Malaysia Dataset
Collection
Contribute data for Malaysia dataset
•
2 items
•
Updated
link
stringlengths 46
116
| title
stringlengths 11
81
| text
stringlengths 2.66k
11.1k
|
---|---|---|
https://angkasfera.com/2023/09/13/apakah-kegunaan-alat-semburan-hidung/ | Apakah Kegunaan Alat Semburan Hidung? | Alat semburan hidung (nasal spray) mungkin bukanlah bentuk sediaan ubat yang sering digunakan oleh kebanyakan orang. Namun, alat ini sangat membantu sesetengah individu yang mengalami masalah hidung tersumbat atau gejala alergi. Alat semburan hidung mengandungi bahan aktif yang telah diformulasi dalam bentuk cecair yang mudah meresap ke dalam salur darah pada permukaan dalam hidung.Cara penggunaan alat semburan hidung. Sumber: my-doc.comDalam situasi tertentu, alat semburan hidung lebih menjadi pilihan kerana bahan aktifnya dapat diserap lebih cepat berbanding ubat yang diambil secara oral. Penyerapan yang pantas ini membolehkan pengguna mendapat kelegaan yang lebih cepat. Oleh sebab itu, cara penggunaan yang betul harus dititikberatkan agar penyerapan bahan aktif dapat dioptimumkan dan seterusnya memberi kesan yang dikehendaki.Kegunaan alat semburan hidungAlat semburan hidung biasanya digunakan dalam beberapa keadaan yang secara umumnya bergantung kepada bahan aktif utama di dalam alat tersebut. Pengguna hendaklah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan alat semburan hidung untuk memastikan alat yang betul digunakan bagi merawat masalah yang dialami. Terdapat beberapa kegunaan utama alat semburan hidung, iaitu:(a) Sebagai dekongestan bagi hidung tersumbatAntara bahan aktif yang digunakan dalam alat semburan hidung jenis dekongestan ialah oxymetazoline dan phenylephrine. Bahan-bahan aktif ini melegakan rasa tersumbat dengan cara menyempitkan saluran darah dan sekali gus mengecilkan tisu hidung yang membengkak. Alat semburan hidung dekongestan sesuai digunakan sekiranya pengguna memerlukan kelegaan pantas. Contohnya, ketika pengguna mengalami selesema ataupun alergi yang agak serius.Walau bagaimanapun, alat semburan hidung dekongestan tidak boleh digunakan lebih daripada tiga hari. Penggunaan berpanjangan berisiko menyebabkan penggunanya menjadi terlalu bergantung kepada bahan aktif dan kemudiannya mengakibatkan pesakit mengalami kesan melantun (rebound) iaitu simptom muncul kembali selepas rawatan tamat.(b) Mengurangkan keradangan akibat serangan alergiGejala keradangan seperti bengkak pada bahagian dalam hidung, hingus yang banyak dan kerap bersin boleh dirawat dengan alat semburan hidung yang mengandungi bahan aktif daripada kumpulan steroid. Oleh sebab itu, alat semburan hidung jenis ini sesuai digunakan untuk merawat rinitis, sinusitis dan polip hidung (nasal polyp). Antara contoh ubat yang tergolong dalam kumpulan ini termasuklah budesonide, fluticasone, mometasone dan triamcinolone.Secara umumnya, alat semburan hidung ini tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius sekiranya digunakan dengan cara atau pada dos yang betul. Namun begitu, pengguna perlu berhati-hati apabila menggunakan alat semburan hidung yang mengandungi steroid dan sentiasa cakna akan gejala kesan sampingan seperti hidung berasa pedih, rasa kering dan sakit pada tekak serta hidung berdarah.(c) Mencairkan mukus dalam hidungAlat semburan hidung yang mengandungi cecair garam (saline) pula berfungsi untuk mencairkan mukus dan mengelakkannya daripada menjadi keras. Fungsi ini dapat membantu pengguna mengekalkan hidung dalam keadaan lembap. Di samping itu, cecair garam sebagai bahan aktif juga dapat membantu mengeluarkan bendasing yang mungkin terperangkap pada bahagian dalam hidung. Namun begitu, alat semburan hidung jenis ini tidak boleh mengubati keadaan hidung tersumbat.(d) Menghasilkan kesan secara sistemik bagi beberapa penyakit tertentuSelain merawat gejala yang berkaitan dengan hidung secara langsung, sesetengah alat semburan hidung digunakan untuk memberi kesan secara sistemik. Contohnya, pesakit diabetes insipidus biasanya menggunakan alat semburan hidung yang mengandungi desmopressin sebagai salah satu rawatan. Pendarahan hidung akut pula dapat dihentikan dengan menggunakan alat semburan hidung dengan bahan aktif gabungan lignocaine dan phenylephrine. Alat semburan hidung yang sama juga boleh digunakan sebagai anestetik topikal sebelum sesuatu prosedur perubatan.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).RujukanGaris Panduan Kaunseling Ubat-ubatan Edisi ke-3www.myhealth.comwww.hellodoktor.comhttps://www.drugs.com/cdi/nasal-decongestant-spray.htmlhttps://www.webmd.com/allergies/decongestantshttps://www.nhs.uk/conditions/steroid-nasal-sprays/https://www.webmd.com/allergies/saline-sprayDisunting oleh Izzati RosliMENGENAI PENGARANG Mariyanti Abd Rani Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Kepala Batas| [email protected] memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini bertugas di Klinik Kesihatan Kepala Batas, Kubang Pasu, Kedah.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: alat semburan hidung, alergi, teknik |
https://angkasfera.com/2023/08/30/ancaman-penyakit-kulit-kental-bahagian-2/ | Ancaman Penyakit Kulit Kental (Bahagian 2) | Baca Bahagian 1 di sini.Diagnosis penyakit: Pengesanan penyakit LSDBerikutan penularan wabak LSD secara berleluasa di Malaysia, aktiviti pengawasan (surveillance) telah dipergiatkan dengan meliputi ladang ruminan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Hasilnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia telah mendapati bahawa terdapat ladang-ladang di negeri Perak, Kedah, Pahang, Perlis, Melaka dan Terengganu yang mengalami lesi seperti LSD telah menjejaskan sebahagian daripada populasi lembu.Justeru, sampel klinikal seperti lesi kulit, keruping, calitan air liur/hidung, darah, sumsum tulang dan organ telah diambil dari beberapa ekor lembu dari ladang yang dijangkiti serta diserahkan kepada Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) untuk dianalisis melalui ujian molekular dikenali sebagai Tindak Balas Berantai Polimeras atau Polymerase Chain Reaction (PCR). Hasil keputusan yang telah diperoleh pada 8 Jun 2021 mengesahkan penyakit LSD adalah positif.Sampel klinikal tersebut turut diserahkan kepada beberapa makmal diagnostik veterinar yang lain seperti Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang), Makmal Veterinar Zon Tengah (Selangor), Makmal Veterinar Zon Selatan (Johor Bahru) dan Makmal Veterinar Zon Timur (Kelantan). Hampir kesemua sampel diterima menunjukkan keputusan yang positif; yang mana sampel keruping merupakan sampel yang paling ideal untuk pengesanan LSDV. Hal ini disebabkan oleh sampel daripada lesi nodular mengandungi kepekatan virus yang tinggi berbanding sampel darah dan organ. Tambahan pula, virus LSD mereplikasi di dalam sel epitelium yang menyebabkan pengumpulan virus menjadi amat tinggi di dalam sel keruping kulit.Pensampelan sampel ketulan/nodular pada kulit lembu. Sumber: DVS Pahang & Stesen Kuarantin Haiwan di Kedah.Pencegahan, pengawalan dan pembasmian LSDDVS Malaysia telah menerbitkan sebuah garis panduan iaitu Protokol Veterinar Malaysia: Lumpy Skin Disease yang menggariskan piawaian veterinar, protokol dan tindakan pencegahan, pengawalan dan pembasmian LSD pada gerompok ruminan besar (lembu/kerbau) dalam negara. Protokol ini turut menetapkan dasar, objektif, matlamat dan strategi sebagai panduan untuk mencegah, mengawal dan membasmi LSD.Protokol Veterinar Malaysia:Lumpy Skin Disease. Sumber: DVS Malaysia 2021.Bagi mencegah, mengawal dan membasmi LSD, strategi yang digariskan adalah seperti berikut:PelaporanSurvelanDaya jejakLangkah biosekuritiKuarantin gerompok terjangkitKawalan pemindahanKawalan vektorVaksinasiPenghapusan dan pelupusanKawalan hasil ternakanBayaran pampasanKawalan pengimportan ternakan hidupPenguatkuasaanRekodKempen Kesedaran AwamLangkah-langkah kawalan yang dilaksanakan telah terbukti berkesan kerana kes positif berjaya diturunkan secara beransur-ansur menjelang akhir wabak pada awal 2022. Walaupun wabak LSD kini adalah endemik di Malaysia, usaha yang jitu ke arah kesedaran awam mengenai LSD, penguatkuasaan peraturan ketat mengenai pergerakan haiwan dan protokol import, serta program vaksinasi yang menyeluruh pada ternakan lembu di Malaysia haruslah dilaksanakan secara berterusan demi mencapai status bebas penyakit LSD pada masa akan datang.RujukanJabatan Perkhidmatan Veterinar. (2021). Protokol Veterinar Malaysia: Lumpy Skin Disease (LSD).Khoo C.K., Dahlan R., Mat Desa Z., Syarina P.N.A., Mohd. Salim S.S.H., Barker Z., Abu Hassan M.H., Hassan R., and Mohd Saied F.H. (2022). Molecular detection of lumpy skin disease virus in Malaysia 2021. International Journal of Infectious Diseases 116: S1-S130.WAHIS (WOAH) (2022). Follow up report Lumpy Skin Disease virus, Malaysia: 1-124.WOAH (2021). Lumpy Skin Disease Technical Disease Card. Retrieved from https://www.woah.org/en/document/lumpy-skin-disease-technical-disease-card/Disunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Siti Fatimah Mohamad@Abdul Aziz Pegawai Penyelidik di Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang)| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Siti Fatimah merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains (Teknologi Herba) dan Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Sains Biologi. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang). Berperanan dalam usaha pembangunan ujian diagnostik molekular bagi mengesan penyakit haiwan. Mempunyai misi untuk mengkaji kelebihan pelbagai tumbuhan herba dalam merawat penyakit haiwan.Siti Fatimah Mohamad@Abdul Azizhttps://angkasfera.com/author/fatimahaziz/Ancaman Penyakit Kulit Kental (Bahagian 1) Kata kunci: industri ternakan, LSD, penyakit haiwan |
https://angkasfera.com/2023/08/28/merungkai-misteri-fosil-dinosaur/ | Merungkai Misteri Fosil Dinosaur | Sejak sekian lama, fosil dinosaur sering ditemui di negara-negara jiran seperti Thailand dan Laos. Namun, tahukah anda Malaysia juga mungkin menyimpan misteri serupa yang belum terungkap?Kita bukan sahaja mempunyai hutan simpan antara yang terbesar di dunia, malah mungkin juga terdapat jejak-jejak dinosaur yang kini tersembunyi dalam tanah Malaysia. Mari kita tumpukan perhatian kepada negeri Pahang dan Kelantan. Anda mungkin pernah berjalan-jalan di sekitar Taman Negara Pahang. Tahukah anda bahawa tanah yang anda pijak tersebut juga pernah menjadi taman permainan kepada dinosaur?Terdapat taburan batu-batuan dari zaman Jura (Jurassic) hingga zaman Kapur (Cretaceous) yang meliputi tanah pedalaman Pahang dan Hulu Kelantan. Zaman Jura merupakan satu tempoh masa antara 201.4 juta tahun hingga 145 juta tahun dahulu manakala zaman Kapur pula merupakan satu tempoh masa antara 145 juta tahun hingga 66 juta tahun dahulu.Hal ini bermakna, kawasan ini mungkin menjadi habitat dinosaur dan haiwan-haiwan prasejarah yang lain berjuta tahun yang lalu. Siapa sangka bahawa tanah air kita begitu kaya dengan sejarah purba yang menunggu masa sahaja untuk dibongkarkan?Sekarang, mari kita masuk ke dalam dunia Paleontologi iaitu bidang kajian fosil haiwan purba di Malaysia. Bidang ini masih berkembang dan memerlukan lebih ramai pakar. Kita memerlukan lebih banyak saintis yang genius dan teliti untuk mengkaji jejak-jejak lama yang tersembunyi dalam batuan purba di Malaysia.Pada Februari 2014, pasukan penyelidik yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr Masatoshi Sone dari Universiti Malaya telah menjumpai gigi Spinosaurid, spesies karnivor pemakan daging yang pertama di pedalaman Pahang. Peristiwa ini merupakan penemuan pertama fosil dinosaur di Malaysia sekaligus menjadi bukti bahawa Malaysia juga pernah didiami oleh haiwan purba tersebut.Ilustrasi menggambarkan rupa dinosaur Spinosaurid haiwan karnivor. Sumber: Britannica.comBukan hanya itu, November 2014 turut membawa berita gembira yang lain. Kali ini, pasukan penyelidik yang sama menemukan fosil gigi spesies Ornithiscian dari kategori haiwan herbivor pemakan tumbuhan di lokasi yang tidak jauh dari penemuan pertama tadi.Di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau, Tasik Kenyir, para penyelidik dari Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia menjumpai gigi dinosaur spesies Iguanodon. Iguanodon merupakan dinosaur dari kategori herbivor pemakan tumbuhan. Bukan itu sahaja, jejak-jejak kaki dan tulang-tulang Sauropod turut ditemui.Ilustrasi menggambarkan saiz dinosaur Sauropod jika dibandingkan dengan manusia. Sumber: Britannica.comSauropod, antara dinosaur yang popular dalam filem Jurassic Park ini merupakan dinosaur herbivor bersaiz besar sekitar 15 hingga 21 meter panjang. Pada Ogos 2020, penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menemui fosil keempat Malaysia di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Di situ, beberapa tapak kaki Sauropod ditemui.Kronologi penemuan fosil dinosaur di MalaysiaKisah penemuan fosil-fosil dinosaur di Malaysia merupakan bukti bahawa kajian saintifik di Malaysia bertaraf antarabangsa. Setiap tapak yang ditemui adalah seperti petunjuk dalam teka-teki besar zaman prasejarah. Malah kajian ini masih berterusan. Pakar-pakar dan saintis akan terus menggali lebih dalam, merungkai lebih banyak misteri dan membantu kita memahami kehidupan di zaman lampau melalui kajian sangat menarik ini.Rujukan:https://www.britannica.com/animal/sauropodhttps://www.astroawani.com/berita-malaysia/fosil-dinosaur-berusia-hingga-65-juta-tahun-ditemui-di-hulu-terengganu-48500https://www.mrjazlan.com/2023/08/dinosaur-pertama-di-malaysia.htmlhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/721529/7-fosil-tapak-kaki-dinosour-ditemui-di-bukit-panauDisunting oleh Mira AshikinMENGENAI PENGARANG Muhammad Jazlan Rozali [email protected] merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang Geologi di Universiti Malaya.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: dinosaur, fosil, paleontologi |
https://angkasfera.com/2023/08/25/ancaman-penyakit-kulit-kental-bahagian-1/ | Ancaman Penyakit Kulit Kental (Bahagian 1) | Penyakit kulit kental atau lumpy skin disease (LSD) ialah penyakit virus rentas sempadan yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) sebagai penyakit yang boleh menyumbang kepada kerugian ekonomi yang ketara serta potensi penyebaran yang cepat.Virus LSD (LSDV) yang berasal daripada genus Capripoxvirus daripada keluarga Poxviridae mampu menjangkiti lembu dan kerbau dengan menyebabkan demam panas, nodul pada kulit di sebahagian atau keseluruhan badan ternakan, pembengkakan nodus limfa pada bahu dan paha serta rembesan mata dan hidung berlebihan, pengurangan pengeluaran susu dan kadangkala kematian. Tempoh inkubasi LSD adalah 28 hari serta kadar jangkitan LSD dalam ternakan adalah antara lima hingga 45% dan mempunyai kadar kematian kurang daripada 10%.Keadaan lembu yang dijangkiti LSD. Sumber: rr-asia.woah.orgWalaupun LSD tidak menyebabkan kematian yang tinggi, ia tetap memberi impak ekonomi kepada industri penternakan dan kerugian kepada penternak akibat penurunan pengeluaran susu, penurunan berat badan, keguguran dan kemandulan kepada ternakan pejantan. Tiada rawatan khusus untuk merawat jangkitan LSD. Oleh itu, ternakan yang telah terjangkit diberikan rawatan sokongan bagi mengelak jangkitan sekunder. Tambahan itu, LSD bukan penyakit zoonotik yang tidak menjangkiti manusia. Namun sekiranya ternakan yang terjangkit menunjukkan tanda-tanda klinikal yang teruk dan mengalami jangkitan pada organ dalaman, maka ia tidak sesuai dimakan dan perlu dilupuskan sepenuhnya.Pemerebakan virus Capripox adalah secara mekanikal melalui vektor serangga yang menggigit seperti nyamuk (Aedes aegypti), lalat (Stomoxys calcitrans) atau kutu/sengkenit (spesies Rhipicephalus dan Amblyomma). Terdapat bukti bahawa lalat rumah Musca domestica juga berperanan dalam penularan LSDV. Selain itu, LSD juga boleh merebak melalui kontak rapat dengan haiwan yang terjangkit melalui air mani, rembesan air liur dan lelehan hidung. Walau bagaimanapun, penularan LSD melalui rembesan air liur dan lelehan hidung kurang efektif berbanding melalui vektor dan air mani.Serangga penyebar virus LSD. Sumber: Protokol Veterinar Malaysia Lumpy Skin DiseaseBerasal dari benua Afrika, LSD telah dilaporkan menular di beberapa negara Asia termasuk India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, China, Chinese Taipei, Vietnam, Myanmar dan memasuki Thailand pada April 2021. Malaysia mula dijangkiti LSD susulan kemasukan enam konsainan ternakan lembu yang diimport dari Thailand pada 2 hingga 18 Mei 2021. Kesemua enam konsainan tersebut didapati positif LSD dan akhirnya pada 8 Jun 2021, Malaysia mengesahkan jangkitan LSD yang pertama kalinya pada ternakan lembu tempatan.Kejadian ini juga berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti penyeludupan ternakan dari negara jiran yang dijangkiti. Memandangkan virus LSD disebarkan melalui gigitan serangga vektor, pemerebakan penyakit ini boleh berlaku dengan pantas di antara ternakan atau ladang berdekatan terutamanya apabila ternakan yang terjangkit itu tidak dilupuskan segera.Tanda-tanda klinikal LSD seperti ketulan/nodular pada kulit bersaiz 2 – 5 cm pada kepala, leher, kaki, genital, bahagian bawah perut dan ambing susu pada ternakan lembu di Malaysia. Sumber: DVS Kelantan, Pulau Pinang & MelakaBaca Bahagian 2 di sini.RujukanJabatan Perkhidmatan Veterinar. (2021). Protokol Veterinar Malaysia: Lumpy Skin Disease (LSD).Khoo C.K., Dahlan R., Mat Desa Z., Syarina P.N.A., Mohd. Salim S.S.H., Barker Z., Abu Hassan M.H., Hassan R., and Mohd Saied F.H. (2022). Molecular detection of lumpy skin disease virus in Malaysia 2021. International Journal of Infectious Diseases 116: S1-S130.WAHIS (WOAH) (2022). Follow up report Lumpy Skin Disease virus, Malaysia: 1-124.https://www.woah.org/en/document/lumpy-skin-disease-technical-disease-card/Disunting oleh Sulaiman AliMENGENAI PENGARANG Siti Fatimah Mohamad@Abdul Aziz Pegawai Penyelidik di Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang)| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Siti Fatimah merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains (Teknologi Herba) dan Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Sains Biologi. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang). Berperanan dalam usaha pembangunan ujian diagnostik molekular bagi mengesan penyakit haiwan. Mempunyai misi untuk mengkaji kelebihan pelbagai tumbuhan herba dalam merawat penyakit haiwan.Siti Fatimah Mohamad@Abdul Azizhttps://angkasfera.com/author/fatimahaziz/Ancaman Penyakit Kulit Kental (Bahagian 2) Kata kunci: industri ternakan, Lumpy Skin Disease, penyakit haiwan |
https://angkasfera.com/2023/08/18/pengurusan-risiko-menghadapi-bencana-alam/ | Pengurusan Risiko Menghadapi Bencana Alam | Bencana alam mempunyai satu signifikan yang penting kerana kesannya yang mendalam terhadap komuniti dan masyarakat di seluruh dunia. Bencana alam seperti gempa bumi, taufan, banjir, tsunami, kebakaran hutan dan lain-lain boleh mendatangkan kesan buruk pada pelbagai peringkat termasuk kehilangan nyawa, kesan kesihatan dan kerugian ekonomi. Bencana alam ini juga boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar yang teruk termasuk penebangan hutan, hakisan tanah dan pencemaran yang boleh membawa kesan ekologi jangka panjang kepada sesebuah negara itu.Memandangkan sifat bencana alam yang berulang berlaku di Malaysia, pengurusan risiko bencana yang berkesan adalah penting. Dengan memahami kepentingan bencana alam ini dan kesannya yang meluas, masyarakat dan kerajaan perlu berusaha ke arah mengurangkan risiko kemudaratan, meningkatkan kesiapsiagaan dan melaksanakan langkah tindak balas yang tepat pada masanya untuk meminimumkan kemusnahan yang disebabkan oleh bencana alam.Bencana alam seperti gempa bumi, taufan, banjir, tsunami, kebakaran hutan dan lain-lain boleh mendatangkan kesan buruk pada pelbagai peringkat termasuk kehilangan nyawa, kesan kesihatan dan kerugian ekonomi. Sumber: www.sinarharian.com.myPengurusan risiko dikenal pasti sebagai satu proses sistematik untuk mengenal pasti, menilai dan mengurangkan potensi risiko untuk meminimumkan kesan buruknya terhadap individu, organisasi atau komuniti. Ia melibatkan mengenal pasti potensi bahaya, menilai kemungkinan dan akibat yang berpotensi dan melaksanakan langkah untuk mengurangkan atau menghapuskan kesan negatifnya. Dalam konteks bencana alam, pengurusan risiko memainkan peranan penting dalam kesediaan dan tindak balas bencana untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar.Justeru, dalam pengurusan risiko yang efektif, memahami konteks bencana alam terlebih dahulu adalah penting sebelum merancang strategi meminimumkan risiko. Sebagai contoh, banjir yang kerap terjadi di kawasan-kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan mengalami limpahan air ke atas tanah yang biasanya kering. Ia boleh disebabkan oleh hujan lebat, paras air laut meningkat, lonjakan ribut atau kegagalan struktur pembendungan air seperti empangan. Maka banjir tadi memberi impak kepada rumah, perniagaan dan tanah pertanian sekitar. Ia boleh menyebabkan perubahan struktur muka bumi, mengganggu pengangkutan dan komunikasi, mencemarkan sumber air dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kerugian ekonomi. Ini boleh dikatakan bahawa banjir boleh berlaku disebabkan gabungan faktor semula jadi dan berkaitan manusia.Memahami faktor penyumbang ini adalah penting untuk pengurusan risiko banjir yang berkesan. Jadi, dalam usaha mengurangkan risiko banjir adalah penting untuk menangani kedua-dua faktor semula jadi dan berkaitan manusia melalui pengurusan data banjir yang komprehensif, infrastruktur yang dipertingkatkan, perancangan guna tanah, sistem amaran awal dan pendidikan masyarakat. Gabungan langkah-langkah ini boleh membantu meminimumkan kejadian dan keterukan banjir dan meningkatkan daya tahan banjir secara keseluruhan.Kesimpulannya, pengurusan risiko yang efektif adalah asas kepada daya tahan bencana, membolehkan masyarakat menghadapi bencana alam dengan lebih bersedia dan mengurangkan kerentanan. Komuniti boleh membina dunia yang lebih selamat dan mampan yang dapat menahan cabaran yang ditimbulkan oleh bencana alam dengan melabur dalam pengurusan risiko yang proaktif. Usaha kolaboratif, penyelesaian inovatif dan kesedaran awam juga penting penting dalam membentuk masa depan yang mampu berdiri teguh dan berdaya tahan.Disunting oleh Fatin IrdinaMENGENAI PENGARANG Nurul Liyana Hussin Pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka| + ARTIKEL TERDAHULU Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kewangan di Kolej Universiti Islam Melaka.Nurul Liyana Hussinhttps://angkasfera.com/author/nurulliyanahussin/Tuntutan Pendidikan Pengurusan Kewangan Peribadi kepada Kanak-kanak Kata kunci: alam sekitar, bencana alam, pencemaran |
https://angkasfera.com/2023/08/17/manfaatkan-risalah-maklumat-ubat/ | Manfaatkan Risalah Maklumat Ubat | Setiap kali anda memperoleh kotak ubat dari farmasi atau klinik, besar kemungkinan anda akan mendapati sekeping risalah disertakan dalam kotak ubat tersebut. Risalah yang mengandungi maklumat berkenaan ubat ini sebenarnya berfungsi memberikan panduan penting kepada pengguna atau pesakit sebelum menggunakan ubat. Namun sayangnya, sebahagian daripada masyarakat tidak mengambil berat risalah ini, dan terus mengetepikan risalah itu. Lebih merisaukan apabila masyarakat kini mencari maklumat ubat dari sumber internet yang belum pasti kesahihannya.Latar belakang risalah maklumat ubatRisalah maklumat ubat untuk pengguna (RiMUP) atau dipanggil ‘consumer medication information leaflet’ telah menjadi risalah penting untuk menyampaikan maklumat tentang ubat-ubatan dan ciri-ciri keselamatannya kepada pesakit. Pada masa lalu, satu-satunya sumber maklumat tentang ubat untuk pesakit hanyalah label pada botol ubat. Namun, seiring dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan yang aktif, terdapat peningkatan dalam penyediaan maklumat yang lebih terperinci dan terkawal kepada pesakit.Contoh risalah maklumat ubat. Sumber: media.sciencephoto.comProses perkembangan RiMUP bermula pada tahun 1980-an melalui penyelidikan tentang format risalah yang bersifat umum yang membincangkan kesan-kesan kumpulan ubat tertentu, seperti diuretik dan benzodiazepin. Inisiatif Kesatuan Eropah (European Union, EU) pada pertengahan 1990-an dalam menyediakan risalah maklumat untuk pesakit di setiap bungkusan ubat merupakan langkah penting dalam memastikan penyampaian maklumat yang lengkap. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi cara penggunaan, langkah berjaga-jaga, serta kemungkinan kesan sampingan akibat penggunaan ubat tersebut.Pada tahun 1999, RiMUP menjadi keperluan yang diwajibkan dan harus diuji kebolehbacaannya oleh orang awam. Di Malaysia, syarikat-syarikat farmaseutikal yang mendaftarkan produk ubat bertanggungjawab untuk menyediakan RiMUP berdasarkan format yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. NPRA sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan RiMUP dikemaskini secara berkala bagi memastikan keselamatan ubat kepada pesakit yang memerlukannya.Kelebihan risalah maklumat ubatTerdapat kajian menunjukkan RiMUP memberikan kelebihan yang signifikan kepada pesakit. Kelebihan tersebut ialah RiMUP dapat; i) memberikan pesakit maklumat yang terperinci tentang penggunaan ubat yang betul, ii) dos yang sepatutnya diambil, iii) kesan sampingan dan iv) kontradikasi yang perlu dielakkan. Doktor dan kakitangan kesihatan boleh menggunakannya sebagai alat bantuan ketika menyampaikan maklumat berkenaan ubat kepada pesakit. Dengan membaca RiMUP, kefahaman pesakit tentang bagaimana dan mengapa ubat tersebut harus diambil, serta potensi risiko atau kesan sampingan yang mungkin timbul dapat dipertingkatkan.Sumber: live.staticflickr.comSelain itu, pengguna dapat menggunakan maklumat lengkap dari RiMUP untuk membuat keputusan yang lebih bijak mengenai rawatan mereka. Mereka dapat membuat penilaian ke atas manfaat dan risiko berkaitan ubat tertentu, mempertimbangkan kontraindikasi atau interaksi dengan ubat lain yang sedang digunakan, dan seterusnya berbincang dengan doctor atau ahli farmasi. Dengan itu, ubat-ubatan dapat diambil dengan betul, selamat, berkesan serta mengelakkan dos yang terlalu tinggi atau rendah. Tambahan lagi, cara untuk mengenalpasti tanda-tanda kesan sampingan juga dapat diketahui. Pengguna akan lebih cakna mengenai tindak balas tubuh badan yang tidak normal terhadap ubat yang diambil sekali gus memudahkan tugas pemantauan doktor dan kakitangan kesihatan yang lain dalam mengenal pasti simptom.Kesimpulannya, sebagai pesakit atau pengguna, kita harus mengambil berat tentang RiMUP dalam memastikan keselamatan diri kita dalam penggunaan ubat. Mencari maklumat berkenaan ubat-ubatan anda pada risalah ini terlebih dahulu adalah lebih baik sebelum mencari dari sumber internet atau media sosial. Semua pihak termasuklah kakitangan kesihatan dan pesakit perlu menghargai kepentingan RiMUP. Jadilah pengguna yang lebih bijak dan bertanggungjawab ke atas kesihatan kita, sejajar dengan wawasan kesihatan negara ke arah menuju negara maju, iaitu meningkatkan literasi dan kesedaran kesihatan di kalangan rakyat.RujukanConsumer Medicine Information (CMI). Retrieved 7 28, 2023, from http://health.gov.au/internet/main/publishing.nsf/content/nmp-consumers-cmi.htmA Brief History of Consumer Medication Information. HYPERLINK “https://www.pharmacytimes.com/view/a-brief-history-of-consumer-medication-information” \t “_blank” Pharmacy TimesImpact of customized-consumer medication information on health-related quality of life among patients with type 2 diabetes mellitus. Research in Social & Administrative Pharmacy. Retrieved 7 28, 2023, from https://sciencedirect.com/science/article/pii/s1551741119301767.National Pharmaceutical Regulatory Agency. (n.d.). Risalah Maklumat Ubat Untuk Pengguna (RiMUP). HYPERLINK “https://npra.gov.my/index.php/my/consumers-2/maklumat/risalah-maklumat-ubat-untuk-pengguna-rimup.html”Disunting oleh Faiz ArifMENGENAI PENGARANG Irma Wati Ngadimon Pelajar PhD di Monash University Malaysia| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Irma Wati merupakan seorang ahli farmasi yang kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Monash Universiti Malaysia. Beliau sedang melakukan kajian tentang epilepsi, kecederaan otak dan fungsi kognitif. Beliau suka menulis dan berkongsi artikel ilmiah di media tempatan dan jurnal.Irma Wati Ngadimonhttps://angkasfera.com/author/irmawati/Mati Mengejut dalam Epilepsi (SUDEP) Kata kunci: literasi, pendidikan kesihatan, RiMUP |
https://angkasfera.com/2023/08/09/terapung-umpama-tikar-aladdin/ | Terapung Umpama Tikar Aladdin! | Ilmu sains merupakan sebuah cabang ilmu yang telah mempengaruhi kemajuan manusia sekian lama. Tahukah anda sebenarnya kita dikelilingi oleh konsep fizik? Pernahkah anda terfikir bagaimana sesuatu objek boleh terapung di atas permukaan air? Bagaimana sebuah feri atau kapal layar tidak tenggelam di dalam air? Fenomena yang berlaku ini menyebabkan sesuatu objek tersebut boleh terapung umpama tikar Aladdin.Konsep fizik yang terpakai dalam menerangkan objek yang terapung ini adalah prinsip Archimedes. Prinsip ini menyatakan bahawa daya apungan yang dikenakan pada sesuatu objek yang direndam separuh atau sepenuhnya dalam bendalir, adalah sama dengan berat bendalir yang telah disesarkan oleh sesuatu objek itu.Selain itu, konsep ini juga berhubung kait dengan daya apungan (bouyancy force) iaitu sesuatu daya ke atas (upward force) yang dikenakan oleh bendalir bertentang dengan berat objek yang tenggelam separa atau sepenuhnya di dalam bendalir. Contohnya pembinaan rakit buluh.Daya-daya yang bertindak ke atas rakit.Pernahkah anda terfikir sekiranya dilanda musibah banjir, bagaimanakah cara hendak menyelamatkan diri agar tidak lemas? Apakah barang di sekeliling anda yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri?Melalui pemahaman yang mampan dalam konsep fizik ini, ia dapat memudahkan kita untuk menghadapi musibah seperti banjir. Contohnya, rakit boleh dibina sebagai salah satu cara untuk menyelamatkan diri. Diinspirasikan oleh seorang lelaki yang berasal dari Fiji, rakit tersebut boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan buangan seperti botol sahaja.Contoh rakit yang dihasilkan daripada botol. Sumber: www.flickr.comKesimpulannya, kehidupan kita ini sangat menarik kerana dikelilingi oleh pelbagai konsep fizik yang boleh kita terokai. Sekiranya kita ingin mencari sesuatu kelainan, tidak salah jika mencuba melakukan uji kaji dalam kehidupan agar ia berguna dan dapat membantu kita di saat genting terutamanya ketika berlaku bencana alam. Contohilah pembinaan rakit dengan menggunakan botol plastik yang berkonsepkan prinsip Archimedes dan daya apungan agar dapat terapung umpama tikar Aladdin!Rujukanhttp://www.rumahku.com/artikel/read/kreatif-lelaki-fiji-ini-buat-perahu-dari-600-botol-plastik-bekas-40250https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-matematik/sains/buoyant-force-4174367/https://www.britannica.com/science/Archimedes-principleDisunting Oleh Mustaqim AzmanMENGENAI PENGARANG Norsazliyana Mohamad Ismail Pensyarah Fizik di Melaka International College of Science and Technology (MiCoST)| [email protected] mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Fizik) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini bekerja sebagai pensyarah di Melaka International College of Science and Technology (MiCoST).Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: daya apungan, fizik, prinsip archimedes |
https://angkasfera.com/2023/07/18/asid-folik-cegah-kecacatan-bayi/ | Asid Folik Cegah Kecacatan Bayi | Asid folik atau folat ialah sejenis Vitamin B9. Folat merupakan vitamin dalam bentuk semula jadi yang ditemui dalam sumber makanan seperti asparagus, bayam, brokoli dan pisang manakala asid folik pula ialah pengganti sintetik folat yang digunakan dalam kebanyakan suplemen dan makanan yang diperkuatkan.Kegunaan folat dan asid folikFolat atau asid folik diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, pengeluaran bahan genetik dan penting dalam tempoh pertumbuhan yang pesat. Sebagai contoh, bahan ini sangat bermanfaat semasa awal kehamilan untuk membantu dalam perkembangan janin. Asid folik juga digunakan untuk merawat anemia yang berpunca daripada kekurangan folat akibat pemakanan kurang berzat, merawat masalah penghadaman makanan seperti selepas pembedahan perut dan mengelakkan kekurangan folat dalam badan akibat penggunaan ubat tertentu seperti ubat untuk rawatan sawan.Kekurangan zat folat dalam kalangan wanita merupakan salah satu punca kecacatan tiub neural pada bayi. Kecacatan tiub neural menyebabkan masalah pembentukan dan tumbesaran saraf bayi semasa dalam kandungan. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan bayi dilahirkan dengan tempurung kepala yang tidak lengkap (anencephaly), tumbesaran otak yang terencat dan pembentukan tulang belakang yang tidak sempurna (spina bifida). Situasi-situasi ini mungkin terjadi pada awal kandungan iaitu seawal empat minggu pertama.Spina bifida adalah kerencatan tumbesaran otak pembentukan tulang belakang. Sumber: s3.amazonaws.comPengambilan suplemen asid folik sebagai suplemen folat semula jadiWalaupun wanita boleh mendapat zat folat daripada sayur-sayuran hijau, namun kandungan folat yang diserap oleh tubuh mungkin tidak mencukupi kerana folat mudah dimusnahkan oleh haba apabila sayur tersebut dimasak. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen asid folik sangat digalakkan sebagai sumber tambahan zat folat kepada tubuh.Asid folik adalah penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan secara konsisten dapat membantu mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub neural. Asid folik dengan dos 400 mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Malah, asid folik sebaik-baiknya diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Bakal pengantin turut disyorkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum hari pernikahan.Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan bahawa bahawa wanita yang bertahun-tahun mencuba dan masih belum hamil boleh mengambil asid folik pada dos yang disarankan secara berpanjangan. Risiko mengalami masalah kesihatan akibat pengambilan yang berterusan adalah rendah sekiranya dos tidak diambil secara berlebihan.Dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5 mg boleh disarankan oleh doktordalam situasi seperti berikut:wanita hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural pada kehamilan terdahulu,wanita hamil yang sedang mengambil sebarang ubat antiepileptik (ubat sawan), danwanita hamil yang menghidap diabetes.Secara umumnya, suplemen asid folik boleh diambil setiap hari, sebaik-baiknya pada waktu yang sama sebelum atau selepas makan. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami selepas mengambil asid folik termasuklah hilang selera makan dan kembung perut. Sekiranya pengguna mengalami gejala alahan kepada ubat ini, seperti gatal kulit, kemerah-merahan pada kulit, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak serta mengalami kesukaran bernafas, mereka hendaklah mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.Nota pengarangSekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).Disunting oleh Dr. Adib YusofMENGENAI PENGARANG Tham Su Ann Pegawai Farmasi di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya| [email protected] berkelulusan ijazah sarjana muda dalam farmasi. Kini memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah di Seksyen Penggunaan Ubat Berkualiti, Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: asid folik, folat, kehamilan, zat |
https://angkasfera.com/2023/05/18/ubat-ubatan-intubasi/ | Ubat-ubatan Intubasi | Intubasi ialah prosedur yang dilakukan oleh pasukan perubatan terlatih ke atas pesakit apabila sistem pernafasan pesakit tidak dapat berfungsi dengan sempurna atau pesakit tidak boleh bernafas sendiri tanpa bantuan. Intubasi juga dilakukan sebelum pembedahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa pembedahan dijalankan. Semasa intubasi, doktor akan memasukkan tiub endotrakeal melalui mulut ataupun hidung ke dalam kerongkong. Tiub tersebut seterusnya disambungkan ke mesin ventilator yang mendorong udara ke dalam paru-paru untuk mengekalkan oksigen dan karbon dioksida pada paras bacaan yang normal.Contoh gambar intubasi. Sumber https://www.healthline.com.Apabila tiub endotrakeal dimasukkan ke dalam tekak, terdapat tindak balas badan yang dipanggil gag-reflex seperti batuk, tersedak atau muntah. Bagi menghalang gag-reflex terjadi, ubat sedatif dan ubat pelalian otot (neuromuscular blocker) diperlukan untuk menidurkan pesakit sebagai langkah mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan prosedur intubasi.Ubat sedatif yang biasa digunakan semasa prosedur intubasi termasuklah etomidate, ketamin dan propofol. Ubat sedatif ini berfungsi dengan mengubah suai isyarat dalam sistem saraf pusat dan seterusnya menidurkan pesakit. Etomidate merupakan antara ubat sedatif yang paling kerap digunakan disebabkan kesannya yang cepat. Etomidate dapat memberikan kesan sedatif dalam tempoh 30 hingga 60 saat selepas diberikan kepada pesakit. Selain itu, etomidate ialah ubat sedatif pilihan bagi pesakit yang mempunyai tekanan darah rendah.Ketamin pula ialah ubat sedatif yang turut memberi kesan melegakan sakit. Kesan sedatif ketamin dapat dirasai dalam tempoh satu hingga dua minit selepas diberikan. Bagi pesakit asma yang teruk, ketamin merupakan ubat sedatif pilihan disebabkan kesan pengembangan salur pernafasan (bronchodilation). Namun begitu, penggunaan ubat sedatif ini boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti mual, pening dan sakit kepala.Selain etomidate dan ketamin, ubat propofol juga sering digunakan sebagai sedatif. Ubat ini berkesan dalam tempoh yang agak singkat, iaitu sembilan hingga 50 saat selepas diberikan kepada pesakit. Sifatnya yang dapat mengurangkan tekanan dalam otak menyebabkan propofol sesuai diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan otak atau sawan.Berbeza daripada ubat sedatif, ubat pelali otot pula bertindak cepat dengan mengendurkan otot-otot pernafasan utama seperti diafragma agar prosedur intubasi dapat dilakukan dengan lancar. Antara ubat pelali otot yang biasa digunakan ialah rocuronium, vecuronium dan cisatracurium.Dari segi tempoh kesan masa ubat-ubat ini bertindak selepas diberikan, rocuronium mula memberikan kesan dalam tempoh satu hingga dua minit manakala cisatracurium menunjukkan kesan dalam tempoh dua hingga tiga minit. Vecuronium pula bertindak selepas dua minit 30 saat.Antara kesan sampingan ubat pelali otot termasuklah penghasilan air liur yang banyak, perubahan degupan jantung, sakit otot dan ruam. Walau bagaimanapun, semua kesan sampingan ini selalunya adalah ringan dan bersifat sementara. Pemilihan ubat adalah bergantung kepada penilaian klinikal oleh doktor yang merawat. Doktor akan memilih ubat yang paling sesuai untuk setiap pesakit sebelum menjalankan prosedur intubasi.Kesimpulannya, prosedur intubasi dilakukan bagi melindungi saluran pernafasan dan mengekalkan tahap oksigen yang cukup di dalam badan pesakit. Ubat-ubatan yang digunakan semasa proses intubasi berperanan besar untuk memastikan proses ini berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Penggunaan dengan kawalan dan pemantauan anggota perubatan profesional dapat meningkatkan kesan yang diingini dan mengurangkan risiko kesan sampingan terjadi.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali cuti umum).RujukanUsha Avva; Julie M. Lata; John Kiel. Airway Management. May 2022. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK470403/Mayo Clinic. Matthew JR. Endotracheal Intubation Procedures. Mayo Clinic Critical and Neurocritical Care Board Review. Chapter 115. P49.July 2019.Namratta KG; Hariharan R. Intubation Endotracheal Tube Medications. National Library of Medicine. 2021 August 15.Emergency airway management. (2021). http://www.rch.org.au/clinicalguide/guideline_index/Emergency_airway_management/Jennifer Whitlock. What is intubation and Why is it needed? 2022 July 18. The Verywell Health Medical Expert Board Reviewed Article Russotto, V., et al. (2021). Intubation practices and adverse peri-intubation events in critically ill patients from 29 countries.https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2777715Disunting oleh Johari TalibMENGENAI PENGARANG Chiam Zye Wei Pegawai Farmasi di Hospital Seri ManjungChiam Zye Wei bertugas sebagai pegawai farmasi di Wad Perubatan, Hospital Seri Manjung, Perak dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Farmasi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: etomidate, intubasi, ketamin, pelali otot, propofol, sedatif |
https://angkasfera.com/2023/04/01/ubat-oral-bolehkah-dihancurkan/ | Ubat Oral: Bolehkah Dihancurkan? | Ubat oral ialah bahan untuk merawat, mengawal dan mencegah penyakit yang diambil melalui mulut. Lazimnya, pengambilan ubat oral seperti tablet, kapsul, ubat serbuk dan sirap menjadi pilihan pertama rawatan kerana kos yang murah, kestabilan ubat yang baik dan mudah diambil oleh pesakit di rumah.Namun, terdapat golongan pesakit yang tidak mampu untuk menelan ubat jenis tablet dan kapsul seperti kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya dan pesakit yang menggunakan tiub pemakanan nasogastrik.Tiub nasogastik dimasukkan melalui hidung pesakit ke bahagian perut untuk memudahkan pemberian makanan, air dan ubat-ubatan. Sumber: gillettechildrens.orgSecara umumnya, ubat tablet dan kapsul perlu ditelan secara keseluruhan dengan air kosong. Orang ramai dinasihatkan agar tidak memotong, menghancurkan atau mengunyah ubat tanpa arahan daripada doktor atau ahli farmasi. Teknologi farmaseutikal terkini membolehkan penghasilan ubat-ubatan diubah suai bagi mendapatkan kesan yang diingini.Berikut merupakan jenis sediaan yang tidak sesuai untuk dihancurkan:1. Ubat dengan kadar pelepasan yang diubah suai Ubat jenis ini biasanya mempunyai singkatan ER / XR / MR di hujung namanya. Formulasi ubat di dalam kelongsong khas yang akan melarut perlahan-lahan dalam tempoh masa atau kadar yang ditetapkan dapat menjamin kepekatan ubat yang konsisten dalam badan pesakit. Ini dapat mengurangkan kekerapan pengambilan ubat dalam masa sehari.Jika tablet ini dipotong atau dihancurkan, kelongsong ubat akan rosak dan dos ubat yang tinggi akan dilepaskan sekali gus menyebabkan pesakit mendapat kesan sampingan akibat dos yang berlebihan.2. Ubat dengan salutan enterik (enteric coating)Ubat-ubatan disalut dengan salutan enterik bagi melindungi ubat tersebut daripada asid gastrik dalam perut. Kebanyakan ubat diformulasikan supaya bertindak di lokasi badan yang spesifik seperti usus. Tanpa salutan enterik, ubat akan terurai lebih awal di dalam perut disebabkan asid gastrik dan melalui proses metabolisme sebelum sampai ke lokasi sasaran. Proses ini akan mengurangkan kepekatan dan keberkesanan ubat.Terdapat juga ubat seperti ubat tahan sakit jenis anti-radang yang tidak mengandungi steroid iaitu non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) yang boleh merengsakan lapisan membran perut dan menyebabkan pesakit mendapat pedih perut. Selain melindungi ubat daripada terurai awal, salutan enterik juga dapat melindungi lapisan perut daripada ubat yang bersifat tajam dan berpotensi mengakibatkan pedih perut.3. Ubat sublingua (sublingual) dan bukal (buccal)Ubat sublingua ialah ubat yang diserap terus melalui saluran darah di bawah lidah, manakala bukal ialah ubat yang diserap melalui saluran darah di pipi. Formulasi ini digunakan bagi ubat-ubatan yang memerlukan penyerapan dan kesan ubat yang pantas seperti ubat sakit jantung nitrogliserin (GTN).Ubat sublingua ialah ubat yang diserap terus melalui saluran darah di bawah lidah, manakala bukal ialah ubat yang diserap melalui saluran darah di pipi. Sumber: testbook.comAntara tujuan lain penghasilan formulasi dan salutan ubat termasuklah bagi menutupi rasa pahit ubat dan melicinkan permukaan ubat supaya mudah ditelan. Ubat yang sensitif kepada kelembapan dan haba juga mudah rosak jika dipotong atau dihancurkan.Semak dengan doktor atau ahli farmasi bagi memastikan ubat yang diperoleh boleh dipotong atau dihancurkan. Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang tersedia dalam bentuk cecair atau menggantikan dengan ubat lain yang lebih sesuai.Sebagai kesimpulan, tindakan menghancurkan sesetengah ubat boleh mengakibatkan kesan toksik dan kegagalan rawatan. Semak dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memotong atau menghancurkan ubat.Rujukanhttps://www.gillettechildrens.org/your-visit/patient-education/using-a-nasogastric-tubehttps://www.pharmapproach.com/buccal-and-sublingual-routes-of-administration-advantages-and-disadvantages/“Which tablets should never be crushed?” Chao S., MD. 2021. https://www.drugs.com/medical-answers/tablets-crushed-3563535/“Crushing or splitting medications: unrecognized hazards.” Donna Gill et al. J Gerontol Nurs. 2012 Jan. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22224840“Can medications be crushed?” Rosdi bin Md. Zin & Munira bt. Muhammad, 2017. http://www.myhealth.gov.my/en/can-medications-crushed/Front. Pharmacol., 19 February 2021, Sec. Translational Pharmacologyhttps://doi.org/10.3389/fphar.2021.61841Pharmaceutical Coating and Its Different Approaches, a Review https://www.mdpi.com/2073-4360/14/16/3318/pdfDisunting oleh Mira AshikinMENGENAI PENGARANG Mohd Khalil Ismail Pegawai Farmasi di Hospital Dungun| [email protected] mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi. Kini bertugas sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Dungun.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: kaedah rawatan, kesihatan, ubat |
https://angkasfera.com/2023/03/30/mati-mengejut-dalam-epilepsi-sudep/ | Mati Mengejut dalam Epilepsi (SUDEP) | Epilepsi atau kejadian sawan berulang merupakan suatu penyakit neurologi yang terjadi akibat pengeluaran isyarat elektrik secara luar biasa di dalam otak mengakibatkan seseorang mengalami kejang dan kadangkala tidak sedarkan diri. Epilepsi boleh berpunca dari kecederaan kepala, tumor, strok, genetik dan jangkitan kuman. Selain komplikasi terhadap kecerdasan kognitif dan psikologi, pesakit epilepsi berdepan risiko maut iaitu sindrom kematian mengejut dalam epilepsi (Sudden Unexpected Death in Epilepsy) (SUDEP). Dalam kes-kes SUDEP, tiada sebab kematian yang jelas dan tiada punca lain disahkan apabila autopsi dijalankan. Individu yang mati akibat SUDEP didapati mengalami sawan pada detik-detik menghampiri saat kematian. Seperti yang berlaku kepada Jett, penghidap epilepsi, yang merupakan anak kepada artis terkemuka John Travolta. Pada tahun 2009, Jett yang berumur 16 tahun telah meninggal dunia semasa diserang sawan.Contoh gambar serangan sawan. Sumber gambar: https://unifirstfirstaidandsafety.comKajian menunjukkan kejadian SUDEP adalah di antara satu hingga dua peratus daripada jumlah kes epilepsi di seluruh dunia. Ini bermakna bagi setiap 1,000 orang pesakit epilepsi, satu hingga dua orang akan mengalami SUDEP setiap tahun. Namun, statistik ini berbeza di setiap negara. Di Jepun, statistik yang lebih tinggi dicatatkan iaitu lima hingga 12 peratus, berbanding di Amerika Syarikat, sekitar satu hingga dua peratus daripada jumlah kes epilepsi setiap tahun. Manakala di Malaysia, menurut kajian oleh Universiti Malaya, insiden SUDEP yang dilaporkan adalah sebanyak 0.42 orang dari setiap 1,000 orang pesakit epilepsi. Harus diingat angka ini boleh menjadi lebih tinggi kerana kemungkinan banyak lagi kes yang tidak dilaporkan akibat kurang pengetahuan.Beberapa teori berkenaan punca SUDEP telah diutarakan. Antaranya nafas yang terhenti semasa serangan sawan (apnoea) dan berlaku degupan jantung yang tidak teratur atau tidak normal (cardiac arrhythmia) semasa sawan sehingga membawa maut. SUDEP dikatakan banyak berlaku kepada mereka yang diserang sawan lebih kerap dan tidak terkawal, tidak mengambil ubat sawan secara teratur serta pesakit epilepsi yang kronik. Masyarakat harus cakna bahawa SUDEP boleh dialami oleh mana-mana pesakit epilepsi tanpa mengira umur atau jenis epilepsi yang dihidapi dan mengambil langkah-langkah pencegahan.Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil termasuk,Mengambil ubat sawan seperti yang disarankan:Langkah utama untuk merendahkan risiko SUDEP adalah mengurangkan kekerapan diserang sawan. Ambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor dan ahli farmasi untuk mengelakkan serangan. Kegagalan mematuhi pengambilan ubat sawan meningkatkan risiko SUDEP sebanyak lapan kali ganda.Menghindari faktor pencetus sawan:Kurang tidur, meminum minuman keras, stres, dan keletihan adalah di antara faktor pencetus sawan yang perlu dielakkan oleh pesakit epilepsi untuk mengurangkan kebarangkalian diserang sawan.Memantau kesihatan jantung:Beberapa kajian menunjukkan SUDEP boleh berpunca dari masalah jantung. Pesakit perlu menjalani pemeriksaan jantung secara berkala dan memastikan jantung mereka berfungsi dengan baik.Mendapatkan sokongan ahli keluarga:Pesakit epilepsi memerlukan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan untuk mencegah SUDEP. Pastikan ahli keluarga memiliki pengetahuan tentang pertolongan cemas yang boleh diberikan ketika sawan.Menggunakan peranti pengesan sawan:Beberapa peranti telah dibangunkan untuk mengesan dan memberikan amaran awal tentang serangan sawan kepada pesakit dan keluarga supaya dapat bersiap sedia untuk memberikan pertolongan cemas.Kesimpulannya, SUDEP adalah satu keadaan yang menakutkan. Justeru, pendidikan dan kesedaran pesakit serta ahli keluarga adalah kunci untuk mengurangkan risiko SUDEP.RujukanFriedman, D. (2022). Sudden unexpected death in epilepsy. Current Opinion in Neurology, 35(2), 181-188.Khor, S. B., Lim, K. S., Fong, S. L., Ho, J. H., Koh, M. Y., & Tan, C. T. (2022). Cause of mortality among people with epilepsy in Malaysia: A hospital-based study. Epilepsy Research, 181(February), 106887. https://doi.org/10.1016/j.eplepsyres.2022.106887Tan, M., Allemann, S. S., Qin, X. S., & D’Souza, W. J. (2023). Adherence patterns in antiseizure medications influencing risk of sudden unexplained death in epilepsy: A data linkage study using dispensed prescriptions. Epilepsia, 64(3), 641–653. https://doi.org/https://doi.org/10.1111/epi.17502Centres for Disease Control and Prevention (CDC). Sudden Unexpected Death in Epilepsy (SUDEP). https://www.cdc.gov/epilepsy/communications/features/sudep.htm Accessed on 11 March 2023.Disunting oleh Sulaiman AliMENGENAI PENGARANG Irma Wati Ngadimon Pelajar PhD di Monash University Malaysia| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Irma Wati merupakan seorang ahli farmasi yang kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Monash Universiti Malaysia. Beliau sedang melakukan kajian tentang epilepsi, kecederaan otak dan fungsi kognitif. Beliau suka menulis dan berkongsi artikel ilmiah di media tempatan dan jurnal.Irma Wati Ngadimonhttps://angkasfera.com/author/irmawati/Manfaatkan Risalah Maklumat Ubat Kata kunci: epilepsi, maut, sawan, SUDEP |
https://angkasfera.com/2023/01/14/simulasi-komputer-super-membantu-memahami-sejarah-pembentukan-bulan/ | Simulasi Komputer Super Membantu Memahami Sejarah Pembentukan Bulan | Para penyelidik dari Institut Kosmologi Perkomputeran (Institute for Computational Cosmology) di Universiti Durham, United Kingdom telah menemui teori alternatif berkenaan asal usul pembentukan Bulan. Teori ini dijana menggunakan simulasi daripada komputer super yang melibatkan impak perlanggaran berskala besar di angkasa lepas. Impak perlanggaran ini menghasilkan suatu entiti angkasa yang mengorbit Bumi yang bertindak sebagai entiti pendahulu sebelum pembentukan Bulan. Pasukan penyelidik tersebut telah menjalankan simulasi pelbagai impak yang melibatkan dua entiti di angkasa lepas dengan mengambil kira sudut dan kelajuan perlanggaran yang berbeza, serta saiz dan kadar pusingan kedua-dua entiti terbabit, yang seterusnya membentuk Bumi dan Bulan pada hari ini. Pengiraan ini dijalankan menggunakan kod simulasi sumber terbuka (open-source) SWIFT, berlandaskan platform servis DiRAC intensif memori (Memory Intensive) yang dihoskan oleh fasiliti DiRAC (Pengkomputeran Prestasi Tinggi) High-Performance Computing di Universiti Durham.Gambar menunjukkan Institute for Computational Cosmology (ICC), Durham University, UK. Penyelidik yang mengetuai kajian simulasi ini berpengkalan di ICC yang boleh dianggap sebagai pelopor kajian angkasa lepas di peringkat Eropah dan global. Sumber: https://www.icc.dur.ac.uk/.Komputer super tersebut mempamerkan simulasi yang membolehkan aspek-aspek perlanggaran berskala besar dicerap dengan lebih teliti berbanding kajian terdahulu. Kajian ini menerokai pelbagai teori asal pembentukan Bulan dan evolusi entiti tersebut. Pembentukan sebuah entiti/satelit seakan Bulan (Moon-like satellite) pada orbit berhampiran Bumi selepas simulasi perlanggaran merupakan salah satu penemuan yang tidak dijangka oleh para penyelidik kajian ini. Simulasi beresolusi tinggi ini juga membolehkan penelitian dan maklumat berkaitan lapisan luar pada satelit seakan Bulan itu dicerap dan dibandingkan dengan lapisan bahan-bahan yang terdapat dari Bumi.Sekiranya Bulan pada hari ini terbentuk serta-merta seusai proses perlanggaran berimpak besar tersebut, maka teori ini mampu mengubah pemahaman berkenaan struktur dalaman Bulan. Pembentukan Bulan melalui teori ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan persamaan komposisi isotop (isotopic composition) di antara serpihan batuan bulan (lunar rocks) berbanding lapisan mantel Bumi. Bukan itu sahaja, ketebalan kerak bulan (lunar crust) juga sedikit sebanyak membantu penyelidik untuk mengetahui jenis dan sifat perlanggaran yang berlaku yang membolehkan pembentukan Bulan di atas orbitnya yang mengelilingi Bumi.Pembentukan Bulan pada asalnya dianggap terhasil daripada perlanggaran di antara Bumi dan objek angkasa bernama Theia pada kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu. Kebanyakan teori mengenai pembentukan Bulan melibatkan puing yang terkumpul (accumulated debris) yang terhasil daripada perlanggaran ini. Walau bagaimanapun, teori puing ini tidak kukuh kerana terdapat kajian analisis pernah dijalankan ke atas serpihan batuan bulan yang menunjukkan komposisi serpihan tersebut mempunyai persamaan dengan komposisi mantel Bumi.Kajian melibatkan pemahaman komposisi dan pembentukan Bumi dan Bulan mampu memberi perspektif tambahan dalam memahami hidupan di muka Bumi. Sumber: https://pixabay.com/photos/earth-moon-space-planet-world-1365995/Kajian ini dijangka mampu menerokai pemahaman dan potensi berkenaan pembentukan orbit awal Bulan, di samping meramalkan evolusi komposisi dan struktur dalaman Bulan. Sejarah impak perlanggaran di angkasa lepas akan terus dikaji untuk mendapatkan maklumat lanjut yang lebih menyeluruh berkaitan pembentukan Bulan dan juga sejarah serta evolusi pembentukan Bumi. Maklumat berkenaan kajian ini dapat memberi gambaran berkenaan sejarah planet serta hidupan yang berada di atasnya. Malah, jangkaan dan simulasi berkenaan hidupan di masa mendatang juga dapat dicerap seiring dengan pemahaman komposisi Bumi.Nota PengarangArtikel ini diterjemah dan diolah daripada artikel ‘Giant impact could have formed the Moon more rapidly, scientists reveal in new simulations‘.Rujukan‘Giant impact could have formed the Moon more rapidly, scientists reveal in new simulations.’ https://phys.org/news/2022-10-giant-impact-moon- rapidly-scientists.htmlKegerreis et al., 2022. Immediate Origin of the Moon as a Post-impact Satellite. https://iopscience.iop.org/article/10.3847/2041-8213/ac8d96Durham University News and Events. ‘Supercomputer simulations reveal new possibilities for the Moon’s origin’. https://www.durham.ac.uk/news-events/latest-news/2022/10/supercomputer-simulations-reveal-new-possibilities-for-the-moons-origin/ Disunting oleh Izzati RosliMENGENAI PENGARANG Shakir Yusop [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Shakir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) daripada Durham University, UK. Pernah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan di Fakulti Sains & Teknologi, UKM membantu dalam aspek pencirian bahan elastin dari poltri. Kini merupakan seorang pembantu penyelidik siswazah di INBIOSIS, UKM.Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di MalaysiaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Penerokaan Potensi Bidang Pertanian Asia Melalui Persidangan AntarabangsaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Belang Si Comel: Bagaimana Ia Terbentuk?Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah Kata kunci: komposisi bumi, pembentukan bulan, sejarah, simulasi komputer, teori |
https://angkasfera.com/2023/01/12/kenali-sinaran-mengion/ | Kenali Sinaran Mengion | Apabila mendengar sahaja tentang sinaran mengion (ionising radiation), akan timbul ketakutan dan risau memikirkan tentang bahaya sinaran tersebut. Maklumat seperti kesan sinaran sering terlintas dalam fikiran. Kesan sinaran dapat dilihat selepas kejadian pengeboman atom di bandar Hiroshima dan Nagasaki. Menjelang akhir tahun 1945, kejadian itu telah mengorbankan kira-kira 140,000 orang di Hiroshima, dan 74,000 orang lagi di Nagasaki. Tahun berikutnya, kebanyakan mangsa yang terselamat ada yang menghidap penyakit leukemia, kanser, atau mendapat kesan sampingan lain yang dahsyat akibat sinaran. Kejadian ini meninggalkan luka yang mendalam di hati mangsa yang terselamat.Pada masa kini, aplikasi sinaran mengion telah menjadi sebahagian bidang penting terutamanya dalam aplikasi perubatan. Walaupun ia mencetuskan banyak perspektif negatif, kita tidak boleh menafikan sisi positifnya. Umumnya, sinaran mengion ialah sinaran yang membawa tenaga dan terdiri daripada alfa, beta, dan gamma. Kita boleh melihat aplikasi sinaran tersebut dalam industri. Isotop Americium yang mengeluarkan zarah alfa digunakan dalam pengesan asap. Ia akan mengionkan molekul udara. Manakala untuk sinaran beta, digunakan sebagai alat pengesan dan pemantau ketebalan bahan. Akhir sekali, sinaran gamma digunakan dalam rawatan kanser.Gambar menunjukkan jenis-jenis sinaran mengion dan tahap penembusan bagi setiap jenis sinaran. Sumber: thumbs.dreamstime.comBeberapa langkah boleh dilaksanakan untuk mengubah persepsi sinaran mengion. Salah satunya melalui pendidikan. Penghargaan harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyelitkan mata pelajaran berkaitan sinaran mengion dalam sukatan pelajaran sekolah. Pelajar boleh diajar mengikut definisi, teori, dan praktikal tentang cara menguruskan sinaran mengion. Di samping itu, pelajar boleh mempelajari langkah keselamatan semasa mengendalikan sinaran mengion. Semasa sesi kelas, guru juga boleh menjemput pakar yang berkaitan dengan sinaran mengion untuk memberikan ceramah. Pada penghujung sesi, soal jawab bersama pelajar boleh dilakukan jika pelajar mempunyai persoalan berkenaan sinaran mengion. Sesi ini adalah penting bagi membolehkan komunikasi dua hala dilakukan. Kesannya, pelajar akan lebih memahami dan menghargai apa itu sinaran mengion.Kegunaan sinaran mengion. Sumber: www.iaea.orgSelain itu, poster dan brosur boleh menjadi media alternatif yang bertujuan sebagai pemindahan ilmu. Melalui infografik, pelajar akan belajar dan faham dengan lebih mudah. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan kuiz dan perbahasan untuk menggalakkan pelajar menjana idea dan menghasilkan perbincangan yang interaktif. Sungguhpun begitu, bahagian penting dalam perspektif ini adalah kerjasama daripada semua pihak, sama ada daripada pihak sekolah, guru, dan pelajar sendiri. Dengan menyampaikan maklumat yang tepat, mesej akan dapat disampaikan dengan baik.Kesimpulannya, persepsi terhadap sinaran mengion adalah bergantung kepada individu untuk melihatnya dalam konteks positif atau negatif. Tidak ada betul atau salah dalam menyuarakan pendapat asalkan disokong dengan justifikasi yang kukuh.RujukanHiroshima and Nagasaki bombings. Retrieved from https://www.icanw.org/hiroshima_and_nagasaki_bombingsFrane N, Bitterman A. Radiation Safety and Protection. [Updated 2022 May 23]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2022 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK557499/Types of Ionizing Radiation. Retrieve fromhttps://www.mirion.com/learning-center/radiation-safety-basics/types-of-ionizing-radiationDisunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Dr. Siti Amira Othman [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Pensyarah di Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaDr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Sinaran Mengion - Faedah Mengatasi KemudaratanDr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Menariknya Belajar Fizik!Dr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Kehebatan LaserDr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Berkebun di Angkasa, Munasabahkah? Kata kunci: bahaya, Hiroshima, Nagasaki, pendidikan, sinaran mengion |
https://angkasfera.com/2022/12/28/apakah-punca-kemerosotan-ekonomi-daulah-uthmaniyyah/ | Apakah Punca Kemerosotan Ekonomi Daulah Uthmaniyyah? | Masalah bermula apabila Belanda dan Inggeris berjaya mencari laluan perdagangan baru, kemudian menutup laluan perdagangan lama melalui Timur Tengah. Akibatnya, pendapatan kerajaan dari wilayah di Timur Tengah menurun secara drastik. Selain itu, inflasi juga merupakan masalah serius yang terpaksa dihadapi oleh Daulah Uthmaniyyah. Keadaan ini bermula pada tahun 1500 – 1600 apabila negara-negara Eropah seperti Sepanyol, England dan Perancis meneroka dan menakluk dunia baharu merentasi Atlantik. Penaklukan mereka membuahkan keuntungan ekonomi yang besar kerana mereka memperoleh emas dan perak dari kawasan taklukan, khususnya yang dibawa Sepanyol dari Mexico. Pada masa itu, ekonomi Uthmaniyyah berasaskan perak. Apabila emas dan perak hasil rampasan taklukan mereka memasuki pasaran dalam kuantiti yang banyak, keadaan mata wang Daulah Uthmaniyyah terancam. Keadaan ini menurunkan nilai mata wang daulah Uthmaniyyah secara drastik.Peta Daulah Uthmaniyyah. Sumber: i.pinimg.comData statistik telah menunjukkan betapa teruknya inflasi pada tahun 1500 – 1600. Jika pada tahun 1580M, satu syiling emas berharga 60 syiling perak, kemudian 10 tahun kemudian nilai satu syiling emas telah meningkat dua kali ganda secara drastik, kepada 120 syiling perak. Malah, pada tahun 1640M ia meningkat kepada 250 syiling perak. Inflasi ini menyebabkan harga barangan keperluan di rantau ini meningkat dan menyebabkan kesengsaraan yang besar kepada masyarakat Turki Uthmaniyyah. Walaupun kerajaan pusat terus berusaha mencari sumber pendapatan lain, ekonomi Daulah Uthmaniyyah merosot secara berterusan antara tahun 1600 – 1700. Keadaan ini menyebabkan kewangan negara menjadi semakin menyusut, dan sebagai langkah untuk menangani masalah ini, Daulah Uthmaniyyah mengurangkan nilai intrinsik syiling mereka (debasement), peningkatan mendadak dalam sektor cukai, dan rampasan tanah untuk negeri dan akibatnya, rakyat mengalami tekanan ekonomi sehingga berlaku peningkatan dalam jenayah dalam masyarakat dan rasuah dalam pelbagai institusi kerajaan termasuklah menjadikan timar milik persendirian.Inflasi perak pada abad ke-16 juga memberikan kesan buruk kepada kewangan negara. Perbelanjaan meningkat lebih cepat daripada hasil dalam tempoh ini. Inflasi ini jelas berpengaruh besar terhadap industri dan perdagangan tradisional. Pada abad ke-17 hingga ke-18, Daulah Uthmaniyyah terpaksa membuat satu siri perjanjian, terutamanya dengan Perancis dan dikenali juga sebagai penyerahan (capitulations). Perjanjian penyerahan ini memberikan para pedagang asing memiliki keistimewaan di sektor perdagangan seperti cukai yang rendah sehingga mereka boleh menjual barang dagangannya dengan harga yang lebih rendah berbanding pengusaha dalam negara. Hasil daripada pemberian hak-hak istimewa ini sungguh merugikan bagi pihak daulah. Seorang sejarawan Yunani, Wimetry Catskys berkata, sesungguhnya pemberian hak-hak istimewa ini telah menghancurkan perekonomian kekhilafahan Uthmaniyyah dengan hancurnya sistem cukai yang sebenarnya melindungi peniagaan lokal dari serangan perdagangan dan perniagaan asing.Salinan perjanjian (Capitulations) antara Charles IX dan Selim II. Sumber: upload.wikimedia.orgFaktor lain yang mempengaruhi ekonomi Daulah Uthmaniyyah adalah pencariaan laluan baru untuk mengangkut sutera dari Iran ke Eropah. Anatolia adalah laluan untuk sutera Iran dan kapas bulu daripada Eropah. Fabrik British dihantar ke Asia Tengah dengan melalui Anatolia sehingga akhir abad ke-16. Daulah Uthmaniyyah memperoleh sejumlah besar pendapatan daripada duti kastam melalui perdagangan ini. Walau bagaimanapun, Shah Abbas (Raja Iran) mencabar Uthmaniyyah pada tahun 1603 dengan menyekat penjualan sutera kepada Uthmaniyyah. Seterusnya, untuk mengelakkan kekurangan emas dan perak yang diperoleh daripada perdagangan ini, beliau mula menjual sutera terus ke Eropah melalui Laut India. Dengan sekatan ini, Uthmaniyyah kehilangan statusnya dalam perdagangan sutera, iaitu satu daripada sumber pendapatan utamanya.Kesimpulannya, terdapat pelbagai masalah dalaman Daulah Uthmaniyyah pada abad ke 16 hingga abad ke-19 dan salah satunya merupakan daripada permasalahan ekonomi. Faktor kejatuhan nilai mata wang, inflasi, dan persaingan perdagangan ditambah keistimewaan (capitulations) yang diberikan telah memberikan kesan buruk terhadap ekonomi Daulah Uthmaniyyah pada ketika itu.RujukanDesmadi Saharuddin, Meirison, Aplikasi Kewangan Islam dan Sistim Perekonomian Turki Utsmani, Yogyakarta:PT Kurnia Kalam Semesta, Edisi Pertama, 2021, hlm 6.Sevket Pamuk, In The Absence of Domestic Currency: Debased European Coinage in the Seventeenth Century Ottoman Empire, The Journal of Economic History, Vol 57, No 2, 1997, hlm 353.Mohammed Umar, The Decline of the Ottoman Empire, Markfield Institute of Higher Education, 2018, hlm 4Desmadi Saharuddin, Meirison, Aplikasi Kewangan Islam dan Sistim Perekonomian Turki Utsmani, Yogyakarta:PT Kurnia Kalam Semesta, Edisi Pertama 2021, hlm 139Ash-Shallabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniyah, Jakarta Timur:Pustaka Al-Kausar, Cetakan Ke-12, 2021, hlm 338Erkut Duranoglu, Guzide Okutucu, Economic Reasons Behind the Decline of the Ottoman Empire, Bergen: Norges Handelshoyskole, 2009, hlm 16Disunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Maryam Nazzifah Ishak Pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris| [email protected] kini sedang menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: ekonomi, inflasi, kemerosotan |
https://angkasfera.com/2022/12/21/persekitaran-kerja-selamat-dan-sihat-hak-siapa/ | Persekitaran Kerja Selamat dan Sihat: Hak Siapa? | Anda masih hidup pada hari ini mungkin kerana pengamalan budaya keselamatan dan penjagaan kesihatan yang mungkin telah anda lakukan secara sedar atau tidak sedar selama ini. Berasa selamat dan sihat merupakan antara elemen terpenting yang akan menyumbang kepada motivasi individu untuk melakukan sesuatu. Perkara ini telah dijelaskan dalam teori hierarki keperluan yang dikemukakan oleh Abraham Maslow pada tahun 1943. Malahan, mengikut hierarki tersebut juga, keperluan keselamatan serta kesihatan merupakan peringkat kedua tertinggi yang mesti dipenuhi terlebih dahulu sebelum elemen lain dicapai. Dalam erti kata lain, keperluan keselamatan dan kesihatan merupakan perkara asas dalam kehidupan setiap individu.Hierarki keperluan asas berdasarkan teori oleh Abraham Maslow (1943). Elemen keselamatan dan kesihatan terletak pada peringkat kedua dalam gambar rajah. Sumber: simplypsychology.orgTahukah anda juga bahawa persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat juga termasuk dalam hak anda sebagai individu? Dan tahukah anda juga akan kewujudan undang-undang yang membantu mempertahankan hak tersebut? Keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat kerja atau keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini terjamin dengan kewujudan undang-undang yang telah dikuatkuasakan bermula 25 Februari 1994 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.Keperluan bagi menjaga serta menguruskan aspek KKP dalam bidang pekerjaan yang ada di Malaysia merupakan perkara signifikan yang perlu diberikan perhatian oleh semua majikan di setiap organisasi pekerjaan. Hal ini adalah selaras dengan keperluan dalam pematuhan AKKP 1994. Dalam akta ini terdapat peruntukan tentang kewajipan bagi tiap-tiap majikan serta orang yang bekerja sendiri selagi mana yang mampu untuk dipraktikkan iaitu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja serta mana-mana individu yang berada di tempat kerja adalah terjamin. Selain itu, kewajipan terhadap pengurusan dalam KKP juga termasuk dalam kewajipan para pekerja serta pihak pereka bentuk, pengilang serta pembekal bahan di tempat kerja.Buku undang-undang Occupational Safety and Health Act (OSHA) 1994 atau AKKP 1994 yang diterbitkan oleh International Law Book Services (ILBS). Kewajipan-kewajipan tersebut adalah selaras dengan falsafah pembentukan AKKP 1994 sendiri yang telah mendukung konsep yang dikeluarkan oleh satu jawatankuasa yang diketuai oleh Alfred Robens pada tahun 1972 iaitu tanggungjawab terhadap pengurusan KKP adalah terletak kepada pihak yang mewujudkan risiko serta pihak yang bekerja dengan risiko tersebut.Pihak yang mewujudkan risiko dalam konteks pekerjaan ini merupakan pihak pengurusan organisasi iaitu para majikan serta pihak yang diberi mandat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan perniagaan serta operasi organisasi pekerjaan tersebut. Bagi takrifan pihak yang bekerja dengan risiko pula merujuk kepada pihak pekerja sendiri kerana tanpa sikap prihatin serta pengaturan kendiri yang diamalkan sesama pekerja, maka tempat kerja adalah lebih terdedah dengan bahaya serta kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan.Jadi, ketahuilah bahawa aspek KKP adalah tanggungjawab bersama disamping keperluan bagi semua pihak untuk sentiasa prihatin dengan persekitaran tempat kerja bagi bersama mempertahankan hak masing-masing untuk bekerja dalam keadaan yang selamat dan sihat sebelum memulakan apa-apa tugasan kerja.Hak untuk selamat dan sihat adalah hak setiap manusia. Sumber: ilo.orgRujukanwww.academia.eduhttps://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/acts-legislation/3773-akta-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/filehttp://www.mineaccidents.com.au/uploads/robens-report-original.pdfDisunting oleh Mira AshikinMENGENAI PENGARANG Nabilah Ismail Pensyarah di MiCoST| [email protected] mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah di Melaka International College of Science and Technology (MiCoST).Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: AKKP 1994, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, OSHA 1994 |
https://angkasfera.com/2022/12/19/kepentingan-kepatuhan-ubat-hiv/ | Kepentingan Kepatuhan Ubat HIV | Sehingga tahun 2020 sebanyak 46,931 individu sedang menerima rawatan bagi jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) di seluruh Malaysia dan sebanyak 3,146 kes baharu dilaporkan pada tahun yang sama. HIV merupakan virus yang menyerang dan memusnahkan sistem pertahanan tubuh manusia. Virus ini boleh tersebar melalui bendalir di dalam badan seperti darah, air mani, cecair pada faraj dan susu ibu yang menghidap HIV. Individu tidak akan mendapat jangkitan HIV melalui sentuhan biasa seperti berkongsi minuman dan bersalaman.Tingkah laku berisiko tinggi meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat jangkitan HIV termasuklah mengamalkan hubungan seksual bebas tanpa perlindungan, berkongsi jarum atau alat suntikan dengan penghidap HIV, pemindahan organ atau darah yang dicemari virus ini dan jangkitan daripada ibu yang menghidap HIV kepada bayi dalam kandungan atau melalui penyusuan susu badan.HIV boleh dikenali atau dikesan melalui beberapa kaedah ujian yang biasanya dilakukan dengan mengambil sampel darah pesakit.Jangkitan HIV boleh memberi impak kepada kualiti hidup individu dan boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat dengan baik. Virus ini akan kekal di dalam badan pesakit seumur hidup namun dengan rawatan antiretroviral yang berterusan dan saringan secara berkala, terapi ini dapat memanjangkan hayat, mengelakkan penyebaran HIV dan melambatkan komplikasi akhir jangkitan HIV iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau dikenali sebagai Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS). Pesakit AIDS mempunyai daya ketahanan badan yang rendah dan terdedah kepada risiko jangkitan oportunistik yang pada kebiasaannya tidak berlaku pada individu yang sihat.Rawatan HAARTRawatan penyakit HIV menggunakan gabungan ubat yang dikenali sebagai Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) bertujuan untuk menghalang asid deoksiribonukleik (DNA) virus ini daripada terus berganda, mengurangkan bilangan virus sehingga ke paras yang tidak dapat dikesan dan memberikan kualiti hidup yang lebih baik. Rawatan HAART menggunakan tiga atau lebih ubat HIV dengan sekurang-kurangnya dua kategori yang berbeza bagi memastikan keberkesanan rawatan dan mengelakkan munculnya kerintangan terhadap ubat HIV.Sebelum memulakan rawatan HAART, doktor perlu melakukan penilaian terhadap pesakit bagi memastikan kesesuaian ubat dan kesediaan pesakit untuk menjalani rawatan ini. Kaunseling daripada doktor dan ahli farmasi yang terlatih dalam bidang rawatan HIV diperlukan bagi memastikan pesakit faham tentang kepentingan kepatuhan terhadap rawatan HAART. Rawatan HAART menuntut pengambilan ubat secara konsisten setiap hari pada masa yang sama dan menghadiri janji temu rawatan susulan. Ketidakpatuhan pada pengambilan ubat boleh menyebabkan kegagalan rawatan.Berikut ialah 4 kategori dan contoh ubat HAART yang digunakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):Non-nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitor (NNRTI) – Nevirapine, efavirenzNucleoside Reverse Transcriptase Inhibitor (NRTI) – Abacavir, lamivudine, tenofovir, emtricitabine, zidovudine, stavudine, didanosineIntegrase Inhibitor (INI) – Raltegravir, dolutegravirProtease Inhibitor (PI) – Atazanavir, ritonavir, lopinavirUbat HAART dikategorikan mengikut mekanisme tindakan ubat tersebut. Kepelbagaian ubat HAART membolehkan doktor memilih ubat mengikut keperluan dan kesesuaian pesakit. Penggunaan ubat yang merencatkan penghasilan virus HIV melalui mekanisme tindakan yang berbeza boleh meningkatkan kejayaan rawatan HAART dan mengurangkan risiko kerintangan. Namun, kerintangan terhadap rawatan ini masih boleh berlaku. Salah satu strategi yang penting bagi mengatasi masalah kerintangan ialah kepatuhan pesakit dalam pengambilan ubat. Terdapat juga produk kombinasi (fixed-dose combination, FDC) yang mengandungi gabungan bahan aktif di dalam satu tablet bagi memudahkan pengambilan ubat oleh pesakit.HAART tidak menyembuhkan HIV, tetapi ia mengawal virus, menghentikannya daripada berganda dalam tubuh, dan mengurangkan bilangan virus yang kekal di dalam badan hingga ke paras tidak dikesan atau “undetectable”.Cara PengambilanUbat HAART hendaklah diambil setiap hari pada waktu yang sama. Interaksi antara ubat dan makanan bagi setiap ubat HIV adalah berbeza. Sebagai contoh, ubat tenofovir perlu diambil semasa perut kosong kerana kehadiran makanan boleh melambatkan penyerapan ubat manakala ubat ritonavir perlu diambil selepas makan bagi mengurangkan kesan sampingan ubat. Pastikan pesakit mengambil ubat mengikut arahan yang diberikan oleh doktor dan ahli farmasi bagi memastikan keberkesanan optimum rawatan HAART.Kesan Sampingan RawatanKesan sampingan rawatan HAART adalah berbeza mengikut jenis ubat dan reaksi individu. Kesan sampingan yang sering dilaporkan ialah pening, loya, muntah, kemurungan, gusar, mimpi buruk dan insomnia. Lazimnya, pesakit akan mengalami kesan sampingan beberapa minggu di permulaan rawatan. Kesan sampingan akan beransur kurang setelah paras ubat di dalam badan mulai stabil. Terdapat juga kesan sampingan yang hanya boleh diketahui dengan melakukan ujian darah sahaja seperti perubahan fungsi hati dan buah pinggang. Pastikan pesakit menghadiri janji temu susulan supaya doktor dapat menilai keberkesanan rawatan dan mengesan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi jika pesakit mempunyai masalah atau kebimbangan yang boleh menjejaskan kepatuhan terhadap pengambilan ubat HAART.Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika mengalami kesan sampingan rawatan.PenutupKepatuhan kepada pengambilan ubat adalah kunci kejayaan dalam rawatan penyakit HIV. Maka kesedaran, komitmen dan motivasi dalam meneruskan rawatan adalah penting bagi memastikan pesakit HIV mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.Sebarang pertanyaan lanjut mengenai ubat-ubatan boleh dibuat ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre: NPCC) di talian 1800-88-67-22, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).Disediakan oleh:Maliki bin Abu Hasan, Pegawai Farmasi, Pejabat Kesihatan KepongRujukanMalaysian Consensus Guidelines on Antiretroviral Therapy 2017 Ministry of Health Malaysia via https://www.researchgate.net/publication/319101215Kaunseling Pesakit HIV/AIDS MTAC RVD via https://imed2.github.io/HTML/Kaunseling/KaunselingHIV.html https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hiv-aidshttps://hivinfo.nih.gov/understanding-hiv/Disunting oleh Dr. Adib YusofMENGENAI PENGARANG Maliki Abu Hasan Pegawai Farmasi di Pejabat Kesihatan Kepong| [email protected] memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Kini bertugas sebagai Pegawai Farmasi di Pejabat Kesihatan Kepong.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: hiv, jangkitan, kesihatan, ubat |
https://angkasfera.com/2022/10/29/kepentingan-sistem-pengurusan-pembelajaran-lms-di-intistitusi-pengajian-tinggi/ | Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) di Institusi Pengajian Tinggi | Dalam era modenisasi kini, hampir semua bidang menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti seharian. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali mengalami transformasi digital yang pesat. Proses transformasi ke arah digital ini secara relatifnya bukan sesuatu yang baru di Malaysia kerana terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menggunakan teknologi terkini dalam proses pembelajaran. Salah satu teknologi yang penting dalam konteks pengajian tinggi ialah teknologi digital Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System, LMS) yang popular dan semakin luas penggunaannya sama ada oleh institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.Sistem LMS memiliki faedahnya yang tersendiri dalam proses pembelajaran iaitu meningkatkan akses dan memberi kemudahan kepada pelajar untuk melakukan apa jua rujukan. Bukan itu sahaja, sistem ini juga turut membantu mengatur fail-fail kursus dan strategi pembelajaran pelajar dengan lebih baik dan efisien. Hal demikian amat penting kepada para pelajar yang sinonim dengan pengambilan kursus yang banyak dan pelbagai dalam semester semasa mereka.Sumber: www.ums.edu.myBagi memastikan keberkesanan sistem LMS kepada proses pembelajaran di pengajian tinggi, beberapa asas utama perlulah dititikberatkan. Antaranya ialah kebolehcapaian sistem pada kadar maksimum, kemahiran mengendalikan sistem LMS, tahap kualiti yang ditetapkan pihak pengurusan institusi, sokongan fasiliti, kawalan penggunaan sumber yang dikongsikan, dan seterusnya sokongon semua pihak yang terlibat.Sumber: www.kemahiran.kbs.gov.myPenggunaan sistem LMS jelas sekali membawa banyak manfaat kepada para pelajar dan yang lebih utama lagi, sistem ini mampu memastikan proses pembelajaran mencapai objektif dan berinitipatikan ciri-ciri yang relevan. Di samping itu, suasana yang dinamik juga dapat diwujudkan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Justeru, langkah proaktif penggunaan teknologi terkini seperti LMS ini penting untuk dikekalkan demi mencapai proses penyampaian pembelajaran yang holistik dan inklusif kepada pelajar. Disunting oleh Izzati Rosli MENGENAI PENGARANG Faerozh Madli Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah Pengarang memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam Teknologi Maklumat. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah.Pengarang tiada artikel terdahulu. Yuzainy Janin Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah Pengarang tiada artikel terdahulu. Kamarul Mizal Marzuki Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: learning management system (LMS), pendidikan, sistem pengurusan pembelajaran, teknologi maklumat |
https://angkasfera.com/2022/10/04/merawat-gejala-jangkitan-covid-19-di-rumah/ | Merawat Gejala Jangkitan COVID-19 di Rumah | COVID-19 ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh koronavirus atau virus SARS-COV-2. Gejala COVID-19 yang biasa dialami adalah seperti demam, kesejukan, menggigil, sakit badan, sakit kepala, sakit tekak, loya atau muntah, cirit birit, keletihan, selesema atau hidung tersumbat, batuk, sesak nafas, hilang deria bau, dan hilang deria rasa. Secara umumnya, penyakit ini dikategorikan kepada 5 tahap berdasarkan kriteria berikut:Tahap pertama: Pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala.Tahap kedua: Pesakit bergejala ringan dan tiada radang paru-paru.Tahap ketiga: Pesakit bergejala dan mengalami radang paru-paru.Tahap keempat: Pesakit bergejala, mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.Tahap kelima: Bergejala kritikal dan memerlukan rawatan intensif di unit rawatan rapi (Intensive Care Unit: ICU).5 tahap jangkitan Covid-19. Tahap 1 dan tahap 2 boleh dirawat secara kendiri di rumah.Individu yang dijangkiti COVID-19 perlu mengambil tahu akan gejala yang dialami. Sekiranya mengalami gejala seperti demam berpanjangan, kelesuan bertambah teruk, sukar untuk bernafas, sakit dada, bibir atau jari kebiruan, tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut, kencing berkurangan, batuk, muntah, dan cirit yang semakin teruk, pesakit dinasihatkan untuk segera ke unit kecemasan bagi mendapatkan rawatan.Pesakit yang mendapat jangkitan COVID-19 tahap pertama dan kedua dinasihatkan untuk memantau kesihatan diri menerusi Alat Penilaian Kesihatan (Health Assessment Tool (HAT)) yang boleh didapati melalui aplikasi MySejahtera. Beberapa soalan penilaian kesihatan perlu dijawab setiap hari sepanjang tempoh kuarantin kendiri di kediaman masing-masing.Terdapat juga beberapa peranti perubatan yang boleh digunakan untuk memantau tahap kesihatan di rumah. Peranti perubatan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority (MDA)) Malaysia bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan peranti tersebut terjamin. Antara alat peranti perubatan yang dicadangkan untuk kegunaan sendiri di rumah ialah kit uji kendiri COVID-19 bagi tujuan saringan awal COVID-19, mesin pemeriksaan tekanan darah untuk mengukur bacaan tekanan darah (pulse oximeter) untuk mengukur nadi dan paras oksigen dalam badan dan termometer untuk mengukur suhu badan.Gambar hiasan.Terdapat beberapa ubat yang boleh digunakan bagi merawat gejala-gejala COVID-19 di rumah. Ubat – ubatan ini boleh didapati di klinik dan premis farmasi setelah mendapatkan nasihat dari doktor dan ahli farmasi. Ubat paracetamol boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan, melegakan demam dan sebagai ubat tahan sakit. Ubat ini boleh didapati dalam bentuk tablet, sirap dan supositori. Paracetamol boleh diberikan kepada bayi, ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan warga emas.Selain itu, terdapat juga ubat antihistamin untuk melegakan batuk dan selesema yang berada dalam pasaran seperti diphenhydramine, chlorpheniramine, pseudoephedrine, fexofenadine, dan desloratadine. Ubat-ubatan ini boleh diperoleh daripada klinik atau farmasi komuniti. Pemberian ubat antihistamin ini perlulah mengikut kesesuaian umur. Ubat batuk dan selesema tersebut tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat pilihan lain yang boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun seperti bromhexine yang bertindak untuk mencairkan kahak.Sekiranya individu yang dijangkiti COVID-19 mengalami mual atau muntah, ubat metoclopramide boleh diambil bagi melegakan gejala mual, muntah, mabuk dan pening kepala. Ubat diphenoxylate atau atropine juga boleh digunakan untuk melegakan sakit perut dan cirit birit. Sakit tekak pula boleh dilegakan oleh lozeng yang mengandungi antiseptik seperti amylmetacresol atau alkohol dichlorobenzyl.Ubat nirmatrelvir dan ritonavir juga digunakan sebagai rawatan COVID-19 untuk pesakit-pesakit yang memenuhi kriteria tertentu dengan kelulusan pakar perubatan keluarga dan pegawai perubatan bertauliah. Ubat ini hanya digunakan untuk pesakit berusia 18 tahun ke atas, dijangkiti COVID-19 tahap ringan hingga sederhana dan jangkitan COVID-19 yang dialaminya berisiko tinggi untuk menyebabkan kemasukan ke hospital atau kematian. Pesakit yang memenuhi kriteria tersebut boleh menjalani kuarantin kendiri di rumah dengan rawatan nirmatrelvir dan ritonavir.Walaupun negara kita sudah berada dalam fasa peralihan endemik, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu diteruskan seperti pemakaian pelitup muka di tempat-tempat tertentu, penjarakan fizikal, elakkan tempat yang sempit dan sesak, sentiasa amalkan cuci tangan, amalkan etika batuk dan selesema, jaga kebersihan diri serta lakukan sanitasi secara berkala. Rawatan perubatan dan langkah-langkah ini tidak menggantikan manfaat vaksinasi bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.Sekiranya terdapat sebarang soalan berkaitan ubat-ubatan, anda boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre: NPCC) di talian 1800-88-6722, Isnin hingga rumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum.Disunting oleh Fatin IrdinaMENGENAI PENGARANG Muhammad Faiz Akmal Abdul Ghani Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Air Tawar 2Pengarang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Farmasi. Kini beliau berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Air Tawar 2, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Johor.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: covid, rawatan kendiri |
https://angkasfera.com/2022/10/03/tindak-balas-fetus-terhadap-bau-dan-rasa/ | Tindak Balas Fetus Terhadap Bau dan Rasa | Sekumpulan pasukan penyelidik dari Universiti Durham, United Kingdom telah membuktikan bahawa bayi mampu menunjukkan tindak balas kepada bau dan rasa yang berbeza ketika berada di dalam rahim. Kajian ini melihat serta mengukur reaksi dan ekspresi muka bayi-bayi yang terlibat.Makmal Penyelidikan Fetus Neonatal Durham (Durham’s Fetal Neonatal Research Lab) yang mengetuai kajian ini telah memberi kapsul lobak merah atau kobis daun kepada 100 wanita mengandung, sebelum menjalankan imbasan ultrabunyi 4D (4D ultrasound scans) terhadap mereka. Imbasan yang direkodkan membolehkan pasukan penyelidik mencerap reaksi fetus-fetus terbabit.Secara amnya, kajian ini mengelaskan bentuk tindak balas muka fetus kepada dua, iaitu “muka-tertawa” (laughter-face) dan “muka-tangisan” (crying-face). Fetus yang terdedah dengan perasa lobak merah menunjukkan “muka-tertawa” dengan lebih kerap, manakala fetus yang terdedah dengan perasa kobis daun menunjukkan “muka-tangisan” dengan lebih kerap. Pendedahan kepada salah satu perasa dalam kadar yang sedikit sudah cukup untuk membuatkan fetus menunjukkan tindak balas.Manusia menikmati perasa melalui campuran deria rasa dan bau. Untuk fetus pula, proses ini berlaku dengan menyedut dan menelan cecair amnion di dalam rahim.Data ini merupakan kesinambungan daripada penyelidikan terdahulu yang menyokong kemampuan deria bayi untuk merasa dan menghidu di dalam rahim. Walau bagaimanapun, bukti kajian terdahulu diperoleh daripada bayi yang telah lahir (post-birth outcomes), manakala penyelidikan terkini memberikan bukti sebelum kelahiran yang merupakan kajian pertama kali seumpamanya.Kajian ini dijangka meluaskan pemahaman dalam pembentukan deria serta saraf rasa dan bau manusia. Para penyelidik juga beranggapan bahawa diet pemakanan wanita mengandung mampu mempengaruhi kehendak makan bayi selepas dilahirkan, sekali gus berpotensi dalam penerapan tabiat pemakanan secara sihat dalam generasi akan datang. Tambahan pula, kajian lanjutan telah mula dijalankan terhadap bayi-bayi tersebut untuk mengukur penerimaan mereka kepada makanan yang berbeza selepas dilahirkan.Kajian seumpama ini menyokong pemerkasaan awal diet makanan seimbang yang sihat dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Sumber gambar hiasan: pixabay.com.Dapatan kajian ini ternyata memberi manfaat kepada semua umat manusia di seluruh dunia termasuk Malaysia. Seiring dengan pendekatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ingin menangani isu pemakanan kanak-kanak dan masalah bantut dalam generasi mendatang, hasil dapatan kajian ini berpotensi diguna pakai dalam melaksanakan strategi berkesan untuk mengukuhkan diet pemakanan dalam kalangan rakyat dari peringkat awal lagi. Usahasama di antara semua pihak wajar diperkasakan agar pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, dan remaja tidak terabai.Nota pengarangArtikel ini diterjemah dan diolah daripada artikel ‘Fetuses React to Taste and Smell in the Womb‘.Rujukanhttps://www.durham.ac.uk/research/current/research-news/fetuses-react-to-taste-and-smell-in-the-womb/https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/09567976221105460https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/07/05/3587/https://pixabay.com/vectors/ultrasound-baby-pregnant-health-7291220/Disunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Shakir Yusop [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Shakir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) daripada Durham University, UK. Pernah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan di Fakulti Sains & Teknologi, UKM membantu dalam aspek pencirian bahan elastin dari poltri. Kini merupakan seorang pembantu penyelidik siswazah di INBIOSIS, UKM.Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di MalaysiaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Penerokaan Potensi Bidang Pertanian Asia Melalui Persidangan AntarabangsaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Belang Si Comel: Bagaimana Ia Terbentuk?Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah Kata kunci: deria, fetus, pemakanan |
https://angkasfera.com/2022/09/21/e-dagang-cabaran-dalam-kalangan-usahawan-luar-bandar/ | E-Dagang: Cabaran dalam Kalangan Usahawan Luar Bandar | Covid-19 yang melanda bukan sahaja negara kita malahan seluruh dunia sejak tahun 2019 telah memaksa para usahawan untuk berganjak ke medan digital dan seterusnya mengaplikasikan penggunaan e-dagang secara hampir menyeluruh. Walaupun ia merupakan satu perubahan yang drastik, tidak dinafikan bahawa ia juga merupakan satu alternatif yang baik dari satu sudut yang lain kerana dapat memacu para usahawan untuk lebih mengadaptasikan diri mereka dengan kepentingan perniagaan secara dalam talian di era globalisasi kini. Hal ini kerana, penggunaan e-dagang dapat membantu penjualan produk mereka secara dalam talian melalui pemasaran yang lebih efektif dan global dan tidak terhad kepada pasaran tempatan semata-mata.Namun demikian, berbanding dengan usahawan di kawasan bandar, tidak dinafikan sesetengah usahawan luar bandar masih mengharungi cabaran dalam mengadaptasikan perniagaan mereka secara dalam talian. Hal ini berlaku kerana di samping kekangan dari segi infrastruktur seperti capaian internet dan logistik, sesetengah usahawan luar bandar terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur memerlukan bimbingan dalam penggunaan teknologi.Contoh medium e-dagang. Sumber: www.sabreehussin.comSalah satu dapatan dari kajian mendapati usahawan luar bandar di Sabah mengatakan bahawa mereka harus belajar menggunakan medan e-dagang daripada anak-anak mereka yang lebih mahir menggunakan teknologi. Hal ini menunjukkan bahawa adanya kesedaran dalam kepentingan penggunaan e-dagang. Namun, mereka harus dibantu agar adaptasi digital dalam kalangan usahawan luar bandar dapat dipertingkatkan. Oleh itu, pihak yang terlibat haruslah mengembleng tenaga bagi mewujudkan lebih banyak penggunaan e-dagang dalam kalangan usahawan luar bandar memandangkan ia juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam memastikan Fokus Strategik 3 dalam Pelan Strategik Pembangunan Luar Bandar iaitu “melonjakkan daya saing usahawan luar bandar melalui ekosistem keusahawanan yang kondusif” dapat dicapai.Sekiranya hal ini dapat dicapai, penggunaan teknologi khususnya e-dagang dapat membuka peluang yang besar dalam membantu pemasaran produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar seterusnya dapat menyumbang kepada ekonomi setempat. Pada akhirnya, cabaran disebabkan oleh geografi luar bandar bukan lagi merupakan satu halangan kepada usahawan luar bandar bahkan ia dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang seterusnya dapat mengurangkan keperluan penduduk luar bandar untuk bermigrasi dari luar bandar ke bandar.RujukanKementerian Pembangunan Luar Bandar (2021). Pelan strategik KPLB 2021-2025. https://www.rurallink.gov.my/pengumuman-pengumuman/pelan-strategik-kplb-2021-2025/Disunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Bibianah Thomas Pensyarah di UiTM, Kampus Kota Kinabalu, Sabah| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Pengarang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Korporat. Beliau sedang berkhidmat sebagai Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, Kampus Kota Kinabalu, Sabah.Bibianah Thomashttps://angkasfera.com/author/bibianahthomas/Kepentingan Mengasah Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kata kunci: cabaran, e-dagang, luar bandar, usahawan |
https://angkasfera.com/2022/08/27/jangkitan-kutu-kepala/ | Jangkitan Kutu Kepala | Kutu kepala adalah sejenis serangga atau parasit yang menghisap darah dari kulit kepala sebagai sumber nutrisi untuk terus hidup. Bertentangan dengan kepercayaan orang awam bahawa jangkitan kutu ini terjadi disebabkan kebersihan diri yang tidak dijaga, jangkitan ini sebenarnya tersebar melalui sentuhan dan perkongsian barang peribadi.Kutu kepala adalah sejenis serangga atau parasit yang menghisap darah dari kulit kepala sebagai sumber nutrisi untuk terus hidup.Kutu betina menghasilkan bahan melekit yang melekatkan telur pada rambut. Telur kutu ini menetas selepas 8 hingga 9 hari. Kutu yang belum matang dipanggil nimfa akan mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk menjadi kutu dewasa. Serangan kutu kepala menyebabkan kegatalan dan berasa seperti ada sesuatu yang merayap-rayap di kulit kepala, leher dan telinga. Selain itu, telur kutu yang berwarna putih-kuning juga dapat dilihat dengan mata kasar apabila helaian rambut diselak.Kutu yang belum matang dipanggil nimfa akan mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk menjadi kutu dewasa.Serangan kutu kepala lazimnya menular dalam kalangan kanak-kanak yang berada di pusat jagaan atau prasekolah. Mereka yang terkena jangkitan kutu ini harus mengasingkan diri dan mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan parasit ini.Terdapat dua jenis ubat kutu iaitu ubat am atau ubat belian kaunter (over-the-counter (OTC)) yang tidak memerlukan preskripsi dan jenis ubat terkawal yang memerlukan preskripsi doktor. Pyrethins dan permethrin adalah contoh ubat OTC yang boleh didapati di premis farmasi. Pyrethins hanya boleh membunuh kutu hidup sahaja tidak termasuk telurnya. Ubat ini selamat digunakan bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas. Seandainya pesakit mempunyai alahan terhadap bunga kekwa, elakkan dari menggunakan ubat pyrethins kerana ubat ini adalah sebatian kimia yang diekstrak dari bunga kekwa. Permethrin pula selamat untuk digunakan bagi kanak-kanak berusia kurang 2 bulan dan boleh digunakan untuk membunuh kutu hidup dan telurnya. Rawatan kedua disyorkan selepas 9 hingga 10 hari rawatan pertama dengan pyrethins dan permethrin untuk membunuh kutu yang baru menetas.Bagi ubat preskripsi untuk rawatan kutu, pesakit perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Antara ubat preskripsi yang boleh digunakan adalah seperti berikut:Losen benzil alkohol 5% selamat digunakan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dan juga warga emas namun losen ini hanya dapat membunuh kutu hidup sahaja.Syampu malation 0.5% pula boleh digunakan untuk membunuh kutu hidup dan sebahagian telur kutu. Syampu ini tidak sesuai untuk digunakan oleh wanita hamil dan ibu yang menyusu. Jauhi sumber haba seperti pengering rambut semasa menggunakan produk ini kerana syampu malation adalah bahan yang mudah terbakar.Losen benzena heksaklorida gama 0.1% boleh membunuh kutu hidup dan sebahagian telur kutu namun tidak boleh digunakan oleh pesakit yang mempunyai sejarah sawan.Cara menggunakan ubat kutuGuna ubat kutu mengikut arahan yang terdapat pada kotak atau label. Gunakan mengikut kuantiti yang betul kerana ubat yang digunakan untuk merawat kutu adalah racun serangga dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan teknik yang betul atau digunakan secara berlebihan.2. Gunakan sikat kutu bergigi halus untuk menghilangkan kutu dan telur daripada rambut selepas rawatan. Rawatan perlu diulangi selepas 8 hingga 9 hari untuk membunuh kutu yang telah menetas sejak rawatan pertama.Gunakan sikat kutu bergigi halus untuk menghilangkan kutu dan telur daripada rambut selepas rawatan.3. Semua ubat yang disenaraikan di atas hendaklah dijauhkan daripada mata. Jika terkena mata, harus segera dibilas.4. Jangan menggunakan jenis ubat kutu yang berbeza pada masa yang sama melainkan diarahkan berbuat demikian oleh doktor dan ahli farmasi.Jika pesakit mengalami tanda-tanda radang kulit seperti kemerah-merahan, bengkak, pedih, gatal-gatal dan sakit, hentikan penggunaan ubat tersebut. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi untuk rawatan alternatif. Sebelum memulakan rawatan kutu kepala, pastikan pesakit memaklumkan kepada doktor tentang keadaan kesihatan atau alahan yang mungkin dialami, ubat-ubatan yang diambil, status kehamilan atau menyusu, dan sebarang informasi penting tentang kesihatan pesakit.Penularan jangkitan kutu boleh dielakkan dengan melakukan langkah-langkah pencegahan. Kanak-kanak boleh diingatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang melibatkan sentuhan dari kepala ke kepala. Pastikan mereka tidak berkongsi barangan peribadi seperti tudung, topi, cadar dan sarung bantal. Basuh pakaian, cadar dan sarung bantal menggunakan air panas. Barang yang tidak boleh dibasuh dengan air panas seperti mainan dan anak patung boleh disimpan di dalam plastik kedap udara selama dua minggu. Berus, sikat dan aksesori rambut juga perlu direndam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit sebelum dikeringkan dan digunakan.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).RujukanCentre for disease control and prevention: CDC Parasite-Lice, 2019Frankowski BL, Bocchini JA. “Head Lice.” Pediatrics2010; 126(2):392-403.Gunning K, Pippitt K, et al. “Pediculosis and Scabies: A Treatment Update.” Am Fam Physician. 2012 Sep 15;86(6):535-41.Heymann, WR. “Head lice treatments: Searching for the path of least resistance.” J Am Acad Dermatol 2009; 61(2):323-4.Jones KN, English JC, “Review of Common Therapeutic Options in the United States for the Treatment of Pediculosis Capitis.” CID2003; 36(1):1355-61.Ko CJ, Elston DM. “Pediculosis.” J Am Acad Dermatol2004; 50(1):1-12Miteva M, Tosti A. “Hair and scalp dermatoscopy.” In Press, J Am Acad Dermatol. 2012; 67(5):1040-8.S. Food and Drug Administration, “Treating Head Lice.” FDA Consumer Health Information. July 2009.1-2.Roberts RJ. Clinical Practice. Head lice. N Engl J Med. 2002;346:1645-50.Disunting oleh Fatin IrdinaMENGENAI PENGARANG Faizatul Iman Makpol Pegawai Farmasi di Hospital Kuala Lumpur| [email protected] berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Kini berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Kuala Lumpur.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: farmaseutikal, kutu, ubat |
https://angkasfera.com/2022/08/25/potensi-herba-sebagai-rawatan-alternatif-bahagian-3/ | Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 3) | Baca Bahagian 1 dan Bahagian 2 di sini.Terdapat pelbagai produk berasaskan herba dijual di pasaran yang mendapat permintaan yang tinggi. Produk berasaskan herba dijual di pasaran dalam tiga bentuk iaitu bahan mentah (tumbuhan segar atau tumbuhan kering), produk separa siap (ekstrak) dan produk hasilan siap (produk makanan dan produk nilai tambah lain). Pengeluaran produk farmaseutikal daripada herba terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu ubatan herba tradisional dan ubatan farmaseutikal moden. Agensi Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)) memberi definisi ubat herba sebagai ubat yang mengandungi bahan atau campuran bahan yang dihasilkan oleh pengeringan, penghancuran atau pemijian, tanpa tertakluk kepada apa-apa proses lain, suatu bahan semula jadi atau bahan-bahan asal tumbuhan, haiwan atau mineral, atau mana-mana bahagian bahan itu.Penghasilan ubatan herba tradisional yang menggunakan semua atau bahagian tertentu tumbuhan herba diproses dalam pelbagai bentuk seperti tablet, sirap, krim, serbuk dan kapsul. Lambakan produk seperti ini senang dan banyak dipasaran terutamanya dalam talian yang menarik minat pelanggan untuk membeli. Antara produk herba yang medapat permintaan tinggi ialah produk pelangsingan badan, produk kopi herba dan produk perubatan herba lelaki. Manakala ubatan farmaseutikal moden pula menggunakan sebatian bioaktif yang terdapat di dalam herba lazimnya memberi nilai tambah paling tinggi kepada herba ubatan tetapi memerlukan teknologi dan peralatan yang canggih. Misalnya metformin yang merupakan sebatian bioaktif yang dimodifikasi dari guanidine yang ditemui dalam Galega officinalis, aspirin pula yang diubah suai dari asid salisilik yang ditemui dari pokok Willow. Selain itu, ubat kemoterapi paclitaxel sebatian bioktifnya diambil dari pokok Pacific Yew dan ubat kemoterapi vinca alkaloids dihasilkan daripada Catharanthus roseus.Pokok Catharanthus roseus yang digunakan untuk menghasilkan ubat kemoterapi. Sumber: wikimedia.orgPengambilan ubatan berasaskan herba ini sering dikaitkan dengan isu keselamatan penggunaan produk ini. Contohnya kesan sampingan pengambilan jangka panjang produk herba seperti kerosakan ginjal. Namun begitu bagi memastikan penggunaan herba ini selamat digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan tiga kriteria utama yang perlu diikuti oleh syarikat pengeluar iaitu kualiti, keselamatan dan ketosikan. Produk tersebut perlu melakukan beberapa siri ujian sebelum berjaya didaftarkan dan mempunyai nombor pendaftaran beserta label keselamatan hologram. Nombor pendaftaran yang khusus ini bermula dengan huruf ‘MAL’ diikuti lapan digit nombor pendaftaran dan diakhiri huruf ‘T’ yang bermaksud tradisional.Satu garis panduan atau denda yang lebih berat perlu dilaksanakan oleh pihak berautoriti bagi membendung syarikat pengeluar produk berasaskan herba daripada menyalahgunakan herba dalam produk mereka. Produk atau ubatan herba juga perlu diwajibkan melakukan ujian praklinikal dan klinikal sebelum produk ini didaftarkan. Hasil penyelidikan herba yang melalui ujian praklinikal dan klinikal ini mampu melonjakkan nilai produk herba tersebut. Sebagai contoh, harga tongkat ali mentah pada harga hanya RM 2 mampu mencecah harga RM 2,800 sekilo bagi ekstrak herba tongkat ali setelah proses piawaian.Kesimpulannya, bukti saintifik mengenai khasiat herba memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan herba tersebut. Oleh itu, kerajaan Malaysia bersama dengan pakar herba terlatih seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Pusat Teknologi Herba, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta para saintis perlu menjalankan kajian terhadap khasiat herba dengan lebih serius tanpa meninggalkan kesan sampingan jika digunakan dengan betul. Dengan itu, kos perubatan akan dapat dikurangkan apabila kita berjaya menghasilkan ubatan tempatan dan dapat menyaingi harga ubatan moden yang diimport dari luar negara. Penghasilan ubat berasaskan herba ini perlu dipastikan sentiasa memenuhi jaminan kualiti, keberkesanan dan keselamatan. Selain itu, industri herba negara kita mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi sekali gus menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar produk herba yang bermutu.Di peringkat global, industri herba memberi keuntungan yang memberangsangkan menyebabkan firma farmaseutikal berlumba-lumba melakukan kajian ke atas herba bagi mengenal pasti sebatian kimia yang berpotensi untuk digunakan sebagai agen terapeutik. Pasaran perubatan herba dunia pada tahun 2016 bernilai USD 71.19 billion dan dijangka akan melonjak menjadi USD 5 trillion menjelang tahun 2050 menurut laporan Perubatan Kesihatan Sedunia (WHO). Penggunaan herba ini adalah satu usaha untuk mensyukuri dan menghargai kurniaan alam yang diberikan kepada kita. Kurniaan ini tidak patut dibazirkan sebaliknya perlu digunakan sebaiknya agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.RujukanAbd Aziz, S. F. & Yunos, Y. (2019). Khasiat herba dalam kitab tib melayu. Akademika, 89, 151-162.Abd Hamid, H. (17 Febuari 2021). Penggunaan ubatan herba sebagai rawatan penyakit: manfaat atau mudarat? Dicapai pada 6 April 2021, daripada https://news.ump.edu.myAbd Rahman, R. & Chee, B. J. (2015). Prosiding persidangan industri herba 2015: Memperkasa jalinan industry herba kearah transformasi ekonomi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.Abdul Malek, A. (27 Febuari 2019). Usaha Memanfaatkan Herba Kita. Dicapai pada 5 April 2021, daripada http://fomca.org.my.Alias, A. (18 Oktober 2018). Pelan industri herba akan diperkenal. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my/ Penyakit jantung iskemik kekal pembunuh nombor satu di Malaysia. (26 November 2020).Dicapai pada 5 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my.Che Mat Kamel, N. S. E. (30 Jun 2019). USM peminherb bantu usahawan hasilkan minyak pati semulajadi. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.kk.usm.my.Herba ubatan masih berperanan penting dalam penjagaan kesihatan. (4 Febuari 2014). Dicapai pada 6 April 2021, daripada Utusan Borneo Online.Ismail, S., & Mohd Mokhtar, S. S. (2017). Corak pembelian produk berasaskan herba di Malaysia. International Journal of Molecular Sciences, 24(1),91-118.Mohd Said, S. (22 Januari 2021). Ubat, gaya hidup sihat penting bagi mengurus penyakit kronik. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://hpupm.upm.edu.my.Mohd Zaidan, M. W. A., & Othman, S. M. (2016). Potensi herba dalam merawat, mengawal dan mengurangkan penyakit diabetes. Buletin Teknologi MARDI, 10, 67 – 74.Osman, C. P. (20 Mei 2019). Ubatan moden dari tumbuhan. Dicapai pada 14 April 2021, daripada http://www.drcheputeh.com.Pin, C. H. (2013). Produk makanan berasaskan herba dan keperluan jaminan. Buletin Teknologi MARDI, 3, 79-86.Potensi dan nilai ekonomi pasaran herba. (3 Januari 2014). Dicapai pada 14 April 2021, daripada Blog rasmi MARDI.Rozano, L., Abdullah Zawawi, M. R., & Jaganath, I. B. (2016). Daripada tumbuhan kepada ubatan: aplikasi kemoinformatik dalam mengeksploitasi potensi tumbuhan bagi rawatan penyakit. Buletin Teknologi MARDI,9,21 – 29.Rusli, N. N., Kiat, C. J., & Ismail, I. (2017). Penjanaan kultur akar adventitius daripada Andrographis paniculata serta analisis profil metabolit. Undergraduate Research Journal for Biomolecular Sciences and Biotechnology, 1, 190-199.Samsudin, N. L. (27 Januari 2019). Bijak pilih ubat tradisional. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.hmetro.com.my/Sulaiman, N. A. Jumlah pesakit diabetes meningkat ketara. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my/Zainal Abidin, Z., Mohamad, W. N. & Samadi, M. (2016). Pengoptimuman proses pengekstrakan klorofil daripada Gynura procumbens. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 20 (6), 1421 – 1428.Disunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Syarifah Rokiah Syd Kamaruzaman Pegawai Latihan Vokasional di Universiti Malaysia Perlis| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi. Kini berkhidmat sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).Syarifah Rokiah Syd Kamaruzamanhttps://angkasfera.com/author/syarifahrokiah/Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 1)Syarifah Rokiah Syd Kamaruzamanhttps://angkasfera.com/author/syarifahrokiah/Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 2) Kata kunci: herba, kanser, ubat |
https://angkasfera.com/2022/08/25/potensi-herba-sebagai-rawatan-alternatif-bahagian-2/ | Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 2) | Baca bahagian 1 di sini.Perubatan tradisional melayu yang telah wujud berabad lamanya menggunakan herba dan bahan dari alam sebagai satu kaedah rawatan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perubatan tradisional adalah himpunan pengetahuan, kemahiran serta amalan-amalan berdasarkan teori, kepercayaan dan pengalaman yang berasal daripada budaya yang berbeza, sama ada dijelaskan atau tidak, digunakan untuk mengekalkan kesihatan serta pencegahan, pemulihan atau merawat penyakit fizikal dan mental. Selain itu, penggunaan herba sangat sinonim dalam masakan melayu seperti halia, kunyit, ketumbar, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis serta bunga lawang yang berkhasiat dan membantu menyedapkan masakan.Tambahan lagi, herba juga dijadikan ulam-ulaman yang dipercayai dapat memberi manfaat kesihatan dan kecantikan contohnya petai, pegaga, ulam raja dan jering. Misalnya ulam pegaga diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu peredaran darah, meningkatkan kesihatan kulit dan menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak-kanak. Minyak pati yang terdapat dalam herba seperti serai wangi, pandan wangi, dan limau purut telah digunakan oleh masyarakat melayu khususnya. Minyak pati ini digunakan sebagai aromaterapi, minyak wangi, sabun, kosmetik, minyak urut, menghalau serangga, merawat penyakit dan turut digunakan dalam industri makanan. Jika diperhatikan, penggunaan herba sebagai rawatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit telah digunakan sejak dahulu lagi tanpa bersandarkan bukti saintifik. Masyarakat dahulu menggunakan herba berdasarkan pemerhatian dan pengalaman dalam satu-satu masa. Contoh tumbuhan herba. Sumber: wallpaperaccess.comKaedah yang digunakan dalam penghasilan herba tradisional termasuk infusi (infusion), perebusan (decoction) dan tinktur (tincture) dengan menggunakan bahagian tertentu atau keseluruhan tumbuhan herba. Infusi ialah satu kaedah yang paling lazim digunakan yang mana air panas digunakan untuk mengekstrak sebatian kimia daripada herba. Dekoksi pula merupakan kaedah perebusan bahan herba untuk menghasilkan cecair terapeutik. Manakala tinktur ialah satu proses pengekstrakan herba menggunakan pelarut iaitu campuran alkohol dan air bagi mengeluarkan sebatian kimia pada kepekatan yang lebih tinggi. Bahagian herba yang sering digunakan untuk diekstrak ialah daun, bunga, akar, buah, getah dan kulit kayu kerana setiap bahagian herba mempunyai khasiatnya tersendiri.Pengambilan herba secara kosisten dan berterusan membantu mempercepatkan proses penyembuhan penyakit. Contohnya, penggunaan patawali (Tinosprora tuberculata) yang digunakan dalam rawatan darah tinggi, mengkudu (Morinda citrifolia) bagi merawat penyakit buah pinggang, misai kucing (Orthosiphon stamineus) digunakan bagi merawat kencing manis dan halia (Zingiber officinale) membantu merawat masalah penghadaman. Keberkesanan herba dalam membantu merawat pelbagai jenis penyakit telah menarik minat para penyelidik untuk mengkaji secara lebih mendalam tentang ciri perubatan yang terdapat dalam tumbuhan herba.Setiap pokok herba mengandungi kandungan fitokimia yang tinggi dan berbeza-beza antaranya minyak pati dan metabolit sekunder seperti flavonoid, alkaloid, steroid, glikosida, dan tannin. Metabolit sekunder dalam herba termasuk dalam kategori sebatian bioaktif atau fitokimia yang berfungsi sebagai perlindungan daripada radikal bebas yang terhasil semasa proses fotosintesis dan sebagai agen penarik serangga semasa pendebungaan atau bagi merencat tumbuhan pesaing lain. Setiap sebatian mempunyai struktur molekular yang berbeza dan mempunyai bioaktiviti yang mensasarkan pada komponen yang spesifik pada tapak laluan tertentu. Sebatian bioaktif ini berfungsi sebagai antimikrob, antidiabetes, antitumor, antioksida dan fungsi lain yang sangat bermanfaat kepada manusia.Terdapat 4000 jenis flavonoid seperti flavon, flavonol, isoflavon, tannin dan katecin yang bertindak sebagai antioksidan, antiradang, antibakteria dan antivirus. Satu spesies herba boleh mengandungi pelbagai jenis flavonoid. Seterusnya, sebatian alkaloid membantu merangsang sistem penghadaman serta pengaliran darah dan kebiasaannya digunakan untuk merawat kanser dan asma. Glikosida pula adalah satu sebatian yang kompleks yang bersifat antibakteria manakala tannin digunakan untuk merawat kulit terbakar, melecur, ulser dan luka. Oleh itu, sebatian bioaktif ini mempunyai nilai terapeutik yang boleh digunakan sebagai sebatian utama dalam ubatan moden.Ilustrasi ujian ekstrak fitokimia. Sumber: Unida GontorSebatian bioaktif yang terdapat dalam peria (Momordica charantia) iaitu Momordicine I dan Momordicine II boleh digunakan untuk rawatan kencing manis dan membantu meningkatkan perembesan insulin serta menangani masalah kerintangan insulin. Sambung nyawa (Gynura procumbens) pula dapat bertindak sebagai antivirus herpes simplex, antikeradangan dan hiperglisemia. Dalam rawatan kencing manis, herba ini dapat meningkatkan pengambilan glukosa oleh tisu otot yang disebabkan oleh pengaruh metabolisme glukosa melalui tapak laluan glikolitik dan perencatan penghasilan glukosa hepatik dalaman melalui tapak laluan glukoneogenik.Terdapat lima sebatian utama dalam tumbuhan ini yang ditemui menerusi keputusan analisa Gas chromatography–mass spectrometry (GC-MS) iaitu 2-heksanal, fenol, asid oleik, copaene and fitol. Manakala hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang mempunyai sebatian bioaktif seperti diterpene lactones, flavonoid dan polifenol mampu bertindak sebagai antikeradangan, antikesuburan, pelindung hati, antiHIV dan merangsang rembesan hempedu. Sebatian bioaktif vinblastin dan vinkristin yang diperolehi daripada kemunting cina (Cantharathus roseus) boleh digunakan sebagai bahan antikanser dan sebatian bioaktif piperin dari lada hitam (Piper nigrum) digunakan dalam rawatan kemoterapi. Sebatian bioaktif semula jadi ini membantu dalam penghasilan ubat atau produk berasaskan herba menggantikan bahan kimia yang terdapat dalam ubatan moden.Baca bahagian 3 di sini.RujukanAbd Aziz, S. F. & Yunos, Y. (2019). Khasiat herba dalam kitab tib melayu. Akademika, 89, 151-162.Abd Hamid, H. (17 Febuari 2021). Penggunaan ubatan herba sebagai rawatan penyakit: manfaat atau mudarat? Dicapai pada 6 April 2021, daripada https://news.ump.edu.myAbd Rahman, R. & Chee, B. J. (2015). Prosiding persidangan industri herba 2015: Memperkasa jalinan industry herba kearah transformasi ekonomi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.Abdul Malek, A. (27 Febuari 2019). Usaha Memanfaatkan Herba Kita. Dicapai pada 5 April 2021, daripada http://fomca.org.my.Alias, A. (18 Oktober 2018). Pelan industri herba akan diperkenal. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my/Penyakit jantung iskemik kekal pembunuh nombor satu di Malaysia. (26 November 2020).Dicapai pada 5 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my/Che Mat Kamel, N. S. E. (30 Jun 2019). USM peminherb bantu usahawan hasilkan minyak pati semulajadi. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.kk.usm.my.Herba ubatan masih berperanan penting dalam penjagaan kesihatan. (4 Febuari 2014). Dicapai pada 6 April 2021, daripada Utusan Borneo Online.Ismail, S., & Mohd Mokhtar, S. S. (2017). Corak pembelian produk berasaskan herba di Malaysia. International Journal of Molecular Sciences, 24(1),91-118.Mohd Said, S. (22 Januari 2021). Ubat, gaya hidup sihat penting bagi mengurus penyakit kronik. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://hpupm.upm.edu.my.Mohd Zaidan, M. W. A., & Othman, S. M. (2016). Potensi herba dalam merawat, mengawal dan mengurangkan penyakit diabetes. Buletin Teknologi MARDI, 10, 67 – 74.Osman, C. P. (20 Mei 2019). Ubatan moden dari tumbuhan. Dicapai pada 14 April 2021, daripada http://www.drcheputeh.com.Pin, C. H. (2013). Produk makanan berasaskan herba dan keperluan jaminan. Buletin Teknologi MARDI, 3, 79-86.Potensi dan nilai ekonomi pasaran herba. (3 Januari 2014). Dicapai pada 14 April 2021, daripada Blog rasmi MARDI.Rozano, L., Abdullah Zawawi, M. R., & Jaganath, I. B. (2016). Daripada tumbuhan kepada ubatan: aplikasi kemoinformatik dalam mengeksploitasi potensi tumbuhan bagi rawatan penyakit. Buletin Teknologi MARDI,9,21 – 29.Rusli, N. N., Kiat, C. J., & Ismail, I. (2017). Penjanaan kultur akar adventitius daripada Andrographis paniculata serta analisis profil metabolit. Undergraduate Research Journal for Biomolecular Sciences and Biotechnology, 1, 190-199.Samsudin, N. L. (27 Januari 2019). Bijak pilih ubat tradisional. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.hmetro.com.my/Sulaiman, N. A. Jumlah pesakit diabetes meningkat ketara. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my/Zainal Abidin, Z., Mohamad, W. N. & Samadi, M. (2016). Pengoptimuman proses pengekstrakan klorofil daripada Gynura procumbens. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 20 (6), 1421 – 1428.Disunting oleh Mira AshikinMENGENAI PENGARANG Syarifah Rokiah Syd Kamaruzaman Pegawai Latihan Vokasional di Universiti Malaysia Perlis| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi. Kini berkhidmat sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).Syarifah Rokiah Syd Kamaruzamanhttps://angkasfera.com/author/syarifahrokiah/Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 1)Syarifah Rokiah Syd Kamaruzamanhttps://angkasfera.com/author/syarifahrokiah/Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 3) Kata kunci: herba, perubatan alternatif, perubatan tradisional |
https://angkasfera.com/2022/08/24/potensi-herba-sebagai-rawatan-alternatif/ | Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 1) | Kesihatan merupakan salah satu aspek utama dalam kemajuan dan kemakmuran negara. Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak berdaya. Masyarakat mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sehingga mengabaikan pelbagai aspek penjagaan kesihatan. Antara contoh gaya hidup yang tidak sihat ialah kesibukan harian sehingga tidak cukup masa rehat dan tidur, tabiat merokok, tidak bersarapan, penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol. Namun, mutakhir ini isu kesihatan kian menjadi kerisauan masyarakat negara kita dan pelbagai cara dilakukan bagi menangani masalah ini seperti bersenam, menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan. Kesedaran dalam penjagaan kesihatan semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia susulan daripada penularan COVID-19. Saban tahun kadar pesakit di Malaysia kian meningkat seperti penyakit pneumonia, darah tinggi, kencing manis, kanser dan penyakit jantung kekal menjadi penyebab utama kematian di Malaysia. Kesan daripada penyakit ini memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup, kos penjagaan kesihatan yang membebankan ekonomi individu malah mengurangkan produktiviti negara. Pelbagai usaha dilakukan oleh pesakit untuk merawat penyakit yang dihidapi termasuklah pengambilan ubatan moden.Kajian mendapati 39% daripada orang dewasa berusia 65 tahun atau lebih mengambil lima ubat atau lebih untuk penyakit yang dihidapi. Sementara itu, 59% daripada orang dewasa berusia 65 tahun atau lebih mengambil ubat yang tidak perlu. Harga ubatan yang semakin meningkat saban tahun memberikan bebanan kepada masyarakat khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu, negara kita terpaksa menampung kos yang tinggi untuk mengimport ubat-ubatan dari luar negara bagi menampung keperluan yang kian meningkat setiap tahun. Sebagai contoh pada tahun 2017, kos tahunan bagi pengurusan penyakit diabetes atau kencing manis dianggarkan sekitar RM 2.04 bilion dan sebanyak RM 1.40 bilion terpaksa ditanggung kerajaan. Perbelanjaan kos perubatan pada masa hadapan pula akan meningkat atas faktor pertambahan penduduk yang semakin berusia, paten baharu ubat pada harga monopoli, anjakan kepada penyakit kronik dan peningkatan permintaan penjagaan kesihatan.Pokok tongkat ali digunakan di dalam perubatan tradisional. Sumber: https://bionutriciaextract.comPesakit kronik kebiasaannya perlu mengambil ubat-ubatan dengan kadar yang banyak dan berterusan. Kebergantungan pesakit kepada ubatan moden dalam tempoh yang panjang memberi kesan negatif kepada pesakit kerana kesan bahan kimia yang terdapat di dalam ubat tersebut. Sebagai contoh ubat untuk merawat kencing manis jenis 2 iaitu Metformin dilaporkan memberi kesan sampingan terhadap sistem penghadaman yang menyebabkan loya, muntah, cirit-birit dan kekejangan. Pengambilan Amylinomimetic iaitu ubat kencing manis jenis 1 menyebabkan pesakit muntah, sakit kepala dan kurang gula dalam darah (hypoglycemia). Manakala kesan pengambilan ubat jantung (Digoxin) menyebabkan pesakit muntah dan denyutan jantung tidak seragam. Sebagai alternatif pesakit mencari sumber lain yang lebih selamat, jimat dan semula jadi untuk merawat penyakit seperti ubatan berasaskan herba.Malaysia yang mempunyai hutan hujan tropika kaya dengan khazanah alam semula jadi yang terdiri dari flora dan fauna. Herba adalah salah satu khazanah yang banyak memberi manfaat kepada manusia sejak dahulu lagi. Terdapat 15,000 spesis tumbuhan di Malaysia dan 2,000 daripadanya adalah herba yang dilaporkan berpotensi untuk diterokai dan dibangunkan menjadi ubatan alternatif menggantikan ubatan moden yang lebih selamat, berkualiti dan berkesan. Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat herba bermaksud sejenis tumbuhan yang batangnya tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat dan pewangi. Menurut WHO, dianggarkan sebanyak 80% atau empat bilion penduduk dunia menggunakan ubatan berasaskan herba. Negara China dan India adalah antara negara yang terawal menggunakan perubatan tradisional berasaskan herba. Selain itu, industri herba Malaysia sedang pesat membangun dan turut diketengahkan dalam sektor pertanian Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) malah menjadi cabang utama kepada Dasar Agromakanan Negara. Herba dijadikan Projek Permulaan Pertama (EPP1) bagi NKEA pertanian negara. Pada mulanya projek ini tertumpu kepada lima jenis herba iaitu tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, hempedu bumi dan dukung anak. Kemudian enam spesis herba lagi disenaraikan iaitu mengkudu, rosel, halia, mas cotek, belalai gajah dan pegaga. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan produk bernilai tinggi untuk meningkatkan pendapatan kasar negara. Oleh hal yang demikian, kajian saintifik ke atas herba ini perlu dijalankan untuk dijadikan sumber penting dalam industri herba seterusnya dapat mengurangkan kos pengimportan ubatan dari luar.Baca Bahagian 2 di sini.RujukanAbd Aziz, S. F. & Yunos, Y. (2019). Khasiat herba dalam kitab tib melayu. Akademika, 89, 151-162.Abd Hamid, H. (17 Febuari 2021). Penggunaan ubatan herba sebagai rawatan penyakit: manfaat atau mudarat? Dicapai pada 6 April 2021, daripada https://news.ump.edu.myAbd Rahman, R. & Chee, B. J. (2015). Prosiding persidangan industri herba 2015: Memperkasa jalinan industry herba kearah transformasi ekonomi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.Abdul Malek, A. (27 Febuari 2019). Usaha Memanfaatkan Herba Kita. Dicapai pada 5 April 2021, daripada http://fomca.org.my.Alias, A. (18 Oktober 2018). Pelan industri herba akan diperkenal. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my/ Penyakit jantung iskemik kekal pembunuh nombor satu di Malaysia. (26 November 2020).Dicapai pada 5 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my.Che Mat Kamel, N. S. E. (30 Jun 2019). USM peminherb bantu usahawan hasilkan minyak pati semulajadi. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.kk.usm.my.Herba ubatan masih berperanan penting dalam penjagaan kesihatan. (4 Febuari 2014). Dicapai pada 6 April 2021, daripada Utusan Borneo Online.Ismail, S., & Mohd Mokhtar, S. S. (2017). Corak pembelian produk berasaskan herba di Malaysia. International Journal of Molecular Sciences, 24(1),91-118.Mohd Said, S. (22 Januari 2021). Ubat, gaya hidup sihat penting bagi mengurus penyakit kronik. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://hpupm.upm.edu.my.Mohd Zaidan, M. W. A., & Othman, S. M. (2016). Potensi herba dalam merawat, mengawal dan mengurangkan penyakit diabetes. Buletin Teknologi MARDI, 10, 67 – 74.Osman, C. P. (20 Mei 2019). Ubatan moden dari tumbuhan. Dicapai pada 14 April 2021, daripada http://www.drcheputeh.com.Pin, C. H. (2013). Produk makanan berasaskan herba dan keperluan jaminan. Buletin Teknologi MARDI, 3, 79-86.Potensi dan nilai ekonomi pasaran herba. (3 Januari 2014). Dicapai pada 14 April 2021, daripada Blog rasmi MARDI.Rozano, L., Abdullah Zawawi, M. R., & Jaganath, I. B. (2016). Daripada tumbuhan kepada ubatan: aplikasi kemoinformatik dalam mengeksploitasi potensi tumbuhan bagi rawatan penyakit. Buletin Teknologi MARDI,9,21 – 29.Rusli, N. N., Kiat, C. J., & Ismail, I. (2017). Penjanaan kultur akar adventitius daripada Andrographis paniculata serta analisis profil metabolit. Undergraduate Research Journal for Biomolecular Sciences and Biotechnology, 1, 190-199.Samsudin, N. L. (27 Januari 2019). Bijak pilih ubat tradisional. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.hmetro.com.my/Sulaiman, N. A. Jumlah pesakit diabetes meningkat ketara. Dicapai pada 14 April 2021, daripada https://www.bharian.com.my/Zainal Abidin, Z., Mohamad, W. N. & Samadi, M. (2016). Pengoptimuman proses pengekstrakan klorofil daripada Gynura procumbens. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 20 (6), 1421 – 1428.Disunting oleh Mustaqim AzmanMENGENAI PENGARANG Syarifah Rokiah Syd Kamaruzaman Pegawai Latihan Vokasional di Universiti Malaysia Perlis| [email protected]| + ARTIKEL TERDAHULU Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi. Kini berkhidmat sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).Syarifah Rokiah Syd Kamaruzamanhttps://angkasfera.com/author/syarifahrokiah/Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 2)Syarifah Rokiah Syd Kamaruzamanhttps://angkasfera.com/author/syarifahrokiah/Potensi Herba Sebagai Rawatan Alternatif (Bahagian 3) Kata kunci: herba, perubatan alternatif, perubatan tradisional |
https://angkasfera.com/2022/08/11/teleskop-moden-mencerap-masa-silam-angkasa-lepas-bahagian-2/ | Teleskop Moden Mencerap Masa Silam Angkasa Lepas (Bahagian 2) | Baca Bahagian 1 di sini.Imej 2: Eksoplanet WASP-96 B. Gambar kedua oleh JWST menunjukkan atmosfera berwap yang direkodkan pada planet yang jauh daripada sistem solar. Sumber: webb.nasa.govJWST berjaya merekodkan kehadiran air dan bukti kewujudan awan dan jerebu (clouds and haze) di dalam atmosfera yang mengelilingi sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang di suatu sistem yang jauh. Pencerapan tersebut menunjukkan kehadiran zarah-zarah gas spesifik yang berbeza bergantung kepada perubahan kecil pada gelombang cahaya. Dalam erti kata lain, JWST mampu mencerap maklumat yang lebih mendalam dan terperinci berkenaan zarah gas di dalam atmosfera sesuatu eksoplanet tanpa mengira jaraknya. Ini merupakan suatu pencapaian yang memberangsangkan dan mampu membantu proses pencirian eksoplanet-eksoplanet yang mempunyai potensi untuk menampung hidupan di atasnya.Imej 3: Kematian bintang Planetary Nebula NGC 3132. Gambar ketiga oleh JWST yang menunjukkan detik-detik terakhir sebuah bintang dengan terperinci. Sumber: webb.nasa.govBintang yang kelihatan di tengah-tengah imej ini telah pun menghasilkan cecincin gas dan debu selama ribuan tahun dalam setiap arah. Buat pertama kalinya, JWST memaparkan imej bintang ini diliputi debu angkasa. Dua kamera JWST menangkap gambar nebula planet ini – direkodkan sebagai NGC 3132 – yang dikenali sebagai Nebula Cincin Selatan (Southern Ring Nebula). Ia dianggarkan berada pada jarak 2500 tahun cahaya. Nebula berplanet – kepulan awan gas dan debu dilepaskan bintang yang mati – yang lain selain daripada di dalam gambar ini akan dicerap JWST dan dijangka memberi maklumat berkenaan ciri-ciri zarah yang wujud pada sesuatu nebula, sekali gus memberi data baru untuk meningkatkan pemahaman objek-objek angkasa yang terlibat.Imej 4: Galaksi-galaksi berinteraksi Stephan’s Quintet. Gambar keempat menunjukkan gambar yang lebih terperinci berkenaan sekumpulan lima galaksi. Sumber: webb.nasa.govKuintet Stephan (Stephan’s Quintet) merujuk kepada sekumpulan lima galaksi yang dipopularkan di media Hollywood melalui filem klasik “It’s a Wonderful Life”. Kuintet ini dipaparkan melalui imej yang lebih baru dan terperinci, yang turut merupakan imej terbesar oleh JWST iaitu merangkumi hampir satu per lima daripada diameter Bulan. Ia mengandungi lebih 150 juta piksel dan dibina daripada hampir 1000 fail imej yang berbeza. Maklumat daripada JWST merupakan maklumat baru berkenaan interaksi di antara objek-objek angkasa yang membentuk sesuatu galaksi. Pencerapan inframerah membolehkan perincian dikesan daripada kuintet ini, contohnya kilauan kluster-kluster bintang serta kawasan-kawasan yang menjadi tempat kelahiran bintang baharu (clusters of young stars and starburst regions) yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Selain itu, JWST merekodkan gelombang kejutan (shock wave) yang lebih jelas kerana perlanggaran salah satu galaksi, NGC 7318B, yang berada di tengah-tengah kluster terbabit.Gambar yang seolah-olah memaparkan landskap ‘pergunungan’ dipenuhi bintang-bintang ini adalah sebenarnya gambar hujung kawasan NGC 3324 di dalam Nebula Carina. Kawasan ini merupakan kawasan yang menjadi tempat kelahiran dan pembentukan bintang baharu. Digelar Cenuram Kosmik (Cosmic Cliffs), JWST memaparkan gambar yang menunjukkan perspektif tiga matra seolah-olah merangkumi kawasan pergunungan berlatarbelakangkan bintang-bintang di langit. Sebenarnya, gambar ini merupakan kawasan penghujung NGC 3324 yang terdiri daripada rongga-rongga bergas. ‘Puncak’ tertinggi dalam gambar ini berada pada kira-kira 7 tahun cahaya jaraknya. Kawasan berlekuk pada ‘pergunungan’ ini terbentuk daripada sinaran ultralembayung dan zarah-zarah terhasil daripada bintang-bintang baharu yang besar dan sangat panas, yang terletak pada kawasan di atas ‘pergunungan’ tersebut.Gambar-gambar awal ini menunjukkan kemampuan teleskop yang bukan sahaja mempamerkan kualiti, malah kuantiti berkenaan objek angkasa yang mampu dicerap oleh JWST. Ini merupakan pemangkin kepada kejayaan dan penemuan yang lebih menarik pada masa hadapan, sekali gus memberi pengharapan baru dalam kajian angkasa lepas. Mungkinkah dengan melihat jauh di atas sana dapat memberi ilham kepada kita sebagai umat manusia untuk menghadapi cabaran di atas Bumi seperti perubahan iklim dan keselamatan makanan? Hanya masa dan usaha yang akan menentukannya.Imej 5: Rantau pembentukan bintang NGC 3324 In Carina Nebula. Gambar kelima menunjukkan Cenuram Kosmik, suatu landskap yang menjadi saksi pembentukan bintang. Sumber: webb.nasa.govNota pengarangArtikel ini merupakan terjemahan bagi artikel asal https://webb.nasa.gov/content/webbLaunch/deploymentExplorer.html#43Rujukanhttps://webb.nasa.gov/content/science/https://webb.nasa.gov/content/webbLaunch/deploymentExplorer.html#43https://spaceplace.nasa.gov/james-webb-space-telescope/en/https://www.bbc.com/news/science-environment-62140044Disunting oleh Adib YusofMENGENAI PENGARANG Shakir Yusop [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Shakir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) daripada Durham University, UK. Pernah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan di Fakulti Sains & Teknologi, UKM membantu dalam aspek pencirian bahan elastin dari poltri. Kini merupakan seorang pembantu penyelidik siswazah di INBIOSIS, UKM.Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di MalaysiaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Penerokaan Potensi Bidang Pertanian Asia Melalui Persidangan AntarabangsaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Belang Si Comel: Bagaimana Ia Terbentuk?Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah Kata kunci: James Webb, NASA, teleskop |
https://angkasfera.com/2022/08/11/teleskop-moden-mencerap-masa-silam-angkasa-lepas/ | Teleskop Moden Mencerap Masa Silam Angkasa Lepas (Bahagian 1) | Teleskop Angkasa James Webb (James Webb Space Telescope (JWST)) merupakan teleskop angkasa yang terbesar dan yang paling berkuasa dalam sejarah pencerapan angkasa lepas. Dengan adanya teleskop ini membolehkan penyelidik untuk mengkaji angkasa lepas menggunakan sistem yang paling moden dan dijangka akan memberi pemahaman yang lebih besar berkenaan alam semesta serta asal usulnya. JWST dicipta bertujuan untuk mencerap setiap fasa dalam sejarah kosmik; dari penghasilan cahaya-cahaya sulung selepas Big Bang sehinggalah kepada pembentukan galaksi, bintang, dan planet termasuklah sistem suria tempat di mana kita berada. Kebolehan utama JWST adalah mencerap objek yang memancarkan cahaya dalam gelombang spektrum inframerah, terutamanya objek yang amat jauh sehinggakan cahayanya berubah kepada spektrum tersebut. Kebolehan ini menjadi tunjang yang menyokong empat teras sains utama untuk program JWST, iaitu ‘Peringkat Awal Alam Semesta’, ‘Galaksi Sepanjang Zaman’, Kitaran Hidup Bintang’, dan ‘Dunia Lain’.Teras sains pertama: Peringkat Awal Alam Semesta (Early Universe)Teras ini disokong dengan kekuatan pencerapan spektrum inframerah yang membolehkan JWST seolah-olah mencerap ke masa lampau. Hal ini bertujuan untuk melihat pembentukan awal bintang dan galaksi. Objek angkasa yang terbentuk sekitar 13.5 bilion tahun dahulu pada asalnya menghasilkan cahayanya sendiri dalam tempoh tersebut yang kemudiannya berubah ke spektrum inframerah apabila ‘sampai’ pada penglihatan (atau kedudukan) kita. JWST memastikan objek-objek awal yang terbentuk selepas Big Bang ini dapat dicerap, direkod, serta dikaji dengan jelas dan menyeluruh.Teras sains kedua: Galaksi Sepanjang Zaman (Galaxies Over Time)Teras ini saling berkait dengan teras pertama, justeru membolehkan perbandingan galaksi antara dua zaman – yang terawal dan masa kini, dapat dilaksanakan melalui cerapan daripada JWST. Perbandingan ini juga mampu memberikan gambaran pembentukan galaksi dan perubahannya dalam konteks masa berbilion tahun lamanya.Teras sains ketiga: Kitaran Hidup Bintang (Star Lifescyle)Teras yang disokong dengan keupayaan JWST untuk mencerap ke dalam suatu kawasan yang padat dengan kepulan-kepulan awan debu (dust clouds) tebal, yang mana dipercayai berpotensi untuk menghasilkan penemuan seperti pembentukan sistem bintang dan planet baru.Teras sains keempat: Dunia Lain (Other worlds)Teras ini didukung dengan keupayaan JWST untuk mencerap dan mengkaji atmosfera pada planet luar suria (eksoplanet). Eksoplanet merujuk kepada planet yang mengelilingi bintang lain selain daripada Matahari di dalam sistem suria. Sudah tentu juga, JWST turut digunakan untuk mengkaji objek yang berada di dalam sistem suria.Teleskop JWST ini merupakan sebahagian daripada projek hasil kerjasama agensi-agensi Amerika Syarikat, Eropah, dan Kanada yang diketuai oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA). Untuk melindungi kamera teleskop daripada tekanan suhu Matahari yang tinggi, JWST mempunyai pelindung matahari (sunshield) tersendiri yang bersaiz dalam anggaran 22 meter x 12 meter, iaitu bersamaan kira-kira satu gelanggang tenis. Teleskop angkasa lepas menggunakan cermin untuk mengumpul dan menumpukan cahaya daripada bintang-bintang di angkasa. Semakin besar cermin, semakin banyak maklumat dicerap oleh teleskop. Para jurutera yang terlibat dalam pembinaan JWST memasang 18 kepingan cermin yang akhirnya membentuk satu cermin besar. Dengan saiz keseluruhan yang besar termasuk pelindung matahari dan cermin teleskop, JWST perlu ‘dilipat’ untuk dimuatkan dalam roket sebelum dilancarkan, dan membuka semula ‘lipatannya’ setelah berada di angkasa lepas.Rajah 1 menunjukkan Teleskop Angkasa James Webb berserta strukturnya. Sumber: European Space Agency dan British Broadcasting Corporation.Teleskop Angkasa James Webb yang berjaya dilancarkan ke angkasa lepas pada 25 Disember 2021 yang lalu telah pun mengambil tempatnya di kawasan pencerapan di lapisan luar angkasa. JWST dilihat sebagai pewaris kepada teleskop Hubble yang akan menjadi agen penemuan baru di angkasa lepas. Pada 12 Julai 2022, JWST merekodkan beberapa imej dan dikongsikan di laman web NASA untuk tatapan umum. Kesemua Imejnya seiring dengan empat tema sains yang didukung oleh misi teleskop angkasa tersebut.Imej 1: ‘Deep Field: SMACS 0723’. Gambar pertama oleh JWST menunjukkan beribu-ribu galaksi di angkasa lepas yang dicerap dalam spektrum inframerah. Sumber: https://webb.nasa.gov/content/webbLaunch/deploymentExplorer.html#43Imej 1 merupakan imej kluster galaksi SMACS 0723 yang terlihat seperti 4.6 bilion tahun dahulu. Imej ini merupakan imej yang paling terperinci yang pernah diambil dari angkasa lepas. Hanya dengan pemeriksaan ke atas imej ini sahaja pelbagai maklumat boleh diperoleh berkenaan kluster galaksi ini. Imej ini diambil oleh Kamera Inframerah JWST (Near-Infrared Camera (NIRCam)) dalam gelombang spektrum pelbagai selama tempoh 12.5 jam. Jisim keseluruhan kluster galaksi ini bertindak sebagai lensa graviti yang memperjelaskan galaksi-galaksi yang berada di belakangnya. NIRCam juga turut merekodkan struktur keseluruhan galaksi ini yang samar-samar seperti kluster bintang dan ciri-ciri lain yang tidak pernah direkodkan sebelum ini.Baca bahagian 2 di sini.Nota pengarangArtikel ini merupakan terjemahan bagi artikel asal https://webb.nasa.gov/content/webbLaunch/deploymentExplorer.html#43Rujukanhttps://webb.nasa.gov/content/science/https://webb.nasa.gov/content/webbLaunch/deploymentExplorer.html#43https://spaceplace.nasa.gov/james-webb-space-telescope/en/https://www.bbc.com/news/science-environment-62140044Disunting oleh Izzati Rosli MENGENAI PENGARANG Shakir Yusop [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Shakir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) daripada Durham University, UK. Pernah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan di Fakulti Sains & Teknologi, UKM membantu dalam aspek pencirian bahan elastin dari poltri. Kini merupakan seorang pembantu penyelidik siswazah di INBIOSIS, UKM.Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di MalaysiaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Penerokaan Potensi Bidang Pertanian Asia Melalui Persidangan AntarabangsaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Belang Si Comel: Bagaimana Ia Terbentuk?Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah Kata kunci: angkasa lepas, cerapan, telestop |
https://angkasfera.com/2022/07/25/pertanian-dan-perubahan-iklim-persoalan-yang-perlu-dijawab/ | Pertanian dan Perubahan Iklim: Persoalan yang Perlu Dijawab | Umum mengetahui bahawa perubahan iklim membawa kesan pada hasil pertanian di seluruh dunia. Kadar pertumbuhan dan penghasilan pengeluaran perusahaan pertanian merupakan aspek-aspek penting yang menyokong keselamatan makanan. Peningkatan suhu secara mendadak serta perubahan cuaca tidak menentu yang semakin kerap seperti kemarau dan banjir memberi kesan yang besar kepada perusahaan ini. Perubahan yang tidak terkawal ini berpotensi memberi kesan yang amat dahsyat kepada rantaian bekalan makanan.Apakah tekanan terkini pada perusahaan pertanian?Kesan utama perubahan iklim yang dapat dilihat ialah ketidaktentuan pola perubahan cuaca, musim yang sering bertukar dan tidak stabil, serta keadaan cuaca ekstrim yang berleluasa. Kesemua ini merupakan cabaran terkini yang dihadapi oleh para petani yang kebanyakannya menggunakan teknik pertanian yang tidak sesuai dan tidak mampu beradaptasi untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.Kemarau yang tidak dijangka merupakan satu contoh perubahan cuaca ekstrim yang mampu memberi kesan jangka masa panjang kepada sistem dan rantaian bekalan makanan. Sumber gambar hiasan: www.pixabay.comSelain daripada perubahan iklim, terdapat faktor lain yang memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan seperti penggunaan tenaga dan air yang tidak efisien. Juga, konflik Ukraine-Russia yang masih belum menemui titik penyelesaian kini memberi kesan kepada pengurangan bekalan gandum global. Secara kasarnya, 90 peratus daripada bekalan makanan yang dihasilkan akan digunakan di dalam sesebuah negara yang menyumbang kepada bekalan tersebut. Kesan kepada penghasilan makanan di sebuah negara pengeluar mampu memberi kesan mendadak kepada negara yang mengimport bekalan makanan tersebut. Oleh itu, semakin banyak rancangan yang diketengahkan oleh pelbagai negara untuk meningkatkan penghasilan makanan tempatan. Walau bagaimanapun, peningkatan pertanian dalam setiap negara membawa cabarannya yang tersendiri yang perlu diselesaikan pihak berkuasa masing-masing.Adakah sektor pertanian memangkin perubahan iklim?Antara faktor yang berkemungkinan sebagai penyumbang terbesar kepada krisis iklim ini ialah perusahaan pertanian secara intensif, terutamanya apabila perusahaan ini terlibat dalam pelepasan gas metana dan nitrus oksida. Di samping itu, pengurangan biodiversiti melalui penggunaan sistem tanaman monokultur sedikit sebanyak turut menyumbang kepada permasalahan ini.Perusahaan pertanian intensif yang tidak dikawal selia dengan baik, ditambah pula dengan penghasilan emisi oleh aktiviti manusia, merupakan resepi bencana yang akan memberi kesan berbahaya kepada semua lapisan masyarakat. Sumber gambar hiasan: www.pixabay.comMenurut Program Alam Sekitar Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Environment Programme (UNEP)), sistem makanan dunia merupakan pemacu utama yang meningkatkan kadar pengurangan biodiversiti. Laporan yang dikeluarkan pada tahun 2021 hasil kerjasama dengan Chatham House and Compassion in World Farming menunjukkan bahawa pertanian merupakan perusahaan yang mengancam kira-kira 86 peratus spesis yang berada di ambang kepupusan. Laporan ini turut mengesahkan bahawa usaha global untuk mengurangkan kos penghasilan makanan sejak beberapa dekad yang lalu telah menyebabkan sektor pertanian terlibat dalam kira-kira 30 peratus pengeluaran buangan emisi berkaitan aktiviti manusia. Selain daripada hasil emisi yang disebabkan sektor pertanian dan perladangan haiwan, pertanian berasaskan tanaman monokultur juga memacu kepada permasalahan pengurangan habitat hidupan liar serta pengurangan biodiversiti.Sistem monokultur terjadi apabila suatu kawasan tanah itu ditanam dengan satu spesis tanaman sahaja. Disebabkan keseragaman ini, para petani boleh memastikan keberkesanan kos dimaksimumkan terutama ketika penanaman dan penuaian hasil menggunakan mesin. Para petani dan pengusaha tanaman monokultur dilihat mampu menambah produktiviti dan melipatgandakan keuntungan mereka. Sokongan pihak berkuasa seperti pemberian subsidi dan kemudahan pinjaman telah membuatkan teknik monokultur ini sebagai sistem yang lumayan di serata dunia. Meskipun teknik ini mampu menghasilkan pengeluaran dengan banyak, kebergantungan kepada racun serangga dan baja kimia membuatkan teknik ini sering dilanda kontroversi. Selain daripada itu, teknik monokultur ini turut mengurangkan kadar nutrien dalam tanah dengan cepat di samping meningkatkan kadar hakisan tanah.Sistem penanaman monokultur mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang perlu dipertimbangkan pihak berkepentingan dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan keselamatan makanan. Sumber gambar hiasan: www.pixabay.comSelain daripada teknik monokultur, cuaca yang tidak menentu serta masalah bekalan air merupakan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk memperkukuh keselamatan makanan. Cuaca yang tidak menentu seperti contoh kemarau yang tidak dijangka boleh memberi kesan kepada kitaran penanaman makanan. Sekiranya kitaran hidup tanaman ini terganggu, tumbesaran tanaman tidak berada pada tahap terbaik dan hasil pengeluaran akan terjejas. Bukan itu sahaja, bekalan air juga turut terjejas oleh cuaca kemarau yang tidak menentu, sekali gus memberi kesan berganda kepada perusahaan tanaman. Kesan cuaca yang tidak menentu ini dapat dirasakan oleh semua petani di serata dunia sama ada di Asia, Afrika, Eropah, serta Amerika.Mampukah pertanian menjadi lebih mesra alam?Sektor pertanian perlu beradaptasi untuk mengatasi masalah yang melanda dunia ketika ini. Penggunaan teknologi dan analisis data terutama berkaitan penggunaan tenaga, tanah, dan air dapat dijalankan supaya perusahaan ini dapat terus kekal berdaya saing.Antara isu utama dalam sektor pertanian adalah penggunaan racun serangga dan tanaman yang mampu menghakis ekosistem dan habitat. Pada tahun 2019, Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and Agricultural Organisation of the UN (FAO)) melaporkan bahawa hanya sembilan spesis – termasuk gandum, beras, dan jagung – daripada 6000 spesis tanaman yang digunakan untuk tujuan penghasilan makanan, iaitu merangkumi hampir 66 peratus daripada keseluruhan tanaman di seluruh dunia. Kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap segelintir tanaman ini bermaksud perusahaan monokultur berasaskan sembilan spesis ini sangat tinggi. Perusahaan monokultur mampu menyebabkan spesis tanaman ini lebih terdedah kepada jangkitan penyakit dan serangga, di samping mengurangkan kesuburan tanah. Ironinya, ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan racun serangga ditambah pula penggunaan baja kimia yang semakin berleluasa untuk menjamin penghasilan makanan.Untuk mengukuhkan sistem dan rantaian bekalan makanan kita, monokultur boleh digantikan dengan kepelbagaian tanaman spesis dan tanah-tanah yang ada perlu diuruskan dengan matlamat untuk meningkatkan kembali biodiversiti dan memberi peluang untuk ekosistem flora dan fauna untuk pulih semula. Selain daripada itu, kemajuan teknologi dan perkembangan sektor digital dilihat mempunyai potensi dalam meningkatkan pengeluaran dan kualiti barangan makanan tanpa meninggalkan kesan kritikal pada iklim dunia.RujukanAgriculture vs. climate change: Can we feed the world with a warmer planet?The rise and fall of monoculture farmingNota pengarangArtikel ini diterjemah dan diolah daripada artikel “Agriculture vs. climate change: Can we feed the world with a warmer planet? “.Disunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Shakir Yusop [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Shakir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) daripada Durham University, UK. Pernah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan di Fakulti Sains & Teknologi, UKM membantu dalam aspek pencirian bahan elastin dari poltri. Kini merupakan seorang pembantu penyelidik siswazah di INBIOSIS, UKM.Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di MalaysiaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Penerokaan Potensi Bidang Pertanian Asia Melalui Persidangan AntarabangsaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Belang Si Comel: Bagaimana Ia Terbentuk?Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah Kata kunci: monokultur, pertanian, perubahan iklim |
https://angkasfera.com/2022/07/22/ubat-untuk-melegakan-batuk/ | Ubat untuk Melegakan Batuk | Apakah itu batuk?Batuk adalah tindak balas semula jadi badan untuk menyingkirkan kuman atau bendasing daripada memasuki rongga mulut yang boleh mengakibatkan jangkitan pada saluran pernafasan. Batuk bertindak dengan mengeluarkan kuman atau bendasing daripada memasuki paru-paru bagi menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan yang boleh menyebabkan penyakit serius seperti radang paru-paru (pneumonia).Tindak balas ini juga boleh menghasilkan lendir atau kahak. Terdapat dua jenis batuk iaitu batuk dengan kahak (productive cough) dan batuk kering (non-productive cough). Kebiasaannya, batuk hanyalah gejala ringan dan boleh dirawat dengan ubat batuk yang sesuai. Namun, batuk yang berlarutan melebihi dua minggu dan diselangi dengan gejala lain (seperti sakit dada dan demam) perlu rawatan lanjut daripada doktor.Sumber: GoogleSebab-sebab batukLazimnya, batuk disebabkan oleh jangkitan virus pada saluran pernafasan. Selain daripada itu, batuk juga disebabkan oleh:Alahan yang berpunca daripada bulu haiwan, asap, habuk, minyak wangi, bahan kimia, atau debungaTabiat merokokPenyakit paru-paru seperti asma dan chronic obstructive pulmonary disease (COPD)Pedih ulu hatiHingus atau cecair dari hidung yang masuk ke dalam tekak (post-nasal drip)Tekanan atau perubahan cuaca yang melampauUbat darah tinggi dari kumpulan perencat ACE (seperti enalapril dan perindopril)Jangkitan bakteria pada paru-paru seperti pneumonia atau tuberculosis (batuk kering)Rawatan untuk batukSecara amnya, batuk tidak memerlukan rawatan khusus kerana sistem imuniti badan akan melawan dan membasmi jangkitan virus. Dengan hanya berehat secukupnya dan minum air kosong dapat mengurangkan penghasilan kahak dan seterusnya gejala batuk.Lazimnya, ubat batuk di pasaran berfungsi dengan memberi kelegaan dari gejala batuk. Namun, pemilihan jenis ubat batuk adalah bergantung kepada jenis batuk yang dialami pesakit. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti jenis batuk supaya ubat yang bersesuaian dapat diberikan. Contoh ubat batuk yang terdapat dalam pasaran adalah seperti berikut:Expectorants bertindak dengan mengurangkan kelikatan kahak supaya kahak senang dikeluarkan semasa batuk. Contoh ubat jenis expectorants adalah seperti guaifenesin. Antihistamina (antihistamines) bertindak dengan mengurangkan rembesan kahak dan seterusnya mengurangkan gejala batuk. Contoh ubat jenis antihistamina adalah chlorpheniramine, diphenhydramine dan promethazine.Pembantut (suppressants) atau antitusif (antitussive) dapat melegakan batuk terutamanya jenis batuk kering dengan menahan rangsangan atau tindak balas batuk. Contoh ubat jenis pembantut atau antitusif adalah dextromethorphan. Mengantuk, pening, penglihatan kabur, loya, muntah dan sakit kepala adalah kesan sampingan biasa ubat batuk dan gejala ini hanya sementara. Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak memandu atau mengendalikan mesin berat selepas pengambilan ubat batuk.Namun, jika kesan sampingan ini berterusan atau bertambah teruk, atau mengalami kesan sampingan serius seperti reaksi alahan, dengupan jantung cepat atau tidak teratur selepas pengambilan ubat batuk, sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.Pengambilan ubat batukPengguna digalakkan untuk mengamalkan Konsep 5B setiap kali semasa mengambil sebarang ubat-ubatan. Amalan konsep 5B memastikan pengguna yang BETUL, mengambil ubat yang BETUL, pada dos yang BETUL, menggunakan cara yang BETUL dan pada masa yang BETUL.Sumber: knowyourmedicine.gov.myPengguna dinasihatkan untuk membaca label pada bungkusan ubat sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. Kebanyakan ubat batuk di pasaran mengandungi bahan aktif yang sama (sama ada sebagai produk tunggal atau kombinasi) walaupun nama jenamanya berbeza. Penggunaan dos berganda atau polypharmacy akan meningkatkan risiko kesan sampingan seperti masalah sistem pernafasan dan kesan mengantuk.Selain itu, kombinasi ubat batuk dan selesema yang mengandungi dekongestan (decongestants) seperti pseudoephedrine jika diambil pada dos yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, sawan, kekeliruan, dan masalah jantung.Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan amaran keselamatan yang jelas pada label dan sisipan bungkusan untuk semua produk rawatan batuk dan selesema yang mengandungi antihistamina, antitusif dan dekongestan mulai tahun 2009. Amaran tersebut menyatakan bahawa ubat batuk dan selesema jenis ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun kerana mereka berisiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius dan boleh menyebabkan kematian.Penyalahgunaan ubat batuk Ubat batuk yang mengandung kodein dan dextromethorphan sering disalah guna oleh penagih ubat batuk. Jika ubat batuk jenis ini digunakan secara berterusan dan berlebihan boleh menyebabkan ketagihan. Pengambilan ubat pada dos dan kekerapan yang betul seperti saranan doktor atau ahli farmasi tidak akan menyebabkan ketagihan.Ubat batuk yang mengandungi kodein dan dextromethorphan juga telah disenaraikan dalam Akta Racun 1952 sebagai salah satu ubat yang hanya boleh dibeli daripada ahli farmasi berlesen dengan preskripsi doktor bagi mengawal penyalahgunaan ubat batuk dalam kalangan pengguna.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada ahli farmasi jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan penggunaan ubat-ubatan, atau boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi – 5.00 petang)RujukanLaman web knowyourmedicineLaman web myhealthLaman web medscapeDr Harding M. Cough Medicines. 2018 Feb 20.Laman web npraBriars LA. The Latest Update on Over-the-Counter Cough and Cold Product Use in Children. J Pediatr Pharmacol Ther. 2009;14(3):127-131. doi:10.5863/1551-6776-14.3.127Disunting oleh Fatin IrdinaMENGENAI PENGARANG Teng Sook Yee Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya| [email protected] mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: batuk, farmaseutikal, ubat |
https://angkasfera.com/2022/07/08/metafizik-kewujudan-tuhan/ | Metafizik: Kewujudan Tuhan | Kewujudan Tuhan menjadi satu isu kepada mereka yang agnostik, bahkan dalam kalangan orang Islam sendiri ada yang tertanya-tanya tentang keberadaan Tuhan. Maka muncul golongan ahli falsafah Islam, Kristian dan sebagainya bagi mengukuhkan keyakinan penganut agama masing-masing tentang kewujudan Tuhan. Persoalan-persoalan tentang perkara tersebut memberi banyak idea kepada mereka, jadi pendekatan metafizik digunakan oleh ahli falsafah sebagai kaedah utama dalam membahaskan soal ketuhanan kerana falsafah metafizik menggunakan taakulan secara rasional untuk membuktikan kejadian alam atau sesuatu kewujudan. Antara persoalan yang timbul adalah apakah Tuhan itu wujud?Imej alam semesta yang boleh dicerap setakat ini. Sumber: ajar.comPembuktian yang logik diperlukan bagi menjawab persoalan ini. Menurut falsafah metafizik, cara pembuktian Tuhan adalah dengan melihat kejadian alam semesta itu sendiri. Dalam bab kosmologi, alam ini disusun dengan sangat sistematik dan tidak bercelaru. Pastinya penggerak kepada alam semesta yang bergerak secara tersusun ini adalah Tuhan seperti analogi kereta api mempunyai banyak gerabak, akan tetapi yang bergerak hanyalah kepala kereta api. Tanpa kepala kereta api maka gerabak lain tidak akan bergerak. Begitulah juga alam semesta ini, tanpa pencipta yang Maha Berkuasa maka tidak akan wujud dan bergeraklah ia. Selain itu, jika dilihat pada perbahasan teleologi yang menyatakan sesuatu perkara itu dinilai mengikut tujuan akhir, maka pasti ada tujuan disebalik penciptaan alam semesta yang begitu sistematik ini. Bagi agama Islam pula, tujuan Tuhan menciptakan makhluk adalah supaya kita menyembah-Nya serta mungkin juga ada tujuan lain yang hanya diketahui Tuhan.Mustahil juga sekiranya alam semesta ini tidak ada kuasa besar yang menciptakannya kerana secara logiknya kita mengetahui bahawa setiap benda yang dicipta pasti akan ada penciptanya. Sebagaimana pandangan Rene Descartes dalam penulisan beliau yang menyatakan bahawa “….yang mana kewujudan saya dan makhluk yang lain telah dicipta dan dihasilkan”. Rene Descartes memberikan satu idea berkenaan dengan kewujudan Tuhan yang mana beliau menyatakan bahawa kewujudan Tuhan ini adalah idea semula jadi yang wujud dalam minda manusia secara fitrah yang mana idea ini bukanlah dicipta, tetapi telah wujud sejak awal. Idea ini juga merupakan satu idea yang benar seperti konsep matematik sebagai contoh nombor 1, 2 dan seterusnya. Nombor-nombor ini bukan sesuatu yang direka dan ia adalah satu idea yang diterima oleh semua orang dan kebenaran yang tidak boleh ditolak.Ilustrasi idea sejadi. Sumber: SlideshareDisebabkan manusia mempunyai idea tentang Tuhan ini secara semula jadi, maka idea ini mestilah telah dimasukkan oleh Tuhan ke dalam pemikiran manusia itu sendiri. Dalam perbahasan ontologi, Tuhan merupakan satu entiti yang agung dan sempurna dan manusia itu tidak sempurna jadi manusia tidak akan mampu memikirkan kewujudan-Nya melainkan Dia sendiri yang memasukkan ke dalam minda manusia.Kesimpulannya, perbahasan metafizik tentang kewujudan Tuhan menimbulkan banyak buah fikiran dalam kalangan ahli falsafah, Sesetengah manusia tidak mempercayai wahyu, mereka mahukan alasan yang logik yang memerlukan pembuktian akal dan pancaindera. Perbahasan metafizik ini memberikan keyakinan terhadap ketuhanan dan menunjukkan kehebatan penciptaan alam yang begitu luas dan tanpa sempadan ini.Rujukan:https://www.academia.edu/43224912/Buku_Pengantar_Falsafah_SKPDhttps://yale.learningu.org/download/041e9642-df02-4eed-a895-70e472df2ca4/H2665_Descartes%27%20Meditations.pdfDisunting oleh Mira AshikinMENGENAI PENGARANG Nik Luqmanul Hakim Nik Di Pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)| [email protected] merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Falsafah adalah bidang yang beliau minati.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: falsafah, metafizik, teologi |
https://angkasfera.com/2022/06/20/doping-asbab-kemudaratan-kepada-atlet/ | Doping – Asbab Kemudaratan kepada Atlet | Doping ialah penyalahgunaan bahan atau kaedah yang dilarang dalam acara sukan. Di Malaysia, sebanyak 138 kes atlet digantung akibat doping telah direkodkan antara tahun 2005 hingga 2017. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2018 di dalam kalangan 182 orang atlet sukan peringkat sekolah mendapati, kesedaran atlet doping berada pada peringkat sederhana. 12% daripada responden pernah ditawarkan untuk menggunakan bahan terlarang bagi tujuan sukan, manakala 18.1% pernah menggunakan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi mereka.Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet. Antara faktor tersebut termasuk meningkatkan daya tahan, stamina dan kekuatan tenaga, serta bertujuan untuk mengawal tekanan perasaan sewaktu pertandingan.Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menubuhkan Agensi Anti Doping Dunia (World Anti-Doping Agency: WADA), iaitu satu badan yang mempromosi, menyelaras dan memantau aktiviti membanteras doping. Agensi ini telah menyenaraikan bahan-bahan yang dilarang daripada digunakan dalam sukan. Antara bahan-bahan tersebut adalah; steroid anabolik androgenik, hormon peptida, hormon pembesaran, ubat dalam kategori agonis beta (beta-agonist), hormon dan bahan pengolah metabolik, ubat diuretik, ubat perangsang, narkotik, ganja, glukokortikoid dan ubat dalam kategori penyekat beta (beta-blockers).Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) merupakan agensi yang melaksanakan ujian anti-doping di semua peringkat sukan di Malaysia. Atlet yang menyertai kejohanan sukan perlu menjalani ujian doping sepanjang kejohanan. Mereka perlu lulus dua ujian doping, iaitu ujian sebelum dan selepas pertandingan berlangsung. Kegagalan ujian doping bukan sahaja boleh menyebabkan kemenangan atlet dibatalkan, malah atlet boleh digantung daripada menyertai kejohanan sukan jika mereka didapati bersalah menggunakan bahan terlarang untuk tujuan sukan.Jaguh lumba jalan kaki Rusia yang juga juara Olimpik 2012, Elena Lashmanova digantung dua tahun kerana doping dan bakal kehilangan pingat emasnya menurut Unit Integriti Atlet Olahraga (AIU).Penyalahgunaan bahan atau kaedah terlarang dalam sukan boleh mendatangkan mudarat kepada pelbagai pihak, terutama terhadap individu yang menyalahgunakan bahan tersebut. Hal ini juga memberi imej yang negatif kepada negara. Secara umumnya, pengambilan ubat terkawal tanpa nasihat doktor dan pengambilan ubat tidak berdaftar boleh memudaratkan.Oleh yang demikian, individu atau atlet yang menyalahgunakan bahan atau kaedah terlarang untuk tujuan sukan adalah berisiko menghadapi kesan sampingan yang tidak diingini. Berikut adalah antara bahan yang dilarang dalam sukan serta kesan sampingan penggunaan bahan tersebut:Steroid anabolik androgenik boleh menyebabkan kemandulan, peningkatan kolesterol, tekanan perasaan dan keracunan hati (hepatotoxicity).Analog peptida dan hormon glikoprotin yang digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot boleh menyebabkan penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan akromegali iaitu pembesaran tangan, kaki dan muka.Ubat perangsang seperti amfetamin dan pseudoephedrin boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, strok, insomnia, psikosis, kerunsingan dan mudah panik.Ubat narkotik seperti kodein dan morfin yang digunakan untuk menahan sakit daripada latihan intensif boleh menyebabkan ketagihan dan mengurangkan daya tumpuan.Ganja atau kanabis boleh menyebabkan kurang daya tumpuan dan psikosis. Ubat dalam kategori beta-agonist yang sering didapati pada ubat-ubatan asma boleh menyebabkan ritma jantung menjadi tidak normal, jantung berdebar dan menaikkan paras gula dalam darah.Diuretik seperti frusemide boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit tubuh.Glukokortikoid seperti prednisolone dan dexamethasone boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, diabetes, tekanan, psikosis, peningkatan berat badan dan tulang menjadi rapuh (osteoporosis). Glukokortikoid yang dilarang penggunaannya adalah berbentuk oral, supositori dan suntikan.Penyalahgunaan bahan atau kaedah terlarang dalam sukan membawa mudarat kepada ramai pihak, terutamanya terhadap atlet itu sendiri.Dari sudut perkembangan sukan, perbuatan doping akan menyebabkan berlakunya penipuan dan persaingan yang tidak adil terhadap atlet yang jujur, berkebolehan, dan benar-benar layak dalam sesuatu bidang sukan.Justeru, penyalahgunaan bahan atau kaedah terlarang dalam sukan membawa mudarat kepada ramai pihak, terutamanya terhadap atlet itu sendiri. Setiap atlet, jurulatih dan kumpulan perubatan yang menyelia kesihatan atlet perlu peka berkaitan perkara ini dan tidak sepatutnya terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang dalam sukan. Bersukan harus dilakukan dengan penuh semangat kesukanan, dan bukannya dengan menggunakan jalan pintas yang memudaratkan dan menjejaskan integriti sukan.Atlet disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengamal perubatan sukan bertauliah seandainya mereka memerlukan pertolongan berkenaan sebarang masalah kesihatan. Sekiranya terdapat keraguan berkenaan ubat-ubatan terlarang dalam sukan atau suplemen anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre; NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722. Disunting oleh Mustaqim AzmanMENGENAI PENGARANG Khairul Naim Zainal Abidin Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia| [email protected] memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Farmasi dan kini bertugas sebagai Pegawai Farmasi.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: atlit, doping, steroid, sukan |
https://angkasfera.com/2022/06/13/glukosamina-suplemen-yang-bagus-untuk-sendi/ | Glukosamina: Suplemen Terbaik untuk Sendi? | Glukosamina ialah sebatian biokimia yang terjadi secara semula jadi dalam tubuh manusia dan dalam organisma lain seperti tumbuhan dan makanan laut seperti kerang. Bahan ini juga merupakan sejenis gula amino yang bergabung menjadi rantai kanji ringkas yang berperanan dalam pembentukan pelbagai struktur seperti tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovial. Cecair sinovial merupakan cecair tebal yang terdapat di sekitar sendi. Fungsi utama cecair sinovial adalah untuk mengurangkan geseran antara tulang rawan dan sendi semasa pergerakan.Glukosamina juga membantu pembentukan tulang rawan baharu dan menghalang degradasi rawan yang semakin meningkat seiring usia.Peranan ini menjadikan glukosamina sebagai salah satu makanan tambahan yang paling kerap diambil oleh pesakit osteoartritis (OA) untuk melegakan kesakitan.Glukosamina membantu meningkatkan fungsi pergerakan anggota badan dan membantu mengurangkan bengkak pada sendi. Kebanyakan produk glukosamina dalam pasaran adalah hasil daripada proses hidrolisis polisakarida bercengkerang hidup. Terdapat juga beberapa produk glukosamina terhasil daripada penapaian bijirin.Glukosamina kebiasaannya dipasarkan sebagai glukosamina sulfat dan glukosamina hidroklorida. Menurut beberapa kajian, glukosamina sulfat menunjukkan kesan yang lebih efektif untuk pesakit OA berbanding glukosamina yang lain. Walaupun produk glukosamina digunakan secara meluas, keberkesanannya masih dipersoalkan. Kajian yang menguji kesan positif glukosamina menunjukkan hasil yang berbeza.Beberapa kajian saintifik telah menunjukkan bahawa glukosamina berkesan dalam merawat OA dengan melegakan sakit sendi. Glukosamina juga membantu pembentukan tulang rawan baharu dan menghalang degradasi rawan yang semakin meningkat seiring usia.Kajian lain menunjukkan bahawa glukosamina boleh membantu menghalang perkembangan OA. Glukosamina juga digunakan sebagai alternatif yang baik untuk pesakit yang mengalami kesan sampingan pada saluran gastrousus selepas mengambil ubat penahan sakit daripada kumpulan ubat antiradang bukan steroid (non-steroidal antiinflammatory drugs, NSAIDs).Namun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan keputusan sebaliknya. Beberapa kajian pada pesakit arthritis yang diberi dos rawak glukosamina dan plasebo mendapati tiada perbezaan ketara dalam pengurangan sakit sendi pada pesakit yang mengambil glukosamina.Para saintis tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana mekanisme glukosamina membaiki rawan pada pesakit OA. Terdapat juga perdebatan tentang jenis suplemen glukosamina yang paling berkesan dalam merawat pesakit OA.Osteoartritis ialah keadaan pada lutut apabila rawan lutut menjadi haus atau berlaku degenarasi disebabkan tekanan berulang terhadap rawan.Pakar percaya bahawa suntikan terus glukosamina ke kawasan sendi yang mengalami radang adalah bermanfaat untuk pesakit, namun, produk suntikan glukosamina masih belum tersedia secara meluas di pasaran global. Tablet atau kapsul adalah bentuk produk glukcosamina yang paling biasa dipasarkan berbanding bentuk yang lain.Kesan sampingan glukosamina biasanya ringan termasuk loya, pedih ulu hati, cirit-birit dan sembelit. Kesan sampingan yang lebih serius termasuklah mengantuk, tindak balas kulit, dan sakit kepala adalah jarang berlaku. Pengambilan suplemen glukosamina bersama-sama makanan dapat membantu untuk mengurangkan kesan sampingan.Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, termasuk asma, diabetes, glaukoma, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi, pengambilan suplemen glukosamina tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawat adalah tidak digalakkan. Individu yang mempunyai alahan kepada kerang-kerangan pula, dinasihatkan untuk menyemak label pada pembungkusan suplemen kerana terdapat banyak suplemen dalam pasaran yang diperbuat daripada cengkerang, udang galah, udang atau ketam.Wanita mengandung atau menyusukan bayi tidak boleh mengambil glukosamina kerana tiada kajian yang mencukupi untuk menyokong penggunaannya. Pengambilan glukosamina perlu dihentikan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan kerana glukosamina boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk mengawal gula dalam darah.Suplemen glukosamina juga tidak boleh diambil bersama-sama ubat mencairkan darah seperti warfarin kerana ia boleh meningkatkan kesan ubat dan mengakibatkan risiko lebam serta pendarahan yang serius.Suplemen ini biasanya dijual di premis kesihatan dalam bentuk tablet dan kapsul dan selalunya diambil bersama-sama suplemen lain untuk mengurangkan kesakitan pada sendi. Pengambilan oral glukosamina yang disyorkan untuk pesakit OA adalah sebanyak 1,500 mg sehari, diambil sama ada sekali gus, dalam dua dos 750 mg, atau dalam tiga dos 500 mg.Glukosamina mungkin boleh memberi manfaat kepada pesakit osteoarthritis. Jika anda mempertimbang penggunaan glukosamina untuk sebarang rawatan, bincang terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan pengambilan suplemen. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai ubat-ubatan boleh dibuat ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre: NPCC) di talian 1800-88-67-22, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).Disunting oleh Izzati Rosli Rujukanhttps://www.nccih.nih.gov/health/glucosamina-and-chondroitin-for-osteoarthritishttps://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3456914/https://www.nps.org.au/australian-prescriber/articles/glucosamina-for-osteoarthritis-of-the-knee-1https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fphar.2022.820971/fullhttp://www.myhealth.gov.my/en/glucosamina/MENGENAI PENGARANG Nur Ariza Ab. Rahman Pegawai Farmasi di Hospital Ampang| [email protected] memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Farmasi. Kini bertugas sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Ampang.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: glukosamina, kesihatan, osteoartritis, sakit lutut, ubat |
https://angkasfera.com/2022/06/02/aplikasi-sains-nuklear-dalam-bidang-perubatan/ | Aplikasi Sains Nuklear dalam Bidang Perubatan | Sains Nuklear adalah bidang disiplin yang berkaitan dengan atom dan komposisinya serta tindak balas yang berlaku. Umumnya, atom adalah unit asas jirim. Manakala jirim adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Komposisi atom terdiri daripada zarah yang dikenali sebagai proton, elektron dan neutron. Zarah- zarah ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Dari segi cas, proton bercas positif (+), elektron bercas negatif (-) dan neutron tidak mempunyai cas. Manakala untuk kedudukan di dalam atom pula, zarah proton dan neutron berada di dalam nukleus dan elektron berada di luar nukleus.Perbezaan keberadaan zarah- zarah ini membolehkan tindak balas nuklear berlaku seperti pembelahan dan pelakuran nukleus. Seperkara yang perlu dipertimbangkan adalah, tindak balas nuklear melibatkan atom-atom yang tidak stabil yang dikenali sebagai isotop. Isotop bermaksud proton yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan netron yang berbeza. Situasi ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan di dalam atom. Antara contoh isotop termasuklah Iodin (I) iaitu 129I, 131I, 135I dan banyak lagi. Isotop- isotop ini menyumbang kepada aplikasi seperti mengenalpasti jangka hayat air bawah tanah, merawat kanser dan digunakan dalam reaktor nuklear.Iodin mempunyai 34 isotop dengan berbagai-bagai nombor jisim iaitu antara 108 hingga 141. Sumber: https://www.chemistrylearner.com/iodine.htmlDalam bidang perubatan, 131I digunakan untuk merawat kanser tiroid. 131I mempunyai nombor proton 53 dan nombor neutron adalah 78. Manakala, separuh hayatnya adalah 8 hari. Separuh hayat bermaksud masa yang diperlukan untuk kuantiti atom dikurangkan hingga separuh daripada nilai asalnya. Istilah ini biasa digunakan di dalam sains nuklear untuk menggambarkan seberapa cepat atau lambat atom yang tidak stabil mengalami pereputan radioaktif. Isotop 131I dikenali sebagai radioisotop kerana mengandungi gabungan neutron dan proton yang tidak stabil di dalam nukleus serta mempunyai tenaga nuklear berlebihan. Tenaga nuklear ini terhasil daripada proses penstabilan nukleus dengan cara membebaskan tenaga tersebut dalam bentuk pancaran radioaktif. Radioisotop 131I memancarkan radiasi beta bertenaga tinggi dan sinar gama yang digunakan untuk merawat kanser tiroid.131I mempunyai nombor proton 53 dan nombor neutron 78, yang dikenali sebagai radioisotop kerana mengandungi gabungan neutron dan proton yang tidak stabil di dalam nukleus serta mempunyai tenaga nuklear berlebihan. Sumber: https://www.zizmall.comHipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksina (thyroxine). Sebelum memulakan prosedur, pesakit diminta untuk memaklumkan jika (i) mempunyai alahan pada ubat tertentu (ii) mempunyai kesukaran untuk menelan ubat dan (iii) telah disahkan hamil. Wanita mengandung tidak dibenarkan untuk menerima rawatan terapi radioiodin kerana boleh membahayakan kandungannya. Semasa terapi radioiodin, pesakit akan diberikan radioisotop 131I dalam bentuk kapsul atau cecair. Kapsul yang ditelan akan melalui kapilari darah dan bertumpu di kelenjar tiroid. Radiasi beta yang dihasilkan akan menghapuskan sel-sel kelenjar tersebut. Kuantiti radioaktif yang terdapat pada radioisotop 131I akan berkurang berdasarkan separuh hayatnya iaitu 8 hari.Pesakit perlu dipantau bagi mengurangkan dedahan radiasi kepada persekitaran dan keluarga selepas menerima rawatan terapi radioiodin, antaranya seperti (i) menjarakkan diri dengan orang lain sekurang- kurangnya 1 meter (ii) menggunakan tuala, alas katil, peralatan peribadi, peralatan makan dan minum yang berasingan dan (iii) elakkan mengunjungi tempat yang padat dan banyak lagi. Rawatan ini terbukti selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan yang kekal.Radioisotop 131I yang diberikan kepada pesakit dalam bentuk kapsul atau cecair semasa terapi radioiodin. Sumber: Radiopharm BrochureKesimpulannya, aplikasi sains nuklear dalam bidang perubatan telah memacu ke arah pemantapan bidang sains dan teknologi sama ada dari segi bahan, teknik dan hasil dapatan. Sebuah bidang yang dinyatakan adalah bahaya telah mengubah persepi dengan kelantangan aplikasi yang dapat membantu menambahbaik kualiti kesihatan pada masa hadapan. Justeru, jika aplikasi demi aplikasi berkaitan sains nuklear diteroka, suatu hari nanti, sains nuklear mampu menjadi peneraju ke arah kehidupan manusia yang lebih baik.Disunting oleh Fatin IrdinaRujukanRadio Iodinhttps://www.radiologyinfo.orghttp://www.myhealth.gov.myMENGENAI PENGARANG Dr. Siti Amira Othman [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Pensyarah di Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaDr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Sinaran Mengion - Faedah Mengatasi KemudaratanDr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Menariknya Belajar Fizik!Dr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Kehebatan LaserDr. Siti Amira Othmanhttps://angkasfera.com/author/sitiamiraothman/Berkebun di Angkasa, Munasabahkah? Kata kunci: kimia, perubatan, sains nuklear |
https://angkasfera.com/2022/05/30/ubat-bawah-lidah-untuk-sakit-jantung/ | Ubat Bawah Lidah untuk Sakit Jantung | Glyceryl trinitrate (GTN) atau disebut juga sebagai nitrogliserin merupakan ubat yang tergolong dalam kumpulan nitrat. GTN bertindak dengan mengembangkan salur darah bagi membolehkan aliran darah yang membawa oksigen menjadi lebih lancar. GTN wujud dalam beberapa bentuk dos seperti suntikan, tablet sublingual, semburan dan tampalan (patch). Tablet sublingual GTN biasanya digunakan untuk melegakan sakit dada akibat angina.Angina ialah keadaan sakit dada atau ketidakselesaan yang biasanya terjadi apabila otot jantung mengalami kekurangan oksigen akibat pengaliran darah yang terganggu pada jantung (myocardiac infarcation). Sumber: www.news.mit.eduCara menggunakan tablet sublingual GTNTablet subligual GTN perlu diletakkan di bawah lidah kerana terdapat banyak saluran darah di kawasan tersebut yang dapat mempercepat penyerapan ubat. GTN akan ditukar kepada nitrik oksida selepas diserap masuk ke dalam saluran darah. Nitrik oksida menghasilkan kesan pengembangan salur darah. Peredaran darah menjadi lebih lancar dan oksigen dapat dibekalkan kepada otot jantung. Dengan ini, jantung lebih mudah mengepam darah ke sekeliling badan.Penggunaan ubat sublingual (bawah lidah) GTN. Sumber: www.twitter.com/UbatOhUbatApabila mengalami serangan angina, pesakit hendaklah duduk dan kekal tenang selain berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti. Letakkan sebiji tablet sublingual di bawah lidah dan biarkannya larut. Tablet sublingual GTN tidak seharusnya ditelan, dihisap atau dikunyah.Dos tablet sublingual GTN boleh diulang setiap lima minit dengan maksimum dos tiga sublingual tablet sehari. Jika sakit dada masih ada atau menjadi lebih teruk, pesakit hendaklah terus mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat.Ubat GTN digunakan untuk rawatan sakit dada akibat serangan jantung atau kegagalan fungsi jantung. Sumber: www.knowyourmedicine.gov.mySelain melegakan sakit dada semasa serangan angina, tablet sublingual GTN boleh juga digunakan untuk mencegah serangan angina. Pencegahan ini penting terutamanya bagi pesakit yang perlu melakukan aktiviti seperti bersenam, berkebun atau menaiki tangga dengan kerap. Pesakit boleh menggunakan sebiji tablet sublingual GTN sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut sebagai langkah pencegahan.Kesan sampingan tablet sublingual GTNAntara kesan sampingan yang biasa dialami selepas penggunaan tablet sublingual GTN ialah pening dan rasa sakit kepala. Pesakit dinasihatkan agar kekal duduk selepas menggunakan tablet sublingual GTN atau jika perlu, mereka hendaklah bangun secara perlahan-lahan bagi mengurangkan risiko kesan sampingan ini. Pesakit juga tidak dibenarkan memandu selepas menggunakan tablet sublingual GTN.Selain itu, kesan sampingan lain ubat ini termasuklah muka atau kulit menjadi kemerah-merahan, rasa loya atau muntah, jantung berdebar-debar, penglihatan menjadi kabur dan bibir menjadi kering.Tidak semua pesakit yang menggunakan ubat ini akan mengalami kesan sampingan. Kesan sampingan kebiasaannya bersifat sementara dan akan pulih tanpa rawatan. Sekiranya tablet sublingual GTN menyebabkan ketidakselesaan atau kesan sampingan yang berpanjangan, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut.Nasihat untuk pesakitBeberapa jenis ubat berkemungkinan bertindak balas dengan dengan tablet sublingual GTN. Sebagai contoh, pengambilan ubat antihipertensi bersama-sama tablet sublingual GTN boleh menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah. Pesakit dinasihatkan agar berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya perlu mengambil tablet sublingual GTN dengan ubat-ubat yang lainKeberkesanan tablet sublingual GTN dapat dipengaruhi oleh cara penyimpanan. Pesakit hendaklah memastikan ubat ini sentiasa disimpan di dalam botol kaca legap, pada suhu bilik dan jauh daripada capaian kanak-kanak. Selain itu, disebabkan bahan aktif GTN boleh meruap daripada sublingual tablet dan menjadikannya kurang berkesan, ubat ini hendaklah digunakan dalam dalam tempoh lapan minggu selepas dibuka. Pesakit digalakkan menulis tarikh kali pertama botol tablet sublingual GTN dibuka sebagai panduan bagi mengelakkan pesakit menggunakan ubat yang tidak lagi berkesan. Pesakit dinasihatkan agar sentiasa membawa tablet sublingual GTN, terutamanya ketika bekerja atau melakukan rutin harian di luar.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).RujukanGaris Panduan Kaunseling Ubat-ubatan Edisi Ketiga 2019 – https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/garis-panduan-kaunseling-ubat-ubatan-edisi-ketiga.htmlPortal MyHealth: Tablet GTN – http://www.myhealth.gov.my/en/glyceryl-trinitrate-tablet/Risalah Maklumat Ubat untuk Pengguna (RiMUP): Glyceryl Trinitrate 0.5mg, NPRA – https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumer-medication-information-leaflets-rimup/item/glyceryl-trinitrate-tablet-bp-500mcg.htmlhttps://www.mims.com/malaysia/drug/info/glyceryl%20trinitrate?mtype=generichttps://www.nhs.uk/medicines/glyceryl-trinitrate-gtn/http://www.myhealth.gov.my/en/glyceryl-trinitrate-tablet/https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=angina&d=226112&#LIHATSINIDisunting oleh Adib YusofMENGENAI PENGARANG Ahmad Muiz Mustafa Pegawai Farmasi UF41 di Hospital Keningau, Sabah.| [email protected] memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Farmasi. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertempat di Hospital Keningau, Sabah.Pengarang tiada artikel terdahulu. Kata kunci: angina, sakit jantung, ubat GTN |
https://angkasfera.com/2022/05/17/teknologi-pertanian-di-asia-tenggara-dalam-era-digital/ | Teknologi Pertanian di Asia Tenggara dalam Era Digital | Pertanian ialah sektor yang penting dalam ekonomi negara-negara Asia Tenggara. Pada tahun 2020, pertanian menyumbang sekitar 11% nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi ASEAN. Sektor utama ini turut menyumbang kepada peluang pekerjaan untuk rakyat di negara masing-masing.Cabaran utama yang didepani sektor pertanian ialah perubahan iklim. Dalam rantau ini sahaja, bencana alam berkaitan perubahan iklim telah memberi kesan kepada perusahaan tanaman dan ternakan yang mengalami kerugian bernilai sekurang-kurangnya USD21 bilion dari 2008 hingga 2018. Tambahan pula, pandemik COVID-19 telah merencatkan bekalan tenaga kerja dan mengganggu rantaian bekalan global. Pada tahun 2020, wabak tersebut telah menyebabkan pengurangan penghasilan pertanian sekitar 3.1% yang mencerminkan pengurangan KDNK sebanyak 1.4% (USD3.76 bilion) di rantau Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, perusahaan pertanian di rantau ini telahpun mula mengamalkan inovasi dan teknologi terbaharu terutamanya dalam perusahaan tanaman bandar dan luar bandar.Antara contoh terkemuka teknologi baru ialah penggunaan telefon pintar untuk mengurus tanaman melalui kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan analisis data raya (big data). Selain itu, penggunaan dron juga semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan pekebun kecil untuk membantu melicinkan proses penanaman sekali gus berpotensi meningkatkan hasil tanaman. Hal ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah melipatgandakan pendapatan para pekebun kecil dalam rantau ini.Sebuah syarikat di Vietnam, MimosaTEK, menggunakan teknologi berasaskan pengkomputeran awan (cloud computing) dan penderia (sensor) yang bertujuan membantu pekebun kecil di negara tersebut untuk memantau tanaman mereka. Syarikat tersebut menggunakan Internet Benda (IB) (Internet of Things) untuk membangunkan sebuah sistem pengairan pintar yang mengambil kira keadaan cuaca supaya penggunaan air untuk tanaman pekebun kekal pada tahap optimum. Penggunaan teknologi ini semakin mendapat tempat di Vietnam dan berpotensi untuk digunakan pada keseluruhan kawasan sekitar Delta Mekong.Penggunaan dron dalam pertanian mempunyai pelbagai fungsi termasuklah ramalan cuaca, pengawasan dan pemetaan kawasan tanaman, pengurusan bencana, serta penilaian kerosakan tanaman. Poladrone ialah sebuah syarikat pemula berpengkalan di Malaysia yang terlibat dalam penyelesaian masalah perosak untuk tanaman kelapa sawit. Syarikat ini menyediakan dron yang bukan sahaja mampu menyembur racun perosak secara tepat, malah mengurangkan pendedahan pekerja tanaman dengan racun perosak.Penggunaan dron mampu membantu petani dan pekebun untuk menguruskan tanaman dengan lebih cekap. Sumber: pixabay.comSemakin ramai yang menyedari akan kepentingan teknologi digital sebagai usaha untuk memperkukuh daya tahan petani dan pekebun dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan COVID-19. Kedua-dua cabaran ini juga telah membuka mata banyak pihak berkenaan kepentingan dan potensi pertanian dalam bandar. Kebun dalam bandar mampu memperkasakan sumber bekalan makanan terutamanya dalam bandar yang mempunyai kebergantungan tinggi terhadap bekalan atau import dari luar. Sekiranya berlaku gangguan kepada rantaian bekalan makanan, kebun-kebun dalam bandar ini bertindak sebagai penampan dalam pasaran bekalan makanan.Pertanian dalam bandar sinonim dengan sistem pertanian tanpa tanah sebagai contoh hidroponik dan aeroponik. Kedua-dua teknik ini bukan sahaja membolehkan pekebun bandar menanam pelbagai jenis sayuran dengan penghasilan yang tinggi, malah mampu mengurangkan masalah berkaitan penyakit dan perosak tanaman yang melibatkan penggunaan tanah. Tambahan pula, teknik pertanian ini sesuai digabungkan dengan konsep pertanian pintar yang menggunapakai teknologi digital seperti cahaya LED, penderia, dan teknologi IB. Bukan itu sahaja, pekebun juga boleh menggunakan platform atas talian untuk menjual terus hasil tanaman mereka kepada pelanggan. Banyak syarikat pemula yang telah menjalankan pendekatan sedemikian seperti contoh syarikat Sustenir dan Urban Tiller yang berpangkalan di Singapura, serta Sayurbox yang berpangkalan di Indonesia. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan syarikat BoomGrow dan The Vegetable Co. Penggunaan teknologi moden mampu memberi nilai tambah kepada tuaian hasil tanaman, sekali gus menjadikannya pelaburan yang penting dalam perusahaan pertanian. Sumber: pixabay.comKesimpulannya, rantau Asia Tenggara diramal bakal menjadi pasaran utama untuk pelaburan melibatkan teknologi pertanian. Dengan peningkatan kadar populasi di rantau tersebut dan benua Asia secara amnya, pemegang-pemegang taruh dalam rantau ini mampu menjadi pemangkin utama yang memacu permintaan dan penawaran dalam pasaran bekalan makanan. Malaysia wajar mengorak langkah untuk terus mengekalkan momentum supaya dapat menjadi pemain utama dalam pasaran terbaharu ini.Nota PengarangDiterjemah dan diolah daripada artikel “The future of agrifood tech in Southeast Asia: Agriculture in the digital decade”.Rujukanhttps://kr-asia.com/the-future-of-agrifood-tech-in-southeast-asia-agriculture-in-the-digital-decadehttps://angkasfera.com/2021/10/08/penerokaan-potensi-bidang-pertanian-asia-melalui-persidangan-antarabangsa/https://pixabay.com/photos/dji-farming-agriculture-drone-4223417/https://pixabay.com/photos/paprika-harvest-smart-farm-2345580/https://wallpapercave.com/w/wp3592340Disunting oleh Mira AshikinMENGENAI PENGARANG Shakir Yusop [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Shakir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) daripada Durham University, UK. Pernah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan di Fakulti Sains & Teknologi, UKM membantu dalam aspek pencirian bahan elastin dari poltri. Kini merupakan seorang pembantu penyelidik siswazah di INBIOSIS, UKM.Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di MalaysiaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Penerokaan Potensi Bidang Pertanian Asia Melalui Persidangan AntarabangsaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Belang Si Comel: Bagaimana Ia Terbentuk?Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah Kata kunci: agrimakanan, Asia Tenggara, pertanian digital |
https://angkasfera.com/2022/05/02/tanaman-kenaf-lubuk-pertanian-pelbagai-guna-di-malaysia/ | Tanaman Kenaf: Lubuk Pertanian Pelbagai Guna di Malaysia | Malaysia merupakan bumi bertuah yang mempunyai tanah yang subur untuk pelbagai jenis tanaman. Di antara tanaman terkenal di negara ini termasuklah kelapa sawit, getah, kayu, padi, buah-buahan tropika, dan lain-lain. Selain daripada itu, terdapat satu tanaman yang mempunyai peranan besar dalam perusahaan negara iaitu tanaman kenaf. Kenaf, atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus, merupakan tanaman yang diperkenalkan di Malaysia secara komersial melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada awal 2000-an untuk memberi nilai tambah kepada perusahaan pertanian di negara ini. Kenaf mengambil tempoh kurang daripada enam bulan untuk mencapai tahap matang. Selain daripada LKTN, pelbagai institusi dan badan kerajaan seperti UPM, MARDI, dan FRIM yang telah berkerjasama dalam membuat kajian dan mengawal selia penanaman tanaman perusahaan ini. Antara contoh potensi kenaf adalah sebagai sumber makanan ternakan (livestock feed) dan sebagai asas serabut (fiber).Kandungan protein dalam kenaf menjadikannya sesuai sebagai sumber makanan ternakan berprotein tinggi. Nisbah protein dalam kenaf boleh diterjemahkan sebagai protein tambahan dalam pelbagai bentuk makanan ternakan – pelet, silaj, kiub, jerami – yang sesuai untuk dicampurkan dengan makanan asas untuk ternakan di Malaysia. Pemprosesan kenaf sebagai sumber makanan ternakan perlu mengambil kira umur tanaman, teknik potongan, campuran bahan, serta pembungkusan dan penyimpanan. Makanan ternakan merupakan komponen penting dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil, sihat, dan berterusan.Tanaman kenaf sesuai dijadikan sumber protein untuk makanan ternakan di Malaysia. Sumber gambar hiasan: pixabay.comKenaf mempunyai batang yang sesuai sebagai sumber serabut (fiber) yang dituai melalui proses pengeretan (retting process). Secara amnya, pengeretan melibatkan proses pengasingan dan pemecahan batang kenaf – menggunakan mikroorganisma dan kelembapan (microorganisms and moisture) – yang akhirnya meninggalkan bahagian serabut sahaja. Serabut yang dituai daripada kenaf mempunyai kegunaan dalam penghasilan produk mesra alam seperti produk biokomposit (biocomposite) dan pelbagai perkakas rumah termasuk perabot dan bingkai gambar. Selain daripada itu, batang kenaf sesuai untuk dijadikan bahan asas penghasilan kertas berkualiti tinggi, di samping mempunyai potensi dalam nilai bioperubatan yang wajar diterokai dengan lebih lanjut.Barangan rumah seperti perabot dan bingkai gambar boleh menjadi produk hiliran kenaf yang mampu menjana pendapatan berterusan. Sumber gambar hiasan: unsplash.comHarga tembakau tempatan kurang kompetitif jika dibandingkan dengan sumber tembakau eksport. Projek tanaman kenaf yang banyak dipelopori di kawasan pantai timur semenanjung (Pahang, Terengganu, Kelantan) mampu menggantikan tembakau dan telahpun memberi sumber pendapatan negara bernilai sekurang-kurangnya RM300 juta (pada tahun 2020). Tidak hairanlah semakin banyak usahasama dijalankan pelbagai sektor dalam menggiatkan lagi penanaman kenaf di Malaysia. Di samping meluaskan lagi kawasan penanaman dan pemprosesan kenaf, kita mampu memperkasakan lagi penghasilan produk hiliran yang memberi nilai tambah yang berganda. Sekiranya produk hiliran berasaskan kenaf mampu mendapat tempat dalam pasaran, maka tanaman ini akan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu komoditi yang lumayan kepada negara.Rujukanhttps://www.lktn.gov.my/images/jurnal-kenaf/huluan/JOURNEY-OF-KENAF-IN-MALAYSIA.pdfhttps://www.mpic.gov.my/mpi/sidebar-industri-kenafhttps://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/perak-sasar-jadi-pengeluar-kenaf/https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2008/10/03/kenaf-pengganti-ideal-tembakauDisunting oleh Ismatul NisakMENGENAI PENGARANG Shakir Yusop [email protected] + ARTIKEL TERDAHULU Shakir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) daripada Durham University, UK. Pernah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan di Fakulti Sains & Teknologi, UKM membantu dalam aspek pencirian bahan elastin dari poltri. Kini merupakan seorang pembantu penyelidik siswazah di INBIOSIS, UKM.Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Elastin: Kegunaan, Sumber dan Potensi Halal di MalaysiaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Penerokaan Potensi Bidang Pertanian Asia Melalui Persidangan AntarabangsaShakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Belang Si Comel: Bagaimana Ia Terbentuk?Shakir Yusophttps://angkasfera.com/author/shakiryusop/Suntikan Virus Tumbuhan untuk Rawatan Barah Kata kunci: komoditi, produk hiliran, tanaman kenaf |
No dataset card yet
New: Create and edit this dataset card directly on the website!
Contribute a Dataset Card