inputs
stringlengths
9
3.4k
targets
stringlengths
1
10.2k
language
stringclasses
1 value
language_code
stringclasses
1 value
annotation_type
stringclasses
2 values
user_id
stringlengths
64
64
Tuliskan sebuah cerita fiksyen pendek berdasarkan judul "Bukan Airin"
Judul: Bukan Airin Aku menjeling majalah hiburan yang dibawa oleh rakan sekelas. Mereka agak sibuk memuji kecantikan seorang selebriti popular dalam busana mewah yang menghiasi halaman utama majalah tersebut. “Dah berumur pun masih cantik Airin ni. Dah besar nanti, aku nak ikut jejak langkah Airin.” “Aku minat sangat dengan dia ni.” “Menyanyi dan berlakon semua hebat. Cantik sangat!” Aku mengerling sekilas kemudian menyambung catatanku yang terhenti tadi. Aku menulis sesuatu dalam buku nota itu. “Popular, kaya-raya, cantik, berdisiplin, berjaya… memang idaman semua orang.” Rakan-rakanku masih terus memuji. Aku mengeluh. Rasa sebal. “Tapi… dia ada rahsia, kan? Tak ada satu pun pihak media yang dapat bongkar macam mana rupa anak dia.” Semua terdiam. Kemudian, Dayah memandang ke arahku. Aku buat muka blur. Kemudian, Dayah menggelengkan kepalanya. Seolah sedang memadam apa yang bermain dalam fikiran. Aku sering diberi nama julukan Airin Junior oleh warga sekolah kerana wajahku yang saling tidak tumpah seperti rupa selebriti hebat itu. Bagi mereka, memang amat mustahil untuk aku ada kaitan dengan Airin. Aku mengeluh lagi lalu melentokkan kepala di atas meja sambil menulis kata ‘TERABAI’ dengan jiwa yang sangat kosong. Teringat mesej terakhir ibu kepadaku seminggu yang lepas, “Bulan depan, kita makan angin dekat Paris.”
Standard Malay
zsm
original-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Jelaskan pasar malam di Malaysia.
Seperti namanya, jam buka biasanya lewat pada pukul 5:00 petang dan tutup jam 11:00 malam atau sehingga makanan habis dijual. Peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Ini bagi mengawal kebersihan bandar dan kesihatan. Penjual makanan perlu mendapatkan suntikan kesihatan demam kepialu/tipod jenis Typhim VI.Tapak pasar malam diselia oleh pihak berkuasa tempatan. Pasar malam berbeza-beza mengikut etnik. Pasar malam Melayu biasanya menjual buku-buku keagamaan, kopiah, kain sarong, dan barangan Melayu lain. Pasar malam Cina pula lazimnya menjual set Mah Jong, setanggi, colok, kertas dan pelbagai barangan keagamaan Cina. Selain itu, pasar malam India pula menjual barangan keagamaan Hindu.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah diet harian yang sesuai untuk pesakit Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)?
Berikan adalah jenis makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit Gastroesophageal Reflux Disease (GERD): 1. Sayuran non-asam yang mengandungi lemak dan gula yang rendah seperti kacang hijau, asparagus, lobak, kentang, labu, timun dan brokoli. 2. Buah-buahan non-asam, bukan jenis sitrus seperti tembikai, pisang, epal dan pir. Elakkan mengambil sebarang buah-buahan sitrus seperti oren, limau dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi semakin teruk. 3. Protein tanpa lemak seperti dada ayam tanpa kulit dan ikan. Cuba tambah lebih banyak daging pejal dalam diet harian. Anda juga boleh lebihkan ikan. 4. Karbohidrat kompleks yang sihat dan mudah dicerna badan seperti nasi, oat dan roti gandum. bijirin penuh yang juga merupakan sumber serat yang tinggi. Diet yang tinggi serat selalunya dapat mengurangkan simptom GERD. 5. Halia sebagai cara hilangkan GERD. Halia juga makanan untuk pesakit GERD yang baik untuk mengurangkan pedih ulu hati. Cara penyediaannya juga mudah, cuma tambahkan sahaja beberapa potong halia dalam minuman. Sifat alkali dan antiradangnya juga akan mengurangkan iritasi pada saluran pencernaan. 6. Produk susu rendah lemak atau bebas lemak. Anda boleh cuba makanan seperti avokado, kacang walnut, minyak bunga matahari dan juga minyak zaitun untuk mendapatkan lemak sihat. Meskipun makanan ini cenderung tidak menyebabkan gejala GERD, setiap individu mungkin bereaksi berbeza terhadap makanan tertentu. Jadi, penting untuk mencatat makanan yang menyebabkan gejala dan menghindarinya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki berikut: Buah apakah yang tiada biji dan boleh dimakan dan diminum?
Jawapannya ialah buah kelapa.
Standard Malay
zsm
re-annotations
1d49b7545225799e04d1dd03304368f8fd2e9ea527e494d1279f9b4a3143c0f3
Apakah maksud "bawa tempurung"? Beri satu contoh ayat.
Ia bermaksud minta sedekah. Contoh ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah maksud 'gantung layar'?
Ia bermaksud hadiah untuk orang yang menyelamatkan perahu atau kapal yang akan karam
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai beban sudah ke tepi"?
Maksudnaya adalah masalah hampir selesai
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali'?
Ia bermaksud perihal orang yang sengsara yang dengan tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah nama bangunan tertinggi di dunia?
Bangunan tertinggi di dunia setakat tahun 2023 ialah Burj Khalifa. Bangunan ini terletak di negara Dubai dan mencecah ketinggian lebih kurang 828 meter.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Apakah resipi untuk tteokbokki? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci.
Bahan Untuk Rice Cakes: Setengah Pack Tepung pulut, 3 sudu besar tepung beras atau gandum, Air, Sedikit garam, Sedikit minyak bijan kalau ada Cara Memasak Rice Cakes: 1. Satukan bahan di atas 2. Letak air sedikit demi sedikit. Jangan lembut sangat atau lembik sangat. 3. Kemudian gulung panjang. Potong ikut suka. 4. Rebus bahan yang telah dipotong. Kalau sudah naik atas boleh diangkat. 5. Tos kan atau masukkan dalam air sejuk. Bahan untuk Sos: 3 sudu besar minyak masak, 5 atau 6 biji cili api dan 4 ulas bawang putih, 2 sudu besar Cili kisar atau serbuk cili (Peda ikut selera. Kalau ingin pedas letak 4 sudu), Satu sudu besar cuka (boleh digantikandengan cuka epal), Sedikit Gula, Sedikit serbuk ikan bilis atau pati ayam, Setengah cawan air masak, Sedikit bijan, Sedikit daun bawang Cara Membuat Sos: 1. Panaskan minyak. 2. Masukkan cili api yang sudah dikisar dengan bawang putih. 3. Kalau sudah pecah minyak. Masukkan Serbuk ikan bilis atau ayam. 4. Kemudian masukkan air, cuka dan cili kisar atau serbuk cili (kalau pakai serbuk cili pastikan telah dicampur air sedikit). 5. Setelah itu letak gula. 6. Akhir sekali, Masukkan rice cake yang kita buat tadi. 7. Masukkan sedikit daun bawang, kemudian biarkan kuah pekat. 8. Hidangkan dengan menaburkan bijan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'lintah darat'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Contoh ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. “Sudah lama Vincent tidak menghubungi kita, __ dia tidak sihat,” kata Haikal kepada Anand. Pilihan: A) jarang-jarang B) harap-harap C) entah-entah D) bukan-bukan
Jawapan yang betul ialah C) entah-entah. Ia menyatakan ketidakpastian atau kekaburan. Ini boleh diterjemahkan secara kasar sebagai "Saya tidak tahu" atau "siapa tahu".
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bawa tempurung"? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud minta sedekah. Contoh ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki berikut: Kering sebelum guna, basah semasa guna?
Jawapannya ialah uncang teh.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Reaksi yang kuat terhadap kegembiraan semasa dapat gol.
Jawapannya ialah bersorak kerana reaksi yang kuat terhadap kegembiraan semasa mencetak gol adalah dengan bersorak atau bersorak-sorai sebagai bentuk ekspresi kegembiraan dan semangat. Teka-teki ini menggunakan perbandingan dengan gol dan ekspresi emosi untuk menyampaikan jawapan "bersorak".
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tunjukkan resipi untuk sotong masak merah dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 500gm sotong segar, 4 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah, 2 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar sos cili, 1 batang serai, 1 biji bawang besar, 1 biji cili hijau, ¼ sudu kecil pes asam jawa, Minyak masak untuk menumis, Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaan: 1. Bersihkan sotong – buang perut dan pasi, kemudian bilas. Potong ikut suka atau biarkan tanpa dipotong. Kemudia tuskan. 2. Mayang bawang putih dan dan bawang merah. 3. Potong serong cili hijau dan potong bulat bawang besar. 4. Ketuk dan potong serai. Cara memasak: 1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. 3. Masukkan sotong, diikuti dengan pes asam jawa dan sos cili. Kacau. 4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tambah air jika inginkan kuah. 5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili hijau. 6. Bila sotong dan masak (sotong berubah dari lutsinar kepada warna putih), matikan api dan angkat. 7. Hidangkan panas-panas.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan berikut: Apakah kepentingan arkeopelancongan?
Jawapan: Kepentingan arkeopelancongan antara lain memberikan wawasan tentang sejarah dan budaya masa lalu, menjaga dan melestarikan warisan budaya, dan memberikan sumbangan ekonomi bagi negara dan masyarakat setempat.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Soalan: di manakah rumah Bigg Boss Tamil terletak?
Chennai
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Di manakah terletaknya negeri Melaka?
Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Bilakah Sabah mula mentadbir secara sendiri? Pilih jawapan yang betul dari pilihan berikut. A. 16 Sept 1963 B. 31 Ogos 1957 C. 16 Sept 1957 D. 31 Ogos 1963
Jawapan yang betul adalah D. 31 Ogos 1963
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah berlunjur"?
Ia bermaksud sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan contoh ayat untuk peribahasa "ada hujan ada panas, ada hari boleh balas".
Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai semut penghimpun melukut"?
Ia bermaksud orang yang rajin bekerja.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tunjukkan resipi untuk masak ikan tenggiri masak lemak cili api dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: ½ ekor ikan tenggiri sederhana besar (dalam ½ kg), 15 biji cili api (kurangkan/tambah ikut suka), 1 cawan santan pekat segar (atau 1 kotak kecil santan), 1 inci kunyit hidup, 3 biji bawang merah, 1 batang serai, 1 helai daun kunyit, 1 keping asam gelugor, 2 cawan air, Garam dan gula Cara penyediaan: 1. Potong keping dan bersihkan ikan tenggiri, kemudian tuskan. 2. Tumbuk atau kisar campuran cili api, bawang merah dan kunyit hidup hingga lumat. 3. Ketuk serai. Cara memasak: 1. Masukkan air, santan, asam gelugor, bahan kisar/tumbuk dan serai yang telah dititik ke dalam periuk. 2. Masak dengan api sederhana sambil mengacau supaya santan tidak berketul atau pecah minyak. Tambah air jika nak kuah lebih. 3. Bila kuah menggelegak, masukkan ketulan ikan tenggiri dan daun kunyit. 4. Renehkan. Kacau kuah di bahagian atas perlahan-lahan supaya isi ikan tidak pecah. 5. Bila kuah mendidih dan ikan masak, perasakan dengan garam dan gula. 6. Kemudian padamkan api, angkat dan hidangkan
Standard Malay
zsm
re-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah maksud "belum berkilat sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh"?
Ia bermaksud perkara (hal) yang sudah cukup jelas (terang).
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'berputih tulang, jangan berputih mata'?
Ia bermaksud lebih baik mati daripada menanggung malu
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. __ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar. A) Siapa-siapa B) Rata-rata C) Macam-macam D) Masing-masing
Jawapan yang betul ialah B) Rata-rata
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah maksud 'bertegang urat leher, berkeras buku lidah'?
Ia bermaksud berkeras dan tidak mahu mengaku kalah walaupun pendapatnya salah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah nama lagu kebangsaan negara Bhutan?
Nama lagu kebangsaan negara Bhutan ialah Druk tsendhen
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Apakah keadaan untuk pemandu memotong kenderaan di hadapan? A. Apabila polis trafik di hadapan B. Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan C Apabila berlumba dengan kenderaan di hadapan
Jawapan yang betul ialah B. Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai ulat nangka terhempas ke batu"?
Ia bermaksud orang yang jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan akibat kejahatannya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah resipi untuk tepung bungkus yang merupakan kuih-muih tradisional Melayu? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci.
Bahan-Bahan Kuih Tepung Bungkus Bahan bahagian luar kuih: 3 cawan Santan Pekat 1 cawan Tepung Beras Cap Teratai (guna cap teratai untuk mendapatkan warna kuih yang putih dan kuih yang sedap) 1 sb Tepung Gandum 1/2 sk Garam 1 sb Gula Daun Pisang Secukupnya (perlu dilayur terlebih dahulu) Bahan bahagian dalam kuih: 250gm Tepung Pulut 1 sb Tepung Gandum Air Secukupnya Inti Kelapa Secukupnya Cara-Cara Untuk Membuat Kuih Tepung Bungkus: Mula-mula sediakan bahagian dalam kuih dahulu. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum serta sedikit air ke dalam mangkuk. Uli tepung sambil tambah air sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Ambil sedikit doh, buat lubang ditengahnya kemudian letakkan inti kelapa didalamnya dan bulat-bulatkan. Ulangi langkah ini dan buat sehingga kesemua doh habis. Ketepikan dahulu. Sementara itu, sediakan pula bahagian luar kuih. Masak santan, tepung beras, tepung gandum, garam dan gula menggunakan api yang sederhana sehingga likat. Adunan tepung ini hekdaklah sentiasa dikacau supaya tidak berkerak dan hangit. Angkat dan terus letakkan sedikit adunan tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit (jangan tunggu sehingga adunan sejuk kerana adunan tepung akan cepat mengeras). Kemudian, letak pula 2 biji doh tadi di tengahnya dan bungkus kuih dengan kemas. Boleh rujuk video untuk cara membungkus kuih. Buat sehingga habis. Kukus kuih selama 10 hingga 15 sahaja. Pastikan pengukus di panaskan terlebih dahulu sehingga air mendidih sebelum mengukus kuih. Siap!
Standard Malay
zsm
re-annotations
736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512
Apakah maksud "bagai tali berlembar empat, bagai tungku sejerangan"?
Ia bermaksud perbuatan yang dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yang berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dengan sempurna.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah yang menjadi faktor peralihan bahan pembuatan peralatan Zaman Prasejarah daripada batu, kayu dan tulang haiwan kepada gangsa dan besi?
Faktor tersebut adalah pengetahuan tentang suhu pembakaran dan pengetahuan tentang campuran logam.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Berikan peribahasa yang sesuai untuk situasi berikut: Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.
Peribahasa yang sesuai untuk situasi berikut adalah "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."
Standard Malay
zsm
original-annotations
9db76648cb0aa392252c5eb552215785941a200be43cfac9b5a3bc33853ce81f
Di manakah Asia Tenggara?
Asia Tenggara ialah kawasan geografi yang terletak di tenggara Asia, yang meliputi kawasan selatan China, tenggara benua kecil India dan barat laut Australia. Asia Tenggara bersempadan dengan Asia Timur di utara, di sebelah barat Asia Selatan dan Teluk Benggala, di sebelah timur Oceania dan Lautan Pasifik, dan di selatan Australia dan Lautan Hindi. Selain Wilayah Lautan Hindi British dan dua daripada 26 pulau batu karang Maldives di Asia Selatan, Asia Tenggara ialah satu-satunya wilayah Asia yang berada dalam Hemisfera Selatan. Kebanyakan kawasan masih berada di Hemisfera Utara. Hanya Timor Leste dan bahagian selatan Indonesia sahaja kawasan yang berada di selatan Khatulistiwa.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Perbuatan yang akan membawa anda dihantar ke balai polis dan mahkamah.
Jawapannya ialah haram.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "ada berudang di balik batu"?
Maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan atau perbuatan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jelaskan pasar malam di Malaysia dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 115 patah perkataan.
Seperti namanya, pasar malam biasanya dibuka lewat pada pukul 5:00 petang dan ditutup jam 11:00 malam atau sehingga makanan habis dijual. Peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Ini bagi mengawal kebersihan bandar dan kesihatan. Penjual makanan perlu mendapatkan suntikan kesihatan demam kepialu atau tipod jenis Typhim VI. Tapak pasar malam diselia oleh pihak berkuasa tempatan. Pasar malam berbeza-beza mengikut etnik. Pasar malam Melayu biasanya menjual buku-buku keagamaan, kopiah, kain sarong, dan barangan Melayu lain. Pasar malam Cina pula lazimnya menjual set Mah Jong, setanggi, colok, kertas dan pelbagai barangan keagamaan Cina. Selain itu, pasar malam India pula menjual barangan keagamaan Hindu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tunjukkan resipi untuk kerepek sengkuang cina lada hitam dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: Ngaku secukupnya, 2 sudu kecil serbuk lada sulah/lada hitam, garam secukup rasa, daun kari, minyak utk menggoreng Cara memasak: 1) Buah ngaku di buang kulit dan disagat nipis. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering. 2) Masukkan dalam bekas, tambahkan garam dan serbuk lada sulah. Gaulkan sehingga rata. 3) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan garing.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan berikut. Siapakah yang memegang watak Courteney Cox dalam Masters of the Universe?
Julie Winston
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "berani senduk pengedang, air hangat direnanginya"?
Ia bermaksud berani yang membuta tuli.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Perdana Menteri manakah digelarkan Bapa Transformasi Malaysia?
Najib Razak
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan penerangan ringkas untuk Kuil Kek Lok Si dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 150 perkataan.
Kuil Kek Lok Si (Cina ringkas: 极乐寺; Cina tradisional: 極樂寺) adalah kuil agama Buddha terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia; ia merupakan kuil yang terbesar di Pulau Pinang serta antara yang terkenal di Asia Tenggara. Ia dibina pada tahun 1890. Kuil ini tidak sahaja merupakan pusat ziarah penting bagi umat Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura, dan negara-negara lain di Asia Tenggara, malah juga salah satu tumpuan pelancong di Pulau Pinang. Ia menjadi tarikan utama semasa perayaan Tahun Baru Cina masyarakat setempat di mana pintu-pintu kuil itu tetap dibuka sehingga jauh lewat malam manakala ribuan lampu bersinar sejauh mata memandang; kompleks ini turut dihiasi dengan beribu-ribu tanglung mewakili sumbangan yang ditawarkan oleh penganut. Satu lagi ciri perayaan ialah perarakan panjang yang dilakukan oleh ratusan biksu yang melawat dari Thailand ke kuil ini yang berlangsung sekali atau dua kali dalam setahun.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Anak Berbudi Bahasa.
Budi bahasa, budaya kita. Ungkapan yang sering diwar-warkan di media massa tentang budaya masyarakat tanah air ini. Namun, adakah ia masih diamalkan oleh seluruh ahli masyarakat pada hari ini? Jelas di kaca televisyen kita dapat lihat pelbagai gejala sosial yang meruncing dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Perkembangan teknologi khususnya sosial media sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga mereka lupa untuk mengamalkan budaya masyarakat kita. Justeru, golongan pemimpin negara dan masyarakat perlu berganding bahu mencari penyelesaian kepada polemik ini dengan berkesan agar generasi muda ini menjadi individu yang berktrampilan tinggi dan berakhlak mulia. Ibarat peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada hemah saya, ibu dan bapalah yang berperanan untuk membentuk anak menjadi seseorang yang berbudi bahasa. Obligasi utama dalam menjadi ibu dan bapa adalah untuk membesarkan anak-anak dengan sahsiah terbaik. Maka, peranan yang perlu dimainkan adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk membentuk budi dan bahasa mereka. Sejak lahir, kita pasti akan melihat ibu dan bapa kita sebagai contoh dalam melakukan apa-apa perkara dalam kehidupan masing-masing. Ibu dan bapa boleh menunjukkan contoh untuk berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih tua misalnya datuk dan nenek mereka. Salam sebagai tanda hormat dan bercakap menggunakan nada suara yang tidak kasar kepada mereka. Nilai hormat merupakan elemen penting dalam amalan budi bahasa. Jika kita ingin rasa dihormati, kita hendaklah menghormati rang terlebih dahulu. Begitu juga dengan sahsiah anak-anak kerana pepatah melayu berkata bapa borek anak rintik. Intihannya, menjadi tauladan kepada anak-anak adalah peranan paling utama yang perlu dilaksanakan oleh ibu dan bapa. Peranan lain yang boleh dilaksanakn dalam membentuk anak yang berbudi bahasa adalah dengan memantau aktiviti dan perihal kehidupan mereka dengan teliti. Ibu dan bapa seharusnya mengambil tahu setiap perihal yang dilakukan oleh anak-anak. Misalnya, apakah aktiviti yang dilakukan di sekolah, aktiviti di waktu lapang dan perkara yang sering mereka lakukan sebagai hobi. Dengan sikap mengambil berat ini, anak-anak akan lebih menghormati dan meminta nasihat yang baik daripada ibu dan bapa dalam perihal kehidupan mereka. Contoh lain adalah jika anak-anak suka untuk meluangkan masa bermain permainan video, pastikan mereka bermain dengan penuh hemah dan tidak menjejaskan perkembangan perihal kehidupan mereka yang lain. Anak-anak boleh diibaratkan seperti kain putih, ibu dan bapa adalah orang yang mencorakkan warna kehidupan mereka. Dengan bimbingan dan sokongan yang baik, mereka mampu menjadi individu yang berjaya dan kaya dengan budi bahasa. Dalam masa yang sama, ibu dan bapa seharusnya memastikan pergaulan anak-anak berada di dalam kalangan yang berbudi bahasa. Perkara ini penting kerana perkembangan kanak-kanak bukan sahaja berlaku di rumah. Masa yang diluangkan mereka semasa di sekolah dan aktiviti lain bersama rakan-rakan adalah mustahak dalam membentuk keperibadian mereka. Pepatah Arab pernah berkata, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Dengan peralihan aktiviti sosial ke alam maya, ia seharusnya memberikan kelebihan kepada ibu dan bapa untuk memantau perilaku anak-anak dan juga rakan-rakan mereka. Walaupun sukar untuk membendung anak-anak daripada dipengaruhi dengan kandungan-kandungan yang tular tetapi ibu dan bapa mempunyai hak untuk menetapkan tapisan kepada anak-anak supaya mereka melayari internet dan menggunakan sosial media pada kaedah yang sesuai. Jelas bahawa memastikan pergaulan anak-anak dapat memupuk nilai berbudi bahasa dalam diri mereka. Dahulu lain, sekarang lain. Frasa ini seharusnya dipegang oleh golongan ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak pada zaman ini. Pada waktu nenek dan moyang kita membesarkan anak-anak mereka, ketegasan merupakan satu perkara yang mampu membentuk keperibadian anak-anak. Tetapi masa kini, anak-anak memerlukan kasih sayang dan cara teguran yang lebih difahami oleh mereka. Ibu dan bapa tidak boleh menghukum anak-anak dan menggunakan ketegasan seperti merotan dan sebagainya untuk menegur kesalahan mereka. Galakkan anak untuk meminta maaf apabila melakukan kesalahan dan jadikan ia satu kebiasaan kerana ia akan memebuatkan anak-anak lebih senang dalam pergaulan. Tambahan pula, berikan pujian berbanding kritikan sekiranya mereka melakukan perkara yang betul. Ia akan memberikan rasa bangga dan mengeratkan lagi hubungan antara keluarga. Tegasnya, menegur dengan kaedah yang sesuai dan penuh hikmah dapat membentuk anak yang berbudi bahasa. Kesimpulannya, banyak peranan yang wajib dimainkan oleh ibu dan bapa dalam membesarkan anak untuk menjadi seorang yang berbudi bahasa. Tanpa disedari kita sebenarnya lahir di tanah air yang penuh dengan sikap toleransi anatara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan bangsa. Nilai yang pernah diamalkan oleh datuk dan nenek kita dahulu kala perlu terus disemat dalam diri anak-anak pada ketika ini supaya kesejahteraan dan keamanan negara kekal terjamin. Setiap pihak sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan generasi muda zaman ini dipupuk dengan nilai-nilai murni dan berketrampilan tinggi. Janganlah kita menuding jari dan bersikap pasif dalam polemik ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, marilah kita berganding bahu mengembleng tenaga membentuk generasi yang kaya dengan budi dan bahasa.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pada pandangan anda, apakah faktor yang membolehkan Malaysia berjaya menangani pelbagai isu global?
Skema jawapan: F1 Kepimpinan yang berkaliber. H1a Kebijaksanaan menyusun strategi berasaskan isu. C1 Isu kempen Antiminyak sawit. H1b Berusaha mendapatkan pengiktirafan badan dunia. Н1c Melaksanakan amalan baik dalam pengeluaran sawit. H1d Menggunakan pendekatan diplomatik. H1e Memberikan penerangan melalui hubungan / lawatan dua hala. I Mengelakkan sebarang konflik dalam penyelesaian isu. F2 Pembangunan prasarana / kemudahan asas. H2a Menyediakan tenaga kepakaran bidang kesihatan C2 Isu penyakit berjangkit. H2b Mendapatkan khidmat nasihat badan antarabangsa H2c Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan H2d Mengurangkan masalah penularan wabak. H2e Mendapatkan perakuan daripada WHO. I Menyediakan khidmat kesihatan bertaraf dunia.
Standard Malay
zsm
original-annotations
736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512
Muzium berperanan sebagai A Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba B Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah C Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat
D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Tunjukkan resipi untuk sup cendawan bebola ikan dan suhun dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 100gm cendawan hitam / telinga kera, 10 biji bebola ikan (fish ball), 50gm suhun (glass noodle), 1 biji lada benggala (capsicum), 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang merah, 1 ketul kiub ayam, Sedikit Lada sulah, 3 cawan air, Garam dan gula secukup rasa, Minyak masak untuk menumis Cara penyediaan: 1. Belah capsicum, buang biji, kemudian potong. 2. Potong cendawan ikut suka. Potong fish ball. 3. Hiris nipis bawang putih dan bawang merah. 4. Rendam dalam air sehingga lembut. Cara memasak: 1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga bawang putih garing kekuningan. 2. Masukkan air, diikuti dengan fish ball, cendawan dan kiub ayam. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah. 3. Bila fish ball masak (ia akan terapung), masukkan suhun dan capsicum. Biarkan mendidih seketika. 4. Matikan api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan jawapan kepada teka-teki yang susah ini: Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'jatuh bangun'?
Ia bermaksud lumrah hidup yang silih berganti mengenai kesenangan dan kesusahan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'dapat karun timbul'?
Ia bermaksud mendapat keuntungan besar dengan tidak bekerja susah-susah
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'bangkai bernyawa'? Berikan satu contoh ayat.
Ia bermaksud orang yang tidak berguna. Contohnya, kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Jawab soalan berikut. Siapakah yang memenangi kejohanan kriket trofi ranji pada tahun 2018?
Jawapannya ialah Vidarbha.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Buat jawapan kepada soalan yang rumit ini: Berapakah musim Doug Gilmour bermain sebagai kapten selepas dinamakan pada musim 1994 / 95 Toronto Maple Leafs?
20 musim
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah resipi untuk sambal tumis ikan bilis? Tunjukkan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 1 cawan ikan bilis (60gm), 20 biji cili kering (100gm), ½ cawan minyak masak, 5 biji bawang merah kecil, 3 biji bawang besar Bombay, 1 cm halia, 1 biji buah keras, sedikit belacan, 1 kiub ikan bilis, air asam jawa atau asam gelugor, 2 sudu besar gula, garam secukup rasa Cara penyediaan: 1. Basuh ikan bilis dan tuskan. 2. Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian, kisar bersama halia, buah keras dan sedikit air. 3. Kisar bawang merah dan bawang besar dengan sedikit air. Cara memasak: 1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk berpenutup. 2. Tumiskan bawang kisar sehingga air kering sepenuhnya dan naik bau. 3. Masukkan cili kisar, belacan, kiub ikan bilis dan tumis menggunakan api kecil. Semasa menumis pastikan kuali sentiasa tertutup (biar terbuka sedikit untuk lepaskan stim) supaya sambal tidak terpercik keluar. Apabila ingin mengacau, buka tudung dan tutup balik selepas itu. 4. Apabila cili betul-betul garing dan pecah minyak, masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat. 5. Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata-rata. Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat. 6. Padamkan api dan hidangkan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah maksud "air emas"?
Maksudnya ialah lapisan luar yang berwarna keemasan
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai anak sepat ketohoran"?
Seseorang yang menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah resipi untuk bahulu goreng yang merupakan kuih-muih tradisional Melayu? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan-bahan: 600 g tepung gandum (digoreng dan diayak dahulu), 300 g gula halus (boleh kurangkan) , 1 sudu jintan manis (disangai dan dikisar halus), 6 biji telur gred A (dipukul), 1 tin kecil minyak sapi (dicairkan), Esen vanila * (tidak diwajibkan) Cara-cara: 1. Pukul telur sehingga kembang. 2. Gaul tepung, gula dan jintan manis dengan sebati. 3. Campur telur dan minyak sapi. Uli secara erselang-seli dengan tepung. Uli sebati. 4. Perap selama 2 – 3 jam. 5. Uli doh sedikit demi sedikit minyak sapi sehingga kurang melekat di tangan dan terbentuk elok. 6. Gorengkan. 7. Sedia untuk dihidang.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Alam persekolahan adik bermula di ______. A Bank Jaya B Tadika Gembira C Dewan Perdana D Stesen Kuala Lumpur
B . Tadika Gembira
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud "bagai anjing tiada bercawat ekor"?
Hina dan tidak berguna
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah lagu kebangsaan Malaysia?
Negaraku
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah resipi untuk mi goreng? Tunjukkan langkah-langkah yang terperinci.
Mi goreng merupakan masakan terkenal di Asia. Ia sentiasa dibuat daripada mi telur dan dimasak dengan telur. Bahan-bahan untuk mi goreng: 1 bungkus 400gm mi kuning - basuh dan toskan, 4 ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah dikisar, 2 sudu besar cili kisar, 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar sos tiram, udang, sotong, ayam atau daging lembu, kubis/sawi, 2 cawan air, cili hijau, garam dan gula Bahan hiasan: Daun sup atau daun bawang, bawang goreng, limau nipis Cara: 1. Panaskan minyak masak secukupnya. 2. Tumis bawang putih dan merah yang dikisar sehingga wangi. 3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. 4. Masukkan ayam atau daging. Kacau dan biarkan hingga sehingga daging empuk. 5. Masukkan udang/sotong, air, sos cili, sos tiram, kicap manis serta garam. Biarkan ianya mendidih dengan api perlahan sehingga udang/sotong sehingga 3/4 masak. 6. Masukkan mi kuning bersama sayuran dan gaulkan rata. 7. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika perlu. 8. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan hirisan lada hijau, dan kacau rata. 9. Tutup api, angkat dan hidangkan
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Malaysia merupakan gabungan kepada ........buah negeri.
14
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan ?
Maksudnya adalah Digunakan apabila terdapat keperluan, selepas itu ditinggalkan
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud "apa lagi sawa ia berkehendakkan ayamlah"?
Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bawa bersemuka"?
Ia bermaksud dua pihak yang bergaduh bertemu antara satu sama lain untuk berbincang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Apakah kegunaan perlindungan insurans kenderaan motor? A. Memastikan kenderaan tidak rosak B. Memberi pampasan kepada pihak yang terlibat dalam kemalangan C. Meningkatkan kadar kemalangan jalan raya
Jawapannya ialah B. Memberi pampasan kepada pihak yang terlibat dalam kemalangan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan berikut: Cara/faedah menjaga kebersihan menggunakan kaedah tradisional?
Jawapan: Kebersihan boleh dijaga dengan cara menggunakan kaedah tradisional seperti menanam pokok, membuang sampah dengan betul, dan memastikan air dan makanan bersih.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Bilakah Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani? a. 21 Januari 1948 b. 22 Februari 1947 c. 23 Januari 1948 d. 12 Januari 1948
a. 21 Januari 1948
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Pendatang asing yang menakutkan.
Jawapannya ialah makhluk asing.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah organ terbesar dalam badan manusia?
Kulit
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Apakah tahap kesihatan yang diperlukan oleh pemohon untuk mendapatkan lesen memandu? A. Sihat tubuh badan dan boleh melihat pada jarak 100 meter. B. Sihat tubuh badan dan boleh melihat pada jarak 50 meter dan buta warna C. Sihat tubuh badan dan boleh melihat pada jarak 23 meter dan tidak buta warna
Jawapan yang betul ialah C. Sihat tubuh badan dan boleh melihat pada jarak 23 meter dan tidak buta warna
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Kenapa nobita tak nak datang malaysia?
Sebab ada Giant
Standard Malay
zsm
original-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah maksud "bagai ayam dibawa ke lampuk"?
Maksudnya ialah kehairanan melihat sesuatu perkara
Standard Malay
zsm
re-annotations
27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362
Apakah soalan untuk: "Adolf Hitler membunuh diri dengan tembakan pada 30 April 1945 di Führerbunker di Berlin. "? Topiknya ialah Kematian Adolf Hitler.
"bilakah Hitler membunuh diri?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'mat jenin'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud orang yang suka berangan-angan. Contoh ayat: Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah ibu negara Kemboja?
Ibu negara Kemboja ialah Phom Penh.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'limau masak sebelah, perahu karam sekerat'?
Ia bermaksud hukuman atau aturan yang tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah resipi untuk kuih karas yang merupakan kuih-muih tradisional Melayu?
Bahan-bahan: ½ cawan gula, ½ cawan air, Pewarna jika suka, ½ bungkus bihun (dicuci),1 cawan minyak masak untuk menggoreng Cara-cara: 1. Masak air gula hingga gula larut. 2. Masukkan bihun. Kacau sebati. 3. Kemudian, angkat dan toskan. 4. Panaskan minyak dan ambil sedikit bihun yang dah disira dengan gula. 5. Goreng sehingga kembang, kemudian terus masukkan ke dalam gelas plastik. 6. Tekan atau hentakkan guna gelas plastik yang lain. 7. Ulang langkah 1 – 6 hingga adunan habis. 8. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. 9. Sedia untuk dihidang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah resipi untuk Resepi Almond Crunchy (Biskut Florentine) sebagai biskut raya? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan-bahan : 500 gram tepung Florentine, 500 gram almond flakes, 200 gram biji labu, 200 gram biji bunga matahari, 20 gram bijan hitam, Paper cup size M secukupnya. Cara-cara : 1. Bakar kacang sebentar dalam 5 minit. Sejukkan sebentar. 2. Masukkan semua kacang dan gaul sebati. 3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati . 4. Sudukan ke dalam papercup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar. 5. Bakar pada suhu 160°C selama 10-15 minit. 6. Keluarkan biskut dan biarkan sejuk sebentar. 7. Simpan dalam bekas kedap udara.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah Cendawan Galerina Sulciceps?
Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di rumah Eropah. Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin. Ia merupakan satu siri keracunan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Ayat 1: Pada tahun 1990, Elba menjual KQTV kepada TCS untuk $ 58 juta bersama-sama dengan WRBL di Columbus, Georgia dan WTWO di Terre Haute, Indiana. Ayat 2: Pada tahun 1990, Elba menjual WRBL kepada TCS untuk $ 58 juta bersama-sama dengan KQTV di Columbus, Georgia dan WTWO di Terre Haute, Indiana. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama?
Tidak
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Ayat 1: Bahagian bawah terdiri daripada kebanyakannya lava andesit dan beberapa lava basalt. Ayat 2: Bahagian bawah terdiri daripada lava basaltik dan beberapa lava andesit. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama?
Tidak
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah maksud 'bersatu teguh, bercerai roboh'? Berikan satu contoh ayat.
Ia bermaksud persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan. Contoh ayat: Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bertolak-ansur dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Berikan saya jawapan untuk soalan teka-teki ini: Saya ada 3 mata, 4 telinga, 5 kepala, 6 kaki dan 7 mulut. Siapakah saya?
Jawapannya ialah penipu.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Mana yang antara berikut bukan peraturan di persimpangan? A. Memandu dengan berhati-hati B. Memasang lampu kecemasan C. Mempertahankan kenderaan dan bersedia untuk henti jika perlu
Jawapan yang betul ialah B. Memasang lampu kecemasan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "ada udang di balik batu"?
Maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan atau perbuatan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'pandai makan, pandailah simpan'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud jika ada perkara yang rahsia, pandailah menjaganya agar tidak diketahui orang. Contoh ayat: Perbuatan Jamil menyembunyikan rahsia dirinya umpama pandai makan, pandailah simpan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Mengapakah pemandu perlu memakai tali pinggang keledar semasa memandu? A. Untuk keselamatan pemandu semasa memandu B. Untuk mengelak dari disaman oleh polis C. Untuk mengelak ditarik keluar dari kenderaan
Jawapannya ialah A. Untuk keselamatan pemandu semasa memandu
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah tindakan yang dilarang ketika kenderaan anda dipotong oleh kenderaan lain? A. Mengurangkan kelajuan B. Melajukan kenderaan anda C. Memberikan laluan
Jawapan yang betul ialah B. Melajukan kenderaan anda
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia? A) Jalur Terbilang B) Harimau Malaysia C) Jalur Gemilang D) Jalur Lebar
C) Jalur Gemilang
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud 'ikan dalam keroncong'?
Ia bermaksud sudah tertangkap atau terperangkap (tidak dapat ditolong lagi)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tuliskan satu karangan yang bertajuk dengan, Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan Sampah.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai peristiwa yang melibatkan pencemaran alam sekitar berlaku dalam negara kita. Sikap sesetengah pihak mengambil mudah perkara seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai akan memusnahkan keseimbangan ekosistem yang kita nikmati hari ini. Seperti peribahasa Melayu, bagai melepaskan batuk di tangga. Mungkin perkara seperti ini berlaku kerana kurangnya didikan tetapi, pucuk pangkalnya adalah setiap sampah atau sisa pembuangan wajib dibuang dengan cara yang betul. Peningkatan jumlah penduduk dalam negara telah menyumbang kepada kadar pertumbuhan penduduk sekaligus menambah sisa pembuangan dan sampah. Oleh itu, mari kita lihat langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah pembuangan sampah. Langkah pertama adalah dengan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik secara menyeluruh di seluruh negara. Untuk pengetahuan anda, plastik merupakan penyumbang utama sisa-sisa sampah di dunia kerana ia memerlukan berpuluh-puluh tahun untuk dikompos atau mereput. Tambahan pula, plastik lazimnya digunakan hanya sekali dan kemudian tidak mempunyai fungsi dan dibuang merata-rata. Akibatnya sisa plastik sudah menjadi ancaman kepada hidupan laut dek kerana termakan atau lemas daripada kekurangan oksigen hasil daripada pengumpulan sampah dipermukaan laut. Justeru, langkah untuk mengharamkan penggunaan plastik bakal memberi hikmah bukan sahaja kepada kita tetapi hidupan alam yang lain. Selain itu, langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah pembuangan sampah adalah dengan mengamalkan kitar semula. Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu supaya boleh digunakan lagi. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, membangun penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran air serta mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Antara bahan yang boleh dikitar semula adalah kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Dengan peningkatan kuantiti penduduk dunia secara amnya, sumber bahan mentah sudah pasti semakin berkurangan. Maka kita hendaklah sedar dan mula bersikap minimalis atau bersederhana dalam kehidupan dan berbelanja secara berhemat bagi mengelakkan pembaziran. Di samping itu, setiap anggota masyarakat perlu sedar dan bijak berbelanja dalam membeli barang keperluan. Elakkan membeli barang yang dipakai buang hanya setelah menggunakannya beberapa kali sahaja. Kita sudah mencapai tahap di mana sumber bahan mentah semakin terhad. Banyak produk yang mesra alam telah dihasilkan seperti beg, kasut dan juga peralatan elektronik. Namun, disebabkan kos yang tinggi dalam penghasilan barang mesra alam, ramai di antara kita enggan untuk melabur demi kelansungan alam sekitar. Kita perlu berfikiran kritis dan menilai diantara keperluan dan kehendak. Perkara asas ini sedikit sebanyak akan membentuk gaya kebolehan setiap individu dalam merancang kehidupan masing-masing. Seterusnya mengurangkan pembaziran dan sisa pembuangan sampah berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Akhir sekali, langkah yang boleh dilakukan di peringkat kerajaan pula adalah dengan membantu agensi pengurusan sampah. Pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya menjadi jambatan diantara penduduk dan agensi pengurusan sampah di kawasan masing-masing. PBT wajar menjalankan pemantauan berkala pada setiap bulan untuk melihat keperluan penduduk dalam menguruskan pembuang sisa sampah. Dengan kerjasama yang baik dengan agensi pengurusan sampah, sudah pasti tong-tong sampah dan jadual pengurusan dapat diselaraskan dengan keperluan penduduk sekitar. Antara langkah yang telah dilakukan dan bernas untuk dikekalkan adalah penyediaan tong sampah besar pada hari perayaan dimana selalunya banyak pembersihan dan sisa terhasil pada waktu tersebut. Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlu bertanggungjawab memastikan sisa sampah yang dihasilkan dibuang secara betul. Demikian adalah langkah-langkah yang wajar dilaksana bagi menjamin pembuangan sampah dalam negara kita diurus dengan baik. Langkah bijak yang diambil hari ini tidak memberikan manfaat kepada kita secara langsung tetapi memberikan peluang kepada generasi akan datang menikmati sumber yang kita nikmati selama ini. Dengan pengurusan yang betul pasti isu pembuangan sampah yang berisiko tinggi terutamanya dalam penularan kes denggi dan lain-lain dapat diselesaikan. Pendekatan dasar-dasar kerajaan yang memastikan alam sekitar terjamin perlu diangkat dan masyarakat menjadi pelaksana dalam menangani isu pembuangan sampah. Semoga minda masyarakat kita sejajar dengan kecekapan pengurusan infrastuktur negara yang diiktiraf sebagai infrastruktur kelas pertama.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif.
Contohnya adalah seperti yang berikut: 1. Ali menendang bola. (Ayat Aktif Transitif - Kata Kerja Transitif) 2. Anjing itu mengejar kucing. (Ayat Aktif Transitif) 3. Murid-murid sekolah itu sedang belajar. (Ayat Aktif Tak Transitif - Kata Kerja Tak Transitif) 4. Adik menangis. (Ayat Aktif Tak Transitif)
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud 'bintang hati'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud orang kesayangan Contoh ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apa soalan kepada: "Walaupun ini, kematiannya menerima reaksi yang bercampur-aduk"? Topiknya ialah George O'Malley.
"Apa yang berlaku kepada George O'Malley dalam Grey's Anatomy?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pulau Langkawi dikenali dengan panggilan? A) Pulau indah B) pulau cantik C) pulau mutiara D) pulau bersih
C) pulau mutiara
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Bagaimanakah saya menyemak pendaftaran pengundi untuk pilihan raya?
i) Atas talian Bagi individu yang layak dan telah mendaftar melalui SPR, anda boleh menyemak daftar pengundi secara atas talian dengan mengikuti langkah seperti berikut: 1. Sila layari Pengundi SPR 2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa “-” atau “space” 3. Seterusnya, masukkan aksara captcha dan klik semak 4. Paparan semakan akan terpapar ii) SMS Untuk semakan secara khidmat pesanan ringkas atau SMS, anda dikehendaki: Menaip SPR SEMAK No I.C (Contoh 880110024418) dan hantar ke 15888 iii) Aplikasi MySPR SPR juga telah membangunkan aplikasi mudah alih, MySPR bagi memudahkan pengguna membuat semakan secara atas talian menggunakan telefon pintar.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Tulis konteks yang mengandungi jawapan untuk soalan "Kumpulan apakah yang berminat dengan harta benda?" dengan 1 - 20 ayat. Konteks:
Orang Epikuros dan orang Sinik menolak jawatan awam dan perkhidmatan sivik, yang sama dengan menolak polis itu sendiri, institusi yang menentukan dunia Yunani. Epicurus mempromosikan atomisme dan asketisme berdasarkan kebebasan dari kesakitan sebagai matlamat utamanya. Cynics seperti Diogenes dari Sinope menolak semua harta benda dan konvensyen sosial (nomos) sebagai tidak semula jadi dan tidak berguna. Sementara itu, Cyrenaics memeluk hedonisme, berpendapat bahawa keseronokan adalah satu-satunya kebaikan sejati. Stoicism, yang diasaskan oleh Zeno dari Citium, mengajar bahawa kebajikan cukup untuk eudaimonia kerana ia akan membolehkan seseorang hidup sesuai dengan Alam atau Logos. Zeno menjadi sangat popular, orang-orang Athena mendirikan patung emas kepadanya dan Antigonus II Gonatas menjemputnya ke mahkamah Macedonia. Sekolah falsafah Aristotle (Peripatetics of the Lyceum) dan Plato (Platonisme di Akademi) juga tetap berpengaruh. Akademi itu akhirnya beralih kepada Skeptisisme Akademik di bawah Arcesilaus sehingga ia ditolak oleh Antiochus dari Ascalon (c. 90 SM) memihak kepada Neoplatonisme. Falsafah Hellenistik, mempunyai pengaruh yang ketara terhadap elit memerintah Yunani. Contohnya termasuk negarawan Athens Demetrius dari Phaleron, yang telah belajar di liceum; raja Sparta Cleomenes III yang merupakan pelajar dari Stoik Sphairos dari Borysthenes dan Antigonus II yang juga seorang Stoik yang terkenal. Ini juga boleh dikatakan dari kelas atas Rom, di mana Stoicism adalah dominan, seperti yang dilihat dalam Meditasi Maharaja Rom Marcus Aurelius dan karya-karya Cicero.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai apung dipermain ombak"?
Anak dagang miskin di rantau orang
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5

Filtered CohereForAI/aya_dataset on zsm language

Originally from https://huggingface.co/datasets/CohereForAI/aya_dataset, filter rows on zsm language only.

Downloads last month
52
Edit dataset card