author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265201/berita/sukan/piala-fa-kl-city-resah-gelora-pantai-timur
Piala FA: KL City resah gelora Pantai Timur
KUALA LUMPUR City FC (KL City) menjangkakan tentangan sengit Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua pasukan beradu kekuatan dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Ahad.Pengendali KL City, Bojan Hodak mengakui skuad Penyu kendalian pengendali dari Croatia, Tomislav Steinbruckner telah menunjukkan kemajuan ketara dalam saingan Liga Super sejak kebelakangan ini.“Ya...kami pernah berdepan Terengganu pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini yang berakhir dengan keputusan seri.“Saya akui Terengganu memiliki rekod yang cukup baik apabila beraksi di laman sendiri musim ini. Sokongan padu penyokong mereka juga merupakan cabaran tambahan kepada kami nanti.“Terengganu pasti akan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri untuk melangkah ke final kali kedua berturut-turut,” katanya.Skuad The City Boys melalui detik yang agak cemerlang sejak dua tahun lalu apabila menjuarai Piala Malaysia pada 2021 sebelum muncul naib juara Piala AFC musim lalu.Mereka kini hanya tinggal selangkah untuk ke pentas final, sekali gus mengintai peluang muncul juara buat kali keempat selepas menjulang Piala FA pada musim 1993, 1994 dan 1999.Dalam pada itu, Hodak menyandarkan harapan kepada kapten, Paulo Josue bagi memimpin KL City selepas dia beraksi cemerlang bersama skuad Harimau Malaya baru-baru.“Sebelum ini terdapat segelintir pihak mempertikaikan pemberian status naturalisasi kepada Josue, namun dia berjaya membalas semula kepercayaan dengan persembahan cemerlang.“Josue sudah bermain di Malaysia lebih enam tahun dan apabila dia berjaya menjaringkan empat gol ketika menyarung jersi Harimau Malaya, itu satu bonus kepadanya.“Apa yang saya harapkan, dia mengekalkan prestasi cemerlang itu bersama-sama KL City dalam menjadi key player apabila berdepan Terengganu nanti,” jelasnya.
4
25 Jun 2023 08:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265203/berita/politik/perubahan-kerajaan-segala-galanya-boleh-berlaku---muhyiddin
Perubahan kerajaan: Segala-galanya boleh berlaku - Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan berlaku perubahan kerajaan pusat sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.Namun, Pengerusi PN itu enggan mengulas bagaimana perubahan kerajaan akan berlaku tetapi menegaskan, ia sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kerajaan sedia ada jika PN menang di semua enam buah negeri tersebut."Disebutkan tadi enam buah negeri berhadapan dengan PRN, ini bukan jumlah yang kecil, kalau enam buah negeri menghadapi pilihan raya dan enam-enam negeri dimenangi dan dikuasai oleh Perikatan Nasional, sudah tentunya yang duduk di Putrajaya akan goyang."Agaknya sebab itu yang Azmin sebutkan tadi bulan 8. Mahu doakan bulan 8 supaya apa yang disebutkan tadi akan dimakbulkan oleh ALLAH, terbentuk kerajaan yang baharu."Soal macam mana saya tak nak sebutkan di sini, orang Indonesia kata segala-galanya bisa (boleh) berlaku," katanya dalam Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu, Kita Bangkit di Shah Alam pada Sabtu malam.Pada Khamis, PN mengesahkan akan bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.Sebelum itu dalam ceramah sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijatuhkan sebaik sahaja gabungan tersebut menang dalam PRN Selangor. - Awani
4
25 Jun 2023 07:32am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265200/berita/politik/mampukah-umno-dap-mimpi-sebantal
Mampukah UMNO, DAP 'mimpi sebantal'?
KERAJAAN campuran yang dibina oleh pelbagai parti ini bukan sahaja sedang bergelut dalam ketidaktentuan ekonomi, malah turut berhadapan kemerosotan sokongan rakyat berbanding undian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.Ketika penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraikan kedudukan kukuh mereka dalam kerajaan dengan pelbagai jawatan kanan dan utama, dua parti lain iaitu UMNO dan DAP berhadapan hakisan sokongan penyokong setia mereka.Setelah berpuluh tahun UMNO berhujah kepada ahli, penyokong dan orang Melayu bahawa DAP adalah ancaman kepada status quo kedudukan bumiputera dan agama Islam di negara ini, kini mereka perlu meyakinkan sebaliknya.Baca berita penuh di Sinar Premium.
4
25 Jun 2023 07:30am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/265202/berita/sukan/jaguh-berbasikal-lebuh-raya-negara-mohd-harrif-saleh-terpaksa-menggunakan-laman-sosial-facebook-untuk-meminta-bantuan-penajaan-basikal-trek-bagi-tujuan-latihan-dan-menyertai-sesuatu-kejohanan
Harrif cari basikal trek
JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Harrif Saleh terpaksa menggunakan laman sosial Facebook untuk meminta bantuan penajaan basikal trek bagi tujuan latihan dan menyertai sesuatu kejohanan.Menurut Harrif atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat, dia tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan bantuan pihak luar selain daripada meluahkan isi hatinya itu di laman Facebook miliknya baru-baru ini.“Sebenarnya memang saya jarang nak bercerita tentang masalah diri saya di laman sosial. Takut nanti ada pihak lain pula yang salah erti dengan apa yang saya luahkan itu.“Tetapi baru-baru ini saya mengaku memang ada menulis perihal masalah berkenaan ketiadaan basikal trek. Saya sudah tidak tahu dengan siapa perlu saya bercerita, jadi saya luahkan sahaja di Facebook.“Memang itulah ceritanya. Saya ada minta bantuan jika ada pihak yang sudi menaja basikal trek atau peralatan lain yang membolehkan saya berlatih dan menyertai pertandingan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Kelibat Harrif kembali mencuri tumpuan apabila dia membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai yang berakhir pada Isnin lalu.Sekalipun hanya membuat persiapan dua minggu, pakar pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) itu berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba bertanding.Untuk rekod, kali terakhir pelumba kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu membuat penampilan di pentas ACC adalah pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras yang menyaksikan dia meraih gangsa acara scratch.“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya ada menyimpan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik. Saya lihat peluang layak ke Olimpik bagi acara trek ini lebih besar berbanding saingan dalam lebuh raya.“Jika ada basikal (trek) sendiri, bolehlah saya berlatih dan kalau ada rezeki, sudah tentu saya mahu mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik. Saya percaya semua ini tidak mustahil.“Saya akan terus pandang ke depan, saya tidak mahu buat kerja separuh jalan. Buktinya, tahun ini sahaja saya dah kembali bersaing di trek velodrom pada Kejohanan Kebangsaan dan ACC,” jelasnya.Sepanjang kariernya setakat ini, antara rekod kejayaan Harrif adalah memenangi tiga peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) selain menyambar lima pingat emas pada temasya Sukan SEA.
4
25 Jun 2023 07:15am
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265198/berita/nasional/town-hall-rakyat-siri-kelima-fokus-isu-alam-sekitar
Town Hall Rakyat siri kelima fokus isu alam sekitar
SHAH ALAM - Berikutan sambutan luar biasa daripada orang ramai sebelum ini, Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian diteruskan untuk edisi kelima, kali ini bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program yang berlangsung pada Isnin bakal membincangkan isu sangat penting kepada masyarakat terutama melibatkan masa depan alam sekitar dan perubahan iklim.“Malah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga menjadi tumpuan apabila isu bekalan air bersih kepada rakyat terutamanya di beberapa negeri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan.“Apatah lagi Malaysia dan dunia beberapa bulan lepas baru sahaja mengharungi musim panas melampau sehingga ada beberapa kes kematian membabitkan strok haba.“Dengan rakyat pada hari ini begitu menitikberatkan program dan projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sudah tentunya orang ramai ingin mengetahui perancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan,” katanya kepada Sinar Ahad.ZamriMengulas lanjut, Zamri berkata, program akan bersiaran di Dewan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini bermula jam 8.30 malam.“Atas tanggungjawab besar dalam memastikan kelestarian hidup rakyat, Sinar Harian mengundang orang ramai untuk hadir ke Kompleks Karangkraf bagi memeriahkan program tersebut.“Sesi dialog bersama menteri merupakan antara sesi yang ditunggu-tunggu kerana memberi peluang kepada orang ramai bertanyakan apa juga soalan berkaitan kepada menteri,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Fazreen Kamal berkata, sebanyak enam agensi di bawah kementerian berkenaan akan membuka reruai di Kompleks Karangkraf pada Isnin untuk memberi lebih banyak informasi kepada orang ramai yang hadir.Menurutnya, agensi yang terlibat ialah Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Syarikat Pembetungan Nasional, Indah Water Konsortium (IWK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Alam Flora.Fazreen“Sudah pasti pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung semasa Town Hall Rakyat nanti, antaranya program dan kempen kesedaran YHM, kuiz beserta hadiah menarik, promosi perkhidmatan dan kesedaran mengenai kitar semula, permainan teka silang kata dan cenderahati.“Selain mendengar perkara dibahaskan oleh menteri, orang ramai juga dapat menimba pengetahuan menerusi enam agensi di mana mereka dapat mengetahui peranan setiap agensi berkenaan,” jelasnya.Menariknya, Town Hall Rakyat akan dihoskan pelakon popular, Azhar Sulaiman yang bakatnya dicungkil menerusi program anjuran Karangkraf.
4
25 Jun 2023 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265196/berita/politik/prn-selangor-amirudin-seru-jentera-ph-lupakan-perbezaan-dengan-bn
PRN Selangor: Amirudin seru jentera PH lupakan perbezaan dengan BN
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua jentera dan ahli parti pakatan itu untuk melupakan perbezaan yang berlaku sebelum ini di antara mereka dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ini bagi memastikan kerjasama di antara PH dan BN pada PRN kali ini dapat menyumbang kepada sasaran kemenangan majoriti dua pertiga gabungan itu di negeri berkenaan."Insya-ALLAH tidak lama lagi rakan-rakan kita dari BN akan turut bersama-sama (untuk kempen pilihan raya),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini."Kita bolehlah lupakan sebentar beberapa perbezaan yang lalu kerana yang penting sekarang untuk kita bersatu padu dan berpakat untuk sama-sama selamatkan dan pulihkan negara yang dirosakkan oleh Langkah Sheraton dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.Beliau juga menyeru jentera pakatan itu untuk bersama-sama rakyat Selangor mempertahankan negeri itu pada PRN nanti daripada pihak yang sentiasa ingin memecahbelahkan dan membangkit api perkauman demi keuntungan politik mereka."Sebab itu kita mahu agar Selangor ini kita pertahankan bukan untuk saya dan wakil-wakil rakyat yang akan dipilih tetapi kita teruskan untuk kecemerlangan dan kemakmuran negeri,” katanya.DUN Selangor secara rasminya dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.Selain Selangor, turut bakal mengadakan PRN tidak lagi adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. - Bernama
4
25 Jun 2023 12:22am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/265202/berita/sukan/jaguh-berbasikal-lebuh-raya-negara-mohd-harrif-saleh-terpaksa-menggunakan-laman-sosial-facebook-untuk-meminta-bantuan-penajaan-basikal-trek-bagi-tujuan-latihan-dan-menyertai-sesuatu-kejohanan
Harrif cari basikal trek
JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Harrif Saleh terpaksa menggunakan laman sosial Facebook untuk meminta bantuan penajaan basikal trek bagi tujuan latihan dan menyertai sesuatu kejohanan.Menurut Harrif atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat, dia tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan bantuan pihak luar selain daripada meluahkan isi hatinya itu di laman Facebook miliknya baru-baru ini.“Sebenarnya memang saya jarang nak bercerita tentang masalah diri saya di laman sosial. Takut nanti ada pihak lain pula yang salah erti dengan apa yang saya luahkan itu.“Tetapi baru-baru ini saya mengaku memang ada menulis perihal masalah berkenaan ketiadaan basikal trek. Saya sudah tidak tahu dengan siapa perlu saya bercerita, jadi saya luahkan sahaja di Facebook.“Memang itulah ceritanya. Saya ada minta bantuan jika ada pihak yang sudi menaja basikal trek atau peralatan lain yang membolehkan saya berlatih dan menyertai pertandingan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Kelibat Harrif kembali mencuri tumpuan apabila dia membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai yang berakhir pada Isnin lalu.Sekalipun hanya membuat persiapan dua minggu, pakar pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) itu berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba bertanding.Untuk rekod, kali terakhir pelumba kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu membuat penampilan di pentas ACC adalah pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras yang menyaksikan dia meraih gangsa acara scratch.“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya ada menyimpan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik. Saya lihat peluang layak ke Olimpik bagi acara trek ini lebih besar berbanding saingan dalam lebuh raya.“Jika ada basikal (trek) sendiri, bolehlah saya berlatih dan kalau ada rezeki, sudah tentu saya mahu mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik. Saya percaya semua ini tidak mustahil.“Saya akan terus pandang ke depan, saya tidak mahu buat kerja separuh jalan. Buktinya, tahun ini sahaja saya dah kembali bersaing di trek velodrom pada Kejohanan Kebangsaan dan ACC,” jelasnya.Sepanjang kariernya setakat ini, antara rekod kejayaan Harrif adalah memenangi tiga peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) selain menyambar lima pingat emas pada temasya Sukan SEA.
4
25 Jun 2023 07:15am
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265198/berita/nasional/town-hall-rakyat-siri-kelima-fokus-isu-alam-sekitar
Town Hall Rakyat siri kelima fokus isu alam sekitar
SHAH ALAM - Berikutan sambutan luar biasa daripada orang ramai sebelum ini, Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian diteruskan untuk edisi kelima, kali ini bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program yang berlangsung pada Isnin bakal membincangkan isu sangat penting kepada masyarakat terutama melibatkan masa depan alam sekitar dan perubahan iklim.“Malah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga menjadi tumpuan apabila isu bekalan air bersih kepada rakyat terutamanya di beberapa negeri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan.“Apatah lagi Malaysia dan dunia beberapa bulan lepas baru sahaja mengharungi musim panas melampau sehingga ada beberapa kes kematian membabitkan strok haba.“Dengan rakyat pada hari ini begitu menitikberatkan program dan projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sudah tentunya orang ramai ingin mengetahui perancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan,” katanya kepada Sinar Ahad.ZamriMengulas lanjut, Zamri berkata, program akan bersiaran di Dewan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini bermula jam 8.30 malam.“Atas tanggungjawab besar dalam memastikan kelestarian hidup rakyat, Sinar Harian mengundang orang ramai untuk hadir ke Kompleks Karangkraf bagi memeriahkan program tersebut.“Sesi dialog bersama menteri merupakan antara sesi yang ditunggu-tunggu kerana memberi peluang kepada orang ramai bertanyakan apa juga soalan berkaitan kepada menteri,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Fazreen Kamal berkata, sebanyak enam agensi di bawah kementerian berkenaan akan membuka reruai di Kompleks Karangkraf pada Isnin untuk memberi lebih banyak informasi kepada orang ramai yang hadir.Menurutnya, agensi yang terlibat ialah Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Syarikat Pembetungan Nasional, Indah Water Konsortium (IWK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Alam Flora.Fazreen“Sudah pasti pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung semasa Town Hall Rakyat nanti, antaranya program dan kempen kesedaran YHM, kuiz beserta hadiah menarik, promosi perkhidmatan dan kesedaran mengenai kitar semula, permainan teka silang kata dan cenderahati.“Selain mendengar perkara dibahaskan oleh menteri, orang ramai juga dapat menimba pengetahuan menerusi enam agensi di mana mereka dapat mengetahui peranan setiap agensi berkenaan,” jelasnya.Menariknya, Town Hall Rakyat akan dihoskan pelakon popular, Azhar Sulaiman yang bakatnya dicungkil menerusi program anjuran Karangkraf.
4
25 Jun 2023 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265196/berita/politik/prn-selangor-amirudin-seru-jentera-ph-lupakan-perbezaan-dengan-bn
PRN Selangor: Amirudin seru jentera PH lupakan perbezaan dengan BN
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua jentera dan ahli parti pakatan itu untuk melupakan perbezaan yang berlaku sebelum ini di antara mereka dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ini bagi memastikan kerjasama di antara PH dan BN pada PRN kali ini dapat menyumbang kepada sasaran kemenangan majoriti dua pertiga gabungan itu di negeri berkenaan."Insya-ALLAH tidak lama lagi rakan-rakan kita dari BN akan turut bersama-sama (untuk kempen pilihan raya),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini."Kita bolehlah lupakan sebentar beberapa perbezaan yang lalu kerana yang penting sekarang untuk kita bersatu padu dan berpakat untuk sama-sama selamatkan dan pulihkan negara yang dirosakkan oleh Langkah Sheraton dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.Beliau juga menyeru jentera pakatan itu untuk bersama-sama rakyat Selangor mempertahankan negeri itu pada PRN nanti daripada pihak yang sentiasa ingin memecahbelahkan dan membangkit api perkauman demi keuntungan politik mereka."Sebab itu kita mahu agar Selangor ini kita pertahankan bukan untuk saya dan wakil-wakil rakyat yang akan dipilih tetapi kita teruskan untuk kecemerlangan dan kemakmuran negeri,” katanya.DUN Selangor secara rasminya dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.Selain Selangor, turut bakal mengadakan PRN tidak lagi adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. - Bernama
4
25 Jun 2023 12:22am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265193/berita/politik/jangan-guna-jentera-kerajaan-berkempen-untuk-parti-politik---fahmi
Jangan guna jentera kerajaan berkempen untuk parti politik - Fahmi
KUALA LUMPUR - Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) diingatkan tidak sesekali menggunakan jentera kerajaan berkempen untuk parti politik dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam ini."Melalui sesi tertutup seperti ini, mereka dapat peluang meluahkan pandangan, cadangan dan permasalahan untuk tindakan segera."Saya juga mengingatkan semua pegawai JaPen agar jangan sama sekali berkempen untuk parti politik dengan menggunakan jentera kerajaan,” katanya menerusi catatan di Facebook.Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan hari ini berkata, sesi bertemu dengan pegawai kementerian atau agensi merupakan antara perkara yang dimasukkan dalam jadualnya pada setiap kali turun ke negeri-negeri.Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang akan terlibat dalam PRN tidak lama lagi. - Bernama
4
25 Jun 2023 12:04am
ADILA SHARINNI WAHID
https://www.sinarharian.com.my/article/265194/berita/politik/siapa-fitnah-saya-akan-disaman---hamzah
'Siapa fitnah saya akan disaman' - Hamzah
KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan tuduhan ke atasnya berkait penerimaan wang judi untuk pilihan raya dan tidak membayar cukai.Tegas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu, beliau tidak pernah menerima apa-apa dana judi daripada mana-mana pihak dan bersumpah atas nama ALLAH atas perkara itu.“Saya akan saman siapa yang membuat fitnah. Saya akan saman mereka, saya berada di landasan yang benar," katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin pada Himpunan Ppakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.Menurut Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, fitnah tersebut menyebabkan pejabatnya ‘diserang’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari bukti menyimpan duit judi.Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati tiada wang tersebut ditemukan.“Selepas itu ada yang buat cerita tidak bayar cukai sehingga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tampil membuat pemeriksaan.“Saya arahkan pegawai untuk mengutip semua data dan akhirnya kita berjaya selesaikan perkara itu dengan LHDN dan SPRM,” katanya.Hamzah berkata, sebelum menjadi ahli Parlimen beliau merupakan seorang ahli perniagaan."Saya jadi ahli Parlimen bermula pada tahun 2008,” ujar beliau.Sebelum ini, media melaporkan kediaman Ketua Pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut.Kata Anwar, serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di rumah Hamzah merupakan urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.
4
25 Jun 2023 12:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265192/berita/politik/kenyataan-tony-pua-tidak-jejaskan-prn---mat-sabu
Kenyataan Tony Pua tidak jejaskan PRN - Mat Sabu
SHAH ALAM - Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup tidak akan menjejaskan Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti iaitu DAP.“Setiausaha Agung DAP sudah buat pendirian dan pendirian itulah pendirian parti. Ia tidak jejaskan PRN. Itu (Tony Pua) ahli, biasalah keluarkan pelbagai pandangan. Itu tiada masalah.“Kami dalam Amanah pun ada pandangan tetapi pandangan parti yang diambil kira,” katanya kepada media selepas Jelajah Mega Madani di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu.Tony Pua pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ucapan daripada Tony yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan.Tambah Anthony, sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam kerajaan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.
4
24 Jun 2023 11:51pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265190/berita/sukan/kelantan-fc-mungkin-berharap-kepada-pemain-muda---bernhardt
Kelantan FC mungkin berharap kepada pemain muda - Bernhardt
KELANTAN FC berkemungkinan besar menyandarkan harapan kepada barisan pemain muda dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Ia susulan sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas Kelantan FC atas kegagalan kelab itu melunaskan tunggakan gaji pemain dalam tempoh ditetapkan.“Saya tidak tahu mengenai isu (Kelantan FC dikenakan sekatan perpindahan pemain). Cuma saya dengar ejen sedang mencari pemain import dalam usaha membentuk semula pasukan ini.“Jika tidak dibenar mendapatkan pemain baharu, mereka terpaksa mengakhiri baki saingan dengan pemain skuad Bawah 23 tahun, itu sahaja pilihan yang ada,” kata pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt pada Jumaat.Sebelum itu, Bernhardt mengakhiri tugasannya bersama Kelantan dengan langkah kiri apabila The Red Warriors (TRW) tewas 0-5 kepada Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.Dalam pada itu, Bernhardt berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi sokongan sepanjang beliau mengendalikan Kelantan FC.“Terima kasih kepada setiap pemain dan penyokong Kelantan FC yang menakjubkan sejak saya mula mengendalikan pasukan ini.“Saya benar-benar minta maaf dengan situasi yang melanda pasukan ketika ini. Mungkin semua melihat seseorang ketua jurulatih itu mampu mengubah situasi sesebuah pasukan.“Namun, semua bergantung kepada keupayaan pemain kerana jurulatih hanya mampu menyumbang 10 hingga 15 peratus kejayaan pasukan,” jelasnya.Bekas pengendali kelab Indonesia, Persita Tangerang, Alfredo Vera diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Kelantan FC menggantikan Bernhardt.
4
24 Jun 2023 11:36pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265189/berita/sukan/mvprc-juara-baharu-liga-ragbi-johor-2023
MVPRC juara baharu Liga Ragbi Johor 2023
MVPRC merangkul kejuaraan Liga Ragbi Johor 2023 selepas menewaskan Beringin Rendang RC, 15-10 dalam perlawanan akhir di Stadium Ragbi Johor, Johor Bahru pada Sabtu.Bagaimanapun dalam perlawanan itu, MVPRC kendalian Hasif Mecca diberikan tentangan hebat Beringin Rendang pimpinan Tajol Arif.Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 10-10.Namun MVPRC yang diperkuatkan khidmat pemain berpengalaman seperti Mohd Syahir Ashraf dan Farid Sujari ternyata dalam kelas tersendiri.MVPRC bangkit dengan permainan lebih bertenaga untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 15-10.Terdahulu, perlawanan tempat ketiga keempat menyaksikan BP Jockers menewaskan RMP Johor, 46-26.Mohd FaizSementara itu, MVPRC mencipta kejayaan berganda apabila Mohd Faiz Amir dipilih pemain terbaik perlawanan akhir.Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Ekmaluddin Ishak hadir menyampaikan hadiah kepada pasukan.Sebagai rekod, kejuaraan telah berlangsung dari 20 Mei hingga 24 Jun melibatkan 10 pasukan kelab seluruh Johor.Dalam pada itu, Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Negeri Johor, Nor Fazreim Imran berkata, tujuan penganjuran Liga Ragbi Johor adalah bagi mencungkil bakat-bakat baharu bagi kejohanan tempatan seperti Piala Agong dan Kejuaraan Ragbi Tujuh Sebelah Kebangsaan.Selain itu jelasnya, Liga Ragbi Johor juga merupakan pentas untuk pasukan kelab sekitar Johor mendapatkan minit permainan kompetetif sebelum beraksi dalam kejohanan berintensiti tinggi lain.“Matlamat utama penganjuran kejohanan ini juga bertujuan merakyatkan sukan ragbi dalam kalangan rakyat negeri Johor.“Dan ia berjaya dijelmakan apabila stadium yang mampu memuatkan 500 penonton dipenuhi peminat ragbi untuk menyaksikan perlawanan akhir,” katanya.JohanMVPRCNaib JohanBeringin Rendang RCKetigaBP JokersKeempatRMP Johor
4
24 Jun 2023 11:23pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265191/berita/politik/min-ingat-aku-yang-kalahkan-kamu---amirudin
‘Min ingat, aku yang kalahkan kamu’ - Amirudin
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa bertanggungjawab mengemukakan nama beliau kepada pihak istana sebagai menteri besar baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Sebaliknya, Amirudin dengan lantang mengingatkan bahawa beliaulah yang telah mengalahkan Mohamed Azmin semasa PRU15 di Parlimen Gombak enam bulan lalu.“Min (Azmin) dengar Min. Ni baru panas badan. Dia (Azmin) ungkit-ungkit pula. (Azmin) ungkit, Amir (masih) ingat."Min (Azmin) dengar Min, aku yang kalahkan kamu enam bulan lepas.“Lepas kamu tidak menjadi Menteri Besar Selangor, pelaburan kita mencapai sehingga RM18 bilion. RM18 bilion ini terbaik daripada 30 tahun“Dia (Azmin) tahu tak pelaburan ini macam mana. Ke dia asyik pergi Sandakan cari pelabur,” katanya semasa Pelancaran Jentera Arus Merah Kuning Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu.Azmin sebelum ini mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya ketika proses penggantian beliau bagi jawatan Menteri Besar Selangor pada 2018.Azmin mendakwa, pada peringkat awal, bekas partinya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menghantar nama Amirudin sebagai calon PH menjadi menteri besar yang baharu selepas PRU14.Bagaimanapun, Mohamed Azmin mengakui beliau yang bertanggungjawab mengemukakan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu kepada pihak istana bagi dipilih mengetuai kerajaan negeri.Sementara itu, Amirudin berkata, Pelancaran Jentera Arus Merah Kuning Negeri Selangor itu dilakukan adalah bagi menjelaskan kepada pengundi terhadap kekeliruan disebabkan serangan fitnah oleh PN.Tambahnya, pengundi perlu mempertahankan kerajaan sedia ada bagi meneruskan kecemerlangan dan juga kemakmuran yang telah dibina.“Kita kena pertahankan negeri ini. Pertahankan demi kemakmuran dan kemaslahatan rakyat. PN sudah tiada hujah. Asal boleh lawan dia lawan.“Sebab itu negara tidak boleh harapkan mereka, sebab dalam sejarah (mereka) satu-satunya kerajaan gagal ialah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya.Selain itu, Amirudin turut menasihatkan agar semua parti dalam Kerajaan Perpaduan dapat melupakan perbezaan parti yang berlaku sebelum ini.Jelasnya, kerjasama antara parti sangat diperlukan bagi memastikan pengkhianat dapat ditolak dan tidak diterima rakyat.“Kalau datang (PN) sebar api perkauman, lupakan. Orang selangor tidak akan termakan dengan permainan api.“Kalau mereka datang, tuan-tuan dengar dan tutup pintu sahaja. Tumpukan kepada sokongan (Kerajaan Perpaduan) untuk teruskan kecemerlangan ini,” katanya.
4
24 Jun 2023 11:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265188/berita/nasional/pelabur-takut-wujud-persepsi-saya-dijatuhkan-ogos-ini---anwar
Pelabur takut, wujud persepsi saya dijatuhkan Ogos ini - Anwar
KUALA LUMPUR - Wujudnya persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang pada Ogos ini telah menyebabkan para pelabur asing takut untuk melabur di Malaysia.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun kunjungan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ke Hong Kong baru-baru ini dilihat positif, namun ada dalam kalangan pelabur memaklumkan masih melihat kestabilan Kerajaan Perpaduan selepas dakwaan beliau akan dijatuhkan."Ada orang kata Ogos ini mungkin Anwar akan dijatuhkan, jadi (pelabur) tunggu Ogos dulu."Ada baiknya, iaitu (pelabur) lebih yakin dengan saya daripada mereka (pihak yang menyebarkan dakwaan kerajaan jatuh)."Dia (pelabur) kata kalau Anwar masih memimpin dan kerajaan masih stabil, dia lebih yakin. (Tetapi) kalau ganti orang lain, dia tarik balik (pelaburan)."Ini masalah sikit kepada ekonomi bukan saya nak kempen untuk Kerajaan Perpaduan, tetapi itu kenyataan," katanya pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai pada Sabtu.Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan, usaha meningkatkan ekonomi negara juga tidak seharusnya membebankan sebahagian rakyat, khususnya golongan susah.Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak sanggup menarik pemberian subsidi secara drastik seperti dilakukan Indonesia, walaupun tindakan itu boleh memberikan keyakinan kepada para pelabur."Kalau ikut Indonesia, dia kata subsidi elektrik ini diturunkan drastik tetapi saya tak sanggup dan saya hanya turunkan bagi golongan kaya."Pelabur pula mereka kira wang. Nampak Indonesia lebih berani turunkan subsidi, jadi itu meyakinkan dan dia ingat itu 'political will'."Tetapi fahaman saya pula, falsafah ekonomi tidak begitu. Saya tidak fikir negara harus berkembang dengan bebankan sebahagian rakyat terutama yang susah," ujar Anwar.Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, langkah yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini disifatkan lebih berhati-hati dan berhemah."Indonesia lebih berani menurunkan defisit, (tetapi) saya turunkan dari 5.6 peratus kepada 5.0 peratus sahaja dan mengambil langkah itu supaya ia tidak menekan (rakyat)."Kalau (defisit) diturun secara drastik, macam mana nak buat asrama, nak buat fakulti perubatan atau baiki sekolah?"Kalau (setuju defisit diturunkan) drastik, kita tangguh ini semua dan turunkan (defisit) bagi pelabur masuk. Tetapi saya ambil pendekatan yang lebih manusiawi dan menekankan ihsan," kata Ahli Parlimen Tambun itu. - Awani
4
24 Jun 2023 10:38pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265184/berita/sukan/young-tigers-mampu-beri-kejutan
Young Tigers mampu beri kejutan
KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 dij Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 5 hingga 16 Disember ini.Biarpun diundi bersama juara bertahan Argentina diikuti juara 1997 Australia dan Chile, presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, percaya status tuan rumah bakal memberi kelebihan buat Malaysia sekali gus mencatat keputusan membanggakan dalam kejohanan tersebut.“Undian ini di luar bidang kuasa kita (KHM) ia di bawah Persekutuan Hoki Dunia (FIH), kita terpaksa terima hakikat dan tak boleh kata kumpulan ini mudah atau tidak... saya cukup yakin kita akan beri tentangan baik dan mungkin boleh buat kejutan.“Kita akan memberi persembahan terbaik. Selaku tuan rumah, ia adalah satu penghormatan untuk membanggakan negara kerana bagi saya setiap pemain dan jurulatih bertungkus lumus berlatih dan sebagainya,” katanya pada majlis pelancaran logo rasmi kejohanan tersebut, pada Sabtu.Majlis pelancaran logo itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.Bagi menyemarakkan penganjuran kejohanan tersebut, Subahan berkata KHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjemput murid sekolah menonton secara langsung di stadium.Dalam pada itu, Hannah berharap agar KHM mampu menyusun aktiviti sampingan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Malaysia hadir ke venue sekali gus memeriahkan lagi penganjuran kejohanan itu.Beliau juga yakin penganjuran kejohanan itu mampu melonjak ekonomi negara selain dijadikan platform sebagai pentadbir sukan negara untuk mengutip pengalaman menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan tersebut adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1979 di Versailles, Perancis; edisi 1982 ketika menjadi hos dan edisi 2013 di Bhubaneswar, India.Sementara itu, juara enam kali, Jerman diletakkan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2013 Perancis, diikuti Afrika Selatan dan Mesir manakala Kumpulan C membariskan juara dua kali, India yang diundi dengan Sepanyol, Korea Selatan serta Kanada.Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pula menyaksikan juara dua kali Belanda diundi bersama juara 2016 Belgium, juara 1979 Pakistan dan New Zealand.Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.Hoki Piala Dunia Remaja Kuala Lumpur 2023KUMPULANKUMPULAN A: Argentina Australia Chile MalaysiaKUMPULAN B: Mesir Perancis Jerman Afrika SelatanKUMPULAN C: Kanada India Korea Selatan SepanyolKUMPULAN D: Belgium Belanda New Zealand PakistanJuara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala pasukan lain berentap memburu kedudukan kesembilan hingga ke-6).Venue: Stadium Hoki Nasional, Bukit JalilJADUAL5 Disember (Selasa):(B) Perancis lwn Mesir - 9 pagi(B) Jerman lwn Afrika Selatan - 11 pagi(C) Sepanyol lwn Kanada - 2 petang(A) Argentina lwn Australia - 4 petang(C) India lwn Korea Selatan - 6 petang(A) MALAYSIA lwn Chile - 8 malam6 Disember (Rabu)(D) Belanda lwn Pakistan - 9 pagi(D) Belgium lwn New Zealand - 11 pagi(B) Afrika Selatan lwn Mesir - 2 petang(B) Perancis lwn Jerman - 4 petang(A) Australia lwn Chile - 6 petang(A) MALAYSIA lwn Argentina - 8 mam7 Disember (Khamis)(C) Korea Selatan lwn Kanada - 9 pagi(D) Pakistan lwn New Zealand - 11 pagi(D) Belgium lwn Belanda - 6 petang(C) Sepanyol lwn India - 8 malam8 Disember (Jumaat)(B) Afrika Selatan lwn Perancis - 9 pagi(B) Jerman lwn Mesir - 11 pagi(A) Argentina lwn Chile - 6 petang(A) Australia lwn MALAYSIA - 8 malam9 Disember (Sabtu)(C) Kore Selatan lwn Sepanyol - 9 pagi(D) Belanda lwn New Zealand - 11 pagi(C) India lwn Kanada - 6 petang(D) Pakistan lwn Belgium - 8 malam11 Disember (Isnin)Perlawanan Penentuan (9-16)12 Disember (Selasa)Suku Akhir13 Disember (Rabu)Perlawanan Penentuan (9-12); (13-16)14 Disember (Khamis)Perlawanan Penentuan (5-8)Separuh Akhir15 Disember (Jumaat)Perlawanan Penentuan (15/16); (13/14); 11/12); 9/10)16 Disember (Sabtu)Perlawanan Penentuan (7/8); (5/6); (3/4)FINAL
4
24 Jun 2023 09:35pm
FARAH SHAZWANI ALI
https://www.sinarharian.com.my/article/265185/berita/semasa/netizen-bantah-persembahan-jocelyn-chia-di-malaysia
Netizen bantah persembahan Jocelyn Chia di Malaysia
SHAH ALAM - Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia sekali lagi menjadi bahan amarah rakyat Malaysia apabila dikatakan bakal mengadakan persembahan ‘Jelajah Minta Maaf’ di Live House Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.Jocelyn akan menyertai rakan senegara iaitu Chrissie Mayr dari Amerika Syarikat untuk membuat persembahan.Sebaik sahaja poster mengenai jelajah itu dimuat naik di media sosial, ramai netizen mula membantah secara terbuka dan Instagram Chrissie juga ‘diserang’.Menyedari perkara itu, Chrissie bagaikan tidak terkesan dan masih lagi mempromosikan jelajah berkenaan di media sosialnya.“Terima kasih kepada semua perhatian Jocelyn Chia dan saya dapat daripada rakyat Malaysia."Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan melawat Malaysia! Tiket boleh didapati sekarang,” katanya.Pengguna Instagram, Laila Lokman dalam komennya menyatakan Malaysia tidak memerlukan permohonan maaf daripada pelawak berkenaan.“Permohonan maaf anda murah. Kami bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.Asnida Othman pula meminta pihak berkuasa menyekat kedua-duanya daripada masuk ke Malaysia.“Tolong banned, jangan bagi masuk Malaysia,” katanya.Sementara Maljvmua pula mengingatkan agar mereka tidak sesekali masuk ke negara ini.“Jangan berani datang ke Malaysia. Telur nunggu kome (tunggu anda),” katanya.
4
24 Jun 2023 09:34pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265183/berita/sukan/malaysian-tigers-tenang-uji-sistem-permainan-baharu
Malaysian Tigers tenang uji sistem permainan baharu
PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj tetap memuji persembahan para pemain Malaysian Tigers walaupun tewas tipis 2-3 kepada Korea Selatan dalam siri jelajah persahabatan di Pusat Latihan Nasional Jingcheon, Incheon.Malah Arul turut memuji dua pertahanan muda Muhammad Syafiq Hassan dan Muhajir Abdu Rauf dalam perlawanan kedua tersebut."Sejujurnya secara keseluruhan dalam perlawanan ini, para pemain telah mempamerkan prestasi individu yang baik."Biarpun kami guna struktur baharu, namun nampak para pemain matang dan selesa menterjemahkan taktikal pasukan."Kami akan berehat dan buat persediaan malam esok untuk perlawanan seterusnya pada 25 Jun ini," katanya.Siri jelajah persahabatan yang menyingkap tirai Rabu sehingga 28 Jun menjadi medan persediaan Malaysian Tigers menjelang kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia di Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos depan.Terdahulu dalam perlawanan itu, penyerang sensasi negara, Faizal Saari meletakkan pasukan negara di depan menerusi jaringan padang seawal minit kelima.Malaysian Tigers kemudian melebarkan jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.Namun Korea Selatan yang mengikat Malaysia 2-2 sebelum ini bangkit dengan tiga gol bermula gol padang minit ke-45, diikuti dua gol padang (m-46, m-54) untuk keputusan 3-2 memihak tuan rumah.
4
24 Jun 2023 09:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265182/berita/politik/persiapan-pkr-hadapi-prn-di-peringkat-akhir
Persiapan PKR hadapi PRN di peringkat akhir
ALOR SETAR - Persiapan PKR untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri sudah di peringkat akhir, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata yang tinggal selepas ini adalah untuk membuat keputusan tentang senarai calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang terlibat."Bila dah sampai tahap itu bermaksud PKR terutamanya sudah pun bersedia dan kalau biasa pengalaman saya 14 tahun sebagai Setiausaha Agung (PKR) yang ikut membantu persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya (sebelum ini), saya tengok bahawa PKR untuk menghadapi PRN berada pada tahap terbaik yang pernah kami sediakan."Bercakap tentang prospek PKR dengan calon-calon yang akan kami tampilkan, kami yakin di mana juga kerusi yang akan diumumkan secara muktamad yang akan ditandingi PKR mewakili tiket Pakatan Harapan (PH), kami yakin kami mampu menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan," katanya di sini hari ini.Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran jentera pilihan raya PKR Kedah di sini hari ini.Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, PKR akan mengadakan taklimat khas berkenaan persiapan parti itu menghadapi PRN, yang akan disertai semua pimpinan tertinggi parti selain ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, di Kuala Lumpur, esok.Beliau berkat,a antara perkara yang akan dibentangkan termasuk status rundingan pengagihan kerusi, tahap sokongan terkini rakyat terhadap PKR dan pengagihan tugas kepada pimpinan di negeri-negeri yang tidak terlibat dengan PRN."Dalam taklimat esok juga akan dibentangkan tentang strategi kempen PRN yang akan dilaksanakan Keadilan kerana negeri berbeza, strategi berbeza, tiga negeri dikuasai PH, strategi adalah untuk pertahankan, jadi strategi berbeza dengan Kedah contohnya, yang kami berhasrat untuk menawan, esok disampaikan dalam taklimat itu," katanya.Selain Kedah, lima negeri yang turut akan mengadakan PRN dalam masa terdekat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. - Bernama
4
24 Jun 2023 09:19pm
NURUL HIDAYAH HAMID
https://www.sinarharian.com.my/article/265181/berita/politik/ph-bn-perlu-kukuhkan-gabungan-hadapi-prn
PH, BN perlu kukuhkan gabungan hadapi PRN
ALOR STAR - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu merapatkan perbezaan dan mengukuhkan gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua gabungan parti itu tidak boleh menoleh ke belakang untuk melihat sengketa lama politik mereka.Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, gabungan parti ini dalam misi untuk memperkukuh kerjasama baharu bagi mendepani PRN nanti dengan menunjukkan mereka berada atas platform sama.“Ini kali pertama dalam sejarah, BN dan PH akan bekerjasama dalam pilihan raya. Untuk itu, pendekatan kita adalah merapatkan perbezaan, mengukuhkan gabungan."Sekarang, kami telah menggerakkan kerja untuk menunjukkan bahawa kami bergerak di atas platform yang sama supaya tidak wujud kekeliruan, sekali gus menolak sama sekali satu atau dua kenyataan daripada mana-mana pemimpin dalam PH yang bercanggah dengan rangka itu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah di pekarangan Pejabat Keadilan Kedah, di sini, pada Sabtu.Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin PH dan BN perlu melupakan perbezaan lama mereka bagi menghadapi PRN nanti.“Dalam tempoh 24 jam lepas, ada pemimpin yang membuat kenyataan yang tidak kondusif untuk kita, jadi kami mahu dukung semangat baharu dengan merapatkan perbezaan dan mengukuhkan gabungan“Kami mendukung semangat baharu bagi menolak sengketa lama. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Kita akan bekerja ke arah menilai kelemahan, membina kekuatan dan saling membantu. Ini semangat yang betul kita ingin bawa," katanya.Pada Jumaat, bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Bekas Setiausaha Publisiti DAP mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Bagaimanapun, kenyataan itu dibalas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menyatakan sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini dan Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP.Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, beliau yakin parti dalam Kerajaan Perpaduan mampu merampas Kedah daripada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.ARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
4
24 Jun 2023 09:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265179/berita/hiburan/enggan-telanjangkan-diri-baggio-tolak-sertai-gegar-vaganza
Enggan 'telanjangkan' diri, Baggio tolak sertai Gegar Vaganza
SELEPAS ramai rakan-rakan seangkatan yang kembali menempa nama setelah menyertai program realiti, Gegar Vaganza, lain pula pandangannya daripada vokalis kumpulan Damasutra, Baggio.Jelas Baggio, sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad yang lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.“Saya tiada masa untuk program berkenaan. Sebenarnya, sejak daripada awal lagi saya telah banyak kali ditawarkan untuk sertai program itu.“Jadi, saya tak layak untuk hadir ke program sebegitu kerana ia hadir dengan risiko yang akan menelanjangkan kelemahan saya."Saya lebih memilih untuk ‘play safe’ untuk kekal relevan.“Kita hanyalah manusia biasa dan tak sempurna. Kita ada kelebihan dan kelemahan. Kenapa kita nak mempersembahkan kelemahan kita?” katanya kepada MH.Dalam pada itu, penyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ini tetap percaya kualiti untuk penghasilan sesebuah karya juga mampu untuk melelakkan seseorang artis itu di tahap yang berbeza meskipun sudah berusia.“Saya dapat tawaran sejak musim pertama lagi tapi saya tolak dengan cara yang baik. Saya bagitahu yang saya tiada masa kerana punyai komitmen dalam industri muzik di luar.“Nyanyian saya masih lagi punyai permintaan. Anda semua boleh lihat lagu-lagu baharu saya di YouTube walaupun saya tak aktif bersama Damasutra. Saya sentiasa berkarya.“Kepercayaan saya adalah berkarya dan bukan untuk memasuki apa-apa progam dalam bentuk realiti yang boleh mencela integriti saya,” ujarnya lagi.Dalam perkembangan lain, Baggio teruja apabila Damasutra bakal mengadakan konsert berskala besar sejak 33 tahun penubuhan band tersebut.Konsert 33 Tahun Damasutra bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 Oktober nanti.Tiket muka dijual pada harga RM188 (Rock Zone), RM258 (Silver) RM350 (Gold) dan RM3,000 (VIP Box). -Media Hiburan
4
24 Jun 2023 09:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265178/berita/nasional/nilai-ringgit-kerajaan-akan-runding-capai-keseimbangan---pm
Nilai ringgit: Kerajaan akan runding capai keseimbangan - PM
NILAI - Kerajaan akan berunding untuk mencapai keseimbangan supaya kadar faedah negara tidak menyebabkan pelabur asing membawa keluar wang dalam usaha mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit dipengaruhi oleh kadar faedah negara yang terlalu rendah dan jika kerajaan menaikkan kadar faedah terlalu tinggi, ia akan membebankan syarikat-syarikat kecil dan sederhana."Kalau saya ada RM1 juta, saya hendak masuk ke bank. Saya ada pilihan antara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Singapura dan Indonesia ada kadar faedah tinggi."Jadi saya pilih simpan untuk di luar (Indonesia dan Singapura). Itu masalah kita sekarang,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan seorang pelajar Tingkatan Enam dikenali sebagai Adriana yang ingin tahu tindakan kerajaan dalam memulihkan kembali nilai mata wang negara.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun berdepan dengan kejatuhan nilai ringgit, pertumbuhan ekonomi negara terus menyaksikan peningkatan pada suku pertama tahun ini mengatasi Singapura, Indonesia dan China."Kalau ekonomi kita menjuman itu lain, maka nilai mata wang jatuh, pelaburan jatuh dan pertumbuhan jatuh. Kita tidak, pelaburan kita baik RM71 bilion untuk empat bulan pertama. Cuma kita kena cari jalan untuk bawa balik pelaburan dengan beberapa insentif."Saya kata buat hab kewangan di Johor salah satunya, kemudian MM2H (Malaysia Rumah Kedua Ku) untuk bawa orang boleh bawa masuk wang dan beberapa lagi saya umum minggu lalu dan beberapa langkah yang sedang kita memikirkan,” katanya.Bagaimanapun, Anwar mengakui usaha untuk membawa lebih banyak pelaburan ke negara ini tidak mudah kerana pelabur asing masih mempunyai persepsi dan keraguan terhadap kestabilan negara berikutan terdapat desas-desus yang mengatakan akan berlakunya peralihan kerajaan pada Ogos ini."Ada baiknya sebab orang (pelabur) lebih yakin pada saya daripada mereka. Dia kata kalau Anwar masih memimpin, kerajaan stabil dia lebih yakin. Kalau ganti orang lain, dia tarik balik. Bukan saya mahu kempen untuk Kerajaan Perpaduan tetapi ini kenyataan,” katanya. - Bernama
4
24 Jun 2023 08:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265174/berita/nasional/kerajaan-kaji-lokasi-bangun-stesen-minyak-tanpa-subsidi-di-jb
Kerajaan kaji lokasi bangun stesen minyak tanpa subsidi di JB
JOHOR BAHRU - Kerajaan sedang mengkaji lokasi sesuai bagi membangunkan stesen minyak tanpa subsidi di daerah ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.Beliau berkata, kajian terperinci perlu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memandangkan Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di bandar raya ini."Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan."Di Johor Bahru ini, kita sedang buat kajian terperinci kalau ada tempat sesuai, kita akan buka untuk mengelakkan atau meminimumkan aktiviti pembelian minyak bersubsidi (oleh kenderaan asing)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Kempas di sini hari ini.Pada 18 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.Ahmad Zahid dipetik berkata, KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutamanya di Kelantan dan akan disusuli dengan Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.Sementara itu, Salahuddin turut mengingatkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong untuk kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia."Berhubung kes tular melibatkan warga Singapura mahu membeli bahan api itu, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak sempat membelinya. Alasan diberi iaitu untuk kegunaan go-kart... saya sedang menunggu laporan daripada KPDN Johor, jika pemilik stesen melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang," katanya.Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dilapor berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, pada 16 Jun lepas.Mengenai iTTV e-Learning Rahmah, Salahuddin berkata, pelaksanaan Pakej Tuisyen Rahmah itu dapat memanfaatkan ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.Beliau berkata, pelaksanaan pakej tersebut bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tambahan demi masa depan mereka."Pakej ini menyasarkan murid daripada darjah empat hingga pelajar tingkatan lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan," katanya sambil menambah pelancaran pakej itu turut membuktikan inisiatif Payung Rahmah masih diterima rakyat Malaysia. - Bernama
4
24 Jun 2023 08:16pm
NURUL HIDAYAH HAMID
https://www.sinarharian.com.my/article/265171/berita/politik/pkr-mampu-kalahkan-sanusi-pada-prn-kedah---saifuddin
PKR mampu kalahkan Sanusi pada PRN Kedah - Saifuddin
ALOR SETAR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak keberangkalian parti gabungan Kerajaan Perpaduan mampu mengalahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN)Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Saifuddin berkata, ia memandangkan watak Menteri Besar Kedah itu disifatkan sebagai bukan sebahagian daripada siri tarbiyah Pas yang berasaskan tarbiyah quraniyah.Beliau berkata, pihaknya optimis mampu mengalahkan Muhammad Sanusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah nanti disebabkan sikap ditunjukkan pemimpin Pas itu."Pemimpin ini dia datang dan pergi. Kadang-kadang, ada yang jadi penglipur lara. Jadi, tidak apalah kita boleh terima (namun) kita hendak pemimpin yang visinya jelas, ada adab, prihatin dengan rakyat (dan) dia bukannya memilih untuk jadi popular tapi masalah rakyat tidak selesai."Dalam perjalanan Pas sejak tahun 1951, banyak watak pemimpin (ditemui). Ada yang kami kekal hormat sampai sekarang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah di perkarangan Pejabat Keadilan Kedah, di sini pada Sabtu.Beliau berkata, antara tokoh itu termasuklah Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak."Kita berbeza tetapi kita jaga adab dan hemah tetapi watak yang ini, saya lihat bukan sebahagian daripada tarbiah Pas (seperti) tarbiah rohaniah, tarbiah rabbaniyah (dan) tarbiah ruhiyah."Saya tidak nampak nampak ini adalah produk daripada siri tarbiah Pas yang berasaskan kepada tarbiah Quraniah ini," katanya.Beliau berpandangan, pemimpin dihasilkan dari siri tarbiah Pas biasanya mengetahui waktu untuk memberi pandangan berbeza dan memilih ayat sesuai."Jadi, saya tidak fikir (dia) produk yang asli Pas (sekali gus) tidak tolak keberangkalian sama sekali (mengalahkan Sanusi)," katanya.
4
24 Jun 2023 07:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265170/berita/sukan/hoki-piala-dunia-remaja-lelaki-laluan-getir-menanti-young-tigers
Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki: Laluan getir menanti Young Tigers
MALAYSIA dijangka berdepan laluan sukar bagi melepasi saingan peringkat kumpulan seterusnya layak ke suku akhir apabila diundi bersama juara bertahan Argentina dan bekas juara, Australia pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Disember ini.Menurut undian Persekutuan Hoki Antarabanga (FIH) pada Sabtu, kejohanan bermula 5 hingga 16 Disember ini akan menyaksikan Kumpulan A terdiri daripada tuan rumah Malaysia, Argentina, Australia serta Chile.Pencapaian terbaik skuad Young Tigers dalam kejohanan tersebut adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1979 di Versailles, Perancis; edisi 1982 ketika menjadi hos dan edisi 2013 di New Delhi, India.Skuad negara, bimbingan Muhamad Amin Rahim, akan membuka kempen menentang Chile pada 5 Disember disusuli perlawanan menentang Argentina sehari kemudian dan Australia dalam aksi terakhir kumpulan pada 8 Disember.Muhammad Ami, yang ditemui pemberita selepas majlis undian tersebut berkata, mereka setidak-tidaknya perlu mengetepikan cabaran Argentina atau Australia bagi menyahut cabaran diletakkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk mara ke separuh akhir kejohanan tersebut."Jika kita berpeluang ‘kick’ salah satu pasukan, kita ada peluang dapat naib juara kumpulan. Kita mungkin ada peluang apabila menentang Australia memandangkan Argentina sebagai juara bertahan pasti akan turun dengan skuad terkuat mereka."Argentina sangat tidak menentu, cara mereka bermain sangat berbeza daripada pasukan Eropah dan Asia khususnya dari segi taktikal,” katanya sambil menasihatkan anak buahnya agar tidak memandang remeh cabaran Chile.Mengenai persediaan menjelang kejohanan itu, beliau berharap agar skuadnya dapat menumpukan aspek mempertingkatkan tahap fizikal pada bulan ini dan Julai selain bakal mengadakan siri jelajah Eropah di Jerman, Belanda dan Belgium, Ogos ini.Katanya, setakat ini hanya Jerman yang sudah menjawab permohonan mereka mengadakan perlawanan persahabatan dan masih menanti jawapan dari Belanda serta Belgium manakala mereka juga bakal beraksi pada Piala Sultan Johor, Oktober ini.Dalam pada itu, juara enam kali, Jerman diletakkan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2013, Perancis, diikuti Afrika Selatan dan Mesir manakala Kumpulan C membariskan juara dua kali, India yang diundi bersama-sama Korea Selatan serta Kanada.Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pula menyaksikan juara dua kali Belanda diundi bersama juara 2016, Belgium, juara 1979 Pakistan dan New Zealand.Hanya juara dan naib juara kumpulan setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16. - BernamaPIALA DUNIA REMAJA LELAKI 2023Kumpulan A: MALAYSIA, Australia, Argentina, ChileKumpulan B: Perancis,Afrika Selatan, Mesir, JermanKumpulan C: India, Korea Selatan, Kanada, SepanyolKumpulan D: Belanda, Belgium, Pakistan, New Zealand
4
24 Jun 2023 07:44pm
NURUL HIDAYAH HAMID
https://www.sinarharian.com.my/article/265168/berita/politik/sedia-korban-elaun-menteri-demi-parti---saifuddin-nasution
Sedia korban elaun menteri demi parti - Saifuddin Nasution
ALOR SETAR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sedia mengorbankan elaunnya sebagai menteri untuk membayar deposit calon parti itu yang akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah.Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau sanggup memperuntukkan sebahagian besar elaun sebagai menteri selama tujuh bulan demi membalas jasa parti didokong sejak sekian lama.Saifuddin berkata, beliau melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja kuat namun menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri."Saya fikir (bagaimana) cara saya hendak balas parti yang saya dokong sejak hari pertama. (Justeru) Pilihan raya ini macam mana, selain daripada saya hendak bagi masa, tenaga saya."Saya ingat saya nak ambil sebahagian besar daripada elaun saya selama tujuh bulan lepas untuk bayar deposit semua calon Keadilan Kedah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah di perkarangan Pejabat Keadilan Kedah pada Sabtu.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pilihanraya Keadilan Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufik Johari.Saifuddin berkata, dia meminta Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah supaya tidak menggunakan wang parti untuk tujuan pembayaran deposit calon Keadilan Kedah nanti.Beliau berkata, sebaliknya, beliau yang akan membayar deposit calon bertanding dianggarkan RM5,000 setiap seorang yang akan bertanding dalam PRN Kedah itu."Jikalau, RM5,000 (duit deposit).Insya-ALLAH lepas (cukup), semua elaun saya daripada bulan Disember. Insya-ALLAH, bahagian itu saya akan lunaskan bayaran deposit untuk calon-calon Keadilan Kedah."Okay, yang itu (bayaran deposit) dianggap selesai, nanti pergi ambil borang dan bayar deposit lepas itu ambil resit sahaja, apabila calon berarak nanti bawa deposit sahaja," katanya.Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan kerajaan negeri supaya terus mengekalkan hubungan harmoni dan baik dengan kerajaan pusat.
4
24 Jun 2023 07:18pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265166/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-mara-final-terbuka-taiwan
Wei Chong-Kai Wun mara final Terbuka Taiwan
BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan momentum positif Terbuka Taiwan apabila menempah slot perlawanan akhir pada Sabtu.Wei Chong-Kai Wun, berstatus juara bertahan mengesahkan kemaraan ke final kejuaraan berstatus Super 300 itu selepas menewaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Arena Tian-Mu.Bagaimanapun dalam aksi separuh akhir, Wei Chong-Kai Wun berstatus pilihan kelima dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Yew Sin- Ee Yi dalam masa 60 minit.Set pertama, Wei Chong-Kai Wun diasak hebat sebelum tewas 17-21, namun kembali memenangi set kedua 21-19 kemudian mematikan langkah lawan yang juga pilihan pertama kejohanan 21-9.Menanti Wei Chong-Kai Wun dalam perlawanan akhir adalah pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.Ching Yao-Po Han mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran Lin Chia Yu-Lin Yong Sheng, straight set 21-16, 21-16 dalam masa 45 minit.
4
24 Jun 2023 07:18pm
SYAMILAH ZULKIFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265165/berita/nasional/perjanjian-maritim-dengan-indonesia-tidak-libat-blok-ambalat---pm
Perjanjian maritim dengan Indonesia tidak libat blok Ambalat - PM
NILAI - Kerajaan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian maritim dengan Indonesia membabitkan kawasan yang disebut sebagai blok Ambalat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan yang mengatakan perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatanganinya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 8 Jun lalu membabitkan blok perairan itu adalah fitnah."Ada yang belum selesai (dimeterai) termasuk kawasan disebut Ambalat itu. Kawasan di Sabah, Pulau Sebatik pun belum selesai."Saya katakan dengan Jokowi, kita tandatangan yang sudah selesai sahaja. Yang maki hamun itu kenapa?," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa, Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Dataran Nilai pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin HarunMenurutnya, beliau telah jelaskan soal itu sebelum ini dalam Dewan Rakyat namun kerajaan terus difitnah menjual maruah negara.Jelasnya, perjanjian ditandatangani hanya melibatkan perkara yang telah diselesaikan dan ia diputuskan melibatkan pelbagai pihak berautoriti antaranya Jawatankuasa Ukur dan Pemetaan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Peguam Negara."Riuh rendah dibawa di luar. Di Parlimen tanya dengan baik dan kita jawab dia diam. Di luar fitnah kata kita jual maruah negara, cakap tak bertanggungjawab, kita khianat kepada negara."Itu tak betul. Indonesia siapa? jiran kita..satu rumpun dan sahabat. Dulu sebahagian besarnya (wilayah) satu negara, sama ada kerajaan Melayu Melaka, Johor Riau atau Majapahit, hubungan itu satu keluarga."Saya tidak mahu bermusuh dengan Indonesia. Saling bergantungan, malah kita mahu tingkatkan lagi hubungan persahabatan ini," ujarnya."Jadi bila kita runding, makan belas tahun, puluhan tahun sejak merdeka. Selama 18 tahun bincang pasal sempadan (maritim). Saya putuskan dengan Jokowi, instruksi dia kepada rakyat, selesaikan dengan segera," katanya.Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menggesa Perdana Menteri dan Menteri Luar memberi penjelasan berhubung isu blok Ambalat selepas menandatangani perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia pada 8 Jun lalu.
4
24 Jun 2023 06:57pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265164/berita/semasa/kenderaan-plat-isteri-yab-perdana-menteri-disedia-kerajaan-sabah
Kenderaan plat ‘Isteri YAB Perdana Menteri' disedia kerajaan Sabah
SHAH ALAM - Sebuah kenderaan menggunakan nombor plat 'Isteri YAB Perdana Menteri' yang kini tular di media sosial menjadi pertikaian daripada sesetengah pihak.Difahamkan, kenderaan itu merupakan kereta rasmi Sabah yang digunakan oleh isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa persidangan Pandu Puteri di Kota Kinabalu, Sabah.Seorang pengguna Facebook, Datuk Mokhzani Ismail yang juga Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagaimanapun, berkongsi kisah di sebalik penggunaan plat tersebut.Jelasnya, difahamkan kerajaan Sabah yang menyediakan kenderaan berkenaan."Kerajaan Sabah bagi kereta itu dan tulis 'Isteri YAB PM', lagipun dia memang layak. Kalau Dr Wan Azizah beli gam gajah dan lekat sendiri nombor plat itu, cerita lainlah."Tulis nombor atau nama salah, tidak bubuh langsung pun salah," katanya dalam satu perkongsian di Facebook pada Sabtu.Beliau turut menasihatkan orang ramai agak tidak perlu bersusah payah untuk memeriksa plat tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)."Tiada salah apa lah. Dah dia pun isteri PM. Bukan dia pakai di Kuala Lumpur."Banyak lagi dalam kepala mahu fikir hal lain. Pagi tadi sempat teman isteri hantar isteri PM. Ingat nak selfie tapi tidak sempat, fikir mahu cari lembu korban lagi banyak pahala," guraunya.
4
24 Jun 2023 06:48pm
MOHD ISKANDAR OTHMAN
https://www.sinarharian.com.my/article/265163/berita/politik/prestasi-kerajaan-perpaduan-beri-keyakinan-kepada-pengundi
Prestasi Kerajaan Perpaduan beri keyakinan kepada pengundi
KEPALA BATAS - Prestasi pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang baik dalam tempoh tujuh bulan dilihat mampu memberi keyakinan kepada pengundi terhadap parti-parti kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Bagaimanapun, Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, kerja keras semua jentera amat diperlukan bagi memastikan kemenangan dapat dikekalkan di kerusi-kerusi sedia ada selain memenangi hati pengundi di kawasan yang tidak menang pada Pilihanraya Umum ke-15 lalu."Prestasi Kerajaan Perpaduan dalam tujuh bulan ini sangat baik dan semua inisiatif-inisiatif yang telah kita kongsikan serta khidmat kebaktian yang kita beri kepada rakyat sangat baik."Namun kita mesti lagi perlu bekerja keras untuk memenangi semula maknanya kerusi-kerusi yang kita lihat bukan kalah tapi tak cukup menang,"katanya ketika ditemui media selepas melancarkan jentera pilihanraya PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal di sini, pada Sabtu.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal yang juga Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beliau yakin dengan kekuatan jentera parti yang ada pada masa ini apatah lagi kini telah bergabung bersama dengan rakan-rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi PRN nanti.Selain itu, Fadhlina berkata, aura positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi salah satu kekuatan dalam menawan hati pengundi.“Kita mengharapkan mandat rakyat dikembalikan kepada kita untuk memperkukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan ini.“Kita perlukan mandat rakyat untuk menstabilkan negara khususnya meningkatkan ekonomi dan sosio ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
4
24 Jun 2023 06:46pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265162/berita/semasa/bot-persiaran-ditahan-berlabuh-tanpa-kebenaran
Bot persiaran ditahan berlabuh tanpa kebenaran
MERSING - Sebuah bot persiaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Mersing kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.3 batu nautika barat laut Pulau Tengah dekat sini petang Jumaat.Pengarah Zon Maritim Komander Maritim, Suhaizan Saadin berkata, kapal berkenaan ditahan pasukan operasi pada jam 5.15 petang ketika melakukan rondaan rutin Op Jaksa dan Op Tiris.Menurutnya, siasatan mendapati bot persiaran yang didaftarkan di New Zealand itu dikendalikan pasangan suami isteri warga Australia dan New Zealand."Terdapat tiga kru warga Indonesia dipercayai anak kapal berusia lingkungan 39 hingga 74 tahun dan memiliki pengesahan diri yang sah."Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan tidak memaklumkan ketibaan di perairan negera serta didapati bersauh di dalam kawasan taman laut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, bot serta kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk siasatan lanjut."Kesemua kru dan bot ditahan mengikut Seksyen 491B(1(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran."Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang Persekutuan di Zon Maritim Malaysia," ujarnya.
4
24 Jun 2023 06:39pm
SYAMILAH ZULKIFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265161/berita/politik/jangan-layan-kenyataan-tony-pua---ahmad-zahid
Jangan layan kenyataan Tony Pua - Ahmad Zahid
SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan atau memberi sebarang reaksi terhadap kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup.Ahmad Zahid berkata, ini kerana kenyataan itu bukan pandangan rasmi daripada kepimpinan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan."Saya nak bagi pandangan, mana-mana parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang ada pandangan berbeza kami tidak akan layan."Ini kerana itu bukan pandangan rasmi dari kepimpinan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan dan saya telah beritahu jangan ada reaksi untuk membalas dan sebagainya dari pihak kita," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.Turut hadir, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.Menurut Ahmad Zahid, jika isu tersebut terus ditimbulkan, ia akan menampakkan seolah-olah ia masalah besar.Tambahnya, kenyataan dikeluarkan oleh Tony Pua itu bukannya menjadi dasar, pegangan atau ketetapan kepimpinan mana-mana parti."Pegangan kami, perundingan diadakan antara BN dan PH. Jadi saya berterima kasih kepada Anthony Loke Siew Fook yang telah keluarkan kenyataan yang beliau tidak 'endorse' pandangan berbeza sebagai pandangan parti."Kami juga berpendirian marilah kita 'move forword'. Jangan nak membaling batu di rumah kaca," katanya.Tony pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Sementara itu berkenaan perjumpaan diadakan, Ahmad Zahid berkata, parti telah memutuskan untuk menggunakan pendekatan kempen baharu.Ujarnya, ada pendekatan yang perlu diperbaiki dan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah waktu paling sesuai untuk melakukannya.ARTIKEL BERKAITAN: BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
4
24 Jun 2023 06:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265160/berita/nasional/tingkatan-enam-tidak-harus-terikat-peraturan-sekolah---pm
Tingkatan Enam tidak harus terikat peraturan sekolah - PM
NILAI - [DIKEMAS KINI] Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima."Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam."Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini pada Sabtu.Anwar berkata, ramai pelajar Tingkatan Enam telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan agar ia diubah pada sesi dialog sebelum ini.Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam daripada kaedah semester, Anwar berkata, perkara tersebut harus dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan termasuk guru dan pelajar.Sementara itu, Perdana Menteri meminta pimpinan universiti agar merombak kurikulum berkaitan cabang ilmu baharu seperti Teknologi Digital, kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) dengan cepat mengikut perubahan semasa jika Malaysia ingin menjadi negara kelas pertama."Ia tidak boleh tunggu Convention Board of Studies, tunggu dua tahun kajian dan bawa ke Senat. Tidak boleh. Perubahan harus cepat dan pantas," katanya.Berkongsi mengenai pengalaman mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown, Washington, beliau berkata, kepantasan mereka dalam transformasi pendidikan begitu cepat.Selain itu, beliau berkata, latihan daripada pihak industri juga diperlukan supaya tidak berlaku ketakserasian dan tidak terlalu bergantung pada kurikulum lama sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran."Sebab itu, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sekarang Petronas ambil sebahagian TVET di Batu Rakit, Kimanis dan Pengerang; Proton ambil alih TVET di Pekan dan beberapa syarikat besar lain ambil alih," katanya.Beliau juga memberitahu graduan negara ini mempunyai kemahiran yang luar biasa, justeru kerajaan akan memastikan kapasiti turut meningkat agar selari dengan keperluan industri.Sementara itu menjawab tentang pengangguran, Anwar berkata, memang terdapat penurunan kadar pengangguran di negara ini tetapi bukan bermakna masalah pengangguran selesai terutamanya melibatkan siswazah.Justeru kata Anwar, pelaburan kena masuk, kerajaan mesti stabil dan dasar juga perlu jelas untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengurangkan tekanan masalah pengangguran."Cara penyelesaiannya, kerajaan perlu mencari jalan mendapat pelaburan, contohnya Geely (Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, ia membuka peluang 4,000 pekerjaan, dalam pertemuan kita bersama Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas, kita diminta diberi sedikit latihan tambahan."Mengikut (respons) Amazon dan Geely, kita mempunya tenaga kerja yang mahir cuma peringkat tertinggi, kemahiran itu masih ada kekurangan. Saya ada berbincang dengan Menteri KPT (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh syarikat ini," katanya.Menjawab soalan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya diperbanyakkan stesen pengecasan bagi penggunaan kenderaan elektrik EV, Anwar berkata, sebaik sahaja ada pengeluaran EV yang banyak maka kesediaan dari segi stesen pengecasan itu akan ditingkatkan."Itu dipanggil transisi tenaga, pada Isnin ini Petronas akan mengadakan satu persidangan antarabangsa yang besar dan di situ saya akan memberikan beberapa gagasan utama tentang dasar kita mengenai transisi tenaga di Malaysia termasuk soal EV," katanya.Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Sarawak antara negeri paling tangkas dalam membuat rencana mendepani isu digital, penggunaan hidrogen dan EV. - Bernama
4
24 Jun 2023 06:30pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265159/berita/politik/ambil-tindakan-tatatertib-terhadap-tony-pua---lian-ker
‘Ambil tindakan tatatertib terhadap Tony Pua’ - Lian Ker
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook digesa untuk mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, tindakan tatatertib perlu dikenakan sama seperti yang pernah dihadapi bekas ahli DAP, Superman Hew sebelum ini.Selain itu, Lian Ker turut mencadangkan supaya Tony dipecat sebagai Penasihat Dasar DAP kepada Anthony susulan kenyataannya yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup.“Ia untuk membuktikan komitmen dan sabitan DAP terhadap Kerajaan Perpaduan.“Bagi menolak kenyataan Tony bahawa DAP bercadang untuk bergerak sendiri tanpa BN atau UMNO yang dikatakan parti rasuah, Anthony tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Ahad.Tony pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Bagaimanapun, Anthony berkata, ucapan daripada Tony yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan itu tidak seharusnya dikeluarkan.Tambah Anthony, sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam kerajaan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.
4
24 Jun 2023 06:24pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265155/berita/nasional/perantisiswa-lebih-300000-tablet-diagih
PerantiSiswa: Lebih 300,000 tablet diagih
MACHANG - Sebanyak 381,251 tablet diagihkan di seluruh negara menerusi inisiatif PerantiSiswa yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi Digital sejak September 2022.Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kemudahan itu bertujuan membantu mahasiswa dan pelajar daripada keluarga B40 bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran.Menurut beliau, seramai 29,609 penerima inisiatif PerantiSiswa sudah dikenal pasti di Kelantan"Sehingga kini sebanyak 24,525 tablet sudah diedarkan di negeri ini," katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Saya Digital 2023 Kelantan di UiTM Cawangan Kampus Machang, Kelantan pada Sabtu.Turut hadir, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, Kempen Saya Digital turut diadakan bagi mempersiapkan rakyat dengan kemahiran digital bertujuan memperkasakan ekonomi digital."Kempen ini melibatkan masyarakat terutamanya golongan B40, warga emas, komuniti rentan sosio ekonomi, pelajar dan usahawan," katanya.Selain itu, beliau berkata, kementerian itu juga melaksanakan Program eUsahawan Saya Digital Bisnes yang merupakan antara teras Kempen Saya Digital dan berjaya melatih seramai 27,595 usahawan di Kelantan dengan jumlah jualan terkumpul lebih RM1.1 bilion.Jelajah Saya Digital 2023 Kelantan yang dihadiri hampir 500 mahasiswa dan usahawan tempatan itu merupakan program turun padang untuk meningkatkan literasi kemahiran digital rakyat.Program berkenaan seiring dengan visi menuju Dekad Keemasan Digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia.
4
24 Jun 2023 06:03pm
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/265154/berita/politik/prn-azmin-tak-akan-serang-anak-didik
PRN: Azmin tak akan 'serang' anak didik
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) Selangor tidak akan menyerang peribadi mana-mana pihak atau individu termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kempen mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).Pengerusi PN negeri itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya berkata, PN Selangor akan memberi fokus kepada tiga perkara antaranya menyelesaikan permasalahan rakyat di negeri berkenaan.Menurut Mohamed Azmin, Amirudin merupakan sahabat lama beliau dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah mengakui beliau membawa nama 'anak didiknya' itu untuk diangkat sebagai Menteri Besar."Ya beliau merupakan seorang sahabat lama saya dalam Keadilan (PKR), beberapa tahun (lalu) dan saya memang membawa nama beliau untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor."Ini kerana ketika itu kita memerlukan seorang tokoh muda yang dapat membawa perubahan drastik kepada negeri Selangor namun pada hari ini kita tidak mahu meremehkan atau melontarkan (serangan peribadi) kepada mana mana individu atau mana mana pihak," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Ideal Convention Centre di Seksyen 15 di sini pada Sabtu.Mohamed Azmin menambah, fokus pertama PN Selangor pada PRN pada kali ini adalah mengukuhkan iltizam, kepimpinan dan anggota PN negeri berkenaan."Kedua, PN Selangor akan meneruskan kerja kuat kami untuk mengangkat umat dan memakmurkan negeri Selangor dan ketiga untuk memberikan penyelesaian kepada pemasalahan rakyat pada hari ini," katanya.Beliau berkata, ketika ini rakyat sedang marah kerana tidak ada penyelesaian daripada kerajaan Persekutuan dalam isu ekonomi, pekerjaan, kos sara hidup, inflasi, ringgit yang semakin lemah dan tiada penyelesaian sehingga kini."Oleh kerana kerajaan negeri pada hari ini bersekongkol dengan kerajaan Persekutuan sudah tentulah rakyat Selangor juga terkesan kerana rakyat Selangor mahukan penyelesaian yang tidak dapat diberikan."Maka kemarahan hari ini sudah menjadi satu gelombang maka mereka meletakkan satu harapan yang begitu menggunung kepada PN kerana telah melihat keupayaan dan prestasi kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun ketika itu negara menghadapi krisis tetapi kita mampu memberikan penyelesaian dalam keadaan gawat begitu."Apabila negara menghadapi krisis kita memerlukan kepimpinan bersih, bertanggungjawab dan itu ada dalam PN sebab itu gelombang kebangkitan rakyat pada hari ini tidak boleh ditahan lagi dan kami ini hanya memudah cara supaya peralihan kerajaan negeri kali ini berjalan dengan lancar demi rakyat di negeri Selangor," tambahnya.
4
24 Jun 2023 05:57pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/265152/berita/politik/ketepikan-perbalahan-lalu-kukuhkan-kerajaan-perpaduan
Ketepikan perbalahan lalu, kukuhkan Kerajaan Perpaduan
ALOR SETAR - DAP harus memainkan peranan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dengan memberikan sokongan penuh kepada semua parti-parti gabungan bawah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk untuk mentadbir negara, semua pihak harus mengetepikan perbalahan lalu selain bersatu hati menerajui negara.Menurutnya, ini bukanlah masanya lagi untuk sesama pemimpin gabungan itu ‘bersengketa’, sebaliknya tumpuan harus diberikan untuk menunaikan amanah rakyat.“Kita tidak ada masa untuk berbalah. Sekarang masanya untuk fokus bekerja. Tugas DAP adalah memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan, bukan sebaliknya.“Sebab itu saya pernah katakan dalam sidang media sebelum ini, bahawa UMNO wajib bantu DAP dan DAP wajib bantu UMNO supaya BN dan PH kukuh. Mungkin perlu adanya nama gabungan baharu, Barisan Harapan,” katanya dengan nada berseloroh pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Teluk Wanjah pada Sabtu.Kor Ming yang juga Ketua Whip DAP di Parlimen meminta ahli DAP di semua peringkat tidak lagi mengungkit kisah silam untuk dijadikan modal politik terutama sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).“Kita harus ‘move on’, lupakan sengketa masa silam. Negara perlukan pemimpin daripada kerajaan yang bersatu hati, senada, sehati sejiwa untuk sama-sama perkukuhkan Kerajaan Perpaduan. Ini untuk kebaikan semua pihak,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Bekas Setiausaha Publisiti DAP itu juga meminta PH untuk tidak membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu.
4
24 Jun 2023 05:57pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265153/berita/nasional/pembekuan-permit-pindahan-padi-ke-luar-negeri-bersifat-sementara
Pembekuan permit pindahan padi ke luar negeri bersifat sementara
PUTRAJAYA - Pembekuan permohonan permit pindahan padi ke luar negeri yang berkuat kuasa 20 Jun lepas merupakan satu langkah intervensi bersifat sementara untuk terus memastikan bekalan beras sentiasa stabil di dalam pasaran negara.Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan sekiranya terdapat keperluan Pelesen Membeli Padi untuk menjual padi di luar negeri, permohonan boleh dibuat di pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) negeri untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras.Permohonan tersebut akan diteliti dan dipertimbangkan oleh KPKM secara case by case basis, menurut KPKM dalam kenyataan berhubung isu pembekuan permohonan permit pindahan padi ke luar negeri di sini, hari ini.KPKM memaklumkan, arahan tersebut hanya melibatkan permohonan permit pindahan padi oleh Pelesen Membeli Padi, manakala petani masih boleh menjual hasil padi mereka di mana-mana kilang termasuk kilang di negeri lain.Keputusan itu telah mengambil kira kepentingan dan hak petani, menurut KPKM.KPKM memaklumkan petani hanya perlu memohon permit pindahan padi daripada pejabat KPB negeri berkenaan sekiranya ingin menjual padi ke kilang luar negeri."Sesi libat urus juga akan diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memperjelaskan isu-isu yang berbangkit untuk memastikan bekalan beras tempatan sentiasa stabil di pasaran dengan harga yang dikawal sebagai pilihan beras yang murah kepada pengguna,” menurut kenyataan itu. - Bernama
4
24 Jun 2023 05:55pm
ADILA SHARINNI WAHID
https://www.sinarharian.com.my/article/265157/berita/semasa/bapa-tahu-berenang-tetapi-sudah-ajalnya
'Bapa tahu berenang tetapi sudah ajalnya'
KOTA BHARU - “Saya tak sempat nak larang bapa naik paramotor,” kata anak lelaki kepada bekas Penghulu Mukim Seribong, Mustaffa Isa, 60, yang maut dalam kejadian paramotor terjunam ke laut di Pantai Irama, Bachok, pada Jumaat.Muhamad Shaiful Mustaffa, 30, berkata, dia mendapat tahu bapanya mahu bermain sukan luncur udara itu melalui gambar yang dihantar ke kumpulan WhatsApp keluarga beberapa minit sebelum Mustaffa berlepas kira-kira jam 6 petang.Dia yang tinggal dan bekerja sebagai pekerja selenggara di sebuah hotel di Terengganu kemudian terus menghubungi bapanya untuk melarang menaiki paramotor berkenaan.Muhamad Shaiful“Saya pernah bekerja sebagai pengendali paramotor lima tahun lalu. Itu yang dia hantar gambar berserta kapsyen 'nak ganti Shaiful' menyebabkan saya terus membuat panggilan video, tetapi dia putuskan kerana dah nak berlepas.“Saya nak beritahu dia jangan naik paramotor tu, tetapi tak sempat. Selang 15 minit kemudian saya dapat tahu dia kemalangan dan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Seribong di sini pada Sabtu.Menurut Muhamad Shaiful, dia mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengendalikan paramotor dengan mengikuti rakan bapanya, Mat Jusoff Mamat, 77, yang turut terbabit dalam kemalangan itu, namun terselamat.“Bapa penumpang paramotor dan tahu berenang tetapi sudah ajalnya, kami sekeluarga tetap reda atas pemergian ini,” katanya.RosnahSementara itu, isteri Mustaffa, Rosnah Hasan, 58, berkata, jenazah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seribong pada jam 11 pagi, Sabtu.Menurut Rosnah, suaminya beria-ria mengajak dia ke pantai untuk bermain sukan paramotor berkenaan.“Dua hari sebelumnya, ada juga dia ajak minum air pada waktu malam di pantai sama tetapi saya tak pergi.“Semalam pun saya tak ikut tetapi tahu dia nak naik paramotor dan ini kali kedua dia bermain sukan tersebut,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.Media sebelum ini melaporkan, Mustaffa dipercayai lemas apabila paramotor yang dinaiki bersama rakan baiknya terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok pada petang Jumaat.Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, Mustaffa ditemui di kedalaman kira-kira tiga meter dalam lautan, manakala sahabatnya yang berusia 77 tahun mengalami kecederaan ringan.
4
24 Jun 2023 05:49pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265147/berita/politik/kenyataan-tony-pua-umpama-lafazkan-talak-tiga---ka-siong
‘Kenyataan Tony Pua umpama lafaz talak tiga’ - Ka Siong
SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup.Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyifatkan kenyataan tersebut seperti melafazkan talak tiga terhadap BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan.Jelas beliau, kenyataan Tony itu juga tidak menggambarkan semangat kebersamaan dalam kerajaan.“Saya berasa kesal malam tadi berlakunya satu episod yang tidak diduga, pemimpin seperti Tony menyerang BN sebagai parti korup. Kalau kata parti korup, sudah melafazkan talak tiga umpamanya. Di mana asasnya kerjasama?“Saya pun merasa pelik. Ini mulut celupar ke mulut longkang. Kalau kita nak jadi kawan, kita tidak akan nak buruk-burukkan.“Dalam kita buat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), tiba-tiba ada kenyataan sebegitu dibuat dalam majlis rasmi. Ramai yang bingung tengok apa yang berlaku dengan kerajaan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.Tony pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Menurut Ka Siong, sebagai antara parti yang bersama dalam membentuk kerajaan, perkara sedemikian tidak perlu diungkitkan.“Kalau ungkitkan sebegitu, orang akan jawab balik macam mana parti sendiri? Kalau kita mendokong semangat kebersamaan, keikhlasan patut ditunjukkan,” ujarnya.Tambah beliau, setiap pemimpin perlu terus melangkah ke hadapan tanpa mencetuskan provokasi antara satu sama lain.“Agong kata 'move on', semua pemimpin dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga kata 'move on'. Jadi kita 'move onlah',” katanya.Ka Siong turut memaklumkan bahawa kerjasama yang dijalin tidak diterjemahkan dengan sebaiknya sebagai contoh ketika rundingan kerusi bagi PRN akan datang.“Macam-macam tohmahan dibuat. Setiap parti ada maruah sendiri. Jangan sampai kita lafazkan talak tiga, lepas tu minta undi dengan orang lain.“Sesungguhnya semangat kebersamaan perlu ada dan terjemahkan dalam keikhlasan. Itu sahaja,” katanya.Beliau juga mempersoalkan terhadap kenyataan Tony berkenaan PH perlu memerintah solo sekiranya memenangi PRU16.“Bukankah itu bermaksud BN akan dikhianati oleh PH? DAP akan tikam belakang?” soalnya.ARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
4
24 Jun 2023 05:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265146/berita/politik/prn-34-kerusi-jadi-tumpuan-penentu-parti-bentuk-kerajaan
PRN: 34 kerusi jadi tumpuan, penentu parti bentuk kerajaan
SHAH ALAM - Gelanggang pilihan raya negeri (PRN) di Selangor tidak lama lagi bakal menyaksikan perhatian ramai tertumpu kepada kempen dan pertembungan sengit di 34 kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, kata penganalisis politik.Dengan sokongan kawasan bandar diramal terus didominasi Pakatan Harapan (PH), pandangan ramai penganalisis adalah penguasaan di semua 34 kerusi itu, yang lebih 60 peratus adalah pengundi Melayu, akan membolehkan pemenangnya membentuk kerajaan negeri.Felo Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata, secara tradisi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kebanyakannya di utara Selangor menjadi medan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun dengan senario politik semasa, persaingan meraih undi di kawasan itu pastinya lebih menarik.Katanya, 22 lagi kerusi dipertandingkan di Selangor adalah kawasan pengundi bercampur serta pengundi bukan Melayu yang tinggi, dan kawasan ini diyakini akan kekal menyokong PH.Beliau percaya, kerjasama antara PH selaku kerajaan negeri yang kini bersama BN, akan memberi kelebihan kepada mana-mana calon daripada kedua-dua parti itu dari sudut sokongan akar umbi untuk berdepan calon daripada PN, yang terdiri daripada komponen PAS, Bersatu dan Gerakan pada PRN kelak."Jika kerjasama PH-BN dapat diterjemahkan di peringkat negeri, saya yakin ia akan menjadi kelebihan besar kepada calon-calon mereka untuk berdepan dengan PN di 34 kerusi kritikal berkenaan."Dinamika politik semasa gabungan PH-BN ini dilihat boleh menjadi faktor merubah pola sokongan yang diterima PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas," katanya kepada Bernama.Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh pula berpandangan, kejayaan PN mendominasi kerusi Parlimen di kawasan utara Selangor, yang majoriti adalah pengundi Melayu pada PRU15, menjadikan pertembungan pada PRN kali ini lebih menarik dan mencabar.Beliau berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti pengundi Melayu antaranya Sungai Air Tawar; Sabak; Sungai Panjang, Hulu Bernam; Batang Kali; Sungai Besar; Permatang; Jeram dan Kuang pastinya diidamkan semua parti politik yang bertanding dalam usaha mereka mengimbangi pola pengundian pengundi bukan Melayu yang tinggi di 22 kerusi di kawasan bandar."Mengambil kira kejayaan PN di Parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Hulu Selangor pada PRU15, kita dapat jangkakan satu pertembungan menarik di kawasan utara Selangor ini dalam usaha semua parti memenangi undi orang Melayu."Namun, dengan PH dan BN kini berada dalam satu gabungan yang sama, saya yakin trend pengundian peringkat Parlimen pada PRU lepas bukan jaminan mutlak undi masyarakat luar bandar pada PRN ini kekal memihak PN," katanya.Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan untuk mendapat majoriti mudah, parti bertanding perlu memenangi 29 kerusi bagi membentuk kerajaan. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH mendominasi Selangor apabila menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua), manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas selain satu kerusi diisytiharkan kosong.DUN Selangor bagi penggal ke-14 yang tempoh mandat sepatutnya tamat pada 25 Jun, secara rasminya dibubarkan semalam, sekali gus memberi laluan untuk diadakan PRN.Selangor adalah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini, dengan lima lagi negeri adalah Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.Untuk rekod, pada PRU15 di Selangor, PH menguasai 16 kawasan Parlimen iaitu Kota Raja, Pandan, Sepang, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Subang, Petaling Jaya, Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam dan Klang. PN pula memenangi enam kerusi Parlimen iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kapar dan Kuala Langat. - Bernama
4
24 Jun 2023 05:20pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/265144/berita/politik/prn-dap-mahu-lebih-kuota-kerusi-jika-potensi-menang
PRN: DAP mahu lebih kuota kerusi jika potensi menang
ALOR SETAR - DAP berharap parti itu diberikan lebih kerusi untuk ditandingi di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, sekiranya calon DAP diyakini mempunyai peluang lebih cerah untuk menang di sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN), ia wajar dipertimbangkan.Menurutnya, walaupun terdapat permohonan dari negeri untuk menambah kuota kerusi namun parti itu terikat kepada pucuk pimpinan parti yang kini bergabung bawah Kerajaan Perpaduan.“Jika bolehlah kita merayu kepada pucuk pimpinan, berikan peluang kerusi lebih jika calon DAP ada peluang cerah untuk menang.“Namun kita terikat kepada keputusan pucuk pimpinan, jika bolehlah (dapat kuota lebih),” katanya pada sidang akhbar di sini selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Teluk Wanjah pada Sabtu.Mengulas sama ada hasrat DAP tersebut telah dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH), Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, semua cadangan berkaitan PRN sudah dibincangkan dan kini di peringkat akhir.“Semua cadangan-cadangan telah pun dikemukakan. Kita sudah sampai ke peringkat akhir, tinggal sedikit saja, tak ada masalah,” ujarnya.Ditanya mengenai kewajaran menambah kuota calon DAP di Kedah yang menyaksikan hanya dua calon bertanding di DUN Derga dan Kota Darul Aman sejak beberapa pilihan raya lalu, Kor Ming meminta semua pihak bersabar sehingga ke hari pengumuman calon.“Tunggu pengumuman, selepas DUN bubar, durian akan runtuh,” katanya secara berkias.Dalam pada itu, Kor Ming berharap pengundi akan membuat pilihan secara bijak dalam PRN ini dengan melihat kepada prestasi Kerajaan Perpaduan.“Negara kita baru pulih dari pergolakan politik, sehinggakan dalam satu penggal bertukar empat Perdana Menteri. Pasti rakyat tak mahu (berulang). Sekiranya pergolakan berterusan, tak ada pelabur akan datang dan ekonomi tidak membangun, akhirnya rakyat menerima musibah.“Saya merayu kepada pengundi termasuk di Kedah, kekalkan PH (sebagai kerajaan Persekutuan) untuk kestabilan politik supaya pelabur lebih yakin teruskan pelaburan,” jelasnya.Kor Ming turut berkongsi pencapaian negara bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat dapat membuat penilaian dengan bijak.“Semalam IMD World Ranking umumkan Malaysia pertama kali mengalahkan Korea Selatan, dari aspek ‘world competitiveness ranking’. Malaysia melonjak dari kedudukan 32 kepada 27 mengatasi Korea Selatan. Sebab itu saya katakan kepimpinan berintegriti bawah Perdana Menteri mula membuahkan hasil.“Jabatan Statistik Malaysia pula kemukakan, inflasi negara menurun ke paras 2.8 peratus dan antara terendah dalam tempoh 30 bulan. Ini bermaksud negara kita sekarang dalam landasan yang betul, cuma perlukan masa,” ujarnya.Dalam pada itu, tegasnya, Kerajaan Perpaduan amat menghormati amalan demokrasi selain sentiasa mendengar suara rakyat.“Kerajaan Malaysia Madani tak mainkan sentimen perkauman atau fahaman agama sempit yang keterlaluan. Fokus kita hanya jalankan amanah dan bekerja untuk rakyat,” jelasnya.
4
24 Jun 2023 05:20pm
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265145/berita/semasa/kereta-terbalik-pemandu-maut-lima-penumpang-selamat
Kereta terbalik: Pemandu maut, lima penumpang selamat
PEKAN - Seorang pemandu maut manakala lima penumpang termasuk empat kanak-kanak selamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 45, Jalan Pekan-Salong di sini pada Sabtu.Dalam nahas kira-kira jam 10.05 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Iswara, Noorain Moktar, 35, beralamat dari Kampung Alor Ara di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, tiga penumpang kanak-kanak berusia satu hingga 11 tahun cedera di muka manakala dua lagi penumpang berusia lima dan 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama penumpang dalam perjalanan dari arah Felda Chini, Pekan menghala ke Gambang, Kuantan."Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak sebuah lori dari arah bertentangan yang hampir memasuki laluannya."Akibat kejadian itu, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum terbalik," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
4
24 Jun 2023 05:13pm
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/265140/berita/politik/bn-tak-terlibat-jelajah-mega-madani-negeri-selangor-malam-ini
BN tak terlibat Jelajah Mega Madani Negeri Selangor malam ini
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor mengesahkan tidak terlibat dalam Jelajah Mega Madani Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan di sini pada Sabtu seperti tular di media sosial.Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, poster tular di media sosial memaparkan kononnya gambar pemimpin UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) hadir ke majlis itu tidak benar."Kita belum melancarkan jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan (peringkat negeri Selangor) dan gambar dalam poster melibatkan PM (Perdana Menteri) bersama TPM (Timbalan Perdana Menteri), MB (Menteri Besar Selangor) dan (Pengerusi UMNO Selangor), Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin dalam poster itu sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Jamal yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu, poster tersebar membabitkan BN tidak benar sebaliknya hanya melibatkan PH semata-mata."Saya difahamkan program malam ini tetap berlangsung tetapi hanya melibatkan pimpinan PH dan mungkin hanya ceramah biasa sahaja."Apabila ceramah biasa, maka di mana-mana pun ada program ceramah termasuk di Sungai Besar, jadi kita (jentera BN) tidaklah turun," ujarnya.Sehubungan itu, katanya, penyebaran poster itu disifatkan sebagai propaganda berniat jahat pihak yang tidak senang dengan kerjasama dijalin antara BN dan PH."Jika ada program pelancaran jentera (BN dan PH), sudah tentu kita hantar jentera, malah pada Isnin depan baharu ada perbincangan antara komponen BN."PH juga mungkin berbincang minggu ini dan setelah dua pihak berbincang barulah ada program di peringkat negeri," jelasnya.Sementara itu, Sinar Harian difahamkan hanya Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor diadakan pada malam ini dan media turut diundang untuk menghadiri pelancaran jentera itu yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada jam 8 malam.
4
24 Jun 2023 05:05pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/265139/berita/semasa/bau-busuk-rungkai-penemuan-mayat-pesara-kerajaan
Bau busuk rungkai penemuan mayat pesara kerajaan
SHAH ALAM - Bau busuk di sebuah kawasan perumahan teres di Seksyen U15 di sini merungkai penemuan mayat seorang wanita di salah sebuah rumah di kawasan tersebut pada Sabtu.Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, mangsa seorang wanita berumur 63 tahun dan merupakan pesara kerajaan."Siasatan awal mendapati rumah dalam keadaan berkunci dan pintu terpaksa dipecahkan dengan bantuan pihak bomba."Mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari di ruang tamu rumah tersebut berdasarkan keadaan yang telah berbau," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Katanya, siasatan mendapati mangsa tinggal seorang diri di rumah tersebut."Mangsa dipercayai hanya datang sekali sekala daripada Pahang," katanya.Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut."Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam dan usaha mengesan waris mangsa sedang dijalankan."Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Saipol Paizi Zainol di talian 012-5781435," katanya.
4
24 Jun 2023 04:59pm
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
https://www.sinarharian.com.my/article/265142/berita/nasional/pakej-tuisyen-rahmah-beri-manfaat-pelajar-kurang-mampu
Pakej Tuisyen Rahmah beri manfaat pelajar kurang mampu
JOHOR BAHRU - Pelaksanaan pakej Tuisyen Rahmah dijangka memberi manfaat kepada ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terutama mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelancaran pakej di bawah inisiatif Payung Rahmah itu bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan tambahan."Pakej ini menyasarkan murid sekolah bermula dari Darjah Empat sehingga Tingkatan Lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia."Pakej itu turut melibatkan harga diskaun bermula serendah RM5 sebulan kepada murid Darjah Empat sehingga RM22 sebulan buat pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengikut subjek masing-masing," katanya.Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, pada Sabtu.Pakej Rahmah ITTV e-Learning yang turut melibatkan pakej Tuisyen Rahmah itu merupakan pakej perintis di negara ini dalam sektor pembelajaran dalam talian atau e-Learning sejak 2008 lalu.Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah adalah manifestasi keprihatinan dan kasih sayang Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapat rendah dengan kerjasama rakanRrakan strategik yang terlibat."Oleh itu, KPDN berharap usaha ini mampu menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan atau perkhidmatan ditawarkan dengan harga yang murah, berpatutan dan berkualiti seiring dengan produk yang ditawarkan," katanya.
4
24 Jun 2023 04:58pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265137/berita/sukan/fandi-akui-sri-pahang-terpaksa-kerja-keras
Fandi akui Sri Pahang terpaksa kerja keras
KEJAYAAN Sri Pahang FC membelasah kelab tercorot, Kelantan FC, 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat disifatkan sebagai kemenangan yang belum sempurna.Sebaliknya pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad dipaksa bekerja lebih keras pada separuh masa kedua bagi menjinakkan skuad kendalian Frank Bernhardt yang tampil tanpa tenaga import selain diperkuatkan enam pemain muda dalam kesebelasan utama.Tegasnya, dia kurang berpuas hati dengan persembahan pemain di Kota Bharu walaupun skuad Tok Gajah menguasai rentak permainan."Sejujurnya, kami perlu bekerja keras terutamanya separuh masa kedua sebelum dapat menewaskan pasukan Kelantan yang tampil tanpa kelibat para pemain import."Malah dalam separuh masa pertama kami kurang bernasib baik biarpun mendahului satu gol apabila pasukan Kelantan lebih banyak membuat serangan balas," kata sejurus tamat perlawanan.Dalam pada itu, pengendali kelahiran Singapura itu turut mengakui situasi tersebut menyebabkan pasukan terpaksa melakukan tiga penukaran pemain bagi memperkemaskan semula rentak permainan pasukan."Saya lihat pemain Kelantan dalam perlawanan ini memiliki keyakinan begitu tinggi cuma mereka gagal menjaringkan gol."Saya percaya sekiranya pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol, tempo perlawanan berkemungkinan akan berubah menjadi lebih berintensiti tinggi," jelasnya.Dalam perlawanan itu, gol Sri Pahang dijaringkan Sergio Aguero pada minit ketujuh, diikuti masing-masing dua gol daripada Fadhli Shas (minit ke-48', m-61) dan Kpah Sherman (m-58', 86') untuk membawa pulang tiga mata.Sementara itu, kekalahan ke-12 buat Kelantan FC dalam saingan liga itu disaksikan 3,528 penyokong sendiri di venue keramat The Red Warriors (TRW) selepas mengharungi 14 perlawanan yang menyaksikan Kelantan kekal di tangga ke-14 liga dengan melakarkan satu kemenangan, satu seri dan 12 tewas.Sri Pahang pula naik satu anak tangga di kedudukan ketiga dengan 31 mata selepas melakarkan sembilan kemenangan, empat seri, dua tewas dalam 15 perlawanan.Kelantan selepas ini dijadualkan berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya pada 8 Julai depan manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Makmur (9 Julai).
4
24 Jun 2023 04:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265136/berita/politik/prn-kelantan-jumlah-kerusi-kepada-ph-munasabah---khalid
PRN Kelantan: Jumlah kerusi kepada PH munasabah - Khalid
KOTA BHARU - Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) Kelantan adalah munasabah, kata Pengerusi Amanah Kelantan, Khalid Abdul Samad.Beliau yang enggan menamakan dan jumlah kerusi yang diterima PH hasil perbincangan bersama Barisan Nasional (BN) itu juga berkata, jumlah itu lebih baik berbanding diterima Bersatu yang membentuk gabungan dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN)."Kami tidak terpinggir seperti Bersatu dengan PAS. Di Kelantan kami juga memang akur BN yang akan memimpin berdasarkan kepada keputusan pilihan raya dahulu,” katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kelantan, di sini hari ini.Sebelum ini Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman dilapor berkata calon BN akan diletakkan di 31 kerusi manakala 14 kerusi diberikan kepada PH yang merangkumi Amanah dan PKR.Setiausaha PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat pula mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi.Sementara itu, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata parti itu menyasarkan untuk memenangi tiga atau empat kerusi DUN pada PRN Kelantan nanti.Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan nama kerusi DUN yang disasarkan parti itu."Pembahagian kerusi di peringkat negeri sudah selesai dan hanya menunggu keputusan pusat,” katanya. DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). - Bernama
4
24 Jun 2023 04:47pm
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265135/berita/semasa/tiga-beradik-maut-motosikal-bertembung-mpv
Tiga beradik maut, motosikal bertembung MPV
PEKAN - Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini pada Sabtu.Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu MPV jenis Nissan Sarena bersama enam penumpang berusia tiga hingga 65 tahun dilaporkan selamat dan tiga daripada mereka mengalami kecederaan ringan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu MPV bersama penumpang dalam perjalanan dari arah Taman Jambu, Pekan menghala ke Kuantan."Motosikal dinaiki tiga beradik itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir menghala ke rumah mereka di Kampung Langgar di sini."Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki tiga beradik itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan," katanya.Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.
4
24 Jun 2023 04:45pm
NOOR AINON MOHAMED
https://www.sinarharian.com.my/article/265131/berita/semasa/suami-isteri-maut-kemalangan-di-jalan-gerik-jeli
Suami isteri maut kemalangan di Jalan Gerik-Jeli
GERIK - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Sabtu.Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala tiga anak mereka yang berusia tujuh, 12 dan 14 tahun dilaporkan parah.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.10 petang."Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler muatan simen dan kereta jenis Perodua Myvi."Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu..Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.45 petang.
4
24 Jun 2023 04:21pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/265128/berita/politik/umum-projek-di-kedah-bukan-umpan-prn
Umum projek di Kedah bukan ‘umpan’ PRN
ALOR SETAR - Projek menaik taraf infrastruktur kemudahan awam yang diumumkan mencecah RM36.34 juta di Kedah bukan dijadikan ‘umpan’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan berkenaan merupakan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat diberikan keutamaan.Menurutnya, kerajaan Malaysia Madani sentiasa bersikap adil dan saksama dalam pengagihan peruntukan tanpa melihat kepada perbezaan fahaman politik.“Peruntukan diberikan bukan sempena PRN. Kesejahteraan rakyat keutamaan kerajaan tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.“Setiap sen yang dibelanjakan harus memanfaatkan rakyat, bukan setakat dalam bentuk pembangunan ekonomi termasuk aspek keinsanan. Kerajaan Perpaduan tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri, setiap negeri menerima peruntukan yang disalurkan supaya tiada sesiapa tercicir,” katanya pada sidang akhbar di sini selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Teluk Wanjah pada Sabtu.Dalam siri jelajah Sentuhan Kasih KPKT ke Kedah, Kor Ming mengumumkan 95 projek bernilai RM36.34 juta diluluskan merangkumi 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.“Peruntukan yang besar sekiranya dimanfaatkan tanpa ketirisan dan pembaziran, akan menepati sasaran. Oleh itu penting untuk Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, majlis daerah pastikan setiap peruntukan dilaksanakan dengan sempurna,” ujarnya.Menurutnya, antara empat projek dinaik taraf termasuk Pasar Teluk Wanjah yang dibina pada tahun 2012 menerima peruntukan RM500,000 bagi melaksanakan 10 skop kerja, antaranya membina tandas di medan selera.“Dewan Datuk Syed Omar berusia lebih 30 tahun menjadi tumpuan mengadakan aktiviti sukan, riadah dan pameran jualan. KPKT luluskan peruntukan RM350,000 untuk enam skop kerja baik pulih.“Projek naik taraf sistem perparitan di Taman Pulai Jaya Alor Setar pula sebanyak RM700,000 bagi kerja-kerja menghindari banjir kilat. Seterusnya, menyediakan kemudahan awam di Dataran Kejat Medan Selera Darul Aman berusia lebih 30 tahun sebanyak RM280,000,” katanya.Menurutnya, sehingga kini KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.78 juta untuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi melaksanakan 12 projek.“Kesemua empat projek infrastruktur terbabit bernilai lebih RM1.8 juta dan harus bermula segera dan KPKT akan turunkan peruntukan secepat mungkin. Kita mahu setiap projek dapat disiapkan tahun ini.“Projek yang terpilih adalah projek berimpak tinggi yang dekat di hati rakyat seperti naik taraf pasar awam, baik pulih tandas, baiki jalan rosak, pasangkan lampu solar, mampan, hijau dan jimat tenaga. Kita berikan peruntukan berdasarkan kepada apa yang rakyat mahukan,” jelasnya.Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan, semua permohonan PBT kini perlu dilengkapi bilangan kuantiti (BQ) yang disahkan oleh Juruukur Bahan supaya kos berpatutan bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan.“Kelulusan projek kini diberikan keutamaan kepada permohonan PBT yang lengkap dengan BQ, mudah untuk kita ketahui anggaran kos bagi sesuatu projek.“Kerajaan sebelum ini tidak ada, dulu hanya mohon dan tulis, sekarang tidak lagi. Semua berlandaskan kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti,” tegasnya.
4
24 Jun 2023 04:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265130/berita/semasa/poster-bantuan-rm1500-sempena-aidiladha-palsu---fahmi
Poster bantuan RM1,500 sempena Aidiladha palsu - Fahmi
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan sebaran berbentuk poster mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak RM1,500 adalah palsu.Perkara itu dimaklumkan oleh Fahmi menerusi akaun Facebook beliau hari ini."Ini sebaran palsu, harap maklum,” katanya.Beliau turut berkongsi poster berkenaan yang menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini. - Bernama
4
24 Jun 2023 04:13pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/265126/berita/semasa/polis-siasat-poster-tular-fitnah-teresa-kok-dilantik-pengerusi-felda
Polis siasat poster tular fitnah Teresa Kok dilantik Pengerusi Felda
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis menerima laporan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung fitnah berkaitan pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang tular di media sosial, Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, laporan dibuat oleh ahli parlimen berumur 59 tahun itu."Menerusi laporan polis tersebut, mangsa mendakwa melihat satu poster memaparkan ucapan tahniah di atas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda."Kejadian disedari semasa mangsa berada di pejabatnya yang terletak di Desa Enterprineurs Park Off Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Katanya, mangsa mendapati poster tersebut tular di beberapa medium media sosial."Mangsa terpaksa menambah perkataan palsu dalam poster yang tular ini dan berkongsi di media sosial untuk penafian."Siasatan awal mendapati hantaran palsu ini berasal daripada sebuah laman Facebook milik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak," katanya.Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati poster tersebut adalah palsu dan tidak benar."Ini berdasarkan pengesahan oleh pihak Felda sendiri yang menyatakan bahawa tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi FELDA yang baru setakat ini."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya.
4
24 Jun 2023 04:02pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/265124/berita/politik/tony-pua-ibarat-kumpulan-pelampau--mahdzir-khalid
'Tony Pua ibarat kumpulan pelampau'- Mahdzir
ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) Kedah menganggap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua antara tergolong dalam kumpulan ekstrem yang tidak memberikan kebaikan kepada parti sendiri dan juga rakan kongsi.Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelibat individu seperti itu bukan sahaja berada di dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi juga dalam parti lain."Ada kumpulan yang dipanggil kumpulan pelampau, kumpulan ekstrem, wujud kumpulan (seperti) ini. Dia ada kumpulan ekstrem, ada sederhana moderate."Kalau Tony Pua dipanggil itu kumpulan ekstrem, pelampau, apa yang hendak dibuat semua tidak betul, dan mana-mana organisasi ada. Moderate dan pelampau, bila pelampau ini semua orang tidak betul."Kita letak Tony Pua, atau sesiapa yang seumpama dengannya, macam itu perangai, takkan boleh ubah, dia anggap dia yang betul, dia sahaja yang terbaik, orang lain tidak baik, orang lain semua jahat, itu mentaliti ekstrem, saya ingat Anthony Loke pun tolak orang seumpama ini, tidak boleh duduk (dalam pasukan)," katanya pada Sabtu.Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Jumaat berhubung kenyataan Tony Pua menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'pakatan korup'.Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu juga turut memberikan label sama kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Mahdzir yang juga Pengerusi UMNO Kedah berkata, perbezaan pendapat menjadi kebiasaan selepas BN dan PH berada di dalam Kerajaan Perpaduan namun perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik."Di Kedah setakat berunding dalam tiga empat bulan ini, tidak ada kumpulan ekstrem macam ini."Ini keluar (kenyataan) dalam satu jamuan memang tidak acceptable (diterima)"Mereka tidak boleh control bila ekstremis ada dalam parti dia, tidak boleh kawan dengan orang, mungkin dalam BN pun ada, PN pun ada, PH pun ada," ujar beliau lagi.ARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
4
24 Jun 2023 03:48pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/265123/berita/semasa/bekas-pemain-bola-sepak-ditahan-ceroboh-bilik-hotel
Bekas pemain bola sepak ditahan ceroboh bilik hotel
PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah menggegarkan dunia sukan tanah air sekitar tahun 2000 ditahan polis kerana dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang, sebelum bertindak agresif sehingga berlaku kekecohan.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita kira-kira jam 6.10 petang, mendakwa suspek menceroboh masuk ke biliknya."Siasatan dijalankan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa meninggalkan bilik hotel tersebut untuk menyelamatkan diri," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan suspek di sekitar kawasan Petaling Jaya sebelum suspek direman untuk siasatan selanjutnya."Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan."Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya.
4
24 Jun 2023 03:46pm
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/265127/berita/politik/prn-kemenangan-pn-mampu-ubah-landskap-politik-negara
PRN: Kemenangan PN mampu ubah landskap politik negara
SHAH ALAM - Kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) di Selangor dan negeri-negeri lain pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dilihat berupaya mengubah landskap politik negara.Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yusuf Hairi berkata, calon PN di negeri itu akan bertanding kesemua 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini."Menang PN di negeri Selangor, landskap politik di peringkat pusat akan berubah dan saya kira kerusi-kerusi politik, kerusi-kerusi kerajaan di negeri-negeri juga berubah, insya-ALLAH," katanya pada Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Ideal Convention Centre di Seksyen 15 di sini pada Sabtu.Hadir sama, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Mengulas lanjut mengenai PRN di Selangor, beliau memaklumkan kesemua kerusi pada PRN berkenaan akan ditandingi calon-calon daripada gabungan parti terlibat dengan menggunakan logo PN."Seluruh kerusi di negeri Selangor kita akan letakkan calon kita, seluruh calon kita adalah calon PN dan insya-ALLAH kita akan menang sebagai PN dan kerajaan PN," katanya.Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah kekal menggunakan logo perikatan berkenaan pada PRN akan datang, sama sebagaimana ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.Pada Mei lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula berkata, dua negeri lagi iaitu Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo Pas pada PRN nanti.
4
24 Jun 2023 03:40pm
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
https://www.sinarharian.com.my/article/265121/berita/politik/ph-tak-tuntut-jawatan-exco-johor
PH tak tuntut jawatan Exco Johor
JOHOR BAHRU - "Kita tak tuntut kerana yakin dengan kepimpinan dan kestabilan politik di Johor,"Itu reaksi Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub bagi mengulas isu berhubung jawatan exco kerajaan negeri ketika ini yang dilihat tidak melibatkan wakil daripada PH.Menurut Salahuddin, pihaknya yakin dengan kepimpinan dan kestabilan politik yang dicapai Johor ketika ini di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Bagaimanapun katanya, rundingan akan dibuat melibatkan agihan jawatan di peringkat akar umbi negeri agar ia turut melibatkan wakil daripada PH."Setakat ini, PH Johor tidak mendesak apa-apa sebab kita lihat kestabilan politik di Johor adalah lebih penting dan malah kewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat telah menyebabkan peranan Ketua Pembangkang diubah kepada Ketua Pengimbang."Walaupun kita (PH) bukan sebahagian daripada kerajaan Johor, namun banyak program libat urus boleh diadakan secara bersama dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi," katanya pada sidang media setelah menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, pada Sabtu.Salahuddin berkata demikian bagi mengulas khabar angin mengenai rombakan yang bakal berlaku dalam barisan exco kerajaan negeri Johor yang menyaksikan beberapa nama digugurkan dan digantikan dengan individu lain.Antara calon-calon yang disebut akan mengisi kekosongan jawatan exco berkenaan termasuklah ADUN daripada PH bagi menggambarkan konsep Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN ketika ini.Sementara itu, Salahuddin yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, langkah itu bagi memastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH diberi peluang untuk terlibat dalam pembangunan negeri ini."Oleh itu, kita tidak menuntut apa-apa kedudukan khususnya jawatan exco kerajaan negeri," katanya.
4
24 Jun 2023 03:30pm
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265119/berita/semasa/pengendali-facebook-jdt-fans-club-ditahan-hina-sultan-johor
Pengendali Facebook JDT Fans Club ditahan hina Sultan Johor
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fans Club ditahan polis kerana membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor.Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada Jumaat di Alor Setar, Kedah.Menurutnya, turut dirampas telefon bimbit dan kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran terbabit."Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman."Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja, Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, suspek telah direman tiga hari sehingga Isnin.Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja hingga menggugat keharmonian negara."Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam," ujarnya.
4
24 Jun 2023 03:22pm
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265116/berita/semasa/kertas-siasatan-polis-mabuk-pandu-lawan-arus-diserah-ke-bukit-aman
Kertas siasatan polis mabuk pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman
KUALA LUMPUR - Kertas siasatan membabitkan pegawai polis yang ditahan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus di Jalan Cheras, di sini minggu lalu telah diserahkan kepada bahagian perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kertas siasatan itu diserah pihaknya pada minggu lepas."Kertas siasatan sudah diserahkan dan pihak perundangan Bukit Aman akan meneliti siasatan tersebut bagi tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita pada Pelancaran Taman Angkat Amanita di Taman Bukit Cheras pada Sabtu.Zam Halim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pegawai terbabit selesai waktu kerja.Katanya, kes disiasat Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengambil alkohol melebihi jumlah ditetapkan.Sinar Harian sebelum itu melaporkan, seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus pada 15 Jun lepas.Dalam kes berasingan, polis sedang mengesan dua lagi penjenayah pecah rumah bersenjata parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati dalam kejadian di Taman Supreme, Cheras di sini pada 8 Jun lalu.“Siasatan masih dijalankan dan kita ada petunjuk mengenai kes itu.“Kita juga masih menunggu laporan patologi dua suspek yang mati ditembak itu daripada pihak hospital,” ujarnya.
4
24 Jun 2023 03:09pm
SYAMILAH ZULKIFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265115/berita/nasional/jangan-jadikan-perbezaan-politik-senjata-permusuhan---pm
Jangan jadikan perbezaan politik senjata permusuhan - PM
NILAI - Perbezaan politik tidak sepatutnya dijadikan senjata permusuhan dan memfitnah antara satu sama lain.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya ia perlu dijadikan ruang untuk masing-masing memberi cadangan yang lebih baik demi kebaikan negara."Saya belum dengar lagi cadangan lebih baik. Kita kurangkan subsidi elektrik dikatakan beri beban kepada rakyat sedangkan kita kurangkan kepada mereka yang menggunakan 1,500 kWj."Tiada orang pun yang guna melainkan Seri Perdana rumah Perdana Menteri. Tapi dikempen beri beban kepada negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa, Mini Karnival Usahawan Desa(KUD) di Dataran Nilai di sini pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Malah kata Anwar, perbezaan pandangan turut berlaku dalam perbincangan Jemaah Menteri tetapi akhirnya keputusan tetap perlu dibuat.Dalam pada itu beliau mengakui hubungan baharu Pakatan Harapan(PH) dengan Barisan Nasional (BN) di bawah Kerajaan Perpaduan masih mengambil masa memandangkan sekian lama tidak mempunyai hubungan yang baik.Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu saling memaafkan antara satu sama lain seperti yang dituntut dalam al-Quran."Kena tahu ini gabungan baharu, kadang-kadang kena ambil masa sikit. Dia geram lama, tapi tak boleh macam itu."Kita ini kena maafkan kalau kita ada keikhlasan. Bukan maafkan untuk orang merompak, bukan maafkan untuk dia fitnah kita, tapi maafkan untuk kita bawa kebaikan," katanya.
4
24 Jun 2023 03:02pm
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
https://www.sinarharian.com.my/article/265114/berita/nasional/warga-asing-dilarang-beli-barangan-bersubsidi-negara
Warga asing dilarang beli barangan bersubsidi negara
JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Sabtu menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan membeli barang bersubsidi negara ini.Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perbuatan berkenaan (beli barang bersubsidi negara ini), merupakan satu kesalahan yang serius dan boleh didakwa mengikut undang-undang negara."Polisi jelas, warga asing tidak boleh membeli barangan bersubsidi negara Malaysia... itu adalah kesalahan yang serius."Saya harap insiden yang berlaku beberapa hari lepas, ikut laporan terkini pembeli itu tidak sempat membeli (RON95) berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup)."Tapi saya mengambil tanggungjawab insiden dua hari lepas itu untuk minta penjelasan daripada pemilik stesen minyak berkenaan. Kita berikan penegasan bahawa tak boleh jual RON95 kepada mana-mana warga asing; sekiranya mereka lakukan mereka boleh didakwa kerana ia adalah bahan bersubsidi untuk rakyat Malaysia sahaja," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika mengumumkan Pakej Rahmah, IITV Learning sempena Perhimpunan Bulanan dan Apresiasi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Tahun 2023, pada Sabtu.Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden warga asing cuba mengisi minyak RON95 ke dalam tong yang dibawa di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri pada Rabu.Sementara itu, Salahuddin berkata, dia mahu melihat rakaman CCTV berkenaan terlebih dahulu dan meneliti laporan berhubung insiden berkenaan."Saya nak tengok dulu rakaman CCTV sebelum buat apa-apa keputusan," katanya
4
24 Jun 2023 02:54pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265113/berita/nasional/kerajaan-guna-segala-usaha-tamatkan-tuntutan-sulu---azalina
Kerajaan guna segala usaha tamatkan tuntutan Sulu - Azalina
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia akan terus melaksanakan segala usaha bagi menamatkan tuntutan timbang tara melibatkan isu tuntutan Kumpulan Sulu yang turut menggunakan negara-negara lain bagi menguatkuasakan perintah award tidak sahih.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana kos pengendalian bagi perintah palsu tersebut akan memberi impak kewangan kepada kerajaan Malaysia dan wang rakyat."Saya berharap komuniti penimbang tara antarabangsa akan mengambil tindakan berkesan dan secara kolektif bagi mengekalkan kesucian proses serta amalan timbang tara."Mana-mana negara sama ada kaya atau miskin, tidak seharusnya menjadi mangsa kepada timbang tara yang tidak berasas atau terperangkap melalui penyalahgunaan proses undang-undang, seperti dalam kes Sulu yang dari awal lagi merupakan penyalahgunaan secara sistematik terhadap proses timbang tara."Sebagai ahli undang-undang dan bekas peguam, saya menyokong usaha pengukuhan sistem timbang tara global selain menggesa pengawalan pembiayaan litigasi terutama dari sudut ketelusan dan pendedahan mengenai dana diperoleh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada Jumaat, Azalina menyatakan peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.Azalina berkata, ketika ini beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.Mengulas lanjut, Azalina berkata, kes Sulu juga mencerminkan bagaimana proses timbang tara boleh disalahgunakan untuk mengancam negara-negara berdaulat dalam ketiadaan mekanisme pengawasan selain kegagalan penimbang tara untuk mematuhi standard etika dan profesional yang tegas.Jelas beliau, satu kod etika yang tegas bagi penimbang tara akan dapat menghapuskan mana-mana penimbang tara palsu yang berupaya sehingga melumpuhkan sebuah negara berdaulat.Menurutnya, tiada negara berdaulat sepatutnya terperangkap oleh konspirator disebabkan oleh kegagalan penimbang tara mematuhi standard etika yang ketat."Proses timbang tara pada hari ini terdedah kepada penyalahgunaan. Proses timbang tara itu sendiri boleh dipindahkan dan sebelum keputusan di Sepanyol diperoleh, penimbang tara dalam kes Sulu ini memindahkan kes timbang tara ke Paris."Penuntut kemudian berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan dari perintah itu di negara seperti Belanda dan Luxembourg," ujarnya.Beliau membuat secara kesimpulan bahawa pihak yang membuat tuntutan boleh memindahkan proses ini ke negara-negara yang mempunyai keanggotaan dalam Konvesyen New York 1958 mengikut pilihan mereka hingga dapat mencapai satu keputusan yang dapat menguntungkan mereka.Katanya, mereka berupaya menggunakan taktik tersebut kerana menerima pembiayaan yang tinggi daripada dana litigasi."Pelabur yang menyokong usaha mereka, dengan harapan jika penuntut berjaya dalam proses timbang tara ini maka mereka akan mendapat laba sebagai komisen dari perintah award itu."Usaha mereka ini boleh berterusan. Bagi Malaysia, setiap ringgit dan sen serta sumber yang digunakan bagi mempertahankan kedaulatan negara datang dari duit rakyat," ulasnya.Justeru, Azalina berkata, perkara tersebut bukanlah pertikaian komersil tetapi satu tuntutan timbang tara palsu selain Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan negara ini."Sementara Malaysia terus mempertahankan kedaulatan negara, usaha sedang dilakukan secara seiring untuk lebih memahami kes Sulu ini dan bagaimana proses timbang tara boleh diperbaiki lagi untuk mengelak disalahgunakan."Antara usaha tersebut adalah Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 yang akan berlangsung pada 4 Julai 2023 di Sabah. Kolokium ini yang juga diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Mei lepas telah berjaya menghimpunkan ahli akademik, peguam, ahli sejarah dan komuniti timbang tara antarabangsa."Selain ia berfungsi sebagai platform untuk mendorong perbincangan tentang kes Sulu. Kolokium itu juga turut akan diadakan di United Kingdom pada akhir tahun ini," jelas beliau.
4
24 Jun 2023 02:49pm
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/265108/berita/politik/keputusan-tuntutan-rm10-juta-terhadap-zuraida-belum-muktamad
'Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad'
SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin masih belum muktamad.Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah."Jadi kita jangan gelojoh untuk mendahului keputusan mahkamah, ada lagi dua peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan."Saya kira proses itu harus dihormati semua pihak," katanya ketika ditemui pada Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Ideal Convention Centre di Seksyen 15 di sini pada Sabtu.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat membenarkan PKR menuntut RM10 juta daripada Zuraida yang keluar parti itu tiga tahun lalu.PKR sebelum ini membuat tuntutan terhadap 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak melanggar syarat bon yang mengikat mereka dengan parti tersebut.Selain Zuraida, mereka termasuklah Mohamed Azmin (Gombak) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).Sementara ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)Pada 23 Jun lalu, media melaporkan PKR akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli Parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap Zuraida.Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR kerana berpaling tadah daripada parti itu selepas menang kerusi Parlimen Ampang buat kali ketiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan bon RM10 juta daripada PKR terhadap bekas menteri itu, yang kehilangan kerusi Ampang kepada wakil PKR, Rodziah Ismail pada PRU15 tahun lepas.Peguam parti tersebut, Navpreet Singh seperti dilaporkan media mengesahkan keputusan yang disampaikan oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir semasa prosiding dalam talian.Navpreet berkata, mahkamah mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat bekas ahli Parlimen Ampang berkenaan.Mohamed Azmin menambah, sebagai rakyat Malaysia beliau juga mempunyai hak untuk mempertahankan keputusannya keluar parti dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen pada 2020."Saya tidak tahu apa perancangan jahat pihak musuh dan sebagai rakyat Malaysia saya ada hak untuk mempertahankan hak saya," katanya.
4
24 Jun 2023 02:39pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265104/berita/politik/amanah-serah-kepada-bn-tentukan-calon-mb-kelantan
Amanah serah kepada BN tentukan calon MB Kelantan
KOTA BHARU - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Khalid Abdul Samad menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon Menteri Besar jika gabungan Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.Beliau berkata, tindakan itu tepat apabila BN dilantik sebagai ketua selepas membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan dengan Pas pada PRN itu nanti."Untuk PRN Kelantan, BN akan 'lead' secara keseluruhan walaupun kita ada bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Bagaimanapun, semua perkara itu akan dibincangkan kemudian," katanya semasa sidang akhbar di Pejabat Amanah Kelantan di sini pada Sabtu.Menurut beliau, kerjasama antara BN dan PH berjalan baik apabila kesemua parti tidak bersikap 'abang besar'.Ujarnya, segala perbincangan yang sudah diatur sebelum ini berjalan lancar.Khalid memberitahu, PRN kali ini Amanah menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya empat daripada 14 kerusi yang diperuntukkan kepada PH.Kata beliau, sasaran itu mampu dicapai jika seluruh jentera parti memberikan komitmen pada PRN nanti.Pengarah Komunikasi Amanah itu mengakui, Kelantan sukar untuk ditembusi kerana rata-rata rakyat sudah sebati dengan Pas."Namun ia tidak menggugat semangat PH dan BN untuk menggempur negeri ini dengan sekurang-kurangnya menambahkan lagi bilangan wakil rakyat pembangkang di DUN," ujarnya.
4
24 Jun 2023 02:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265105/berita/semasa/suami-isteri-ditahan-disyaki-dera-budak-lelaki
Suami isteri ditahan disyaki dera budak lelaki
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah teres di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju Kuala Lumpur, semalam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas penduduk setempat melaporkan mengenai kejadian tersebut petang semalam.Beliau berkata susulan laporan itu, polis telah menahan ibu dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun kira-kira 8 malam."Pemeriksaan pada badan kanak-kanak itu menemukan kesan lebam di kaki dan pipi serta kesan rotan... Kita percaya kejadian dera ini masih baharu dalam tempoh seminggu atau dua minggu."Mangsa merupakan anak tunggal dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur," katanya pada sidang media selepas melancarkan Taman Angkat Amanita di Taman Bukit Cheras di sini hari ini.Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan suspek lelaki itu mendakwa mangsa nakal.Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine manakala wanita yang juga ibu mangsa negatif dadah.Mohd Shuhaily berkata, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penjual nasi lemak itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001. - Bernama
4
24 Jun 2023 02:23pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265103/berita/nasional/skmm-perlu-lebih-tegas-tangani-isu-fitnah-di-media-sosial
SKMM perlu lebih tegas tangani isu fitnah di media sosial
KOTA BHARU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu lebih tegas terhadap tindakan platform media sosial bagi mengelakkan lebih banyak fitnah melalui media berkenaan.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, banyak maklumat diterima mengenai perkara yang boleh membina persepsi buruk terutama melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).Menurut beliau, fitnah bukan sahaja ketika pilihan raya negeri (PRN) malah di luar PRN juga banyak berlaku tohmahan."Kita sudah mengadakan pertemuan bersama pengurusan TikTok pada hujung 2022 dan 2023 dan alhamdulillah mendapat perkembangan baik," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani di sini pada Sabtu.Fahmi menjelaskan, antara tugas dan fungsi Komuniti Madani ialah untuk mengenal pasti lokasi yang menghadapi masalah internet.Katanya, mereka akan bekerjasama dengan SKMM dan memberi laporan kepada pihak terbabit supaya masalah itu dapat diselesaikan.Selain itu Fahmi memberitahu, turut mengadakan pertemuan dengan pihak Telegram selain ada keperluan bertemu pengurusan Meta."Kerjasama baik dengan SKMM, polis dan penyedia platform perkhidmatan media sosial ini amat penting bukan hanya untuk mengelak sebarang bahan-bahan 3R tetapi bagi memastikan platform terbabit tidak disalah guna oleh penjenayah," katanya.Beliau turut memberi contoh ada platform media disalah guna oleh scammer untuk mencuri sebanyak RM45 juta wang rakyat Malaysia sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.Fahmi pada masa sama memberitahu, perlu kepada pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia supaya SKMM mempunyai kuasa yang lebih untuk isu berkenaan.Pada sidang akhbar sama, Fahmi memberitahu, beliau sudah meminta SKMM meneliti bagi memastikan semua kawasan terlibat menerima capaian internet."Ketika ini kita belum ada senarai lokasi pusat penamaan calon atau penjumlahan undi tetapi kita sudah bersedia," katanya.
4
24 Jun 2023 02:16pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265102/berita/politik/tony-pua-umpama-gelandangan-politik
Tony Pua umpama 'gelandangan politik'
JOHOR BAHRU - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilihat cuba mencari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan menghentam Barisan Nasional (BN) kini bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, kenyataan 'panas' tersebut sudah tentu akan menarik perhatian media dan orang ramai sekali gus tumpuan diberikan kepada Tony Pua."Pemuda UMNO Johor menzahirkan rasa simpati dan kasihan dengan saudara Tony Pua. Kita faham sekarang sebagai seorang gelandangan politik (political outcast), beliau pastinya tercari-cari tempat dan kesempatan untuk kekal relevan."Beliau barangkali menaruh harapan bahawa dengan kenyataan-kenyataan yang sebegitu itu, dapatlah mencuri tumpuan dan ihsan daripada media dan orang ramai," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Noor Azleen menegaskan kenyataan Tony Pua itu langsung tidak memberi kesan kepada fokus dan matlamat utama UMNO ketika ini."Sekarang kita perlu pastikan kemenangan calon-calon daripada gabungan Kerajaan Perpaduan BN dan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan," katanya.Media sebelum itu melaporkan, Tony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.Tony dalam ucapan sama turut menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
4
24 Jun 2023 02:05pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265101/berita/sukan/bayern-sambar-khidmat-guerreiro-secara-percuma-dari-dortmund
Bayern sambar khidmat Guerreiro secara percuma dari Dortmund
BAYERN Munich menandatangani bek kiri Portugal, Raphael Guerreiro secara percuma daripada pesaing Borussia Dortmund, kata juara Bundesliga itu.Guerreiro yang kontraknya dengan Dortmund berakhir pada 30 Jun telah menandatangani perjanjian setahun bersama Bayern.Pemain berusia 29 tahun itu akan bersatu semula dengan jurulatih Bayern, Thomas Tuchel yang membawanya ke Dortmund dari kelab Perancis Lorient pada 2016.“Apabila panggilan datang daripada Bayern, saya membuat keputusan dengan pantas tanpa perlu berfikir panjang.“Ia satu penghormatan untuk saya dapat bermain untuk kelab hebat ini, dan saya juga menghargai Thomas Tuchel sejak kami bersama di Dortmund,” kata Guerreiro.Sebagai rekod, Guerreiro menghabiskan tujuh tahun di Dortmund dengan melakukan lebih daripada 200 penampilan untuk kelab itu,Dia juga telah menjaringkan 40 gol dan mempunyai 64 caps bersama Portgual selain memenangi Euro 2016.Menariknya, biarpun beraksi selaku pemain pertahanan, namun Guerreiro juga boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan di bahagian tengah.Dia mencatatkan empat gol dan 12 bantuan gol dalam Bundesliga musim lalu, ketika Bayern mengekalkan penguasaan di Bavaria menewaskan Dortmund dengan perbezaan gol bagi merangkul kejuaraan liga ke-11 berturut-turut.Sebagai rekod, pemain pertahanan Mats Hummels adalah pemain terakhir yang berpindah dari Dortmund ke Bayern pada 2016, apabila kembali ke kelab lembah Ruhr tiga tahun kemudian.Guerreiro adalah pembelian kedua Bayern di luar musim, selepas pemain tengah Konrad Laimer menyertai RB Leipzig, juga secara percuma
4
24 Jun 2023 01:56pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265100/berita/politik/kenyataan-tony-pua-tidak-mewakili-dap---sheikh-umar
Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Sheikh Umar
JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berpandangan kenyataan dikeluarkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bukan mewakili parti.Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu sebaliknya melihat kenyataan dikeluarkan Tony Pua itu atas kapasiti dirinya sendiri memandangkan bekas Ahli Parlimen Damansara itu tidak memegang apa-apa jawatan di dalam DAP."Tony Pua pada ketika ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Oleh itu, saya fikir beliau bercakap atas kapasiti dirinya sendiri dan bukan mewakili parti."Sebarang kenyataan provokatif mesti dielakkan. Jangan ibarat menembak kaki sendiri sedangkan kita baru mahu stabil berdiri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara pada masa ini," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) memberitahu pada dasarnya, DAP telah memutuskan untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik."Ia selepas keputusan PRU15 yang menyaksikan tiada mana-mana parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan pusat."Seterusnya menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk," katanya.Justeru beliau berpendapat, seluruh kekuatan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mesti difokuskan untuk mewujudkan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.Media sebelum itu melaporkan, Tony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.Tony dalam ucapan sama turut menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
4
24 Jun 2023 01:50pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265099/berita/politik/calon-tandatangani-aku-janji-setia-kepada-pn-muhyiddin
Calon tandatangani aku janji setia kepada PN: Muhyiddin
MUAR - Kesemua 245 calon Perikatan Nasional (PN) membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menandatangani surat aku janji agar berpegang teguh dengan dasar gabungan itu.Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aku janji tersebut tidak meletakkan sebarang nilai denda sebagaimana yang dilakukan sesetengah parti sebelum ini."Kita tidak buat begitu kerana yakin calon-calon PN berpegang kepada aku janji dan angkat sumpah. Aku janji sudah dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor serta Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Aku janji ini biasanya untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan rasuah dan berpegang kepada perlembagaan serta undang-undang. Kita harap mereka berpegang teguh kedudukan mereka itu atas dasar PN," katanya.Muhyiddin (tiga dari kiri) menyerahkan lembu korban sempena Program Korban Perdana Parlimen Pagoh di Bukit Pasir pada Sabtu.Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 52 lembu sempena Program Korban Perdana Parlimen Pagoh di Bukit Pasir, di sini, pada Sabtu.Ahli Parlimen Pagoh itu menambah semua calon PN juga perlu menjalani tapisan untuk memastikan mereka 'bersih' daripada sebarang kesalahan dengan pihak berkuasa termasuk tidak muflis."Sebelum pemilihan dibuat, semua bakal calon perlu melalui proses saringan dengan teliti serta diperhalusi bagi memenuhi kriteria ditetapkan."Proses tapisan dijalankan bagi memastikan mereka tidak ada rekod polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Insolvensi."Ini sudah dijadikan panduan, pendek kata kita sudah bersedia lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum tarikh penamaan calon," katanya.Sementara itu, Muhyiddin turut melahirkan keyakinan PN mampu menyapu bersih kerusi di sesetengah negeri pada PRN negeri."Tiga negeri bawah pentadbiran PN yang dipimpin oleh Pas sebagai Menteri Besar akan kekal pada PRN ini."Malah jumlah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi juga akan meningkat," katanya.
4
24 Jun 2023 01:43pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265096/berita/politik/pas-bukan-abang-besar-dalam-pn---muhyiddin
Pas bukan 'abang besar' dalam PN - Muhyiddin
MUAR - Pas sememangnya layak memperoleh bilangan kerusi lebih banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana parti itu sudah lama wujud berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak timbul isu Pas 'abang besar' di dalam PN kerana kesepakatan telah dicapai dan pembahagian yang adil telah dilaksanakan."Fakta bahawa Pas mempunyai kerusi yang lebih banyak memang jelas kerana sebelum kami (Bersatu) wujud, Pas sudah lama wujud. Malah Pas juga sudah mengusai kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu serta Kedah."Selain itu, Pas juga sudah ada kerusi-kerusi di negeri lain. Dari segi proses pertimbangan pembahagian kerusi ini kita lihat, Pas sudah mempunyai ramai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban bagi Parlimen Pagoh di Bukit Pasir dekat sini pada Sabtu.Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menambah walaupun Pas memperoleh kelebihan lebih banyak kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah namun Bersatu juga mempunyai lebih kerusi di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang."Kita tidak panggil parti itu 'abang besar' atau 'abang kecil'. Saya Presiden Bersatu dan Pengerusi PN, yang disokong oleh Pas."Tidak kisah siapa yang memimpin asalkan mempunyai azam dan perjuangan yang sama di dalam PN," katanya.Pada Khamis, Muhyiddin mengesahkan (PN) sahkan akan bertanding di kesemua iaitu 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.Daripada jumlah itu, Pas akan bertanding 126 kerusi, Bersatu 83 kerusi dan Gerakan sebanyak 36 kerusi.
4
24 Jun 2023 01:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265098/berita/hiburan/hasrat-hati-salwa-abd-rahman-subadron-di-tanah-suci
Hasrat hati Salwa Abd Rahman, Subadron di Tanah Suci
MAKKAH - Bagi penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman, 58, kehadiran ke Tanah Suci kali ini amat bermakna kerana hajat untuk datang bersama-sama suaminya, Datuk Subadron Abd Aziz akhirnya tercapai.Artis yang popular pada tahun 80an itu berkata, sebelum ini suaminya tidak pernah menunaikan umrah dan menyimpan hasrat untuk terus menunaikan haji apabila menjejakkan kaki ke Makkah."Syukur Alhamdulillah kerana dapat sambut ulang tahun perkahwinan ke-36 di bumi Makkah ini dengan suami di sisi. Ini adalah pengalaman paling manis dalam hidup kami."Hadir sebagai jemaah haji muassasah juga adalah pengalaman berharga dan berharap supaya mendapat haji yang mabrur," katanya kepada pemberita di sini.Subadron ketika ditanya perasaan apabila terpilih pada tahun ini pula amat bersyukur kerana sebelum ini tidak berkesempatan ke Tanah Suci kerana fokusnya terhadap bola sepak.Bekas pemain kebangsaan dan pernah mewakili pasukan Kuala Lumpur itu juga berharap dipermudahkan urusan sepanjang melakukan ibadah di sini.Kata Subadron, di bumi yang barokah ini dia memohon agar projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Dato Subadron Aziz di Sungai Chincin, Gombak, Selangor berjaya direalisasikan."Cita-cita saya nak buka sekolah tahfiz tapi sebagai bekas pemain bola agak sukar terlibat dan dapat kerjasama, jadi impian saya kompleks itu kelak akan dapat bantu ramai anak muda berjaya dalam bola sepak," katanya.Ujarnya, ketika ini terdapat seramai 300 pemain yang bernaung di bawah Akademi Bola Sepak Subadron dengan penekanan turut diberikan dalam aspek pembinaan akhlak untuk menjadi Muslim yang taat perintah ALLAH."Budak-budak yang tercicir tiada siapa yang tolong atau pantau. Jadi apabila kita masukkan dalam akademi boleh gilap mereka main di peringkat negeri dan tahap lebih tinggi," katanya.Pada 18 November tahun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan kompleks berkenaan.Ia akan dibina di atas tanah milik Subadron dengan sokongan kerajaan negeri dan Pertubuhan Pewaris Anak-anak Melayu Gombak (Pewarga).Buat permulaan dua padang bola dan sebuah bangunan pentadbiran akan dibina yang menelan belanja kira-kira RM6 juta dan dijangka siap dalam masa dua tahun.
4
24 Jun 2023 01:26pm
SAIFULLAH AHMAD
https://www.sinarharian.com.my/article/265094/berita/politik/adun-pkr-setuju-teruskan-syarat-bon-calon-rm10-juta
ADUN PKR setuju teruskan syarat bon calon RM10 juta
IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar meneruskan syarat bon dalam akujanji calon-calon yang akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai berkata, syarat bon itu dilihat penting bagi memastikan pengkhianatan tidak mudah berlaku.Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin membuktikan ia boleh dilaksanakan."Sudah tentu syarat bon ini perlu diteruskan dan saya rasa semua parti akan mulakan atau dah buat perkara ini tetapi sebelum ini tiada peruntukan undang-undang melalui perlembagaan untuk menghalang wakil rakyat daripada melompat parti."Dulu ramai yang tak yakin dengan kaedah ini sebab mereka kata susah nak menang jika bawa ke mahkamah tetapi keputusan dibuat mahkamah ini satu petanda baik," katanya kepada pemberita ketika menyempurnakan Gotong-Royong Mega 1.0 dan Pelancaran One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Perak di Dewan Seri Delima, Kampung Tersusun Batu 5, Tambun di sini pada Sabtu.Muhamad Arafat yang juga Naib Pengerusi PKR Perak berkata, keputusan mahkamah itu juga akan menjadi contoh pada masa akan datang buat semua parti politik bagi mengelak wakil rakyat mereka melompat parti.Sementara itu, beliau menjelaskan keadaan itu akan memberi pengajaran kepada mana-mana wakil rakyat yang mahu mengkhianati parti berfikir sedalam-dalamnya untuk berbuat demikian jika tidak mahu menanggung kerugian.Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.Hakim, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas membenarkan saman oleh PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020.Menerusi pernyataan tuntutan PKR yang difailkan pada 28 September 2020, Zuraida telah menandatangani bon yang mengikat dirinya untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti jumlah itu selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.Selain Zuraida, 10 lagi ahli PKR yang keluar parti itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).
4
24 Jun 2023 01:20pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265095/berita/nasional/31600-jemaah-haji-bergerak-ke-arafah-isnin-ini
31,600 jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
MAKKAH - Seramai 31,600 jemaah haji mula bergerak ke Arafah pada Isnin ini 8 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadah yang paling penting dalam Rukun Islam kelima itu.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah haji akan bergerak dari Makkah ke Arafah bermula jam 7 pagi hingga selepas Zohor melibatkan laluan sejauh 21.9 kilometer.Katanya, sebanyak 21 bas disediakan untuk membawa 3,000 jemaah dengan keseluruhannya 63 trip perjalanan untuk satu maktab."Petugas akan buat pemeriksaan di 12 penginapan jemaah, di setiap tingkat dan juga di Masjidil Haram supaya tiada jemaah yang tertinggal,"katanya pada taklimat operasi Masyair di Ibu Pejabat Tabung Haji di Abraj Al Janadriyah di sini.Pada tahun ini kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berada di Arafah, Mudzalifah dan Mina bagi menyempurnakan ibadah haji masing-masing.Syed Saleh berkata, pada hari wukuf iaitu Selasa 9 Zulhijjah, jemaah haji akan mengikuti khutbah Arafah dan memanfaatkan waktu wukuf dengan ibadah masing-masing seperti doa,berzikir dan membaca al-Quran.Kata beliau, sebelum Maghrib kira-kira jam 6.30 petang semua jemaah haji perlu berada di dalam bas yang ditetapkan untuk bergerak ke Mudzalifah melibatkan jarak lapan kilometer."Apabila masuk Maghrib, jemaah akan dibawa dengan tujuh bas secara ulang-alik dari Arafah ke Mudzalifah dan perlu menunggu separuh malam pada 11.45 malam."Duduk seketika di Mudzalifah pada separuh malam dikira memenuhi syarat bermabit seperti yang ditetapkan pakar rujuk," katanya.Tambah Syed Saleh, dari Mudzalifah jemaah akan bergerak ke Mina dengan jarak perjalanan tujuh kilometer menggunakan sembilan bas selepas jam 11.45 malam."Jemaah haji akan berada di Mina pada 10 Zulhijjah hingga 12 Zulhijjah atau sehingga 13 Zulhijjah, berpandukan kepada Nafar Awal (melontar jamrah pada dua dari tiga hari tasyrik) dan Nafar Thani (melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik).Pergerakan 31,600 jemaah haji Malaysia bersama kira-kira tiga juta jemaah haji seluruh dunia."Tahun ini kita rancang supaya 50 peratus lakukan Nafar Awal dan bakinya melakukan Nafar Thani," katanya.Ujar beliau, semasa proses untuk melontar, jemaah perlu berjalan sejauh 8 kilometer dan dijangka mengambil masa dua jam."Ada pos menunggu terdiri daripada petugas kebajikan dan petugas perubatan untuk beri bantuan kepada jemaah yang memerlukan terutama mereka yang lanjut usia," katanya.Kata Syed Saleh, apabila selesai melakukan lontaran di Jamrah, jemaah akan dibawa dengan 11 bas dari Mina ke Makkah untuk tawaf dan saie.Safari WukufSeperti tahun-tahun sebelumnya, program Safari Wukuf dilaksanakan bagi membolehkan jemaah haji yang sakit menyempurnakan wukuf masing-masing.Syed Saleh berkata, pada tahun ini dijangka 70 pesakit akan dibawa menaiki empat ambulans dan enam bas khas supaya dapat membawa jemaah yang terlantar."Ini adalah operasi yang cukup penting dan memerlukan perancangan yang rapi kerana perlu berada di Arafah tepat pada masanya bagi mengelakkan jemaah dan petugas perubatan terlepas rukun haji itu," katanya.Beliau berkata, program yang telah dilaksanakan sejak 2014 itu amat membantu melicinkan operasi Masyair kerana tanpa Safari Wukuf, jemaah yang sakit perlu berada di dalam khemah."Berada dalam khemah dalam serba kekurangan dari segi perubatan, risiko terdedah cuaca panas akan membahayakan mereka."Dengan program ini klinik di Arafah dapat tumpukan kepada jemaah lain yang memerlukan rawatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan," katanya.Di samping itu katanya, seramai 50 jemaah yang lanjut usia dan tidak mampu urus diri sendiri telah dikenal pasti untuk diberi perhatian rapi oleh petugas TH dalam Program Prihatin Tetamu Ar Rahman (Peneman)."Program Peneman seorang jemaah dijaga seorang petugas selama tujuh hari adalah khidmat untuk memastikan mereka yang kurang upaya dapat laksanakan ibadah."Petugas akan bawa ke bilik air, mandikan jika perlu, suap makan sekiranya jemaah itu tidak mampu dan pastikan mereka dapat laksanakan ibadah," katanya.Mengulas mengenai jadual melontar, Syed Saleh berkata Malaysia mendapat keutamaan dari kerajaan Arab Saudi untuk memilih melontar di ketiga-tiga jamrah pada waktu malam."Alhamdulilah jemaah kita dapat melontar pada slot malam selepas waktu Maghrib bermula jam 8 malam hingga 10 malam dan ini penting supaya tidak terdedah pada cuaca panas," katanya.
4
24 Jun 2023 01:15pm
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
https://www.sinarharian.com.my/article/265097/berita/semasa/scammer-pelaburan-patuh-syariah-guna-nama-individu-ternama
Scammer pelaburan 'patuh syariah' guna nama individu ternama
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat 186 kes tipu pelaburan 'patuh syariah' membabitkan kerugian mencecah RM5.4 juta.Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengesan kewujudan pelbagai iklan pelaburan saham 'islamic' dan 'patuh syariah' yang berleluasa di media sosial.Menurutnya, menerusi iklan itu, skim pelaburan terbabit menawarkan keuntungan sehingga 50 kali ganda daripada nilai wang yang dilaburkan."Malahan, keuntungan juga didakwa akan dibayar seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat."Lebih membimbangkan, iklan tersebut turut menggunakan gambar individu ternama termasuklah ahli politik, agamawan, selebriti, tokoh korporat dan pempengaruh media sosial dipercayai dengan tujuan untuk menarik perhatian pelabur," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, melalui siasatan, individu terbabit tidak terlibat dengan skim pelaburan berkenaan dan tidak pernah memberikan kebenaran untuk gambar mereka digunakan.Katanya, PDRM mengesahkan telah menerima laporan daripada beberapa individu ternama berkenaan penyalahgunaan gambar terbabit."Sebagai langkah pencegahan, PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak sesekali terpengaruh dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan yang terlalu lumayan."Lakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan," ujarnya.Tambahnya, dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti portal semak mule, alert list Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.
4
24 Jun 2023 01:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265092/berita/nasional/kemiskinan-tegar-perlu-dinoktahkan-tahun-ini---pm
Kemiskinan tegar perlu dinoktahkan tahun ini - PM
NILAI - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan tahun ini.Beliau berkata, sehubungan itu semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya."Tahun 2023 golongan ini (miskin tegar) kita mesti muktamadkan dan noktahkan jumlah kemiskinan, termasuk di Negeri Sembilan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di sini hari ini.Turut hadiri di majlis pagi ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, KKDW juga merupakan kementerian strategik yang berupaya menyantuni rakyat yang majoritinya orang Melayu untuk dibantu selain kelompok kecil termasuk Cina, India, Orang Asli dan pedalaman Sabah serta Sarawak.Perdana Menteri berkata, keseluruhan kementerian juga tidak hanya perlu membincangkan projek-projek besar dan mega, sebaliknya perlu berusaha membantu golongan terbabit keluar dari belenggu kemiskinan."Kita tidak hanya bincang tentang high speed railway, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bangunan berkembar, Putrajaya dan sebagainya tetapi yang miskin nak beli susu anak tak cukup, nak beli pakaian sekolah pun tak cukup, jadi itu kita perlu beri keutamaan."Saya tidak fikir ini salah kalau semua jentera dapat ditumpukan, ini sebabnya kita mahu rakyat melihat sendiri apa yang dilakukan kerajaan termasuk kerajaan Negeri Sembilan, mengetahui program-program, dan bukan guna ruang politik untuk serang orang lain," katanya.Sementara itu beliau sekali lagi mengulangi bahawa semua tandas sekolah di seluruh negara perlu disegerakan baikpulihnya pada tahun ini, sekali gus memberikan keselesaan untuk golongan pelajar yang merupakan nadi kepada negara."Kalau bercakap pasal ekonomi hebat, gaji menteri-menteri, gaji duta-duta khas semua tinggi, tapi tandas sekolah tak dapat dibaiki, sebab itu saya kata mesti selesaikan tahun ini untuk anak-anak kita," katanya. - Bernama
4
24 Jun 2023 12:57pm
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/265091/berita/semasa/bomba-selamatkan-pendaki-wanita-alami-gastrik-di-bukit-botak
Bomba selamatkan pendaki wanita alami gastrik di Bukit Botak
SHAH ALAM - Seorang pendaki wanita berusia 27 tahun mengalami sakit perut akibat gastrik ketika mendaki Bukit Botak Bandar Puncak Alam dekat sini pada Sabtu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapa saudaranya berusia 50 tahun mendaki bukit berkenaan.Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian."Mangsa mengalami sakit perut kira-kira 20 minit dan mengadu tidak mampu berjalan ketika mendaki," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Mohamadul Ehsan berkata, mangsa kemudian dibawa turun pasukan bomba dengan peralatan pengusung."Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mangsa turun ke pusat kawalan bomba (PKB)," katanya.
4
24 Jun 2023 12:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265090/berita/hiburan/konsert-coldplay-perlu-ada-strategi-agresif-bangkitkan-pelancongan---kj
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan - KJ
SUSULAN konsert kumpulan rock dari United Kingdom, Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura, manakala hanya satu malam di negara ini terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.Bagi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau berpandangan perkara itu memperlihatkan bagaimana Malaysia kehilangan peluang untuk meningkatkan aliran modal menerusi industri pelancongan."Kita perlu ada strategi mengatasi masalah ini, minggu lepas kita bercakap aliran modal. Kita tahu aliran modal paling besar menerusi pelancongan, pelancong datang dan beli ringgit sebab nak belanja di sini."Itu nombor kedua currency earner terbesar di negara kita. Tetapi kita masih lagi tidak dapat meletakkan Malaysia di peta pelancong berbanding Singapura atau Bangkok for that matter," katanya.Jelas Khairy lagi, perlu ada strategi pelancongan yang lebih agresif dilakukan dalam isu itu."Perbincangan ekonomi pun kita bangkitkan mana strategi pelancongan kita, takkan kita menunggu untuk Tahun Melawat Malaysia setiap empat tahun, atau kita hanya bergantung kepada satu pasaran package tour daripada China."Apa naratif dari sudut pelancongan? Dulu kita ada Malaysia Truly Asia sangat cantik, tapi apa produk menjadikan Malaysia Truly Asia," soalnya lagi dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Jumaat.Sementara itu bagi Shahril Sufian Hamdan beliau berpandangan, tindakan kumpulan Coldplay menambah hari konsert di Singapura juga disebabkan negara kota singa itu dilihat sebagai hab pelancongan."Ia juga cerminan Singapura hab pelancongan dan bukan Malaysia. KJ berikan contoh orang luar datang ke sesebuah negara untuk tengok konsert."Saya ke Singapura tempoh hari untuk pergi tengok Artic Monkeys sebab tidak datang ke Malaysia. Coldplay ini pilih Singapura sebab dia tahu connectivity lebih banyak," katanya lagi.Sebelum ini, Live Nation Singapura mengumumkan konsert jelajah Coldplay, Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Singapura kini akan diadakan sebanyak enam hari. - Awani
4
24 Jun 2023 12:23pm
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265084/berita/semasa/kerani-rugi-lebih-rm113000-terpedaya-pulangan-lumayan-120-saat
Kerani rugi lebih RM113,000 terpedaya pulangan lumayan 120 saat
KUANTAN - Seorang wanita nekad menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga untuk menyertai pelaburan dalam talian ditawarkan kenalan warga negara asing dengan pulangan lumayan hanya dalam tempoh 120 saat.Mangsa berusia 37 tahun yang bertugas sebagai kerani melabur sebanyak RM113,875 namun harapan untuk menikmati keuntungan 10 peratus yang dijanjikan lebur selepas mendapati pelaburan itu sebenarnya tidak wujud.Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berkenalan dengan suspek yang mengakui sebagai warga Taiwan melalui aplikasi Instagram pada awal Mei lalu.Menurutnya, suspek yang berjanji datang ke negara ini untuk menemui mangsa telah menawarkan pelaburan secara dalam talian melalui aplikasi JPEX untuk membantu wanita itu menjana wang dalam mata wang dolar Amerika Syarikat."Mangsa hanya memerlukan modal serendah RM1,000 namun pulangan keuntungannya 10 peratus dalam masa 120 saat."Terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan itu, mangsa melabur RM113,875 melalui 11 transaksi bayaran ke enam akaun bank berbeza dalam tempoh dua minggu bermula 2 Jun lalu," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.Yahaya berkata, mangsa menyedari ditipu apabila gagal menerima keuntungan dijanjikan malah wang pelaburannya turut lesap.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat."Sekiranya ingin membuat pelaburan, buat semakan atau mendapatkan maklumat dari pihak polis dan Bank Negara bagi mengelak menjadi mangsa pelaburan yang tidak wujud," ujarnya.
4
24 Jun 2023 12:18pm
NOOR AINON MOHAMED
https://www.sinarharian.com.my/article/265088/berita/semasa/pelajar-tahfiz-hilang-sejak-rabu-ditemui-selamat
Pelajar tahfiz hilang sejak Rabu ditemui selamat
GERIK - Pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang lebih 70 jam di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai, di sini Rabu lalu ditemui selamat.Mangsa, Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, ditemui anggota penyelamat sekitar jam 10.49 pagi pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, remaja itu ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya pada jarak dua kilometer (KM) dari lokasi motosikal mangsa ditemui."Operasi hari ketiga telah dipecahkan kepada lapan kumpulan dengan gerak kerja dimulakan dengan melaungkan azan."Mangsa berjaya dijumpai oleh Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dua jam operasi dimulakan. Situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemui sebelum ini," katanya di sini.Menurutnya, usaha membawa keluar mangsa sedang dilakukan untuk dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Gerik."Liputan komunikasi agak terhad di lokasi kejadian. Disebabkan keadaan fizikal mangsa yang besar, kita cuba membawa mangsa keluar dengan menggunakan kenderaan.Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada hari ketiga operasi SAR dijalankan di Gerik pada Sabtu. Foto: Ihsan JBPM Perak"Seramai 94 anggota pelbagai operasi antaranya bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), PDRM, PGA, Sapura dan orang awam menyertai operasi kali ini," katanya.Media melaporkan remaja terbabit antara pelajar terbaik di maahad tahfiz tempat dia belajar dan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 14 tahun malah, sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya.Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan sekitar jam 1.33 pagi berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang.Mangsa kali terakhir dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9 pagi dikatakan mengalami gangguan emosi.Pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa di kawasan kebun getah sekitar jam 6 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis.
4
24 Jun 2023 12:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265079/berita/politik/asyraf-wajdi-desak-dap-jangan-calonkan-tony-pua-pada-prn
Asyraf Wajdi desak DAP jangan calonkan Tony Pua pada PRN
KUALA LUMPUR - Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hari ini membidas bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua susulan kenyataannya yang mengecam Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai 'pakatan korup'.Setiausaha Agung UMNO turut menghantar mesej protes terhadap kepimpinan tertinggi DAP dan mendesak untuk tidak mencalonkan Tony Pua dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sekiranya mahu keharmonian gabungan Kerajaan Perpaduan berkekalan."Walaupun Tony Pua bukan lagi pimpinan DAP, tetapi ucapan beliau bagaikan ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’."Hakikatnya, rakyat tidak pernah lupa tindak tanduknya ketika di Kementerian Kewangan dalam Kerajaan PH 22 bulanlah antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara."Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lima tahun lebih berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak segemilang dahulu!" tegas beliau.Pada Jumaat, Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan 'korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Damansara sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Asyraf Wajdi turut mengingatkan Tony Pua bahawa Kerajaan Perpaduan bukanlah kerajaan PH, sebaliknya, gabungan besar 19 parti politik."Lagipun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi kerajaan gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang didalamnya terdiri daripada 19 parti politik."Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri," ujarnya. - AwaniARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
4
24 Jun 2023 10:55am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265076/berita/nasional/bayaran-str-dipercepatkan-beri-kelegaan-kepada-b40
Bayaran STR dipercepatkan beri kelegaan kepada B40
KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan mempercepat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang akan disalurkan mulai 26 Jun ini memberi kelegaan kepada golongan B40 dalam meringankan beban kos sara hidup.Penganalisis Ekonomi dari Universiti Malaya (UM), Dr Roza Hazli Zakaria berkata, inisiatif itu juga akan merangsang aktiviti ekonomi dalam jangka masa pendek."Golongan B40 ini secara umumnya mempunyai kecenderungan menggunakan marginal yang tinggi, iaitu mereka cenderung untuk berbelanja apabila menerima pendapatan tambahan."Inisiatif ini juga sudah pasti akan membantu mereka khususnya untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, usaha kerajaan itu dilihat mampu meringankan beban rakyat selain merancakkan pertumbuhan ekonomi negara."Kerajaan juga tahu dengan pemberian duit sumbangan ini maka rakyat akan berbelanja dan ini berpotensi merancakkan ekonomi negara ... walaupun ini bukanlah satu inisiatif yang baharu, ada keperluan yang dilihat cukup penting khususnya kepada golongan B40 yang menerima bantuan ini terutama bagi persiapan menjelang sambutan Aidiladha pada 29 Jun ini,” katanya.Khamis lepas, Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan mengumumkan bayaran STR membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.Pada 13 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR 3 akan dibayar lebih awal kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada Julai 2023.Sementara itu, penghantar makanan p-hailing Noor Arfan Affendi, 32, berkata, bantuan STR oleh kerajaan disifatkan sebagai satu rahmat kepadanya yang amat memerlukan bantuan ketika ini.Hal ini kerana katanya baru-baru ini, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menjejaskan aktiviti penghantaran makanan."Alhamdulillah memang tidak sangka kerajaan umumkan pemberian bantuan STR ini dan kebetulan juga saya memerlukan wang tambahan. Beberapa hari saya tidak dapat bekerja, agak bimbang juga tetapi syukur semuanya dipermudah,” katanya.Suri rumah Rodina Mat Sidek, 41, berkata, STR yang akan disalurkan mulai Isnin ini merupakan berita gembira kerana bantuan itu sememangnya meringankan perbelanjaan bulanan mereka sekeluarga untuk mendapatkan barangan keperluan harian."Ditambah pula dengan adanya inisiatif menarik yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan menerusi inisiatif Payung Rahmah, rakyat akan dapat melakukan penjimatan dengan lebih efektif,” katanya. - Bernama
4
24 Jun 2023 10:45am
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265069/berita/politik/kenyataan-tony-pua-bukan-pendirian-dap---anthony-loke
Kenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.Menurutnya, ucapan daripada Tony Pua yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan."Saya merujuk kepada laporan media yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP Petaling Jaya."Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP."Jadi beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti," katanya di Facebook pada Sabtu.Pada Jumaat, bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Setiausaha Publisiti DAP tersebut sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Mengulas lanjut, Anthony turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran."Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP," tegasnya.
4
24 Jun 2023 10:14am
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265068/berita/politik/tony-pua-sila-cermin-diri---dr-akmal
'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr Akmal
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh meminta bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua supaya cermin diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan dengan mendakwa Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup'.Dr Muhammad Akmal mendakwa negara melalui zaman gelap semasa ditadbir Pakatan Harapan (PH) sehingga kerajaan tersebut rebah dalam tempoh 22 bulan.Menurutnya, ketika itu juga Tony Pua dilantik sebagai penasihat kepada Lim Guan Eng."Beliau (Tony Pua) yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh merudum dan hutang negara meningkat secara mendadak."Ini belum dikira dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit akibat tindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang negara."Jangan dek kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan," katanya di Facebook.Pada Jumaat, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Setiausaha Publisiti DAP tersebut sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Mengulas lanjut, Dr Muhammad Akmal berkata, sebaliknya BN yang didakwa korup itu sebenarnya telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan selain telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-23 paling kompetitif di dunia.Menurutnya, ini termasuk kejayaan BN meningkatkan KDNK sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion serta usaha memperkasa aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC)."Selain itu, syarikat pelaburan mencecah beratus bilion dan beri pulangan tinggi kepada rakyat serta kerajaan seperti Khazanah Nasional yang naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion manakala rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion," jelasnya.Justeru, beliau berkata, pihaknya menyelar tindakan biadab Tony Pua yang menggelar BN sebagai 'pakatan korup'dan sekali gus mewujudkan ketidakpuasan hati di kalangan akar umbi UMNO.Katanya, Tony Pua harus menyedari bahawa tindakan beliau itu sedang merobek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional."Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting bagi memastikan nasib dan igauan ngeri orang melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang."Selain itu, kepakaran dan pengalaman menteri BN ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," ulasnya.Justeru, Dr Muhammad Akmal berkata, pihaknya menuntut DAP agar mengambil tindakan tegas kepada Tony Pua.
4
24 Jun 2023 09:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264998/berita/nasional/pelepasan-status-muflis-peluang-kedua-buat-belia
Pelepasan status muflis peluang kedua buat belia
Ketika membentangkan #Belanjawan2023 atau #BelanjawanMADANI pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.Inisiatif kerajaan yang memberikan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi kepada individu bankrap yang berhutang kurang dari RM50,000 sejak 1 Mac lalu, merupakan satu proses pengampunan yang memberi ruang untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka.Pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, walaupun diberi pengampunan, peminjam masih perlu menyelesaikan hutang kerana mereka cuma diberi pelepasan bagi kemudahan-kemudahan yang dinafikan hak sebagai individu bankrap.“Ini (pelepasan) merupakan satu proses supaya mereka semua mendapat manfaat dan kebaikan yang diberikan. Secara peribadi, inisiatif pelepasan kebankrapan daripada kerajaan itu saya sangat setuju,” katanya kepada Sinar Harian.Beliau bagaimanapun menasihati golongan muda supaya tidak terlalu terpengaruh dengan gaya hidup individu-individu tertentu yang mempamerkan kekayaan dan kemewahan barangan peribadi mereka di media sosial.“Perkara nombor satu kena faham apa punca pendapatan kita, berapa besar dan bagaimana kita membelanjakan pendapatan itu. Kena faham itu dulu.“Contoh paling mudah kaedah pembahagian gaji, buat formula 50-30- 20. 50 peratus untuk keperluan hidup, 30 peratus adalah kehendak manakala 20 peratus pula kena sentiasa ada. Ini penting untuk simpanan kita atau jika nak buat pelaburan,” jelasnya.Beri kesedaran Beliau dalam pada itu meminta institusi perbankan memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran dan mendidik masyarakat berhubung pinjaman peribadi bagi memastikan golongan belia tidak terjerat dalam beban hutang yang tinggi sehingga membawa kepada kebankrapan.“Ini kerana golongan muda sering bergantung kepada nasihat daripada pihak bank memandangkan mereka tidak begitu memahami akan selok-belok mengenai pinjaman hutang dan sebagainya,” ujar Azizul.Jelas beliau, kakitangan bank perlu memberi maklumat serta informasi lengkap kepada masyarakat agar mereka memahami berkenaan prosedur permohonan pinjaman dengan jelas.“Kita tak ada sandaran (daripada mana-mana pihak), ketika orang pergi ke bank, harapan mereka untuk membuat hutang. Ada sesetengah mereka masih lagi waswas sama ada berhutang ini bagus atau tidak.“Jadi, perlu ada penjelasan yang tepat berkaitan pinjaman, faedah dan sebagainya sebelum seseorang itu mula berhutang,” katanya.Layari https://belanjawan.mof.gov. my/manfaat/ untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk mendapatkan inisiatif ini dan meneroka lebih banyak peluang yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat.#Belanjawan 2023#BelanjawanMADANIREAKSI BELIA“Bagi saya, keputusan kerajaan itu tepat. Golongan belia yang bankrap ini mendapat manfaat peluang kerja lebih luas, boleh guna semula perkhidmatan bank dan banyak lagi kelebihan.” - Peniaga, Nazrul Nasir, 42.MOHD SHAIFULILLAH“Untuk bayar hutang, saya anggarkan dalam 45 peratus dan saya membayar dalam talian secara automatik. Saya juga mengawal jumlah pinjaman tidak melebihi 60 peratus daripada pendapatan.” - Peniaga, Mohd Shaifulillah Abdul Latip, 37.“Inisiatif ini bagus untuk beri peluang individu tersebut menyusun atur kehidupan. Saya membelanjakan 40 peratus daripada gaji dan buat kerja lain hujung minggu untuk wang sampingan.” - Jurutera telco, Muhammad Fauzi, 33.SHAHRIL“Peluang yang kerajaan beri melalui pelepasan bankrap ini satu kelonggaran untuk kita tengok balik, semak dan imbang keadaan kewangan kita.” - Eksekutif Pemasaran Digital, Shahril Syamell, 25.MUHAMMAD HAZIQ“Langkah kerajaan ini satu inisiatif yang baik untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan ini menguruskan semula perbelanjaan mereka.” - Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Muhammad Haziq Ahmad Zahar, 25.MUHAMMAD FARIS“Inisiatif ini memberi motivasi kepada mereka yang muflis untuk teruskan hidup, cari pendapatan dan ubah pemikiran mereka dari segi pengurusan kewangan pada masa akan datang.” - Pemasaran Digital, Muhammad Faris Johari, 27.
4
24 Jun 2023 09:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264974/berita/nasional/potensi-cerah-usahawan-berkembang-di-perak
Potensi cerah usahawan berkembang di Perak
Shahrul Shafiq menunjukkan sijil halal dan sijil MESTI yang dimiliki syarikatnya bersama produk dihasilkan dengan bantuan serta bimbingan daripada STeP.SERI ISKANDAR - Negeri Perak kini menjadi pilihan usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.Pelbagai peluang dan potensi yang boleh diterokai di sini menjadikan Perak sebagai tumpuan komuniti usahawan terutama golongan muda.Pengarah Urusan Mouthgasm Sdn Bhd, Shahrul Shafiq Rosni yang membuka ibu pejabat perniagaannya di Pusat Perniagaan Seri Iskandar (SIBC) di sini mengakui keputusan dibuat memilih Perak sebagai pusat operasi berbaloi.Menurutnya, Perak dipilih untuk memulakan perniagaan kerana kos kehidupan masih rendah selain pasaran kurang kompetitif berbanding di Lembah Kelang."Kalau kita lihat ramai usahawan memilih Lembah Kelang sebagai pusat untuk memulakan perniagaan mereka namun sebenarnya Perak mempunyai potensi yang cukup besar bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan."Lebih beruntung lagi apabila usahawan di Perak ini mendapat bimbingan dan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh STeP (Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak)," katanya kepada Sinar Harian.Anak muda berusia 28 tahun itu menjelaskan, perniagaan yang dimulakan pada tahun 2019 itu kian berkembang di sebalik cabaran pandemik Covid-19.Menurutnya, pada tahun 2020 ketika banyak industri mengalami penurunan jualan, syarikatnya berjaya meraih jualan sehingga 3 juta unit bagi produk Mouthgasm Crunchy Mocha.Beliau berkata, ketika ini produknya telah berkembang kepada lapan jenis dan mula menembusi pasar raya besar seperti AEON malah bakal memasuki rangkaian Kedai Mesra Petronas."Kesemua kejayaan ini hasil inisiatif dan peluang diberikan oleh STeP dengan menyertai pameran-pameran perniagaan besar yang berlangsung di dalam negara. Malah atas bantuan STeP juga, kami sudah berjaya memperoleh pensijilan halal."Kita memang nampak dengan jelas hala tuju dan perancangan kerajaan negeri terhadap komuniti usahawan ini menerusi pelan Perak Sejahtera 2030," katanya lagi.Menurutnya, kedudukan negeri Perak amat strategik dengan jaringan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Barat membantu dari segi keperluan logistik usahawan.Jelas Shahrul Shafiq, berada di tengah-tengah antara Selangor dan Pulau Pinang menjadikan Perak amat kondusif untuk komuniti perniagaan bertapak.Katanya, usahawan muda khususnya di negeri ini perlu merebut peluang disediakan oleh kerajaan Perak dalam membantu golongan berkenaan mengembangkan perniagaan.
4
24 Jun 2023 09:30am
AHMAD ISMADI ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/265059/berita/nasional/dulu-gengster-kini-pembela-mangsa-along
Dulu gengster, kini 'pembela' mangsa along
PELUANG kedua yang muncul terus dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan diri selepas terjebak dengan dunia gelap.Itu yang ditempuh seorang bekas gengster, Mohammad Mustafa Shaik Ismail, 31.Menurutnya, kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini adalah disebabkan oleh sikap keangkuhan serta kemegahan.“Sesiapa saja boleh berubah ke arah yang lebih baik, asalkan ada niat dan bertekad untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Hak Masyarakat Malaysia di Sentul, baru-baru ini.Mengimbau kembali, Mohammad Mustafa atau lebih mesra dengan panggilan Mustafa Khan berkata, beliau terjebak dengan dunia gengster selepas menjadi mangsa buli ketika di sekolah menengah.“Pada ketika itu saya berusia 13 tahun dan sering kali menjadi mangsa buli di sekolah.“Setahun kemudian, saya mula terlibat dengan kumpulan gengster dan membalas dendam terhadap beberapa pelajar yang pernah membuli saya,” jelasnya.Mustafa Khan berkata, beliau kemudian mengetuai sebuah kumpulan gengster di Negeri Sembilan.“Saya berasa megah kerana mempunyai ramai pengikut terdiri daripada golongan remaja yang mahu menunjuk kekuatan.“Keluar masuk lokap sudah menjadi kebiasaan kerana saya sering terlibat dalam kes pergaduhan.“Saya juga pernah dibuang sekolah pada usia 14 tahun, kemudian sambung belajar di sekolah lain, namun sekali lagi menerima hukuman sama ketika di Tingkatan Lima,” ujarnya.Namun, beliau berjaya menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian.Mustafa Khan mempunyai pekerja yang pernah menjadi mangsa along. FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID Bercerita tentang penghijrahannya, Mustafa Khan berkata, nasihat dan pesanan ibu, Mariam Mustaffa menyebabkan hatinya terbuka untuk insaf dab berubah.“Antara nasihatnya, saya perlu berubah, kembali ke pangkal jalan dan guna kekuatan yang ada untuk membantu orang dalam kesusahan,” katanya.Anak keempat daripada lima beradik itu menambah, ibu membuat keputusan untuk menghantarnya ke Arab Saudi selepas menduduki SPM dan tinggal bersama abangnya di sana.“Saya berpeluang mencari rezeki sebagai ejen jualan di Arab Saudi, selain bergaul dengan kenalan baharu.“Penghijrahan saya ke arah kebaikan bermula sedikit demi sedikit, malah abang yang juga bekas gengster turut memberi sokongan moral,” katanya.Mustafa Khan berbincang dengan seorang mangsa sindiket along.Mustafa Khan memberitahu, beliau pulang ke tanah air dan menjadi aktivis masyarakat pada tahun 2014.“Pada ketika itu, saya telah membantu mencari wang sebanyak RM30,000 untuk kos pembedahan tulang seorang individu di sebuah hospital swasta,” kongsinya.Bantu selesai 7,348 kesManurut Mustafa Khan, idea untuk menubuhkan Persatuan Hak Masyarakat Malaysia tercetus selepas insiden beliau menolong seorang lelaki yang menjadi mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen (along).“Mangsa telah meminjam sebanyak RM1,500 untuk memberi barangan majlis pertunangan dan telah membayar sebanyak RM3,500 kepada along tersebut,” katanya.Aktivis masyarakat yang berasal dari Negeri Sembilan itu berkata, setakat ini dia telah membantu menyelesaikan sebanyak 7,348 kes dalam masa enam bulan persatuan itu ditubuhkan.“Kita menerima sebanyak 30,000 aduan daripada individu yang menjadi mangsa along dan daripada jumlah itu, kita telah menyelesaikan sebanyak 7,348 kes sehingga bulan lalu,” jelasnya.Mustafa Khan menunjukkan anggaran dan tempoh serta jadual pembayaran semula seorang mangsa sindiket along.Menurutnya, sebanyak 25 peratus kes kini dalam proses penyelesaian.“Bukan mudah untuk menyelesaikan kes tersebut kerana perlu berunding dengan along.“Saya tidak gentar apabila berhadapan dengan kumpulan along malah pernah dikepung oleh sekumpulan along ketika sedang makan di sebuah restoran, selain turut menerima ancaman dan diugut bunuh.“Saya juga pernah menolak tawaran rasuah daripada along sebanyak RM18,000 supaya tidak menyelesaikan kes mangsa sindiket peminjam wang tidak berlesen,” ujarnya.Mustafa Khan memaklumkan bukan mudah berunding dengan along.Mustafa Khan turut mengakui pihaknya pernah berhadapan dengan cabaran apabila mengendalikan kes along yang dikenali sebagai 'Jimmy'.“Setakat ini kita menerima sebanyak 200 aduan berkaitan kes sindiket along tersebut, ada mangsa mendakwa telah meminjam wang RM500, namun wang diterima hanya RM150.“Mangsa kemudian didesak untuk membayar faedah pembayaran balik sebanyak RM5,000 jika mereka tidak mampu melangsaikan hutang pinjaman tersebut dalam tempoh seminggu,” ujarnya.Menurutnya, kesan kepada peminjam along jika tidak dapat membayar hutang yang diberikan adalah sangat buruk.“Biasanya along akan mengambil tindakan yang sangat drastik untuk memastikan mereka mendapatkan kembali wang pinjaman tersebut.“Along sering bertindak dengan mengancam, mengintimidasi atau melakukan kekerasan fizikal terhadap mangsa.“Ada segelintir along menetapkan kadar faedah pembayaran balik yang tidak rasional, selain mengaibkan mangsa dengan menyebarkan informasi peribadi peminjam,” katanya lagi.Menurutnya, kes yang tidak dapat dilupakan adalah seorang wanita yang juga gelandangan mendakwa seorang lelaki menggunakan identitinya untuk meminjam wang daripada along pada Ogos tahun lalu.“Wanita berusia 55 tahun itu mendakwa telah didatangi seorang lelaki yang mahu membantu buat pinjaman wang untuk kos rawatan perubatannya.“Lelaki tersebut telah menggunakan identiti wanita itu untuk meminjam wang daripada along sebanyak RM500,” katanya.Tambahnya, wanita itu mendakwa along mendesaknya supaya membayar RM2,000 untuk melangsaikan hutang.“Ketika berjumpa dengan wanita itu, saya berasa sebak apabila dia mahu menjual organ semata-mata untuk melangsaikan hutang along.“Saya telah berjumpa dengan lelaki berkenaan dan berjaya menyelesaikan kes tersebut,” ujarnya.Mengulas lanjut, Mustafa Khan berkata, pihaknya mendapati 50 peratus kes mangsa meminjam daripada along adalah kerana kesempitan hidup dan kos sara hidup semakin tinggi.“Namun, ada juga mangsa yang meminjam wang daripada along untuk keseronokan hidup dan membeli dadah,” jelasnya.Guna strategi selesai hutangBukan sekadar membantu, Mustafa Khan turut memaklumkan bahawa seramai 12 orang yang pernah menjadi mangsa along kini bekerja dengannya.“Saya memilih kesemua individu itu kerana mereka memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mangsa,” katanya.Ujarnya, strategi yang tepat digunakan untuk menyelesaikan hutang along.“Kita gunakan khidmat perunding yang berpengalaman untuk mengelakkan hutang mangsa bertambah.“Kita akan buat anggaran dan tempoh serta jadual pembayaran yang realistik untuk melindungi mangsa daripada diganggu oleh along,” katanya.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa keganasan along segera tampil membuat laporan polis.“Mangsa juga boleh mencari bantuan NGO berpengalaman untuk menyelesaikan hutang mereka dengan cara yang lebih teratur dan berkesan.Menurutnya, mangsa perlu menyimpan bukti seperti teks WhatsApp atau sistem pesanan ringkas, rakaman panggilan telefon dan dokumen lain yang dapat membuktikan bahwa mereka telah diganggu atau diancam oleh along.“Bukti ini dapat membantu mangsa dalam proses melaporkan along kepada pihak berwajib,” katanya.MODUS OPERANDI ALONG- Mangsa melihat iklan pinjaman wang di laman sesawang atau media sosial.- Mangsa berhubung melalui telefon & WhatsApp tentang pinjaman wang.- Mangsa diarahkan untuk muat turun aplikasi pinjaman wang dan mengisi maklumat peribadi.- Mangsa menerima pinjaman wang.- Jika mangsa gagal membuat bayaran balik, suspek akan menganggu kenalan mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar-gambar yang diperoleh dari telefon bimbit mangsa.TIPS & NASIHAT- Jangan buat pinjaman wang daripada along atau pemberi pinjam wang tanpa lesen.- Berhati-hati ketika memberi kebenaran akses semasa muat turun aplikasi ke telefon bimbit anda.- Segera uninstall aplikasi tersebut jika anda berasa curiga.- Restart semula telefon bimbit. Jika uninstall tidak berjaya, format telefon bimbit anda.- Tukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial anda sebagai langkah keselamatan.Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia
4
24 Jun 2023 08:30am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265065/berita/sukan/kelibat-benitez-kembali-di-sepanyol
Kelibat Benitez kembali di Sepanyol
RAFA Benitez telah mencapai persetujuan dengan kelab LaLiga, Real Club Celta de Vigo (Celta Vigo) untuk mengurus Os Celestes dengan kontrak tiga tahun, kata kelab Sepanyol itu.Pengendali berusia 63 tahun itu, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool pada 2005, Piala UEFA bersama Valencia (2004) dan Liga Europa bersama Chelsea (2013), kembali melatih lebih setahun selepas dipecat kelab Liga Perdana Inggeri, Everton pada Januari 2022.Dia akan mengendalikan Celta pada ulang tahun ke-100 kelab itu, menggantikan Carlos Carvalhal, yang telah dipecat awal bulan ini selepas mengharungi musim sukar yang menyaksikan Os Celestes bergelut sehingga perlawanan terakhir untuk mengelak penyingkiran.Sebagai rekod, pengalaman terakhir Benitez di Sepanyol adalah pada musim 2015-16 bersama Real Madrid, apabila dia menggantikan Carlo Ancelotti.Namun kemudiannya dipecat enam bulan selepas beberapa siri keputusan buruk, digantikan oleh Zinedine Zidane pada Januari 2016.“Rafa Benitez adalah antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah kelab bola sepak Sepanyol dan pernah melatih pasukan bertaraf dunia dalam liga utama Eropah."Dalam musim centenary Celta, acara yang tidak dapat dilupakan untuk peminat Celta, kami akan mempunyai seorang pemimpin yang hebat dari bangku simpanan," kata Celta.
4
24 Jun 2023 08:15am
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265064/berita/politik/bn-sedia-jadi-pembangkang-dap-boleh-tinggalkan-umno---isham
'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham
SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup'.Menurutnya, Tony Pua disarankan untuk memberi cadangan kepada pemimpin parti DAP supaya meninggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya parti itu dilihat terlalu korup."Jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin parti tinggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan."Saya 'ok' sahaja jadi pembangkang. Jika tidak kerana titah Yang di-Pertuan Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU15 tempoh hari."Kamu sedia jadi pembangkang?" katanya di Facebook pada Jumaat.Pada Jumaat, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Setiausaha Publisiti DAP sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Tony Pua juga menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan berkenaan tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam PRU akan datang.Mengulas lanjut, Isham berkata beliau terpanggil untuk menjawab isu tersebut apabila ada individu yang memetik nama UMNO selain memburuk-burukkan partinya."Saya ingin katakan satu perkara sahaja kepada Tony Pua. Bos kamu di Kementerian Kewangan dahulu pun ada kes korup di mahkamah apabila dia minta gugur dan satu lagi masih dibicara."Malah kawan-kawan parti kamu semasa jadi kerajaan 22 bulan dahulu apabila ada dakwaan kes korup terus lompat parti masuk Perikatan Nasional atau Bersatu dan tiba-tiba jadi 'bersih'."Oleh itu bahagian mana yang kamu atau parti kamu itu bersih berbanding UMNO yang kamu katakan korup?" soal beliau.
4
24 Jun 2023 08:08am
Mohd Faizul Haika Mat Khazi
https://www.sinarharian.com.my/article/265061/berita/politik/pkr-ambil-tindakan-terhadap-pengkhianat
PKR ambil tindakan terhadap pengkhianat
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap semua bekas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti semasa peristiwa Langkah Sheraton sehingga menyebabkan runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.Peguamnya, William Leong Jee Keen berkata, tindakan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat yang mengarahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kerana melanggar bon yang mengikatnya kepada parti.Justeru, William berkata, PKR akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap semua bekas ahli Parlimen dan ADUN yang bertindak keluar parti semasa Langkah Sheraton pada Februari 2020.Baca berita penuh di Sinar Premium.
4
24 Jun 2023 08:00am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/265062/berita/sukan/giliran-busquets-sertai-inter-miami
Giliran Busquets sertai Inter Miami
BEKAS pemain tengah Barcelona dari Sepanyol, Sergio Busquets menyertai Inter Miami sebagai ejen bebas, menurut kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) tersebut.Pemain berusia 34 tahun itu akan disatukan semula dengan rakannya dan bekas rakan sepasukan Barca, Lionel Messi selepas tidak memperbaharui kontraknya selepas 18 tahun di Nou Camp.Miami membuat pengumuman rasmi dengan menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan petikan daripada Pep Guardiola, Xavi Hernandez, Luka Modric dan Messi yang memuji Busquets.Bekas kapten Barcelona itu, yang bersara daripada tugas antarabangsa tahun lalu, bermain lebih 700 perlawanan untuk juara Sepanyol tersebut.Busquets sebelum ini juga dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi ketika Al Hilal dan Al Nassar membuat bidaan untuk mendapatkan khidmatnya.Sementara itu, Miami dilaporkan sedang berusaha menandatangani bekas pemain ketiga Barca apabila menunjukkan berminat dengan bek kiri Jordi Alba, yang juga meninggalkan kelab Sepanyol itu selepas akhir musim.Dalam pada itu, Busquets berkata: "Ia adalah perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Sejak kecil sentiasa datang menyaksikan perlawanan, atau menontonnya di televisyen, saya selalu bermimpi bermain menyarung jersi Barcelona di Nou Camp."Di Barcelona, realitinya telah melebihi semua impian saya. Tentu sahaja pengalaman cukup indah bagi seorang remaja yang tidak pernah terfikir telah bermain 15 musim untuk kelab terbaik dunia."Barcelona, sekarang dan sentiasa menjadi kelab dalam hidup saya sebagai penyokong, pemain dan kapten."INFOStatistikPenampilan: 719Gol: 18Bantuan Gol: 45PencapaianLaLiga (8): 2008-09, 2009-10, 2010-11, 2012-13, 2014-15, 2015-16, 2017-18, 2018-19Piala Raja Sepanyol (7): 2008-09, 2011-12, 2014-15, 2015-16, 2016-17, 2017-18, 2020-21Liga Juara-Juara (3): 2008-09, 2010-11, 2014-15Piala Super Eropah (3): 2009, 2011, 2015Piala Dunia Kelab (3): 2009, 2011, 2015Piala Super Sepanyol (7): 2009, 2010, 2011, 2013, 2016, 2018, 2022-23
4
24 Jun 2023 07:38am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265052/berita/nasional/gantung-lesen-memandu-seumur-hidup
Gantung lesen memandu seumur hidup
SHAH ALAM - Hukuman terhadap pemandu lawan arus perlu diperketatkan lagi dengan mengenakan tindakan penggantungan lesen seumur hidup kepada mereka, meskipun kesalahan yang dilakukan adalah pertama kali.Pakar keselamatan jalan raya, Dr Rosli Azad Khan berkata, hukuman itu adalah wajar memandangkan terdapat banyak kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada kesalahan tersebut.“Buat masa sekarang, terdapat tiga fasa hukuman kepada pemandu lawan arus ini. Sekiranya kesalahan yang dilakukan membuatkan dia cukup merit untuk dihukum, maka lesennya akan digantung selama enam bulan.“Jika berulang untuk kali kedua, lesen digantung sehingga setahun sementara kali ketiga, lesen digantung secara terus.“Selepas ini diharapkan ada rombakan bagi kesalahan memandu lawan arus ini iaitu gantung terus lesen memandu mereka meskipun baru pertama kali buat,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Jumaat.Rosli turut menambah, kesedaran daripada orang ramai juga perlu ada untuk memastikan tiada pemandu tidak bertanggungjawab dapat melakukan sewenang-wenangnya di atas jalan raya.Ujarnya, terdapat sesetengah individu yang mengambil kesempatan untuk melanggar undang-undang semasa memandu.“Dia beginilah, ramai saja orang tahu pasal kesalahan jalan raya ini. Cuma, kadang-kadang dia nampak tiada polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dia ambil peluang bawa laju-laju melebihi had.“Jadi, benda ini juga memerlukan kerjasama pemandu jalan raya yang lain untuk memantau keadaan supaya tiada sebarang insiden berlaku.“Saya juga pernah tegur seorang pemandu yang lakukan kesalahan. Kita tegur elok-elok, tak perlu marah,” kata beliau.
4
24 Jun 2023 07:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265060/berita/hiburan/festival-filem-thailand-kembali-ke-malaysia
Festival filem Thailand kembali ke Malaysia
SUSULAN kejayaan dua Festival Filem Thailand di Malaysia pada 2017 dan 2019, Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur selaku penganjur sekali lagi membawakan lima filem terkenal sempena Festival Filem Thailand di Malaysia untuk 2023.Festival yang bertemakan " Bridging Thainess to International Audience," akan menampilkan filem Faces of Anne (sebuah thriller psikologi), Love Destiny the Movie (sebuah romantic komedi), Fast and Feel Love (sebuah filem komedi unik), Haunted Universities Semester 2 (filem seram), dan Friend Zone (rom-com), menurut duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas."Festival Filem Thai memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengenali Thailand dengan lebih dekat dan mempromosikan budaya dan sosialnya dalam kalangan rakan-rakan di Malaysia,” katanya pada sidang media mengenai festival itu di kedutaan, Jumaat.Tayangan umum akan berlangsung dari 14 hingga 16 Julai di GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC MyTown, dan GSC IOI City Mall.Tayangan filem sepanjang festival itu adalah percuma.Tiket boleh ditebus secara atas talian bermula 7 hingga 16 Julai di https://www.gsc.com.my/ melalui pilihan "e-pembayaran GSC", aplikasi mudah alih GSC, atau kiosk tiket di satu daripada empat lokasi yang ditetapkan GSC.Hanya dua tiket boleh ditebus dalam satu-satu masa.Lada berkata, majlis resepsi dan tayangan khas akan diadakan pada 13 Julai di GSC Mid Valley, dan dihadiri barisan pelakon Love Destiny the Movie, Paris Intarakomalyasut dan Faces of Anne, Praewa Suthamphong dan Jennis Oprasert.Sebagai tanda penghargaan kepada Kelab Peminat Thai Malaysia, beliau berkata, peminat akan diberi peluang mendekati ketiga-tiga pelakon itu semasa acara temu mesra eksklusif di Dewan 19, GSC Mid Valley.Masuk adalah percuma tetapi para penonton diminta melengkapkan prapendaftaran berikutan tempat duduk yang terhad.Peminat boleh mendaftar nama dan butiran di https://forms.gle/TvsfBEJv5FTreriG6 selewat-lewatnya pada 5 Julai.80 peserta pertama akan diumumkan melalui e-mel masing-masing dan di halaman Facebook Kedutaan Thailand menjelang 7 Julai.Semasa sidang media itu, Kedutaan Thailand turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pengedar filem tempatan, Suraya Filem & Distribution bagi mengukuhkan kerjasama membabitkan filem, kandungan dan produksi Thai. - Bernama
4
24 Jun 2023 07:20am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/265053/berita/sukan/josue-aset-harimau-malaya
Josue aset Harimau Malaya
PENAMPILAN pemain naturalisasi, Paulo Josue bersama skuad Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu baru-baru ini cukup berbaloi apabila dia merekodkan empat gol.Kehadiran pemain kelahiran Brazil itu ternyata menambah taring buat jentera serangan Harimau Malaya selepas dia turut membuat penampilan dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Mac lalu.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kapten Kuala Lumpur City (KL City) FC itu mempunyai aura tersendiri dan memiliki daya kepimpinan sebagai ‘jeneral padang’.Menurutnya, keupayaan teknikalnya mampu mengucar-ngacirkan kubu lawan, malah sebagai nilai tambah, Josue mampu menghasilkan jaringan buat pasukan negara.“Saya melihat penampilan Josue bersama skuad negara berbaloi. Dia mempunyai kemahiran teknikal, pandai baca permainan dan killer pass dia juga banyak membantu pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Josue mempamerkan karakternya sebagai pemain tengah menyerang apabila meledak empat gol, satu jaringan ketika kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon sebelum dia melakar hatrik atas kejayaan membenam Papua New Guinea 10-0 pada Selasa lalu.Mengulas lanjut, Mohd Azraai berkata, Josue juga cepat belajar dan dilihat serasi dengan corak permainan diterapkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon serta mampu membentuk gandingan mantap dengan rakan-rakan sepasukan.“Josue memiliki kelebihan daripada sepakan percuma. Cuba lihat free kick dia ketika membantu KL City menewaskan Sri Pahang 2-1 dalam saingan Liga Super, awal Jun lalu.“Sepakan curve Josue menerjah ke penjuru gawang yang sukar diselamatkan oleh penjaga gol. Pemain seperti ini yang perlu ada dalam pasukan kebangsaan,” jelasnya.Selain Josue, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick dos Santos antara ‘muka baharu’ naturalisasi yang telah mendapat kepercayaan Pan-gon dalam empat perlawanan persahabatan tahun ini.Selain Josue dan Endrick, Harimau Malaya pernah menggunakan khidmat dua lagi pemain naturalisasi, Sergio Aguero dan Lee Tuck pada kempen Piala AFF 2022.Sebelum itu, Harimau Malaya menyandarkan kudrat tiga pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula dalam beberapa tugasan antarabangsa.
4
24 Jun 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265051/berita/semasa/penipuan-forex-polis-tahan-77-individu
Penipuan Forex: Polis tahan 77 individu
KUALA LUMPUR - Polis menahan 77 individu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan penukaran mata wang atau Forex dalam talian, di sebuah kondominium sekitar Lembah Klang, semalam.Kesemua mereka yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Bahagian Risikian/Operasi ialah 43 lelaki dan 34 wanita, berumur dalam lingkungan 17 hingga 37 tahun.Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, sindiket berkenaan, menyasarkan pelabur dari dalam dan luar negara.Beliau berkata, hasil siasatan awal terdapat unsur penipuan pelaburan Forex dalam talian, dengan menggunakan laman sesawang."Polis turut merampas antaranya 35 set komputer, 29 unit komputer riba, satu unit tablet, 20 unit telefon bimbit, 38 pas pekerja."Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/120 Kanun Keseksaan, manakala kesemua suspek direman mulai 23 sehingga 24 Jun 2023 bagi tujuan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Amihizam meminta orang ramai membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman webhtpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang transaksi.Selain itu, orang ramai juga diminta melaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 jika mempunyai sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan."Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. - Bernama.
4
24 Jun 2023 12:06am
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265050/berita/sukan/kelantan-fc-tersungkur-lagi-tewas-0-5-dengan-sri-pahang
Kelantan FC tersungkur lagi, tewas 0-5 dengan Sri Pahang
[DIKEMAS KINI] PENGENDALI baharu Kelantan FC, Alfredo Vera perlu melakukan lebih banyak kerja rumah selepas The Reds Warriors (TRW) tewas 0-5 kepada Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat.Itu cabaran dilihat perlu diharungi Vera berusia 50 tahun dari Argentina, ketua jurulatih ketiga TRW musim ini yang mengantikan Frank Bernhardt (Jerman) selepas menggalas tanggungjawab daripada Choi Moon-sik (Korea Selatan) sebelum ini.Skuad yang bakal menjadi taruhan kepada bekas pengendali kelab Liga 1 Indonesia, Persita Tangerang sebelum itu bermula garang lima minit pertama ketika TRW bimbingan Bernhardt tersebut berdepan angkatan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad dalam perlawanan di Kota Bharu tersebut.Bagaimanapun Sri Pahang yang tampil lebih berpengalaman tenang mengawal permainan terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Sergio Aguero pada minit ketujuh sekali gus menyentap kira-kira 3,528 penonton bagi membolehkan skuad Tok Gajah memimpin separuh masa pertama 1-0.Separuh masa kedua, Kelantan yang tampil tanpa beberapa tonggak utama menggunakan beberapa pemain muda berusaha kembali dalam permainan apabila menguji penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi Roslan.Bagaimanapun Sri Pahang yang bermotivasi tinggi dengan kemenangan 4-3 ke atas Negeri Sembilan FC di Kuantan pada 9 Jun lalu tampil lebih kemas pada babak kedua.Hasilnya, empat gol Tok Gajah dijelmakan oleh Fadhli Shas (minit ke-48', m-61) dan Kpah Sherman (m-58', 86') untuk tiga mata dari bumi Cik Siti Wan Kembang tersebut.Kekalahan ke-12 liga selepas mengharungi 14 perlawanan menyaksikan Kelantan kekal di tangga ke-14 liga - satu menang, satu seri, 12 tewas.Sementara itu, Sri Pahang naik satu tangga di kedudukan ketiga dengan 31 mata - sembilan menang, empat seri, dua tewas - selepas 15 kali beraksi.Kelantan selepas ini dijadualkan berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya pada 8 Julai depan manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Makmur (9 Julai).
4
23 Jun 2023 11:59pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/265071/berita/politik/bn-bersatu-pakatan-korup---tony-pua
BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua
PETALING JAYA - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'pakatan korup'.Beliau juga turut memberikan label sama kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Menurutnya, PH diminta untuk tidak membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selain perlu membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu."Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu terhadap rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik selain tidak korup seperti BN."Kena ingat Kerajaan Perpaduan sekarang ini mudah retak bila-bila masa. Jadi penting untuk Perdana Menteri dan keseluruhan kerajaan untuk terus berkhidmat."Perdana Menteri yang popular bukan untuk Petaling Jaya tetapi pada Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah, Sabah dan Johor," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pada Jumaat.Sementara itu, Tony Pua berkata, Anwar perlu memberi contoh kepada rakyat Malaysia serta kepada pihak tidak percaya dengan gabungan politik berbilang kaum bahawa parti berbilang kaum tersebut sebenarnya bersih dan tidak korup.Beliau menjelaskan gabungan itu perlu tunjukkan kepada rakyat supaya mereka tahu bahawa parti berbilang kaum lebih baik jika dibandingkan dengan parti berteraskan Melayu serta parti nasionalis Melayu seperti UMNO dan Bersatu."Itu sebenarnya yang kita nak lakukan apabila kita ada peluang lima tahun lagi bermula sekarang untuk tunjukkan perbezaan. Jadi setelah kita berjaya, saya yakin dalam tempoh empat tahun lagi apabila kita adakah PRU, PH akan terima sokongan besar daripada rakyat Malaysia."Kemudian, kita akan boleh tubuhkan kerajaan sendiri selain laksanakan reformasi dan perubahan yang kita mahukan di bawah PH demi kebaikan rakyat Malaysia. Itu paling mustahak untuk kita semua," jelasnya.Dalam pada itu, beliau menegaskan meskipun tiada jawatan dalam DAP ketika ini, beliau tidak sesekali akan meninggalkan parti itu.
4
23 Jun 2023 11:46pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/265049/berita/semasa/bekas-penghulu-maut-luncur-udara-terjunam-ke-dalam-laut
Bekas penghulu maut, luncur udara terjunam ke dalam laut
KOTA BHARU - Bekas Penghulu Mukim Seribong, di sini dipercayai lemas apabila luncur udara (paragliding) yang dinaiki bersama rakan baiknya mengalami kerosakan enjin sebelum terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok pada petang Jumaat.Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Mustaffa Isa, 62, maut di lokasi manakala sahabatnya yang berusia 77 tahun mengalami kecederaan ringan.Menantu mangsa, Rozaidi Ismail, 48, berkata, bapa mentuanya pernah beberapa kali melakukan aktiviti tersebut sebelum ini."Saya sendiri terkejut apabila mendengar perkhabaran itu petang tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaannya."Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seribong secepat mungkin," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada Jumaat.Anggota APM Bachok seramai enam orang sempat memberikan bantuan kecemasan kepada salah seorang mangsa.Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin ketika dihubungi memberitahu, kedua-dua warga emas itu dipercayai rakan sekampung.Ujarnya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan.Beliau memberitahu, sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut."Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang mangsa."Bagaimanapun Mustaffa yang merupakan penumpang tenggelam dan dijumpai dalam kedalaman kira-kira tiga meter," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit.
4
23 Jun 2023 11:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/265048/berita/semasa/pdrm-umum-pertukaran-jawatan-10-pegawai-kanan
PDRM umum pertukaran jawatan 10 pegawai kanan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan 10 pegawai kanan termasuk Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman, Tan Beng Yeow berkuat kuasa 24 Julai depan.Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, jawatan baharu Tan ialah Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.Pertukaran lain membabitkan Ketua Cawangan Khas Perak Datuk Shazeli Kahar yang akan dilantik menjadi Penolong Pengarah E1A, Cawangan Khas, Bukit Aman, juga memangku pangkat Deputi Komisioner.Beliau berkata, Penolong Pengarah E1C Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Dr Lim Joo Soon pula akan menggantikan posisi Tan, manakala jawatan Lim diganti Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas, Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Norhasni Hassan."Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman SAC Md Nazri Zawawi, akan menjadi Timbalan Ketua Polis Melaka. Posisi beliau akan digantikan Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak Senior Asisten Komisioner Razali Mohamad,” katanya dalam kenyataan malam ini.Sementara itu, Noorsiah berkata, Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Kuching, Sarawak Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali akan dilantik menjadi Komandan PULAPOL, Kuching, Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.Beliau barkata, Senior Asisten Komisioner Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor Asisten Komisioner Alina Saad pula akan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, juga memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.Selain itu, Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Perak Asisten Komisioner Hishammudin Mohd Amin akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner dengan menggantikan posisi Shazeli sebagai Ketua Cawangan Khas Perak yang baharu.Beliau berkata, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor Supt Rudy Abdullah akan menjadi Timbalan Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri yang baharu, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. - Bernama.
4
23 Jun 2023 11:13pm