan pastikan semua peruntukan yang diumumkan, akan dilaksanakan dengan secara berkesan," katanya kepada pemberita selepas program Sentuhan Kasih KPKT di sini pada Jumaat.Terdahulu, Kor Ming yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo turut melawat PPR Kota Giam dan Astaka Taman Tun Sardon di daerah Timur Laut.Kor Ming berkata, daripada jumlah peruntukan yang diumumkan, sebanyak RM200 juta akan disalurkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk pembinaan PPR manakala RM9.62 juta bagi penyelenggaraan di bawah tabung Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM)."Sebelum ini, Pulau Pinang hanya dapat empat projek PPR dengan jumlah hanya 999 unit tetapi kini kita memperuntukkan jumlah RM200 juta untuk bina tambahan 1,000 unit di bahagian pulau dan Seberang Perai, demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.Jelasnya, kos pembinaan satu unit rumah PPR dianggarkan bernilai RM250,000 tetapi kerajaan hanya menjual kepada rakyat pada harga RM45,000 seunit, subsidi sebanyak lebih RM200,000 satu unit.Sementara itu, Jagdeep Singh berkata, lokasi yang dikenal pasti untuk pembinaan rumah PPR adalah di daerah timur laut di bahagian pulau dan Seberang Perai Utara.Beliau berkata, memandangkan peruntukan telah ada, semua pelan projek akan dimohon melalui Majlis Bandaraya untuk kelulusan sebelum pembinaan dapat dilakukan di lokasi tersebut."Projek PPR akan diberi keutamaan oleh pihak Majlis Bandaraya dan berharap kelulusan akan diterima pada hujung tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan," katanya. - Bernama. | 4 | 23 Jun 2023 03:07pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264956/berita/nasional/rusli-jaafar-dilantik-semula-pengerusi-eksekutif-skm | Rusli Jaafar dilantik semula Pengerusi Eksekutif SKM | KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan pelantikan semula Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif SKM berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Mei 2025.SKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.Rusli yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi."Sepanjang tempoh tersebut beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa bahagian ibu pejabat dan negeri sehingga di peringkat pengurusan tertinggi SKM."Dengan pelantikan ini, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja SKM mengucapkan tahniah,” menurut kenyataan itu.Sebelum ini Rusli dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif SKM pada 1 Disember 2022. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 03:01pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264955/berita/semasa/penutupan-lorong-di-lebuh-raya-dilarang-bermula-esok | Penutupan lorong di lebuh raya dilarang bermula esok | KUALA LUMPUR - Semua kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi catatan di Facebook beliau berkata, larangan yang bermula esok sehingga 2 Julai itu bagaimanapun terkecuali bagi kerja-kerja melibatkan kes kecemasan.Katanya, larangan berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan."Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi ketika musim perayaan,” katanya.Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 02:45pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264951/berita/nasional/el-nino-belum-ada-keputusan-tentang-harga-beras---salahuddin | El-Nino: Belum ada keputusan tentang harga beras - Salahuddin | KOTA KINABALU - Masih belum ada keputusan daripada kerajaan tentang harga beras pada masa ini, walaupun terdapat laporan media hari ini mendakwa kenaikan harga beras bakal berlaku bulan depan akibat kekurangan bekalan kesan daripada El Nino.Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya bersedia menghadapi sebarang kesan akibat cuaca panas itu termasuk melibatkan harga beras."Sekarang ini kita sudah minta pegawai dapatkan maklumat daripada KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) mungkin lewat petang ini kita akan peroleh, desas-desus (berlaku) kenaikan (harga) itu tiada lagi, bukan keputusan daripada kerajaan lagi."Kementerian saya dan KPKM akan bertukar nota hari ini dengan secepat mungkin mengenai perkara ini, kemudian kita keluarkan satu kenyataan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei di Depo Petronas Dagangan Berhad Sepanggar di sini hari ini.Misi itu menyaksikan pembekalan 150 tan metrik gas petroleum cecair (LPG) tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei bermula 16 Jun lepas hingga 1 Julai ini.Media hari ini melaporkan Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin, Ameer Ali Mydin mendakwa akan terdapat kenaikan harga beras antara RM1 dan RM2 sekampit bagi beberapa jenis beras, termasuk beras putih import pada bulan depan.Ameer Ali juga mengaitkan lonjakan harga beras putih tempatan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat gelombang panas baru-baru ini yang menjejaskan penuaian musim lepas, namun menurutnya bekalan dijangka stabil menjelang September. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 02:40pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264948/berita/sukan/pearly-kian-pulih-dijangka-kembali-berlatih-minggu-depan | Pearly kian pulih, dijangka kembali berlatih minggu depan | PEMAIN beregu wanita utama negara, Pearly Tan yang cedera di siku ketika menyertai Terbuka Singapura awal bulan ini dijangka kembali menjalani latihan minggu depan.Jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How berkata kecederaan dialami atlet berusia 23 tahun itu semakin pulih dan mampu untuk menyambung latihan bersama gandingannya M Thinaah menjelang Terbuka Korea 2023 Julai depan.“Saya ada hubungi dia baru-baru ini dan kedengaran okay, selepas cedera hari itu. Doktor kata dalam sebulan dia akan sembuh.“Tapi untuk pulih sepenuhnya belum lagi, mungkin 70-80 peratus, ada gerakan-gerakan tertentu dia tak boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Kuala Lumpur pada Jumaat.Pada 7 Jun, Pearly-Thinaah menarik diri pada pusingan pembukaan Terbuka Singapura semasa menentang pasangan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di set ketiga, disebabkan kecederaan Pearly ketika pasangan Jepun itu mendahului 16-9.Pearly-Thinaah tewas set pertama 13-21 namun pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu kembali untuk menang set kedua, 21-17.Kecederaan tersebut turut menyebabkan juara Terbuka Perancis 2022 itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023, pada 13 Jun lepas.Dalam pada itu, Thien How berkata, beliau akan mengatur latihan yang bersesuaian dengan kondisi Pearly untuk menjalani latihan terbaiknya pada Isnin ini.“Untuk keadaan Pearly yang belum pulih sepenuhnya, saya akan aturkan latihan apa yang boleh,” katanya. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 02:34pm |
NOR AZURA MD AMIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264946/berita/nasional/43-rumah-untuk-veteran-atm-diluluskan | 43 rumah untuk veteran ATM diluluskan | PONTIAN - Sebanyak 43 permohonan bagi pembinaan rumah baharu sudah diluluskan menerusi Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setakat Jun tahun ini.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding hanya 40 buah kediaman disasarkan dibina di seluruh negara pada tahun ini."Saban tahun, permintaan bagi pembinaan rumah baharu ini menunjukkan peningkatan. Tahun lepas, jumlah peruntukannya adalah untuk pembinaan 25 buah rumah tetapi tahun ini jumlahnya meningkat kepada 40 buah dan sekarang sudah diluluskan 43 buah rumah."Di peringkat kementerian, penilaian sentiasa dilakukan kerana kita mengambil maklum inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat membantu golongan veteran kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyerahkan rumah veteran ATM kepada balu anggota di Jalan Jaya Ayer Baloi, pada Jumaat.Adly berkata, rumah berkenaan yang mempunyai tiga bilik tidur itu dianggarkan bernilai RM85,000 dan dilaksanakan dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)."Kementerian akan cuba mendapatkan lebih peruntukan menerusi bajet bagi memastikan Inisiatif Perumahan Veteran ATM dapat diteruskan meskipun berdepan cabaran kenaikan kos barang binaan."Mungkin tahun ini kita masih dapat rumah tiga bilik bernilai RM85,000 tetapi kemungkinan besar kos pembinaannya akan meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya.Jelasnya, cabaran kenaikan kos pembinaan rumah tersebut tidak mematahkan semangat kementeriannya untuk berusaha menyediakan rumah serta membaik pulih kediaman veteran ATM.Dalam pada itu, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berharap anggota veteran ATM dapat mengemaskini data dan maklumat diri menerusi portal Veteran Integrated Benefit System (Vibes 2.0).Ini kerana, katanya, data semasa tersebut penting untuk program-program kebajikan, kesihatan pendidikan dan sebagainya kepada veteran ATM.Sementara itu, balu tentera, Rohana Mohd Idrus, 46, bersyukur apabila menerima sebuah rumah selepas kira-kira tiga tahun menyewa di bandar Pontian.Rohana merupakan balu kepada Allahyarham Abdullah Pami Bachok yang pernah berkhidmat di Kem Lok Kawi Kota Kinabalu Sabah."Suami meninggal dunia akibat kanser usus pada Febuari tahun lepas. Impian arwah suami untuk melihat rumah baharu kami tidak kesempaian."Rumah baharu ini akan menjadi kediaman yang lebih selesa untuk saya dan empat orang anak berusia 23 hingga tujuh tahun," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 02:24pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264943/berita/semasa/najib-tarik-balik-rayuan-dapatkan-dokumen-goldman-sachs-keluarga-zeti | Najib tarik balik rayuan dapatkan dokumen Goldman Sachs, keluarga Zeti | PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik dua rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan firma pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa Najib menarik semula kedua-dua rayuannya tanpa prejudis untuk dihujahkan semula di semua peringkat mahkamah."Kami (pihak pembelaan dan pendakwaan) bersetuju untuk syarat berikut. Kami akan menarik kedua-dua rayuan substantif tanpa prejudis supaya kami boleh berhujah di semua peringkat mahkamah termasuk di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi ada menyatakan kami boleh berhujah semula mengenai perkara ini apabila saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan,” katanya.Beliau juga memberitahu mahkamah pihak pendakwaan tidak akan membantah hak Najib untuk memohon semula dokumen itu apabila saksi berkaitan memberi keterangan dalam perbicaraan itu di Mahkamah Tinggi.Muhammad Shafee kemudian memohon mahkamah untuk membatalkan rayuan itu berdasarkan dua syarat yang dipersetujui oleh pihak pembelaan dan pendakwaan.Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar mengesahkan perkara itu kepada mahkamah.Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel itu kemudian membatalkan rayuan itu tanpa mendengar merit rayuan tersebut.Dua lagi hakim yang bersidang bersama Hakim Abang Iskandar ialah Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof.Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai 2021 yang menolak dua permohonannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan keluarganya didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.Rayuan beliau juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lepas.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan pada 24 Mac 2021 untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDBnya.Najib juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April 2021 untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.Najib, 69, kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.Perbicaraan kes 1MDB akan diteruskan pada 7 Julai di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lepas. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 02:17pm |
MOHD ISKANDAR OTHMAN | https://www.sinarharian.com.my/article/264940/berita/semasa/6000-anggota-polis-pulau-pinang-siap-siaga-hadapi-prn | 6,000 anggota polis Pulau Pinang siap siaga hadapi PRN | BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang bersedia untuk menggerakkan anggotanya bagi mengawal keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, seramai 6,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan sepanjang PRN berlangsung selain akan mendapatkan bantuan daripada kontinjen lain sekiranya diperlukan."Pastikan Polis Pulau Pinang telah bersiap sedia daripada segala aspek bagi menghadapi PRN iaitu bermula daripada sebelum penamaan calon sehingga pasca PRN nanti."Secara umumnya, untuk kontinjen Pulau Pinang kita bersedia seramai 6,000 pegawai dan anggota yang akan ditugaskan pada PRN nanti."Bagaimanapun kita akan lihat sekiranya terdapat keperluan untuk menambah anggota, kita akan memohon bantuan daripada kontinjen-kontinjen lain untuk membantu," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, sebanyak 22 pasukan 'Light Strike Force' (LSF) juga telah selesai menjalani latihan untuk memperkasakan lagi kemahiran dan kecekapan dalam mengawal situasi tidak diingini terutamanya yang mengancam ketenteraman awam pada PRN nanti.Selain itu, katanya khidmat Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta Pasukan Tindak balas Krisis (CRT) juga akan digunakan bagi memastikan kelancaran perjalanan PRN di negeri ini.Dalam pada itu, Kok Chin meminta semua pihak agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sepanjang tempoh PRN supaya semuanya dapat berlangsung dengan tenang, aman dan harmoni. | 4 | 23 Jun 2023 02:17pm |
SYAMILAH ZULKIFLI | https://www.sinarharian.com.my/article/264938/berita/semasa/kegiatan-seleweng-10500-liter-minyak-diesel-subsidi-tumpas | Kegiatan seleweng 10,500 liter minyak diesel subsidi tumpas | PORT DICKSON - Kegiatan penyelewengan 10,500 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM22,575 berjaya ditumpaskan pihak berkuasa dalam Op Tiris di sebuah premis terbuka di Kampung Kebun Jimah, Bukit Pelanduk di sini pada Khamis.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis melalui Cawangan Risik Batalion 6 Pusat Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar, Johor pada jam 2 pagi itu turut menahan lapan lelaki tempatan."Kesemua lelaki terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961."Hasil pemeriksaan lanjut menemui 10,500 liter minyak diesel yang bernilai RM22,575 dalam satu lori tangki, tiga lori bonded dan 19 unit tangki intermediate bulk container (IBC) bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, kesemua barangan tersebut disita dan keseluruhan nilai rampasan adalah RM159,375.00.Ujarnya, pihak polis kemudian menyerahkan kes berkenaan kepada penguat kuasa KPDN Port Dickson di lokasi kejadian."Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961."Ia bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti itu serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan," katanya.Muhammad Zahir berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada polis dan agensi-agensi penguatkuasaan lain di atas kerjasama yang diberikan dalam usaha mengekang penyelewengan minyak diesel terutamanya di Negeri Sembilan.Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi perundangan berkuat kuasa. | 4 | 23 Jun 2023 02:09pm |
NOOR AZLIDA ALIMIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264941/berita/semasa/ceo-pengurusan-acara-didakwa-tipu-penganjuran-hooray-x-fest-raya | CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya | KUALA LUMPUR – Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) di sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya, dua bulan lalu.Muhammad Alif Hakim Jamal, 23, yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja putih membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marisqa Khalizan.Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penyewaan tapak festival itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).Ia mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500 sedangkan dia tidak akan bertindak sedemikian, jika tidak diperdayakan, di WTCKL pada jam 2.34 pagi pada 19 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noraisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam, Zamri Idrus yang mewakili tertuduh memohon kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya menghadap penyakit buah pinggang dan perlu melakukan dialisis tiga kali seminggu.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Marisqa membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, pihak polis telah menahan lima individu bagi membantu siasatan berhubung pembatalan festival beli-belah Syawal, Hooray X Fest Raya pada saat-saat akhir.Karnival sempena Aidilfitri yang sepatutnya bermula 19 April sehingga 21 April lalu di WTCKL dibatalkan selepas penaja utama menarik diri.Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian.Pada 25 April lalu, empat individu termasuk pelakon, Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman, 43, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan kes sama. | 4 | 23 Jun 2023 02:05pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264939/berita/politik/pkr-mungkin-teruskan-tindakan-undang-undang-bekas-ahli-khianat-parti | PKR mungkin teruskan tindakan undang-undang bekas ahli khianat parti | KUALA LUMPUR - PKR mungkin mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beberapa bekas ahlinya yang telah mengkhianati parti sebelum ini, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.Beliau berkata, perkara ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada parti berkenaan kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu."Dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat PKR akan datang mungkin ada perbincangan di mana tindakan terhadap Zuraida telah diambil dan ada keputusan sebegini... bukan beliau sahaja yang melompat parti pada waktu itu tetapi ada sejumlah yang lain."Maka PKR mungkin meneruskan tindakan undang-undang kepada mereka yang telah mengkhianati parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Lembah Pantai di sini pada Jumaat.Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat malah mahkamah juga memerintahkan Zuraida untuk membayar kos RM50,000.Mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata ia juga membuktikan pendirian PKR bahawa tindakan lompat parti adalah tidak berprinsip walaupun Zuraida melanggar kontrak itu semasa negara belum melaksanakan Akta Anti Lompat Parti."Sebab itu PKR mengenakan bon kepada beliau (Zuraida) dan kepada semua yang bertanding (pilihan raya) atas tiket PKR," kata beliau dan mengingatkan semua ahli PKR supaya tidak sesekali mengkhianati parti itu.Pada Februari 2020, seramai 11 ahli Parlimen mewakili PKR termasuk Zuraida mengisytiharkan keluar parti serta Pakatan Harapan (PH) dan antara yang turut keluar ialah bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Sementara itu, mengenai Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM itu, Fahmi berkata, seramai 34 pelajar kawasan Parlimen Lembah Pantai telah menerima sumbangan wang tunai sebagai tanda memberi semangat setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun lepas."Ini adalah sebahagian usaha saya sebagai ahli Parlimen untuk membantu mereka yang ramai daripada keluarga B40 dan M40 dengan harapan anak-anak ini dapat meneruskan pelajaran."Semoga mereka juga dapat mendampingi dan mempelajari pelbagai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan mengikuti trend terkini supaya mereka bersedia untuk memasuki alam pekerjaan nanti," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 01:55pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264935/berita/politik/dun-selangor-bubar-gelanggang-prn-dibuka | DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka | SHAH ALAM - Gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dipalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.Ia menyaksikan bermula hari ini Selangor ditadbir oleh kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.Selangor mengikuti Kelantan yang telah membubarkan DUN semalam, diikuti Pulau Pinang serta Kedah dijangka pada 28 Jun, Negeri Sembilan pula dua hari kemudian, manakala Terengganu belum memuktamadkan tarikh pembubaran DUN ketika tempoh akhir penggal akan tamat pada 30 Jun.Selangor mempunyai 56 DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang 51 kerusi meliputi PKR (21), DAP (16), Amanah (lapan) dan Bersatu (enam).Barisan Nasional (BN) dan Pas pula masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.Sepanjang penggal ini, Selangor telah menyaksikan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan iaitu di DUN Sungai Kandis; Balakong; Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi dari PH meninggal dunia.Tiga daripada kerusi tersebut berjaya dipertahankan PH, manakala kerusi Semenyih berjaya dirampas BN.Ekoran Langkah Sheraton, kerajaan PH Selangor pada 5 Mac 2020 bertindak menyingkirkan Bersatu daripada gabungan itu, menyebabkan mereka kehilangan lima kerusi milik Bersatu yang dimenangi pada PRU-14.Selain itu, tiga bekas ADUN yang dipecat dari PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia) dan Haniza Mohamed Talha (Ampang Jaya) serta ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi yang keluar dari parti itu juga turut menyertai Bersatu.Namun pada tahun lepas, Haniza dan Dr Daroyah telah mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).Bilangan kerusi Bersatu semakin mengecil apabila ADUN Kuang, Sallehudin Amiruddin meninggalkan parti itu dengan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli dan ADUN Batang Kali Harumaini Omar menyertai parti Pejuang.Pada 16 Februari lepas, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali diisytiharkan kosong ekoran penyandangnya Harumaini, tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Bagaimanapun, tiada pilihan raya kecil diadakan berikutan pengisytiharan tersebut.Keadaan politik di Selangor tambah menarik apabila dua ADUN Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahmad Mustain Othman, masing-masing mewakili DUN Meru dan Sabak membuat kejutan dengan menyertai PKR, sekutu mereka di dalam PH.Selain itu, kerusi DAP di Selangor turut berkurangan apabila ADUN Teratai, Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar parti untuk bergerak sebagai wakil rakyat bebas sebelum menyertai Warisan.Mengikut parti politik, komposisi DUN Selangor sebelum dibubarkan terdiri daripada 19 wakil PKR, DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat) manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas selain satu kerusi diisytiharkan kosong. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 01:40pm |
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | https://www.sinarharian.com.my/article/264933/berita/nasional/kekurangan-doktor-pegawai-perubatan-ditempatkan-berperingkat | Kekurangan doktor: Pegawai perubatan ditempatkan berperingkat | PUTRAJAYA - Pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah akan ditempatkan secara berperingkat dalam usaha penyelesaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani isu kekurangan doktor di fasiliti tertentu.Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan rekod KKM, seramai 3,226 pegawai perubatan akan menamatkan latihan siswazah atau khidmat wajib secara berperingkat mulai Jun hingga Disember depan."Oleh yang demikian, seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan segera mulai Julai diikuti dengan seramai 1,150 pegawai lagi pada Ogos," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata demikian menjelaskan mengenai kekosongan jawatan doktor kontrak berikutan pelantikan tetap di dalam perkhidmatan awam.Selaras dengan kekosongan jawatan pada tahun ini, seramai 4,914 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak telah ditawarkan pelantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Jumlah itu merangkumi seramai 4,263 pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian dan sebanyak 316 pegawai farmasi.Daripada jumlah tersebut, seramai 4,907 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak telah melengkapkan urusan setuju terima melalui Sistem Tawaran Pelantikan Tetap (mySTP) SPA manakala tujuh pegawai perubatan telah menolak pelantikan tetap tersebut.Ujar Dr Zaliha, sehingga pelaksanaan Fasa 4, seramai 3,405 pegawai perubatan telah memilih penempatan."Kesemua jawatan tetap di Semenanjung telah dipilih sepenuhnya manakala masih terdapat kekosongan jawatan di Sabah dan Sarawak," katanya lagi.Ujar beliau, kesemua kekosongan jawatan itu akan ditawarkan kepada calon simpanan."Dalam urusan pengambilan tetap pada kali ini, KKM telah menerima lebih 1,000 rayuan daripada pegawai untuk dikekalkan di penempatan semasa," katanya.Antara alasan yang diberikan adalah pegawai menghadapi masalah kesihatan diri dan keluarga, tidak bersetuju untuk berkhidmat di Sabah, Sarawak, Labuan, kerana menyebabkan pegawai terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan serta pegawai akan atau memulakan pengajian kepakaran. | 4 | 23 Jun 2023 01:35pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264932/berita/hiburan/james-cameron-terkesan-tragedi-kapal-selam-titan | James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan | JAMES CAMERON yang juga pengarah filem Titanic tidak ketinggalan terkesan dengan berita kehilangan kapal selam Titan di Laut Atlantik sehingga mengorbankan nyawa lima penumpang.Sutradara yang pernah menyentuh emosi sejumlah besar pencinta filem di seluruh dunia menerusi naskhah mega itu pada 1997 berkata kepada agensi berita BBC, kehilangan Titan dirasakan beliau sehingga ke tulangnya.Masakan tidak perasaan tersebut menyelubungi Cameron kerana ketika mahu merealisasikan filem box-office itu, beliau telah melakukan 33 kali selaman ke lokasi Titanic karam.Ahad lalu Cameron berada di sebuah kapal ketika Titan dilaporkan gagal dikesan dan sejak dari detik itu, beliau langsung tidak mendengar khabar terbaharu berhubung kejadian itu sehinggalah keesokan harinya tersiar berita di media massa.Sebaik mengetahui kapal selam itu kehilangan sistem pemanduan dan komunikasi secara serentak, beliau serta-merta menduga terjadinya bencana."Saya dapat merasakan hingga ke dalam tulang apa yang telah berlaku. Kegagalan sistem elektronik dan komunikasi dan pengesan jejaknya gagal serentak - kapal selam itu hilang."Tidak menunggu lama, Cameron segera menghubungi beberapa kenalannya yang juga pakar dalam komuniti kapal selam dan laut dalam bagi mendapatkan pandangan.“Dalam tempoh masa sekitar sejam saya memperoleh fakta-fakta berikut. Mereka (kapal selam Titan) sedang turun. Mereka berada di kedalaman 3,500 meter dan menuju ke dasar pada kedalaman 3,800 meter."Komunikasi mereka terputus dan navigasi hilang... dan saya segera berkata, anda tidak boleh kehilangan komunikasi dan navigasi secara serentak tanpa bencana yang dahsyat atau peristiwa bencana yang sangat energetik. Dan yang pertama terlintas dalam fikiran saya ketika itu ialah letupan," ujar beliau lagi.Pada Khamis, seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat memberitahu CBS News, pasukan keselamatan itu mengesan berlaku sesuatu yang aneh sebaik Titan terputus hubungan dengan pusat kawalan.Cameron juga memberitahu BBC News pada minggu lepas: "Terasa seperti sandiwara yang berpanjangan dan menakutkan apabila orang ramai berbicara mengenai bunyi bising dan berbincang mengenai oksigen dan perkara-perkara lain"."Saya tahu bahawa kapal selam itu berada tepat di bawah kedalaman dan posisi terakhir yang diketahui. Di situ Itulah di mana mereka menemukannya," katanya.Ujar Cameron, sebaik jentera kawalan jauh dihantar untuk mengesan Titan pada hari Khamis, anggota pencari sudah ‘menemukannya dalam masa beberapa jam atau mungkin dalam masa beberapa minit'. - AgensiARTIKEL BERKAITAN:Kapal selam meletup berhampiran Titanic, semua penumpang mautKapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'Kapal selam Titan hilang: 'Bunyi di bawah permukaan air' dikesanKapal selam saksikan bangkai Titanic hilang, jutawan British antara mangsaKapal selam ekspedisi Titanic hilang: Bekalan oksigen berbaki 40 jam | 4 | 23 Jun 2023 01:32pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264930/berita/nasional/pandu-lawan-arus-tindakan-undang-undang-saja-tidak-cukup | Pandu lawan arus: Tindakan undang-undang saja tidak cukup | SHAH ALAM - Orang ramai gusar kes kemalangan melawan arus terus meningkat sekiranya tiada langkah pencegahan diambil segera.Jurulatih Komunikasi, Nor Azzura Azizul Azman, 39, berkata, sikap pemandu yang melawan arus adalah sangat mementingkan diri kerana tidak memikirkan keselamatan dan nyawa orang lain.“Tak tahulah kenapa pemandu lawan arus bertindak sedemikian, nak cepat atau nak jalan pintas?“Sikap sebegini memang tidak boleh diterima dan tindakan undang-undang yang dikenakan perlu setimpal dengan apa yang sudah mereka lakukan.“Pemandu ini sepatutnya dibawa ke muka pengadilan, kalau boleh dedahkan nama dan wajah pelaku kerana melawan arus dalam pemanduan adalah perbuatan yang amat bahaya kerana melibatkan nyawa,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Menurut Pensyarah Sambilan, Nazim Abdul Rahim, 51, kes sedemikian sudah banyak berlaku tapi masih tiada tindakan atau usaha untuk mencegahnya oleh pihak yang berwajib.“Langkah pencegahan boleh diambil dengan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi ‘panas’ atau lebuh raya kerana kebanyakan kes ini berlaku di kawasan ini.“Pihak lebuh raya boleh memasang alat pengesan dua hala, di mana ia akan berbunyi atau memberi amaran kepada pelaku dan pemandu lain jika ada kenderaan yang melawan arus ketika itu.“Hukuman dan penguatkuasaan undang-undang saja tiada guna jika tiada langkah pencegahan awal diambil,” ujarnya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 37 kes kemalangan maut akibat kesalahan pemanduan lawan arus direkodkan sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkat,a jumlah kemalangan direkodkan akibat melawan arus bagi tempoh yang sama pula ialah 1,350 kes.“Jumlah pengguna jalan raya yang maut adalah sebanyak 37 kes, cedera parah (13 kes), kerosakan ringan pada kenderaan (99 kes) dan kerosakan keseluruhan (1201 kes),” katanya.Dalam pada itu, Penolong Pegawai Veterinar, Mohd Firdaus Nizamuddin, 36, turut berpendapat, sikap tidak acuh segelintir pengguna jalan raya yang pentingkan diri patut dikenakan hukuman berat.Mohd Firdaus mengharapkan dengan tindakan tersebut, masyarakat boleh mengambil iktibar dan masing-masing dapat menjaga keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain demi memastikan lalu lintas selamat. | 4 | 23 Jun 2023 01:18pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264925/berita/semasa/bekas-calon-bn-didakwa-77-tuduhan-perdaya-jual-tanah-rumah | [VIDEO] Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah | TAIPING - [DIKEMAS KINI] Bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas 77 pertuduhan memperdaya mangsa berhubung jual beli tanah dan rumah yang tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM350,000.Hamidah Muhamad, 47, yang mewakili parti Makkal Sakti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di kamar berasingan.Bagi 38 pertuduhan pertama, bekas Ketua Wanita Makkal Sakti Bahagian Taiping itu didakwa menipu dua pengetua dan dua guru dengan memperdaya mereka membeli sebuah rumah dan sebidang tanah di Mukim Assam Kumbang, Taiping hingga mendorong mereka memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun.Kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap Faridah Salleh bersama dua beradik perempuan, Razhiyah Salleh dan Robiah Salleh serta seorang lagi Efendi Zainuddin antara tahun 2021 hingga 2022 melibatkan kerugian lebih RM200,000.Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Prabakaran dan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khoo Thean Heng.Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.Sementara itu, di kamar berasingan, ibu kepada empat anak itu didakwa atas 39 pertuduhan memperdaya Faridah Salleh bersama dua beradik perempuan, Razhiyah Salleh dan Robiah Salleh menggunakan modus operandi sama dengan nilai kerugian keseluruhan dialami mangsa lebih RM150,000.Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun.Nur Atiqah turut menetapkan wang jaminan RM12,000 dengan dua penjamin selain tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.Peguam S Singaradivel dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mengalami pelbagai masalah kesihatan dan perlu mengambil 32 pil ubat dalam sehari."OKT (orang kena tuduh) merupakan suri rumah dan ketika ini ada menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selain mempunyai kanser di kepala dan tulang belakang," katanya.Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 31 Julai depan.Pada PRU15 lalu, Hamidah yang pertama kali bertanding tewas kepada calon DAP, Cheah Pou Hian dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti kerusi 21,111 undi. | 4 | 23 Jun 2023 01:03pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264926/berita/semasa/mayat-kru-kapal-jatuh-laut-di-labuan-ditemukan | Mayat kru kapal jatuh laut di Labuan ditemukan | LABUAN - Pasukan penyelamat hari ini menemukan mayat Kenneth Saing, seorang kru kapal tunda yang dipercayai jatuh ke laut ketika kapal itu sedang bersauh di perairan Pulau Papan, di sini pada Khamis.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, mayat Kenneth ditemukan pada 7.45 pagi tadi di kedudukan sekitar 20 meter selatan Jeti Feri Labuan.Beliau berkata, Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi Carilamat sekitar 9.40 malam tadi sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian daripada Pusat Operasi Maritim, Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan.Katanya, Kenneth, 33, yang bekerja di atas kapal tunda tempatan, Tanjung Biru 1 dilaporkan hilang setelah gagal dikesan oleh rakannya dan mangsa dilihat kali terakhir pada 6 petang semalam."Kesemua barang peribadi mangsa masih lagi berada di atas kapal. Kapal berkenaan dikatakan sedang bersauh sebelum meneruskan pelayaran menuju ke Miri, Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut Nudin, sejurus Operasi Carilamat diaktifkan, bot peronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa.Beliau berkata, operasi turut melibatkan bantuan aset dan anggota daripada Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.Katanya, mayat Kenneth diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut.Nudin turut mengingatkan orang awam supaya melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427 999. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 12:51pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264922/berita/sukan/ejen-nafi-klopp-latih-jerman | Ejen nafi Klopp latih Jerman | EJEN jurulatih berpengalaman, Jurgen Klopp menafikan khabar angin bahawa pengurus Liverpool itu akan meninggalkan Anfield untuk melatih pasukan kebangsaan Jerman.Spekulasi itu susulan prestasi hambar Die Mannschaft yang dibimbing Hansi Flick apabila hanya memenangi empat daripada 16 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan sejak 15 bulan lalu.Akhbar berita Jerman, Bild melaporkan bahawa pelantikan Klopp akan menjadi 'penyelesaian premium' buat Jerman sekiranya mereka memutuskan untuk berpisah dengan Flick.Bagaimanapun, ejen Klopp, Mark Kosicke menegaskan bahawa jurulatih berusia 56 tahun itu memiliki 'kontrak jangka panjang' bersama The Reds yang akan tamat pada Jun 2026 dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Anfield.“Jurgen mempunyai kontrak jangka panjang dengan LFC dan DFB mempunyai jurulatih kebangsaan, jadi ia bukan satu isu bagi kami,” katanya.Jerman yang merupakan pemenang Piala Dunia empat kali tersingkir secara mengejut pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.Prestasi hambar Jerman berterusan setelah sekadar menduduki tempat ketiga dalam kumpulan Liga Negara-Negara selepas memenangi hanya satu daripada enam perlawanan.Langkah Jerman terus lemah apabila gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan semasa rehat antarabangsa bulan ini.Terikat 3-3 dengan Ukraine diikuti kekalahan berturut-turut tanpa menjaringkan gol menentang Poland dan Colombia. | 4 | 23 Jun 2023 12:46pm |
NOR FARHANA YAACOB | https://www.sinarharian.com.my/article/264924/berita/semasa/pembeli-dakwa-ditipu-sindiket-kontraktor-banglo-rugi-rm18-juta | Pembeli dakwa ditipu sindiket kontraktor banglo, rugi RM1.8 juta | MELAKA - Impian lapan pembeli rumah untuk memiliki rumah baharu musnah selepas ditipu sindiket kontraktor didakwa didalangi bekas calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU15).Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Che Din, 50, berkata, dia ternampak iklan tawaran untuk membina rumah banglo mewah pada harga RM585,000 di media sosial Facebook pada April tahun lalu.Menurutnya, disebabkan tertarik dia kemudian membuat bayaran sebanyak RM15,000 bagi tujuan dokumentasi dan pelan di tapak projek banglo di Muar, Johor pada 29 Julai tahun yang sama."Kerana berminat saya membuat bayaran seperti diminta dan menandatangani surat perjanjian kontrak pembinaan."Namun selepas itu, saya didesak membayar RM230,000 sebulan untuk mengelakkan kenaikan kos binaan, ketika itu saya mula rasa curiga," katanya.Bagaimanapun ujarnya, selepas bayaran dibuat, pihak syarikat itu hanya menolak tanah di kawasan tapak binaan untuk mengaburi mata."Sejak itu pelbagai alasan diberikan termasuk memberitahu pengarah projeknya sedang sibuk berkempen pada PRU15 atas tiket calon bebas bagi kerusi Parlimen di Sabah."Tapi sehingga kini mereka semua gagal dihubungi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Beruang di sini, pada Jumaat.Seorang lagi mangsa, Ahmad Fuad, 38, berkata,dia mengalami kerugian RM15,000 selepas membuat bayaran yuran khidmat pelan binaan rumah yang gagal disiapkan dalam tempoh tiga bulan seperti dijanjikan.Menurutnya, dalam tempoh itu pegawai pemasaran syarikat itu masih gagal mengemukakan sebarang perkembangan sehingga November lalu."Saya berasa ditipu sehingga Januari lalu saya dihubungi tujuh lagi mangsa syarikat sama mendakwa telah ditipu."Lebih sedih ia membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1.8 juta," katanya.Tambahnya, beberapa laporan polis juga telah dibuat memandangkan ada diantara mangsa mengalami kerugian antara RM190,000 hingga RM300,000. | 4 | 23 Jun 2023 12:43pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264919/berita/sukan/united-enggan-mengalah-pikat-kane | United enggan mengalah 'pikat' Kane | KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United enggan mengibar bendera putih dalam usaha untuk 'melamar' pemain sensasi, Harry Kane.Penyerang itu dilaporkan mahu kekal bersama Tottenham Hotspur untuk bekerjasama dengan pengendali baharu, Ange Postecoglou.Bagaimanapun Spurs yang tidak akan beraksi di peringkat Eropah musim depan, pengkritik dan peminat menyuarakan bahawa Kane perlu keluar dari kelab itu dan mencari cabaran baharu.United yang dibimbing Erik ten Hag gigih berusaha mendapatkan khidmat Kane dan dikatakan memujuk pemain berusia 30 tahun itu untuk memohon perpindahan daripada kelabnya.Permohonan tersebut dilihat menjadi 'talian hayat' buat United untuk mendapatkan Kane pada jendela perpindahan akan datang.Red Devils perlu meletakkan tanda harga tinggi untuk meyakinkan Spurs bagi menjual Kane kerana kontranya akan berakhir pada Jun 2024.United bagaimanapun perlu berjimat dalam berbelanja kerana Red Devils hanya mampu menawarkan maksimum 80 juta pound (RM474.3 juta) untuk mendapatkan Kane.Namun dilaporkan Spurs tidak mungkin melepaskan Kane pada harga tersebut.Perpindahan itu hanya akan menjadi kenyataan jika Kane sendiri yang meluahkan hasrat untuk keluar dari kelab dan Spurs akan menurunkan harga seperti yang diminta oleh United. | 4 | 23 Jun 2023 12:29pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264913/berita/nasional/nanas-md2-jana-pendapatan-sampingan-peneroka-felda-keratong-9 | Nanas MD2 jana pendapatan sampingan peneroka Felda Keratong 9 | Program Pembangunan Peneroka (PPP) adalah inisiatif kerajaan bagi membantu warga peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendapatkan pendapatan tambahan dan peluang pekerjaan menerusi aktiviti bukan sawit dan getah.Sejak diperkenalkan, ramai warga Felda dalam kalangan generasi baharu Keratong 9 dan rancangan berhampiran terbabit secara langsung dalam pelaksanaan projek, termasuk sebagai pekerja. Seramai 444 ahli koperasi Felda Keratong 9 terlibat dalam projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) sejak ianya dilancarkan.Pengerusi Koperasi Serbaguna Keratong 9, Mat Fiah Yahaya berkata, program PPP pada peringkat awal program PPP diperkenalkan mereka sudah pun mempunyai kerjasama dengan koperasi dan wakil Syarikat Aqina Fruits Sdn Bhd untuk memasarkan produk nanas MD2 keluaran Felda Keratong 9.MAT FIAHMenurutnya, apabila koperasi diberi taklimat dan diperkenalkan dengan syarikat Aqina mereka membawa kami melawat projek- projek Aqina yang telah berjaya.“Kami diberi penjelasan berkenaan dengan program tanaman, bagaimana keberhasilannya dan juga faedah kepada koperasi untuk keseluruhan ahlinya.“Bermula dari situlah kita melihat projek ini mampu menjana pendapatan tambahan kepada peneroka,”katanyaTambahnya,ahli lembaga koperasi terdiri daripada exco Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sentiasa mengkaji setiap kelemahan yang ada untuk diperbaiki bagi memastikan pengeluaran tanaman berjalan lancar dan terus mengeluarkan hasil.Mat Fiah berkata, peluang berkenaan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi keluarga peneroka.Projek nanas MD2 diiktirafPengerusi Gerakan Pasukan Wanita (GPW) Keratong 9, Sariah Ahmad, berbangga kerana projek tanaman nanas MD2 yang diusahakan kini diiktiraf sebagai projek paling berjaya di Felda berkenaan.SARIAHMenurut Sariah, meskipun agak sukar pada permulaannya namun berkat usaha gigihnya dibantu anak-anak generasi kedua, akhirnya projek nenas MD2 membuahkan hasil yang dapat dinikmati bersama.“Peranan GPW adalah untuk mempelawa anak-anak generasi kedua bekerja di ladang nanas dan ternyata usaha itu berjaya.“Buat apa cari kerja tempat lain sedangkan di Felda ini ada peluang pekerjaan menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP),” katanya.Jelasnya, selain dapat memanfaatkan tanah terbiar, proses penanaman pokok nenas juga agak mudah kerana segala aktiviti dipantau oleh GPW.“Mula-mula tanah digemburkan, selepas itu mereka pasang plastik bertebuk, bila hendak tanam benih kami akan hadir ke ladang untuk membantu bagi memastikan kaedah penanamannya betul,” ujarnya.Tingkat pendapatan isi rumahBagi Pengurus Operator PPP Nanas Keratong 9, Fazidatun Nisak Ismail pula berkata, antara matlamat utama projek ini diadakan adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, ahli koperasi dengan mempelbagaikan bidang pertanian.“Sebelum ini, koperasi lebih memfokuskan kepada tanaman sawit, jadi tanaman nanas ini adalah yang terbaharu.“Sebagai operator projek saya mahu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan di ladang serupa dengan yang telah kita amalkan.Jelasnya, ini termasuklah memastikan mutu dan kualiti nanas yang dipetik nanti sama dengan keluaran ladang- ladang lain supaya dapat diterima oleh pasaran luar.“Kita menjangkakan pendapatan untuk isi rumah menerusi dividen lebih kurang minimum RM1,000 untuk satu ketua keluarga dan kalau untuk nanas ini, kemungkinan pendapatan pertama tuaiannya adalah lebih kurang pada bulan ke-14 dan ke atas,”ujarnya.Sementara itu, Penolong Pengurus Projek PPP Nanas Felda Keratong 9, Mohd Shahril Mohd Shukri berpendapat sebagai anak peneroka, beliau ingin memberi khidmat kepada Felda.MOHD SHAHRIL“Syukur saya diberi peluang untuk menguruskan ladang di sini sebagai penolong pengurus.“Sebelum saya bekerja mengurus tapak tanaman ini, saya bekerja di Kuantan dan Raub dan apabila diberi peluang ini, saya balik semula ke kampung untuk berkhidmat.“Menerusi projek PPP ini juga terdapat 6 orang generasi baharu Felda telah berjaya mendapatkan pekerjaan,”jelasnya. | 4 | 23 Jun 2023 12:20pm |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264917/berita/politik/umno-terus-jadi-penumpang-di-selangor---noh | UMNO terus jadi penumpang di Selangor - Noh | KOTA BHARU - Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar melihat parti itu akan terus menjadi penumpang jika hanya diberikan jumlah kerusi yang sedikit oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.Noh berkata, situasi itu dilihat akan mengukuhkan lagi cengkaman Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir Selangor jika diberi mandat sekali lagi."Kalau dapat kerusi sedikit...yang menang adalah PH dan UMNO akan jadi penumpang sahajalah."Saya percaya ramai ketua-ketua bahagian bekerja keras siang dan malam tetapi akhirnya terpaksa beri kerusi kepada orang lain," katanya semasa Program Sembang Santai Bersama beliau sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada malam Khamis.Menurut Noh, selaku bekas pemimpin UMNO adalah satu perkara yang menjatuhkan maruah parti tertua negara itu jika diberikan kerusi sedikit pada PRN Selangor nanti.Ujarnya, UMNO dan BN tidak perlu menumpang orang jika betul-betul mahu kembali menjadi dominan di negeri berkenaan.Beliau memberitahu, UMNO dan BN tidak perlu takut untuk bertembung dengan parti-parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti."Hal ini kerana parti itu pernah melalui situasi tersebut semasa bersama Pas di dalam Muafakat Nasional (MN) suatu ketika dahulu."Kalau semasa bersama-sama MN dahulu BN tidak takut bertembung Pas pada PRN Melaka dan Johor."Kenapa perlu takut untuk bertembung PH pada PRN kali ini? Jadi biarlah macam dahulu kalau mahu pulihkan balik imej UMNO dan BN," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan BN dijangka bertanding sekurang-kurangnya 14 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor yang akan diadakan dalam waktu terdekat.Ikuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini! | 4 | 23 Jun 2023 12:12pm |
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | https://www.sinarharian.com.my/article/264916/berita/semasa/polis-kesan-dua-suspek-warga-singapura-terlibat-perselisihan-faham | Polis kesan dua suspek warga Singapura terlibat perselisihan faham | ISKANDAR PUTERI – Polis mengesan dua suspek warga Singapura yang terlibat insiden perselisihan faham dengan seorang warga tempatan di sebuah stesen minyak di sini pada 16 Jun Jun lalu.Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, usaha mengesan kedua-dua suspek berkenaan turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Singapura (SAF).“Kejadian perselisihan faham yang tular itu berlaku pada 16 Jun lalu melibatkan pertengkaran mulut sekumpulan individu dikenal pasti sebagai warganegara Singapura dengan seorang warganegara Malaysia.“Hasil siasatan, insiden perselisihan faham itu dikatakan berlaku apabila apabila kedua-dua suspek warga Singapura itu tidak berpuas hati dengan individu warga tempatan yang dikatakan lambat mengisi minyak motosikal,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.“Kertas siasatan dibuka berhubung kes berkenaan dan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.Bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki sebarang maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.ARTIKEL BERKAITAN:Warga Singapura dakwa isi minyak dalam tong untuk 'go-kart'Grab aktifkan semula akaun ‘rider’ tegur warga Singapura | 4 | 23 Jun 2023 12:12pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264912/berita/sukan/messi-pesan-mbappe-berkelana-ke-kelab-terbaik | Messi pesan Mbappe berkelana ke kelab terbaik | BINTANG sensasi, Lionel Messi berharap bekas rakan sepasukan di Paris Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe untuk menyertai kelab yang mempunyai 'projek besar yang boleh membuahkan kejayaan'.Kapten Argentina menitipkan pesanan itu sebelum menyertai Inter Miami dan Messi mahu Mbappe memilih Barcelona berbanding Real Madrid."Saya lebih suka anda pergi ke Barca. Tetapi jika anda ke Madrid, lakukannya. Anda berhak bersama projek yang menghasilkan kemenangan," kata Messi.Mbappe cemerlang bersama PSG apabila merangkul lima gelaran Ligue 1 dan tiga Piala Perancis.Bagaimanapun, prestasi juara Perancis itu di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara mengecewakan generasi baharu PSG yang diketuai Mbappe.Mbappe yang merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 sebanyak lima kali itu mengejutkan PSG apabila dia mengumumkan untuk tidak memperbaharui kontraknya selepas musim depan.Khabar itu mencetuskan khabar angin penghijrahannya ke Real Madrid - 12 bulan selepas cadangan perpindahannya ke Sepanyol dipintas pada saat akhir oleh PSG menerusi tawaran lumayan yang sukar ditolak Mbappe. | 4 | 23 Jun 2023 12:10pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264910/berita/nasional/pengurusan-operasi-haji-sistematik-bertaraf-antarabangsa | Pengurusan operasi haji sistematik, bertaraf antarabangsa | MAKKAH - Perkhidmatan Tabung Haji (TH) menyantuni jemaah haji Malaysia di Tanah Suci adalah sistematik dan bertaraf antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.Beliau berkata, pengalaman sendiri mengikuti perjalanan seperti jemaah lain bermula dari tanah air hingga tiba di Tanah Suci menunjukkan operasi TH disusun dengan rapi."Saya bukan sekadar terima laporan tapi lalui sendiri perjalanan ke sini yang secara keseluruhannya menepati objektif untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada jemaah untuk mendapatkan haji yang mabrur," katanya pada sidang media selepas lawatan ke Ibu Pejabat TH di Abraj Al Janadriyah pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata, banyak perkhidmatan dan penambahbaikan dilakukan oleh TH dan beliau tertarik dengan aspek kebajikan yang diutamakan terhadap jemaah haji."Antara inisiatif saya puji ialah Safari Wukuf iaitu satu khidmat melibatkan tugas membawa jemaah yang terlantar dengan bas ke Arafah agar mereka dapat menyempurnakan ibadah haji."Banyak lagi inisiatif yang dilakukan petugas haji semasa operasi Masyair di Arafah, Mudzalifah dan Mina yang disusun dengan baik agar semuanya berjalan dengan lancar," katanya.Sementara itu, dalam satu program Pelancaran Kebersihan Masyair pada Khamis, Mohd Na'im memberikan penarafan lima bintang kepada TH dari sudut komitmen dan pembaharuan dalam menyantuni Duyufurrahman.Mohd Na'im berucap semasa pelancaran Program Kebersihan Masyair di Makkah pada Khamis.Kata beliau, usaha yang dibantu petugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu membuktikan bahawa TH sentiasa mengutamakan kebajikan jemaah haji."Syabas kepada TH yang sentiasa kreatif menganjurkan pelbagai program dan kira-kira 25 pendekatan dilakukan untuk memberikan khidmat terbaik kepada jemaah haji."Dalam proses itu juga setiap maklum balas jemaah mengenai sebarang kekurangan dari segi penginapan, makanan, pengangkutan terus ditambah baik untuk musim haji depan," katanya.Mengulas mengenai maklum balas pihak Arab Saudi berkenaan cadangan Simposium Haji Perdana untuk diadakan di Malaysia, Mohd Na'im berkata, pihaknya telah menerima respons yang positif."Saya dapat berhubung dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah dan beliau akan bantu Malaysia supaya dapat menjadi penganjur di peringkat Asia Tenggara."Kita akan adakan perbincangan lanjut dan TH sudah bersedia untuk laksanakannya dan kita harap selepas ini hubungan Malaysia dan Arab Saudi akan bertambah erat," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 12:00pm |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264914/berita/semasa/kes-wang-kelian-empat-warga-thailand-didakwa-seludup-migran | Kes Wang Kelian: Empat warga Thailand didakwa seludup migran | KANGAR - Empat lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, di sini pada Jumaat atas kesalahan melakukan penyeludupan migran di Wang Kelian, Perlis pada 2015.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh, Arun Kaeofainok, 30; Amree Nesalaeh, 58; Jehpa Lapi-E,56 dan Somphon A-Dam, 51 yang diekstradisi ke Malaysia selepas hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Thai di hadapan hakim, Musyiri Peet.Mengikut kertas pertuduhan, Amree didakwa melakukan penyeludupan warganegara Myanmar bernama Zedul Islam di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis antara Februari sehingga April 2013.Tiga tertuduh lain pula didakwa melakukan penyeludupan migran warganegara Myanmar dikenali sebagai Mohd Belal di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis antara bulan Ogos 2014 sehingga 10 Mac 2015.Kesemua tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Negeri Perlis, Muhammad Asyraf Md Kamal, V V Suloshini dan Lee Jun Keong, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudiannya menetapkan tiada wang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Julai depan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Tertuduh antara 10 individu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan orang dan pertemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.Untuk rekod, empat tertuduh itu merupakan individu diekstradisi dari Thailand melibatkan kes kubur besar Wang Kelian yang ditemui pada Mei 2015.Sebanyak 139 kubur ditemui di 28 kem sementara berhampiran sempadan Thailand-Malaysia yang mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan orang.Kubur sama turut dijumpai di Thailand, melibatkan mangsa warganegara Myanmar dan Bangladesh | 4 | 23 Jun 2023 11:58am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264909/berita/nasional/mbsa-tutup-sementara-jalan-bagi-tayangan-perlawanan-separuh-akhir-piala-fa-2023 | MBSA tutup sementara jalan bagi tayangan perlawanan separuh akhir Piala FA 2023 | SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sementara jalan berhampiran Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14, di sini, pada tengahari 26 Jun hingga 6 pagi keesokannya.Penutupan jalan selama 16 jam itu berikutan pelaksanaan program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2023 di antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim FC di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.MBSA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.“MBSA berharap orang ramai sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak MBSA.“Kami memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,”katanya di sini, hari ini.Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734 untuk sebarang pertanyaan. | 4 | 23 Jun 2023 11:45am |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264920/berita/politik/jelajah-enam-negeri-anwar-takut-tsunami-pn---mohd-amar | Jelajah enam negeri, Anwar takut 'tsunami' PN - Mohd Amar | KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang menjelajah ke semua enam negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) melambangkan ketakutan Kerajaan Perpaduan terhadap 'tsunami' Perikatan Nasional (PN) yang semakin terserlah.Jelas Mohd Amar, ini kerana kemenangan PN boleh menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan selepas PRN nanti."Saya yakin landskap politik negara pada masa akan datang berubah jika PN menang semua enam negeri itu dan ia menjadi tuntutan ketidakpercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan."Inilah yang amat ditakuti oleh kerajaan hari ini. Sebab itulah beliau (Perdana Menteri) turun ke semua negeri (PRN) dan ia memberi petanda kebimbangan serta ketakutan mereka dengan perkembangan yang berlaku ketika ini," katanya semasa bercakap pada Program Sembang Santai Bersama Tan Sri Noh Omar sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Khamis.Oleh yang demikian, Mohd Amar berkata, PN perlu mempertahankan tiga negeri sedia ada iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta dalam masa sama merampas Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan.Ujarnya, jika PN hanya mampu mempertahankan tiga negeri sedia ada situasi tersebut akan memberi kelebihan dan kemenangan moral kepada PH. | 4 | 23 Jun 2023 11:33am |
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264908/berita/semasa/penunggang-ducati-maut-gagal-elak-kereta-keluar-mengejut | Penunggang Ducati maut, gagal elak kereta keluar mengejut | KUANTAN - Seorang peniaga maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur, Sungai Soi di sini pada Khamis.Dalam nahas kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Khairul Azhan Mohd Naim, 31, beralamat dari Jalan Permatang Lembing, Alor Ara, Pekan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta, wanita berusia 27 tahun yang juga pengurus sebuah restoran makanan segera di sini cedera di rusuk kanan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale V4 S dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Pekan."Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak kereta jenis Perodua Myvi dipandu pengurus restoran makanan segera itu yang dipercayai keluar simpang secara mengejut.Keadaan kereta remuk akibat kemalangan di Jalan Tanjung Lumpur dekat Sungai Soi, Kuantan pada Khamis."Motosikal mangsa merempuh bahagian pintu kereta itu sebelum tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.Wan Mohd Zahari berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. | 4 | 23 Jun 2023 11:20am |
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264905/berita/semasa/polis-kesan-suspek-buang-bayi-di-htaa | Polis kesan suspek buang bayi di HTAA | KUANTAN - Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, Sabtu lalu.Bayi yang ditinggalkan dalam keadaan berbalut kain batik itu ditemui kira-kira jam 9.35 malam oleh seorang pengawal keselamatan (pengadu) yang sedang bertugas membuat rondaan di kawasan itu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penemuan bayi malang itu dimaklumkan kepada pihak hospital sebelum dibawa ke Jabatan kecemasan HTAA untuk pemeriksaan lanjut.Menurutnya, siasatan telah dijalankan bagi mengesan suspek terlibat termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu."Bagaimanapun CCTV yang ada tidak menghala ke tempat bayi lelaki yang dijumpai"Siasatan lanjut mendapati berkemungkinan suspek melahirkan bayi itu di lokasi lain dan bertindak menyembunyikan kelahiran dengan meninggalkannya di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif di HTAA itu," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.Wan Mohd Zahari berkata, berdasarkan maklumat pihak hospital, bayi seberat 1.1 kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 12 jam sebelum ditemui."Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya.Sementara itu, Exco Kebajikan, Keluarga Wanita dan Masyarakat Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, bayi berkenaan dilaporkan semakin stabil dan masih dalam pemantauan rapi pihak hospital.Beliau berkata, bayi tersebut masih menerima rawatan rapi di Unit Intensif Neonatal (NICU). | 4 | 23 Jun 2023 10:53am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264904/berita/semasa/vaksin-lokman-adam-lepas-bebas-kes-sebar-tuduhan-palsu | Vaksin: Lokman Adam lepas bebas kes sebar tuduhan palsu | KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu tuduhan menyebarkan berita palsu di Facebook berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin dua tahun lalu.Hakim, Nor Hasniah Ab Razak memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada peringkat akhir kes pendakwaan.“Pihak pendakwaan gagal mengasaskan satu kes prima facie terhadap tertuduh."Mahkamah memerintahkan tertuduh dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapi dan wang jaminan dikembalikan,” katanya.Dalam kes ini, Lokman diwakili peguam, Logen Eskander manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh.Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Lokman mengucapkan terima kasih kepada peguamnya di atas kejayaan tersebut."Keputusan ini memberi makna bahawa saya tidak menyalahi fakta ketika memberi keterangan.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam dan hakim di atas keputusan ini," katanya.Pada 1 Oktober 2021, Lokman, 50, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu di Facebook berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin.Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan applikasi Facebook menggunakan profil akaun ‘Lokman Adam’ dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam, iaitu menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual.Ia mengenai kematian pegawai polis, Asisten Komisioner (ACP) Shahriman yang adalah Ketua Cawangan Khas Polis Pahang meninggal dunia beberap saat selepas suntikan kedua vaksinKesalahan dilakukan pada 9 April serta dilihat pada 11 April 2021 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. | 4 | 23 Jun 2023 10:46am |
MOHD AZLIM ZAINURY | https://www.sinarharian.com.my/article/264903/berita/politik/prn-medan-terbaik-rakyat-tuntut-perubahan---pas-selangor | PRN medan terbaik rakyat tuntut perubahan - Pas Selangor | SHAH ALAM – Pilihan raya negeri (PRN) pada kali ini akan menjadi medan rakyat menilai dan membuat keputusan terbaik sama ada mahu gabungan parti sama dalam kerajaan pusat memerintah atau sebaliknya.Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berpandangan, dengan memberi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang bermakna rela dan bersetuju dengan kegagalan serta kelemahan mereka di peringkat persekutuan.Menurutnya, inilah peluang terbaik bagi rakyat khususnya di enam negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu untuk menilai dan membuat keputusan terbaik.“Dalam keadaan kerajaan persekutuan gagal memberikan penyelesaian terbaik buat rakyat walau enam bulan telah berlalu sejak mereka membentuk kerajaan."Rakyat di enam buah negeri ini perlu membuat keputusan adakah sesuai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri datang dari gabungan parti yang sama atau dalam keadaan sekarang ini lebih sesuai ia dari gabungan parti yang berbeza agar wujud semak dan imbang.“Biar enam buah kerajaan negeri ini memantau perjalanan kerajaan persekutuan agar mereka kembali memberi tumpuan pada pembangunan rakyat dan negara, atau jika gagal juga memberikan isyarat pada rakyat untuk menggantikan mereka,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.Dalam pada itu, Roslan Shahir berkata, rakyat dapat melihat sendiri beberapa indikator ekonomi termasuk prestasi saham dan kejatuhan ringgit yang memberi isyarat betapa gagal dan lemahnya kerajaan pada hari ini."Ini belum ditambah dengan harga barangan domestik yang mencanak naik termasuk bahan-bahan makanan, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan ayam," katanya.Beliau turut mempersoalkan apa harus rakyat lakukan dalam berhadapan dengan kerajaan yang lemah dan gagal seumpama ini.“Inilah masanya untuk kita wujudkan semak dan imbang, kerajaan persekutuan perlu dipantau oleh kerajaan negeri yang cergas dan bertenaga yang didukung rakyat.“Lantas PRN ke-15 untuk enam buah negeri ini adalah platform yang terbaik untuk rakyat mengambil inisiatif menuntut perubahan menurut lunas demokrasi.“Pastikan PH-BN yang gagal di peringkat persekutuan ini tidak diberi kuasa di mana-mana enam negeri yang akan mengadakan PRN,” katanya. | 4 | 23 Jun 2023 10:36am |
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | https://www.sinarharian.com.my/article/264900/berita/politik/umno-tiada-masa-depan-ahli-perlu-undi-pn---mohd-amar | UMNO tiada masa depan, ahli perlu undi PN - Mohd Amar | KOTA BHARU - Seluruh ahli dan penyokong UMNO perlu memberi undi mereka kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana parti keramat Melayu itu dilihat sudah tidak mempunyai masa depan, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.Jelas Mohd Amar, dengan kedudukan hari ini, UMNO sudah tidak mampu untuk mempertahankan Islam dan Melayu apabila dilihat semakin hilang 'taring'."Kita lihat rekod UMNO, mereka semakin jatuh sehingga tinggal lebih kurang 26 kerusi (Parlimen) sahaja sehingga hari ini. Dengan kepimpinan yang ada pada hari ini, saya jangka UMNO akan terus jatuh lagi."Mengambil contoh di Selangor, Pakatan Harapan (PH) tidak mahu beri laluan kepada UMNO dan difahamkan berkemungkinan mereka (UMNO) hanya dapat sekitar lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN nanti," katanya kepada pemberita selepas program Sembang Santai Bersama Tan Sri Noh Omar sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Khamis.Mohd Amar berkata, ketika ini PN dilihat gabungan yang sesuai untuk menggantikan UMNO dalam menjaga Islam dan Melayu di Malaysia.Ujarnya, ahli atau penyokong UMNO tidak perlu menyertai Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) namun dengan hanya memberi undi kepada PN pada PRN nanti.Beliau berkata, kemenangan PN pada PRN di semua negeri ini adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu serta masa depan negara."Dalam konteks Malaysia, parti teras yang mentadbir adalah Melayu dan Islam. Kalau dulu UMNO, tapi dalam Pakatan Harapan hari ini, parti teras bukan Melayu."Jadi situasi itu kurang baik untuk masa depan politik Malaysia," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, jika PN menang di semua enam negeri itu ia akan menjadi referendum penolakan rakyat terhadap PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan dan situasi itu dilihat mampu mengubah landskap politik negara selepas ini. | 4 | 23 Jun 2023 10:11am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264899/berita/semasa/pkr-boleh-tuntut-rm10-juta-daripada-zuraida---hakim | PKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - Hakim | KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.Hakim, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas membenarkan saman oleh PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020.Peguam, Navpreet Singh yang mewakili PKR mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pemberita selepas prosiding berkenaan.Navpreet berkata, mahkamah mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat bekas Ahli Parlimen Ampang berkenaan."Mahkamah berpendapat bahawa, tuntutan RM10 juta iaitu asas untuk penghalang ahli daripada bertindak bertentangan dengan kepentingan parti merupakan jumlah yang munasabah."Kadar itu tidak keterlaluan kerana jika jumlah yang lebih rendah ditetapkan, ia tidak akan menjadi penghalang kepada isu kepatuhan kepada parti," katanya.Peguam itu berkata, hakim menetapkan Zuraida sebagai defendan perlu membayar kos sebanyak RM50,000 kepada PKR selaku plaintif.Selain Navpreet, PKR turut diwakili peguam, William Leong dan CM Chiew sementara bagi pihak Zuraida ialah peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.Navpreet berkata, ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Akhtar menyatakan bahawa hujahan Zuraida ketika menandatangani bon di bawah paksaan adalah tidak berasas."Bukti menunjukkan dia telah menandatangani bon secara sukarela dengan pengetahuan penuh tentang kandungannya kerana mahu bertanding dalam PRU atas tiket PKR."Dakwaan defendan bahawa jumlah RM10 juta melampau adalah tidak berasas kerana dia sendiri menyatakan jumlah perbelanjaan oleh plaintif untuk pencalonan melebihi nilai itu," katanya.Sementara itu, Muhammad Nizamuddin berkata, pihak defendan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Rayuan.Semasa perbicaraan lalu, Saifuddin memberitahu mahkamah bahawa bekas naib presiden parti itu telah menandatangani bon yang mengikatnya kepada parti secara sukarela tanpa paksaan.Bagaimanapun, Zuraida mendakwa telah menurunkan tanda tangan di bawah paksaan tanpa diberikan pilihan sebenar, sehari sebelum pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.Menerusi pernyataan tuntutan PKR yang difailkan pada 28 September 2020, Zuraida telah menandatangani bon yang mengikat dirinya untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti jumlah itu selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.Selain Zuraida, 10 lagi ahli PKR yang keluar parti itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok),Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). | 4 | 23 Jun 2023 10:05am |
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | https://www.sinarharian.com.my/article/264898/berita/nasional/meta-berdepan-tindakan-undang-undang | Meta berdepan tindakan undang-undang | PUTRAJAYA - Syarikat induk Facebook, Meta berdepan dengan tindakan perundangan di negara ini susulan didakwa gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan di platform mereka.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, Meta juga tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan membabitkan elemen kaum, institusi diraja dan agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta penipuan."Platform Facebook sejak akhir-akhir ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan," kata suruhanjaya itu pada Jumaat.Menurut SKMM, Meta telah dihubungi pihaknya berulang kali untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan daripada platform mereka namun gagal mengambil tindakan secukupnya."Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam," katanya.Ujar SKMM, langkah definitif itu bagi memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital."Tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan termasuk juga aktiviti penipuan," kata SKMM.Tegas SKMM, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalah guna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan, untuk aktiviti siber berniat jahat, phishing, ataupun sebarang kandungan yang menganggu gugat kestabilan kaum, keharmonian sosial serta penghinaan terhadap institusi diraja. | 4 | 23 Jun 2023 09:53am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264901/berita/nasional/uum-tersenarai-dalam-kelompok-100-universiti-terbaik-asia-the | UUM tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik ASIA THE | ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia dalam senarai Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023.Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata, dalam tempoh tiga tahun sejak 2021, universiti itu berjaya membuat lonjakan 56 anak tangga sehingga berada dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia."Pada tahun ini, UUM berada di kedudukan ke-99 berbanding 148 pada tahun lalu dan kedudukan ke-155 pada 2021."UUM berkongsi kedudukan kali ini dengan tiga lagi universiti dari luar negara iaitu Jazan University, Arab Saudi; University of International Business and Economics, China dan Cankaya University, Turkiye," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata lonjakan sehingga 56 anak tangga itu adalah hasil usaha dan komitmen warga UUM dalam menjadikan universiti itu sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka serta dalam menjayakan Pelan Strategik UUM."Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencipta sejarah manis untuk UUM, terutamanya kepada Naib-naib Canselor sebelum ini, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan semua warga UUM."Kedudukan UUM dalam senarai 100 universiti terbaik di Asia ini membolehkan universiti ini bergerak jauh ke hadapan bagi meluaskan lagi jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa, " katanya.Mohd Fo'ad berkata kejayaan itu juga pastinya tidak mampu dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberi sokongan kepada UUM untuk terus merealisasikan visi dan misi UUM.THE Asia University Rankings yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan sebanyak 669 universiti seluruh Asia disenaraikan bagi penarafan 2023. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 09:48am |
NORHASPIDA YATIM | https://www.sinarharian.com.my/article/264896/berita/politik/terengganu-jadi-kelantan-nombor-dua-jika-bn-kalah---ahmad-said | 'Terengganu jadi Kelantan nombor dua jika BN kalah' - Ahmad Said | MARANG - Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Terengganu bakal menjadi Kelantan 'nombor dua' sekiranya BN tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.Ujarnya, perumpamaan itu diberikan terutama melibatkan aspek pembangunan yang didakwa tidak dibangunkan Pas sepanjang pemerintahan sekali gus tidak membantu dalam menjana ekonomi rakyat di negeri itu."Maknanya tiada pembangunan tiada apa... orang Kelantan tak apa (mereka) boleh cari kerja di Kuala Lumpur."Tapi di Terengganu, orang Terengganu tak berapa keluar. Jadi mangsalah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah perdana Gelombang Biru 2.0 dan menyempurnakan pelancaran jentera PRN BN Terengganu di Dataran Seri Limbat di sini pada Khamis malam.Ahmad memberitahu, beliau mengharapkan 20 peratus undi daripada pengundi BN yang telah diberikan kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu 'dikembalikan' semula kepada parti itu.Ujar beliau, ia penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan oleh BN sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan di Terengganu."Baru-baru ini rakyat telah mengundi dan beri Pas menang 8-0 (PRU15), apa faedah rakyat dapat."Tiada menteri dari Terengganu, tiada timbalan menteri dari Terengganu, tiada peruntukan untuk ahli Parlimen Terengganu. Siapa rugi? Rakyat rugi, tidak ada peruntukan pembangunan disalurkan. Nak bayar gaji pun menteri besar menghadap PM (Perdana Menteri)."Nak banjir (bantuan) pun kerajaan pusat bagi. Sebab itu kita mesti selaras antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat."Kalau berasingan akan timbul masalah dari segi peruntukan dan sebagainya. Dia 'itik', kita 'ayam', mana boleh. Itik dengan itik, ayam dengan ayam baru 'jadi'," ujarnya bekas Menteri Besar Terengganu itu.Dalam pada itu, Ahmad turut menyatakan harapan supaya Terengganu tidak berdepan masalah dialami Kelantan terutama melibatkan isu bekalan air yang disifatkan sebagai tidak berkesudahan."Kelantan air 'kuning' berapa puluh tahun dah... 30 tahun lebih tak selesai tak ada masalah orang Kelantan."Undi luar anak Kelantan balik kampung balik undi Pas belake (semua). Orang BN ramai undi Pas (di Terengganu) sebab dapat duit."Contoh, saluran satu, saluran dua yang 60, 50 tahun ke atas ni, 80 peratus undi Pas. Kita harap pengundi UMNO sedarlah perkara ni..jangan digula-gulakan," ujarnya.Terengganu bersama lima negeri lain iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan akan menghadapi PRN tidak lama lagi selepas masing-masing memutuskan untuk tidak membubarkan DUN pada PRU15 lalu.Setakat ini hanya Terengganu belum memuktamadkan tarikh pembubaran DUN manakala DUN Kelantan telah dibubarkan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Pulau Pinang (28 Jun), Kedah (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun). | 4 | 23 Jun 2023 09:37am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264897/berita/politik/ronnie-liu-mohon-tamat-keahlian-dap-mulai-esok | Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP mulai esok | KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu memohon kepada pucuk pimpinan parti itu menamatkan keahliannya berkuat kuasa pada Sabtu.Keputusan tersebut, tegas veteran DAP itu, diambil kerana banyak perkara yang di luar jangkaan telah berlaku sepanjang 41 tahun beliau menganggotai parti berkenaan.Permohonan penamatan keahlian dalam parti berkenaan dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor itu dalam surat beliau kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.Ronnie turut berkongsi surat berkenaan dalam akaun Facebook beliau.“Saya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan telah menjadi ahli DAP sejak 1982.“Namun selepas 41 tahun bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya."Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP,” kata beliau dalam surat berkenaan.Dalam masa sama, Ronnie mengucapkan terima kasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan DAP atas segala peluang dan keyakinan diberikan kepadanya.“Semoga DAP terus maju dan sentiasa memegang prinsip sosialisme demokratik dan konsep perjuangan ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’,” ujar beliau lagi. - Awani | 4 | 23 Jun 2023 09:28am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264895/berita/politik/dun-selangor-bubar-secara-rasmi-hari-ini | DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini | SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Ini bermakna DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 25 Jun ini.Dengan pembubaran itu, pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) mendominasi Selangor apabila menang 51 daripada 56 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan. - Bernama | 4 | 23 Jun 2023 09:10am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264887/berita/nasional/kenyataan-pemimpin-boleh-beri-impak-ekonomi | Kenyataan pemimpin boleh beri impak ekonomi | SHAH ALAM - Pakar ekonomi menegaskan setiap kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara akan mempengaruhi keputusan pelabur sama ada untuk meneruskan pelaburan atau sebaliknya.Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, perkara pertama yang diteliti oleh pelabur adalah kestabilan politik.Katanya, sebarang kenyataan daripada kerajaan sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan individu atau syarikat yang menanam modal di negara ini.“Setelah mengetahui penjelasan tersebut, pelabur mungkin akan membuat kata putus sama ada ia memberi kebaikan kepada negara atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Pada 21 Jun, Sinar Harian melaporkan, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa semakin banyak Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi maka ia akan merudum dengan begitu pantas.Katanya, tindakan Ahmad berbicara soal ekonomi seolah-olah ada pengumuman besar untuk memastikan nilai ringgit lebih kukuh.Pada masa sama, Aimi Zulhazmi memberitahu, terdapat dua kaedah yang boleh mengukuhkan kembali nilai ringgit di pasaran dunia antaranya menarik Sovereign Wealth Fund (SWF) untuk melabur di Malaysia.Jelas beliau, antara platform yang boleh pelabur melabur adalah di bursa saham, melalui modal teroka (venture capital) dan permulaan perniagaan (startup) lebih terarah kepada ekonomi digital serta pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi.“Kebaikannya apabila menarik SWF asing, ia secara tidak langsung akan meningkatkan pelaburan daripada luar negara masuk ke dalam negara.“Hal tersebut sekali gus mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam membina ekonomi negara terutamanya dalam menangani risiko tinggi berkaitan dengan startup,” ujarnya lagi.Tambahnya lagi, SWF mempunyai operasi kelolaan pelaburan yang lebih ketat, namun ia lebih stabil dan mempunyai sasaran dalam jangka masa panjang.Sementara itu, Aimi Zulhazmi memaklumkan kaedah seterusnya adalah melalui family office (pejabat keluarga) yang mana merupakan syarikat persendirian dalam mengendalikan pengurusan pelaburan dan kekayaan untuk keluarga kaya.Katanya, dana persendirian yang dimiliki bersifat terbuka dan ia dilaburkan dalam perusahaan yang mempunyai risiko tinggi kerana dana pengurusan adalah fleksibel.Pada masa sama, beliau berkata, kemasukan pelaburan asing melalui SWF dan family office adalah sesuatu yang baik untuk negara tetapi perlu dipantau dan dibantu oleh Suruhanjaya Sekuriti dan juga Bank Negara Malaysia. | 4 | 23 Jun 2023 09:00am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264893/berita/sukan/pemilik-chelsea-lebar-sayap-ke-perancis | Pemilik Chelsea lebar sayap ke Perancis | PEMILIK Chelsea dari Amerika Syarikat (AS) melebarkan sayapnya ke Perancis apabila memeterai perjanjian pembelian kelab Ligue 1, Strasbourg.Pembelian menerusi konsortium BlueCo itu menjadi episod baharu dalam sejarah Strasbourg sebagai strategi dinamik bagi memantapkan pertumbuhan kelab."Konsortium komited untuk mempercepatkan pelaburan mampan dalam pertumbuhan kelab."Pembelian ini termasuk pasukan utama dan akademi dalam kesinambungan projek yang dilaksanakan oleh Marc Keller yang akan kekal sebagai pengerusi kelab."Keller akan disokong oleh pasukan pengurusannya sekarang," ujar konsortium Blue Co dalam satu kenyataan.Konsortium yang diketuai oleh ahli perniagaan Amerika, Todd Boehly dan Clearlake Capital yang berpangkalan di AS mengharungi tahun pertama yang mengecewakan di Stamford Bridge.Mereka memecat pengurus Thomas Tuchel dan Graham Potter sebelum menamatkan kempen yang menyedihkan di bawah bos sementara Frank Lampard.Kedudukan Chelsea di tempat ke-12 adalah yang terburuk sejak 1994 walaupun membelanjakan lebih daripada 500 juta pound (RM2.9 bilion) untuk pemain baharu ketika dua jendela perpindahan pertama di bawah pemilik baharu.Konsortium itu telah mengambil Mauricio Pochettino sebagai jurulatih baharu mereka.Boehly juga adalah pemilik bersama pasukan besbol Los Angeles Dodgers.Strasbourg melalui musim yang getir tahun lalu, apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-15 dua anak tangga daripada zon penyingkiran. | 4 | 23 Jun 2023 08:58am |
NORAFIDAH ASSAN | https://www.sinarharian.com.my/article/264891/berita/semasa/dua-termasuk-kanak-kanak-maut-nahas-di-bukit-tangga | Dua termasuk kanak-kanak maut nahas di Bukit Tangga | JELEBU - Dua maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Bukit Tangga, di sini malam Khamis.Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu membabitkan dua kenderaan dan kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu."Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Seremban ke Kuala Klawang telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Klawang menghala ke Seremban."Akibat daripada kemalangan tersebut, salah seorang penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki dan penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Ujarnya, proses bedah siasat akan dijalankan pada Jumaat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Inspektor Nurshazleen Miswan di talian 019-7805252," katanya. | 4 | 23 Jun 2023 08:35am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264882/berita/nasional/sistem-perlindungan-sosial-adakah-memadai-atau-perlu-reformasi | Sistem perlindungan sosial: Adakah memadai atau perlu reformasi? | SUDAH lumrah kehidupan dan jangan dilupakan bahawa hidup ini ibarat roda berputar. Adakalanya berada di atas, kala lain pula berada di bawah.Orang senang, yang berada dan mempunyai segala-galanya juga boleh jatuh susah dan orang yang susah pula boleh berubah menjalani kehidupan selesa.Hakikatnya, setiap daripada kita sebenarnya terdedah pelbagai risiko dalam setiap fasa kehidupan. Risiko bermaksud satu keadaan yang mungkin mendatangkan bahaya atau kerugian.Dalam konteks rakyat, sistem perlindungan sosial yang benar-benar menyeluruh akan memastikan setiap individu pada setiap peringkat hidupnya menerima bantuan dan sokongan mengikut risiko yang dihadapi.Risiko yang lazim dihadapi antaranya hilang pekerjaan, dibelenggu sakit, mengalami kemalangan atau tidak lagi dapat bekerja kerana faktor umur.Dalam menghadapi risiko bahaya dan kerugian itu, perlu ada komponen insurans sosial di bawah sistem perlindungan sosial untuk meningkatkan daya tahan masyarakat terhadap pelbagai musibah yang mungkin melanda.Di Malaysia, insurans sosial tersedia melalui skim-skim di bawah pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), namun kerajaan juga sedang mempertimbangkan pelbagai lagi skim insurans sosial untuk memastikan tiada tercicir.Di negara kita, rata-rata golongan yang tercicir daripada insurans sosial adalah mereka yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso atas faktor tidak bekerja atau bekerja dalam sektor tidak formal seperti suri rumah, peniaga, bekerja sendiri dan pekerja ekonomi gig.Ramai dalam golongan berkenaan secara tiba-tiba hilang punca pendapatan dan terjerumus ke dalam belenggu kemiskinan ketika pandemik Covid-19 melanda sebelum ini.Keadaan itu sekali gus turut mendedahkan masih ada kekurangan dalam sistem perlindungan sosial di Malaysia.Kelompok berkenaan ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ kerana bukan sahaja tiada pendapatan, tetapi juga tiada bantuan atau sokongan mencukupi daripada sistem perlindungan sosial sedia ada.Sehubungan itu, adalah jelas bahawa telah tiba masanya untuk kita melaksanakan reformasi menyeluruh ke atas sistem perlindungan sosial di Malaysia.Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), sistem perlindungan sosial adalah satu pakej dasar dan program kerajaan yang dirangka untuk mengurangkan kerentanan dan mengelakkan kemiskinan sepanjang hidup seseorang individu.Sistem perlindungan sosial yang baik, mengikut ILO adalah sistem yang meliputi sembilan jenis keperluan perlindungan, iaitu kanak-kanak, kekurangan upaya, kehilangan pekerjaan, kemalangan tempat kerja, kehamilan, jatuh sakit, pemeriksaan kesihatan, orang tua dan kematian ketua keluarga.Selain itu, terdapat tiga komponen utama (3P) dalam sistem perlindungan sosial.Komponen pertama ialah perlindungan - untuk memastikan keperluan asas dipenuhi menerusi mekanisme seperti bantuan tunai.Komponen kedua ialah pencegahan - untuk meningkatkan daya tahan masyarakat terhadap kejutan ekonomi menerusi penyediaan insurans sosial seperti menerusi Perkeso dan KWSP.Komponen ketiga ialah penggalakan - untuk meningkatkan peluang ekonomi dan potensi individu menerusi program yang membantu untuk mereka dapat pekerjaan tetap.Sebenarnya, reformasi sistem perlindungan sosial yang diperlukan Malaysia bukan perkara baharu kerana telah disarankan oleh para pakar sejak 2018 lagi, yang tinggal hanyalah langkah untuk melaksanakannya.Pelaksanaan yang tertangguh menyebabkan sistem perlindungan sosial Malaysia masih perlu diperbaiki dan agak ketinggalan berbanding negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.Ternyata, reformasi sistem perlindungan sosial di Malaysia tidak boleh ditangguh lagi, sebaliknya perlu diusahakan pelaksanaan dalam masa terdekat.Kita perlu sedar bahawa kerja keras sahaja tidak semestinya mampu keluarkan seseorang itu daripada kepompong kemiskinan kerana masih ada banyak faktor yang boleh membataskan usaha untuk menjalani kehidupan selesa.Kerja keras menjamin kehidupan berkualiti?Faktor-faktor seperti peluang pendidikan, status sosial keluarga dan lokasi boleh menyebabkan mana-mana individu sukar dapat sama ada gaji mencukupi, modal memulakan perniagaan atau peluang ekonomi adil walaupun sudah berhempas pulas bekerja.Perlu diingat kanak-kanak dan orang tua juga golongan perlu dilindungi kerana mereka tidak boleh bekerja.Dalam aspek ini, sistem perlindungan sosial menyeluruh akan memberi penekanan kepada bantuan bersifat tunai yang dibiayai sepenuhnya kerajaan dan disasarkan kepada golongan miskin.Pada masa ini kerajaan menyediakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) - atau dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada mereka kurang berkemampuan untuk hadapi cabaran kos sara hidup.Dalam hal ini, tanggungjawab kerajaan dalam membantu golongan itu tidak seharusnya dianggap sebagai membina sikap terlalu bergantung kepada bantuan atau mendorong sikap malas bekerja.Ini kerana kita sudah melihat sendiri kekurangan sistem perlindungan sosial di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai ditimpa musibah dan tidak diberi sebarang bentuk perlindungan.Justeru, kerajaan terpaksa memperkenalkan pelbagai jenis bantuan baharu seperti subsidi upah, diskaun bil elektrik dan moratorium bayaran balik pinjaman berikutan tiada sistem perlindungan sosial menyeluruh ketika krisis kesihatan itu melanda.Namun, perlu diingat kebanyakan bantuan itu hanya bersifat sementara dan mengeruhkan lagi kedudukan kewangan kerajaan yang sudah pun dibebankan dengan bantuan tunai sedia ada bagi golongan miskin.Bagi memastikan usaha menangani kekurangan yang ada dalam sistem perlindungan sosial di Malaysia, kita perlu bersikap lebih terbuka ketika membicarakan mengenai caruman kerana banyak manfaatnya untuk rakyat ketika kehidupan berdepan kesukaran.Pro-bantuan tidak semestinya pro-subsidiDi negara ini, ada sistem subsidi, namun adakah sistem subsidi sedia ada ini sistem yang kalis waktu, mampan dan mampu membantu kita ketika susah?Sebenarnya, subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia boleh dikatakan sebagai suatu jenis perlindungan sosial yang membantu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, namun manfaatnya juga dinikmati isi rumah yang bukan golongan disasarkan.Sekian lama, subsidi menjadi beban tanggungan kerajaan dan pengagihannya berdepan isu ketirisan yang terlalu tinggi, termasuk dalam subsidi bahan api dan penggunaan elektrik.Kita dapat lihat kereta asing ‘menikmati’ subsidi di stesen minyak di kawasan sempadan, manakala di rumah pula subsidi dinikmati juga oleh mereka yang mampu memiliki pelbagai perkakas elektrik dengan kadar penggunaan elektrik yang tinggi.Subsidi seperti ini mungkin dapat membantu menurunkan tekanan kos sara hidup, tetapi tidak dapat membantu sekiranya rakyat menghadapi kesusahan dalam kehidupan.Ke arah perlindungan sosial lebih menyeluruhUntuk memastikan pembangunan sistem perlindungan sosial lebih berdaya tahan bagi masa hadapan, penulis menyeru sifat kebersamaan dan kesefahaman dalam diri kita semua.Sifat kebersamaan dan kesefahaman perlu bagi membantu seluruh rakyat Malaysia terutama golongan rentan mendapat akses kepada peluang yang lebih baik bagi melindungi dan meningkatkan kesejahteraan hidup masing-masing.Sistem perlindungan sosial lebih menyeluruh diperlukan agar semua rakyat Malaysia dapat menerima bantuan dan sokongan pada saat mereka memerlukan.Semua isi rumah tanpa mengira pendapatan seharusnya sama-sama membantu mereka yang hilang pekerjaan, jatuh sakit, mengalami kemalangan, warga tua dan yang kehilangan ketua keluarga agar kesejahteraan golongan itu terus terpelihara.*Insan Bersubsidi, Kuala Lumpur | 4 | 23 Jun 2023 08:30am |
null | https://www.sinarharian.com.my/article/264892/berita/nasional/pembangunan-mega-di-sabah-ambil-kira-kelestarian-alam-sekitar | Pembangunan mega di Sabah ambil kira kelestarian alam sekitar | KOTA KINABALU - Pembangunan bersaiz mega tidak diluluskan dengan mudah tanpa sebarang pematuhan yang dikenakan oleh pihak tertentu demi menjaga kelestarian alam sekitar di negeri ini.Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, setiap pembangunan yang dilakukan akan menyentuh mengenai alam sekitar terutama membabitkan projek mega yang ingin dilaksanakan."Saya beri contoh, pembangunan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo merupakan salah satu projek mega yang kita rancang dan reka bentuk jajarannya turut melalui satu proses makmal pengurusan nilai di mana semua pihak atau jabatan yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) dipanggil untuk mengutarakan pandangan masing-masing mengenai cadangan pembinaan lebuh raya ini."Di Telupid ada jajaran Pan Borneo melalui satu hutan simpan jadi untuk kita melaksanakan kerja-kerja membangunkan jajaran tersebut mematuhi syarat yang dikenakan oleh JAS, JHL dan sebagainya."Ini bagi memastikan pembangunan terus dilakukan dengan impak yang terkawal terhadap alam sekitar dan hidupan liar," katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Shahelmy dan Masiung bergambar bersama hadirin selepas Dialog Siswa Sinar Harian di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. Turut hadir Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli dan Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKORDialog Siswa kali ini dihoskan oleh anak tempatan, Safwan Sawi dan turut menampilkan seorang lagi panel iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah.Mengulas lanjut, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya turut memberi contoh mengenai pembinaan empangan di Papar yang sebelum ini mendapat tentangan daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO)."Bagaimanapun, kajian kemungkinan sedang dijalankan untuk memastikan bahawa empangan tersebut dibina dengan mengambil kira impak sosial dan impak alam sekitar dapat dimaksimumkan hasil daripada pembangunan tersebut."Ingin saya kongsikan kepada pelajar bahawa dalam perkembangan teknologi yang ada sekarang, semuanya berkaitan dengan alam sekitar dan kita sedar tentang pengaruh atau kesan perubahan iklim," katanya.Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan menegaskan bahawa apa juga pembangunan dan reka bentuk tetap akan mengambil kira kesannya kepada alam sekitar.ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPTSabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di SabahSabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?' | 4 | 23 Jun 2023 08:21am |