prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
definisi: ihtikar
[ih.ti.kar]/[ih.ti.kar] | احتکار Definisi : Ar membeli semua sekali sesuatu barang supaya dapat dijual dgn harga yg tinggi (pd masa yg lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pencukuran
[pen.cu.ku.ran] | ڤنچوکورن Definisi : perihal (perbuatan dsb) mencukur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: radiotermi
[ra.dio.ter.mi] | راديوترمي Definisi : (Ubat) rawatan penyakit dgn menggunakan haba yg dihasilkan oleh sinaran elektromagnet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bongor
[bo.ngor] | بوڠور Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg berbunga ungu (kayunya dipakai utk rumah dll), Lagerstroemia speciosa; merah ~ ungu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkredepan
Definisi : berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejap-kejap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meningkap
[me.ning.kap] | منيڠکڤ Definisi : melihat dr tingkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: keaiban
[ke.Öai.ban]/[ke.ai.ban] | کعاءيبن Definisi : cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berdahuluan
[ber.da.hu.luan] | بردهولوان Definisi : , berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului berkejar atau berlumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: almari
[al.ma.ri] | الماري Definisi : sj perabot yg bertingkat-tingkat dan berpintu utk menyimpan pakaian (barang-barang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kesukarelawanan
[ke.su.ka.ré.la.wa.nan] | کسوکاريلاونن Definisi : segala hal (sifat, kegiatan dsb) yg berkaitan dgn sukarelawan: semangat ~ sudah mendarah daging dlm dirinya; majlis pelancaran pertandingan menulis esei ~ peringkat kebangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tumpi
[tum.pi] | تومڤي Definisi : makanan yg dibuat drpd tepung beras, ditaburi kacang hijau, dicampur dgn jintan putih, dan digoreng berkeping-keping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: abim
Definisi : akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mencabarkan
[men.ca.bar.kan] | منچابرکن Definisi : menawarkan hati, menghilangkan keberanian, menjadikan takut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: siut
[siut] | سيوت Definisi : 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rambanan
[ram.ba.nan] | رامبنن Definisi : Jk (mencari) daun-daun utk makanan kambing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hormon
[hor.mon] | هورمون Definisi : bahan kimia yg dikeluarkan dlm kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mendinamit
[men.di.na.mit] | منديناميت Definisi : menghancurkan (meleburkan, merosakkan) dgn dinamit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gerim
[ge.rim] | ݢريم Definisi : IB; kain ~ kain yg dibuat drpd bulu kambing atau unta, sj sakhlat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: undang-undang
[un.dang.un.dang] | اوندڠ٢ Definisi : 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berpermit
[ber.per.mit] | برڤرميت Definisi : ada permitnya, mempunyai permit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: batalion
[ba.ta.lion] | باتاليون Definisi : 1. unit tentera yg terdiri drpd tiga kompeni atau lebih: pd tahun 1937, hanya ada lima ~ tentera di Tanah Melayu; 2. bp (sesuatu) kumpulan yg ramai: dia membawa satu ~ kawannya ke rumah pd hari raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berlawanan
[ber.la.wa.nan] | برلاونن Definisi : 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merdeheka
Definisi : (merdehéka) merdeka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kesamaran
[ke.sa.ma.ran] | کسامرن Definisi : perihal (keadaan dsb) samar: matanya masih juga memerhatikan lembaga yg hampir hilang dlm ~ malam; namun pd satu tahap mungkin nanti akan timbul ~ disebabkan oleh perkara ~ pentafsiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lagan
[la.gan] | لاݢن Definisi : Id sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: baik-baik
[bai/.bai/] | باءيق ٢ Definisi : 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
null
definisi: memetakan
[me.me.ta.kan] | ممتاکن Definisi : 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: depu
[de.pu] | دڤو Definisi : 1. sj ikan darat, Glyptothorax majus; 2. sj ikan darat, Acrochordonichthys ichnosoma; 3. sj ikan laut, gedepu, semaram karang, Synanceja verrucosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: senapang
[se.na.pang] | سناڤڠ Definisi : sj senjata yg berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang drpd pistol dan lebih kecil serta pendek drpd meriam), bedil; ~ angin senapang yg melepaskan penabur dgn tekanan udara; ~ bambu (buluh) a) sj senapang (bedil) yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak; b) prb rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak; ~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah senapang yg patrumnya diisikan dr pangkal laras; ~ kembar = ~ pengantin senapang yg berlaras dua; ~ kep = ~ lantak = ~ lantakan senapang yg pelurunya diisikan dr mulut: ~ mesin senapang yg boleh melepaskan banyak peluru dgn sekali tarik picunya; kalau tiada ~, baik berjalan lapang prb jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah; mercun buluh ~ bambu kpd saya jangan dituju prb tidak berguna menggertak orang yg berakal dan berilmu dgn sesuatu yg tiada memberi erti; bersenapang memakai senapang, bersenjata-kan senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mosi
Definisi : IB cadangan yg dikemukakan dlm mesyuarat (rapat dll) supaya dibincangkan dan diputuskan, usul; ~ kepercayaan mosi yg menyetujui kebijaksanaan pemerintah (pengurus dll); ~ tidak percaya undi atau usul tidak percaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sekala
[se.ka.la] | سکالا Definisi : biasanya, ghalibnya, selalunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pincang-pincung
[pin.cang.pin.cung] | ڤينچڠ- ڤينچوڠ Definisi : tidak teratur (perjalanannya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: reksa
[re/.sa] | رقسا Definisi : 1. sl menjaga; 2. Id, ark polis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berselera
[ber.se.lé.ra] | برسليرا Definisi : ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: duduk-duduk
[du.du/.du.du/] | دودوق٢ Definisi : berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkinja-kinja
[ber.kin.ja.kin.ja] | برکينجا -کينجا Definisi : melonjak-lonjak (kerana kegirangan dll), melompat-lompat, meloncat-loncat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: angkar
[ang.kar] | اڠکر Definisi : Jw angker. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ahadiat
[a.ha.diat]/[a.ha.diy.yat] | احدية Definisi : Ar sl ketunggalan (Tuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: faqih
[fa.qih] | فقيه Definisi : Ar orang yg ahli dlm ilmu fiqah atau bidang-bidang lain yg diiktiraf dlm pengajian Islam: seorang ulama adalah seorang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pisang
[pi.sang] | ڤيسڠ Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: petik
[pe.ti/] | ڤتيق Definisi : ; memetik 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), menukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapatkan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. menekan (memusing) suis lampu dll yg menggunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari; ~ bola melompat sambil menangkap (memukul) bola; ~ hasil mengutip hasil; memetiki memetik berulang-ulang; memetikkan memetik utk orang; terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan; petikan 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; pemetikan perbuatan memetik; pemetik 1. orang yg memetik; 2. petikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengilah-ngilahkan
[me.ngi.lah.ngi.lah.kan] | مڠيله - ڠيلهکن Definisi : ark membelit-belitkan (memutar-mutar) perkataan dll, menggunakan helah atau tipu muslihat: mereka ~ kenyataan sesuka hati mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sungkit
[sung.kit] | سوڠکيت Definisi : ; menyungkit 1. mencungkil, mengungkit, mengumpil: pekerja itu ~ batang pokok yg tumbang; 2. menguis bola ke atas dgn pantas menggunakan kaki dlm bola sepak atau pemukul dlm hoki dsb: pemain itu ~ bola dr sebelah kanan pintu gol; sungkitan perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kebayakan
[ke.ba.ya.kan]/[ke.ba.ya/.kan] | کبايقن Definisi : perihal bayak (gemuk dan kurang tinggi), besarnya (perut), buncitnya (perut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memulai
[me.mu.la.i] | ممولاءي Definisi : mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: geliang-geliut
[ge.liang.ge.liut] | ݢلياڠ - ݢليوت Definisi : gerakan berkelok-kelok spt belut dipegang kepalanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kerawitan
[ke.ra.wi.tan] | کراويتن Definisi : 1. sj lagu (gending) permulaan pertunjukan wayang; 2. seni suara (gamelan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tembakang
[tem.ba.kang] | تمباکڠ Definisi : sj ikan darat, Helostoma temmincki; tebakang, temakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penayang
[pe.na.yang] | ڤنايڠ Definisi : 1. orang atau pihak yg menayangkan sesuatu (spt filem dsb): nasib filem Melayu bukan sahaja terletak pd pembikinan, tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~; 2. alat utk menayangkan sesuatu (spt filem gambar dsb): skrin ~ filem digital. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: simposium
[sim.po.sium] | سيمڤوسيوم Definisi : pertemuan antara para cendekiawan, pakar, dsb utk membincangkan sesuatu persoalan, perkara, dsb; bersimposium menghadiri, menyertai atau mengadakan simposium: memang ada orang yg suka berseminar, berbengkel, ~ dsb di sana sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengantapkan
[me.ngan.tap.kan] | مڠنتڤکن Definisi : menenangkan, mendiamkan (anak menangis dll): antapkanlah anakmu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kuyup
[ku.yup] | کويوڤ Definisi : basah sama sekali, sangat basah: basah ~ kena hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memperhadapkan
[mem.per.ha.dap.kan] | ممڤرهادڤکن Definisi : 1. menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan; 2. mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dll: ~ beberapa cadangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: perokok
[pe.ro.ko/] | ڤروکوق Definisi : (orang yg) banyak atau kuat menghisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kelotak
[ke.lo.ta/] | کلوتق Definisi : ; mengelotak mengopek (mengupas) kulit buah yg keras, mengelotok, menggelotak; ~ kelapa mengopek (menanggalkan) tempurung buah kelapa drpd isinya; gelotak, kelotok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dentingan
[den.ti.ngan] | دنتيڠن Definisi : bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pembenaman
[pem.be.na.man] | ڤمبنمن Definisi : perihal (proses, perbuatan dsb) membenamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: langguai
[lang.guai] | لڠݢواي Definisi : sj tepak sirih yg bulat (dibuat drpd tembaga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: okok
[o.ko/] | اوکوق Definisi : ark bakhil, kedekut, kikir, lokek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: taakulan
[ta.Öa.ku.lan] | تعقولن Definisi : hasil menaakul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merumung
[me.ru.mung] | مروموڠ Definisi : merubung, mengerubungi, mengerumuni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kerenggangan
[ke.reng.ga.ngan] | کرڠݢڠن Definisi : perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: afonia
[a.fo.nia] | افونيا Definisi : (Ubat) kehilangan suara yg disebabkan oleh penyakit larinks, kerosakan saluran suara dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jenulung
[je.nu.lung] | جنولوڠ Definisi : 1. sj ikan darat, julung(-julung), Xenentodon canciloides; 2. sj ikan laut, Hemirhamphus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mematut-matut
[me.ma.tut.ma.tut] | ماتوت- مماتوت Definisi : ; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: langgar
[lang.gar] | لڠݢر Definisi : laga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; melanggar 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung; terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; perlanggaran perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar: apabila undang-undang itu dilanggar, maka si ~ akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: vide
[vi.dé] | ۏيدي Definisi : (vidé) (Latin) lihat (supaya merujuk kpd tempat tertentu dlm teks dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: carah
[ca.rah] | چاره Definisi : Mn; bercarah sedikit-sedikit; mencarah 1. memotong sedikit-sedikit atau kecil-kecil; 2. menjual berpotong-potong; mencarahkan menjual sedikit-sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: termakbul
[ter.maq.bul] | ترمقبول Definisi : diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengisyaratkan
[me.ngi.sya.rat.kan] | مڠيشارتکن Definisi : 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengerjapkan
[me.nger.jap.kan] | مڠرجڤکن Definisi : ; ~ mata mengelipkan mata, mengedipkan mata, mengejapkan mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memalamkan
[me.ma.lam.kan] | ممالمکن Definisi : , mempermalamkan menyimpan sesuatu (ubat dll) utk satu malam,membiarkan bermalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berselut
[ber.se.lut] | برسلوت Definisi : 1. penuh dgn selut: di sana sini terdapat kawasan yg berlembah dan ~; sungai itu sudah tidak mampu menampung bot atau kapal yg masuk kerana dasarnya semakin cetek dan ~; 2. diselaputi atau dikotori selut, kena selut: basuh tayar yg ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cak
[ca/] | چق Definisi : bunyi spt bunyi orang makan atau binatang berjalan di lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: limpap
[lim.pap] | ليمڤڤ Definisi : ; berlimpap, berlimpap-limpap 1. berlapis-lapis, bertindih-tindih (kain baju dll), tidak tersusun rapi; 2. ki terlalu banyak (hutang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bercemamai
[ber.ce.ma.mai] | برچماماي Definisi : koyak-koyak, bercarik-carik (bkn kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gedepu
Definisi : ®depu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kernyam
[ker.nyam] | کرڽم Definisi : ; mengernyam 1. tidak tetap duduknya, gelisah, lincah; 2. bp bernafsu, gatal (bkn perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bersimaharajalela
[ber.si.ma.ha.ra.ja.lé.la] | برسيمهاراجاليلا Definisi : , merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenangwenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melepek
[me.lé.pé/] | مليڤيق Definisi : menepuk perlahan-lahan, menepuk-nepuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sermet
[ser.mét] | سرميت Definisi : (sermét) bahan tahan panas yg diper-buat drpd campuran seramik dan logam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: londar
[lon.dar] | لوندر Definisi : kotoran (spt tanah, pasir, dll) yg ada dlm air dll; ~ naga kelodak, tahi lombong; ®lodak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bertaklidkan
[ber.taq.lid.kan] | برتقليدکن Definisi : bertaklid kpd: mereka wajib ~ para nabi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lesuk
[le.su/] | لسوق Definisi : ; ~-lesak bunyi spt bunyi kain keras (yg berkanji dsb) yg direnyuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bena
Definisi : (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bermain-main
[ber.main.main] | برماءين-ماءين Definisi : 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguhsungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bertegas
[ber.te.gas] | برتݢس Definisi : mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: motif
[mo.tif] | موتيف Definisi : 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dentam-dentum
Definisi : bunyi dentam yg berulang-ulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jurunikah
[ju.ru.ni.kah] | جورونکاح Definisi : orang yg bertauliah utk menikahkan pasangan yg ingin berkahwin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: juntaian
[jun.taian] | جونتاين Definisi : sesuatu yg berjuntai: di hadapan ~ kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggembala
[meng.gem.ba.la] | مڠݢمبالا Definisi : menjaga, memelihara, memimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gulambai
[gu.lam.bai] | ݢولمباي Definisi : Mn; si ~ sj hantu yg menyebabkan rumah terbakar; ®kelambai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: daki
[da.ki] | داکي Definisi : I kotoran yg melekat pd badan (pakaian dll); nyamuk ditepuk menjadi ~ prb tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yg bertimpa datangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melapari
[me.la.pa.ri] | ملاڤاري Definisi : sj tumbuhan (pokok), mempari, Pongamia pinnata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: palut
[pa.lut] | ڤالوت Definisi : balut, bungkus, salut, sampul, sarung; elok ~, pengebat kurang prb kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik; berpalut berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tiga pucuk surat ~ kuning; dawai yg ~ getah; memalut membalut, membungkus, menyalut, menyampul, menyarung: tubuhnya pun habis dipalut selumbar, tampak mata sahaja; terpalut dipalut, disalut: lidahmu seakan-akan ~ madu; palutan hasil memalut: ketam dan udang sedap dimakan dgn ~ kuahnya yg pekat lagi beraroma; pemalut sesuatu yg memalut, pembalut, sampul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menala
[me.na.la] | منالا Definisi : memukul dgn tangan tergenggam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: genyit
Definisi : ®kenyit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: serbih
Definisi : ® serbah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggotel
Definisi : menjadikan bulat, menggenteli (adunan kuih dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)