text
stringlengths
0
1.44k
Hakikat nyata manusia sekarang,
Orang berilmu jadi jembalang,
Menghisap darah sampai ke tulang,
Iman mereka tak mampu menghalang.
Senyum saja wajah terpampang,
Cara halus mereka berjuang,
Rezeki haram harap tak kurang,
Azab Tuhan mereka letak di longkang.
Budaya ini ramai yang suka,
Tidak peduli ada yang terluka,
Dapat laba merekapun leka,
Rasuah fitnah tak perlu diteka.
Rumah agam atas bukit,
Satu bumbung banyak bilik;
Banyak ragam tentulah sakit,
Meh bergabung mindapun celik.
Puas sudah menanam ubi,
Nanas datang dari seberang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.
Jika tidak kerana bulan,
Masakan bintang terbit tinggi;
Jika tidak kerana puan,
Masakan abang datang kemari.
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecahlah batang;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah nan datang.
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datang.
Teluk Tanjung Pantai Ketapang,
Banyak tumbuh mengkuang berduri;
Elok dijunjung adab sekupang,
Taklah lenguh ilmu dicari.
Cantik kain cantiklah baju,
Konon baju berbelang tidak;
Ilmu dimain jadi teraju,
Tentulah adab jadi kehendak.
Turun ke sawah kita mengubah,
Harap nanti nasi bertanak;
Itu kehendak hidup berubah,
Hidup keluarga tanpalah anak.
Di Sungai Pelek memasang joran,
Dapat haruan pemancing girang;
Tidaklah pelik tidaklah hairan,
Banyak kerenah orang sekarang.
Cekodok geragau lempeng kelapa,
Epok-epok isi keledek;