title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringclasses
69 values
Gaya_Bahasa_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Bahasa ArabContoh: Insya-Allah; Assalamualaikum. Bahasa InggerisContoh: rafting; commando rescue; water confidence. MetaforaContoh: lautan mimpi. SinkopeContoh: Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur? RepetisiContoh: Tidak … tidak … tidak. PeribahasaContoh: Tak ada beban, batu digalas; mati akal; ambil hati; sampai hati; jantung hati. SimileContoh: …macam wanita kolot pula…
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Nilai_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Nilai KerjasamaContoh: Muzafar, Azizi, Nurul dan Haris bekerjasama melatih para peserta cacat penglihatan. Nilai KesyukuranContoh: Ibu Muzafar yang risau akari keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari anaknya itu tidak menghubunginya. Nilai KeberanianContoh: Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh. Nilai KetegasanContoh: Muzafar tetap bertegas untuk melatih dan mengajar cara-cara berkayak yang betul kepada para peserta yang cacat penglihatan meskipun niat baiknya itu mendapat bantahan daripada ibunya. Nilai Baik hatiContoh: Haris, Nurul, dan Chee Keong menerangkan cara-cara mendayung dan bahagian-bahagian kayak secara lebih terperinci kepada setiap peserta ekspedisi kayak. Nilai TanggungjawabContoh: Keluarga angkat Muzamir menjalankan tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan Muzamir yang cacat penglihatan dengan penuh kasih sayang. Nilai Kasih sayangContoh: Ibu Muzafar tidak mengizinkan anaknya melibatkan diri dalam melatih para peserta yang cacat penglihatan itu berkayak kerana dia bimbang akan keselamatan anaknya.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Pengajaran_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawabContoh: Azizi dan Muzafar menjalankan tugas sebagai pengajar cara berkayak dengan penuh dedikasi sambil dibantu oleh Nurul, Haris, dan Chee Keong. Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai penghalangContoh: Muzamir dan para peserta yang cacat penglihatan gigih berlatih berkayak sehingga mereka berjaya mengendalikan kayak sepenuhnya. Kita janganlah bersikap pilih kasih terhadap orang kelainan upayaContoh: Rakan-rakan sepejabat Muzamir memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya untuk menjalankan aktiviti berkayak disebabkan dia cacat penglihatan. Sebagai ibu bapa, kita mestilah mengasihi anakContoh: Ibu Muzafar berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman melatih golongan tersebut. Kita perlulah berani dalam membuat keputusanContoh: Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh. Kita hendaklah bekerjasama dengan orang lainContoh: Peserta ekspedisi berkayak saling membantu untuk memastikan ekspedisi berjalan lancar. Kita sewajarnya memiliki perasaan bersyukurContoh: Ibu Muzafar yang risau akan keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari anaknya itu tidak menghubunginya. Kita janganlah mementingkan pangkat dan kedudukanContoh: Keluarga Muzamir yang terdiri daripada orang ternama sanggup menyerahkannya kepada orang lain disebabkan dia cacat penglihatan demi menjaga kedudukan mereka.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Soalan_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mengagumi semangat? Mengidolakan perasaan berkobar-kobar. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata bukan senang nak kikis ketakutan? Kesukaran membuang perasaan fobia. Berikan dua nilai yang terdapat dalam dramaTenang-tenang Air di Tasik. Kasih sayangContoh: Ibu sangat sayang akan Muzafar dan bimbang akan keselamatan anaknya itu. Nilai KeprihatinanContoh: Azizi menyuruh Muzamir tidur kerana dia tahu Muzamir keletihan. Nilai KayakinanContoh: Azizi yakin bahawa Tasik Permai dapat ditakluki oleh Muzamir dan rakan-rakannya. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. SinkopeContoh: Abang pun tak tahu apa nak cakap, Zafar. Bahasa InggerisContoh: … sedang membuat latihan water confidence. “Menyantuni golongan kelainan upaya merupakan amalan yang mulia.”Pada pendapat anda, wajarkah Muzafar membuat keputusan mengikuti ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama orang yang cacat penglihatan? Wajar. – Muzafar berpengalaman melatih dan mengiringi orang yang sempurna sebelum ini.– Muzafar yang sempurna dapat menabur bakti dengan membantu orang cacat yang penglihatan.– Muzafar memberikan pengalaman berharga kepada orang yang cacat penglihatan supaya dapat melakukan aktiviti lasak seperti orang sempurna.– Muzafar menunaikan tanggungjawabnya. “Pemakaian jaket keselamatan adalah satu kemestian dan perlu dititikberatkan.”Pada pendapat anda, apakah kepentingan jaket keselamatan? – Dapat menyelamatkan penumpang yang menggunakan pengangkutan air ketika berdepan tragedi malang seperti bot karam.– Anggota penyelamat dapat melihat penumpang kerana jaket keselamatan berwarna terang.– Penumpang yang ditimpa musibah boleh mendapatkan bantuan dengan meniup wisel pada jaket keselamatan untuk mendapatkan bantuan.– Penumpang dapat terapung dalam jangka masa yang agak lama sementara menunggu bantuan penyelamat.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Latar_Tempat_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Rumah batu mewahIbu Muzafar menyatakan keberatannya untuk membenarkan Muzafar melatih dan mengiringi sekumpulan peserta ekspedisi yang cacat penglihatan berkayak merentasi Tasik Permai. Tasik PermaiAzizi dan Muzafar menerangkan caracara berkayak dengan betul kepada semua peserta ekspedisi. Studio, Permai ResortMuzafar membawa ibunya menonton video para peserta yang cacat penglihatan melakukan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Beranda ChaletMuzamir dan Azizi berbual di beranda pada waktu malam. StudioMuzafar membawa ibunya menonton video rakaman ekspedisi berkayak yang disertai oleh 36 orang peserta.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Latar_Masa_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Waktu pagiAzizi dan Muzafar menyambut ketibaan sekumpulan peserta ekspedisi yang terdiri daripada 36 orang di pekarangan Permai Resort. Waktu siangAzizi dan Muzafar menerangkan cara-cara untuk memberikan dan mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku peristiwa kayak terbalik semasa mereka sedang berekspedisi kepada para peserta. Waktu malamAzizi dan Muzamir bersembang mengenai aktiviti latihan berkayak yang telah diadakan pada waktu siang tadi. Empat hariMuzafar bersama kumpulan Muzamir berlatih kayak selama empat hari.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Latar_Masyarakat_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganyaIbu Muzafar amat menyayangi anaknya, Muzafar dan amat bimbang akan keselamatannya. Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorangMuzamir berani berkayak walaupun dia merupakan orang kelainan upaya yang cacat penglihatan. Masyarakat yang bekerjasama dan dalam menjayakan ekspedisi berkayakMuzafar dan Azizi memberikan kerjasama yang baik dalam melatih peserta yang cacat penglihatan itu berkayak. Masyarakat yang beranimenyahut cabaranPeserta-peserta berani menyahut cabaran dengan melakukan aktviti yang mencabar keupayaan mereka yang mempunyai kecacatan penglihatan. Masyarakat yang bekerjasama dan bantu-membantuMuzafar dan peserta bekerjasama serta saling bantu-membantu dalam menjayakan ekspedisi berkayak. Masyarakat yang gigih mempelajariMuzamir dan rakan-rakannya gigih mempelajari ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri mereka.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Maksud_sajak_wwwsibermerdekacommy
Rangkap 1 Dalam kebun dirikuaku tanam saujana rancanganuntuk memerdekakan warga susahkuhidup menentang senja dan malam. Dalam diri penyajak, dia telah bertekad dengan mengatur perancangan untuk membebaskan kehidupannya daripada belenggu kemiskinan pada setiap masa. Rangkap 2 Dalam parlimen dirikuaku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. Dalam pemikiran penyajak, akan berlaku pertelingkahan antara masalah dengan perkara mudah yang akan ditempuhinya dalam usahanya untuk membebaskan pemikirannyaagar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. Rangkap 3 Dalam laut dirikuombak gelora menampar pantai amanuntuk menguji amal dan iman. Penyajak merasakan bahawa dalam meniti kehidupannya, pelbagai dugaan dan cabaran yang akan ditempuhinya. Pelbagai dugaan yang berlaku itu menguji kesabaran dan keimanan dirinya. Rangkap 4 Dalam gergasi dirikuterpedaya jua oleh permainan si kancilnamun sempat sedar dan beringat lagi. Tatkala penyajak berasa dirinya sudah kuat dan teguh, diaberasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu dan tipu muslihat yang licik. Namun begitu, penyajak bernasib baik kerana diacepat tersedar danseterusnya berwaspada dalam setiap tindak-tanduknyaagar tidak terperdaya lagi. Rangkap 5 Dalam pentas dirikuaku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya. Penyajak telah bersedia dan mempersiapkan dirinya untuk menerima cabaran dan sesuatu masalah yang mendatang. Penyajak juga perlu berani menyahut cabaran dan masalah yang bakal dihadapi dalam kehidupannya. Rangkap 6 Dalam dewan dirikuaku tak cemas lagioleh kata yang mengekang aku tak lemas lagioleh kata yang menyerang. Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih berani dan matangdalammenghadapicabaran. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya. Rangkap 7 Apabila sibermerdeka sampaike rumah cabarankuaku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusanwaktu itu aku kenal batas diri untuktidak mengulangi kekalahan. Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri untuk membuat keputusan yang tepat dan lebih teguh dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya. Rangkap 8 Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergibagai siang memanggil malamdan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatanelakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada Tuhan. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak banyak menempuhi peristiwa pahit dan manis sepanjang kehidupannya. Penyajak mengingatkan dirinya agar tidak mempersia-siakan baki kehidupannya. Penyajak menasihati pembaca agar mengisi masa dengan mendekatkan dirinya kepada Tuhan.
https://karangan.net/www-sibermerdeka-com-my/
Tema_sajak_wwwsibermerdekacommy
Ketabahan seorang insan untukmenghadapi dugaan dancabaran hidup. Penyajak sering bermuhasabah diri dalam menghadapi dugaan danmenguji kesabaran agar tidak mudah tersungkur ketika berhadapan dengan unsur jahat.
https://karangan.net/www-sibermerdeka-com-my/
Persoalan_sajak_wwwsibermerdekacommy
Kepentingan merancang kehidupan Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah atau kesusahan yang dihadapinya. Kegigihan untuk menyelesaikan masalah Dalam pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. Cara menjalani hidup dengan bermanfaatPenyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan. Kepentingan merancang kehidupanDalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya. Muhasabah diri ke arah kebaikan.Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan. Keinginan mendekatkan diri kepada TuhanPenyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.
https://karangan.net/www-sibermerdeka-com-my/
Bentuk_dan_Ciri-ciri_Sajak
(a) Berbentuk bebas atau tidak terikat. (b) Terdiri daripada lapan rangkap. (c) Bilangan barisnya dalam setiap rangkap tidak sama:rangkap pertama (empat baris), rangkap kedua (empat baris), rangkap ketiga (tiga baris), rangkap keempat (tiga baris), rangkap kelima (lima baris) rangkap keenam (lima baris), rangkap ketujuh (tujuh baris), rangkap kelapan (lapan baris). (d) Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata. (e) Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tujuh hingga sembilan belas suku kata. (f) Rima akhir sajak ini bebas; abac, abac, abb, abc, abbcd, abcbc, abcdefe, dan aabcadad.
https://karangan.net/www-sibermerdeka-com-my/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
Pemilihan kata yang indah dan pembinaan ungkapan oleh penyajak puitis dan berkesanContohnya, aku tanam saujana rancangan. AnaforaContohnya; aku berlatih menangkis angin, aku berlatih memunggah awan (rangkap 5, baris 1 dan 2). SimbolikContohnya, aku bahas isu onak dan enak (onak melambangkan kesukaran/masalah/cabaran; enak melambangkan kesenangan/mudah). RepetisiContohnya, peristiwa datang peristiwa pergi. MetaforaContohnya, ombak gelora, pantai aman, pangkalan usia. PersonifikasiContohnya, ombak gelora menampar pantai aman, Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia. SinkopeContohnya, tak. SimileContohnya, bagai siang memanggil malam. Asonansi (perulangan bunyi vokal a)Contohnya, aku tak cemas lagi. Aliterasi (perulangan konsonan d)Contohnya: Dalam dewan diriku. Sajak ini bernada melankolik.
https://karangan.net/www-sibermerdeka-com-my/
Nilai_sajak_wwwsibermerdekacommy
Nilai rasionalContoh: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan. Nilai kegigihanContoh: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. Nilai keinsafanContoh: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi. Nilai kebijaksanaanContoh: Penyajak bijak membuat perancangan untuk mengatasi masalahnya. Nilai ketaatanPenyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.
https://karangan.net/www-sibermerdeka-com-my/
Pengajaran_sajak_wwwsibermerdekacommy
Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak luar. Kita mestilah berani menangkis segala bentuk propaganda dan tuduhan melulu daripada pihak luar yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara. Kita perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh generasi dan para pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah. Sebagai rakyat yang berbilang kaum, kita hendaklah bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara yang tercinta ini. Kita haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman, sejahtera, dan harmoni. Kita mestilah bersama-sama memajukan negara dalam pelbagai bidang agar maruah negara terjamin pada peringkat antarabangsa. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan agar tidak terpedaya lagi. Kita mestilah memiliki pendirian agar tidak mudah terpengaruh dengan orang lain. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri agar tidak mudah tewas dalam perjuangan. Kita mestilah gigih berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah agar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. Kita mestilah berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan agar tidak mensia-siakan hidup.
https://karangan.net/www-sibermerdeka-com-my/