title
stringlengths 5
65
| content
stringlengths 0
19.5k
| url
stringclasses 69
values |
---|---|---|
Teknik_Plot_Novel_Chot | DialogContoh: Perbualan antara Alias dengan ibunya yang mengadu Chot, iaitu beruk peliharaannya hilang ketika Alias ingin ke sekolah. Ibu Alias menasihatinya agar dia tidak risau akan beruknya itu dan segera pergi ke sekolah sebelum terlewat. Ibunya juga bimbang Som akan menunggunya lama di persimpangan jalan. MonologContoh: Alias bermonolog sewaktu dia tidak mahu ke sekolah kerana berbelah bahagi untuk memberitahu ibunya tentang telinganya yang sakit selepas peristiwa dia dimarahi oleh Cikgu Sunan. Alias membatalkan niatnya untuk memberitahu perkara itu kerana bimbang ibunya akan mengatakan bahawa dia murid yang nakal dan malas. Imbas kembaliContoh: Alias teringat semula tentang pesanan yang disampaikan oleh Som pada tiga hari lalu, iaitu Pak Din menyuruhnya memetik buah kelapa sebanyak yang mungkin. Imbas mukaContoh: Som membayangkan perkara yang akan dilakukan oleh rakan-rakan sekelasnya kepada Alias apabila tamatnya waktu rehat selepas peristiwa Alias ditengking oleh Cikgu Sunan. SaspensContoh: Peristiwa seekor beruk yang merosakkan kebun pisang Budin telah ditembak mati. Badan Alias menjadi lemah kerana menyangkakan beruk yang ditembak mati itu ialah Chot. Pembaca tertanya-tanya sama ada beruk yang ditembak itu Chot ataupun bukan. KejutanContoh: Peristiwa Alias yang lewat datang ke sekolah kerana mencari beruknya yang hilang. Cikgu Sunan telah menengking Alias kerana berasa marah apabila Alias memberikan alasan bahawa dia mencari beruknya yang hilang hingga dia lewat datang ke sekolah. Pembaca tidak menyangka bahawa Cikgu Sunan akan menengking Alias sehingga menyebabkan Alias terjatuh dan telinganya terkena bucu meja rakannya. | https://karangan.net/novel-chot/ |
Latar_Novel_Chot | https://karangan.net/novel-chot/ |
|
Gaya_Bahasa_Novel_Chot | Bahasa ArabContoh: qunut; al-Quran; al-Kafirun; assalamualaikum; waalaikumussalam. Bahasa InggerisContoh: jeans; netball. PeribahasaContoh: berat mulut; naik minyak; besar hati. SimileContoh: Jiwa Cikgu Sunan tersentak bagai ditikam lembing yang berkarat. SinkopeContoh: “Kenapa kamu tak datang kelmarin?” herdik Cikgu Sunan. PersonifikasiContoh: Angin malam di kampung itu bagaikan mati. | https://karangan.net/novel-chot/ |
Nilai_Novel_Chot | Nilai Kasih sayangContoh: Alias sanggup datang lewat ke sekolah dan dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana mencari Chot yang hilang pada pagi itu. Nilai BertanggungjawabContoh: Alias merupakan seorang anak yang bertanggungjawab. Dia mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Wang yang diperoleh digunakan untuk membeli barang dapur seperti beras, kopi dan ikan. Nilai SimpatiContoh: Mak Su Kiah amat simpati akan nasib keluarga Alias. Nilai KesabaranContoh: Alias sabar apabila diherdik oleh Cikgu Sunan dan diejek oleh rakan-rakannya. Nilai RasionalContoh: Pak Din bertindak secara rasional dalam menyelesaikan masalah Miah dan Budin yang menuduh Chot merosakkan setandan pisang mereka. Nilai KebijaksanaanContoh: Alias seorang pelajar yang bijak terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Selepas mengaji, Som akan meminta bantuan Alias untuk menjawab soalan Matematik yang tidak diketahuinya. Nilai BerdikariContoh: Alias mencari duit untuk membeli barangan dapur, ubat batuk ibunya, dan pisang untuk Chot dengan bekerja sebagai pemetik buah kelapa. Nilai JujurContoh: Alias bercakap benar kepada Cikgu Sunan sebab dia datang lewat ke sekolah. Taat kepada perintah agamaContoh: Alias dan ibunya menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya dengan mendirikan solat dan membaca al-Quran. Nilai KeikhlasanContoh: Som ikhlas berkawan dengan Alias tatkala rakan-rakan lain mengejek Alias. Som juga bersusah hati sekiranya Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana lewat ke sekolah. Nilai Baik hatiContoh: Mak Su Kiah memberi makanan tengah hari, iaitu nasi dengan semangkuk gulai atau sayur kepada Alias dan Leha. Nilai KeinsafanContoh: Cikgu Sunan insaf atas kesilapannya yang tidak memberi perhatian yang sepatutnya kepada Alias. | https://karangan.net/novel-chot/ |
Pengajaran_Novel_Chot | Kita haruslah bersikap jujur supaya tidak berlakunya salah fahamContoh: Alias berterus-terang kepada Cikgu Sunan dengan mengatakan bahawa dia mencari beruknya yang hilang sehingga menyebabkan dia lewat datang ke sekolah. Kita tidak sepatutnya bertindak mengikut kata hati dan perlulah mengawal emosiContoh: Cikgu Sunan telah memarahi Alias di hadapan rakan-rakan Alias apabila dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya terhadap Alias. Kita hendaklah insaf apabila menyedari kesilapan yang telah dilakukanContoh: Cikgu Sunan sedar dan insaf atas tindakannya yang telah memarahi Alias sehingga menyebabkan Alias tidak mahu ke sekolah kerana telinganya bernanah dan berbau busuk. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan dalam kehidupanContoh: Ibu Alias mahu anaknya lebih mengutamakan pelajaran walaupun menyedari Alias perlu memetik buah kelapa untuk menyara kehidupan mereka. Kita tidak seharusnya menyimpan perasaan dendamContoh: Alias tidak berdendam dengan Cikgu Sunan. Alias melayan gurunya itu dengan ramah walaupun Cikgu Sunan pernah mengherdik dan menengkingnya. Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu dengan yang lainContoh: Mak Su Kiah selalu menolong Alias dan ibunya dengan menghantar makanan ke rumah mereka pada waktu tengah hari. Kita hendaklah berdikari dan tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang lainContoh: Alias telah mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din untuk menyara kehidupannya dan ibunya yang lumpuh. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapaContoh: Alias mendengar nasihat ibunya supaya menunaikan solat. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah takdir hidupContoh: Alias belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pengetahuan penting untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik. | https://karangan.net/novel-chot/ |
Contoh_Soalan_Novel_Chot | Soalan Watak Utama Novel Chot Tingkatan 3. Watak utama dalam novel Chot ialah Alias. Alias merupakan seorang yang bijak dalam mata pelajaran Matematik. Contohnya, Alias selalu membantu Som dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, Alias juga seorang yang sanggup berkorban. Contohnya, Alias sanggup tidak makan nasi asalkan beruk kesayangannya dapat makan. Seterusnya, Alias merupakan seorang yang menghormati guru. Buktinya, Alias tetap menghormati gurunya dengan mengucapkan terima kasih meskipun Cikgu Sunan telah menengkingnya. Persoalan merupakan elemen penting dalam sesebuah karya sastera. Nyatakan contoh peristiwa yang terlibat dengan “Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan” dan “Persoalan Kepentingan ilmu dalam kehidupan“ yang terkandung dalam sebuah daripada novel di atas. Novel yang saya kaji semasa tingkatan tiga ialah novel Chot. Contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan ketabahan menghadapi dugaan ialah Alias tetap tabah menjalankan tugasnya memetik kelapa walaupun sakit pada bahagian telinganya semakin menjadi-jadi. Sementara itu, persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan pula dapat digambarkan melalui peristiwa Alias yang membawa buku pelajarannya semasa pergi memetik kelapa. Alias akan mengulang kaji pelajarannya pada masa rehat. Jelaskan latar masyarakat di bawah berserta dengan contoh peristiwa yang berkaitan.– “Masyarakat yang gigih berusaha.”– “Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.” Novel yang saya kaji waktu tingkatan tiga ialah novel Chot. Contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang gigih berusaha ialah Alias gigih memetik buah kelapa untuk menyara kehidupannya dengan ibunya yang lumpuh. Alias mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah apabila mengenangkan bekalan makanan di rumahnya hampir kehabisan. Sementara itu, contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan ialah Alias yang menyedari kepentingan ilmu pengetahuan telah membawa buku ketika pergi memetik kelapa dan mengulang kaji pelajarannya ketika rehat. Kekuatan penceritaan dalam sesebuah novel berkait rapat dengan binaan plot. Bincangkan puncak penceritaan yang anda pelajari. Novel yang saya kaji semasa tingkatan 3 ialah Novel Chotkarya Azizi Haji Abdullah. Puncak bagi novel ini ialah Cikgu Sunan ke rumah Alias dengan bantuan Som. Chot melompat-lompat dan menyeringaikan giginya apabila melihat Cikgu Sunan. Alias yang sangat terkejut melihat kedatangan Cikgu Sunan telah mencium tangan Cikgu Sunan dan melayani Cikgu Sunan dengan baik. Cikgu Sunan menarik Alias duduk dekat dengannya. Cikgu Sunan menekan kepala Alias untuk memastikan telinga Alias yang bernanah itu akibat perbuatannya. Chot yang melihat tindakan Cikgu Sunan semakin kuat melompat dan melonjak hingga rantainya putus. Chot menerkam Cikgu Sunan yang sedang menekan kepala tuannya. Chot menggigit lengan Cikgu Sunan dengan bengisnya. Demi menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mengambil lembing berkarat di bawah rumah lalu merodok perut Chot. Dada Chot berlumuran darah dan akhirnya tidak bernyawa lagi. Alias meraung kuat sambil mendakap Chot dengan erat dan meminta maaf kepada Chot. Terdapat peristiwa dalam novel yang memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan beberapa peristiwa daripada novel yang anda baca, jelaskan teladan yang telah peroleh. Novel yang saya kaji ialah Chot. Terdapat beberapa peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini. Antaranya termasuklah peristiwa Alias berterus terang kepada ibunya tentang kelewatannya datang ke sekolah kerana mencari Chot. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan sikap jujur agar dipercayai oleh orang lain. Di samping itu, Mak Su Kiah sering menghantar makanan kepada Alias dan ibunya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan semangat kejiranan demi kebaikan hidup bermasyarakat. Antara lain, Alias selalu membantu Som dalam mata pelajaran Matematik. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan sikap saling membantu demi kebaikan semua pihak. Nyatakan nilai murni novel dengan contoh peristiwa. Novel yang saya kaji ialah novel Chot. Terdapat beberapa nilai yang dikemukakan oleh penulis dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Alias amat sayang akan Chot, iaitu beruknya. Dengan gopoh-gapah dia mencium Chot sekali walaupun Chot berbau hapak dan kemudian menuju ke perigi untuk mandi. Nilai kedua ialah baik hati. Sebagai contoh, Mak Su Kiah baik hati kerana sering bersusah-payah menghantar makanan kepada Alias dan ibunya. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak sampingan yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Chot. Watak sampingan dalam novel ini ialah Chot. Antara perwatakan Chot ialah seekor beruk yang bertanggungjawab. Contohnya, Chot bertanggungjawab untuk mengawasi keselamatan rumah tuannya. Chot marah apabila melihat orang yang tidak dikenalinya berada di depan rumah tuannya. Selain itu, Chot juga merupakan seekor beruk yang patuh terhadap arahan. Misalnya, Chot patuh terhadap arahan yang diberikan oleh tuannya untuk memulas buah kelapa yang sudah masak. Antara lain, Chot merupakan seekor beruk yang takut akan air. Contohnya, Chot yang takut akan air mengeraskan tubuhnya apabila tiba di tepi sungai. Berdasarkan novel di atas, jelaskan latar tempat yang berkaitan. Novel yang saya baca semasa tingkatan tiga ialah Novel Chotkarya Azizi Haji Abdullah. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Dingin. Contohnya, Alias tinggal bersamasama ibunya di Kampung Dingin. Latar kedua adalah di Bilik Guru Besar. Misalnya, Cikgu Tapa meminta Cikgu Sunan menyiasat punca Alias tidak hadir ke sekolah lebih daripada seminggu di bilik Guru Besar. Latar seterusnya adalah di kebun Pak Din. Chot dan Alias memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Nota Komsas tingkatan satu hingga lima | https://karangan.net/novel-chot/ |
Latar_Masa | Waktu Pagi Tengah hariMak Su Kiah menghantar nasi bersama gulai kepada Alias dan ibunya serta bertanya khabar sebelum pulang ke rumah. Waktu Petang | https://karangan.net/novel-chot/ |
Latar_Tempat | Kampung DinginSebuah kampung tepi hutan yang sangat terpencil, tempat Alias dilahirkan. Rumah AliasSom belajar mengaji al-Quran. Som juga belajar membuat latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Alias − Mak Su Kiah menghantar makanan kepada Alias dan ibunya. Halaman perhimpunanKetika Som tiba lewat kerana menunggu Alias, perhimpunan sekolah diadakan. Guru pengawas pada minggu itu ialah Cikgu Sunan. Cikgu Sunan menyentuh beberapa isu, iaitu kenakalan murid yang mencalarkan kereta guru dan sampah sarap yang dibuang merata-rata. Bilik darjah limaCikgu Sunan, iaitu guru kelas tahun lima mengajar Matematik menengking Alias kerana Alias seperti menyindirnya ketika datang lewat ke sekolah dengan alasan beruk. Rumah Pak DinAlias meminta tolong Pak Din membeli ubat batuk ibunya di samping memberitahu Pak Din tentang bilangan biji kelapa yang dipetik serta bertanya kepada Som akan hal di sekolah. Sungai Alias membawa Chot mandi di sungai. Kebun kelapa Pak DinAlias dan Chot memetik kelapa. Kedai Ah ChaiAlias membeli pisang untuk Chot. | https://karangan.net/novel-chot/ |
Latar_Masyarakat_Novel_Chot | Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidupAlias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan. Masyarakat yang berdikariAlias berusaha menyara yuran persekolahannya dengan mengambil upah memetik buah kelapa. Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal demikian, Leha mengingatkan kepentingan pendidikan agama dan pendidikan sekular. Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinanHidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alias mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan mengambil upah memetik kelapa di kebun Pak Din. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agamaIbu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh Alias dalam bacaan solat. Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah terlalu lama. Masyarakat yang bertanggungjawabAlias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal lima tahun lalu kerana jatuh pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama. Masyarakat yang jujurAlias memberitahu perihal sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada mencari beruk kesayangannya yang hilang. Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuanAlias membawa sahaja ke mana-mana buku latihan. Masyarakat yang berprasangkaMiah menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya. Masyarakat yang gigih berusaha mencapai kejayaanSom berusaha belajar Matematik daripada Alias. Masyarakat yang baik hatiMak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha. Masyarakat yang tidak menyimpan dendamAlias tidak pernah menyimpan dendam terhadap cikgu Sunan yang mdenyebabkan telinganya bengkak dan bernanah, malahan Alias menyambut kedatangan cikgu Sunan ke rumahnya dengan sopan santun dan rahmahnya . | https://karangan.net/novel-chot/ |
Tema_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Tema Novel Darah Titik Di Semantan ialah semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air. Datuk Bahaman dan pengikutnya yang mempunyai semangat patriotisme menentang pihak Inggeris kerana mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Persoalan_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Kerjasama dalam menghadapi penjajah.Contoh: Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua. Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan. Kesetiaan kepada negara.Contoh: Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajah. Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.Contoh: Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat bantuan dan keberkatan. Kepentingan mendengar arahan ketua.Contoh: Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Sinopsis_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Datuk Bahaman merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua. Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger. Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford. Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh. Selain itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh. Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang Inggeris di Bentung. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan peluru telah diambil. Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame bangsa sendiri. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris yang lain mengemudi perahunya ke hilir Batu Hampar semula. Datuk Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan Tengku Ali semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka. Selepas menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman. Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau bagaimanapun, Mat Lela masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan. Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang janji. Datuk Panglima Raja menembak ke arah askar sultan dan akhirnya beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan. Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua semula. Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar rumah-rumah orang kampung. Datuk Bahaman telah berundur semula ke Lubuk Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu. Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas berita itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Binaan_Plot_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Permulaan Novel Darah Titik di Semantan bermula dengan Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad yang sedang menuju ke Masjid Lubuk Terua. Zahid terkenang akan sikap Datuk Bahaman yang banyak berubah. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman berucap tentang Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka. Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris. Perkembangan Inggeris telah membina kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas mencadangkan supaya mereka bertindak tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman dengan alasan persiapan belum cukup. Kira-kira dua minggu kemudian, Zahid ternampak dua buah perahu yang membawa seorang Inggeris dan diapit oleh tiga orang mata-mata Sikh. Samad hendak menyerang mereka tetapi dihalang oleh Awang Muhammad. Perumitan/Konflik Pada bahagian ini, berlaku pergaduhan antara Zahid dan rakan-rakannya dengan dua orang pemuda Melayu yang cuba menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman pula difitnah oleh Inggeris. Inggeris mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah menderhaka kepada sultan. Pak Long Abas, Ismail dan Samad ditangkap Desborough. Datuk Bahaman telah menyelamatkan mereka. Sekali lagi Pak Long Abas dan Ismail ditangkap Desborough. Pak Long Abas dapat menyelamatkan diri tetapi Ismail tidak dapat menyelamatkan diri. Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Desborough datang dengan lima puluh orang mata-mata Sikh. Mereka telah ditewaskan oleh pasukan Datuk Bahaman. Peperangan telah bermula. Rodger mudik bersama dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman dalam dilema. Perjanjian dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian itu, askar- askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara. Klimaks Askar-askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Askar-askar itu meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnya menghalakan senapang ke udara. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila tembakan askar-askar sultan terkena paha Mat Lela. Kemudian, dada Awang Muhammad pula ditembusi peluru askar-askar sultan. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Namun begitu, mereka berdua ditikam oleh ketua askar sultan. Peleraian Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Datuk Bahaman kecewa kerana sultan telah mungkir janji. Datuk Bahaman sendiri tetap patuh pada janji. Datuk Bahaman meninggalkan Semantan lalu mudik ke Sungai Lembing. Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Teknik_Plot_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Teknik pemerianContoh: Pengarang memerihalkan keadaan Mat Kilau ketika datang ke Masjid di Kampung Semantan. Teknik dialogContoh: Zahid berbual dengan rakan- rakannya, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad tentang kubu yang akan dibina oleh mereka di Lubuk Sengarat. Teknik monologContoh: Zahid bermonolog bahawa perang akan berlaku apabila melihat beberapa orang Inggeris di tebing sungai dan ada antara mereka yang sedang menghalakan muncung senapang ke arah rumah Datuk Bahaman. Teknik imbas mukaContoh: Semasa Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail pergi memancing ikan dan lambat pulang. Zahid menduga bahawa mereka mungkin ditangkap Inggeris. Ternyata hal itu benar-benar berlaku. Teknik kejutanContoh: Pembaca terkejut sewaktu Hassan Tahmid membaca utusan daripada sultan, iaitu semua orang Semantan yang bangkit menentang Inggeris diampunkan. Teknik imbas kembaliContoh: Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama dengan Samad, Rahmad dan Awang Muhammad, Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah sikap. Teknik saspensContoh: Peristiwa yang berlaku dimana Zahid dan rakan-rakan terdengar suara jeritan meminta tolong. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Watak_Perwatakan_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Watak Utama: Datuk Bahaman Seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.Contoh: Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu. Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris tetap diteruskan. Seorang yang berani.Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri. Seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.Contoh: Semasa di Johor, Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat. Seorang yang berpegang pada janji.Contoh: Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup menderita dan anaknya mati. Watak Sampingan: Zahid (Aku) Seorang yang pandai menentang musuh.Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris. Seorang yang patuh kepada ajaran agama.Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah. Seorang yang berani.Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah. Seorang yang mementingkan semangat setia kawan.Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersamasama. Seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam. Watak Sampingan: Samad Seorang yang berani.Contoh: Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani dalam perjuangan pada setiap masa. Seorang yang pandai menyimpan rahsia.Contoh: Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar. Seorang yang bijaksana mengatur strategi.Contoh: Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh. Seorang yang mempunyai semangat kerjasamaContoh: Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu. Watak Sampingan: Mat Lela Seorang yang berfikiran terbukaContoh: Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran. Seorang yang berterus-terangContoh: Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat. Watak Sampingan: Lajis Seorang yang mudah bekerjasama Contoh: Dia bermuakat dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Latar_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
|
Gaya_Bahasa_novel_Darah_Titik_di_Semantan | SimileContoh: Burung-burung telah mula menyanyi seolah-olah mengingatkan kaumnya supaya segera bangun memburu rezeki; Semantan ini kalau tidak ada ayahmu, sepertilah anak ayam yang tidak ada ibu; Mereka menggelupur seperti ayam disembelih. RepetisiContoh: Dalam perjuangan, kita mesti berpadu. Kita mesti sama-sama kuat. Kalau kita saja yang menentang musuh, sedangkan orang lain tidak, kita akan kalah juga. PersonifikasiContoh: Pokok merbau berdarah yang tinggi di situ tegak dan gagah menentang kesejukan pagi; Cahaya bulan sedang bermain di sana sini; Pungguk merindukan bulan. PeribahasaContoh: Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan; biar pecah di perut, jangan pecah di mulut; hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. InversiContoh: Sementara menunggu waktu isyak, aku dan Samad beredar ke pekarangan Masjid; Di tepi kubu itu, dia memerhatikan keadaan sekelilingi. Bahasa istanaContoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana. SinkopeContoh: Tak guna kita tunggu di sini. MetaforaContoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Nilai_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Nilai PengorbananContoh Peristiwa: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Nilai Menepati janjiContoh Peristiwa: Datuk Bahaman menepati janji antara beliau dengan sultan. Nilai KeberanianContoh Peristiwa: Perajurit-perajurit Datuk Bahaman telah berjuang menentang penjajah Inggeris dengan berani. Nilai KetegasanContoh Peristiwa: Datuk Bahaman sangat tegas sewaktu memimpin pasukan perangnya. Nilai KebijaksanaanContoh Peristiwa: Datuk Bahaman bijak menghalang kemaraan orang Inggeris dengan merentangkan seutas rantai besi di Lubuk Sengarat. Beliau menyentap rantai besi tersebut untuk menerbalikkan perahu-perahu orang Inggeris yang melalui kawasan tersebut. Nilai kesetiaanContoh Peristiwa: Datuk Bahaman setia kepada Sultan apabila beliau melarang anak-anak buahnya melepaskan tembakan ke arah askar-askar Sultan. Selain itu, beliau juga melarang Tuk Selampit menyumpit Rodger yang duduk bersebelahan dengan Sultan kerana mengkhuatiri tindakan itu akan mengancam nyawa Sultan. Nilai Cinta akan negaraContoh Peristiwa: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi tanah air tercinta. Nilai KepatuhanContoh Peristiwa: Para pengikut Datuk Bahaman patuh akan arahan beliau. Nilai RasionalContoh Peristiwa: Datuk Bahaman bersikap rasional apabila beliau meminta penduduk Semantan agar membuat perancangan dan persediaan lengkap sebelum melawan orang Inggeris. Nilai TanggungjawabContoh Peristiwa: Datuk Bahaman melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di Semantan apabila membawa Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh untuk menyelamatkan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail yang ditahan oleh orang Inggeris di rumah pasung. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Pengajaran_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Kita hendaklah berjuang mempertahankan tanah air kita daripada dijajah.Contoh: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan tanah air yang tercinta. Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Contoh: Zahid dan rakan-rakannya berlatih silat dan bermain senjata untuk menghadapi Inggeris. Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing. Kita hendaklah memiliki sifat kepemimpinan yang baik. Contoh: Datuk Bahaman mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi dalam memimpin pasukan perajuritnya untuk menentang Inggeris. Kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam bertindak.Contoh: Datuk Bahaman berhati-hati dalam tindakannya menghadapi penjajah Inggeris. Kita hendaklah menepati janji.Contoh: Datuk Bahaman telah menepati janjinya dengan sultan. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnyanya menembak ke udara semasa bertempur dengan askar-askar sultan. Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.Contoh: Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail. Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi.Contoh: Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghoormati Datuk Bahaman sebagai ketua mereka. Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan.Contoh: Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya. Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.Contoh: Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada tuhan supaya diberi pertolongan. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Soalan_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Huraikan tiga perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, watak utama yang terdapat dalam novel ini ialah Zahid. Antara perwatakan Zahid ialah Zahid seorang yang berani. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah. Di samping itu, Zahid juga merupakan seorang yang bersemangat setia kawan. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama. Seterusnya, Zahid juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah berani berlawan dengan orang jahat. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah. Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama. Pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah bertanggungjawab memberi nasihat dan ingatan kepada kawan. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawankawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, nilai pertama yang terdapat dalam novel ini ialah keberanian. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah. Nilai yang kedua ialah semangat setia kawan jelas terpapar dalam watak Hartini. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama. Seterusnya nilai bertanggungjawab terdapat dalam novel ini. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan. Huraikan 3 persoalan bagi novel yang anda kaji. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, persoalan pertama yang dikemukakan ialah persoalan keberanian dalam menentang musuh. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah. Persoalan yang kedua ialah persoalan kerjasama dalam melakukan tugas. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama. Persoalan seterusnya ialah persoalan tanggungjawab dalam menasihati kawan. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan. Huraikan tiga Latar masyarakat yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, terdapat beberapa latar masyarakat dapat kita pelajari. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang berani. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah. Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bekerjasama. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama. Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan. Nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah daera Semantan, Pahang, iaitu daerah yang diperintah oleh Datuk Bahaman. Latar tempat yang kedua ialah Lubuk Sengarat. Kubu yang dibina oleh Zahid dan rakan-rakannya terletak di Lubuk Sengarat. Latar tempat yang ketiga ialah rumah Lajis. Contohnya, Kak Minah, isteri Lajis diceroboh oleh dua orang pemuda yang disuruh oleh Owen untuk membuat bancian. Huraikan tiga latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, latar masa yang pertama adalah pada waktu pagi, iaitu setiap pagi Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing di sebuah dusun durian. Latar masa yang kedua adalah pada waktu petang. Contohnya Mat Kilau datang ke Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman dengan membawa satu salinan surat pengampunan beramai-ramai kepada orang Semantan. Latar masa yang ketiga berlaku pada waktu malam. Contohnya, Lajis disuruh oleh matamata Inggeris untuk menghantar makanan kepada orang salah iaitu Ismail, Abas dan Samad. Huraikan tiga perwatakan watak samping yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Datuk Bahaman. Datuk Bahaman ialah seorang yang berani. Datuk Bahaman sangat berani menyusup masuk ke dalam kawasan Inggeris ketika mahu berjumpa dengan sultan di Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman sangat setia kepada Sultan. Buktinya, Datuk Bahaman tidak membenarkan Tuk Selampit menyumpit Rodger kerana takut mencederakan Sultan yang duduk bersebelahan dengan Rodger. Datuk Bahaman juga sangat gigih dalam berjuang. Buktinya beliau tetap meneruskan perjuangan menentang Inggeris meskipun Inggeris berjaya memaksa sultan untuk mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka. Berdasarkan satu novel yang telah anda kaji, huraikan tema dan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah Darah Titik di Semantan. Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kerjasama dalam menghadapi penjajah. Contohnya, Zahid bekerjasama dengan rakanrakannya untuk menentang penjajah Inggeris. Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua. Persoalan seterusnya ialah keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris. Contohnya, Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris. Antara lain ialah persoalan kebijaksanaan mengatur strategi. Datuk Bahaman telah memasang rantai merentangi sungai untuk menewaskan musuh. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Peristiwa_Novel | Budaya bekerjasamaZahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal tempat tersebut. Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana bakal menghadapi 50 orang mata-mata Sikh yang diketuai oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada 300 askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Keberanian untuk menegakkan keadilanDatuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang dengan membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk Bahaman menyerang dan menewaskan mereka. Semangat cinta akan negaraDatuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Latar_Masa_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Hari JumaatContoh: Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari jumaat. Waktu pagiContoh: Zahid memikirkan untuk mendalamkan kubu pada pagi itu. Waktu tengah hariContoh: Zahid,Samad, Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah bakar. Selepas waktu maghribContoh: Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat maghrib. Musim ikan temberlian bertelurContoh: Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan kerana waktu itu merupakan musim ikam tembelian bertelur. Zaman pemerintahan InggerisContoh: Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu,negeri mereka telah diambil oleh Inggeris. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Latar_Tempat_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Lubuk TeruaContoh: Zahid dan kawan-kawan berjalan ke masjid yang terletak di Lubuk Terua. Lubuk SengaratContoh: Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di Lubuk Sengarat. JohorContoh: Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang menghadap Sultan Johor. Rumah Pasung TemerlohContoh: Mata-mata Inggeris meletakkan mayat Pak Uda Ismail di rumah pasung. KubuContoh: Sebuah kubu dibina oleh Zahid dan kawan-kawannya untuk menentang Inggeris. | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Latar_Masyarakat_Novel_Darah_Titik_Di_Semantan | Masyarakat golongan penjajah InggerisContoh: Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang, seperti Rodger, Clifford dan Syres. Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan Benggala.Contoh: Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris. Masyarakat yang menentang penjajah InggerisContoh: Mat Lela menentang penjajah Inggeris. Masyarakat yang mementingkan agamaContoh: Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal agama. Masyarakat yang mengenang jasaContoh: Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas | https://karangan.net/novel-darah-titik-di-semantan/ |
Sinopsis_Novel_Destinasi_Impian | Novel Destinasi Impian mengisahkan Johari, Azlina dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi ini merupakan usaha menyahut cabaran yang dilontarkan oleh datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Bagi pihak Johari dan Azlina, ekspedisi berbasikal tersebut juga adalah untuk meningkatkan imej dan semangat Firdaus sebagai seorang lelaki yang bersifat keperempuanan akibat terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya. Ekspedisi berbasikal itu telah membolehkan mereka, terutama Azlina mengenali kehidupan di sekelilingnya. Sebaliknya, Firdaus menganggap ekspedisi berbasikal itu sebagai perjalanan gila. Dalam ekspedisi berbasikal itu, Firdaus sering merungut kerana terlalu lelah. Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menimbulkan konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Konflik antara mereka berdua telah menimbulkan perasaan marah serta suasana sindir-menyindir dan tengking- menengking. Bagaimanapun, Johari sebagai sepupunya yang lebih matang sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah adik sepupunya itu. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya tiba di destinasinya, iaitu di Pantai Morib Baru. Firdaus berbangga akan dirinya kerana telah berjaya mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Di Pantai Morib Baru itu, Firdaus yang tiba lebih dahulu telah disambut oleh rakan-rakannya, iaitu Sazali, Moksin, Salim, Erma, Azrina, dan Mazlinda. Firdaus terkejut kerana kawan- kawannya datang menyambut ketibaannya. Dalam perjalanan tadi, disangkakan kawan-kawannya sedang bergembira menonton wayang dan meraikan majlis sambutan hari lahir Mazlinda, iaitu gadis idamannya. Kawan-kawan Firdaus mengucapkan tahniah kepadanya. Firdaus membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan perjalanannya lewat kerana adiknya yang banyak berehat dalam perjalanan. Firdaus juga telah meninggalkan Johari dan Azlina. Johari dan Azlina sedang duduk-duduk sambil bergembira dengan kawan-kawan Johari yang sama-sama belajar di Universiti Putra Malaysia. Tiba-Tiba Azlina didatangi oleh Moksin dan Sazali yang bertanyakan sama ada betul atau tidak tentang kenyataan Firdaus, iaitu mereka sampai lewat kerana Azlina banyak berehat. Akhirnya, Moksin dan Sazali mengetahui bahawa Firdaus berbohong. Mereka bertekad untuk memaksa Firdaus supaya mengaku bahawa dia berbohong. Sebenarnya, Firdaus berasa sombong akan kejayaannya berbasikal dari Klang ke Morib. Dia juga turut memberitahu Mazlinda bahawa dia pandai berenang juga. Namun begitu, Firdaus sedar bahawa dia tidak sehebat seperti yang dia ceritakan. Oleh itu, perasaan itu terbawa-bawa dalam mimpinya. Pada keesokan hari, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang. Walau bagaimanapun, Firdaus memberitahu mereka bahawa dia ingin pulang sendiri. Azlina berasa tidak sampai hati meninggalkan abangnya, Firdaus untuk pulang berseorangan. Namun setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka berbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya pergi mandi di laut walaupun air laut sedang surut dan airnya berada di tengah-tengah. Firdaus mandi sambil bergembira dengan rakan-rakannya. Mereka turut berlumba menyelam. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda telah dipukul ombak dan terkapai-kapai. Firdaus yang bercakap besar itu terpaksa memberanikan diri untuk menyelamatkan Mazlinda tetapi akhirnya, dia yang lemas. Sebaik-baik sahaja sedar, Firdaus berada di katil hospital. Di sisinya Johari dan Azlina bertanyakan khabarnya. Firdaus juga mengetahui bahawa dia lemas dan telah diselamatkan oleh Mazlinda yang berpura-pura tidak tahu berenang. Firdaus berasa malu tetapi Johari menasihatinya bahawa setiap tindakan berani hendaklah disertai dengan fikiran yang waras. Dia juga dinasihati agar tidak perlu menundukkan muka terhadap cabaran. Sewaktu Mazlinda datang bersama- sama dengan kawan-kawannya yang lain, Firdaus berasa malu dan ingin menundukkan mukanya. Namun, dia teringat akan nasihat Johari dan Azlina, lantas dia memberanikan dirinya untuk memandang kawan-kawannya itu. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Tema_Novel_Destinasi_Impian | NovelDestinasi Impian membawa tema konflik generasi remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup demi membuktikan kepada generasi tua yang mengatakan bahawa generasi kini tidak kuat dan tidak bersemangat. Johari, Azlina dan Firdaus terpaksa menempuh beberapa cabaran dalam perjalanan mereka berbasikal ke Pantai Morib. Namun begitu, hal tersebut berjaya mematangkan Firdaus setelah dia memperoleh pengajaran yang penting daripada ekspedisi menuju ke destinasi impian itu. Sebagai contoh, Firdaus menghadapi cabaran terpaksa mengayuh basikal dalam keadaan terlalu penat. Di samping itu, Azlina menghadapi cabaran apabila basikalnya terbabas ke tepi jalan lalu dia terhumban dan tangannya berdarah. Selain itu, Johari menghadapi cabaran terpaksa meleraikan pertelingkahan antara Firdaus dan Azlina sepanjang ekspidisi berbasikal tersebut. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Persoalan_Novel_Destinasi_Impian | Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya: Persoalan jiwa remaja yang mudah memberontak Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Persoalan keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal. Persoalan tentang sikap keberanian apabila menyahut cabaran.Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan tentang sikap keinsafan atas kesalahan yang dilakukan.Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Persoalan usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaanContoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan. Persoalan ilmu pengetahuan diperoleh melalui pembacaan luas.Contoh: Johari mempunyai pengetahuan yang banyak kerana dia rajin membaca dan masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku. Baginya membaca merupakan alat pengukur kemajuan manusia. Persoalan persahabatan yang begitu erat.Contoh: Kasmadiana, Kasman dan Tamrin yang merupakan sahabat baik Johari menunggu Johari dan sepupunya yang tiba di Pantai Morib Baru dan menyediakan khemah, makanan serta minuman untuk mereka. Persoalan keprihatinan memartabatkan dan memperkasakan bahasa Kebangsaan.Contoh: Semasa mengambil gambar papan tanda Azlina dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan bahasa Malaysia yang ditulis pada papan tanda tersebut. Persoalan semangat tinggi amat penting untuk menghadapi cabaran.Contoh: Walaupun Azlina perempuan, dia mempunyai semangat yang tinggi untuk berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina tidak mahu menunjukkan keletihannya kepada Firdaus agar Firdaus bersemangat untuk meneruskan perjalanan. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Binaan_Plot_Novel_Destinasi_Impian | Permulaan Cerita bermula dengan watak, Johari, Azlina dan Firdaus yang sedang menyertai ekspedisi berbasikal. Ekspedisi berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan iaitu untuk menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Firdaus sering mengeluh kepenatan manakala Azlina mempunyai hobi mengambil gambar beberapa tempat yang mereka lalui. Firdaus meminta Johari untuk tidak meneruskan aktiviti ini. Perkembangan Azlina melihat kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda ketika berhenti rehat di penghujung Jalan Kampung Johan Setia. Firdaus berasa menyesal menyertai rancangan Johari dan Azlina yang bersemangat menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal dari Klang ke Morib. Firdaus telah terkejut dengan bunyi hon lalu terjatuh dan menyebabkan lutut dan sikunya luka serta berdarah. Azlina teringat akan kata-kata Johari yang mempunyai banyak pengetahuan kerana rajin membaca buku. Johari membandingkan sikap Azlina dengan Firdaus bagai langit dengan bumi. Konflik Azlina dan Firdaus telah bertengkar dan sindir-menyindir berikutan sikap Firdaus yang menganggap perjalanan ini sebagai perjalanan gila dan sering kali Firdaus ingin berpatah balik. Sebuah lori besar bergerak sangat laju dan menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan dan jatuh terlanggar lubang. Menurut Firdaus, kemalangan yang menimpa Azlina adalah balasan terhadap perbuatan Azlina yang suka memperlinya. Sikap Firdaus ditegur oleh Johari kerana Firdaus berdendam terhadap Azlina. Firdaus meninggalkan mereka. Klimaks Johari, Azlina, dan Firdaus telah sampai di destinasi, iaitu Pantai Morib Baru. Johari dan Azlina menyertai rakan-rakan Johari manakala Firdaus menyertai rakan-rakannya seperti Moksin, Sazali, Erma, dan Mazlinda. Mereka bergembira sambil mandi-manda. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus yang masih mandi-manda di laut. Sewaktu bermain air laut itu, Firdaus telah lemas tetapi diselamatkan Mazlinda dan seterusnya dimasukkan ke hospital. Peleraian Firdaus berasakan bahawa kemalangan yang menimpanya adalah balasan kerana dia berbohong. Johari dan Azlinda melawat Firdaus di hospital dan menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Johari menasihati Firdaus agar mengukur kemampuan diri sebelum menolong orang lain dan jangan cepat berasa angkuh dengan kejayaan. Akhirnya, Firdaus berani memandang Mazlinda, Zarina, Erma, Moksin dan Sazali apabila mengingatkan kata-kata semangat daripada Johari. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Teknik_Plot_Novel_Destinasi_Impian | PemerianContoh: Johari memerihalkan keadaan Firdaus yang kelihatan begitu letih manakala Azlina pula sedang asyik merakam gambar bunga lalang di tanah terbiar. DialogContoh: Dialog antara Johari dengan Firdaus yang bertanyakan jarak ke Pantai Morib Baru. MonologContoh: Azlina bermonolog tentang perwatakan abangnya, Firdaus yang tampan tetapi tingkah lakunya agak keperempuanan. “Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai di Murlbrib. Geram betul!” bisikku. Imbas kembaliContoh: Firdaus teringat akan kawannya yang bernama Salim yang merupakan kawan rapatnya di sekolah. Imbas mukaContoh: Firdaus berfikir sekiranya dia balik pada petang itu, maka bolehlah dia ke majlis hari lahir Mazlinda yang akan diadakan pada keesokan hari. SaspensContoh: Johari segera menerpa ke arah Firdaus yang sedang membongkok mengambil seketul batu untuk menghalangnya daripada membaling adiknya, Azlina dengan batu tersebut. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Watak_Perwatakan_Novel_Destinasi_Impian | Firdaus Seorang lelaki yang lembutFirdaus menjadi lembut kerana dikelilingi adik-beradik perempuan. Dia tidak pernah bersukan. Dia juga suka menolong kakak-kakaknya mengubah bunga ataupun memasak. Seorang yang beraniAzlina berani menyahut cabaran datuknya untuk berbasikal dari Klang ke Pantai Morib Baru. Keberanian Azlina ini mengejutkan datuknya namun datuk memberikan kata-kata semangat bahawa pada zaman ini perempuan dan lelaki mampu melakukan kerja yang sama andai ada kesungguhan. Seorang yang sombongFirdaus berasa angkuh apabila disambut dan dipuji oleh rakan-rakannya kerana berjaya berbasikal sejauh 50 kilometer. Dia telah melupakan pengorbanan Johari dan Azlina yang membantunya sepanjang perjalanan. PembohongFirdaus membohongi kawankawannya dengan memberitahu bahawa kelewatannya disebabkan oleh Azlina dan Johari yang kerap berhenti untuk berehat. Firdaus juga berbohong kepada Mazlinda dengan memberitahu bahawa dia pandai berenang walaupun hakikatnya dia langsung tidak tahu berenang. PendendamKetika Azlina cedera dan luka, Firdaus langsung tidak memberikan pertolongan. Sebaliknya, dia memerli adiknya dan berasa puas dapat membalas semula perbuatan tersebut. Seorang yang InsafFirdaus mulai sedar dan insaf dengan segala perbuatannya setelah berada di hospital kerana hamper lemas di laut. Dia menganggap ini adalah balasan orang yang suka berbohong seperti dirinya. Johari Seorang yang minat membacaJohari tidak suka menonton televisyen atau wayang. Sebaliknya, dia lebih minat membaca. Selain itu, Johari jugabanyak menghabiskan wangnya untuk membeli bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar. Seorang yang aktifSelepas menyahut cabaran datuknya dengan berbasikal dari Klang ke Morib, Johari dan kawan-kawannya bercadang untuk berbasikal dari Serdang ke Port Dickson Seorang yang berfikiran rasionalJohari membiarkan Firdaus pulang seorang diri kerana ingin membiarkan Firdaus menjadi seorang lelaki yang berani dan berdikari. Seorang yang prihatin dan bertanggungjawabJohari sentiasa peka akan keselamatan sepupu-sepupunya sepanjang aktiviti berbasikal ini dijalankan. Seorang yang mempunyai daya kepimpinan sebagai ketuaJohari bijak menyelesaikan semua masalah yang timbul di antara Azlina dan Firdaus. Misalnya, semasa Firdaus tidak mahu meneruskan perjalanannya dan ingin pulang. Johari memanggil Azlina untuk membuat keputusan supaya tindakannya itu tidak menjadi berat sebelah. Seorang yang bijakJohari bijak dan adil membuat keputusan apabila menjadikan undi Azlina sebagai undi penentu ketika Firdaus meminta tidak meneruskan perjalanan. Azlina Seorang yang prihatinAzlina menyedari akan kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda seperti AWAS! LUBANG ADA DEPAN! dan PELAN-PELAN JALAN, DEPAN KERJA JALAN. Seorang yang beraniAzlina berani menyahut cabaran datuknya berbasikal dari Klang ke Morib dan berjaya membuktikannya apabila sampai ke Pantai Morib Baru walaupun mengalami kecederaan. Seorang yang penyayangWalaupun selalu bertengkar dengan Firdaus, Azlina tetap mempertahankan abangnya itu. Dia mempertahankan Firdaus apabila Sazali dan Moksin mempersendakan abangnya. Selain itu, Azlina turut risau dan bimbang akan keselamatan Firdaus apabila abangnya ingin pulang bersendirian walaupun telah ditenangkan oleh Johari. Seorang yang aktif dan cergasFirdaus kagum apabila melihat kemampuanAzlina kerana tidak merungut kepenatan berbasikal malah sentiasa cergaskeranaAzlina selalu berjoging untuk mengekalkan staminanya. Mazlinda Seorang yang baik hatiMazlinda memuji Firdaus dengan menyatakan bahawa Firdaus sudah menjadi lelaki yang berani dan boleh pulang bersendirian tanpa bergantung kepada Azlina dan Johari. Seorang yang pandai berpura-puraMazlinda berpura-pura tidak pandai berenang dengan membiarkan dirinya lemas supaya Firdaus datang menyelamatkannya. Hal ini demikian kerana Mazlinda ingin menguji sama ada dia benar-benar tahu berenang atau sebaliknya. Seorang yang bijakMazlinda bijak menyusun strategi dengan berpura-pura lemas dan hampir tenggelam semata-mata mahu melihat kecekapan Firdaus untuk menyelamatkannya. Mazlinda tidak mempercayai kehebatan Firdaus berenang selagi Firdaus tidak membuktikannya. Seorang yang pandai berenangSemasa mereka bermain pertandingan menyelam, Mazlinda merupakan orang yang terakhir timbul di permukaan air. Selain itu, dia juga yang menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas kerana cuba menyelamatkan dirinya. Mempunyai semangat setia kawan yang tinggiMazlinda sanggup berkhemah di Pantai Morib demi memberikan sokongan dan semangat kepada Firdaus yang berbasikal dari Klang ke Morib. Watak sampingan: Datuk Seorang yang bersemangat tinggiDatuk pernah berbasikal lebih kurang 30 atau 35 batu atau 50 kilometer mengikut kiraan kini dari Klang ke Banting. Datuk bertolak pada waktu pagi dan sampai petang pada hari yang sama. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Latar_Novel_Destinasi_Impian | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
|
Gaya_Bahasa_Novel_Destinasi_Impian | SimileContoh: Bahasa Melayu sudah menjadi seperti air atau udara; dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi bagaikan suaraku diterbangkan angin laut; dendam itu laksana api besar. SinkopeContoh: Abang nak sorong basikal itu?; Budak sekarang tak kuat. Tak ada semangat. Bahasa ArabContoh: halal, mahram, azan. Bahasa InggerisContoh: camping, no problem. PeribahasaContoh: Bagaikan langit dengan bumi; air muka; kuman di seberang laut tetapi tidak nampak gajah di depan mata; bermandi peluh; indah khabar dari rupa. MetaforaContoh: Rimba kehidupan, gunung kebanggaan, lagu keriangan. PersonifikasiContoh: Angin kencang yang menampar- nampar muka; persoalan itu mengetuk-ngetuk benakku; sekejap sahaja mereka hilang ditelan kegelapan malam. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Nilai_Novel_Destinasi_Impian | Nilai BersimpatiContoh: Johari bersimpati dan segera membantu Azlina yang tercampak apabila basikalnya terbabas ke kiri jalan. Nilai KeinsafanContoh: Firdaus insaf akan kesalahannya membohongi kawan-kawannya, Moksin dan Sazali dengan mengatakan bahawa dia lambat sampai ke destinasi kerana adiknya banyak berehat akhirnya terbongkar juga setelah dia lemas di laut. Nilai KecekalanContoh: Johari cekal berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam ekspedisi berbasikal bersama-sama dengan Azlina dan Firdaus. Nilai BerpengetahuanContoh: Johari banyak mempunyai pengetahuan apabila dapat menerangkan bangunan bersejarah yang ditemukan semasa ekspedisi berbasikal. Nilai Kasih sayangAzlina menyayangi abangnya, Firdaus. Dia memarahi Moksin dan Sazali yang menghina abangnya apabila mereka mengatakan bahawa sepatutnya Azlina nama dengan Firdaus. Azlina juga menyayangi abangnya apabila mengajak Firdaus berjoging supaya abangnya tidak lagi menjadi bahan usikan rakan-rakan dan berani menghadapi cabaran. Nilai KeberanianContoh: Azlina berani menentang abangnya, Firdaus yang bersikap negatif sewaktu menyertai ekspedisi berbasikal. Nilai KeprihatinanContoh: Johari prihatin akan Firdaus dengan mengekori Firdaus dari belakang supaya Firdaus tidak tersesat jalan ke Pantai Morib Baru. Nilai Cinta akan bahasa kebangsaanContoh: Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Nilai BertanggungjawabContoh: Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai Baik HatiContoh: Johari baik hati membantu Firdaus menuntun basikal Firdaus sehingga ke kedai basikal apabila tayar basikal Firdaus kembis kerana terkena paku. Johari turut membenarkan Firdaus mengayuh basikalnya kerana mahu Firdaus meneruskan perjalanan. Nilai Semangat setia kawanContoh: Tamrin dan Kasman bantu-membantu mendirikan tiga buah khemah ketika menyambut Johari dan Azlina. Kasmadiana membantu menyediakan makanan dan minuman sepanjang perkhemahan. Nilai KerajinanContoh: Firdaus rajin membantu emak dan kakak-kakaknya melakukan kerja rumah seperti mengemas, memasak dan menggubah bunga berbanding bersukan. Nilai Bersemangat tinggiContoh Peristiwa: Azlina tetap meneruskan perjalanan walaupun dia cedera. Pada wajahnya tidak tergambar rasa sakit atau pedih akibat luka di tangannya. Azlina menganggap luka di tangannya hanya sedikit sahaja dan bagi orang yang aktif bersukan,luka, patah dan terseliuh sudah menjadi perkara biasa. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Pengajaran_Novel_Destinasi_Impian | Kita mestilah berani menyahut cabaranContoh Peristiwa: Johari, Firdaus dan Azlina berani menerima cabaran datuk untuk menyertai ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib. Kita mestilah tabah menghadapi kesusahanContoh Peristiwa: Johari, Firdaus dan Azlina tabah menghadapi kesusahan dalam ekspedisi berbasikal. Hasilnya, mereka dapat tiba ke tempat yang dituju dengan selamat. Kita mestilah insaf akan kesalahan diriContoh Peristiwa: Firdaus insaf akan kesalahannya membohongi kawan-kawannya setelah dia lemas di laut. Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusiaContoh Peristiwa: Azlina sayang akan abangnya, Firdaus. Dia bimbang hendak membiarkan Firdaus mengayuh basikal seorang diri untuk pulang ke rumah. Kita mestilah rajin belajarContoh Peristiwa: Johari yang banyak berpengetahuan dapat memberikan penjelasan tentang bangunan bersejarah yang ditemukan semasa ekspedisi berbasikal kepada Azlina dan Firdaus. Kita mestilah bersikap baik hatiContoh Peristiwa: Johari menolong Azlina apabila basikal Azlina terbabas ke tepi jalan. Kita seharusnya berfikiran terbuka dan berlapang dada apabila menerima kiritikan daripada orang lain.Contoh Peristiwa: Firdaus suka mengkritik orang lain tetapi tidak suka dirinya dikritik. Firdaus juga tidak tahan apabila Azlina sering mengkritik dirinya yang tidak tahan cabaran dan sering mengeluh kepenatan. Hal ini menyebabkan dia membenci adiknya sendiri. Kita seharusnya tidak lupa diri atas jasa baik dan budi orang lain telah ditabur pada kita.Contoh Peristiwa: Firdaus turut angkuh apabila enggan mengikut Azlina dan Johari meneruskan perjalanan ke Klang. Sebaliknya dia mahu berbasikal bersendirian kerana percaya bahawa dia mampu berbuat demikian tanpa bantuan Azlina dan Johari. Kita perlulah prihatin akan pengguna bahasa kebangsaan dengan betulAzlina prihatin perkara yang dilihatnya sepanjang perjalanan. Azlina mengambil gambar papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Dia mempertikaikan kesalahan bahasa pada papan tanda itu yang mencemarkan bahasa Malaysia. Kita tidak patut memandang rendah akan keupayaan seseorang.Contoh Peristiwa: Moksin dan Sazali memandang rendah hasrat Firdaus untuk berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka mengandaikan bahawa ahli Persatuan Bulan Sabit Merah akan berbaris di sepanjang jalan untuk menyambut Firdaus. Oleh sebab itu, mereka mahu ke Morib untuk memastikan sama ada Firdaus sampai dengan bas atau basikal. Kita haruslah bijak bertindak dalam mencari kebenaran tentang sesuatu perkara.Contoh Peristiwa: Moksin dan Sazali bijak melakukan tindakan apabla berjumpa Azlina untuk mendapatkan kepastian tentang cerita Firdaus bahawa Azlina yang menyebabkan perjalanannya menjadi lambat. Mereka berdua tidak mempercayai kata-kata Firdaus. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Contoh_Soalan_Novel_Destinasi_Impian | Berdasarkan novel Destinasi Impian, huraikan persoalan yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Persoalan pertama yang terdapat dalam novel ini ialah kebijaksanaan seorang ketua dalam mengurus konflik demi memastikan program yang dilaksanakan berjaya. Buktinya, Johari dapat mengendalikan ekspedisi berbasikal dan konflik sepanjang ekspedisi tersebut dengan baik sehingga dia, Azlina dan Firdaus sampai ke tempat yang dituju iaituPantai Morib Baru. Persoalan kedua ialah sikap terlalu memanjakan anak akan mengakibatkan anak menghadapi konflik identiti. Contohnya, Firdaus berperwatakan agak keperempuanan akibat sikap ibu bapanya yang terlalu memanjakannya. Persoalan ketiga ialah pembohongan akan terbongkar juga akhirnya dan tidak akan memberikan kebaikan kepada diri sendiri. Contohnya, perbuatan Firdaus yang membohongi Moksin dan Razali dengan mengatakan bahawa dia lambat sampai ke destinasi kerana adiknya,Azlina banyak berehat akhirnya terbongkar juga. Persoalan seterusnya adalah keberanian mengharungi rintangan. Contohnya, Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain itu, persoalan keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Contohnya, Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Di samping itu, persoalan usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan. Contohnya Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan. Berikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Novel yang saya baca ialah Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini. Terdapat beberapa latar tempat yang dipaparkan dalam novel ini. Antara latar tempat novel Destinasi Impian ialah di Kampung Bukit Kapar. Inilah tempat tingga Azlina,Johari dan Firdaus. Di situlah juga Azlina, Johari dan Firdaus memulakan perjalanan ekspedisi berbasikal menuju ke Pantai Morib Baru. Jambatan Musaedin juga merupakan salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Tempat ini merupakan tempat Azlina, Johari dan Firdaus melintas dalam ekspedisi berbasikal dan masuk ke Kampung Jawa. Pantai Morib Baru merupakan latar tempat dalam novel ini. Tempat ini merupakan destinasi yang dituju oleh Johari, Azlina dan Firdaus setelah berbasikal sepanjang 50 kilometer dari Kampung Bukit Kapar. Firdaus juga lemas di laut akibat cuba menyelamatkanMazlinda, gadis pujaan hatinya yang berpura-pura lemas. Berdasarkan novel Destinasi Impian, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel. Novel yang saya baca ialah Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini. Terdapat beberapa pengajaran yang dipaparkan dalam novel ini. Pengajaran pertama ialah kita hendaklah rajin membaca supaya mempunyai pengetahuan yang banyak. Sebagai pelajar, adalah menjadi tanggungjawab kita rajin berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Contohnya, Johari mempunyai pengetahuan yang banyak kerana dia rajin membaca. Pengajaran kedua ialah kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga kerana air dicincang tidak akan putus. Contohnya, Azlina sayang akan abangnya, Firdaus walaupun mereka selalu sahaja bertengkar. Pengajaran ketiga ialah kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya, Firdaus insaf atas kesalahannya membohongi kawan-kawannya setelah dia lemas di laut. Seterusnya, kita mesti sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Contohnya, Johari begitu sabar terhadap Firdaus yang menunjukkan pelbagai kerenah sepanjang ekspedisi berbasikal mereka untuk sampai ke Pantai Morib Baru. Huraikan perwatakan watak utama novel ini. Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah Firdaus. Firdaus merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Seterusnya, Firdaus seorang yang cepat lupa diri. Contohnya,dia sanggup berbohong kepada kawan-kawannya setelah berjaya mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Dia seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib. Firdaus juga seorang yang selalu dimanjakan. Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus. Selain itu, Firdaus juga seorang yang tidak mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran. Contohnya, dia selalu merungut dan berhenti sepanjang perjalanan berbasikalnya. Huraikan tiga perwatakan Azlina yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlek sukan, Azlina merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Azlina seorang yang suka mengejek Firdaus. Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki. Azlina seorang yang kuat semangat. Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah. Seterusnya, Azlina seorang yang penyayang. Buktinya, Azlina tidak sampai hati mahu membiarkan abangnya, Firdaus pulang berseorangan dari Pantai Morib Baru ke Klang. Dia bimbang akan abangnya ditimpa kemalangan. Akhirnya,Azlina seorang yang suka akan cabaran. Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib. Huraikan tiga perwatakan Johari yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, watak kegemaran saya dalam novel ini ialahJohari. Johari seorang yang berani. Buktinya, Johari berani menyahut cabaran datuknya untuk menyertai ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib Baru iaitu sepanjang 50 kilometer. Johari ialah seorang yang penyabar. Contohnya, Johari sanggup melayan pelbagai kerenah Firdaus dengan sabar sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal. Walaupun Firdaus sering merungut sepanjang perjalanan berbasikal, Johari sabar memujuknya agar Firdaus dapat sampai ke destinasi yang dituju. Johari ialah seorang yang baik hati. Contohnya, Johari baik terhadap Azlina dan segera membantu adik sepupunya itu apabila basikal Azlina terbabas ke kiri jalan akibat sebuah lori besar yang bergerak laju. Seterusnya, Johari seorang yang berpelajaran tinggi. Contohnya, Johari merupakan seorang penuntut Universiti Putra Malaysia. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Latar_Masa_Novel_Destinasi_Impian | Pada waktu malamFirdaus bermimpi tentang rakan-rakannya mencampakkannya ke laut kerana membohongi mereka. Pada hari SabtuHari sambutan hari jadi Mazlinda. Namun Firdaus tidak dapat menyertai sambutan tersebut kerana menyertai ekspidisi berbasikal ke Morib. Pada pukul 7:00 pagiJohari, Firdaus, dan Azlina memulakan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Pada pukul 10;00 pagiTayar basikal Firdaus kempis. Pada pukul 2:30 petangJohari, Firdaus, dan Azlina menghampiri selekoh di Sungai Manggis. Pada pukul 3:30 petangJohari, Firdaus, dan Azlina tiba di Morib. Pada pukul 7:00 petangAzlina dan Kasmadiana berbual-bual di tepi pantai Morib tentang kisah empat orang yang mati lemas. Pada waktu maghribTamrin mengalunkan azan maghrib dari dalam khemah. Pada pukul 9.45 pagi keesokannyaAzlina dan Johari berkemas sebagai persiapan untuk bertolak pulang ke Klang. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Latar_Tempat_Novel_Destinasi_Impian | Tanah terbiarTempat Azlina merakamkan gambar bunga lalang. Sekolah Menengah KaparTempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina. Di situlah juga Johari, Firdaus dan Azlina memulakan ekspidisi berbasikal menuju ke Morib. Pekan BantingTempat Johari, Firdaus dan Azlina berehat. Pantai Morib BaruTempat yang dituju oleh Johari, Azlina dan Firdaus dan tempat mereka berkhemah. Gerai air tebuFirdaus menjerit mengatakan bahawa perjalanan berbasikal itu sebagai kerja gila. Selepas Melewati Sungai Lang Di BantingJohari berhenti dan menunjukkan rumah Haji Sidek kepada Azlina dan Firdaus. Di sinilah lahirnya jaguh-jaguh badminton iaitu Misbun, Razif, Jailani dan Rashid. Pantai Morib Baru Tempat perkhemahan Firdaus, Azlina dan Johari.Firdaus begitu gembira apabila rakanrakannya menyambut ketibaannya di sini. Disinilah juga tempat Firdaus lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda. Di hospitalFirdaus dibawa ke hospital kerana dia lemas ketika menyelamatkan Mazlinda. Di sinilah bibit-bit keinsafan mulai terbit dalam diri Firdaus tentang sikapnya yang berbohong kepada Mazlinda. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
Latar_Masyarakat_Novel_Destinasi_Impian | Masyarakat yang penyabarContoh: Johari amat sabar melayan karenah firdaus yang tak henti-henti ingin membatalkan ekspedisi berbasikal yang disertainya. Masyarakat yang aktif bersukan.Contoh: Azlina selalu berjoging dan selalu melakukan ekspedisi berbasikal. Masyarakat golongan lelaki yang berperwatakan seperti perempuan.Contoh: Firdaus lemah lembut dan pandai menggubah bunga. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contoh: Pemandu lori yang memandu lori dengan terlalu laju sehingga Azlina terbabas lalu terjatuh di kiri jalan. Masyarakat yang saling menyanyangi antara satu sama lainContoh: Azlina sayang akan abangnya, Firdaus walaupun mereka selalu sahaja bertengkar. Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggiContoh: Azlina dan Johari cekal dalam menghadapi segala cabaran sepanjang menyertai ekspedisi berbasikal itu. Masyarakat yang bersikap angkuh setelah berjayaContoh: Firdaus lupa diri setelah mendapat ucapan tahniah dan pujian daripada rakan-rakannya. Masyarakat yang tidak menggunakan bahasa Malaysia dengan sebaik-baiknyaContoh: Azlina dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan bahasa Malaysia yang ditulis pada papan tanda tersebut ketika mengambil gambar. Masyarakat yang menjadikan membaca sebagai budaya hidupContoh: Johari rajin membaca dan menganggap membaca itu satu keperluan dan bukan sekadar hobi mengisi masa lapang. | https://karangan.net/novel-destinasi-impian/ |
SINOPSIS_NOVEL_DI_SEBALIK_DINARA | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
|
BAB_1 | Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_2 | Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_3 | Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_4 | Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_5 | Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_6 | Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_7 | Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_8 | Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_9 | Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_10 | Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_11 | Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_12 | Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_13 | Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
BAB_14 | Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl. | https://karangan.net/novel-di-sebalik-dinara/ |
Sinopsis_Novel_Formula_Termodinamik | Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Tema_Novel_Formula_Termodinamik | Tema novel Formula Termodinamik ialah cabaran hidup remaja dalam usaha mengubah suai mesin terpakai yang boleh memanfaatkan penduduk kampung. Hal ini dibuktikan menerusi dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan tinggi untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Mereka memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai dengan bantuan Profesor Othman yang meminjamkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Apabila usaha tersebut diketahui oleh Aswan, dia ingin menyaingi rakannya itu dengan mencipta model yang sama tetapi berbeza fungsinya. Aswan melakukan jalan pintas dengan mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Akhirnya, inovasiAmir dan Usamah iaitu mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Persoalan_Novel_Formula_Termodinamik | Persoalan tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakatContoh Peristiwa: Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah untuk pertanian. Persoalan mengamalkan etikaContoh Peristiwa: Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh dalam melaksanakan projek masing-masing. Persoalan Kegigihan untuk berjayaContoh Peristiwa: Apabila Formula Dua Hukum Termodinamik hilang, Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan formula tersebut bagi memastikan projek mereka itu dapat dihasilkan. Sikap iri hati terhadap kebolehan orang lainContoh Peristiwa: Aswan berasa tergugat apabila mendapat tahu Amir dan Usamah boleh mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Dia juga yakin mampu mencipta mesin yang boleh berfungsi menanam padi, lalu mencuri formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumatContoh Peristiwa: Usamah yang mahir dalam komputer telah mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia. Persoalan pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diriContoh Peristiwa: Fikri dan Majibon berakhlak mulia, tetapi sanggup bersekongkol melakukan perbuatan yang negatif hasil persahabatannya dengan Aswan. Persoalan tanggungjawab terhadap seorang sahabatContoh Peristiwa: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka. Persoalan mengamalkan budaya ilmuContoh Peristiwa: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk kegunaan orang kampung. Mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain dan ingin membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi. Persoalan keinsafan atas kesilapan yang dilakukanContoh Peristiwa: Aswan meminta maaf daripada Amir atas kesalahannya mencuri pemacu pena dan mencuba memindahkan asset bapa Amir ke dalam akaun bapanya. Rasa kecewa apabila orang yang dikasihi akan berkahwin dengan orang lainContoh Peristiwa: Amir berasa kecewa apabila mendapat tahu Asma akan berkahwin dengan Asman menyebabkan dia terjelopok lalu tapak tangannya terluka. Persoalan kasih sayang nenek terhadap anak cucunyaContoh Peristiwa: Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka. Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk membuat kuih jala untuk Amir. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Binaan_Plot_Novel_Formula_Termodinamik | Permulaan Pengarang memaparkan suasana sebuah kampung di Sabah. Amir, Usamah, dan Asma bertemu semula setelah meningkat remaja. Usamah menuntut di Politeknik Perak, Amir menuntut di Politeknik Putatan, dan Asma menuntut di maktab perguruan di daerah tersebut. Asmah merupakan dua pupu Amir dan Usamah. Perkembangan Amir dan Usamah menerima e-mel daripada Profesor Othman. Mereka berkomunikasi tentang projek pengubahsuaian mesin rumput yang terpakai. Profesor Othman mengucapakan syabas dan sedia menghulurkan bantuan. Amir meminta Profesor Othman untuk menitipkan Formula Dua Hukum Popular. Setelah mereka menerima sedikit penerangan dan faham akan formula tersebut Amir bertekad untuk menyiapkan mesin rumput tersebut dalam masa sehari dua. Perumitan Aswan mendapat berita mengenai Amir dan Usamah yang telah berjaya mencipta mesin baharu yang dinamakan 2 dalam 1. Aswan berasa sangat iri hati dan sangat tercabar. Aswan bertekad untuk bersaing dengan Amir dan Usamah walau dengan apa-apa cara sekalipun. Klimaks Kampung mereka ditenggelami banjir. Arus tersebut telah menghanyutkan Aswan, Majibon, dan Fikri sewaktu menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas di rumah Majibo. Dalam kejadian tersebut Amir dan rakan-rakannya datang menyelamatkan Aswan dan rakan-rakannya. Aswan berasa sangat malu. Dia berterus terang tentang perkara yang telah dilakukan terhadap Amir. Dia memohon maaf atas keterlanjurannya. Peleraian Amir dan Usamah telah memenangi Anugerah Saintis Muda. Hal ini telah melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat tajaan biasiswa. Mereka bertekad untuk membawa kejayaan yang lebih gemilang untuk dibawa pulang. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Teknik_Plot_Novel_Formula_Termodinamik | Imbas kembaliContoh: Asma masih mengingati ketika dia, Amir, dan Usamah masih kecil mereka sering berlari di atas batas-batas sawah padi. Imbas mukaContoh: Amir menyatakan jika ada peluang satu hari nanti dia akan membina terowong di bawah dasar laut untuk disambungkan ke Semenanjung. Hal ini memudahkan kereta berulang-alik seperti di negara Jepun. PemerianContoh: Penulis menyatakan keadaaan di Kampung Warisan, Papar apabila ditimpa hujan yang lebat sehingga menyebabkan berlakunya banjir. MonologContoh: Aswan berkata sendirian bahawa dia juga mampu mengubah suai mesin rumput seperti yang dilakukan oleh Amir dan Usamah. KejutanContoh: Amir dan Usamah terkejut apabila nenek jatuh terjelopok ke dalam paya ketika mereka sedang bergotong-royong menanam padi. SaspensContoh: Pembaca dan pelajar-pelajar tertanya- tanya akan kehilangan data storan yang mengandungi data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tersebut. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Watak_Perwatakan_Novel_Formula_Termodinamik | Amir (Watak Utama) Seorang yang pemaaf dan tidak berdendamContoh: Amir memaafkan Aswan walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya. Seorang yang kreatif dan inovatifContoh: Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi. Seorang yang bijaksanaContoh: Dia membuat rancangan untuk memberkas penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana. Seorang yang penyayangContoh: Amir menyayangi neneknya. Seorang yang bersungguh-sungguhContoh: Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung. Seorang yang berjiwa besarContoh: Dia menasihati Zahid agar tidak buruk sangka terhadap Aswan yang menghebohhebohkan mesin ciptaannya.Seorang yang rajin dan berdisiplinContoh: Amir merupakan penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Am. Usamah (Watak Sampingan) Seorang perempuan yang kreatif dan inovatifContoh: Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi. Seorang yang penyayangContoh: Usamah menyayangi neneknya. Seorang yang bersungguh-sungguhContoh: Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung. Seorang yang kurang sabarContoh: Usamah berasa sangat marah apabila seorang pengguna Internet yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta maaf tidak menjawab pertanyaan mereka. Asma(Watak Sampingan) | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Latar_Novel_Formula_Termodinamik | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
|
Gaya_Bahasa_Novel_Formula_Termodinamik | PersonifikasiContoh: Angin lembut membelai anak rambut Aswan, Air membuak ganas membawa keladak dan memanjat tebing mengorek tunjang-tunjang pokok yang dirempuhnya. SimileContoh: Mengumpat sama seperti memakan daging saudara sendiri, Sinarnya bagaikan benang berselirat, kilat bagaikan cahaya laser menguak bumi, Kakinya bagaikan berat untuk melangkah, Hatinya seperti menyelongsong memintanya berpatah balik. MetaforaContoh: kotak fikirannya, sebongkah cinta. PeribahasaContoh: seperti cendawan tumbuh selepas hujan, mati akal, batang hidung, bertepuk sebelah tangan. HiperbolaContoh: Perasaan marah membuak-buak. Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Waalaikumussalam, syafaat, alhamdulillah, Insya-Allah. SinkopeContoh: tak, saja. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Nilai_Novel_Formula_Termodinamik | Nilai KerjasamaContoh: Penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat. Nilai Kasih sayangContoh: Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan. Nilai KejujuranContoh: Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral. Nilai KeberanianContoh: Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan. Nilai KebijaksanaanContoh: Amir dan Usamah merupakan golongan remaja yang bijak menggunakan satu data storan yang dikenal sebagai Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Nilai Kreatif dan InovatifContoh: Amir dan Usamah merupakan remaja yang kreatif dan inovatif kerana mampu mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin 2 dalam 1. Nilai BertanggungjawabContoh: Ibu Amir terlalu risau apabila Amir dan Usamah tidak pulang ke rumah tanpa meninggalkan sebarang pesanan. Nilai KeinsafanContoh: Aswan berasa insaf bahawa dirinya telah banyak melakukan kesalahan terutamanya, kepada Amir. Nilai PemaafContoh:Amir memaafkan segala kesalahan Aswan yang telah mengkhianatinya. Nilai SimpatiContoh: Adnin simpati terhadap ibu Aswan yang bimbang kerana kehilangan Aswan. Nilai Baik hatiContoh: Amir dan rakan-rakannya membantu anggota penyelamat mencari Aswan, Fikri, dan Majibon yang hilang ketika kampung mereka dilanda banjir. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Pengajaran_Novel_Formula_Termodinamik | Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasamaContoh: Penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat. Kita hendaklah memiliki sikap kasih sayangContoh: Amir Usamah dan Asma sangat menyayangi nenek mereka, sikap kasih sayang mereka jelas dibuktikan semasa nenek mereka sedang sakit dan ditahan di wad hospital. Kita sewajarnya memiliki sikap jujurContoh: Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral. Kita hendaklah memiliki sikap beraniContoh: Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Latihan_Novel_Formula_Termodinamik | Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji nyatakan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang dikemukakan dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang saya kaji ketika tingkatan satu ialahFormula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Antaranya ialah persoalan bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Sebagai contoh, Usamah bekerjasama dengan Amir mengubah suai mesin rumput terpakai untuk dijadikan mesin 2 dalam 1 bagi membantu petani-petani di kampung mereka. Selain itu, persoalan ini juga boleh dibuktikan semasa golongan remaja bekerjasama untuk menangkap pencuri yang menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Persoalan taat kepada ajaran agama juga terdapat dalam novel Formula Termodinamik. Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang tidak bermoral. Persoalan yang terakhir ialah kasih sayang cucu kepada neneknya. Amir, Usamah dan Asma sayang akan nenek mereka. Apabila nenek lemas, Amir memberikan rawatan kecemasan kepada nenek. Usamah pula menjaga nenek semasa sakit dan Asma bertegas supaya nenek dihantar ke hospital. Nyatakan tiga perwatakan watak utama berserta contoh peristiwa yang dikemukakan dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji semasa tingkatan satu ialahFormula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman. Watak utama novel ini ialahAmir, seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Am. Amir merupakan seorangremaja yang kreatif dan inovatif. Dia bersama-sama dengan Usamah merancang untuk mengubah suai fungsi mesin rumput yang terpakai bagi membantu petani melakukan kerja-kerja menanam padi. Seterusnya, Amir juga seorang yang mahir dalam teknologi komputer. Dia dapat mengesan bahawa ada orang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. Selain itu, Amir seorang yang gigih berusaha. Dia mencipta model ciptaannya berdasarkan data Formula Termodinamik yang sudah bertahun-tahun dikumpulnya dengan bantuan Prof.Othman. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Latar_Masa_Novel_Formula_Termodinamik | Malam sambutan Hari KrismasBerlakunya kejadian air bah yang sangat dahsyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri. Selepas waktu isyakAmir dan rakan-rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber. Pada pukul 12.00 tengah malamAmir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. Pada suatu pagiHujan lebat mencurah-curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Latar_Tempat_Novel_Formula_Termodinamik | Kampung WarisanTempat kelahiran Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses mengubah suai mesin dilakukan berdasarkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga terhasilnya mesin 2 dalanm 1 untuk dimanfaatkan oleh para petani. Tapak semaian, di Kampung WarisanTempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul. Lapangan terbangTempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Kampung PimpingTempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman. Bilik pembedahanTempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya. Pejabat Persendirian Damit, Syarikat Bahagia, PutatanTempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat Bahagia. Di atas tangga, rumah AmirTempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Latar_Masyarakat_Novel_Formula_Termodinamik | Masyarakat yang berpendidikan tinggiContoh: Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royongContoh: Orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir. Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasamaContoh: Adnin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka. Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiriContoh: Aswan telah mencuri pendrive milik Amir yang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan. | https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/ |
Tema_Novel_Hempasan_Ombak | Tema Novel Hempasan Ombak ialah kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga. Watak utama novel ini iaitu Farid, dia begitu gigih memikul tanggungjawab pada usia yang muda untuk meneruskan perusahaan batik peninggalan ayahnya. Pada usia yang muda, Farid begitu cekal memikul tanggungjawab untuk meneruskan perusahaan batik peninggalan arwah ayahnya. Farid telah berusaha dengan begitu cekal menjelaskan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh Syarikat Batik Nusantara dengan menjual van dan lori syarikat serta menggadaikan tanah dan emas milik ibunya. Farid begitu cekal menghadapi ancaman pesaingnya seperti Mukhtar yang telah mengupah samseng-samseng membakar bengkel batik moden Syarikat Batik Nusantara | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Persoalan_Novel_Hempasan_Ombak | Cabaran dalam dunia perniagaanWatak utama dalam novel hempasan ombak iaitu Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya. Farid menguruskan perniagaan Syarikat Batik Nusantara yang mengalami masalah aliran perbelanjaan yang tidak lancar. Ketabahan dalam dunia perniagaanFarid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan syarikat warisan milik keluarganya iaitu Syarikat Batik Nusantara. Kasih sayang sesama ahli keluargaHajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut. Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid. Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat. Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya. Persaingan dalam dunia perniagaan.Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Plot_Hempasan_Ombak | Permulaan Novel Hempasan Ombak bermula dengan Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun. Ibunya, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan pekerja- pekerjanya. Perkembangan Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen, namun dia mencadangkan Farid mengeluarkan batik bercorak baharu untuk menarik perhatian pembeli. Farid bertemu Mokhsein untuk meminta pandangannya. Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, jurulukis batik datang. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Perumitan Pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar begitu marah apabila batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin, batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaran pesaingnya, Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik itu dan jika masih degil, dia akan merobohkan gerai Zuraida. Farid pula menerima amaran keras dalam bentuk surat layang agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Di bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Berlaku pertengkaran antara mereka. Klimaks Berlaku kebakaran di bengkel tempat pengeluaran batik moden. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin kebakaran itu bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya. Peleraian Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid iailah Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Watak_dan_Perwatakan | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
|
Latar_Novel_Hempasan_Ombak | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
|
Nilai_Novel_Hempasan_Ombak | Hormat-menghormatiContoh: Watak utama dalam novel Hempasan Ombak iaitu Farid selaku pengurus Syarikat Batik Nusantara dan para pekerjanya seramai 57 orang saling menghormati antara satu dengan yang lain ketika sama-sama memajukan perniagaan batik di syarikatnya itu. Baik hatiContoh: Mokhsein bersikap murah hati apabila bersedia membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara dan menerangkan perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali. Kasih sayangContoh: Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Sebagai ibu, dia sanggup berkorban menjaga anaknya, Lotfi yang sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. KeberanianContoh: Farid berani menanggung risiko untuk mengembangkan pemasaran syarikat batiknya dengan membina bengkel baharu yang bermodalkan RM75 ribu. Nilai KetaatanContoh: Sebagai seorang muslim yang taat akan ajaran agama Islam, Farid tidak pernah mengabaikan solat lima waktu. Nilai KetabahanContoh: Farid begitu tabah menghadapi dugaan sepanjang menguruskan perusahaan batik ayahnya. Dia tabah menghadapi masalah hutang, pasaran yang semakin merosot dan bengkel batik modennya yang terbakar. Semangat bermasyarakatContoh: Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat ketika perasmian bengkel batik moden baharu. TanggungjawabContoh: Farid bertanggungjawabmenguruskan masalah kewangan syarikat batik peninggalan ayahnya. Dia sanggup mengambil risiko dengan mencari idea baharu bagi menyelesaikan masalah syarikatnya. KegigihanContoh: Farid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan batiknya sehingga dia berjaya membangunkan bengkel batik moden. Nilai bekerjasamaContoh: Keluarga Farid bekerjasama dengan pekerja-pekerjanya dalam menghasilkan kertas kerja bertajuk ‘Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara’ bagi memajukan perusahaan batik Syarikat Batik Nusantara. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Pengajaran_Novel_Hempasan_Ombak | Kita perlulah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Farid bersederhana dalam menjalani kehidupannya walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Kita hendaklah mencurahkan kasih sayang terhadap ahli keluarga. Contohnya, sebagai seorang ibu, Hajah Zaoyah sanggup berkorban menjaga anaknya, Lotfi yang sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang memerlukan. Mokhsein bersikap baik hati apabila bersedia membantu Farid untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Dia menyarankan agar Farid melaksanakan ‘strategi terkunci’ untuk membaik pulih keadaan syarikatnya. Kita mestilah mengamalkan semangat bermasyarakat. Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung semasa majlis perasmian bengkel batik moden yang baharu bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Kita hendaklah tabah apabila diuji dengan musibah dan masalah. Farid tabah menerima dugaan apabila bengkel batik moden baharunya terbakar dan menganggapnya sebagai takdir Tuhan. Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan pelanggan yang berbagai-bagai ragam. Farid kagum akan kesabaran Zuraida melayani pelanggan yang pelbagai kerenah ketika berurus niaga di gerai pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol. Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baikFarid yang baru berusia 19 tahun telah melaksanakan tanggungajawabnya dengan baik apabila menguruskan perusahaan batik warisan arwah ayahnya sehingga berjaya membangunkan sebuah bengkel batik moden Kita hendaklah bersaing secara sihat antara satu sama lain dalam bidang perniagaanMukhtar telah berusaha untuk memecahkan monopoli pasaran batik Syarikat Batik Nusantara dengan memberikan komisen yang tinggi kepada para ejen dan menjual dengan harga yang murah Kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnyaZuraida yang rajin berniaga telah melanjutkan pengajiannya di UiTM dalam bidang pentadbiran perniagaan untuk menguasai kemahiran mengurus perniagaan | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Gaya_Bahasa_Novel_Hempasan_Ombak | Bahasa Arab. Contohnya, Assalamualaikum; Astaghfirullah. Bahasa Inggeris. Contohnya, window shopping; classmate. Hiperbola. Contohnya, Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai. Personifikasi. Contohnya, Rasa serba salah mula mencekik dirinya. Repetisi. Contohnya, “Kerja, kerja. Makan, makan,” ujar Hajah Zaoyah tegas. Simile. Contohnya, Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya. Sinkope. Contohnya, “Tak kisahlah tu,” tangkis Farid, tersenyum. Peribahasa. Contohnya, putih mata; gulung tikar; genggam bara api biar sampai jadi arang; diluah mati emak, ditelan mati bapa; kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Sinopsis_Novel_Hempasan_Ombak | Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun apabila pemiliknya, Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak mampu memikul tugas tersebut. Farid menerima tugas itu dengan penuh tanggungjawab. Sebagai tugasan pertama, Farid melawat bengkel untuk melihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik, pekerja syarikat itu menerangkan keadaan syarikat, iaitu batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya. Seterusnya, Farid meluahkan keinginannya untuk membesarkan bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu syarikat menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri dan Farid mencadangkan bengkel diperbesar dan mesin baharu perlu dibeli. Pada satu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya satu ketika dahulu. Mokhsein memaklumkan, terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian menerangkan akan perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali. Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu. Farid, rakan sekelasnya ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman datang berkunjung untuk bertanya khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen, namun dia mencadangkan Farid mengeluarkan batik corak baharu untuk menarik perhatian pembeli. Farid bertemu Mokhsein ntuk mendapatkan pandangannya. Hasilnya dia dapat menyiapkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dan seterusnya, Farid membina bengkel tambahan dengan modal sebanyak RM75 ribu. Hal berkaitan tenaga pengajar batik moden akan diuruskan oleh Mokhsein. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein datang. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel. Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar begitu marah apabila batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin, batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaran syarikat pesaingnya, Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida dan mendapati batik bercorak baharu dijual di gerai Zuraida. Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik itu dan jika masih degil, dia akan merobohkan gerai Zuraida. Farid pula menerima amaran keras dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak dipandang serius, padah yang lebih besar akan menanti. Hajah Zaoyah mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Farid mendapat panggilan telefon daripada Zuraida. Zuraida menjelaskan akan larangan bapa saudaranya agar tidak menjual batik moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Di bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana dua-dua lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri memberi alasan meninggalkan syarikat kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran. Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Disebabkan Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood. Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin kebakaran bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya. Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid. Zuraida pula menjelaskan, kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan, dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM. Zuraida mencadangkan Farid menimba ilmu lagi kerana terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahannya mengupah tiga orang samseng untuk membakar bengkel perusahaan batik Farid. Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Sinopsis Hempasan Ombak mengikut bab | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Contoh_Soalan_Novel_Hempasan_Ombak | Tema novel dan contoh Peristiwa Tema novel Hempasan Ombak ialah usaha dan kecekalan seorang anak muda untuk memajukan perniagaan. Contoh Peristiwa:Farid yang hanya berusia 19 tahun berusaha dan menerima tanggungjawab untuk meneruskan perusahaan batik peninggalan arwah ayahnya. Dia berusaha dengan cekal untuk menjelaskan bebanan hutang yang ditanggung oleh Syarikat Batik Nusantara dengan menjual van dan lori syarikat serta menggadaikan tanah dan emas milik ibunya. Huraikan tiga nilai yang dimiliki oleh watak utama dan peristiwa yang boleh membuktinya. Novel yang telah saya kaji dalam tingakatan 3 ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Watak utama novel ini ialah Farid. Terdapat beberapa nilai murni yang dimiliki oleh watak Farid boleh menjadi contoh dan teladan kepada pembaca dalam kehidupan. Nilai pertama adalah nilai kegigihan. Contoh peristiwa yang dapat menunjukkan nilai ini semasaFarid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan batik Nusantara walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Hasilnya, Farid berjaya membangunkan bengkel batik moden. Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab pada watak Farid. Sebagai contoh, Farid bertanggungjawabmenguruskan masalah kewangan syarikat batik peninggalan ayahnya.Farid jugabertanggungjawab mencari ideabaharu daripada pengusaha yang berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk menyelesaikan masalah syarikatnya. Tambahan pula, Farid juga memiliki nilai kesederhanaan. Nilai ini dapat dibukti dalam peristiwaFarid menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya dan berasa kereta ini lebih selesa. Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Kadang kala,Farid juga menaiki motosikal jika ada urusan luar. Selain itu, semasa makan tengah hari bersama-sama Zuraida,Farid juga memilih untuk makan di warung biasa dan bukan di hotel yang mewah. Soalan Persoalan dan contoh peristiwa. Novel yang saya kaji di tingkatan 3 ialah Hempasan Ombak. Terdapat beberapa persoalan yang telah saya pelajari. Persoalan yang pertama ialah persoalan sikap manusia yang suka membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Sebagai contoh, Mokhsein telah bersikap murah hati untuk membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali. Persoalan yang seterusnya ialah persoalan kehidupan yang bersederhana walaupun mempunyai wang dan kedudukan. Peristiwa yang boleh membukti ialah Farid yang mengekalkan sikap bersederhana walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Dia sentiasa menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih untuk makan di warung biasa, bukan di hotel. Persoalan yang terakhir ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan warisan keluarga. Sebagai contoh, Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Dia sanggup menggadaikan barang kemasnya untuk membantu Farid memulihkan kewangan syarikat arwah suaminya. Huraikan peristiwa yang berlaku di bangsal batik. Novel yang saya kaji ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Dalam novel ini,terdapat satu later tempat yang penting, iaitu Bangsal Batik. Antara peristiwa yang berlaku di Bangsal Batik ialah Encik Mokhsein merasmikan bangsal batik kepunyaan Syarikat Batik Nusantara, majlis dijalankan dengan sederhana dengan diiringi doa selamat dan jamuan makanan yang turut dihadiri oleh 200 orang penduduk kampung. Peristiwa yang seterusnya ialah Hartini Noor menceritakan kaedah,corak dan sejarah batik asli (sarung) kepada Farid di bangsal batik sehingga meyebabkan Zuraida berasa cemburu. Akhirnya, peristiwa yang berlaku di bangsal batik ialah Mahmood iaitu pekerja Mukhtar dan berkonflik dengan Azmi dan Mazri. Mahmood cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah mencurah lilin panas pada muka Mahmood. Pertengkaran antara mereka menyebabkan Hartini Noor meminta Mahmood beredar kerana lelaki itu sengaja menimbulkan kekacauan di bengkel. Jelaskan tiga perwatakan watak utama yang menerajui jalan cerita novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Hempasan Ombak. Watak utama dalam novel ini ialah Farid. Farid merupakan seorang yang sedia bekerjasama. Contohnya, Farid memberikan kerjasama kepada pihak polis demi mengukuhkan lagi fakta untuk dikemukakan kepada pendakwa raya dalam siasatan kes kebakaran di bengkel batiknya. Selain itu, Farid juga merupakan seorang yang cekap dalam menguruskan perniagaan. Misalnya, Farid cekap menguruskan syarikat walaupun baru menerajui Syarikat Batik Nusantara. Antara lain, Farid reda akan ketentuan Tuhan. Contohnya, Farid reda akan pemergian ayahnya dan pasrah menerima ketentuan itu. Persoalan merupakan elemen penting dalam sesebuah karya sastera. Nyatakan contoh peristiwa yang terlibat dengan “Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan” dan “Persoalan Kepentingan ilmu dalam kehidupan“ yang terkandung dalam sebuah daripada novel di atas. Novel yang saya kajisemasa tingkatan 3 ialah novel Hempasan Ombak. Dalam novel ini terdapat beberapa contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Contohnya, Farid tabah menghadapi dugaan apabila menerima surat ugutan daripada musuhnya. Selain itu, Farid juga tabah apabila bangsal batik modennya telah dibakar oleh musuhnya dalam usahanya memajukan perniagaan batik keluarganya. Persoalan kedua ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Sebagai contoh, Zuraida menyambung pelajarannya dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di kampus UiTM pada hujung minggu demi menambahkan pengetahuan. Jelaskan latar masyarakat di bawah berserta dengan contoh peristiwa yang berkaitan.– “Masyarakat yang gigih berusaha.”– “Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.” Novel yang saya kaji ialah novel Hempasan Ombak. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang gigih berusaha. Misalnya, Farid gigih berusaha untuk memasarkan batik keluaran syarikat milik keluarganya dengan menjelajah ke bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Mokhsein pula gigih berusaha membuka perniagaannya sendiri setelah berhenti kerja dari syarikat ayah Farid. Sementara itu, contoh peristiwa yang mencerminkan latar masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan ialah Zuraida yang mementingkan ilmu pengetahuan telah menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di UiTM Dungun walaupun telah memiliki gerai sendiri. Kekuatan penceritaan dalam sesebuah novel berkait rapat dengan binaan plot. Bincangkan puncak penceritaan yang anda pelajari. Novel yang saya kaji semasa tingkatan tiga ialah novel Hempasan Ombak. Puncak bagi novel ini ialah bangsal batik moden milik Farid telah dibakar pada pukul 2:00 pagi. Usaha Farid memadamkan api gagal. Pihak bomba memaklumkan bahawa sebanyak 75 peratus peralatan dan bahan mentah telah musnah termasuk batik-batik moden yang telah siap. Farid terpaksa menanggung kerugian melebihi RM70,000.00. Farid tabah menghadapi dugaan itu. Siasatan yang dijalankan oleh pihak bomba merumuskan bahawa ada unsur sabotaj dalam insiden kebakaran itu. Terdapat peristiwa dalam novel yang memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan beberapa peristiwa daripada novel yang anda baca, jelaskan teladan yang telah peroleh. Novel yang saya kaji ialah novel Hempasan Ombak. Terdapat beberapa peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini. Antaranya termasuklah peristiwa Farid tetap tabah dan bersemangat untuk memajukan perniagaan batiknya walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti menerima surat ugutan dan bangsal batiknya dibakar. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita mestilah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. Selain itu, Farid gigih berusaha dengan melakukan pelbagai transformasi untuk memajukan perniagaan batik keluarganya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. Seterusnya, Zuraida akan mengulang kaji pelajaran di gerainya sementara menunggu pelanggan datang. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita hendaklah bijak mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak sampingan yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Hempasan Ombak. Watak sampingan dalam novel ini ialah Zuraida. Antara perwatakan Zuraida ialah dia seorang yang bijak memanfaatkan masa. Contohnya, Zuraida bijak memanfaatkan masa terluang dengan mengulang kaji pelajaran di gerainya sementara menunggu pelanggan datang. Selain itu, Zuraida juga seorang yang sabar melayani kerenah pelanggan. Misalnya, Zuraida sabar melayani kerenah pelanggan yang cerewet dan pelanggan yang mahukan harga yang rendah dengan sebaik mungkin. Antara lain, Zuraida merupakan seorang yang berpandangan jauh. Contohnya, Zuraida berpandangan jauh dengan meminta Farid melakukan perubahan dalam perniagaan batiknya untuk menarik pelanggan. Berdasarkan novel di atas, jelaskan latar tempat yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Hempasan Ombak. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Bazaar Mara, Jalan Banggol. Contohnya, Zuraida berniaga pakaian di Bazaar Mara, Jalan Banggol. Latar kedua ialah Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Misalnya, Farid memberikan kenyataan tentang peristiwa kebakaran yang berlaku di bangsal batiknya di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Latar ketiga pula ialah Penjara Marang. Mukhtar menjalani hukuman selama tiga tahun di Penjara Marang atas tuduhan membakar bangsal batik kepunyaan Farid. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan binaan plot novel tersebut. Novel yang telah saya kaji ialah Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Binaan plot yang pertama ialah bahagian permulaan. Antara peristiwa yang berlaku di bahagian permulaan ialah Syarikat Batik Nusantara ibarat hidup segan mati tak mahu. Kelonggaran kredit yang diberikan oleh ayah Farid, arwah Haji Badrul menjadikan ejen-ejen syarikat mula tunjuk belang. Hal ini menyebabkan syarikat arwah ayah Farid menanggung hutang dengan ejen pembekal bahan-bahan mentah. Binaan plot yang kedua ialah bahagian perkembangan. Peristiwa yang berlaku di bahagian perkembangan ialah bangunan bangsal batik moden dan bangsal tambahan batik asli dibina di atas tanah milik keluarga Farid. Encik Mokhsein telah menghantar Hartini, adik sepupunya yang merupakan graduan seni reka fabrik lepasan UiTM sebagai pengajar batik moden di Syarikat Batik Nusantaraseperti yang telah dijanjikan kepada Farid. Zuraida, rakan Farid sejak di tingkatan satu banyak membantunya dalam merangka strategi pemasaran. Zuraida juga menjual batik-batik moden keluran Syarikat Batik Nusantara di gerainya tanpa sebarang komisen. Binaan plot yang ketiga ialah klimaks. Disebabkan marahnya yang tidak tertanggung lagi, Mukhtar telah mengupah tiga orang samseng membakar bangsal batik moden yang menjadi punca kemerosotan perniagaan batik aslinya. Akibatnya, hampir 75 peratus peralatan dan bahan mentah serta batik-batik moden yang baru siap di dalam stor bangsal tersebut musnah. Farid telah menyerahkankes tersebut di bawah siasatan polis. Binaan plot yang terakhir ialah peleraian. Contoh peristiwa ialah Mukhtar akhirnya ditangkap polis atas tuduhan membakar bangunan bengkel batik moden milik syarikat Farid. Atas perlindungan insurans, segala kemusnahan dapat dipulihkan semula. Farid tuurt menerima berita gembira daripada Encik Mokhsein yang menyatakan bahawa terdapat dua buah butik di Singapura dan Ampang park, Kuala Lumpur optimis mlanggan batik moden keluaran syarikatnya. Farid akhirnya berjaya membangunakn semula Syarikat Batik Nusantara yang telah diwariskan kepadanya. Binaan Plot Konflik Konflik dalam diri Farid bermula apabila dia mula untuk menerima tanggungjawab sebagai peneraju syarikat selepas kematian ayahnya. Farid terbeban memikirkan cara untuk memajukan syarikat ayahnya memandangkan perkembangan syarikat Batik Nusantara kurang memberansangkan. Selain itu, Farid juga memikirkan segala hutang-piutang ayahnya dengan syarikat pembekal bahan mentah. Konflik antara Syarikat Farid dan Syarikat MukhtarKemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat Farid telah menyebabkan batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan. Pemiliknya, Mukhtar berdendam terhadap Farid dan memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik syarikat Farid. Selain itu, Mukhtar juga mengirimkan surat layang berbaur ugutan kepada Farid. Seterusnya, samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke bengkel batik Farid dan berkonflik dengan Masri dan Azmi. Berlaku pertengkaran antara mereka. Nota Komsas BM – Tingkatan 1 hingga 5 | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Teknik_Plot | PemerianPengarang menggambarkan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Hajah Zaoyah pada waktu malam. DialogPerbualan antara Farid dengan Tomsiah mengenai kedudukan kewangan Syarikat Batik Nusantara yang bergerak perlahan dan kurang memberangsangkan. Imbas kembaliFarid teringat kembali akan kata- kata bapanya bahawa dunia perniagaan tidak ubah seperti gelanggang persilatan yang dipenuhi dengan sepak terajang dan dipenuhi faktor politik dalam mengaut laba. Imbas mukaMukhtar membayangkan wajah Farid yang hanya menangis ketika berdepan dengan masalah kurangnya pengalaman dan ilmu pengurusan perniagaan dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya itu. SaspensPembaca tertanya-tanya dan ingin mengetahuiidentiti lelaki yang dihubungi oleh Farid berpandukan nombor telefon yang diberikan oleh Tomsiah. Pembaca juga tertanya-tanya sebab Tomsiah memberikan nombor telefon itu kepada Farid. Pembaca juga tertanya-tanya individu yang menghantar surat layang kepada Farid yang memberikan amaran agar memutuskan hubungan dengan Zuraida dan melarang batik modennya menguasai pasaran. Selain itu, pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Azmi apabila Mahmood mencekak leher baju – T Azmi dan mengheretnya menghampiri kawah yang mengandungi lilin panas yang menggelegak. KejutanPembaca terkejut dan tidak menyangka Masri akan bertindak menerpa ke arah Mahmood dan mencurahkan lilin panas dari canting batik ke muka Mahmood yang sedang mencekik leher baju Azmi untuk membenamkan kepalanya ke dalam kawah lilin yang panas itu. MonologFarid bermonolog sendirian apabila memikirkan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan setelah dia dilantik untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Watak_Utama_Farid | Seorang yang rajin.Contoh: Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida. Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Farid menjalankan tugas sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. DIa memastikan proses menghasilkan batik moden berjalan dengan baik. Seorang yang gigih Contoh: Farid gigih menyelesaikan masalah perniagaannya. Dia mendapatkan bimbingan daripada Mokhsein dan Zuraida. Cabaran kewangan syarikat yang tidak kukuh Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya menghadapi masalah kewangan. Dia menghadapi cabaran yang besar kerana banyak tugas arwah ayahnya yang tertangguh di samping kewangan syarikat yang tidak kukuh. Perniagaan batik ayahnya beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Masalah ini telah menyebabkan aliran tunai syarikatnya yang tidak lancar. Cabaran syarikat pesaing yang mahu memonopoli pengeluaran batik. Sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu mahu memonopoli pengeluaran batik. Syarikat itu menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Watak_Sampingan | Mokhsein Hajah Zaoyah Zuraida Seorang yang gigih berusahaBuktinya, Zuraida seorang peniaga gigih mengusahakan gerainya, lebih-lebih lagi ibunya telah melepaskan gerai tersebut sepenuhnya kepada Zuraida setelah dia tamat SPM. Seorang yang berfikiran jauhZuraida memiliki banyak pandangan yang bernas untuk membolehkan Farid mengembangkan perusahaan batiknya. Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuanFarid berasa kagum terhadap Zuraida apabila mengetahui bahawa Zuraida sebenarnya sedang menuntut ilmu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM, semester 1. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Latar_Tempat | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
|
Latar_Masa | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
|
Latar_Masyarakat_Novel_Hempasan_Ombak | Masyarakat peniagaContoh: Farid, Zuraida, Mokhsein dan Mukhtar seorang yang terlibat dalam perniagaan batik. Masyarakat yang gigih berusahaContoh: Farid begitu gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan batiknya dan hasil kegigihannya itu Farid berjaya membuka sebuah bengkel batik moden. Masyarakat yang mementingkan ilmuContoh: Moksein menyarankan agar Farid mengikuti kursus – kursus dalam perniagaan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan syarikat.Contoh: Zuraidah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun walaupun dia sudah memiliki kedai. Masyarakat hidup saling membantuContoh: Mokhsein dan Zuraida sering membantu Farid dalam urusan perniagaan seperti memberikan cadangan yang membina. Masyarakat yang sanggup berkorbanContoh:Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan barang-barang kemas miliknya untuk dijadikan modal dalam membangunkan perusahaan batik yang diwarisi anaknya. Masyarakat yang dengkiContoh: Mukhtar yang dengki kepada Farid sanggup sabotaj perusahaan Farid agar dapat menyingkirkan pesaingnya di dalam pasaran batik. Masyarakat yang kreatif dan inovatifContoh: Hartini menggunakan daya kreativitinya untuk menghasilkan corak batik dan mempelbagaikan kegunaan batik sebagai pakaian, perabot dan penghias dinding. Masyarakat yang berani mengubah masa depanContoh: Farid suka bertanya dan meminta pendapat orang lain untuk mendapatkan idea yang dikehendakinya kerana dia percaya masa depan hanya boleh diubah sekiranya kita berani bertindak. Masyarakat yang bekerjasama dan saling membantuContoh: Farid selalu berbincang meminta pendapat dan bantuan daripada keraninya, Tomsiah sebelum membuat sebarang tindakan. Masyarakat yang penyayangContoh Peristiwa: Hajah Zaoyah seorang ibu yang penyayang. Beliau sanggup menggadaikan barang kemas dan tanah miliknya untuk membantu Farid dalam mengukuhkan kewangan syarikat arwah suaminya. | https://karangan.net/novel-hempasan-ombak/ |
Tema_Novel_Jejak_Monpus | NovelJejak Monpus membawa tema kegigihan seorang pemudaterhadap ilmu Sains. Dia membuat penyelidikan untuk menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu. Sebagai contoh, Zahar, seorang pemuda yang berusia 22 tahun amat menyukai pelbagai jenis serangga dan gemar melakukan pelbagai penyelidikan terhadapnya. Dia banyak mengumpul serangga seperti kumbang, ulat beluncas dan labah-labah. Dia juga mempunyai sebuah makmal khas untuknya memupuk minatnya dalam bidang penyelidikan terhadap serangga-serangga yang dikumpulnya. Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di makmalnya itu melakukan penyelidikan. Zahar menghadapi dilema apabila ulat bulu spesies Pus Pus hampir pupus. Dia juga berusaha untuk mencipta penawar bagi menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu berintik. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Persoalan_Novel_Jejak_Monpus | Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Contoh Peristiwa: Qistina agak keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. Hal ini kerana Zahar pernah cedera semasa mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam. Keadaan ini menunjukkan Qistina amat menyayangi anak tunggalnya itu. Keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitarContoh Peristiwa: Zahar risau apabila memikirkan generasi muda yang tidak mewarisi keindahan alam semula jadi disebabkan berlakunya pencemaran alam. Masyarakat pula tiada keinginan untuk menjaga alam sekitar. Banyak pencemaran telah berlaku sehingga mencemarkan keindahan Hutan Paya Bakau Tanjung Piai, sedangkan masyarakat bertanggungjawab melestarikan hutan paya bakau tersebut yang merupakan lokasi ekopelancongan negara. Sifat suka berdendam dalam masyarakatContoh Peristiwa: Ripin menaruh dendam terhadap Zahar yang telah menangkapnya mencuri tong gas. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sejak kejadian itu, dia sentiasa mencari peluang untuk membalas dendamnya. Kebijaksanaan ketua masyarakat semasa membuat keputusan Contoh Peristiwa: Tok Ketua Kampung membuat keputusan yang tepat dengan menasihati penduduk kampung agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru untuk mengelakkan pertelingkahan tercetus. Baginya sesuatu perkara boleh dibawa berbincang untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya. Pengamalan ajaran agama dalam kehidupan Contoh Peristiwa: Penduduk kampung merancang mengadakan solat hajat sebagai salah satu ikhtiar untuk mengatasi serangan ulat beluncas di kampung mereka. Persoalan perasaan dendam telah merugikan diri sendiriContoh Peristiwa: Ripin seorang samseng kampung yang suka bergaduh dengan orang yang tidak sebulu dengannya. Sebelum ini dia berkelahi dengan Zahar. Isu serangan ulat bulu berintik hitam menyebabkan dia melibas bahu Zahar dengan pisau sehinggakan dia ditangkap polis. Walaupun dibebaskan, dia tetap tidak insaf. Dia berterusan memburukkan nama Zahar. Akhirnya dia ditangkap kerana terlibat dalam kes penipuan benih cambah sawit yang dijalankan secara haram serta pemalsuan dokumen urus niaga. Tanggungjawab guru terhadap muridnyaContoh Peristiwa: Qistina amat prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan kemajuan pendidikan anak muridnya. Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, dia akan mencipta beberapa inovasi agar pengajarannya menarik perhatian dan murid faham apa-apa yang diajar. Apabila mendapati anak muridnya, Umar tidak menyiapkan latihan yang disuruh, dia ke rumah Umar untuk menyiasat masalah yang dihadapi oleh anak muridnya itu. Kepentingan ilmu dalam kehidupan Contoh Peristiwa: Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Sinopsis_Novel_Jejak_Monpus | Novel Jejak Monpus mengisahkan watak Zahar, seorang penuntut jurusan Biologi, Fakuti Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. Dia begitu obses dengan dunia serangga sejak kecil lagi. Minat Zahar terhadap dunia serangga terutamanya ulat bulu dan rama-rama makin mendalam hingga dia membina sebuah makmal kecil di sebelah rumahnya. Ibu Zahar, Qistina seorang guru. Beliau sentiasa memberikan galakan kepada Zahar untuk mengembangkan minatnya. Zahar seorang penuntut yang sangat berdedikasi. Zahar telah menerima banyak anugerah atas penyelidikan dan inovasi yang dijalankan bersama dengan pihak universiti. Terdapat pelbagai spesies ulat bulu yang dikumpulkan oleh Zahar di dalam makmalnya. Namun begitu, terdapat satu spesies yang paling disayangi oleh Zahar yang dinamakannya Pus Pus. Keadaan fizikal Pus Pus yang lemah membuat Zahar risau. Zahar mengambil keputusan untuk ke Pulau Pisang bersama dengan Fikri dan Malcom. Zahar mahu mencari spesies baharu untuk diklonkan dengan Pus Pus. Dia bernasib baik kerana telah menjumpai seekor ulat bulu yang cantik yang dinamakan Morgan. Sesuatu yang aneh telah berlaku. Morgan mengalami perubahan, iaitu ada sayap kecil di kiri dan di kanan abdomennya. Selepas itu, berlaku sesuatu yang menggemparkan penduduk Kampung Maju Jaya apabila beribu-ribu ulat bulu menyerang kampung tersebut. Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan beberapa orang pemuda kampung datang ke rumah Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai punca serangan ulat bulu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan memanggil pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik datang ke Kampung Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai jenis rama-rama. Warung kopi Pak Mail kecoh. Berita tentang serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya tersiar dalam surat khabar. Pak Mail, Manaf, Jusuh, Ahmad, Usop, dan Ripin menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung mereka. Perbualan mereka terhenti apabila melihat Zahar dan ibunya tiba dengan kereta pacuan empat roda. Ripin meluru keluar dari warung itu. Dia bertekak dengan Zahar. Qistina cuba meleraikan mereka. Kata-kata kesat Ripin terhadap Qistina membuat Zahar berasa amat marah. Pergaduhan antara Zahar dan Ripin berlaku. Ripin melibaskan pisau lipat ke badan Zahar. Pisau tersebut terkena pada bahu Zahar. Zahar dirawat di Hospital Pontian. Akhirnya, Zahar dibenarkan keluar dari hospital dan diberi cuti sakit selama seminggu. Zahar melayari internet dan membaca buku tentang ulat bulu. Zahar menemui jawapan dan penyelesaian bagi masalah yang melanda. Zahar mengajak Fikri menemaninya ke Pulau Pisang. Di Pulau Pisang, Zahar dan Fikri telah menjumpai beberapa ekor ulat bulu yang mirip dengan spesies Morgan. Ulat-ulat bulu itu sedang makan daun hijau bersaiz lebar. Zahar yakin bahawa Morganlah penawar bagi serangan ulat bulu di kampungnya. Pada suatu malam, Zahar terpaksa mengorbankan Morgan. Keesokannya selepas kuliah tamat, Zahar segera pulang ke rumah. Sewaktu masuk ke dalam makmal, Zahar panik kerana bahan uji kajinya, botol beracun, dan buku formulanya hilang. Zahar dan Fikri melakukan siasatan dan mendapati Ripinlah yang bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke balai polis untuk membuat laporan. Seminggu kemudian, Ripin ditangkap polis untuk membantu siasatan berhubung dengan sindiket penjualan benih cambah sawit secara haram dan pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FASSB). Kegiatan Ripin dan beberapa orang anak muda kampung terbongkar. Mereka didapati mengusahakan tapak benih cambah sawit secara haram. Semasa penggeledahan dibuat di stor Ripin, pihak polis menjumpai bahan penting yang hilang seminggu yang lalu. Formula ciptaan Zahar akhirnya berjaya. Setelah dipatenkan, formula Zahar menjadi produk yang dikomersialkan dan diberi nama MONPUS. Nama MONPUS ialah gabungan antara ulat bulu Morgan dan Pus Pus yang telah dijejaki sekian lama. Akhirnya, melalui proses eksperimen yang rumit maka terhasillah racun serangga khusus untuk membunuh ulat bulu berintik hitam yang telah menyerang penduduk Kampung Maju Jaya. Pada akhir cerita, Zahar berjaya menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London. Majlis tersebut menjadi detik yang paling menggembirakan Zahar kerana anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh ayahnya, Dr. Baharuddin yang kini menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut. Kegembiraan Zahar semakin bertambah apabila bapa yang sangat dirinduinya telah melamar ibunya semula. Serangan ulat bulu berintik hitam mempunyai hikmah yang tersembunyi. MONPUS bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa tetapi telah menyambung hubungan yang sekian lama terputus. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Binaan_Plot_Novel_Jejak_Monpus | Permulaan Dalam permulaan Novel Jejak Monpus, pengarang memperkenalkan watak Zahar dan ibunya, Qistina. Zahar mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dalam bidang Biologi, Fakulti Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. Minatnya amat mendalam terhadap serangga terutamanya spesies ulat bulu dan rama-rama. Perkembangan Zahar berasa sedih kerana ulat bulunya yang bernama Pus Pus semakin tenat dan memaksa Zahar mencari penggantinya. Zahar bersama dengan rakannya, Malcom ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai untuk mencari spesies ulat bulu tersebut. Kemudian, Zahar meneruskan pencariannya di Kem Kaizen bersama dengan Malcom dan Fikri. Namun begitu, mereka tidak berjaya. Akhirnya, Zahar dan rakan-rakannya ke Pulau Pisang. Mereka berjaya menemui spesies Monarch. Cantuman tisu Pus Pus dan Monarch telah menghasilkan ulat bulu yang cantik. Zahar menamakan spesies baharu tersebut Morgan. Perumitan / Konflik Beribu-ribu ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya. Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan beberapa orang pemuda kampung datang ke rumah Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai punca serangan ulat bulu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan memanggil pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik datang ke Kampung Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai jenis rama-rama. Klimaks / puncak cerita Formula ciptaan Zahar hilang. Zahar dan Fikri melakukan siasatan. Hasil siasatan yang dilakukan mereka mendapati bahawa Ripinlah yang bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke balai polis untuk membuat laporan. Peleraian Zahar berjaya mencipta formula MONPUS gabungan ekstrak cecair antara Morgan dan Pus Pus. Formula ciptaan Zahar berjaya menghapuskan ulat-ulat bulu di Kampung Maju Jaya. Ripin pula telah ditangkap oleh pihak polis atas jenayah yang dilakukannya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila Zahar berjaya menerima Anugerah Sains Negara yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. Zahar juga berjaya memperoleh Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London. Kegembiraan Zahar makin bertambah apabila ayahnya melamar ibunya semula. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Teknik_Plot_Novel_Jejak_Monpus | Teknik pemerianPengarang memerihalkan sikap Zahar yang sangat suka bermain dengan serangga sejak kecil lagi. Teknik dialogZahar berbual dengan Malcom tentang sumbangan pokok bakau sewaktu mereka ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai. Teknik imbas kembaliZahar teringat akan saat perkenalannya dengan Mawar seminggu selepas mereka memulakan kuliah di Universiti Teknologi Malaysia. Teknik saspensPembaca tertanya-tanya tentang keadaan Zahar setelah dia terkena pisau lipat yang dilibaskan oleh Ripin ke badan Zahar. Teknik kejutanPembaca terkejut apabila mengetahui orang yang menyampaikan Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor kepada Zahar ialah ayahnya sendiri. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Watak_Perwatakan_Novel_Jejak_Monpus | Watak Utama: Zahar Seorang yang menghargai masaZahar menggunakan cuti semesternya dengan bermanfaat. Dia telah bersama-sama rakannya berkunjung ke Hutan Paya Bakau di Tanjung Piai utk mencari spesies baharu ulat bulu. Zahar merupakan seorang yang gigihZahar gigih dan sanggup membahagikan masa utk mencari, mengulang kaji, belajar, mengumpulkan data dan meluangkan masa demi menghasilkan MONPUS. Seorang yang menyayangi ibunyaZahar juga tekun belajar demi menggembirakan ibu yang telah membesarkannya seorang diri sejak dia berumur 12 tahun. Seorang yang bertanggungjawab.Zahar bertanggungjawab dalam mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya. Watak Sampingan: Qistina Watak Sampingan: Profesor Dr. Baharuddin Watak Sampingan: Mawar Seorang yang sangat mengambil berat akan diri Zahar.Sewaktu zahar terjatuh di Kem Kaizen dan ditikam oleh Ripin, dia berasa sangat sedih dan memberikan kata-kata semangat kepada Zahar untuk pulih. Watak Sampingan: Munirah Watak Sampingan: Fikri Watak Sampingan: Malcom Tan Watak Sampingan: Ripin Watak Sampingan: Faridah Watak Sampingan: Wak Buik Watak Sampingan: Pak Naib | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Latar_Novel_Jejak_Monpus | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
|
Gaya_Bahasa_Novel_Jejak_Monpus | PersonifikasiContoh: Bahang yang mula menggigit membuatkan penghuni yang berada di dalam bangunan yang berupa makmal kecil itu mulai resah; Burung-burung berkicauan menyambut kedatangan pagi. MetaforaContoh: lautanmasa; kotakingatan; tiraikehidupan. SimileContoh: Cinta, seperti kerja, amat meletihkan; Cahaya itu tiba-tiba menebar tak ubah seperti renjatan dalam filem ‘X-Ray’; Tiba-tiba perasaan Fikri seperti dihempap beban yang berat. PeribahasaContoh: ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi; bagai ikan pulang ke lubuk; seperti mencurah air ke daun keladi. InversiContoh: Beberapa minit kemudian, mereka sudah memasuki pekarangan sekolah; Hampir mabuk mereka menghabiskan udang yang memenuhi piggan mi udang Wak Sino. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Nilai_Novel_Jejak_Monpus | KeberanianContoh Peristiwa: Zahar dan rakan-rakannya berani menjelajah Pulau Pisang yang terlalu banyak kisah seramnya semata-mata untuk membuat kajian tentang ulat bulu. Kesabaran. Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu. Berhemah tinggiContoh Peristiwa: Qistina tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Baharuddin malah memaafkan bekas suaminya itu. KebijaksanaanContoh Peristiwa: Zahar sentiasa melakukan kajian dan inovasi untuk membantu masyarakat. Kasih sayangContoh Peristiwa: Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu memusnahkan makmalnya. Qistina juga mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja. Semangat bermasyarakatContoh Peristiwa: Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti sakit kulit apabila diserang ulat bulu berintik hitam. Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, dia berusaha mencari penawar agar wabak tersebut dapat dibendung. Nilai bertanggungjawabContoh Peristiwa: Zahar seorang yang bertanggungjawab kerana dia telah bertindak segera agar morgan tidak terbang bebas pada waktu malam. Hal ini kerana Morgan mampu merangsang ulat bulu berintik hitam yang bermaharaja lela menyerang penduduk kampung. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Pengajaran_Novel_Jejak_Monpus | Kita mestilah menyayangi ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.Contoh Peristiwa: Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang-alik dari rumah ke kampus kerana tidak mahu ibunya tinggal sendirian di rumah. Kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu perkaraContoh Peristiwa: Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu. Kita tidak seharusnya menyimpan dendam terhadap orang lainContoh Peristiwa: Ripin berdendam terhadap Zahar yang telah membelasahnya sehingga sanggup mencuri formula ciptaan Zahar. Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang kita lakukan.Contoh Peristiwa: Dr. Baharuddin meminta maaf atas kesalahannya kepada bekas isterinya, Qistina. Kita tidak seharusnya membuat tuduhan tanpa usul periksa.Contoh Peristiwa: Pak Naib, Ketua Kampung Kampung Maju Jaya menasihati Ripin dan penduduk kampung agar tidak menuduh Zahar tanpa usul periksa. Kita perlu mengasihi darah daging kitaContoh Peristiwa: Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu memusnahkan makmalnya. Qistina juga mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja. Kita mestilah memiliki sikap hemah tinggiContoh Peristiwa: Malcom Tan dan Fikri amat menghormati Qistina dan mereka berdua memanggil bekas gurunya itu “cikgu” walaupun telah meninggalkan alam persekolahan Kita sewajarnya berani mengambil sesuatu keputusanContoh Peristiwa: Zahar sanggup ke Pulau Pisang semula untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit gatal yang dialami oleh penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam walaupun hasratnya itu ditegah oleh ibu dan rakannya kerana keadaan di pulau itu berbahaya. Dengan keyakinan yang dimilikinya, dia pergi bersama-sama Fikri dan akhirnya menerusi penemuan dan kajian yang dilakukan, maka terhasillah MONPUS, iaitu sejenis agen biologi. Kita haruslah menghargai masa.Contoh Peristiwa: Zahar berada di perpustakaan mininya selepas solat zuhur untuk meneliti ensiklopedia dan buku-bukunya yang lain. Dia memanfaatkan masanya dengan menimba pengetahuan sementara menunggu kedatangan rakannya. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Soalan_dan_Jawapan_Novel_Jejak_Monpus | Kebiasaannya sesebuah novel menonjolkan watak utama yang banyak menempuh cabaran dalam kehidupan. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji. Berdasarkan novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon yang saya kaji terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu, Zahar. Cabaran yang pertama ialah cabaran dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, Zahar menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah yang melanda Kampung Maju Jaya apabila kampung itu diserang ulat bulu berintik hitam dan telah menyebabkan kematiah haiwan ternakan dan wabak kepada orang kampung. Cabaran seterusnya ialah mengorbankan serangga peliharaan. Sebagai contoh, Zahar menghadapi cabaran apabila terpaksa mengorbankan serangga peliharaannya iaitu Morgan demi menghasilkan penawar kepada penyakit yang melanda kampungnya. Akhir sekali, cabaran dalam mengawal emosi. Cabaran ini dapat ditunjuk dalam peristiwa Zahar dibesarkan oleh ibunya sendirian. Bapa Zahar telah meninggalkan mereka sejak Zahar masih kecil lagi. Zahar berasa marah dengan tindakan bapa yang meninggalkan mereka tanpa sebarang berita. Namun begitu Zahar berjaya mengawal emosi dan mentaati nasihat ibunya supaya tidak berdendam dengan bapanya. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Berdasarkan novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon yang saya kaji terdapat beberapa pengajaran di dalam novel tersebut. Pengajarannya ialah kita tidak seharusnya menyimpan dendam terhadap orang lain. Contohnya, Ripin berdendam terhadap Zahar yang telah membelasahnya sehingga sanggup mencuri formula ciptaan Zahar. Selain itu, kita hendaklah prihatin akan kesusahan orang lain. Sebagai contoh, Zahar prihatin akan kesusahan penduduk Kampung Maju Jaya disebabakan serangan ulat bulu dan berusaha untuk mencipta penawar untuk mengatasi masalah itu. Pengajaran yang terakhir ialah kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu. Huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 2 ialah novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon. Tema dalam novel tersebut ialah kecintaan seorang pemuda terhadap ilmu Sains dan dunia penyelidikan. Contohnya, Zahar, seorang pemuda yang berusia 22 tahun amat menyukai pelbagai jenis serangga dan gemar melakukan pelbagai penyelidikan terhadapnya. Minatnya itu tersemai sejak dia masih kecil lagi. Dia banyak mengumpul serangga seperti kumbang, ulat beluncas dan labah-labah. Dia juga mempunyai sebuah makmal khas untuknya memupuk minatnya dalam bidang penyelidikan terhadap serangga-serangga yang dikumpulnya. Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di makmalnya itu melakukan penyelidikan. Malah, Zahar sanggup pergi ke Pulau Pisang untuk mencari penawar untuk menyelamatkan ulat bulu kesayangannya, Pus Pus. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan persoalan bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja yang terdapat dalam novel tersebut. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai bertanggungjawab dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat yang berbeza dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah Jejak Monpuskarya Zulaiha Paikon. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang suka berdendam. Contohnya, Ripin berdendam terhadap Zahar dan sentiasa mencari jalan untuk berbuat khianat. Seterusnya, masyarakat yang percaya kepada bomoh dan perkara tahyul. Contohnya, penduduk kampung telah memanggil bomoh untuk menghalau ulat bulu yang menyerang kampung mereka. Selain itu, terdapat juga latar masyarakat yang pemaaf dalam novel ini. Contohnya, Qistina memaafkan kesalahan Baharuddin yang telah berlaku curang kepadanya. Berdasarkan satu daripada novel tersebut, nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji waktu tingkatan dua ialah Jejak Monpus. Antara nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah keberanian. Contohnya, Zahar dan rakan-rakannya berani menjelajah Pulau Pisang yang dikatakan mempunyai terlalu banyak kisah seram semata-mata hendak membuat kajian tentang ulat bulu. Seterusnya ialah nilai kesabaran. Contohnya, Zahar begitu sabar ketika mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu. Antara lain, nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai berhemah tinggi. Contohnya, Qistina tidak menyimpan dendam terhadap Baharuddin, suaminya kerana berlaku curang. Berdasarkan satu novel yang telah anda kaji, huraikan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah Jejak Monpus. Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, Qistina keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu pus pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya. Hal ini demikian kerana Zahar pernah cedera semasa mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam. Persoalan berikutnya ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya. Selain itu, persoalan sifat suka berdendam dalam masyarakat juga diketengahkan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya, Ripin menaruh dendam terhadap Zahar yang telah menangkapnya kerana mencuri tong gas. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sejak kejadian itu, dia sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Latar_Masa_Novel_Jejak_Monpus | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
|
Latar_Tempat_Novel_Jejak_Monpus | Waning Sudi MampirSebuah kedai makan yang popular dengan hidangan rojak petis. Di tempat ,itu, Zahar dan Mawar bertemu ketika berada di bandar Pontian. Kelas 4 KarismaTempat Qistina mengajar Bahasa Melayu kepada anak muridnya dalam suasana yang gamat dan menyeronokkan. Tanjung PiaiSemasa Zahar dan rakan-rakannya mencari spesies baharu ulat bulu. Tempat tersebut merupakan dataran berlumpur dan kawasan paya hutan bakau yang sekian lama menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung pantai dan burung air yang berhijrah mencari makan. Makmal ZaharTempat Zahar membuat uji kaji berkaitan spesies ulat bulu yang ditemuinya dan di tempat itu juga dia banyak meluangkan masa bersama-sama Fikri. Pulau PisangTempat Zahar dan teman-temannya mencari spesies ulat bulu yang baharu untuk menggantikan spesies Pus Pus yang tenat. Di pulau itu, Zahar menemui spesies baharu yang dipanggil Monarch. Spesies itu kemudian melahirkan ulat bulu spesies baharu hasil cantuman dengan Pus Pus yang diberi nama Morgan. Warung kopi Pak MailTempat penduduk Kampung Maju Jaya berkumpul pada setiap pagi untuk membincangkan masalah berkaitan serangan ulat bulu. Di tempat itu juga berlakunya pertelingkahan antara Ripin dengan Zahar sehingga Zahar cedera, kemudian dimasukkan ke Hospital Pontian. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Latar_Masyarakat_Novel_Jejak_Monpus | Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuanZahar sering menjalankan eksperimen untuk kepentingan masyarakat umum. Akhirnya dia berjaya mencipta formula MONPUS iaitu racun serangga yang dapat menghapuskan ulat bulu Masyarakat yang suka berdendamRipin berdendam dengan Zahar dan sentiasa mencari jalan untuk berbuat provokasi dan khianat terhadap Zahar Masyarakat yang berpendidikan tinggiZahar, Mawar, Fikri, Malcom belajar dalam bidang Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia Masyarakat yang sayang akan ibuSebagai seorang anak, Zahar ingin membalas pengorbanan ibunya. Zahar tidak sampai hati meninggalkan ibunya sendirian di rumah setelah dia belajar di university. Zahar mengambil keputusan utk berulang-alik dari rumahnya ke UTM. Masyarakat yang gigihZahar gigih melakukan penyelidikan sehingga Berjaya menerima 10 anugerah inovasi, antaranya ialah Anugerah Inovasi Negara, Langkawi Award dan sebagainya. | https://karangan.net/novel-jejak-monpus/ |
Tema_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan | Tema novelJendela Menghadap Jalan ialah kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba membantu mereka. | https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/ |
Persoalan_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan | Persoalan tentang keganasan rumah tanggaChe Jah dan anak-anaknya sering dimarahi dan dipukul oleh suaminya, Seman yang panas baran, kaki judi dan pemabuk. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya. Persoalan tentang penggunaan ubat tradisionalLetchumi, William Ng, dan Puan Hamimah antara pesakit Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili yang merupakan pengamal perubatan tradisional. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya. Persoalan Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi.Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini. Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampungPenduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan dan terlibat dengan penagihan dadah. Persoalan kepercayaan karut dalam kalangan masyarakatHaji Salihin, iaitu antara perintis Kampung Sentosa berpegang pada kepercayaan bahawa kampung itu hanya boleh menerima pembangunan selepas 100 tahun pembukaannya. Selain itu, sesetengah penduduk kampong mengatakan bahawa mereka melihat hantu penduduk yang telah meninggal dunia marah kerana pembangunan telah dilakukan sebelum sampai masanya. Persoalan keagamaanDalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan. Persoalan perpaduan antara kaumPerpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat. Persoalan menuntut ilmu pengetahuanGeetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadahHaziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah. Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapaIbu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang. Persoalan hubungan manusia dengan alam sekitarHubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Persoalan suka fitnah memfitnah dalam masyarakatMasyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. | https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/ |
Plot_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan | Peristiwa dalam novelJendela Menghadap Jalan disusun secara kronologi. Permulaan Pada peringkat permulaan atau eksposisi, pembaca diperkenalkan dengan watak Lili yang mengalami konflik dalaman apabila berpura-pura gembira kerana terpaksa mengorbankan cuti sekolah yang ingin dimanfaatkan bersama-sama teman-teman sekelasnya dengan pulang ke kampung ibunya di Dungun, Terengganu. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Perkembangan Peringkat perkembangan bermula apabila Lili berkenalan dengan seorang gadis India bernama Geetha dalamperjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun. Geetha turun di Pekan Sentosa manakala Lili turun di Pekan Sejahtera. Setibanya di rumah nenek, Lili menemui neneknya yang sedang menyemai benih padi di petak semaian. Nenek memberitahu Lili bahawa datuknya ke surau. Lili tekun menunggu datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela menghadap jalan. Datuk Lili juga bercerita tentang cara-cara menyembuhkan penyakit secara tradisional. Datuk Lili juga ghairah bercerita tentang khasiat dan kehebatan ubat-ubatan tradisional yang mampu merawat penyakit. Perumitan Pada peringkat perumitan, datuk menyoroti kisah silam tentang kecuaiannya mendidik ibu Lili dengan sempurna dan sejarah pendidikan ibunya yang lulus cemerlang dalam pelajaran. Datuk mengeluh kerana ibu Lili yang jarang- jarang balik ke kampung. Datuk juga berhadapan dengan kekecohan yang berlaku di surau kerana kehadiran pemaju perumahan dari pekan dan peristiwa seolah-olah Danel mempertikaikan kemampuan ubat-ubatan tradisional sehingga menyebabkannya berasa kecil hati. Dalam suatu peristiwa, Rafiq dan Haziq telah menjadikan Lili sebagai orang tahanan dan mengugut untuk mencederakan Lili sebelum Lili diselamatkan oleh Danel. Klimaks Pada peringkat puncak/klimaks, Che Jah menceritakan kejadian malangnya secara panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana melarikan kubah. Lili mencadangkan agar Haziq dan Rafiq dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan cadangannya itu dipersetujui oleh Kak Mimah. Peleraian Pada peringkat peleraian, Rashid memaklumkan bahawa Sugi tidak terlibat dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah telah berjaya membuat laporan polis berhubung dengan kes keganasan rumah tangga. Datuk pula bersikap rasional dan tidak melatah dengan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Danel mempertahankan bahawa abang kandungnya, Sugi tidak bersalah dalam pembelian tanah orang kampung. Lili dan Danel berasa amat gembira kerana suara mereka akhirnya didengar oleh orang dewasa di kampung itu. Mereka bersetuju untuk membina masjid. Lili berasa gembira apabila melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan neneknya. Nenek Lili memberitahu sebab jendela dibina menghadap ke jalan. Lili menerima surat daripada Danel dan tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa. | https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/ |