text
stringlengths 0
1.44k
|
---|
Perkukuh ukhuwah dengan kerohanian, |
Tautkan hati perkukuh organisasi. |
Bunga cinta berkembang pagi, |
Harum semerbak sepanjang harian; |
Biarpun hati dilukakan lagi, |
Banyakkan bersabar membina kebahagiaan. |
Ada orang mengaku sakti, |
Tiada kecederaan walaupun dipukul; |
Kepada yang mengalami marilah bersimpati, |
Berat memandang berat lagi yang memikul. |
Nikmati hidangan bersama rakan, |
Ulam-ulaman dan gulai kulat; |
Apabila tanggungjawab telah diberikan, |
Terimalah dengan tekad yang bulat. |
Menghampar lantai menyusun papan, |
Tempat bermenung disenjakala; |
Kasihi ibu bapa suatu kewajipan, |
Itulah ladang menghimpun pahala. |
Berpimpin tangan merentasi jambatan, |
Hendak memburu seekor napuh; |
Demi nilai erti persahabatan, |
Perjalanan jauh tetap ditempuh. |
Jika terkeliru, rujuklah kitab, |
Tanyakan ahli peroleh kefahaman; |
Apabila berbicara jagalah adab, |
Hebat mana pun, hanyalah pinjaman. |
Usahlah mudah untuk memarahi, |
Fahamilah masalah yang ada di hadapan; |
Janji ditabur wajib dipenuhi, |
Pelabur berkorban penuh harapan. |
Malam gelap dilimpahi cahaya, |
Awan menutupi berarak perlahan; |
Mengharap kehidupan yang berbahagia, |
Hanya dicapai dengan usaha kesungguhan. |
Dalam ucapan banyak petikan, |
Pemikiran bestari Ibnu Khaldun; |
Pendidikan hikmah perlu disuburkan, |
Untuk munculkan masyarakat bertamadun. |
Sepanjang masa terus bekerja, |
Hingga terabai waktu kerehatan; |
Walaupun usia di ambang senja, |
Paling diutama jagalah kesihatan. |
Berkeliaran hidupan di dalam paya, |
Tidak mungkin ada ikan belanak; |
Melihat ayahnda tidak berdaya, |
Tidakkah muncul kasih sayang anak? |
Banyak belajar pelbagai tafsiran, |
Ilmu bertambah kefahaman bermakna; |
Setelah berharian pergi bermusafiran, |
Pelbagai pengetahuan dapat dijana. |