text
stringlengths 0
1.44k
|
---|
Saban hari menanti keindahan, |
Cahaya matahari di celah daun, |
Usah dibiarkan dengan kebodohan, |
Memandaikan umat meskipun bertahun. |
Kos sara hidup yang kian naik, |
Perlu berbelanja dengan berhemah, |
Pemergian ke rahmatullah orang yang baik, |
Semangat yang ditinggal usah melemah. |
Pohon nyiur tinggi menjulang, |
Buahnya lebat bertandan-tandan; |
Khilaf yang sama berulang-ulang, |
Mengapa enggan mengambil teladan |
Burung nuri terbang jauh, |
Hinggap sebentar di atas batu; |
Usah dipersenda orang yang jatuh, |
Hulurkan tangan segeralah membantu. |
Terbang sekawan burung camar, |
Tidak diketahui arah destinasi; |
Dewan yang mulia kian dicemar, |
Kesucian agama sanggup dimanipulasi. |
Makanan laut banyak di Kukup, |
Tumpuan pengunjung petang dan pagi; |
Fitrah manusia manakan cukup, |
Segunung emas ingin segunung lagi. |
Selesa memandu di jalan yang lebar, |
Hilanglah gusar malam diredah; |
Menjadi pemimpin amat mencabar, |
Mengubah kebiasaan tidaklah mudah. |
Kagum melihat gelagat budayawan, |
Menjadi penyeri di alam maya; |
Apabila bersama para ilmuwan, |
Bicaranya berbeda tanpa sia-sia. |
Tertanya-tanya bunyi meletup, |
Ada mengakui tidak bernama; |
Mengapa hati kian tertutup, |
Kebenaran terbentang enggan diterima. |
Semak dan samun harus diredah, |
Paya bakau berkumpulnya lokan; |
Menyiapkan buku tidaklah mudah, |
Seni dan kreativiti perlu digabungkan. |
Di hutan belantara penuh kesukaran, |
Malam gelita diperlukan api; |
Menjaga ibu bapa perlukan kesabaran, |
Kerenahnya beragam harus dihadapi. |
Menjelang senja hujan yang lebat, |
Lama berteduh barulah berhenti; |
Bersarapan pagi bersama sahabat, |
Aktiviti bulanan sentiasa dinanti. |
Banyak juadah di Warung Bunian, |
Ramai yang pilih bubur nasi; |